Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Suhaizan bin Kaiat, Pulai.
1. Tuan Suhaizan bin Kaiat [Pulai]: *Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera. Salam MADANI.
Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua Pulai meminta Menteri Kesihatan menyatakan tempoh melapor diri 4,255 orang pegawai perubatan tamat pada 7 Oktober 2026, iaitu hari semalam. Namun, laporan menunjukkan kadar gagal lapor diri tinggi di Sabah dan Sarawak. Berapakah jumlah sebenar doktor yang gagal melaporkan diri di Sabah dan Sarawak serta apakah puncanya dan langkah mengatasinya? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya minta Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk jawab.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih, Timbalan Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih, sahabat saya Yang Berhormat Pulai. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera semuanya.
Salam Malaysia MADANI.
Alhamdulillah, saya sangat sedar dan sangat insaf akan fenomena yang dianggap mutakhir ini, satu portal mengangkatnya sebagai ‘no-show’ ya dan saya sedar dan juga mengambil perkara ini sangat serius, Dato’ Yang di-Pertua. Saya terus memasuki jawapan terkini, status terkini pelantikan tetap pegawai perubatan.
Jumlah pegawai perubatan yang melapor diri di Sarawak adalah 337 orang daripada 527 orang yang ditawarkan dan di Sabah adalah 336 orang daripada 528 orang yang ditawarkan, ya. Secara keseluruhannya, peratus pegawai perubatan
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
yang melapor diri di Sabah dan Sarawak adalah 63 peratus daripada jumlah penempatan yang ditawarkan.
Meskipun ia merupakan satu perbandingan yang ada sedikit baiknya berbanding 2025, iaitu 42 peratus no-show ataupun yang gagal melapor kali ini adalah menurun sebanyak lima peratus ya, dengan sedikit kebaikan yang saya tidak berasa selesa dengan prestasi yang sedikit menunjukkan penambahan ataupun progress peningkatan.
Alasan menolak tawaran lantikan tetap, ramai yang sedia maklumi, saya terus butirkan sedikit. Satu adalah faktor berjauhan dengan keluarga dan pegawai tidak bersedia untuk bertukar dan berkhidmat di kawasan luar bandar.
Kedua, pegawai lebih berminat untuk bertugas di fasiliti kesihatan di kawasan bandar.
Ketiga, pegawai berpandangan tidak mempunyai peluang kerjaya yang baik sekiranya berkhidmat di luar bandar dan pedalaman.
Keempat, pegawai ingin menjaga ibu bapa dan adik-beradik serta ingin berada berdekatan dengan pasangan.
Seterusnya, pegawai menghidap masalah kesihatan dan juga, pegawai menghadapi logistik, kewangan, peribadi serta kos perpindahan yang tinggi, ya.
Kurang peluang. Satu persepsi kurang peluang melanjutkan pengajian kepakaran jika ditempatkan di Sabah dan Sarawak dan akhir sekali, kerisauan mengenai hala tuju kerjaya dan peluang untuk bertukar semula ke Semenanjung ataupun di wilayah asal mereka.
Inisiatif KKM bagi menggalakkan pegawai perubatan melapor diri di negeri Sabah dan Sarawak antara lainnya Dato’ Yang di-Pertua, kalau saya diizinkan untuk membutirkannya, ia mengambil langkah-langkah ini.
Menambah baik kaedah penempatan pegawai perubatan lantikan tetap dengan menaikkan— menaik taraf sistem E-PRiSMA. Ini telah kami perbaiki ya, yang mana antara lain, penentuan penetapan dilaksanakan menggunakan teknologi algorithm itu ya, dengan kita membaiki sistem itu.
Kedua, memberikan taklimat mengenai proses penempatan. Ada taklimat dan mengeluarkan keputusan penempatan lebih awal berbanding yang lama supaya mereka boleh membuat persediaan yang mencukupi sebelum melapor diri.
Seterusnya, elaun pertukaran layak diterima pada kadar 100 peratus merangkumi elaun makan, bayaran sewa hotel dan sebagainya, lodging, tambang
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
perjalanan dan semua yang dulunya tidak mereka dapat ya kerana skim pertukaran jawatan kontrak ke tetap.
Semasa bertukar kembali ke wilayah asal, pegawai perubatan juga layak menerima elaun yang dikatakan sebagai elaun gangguan ataupun yang inconvenience ataupun disturbance allowance, ya dengan kadar sebulan gaji hakiki pegawai dan akhir sekali, memberi merit tambahan ya. Memberi merit tambahan untuk pegawai perubatan yang pernah berkhidmat di Sabah dan Sarawak dalam pertimbangan tawaran program latihan kepakaran dan cuti belajar di KKM.
Jadi, berbeza dengan persepsi mereka untuk yang menyebutkan bahawa peluang untuk mereka membuat ijazah lanjutan itu terkesan apabila mereka berada di Sabah dan Sarawak.
Kalau saya diizinkan untuk membuat sedikit pengumuman di sini, pengumuman kuota 30 peratus yang saya akan mengambil langkah ini sebagai satu penegasan. Pengumuman kuota 30 peratus lanjutan kepakaran kepada pegawai- pegawai perubatan di Sabah dan Sarawak.
Ini komitmen saya bagi mengangkat martabat serta menghargai pengorbanan para pegawai perubatan kita di Sabah dan Sarawak. Saya berbesar hati ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa saya telah mengarahkan KKM untuk meneliti dan seterusnya melaksanakan kuota khusus sebanyak 30 peratus bagi lanjutan kepakaran untuk mereka yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak.
Buat hari ini, kita punya HLP – Hadiah Latihan Persekutuan sebanyak 1,650.
Jadi, kurang lebih 30 peratus dan 500 tempat yang kita khususkan kepada mereka yang berada di Sabah dan Sarawak. Terima kasih, Timbalan Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih jawapan daripada Menteri berkenaan dengan soalan daripada Pulai ya. Kami daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan baru sahaja balik daripada Sabah. Membuat lawatan khususnya di bandar Kota Kinabalu, melihat beberapa hospital yang berada di Kota Kinabalu.
Daripada apa yang kami perhatikan itu yang mungkin tak masuk di dalam senarai sebab kenapa mereka tidak mahu mendaftar, contohnya dari segi beban tugas, lebihan faktor geografi, insentif yang kurang menarik dan persekitaran kerja
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
yang kurang selesa. Saya nak gambarkan kepada Menteri dalam satu lawatan kami...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan. Terus kepada soalan.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Ya, ya. Dalam bilik pemeriksaan doktor Klinik Oftalmologi iaitu mata dan penglihatan, satu bilik itu kami lihat dengan mata kami sendiri ya empat orang hingga lima orang pakar dan juga MO duduk dalam bilik pemeriksaan itu ya. Jadi keadaan itu, pada kita tidak selesa. Itu di Kota Kinabalu tetapi kalau mungkin dari...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, soalan.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
...Beaufort, di Kinabatangan dan sebagainya lebih susah lagi. Jadi, soalan saya adalah, apakah ada usaha di peringkat kementerian untuk memberi fokus utama kepada masalah kesihatan di Sabah dan Sarawak?
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih sahabat saya Pulai.
Terima kasih atas lawatan JKPK, Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan Parlimen yang membuat lawatan untuk Yang di-Pertua. Terima kasih atas findings yang mereka sebutkan sebentar tadi. Untuk pengetahuan sahabat saya, Pulai dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat, situasi seumpama itu, yang sarat dengan satu bilik tiga, empat consulting physician dan doktor itu bukan satu fenomena yang hanya terhad di Sabah dan Sarawak sahaja tetapi sama kedudukannya.
Walaupun mungkin dari segi darjahnya, degree of severity mungkin lebih di sana. Apa pun yang nak saya sebutkan bahawa dapatan JKPK ke Sabah itu sememangnya telah ada dalam perhitungan dan pertimbangan kami, kekurangan sumber manusia dan tenaga kepakaran, cabaran latihan, kemajuan kerjaya dan sebagainya, itu fasiliti telah pun kami ambil pertimbangan dan telah pun kami ambil perhitungan itu.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
[Bangun]
Datuk Ewon Benedick - Penampang
[Bangun]
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Dan saya sekali lagi menyebutkan Datuk Yang di-Pertua, saya sedar bahawa sementara saya memandang kepada beberapa hospital contohnya di— kita punya zero, sifar, kosong ya penempatan pegawai ya yang contohnya di Kanowit, di Daro dan juga di Kunak.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Hospital-hospital ini hampir semua saya telah lawat dan dalam tahun lalu sahaja saya membuat 16 lawatan di Sabah dan sebanyak kali itu atau kurang sedikit di Sarawak ya.
Jadi, itu perkara yang sangat saya insafi sepertimana yang saya telah tegaskan lebih awal tadi. Terima kasih, Timbalan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Langat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Ada satu kaji selidik yang dapatannya menunjukkan bahawa 60 peratus daripada pegawai perubatan yang apabila dipindahkan ke negeri daripada negeri mereka ini termasuklah ke Sabah dan Sarawak. Mereka lebih suka memilih untuk berhenti daripada perkhidmatan awam dan yang dihantar ke Sabah Sarawak ya, mereka akan pertimbangkan sekiranya mereka ini diberikan gaji yang lebih daripada apa yang berlaku.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
[Bangun]
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Ia nya juga melihat bahawa tempoh perkhidmatan tetap pemindahan mereka ini ditentukan daripada awal dan kos pemindahan tadi ditanggung, alhamdulillah itu telah disebutkan tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Dan adakah JPA dan juga KKM dan MOF melihat agar mungkin perjawatan kontrak ini sudah harus ditamatkan pada masa ini dan mungkin akan datang? Dan gred gaji ini boleh diambil kira daripada tahun mereka berkhidmat sebagai kontrak untuk gred apabila mereka diberikan jawatan tetap.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
[Bangun]
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Dan mungkin kerajaan boleh melihat bahawa peluang kepada pelajar-pelajar daripada Sabah dan Sarawak, terutamanya yang masuk ke UNIMAS dan UMS, diberikan lebih kepada mereka dengan mungkin tahap kelayakan yang boleh dipertimbangkan ataupun diringankan sedikit. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih. Terima kasih sahabat saya Kuala Langat ya. Sangat peka dengan hal-hal yang terkait dengan sektor kesihatan ini. Perlu saya sebutkan, kami dalam proses yang semua sedia maklumi walaupun akan dibuat pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam waktu yang terdekat ya.
Kami mengharapkan apa yang saya cita-citakan sejak awal saya kembali mengemudi KKM kali kedua ini adalah untuk tamatkan service contract ini dan ini
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
telah pun dipertimbangkan, mungkin kita kena sedikit sabar menanti pengumuman yang bakal dibuat.
Apa yang mustahak untuk saya sebutkan adalah bagaimana kita telah pun mengambil dan mengangkat permohonan-permohonan yang ya kita tahu tentang BIW dan sebagainya tetapi saya kira perkara ini— saya memandangkan kepada sahabat MKII, Menteri Kewangan II dan juga MOF yang ada sinarnya, ada harapannya dalam pembentangan bajet ke depan ini.
Jadi, kita— saya kira kita perlu sedikit bersabar dan terutama tentang hal yang terkait dengan pelajar-pelajar ya. Saya perhatikan bahawa kita memberikan keutamaan kepada pelajar-pelajar daripada Sabah dan Sarawak ya, dari universiti- universiti tempatan Sabah dan Sarawak itu, kerana ini adalah satu yang kita kerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan juga Sabah untuk berikan keutamaan kepada mereka ya.
Jadi, ini adalah mustahak untuk syarat dan itu diperingankan itu— tidak, itu di luar kemampuan saya. Mungkin— kerana ini adalah satu yang dilihat sendiri oleh MMC ya, Malaysia Medical Council. Tetapi saya ingat dalam semangat itu semua kita mahu memastikan bahawa gap dan kelompangan dan kesenjangan ini akan dapat kita atasi dalam waktu yang terdekat.
Saya sekali lagi menyebutkan perkara-perkara ini menjadi perhatian saya sejak saya kembali untuk mengemudi ya KKM ini, dan sudah pun menunjukkan outcome ataupun progress dan kemajuannya, insya-Allah. Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Datuk Haji Awang bin Hashim, Pendang.
2. Datuk Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya minta Menteri Kewangan menyatakan bagaimanakah kerajaan menentukan sempadan bidang kuasa antara Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan agensi kawal selia lain bagi mengelakkan pertindihan fungsi dan penguatkuasaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya minta Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk menjawab.
Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Puan Yang di-Pertua, kerajaan menentukan sempadan bidang kuasa setiap agensi berdasarkan mandat yang diperuntukkan di bawah undang-undang masing-masing.
Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Sebagai contoh, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bertanggungjawab ke atas aspek penubuhan, pentadbiran dan pematuhan korporat syarikat. Manakala, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bertanggungjawab ke atas pengawal seliaan aktiviti, produk dan perkhidmatan pasaran modal serta perlindungan pelabur.
Walau bagaimanapun, mungkin ada keadaan tertentu yang melibatkan pertindihan bidang kuasa antara SC dengan agensi kawal selia yang lain. Dalam keadaan sedemikian, kedua-dua agensi akan berkomunikasi dan menyelaras tindakan secara berterusan melalui perkongsian maklumat, rujukan kes yang mempunyai elemen yang di bawah bidang kuasa masing-masing serta perbincangan di peringkat pegawai dan pengurusan.
Keadaan ini bukanlah unik kepada Malaysia sahaja. Di banyak negara, sesebuah entiti atau aktiviti boleh tertakluk kepada lebih daripada satu pengawal selia kerana mandat masing-masing berbeza tetapi saling melengkapi. Yang penting ialah sempadan tanggungjawab yang jelas dan penyelarasan yang berkesan.
Prinsip yang diamalkan oleh kerajaan adalah jelas iaitu setiap agensi melaksanakan tanggungjawab dalam lingkungan kuasa yang diberikan oleh Parlimen. Manakala, isu yang merentasi lebih daripada satu rejim perundangan ditangani melalui kerjasama dan penyelarasan antara agensi demi melindungi kepentingan awam, pelabur dan integriti pasaran.
Keberkesanan kerjasama dan penyelarasan antara SC dan agensi lain dapat dilihat antara lain melalui perkara-perkara berikut. Pertama, platform tetap bagi libat urus antara agensi. SC terlibat dalam platform penyelaras nasional seperti Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan bagi Pencegahan Penggubahan Wang Haram (NCC) dan di bawah struktur diperkukuh pada Mac 2026, Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC).
NSRC diterajui oleh PDRM dan dari segi operasinya dan penguatkuasaan dengan sokongan bersepadu daripada SC, BNM, MMC, MCMC, SSM dan agensi berkaitan bagi memastikan tindak balas yang lebih pantas dan selaras terhadap penipuan kewangan dalam talian.
Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Kedua, memorandum persefahaman antara agensi. Sebagai contoh, pada 30 Oktober 2012, BNM dan SC telah menandatangani MoU yang dipertingkatkan bagi memperkukuhkan pengawasan pengawalseliaan bersama, kerjasama dan perkongsian maklumat. MoU tersebut merangkumi antara lain rumusan perundangan dan dasar pengawalseliaan dan penyediaan entiti di bawah kawalan
Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
dan selia bersama, pengawasan sistem pembayaran serta penyelarasan penyiasatan dan tindakan penguatkuasaan.
Yang ketiga, kerjasama antara agensi seperti SC dan MCMC telah pun dilaksanakan sebelum MoU. Pada tahun 2024 dan 2025, kerjasama telah berjaya menyekat dan menggantung 328 laman web, 388 akaun Telegram, dan 60 nombor telefon yang dikaitkan dengan penipuan kewangan dan skim pelaburan palsu.
Dan keempat, pengelasan dalam kes penguatkuasaan. Antara satu kes merentasi bidang kuasa beberapa agensi, SC menyelaras siasatan dan tindakan mengikut kuasa statutori masing-masing. Sebagai contoh, pada Mac tahun ini, SC dan PDRM menjalankan serbuan bersama di beberapa premis berkaitan siasatan urus niaga korporat serta menyita dokumen dan aset berkaitan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Soalan saya, soalan tambahan saya begini. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tadi, tapi saya minta soalan itu— jawapan itu secara bertulis sebab ada fakta-fakta yang saya nak buat apa ini, ulang kaji dia.
Jadi, sejak kebelakangan ini saya lihat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menerima ataupun SC menerima pelbagai kritikan serius termasuk dakwaan yang dilaporkan oleh portal news Malaysia Time pada 5 Oktober 2026 bahawa SC telah melangkaui bidang kuasanya dengan mengambil tindakan terhadap syarikat di bawah seliaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Pada September lalu, SC turut dilaporkan membuat pengumuman berkaitan urusan setiausaha syarikat company iaitu company secretary, sedangkan urusan tersebut secara asasnya tertakluk kepada Akta Syarikat 2016. Begitu juga dengan penerbitan saham, keutamaan boleh tebus, redeemable preference shares ataupun RPS oleh syarikat sendirian berhad yang menimbulkan persoalan tentang sempadan bidang kuasa SC dan SSM.
Puan Yang di-Pertua, ini bukan sekadar pertindihan bidang kuasa tetapi menyentuh kedaulatan undang-undang, ketelusan penguatkuasaan dan keyakinan pelabur terhadap sistem kawalan seliaan negara. Kita tidak mahu kecelaruan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey, ini soalan. Kita tidak mahu kecelaruan penguatkuasaan membuka ruang kepada amalan yang menyerupai mafia korporat sehingga menakutkan komuniti perniagaan, khususnya pelabur asing
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
dan mencemarkan reputasi Malaysia sebagai destinasi pelaburan. Yang terbaru, kita tengok berkaitan dengan pelaburan asing.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, soalan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Last, berkaitan dengan pelaburan asing, kita difahamkan mereka juga adakah mereka ini sebahagian daripada speculator dan drastically yesterday, minggu lepas, dalam minggu ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, kalau tak ada soalan...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Benarkah difahamkan kejatuhan nilai transaksi melebihi satu bilion di Malaysian stock market ini? Puan Yang di- Pertua, benda yang menyebabkan ekonomi, peruntukan negara, tak boleh...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, Yang Berhormat, tak ada soalan?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Itu soalan itu, saya jawab.
Benarkah, bila benar itu soalan. Tak fahamkah, benarkah?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat!
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ikut peraturan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ya, ikut peraturan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ada soalan?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ada tadi, saya sebut benarkah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terus kepada soalan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Benarkah mereka juga sebahagian— ini pelabur ya, sebahagian daripada speculator?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terus kepada soalan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Soalan lah itu. Ini soalan.
[Ketawa] Payah ekonomi ini, bab-bab sekuriti sekiranya silap faham...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, jangan bazir masa.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kalau tak faham, memang kita tak boleh nak tangkap benda ini. Dalam minggu lepas, dalam minggu ini lah. Secara strategik, secara drastically kita difahamkan— saya nak minta Menteri Kewangan
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
jawab. Benarkah kejatuhan saham melebihi satu bilion yang ini sangat mengganggu- gugat ekonomi Malaysia sekiranya ini benar-benar? Kalau berlaku, apakah sebabnya menyebabkan pelabur-pelabur asing ini tarik pelaburan dalam negara kita menyebabkan satu bilion lebih apa ini— benarkah? Okey sekian, terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat Pendang.
Puan Yang di-Pertua, sebenarnya tadi dia merapu sikit kan. Sini sana, sana sini pergi. Saya pun nak tahu, nak jawab apa pun saya tak tahu.
[Ketawa] Tapi mungkin saya bagi sikit penjelasan lah kan.
Yang pertama adalah yang mengatakan ada pertindihan dan jangkauan kuasa oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dengan SSM. Yang penting kita kena ingat, kedua-dua agensi regulatori yang ada dalam negara ini mempunyai mandat masing-masing. SSM mengawal selia syarikat-syarikat yang ada dalam negara. Dan dari segi SC, dia mengawal selia dari segi pelaburan dalam pasaran saham yang ada dekat Malaysia.
Jadi, seperti saya terangkan dalam jawapan saya yang pertama tadi, yang pentingnya bila ada area yang kita masuk di mana sesuatu itu disiasat dan ada mandat yang berbeza, tiap-tiap agensi akan bekerjasama. Dia akan melihat yang mana bawah bidang kuasa siapa dan dia mengikut apa yang diberikan oleh Parlimen dalam akta undang-undang yang diadakan. Jadi, tak benar yang SC menjangkau luar daripada mandat statutori.
Soalan yang hujung itu...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey, dia ada tiga soalan tadi.
Dia ada tiga soalan Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sila duduk.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Soalan yang hujung tadi...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tapi diganggu oleh Speaker...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, Yang Berhormat Pendang, kalau tak mahu ikut peraturan, saya akan silakan Yang Berhormat keluar.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Soalan yang hujung tadi kan, kita memang tahu di dalam pasang surut pasaran modal, kita akan melihat kadang-kadang saham itu akan naik, kadang-kadang saham itu akan turun kerana ada banyak yang berlaku di dalam dunia. Kita sekarang dalam fasa di mana geopolitik yang ada di dunia ini
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
banyak berubah ya. Tapi yang pentingnya, kalau kita melihat dari segi pasaran saham yang ada di Malaysia, kita stabil ya. Kita tak ada bergerak dengan yang tinggi, jatuh dengan mendadak kerana kestabilan itu juga menjamin kerana kerajaan mempunyai polisi yang telus. Kerajaan memberi polisi yang merancakkan untuk kemasukan dana daripada luar pun.
Kita telah melihat dari segi Malaysia, kita mendapat FDI yang tertinggi daripada [Tidak jelas] investment yang datang kepada Malaysia. Saya rasa itulah pencapaian yang kita dah dapat. So, jadi pasang surut, kadang-kadang dia naik, dia turun, tapi yang pentingnya apa yang duduk dalam negara. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kota Melaka.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Menteri tak jawab soalan pertama tadi itu, 5 Oktober itu...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Timbalan Speaker.
Soalan tambahan saya kepada Menteri...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan Yang Berhormat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya, soalan saya kepada Menteri tentang isu corporate mafia ya, corporate mafia. Bila kita sentuh tentang topik ini, sering kali Suruhanjaya Sekuriti Malaysia akan menjadi sasaran. Jadi, saya ingin bertanya kepada kementerian, sejauh mana rekod ya, daripada SC ini tentang penguatkuasaan mereka untuk menunjukkan ketegasan dan juga keberkesanan SC dalam penguatkuasaan mereka supaya kita dapat melindungi pelabur dan juga kita ingin menegakkan integriti pasaran modal di Malaysia ini? Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Puan Yang di-Pertua, SC mempunyai dua mandat utama di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan, membangunkan dan mengawal selia pasaran modal. Dan dalam penguatkuasaan, SC menggunakan tindakan jenayah sivil atau pentadbiran mengikut sifat serta keseriusan pelanggaran bagi menghukum pesalah, mendapatkan semula wang pelabur dan memelihara keyakinan pelabur.
Rekod tahun 2025 menunjukkan tindakan SC telah berjaya untuk mengambil tindakan kepada mereka yang melanggar akta-akta yang ada dalam Akta Pasaran
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Modal. Sebagai contoh, sembilan sabitan jenayah dengan denda mahkamah berjumlah RM13.1 juta telah pun dapat dikenakan. Melalui tindakan sivil pula, mahkamah mengena dan mengambil balik keuntungan haram ataupun disgorgement dan penalti sivil berjumlah RM2.1 juta. Manakala, RM9.08 juta diperolehi melalui penyelesaian kawal selia. Lebih penting, RM1.98 juta dipulangkan kepada 239 pelabur. Sementara itu, sejumlah RM8.6 juta telah pun diperuntukkan bagi tujuan restitusi yang melibatkan 933 pelabur.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Momentum ini diteruskan pada tahun 2026. Pada 20 Februari 2026, mahkamah tinggi telah mengekalkan sabitan kepada Su Eng Kooi dan Yap Choong Seong, bekas pegawai Jalatama Management Sdn Bhd. Setiap tertuduh membawa hukuman penjara satu tahun dan denda RM1 juta kerana menjalankan aktiviti pasaran modal terkawal tanpa lesen. Pada 15 Julai 2026, Mohd Fadzli bin Jamaludin, bekas pengarah Kyaputen Sdn Bhd dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana menjalankan aktiviti pengurusan dana tanpa lesen dan penggubahan wang haram.
Kes ini melibatkan enam mangsa dengan jumlah kerugian RM1.263 juta. Dan kes lain, Mohd Arif Fadzlee Mohd Arifin dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan dan denda RM1 juta selepas mengaku bersalah atas kesalahan fraud security. Ini antara contoh-contoh yang ada.
Selain daripada kes jenayah, dalam kes sivil, dalam kes SC melawan Tey Por Yee dan empat lain yang melibatkan fraud security, mahkamah memerintahkan defendan membayar RM100.6 juta tidak termasuk penalti sivil antara RM350,000 dan RM1 juta. Dalam kes Ng Back Heang lawan SC, perayu diperintah membayar RM2.04 juta serta kos kepada SC.
Ini adalah contoh-contoh yang dibuat dalam tahun ini. So, jelas yang kita nampak yang SC berkesan untuk melindungi hak pelabur dan mengambil tindakan yang sepatutnya berpaksikan apa yang ada dalam perundangan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Dr.
Sivakumar a/l Varatharaju Naidu, Batu Gajah.
3. Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua. Saya mohon Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan perkembangan terkini penyediaan rang undang-undang baharu bagi menggantikan AUKU 1971 serta komitmen kerajaan untuk membentangkannya di Parlimen pada Disember 2026.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi untuk menjawab.
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab soalan daripada Batu Gajah.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 atau AUKU merupakan antara kerangka perundangan utama yang telah membentuk landskap pendidikan tinggi negara sejak lebih lima dekad yang lalu.
AUKU bukan sahaja mengandungi peruntukan berkaitan mahasiswa tetapi turut menjadi asas perundangan penting bagi penubuhan dan tadbir urus universiti awam. Ia mengandungi sebanyak 44 seksyen di bawahnya. Sebanyak 32 seksyen berkaitan dengan tadbir urus iaitu termasuklah tanggungjawab Menteri, KP, penubuhan dan perlembagaan universiti. Manakala tujuh seksyen ataupun 16 peratus daripadanya berkaitan dengan mahasiswa, aktiviti persatuan, tanggungan dan juga kuasa [Tidak jelas] dan juga peruntukan tatatertib. Manakala satu seksyen berkaitan dengan staf dan ada empat seksyen yang berkaitan dengan hal-hal yang lain.
Oleh itu, pemansuhan AUKU perlu dilaksanakan secara terancang dan berfasa bagi memastikan tidak berlaku sebarang kelompangan perundangan yang boleh menjejaskan kesinambungan tadbir urus dan pengoperasian universiti awam.
Ingin saya menjelaskan perjalanan proses pemansuhan AUKU dan tindakan yang telah diambil oleh Kementerian Pendidikan Tinggi sejak pembangunan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026–2035, keperluan memperbaharui kerangka perundangan pendidikan tinggi telah diberikan perhatian. Ini termasuk cadangan pembangunan Akta Satu Pendidikan Tinggi atau One Higher Education Act, dengan izin, yang dimasukkan dalam RPTM 2026–2035.
Pada 15 Ogos yang lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan hasrat kerajaan untuk memansuhkan AUKU. Pengumuman ini memberi hala tuju yang jelas untuk meneruskan pembaharuan pendidikan tinggi khususnya dalam memperluas kebebasan mahasiswa.
Susulan itu, mesyuarat Jemaah Menteri pada 19 Ogos 2026 telah menetapkan bahawa pemansuhan AUKU perlu dilaksanakan secara tersusun dan menyeluruh. Ini kerana AUKU turut menjadi asas perundangan bagi penubuhan, pentadbiran dan tadbir urus universiti awam. Kita perlu memastikan kesinambungan pengoperasian universiti sepanjang proses peralihan.
Seterusnya, dalam Forum Ilmuan MADANI pada 26 Ogos, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberikan penegasan bahawa langkah yang boleh
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
memperluas kebebasan mahasiswa perlu dilaksanakan segera tanpa menunggu keseluruhan proses penggubalan akta baru selesai.
Menyusuli penegasan tersebut, KPT telah mengeluarkan kenyataan media pada 27 Ogos 2026 yang lalu yang menjelaskan langkah segera untuk memperluas kebebasan bersuara dan hak berpersatuan mahasiswa. Kementerian telah meneliti peruntukan dalam AUKU serta kaedah-kaedah tatatertib pelajar yang mengehadkan kebebasan tersebut untuk dikecualikan daripada pemakaian dalam kerangka perundangan sedia ada. Langkah ini merangkumi kebebasan pengurusan persatuan dan kelab, pengurusan aktiviti pelajar serta kebebasan bersuara, berhimpun secara aman, menggunakan platform komunikasi dan mengedar serta menerbitkan dokumen.
Melalui kenyataan tersebut, KPT turut mengumumkan bahawa semua prosiding tatatertib berkaitan kebebasan bersuara, penyataan pandangan, kritikan awam dan perhimpunan secara aman di semua universiti awam hendaklah dihentikan berkuat kuasa serta-merta. Ini merupakan langkah segera yang diambil sementara pindaan undang-undang dan pembangunan akta baru diteruskan.
Dalam masa yang sama, KPT telah mengambil langkah awal melalui penelitian semula terhadap peruntukan yang berkaitan dengan mahasiswa khususnya seksyen 15 dan seksyen 16 AUKU.
Puan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, ringkaskan jawapan boleh?
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Ya. Bagi pemansuhan AUKU secara keseluruhannya, ia akan dilaksanakan dalam konteks pembangunan kerangka perundangan pendidikan tinggi yang lebih menyeluruh. Jadi, kita akan mengemukakan penelitian ini dan akhirnya akan membentangkan nanti setelah keseluruhan aspek yang berkaitan dengan perubahan yang berteraskan kepada akta yang baru, yang akan dikemukakan nanti setelah ia nya selesai. Untuk peringkat ini, langkah awal ialah untuk mengubah peruntukan-peruntukan yang menjadi penghalang kepada kebebasan mahasiswa.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Batu Gajah.
Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
[Bangun]
Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Adakah kerajaan bercadang untuk menggabungkan atau menyelaraskan akta-akta lain yang berkaitan dengan pendidikan tinggi di bawah kerangka undang-undang baru yang akan menggantikan AUKU 1971? Dan apakah jaminan kementerian bahawa kerangka baru ini benar-benar akan memperkukuh autonomi universiti, kebebasan akademik serta hak mahasiswa? Terima kasih.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih atas soalan tambahan. Ingin saya jelaskan dalam Dewan ini, apabila kita membicarakan tentang soal akta ataupun peraturan-peraturan dan juga perundangan yang berkaitan dengan pendidikan tinggi, perlu dijelaskan bahawa ia tidak hanya semata-mata terkait dengan AUKU kerana ada akta-akta yang lain yang juga berhubungan dengannya.
Selain daripada akta AUKU itu, kita juga ada Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, kita ada Akta Badan-badan Berkanun [Akta 605] yang juga menjadi antara halangan kepada daripada segi hak-hak kebebasan akademik, sebagai contoh. Akta Pendidikan 1996. Kita ada juga Akta UiTM. Tapi yang ini sangat sensitif kerana ia berkaitan dengan Perkara 153. Dan Akta Institusi Pelajaran 1976 dan juga Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Jadi, kita ada pelbagai akta-akta yang berdiri secara sendiri. Maka, antara langkah yang akan kita lakukan bagaimana kita nak menggabungkan kesemua ini supaya ada hanya one higher education act. Ini termasuk juga perubahan-perubahan pendidikan tinggi yang berlaku ketika ini.
Antaranya termasuklah dari segi kedudukan politeknik. Politeknik tidak boleh disamakan sepertimana kedudukan politeknik seperti dahulu kerana perkembangannya yang sedang berlaku di hadapan kita begitu pantas sekali. Dan ini antara cadangan yang akan dimasukkan dalam one higher education act nanti, termasuk dengan melihat keseluruhan ekosistem pendidikan tinggi dan institusi- institusi yang berada di dalamnya.
Sebagai contoh, termasuklah nanti akan ada prauniversiti yang akan dimasukkan nanti di dalam pendidikan tinggi yang matrikulasi, sebagai contoh. Ya, inilah yang sedang kita rancangkan, supaya nanti apabila kita bentangkan satu akta baru ini akan merangkumi semua untuk 10 tahun, mungkin 20 tahun, 30 tahun akan datang. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pengkalan Chepa.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat Menteri, soalan saya straight forward sahaja.
Saya nak tanya pada Menteri, KPT telah berjanji untuk mengadakan libat urus dengan pelbagai kumpulan segmen mereka yang terlibat dengan penggubalan akta ini. Jadi, boleh tak Menteri menyatakan kumpulan mahasiswa mana, universiti mana, ahli akademik mana yang terlibat dalam menggubal kerangka undang-undang yang baru itu?
Yang kedua Yang Berhormat Menteri, Perdana Menteri sering berulang kali menyebut bahawa mahasiswa bebas mengkritik kerajaan, bebas untuk mengkritik beliau sendiri tapi yang menjadi masalah ialah mahasiswa ini tidak bebas daripada tindakan pihak universiti, tindakan daripada pihak HEP, khususnya.
Jadi, dalam akta baru nanti, apa jaminan Menteri yang boleh disebutkan awal bahawa perkara-perkara jaminan tersebut benar-benar content neutral dan mahasiswa yang mengkritik kerajaan akan mendapat layanan yang sama dengan mahasiswa yang menyokong kerajaan? Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Bagi menjawab soalan yang kedua dulu. Itu juga telah pun diambil kira. Kalau Yang Berhormat dengar apa yang saya jelaskan tadi iaitu langkah segera, segala tindakan-tindakan tatatertib yang telah dilakukan selama ini, digugurkan. Dan sekiranya ada perkara-perkara serius yang berkaitan dengan mereka, maka ia nya tertakluk kepada perundangan negara.
Jadi–– kerana kita ingin melihat supaya kekangan-kekangan terhadap kebebasan mahasiswa itu dengan alasan-alasan yang diletakkan dan termasuk juga dari segi peraturan. Akta 1 tetapi peraturan di universiti ya. Lagi tatatertib, peraturan- peraturan ditetapkan oleh setiap universiti itu kita lihat ada percanggahan. Ada universiti ini boleh buat ini, ada universiti ini tidak boleh buat itu.
Seluruh aspek itu kita ambil kira dan kita pastikan supaya hal-hal yang sedemikian tidak berlaku. Contohnya, yang berambut panjang, universiti ini boleh, universiti ini tak boleh atau kritikan tetap di tempat ini boleh, tempat itu tak boleh.
Jadi, ini perkara-perkara dari segi pelarasan di peringkat universiti untuk pengetahuan Yang Berhormat.
Bagi menjawab soalan yang pertama iaitu dari segi proses libat urus, pendirian KPT, kita libatkan semua sama ada mereka sokong, mereka tidak sokong
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
kerajaan. Ini termasuklah dengan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota yang telah pun saya dan rakan-rakan, telah pun mengadap mereka baru-baru ini untuk menjelaskan dan kita mengadakan sesi libat urus yang begitu baik sekali berapa minggu yang lalu di sini.
Jadi, demikian juga dengan melibatkan kumpulan pelajar, semua kumpulan pelajar. Ya, kita tidak membezakan kalau sebagai contoh, ada kumpulan pelajar yang mewakili parti Yang Berhormat yang berada di dalam barisan mahasiswa, itu kita libatkan semua. Kerana kita ingin mewujudkan sebuah akta baru yang benar-benar komprehensif dengan mendengar segala pandangan yang baik.
Kerana saya yakin setiap daripada kita mempunyai pandangan-pandangan itu. Maka, pandangan itu kita bawa dan akan kita selaraskan, kita rumuskan dengan sebaik-baiknya untuk masa depan pendidikan tinggi negara, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya menjemput Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Semporna.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Terima kasih Dato’ Speaker, soalan nombor 1.
1. Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal [Semporna] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan pencapaian terkini Kadar Sara Diri (SSR) pengeluaran produk tempatan utama negara serta pelan mitigasi risiko rantaian bekalan makanan yang lebih komprehensif melibatkan ketiga-tiga wilayah dalam Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin
Timbalan Yang di-Pertua, agenda keterjaminan makanan merupakan keutamaan kerajaan bagi memastikan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi, stabil, selamat dan pada harga yang berpatutan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin
Dalam menghadapi cabaran seperti perubahan iklim, bencana alam, ketidaktentuan geopolitik serta gangguan rantaian bekalan global, kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) terus memberi tumpuan kepada peningkatan pengeluaran domestik, pengukuhan kadar sara diri (SSR) serta pembangunan rantaian bekalan makanan yang lebih berdaya tahan melibatkan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Pada tahun 2025, terdapat lima jenis komoditi makanan yang mencapai kadar sara diri (SSR) yang melebihi 90 peratus iaitu daging itik 127.1 peratus, telur ayam dan itik 108.4 peratus, daging ayam 91.8 peratus, ikan makanan 90.8 peratus dan buah-buahan tropika 96.7 peratus. Bagi susu segar, kadar SSR adalah sebanyak 81.8 peratus, manakala sayur-sayuran tropika juga mencapai 82.2 peratus, di mana pengeluaran tempatan adalah hampir mencukupi untuk memenuhi keperluan domestik.
Walau bagaimanapun, kadar sara diri (SSR) sayur-sayuran secara keseluruhan adalah 46.6 peratus disebabkan kebergantungan kepada import bagi jenis sayur tertentu, khususnya sayur beriklim sederhana dan bernilai tinggi. Bagi beras, SSR mencatatkan 54.3 peratus. Bagi komoditi makanan yang bergantung pada sumber pengimportan, KPKM telah membangunkan Pelan Mitigasi Risiko Bekalan Makanan secara menyeluruh bagi kelangsungan sumber bekalan negara sebagai persediaan mendepani sebarang risiko menerusi inisiatif berikut.
Industri padi dan beras, melaksanakan projek penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), menaik taraf infrastruktur sistem pengairan seperti di kawasan pembangunan pertanian bersepadu (IADA) Sabah dan Sarawak serta memperkasakan pelaksanaan Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) bagi meningkatkan keluasan dan produktiviti tanaman untuk mencapai sasaran kadar sara diri beras negara sebanyak 80 peratus menjelang tahun 2030.
Industri perikanan. Meningkatkan sumber perikanan negara melalui program melabuhkan tukun tiruan, pewartaan kawasan perlindungan marin, pelepasan benih ikan di perairan umum dan penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta Perikanan 1985 [Akta 317] dan industri ruminan. Memperkasa industri lembu pedaging menerusi Program Pembiakbakaan Ternakan Ruminan melalui teknologi pembiakan berbantu serta mengimport lembu biak baka berkualiti melalui Program Pengganda 30 bagi mencapai sasaran SSR 30 peratus untuk daging menjelang tahun 2030.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin
Dan untuk industri sayur-sayuran, meningkatkan pengeluaran sayur-sayuran yang mempunyai kadar sara diri rendah seperti cili, kubis dan halia serta melaksanakan pembangunan industri bawang tempatan dengan sasaran pengeluaran masing-masing sebanyak satu juta tan metrik dan 5,000 tan metrik sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas.
KPKM optimis bahawa melalui pendekatan yang komprehensif merentasi ketiga-tiga wilayah di Malaysia iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak, rantaian bekalan makanan kita akan lebih terjamin. Usaha bersepadu ini juga adalah kunci utama untuk terus melonjakkan pencapaian terkini kadar sara diri, pengeluaran produk tempatan utama negara. Sekali gus menjadikan ekosistem makanan kita kekal ampuh mendepani pelbagai cabaran global masa kini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Semporna.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Sedap telinga saya mendengar jawapan penjelasan yang diberikan tapi comprehensive approach, saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat ya. Saya tahu tentang bekalan bukan hanya rantaian yang kita tahu, climate change is there, Dato’ Speaker. Keadaan berubah, cuaca yang berlaku kadang-kadang kita nampak di Sabah, saya nampak tidak ada rangkaian yang tiga wilayah ini.
Di Sabah kita mempunyai tanah yang begitu luas. Saya dah rancang 30,000 hektar di Kalabakan. Volcanic soil, Dato’ Speaker. Yang boleh ditanam dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan kat Kabalabakan, Tawau. Tapi masalah dia, saya tak nampak rancangan rantaian, yang ada pengimportan.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Beras pun saya nampak dah 10,000 hektar di Batu Sapi, di Terusan Sapi.
Daripada 10,000 hektar, 6,000 di situ boleh ditanam dengan padi. Kita kena reduce the importation. Saya bimbang bukan hanya bekalan yang mencukupi, tapi harganya, rantaian dia. Mungkin kita boleh keluarkan di Semenanjung, tapi di Sabah kita bergantung telur, Yang Berhormat Menteri. Saya pergi Pasar Kota Kinabalu, one rack yang jumbo punya itu, it’s about RM23, one rack there.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, soalan.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Ini yang saya minta supaya comprehensive approach, bukan hanya bekalan yang mencukupi seperti disebut; harganya ya. Kadang-kadang itu kita pergantungan kita kepada
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
import dari luar; dari India, beras. Takkan kita tak boleh produce? Tak — pergantungan. Ini yang saya bimbang ini. Pergantungan kita masih ada ini, Yang Berhormat Datuk Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Yes, comprehensive approach. Di Sabah ini, saya tak nampak.
Datuk Chan Foong Hin
Okey, untuk menjawab soalan kepada YB Semporna. Saya pun juga orang Sabah, dari Kota Kinabalu. Okey, khasnya untuk industri padi dan beras. Okey, Kerajaan Negeri Sabah yang dipimpin oleh GRS sekarang ini telah menetapkan sasaran untuk mencapai tahap sara diri beras 60 peratus menjelang tahun 2030. Dan Lembaga Padi dan Beras Sabah telah ditubuhkan dan sebagai pemaju utama untuk ke arah hala tuju tersebut.
So, ini merupakan satu cara yang kita tengah membangunkan. Dan saya rasa nak bandingkan Sabah dengan Sarawak, Sarawak ini dia lebih ambitious dengan adanya yang sekarang ini dia Premier Sarawak juga telah mengumumkan bahawa Sarawak sudi memberikan suntikan tanah bersama. Kerajaan Sarawak sudi melabur tambahan RM1 bilion menerusi cadangan konsep padanan 1-to-1 dengan Kerajaan Persekutuan dan ini kita tengah bincang. Dan saya berharap Kerajaan Sabah juga boleh membawakan cadangan yang bersama kepada Kerajaan Persekutuan.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bagan Serai.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Speaker.
Laporan daripada DOSM, SSR beras ini hanyalah 54.39 peratus. Saya fokuskan kepada beras kerana kawasan saya ialah kawasan penyumbang kepada padi negara kita.
Persoalan saya ialah sejauh manakah pelan mitigasi yang untuk mengatasi masalah penukaran status tanah? Maksud dia ialah daripada tanam sawah padi kepada tanam benda lain. Kalau kawasan Kerian sahaja, kita dapat lihat daripada 24,000 hektar telah susut sebanyak hanya tinggal 17,000 hektar. Artinya, 7,000 hektar dalam masa 2020–2024.
Jadi, antara faktornya yang kita lihat penukaran status ini ialah berpunca daripada soal mereka tanam padi tidak jadi. Baru ini saya berjumpa dengan seorang...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, soalan.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
...yang pengusaha daripada tanah, buat sawah. Dia buat 20 ekar padi, dia hanya mendapat dua tan sahaja. 20 ekar, dua tan sahaja. Boleh tanya, nama dia Imam Saidin di Parit Jawa tempat dia, saya boleh bagi fokus begitu.
Persoalan dia adalah saya minta supaya pihak kementerian ini mesti ada kerjasama secara holistik dalam mengatasi masalah ini dengan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) untuk memastikan saluran air perairan di sana lengkap. Kalau tidak, semakin kurang, semakin kurang. Ini sekarang tinggal 17,000, mungkin empat lima enam tahun nanti hanya tinggal 7,000 sahaja tanah sawah yang diusahakan di daerah Kerian. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Datuk Chan Foong Hin
Okey, terima kasih kepada Kerian. Okey, untuk menjawab soalan ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bagan Serai.
Datuk Chan Foong Hin
Saya nak membawa satu angka untuk menunjukkan penyusutan keluasan padi ini dari sejak tahun 2020 ke 2025. Di kawasan jelapang padi, penyusutan 5,676 hektar dan kawasan di luar jelapang padi adalah penyusutan 2,810 hektar. So, jumlah penyusutan tanah untuk sawah ini adalah 8,486 hektar dari tahun 2020 ke tahun 2025. Susulan ini, kementerian kita amat memandang serius kepada isu ini. Dan di satu mesyuarat bersama Menteri KPKM bersama dengan Exco-exco pertanian negeri, baru kita mengesyorkan kepada kesemua kerajaan negeri supaya cadangan untuk mewartakan kawasan- kawasan jelapang padi di seluruh Malaysia ini.
Kita nak dicadangkan untuk diwartakan supaya tidak lagi berlakunya penyusutan tanah untuk sawah padi dan cadangan itu adalah meliputi 217,165 hektar. Dan kita harap kesemua kerajaan negeri dapat menyahut cadangan tersebut dan sama-sama kita memastikan tidak lagi berlakunya penyusutan tanah untuk sawah padi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan saya nombor 2.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi untuk menjawab.
2. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan:
(a) langkah KPT memastikan graduan memiliki kemahiran AI bagi menghadapi perubahan pasaran pekerjaan dengan 45 peratus tenaga kerja Malaysia terdedah kepada generative AI; dan
(b) sasaran KPT memperluas program AI dan peningkatan kemahiran di universiti supaya kekal relevan dalam industri kerja.
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Kementerian Pendidikan Tinggi sentiasa komited bagi memastikan pelajar dan graduan mempunyai kompetensi kecerdasan buatan atau AI yang relevan dengan perkembangan teknologi dan keperluan industri.
Pertama, KPT memastikan program pengajian sentiasa responsif terhadap perubahan teknologi dan pasaran pekerjaan. Program di universiti awam dinilai secara berkala melalui Jawatankuasa Semakan Kurikulum termasuk bagi penilaian program baharu dan pembaharuan tempoh program.
Sehingga 30 September tahun 2026, sebanyak 455 program pengajian di peringkat diploma hingga doktor falsafah atau PHD telah melalui proses semakan bagi tahun 2026 ini. Semakan ini mengambil kira perkembangan teknologi, perubahan landskap industri serta keperluan tenaga kerja semasa. Bagi program khusus AI pula, pembangunan dan akreditasi program diperkukuh melalui standard program kecerdasan buatan yang dibangunkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia atau MQA supaya program AI dibangunkan secara sistematik dan memenuhi standard kualiti yang ditetapkan.
Dari aspek pembangunan bakat khusus AI, pada masa ini terdapat 11 universiti awam yang menawarkan program berkaitan AI di pelbagai peringkat pengajian. Melalui 30 program di peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD.
KPT menjangkakan seramai 30,000 graduan akan dihasilkan bagi tempoh 2025 hingga 2030. KPT turut memperkukuhkan pembangunan bakat AI melalui penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan di Universiti Teknologi Malaysia atau UTM; Fakulti Kecerdasan Buatan dan Keselamatan Siber di Universiti Teknikal Malaysia Melaka atau UteM; serta Fakulti Pengkomputeran Cerdas di Universiti Malaysia Perlis atau UniMAP, di kawasan Yang Berhormat sendiri.
Namun begitu, Yang di-Pertua, AI tidak boleh dilihat hanya sebagai bidang pengkhususan. Kerana kalau kita lihat pada hari ini, dari segi penggunaan AI itu
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
sama ada dalam bentuk fizikal ataupun agentic, ia nya merangkumi semua aspek.
Oleh yang demikian, pihak KPT merancang untuk memastikan 80 peratus kursus bagi program sarjana muda di universiti awam diintegrasikan dengan elemen AI. Dan lebih penting, berdasarkan pelaksanaan semasa, akses kepada pendidikan berkaitan AI telah diperluas secara menyeluruh dengan semua program akademik peringkat ijazah sarjana muda di peringkat universiti awam menyediakan kursus berkaitan AI dan diikuti oleh pelajar.
Dan ini termasuk juga dalam program pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di peringkat KPT. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih. Jawapan yang hebat. Yang Berhormat, Yang Berhormat sebut tadi tentang peluang pekerjaan.
30,000 peluang pekerjaan. Jadi, pada masa sekarang kita sedar bahawa graduan bukan sahaja bertanding, berdepan— bertanding dengan sama-sama mereka, tetapi juga berdepan dengan pasaran kerja akibat AI.
