Oct122026

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Yang Berhormat, Yang Berhormat. Kita mulakan sesi persidangan kita pada pagi ini dengan pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan. Dipersilakan Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias, Yang Berhormat Jelebu.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Dato’ Yang di-Pertua, soalan Jelebu nombor 1. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

1. Datuk Seri Jalaluddin bin Alias [Jelebu] minta Menteri Kesihatan menyatakan langkah mengatasi ketidakseimbangan akses kepada doktor pakar dan kemudahan diagnostik antara hospital di bandar dengan hospital serta klinik kesihatan di daerah luar bandar.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Kesihatan untuk menjawab.

draft • 10:00 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Dato’ Sri Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu atas soalan yang sangat penting ini. Isu ketidakseimbangan akses kepada doktor pakar dan juga perkhidmatan klinikal termasuk kemudahan diagnostik di hospital di bandar serta klinik kesihatan di daerah luar bandar merupakan cabaran systemic yang menjadi keutamaan dan sentiasa ditangani secara berterusan oleh KKM melalui pendekatan bersepadu, berfasa dan berasaskan data.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang adil dan saksama, beberapa langkah dan strategi berstruktur telah kami susun. Antara lainnya, satu pelaksanaan inisiatif hospital kluster dan jaringan kesihatan premier. Dua aspek.

Pertama adalah perkongsian sumber merentas hospital ke hospital yang tidak berpakar yang dikatakan hospital lead ataupun hospital utama yang kita punya 43 seluruhnya hospital kluster ini yang dipimpin oleh hospital-hospital yang lead Dato’ Yang di-Pertua. Kalau di Negeri Sembilan, Yang Berhormat Jelebu, kita punya dua.

Satu yang di-lead oleh, dipimpin oleh HTJ, di mana Jelebu di bawahnya termasuk Port Dickson dan Rembau. Satu lagi adalah Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah yang memimpin Tampin dan Jempol.

Di sini, perkongsian ataupun perkongsian sumber, peralatan, perubatan, kemudahan diagnostik dan sebagainya. Dan kedua adalah perluasan kepakaran ke klinik-klinik kesihatan, di mana perkhidmatan klinik kepakaran diperluas ke klinik kesihatan dan hospital tanpa pakar di luar bandar menerusi integrasi hospital kluster dan yang bukan dan model ini membolehkan pengurusan kes penyakit-penyakit kronik, NCD yang kerap saya sebutkan, saringan awal dan juga perkhidmatan yang– – penerusan peringkat penjagaan premier. Jadi, hospital-hospital dan kedua adalah hospital dengan penjagaan premier.

Ketiga adalah apa yang kami sebutkan hari ini sebagai pengukuhan model rawatan tertumpu di peringkat komuniti, di mana kita membawa penilaian rawatan dan apa yang dikatakan sebagai pemantauan berterusan di peringkat yang diistilahkan sebagai closer to home dengan izin, dengan lebih dekat di rumah dan di komuniti. Di situlah ditangani oleh pakar perubatan keluarga (FMS) dan juga pakar- pakar yang menjadi perawat, di mana kita–– daripada telah pun, setelah dicaj daripada hospital yang bersifat secondary dan tertiary, kita bawa kepada primary care ataupun perkhidmatan premier namanya.

Seterusnya, peluasan akses pembedahan luar bandar antara juga yang kita sebut-sebutkan sebagai istilah global surgery, contoh di mana global surgery yang kita laksanakan di hospital tanpa pakar seperti Hospital Kota Marudu, Beaufort, Limbang, Mersing, Baling di mana pakar-pakar datang untuk membuat global surgery seumpama prosedur-prosedur seperti katarak, seperti yang lain, seperti hernia dan sebagainya. Jadi, itu adalah beberapa contohnya.

Dan, seterusnya Dato’ Yang di-Pertua adalah hospital outsourcing program, penyumberluaran, di mana KKM melaksanakan program penyumberluaran perkhidmatan bagi kes pembedahan dan ujian diagnostik tertentu ke hospital swasta untuk membantu kami untuk memendekkan tempoh menunggu dan mengurangkan backlog rawatan dengan izin. KKM juga sedang merangka kaedah terbaik bagi meluaskan penyumberluaran yang lebih berimpak dengan hospital-hospital HPU, hospital-hospital tenaga pengajar universiti awam. Saya kira begitu dahulu Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Jelebu, soalan tambahan.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Dato’ Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada jawapan Menteri. Datuk Seri, saya nak sebut soal response time pegawai petugas kesihatan, sama ada medical officer ataupun pegawai-pegawai kesihatan. 30 September Datuk Seri, ada berlaku kemalangan buat ke sekian kalinya di kawasan Parlimen saya. Dalam kemalangan itu Datuk Seri, mangsa kemalangan itu masih bernyawa ketika kemalangan itu berlaku tetapi response time daripada pihak ambulans dan juga medical officer hampir satu jam, membiarkan mangsa berada di tengah jalan raya dalam keadaan yang bernyawa.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Soalan saya Dato’ Sri Yang di-Pertua, apakah SOP sebenarnya pegawai perubatan ini kerana jarak klinik kesihatan dengan tempat kemalangan tidak lebih daripada 500 meter? Dan apabila penduduk kampung mendapatkan khidmat daripada medical officer ini, jawapannya SOP pegawai perubatan tidak boleh pergi ke lokasi atau lokaliti kemalangan, walaupun berhampiran jika tidak ada ambulans.

Jadi, maknanya soalan saya Dato’ Yang di-Pertua, apakah SOP pegawai perubatan ini tidak boleh assist ataupun bantu mangsa kemalangan walaupun kenderaan ambulans lambat sampai kerana kekurangan ambulans yang berada di kawasan Parlimen ini?

Soalan kedua Dato’ Yang di-Pertua, saya faham sebagai Ahli Parlimen kita faham bahawa peruntukan ambulans di kawasan-kawasan, terutamanya Parlimen Jelebu umpamanya, Parlimen yang luar bandar, kita ada limitation ataupun kekurangan ambulans di pusat-pusat kesihatan dan hospital.

Ada tak sesuatu pendekatan atau SOP yang membolehkan pihak swasta seperti contoh Kerajaan Negeri Sembilan mungkin ataupun sedang mengunjurkan untuk membantu setiap DUN yang ada di dalam Kerajaan Negeri Sembilan untuk kita bekalkan setiap DUN satu ambulans?

Apakah ini boleh mendapatkan kerjasama ataupun dalam bentuk kolaborasi dengan Kementerian Kesihatan untuk merasmikan ataupun untuk membolehkan bekalan ambulans daripada pihak swasta dan kerajaan negeri ini dapat membantu kemudahan kepada pihak hospital kesihatan dan sebagainya? Terima kasih Dato’ Sri.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Menteri, silakan.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Jelebu ya. Saya sangat memahami dan juga mengiktiraf perkara-perkara yang disebutkan, insiden-insiden yang disebutkan oleh Yang Berhormat Jelebu sebentar tadi. Dan saya pun telah pun bersama dengan Ketua Pengarah Kesihatan ya meneliti perkara ini kerana saya memerhatikan bahawa prestasi perkara dan KPI hal ini belum dapat kita penuhi Dato’ Yang di-Pertua. Sangat mencabar perkara ini.

Dan hal yang terkait dengan ambulans ya, dalam belanjawan di samping 1,000 yang 986 unit yang boleh kita dapatkan— yang patut kita dapat terdahulu daripada ini, penambahan 400 yang disebutkan 400 buah ambulans tambahan itu saya kira akan dapat banyak membantu.

Apa-apa pun saya berikan jawapan begini Dato’ Yang di-Pertua ya, Dato’ Sri Yang di-Pertua. Kita meletakkan sasaran KPI kita bawah 15 minit ya kes kritikal yang mengancam nyawa. Kita ada kes kategori merah dan juga atau prioriti 1, termasuk kes-kes trauma yang mengancam nyawa ya.

draft • 10:10 AM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Sasaran bagi panggilan kes prioriti ini adalah sebanyak yang— kita mahu dapat yang kita mahu capai 50 peratus response time pun— kita letakkan itu sebagai KPI kami di bawah 15 minit ya.

Dan yang itu pun yang saya nak mengakui perkara ini bagi tahun 2025— sebab itu ketua pengarah sedang meneliti perkara ini dengan lebih keras dan lebih rigorous lagi. Tahun 2025 ya kalau kita perhatikan Jelebu ya, pencapaian keseluruhan nasional bagi respons kes-kes prioriti 1 sepertimana yang disebutkan tadi adalah sebanyak 34.1 peratus di bawah sasaran KPI 50 peratus yang kami tetapkan ya. Dan analisa pencapaian ini dibuat secara sistematik oleh the pre hospital care dan juga ambulance services bagi memastikan respons kecemasan dapat dipertingkatkan.

Untuk saya tegaskan seterusnya ke depan, kita sedang memperkukuhkan penyelarasan sistem NG MERS 999 kami ya. Kita juga meningkatkan kapasiti ambulans kami. Dan khususnya bagi Jelebu, lima buah ambulans direkodkan berfungsi, dua buah ambulans akan diterima pada tahun— tambahan dua buah lagi Yang Berhormat Jelebu pada tahun 2027. Itu adalah antara perkara yang boleh saya sebutkan.

Ya, prestasi pemindahan pesakit dipantau secara berterusan. Ia berasaskan indikator khusus seperti ambulance activation time untuk menilai kecekapan koordinasi perkhidmatan mengikut kawasan operasi dan respons kecemasan diperkasakan dengan bantuan konsultasi, arahan perubahan the medical direction secara real time yang dibuat oleh pasukan paramedik yang menyampaikan respons kecemasan iaitu antara SOP nya, respons kecemasan bersama pakar perubatan kecemasan yang akan memberikan panduan, rawatan dan resusitasi kepada pasukan respons kecemasan trauma di lapangan Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Kuala Nerus.

draft • 10:10 AM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Dalam jawapan Yang Berhormat Menteri sebentar tadi ada sebutkan berkaitan dengan konsep hospital kluster. Jadi pelaksanaan perkhidmatan pakar, lawatan dan konsep hospital kluster sememangnyalah boleh membantu tapi kekerapan jadual lawatan yang terhad selalunya masih membebankan pesakit yang memerlukan rawatan susulan segera dan kecemasan pakar. Oleh itu, apakah rancangan kementerian untuk menambah kekerapan jadual pakar lawatan ini serta sasaran garis masa bagi mewujudkan sekurang-kurangnya perjawatan pakar tetap asas di hospital-hospital daerah?

Sehubungan itu juga, saya mengucapkan tahniahlah kepada KKM kerana untuk mengatasi masalah kesesakan dan tempoh menunggu yang lama ni, telah dibuat pelaksanaan lean management ataupun lean healthcare KKM dan projek rintis ini telah dilaksanakan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Soalan saya ialah, apakah pencapaian semasa lean management di HTAR selepas lebih 10 tahun pelaksanaannya termasuk kadar penggunaan katil, masa menunggu dan tempoh discaj? Serta sama ada model ini akan diperluaskan secara aktif di hospital-hospital KKM yang lain, terutamanya di luar bandar termasuk di negeri Terengganu? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih sahabat saya Kuala Nerus ya yang sangat bersehubungan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Jelebu ya, hal yang terkait.

Kalau saya terus kepada jawapan, lean management itu, ia merupakan projek rintis. Sebenarnya kita have moved forward dengan kita telah pun melaksanakan pelbagai inisiatif-inisiatif daripada lean management, termasuklah antara lainnya natijah daripada itu, the outcome of that adalah a big management centre, a big management unit.

Dan kalau saya istilah dengan apa yang kita sebutkan sebagai review end to end daripada kemasukan sampai discaj ya, kita telah memerhatikan perkara ini dan banyak daripada hospital-hospital kami terutama hospital Type 1 yang terbesar, the our 14 hospitals dan juga our state hospitals, pakar major especially, kita menggunakan lean management ini dan telah pun kita terapkan dalam management efficient journey daripada semasa di utamanya registration (pendaftaran) sehinggalah di discaj. So, kami akan terus memperbaiki dan juga melaksanakan the rule out. Dia bukan hanya kepada istilah lean itu tetapi SOP-SOP nya supaya dapat diperbaiki dan dapat terus dimanfaatkan dan diperkasakan.

Selain daripada itu, kita juga memperbaiki model umpamanya lean management itu. Di samping itu kita adakan apa yang dikatakan sebagai step down daripada patient yang telah pun stabilize dan kita tahu wait time mendapat katil di wad, di hospital-hospital besar kami, our first tier ataupun Type 1 hospital itu memang saya perhatikan baru-baru ini di mana— 30 hingga 50 waiting time untuk mendapatkan kemasukan ke wad ya. Maka apa yang kita lakukan juga adalah step down, di mana stabilize patient akan kita refer kepada hospital-hospital daerah yang mengambil stabilize patient ini supaya dapat mengurangkan segera apa yang dikatakan sebagai bed occupancy rate kita BOR kita supaya dapat kita kurangkan kesesakan dan juga waktu menunggu.

Jadi, ini adalah perkara-perkara yang tadi pun saya sebutkan tentang model rawatan di peringkat komuniti close to home, itu juga adalah antara perkara yang jadi natijah daripada semua usaha-usaha kami untuk perbaiki the care model, Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Kuala Nerus.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Majlis ke soalan yang kedua. Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan, Yang Berhormat Permatang Pauh.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan Permatang Pauh nombor 2.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri untuk menjawab.

draft • 10:10 AM

2. Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [Permatang Pauh] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan risiko kebergantungan eksport negara kepada sektor elektrik dan elektronik yang menyumbang hampir separuh eksport, serta strategi kepelbagaian sekiranya kitaran semikonduktor global merosot.

draft • 10:10 AM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Dato’ Yang di-Pertua, sektor electrical dan electronics ataupun E&E merupakan antara tunjang utama perdagangan dan eksport negara.

draft • 10:10 AM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Namun begitu, kedudukan E&E yang besar dalam struktur eksport negara perlu dilihat bukan semata-mata sebagai kebergantungan tetapi juga sebagai cerminan kekuatan daya saing Malaysia dalam rantaian nilai global, khususnya dalam industri semikonduktor. Sebagai contoh, pada tahun 2025, daripada nilai eksport RM1.6 trilion, RM712 bilion adalah datang daripada E&E sector.

Bagi tempoh Januari hingga Ogos pula tahun ini pada 2026, eksport barangan E&E menyumbang sebanyak 48.4 peratus ataupun RM656.14 bilion kepada jumlah eksport negara. Daripada jumlah tersebut, produk semikonduktor yang merupakan komponen utama eksport E&E menyumbang hampir 483.6 bilion ataupun 68.3 peratus. Angka ini mencerminkan kedudukan ekosistem perindustrian dan kedudukan Malaysia yang berdaya tahan dalam rantaian nilai semikonduktor global.

Walau bagaimanapun, kerajaan menyedari risiko yang timbul daripada kebergantungan yang tinggi kepada sektor ini. Industri semikonduktor bersifat kitaran, manakala permintaan global turut dipengaruhi oleh kelembapan ekonomi, perubahan teknologi, gangguan rantaian bekalan serta perkembangan geopolitik dan perubahan dasar perdagangan teknologi oleh ekonomi utama.

Sekiranya berlaku kemerosotan ketara dalam kitaran semikonduktor global, ia sudah tentu berpotensi menyebabkan pelarasan inventori dan pengurangan pengeluaran sekali gus memberi tekanan kepada eksport E&E dan prestasi eksport negara secara keseluruhan. Risiko ini lebih ketara sekiranya pertumbuhan sektor eksport lain tidak mencukupi untuk mengimbangi penyatuan ini.

Menyedari risiko tersebut, pendekatan kerajaan bukanlah untuk mengurangkan peranan E&E dan semikonduktor yang merupakan antara kekuatan daya saing ekonomi Malaysia, sebaliknya kerajaan mengambil pendekatan menguruskan risiko kebergantungan ini melalui tiga strategi utama.

Yang pertama, memperkukuhkan dan mempelbagaikan rantaian nilai E&E melalui Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Strategi Semikonduktor Nasional. Kerajaan memberi tumpuan kepada aktiviti bernilai tambah tinggi dan berintensifkan teknologi seperti reka bentuk litar bersepadu atau IC design dan pembungkusan termaju (advanced packaging).

Yang kedua, memperbagaikan sumber pertumbuhan di luar sektor E&E dan mengukuhkan rantaian bekalan domestik. Sebagai contohnya, kerajaan turut memberi tumpuan kepada sektor bernilai tinggi lain seperti farmaseutikal, automotif, aeroangkasa, peranti perubatan, halal industry, kimia dan petrokimia.

Secara keseluruhannya, mengikut keseluruhannya NIMP 2030, merangkumi 21 sektor dengan matlamat meningkatkan kompleksiti ekonomi terhadap industri- industri ini, nilai tambah yang tinggi serta peluang pekerjaan berkemahiran termasuk sebahagian daripada services sector. Yang ini telah menyumbang RM897 bilion pada tahun 2025.

Yang ketiga, kita akan menekankan, untuk pengetahuan Yang Berhormat, pasaran eksport kita melalui MATRADE kita mengembangkan kepada kawasan- kawasan ataupun regional destinasi seperti Asia Tengah, Afrika, Amerika Latin dan sebagainya yang pernah, yang kurang kita tumpukan. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Permatang Pauh. Soalan tambahan.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Terima kasih, Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang sangat baik.

Jadi, memandangkan eksport negara ini agak besar daripada sudut sektor E&E, berapakah peratus nilai tambah domestik sebenar dalam eksport E&E negara ini setelah mengambil kira komponen dan teknologi yang diimport dan apakah sasaran kementerian untuk meningkatkan peratus tersebut menjelang 2030?

Dan sejauh manakah pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030

(NIMP) berjaya meningkatkan kepelbagaian eksport negara, khususnya dari segi pertumbuhan eksport bukan E&E berbanding sektor E&E? Terima kasih, Dato’ Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Menteri.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih, Yang Berhormat. Satu soalan yang bagus.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Cuma, saya nak ambil perhatian Yang Berhormat. Kalau kita tengok dari segi sektor E&E untuk tahun 2025, apa yang berlaku? Kita punya eksport itu lebih kurang dalam 500— kalau kita ambil E&E sahaja, eksport RM712 bilion.

draft • 10:20 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Jadi, RM712 bilion, apa yang kita import untuk menghasilkan RM712 bilion? Kita mengimport lebih kurang dalam RM567 bilion. Jadi, kalau kita ambil RM712 bilion tolak RM567 bilion, maka hasil dia kita ada E&E surplus lebih kurang dalam RM145 bilion.

Tetapi kalau kita tengok dari segi non-E&E, kita eksport pada tahun 2025 RM897 bilion tetapi kita import RM885 bilion, ia ada small surplus RM12 bilion. Sebab itu dalam strategi kita ke hadapan, di samping kita mengembangkan non-export E&E ini, kita juga nak menekankan bagaimana penglibatan syarikat-syarikat kita dalam negara, E&E kita yang mana produk-produk raw material ataupun semi-finished product yang kita import untuk menghasilkan eksport ini kita nak lihat secara khusus bahawa dia mestilah melibatkan production yang keluar dalam negara kita.

Kita tidak boleh lagi sewenang-wenangnya beri import ikut jalan senang. Jadi, kita nak tengok, kita akan lihat mana-mana sektor yang memerlukan penekanan kerajaan untuk menghasilkan produk-produk ini, jadi kita boleh kurangkan import.

Sebab kalau kita tengok, walaupun kita ada eksport RM1.6 trilion pada tahun 2025, tapi import RM1.456 bilion. Jadi, RM1.456 bilion inilah yang kita nak tengok bagaimana syarikat-syarikat tempatan, SME kita bagaimana dia boleh melihat dan dia main peranan untuk kurangkan import ini dan akan dapat memberikan hasil yang sangat bagus kepada negara dan meningkatkan surplus kita balik yang pernah kita dapat dulu; RM256 bilion. Itu kita punya penumpuan.

Dan saya nak bagi tahu Yang Berhormat, even dalam E&E sector ini pun kita sekarang ini melihat bagaimana kita punya player yang terlibat dalam back end— instead of front end, back end. Jadi, back end ini kita nak bukan sahaja kita buat assembly testing dengan normal packaging tetapi kita nak syarikat-syarikat kita juga terlibat dalam advanced packaging. Contoh, kita ada Malaysia Advanced Packaging Consortium. Dia ada lima syarikat kat situ yang kita nak supaya mereka ini mengambil inisiatif supaya apabila mereka ini successful, dia juga akan dapat cari kita punya syarikat-syarikat hiliran untuk membantu mereka mengembangkan contribution ini. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan, Yang Berhormat Kuala Pilah.

draft • 10:20 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker.

Yang Berhormat Menteri, sejauh manakah tumpuan eksport Malaysia kepada pasaran utama seperti Amerika Syarikat dan China meningkatkan risiko kepada ekonomi negara sekiranya berlaku ketegangan perdagangan ataupun pengenaan tarif baharu?

Dan apakah langkah kementerian untuk memperbagaikan destinasi eksport?

Dan seterusnya apakah mekanisme kementerian untuk memastikan strategi kepelbagaian eksport Malaysia mengutamakan pembangunan produk bernilai tambah tinggi dan penguasaan teknologi tempatan berbanding hanya meningkatkan jumlah eksport melalui aktiviti pemasangan atau pemprosesan yang mempunyai nilai tambah domestik terhad? Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih. Terima kasih, Yang Berhormat. Cuma, saya nak mengambil sambung saya punya jawapan tadi.

Kalau kita tengok ini ada dua negara yang paling terbesar dalam dunia. US saiz ekonomi RM32 trilion, China RM19.1 trilion. Jadi, kedua-dua negara ini dulu kalau dia tak ada masalah, jadi kita beruntung. Tapi sekarang ini bila dia ada masalah, masing-masing ada restriction. Jadi, kalau kita tengok kita dengan US, kita ada surplus last year RM100 bilion. Kalau kita berdagang dengan US ini kita ada surplus RM100 bilion.

Tetapi kita berdagang dengan China, kita ada defisit. Kalau tahun lepas RM146 bilion. Jadi, ini yang menyebabkan kita lihat satu defisit, satu surplus. Jadi, sebab itu penumpuan kita di peringkat MITI ialah kita nak analis semua produk- produk yang menyebabkan negara kita ini defisit yang begitu besar dengan China.

Jadi, kita akan tengok. Kalau ada dulu syarikat-syarikat kita pernah membuat produk-produk ini, kenapa sekarang dia tak boleh buat dan ditutup sebahagian daripadanya? Kerana kita mudah bagi import untuk melihat sebagai satu benda yang substitute kepada kos production.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Jadi, akhirnya dalam jangka masa panjang, bila syarikat-syarikat tempatan kita yang biasa buat produk-produk ini tutup kilang dia, maka akhirnya produk-produk yang dulu kita import murah pun juga akan jadi mahal sebab itu kos yang menyebabkan— sebab itulah yang menyebabkan defisit berlaku dalam negara yang besar di antara kita dengan China.

Dalam proses ini, dalam konteks ini, kita juga telah mengadakan banyak series of engagement dengan syarikat-syarikat tempatan. Walaupun mereka tidak bersetuju tetapi untuk long-term benefit kepada negara, kita kena ambil tindakan yang sangat drastik untuk memastikan bahawa kita dapat protect kita punya ekonomi tanpa depending dengan negara-negara yang kita rasa dia akan menjejaskan kita punya ekonomi secara keseluruhan. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Menteri. Majlis ke soalan yang ketiga. Dipersilakan, Yang Berhormat Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa, Yang Berhormat Tampin.

draft • 10:30 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih, Dato’ Sri Yang di- Pertua. Soalan Tampin nombor 3.

draft • 10:30 AM

3. Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa [Tampin] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan justifikasi strategik kementerian menerusi MARA untuk menubuhkan Hospital MARA yang pertama serta apakah status semasa kajian dan perancangan penubuhannya, termasuk lokasi, kapasiti katil, bidang kepakaran, anggaran kos pembangunan dan sumber pembiayaan serta bila hospital ini dijangka akan mula beroperasi.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dipersilakan, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah untuk menjawab.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Waalaikumsalam.

draft • 10:30 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan penubuhan Hospital MARA pada masa ini sedang dalam penelitian dan kajian yang teliti dan menyeluruh merangkumi aspek keperluan dan permintaan, lokasi, kapasiti dan skop perkhidmatan tenaga profesional, kos dan pembiayaan serta keperluan perundangan dan kawal selia di samping keselarasan dengan mandat MARA.

Pihak MARA telah menubuhkan jawatankuasa khas yang terdiri daripada pakar dan profesional, termasuk dari kalangan alumni MARA dan kepakaran dalaman bagi mengkaji berkaitan kebolehsanaan dan model pelaksanaan Hospital MARA tersebut. Dijangka kajian ini akan diselesaikan dalam tempoh tiga bulan sebelum kerja-kerja pra-pelaksanaan dijalankan termasuk mendapatkan kelulusan- kelulusan yang diperlukan.

Penubuhan sebuah hospital merupakan cadangan yang kompleks dan memerlukan kajian yang sangat teliti. Oleh yang demikian, perkara berkaitan dengan lokasi, kapasiti katil, bidang kepakaran, anggaran kos, sumber pembiayaan dan tarikh operasi masih sedang diperhalusi dan belum diputuskan lagi pada masa ini.

Buat masa ini, MARA kekal memberi tumpuan kepada sokongan terhadap sektor kesihatan negara melalui dua teras sedia ada iaitu penyediaan modal insan dalam bidang perubatan dan kesihatan melalui ekosistem pendidikan MARA seperti UniKL, KPTM dan TVET MARA serta pembangunan usahawan profesional melalui Program Pembangunan Usahawan Profesional (ProSPEC) di bawah jenama UNIKlinik, UNIFarmasi dan UNIDental yang setakat ini melahirkan 180 orang usahawan dengan 160 outlet di seluruh negara.

MARA akan terus memperkukuhkan kedua-dua sistem ekosistem ini bagi menyokong keperluan tenaga kerja dan perkhidmatan kesihatan negara. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat. Silakan, Yang Berhormat Tampin soalan tambahan.

draft • 10:30 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Untuk usaha pemerkasaan agenda bumiputera dan pemantapan sektor kesihatan negara perlu berjalan seiring dengan kumpulan masa kini. Idea penubuhan Hospital MARA dilihat satu langkah berani yang memberi nilai tambah terhadap landskap perkhidmatan kesihatan dan pembangunan ekonomi negara.

Soalan tambahan saya, sejauh manakah keunikan Hospital MARA ini mampu melengkapi ekosistem perkhidmatan kesihatan sedia ada tanpa bertindih dengan fungsi hospital awam dan swasta yang ada pada masa ini, serta apakah kesan limpahan sosioekonomi yang disasarkan hasil penubuhan Hospital MARA, termasuklah pemerkasaan ekosistem keusahawanan dan pembangunan bakat bumiputera?

Negeri Sembilan bersiap sedia untuk menyediakan tanah untuk Hospital MARA ini. Terima kasih, Dato’ Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 10:30 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih, YB Tampin atas soalan tambahan. Dato’ Yang di-Pertua, sebenarnya ilham untuk ataupun cadangan untuk pembinaan Hospital MARA ini sebenarnya lahir daripada pengurusan MARA yang di-support oleh alumni-alumni graduan MARA dalam sesi alumni bersama MARA sempena 60 tahun MARA diwujudkan.

Dan, kita merasakan, kementerian merasakan cadangan ini amat bertepatan kerana 60 tahun MARA wujud dalam menyediakan satu ekosistem pendidikan berkaitan dengan kesihatan dan perubatan, dan apa yang menarik juga sebenarnya, ekosistem ini telah kita lahirkan lama dan sebab itu, kita merasakan cadangan ini amat bertepatan dan Hospital MARA tidak seharusnya dilihat sebagai sebuah hospital baru semata-mata.

Antara hala tuju yang sedang dipertimbangkan ialah membangunkannya sebagai hab kesihatan bersepadu yang menggabungkan perkhidmatan, rawatan, latihan klinikal, pembangunan, kepakaran, penyelidikan gunaan serta keusahawanan kesihatan bumiputera. Pendekatan dapat melengkapi sistem kesihatan negara tanpa menduplikasi peranan hospital awam dan swasta yang sedia ada.

Dari sudut kesan limpahan sosioekonomi, Hospital MARA berpotensi menjadi pemangkin kepada keseluruhan rantaian nilai kesihatan bumiputera. Ia merangkumi peluang latihan dan kerjaya, pembangunan pakar, penyelidikan dan inovasi serta peluang dalam perkhidmatan makmal, farmasi, teknologi perubatan, penyelenggaraan peralatan, pengurusan fasiliti, logistik dan juga pembangunan vendor serta usahawan kesihatan bumiputera.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Sekiranya cadangan ini dilaksanakan, petunjuk prestasinya bukan sahaja perlu mengukur jumlah pesakit dan prestasi kewangan tetapi juga penempatan graduan, pembangunan kepakaran, penyertaan vendor bumiputera, inovasi serta yang dihasilkan dan manfaat kepada komuniti.

Walau bagaimanapun, model dan skop akhir Hospital MARA akan ditentukan berdasarkan kajian kebolehlaksanaan. Terima kasih YB. Tampin kerana offer Tampin sebagai satu lokasi. Namun, orang kata, kajian secara terperinci perlu dilaksanakan terlebih dahulu. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, saya ingin counter offer YB Tampin.

[Ketawa] Yang Berhormat Menteri, Cameron Highlands, saya offer air-cond free. Tak payah kos, ya.

draft • 10:30 AM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Siapa setuju, kata setuju.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Kawasan sesuai, sejuk, nyaman. Saya bersedia untuk menyediakan tempat.

[Ketawa] Dipersilakan, Yang Berhormat Kuala Krai.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih, Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Memandangkan MARA sudah mempunyai ekosistem pendidikan perubatan dan sains perubatan yang kukuh seperti di UniKL iaitu di MESTECH dan juga RCMP.

Sejauh mana pembinaan Hospital MARA nanti dirancang untuk berfungsi sebagai teaching hospital bagi menjamin kebolehpasaran graduan bumiputera dan apakah strategi kementerian untuk memastikan model kewangan hospital ini mampan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada peruntukan kerajaan dalam masa jangka panjang?

Dan, bagaimana kementerian memastikan Hospital MARA nanti, insya-Allah, bukan sekadar hospital moden untuk golongan yang mampu serta hospital mesra ibadah, sebaliknya bangunannya menjadi institusi kesihatan yang menyediakan pakar berkualiti pada kadar berpatutan, khususnya kepada golongan B40, pelajar MARA dan masyarakat luar bandar, serta dipandu oleh guru-guru agama berpengalaman agar pesakit dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Muslim?

Dan, Kuala Krai juga bersedia untuk menawarkan tempat yang sesuai dengan kawasan yang cukup strategik. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan, Menteri.

draft • 10:30 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih, YB Kuala Krai. Terima kasih, Dato’ Speaker dan YB Kuala Krai. Sebenarnya, ramai lagi yang offer sebenarnya.

[Ketawa] Walaupun masih lagi dalam perancangan.

Yang Berhormat, untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya apa yang dipersoalkan oleh Yang Berhormat tadi ya dalam Dewan ini, inilah perkara-perkara yang kita akan perincikan dalam kajian terperinci secara menyeluruh oleh jawatankuasa pakar kita. Bukan sahaja dari sudut ekosistem pelaksanaan hospital berkenaan, dari sudut kawal selia, bidang kuasa dan juga elemen-elemen yang berkaitan dengan servis sokongan. Servis sokongan juga diambil kira dalam kajian berkenaan.

draft • 10:30 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Insya-Allah Yang Berhormat, perkara-perkara yang Yang Berhormat maklumkan tadi telah diperincikan dalam kajian berkenaan dan perlu diputuskan untuk memastikan Hospital MARA ini benar-benar memenuhi matlamat MARA itu sendiri, khasnya dari sudut penyertaan bumiputera. MARA ditubuhkan berdasarkan tiga matlamatnya 3P – Penyertaan, Pemilikan dan Penguasaan. Bumiputera dalam bidang sosioekonomi.

Jadi, perkara-perkara ini akan kita sentuh, kita ambil kira. Saya nak perincikan tak boleh dimuktamadkan lagi, Dato’ Yang di-Pertua. Insya-Allah, mungkin apabila kajian telah siap dilaksanakan, kita boleh maklumkan ataupun publish-kan maklumat-maklumat berkenaan kepada umum. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang keempat. Dipersilakan Tuan Rushdan bin Rusmi, Yang Berhormat Padang Besar.

draft • 10:40 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 10:40 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Dari Padang Besar ke Dewan yang mulia, Nak beli laptop pun kena lipat; Wahai Timbalan Menteri yang tampak belia, Soalan saya nombor empat.

draft • 10:40 AM

4. Tuan Rushdan bin Rusmi [Padang Besar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan tindakan bersepadu kerajaan membanteras penggunaan laluan tidak rasmi di sempadan Perlis bagi penyeludupan manusia, dadah dan barangan terlarang, termasuk tindakan terhadap tekong, pembiaya, perekrut dan rangkaian kewangan sindiket.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri KDN.

[Ketawa]

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Seronok orang panggil muda lagi.

[Ketawa]

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sila.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Bismillahirrahmanirrahim.

Yang Berhormat Dato’ Dr. Yang di-Pertua. Sahabat saya daripada Padang Besar.

Kerajaan melalui KDN sentiasa komited dan sangat serius dalam memacu operasi bersama membanteras penggunaan laluan tidak rasmi atau lorong tikus di sempadan Perlis. Juga, di tempat-tempat lain.

Penyelarasan risikan dan operasi bersama di peringkat lapangan sentiasa kita perkemaskan melibatkan agensi penguatkuasaan seperti Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.

Bagi memaksimumkan impak operasi di sempadan Perlis, Yang Berhormat.

Antara operasi berfokus yang diadakan adalah seperti berikut. Satunya, Ops Estuari dan Ops Benteng. Operasi risikan taktikal yang menyasarkan sindiket jenayah terancang berkaitan pemerdagangan orang dan antipenyeludupan migran.

Kemudian, Ops Tiris. Ini penguatkuasaan bersepadu bagi membendung aktiviti penyeludupan barangan, kawalan dan bersubsidi di sempadan darat dan Ops Taring. Ini melalui Jawatankuasa Perancangan Gerakan Kebangsaan dipengerusikan bersama oleh Tan Sri Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera di bawah MKN dan ini di bawah kelolaan Briged Utara Pasukan Gerak Am

(PGA).

Operasi ini Yang Berhormat, memfokuskan pada rondaan dan penguatkuasaan statik dan dinamik di kawasan hotspot sempadan darat antarabangsa Perlis–Thailand seperti di sektor Padang Besar dan Wang Kelian.

Fokus tindakan bersepadu PDRM, Yang Berhormat melibatkan penggunaan laluan tidak rasmi bukan sahaja meliputi penahanan pendatang tanpa izin (PATI), perampasan barang terlarang dan membanteras penyeludupan manusia.

Malah, meliputi usaha melumpuhkan seluruh ekosistem sindiket, terutama rantaian tekong, pembiaya, perekrut dan rangkaian kewangan mereka di bawah penguatkuasaan undang-undang seperti Akta Pencegahan dan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Itu yang kita laksanakan, malah kita sentiasa tingkatkan gerak kerja kita.

Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat, soalan tambahan.

draft • 10:40 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Terima kasih Timbalan Menteri.

Baru ini kita dikejutkan dengan isu Ketua Pengarah AKPS yang di-viral-kan baru ini.

Kami positif dan melihat bahayanya sebenarnya dari sudut kebocoran maklumat.

Keselamatan negara tidak boleh bergantung pada kekuatan anggota dan pemeriksaan manual semata-mata. Kita memerlukan sistem yang mampu mengesan ancaman secara masa nyata, menganalisis pola pergerakan, mencurigakan dan menghubungkan maklumat antara agensi. Di situlah perlunya wujud single command center.

Adakah Kementerian Dalam Negeri mempunyai pelan induk yang jelas untuk mewujudkan sistem kawalan sempadan pintar bersepadu, khususnya Perlis yang menggabungkan AI, penggabungan video pintar, dron, sensor haba, pangkalan data risikan dan pusat kawalan operasi bersama bagi semua pintu masuk rasmi serta kawasan sempadan berisiko tinggi. Jika ada, apakah garis masa, peruntukan dan petunjuk prestasinya dan jika belum menyeluruh, apakah halangan utama yang menghalang pelaksanaannya. Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. KDN Yang Berhormat, kita sentiasa komited dalam perkukuhkan kawalan dan pengawasan sempadan negara ini.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Bagi negeri Perlis, menerusi gabungan elemen fizikal dan pemerkasaan penggunaan teknologi terkini berasaskan kecerdasan buatan (AI), analitik data serta penguasaan pintar.

Pertamanya, kita bangunkan Sistem Kawalan Sempadan Negara.

draft • 10:40 AM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

KDN dalam usaha membangunkan Sistem Kawalan Sempadan Negara (SKSN) yang akan berfungsi sebagai platform pengawasan pintar. Ini berasaskan AI dan analitik data bagi membolehkan operasi dilaksanakan tanpa pengawasan, penyebaran maklumat secara pantas dan masa sebenar, real-time serta pengawasan berterusan di sempadan darat dan maritim Malaysia.

Penggunaan SKSN ini, Yang Berhormat dirangka berpandukan dapatan kajian kebolehlaksanaan oleh Institut Keselamatan Awam Malaysia. Melalui SKSN, integrasi sistem perisikan dan pengawasan termasuk mewujudkan pusat kawalan operasi bersama, single command center sebagaimana disebut oleh Yang Berhormat tadi. Ia akan menggabungkan— menghubungkan maklumat secara terus antara agensi penguatkuasaan bagi membolehkan analisis pola pergerakan mencurigakan dan tindak balas pantas dibuat di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi.

Selain dari itu, khususnya di Perlis, pengawasan video pintar, dron, sensor haba dan bilik kawalan operasi di Perlis. Di Perlis dan juga sempadan Malaysia– Thailand, Yang Berhormat, pelbagai inisiatif pengawasan teknologi telah dan sedang dilaksana. Antaranya, BSS. Ini pengoperasian bilik kawalan CCTV dan BSS di ICQS Padang Besar, Perlis. Merangkumi 40 unit kamera dan 264 unit lampu limpah melibatkan 27 zon pengawasan sepanjang 5.3 kilometer dan PDRM juga Yang Berhormat, kita sedang menaik taraf sistem ini di bawah Rolling Plan Ketiga.

Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

Lain daripada itu, aset taktikal dron dan radar termal. Kita ada perolehan lapan unit dron VTOL bernilai RM26 juta. Ini sedang dilaksana dan lima unit mobile intelligence, STR bernilai RM7 juta kini dalam proses akhir pembekalan. Selain itu, kita ada perolehan 40 unit pelbagai jenis dron bernilai lebih kurang RM5.2 juta.

Selain daripada itu, infrastruktur pos kawalan, pembinaan jeti dan menara tinjau di Pos Batu Putih Yang Berhormat, Perlis, bernilai RM20 juta kini dalam tindakan pelaksanaan dan juga bekalan dilengkapi CCTV serta dron.

Selain daripada itu, kita melakukan perkongsian dan pangkalan data risikan ini dengan pelbagai pihaklah dan banyak lagi yang kita lakukan. Saya boleh bagi data sikit Yang Berhormat, petunjuk prestasi kita. Kita sentiasa mengukur apa yang kita lakukan melalui KPI dan keberkesanan diukur melalui penurunan aktiviti jenayah rentas sempadan.

Kalau kita lihat peningkatan jumlah tangkapan dan nilai rampasan di Perlis seperti rampasan yang dilakukan oleh PGA di sempadan bernilai RM6.57 juta pada tahun 2025 dan RM6.52 juta pada tahun 2026. Ini sehingga Ogos 2026. Kita juga telah kenal pasti terdapat 25 lorong tikus di Perlis bagi tahun 2006 hingga September 2026. Semua ini dalam pengawasan diletakkan agensi di bawah KDN dan juga agensi lain. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Pekan.

draft • 10:40 AM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Apakah langkah-langkah tambahan kerajaan bagi memperkukuhkan kawalan sempadan negara ini bagi membanteras kegiatan penyeludupan dadah, rokok dan barangan subsidi? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih Yang Berhormat, sahabat saya, Pekan.

Dato’ Yang di-Pertua, memang kita serius dalam soal membanteras kegiatan penyeludupan dadah, rokok, barang bersubsidi dan lain-lain. KDN melalui agensi penguat kuasa sempadan seperti AKPS, PGA, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), ESSCOM, kita terlibat secara langsung bagi penugasan kawalan keselamatan sempadan meliputi persempadanan negara di daratan, pesisiran pantai dan pulau-pulau di Malaysia, Yang Berhormat.

Tambahan daripada itu, Angkatan Tentera Malaysia turut terlibat secara langsung dalam kawalan keselamatan sempadan berdasarkan kawasan tanggungjawab yang ditetapkan. Manakala Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup adalah merupakan agensi-agensi utama yang terlibat di pintu masuk sempadan negara yang diwartakan.

Yang Berhormat, dalam waktu yang sama, penguat kuasa agensi KPDN turut melaksanakan operasi bersepadu melalui Ops Tiris bersama dengan agensi penguat kuasa lain, bersama dengan PDRM, PGA, Polis Marin, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, JPJ dan lain-lain agensi. Ini semua bagi pastikan penguatkuasaan dilaksana dengan lebih holistik, Yang Berhormat, dan efisien bagi membanteras ketirisan dan aktiviti-aktiviti jenayah rentas sempadan.

Kita terus memperkukuhkan penggunaan teknologi terkini berasaskan artificial intelligence dan data analitik. Ini KDN sedang membangunkan Sistem Kawalan Sempadan Negara (SKN) yang dilengkapi dengan sistem pengawasan terkini berasaskan teknologi AI dan analytic data.

Selain daripada itu, Yang Berhormat, kita ada Pelan Induk Kawalan Keselamatan Sempadan Kementerian Dalam Negeri. Pelan Induk Kawalan Keselamatan Sempadan Kementerian Dalam Negeri bagi tahun 2026–2030, kita telah luncurkan pada 8 Januari lalu. Ini berfungsi sebagai kerangka dasar strategik yang menyeluruh dalam menangani cabaran keselamatan sempadan supaya lebih holistik, sistematik melalui pengukuhan mekanisme kawalan serta penempatan penguatkuasaan.

Banyak lagi strategi-strategi yang kita lakukan dan saya percaya kita sentiasa meningkatkannya menyedari cabaran semakin luar biasa dan mencabar. Terima kasih, Yang Berhormat.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri KDN. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Tuan Jimmy Puah Wee Tse, Yang Berhormat Tebrau. Silakan.

draft • 10:50 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 5.

draft • 10:50 AM

5. Tuan Jimmy Puah Wee Tse [Tebrau] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan apakah dasar jangka panjang kerajaan bagi menangani perubahan iklim, dan bilakah cukai karbon yang ditangguhkan akan dilaksanakan bagi memastikan Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi rendah karbon.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam untuk menjawab.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tebrau atas soalan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 10:50 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan komited untuk menangani cabaran perubahan iklim melalui pelaksanaan dasar dan strategi jangka panjang yang menyeluruh, yang selaras dengan aspirasi negara untuk mencapai pelepasan gas rumah kaca (GHG) sifar bersih menjelang tahun 2050. Di samping itu juga, untuk kita memastikan keseimbangan antara kelestarian alam sekitar dengan pertumbuhan ekonomi negara.

Untuk merealisasikan aspirasi itu, kerajaan telah menggariskan beberapa hala tuju ataupun dasar. Yang pertama ialah Dasar Perubahan Iklim Negara 2.0

(DPIN 2.0). Yang kedua ialah Strategi Jangka Panjang Pembangunan Rendah Karbon (LT–LEDS) serta komitmen pengurangan pelepasan gas rumah kaca negara setiap lima tahun yang dinamakan sebagai nationally determined contribution (NDC) yang telah pun dikemukakan kepada Konvensyen Rangka Kerja PBB mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) pada Oktober tahun lalu, Oktober 2025.

Melalui NDC 3.0 itu, Malaysia telah tetapkan sasaran pengurangan pelepasan GHG secara mutlak antara 15 hingga 30 juta tan karbon dioksida setara menjelang tahun 2035. Sasaran ini antara langkah penting untuk kita memperkukuhkan tindakan mitigasi perubahan iklim negara sekali gus menyokong peralihan Malaysia ke arah pembangunan ekonomi rendah karbon yang mampan dan berdaya saing.

Dalam aspek perundangan, kerajaan turut mengambil langkah untuk menggubal Rang Undang-undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) supaya kita ada kerangka perundangan yang menyeluruh untuk mengarusperdanakan tindakan mitigasi dan adaptasi perubahan iklim.

RUU ini antara lain akan memperkukuhkan mekanisme pengukuran, pelaporan dan pengesahan pelepasan GHG di samping meningkatkan ketelusan serta akauntabiliti pelaksanaan komitmen iklim negara. Pelaksanaannya juga dirangka secara berperingkat dengan mengambil kira tahap kesiapsiagaan industri agar peralihan kepada ekonomi rendah karbon tidak menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.

Tuan Yang di-Pertua, dalam aspek adaptasi perubahan iklim, NRES sedang membangunkan Pelan Adaptasi Kebangsaan (MyNAP) iaitu sebagai kerangka perancangan jangka panjang untuk kita meningkatkan daya tahan negara terhadap perubahan iklim. Pelan ini memberikan tumpuan kepada lima sektor utama secara khusus iaitu sumber air dan pesisir pantai, infrastruktur, keselamatan makanan dan pertanian, kesihatan awam serta perhutanan dan biodiversiti. Pembangunannya turut berasaskan data saintifik untuk memastikan tindakan adaptasi dapat dirancang secara lebih sistematik dan berkesan.

Dalam usaha untuk kita memperkukuh daya saing ekonomi rendah karbon pula, kerajaan telah melancarkan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan pada 21 April 2026 sebagai satu lagi kerangka strategik untuk kita bangunkan ekosistem pasaran karbon yang telus, berintegriti dan berdaya saing. Pelaksanaan ini disokong melalui kerjasama antarabangsa di bawah Artikel 6 Perjanjian Paris termasuk kerjasama dengan Republik Korea dan Singapura untuk membuka peluang pelaburan rendah karbon, pemindahan teknologi serta pembangunan kapasiti industri tempatan.

Berhubung dengan bahagian kedua― sedikit lagi, Yang di-Pertua― soalan yang berkaitan dengan cukai karbon. Perkara ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan (MOF). Walau bagaimanapun, NRES akan terus memberikan kerjasama dan input teknikal untuk memastikan pelaksanaan sebarang instrumen yang berkaitan dengan penetapan harga karbon adalah selaras dengan dasar serta komitmen perubahan iklim negara.

Sebagai kesimpulan, kerajaan akan terus memperkukuh pelaksanaan dasar kerangka perundangan dan mekanisme pasaran yang saling melengkapi bagi memastikan usaha untuk menangani perubahan iklim dilaksanakan secara menyeluruh, terancang dan juga berkesan. Pendekatan ini penting bukan sahaja untuk kita memenuhi komitmen perubahan iklim negara di peringkat global tetapi juga untuk meningkatkan daya tahan negara, merancakkan pelaburan hijau serta memastikan Malaysia kekal kompetitif dalam peralihan ekonomi global ke arah rendah karbon.

Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Tebrau. Soalan tambahan.

draft • 10:50 AM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Ya. Seperti sedia maklum, salah satu kesan utama bila ada perubahan iklim ialah kenaikan suhu dan secara langsungnya akan lebih banyak insiden pembakaran terbuka. Dalam keadaan negara sekarang yang sedang berdepan dengan masalah jerebu rentas sempadan sehinggalah sekolah-sekolah di Johor terpaksa ditutup sehingga hari Jumaat, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian. Apakah langkah jangka panjang kerajaan untuk memperkukuhkan kerjasama ASEAN, khususnya dengan negara Indonesia supaya masalah pembakaran terbuka dan pencemaran udara ini tidak terus berulang setiap tahun? Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 10:50 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Terima kasih, Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tebrau atas keprihatinan. Walaupun sedikit lari daripada soalan, tetapi saya faham ini adalah isu semasa. Dan benar, bahawa salah satu daripada kesan utama perubahan iklim ini ialah berlakunya kenaikan suhu dan juga bencana-bencana yang kita dapat lihat sekarang.

Justeru, Tuan Yang di-Pertua, kita mesti memandang serius isu jerebu rentas sempadan yang terus berulang dan memberikan kesan kepada kesihatan, kepada kesejahteraan rakyat. Sekarang tutup sekolah dan sebagainya. Saya mengulang semula apa yang telah pun dijawab oleh Yang Berhormat Menteri kepada Yang Berhormat Tanjong Manis pada 6 Oktober yang lalu, yang mana telah sebutkan bahawa Malaysia akan terus memperkukuhkan kerjasama dua hala dengan Indonesia, manfaatkan mekanisme ASEAN untuk memastikan ada tindakan pencegahan pengurusan jerebu yang dilaksanakan secara lebih berkesan dan berterusan.

Daripada aspek kerjasama dua hala, Malaysia telah adakan rundingan secara langsung dengan Indonesia termasuk perbincangan Yang Berhormat Menteri bersama Menteri Lingkungan Hidup Indonesia pada 24 Oktober 2026. Susulan daripada rundingan itu, maka Malaysia telah menawarkan bantuan pemadaman kebakaran melalui operasi water bombing, penggunaan pesawat amfibi dan operasi pembenihan awan yang telah dipersetujui oleh Kerajaan Indonesia pada 18 September 2026.

draft • 10:50 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Di peringkat ASEAN pula, Malaysia telah membentangkan dua cadangan utama semasa Mesyuarat Ke-27 Sub-Regional Ministerial Steering Committee

(MSC) mengenai pencemaran jerebu rentas sempadan di Bali, Indonesia pada Julai iaitu mekanisme diplomasi sains dan juga dana jerebu mampan. Kedua-dua cadangan ini Yang di-Pertua, sedang diteliti oleh sekretariat ASEAN dan akan terus di bincang dalam Mesyuarat Berkaitan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan dan akan menambah baik— akan ditambah baik memperkukuhkan pelaksanaan perjanjian tersebut untuk kita realisasikan Visi ASEAN Bebas Jerebu Menjelang 2030 di bawah Second ASEAN Haze–Free Roadmap 2023–2030.

