Oct092026

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 3:30 PM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2027 Bacaan Kali Yang Kedua

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam sejahtera. Untuk itu dipersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan untuk kemukakan rang undang-undang ini. Silakan.

draft • 3:30 PM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tan Sri Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang bernama suatu akta bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2027 bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibacakan kali yang kedua sekarang.

draft • 3:34 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 3:34 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Ahli-ahli Yang Berhormat dan dengan rakyat mengikuti sidang pada hari ini. Pertama, kita mengatur syukur ke hadrat Allah SWT atas kesempatan diberikan dan saya ingin memulakan dengan izin Tan Sri Yang di- Pertua untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh barisan yang

draft • 3:34 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

memungkinkan penganjuran mengejut Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia.

draft • 3:34 PM

[Dewan tepuk]

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Yang baru selesai dengan tertib dan jayanya.

Selain dari petugas F1, acara ini turut dijayakan oleh ribuan sukarelawan, penjawat awam, pasukan keselamatan, NGO yang telah bergabung tenaga dengan semangat ‘Segulai, Sejalai’.

draft • 3:34 PM

[Dewan tepuk]

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Malaysia mampu terangkat di peringkat antarabangsa. Sama juga Sukan Asia ke-20. Kita menyamai pencapaian, menyamai pencapaian terbaik.

Pemenang pingat merangkumi pelbagai kaum.

draft • 3:34 PM

[Dewan tepuk]

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Menunjukkan kita mencapai yang terbaik bila kita dapat meraih kekuatan dari segenap komuniti.

Negara berbangga dengan kalian. Tan Sri Yang di-Pertua, setiap zaman mempunyai ruang lingkupnya yang tersendiri kepada sebuah bangsa untuk mencipta anjakan yang lebih jauh dan terangkum.

Sementelahan ada babak-babak tertentu dalam lipatan persejarahan tatkala sesebuah negara bukan sahaja dituntut untuk cekap mengurus apa yang ada tetapi dipanggil untuk memperluas saujana cita-cita, memperteguh keyakinan rakyatnya dan bersama membentuk masa hadapan dengan kesedaran yang jitu dan besar tentang zaman mansang atau zeitgeist. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Hashr, Ayat 18. [Membaca sepotong ayat al-Quran] Gesaan kepada orang-orang beriman bertakwa kepada Allah SWT dan hendaklah setiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang telah disediakan untuk hari esok (lighad). Bertakwalah kepada Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT meliputi pengetahuannya dengan segala yang kamu kerjakan.

Ungkapan lighad merujuk kepada pada hari esok, membawa sesuatu tuntutan yang besar dan mendalam, keimanan, akhlak sahsiah. Malah kita dituntut memikir serta menghamparkan asas-asas yang kukuh untuk masa depan, yakni mencerakinkan asas-asas itu. Apakah peluang yang sedang kita buka atau luaskan dan apakah warisan yang bakal kita wariskan kepada generasi akan datang?

Sesebuah bangsa mesti mempunyai cita-cita besar yang konsisten, suatu tujuan yang memberi arah dan makna kepada perjalanan. Ekonomi negara menuntut pertumbuhan dan pengagihan. Teknologi menuntut inovasi dan perlindungan. Fiskal menuntut disiplin dan ihsan selain pembangunan menuntut kepantasan dan kebijaksanaan.

Pemikir dan faqih besar Islam Al-Mawardi dalam tradisi pemikirannya tentang budaya dan adab pemerintahan, menegaskan bahawa kekuasaan tidak berdiri dengan sendirinya tanpa tertib, hukum dan tanggungjawab. Pemerintahan hanya

draft • 3:34 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

memperolehi makna apabila amanah kekuasaan dilaksanakan dengan adil, institusi berfungsi dengan baik dan kepentingan masa depan dan rakyat dipelihara.

Hari ini, itulah ujian dan tentangan kita. Dunia semakin bergejolak. Perang dan persaingan kuasa-kuasa besar serta perubahan dan kelaku iklim memberi kesan kepada harga makanan dan kos tenaga. Rantaian bekalan yang selama ini kita tanggapi sebagai kukuh, mula merapuh dan melemah, lantas menguji aspek keterjaminan dan— makanan dan bekalan.

draft • 3:34 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Perkembangan kecerdasan buatan (AI) sedang mengubah perdagangan, tenaga, pekerjaan, kehidupan dengan pantas. Namun perubahan besar tidak harus mewujudkan kekhuatiran. Ia juga membuka ruang kepada negara yang berani membaca dan menggarap zaman. Menguasai ilmu baharu dan mempersiapkan rakyat sedari awal. Sementelahan, ekonomi yang benar-benar berjaya bukan hanya ekonomi berkembang tetapi ekonomi yang mencakup persoalan hidup rakyat.

Maka, persoalan kita bukan sekadar berapa besar ekonomi yang mahu dibina tetapi sama ada pertumbuhan itu membuka ruang kepada keluarga untuk membina simpanan pekerja untuk menikmati upah yang lebih bermaruah, perusahaan kecil untuk turut berkembang dan kepada mana-mana mereka untuk menggapai di langit dan terus mengakar di bumi.

Mesti ditegaskan bahawa Belanjawan Negara adalah pernyataan moral atau waad nasional sebuah kerajaan yang bertanggungjawab. Tradisi pemikiran Melayu sendiri telah lama meletakkan persoalan keadilan dan amanah sebagai teras dan pasak pemerintahan.

[Tepuk] Penyair dan sejarawan Melayu purba, Raja Ali Haji dalam gurindam 1847 yang masyhur mengungkapkan hukum adil atas rakyat tanda raja beroleh inayat. Dalam tradisi kita, hubungan antara pemerintah dengan rakyat tidak pernah berdiri atas kuasa semata-mata. Ia terpasak atas waad. Yakni, satu ikatan yang menuntut kesetiaan yang mesti dibalas dengan keadilan dan kuasa mesti dipagari amanah. Ini waad atau covenant.

Inilah juga waad nasional kita. Bahawa negara tidak akan meminggirkan mereka yang dihimpit kesusahan. Setiap anak Malaysia, apa pun latar belakang, keluarga, wilayah atau kedudukannya berhak melihat dan mencapai potensinya.

Waad ini juga bukan janji sehala.

[Tepuk] Negara menyediakan ruang dan peluang.

Rakyat mengisinya dengan ilmu kerja, daya cipta dan keberanian. Pemerintah menjaga amanah. Rakyat memperkukuh negara melalui usaha dan kecemerlangan.

Ini adalah kewajipan sejarah. Sejarah tidak diukir hanya oleh nama-nama besar

draft • 3:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

tetapi oleh jutaan manusia yang bekerja setiap hari mengajar, merawat, berniaga, mencipta, mengembur tanah, menjaga keluarga dan membina kehidupan.

Lantas, ukuran belanjawan bukan pada tebalnya dokumen, besarnya peruntukan atau banyaknya pengumuman. Ukurannya malah jauh lebih asas. Yakni, adakah lebih ramai rakyat dapat hidup dengan bermaruah? Apakah Malaysia yang kita serahkan kelak kepada generasi seterusnya lebih adil daripada Malaysia yang kita warisi? Maka, dengan ini saya hamparkan Belanjawan MADANI 2027 sebagai ikhtiar sebuah generasi untuk memperkukuh tatanan dan memenuhi janji dan waad nasional masa depan. Menghampiri empat tahun Kerajaan MADANI telah menetapkan hala tuju dan Kerangka Dasar Ekonomi MADANI. Disusuli reformasi berani yang kini telah memperlihatkan hasilnya.

Kerangka Ekonomi MADANI diperkenalkan bersama dasar-dasar yang memacu pertumbuhan dan pemerataan seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu

(NIMP), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera (PuTERA35). Hanya Kerajaan MADANI punyai tekad menyasarkan subsidi. Subsidi ialah keistimewaan rakyat yang selama ini tiris kepada warga asing dan syarikat besar.

[Tepuk] Hakikatnya Budi MADANI ialah kejayaan negara, menyasarkan subsidi untuk fiskal dan menurunkan harga untuk rakyat.

[Tepuk] Apa kesannya? Wang subsidi minyak yang selama ini tiris telah disalurkan untuk menggandakan bantuan rakyat iaitu RM8 bilion pada tahun 2022 kepada STR, SARA RM15 bilion pada tahun ini.

[Tepuk] Bayangkan sekiranya kita masih menangguhkan penyasaran subsidi pada saat krisis tenaga, tentu lebih besar daripada RM40 bilion beban kewangan yang ditanggung pada tahun ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, kita memperkukuh disiplin fiskal. Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal, Akta Perolehan Kerajaan digubal bagi mengikat kuasa Menteri Kewangan untuk dipantau. Mengikat, membatasi kuasa Menteri Kewangan supaya dapat dipantau. Akta Audit diperluas bagi menjejak dan mengaudit wang awam. Apa kesannya? Keyakinan pelaburan meningkat.

Pertumbuhan ekonomi kukuh melangkaui sasaran. Pelaburan dan perdagangan tertinggi dalam sejarah. Daya saing melonjak. Mata wang Ringgit kita terbaik di Asia.

[Tepuk] Sayugia, Belanjawan MADANI Kelima menandai ikhtiar seterusnya. Menuju cita-cita besar wajah Malaysia dalam tahun mendatang. Sambil reformasi diteruskan.

Tanpa gentar. Hasil pertumbuhan dan setiap penjimatan melalui pembaharuan mesti

draft • 3:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

kembali kepada rakyat sebagai manfaat lebih besar. Selari dengan Kerangka Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ketiga Belas 2026–2030, belanjawan ini waad nasional bagi menggapai di langit, mengakar di bumi, berpaksikan lapan lunas utama. Hari ini saya memilih membentang kerangka besar dan pengumuman penting. Selebihnya, teks penuh dengan izin Yang di-Pertua dan lampiran yang panjang, yang lebih terperinci adalah sahih sepertimana yang diedarkan.

Lunas pertama, kos sara hidup yang membelenggu rakyat. Kerajaan menambah baik dasar bagi mempastikan kesejahteraan rakyat diberi keutamaan.

Umpamanya bulan lalu, kerajaan menaikkan aras perlindungan bil elektrik daripada 600 kWj kepada 800 sebulan, yang memberi manfaat kepada 8 juta atau sehingga 90 peratus pengguna domestik. Manakala yang membantah itu hanya mewakili kumpulan 10 peratus.

Kerajaan menaikkan kelayakan BUDI95 kepada 300 liter sebulan dan BUDI Diesel untuk jeep dan pick-up mendapat 400 liter sebulan. Berdasarkan rekod September yang lalu, sekitar 100,000 pengguna atau kurang satu peratus menggunakan sepenuhnya BUDI95, 300 liter dan 15,000 pengguna diesel jeep dan pick-up menggunakan sepenuhnya BUDI Diesel, empat peratus liter.

Tahun depan insya-Allah, untuk keseluruhan subsidi, bantuan dan insentif akan mencecah— untuk subsidi dan insentif, untuk rakyat dan negara, akan mencecah lebih RM80 bilion.

[Tepuk] Ini termasuk subsidi bahan api yang dijangka kekal tinggi pada RM40 bilion, minyak diesel dan sebagainya. Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat hampir RM3.3 bilion.

Sukacita saya umumkan di awal ini. Peruntukan STR, SARA 2027 terus ditingkatkan kepada RM16 bilion.

[Tepuk] Semua penerima STR akan menerima SARA sehingga RM150 sebulan atau sehingga RM1,800 setahun. Ini akan memberi manfaat sehingga 9 juta penerima STR. Selain penerima STR, yang berumur 18 tahun ke atas akan menerima SARA MADANI RM100 sebanyak dua kali iaitu sebelum Aidilfitri dan menjelang ambang tujuh dasawarsa merdeka.