Jadi, kajian TalentCorp yang dirujuk oleh Kementerian Sumber Manusia, kira- kira 620,000 pekerjaan di Malaysia berisiko diganti atau menjadi usang akibat automasi. Sedangkan 2024, masih terdapat 165,900 graduan yang menganggur.
Jadi, soalan saya apakah transformasi AI ini akan menyebabkan peluang pekerjaan dan kebolehpasaran graduan terjejas? Yang Berhormat sebut tadi 30,000. Jadi, saya nak tanya bagaimana yang terlebih, graduan yang sedang menganggur sekarang?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dan saya juga ingin bertanya apakah jaminan kerajaan ataupun KPT untuk memastikan ada peraturan ataupun regulation atau garis panduan bagi memastikan penggunaan AI dalam sektor kerajaan tidak mengganggu peluang pekerjaan graduan dan apakah mekanisme kementerian ataupun kerajaan untuk memantau kesannya terhadap kadar penempatan serta gaji permulaan graduan?
Jawapan tadi merangkumi tapi ini secara khusus. Kalau Yang Berhormat boleh jawab bertulis pun saya ingat menyeronokkan juga.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Okey. Soalan yang baik daripada salah seorang yang bergelar doktor. Macam itulah soalan dia.
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
[Bangun]
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
[Bangun]
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
[Bangun]
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Soalan bagi saya menjawab yang pertama sekali untuk pengetahuan Yang Berhormat dan juga sidang Dewan sekalian. Antara langkah yang kita lakukan ialah untuk melihat semula ke dalam yang seperti yang saya sebutkan tadi, seluruh program yang ditawarkan dan juga program-program yang ada, termasuk juga di peringkat politeknik dan kolej komuniti, kerana kita perlu tahu ia merangkumi sistem pendidikan tinggi, semuanya.
Oleh yang demikian, maka antara program-program yang kita perlu lakukan ialah untuk mengadakan program intervensi kebolehpasaran graduan. Ini sangat penting kerana perubahan yang ada di hadapan kita sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Arau itu tadi. Maka kemungkinan-kemungkinan ia akan memberi cabaran kepada peluang-peluang pekerjaan sepertimana yang diunjurkan oleh TalentCorp.
Oleh yang demikian, beberapa langkah, termasuklah yang dilakukan oleh peringkat universiti dengan segera melihat semula ke dalam aspek ini. Ada dua aspek dari segi bidang dalam AI. Kita jangan keliru sangat kerana kita seolah-olah kita merasakan bahawa kursus-kursus yang berkaitan dengan AI sahaja yang akan mendapat pasaran yang baik.
Sebenarnya, dari segi pedagogi pendidikan sekarang sudah berubah kerana apa yang diistilahkan sebagai embed. Kita embed di dalam sistem kurikulum itu mesti ada AI. Maknanya, AI itu mesti menjadi nilai tambah, enabler yang baik dalam sistem pendidikan tinggi itu sendiri.
Makanya, kita lihat kalau [Tidak jelas] kemahiran sebagai contoh. Bagaimana kita nak menambahkan lagi kemahiran. Ini merangkumi semua kursus-kursus. Bukan hanya kursus yang bersifat AI, sains. Tapi ia termasuk juga dalam kursus-kursus sains sosial.
Jadi, itu langkah pertama iaitu kita kena lihat dari segi program intervensi.
Yang keduanya, kita juga memperkenalkan kursus-kursus yang berkaitan dengan AI ini di setiap program akademik dan selain daripada itu juga, untuk pengetahuan Yang Berhormat, kita turut mengadakan program-program, apa yang disebutkan sebagai upskilling programme dan juga work-based learning, stackable programme. Ini istilah-istilah yang digunakan bagi memastikan supaya kemahiran yang berkaitan dengan AI itu dapat dibangunkan di setiap peringkat pengajian bagi memulihkan kebolehpasaran graduan kita nanti apabila mereka keluar daripada universiti. Yang lain itu kalau Yang Berhormat nak minta pandangan-pandangan lain, saya boleh menjawab. Banyak benda, will take another one hour dengan izin, tetapi
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
saya berhenti di situ. Saya akan sediakan kalau sekiranya diperlukan, saya akan sediakan jawapan bertulis nanti.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Putatan.
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
Terima kasih, Puan Yang di- Pertua. Teknologi AI banyak membantu dan juga boleh menghakis kreativiti serta critical thinking pelajar dalam menyiapkan tugasan pengajian. Lebih teruk lagi, teknologi tersebut boleh mendorong kepada mentaliti ‘ask ChatGPT’.
Soalan tambahan Putatan. Apakah mekanisme pemantauan yang sedang ditumpukan menerusi perhatian IPTA untuk membendung masalah tersebut?
Bagaimanakah pensyarah dapat memainkan peranan secara hands-on untuk mengimbangi literasi AI dan daya pemikiran kritis dalam kalangan pelajar universiti awam?
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Benar seperti soalan yang dikemukakan iaitu sebab itulah apabila kita membicarakan kesan daripada AI ini, kita perlu melihat pertama, dari segi dua dimensi utamanya iaitu yang pertama, sama ada kita ingin melihat AI itu sebagai tools, dengan izin, ataupun sebagai agent.
Yang akan menjadi cabaran sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat apabila dijadikan sebagai agent bagi menyelesaikan segala masalah.
Mereka akan pergi kepada guru yang bernama chatGPT. Dulu dia panggil guru Google. Ini akan menjadi cabaran kepada kita, termasuk juga dalam soal yang berkaitan dengan pemikiran kreatif, critical thinking, ethical values, dengan izin.
Makanya, apa yang kita lakukan di peringkat KPT dengan mengambil kedua- dua aspek ini. Dimensi manusiawi dan juga dimensi yang berkaitan dengan ia sebagai tools dan agent itu kerana kedua-dua ini perlu diseimbangkan.
Kalau sekiranya kita tidak lakukan ini, sepertimana yang kita lihat dalam bicara mutakhir ini. The Anthropic the danger ahead, dengan izin iaitu yang menjangkakan kalau sekiranya tidak dilakukan dari segi pengimbangan nilai-nilai akhlak, manusiawi dan ia akan menyebabkan berlakunya human in extinction. Ini yang disebutkan.
Cuba kita lihat perbahasan mutakhir ini. Ke mana AI akan membawa kita?
Dan mereka menjangkakan Stephen Hawking, satu ketika dahulu pun menjangkakan benda ini akan berlaku kalau sekiranya tidak ada langkah-langkah segera untuk memastikan supaya AI ini tidak mengambil tempat manusia. Agentic AI adalah yang terbaru dalam dunia kita. Ini dia sudah mempunyai humanoid iaitu dia tolong fikirkan untuk kita, tolong selesaikan untuk kita malah boleh memahami perasaan dia.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Jadi, ini sangat berbahaya. Sebab itulah langkah yang dibuat ini, bagaimana kita menyeimbangkannya agar sistem pendidikan tinggi kita dapat melahirkan manusia yang seimbang, komprehensif, dan holistik sifatnya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran, Batu.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Terima kasih, Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 3.
3. Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran [Batu] minta Perdana Menteri menyatakan apakah status terkini tanah dan kapasiti kolam takungan banjir di kawasan Batu dan Jinjang dan berapakah keluasan kawasan takungan yang masih berfungsi sepenuhnya untuk tujuan tebatan banjir berbanding keluasan asal.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon supaya pertanyaan daripada Yang Berhormat Batu dijawab bersekali dengan pertanyaan bernombor 38 daripada YB Kubang Kerian bertarikh 4 November kerana menyentuh isu yang sama.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melaksanakan kerja penyelenggaraan, infrastruktur awam di atas rizab awam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berdasarkan Akta 133.
Secara umumnya, terdapat 28 kolam takungan banjir di bawah seliaan DBKL dan Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Lumpur. 15 di bawah JPS dan 13 lagi di bawah seliaan DBKL. Dengan keluasan kolam 737 ekar dan kapasiti kolam 13.1 juta meter padu yang memainkan peranan penting dalam mengurangkan risiko banjir di ibu kota.
Kerja-kerja penyelenggaraan seperti pengorekan gelodak, pembersihan kawasan kolam, pembaikan struktur tebing dan penyelenggaraan berkala akan terus dilaksanakan bagi memastikan kapasiti kolam sentiasa berada pada tahap optimum.
Sebanyak 19 lot tanah bagi kawasan kolam takungan banjir Jinjang dan Batu, seperti yang ditanya oleh Yang Berhormat Batu, telah diberi milik kepada pihak pemaju sejak tahun 2015. 11 di kawasan Jinjang, lapan, Batu. Daripada jumlah tersebut, sebanyak tujuh lot tanah masih belum menerima permohonan pembangunan daripada pihak pemaju untuk ulasan JPSKL. Pemberi milikan tanah tersebut melibatkan anggaran 70 peratus daripada keluasan kawasan badan air dan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
telah menyebabkan keluasan kawasan takungan berkurangan berbanding keluasan asal, 3.5 hektar.
Selepas proses pemberi milikan, baki keluasan kawasan takungan adalah sebanyak 19.6 hektar. Walau bagaimanapun jumlah kapasiti kolam takungan banjir di kawasan Batu dan Jinjang adalah dianggarkan sebanyak tujuh juta meter padu.
Langkah perlindungan dan pemulihan. Satunya, sebarang permohonan kebenaran merancang di sekitar kawasan kolam takungan banjir di sekitar Kuala Lumpur tidak akan diluluskan sehingga syarat-syarat teknikal yang ditetapkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan dan semua jabatan teknikal lain dipenuhi.
Yang keduanya, Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 yang telah diwartakan iaitu Pelan Struktur KL dan Pelan Tempatan Kuala Lumpur menggariskan hala tuju strategik untuk mewartakan semua kolam takungan yang dikenal pasti sebagai kolam takungan banjir dan mengekalkan fungsi kolam sedia ada yang telah diberi milik untuk dinaik taraf bagi mengurangkan implikasi kejadian banjir di Kuala Lumpur. Buat masa ini, hanya satu lagi dalam proses pewartaan.
Jabatan Wilayah Persekutuan telah mewujudkan satu pasukan bertugas
(taskforce) yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Azmi yang melibatkan kerjasama pelbagai agensi bagi memperkukuhkan penyelarasan dan tindakan mitigasi banjir di Kuala Lumpur.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Dan terakhirnya, DBKL akan meningkatkan lagi aspek tadbir urus dan tata kelola pematuhan syarat pembangunan berkaitan infrastruktur tebatan banjir bagi memastikan pelaksanaan serta pematuhan terhadap keperluan dan syarat teknikal yang ditetapkan di bawah Garis Panduan Pelan Kerja Tanah dan Garis Panduan Pelan Kejuruteraan dilaksanakan dengan berkesan. Sehubungan dengan itu, DBKL akan mempertingkatkan lagi kerjasama dan penyelarasan antara semua agensi untuk pastikan semua aset-aset tebatan banjir ini diurus dan diselenggara dengan teratur dan berfungsi secara optimum. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Batu.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Terima kasih Menteri atas jawapan. Saya ambil kesempatan ini untuk ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Menteri, Datuk Bandar dan DBKL atas peruntukan RM300 juta untuk kerja-kerja naik taraf 64 PPR di Kuala Lumpur khususnya di kawasan Batu, PPR Batu Muda kita
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
dapat 21 lif baharu untuk tujuh blok. Tahniah dan terima kasih. Selesai masalah lif di kawasan saya.
Dan juga berkaitan dengan pewartaan ini memang YB Menteri konsistenlah dengan daripada tahun 2018 saya jumpa Segambut ini sampai sekarang. Tapi nak tanya berkaitan dengan justifikasi untuk mempercepatkan pewartaan tanah ini dan juga kaedah yang digunakan. Terima kasih.
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kenapa kita nak cepatkan proses pewartaan? Kerana selagi tanah ataupun kolam takungan banjir itu belum diwartakan, ada risiko kolam itu mungkin boleh diberi milik tanah oleh kerajaan dan saya tidak mahu perkara yang sama berlaku seperti terdahulu. Kita pernah mengeluarkan kenyataan media mengenai pengurangan badan air kolam takungan banjir dan Jinjang ini disebabkan pemberi milikan tanah kepada pemaju.
Dan perkara ini telah pun disiasat oleh SPRM dan SPRM telah bermesyuarat dengan Jabatan Wilayah Persekutuan dan telah menyatakan bahawa tiada kes kerana mereka mendapati perizaban kolam takungan banjir tersebut telah diluluskan sejak tahun 19 Jun 1998. Namun, proses pewartaan masih belum dilaksanakan semasa pemberi milikan tanah berkenaan.
Justeru pada 9 Oktober 2016, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan pada masa itu bersetuju untuk membatalkan kelulusan perizaban yang diluluskan pada 19 Jun 1998 bagi membolehkan kelulusan pemberi milikan seluas 80 ekar diberikan kepada pemaju untuk pembangunan bercampur dengan pengenaan premium berjumlah RM214 juta.
Terdapat kelewatan selama 18 tahun untuk tindakan pewartaan kawasan ini diambil. Oleh sebab itu, sekarang hala tuju kita untuk mengelakkan perkara seperti ini berulang lagi kerana kolam takungan banjir dan kawasan lapang sangat penting untuk kita melawan banjir di Kuala Lumpur.
Jadi, untuk mengelakkan perkara itu kita ada dua taskforce. Satu, dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JWP untuk task force mitigasi banjir. Yang keduanya, taskforce untuk mewartakan kawasan lapang, kawasan hijau untuk pastikan tanah-tanah ini juga tidak dijual. Dan dalam lapan bulan, kita telah berjaya mewartakan 88 lot kawasan lapang untuk pastikan dilindungi bagi generasi masa hadapan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Menteri, soalan saya, mengikut Laporan PAC ataupun DR.24/2025, telah menegur tindakan DBKL yang meluluskan pembangunan tanpa mengira kapasiti infrastruktur seperti contohnya merujuk kes banjir di Jalan Kuchai Lama.
Boleh dikatakan instrumen Pelan Tebatan Banjir Kuala Lumpur tidak berfungsi dengan baik sebagai alat kawalan sumber dan rujukan.
Oleh itu, soalan saya jelas iaitu pertama selepas teguran PAC ini, adakah DBKL kini menjadi kapasiti tebatan banjir sebagai syarat wajib sebelum memberi Kebenaran Merancang atau DBKL masih leka dengan amalan lulus dulu, tindakan pembetulan dibuat kemudian.
Dan yang kedua, bolehkah Menteri menyatakan berapakah jumlah projek pembangunan dalam kawasan berisiko banjir yang telah diluluskan oleh DBKL dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini tetapi kapasiti infrastruktur, saliran dan tebatan banjir sedia ada didapati tidak mencukupi untuk menampung pembangunan tersebut. Dan sekiranya terdapat projek yang telah diluluskan tetapi andaiannya dikenal pasti meningkatkan risiko banjir atau melebihi kapasiti infrastruktur sedia ada, adakah kementerian berisiko mengarahkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
...DBKL untuk menyemak semula. Sekian, terima kasih.
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang saya jawab tadi, salah satu langkah yang telah kita ambil khasnya DBKL adalah untuk memastikan sebarang permohonan kebenaran merancang di sekitar kawasan kolam takungan banjir tidak akan diluluskan sehingga semua syarat-syarat teknikal yang dikenakan oleh JPS telah dipenuhi. Jadi, tak ada lagi berikan kelulusan bersyarat ataupun tiada halangan jika mereka melakukan syarat-syarat ini. Kita tidak akan berikan KM sehingga syarat itu dipenuhi.
Yang keduanya, seperti yang saya nyatakan sekarang ini kita sedang memperkasakan banyak pembangunan infrastruktur mitigasi banjir. Saya bagi contoh untuk on-site detention pond dengan izin, yang telah dibangunkan oleh DBKL.
Status sedia ada kita ada sembilan on-site detention pond. Dalam pelaksanaan kita ada enam termasuk yang di Padang Merbok, kapasitinya besar untuk pastikan kita lawan banjir di kawasan bandar dan dalam perancangan sedang dikaji enam lagi on- site detention pond. Yang ini di bawah DBKL.
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Untuk pemaju pula di bawah development untuk swasta, kita ada 67 on-site detention pond di seluruh Kuala Lumpur. Dan untuk kita masa hadapan, kita nak lindungi juga on-site detention pond ini yang telah kita bangunkan bersama pihak- pihak swasta untuk pastikan tak ada juga isu pemberi milikan jika on-site detention pond itu ada strata title ya. Saya minta izin. Kita nak kaji sama ada hak milik strata ini untuk dilindungi tak boleh diberi milik kepada orang lain. Okey, yang ini adalah salah satu langkah.
Kita juga telah wujudkan task force bersama Menteri Besar Selangor untuk membincangkan mitigasi banjir yang melibatkan bukan saja kawasan Kuala Lumpur tetapi kawasan Selangor juga kerana air sungai itu mengalir dari Selangor masuk KL, dari KL keluar balik kepada Selangor. Yang itu yang keduanya.
Yang ketiganya, DBKL sedang giat melaksanakan desilting. Desilting untuk sungai-sungai dan jajaran monsoon drain yang diselenggarakan oleh DBKL. Saya bagi contoh di Sungai Toba. Desilting itu dulu dua kali setahun, sekarang ini sudah bertambah enam kali setahun untuk melawan taburan hujan yang tinggi.
Dan akhir sekali, hotspot ini dalam tiga tahun pentadbiran Kerajaan MADANI, hotspot telah berkurang daripada 30 hotspot banjir kepada 14 hotspot banjir. Dan Datuk Bandar Kuala Lumpur sekarang mempunyai fokus untuk kurangkan empat lagi hotspot ini dengan mengambil langkah-langkah pembersihan yang lebih berkala.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin, Pagoh.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 4.
4. Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Md Yassin [Pagoh] minta Perdana Menteri menyatakan apakah strategi kerajaan untuk mengubah agenda ekonomi bumiputera dalam industri halal daripada sekadar pensijilan kepada penguasaan rantaian nilai bernilai tinggi khususnya bahan mentah, ramuan kritikal, teknologi dan produk halal, susulan 67 peratus pengeluar ramuan terdiri daripada syarikat bukan Islam.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Puan Marhamah binti Rosli
Terima kasih Yang Berhormat Pagoh. Puan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin memperjelaskan angka 67 peratus yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pagoh. Berdasarkan rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) daripada keseluruhan 19,686 permohonan pensijilan halal, sebanyak 13,206 permohonan atau 67 peratus melibatkan pemohon bukan bumiputera. Ini
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Puan Marhamah binti Rosli
adalah data setakat 22 Julai 2025. Justeru, angka tersebut merujuk kepada permohonan pensijilan halal, bukannya peratus pengeluar ramuan halal seperti yang dinyatakan dalam soalan.
Sebagai gambaran kedudukan semasa berdasarkan rekod JAKIM setakat 30 September 2026, pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang aktif terdiri daripada 38.83 peratus milikan bumiputera, 57.96 peratus milikan bukan bumiputera, manakala 3.21 peratus milikan asing.
Mengambil kira kedudukan ini, kerajaan komited untuk terus memperkukuh penyertaan, pemilikan dan penguasaan bumiputera dalam industri halal khususnya dalam segmen bernilai tinggi meliputi pengeluaran bahan mentah dan ramuan, teknologi, pengilangan serta produk halal bernilai tambah tinggi. Usaha ini dilaksanakan secara bersepadu melalui kerjasama antara JAKIM, kementerian, agensi serta rakan strategik mengikut bidang kuasa masing-masing.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Puan Marhamah binti Rosli
Dalam hal ini, kerajaan melalui JAKIM selaku pihak yang berautoriti dan bertanggungjawab dalam pensijilan halal sentiasa membuka ruang kepada usahawan kecil bumiputera beragama Islam untuk menyertai ekosistem halal melalui skim cottage. Skim ini berupaya meningkatkan penglibatan pengusaha bumiputera beragama Islam dalam penghasilan bahan mentah dan ramuan halal. Skim ini juga membuka ruang kepada lebih ramai pengusaha industri cottage untuk memperolehi SPHM.
Pendekatan ini juga selaras dengan Pelan Induk Industri Halal 2030 iaitu HIMP 2030 yang diterajui oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri
(MITI). Pelan ini menggariskan tiga inisiatif utama bagi memperkukuh daya saing dan penyertaan bumiputera dalam industri halal:
(i) memperluas kerjasama pihak berkepentingan bagi meningkatkan penglibatan dalam rangkaian bekalan halal;
(ii) membangunkan industri kecil bumiputera melalui program intervensi berasaskan prestasi bagi meningkatkan perniagaan dan pendapatan;
(iii) memperkukuh sokongan ke arah penyertaan yang lebih mampan.
Pada masa yang sama, Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035, iaitu PuTERA35 turut memberi tumpuan kepada industri halal dan makanan bagi memperkukuh penyertaan pemilikan dan penguasaan bumiputera termasuk melalui
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Puan Marhamah binti Rosli
program transformasi perniagaan halal yang menyediakan pembiayaan khusus, fasiliti perindustrian dan pemudahcaraan pensijilan halal.
Seterusnya ada beberapa lagi inisiatif iaitu Program Pembangunan Keusahawanan Halal, Ekosistem Halal MARA yang baru sahaja dilancarkan pada Mei 2026 dan usaha-usaha ini sangat penting ya supaya lebih banyak syarikat bumiputera, bukan sahaja menyertai industri halal tetapi mampu menjadi pengeluar, pemilik teknologi dan peneraju pasaran di peringkat domestik dan global. Insya- Allah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pagoh.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Terima kasih kepada jawapan Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri. Daripada apa yang jelas tadi, didapati masih banyak ruang yang boleh kita buat untuk meningkatkan penyertaan bumiputera dalam bidang industri halal. Jadi, saya cuma nak mencadangkan sama ada Yang Berhormat— kementerian Yang Berhormat dan yang lain itu dapat mengambil langkah-langkah yang lebih proaktif supaya dalam satu tempoh, katalah lima tahun ke hadapan, peratusan penyertaan yang sedia ada sekarang ini hanya enam peratus di peringkat antarabangsa dapat ditingkatkan kepada 20 peratus, tetapi dengan syarat kita menyediakan peruntukan yang lebih, insentif. Insentif termasuk insentif-insentif cukai, peningkatan penggunaan tenaga mahir, teknologi dan sebagainya.
Jadi, saya nak tahu sama ada langkah-langkah sedemikian boleh diambil untuk memperbaiki kedudukan kita.
Puan Marhamah binti Rosli
Terima kasih Yang Berhormat Pagoh atas cadangan berkaitan dengan langkah-langkah proaktif termasuk berkaitan peruntukan insentif, cukai dan perkara lain-lain. Insya-Allah perkara ini akan telitikan bagi memastikan penglibatan bumiputera Islam semakin meningkat, bukan sahaja di peringkat domestik tetapi juga di peringkat antarabangsa seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pagoh. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tenggara.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan industri halal ini apakah yang telah dibuat atau sejauh manakah pelaksanaan pelan strategik untuk menjayakan potensi Malaysia sebagai hab halal China ke pasaran Timur Tengah yang saya dimaklumkan bernilai hampir RM6.25 bilion nilai daripada 2024, termasuklah bahan-bahan makanan minuman daging bahan kimia, industri kosmetik dan farmaseutikal dan kajian impaknya
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
kepada mewujudkan peluang pekerjaan halal-based kepada generasi muda. Terima kasih.
Puan Marhamah binti Rosli
Baik, terima kasih Yang Berhormat berkaitan dengan pensijilan halal, berkaitan dengan China, bahan kimia dan kajian impak lain- lain. Saya akan berikan jawapan secara bertulis kerana data itu tidak ada di tangan saya sekarang. Namun saya suka untuk mengambil perhatian Ahli Yang Berhormat berkaitan dengan inisiatif kerajaan untuk mempertingkatkan— kita kembali kepada soalan utama ya. Bagaimana supaya tindakan-tindakan kita, langkah-langkah yang kita ambil ini adakah ia memberi impak ataupun adakah peningkatan terhadap penglibatan bumiputera? Sedikit ya data untuk saya kongsikan.
Penyertaan bumiputera menunjukkan perkembangan yang sangat positif sebenarnya. Apabila pemegang SPHM ini meningkat daripada 2,190 pada tahun 2024 kepada 2,527 pada tahun 2025. Dan untuk tahun 2026 sahaja bermula Januari hingga September ya sebenarnya terdapat seramai 740 pemegang SPHM yang baharu dari kalangan bumiputera yang direkodkan. Jadi, ini data tambahan untuk makluman Ahli Yang Berhormat. Mudah-mudahan perkembangan ini menunjukkan usaha di peringkat JAKIM sangat serius untuk memastikan bukan sahaja di peringkat bukan bumiputera tetapi bumiputera juga mendapat manfaat-manfaat daripada skim- skim yang disediakan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Tan Hong Pin, Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Halaman rumah ditanam pokok delima; Soalan saya soalan nombor lima.
5. Tuan Tan Hong Pin [Bakri] minta Menteri Digital menyatakan:
(a) pencapaian semasa strategi kementerian dalam memperkasakan literasi digital dan kemahiran kecerdasan buatan (AI) di segenap lapisan masyarakat merangkumi sektor awam, belia serta komuniti di kawasan luar bandar; dan
(b) pelan tindakan serta strategi kementerian dalam melahirkan bakat digital berkemahiran tinggi yang bersedia.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan Yang Berhormat Menteri Digital untuk menjawab.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang di-Pertua.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Tuan Yang di-Pertua Kementerian Digital komited memperkukuh literasi digital dan kemahiran dalam bidang kecerdasan buatan (AI) secara inklusif melalui pendekatan ke seluruhan negara iaitu dalam Bahasa Inggeris a whole-of-nation approach merangkumi tiga tiang utama iaitu perluasan akses maksudnya kita bagi pasti setiap rakyat Malaysia ada akses digital.
Kemudian kita ada peningkatan kesedaran aspek berkaitan dengan awareness serta pembudayaan dan penerima gunaan teknologi secara selamat iaitu berkisar kepada hal adoption. Dalam masa yang sama bertanggungjawab merentasi sektor awam, belia dan masyarakat termasuk komuniti-komunikasi di luar bandar.
Tuan Yang di-Pertua bagi masyarakat akses kepada pembelajaran digital dan AI diperluas melalui portal digital yang sehingga September 2026 telah mencatat seramai 1.58 juta peserta dan menyediakan 11 modul pembelajaran. Melalui Program AI untuk Rakyat akses percuma selama tiga bulan kepada perisian AI premium disediakan kepada sehingga 100,000 belia yang memenuhi syarat.
Sehingga 4 Oktober 2026, seramai 11,979 belia telah melengkapkan enam modul yang ditetapkan dan 9,182 belia telah menebus akses tersebut. Peluang peningkatan kemahiran turut diperluas melalui pas pelan pelajaran global rakyat digital dengan 100,000 lesen Coursera disediakan secara berperingkat bagi akses lebih 16,000 kursus dan sijil profesional.
Sehingga 4 Oktober tahun ini inisiatif ini telah mencatat sebanyak 12,336 penyertaan. Bagi memastikan keterangkuman program turun padang turut dilaksanakan di komuniti luar bandar seperti di Sarawak dan Melaka melalui Program Jelajah Digital Komunikasi di Tubau, Bario Digital Outreach, Program TaniGo Digital dan Program Rakyat Digital AI, Produktiviti di Bachang Melaka yang meliputi penggunaan AI, aspek keselamatan siber, transaksi tanpa tunai dan keusahawanan digital.
Pembangunan pemimpin digital merentas sektor diperkukuh melalui EDLP ataupun Executive Digital Leadership Programme yang telah melaksanakan sebanyak 13 kohort sehingga sekarang yang melibatkan seramai 594 peserta yang terdiri daripada 490 peserta sektor awam dan 104 peserta sektor swasta. Seramai 40 Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan Sektor Awam juga telah menghadiri program kepimpinan ini untuk kepenggunaan AI beretika bagi memperkasa penyampaian sektor awam kepada rakyat.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Bagi sektor awam Yang di-Pertua seramai 448,000 penjawat awam telah diberikan akses kepada Gemini Workspace yang menyokong kecekapan dan juga hal perkara produktiviti.
Bagi soalan kedua, kementerian sedang membangunkan kerangka bakat digital negara sebagai panduan strategik untuk menyelaras pembangunan bakat digital berkemahiran tinggi dan keperluan industri. Kerangka ini berteraskan empat strategi utama iaitu:
(i) menarik (attract);
(ii) membangun (nurture);
(iii) mengekalkan (retain); dan
(iv) menempatkan (deploy) bakat digital di negara ini.
Di bawah strategik attract dan nurture fokus diberikan kepada pengukuhan kurikulum dan latihan digital bersama industri, pengiktirafan micro credentials, platform pembelajaran kemahiran digital, program place and train serta pembangunan bakat berpotensi tinggi.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Strategy retain dan deploy pula memberi tumpuan kepada laluan kerjaya bagi pekerjaan digital permintaan tinggi serta penyelarasan penawaran dan permintaan bakat berasaskan keperluan industri.
Selari dengan pendekatan ini Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Digital melalui AI Malaysia bekerjasama dengan TalentCorp dengan KESUMA menerusi MyMahir National AI Council for Industry untuk memperkukuh kesiapsiagaan tenaga kerja menghadapi era AI. Kerjasama ini memberi tumpuan kepada analisis jurang bakat dengan kemahiran AI serta penilaian tahap kesiapsiagaan tenaga kerja dan organisasi dalam mengadaptasi AI.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Instrumen penilaian kesiapsiagaan AI diperkenalkan bagi menyokong perancangan intervensi upskilling, reskilling yang lebih tersasar. Pendekatan ini memperkukuh penyelarasan pembangunan bakat antara kerajaan dan industri agar lebih responsif kepada keperluan pasaran kerja dan hala tuju AI negara.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyeru kerjasama semua Ahli Yang Berhormat dalam menggalakkan rakyat di kawasan masing-masing untuk
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
meningkatkan literasi dan kemahiran asas digital melalui Portal Rakyat Digital di pautan rakyatdigital.gov.my. Tuan Yang di-Pertua, saya ada senaraikan sebenarnya apakah inisiatif yang diambil? Siapakah rakan sekerja ataupun partners yang juga mengadakan kolaborasi dan sebagainya? Tapi, ia agak panjang, saya tidak berhasrat...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
[Membaca doa] Teruskan Menteri.
Tuan Gobind Singh Deo
Jadi, senarai itu akan saya juga kemukakan dengan jawapan saya. Tapi, I will not read in detail here Tuan Yang di-Pertua. Setakat itu sahaja jawapan saya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, soalan tambahan Yang Berhormat.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih atas ajakan tadi, harap dapat diperincikan juga apa yang boleh kita bantu untuk usaha-usaha kementerian tadi.
Soalan tambahan saya, apakah peranan AI Malaysia Berhad untuk memperluaskan lagi pembangunan bakat dan kemahiran AI dalam kalangan belia dan generasi muda di seluruh negara?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat sepertimana kita dengar jawapan daripada Menteri Pendidikan Tinggi tadi. Kita lihat aspek bakat ini kerap kali diberikan tumpuan dari sudut bakat di sekolah dan juga di peringkat MPT. Tapi, soal yang berbangkit adalah ia luas yang merentas seluruh negara. Ini bukan sekadar satu focus group yang tertentu.
Jadi kalau kita lihat kepada aspek bagaimana kita dapat memastikan bahawa pelajar-pelajar mereka fasih berkenaan dengan AI dan juga teknologi baharu. Maka mungkin kita nak lihat kepada kolaborasi dengan kementerian-kementerian yang berkaitan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi dan sebagainya.
Tapi, selebih daripada itu kita kena juga lihat kepada beberapa aspek, industri. Kita kena lihat kepada akademia. Kita kena lihat daripada apa yang kita sebut sebagai modul-modul yang sekarang juga ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu.
Dan, syarikat-syarikat ini mereka melihat kepada sektor-sektor tertentu.
Setiap syarikat gergasi yang terlibat dalam sektor-sektor tertentu mereka juga ada
Tuan Gobind Singh Deo
training program untuk pekerja-pekerja yang sedia ada dan untuk juga rakan faham berkenaan dengan teknologi dan sektor-sektor itu.
Di sinilah kita melihat cabaran. Memang wujud banyak modul-modul yang merentasi semua lapisan masyarakat, pelajar dan juga selebih daripada itu. Soalnya bagaimana kita dapat— nombor satu, melihat satu agensi yang boleh kumpul maklumat berkenaan dengan semua modul-modul yang sedia ada ini.
Kemudian kita kena lihat kepada modul-modul itu, sejauh mana ia berkaitan dan relevan kepada industri-industri negara kita. ketiga, kita juga kena lihat kepada bagaimana kita dapat pastikan bahawa modul-modul itu sampai kepada target group yang memerlukan bantuan itu, yang memerlukan bakat-bakat tersebut supaya ia dapat atau inisiatif itu dapat berjaya. Kerana kalau inisiatif itu tidak sampai kepada pihak-pihak yang memerlukan. Maka di situ kita lihat bahawa inisiatif itu tidak kelihatan seolah-olah berjaya.
Jadi, di sini kita ada AI Malaysia Berhad. AI Malaysia Berhad berperanan untuk memastikan bahawa, pertama, kita sedar berkaitan dengan kehendak- kehendak negara merentas semua lapisan. Apakah sebenarnya bakat yang perlu kita bina bergerak ke depan menghadapi cabaran-cabaran teknologi baharu termasuk AI. Kemudian kita juga pastikan bahawa kita ada senarai modul-modul yang sedia ada, dan bagaimana ia berkesan untuk memastikan bahawa pihak-pihak yang ditujukan itu memang dapat melihat kesan daripada pelajaran-pelajaran yang ditawarkan itu.
Kemudian daripada situ kita juga lihat bagaimana kita dapat membina ekosistem yang memastikan bahawa jurang-jurang (gaps) yang wujud di mana tempat dia tidak ada modul-modul yang sedia ada yang perlu dibangunkan, dibina dan sebagainya. Itu semua perlu kita bincang untuk memastikan bahawa apabila kita sebut berkenaan bakat, kita memang ada apa yang kita sebut sebagai modul ataupun aplikasi yang merentasi semua lapisan masyarakat supaya kita dapat melihat inisiatif AI Malaysia ataupun AI Nation ini berkembang dan berjaya setakat ia memang sampai kepada semua rakyat Malaysia yang memerlukan bakat-bakat baharu untuk mereka menggunakan teknologi baharu ini.
Itu tujuan AI Malaysia dan kita dalam proses sekarang menubuhkan struktur yang membolehkan perkara ini berlaku di dalam AI Malaysia Berhad. Terima kasih, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Dengan penjawat awam kini turut menggunakan AI dalam urusan kerja mereka, adakah mereka turut dilatih untuk mengesan dan mempersoalkan output AI yang salah? Bagaimana kementerian menangani risiko automation bias yang mungkin ada yang terlalu mempercayai jawapan AI kerana kekangan masa dan beban kerja?
Dan, dalam usaha untuk memperkasakan literasi dan kemahiran kecerdasan buatan ataupun AI, sejauh manakah kerajaan menangani penyalahgunaan AI seperti deepfake, suara tiruan, video palsu, filem-filem yang menggunakan AI dan penipuan yang berasaskan AI yang semakin memperdaya pengguna? Dan, apakah tindakan konkrit kerajaan untuk melindungi rakyat daripada menjadi mangsa? Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih Yang Berhormat. Itu soalan yang sangat baik. Sebenarnya apabila kita lihat kepada teknologi baharu ini, memang kita tertarik dengan kuasa yang datang seiring dengannya dan kita hendak menggunakannya. Dan, kerajaan, kita memang— kita mengadakan sepertimana yang saya sebut pendekatan triple A itu, di mana pertama awareness (kesedaran).
Kemudian keduanya kita pastikan ada akses dan yang ketiga yang paling penting kita kena pastikan bahawa ada penerimagunapakaian ataupun adoption teknologi baharu ini.
Jadi, dalam masa yang sama kita kena faham bahawa ada risiko-risiko yang wujud. Jadi, bila kita lihat kepada modul-modul yang kita tawarkan kepada semua lapisan masyarakat bukan sahaja di dalam kerajaan. Kita kena pastikan bahawa modul-modul itu juga menggariskan dengan jelas sebenarnya apakah risiko yang ikut bersama dengan teknologi baharu ini dan bagaimana mereka mengenal pastikan bahawa mereka ini tidak menjadi mangsa kepada risiko-risiko tersebut.
Jadi, di situ apabila saya sebut berkenaan dengan dua program tadi, EDLP dan Gemini Workspace. Memang apabila kita lihat di dalam modul-modul ini memang modul-modul ini disediakan dengan membawa maklumat berkenaan dengan risiko- risiko yang ada. Dan, ini adalah juga sebahagian sepertimana yang saya sebut tadi dengan jawapan saya. Inilah juga sebahagian tugas dan tanggungjawab AI Malaysia.
Kerana di AI Malaysia kita ada pakar-pakar yang bukan sahaja melihat kepada apa yang sedang berlaku sekarang, tapi mereka ini dapat meninjau ke depan juga
Tuan Gobind Singh Deo
dengan teknologi baharu itu apakah sebenarnya masalah yang bakal kita hadapi dan sebagainya.
Kita kena bersedia. Sepertimana yang saya sering kali katakan, kita tidak mahu satu keadaan di mana kita ada teknologi baharu tapi kita tidak bersedia. Jadi, modul-modul yang disediakan hari ini memang adalah bersesuaian untuk cabaran- cabaran jangka masa akan datang.
Akhirnya, kita juga ada AI Safe di dalam AI Malaysia dan di situ kita ada pakar- pakar yang melihat kepada aspek-aspek keselamatan, deepfake dan sebagainya, apa yang disebut tadi. Semua menjadi perkara-perkara yang kita pertimbangkan.
Dan, bergerak ke depan yang penting itu ialah untuk kita pastikan bahawa selepas kita dapat mengenal pasti apakah risiko tersebut— di dalam modul yang kita sediakan itu juga ada langkah-langkah yang perlu diikuti untuk memastikan bahawa kita mengurangkan risiko akibat daripada kita termakan apa yang disebut bahawa di dalam risiko-risiko teknologi baharu tersebut.
Jadi, memang ini perkara di dalam pantauan AI Malaysia Berhad dan ia work in progress dan kita akan pastikan bahawa setiap modul diperketatkan lagi apabila kita dapat identify risiko-risiko baharu dan sebenarnya apakah tindakan yang boleh diambil untuk mengelakkan daripada kita menjadi mangsa kepada risiko-risiko tersebut. Terima kasih, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang keenam. Dipersilakan Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman, Yang Berhormat Bachok.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Kais pagi makan pagi, Kais petang, makan petang; Soalan saya tentang gaji, Mohon dijawab dengan tenang. Soalan nombor 6 Dato’ Yang di-Pertua.
6. Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman [Bachok] minta Menteri Ekonomi menyatakan strategi Kerajaan untuk meningkatkan bahagian pampasan pekerja kepada 40 peratus daripada KDNK menjelang 2030 termasuk langkah memastikan peningkatan gaji pekerja selari dengan pertumbuhan produktiviti
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Menteri Ekonomi untuk menjawab.
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Bachok atas persoalan.
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Untuk makluman Yang Berhormat, Rancangan Malaysia yang Ketiga Belas menyasarkan sumbangan pampasan pekerja compensation employees (CE) pada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 40 peratus pada tahun 2030.
Manakala Ekonomi MADANI mensasarkan CE sebanyak 45 peratus pada tahun 2033. Sumbangan CE kepada KDNK adalah sebanyak 33.9 peratus pada tahun 2025 berbanding 33.6 peratus pada tahun 2024 iaitu peningkatan sebanyak 0.3 peratus.
Namun demikian Yang Berhormat, bagi meningkatkan CE, kerajaan dalam tempoh RMK13 akan mempercepatkan transformasi struktur ekonomi ke arah ekonomi bernilai tinggi yang dipacu oleh inovasi, pendigitalan, penggunaan teknologi termaju dan aktiviti berintensitikan pengetahuan. Transformasi struktur ini Dato' Yang di-Pertua mampu mewujudkan lebih banyak pekerjaan mahir yang menawar gaji yang lebih tinggi.
Pelaksanaan hala tuju strategi negara seperti Pelan Induk Transformasi Perindustrian Baru (NIMP 2030) dan Strategi Semikonduktor (NSS) dan Pelan tindakan Hala Tuju Peralihan Tenaga akan dapat menarik lebih banyak peluang pelaburan berkualiti tinggi. Pelaburan ini dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan mahir bagi mempersiapkan negara ke arah itu. Tumpuan akan diberikan kepada pembangunan masa hadapan, latihan semula tenaga kerja serta pengukuhan padanan pekerjaan bagi memenuhi permintaan industri.
Dato' Yang di-Pertua, tumpuan juga akan diberikan kepada lonjakan industri yang mempunyai high-growth, high-value dan sektor strategik berimpak tinggi.
Langkah ini akan mempercepatkan peralihan kepada ekonomi berasaskan penciptaan nilai dan seterusnya mewujudkan ekosistem pekerjaan yang lebih dinamik dan mampu meningkatkan penciptaan pekerjaan mahir dengan gaji yang tinggi.
Dalam tempoh RMK13 Ahli Yang Berhormat, penyelarasan gaji secara menyeluruh akan dilaksanakan melalui pemerkasaan peranan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) untuk merangkumi penyelarasan semua perkara berkaitan gaji, termasuk penetapan gaji permulaan bagi siswazah dan lepasan TVET. Semakan semula gaji minimum akan terus dilaksanakan secara berkala sebagaimana
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
ketetapan dalam Akta MPGN 2011 [Akta 732] dan mengambil kira gaji kehidupan wajar bagi memastikan gaji pekerja terus meningkat.
Dato' Yang di-Pertua, kerajaan juga akan meneliti untuk memperluaskan pelaksanaan dasar gaji progresif sektor strategik, khususnya dalam sektor strategik bagi memastikan agenda untuk meningkatkan gaji pekerja selari dengan peningkatan produktiviti agar terus dapat diperkasakan.
Selain itu, pelaksanaan sistem upah yang dikaitkan dengan produktiviti
(PLWS) akan terus bagi memastikan peningkatan gaji pekerja dengan pertumbuhan produktiviti. Ahli Yang Berhormat, langkah ini akan meningkatkan pendapatan pekerja dan membantu mengagihkan pendapatan dengan lebih saksama. Sekian, terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Bachok, soalan tambahan. Dipersilakan.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, terima kasih kepada sahabat saya, Timbalan Menteri atas penjelasan.
Soal gaji dan pendapatan ini memang sangat dinanti-nantikan oleh rakyat.
Saya melihat apa yang telah dibuat oleh pihak kerajaan meliputi pekerja di sektor formal dan berkemahiran.
Soalan saya, bagaimana pula nasib pekerja di sektor informal, termasuk pekerja di sektor ekonomi gig yang ramai sekarang ini, e-hailing dan juga p-hailing. Apakah perancangan kerajaan untuk memastikan berlaku juga perubahan struktur gaji, pendapatan dan imbuhan kepada mereka yang terlibat dalam sektor informal ini? Saya kira pihak kementerian perlu meneliti juga aspek ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri untuk menjawab.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Saya anggap soalan tambahan Yang Berhormat ini amat tepat kerana 95 peratus ataupun 95.6 peratus struktur perniagaan di Malaysia ini adalah melibatkan SME. Sudah pasti struktur gaji ini agak sukar untuk kita uruskan.
Namun demikian, di bawah RMK13, kita meletakkan satu kriteria atau inisiatif supaya lebih ramai penyediaan pekerjaan dan sektor informal beralih kepada sektor formal. Untuk apa? Untuk supaya apabila mereka masuk ke sektor formal ini lebih ramai dan kita dapat beri bantuan. Kerana apa Yang Berhormat? Apabila kita
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
bercakap tentang compensation employees (CE) ini, dia terletak sepenuhnya kepada pemilik perniagaan tersebut.
Namun demikian, sepertimana yang saya sebut dalam jawapan asal tadi, kita ada akta gaji yang kita bagi penekanan gaji permulaan RM1,500 ke RM1,700 dan kita ada kan juga Dasar Gaji Progresif untuk memastikan ada entry level dan non entry level. Kita peruntukkan RM300 juta. Itu insentif.
Tetapi kalau kita lihat sepertimana yang saya sebut awal tadi, struktur gaji ini bergantung kepada pemilik perniagaan tersebut dan kita lakukan di bawah GLC dan GLIC untuk kita lakukan gaji permulaan dengan gaji yang lebih wajar iaitu RM3,100 dan kita anggap dengan ekosistem perebutan talent, talent yang disebut, AI tadi, disebut awal tadi oleh Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi. Ini semua akan membentuk ekosistem dan kita yakin push factor ini akan menyebabkan gaji di peringkat lantai itu akan dinaikkan. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, kadar pampasan pekerja di Malaysia sekarang ialah 33.9 peratus daripada KDNK.
Soalan saya, bolehkah dalam masa empat tahun, kadar pampasan pekerja ini meningkat kepada 40 peratus? Kerana saya melihat pertumbuhan gaji di Malaysia selama beberapa dekad ni tidak menguntungkan pekerja. Dia terlalu memihak kepada keuntungan korporat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri untuk menjawab.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Terima kasih Dato' Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Dua persoalan yang saya kira amat tepat. Yang pertamanya adakah kerajaan dapat capai 40 peratus ketika 2030.
Kalau kita lihat peningkatan, kita sekarang ini berada pada 33.9 peratus dan sudah pasti kerajaan amat optimis bahawasanya pencapaian itu akan kita capai.
Namun, itu sebabnya saya sebutkan tadi Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Pasir Gudang. Kita mesti mempunyai keupayaan untuk mengalihkan daripada sektor informal kepada sektor formal dan juga kita mesti berupaya untuk menceburi bidang high-growth, high-value. Kerana apa? Dengan high-growth, high-value, bukan hanya produktiviti itu akan menentukan kadar gaji, tetapi sektor itu sendiri akan menawarkan gaji yang
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
bernilai tinggi dan akhirnya akan memberi keupayaan kepada CE, compensation employees. Yang Berhormat Pasir Gudang, kalau kita ikut Laporan Survei Gaji dan Upah 2025, kita letakkan RM2,900 gaji median pada RMK12. Tetapi pada tahun 2025, kita telah mencapai RM2,940. Bermakna capaian yang kita set RMK12 itu telah tercapai.
Tetapi untuk RMK13, bukan hanya CE kepada 40 peratus, kita juga berazam untuk meningkatkan gaji median itu Dato’ Yang di-Pertua kepada RM3,500 dan ketika ini kita lihat kita berada dalam track yang baik untuk mencapai ke arah gaji median tersebut. Tetapi ia juga bergantung kepada situasi semasa.
Kalau kita lihat CE, Yang Berhormat Pasir Gudang, kita pernah capai sampai 37 peratus. Namun, itu berada pada tahun 2020. Tetapi 2021, 2022 kita hadapi krisis dan kita doa supaya ekonomi negara, walaupun negara kita sebagai open trading country, kita juga berupaya sebagai ekonomi yang resilient dan berdaya tahan.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang ketujuh. Dipersilakan Datuk Ewon Benedick, Yang Berhormat Penampang.
Datuk Ewon Benedick - Penampang
Tuan Speaker, terima kasih. Soalan saya nombor 7.
7. Datuk Ewon Benedick [Penampang] minta Menteri Pertahanan menyatakan apakah usaha Kerajaan Persekutuan untuk mengimbangi kehadiran lebih ketara dan pembangunan fasiliti tentera Amerika Syarikat dan Filipina di Pulau Balabac.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Pertahanan untuk menjawab.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikummussalam.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Dato' Sri Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Penampang secara bersekali dengan tiga pertanyaan yang lain, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kudat, 14 Oktober, Yang Berhormat Putatan, 20 Oktober dan Yang Berhormat Beluran, pada 3
Tuan Haji Adly bin Zahari
Disember kerana pertanyaan yang dibangkitkan menyentuh hal yang sama iaitu tentang keselamatan sempadan Sabah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Diluluskan.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Ya. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.
Kementerian Pertahanan sentiasa memantau perkembangan pertahanan di rantau ini termasuk pembangunan fasiliti pertahanan Filipina dan peningkatan aktiviti ketenteraan Amerika Syarikat di Pulau Balabac yang berhampiran dengan wilayah Sabah dan implikasi terhadap keselamatan dan kepentingan strategik negara sentiasa dinilai sepanjang masa.