Pada tahun 2027, Malaysia akan menjadi pengerusi dan tuan rumah Mesyuarat Ke-28 MSC tadi, Sub-Regional Ministerial Sub-Committee Meeting, di mana kita akan terus memanfaatkan platform ini untuk kita kukuhkan semangat kebersamaan, kebertanggungjawaban di kalangan negara-negara anggota ASEAN.

Jelas bahawa pendekatan ini memang tidak hanya bergantung kepada satu pihak dan bukan menuding jari kepada mana-mana pihak tapi kita nak pastikan supaya setiap negara melaksanakan tanggungjawab masing-masing melalui kerjasama, perkongsian maklumat dan tindakan pencegahan yang lebih berkesan.

draft • 11:00 AM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Justeru Tuan di-Pertua, keutamaan kerajaan ialah untuk memastikan kerjasama serantau ini diterjemahkan kepada tindakan yang nyata di lapangan, khususnya dalam mencegah kebakaran di punca, memperkukuh sistem amaran awal serta mengurangkan risiko kejadian jerebu rentas sempadan yang berulang demi melindungi kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Menteri. Silakan Yang Berhormat Kuala Krai— maaf. Pengkalan Chepa. Maaf. Maaf, maaf, silap.

draft • 11:00 AM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebelum ini kerajaan menjelaskan bahawa perlu kepada masa yang banyak untuk memuktamadkan penggubalan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan dan juga Akta Perubahan Iklim.

Soalan saya, apakah kriteria garis masa yang jelas terhadap pelaksanaan dan fasa untuk memformulasikan dasar secara menyeluruh? Adakah ada daya usaha untuk mengekalkan daya saing dan ketahanan di pihak industri bagi memastikan piawaian mengikut ketetapan pasaran karbon antarabangsa dan bagaimana dasar ini kelak tidak menjejaskan daya saing syarikat tempatan itu sendiri? Mohon jawapan Timbalan Menteri.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Terima kasih Tuan di-Pertua. Terima kasih pada Pengkalan Chepa atas soalan tersebut. Dia agak umum (general), besar dan saya rasa penting kerana ada kaitan di antara satu sama lain, khususnya apabila kita menyebutkan tentang satu dasar yang jelas yang merangkumi berkenaan dengan perubahan iklim, berkenaan dengan daya ketahanan dan sebagainya.

Pertamanya, yang berkenaan dengan Rang Undang-undang Perubahan Iklim Negara secara khususnya, (RUUPIN) sebagaimana yang saya sebutkan tadi, segala persiapan sedang dilakukan Tuan di-Pertua, untuk kita membentangkan rang undang-undang ini dalam masa yang terdekat.

Masih ada beberapa libat urus yang perlu dilakukan bersama, khususnya dengan Kerajaan Negeri Sarawak untuk kita selesaikan tapi kita menjangkakan supaya ia nya dapat dibawa kepada peringkat Jemaah Menteri seberapa awal dan dapat dibentangkan dalam sesi pada kali ini.

Justeru, apa kaitannya dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa tadi? Kita ada satu masa yang jelas sebenarnya iaitu antara yang kita kena yakin, pertama, kita mahu memang ada kerangka perundangan, yang itu yang pertama. Sebab itu kita mahu cuba dapat sokongan penuh daripada semua Ahli Yang Berhormat supaya ia nya diluluskan seberapa awal.

Yang kedua ialah kita ada Pelan Mitigasi dan Adaptasi ataupun MyNAP.

MyNAP ini ialah pelan yang memberikan dukungan di bawah Rang Undang-undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) dan kemudian dapat memastikan ada pelaksanaan mitigasi dan adaptasi ke arah perubahan iklim. Dan insya-Allah, itu akan dilaksanakan pada suku kedua 2027 supaya kita dapat ada satu pelan yang menyeluruh.

Di samping itu, berkaitan juga dengan industri. Saya percaya bahawa antara perkara yang kita kena lihat ialah bukan hanya dari segi perundangan— kerangka perundangan tetapi juga dari segi pembangunan ekonomi. Justeru, industri kita minta juga walaupun mementingkan tentang ekonomi tetapi tidak boleh mengesampingkan kelestarian alam.

Dalam konteks itu, kita ada beberapa insentif yang telah diberikan kepada pihak industri ya berkaitan dengan cukai dan sebagainya supaya ia nya menjadi insentif ataupun dorongan kepada mereka, di samping kita juga nak memberikan keyakinan bahawa industri-industri ini tidak akan terjejas, khususnya kepada industri- industri tempatan. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang keenam. Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Haji Kamal bin Ashaari, Yang Berhormat Kuala Krau.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor 6.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

6. Tuan Haji Kamal bin Ashaari [Kuala Krau] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan langkah pemantauan dan intervensi kementerian bagi memastikan Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) menyelesaikan bayaran tebusan syer tertunggak kepada lebih 9,000 anggota, termasuk menetapkan garis masa pembayaran yang jelas.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 11:00 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Krau di atas soalan yang dikemukakan pada pagi ini. Dato’ Yang Di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sentiasa mengambil perhatian akan kepentingan Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF), khususnya dalam memastikan hak dan kemaslahatan anggota terus terpelihara.

Dalam hal ini, KUSKOP melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memberikan perhatian serius terhadap kedudukan kewangan, tadbir urus dan kemampuan operasi KPF supaya koperasi ini terus berada dalam keadaan yang sihat, berdaya maju serta mampu memenuhi tanggungjawabnya kepada anggota.

Sehubungan itu, beberapa langkah pemantauan dan intervensi telah dilaksanakan, termasuk melalui Jawatankuasa Task Force (JTF) yang dianggotai wakil FELDA, SKM dan KPF sendiri. Jawatankuasa ini berperanan menyelaras serta menyelaras pelan pemulihan dan hala tuju KPF, khususnya melalui penyusunan semula aset serta pelaburan, pengukuhan tadbir urus dan penambahbaikan model perniagaan.

Antara inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan bagi meningkatkan kecairan serta keupayaan kewangan KPF adalah seperti berikut. Pertamanya, pelupusan ekuiti Syarikat Kumpulan FGV yang melibatkan lapan syarikat dengan nilai perolehan sebanyak RM229.8 juta. Keduanya, pelupusan Ladang Samarahan secara keseluruhan atau separa dan keempat— dan ketiga, pelupusan sebahagian aset hartanah secara berfasa.

Dato’ Yang di-Pertua, usaha pemulihan ini juga adalah selari dengan model perniagaan yang baharu yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 7 Julai 2026, khususnya perubahan model perniagaan FGV Palm Industries daripada kaedah tolling kepada model komersial yang berpotensi di unjur menjana tambahan pendapatan sebanyak RM42 juta kepada KPF. Langkah ini penting bagi memperkukuh sumber pendapatan koperasi secara mampan, di samping meningkatkan keupayaannya untuk menyelesaikan tuntutan penembusan syer anggota.

Dato’ Yang di-Pertua, dalam hubungan ini, KUSKOP melalui SKM telah memberikan perhatian terhadap penyelesaian tuntutan penebusan syer anggota yang masih tertunggak. Pemantauan secara berterusan dilaksanakan bagi memastikan KPF mengambil langkah sewajarnya untuk meningkatkan peningkatan kedudukan aliran tunai, di samping memberikan keutamaan kepada pembayaran kepada kes-kes kritikal dan mendesak seperti keperluan kesihatan, pendidikan, urusan keagamaan serta kes mahkamah.

KUSKOP melalui SKM kekal komited untuk memastikan segala langkah pemulihan dan penstrukturan semula KPF dilaksanakan secara berkesan dengan kerjasama FELDA serta pihak berkepentingan. Usaha ini adalah selaras dengan sasaran yang ditetapkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri I selaku Menteri yang bertanggungjawab kepada FELDA supaya proses penstrukturan semula KPF dapat dimuktamadkan selewat-lewatnya pada akhir tahun 2026 ini. Sekali gus, membolehkan penyelesaian baki tuntutan penebusan syer anggota dilaksanakan secara teratur dan berperingkat tanpa menjejaskan kedudukan kewangan serta kelangsungan operasi koperasi KPF. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Kuala Krau, soalan tambahan.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih Yang di-Pertua.

Bunyi suara Timbalan Menteri itu tak berapa sihat. Soalan tambahan saya, memandangkan kementerian melalui SKM telah mewajibkan KPF mengemukakan laporan kewangan tahunan sejak 2024, apakah perkembangan sebenar pelaksanaan pelan pemulihan tersebut khususnya jumlah tunggakan yang telah berjaya diselesaikan?

Dan, apakah kementerian bersedia menetapkan satu jadual pembayaran ke sasaran penyelesaian mengikut suku tahun dipantau bagi mengambil kira tuntutan daripada 9,000 anggota yang baru ini membuatkan demonstrasi di pejabat berkenaan? Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 11:10 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau.

Sebenarnya jumlah yang disebutkan oleh Yang Berhormat 9,000 itu, sebenarnya dia lebih daripada itu, 12,000 untuk pengetahuan. Cuma sekarang ini memang kita sedang melaksanakan beberapa pelan pemulihan. Sebahagian pelan pemulihan itu telah pun dicapai melalui Jawatankuasa Task Force yang telah pun diwujudkan, yang mana dianggotai oleh FELDA dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan wakil KPF sendiri.

Dalam pelan pemulihan itu, telah ditetapkan tiga kaedah seperti yang sebutkan tadi iaitu untuk pelupusan syer lapan syarikat daripada FGV telah pun dilaksanakan iaitu dengan jumlah RM229— lebih kurang RM229 juta telah pun dilupuskan ataupun dicairkan. Tetapi ia nya telah pun digunakan sebahagian daripada jumlah itu Yang Berhormat untuk kita menjelaskan tuntutan penebusan syer yang dilakukan oleh anggota-anggota koperasi KPF.

Tetapi dua lagi kita punya pelan pemulihan yang telah dicadangkan oleh JTF sendiri ialah pelupusan ladang Samarahan secara keseluruhan ataupun separa dan ketiga, pelupusan sebahagian aset hartanah yang banyak dimiliki oleh KPF seperti shop lot, kemudian beberapa bidang-bidang tanah juga sedang dalam proses pelupusan dan ini sedang dalam dilaksanakan. Ini antara pelan pemulihan yang sedang dilaksanakan oleh KPF sendiri.

Mengenai jumlah tuntutan sebenar adalah sebanyak sudah melebihi separuh ya— Lebih daripada yang telah pun dijelaskan dan tinggal lagi separuh lah. Cuma jumlah sebenar yang saya nyatakan mungkin dalam RM200 juta lebih baki. Yang sebahagian tuntutan ialah RM400 juta lebih dan RM200 juta lebih telah pun dijelaskan, tinggal RM200 juta lebih yang belum dijelaskan Dato’ Speaker.

Ini akan dijelaskan dengan menggunakan pelan-pelan pemulihan yang telah kita persetujui. Bahkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun bersetuju bahawa dengan pelan perniagaan baru, model perdagangan baru yang harus diadaptasi digunakan oleh KPF itu akan dapat memberikan unjuran keuntungan RM42 juta setiap tahun.

Maknanya apa, KPF ini mempunyai potensi begitu besar sebenarnya untuk dipulihkan. Bahkan dapat menjana keuntungan yang akhirnya dapat menjelaskan bukan hanya tuntutan daripada anggota KPF sendiri tetapi juga ialah untuk menjana pendapatan yang akhirnya dapat memberi manfaat kepada anggota-anggota KPF itu termasuk isu-isu pelaburan yang telah pun dibuat itu mungkin ada juga serba sedikit yang perlu kita lihat.

Tetapi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersama-sama dengan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap FELDA itu juga telah menyatakan pelan pemulihan harus kita laksanakan, model perniagaan harus kita buat. Itu adalah dapat diunjurkan keuntungan. Dan, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Speaker, telah memuktamadkan bahawa KPF harus memuktamadkan dia punya penstrukturan semula ini by the end of this year. Dia kena selesaikan segala tuntutan-tuntutan yang telah dilaksanakan oleh semua anggota-anggota KPF. Sekian dan terima kasih Dato’ Speaker.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Pilah.

draft • 11:10 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah tindakan penguatkuasaan boleh diambil oleh SKM sekiranya berlaku penyelewengan, salah guna kuasa atau kelemahan tadbir urus oleh Anggota Lembaga Koperasi (ALK) sehingga menyebabkan kerugian kepada koperasi dan menjejaskan kepentingan anggotanya? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 11:10 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih kepada saya, Yang Berhormat Kuala Pilah. Dato’ Speaker, koperasi pada hari ini berhadapan dengan macam- macam cabaran dan kadang-kadang ia nya melibatkan soal keyakinan anggota itu.

Pertamanya, dari segi pengurusan, good governance, pentadbiran memainkan peranan yang cukup penting. Tetapi satu hal lagi adalah kadang-kadang berlakunya penyelewengan, salah guna kuasa dan macam-macam berlaku di kalangan koperasi ini.

Kadang-kadang yang akan menjejaskan keyakinan anggota koperasi kita, disebabkan SKM amat menitikberatkan soal good governance dan juga urus tadbir yang baik terhadap koperasi-koperasi itu kerana kita tidak mahu ada sebarang penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dilakukan oleh kalangan anggota koperasi ataupun Ahli Lembaga Koperasi. Yang menyeleweng, yang akhirnya akan menjejaskan perniagaan koperasi, menjejaskan kemaslahatan anggota yang lain.

Itu sebabnya apabila ada apa-apa tindakan penyelewengan yang berlaku di bawah Akta SKM Akta Koperasi 1993 Dato’ Speaker, telah menggariskan dengan jelas bahawa tindakan-tindakan yang kita ambil adalah seperti kita akan menjalankan pemeriksaan di bawah seksyen 64 Akta 502 sekiranya berlaku, kita akan— Sekiranya perlu, kita akan buka kertas siasatan di bawah seksyen 45 Akta 665. Di bawah SKM ini Dato’ Speaker, kita punya jawatankuasa ataupun unit penguat kuasa undang-undang dan mereka ada kuasa di bawah akta ini untuk memulakan siasatan dan membuka kertas siasatan.

Yang keduanya, kuasa di bawah seksyen 69(1), (3) Akta 502 iaitu memecat Anggota Lembaga Koperasi.

Yang ketiga, menggantung atau memecat daripada mana-mana jawatan Anggota Lembaga Koperasi di bawah seksyen 69, akta yang sama. Membubarkan Anggota Lembaga Koperasi juga kita boleh laksanakan di bawah akta yang sama.

Membekukan akaun bank koperasi juga boleh. Mengkompaun koperasi juga boleh.

Tapi, itu adalah kuasa-kuasa di bawah Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan juga Akta Koperasi 1993, tetapi kita kadang-kadang ada aduan itu beyond our jurisdiction.

Kalau ini berlaku Dato’ Speaker, kita akan bekerjasama dengan agensi- agensi penguat kuasa undang-undang yang lain seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM). Bersama-sama dengan PDRM juga kita bekerjasama. Sekiranya ada mana-mana aduan itu melangkaui bidang kuasa yang ada pada SKM dan ini telah kita lakukan dalam beberapa kes-kes yang lepas termasuk juga dengan LHDN, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Ini semua agensi di mana mereka melaksanakan penguatkuasaan undang-undang, kita bekerjasama dengan baik dengan semua agensi ini, Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah atas soalan tambahan, terima kasih Dato’ Speaker.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang ketujuh. Dipersilakan Yang Berhormat Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien, Yang Berhormat Julau.

draft • 11:10 AM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Terima kasih, nombor saya nombor 7.

draft • 11:10 AM

7. Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [Julau] minta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada terdapat peningkatan kekerapan penerbangan AirBorneo dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak dan Sabah serta apakah langkah kerajaan untuk memastikan kapasiti penerbangan mencukupi dan tambang kekal berpatutan khususnya bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Pengangkutan untuk menjawab.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 11:10 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Julau, bagi rangkaian laluan antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, syarikat penerbangan AirBorneo telah memulakan perkhidmatan penerbangan komersial berjadual bagi sektor Kuching–Kuala Lumpur pada 20 Julai 2026. Perkhidmatan ini beroperasi dengan kekerapan 14 penerbangan seminggu menggunakan pesawat berbadan kecil, narrow body jenis B737–800 yang berkapasiti 162 tempat duduk.

Tambang kelas ekonomi ialah RM375 sehala termasuk hidangan dan elaun bagasi. Manakala tambang kelas perniagaan bermula daripada RM800 sehala dengan mekanisme dynamic pricing termasuk hidangan dan elaun bagasi serta tertakluk kepada permintaan dan ketersediaan tempat duduk. AirBorneo mempunyai perancangan strategik untuk menambah dan memperkenalkan laluan baru secara berperingkat tertakluk kepada unjuran permintaan pasaran dan ketersediaan pesawat. Operasi perkhidmatan ini dilaksanakan sepenuhnya atas kapasiti komersial menggunakan pembiayaan dalaman AirBorneo tanpa melibatkan sebarang suntikan subsidi daripada pihak kerajaan.

Bagi memastikan kapasiti penerbangan pada tahap optimum dan struktur tambang kekal kompetitif, khususnya bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak, Kerajaan Persekutuan telah memeterai perjanjian interim, perkhidmatan udara luar bandar atau rural air services (RAS) bersama AirBorneo pada 18 Disember 2025 dan akan tamat pada 31 Disember 2026. Perjanjian baharu RAS sedang dimuktamadkan dan dijangka akan ditandatangani pada akhir tahun ini.

draft • 11:10 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Perjanjian ini memberi mandat kepada syarikat penerbangan tersebut untuk menyediakan jaringan perkhidmatan udara yang menghubungkan kawasan pedalaman di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bagi menjamin kelangsungan perkhidmatan RAS ini, Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan subsidi tahunan berjumlah RM209 juta kepada AirBorneo bagi menampung keseluruhan kos operasi perkhidmatan tersebut.

Dari segi aspek penentuan tambang pula, kadar tambang perkhidmatan RAS adalah tertakluk kepada mekanisme harga siling. Ketetapan harga siling adalah berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada 20 Julai 2011 dan kekal berkuat kuasa sehingga kini. Struktur harga siling tersebut merupakan harga asas (base fare) dan tidak merangkumi komponen cukai fi lapangan terbang serta surcaj bahan api. Bagi keseluruhan 39 laluan RAS, harga siling tambang asas adalah antara RM30 hingga RM243 bergantung kepada laluan.

Caj lain yang tidak termasuk dalam harga siling ialah surcaj RM50 bagi pesawat ATR, surcaj RM20 bagi pesawat Twin Otter dan caj perkhidmatan penumpang (PSC) RM11 bagi lapangan terbang bukan STOLport. Sebagai operator RAS di bawah kerangka operasi perkhidmatan, public service obligation (PSO), AirBorneo terikat secara perundangan untuk tidak menaikkan kadar tambang melebih harga siling yang telah ditetapkan.

Kerajaan melalui Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang bertindak selaku penasihat, pentadbir dan pengurus RAS akan melaksanakan pengawasan berterusan terhadap pematuhan operasi RAS, penilaian semula terhadap struktur harga siling akan dijalankan dari masa ke semasa bagi menjamin kebolehcapaian perkhidmatan udara di kawasan luar bandar pada kadar tambang yang munasabah dan mampu milik. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Julau, soalan tambahan.

draft • 11:20 AM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Terima kasih Timbalan Menteri. Adakah terdapat penurunan dalam jumlah keseluruhan penerbangan ke Sarawak yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan seperti MAS, AirAsia, Batik Air dan Scoot susulan pengenalan AirBorneo dan bagaimanakan kementerian memastikan persaingan yang semakin meningkat dalam sektor penerbangan tidak menyebabkan kenaikan harga tiket serta menjejaskan keyakinan, kekerapan dan kesinambungan perkhidmatan penerbangan untuk rakyat Sarawak.

draft • 11:20 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Menteri, sila jawab.

draft • 11:20 AM

Dato' Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Jadi, pada masa ini Yang Berhormat, tentang penurunan jumlah penerbangan dan sebagainya, yang nyata apabila harga minyak sekarang naik, memang ada penurunan. Memang ada penurunan tetapi syukur juga dengan adanya AirBorneo ini tadi juga dapat menambah jumlah penerbangan.

I cannot give you the figures exactly, we will give you in writing dan juga berkenaan dengan dari segi the other ones just now you ask fasal apa nama, fasal penurunan itu memang adalah disebabkan oleh minyak, harga minyak yang meningkat dan dari segi keseimbangan ini tapi takpe lah, dengan adanya AirBorneo ini juga, dengan harganya yang agak stabil pada masa ini.

Jadi, banyaklah perubahan di mana tambang syarikat yang lain menurunlah dengan adanya kemasukan AirBorneo, stabilise the harga penerbangan, terutama sekali the economy. Penerbangan bahagian seat economy, ada stabilisation-lah on the harga. Jadi, rasanya itu yang saya dapat–– mungkin, Dato' Yang di-Pertua.

Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:20 AM

Dato' Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, bila saya suruh Yang Berhormat bangun? Duduk Yang Berhormat, duduk. Silakan Yang Berhormat Jerantut.

draft • 11:20 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, terima kasih kepada Timbalan Menteri dengan jawapan yang telah diberikan tadi. Saya membaca satu artikel berkenaan dengan amaran daripada AirBorneo berkenaan dengan kegiatan menjual semula tiket tanpa kebenaran melalui platform pihak ketiga yang boleh menyebabkan pengguna dikenakan harga yang lebih tinggi dan caj yang tersembunyi.

Memandangkan isu ini berpotensi menjejaskan akses rakyat kepada pengangkutan udara, apakah tindakan penguatkuasaan yang telah diambil oleh kementerian melalui MAVCOM dan juga CAAM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk menyiasat dan membendung kegiatan tersebut.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 11:20 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Perkara ini yang sebenarnya Yang Berhormat adalah dalam pengetahuan CAAM juga perkara ini sekarang sedang pun berbincang dengan kementerian dan juga airlines. Kita tak mahulah ada third party.

Kita sudah ada merasa sebelum ini, ada satu syarikat penerbangan juga yang mana third party juga pandai menjual tiket dan kadang-kadang merugikan penggunalah sendiri. Jadi insya-Allah, perkara itu sedang dalam perbincangan dan untuk memastikan ia nya tidak berlaku dan kalau apa-apa yang patut diambil tindakan, tindakan juga akan diambil ya. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kelapan. Dipersilakan Tuan Fathul Huzir bin Ayob, Yang Berhormat Gerik.

draft • 11:20 AM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor 8.

draft • 11:20 AM

8. Tuan Fathul Huzir bin Ayob [Gerik] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan status cadangan penanaman hutan melibatkan orang asli dan penduduk tempatan dalam syarikat atau pelaksana program bagi pihak kerajaan.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam untuk menjawab.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Gerik, sahabat saya kepada soalan yang berkaitan dengan penanaman hutan melibatkan orang asli dan penduduk tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, NRES melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) menggalakkan penglibatan orang asli dan penduduk tempatan di Semenanjung dalam aktiviti penanaman dan pemulihan hutan. Untuk Sabah dan Sarawak, penglibatan komuniti tempatan dalam aktiviti yang sama dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui jabatan dan agensi berkaitan.

Cuma saya nak kaitkan pendekatan ini sebenarnya selaras dengan Dasar Perhutanan Malaysia yang penting juga untuk kita menekankan pengurusan hutan kita secara berkekalan sambil kita ambil kira aspek sosioekonomi dan juga kesejahteraan komuniti.

Kenapa penting? Kerana dasar ini, dia terkait dengan alam khazanah negara kita yang tidak ternilai. Melalui alam inilah kita dapat udara bersih, kita dapat habitat yang baik, flora dan fauna, kejadian ciptaan Allah SWT. Jadi, kita kena jaga. Sebagai tanggungjawab kita dan ini adalah terkait dengan perkara tersebut di samping kita juga ada obligasi perjanjian-perjanjian alam sekitar pelbagai hala di peringkat antarabangsa seperti contohnya UNFCCC yang berkaitan dengan climate change, kemudian CBD (Convention on Biodiversity) dan lain-lain dan penting juga ialah termasuk komitmen kita untuk mengekalkan 50 peratus daripada kawasan litupan hutan dan pokok di Malaysia. Jadi bermakna kita ada satu tanggungjawab yang besar.

Yang Berhormat Gerik dan Tuan Yang di-Pertua, di Semenanjung Malaysia, penglibatan orang asli dan penduduk tempatan dalam penanaman hutan dilaksanakan melalui Program Buyback Guarantee tapak semaian orang asli oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang sejak tahun 2021 iaitu di Tasik Chini, di Cameron Highlands— kawasan Yang di-Pertua dan juga di Janda Baik. melalui program ini, komuniti orang asli terlibat dalam mencari, menyemai dan menjaga anak benih spesies hutan di tapak semaian komuniti. Anak pokok itu kemudiannya dibeli bagi kegunaan program restorasi dan juga penghijauan semula kawasan hutan.

Pendekatan ini memberi peluang kepada komuniti untuk terlibat secara langsung dalam program pemulihan hutan di samping mewujudkan sumber pendapatan kepada komuniti tersebut. Selain itu, orang asli dan penduduk tempatan juga turut dilibatkan dalam program penghijauan Malaysia sejak tahun 2021.

Di Sabah, selaras dengan Teras 5 – Dasar Hutan Sabah 2018, menekankan kesejahteraan sosial. Jabatan Perhutanan Sabah telah melibatkan penduduk tempatan dalam aktiviti penanaman, pembinaan tapak semaian dan juga pemulihan hutan di bawah Projek Perhutanan Masyarakat (PPM) dan sebagai kontraktor pelaksanaan program restorasi melalui Projek Sustainable Forest Management. Salah satu contoh program restorasi hutan di Sabah ialah Penubuhan Komuniti Nurseri Kampung Tampenau, Kampung Tampenau. Betul ya? Silam, Lahad Datu yang melibatkan 114 penduduk kampung dalam penyemaian, penjagaan dan pembekalan kira-kira 200,000 anak pokok bagi Projek Forest Rehabilitation of Orangutan Habitat at Lower Kawag, Ulu Segama Forest Reserve.

Begitu juga program-program yang dilaksanakan di peringkat negeri yang lain contohnya di negeri— Kerajaan Negeri Sarawak juga melalui Jabatan Hutan Sarawak melibatkan komuniti tempatan dalam inisiatif Forest Landscape Restoration dan Greening Sarawak Campaign serta pembangunan ladang hutan oleh syarikat- syarikat pemegang lesen untuk hutan tanaman.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Penglibatan komuniti setempat merangkumi penyediaan anak benih, penanaman penyelenggaraan dan pemantauan kawasan tanaman serta pengurusan tapak semaian. Bukan sahaja untuk sokong usaha pemulihan dan penghijauan tetapi juga membuka peluang pekerjaan dan penglibatan komuniti dalam sektor perladangan hutan khususnya di luar bandar.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Yang Berhormat, secara ringkasnya penglibatan orang asli dan komuniti tempatan dalam penanaman dan pemulihan hutan dilaksanakan di seluruh negara.

Melalui pelbagai pendekatan yang turut memberi manfaat sosioekonomi kepada komuniti dan kita akan terus memperkasakan penglibatan komuniti sebagai rakan strategik dalam usaha kita untuk pemulihan dan pengurusan hutan secara berkekalan. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Gerik.

draft • 11:30 AM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bagi soalan tambahan saya Puan Yang di-Pertua, saya mengambil kira situasi yang berlaku di daerah Hulu Perak dan Parlimen Gerik.

Dengan kesan-kesan pembalakan yang berlaku, adakah sebenarnya kerajaan ada mengambil bon ataupun deposit apa-apa bagi mewajibkan syarikat pembalakan ini supaya dia ada kerja-kerja pemulihan hutan ini dapat dilaksanakan dan pastikan pokok yang ditanam juga adakah ia pokok yang betul-betul mengikut hutan-hutan di Malaysia yang sesuai dengan habitat hidupan liar contohnya.

Kerana apa yang berlaku di Gerik sekarang ini seolah-olah penanaman hutan tersebut tidak berlaku.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

draft • 11:30 AM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Jadi, apakah tindakan kerajaan tentang perkara ini?

draft • 11:30 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Terima kasih, Yang Berhormat Gerik atas soalan tambahan yang agak spesifik juga. Pertamanya berkenaan dengan sama ada, ada bon ataupun deposit kepada syarikat-syarikat pembalakan. Saya tak ada maklumat tentang perkara ini saya akan dapatkan maklumat untuk makluman Yang Berhormat tetapi sebenarnya dari segi syarikat-syarikat pembalakan ini mereka memang perlu memberikan komitmen untuk membuat tanaman semula. Cuma betul, apakah kita ada kaedah untuk kita memastikan supaya perkara itu berlaku. Saya yakin perlu ada tetapi saya akan buat semakan.

Yang kedua, yang berkenaan dengan apakah tanaman-tanaman ataupun spesies yang dipastikan ataupun ditanam. Sekali lagi saya tak ada maklumat spesifik. Tetapi dari segi program-program secara khususnya mengikut kawasan itu ada, contohnya kalau saya boleh ambil di sini masalahnya tak ada di Gerik, ya ini di Pahang. Kalau di Pahang, di Kuala Kubu Bharu saya ambil contoh di Kuala Kubu Bharu ada program penanaman pokok sempena Program Plogging Pelestarian Alam Air Terjun Lata Medang, Semarak Kasih Bersama Komuniti Orang Asli di Kampung Orang Asli Pertak. Yang ini penanaman pokok daripada spesies kapur, merawan, kancing, meranti, tembaga dan merbau.

Jadi, saya yakinlah sebenarnya supaya penanaman spesies ini kita melakukannya dengan terperinci bukan hanya secara semberono untuk mana-mana spesies tanaman. Untuk makluman, dapat jawapan sedikit daripada pegawai tadi tentang bon. Benar ada, kita ada ambil bon ataupun deposit untuk kerja-kerja penanaman semula dan itulah jawapannya.

Jadi, saya rasa insya-Allah tadi kalau kita perlukan jawapan terperinci, saya akan berikan kemudian kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Batu Pahat.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih, Puan Yang di- Pertua. Soalan saya kepada soalan tambahan kepada Timbalan Menteri, program penanaman semula hutan bukan sahaja bertujuan untuk memulihkan alam sekitar, malah berpotensi menjadi sumber pendapatan kepada masyarakat orang asli.

Jadi, soalan saya adakah kementerian mempunyai perancangan untuk menyediakan latihan teknikal dan bantuan modal kepada komuniti orang asli dan penduduk tempatan supaya mereka dapat mengusahakan tapak semaian, membekalkan anak pokok serta menjalankan kerja-kerja penanaman dan penyelenggaraan hutan secara berterusan.

draft • 11:30 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Yang Berhormat rakan saya, Batu Pahat. Dari segi bantuan program pelaksanaan untuk orang-orang asli khususnya ini, pertamanya saya nak sebut secara umum bahawa semua projek ini, program-program yang dilaksanakan alhamdulillah telah pun meningkatkan taraf hidup, menaikkan, menjana pendapatan bagi mereka dan juga sebenarnya mencipta peluang pekerjaan.

Kita ambil contoh sepertimana yang berlaku di beberapa tempat, program di Semenanjung Malaysia. Kalau kita ambil contoh Program Buy Back Guarantee Negeri Pahang, penyertaan daripada kalangan peserta orang asli, orang asal dan penduduk tempatan di Tasik Chini, di Cameron Highlands, Janda Baik yang terkini di Pekan dan di Rompin memang ada penyertaan daripada peserta-peserta orang asli dan memberikan manfaat ekonomi. Daripada jumlah pokok contohnya kalau di— kita ambil contoh di Tasik Chini dahulu, jumlah pokok dia 94,050 pokok dan jumlah bayaran ialah RM398,766.

So, ada pendapatan dan memberikan juga ruang pekerjaan kepada pihak orang asli dan orang tempatan. Jadi apa pun, ada pun ada persoalan dengan latihan yang dilaksanakan, saya ambil maklum dan saya akan memberikan juga jawapan secara bertulis kepada pihak Yang Berhormat Batu Pahat sekiranya ada latihan- latihan yang diberikan. Saya yakin juga ada tetapi saya harap insya-Allah supaya perkara itu dapat benar-benar memberikan satu upskill kemahiran yang lebih meningkat untuk pihak orang asli dan juga orang tempatan. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:30 AM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Puan Timbalan Yang di-Pertua, boleh benarkan saya mengalu-alukan kedatangan rombongan daripada Parlimen Beruas.

Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Puan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai senarai pembahas Belanjawan 2027 peringkat dasar yang akan diumumkan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 13 Oktober 2026.” Terima kasih.

draft • 11:36 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 11:36 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 11:36 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 11:36 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2027 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2027

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2027 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”.

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh lima bilion ringgit (RM85,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2027, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2027, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 22 Tahun 2026, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran- butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [9 Oktober

draft • 11:36 AM

2025] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Baik. Ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah bahawa rang undang-undang bernama suatu akta bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2027 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibacakan Kali Yang Kedua sekarang dan masalah bahawa Usul di atas nama Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah Majlis sekarang. Kedua-dua masalah tersebut terbuka untuk dibahas.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bermulanya perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2027.

Sebelum saya memanggil Yang Berhormat untuk berucap, saya ingin memaklumkan bahawa Yang Berhormat Ketua Pembangkang diperuntukkan selama 90 minit untuk perbahasan, diikuti Ahli daripada Pengerusi Backbenchers adalah 60 minit diperuntukkan dan seterusnya 15 minit bagi pembahas-pembahas yang lain. Ketua- ketua parti atau wakilnya pula akan diberikan masa 20 minit.

Senarai pembahas adalah seperti berikut, YB. Larut, YB. Sekijang, YB.

Padang Besar, YB. Ipoh Timur, YB. Temerloh, YB. Igan, YB. Labuan, YB.

Penampang, YB. Jelutong, YB. Permatang Pauh, YB. Tenom, YB. Hulu Selangor dan YB. Sipitang. Sekarang saya menjemput Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Larut.

[Tepuk]

draft • 11:36 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Dimulai kalam dengan mengangkat kalimah tahmid setinggi- tinggi pujian dan syukur ke hadrat Allah SWT. Tuhan sekalian alam untuk kita bersama-sama membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan yang mulia ini.

draft • 11:39 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Sebelum itu, saya ingin mengambil kesempatan ini sekali lagi bagi pihak keluarga besar Ahli-ahli Parlimen pembangkang. Saya menzahirkan rasa dukacita mendalam atas kepulangan Bonda Negara Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali ke rahmatullah. Salam takziah buat negarawan terulung Tun Dr.

Mahathir Mohamad dan seluruh keluarganya.

Tuan Yang di-Pertua, saya memulakan perbahasan ini dengan mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat dan seluruh rakyat Malaysia menghayati dan mengambil ibrah daripada firman Allah menerusi Surah An-Nisa ayat 58, mafhumnya, “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, hendaklah kamu menetapkannya dengan adil”. Ayat ini mengingatkan kita bahawa kuasa pemerintahan bukan suatu keistimewaan untuk dibanggakan. Tetapi, merupakan amanah yang wajib dipertanggungjawabkan yang akan dihitung di akhirat kelak.

Dalam konteks perbahasan hari ini, tanggungjawab ini digalas kerajaan apabila seseorang diberikan kuasa, dia bukan sekadar diberikan kedudukan, dia diberikan amanah untuk menentukan arah membina masa depan dan meninggalkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang diwarisnya.

Yang Amat Berhormat Tambun, beliau sebut dalam ucapan dia Jumaat lalu bahawa ukuran belanjawan bukan pada tebal dokumen itu, bukan pada besarnya peruntukan atau banyaknya pengumuman, tetapi apakah Malaysia yang kita serahkan kelak kepada generasi seterusnya lebih adil daripada Malaysia yang kita warisi.

Maka, kami mengukur Belanjawan 2027 ini dengan neraca kata-kata Yang Amat Berhormat Tambun sendiri. Apakah belanjawan ini mampan dan sejauh mana ia berupaya menterjemah pertumbuhan berganda kepada masa depan ekonomi negara demi generasi akan datang.

Daripada keseluruhan RM510 bilion yang diperuntukkan untuk belanjawan, hasil tahun depan dianggarkan bernilai RM380.8 bilion. Dengan belanja mengurus sahaja mencecah RM376.8 bilion iaitu 99 peratus daripada hasil kerajaan. Ini bermakna, setiap RM1.00 hasil kerajaan, hanya satu sen digunakan untuk tujuan pembangunan.

Sebab itu, saya ingin mengajak Dewan ini melihat Belanjawan 2027 bukan sekadar sebagai dokumen kewangan tahunan, tetapi sebagai satu ujian terhadap janji dan wawasan seorang Perdana Menteri. Yang Amat Berhormat Tambun menyebutnya sebagai waad. Saya hendak mengingatkan Yang Amat Berhormat Tambun tentang satu komitmen yang pernah beliau sendiri umumkan di dalam Dewan yang mulia ini.

Ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 pada 11 September 2023. Yang Amat Berhormat Tambun menyatakan bahawa kerajaan komited, saya ulangi bahawa beliau menyatakan kerajaan komited untuk membelanjakan sekurang-kurangnya RM90 bilion setahun bagi perbelanjaan pembangunan DE, itu komitmennya. Saya hendak peringatkan Yang Amat Berhormat Tambun, itulah waad engkau bermula di situ.

Mengapa saya membangkitkan perkara ini, kerana komitmen itu menunjukkan bahawa Yang Amat Berhormat Tambun faham betapa pentingnya perbelanjaan pembangunan dalam melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara demi pembangunan jangka panjang Malaysia.

Namun di sebalik waad tersebut, Yang Amat Berhormat Tambun secara konsisten selama empat tahun, selama empat tahun konsisten berturut-turut memperuntukkan jumlah perbelanjaan pembangunan yang kurang daripada komitmen RM90 bilion yang beliau sendiri iaitu beliau sendiri yang buat. Itu waad, itu janji dia. RM84 bilion pada tahun 2024, RM81.9 bilion pada 2025 dan RM81 bilion pada tahun lalu dan dalam belanjawan ini pula, RM83 bilion untuk perbelanjaan pembangunan iaitu 7.8 peratus rendah daripada penanda aras RM90 bilion. Di mana projek pembangunan yang dilaksanakan, kebanyakannya adalah projek warisan serta penyelenggaraan.

Kalau temanya menggapai di langit, kita mesti tahu ke mana hendak dituju.

Kalau mahu mengakar di bumi, kita juga mesti tahu bagaimana akar itu hendak diperkukuhkan. Dalam konteks ini, perbelanjaan pembangunan mesti diberikan keutamaan.

Perbelanjaan mengurus juga aspek penting untuk memastikan tadbir urus negara berjalan lancar, gaji guru dan doktor mesti dibayar, sekolah dan hospital mesti beroperasi, keselamatan mesti dipelihara dan bantuan kepada rakyat yang memerlukan mesti diteruskan, itu kita faham.

Tapi Belanjawan 2027 ini menyaksikan perbelanjaan mengurus naik 11.41 peratus berbanding 2026. Apabila saya teliti peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihanraya, saya tengok perbelanjaan, apabila saya teliti peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihanraya, ia mengembang. Jadi, kita fahamlah sebab itu saya rasa perbelanjaan atau bajet pada tahun ini, hanyalah diberikan banyak manis-manis yang telah diumumkan. Kita fahamlah tu, tahun depan pilihan raya, mungkin.

Tuan Yang di-Pertua, ataupun selepas bajet ini, itu pun kalau diluluskan.

Bantuan pada hari ini boleh menyelamatkan keluarga yang kesempitan, waktu ini manakala pembangun yang dirancang dengan baik, boleh mencipta peluang pekerjaan dan tingkatkan pendapatan.

Mereka yang lapar, kita berikan ikan, tapi kalau kita berikan mereka joran, mengajar untuk menangkap ikan, di mana tempat menangkap ikan, insya-Allah ia lebih bermakna. Pembangunan adalah pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi.

Kita mesti cipta enjin pertumbuhan ekonomi agar dapat memacu kekayaan negara dan seterusnya memastikan kemakmuran ini dikongsikan bersama. Itulah yang menjadi wawasan kepimpinan, saya nak peringatkan kepada Dewan yang mulia ini, itulah yang merupakan wawasan kepimpinan terdahulu.

Tun Dr. Mahathir Mohamad, membangunkan sektor perindustrian sebagai catalyst kemajuan negara hingga lahirnya PLUS Highway, KLIA, KLCC, MSC, PROTON dan banyak lagi. Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi membangunkan pembangunan ekonomi Wilayah. Manakala Dato’ Seri Najib Tun Razak membangunkan connectivity dan melahirkan program Transformasi Ekonomi antaranya PAN Borneo, LRT, MRT, ECRL, ETP, GTP dan rantaian 5G.

Kita survive, today, hari ini kita survive kerana kepimpinan terdahulu berpandangan jauh ke hadapan.

draft • 11:40 AM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Larut.

draft • 11:40 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Mereka mewariskan kepada kita asas kenegaraan yang kukuh, khususnya dari segi ekonomi dan perancangan.

draft • 11:40 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Sebab itu hari ini kita survived macam-macam. Ekonomi dunia hari ini terancam, kita boleh survived kerana perancangan yang dilakukan oleh pemimpin- pemimpin yang berwawasan sebelum ini.

[Tepuk]

draft • 11:50 AM

Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Larut, setelah empat belanjawan oleh PMX, apakah projek pembangunan yang strategik, yang menjadi catalyst kepada pertumbuhan ekonomi yang berimpak besar dan yang berpanjangan, yang boleh menyebabkan kita survive masa depan yang telah diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun?

draft • 11:50 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Kita survived— kita gunakan perkataan itu adalah kerana perancangan awal yang dilakukan oleh pemimpin- pemimpin sebelum ini. Tetapi selepas hampir lima tahun Yang Amat Berhormat Tambun, saya risau kerajaan yang akan datang yang akan mengambil alih kerajaan ini akan tersepit atau terhimpit dengan macam-macam masalah kerana tidak nampak langsung sesuatu yang boleh memberikan kelegaan, keselesaan untuk masa depan.

Sebab itu saya fikir— betul, seperti apa yang Indera Mahkota...

draft • 11:50 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Larut...

draft • 11:50 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...sebutkan tadi, kena ada perancangan sebab untuk menyelamatkan generasi yang akan datang.

draft • 11:50 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ringkas je, Larut. Setuju tak Larut bahawa “menggapai di langit” ni Tambun tak nampak kerana sekarang ni musim jerebu? Apa pandangan Larut?

draft • 11:50 AM

[Dewan ketawa]

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Dia dah jadi Perdana Menteri— dia dah jadi Perdana Menteri dah hampir lima tahun. Takkan lah tak nampak selama lima tahun. Jadi— ini, Hulu Terengganu ni kacau sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, kita perlu kembali kepada realiti ekonomi negara.

Realitinya kita sebagai negara membangun harus fokus dan penekanan perlu diberikan kepada enjin pertumbuhan ekonomi. Itu harus diberikan keutamaan.

Kerajaan menekankan defisit fiskal Persekutuan bagi 2027 disasarkan turun kepada 3.3 peratus daripada KDNK. Kita mengakui bahawa usaha mengawal defisit adalah penting. Itu kita akui. Tiada siapa yang mahu negara belanja tanpa kawalan. Setuju.

Namun, angka defisit Persekutuan bukan keseluruhan gambaran kedudukan kewangan sektor awam. Dalam unjuran fiskal 2027, defisit sektor awam disatukan atau consolidated public sector dianggarkan sebanyak RM162.1 bilion. Ini bersamaan tujuh peratus daripada KDNK. Jadi, kadang-kadang kita tengok jangan tengok satu angka. Kita tengok kedua-duanya. Sebab itu kita mahu pertumbuhan ekonomi benar-benar bermakna dan kesannya dirasai rakyat. Sebagai kerajaan, inilah tanggungjawab yang perlu dilunaskan.

Realiti kos sara hidup kekal tinggi, ini realitinya. Angka cantik atas kertas tidak mencerminkan perit, jerih, dan kepayahan rakyat di bawah sana. Saya ucapkan tahniahlah kepada kerajaan kerana meneruskan dan memperluaskan beberapa inisiatif seperti STR, SARA, Program Jualan RAHMAH untuk membantu rakyat dalam menghadapi tekanan kos sara hidup. Tapi kita juga mesti ingat, adakah dengan bantuan ini sudah mencukupi untuk kerajaan menyelesaikan masalah kos sara hidup yang membelenggu rakyat.

Saya teringat akan ketika saya menjadi Menteri KPDNKK, domestic trade. Ketika itu saya juga telah pun berusaha dan menamakan satu program jualan rakyat.

Sama seperti apa yang dilakukan oleh kerajaan hari ini. Dan saya nak memperingatkan sebenarnya kalau kita nak lakukan ini, yang paling penting adalah enforcement supaya semua kadar harga dapat dilihat sebagai sesuatu yang konsisten, yang stabil supaya rakyat dapat menikmatinya. Bukan hanya semata- mata dengan satu program sudah cukup. Bukan Jualan RAHMAH itu sudah cukup.

Kerajaan mungkin bangga dengan kadar pengangguran yang menurun tapi ia tidak menyelesaikan isu underemployment. Dan pekerjaan berkemahiran rendah yang tidak sepadan (mismatched) dengan pendidikan yang diterima.

Kerajaan juga gemar memperagakan kadar inflasi yang turun. Tetapi 1.9 peratus inflasi pada Ogos tidak bermakna harga turun. Saya nak bagi contoh. Sebab itu saya kata tadi sebenarnya enforcement ini harus kita lihat.

Orang kampung saya dia seronok sebab dia kata dia dapat kutip pucuk paku hantar ke Chow Kit tapi ramai kawan-kawan student yang nak beli, nak masak sayur— bukan hanya apa, pucuk paku dia kata RM5 sudah naik hampir RM10. Apa nak jadi ni? Jadi, bermakna di mana letaknya itu? Maknanya, the supply chain, logistic, semua itu harus dilihat keseluruhannya. Itulah realiti yang sebenarnya. Jadi, realitinya harga barang tidak turun selepas naik. Yang berlaku cuma harga itu meningkat dengan kadar lebih perlahan. Dia naik perlahan-lahan. Bahkan, dalam kebanyakan barangan harian, harganya melambung tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, ini yang saya cakap. Mahupun di mana-mana saya cakap, tengok kepada realiti yang sebenarnya. Jangan hanya syok, seronok dengan angka yang muluk-muluk di atas kertas sahaja. Sebab itu kita perlu mengukur ekonomi dengan ukuran—pertama, saya nasihatkan Yang Amat Berhormat Tambun.

Pertama, kita harus lihat bagaimana rakyat ada ataupun tidak food on the table. Rakyat ada makanan atas meja. Kemudian, kalau ada rakyat makanan di atas meja, bermakna kita juga harus lihat money in the pocket. Maknanya, rakyat mesti ada wang untuk berbelanja. Dan akhirnya, shelter, tempat tinggal untuk mereka selamat hidup dalam negara kita ini.

Rakyat hidup berdasarkan harga barang yang mereka bayar setiap hari.

Mereka lihat harga beras, ayam, ikan, minyak, kos sewa rumah, kos pendidikan, kos pengangkutan, dan bil utiliti. Ini adalah merupakan ukuran sebenar untuk mendengar denyut nadi rakyat. Tanya kepada rakyat. Lepas bayar semua tu, berapa duit poket yang tinggal.

Insya-Allah, saya yakin kalau kita tanya sebegitu rupa, bayar banyak mana, apa pun gula-gula yang diberikan, rakyat tahu untuk memilih siapa pemimpin yang sebenarnya di masa hadapan, insya-Allah. Tapi kalau tak tanya, bagus juga. Supaya kami lebih mudah untuk kempen pilihan raya nanti, insya-Allah.

draft • 11:50 AM

[Dewan Tepuk]

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Senyumlah sikit, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, sebab itu tadi saya tekankan pemimpin perlu ada wawasan. Pemimpin perlu ada kebolehan untuk mencipta enjin pertumbuhan ekonomi dengan melonjakkan pertumbuhan KDNK kepada dua digit untuk kita benar-benar menjadi “Asian Tiger”. Betul, ketika ini, hutang langsung Persekutuan berada pada paras RM1.38 trilion ringgit. Dan jika dicampur dengan jaminan kerajaan sebanyak RM248 bilion, jumlah kedua-dua sahaja sudah mencapai kira- kira RM1.63 trilion.

draft • 11:50 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tetapi kita tidak boleh menilai hutang berdasar besar kecil angkanya. Kita mesti menilai tujuan hutang itu dibuat, ke mana dibelanjakan? Jika digunakan untuk infrastruktur, merangsang pelaburan swasta, cipta pekerjaan berkualiti, hutang akan menjadi instrumen kepada pembangunan ekonomi.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat.

draft • 12:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tapi, jika hanya digunakan untuk tampung perbelanjaan, bayar ketirisan, itu kita sedang pindahkan beban sekarang kepada generasi akan datang.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat, kerajaan sekarang ini dipimpin oleh mereka yang ketika berada di sini, bercakap tentang mengurangkan defisit hutang dan sebagainya. Tentu kalau kita lihat bajet yang di bentang ini, menuju kepada aras demikian. Saya terima hakikat bahawa bajet adalah untuk mengurus defisit, Yang Berhormat Speaker. Tetapi mengurangkan defisit bukan satu-satunya tujuan bajet. Apatah lagi jika berhutang untuk pembangunan seperti apa dikatakan oleh Yang Berhormat Larut.

US pada satu ketika dulu obses pada tahun 80-an, 90-an, obses untuk mengurangkan bajet tapi kita lihat— mengurangkan defisit. Tetapi kita lihat defisit USA sekarang ini lebih daripada 12 peratus daripada KDNK. Jadi maknanya perlu satu imbangan antara defisit dan juga bagi mengurus pinjaman bagi keperluan- keperluan yang mendesak apatah lagi negara kita Malaysia yang memerlukan dana untuk membangun sektor ekonomi, enjin ekonomi, pembangunan dan sebagainya.

Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat ke arah itu? Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Inilah yang kita katakan falsafah ekonomi. Sekarang ini kita adalah merupakan negara membangun. Jadi, kita harus melihat caranya. Jangan hanya memikirkan satu falsafah semata-mata iaitu nak mengurangkan defisit sahaja. Sepatutnya sebagai pemimpin kita harus memikirkan tanggungjawab kita untuk membangunkan atau membesarkan cake economy kita ini supaya ia dapat kita tinggalkan kepada generasi akan datang ekonomi yang lebih besar, jadi bagaimana caranya?