[Tepuk] Ini akan memberi manfaat sehingga 13 juta rakyat Malaysia termasuk golongan M40. Kerajaan bersetuju untuk penggunaan SARA kepada barangan basah dan segar yang boleh dibeli di pasar tani, 216 pasar tani, FAMA seluruh negara.

draft • 3:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Setakat ini, rakat niaga SARA berjumlah 15,000 premis termasuk kedai runcit kecil dan koperasi. Sebelum akhir tahun ini insya-Allah, kerajaan akan meningkatkan

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

kedai runcit kecil kepada 10,000.

[Tepuk] Peruntukan Jualan RAHMAH MADANI dan Jualan Agro MADANI ditingkatkan kepada RM630 juta kepada— daripada RM630 juta ke RM750 juta dengan sasaran 35,000 penganjuran. Maknanya, kita dengar keresahan golongan pertengahan juga yang cekal bersabar, meskipun turut terhimpit beban sara hidup untuk M40.

Maka, sukacita saya umumkan pertama, had pelepasan cukai individu yang tidak disemak sejak 2010, dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM12,000.

[Tepuk] Kedua, kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan sebanyak satu mata peratusan.

[Tepuk] Banjaran pendapatan bercukai antara RM70,000 hingga RM100,000 dikurangkan kepada 18 peratus. Banjaran pendapatan bercukai antara RM100,000 hingga RM150,000 dikurangkan kepada 24 peratus.

[Tepuk] Ketiga, pelepasan cukai individu turut diperluas. Rawatan perubatan diperluas, meliputi perkhidmatan penjagaan selepas bersalin. Penjagaan ibu bapa, tambah lagi, datuk nenek, diperluas meliputi perbelanjaan penjagaan yang tidak lagi terhad kepada kesihatan. Peralatan sukan diperluas meliputi pembelian kasut sukan.

Yang ini boleh dimula dengan oleh Ahli Yang Berhormat supaya banyak lagi berlari.

[Tepuk] Yuran pengajian dan kemahiran diperluas meliputi semua bidang pengajian dan tuisyen anak. Gaya hidup diperluas merangkumi langganan AI serta kos pemvaksinan dan pengambilan haiwan peliharaan angkat daripada pusat berdaftar.

[Tepuk] Ramai yang minat kucing, ada yang minat kupu-kupu, ada yang minat ular.

Semua itu terangkum dalam cadangan kita.

Pada masa yang sama, kerajaan mengambil pendekatan progresif. Kadar cukai bagi yang berpendapatan tinggi iaitu melebihi RM1 juta diselaraskan kepada 30 peratus. Jadi, maknanya kemudahan ini hanya untuk yang tingkat teratas dan bawah tetapi yang paling tinggi itu tidak akan mendapat kemudahan yang sama. Ini bermakna kenaikan pelepasan cukai dan pengurangan kadar cukai individu bakal memberi lebihan pendapatan boleh guna sehingga RM1,600 kepada kira-kira lima juta orang pembayar cukai.

Kita di Dewan dan di luar Dewan mengeluh kerana berlaku kesenjangan di antara produktiviti dan upah pekerja, dan bagi negara kita harus dirapatkan. Beban kos sara hidup berbangkit kerana pendapatan rakyat tidak meningkat sejajar dengan kenaikan harga barangan. Pampasan pekerja kepada KDNK di Malaysia masih rendah pada kadar 33.9 peratus. Oleh itu, kerajaan bersetuju untuk meningkatkan

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

kadar gaji minima dari RM1,700 kepada RM2,000.

[Tepuk] Perkara ini berkuat kuasa mulai Jun 2027.

PMKS dengan hasil jualan di bawah RM50 juta kerana kesukaran kedai-kedai kecil, restoran-restoran kecil, syarikat-syarikat PMKS yang masih bergelut dengan keadaan kos sekarang, maka yang di bawah RM50 juta dikecualikan, bagi memberi ruang untuk penyesuaian model perniagaan. Ini bermakna, siapa yang bermanfaat?

Lebih empat juta pekerja akan dapat manfaat dari gaji minimum baru.

[Tepuk] Kadar gaji minimum hanya menaikkan lantai pendapatan pekerja, sementara upah pekerja mahir masih tidak setimpal dengan tahap kelayakan. Maka, kerajaan akan melaksanakan pembaharuan kerangka pendapatan pekerja dengan memperkenalkan gaji minimum bagi pekerja pekerjaan separa mahir dan graduan pada RM2,500 sebulan sebagai permulaan.

[Tepuk] Kerajaan juga menyambut baik komitmen GLIC dan GLC, dan saya nak tekankan perkara ini.

Syarikat-syarikat yang besar dan kaya harus belajar dari pengalaman ini.

Syarikat-syarikat milik kerajaan menyambut dengan menetapkan penanda aras gaji sara hidup. Makna gaji minimum daripada RM3,100 sekarang, semua syarikat- syarikat kerajaan akan menetapkan sara hidup kepada RM3,400 sebulan.

[Tepuk] Dan, ini akan memberi manfaat kepada 230,000 orang pekerja. Jadi, gaji minimum dan menetapkan gaji minimum pekerjaan separa mahir dan graduan bagi menaikkan gaji penjawat awam, GLIC dan GLC telah menunjukkan teladan. Malah beberapa majikan sektor utama dalam perbankan serta minyak dan gas telah menetapkan gaji yang lebih wajar.

Oleh itu, saya ingin menggesa syarikat-syarikat majikan milik swasta untuk mengikut jejak yang sama. Bukan hanya terikat dengan gaji minimum, tetapi melihat kepada keuntungan mereka. Saya telah umumkan dan gesa sebelum ini, ada syarikat-syarikat yang catat keuntungan melebihi RM1 bilion atau setengah bilion.

Tidak ada sebab mengapa mereka hanya mengikat kepada gaji minimum dan tidak melihat kepentingan pekerja yang sama-sama memberi sumbangan dan pengorbanan untuk menjayakan syarikat.

Tan Sri Yang di-Pertua, terkait hal gaji, bagi menutup ruang majikan menggaji pekerja asing tanpa izin, syarikat selain PMKS hanya boleh menuntut potongan cukai bagi perbelanjaan gaji sekiranya ia dibayar melalui akaun bank, selaras dengan saluran dibenarkan di bawah Akta Kerja 1955.

Pekerja gig sekarang ini dah mencecah 600,000 rakyat— e-hailing, p-hailing.

Kerajaan MADANI akan membela nasib pekerja dengan perlindungan yang lebih

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

menyeluruh. Majlis Perundingan Gig sedang menetapkan kadar pendapatan minimum, formula pendapatan serta standard minimum perlindungan sosial bagi pekerja gig yang akan dimuktamadkan pada awal tahun 2027.

Sementara itu, kerajaan dan pihak Grab bersetuju untuk membiayai bersama satu pakej bernilai RM160 juta bertujuan untuk meningkatkan pendapatan bersih dan menambah baik kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing bermula awal 2027.

[Tepuk] Pakej ini meliputi peningkatan kadar pendapatan minimum bagi pekerja e- hailing dan p-hailing, bantuan kos penyelenggaraan kenderaan dan insurans serta caruman PERKESO.

Ini bermakna pendapatan bersih untuk pemandu e-hailing pada tahap median dijangka meningkat sehingga RM227 sebulan dari pendapatan yang ada sekarang, penambahan. Manakala, pendapatan penghantar p-hailing meningkat sehingga RM100 sebulan. Kerajaan bersetuju menawarkan insentif caruman padanan PERKESO 35 peratus kepada pekerja e-hailing dan p-hailing. Insentif akan ditingkatkan kepada 50 peratus sekiranya syarikat platform turut menanggung caruman untuk pekerja.

Kerajaan turut menawarkan insentif caruman padanan PERKESO 70 peratus kepada lebih 200,000 orang pekerja sendiri dalam 17 sektor tidak mandatori. Bagi menggalakkan simpanan persaraan oleh pemandu e-hailing dan p-hailing, kerajaan menawarkan insentif caruman padanan KWSP kepada sehingga RM600 setahun atau RM6,000 seumur hidup.

[Tepuk] BSN dan Agrobank menyediakan RM270 juta bagi membiayai pekerja gig yang mahu berniaga dan membeli rumah pertama. Kerajaan akan mengawal selia sektor p-hailing secara menyeluruh di bawah APAD dan LPKP.

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Lunas kedua ialah keserataan pembangunan negeri. Kita tekankan soal menggapai di langit dan mengakar di bumi. Bermaksud, mengangkat kekuatan ekonomi setiap negeri seiring dengan kewajipan menyelesaikan permasalahan yang telah sekian lama membelenggu rakyat. Kita harus jelas bahawa keserataan tidak pernah bererti memberikan perkara yang sama kepada keadaan yang berbeza.

Saya nukil pandangan sarjana ekonomi, John Rawls, tentang gagasan beliau justice as fairness, seperti yang diungkapkan dalam A Theory of Justice, yang meminta membayangkan suatu original position di sebalik veil of ignorance,

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

ketika seorang tidak pun mengetahui sama ada kelak dilahirkan kaya atau miskin, berada di puncak atau pinggiran, memiliki kelebihan atau serba kekurangan.

Begitulah konsep yang diterjemahkan dalam soal peruntukan kepada negeri- negeri yang telah maju terus mencipta lonjakan, negeri yang sedang berkembang memperolehi ruang untuk mempercepat langkah dan wilayah yang semakin tertinggal demi kekuatan untuk merapatkan jurang perbezaan.

Kita hadapi masalah banjir, terutama banjir kilat termasuk di Lembah Klang yang harus ditangani segera. Maka, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor menyepakati lima langkah utama termasuk menilai keupayaan Empangan Batu dan Empangan Klang Gate bagi 30 tahun mendatang. RM100 juta disediakan untuk membangunkan kolam takungan dan menyelenggara sungai bagi mengurangkan risiko banjir.

Kelantan. Kerajaan akan memulakan perencanaan Projek Empangan Lebir sebagai penyelesaian jangka panjang. Serentak itu, pembinaan Loji Rawatan Air Machang dan penggantian paip uzur sedang berjalan sekarang.

Pulau Pinang dipeta sebagai pusat kewangan teknologi negara. Oleh itu, Khazanah dan InvestPenang telah mewujudkan dana pelaburan strategik RM100 juta bagi membantu syarikat semikonduktor.

[Tepuk] Dan pembuatan termaju pada peringkat awal pertumbuhan.

Kesesakan lalu lintas di Johor Bahru mesti ditangani. Kerajaan telah bersetuju melaksanakan STA, Sistem Transit Aliran Autonomi Bertingkat (e-ART) sebagai penyelesaian utama. Menjelang pembukaan RTS Link, kita akan menambah laluan dan kekerapan bas henti-henti, meningkatkan kekerapan KTM Komuter serta menyediakan khidmat Grab Shuttle di kawasan tumpuan.

Kerajaan turut menyokong pembangunan industri di setiap negeri iaitu hab maritim di Lumut, Perak; semikonduktor Kulim Hi-Tech Park, Kedah; dan ekopelancongan di Terengganu.

Pada masa yang sama, projek berkepentingan rakyat turut diberi keutamaan.

Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Rambai, Melaka; pembangunan Lembah Chuping di Perlis; jalan baru di KLIA ke Bandar Enstek, Negeri Sembilan; dan perumahan rakyat berhampiran ECRL Stesen KotaSAS, Pahang.

Perjanjian Malaysia 1963, saya telah tekankan di Kuching baru-baru ini, mesti dilihat sebagai sebahagian daripada waad nasional. Bukan tuntutan Sarawak atau Sabah, tetapi tanggungjawab nasional yang mesti dijawab secara nasional.