Secara asasnya, Malaysia menghormati hak kedaulatan serta tidak mencampuri urusan setiap negara untuk menentukan rakan dan bentuk kerjasama yang dirasakan perlu bagi memperkukuhkan sistem pertahanan masing-masing.
Namun, pada masa yang sama, Malaysia turut memastikan pertahanan negara kekal kukuh, credible dan mampu menghadapi sebarang perubahan keselamatan persekitaran.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Sehubungan dengan itu, ATM telah dan akan terus memperkukuh kesiapsiagaan di Sabah khususnya di kawasan utara meliputi Kudat, Pulau Banggi dan juga Pulau Balambangan. Ini dilakukan dengan cara, antaranya: dengan mengukuhkan kehadiran pasukan kawalan sempadan serta pengawasan darat, maritim dan udara; meningkatkan keupayaan intelligence, surveillance dan juga reconnaissance (ISR); dan juga Maritime Domain Awareness (MDA) melalui penggunaan radar, dron serta aset pemantauan maritim dan juga udara. Di samping itu, aset udara tempur dan sokongan, sistem perintah kawalan serta keupayaan atur gerak ke pangkalan dan juga lokasi operasi yang bersesuaian.
Di samping itu, kita berusaha memperkukuhkan pertahanan melalui konsep pertahanan menyeluruh melalui pendekatan whole-of-government dan juga whole- of-society (WOGOS) dengan melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Eastern Sabah Security Command
(ESSCOM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan juga Kerajaan Negeri Sabah dan juga agensi berkaitan.
Di samping itu, kita berusaha memperkukuh kerjasama pertahanan dengan negara-negara sahabat melalui perkongsian maklumat, latihan dan juga exercise.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Di samping itu, kita juga memberikan tumpuan kepada Program Literasi Pertahanan sebagai usaha membina daya cegah rintang dan juga daya tahan rakyat, khususnya di Sabah, terhadap cabaran keselamatan persekitaran.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, selain memperkukuhkan keupayaan pertahanan, Malaysia turut menggunakan pendekatan diplomasi untuk memastikan keseimbangan strategik di Asia Tenggara dengan ASEAN sebagai platform utama.
Perkara ini kita berikan penekanan untuk menegakkan pendirian Malaysia bahawa ASEAN harus kekal berkecuali dan tidak berpihak kepada agar negara-negara di rantau ini tidak didesak untuk memilih mana-mana kuasa besar dunia. Dan, yang kedua, untuk menegaskan bahawa negara-negara anggota ASEAN mesti mengutamakan ASEAN dalam sebarang perkara yang menyentuh kestabilan dan juga keselamatan di rantau ini selaras dengan prinsip ASEAN First.
Kesimpulannya, Malaysia akan terus memperkukuhkan pertahanan kita, memperkasa daya tahan rakyat dan, dalam masa yang sama, menggunakan saluran diplomasi untuk membina persekitaran strategik yang aman dan juga stabil. Sekali pun Malaysia tidak mengambil pendekatan berlumba-lumba untuk menyaingi kehadiran ketenteraan mana-mana negara, namun pengukuhan pertahanan negara terus diberikan perhatian agar kita mempunyai kesiapsiagaan berhadapan dengan perkembangan di rantau ini.
Itu sahaja jawapannya, Dato’ Sri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat, soalan tambahan. Yang Berhormat Penampang.
Datuk Ewon Benedick - Penampang
Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Dengan jarak yang dekat dengan kepulauan ataupun wilayah Philippines, sudah tentu ada pergerakan manusia di antara kedua-dua wilayah. Dan kita maklum, Dewan ini maklum wujudnya satu kebanjiran generasi pelarian, generasi pendatang asing daripada Filipina sejak dari dulu.
Apakah Kementerian Pertahanan mengiktiraf ini sebagai satu bentuk risiko keselamatan dalam negara? Dan melalui pendekatan whole-of-society, whole-of- government tadi, adakah risikan-risikan dibuat mengenai dengan propaganda di kalangan generasi pelarian daripada Filipina ini yang mungkin terkait dengan tuntutan beberapa pihak daripada Filipina? Jika ada penyiasatan-penyiasatan risikan ini, apakah kementerian bersedia untuk berkongsi dapatan itu dengan wakil-wakil rakyat di Sabah ataupun pihak yang berkaitan di Sabah? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Menteri.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih kepada Yang Berhormat Penampang atas soalan tambahan yang dikemukakan.
Kita tahu bahawa dalam aspek pertahanan, Dato’ Sri, kita ada cabaran secara tradisional dan kita juga ada cabaran dan juga antara ancaman non- tradisional kita. Kerana kita tahu bahawa― kedua-duanya kita nilai dalam pelbagai aspek. Kerana kita tahu bahawa cabaran-cabaran keselamatan negara di sempadan kita tidak terkait juga dengan ketenteraan tetapi kalau kita lihat tadi, sama ada penyeludupan ataupun kalau kita lihat yang melibatkan pemerdagangan manusia, itu juga adalah sebahagian daripada cabaran-cabaran yang kita hadapi dalam sempadan kita. Sebab itu, semua ini kita akan nilai dari masa ke semasa.
Dan kita tahu bahawa bila kita berdepan dengan Sabah, di samping kita di Kementerian Pertahanan cuba melengkapkan aset-aset pertahanan kita tetapi kita tahu bahawa untuk Sabah ini, aspek keselamatan negara bukan sahaja terletak kepada Kementerian Pertahanan. Sebab itu, macam saya sebutkan tadi, WOGOS kita itu adalah satu perkara yang penting. Sebab itu kalau kita lihat di Pulau Banggi sahaja, penyelarasan dengan MKN sendiri, Majlis Keselamatan Negara, dan saya fikir Majlis Keselamatan Wilayah Sabah juga dilibatkan untuk pastikan bahawa semua pihak tahu apa ancaman-ancaman yang kita hadapi.
Dan macam disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, memang sebaik mungkin bukan sahaja kepada Ahli-ahli Yang Berhormat tetapi rakyat keseluruhannya di Sabah itu termasuk di kawasan-kawasan kepulauan itu tahu bahawa apa yang mereka lakukan itu apa kesan dan ancamannya kepada Sabah dan kepada Malaysia secara keseluruhan. Sebab itu, bagi kita, sepertimana yang selalu saya ulang di Dewan ini, dalam Kertas Putih Pertahanan Negara kita bahawa keselamatan negara kita melibatkan seluruh warganegara kita. Semua bertanggungjawab dengan apa yang mereka lakukan demi untuk menjaga keselamatan dan juga kedaulatan negara kita.
Itu sahaja jawapannya, Dato’ Sri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Sik, silakan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ya, terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan, memandangkan peningkatan keupayaan ketenteraan Filipina di Balabac ini yang berlaku ketika mana Kerajaan Filipina masih mempunyai tuntutan terhadap Sabah yang ditolak oleh Malaysia, jadi adakah ada jaminan strategik yang disebut tadi hubungan diplomatik kedua negara kita ini yang diperolehi daripada Kerajaan Manila sendiri bahawa pembangunan facilities di Balabac ini tidak mempunyai implikasi kepada keselamatan dan kedaulatan terhadap tuntutan ke atas Sabah tentunya oleh Philippines? Adakah juga maknanya telah pun ada satu jaminan bahawa ada security assurance, dengan izin, di pihak Philippines itu sendiri dan Amerika yang sekarang ini meningkatkan facilities di Balabac itu sendiri?
Yang kedua soalan saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pada 3 Oktober yang lalu, Menteri Pertahanan mengumumkan bahawa nisbah penempatan anggota ATM kita 50 nisbah 50 untuk Semenanjung dan Sabah dan Sarawak. Pada ketika ini, dua pertiga daripada kekuatan anggota tentera kita adalah di Semenanjung. Jadi, adakah nisbah ini telah digerakkan untuk penempatan tentera kita termasuklah khusus di Sabah itu sendiri?
Yang Berhormat Speaker, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri untuk menjawab.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih Yang Berhormat Sik atas dua soalan tambahan yang dikemukakan.
Pertama adalah jaminan. Dato’ Sri Yang di-Pertua, kita tahu bahawa kalau kita melihat sama ada dalam Kertas Putih Pertahanan kita ataupun perancangan- perancangan domain pertahanan kita― darat, udara dan juga laut― memang kita tahu bahawa kita bukan sahaja merancang sehingga dalam Rancangan Malaysia Ketiga belas, tetapi kalau kita lihat domain-domain pertahanan kita ini merancang keselamatan negara kita terutamanya di Sabah dan juga perairan Sabah itu sehingga tahun 2050.
Sebab itu kalau kita lihat, kita ada perancangan-perancangan perolehan aset.
Kalau kita lihat pun perancangan kita dalam aset-aset yang sedang kita bangunkan sama ada LMS di Turkiye, sama ada FA-50 di Korea Selatan dan kalau kita lihat aset- aset lain juga, termasuk LCS juga, dia terkait juga dengan perairan Sabah dan juga keselamatan Sabah.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Sebab itu kalau kita lihat, jaminan bukan sahaja kepada masa depan tetapi kalau kita lihat pembangunan, contohnya kalau kita lihat di KK sendiri, di Labuan sendiri, ini sebenarnya bukan sahaja menjaga sebahagian daripada Sabah tetapi saya fikir dia menjaga juga keseluruhan termasuk di Laut China Selatan dan juga di Laut Sulu. Saya yakin bahawa dengan apa yang telah kita rancang, dia dapat memberikan jaminan keselamatan kepada kita.
Adapun yang kedua yang dibangkitkan tentang nisbah, saya tak nafikan bahawa dalam perancangan kita― saya pun baru-baru ini ke Pulau Banggi dan juga ke Kudat. Memang perancangan masa depan adalah kita mahu menambah post- post kita terutamanya di kawasan-kawasan kepulauan itu untuk pastikan lebih ramai anggota dapat kita tempatkan, kerana kita tahu bahawa model pertahanan kita adalah model pertahanan bersepadu.
Sebab itu kalau kita lihat antara darat kita dan juga laut kita dan juga udara kita, kita ada Angkatan Tentera bersama yang mengkoordinasi semua aset-aset kita dan maklumat-maklumat kita untuk pastikan bahawa keselamatan kita di Sabah itu dan ancaman-ancaman sama ada secara tradisional ataupun non-tradisional itu sentiasa dapat kita atasi.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Itu sahaja jawapan, Dato’ Sri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pertahanan. Majlis ke soalan yang kelapan.
Dengan ini dipersilakan Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas, Yang Berhormat Mersing.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 8.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menjawab.
8. Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [Mersing] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah garis panduan dan syarat kelulusan pembinaan tempat penyimpanan abu mayat berhampiran kawasan penempatan, termasuk jarak, kesesuaian lokasi, dan mekanisme libat urus penduduk, khususnya di Pekan Endau yang diperuntukkan sebagai zon guna tanah perumahan dalam rancangan pemajuan yang berkuat kuasa
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
*Bismillahirrahmanirrahim.
[Membaca doa]* Tuan Yang
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
di-Pertua, saya memohon izin untuk mengalu-alukan kehadiran anak-anak dan guru- guru dari Sekolah Kebangsaan Segamat Baru di bawah Parlimen Sekijang.
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat Mersing, Kerajaan MADANI sentiasa cakna mengenai kesejahteraan, keselesaan dan keharmonian masyarakat dalam memastikan setiap pembangunan dilaksanakan secara terancang serta mengambil kira kepentingan komuniti setempat.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) sedang dalam memuktamadkan garis panduan, perancangan, tempat perkuburan bukan Islam, crematorium dan columbarium sebagai rujukan kepada pihak berkuasa negeri, pihak berkuasa tempatan, pemaju, pengusaha dan juga pihak-pihak berkepentingan dalam merancang dan mengawal pembangunan bagi kemudahan tersebut.
Daripada aspek perundangan subseksyen 94(1), Akta Kerajaan Tempatan 1976 ataupun Akta 171 memperuntukkan bahawa pihak berkuasa tempatan bolehlah mengadakan tempat yang sesuai di dalam atau di luar kawasan pihak berkuasa tempatan untuk digunakan sebagai tanah perkuburan atau tempat membakar mayat serta membuat peruntukan-peruntukan yang wajar bagi penyelenggaraannya.
Dalam konteks perancangan, kesesuaian guna tanah merupakan pertimbangan asas sebelum sesuatu pembangunan columbarium dipertimbangkan untuk kelulusan.
Cadangan pembangunan hendaklah mengambil kira rancangan pemajuan yang berkuat kuasa, termasuklah keserasian dengan zon guna tanah yang telah pun ditetapkan, di samping tertakluk kepada proses kebenaran merancang dan syarat- syarat teknikal serta perundangan yang berkaitan. Bagi columbarium, garis panduan yang sedang dimuktamadkan, mencadangkan tapak minimum 0.5 ekar dan hendaklah ditempatkan dalam kawasan perkuburan bersepadu atau bersebelahan dengan kawasan perkuburan serta bolehlah diintegrasikan dengan kemudahan berkaitan seperti bangunan keagamaan, crematorium dan juga dewan pengurusan mayat.
Daripada aspek kawalan fizikal dan keselesaan persekitaran, antara keperluan yang dicadangkan termasuklah penyediaan perimeter planting, anjakan bangunan, kawasan plinth maksimum 60 peratus, zon pemisah minimum 100 kaki atau 30 meter daripada kawasan pembangunan serta penyediaan akses keluar
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
masuk, tempat letak kereta, kemudahan orang kurang upaya, tempat letak bas dan kemudahan sokongan yang berkaitan.
Bagi kawasan yang telah pun diperuntukkan sebagai zon perumahan dalam kawasan pemajuan yang berkuat kuasa sepertimana yang telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen kita Mersing, di peringkat Endau— Pekan Endau, cadangan columbarium perlulah terlebih dahulu dinilai dan daripada aspek keselarasan guna tanah dengan rancangan pemajuan yang telah pun berkuat kuasa serta kesesuaian tapak sebelum sebarang pertimbangan diambil— dibuat.
Kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan MADANI sentiasa komited agar pembangunan columbarium dilaksanakan secara terancang dengan mengambil kira keselarasan rancangan kemajuan, kesesuaian lokasi, kawalan jarak dan persekitaran, keperluan teknikal serta pandangan komuniti setempat bagi memastikan pembangunan tersebut tidak menjejaskan fungsi kawasan perumahan dan juga kesejahteraan penduduk. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Yang Berhormat, soalan tambahan.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Timbalan Menteri. Jadi, berdasarkan jawapan Yang Berhormat Datuk Timbalan Menteri sebentar tadi, PLANMalaysia dilaporkan masih dalam proses untuk memuktamadkan garis panduan ini.
Jadi, bilakah garis panduan ini akan dimuktamadkan? Dan untuk kes di Pekan Endau ini, sejauh manakah bantahan penduduk setempat boleh menjadi pertimbangan untuk PBT menolak permohonan pembangunan columbarium ini?
Khususnya apabila pembinaan itu dibuat dalam zon guna tanah perumahan dan apakah kriteria yang digunakan untuk menilai bantahan tersebut? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri untuk menjawab.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Untuk makluman, pandangan dan kepentingan komuniti setempat adalah merupakan antara perkara wajar yang perlu diambil kira dalam proses perancangan, termasuklah khususnya dalam menilai kesan sesuatu cadangan pembangunan yang berlaku di dalam kawasan-kawasan kejiranan.
Walau bagaimanapun Ahli Yang Berhormat, keputusan terhadap sebarang permohonan kebenaran merancang hendaklah dibuat oleh pihak berkuasa tempatan
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
berdasarkan keseluruhan pertimbangan yang diperuntukkan. Saya memahami isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat ini. Setelah kita lihat pun, dia sebenarnya, asalnya memang columbarium dan kawasan itu juga dimiliki oleh kawasan pemilik columbarium awal.
Jadi, saya cadangkan kepada Ahli Yang Berhormat untuk kita sama-sama berbincang dengan pihak berkuasa tempatan dan juga pihak berkuasa negeri. Saya juga mengambil maklum— kementerian kita mengambil maklum adanya bantahan- bantahan. Dan saya ingin menegaskan di sini juga bahawa bantahan-bantahan itu telah diadakan libat urus daripada peringkat PBT bersama juga dengan para pembantah.
Jadi, setakat itu pada saya, semua proses telah pun berjalan dengan baik.
Cuma untuk peringkat Yang Berhormat sebagai Ahli Parlimen yang sangat peka, saya kira perlulah berbincang dengan pihak berkuasa tempatan dan juga pihak berkuasa negeri. Adapun di peringkat garis panduan, di peringkat PLANMalaysia itu adalah garis panduan dan kita memang memuktamadkan mengambil kira keseluruhan perkembangan-perkembangan. Insya-Allah akan dimaklumkan dengan kadar segera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Pilah.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, memandangkan isu ini, isu lokasi kemudahan penyimpanan abu mayat boleh menimbulkan konflik antara keperluan keagamaan, perancangan guna tanah dan kepentingan penduduk. Adakah kementerian bercadang mewujudkan garis panduan nasional yang seragam bagi memastikan keputusan PBT tidak berbeza-beza di antara negeri? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri untuk menjawab.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, soalan Ahli Yang Berhormat Kuala Pilah sangat tepat, di mana kita di peringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, memanglah tugas dan tanggungjawab kita untuk menyediakan polisi nasional. Dan garis panduan nasional tadi, saya sudah sebutkan bahawa PLANMalaysia sedang dalam peringkat memuktamadkan garis panduan tersebut dengan mengambil kira, menekankan satunya keseimbangan antara;
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
(i) keperluan agama dan budaya;
(ii) keselamatan serta kekukuhan struktur;
(iii) accessibility; dan
(iv) keselesaan pengguna dan juga kualiti persekitaran.
Di samping pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, memastikan agar reka bentuk itu bersesuaian dengan tapak dan amalan setempat. Jadi, jawapan saya ringkas, ada. Insya-Allah dalam peringkat dimuktamadkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kesembilan.
Dipersilakan Tuan Tan Kar Hing, Yang Berhormat Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Tekun menunggu soalan demi soalan, Tibalah masa Menteri jawab soalan sembilan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menjawab.
9. Tuan Tan Kar Hing [Gopeng] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan status dan gerak kerja bagi meratifikasikan ARRA 1968 dan LIAB 1972.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Chang Lih Kang
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih YB Gopeng. Untuk menjawab soalan ini, ada dua bahagian. Satu, tentang status ratifikasi. Satu, tentang gerak kerja. Untuk menjawab status ratifikasi, Malaysia kini berada pada fasa persediaan aktif untuk meratifikasikan Rescue of Astronauts, The Return of Astronauts and Return of Objects Launched into Outer Space (ARRA) 1968 dan menyertai Convention on International Liability for Damage Caused by Space Objects 1967 yang disasarkan selewat-lewatnya pada suku kedua 2027. Langkah ini diambil bagi memastikan kesiapsiagaan operasi dan perundangan domestik dalam mendepani risiko bencana serta tuntutan liabiliti melibatkan aktiviti angkasa.
Untuk bahagian gerak kerja kesiapsiagaan, untuk makluman Dewan yang mulia ini, kita ada buat latih amal dan PTO bencana iaitu Latih Amal Kemalangan Angkasa (Ex LAKA) Fasa 1 telah diadakan pada 26 hingga 27 November 2025.
Manakala, fasa kedua dengan senario yang lebih kompleks telah pun dilaksanakan pada 1 Oktober tahun ini. Latih amal penuh FTX dijangka diadakan pada awal tahun 2027. Penemuan hasil daripada latih amal tersebut akan dimasukkan dalam
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Chang Lih Kang
Peraturan Tetap Operasi (PTO) Bencana Angkasa 4.0. Ex LAKA merupakan medan ujian pertama bagi mendapatkan respons atau tindak balas jika berlaku insiden kejatuhan objek angkasa.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Chang Lih Kang
Yang kedua, dokumen siasatan versi 3.0. Dokumen proses kerja siasatan penemuan objek disyaki objek angkasa telah dikemas kini ke versi 3.0 berdasarkan pengalaman sebenar BPA di lapangan dan juga mesyuarat penyelarasan pada 28 Januari 2026 telah memasukkan insiden kemalangan angkasa secara rasmi di bawah Arahan NADMA No. 1. Mangsa terkesan layak menerima Bantuan Kewangan Sosial NADMA, manakala kos operasi ditanggung oleh MOSTI di bawah BPAngkasa.
MOSTI juga merancang pembentukan Akaun Amanah Kebangsaan untuk pemulihan persekitaran. Dan untuk penyelarasan ruang udara, BPAngkasa menyertai JIPRUA dan JTRUA anjuran ATM dan CAAM untuk mengurus trafik segmen udara angkasa dan pelepasan pelancaran serta dalam pertimbangan untuk menjadi ahli tetap.
Akhirnya, tentang simulasi perundangan dan Garis Panduan Antarabangsa.
Pertandingan Mut Perundangan Angkasa dianjurkan pada 5 hingga 7 Disember 2025 untuk menguji tuntutan liabiliti bawah Akta 834 disokong penerimaan garis panduan sumber kuasa nuklear UNOOSA.
Secara keseluruhannya, Dato’ Yang di-Pertua, ratifikasi ARRA 1968 dan penyertaan Malaysia dalam LIAB 1972 merupakan prasyarat utama sekiranya negara ingin menjayakan program angkasanya termasuk aktiviti angkasa yang direncanakan dalam Pelan Tindakan Dasar Angkasa Negara 2030 dan penyertaan ini akan memperlihatkan negara sebagai pemain angkasa yang bertanggungjawab, yang akan menarik pelaburan antarabangsa untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam usaha membangunkan industri angkasa negara dan seterusnya mampu menyumbang kepada keselamatan dan ekonomi negara. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Gopeng, soalan tambahan.
Silakan.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Terima kasih. Terima kasih kepada Menteri atas jawapan yang tuntas tadi. Cuma dalam perkara ini sebab bagi orang biasa, ARRA dan LIAB ini memang sesuatu perkara yang tidak semua orang faham dan tahu. Cuma mungkin Menteri boleh memberikan penjelasan yang lebih mendalam
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
mengapakah proses ini lama diambil untuk meratifikasikan kedua-dua triti ini. Apakah cabarannya, kekangannya dan adakah betul-betul kementerian yakin kita boleh menepati jadual yang ditetapkan untuk ratifikasikan kedua-dua triti ini yang akan berlaku nanti?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Menteri, silakan.
Datuk Chang Lih Kang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Gopeng. Sebenarnya masa agak lama diambil untuk meratifikasikan kedua-dua triti ini sebab sistem perundangan Malaysia mengamalkan sistem dualism, dengan izin, yang cenderung untuk mempunyai undang-undang domestik terlebih dahulu sebelum menyertai mana-mana perjanjian antarabangsa, termasuk triti angkasa ini.
Dan sehubungan dengan itu, Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022, iaitu Akta 834 telah digubal dan seterusnya diwartakan pada 25 Januari 2022 dan baru dikuatkuasakan sepenuhnya pada 1 Januari 2025. Justeru, dengan penguatkuasaan penuh Akta 834 ini, Malaysia kini bersedia untuk menyertai triti angkasa UN COPUOS ataupun United Nations Committee on the Peaceful Uses of Outer Space tersebut.
So, bagi tujuan tersebut Tuan Yang di-Pertua, Jawatankuasa Kerja Triti Angkasa telah pun ditubuhkan pada tahun 2023 dengan keanggotaan terdiri daripada 19 kementerian, agensi kerajaan, dan akademia untuk mengkaji secara terperinci kandungan klausa yang ditetapkan serta obligasi penyertaannya. Melalui jawatankuasa kerja ini juga, beberapa siri mesyuarat, bengkel dan libat urus dengan semua pihak berkepentingan termasuk pemain industri telah diadakan sepanjang tahun 2023 hingga 2024 dan hasil dapatan jawatankuasa ini telah dibentangkan bagi pertimbangan Lembaga Angkasa Malaysia sebelum sebarang syor dapat dilaksanakan.
Bahagian Penguasa Angkasa selaku badan yang telah diberi mandat untuk mengurus dan mengimplementasikan Akta 834 memerlukan masa untuk melaksanakan syor ataupun cadangan yang telah diluluskan dalam jawatankuasa kerja tersebut. Maka, itulah sebab kenapa kita ambil masa agak panjang untuk meratifikasikan kedua-dua triti angkasa ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Malaysia menyasarkan untuk memiliki tapak
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
pelancar roket pertama di Asia Tenggara menjelang 2029 dan syarikat swasta tempatan sudah mula meluncurkan satelit ke orbit seperti TerraX-1 pada akhir 2025.
Minta Menteri menyatakan impak penyertaan rasmi Malaysia ke dalam Outer Space Treaty (OST) 1997, Registration Convention (REG) 1975 dan Artemis Accords pada Oktober 2025 terhadap keyakinan pelabur luar bagi pembinaan tapak peluncuran roket komersial di lokasi strategik yang ada dibincangkan seperti di Sarawak, Sabah atau Pahang.
Bagaimanakah penyertaan ke dalam triti-triti antarabangsa ini dapat melindungi hak harta intelek (IP) dan teknologi proprietary anak tempatan di samping memastikan aktiviti pelancaran komersial pada masa hadapan tidak melanggar prinsip penggunaan ruang angkasa bagi tujuan keamanan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri untuk menjawab.
Datuk Chang Lih Kang
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Kuala Terengganu. Soalan itu agak rumit juga tetapi untuk menjawab secara general, dengan kita menyertai ataupun meratifikasikan triti angkasa ini, ia boleh memberikan keyakinan kepada komuniti antarabangsa di mana kita akan menjadi satu negara yang akan membangunkan industri angkasa dengan bertanggungjawab.
Saya bagi contoh, kerangka domestik telah pun memindahkan risiko dan tanggungjawab yang timbul daripada aktiviti angkasa negara kepada pengendali ataupun pihak berkaitan. Sebagai contoh, tanggungjawab antarabangsa Malaysia sebagai launching state. Kalau kita ada fasiliti pelancar roket, di bawah OST 1967 dan LIAB 1972 telah pun diterjemahkan kepada peringkat domestik melalui kewajipan pelesenan dan penyeliaan. Tanggungan mutlak pengendali ataupun pemilik objek angkasa. Kewajipan menanggung rugi kerajaan serta keperluan mendapatkan perlindungan insurans liabiliti pihak ketiga.
Itu adalah beberapa contoh yang dia akan menyempurnakan kerangka perundangan kita sekiranya kita ada fasiliti pelancar roket. Itu baru satu. Dia ada beberapa lagi tetapi secara keseluruhannya, dengan kita meratifikasikan triti angkasa ini, ia akan memberikan keyakinan kepada komuniti antarabangsa di mana kita akan mengendalikan industri angkasa ini dengan bertanggungjawab, kita akan juga membantu sekiranya berlaku apa-apa kemalangan yang melibatkan objek angkasa. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Majlis akan ke soalan yang terakhir bagi sesi jawapan lisan. Dengan ini dipersilakan Tuan Roy Angau anak Gingkoi, Lubok Antu.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 10.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Perladangan dan Komoditi untuk menjawab.
10. Tuan Roy Angau anak Gingkoi [Lubok Antu] minta Menteri Perladangan Dan Komoditi menyatakan sama ada Kerajaan bercadang menyediakan insentif produktiviti berterusan, termasuk bantuan input seperti baja, kepada pekebun kecil sawit persendirian yang aktif dan mematuhi pensijilan MSPO bagi meningkatkan produktiviti dan pendapatan.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Lubok Antu.
Kerajaan sentiasa komited untuk memperkasakan dan memelihara kebajikan pekebun kecil persendirian (PKP) di seluruh negara termasuk di Sarawak melalui pelbagai insentif produktiviti dan sokongan input pertanian secara berterusan bagi meningkatkan hasil dan pendapatan mereka.
Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), kerajaan melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menyediakan Skim Insentif Pembiayaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0 (TSPKS 2.0) bagi membantu pekebun kecil melaksanakan penanaman semula bagi menggantikan pokok sawit tua dan tidak produktif. Skop bantuan input di bawah skim ini termasuk pembekalan anak benih sawit berkualiti, baja, racun dan peralatan bagi menyelenggara kebun serta kawalan serangan ganoderma terutamanya pada peringkat awal pertumbuhan.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Selain itu, bagi PKP yang aktif mengusahakan kebun matang dan mematuhi Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), KPK melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) secara berterusan memberi sokongan insentif merangkumi pembayaran keseluruhan kos audit pensijilan MSPO. Latihan Amalan Pertanian Baik, Good Agricultural Practice (GAP), khidmat nasihat teknikal, pembajaan berhemah melalui Kelompok Minyak Sawit Mampan (SPOC) serta agihan insentif fizikal seperti rak penyimpanan bahan kimia dan peralatan perlindungan diri (PPE) kepada PKP yang layak.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa pada masa ini, kerajaan telah dan sedang menyediakan insentif produktiviti secara berterusan kepada pekebun kecil persendirian dan akan terus memperkasakannya. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, soalan tambahan Yang Berhormat Lubok Antu.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan. Timbalan Menteri dalam mengambil kira cabaran perubahan cuaca seperti fenomena El Nino serta jerebu yang masih serius, apakah kesan jangka panjang kedua-dua faktor tersebut terhadap produktiviti dan pengeluaran CPO negara khususnya kepada pekebun kecil sawit persendirian dan apakah langkah mitigasi serta bentuk sokongan berterusan yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu pekebun kecil mengekalkan produktiviti dan perkhidmatan mereka.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Menteri.
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Lubok Antu. Terima kasih prihatin sebab sekarang cuaca menghadapi cuaca yang tidak baik, sekarang banyak panas, jerebu pun banyak juga.
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
[Bangun]
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
[Bangun]
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Dalam jangka panjang kesan El Nino terhadap pengeluaran CPO dijangka lebih ketara pada tahun 2027 berbanding tahun 2026 berikutan wujudnya kesan tertangguh antara tekanan cuaca kering dengan tindak balas fisiologi pokok sawit. Keadaan kering berpanjangan, boleh menjejaskan pengeluaran tandan buah segar (TBS) dan seterusnya CPO pada tempoh berikutnya.
Untuk makluman Yang Berhormat, tahun 2027 dilihat sebagai tempoh risiko utama terhadap pengeluaran CPO susulan kesan tertangguh daripada tekanan cuaca pada tahun 2026. Manakala, tahun 2028, lebih berkemungkinan menjadi tempoh pemulihan atau kesinambungan kesan rentetan bergantung pada keadaan cuaca dan pemulihan taburan hujan sepanjang tahun 2027.
Bagi mengurangkan kesan El Nino terhadap tanaman sawit, kerajaan menggalakkan amalan pengurusan ladang yang adaptif khusunya dalam aspek pengurusan air dan pemeliharaan kelembapan tanah.
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Antara langkah yang boleh dilaksanakan termasuk penyelenggaraan sistem perparitan dan pengairan yang bersesuaian. Penyimpanan air serta penggunaan bahan organik dan pelepah sawit sebagai sungkupan (mulch) bagi mengurangkan kehilangan kelembapan tanah.
Selain itu, amalan agronomi yang baik adalah penting bagi membolehkan tindakan pengurusan dilaksanakan lebih awal sekiranya berlaku tempoh kering yang berpanjangan. Pendekatan pengurusan ladang yang berterusan dan responsif terhadap keadaan cuaca ini dapat meningkatkan daya tahan tanaman kelapa sawit terhadap tekanan iklim serta membantu mengurangkan risiko penurunan produktiviti akibat kejadian El Nino. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Menteri, silakan Yang Berhormat Padang Serai.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Timbalan Menteri. Saya ada beberapa soalan tambahan yang saya ingin tanyakan. Adakah kerajaan berhasrat menubuhkan suatu dana strategi jangka panjang seperti tabung pembangunan pekebun kecil nasional yang menyepadukan modal pusingan awal. Pendekatan geran padanan hibrid serta skim pembiayaan berkadar konsesi bagi memayungi agenda tanam semula adaptasi teknologi mekanisasi dan meningkatkan— dan peningkatan produktiviti hasil sawit secara lestari. Terutama dalam mendepani kos input pertanian yang tinggi serta ketidakmampuan pasaran global. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Menteri untuk menjawab.
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman, pada masa ni, kerajaan belum mempunyai tabung khusus bagi tujuan tersebut. Walau bagaimanapun, kerajaan telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan dan sokongan kepada pekebun kecil sawit melalui program pembangunan, pembiayaan dan khidmat perkembangan yang dilaksanakan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Untuk makluman Yang Berhormat juga, bagi tujuan yang sama, pendekatan secara berkelompok melalui Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) terus digalakkan bagi meningkatkan kecekapan dan mengoptimumkan kos operasi pekebun kecil. Antara bentuk sokongan yang disediakan, adalah seperti berikut.
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Pertama, Skim Pembiayaan Mudah tanpa faedah sebanyak RM100,000 hingga RM300,000 bagi setiap KPSM sebagai modal pusingan untuk meningkatkan pemberian TPS secara berkelompok.
Kedua, Skim Mekanisasi KPSM dalam bentuk geran sebanyak RM80,000 bagi setiap KPSM. Ketiga, Skim Pengklusteran Kebun dengan peruntukan RM10 juta yang melibatkan 10 KPSM dan keempat, Skim Pemberian Excavator bernilai RM350,000 bagi setiap KPSM untuk menyokong kerja penyelenggaraan jalan ladang.
Di samping itu, pekebun kecil sawit persendirian yang layak boleh mendapatkan BUDI Agrikomoditi sebanyak RM400 sebulan bagi membantu menampung sebahagian kos operasi kebun. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan Rang Undang-undang Makanan (Pindaan) 2026 seperti di Nombor 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini. Selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 3.30 petang, hari Jumaat, 9 Oktober 2026.” Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ada Yang Berhormat menyokong?
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Ahli- ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Dato’ Timbalan Speaker, Kota Melaka sini. Peraturan 18(1).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, apa dia Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya, Dato’ Timbalan Speaker, kita lihat hari ini catatan daripada alam sekitar menunjukkan 38 kawasan mengalami indeks, air polluted index yang tidak sihat. Dan di Johor pula, semua sekolah telah diarahkan untuk tutup ekoran daripada titah Pemangku Sultan Johor. Dan semalam kita juga lihat Batu Pahat juga sama, semua sekolah diminta tutup, hari ini lebih serius, dua hari diminta tutup.
Jadi, masalah jerebu ini amat serius. Jadi, pada Isnin yang lepas, saya telah kemukakan satu usul di mana saya minta untuk Dewan membenarkan saya untuk bahaskan topik ini. Sebab saya lihat keadaan jerebu dan pencemaran udara yang sedang melanda Malaysia ini yang wajar dilihat sebagai satu krisis nasional kerana telah melibatkan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Serta memberi implikasi terhadap kesihatan awam, keselamatan dan daya tahan negara, ekonomi dan juga kesejahteraan rakyat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Dan saya melihat ini sebagai satu perkara yang tertentu kerana dia merujuk kepada satu episod jerebu semasa yang nyata berterusan dan telah menjejaskan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dengan bacaan IPU di beberapa lokasi mencecah tahap tidak sihat, sangat tidak sihat dan berbahaya.
Dan begitu juga saya berpendapat perkara ini dikehendaki disegerakan kerana keadaan jerebu boleh berubah dan merusuk dengan pantas mengikut keadaan cuaca, arah angin dan aktiviti titik panas. Manakala pendedahan berterusan boleh memberi kesan segera serta jangka panjang terhadap kesihatan rakyat
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
khususnya golongan rentan dan juga meningkatkan tekanan terhadap sistem kesihatan negara.
Begitu saya berpendapat bahawa perkara ini juga berkenaan dengan kepentingan orang ramai kerana ia melibatkan kesihatan dan keselamatan awam pada skala nasional di samping memberi kesan kepada kehidupan harian produktiviti dan aktiviti ekonomi serta berpotensi menjejaskan keterjaminan makanan dan daya tahan negara sekiranya keadaan ini berpanjangan.
Dan saya telah menerima surat daripada pejabat Speaker semalam mengatakan bahawa usul saya ini telah ditolak kerana pada Selasa ya, pada Selasa ada satu soalan. Soalan pertanyaan lisan nombor 2, di mana Yang Berhormat Tanjong Manis telah menanyakan soalan yang berkaitan dengan topik ini kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Di mana soalannya berbunyi menyatakan apakah langkah yang telah diambil oleh kementerian dalam menghadapi masalah jerebu rentas sempadan terutamanya sekali yang melanda Sarawak. Apakah tindakan diplomatik atau undang-undang yang telah diambil oleh kementerian untuk mengatasi masalah jerebu yang berlanjutan ini?
Saya memang setuju bahawa topik yang sama telah dikemukakan pada Selasa sewaktu sesi soal jawab lisan tetapi saya nak minta supaya Timbalan Speaker boleh pertimbangkan semula keputusan yang telah dibuat itu sebab saya rasa ini topik bukan hanya had kepada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam sahaja tapi dia melibatkan kementerian-kementerian yang lain seperti Kementerian Luar Negeri. Sebab kita tahu jerebu ini akibatnya ialah daripada kebakaran yang berlaku di Indonesia dan dia telah— angin tiup jerebu itu sampai ke Malaysia ini dan mengikut laporan yang kita terima ada juga syarikat tempatan yang terlibat dalam pembakaran tersebut di Indonesia sana.
Jadi, saya rasa ini satu topik yang besar di mana kita perlu beberapa kementerian untuk memberikan satu penjelasan yang lebih lengkap dan saya percaya ramai antara kita yang Ahli Berhormat di sini juga ingin membahaskan isu yang penting ini. Jadi, saya harap dapat petua daripada Dato’ Timbalan Speaker sama ada boleh pertimbangkan semula usul yang saya telah bentangkan, yang saya tujukan dan telah ditolak oleh Pejabat Speaker. Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Kota Melaka, sebagaimana di bawah Peraturan 18(2) telah dijelaskan
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
jawapan telah menolak usul Yang Berhormat tersebut. Kalau kita lihat Menteri telah menjawab sebagaimana Yang Berhormat nyatakan tadi.
Tapi bagi diri saya juga, saya lihat perkara ini amat very important dengan izin, melibatkan seluruh negara. Dan kita tiap-tiap hari menghadapi isu-isu kesihatan, isu-isu berkaitan persekolahan dan sebagainya hingga ditutup.
Saya— pada pandangan saya jawapan yang Menteri telah jawab adalah bersesuaian. Walau bagaimana, ini telah ditetapkan pada Peraturan 43. Saya telah buat keputusan. Malah yang ini saya yang buat keputusan iaitu jika Yang Berhormat Kota Melaka tidak bersetuju, Yang Berhormat ada 48 jam untuk usulkan semula.
Dan bagi saya kalau Speaker bersetuju, saya pun bersetuju juga untuk— walau bagaimanapun berbanding pada soalan yang Yang Berhormat nyatakan tadi, saya menolaklah. Walau dengan sedemikian, saya cadangkan Yang Berhormat usulkan dan jika perlu boleh dinaikkan di Aturan Mesyuarat yang akan datang. Baik ya.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih kepada Dato’ Timbalan Speaker. Saya akan kemukakan usul sekali lagi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Yang Berhormat Menteri untuk membentangkan.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang bernama satu Akta Makanan (Pindaan) 2026.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.
Dato’ Yang di-Pertua, kawalan keselamatan makanan merupakan agenda penting di peringkat domestik dan juga di peringkat global bagi memastikan bekalan makanan yang selamat dan tidak menjejaskan kesihatan awam dan kesihatan
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
rakyat. Sebarang isu keselamatan makanan merupakan perkara serius berkepentingan tinggi kepada masyarakat dan akan membawa implikasi kepada perdagangan makanan di peringkat antarabangsa.
Kerajaan berdepan pelbagai cabaran dalam memastikan keselamatan makanan di negara ini. Antara cabaran utama yang dihadapi termasuk menangani isu pencemaran kimia seperti penyalahgunaan residu racun perosak, residu antibiotik serta penggunaan aditif makanan secara berlebihan.
Di samping itu, kerajaan juga perlu memperkukuhkan keupayaan dalam mengesan kemunculan bahan kimia serta patogen baharu yang dipengaruhi oleh perubahan iklim serta pengenalan makanan baharu ataupun novel food dengan izin Yang di-Pertua, yang memerlukan pendekatan penilaian risiko yang lebih komprehensif dan terkini.
Selain itu, rantaian bekalan makanan yang semakin kompleks dan melibatkan pelbagai peringkat daripada ladang hinggalah ke meja makan (from farm to table) Dato’ Yang di-Pertua dengan izin, turut menambahkan cabaran dalam memastikan keselamatan makanan sentiasa terpelihara.
Satu lagi cabaran besar dalam keselamatan makanan moden ialah isu food contact materials dengan izin, bahan bersentuhan makanan. Hari ini kita tidak boleh melihat keselamatan makanan hanya daripada apa yang ada di dalam makanan. Kita juga perlu melihat apa yang bersentuhan dengan makanan itu. Daripada bekasnya, plastiknya, kertasnya, kadbodnya, dakwat percetakannya, pelekatnya, salutannya, pinggan mangkuknya, peralatan dapurnya dan peralatan yang memprosesnya.
Di seluruh dunia hari ini, kita telah melihat pelbagai kontroversi. Bahkan negara-negara maju seperti OAC di Eropah, produk plastik yang dipasarkan sebagai contohnya the bamboo ware telah didapati boleh menyebabkan migrasi melamine dan formaldehyde [Tidak jelas] ini dipasarkan sebagai pinggan mangkuknya dan sebagainya. Di mana migrasi melanin ia adalah plastik sebenarnya.
Migrasi melamine dan juga formaldehyde ke dalam makanan sampai kepada paras adalah lebih daripada 3.5 kali dan formaldehyde 25 kali berlebihan had yang ditetapkan yang diizinkan. Ratusan produk seumpama ini kemudiannya ditarik balik atau dikeluarkan daripada pasaran.
Termasuklah hal-hal yang— bahan-bahan lain seperti PFAS (Perfluoroalkyl and Polyfluoroalkyl Substances) ini dalam bungkusan-bungkusan makanan. Mineral oil daripada recycle papers, lead dan cadmium daripada ceramic ware serta bahan-
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
bahan daripada printing ink yang boleh berhijrah ke dalam makanan, Dato’ Yang di- Pertua.
Yang lebih membimbangkan banyak daripada produk ini dipasarkan melalui e-commerce, e-dagang dengan dakwaan seperti bahan-bahan ini adalah natural, eco-friendly, bamboo dan safe, selamat sedangkan bahan sebenarnya dan komposisinya mungkin tidak diketahui atau tidak mematuhi standard keselamatan.
Kita di Malaysia tidak juga terkecuali. KKM terus menjalankan pemantauan terhadap migrasi bahan kimia daripada food packaging dan melamine sepertimana yang saya sebutkan tadi melamine ware-nya. Malah kajian terkini terdapat melamine ware di pasaran tempatan yang menunjukkan terdapat sampel yang melebihi had migrasi formaldehyde yang ditetapkan dalam kajian tersebut.
Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman semua Ahli Dewan dan juga Ahli Yang Berhormat, usaha memastikan semua pengusaha makanan melaksanakan Program Jaminan Keselamatan Makanan secara berkesan juga memerlukan komitmen dan pemantauan berterusan.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Penjagaan kebersihan yang tidak memuaskan, kekangan dalam aspek penguatkuasaan perlu ditambah baik serta cabaran dalam komunikasi risiko (risk communication) dikenal pasti sebagai isu penting yang perlu ditangani secara menyeluruh dan berkesan, efektif.
Peningkatan perdagangan antarabangsa meningkatkan risiko penyebaran pencemaran merentasi sempadan. Ini lebih lagi sukar, Dato’ Yang di-Pertua. Selain itu, peningkatan suhu ya, akibat perubahan iklim memanjangkan musim pembiakan bakteria-bakteria patogen ini dan juga kulat, fungi ataupun kulat beracun.
Isu harmonisasi standard turut menjadi cabaran kepada negara apabila terdapat negara menggunakan standard yang lebih ketat daripada standard makanan antarabangsa iaitu Codex Alimentarius, dengan izin Dato’ Yang di-Pertua.
Di peringkat global, keselamatan makanan merupakan isu kritikal kerana perkaitannya dengan perubahan iklim. Jadi, perubahan iklim dengan suhu yang meningkat dia membawa pelbagai implikasi dan kesan. Kesihatan pengguna global serta perdagangan antarabangsa, semuanya terjejas.
Antara polemik yang dihadapi adalah penyakit bawaan makanan ataupun dengan izin, food-borne diseases di mana pada tahun 2026, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan sebanyak 866 juta kes penyakit dan 1.5 juta
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
kematian berlaku setiap tahun akibat pengambilan makanan tercemar atau tidak selamat.
Dato’ Yang di-Pertua, Akta Makanan 1983 [Akta 281] adalah satu akta yang melindungi orang ramai daripada bahaya kesihatan yang berpunca daripada makanan dan penipuan dalam penyediaan makanan, penjualan dan juga penggunaan makanan serta mengenai perkara-perkara yang terkait atas hubungan dengannya.
Akta 281 dikuatkuasa oleh Kementerian Kesihatan kami melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan yang bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan makanan terjamin di sepanjang rantaian bekalan makanan, sama ada makanan yang dijual di pasaran tempatan, yang dihasilkan dalam negara ataupun yang diimport mahupun makanan bagi tujuan eksport.
Akta 281 tidak pernah dikaji secara menyeluruh sejak awal pewartaannya pada tahun 1983, Dato’ Yang di-Pertua. Namun demikian, Akta 281 telah dipinda sebanyak tiga kali, 27 September 2021, 29 Jun 2026 yang spesifik kepada seksyen- seksyen tertentu sahaja bagi menangani masalah penguatkuasaan serta penyelarasan dengan prosedur baharu, ya.
Prosedur baharu di bawah Kanun Tatacara Jenayah (CPC) Akta 593 seterusnya, pindaan berbangkit daripada penggubalan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] pada Februari 2024. Itu sahaja yang pernah melalui sedikit pindaan secara khusus, Dato’ Yang di-Pertua.
Peruntukan sedia ada di bawah Akta 281 dilihat tidak lagi dapat menampung cabaran semasa keselamatan makanan untuk melindungi kesihatan rakyat. Oleh itu, pindaan Akta 281 amat relevan bagi memperkukuh aspek kawalan keselamatan makanan serta melindungi hak dan kepentingan rakyat untuk mendapat makanan yang selamat dan berkualiti di pasaran. Secara tidak langsung, langkah ini merupakan— dan sekali gus meningkatkan prestasi dan melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara ke tahap lebih inklusif dan mampan.
Justeru itu Dato’ Yang di-Pertua, pindaan Akta 2026 ini adalah sangat bertepatan, sangat penting untuk memperkemas dan memperkasakan kawalan kualiti serta keselamatan makanan, khususnya kerana dalam era teknologi baharu, makanan baharu, novel food, e-dagang dan pemasaran digital termasuklah apa yang telah saya sebutkan tadi tentang bahan-bahan yang dikatakan bahan bersentuhan makanan. Sesi libat urus telah diadakan pada 2023 sehingga 2026, bersama-sama pemegang taruh daripada pelbagai kementerian dan agensi kerajaan, termasuk
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan juga pihak berkuasa tempatan (PBT), persatuan-persatuan, pihak-pihak industri, wakil kedutaan dan juga ahli akademik.
Konsultasi awam melalui portal Unified Public Consultation (UPC) juga telah dijalankan pada 11 Disember 2024 hingga 8 Januari 2025, untuk mendapatkan ulasan daripada semua pihak berkepentingan berhubung cadangan pindaan Akta 281 kami ini. Notifikasi kepada World Trade Organization (WTO) juga telah dikemukakan untuk mendapatkan komen dan ulasan daripada ahli WTO terhadap cadangan pindaan Akta 281 pada 19 Disember 2025 hingga 19 Februari 2026.
Semua ulasan yang diterima telah dikaji dan diambil kira dalam cadangan pindaan Akta 281, akta yang sedang saya bentangkan ini. Untuk makluman Ahli Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Yang Berhormat, cadangan pindaan Akta Makanan 1983 [Akta 281] ini telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan Parlimen Kelima Belas yakni Bil. 11 Tahun 2025 pada 16 Julai 2025.
Cadangan pindaan Akta Makanan 1983 ini juga telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri pada 19 Mac 2025, secara dasarnya.