Jika kita nak, saya tidak mahu melihat seperti apa yang dilakukan sekarang ini seolah-olah kita lakukan business as usual. Kita tunggu, ini sistem tax kita, kita dapat revenue, kita khaskan 99 peratus daripadanya bayar OE, hanya satu peratus pembangunan tak cukup, jadi kita gunakan GLC, GLIC sebagainya untuk menampung, untuk menentukan pembangunan. Ini adalah sesuatu strategi yang sebenarnya tidak baik untuk masa depan semata-mata seperti itu.

Sebab, saya nak bagi tahu. Kalau hasil negara tidak bertambah, dari mana datangnya sumber untuk membiayai pembangunan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Kita perlu beralih daripada pemikiran yang hanya menumpukan pada pengagihan peruntukan kepada pemikiran yang memberi tumpuan kepada penciptaan nilai. Yang ini harus kita berikan.

Jadi, kalau kita nakkan sesuatu yang lebih baik, kita fikirkan banyak perkara- perkara new wealth, kita create-kan sesuatu yang lebih baik. Kita cari resources yang ada dalam negara kita ini, kita berikan tumpuan supaya dapat menampung atau untuk membayar hutang-hutang kita yang sudah membengkak begitu besar sekali.

Ini yang sepatutnya kita berikan tumpuan, bukan semata-semata untuk melihat defisit bajet semata-semata. Ini yang saya mahu supaya kerajaan dapat menilai semula akan keadaan ini.

Tuan Yang di-Pertua, sistem percukaian negara mesti jelas sebagai contoh.

Kita tidak mahu hari ini sistem ini— saya tanya baru beberapa hari yang sudah, saya tanya kepada Timbalan Menteri Kewangan, dia jawab “Ya, lebih kurang...”. Tidak boleh membiarkan soal polisi yang seperti ini kabur kerana dunia perniagaan memerlukan kepastian untuk merancang harga, kos pengeluaran, pelaburan dan rantaian bekalan. Ini mesti dilakukan dengan jelas.

Dan dalam bajet yang ada hari ini, tak sebut pun kedudukannya bagaimana.

Sebab itu saya persoalkan saya kata, “Saya dengar Bagan Datuk mahu berikan penekanan supaya GST mesti digunakan. Kaedah GST mesti digunakan...”. Tetapi nampak gayanya daripada segi sistem melalui bajet yang kita lihat hari ini, ia tidak jelas. Jadi saya fikir, saya ingin sentuhlah kepada Yang Amat Berhormat Tambun tentang isu ini.

*Kalau padi katalah padi, Jangan sampai tertampi-tampi; Kalau nak GST buatlah GST; Tidak rakyat ternanti-nanti.

[Tepuk]* Ini nampak macam going towards that direction tetapi tak mahu sebut nak guna GST, malu, malu, sebab hari tu kita kata tak mahu. Kerajaan, wah tak mahu.

Masa jadi pembangkang tak mahu, tak mahu, sekarang— Eh, sebenarnya GST ni baik, jadi kita cuba buat gini, buat gitu akhirnya jadi juga GST. Namakanlah GST, apa salahnya.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat Larut.

draft • 12:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ya.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Dia memang ke arah itu, apabila diumumkan oleh Tambun, PM dan Menteri Kewangan, dia kata element of GST itu akan diterap dalam SST sekarang, yang ada sekarang ini, kerana dia kata ada elemen-elemen yang baik. Jadi, memang betullah Yang Berhormat Tambun mereka terlanjur komited dengan satu stand politik untuk menolak GST. Sebab itu SST yang ada sekarang, diubahsuai dinamakan sebagai GST hibrid untuk menerap elemen- elemen baik GST di dalam SST yang ada sekarang ini. Jadi its political decision, lebih kepada penerapan nilai, sistem tax yang lebih baik.

draft • 12:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Larut, sikit lagi sambungan daripada Beluran. Jadi, saya ingat hibrid-hibrid ini kereta aje hibrid, kereta— rupanya cukai pun ada hibrid. Cuma persoalannya masa SST, masa GST enam peratus, SST lapan peratus, dikatakan SST itu lebih zalim daripada GST. Ini matematik mana dia pakai oleh MADANI. Saya tak faham, apa pandangan Larut.

draft • 12:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Kita tidak boleh melihat semata- mata atas angka itu. Tapi yang penting kepada kita adalah konsepnya sehingga akhirnya menjadi sesuatu sistem yang baik, sebab itu terpaksa— SST itu tak baik, maka sebab itu dia terpaksa ambil elemen-elemen GST itu digabungkan untuk menjadikan satu sistem yang baru.

Timbalan Menteri jawab ketika soalan saya, dia kata, “Orang tak buat, jadi kita nak buat. Kita yang mencipta sesuatu sistem yang lebih baik daripada orang luarlah...”. Itu pada— bila saya terima jawapan itu, saya fikir itulah yang ingin dimaklumkan kepada kita semua.

draft • 12:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Larut.

draft • 12:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yang mudahnya simple, yang mudah sekali.

draft • 12:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Larut minta mencelah.

draft • 12:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yang mudahnya umum ajelah satu GST, cuma kadar itu difikirkan. Tak payah malu, buat apa malu. Kadang-kadang kita ni hidup ni kalau dah salah tu mengakulah salah.

[Tepuk] Kalau dah buat benda yang tak baik dulu minta ampun. Kalau dah buat benda yang betul-betul salah yang Allah SWT marah, taubat. Jadi mudah sahaja. Jadi, mudah saja. Jadi, kalau ini boleh kita lakukan insya-Allah saya rasa selamatlah negara kita. Jadi— ya.

draft • 12:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ha, ya. Terima kasih Yang Berhormat Larut, terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana beri laluan kepada saya. Saya nak menyentuh, bila kita sebut berkenaan dengan cukai tadi, kita tengok cukai pendapatan secara tradisi tak adalah— tidak ada satu new revenue yang sedang diungkapkan, sedang dirancang oleh kerajaan.

Jadi bila macam tu, cukai yang nak dikutip ini sekarang ni disebut tadi hibrid.

Hibrid ni, adakah sedang berlaku gabungan antara SST dengan GST ini sedang menyerap untuk melihat kebaikan yang ada pada GST ini yang disebut hibrid tadi.

Jadi, apa pandangan Larut tentang hibrid GST dengan SST ini.

draft • 12:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Pendang. Sebab itu saya dah jawab tadi, saya kata saya pun tak tahu yang sebenarnya apa yang mereka nak. Depan ke belakang ke, kanan ke, kiri saya pun tahu. Dia kata dia nak gabung semua itu.

draft • 12:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jadi, jangan lakukan perkara-perkara yang seperti itu, biar jelas. Yang pentingnya, jelas supaya semua mereka yang berniaga dapat memastikan dia tahu buat forecast dia, perkiraan dia, semua itu dapat dilakukan secara yang lebih konsisten. Ha, yang ini yang kita ingin. Jadi, apa pun sebut saja, jangan bagi keliru kepada ahli-ahli perniagaan, investors sama ada daripada luar ataupun dalam supaya ia nya mudah. Rakyat juga dapat memahaminya. Cuma, angkanya itu difikirkan dahulu.

Saya nak kembali kepada apa yang saya lihat hari ini dalam bejet yang telah pun diketengahkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun. Banyak sangat digunakan GLIC-GLIC semua itu, banyak digunakan. PETRONAS, Tenaga Nasional, KWSP, KWAP serta Khazanah, banyak sangat yang telah pun digunakan. Saya nak peringatkan tentang sebuah kisah angsa yang bertelur emas. Tuannya tidak sabar menunggu sebiji telur sehari, lalu disembelihnya angsa itu untuk mengambil semua emas sekali gus. Akhirnya, tuannya juga yang rugi. Itu tak apa, akhirnya rakyat generasi akan depan akan menghadapi kesukaran yang lebih daripada apa yang berlaku hari ini.

Saya mahu membawa Dewan ini melihat tiga contoh, bagaimana kerajaan memperlakukan kepada angsa-angsa emas ini. Contoh pertama, Tenaga Nasional.

Dalam ucapan Jumaat lalu, Yang Amat Berhormat Tambun berkata, saya petik, “Kerajaan menaikkan aras perlindungan bil elektrik daripada 600 kilowatt-jam kepada 800 kilowatt-jam sebulan.” Pengumuman yang sebenarnya telah dibuat pada 17 September lalu, bukan baru. Pada 18 September 2026, The Edge Malaysia, akhbar The Edge menyiarkan laporan bertajuk, “TNB sheds RM1.6 billion market cap after agreeing to absorb subsidy for domestic users”. Ha, keluar tajuk ini.

Sebaik sahaja pasaran mengetahui bahawa TNB dipaksa menanggung RM150 juta akibat pengumuman kerajaan— saya nak maklumkan RM150 juta ini jumlahnya tidaklah besar sangat, tetapi dia menakutkan. Akibatnya, para pelabur hilang keyakinan, lalu menjual saham TNB secara besar-besaran sehingga RM1.63 bilion nilai pasaran atau market cap TNB lebur dalam satu petang saja. Just satu petang selepas pengumuman itu, jatuh daripada 77.64 bilion kepada 76.01 bilion.

Ini bermakna diskaun elektrik tersebut sebenarnya siapa yang bayar? Yang bayarnya adalah pemegang unit amanah saham, pencarum KWSP dan mereka yang sebenarnya adalah merupakan akhirnya adalah merupakan rakyat Malaysia juga.

Jadi, kalau— satu lagi saya— jadi kalau yang TNB itu akhirnya rakyat tahu ha, saya yang mencarum KWSP, harga saham merudum yang membabitkan pemegang saham seperti KWSP dan banyak lagi tabung amanah dan PNB, banyak lagi— jadi akhirnya, siapa yang rugi? Rakyat juga yang rugi.

Jadi, saya nak bagi contoh yang kedua pula. Kumpulan Wang Persaraan

(Diperbadankan) (KWAP) iaitu merupakan tabung persaraan penjawat awam. Yang Amat Berhormat Tambun beberapa kali menyebut nama KWAP dalam pembentangan Belanjawan 2027. Antaranya, KWAP akan membiayai RM750 juta untuk kediaman siswa, Vista Kampus; RM1 bilion Dana Iklim, pelaburan semikonduktor bersama Khazanah, Dana Perintis untuk syarikat mula niaga dan pemacu untuk syarikat pertengahan, Dana UNIVC untuk penyelidikan universiti.

Tuan Yang di-Pertua, KWAP ini matlamatnya adalah untuk menjaga supaya duit itu diperbesarkan untuk membantu masa depan membayar pensioners, membayar pencen kepada mereka yang boleh menerimanya atau yang layak menerimanya. Jadi, yang nak suruh KWAP pergi buat asrama ini apa fasal? Di mana pulangannya? Saya kadang-kadang hairan, sebab itu— terima kasihlah Senator Timbalan Menteri Kewangan yang hadir bersama ini.

draft • 12:10 PM

Beberapa Ahli

MK II.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

MK II.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Menteri Kewangan II, minta maaf.

Timbalan pula, marah dia.

draft • 12:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Larut, sekali lagi Larut.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ya?

draft • 12:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

KWAP ini. Setuju? Boleh?

Terima kasih Larut. Sepanjang yang saya tahu, KWAP ini adalah GLIC, government- linked investment companies. Adakah satu tindakan luar tabii yang menjarah duit KWAP untuk bina kampus pelajar-pelajar? Apa pandangan Larut? Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasihlah Hulu Terengganu.

Yang ini yang saya persoalkan. Jadi, saya nak ingatkan kepada kerajaan, KWAP bukan Bank Pembangunan. KWAP wujud untuk satu tujuan sahaja, membayar pencen. Mandatnya ialah pulangan yang selamat untuk pesara-pesara. Jadi, jangan buat lagi. Hari itu dah ada kesalahan sedikit, tak apalah, sedikit. Melabur RM163.4 juta dalam eFishery, sebuah syarikat akuakultur di Indonesia. Jadi, Yang Amat Berhormat Tambun memberitahu bahawa KWAP menjadi mangsa penipuan.

Saya nak jelaskan di sini Yang Amat Berhormat Tambun, lain kali maklumkan kepada KWAP, jangan invest directly seperti itu. Dia sepatutnya dia invest kepada semua the investment bankers, banyak ada. Jadi, kita tengok bagaimana nak melabur portfolio-portfolio itu, jangan buat direct yang seperti itu. Akhirnya, terpaksa kita datang ke Parlimen kata, saya minta maaf kerana kita ditipu.

Jadi, senanglah kalau begitu. Ini bukan salah Yang Amat Berhormat Tambun, saya tahu. Tapi maknanya tatakelola, kita pastikan the governance untuk KWAP ini.

Sebab kalau terlalu mudah sangat ha, engkau buat pembangunan untuk asrama, buat gini, buat gitu, dia menyebabkan mereka fikir boleh lakukan secara direct investment seperti itu.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat Larut, Kota Bharu.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ya.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat menyebut banyak mengenai GLC, GLIC kita yang kerajaan menjarah ataupun menggunakan untuk tujuan-tujuan yang tak sepatutnyalah, tak sesuai dengan fungsinya. Bagi saya, itu okey lagilah sebab banyak GLC, GLIC ini dia ada CSR, Corporate Social Responsibility.

Saya nak tanya Yang Berhormat Ketua Pembangkang, dalam ucapan bajet baru ini, bukan GLC, GLIC, satu jabatan kerajaan pun telah digunakan untuk menyediakan kemudahan di kampung-kampung. Jabatan pula Jabatan Peguam Negara, Attorney General’s Chambers diminta supaya menyediakan kemudahan di Kampung Jilid 8 di Kuala Muda, Kedah seperti padang bola, jeti nelayan, mesin ATM BSN untuk manfaat penduduk kampung.

Apa kena-mengena ini? AGC diminta membuat pembangunan di kampung.

Tak tahulah, padang bola ini, Kuala Muda ini saya takut di Parlimen Sungai Petani, kawasan Menteri Sukan, tak tahu lah. Saya rasa Sungai Petani kut.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Oh ya?

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tak tahu lah, betul ke?

Apa hal ini berlaku begini? Pelik, pelik.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya ingat— saya tak tahu lah jawapan yang sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, apa yang dipersoalkan oleh Kota Bharu. Tapi mungkin, trust deficit ini menyebabkan mereka terpaksa turun bawah main bola, betulkan.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jadi, sebab itu kut. Saya pun hairan, AGC ini patut kerja dia lain. Tapi, kalau dah Kota Bharu dah persoalkan benda ini, saya pun pelik juga. Biarlah.

Tapi, yang saya hairannya, sepatut tak payah masuklah dalam bajet. Dia bangga benda ini. Yang ini yang menyebabkan kita pun hairan semua ini. “AGC turun ke bawah main bola.” Wah, bagus. Jadi, saya mintalah, kalau boleh, kita kaji semula.

Janganlah bagi AGC macam itu. AGC ini dia pergi benda yang betul-betul. Jangan masuk campur banyak sangat benda-benda yang macam ini sehinggakan orang dah kurang percaya.

draft • 12:20 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Sikit ya. Larut, saya tengok apa yang berlaku sekarang ini ialah sistem kita seolah-olahnya cacamerba.

Tak ada satu sistem yang teratur, tersusun. Termasuk sistem percukaian yang berbagai. Kemudian, GLC dan GLIC dipergunakan.

Saya tengok— termasuk pagi tadi apa yang disebut tentang MARA. MARA nak buat universiti pula. Hospital. Sorry. Nak buat hospital. Sebelum ini kita tengok RISDA buat kolej. Fungsi lain dan dia buat perancangan di luar fungsi sebenar penubuhan. Saya fikir ini akan menimbulkan cacamerba yang berpanjangan kalau sekian sistem tak betul.

Pada pandangan Larut lah, untuk membetulkan semula sistem, kita ada satu formula. Mungkin formula itu boleh diberitahulah.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih.

[Ketawa] Kubang Kerian, saya nak maklumkan. Yalah, dulu kita ada kawan yang formula dekat sini.

Dia dah tak ada ini, kita kena jumpa dia dekat luar sana tanya dia formula-formula apa.

Cuma, saya nak maklumkan, sepatutnya the-whole-government policy― the- whole-government policy ini bermakna polisi kerajaan keseluruhannya ini, dia kena tengok. Yang ini, tanggungjawab orang ini. Yang ini, tanggungjawab badan ini. Yang ini, tanggungjawab department ini. Dia tak boleh campur aduk lagi dah. The-whole- government policy itu. Insya-Allah, nanti bila kita jadi kerajaan ini, kita perbetulkanlah benda ini.

[Tepuk] Satu lagilah― PETRONAS. PETRONAS sepanjang pemerintahan Yang Amat Berhormat Tambun ini membayar dividen kepada kerajaan sebanyak RM40 bilion pada tahun 2023, RM32 bilion pada tahun 2024 dan juga tahun 2025.

PETRONAS juga akan membayar RM27 bilion dividen bagi tahun 2026 dan RM32 bilion bagi tahun 2027. Lima belanjawan dirangkumkan, RM193 bilion.

Pada 6 Julai lalu, jawapan bertulis Kementerian Kewangan menyatakan bahawa dividen PETRONAS tahun ini hanyalah sekitar RM20 bilion iaitu lima percent hingga enam peratus daripada hasil, dan hasil berkaitan petroleum akan susut kepada 12.5 peratus. Ini adalah maklumat yang kita dapat. Dia kata dividen PETRONAS tahun ini hanyalah sekitar RM20 bilion iaitu lima hingga enam peratus daripada hasil, dan hasil berkaitan petroleum akan susut kepada 12.5 peratus.

Tiga bulan kemudian, buku Belanjawan 2027 mendedahkan RM27 bilion, tambahan RM7 bilion dan RM32 bilion untuk tahun depan. 60 percent lebih tinggi daripada angka yang telah pun diberitahu kepada Dewan.

Jadi, yang saya hairan ini bukan apa. Dia kata, “Kita memerlukan pelaburan yang besar untuk kita pastikan dana-dana ini digunakan bagi projek Fasa 2 LNG Kanada, Turkmenistan, Pengerang.” Ini semua telah disebut oleh Yang Amat Berhormat. Tapi, tiba-tiba saya dengar Yang Amat Berhormat Tambun berkata, “PETRONAS kini telah memulakan pembangunan 10 ekar pertama bagi menyediakan perumahan mampu milik di atas tanah rizab Melayu di Kuala Lumpur.” Allahuakbar.

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Larut.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ya.

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Minta celahan.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Siapa ini?

draft • 12:20 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Pendang, Pendang.

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Pendang. Okey, baik, terima kasih.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jadi― sebelum itu. Jadi, saya fikir PETRONAS ini dah tukar dia punya core business kah daripada petroleum industry ke projek perumahan mampu milik?

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih, Yang Berhormat Larut. RM27 bilion revenue daripada PETRONAS itu ada hak Terengganu, ada hak Kelantan, tapi itu dinafikan. Waad nasional tak berlakulah di situ.

Jadi, saya nak tanya tanggungjawab PETRONAS sekarang ini.

Persoalannya, bukankah membina rumah mampu milik ini adalah tanggungjawab kerajaan? Adakah kerajaan sekarang ini berhasrat untuk menjadikan PETRONAS sebagai pemaju perumahan mampu milik? Bukan lagi korek minyak kah apa, cari minyak kah apa, bukan lagi refinery kah apa, bukan lagi dah. Apa punya ini?

Ini lagi satu golmal, tunggang terbalik. P. Ramlee dah cerita dalam Keluarga 69. Mak kahwin menantu, menantu kahwin pak mentua. Ini dah berlaku ini sekarang ini. P. Ramlee ini memang gifted Allah bagi kepada dia. Hari ini muncul kepada Kerajaan MADANI PMX ini.

Sekian, terima kasih.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Pendang, saya tinggal 40 minit.

Cerita fasal P. Ramlee, cerita kahwin ini apa fasal?

Jadi, saya nak masuk kepada topik di mana pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Tambun, contohnya, pelaksanaan gaji minimum. Saya nak ingatkan, gaji minimum ini bagus tapi kita kena lihat dulu. Baru-baru ini kita dah umumkan daripada RM1,500 naik RM1,700. Kemudian, RM1,700 naik kepada RM2,000, walaupun ia akan berlaku pada bulan enam. Saya nak peringatkan, ini adalah kerana Yang Amat Berhormat Tambun maklumkan bahawa kepada syarikat PMKS yang RM50 juta ke bawah dikecualikan daripada naikkan gaji RM2,000 gaji minimum.

Saya nak maklumkan, PMKS ini yang RM50 juta ke bawah ini banyak. Jadi, pekerja-pekerja mereka sekarang ini dah bagi tahu dah, “Saya, rumah saya, saya kerja dengan tuan, saya dapat RM1,700. Tapi, kawan saya yang bilik sebelah ini dia kerja dengan KFC, dah naik RM2,000. Tuan tolong naikkan gaji saya RM2,000.” Then, dia kata, “Saya minta maaflah, saya tak boleh nak naikkan gaji RM2,000 ini sebab kerajaan dah kata RM50 juta ke bawah dan saya termasuk dalam golongan itu.” “Kalau begitu, tuan, saya dah pun apply dan manager KFC sebelah itu dah bagi tahu dengan saya, “Mari sinilah kita bagi gaji RM2,000”.” Menyebabkan yang tadi itu dah tak cukup pekerja. Dia buat tawaran supaya orang bekerja, semua orang tak nak sebab semua orang nak gaji yang RM2,000.

Jadi, saya takut ini akan membabitkan the cascading effect kepada PMKS tadi.

Begitu juga dengan mereka yang dah dapat gaji RM2,000 ini. Dia datang, “Eh, kawan ini baru masuk RM2,000. Saya dah dua tahun, RM2,000, tuan. Dia naik RM300. Jadi, saya pun kena naiklah. Kawan saya yang bawah saya RM1,700 dah naik RM2,000. Saya dah RM2,000 tiga tahun. Jadi, saya juga naik RM300— RM2,300.” Akhirnya, manufacturing sectors ini menyebabkan kos itu akan bertambah.

Saya tahu bahawa ini baik untuk menentukan ramai mereka mendapat gaji yang lebih. Yang saya nak hendak ini adalah supaya PMKS ini tadi kita bantu, kita berikan inisiatif supaya inisiatif ini dapat memberikan keseimbangan dalam konteks keseluruhan kedudukan PMKS dalam negara kita. Yang itu harus kita beri penekanan. Bukan hanya semata-mata untuk menaikkan tetapi juga berikan insentif- insentif yang lain. Ini cadangan kami supaya ia tidak mengganggu perniagaan- perniagaan mereka yang memerlukan pekerja-pekerja tadi.

Jadi, kita nak, kalau boleh, insentif PMKS yang disalurkan boleh diberikan melalui PERKESO, bolehlah memberikan program-program yang lain supaya ia dapat memastikan kedudukannya stabil, tidak ada gangguan dalam kedudukan keseluruhan perniagaan yang ada dalam negara kita.

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Larut, Padang Serai. Okey, terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih kepada Larut. Bila menyentuh bab PERKESO ini, dalam ucapan bajet baru ini disebut tentang ada 40,000 orang yang akan menerima tentang caruman PERKESO yang akan disumbangkan oleh Tabung Haji. Tabung Haji akan menyumbangkan untuk caruman PERKESO kepada tok imam, siak, bilal dan sebagainya. Perkara ini tak pernah berlaku. Sebelum ini memang ada PERKESO dicarumkan dengan peruntukan khas. Tapi tahun ini digunakan daripada wang Tabung Haji. Walaupun disebut tentang bukan daripada pendeposit Tabung Haji. Kita faham, ini CSR.

Kita baru saja— dalam kita dok bincang bab berkenaan dengan hal yang berhubung kait dengan Suruhanjaya RCI Tabung Haji. Berlaku macam-macam perkara ini. Ini melibatkan tentang RM99.7 juta pendeposit di negara kita pada hari ini. Dan polisi-polisi baru pula diperkenalkan untuk kita nak pergi haji, kena masuk RM15,000 baru boleh kita masuk senarai nama untuk kita naik haji. Sebelum ini hanyalah RM1,300, RM1,500 sahaja. Sekarang RM1,500. Tiba-tiba, kita tengok pula 40,000 dari kalangan ini akan disumbangkan oleh Tabung Haji untuk sumbangan PERKESO.

Saya pun tak faham. Kita punya hutang kita ini semakin membengkak sebenarnya, makin membengkak kesenjangan. RM1.3 trilion hari ini kita tengok dan tadi kita bangkit tadi pula berkenaan dengan pembinaan Projek Vista, kampus- kampus. Sepatutnya ini ialah daripada dana pembangunan kerajaan. Kenapa pula yang disumbangkan pula daripada KWAP. Ini macam-macam, kita pun tak faham fiskal yang berlaku dalam negara kita pada hari ini. Minta ulasan daripada Larut.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Itulah. Kita nak supaya polisi kita ini biarlah konsisten, yang betul, yang baik. Jangan lakukan perkara-perkara songsang-songsang seperti ini. Kalau bukan kerja dia, jangan buatlah. Kalau dah kata benda itu salah, jangan buatlah. Kalau dah kata tak boleh, buat juga, ini yang jadi masalah kita.

Tuan Yang di-Pertua...

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Larut, sebelum pindahlah, saya— sorry-lah ambil masa sikit. Saya rasa kita bila kerajaan buat keputusan untuk naikkan gaji, kita mengalu-alukan tetapi daripada RM1,500, naik RM1,700, RM1,700 naik RM2,000.

Soalnya ialah apakah kajian telah dibuat terhadap kesan kenaikan tersebut?

Dan sebahagian besar yang kita lihat dalam negara kita ini, mereka ini jauh masih rendah. Sebagai contoh, gaji imam/bilal, RM600, RM700 je sebulan. Kita bicarakan gaji RM2,000 gaji minimum. Mereka gaji RM700, RM800 je sebulan. Bilal RM450 je sebulan dan nak bagi sumbangan pula kepada tabung PERKESO dan sebagainya.

Saya fikir satu kajian yang lengkap perlu dibuat sebelum sesuatu cadangan kenaikan gaji. Walaupun kita mengalu-alukan tapi punca kenapa gaji naik kerana kos hidup yang tinggi. Kalau itu puncanya, kerajaan perlu menyelesaikan isu kos hidup.

Bukan menambah beban kepada agensi-agensi yang tidak mampu dengan kenaikan tersebut. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih. Betul, sebab itu saya nak merangkumkan masalah ini semua ini, kos sara hidup ini, kita kena lihat semula secara komprehensif. Tidak boleh hanya oleh kerana nak naikkan, kita naikkan gaji supaya nak menampung. Bukan, kita kena tengok dari segi keseluruhannya. Yang pentingnya seperti yang saya katakan, kita kena besarkan kek ekonomi itu supaya ada food on the table, ada money in the pocket, supaya kita juga ada tempat berlindung. Itu yang harus kita lakukan. Nak buat itu, kek ekonomi harus dibesarkan.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya tengok bajet ini...

draft • 12:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Larut, sikit lagi tambah pasal naik gaji ini.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ha.

draft • 12:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey, terima kasih. Kita tengok bila berlaku kenaikan gaji, dia tak boleh lari daripada kenaikan harga barang dan juga inflasi. Kita sokong kenaikan gaji itu tapi dalam pembentangan Yang Amat Berhormat Tambun tempoh hari dalam bajetnya itu, kenapa tidak ada satu sebutan pun dana insentif bagi membantu PMKS? Kita tahu PMKS atau SME ini akan terkesan dengan kenaikan gaji yang diumumkan oleh kerajaan.

Jadi, kenapa kerajaan tidak melihat PMKS ini salah satu daripada elemen penting, hasil daripada kenaikan gaji? Dan mereka perlu ada satu insentif ataupun subsidi bagi membantu mereka sama ada enam bulan ataupun setahun supaya mereka balik sustain untuk membangunkan syarikat mereka. Sekian, terima kasih.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Pendang. Saya dah sebut benda itu Pendang. Tak apa, baguslah itu. Maknanya, bersetuju dengan apa yang ingin saya cadangkan.

Saya nak balik kepada satu masalah yang besar. Hari ini bila saya kata perkara-perkara ini, kita nak besarkan kek ekonomi kita. Kita bangga hari ini sebab investment melalui data centre banyak sangat, kita bawa masuk pelabur-pelabur luar.

Data centre yang diluluskan bagi separuh pertama tahun ini adalah sebanyak RM218.5 bilion. Sebahagian besar tajuk beritanya ialah pusat data dan kecerdasan buatan, termasuk komitmen Microsoft; RM10.5 bilion, Google; RM9.4 bilion sejak tahun 2024.

Jadi saya nak tanya, adakah wajar? Sebab penggunaan sebenar pusat pada 2025 hanya 710 megawatt? Saya nak tanya ini, jawapan bertulis Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air kepada Dewan ini pada Februari 2025, menjangka permintaannya akan naik sehingga 12.93 gigawatt pada 2030 dan 20.9 gigawatt pada 2040. Maknanya, 18 kali ganda dalam lima tahun.

Jadi, bila nak lakukan ini, berapakah sebenarnya yang kita mampu? Dan bagaimana data-data centre ini dapat memberikan benefit untuk rakyat dalam negara kita? Ya lah, ya kita lakukan sesuatu pusat data yang bernilai berbilion Ringgit, yang hanya memerlukan segelintir pekerja yang tetap. Sebab apabila siap dibina, server- nya diimport, cipnya diimport, software milik orang lain. Hakikatnya, kitalah yang membekalkan tanah, elektrik dan air kepada mereka.

Jadi, pusat data mula dijangka memerlukan 20.9 gigawatt yang saya maklumkan tadi. Saya tak menolak supaya ada pusat data ini tapi biarlah jelas syaratnya. Kena jelas, mereka mesti membayar kos penuh tenaga dan air yang digunakan tanpa disubsidi oleh kita semua. Rakyat tidak perlu membayar subsidi ini.

Mereka mesti menggunakan vendor tempatan, mestilah jurutera tempatan dan juga diwajibkan untuk memindah teknologi daripada masa ke semasa. Ini harus dilakukan.

Yang lebih membimbangkan kita, Tuan Yang di-Pertua, ialah kedaulatan data.

Yang Amat Berhormat Tambun menyebut sovereign AI cloud yang sedang dalam perancangan. Tetapi MyGovCloud ini menggunakan model hibrid dengan public cloud daripada panel yang merangkumi Amazon, Google, Microsoft dan juga Telekom Malaysia. Siapa yang pegang the encryption keys kepada dua kerajaan di cloud asing itu nanti? Sebab itu...

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat Larut.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Silakan.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Yang Berhormat Larut. Saya mendengar tadi Yang Berhormat menyebut mengenai data centre dan juga penggunaan sovereign AI cloud yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Tambun dalam masa pembentangan bajet baru ini. Mengenai penggunaan (AI) artificial intelligence, bukan nama orang. Ada orang nama AI juga.

Tapi ini AI, aplikasi artificial intelligence, kecerdasan buatan ini.

Saya nak tanya Yang Berhormat Larut, dalam negara kita ini telah lama digunakan aplikasi AI ini dan kita tidak nafi AI ini memberi manfaat yang besar kepada rakyat, kepada negara, kepada aktiviti-aktiviti ekonomi dan sebagainya.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Persoalannya di sini, di negara kita ini adakah wujud satu kawalan undang- undang ataupun disebut legal or statutory control, dibuat undang-undang dalam negara kita ini untuk mengawal penggunaan AI ini yang kita tahu kalau sekiranya tidak ada kawalan, ia nya memberi risiko yang cukup besar terhadap keselamatan hak asasi, perlindungan data peribadi, akauntabiliti undang-undang, perlindungan hak cipta dan hak intelek dan sebagainya ini.

Kalau kita tengok di Kesatuan Eropah di European Union, mereka telah wujudkan yang disebut sebagai EU AI Act, Akta AI di Kesatuan Eropah ini sejak tahun 2021 lagi dan dikuatkuasakan tahun 2024. Di Malaysia ini, apakah Yang Berhormat melihat satu risiko yang besar kalau sekiranya dalam negara kita ini sehingga ke hari ini belum ada satu control mechanism dari segi legal dan statutori ini ya? Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Tambah sedikit pencelahan, boleh ke?

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Kota Bharu...

draft • 12:40 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Berkaitan juga, okey. Apakah apa ini— kalau apa ini ikut Belanjawan 2027, kerajaan mengumumkan bantuan RM4,000 PKS untuk menggunakan AI selain latihan dan pensijilan 5,000 profesional AI.

Apakah petunjuk prestasi kerajaan pada pandangan YB bagi mengukur keberkesanan pelaburan dalam AI ini? Sejauh mana, adakah bilangan peserta, syarikat yang menerima bantuan kemudian begitu juga— apakah pelan kerajaan sebenarnya yang kita boleh harapkan untuk membantu pekerja yang tugasnya diganti oleh automasi supaya mereka boleh menjalani latihan semula ataupun mendapat pekerjaan yang baharu yang setimpal dengan pendapatan mereka sebelum ini? Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Pertamanya, tentang apa yang dibangkitkan oleh Kota Bharu, Tuan Yang di-Pertua. Saya bersetujulah kita mesti ada akta untuk memastikan segala-gala yang dilakukan dalam negara kita ini melalui teknologi AI ini sepatutnya kita dapat buat kawalan yang tertentu.

[Tepuk] Ini hari ini tak ada langsung sebab itu kita akan pastikan. Terima kasihlah Kota Bharu untuk nasihatkan kerajaan supaya adakan akta ini terlebih dahulu.

Keduanya, tentang laporan Anthropic mendedahkan operasi pengaruh komersial yang menyasarkan Malaysia lebih 1,000 akaun palsu. Laman berita palsu Malaysia Pulse dan dossier rekaan terhadap ahli politik dan pertubuhan masyarakat sivil. Ini telah pun diuar-uarkan di banyak berita di seluruh dunia. Jadi, sebab itu saya bersetuju dengan Kota Bharu dan saya minta kalau boleh kita menuntut tiga perkara:

(i) kerajaan perlu membangunkan sebuah pusat data berdaulat nasional dengan kerajaan sebagai pengguna pertama;

(ii) data sensitif kerajaan wajib disimpan di dalam negara dengan the encryption keys itu dipegang oleh agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan; dan

(iii) senarai penuh syarikat yang dikecualikan daripada Akta Keselamatan Siber dibentangkan dan Rang Undang-undang Tadbir Urus AI dengan peruntukan kedaulatan data hendaklah dibentangkan.

Jadi, ini semua adalah perkara-perkara yang kami tuntut supaya kerajaan lakukan dalam menghadapi cabaran di masa hadapan melalui teknologi AI ini. Jadi, apakah kekayaan baharu yang sebenarnya yang harus kita lihat apabila minyak dan gas berkurangan?

Kami melihat enjin pertama tentang tenaga. Yang Amat Berhormat Tambun menyebut penglibatan PETRONAS dan TNB dalam grid kuasa ASEAN. Kami mahu pergi lebih jauh. Malaysia sepatutnya melihat kembali, mempunyai hidro di Sarawak, solar di seluruh negara, gas dan kedudukan di tengah-tengah rantau ini. Kita harus lihat semua ini dan ini akan menjana sesuatu yang lebih baik.

Daripada sekadar menjual elektrik murah kepada data centre asing, saya kira lebih baik Malaysia menjadi ASEAN energy powerhouse yang lebih baik yang boleh memberikan keuntungan yang lebih besar. Tenaga yang stabil juga menuntut keberanian kerajaan untuk mempertimbangkan pembinaan reaktor tenaga elektrik berasaskan nuklear.

Saya fikir kita harus kembali kepada sesuatu yang boleh menuju ke masa hadapan yang lebih baik. Kerajaan sudah melantik MyPOWER untuk menyelaras program ini tetapi belum memilih teknologi dan belum menetapkan tarikh keputusan.

Kami menggesa kerajaan menetapkan satu pelan hala tuju dan garis masa yang jelas mulai sekarang dengan menggubal kerangka undang-undang, menubuhkan badan kawal selia yang bebas serta memasukkan pembangunan reaktor nuklear dalam perancangan tenaga negara.

[Tepuk] Ini pandangan kami kerana pembangunan reaktor nuklear ini adalah merupakan pelaburan strategik jangka masa panjang yang wajib kita lakukan jika kita mahu mencapai kedaulatan tenaga pada masa hadapan.

Enjin kedua iaitu unsur nadir bumi (rare earth element) yang kerajaan sendiri menganggarkan sumber nadir bumi bukan radioaktif negara bernilai lebih RM800 bilion. Jadi, saya nak cerita fasal khazanah ini. Khazanah ini banyak di negeri-negeri SG4— daripada Terengganu, bawa ke Kelantan, Kedah, Perlis. Ini banyak. Ini adalah khazanah REE ini. Kalau boleh kerajaan lihat kembali kerana ini boleh create— boleh memberikan keuntungan. Kita unlock khazanah ini. Kita— apa ayat unlock ini? Kita buka kunci khazanah ini. Kita buka semula kunci khazanah ini. Jangan takutlah. Apa salahnya Terengganu kaya, Kelantan kaya, Kedah kaya?

Saya tahulah.

[Tepuk] Saya tahu ini adalah negeri-negeri yang dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang sebelah sini. Takut apa? Kalau buat sekarang kita kaya, kita kongsikan. Inilah dia, kita akan kongsikan kekayaan ini bersama dan akan kita berikan seadil-adilnya kepada seluruh rakyat yang ada dalam negara kita.

[Tepuk] Jadi, RM800 bilion di bawah tanah itu fikir betul-betul. Tubuh satu badan seperti PETRONAS yang kita ingin namakan REENAS, ketahanan tenaga dan nadir bumi. Dua enjin yang boleh membiayai Malaysia selepas era petroleum ini, saya fikir boleh dijadikan sesuatu yang dipertanggungjawabkan untuk menyelamat generasi masa depan. Jadi, tidak...

draft • 12:40 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Jerantut. Sedikit tentang isu ini.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Oh, Jerantut.

draft • 12:40 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih Yang Berhormat Larut. Saya teruja dengan wawasan yang ada pada Ketua Pembangkang untuk kita menjadi ASEAN powerhouse dan inilah yang sebenarnya yang kita mahukan kepada kerajaan untuk kita mencari dana-dana baharu untuk menambahkan pendapatan negara.

Dan keberanian Larut di dalam kita membahaskan tentang kewujudan satu entiti seperti REENAS, entiti seperti pembangunan nuklear yang sekarang ini kita hanya ada TRIGA PUSPATI (RTP) sebagai satu reaktor nuklear untuk penyelidikan dan pembangunan isotop.

Jadi, apakah penataan-penataan yang dinyatakan oleh YB Ketua Pembangkang ini adalah merupakan satu waad nasional sekiranya kita menjadi kerajaan pada masa akan datang?

[Tepuk]

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

YB. Marang, dia suruh saya lakukan ini sebagai waad. Boleh kita lakukan ini sebagai waad?

[Ketawa] Insya-Allah. Ini Presiden PAS. Saya nak maklumkan kepada rakyat semua, Presiden PAS kata insya-Allah. SG4 ini esok kita dah lakukan ini. Kita kongsikan kekayaan ini secara adil untuk semua. Kita buka kunci khazanah ini dan kita berikan kekayaan untuk Malaysia bangun, boleh dibanggakan bukan hanya rakyat tetapi di seluruh dunia. Insya-Allah.

[Tepuk] Itu waad. Saya naik bulu roma saya Yang Berhormat Marang.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Larut.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya tadi tertinggal satu perkara iaitu tentang kesihatan dalam negara kita. Saya tengok dari segi bajet yang diberikan itu ada kenaikannya. Tetapi kenaikannya begitu rendah sekali. Kita faham bahawa masalahnya adalah kerana OE begitu besar telah pun diagihkan untuk OE. Yang saya nak lihat adalah beberapa isu-isu ataupun tempat-tempat yang harus dipertingkatkan, diperbaiki, harus diberikan.

Baru-baru ini, saya melawat rakan saya, Yang Berhormat Machang di Unit Neuro di Kuala Lumpur Hospital. Doktor itu memaklumkan kepada saya. Di seluruh di kawasan di sini, dia orang ini champion dari segi masalah neuro. Jadi dia kata kalau bolehlah centre yang telah diumumkan itu zaman lama dah dia kata. 70-an kalau tak silap saya.

Institut Neuro Tunku Abdul Rahman harus kita jadikan juga satu centre untuk kita jadi besarkan dan kami mencadangkan supaya kerajaan menilai semula perkara ini supaya dia menjadi satu centre neuro yang terbesar bukan hanya dalam Malaysia tetapi juga di negara ASEAN. Ini harus dilihat kembali. Insya-Allah, kalau IJN sudah ternama sehinggakan ramai orang yang menggunakannya, neuro centre ini juga insya-Allah, akan menjadi sesuatu yang ternama dan boleh digunakan oleh negara- negara ASEAN di sekitar negara kita ini. Itu yang satu.

Yang keduanya tentang perbelanjaan pembangunan untuk Kementerian Pendidikan. Saya dengar baru-baru ini kata tahun depan 70,000 kanak-kanak berusia enam tahun akan memasuki darjah 1. Bilik darjahnya dijanjikan siap tetapi di tengah-tengah sekolah yang sudah pun sesak dan peruntukan pembangunan pendidikan yang dipotong, yang hanya tinggal RM800 juta. Di manakah gurunya dan apakah persediaan untuk kanak-kanak yang setahun lebih muda daripada rakan- rakan sekelas mereka ini melihat akan kedudukan mereka di sekolah-sekolah tersebut? Jadi, saya mohonlah, saya mohon supaya dilihat kembali.

Tak timbul lagi masalah yang akhir-akhir ini sedih kita melihat. Banyak sangat perkara-perkara yang berlaku. Keselamatan untuk sekolah-sekolah tersebut. Fokus harus diberikan. Jadi, perbelanjaannya kita nak pasti supaya ia digunakan dengan baik. Pastikan anak-anak kita bukan sebab kita nak ramaikan mereka di sekolah itu tetapi keselamatan juga harus kita berikan fokus.

Jadi, saya nak maklumkan di sini. Kami akan bantu jika sekiranya kita mengambil alih. Kita bantu rakyat Malaysia. Kita bantu semua rakyat yang ingin ke sekolah ini. Insya-Allah, tidak akan ada anak Malaysia yang tercicir di menara gading semata-mata kerana mereka dilahirkan dalam keluarga yang miskin. Tumpuan akan kita berikan dan cukup jelas kita akan bantu anak-anak Malaysia untuk mendapat pendidikan yang lebih baik daripada sekolah rendah, sekolah menengah dan akhirnya ke menara gading. Insya-Allah.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri perbahasan ini, saya nak menarik...

draft • 12:50 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Larut, sebelum. Saya nak minta Yang Berhormat Larut dua perkara atau dua sektor yang paling utama, yang paling dekat dengan rakyat ini ialah pendidikan dan kesihatan. Bajet 2027 menunjukkan bahawa Yang Amat Berhormat Tambun ini tak tahulah di mana kesilapan dia. Bajet untuk pendidikan turun RM800 juta. Bajet untuk kesihatan naik tapi sekadar RM5 juta. Bajet untuk Jabatan Perdana Menteri naik RM900 juta. Jadi ini waad kah...

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, Yang Berhormat Larut.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Itu Mat Saad.

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Larut.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ya.

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Berkenaan dengan membantu anak-anak miskin ke menara gading. Saya dengar dengan tekun tadi Yang Berhormat menyebut sekolah menengah, sekolah rendah. Bagaimana dengan anak-anak miskin di SJK(C) dan SJK(T)? Sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah rendah jenis kebangsaan Cina tidak disebut.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih. Terima kasih.

Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Seorang Ahli

Tahniah, tahniah. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya ucapkan tahniahlah kepada Jelutong. Saya dah kata tadi. Saya kata, tidak ada seorang pun anak Malaysia yang layak tercicir daripada menara gading semata-mata kerana dia lahir dalam keluarga yang miskin.

[Tepuk] Jadi, kalau dia itu miskin tak kira apa bangsa, anak Malaysia kita bantu. Jadi, kalau dah tahu bahawa polisi ini baik, Jelutong sokonglah masa depan.

[Tepuk]

draft • 12:50 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Larut, Masjid Tanah. Isu kesihatan sikit sahaja. Berkenaan dengan isu kesihatan, ada hasrat untuk neurologis pakar untuk diwujudkan. Saya ingin mencadangkan kepada Larut kalau Hospital Putrajaya itu dapat dinamakan Hospital Tun Dr. Hasmah sebagai menghargai jasa Allahyarhamah dan kita lihat ini adalah satu penghargaan yang baik buat beliau. Apa pandangan Larut?

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Beginilah. Kita boleh cadangkan.

Kalau kerajaan tak buat, lain kali kita buat. Insya-Allah.

[Tepuk] Saya nak masuk ke satu isu yang agak besar. Apabila kerajaan menjemput kami semua tentang penerangan Menteri Tabung Haji, banyak orang mempersoalkan. Kita bangkang, kita persoalkan tentang mengapa mesti penerangan. Mengapa tidak ada usul untuk kita selesaikan masalah ini? Macam- macam kita bangkit dan akhirnya kerajaan kata kita nak bagi terang sahaja.

Kalau RCI setakat buat lepas itu nak terang sahaja, tak payahlah. Kami pun banyak kerja juga. Sebab itu kita fikir hari ini saya nak maklumkan. Hari ini saya nak bangkitkan tentang soal Tabung Haji yang harus difikirkan bersama. Tabung Haji ada sebuah institusi yang sangat dekat di hati setiap orang Islam dalam negara kita.

Ramai yang menjadi pendeposit seperti yang telah dikatakan oleh Bagan Serai tadi.

Sembilan juta sudah pun menjadi pendeposit.

Kalau sesuatu dasar itu baik, teruskan. Jangan kerana bertukar kerajaan, kita batalkannya. Sebagai kerajaan, kita perlu ada nilai compassionate. Kita mesti ada tadbir urus yang berperikemanusiaan. Polisi yang dibuat oleh kerajaan ini, pentadbiran kerajaan yang ada hari ini mengenakan syarat simpanan minimum RM15,000 untuk pendeposit masuk ke dalam senarai menunggu menunaikan haji berbanding RM1,300 sebulan. Amat meresahkan umat Islam di negara ini.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, mungkin Puan Yang di-Pertua tak tahu, masalahnya adalah orang kampung dia ada aset, dalam negara kita ini kebanyakan orang kampung mempunyai aset, dia ada tanah, dia ada macam-macam, kebun dan sebagainya. Tetapi kalau nak kan cash RM1,300 dia mampu letak dalam, untuk masuk dalam senarai untuk pergi haji.

Tapi, kalau nak suruh RM15,000 sekali gus, dia kata, “RM15,000 itu aku nak guna”, itu adalah wang harian mereka. Maka sebab itu, saya minta supaya Tabung Haji menilai semula tentang perkara ini. Sebab kebanyakannya hanya meletakkan nama RM1,300, itu semata-mata untuk masuk dalam senarai pergi haji. Jangan risau tentang RM15,000. Kecuali, Tabung Haji memikirkan ini adalah liquidity untuk mereka kerana masalah yang telah pun dilakukan ketika UJSB mengambil balik aset mereka itu.

draft • 1:00 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

[Bangun]

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yang ini yang saya ingin persoalkan. Kalau pun mahu membantu Tabung Haji, saya fikir, saya nak tanya, apakah wang yang telah pun ataupun skim yang telah pun digunakan oleh kerajaan untuk membantu Tabung Haji UJSB ini benar-benar membantu. Saya telah pun difahamkan bahawa wangnya tidak dikembalikan mengikut seperti perjanjian.

draft • 1:00 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Larut?

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Silakan.

draft • 1:00 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Terima kasih Larut. Saya— di tangan saya ini Tuan Yang di-Pertua, ada Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja RCI. Kalau kita rujuk muka surat 133, ini berkaitan dengan apa yang Larut sebutkan tadi, iaitu UJSB. Sepatutnya, sukuk matang untuk Siri 1 ialah pada 29 Mei 2026. Jumlah sukuk tersebut ialah RM12.5 bilion.

Bila sampai tarikh matang, bulan lima lepas, kerajaan tak bayar kepada Tabung Haji. Tujuh tahun, hampir lapan tahun menunggu yang sukuk tersebut awalnya diterbitkan, no government guarantee, non-refunded, non-tradable dan tidak ada kupon, hanya boleh menunggu tujuh tahun. Bila sampai tempoh tujuh tahun, akhirnya kerajaan tak bayar bahkan role over pula 10 tahun, satu dekad lagi. Itu baru Siri 1.

Siri kedua pula ada RM14.3 bilion. Saya yakin, kalau kerajaan ini kekal lagi untuk memerintah, sampai 2029, dia akan role over pula 10 tahun, akhirnya masalah itu dipindah ke masa hadapan.

Sebab itu, saya nak sebutkan begini Tuan Yang di-Pertua, kerajaan tak boleh selektif dalam soal melaksanakan syor RCI. Jangan hanya guna syor RCI untuk modal kempen pilihan raya semata-mata.

[Tepuk] Sebab itu, kalau apa yang disebutkan Larut tadi, kalaulah dibayar RM12. 5 bilion kepada Tabung Haji, ini orang Tabung Haji seronok bila kita cakap begini, tak tahulah kalau dia nak marah juga.

Kalau dibayar kepada Tabung Haji RM12.5 bilion tidak berbangkit soal threshold RM15,000 yang perlu dinaikkan untuk mendapat panggilan haji.

[Tepuk] Kerana kedudukan cash sudah kukuh bagi Tabung Haji. Dan, saya nak ingatkan, dalam syor RCI, ini Menteri Yang Berhormat Menteri MK II ada di sini, bagaimana RCI bagi ingatan? Kebimbangan untuk tak bayar sukuk UJSB ini, risiko kegagalan atau kekangan melunaskan obligasi sukuk UJSB merupakan risiko terbesar bagi Lembaga Tabung Haji boleh meruncingkan kedudukan kewangan dan boleh membawa ekosistem kewangan negara kepada krisis kewangan.

Ini lagi besar daripada apa yang disebut sebagai sakau, sakau. Kalau dua, empat bilion yang dikatakan defisit itu sakau, ini RM27.56 bilion lagi besar risikonya kepada Tabung Haji dan ini boleh menjahanamkan Tabung Haji Tuan Yang di-Pertua.

Bagaimana UJSB nak bayar sukuk Tabung Haji ini? Di tangan saya ini juga ialah [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] , Summary of Financial Information berkaitan dengan UJSB. Kerugian terkumpul UJSB pada 31 Disember 2025, kerugian terkumpul RM13.2 bilion sedangkan dia ada obligasi yang lebih besar iaitu RM27.56 bilion ataupun disebut untuk semasa nya RM24 bilion.