[Tepuk]

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Selama puluhan tahun, pemberian khas tidak seiring dengan keperluan pembangunan Sabah dan Sarawak. Kerajaan MADANI telah meningkatkan kadar pemberian khas sebanyak tiga kali dengan kadar interim terkini sebanyak RM1.5 bilion untuk Sabah dan RM1.5 bilion untuk Sarawak. Dan, insya-Allah, dilunaskan sebelum hujung tahun sementara rundingan untuk memuktamadkan formula tahunan yang adil serta mampan diteruskan.

Peruntukan untuk Sabah dan Sarawak bagi tahun 2027 memang kekal tertinggi. Sabah menerima RM18.7 bilion.

[Tepuk] Dan Sarawak RM16.2 bilion.

[Tepuk] Dan kita setuju menggandakan tawaran tajaan JPA kepada anak kelahiran Sabah dan Sarawak. Bermakna, seramai 4,200 anak Sabah dan Sarawak mendapat peluang melanjutkan pengajian ke menara gading setiap tahun.

[Tepuk] Kerajaan Sarawak telah menzahirkan kesungguhan untuk membangunkan Zon Ekonomi Khas Sibu. Beberapa projek lebuh raya, infrastruktur besar yang selama ini menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan juga dibiayai oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Saya harus tekankan ini untuk membetulkan kekeliruan. Umpamanya, pengambilalihan Pelabuhan Bintulu. Kerajaan Sarawak setuju malah sudah pun membayar RM1.8 bilion kepada Kerajaan Persekutuan.

[Tepuk] Bayaran tunai.

Kuala Lumpur sebagai ibu kota tidak hidup pada gahnya pencakar langit. Jiwa ibu terletak pada gerai dan warung yang selesa dan selamat. Kediaman rakyat yang manusiawi serta warisan kota yang bernyawa sebagai pentas budaya yang menarik pelancong.

Jadi, saya ucap tahniah luar biasa atas kejayaan Khazanah dengan ikhtiar Warisan Kuala Lumpur memulihara Bangunan Sultan Abdul Samad dan warisan sekitar telah menarik setengah juta pengunjung tempatan dan asing. Tumpuan seterusnya adalah memulihara Menara Dayabumi, Stesen Keretapi Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat KTMB.

Kepada PNB yang berjaya memulihara Stadium Merdeka dan seterusnya Stadium Negara. Ini bagi menghidup semula warisan negara. Oleh kerana semangat untuk menghidupkan warisan negara, kita akan kecualikan kedua-dua stadium ini dari duti hiburan.

[Tepuk] Tanah pajakan seluas 100 ekar di Bukit Kiara akan diwartakan sebagai tanah Persekutuan untuk kegunaan awam.

[Tepuk] DBKL akan membina laluan pejalan kaki berbumbung 22 kilometer. Dalam keadaan cuaca yang baik, jangan sekarang waktu jerebu― menghubungkan mercu tanda seperti Masjid Negara, Dataran

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Merdeka, Pasar Seni. Laluan berbumbung turut dibina dari kediaman rakyat ke premis perniagaan, sekolah, klinik dan stesen pengangkutan awam. Bagi projek jalan desa, ditingkatkan kepada RM2.3 bilion.

[Tepuk] Secara keseluruhan, projek prasarana asas desa diperuntukkan RM3.3 bilion.

[Tepuk] Termasuk memasang lampu jalan kampung, kemudahan komuniti, bekalan air bersih dan elektrik.

Projek JENDELA memperkukuh ketersambungan Internet negara dengan jumlah pelaburan RM5 bilion. Kita berjaya meliputi WiFi di semua kampus universiti awam dan 4G di semua penempatan FELDA. Tahun depan, tumpuan kita adalah meliputi semua kampung orang asli dengan 4G, memastikan pencapaian Internet 7,000 kilometer jalan raya dan 1,700 kilometer rel kereta api serta pelaksanaan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM).

Bukit Jalil. Bandar MADANI akan dibangunkan sebagai kawasan kediaman rakyat yang lengkap dengan kemudahan termasuk sekolah vertikal. Pendaftaran― ini bukan sahaja pengumuman. Pendaftaran Fasa 1 akan dibuka mulai Isnin ini...

[Tepuk] Kerana, kalau tidak, mereka mengatakan, “Umum, mungkin dua tahun lagi.” Tidak. Hari ini Jumaat umum, hari Isnin boleh daftar.

RM1 bilion disediakan untuk projek seperti Rumah Mesra Rakyat dan Program Residensi Rakyat. Empat projek perumahan baru dilaksanakan di Kulai, Johor; Nilai, Negeri Sembilan; Paya Rumput, Melaka; Lembah Pertang, Terengganu.

SJKP menyediakan jaminan pembiayaan perumahan hingga RM20 bilion.

Jaminan ini bakal membantu 80,000 pembeli rumah pertama, terutamanya dalam kalangan orang bekerja sendiri yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Kerajaan bercadang memberikan pengecualian penuh duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik bagi rumah pertama berharga sehingga RM500,000.

[Tepuk] Bagi rumah sehingga RM750,000, pengecualian penuh duti setem untuk RM500,000 pertama dan 50 peratus bagi bakinya.

[Tepuk] Ke arah sifar projek perumahan projek terbengkalai menjelang 2030, kita akan pastikan ada pengecualian penuh duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik yang disempurnakan oleh kontraktor atau pemaju penyelamat serta pembeli asal.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Sejak 2024 Tan Sri Yang di-Pertua, Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI telah memberi manfaat kepada hampir 500 kampung dan 1,700 sekolah. Umpamanya, Jabatan Peguam Negara pun menyediakan kemudahan di

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Kampung Jilid 8 di Kuala Muda, Kedah, padang bola, jeti nelayan dan mesin ATM BSN.

Sekolah Kebangsaan Teluk Kalong, Terengganu mendapat bilik pemulihan khas dan kemudahan pembelajaran robotik hasil sumbangan Sime Darby Berhad dan ratusan cerita-cerita yang lain. Bukan sahaja berikan peluang kepada anak-anak kita tetapi beri pendedahan kepada golongan korporat dan profesional untuk turun ke bawah melihat sendiri kampung halaman.

Untuk tahun 2027, kerajaan akan melaksanakan Komuniti Angkat MADANI dengan peruntukan RM50 juta. Tumpuan kali ini untuk membantu komuniti PPR bandar, universiti dan institusi TVET turut dilibatkan supaya dapat menawarkan kemahiran yang diperlukan.

Untuk membaiki prasarana Kampung Baru Cina, ditingkatkan kepada lebih RM100 juta.

[Tepuk] Termasuk untuk membaik pulih dan membina semula prasarana yang uzur. Untuk menyelenggara rumah ibadat bukan Islam yang berdaftar, juga ditingkatkan kepada RM80 juta.

[Tepuk] Yayasan GLIC, GLC menyediakan geran padanan RM100 juta, antaranya untuk memperkasa ekosistem penjagaan kanak- kanak dan menyediakan latihan kepada 6,000 pengasuh di lebih 50 kawasan baru di sembilan negeri.

[Tepuk] Kerajaan akan memperkenalkan inisiatif sukuk simpanan runcit bertoken melalui teknologi block chain, rakyat biasa boleh melabur dalam sukuk kerajaan dan memilih sama ada dana dikumpulkan, disalurkan untuk pendidikan, kesihatan atau perlindungan sosial bagi golongan miskin.

Lunas ketiga, membela nasib semua rakyat. Untuk ekonomi bumiputera, agenda bumiputera dipacu dengan pendekatan terangkum melalui PuTERA35.

Kerajaan telah mewartakan 50 ekar sebelum ini tanah di Kuala Lumpur sebagai tanah rizab Melayu, pertama kali dilakukan dalam sejarah sejak merdeka.

[Tepuk] PETRONAS telah memulakan pembangunan 10 ekar pertama menyediakan perumahan mampu milik.

Kali pertama kerajaan menyediakan endowment kepada Yayasan Pelaburan Bumiputera adalah pada tahun 1978 berjumlah RM200 juta. Sejak 1981, tiada endowment susulan diberikan kepada PNB, badan induk yang menjaga kepentingan bumiputera.

Oleh itu, atas waad dan tanggungjawab memperkasa ekonomi dan pemilikan bumiputera, Kerajaan MADANI bersetuju menyediakan tanah strategik seluas 50 ekar di sekitar Kuala Lumpur bernilai RM1 bilion sebagai endowment baru kepada

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Yayasan Pelaburan Bumiputera.

[Tepuk] Ini adalah tambahan daripada 50 ekar yang disebut Tanah Rizab Melayu. Tanah ini akan dibangunkan oleh PNB mengambil kira keperluan rumah mampu milik serta kepentingan bumiputera di bandar.

Kita bersetuju supaya tanah kerajaan hampir 11 ekar di Belfield, Kuala Lumpur dibangunkan bagi membina sekurang-kurangnya 2,500 unit Rumah MADANI dengan 70 peratus dikhususkan untuk bumiputera. Saya telah mengadakan sesi libat urus bersama wakil persatuan dan syarikat kontraktor bumiputera untuk mendengar sendiri keresahan terkait perusahaan mereka.

Sukacita saya umumkan nilai perolehan kerajaan yang dikhususkan untuk kontraktor bumiputera G1 ke G4 ditingkatkan kepada RM7.5 bilion.

[Tepuk] Bagi kerja selenggara, pembaikan, penambahan fasiliti kerajaan, had perolehan lantikan terus dibenarkan sehingga RM200,000 dan sebut harga dibenarkan sehingga RM3 juta.

Ini atas permintaan dan perbincangan teliti dengan mereka dengan PuTERA35, jawatankuasa dan juga yang telah dirujuk kepada Kementerian Kewangan.

TERAJU menyediakan pembiayaan sehingga RM1 bilion. Keupayaan TERAJU turut di perkasa supaya dapat memantau lebih berkesan projek-projek bumiputera merentas semua jabatan, agensi dan syarikat. Kerajaan memberikan kemudahan duti setem hanya RM10 ke atas perjanjian pinjaman dan pembiayaan di bawah Skim CAKNA II yang akan diperkenalkan dari 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030. Syarikat GLIC akan melabur RM2 bilion untuk memperkasa syarikat bumiputera. Umpamanya Ekuinas dan PHB akan membantu syarikat bumiputera menuju penyenaraian awam dan memperkukuh pemilikan hartanah strategik.

Malaysia akan memperkukuh kedudukan sebagai peneraju ekonomi Islam dunia. Ke arah Malaysia sebagai pusat pengurusan dana Islam, penyedia perkhidmatan pengurusan dana patuh syariah diberi pengecualian cukai pendapatan 40 peratus bagi taksiran 2028 hingga 2030. Malaysia, insya-Allah akan mengekalkan kedudukan sebagai antara pasaran sukuk terbesar di dunia. Kita hanya bersaing dengan Arab Saudi. Ada tahun kita menang, ada tahun Arab Saudi menang. Tapi di antara dua yang tertinggi dari segi sukuk.

Bagi menggalakkan pembiayaan syariah lestari, penerbit Sukuk Prisma layak menerima potongan cukai atas kos penerbitan yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti bagi tahun taksiran 2027 hingga 2030. Geran yang diterima di bawah Skim Sukuk SRI dan Geran Bon diberi pengecualian cukai pendapatan mulai 1 Januari 2027.

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Tan Sri Yang di-Pertua, kebanyakan usahawan kita punyai produk berkualiti tetapi sukar mendapatkan pensijilan halal dan menembusi pasaran lebih luas. Maka atas cadangan Jawatankuasa Majlis Halal, kerajaan bersetuju menyediakan geran padanan sehingga RM5,000 kepada setiap syarikat PMKS yang mahu mendapatkan sijil halal kali pertama.

Kebajikan kumpulan tumpuan, meningkatkan usaha, mempersiapkan negara menuju status negara tua. Rang undang-undang warga emas akan digubal bagi menangani pengabaian dan memperkukuh ekosistem penjagaan yang menyeluruh.