Seterusnya, Rang Undang-undang (RUU 2025) ini telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri pada 25 Julai 2026, dan telah pun mendapat ulasan daripada kementerian-kementerian yang berkepentingan dan Jabatan Peguam Negara, Dato’ Yang di-Pertua. Kalau sikit lagi Dato’ Yang di-Pertua, pindaan ini dilihat sebagai komitmen kerajaan untuk terus memperkukuh kawalan di bawah Akta 281 meliputi tafsiran, definisi, kuasa membuat peraturan, penguatkuasaan serta hukuman penalti seperti yang berikut. Antara lainnya, memperkukuh kawalan bagi merangkumi bahan bersentuhan makanan (BBM), memperluas kuasa Ketua Pengarah untuk menutup premis yang menyedia, menyimpan dan menjual makanan yang memudaratkan kesihatan.
Seterusnya, memperluas kuasa Ketua Pengarah untuk membuat penyiaran tanpa perintah mahkamah. Seterusnya, verifikasi lapangan fasiliti makanan luar negara, yakni mengawal kemasukan makanan bagi tujuan penjualan tetapi diisytiharkan kegunaan sendiri, mengawal kemasukan makanan bagi tujuan jualan tetapi diisytihar untuk kegunaan sendiri.
Pindaan seterusnya, pindaan dan cadangan baharu bagi tafsiran, penyeragaman kuasa Ketua Pengarah Kesihatan, menaikkan kadar denda dan tempoh maksimum penjara, pengukuhan aktiviti penguatkuasaan iaitu dengan memperjelas dan memperkasakan aktiviti penguatkuasaan seperti berikut, Dato’ Yang di-Pertua.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Satu, memperjelas kuasa Menteri bagi membuat peraturan berkaitan fi bagi pensijilan program jaminan keselamatan makanan.
Kedua, memperjelas kuasa pegawai diberi kuasa untuk menyiasat di samping kuasa memeriksa yang sedia ada.
Ketiga, memperluas kuasa pegawai diberi kuasa bagi meminta maklumat berkaitan pengiklanan-pengiklanan makanan dan juga memeriksa buku, dokumen atau lain-lain rekod yang terdapat di premis berkaitan selain premis makanan seperti premis yang dihasilkan iklan makanan tersebut.
Seterusnya keempat, memperluas kuasa pegawai diberi kuasa untuk meminta mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes untuk hadir di hadapan pegawai diberi kuasa.
Kelima, memperluas kuasa pegawai diberi kuasa bagi mendapat akses kepada apa-apa maklumat berekod atau berkomputer dan selainnya.
Keenam, memperluas kuasa Mahkamah Majistret Kelas Pertama untuk membicara dan mengenakan hukuman ke atas apa-apa kesalahan di bawah Akta 281 ini dan akhir sekali, kos dan perbelanjaan yang ditanggung kerajaan boleh diperoleh semula daripada pihak syarikat ataupun pemilik produk, Dato’ Yang di- Pertua.
Rang Undang-undang Makanan 2026, ini merangkumi 39 fasal, Dato’ Yang di-Pertua. Saya tidak bercadang untuk baca semua, Dato’ Yang di-Pertua. Terlalu panjang tetapi apa boleh saya sebutkan yang fasal pertama mengandungi tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan dan memberi kuasa kepada Menteri untuk menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuasa- kuasa peruntukan yang berlainan akta yang dicadangkan.
Dan, itu fasal yang pertama berakhir fasal yang ke-39, Dato’ Yang di-Pertua, bertujuan untuk meminda seksyen 34, Akta 281 untuk meluaskan kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan mengenai apa-apa kehendak ataupun perkara yang berhubungan dengan bahan bersentuhan makanan, untuk memperuntukkan bagi fi yang kena dibayar yang berkenaan dan dengan apa-apa pensijilan yang dibuat di bawah Akta 281 atau peraturan-peraturannya dan penalti denda yang tidak melebihi RM25,000 atau pemenjaraan bagi tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi pelanggaran mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta 281.
Seterusnya adalah hal-hal yang terkait dengan subfasal, Dato’ Yang di- Pertua. Saya tidak bercadang untuk membacanya. Dato’ Yang di-Pertua, Rang
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Undang-undang Makanan (Pindaan) 2026 adalah bertujuan untuk memperkukuhkan kawalan keselamatan dan kualiti makanan di negara ini dan meminda dan menambah tafsiran agar selari dengan status dan teknologi terkini, memperkukuh kuasa Ketua Pengarah, memperkukuh kawalan bahan bersentuhan makanan, memperkukuh aktiviti penguatkuasaan dan menaikkan kadar penalti agar selaras dengan kadar terkini, Dato’ Yang di-Pertua. Ya, ini yang terakhir.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Rang undang-undang ini amat penting bagi memantapkan dan memastikan penguatkuasaan Akta 281 dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, menyeluruh dan terus untuk meningkatkan keyakinan rakyat bahawa makanan serta bahan bersentuhan makanan di pasaran adalah selamat dan berkualiti, sekali gus melindungi kesihatan awam, kesihatan rakyat serta mempermudahkan perdagangan makanan yang secara langsung meningkatkan ekonomi negara.
Dalam hal ini, saya sekali lagi memohon Ahli-ahli Dewan, Ahli-ahli Yang Berhormat pada hari ini untuk memberikan pertimbangan sewajarnya untuk meluluskan rang undang-undang ini. Saya mohon mencadangkan, Dato’ Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, ada sesiapa Yang Berhormat menyokong?
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Makanan 1983 dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan di Dewan Rakyat ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, senarai yang saya— di dalam tangan saya amat panjang. Sebanyak 35 Yang Berhormat akan berbahas. Saya akan baca 20 dahulu dan Yang Berhormat Timbalan Speaker yang akan mengambil alih kemudian akan membaca sambungannya.
Mereka-mereka Yang Berhormat yang akan berbahas akan dimulakan dengan Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Kulim Bandar-Baharu, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Kepala Batas, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Libaran, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Kuantan. Baki akan dibaca oleh Timbalan Speaker yang akan mengambil alih nanti.
Memandangkan kita ada lima minit sahaja, saya hanya akan membenarkan permulaan ini seorang sahaja Yang Berhormat untuk berbahas sehingga akhir dan kemudian akan disambung pada jam 2.30 petang, berhenti untuk solat dan makan serta rehat. Dengan ini, dipersilakan Yang Berhormat Sekijang.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Terima kasih pada Dato’ Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Dato’ Yang di-Pertua, Sekijang mengucapkan terima kasih atas peluang untuk turut membahaskan Rang Undang-undang Makanan (Pindaan) 2026 yang tidak kurang pentingnya kerana soal keselamatan makanan menyentuh setiap rakyat pada setiap hari. Jadi, saya kira 35 orang yang akan membahaskan, sangat menunjukkan betapa pentingnya rang undang-undang ini. Tentunya kita makan Yang di-Pertua untuk hidup, tapi saya ingatkan janganlah kita ini hidup untuk makan ya.
Akta Makanan yang kita gunakan hari ini telah diperkenalkan sejak tahun 1983. Dalam tempoh lebih empat dekad, cara makanan dihasilkan, dibungkus, diimport, dijual dan diiklankan, tentunya kini berubah dengan berubahnya peredaran zaman dan cara kehidupan. Sebab itu, Sekijang menyambut baik usaha untuk mengemas kini kerangka ini, termasuklah untuk memperluaskan kawal selia kepada bahan bersentuhan makanan yang pastinya sangat signifikan. Dalam membahaskan rang undang-undang ini, saya ingin memberi tumpuan kepada beberapa perkara dari sudut pelaksanaan dan juga kesannya kepada rakyat.
Dato’ Yang di-Pertua, perkara pertama ialah mengenai pencegahan. Saya menyambut baik pendekatan RUU ini yang memberi ruang kepada tindakan awal bermula dengan premis yang menyediakan atau menjual makanan yang memudaratkan kesihatan boleh diperintahkan supaya ditutup serta-merta bagi tempoh yang tertentu. RUU ini juga memperkukuhkan kewajipan untuk memanggil balik, memindahkan atau menarik balik makanan dan bahan bersentuhan makanan
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
apabila pihak berkenaan mengetahui terdapat pelanggaran berkaitan dengan keselamatan.
Pada masa yang sama, maklumat mengenai makanan yang tidak memenuhi akta juga boleh disiarkan bagi kepentingan dan keselamatan awam. Semua ini bergerak dalam arah yang betul. Tetapi, persoalannya ialah bagaimana maklumat tersebut akan sampai kepada rakyat dengan cepat. Apabila sesuatu produk itu ditarik balik ya ataupun apakah mekanisme yang akan memastikan pengguna mengetahuinya dengan segera.
Adakah kementerian bercadang menyediakan satu saluran rasmi yang membolehkan rakyat melihat semua notis keselamatan makanan dan penarikan balik produk di suatu tempat. Saya mencadangkan supaya kementerian mempertimbangkan satu sistem amaran keselamatan makanan nasional yang mudah dicapai oleh orang ramai. Maklumat seperti nama produk, batch yang terlibat, sebab penarikan balik dan tindakan yang perlu diambil oleh pengguna sepatutnya boleh diperolehi dengan segera dan mudah.
Dato’ Yang di-Pertua, perkara kedua ialah berkaitan dengan kesiapsiagaan industri dalam— Dengan skop akta yang diperluaskan, lebih banyak pihak dalam rantaian makanan perlu memahami dan mematuhi keperluan baharu ini. Bagi syarikat besar mungkin mereka mempunyai pasukan pematuhan dan juga sumber yang mencukupi.
Tetapi, kita juga perlu melihat perusahaan kecil dan sederhana pengusaha makanan tempatan serta peniaga kecil, PKS dan seumpamanya. Kerana soal keselamatan makanan tidak boleh mempunyai dua standard. Sama ada perniagaan besar ataupun perniagaan kecil, makanan yang dijual kepada rakyat mestilah selamat dan ini tiada kompromi.
Jadi, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kementerian. Adakah keperluan baharu di bawah akta ini akan dilaksanakan secara berfasa dan apakah tempoh persediaan yang akan diberikan kepada industri? Adakah garis panduan dan penerangan akan diberikan lebih awal, khususnya kepada PKS sebelum penguatkuasaan penuh bermula? Saya mencadangkan supaya ruang tempoh peralihan yang munasabah diberikan untuk perubahan kepada proses pelabelan ataupun amalan perniagaan, termasuklah latihan dan juga penerangan kepada sektor-sektor yang terlibat.
Dato’ Yang di-Pertua, perkara ketiga ialah berkenaan dengan penguatkuasaan. Jadi, RUU ini meningkatkan hukuman bagi pelbagai kesalahan.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Bagi beberapa kesalahan serius yang boleh memudaratkan kesihatan, penalti boleh mencecah sehingga RM500,000 ataupun penjara sehingga 10 tahun ataupun kedua- duanya. Saya memahami rasionalnya, namun soalan saya bagaimana kementerian akan membezakan antara pelanggaran yang benar-benar membawa risiko kepada kesihatan dengan ketidakpatuhan teknikal yang boleh diperbetulkan?
Adakah pendekatan yang sama akan digunakan terhadap pesalah berulang dengan pengusaha yang pertama kali melakukan kesalahan kecil dan terus mengambil tindakan pembetulan?
Pada pandangan saya, penguatkuasaan perlu dibuat secara berasaskan risiko atau, dengan izin, risk-based enforcement. Keutamaan mesti diberikan kepada perkara yang mempunyai risiko yang paling besar kepada kesihatan rakyat seperti makanan yang memudaratkan, penipuan yang disengajakan, penyembunyian maklumat dan pesalah yang berulang. Bagi ketidakpatuhan teknikal yang tidak membawa risiko segera kepada kesihatan, ruang untuk pembetulan dan pendidikan boleh dipertimbangkan mengikut keadaan. Jadi, ketegasan undang-undang mesti datang bersama ketepatan penguatkuasaan.
Dato’ Yang di-Pertua, saya menyokong penuh pindaan seksyen 13C(1) yang memasukkan penyertaan atau bahan bersentuhan makanan yang saya kira penting kerana ia berkaitan dengan alam sekitar dan juga perubahan iklim khususnya apabila kita bercakap dengan— mengenai penggunaan bahan-bahan seperti non-single plastic ataupun kertas dalam penyediaan bekas-bekas makanan. Kerjasama rentas kementerian seperti NRES, KPDNK dan juga industri dalam memastikan kecukupan bekas makanan selamat dalam pasaran juga penting. Jika tidak, kekurangan bekalan akan memberi kesan kepada kenaikan harga barangan dan akhirnya pengguna terpaksa ya menanggung akibatnya.
Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya apabila skop undang-undang diperluaskan, tanggungjawab penguatkuasaan juga akan bertambah. RUU ini memperluaskan pengambilan sampel kepada bahan bersentuhan makanan, akses kepada rekod dan data digital bagi tujuan siasatan serta verifikasi fasiliti makanan di luar negara apabila diperlukan bagi memastikan keselamatan makanan import.
Jadi, saya ingin bertanya, adakah kapasiti pegawai dan makmal kita mencukupi untuk menampung perluasan skop ini dan apakah pengukuhan yang akan dibuat apabila akta ini mula dilaksanakan? Pada pandangan saya, pindaan undang-undang mesti berjalan seiring dengan pelan pengukuhan kapasiti
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
pelaksanaan. Undang-undang yang baik tidak akan mencapai tujuannya jika kapasiti untuk melaksanakannya tidak mencukupi.
Dato’ Yang di-Pertua, akhir sekali. Saya ingin menyentuh tentang ukuran kejayaan RUU ini. Mungkin selepas satu atau dua tahun pelaksanaannya, kita perlu tahu sama ada pindaan ini benar-benar membawa perubahan. Adakah insiden makanan tidak selamat berkurang? Adakah produk bermasalah dapat ditarik balik dengan cepat? Adakah tahap pematuhan industri meningkat dan risiko daripada makanan import dapat dikesan lebih awal?
Saya mencadangkan supaya kementerian menyediakan laporan berkala mengenai keberkesanan pelaksanaan akta ini termasuk beberapa indikator utama keselamatan makanan untuk perhatian Parlimen. Ukuran sebenar kejayaan adalah apabila semakin sedikit rakyat terdedah kepada makanan yang tidak selamat dan risiko dapat dikesan sebelum berlaku kemudaratan.
Dato’ Yang di-Pertua, dengan beberapa perkara yang telah Sekijang bangkitkan untuk perhatian dan penjelasan kementerian, akhirnya yang penting ialah rakyat yakin bahawa mereka dilindungi dan dengan makanan yang selamat dan tidak memudaratkan kesihatan. Pada dasarnya, saya menyokong usaha memperkukuhkan Akta Makanan 1983 melalui rang undang-undang ini. Jadi Dato’ Yang di-Pertua, Sekijang mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Dengan itu, Majlis berehat dan ditangguh sehingga jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi (Sri Aman) mempengerusikan
Mesyuarat] Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Baiklah. Sebelum saya menjemput pembahas seterusnya...
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Dato' Sri di-Pertua, boleh tak saya nak sikit minta panduan sikit? Ringkas saja, ringkas saja ya.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Okey.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Okey. Bismillah.
Dato' Sri Yang di-Pertua, saya ingin bangkitkan di bawah Peraturan 36(12) dibaca bersama Peraturan 36(6), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Okey. Petang semalam, petang semalam 7 Oktober 2026 sewaktu YB Kota Tinggi, MENHAN menggulung perbahasan berkaitan Laporan Ketua Audit Negara, beliau telah menjawab soalan yang saya bangkitkan mengenai kerajaan manakah yang meluluskan peruntukan tambahan bagi projek pembinaan LCS daripada RM9.2 bilion kepada RM11.3 bilion. YB. Kota Tinggi telah menyatakan “Kerajaan Yang Berhormat” sambil menunjuk kepada saya dan menambah bahawa keputusan itu dibuat sewaktu saya menjadi Timbalan Menteri Pertahanan pada penggal yang lalu.
Dato' Sri Yang di-Pertua, kenyataan ini adalah tidak benar, mengelirukan Dewan yang mulia ini serta telah menjejaskan reputasi dan imej saya. Fakta sebenar adalah seperti berikut. Keputusan untuk menambah peruntukan projek LCS daripada RM9.2 kepada RM11.3 bilion, termasuk mengurangkan jumlah kapal daripada enam kapal kepada lima buah kapal telah dibuat di bawah Kerajaan Perpaduan MADANI iaitu melalui Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada 19 April 2023. Keputusan ini seterusnya dimeterai melalui perjanjian tambahan keenam antara MINDEF dan pihak pembina kapal Boustead Naval Shipyard— kini dinamakan Lunas sewaktu penganjuran LIMA 2023 pada 26 Mei 2023.
Oleh yang demikian, kenyataan Yang Berhormat Kota Tinggi semalam jelas menyalahi Peraturan 36(12) kerana mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan serta Peraturan 36(6) kerana membuat tuduhan sangkaan yang tidak tepat terhadap saya. Jadi, saya mohon panduan dan petua daripada Dato' Sri Yang di- Pertua agar YB Kota Tinggi, MENHAN meralat dan menarik balik kenyataan yang tidak benar tersebut dan pihak MINDEF mengemukakan pembetulan fakta yang rasmi dalam penyataan rasmi Dewan (Hansard). Terima kasih. Saya mohon petua dari Dato' Sri Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Okey. Yang Berhormat Tanah Merah, saya rasa Yang Berhormat buat usul lah dan kemukakan kepada Speaker. Okey. Biar dia buat keputusan. Terima kasih Yang Berhormat.
Okey. Sebelum saya mengumumkan pembahas seterusnya, saya ingin bacakan senarai nama pembahas ya yang belum sempat diumumkan sebentar tadi.
Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Ranau.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Sekarang, saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Puncak Borneo. Sila,
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tuan Yang di-Pertua, nama saya?
Seputeh. Seputeh, saya sepatutnya berucap juga.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Yang Berhormat, nama Yang Berhormat adalah list yang pertama tadi. Ini yang belum diumumkan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Oh, okey.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Okey. Jadi...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Jadi, saya dipanggil...
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Seputeh akan dipanggil nanti, okey. Sekarang saya ingin menjemput Yang Berhormat Puncak Borneo.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Sabar Seputeh, sabar.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Yang di-Pertua.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Bukan, bukan Yang di-Pertua.
Kerana saya ada Mesyuarat PAC pukul 3.00. So, nak minta― nantilah selepas...
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Eh maaf, maaf. Sekarang saya ingin menjemput Yang Berhormat Kuala Langat. Kuala Langat. Silakan Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Okey, terima kasih Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Seputeh nama kamu ada dalam senarai ya.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberikan kesempatan untuk saya turut berbahas pada petang ini.
Pertamanya, saya nak mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia di atas usaha yang murni memperkasakan lagi undang-undang kualiti dan keselamatan makanan negara. Harapan saya janganlah pemerkasaan ini dilihat menjadi penghalang kepada aktiviti ekonomi kumpulan PMKS yang menjadi sumber penjanaan ekonomi yang besar di dalam negara kita.
Izinkan saya untuk terus menyentuh beberapa perkara yang ingin saya perbahaskan. Pertamanya, fi pensijilan bahan bawah KKM dan beban peniaga kecil.
Fasal 39 meminda seksyen 34Q supaya kuasa membuat peraturan meliputi lesen pensijilan dan perakuan dan fi boleh dikenakan bagi pensijilan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Kita faham bahawa pensijilan ini penting untuk menjamin
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
keselamatan makanan tetapi peniaga kecil kita bukan sahaja berdepan pensijilan di bawah Kementerian Kesihatan. Mereka juga perlu mendapatkan lesen daripada pihak berkuasa tempatan, pendaftaran perniagaan, persijilan halal dan pelbagai persijilan ataupun permit lain untuk yang berkaitan dengan makanan.
Setiap satu membawa fi. Masa untuk menguruskan permohonan, kos latihan dan kos pemeriksaan. Apabila fi baharu ditambah tanpa mengambil kira bebanan yang sedia ada, usahawan mikro dan penjaja akan terhimpit dan ada yang mungkin memilih untuk beroperasi tanpa pensijilan kerana tidak mampu.
Persoalannya, persijilan apakah yang akan dikenakan fi di bawah seksyen 34Q? Berapakah anggaran kadarnya? Dan apakah kerajaan telah menilai kesan kumulatif fi ini di atas peniaga kecil yang sudah menanggung kos pensijilan dan lesen ini?
Kedua, adakah kerajaan akan memastikan pengusaha yang akan memiliki pensijilan lain yang setara termasuk pensijilan halal tidak dikenakan pemeriksaan fi berganda bagi perkara yang bertindih.
Saya mencadangkan agar kadar fi ditetapkan selepas perundingan dengan industri dan struktur fi bertingkat mengikut saiz perusahaan serta pengecualian atau keringanan bagi usahawan mikro, penjaja dan PKS. Kerajaan perlu menjelaskan pemeriksaan dan pengiktirafan antara Kementerian Kesihatan, pihak berkuasa tempatan dan agensi pensijilan lain melalui satu proses permohonan dan pemeriksaan bersepadu supaya seseorang peniaga tidak perlu berulang-alik ke banyak pejabat dan bayar kos pada perkara yang sama.
Kedua, makanan selamat di pasar malam dan penjaja tepi jalan. Pasar malam dan penjaja tepi jalan adalah nadi ekonomi rakyat, tetapi inilah kawasan yang paling sukar untuk dipantau kerana premisnya sementara, bekalan air bersih terhad dan sumber peralatan tidak diketahui seperti penggunaan sarung tangan kuning, akuarium sebagai bekas air jualan dan tong sampah hitam dalam penyediaan dan penyimpanan makanan. Dengan takrif baharu, perkara ini boleh dikenakan tindakan dan itu baik untuk keselamatan tetapi penjaja yang tidak tahu bahawa suatu bekas dan tidak sesuai kini berhadapan dengan risiko kesalahan jenayah.
Pertamanya, bagaimanakah kerajaan, Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan akan berkongsi tugas memantau ribuan pasar malam dan gerai di seluruh negara? Dan adakah peruntukan serta pegawai tambahan disediakan?
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Kedua, adakah penjaja kecil akan dilayan sama seperti pengilang besar dari segi hukuman, terutamanya bagi kesalahan yang berlaku tanpa disedari. Saya mencadangkan pendekatan mendidik dahulu, menghukum kemudian, bagi penjaja kecil dan kesalahan kali pertama iaitu notis amaran, tempoh pembetulan dan pemeriksaan semula sebelum sebarang pendakwaan.
Saya mencadangkan agar kerajaan menyediakan senarai bahan bersentuhan makanan yang diluluskan dan mampu milik, disokong bantuan pembelian peralatan melalui agensi tertentu seperti TEKUN, MARA, supaya penjaja dapat mematuhi undang-undang tanpa beban kos yang tinggi.
Perkara yang ketiga, adalah berkaitan dengan literasi pengusaha makanan.
Ramai pengusaha makanan tidak tahu bekas apa yang selamat untuk makanan panas dan ataupun bahan pembungkus, apa yang boleh digunakan untuk memindahkan bahan yang boleh memindahkan bahan kimia kepada makanan.
Persoalannya adalah program literasi dan latihan akan disediakan sebelum undang- undang ini berkuat kuasa dan berapa lamakah tempoh peralihan yang akan diberikan kepada pengusaha, khususnya PMKS?
Saya mencadangkan satu modul literasi keselamatan makanan yang ringkas dan percuma, termasuk garis panduan bergambar dan video pendek serta kewajipan pembekal dan pengimport menyediakan dokumen kelulusan keselamatan, supaya beban tidak jatuh kepada peniaga kecil di hujung rantaian.
Perkara yang terakhir, yang saya ingin sentuh adalah berkaitan dengan aspek integriti.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Pendekkan Yang Berhormat. Terus landing ya.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Okey. Fasal 13 menaikkan hukuman denda sehingga RM500,000 dan penjara sehingga 10 tahun.
Saya tidak membantah hukuman tegas terhadap mereka yang menyediakan ataupun menjual makanan yang mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan tetapi apabila hukuman semakin berat, budi bicara pegawai di lapangan menjadi semakin bernilai.
Peniaga yang berdepan ancaman penutupan dan penjara akan sanggup berbuat apa sahaja untuk mengelak dan di situlah risiko ugutan serta permintaan jalan damai akan timbul. Saya mencadangkan agar kerajaan memperkukuhkan perlindungan integriti dalam penguatkuasaan dalam memastikan kuasa baru ini
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
dilaksanakan secara telus mengikut garis panduan yang jelas dan boleh disemak.
Saya juga mencadangkan, agar disediakan saluran rayuan yang pantas kepada peniaga yang terjejas oleh keputusan penutupan premis supaya mereka tidak menanggung kerugian akibat daripada tindakan yang tersilap. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Sekarang saya ingin menjemput Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Pindaan Akta Makanan ini adalah untuk memberi lebih kuasa kepada pegawai Kementerian Kesihatan untuk memperkasakan kawalan, keselamatan dan kualiti makanan di sepanjang rantaian bekalan makanan. Memandangkan Ahli-ahli Yang Berhormat hanya diberi lima minit untuk berucap, saya ingin membangkitkan beberapa isu yang ada kaitan dengan RUU ini.
Larangan restoran di hotel terhadap pelanggan yang ingin membungkus makanan dan yang dipesan dan dibayar oleh mereka atas kebimbangan melanggari Akta Makanan dan mendatangkan masalah terhadap pihak restoran. Akibatnya banyak pembaziran berlaku di hotel khususnya dalam musim-musim perayaan seperti bulan Ramadan, hari raya dan Tahun Baru Cina. Mengikut laporan media pembaziran makanan meningkat sebanyak 15 hingga 20 peratus semasa musim perayaan, berbanding hari biasa dan mencecah ratusan juta Ringgit.
Dasar hotel-hotel yang melarang pelanggan membungkus dan membawa balik makanan yang bersih, yang dibayar oleh mereka disebabkan oleh Akta Makanan ini, selalu mengecewakan pelanggan dan juga pertubuhan kebajikan yang ingin menyalurkan makanan ini kepada rumah perlindungan kebajikan ataupun golongan miskin.
Saya bangkitkan isu ini dalam sesi libat urus dengan Menteri Kesihatan dan pegawai kanan semalam, saya diberitahu Kementerian Kesihatan telah mengadakan libat urus dengan pihak hotel dan kementerian bersetuju makanan yang bersih di hotel boleh diberikan kepada golongan yang memerlukan makanan tetapi ini sebenarnya tidak berlaku dalam realiti. Banyak hotel masih membuang masakan mereka dan tidak ingin membenarkan pelanggan, malah pekerja mereka untuk membungkus dan bawa balik makanan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Kalau tidak percaya, saya cadangkan Menteri bawa pegawai-pegawai pergi makan di hotel empat stars dan lima stars dan lihat, sama ada pihak hotel membenarkan Yang Berhormat Menteri untuk bungkus makanan yang dibayar oleh kementerian untuk bawa balik atau tidak. Ini saya rasa kena cuba, apakah keadaan sebenar bagi di kalangan hotel.
Ramai golongan miskin di Malaysia terjejas oleh kenaikan harga makanan dan ramai tidak mampu membiayai perbelanjaan makanan untuk keluarga. Kerajaan haruslah menggalakkan rakyat untuk menghulurkan bantuan kepada rumah perlindungan dan golongan miskin. Sekiranya kewujudan Akta Makanan yang menjadi halangan kepada pihak hotel untuk membenarkan pelanggan atau NGO kebajikan untuk membawa makanan bersih keluar dari hotel, saya ingin menyeru Kementerian Kesihatan untuk mengeluarkan satu garis panduan yang membenarkan restoran di hotel untuk berbuat demikian.
Garis panduan boleh wujud dalam bentuk Surat Akujanji yang ditandatangani oleh penerima makanan, di mana mereka berjanji tidak akan ambil tindakan terhadap pihak hotel yang menderma masakan kepada mereka sekiranya apa-apa berlaku pada mereka selepas makan makanan tersebut. Garis panduan ini juga boleh digunakan oleh pengilang makanan supaya Akta Makanan tidak dijadikan satu batu halangan bagi pihak pembuatan makanan untuk menderma makanan kepada golongan yang perlu.
Puan Yang di-Pertua, saya nak sentuh tentang sayur dan buah-buahan yang kita tanam di negara kita. Berdasarkan maklumat Kerajaan Negeri Pahang pada tahun 2024, terdapat 18 notifikasi penolakan oleh Singapura yang melibatkan 11 pengeksport sayur dari Cameron Highlands dan angka ini meningkat kepada 39 notifikasi yang melibatkan 14 pengeksport sayur-sayuran pada tahun 2025.
Penolakan ini dikaitkan dengan penggunaan racun perosak yang melebihi had yang dibenarkan atau penggunaan racun yang tidak dibenarkan. Perkara ini bukan sahaja memberi kesan kepada pendapatan penanam dan pengeksport tempatan tetapi juga menjejaskan keyakinan serta reputasi produk pertanian Malaysia di pasaran antarabangsa.
Saya ingin bertanya kepada KKM. Sebelum hasil pertanian ini dieksport ke Singapura, berapa kali kah KKM pernah turun ke lapangan untuk menjalankan pemeriksaan dan mengambil sampel daripada ladang, pusat pengumpulan atau premis pengeksport tersebut? Jika pihak berkuasa Singapura dapat mengesan kandungan racun perosak yang tidak mematuhi piawaian mereka, persoalannya
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
ialah kenapakah perkara tersebut tidak dikesan lebih awal oleh sistem kawalan keselamatan makanan kita? Yang lebih penting ialah, adakah sayur yang sama masih berada di pasaran Malaysia dan dijual kepada pengguna tempatan?
Puan Yang di-Pertua, saya nak gulung. Saya hanya ingin membangkitkan kebimbangan terhadap pengukuhan kuasa penguatkuasaan dan kadar penalti yang dicadangkan melalui pindaan ini. Menurut RUU ini, hukuman terhadap kesalahan di bawah akta ini akan ditingkatkan, di mana denda maksimum dinaikkan daripada RM100,000 kepada RM500,000 serta hukuman penjara yang lebih berat daripada tempoh satu hingga 10 tahun kepada lima atau 10 tahun. Saya ingin menegaskan bahawa peningkatan penalti tidak semestinya dapat membawa kesan pencegahan.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Tolong landing Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Kepada kilang dan pengusaha makanan supaya tidak melanggar peraturan dan piawaian yang didedahkan dalam Akta Makanan. Sebaliknya jika penguatkuasaan dan jumlah penalti terlalu tinggi tanpa mekanisme semak dan imbang, ia boleh membuka ruang kepada salah guna kuasa dan juga meningkatkan gejala rasuah.
Jadi, saya bersetuju dengan niat KKM untuk menggubal dan memperkukuhkan undang-undang ini bagi melindungi keselamatan dan kesihatan pengguna tapi saya berharap isu yang saya bangkitkan ini juga boleh diteliti oleh pihak kementerian. Sekian terima kasih.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya Yang Berhormat Puncak Borneo.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua. Saya terus ke isi perbahasan, di mana kita berbicara tentang makanan setiap hari tetapi kita juga terdedah dengan kontaminasi makanan. Jadi persoalannya, adakah undang-undang kita benar-benar bersedia menghadapi sistem makanan moden pada tahun 2026 dan akan datang?
Akta Makanan 1983 telah menjadi asas penting kepada keselamatan makanan negara selama lebih 43 tahun. Bermakna Peraturan-peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Saya tidak mengatakan bahawa sistem kita tidak berfungsi tetapi KKM telah menjalankan pemeriksaan, pensampelan, penguatkuasaan dan juga kawalan import.
Namun dunia makanan telah berubah. Hari ini makanan datang daripada pelbagai negara melalui pelbagai pembekal, gudang dan rangkaian logistik sebelum sampai kepada pengguna melalui kedai fizikal, over-the-counter (OTC) dengan izin, penjaja, media sosial dan platform e-dagang. Jadi persoalan saya ialah adakah pendekatan kita masih reaktif ataupun kita sudah benar-benar beralih kepada pendekatan pencegahan?
Saya menyokong seksyen baharu 11A termasuk hukuman sehingga 10 tahun penjara ataupun denda sehingga RM500,000 bagi kesalahan yang diperuntukkan.
Saya juga menyokong seksyen baharu 8A(1) yang membolehkan pegawai diberi kuasa mendapat akses kepada maklumat, merekod data berkomputer dan data digital tetapi pada masa yang sama kita perlu melihat pemodenan keselamatan makanan secara menyeluruh.
Kita tidak boleh salahkan Puan Lucia Majingon menjual tuhau dalam bekas plastik bukan gred makanan secara online. Kita tidak dapat menghalang Tugad anak Sodei, peram tuak beliau dalam bekas plastik tong biru, kita tidak boleh menghalang makcik Kiah menjual nasi lemak berbalut newspaper di tepi jalan tetapi kita boleh membimbing, kita boleh memberi kesedaran, kita boleh memberi panduan pemprosesan, panduan pembungkusan dan pengedaran makanan yang selamat dan mengikut peraturan yang ditetapkan sebelum kita melaksanakan RUU pindaan ini. Tidak ada didikan itu didahului oleh RUU yang bersifat punitif sehingga penjara 10 tahun dan denda RM500,000.
Dato' Sri Yang di-Pertua, negara kita perlu lakukan beberapa langkah untuk memantapkan RUU ini. Pertama, traceability. Malaysia perlu memperkukuhkan sistem kebolehkesanan makanan secara digital, khususnya bagi makanan berisiko tinggi. Saya mencadangkan supaya FoSIM diperluaskan menjadi national food data safety data dan traceability system. Setiap produk berisiko tinggi boleh mempunyai profil digital iaitu produk, siapa pengilang, ramuannya apa dan daripada mana, batch mana, tarikh pengeluaran, ujian makmal, pensijilan, pengimport, pengedar, peruncit dan ke mana destinasi akhir dan siapa penggunanya? Apabila berlaku pencemaran, KKM boleh menjawab dengan segera produk ini datang dari mana, bahan ramuannya dari mana, siapa pengeluarnya, di mana ia diedarkan dan berapa banyak diedarkan di pasaran? Kita
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
tidak boleh mengambil masa yang lama untuk kita mengesan satu batch yang tercemar.
Kedua, mandatory recall. Kita juga perlu memperkukuhkan sistem penarikbalikan makanan secara mandatori apabila produk merbahaya dikenal pasti.
Prosesnya mesti dijelas. Hentikan jualan serta-merta, kenal pasti batch, maklumkan pengedar, tarik balik produk, maklumkan pengguna dan siasat punca dan keselamatan rakyat tidak boleh digantung semata-mata kepada tindakan sukarela pengeluar.
Ketiga, producer responsibility. Prinsipnya jelas iaitu producer must take primary responsibility for the safety of the food. Dan yang keempat, food fraud. Saya juga ingin membezakan antara kesalahan teknikal dan penipuan makanan yang disengajakan. Benda ini kita tidak boleh bagi kompromi, di mana hukuman terhadap deliberate food fraud ini perlu diberi dan ditekankan dengan lebih berat. Saya landing Dato' Sri Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Silakan.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Dan saya juga ingin mencadang supaya Malaysia melangkah ke satu era yang lebih penting iaitu mereka harus mengambil langkah penting melalui Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM), termasuk kawalan import secara digital dan pemeriksaan berasaskan risiko. Kita boleh belajar daripada amalan terbaik antarabangsa seperti Amerika melalui FSMA dengan preventive controls, Kesatuan Eropah melalui risk assessment dan traceability, China melalui producer responsibility dan Singapura melalui sistem kawal selia makanan yang lebih moden.
Kita tidak perlu boleh meniru mana-mana negara secara bulat-bulat tetapi kita perlu mengambil amalan yang baik dan membina sistem yang sesuai bagi negara kita Malaysia. Saya mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan satu semakan menyeluruh Akta Makanan 1983 dan membangunkan Malaysia Food Safety Framework 2030 berteraskan lima prinsip iaitu prevent, trace, test, record dan enforce. Ini juga perlu meliputi pemberitahuan awam dengan segera apabila berlaku pencemaran serius, kawalan makanan import yang lebih kukuh serta pemeriksaan yang berasaskan risiko. Dengan itu, saya menyokong RUU (Pindaan) 2026 ini tetapi kerajaan juga harus berbincang dengan kerajaan negeri khasnya SAG bagi negeri Sabah dan Sarawak kerana ini adalah senarai bersama. Jadi, perkara ini mempunyai kepentingan bersama dan tidak mencukupi untuk mereka setakat berbincang
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
dengan SUK kerajaan-kerajaan negeri. Oleh itu saya menyokong dan semoga Tuhan memberkati.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih, Yang Berhormat Puncak Borneo. Seterusnya Yang Berhormat Rompin. Silakan, Yang Berhormat.
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato' Sri Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada Rompin untuk sama-sama membahaskan RUU Makanan (Pindaan) 2026. Dato' Sri Yang di-Pertua, saya melihat pindaan Akta Makanan 1983 [Akta 281] sebagai satu usaha penting untuk memperkukuhkan kerangka keselamatan makanan negara. Perubahan teknologi, corak perdagangan, pengimportan makanan serta perkembangan urus niaga secara dalam talian menuntut supaya akta ini dikemas kini agar selaras dengan risiko dan cabaran semasa.
Berdasarkan pembentangan kementerian pada 7 Oktober semalam sehingga Jun 2026, terdapat 330,206 premis makanan berdaftar, 9,585 kilang makanan dan sebanyak 4.92 juta pengendali makanan telah dilatih. Skala industri yang begitu besar sudah tentu memerlukan penguatkuasaan yang lebih berkesan tetapi pelaksanaan kuasa tersebut juga perlu jelas, konsisten dan bertanggungjawab.
Dato' Sri Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai seksyen baharu 11A berhubung penutupan premis yang digunakan untuk menyediakan atau menjual makanan yang mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan. Di bawah peruntukan ini, Ketua Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa boleh memerintahkan penutupan serta merta sesuatu premis bagi tempoh tidak melebihi 40 hari.
Berdasarkan pembentangan kementerian semalam, daripada 849 produk yang dianalisis, sebanyak 21 produk didapati mengandungi racun berjadual seperti sildenafil, tadalafil, dexamethasone dan prednisone. Dalam keadaan seperti ini, saya memahami rasional untuk memberikan kuasa penutupan premis, namun saya memohon kementerian menjelaskan pertama, apakah kriteria yang akan digunakan sebelum sesuatu premis diarah tutup.
Yang kedua, adakah tindakan penutupan hanya akan dibuat selepas pengesahan maklmal diperolehi? Ketiga, bagaimanakah tempoh penutupan sesuatu
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
premis akan ditentukan dan keempat apakah mekanisme semakan atau rayuan yang tersedia kepada pemilik premis? Kuasa ini perlu tegas bagi melindungi pengguna tetapi dalam masa yang sama ia perlu dilaksanakan berdasarkan prosedur yang jelas dan adil.
Seterusnya Dato' Sri Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai pindaan kepada seksyen 22 yang memperuntukkan bahawa makanan yang dibawa masuk ke Malaysia melalui darat, air atau udara yang melebihi had yang ditetapkan hendaklah sehingga dibuktikan sebaliknya dianggap sebagai dimaksudkan untuk dijual sebagai makanan manusia.
Berdasarkan pembentangan kementerian semalam sehingga Oktober 2025, terdapat 24,397 pengisytiharan bagi kegunaan sendiri di 15 pintu masuk dengan nilai kira-kira RM734.7 juta. Jumlah ini menunjukkan keperluan untuk memastikan kemudahan pengisytiharan bagi kegunaan sendiri, tidak disalahgunakan bagi tujuan komersil.
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan― yang pertama, bagaimanakah had yang ditetapkan itu akan ditentukan? Yang kedua, adakah had tersebut akan mengambil kira kuantiti, nilai, jenis produk, kekerapan kemasukan atau kombinasi faktor-faktor yang saya sebutkan tadi? Yang ketiga, adakah kriteria yang sama akan diguna pakai secara seragam di semua pintu masuk?
Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh mengenai seksyen baharu 8A yang memberikan akses kepada pegawai diberi kuasa terhadap maklumat berekod, data berkomputer atau data digital yang berkaitan dengan aktiviti di bawah akta ini. Peruntukan ini turut merangkumi akses kepada kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian dan perkakasan yang diperlukan.
Saya memahami keperluan kerana banyak rekod perniagaan pada hari ini disimpan secara digital. Namun, apabila kuasa ini melibatkan akses pada peranti dan data, persoalan mengenai privasi dan perlindungan maklumat juga perlu diberikan perhatian.
Maka, saya memohon kementerian menjelaskan― pertama, adakah akses tersebut akan dihadkan hanya kepada maklumat yang berkaitan secara langsung dengan sesuatu siasatan? Kedua, apakah bentuk semak dan imbang atau jejak audit yang akan diwujudkan bagi merekodkan pegawai yang membuat akses, tujuan akses dan jenis maklumat yang diperoleh? Dan ketiga, apakah tatacara yang akan digunakan untuk melindungi maklumat peribadi atau maklumat lain yang tidak
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
berkaitan dengan siasatan tetapi terdapat dalam peranti yang sama? Pada pandangan saya, kuasa untuk mengakses data digital perlu digunakan secara berkadar, relevan dan tertakluk kepada tatacara yang disemak.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, rumusannya. Secara keseluruhannya, saya melihat pindaan akta ini sebagai satu usaha untuk memperkukuhkan perlindungan terhadap pengguna dan menyesuaikan kerangka keselamatan makanan negara dengan perkembangan semasa. Namun, apabila kuasa penguatkuasaan diperluas, tiga perkara perlu berjalan bersama, iaitu kejelasan kuasa, ketelusan prosedur dan akauntabiliti dalam pelaksanaan.
Kita memerlukan undang-undang yang cukup berkesan untuk membolehkan pihak berkuasa bertindak sebelum kemudaratan berlaku, tetapi dalam masa yang sama cukup jelas...
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Masa sudah tamat, Yang Berhormat.
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
...Supaya semua pihak yang terlibat dalam industri makanan memahami tanggungjawab masing-masing.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih, Yang Berhormat Rompin. Seterusnya, Yang Berhormat Port Dickson. Silakan, Yang Berhormat.
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Makanan (Pindaan) 2026 dalam penambahbaikan kawalan dan penguatkuasaan demi kepentingan keselamatan makanan negara.
Pada pandangan saya, pindaan ini bukan sekadar mengemas kini Akta Makanan 1983 tetapi merupakan satu usaha untuk menyesuaikan kawalan keselamatan makanan dengan realiti hari ini. Cara makanan dihasilkan, dibungkus, diimport dan dijual sudah berubah. Teknologi semakin berkembang, jualan makanan semakin banyak berlaku secara dalam talian dan rantaian bekalan makanan pula semakin global. Maka, undang-undang yang mengawal keselamatan makanan juga perlu bergerak seiring dengan perubahan tersebut.
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Dato’ Yang di-Pertua, saya melihat kepentingan pindaan ini daripada tiga sudut utama, iaitu pengguna, pengusaha dan penguatkuasaan. Pertamanya, pengguna. Saya menyambut baik peluasan kawalan kepada bahan bersentuhan makanan. Selama ini kita banyak bercakap tentang sama ada makanan itu selamat atau tidak, tetapi kita juga bertanya bagaimana makanan itu disimpan, dibungkus dan dikendalikan.
Sebagai contoh, KKM dalam taklimat semalam memberikan perhatian kepada perkara seperti penggunaan sarung tangan kuning, akuarium serta bekas penyimpan air untuk jualan dan tong sampah hitam dalam menyediakan ataupun penyimpanan makanan. Ini menunjukkan bahawa keselamatan makanan bukan hanya berkaitan kandungan makanan, tetapi keseluruhan persekitaran dan bahan yang bersentuhan dengannya.
Saya juga melihat isu yang perlu diberi perhatian kerana data KKM menunjukkan terdapat produk makanan yang dianalisis dan didapati mengandungi racun berjadual. Ini bukan lagi soal kesalahan teknikal. Ini soal kesihatan dan keselamatan manusia. Persoalannya, siapakah yang akan dipertanggungjawabkan untuk memastikan pemilik atau premis disita dan ditutup? Sebab itu saya bersetuju apabila pindaan ini memberikan kuasa yang lebih jelas untuk mengambil tindakan terhadap makanan yang boleh memudaratkan kesihatan.
Dato’ Yang di-Pertua, perlindungan pengguna juga mesti meliputi maklumat yang diberikan kepada pengguna. Kalau label palsu, alamat palsu ataupun maklumat yang mengelirukan digunakan, bagaimana pengguna hendak tahu siapa yang bertanggungjawab? Lebih membimbangkan, KKM memaklumkan bahawa terdapat lebih daripada 16 jenis produk makanan yang mengandungi racun berjadual, 12 menggunakan alamat palsu dan alamat yang tidak lengkap. Dalam keadaan seperti ini, tindakan penguatkuasaan tidak boleh bergantung semata-mata kepada proses biasa yang akhirnya menyebabkan produk sudah berada di pasaran tetapi pihak yang bertanggungjawab tidak dapat dikesan. Jadi, saya menyokong peruntukan yang membolehkan maklumat berkaitan produk yang tidak mematuhi undang- undang disiarkan dalam keadaan tertentu demi keselamatan awam.
Dato’ Yang di-Pertua, kedua, saya ingin menyentuh kesan kepada pengusaha. Saya faham pindaan ini akan meningkatkan tanggungjawab pematuhan khususnya berkaitan bahan bersentuhan makanan, jaminan keselamatan makanan dan persijilan. Setiap premis pengilangan makanan juga perlu melaksanakan
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
program jaminan keselamatan makanan seperti HACCP, GMP dan MeSTI mengikut keperluan yang ditetapkan.
Saya tidak mempertikaikan keperluan tersebut, tetapi juga mesti melihat realiti pengusaha makanan di negara ini. Ada syarikat besar tetapi ada juga PMKS, pengusaha kecil dan pengusaha luar bandar yang kemampuan mereka tidak sama.
Oleh itu, apabila kerajaan memperketat standard, bimbingan atau mencapai standard tersebut juga perlu diperkukuhkan. Jangan sampai pengusaha yang mahu patuh terperangkap kerana tidak mematuhi prosedur dan tidak mampu menanggung kos pematuhan. Prinsip saya mudah― tegas terhadap mereka yang sengaja menipu tetapi memudahkan mereka yang tidak mahu mematuhi.
Dalam masa yang sama, saya bersetuju bahawa kos akibat pelanggaran undang-undang tidak sepatutnya sentiasa ditanggung oleh kerajaan. Pindaan ini membolehkan kos seperti pengangkutan, pengendalian dan pelupusan makanan yang disita dituntut daripada syarikat pemilik produk. Pada prinsipnya, ini adil. Jika sesuatu syarikat yang menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kos untuk melupuskan produk yang tidak selamat, maka syarikat tersebut wajar bertanggungjawab.
Dato’ Yang di-Pertua, ketiga, saya melihat pindaan ini membawa perubahan besar kepada penguatkuasaan. Antara yang penting ialah penglibatan lebih jelas pegawai kesihatan persekitaran dan pegawai teknologi makanan sebagai pegawai diberi kuasa. Ini langkah yang baik dan penguatkuasaan keselamatan makanan memerlukan kepakaran, bukan hanya kuasa.
Kuasa menyiasat juga diperkemaskan. Pegawai diberi kuasa boleh mendapatkan rekod daripada premis selain daripada premis makanan termasuk dalam keadaan bukti berkaitan mungkin berada di premis percetakan, premis penyiaran ataupun pejabat. Ini sangat relevan bagi kesalahan pelabelan dan pengiklanan.
Lebih penting, RUU ini mengiktiraf bahawa bukti pada hari ini tidak semestinya berada dalam fail atau buku. Bukti mungkin berada dalam telefon, komputer, sistem digital atau platform dalam talian. Sebab itu saya menyokong peruntukan yang membolehkan pegawai mendapat akses kepada data pengkomputeran dan data pendigitalan termasuk maklumat yang berkaitan dengan transaksi dan pengiklanan makanan.
Kalau pengusaha menggunakan teknologi untuk menjual makanan, penguat kuasa juga mesti menggunakan teknologi untuk mengesannya. Walau
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
bagaimanapun, pemilihan pegawai diberi kuasa hendaklah dipastikan seorang yang mempunyai kepakaran dan integriti yang tinggi.
Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih, Yang Berhormat Port Dickson. Saya sekarang ingin menjemput Yang Berhormat Kuala Nerus. Silakan, Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah.