Jadi, sebenarnya apa yang dipulihkan sebenarnya? Adakah ibarat tikus membaiki labu? Bak kata orang kampung saya, “the cure is worst than the disease”.

Terima kasih. Komen Larut.

[Tepuk]

draft • 1:00 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, nampak itu?

Sebab itu, nasib baik kita keluar masa penerangan RCI hari itu. Sebab bila kita tekan benda ini, dalam RCI itu tak ada. Jadi, penerangan Menteri, dia akan jawab, yang itu tak masuk.

Jadi, buat apa buang masa? Kita nak, supaya pastikan yang benar itu benar, yang salah itu salah, kalau dihukum mesti dihukum. Jangan pilih-pilih. Ini jadi masalah kita ini. Masalahnya kerana takut tentang masalah UJSB akan dibangkitkan oleh pembangkang.

Tuan Yang di-Pertua, saya nak maklumkan pembangkang ini, saya dah katakan, kita ini menjadi kumpulan check and balance, kita bukan hanya menekan.

Kita berikan juga cadangan, kita juga melakukan sesuatu yang baik untuk memastikan segala apa yang berlaku dalam negara kita ini, benar-benar memberikan masa depan negara yang lebih baik, *insya-Allah.

[Tepuk]* Hari ini, saya nak menyusun dan menyediakan belanjawan ialah tugas kerajaan. Yang kami bawa ialah cara yang lebih baik untuk menyusunnya dengan bertanya soalan, dengan memberi pandangan, dengan memberi cadangan dan bukan untuk menyalahkan sesiapa. Yang jadi masalahnya, apabila kita tegur seolah- olah kami ini adalah orang jahat. Nak maklumkan, mana ada di golongan ini, di sebelah sini, yang merupakan orang kumpulan jahat dalam negara kita ini, tidak sekali-kali Tuan Yang di-Pertua.

[Tepuk] Saya nak memaklumkan kepada semua rakyat yang ada hari ini, kami akan pastikan, segala apa yang berlaku dalam negara kita hari ini, sama ada dulu atau empat tahun kebelakangan ini, insya-Allah, selepas sahaja penukaran kerajaan yang akan berlaku, insya-Allah segala yang baik akan kita ambil dan akan kita musnahkan segala-galanya.

[Tepuk] Amar makruf nahi mungkar. Kita melakukan secara yang baik, kita amalkan yang baik dan akan kita tentang kemungkaran segala-galanya yang ada. Insya-Allah. Ini lah tujuan dan matlamat kita. Kita nak pastikan segala wang yang ada dalam negara ini akan kita besarkan untuk menjadi satu ekonomi yang lebih besar, untuk kita dapat membayar segala hutang yang ada, untuk masa depan negara yang lebih baik, generasi akan datang, akan hidup aman sejahtera. Itu lah tujuan matlamat pembangkang yang ada di sini.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Tepuk]

draft • 1:00 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Larut. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menangguhkan mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.

draft • 1:00 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.08 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Sekijang.

draft • 2:30 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Puan Yang di-Pertua, sebelum saya mulakan perbahasan saya pada petang ini, saya ingin respons sedikit kepada perbahasan oleh Ketua Pembangkang pagi tadi. Lebih sejam saya duduk mendengar dengan tekun tadi, Puan Yang di-Pertua, tetapi saya agak kecewa kerana saya tidak nampak ada satu bajet alternatif yang kukuh yang cuba dikemukakan oleh pihak pembangkang, khususnya daripada Ketua Pembangkang tadi.

Tetapi saya nampak banyak macam contoh perlekehan kepada terma waad nasional contohnya yang saya kira itu adalah satu spirit yang sangat baik iaitu kalau kita tengok terma waad nasional itu sendiri bermaksud janji ataupun tekad moral terhadap rakyat, yang saya kira dari sudut spirit-nya sangat baik sekali.

Puan Yang di-Pertua, Sekijang mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2027. Saya ingin memulakan perbahasan ini dengan merakamkan setinggi tahniah dan penghargaan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, merangkap Menteri Kewangan serta seluruh warga kerja Kementerian Kewangan atas pembentangan Belanjawan MADANI kelima yang membawa tema Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi.

Pada pandangan saya Puan Yang di-Pertua, tema ini membawa satu perertian yang cukup besar dalam konteks pembangunan negara. Kita mempunyai aspirasi untuk mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara berekonomi yang lebih berdaya saing, berpendapatan tinggi dan juga mampu mendepani cabaran global.

Dalam masa yang sama, segala kemajuan tersebut perlu diterjemahkan kepada peningkatan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

Kita perlu mengakui bahawa Kerajaan MADANI pada hari ini telah menunjukkan kemajuan dalam usaha memperkukuh asas ekonomi dan kedudukan fiskal negara. Belanjawan 2027 ini sendiri mengunjurkan pertumbuhan ekonomi antara 4.2 hingga 5.2 peratus dengan sasaran defisit fiskal terus menurun kepada 3.3 peratus daripada KDNK. Ini memberikan gambaran bahawa usaha konsolidasi fiskal dan pembangunan struktur ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan sedang diteruskan secara berdisiplin meskipun kita masih lagi berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi global.

Namun, saya berpandangan bahawa pencapaian ekonomi secara makro ini perlu dinilai bersama keadaan sebenar yang dihadapi oleh rakyat. Kita boleh mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang baik. Peningkatan pelaburan dan juga kedudukan fiskal yang semakin kukuh. Persoalannya, sejauh manakah perkembangan ini diterjemahkan kepada peningkatan pendapatan sebenar, kuasa beli, peluang pekerjaan berkualiti dan juga kemampuan rakyat untuk membina kehidupan yang lebih terjamin.

Hakikatnya, tekanan kos sara hidup masih menjadi kebimbangan utama rakyat. Dalam keadaan ini saya menyambut baik kesinambungan pelbagai inisiatif bantuan dan perlindungan sosial yang diumumkan pada Jumaat lalu. Walaupun begitu, pada saya kita juga perlu memikirkan bagaimana dasar ekonomi, pendidikan dan juga pembangunan modal insan ini dapat membantu lebih ramai rakyat meningkatkan keupayaan pendapatan mereka secara yang lebih mampan.

Dalam jangka panjang, kita mahu rakyat mempunyai peluang yang luas untuk berdikari dan juga meningkatkan taraf hidup kehidupan masing-masing. Justeru dalam perbahasan ini, saya memberikan perhatian kepada beberapa perkara, Puan Yang di-Pertua, yang saya kira mempunyai implikasi langsung kepada kesejahteraan rakyat dan juga masa depan pembangunan negara.

Puan Yang di-Pertua, dalam soal kos sara hidup, saya menyambut baik keputusan kerajaan meningkatkan peruntukan Sumbangan Tunai RAHMAH (STR) dan Sumbangan Asas RAHMAH (SARA) kepada RM16 bilion bagi tahun 2027 berbanding RM15 bilion pada tahun 2026. Ini merupakan satu komitmen yang besar dalam usaha kita meringankan tekanan perbelanjaan isi rumah khususnya golongan berpendapatan rendah dan mereka yang memerlukan bantuan.

Namun, kita juga perlu mengakui bahawa tekanan kos sara hidup mempunyai hubungan yang rapat dengan tahap pendapatan rakyat. Walaupun kadar inflasi secara keseluruhannya terkawal, sebahagian isi rumah masih berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan harian kerana pertumbuhan pendapatan mereka tidak semestinya seiring dengan perubahan kos kehidupan.

Dalam konteks ini saya melihat pengumuman kerajaan untuk meningkatkan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan mulai Jun 2027 sebagai satu langkah yang significant. Kenaikan sebanyak RM300 atau sekitar 17.6 peratus itu dijangka memberikan manfaat kepada lebih empat juta pekerja.

Saya juga ingin menarik perhatian Dewan kepada satu angka yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika membentangkan belanjawan iaitu bahagian pampasan pekerja kepada KDNK Malaysia yang masih berada pada kadar 33.9 peratus.

Angka ini menunjukkan bahawa kita masih mempunyai ruang untuk memperbaiki pengagihan pulangan ekonomi kepada golongan pekerja. Apabila produktiviti dan nilai tambah ekonomi meningkat, sewajarnya pekerja turut menikmati peningkatan pendapatan yang setimpal.

Pada pandangan saya, keputusan menaikkan gaji minimum ini perlu disusuli dengan satu mekanisme penilaian impak yang lebih jelas. Selepas kadar baru ini dikuatkuasakan, kita perlu mengetahui, sejauh mana ia berjaya meningkatkan pendapatan sebenar dan kuasa beli rakyat.

Saya bangkitkan perkara ini Puan Yang di-Pertua, kerana kenaikan gaji minimum ini turut akan memberi implikasi kepada struktur kos perniagaan, khususnya perusahaan yang banyak bergantung kepada tenaga kerja. Kita perlu mengambil kira kemungkinan sebahagian majikan menyerap peningkatan kos tersebut melalui keuntungan dan juga produktiviti, manakala sebahagian yang lain mungkin membuat pelarasan terhadap harga, mungkin waktu bekerja dan juga pengambilan pekerja.

Kita juga perlu mengambil kira risiko sebahagian peningkatan kos penggajian ini dipindahkan pula kepada pengguna melalui pelarasan harga barangan dan juga perkhidmatan.

Justeru, saya ingin mencadangkan agar Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Kementerian Ekonomi melaksanakan satu penilaian impak kenaikan gaji minimum ini mungkin selepas enam bulan ataupun 12 bulan pelaksanaannya.

draft • 2:32 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Penilaian ini mungkin perlu mengambil kira perubahan gaji benar selepas inflasi, kadar guna tenaga, waktu bekerja, produktiviti serta juga keadaan perusahaan yang terlibat. Saya juga ingin mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Sumber Manusia mengenai mekanisme pemantauan pematuhan kadar gaji minimum ini. Berapa banyak sebenarnya syarikat yang terlibat? Apakah kaedah penguatkuasaan yang akan digunakan dan bagaimana kerajaan akan mengesan sekiranya terdapat majikan yang mengurangkan waktu bekerja atau mengubah struktur pembayaran sehingga manfaat kenaikan gaji tersebut terjejas?

Dalam masa yang sama, saya berpandangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNK) perlu juga mengukuhkan mekanisme pemantauan harga sebelum dan selepas gaji minimum ini dilaksanakan, khususnya bagi barangan keperluan asas juga perkhidmatan yang banyak digunakan oleh isi rumah berpendapatan rendah.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan pakej sokongan produktiviti yang lebih bersasar khususnya melalui bantuan automasi berskala kecil, penggunaan teknologi digital dan juga latihan peningkatan kemahiran pekerja. Sokongan sebegini boleh sebenarnya membantu perusahaan meningkatkan output serta nilai tambah bagi setiap pekerja seterusnya mengurangkan keperluan untuk memindahkan keseluruhan peningkatan kos kepada pengguna.

Saya juga ingin mendapatkan penjelasan mengenai pengecualian yang diumumkan kepada PMKS dengan hasil jualan di bawah RM50 juta. Apakah tempoh dan syarat pelaksanaannya serta adakah terdapat satu pelan peralihan yang boleh membantu perusahaan berkenaan mencapai tahap produktiviti yang membolehkan mereka melaksanakan kadar gaji baru pada masa hadapan?

Pada pandangan saya, perkara paling penting adalah untuk memastikan kenaikan gaji minimum ini benar-benar menghasilkan peningkatan kesejahteraan pekerja. Contoh ya, kalau pendapatan bertambah RM300 sebulan, kalau kita mahu pastikan sebahagian besar peningkatan itu kekal sebagai tambah kuasa beli dan kemampuan rakyat untuk menyimpan, sebaliknya jika kos kehidupan turut meningkat dengan ketara seiring kenaikan pendapatan, maka impak daripada kenaikan gaji minimum itu tidaklah mencapai maksud yang sebenar.

Puan Yang di-Pertua, saya turut menyambut baik pengumuman kerajaan memperkenalkan kadar permulaan RM2,500 sebulan bagi pekerja separa mahir dan juga graduan. Begitu juga dengan komitmen GLIC dan GLC untuk meningkatkan penanda aras gaji kehidupan wajar daripada RM3,100 kepada RM3,400 sebulan.

Pada saya, perkembangan ini memberikan isyarat bahawa struktur pendapatan pekerja perlu bergerak seiring dengan peningkatan kemahiran, produktiviti dan juga kos kehidupan.

Menyentuh mengenai gaji graduan, saya ingin mengaitkan perkara ini dengan bagaimana kita mengukur keberhasilan pendidikan tinggi negara. Selama ini kita banyak memberikan perhatian kepada kadar keboleh pasaran graduan atau dengan izin, (graduate employability rate) atau sekarang ini dikenali sebagai kadar bekerja graduan (graduate employment rate), dengan izin. Ukuran ini mempunyai kepentingan kerana kita mahu mengetahui berapa ramai graduan sebenarnya yang berjaya mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.

Namun pada pandangan saya, ukuran tersebut perlu diperkukuh dengan memberikan perhatian kepada tahap pendapatan dan kualiti pekerjaan yang diperoleh oleh graduan tersebut. Bayangkan sebuah universiti mungkin mencatat kadar bekerja graduan hampir 100 peratus. Angka itu kelihatannya cukup baik tetapi hakikatnya, graduan mereka menerima gaji yang rendah dan tidak menunjukkan perkembangan pendapatan yang memberangsangkan selepas beberapa tahun mereka bekerja.

Saya difahamkan Kementerian Pendidikan Tinggi sebenarnya sudah mengumpulkan maklumat pendapatan graduan ini termasuk data mengenai julat gaji yang diterima. Ini sangat baiklah. Cuma persoalan yang ingin saya bangkitkan ialah sejauh manakah maklumat ini digunakan kemudiannya sebagai indikator utama untuk menilai keberhasilan program pengajian dan juga institusi pendidikan tinggi kita.

Sebab itu saya ingin mencadangkan agar KPT memperkenalkan satu indikator khusus mengenai peratusan graduan yang berjaya memperoleh pekerjaan dengan gaji bermaruah. Kita perlu mempunyai satu penanda aras yang jelas dengan mengambil kira tahap kelayakan, jenis pekerjaan dan juga kos kehidupan semasa.

Kadar bekerja graduan masih boleh dikekalkan manakala indikator gaji bermaruah akan memberi gambaran yang lebih menyeluruh mengenai pulangan pelaburan pendidikan tinggi negara kita.

Saya juga ingin mencadangkan supaya pengukuran ini dilaksanakan secara susulan, mungkin selepas 12, 24 dan 36 bulan selepas graduan tamat pengajian because melalui pendekatan ini, kita boleh menilai perkembangan pendapatan graduan, mobiliti kerjaya mereka dan juga kemampuan mereka untuk memperoleh pekerjaan dengan pulangan yang lebih baik sepanjang tempoh awal kejayaan mereka.

Namun apabila kita mula menilai kualiti pekerjaan ini dan pendapatan graduan, kita juga perlu melihat kepada akar masalah ataupun punca masalah yang mungkin mempengaruhi keadaan tersebut. Salah satu isu yang sering dibangkitkan ialah ketidakpadanan pekerjaan dengan bidang pengajian. Dalam hal ini, saya faham bahawa seseorang graduan itu tidak semestinya perlu bekerja dalam bidang yang sama dengan pengajiannya kerana IPT juga membentuk keupayaan berfikir secara kritikal, menyelesaikan masalah dan juga menyesuaikan diri dengan pelbagai bidang pekerjaan.

Apa yang lebih membimbangkan adalah apabila pengetahuan dan juga kemahiran graduan ini tidak dapat dimanfaatkan secara berkesan dalam pasaran pekerjaan dalam negara. Dalam konteks ini, kita perlu meneliti kemungkinan wujud jurang antara kandungan pengajaran dan juga pembelajaran di IPT dengan kompetensi praktikal yang diperlukan oleh industri. Saya juga berpandangan bahawa perkara ini mempunyai implikasi yang besar kepada masa depan pembangunan negara. Kita memperuntukkan sumber kewangan yang besar setiap tahun untuk membangunkan modal insan ini.

Kemudian ibu bapa pula di luar sana, kita tengok banyak mengorbankan wang, masa mereka, tenaga mereka untuk memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang baik dengan harapan mudah-mudahan anak ini akan menerima gaji yang bermaruah dan kemudiannya mengubah status kehidupan keluarga. Jadi, sewajarnya pelaburan ini memberikan pulangan yang bermakna melalui peningkatan keupayaan, produktiviti dan juga pendapatan yang bermaruah bagi generasi muda kita.

Puan Yang di-Pertua, masih dalam konteks pendapatan bermaruah ini tadi, saya ingin juga menyentuh mengenai kebajikan pekerja gig, khususnya mereka yang terlibat dalam sektor e-hailing dan juga p-hailing. Seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun, seramai 600,000 rakyat mencari rezeki melalui kedua-dua sektor ini. Satu angka yang besar.

Jadi, ini menunjukkan bahawa ekonomi gig sudah menjadi sebahagian daripada struktur pasaran pekerjaan negara yang perlu diberikan perhatian yang serius. Saya menyambut baik persetujuan kerajaan bersama pihak Grab untuk membiayai satu pakej bernilai RM160 juta yang merangkumi bantuan pendapatan minimum, kos penyelenggaraan kenderaan, insurans dan juga caruman PERKESO.

Namun apabila kita menilai keberhasilan inisiatif ini, ukuran pendapatan pekerja gig pula perlu mengambil kira kos sebenar yang mereka tanggung.

Pendapatan kasar sebanyak mungkin RM3,000 sebulan misalnya belum mengambil kira kos petrol, belum mengambil kira penyelenggaraan kenderaan dan juga mungkin komisen daripada platform dan tempoh mereka bekerja. Jadi, apa yang akhirnya dapat dibawa pulang oleh mereka mungkin jauh lebih rendah daripada apa yang kita digambarkan. Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Sumber Manusia, sama ada keberhasilan pakej ini akan dinilai berdasarkan pendapatan bersih selepas kos operasi mereka.

Saya berpandangan bahawa keadaan tersebut dapat memberikan gambaran yang lebih tepat mengenai pendapatan sebenar dan juga kesejahteraan 600,000 orang pekerja gig ini tadi. Saya juga mengambil maklum bahawa Majlis Perundingan Gig sedang mengadakan rundingan bagi memuktamadkan kadar pendapatan minimum, formula dan juga mekanisme pengiraan pendapatan serta standard perlindungan sosial pada awal tahun 2027.

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Jadi, dalam hal ini saya berharap supaya satu kaedah yang lebih telus dapat diwujudkan supaya pekerja memahami bagaimana kadar bayaran ini ditentukan termasuklah mungkin potongan dan juga komisen oleh pengendali platform. Dari sudut perlindungan sosial, saya menyambut baik caruman padanan PERKESO sebanyak 35 peratus yang boleh ditingkatkan kepada 50 peratus sekiranya mungkin apabila pengendali platform turut juga mencarum serta insentif padanan KWSP ini sehingga RM600 setahun.

Persoalannya bagaimanakah kerajaan ingin memastikan perlindungan ini kekal aktif khususnya bagi pekerja yang menggunakan lebih daripada satu platform atau bekerja dalam sektor ini secara tidak tetap. Jadi memang kita dengar sendiri daripada pekerja gig bahawa biasanya mereka akan berdaftar dengan lebih daripada satu platform mungkin Grab, mungkin juga you know platform-platform yang lainlah yang ada di pasaran.

Saya berharap pelaksanaan segala inisiatif ini akhirnya dapat meningkatkan pendapatan bersih dan juga memperluaskan perlindungan sosial pekerja gig. Kedua- dua perkara ini wajar dijadikan antara ukuran utama kejayaan dasar kerana pekerjaan yang fleksibel juga perlu menyediakan kehidupan yang lebih terjamin kepada mereka yang bergantung kepadanya.

Puan Yang di-Pertua, dalam kita membincangkan berkenaan kesejahteraan pekerja dan juga perlindungan sosial, saya ingin mengaitkannya dengan satu lagi keperluan asas rakyat iaitu akses perkhidmatan kesihatan yang berkualiti. Perkara ini amat dekat dengan jiwa saya, maklumlah saya sebagai pengamal perubatan sebelum ini dan juga seorang warga kesihatan. Kita perlu mengakui bahawa penyakit juga kemalangan dan keperluan mendapatkan rawatan boleh memberikan tekanan kewangan yang besar kepada sesebuah keluarga.

Sebab itu keupayaan sistem kesihatan negara memainkan peranan yang penting dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. Saya menyambut baik peningkatan peruntukan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia daripada RM46.5 bilion kepada RM47.7 bilion dalam Belanjawan 2027 dengan tambahan sebanyak RM1.2 bilion berbanding tahun ini.

Jadi, peruntukan ini mencerminkan tentunya komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuhkan sistem kesihatan awam. Namun pada pandangan saya, peningkatan peruntukan ini perlu disusuli dengan peningkatan kapasiti perkhidmatan yang boleh diukur khususnya dari sudut tenaga kerja, akses kepada rawatan dan juga tempoh menunggu pesakit.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas pengumuman untuk menoktahkan isu yang kita tahu agak berlarutan iaitu isu doktor kontrak yang telah sekian lama menjadi antara cabaran utama pengurusan sumber manusia kesihatan negara.

Sejak tahun 2023, Kerajaan MADANI telah melantik secara tetap lebih 15,000 doktor kontrak termasuk 4,000 pada tahun ini. Bagi tahun 2027 pula, lebih 9,000 lagi doktor kontrak akan ditawarkan ke jawatan tetap itu yang kita dengar. Jadi Perdana Menteri juga turut mengumumkan bahawa selepas ini doktor yang berjaya menamatkan latihan siswazah akan ditawarkan jawatan tetap sebagai pegawai perubatan. Jadi, alhamdulillah saya sangat bersyukur dengan berita ini.

Jadi, saya melihat pengumuman ini sebagai satu perkembangan yang sangat signifikan, khususnya kepada doktor muda yang selama ini berhadapan dengan ketidaktentuan laluan kerjaya mereka. Namun apabila kerajaan menyatakan bahawa isu doktor kontrak ini akan dinoktahkan, kita perlu mendapatkan juga gambaran yang lebih jelas mengenai bagaimana dasar ini akan dilaksanakan secara yang lebih menyeluruh.

Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Kesihatan mengenai jumlah sebenar doktor kontrak yang masih lagi berada dalam perkhidmatan ketika ini. Daripada jumlah tersebut, berapa ramai pula yang akan diserap melalui 9,000 tawaran jawatan tetap pada tahun hadapan dan bagaimana pula mereka yang masih lagi berbaki selepas pelantikan tersebut dilaksanakan.

Saya juga ingin mengetahui, bagaimana Kementerian Kesihatan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam merancang keperluan perjawatan tetap bagi kohot doktor baharu yang akan menamatkan latihan siswazah pada tahun-tahun yang akan datang. Jadi, adakah unjuran bilangan graduan perubatan, kapasiti latihan siswazah atau housemanship mereka dan keperluan pegawai perubatan telah pun dipadankan dengan jumlah perjawatan yang akan disediakan pada setiap tahun.

Perkara ini penting kerana kita memerlukan satu sistem perancangan tenaga kerja kesihatan yang lebih mampan, yang mengambil kira keperluan kepakaran, perkembangan demografi serta juga perubahan beban penyakit dalam kalangan rakyat. Dalam konteks ini, saya ingin mengulangi semula cadangan yang pernah beberapa kali saya bangkitkan Puan Yang di-Pertua iaitu mengenai keperluan untuk menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan.

Sebelum ini sewaktu saya diberi amanah dahulu sebagai Menteri Kesihatan, perkara ini telah pun dibincangkan dan diteliti termasuk melalui penubuhan kumpulan kerja teknikal pada Oktober 2023 ketika itu bagi memperincikan modul dan juga mekanisme yang bersesuaian. Jadi, pada pandangan saya, perkembangan terkini berhubung dengan penyelesaian isu doktor kontrak ini memberikan satu keperluan yang lebih mendesak untuk kita meneliti semula cadangan penubuhan suruhanjaya ini secara yang lebih serius.

Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Jabatan Perkhidmatan Awam, mengenai status terkini kajian penubuhan suruhanjaya yang pernah dimulakan sebelum ini. Apakah mungkin dapatan kumpulan kerja teknikal yang telah ditubuhkan pada tahun 2023?

Dan adakah kerajaan telah mengenal pasti model suruhanjaya yang paling sesuai, termasuklah mungkin skop kuasa, hubungan dengan agensi pusat serta keperluan pindaan perundangan dan perlembagaan sekiranya berkaitan. Dan yang lebih penting dari itu ialah juga apakah garis masa yang sedang dipertimbangkan untuk merealisasikan penubuhan suruhanjaya ini?

Dalam masa yang sama, pelantikan tetap doktor juga perlu dilihat dari sudut pengagihan tenaga kerja mengikut keperluan fasiliti kesihatan. Kita mempunyai hospital besar yang berhadapan dengan kesesakan pesakit.

Manakala hospital daerah dan klinik kesihatan pula mempunyai cabarannya yang tersendiri untuk memastikan perkhidmatan dapat diberi secara yang berterusan. Jadi adakah KKM telah menyediakan satu pelan penempatan yang mengambil kira beban pesakit, kekosongan jawatan, keperluan kepakaran serta taburan penduduk mengikut daerah?

Saya turut menyambut baik keputusan kerajaan meningkatkan Bayaran Insentif Pos Basik daripada RM100 kepada RM200 sebulan yang akan memberi manfaat alhamdulillah kepada lebih 47,000 jururawat dan juga anggota paramedik.

Pengiktirafan ini penting kerana mereka merupakan antara tenaga kerja yang utama yang memastikan kelancaran perkhidmatan kesihatan, khususnya di hospital dan juga di klinik-klinik kerajaan.

Pada masa yang sama, saya berharap KKM dapat terus memberikan perhatian kepada pembangunan kerjaya, beban tugas serta pengagihan tenaga kejururawatan mengikut keperluan perkhidmatan. Saya juga menyambut baik peruntukan RM200 juta bagi memperluaskan Program Penyumberluaran Luar Rawatan melalui Hospital Services Outsourcing Programme (HSOP) khususnya untuk memendekkan tempoh menunggu pesakit.

draft • 2:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Sekijang, Sekijang, Pulai.

draft • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Ya, sila.

draft • 2:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Kita sebenarnya menghadapi kekurangan jururawat juga dan juga doktor. Dan ada satu cadangan dahulu untuk mengambil nurse ataupun jururawat daripada Indonesia tetapi benda itu tak dapat dijalankan sehingga sekarang atas beberapa faktor. Jadi apa pandangan Sekijang dalam hal untuk kita mengambil jururawat daripada luar ini dan juga termasuklah doktor daripada luar?

draft • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pulai. Okey [Ketawa] lupa rakan saya. Ya, saya kira yang ini juga perlu dipertimbangkan dan dilihat dengan secara serius oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Yang saya ingat pengalaman saya sendiri Pulai, Yang Berhormat Pulai iaitu kita pernah mencadangkan untuk khususnya hospital-hospital swasta diberikan ruang untuk mengambil jururawat luar untuk membantu mereka mengoptimumkan perkhidmatan mereka.

Jadi yang ini, saya kira telah juga dilihat oleh Lembaga Jururawat dan ada beberapa syarat yang telah dilihat kembali untuk mempermudahkan urusan ini. Dan saya kira yang ini adalah perkara evergreen lah yang perlu terus diperhatikan dengan secara teliti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sebab kita juga dengar keadaan yang berterusan iaitu ramai daripada pekerja-pekerja kesihatan termasuk doktor ini yang telah keluar daripada perkhidmatan kerajaan.

draft • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Jadi, kita juga mahu supaya ada satu tindakan yang lebih serius dan memperhatikan perkara ini dengan sebaik-baiknya.

Baik, saya teruskan. Jadi, balik kepada HSOP tadi, Hospital Services Outsourcing Programme ini yang lebih diwujudkan sebenarnya untuk memendekkan tempoh menunggu pesakit. Jadi, dalam hal ini saya ingin mendapatkan juga penjelasan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai keberkesanan program tersebut.

Beberapa ramai pesakit telah mendapat manfaat–– berapa ramai pesakit yang sebenarnya telah mendapat manfaat daripada sistem ataupun program ini dan sejauh manakah tempoh menunggu rawatan berjaya juga dikurangkan.

Saya berpandangan bahawa indikator ini penting bagi menilai keberhasilan peruntukan yang disediakan sebab ia adalah satu jumlah yang besar. Begitu juga dengan pelaksanaan PERSADA yang menyasarkan keterhubungan rekod perubatan elektronik ataupun EMR di 150 hospital dan 2,488 klinik kesihatan.

Saya ingin mengetahui bagaimana KKM memastikan sistem ini benar-benar bersepadu, khususnya bagi mengurangkan pertindihan pemeriksaan, mempercepatkan urusan rawatan serta menjamin keselamatan data pesakit.

Dalam masa yang sama, saya ingin menekankan keperluan memperkukuhkan penjagaan kesihatan primer dan pencegahan penyakit. Dengan peningkatan penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis ataupun diabetes, hypertension, KKM perlu memberikan perhatian kepada keberkesanan pengesanan awal, rawatan susulan dan juga kawalan penyakit kronik. Dan usaha ini penting bagi mengurangkan tekanan terhadap hospital serta beban perbelanjaan kesihatan dalam masa jangka yang panjang.

Selain memperkukuhkan perkhidmatan kesihatan awam, saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia atas pengenalan Pelan MediAsas yang akan dilaksanakan insya-Allah katanya mulai Januari 2027. Jadi, melalui pelan ini, kerajaan menyediakan subsidi premium tahun pertama sebanyak RM200 bagi setiap pekerja PKS yang layak khususnya perusahaan yang mempunyai kurang daripada 75 pekerja dengan had 50 pekerja bagi setiap syarikat.

Jadi, bagi saya perkembangan ini mempunyai makna yang tersendiri kerana ia selaras tentunya dengan hala tuju reformasi pembiayaan kesihatan yang telah digariskan melalui Kertas Putih Kesihatan yang telah dibentangkan dan diluluskan di Dewan yang mulia ini pada tahun 2023. Saya berharap pelaksanaan MediAsas ini dapat memperluas pilihan perlindungan kesihatan yang mampu dibayar di samping melengkapi sistem kesihatan awam yang terus menjadi tunjang perkhidmatan kesihatan negara.

Keperluan memastikan sistem kesihatan negara kekal mampan ini menjadi sangat penting ataupun semakin penting apabila kita mengambil kira perubahan demografi penduduk yang semakin menua. Permintaan terhadap rawatan penyakit kronik, rehabilitasi dan penjagaan jangka panjang dijangka terus meningkat.

Justeru, perancangan perkhidmatan kesihatan ini perlu bergerak seiring dengan pembangunan ekonomi penjagaan ataupun cake economy dan sistem sokongan keluarga supaya lebih–– negara kita lebih bersedia dalam menghadapi cabaran penuaan penduduk ini.

Puan Yang di-Pertua, bercakap tentang demografi penduduk yang semakin menua ini, saya menyambut baik peruntukkan RM1.3 bilion bagi bantuan warga emas yang dijangka memanfaatkan hampir 200,000 penerima. Kerajaan juga menyediakan RM42 juta melalui TVET Ehsan untuk melatih 8,000 individu dalam sektor penjagaan warga emas. Ini merupakan langkah yang baik dalam usaha membangunkan ekonomi penjagaan dan juga atau dengan izin cake economy sebagai satu pekerjaan yang lebih tersusun dan juga lebih profesional.

Namun kita perlu lihat satu lagi dimensi yang saya kira sangat penting iaitu beban penjagaan yang ditanggung oleh ahli keluarga sendiri. Kita mempunyai ramai sebenarnya individu dalam kelompok sandwich generation yang sebenarnya perlu tanggung keperluan anak-anak, dalam masa yang sama dia tanggung juga penjagaan ibu bapa yang semakin uzur.

Jadi, apabila tanggungjawab penjagaan semakin meningkat, ada yang terpaksa mengurangkan waktu bekerja mereka atau meninggalkan langsung ataupun meninggalkan terus pekerjaan mereka. Dan keadaan ini memberikan implikasi tentunya kepada pendapatan isi rumah, simpanan persaraan dan juga produktiviti tenaga kerja negara.

Dalam konteks ini wanita sering menanggung sebahagian besar tanggungjawab penjagaan tanpa gaji, tak dibayar ramai. Sebab itu apabila kita bercakap mengenai usaha meningkatkan penyertaan wanita dalam pasaran tenaga kerja, kita juga perlu melihat sama ada kemudahan penjagaan anak dan juga warga emas ini tentunya penjagaan yang berkualiti serta mampu bayar, benar-benar tersedia.

Kalau sokongan penjagaan tidak mencukupi, usaha memperluaskan pekerjaan kepada wanita ini mungkin tidak langsung mencapai ataupun kurang mencapai sasaran yang diharapkan.

Saya menyambut baik beberapa penambahbaikan dalam Belanjawan 2027 termasuk perluasan kemudahan cuti bersalin penjawat awam. Pelepasan cukai, penjagaan selepas bersalin dan juga usaha memperkukuh ekosistem asuhan kanak- kanak. Namun, saya ingin mendapat penjelasan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta juga Kementerian Sumber Manusia mengenai bagaimana keberkesanan langkah ini akan dinilai. Khususnya terhadap penyertaan tenaga kerja wanita dan pengurangan beban penjagaan keluarga.

Saya juga ingin mengambil perhatian Dewan ini terhadap pandangan yang dibangkitkan oleh beberapa NGO yang mencadangkan penggunaan pendekatan gender responsif bajet ataupun gender responsive budgeting. Antara kebimbangan yang dibangkitkan termasuklah penyertaan ekonomi wanita, kerja penjagaan tanpa gaji serta kecukupan perkhidmatan perlindungan kepada mangsa keganasan yang berasaskan gender.

Jadi, pada saya pandangan mereka ini sebenarnya kita wajar juga dengar, berikan perhatian dan mungkin dalam usaha kita untuk menambah baik keberkesanan dasar kerajaan.

Hakikatnya peruntukan yang memberikan manfaat kepada wanita, kita dah dengar pembentangan bajet tempo hari turut berada di bawah pelbagai kementerian.

Dasar pengangkutan memberi kesan kepada keselamatan dan mobiliti wanita. Dasar pekerjaan mempengaruhi pendapatan serta penyertaan mereka dalam ekonomi.

Begitu juga dasar kesihatan, pendidikan dan perumahan yang mempunyai implikasi yang berbeza mengikut keperluan serta keadaan kehidupan wanita.

Justeru saya ingin mencadangkan agar Kementerian Kewangan dapat mempertimbangkan penyediaan satu Penyata Belanjawan Responsif Gender yang memperincikan peruntukan kumpulan penerima manfaat, sasaran dan juga keberhasilan dasar mengikut gender.

Perlaksanaannya boleh dimulakan secara berperingkat. Mungkin kita boleh mulakan dengan kementerian yang mempunyai hubungan langsunglah dengan wanita ini iaitu KPKWM dan kemudian kita perluaskan lagi kepada kementerian- kementerian yang lain. Dalam masa yang sama, saya ingin mendapatkan penjelasan juga daripada KPWKM mengenai kecukupan pembiayaan dan penyelarasan perkhidmatan bagi mangsa keganasan berasaskan gender dan kita perlu melihat akses kepada tempat perlindungan, ini penting. Kaunseling, bantuan perundangan dan juga pemulihan jangka panjang.

Adakah kementerian mempunyai indikator yang boleh menunjukkan keberkesanan perkhidmatan ini, termasuklah kemampuan mangsa mendapatkan bantuan dengan cepat dan meneruskan kehidupan dalam keadaan yang lebih selamat.

Pada pandangan saya, pendekatan belanjawan responsif gender ini akan membantu kerajaan memahami dengan lebih jelas siapa yang mendapat manfaat daripada perbelanjaan awam dan di mana masih terdapat jurang yang mungkin kita kena perbaiki atau tangani.

Saya berharap Kementerian Kewangan dan KPWKM dapat meneliti cadangan saya ini supaya keberhasilan daripada Belanjawan 2027 ini dapat dinilai berdasarkan perubahan sebenar kepada kesejahteraan wanita, keluarga dan juga masyarakat secara yang lebih menyeluruh.

Puan Yang di-Pertua, usaha memperkukuhkan penyertaan wanita dalam pasaran tenaga kerja juga perlu disokong dengan peluang pekerjaan yang berkualiti dan menawarkan pendapatan yang bermaruah.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Apabila kita bercakap mengenai pembangunan ekonomi, kita perlu melihat bagaimana dasar kerajaan dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan, mengembangkan kegiatan perniagaan dan juga meningkatkan pendapatan masyarakat setempat. Dalam hubungan ini, saya ingin menyentuh mengenai kepentingan memanfaatkan kekuatan ekonomi setiap negeri dan wilayah.

Bagi Labuan contohnya, saya menyambut baik keputusan kerajaan menaikkan had pembelian barangan bebas cukai kepada RM10,000 bagi pelawat dan juga pelancong. Dan pengumuman ini tentunya mempunyai makna yang tersendiri kepada saya kerana usaha memperkukuhkan kedudukan Labuan sebagai pulau bebas cukai dan merancakkan kegiatan ekonomi setempat merupakan antara perkara yang saya beri perhatian yang agak serius ketika saya diamanahkan dahululah, ya.

Jadi, saya berharap langkah ini juga dapat meningkatkan daya tarikan pelancong di Labuan serta memberikan manfaat kepada peniaga, usahawan dan juga masyarakat tempatan. Cuma saya nampak mungkin kena lebihkan juga produk- produk, khususnya produk-produk pelancongan di Labuan ini.

Kepentingan memanfaatkan kekuatan ekonomi wilayah juga dapat dilihat di negeri saya dilahirkan iaitu di Johor yang sedang mencatatkan perkembangan pelaburan yang sangat memberangsangkan. Bagi separuh pertama tahun 2026, Johor merekodkan pelaburan— diluluskan sebanyak RM55.6 bilion. Pada masa yang sama, perkembangan ini turut disokong oleh pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dijangka menjadi antara pemacu pertumbuhan ekonomi baharu negara. Jadi, kita perlu juga mengakui bahawa Kerajaan MADANI telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam menarik pelaburan.

Saya menyambung baik perkembangan ini kerana Johor mempunyai kelebihan yang strategik tentunya dari sudut lokasi, kesalinghubungan antara akses kepada pasaran antarabangsa. Namun pada pandangan saya, kita juga perlu memberikan perhatian kepada keberhasilan sebenar pelaburan tersebut. Jadi, saya ingin bertanya berapa banyak daripada pelaburan yang diluluskan itu telah berjaya direalisasikan? Kemudian, berapa banyak pula pekerjaan baharu telah diwujudkan dan apakah tahap gaji yang ditawarkan kepada pekerja-pekerja tempatan?

Saya ingin mencadangkan agar MITI dapat memperkukuhkan pelaporan keberhasilan pelaburan ini dengan mengambil kira jumlah pekerjaan yang benar- benar diwujudkan, gaji median pekerja, pemindahan teknologi serta penyertaan perusahaan tempatan dalam rantaian bekalan industri. Pada pandangan saya, indikator ini penting untuk memastikan kemasukan pelaburan turut membawa peningkatan keupayaan ekonomi rakyat dan juga perusahaan tempatan.

Puan Yang di-Pertua, menyentuh mengenai keberhasilan pelaburan dan pembangunan perusahaan tempatan, saya juga ingin membawa perhatian Dewan ini kepada satu perkara yang cukup dekat dengan rakyat di negeri Johor. Mungkin rakan-rakan saya daripada negeri Johor juga boleh bersetuju dengan saya iaitu mengenai keseimbangan pembangunan antara Johor Selatan dan juga Johor Utara.

Kita melihat pembangunan yang sangat pesat sedang berlaku di Johor Bahru, Iskandar Puteri dan kawasan-kawasan sekitar Koridor Ekonomi Selatan khususnya melalui pelaksanaan JS-SEZ. Saya menyambut baik perkembangan ini kerana ia memberi peluang yang besar kepada Johor untuk muncul sebagai antara pusat pertumbuhan ekonomi utama negara.

Namun, kita juga perlu melihat bagaimana manfaat pembangunan tersebut dapat diperluaskan ke daerah-daerah di sebelah Johor Utara seperti kawasan saya sendiri di Parlimen Sekijang ataupun mungkin juga dan Parlimen Segamat, Labis, Ledang dan juga mungkin Muar. Saya bangkitkan perkara ini kerana kita lihat tumpuan pelaburan peluang pekerjaan ini hanya di kawasan-kawasan tertentu sebenarnya boleh mewujudkan jurang pembangunan yang semakin ketara antara daerah.

Apabila peluang pekerjaan hanya tertumpu di Johor Selatan umpamanya, jadi semakin ramai anak muda dari daerah lain, daripada kawasan saya mungkin memilih untuk berhijrah ke Johor Bahru. Dalam jangka panjang, keadaan ini sebenarnya boleh memberi kesan kepada struktur demografi, aktiviti ekonomi dan juga kemampanan pembangunan di kawasan yang tidak diberi fokus seperti di Johor utara.

Justeru, saya ingin mencadangkan agar Kementerian Ekonomi dan juga MITI mempertimbangkan satu pelan limpahan ekonomi JS-SEZ ini yang lebih tersusun.

Kita perlu mengenal pasti bagaimana perusahaan di Johor utara ini boleh dihubungkan dengan rantaian bekalan industri yang sedang berkembang termasuklah melalui pembangunan vendor tempatan, pengukuhan TVET dan juga aktiviti ekonomi bernilai tambah berdasarkan kekuatan setiap daerah.

Dalam hal ini, saya juga ingin mendapatkan penjelasan sama ada kerajaan mempunyai mekanisme untuk mengukur keberhasilan pelaburan mengikut daerah khususnya dari sudut ataupun dari segi jumlah pekerjaan yang diwujudkan, perkembangan gaji dan juga penyertaan PMKS tempatan. Saya berpandangan bahawa data ini penting...

draft • 3:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sekijang, Sekijang.

draft • 3:10 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

...Supaya kita dapat mengenal pasti— sekejap.

draft • 3:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Minum air dulu, Sekijang.

Bagi Hulu Langat dulu ni nak tanya, Sekijang.

draft • 3:10 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

...Mengenal pasti...

[Ketawa] Baik.

Sekejap, sekejap. Saya berpandangan bahawa data ini penting supaya kita dapat mengenal pasti kawasan yang masih memerlukan intervensi pembangunan dan memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dapat diagihkan dengan lebih saksama.

Silakan Hulu Langat.

draft • 3:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sekijang, saya nak tanya Sekijang. Kita dengar kawan-kawan kita sebelah sana dia kata isu kerajaan mencarumkan untuk imam, bilal, siak, noja, marbut tu soal berkaitan caruman dekat PERKESO tu. Dia kata ambil duit pendeposit Tabung Haji. Itu tak betul, itu tak benar tu sebenarnya.

Duit tu duit kerajaan tetapi agensi pelaksana— agensi pelaksana tu diserahkan kepada Tabung Haji untuk menguruskan soal berkaitan untuk dicarumkan kita punya imam, bilal, siak, noja, marbut ni sebab dia orang ni pun bekerja. Satu hari dia ulang-alik pergi surau, pergi masjid kan. Kita tak naklah imam- imam kita ni kalau berlaku kejadian accident berlanggar ke, terjatuh ke. Tak ada maksudnya yang nak cover soal berkaitan dengan pendapatan mereka ni.

Jadi, saya nak minta kepada kita punya Ahli Parlimen ni, bekas Menteri ni, Ketua BBC ni, bagi sedikit nasihat khususnya kepada pihak belah sana tu. Jangan fitnah kerana ini merupakan satu fakta yang jelas dan tepat yang perlu kita berikan kepada seluruh masyarakat dan rakyat yang terdapat dalam negara kita.

Begitu juga dengan isu UJSB ni. Ini saya akan tanya kejap lagi. Nak minta soal berkaitan dengan yang tadi tu imam, bilal, siak, marbut dan juga noja tu. Terima kasih Speaker. Terima kasih Sekijang.

draft • 3:10 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Ya, Hulu Langat. Saya kira apa yang Hulu Langat sebut tadi sangat jelaslah. Saya tak perlu ulas pun benda tu. Saya tak perlu ulas, memang tepat sekalilah walaupun dia lari sikit daripada topik yang saya tengah sebut ni tadi.

[Ketawa]

draft • 3:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Hulu Langat memang macam tu lah.

draft • 3:10 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Okey, fasal UJSB, GLIC kejap lagi saya sebut. Nanti boleh mencelah lagi. Baik, saya teruskan, Puan Yang di-Pertua.

Dalam merancang limpahan ekonomi ni, kita juga perlu mengambil kira kedudukan Segamat— Daerah Segamat sebagai sebahagian daripada Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), yang mana Segamat telah dikenal pasti mempunyai potensi sebagai hab pengeluaran makanan khususnya dalam pertanian, penggunaan teknologi pertanian moden dan juga industri hiliran.

Kekuatan sedia ada ini wajar dijadikan asas untuk menarik lebih banyak pelabur yang mampu menyediakan pekerjaan bernilai tambah kepada penduduk tempatan. Saya lihat pembangunan agro hab Segamat ini mempunyai ruang untuk dihubungkan dengan peluang pasaran dan rantaian bekalan yang sedang berkembang di Johor termasuk melalui JS-SEZ, aktiviti pengeluaran hasil pertanian.

Alhamdulillah, kita— Menteri ada di sini. Saya nak sebut yang ini. Aktiviti pengeluaran hasil pertanian, pemprosesan makanan, pembungkusan, logistik dan pemasaran boleh membuka peluang kepada usahawan tempatan serta tenaga kerja mahir. Kita perlu memastikan perkembangan ini turut mewujudkan peluang pekerjaan yang menawarkan pendapatan bermaruah kepada anak-anak muda Segamat.

Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengenai penyelarasan pembangunan ECER tadi dengan peluang ekonomi yang diwujudkan melalui JS- SEZ. Adakah satu pelan khusus yang sedang dipertimbangkan untuk menghubungkan agro hab di Segamat dengan rantaian bekalan pasaran baharu di Johor selatan melalui JS-SEZ itu tadi?

Perkara ini penting ya apabila peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi tertumpu di kawasan tertentu sahaja, daerah lain berisiko kehilangan tenaga kerja muda. Dari dalam jangka panjang, keadaan tersebut boleh mengubah struktur penduduk, mengurangkan juga kegiatan ekonomi setempat dan boleh meningkatkan keperluan penjagaan warga emas. Jadi, inilah di antara cabaran pembangunan yang ingin saya kaitkan dengan kaedah— keadaan demografi di Segamat, khususnya di Parlimen Sekijang.

Puan Yang di-Pertua, minggu lalu saya juga telah bangkitkan isu ini dalam Dewan yang mulia ini berkenaan demografi di Parlimen Sekijang sini yang menunjukkan keadaan yang sangat membimbangkan di mana sekitar 10.8 peratus penduduk yang berusia 60 tahun ke atas.

draft • 3:10 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Pada masa yang sama, enrolmen ya, sekolah rendah di daerah Segamat menyusut sebanyak 6.3 peratus, satu angka yang tinggi, antara tahun 2017 hingga tahun 2025. Jadi, kalau kita bandingkan sendiri dengan Johor, 2.9 peratus; kemudian di peringkat kebangsaan, 2.4 peratus. Di Sekijang, 6.3 peratus. Jadi, daripada pandangan saya cabaran ini perlu dilihat dengan lebih menyeluruh. Peningkatan jangka hayat sememangnya menyumbang kepada pertambahan warga emas namun kita juga perlu meneliti sejauh mana penghijrahan golongan muda telah mempengaruhi perubahan struktur penduduk di daerah seperti Segamat.

Apabila semakin ramai anak muda keluar dan membina kehidupan di luar daerah asal mereka, maka bilangan penduduk usia produktif akan berkurangan dan proses penuaan penduduk berisiko berlaku dengan terlalu cepat. Sebab itu, perancangan menghadapi masyarakat menua perlu memberikan perhatian kepada usaha mengekalkan generasi muda ya, dan menarik mereka balik ke daerah asal.

Kita perlu menyediakan juga peluang pekerjaan dan petempatan yang lebih baik di samping kemudahan kehidupan yang membolehkan keluarga muda terus menetap di kawasan tersebut. Jika perkara ini tidak diberikan perhatian kita mungkin akan berhadapan dengan keadaan di mana keperluan penjagaan warga emas ini semakin hari semakin meningkat. Sedangkan tenaga kerja dan kegiatan ekonomi pula bagi kawasan ataupun— setempat semakin hari semakin berkurangan.

Jadi, saya ingin merujuk kembali kepada jawapan Menteri Ekonomi sendiri terhadap soalan tambahan saya tempoh hari di Dewan yang mulia ini. Maka Menteri ada menyentuh potensi silver economy termasuk dalam bidang pelancongan dan juga rekreasi warga emas. Saya juga mengambil perhatian terhadap keterbukaan kementerian untuk mempertimbangkan kemungkinan pelaksanaan projek rintis ini di beberapa lokaliti yang mengalami penuaan penduduk dengan lebih cepat.

Jadi, saya menyambut baik pandangan tersebut dan melihatnya sebagai satu peluang untuk Sekijang meneroka pendekatan pembangunan yang lebih sesuai dengan keadaan demografi setempat. Di Sekijang, antara potensi yang boleh diketengahkan ialah pembangunan agropelancongan berasaskan kekuatan pertanian yang sedia ada.

Melalui tindakan pembangunan Parlimen Sekijang yang juga kita telah bangunkan bersalam PLANMalaysia dan Pejabat Pusat Parlimen Sekijang, beberapa lokaliti seperti Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Pekan Jabi, TKPM Sekijang, dan Agro Mix Farm Pemanis telah juga dikenal pasti mempunyai potensi untuk dihubungkan melalui produk pelancongan desa. Pelan tersebut turut menyenaraikan cadangan menaik taraf program inap desa di satu kawasan yang dinamakan Bukit Siput. Jadi, saya melihat ruang potensi ini dikembangkan melalui produk agropelancongan yang turut memenuhi keperluan warga emas dan juga keluarga dan ini termasuklah aktiviti berasaskan pertanian, produk makanan, makanan tempatanlah ya serta pengalaman pelancongan desa dengan kemudahan yang lebih mesra usia.