Mulai 1 Januari 2027, kadar cukai perkhidmatan jagaan warga emas diturunkan daripada lapan kepada enam peratus.

[Tepuk] Pengecualian penuh diberikan bagi yuran jagaan sehingga RM96,000 setahun. Ini untuk supaya jangan ketinggalan bapa-bapa dan ibu-ibu kita.

Bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja dalam sektor penjagaan warga emas, lebih RM40 juta disediakan melalui HRD Corp untuk melatih 8,000 orang sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada mereka dalam bidang ini.

Sementara itu, bantuan warga emas tahun depan ditingkatkan kepada RM1.3 bilion yang akan memberi manfaat kepada 200,000 penerima.

[Tepuk] Ahli KWSP yang mencapai usia 55 dan 60 tahun boleh memilih skim i-Emas untuk menerima pengeluaran bulanan supaya baki simpanan terus menjana dividen.

Kepada komuniti orang kurang upaya, sukacita saya umumkan peruntukan keseluruhan bagi bantuan OKU ditingkatkan kepada RM1.5 bilion untuk manfaat lebih 300,000 orang OKU. Ini termasuk bantuan penjagaan OKU terlantar, pesakit kronik kepada RM600 sebulan. Ini termasuk Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas diberi RM200 sebulan.

[Tepuk] Insentif Pengajaran Murid Berkeperluan Khas ditingkat kepada RM300 sebulan dan ini akan beri manfaat kepada 20,000 guru pendidikan khas.

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Jabatan Kemajuan Orang Asli diperuntukkan selain daripada kemudahan- kemudahan yang diperolehi melalui Program Bumiputera diperuntukkan khas RM445 juta [Tepuk] . Ini termasuk projek penanaman semula di Pos Poi, Sungai Siput, Perak. Pembinaan Tabika Orang Asli di Kampung Angkek dan Pos Belatim, Gua Musang, Kelantan.

Di Daerah Kinta, Perak, ada anak orang asli yang tinggal jauh dari sekolah dan berisiko tercicir kerana sukar berulang-alik setiap hari. Atas desakan dan cadangan mereka, kerajaan bersetuju membina sebuah asrama khas dengan 100

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

tempat untuk anak-anak orang asli.

[Tepuk] Sejak 2023, Kerajaan MADANI telah membantu lebih 250,000 rakyat keluar dari belenggu kebankrapan.

[Minum air]

draft • 4:20 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Ini semua guru-guru.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Dia tolong tuang. Terima kasih. Mulai 2027, kerajaan memutuskan untuk menaikkan ambang bankrap daripada RM100,000 kepada RM150,000 bagi mempercepat proses bebas bankrap. Dasar Peluang Kedua Prihatin diperluas kepada penjaga utama ahli keluarga OKU, pesakit kronik, warga emas, pekerja gig dan yang berpendapatan tidak tetap.

Lunas keempat, mengangkat mutu perkhidmatan rakyat. Ketangkasan perkhidmatan itu harus diutamakan bermula dengan Kementerian Kesihatan. Maka Kementerian Kesihatan ditambah peruntukan menjadi RM47.7 bilion ya [Tepuk] Saya umumkan isu doktor kontrak yang terus berbangkit tahun demi tahun, alhamdulillah akan dapat akhirnya dinoktahkan.

[Tepuk] Sejak 2023, kita telah melantik secara tetap lebih 15,000 doktor kontrak, termasuk 4,000 orang doktor pada tahun ini. Bagi tahun 2027, lebih 9,000 doktor kontrak ditawarkan ke jawatan tetap. Ini bermakna selepas ini, doktor yang berjaya menamatkan latihan siswazah akan terus ditawarkan tetap, jawatan tetap pegawai perubatan.

[Tepuk] Dan bagi menghargai 47,000 anggota paramedik dan jururawat yang memikul tanggungjawab besar di lapangan, Kadar Bayaran Insentif Pos Basik akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan.

[Tepuk] Tentunya ramai yang terkejut dan dukacita atas tragedi nahas helikopter perkhidmatan doktor di Long Lellang yang meragut nyawa petugas barisan hadapan. Kerajaan bersetuju menaikkan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kesihatan Udara kepada RM100.

Bagi mengurangkan tempoh menunggu pesakit yang mendapat rawatan, ini kita alami dan hampir semua hospital terutama hospital bandar. Peruntukan untuk menyumber luar pesakit ke hospital lain ditingkatkan kepada RM200 juta untuk mengurangkan beban di hospital. Selain itu, skim dengan pelaburan RM1 bilion terus mempergiat pelaksanaan Projek Sistem Rekod Perubatan Elektronik di fasiliti kesihatan di seluruh negara.

[Tepuk] Kerajaan akan meluncurkan Pelan MediAsas mulai 2027 pada harga mampu milik. Melalui pelan ini, bayaran hospital akan mengikut jenis diagnosis dan rawatan supaya kos lebih terkawal serta mudah dijangka terutama juga melibatkan hospital swasta.

[Tepuk]

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Ahli KWSP di bawah 55 tahun dibenarkan membayar premium MediAsas melalui Akaun Sejahtera. Sembilan fasiliti baharu akan dibina. Kompleks klinik pakar, Hospital Sultanah Aminah Hospital Johor, Pusat Pakar Pergigian Kuching, Sarawak, Kompleks Kesihatan Bersepadu Gerik, Perak, Kompleks Kesihatan Bersepadu Rembau, Negeri Sembilan dan lain-lain. Semua prasarana hospital dan klinik awam akan diselenggarakan dan dibaik pulih dengan peruntukan RM1.2 bilion. Ini termasuk menaik taraf klinik-klinik daif yang berbaki.

Pendidikan. Kita mula dengan peringatan dari pujangga agung Tamil, Thiruvalluvar, melalui karyanya yang masyhur, Thirukkural. Dalam rangkap ketujuh, 731 bunyinya [Bercakap dalam bahasa Tamil] TPM faham, tak payah terjemah.

Maksudnya, “Negara yang unggul ialah negara yang subur hasil buminya, tinggi ilmu dan budi pekerti rakyatnya serta makmur kekayaan tanpa meninggal dan menyampingkan akhlak.” Ternyata sejak zaman silam, Thiruvalluvar mengingatkan bahawa hebatnya sebuah negara tidak sekadar bersandar kepada limpahan khazanah dan mercu tanda, tetapi ditunjangi kebijaksanaan, keadilan dan kemuliaan insan, itu karamah insan dalam istilah orang Islam.

Kementerian Pendidikan kekal oleh itu menerima peruntukan tertinggi hampir RM69 bilion.

[Tepuk] Setuju supaya peruntukan bagi membaik pulih, menyelenggara semua jenis sekolah ditingkatkan kepada RM2 bilion. Peningkatan ini bermakna sekolah kebangsaan naik kepada RM900 juta. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina RM100 juta, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil RM50 juta [Tepuk] kerana jumlah pelajarnya sangat kecil, kemudian kita tambah juga dengan kadar segera.

Peruntukan bagi sekolah agama rakyat yang banyak terbiar dan saya lihat sendiri beberapa keadaan yang sangat daif, maka di bawah JAKIM telah dinaikkan ke RM200 juta dan ini diperluas untuk meliputi bantuan operasi institusi. Hampir RM1.3 bilion disediakan bagi menaik taraf 682 sekolah daif, khususnya di Sabah dan Sarawak.

Hampir 500,000 murid dijangka memasuki Darjah 1 tahun depan termasuk lebih 70,000 yang berusia enam tahun. Bagi menampung pertambahan murid Darjah 1, sebanyak 3,500 bilik darjah tambahan dijangka siap sebelum akhir tahun ini melalui kaedah IBS. Kerajaan akan terus membina sekolah baharu, bangunan prasekolah serta kemudahan di sekolah sedia ada.

Antaranya daripada puluhan, saya pilih beberapa sekolah. Sekolah Kebangsaan Chemor, Ipoh; Bandar Serenia, Sepang; SJK(T) Ladang Pamol,

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Kluang; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bandar Mahkota Cheras; bangunan prasekolah di SK Bulu Silou, Keningau, Sabah.

[Tepuk] Kolej matrikulasi yang saya saksikan sedang dalam dibina di Marang, Terengganu. Marang tak tertinggal di Terengganu.

Bagi menggalakkan penglibatan rakyat dalam pembentukan persekitaran sekolah yang berkualiti, Tabung Sumbangan Awam Sekolah akan ditambah baik supaya sumbangan sukarela ibu bapa, alumni dan masyarakat boleh digunakan untuk operasi sekolah, membaiki dan lain-lain dan sumbangan tunai kepada tabung ini layak mendapat potongan cukai sehingga 10 peratus daripada pendapatan agregat.

Sukacita saya umumkan Bantuan Awal Persekolahan yang diberi kepada setiap pelajar, setiap murid ditingkatkan kepada RM200.

[Tepuk] Ini bermakna kalau ada keluarga ada empat orang anak akan menerima RM800. Ini akan memberi faedah kepada 5.3 juta murid dengan peruntukan RM1 bilion.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Saya minta dan gesa supaya disalurkan bantuan ini langsung melalui sekolah kerana kita lihat ada masalah mendapatkan kerjasama ibu bapa dalam mengawal bukan sahaja mutu pendidikan dan apresiasi anak-anak tetapi juga pembentukan sahsiah dan hubungan baik dengan sekolah. Maka disyaratkan wang ini mesti diambil dari sekolah supaya ibu bapa boleh menemui guru-guru yang berkenaan, sepertimana— guru.

Sepertimana telah saya umumkan sebelum ini, kerajaan bersetuju untuk memberikan elaun sara hidup kepada yang saya janjikan, untuk pelajar Tingkatan 6 berjumlah RM2,500, untuk pelajar Tingkatan 6.

[Tepuk] Ini tidak diberikan sebelum ini, keputusan kita untuk menyamakan elaun pelajar Tingkatan 6 dengan elaun pelajar matrikulasi dan akan memberikan manfaat kepada 90,000 pelajar Tingkatan 6.

[Tepuk] RM870 juta disediakan untuk Rancangan Makanan Tambahan kepada lebih 800,000 murid.

Perundangan pendidikan tinggi yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi di peringkat akhir itu di antara lain menggantikan beberapa peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti yang ada sekarang. Tentunya ia lebih luas daripada masalah sekatan kepada mahasiswa tetapi berkuat kuasa serta merta selain daripada kajian yang melibatkan pengurusan universiti berkuat kuasa serta merta. Semua prosiding tatatertib universiti awam berkaitan dengan kebebasan bersuara, pernyataan pandangan, kritikan awam kepada— termasuk kepada

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

kerajaan dan perhimpunan awam telah, perhimpunan aman telah dihentikan berkuat kuasa.

[Tepuk] PTPTN ini ditubuhkan sebagai menyelamat anak bangsa bercita-cita melanjutkan pelajaran ke menara gading. Bagi tahun 2027, kerajaan bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik kepada peminjam yang berpendapatan RM2,500 sebulan. Maknanya, kalau pendapatan seorang itu belum mencecah RM2,500 sebulan dia belum dikehendaki membayar apa-apa kepada PTPTN.

[Tepuk] Hanya setelah dia dapat gaji yang lebih maka dia hanya diminta bayar RM50 sebulan, itu sahaja dan ini akan memberi manfaat kepada 400,000 peminjam PTPTN. Saya percaya tidak akan menjadi isu kerana dia belum mampu, dia tak perlu bayar. Dia mampu dia bayar hanya RM50 sebulan.

Baik, kepada peminjam yang tidak mempunyai tunggakan dan membuat bayaran balik secara teratur akan diberi diskaun sebanyak 10 peratus. Kerajaan setuju untuk memberi potongan cukai kepada majikan yang membuat bayaran balik pinjaman PTPTN bagi pihak pekerja. Potongan ini meliputi bayaran balik yang dibuat mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2028.