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Kuala Nerus untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Makanan (Pindaan) 2026.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, soal keselamatan makanan adalah soal keselamatan rakyat. Apa yang sampai ke meja makan rakyat bukan sahaja perlu mencukupi dan berkhasiat tetapi mesti terjamin keselamatannya. Namun, isu keracunan makanan masih menjadi cabaran kesihatan awam yang perlu diberikan perhatian. Sepanjang tahun 2025 sahaja, Kementerian Kesihatan merekodkan sejumlah 18,223 kes keracunan makanan di seluruh negara.
Apa yang lebih membimbangkan kita, ia juga pernah menyaksikan kejadian keracunan makanan yang membawa kepada kes kematian.
Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Ini mengingatkan kita bahawa kegagalan pada mana-mana peringkat rantaian keselamatan makanan iaitu daripada penyediaan, penyimpanan, pembungkusan sehingga makanan sampai kepada pengguna boleh membawa akibat yang serius. Saya menyambut baik usaha kerajaan memperkukuh Akta Makanan 1983 melalui pindaan ini. Selepas lebih empat dekad, undang-undang kita juga perlu bergerak seiring dengan perubahan teknologi, kaedah pemprosesan dan pembungkusan, perdagangan makanan serta bentuk risiko baharu yang dihadapi oleh pengguna.
Namun Dato' Sri Yang di-Pertua, undang-undang yang lebih tegas sahaja belum tentu menjamin makanan yang lebih selamat. Keberkesanan pindaan ini akhirnya bergantung kepada tiga perkara. Kejelasan standard yang ditetapkan, kompetensi pegawai yang melaksanakannya dan integriti dalam penguatkuasaan.
Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Atas tiga perkara ini, saya ingin mendapatkan beberapa penjelasan dari pihak kementerian.
Pertama mengenai perluasan skop kawal selia. Saya menyambut baik pindaan seksyen 2 yang memperkenalkan kawalan lebih jelas terhadap bahan bersentuhan makanan atau food contact materials dengan izin. Keselamatan makanan pada hari ini tidak seharusnya dilihat hanya daripada makanan yang kita makan atau kebersihan premis, bekas pembungkusan, peralatan dan bahan yang bersentuhan dengan makanan juga boleh memberi kesan terhadap keselamatan makanan.
Justeru, saya ingin bertanya kepada kementerian apabila skop ini mula dikuatkuasakan kelak, adakah standard teknikal, kaedah pengujian dan garis panduan pematuhan akan disediakan dengan lebih jelas khususnya kepada pengusaha kecil dan sederhana. Jangan sampai undang-undang telah berkuat kuasa tapi industri masih belum benar-benar memahami standard yang perlu mereka patuhi.
Kedua, mengenai pegawai diberi kuasa. Saya memahami pindaan ini turut menjelas dan memperluaskan kategori pegawai yang boleh diberi kuasa penguatkuasaan termasuk pegawai kesihatan persekitaran dan pegawai teknologi makanan yang sememangnya terlibat secara langsung dalam aspek keselamatan dan kualiti makanan.
Saya berpandangan, langkah ini boleh membantu memperkukuh kapasiti penguatkuasaan dan tidak meletakkan tanggungjawab tersebut hanya kepada sekelompok pegawai tertentu. Namun, kuasa mestilah berjalan seiring dengan kompetensi, apatah lagi RUU ini turut memperluaskan kuasa penyiasatan dan akses terhadap rekod serta data dalam menjalankan penguatkuasaan.
Oleh itu, saya ingin mendapatkan penjelasan kementerian, apakah bentuk latihan, pensijilan kompetensi dan SOP yang akan ditetapkan kelak sebelum seseorang pegawai melaksanakan kuasa-kuasa tersebut. Dalam masa yang sama, penguatkuasaan akta ini perlu di pelbagai peringkat melibatkan KKM, Jabatan Kesihatan Negeri, Pejabat Kesihatan Daerah serta PBT.
Bagaimanakah kementerian akan memastikan latihan, SOP dan standard penguatkuasaan yang seragam supaya tidak berlaku perbezaan tafsiran pelaksanaannya nanti antara satu negeri atau PBT dengan PBT yang lain.
Dato' Sri Yang di-Pertua, perkara terakhir yang ingin saya cadangkan ialah berkaitan integriti dan akauntabiliti dalam penguatkuasaan. Apabila kita memberi
Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
kuasa yang lebih besar kepada pegawai, kita juga perlu menyediakan mekanisme yang dapat melindungi integriti pegawai yang menjalankan tugas dan pada masa yang sama, melindungi hak pihak yang diperiksa.
Justeru, saya ingin mencadangkan supaya kementerian mempertimbangkan penggunaan body-worn camera ataupun body cam dengan izin sekurang-kurangnya sebagai projek perintis bagi operasi tertentu seperti serbuan, pemeriksaan mengejut atau operasi penyitaan.
Rakaman sebegini bukan bertujuan untuk mempertikaikan integriti pegawai sebaliknya ia boleh menjadi satu mekanisme perlindungan dua hala, melindungi pengusaha dan orang awam daripada kemungkinan penyalahgunaan kuasa dan pada masa yang sama melindungi pegawai penguat kuasa daripada tuduhan- tuduhan palsu atau pertikaian mengenai tindakan yang telah diambil. Ia juga boleh membantu meningkatkan ketelusan dan keyakinan masyarakat terhadap proses penguatkuasaan.
Dato' Sri Yang di-Pertua, akhirnya kita bukan hanya mahu sebuah akta yang lebih tegas, kita juga mahu sebuah sistem keselamatan makanan yang benar-benar mampu melindungi rakyat. Undang-undang yang lebih kuat perlu berjalan seiring dengan standard yang jelas. Pegawai yang kompeten, pelaksanaan yang seragam dan juga penguatkuasaan yang berintegriti. Dengan itu saya mohon kementerian memberikan perhatian terhadap perkara-perkara yang telah saya bangkitkan tadi.
Sekian, terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Sekarang saya ingin menjemput Yang Berhormat Bukit Bendera. Silakan Yang Berhormat.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Baik terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua. Jadi apabila kita membahas tentang keselamatan makanan, kita sebenarnya membahas tentang keselamatan manusia. Apa yang berada di atas pinggan hari ini akan menentukan kesihatan rakyat, beban hospital awam dan juga kualiti generasi Malaysia pada masa depan.
Jadi saya menyokong usaha Kementerian Kesihatan untuk memperkukuh Akta Makanan 1983. RUU ini memberi pegawai kuasa mengakses rekod digital, mengambil sampel, menutup premis yang menjual makanan memudaratkan sehingga 40 hari dan juga mengarahkan produk ditarik balik. Jadi, kuasa ini penting.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Namun penguatkuasaan selepas rakyat jatuh sakit tidak boleh menggantikan pencegahan sebelum mudarat berlaku.
RUU ini juga mengiktiraf bahawa bahan yang bersentuhan makanan termasuk pembungkus yang boleh memindahkan unsur-unsur bahaya kepada makanan. Maknanya kawalan tidak boleh berhenti pada isi bungkusan sahaja.
Bekas, lapisan dan juga pembungkusan juga sebahagian daripada keselamatan pengguna.
Jadi walaupun RUU ini berada di bawah KKM, keselamatan makanan tidak boleh diuruskan dalam mentaliti silo. KKM mesti bekerjasama dengan KPKM, MAQIS, kastam, KPDN, PBT, syarikat kurier dan juga platform digital. KKM menjaga piawaian kesihatan. KPKM dan MAQIS mengawal seluruh rantaian bekalan termasuklah pintu masuk.
Jika data mereka tidak bersambung, makanan berisiko boleh terlepas di celah bidang kuasa. Di sini saya nak merakamkan juga penghargaan kepada Yang Berhormat Kota Kinabalu yang berjaya mewajibkan Sijil Analisis daripada Makmal Pengakreditasi bagi import cili merah, sawi, tomato, kubis bulat dan juga timun mulai Jun 1, 2026. Jadi membuktikan bahawa keselamatan dan kelancaran perdagangan boleh bergerak seiring.
Namun, perdagangan makanan telah berpindah ke skrin melalui platform seperti Pinduoduo serta penjual rentas sempadan lain. Makanan boleh dibeli dengan beberapa sentuhan dan tiba sebagai parcel ataupun sampul surat, bukan lagi satu konsainor yang berlabel jelas.
Jadi bagaimana pegawai hendak membuka dan memeriksa setiap bungkusan apabila ribuan tiba serentak. Platform menentukan produk yang dipaparkan, mengambil keuntungan daripada transaksi dan menyimpan data pembeli. Jadi dengan kuasa itu, datang tanggungjawab. Jadi, siapakah yang bertanggungjawab untuk, minta maaf apabila penjual berada di luar negara.
Jadi ini soal kesihatan awam, bukan sekadar urus niaga biasa. Kebimbangan ini bukanlah satu khayalan. Pihak berkuasa China sebagai contoh baru-baru ini telah mengarahkan pemeriksaan selepas formaldehid dilaporkan digunakan untuk mengawet kubis semasa pengangkutan.
Dunia juga belum lupa krisis susu tercemar melamin pada tahun 2008. Ini bukan alasan menghukum semua produk China tetapi untuk menuntut bukti dan juga kebolehkesanan bagi setiap produk yang berisiko. Justeru, apakah peraturan khusus KKM terhadap perdagangan makanan melalui e-dagang? Adakah platform akan
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
diwajibkan mengesahkan identiti penjual, lesen, sumber produk dan juga keputusan makmal, menyimpan rekod rantaian bekalan, menurunkan produk berbahaya serta menghubungkan pembeli apabila produk dipanggil balik.
Jika parcel sudah berpindah ke skrin, maka tanggungjawab juga perlu berpindah ke skrin. Di pasar malam pula, penguatkuasaan mesti tegas tetapi adil.
Jangan menghukum peniaga kerana sistem mungkin gagal menyediakan air yang bersih, tempat mencuci tangan, kawalan suhu dan juga pengurusan sampah.
Adakah KKM bersama pihak berkuasa tempatan akan menetapkan piawaian nasional dan juga menyediakan latihan serta kemudahan asas supaya pematuhan tidak menutup periuk nasi orang.
Malaysia juga patut merintis teknologi blockchain. Secara mudah, ia adalah lejar digital bersama yang akan merekodkan asal produk, nombor kelompok, keputusan makmal, pergerakan dan juga suhu penyimpanan. Jika pencemaran berlaku, pegawai boleh mengenal pasti kelompok yang terlibat, penjual dan juga pembeli dengan pantas. Saya bagi contoh, Korea Selatan menggunakan blockchain untuk rantaian daging lembu dan juga memendekkan masa penjejakan kepada kurang 10 minit.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Thailand pula membangunkan dengan TraceThai untuk hasil organik bermula dengan 34 kumpulan pengeluar di 17 wilayah. Jadi, kedua-duanya menunjukkan teknologi boleh menghubungkan ladang, makmal, pengangkutan, dan juga pasaran.
Tetapi, blockchain tidak menjadikan data palsu yang sebenar. Ia mesti disokong audit, pensijilan, dan juga ujian makmal. Jadi, adakah KKM bersedia untuk memulakan projek rintis bagi makanan bayi, tenusu, dan juga makanan mudah rosak yang dijual dalam talian bersama KPKM?
Dato’ Sri Yang di-Pertua, Bukit Bendera menyokong pindaan RUU ini, tetapi perlindungan mesti mendahului bahaya, bukan menyusul selepas rakyat menjadi mangsa. Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Bendera. Seterusnya, Yang Berhormat Kapar. Silakan, Yang Berhormat.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih, Dato’ Sri Speaker.
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih kepada Yang di-Pertua atas izin untuk Kapar
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
membahaskan Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Makanan 1983 atau Akta 281.
Yang disebutkan suatu akta bagi melindungi orang ramai terhadap bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan, dan penggunaan makanan, dan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Pada prinsipnya, saya melihatkan keselamatan makanan sebagai satu isu kesihatan awam, keselamatan pengguna, dan juga kepercayaan rakyat terhadap sistem kawal selia negara. Sebab itu, apabila kita meminda Akta Makanan 1983 ini yang telah pun berusia lebih empat dekad, persoalan kita bukan sekadar sama ada kuasa penguatkuasaan perlu dipertingkatkan.
Persoalannya adalah lebih besar, iaitu adakah selepas pindaan ini, rakyat benar-benar akan menjadi lebih selamat apabila mereka membeli dan memakan makanan tersebut? Segala cabaran yang kita hadapi bukan kecil. Berdasarkan taklimat KKM, terdapat kira-kira 330,206 premis makanan berdaftar, 9,585 kilang makanan, dan 4.92 juta pengendali makanan yang telah dilatih.
Bagi Januari hingga Jun 2026 sahaja, sebanyak 196,552 pemeriksaan pematuhan domestik dan 64,103 sampel telah dianalisis. Sebanyak 1,719 premis telah ditutup manakala 331 sampel didapati tidak mematuhi keperluan yang ditetapkan. Angka ini menunjukkan satu perkara; undang-undang yang baik mesti disokong oleh kapasiti penguatkuasaan yang mencukupi.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik usaha memperjelaskan takrif “bahan bersentuhan makanan”. Kerana keselamatan makanan ini bukan hanya makanan itu sendiri; bagaimana nak bungkus, campur dengan apa dan sebagainya, pewarna, pengawet. Ia juga berkaitan dengan apa yang menyentuh makanan tersebut, contohnya pembungkusan, sarung tangan, bekas, dan bahan tertentu.
Tetapi saya ingin bertanya kepada Menterilah. Selepas pindaan ini, adakah KKM akan memperkenalkan atau memperkukuhkan standard khusus bagi bahan yang bersentuhan dengan makanan, terutama plastik dan pembungkusan yang digunakan untuk makanan panas? Saya bersetuju dengan rakan-rakan saya tadi.
Rakyat biasa tak ada makmal. Jadi, tanggungjawab mesti berada kepada sistem kawal selia.
Kedua, kuasa menutup premis dan menyiarkan produk. Saya ingin memberikan perhatian khusus kepada cadangan memperkukuhkan kuasa Ketua Pengarah Kesihatan. Antaranya ialah kuasa berkaitan penutupan premis yang
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
menyediakan, menyimpan, atau menjual makanan yang memudaratkan kesihatan serta penyiaran maklumat produk bagi tujuan keselamatan dan kesihatan awam.
Taklimat KKM sendiri menunjukkan bahawa daripada 849 produk yang dianalisis dari tempoh 2019 hingga Ogos 2026, sebanyak 21 produk dikesan mengandungi racun berjadual, termasuk Viagra. Bagi rakan-rakan yang tak tahu apa yang sildenafil dan sebagainya, itu Viagra lah tu. Dexamethasone, itu steroid lah tu.
Apa— bagaimanalah ubat-ubat begini, racun begini dimasukkan ke dalam makanan?
Jadi, semakin besar kuasa pentadbiran, semakin penting mekanisme akauntabiliti dan semakan.
RUU ini antara lain memperkukuhkan mekanisme kawalan termasuk kemungkinan verifikasi lapangan terhadap fasiliti atau sistem kawalan keselamatan makanan di negara pengeksport apabila diperlukan. Ini cerita makanan import.
Saya menyokong prinsip kawalan berasaskan risiko. Tapi, adakah KKM mempunyai tenaga pakar, pegawai, peruntukan, dan kapasiti teknikal yang mencukupi untuk melaksanakan verifikasi tersebut? Oleh kerana masa tak banyak ini saya— saya, apakah lah, Speaker.
Saya memahami rasional kerana hukuman yang ditetapkan dalam undang- undang asal sudah berusia sejak 1983, tapi kita harus ingat keberkesanan undang- undang bukan hanya bergantung kepada setinggi mana hukuman maksimum. Ia juga bergantung kepada kebarangkalian kesalahan dikesan, keupayaan makmal, kecukupan pegawai penguat kuasa, kualiti siasatan, dan keberkesanan pendakwaan.
Penutupnya, Yang di-Pertua. Keselamatan makanan bermula sebelum makanan sampai ke pinggan mangkuk rakyat. Jadi oleh itu, pindaan Akta Makanan ini mesti berdiri atas tiga tiang utama:
(i) Kuasa penguatkuasaan yang berkesan;
(ii) kapasiti penguatkuasaan yang mencukupi; dan
(iii) akauntabiliti dan perlindungan hak yang jelas.
Oleh kerana kita ini makan hari-hari, orang Malaysia ini— Malaysia ini macam syurga makanan. Pagi, petang, siang, malam, 24 hours ada. Dan jenis makanan pula macam-macam. Jadi, adalah sangat penting safety makanan ini diberi satu penekanan yang sewajarnya oleh kerajaan.
Jadi, sudah tentulah kita mengharapkan KKM, dan saya setuju, dengan agensi-agensi lain memainkan peranan supaya kita bukan makan yang kita ingat
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
makanan yang memberikan nutrisi, kekuatan, kesihatan kepada kita tetapi dicampur dengan toksin, racun dan sebagainya yang kita sendiri tidak mahu.
Terima kasih, Speaker.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih, Yang Berhormat Kapar. Sekarang menjemput Yang Berhormat Temerloh. Silakan, Yang Berhormat.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey. Terima kasih, Dato’ Sri Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Temerloh menyokong usaha kerajaan memperkukuh Akta Makanan 1983 kerana keselamatan makanan berkait secara langsung dengan kesihatan rakyat dan keyakinan pengguna. Namun, Temerloh ingin memberi tumpuan kepada fasal 13, fasal 21, fasal 22 dan fasal 23. Khususnya kerana cara makanan dihasilkan, dijual, dan diiklankan hari ini telah berubah akibat perkembangan e-dagang dan ekonomi digital.
Dato’ Sri yang di-Pertua, fasal 13 memperkenalkan seksyen 11A baharu bagi membolehkan penutupan premis yang digunakan untuk menyediakan atau menjual makanan yang mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan. Tetapi hari ini ramai peniaga makanan tidak mempunyai kedai fizikal.
Mereka berniaga dari rumah, dapur kecil, gudang atau pusat fulfillment yang menjadi melalui marketplace serta media sosial. Persoalannya, pertama, apakah takrif premis dalam konteks peniagaan makanan secara dalam talian?
Kedua, jika makanan yang berbahaya dijual melalui platform e-dagang, adakah tindakan hanya terhadap premis atau turut melibatkan akaun penjual dan senarai produk secara dalam talian?
Ketiga, apakah mekanisme rayuan bagi memastikan tindakan penutupan dibuat secara adil dan berdasarkan bukti?
Dato’ Sri Yang di-Pertua, fasal 21 berkaitan pelabelan yang tidak menepati standard. Pindaan ini turut memperluas peruntukan berkaitan bahan yang bersentuhan dengan makanan. Dalam dunia e-dagang, pengguna kadangkala tidak melihat produk sebenar sebelum membuat pembelian. Mereka hanya bergantung kepada gambar, label, dan penerangan produk di skrin telefon.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Jadi persoalannya, adakah KKM akan memastikan penjual dalam talian memaparkan label sebenar produk secara lengkap dan jelas? Dan jika gambar label dan marketplace tidak sama dengan produk yang diterima pengguna, siapakah yang bertanggungjawab? Pengilang, pengimport, atau penjual?
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Saya mencadangkan supaya kerjasama dengan platform e-dagang diperkukuh supaya produk yang tidak mematuhi standard boleh dikesan dan diturunkan dengan segera.
Dato' Sri Yang di-Pertua, fasal 22 pula menyentuh pelabelan palsu dan mengelirukan. Dalam perniagaan online, kita sering melihat dakwaan seperti 100 peratus asli, tanpa bahan pengawet, organik, selamat untuk bayi dan sebagainya.
Masalahnya, penjualan secara digital boleh berlaku dengan sangat pantas dan merentasi pelbagai platform.
Persoalan kepada Menteri, pertama, adakah rekod transaksi data digital dan maklumat marketplace boleh digunakan sebagai bukti dalam tindakan penguatkuasaan? Kedua, bagaimana KKM mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab jika penjual menggunakan sistem dropship? Ketiga, apakah mekanisme untuk mengesan penjual yang menukar nama akaun tetapi terus menjual produk yang sama selepas tindakan penguatkuasaan?
Dato' Sri Yang di-Pertua, saya melihat fasal 23 amat penting kerana bentuk iklan makanan hari ini sudah berubah. Iklan bukan lagi sekadar televisyen dan akhbar. Kini, ia melibatkan TikTok Live, Facebook, Instagram, YouTube, influencer, content creator. Sebagai contoh, seorang influencer mungkin mendakwa sesuatu makanan boleh menyembuhkan penyakit, menurunkan gula dalam darah atau menurunkan berat badan dengan cepat. Jika dakwaan itu tidak benar, ia bukan sahaja merugikan pengguna tetapi boleh memberi kesan kepada kesihatan.
Justeru, saya ingin bertanya kepada Menteri. Pertama, adakah takrif iklan dalam pindaan ini benar-benar merangkumi live selling influencer dan sponsor content? Kedua, jika influencer dibayar untuk mempromosikan produk yang melanggar akta, siapakah yang bertanggungjawab? Penjual, influencer atau kedua- duanya? Ketiga, adakah KKM bekerjasama dengan SKMM dan platform digital supaya iklan makanan yang melanggar undang-undang boleh diturunkan dengan segera?
Dato' Sri Yang di-Pertua, penutupnya. Empat fasal ini menunjukkan satu perkara yang sangat penting. Undang-undang makanan mesti bergerak seiring
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
dengan perkembangan ekonomi digital supaya pindaan ini merangkumi perubahan mekanisme dunia perniagaan sekarang. Dahulu kita mengawal kedai, hari ini kita juga perlu mengambil kira kedai digital. Dahulu pengguna melihat label di rak, hari ini mereka melihat label di skrin telefon. Dahulu iklan dibuat melalui televisyen, hari ini seorang influencer boleh mencapai ribuan, malah jutaan pengguna dalam masa yang singkat. Oleh itu, Temerloh ingin mendapatkan empat jaminan daripada Menteri Kesihatan.
Pertama, fasal 13. Bagaimana tindakan penutupan premis akan dilaksanakan terhadap perniagaan makanan yang beroperasi secara online? Kedua, fasal 21. Bagaimana KKM memastikan label digital sama dengan label sebenar produk? Ketiga, fasal 22. Bagaimana KKM menangani label palsu atau mengelirukan yang digunakan oleh penjual online atau dropshipper? Fasal ke-23. Bagaimana KKM akan mengawal iklan atau influencer dan live seller?
Dato' Sri Yang di-Pertua, keselamatan makanan tidak boleh berhenti di pintu kedai. Keselamatan makanan mesti sampai ke pintu telefon rakyat. Dengan ini, Temerloh menyokong usaha memperkukuh RUU dan berharap aspek e-Dagang, data digital dan pemasaran dalam talian diberikan perhatian yang sewajarnya dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan. Terima kasih.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi
Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Sekarang menjemput Yang Berhormat Tenggara, silakan.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Au’uzubillahiminasyaitonirrojim, Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato' Sri Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Tenggara berbahas rang undang-undang ini. Pindaan ke atas Akta Makanan 1983 [Akta 281] memang sangat penting, dinanti-nantikan dan relevan dan mendepani dinamika rantaian industri makanan moden. Namun, sokongan ini bukanlah satu cek kosong. Ada beberapa perkara pokok perlu diteliti, aspek penguatkuasaan, data operasi dan hak usahawan kecil yang perlu diberi perhatian dan Tenggara mohon jawab dengan tuntas. Dan terima kasih pada hari ini Yang Berhormat Menteri ada menekuni semua perbahasan-perbahasan Ahli Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua, hal pertama ialah berkaitan dengan kuasa penutupan premis kotor, lawan keterjaminan perniagaan mid-mikro. Tenggara ingin menarik perhatian Dewan yang mulia kepada fasal 13 yang mengetengahkan seksyen 11A
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
baharu, kuasa menutup premis yang menyediakan atau menjual makanan memudaratkan kesihatan. Kita hendak premis perniagaan makanan yang bersih.
Berdasarkan rekod, data operasi penguatkuasaan Januari hingga April 2026, Pulau Pinang rekodkan angka paling tinggi. 177 buah premis makanan diarahkan tutup serta-merta. 68.9 peratus berpunca daripada isu kawalan makhluk perosak seperti tikus, bukannya kerana makanan itu sendiri beracun. Tuan Yang di-Pertua, isu tikus, parit kotor berpunca kelemahan sistem perparitan awam bawah penyeliaan pihak berkuasa tempatan. Bukannya salah peniaga 100 peratus. Tetapi kenapa peniaga kecil sahaja tanggung rugi dan premis ditutup? Bagaimanakah KKM mahu memastikan keadilan peniaga tidak menjadi mangsa kegagalan infrastruktur awam yang tidak baik.
Keduanya, bagaimanakah KKM memastikan garis panduan penutupan ini dilaksanakan secara telus dan tidak berat sebelah? Data menunjukkan majoriti premis yang terkesan dalam operasi kebersihan adalah peniaga mikro dan warung kecil. Apa bentuk sokongan atau rehabilitasi yang disediakan KKM bersama PBT agar penutupan premis ini tidak membunuh terus rantaian ekonomi mereka, sebaliknya membantu tingkatkan standard keselamatan makanan?
Adakah KKM bakal membuat satu kajian untuk melaksanakan SOP pemulihan yang pantas, bantu peniaga mikro dan warung makanan kecil-kecil ini supaya tidak bergantung tanpa pendapatan akibat birokrasi. Contohnya, DBKL pada Ogos 2026, perkenal dasar membenarkan pembukaan semula premis seawal 24 jam selepas pembersihan disahkan. Yang itu kita kena memperbanyakkan. Tuan Yang di-Pertua, keduanya berkaitan dengan....
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Tenggara.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Saya.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Batu hendak bangkit.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Silakan Batu.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Saya sahabat baik, sekejap sahaja. Saya setuju dengan pandangan Tenggara. Cadangan itu saya memang sokong. Baru-baru ini saya telah mengadakan satu kes di Kuala Lumpur, di mana KKM sudah tutup satu kedai, 14 hari. Dalam 14 hari itu, the first lima hari itu mereka sudah buat renovation, semua pesticide, dengan izin, semua sudah siap. Lepas itu, datang balik inspection, dapat juga ada kekotoran. Selepas itu dia cakap, tetap 14 hari. Saya bagi tahu KKM, tidak adillah, kalau mereka sudah bersihkan kali kedua,
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
bolehlah merayu untuk membuka kedai. Kalau mereka sudah bersihkan semua, memang perfect, tak buka kedai, rugilah. Apa pandangan Tenggara?
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Inilah yang saya maksudkan, Tuan Yang di-Pertua. Memang kena diberikan perhatian. Maksudnya, kita kena lebih educate, bukan untuk menghukum semata-mata. Hal yang kedua, yang ini masukkanlah dalam saya punya text.
Tenggara hendak rujuk fasal 4 dan fasal 9, Seksyen 8A baru, sentuh isu kawal selia iklan serta kebenaran akses data digital bagi siasatan transaksi makanan dalam talian sebagaimana yang disebut oleh Temerloh juga. Langkah ini amat tepat, trend pembelian makanan secara dalam talian, TikTok, Facebook dan Instagram melonjak tinggi. Tetapi realitinya, ekosistem digital sangat luas dan pantas.
Lambakan produk supplement dan makanan buatan rumah (homecook) diiklankan hampir setiap saat tanpa kita tahu tahap kebersihannya.
Tenggara hendak tanya, sejauh manakah kesiapsiagaan logistik, kepakaran forensik digital, bilangan keanggotaan pegawai penguatkuasaan KKM untuk menggeledah data digital ini? Adakah kakitangan mencukupi dan untuk memantau jutaan transaksi dalam talian ini setiap hari, Yang Berhormat Menteri? Jangan sampai undang-undang yang kita gubal ini cantik di atas kertas tetapi lompong dari sudut penguatkuasaan digital kerana kekangan aset dan kepakaran teknologi. Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Tenggara, mohon sedikit celahan.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Baik. Nanti Tuan Yang di- Pertua, saya minta masa sedikit, dua orang mencelah.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Maaf ya, Yang Berhormat.
Yang Berhormat yang bagi masa, masa Yang Berhormat tak akan ditambah.
[Ketawa]
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Tenggara, adakah bagi mengelak kita punya peniaga ini teraba-raba, ini boleh buat, itu tidak boleh dibuat. Adakah Yang Berhormat setuju agar kementerian membangunkan satu sistem informasi berasaskan AI agar setiap peniaga serta pembeli ini dapat akses 24 jam maklumat yang sah daripada Kementerian Kesihatan?
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Baik, saya setuju dengan pandangan Kinabatangan. Tetapi saya minta jugalah 30 saat, Tuan Yang di-Pertua.
Sedikit sahaja untuk habiskan ini.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Gulunglah Yang Berhormat.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Baik. Tuan Yang di-Pertua, pada Mei 2020, tragedi hitam kes keracunan makanan puding buih yang dibeli secara online, seorang wanita meninggal dunia. 99 mangsa dimasukkan ke hospital akibat cirit birit dan muntah yang teruk. Lepas makan pencuci mulut yang ditempah daripada peniaga makanan buatan rumah home made vendor guna telur ayam yang telah tamat tempoh lebih dua minggu.
Jadi, apa perancangan langkah prosedur pihak KKM untuk pantau profil media akaun sosial home made food traders ini? Dan kita bukan hendak sekat periuk nasi mereka tetapi hendak jamin makanan yang dihantar adalah selamat dan tidak meragut nyawa.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Jadi, sebagai penutupan, secara tuntasnya RUU Makanan (Pindaan) 2026 ni boleh ataupun mestilah dijadikan perisai pelindung penting untuk kesihatan generasi masa hadapan. Namun, penguatkuasaannya, aspek penguatkuasaannya mestilah tegas, adil dan berpijak di bumi yang nyata. Jangan biarkan jerung-jerung industri ini yang memalsukan label terlepas, tapi mak cik yang jual karipap, pisang goreng di kampung pula yang merana akibat birokrasi penutupan premis ini.
Jadi, Tenggara mohon ataupun menyokonglah rang undang-undang ini dan inilah masanya untuk kita laksanakan. Sekian, terima kasih. Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Sekarang menjemput Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Silakan Yang Berhormat.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Makanan (Pindaan) 2026.
Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk menyokong usaha murni kerajaan untuk memperkukuhkan Akta Makanan 1983 yang bukan sekadar berkisar soal pematuhan undang-undang saja tetapi merupakan soal kesihatan awam, kesejahteraan rakyat dan keyakinan pengguna terhadap sistem makanan negara.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Dalam rantaian makanan hari ini yang semakin kompleks, tanggungjawab kita bukan sahaja memastikan makanan yang sampai ke meja rakyat, selamat tetapi turut juga memastikan bahan pembungkusan dan bahan yang bersentuhan dengan makanan tidak mendatangkan risiko yang mampu memudaratkan kepada kesihatan kita semua. Oleh yang demikian, saya terus kepada persoalan pertama yang diharapkan mampu memberikan nilai tambah terhadap pindaan yang bermanfaat ini.
Pertamanya, berkaitan fasal 2 yang bertujuan meminda seksyen 2 untuk memperkenalkan takrifan “bahan bersentuhan makanan”. Ini merupakan pindaan asas yang sangat penting dari sudut perlindungan pengguna. Pindaan ini wajar kerana keselamatan makanan tidak sepatutnya terhenti pada kandungan makanan, bekas plastik pembungkusan, bahan salutan, perkakas dan bahan lain yang bersentuhan dengan makanan juga boleh menjadi sumber pencemaran. Namun, takrifan yang begitu luas akan menimbulkan persoalan tentang, di manakah sempadan tanggungjawab pengilang, pengimport, pembungkus, peniaga dan pengguna?
Justeru, apakah kriteria teknikal yang akan digunakan kementerian untuk menentukan bahawa sesuatu bahan boleh dijangka akan memindah unsur kepada makanan? Dan bagaimana kementerian dapat memastikan penguatkuasaan yang akan dilaksanakan tidak menjejaskan pengusaha kecil dan sederhana yang menggunakan bahan pembungkusan yang diperoleh daripada pembekal pihak ketiga secara maksimum?
Hal ini kerana kita sedia maklum para peniaga di tepi jalan seperti goreng pisang misalnya menggunakan plastik atau kertas yang mungkin secara tidak sedar memberi risiko kimia kepada makanan. Tetapi kita tidaklah sehingga mahu peniaga kecil, mereka ini terjejas dengan penguatkuasaan yang terlalu tegas. Saya mohon pandangan kementerian berhubung perkara ini.
Seterusnya, mengenai fasal 4 yang meminda seksyen 4 dalam memperluaskan kuasa pegawai yang diberi kuasa untuk menyiasat makanan dan bahan bersentuhan makanan. Fasal ini juga bertujuan untuk menangani isu pengiklanan dan memberikan kuasa pegawai yang diberi kuasa untuk memeriksa dan menyiasat makanan serta bahan bersentuhan makanan termasuklah dokumen dan rekod. Ini pindaan yang memperkukuhkan penguatkuasaan dan saya bersetuju, tetapi saya fikir perlu ada garis yang jelas antara keperluan siasatan dan munasabah dengan kuasa yang terlalu luas.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Dalam perkara ini, saya mohon menjelaskan, apakah maksud maklumat yang dikehendaki dengan munasabah dan siapakah yang akan dipertanggungjawabkan dalam menentukan tahap kemunasabahan tersebut? Dan sejauh manakah keseragaman garis panduan operasi yang akan digunakan bagi mengelakkan perbezaan tafsiran antara kementerian dan pihak berkuasa tempatan?
Menerusi fasal 13 yang memperkenalkan seksyen baharu iaitu seksyen 11A bagi penutupan premis yang digunakan untuk menyediakan atau menjual makanan yang mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan pula. Apabila kita berbicara dari perspektif kesihatan awam, kuasa penutupan segera amat penting apabila wujud sesuatu ancaman serius. Namun, dari suatu sudut pandangan lain, keputusan penutupan boleh menyebabkan kehilangan pendapatan, kerosakan reputasi dan pemberhentian operasi khususnya kepada para peniaga kecil.
Terkait itu, soalan saya, apakah nilai ambang yang ditetapkan dalam suatu pembuktian sebelum premis boleh ditutup sehingga 40 hari? Adakah ia nya berdasarkan keputusan makmal, penilaian risiko atau hanya arahan dari Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai? Persoalan yang lebih penting jika pelepasan 40 hari siasatan mendapati makanan sebenarnya tidak merbahaya, siapakah yang bertanggungjawab menanggung kerugian ekonomi dan reputasi pemilik premis? Kita tidak mahu ada pihak yang teraniaya dengan tindakan yang melulu.
Seterusnya bagi pengenalan seksyen baharu, 12B di bawah fasal 15. Fasal 15 itu sendiri membolehkan Ketua Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa menyiarkan maklumat tentang makanan yang tidak mengetahui akta atau peraturan apabila pengimport, pengilang, pembungkus atau pemunya yang tidak dapat dikesan.
Saya melihat prinsip ini sebagai sangat penting dalam era media sosial hari ini. Jika produk tercemar masih berada di pasaran, kerajaan mesti mempunyai upaya memaklumkan kepada pengguna dengan pantas. Namun, saya mohon dijelaskan oleh kementerian ialah sejauh manakah kementerian mempunyai protokol klasifikasi risiko sebelum sesuatu nama produk atau syarikat...
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Masa sudah tamat Yang Berhormat. Landing.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Diumumkan kepada umum. Banyak lagi ni.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Landing Yang Berhormat.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Okey.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Ramai lagi rakan-rakan yang akan berbahas.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Okey, okey, terima kasih. Okey, Kulim dengan ini menyokong pindaan ini. Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya ingin menjemput Yang Berhormat Gopeng. Silakan.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Terima kasih kepada Dato’ Sri Speaker kerana mengizinkan saya untuk membangkitkan dan membahaskan RUU Makanan 2026.
Mengambil kira perubahan gaya hidup, teknologi, bahan makanan yang baru, digitalisasi dan juga e-dagang, saya memegang pandangan yang sama bahawanya ada keperluan yang sangat mendesak untuk kerajaan membuat pindaan dalam Akta Makanan 1983 seiring dengan perkembangan yang saya sebutkan tadi.
Hal ini penting bagi memastikan kesihatan rakyat Malaysia sentiasa terlindung di bawah kawalan dan pemantauan yang ketat demi menjamin keselamatan makanan yang kita ambil tiap-tiap hari. Kawalan pemantauan dan penguatkuasaan bukanlah hanya bermaksud di premis makanan seperti kafe dan restoran bagi pengguna sahaja, tetapi penting untuk membuat kawalan keselamatan makanan di rantaian perbekalan makanan daripada ladang, pemprosesan, pembungkusan, import dan eksport, pengedaran dan peruncitan.
Namun dalam kita mengambil langkah yang munasabah ini, pindaan ini adalah penting untuk saya menyatakan dua sudut pandangan, dua perkara yang berkaitan dalam pindaan ini untuk memastikan pelaksanaan ini betul-betul dapat memberikan kesan yang baik.
Pertamanya, mekanisme kawalan dan pemantauan yang lebih teliti dinyatakan dalam pindaan ini, termasuk verifikasi lapangan ke atas fasiliti makanan ke luar negara bagi pengimport-pengimport makanan jenis komersial konvensional.
Namun, tindakan ini hanya mengambil kira makanan yang kita bawa masuk dengan tujuan komersial konvensional.
Tetapi soalan saya adalah bagaimana pula dengan mereka yang mengimport makanan secara e-dagang untuk kegunaan peribadi kerana model perniagaan kini banyak berubah daripada biasa kepada factory to consumer (F2C) dan platform- platform seperti ini tidak perlu sebarang persijilan, boleh dikecualikan daripada
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
sebarang bayaran fi, lesen, malah lebih membimbangkan adalah apakah kita terdedah kepada risiko keselamatan makanan yang akan membawa kesan kepada kita dalam jangka masa yang panjang. Mungkin yang mengalami kontaminasi makanan itu akan cirit-birit, sakit dalam masa yang pendek tetapi bahan-bahan pengawet, chemical elements yang dalam makanan-makanan yang diimportkan secara peribadi itu, mungkin akan ada kesan untuk jangka yang panjang.
Saya bagi contoh basreng ataupun lebih dikenali sebagai bakso kering dan juga kentang mustofa daripada Indonesia yang sekarang dalam online platform yang dijual beratus-ratus ribu paket. Dan contoh lagi, sago tempe yang dijual, setiap bulan sekurang-kurangnya enam hingga lapan ribu paket setiap bulan ataupun lap cheong
(Chinese sausage). Lap cheong tu Kantonis yang jualan beribu— berpuluh-puluh ribu paket dan makanan-makanan yang mempunyai bahan-bahan pengawet yang belum tentu asal usul dan ramuan makanannya.
Dalam konteks pengimport makanan konvensional, kita ada protokol dan peraturan. Malah dalam pindaan ini diberikan kuasa yang lebih untuk kita menguatkuasakan, mengawal selia kan.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Tetapi dalam soalan konteks F2C ini, saya nak bertanyakan apakah protokol dan peraturan yang sedia ada untuk memastikan saringan risiko, pemeriksaan secara rawak dan tindakan susulan itu akan diambil? Jika ya, wujudnya mekanisme kawalan semasa ataupun yang baru dalam pindaan ini, saya minta penjelasan Menteri apakah data yang boleh dikongsikan tentang segmen ini? Berapakah aduan? Berapakah pembuktian kes-kes kontaminasi makanan ataupun hukuman yang telah pun dikenakan terhadap pembekal-pembekal atas talian merentasi sempadan yang saya sebutkan tadi?
Berapakah jumlah tenaga kerja, kapasiti makmal, sumber penguatkuasaan sedia ada yang benar-benar mencukupi untuk menampung pertambahan tanggungjawab ini? Jika tidak, ini seolah-olahnya mengungkitkan persoalan di kalangan pengimport yang biasa, pemproses, pengedar, pemain industri yang sedia ada yang konvensional lebih baik sahajalah kita berpindah kepada model bisnes untuk F2C kerana bisnes model yang baharu ini tidak perlu ataupun ada banyak kelompongan lagi untuk mematuhi peraturan dan undang-undang dan protokol yang dalam akta ini.
Yang kedua, perkara yang saya nak sebutkan adalah jika telah pun kita luluskan undang-undang ini, saya memohon kepada kementerian untuk melihat
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
selain daripada kapasiti pemain industri, turut kapasiti kerajaan penting untuk kita menilai, sama ada kita lepas luluskan undang-undang ini, ada kapasiti yang baik, yang mencukupi untuk menguatkuasakan perkara ini. Dan kita kena pastikan kapasiti makmal yang mencukupi, pegawai penguat kuasa yang mempunyai kemahiran khusus, termasuk ada beberapa pindaan dalam seksyen yang memerlukan kemahiran khusus seperti forensic digital, pengurusan rantaian, jagaan, bukti ataupun change of custody.
Ini penting supaya piawaian undang-undang, keupayaan kerajaan, keupayaan industri untuk memastikan keperluan baharu ini dapat ditingkatkan secara serentak. Maka dengan itu saya mohon kerajaan mengambil kira pandangan saya yang saya kemukakan tadi dan saya menyokong penuh untuk pindaan rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih, Yang Berhormat Gopeng. Seterusnya Yang Berhormat Kepala Batas. Silakan, Yang Berhormat.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih diucapkan kepada Puan Yang di-Pertua di atas seruan yang diberikan. Puan Yang di-Pertua, kita boleh hidup tanpa banyak perkara tetapi kita tidak boleh hidup tanpa makanan. Setiap pagi seorang ibu bertanya, “Anak aku nak makan apa hari ini?”. Seorang ayah yang pulang bekerja memikirkan lauk untuk keluarganya dan seorang anak yang membuka bekal di sekolah hanya mengharapkan satu perkara, makanan itu mengenyangkan, berkhasiat dan yang paling penting selamat. Justeru apabila kita membahaskan RUU Makanan (Pindaan) 2026 pada hari ini, kita sebenarnya bukan sekadar membahas seksyen dan subseksyen, tetapi kita sedang membahaskan amanah negara untuk melindungi apa yang masuk ke dalam tubuh rakyat.
Puan Yang di-Pertua, perkara pertama Kepala Batas ingin menyentuh berkaitan soal bahan bersentuhan makanan. Kepala Batas menyambut perluasan kerangka kawal selia kepada bahan bersentuhan makanan. Hal ini penting kerana pengguna bukan membeli makanan sahaja bahkan pengguna juga membeli
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
makanan bersama pembungkusannya, bekasnya dan bahan yang bersentuhan dengannya.
Maka persoalannya, apakah mekanisme pemantauan KKM terhadap bahan bersentuhan makanan khususnya produk yang diimport? Bagaimana kerajaan memastikan bahan tersebut tidak memindahkan unsur yang boleh memudaratkan kesihatan ke dalam makanan dan adakah penguatkuasaan akan merangkumi keseluruhan rantaian bekalan daripada pengilang, pengimport dan pengedar sehinggalah kepada premis yang menggunakannya?
Kedua, soal pelabelan dan juga pengiklanan. Hari ini makan bukan sahaja dijual di pasar raya dan juga kedai. Makanan dijual melalui telefon bimbit, melalui media sosial, melalui live selling dan juga melalui platform e-Dagang. Justeru Kepala Batas melihat cadangan memperkukuh kuasa penyiasatan berkaitan pengiklanan dan akses kepada maklumat berekod, data berkomputer serta data digital sebagai suatu yang sangat penting dalam [Tidak jelas] ekonomi pada hari ini.
Namun bila kuasa ini diperluaskan, persoalannya apakah garis panduan, SOP dan mekanisme audit yang akan memastikan kuasa akses kepada data digital ini digunakan secara bersasar, telus dan juga bertanggungjawab? Kita mahu penguatkuasaan tegas dan juga berakauntabiliti.
Puan Yang di-Pertua, dalam soal pelabelan, rakyat tidak sewajarnya dipaksa menjadi ahli kimia untuk memahami makanan yang mereka beli, produk yang mereka menyasarkan kanak-kanak pula sering datang dengan warga yang terang, rasa yang menarik dan pembungkusan yang sangat kreatif.
Persoalannya bukan semata-mata sesuatu bahan itu dibenarkan ataupun tidak. Persoalan yang lebih besar adakah ibu bapa diberikan maklumat yang cukup untuk membuat pilihan yang baik untuk anak-anak mereka. Hal ini sangat penting kerana Malaysia sedang berhadapan dengan cabaran penyakit tidak berjangkit.
Maka Kepala Batas melihat satu pendekatan yang konsisten bahan dibenarkan berdasarkan bukti saintifik, pengguna dimaklumkan dengan jelas dan pemantauan selepas produk berada di pasaran diperkukuhkan.
Ketiga berkaitan soal keracunan makanan. Data Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan episod kejadian keracunan makanan pada tahun 2023 kepada 2024. Kalau melihat kepada tahun 2024 sebanyak 33.1 peratus melibatkan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Maka hal ini turut berlaku di Kepala Batas. Pada awal Januari yang lepas, 64 murid dilaporkan disyaki keracunan makanan di Kepala Batas dan juga di beberapa sekolah yang lain.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Angka ini bukan sekadar statistik. Di sebalik angka itu ada anak-anak kita.
Ada ibu bapa yang terpaksa mengambil cuti. Ada guru-guru yang terpaksa menguruskan murid yang sakit dan ada keluarga yang bertanya, bagaimana makanan yang sepatutnya mengenyangkan anak kami akhirnya menyebabkan mereka jatuh sakit? Justeru, Kepala Batas mohon persoalan, pertanyaan, berapa banyak pemeriksaan telah dilakukan? Berapa banyak sampel telah diuji? Berapa banyak ketidakpatuhan di kesan dan berapa cepat tindakan susulan diambil?
Seterusnya keempat, Kepala Batas ingin menyentuh kuasa penutupan premis. Kepala Batas faham rasionalnya jika terdapat makanan yang mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan. Kerajaan mesti mempunyai keupayaan untuk bertindak pantas demi melindungi rakyat. RUU ini mencadangkan kuasa penutupan premis dalam keadaan sedemikian, tetapi Kepala Batas ingin mendapatkan penjelasan, apakah kriteria yang menentukan sesuatu premis itu perlu ditutup?
Apakah terdapat prosedur yang jelas, bagaimana memastikan tindakan ini konsisten dan bagaimana kerajaan membezakan di antara kesalahan yang mempunyai risiko segera kepada kesihatan awam dengan kesalahan pematuhan yang boleh diperbetulkan?
Kita mahu undang-undang yang tegas kepada kemudaratan tetapi adil kepada peniaga terutamanya pengusaha mikro dengan kecil yang mencari rezeki yang halal. Jangan sampai penguatkuasaan yang sepatutnya melindungi rakyat akhirnya memusnahkan periuk nasi peniaga kecil yang sebenarnya mahu mematuhi undang-undang tetapi tidak mempunyai kapasiti yang sama seperti syarikat besar.
Maka, Kepala Batas mencadangkan agar pendekatan pematuhan turut melibatkan pendidikan, panduan teknikal, tempoh pembetulan yang munasabah bagi kes yang tidak melibatkan risiko segera dan tindakan tegas apabila wujud risiko nyata kepada kesihatan awam. Maka Kepala Batas menutup perbahasan ini kepada beberapa perkara. Pertama, keselamatan. Kedua, ketelusan. Yang ketiga, kebertanggungjawaban.
Rakyat tidak membaca section by section ketika mereka membeli makanan.
Mereka membaca label, mereka melihat jenama, mereka percaya kepada penjual dan akhirnya mereka percaya kepada kerajaan. Maka keberkesanan undang- undang ini tidak seharusnya diukur dengan berapa banyak peruntukan yang kita tambah tetapi ia wajar diukur dengan satu perkara. Adakah seorang ibu di Kepala Batas, seorang bapa di Sabah, seorang guru di Sarawak dan seorang anak di mana- mana pelosok Malaysia ini, duduk di meja makan dengan keyakinan bahawa
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
makanan di hadapan mereka benar-benar selamat. Inilah ukuran undang-undang makanan bukan sekadar apa yang masuk ke dalam makanan.