Sudah tentu ia memerlukan perancangan dan dari segi akses jalan, pengangkutan, keselamatan, dan juga latihan kepada pengusaha itu sendiri. Jika dilaksanakan dengan baik kegiatan ini tentunya boleh membuka peluang perniagaan kepada usahawan kecil dan juga anak-anak muda di Sekijang. Selain pelancongan, ekonomi penjagaan atau dengan izin, cake economy juga mempunyai potensi yang boleh dikembangkan antaranya melalui perkhidmatan penjagaan warga emas di rumah, rehabilitasi berasaskan komuniti, penggunaan teknologi dan sebagainya untuk kita membantu pemantauan kesihatan. Kita boleh juga meneroka kerjasama antara penyedia perkhidmatan kesihatan, institusi TVET, dan usaha tempatan bagi melahirkan tenaga kerja terlatih dalam bidang ini. Dan dengan cara tersebut, keperluan penjagaan masyarakat menua dapat juga membuka peluang kerjaya baharu kepada generasi muda.

Pada masa yang sama, usaha ini perlu bergerak seiring dengan pembangunan ekonomi sedia ada di Segamat. Potensi pertanian bernilai tinggi, pemprosesan makanan, dan industri hiliran yang saya bangkitkan dalam konteks ECER tadi perlu terus diperkukuh. Begitu juga peluang menghubungkan perusahaan tempatan dengan pasaran dan rantaian bekalan yang berkembang melalui JS-SEZ.

Saya mahu peluang ekonomi ini diterjemahkan kepada pekerjaan dengan pendapatan yang tentunya lebih bermaruah supaya lebih ramai anak muda melihat adanya masa depan di daerah sendiri. Inilah pendekatan yang saya bayangkan melalui cadangan menjadikan Sekijang sebagai kawasan rintis rejuvenasi daerah menua dan kita perlu melihat kepada keperluan warga emas bersama usaha membangunkan ekonomi setempat, mewujudkan pekerjaan serta untuk tentunya orang muda ataupun belia serta menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh keluarga warga muda ini.

Akses kepada perumahan mampu milik, pendidikan, dan penjagaan anak turut mempengaruhi keputusan mereka untuk terus menetap atau kembali membina kehidupan di kawasan asal. Jadi, kehendak mereka ini kita perlu dengar dan perlu ambil tindakan. Justeru saya ingin mengulangi tawaran agar Sekijang dipertimbangkan supaya kawasan rintis rejuvenasi daerah menua selaras dengan hala tuju Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2045. Saya dah sebut banyak kali ini, saya harap Menteri Ekonomi memberi peluanglah kepada Sekijang. Dan saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai tindakan susulanlah kementerian terhadap cadangan ini serta kemungkinan satu pelan tindakan rintis dengan sasaran dan garis masa yang jelas dapat dibangunkan di Parlimen Sekijang.

Puan Yang di-Pertua, dalam kita membahaskan pelbagai peruntukan belanjawan, saya ingin menyentuh satu perkara yang juga tidak kurang pentingnya atau amat penting iaitu keperluan memastikan wang awam ini diurus dengan penuh tanggungjawab dan memberikan manfaat yang sewajarnya kepada rakyat. Saya menyambut baik pengumuman kerajaan untuk menggubal Rang Undang-undang Entiti Milik Kerajaan bagi memperkukuh tatakelola syarikat kerajaan dan badan berkanun yang diamanahkan mengurus wang serta aset rakyat.

Jadi, sebagai salah seorang daripada anggota PAC, saya berpeluang melihat sendiri dalam meneliti pelbagai isu yang melibatkan pengurusan dan penggunaan wang awam. Pengalaman ini sebenarnya memberikan saya kefahaman yang lebih mendalam tentang bagaimana kelemahan dalam pematuhan tatacara, kawalan dalaman dan pemantauan boleh membuka ruang kepada ketirisan serta pembaziran.

Jadi, kita perlulah melihat iktibar dari isu-isu yang banyak berlaku ya, contohnya skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA dan pelbagai lagi yang melihat betapa besarnya implikasi kelemahan tatakelola terhadap kewangan negara serta kepentingan dan keyakinan rakyat terhadap institusi awam. Justeru saya berharap RUU Entiti Milik Kerajaan yang bakal digubal nanti dapat memperkukuh mekanisme pengawasan serta memastikan setiap kelemahan yang dikenal pasti diberikan tindakan susulan yang sewajarnya.

Sepatutnya budaya akauntabiliti ini perlu diterapkan dalam setiap peringkat pengurusan daripada keputusan perbelanjaan hinggalah kepada penilaian keberhasilan. Jadi, ini tadi saya pun juga dengar perbahasan oleh Ketua Pembangkang, saya kurang bersetujulah atas beberapa perkara, contohnya apabila dikatakan bahawa syarikat berkaitan kerajaan ini atau GLC dan GLIC ini tukar ataupun tukar arah daripada perkara yang sebenarnya. Jadi, saya rasa ini ada penyelewengan faktalah.

draft • 3:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

[Bangun]

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Sebab bagi saya apa salahnya kalau, contoh PETRONAS, membantu membiaya pembinaan rumah murah ataupun rumah mampu milik? Tak ada salahnya, sebab yang masuk itu — yang dikeluarkan itu ialah untuk kepentingan rakyat kebanyakan. Jadi, saya rasa kita perlu...

draft • 3:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekijang.

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

...Perlu menyokonglah usaha ini. Kalau dikatakan tadi— maaf, saya tak fahamlah sangat. Saya tak tahu, tak pernah pun dengar cerita angsa sebelum ini. Tadi baru dengar cerita angsa. Jadi, kalau nak kata angsa ini kalau kita lihatlah kerajaan-kerajaan terdahulu pun sebenarnya memang banyak angsa yang bertelur emas ini, banyak ya. Tapi telur itu — sebelum sembelih itu telur emas itu dimasuk poket sendiri, ha itu salah. Itu saya tak bersetuju. Tapi kalau itu digunakan kembali untuk rakyat, saya rasa itu perlu disokong.

draft • 3:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekijang, Sekijang.

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Ya.

draft • 3:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Bangi, Sekijang.

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Ha, Bangi, sila.

draft • 3:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Menyentuh— terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Menyentuh tentang isu ini tadi saya pun dengar perbahasan Ketua Pembangkang yang mana saya terperanjatlah mendengar bahawa Yang Berhormat Ketua Pembangkang mempertikai keputusan kerajaan untuk menaikkan perlindungan bil elektrik ini daripada 600 kilowatt jam kepada 800 kilowatt jam.

Menurut Ketua Pembangkang, dia kata ini telah menyebabkan saham TNB jatuh dan kerugian dan sebagainya. Tapi Sekijang setuju tak dengan saya; sepatutnya Ketua Pembangkang menyambut baik langkah ini kerana langkah ini akan dan telah memberi manfaat kepada rakyat terbanyak. Ya, mungkin TNB ini memanglah mungkin ada kerugian sedikit tapi kerugian itu diserap supaya rakyat ini dapat manfaat dengan bil elektrik yang dikawal ataupun terkawal, yang tidak terlalu tinggi.

Jadi, kita bercakap tentang angsa ini, saya fikir kalau angsa emas tu dia angsa tu dia bagi telur emas, kalau telur itu dikongsikan dengan rakyat apa salahnya.

Betul atau tidak, Sekijang?

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Terima kasih kepada Bangi.

Saya sangat-sangat bersetuju. Boleh dimasukkanlah juga kut dalam saya punya perbahasan.

Jadi, akhirnya, Puan Yang di-Pertua, sebesar mana pun peruntukan yang diumumkan dalam belanjawan, manfaatnya kepada rakyat bergantung kepada kecekapan dan juga integriti pelaksanaannya. Semoga dengan penambahbaikan tata kelola ini akan membantu membendung ketirisan, memperkukuh keyakinan rakyat dan memastikan setiap Ringgit wang awam digunakan dengan berhemah serta mencapai tujuan yang telah diamanahkan.

Puan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri perbahasan saya, saya ingin kembali kepada tema Belanjawan MADANI, iaitu “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi”. Pada pandangan saya, tema ini membawa satu tanggungjawab yang cukup besar kepada kita semua. Cita-cita kita untuk membangunkan ekonomi yang lebih maju dan berdaya saing perlu diterjemahkan kepada peningkatan taraf hidup rakyat, peluang pekerjaan yang lebih baik dan kemudahan awam yang benar-benar memenuhi keperluan rakyat.

Sepanjang perbahasan ini, saya telah membangkitkan beberapa perkara yang memerlukan penelitian dan juga tindakan susulan daripada kementerian berkaitan. Saya berharap segala cadangan dan juga persoalan yang dikemukakan dapat diberikan perhatian yang sewajarnya, disusuli dengan sasaran pelaksanaan, indikator keberhasilan segaris masa yang jelas. Pada saya, ukuran kejayaan sesuatu peruntukan itu akhirnya terletak pada manfaat sebenar yang dapat dirasai oleh rakyat terbanyak.

Tanggungjawab kita selaku Ahli Parlimen adalah untuk terus menyokong usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan, di samping setiap dasar dan peruntukan diteliti secara bertanggungjawab. Saya yakin, insya-Allah, Belanjawan 2027 ini menyediakan asas yang baik untuk meneruskan usaha pembangunan dan juga pembaharuan negara.

Di lereng bukit pohon bersemi, Seekor kijang memakan dokong; Menggapai di langit mengakar di bumi, Sekijang mohon menyokong. Sekian. Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Sekijang. Saya jemput Yang Berhormat Padang Besar.

draft • 3:30 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk berbahas dalam perbahasan Belanjawan 2027.

Belanjawan 2027 dilihat mengandungi beberapa inisiatif yang boleh memberikan manfaat kepada rakyat termasuk bantuan kos sara hidup, pelepasan cukai, pembangunan infrastruktur, pembiayaan perusahaan dan usaha kerajaan untuk memperkukuhkan kedudukan fiskal negara. Saya juga mengambil maklum peruntukan pembangunan yang diumumkan termasuk yang berkaitan dengan pembangunan ekonomi, industri dan infrastruktur negara. Saya menghargai usaha tersebut bagi pihak rakyat Malaysia.

Namun begitu, persoalan utama saya bukan sekadar berapa besar peruntukan yang diumumkan. Persoalannya ialah sejauh mana peruntukan itu benar-benar menyelesaikan masalah rakyat, meningkatkan daya saing perniagaan dan menghasilkan perubahan yang dapat dinikmati oleh rakyat. Belanjawan yang baik bukan hanya dinilai berdasarkan jumlah wang yang dibelanjakan, ia juga dinilai berdasarkan hasil yang akan dicapai, keberkesanan pelaksanaan dan keupayaan kerajaan memastikan setiap ringgit yang digunakan memberi pulangan kepada rakyat.

Saya ingin membawa perbahasan ini melalui pengalaman dan keperluan kawasan Padang Besar serta Perlis khususnya berkaitan dengan keselamatan sempadan, ekonomi rentas sempadan, pembangunan industri, kos sara hidup dan kos menjalankan perniagaan.

Puan Yang di-Pertua, Perlis mempunyai kedudukan yang strategik sebagai pintu masuk antarabangsa antara Malaysia dan juga Thailand. Kedudukan ini sepatutnya menjadi kelebihan ekonomi yang besar kepada negara.

Namun, kedudukan strategik juga membawa tanggungjawab yang besar. Kita berhadapan dengan risiko penyeludupan dadah, kemasukan migran secara tidak teratur dan penyeludupan manusia, pergerakan barangan terlarang dan penggunaan laluan tikus oleh rangkaian sindiket. Kita tidak boleh hanya melihat isu ini sebagai masalah rondaan dan tangkapan sahaja. Kita perlu melihatnya sebagai isu tadbir urus sempadan yang melibatkan undang-undang, teknologi risikan, infrastruktur kerjasama antara agensi dan hubungan dua hala dengan negara jiran.

Penyeludupan pada hari ini tidak sama seperti 10 hingga 20 tahun dahulu.

Jika dahulu kegiatan penyeludupan banyak bergantung kaedah konvensional, kini penyeludup turut memanfaatkan teknologi yang memperkemaskan dan memperluaskan sempadan kita. Yang lama cuma pagar saja di sempadan. Sekarang ini pagar yang karat. Dan saya mengucapkan terima kasih kepada YB Sekijang sebelum ini yang meluluskan untuk pembinaan pagar konkrit di sempadan Malaysia– Thailand.

Persoalannya, sejauh manakah teknologi yang digunakan oleh agensi penguatkuasaan di sempadan mampu menangani, mengesan dan mengekang taktik penyeludupan yang semakin canggih seiring dengan perkembangan teknologi.

Teknologi yang digunakan oleh pihak penguat kuasa perlu sentiasa dipertingkatkan agar tidak ketinggalan berbanding kaedah yang digunakan oleh sindiket penyeludupan.

Berdasarkan pelbagai sesi libat urus bersama pihak berkepentingan, ahli akademik, agensi penguatkuasaan dan pemain industri, saya berpandangan bahawa pengurusan sempadan negara perlu diberi pendekatan yang lebih menyeluruh. Oleh itu, saya mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan satu dasar ekonomi sempadan nasional yang menggabungkan tiga matlamat utama iaitu keselamatan, kelancaran perdagangan dan kesejahteraan masyarakat setempat. Akan saya bawa dalam Kamar Khas nanti.

Kita tidak boleh menjadikan keadaan di sempadan terlalu longgar sehingga mengundang ancaman keselamatan. Pada masa yang sama, kita juga tidak boleh mengurus sempadan dengan cara yang menyebabkan perdagangan sah menjadi terlalu rumit, lambat dan kos yang tinggi. Mudahkan dan percepatkanlah proses.

Sempadan yang baik bukan saja sekadar sempadan yang mempunyai banyak sekatan, namun sempadan yang baik ialah sempadan yang mampu membezakan pergerakan yang sah daripada pergerakan yang mencurigakan dengan cekap.

Dalam hubungan ini, saya meminta kerajaan meneliti cadangan untuk pusat kawalan bersepadu sempadan atau single command center yang membolehkan perkongsian maklumat dan penyelarasan tindakan antara agensi berkenaan. Pusat ini boleh menggabungkan maklumat-maklumat risikan, data pergerakan, pemantauan kamera, pengesanan kenderaan dan amaran risiko termasuk dengan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang sesuai.

Saya tegaskan bahawa cadangan ini bukan mengambil alih kuasa undang- undang mana-mana agensi, sebaliknya tujuannya adalah memastikan setiap agensi mempunyai gambaran operasi yang lebih menyeluruh dan boleh bertindak dengan lebih pantas. Saya mencadangkan agar Perlis dipertimbangkan sebagai lokasi projek rintis tertakluk kepada penilaian kesiapsiagaan dan keperluan operasi kerana saiz negeri Perlis itu sesuai untuk projek rintis.

Pada masa yang sama, kerajaan perlu meneliti semula undang-undang dan peraturan yang mungkin tidak lagi sesuai dengan keadaan sempadan masa kini. Kita tidak boleh mengharapkan pegawai penguat kuasa menyelesaikan semua masalah di lapangan sekiranya peruntukan undang-undang, prosedur dan bidang kuasa yang tersedia tidak sepadan dengan cabaran semasa.

Puan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh kembali isu kenderaan asing dan pematuhan syarat permit termasuk International Circulation Permit (ICP). Kerajaan perlu memastikan syarat kemasukan, tempoh penggunaan kenderaan, dokumen perjalanan dan perlindungan insurans difahami dan dikuatkuasakan dengan jelas.

Saya meminta kerajaan meneliti sama ada peraturan sedia ada mencukupi untuk menangani keadaan semasa termasuk isu bidang kuasa penguatkuasaan, pergerakan kenderaan asing dan keperluan penyelarasan antara agensi. Saya tidak mahu perkara ini disalahertikan sebagai tuduhan bahawa semua kenderaan asing melanggar peraturan. Yang saya minta adalah semakan berasaskan data, penjelasan bidang kuasa dan tindakan yang konsisten.

Dalam soal keselamatan fizikal pula, kerajaan perlu menilai keberkesanan pagar sempadan, laluan rondaan, kamera radar dan sistem pengesanan yang digunakan pada masa ini. Bagi kawasan perairan Kuala Perlis–Satun, saya juga ingin mencadangkan kajian teknikal terhadap penggunaan penghadang terapung atau floating boom di lokasi yang dikenal pasti berisiko tinggi.

Cadangan ini bukan bermaksud kita terus memasang penghadang di seluruh kawasan perairan. Kajian mesti mengambil kira keselamatan pelayaran, laluan nelayan, pasang surut, alam sekitar dan persetujuan pihak berkuasa serta negara jiran. Jika penghadang fizikal tidak sesuai di suatu lokasi, kerajaan boleh menilai alternatif seperti sistem pengesanan bot, kamera haba, radar dan rondaan berasaskan risikan.

Masih ada agensi, terutamanya di Perlis, yang terpaksa menumpang aset- aset mereka di merata tempat kerana tiada lokasi untuk diletakkan aset tersebut, kerana juga tiada lokasi yang kekal. Ini bukan zaman kartun Voltron dulu. Suatu ketika dulu bila berlaku bencana, semua pakat bergabung membentuk aset yang sebenar.

Saya juga meminta kerajaan memberi perhatian kepada status pembangunan kawasan keselamatan dan ekonomi termasuk isu berkaitan Zon Ekonomi Khas (ZEK) Wang Kelian serta kemudahan pergerakan rentas sempadan yang boleh membantu penduduk dan peniaga tempatan. Sebarang cadangan melanjutkan waktu operasi pintu masuk Wang Kelian–Wang Prachan misalnya, perlu dinilai bersama pihak agensi keselamatan, imigresen dan kastam serta pihak Thailand. Pendekatan kita mestilah jelas iaitu memudahkan pergerakan yang sah tanpa mengorbankan keselamatan negara.

Puan Yang di-Pertua, Perlis Inland Port (PIP) mempunyai potensi besar untuk menjadi pemangkin perdagangan dan logistik di utara Semenanjung Malaysia.

Namun, potensi ini hanya dapat direalisasikan sekiranya isu rentas sempadan dapat diselesaikan. Antara yang masih perlu diberi perhatian ialah kebenaran pihak Thailand berkaitan dengan pergerakan kontena bermuatan.

Terdapat pergerakan barangan yang tidak boleh menggunakan kontena bermuatan seperti yang dirancang dan memerlukan pemindahan kepada lori. Ini agak memberi masalah kepada perniagaan di sempadan.

draft • 3:32 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Keadaan ini boleh meningkatkan kos pengendalian, masa penghantaran dan ketidakpastian kepada pemain industri.

Justeru, saya meminta kerajaan mempergiatkan rundingan dua hala dengan Thailand bagi mendapatkan penyelesaian yang jelas, termasuk prosedur, jenis barangan yang dibenarkan, laluan permit dan tanggungjawab setiap pihak. Kita tidak boleh menganggap pembinaan kemudahan fizikal dan penyediaan pengimbas semata-mata boleh memadai. Kemudahan yang baik tanpa penyelesaian prosedur operasi rentas sempadan tetap tidak akan memberi potensi yang sebenar.

Saya juga berharap kerajaan memberi peluang untuk memperkukuhkan perdagangan sempadan, termasuk perdagangan barter yang bersesuaian dengan Malaysia, Thailand dan Indonesia, tertakluk kepada undang-undang, kawalan Kastam, keselamatan dan persetujuan antara dua negara.

Matlamatnya bukan sekadar menjadikan Perlis tempat barangan keluar, masuk. Matlamatnya ialah menjadikan Perlis pusat aktiviti ekonomi yang mewujudkan pekerjaan, peluang perniagaan dan pendapatan kepada penduduk tempatan.

Puan Yang di-Pertua, saya menyambut baik usaha kerajaan membangunkan Chuping Valley dan NCER AgriBio Economic Zone yang sebahagian daripada usaha mempelbagaikan ekonomi Perlis. Namun, rakyat Perlis sudah lama mendengar pengumuman projek dan potensi pelaburan. Apa yang mereka mahu tahu adalah hasil yang sebenar. Beberapa banyak pelaburan yang telah direalisasikan?

Berapakah banyak pekerjaan berkualiti yang telah diwujudkan? Berapa banyak anak tempatan yang mendapat peluang pekerjaan? Berapa banyak hasil perusahaan kecil dan sederhana tempatan yang terlibat dalam rantaian bekalan?

Saya meminta kerajaan menyediakan sasaran yang jelas, termasuk nilai pelaburan yang benar-benar direalisasikan, jumlah pekerjaan, tempoh pelaksanaan, penyertaan syarikat tempatan dan kemajuan projek mengikut tahun. Jika projek masih tertangguh, kerajaan perlu menjelaskan puncanya dan menetapkan garis semasa terbaharu yang munasabah.

Saya juga meminta kerajaan meneliti semula projek pembangunan di Perlis yang mengalami kelewatan dengan mengenal pasti agensi peneraju, halangan pelaksanaan, implikasi kos dan tarikh sasaran penyelesaian. Kita tidak boleh menganggap pengumuman projek sebagai kejayaan akhir. Kejayaan sebenar ialah projek yang siap beroperasi dan memberi manfaat kepada rakyat. Saya harap pembangunan Chuping Valley dan NCER AgriBio turut diselaraskan dengan penyelidikan teknikal dan latihan vokasional atau TVET supaya anak muda Perlis dapat memenuhi keperluan industri yang bakal dibangunkan. Jangan sampai industri berkembang tetapi tenaga kerja tempatan tidak mendapat peluang kerana kemahiran mereka tidak dipadankan dengan keperluan majikan.

Puan Yang di-Pertua, saya ingin membawa perhatian Dewan kepada satu perkara penting dalam Belanjawan 2027. Kerajaan perlu membantu isi rumah menghadapi kenaikan kos sara hidup. Namun, kerajaan juga mesti membantu perniagaan menanggung kos operasi yang semakin meningkat. Kedua-duanya saling berkait. Sekiranya pengguna menggunakan wang untuk belanja tapi perniagaan juga berdepan bil elektrik yang tinggi, sewa premis, kos bahan mentah, kos pengangkutan, pembiayaan dan cukai yang meningkat, pertambahan perbelanjaan pengguna belum tentu menghasilkan keberuntungan yang mencukupi kepada perniagaan.

Seperti Yang Berhormat YB Larut sentuh tadi dalam laporan The Edge Malaysia bertarikh 10 Oktober 2026. Pelbagai pihak menyuarakan kebimbangan terhadap sokongan langsung untuk mengurangkan tekanan kos perniagaan yang masih belum mencukupi.

Laporan tersebut turut memetik tinjauan SME Malaysia pada April 2026 yang mendapati 76 peratus responden terjejas dengan ketara akibat peningkatan kos bahan api dan tenaga. Manakala, 45 peratus menjangkakan kesukaran aliran tunai dalam tempoh tiga hingga enam bulan. Angka ini menunjukkan bahawa isu kos menjalankan perniagaan perlu diberi perhatian yang lebih serius.

Saya mengakui bahawa Belanjawan 2027 menyediakan pelbagai kemudahan, pembiayaan, jaminan kredit, insentif cukai serta galakkan automasi dan pendigitalan. Semua ini penting untuk jangka masa panjang. Tetapi bagi peniaga kecil yang sedang bergelut membayar bil elektrik, sewa kedai dan gaji pekerja yang pada hujung bulan, kemudahan pinjaman sahaja tidak semestinya menyelesaikan masalah tersebut. Pinjaman perlu dibayar balik. Insentif cukai pula mungkin tidak banyak membantu syarikat mencatat keuntungan terlalu kecil atau mengalami kerugian.

Oleh itu, saya meminta kerajaan mempertimbangkan bantuan yang lebih bersasar bagi kos tenaga dan utiliti, kemudahan modal, kerja jangka pendek dan yang lebih mudah dicapai serta penambahbaikan tertentu terhadap beban cukai perniagaan yang munasabah.

Saya juga meminta supaya syarat kelayakan pembiayaan kerajaan diperjelaskan dan tempoh kelulusan dipercepatkan, khususnya untuk PKS dan pengilang kecil. Di Perlis, perkara ini penting untuk peniaga runcit, pengusaha pengangkutan, pengusaha makanan, pengusaha berasaskan pertanian dan syarikat menyokong operasi logistik dan perdagangan sempadan. Kita tidak mahu rakyat mempunyai kuasa untuk membeli tapi kita juga memastikan perniagaan juga mampu terus untuk berniaga.

draft • 3:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Sungai Besar, Sik boleh mencelah sikit?

draft • 3:40 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Silakan.

draft • 3:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Saya nak balik tadi yang awal tadi yang Yang Berhormat Padang Serai menyebut tentang pembangunan di sempadan itu. Jadi, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa pihak kerajaan perlu dengan serius membincangkan pembukaan sempadan baharu yang mungkin lebih khusus kepada tiga wilayah Selatan di Thailand dan juga di sebelah Kedah Timur di Sik di Padang Terap. Kerana kita lihat sempadan yang ada sekarang ini— pintu sempadan ini banyak tertumpu langsung kepada— di sebelah Bukit Kayu Hitam dan sebagainya?

Ketika dilaporkan pihak kedutaan kita di Bangkok juga membincangkan dengan lebih lanjut potensi untuk dibuka sempadan, khususnya— kita kata wilayah- wilayah majoriti Melayu ini dengan negeri Kedah. Adakah pandangan ini juga perlu dikemaskan oleh pihak kerajaan sendiri? Terima kasih.

draft • 3:40 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Saya setuju dengan YB Sik.

Perlu ada kerjasama bilateral yang saya sebut tadi untuk perbincangan dua hala antara G2G antara Malaysia dengan Thailand. Sila masukkan dalam ucapan saya.

Puan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh persoalan subsidi bahan api yang mempunyai implikasi besar terhadap kedudukan fiskal negara. Subsidi penting untuk melindungi rakyat daripada kejutan harga. Namun, subsidi menunjukkan juga boleh menyebabkan sebahagian manfaat dinikmati oleh golongan yang mempunyai penggunaan bahan api yang lebih tinggi.

Dalam persoalan yang dibangkitkan berkaitan Belanjawan 2027, angka RM40 bilion bagi subsidi bahan api dan anggaran RM17 bilion manfaat kepada 20 peratus golongan terkaya perlu dijelaskan secara terbuka oleh kerajaan dari segi skop, tahun rujukan, kaedah pengiraan dan jumlah subsidi yang terlibat. Sekiranya angka tersebut menggambarkan keadaan sebenar, kita perlu bertanya sama ada struktur subsidi sedia ada benar-benar memberi manfaat yang paling besar kepada kumpulan yang paling memerlukannya.

Saya ingin mengemukakan soalan kepada kerajaan. Mengapakah subsidi bahan api masih mempunyai komponen yang bersifat menyeluruh dan apakah garis semasa yang jelas untuk memastikan bantuan diberikan lebih bersasar?

Namun, saya ingin menegaskan bahawa pembaharuan subsidi tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa sehingga membebankan golongan berpendapatan rendah, pekerja yang bergantung kepada kenderaan untuk mencari rezeki, petani, nelayan dan peniaga kecil.

Kerajaan perlu menerangkan bagaimana penjimatan daripada penyasaran subsidi akan disalurkan semula kepada rakyat melalui bantuan seperti STR, SARA dan bentuk bantuan sosial lain yang bersesuaian.

Saya juga mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan satu mekanisme ambang harga minyak yang dinamik. Sebagai contoh, kerajaan boleh mengkaji paras harga minyak mentah brand tertentu sebagai pencetus untuk menilai semula kadar subsidi, disertai bantuan tunai tambahan secara bersasar apabila harga minyak meningkat dengan ketara. Yang penting, kerajaan mempunyai peraturan yang jelas, boleh dijangka dan diterangkan kepada rakyat lebih awal, bukannya hanya bertindak selepas tekanan fiskal menjadi lebih besar.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 3:40 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Puan Yang di-Pertua, kita tidak boleh membincangkan subsidi tanpa hasil kerajaan dan hutang negara. Saya mengambil maklum pandangan penganalisis ekonomi bahawa usaha konsolidasi fiskal Belanjawan 2027 untuk disokong oleh pelaksanaan yang berkesan.

Penganalisis perlu mengingatkan bahawa perubahan tenaga, perbelanjaan operasi dan perancangan subsidi boleh menyebabkan defisit sebenar menyimpang daripada sasaran.

Puan Yang di-Pertua, sebagai penutup izinkan saya merumuskan beberapa perkara-perkara yang penting, saya harap diberi perhatian oleh kerajaan. Pertama, memperkukuhkan keselamatan sempadan melalui penyelarasan antara agensi, penggunaan teknologi dan penilaian semula peraturan yang lebih sesuai.

Kedua, mempertimbangkan dasar ekonomi sempadan nasional dan pusat kawalan bersepadu dengan Perlis sebagai contoh calon rintis.

Ketiga, menyelesaikan isu operasi Perlis Inland Port dan memperkukuhkan rundingan perdagangan rentas sempadan dengan Thailand.

Keempat, menetapkan sasaran pelaburan pekerjaan dan garis masa yang boleh diukur bagi Chuping Valley, NCER AgriBio dan projek-projek pembangunan Perlis yang tertangguh.

Kelima, memastikan pembaharuan subsidi bahan api dilaksanakan secara berperingkat, bersasar dan disokong mekanisme perlindungan kepada golongan yang memerlukan.

Keenam, memperkukuhkan disiplin fiskal melalui analisis sensitiviti harga minyak, perancangan penampan fiskal dan hala tuju yang jelas dan bayaran khidmat hutang.

Ketujuh, menjelaskan keutamaan perbelanjaan pendidikan, bantuan tunai dan reformasi cukai berdasarkan keberkesanan serta impak kepada rakyat dan perniagaan.

Dengan itu, saya berharap Belanjawan 2027 dapat dilaksanakan dengan lebih jelas dan telus, berdisiplin dan berorientasikan hasil. Usaha yang baik memastikan Perlis tidak terus berada di pinggir pembangunan. Sebaliknya, muncul sebagai pintu perdagangan logistik dan pertumbuhan ekonomi yang penting kepada negara. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Saya jemput Yang Berhormat Ipoh Timor.

draft • 3:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih Timbalan Speaker.

Dari Padang Besar ke Ipoh Timor, Singgah sat di Kuala Kangsar; Waad nasional janji yang luhur, Belanjawan rakyat amanahnya yang terbesar. Timbalan Speaker, apabila seorang ibu berhenti kerja untuk menjaga ayahnya yang terlantar. Negara kehilangan seorang pekerja. Keluarga kehilangan pendapatan ketika perbelanjaan bertambah.

draft • 3:49 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Apabila sekolah membayar bil elektrik yang tinggi, wang untuk pendidikan semakin sempit. Apabila anak muda tamat latihan tetapi sukar mendapat pekerjaan setimpal, sijil belum menjadi jaminan masa depan. Di situlah belanjawan ini mesti sampai ke rumah pesakit, ke bilik darjah, ke tempat kerja. Saya menyokong Belanjawan 2027 dan ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun, YBMK II, YBTMK, Tan Sri KSP, the budget team dan keseluruhan MOF atas belanjawan yang membawa negara ke arah ini.

Ukuran kejayaan kita ialah kehidupan yang bertambah baik selepas wang kerajaan dibelanjakan. Sejarah Malaysia memperlihatkan bagaimana infrastruktur mengubah nasib wilayah dan rakyatnya. Zaman penjajahan dulu, landasan kereta api menghubungkan lombong bijih timah dan getah dengan pelabuhan. Kemudiannya Lebuhraya Utara-Selatan kemudian membuka kawasan perindustrian, membawa SME boom dengan izin dan mempercepatkan pergerakan manusia, modal serta barangan.

Kedua-duanya merupakan game changer pada zamannya. Namun ia bukan tanpa negatifnya. Ada pekerja yang terus hidup susah, ada pekan kehilangan kegiatan ekonomi apabila laluan baharu memintasnya. Hari ini data centre, kecerdasan buatan AI dan mineral kritikal membuka jendela peluang dan tingkat lonjakan baru.

Soalan induknya, apakah game changer kita untuk zaman ini, zaman kita?

Apakah infrastruktur yang membina keupayaan rakyat, mencipta pekerjaan bermutu dan upah tinggi dan memperluas peluang? Ketua Pembangkang tadi dia naik suara sikit, tapi hujahnya saya rasa tak berapa sampai. Saya tak nak kata kurang masaklah, separuh masak.

draft • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 3:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Beliau, mungkin tak masak— itu Jelutong yang cakap. Jangan cakaplah. Beliau menyampaikan hujah bahawasanya waad atau komitmen kerajaan sebelum ini pada RMK13 yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri katanya nak sampai RM90 bilion, tapi dia kata devex yang telah kita baca diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun hanya RM83 bilion.

Tapi sebagai seorang Ahli Parlimen yang kanan, yang sudah lama, apatah lagi daripada negeri Perak, teman yang tercinta. Beliau telah menyampaikan hujah yang saya rasa tak berapa sampai kerana beliau tahu hasil negara begitu banyak sahaja. Tetapi perbelanjaan yang kita perlukan dan hendak itu memang lebih jauh tinggi. Tetapi ada ruang lingkup yang boleh kita guna, yang kita mungkin panggil— Putrajaya ada, dia akan tahu, off-balance sheet expenditure, yang telah dinyatakan.

Saya tak tahulah Larut dengar belanjawan mana tapi saya dengar Perkara 186 dalam belanjawan yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Tambun, dia sebut dengan secara jelasnya, satu, RM510 bilion ketimbang RM470 bilion tahun lepas, dan pecahannya adalah RM376.8 bilion belanja mengurus Persekutuan. RM83 bilion, itu dia sebut betul. Belanja pembangunan Persekutuan tapi ada juga tambahan RM25 bilion dalam pelaburan GLIC. RM11 bilion lagi pelaburan awam-swasta.

RM14.2 bilion pelaburan badan berkanun Persekutuan dan juga MOF Incorporated.

Ini bukan duit kerajaan ke? Walaupun dia off-balance sheet kerajaan, tapi ini wang rakyat dan ini wang kerajaan juga.

Kemudian dia ada sebut Ketua Pembangkang ini dia tak suka, dia kata tak betul, tak tepat, tak patut gembleng GLC-GLIC, MOF Inc. dan semuanya. Maksudnya Ketua Pembangkang ini, dia nak potong gaji penjawat awam ke? Dia nak kurangkan doktor, nak kurangkan jururawat ke atau dia nak kurangkan bantuan SARA, STR dan kebajikan ke? Kalau tidaknya duit yang dia nak belanjakan extra itu tang mana? Jadi cukup-cukuplah dengan politik. Kita nak membina negara. Kita kembali ke benda yang lebih konstruktif.

Belanjawan 2027 memberikan asas yang penting. RM17.6 bilion untuk pembangunan subsektor pengangkutan. Tapi saya lebih suka menggunakan istilah bukan saja pengangkutan tetapi mobiliti secara am dan keseluruhannya di mana peruntukan terbesar antara semua subsektor, kira-kira satu perlima daripada keseluruhan peruntukan pembangunan. Saya memuji keutamaan yang tepat pada waktunya ini. Ketika ekonomi memerlukan lonjakan, kerajaan memberikan perhatian kepada infrastruktur dan prasarana yang memungkinkan lonjakan tersebut.

Daripada based itu, saya mahu mengemukakan hala tuju seterusnya atau cadangan saya iaitu sebuah mobiliti infrastructure game changer sebagai cadangan hala tuju pembangunan negara. Kita mesti menentukan kedudukan Malaysia. Adakah kita sekadar menyediakan tanah elektrik dan bahan mentah atau Malaysia yang punya rakyat menguasai teknologi, membangunkan perusahaan dan kerja, upah dan kehidupan yang layak? Pelaburan mesti membesarkan keupayaan rakyat, bukan sekadar angka ekonomi dan semua ini berasaskan infrastructure investment khususnya dalam sektor mobiliti dan pengangkutan.

Yang Berhormat Speaker, pertamanya bagi saya pecahan adalah ekonomi penjagaan yang sangat-sangat penting yang ingin saya huraikan. Di banyak rumah tangga anak watan kita semua keturunan, tak kira keturunan atau bangsa, tugas menjaga pesakit bermula sebelum subuh dan berterusan sehingga tengah malam.

Waktu tidur pun kena menjaga orang. Mengangkat pesakit, menukar lampin, membersihkan luka, tukar bandage dan balutan, menyediakan makanan, mengurus ubat dan lain-lain. Penjaga keluarga tiada waktu tamat shift. Saya menyambut baik kenaikan bantuan penjagaan OKU terlantar dan pesakit kronik daripada RM500 kepada RM600 sebulan serta RM1.3 bilion diperuntukkan untuk bantuan warga emas, perluasan pelepasan cukai, penjagaan ibu bapa dan datuk nenek serta pengurangan cukai perkhidmatan jagaan warga emas turut membantu ribuan keluarga di Malaysia.

Saya merakamkan penghargaan kepada kerajaan atas penambahbaikan cukai perkhidmatan, penjagaan warga emas dalam Belanjawan 2027. Ketika membangkitkan isu ini di Kamar Khas pada 16 Julai tahun ini, saya menegaskan bahawa penjagaan warga emas ialah keperluan asas keluarga dan memohon layanan cukainya disemak semula.

Saya menghargai kesudian YBTMK, saudara Iskandar Puteri yang menjawab usul saya ketika itu dan beliau telah aturkan lawatan perbincangan bersama pada 19 Ogos bersama di mana beliau dan YB Tanjong bersama dengan pakar-pakar di MOF, dan di situ juga kami duduk bincang, duduk bahas, betul-betul bahas secara konstruktif dan telah mengenal pasti mekanisme pengecualian yang boleh dibentangkan dan dicadangkan dan akhirnya ia menjadi apa yang telah diumumkan Yang Amat Berhormat Tambun jumaat lalu.

Sukacita saya melihat suara keluarga dan usaha yang kami bawa, kini mendapat perhatian melalui pengecualian cukai bagi yuran penjagaan sehingga RM96,000 setahun, yurannya seorang di pusat berdaftar yang layak iaitu bawah Akta KKM dan juga Akta JKM, serta pengurangan kadar...

draft • 3:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ipoh Timor.

draft • 3:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

...Daripada lapan peratus kepada enam peratus bagi yuran melebihi jumlah tersebut mulai 1 Januari 2027. Inilah hasil kerjasama Parlimen. Inilah hasil kementerian dan pengusaha bekerja, menggembleng tenaga bersama untuk menghasilkan hasil yang meringankan tanggungan keluarga serta menjaga kebajikan warga emas. Ini apa hal ini?

draft • 3:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ini kita dengar pengumuman baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyebutkan dia kata, RM53 juta. RM53 juta itu nak diberikan minggu ini. Katanya minggu ini kepada pemandu- pemandu teksi dan juga pemandu-pemandu bas sekolah, sedangkan bajet ini tak lulus lagi. Bajet ini boleh digunakan untuk tahun depan. Tapi RM53 juta ini Perdana Menteri nak ambil duit dekat mana?

draft • 3:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Ini...

draft • 3:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sebab ini menjadi kerisauan terutamanya kepada teman-teman dan juga sahabat-sahabat kita daripada pembangkang.

draft • 3:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Betul.

draft • 3:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sebab dia kata, bajet ini tak lulus lagi. Tapi RM53 juta ini nak diberikan kepada pemandu-pemandu teksi dan juga bas sekolah. Minta sedikit pandangan daripada Ipoh Timor. Terima kasih Ipoh Timor, terima kasih Timbalan Speaker.

draft • 3:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih sahabat, kekandaku.

Inilah hasil apabila ada seorang insan yang menjawat jawatan Menteri Pengangkutan yang sering kali diserang oleh belah-belah sana, belah sini pun ada seekor dua yang menyatakan bahawa jual plate sahaja tak ada hasilnya, tak ada baiknya.

draft • 3:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Inilah hasilnya.

[Tepuk] Bila kerajaan membuat langkah untuk jual plate, hasil itu bukan pergi ke saku poket politician. Ia pergi ke saku poket pemandu teksi.

[Tepuk] [Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi (Sri Aman) mempengerusikan

draft • 4:00 PM

Mesyuarat] Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ipoh Timor, Ipoh Timor...

draft • 4:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Janji tak sakaulah. Ini memang tak sakau maka duit masuk saku poket pemandu teksi.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ipoh Timor, saya turut ingin menyatakan bahawa ini adalah hasil usaha daripada Kementerian Pengangkutan. Kita lihat, seperti yang Ipoh Timor ungkapkan tadi ada sebelah sana kita fahamlah hendak jatuhkan kita, termasuklah Menteri Pengangkutan. Sebelah sini pun ada yang pergi berkempen di Chennah hendak menumbangkan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Seremban. Ini di antara yang mendukacitakan.

draft • 4:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Ipoh Timor, Jelutong kamu berbahas antara sama sendiri kah atau tengok hadapan.

[Ketawa]

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya, sila, sila, sila. Minta maaf.

draft • 4:00 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Sepatutnya fokus Belanjawan.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang di-Pertua, saya minta maaf. Saya cuma ingin menyatakan bahawa saya sekarang ini runsing

draft • 4:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Panjang lagi, Yang Berhormat.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya sekarang runsing bahawa ada di sebelah sini yang sedang merancang dengan ada yang di sebelah sana secara senyap-senyap untuk menumbangkan kerajaan ini. Itu yang saya risau.

Kalau ditumbangkan, rakyat tidak akan menikmati semua perkara telah diumumkan.

Perkara yang paling merisaukan ada pihak di sebelah sini yang cuba menumbangkan kerajaan kita sendiri. Apa pandangan, Yang Berhormat mengenai perkara ini?

draft • 4:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Pandangan saya senang. "Kun Fayakun".

[Tepuk] Depa ini suka pi mai pi mai tang tu, kepala otak depa. Jadi biar depa pi, biar depa mai, baik lebih pi lah. Saya sambung, saya juga mencadangkan penjagaan gantian sementara di peringkat daerah yang dioperasikan secara awam swasta serta memperkuatkan lagi mekanisme home health.

Seseorang yang terlatih mengambil alih tugas beberapa jam supaya penjaga sempat bekerja mendapatkan rawatan atau berehat seketika kerana orang yang menjaga juga perlu dijaga. Saya menghargai usaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat termasuk penggubalan Rang Undang-undang Warga Emas.

Lebih 40 juga melalui HRD Corp untuk melatih 8,000 pekerjaan penjagaan warga emas bersama latihan 3,000 penjaga OKU baharu mesti menghasilkan kerjaya dan gaji dan perlindungan yang setimpal. Kita menyerahkan ibu bapa kita kepada pekerja penjagaan. Kita wajib menghargai tanggungjawab mereka. Melalui Projek Launchpad MASOCARE pejabat saya turut menyokong latihan penjagaan profesional termasuk bidang penjagaan demensia melalui kerjasama antarabangsa yang menghantar penjaga-penjaga kita ke China. Matlamatnya ialah melahirkan jurulatih tempatan supaya kepakaran terus berkembang di tanah air kita yang tercinta iaitu Malaysia.

Seterusnya berkenaan dengan rawatan luka, wound care. Untuk menukar balutan seorang pesakit terlantar, anaknya mungkin perlu mengambil cuti, menempah kenderaan dan meminta bantuan mengangkat pesakit. Rawatan mungkin singkat, sekejap sahaja. Urusan keluarga mengambil masa sehari kadangkala. Saya menyambut baik peruntukan KKM sebanyak RM47.7 bilion serta kenaikan Insentif Pos Basik jururawat dan paramedik kepada RM200 sebulan. Saya meminta KKM memulakan program rintis rawatan luka bergerak di lapangan yang benda ini saya macam broken records setiap tahun akan saya sebut tetapi saya tetap akan cuba sampaikan sekali lagi.

Pasukan klinikal terlatih melawat pesakit yang layak, menjalankan rawatan dan merujuk kes kepada hospital apabila diperlukan. Apabila pesakit sukar sampai kepada rawatan, bawalah rawatan itu lebih dekat kepada pesakit. Mulakan selama 12 bulan ke apa, sediakan peruntukan untuk perolehi perubatan baharu yang memenuhi syarat yang menaikkan keberkesanan dan mengurangkan tempoh penyembuhan.

Gunakan cara inovatif seperti mobile wound clinic. Pastikan bekalan rekod pesakit dan rujukan kecemasan tersedia. Ukur kepenyembuhan serta pengurangan beban keluarga. Ini kena potong dua orang ini, bagi injury time sedikit, Yang Berhormat Speaker.

Dalam Dewan yang mulia ini, telah saya bangkitkan sesuatu produk perubatan yang pada ketika itu belum ditentukan sama ada di bawah MDA ke dia bawah MPRA sehinggalah selesainya clinical trials tahun ini. Sekarang ia telah menerima kelulusan MDA dan sedang digunakan di beberapa hospital swasta dan juga hospital kerajaan. KKM seharusnya mempunyai keanjalan fiskal untuk menggunakan produk yang inovatif dan baharu dan tidak terikat sangat dengan prosedur yang mengikat kita kepada cara dan produk-produk perubatan ubat-ubat yang lama. Perkara ini dapat meningkatkan...

draft • 4:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Yang Berhormat Ipoh Timor, landing Yang Berhormat.

draft • 4:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Landing, landing sat lagi ya. Okey, saya hendak pilih apa yang hendak potong ini. Okey, saya hendak habiskan poin ini lepas itu saya masuk poin yang last.

draft • 4:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Satu minit, satu minit.

draft • 4:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Bagi saya dua minit setengah, tiga minit.

draft • 4:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Satu minit.

draft • 4:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Yang last saya hendak sampaikan ialah berkenaan dengan tenaga. Tenaga ini sangat tinggi kerana pusat data memerlukan elektrik sepanjang masa. Kilang memerlukan bekalan yang pasti, keluarga memerlukan bil yang mampu dibayar. Keselamatan tenaga ialah keselamatan negara. Saya menyambut baik pelaburan RM15 bilion oleh TNB untuk memperkukuh grid di samping penyimpanan tenaga dan kerjasama ASEAN Power Grid.

PETRA dan Suruhanjaya Tenaga perlu memastikan pelabur pusat data menanggung kos tambahan projek mereka secara adil. Isi rumah dan perusahaan kecil tidak wajar memikul beban tidak sepadan. Saya rasa yang paling penting di sini yang saya hendak sampaikan adalah Malaysia berdepan dengan satu kesukaran.

Perang di Asia Barat yang berlanjutan terus menerus menyekat Selat Hormuz dan di Bab al-Mandab dan terus menerus mengekalkan harga minyak dan harga logistik kekal tinggi.

Kita juga sedang menikmati boom data centre kerana dunia sedang menyaksikan boom AI di peringkat dunia. Malaysia menjadi tumpuan hyperscalers mahupun pengusaha dan pembangunan data center kerana kedudukan dan pendirian geopolitik dan geostrategik kita yang stabil dan hebat.

Tetapi kesemua ini membuat energy demand kita naik melonjak yang secara langsung dan tidak langsung memberi tekanan kepada perbelanjaan kerajaan dan rakyat dalam kos elektrik yang kian hari kian berat, makin hari makin meningkat.

Soalan strategik bagi solusi jangka panjang (long horizon solution) memerlukan jawapan yang sangat segera.

Selain meletak syarat kepada pembangunan dan pengusaha data centre, kita perlu jawab soalan di mana kita hendak dapat energy extra— energy yang meets the demand. Saya menyokong Malaysia mempersiapkan penggunaan nuklear termasuk menilai reaktor modular kecil terapung ataupun floating small module reactor (SMR) sebagai kemungkinan pilihan peralihan dan langkah yang membawa kepada keadilan transisi tenaga (energy transitional justice). Persediaan negara melalui floating SMR…

draft • 4:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Land Yang Berhormat, landing. Masa sudah tamat.

draft • 4:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Beberapa ayat lagi— dan pembinaan reactor berskala besar ialah dua keputusan yang berbeza. Saya mencadangkan PETRA, MOSTI dan agensi berkaitan menyiapkan penilaian awal teknikal, ekonomi dan perundangan dalam tempoh 12 bulan. Bandingkan pilihan berdasarkan keselamatan, kos sepanjang hayat dan keperluan bekalan. Keselamatan laut, kecemasan, bahan api terbatas (spent nuclear fuel), sisa dan penyahtauliahan

(decommissioning) mesti dijawab.

Pengawal selia mesti berkeupayaan dan bebas tetapi pokoknya kita perlu ada langkah transisi menjelang keputusan muktamad sama ada untuk membina loji reaktor tetap atau tidak pada tahun 2031. Kita perlu percepatkan persediaan, kekalkan ketelitian keselamatan dan kita mesti memiliki kepakaran untuk membuat keputusan kita sendiri. Dan Tuan Speaker...

draft • 4:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Baiklah, terima kasih Yang Berhormat.

draft • 4:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Pantun, last one. Bolehlah.

draft • 4:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Tak payah pantunlah.

draft • 4:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Okeylah, okeylah. Sekian terima kasih.

draft • 4:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Seterusnya Yang Berhormat Temerloh, 15 minit.

draft • 4:00 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Sri Yang di- Pertua. Temerloh bangun membahaskan Belanjawan 2027 dengan satu persoalan asas. Selepas berbilion ringgit dibelanjakan, adakah kehidupan rakyat benar-benar menjadi lebih mudah dan sejahtera?

Dato’ Sri Yang di-Pertua, disiplin fiskal bukan sekadar tentang mengurangkan defisit. Ukuran sebenar kejayaan belanjawan ialah sejauh mana wang rakyat dibelanjakan secara berkesan, ketirisan dibendung dan manfaatnya dapat dirasai oleh rakyat. Dalam perbahasan ini, Temerloh ingin membangkitkan lima perkara utama iaitu kos sara hidup dan subsidi; reformasi cukai serta pembangunan wakaf; gaji minimum dan kebajikan pekerja; pendidikan dan kesihatan awam; serta nasib pekebun kecil dan penoreh getah.

draft • 4:09 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Kos sara hidup dan keberkesanan subsidi. Kerajaan menganggarkan subsidi bahan api mencecah RM40 bilion, manakala peruntukan STR dan SARA berjumlah RM16 bilion. Temerloh mengiktiraf usaha kerajaan membantu rakyat melalui bantuan tunai dan subsidi. Namun persoalannya, adakah bantuan ini mampu menyelesaikan masalah kos sara hidup dalam jangka panjang?

Sumbangan tunai dan SARA memang dapat membantu perbelanjaan harian tetapi apabila harga makanan, sewa rumah, pengangkutan, penjagaan anak dan pendidikan terus meningkat, bantuan yang diterima mungkin hanya mampu menampung sebahagian daripada kenaikan kos tersebut untuk jangka masa pendek.

Temerloh ingin mempersoalkan pemberian SARA secara menyeluruh kepada seluruh rakyat. Adakah golongan berpendapatan tinggi benar-benar memerlukan bantuan yang sama seperti golongan miskin dan berpendapatan rendah? Temerloh mencadangkan supaya kerajaan menilai pemberian SARA berdasarkan keperluan sebenar dan mengecualikan golongan berpendapatan tinggi yang tidak memerlukannya.