Bagi menangani isu penginapan mahasiswa yang memang menjadi isu besar di kalangan mahasiswa kita. Kerajaan telah mengambil langkah segera dan dengan perbincangan KPT untuk memperkenalkan beberapa pendekatan baharu termasuk dengan GLIC, umpamanya. Fasa 1 residensi mahasiswa Universiti Malaya dijadualkan siap sekitar 2030 atau awal 2031 untuk memberikan tempat, ruang kepada 10,000 mahasiswa Universiti Malaya. KWAP akan melabur RM750 juta bagi projek Vista Kampus iaitu pembinaan kediaman siswa di enam universiti terpilih termasuk UniSZA dan UiTM.

Setiap mahasiswa mesti dijamin dengan penyediaan makanan kerana dalam beberapa dialog bertemu Anwar ada yang menyatakan tidak cukup dana untuk makan. Maka keputusan kita ialah mengembangkan Dapur Siswa MADANI diperluas ke politeknik, IPG dengan peruntukan tambahan RM20 juta. Ini menyediakan peralatan memasak, sumbangan makanan, bahan makanan serta menu kasih siswa sebanyak RM5 sahaja. Potongan cukai akan diberikan kepada pihak yang menyumbang makanan dan peralatan bagi tujuan tersebut mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030.

Mahasiswa Sabah dan Sarawak dan Semenanjung berulang alik hadapi masalah dengan kenaikan kos. Maka dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan, tiket penerbangan Flysiswa MADANI 2027 ditingkatkan kepada RM500 juta [Tepuk] ,

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

ditingkatkan kepada RM500 maaf.

draft • 4:30 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Nasib baik Menteri dengar. Saya nak semak, sama ada Menteri dengar atau tidak.

[Ketawa] Jadi, ini akan memberikan manfaat kepada 60,000 penuntut IPTA dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak atau Sabah dan Sarawak ke Semenanjung.

Kepada semua pengguna pengangkutan awam. Kemudahan My50 diteruskan untuk manfaat 300,000 pengguna bas dan rel Prasarana di Lembah Klang. MyKomuter50─ MyKomuter50 akan diperkenalkan untuk manfaat 40,000 pengguna KTM Komuter selain pas percuma kepada 360,000 murid sekolah komuniti OKU dan kanak-kanak bawah 6 tahun. Ini luar biasa satu pendekatan yang pro-rakyat yang sukar disaingi oleh mana-mana negara lain.

Sejak kebelakangan ini, rakyat sering berdepan dengan kejadian tren rosak atau perkhidmatan tergendala. Oleh itu, Prasarana dan KTMB telah dipertanggungjawabkan untuk mengambil langkah segera bagi memastikan kelancaran perkhidmatan tren. Sebagai penyelesaian jangka panjang, Prasarana melabur lebih RM3.4 bilion untuk memulih secara menyeluruh perkhidmatan rel mereka. Kerajaan juga mempunyai 42 set tren baharu bagi perkhidmatan ETS dan KTM Komuter.

[Tepuk] ECRL Fasa 1 dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak dijangka mula beroperasi Disember ini. Malaysia dan China terus sepakat untuk menyambung laluan ke Rantau Panjang.

[Tepuk] Ahli Parlimen Kelantan tak sambut pula. Jadi, sedang dibuat kajian awal. Ini untuk kemudahan rakyat sehingga ke sempadan Thailand. Ini peringkat kajian awal dan dapat persetujuan daripada Kerajaan Negeri Kelantan dan melibatkan satu proses pengambilan tanah yang juga rumit.

Setakat Ogos tahun ini, sebanyak 28 kes maut akibat pemandu mabuk atau di bawah pengaruh dadah. Ini memang menyentak sanubari kita walaupun penguatkuasaan telah diperketat, namun perlanggaran peraturan masih membimbangkan. Oleh itu sebagai langkah lebih tegas, kerajaan akan meminda Akta Pengangkutan Jalan bagi mewajibkan pemandu di bawah pengaruh alkohol ataupun dadah membayar pampasan kepada mangsa.

[Tepuk] Sistem telematik akan diwajibkan untuk dipasang di kenderaan perdagangan bagi memantau kelajuan, lokasi dan corak pemanduan berisiko, termasuk pengesahan alkohol. PERKESO akan menyediakan baucar pemeriksaan kesihatan kepada pemandu kenderaan perdagangan bagi mengesan risiko kesihatan yang boleh menjejaskan keupayaan memandu.

Kerajaan terus memperkasakan peranan jurutera daerah, ini penting kerana

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

beberapa projek kecil itu tertangguh kerana bidang kuasa jurutera daerah yang terbatas. Maka kita telah tambah peruntukan untuk maksud tersebut kepada RM40 juta.

Ketangkasan penyampaian perkhidmatan diketuai oleh dalam pasukan STAR oleh Ketua Setiausaha Negara dan merungkai beberapa kerenah birokrasi dan mengurangkan kos pematuhan. Hampir RM25 juta disediakan untuk mempercepatkan urusan kerajaan dengan rakyat dan perniagaan. Saya mendengar juga keresahan kontraktor, pembinaan yang terkesan dengan peningkatan kos harga simen, harga besi dan lain-lain.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Oleh itu, kerajaan bersetuju memperkenalkan semula klausa perubahan harga atau VOP khusus untuk menampung kenaikan kos diesel dan bitumen. Bagi menyegerakan pelaksanaan projek berkepentingan rakyat seperti pembinaan kuarters, sekolah, asrama, klinik dan dewan. Projek yang mempunyai pre-approve pelan oleh JKR dengan nilai sehingga RM5 juta boleh dipelawa menggunakan kaedah sebut harga.

Lunas kelima menjamin bekalan kesiapsagaan negara. Agenda peralihan tenaga mesti diperhebat untuk kelangsungan bekalan tenaga negara. TNB melabur RM15 Bilion untuk memperkukuh grid nasional bagi menjamin kelangsungan permintaan elektrik negara. UEM LESTRA pula melabur RM1 bilion termasuk melaksanakan projek penyimpanan tenaga di KLIA dan projek tenaga hibrid berkapasiti 1 gigawatt di Johor.

Bagi menggalakkan lebih syarikat beralih kepada teknologi hijau dan lestari, galakan cukai ditambah baik dan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2030 untuk syarikat yang menjalankan projek teknologi hijau dan lestari dan stesen pengecasan kenderaan elektrik layak mendapat Elaun Cukai Pelaburan sehingga 100 peratus.

Syarikat yang membeli aset teknologi hijau untuk kegunaan sendiri layak mendapat Elaun Cukai Pelaburan sehingga 100 peratus.

Agrikomoditi dimulakan dengan pelaksanaan projek tanaman padi lima musim dalam dua tahun amat penting untuk kelangsungan bekalan beras negara.

Kerja-kerja menaik taraf sistem pengairan di 15 blok sawah sedang berjalan mengikut jadual di Kedah. Projek Pemulihan Empangan Pedu dijangka siap pada penghujung 2027. Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama Kerajaan Negeri bagi melaksanakan Agromakanan untuk menjana hasil yang bermakna. Kerjasama ini akan terus diperhebat dengan peruntukan RM300 juta.

draft • 4:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Kepada para pesawah, kerajaan menyediakan bantuan untuk pesawah sebanyak RM2.62 bilion. Ini bermakna, setiap hektar sawah, pesawah akan menikmati sekitar RM4,300 meliputi subsidi benih, baja, racun, upah bajak dan harga padi. Kerajaan bersetuju meningkatkan kadar insentif penuaian padi kepada RM100 sehektar semusim. Kadar insentif pembajakan juga telah ditingkatkan kepada RM300 ringgit dan dikekalkan serta diperluaskan kepada pesawah Sabah Sarawak.

Bagi memulih dan menyubur semula tanah sawah padi, RM 20 juta disediakan untuk membekalkan baja foliar di lebih 10 ribu hektar tanah sawah.

Nelayan, kerajaan bersetuju meningkatkan jumlah pemegang lesen sampan khas, yang menjadi permasalahan kepada ramai nelayan pantai. Kita naikkan daripada 17 ribu kepada 20 ribu nelayan dengan peruntukan RM30 juta. Bagi meningkatkan pendapatan para nelayan, geran turut disediakan untuk pelaksanaan projek akuakultur.

Pada masa yang sama, para nelayan yang layak terus menikmati diesel bersubsidi sejumlah RM178 juta, Elaun Sara Hidup sehingga RM300 sebulan. Bulan lalu saya berkesempatan dengan Menteri Komoditi mengadakan libat urus bersama pekebun kecil dan pengusaha komoditi. Maka dengan itu, saya ingin mengumumkan peruntukan bagi membaiki, membaik pulih jalan ladang digandakan kepada RM100 juta.

Pembiayaan hibrid berjumlah RM100 juta disediakan bagi membantu penanaman semula sawit milik 4,500 pekebun kecil. Kaedah hibrid digunakan, bermakna pekebun kecil hanya perlu membayar balik separuh pembiayaan. Kepada pekebun kecil getah, kerajaan bersetuju menaikkan kadar insentif pengeluaran getah buat kali ketiga. Pada tahun 2022, IPG hanya RM2.50. IPG pada masa ini ialah RM3.00 sekilogram. Dan kadar IPG akan ditingkatkan kepada RM3.30 sekilogram, untuk manfaat lebih 300 ribu pekebun kecil.

Kemajuan FELDA semakin dirasai peneroka. 109 ribu peneroka kini memiliki hak milik tanah dan purata pendapatan bersih peneroka meningkat daripada RM2,272 sebulan kepada RM3,800 tahun ini. Penyahsenaraian FGV pula memperkukuh kewangan FELDA demi menjaga kebajikan peneroka. Bagi tahun 2027, Kerajaan meluluskan sebanyak RM1.26 bilion bagi menjamin pengukuhan kewangan FELDA, penyelenggaraan jalan serta perumahan generasi FELDA.

Pertahanan bermula dengan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan, masing-masing menerima peruntukan RM22 bilion. RM7.1 bilion untuk

draft • 4:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

membeli dan menyelenggara aset-aset angkatan tentera, polis dan badan beruniform dan beberapa fasiliti baharu akan dibina antaranya:

(1) Ibu Pejabat APMM Negeri di Tanjung Kupang, Johor;

(2) Kompleks Batalion 19 PGA Cheras;

(3) Pejabat Imigresen Keningau, Sabah; dan

(4) Tiga buah Balai Polis baharu di Sungai Rambai, Melaka; Tanjung Malim, Perak dan Batu Lintang, Sri Aman, Sarawak.

Keselamatan Sempadan menjadi tugas kita. Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan diperuntukkan RM490 juta. Saringan keselamatan di lapangan terbang diperketat, termasuk mewajibkan ujian dadah dan alkohol kepada juruterbang serta kru penerbangan. 48 mesin pengimbas badan dan bagasi baharu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah menyekat lebih 8.7 bilion panggilan dan SMS yang berunsur penipuan. Bagi mengesan scammer dan penjenayah siber dengan lebih awal, Pusat Respons Penipuan Kebangsaan akan membangunkan aplikasi AI yang membolehkan rakyat menyemak nombor telefon, akaun bank atau pautan mencurigakan sebelum membuat transaksi. Rakyat diingatkan supaya jangan mudah terpedaya dengan scam.

Bahagian D11 PDRM sedang memperkasa sistem Malaysia Internet Crime Against Children yang dilengkapi keupayaan analitik lanjutan bagi mengesan pelaku dan rangkaian eksploitasi seksual kanak-kanak dengan lebih awal. Akan mempercepat Kempen Internet Selamat di semua sekolah dengan tumpuan menangani buli siber dan eksploitasi kanak-kanak.