Dengan itu Kepala Batas menyokong usaha memperkukuhkan kerangka keselamatan makanan negara dan menyerahkan perkara-perkara yang dibangkitkan ini dengan pertimbangan dan juga penjelasan kementerian. Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih, Yang Berhormat. Sekarang menjemput Yang Berhormat Rasah. Silakan, Yang Berhormat Rasah. Silakan, Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih kepada Dato' Sri Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk terus turut serta dalam membahaskan RUU Makanan (Pindaan) 2026 yang bertujuan untuk meminda Akta Makanan 1983 ataupun Akta 281. Memang benar akta ini lama tidak dipinda. Kali terakhir pindaan dilakukan pada tahun 2006, sudah tiba masanya ia dipinda bersesuaian dengan keperluan semasa. Saya berikan contoh seksyen 12, kalau sebelum ini hanya menggunakan perkataan akhbar, kini dia menggunakan perkataan media cetak dan elektronik. Keperluan semasa yang bersesuaian dengan perkembangan semasa.
Perkara kedua iaitu berkenaan dengan seksyen 12C yang baharu, yang mengatakan bahawa verifikasi lapangan, fasiliti makanan di luar negara yang memberikan kuasa kepada KKM terhadap kuasa ini. Ia juga bersesuaian kerana hari ini banyak makanan kita sebenarnya diimport daripada luar. Jadi, ada keperluan untuk berbuat demikian.
Dato' Sri Yang di-Pertua, memang kita sedia maklum makanan sangat mustahak dalam kehidupan harian kita. Kita memerlukan makanan yang cukup dan selamat bukan sahaja untuk kelangsungan hidup kita tetapi yang penting adalah memastikan kehidupan kita sentiasa sihat dan sejahtera. Jadi beberapa perkara yang berbangkit daripada pindaan ini amat mustahak dan perlu disokong sepenuhnya.
Jadi saya ucapkan tahniah kepada pihak Kerajaan Malaysia MADANI terutamanya Yang Berhormat Menteri Kesihatan kita yang cukup cakna dan komited dalam memastikan bahawa RUU ini berjaya dibentangkan untuk bacaan kedua pada hari ini dan seterusnya saya harap ia diluluskan. Ia sebenarnya RUU ini kalau kita tengok cadangan untuk meminda sebenarnya berlaku dalam lima enam tahun
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
dahulu, ketika di bawah Kerajaan Perikatan Nasional tetapi Menteri-menteri ketika itu gagal berbuat demikian tetapi Menteri Pakatan Harapan, Kerajaan Malaysia MADANI yang berjaya melakukannya. Syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri KKM kita.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Walaupun saya ucapkan syabas dan tahniah, tetapi ada perkara yang saya hendak bangkitkan juga iaitu berkaitan dengan pertindihan bidang kuasa yang mungkin berlaku. Saya meneliti 14 orang pembahas sebelum saya. Biarlah saya menjadi orang pertama yang membangkitkan isu baru ini. Ia mungkin timbul pertindihan, overlapping, bidang kuasa antara KKM dengan Kementerian abang Mat, KPKM.
Sebab apa saya kata demikian? Kalau kita lihat, di bawah KPKM sendiri, dia sudah ada bidang kuasa berkenaan dengan produk agromakanan yang diimport dari luar di mana KPKM sudah ada fungsi yang berkaitan dengan kesihatan, haiwan dan veterinar ataupun tumbuhan dengan menghantar team ke luar negara. Biosekuriti, SPS, sanitary dan phytosanitary, permit import, pemeriksaan di pintu masuk dan kelulusan tertentu terhadap fasiliti pengeluaran di luar negara. Benda ini sudah ada.
Jadi, kalau dua kementerian mempunyai melakukan perkara yang sama.
Sebelum ini KPKM, sekarang ini tengah ada pindaan ini, KKM pun terlibat. Apa jadinya? Apa pandangan negara luar terhadap kita? Dia akan terkejut. Dua kementerian daripada Kerajaan Malaysia melakukan tugas ataupun fungsi yang sama. Apa pandangan luar? Ia mungkin tidak menguntungkan kita.
Saya minta maaf, sekarang ini abang Mat okeylah tak ada masalah. Kalau besok ada Menteri yang daripada sakau punya macam apa akan jadi? Jadi, elok kita betulkan. Saya mohon Yang Berhormat Menteri menjawab nanti. Tolong memberi pengesahan bahawa kebimbangan saya itu tidak benar. Okey, saya harap begitulah.
Saya tak harap kebimbangan saya itu benar, sebab saya rasa perkara ini perlu dijelaskan sebab untuk elakkan disalahgunakan.
Saya berikan contoh untuk pengimportan daging. Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) sendiri sudah ada mekanisme untuk menilai dan melakukan, meluluskan rumah sembelih ataupun facility pemprosesan daging di luar negara. Ia sudah boleh dilakukan dan berterusan sehingga hari ini. Jadi, bila adanya pindaan hari ini, apakah fungsi untuk KKM ataupun agensi di bawah KKM juga laksanakan tugas yang sama ataupun tugas yang lebih luas? Mohon Yang Berhormat Menteri menjelaskan. Sebab konsep yang sangat penting untuk kita adalah one government,
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
one coordinator, risk assessment. Satu kerajaan dengan satu penyelesaian penilaian berkenaan dengan risiko.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Perkara kedua yang saya hendak sebutkan Yang Berhormat Menteri berkenaan perkara pertindihan juga. Tetapi saya hendak jelaskan saya hari ini bukan jurucakap kepada abang Mat ataupun KPKM. Cuma kebetulan saya meneliti RUU ini saya nampak ada perkara yang sudah ada di bawah bidang kuasa KPKM. Yang Berhormat Timbalan Speaker, mohon sedikit tambahan masa.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila landing.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Satu minit ya. Okey, iaitu berkenaan dengan bahan bersentuhan makanan. Saya bersetuju dengan tafsiran baru ini menggantikan perkakas. Sebab dia dapat meliputi skop yang lebih luas dan bersesuaian dengan keperluan semasa. Cuma isu dia, apakah dengan adanya pindaan ini dia meluaskan skop KKM untuk pergi kilang yang menghasilkan bakul, tangki, bekas penuaian, peralatan di ladang? Apakah KKM ada kuasa ini?
Sepatutnya yang pergi itu agensi lain, agensi mungkin di bawah kementerian lain. Jadi saya hendak kepastian daripada Yang Berhormat Menteri menggulung nanti supaya tak berlaku pertindihan, kita tidak mahu ada berlaku pertindihan. Kita hendak sumber kita, kita hendak kerajaan kita buat apa yang sepatutnya ikut kementerian yang sepatutnya.
Tuan Yang di-Pertua, 20 saat yang terakhir, saya sangat menyambut baik langkah kerajaan untuk mengawal kemasukan makanan import bagi tujuan jualan tetapi diisytiharkan sebagai kegunaan sendiri. Saya hendak tanya, bagaimanakah pelaksanaannya? Pelaksanaannya sangat penting sebab saya nampak ia banyak yang dibeli dalam amaun yang besar, dalam skala yang besar. Jadi, macam mana kita hendak laksanakannya di pintu masuk nanti? Memang ia berlaku. Lambakan makanan dari luar yang mana kita perlu banteras.
Jadi, saya menyokong usaha daripada kerajaan dan saya berharap RUU ini boleh diluluskan demi memastikan makanan di Malaysia walaupun makanan yang diimport sentiasa sihat untuk ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana izinkan saya untuk turut membahaskan pindaan Rang Undang-undang Makanan (Pindaan) 2026. Saya juga ucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar kita dalam Dewan ini.
Puan Yang di-Pertua, pada asasnya saya menerima dan bersetuju bahawa Akta Makanan 1983 perlu dikemas kini. Cara makanan dikilang, dibungkus, diimport, diedarkan dan dijual sudah berubah. Maka apabila kerajaan mahu memperluas kawal selia pada bahan bersentuhan makanan, memperkukuh panggil balik dan menyesuaikan penguatkuasaan dengan transaksi digital, saya memahami keperluannya. Walau bagaimanapun, saya pasti rakyat ingin melihat bahawa undang-undang mesti boleh dilaksanakan. Kerajaan mesti mampu menguatkuasakannya dan peniaga mesti tahu bagaimana hendak mematuhinya.
Sebelum itu Puan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada kementerian, berapa banyakkah kes penyelewengan dan perlanggaran syarat yang dilakukan oleh peniaga-peniaga yang telah melanggar undang-undang di bawah akta ini sebelum ini?
Saya juga ingin bertanya, berapa ramaikah penglibatan pekerja-pekerja asing, peniaga-peniaga asing yang menjalankan perniagaan di negara kita ini yang telah melanggar syarat-syarat yang telah ditentukan dalam undang-undang ini? Jadi, saya minta kerajaan tegas kerana kalau hari ini kita lihat seolah-olah Malaysia bukan lagi negara Malaysia, ramai pekerja-pekerja asing yang menjalankan perniagaan di negara kita ini.
Tuan Yang di-Pertua, kita bukan hendak berkejar denda, kita hendak mengejar pematuhan. Apabila pematuhan berjaya, maka rakyat lebih selamat dan bahagia. Oleh itu, saya ingin membangkitkan tiga perkara. Yang pertama saya mahu kerajaan memberi perhatian serius kepada traceability atau kebolehkesanan makanan.
Fasal 9 memperkenalkan seksyen baru 8A yang membolehkan akses kepada maklumat berekod, data berkomputer dan data digital. Akses itu boleh meliputi kata
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
laluan, kod penyulitan dan kod penyahsulitan. Saya faham kuasa digital mungkin diperlukan dalam penyiasatan. Tetapi sebelum kita bercakap tentang SOP penyimpanan data, saya mahu Menteri jelaskan terlebih dahulu, apakah situasi sebenar yang kerajaan bayangkan sehingga kuasa sedalam ini diperlukan. Untuk tujuan apa maklumat ini diperlukan? Adakah untuk mengenal pasti punca masalah, menentukan skop panggil balik, membuktikan transaksi ataupun mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab? Saya minta penjelasan.
Kita menggubal undang-undang hari ini untuk digunakan dalam keadaan sebenar besok. Maka Parlimen perlu tahu bukan sahaja kuasa apa yang hendak diberikan tetapi dalam keadaan apa kuasa itu akan digunakan. Maklumat apa yang diperlukan dan hasil apa yang hendak kita perolehi.
Kalau antara tujuan utama adalah untuk mengetahui dari mana produk datang dan ke mana ia diedarkan, mengapa traceability tidak dijadikan benteng pertama? Prinsipnya mudah, satu langkah ke belakang kita melihat siapa pembekalnya, satu langkah ke hadapan kita melihat kepada siapa produk ini akan diedarkan. Saya tidak mengatakan kuasa akses digital tidak diperlukan langsung.
Saya mencadangkan jika rekod tidak diberikan, dipalsukan atau disembunyikan dan terdapat alasan munasabah, barulah akses digital yang lebih mendalam digunakan. Selepas keperluan itu dibuktikan, barulah timbul soalan kedua. Apabila data diambil, siapa menyimpannya, siapa boleh mengaksesnya, berapa lama disimpan, bagaimana data yang tidak berkaitan dengan siasatan dimusnahkan atau dilindungi?
Seksyen baru 11A membolehkan penutupan serta-merta sehingga 40 hari terhadap premis yang menyediakan atau menjual makanan yang memudaratkan kesihatan. Saya tidak mempertikaikan tindakan segera apabila keselamatan diri rakyat terancam, tetapi setelah masalah diperbetulkan, apakah laluan untuk premis untuk kembali beroperasi?
Ketiga, saya mahu melihat execution pelan kerajaan. Rang undang-undang ini memperluas kawal selia kepada bahan bersentuhan makanan, analisis data digital, panggil balik dan verifikasi fasiliti makanan di luar negara. Semua ini memerlukan pegawai kepakaran, makmal, sistem digital yang selamat dan peruntukan kewangan. Tetapi bahagian implikasi kewangan sendiri menyatakan bahawa perbelanjaan tambahan kerajaan masih belum dapat ditentukan.
Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang dalam konteks negara kita Malaysia ini, agama Islam adalah agama rasmi.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Apakah dan bagaimana kerajaan memastikan supaya bukan sahaja nilai kebersihan dan kesihatan kepada barang-barang makanan yang diniagakan tapi kita juga nak tahu apakah mekanisme yang digunakan oleh kerajaan bagi memastikan supaya barang-barang yang diniagakan, makanan untuk rakyat negara kita ini adalah halal dan bersih? Sebab itulah kita nak supaya kita makan makanan yang sihat tapi dalam masa yang sama, sebagai umat Islam, kita makan makanan yang halal dan bersih dari segi agama.
Puan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
...Mudahkan mereka yang mahu patuh. Pastikan maklumat kebolehlaksanaan yang relevan dapat digunakan― sikit lagi― dengan cepat, dengan penguatkuasaan dan, apabila perlu, disampaikan kepada pengguna. Jejak produk lebih awal, gunakan data yang benar- benar diperlukan, tetapkan tempoh tindakan kepada kerajaan sebagaimana kita menetapkan kewajipan kepada rakyat.
Kerana akhirnya kejayaan akta ini, Menteri, bukan apabila kerajaan mengambil lebih banyak tindakan tetapi kejayaan akta ini ialah apabila sedikit makanan tidak selamat dan juga halal dan bersih dapat kita sediakan untuk rakyat.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Maran. Saya jemput Yang Berhormat Libaran.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Terima kasih, Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, saya menyambut baik usaha Kementerian Kesihatan untuk memperkukuh Akta Makanan 1983 agar keselamatan makanan tidak dipandang ringan.
Perubahan teknologi, rantaian bekalan global dan pola pembelian rakyat menuntut undang-undang yang lebih berkesan serta penguatkuasaan yang lebih pantas. Justeru, kuasa baru di bawah rang undang-undang ini perlu disertai keupayaan pelaksanaan, ketelusan dan perlindungan yang adil kepada pengguna serta peniaga yang mematuhi undang-undang.
Tuan Yang di-Pertua, makanan di platform e-dagang. Pengguna kini boleh membeli pelbagai jenis makanan dan produk yang membuat dakwaan kesihatan hanya melalui beberapa klik. Namun, gambar produk, harga murah dan ulangan
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
pembeli tidak membuktikan bahawa makanan tersebut selamat, mempunyai maklumat label yang diwajibkan atau boleh dikesan sumber pengeluarannya.
Bagaimana kementerian hendak mengawal penjualan makanan dalam talian yang tidak menyatakan pengilang, pengimport, alamat premis ataupun maklumat label yang mencukupi untuk tujuan kebolehkeberkesanan?
Pindaan ini memperkukuh kuasa penyiasatan terhadap rekod dan data digital tetapi penyelesaian yang berkekalan tetap memerlukan kerjasama nyata daripada platform e-dagang. Kementerian perlu mewujudkan protokol bersama dengan platform e-dagang, MCMC, KPDN dan juga kastam bagi mengesan penjualan, mendapatkan data yang relevan dan menurunkan produk berisiko dengan segera.
Protokol tersebut juga perlu menentukan siapakah yang bertanggungjawab apabila produk yang berbahaya masih terus dijual selepas aduan atau arahan penguat kuasa dikeluarkan.
Tuan Yang di-Pertua, bahan bersentuhan makanan. Pindaan berkaitan bahan bersentuh makanan amat penting kerana bekas dan peralatan yang kelihatan bersih belum tentu selamat jika bahan tersebut boleh memindahkan unsur berbahaya ke dalam makanan. Menteri perlu memperjelaskan standard yang akan diguna pakai, kapasiti makmal untuk menjalankan ujian serta tempoh peralihan bagi membolehkan industri mematuhi keperluan baru ini. Pelaksanaan hendaklah dibuat secara berperingkat dengan bantuan teknikal kepada peniaga mikro dan kecil supaya pematuhan tidak menjadikan beban yang hanya mampu ditanggung oleh syarikat yang besar.
Tuan Yang di-Pertua, makanan import dan jaminan pengguna. Malaysia masih bergantung kepada import bagi sebahagian bahan makanan dan rantaian ini mesti dikawal tanpa menjejaskan kelancaran perdagangan yang sah. Bahan taklimat kementerian menunjukkan sebanyak 196,552 konsainan makanan import telah direkodkan dari Januari hingga Jun 2026, sekali gus menuntut sistem kawalan yang benar-benar berisiko tinggi.
Makanan dan bahan mentah yang memasuki negara mesti memenuhi keperluan keselamatan serta kebersihan, manakala produk yang dipasarkan sebagai halal pula hendaklah disahkan melalui kerjasama badan berkuasa yang berkaitan.
Oleh itu, KKM perlu memperkukuh penyelarasan dengan JAKIM, pihak berkuasa agama negeri, kastam dan KPDN supaya keselamatan makanan, pengisytiharan import dan tuntutan halal tidak diperiksa secara terpisah.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Cadangan verifikasi terhadap fasiliti ataupun sistem kawalan keselamatan makanan di negara pengeksport perlu dilaksanakan mengikut risiko, sejarah ketidakpatuhan dan kategori produk yang benar-benar memerlukan perhatian. Bagi Sabah, kementerian perlu menjelaskan kapasiti, pemeriksaan, pensampelan, makmal dan tempoh keputusan ujian di pintu masuk utama termasuk Sandakan dan Tawau. Sistem digital termasuk FoSIM perlu diintegrasikan dengan data Kastam, makmal dan permit import supaya pengisytiharan perlu ataupun produk berisiko dapat dikesan sebelum sampai kepada pengguna.
Tuan Yang di-Pertua, saya sangat menyokong usaha kementerian ini menambah kuasa penguatkuasaan dan meningkat kadar penalti kerana kesalahan makanan boleh menjejaskan kesihatan awam secara langsung. Bahan taklimat kementerian menunjukkan bahawa 21 daripada 849 produk makanan yang dianalisa antara tahun 2019 sehingga Ogos 2026 mengandungi racun berjadual, manakala 12 daripada 16 jenama yang dikesan menggunakan alamat palsu atau tidak lengkap.
Data tersebut membuktikan keperluan untuk menutup premis dan menyiarkan maklumat produk yang berbahaya kesihatan tetapi kuasa ini mesti dilaksanakan berasaskan bukti jelas, boleh diaudit. Apakah tertulis tempoh semakan, saluran rayuan dan mekanisme pembetulan yang akan digunakan sekiranya berlaku kesilapan penganalisaan ataupun maklumat yang disiarkan perlu ditarik balik?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Tuan Yang di-Pertua, justeru, saya menyokong Rang Undang-undang Makanan (Pindaan) 2026 kerana rakyat berhak mendapat makanan yang selamat, berkualiti dan boleh dikesan sumbernya. Namun, penguatkuasaan yang berkesan tidak hanya bergantung kepada kuasa dan denda, sebaliknya memerlukan data yang baik, makmal yang mencukupi, agensi yang terlaras dan proses yang adil. Semoga pindaan ini memperkukuh keyakinan rakyat, melindungi pengguna dan memastikan perniagaan yang patuh tidak kalah kepada pihak yang mengambil jalan singkat dengan mempertaruhkan kesihatan awam.
Sekian, terima kasih, Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Libaran. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih kerana memberikan
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
kesempatan dan ruang kepada Kuala Krai untuk turut sama dalam perbahasan Rang Undang-undang Makanan (Pindaan) 2026.
Nabi bersabda...
[Membaca sepotong hadis] “Sesungguhnya Allah itu baik dan Dia tidak menerima kecuali yang baik.” Nabi SAW juga bersabda bahawa Allah memerintahkan para Rasul dan orang beriman supaya memakan makanan yang baik. Baginda menyebut seseorang yang berdoa kepada Allah tetapi makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan diberi makan daripada sumber yang haram, lalu Baginda bertanya, “Bagaimana doanya hendak diperkenankan?”.
Tuan Yang di-Pertua, hari ini kita meneliti Rang Undang-undang Makanan
(Pindaan) 2026 yang meminda Akta Makanan 1983 ataupun Akta 281. Secara perundangan, RUU ini boleh dilihat sebagai progresif dengan memperkenalkan takrifan baharu iaitu ‘bahan bersentuhan makanan’ atau ‘food contact substance’, memperkasa pegawai untuk merampas data digital serta memberi kuasa penutupan premis serta-merta di bawah seksyen 11A sehingga 40 hari.
Saya menyambut baik pindaan ini. Namun, di sebalik terma perundangan baharu ini, saya melihat ada beberapa isu penting yang perlu diberikan perhatian.
Antaranya ialah RUU ini perlu menjawab realiti sebenar ancaman di sempadan, ketirisan penguatkuasaan, ledakan e-dagang antarabangsa serta kelompongan integriti halal yang terus menghiris maruah pengguna Islam setiap hari.
Tuan Yang di-Pertua, hari ini pasaran kita dibanjiri dengan produk makanan dan street food yang dibawa masuk secara berleluasa dari negara jiran kita iaitu Thailand sama ada melalui import komersial ataupun dibawa sendiri oleh individu merentasi sempadan darat. Persoalan besar yang wajib dijawab oleh kementerian melalui seksyen 12C RUU ini, adakah status halal sah produk-produk ini benar-benar terjamin atau ia sekadar menggunakan logo tiruan dan pengesahan meragukan yang tidak diiktiraf oleh JAKIM?
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Dari sudut kualiti dan keselamatan, adakah semuanya melalui proses pemeriksaan makmal yang ketat sebelum dipasarkan secara berleluasa kepada rakyat Malaysia atau adakah kita hanya menutup mata, membiarkan lambakan produk luar ini masuk tanpa kawalan rapi? Sedangkan ia berisiko mengandungi bahan pengawet terlarang dan pewarna tiruan yang membahayakan kesihatan. Jika seksyen 12C ini memperuntukkan verifikasi lapangan luar negara, mengapa lambakan produk makanan rentas sempadan ini masih terlepas daripada tapisan kawalan kualiti yang telus?
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Tuan Yang di-Pertua, kita boleh menggubal undang-undang ataupun denda sehingga RM500,000 dan penjara sehingga 10 tahun di dalam kertas perundangan ini sebagaimana pindaan seksyen 13A. Namun, setinggi manapun denda itu, ia akan menjadi sia-sia jika masih berlaku ketirisan di kalangan pegawai yang bertugas di pintu-pintu masuk negara.
Kita tidak boleh berdiam diri terhadap isu integriti, rasuah kecil, salah guna kuasa dan sikap tutup mata segelintir penguat kuasa di sempadan darat, laut dan pelabuhan, menyebabkan produk makanan haram, bahan mentah seludup dan barangan tidak berdaftar bolos masuk ke pasaran tempatan.
Apakah RUU Makanan Pindaan 2025 ini mempunyai mekanisme pemantauan dalaman yang cukup ampuh untuk memastikan pegawai yang diamanahkan menjaga pintu masuk negara benar-benar bersih daripada sebarang bentuk kompromi dengan sindiket penyeludupan?
Tuan Yang di-Pertua, dunia hari ini telah berubah. Ancaman keselamatan pengguna bukan lagi sekadar di rak-rak pasar raya fizikal tetapi merentasi skrin telefon pintar melalui belian atas talian ataupun online dari luar negara. Rakyat kita, terutama golongan muda dan ibu bapa, kini bebas memesan produk makanan dan produk kesihatan dari platform e-dagang, rentas sempadan, tanpa sebarang kawalan ketat.
Siapakah yang memantau status halal dan keselamatan kimia makanan yang dibeli secara terus dari luar negara ini? Lebih membimbangkan, di bawah kategori bahan bersentuhan makanan dan juga barang import, kita melihat pasaran terbuka luas untuk mainan kanak-kanak seperti squishy yang diimport secara murah dari luar negara. Mainan-mainan ini sering kali dikesan mengandungi bahan kimia berbahaya, plumbum dan racun yang mudah diresap apabila dicapai atau dimasukkan ke dalam mulut anak-anak kecil ini.
Apakah peruntukan di bawah RUU ini cukup kuat untuk membendung bahana e-dagang antarabangsa yang menghantar maut ke pintu rumah rakyat secara pos?
Tuan Yang di-Pertua, kelompongan ini disempurnakan lagi dengan kegagalan kita menangani isu halaman sendiri. Di satu sudut, kita menghukum peniaga kecil habis-habisan tetapi di pusat-pusat membeli belah utama dan lapangan terbang antarabangsa kita, berapa banyak restoran francais terkemuka yang berniaga tanpa mematuhi akta ini, termasuk berkaitan pensijilan halal JAKIM yang sah.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Halal JAKIM bukan sekadar bermaksud tiada babi atau alkohol tetapi melibatkan pematuhan kepada hukum syarak serta prosedur dan standard halal yang ditetapkan. Termasuk bahan mentah halal, sumber dan penyembelihan tidak mengenai najis atau bahan haram, proses penyediaan dan pengeluaran halal, perantaian bekalan dan pematuhan kepada standard dan prosedur Malaysia.
Mereka berselindung di sebalik papan tanda no pork, no lard, Muslim-friendly atau sijil luar negara yang meragukan. Pengguna Islam terpaksa berteka-teki mengenai status makanan yang mereka suap di terminal pintu masuk negara sendiri dan restoran-restoran francais. Mengapa Akta Makanan dan kerangka undang- undang berkaitan gagal mewajibkan pensijilan halal secara mandatori bagi premis- premis komersial berskala besar ini?
Tuan Yang di-Pertua yang akhirnya, RUU Makanan (Pindaan) 2026 ini membawa niat yang baik dari sudut teknikal pemakanan. Tetapi selagi isu ketirisan kawalan, lambakan produk Thailand yang meragukan halalnya, ancaman makanan dan mainan beracun dari platform online luar negara serta kelompongan halal di restoran elit luar bandar dibiarkan tidak bertali, dibimbangi RUU ini tidak memainkan peranan yang sepatutnya.
Saya menuntut agar Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa memperketatkan kawalan menyeluruh, bukan sekadar di kilang tempatan tetapi di sempadan negara, di alam maya e-dagang dan di premis komersial demi kedaulatan serta keselamatan rakyat Malaysia.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Saya jemput Yang Berhormat Batang Sadong.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Puan Yang di-Pertua, Batang Sadong menyambut baik pengenalan konsep bahan bersentuhan makanan melalui pindaan ini. Keselamatan makanan bukan hanya bergantung kepada makanan itu sendiri tetapi juga bekas, pembungkusan dan bahan yang digunakan semasa penyediaan, penyimpanan dan pengendalian makanan.
Namun, kita perlu melihat realiti di lapangan. Di kawasan luar bandar dan sektor makanan tidak formal, masih ada penjaja, gerai kecil dan pengusaha dari rumah yang menggunakan bekas kegunaan umum seperti baldi atau bekas plastik biasa untuk menyimpan bahan mentah, air atau dalam proses penyediaan makanan.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Yang paling famous, bungkus ikan terubuk masin guna surat khabar. Laku keras ni, Puan Speaker.
Jadi, bagaimana standard ini akan dikuatkuasakan di peringkat akar umbi?
Adakah pemeriksaan sedia ada akan turun menilai kesesuaian bekas dan bahan yang digunakan? Dan bagaimana KKM memastikan pendekatan ini tidak membebankan peniaga kecil yang mungkin kurang pengetahuan teknikal?
Seterusnya, Batang Sadong memahami keperluan memperkukuh penalti dan kuasa penguatkuasaan bagi melindungi pengguna. Tetapi apabila skop kawalan selia diperluaskan kepada bahan bersentuhan makanan, pelabelan, pengiklanan dan penjualan, pelaksanaannya perlu dibuat secara adil dan berperingkat dengan mengambil kira saiz serta kemampuan sesuatu peniagaan.
Di Sarawak, ramai pengusaha bermula secara kecil-kecilan di rumah. Seperti pengusaha kek lapis, gula apong, kerepek dan pelbagai makanan tradisional. Ada yang kini sudah membungkus, melabel dan menghantar produk mereka ke seluruh negara. Batang Sadong melihat pindaan ini bukan semata-mata cabaran tetapi juga boleh menjadi quality booster kepada produk tempatan kita.
Standard yang lebih baik boleh meningkatkan keyakinan pengguna dan membuka peluang untuk menembusi pasaran yang lebih luas, termasuk eksport.
Tetapi usahawan kita perlu dibantu. Pematuhan baharu mungkin melibatkan kos pembungkusan, pelabelan, pengujian dan dokumentasi. Semua ini membawa kos tambahan.
Mereka bukan menolak undang-undang, mereka mahu patuh tetapi mungkin tidak mempunyai pengetahuan teknikal, sumber kewangan dan kapasiti yang sama seperti syarikat yang besar. Jadi, adakah kementerian telah menilai kos pematuhan ditanggung oleh PKS? Dan adakah KKM akan menyediakan tempoh peralihan, panduan teknikal, latihan serta bantuan pengujian atau insentif pematuhan supaya usahawan kecil dapat mematuhi standard baharu tanpa menanggung beban kos secara mendadak? Dan yang ketiga, hari ini makanan bukan sahaja dijual di kedai dan pasar tetapi melalui marketplace, TikTok, Facebook dan live commerce. Ramai peniaga kecil pula beroperasi dari rumah tanpa premis fizikal.
Jadi, bagaimana KKM akan memantau penjualan makanan dalam talian, termasuk produk daripada pengusaha kecil dari rumah dan produk makanan dari luar negara yang terus dijual kepada pengguna Malaysia? Jika berlaku pelanggaran secara berulang, apakah mekanisme kerjasama dengan platform digital untuk
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
menurunkan iklan ataupun kandungan jualan yang melanggar peraturan keselamatan makanan?
Dan yang keempat, kita sedia maklum KKM sendiri masih berhadapan dengan cabaran sumber manusia dalam perkhidmatan kesihatan, termasuk isu pegawai perubatan dan keperluan penempatan tenaga kerja. RUU ini meluaskan skop penguatkuasaan serta kategori pegawai yang boleh diberi kuasa, termasuk dalam kawalan terhadap bahan bersentuhan makanan, pengiklanan, e-dagang, bukti digital dan verifikasi tertentu di luar negara.
Maka, adakah KKM mempunyai bilangan pegawai, kepakaran teknikal, kapasiti makmal peralatan pengujian dan peruntukan yang mencukupi? Batang Sadong ingin mendapatkan gambaran yang jelas daripada Menteri, berapa pertambahan pegawai dan kapasiti teknikal yang diperlukan dan adakah peruntukan khusus telah disediakan?
Pada masa yang sama, kerjasama rentas agensi dengan KPDN, PBT, PDRM dan agensi berkaitan di peringkat negeri juga penting. Khususnya bagi menangani penjualan makanan secara digital dan operasi perniagaan tanpa premis fizikal. Puan Yang di-Pertua, bagi Sarawak, aspek pelaksanaan perlu mengambil kira keluasan geografi dan realiti perniagaan di kawasan luar bandar.
Justeru, Batang Sadong ingin mendapatkan penjelasan sama ada rundingan dan penyelarasan rasmi telah diadakan dengan Kerajaan Sarawak serta pihak berkuasa tempatan sebelum pindaan ini dibentangkan, selaras dengan semangat hubungan Persekutuan, negeri dan MA63.
Dalam taklimat KKM semalam, ada memaklumkan bahawa perbincangan berkaitan perkara ini telah diadakan.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Namun Batang Sadong berharap perkara tersebut dapat diperjelaskan secara rasmi dalam Dewan ini. Kita mahu standard keselamatan makanan yang seragam tetapi pada masa yang sama mengambil kira realiti tempatan. Jangan sampai dasar yang baik di peringkat Pusat menjadi terlalu sukar untuk dilaksanakan oleh penjaja kecil dan usahawan luar bandar.
Penutup Puan Yang di-Pertua, Batang Sadong percaya keselamatan makanan adalah hak rakyat dan tanggungjawab kerajaan. Pada masa yang sama kita mahu memastikan usahawan tempatan perlu dibantu untuk meningkatkan kualiti produk, memperkukuhkan daya saing dan menembusi pasaran yang lebih luas.
Dengan mengambil kira keseimbangan antara perlindungan pengguna,
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
penguatkuasaan yang berkesan dan kelangsungan usahawan akar umbi, Batang Sadong menyokong RUU ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Batang Sadong. Saya jemput Yang Berhormat Kuantan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Terima kasih Puan Yang di- Pertua kerana memberi ruang kepada Kuantan untuk membahaskan RUU Makanan
(Pindaan) 2026. Pada prinsipnya pindaan kepada Akta Makanan 1983 ini memang diperlukan. Saya melihat beberapa pindaan yang dicadangkan boleh meningkatkan kecekapan, pemantauan dan penguatkuasaan.
Antaranya fasal 4 yang memperluas kuasa pegawai dengan memberi kuasa untuk menjalankan siasatan termasuk berkaitan pengiklanan. Fasal 9 yang memasukkan seksyen baharu 8A bagi membolehkan akses kepada maklumat berekod, data berkomputer dan data digital serta fasal 13 yang memperkenalkan seksyen baharu 11A berkaitan penutupan premis yang menyediakan atau menjual makanan yang mengandungi bahan memudaratkan kesihatan.
Tetapi Puan Yang di-Pertua, menambah kuasa sahaja tidak semestinya menyelesaikan masalah. Persoalannya ialah sama ada kuasa itu diterjemah kepada penguatkuasaan yang cepat, konsisten dan memberi kesan pencegahan. Di kesempatan ini saya ingin membangkitkan beberapa perkara.
Pertama, isu kebersihan premis makanan. Ini bukan masalah baru dan ia nya kerap kali berlaku. Menurut KKM antara tahun 2020 hingga Ogos 2023, sebanyak 235,245 premis makanan diperiksa dan 4,767 premis diarahkan tutup di bawah seksyen 11 Akta Makanan. Dalam tempoh yang sama juga sebanyak RM58,675 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. Angka ini membawa satu persoalan jika ribuan premis sudah diarahkan tutup di bawah undang-undang sedia ada, berapa banyak yang melakukan kesalahan berulang selepas dibenarkan beroperasi semula?
Saya minta Menteri menjelaskan adakah KKM mempunyai pangkalan data nasional mengenai kesalahan berulang? Adakah premis yang ditutup kali kedua atau ketiga menerima tindakan lebih berat daripada premis yang melakukan kesalahan pertama? Kita tidak mahu penutupan premis menjadi satu kitaran, buat kesalahan tutup sementara, selepas itu bersih buka balik. Kemudian buat lagi selepas itu tutup ulang kesalahan yang sama. Maka apabila fasal 13
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
memperkenalkan seksyen baharu 11A, saya mahu kerajaan menjelaskan keberhasilannya berapa banyak pengurangan kejadian keracunan atau perlanggaran berulang yang kerajaan sasarkan selepas pindaan ini berkuat kuasa.
Yang keduanya, saya mahu memberi perhatian serius kepada pelabelan palsu dan mengelirukan. RUU ini turut meminda seksyen 15 dan seksyen 16 termasuk peruntukan mengenai pelabelan yang tidak mematuhi standard dan pelabelan palsu. Dengan perluasan kepada bahan bersentuhan makanan dalam konteks ini saya mahu kerajaan turut melihat satu masalah yang berulang kali menggugat keyakinan pengguna Muslim iaitu penyalahgunaan logo sijil halal.
Saya faham dan saya tahu dalam Dewan ini juga kita jelas, bidang kuasa persijilan halal bukan semata-mata di bawah Akta Makanan, penguatkuasaan penyalahgunaan logo halal turut melibatkan Akta Perihal Dagangan 2011 serta perintah perihal dagangan perakuan dan penandaan halal 2011 dengan kerjasama JAKIM, KPDN dan Jabatan Agama Islam Negeri. Kerajaan sendiri mengesahkan mekanisme penguatkuasaan ini di Parlimen tetapi dari perspektif pengguna, logo itu berada pada label makanan yang mereka beli.
Jadi pengguna Muslim melihat logo halal dan membuat keputusan pembelian berdasarkan representasi tersebut. Pada September 2024, sebanyak 3,020 unit produk makanan dirampas menerusi serbuan di sebuah kilang menerusi serbuan di sebuah kilang pemproses produk laksa dan kuetiau di Sungai Siput selepas didapati menggunakan logo halal palsu. Pada Mei 2026, Mee Hiong Yuen Groundnut Factory Sdn. Bhd. mengaku bersalah menggunakan logo halal tidak sah pada produk kacang Menglembu cap Memancing.
Jadi, mahkamah telah mengenakan denda kepada syarikat tersebut. Jadi peruntukan yang digunakan membolehkan denda sehingga RM200,000 kepada kesalahan pertama oleh syarikat dan sehingga RM500,000 bagi kesalahan kedua dan seterusnya. Persoalannya, adakah hukuman yang akhirnya dikenakan dalam kes-kes seperti ini benar-benar memberi kesan pencegahan kepada industri?
Jadi kerajaan perlu melihat sama ada struktur penalti kaedah pendakwaan dan dasar penguatkuasaan kita menghasilkan kesan pencegahan yang mencukupi.
Dan lebih penting apabila syarikat telah disabit di atas kesalahan representasi halal palsu, saya mencadangkan kerajaan mempertimbangkan satu mekanisme pendedahan awam yang jelas, yang mudah dicapai pengguna, nyatakan nama produk dan syarikat, nyatakan bentuk kesalahan, nyatakan tindakan penarikan balik jika ada.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Jadi akhirnya Puan Yang di-Pertua, saya akhiri dengan tiga perkara yang saya mohon. Yang pertamanya bagaimana kerajaan akan memastikan fasal 13 bukan sekadar menambah lagi satu kuasa penutupan tetapi benar-benar menangani premis yang melakukan kesalahan berulang.
Yang keduanya dengan lulusnya akta ini, adakah kerajaan bersedia mewujudkan senarai awam yang bersepadu dan mudah dicari yang menyatakan nama syarikat dan produk selepas kesalahan serius berkaitan label makanan atau penyalahgunaan representasi halal yang telah disahkan atau disabitkan dengan status kes yang jelas supaya pengguna tidak terus membuat keputusan berdasarkan maklumat palsu.
Dan akhirnya yang ketiga, adakah kerajaan melihat Akta Makanan untuk dekad akan datang sekadar sebagai undang-undang keselamatan makanan atau sebagai instrumen yang turut melindungi rakyat daripada maklumat makanan yang mengelirukan dan persekitaran pemakanan yang semakin tidak sihat. Jadi kita memerlukan ketelusan supaya pengguna dapat membuat keputusan berdasarkan maklumat yang sahih dan terkini. Sekian,terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Saya jemput Yang Berhormat Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Bismillahirahmanirahim. Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Makanan (Pindaan) 2026. Secara dasarnya saya menyokong penuh RUU ini supaya kita dapat memastikan kesihatan awam dan rantaian makanan negara sentiasa selamat, berkualiti dan terjamin.
Langkah untuk meminda Akta Makanan 1983 yang sudah lama tidak dikaji khususnya dari segi penalti merupakan keputusan yang tepat, seiring peredaran zaman. Selain itu, data KKM juga turut menunjukkan bahawa daripada 64,103 premis yang telah diperiksa bermula Januari hingga Jun tahun ini, terdapat 1,719 premis terpaksa ditutup atas isu kebersihan dan keselamatan. Hal ini bermakna isu keselamatan makanan bukanlah suatu perkara yang remeh dan memerlukan perhatian yang sewajarnya.
Puan Yang di-Pertua, ini amat penting mengenai pindaan takrifan pegawai diberi kuasa di bawah seksyen 2(g) di mana akan ditambah baik dengan
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
memasukkan profesion pegawai kesihatan persekitaran dan pegawai teknologi makanan dalam pelaksanaan aktiviti keselamatan dan kualiti makanan.
Saya difahamkan jika dirujuk kepada huraian kerja perkhidmatan pegawai teknologi makanan di bawah JPA, elemen menjalankan tugas penguatkuasaan tidak tersenarai di bawah bidang tugas mereka. Skop tugasan pegawai teknologi makanan hanyalah memberi sokongan dan input teknikal bagi aktiviti penguatkuasaan.
Selain itu, saya juga turut difahamkan nota bantahan juga telah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara bertarikh 25 Februari 2026 mengenai perkara ini oleh Kesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia. Sungguhpun begitu, sehingga kini masih tiada sebarang maklum balas diberikan untuk menjelaskan perkara ini.
Tujuan perkara ini dibangkitkan adalah dikhuatiri berlaku percanggahan kepentingan dalam pelaksanaan tugas, yang mana tugas pegawai teknologi makanan seperti memberi nasihat kepada industri makanan, pensijilan BeSS , MeSTI I serta pelesenan MGA dan pada masa yang sama menjalankan tugas penguatkuasaan.
Pegawai teknologi makanan merupakan saksi pakar ataupun berpotensi sebagai saksi pakar di bawah Akta 281 berkaitan teknologi makanan dan sebagai juru analisis.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Sekiranya Pegawai Teknologi Makanan dijadikan sebagai pegawai diberi kuasa akan menyebabkan berlakunya pertindihan peranan dan boleh menjejaskan kepentingan keadilan. Pelantikan Pegawai Teknologi Makanan untuk menjalankan tugas penguatkuasaan akan melanggar prinsip asas tujuan pewujudan sesuatu jawatan teknikal dan bakal menjadi precedent yang tidak baik dan berkemungkinan akan menjadi ikutan bagi kes seterusnya. Sehubungan itu, saya amat berharap agar perkara ini dapat dikaji semula dan diberi penjelasan supaya tidak timbul isu berbangkit pada masa akan datang.
Puan Yang di-Pertua, seterusnya saya dapati pindaan kali ini bakal memberikan kuasa kepada Ketua Pengarah untuk menutup premis yang menghasilkan produk yang memudaratkan kesihatan serta membuat penyiaran tanpa perintah mahkamah.
Fakta menunjukkan daripada 849 produk makanan yang dianalisis antara 2019 sehingga Ogos 2026, 21 produk telah dikesan mengandungi racun berjadual.
Lebih membimbangkan, 12 daripada 16 jenama berkenaan didapati telah
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
menggunakan alamat palsu ataupun alamat yang tidak lengkap untuk mengaburi pihak berkuasa. Perkara ini sememangnya cukup berbahaya dan pindaan ini amat bertepatan untuk dilaksanakan demi melindungi nyawa rakyat.
Sungguhpun begitu, kuasa yang besar semestinya datang dengan amanah dan tanggungjawab yang besar. Sehubungan itu, saya ingin mengetahui, apakah garis panduan khusus ataupun SOP dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh KKM bagi memastikan kuasa membuat penyiaran nama produk atau premis secara terbuka tanpa perintah mahkamah ini tidak tersilap langkah atau menganiaya pengusaha yang jujur jika berlakunya kekeliruan matlamat, kerana bagi saya dalam kes begini, kelajuan dan ketepatan maklumat adalah cukup penting?
Manakala bagi kes yang mana pengusaha menggunakan alamat palsu ataupun operasi secara dalam talian, saya ingin mengetahui sejauh manakah KKM menjalinkan kerjasama dengan SKMM serta penyedia platform e-dagang untuk menyekat jualan secara digital? Hal ini kerana kita sudah tentunya tidak mahu berlaku yang mana sesuatu produk itu telah diklasifikasikan sebagai berbahaya, tetapi para pengguna masih boleh membelinya di platform dalam talian.
Puan Yang di-Pertua, perkara akhir yang ingin saya sentuh adalah berkenaan keupayaan penguatkuasaan dan sumber manusia. Setiap kali kita berbincang dan berbahas untuk meluluskan sesuatu undang-undang baru di dalam Dewan Yang Mulia ini, tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mendapatkan punca kuasa. Walau bagaimanapun, kita sering terlupa akan kapasiti sumber manusia untuk melaksanakan penguatkuasaan supaya sesuatu undang-undang itu dapat berjalan dengan lebih baik dan berkesan.
Menurut data KKM sehingga Jun 2026, terdapat seramai 4.92 juta pengendali makanan dilatih, 414 SLPM berdaftar dan 1,087 tenaga pengajar. Dan pada yang sama, jumlah premis dan kilang yang perlu dipantau juga amat besar. Justeru itu saya ingin mengetahui, adakah KKM mempunyai bilangan pegawai, kepakaran teknikal, kemudahan makmal dan peruntukan yang mencukupi untuk melaksanakan semua penguatkuasaan yang diperlukan menerusi pindaan kali ini? Hal ini kerana sudah tentunya tidak mahu berlaku sesuatu keadaan yang mana kuasa yang bertambah, tetapi kapasiti penguatkuasaan tidak bertambah.
Puan Yang di-Pertua, sebagai penutup, saya ingin merumuskan di sini bahawa pindaan Akta RUU Makanan kali ini merupakan perundangan yang penting untuk melindungi kesihatan awam. Apa yang kita makan pada hari ini, bakal
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
menentukan kesihatan kita pada hari esok. Maka, keselamatan makanan bukanlah sekadar soal peraturan tetapi ia nya adalah soal amanah kepada rakyat.
Dengan itu, saya menyokong pindaan RUU Makanan 2026 dan berharap pindaan ini benar-benar menjadi instrumen yang lebih berkesan untuk melindungi rakyat. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Saya jemput Yang Berhormat Bagan Serai.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya mulakan perbahasan saya berkenaan dengan Rang Undang-undang Makanan 1983 (Pindaan) 2026 dengan ayat Allah Taala, [Berucap dalam bahasa Arab] “Wahai Rasul, makanlah makanan yang baik, yakni yang halal, suci, tak bahaya, tak ada racun dan beramallah dengan amalan yang soleh”. Puan Yang di-Pertua, apabila ia pindaan ini membabitkan soal untuk menjadi makanan yang makanan ini pula yang akan masuk ke dalam tubuh badan kita, maka sudah tentulah perkara ini perkara yang amat serius kepada kita semua. Laporan KKM hingga Jun 2026, terdapat 330,206 premis makanan, 9,585 kilang makanan, 4.92 juta pengendali makanan yang dilatih.
Ertinya, semakin membesar dalam industri pemakanan ini, sudah tentulah punca kepada segala penyakit kita ini ialah daripada makanan ataupun daripada ma’idah, daripada pundi makanan itu sebenarnya. Maka pertamanya, pindaan bahan bersentuhan makanan ini dalam pindaan seksyen 2 yang memperkenalkan takrif baru bahan bersentuhan makanan. Ertinya pindaan ini tidak hanya menyentuh soal makanan sahaja, malahan ia nya juga meliputi bahan bersentuhan dengan makanan yang boleh membawa mudarat kepada unsur-unsur makanan tersebut.
Melalui seksyen 13(3) yang baru, siapa yang menyediakan ataupun menyediakan makanan yang bersentuhan yang boleh memberi mudarat kesihatan, dendanya tinggi, sebanyak setengah juta ataupun RM500,000 ataupun disekalikan dengan 10 tahun penjara. Saya amat bersetuju dengan mereka yang telah menggunakan bahan bahaya ini dikenakan tindakan.
Persoalannya ialah, apakah ia nya disamaratakan antara peniaga-peniaga kecil yang menggunakan bahan tersebut mereka ini tanpa pengetahuan?
Berbanding dengan kilang yang memang menyediakan bahan-bahan yang terlarang
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
ini, sudah tentulah berbeza kerana mereka mempunyai modal dan kelengkapan untuk mengetahui bahan-bahan yang mereka gunakan.
Tetapi sekiranya undang-undang ini diguna pakai sama yang dikenakan juga kepada mereka yang kita anggap sebagai peniaga-peniaga kecil, maka sudah tentulah perkara ini perlu diambil perkiraan yang lain. Apakah halangan pihak kementerian untuk menyediakan satu mekanisme denda yang berperingkat?
Maksudnya ialah kesalahan sengaja yang serius, yang tak boleh kita maafkan. Ya, RM500,000 denda.
Yang keduanya, kesalahan teknikal ataupun kecuaian yang mungkin tak serius, mungkin dalam bentuk kompaun ataupun dalam bentuk amaran dan sebagainya. KKM perlu menyediakan senarai dalam untuk pengguna-pengguna ini dapat akses supaya bahan-bahan yang mereka beli itu mematuhi standard yang sepatutnya supaya mereka dapat buat semakan dan ia nya akan dapat mengelak daripada menggunakan bahan-bahan yang berbahaya.
Pindaan 8A, akses kepada data digital. Ini sebenarnya yang mempunyai implikasi yang besar. Banyak di kalangan pembahas-pembahas membincangkan hal seperti ini kerana seksyen baharu 8A ini kita tahu, ia adalah merupakan yang diberikan kuasa kepada pegawai untuk akses kepada maklumat-maklumat berekod.