Penjimatan yang diperoleh boleh disalurkan kepada golongan yang lebih memerlukan. Namun, pendekatan bersasar ini mesti dilaksanakan secara teliti supaya golongan yang benar-benar layak tidak tercicir. Kerajaan juga perlu menggunakan data PADU dengan berkesan disertai mekanisme rayuan yang mudah dan pantas bagi mereka yang tidak tersenarai atau berlaku perubahan keadaan pendapatan isi rumah.

Dato' Sri Yang di-Pertua, kerajaan perlu mengawal kenaikan harga barang, memperluas pasaran produk tempatan pada harga berpatutan dan memperkukuh rantaian bekalan makanan negara. Kita tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada import makanan sedangkan negara mempunyai tanah, tenaga kerja dan kepakaran untuk meningkatkan pengeluaran sendiri.

Kerajaan perlu membantu petani melalui subsidi pengeluaran, akses kepada teknologi, benih berkualiti, kemudahan penyimpanan dan pemasaran yang lebih baik. Dengan peningkatan pengeluaran makanan tempatan, kita bukan sahaja mengurangkan pergantungan kepada import malah membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan petani.

Bagi penduduk luar bandar pula, pelaksanaan subsidi bersasar mesti mengambil kira jarak perjalanan, ketersediaan pengangkutan awam dan keperluan isi rumah. Rakyat di luar bandar terpaksa menggunakan kenderaan sendiri untuk pergi bekerja, menghantar anak ke sekolah, mendapatkan rawatan kesihatan, kos pengangkutan mereka tidak semestinya sama dengan penduduk bandar yang mempunyai akses kepada pengangkutan awam. Oleh itu, jangan sampai pelaksanaan subsidi bersasar menyebabkan penduduk luar bandar menanggung beban yang lebih tinggi.

Temerloh turut membangkitkan isu ketirisan minyak masak peket bersubsidi.

Laporan mengenai cubaan menyeludup minyak masak bersubsidi menunjukkan bahawa penguatkuasaan perlu terus diperkukuh. Kerajaan perlu memperkemas rekod pengedaran, mengenal pasti bekalan berisiko, memperkukuh kawalan sempadan dan memutuskan rangkaian penyeludupan. Jangan sampai rakyat yang benar-benar memerlukan subsidi terpaksa menanggung akibat perbuatan pihak yang mengambil kesempatan daripada wang rakyat.

Kedua, reformasi cukai, ekonomi Islam dan pembangunan aset wakaf. Dato’ Sri Yang di-Pertua, hasil Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2027 diunjurkan sebanyak RM380.8 bilion termasuk 297.1 bilion daripada hasil cukai. Angka ini menunjukkan betapa pentingnya sistem percukaian yang cekap, adil dan mampan.

Angka ini menunjukkan betapa— Temerloh ingin menegaskan bahawa reformasi percukaian bukan sekadar persoalan berapa banyak hasil yang boleh dikutip tetapi juga siapa yang menanggung beban cukai, siapa yang menerima manfaat daripada hasil tersebut.

Temerloh mencadangkan GST dilaksanakan semula dan berpandangan bahawa perkara ini perlu dinilai berdasarkan kajian impak yang menyeluruh. GST mempunyai mekanisme kredit cukai input yang boleh mengurangkan cukai bertindih sepanjang rantaian pengeluaran dan pengedaran. SST pula mempunyai struktur serta skop percukaian yang berbeza. Justeru, kerajaan perlu membentangkan perbandingan yang jelas mengenai hasil bersih kepada negara, kesan terhadap harga barang, kos pematuhan perusahaan kecil dan sederhana serta kesan kepada isi rumah berpendapatan rendah.

Jika GST dipertimbangkan semula, perlindungan terhadap barangan keperluan dan golongan kurang berkemampuan perlu dirancang sejak awal.

Persoalannya, adakah kerajaan sudah menjalankan kajian terperinci tentang siapa yang akan menanggung beban cukai tersebut dan bagaimana kesannya terhadap kuasa beli rakyat? Temerloh mahu kerajaan memastikan usaha meningkatkan hasil negara tidak dilakukan dengan membebankan rakyat yang sudah tertekan dengan kos sara hidup.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, dalam kerangka ekonomi Islam, pengurusan kekayaan mesti berasaskan prinsip keadilan, amanah, kemaslahatan masyarakat.

Zakat memainkan peranan penting untuk membantu golongan asnaf, manakala wakaf produktif berpotensi menyokong pendidikan, kesihatan dan kemudahan sosial.

Walau bagaimanapun, zakat dan wakaf tidak boleh menggantikan keseluruhan sistem cukai kerana penggunaannya tertakluk kepada hukum syarak, syarat pewakaf dan tujuan khusus. Temerloh melihat potensi besar dalam pembangunan aset wakaf di negara ini. Di Singapura, MUIS melalui Warees Investment telah membangunkan aset wakaf untuk menjana pendapatan sambil mengekalkan tujuan wakaf.

Malaysia juga perlu meneliti model pembangunan yang sesuai dengan keadaan negara kita. Temerloh mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan menerajui kerjasama antara JAWHAR, Yayasan Wakaf Malaysia dan Majlis Agama Islam Negeri untuk mengaudit serta memetakan aset wakaf yang berpotensi dibangunkan, mengenal pasti hartanah yang belum dimanfaatkan serta optimum dan menyediakan kepakaran teknikal serta model pembiayaan yang sesuai.

Pembangunan ini mestilah mematuhi hukum syarak, syarat pewakaf dan bidang kuasa negeri.

Hasil pembangunan wakaf tertakluk kepada syarat dan tujuan wakaf boleh dimanfaatkan untuk pendidikan, kesihatan, kebajikan, kemudahan masyarakat dan pembangunan ekonomi asnaf. Model pembiayaan patuh syariah termasuk Khat Al- Hassan kepada usahawan kecil yang layak juga boleh dikaji jika dibenarkan oleh struktur dan sumber dana berkenaan. Jangan biarkan aset wakaf sekadar tercatat dalam daftar sedangkan potensinya untuk membantu masyarakat belum diteroka sepenuhnya.

Selain itu, kerajaan wajar mengkaji beberapa alternatif hasil negara. Pertama, levi bersasar terhadap rumah kediaman yang sengaja dibiarkan kosong untuk tempoh panjang di kawasan yang mengalami tekanan harga dan sewa rumah.

Namun pengecualian perlu diberikan kepada rumah pusaka yang sedang melalui proses pentadbiran, rumah yang dibaiki atau keadaan lain yang mempunyai alasan munasabah.

Kedua, kerajaan boleh mengkaji semula struktur duti eksais minuman bergula secara berperingkat berdasarkan kandungan gula bagi menggalakkan pengilang menghasilkan produk yang lebih sihat tanpa membebankan pengguna secara berlebihan.

Ketiga, cukai karbon terhadap industri pelepasan tinggi boleh dikaji secara berfasa dengan mengambil kira kesan terhadap daya saing industri dan harga barang, hasilnya boleh digunakan untuk menyokong peralihan kepada teknologi rendah karbon.

Keempat, kerajaan wajar menilai semula cukai terhadap barangan mewah bernilai tinggi, ambang harga dan kategori barangan perlu ditetapkan dengan jelas supaya cukai ini benar-benar menyasarkan pembelian oleh golongan berkemampuan dan tidak tersasar kepada keperluan biasa golongan pertengahan.

Bagi Temerloh, setiap dasar percukaian perlu dinilai berdasarkan tiga persoalan.

Berapakah hasil bersih yang diperoleh? Siapakah yang menanggung bebannya dan apakah manfaat kembali kepada rakyat? Ketiga, gaji minimum dan kebajikan pekerja.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Temerloh menyambut baik pengumuman gaji minimum RM2,000 mulai Jun 2027 tertakluk kepada syarat pelaksanaannya. Namun, kenaikan gaji minimum tidak semestinya menjamin kehidupan yang selesa sekiranya harga barang dan kos perkhidmatan terus meningkat. Selepas membayar sewa rumah, pengangkutan, makanan, keperluan anak-anak, berapakah baki pendapatan pekerja untuk simpanan kecemasan dan persediaan hari tua? Kerajaan perlu memastikan kenaikan gaji disertai langkah meningkatkan produktiviti, latihan kemahiran dan penggunaan teknologi supaya majikan khususnya perusahaan kecil mampu membayar gaji yang lebih baik.

Temerloh juga meminta kerajaan menyelaraskan bagaimana kebajikan pekerja dalam perusahaan yang mendapat pengecualian daripada pelaksanaan gaji minimum yang akan dilindungi. Apakah mekanisme pemantauan yang disediakan bagi mengelakkan pengecualian ini disalahgunakan? Dalam masa yang sama, Temerloh ingin menyuarakan kebajikan anggota beruniform khususnya anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang setiap hari berhadapan dengan risiko ketika menyelamatkan nyawa dan harta benda.

draft • 4:10 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Kerajaan perlu meneliti semula gaji, elaun risiko, bayaran kerja lebih masa, cuti gantian, peluang kenaikan pangkat, aksesori pakaian, kelengkapan keselamatan serta kebajikan keluarga anggota yang terkorban ketika menjalankan tugas.

Kebajikan anggota barisan hadapan bukan perkara sampingan. Mereka mempertaruhkan keselamatan diri demi keselamatan rakyat.

Temerloh turut membangkitkan kebajikan anggota RELA. Setelah bayaran RM9.00 dinaikkan daripada RM8.00 sejam yang diumumkan. Kerajaan perlu memberi perhatian kepada kemudahan tempat rehat bagi anggota yang bertugas dalam tempoh yang panjang. Kemudahan minimum seperti tempat berteduh, tempat duduk, air minuman dan akses kepada tandas perlu disediakan. Secara khusus, Temerloh memohon supaya kerajaan mempertimbangkan pembinaan tempat rehat anggota RELA di hadapan Dewan Orang Ramai Lanchang bagi membantu anggota yang bertugas di kawasan tersebut selama hampir 30 tahun.

Keempat, pendidikan dan kesihatan awam. Dato' Sri Yang di-Pertua, peruntukan besar hampir RM2 bilion untuk pembaikan dan penyelenggaraan sekolah mesti di terjemah kepada kemudahan yang selamat dan selesa untuk murid serta guru. Temerloh ingin melihat tandas sekolah yang berfungsi, bumbung yang tidak bocor, bangunan yang selamat dan kemudahan pembelajaran yang mencukupi.

Kerajaan juga perlu memberi perhatian serius kepada isu buli dan keselamatan pelajar. Kejadian buli yang membawa kepada kecederaan parah, kehilangan nyawa tidak boleh dipandang ringan. Temerloh mencadangkan supaya kerajaan menilai keperluan CCTV di sekolah, memastikan peralatan sedia ada berfungsi dan menyediakan penyelenggaraan berkala.

Rakaman CCTV boleh membantu siasatan apabila berlaku insiden di samping perlu disertai langkah pencegahan, pengawasan dan tindakan disiplin yang berkesan. Temerloh berharap kes pelajar baru-baru ini yang di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat tidak akan berulang lagi.

Dalam sektor kesihatan pula, rakyat mahu mendapatkan rawatan dengan cepat, bukan sekadar mendengar angka peruntukan yang besar iaitu RM47.7 bilion.

Kerajaan perlu menetapkan sasaran yang jelas untuk mengurangkan tempoh menunggu, mengatasi kekurangan petugas kesihatan dan meningkatkan kemudahan hospital serta klinik awam.

Temerloh ingin mengetahui status klinik baharu kesihatan Temerloh, keperluan menaik taraf kemudahan kesihatan luar bandar termasuk Klinik Desa Kampung Kuala Kaung, Klinik Kesihatan Lanchang supaya penduduk tidak perlu menempuh perjalanan jauh untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Temerloh juga meminta kerajaan meneliti keadaan dan keselamatan aset pengangkutan udara yang digunakan oleh petugas kesihatan khususnya di Sabah dan Sarawak. Berikutan nahas helikopter yang mengorbankan petugas kesihatan baru-baru ini, kerajaan perlu menjelaskan langkah segera yang diambil untuk memastikan keselamatan penerbangan termasuk penyelenggaraan, pemeriksaan teknikal, latihan kru dan penilaian risiko.

Temerloh merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Dr. Ainul Baraah serta keluarga mangsa yang terkorban. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka. Jangan tunggu hingga berlaku satu lagi tragedi, barulah kita menyedari betapa pentingnya keselamatan petugas barisan hadapan.

Yang terakhir, yang kelima, nasib pekebun kecil dan penoreh getah. Dato' Sri Yang di-Pertua, Temerloh mengalu-alukan kenaikan insentif IPG daripada RM3.00 ke RM3.30 sekilogram. Namun, bantuan ini perlu disokong dengan strategi jangka panjang untuk meningkatkan produktiviti dan menjamin pendapatan pekebun. Harga getah bukanlah pendapatan bersih seorang penoreh.

Mereka perlu menanggung kos baja, peralatan, pengangkutan dan penyelenggaraan kebun. Apabila hujan berpanjangan, aktiviti menoreh terganggu dan pendapatan keluarga turut terjejas. Temerloh menerima aduan bahawa sebahagian pokok getah tidak menghasilkan susu getah yang memuaskan kerana pokok getah yang tidak berkualiti.

Oleh itu, kerajaan perlu meneliti kualiti benih dan anak-anak pokok yang dibekalkan keberkesanan program penanaman semula serta bimbingan teknikal kepada pekebun kecil. Kerajaan juga perlu memperkenalkan teknologi menoreh yang lebih efisien terutama dalam musim tengkujuh dan kaedah pengurusan kebun dapat mengurangkan kos serta meningkatkan hasil.

Selain itu, syarat kelayakan IPG, tempoh pembayaran dan mekanisme pemantauan perlu dijelaskan supaya pekebun kecil yang layak menerima bantuan tanpa kelewatan. Temerloh ingin menegaskan bahawa dasar membantu pekebun kecil tidak boleh hanya tertumpu kepada bantuan apabila harga getah jatuh. Kita memerlukan pendekatan menyeluruh untuk meningkatkan hasil, mengurangkan kos pengeluaran dan menjadikan pendapatan penoreh lebih stabil dalam jangka panjang.

Dato' Sri Yang di-Pertua, akhirnya Temerloh ingin menegaskan bahawa belanjawan yang baik bukan sekadar belanjawan yang besar jumlahnya ataupun cantik angka yang dibentangkan. Ukuran sebenar kejayaan ialah sama ada pekerja mampu menyimpan sebahagian daripada pendapatannya. Ibu bapa mampu menyediakan keperluan anak-anak, pesakit mendapat rawatan sewajarnya dan pekebun kecil memperolehi pendapatan yang lebih terjamin. Temerloh menggesa kerajaan supaya menerbitkan laporan keberhasilan perbelanjaan awam, memperkukuh penguatkuasaan bagi membendung ketirisan, melindungi pekerja...

draft • 4:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Yang Berhormat Temerloh, landing Yang Berhormat.

draft • 4:20 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

...Berpendapatan rendah dan memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan kerana akhirnya, rakyat tidak menilai kerajaan berdasarkan dalam dokumen belanjawan semata-mata tetapi berdasarkan kehidupan sebenar yang mereka lalu. Terima kasih, Dato' Sri Yang di-Pertua.

draft • 4:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih, Yang Berhormat Temerloh. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Igan.

Silakan Yang Berhormat, 15 minit.

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terima kasih kerana memberi Igan kesempatan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2027. Igan pada petang ini bangun di Dewan yang mulia ini ingin membawa suara rakyat dan harapan rakyat yang saya kasihi di kawasan Igan untuk didengar oleh kerajaan dan diambil tindakan oleh kementerian yang berkenaan.

Igan mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas pembentangan Belanjawan MADANI 2027 yang bertemakan, “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi” dengan peruntukan keseluruhan RM461.84 bilion. Igan turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas peningkatan peruntukan kepada Sarawak sebanyak RM16.2 bilion berbanding RM15.1 bilion pada tahun 2026. Igan berharap peruntukan ini diterjemahkan kepada pembangunan yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak.

Dato' Sri Yang di-Pertua, pertama sekali, Igan ingin menarik perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengenai penilaian semula status sekolah pedalaman di Sarawak khususnya sekolah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah Daro. Berdasarkan maklumat yang diterima, empat sekolah kategori P1 dicadangkan kehilangan status pedalaman iaitu SK Semop, SK Mohamad Redeh, SK Kampung Kut dan SMK Semop.

Manakala empat sekolah kategori P2 dicadangkan turun kepada P1 iaitu SK Salah Kechil, SK Kampung Penibong, SK Kampung Tekajong dan SK Kampung Bruit. Igan memohon Kementerian Pendidikan menjelaskan asas penilaian bagi perubahan kategori sekolah-sekolah tersebut.

Igan tidak mempertikaikan keperluan semakan, namun penilaian mestilah dibuat secara adil dan telus dengan mengambil kira jarak, masa perjalanan, keadaan pengangkutan, kemudahan asas, risiko keselamatan dan kesejahteraan guru. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, sekolah-sekolah ini berada di Pulau Bruit dan masih berada dalam keadaan yang serba kekurangan dan berada jauh daripada pekan rujukan.

Dato' Yang di-Pertua, Igan mencadangkan supaya status sedia ada sekolah yang terlibat dikekalkan bagi tempoh dua tahun lagi sementara penilaian semula secara menyeluruh dilaksanakan sebelum sebarang perubahan dikuatkuasakan.

Dalam masa yang sama, Igan memohon supaya SK Sebenak, SK Nanga Semah dan SK Telok Gelam dinaikkan taraf daripada kategori P2 kepada P3.

Sekolah-sekolah ini masih jauh bergantung, masih bergantung kepada laluan sungai sebagai pengangkutan utama. Guru berdepan perjalanan menggunakan perahu, perubahan air pasang surut, ombak dan cuaca tidak menentu. Masalah bekalan air dan elektrik, capaian Internet yang lemah serta keadaan kuarters guru yang daif turut menambahkan kesukaran.

Malah pusat perkhidmatan Igan sendiri sering bantu menghantar bekalan air minuman ke sekolah-sekolah berkenaan termasuk dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak. Dato' Sri Yang di-Pertua, Igan mengambil contoh SK Sebenak yang terletak di kawasan yang sama dengan SK Penasu. Namun, SK Penasu berstatus P3 sedangkan SK Sebenak masih P2.

draft • 4:25 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Igan memohon KPM menjelaskan perbezaan penilaian antara kedua-dua sekolah ini berdasarkan tahap kesukaran dan risiko sebenar. Begitu juga SK Nanga Semah yang menghadapi masalah kuarters guru yang daif sehingga terdapat guru melakukan pengubahsuaian menggunakan perbelanjaan sendiri. Untuk rekod Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat Menteri Pendidikan pernah melawat sekolah ini semasa Program Tindak Susul Parlimen kira-kira dua tahun yang lalu.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, sehubungan dengan itu, Igan memohon KPM melaksanakan pemeriksaan fizikal semula mengesahkan skor penilaian serta mempertimbangkan kenaikan kategori tiga sekolah berkenaan daripada P2 kepada P3. Ini bukan soal wang, bukan soal bayaran insentif semata-mata tetapi soal keadilan, kebajikan dan keselamatan guru yang berkhidmat di kawasan pendalaman di seluruh negeri Sarawak termasuk kawasan-kawasan seperti Hulu Rajang, Baram, Lawas, Batang Sadong, Sri Aman dan lain-lain. Jangan hanya melihat jarak di atas peta tetapi lihatlah cabaran sebenar yang ditempuhi guru untuk sampai ke sekolah.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Igan sekali lagi ingin membangkitkan isu Program Pendidikan Khas Integrasi ataupun PPKI di Sarawak, khususnya di sekolah bawah seliaan Pejabat Pendidikan Darah Daro. Isu kekurangan guru pendidikan khas, pembantu pengurusan murid ataupun PPM dan kesesakan bilik darjah PPKI pernah Igan bangkitkan dalam persidangan yang lalu. Namun masalah ini masih memerlukan penyelesaian segera.

Berdasarkan maklumat yang diterima, SK Abang Gesa mempunyai 25 murid dengan satu kelas sedangkan keperluan sebenar adalah empat kelas. SMK Matu mempunyai 29 murid dengan tiga kelas sedangkan keperluannya adalah lima kelas.

SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah, Daro mempunyai 32 murid dengan tiga kelas, sedangkan keperluannya adalah lima kelas.

SMK Semop mempunyai 22 murid dengan tiga kelas sedangkan keperluannya adalah empat kelas. SK Bawang Tian mempunyai 27 murid dengan dua kelas sedangkan keperluannya adalah empat kelas. SK Hijrah Badong mempunyai 55 murid dengan empat kelas, sedangkan keperluan yang sebenarnya adalah lima kelas.

Berdasarkan angka tersebut, enam sekolah berkenaan memerlukan tambahan sekurang-kurangnya 11 kelas PPKI bagi mematuhi keperluan yang dikenal pasti. Dato’ Sri Yang di-Pertua, kita perlu memahami bahawa murid PPKI mempunyai tahap keupayaan, keperluan dan tingkah laku yang berbeza. Kesesakan kelas bukan sahaja menyukarkan guru memberikan perhatian sewajarnya kepada setiap murid, malah boleh menjejaskan keselamatan dan keberkesanan pembelajaran.

Sehubungan dengan itu, Igan mencadangkan agar KPM menyalurkan peruntukan khas bagi menyediakan ruang pembelajaran sementara, termasuk pemasangan partition dengan izin, yang sesuai dan selamat untuk membahagikan kelas sedia ada kepada kumpulan lebih kecil. Langkah ini penting bagi menjamin keselamatan dan keselesaan murid, memudahkan guru melaksanakan pengajaran serta membolehkan pembukaan kelas tambahan diluluskan secara rasmi bagi tujuan permohonan perjawatan guru PPKI dan PPM. Igan ingin mendapatkan penjelasan KPM mengenai tiga perkara berikut.

Pertama, berapakah jumlah kekurangan guru PPKI dan PPM di Sarawak, khususnya bagi setiap sekolah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah Daro serta apakah garis masa pengisian kekosongan tersebut?

Kedua, adakah KPM bersedia meluluskan pembukaan kelas PPKI tambahan kerana peruntukan berserta peruntukan penyediaan ruang pembelajaran sementara dan keperluan perjawatan guru serta PPM tanpa perlu menunggu pembinaan bangunan baru?

Ketiga, daripada sasaran 200 kelas pendidikan khas baharu bagi tahun 2026 hingga 2027, berapakah diperuntukkan kepada Sarawak, khususnya sekolah di bawah PPD Daro? Adakah sekolah di Sarawak turut tersenarai dalam 46 sekolah yang menerima Bilik Darjah Modular IBS pada tahun 2026?

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Igan memohon agar KPM memberikan keutamaan segera kepada sekolah yang mengalami kesesakan serius serta menetapkan garis masa yang jelas bagi penyediaan kelas tambahan. Murid pendidikan khas berhak mendapat pendidikan dalam persekitaran yang selamat, selesa dan sesuai dengan keperluan mereka.

Jangan biarkan kekurangan bilik darjah, guru dan PPM terus menjejaskan peluang pendidikan serta keselamatan murid-murid istimewa ini. Kalau KPM tidak mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah kesesakan guru-guru PPKI dan PPM, maka selamanya guru dan PPM akan bekerja dalam suasana yang tertekan dan terbeban, manakala keselamatan murid akan terabai. Janganlah kita menunggu berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini, barulah kita mengambil tindakan yang sewajarnya.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, seterusnya Igan ingin membangkitkan isu keselamatan pendawaian elektrik sekolah susulan tragedi yang mengorbankan seorang murid asrama di SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah, Daro pada Mei 2026. Terlebih dahulu Igan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang- orang yang beriman.

KPM sebelum ini memaklumkan bahawa audit keselamatan elektrik sekolah di Sarawak akan dilaksanakan secara berperingkat mulai suku ketiga tahun 2026 bermula dengan sekolah yang berusia 70 tahun. Igan menyambut baik langkah tersebut, namun beberapa perkara memerlukan penjelasan.

Pertama, berapakah sekolah di Sarawak yang telah menjalani audit keselamatan elektrik dan bilakah keseluruhan pemeriksaan dijangka selesai?

Kedua, berapakah sekolah bawah PPD Daro yang telah diperiksa? Apakah kerosakan kritikal yang dikenal pasti? Dan apakah tindakan pembaikan yang telah diambil?

Ketiga, adakah keseluruhan sistem pendawaian elektrik di SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah, Daro termasuk asrama telah diperiksa dan telah disahkan selamat? Igan turut meminta penjelasan mengenai status sentiasa siasatan oleh pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan termasuk KPM sendiri. Apakah tindakan susulan serta bantuan kebajikan dan urusan takaful kepada keluarga mangsa telah diambil tindakan?

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Igan mencadangkan supaya audit keselamatan elektrik dilaksanakan secara berkala dan sekolah yang mempunyai aduan kerosakan kritikal diberi keutamaan tanpa mengira usia bangunan. Kawasan berisiko hendaklah diasingkan dan tidak digunakan sehingga disahkan selamat oleh pihak teknikal. Kita tidak mahu keselamatan murid hanya mendapat perhatian selepas berlakunya kehilangan nyawa. Anak-anak kita pergi ke sekolah untuk menuntut ilmu dalam keadaan selamat, bukannya berdepan bahaya yang boleh mengancam nyawa.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Igan juga ingin menarik perhatian kerajaan terhadap isu kebajikan dan usaha menaikkan taraf perkhidmatan guru kelas al-Quran dan fardu ain ataupun KAFA khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak. Guru KAFA memainkan peranan penting dalam mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak melalui pendidikan agama. Namun soal kadar allowance, status perkhidmatan dan jaminan kerjaya mereka masih memerlukan perhatian serius.

Untuk pengetahuan, guru KAFA pada masa ini mendapat elaun RM1,100 daripada JAKIM dan di Sarawak untuk makluman, guru KAFA mendapat tambahan RM300 daripada Kerajaan Sarawak. Igan mengambil maklum usaha kerajaan melalui JAKIM dalam rangka Program Rintis KAFA Perdana bagi menambah baik skim perjawatan guru KAFA. Sehubungan dengan itu, Igan ingin mengemukakan tiga cadangan.

Pertama, mempercepatkan usaha menaik taraf status perkhidmatan guru KAFA melalui skim lantikan yang lebih berstruktur termasuk mempertimbangkan lantikan tetap bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan dan tempoh perkhidmatan.

Kedua, mengkaji semula kadar elaun guru KAFA berdasarkan kelayakan akademik, pengalaman dan tempoh perkhidmatan seiring dengan peningkatan kos sara hidup, khususnya bagi mereka yang bertugas di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Ketiga, menyediakan latihan perguruan, persijilan serta laluan kemajuan kerjaya yang lebih tersusun. Dato’ Yang di-Pertua, Igan ingin juga mendapat penjelasan kerajaan mengenai tiga perkara. Pertama, berapakah jumlah guru KAFA yang sedang berkhidmat di seluruh negara, khususnya di Sarawak serta sekolah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah Daro?

Kedua, apakah perkembangan terkini Program Rintis KAFA Perdana dan adakah kerajaan bercadang memperkenalkan skim lantikan tetap kepada guru KAFA di Sarawak?

Ketiga, adakah kerajaan bercadang mengkaji semula kadar elaun bulanan guru KAFA supaya lebih setimpal dengan kelayakan, pengalaman dan tempoh perkhidmatan seiring peningkatan kos sara hidup?

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Igan berharap usaha menaik taraf perkhidmatan guru KAFA dapat dilaksanakan oleh kerajaan melalui JAKIM secara berperingkat bagi menjamin kebajikan, kestabilan pendapatan dan masa depan mereka. Guru KAFA bukan sekadar mengajar pendidikan agama tetapi turut membentuk akhlak dan sahsiah generasi depan negara.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Igan juga mencadangkan supaya KPM memperkenalkan dana khas tahunan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah luar bandar dan pedalaman khususnya di Sarawak. Kemampuan PIBG mengumpul dana amat berbeza antara sekolah bandar dan sekolah luar bandar. Sekolah pedalaman bukan sahaja mempunyai sumber kewangan yang terhad, malah terpaksa menanggung kos pengangkutan dan pelaksanaan program pendidikan yang lebih tinggi.

Oleh itu, Igan ingin bertanya, apakah KPM bersedia mempertimbangkan dana khas tahunan PIBG berdasarkan lokasi, tahap kesukaran dan keperluan sekolah? Igan berharap bantuan ini dapat memastikan murid luar bandar turut menikmati peluang pendidikan yang setara dengan murid di luar bandar.

Dato’ Yang di-Pertua, Igan juga ingin mendapat penjelasan KPM mengenai Surat Aku Janji Kepatuhan Polisi Perlindungan Murid yang menimbulkan kekeliruan dalam kalangan guru. Mohon satu minit, Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terdapat perbezaan kefahaman mengenai kewajipan menandatangani dokumen tersebut serta kemungkinan tindakan terhadap guru yang belum menandatanganinya.

Sehubungan dengan itu, Igan ingin mendapat penjelasan mengenai tiga perkara. Berapakah jumlah guru yang telah dan belum menandatangani aku janji tersebut khususnya di Sarawak dan sekolah di bawah PPD Daro?

Kedua, apakah tindakan yang boleh dikenakan yang boleh dikenakan terhadap guru yang belum menandatangani dokumen tersebut?

Ketiga, adakah KPM bersedia mengeluarkan penjelasan bertulis yang seragam dan jelas kepada semua sekolah bagi mengelakkan kekeliruan dan polemik?

Igan menyokong sepenuhnya usaha melindungi murid. Namun, dalam masa yang sama kebajikan, hak dan juga keyakinan guru juga perlu dipelihara.

Dato’ Yang di-Pertua, Igan berharap segala isu yang dibangkitkan mendapat perhatian yang serius dan tindakan susulan yang jelas daripada kerajaan serta kementerian. Dan saya memohon supaya KPM menjawab segala persoalan yang dibangkitkan secara spesifik dan terperinci.

Belanjawan yang besar perlu diterjemahkan kepada penyelesaian sebenar khususnya dalam menjamin pendidikan berkualiti, keselamatan murid dan kebajikan guru di luar bandar Sarawak. Anak-anak luar bandar berhak mendapat pendidikan yang selamat dan berkualiti. Manakala, guru yang berkhidmat dalam keadaan mencabar wajar diberi pengiktirafan, penghargaan dan pembelaan yang sewajarnya.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, akhir sekali bagi pihak seluruh rakyat Parlimen Igan, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa tragedi nahas helikopter perkhidmatan doktor udara di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak pada 8 September 2026 yang lalu.

Semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Akhir sekali, Padi bukit subur di bumi, Rakyat Igan tekad menyokong; Menggapai di langit mengakar di bumi, Igan dengan ini mohon menyokong. Sekian, terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih, Yang Berhormat Igan. Seterusnya, Yang Berhormat Penampang. 20 minit selaku ketua parti.

draft • 4:40 PM

Datuk Ewon Benedick - Penampang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Selaku Ahli Parlimen Penampang, saya mengalu-alukan Belanjawan 2027 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan pada Jumaat lepas, 9 Oktober 2026. Saya mengucapkan syabas kepada Perdana Menteri yang beriltizam menyediakan pelbagai inisiatif kepada rakyat termasuklah keputusan penyasaran subsidi yang sesungguhnya memerlukan political will yang tegas.

Iltizam tersebut termasuklah agenda reformasi perlembagaan terkait dengan pengasingan peranan Peguam Negara dengan Peguam Cara dan had tempoh pelantikan Perdana Menteri. Reformasi Akta Perkhidmatan Parlimen yang telah pun berkuat kuasa, seterusnya pemansuhan AUKU dan cadangan Rang Undang-undang Entiti Milik Kerajaan yang dicadangkan.

Yang di-Pertua, terkait dengan reformasi perlembagaan saya ingin menyentuh mengenai pematuhan Perkara 112C dan Bahagian IV, Jadual Kesepuluh, Perlembagaan Persekutuan sepertimana dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai satu bentuk reformasi perlembagaan.

Hak perkongsian hasil inilah antara sebab utama Sabah bersetuju dengan penubuhan Malaysia. Tuntutan hak 40 peratus Sabah di bawah Perkara 112C, Perlembagaan Persekutuan sebenarnya dilaksanakan pada awal penubuhan negara ini tetapi kini masih belum dipulihkan semula seperti yang sepatutnya.

Hasil 40 peratus ini diperlukan oleh rakyat Sabah bagi menangani insiden kemiskinan, membangunkan bakat dan modal insan, melaksana inisiatif-inisiatif kebajikan dan kesejahteraan rakyat Sabah, pembangunan infrastruktur dan kemajuan ekonomi rakyat Sabah.

Saya mengambil ruang ini bagi menzahirkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan yang telah meningkatkan amaun pembayaran khas kepada Sabah daripada RM600 juta pada tahun 2025 kepada RM1.5 bilion pada tahun ini. Saya ingin mengulangi pendirian saya sebagaimana pendirian kerajaan Sabah iaitu pembayaran khas ini bukanlah pembayaran 40 peratus, sebaliknya hanya bersifat interim sebagaimana disebut di dalam pengumuman Belanjawan 2027.

Yang di-Pertua, saya mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan melalui Dewan yang mulia ini supaya pembayaran 40 peratus kepada Sabah dilaksanakan bermula dengan kutipan hasil oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sabah dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah sementara pembayaran 40 peratus daripada kutipan hasil-hasil yang lain masih dirundingkan.

Berdasarkan data yang sudah menjadi pengetahuan umum, kutipan hasil LHDN dan JKDM di Sabah pada tahun 2025 adalah sebanyak RM7.547 bilion.

Apabila dihitung, 40 peratus daripada jumlah kutipan ini, pembayaran 40 peratus kepada Sabah adalah sebanyak RM3.019 bilion.

Saya mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan menggandakan amaun interim tahun ini iaitu RM1.5 bilion kepada RM3.019 bilion bagi memenuhi pembayaran hak 40 peratus Sabah berdasarkan kutipan hasil LHDN dan JKDM bagi tahun 2025. Inilah sebenarnya cadangan yang pernah saya kemukakan dalam platform kerajaan sebelum ini yang saya sifatkan sebagai low-hanging fruit bagi melaksanakan kehendak Perlembagaan Persekutuan terkait hak 40 peratus Sabah.

Yang di-Pertua, saya turut menggesa supaya Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Negara mengenai pelaksanaan Perjanjian Malaysia dapat diadakan atau dapat bersidang bagi membincang dan memuktamadkan lima perkara yang tidak dapat diputuskan dalam Jawatankuasa Teknikal mahupun Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 iaitu perkara-perkara yang berkaitan dengan royalti minyak, pembayaran tunai petroleum, mineral minyak dan medan minyak, Akta Laut Wilayah 2012, hak negeri ke atas pelantar benua dan duti setem yang dikenakan di bawah Ordinan Tanah Sabah dan Kanun Tanah Sarawak.

Terkait pembayaran tunai petroleum, mantan Ketua Menteri Sabah yang juga merupakan saksi yang menandatangani Perjanjian Akta Kemajuan Petroleum 1974 telah membuat kenyataan bahawa bayaran tunai petroleum kepada Sabah sebanyak lima peratus tidak pernah dibincangkan di Kabinet Sabah ketika itu.

Justeru, Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Negara harus bersidang bagi mengkaji semula bayaran tunai petroleum tersebut kepada Sabah. Saya mencadangkan agar bayaran tunai lima peratus yang diberikan oleh PETRONAS kepada Kerajaan Persekutuan diberikan kepada Sabah sebagai tambahan lima peratus yang diterima oleh Kerajaan Sabah ketika ini sebagai permulaan kepada semakan semula royalti petroleum.

Saya berpandangan ini lebih mudah dilaksanakan kerana hanya memerlukan political will dan keikhlasan Kerajaan Persekutuan kepada Sabah sebagai negeri pengeluar petroleum negara. Lagipun Kerajaan Persekutuan masih boleh memperolehi dividen khas daripada PETRONAS. Saya juga mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan melalui Dewan yang mulia ini supaya kutipan hasil duti setem yang dikenakan di bawah Ordinan Tanah Sabah dikongsi 50-50 di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Sabah.

Yang di-Pertua, saya juga ingin menyatakan teguran mengenai kecenderungan Undang-undang Persekutuan yang dibawa ke Parlimen tanpa mendapat consent daripada Kerajaan Sabah sebagaimana semangat yang sepatutnya sepertimana dalam Perkara 161E, Perlembagaan Persekutuan terutama undang-undang yang mempunyai implikasi langsung kepada Sabah. Perlindungan perlembagaan atau constitutional safeguard merupakan satu lagi syarat besar menyertai penubuhan negara ini.

Justeru, menambah kerusi Parlimen tidak kurang daripada satu per tiga kerusi Parlimen kepada Sabah dan Sarawak harus menjadi agenda reformasi perlembagaan oleh Kerajaan Persekutuan sesuai semangat dan persetujuan MA63.

Tidak hanya itu, mana-mana undang-undang baharu, pindaan Perlembagaan atau undang-undang yang memberi kesan langsung kepada Sabah seharusnya mendapat consent atau persetujuan daripada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah atau Kerajaan Sabah.

draft • 4:43 PM

Datuk Ewon Benedick - Penampang

Perkara 79 Perlembagaan Persekutuan juga harus mempunyai semangat untuk mendapatkan persetujuan daripada Kerajaan Sabah terkait sebarang undang- undang baharu atau pindaan undang-undang sedia ada yang mahu dibawa ke Dewan yang mulia ini.

Yang di-Pertua, saya juga mengalu-alukan dapatan dan teguran Ketua Audit Negara yang dibentangkan di Dewan yang mulia ini pada minggu lepas.

Tanggungjawab dan kepimpinan bersama berdasarkan kepada pendekatan whole- of-government dan whole-of-society mesti diperkasakan bagi menangani dan menindak lanjuti teguran-teguran Ketua Audit Negara termasuk penyelarasan yang lebih berkesan di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Saya mencadangkan supaya peruntukan-peruntukan pembangunan untuk Sabah disalurkan pada suku pertama dan proses perolehan selewat-lewatnya dibuat pada suku kedua supaya setiap projek pembangunan boleh dimulakan pada tahun semasa.

Saya juga mencadangkan agar mekanisme semak dan imbang di Dewan yang mulia ini diperkukuhkan dengan mewujudkan Jawatankuasa Khas Pemantauan Pelaksanaan Belanjawan mengikut setiap negeri yang dianggotai oleh Ahli-ahli Parlimen bukan anggota pentadbiran dari negeri tersebut bagi memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan di negeri masing-masing. Sebagai Ahli Parlimen yang akan meluluskan belanjawan tahunan, mekanisme semak dan imbang tidak sepatutnya berlaku semasa Parlimen bersidang sahaja.

Yang di-Pertua, saya menzahirkan penghargaan ke atas peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk Sabah bagi tahun 2027 iaitu sebanyak RM18.7 bilion.

Sesungguhnya Kerajaan Persekutuan sememangnya perlu melaksanakan tanggungjawab menyediakan peruntukan pembangunan dan perbekalan bagi portfolio-portfolio di bawah Senarai Persekutuan dan turut mempunyai tanggungjawab bagi Senarai Bersama.

Dalam masa yang sama, saya juga merekodkan kerisauan ke atas pembatalan tender projek jalan luar bandar di Sabah tahun ini yang sudah berada di peringkat iklan dan pelawaan tender projek. Saya ingin mendapatkan status sebenar perkara ini. Apakah yang telah berlaku kepada peruntukan pembangunan bagi jalan luar bandar di Sabah tahun ini? Dan adakah senarai projek jalan tahun ini dibawa ke tahun hadapan untuk dilaksanakan di bawah peruntukan Belanjawan 2027? Apakah ini bererti Sabah telah kehilangan satu tahun pelaksanaan pembangunan senarai projek-projek baru jalan luar bandar.

Pembangunan infrastruktur asas khususnya jalan raya, bekalan elektrik dan air merupakan pemboleh ubah kepada kesejahteraan rakyat dan ekonomi Sabah.

Sebarang kelambatan dalam penyaluran peruntukan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan infrastruktur asas bererti kesejahteraan rakyat dan kemajuan ekonomi telah dilengahkan.

Sabah telah menyumbang kepada hasil Persekutuan dan membantu mensubsidi kemajuan di wilayah Semenanjung selama ini melalui perkongsian hasil petroleum sejak tahun 1976. Justeru Kerajaan Persekutuan berkewajipan untuk menjamin pembangunan infrastruktur asas di Sabah dengan tidak melengahkan penyaluran peruntukan termasuk proses tender bagi projek-projek yang telah dipersetujui.

Yang di-Pertua, saya juga menyokong penuh cadangan penggubalan undang-undang platform e-dagang sebagai satu usaha mengawal selia perdagangan atas talian dan memastikan kemampanan perusahaan-perusahaan tempatan negara khususnya di kalangan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Saya juga menyokong penuh inisiatif pembiayaan dan pelbagai bantuan kepada usahawan PMKS.

Saya merakamkan penghargaan ke atas pengiktirafan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan bahawa usahawan mikro di Sabah merupakan penerima terbanyak bagi bantuan di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia.

Bagaimanapun aktiviti ekonomi di Sabah tidak boleh dibiarkan atau dibangunkan pada tahap kategori mikro dan kecil sahaja. Usahawan-usahawan PMKS di Sabah mesti dibantu untuk diskalakan supaya mereka boleh bersaing ke arah pasaran modal dan lebih berdaya saing dirantau ini.

Saya menggesa supaya pejabat agensi-agensi Kerajaan Persekutuan yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif bantuan PMKS ini mesti diperluaskan di Sabah, tidak hanya di Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan sahaja tetapi harus dikembangkan ke daerah pedalaman seperti di Keningau, Kota Marudu, Telupid dan Beaufort.

Kalau Kedah, Perlis dan Pulau Pinang dengan jarak yang tidaklah terlalu jauh mempunyai rangkaian pejabat-pejabat agensi Persekutuan ini begitu juga dengan Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan maka Sabah sepatutnya mendapat liputan perkhidmatan pejabat agensi-agensi Persekutuan yang lebih banyak iaitu seperti SME Corp, SME Bank, Agrobank, Credit Guarantee Corporation, MDEC dan banyak lagi agensi yang lain.

Yang di-Pertua, saya telah menyokong Pelan Induk Perindustrian Baharu

(NIMP) melalui platform kerajaan sebelum ini dan saya ingin menyatakan sokongan yang sama di Dewan yang mulia ini. Saya mengalu-alukan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam membantu membangunkan pemboleh ubah atau enabler perindustrian di Sabah di dalam Belanjawan 2027 ini iaitu jalan kawasan pelabuhan dan menambah baik lapangan terbang.

Saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan sama-sama membangunkan Sabah sebagai Eastern Gateway to Malaysia dengan menjadikan Taman Perindustrian Palm Oil Industrial Cluster (POIC) di Lahad Datu Sabah sebagai special economic zone atau kawasan ekonomi khas BIMP–EAGA. Saya juga menuntut supaya skim jaminan perniagaan dapat diperluaskan kepada syarikat- syarikat tempatan Sabah yang mahu memperluaskan perusahaan mereka di taman- taman perindustrian di Sabah seperti di KKIP, POIC, SOGIP, SAIP dan KLAK di Sawit Kinabalu Industrial Park, Kota Belud Industrial Park dan Kudat Blue Economy Industrial Park termasuk sokongan besar kepada industri halal tempatan Sabah.

Yang di-Pertua, dalam Belanjawan 2027 ini peruntukan khusus telah disediakan untuk sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangsaan Tamil, sekolah agama rakyat dan institusi tahfiz. Saya ingin tahu mengenai peruntukan pembangunan bagi sekolah-sekolah mubaligh di negara ini yang sepatutnya juga harus diberikan peruntukan khusus.

Apakah Belanjawan 2027 ini telah meminggirkan hak mereka untuk mendapatkan peruntukan khusus dalam belanjawan. Saya menuntut agar peruntukan khusus untuk sekolah-sekolah mubaligh disediakan dengan tidak kurang daripada peruntukan yang disediakan untuk sekolah jenis kebangsaan Tamil.

Yang di-Pertua, terkait peratusan rendah doktor atau pegawai perubatan dari Semenanjung yang melapor diri untuk bertugas di Sabah. Saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Sabah membuat dasar khas supaya Fakulti Perubatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dikhususkan kepada pelajar- pelajar perubatan dari Sabah. Penyelesaian kepada isu doktor kurang berminat bertugas di Sabah, terutama yang berasal dari Semenanjung bukan semata-semata terkait isu kemudahan elaun, fasiliti dan peluang kenaikan pangkat jawatan tetapi lebih kepada semangat ingin berkhidmat kepada negeri sendiri.

Justeru, dasar ini memerlukan pengambilan melalui proses UPU diperhalusi dengan menambah pengambilan pelajar perubatan di UMS atau institusi pengajian terdekat di kalangan pemohon pengajian perubatan dari kalangan anak-anak Sabah.

Tawaran penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sepertimana diumumkan dalam belanjawan ini bolehlah disalurkan kepada anak-anak Sabah yang mengikuti pengajian perubatan di UMS dan mereka boleh diikat untuk terus berkhidmat di Sabah selepas tamat pengajian.

Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan inisiatif agenda ekonomi bumiputera di bawah PuTERA35. Bagaimanapun saya ingin menyatakan pandangan bahawa pelaksanaan agenda ekonomi bumiputera tidak boleh berorientasikan kepada agenda Melayu semata-mata atau berorientasikan kepada keperluan wilayah Semenanjung sahaja. Masyarakat bumiputera bukan Melayu di kalangan anak negeri Sabah dan Sarawak juga mesti diberi peluang dan harus ada program khusus yang bersesuaian dengan citra bumiputera di wilayah Borneo.

Jika tanah rizab Melayu mahu dibangunkan khas untuk perumahan rumah mampu milik atau pembangunan komersial bumiputera Melayu maka tanah adat dan tanah anak negeri di Sabah dan Sarawak juga mesti diberi sokongan peruntukan pembangunan yang setimpal. Lebih-lebih lagi apabila dana PETRONAS digunakan untuk membangunkan tanah rizab Melayu. PETRONAS yang meraih hasil besar daripada Sabah dan Sarawak tidak boleh dilihat membangunkan agenda bumiputera Melayu sahaja tetapi juga bumiputera anak negeri Sabah dan Sarawak.

Justeru, saya menuntut supaya peruntukan pelaksanaan penyukatan tanah anak negeri di bawah program Perkhidmatan Tanah Anak Negeri (PANTAS) di Sabah diteruskan dengan peruntukan yang lebih besar supaya lebih banyak tanah- tanah anak negeri dapat disukat dan dikeluarkan geran. Saya yakin program PANTAS di Sabah seperti yang dilaksanakan selama ini boleh menjadi permulaan kepada agenda ekonomi rakyat bumiputera anak negeri Sabah terutama apabila bantuan-bantuan kerajaan yang berkaitan dengan pertanian, perladangan, pelancongan dan sebagainya memerlukan status pemilikan tanah bergeran.

draft • 4:50 PM

Datuk Ewon Benedick - Penampang

Yang di-Pertua, saya juga mengalu-alukan belanjawan untuk pelbagai inisiatif bagi rakan-rakan yang beragama Islam. Pada masa yang sama keperluan bantuan bagi rumah ibadat bukan Islam (RIBI) juga harus ditambah sesuai dengan prinsip Rukun Negara, kepercayaan kepada Tuhan yang mahu rakyat negara kita beragama.

Lebih-lebih lagi di Sabah, bahawa kebebasan beragama merupakan tuntutan dan syarat penubuhan negara Malaysia. Justeru, peruntukan bantuan RIBI juga seharusnya ditambah. Pelaksanaan bantuan RIBI juga harus mengambil kira situasi unik di Sabah di mana rumah-rumah ibadat bukan Islam khususnya gereja-gereja banyak dibina di rizab kampung dan kawasan tanah adat komuniti terutama di kawasan pedalaman dan luar bandar yang tidak mempunyai geran tanah.

Garis panduan bantuan RIBI juga harus diubah mengambil citra Sabah— mengambil kira citra Sabah dan saya kira juga di Sarawak. Garis panduan yang ada sekarang tidak peka dengan situasi sebenar di wilayah Borneo Malaysia. Bagaimana mungkin prinsip-prinsip Rukun Negara dapat menyerap kepada jiwa rakyat, sedangkan perundangan dan garis panduan tidak mesra kepada keperluan mereka.

Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh mengenai penubuhan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Persekutuan yang diwujudkan hanya di negeri-negeri tertentu termasuk beberapa daerah di Sabah.

Saya telah membantah penubuhan JPKK Persekutuan di dalam platfrom kerajaan sebelum ini dan saya ingin mengulangi pendirian saya yang sama untuk menolak JPKK Persekutuan ini di Sabah walau apa pun alasan atau hujah yang pada pandangan saya lebih bersifat politik.

Sabah sudah mempunyai enakmen pentadbiran luar bandar sendiri. Justeru, saya menggesa supaya JPKK Persekutuan di Sabah dimansuhkan, seterusnya tadbir urus persekutuan negeri terkait penubuhan JPKK di bawah undang-undang negeri dipulihkan seperti sebelum ini.

Yang di-Pertua, Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 sedang berjalan.

Saya ingin bertanya, sejauh manakah kempen ini menyumbang kepada kehadiran pelancong ke Sabah? Berapa banyak limpahan ekonomi kepada Sabah? Dan apakah kempen ini turut mencakupi citra Sabah? Saya bertanya kerana di sebalik kempen ini, kita berhadapan dengan penstrukturan semula. Jadual penerbangan ke Sabah oleh beberapa syarikat penerbangan, malah ada yang tidak lagi meneruskan direct flight ke Sabah dari destinasi-destinasi tertentu.

Kerajaan Sabah akan mengadakan Kempen Tahun Melawat Sabah 2027.

Adakah Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan bagi menyokong inisiatif Kerajaan Sabah ini khususnya pembangunan infra pelancongan dan pembangunan branding Kinabalu UNESCO Global Geopark dengan laluan baharu mendaki Gunung Kinabalu dari Kadamaian?

Ketika ini, pelancongan berada di bawah Senarai Persekutuan. Tuntutan Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak adalah supaya pelancongan dimasukkan dalam Senarai Bersama. Apa pun keputusannya kelak, Kerajaan Persekutuan mempunyai tanggungjawab— Perlembagaan menyediakan peruntukan menyokong inisiatif-inisiatif pembangunan pelancongan di Sabah termasuklah Kempen Tahun Melawat Sabah 2027.