Risiko bencana harus dikesan dengan lebih awal. Kita berjaya menyiapkan enam projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bernilai RM336 juta. 82 RTB sedang dilaksanakan mengikut jadual. Pada tahun 2027, projek baharu yang akan dilaksanakan termasuklah RTB Bandaraya Kuching; PLSB Sungai Golok Fasa 2, Kelantan; dan PLSB Sungai Kemaman, Terengganu. Cerun serta parit dan longkang di kawasan PBT akan dibaiki dan dinaik taraf dengan peruntukan hampir RM320 juta.

Agensi Pengurusan Bencana Negara diperuntukkan RM260 juta. Kerajaan bersetuju untuk meningkatkan kadar bantuan pembaikan rumah mangsa bencana daripada kepada RM10 ribu daripada RM5,000 sekarang.

draft • 4:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Lunas enam, memecah siling keupayaan ekonomi. Kita mencatat pertumbuhan KDNK suku kedua pada enam peratus, iaitu prestasi yang tidak terjangkau termasuk oleh agensi Kerajaan.

[Tepuk] Dengan momentum berterusan, pertumbuhan ekonomi 2026 diunjur berkembang antara 4.8 hingga 5.3 peratus. Kendatipun, dunia dijangka terus dalam ketidaktentuan, asas ekonomi negara, Alhamdulillah, masih kukuh. Oleh itu, pertumbuhan KDNK 2027 diunjur terus berkembang antara 4.2 hingga 5.2 peratus.

draft • 4:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Hampir semua perniagaan di Malaysia ialah PMKS. Mereka menyumbang kira-kira 40 peratus kepada ekonomi dan menggajikan sekitar lapan juta atau separuh tenaga kerja. Kita mendengar keresahan usahawan PMKS yang menanggung kenaikan kos operasi. Maka, kerajaan bersetuju menurunkan kadar cukai pendapatan PMKS sebanyak satu mata peratusan.

[Tepuk] Kadar bagi pendapatan bercukai RM150,000 pertama akan diturunkan kepada 14 peratus.

Kadar bagi pendapatan bercukai bagi banjaran RM150,000 hingga RM600,000 akan diturunkan kepada 16 peratus. Ini bermakna pendapatan tambahan kepada 300,000 PMKS sehingga RM6,000.

Saya melihat sendiri umpamanya bantuan peralatan yang memberi manfaat kepada ibu yang pandai menjahit di Pulau Pinang. Kadang-kadang rakyat punyai kemahiran tapi tidak ada modal untuk beli mesin jahit atau ketuhar. Oleh itu, kerajaan bersetuju menyediakan Geran Sejahtera MADANI untuk peralatan dan latihan kepada 40,000 penerima, khususnya wanita dengan peruntukan RM200 juta.

Pembiayaan mikro ini merupakan salah satu cara membantu pengusaha kecil menambah pendapatan. Oleh itu, pembiayaan mikro ditingkatkan untuk tahun 2027 kepada RM6.6 bilion.

[Tepuk] Melalui Amanah Ikhtiar Malaysia, Kelantan merekodkan jumlah pembiayaan tertinggi, sementara Sabah mencatatkan penerima paling ramai. Untuk tahun depan, RM3 bilion dana Amanah Ikhtiar yang tersedia bagi membantu 360,000 pengusaha di peringkat mikro kecil.

[Tepuk] TEKUN ditingkatkan kepada RM1.3 bilion, menyokong pembangunan usahawan Bumiputera. Untuk kaum India, pembiayaan di bawah TEKUN dan Amanah Ikhtiar ditingkatkan kepada RM150 juta.

[Tepuk] Ini akan membantu usahawan kecil India untuk mengembangkan perniagaan mereka selain yang di bawah MITRA.

Di bawah BSN pula, pembiayaan mikro disediakan sebanyak RM1.7 bilion.

draft • 4:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Agihan kepada golongan belia, pekerja gig, penjaja, wanita dan golongan rentan.

Kad kredit asas mula ditawarkan oleh institusi perbankan bagi mengurangkan kadar faedah tidak melebihi 14 peratus setahun.

Jadi saya ambil kesempatan ini menyatakan penghargaan kepada Alliance Bank, Maybank dan CIMB yang telah menawarkan kemudahan ini.

[Tepuk] Susulan konflik Asia Barat, Bank Negara Malaysia telah menyediakan pembiayaan sebanyak RM5 bilion bagi membantu PKS yang terkesan. Sambutan yang diterima menggalakkan. Maka Bank Negara Malaysia setelah berjaya menyalurkan RM5 bilion, dengan ini bersetuju menambah RM5 bilion lagi dana pembiayaan ini.

[Tepuk] Tahun depan, SJPP dan CGC menyediakan jaminan pembiayaan sehingga RM32 bilion dan diperluas meliputi syarikat pertengahan dalam semua sektor dengan had jaminan turut ditingkatkan sehingga RM50 juta.

RM1 bilion jaminan SJPP dikhususkan bagi menyokong pengembangan syarikat tempatan melalui M&A. Ini bermakna bagi tahun 2027, jumlah keseluruhan kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan akan ditingkatkan daripada RM50 ke RM57 bilion.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, setakat lapan bulan pertama 2026, perdagangan negara telah mencecah RM2.5 trilion.

[Tepuk] Bukan saja tertinggi dalam sejarah tapi lonjakan yang mengejutkan. Sebanyak 31.2 peratus kepada eksport. Eksport melonjak sebanyak 31.2 peratus kepada RM1.36 trilion. Maka, MATRADE diperuntukkan RM60 juta bagi membina keupayaan syarikat tempatan dan menembusi pasaran luar negara.

BPMB menyediakan pembiayaan RM1 bilion bagi menyokong PMKS untuk pasaran eksport. Ada beberapa contoh Azmi Warisan, pengusaha kopi Kampung Sungai Leman, Selangor mendapat platform NADI, berjaya meningkatkan hasil jualan sehingga 80 peratus atau RM240,000. Jadi platform NADI ini harus terus diperhebat dengan peruntukan RM142 juta supaya usahawan muda dapat manfaat dan juga kecanggihan sistem yang melibatkan digitalization dan juga AI.

KWAP mewujudkan dana UNIVC RM50 juta bagi membawa hasil penyelidikan universiti ke pasaran. Kerajaan juga sedia mengambil risiko peringkat awal agar lebih banyak modal swasta tampil menyokong ciptaan tempatan.

Keresahan peniaga kecil dan kewujudan syarikat e-dagang asing. Ini satu masalah besar yang dibangkitkan, syarikat-syarikat berdaftar di luar negara masuk dan mengambil alih peranan peniaga-peniaga kecil. Maka, tanpa pengawasan dan penguatkuasaan yang munasabah. Kerajaan meneliti langkah perundangan dan

draft • 4:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

penguatkuasaan bagi melindungi kepentingan PMKS tempatan daripada persaingan tidak adil dan dibeli oleh rakyat harus terjamin, selamat dan halal bagi umat Islam.

Maka RUU e-dagang akan dibentangkan pada mesyuarat akan datang sebagai usaha memperkukuh akauntabiliti platform, penjual dalam talian dan menjamin kepentingan rakyat tempatan.

[Tepuk] Pelaburan diluluskan bagi separuh pertama 2026 ialah RM218.5 bilion. Penambahan 11.7 peratus. Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan diamanah membina ketahanan ekonomi domestik dan meningkat keupayaan syarikat tempatan bernilai tinggi.

GLIC melalui GEAR-uP menggembleng pelaburan domestik berjumlah RM25 bilion. Ini usaha awal, dulu pernah dilakukan tapi cara sangat terbatas tapi ini dengan ikhtiar kita telah menambah, memastikan pelaburan oleh syarikat tempatan khususnya GLIC dalam negara. Umpamanya Sime Darby Property, KWSP, LTAT menubuhkan New Economy Venture Fund, RM1.2 bilion. Itu logistik di Elmina, Selangor. Syarikat mula niaga atau startups diberi laluan lengkap daripada idea kepada modal awal dan penskalaan. Syarikat pertengahan perlu segera mandiri bagi meneraju industri bernilai tinggi.

Oleh itu, Jelawang Capital Khazanah dan Dana Perintis KWAP melabur RM450 juta dalam membangun dan pembangunan syarikat mula niaga. Dana NIMP, Dana Pemacu KWAP dan Dana MTC Khazanah keseluruhannya berjumlah RM2.1 bilion untuk maksud yang sama seperti E&E, digital dan peranti perubatan.

Reformasi MADANI telah mengembalikan keyakinan pelabur. Hanya dalam dua tahun, Malaysia melonjak ke tangga-15 Indeks Daya Saing Dunia. Kita menduduki tangga pertama sebagai destinasi nomad digital [Tepuk] dalam Rumavi Global Relocation Index 2026. Kita mesti terus mempermudah urusan perniagaan supaya syarikat global mudah beroperasi di sini dan membawa masuk bakat mahir ke dalam negara kita:

(i) menambah baik galakan cukai hab perkhidmatan global antaranya kadar cukai istimewa lima peratus ke atas pendapatan daripada aktiviti GSH bagi syarikat baru;

(ii) pemegang pas nomad DE Rantau mencapai had dua tahun akan diberikan dua tahun tambahan untuk tinggal dan bekerja secara remote di Malaysia, tertakluk kepada syarat ditetapkan; dan

(iii) pasangan kepada ekspatriat, pemegang Pas Penggajian Kategori I dengan pas tanggungan akan dibenarkan untuk

draft • 4:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

bekerja di Malaysia tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

draft • 4:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Tuan di-Pertua, sempadan negara adalah gerbang baharu kemakmuran― medan merancakkan perdagangan, menarik pelaburan dan mencipta pekerjaan bernilai tinggi untuk anak muda.

Di selatan, JS-SEZ menggabung kekuatan Malaysia dan Singapura.

Pelaburan mencecah RM132 bilion. Saya dan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, akan meluncurkan pelan induk serta blueprint JS-SEZ pada akhir tahun ini.

Nexus Sedenak bakal menjadi kutub baharu industri di utara JS-SEZ dengan potensi pelaburan RM12 bilion dan 45,000 pekerjaan. Jalan dari persimpangan Sedenak dinaik taraf dengan kemudahan dapat menghubungkan dengan pelabuhan utama dan jaringan perdagangan serantau.

Di utara, perdagangan di koridor Bukit Kayu Hitam–Sadao mencecah RM27 bilion dalam enam bulan pertama tahun ini. Maka, Delapan Special Border Economic Zone terus diperkasa. NCT InnoSphere seluas 122 ekar dibangunkan sebagai hab kenderaan berat, kejuruteraan dan penyelenggaraan yang melengkapi industri di Kulim dan Pulau Pinang.

Malaysia dan Indonesia sepakat mempercepat pembukaan semula laluan perdagangan Tebedu–Entikong. Infrastruktur jalan terus dinaik taraf di sempadan Sabah, Sarawak dan Kalimantan bagi melancarkan pergerakan dua hala.

Keputusan PETRONAS mengembangkan pelaburan dalam Fasa 2 LNG Kanada memperkukuh kedudukan negara dalam rantaian bekalan LNG pasaran antarabangsa. Projek ini yang berskala besar yang disertai oleh PETRONAS diluncurkan oleh Perdana Menteri Kanada, Mark Carney, dua minggu yang lalu.

Begitu juga kejayaan PETRONAS dalam cari gali petroleum di Surinam dan kerjasama yang membuka ruang kepada potensi pembangunan medan Galkynysh di Turkmenistan, di antara medan gas asli terbesar di dunia yang sama disertai oleh PETRONAS...

[Tepuk] Peralihan pemilikan penuh kepada PETRONAS, peranan Kompleks Bersepadu Pengerang sebagai aset strategik negara untuk mengoptimum rantaian nilai kepada produk bernilai tinggi dengan ini menjadikan Pengerang hab strategik dan keterjaminan bekalan bahan api penting di rantau ini.

draft • 5:00 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Jadi, Pengerang Biorefinery melalui kerjasama dengan Enilive, syarikat tenaga Eni dan Euglena turut memperluas peranan Pengerang kepada penghasilan bahan api rendah karbon termasuk sustainable aviation fuel, HVO dan bio-naphtha.