Antaranya melalui data digital berkaitan pengimportan, pengilangan, pembungkusan, penyimpanan, penyerahan, pengedaran dan juga pembelian serta perjalanan pengiklanan, semuanya untuk mereka dapat akses. Ertinya, takrif akses ini ialah, yang mereka boleh ambil melalui kena serahkan dengan kata laluan, kod penyulitan dan kod penyahsulitan. Kalau gagal mematuhi ini, ia akan dipenjara sebanyak lima tahun ataupun didenda sebanyak RM100,000 ataupun kedua-dua sekali.
Saya faham dalam era e-dagang pada hari ini, peruntukan ini kena sebut dengan jelas iaitu dengan keperluan kepada waran untuk nak tengok akses betul atau tidak dalam maklumat-maklumat yang kita nak perolehi ataupun melalui perintah mahkamah dan apakah garis panduan untuk kuatkuasakan ini, untuk memastikan data yang mereka ambil ini, hanyalah berkaitan dengan soal yang berkaitan dengan perkara-perkara yang kita bincangkan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Data pelanggan, rahsia perdagangan, maklumat komersial yang sepatutnya kita bimbang takut disalahgunakan.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Cadangan saya ialah supaya setiap akses digital yang diberikan hendaklah mempunyai akses yang jelas, skop yang jelas, yang di rekod dengan jelas hanyalah digunakan bagi tujuan penguatkuasaan semata-mata.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Satu lagi saya nak ingatkan kepada...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Sedikit lagi. Menteri tak ada hari ini, kesihatan. Cuma pegawai-pegawai kesihatan ada. Dalam kita bercakap bab makanan ini kalau bolehnya biarlah hospital itu menjadi tempat untuk kita mendidik orang. Hari ini kita tengok dekat hospital makanan yang dijual itu makanan yang kita tengok yang kita sebut sebagai makanan yang boleh kadang-kadang boleh merbahayakan kepada kesihatan.
Sepatutnya jualan-jualan nak dibuka di hospital sama ada dalam bentuk mini market dan sebagainya perlu diberikan syarat-syarat barang-barang yang kita jual ini adalah barang-barang yang tidak mendatangkan bahaya kepada kesihatan rakyat juga. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Bagan Serai. Saya jemput Yang Berhormat Kepong.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. RUU Makanan (Pindaan) nampak garang dengan kuasa tambahan dan hukuman lebih berat tetapi apabila diteliti, persoalan paling asas belum terjawab. Bagaimana semua ini hendak dilaksanakan dengan berkesan? Parlimen tidak sepatutnya meluluskan undang-undang yang hebat di atas kertas tetapi menyusahkan pelaksanaan on the ground, dengan izin.
Menurut laporan KKM bagi tahun 2025, sebanyak 18,223 kes keracunan makanan direkodkan termasuk 14,072 kes berkaitan kejadian secara berkumpulan atau wabak. Angka ini menunjukkan betapa pentingnya langkah pencegahan.
Pertama, seksyen baharu 12B memberikan kuasa menyiarkan maklumat tentang makanan yang melanggar undang-undang apabila pengimport atau pengilang tidak dapat dicari. Mengapa syarat ini diperlukan kalau pengilang dapat dicari makanan merbahaya tetap berbahaya?
Kesatuan Eropah mewajibkan pihak berkuasa mengambil langkah memaklumkan orang ramai berdasarkan risiko kesihatan. Pindakan seksyen 12B
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
supaya amaran segera diwajibkan apabila bahaya serius dikenal pasti sama ada pengilang dapat dicari ataupun tidak. Amalan juga perlu meliputi pembungkus makanan yang merbahaya.
Kedua, seksyen baharu 33D membolehkan kerajaan menuntut kos daripada pihak termasuk pekerja tanpa syarat jelas bahawa mereka mesti bersalah. Mengapa pekerja bergaji kecil seperti pekerja kaunter dan pencuci pinggan boleh diminta membayar kos tindakan kerajaan? Peruntukan terlalu luas membuka ruang pertikaian tentang siapa perlu membayar dan peluang untuk melakukan rasuah.
Hadkan tuntutan kepada pihak yang terbukti bertanggungjawab, nyatakan butiran kos dan sediakan saluran bantahan yang mudah.
Ketiga, seksyen 33D(3) melarang pembayaran pampasan bagi barang yang dilupuskan atas arahan pegawai atau mahkamah tanpa pengecualian jelas bagi kesilapan atau kecuaian kerajaan. Jika barang selamat tersalah dimusnahkan, siapa menanggung kerugian? Mansuhkan hak menuntut pampasan bagi tindakan kerajaan yang salah.
Seksyen baharu 11A pula membenarkan penutupan premis sehingga 40 hari tetapi tidak menyediakan saluran rayuan khusus yang cepat. Premis merbahaya mesti ditutup segera. Namun bagi peniaga kecil, sewa dan gaji tetap berjalan ketika gerai ditutup. Sediakan rayuan segera untuk pengusaha dan pemeriksaan semula dengan cepat supaya premis yang disahkan selamat boleh dibuka semula.
Keempat, bagaimana peniaga hendak memastikan bekas makanan mematuhi undang-undang jika standard teknikal tidak dijelaskan dengan mudah.
Kesatuan Eropah telah memperkenalkan larangan BPA dalam pelbagai bahan yang bersentuhan dengan makanan. Menteri perlu menjelaskan bahan yang dilarang, cara menguji bekas dan tarikh pematuhan. Sediakan panduan dan ujian makmal mampu bayar, jangan harapkan penjaja menjadi pakar kimia.
Kelima, bagaimana makanan yang diberi dari luar negara melalui Pinduoduo dan aplikasi lain hendak dipantau? Siapa yang memastikan ramuan dan tarikh luput difahami, suhu penghantaran sesuai serta penjual boleh dikesan? Selepas makanan tidak selamat dimakan, memadam iklan sudah terlambat. Akhirnya huraian RUU sendiri menyatakan jumlah perbelanjaan tambahan belum dapat ditentukan, berapa pegawai dan makmal diperlukan, siapa membayar kos pelaksanaannya? Jangan Parlimen bentangkan hukuman dahulu, kemudian baru fikir cara melaksanakannya.
Baiki kelemahan RUU ini sebelum diluluskan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Kepong. Saya jemput Yang Berhormat Lubok Antu.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Puan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk turut serta membahaskan Rang Undang-undang Makanan (Pindaan) 2026. Secara prinsipnya saya menyokong usaha kerajaan memperkukuhkan Akta Makanan 1983 supaya kerangka penguatkuasaan keselamatan makanan negara dapat bergerak seiring dengan perkembangan teknologi, transaksi dalam talian dan penggunaan data digital.
Namun dalam masa yang singkat ini saya ingin memberi fokus khusus kepada seksyen baharu iaitu seksyen 8A mengenai akses kepada maklumat berekod, data berkomputer dan berdigital.
Peruntukan ini bukanlah sesuatu yang asing dalam undang-undang Malaysia. Peruntukan yang hampir serupa telah pun wujud dalam undang-undang lain. Sebagai contoh seksyen 126B Akta Perlindungan Pengguna 1999 juga memberi akses kepada maklumat berekod dan data berkomputer menggunakan standard dengan izin, reasonable cause to suspect serta membolehkan akses kepada kata laluan dan kod penyulitan apabila diperlukan bagi tujuan penguatkuasaan.
Jadi, saya tidak bercadang mempertikaikan kewujudan kuasa tersebut semata-mata. Persoalan saya ialah bagaimana kuasa yang luas ini akan diterjemahkan kepada penguatkuasaan yang konsisten, terarah dan mempunyai safeguard yang mencukupi?
Puan Yang di-Pertua, seksyen 8A(1) memperuntukkan seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah diberikan akses kepada maklumat berekod, data berkomputer atau data berdigital yang berhubungan dengan pengendalian makanan seperti pengimportan, pengilangan dan sebagainya. Subseksyen berikutnya pula menggunakan frasa mempunyai sebab yang munasabah bagi mengesyaki bahawa sesuatu komputer, radas atau seseorang sedang atau telah digunakan berhubung dengan maklumat dan data tersebut.
Saya menerima bahawa frasa dengan izin, reasonable suspicion atau sebab yang munasabah bagi mengesyaki ialah sesuatu standard yang sudah dikenali dalam undang-undang dan bukan sesuatu yang baharu. Tetapi persoalan pertikaian saya kepada Yang Berhormat Menteri apakah ambang, dengan izin threshold yang
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
akan digunakan oleh pegawai untuk menentukan wujudnya sebab yang munasabah? Adakah kementerian akan menyediakan SOP atau garis panduan supaya standard ini ditafsir dan dilaksanakan secara konsisten oleh pegawai di seluruh negara? Ini kerana undang-undang boleh menggunakan perkataan yang sama tetapi tanpa panduan operasi, aplikasi di lapangan boleh menjadi berbeza antara seorang pegawai dengan pegawai yang lain.
Puan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh isu dengan izin, nexus ataupun kaitan antara data yang hendak diperoleh dengan tujuan penyiasatan. Seksyen 8A(3) membolehkan seorang pegawai membuat salinan atau mengambil cabutan daripada maklumat berekod atau data berkomputer jika difikirkannya perlu bagi maksud data. Seksyen 4 subseksyen (4) pula menyatakan bahawa akses termasuk diberikan kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakas yang perkakasan yang diperlukan bagi memahami maklumat tersebut.
Kuasa ini memang diperlukan dalam dunia digital pada hari ini tetapi realiti sistem digital ialah satu komputer atau satu server jarang mengandungi hanya satu jenis maklumat. Sebagai contoh seorang pegawai mungkin sedang menyiasat transaksi atau pengedaran satu produk makanan tetapi dalam sistem yang sama mungkin terdapat data pelanggan, maklumat pekerja, kontrak dengan pembekal, maklumat harga, rekod kewangan, strategi perniagaan serta pelbagai maklumat lain yang langsung tidak mempunyai kaitan dengan penyiasatan tersebut.
Justeru, apakah prinsip yang menentukan skop data yang boleh diakses atau diambil dan apakah tatacara terhadap data yang didapati tidak berkaitan dengan siasatan? Pada saya inilah dengan izin, a distinction yang penting. Kuasa mencari bukti tidak seharusnya menjadi automatik menjadi akses tanpa sempadan kepada keseluruhan sistem digital sesuatu organisasi. Kita mesti memberi pegawai mendapatkan apa yang diperlukan untuk menjalankan siasatan dengan berkesan tetapi pada masa yang sama memastikan data yang tidak berkaitan tidak diambil hanya kerana data tersebut tidak berada dalam komputer yang sama.
Ketiga, selepas data diperolehi, apakah mechanism kawalan terhadap siapa yang boleh mengaksesnya, berapa lama ia disimpan dan apakah tindakan terhadap data yang didapati tidak berkaitan dengan siasatan?
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Puan Yang di-Pertua, saya mengulangi bahawa saya tidak meminta supaya kuasa penyiasatan ini dilemahkan. Keselamatan makanan melibatkan kepentingan
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
awam. Jika terdapat produk yang boleh membahayakan kesihatan rakyat, pegawai penguat kuasa perlu mempunyai kuasa yang mencukupi untuk mendapatkan bukti dengan cepat dan berkesan. Tetapi, teknologi telah mengubah sifat bukti itu sendiri.
Dahulu, pegawai mungkin mengambil sebuah fail atau sebuah dokumen.
Tetapi, pada hari ini, satu kata laluan boleh membuka sistem yang mengandungi ribuan atau jutaan rekod termasuk maklumat yang langsung tiada berkaitan dengan perkara yang sedang disiasat. Sebab itu, bagi saya, persoalannya bukan lagi hanya tentang kuasa untuk mendapat akses, persoalannya juga tentang disiplin dalam menggunakan akses.
Pada pandangan saya, perkara utama ialah bagaimana kuasa di bawah seksyen 8A ini dikawal termasuk batas dan tatacara penggunaannya.
Pelaksanaannya perlu mempunyai ambang yang jelas, skop akses yang terhad kepada data yang mempunyai kaitan munasabah dalam siasatan serta rekod audit dan tatacara pengurusan data yang selepas akses dibuat. Melalui pendekatan ini, penguatkuasaan dapat dilaksanakan secara berkesan dan terarah tanpa menjangkau tujuan atau skop penyiasatan atau membuka akses yang tidak perlu kepada maklumat lain yang tidak berkaitan.
Dengan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri terhadap perkara yang saya bangkitkan, saya menyokong RUU pindaan ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Lubok Antu. Saya jemput Yang Berhormat Merbok.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Terima kasih, Puan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya bangun untuk membahaskan Rang Undang-undang Makanan (Pindaan) 2026.
Pada prinsipnya, Merbok menyokong usaha kerajaan memperkukuhkan keselamatan makanan negara. Keselamatan makanan bukan isu politik semata- mata tetapi menyentuh kesihatan dan keselamatan seluruh rakyat Malaysia.
Penerangan Kementerian Kesihatan sendiri pada sesi kelmarin menunjukkan bahawa rantaian makanan hari ini semakin kompleks termasuk cabaran teknologi dan makanan baharu, rantaian bekalan global, digitalisasi dan e-dagang. Maka, saya menerima bahawa Akta Makanan 1983 yang telah berusia lebih 40 tahun perlu disesuaikan dengan perkembangan semasa. Namun, sokongan terhadap matlamat
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
keselamatan makanan tidak bermaksud kita boleh memberikan kuasa yang luas tanpa semak dan imbang.
Saya ingin mengetengahkan beberapa perkara utama. Pertama, iaitu perluasan skop kepada bahan bersentuhan makanan. Fasal 2 memperkenalkan takrif baharu iaitu bahan bersentuhan makanan termasuk bahan yang bertujuan atau boleh dijangka bersentuh dengan makanan dan boleh memindahkan unsurnya kepada makanan dalam penggunaan biasa atau yang boleh dijangka.
Saya bersetuju bahawa bahan yang bersentuh dengan makanan perlu dikawal kerana ia boleh memberi kesan kepada kesihatan pengguna. Tetapi, saya memohon kerajaan memastikan definisi dan standardnya benar-benar jelas. KKM sendiri telah memberikan contoh seperti sarung tangan, akturium yang digunakan sebagai bekas jualan dan tong sampah yang digunakan dalam penyediaan makanan.
Persoalannya, bagaimana pengusaha kecil hendak mengetahui dengan jelas apa yang dibenarkan dan apa yang dilarang? Jangan sampai kesalahan teknikal yang tidak mendatangkan risiko kesihatan sebenar dikenakan hukuman jenayah yang berat.
Yang kedua, iaitu penguatkuasaan digital. Puan Yang di-Pertua, saya melihat fasal 9 yang memasukkan seksyen 8A sebagai antara pindaan yang paling besar implikasinya. Pegawai diberi kuasa boleh mendapatkan akses kepada maklumat berekod, data berkomputer dan data digital berkaitan penginputan, pengilangan, pembungkusan, penyimpanan, penjualan dan pengiklanan. Lebih penting, takrif akses termasuk mendapatkan kata laluan kod penyulitan dan kod penyahsulitan.
Saya faham mengapa kuasa ini diperlukan dalam era e-dagang. Tetapi, kuasa sebegini mesti disertai perlindungan yang jelas. Saya ingin bertanya kepada Menteri, adakah pegawai boleh mengakses seluruh sistem komputer atau hanya data yang berkaitan dengan siasatan? Bagaimana data peribadi pelanggan dan pekerja dilindungi? Bagaimana rahsia pedagang dilindungi? Berapa lama data yang disalin boleh disimpan?
Saya mencadangkan supaya akses digital ini tertakluk kepada SOP yang jelas, skop akses yang terhad, rekod audit dan perlindungan data yang kukuh. Kita mahu penguatkuasaan moden, tetapi kita juga mahu penguatkuasaan yang bertanggungjawab.
Ketiga, iaitu kuasa menutup premis sehingga 40 hari. Puan Yang di-Pertua, fasal 13 memperkenalkan seksyen 11A yang membolehkan Ketua Pengarah
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
mengarahkan penutupan premis serta-merta sehingga 40 hari dan jika premis tersebut menyediakan makanan atau menjual makanan yang mengandungi bahan beracun atau memudaratkan kesihatan. Saya tidak mempertikaikan keperluan menutup premis yang benar-benar membahayakan rakyat. Tetapi, kuasa menutup premis selama 40 hari adalah kuasa yang besar. Ia boleh menyebabkan kehilangan pendapatan, pekerja kehilangan gaji dan perniagaan mengalami kerugian yang besar.
Jadi, saya mahu Menteri menjelaskan, apakah mekanisme semakan segera terhadap perintah penutupan tersebut? Jika pemilik telah membetulkan masalah dalam tempoh lima hari, adakah premis masih perlu ditutup sehingga 40 hari? Pada pandangan saya, perlu ada mekanisme semakan dan pembukaan semula apabila risiko telah dihapuskan. Kuasa yang besar mesti disertai dengan semak dan imbang yang jelas.
Yang keempat iaitu tentang penalti. Beberapa kesalahan dinaikkan sehingga RM500,000, manakala tempoh penjara bagi beberapa kesalahan dinaikkan sehingga 10 tahun. Saya tidak menolak hukuman yang berat tetapi terhadap mereka yang sengaja membahayakan pengguna. Kalau ada pihak yang dengan sengaja mencampurkan bahan berbahaya, menipu pengguna dan mengaut keuntungan daripada kesihatan rakyat, saya bersetuju tindakan tegas mesti diambil.
Dan yang terakhir, Tuan Yang di-Pertua, penerangan KKM juga menunjukkan skala sistem makanan kita yang sangat besar. Sehingga Jun 2026, terdapat 330,206 premis berdaftar dan 9,585 kilang makanan. Dalam masa yang sama, RUU ini memberikan kuasa baru pemeriksaan, penyitaan, akses digital, pengambil sampel, verifikasi fasiliti luar negara dan sebagainya.
Sebagai penutup, Puan Yang di-Pertua, Merbok menyokong pindaan ini demi keselamatan makanan untuk negara dan kita mahu pengguna dilindungi, kita mahu makanan yang selamat, kita mahu tindakan tegas terhadap pihak yang sengaja membahayakan rakyat tapi kita juga mahu kuasa yang bertanggungjawab, hukuman yang memberikan pengajaran dan berkesan menggunakan kesalahan yang berulang.
Oleh itu, saya dengan ini menyokong pindaan ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Merbok. Saya jemput Yang Berhormat Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Saya menghargai dan mengalu-alukan usaha kementerian untuk menjamin keselamatan terutamanya melibatkan makanan. Walau bagaimanapun, saya ingin mengingatkan pihak kerajaan bahawa sesuatu undang-undang itu apabila digubal, biarlah dia tepat kepada sasarnya tetapi bukan untuk menambah lagi beban terutamanya bagi perusahaan kecil, sederhana dan mikro. Di mana, sekarang PKMS ini sentiasa mengadu bahawa mereka telah dibebankan dengan pelbagai kerja-kerja pentadbiran, kerja-kerja dokumentasi yang mana terletak di luar kemampuan mereka.
Kini, apabila rang undang-undang ini dipinda, adakah ada ditambah lagi apabila perkakasan yang digunakan untuk memproses makanan ini perlu disertai dengan pelbagai dokumen audit ataupun pelbagai dokumen keselamatan makanan?
Saya harap apa-apa pun undang-undang digubal dalam Dewan yang mulia ini perlu disertakan terutamanya kerangka sokongan untuk PKMS ini supaya dia tidak menjadi satu beban dan dia tepat kepada sasarannya.
Puan Yang di-Pertua, tujuan penguatkuasaan bukan semata-mata untuk menghukum tetapi untuk melindungi pengguna dan membimbing pengusaha untuk meningkatkan amalan keselamatan makanan. Kejayaannya perlu dilihat pada sejauh manakah risiko dapat dihapuskan dan kesalahan yang sama dapat dicegah daripada berulang.
Saya menyokong tindakan segera terhadap premis yang menyediakan atau menjual makanan yang memudaratkan kesihatan termasuklah makanan yang mengandungi bahan ubat terkawal yang pernah berlaku di negara kita.
Bagaimanapun, fasal 13 telah memberikan kuasa kepada Ketua Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa olehnya untuk memerintahkan penutupan serta-merta sehingga 40 hari. Kuasa yang sangat besar ini perlulah disertai mekanisme semakan yang jelas.
Apakah mekanisme yang memastikan bahawa sesuatu keputusan itu adalah berasas dan boleh disemak dengan segera? Bagaimanakah pula dengan mekanisme untuk membuat rayuan dan sokongan teknikal, seperti ujian makmal dan sebagainya, bagi mereka yang kurang berkemampuan?
Seperti yang disebut oleh Merbok tadi, menutup sebuah kilang bukan sekadar menjejaskan pemiliknya tetapi dia boleh menjejaskan rezeki dan sara hidup
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
ratusan keluarga. Oleh itu, perintah yang dibuat itu perlulah menyatakan alasan, skop dan langkah pembetulan dengan saluran semakan segera.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Selepas risiko di atasi, pemeriksaan semula dan keputusan untuk dibuka semula premis itu perlulah dibuat segera kerana gaji, sewa dan komitmen kewangan akan terus berjalan. Bagi ketidakpatuhan yang tidak menimbulkan bahaya segera, nasihat atau notis pembetulan boleh membantu pengusaha untuk memperbaiki amalan mereka. Pendekatan ini hendaklah berdasarkan risiko dan rekod pematuhan dengan tindakan lebih tegas jika arahan diabaikan. Dengan cara ini, penguatkuasaan bukan sahaja dapat melindungi pengguna tetapi pada masa yang sama, dapat mendorong kepada pematuhan yang berkekalan.
Puan Yang di-Pertua, saya menyokong fasal 19 yang memperluaskan penarikan balik pada bahan yang bersentuhan makanan. Jika sesuatu kelompok pembungkusan tidak selamat, pengusaha perlu dapat memastikan penerimanya dan produk makanan yang terjejas supaya tindakan dibuat dengan cepat dan bersasar.
Saya memohon supaya kementerian menjelaskan bagaimanakah sistem kebolehkesanan sedia ada akan meliputi bahan tersebut serta tanggungjawab pembekal dan juga pengusaha untuk memberikan rekod dan menjelaskan penarikan balik.
Peruntukan ini juga merujuk kepada seksyen 24 yang menggunakan istilah berkaitan makanan. Adakah rujukan tersebut jelas merangkumi syarikat yang hanya mengilang, mengimport atau menjual bahan bersentuhan makanan? Kekaburan ini wajar diperjelaskan supaya tindakan perlindungan pengguna tidak tertangguh.
Saya menyokong fasal 19 yang memperluas, apa lagi— Okey, Puan Yang di- Pertua, saya juga menghargai usaha kementerian melalui MESTI untuk membimbing pengusaha kecil bagi membangunkan program jaminan keselamatan makanan.
Kementerian juga sudah menyediakan kadar fi yang berbeza mengikut kategori perusahaan bagi skim tertentu serta kemudahan fast track daripada HACCP kepada GMP. Tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
Bagi perusahaan kecil dan sederhana, kos pematuhan bukan sekadar fi sijil.
Pengusaha juga perlu mengisi borang, menyediakan dokumen dan memperuntukkan masa petugas untuk semakan. Beban ini boleh bertambah apabila maklumat yang sama diminta berulang kali atau pemeriksaan oleh pelbagai jawatan yang tidak diselaraskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Saya mencadangkan penggunaan semula maklumat asas yang masih sah serta penyelarasan pemeriksaan bagi aspek yang sama sambil mengekalkan penilaian khusus yang diperlukan. Sebarang perubahan perlu disertai panduan awal, latihan dan tempoh penyesuaian yang munasabah.
Matlamatnya ialah memastikan setiap kos dan proses pematuhan mempunyai tujuan yang jelas supaya sumber perusahaan kecil dapat ditumpukan kepada keselamatan makanan. Struktur fi hendaklah telus dengan tempoh peralihan dan penambahbaikan perkhidmatan yang jelas. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Saya jemput Yang Berhormat Beruas.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Puan Timbalan Yang di- Pertua kerana membenarkan saya membahas Rang Undang-undang Akta Makanan
(Pindaan) 2026. Saya menyeru kepada kerajaan atas sebab-sebab— tiga sebab yang akan saya sebutkan agar rang undang-undang ini ditangguhkan untuk diperhalusi semula.
Pertama, saya mendapat surat bantahan daripada Presiden Kesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia yang juga mewakili Kesatuan Kesihatan Jabatan Kesihatan Sarawak dan Kesatuan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Sabah yang membantah pegawai teknologi makanan dan penolong pegawai teknologi makanan dimasukkan sebagai pegawai-pegawai yang diberikan kuasa.
Ini adalah kerana akan berlakunya percanggahan kepentingan (conflict of interest). Pegawai teknologi makanan ini adalah pakar makanan dan merekalah yang memberi nasihat kepada industri makanan. Jika mereka menjalankan penguatkuasaan, akan berlakunya conflict of interest dan mereka ini kalau–– kemungkinan besar juga akan dipanggil sebagai saksi. Bagaimanakah boleh orang yang melaksanakan tangkapan dan serbuan, kemudian pula menjadi saksi di mahkamah? Jadi, saya harap isu ini dapat dipertimbangkan seperti yang dikemukakan oleh pihak-pihak kesatuan yang telah saya nyatakan tadi.
Kedua, pegawai yang diberi kuasa, ramai merupakan pegawai bawahan atau junior officers. Dan kalau mereka diberikan kuasa tanpa penyeliaan pegawai atasan, saya khuatir akan berlakunya salah guna kuasa yang berleluasa, terutamanya dengan tambahan hukuman yang amat berat yang dicadangkan di bawah RUU ini.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Puan Yang di-Pertua, kuasa pegawai-pegawai yang diberi kuasa ini amat besar di bawah seksyen 4, Akta Makanan. Kuasa diberikan kepada pegawai tersebut untuk menyerbu, menangkap, membuat soal siasat dan mereka juga boleh dijadikan pegawai pendakwa. Seperti yang Kepong katakan tadi, akta dan perubahan yang hendak dibawa nampaknya garang tetapi kalau tak berkesan, apa gunanya? Kalau seseorang itu diberi kesemua peranan ini, senanglah untuk dalam–– orang Cina kata, kautim. Kalau semua boleh di selesai dengan bayaran rasuah, apa gunanya akta ini?
Dan kalau kita bandingkan dengan cara tindakan terhadap suspek jenayah di bawah Kanun Keseksaan, kita dapati polis yang menyerbu dan menangkap, polis yang membuat siasatan dan pegawai yang membuat pendakwaan, mereka adalah orang yang berlainan. Ini terdapat, dengan izin, check and balance supaya tidak berlakunya salah guna kuasa atau rasuah.
Oleh yang demikian, saya mohon kepada kerajaan agar cara untuk serbuan, tangkapan, soal siasat dan pendakwaan, kita ikut corak yang kita telah dapat daripada Criminal Procedure Act atau Kanun Acara Jenayah sebagai contoh, untuk undang-undang ini ditambah baik.
Ketiga, perbezaan yang ketara di antara hukuman di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Makanan. Di bawah seksyen 272 dan 273, Kanun Keseksaan, mereka yang menjual makanan dan minuman yang di campuri (adulterated) atau yang tidak sesuai untuk dimakan, hanya boleh dihukum sampai enam bulan penjara atau denda RM2,000 atau kedua-duanya. Untuk kesalahan yang sama di bawah Akta Makanan sedia ada, seksyen 13, 13A, 13B sudah memperuntukkan hukuman yang jauh lebih daripada Kanun Keseksaan.
Kalau kita sekarang nak naikkan kepada 10 tahun, RM500,000 denda jauhnya beza. Jadi, kita tidak boleh ada dua undang-undang yang untuk kesalahan sama, dua darjat. Jadi akhir, saya juga nak menekankan di bawah Akta Makanan ini, district liability tidak perlu ada niat. Ini diperuntukkan di bawah seksyen 23, Akta Makanan. Sebenarnya di bawah akta ini, kalau orang melakukan kesalahan tanpa niat juga dihukum, sebenarnya hukumannya mesti lebih rendah daripada Kanun Keseksaan.
Akhir sekali, harap bagi satu minit lagi. Akhir sekali, saya minta Menteri meneliti peraturan-peraturan sedia ada untuk memastikan semua peraturan ini yang dibuat oleh Menteri di bawah kuasa beliau. Saya bagi satu contoh, di mana peraturan yang dibuat oleh Menteri yang lepaslah, adalah melanggari akta ini sendiri. Dalam
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
kes Mahkamah Majistret Seri Manjong AH871190-09/2022, Encik Ding Kuan Chew selaku tuan punya kedai Ching Chiong Wholesale and Retail didakwa di bawah Peraturan 361, sub (5), Peraturan-peraturan Makanan 1985, dikatakan mempamerkan sebotol bir bersebelahan dengan satu botol minuman tidak beralkohol. Ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Saya last, settle this case. Peraturan- peraturan sedemikian di luar kuasa atau [Tidak jelas] kuasa Menteri kerana Akta Makanan adalah berkenaan dengan keselamatan makanan dan penipuan dalam jualan makanan. Kedua-dua bir dan Coca Cola yang dipamerkan dijual selamat diminum. Orang kenal botol bir Tiger dan kenal botol Coca Cola. Jadi tiada berlakunya penipuan.
Jadi haraplah dan juga notice minuman arak boleh membahayakan kesihatan mesti dibuat dengan data belakang merah, kenapa ada dan kertas putih tak bolehkah? Jadi saya mohon Menteri menghalusi semua peraturan yang ada, yang tidak sah, mesti dipinda supaya orang ramai tidak apa kata is not misled by the unlawful peraturan yang sekarang hendak dipinda hukuman lima tahun dan RM25,000 penjara. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Saya jemput Yang Berhormat Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat petang. Jadi Kangar mengambil peluang untuk membahas RUU Akta Makanan 1983
(Pindaan) 2026. Saya ingin menyentuh satu perkara yang dekat dengan kehidupan rakyat, tetapi mungkin kurang diberikan perhatian dalam perbahasan. Ia berkaitan keselamatan makanan.
Malaysia mempunyai budaya makanan yang sangat pelbagai. Kita sentiasa makan di restoran-restoran, di mall, warung-warung, pasar malam, medan selera, bazar Ramadan dan gerai-gerai tepi jalan.
Seorang Ahli
Gerai mamak.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Gerai mamak satu lagi. Kita juga mempunyai budaya tapau. Hari ini pula budaya ini berkembang kepada penghantaran makanan ataupun food delivery dengan izin. Makanan yang disediakan di premis dimasukkan ke dalam bekas ditutup, dihantar oleh penghantar makanan dan mengambil masa tertentu sebelum sampai kepada pengguna.
Kita perlu melihat keseluruhan rantaian daripada makanan, pembungkusan, penyimpanan sehinggalah ke penghantaran. Di sinilah pentingnya konsep bahan bersentuhan makanan atau food context materials dengan izin. Dan KKM sendiri menjelaskan bahawa gred makanan merujuk kepada peralatan perkakasan, pembungkusan dan bahan selamat digunakan apabila bersentuhan dengan makanan.
Persoalannya, sejauh manakah pengusaha makanan memahami perkara ini? Apakah peranan KKM dalam hal ini? Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh fasal 13 seksyen baharu 11A berkaitan kuasa untuk menutup premis yang digunakan bagi menjual makanan yang mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan.
Saya mengakui bahawa peruntukan ini mempunyai tujuan yang penting iaitu melindungi orang awam daripada makanan yang boleh menyebabkan keracunan penyakit atau kemudaratan kesihatan.
Namun begitu, kuasa untuk menutup sesebuah premis merupakan kuasa yang besar dan mesti dilaksanakan secara tegas berasaskan bukti, telus serta tertakluk kepada prinsip keadilan.
Soalan pertama saya, apakah yang dimaksudkan dengan makanan yang mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan? Adakah yang merujuk kepada makanan yang telah disahkan melalui keputusan makmal, mengandungi bahan toksik, bahan kimia terlarang, pencemar mikro biologi, logam berat, bahan pengawet yang melebihi had dibenarkan yang boleh menjejaskan kesihatan? Atau adakah kuasa penutupan boleh digunakan hanya syak wasangka, aduan pengguna atau pemeriksaan awal di premis?
Kadang-kadang kita lihat bila penguat kuasa ini mengambil sampel di kedai- kedai makan, mereka tidak balik terus ke pejabat mereka pergi mengambil sampel di tempat-tempat yang lain lagi. Mereka mengambil masa yang lama untuk bawa balik sampel tadi ke makmal. Akhirnya sampel yang diambil sudah pun tercemar.
Saya juga ingin menyentuh isu pembuktian dan ketepatan keputusan ujian.
Makanan merupakan bahan yang mudah berubah, sampel boleh tercemar semasa pengambilan, penyimpanan atau penghantaran ke makmal. Oleh itu, prosedur
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
pengambilan sampel perlu mematuhi rantaian yang jelas. Jika mempunyai pertikaian, pemilik premis perlu mempunyai hak untuk mendapatkan sampel yang kedua. Pemilik premis perlu mempunyai hak untuk mendapatkan sampel yang kedua, atau menjalankan ujian sebulan di makmal yang diiktiraf. Bukannya terus mengeluarkan saman kepada pemilik premis. Ini yang sering berlaku termasuk di kawasan Parlimen Kangar.
Tuan Yang di-Pertua, peruntukan ini perlu menjelaskan skop premis yang boleh ditutup. Bagaimana pula dengan dapur katering, penyediaan makanan dari rumah, premis yang menjual makanan dalam talian? Apa pun pindaan yang dibuat, hak peniaga— hak peniaga-peniaga kecil perlu diberi pertimbangan dan keadilan yang sewajarnya. Jangan hanya menaikkan kompaun tetapi apabila melibatkan penguatkuasaan, ia nya tidak menyeluruh.
Kadang-kadang masalah penguat kuasa ini mereka hanya pergi ke kawasan- kawasan selamat sahaja. Maksudnya, mereka pergi ke tempat-tempat yang peniaga tidak melawan, peniaga yang baik-baik. Peniaga-peniaga inilah selalu menjadi mangsa, terutamanya peniaga-peniaga kecil.
Mereka ini disaman, gerai mereka diarah tutup dan sebagainya. Tidak guna kita meminda rang undang-undang apabila tiba waktu penguatkuasaan, mereka hanya mencari kawasan-kawasan selamat untuk diperiksa. Dalam erti katanya lain, tidak berani pergi memeriksa kawasan-kawasan yang ramai samseng dan sebagainya. Akhirnya peniaga-peniaga kecil menjadi mangsa.
Sepatutnya di kawasan berisiko, penguatkuasaan mesti di iringi oleh beberapa orang anggota polis. Tuan di-Pertua, kerana ini perlu diperjelaskan kerana keputusan menutup premis boleh memberi kesan besar kepada pemilik-pemilik peniagaan.
Pekerja yang mempunyai tanggungjawab tanggungan keluarga, pembekal dan juga pengguna. Saya ingin bertanya kepada YB Menteri, apakah ambang risiko yang perlu dipenuhi sebelum perintah penutupan dikeluarkan? Adakah keputusan makmal diperlukan dalam semua keadaan? Penutupan sementara mungkin wajar, tetapi jika terdapat ancaman langsung kepada kesihatan awam. Namun, jika premis ditutup untuk tempoh yang panjang, pemilik perlu diberikan notis dan alasan yang jelas.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Sikit lagi, ada 30 saat. Namun, penguatkuasaan yang baik perlu membezakan antara pengusaha-pengusaha yang
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
sengaja melanggar undang-undang dengan pengusaha yang melakukan kesilapan kerana kurang pengetahuan atau kelemahan sistem. Kadang-kadang, premis berkenaan merupakan premis lama dan nampak usang, walaupun bersih, tapi nampak tidak cantik.
Jadi kepada peniaga-peniaga di Parlimen Kangar, khususnya Perlis amnya, saya bersedia membantu anda jika anda punya masalah dengan penguat kuasa.
Insya-Allah penguat kuasa bahagian makanan masih mengenali saya.
Kesimpulannya, seksyen baharu 11A hanya akan berkesan jika ia disokong oleh sistem penguatkuasaan yang telus, tidak memilih kawasan untuk diperiksa, keputusan makmal yang tidak diragui dan pendidikan kepada pengusaha makanan.
Jika ia telus, ia adil untuk pengusaha makanan, pekerja dan juga pengguna. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Saya jemput Yang Berhormat Batu Gajah.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Makanan (Pindaan) 2026 yang bertujuan meminda Akta Makanan 1983 [Akta 281].
Tuan Yang di-Pertua, Akta Makanan 1983 telah berusia lebih daripada empat dekad dan tidak pernah dipinda secara menyeluruh. Dalam tempoh yang sama, landskap industri makanan negara telah berubah dengan begitu pesat sekali.
Pada tahun 2025 sahaja, nilai eksport makanan negara mencecah RM140.3 bilion, manakala sebanyak 384,288 consignment bernilai RM70.25 bilion diimport ke Malaysia. Ini menunjukkan bahawa rantaian makanan kita hari ini jauh lebih besar, lebih global dan lebih kompleks berbanding ketika akta ini diperkenalkan pada tahun 1983. Justeru, saya berpandangan bahawa usaha kerajaan untuk memperbaharui akta ini adalah tepat pada masanya.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor****) mempengerusikan Mesyuarat**] Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada fasal 2 yang meminda seksyen 2 Akta 281 dengan memperkenalkan takrif bahan bersentuhan makanan.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Keselamatan makanan bukan sahaja mengenai apa yang kita makan tetapi juga mengenai apa yang bersentuhan dengan makanan itu. Bekas makanan, botol, pembungkusan, perkakas dan bahan yang digunakan dalam memproses atau menyimpan akhirnya boleh memberi kesan kepada makanan yang sampai kepada pengguna.
Saya juga mengambil perhatian bahawa fasal 16 melalui pindaan kepada seksyen 13 memperluaskan kawalan kepada bahan bersentuhan makanan yang mengandungi atau boleh memindahkan bahan beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan. Saya menyambut baik pendekatan ini. Namun, apabila skop kawalan selia diperluaskan, industri juga memerlukan kepastian.
Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah piawaian dan parameter keselamatan yang akan digunakan untuk menentukan bahawa sesuatu bahan bersentuhan makanan itu selamat dan apakah garis panduan yang diberikan kepada pengilang, pengimport serta peniaga bagi memastikan pematuhan yang konsisten?
Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada fasal 15 yang memperkenalkan seksyen baharu 12C berhubung verifikasi lapangan fasiliti makanan di luar negara.
Saya menyambut baik langkah ini kerana keselamatan makanan perlu dikawal sepanjang rantaian bekalan, bukan hanya apabila produk tiba di Malaysia. Namun, penguatkuasaan keselamatan makanan melibatkan pelbagai pihak termasuk KKM, MAQIS, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan pihak berkuasa tempatan.
Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apabila berlaku suatu insiden keselamatan makanan yang melibatkan beberapa agensi, siapakah yang menjadi agensi peneraju dan apakah mekanisme penyelarasan serta perkongsian maklumat yang digunakan?
Dalam hal ini, pengalaman Kanada yang mempunyai protokol khusus bagi menyelaras tindakan antara agensi ketika berlaku wabak bawaan makanan boleh dijadikan salah satu rujukan. Penguatkuasaan yang kuat bukan hanya bergantung kepada kuasa setiap agensi tetapi sejauh mana semua agensi mampu bertindak sebagai satu sistem.
Saya juga mengambil perhatian terhadap fasal 9 yang memperkenalkan seksyen baharu 8A berkaitan akses kepada data digital bagi tujuan siasatan. Saya memahami keperluan kuasa ini dalam persekitaran perniagaan yang semakin digital.
Namun, apakah perlindungan yang akan ditetapkan supaya akses tersebut terhad
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
kepada maklumat yang relevan untuk siasatan dan data lain yang tidak berkaitan terus dilindungi?
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, bagaimanakah prinsip perkadaran akan dipastikan supaya hukuman mengambil kira sifat kesalahan, tahap risiko kepada kesihatan awam serta sama ada sesuatu pelanggaran bersifat teknikal atau pun dilakukan dengan sengaja.
Kita mahu hukuman yang mempunyai kesan pencegahan tetapi pada masa yang sama pelaksanaannya hendaklah adil dan berkadar.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri perbahasan, saya ingin menarik perhatian khusus kepada fasal 4(f) yang meminda subseksyen 4(6).
Pindaan ini meningkatkan hukuman penjara daripada satu tahun kepada lima tahun di samping peruntukan denda sehingga RM100,000. Saya memahami dan menyokong hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan undang-undang mempunyai kesan pencegahan yang sewajarnya.
Namun, apabila kuasa penguatkuasaan dan hukuman dipertingkatkan dengan begitu ketara, saya berpandangan bahawa mekanisme semak dan imbang juga perlu diperkukuhkan seiring dengannya. Perkara ini penting bagi memastikan pelaksanaan undang-undang sentiasa telus, konsisten dan berintegriti serta tidak membuka ruang kepada salah guna budi bicara, penyalahgunaan kuasa mahupun amalan rasuah.
Pada masa yang sama, perlindungan ini juga penting untuk memperlihatkan memelihara integriti dan keyakinan masyarakat terhadap pegawai penguat kuasa yang menjalankan amanah mereka. Justeru, saya mencadangkan supaya peruntukan ini dikaji semula dan diberi penelitian yang mendalam. Cadangan ini bukan bertujuan untuk melemahkan rang undang-undang yang dibawa oleh kerajaan, sebaliknya untuk memperkemas dan memperkukuhkannya supaya pelaksanaannya lebih berkesan, adil serta mempunyai akauntabiliti yang jelas.
Dengan ini Batu Gajah menyokong Rang Undang-undang Makanan
(Pindaan) 2026 dengan harapan perkara-perkara yang telah saya bangkitkan, khususnya berkaitan dengan mekanisme semak dan imbang dapat diberi perhatian dan penelitian yang sewajarnya. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Selanjut dipersilakan Yang Berhormat Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Dato’ Yang dipertua. Salam sejahtera kerana memberi peluang kepada Betong untuk turut membahaskan Rang Undang-undang Makanan (Pindaan) 2026.
Betong menyokong usaha memperkukuhkan Akta Makanan 1983 kerana cara makanan dihasilkan, dibungkus, dijual dan diiklankan sudah berubah, termasuk juga melalui platform digital. Namun, apabila kuasa penguatkuasaan diperluaskan, beberapa perkara perlu diperjelaskan.
Pertamanya Dato’ Yang di-Pertua mengenai akses kepada data digital.
Seksyen 8A memberi kuasa mengakses data komputer termasuk kata laluan dan kod penyulitan. Kegagalan memberi akses pula boleh membawa hukuman yang berat. Apakah SOP yang jelas bagi kuasa ini? Siapa yang boleh mengakses dan apakah data yang boleh disalin? Adakah setiap akses direkod dan diaudit?
Bagaimana rahsia perdagangan, formulasi produk dan juga data pelanggan dilindungi?
Lebih penting takrif pegawai diberi kuasa turut melibatkan orang yang dilantik oleh Menteri. Persoalannya, apakah kriteria pelantikan dan tahap keselamatan yang wajib dipatuhi?
Dato’ Yang di-Pertua, keduanya soal recall dan hak pengguna untuk tahu.
Betong menyambut baik kewajipan menarik balik makanan berisiko di bawah seksyen 13C. Tapi bagaimana jika syarikat dapat dikesan, namun produk berbahaya masih berada di pasaran? Adakah kementerian bercadang mewujudkan satu sistem recall national yang mudah dicapai pengguna? Dengan maklumat seperti nama produk, gambar, nombor batch, sebab penarikan dan juga tindakan yang perlu diambil.
Dato’ Yang di-Pertua, ketiga, pengusaha kecil dan mikro (PMKS) di luar bandar. Ramai masih menggunakan kaedah pemprosesan dan pembungkusan secara tradisional. Bagaimana kementerian memastikan penguatkuasaan bukan sekadar menghukum tetapi turut menyediakan bimbingan, tempoh penyesuaian dan bantuan teknikal berkaitan kebersihan, pelabelan, pembungkusan dan juga bahan bersentuhan makanan.
Bolehkah pendekatan penguatkuasaan dibuat berdasarkan tahap risiko dan saiz perusahaan supaya pengusaha mikro yang mematuhi undang-undang tidak terbeban tetapi keselamatan pengguna tetap terjamin?
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Dato’ Yang di-Pertua, keempat hukuman dan penutupan premis. Dengan hukuman yang boleh mencecah sampai RM500,000 atau pun penjara sehingga 10 tahun, adakah penguatkuasaan ini akan membezakan antara perbuatan sengaja membahayakan pengguna, kecuaian serius dan kesalahan teknikal yang boleh dibetulkan?
Bagi penutupan premis sehingga 40 hari, jika pembetulan telah dibuat lebih awal, adakah pemeriksaan semula boleh dilakukan dan premis dibuka lebih cepat?
Dan di bawah seksyen 33D, bagaimanakah kerajaan memastikan liabiliti kos penguatkuasaan dikenakan kepada pihak yang benar-benar bertanggungjawab, bukan pekerja bawahan yang tidak mempunyai kuasa membuat keputusan?
Dato’ Yang di-Pertua, yang kelima— makanan yang dibawa masuk melebihi had. Fasal 26 membolehkan makanan yang dibawa masuk melebihi had tertentu dianggap sebagai makanan untuk dijual sehingga dibuktikan sebaliknya. Bagaimana had ini ditentukan? Adakah keperluan peribadi akan dibezakan daripada import komersial? Dengan mengambil kira saiz rumah, isi rumah, corak perjalanan dan juga amalan masyarakat sempadan seperti sempadan dengan Thailand dan juga Sabah dan Sarawak, sempadan dengan Kalimantan. Jadi perlu diperjelaskan.
Dato’ Yang di-Pertua, keenam, pelaksanaan bersama PBT. Bagaimanakah penguatkuasaan akta ini akan diselaraskan dengan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan, khususnya di wilayah Sabah dan Sarawak supaya tidak berlaku pertindihan kuasa atau pun pertindihan prosedur yang berbeza antara daerah dan negeri?
Dalam konteks Perkara 79 Perlembagaan Persekutuan, adakah Kerajaan Sarawak iaitu SAG telah dirunding dalam penyediaan RUU ini? Jika ya, apakah pandangan mereka dan input daripada Sarawak yang telah diambil kira.
Dan ketujuh yang terakhir ialah kapasiti makmal. Kawalan terhadap bahan bersentuhan makanan memerlukan kemampuan menguji migrasi bahan kimia daripada pembungkusan kepada makanan.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Apakah kapasiti makmal, kaedah analisis, peralatan dan latihan pegawai sudah mencukupi di seluruh negara? Khususnya di Wilayah Sabah dan Sarawak, adakah sampel boleh diuji dengan cepat ataupun perlu dihantar ke Semenanjung?
Sarawak ataupun Sabah mempunyai universiti dan institusi yang mempunyai kepakaran. Mengapa tidak diwujudkan kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan,
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
kerajaan negeri, universiti dan makmal bertauliah untuk memperkukuhkan kapasiti ini?
Dato' Yang di-Pertua, pada akhirnya, kita mahu undang-undang yang tegas tetapi juga adil dan boleh dilaksanakan. Apabila kuasa diperbesar, perlindungan mesti diperjelaskan. Apabila hukuman dinaikkan, penguatkuasaan mesti tepat dan berkadar. Dan apabila standard ditetapkan secara nasional, keupayaan melaksanakannya mesti sampai ke wilayah seperti Sabah dan Sarawak.
Kejayaan RUU ini bukan sekadar pada tingginya denda tetapi sejauh mana makanan berbahaya dapat dikesan lebih awal, tarik balik dengan cepat, pengguna dimaklumkan dan pihak yang benar-benar bertanggungjawab dikenakan tindakan.
Maka, Tuan Yang di-Pertua, dengan penjelasan terhadap perkara-perkara yang saya bangkitkan, Betong mohon menyokong RUU ini pindaan 2026. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Betong. Selanjut, dipersilakan Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Insya-Allah, perbahasan saya ini akan menyentuh tentang tiga perkara, jika sempat.
Kita bercakap berkenaan dengan soal keselamatan makanan. Antara kumpulan rakyat yang perlu kita bagi perhatian ialah kumpulan pelajar sekolah.
Antara isu yang berlarutan yang lama yang menjadi isu di kalangan ibu bapa dan masyarakat ialah keselamatan makanan-makanan yang dijual kepada pelajar sekolah.
Saya nak ambil dua contoh tentang isu ini. Iaitu, pada Februari 2025, seorang kanak-kanak berumur 11 tahun meninggal dunia kerana maut tercekik makan gula- gula kenyal ataupun dipanggil gummy ball di Butterworth, Pulau Pinang. Makanan tersebut, coklat tersebut dibeli di kawasan luar sekolah berhampiran dengan sekolah.