Yang di-Pertua dalam Belanjawan 2027 ini, sejumlah RM1 bilion lebih peruntukan bagi Pilihan Raya Umum Ke-16 saya mencadangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya melalui Dewan yang mulia ini agar membangunkan satu mekanisme bagi membolehkan pengundi Sabah yang bekerja atau belajar di Semenanjung atau di Sarawak dan sebaliknya supaya dapat mengambil bahagian dalam proses demokrasi negara dan mengundi tanpa perlu balik ke Sabah untuk membuang undi.

Ertinya, rakyat Sabah di Lembah Klang boleh membuang undi di Kuala Lumpur. Bagi yang berada di Utara Semenanjung, boleh mengundi di Pulau Pinang misalnya. Dan bagi yang berada di Selatan Semenanjung, boleh mengundi di Johor misalnya.

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Masa sudah tamat Yang Berhormat.

draft • 5:00 PM

Datuk Ewon Benedick - Penampang

Demikian juga bagi rakyat Semenanjung dan Sarawak yang berada di Sarawak.

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Yang Berhormat Penampang, masa sudah tamat. Okey, landing ya, landing.

draft • 5:00 PM

Datuk Ewon Benedick - Penampang

Landing sudah, landing. Yang di- Pertua, saya hargai belanjawan besar yang diperuntukkan kepada Sabah, tetapi yang menjadi ukuran sebenar adalah sama ada belanjawan ini betul-betul dirasai oleh rakyat Sabah.

Sabah mempunyai isu dan cabaran yang unik, berbeza dengan Semenanjung kerana faktor geografi dan logistik, selain faktor Perlembagaan dan sejarah negara. Pendekatan pelaksanaan pembangunan harus mengambil kira citra dan dinamika Sabah dan saya kira juga di Sarawak. Justeru, harus ada pendekatan Dasar Pandang Ke Timur dalam negara dalam mencitrakan pelaksanaan Belanjawan 2027 ini.

Yang di-Pertua, saya akan mengambil perbahasan peringkat jawatankuasa kelak untuk perkara-perkara yang menyentuh secara spesifik untuk kawasan yang saya wakili dan dekat dengan hati saya iaitu Penampang dan Kadamaian serta Sabah secara amnya.

Dengan ini, saya menzahirkan sokongan padu kepada Belanjawan 2027 dengan harapan teguran, pandangan dan cadangan yang telah dikemukakan dapat dipertimbangkan dalam menjayakan pelaksanaan belanjawan ini.

Yang di-Pertua, demikianlah ucapan perbahasan saya yang bertemakan ‘Agenda Sabah First Dalam Kerangka Belanjawan 2027’. Dengan demikian, saya mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Baiklah Yang Berhormat Penampang. Seterusnya, saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Jelutong.

Silakan Yang Berhormat, 15 minit.

draft • 5:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Yang di- Pertua. Saya bangun untuk turut serta dan menyokong belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Dan izinkan saya memulakan perbahasan saya seperti biasa dengan memetik pesanan daripada pujangga agung Tamil, Thiruvalluvar dalam ayat 544 yang berbunyi seperti berikut, [Berucap dalam bahasa Tamil] . Saya ulangi, [Berucap dalam bahasa Tamil] , yang bermaksud, “Pemimpin yang merangkul tanggungjawab dengan cekap, dengan amanah dan juga memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat serta memerintah dengan adil akan memperolehi penghormatan serta dukungan rakyat dulu, kini dan selama- lamanya.” Sebagai seorang Ahli Parlimen daripada Parti DAP yang mewakili semua rakyat tak kira agama, bangsa ataupun kaum saya pertamanya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan MADANI yang telah pun mengotakan janji dan menyalurkan jumlah dana sebanyak RM5.5 juta melalui ICU kepada pihak jawatankuasa dan kariah Masjid Jamek Jelutong untuk projek pembinaan sebuah Masjid Jamek Jelutong yang baru di Parlimen saya.

Pada masa yang sama, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas ihsan dan keprihatinan kerajaan yang juga telah bercadang dalam pembentangan belajawan ini untuk menubuhkan sebuah Pusat Kepakaran Penjagaan Bersepadu

(NICE) yang akan dibangunkan di Pulau Pinang untuk latihan, penyelidikan dan penjagaan warga emas.

Kerana kita sejak kebelakangan ini mendapati bahawa pusat-pusat penjagaan warga emas mengalami pelbagai masalah kerana tidak memperolehi kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan, daripada Jabatan Bomba dan juga sering kali menghadapi pelbagai masalah yang perlu mereka mengharungi dari semasa ke semasa. Saya berharap dengan pengumuman ini, kita akan dapat menyeragamkan operasi-operasi pusat yang menjaga warga emas kerana tanpa warga emas, di manalah kita.

Dalam pada masa yang sama, saya mengamati dan berterima kasih kepada kerajaan yang juga telah mengiktiraf Pulau Pinang sebagai Pusat Kewangan Teknologi Negara di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan satu dana pelaburan strategik sebanyak RM100 juta melalui Khazanah dan InvestPenang bagi membantu syarikat semikonduktor dan pembuatan termaju pada peringkat awal pertubuhan.

Cuma saya ingin tanya, apakah konsep dan juga pendekatan yang akan diambil oleh kerajaan dan bagaimanakah kita boleh mengharapkan bahawa golongan muda yang memperoleh ijazah dalam pelbagai ijazah kemahiran dan kelayakan, kelulusan dalam teknologi moden ini dapat juga sedikit sebanyak menjawat jawatan-jawatan dalam syarikat-syarikat seperti syarikat-syarikat semikonduktor.

Saya mengalu-alukan juga pengumuman kerajaan berkenaan dengan penubuhan hab kenderaan berat, kejuruteraan dan penyelenggaraan di sebuah syarikat melalui NCT InnoSphere di Pulau Pinang. Dan saya percaya bahawa limpahan pengumuman ini juga akan dirasai oleh rakyat bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi juga daripada Perlis, Kedah dan juga Perak.

Sebagai seorang Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu, pada masa ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan MADANI dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas pemberian dana sebanyak RM2.5 juta kepada Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang.

draft • 5:05 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Perlu saya nyatakan di sini bahawa walaupun perkara ini tidak dinyatakan dalam pengumuman belanjawan, perkara ini akan— pemberian dana ini akan sedikit sebanyak membantu Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang dalam membina sebuah rumah pembakar mayat baru atau crematorium yang boleh digunakan bagi kegunaan masyarakat hindu di Pulau Pinang, khususnya yang tinggal di Seberang Prai tengah, utara dan selatan.

Yang di-Pertua, saya juga dengar dengan tekun pengumuman yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan dengan pembayaran one-off kepada 38,000 pemandu teksi dan 15,000 pemandu bas sekolah iaitu wang sebanyak RM1,000 dan saya sedar bahawa wang ini juga bersama-sama dengan bantuan RM500 tiket penerbangan untuk mahasiswa dan kemudahan seperti ujian lesen B2 secara percuma dan topi keledar percuma adalah sesuatu yang akan diberi dalam pembentangan belanjawan ini.

Saya di sini ingin mengucapkan terima kasih kepada bukan sahaja Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tetapi juga kepada Menteri Pengangkutan. Di mana jelas menunjukkan apabila tata kelola diperbetul, hasil pembaharuan dapat dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat.

Syabas dan tahniah kepada Menteri Pengangkutan kerana telah melaksanakan tugas beliau dengan bersih, cekap dan amanah. Sesuatu yang perlu dipuji dan sesuatu yang perlu diterapkan. MADANI bekerja dengan jelas menunjukkan bahawa dengan menjual nombor plate khas baru-baru ini, wang yang dikutip daripada penjualan nombor plate khas ini telah disalurkan kembali kepada rakyat.

Bayangkan, saya ulangi di sini, kalau kita menerapkan nilai-nilai seperti ini dalam semua kementerian, sudah tentu dalam masa yang akan datang, rakyat Malaysia akan menikmati pelbagai lagi kemudahan yang boleh disediakan oleh kerajaan.

Pada masa yang sama, saya mengambil maklum tentang pengumuman Yang Berhormat Perdana Menteri berkenaan dengan kecerdasan buatan atau artificial intelligence. Di sini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan dengan penyediaan 100,000 lagi langganan AI atau kecerdasan buatan percuma yang diperluaskan meliputi aplikasi AI baharu seperti ChatGPT. Sememangnya ini merupakan satu langkah yang bijak dan baik untuk menggalakkan anak muda kita menceburi dan memelopori kecerdasan buatan dalam dunia teknologi yang semakin moden.

Pada masa yang sama, berkenaan dengan perkara ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Kerajaan MADANI dan juga Yang Berhormat Menteri Digital, Yang Berhormat Puchong kerana telah kami terima bantuan semasa sambutan Thaipusam, di mana pembekalan kelengkapan digital atau screen digital untuk menunjukkan secara langsung tayangan upacara sembahyang yang berlaku di dalam kuil sepanjang perayaan Thaipusam di Pulau Pinang kepada warga emas dan orang kelainan upaya yang tidak dapat naik ke Kuil Sree Balathandayuthapani, yang berada di atas bukit di Jalan Air Terjun Pulau Pinang.

draft • 5:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Damansara.

draft • 5:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Maafkan saya. Yang Berhormat Damansara. Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timor. Di sini saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Damansara sekali lagi kerana keprihatinan kementerian beliau, keprihatinan Kerajaan MADANI yang telah memberi sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Lembaga Wakaf Hindu untuk disalurkan kepada warga Malaysia yang beragama Hindu, yang terpaksa mendapatkan perkhidmatan dialisis daripada Hospital Pulau Pinang dan hospital swasta dan pusat-pusat dialisis swasta. Bayaran sebanyak RM50,000 itu telah kami salurkan kepada 50 penerima, RM1,000 setiap orang baru-baru ini.

Pada masa yang sama, saya mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Ahli Parlimen Tanjong, yang juga telah membantu Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang dengan menghulurkan bantuan sebanyak RM170,000 untuk digunakan bagi memberi bantuan kepada pemuda-pemudi golongan muda yang telah berjaya dalam pendidikan untuk membantu mereka dan juga dalam pelbagai perkara atau majlis-majlis ataupun program-program kebajikan. Sesungguhnya Yang Berhormat...

draft • 5:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Jelutong, boleh tanya sikit Jelutong, boleh? Dengan pengumuman baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga ada menyebutkan soal berkaitan kenaikan elaun RELA. RELA, bomba, polis sukarela, apa pandangan daripada Jelutong tentang kenaikan ini? Itu yang pertama.

Kemudian yang keduanya, saya nak sebutkan DAP tak bantah ke? Bila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri naikkan peruntukan kepada pembangunan agama Islam dalam negara kita ini. Kalau tahun ini peruntukannya sebanyak RM20.6 bilion, untuk tahun depan dia naik kepada RM3.1 bilion. Maksudnya, berlaku kenaikan hampir RM500 juta peruntukan kepada pembangunan agama Islam dalam negara kita ini. Saya nak tanya kepada kepimpinan DAP ini. DAP tak bantah ke?

draft • 5:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Baik, baik. Seperti yang saya katakan tadi Yang Berhormat, dalam ucapan saya sebelum ini, bila saya bermula, kita sebagai Ahli Parlimen DAP, kita faham tentang Perlembagaan Persekutuan. Kita menghormati agama Islam sebagai agama rasmi. Kita menghormati Raja-raja Melayu. Kita menghormati bahasa Melayu. Kita menghormati hak-hak keistimewaan Melayu.

Sebab itu apabila saya memulakan ucapan saya, saya telah menyatakan ucapan terima kasih kepada kerajaan kerana telah menghulurkan dana sebanyak RM5 juta untuk pembinaan masjid baru di Parlimen Jelutong. Sebagai Ahli Parlimen DAP, saya mewakili semua rakyat. Pada masa yang sama, saya berterima kasih kepada kerajaan yang juga telah menghulurkan bantuan sebanyak RM100 juta untuk sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina, RM50 juta untuk sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil, dan juga dana sebanyak RM80 juta untuk pembinaan penyelenggaraan rumah-rumah bukan beragama Islam.

So, ini adalah konsep ataupun teras perjuangan DAP, di mana kita mewakili semua rakyat, tak kira agama, tak kira bangsa dan tak kira latar belakang kita. So, saya ingin meneruskan dengan ucapan saya dengan mengatakan bahawa kembali ke Lembaga Wakaf Hindu, terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong yang telah menghulurkan bantuan sebanyak RM170,000, meneruskan dengan legasi Yang Berhormat Bagan, kekanda beliau yang ketika menjadi Menteri Kewangan telah menghulurkan bantuan sebanyak RM700 kepada Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang.

Saya di sini juga ingin berterima kasih kepada Yang Berhormat Perdana Menteri dan juga kepada Yang Berhormat Sungai Buloh yang telah melaksanakan Program MITRA dengan jayanya. Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Sungai Buloh kerana telah menghulurkan bantuan sebanyak RM20,000 kepada kuil-kuil Hindu di Malaysia. Dan melalui Program MADANI ini, sebanyak tujuh kuil Hindu di bawah Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang telah memperoleh manfaat dan kami akan menggunakan dana tersebut untuk membantu dan melaksanakan program-program yang memberi manfaat kepada rakyat.

Program-program Peranti MADANI, program-program menguasai bahasa Tamil, Program MADANI Harmoni, program pemberian papan pintar sebanyak 400 unit, program pencegahan jenayah, di mana saya percaya dana sebanyak RM13.25 juta untuk Program Peranti MADANI, program mengusai bahasa Tamil sebanyak RM900,000, Program MADANI Harmoni yang memperuntukkan RM5 juta kepada 250 gurdwara dan gereja India juga adalah sesuatu yang perlu dipuji kerana kita pastikan bahawa bukan sahaja kuil-kuil Hindu memperoleh manfaat, manakala gurdwara juga mempunyai manfaat dan gereja-gereja India juga memperoleh manfaat.

Program pemberian papan pintar, program pencegahan jenayah juga sedikit sebanyak telah memberikan manfaat kepada masyarakat India. Dan di sini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah memberikan peruntukan untuk sekolah kebangsaan sebanyak RM900 juta, sekolah jenis kebangsaan Cina telah dinaikkan kepada RM100 juta, sekolah jenis kebangsaan Tamil dinaikkan kepada RM50 juta dan juga sekolah agama rakyat, institusi tahfiz, sekolah pondok berdaftar di bawah JAKIM juga dinaikkan peruntukan RM200 juta.

Di Pulau Pinang Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kerana baru-baru ini kita telah melaksanakan program pecah tanah. Di mana SJKT Sungai Bakap dengan bantuan Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Nibong Tebal dan Kerajaan MADANI, di mana jumlah sebanyak RM12.6 juta telah diperuntukkan untuk pembinaan SJK(T) Sungai Bakap. Di mana saya menjangkakan bahawa— saya difahamkan bahawa program itu— projek itu akan dilaksanakan, bangunan sekolah baru akan sempurna dibina dalam masa 56 bulan nanti.

draft • 5:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sebelum saya berundur, Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan bahawa permintaan saya adalah saya ingin mencadangkan agar Kerajaan MADANI meningkatkan lagi pengambilan warganegara Malaysia yang berbangsa Cina dan India sebagai penjawat awam dalam jawatan perkhidmatan awam kerana saya difahamkan bilangan penjawat awam daripada warganegara Malaysia berbangsa India dan Cina makin berkurangan dalam Jabatan-jabatan Perkhidmatan Awam di negara kita.

Jika dibandingkan 10 tahun yang lalu, rakyat Malaysia berbangsa Melayu sebagai penjawat awam adalah 77.7 peratus sekarang, manakala Cina ada 5.4 peratus dan India hanyalah 3.76 peratus dan lain-lainnya adalah 13.2 peratus.

Ketidakseimbangan ini perlu diberi perhatian dan lebih ramai warganegara Malaysia berbangsa Cina dan India perlu digalakkan untuk berkhidmat sebagai penjawat awam untuk Malaysia terus kekal sebagai sebuah negara untuk semua rakyat Malaysia.

Yang di-Pertua, saya juga ingin memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa melalui program MIED, Maju Institute of Educational Development, kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta untuk manfaat masyarakat India, dan AIMST University juga telah memperolehi bantuan sebanyak RM25 juta melalui kerajaan.

Juga, bersama dengan program TEKUN di mana untuk program Maju Institute of Educational Development, program TEKUN dan AIMST, kerajaan telah memperuntukkan lebih kurang RM300 juta yang akan dimanfaatkan oleh masyarakat India. Jadi...

draft • 5:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Masa sudah tamat, Yang Berhormat. Sila gulung ya.

draft • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya akan menggulung, Yang di-Pertua. Yang di-Pertua, saya cuma ingin memberi nasihat kepada kerajaan. Kita ingin menggalas tugas yang penting dan kita perlu sedar bahawa kita perlu bekerjasama bersama-sama. Dan kalau kita ingin membanteras rasuah, kita harus melaksanakan tugas itu dengan segera.

Dalam konteks ini, saya ingin menyatakan bahawa kerajaan tidak boleh pilih kasih. Jangan pilih bulu, sama ada kawan atau lawan, siapa-siapa sahaja yang melakukan sesuatu kesalahan perlu dibawa ke mahkamah, diheret ke mahkamah dan dituduh.

Di sini, tak kiralah sama ada beliau merupakan seorang Timbalan Perdana Menteri ataupun Ahli Parlimen ataupun Menteri― saya beri perumpamaan.

Persoalan di luar sana adalah kenapa pertuduhan terhadap Yang Berhormat Bagan Datok ditarik balik? Kenapa tidak kes beliau dituduh semula? Apabila ada di kalangan di sebelah sini diheret ke mahkamah sekarang, kenapa kita pilih kasih? Kenapa kita pilih bulu? Kenapa kita tidak mengambil tindakan terhadap Yang Berhormat Bagan Datuk yang terlibat dalam 47 kes rasuah?

draft • 5:20 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Yang Berhormat Jelutong, boleh saya tanya berkenaan Bagan Datuk?

draft • 5:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Masa sudah tamat.

draft • 5:20 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Just cepat. Ada bagi laluan.

draft • 5:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Masa sudah tamat.

draft • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya bagi laluan, Yang di-Pertua. Saya bagi laluan. Tadi gangguan— tadi ada pencelahan.

draft • 5:20 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Beberapa saat.

Dia bagi laluan. Just short one. Saya nak tanya kepada Jelutong berkenaan dengan kes Bagan Datuk. Itu telah pun didapati oleh mahkamah. Mahkamah yang telah pun membuat penemuan- penemuan. Tahukan, Jelutong, satu penemuan prima facie. Maksudnya, itu adalah setelah mahkamah mengambil kira keterangan-keterangan bukti yang telah pun dikemukakan di mahkamah. Bukankah ini merupakan satu kes yang sepatutnya dipanggil semula untuk pembelaan dijalankan for defense in the court?

draft • 5:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Cukup, Yang Berhormat.

Masa sudah tamat.

draft • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang di-Pertua, saya ingin mengakhiri ucapan saya dengan mengatakan bahawa Yang Berhormat Bagan Datok telah dipanggil membela diri, Yang Berhormat Tambun perlu mengambil tindakan dan kalau boleh memastikan Peguam Negara menuduh semula beliau di mahkamah untuk dihadapi perbicaraan.

Terima kasih. Saya mohon menyokong.

draft • 5:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong. Seterusnya, mempersilakan Yang Berhormat Permatang Pauh.

Silakan. 15 minit, Yang Berhormat ya.

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Permatang Pauh untuk perbahasan Belanjawan 2027.

Belanjawan 2027 memperuntukkan RM83 bilion bagi perbelanjaan pembangunan, sedangkan perbelanjaan mengurus untuk subsidi dan bantuan sosial serta bayaran persaraan masing-masing mencecah RM72.7 dan RM44.6 bilion.

Kedua-dua komponen ini sahaja berjumlah RM117.33 bilion, jauh mengatasi peruntukan pembangunan negara.

Saya khuatir perbelanjaan pembangunan yang tidak cukup progresif ini akan membantutkan pertumbuhan ekonomi dan keupayaan negara menjana sumber pendapatan baharu masa akan datang. Lebih membimbangkan, sejak mentadbir pada tahun 2022, kerajaan telah dua kali menaikkan kadar gaji minimum tanpa peningkatan produktiviti yang seiring. Persoalannya, sampai bila negara mampu menanggung peningkatan komitmen perbelanjaan mengurus sekiranya pertumbuhan produktiviti dan hasil negara tidak berkembang pada kadar yang sepadan?

Saya bimbang ketidakseimbangan struktur perbelanjaan ini ditambah dengan kenaikan kos buruh tanpa pertumbuhan produktiviti yang setara akhirnya menjadi bom jangka kepada kemampanan fiskal dan daya saing ekonomi negara.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya menyambut baik pengumuman kerajaan untuk menanggung sepenuhnya caruman PERKESO bagi 40,000 imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru takmir melalui Tabung Haji. Saya mengambil maklum penjelasan Menteri Agama pada 11 Oktober bahawa caruman ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan, manakala Tabung Haji hanya bertindak sebagai pengurus pelaksanaan.

Namun, adakah kos pentadbiran dan pelaksanaan program ini ditanggung oleh kerajaan ataupun ia menggunakan peruntukan operasi Tabung Haji sendiri?

Adakah kerajaan telah menilai pertambahan beban tugas kakitangan Tabung Haji...

draft • 5:24 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Permatang Pauh.

draft • 5:24 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Duduk, duduk.

draft • 5:24 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Nanti minta Permatang Pauh tolong betulkan balik Bagan Serai itu. Sebab, kenyataan Bagan Serai itu mengelirukan.

draft • 5:24 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Hulu Langat.

draft • 5:24 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tahniah, Permatang Pauh.

Hebat. Macam inilah kita nak.

draft • 5:24 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Menyampuk tak dapat izin. Tak ada adab.

draft • 5:24 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Teruskan.

draft • 5:24 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Baik. Adakah kerajaan telah menilai pertambahan beban tugas kakitangan Tabung Haji? Khususnya dalam mengurus data penerima, pembayaran dan juga pemantauan agar tidak menjejas fungsi teras institusi tersebut. Jika dulu kata Tabung Haji bukan institusi pelaburan, persoalannya adakah hari ini Tabung Haji menjadi institusi pengurusan?

Dato’ Sri Yang di-Pertua, pada tahun 2025, kerajaan telah melaksanakan SPS Madani 3.0 yang turut membiayai 100 peratus caruman PERKESO bagi petugas rumah ibadat melalui mekanisme pentadbiran sedia ada. Mengapa mekanisme tersebut tidak diteruskan? Sebaliknya, Tabung Haji pula dilantik sebagai pengurus pelaksanaan bagi tahun 2027. Apakah kelemahan sistem terdahulu sehingga perlu diubah?

Berapakah kos pembangunan dan pengurusan sebelum ini? Itu semua perlu untuk diperjelaskan. Bukankah satu pembaziran sekiranya sistem yang telah dibangunkan menggunakan wang kerajaan hanya dimanfaatkan untuk tempoh yang singkat, kemudian digantikan dengan mekanisme baharu yang mungkin melibatkan kos tambahan. Saya mohon penjelasan tersebut daripada pihak kerajaan.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, minggu lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menegaskan bahawa ibu bapa perlu memainkan peranan lebih besar dalam menangani gejala buli. Saya bersetuju bahawa pembentukan akhlak dan sahsiah anak-anak ini bukan tanggungjawab sekolah semata-mata, sebaliknya perlu bermula daripada rumah.

Namun, dalam Belanjawan 2027, kerajaan memperuntukkan RM9.6 juta bagi memperkukuhkan Tribunal bagi Antibuli dan RM58.7 juta bagi Kempen Internet Selamat. Persoalannya, berapakah peruntukan khusus untuk memperkasakan ibu bapa melalui pendidikan keibubapaan sebagai langkah pencegahan awal buli ini?

Dalam Belanjawan 2026 yang lalu, sebanyak RM600,000 diperuntukkan bagi program pendidikan keluarga. Kenapa program seumpama ini tidak dinyatakan dalam Bajet 2027? Janganlah hanya kita mengharapkan ibu bapa memainkan peranan tapi pada masa yang sama kerajaan tidak menyediakan peruntukan mekanisme yang tersusun bagi membantu mereka melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Dalam hal ini, saya juga menyambut baik pengumuman kerajaan meningkatkan Bantuan Awal Persekolahan daripada RM150 kepada RM200 pada setiap murid. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan bahawa pendekatan kerajaan menyalurkan bantuan ini melalui sekolah supaya ibu bapa hadir sendiri dan berpeluang bertemu dengan guru bagi membincangkan kemajuan akademik dan pembentukan sahsiah anak-anak.

Setahu sayalah, langkah sebegini sebenarnya dah dibuat oleh sekolah- sekolah seluruh negara pada tahun lepas dan dua tahun yang lepas. Memang waris datang untuk mengambil sendiri di sekolah. Jadi, saya nak mencadangkan supaya pihak sekolah menyediakan satu slot perbincangan khas antara guru dan ibu bapa khususnya bagi membincangkan masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka di sekolah.

draft • 5:24 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Mudah-mudahan dengan pertemuan seumpama ini masalah dapat dirungkaikan sedikit demi sedikit, insya-Allah. Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Dewan membawa beberapa isu yang berkait dengan kawasan saya sendiri, kawasan Permatang Pauh.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Yang pertama, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas keprihatinan melalui penurunan pelbagai sumbangan dan juga kekerapan Yang Amat Berhormat Tambun sendiri turun ke Permatang Pauh.

draft • 5:30 PM

Seorang Ahli

Terima kasih.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 5:30 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Terima kasih banyak atas kunjungan beliau. Melalui keprihatinan dan keseriusan PMX berikan terhadap Permatang Pauh. Saya nak memohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya dapat memberikan sedikit perhatian kepada beberapa permasalahan yang ada di Permatang Pauh ini dan ini permasalahan lama, bukan suatu yang baru. Antaranya, mencari penyelesaian terhadap penduduk kampung Bagan Serai, Permatang Pauh yang sudah lama tertangguh isu rumah mereka.

Yang kedua, saya sudah bangkitkan perkara ini beberapa kali dalam sidang Dewan iaitu berkaitan dengan isu Bazar Perdana yang sehingga hari ini belum menemui jalan sinar sedangkan ia hampir melibatkan 1,000 pembeli; 700 Melayu, 200 lebih Cina dan juga 100 lebih kaum India yang telah membeli begitu lama, tetapi tidak dapat dimanfaatkan sehingga sekarang.

Yang ketiga berkaitan dengan tebing jalan Permatang Nibong yang hari ini telah runtuh dan membahayakan pengguna jalan raya dan yang keempat, mohon diberikan perhatian penyelesaian isu tebatan banjir Sungai Derhaka yang telah lama dibuat pengambilan tanahnya hampir belasan tahun yang lalu. Mudah-mudahan diberikan perhatian.

Tan Sri Yang di-Pertua, baru-baru ini di Pulau Pinang berlaku kemalangan melibatkan murid yang melintas jalan ke sekolah. Kemudian berbangkit pula di SK Permatang Pauh bahawa pengawal keselamatan tidak dilindungi insurans sekiranya berlaku kemalangan ketika membantu murid melintas jalan walaupun menerima elaun daripada pihak berkuasa tempatan dan di SK Permatang Pasir daripada PIBG.

Permatang Pauh ingin mendapatkan penjelasan Kementerian Pendidikan berhubung skop tugas pengawal keselamatan sekolah yang dikatakan hanya terhad dalam kawasan sekolah dan tidak merangkumi tugas membantu murid melintas jalan di luar pagar sekolah.

Adakah KPM bersedia memperluaskan skop kontrak pengawal keselamatan sekolah bagi merangkumi tugas membantu murid melintas jalan serta mewajibkan perlindungan insurans bagi tugas tersebut? Apakah langkah segera KPM untuk menjamin keselamatan murid ketika datang dan pulang daripada sekolah tanpa meletakkan risiko dan tanggungan peribadi kepada pengawal keselamatan sahaja?

Tan Sri Yang di-Pertua, isu seterusnya saya ingin membangkitkan berkaitan dengan isu pengeluaran notis bayaran ansuran CP500 oleh LHDN yang menimbulkan kegusaran di kalangan peniaga kecil, pekerja gig, pengusaha e- dagang dan individu berpendapatan kecil. Terdapat aduan bahawa notis dikeluarkan tanpa penjelasan jelas mengenai asas pengiraan pendapatan dan jumlah ansuran.

Malah, ada individu yang mendakwa tidak menjalankan perniagaan tetapi tetap menerima CP500. Keadaan ini menimbulkan persoalan mengenai ketepatan maklumat, kaedah pengiraan serta beban masa kos tekanan kepada rakyat yang terpaksa berurusan ke LHDN untuk membuat pembetulan sedangkan pendapatan mereka tidak menentu.

Persoalannya, apakah kaedah kriteria dan sumber data yang digunakan oleh LHDN untuk menentukan anggaran pendapatan serta mengeluarkan CP500?

Adakah pengiraan berdasarkan pendapatan sebenar selepas mengambil kira perbelanjaan perniagaan dan pendapatan bercukai ataupun hanya perolehan kasar semata-mata? Serta, apakah kawalan bagi mengelakkan notis tersebut tersalah dikeluarkan?

Apakah pelan tindakan kerajaan bagi memastikan ketepatan data percukaian khususnya ketidakpadanan antara rekod e-invois dengan profit sebenar pembayar cukai? Apakah langkah perlindungan yang akan dilaksanakan supaya pembayar cukai yang terkesan akibat kesilapan sistem atau data tidak terus dibebankan dengan tuntutan bayaran kos dan tekanan pentadbiran sedangkan mereka sebenarnya tidak tertakluk kepada kewajipan ansuran tersebut?

Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin bangkitkan berkaitan dengan isu padi. Seorang pesawah, namanya Haji Jamil bin Hassan. Sekarang berusia 80 tahun. Beliau telah bersawah 60 tahun. Baru-baru ini datang mengadu kepada saya.

Beliau mengusahakan padi di kawasan PPK Kampung Pelek Kubang Semang dengan keluasan 4.047 hektar sawah. Menurut beliau, insentif bajak pada tahun 2025 lebih kurang RM404 semusim. Kerajaan telah mengumumkan kenaikan RM647.50 semusim. Beliau mendaftar untuk musim pertama 2026 pada 24 Februari, tetapi sampai hari ini tak menerima satu sen pun.

Kemudian pula, diminta mendaftar semula musim kedua pada 20 Ogos dan semua pesawah di PPK telah berbuat demikian. Pesawah telah melengkapkan pendaftaran mengikut prosedur yang ditetapkan. Namun, bayaran bantuan bagi musim lalu masih belum diterima. Lebih mengecewakan, mereka kini diminta mendaftar untuk musim berikutnya sedangkan bayaran terdahulu masih tertunggak.

Dalam Belanjawan 2027, kerajaan sekali lagi mengumumkan bantuan kepada pesawah termasuk peningkatan insentif penuaian daripada 50 kepada RM1 sehektar.

Persoalan, bagaimana pesawah hendak meletakkan keyakinan terhadap pengumuman bantuan baru ini, waad ini sedangkan bantuan yang telah dijanjikan sebelum ini pun masih belum disalurkan? Jadi, saya hendak bertanya kepada Menteri, apakah sebab bayaran insentif bajak bayaran tunai musim pertama ini belum dibayar kepada pesawah? Adakah masalah ini berlaku di PPK lain, seluruh negara? Berapa jumlah pesawah dan jumlah bayaran yang masih tertunggak dan bilakah bayaran ini akan dijelaskan kepada pesawah? Dan, apakah jaminan pada tahun 2027 ini masalah yang sama tidak akan berulang?

Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan sedikit berkaitan dengan isu kesahan kebenaran merancang Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang ataupun Pulau Silikon. Pada 30 Jun 2026, mahkamah rayuan menolak rayuan tujuh nelayan bersama dengan Sahabat Alam Malaysia dan Jaringan Ekologi dan Iklim, NGO atas alasan kelewatan pemfailan semakan kehakiman.

Namun, laporan penghakiman turut menyatakan bahawa pihak berkuasa perancangan negeri tidak mempunyai kuasa memberikan kebenaran merancang bagi kerja penambakan tersebut. Apakah implikasi dapatan ini terhadap kesahan kelulusan PSR walaupun rayuan ditolak atas alasan teknikal? Berkaitan isu ini, saya hendak bertanya lima perkara sahaja.

Pertama, apa asas perundangan dan status kelulusan bertulis Kerajaan Persekutuan bagi projek PSR berdasarkan penghakiman mahkamah rayuan?

Yang kedua, bagaimana kerajaan mentafsirkan perbezaan had tiga dan 12 batu nautika di bawah Akta 750 dalam menentukan bidang kuasa penambakan laut?

Tiga, adakah Jabatan Peguam Negara telah memberikan nasihat rasmi mengenai implikasi penghakiman terhadap kesahan kebenaran merancang PSR dan apakah tindakan susulan?

Empat, apakah pendirian kerajaan mengenai hubungan Akta 750 Kanun Tanah Negara dan Akta 172 dalam menentukan pembahagian kuasa kerajaan negeri dan persekutuan dan apakah langkah konkrit kerajaan bagi melindungi kebajikan nelayan yang terjejas? Lima.

Tan Sri Yang di-Pertua, yang terakhir. Dalam Bajet 2027, RM1.1 bilion diperuntukkan kepada beberapa agensi termasuk SPRM. Jadi saya hendak bertanya khususnya berkaitan dengan SPRM. Pada penghujung Januari lalu, SPRM Pulau Pinang mengesahkan pembukaan kertas siasatan di bawah seksyen 23 Akta SPRM 2009 berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam pembelian tanah yang berlaku di Pulau Pinang melibatkan hampir RM10 juta.

Sejak Mac lalu, seramai 63 telah dipanggil memberikan keterangan. Saya tegaskan ini masih di peringkat dakwaan, tiada siapa yang didapati bersalah sebelum dia dibuktikan. Namun, yang menariknya setelah lebih lapan bulan berlalu, keterangan telah dirakam, dokumen telah disemak tetapi status siasatan masih menjadi persoalan. Saya difahamkan kes ini telah dirujuk atau diambil alih oleh SPRM Putrajaya. Jadi, saya ingin bertanya, apa status terkini siasatan ini? Adakah kertas siasatan ini telah dirujuk pada Timbalan Pendakwa Raya?

Tan Sri Yang di-Pertua, ada satu lagi kes melibatkan RM100,000 wang tawaquf zakat yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi seorang setiausaha waktu perjalanan ke Mesir ataupun lawatan ke Mesir pada awal tahun lalu. Namun, dimaklumkan sebahagian perbelanjaan tersebut sebenarnya diberikan secara percuma sahaja dan sebahagian lagi ditanggung oleh syarikat agensi pelancongan yang dilantik oleh Majlis Agama Islam.

Apabila jabatan audit meminta dokumen sokongan, sebanyak 15 butiran tuntutan dikemukakan. Saya ada dokumen ini, salinan ada lah. Saya ada 15 tersebut.

Namun, saya dimaklumkan semua tuntutan ini disyaki tidak benar dan tidak ada satu resit pun dapat dibuktikan pembayarannya.

Persoalannya, ke manakah wang RM100,000 tersebut dibelanjakan? Saya difahamkan siasatan telah dibuat, telah lengkap, bukti sangat kuat tetapi sampai sekarang kenapa belum ada tindakan dan pendakwaan? Saya berharap siasatan ini tidak dibiarkan kerana ia melibatkan amanah umat Islam. Saya berpegang setiap individu dianggap tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah.

draft • 5:30 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Namun, dakwaan sebegini tidak boleh dipandang ringan lebih-lebih lagi dia melibatkan wang amanah umat Islam. Tak kiralah, saya setuju macam yang Jelutong sebut tadi, tak kiralah pihak mana pun yang terlibat tapi keadilan mesti ditegakkan tanpa pilih kasih. Cuma saya nak tanya Jelutong je lah, kenapa sekarang baru nak bersuara?

[Ketawa] Baik. Sebagai penutup, harapan saya agar Belanjawan 2027 ini benar-benar menjadi belanjawan yang menyelesaikan masalah rakyat bukan sekadar menambahkan senarai janji dan inisiatif baharu. Mudah-mudahan segala persoalan saya ini diberikan perhatian yang sewajarnya oleh kementerian yang berkaitan.

Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sebelum saya menjemput Tenom, saya ada satu pengumuman. Sebentar ya, Tenom. Ahli Yang Berhormat, pada hari esok, saya dimaklumkan bahawa bagi Sesi Pertanyaan Menteri ini akan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri-menteri memandangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan hadir ke Istana Negara pada pagi esok. Jadi, waktu beliau menjawab soalan- soalan itu akan dijawab oleh Menteri-menteri, tidak Perdana Menteri.

Baik. Sekarang saya jemput Tenom, 15 minit. Silakan.

draft • 5:40 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Assalamualaikum. Kaansayan ramuyun pahaka pahaka ku kawi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada Tenom untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2027 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Tenom mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas usaha memperkukuhkan kedudukan fiskal negara, meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan dan meneruskan komitmen pembangunan demi kesejahteraan rakyat.

Belanjawan 2027 dengan peruntukan keseluruhan RM510 bilion memperlihatkan komitmen besar kerajaan terhadap pertumbuhan ekonomi. Saya juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun di atas kejayaan mengukuhkan nilai Ringgit. Hal ini dibuktikan berdasarkan Laporan Tinjauan Ekonomi 2027 menunjukkan bahawa nilai Ringgit meningkat sebanyak 0.9 peratus berbanding Dolar Amerika dari awal tahun hingga akhir Ogos 2026. Komitmen ini juga terbukti menerusi usaha kerajaan untuk mengurangkan defisit fiskal apabila ia nya turut memberikan petunjuk positif.

Justeru, bagi memperkasakan lagi usaha tersebut, Tenom ingin membangkitkan sembilan perkara utama berkaitan infrastruktur bekalan alternatif, ekonomi pertanian, bioekonomi desa, jaringan pengangkutan, infrastruktur pendidikan, kesihatan, representasi, masyarakat pedalaman dan keberkesanan peruntukan pembangunan Wilayah Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik peningkatan peruntukan pembangunan luar bandar menerusi KKDW namun peningkatan peruntukan mesti disertai pendekatan pelaksanaan yang mengambil kira cabaran geografi pedalaman Sabah. Di Tenom, masih terdapat penempatan menghadapi bekalan air tidak stabil, tekanan rendah dan kebergantungan kepada sumber alternatif. Keadaan bertambah buruk apabila berlaku gangguan elektrik, penurunan paras sungai atau kerosakan sistem pengepaman.

Tuan Yang di-Pertua, oleh itu Tenom mencadangkan agar program bekalan air luar bandar diperkukuh melalui pendekatan fleksibel menerusi projek bekalan air alternatif seperti penuaian air hujan komunal, sistem rawatan air mudah alih, tubewell system, paip graviti dan takungan air di lokasi bersesuaian.

Bagaimanapun, kemudahan alternatif hanya wajar menjadi penyelesaian sementara atau sokongan kecemasan bukannya menggantikan tanggungjawab menyediakan sistem bekalan air terawat yang kekal. Bagi Tenom, saya sekali lagi memohon perhatian terhadap rancangan pembangunan loji rawatan dan pengambilan sumber air dari Sungai Padas di Mandalom, penggantian paip lama serta penyediaan kapasiti simpanan air kecemasan. Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah juga perlu memperkukuh penyelarasan projek melalui jadual pelaksanaan serta petunjuk prestasi yang boleh dipantau. Air bersih bukan kemewahan pembangunan, air bersih ialah keperluan asas yang menentukan kesihatan, produktiviti dan maruah kehidupan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan pembangunan jalan kebun dan jalan akses pertanian yang sering dianggap projek kecil sedangkan kesannya amat besar terhadap pendapatan masyarakat luar bandar. Belanjawan 2027 menekankan keterjaminan makanan, produktiviti pertanian dan ekonomi desa.

Namun, matlamat ini sukar dicapai sekiranya hasil pertanian tidak dapat di bawa keluar dengan cekap.

Di Tenom, ramai pekebun kecil mengusahakan kopi, getah, buah-buahan dan tanaman makanan. Sebahagian mereka masih bergantung kepada jalan kebun yang rosak. Akibatnya, kos pengangkutan meningkat, kenderaan sukar memasuki kebun dan hasil pertanian berisiko rosak sebelum berjaya dipasarkan. Keadaan ini mengurangkan pendapatan bersih pekebun kecil.

Persoalannya, bagaimana kita mahu meningkatkan produktiviti pertanian sekiranya petani terpaksa menanggung kos tinggi hanya untuk membawa hasil tanaman ke jalan utama. Justeru itu, saya mencadangkan kerajaan agar memperkukuh program jalan perhubungan desa dengan memberikan keutamaan kepada jalan akses pertanian berpotensi ekonomi tinggi.

Penilaian projek perlu mengambil kira keluasan pertanian, bilangan pekebun kecil, jumlah pengeluaran dan potensi peningkatan pendapatan bukan sekadar panjang jalan atau jumlah penduduk. Kerajaan juga wajar membangunkan pemetaan jalan pertanian strategik di pedalaman Sabah disertai pembiayaan penyelenggaraan berkala dan sistem saliran yang berkesan.

Tuan Yang di-Pertua, menyediakan jalan untuk membawa hasil pertanian keluar merupakan langkah pertama. Namun, persoalan lebih besar ialah siapakah yang menikmati keuntungan terbesar selepas hasil tersebut meninggalkan kebun?

Selama ini, pembangunan pertanian tertumpu kepada peningkatan pengeluaran melalui bantuan benih, baja, peralatan dan latihan. Namun aspek pemilikan nilai tambah oleh petani masih perlu diberikan perhatian.

Di Tenom, di Kemabong, Melalap, masyarakat menghasilkan kopi, getah, buah-buahan serta pelbagai hasil pertanian berpotensi tinggi. Malangnya, sebahagian pengusaha masih bergantung kepada penjualan bahan mentah sedangkan nilai tambahan boleh diwujudkan melalui pemprosesan, pembungkusan, penjenamaan dan pemasaran. Ambil contoh Kopi Tenom, bermula dari biji kopi, proses pengeringan, pemanggangan, pengisaran, pembungkusan sehinggalah menjadi produk berjenama. Setiap peringkat mewujudkan nilai ekonomi tambahan tetapi apabila petani hanya menjual hasil mentah, peluang menikmati nilai tersebut amat terbatas.

Kopi Tenom mesti membawa pulangan yang lebih besar kepada keluarga yang menanamnya bukan hanya kepada pihak yang memasarkan produk akhirnya.

Justeru, Tenom mencadangkan pembangunan bioekonomi desa yang mengintegrasikan pengeluaran pertanian, teknologi pemprosesan, pengkomersialan, penyelidikan dan pemilikan perniagaan oleh komuniti tempatan.

(i) membangunkan hab pemprosesan hasil pertanian bersama di Tenom yang menyediakan kemudahan pengeringan, pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan dan kawalan kualiti untuk pekebun kecil, koperasi serta usahawan desa;

(ii) memperkasakan koperasi pertanian sebagai pemilik jenama, pengendali pemprosesan dan pengurus pemasaran supaya petani turut menikmati keuntungan industri hiliran;

(iii) memperkukuh kerjasama universiti, institusi penyelidikan dan pengusaha tempatan bagi menghasilkan produk makanan bernilai tinggi, bahan berasaskan sumber biologi serta penggunaan semula sisa pertanian yang berdaya maju;

(iv) memperkukuh perlindungan harta intelek melalui pendaftaran tanda dagangan, pembangunan identiti jenama dan penilaian kesesuaian petunjuk geografi bagi produk tempatan;

(v) pembiayaan bioekonomi mesti disertakan latihan pensijilan dan akses pasaran. Bantuan membeli mesin tidak mencukupi sekiranya pengusaha tidak mempunyai pembeli.

Oleh yang demikian, saya mohon kerajaan mempertimbangkan projek rintis hab bioekonomi desa di Tenom dengan tumpuan awal kepada kopi, buah-buahan dan hasil pertanian berpotensi. Besarlah harapan Tenom agar peluang ekonomi ini dapat dinikmati oleh anak-anak muda di kawasan pedalaman agar diperkukuhkan lagi supaya mereka mempunyai pilihan untuk membina masa hadapan di tempat sendiri tanpa perlu berhijrah semata-mata untuk mencari peluang pekerjaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan Rakyat kepada cadangan jalan Melalap–Membakut sebagai jaringan alternatif yang menghubungkan pedalaman Sabah dengan Pantai Barat Sabah.

draft • 5:41 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Laluan ini berpotensi mempercepatkan pergerakan hasil pertanian, memperkukuh hubungan pedalaman dengan Pantai Barat serta membuka peluang pembangunan pusat ekonomi baharu. Justeru itu, Tenom memohon cadangan Jalan Melalap–Membakut dipertimbangkan dalam perancangan pembangunan infrastruktur di dalam Belanjawan 2027 ini.

Tuan Yang di-Pertua, Tenom juga memohon agar Kementerian Pendidikan Malaysia mempercepatkan kelulusan pembinaan SMK Hevea Kuala Tomani dan SMK Melalap memandangkan tapak kedua-dua sekolah telah tersedia. KPM juga perlu memberikan keutamaan kepada menaik taraf sekolah-sekolah kayu dan menggantikan pendawaian elektrik sekolah lama bagi mengelakkan kejadian kebakaran akibat pendawaian usang berulang.

Selain itu, saya juga memohon pembinaan bangunan asrama perempuan baharu di SMK Kemabong yang kini berdepan risiko keselamatan akibat mendapan tanah serta pembinaan blok tambahan bagi mengatasi kesesakan pelajar di sekolah- sekolah menengah di sekitar Tenom. Janganlah urusan birokrasi yang terlalu panjang menyebabkan anak-anak pendalaman terus dinafikan kemudahan pendidikan yang sewajarnya.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik usaha kerajaan menambah tenaga kerja perubatan dan memperluas peluang jawatan tetap kepada pegawai perubatan kontrak. Namun persoalan utama, bukan sekadar jumlah doktor negara tetapi lokasi penempatan mereka dan kemampuan rakyat mendapatkan rawatan berkualiti.

Nisbah doktor kepada penduduk pada peringkat nasional tidak semestinya menggambarkan keadaan sebenar di pedalaman Sabah. Masyarakat luar bandar bergantung kepada hospital daerah dan klinik kesihatan yang mempunyai keterbatasan tenaga kerja serta kemudahan.

Di Hospital Tenom, kehadiran doktor berpengalaman dalam pengurusan kecemasan dan penyakit kronik amat diperlukan untuk menstabilkan pesakit sebelum dirujuk ke hospital yang mempunyai kemudahan kepakaran. Pesakit yang memerlukan rawatan lanjut lazimnya dirujuk ke Hospital Keningau atau hospital pakar di Kota Kinabalu. Perjalanan jauh meningkatkan beban pesakit dan keluarga khususnya golongan berpendapatan rendah.

Sehubungan itu, saya mencadangkan Kementerian Kesihatan memperkenalkan mekanisme pengagihan doktor berdasarkan keluasan geografi, masa perjalanan ke hospital rujukan, keadaan infrastruktur dan tahap kesukaran pendapatan. Insentif penempatan pedalaman juga perlu diperkukuh melalui kemudahan perumahan, pembangunan kerjaya dan peluang latihan kepakaran bagi menarik doktor berpengalaman.

Tenom turut mencadangkan supaya Kementerian Pendidikan Tinggi bersama Kementerian Kesihatan meningkatkan kapasiti dan kuota pengambilan pelajar dalam bidang perubatan serta profesion kesihatan bersekutu di institusi pengajian tinggi awam khasnya kepada anak-anak Sabah dari kawasan pedalaman.

Langkah ini perlu disertai dengan perluasan biasiswa, latihan klinikal dan laluan penempatan bagi melahirkan lebih ramai doktor tempatan yang dapat berkhidmat di kawasan yang masih mengalami kekurangan tenaga perubatan.

Keadilan kesihatan bukan bermaksud di setiap daerah mesti mempunyai hospital sebesar di ibu negeri. Keadilan kesihatan bermaksud setiap rakyat berhak menerima rawatan selamat, tepat pada masanya dan tidak terhalang oleh jarak geografi.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan keadilan representasi politik masyarakat peribumi pedalaman Sabah, khususnya masyarakat Murut dan Lundayeh. Kawasan Parlimen Tenom, Sipitang merangkumi wilayah luas dengan penempatan berselerak serta jaringan perhubungan mencabar. Keadaan ini mempengaruhi keberkesanan perkhidmatan wakil rakyat dan akses masyarakat kepada pembangunan.

Justeru itu, Tenom memohon secara khusus supaya Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan penambahan kerusi Parlimen bagi meningkatkan perwakilan masyarakat Murut dan Lundayeh di pedalaman Sabah. Permohonan ini bukan semata kepentingan politik tetapi berasaskan keluasan geografi, taburan penduduk, kesukaran perhubungan dan keperluan memastikan suara masyarakat peribumi diwakili secara berkesan.

Cabaran mewakili kawasan pedalaman berbeza daripada kawasan bandar.

Terdapat penempatan yang memerlukan perjalanan berjam-jam melalui jalan berbukit, sungai dan laluan terdedah kepada gangguan cuaca. Justeru itu, saya memohon Suruhanjaya Pilihan Raya memberikan pertimbangan khusus terhadap keperluan penambahan kerusi Parlimen bagi kawasan penempatan Murut dan Lundayeh apabila kajian semula persempadanan dilaksanakan mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Perkara ini juga wajar dibincangkan dalam kerangka peningkat representasi Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963. Masyarakat Murut dan Lundayeh tidak seharusnya terpinggir hanya kerana tinggal di kawasan berkepadatan penduduk rendah, keluasan geografi dan kesukaran akses mesti diberikan pertimbangan yang sewajarnya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mempersoalkan sejauh manakah peningkatan peruntukan pembangunan Sabah benar-benar mampu mengurangkan jurang antara kawasan bandar dengan pedalaman? Saya menyambut baik komitmen Kerajaan Persekutuan menyediakan permohonan yang besar kepada Sabah, namun peningkatan tersebut mesti diterjemahkan kepada perubahan sebenar di Tenom.

Natijahnya apabila peruntukan pembangunan Sabah meningkat dari tahun ke tahun, mengapa masih terdapat kampung menghadapi masalah air bersih, jalan rosak dan kemudahan kesihatan terbatas?