PETRONAS dan TNB dalam projek rentas sempadan ASEAN Power Grid bukan saja memperkukuh keterjaminan tenaga dan membuka ruang ekonomi baharu malah menjadi asas kepada diplomasi, kerjasama dan hubungan serantau.

Bakat MADANI telah diluncurkan hasil komitmen enam GLIC, PETRONAS dan rangkaian GLC bagi menyediakan latihan serta peluang pekerjaan berkualiti kepada 25,000 anak muda. Bagi tahun 2027, 30,000 peluang pekerjaan menjadi sasaran baru termasuk melalui penglibatan syarikat swasta.

Bagi menggalakkan penyertaan syarikat swasta, potongan cukai diberikan kepada syarikat yang melaksanakan program latihan Bakat MADANI mulai 29 Jun 2026 hingga 31 Disember 2030.

Peruntukan TVET rentas kementerian berjumlah RM8 bilion. Tumpuan kerajaan adalah untuk meningkatkan kemahiran serta kebolehpasaran dalam kalangan anak muda dan ini tercatat sebagai di antara kemajuan yang sangat menakjubkan bagi negara kita ketimbang dengan negara-negara di Asia Tenggara.

HRD Corp dengan dana RM3 bilion akan menawarkan tiga juta peluang latihan kemahiran di kalangan golongan profesional. Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) menyediakan RM500 juta bagi membiayai pelatih yang mengikut program latihan kemahiran di institut kemahiran awam dan swasta yang berdaftar dengan PTPK.

Kolej Komuniti menawarkan kursus pendek kepada anak tahfiz sebagai laluan ke pekerjaan, keusahawanan dan pengajian tinggi.

Anggota lain-lain pangkat ATM yang tamat perkhidmatan dibekalkan dengan latihan kemahiran melalui kerjasama antaranya Malaysian Institute of Aviation Technology dan Akademi Laut Malaysia.

Kerajaan turut menumpukan pembangunan bakat muda kaum India. Oleh itu, peruntukan kepada agensi MITRA ditingkatkan kepada RM150 juta.

‘Menggapai di langit, mengakar di bumi’ juga bermakna mempelopori AI tanpa mempertaruh nilai dan keselamatan negara. Sering dikatakan kepentingan anak muda menguasai lapangan masa depan seperti coding, sains data dan teknologi kuantum. Pembangunan Sovereign AI Cloud sedang direncana untuk memastikan data rakyat dan maklumat strategik negara kekal di bawah kawalan Malaysia.

draft • 5:00 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Susulan sambutan menggalakkan bagi langganan AI percuma kepada anak muda, sukacita diumumkan ikhtiar ini diperhebat dengan menambah 100,000 lagi langganan AI percuma...

[Tepuk] Dan diperluas meliputi aplikasi AI baharu termasuk ChatGPT.

Lunas ketujuh― memelihara citra nusa. Khazanah alam, budaya, bahasa dan seni kreatif.

Bagi mendukung usaha negeri memelihara khazanah alam, Dana Ecological Fiscal Transfer akan ditambah kepada RM270 juta. Peningkatan ini bertujuan menggalakkan kegiatan ekonomi dan ekopelancongan.

RM65 juta disediakan untuk memanfaat 2,500 renjer komuniti dari kalangan orang asli, veteran tentera, pesara polis yang akan melindungi khazanah biodiversiti negara.

Kita meraikan penyu belimbing. Ini isu besar kerana di pesisir pantai Terengganu― kerana sejak terakhir direkodkan hanya pada 2017. Atas ikhtiar-ikhtiar oleh pegawai-pegawai dan NGO dan untuk melindungi khazanah laut, ikhtiar pembelian pukat lama akan diperkenalkan dengan matlamat supaya tiada lagi pukat lama yang terbiar sehingga membahayakan kehidupan marin. Sistem pembetungan awam yang terlalu usang turut dinaik taraf segera di Pulau Tuba, Langkawi, Redang dan Tioman.

RM15 juta dana kutipan ses daripada industri sawit akan dimanfaatkan untuk pemuliharaan alam. Keutamaan adalah untuk melindungi habitat terancam termasuk Harimau Malaya, Gajah Borneo, orang utan.

Mengenai karya kreatif yang harus terus diperkasa kerana mengangkat citra negara. Dia juga boleh membawa kisah Malaysia di pentas dunia. Kita sediakan dana RM130 juta untuk maksud tersebut bagi menyokong sektor perfileman, muzik dan kandungan kreatif tempatan. Ini termasuk pemberian insentif kepada produksi filem dan animasi tempatan serta antarabangsa yang menjalani penggambaran di Malaysia dan insentif tambahan bagi karya menampilkan budaya kita dan kenegaraan.

Tiket filem. Mulai 2027, tiket filem persembahan teater tempatan di Wilayah Persekutuan dikecualikan sepenuhnya duti hiburan...

[Tepuk] Jadi, saya seru kepada kerajaan negeri untuk mengambil langkah sebagai menggalak karya tempatan dan pengkarya tempatan.

draft • 5:00 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Dalam era AI, bahasa Melayu mesti segera maju seiring dengan kecanggihan teknologi dan menyumbang data bahasa digital yang sahih dan beranotasi kepada Dewan Bahasa dan Pustaka.

draft • 5:00 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Sukan dan perpaduan, ini sinonim. Membanggakan kita terutama bila kejayaan baru-baru ini dalam beberapa pertandingan peringkat antarabangsa. Kita meraih pingat-pingat emas, perak dan sebagainya. Jadi, kita harus menggunakan kesempatan ini juga mengucapkan tahniah kepada semua menang, yang menang dan mengharumkan nama negara kita.

[Tepuk] Tahun depan kita akan kembali menyambut negara tetangga selaku tuan rumah bagi Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027. Peruntukan RM240 juta disediakan untuk tujuan persiapan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN.

Pembangunan sukan negara turut diperuntukkan RM460 juta. Ini termasuk memperkasa program sukan berprestasi tinggi dan road to gold, program atlet para dan sukan orang pekak serta menyelenggara fasiliti sukan di seluruh negara.

RM30 juta di peruntukan bagi menyediakan geran padanan sukan berprestasi tinggi oleh badan sukan, kelab dan NGO. Kisah saudara Usop yang heboh baru-baru ini dengan Minyak Hitam Jalanan kerana kisah tular beliau bersama saudara Dicky yang saling berbalas budi. Kita meraikan juga jururawat Deena Nadzhiefa yang menyuap makanan kepada pesakit berbangsa India.

[Tepuk] Saudari Zira yang memberi makanan percuma kepada murid-murid yang kelaparan.

[Tepuk] Inilah yang dimaksudkan dengan MADANI dan ihsan yang tidak mengenal sempadan bangsa.

[Tepuk]

draft • 5:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul, betul.

draft • 5:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Nilai-nilai murni harus meresap dalam diri anak-anak kita.

draft • 5:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul, betul.

draft • 5:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Justeru itu, kerajaan akan memperkenalkan Program BUDI Belia yakni bagi anak muda yang dapat melengkapkan jumlah jam dalam aktiviti kesukarelawanan bersama NGO terpilih, menerima insentif e-dompet sebanyak RM100 seorang bagi kerja-kerja sukarela.

Kerajaan juga akan menganjurkan liga perpaduan bagi menghidupkan semula sukan tradisional dan permainan rakyat sebagai wahana perpaduan. Kita

draft • 5:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

menyasarkan penyertaan sehingga 200,000 orang di peringkat komuniti. Kerajaan bersetuju meningkatkan kadar bagi geran rukun tetangga daripada RM6,000 kepada RM10,000 setahun.

[Tepuk] Ini membolehkan lebih banyak aktiviti perpaduan, kemasyarakatan dan integrasi nasional dilaksanakan.

2027 adalah Tahun Melawat Malaysia. Sambungan. Kerajaan telah melanjutkan kempen ke tahun depan kerana sambutannya sangat baik dan menggalakkan dan kerja MOTEC yang membanggakan. Sebanyak RM935 juta diperuntukkan untuk pelancongan dan budaya. Bagi merancakkan pelancongan di pulau bebas cukai di Langkawi dan Labuan, had pembelian barangan bebas cukai bagi pelawat dan pelancong Langkawi dan Labuan dinaikkan kepada RM10,000 tertakluk tempoh penginapan minimum 48 jam.

[Tepuk] Jangan dia pergi balik, dia kena duduk situ dua hari.

Kerajaan MADANI turut memartabatkan syiar Islam di bumi Malaysia.

Peruntukan dipertingkatkan daripada RM2.6 kepada RM3.1 bilion. Bagi memelihara keilmuan Turath, Kerajaan MADANI menubuhkan Majlis Penasihat Pondok dan Turath Malaysia dengan penglibatan tokoh-tokoh ulama antarabangsa termasuk Syeikh Ali Gomaa dan Syeikh Idris al-Fasi yang memantau kurikulum dengan maksud mengangkat keupayaan Sijil Turath Malaysia dan menjamin kemampanan institusi pondok. JAKIM dan MDEC bekerjasama menyediakan peranti serta latihan kemahiran digital kepada guru dan pelajar di lebih 300 sekolah pondok seluruh negara.

Sukacita diumumkan insentif khas sebanyak RM150 sebulan diberikan kepada 500 orang guru KAFA yang mendidik murid berkeperluan khas termasuk melalui bahasa isyarat dan al-Quran Braille. Kedua, kerajaan melalui Tabung Haji akan menanggung sepenuhnya caruman PERKESO bagi semua 40,000 orang imam, bilal, tok siak, noja, marbut dan guru takmir.

[Tepuk] Ketiga, kerajaan bersetuju untuk menyalurkan sumbangan khas sebanyak RM750 sebagai penghargaan jasa kepada 70,000 guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak dan noja dan marbut.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, lunas kelapan. Reformasi mesti diteruskan tanpa gentar.

[Tepuk] Pendeta agung yang hidup pada era Dinasti Tang mengungkapkan satu kiasan sarat hikmah di dalam syair Shangtang Kaishi Song. Bunyinya, [Berucap dalam bahasa Cina] [Tepuk] Tengok. Saya tengok Bagan tak sokong.

[Ketawa] Maksudnya, maksud yang penting. “Tidak akan terbit keharuman bunga ...” Hua, hua. Ang hua. “... plum (bunga

draft • 5:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

plum) tanpa terlebih dahulu mengharungi dingin yang menggigit hingga ke tulang.” Dalam dia. Maknanya nak senang kena lalui fasa-fasa yang susah dan derita.

Kiasan-kiasan ini mengungkapkan suatu hakikat tentang kehidupan dan perjuangan manusia bahawa suatu pencapaian yang besar tidak mudah, tidak luput dari kesenangan yang berpanjangan. Ujian maksudnya. Malah, ia menutup ketekunan, kesabaran dan kesanggupan menempuh pahit getir.

Maka, belanjawan tidak hanya menghitung lembaran hasil dan pembahagian peruntukan. Ia menguji amanah kita. Apakah kuasa dibatasi? Undang-undang ditegakkan? Wang rakyat diurus dengan jujur? Ekonomi tidak teguh dan tidak mungkin teguh di atas institusi yang rapuh. Rasuah yang sistemik dan berakar umbi harus dibanteras habis-habisan.

draft • 5:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul, betul, betul.

draft • 5:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Baik dalam RCI Tabung Haji.

[Tepuk]

draft • 5:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul, betul.

draft • 5:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Kemelut FELDA.

draft • 5:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul.

draft • 5:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Dan sebelumnya skandal 1MDB harus menyentuh dan menyentak sanubari kita kerana yang hilang itu bukan hanya wang ringgit tetapi hak rakyat dan maruah negara.