Bagi Tenom, keadilan pembangunan bukan hanya mengenai berapa banyak wang diperuntukkan kepada Sabah tetapi bagaimana wang tersebut diagihkan, dilaksanakan dan akhirnya memberikan manfaat kepada rakyat yang paling jauh daripada pusat pembangunan. Maka Tenom mencadangkan mekanisme pengagihan peruntukan berdasarkan jurang keperluan infrastruktur, mengambil kira keluasan geografi, tahap kemudahan asas, jarak penempatan dan kesukaran akses.

Pengagihan yang terlalu bergantung kepada jumlah penduduk berisiko menyebabkan kawasan pedalaman yang luas tetapi berkepadatan rendah terus ketinggalan.

Setiap projek pembangunan persekutuan di Sabah juga perlu mempunyai petunjuk pencapaian jelas termasuk jumlah isi rumah menerima air bersih, panjang jalan dinaik taraf, pengurangan masa perjalanan dan peningkatan akses kesihatan.

Kerajaan wajar menyediakan laporan kemajuan berkala yang memperincikan status pelaksanaan perbelanjaan sebenar dan sebab kelewatan projek.

Dalam membicarakan keadilan pembangunan Sabah, Tenom juga ingin menegaskan bahawa tuntutan 40 peratus hasil bersih Persekutuan yang diperolehi di Sabah bukanlah soal meminta ihsan tetapi hak yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan, khususnya Perkara 112C dan 112D serta Jadual Kesepuluh.

Saya berharap Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah dapat mempercepatkan penyelesaian tuntutan ini melalui mekanisme yang jelas dan berkekalan. Lebih penting hasil yang dikembalikan kepada Sabah mestilah diterjemahkan kepada pembangunan sebenar, khususnya bekalan air, jalan raya, sekolah dan kemudahan kesihatan di kawasan pedalaman seperti Tenom.

Tuan Yang di-Pertua, bagi Tenom, ukuran kejayaan sebuah belanjawan bukan semata-mata berapa besar peruntukan yang diumumkan tetapi sejauh mana peruntukan tersebut benar-benar sampai kepada rakyat dan dapat mengubah kehidupan mereka. Besarlah harapan agar segala cadangan dan tuntutan yang dinyatakan oleh Tenom sebentar tadi dapat diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak kerajaan. Akhir kata, Tenom memohon menyokong. Sekian dan terima kasih.

draft • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Tenom. Sekarang saya jemput Hulu Selangor, 15 minit. Silakan.

draft • 5:50 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada saya untuk sama-sama berbahas dalam sesi perbahasan Belanjawan 2027.

Tan Sri Yang di-Pertua, perkara pertama ingin saya sentuh berkait hala tuju teknologi dan kerjaya anak muda. Teknologi bergerak semakin pantas, ke manakah arah kerjaya anak muda kita. Kita melihat bagaimana yang dahulunya kita ada jurutol, kemudian bertukar kepada pembayaran tol secara elektronik. Kini kita ada pula AI yang boleh menghasilkan reka bentuk ilustrasi lukisan gambar dan juga video yang mana kalau sebelum ini ia adalah hasil kerja dan semua pendapatan untuk anak muda yang berbakat.

Tidak dinafikan kita perlu mengikut arus perdana dunia antarabangsa, akan tetapi bagaimana kita hendak memastikan teknologi AI ini seiring dengan kepakaran manusia? Apakah langkah Kementerian Digital termasuk melalui cadangan rang undang-undang berkaitan AI untuk membantu anak muda menyesuaikan kemahiran dan melindungi hak cipta hasil karya mereka? Bagaimana kementerian akan memastikan pelaburan yang seimbang tanpa menjejaskan peluang pekerjaan kepada masa yang akan datang?

draft • 5:59 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Tan Sri Yang di-Pertua, perkara kedua menyentuh berkaitan kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 mulai Jun 2027. Saya faham kita mahu pekerja memeroleh pendapatan yang lebih baik. Namun, perlaksanaan perlu mengambil kira kemampuan majikan, khususnya perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS).

Walaupun PMKS dengan hasil jualan di bawah RM50 juta dikecualikan, mereka masih boleh terkesan apabila pekerja untuk berpindah ke syarikat yang menawarkan gaji yang lebih tinggi.

Majikan PMKS akhirnya berdepan tekanan dan terpaksa menaikkan gaji atau terpaksa mengecilkan operasi atau terpaksa menutup operasi. Kesannya kepada siapa? Sudah pasti kepada rakyat. Bagaimana pula dengan pekerja yang gajinya telah mencecah RM2,000 atau lebih, sudah pasti majikan perlu menyelaraskan struktur gaji untuk keadilan.

Kebimbangan saya adalah, sejauh mana kerajaan telah menilai kesan pelaksanaan gaji minimum RM1,700 sebelum ini? Berapakah bilangan majikan yang berjaya mematuhinya? Serta berapa pula yang terpaksa mengecilkan operasi atau mengurangkan tenaga kerja bagi menampung kenaikan kos? Dan perlu difahami juga, sesetengah syarikat yang telah gulung tikar sebelum ini tidak memaklumkan kepada Jabatan Tenaga Kerja.

Tan Sri Yang di-Pertua, dalam masa yang sama, peningkatan kos operasi pasti akan menyebabkan kenaikan pada harga barangan dan perkhidmatan.

Sedangkan, bukan semua rakyat menerima kenaikan pendapatan tersebut. Jadi, apakah insentif atau bantuan yang akan disediakan kerajaan kepada majikan, khususnya PMKS bagi memastikan peningkatan kos operasi tidak dipindahkan kepada pengguna melalui kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Saya menegaskan, saya bukan tidak bersetuju dengan usaha meningkatkan gaji pekerja, namun mekanisme pelaksanaan dan kesannya perlu diteliti secara menyeluruh terlebih dahulu bagi mengelakkan berlakunya kehilangan pekerjaan kepada rakyat.

Tan Sri yang di-Pertua, perkara yang ketiga, saya sekali lagi ingin membangkitkan berkaitan keperluan hospital baharu di Hulu Selangor. Hulu Selangor tidak jauh berbeza dengan Banting dan Tanjong Karang, namun kemudahan hospitalnya jauh ketinggalan. Kedua-dua hospital tersebut sudah berstatus pakar minor, sedangkan Hospital Kuala Kubu Bharu masih dikategorikan sebagai hospital tanpa pakar.

Antara kepakaran yang perlu diberikan perhatian ialah ortopedik, melibatkan rawatan tulang, sendi dan kecederaan akibat kemalangan. Bagaimanakah perkhidmatan ini hendak diperluaskan, sekiranya kemudahan bilik pembedahan dan rawatan susulan masih terbatas? Ramai pesakit akhirnya terpaksa merujuk ke Hospital Selayang dan Sungai Buloh yang sudah pastinya sesak dan padat.

Tambahan lagi dengan kos yang tinggi dan masa yang lama terpaksa diambil kerana jarak perjalanan yang jauh.

Tan Sri Yang di-Pertua, Hulu Selangor ini sebesar negeri Melaka dan ia berkembang dengan pesat sebagai hub automotif, perindustrian dan juga ekopelancongan. Perancangan pembinaan hospital baru perlu dimulakan sekarang bagi menampung keperluan rakyat di masa mendatang.

Sekurang-kurangnya dalam belanjawan kali ini, saya mohon kementerian menyediakan peruntukan bagi kajian tapak yang bersesuaian untuk pembinaan hospital baru di Hulu Selangor. Ia perlu disediakan lebih awal kerana urusan tanah sahaja boleh mengambil masa yang cukup panjang.

Penilaian berdasarkan jumlah kemasukan wad atau kedatangan pesakit di Hospital Kuala Kubu Bharu sudah tidak relevan kerana sebahagian besar pesakit di hospital ini terpaksa dirujuk ke hospital di bawah kluster. Justeru, saya mohon Kementerian Kesihatan dapat memberikan keutamaan kepada perancangan hospital baharu. Di Hulu Selangor berdasarkan apa yang telah saya nyatakan di atas.

Tan Sri Yang di-Pertua, perkara keempat saya menyentuh berkaitan lambakan warga asing di seluruh Malaysia yang hangat diperkatakan. Saya ingin bertanya kepada Kementerian Dalam Negeri tentang pengurusan pekerja asing selepas mereka masuk ke negara ini. Saya pernah bekerja dalam industri dan menguruskan sendiri kemasukan pekerja asing dengan tidak menggunakan ejen disebabkan untuk penjimatan kos.

Syarikat terpaksa menanggung pelbagai kos kemasukan seperti levi, PLKS, fi proses visa, bon jaminan, FOMEMA dan lain-lain sehingga mencecah puluhan ribu Ringgit, tetapi tidak sampai sebulan Tan Sri Yang di-Pertua, pekerja yang diambil lari dari syarikat. Syarikat terpaksa menanggung kerugian yang besar, tetapi persoalannya, kemanakah pekerja ini pergi dan bagaimana mereka dikesan?

Saya mohon kementerian menjelaskan, berapa ramai pekerja asing yang dilaporkan melarikan diri? Berapa ramai berjaya dikesan dan apakah tindakan terhadap pihak yang menggajikan mereka tanpa kebenaran? Saya juga ingin tahu, sejauh mana kerjasama kementerian bersama KPKT menerusi PBT dalam memeriksa premis perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing di seluruh Malaysia. Apakah tindakan pemantauan dan penguatkuasaan bagi mengekang lambakan warga asing yang bebas menjalankan perniagaan mereka sesuka hati mereka? Mohon kementerian mengambil serius akan perkara ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, perkara yang kelima saya membangkitkan keresahan rakyat mengenai kenaikan bil elektrik baru-baru ini. Kementerian sebelum ini memberikan jaminan bahawa pengguna domestik tidak akan mengalami kenaikan bil sekiranya penggunaan mereka kekal sama. Namun, apa yang berlaku pada hari ini, menggambarkan keadaan yang cukup berbeza.

Apa pun, saya menghargai keputusan kerajaan memperluaskan perlindungan daripada 800kw kepada 800kw sebulan. Namun, tambahan ini diumumkan hanya bagi penggunaan September hingga Disember 2026 dan bagaimana pula dengan tahun 2027 nanti? Adakah kementerian akan menilai semula had tersebut berdasarkan kepada kadar kos tenaga dan kemampuan isi rumah serta mohon pihak kerajaan memperjelaskan punca kenaikan bil elektrik yang berlaku baru-baru ini. Saya mahu kementerian dapat mengambil perhatian dan tindakan yang sewajar.

Tan Sri Yang di-Pertua, perkara yang keenam, yang saya ingin persoalkan ialah berkaitan perkembangan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960, Akta GSA khususnya bagi memudahkan anak-anak peneroka yang ingin membina rumah. Perkara ini telah saya bangkitkan pada Oktober tahun lalu 2025.

Ketika itu Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan bahawa Johor dan Pahang telah mula mengambil langkah, manakala perbincangan akan diteruskan dengan negeri-negeri lain.

Pada Julai 2026 yang lepas, Perdana Menteri juga telah mengarahkan agar pindaan Akta GSA ini dilaksanakan. Jadi, apakah hasil perbincangan kementerian dengan kerajaan-kerajaan negeri dan apakah status pindaan akta tersebut serta bilakan ia akan dibentangkan di dalam Parlimen?

Isu ini telah berlarutan lama dan sementara menunggu pindaan ini berkuatkuasa, apakah tindakan penyelesaian yang boleh diberikan kepada keluarga yang berdepan dengan masalah kelulusan-kelulusan rumah dan juga sambungan utiliti. Saya mohon kementerian menyegerakan pindaan akta GSA dan penyelarasan dan penyelarasan dengan kerajaan negeri supaya perkara ini dapat diselesaikan.

Tan Sri Yang di-Pertua, perkara yang ketujuh, saya ingin menyentuh berkaitan perkembangan pembinaan sekolah baharu yang telah diluluskan di Hulu Selangor iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa 2 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Bandar Utama Batang Kali. Keperluan sekolah baharu ini telah saya bangkitkan dalam Kamar Khas sebelum ini. Memandangkan sekolah sedia ada semakin padat khususnya Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa yang terpaksa menampung 40 hingga 45 pelajar dalam satu kelas.

Jadi, saya ingin bertanya kepada Kementerian Pendidikan, apakah status terkini pembinaan kedua-dua buah sekolah yang telah diluluskan? Bilakah kerja- kerja pembinaan akan dimulakan dijangka siap sepenuhnya untuk digunakan. Dalam masa yang sama, adakah kementerian telah menilai keperluan sekolah-sekolah baharu di kawasan lain di Hulu Selangor? Saya mohon kementerian dapat menyegerakan pembinaan kedua-dua buah sekolah yang pernah dibuat bagi memastikan anak-anak Hulu Selangor dapat belajar dengan lebih selesa.

Tan Sri Yang di-Pertua, perkara kelapan menyentuh mengenai beban kenaikan harga barangan yang semakin dirasai oleh rakyat di luar sana khususnya harga telur. Dahulunya telur menjadi pilihan keluarga sebagai sumber protein yang murah dan berkhasiat. Namun, kini harga telur dilaporkan mencecah hingga RM15 meningkat berbanding RM11 lebih pada tahun 2024. Malah laporan berita baru-baru ini menyatakan bahawa harga telur dijangka terus naik dalam tempoh tiga hingga enam bulan yang akan datang akibat penutupan beberapa ladang disebabkan kenaikan kos makanan ternakan.

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Saya mohon Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menjelaskan penilaian yang telah dilakukan terhadap perubahan harga telur susulan penamatan subsidi. Adakah kerajaan bersedia mengembalikan semula subsidi telur?

Dan apakah langkah KPDN bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk membantu peladang agar menjamin bekalan dan harga yang berpatutan kepada pengguna?

Selain itu, saya juga memohon kementerian meningkatkan kadar bantuan SARA dan ia nya diberikan dalam bentuk tunai. Biar rakyat memilih kedai mana yang mereka hendak pergi dan ia dapat membantu peruncit kekal. Dalam masa yang sama, kementerian perlu memperkukuhkan pemantauan penguatkuasaan di sepanjang rantaian bekalan makanan.

Tan Sri Yang di-Pertua, perkara yang kesembilan, masih lagi di kementerian yang sama iaitu KPDN. Saya beralih pula kepada isu ketirisan dan penyeludupan minyak masak paket bersubsidi. Untuk membeli minyak paket, rakyat diminta berdaftar aplikasi eCOSS dan mematuhi had pembelian. Kita faham tujuannya untuk memastikan subsidi sampai kepada mereka yang berhak dan mengawal ketirisan.

Namun, realitinya, kes penyeludupan masih dilaporkan sehingga ke hari ini.

Pada Ogos yang lalu, KPDN Terengganu merampas 3,400 kilogram minyak masak paket yang dipercayai cuba diseludup di keluar sempadan. Malah, laporan pada 6 Oktober lalu turut memaparkan video tular individu yang didakwa warga asing mengangkut kotak disyaki berisi minyak paket. Begitu juga rakaman tular yang menunjukkan minyak paket keluaran Malaysia dijual di Thailand.

Saya mohon kementerian menyiasat dan menjelaskan kesahihan dakwaan tersebut. Bagaimanakah bekalan tersebut didapati dengan mudah dan di manakah kelemahan sistem kawalan serta penguatkuasaan yang dijalankan selama ini?

Berapakah anggaran kerugian subsidi yang direkodkan setakat ini walaupun pelaksanaan sistem eCOSS telah dilaksanakan? Saya mohon kementerian bertindak dengan tegas. Subsidi adalah untuk rakyat, bukan dijadikan keuntungan sindiket yang berleluasa di luar sana.

Tan Sri Yang di-Pertua, yang terakhir, perkara yang kesepuluh. Saya ingin membangkitkan berkaitan kegagalan MyEG dan Zetrix AI yang menyerahkan kutipan hasil JPJ kepada kerajaan. Menurut Menteri Pengangkutan, sebanyak RM314 juta kutipan antara 19 Mei hingga 30 September 2026 belum diserahkan walaupun 35 notis peringatan telah dikeluarkan. Malah, cek RM231 juta tidak dapat diproses atas arahan syarikat itu.

Kutipan sepatutnya diserahkan dalam tempoh satu hari bekerja bagi setiap transaksi. Bagaimana tunggakan boleh dibiarkan terkumpul sehingga ratusan juta ringgit? Rakyat yang lewat atau terlupa memperbaharui lesen dan cukai jalan pun boleh dikenakan saman, mengapa tidak ketegasan yang sama digunakan? Apatah lagi ia nya melibatkan wang rakyat yang begitu besar.

Saya mohon Kementerian Pengangkutan menjelaskan di manakah wang kutipan tersebut disimpan serta apakah tindakan undang-undang dan penalti yang dikenakan. Penggantungan sahaja tidak mencukupi kerana dengan rekod sedemikian, sewajarnya pelantikan syarikat tersebut ditamatkan dan keseluruhan tunggakan diselesaikan. Kerajaan kena memastikan setiap Ringgit yang dibayar oleh rakyat terus sampai kepada kerajaan.

Tan Sri Yang di-Pertua, sebagai penutup, saya mohon agar semua perkara yang telah saya bangkitkan dalam perbahasan ini turut diberikan jawapan secara bertulis selain penjelasan ketika sesi penggulungan Menteri. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 6:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Sipitang. Sipitang, saya beri 20 minit kerana beliau ialah wakil ketua parti.

Silakan, Sipitang.

draft • 6:10 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh,* salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua atas kesempatan dan ruang yang diberikan kepada Sipitang turut serta membahaskan Belanjawan 2027.

Sipitang berdiri di Dewan yang mulia ini adalah untuk membawa bersama suara dan denyut nadi, harapan dan keresahan rakyat Sipitang yang telah mengamanahkan mandat mereka kepada Sipitang. Secara keseluruhannya, Sipitang melihat Belanjawan 2027 sebagai sebuah belanjawan yang realistik, berpaksikan kepentingan rakyat terbanyak dan berusaha menjawab tuntutan zaman yang semakin mencabar sebagaimana tema yang diangkat “Menggapai di langit, mengakar di bumi”. Pada hemat Sipitang, tema ini membawa makna yang cukup mendalam.

Menggapai di langit melambangkan cita-cita besar dan wawasan yang jauh ke hadapan. Manakala mengakar di bumi mengingatkan kita bahawa setiap cita-cita mesti berpijak kepada kenyataan, setiap perancangan mesti berakar kepada keperluan rakyat dan setiap kejayaan mesti dapat dirasai hingga ke ceruk kampung yang paling jauh daripada pusat pembangunan.

Bagi pihak rakyat Sabah, Sipitang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas perhatian dan peruntukan yang disediakan untuk negeri kami kerana menyediakan sejumlah RM18.7 bilion pada tahun hadapan yang merupakan peruntukan tertinggi setakat ini.

Sabah dan Sarawak bukan sekadar dua negeri di hujung peta negara. Kedua- duanya menjadi pemersatu dan tiang seri yang menyokong rumah besar bernama Malaysia, akar yang mengukuhkan pohon perpaduan dan nadi yang terus mengalirkan semangat kebersamaan dalam pembinaan sebuah negara bangsa.

Dari bumi Borneo yang kaya dengan khazanah alam, kepelbagaian budaya dan juga masyarakat yang luhur inilah, maka kita menyaksikan bagaimana perbezaan dapat disulam menjadi kekuatan, bagaimana kepelbagaian dapat dirangkum menjadi perpaduan dan bagaimana sebuah negara dapat berdiri megah apabila setiap wilayah dihormati peranannya.

Oleh itu, pembangunan Sabah dan Sarawak bukanlah sekadar tuntutan wilayah tetapi sebahagian daripada ikhtiar untuk memastikan rumah besar Malaysia ini terus teguh, seimbang dan makmur dengan setiap tiangnya mendapat perhatian yang sewajarnya.

Sebenarnya banyak isu yang mahu Sipitang bangkitkan. Namun, disebabkan masa perbahasan amat terbatas, maka pada kesempatan ini Sipitang ingin memberikan tumpuan khusus kepada isu-isu di kawasan Sipitang, tempat rakyat meletakkan harapan dan menyandarkan mandat kepada Sipitang kira-kira empat tahun yang lalu. Sipitang mahu suara-suara mereka yang tinggal nun jauh di kampung terpencil di pedalaman yang menempuh jalan berlumpur, menadah air hujan dan bergelap selepas matahari terbenam turut didengar di Dewan yang mulia ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, isu pertama yang ingin Sipitang bangkitkan ialah persoalan jalan raya pedalaman khususnya laluan Mendulong–Meligan–Long Pasia.

Sejak sidang pertama Parlimen selepas Sipitang diberi mandat oleh rakyat Sipitang, Sipitang telah membawa perkara ini ke dalam perhatian kerajaan. Malah, isu yang sama telah turut dibangkitkan oleh penyandang-penyandang terdahulu.

Bertahun-tahun suara ini bergema, bertukar wakil rakyat, bertukar penggal kerajaan demi kerajaan, namun persoalannya masih sama. Bilakah jalan ini benar- benar akan dinaik taraf? Sampai bilakah penduduk pedalaman terus menunggu?

Sedangkan jalan yang baik merupakan prasyarat kepada kemajuan dalam pendidikan, kesihatan, ekonomi dan kehidupan yang lebih bermaruah.

Laluan ini merupakan akses penting kepada penduduk pedalaman Sipitang kerana keadaan jalan semakin terjejas ketika musim hujan, manakala penggunaan kenderaan berat turut memberikan kesan kepada ketahanan permukaan jalan.

Projek menaik taraf jalan Kampung Bamban-Mendulong-Meligan sepanjang kira-kira 40 kilometer perlu dipercepatkan, sementara cadangan menaik taraf jalan Meligan– Long Pasia sepanjang kira-kira 42 kilometer perlu diberikan perhatian serius bagi melengkapkan akses ke kawasan pedalaman.

Sehubungan itu, Sipitang ingin meminta penjelasan daripada kementerian yang berkenaan. Apakah status terkini projek naik taraf jalan Kampung Bamban- Mendulong-Meligan? Bilakah projek ini dijangka dilaksanakan? Adakah perancangan, peruntukan serta proses pelaksanaan telah mencapai tahap yang membolehkan kerja dimulakan?

Sipitang ingin maklumkan di Dewan yang mulia bahawa projek ini masih belum ada pelantikan kontraktor sehingga hari ini dan masih dalam proses perolehan, kononnya juga di peringkat pra-kelayakan tender dan macam-macam cerita kononnya lagi.

Pada masa yang sama, adakah kerajaan bersedia mempertimbangkan cadangan menaik taraf jalan Meligan-Long Pasia sepanjang kira-kira 42 kilometer?

Sipitang berharap jawapan yang diberikan bukan sekadar menyenaraikan proses dan prosedur tetapi turut menjelaskan garis masa, langkah seterusnya dan komitmen yang boleh dinilai oleh rakyat.

Seterusnya, Sipitang ingin menyentuh projek Lebuhraya Pan Borneo bagi jajaran Sindumin–Melalia–Beaufort.

draft • 6:14 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Projek ini amat penting kepada kelancaran perhubungan, pertumbuhan ekonomi dan keselamatan pengguna jalan raya di kawasan kami. Maka Sipitang ingin mengetahui, apakah status terkini kemajuan projek bagi jajaran tersebut. Lebih penting, apakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan keselamatan pengguna, penyelenggaraan jalan dan keadaan laluan sementara sentiasa terjamin sepanjang tempoh pembinaan.

Berkaitan isu yang sama, saya juga memohon Kementerian Kemajuan dan Wilayah serta kementerian atau agensi berkaitan memberikan makluman berhubung perkembangan terkini mengenai Projek Menaik taraf Jalan Mentulud 1 dan Mentulud 2 di Beaufort, Sipitang. Difahamkan bahawa projek ini telah diluluskan sejak Rancangan Malaysia Kedua Belas namun sehingga kini, kerja pelaksanaannya masih belum bermula.

Ketika Sipitang membangkitkan isu ini pada November tahun 2024, jawapan bertulis yang diberikan bahawa ia masih di peringkat tender, pra-kelayakan pada waktu itu. Sipitang berharap kerajaan dapat menjelaskan status terkini punca kelewatan, status peruntukan dan langkah yang akan diambil supaya projek ini tidak terus menjadi catatan dalam dokumen perancangan tanpa perubahan yang dapat dilihat oleh rakyat.

Tan Sri Yang di-Pertua, daripada jalan raya, izinkan Sipitang beralih kepada satu lagi keperluan asas dalam kehidupan manusia iaitu bekalan air bersih. Kita sudah mencapai kemerdekaan 63 tahun, namun masih terdapat ribuan penduduk di Sipitang yang belum menikmati bekalan air bersih secara sempurna. Berdasarkan perangkaan terkini, terdapat seramai 7,319 penduduk melibatkan 1,219 buah rumah di 21 buah kampung masih tidak menikmati bekalan air bersih yang sewajarnya.

Penduduk di kampung-kampung berkenaan menggunakan sumber air graviti sebagai salah satu sumber bekalan air utama. Untuk itu Sipitang ingin bertanya kepada kementerian berkenaan, apakah pelan tindakan khusus untuk menyelesaikan masalah ini? Berapakah peruntukan yang disediakan dan bilakah penduduk di 21 buah kampung ini boleh mengharapkan penyelesaian yang nyata?

Sampai bilakah mereka harus menadah harapan, sedangkan air yang diperlukan untuk kehidupan masih belum mengalir dengan sempurna ke rumah mereka.

Berkaitan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) ini, kita ingin membangkitkan semula hal yang pernah Sipitang angkat ketika perbahasan Belanjawan Tahun 2025 pada bulan November 2024 berkaitan Projek Rawatan Air Kampung Usuk, Sungai Lukutan dan Populor – Sungai Tiga Sipitang yang mana sehingga kini ia masih tidak ada kesudahannya. Pada perbahasan yang sama, Sipitang turut membangkitkan mengenai Projek Jalan Kampung Mendulong–Maligan dan juga Jalan Bangkalalak–Mentulud. Jawapan yang diberikan pada masa itu melegakan kami. Tetapi setelah dua tahun berlalu apa yang boleh Sipitang katakan, ia umpama menanam tebu di tepi bibir.

Jika air ialah nadi kehidupan, maka elektrik pula adalah cahaya membuka pintu kepada peluang. Malangnya ribuan penduduk kawasan pedalaman Sipitang masih berhadapan dengan masalah bekalan elektrik. Ketika kota-kota menikmati kemudahan moden, masih ada keluarga di pedalaman yang terpaksa mengurus kehidupan dengan pencahayaan terhad dan sumber tenaga alternatif.

Anak-anak memerlukan cahaya untuk mengulang kaji pelajaran, ibu bapa memerlukan tenaga elektrik untuk menggerakkan kegiatan ekonomi dan setiap keluarga berhak menikmati kemudahan asas yang menyokong kehidupan rakyat— kehidupan moden. Sebagai contoh, di Mukim Melamam sahaja terhadap enam buah kampung dengan sejumlah 2,073 penduduk yang tinggal di 287 buah rumah yang masih menantikan penyelesaian terhadap keperluan bekalan elektrik ini.

Angka ini bukan sekadar statistik dalam laporan. Di sebalik angka itu, ada anak-anak yang belajar dalam keadaan serba terbatas. Ada warga emas yang memerlukan kemudahan asas dan ada keluarga yang setiap malam bergantung pada apa sahaja sumber pencahayaan yang mampu mereka sediakan. Sipitang ingin mengetahui, apakah status terkini usaha membekalkan elektrik kepada kampung-kampung berkenaan? Apakah peruntukan yang tersedia dan apakah sasaran pelaksanaan yang boleh diberikan kepada penduduk.

Sipitang juga ingin membangkitkan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar atau BELB menggunakan sistem solar hibrid yang telah dilaksanakan di beberapa buah kampung di pedalaman Sipitang. Projek ini dilaporkan telah terbengkalai sejak tahun 2019. Akibatnya penduduk terpaksa bergantung pada lampu solar dan generator set atau genset sebagai sumber tenaga alternatif.

Sipitang ingin meminta kementerian menjelaskan, apakah punca projek ini terhenti? Apakah penilaian yang telah dibuat terhadap aset dan sistem sedia ada serta apakah tindakan pemulihan yang dirancang. Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Long Pasia, Kampung Ulu Bole, Kampung Iburu dan juga Kampung Meligan yang telah dibina sistem tenaga solar hibrid tetapi projek ini dilaporkan terbengkalai sehingga kini.

Sipitang berharap kerajaan tidak melihat perkara ini sebagai masalah teknikal semata-mata, sebaliknya sebagai amanah pembangunan perlu disempurnakan.

Apakah langkah yang telah diambil untuk menilai keadaan sistem berkenaan?

Adakah usaha membaik pulih, menyambung semula operasi atau menggantikan komponen yang rosak sedang dirancang. Rakyat tidak sepatutnya terus menanggung kesan kelewatan terhadap projek yang sepatutnya membantu mereka.

Janganlah sistem yang dibina untuk menerangi kehidupan, akhirnya menjadi lambang kepada pembangunan yang terhenti di tengah jalan.

Untuk menggambarkan cabaran geografi dihadapi penduduk, jarak perjalanan dari Pekan Sipitang ke Kampung Long Pasia adalah kira-kira 115 kilometer. Jarak ini bukan sekadar angka pada peta, ia menggambarkan cabaran perjalanan untuk kehidupan rakyat.

Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya Sipitang ingin memberikan perhatian kepada Hospital Sipitang khususnya kepada keperluan menambah baik kemudahan pengangkutan pesakit dan kekurangan doktor pakar. Pada masa ini, hospital berkenaan mempunyai empat buah van ambulans namun dua daripadanya telah dilaporkan telah uzur.

Terdapat kebimbangan bahawa keadaan yang tidak lagi berada dalam— kenderaan yang tidak lagi berada dalam keadaan baik boleh mengalami kerosakan ketika digunakan termasuk terhenti di tengah perjalanan. Dalam urusan kecemasan, setiap minit berharga dan setiap perjalanan membawa harapan sebuah keluarga.

Oleh itu Sipitang memohon agar keadaan sebenar, armada ambulans dinilai segera dan keperluan menggantikan kenderaan yang uzur diberikan keutamaan.

Pada masa yang sama, isu kekurangan doktor pakar perlu ditangani agar penduduk Sipitang tidak terus dibebani perjalanan jauh semata-mata untuk mendapatkan rawatan yang diperlukan. Isu kesihatan ini juga perlu dilihat dalam konteks Hospital Kluster Beaufort yang melibatkan tiga buah Hospital Beaufort, Sipitang dan Hospital Kuala Penyu dan insya-Allah isu ini juga mungkin akan dibawa atau diangkat oleh Yang Berhormat Beaufort nanti.

Sebagai sebuah rangkaian perkhidmatan kesihatan, keberkesanan kluster ini bergantung pada kecukupan tenaga kerja. Kemudahan peralatan, pengurusan rujukan pesakit dan keupayaan setiap hospital memenuhi keperluan masyarakat setempat. Sipitang berharap kementerian menilai cabaran yang dihadapi ketiga-tiga hospital ini secara menyeluruh, termasuk keperluan doktor pakar, pengangkutan pesakit dan kapasiti perkhidmatan.

Sipitang akan membangkitkan isu hospital dan Hospital Kluster Beaufort dengan lebih khusus ketika perbahasan di peringkat jawatankuasa kelak kerana skop permasalahannya agak luar dan memerlukan penelitian lebih mendalam.

Namun pada kesempatan ini, saya ingin menegaskan bahawa perkara tersebut tidak boleh dibiarkan berlarutan tanpa perhatian yang sewajarnya.

Seperkara lagi mengenai isu banjir juga merupakan perkara yang telah berulang kali saya suarakan dalam Dewan yang mulia ini. Pada kali ini, Sipitang ingin mendapatkan penjelasan daripada Menteri yang berkenaan mengenai tindakan susulan terhadap empat perkara utama yang pernah saya bangkitkan. Pertama, isu banjir di Kampung Skim Sindumin, Kampung Kawang Baru dan Kampung Kawang Lama di Sipitang.

Kedua, Kajian Pelan Induk Tebatan Banjir Lembangan Sungai Mengalong.

Ketiga, Kerja Pemuliharaan Muara Sungai Sipitang dan keempat Kerja Pemuliharaan Muara Sungai Mengalong dan untuk itu Sipitang ingin mengetahui, apakah perkembangan terkini bagi setiap perkara ini. Apakah langkah yang telah dilaksanakan dan apakah perancangan seterusnya untuk mengurangkan risiko banjir.

Dalam bidang pendidikan pula, Sipitang ingin membangkitkan beberapa isu yang perlu perhatian segera, termasuk sekolah uzur yang pernah saya bangkitkan di Dewan yang mulia ini. Antaranya Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Gadong yang begitu uzur dan perlu dinaik taraf dan juga keperluan tambahan bilik darjah SK Long Pasia K9, untuk menempatkan pelajar yang menyambung ke peringkat sekolah menengah. Bangunan yang ada ketika ini terlalu daif untuk menempatkan pelajar- pelajar di sana.

Selain prasarana sekolah, Sipitang ingin menekankan kepentingan memperkukuh pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional atau TVET di Sipitang.

Untuk itu kita mengangkat isu ini selaras usaha membangunkan modal insan yang merupakan sebahagian teras dalam hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ 2.0).

Perkara ke arah memperkasakan kesedaran ibu bapa mengenai kepentingan TVET akan terus diperkasa lagi. Ini penting kerana dalam landskap ekonomi yang sentiasa berubah, anak-anak muda memerlukan kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan industri dan peluang pekerjaan sebenar.

draft • 6:20 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Pembangunan TVET yang terancang dapat membantu melahirkan tenaga kerja mahir, memperluas peluang pekerjaan tempatan, mengurangkan kebergantungan anak muda kepada peluang yang hanya tersedia di bandar-bandar besar.

Seterusnya, Sipitang juga ingin membawa perhatian Dewan kepada keperluan sebuah Pasar MADANI di Sipitang. Pasar yang terancang bukan sekadar tempat urus niaga, tetapi ruang yang mempertemukan pengusaha kecil, petani, peniaga dan pengguna dalam satu ekosistem ekonomi tempatan yang lebih tersusun. Sipitang berharap kerajaan dapat mempertimbangkan keperluan ini dengan meneliti kesesuaian lokasi, kemudahan asas, keperluan peniaga dan manfaatnya kepada masyarakat setempat.

Sipitang turut merayu agar keperluan menyediakan pelan induk landskap Sipitang diberikan perhatian sewajarnya. Pembangunan sesebuah bandar bukan sekadar tentang bangunan, jalan raya dan premis perniagaan, tetapi juga tentang wajah persekitaran, ruang awam, kehijauan dan keselesaan masyarakat. Pelan induk landskap yang tersusun menjadi panduan untuk menjadikan Sipitang lebih menarik, teratur dan mesra penduduk di samping memperkukuh identiti tempatan.

Dalam soal perumahan pula, Sipitang ingin memohon agar kerajaan memberikan perhatian kepada keperluan Projek Perumahan Rakyat atau PPR di Sipitang khususnya bagi tujuan pemindahan koloni setinggan, penempatan lebih teratur dan sesuai. Isu ini perlu ditangani dengan pendekatan berperikemanusiaan, terancang dan mengambil kira kebajikan keluarga yang terlibat. Matlamat kita bukan sekadar memindahkan keluarga yang— memindahkan penduduk dari satu lokasi ke lokasi yang lain, tetapi memastikan mereka memperoleh kediaman yang lebih selamat, kemudahan asas yang mencukupi dan persekitaran yang menyokong kemudahan kehidupan masyarakat.

Tan Sri Yang di-Pertua, isu-isu yang Sipitang bangkitkan ini adalah realiti dan realistik iaitu keperluan sejagat bagi rakyat yang biasa. Yang meminta jalan yang boleh dilalui dengan selamat, air yang boleh digunakan tanpa kebimbangan, elektrik yang dapat menerangi malam, ambulans yang boleh diharapkan ketika kecemasan, sekolah yang selamat untuk anak-anak serta perumahan dan peluang ekonomi yang lebih baik. Isu-isu ini Sipitang bawa berulang kali, setiap kali ada peluang perbahasan atau pertanyaan dalam sesi persidangan seawal persidangan pertama, Sipitang hadir selepas diangkat sebagai wakil rakyat kira-kira empat tahun yang lalu.

Akhirnya, Sipitang ingin sekali lagi merakamkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas perhatian yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak dalam Belanjawan 2027. Sipitang menghargai usaha memperkukuh pembangunan wilayah serta pengiktirafan terhadap peranan penting kedua-dua negeri dalam pembentukan dan perjalanan Malaysia. Sememang dan sewajarnya Sabah dan Sarawak ialah rakan penting dalam pembinaan negara bangsa ini. Dan hubungan tersebut perlu diperkukuh melalui semangat saling menghormati, kerjasama dan komitmen terhadap pembangunan yang lebih seimbang.

Namun, penghargaan dan sokongan kami akan menjadi lebih bermakna apabila setiap peruntukan diterjemahkan kepada pelaksanaan berkesan, setiap janji disertai garis masa yang munasabah dan setiap masalah rakyat diberikan penyelesaian yang boleh dirasai. Itulah harapan rakyat Sabah dan itulah amanah yang perlu kita pikul bersama. Sebelum Sipitang mengakhiri perbahasan ini, izinkan Sipitang menegaskan bahawa rakyat Sipitang tidak meminta bulan dan bintang untuk digantung di langit mereka.

Mereka hanya meminta agar jalan yang sekian lama dinanti akhirnya dibina, air bersih yang mengalir ke rumah mereka, cahaya elektrik menerangi malam mereka, perkhidmatan kesihatan melindungi kehidupan mereka dan pendidikan membuka pintu masa depan anak-anak mereka.

Sipitang menyokong usaha dan matlamat Belanjawan MADANI ini dengan harapan segala perancangan yang baik dapat dipercepatkan dan segala kekurangan yang masih ada dapat diperbaiki. Semoga kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terus membawa Malaysia ke arah kemajuan yang lebih adil dan Sabah dan Sarawak berdiri sebagai rakan setara dalam pembinaan negara yang kita cintai. Sekian, Sipitang mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Seterusnya, saya jemput pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Labuan, 15 minit. Silakan.

draft • 6:30 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga mohon seperti sahabat saya Yang Berhormat Sipitang untuk fokus membahaskan isu-isu melibatkan Labuan dan rakyatnya terlebih dahulu. Sekali lagi, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi ruang untuk Labuan turut serta membahaskan Belanjawan 2027 pada sesi perbahasan belanjawan pada petang ini. Berdasarkan semakan awal terhadap Belanjawan 2027 yang dibentangkan pada 9 Oktober 2026, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menerima peruntukan keseluruhan sebanyak RM5.33 bilion bagi tahun 2027, manakala Jabatan Bekalan Air Labuan sebanyak RM46,926,000.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya berdiri di Dewan yang mulia ini untuk membawa suara dan rintihan hampir 100,000 orang penduduk Wilayah Persekutuan Labuan yang sudah terlalu lama berhadapan dengan masalah bekalan air yang tidak berkesudahan. Justeru, saya ingin bertanya kepada kerajaan khususnya Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), sampai bilakah rakyat Labuan harus terus menderita akibat gangguan bekalan air yang berulang kali berlaku hingga ia nya sudah menjadi satu penderitaan kepada rakyat Labuan?

Apakah terlalu besar permintaan rakyat Labuan untuk mendapatkan bekalan air bersih yang berterusan? Apakah terlalu mahal untuk kerajaan memastikan setiap rumah mempunyai air untuk memasak, mandi, mencuci pakaian dan menjalankan kehidupan seharian?

Rakyat Labuan tidak meminta sesuatu yang luar biasa. Mereka tidak meminta kemewahan, mereka tidak meminta bangunan pencakar langit. Mereka hanya meminta air, air untuk kehidupan, air untuk keluarga, air untuk anak-anak mereka.

Tetapi malangnya, sepanjang tahun 2026, rakyat Labuan masih terpaksa menghadapi gangguan bekalan air yang kadangkala berlarutan sehingga tujuh ke 10 hari. Bayangkan Tan Sri Yang di-Pertua, tujuh dan 10 hari tanpa air, bagaimana menderitanya warga Labuan.

Saya ingin menegaskan bahawa rakyat Labuan bukan tikus makmal yang boleh dijadikan bahan uji kaji oleh mana-mana kontraktor ataupun agensi kerajaan.

Jangan jadikan hampir 100,000 rakyat Labuan sebagai bahan eksperimen untuk menguji tahap kesabaran mereka. Kesabaran rakyat ada batasnya.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin Dewan yang mulia ini membayangkan penderitaan sebenar yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Labuan apabila bekalan air terputus selama lima hari ataupun tujuh hari ke atas. Bayangkan seorang ibu yang terpaksa bangun seawal pagi untuk menyediakan anak-anaknya ke sekolah, tetapi apabila paip dibuka, setitik air pun tidak keluar. Anak-anak tidak dapat mandi, pakaian sekolah tidak dapat dicuci, uniform sekolah yang sepatutnya dipakai masih kotor kerana tiada air untuk membasuhnya. Akhirnya, anak-anak terpaksa tidak hadir ke sekolah bukan kerana mereka malas belajar, tetapi kerana keluarga mereka tidak mempunyai bekalan air.

Tan Sri Yang di-Pertua, adakah ini keadaan yang sepatutnya berlaku dalam sebuah negara yang sedang menuju status negara maju? Bagaimana pula dengan warga emas? Bagaimana pula dengan warga orang kurang upaya ataupun OKU?

Bagaimana dengan pesakit yang memerlukan penjagaan kebersihan setiap hari?

Dan bagaimana dengan nasib penjawat awam dan guru-guru yang berkhidmat di Labuan? Mereka mempunyai tanggungjawab untuk hadir bekerja dan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat, tetapi bagaimana mereka melaksanakan tugas dengan sempurna apabila keperluan air terputus di Labuan?

Tan Sri Yang di-Pertua, gangguan bekalan air bukan sahaja menjejaskan kehidupan rakyat, malah memberi kesan langsung kepada ekonomi Labuan.

Bayangkan restoran yang tidak dapat menyediakan makanan kerana ketiadaan air.

Pengusaha dobi tidak dapat menerima pelanggan, terpaksa tutup. Hotel dan penginapan menghadapi kesukaran untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelancong. Peniaga kecil kehilangan pendapatan harian. Bagi sesetengah peniaga, satu hari tanpa operasi bermakna satu hari tanpa pendapatan. Tapi sewa premis tetap perlu dibayar, gaji pekerja tetap perlu dibayar, bil elektrik dan komitmen peniaga tetap berjalan. Siapakah yang akan menanggung kerugian ini?

draft • 6:34 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Adakah jabatan bekalan air atau kontraktor loji rawatan yang patut disalahkan? Labuan sedang berusaha membangunkan sektor pelancongan, perdagangan, perkhidmatan kewangan antarabangsa dan pelaburan. Tetapi, bagaimana kita nak menarik pelabur jika kemudahan asas seperti bekalan air masih tidak stabil? Bagaimana kita hendak mempromosikan Labuan seperti destinasi pelaburan apabila operasi perniagaan boleh terganggu akibat ketiadaan air?

Kita bercakap tentang pembangunan ekonomi berbilion Ringgit tetapi masalah air di rumah rakyat pun belum dapat kita selesaikan. Saya mohon kerajaan melihat masalah ini bukan sekadar sebagai gangguan bekalan air tetapi sebagai ancaman terhadap kesejahteraan rakyat dan daya saing ekonomi Labuan.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin memberi perhatian khusus kepada Loji Rawatan Air Lawa Gadong di Beaufort, Sabah yang mana mempunyai peranan penting dalam sistem pembekalan air ke Labuan. Berdasarkan penjelasan yang diberikan kepada saya, gangguan bekalan air yang berlaku baru-baru ini adalah disebabkan kerosakan pam di loji berkenaan. Apa yang amat mengecewakan saya Tan Sri Yang di-Pertua, setelah lima hari pam tersebut rosak dan mereka tidak boleh baiki, barulah mereka meminta pertolongan daripada PETRONAS dan pam tersebut dihantar ke Sipitang. Sudah di-repair, dihantar balik.

Tan Sri Speaker, bayangkan bagaimana susahnya orang Labuan ketika itu.

Dan, saya juga curiga apakah kontraktor yang dilantik oleh kerajaan untuk menjaga loji rawatan air di Lawa Gadong, Beaufort mempunyai kelayakan teknikal atau sebagainya?

Tan Sri Yang di-Pertua, saya minta kementerian memberikan jawapan berapakah usia sebenar pam utama di Loji Rawatan Air Lawa Gadong? Sepanjang tahun 2025 dan 2026 berapa kali kah kerosakan yang melibatkan pam tersebut?

Berapakah perbelanjaan yang diperlukan untuk mengganti kedua-dua pam? Saya difahamkan ia nya bernilai RM2 juta. Bayangkan Tan Sri Yang di-Pertua, RM2 juta versus 100,000 people in Labuan. Angka tersebut sangat kecil sebenarnya.

Saya mohon mencadangkan Tan Sri Yang di-Pertua, agar kerajaan dapat mempertimbangkan supaya Jabatan Bekalan Air dan juga Perbadanan Labuan diberikan peruntukan untuk membeli enam buah lori tangki air yang berkapasiti 20,000 liter sebagai persiapan awal jika berlaku bekalan air terputus dan sebagainya, sekurang-kurangnya lori-lori tangki boleh digerakkan untuk mengisi tangki-tangki statik yang telah disediakan oleh Jabatan Bekalan Air sebelum ini.

Saya minta kerajaan melalui PETRA, JWP ataupun Kementerian Kewangan mempertimbangkan peruntukan khas ini. Sekiranya setiap lori dapat melakukan tiga perjalanan sehari, jumlah penghantaran boleh mencapai 360,000 liter tertakluk kepada kesediaan sumber air. Jumlah ini mungkin tidak dapat memenuhi keseluruhan keperluan rakyat Labuan tetapi sekurang-kurangnya dapat mengurangkan penderitaan penduduk ketika berlaku gangguan.

Saya juga ingin beralih kepada satu lagi isu besar yang terlalu lama menjadi harapan rakyat Labuan iaitu pembinaan Jambatan Labuan–Menumbok Sabah. Isu jambatan ini bukan perkara baharu, ia telah dibincangkan bertahun-tahun lamanya.

Setiap kali menjelang pilihan raya, isu jambatan ini kembali menjadi tajuk utama. Ada yang bercakap tentang kajian, ada yang bercakap tentang cadangan, ada yang bercakap tentang potensi ekonomi. Tetapi, selepas pilihan raya berlalu, rakyat masih menunggu. Sehinggakan hari ini, dalam kalangan masyarakat Labuan dan Sabah, jambatan tersebut sudah menjadi bahan jenaka.

Mereka menamakan jambatan halimunan. Kenapa jambatan halimunan?

Kerana jambatan ini sering disebut, sering dijanjikan dan sering diperkatakan tapi sehingga hari ini rakyat masih belum dapat melihat pelaksanaannya.

Saya menyebut perkara ini bukan untuk memperlekehkan usaha kerajaan.

Sebaliknya, saya mahu kerajaan memahami persepsi dan kekecewaan rakyat apabila sesuatu projek terlalu lama dikatakan tanpa keputusan yang jelas, rakyat akhirnya hilang keyakinan. Dan apabila rakyat hilang keyakinan, apa sahaja permohonan baharu akan dianggap sebagai janji politik semata-mata.

Persepsi ini mesti dibetulkan oleh kerajaan melalui tindakan bukan sekadar kenyataan. Saya ingin bertanya secara terus kepada kerajaan, adakah Kerajaan Persekutuan benar-benar mempunyai komitmen untuk membina Jambatan Labuan– Menumbok. Jika ya, bilakah projek ini akan dapat dilaksanakan?

Tan Sri Yang di-Pertua, jambatan ini bukan sahaja boleh melonjakkan ekonomi Labuan dan menurunkan kos sara hidup Labuan. Malah, ia nya akan melonjakkan Labuan lebih tinggi daripada Labuan yang sedia ada. Sebagai contoh, Tan Sri Yang di-Pertua, kos sara hidup boleh dikurangkan almost serta-merta kerana hari ini Labuan berdepan dengan triple, triple cost— apa ini? Kos logistik berganda.

Barang yang diimport oleh peniaga akan sampai ke Kota Kinabalu dulu. Dari Kota Kinabalu di bawa ke Menumbok. Dari Menumbok ke Labuan.

Bayangkan Tan Sri Yang di-Pertua, akhirnya yang terpaksa membayar kos sara hidup yang tinggi adalah rakyat. Jika ada jambatan Tan Sri Yang di-Pertua, ia nya memudahkan pergerakan di antara rakyat Labuan dan rakyat Sabah. Yang paling penting Tan Sri Yang di-Pertua, di Labuan ramai pesakit kronik. Jika berlaku kecemasan, kita tidak perlu menunggu esok hari untuk mereka dihantar ke hospital di Kota Kinabalu. Hospital Labuan mempunyai limitation kepakaran. Jadi, jika sekiranya kepakaran tersebut tidak ada di Labuan, maka pesakit terpaksa dihantar ke Kota Kinabalu.

Di sinilah kegelisahan rakyat bila mana melibatkan keluarga mereka terpaksa menunggu untuk dihantar esok menggunakan bot ataupun ambulan dan mengambil masa yang lama. Saya rasa rakyat Labuan dan Sabah berhak mendapat jawapan yang jujur, jelas dan mempunyai garis masa bilakah projek ini dapat dilaksanakan.

Tan Sri Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya ingin mengingatkan kerajaan bahawa rakyat Labuan merupakan sebahagian daripada keluarga besar Malaysia MADANI. Mereka membayar cukai, mereka menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara, mereka juga mempunyai hak yang sama untuk menikmati kemudahan asas dan pembangunan infrastruktur yang berkualiti.

Saya menyokong usaha Kerajaan MADANI untuk membangunkan negara dan meningkat kesejahteraan rakyat. Tetapi semangat Malaysia MADANI mesti diterjemahkan melalui keberkesanan pelaksanaan dasar dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Kerajaan MADANI dan juga pihak ICU Jabatan Perdana Menteri yang mana sepanjang tempoh saya memberikan sokongan kepada Kerajaan MADANI, pelbagai projek kecil telah pun diluluskan terutamanya melibatkan warga nelayan. Terima kasih sekali lagi kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri. Untuk itu, dengan kalimah bismillahirrahmanirrahim Labuan menyokong Belanjawan 2027. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Labuan. Ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10.00 pagi hari Selasa, 13 Oktober 2026. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 6:40 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.50 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026