Kerajaan MADANI mengembalikan wibawa Parlimen. Ini saya ucap tahniah bukan sahaja pada Tuan Tan Sri Speaker tetapi juga semua Ahli-ahli Parlimen kerana telah lama memperjuangkan sebuah Institusi Parlimen yang bebas setelah lebih tiga dekad, akhirnya autonomi Parlimen dikembalikan.

[Tepuk]

draft • 5:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul, betul.

draft • 5:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Tahun ini usaha mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri telah dibawa ke Parlimen. Namun belum memperoleh sokongan dua pertiga. Cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya pula telah diteliti secara mendalam. Kita menghormati proses Parlimen tetapi tekad melakukan pembaharuan akan tetap kita teruskan dan tidak akan pernah padam.

[Tepuk]

draft • 5:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Memasuki tahun kelima pentadbiran agenda reformasi MADANI terus diperteguh tanpa gentar. RUU entiti milik kerajaan akan digubal bagi memperketat tata kelola entiti yang diamanah mengurus wang dan aset rakyat. RUU ini meliputi syarikat kerajaan dan badan berkanun bagi mengekang keterlanjuran seumpama skandal yang telah lalu daripada berulang.

Bagi memperkukuh tata kelola kelulusan pengurusan kewangan awam, semua kutipan bayaran balik pinjaman termasuk pinjaman pendidikan dan pinjaman perniagaan yang dibiayai melalui peruntukan mengurus dan peruntukan pembangunan yang disalurkan secara langsung kepada Badan Berkanun Persekutuan hendaklah digunakan semula hanya bagi tujuan dan kumpulan sasaran yang diluluskan.

Kerajaan akan berganding bahu dengan GLC dan sektor korporat dalam memantapkan penyampaian kepada rakyat. Umpamanya, TNB dan syarikat telekomunikasi akan dilibatkan dalam pelaksanaan bekalan elektrik desa dan ketersambungan Internet bagi mempercepat pelaksanaan projek melalui penyatuan dana kerajaan dan CSR syarikat. Keupayaan mereka tinggi, mereka harus dibebankan dengan tanggungjawab pertambahan.

Susulan Akta Perolehan Kerajaan yang berkuat kuasa mulai 2027, kerajaan akan memantapkan ketelusan dengan menzahirkan maklumat projek termasuk kontraktor, nilai kontrak. Itu akan didedahkan.

[Tepuk]

draft • 5:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Ini bagi saya suatu perubahan yang sangat berani oleh kerajaan. Maknanya mulai tahun depan semua jumlah kontrak, prosesnya, kelulusannya, syarikatnya yang memperolehinya, semua akan didedah kepada awam untuk menilai keberkesanannya.

[Tepuk] Badan penguat kuasa SPRM, PDRM, KPDN, JKDN dan MACC memperhebat keupayaan operasi dengan peruntukan RM1.1 bilion. Insya-Allah, dengan membaiki tatakelola, hasil pembaharuan dapat dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat. Hasil jualan nombor plat khas, ini pertama kali dipulangkan kepada rakyat daripada plat khas Kementerian Pengangkutan, mahasiswa mendapat bantuan RM500 tiket penerbangan. Anak muda miskin dapat ujian lesen B2 secara percuma, topi keledar percuma diedarkan.

Oleh itu, susulan penjualan nombor plat khas ‘H’ baru-baru ini, kerajaan bersetuju memberikan bantuan khas kewangan one-off RM1,000 kepada 38,000

draft • 5:20 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

pemandu teksi termasuk kereta sewa dan 15,000 pemandu bas sekolah di seluruh negara.

[Tepuk] Bantuan ini akan disalurkan pada minggu depan.

Belanjawan MADANI Ke-5 meneruskan dasar fiskal mengembang dan mendaya guna seluruh kekuatan negara keseluruhannya berjumlah RM510 bilion ketimbang RM470 bilion sebelumnya. Pecahannya, RM378 bilion Belanja Mengurus Persekutuan, RM83 bilion Belanja Pembangunan Persekutuan, RM25 bilion pelaburan GLIC, RM11 bilion pelaburan awam swasta, RM14.2 bilion pelaburan Badan Berkanun Persekutuan dan Syarikat MKD.

Tahun ini, hasil Persekutuan diunjur lebih tinggi RM363.6 bilion. Bagi tahun depan, hasil dijangka terus meningkat kepada RM380.8 bilion. Krisis Asia Barat meningkatkan subsidi bahan api hingga RM40 bilion. Defisit fiskal 2026 kini di unjur pada 3.6 peratus ketimbang sasaran awal sekitar 3.5 peratus.

Namun, kadar ini kekal dalam jalur menurun daripada 5.5 peratus 2022, 3.7 peratus tahun lalu dan insya-Allah defisit 2027 akan turun lagi kepada 3.3 peratus menuju sasaran tiga peratus menjelang 2028. Hasil penurun defisit, jumlah hutang baharu yang terkawal membolehkan tahap hutang Kerajaan Persekutuan kepada KDNK turun secara konsisten. 65.2 peratus 2025, 64.0 peratus 2026 dan 63.7 peratus 2027.

Untuk penjawat awam Tan Sri Yang di-Pertua, kita tentunya memberi penghargaan setulus jangka pada 106 juta penjawat awam kerana khidmat pengorbanan mereka. Mereka juga penggerak tekad MADANI untuk mengangkat martabat, darjat dan harkat negara. Sukacita saya umumkan peruntukan bagi membina dan menyelenggara kuarters termasuk polis, doktor, tentera, guru dan bomba ditingkatkan kepada RM2.3 bilion.

[Tepuk] Rumah Keluarga Angkatan Tentera akan dibina di Skudai, Johor serta kuarters baharu di Depot Tahanan Imigresen Langkap, Perak dan Papar, Sabah. Ini bermanfaat hampir 900 anggota dengan kos RM500 juta. Elaun anggota RELA, bomba bantuan, sukarelawan polis, sukarelawan Pertahanan Awam akan dinaikkan kepada RM9 sejam bagi kategori petugas sukarelawan dengan manfaat hampir 50,000 sukarelawan.

Bayaran faedah Ex-Gratia Waris Pukal one-off ditingkatkan kepada RM20,000 daripada RM20,000 kepada maksimum RM50,000 tertakluk tempoh perkhidmatan. Ini tambahan selain faedah Ex-Gratia Waris Bulanan bagi kes kematian akibat kemalangan bencana kerja yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

draft • 5:20 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Mengiktiraf pegawai cemerlang yang menunggu untuk dinaikkan pangkat susulan perjawatan terhad, kerajaan bersetuju melaksanakan kenaikan pangkat one- off secara khas untuk penyandang kepada 12,000 pegawai P&P. Kerajaan bersetuju menaikkan jumlah kelayakan cuti bersalin sepanjang tempoh perkhidmatan kepada 490 hari. Cukuplah. RM20 juta disediakan bagi menambah baik pusat penjagaan anak di fasiliti kerajaan.

Kadar pencen terendah akan dinaikkan. Kadar pencen terendah sekarang ini RM1,000 dinaikkan kepada RM1,350 sebulan.

[Tepuk] Ini akan memberi manfaat kepada 59,000 pesara veteran ATM, penerima pencen terbitan.

Mengenang jasa penjawat awam, kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan untuk tahun depan iaitu untuk 1.3 juta penjawat awam Gred Utama B dan ke bawah termasuk lantikan kontrak iaitu untuk tahun depan bantuan khas RM1,500.

[Tepuk] RM750 diberi kepada 1 juta pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.

[Tepuk] Bantuan Khas Kewangan ini dibuat bayaran sebanyak dua kali sebelum Aidilfitri dan menjelang ambang tujuh dasawarsa Merdeka.

Tan Sri Yang di-Pertua, kita hamparkan segala angka, perincikan setiap lunas dan keutamaan serta menghurai segala ikhtiar. Ajar kita kembali kepada persoalan yang akari nya. Ke manakah semua ini akan membawa kita? Baru-baru ini ada movie terkenal Homer dan Odyssey.

Ini berdasarkan epik Yunani purba, Yunani Homer yang mengisahkan panglima dan veteran perang Trojan Odysseus yang menempuh lautan, badai, godaan, gejolak namun tidak pernah kehilangan satu perkara yang paling penting iaitu ingatan yang tulus dan murni tentang Ithaca. Itulah satu perjalanan mencari jawapan dan bagi kita bagaimana dapat pertahankan dalam mengharungi liku-liku ini, supaya matlamat kita mengangkat martabat harakat dan darjat, bangsa dan negara terus hidup.

Demikianlah juga halnya dengan negara kita dan kehidupan dalamnya.

Banyak jalan, pelbagai kejayaan dan pencapaian dan pelbagai ujian dan kepayahan yang ditempuh, tetapi akhirnya satu-satu bangsa itu harus tahu apakah Ithaca-nya, matlamatnya. Apakah cita-cita yang mahu digapai? Apakah hal nilai dan akar yang mahu dipertahankan? Maka Belanjawan ini bukan noktah kepada satu perjalanan. Ia adalah satu langkah menuju Ithaca.

Pada awal pembentangan, kita mengingatkan diri kita kepada seruan lirat yakni setiap jiwa menggarap apa yang telah dipersiapkan untuk hari esok. Maka,

draft • 5:20 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

akhirnya inilah tanggungjawab kita. Bukan sekadar apa yang kita belanjakan tetapi apa yang kita sediakan untuk rakyat menempuh hari besok.

Kita tidak membina negara untuk suatu tahun fiskal. Kita membina negara untuk satu generasi. Tugas sebuah generasi bukan semata-mata menikmati apa yang diwarisi tetapi memperluaskan apa yang boleh diwariskan.

Tan Sri Yang di-Pertua, di sinilah waad nasional memperolehi maknanya.

Janji negara tidak akan kehilangan kasih terhadap rakyatnya. Kuasa akan terus dipagari amanah dan hasil negara akan kembali kepada kemaslahatan ramai dan bahawa setiap generasi mempunyai tanggungjawab untuk menyerahkan sebuah Malaysia yang lebih baik.

[Tepuk] Inilah maksud intergenerational responsibility.

[Tepuk] Waad ini juga mengingatkan kita bahawa pembangunan bukan kerja kerajaan semata-mata tetapi ikhtiar kolektif. Waad pemerintah menggalas amanah, rakyat mencurahkan daya usaha, negara membuka ruang, masyarakat mengisinya dengan ilmu, kreativiti dan keberanian.

Wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mohon mencadangkan.

[Tepuk]

draft • 5:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan. Ada yang menyokong?

draft • 5:30 PM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Tan Sri Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 5:30 PM
USUL
USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2027

Tuan Yang di-Pertua

Baik, dengan ini saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan.

draft • 5:30 PM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Saya mohon mencadangkan bahawa Usul di atas nama saya di dalam Aturan Urusan Mesyuarat yang berbunyi; “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh lima bilion Ringgit

(RM85,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2027, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2027, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 22 Tahun 2026, adalah diuntukkan di bawah Maksud- maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butir- butir itu di ruangan enam dan tujuh di senarai tersebut.1”

draft • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, ada sesiapa yang menyokong?

draft • 5:30 PM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Tan Sri Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli Yang Berhormat, mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 66(3), perbahasan di atas Usul-usul bagi Bacaan Kali Yang Kedua atas Rang Undang-undang Perbekalan 2027 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2027, hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh tidak kurang daripada dua hari, setelah Usul-usul tersebut dicadangkan dan disokong.

Maka, dengan yang demikian, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi hari Isnin, 12 Oktober 2026.

draft • 5:30 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.32 petang]

Tuan Yang di-Pertua

1 Pindaan oleh YB. Menteri Kewangan melalui surat bertarikh 10 Oktober 2026

draft • 5:32 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026