Contoh yang kedua ialah pada Januari 2026 tular di kalangan masyarakat di media sosial, gambar masuk dalam media sosial tentang ada penjaja yang menjual
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
makanan di luar pagar sekolah berhampiran dengan sekolah iaitu menjual maggi yang dikembangkan, diletak dalam cawan, dijual dengan murah dan dijual di kalangan pelajar-pelajar sekolah.
Inilah yang menjadi kebimbangan di kalangan ibu bapa di sekolah dan menjadi konflik di antara pentadbiran sekolah dengan pihak PBT yang melaksanakan penguatkuasaan dan juga dengan pihak penjual, penjaja yang mencari rezeki. Pihak Kementerian Kesihatan dan juga pihak Kementerian KPKT dan juga Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan satu Garis Panduan Penguatkuasaan Larangan Penjualan Makanan dan Minuman di Luar Pagar Sekolah oleh Pihak Berkuasa Tempatan, tahun 2021.
Oleh kerana itu, pada hari ini saya ingin menyentuh pindaan seksyen 2 Akta Makanan 1983 yang memberikan tafsiran baharu kepada pegawai yang diberi kuasa, antaranya ialah mana-mana pihak berkuasa tempatan untuk memperkukuhkan penguatkuasaan dan memberikan kepentingan kepada semua pihak.
Justeru, saya mencadangkan kepada Kementerian Kesihatan― yang pertama ialah mewujudkan jawatankuasa khas yang melibatkan persatuan ibu bapa dan guru, pihak pentadbir sekolah dan juga melibatkan pihak berkuasa tempatan yang melaksanakan penguatkuasaan supaya pegawai yang diberi kuasa dilantik dan digerakkan operasi secara berkala untuk membanteras ataupun melihat penjaja- penjaja yang membekalkan makanan yang tidak selamat kepada pelajar-pelajar sekolah. Walaupun radius kawasan larangan 40 meter dikuatkuasakan sejak tahun 2021 tetapi masih banyak lagi penjaja-penjaja yang menjual makanan yang tidak mengikut Akta Makanan 1983 yang kita akan pinda pada hari ini.
Cadangan yang kedua ialah untuk memberikan win-win situation, dengan izin. Kita memberikan sokongan kepada penjaja yang patuh melalui persijilan kebersihan, latihan pengendalian makanan dan insentif beralih kepada pilihan yang lebih sihat supaya penguatkuasaan tidak menjejaskan mata pencarian mereka secara tidak adil.
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua, saya ingin merujuk kepada fasal 13 seksyen 11A yang memberi kuasa kepada Ketua Pengarah ataupun pegawai yang diberi kuasa, iaitu persoalan yang saya ingin bangkitkan, di manakah mekanisme semak dan imbang terhadap kuasa yang besar ini? Sekiranya sesebuah premis diarahkan tutup berdasarkan keputusan awal, kemudian hasil dianalisis lanjut mendapati bahawa premis tersebut sebenarnya tidak melakukan kesalahan, apakah bentuk remedi yang tersedia kepada pemilik premis? Dan yang paling penting,
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
adakah arahan penutupan tersebut boleh dirayu atau disemak dengan segera oleh Ketua Pengarah ataupun mahkamah?
Sekian perbahasan saya. Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Padang Terap. Selanjut, dipersilakan Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk membahaskan Rang Undang-undang Makanan (Pindaan) 2026.
Tuaran menyokong usaha memperkukuhkan keselamatan makanan, kesihatan rakyat dan perlindungan pengguna. Namun, undang-undang yang baik mestilah digubal dengan menghormati Perlembagaan Persekutuan iaitu undang- undang tertinggi negara kita. Persoalan utama ialah adakah rang undang-undang ini termasuk dalam skop Perkara 79 Perlembagaan Persekutuan? Dan jika ya, adakah proses yang ditetapkan telah dipatuhi?
Dalam taklimat Kementerian Kesihatan pada 7 Oktober, KKM mengesahkan bahawa konsultasi rasmi dengan Kerajaan Sabah tidak dilaksanakan dan pihak Kerajaan Sabah juga membuat pengesahan yang sama. Apa yang diadakan oleh kementerian cumalah libat urus dengan beberapa orang pegawai Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.
Tuaran menghormati pegawai-pegawai yang terlibat tersebut. Namun, libat urus dengan pegawai tidak dengan sendirinya membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Sabah telah dirundingi secara rasmi. Adakah mereka diberi mandat mewakili Kerajaan Sabah? Adakah draf RUU dikemukakan secara rasmi? Dan apakah pendirian Kerajaan Sabah yang telah direkodkan?
Tuan Yang di-Pertua, Butiran 7 Senarai III Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan meletakkan kesihatan awam, kebersihan dan pencegahan penyakit dalam Senarai Bersama. Lebih khusus, Perkara 95B menjadikan Senarai IIIA sebahagian daripada Senarai Bersama bagi Sabah dan Sarawak. Butiran 11 Senarai IIIA secara nyata menyebut, “Pengadukan bahan makanan dan barangan lain” ataupun “Adulteration of foodstuffs and other goods”. RUU ini memperluaskan kawal selia kepada bahan bersentuhan makanan, pensampelan, penyiasatan, pelabelan, pengimportan dan penalti. Maka, terdapat
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
asas yang munasabah untuk menentukan sama ada RUU ini berhubungan dengan perkara dalam Senarai Bersama dan Senarai IIIA Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 79(1) memperuntukkan bahawa apabila sesuatu RUU mencadangkan perubahan undang-undang berhubungan perkara yang dalam Senarai Bersama, pegawai pengerusi hendaklah memperakui rang undang-undang itu bagi maksud Perkara 79.
Perkara 79(2) pula menetapkan bahawa RUU yang diperakui tidak boleh diteruskan sehingga empat minggu selepas penyiarannya. RUU itu hanya boleh diteruskan lebih awal atas alasan keterdesakan setelah pegawai pengerusi berpuas hati bahawa kerajaan negeri berkenan telah dirundingi.
RUU ini dibaca kali pertama pada 5 Oktober dan hari ini 8 Oktober bacaan kedua iaitu hanya tiga hari kemudian. Dengan hormat, Tuaran memohon penjelasan atau keputusan Tuan Yang di-Pertua. Yang pertama, adakah RUU ini telah diperakui di bawah Perkara 79(1)? Kedua, bilakah RUU ini disiarkan bagi maksud Perkara 79(2)? Ketiga, jika tempoh empat minggu belum berlalu, apakah alasan keterdesakan? Dan bilakah Kerajaan Sabah serta Kerajaan Sarawak dirundingi secara rasmi?
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Ini bukan persoalan teknikal yang kecil. Keselamatan makanan memang penting, tetapi kepentingan sesuatu RUU tidak menghapuskan proses Perlembagaan. Keterdesakan tidak menghapuskan konsultasi. Sebaliknya, Perkara 79(2) menjadikan konsultasi di bawah Perkara 161E, Perlembagaan Persekutuan sebagai syarat bagi laluan keterdesakan.
Tuaran tidak meminta RUU ini ditolak. Tuaran meminta prosesnya diperbetulkan tanpa menjejaskan keputusan Tuan Yang di-Pertua, mengenai Perkara 79. Sekiranya bacaan kedua diselesaikan, Tuaran meminta Yang Berhormat Menteri tidak meneruskan RUU ini terus ke peringkat Jawatankuasa seluruh Majlis dan Bacaan Ketiga.
Sebaliknya, kemukakan usul yang dibawa di bawah Peraturan Mesyuarat 54(2) untuk merujuk RUU ini kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan Dewan Rakyat. Jawatankuasa itu hendaklah mendapatkan pandangan rasmi Kerajaan Sabah dan Sarawak. Memanggil Peguam Besar Negeri serta wakil kerajaan yang diberi mandat. Meneliti pemakaian Perkara 79 dibaca bersama dengan Perkara 161E. Mengeluarkan laporan dalam tempoh empat minggu.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Tuaran telah membuat cadangan ini pada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Amar Haji Fadillah Yusof dan beliau bersependapat bahawa RUU ini wajar dirujuk pada Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan. Maka, Tuaran minta komitmen Yang Berhormat Menteri hari ini, rujuk sahaja RUU ini kepada Jawatankuasa Pilihan Khas dan adakan konsultasi rasmi dengan Kerajaan Sabah serta Kerajaan Sarawak.
Kita tidak mengambil sesuatu ini sebagai remeh kerana Perlembagaan Persekutuan ini telah digubal setelah kita bersetuju, setelah kita ada Perjanjian Malaysia. Kalau kita tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan itu, bererti kita tak menghormati Perjanjian Malaysia 63.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, keselamatan makanan melindungi tubuh rakyat.
Keluhuran Perlembagaan pula melindungi tubuh Persekutuan. Kedua-duanya wajib kita pertahankan. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran, selanjutnya dipersilakan Yang Berhormat Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya pada petang ini ingin mengambil kesempatan untuk memaklumkan kepada Dewan bahawa pagi tadi jam 7.00 pagi, terdapat tiga orang kanak-kanak yang telah meninggal dunia serentak akibat daripada satu kemalangan di Jalan Parit Haji Sirat, Pontian. Akibat daripada masalah jerebu yang ada di kawasan tersebut. Dan melibatkan kanak-kanak berusia lapan tahun, 11 tahun dan 18 tahun. Semoga roh mereka ditempatkan bersama dengan orang-orang yang soleh, solehah, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, apabila rakyat membeli makanan hari ini, mereka sebenarnya meletakkan kepercayaan kepada satu rantaian yang panjang. Kita percaya pengilang menghasilkan makanan yang selamat, pengimport membawa masuk produk yang selamat, pembungkus membawa bahan yang selamat dan peniaga mengendalikannya dengan betul.
Apabila satu sahaja daripada rantaian ini gagal, akan mengundang akibat akhirnya kepada pengguna. Sebab itu, pindaan kepada Akta Makanan 1983 ini tidak boleh dilihat sekadar sebagai usaha menaikkan denda atau menambah kuasa
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
penguatkuasaan. Persoalan yang lebih besar adalah sama ada selepas pindaan ini, sistem keselamatan makanan negara benar-benar mampu mengesan risiko lebih awal. Menentukan siapa yang bertanggungjawab dan bertindak sebelum sesuatu masalah krisis kesihatan awam berlaku.
Malaysia mencatatkan 24,910 kes keracunan makanan pada tahun 2024, berbanding 17,916 pada tahun 2023. Ini bermakna, peningkatan sebanyak 6,994 kes ataupun 39 peratus pada tahun 2024, berbanding tahun 2023. Lebih membimbangkan, KKM merekodkan enam kematian akibat daripada keracunan makanan pada tahun 2024, berbanding dengan satu kematian pada tahun 2023.
KKM menyatakan antara punca utama ialah pencemaran silang pengendali makanan, peralatan atau persekitaran yang tidak bersih dan bahan mentah yang tercemar. Penyimpanan makanan pada suhu yang tidak sesuai melebihi empat jam juga dikenal pasti sebagai faktor risiko.
Tuan Yang di-Pertua, Pulai ingin membangkitkan beberapa isu iaitu yang pertamanya adalah RUU ini meningkatkan banyak penalti dengan ketara, termasuklah bagi kesalahan tertentu yang boleh membawa denda sehingga RM500,000 dan penjara 10 tahun. Hukuman yang lebih berat memandangkan diperlukan untuk memberikan kesan pencegahan. Tetapi apabila hukuman meningkat, kita juga perlu lebih tepat menentukan siapa sebenarnya yang bertanggungjawab.
Contohnya, sebuah restoran kecil menggunakan bekas makanan yang dibeli daripada pemborong. Pemborong mendapatkannya daripada pengimport dan pengimport pula mendapatkannya daripada pengilang di luar negara. Jika kemudiannya didapati bahan tersebut boleh memindahkan unsur berbahaya kepada makanan, pihak manakah sebenarnya yang mempunyai kemampuan dan pengetahuan untuk mengesan risiko tersebut?
Sebab itu pelaksanaan akta ini perlu melihat tahap kawalan pengetahuan setiap pihak dalam rantaian bekalan. Jangan sampai peniaga kecil yang membeli produk secara sah daripada pasaran menanggung risiko yang hampir sama dengan pengilang ataupun pengimport yang mempunyai kemampuan melakukan due diligent terhadap produk tersebut.
Adakah kementerian akan menyediakan garis yang jelas untuk membezakan antara kecuaian, ketidakpatuhan teknikal dan perbuatan yang dilakukan dengan pengetahuan bahawa suatu produk itu berbahaya? Dan bagaimana kerajaan mahu memastikan pengilang, pembekal serta pengimport memikul tanggungjawab yang
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
setimpal supaya beban pematuhan tidak akhirnya jatuh kepada pihak yang paling bawah dalam rantaian? Undang-undang yang baik bukan sahaja keras terhadap kesalahan tetapi tepat kepada pihak yang benar-benar bertanggungjawab.
Yang kedua, isu keselamatan makanan tidak selesai apabila produk ditarik balik. Persoalannya adalah seberapa cepat kita boleh mencari produk itu dan seberapa cepat rakyat mengetahuinya.
Yang ketiganya adalah undang-undang ini bukan sekadar untuk menghukum tetapi mampu mencegah. RUU ini memperkenalkan hukuman yang lebih berat kepada beberapa kesalahan, termasuklah denda sehingga RM500,000. Langkah ini wajar supaya pihak yang mengabaikan keselamatan makanan tidak boleh mengambil mudah dan menganggap denda sebagai sekadar kos menjalankan perniagaan.
Namun, hukuman yang tinggi sahaja tidak mencukupi kalau sesuatu produk hanya dikesan berbahaya selepas berbulan-bulan berada dalam pasaran dan telah dimakan oleh ribuan orang. Hukuman selepas itu tidak dapat mengubah hakikat bahawa rakyat sudah menjadi mangsa.
Sebab itulah akta ini bukan sahaja perlu berfokus kepada soal hukuman tetapi berapa banyak produk berbahaya yang berjaya dikesan dan dihentikan lebih awal. RUU ini juga membolehkan pemeriksaan dibuat terhadap fasiliti makanan di luar negara bagi memastikan makanan yang diimport ke negara kita selamat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Dipersilakan Yang Berhormat Permatang Pauh.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Allah Taala berfirman, [Membaca sepotong ayat Al- Quran] Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi ini yang halal lagi baik. Saya menghargai usaha kerajaan untuk meminda Akta Makanan 1983 bagi memperkukuh keselamatan makanan di negara kita. Dalam Islam sendiri, kita dituntut untuk memastikan makanan bukan sahaja halal tetapi juga baik.
Bayangkanlah, seorang ibu atau ayah membeli sebungkus makanan untuk anak, dia
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
mungkin tidak mengetahui apa-apa tentang peruntukan undang-undang tapi dia percaya bahawa makanan yang dibeli itu selamat untuk dimakan.
Namun begitu, sebelum Dewan ini meluluskan pindaan ini, terdapat dua persoalan yang perlu dijelaskan oleh pihak kerajaan. Yang pertama, sejauh manakah keberkesanan penguatkuasaan Akta Makanan 1983 ini setelah lebih empat dekad dilaksanakan? Berdasarkan data Kementerian Kesihatan, sehingga Jun 2026, sebanyak 330,206 premis yang telah berdaftar di seluruh negara.
Dalam tempoh enam bulan sehingga Jun 2026, sebanyak 64,103 premis di periksa dan 1,719 premis diarahkan tutup. Persoalan saya mudah sahaja, daripada 1,719 premis yang ditutup ini, berapakah kesalahan yang melibatkan kesalahan yang berulang? Berapakah jumlah kes yang berjaya memperoleh sabitan di mahkamah?
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Data ini penting untuk kita menilai sama ada masalah keselamatan makanan ini berpunca daripada kelemahan undang-undang ataupun kelemahan pada peringkat penguatkuasaan. Kita berharap seiring dengan pindaan yang memperkukuhkan undang-undang sedia ada ini, penguatkuasaan juga turut dipertingkatkan agar isu keselamatan makanan dan kesihatan rakyat benar-benar ditangani dengan serius.
Dato' Yang di-Pertua, merujuk kepada fasal 2 dan fasal 16 yang memperkenalkan takrif serta kesalahan baharu berkaitan dengan bahan bersentuhan makanan seperti yang disentuh oleh ramai di kalangan Ahli Parlimen.
Dalam slide taklimat kementerian yang dibentangkan kelmarin, terdapat beberapa contoh yang cukup menarik perhatian saya.
Kementerian memberikan contoh penggunaan sarung tangan kuning, akuarium sebagai bekas penyimpanan air jualan, tong sampah hitam dalam penyediaan makanan, penggunaan bahan tidak sesuai boleh menyebabkan pemindahan unsur berbahaya kepada makanan.
Persoalannya, bilakah peraturan berkaitan dengan bahan bersentuhan makanan di bawah seksyen 34 ini akan digubal dan diwartakan? Adakah kerajaan akan menyediakan standard keselamatan, panduan yang jelas mengenai bahan yang boleh digunakan oleh peniaga atau adakah taklimat secara fizikal kepada mereka?
Jangan sampai kita perkenakan kesalahan dan hukuman baru tapi peniaga sendiri tak tahu bagaimana nak mematuhi peraturan tersebut dan yang lebih parah
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
lagi mereka dikenakan hukuman tanpa mengetahui, tanpa menerima pekeliling yang terbaru.
Berkait dengan bahan bersentuhan makanan, saya ingin merujuk fasal 27 yang memperluas pemakaian seksyen 23 kepada bahan bersentuhan makanan termasuk prinsip bahawa penjualan yang melanggar undang-undang secara tak sengaja bukanlah satu pembelaan.
Bayangkan, sebuah peniaga kecil membeli bekas makanan daripada kedai serbaneka mampu milik seperti DIY ataupun ECO, peniaga kecil ini dia, beli dan ada didapati tidak mematuhi peraturan. Bagaimanakah kedudukan peniaga kecil ini?
Adakah kesalahan itu jatuh kepada pihak yang menjual ataupun peniaga kecil yang membeli barangan tersebut?
Adakah kerajaan mempunyai mekanisme untuk membezakan antara pengilang yang sengaja bekalkan produk bahaya dengan peniaga kecil yang bergantung kepada produk daripada pasaran untuk operasi perniagaan mereka.
Hukuman yang tegas memang diperlukan, namun penguatkuasaan mestilah adil dan berkadar dengan kesalahan yang dilakukan.
Yang kedua, menurut Kementerian Kesihatan bagi tempoh 2019 sampai Ogos 2026, sebanyak 21 daripada 839 produk dianalisis, didapati mengandungi racun berjadual. Di dalam kawalan sedia ada, produk berbahaya boleh disita tapi terdapat kelompongan kuasa untuk menutup premis yang menyediakan atau menjual produk berkenaan atas alasan kandungan berbahaya tersebut.
Saya memahami rasional pindaan tersebut. Namun, seksyen 11(a) menggunakan frasa bahawa Ketua Pengarah atau pegawai yang diberikan kuasa berpendapat bahawa premis tersebut digunakan untuk menyediakan atau menjual makanan yang memudaratkan kesihatan.
Soalannya simple sahaja, apakah ukuran yang akan digunakan untuk menentukan sesebuah premis itu perlu ditutup? Adakah berdasarkan keputusan analisis makmal ataupun penilaian risiko? Apakah mekanisme rayuan yang disediakan kepada peniaga? Dan yang lebih penting lagi bagaimana sekiranya premis ditutup tapi siasatan kemudian mendapati tiada pelanggaran? Adakah terdapat mekanisme pemulihan ataupun pampasan terhadap kerugian kepada kedai yang ditutup tersebut?
Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, 30 saat sahaja. Islam sangat menitikberatkan soal pemakanan kerana apa yang kita makan jadi darah daging.
Sebab itulah Islam menggariskan tuntutan halalan toyyiban kerana makanan bukan
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
sekadar berkaitan kesihatan fizikal tapi turut mempunyai hubungan dengan pembentukan sahsiah, akhlak dan rohani seseorang dari sudut sosiologi dan juga psikologi.
Namun, saya melihat satu trend dalam masyarakat hari ini khususnya budaya food hunter yang terlalu mengejar makanan viral tanpa memberikan perhatian sewajarnya terhadap status makanan tersebut. Boleh jadi, masalah sosial yang kita bincangkan yang disebutkan baru-baru ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga kita berada dalam keadaan yang sangat banyak masalah ini, boleh jadi antara faktornya adalah kelalaian kita dalam menitikberatkan status pemakanan kita.
Jadi, saya nak mengajak masyarakat untuk kita sama-sama muhasabah sejauh manakah kita menjaga aspek kebersihan dan juga halal dalam pemakanan kehidupan seharian kita. Apa yang masuk dalam perut akan jadi darah daging. Jika sumbernya salah, rosaklah minda, runtuhlah sosial masyarakat kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Pembahas terakhir Yang Berhormat Ranau.
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi laluan untuk saya berbahas pada petang hari ini. Saya memuji langkah yang dibuat oleh kerajaan untuk meminda Akta Makanan kerana usia lebih kurang 43 tahun dan baru beberapa pindaan baharu dibuat dan kita melihat bahawa denda juga telah dinaikkan kepada daripada RM100,000 ke RM500,000.
Namun dalam taklimat yang kami terima sebentar kelmarin, berkenaan dengan akta ini adalah satu perkara yang saya sendiri terkilan kerana akta ini tidak pernah dirundingkan ataupun disampaikan kepada Kerajaan Negeri Sabah secara rasmi. Di mana mungkin ada perbincangan dibuat kerana kita melihat Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan, di mana hal berkaitan dengan kesihatan awam, kebersihan dan penyakit adalah di bawah kuasa bersama.
Jadi sebab itu, saya merasakan bahawa ikut kehendak Perkara 79, Perlembagaan Persekutuan, ia perlu dibawa bersama dengan negeri Sabah untuk membincangkannya supaya tidak ada perkara-perkara yang mungkin boleh menimbulkan konflik di antara Kerajaan Persekutuan dan negeri dalam melaksanakan rang undang-undang ini.
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
Antara yang saya fikirkan ialah tentang penutupan premis kerana penutupan premis ini di bawah kuasa kerajaan tempatan. Seterusnya kalau di daerah atau majlis daerah yang akan membuat peraturan sama ada suatu premis itu ditutup atau tidak, jadi akan menimbulkan kekeliruan jika sekiranya KKM juga tutup dan majlis daerah punya lesen masih on, itu akan menimbulkan percanggahan pendapat di kalangan para peniaga dan juga para penguat kuasa yang terlibat.
Jadi sebab itu, ada baiknya perkara ini dibawa dulu, perunding dan sampaikan kepada kerajaan negeri kerana tidak memadai hanya berunding dengan pegawai-pegawai di jabatan-jabatan. Ia nya perlu secara rasmi dibawa pada peguam besar negeri khususnya dan juga kerajaan negeri dan meminta persetujuan bersama mana-mana perkara yang perlu atau tidak dipinda dalam akta ini.
Itu pada pandangan saya supaya ada keseimbangan antara kerajaan negeri dan Persekutuan. Dan yang juga saya fikirkan ialah selama ini kita nampak bahawa ada banyak denda dikenakan di bawah akta yang lalu, 43 tahun. Cuma persoalan saya, saya ingin tanyakan kepada Kerajaan Persekutuan ialah daripada jumlah denda yang diterima itu kerana ini merupakan juga hasil yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan melalui KKM itu kepada Tabung Persekutuan, ini adalah suatu yang dikira sebagai hasil.
Jadi, adakah pernah Kementerian Kesihatan (KKM) ini menyatakan kepada Kerajaan Negeri Sabah berapa jumlah 40 percent yang mereka kembalikan itu kepada negeri Sabah ataupun memberikan data yang tepat supaya perkiraan tentang jumlah hasil itu dapat dikembalikan kepada negeri Sabah, kerana inilah kita dapati bahawa— saya sudah meminta data banyak kali berapa jumlah sebenar diterima semua agensi Kerajaan Persekutuan tidak pernah diberi secara tepat kepada saya.
Jadi pada hari ini saya ingin bertanya, mengambil kesempatan ini bertanya kepada KKM sendiri, daripada jumlah denda yang diterima dari negeri Sabah itu, berapa sebenarnya jumlah tahunan yang diterima dan sama ada 40 percent itu dikembalikan kepada negeri Sabah. Sejak 1983, kita melihat bahawa jumlah itu kalau dilihat sudah 40 lebih tahun, mungkin jumlah yang cukup besar untuk dikembalikan kepada negeri Sabah.
Jadi sebab itu, saya berharap bahawa ada satu jawapan daripada KKM secara telus kalau sekiranya wang itu diserahkan kepada Kementerian Kewangan ataupun ke mana, haruslah ada satu data yang jelas diberikan kepada negeri Sabah supaya kami mendapat maklumat yang tepat dan tahulah kami bagaimana kami
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
harus menuntutnya kepada Kerajaan Persekutuan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Ranau. Dengan sedemikian, saya mempersilakan Menteri untuk menjawab.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Dato' Yang di-Pertua, saya pastinya mahu merakamkan jutaan terima kasih kepada 35 orang Ahli Yang Berhormat Ahli Parlimen yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Makanan (Pindaan) 2026 sebentar tadi. Terdiri daripada Sekijang, Kuala Langat, Seputeh, Rompin Port Dickson, Kuala Nerus.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Bukit Bendera, Kapar, Puncak Borneo, Temerloh, Tenggara, Kulim-Bandar Baharu, Gopeng, Kepala Batas, Rasah, Maran, Libaran, Kuala Krai, Batang Sadong, Kuantan, Tampin, Bagan Serai, Kepong, Lubok Antu, Merbok, Bakri, Beruas, Kangar, Batu Gajah, Betong, Padang Terap, Tuaran, Pulai, Permatang Pauh dan sebentar tadi Yang Berhormat Ranau.
Dato’ Yang di-Pertua, saya menghargai, sangat menghargai sokongan yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang memahami, benar-benar memahami hasrat Kementerian Kesihatan dalam membawa pindaan akta ini, sekali gus dalam usaha untuk memperkukuh kawalan keselamatan dan kualiti makanan di negara ini demi kesejahteraan kesihatan rakyat seluruhnya. Dalam masa yang sama, saya ingin memberikan perhatian khusus kepada kebimbangan yang telah disuarakan oleh hampir semua Ahli-ahli Yang Berhormat, ini saya nampak memang sarat dalam semua perbahasan.
Ada singgungan itu, ada terkait itu berhubung implikasi pindaan ini supaya ia tidak pada akhirnya menjejaskan pengusaha mikro, kecil, sederhana (PMKS), Dato’ Yang di-Pertua. Itu saya perhati dan dapat merasakan setiap Ahli Yang Berhormat memberikan pandangan tersebut. Dan ini, khasnya peniaga-peniaga kecil di pasar malam serta pengusaha-pengusaha makanan berskala kecil. Meskipun mereka juga mungkin sahaja menjadi punca beberapa insiden-insiden keracunan dan sebagainya. Tetapi, saya fahami kehendak dan hasrat Ahli-ahli Yang Berhormat
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
apabila menyebutkan betapa mustahaknya supaya mereka tidak dimangsakan dalam usaha kita membuat pindaan ini.
Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa hasrat kementerian dalam membawa pindaan ini bukanlah untuk membebankan pengusaha makanan mahupun pengusaha makanan kecil, mahupun pihak-pihak industri yang berskala besar. Sebaliknya, tujuan utama pindaan ini adalah untuk memperkukuhkan perlindungan kepada rakyat daripada risiko bahaya bencana yang berpunca daripada makanan serta bahan yang digunakan dalam pembungkusan makanan ataupun dalam konteks rang undang-undang ini yang dikatakan sebagai BBM ataupun bahan bersentuhan makanan ataupun food contact materials yang telah pun saya sebutkan. Memberi contoh-contoh bagaimana ia membawa kepada pelbagai insiden-insiden yang terkait dengan kesihatan awam dan bagaimana rakyat terkesan dengannya.
Antara lain telah disebutkan tentang puding buih, tentang hal yang terkait dengan melamin dan juga formaldehyde yang disebut oleh beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya akan memberikan fokus dalam memberikan balas, pembentangan ini ataupun respons saya dan pastinya saya tidak akan dapat menjawab semua, Dato’ Yang di-Pertua. Saya cuba, yang telah saya cubakan, beberapa pegawai saya, terima kasih kepada mereka yang telah bekerja keras untuk memastikan saya punya satu penyampaian yang baik ini.
Saya telah membawakan mereka mentemakan semua perbahasan ini berdasarkan kepada tema-tema besarnya. Contoh adalah peningkatan kadar penalti, isu rasuah, integriti, pegawai diberi kuasa (PDK), isu penguatkuasaan yang banyak Ahli-ahli Yang Berhormat yang membahaskannya, e-dagang Dato’ Yang di-Pertua, kelima beza kuasa antara KKM dan KPKM, keenam adalah konsultasi sepertimana yang dibangkitkan oleh Tuaran dan beberapa rakan-rakan yang lain tadi dan akhir sekali tempoh peralihan dari sudut penguatkuasaan itu.
Tema-tema yang kecil lain juga pastinya ada. Jadi, saya pohon berbanyak maaf andainya ada hal-hal yang terkait yang dibahaskan oleh Yang Berhormat tidak tergolong dalam tema-tema besar yang telah saya sebutkan tadi, Apa pun saya akan cuba untuk menjawabkan dan punya waktu. Saya diberikan waktu berapa lama Dato’ Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Setengah jam.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Setengah jam sahaja? Kita sudah beberapa minit.
Baik, pertama Dato’ Yang di-Pertua, hal yang terkait dengan peningkatan kadar penalti. YB Sekijang, YB Seputih, YB Bagan Serai, YB Beruas membahaskan perkara ini yang sempat saya perhatikan. Mungkin ada juga yang saya terlepas pandang. Apa pun Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada soalan YB Sekijang dan Seputih secara lebih khusus berkaitan peningkatan kadar penalti.
Sekijang telah bertanya bagaimana KKM membezakan penalti yang dikenakan berasaskan risiko ataupun risk-based iaitu sama ada keutamaan penalti dikenakan kepada yang berisiko besar seperti makanan yang memudaratkan kesihatan dan kesalahan berulang. Manakala yang tidak berisiko diberikan ruang untuk membuat pembetulan, Dato’ Yang di-Pertua.
Bagi soalan ini, KKM menggunakan pendekatan berasaskan risiko dalam penguatkuasaan Akta Makanan 1983. Bagi kesalahan teknikal kecil yang ditemui semasa pemeriksaan premis makanan, nasihat pendidikan kesihatan diberikan.
Kalau hanya nasihat boleh mengatasi permasalahan itu, saya tekankan di mana pun penguatkuasaan KKM, di mana pun akta-akta yang kami angkat sebagai 852, 346, apa pun Dato’ Yang di-Pertua kita berteraskan kepada tiga. Penguatkuasaan dengan hikmah, penguatkuasaan dengan berhemah dan penguatkuasaan untuk ia berkesan.
Manakala yang bagi kesalahan serius yang mengancam kesihatan awam seperti premis serta-merta di bawah seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan kompaun dikenakan. Manakala tindakan terhadap pesalah berulang, tiada kompromi bagi pesalah tegar ini. KKM tidak lagi menawarkan kompaun, sebaliknya kes akan terus didakwa di mahkamah dan dimasukkan ke dalam senarai pemantauan ketat dalam kita senarai hitamkan, Dato’ Yang di-Pertua.
Hukuman sedia ada ini tidak pernah dipinda sejak 43 tahun yang lepas dan tidak lagi setimpal dengan kesalahan yang disebut— yang dibuat. Selain itu, nilai denda yang juga tidak dinyatakan pada peruntukan tertentu. Cadangan untuk menaikkan kadar penalti boleh diberikan pertimbangan selaras dengan peredaran masa dan juga menjadi suatu yang bersifat preventif ataupun pencegahan ataupun deterrent Dato’ Yang di-Pertua, dengan izin, daripada pelanggaran mana-mana peruntukan Akta 281 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Denda yang diperuntukkan telah mengambil kira tahap keseriusan, gravitinya, keberatannya dan berkadarannya, ada unsur profesionaliti dengan pelanggaran yang telah dilakukan terutama jika dicabar di mahkamah. Peningkatan
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
kadar penalti adalah wajar bagi memberikan kesan pencegahan ataupun deterrent daripada pelanggaran mana-mana peruntukan 281 dan khususnya kesalahan yang berulang serta memastikan kerjasama penuh pihak berkaitan semasa siasatan dan penguatkuasaan dijalankan.
Peruntukan penalti bagi kegagalan bekerjasama dan memberi maklumat adalah setimpal dengan kepentingan awam untuk memastikan pematuhan undang- undang keselamatan dan kualiti makanan. Kenaikan kadar penalti yang dicadangkan telah mengambil kira tahap keseriusan, keberatan dan berkadaran dengan pelanggaran yang telah dilakukan. Kadar penalti tersebut juga selaras dengan peredaran masa dan telah dibuat perbandingan dengan peruntukan undang-undang di bawah seliaan KKM, semua undang-undang kami dan perundangan di bawah kementerian yang lain juga kita buat perbandingan supaya ada aktiviti kesaksamaan itu, Dato’ Yang di-Pertua.
Daripada Januari hingga Ogos 2026, jumlah keseluruhan kes keracunan makanan adalah 12,899 kes dengan lima kematian, Dato’ Yang di-Pertua. Terdapat kes keracunan makanan sebagai contoh di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan yang melibatkan enam pelajar sekolah dimasukkan ke wad di mana telur dadar dikesan mengandungi salmonela dan hanya dikenakan denda sebanyak RM3,000, that was all, ia dulu. Adakah hukuman ini setimpal dengan kemudaratan yang dihadapi oleh pelajar sekolah tersebut?
Contoh lain adalah isu Laksa Kebok di Kedah yang melibatkan 61 kes dan dua kematian yang hanya dikenakan denda RM1,500 pada tahun 2018, Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Tiada nilai kewangan dalam hal nyawa Dato’ Yang di-Pertua, meskipun itulah hakikatnya dikenakan denda RM1,500 dengan dua kematian. Adakah penalti ini setimpal dengan nyawa yang hilang?
Rakyat menerima kesan hasil daripada perniagaan ataupun peniaga makanan yang tidak bertanggungjawab, mahupun culas dan sebagainya. Jadi, di situ kita mengambil pertimbangan semuanya, Dato’ Yang di-Pertua.
Saya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat, penetapan kadar penalti adalah berdasarkan kepada skala saiz perniagaan dan juga berat dan jenis kesalahan.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Penetapan hukuman pula adalah berdasarkan budi bicara pihak mahkamah setelah menimbang faktor mitigasi. Sebagai contoh, kesalahan iklan sedia ada, apabila disabitkan, boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda atau kedua-
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
duanya. Namun, terdapat kes melibatkan orang kurang upaya yang hanya dijatuhkan denda sebanyak RM1,000 manakala syarikat besar dijatuhkan hukuman sebanyak RM11,000.
Kesimpulannya, kadar penalti yang ditetapkan adalah secara maksimum, namun mahkamah boleh mengenakan denda yang lebih rendah bergantung pada jenis kesalahan. Ini budi bicara hakim yang bijaksana, Yang Arif.
Kementerian Kesihatan telah merampas pelbagai produk kesihatan berbahaya termasuklah gula-gula Candy Beans, contohnya, yang mengandungi racun berjadual tadalafil ataupun ubat kuat, viagra, Dato’― lebih kurang kategori itu ― dianggarkan bernilai RM1.129 juta. Walau bagaimanapun, dikenakan hanya sebanyak tujuh pertuduhan dengan jumlah denda RM10,000 bagi setiap pertuduhan.
Kadar penalti yang dikenakan ini adalah terlalu rendah dan tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
Dalam hal ini, kadar penalti yang dicadangkan adalah masih rendah jika dibandingkan dengan akta-akta lain seperti akta kami, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Swasta 1998 [Akta 586], iaitu akta kami, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514], juga akta kami, dan Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] yang tidak melebihi RM500,000 serta Akta Persaingan 2010, bukan akta kami, Akta 712, tidak melebihi RM5 juta, Dato’ Yang di-Pertua. Ini terkait nyawa. Dan morbiditi dan mortaliti itu tidak ada nilai ringgit di situ.
Ahli-ahli Yang Berhormat, kenaikan kadar penalti ini bukan untuk membebankan pihak tertentu tetapi untuk melindungi pengguna dan juga melindungi peniaga supaya mereka tahu bagaimana untuk berniaga secara lebih mapan, lebih bertanggungjawab dan lebih adil demi kesejahteraan rakyat.
Isu kedua, Dato’ Yang di-Pertua, isu rasuah, integriti pegawai diberi kuasa atau pun PDK. Ahli-ahli Yang Berhormat Kuala Langat, Port Dickson, Kuala Nerus, Seputeh, Beruas membahaskan perkara tajuk ini, Dato’ Yang di-Pertua.
Saya juga ingin menjawab persoalan Kuala Langat mengenai integriti pegawai diberi kuasa (PDK) ini. Di bawah subseksyen 3(2) Akta 281, PDK adalah mana-mana orang yang dilantik oleh Menteri Kesihatan untuk menjalankan aktiviti- aktiviti penguatkuasaan berkaitan RUU ini. PDK menjalankan tugas mengikut garis panduan penguatkuasaan yang ditetapkan oleh KKM. Aktiviti penguatkuasaan oleh PDK juga dipantau dan diselia dari semasa ke semasa. Pegawai diberi kuasa juga tertakluk kepada undang-undang lain berkuat kuasa semasa menjalankan tugas
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
seperti Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 serta Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694].
Sebarang aduan yang melibatkan aktiviti penguatkuasaan yang melibatkan integriti PDK akan disiasat untuk pengesahan dan tindakan selanjutnya. Semua PDK yang dilantik juga diberi kad perakuan kuasa untuk tujuan identifikasi semasa menjalankan aktiviti penguatkuasaan. Ini bagi mengelakkan penyamaran dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak-pihak yang tidak berkaitan.
Yang Berhormat Kuala Nerus dan Port Dickson telah bertanya mengenai penggunaan kamera badan.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Menteri, boleh dapat penjelasan?
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tentang kuasa pegawai yang diberi kuasa, bolehkah pihak kementerian juga mengamalkan sistem oleh pihak polis di mana mereka yang menyerbu dan menangkap adalah orang yang tidak sama dengan pegawai penyiasat dan orang yang mendakwa? Tiga orang berlainan supaya tidak ada pakat-pakat yang salah guna kuasa dan diberikan rasuah. Itulah harapan saya.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih, Yang Berhormat Beruas. Sangat munasabah cadangan itu, Dato’ Yang di-Pertua.
Saya teruskan ya. Pemakaian kamera badan ataupun body camera untuk kegunaan penguat kuasa semasa operasi penguatkuasaan perundangan telah dilaksanakan sejak tahun 2022 lagi. Dengan pemakaian body camera ini, imej dan profesionalisme pegawai penguatkuasaan Kementerian Kesihatan dapat kita tentukan, dapat kita kekalkan, dapat kita jamin ya.
Aktiviti pemeriksaan premis, serbuan dan siasatan merupakan antara aktiviti yang penting dalam tugasan penguatkuasaan. Aktiviti ini memerlukan tahap profesionalisme yang tinggi oleh anggota penguatkuasaan dan sangat terdedah kepada pelbagai risiko. Ini sangat kita fahami semua.
Oleh yang demikian, dengan pemakaian body camera ini, anggota penguat kuasa berisiko untuk ditohmah dan difitnah dengan pelbagai tuduhan mempunyai pembelaan atau bukti balas yang sewajarnya. So, sangat munasabah untuk pemakaian tersebut, Dato’ Yang di-Pertua. Dan imej dan profesionalisme pegawai penguatkuasaan di Kementerian Kesihatan Malaysia di mata orang awam dapat kita pertingkatkan.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Saya juga ingin menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Kesihatan telah menggunakan Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia atau lebih dikenali dengan FoSIM ya, untuk merekod secara digital aktiviti penguatkuasaan termasuk notis kesalahan. Melalui digitalisasi ini dapat mengurangkan ruang budi bicara seterusnya membendung masalah rasuah atau integriti yang dibangkitkan oleh ramai ahli-ahli yang berbahas termasuk Beruas.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Menteri, Puncak Borneo minta penjelasan.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Puncak Borneo pun begitu juga, menyarankan perkara ini. Ya.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Saya ada menyebut mengenai FoSIM tadi. Sebenarnya sistem FoSIM ini sudah agak baik. Tetapi, ada kebaikannya kalau boleh kita extend the usage untuk kita mempunyai maklumat produk.
Sebagai contoh. Kalau kita ada coklat KitKat, kita kena tahu KitKat ini di- produce oleh Nestle, ramuannya, coklatnya daripada mana ― daripada Sabah, daripada Puncak Borneo― dan ada traceability. Jadi, kalau boleh, kita boleh kembangkan FoSIM ini untuk menjadi pangkalan data produk yang public boleh akses untuk melihat maklumat.
Kalau kita search― okey, nasi lemak Kampung Bharu. Okey, nasi lemak Kampung Bharu apa dia punya ingredient, daripada mana, siapa yang buat dan sebagainya, batch-nya bila. Dan ini boleh memberi public confident. Dan saya juga mencadangkan tadi dalam perbahasan saya untuk kita ada mempunyai food safety framework 2030 supaya kita mempunyai hala tuju yang jelas dan di situ kita melihat― sebab, daripada pengamatan saya, pindaan RUU Makanan ini lebih kepada deskriptif dan pertukaran terminologi dan sedikit punitif dengan angka yang dikenakan daripada satu tahun ke lima tahun, daripada RM1,000 ke RM500,000. Jadi, kalau boleh, kita juga boleh terapkan dan perkasakan pencegahan itu dan juga traceability. Apa pandangan YB Menteri? Terima kasih.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih, Puncak Borneo.
Saya sangat bersetuju. Ada perkara-perkara yang selain daripada akta dan apa yang dikatakan regulation dan amalan itu akan kita perhatikan seterusnya.
FoSIM ini, kalau yang boleh saya sebutkan sedikit ya, fungsi utamanya adalah untuk pendaftaran profil premis makanan. Saya telah perhatikan perkara ini dan kita boleh perkembangkan lagi pemeriksaan premis, pensampelan dan
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
sebagainya kepada satu yang lebih dapat kita bangkitkan. Dari sudut strategiknya, sebenarnya ia adalah bukan sekadar hanya database tetapi boleh kita lihat sebagai satu nerve centre sepertimana yang disebutkan oleh Puncak Borneo sebentar tadi, di mana food safety intelligence KKM dapat kita bangunkan. Terima kasih, Puncak Borneo.
Saya teruskan, Dato’ Yang di-Pertua. Kementerian Kesihatan amat memandang serius berhubung isu integriti dan sentiasa komited― itu tak perlu saya ulang. Dan hal-hal yang terkait dengan bagaimana kita melaksanakan, pastikan pegawai-pegawai penguatkuasaan kita ini melalui dan sentiasa peka dengan hal ini.
Pelaksanaan-pelaksanaan pencegahan anti rasuah, kerjasama strategik kita bersama SPRM, pembudayaan dan penekanan nilai integriti.
Sedikit sebanyak saya dengan rasa rendah hati, apa yang menjadi― our record speak for itself, Dato’ Yang di-Pertua, kalau boleh saya gunakan istilah itu dengan izin. Jadi, itu adalah satu yang kita letakkan sebagai― dan kementerian mendapat pengiktirafan hal perkara itu. Dan saya tidak mahu apa pun keculasan dan performance itu mesti kita kekalkan, Dato’ Yang di-Pertua.
Ketiga, isu-isu penguatkuasaan. Saya ingin merujuk kepada soalan daripada YB Sekijang, Kuala Langat, Puncak Borneo, Rompin, Temerloh, Port Dickson, Kuala Nerus, Bukit Bendera, Kulim-Bandar Baharu, Gopeng, Kepala Batas, Rasah, Kuala Krai, Batang Sadong, Kuantan, Tampin, Kepong, Lubok Antu, Beruas, Kangar, Betong, Padang Terap, Merbok, Tenggara berkaitan isu penguatkuasaan, Dato’ Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ramai yang berbahas perkara ini saya minta diizinkan sedikit waktu untuk membahas ataupun merungkaikan perkara ini. YB Sekijang khususnya telah bertanya mengenai mekanisme penyampaian maklumat dengan segera dan adakah satu sistem amaran keselamatan nasional akan dibangunkan?
Ya, bagi perkara ini KKM akan menggunakan laman sesawang Program Keselamatan dan Kualiti Makanan bagi penyiaran produk makanan yang didapati tidak mematuhi Akta Makanan berdasarkan satu keputusan analisis makmal yang jelas di mana ia nya boleh diakses secara terus, telus oleh pengguna awam.
Ya, mekanisme ini akan digunakan ke atas produk-produk makanan yang menggunakan alamat palsu, Dato' Yang di-Pertua. Maklumat ini juga akan disebarkan secara pantas melalui kenyataan akhbar semua platform-platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan yang lainnya TikTok bagi memastikan
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
sebarang sebaran secara meluas dapat ditularkan kepada rakyat. Selain itu perluasan kuasa Ketua Pengarah untuk membuat penyiaran tanpa perintah mahkamah akan membolehkan penyampaian pantas maklumat kepada orang awam dilakukan dengan lebih cepat, lebih pantas, Dato' Yang di-Pertua.
Isu penutupan premis yang menghasilkan makanan memudaratkan. Isu penutupan premis yang menghasilkan makanan memudaratkan kesihatan, saya ingin sebutkan ataupun saya ingin merujuk kepada soalan YB Rompin berhubung kriteria penutupan premis yang menghasilkan makanan yang memudaratkan kesihatan. Seksyen 11A akan digunakan ke atas premis makanan yang menghasilkan makanan yang mengandungi bahan terlarang seperti racun berjadual
(schedule poisons) ataupun addictive yang terlarang.
Penutupan premis terbabit akan dilaksanakan berdasarkan satu keputusan analisis makmal yang jelas. Penutupan sementara tidak melebihi 40 hari diperlukan untuk membolehkan hasil siasatan menyeluruh termasuk analisis sampel, ramuan dan makanan lain yang ditemui di premis terbabit dinilai oleh pegawai berkuasa.
Pembukaan semula premis terbabit akan dibuat seandainya pegawai berkuasa berpuas hati bahawa semua ramuan dan produk akhir yang dikesan mengandungi bahan terlarang telah dikeluarkan dan dilupuskan daripada premis berkenaan.
Dato' Yang di-Pertua, beralih kepada isu pestisid ataupun pesticide dalam sayur dan buah. YB. Seputeh telah bertanya mengenai kawalan ke atas makanan mengandungi bahan-bahan pesticide ini. KKM sentiasa mengambil perhatian dan supaya rakyat terdedah kepada tahap residu perosak dan sayur-sayuran ini dan buah-buahan yang dijual di pasaran. Di dalam hal ini KKM sentiasa menjalankan pensampelan ke atas sayur-sayuran dan buah-buahan yang dijual di pasaran dan di pintu masuk utama negara. Itu memang rutin SOP kami, Dato' Yang di-Pertua.
Bagi tempoh 2021 hingga 2026, terdapat peningkatan kadar ketidakpatuhan residu racun perosak dalam sampel sayur-sayuran yang diambil di pasaran di mana 4,454 sampel diambil sebanyak 434 sampel di dapati tidak mematuhi tahap maksima residu racun perosak yang ditetapkan. Maksudnya yang lain itu telah pun menjadi pendedahan ataupun exposure dengan izin kepada rakyat kita.
Mana yang gagal kita kesani dan yang mana dapat kita kesan itu dapat kita halang tetapi yang lepas, yang bolos semua itu telah menjadi apa yang disiarkan hari ini sebagai penyakit-penyakit bawaan, penyakit-penyakit terkait makanan. Kalau bawaan makanan itu foodborne diseases itu dari segi microbiological, petrogen dan
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
sebagainya tetapi ini adalah hal yang terkait dengan isu bahan-bahan residu kimia ataupun dikatakan sebagai pesticide itu, Dato' Yang di-Pertua.
Kadar ketidakpatuhan sampel sayur-sayuran menunjukkan peningkatan yang konsisten yang membimbangkan sejak 2023, daripada sembilan peratus pada tahun 2023 kepada 14.1 peratus pada Januari hingga Jun 2026, kadar tertinggi sepanjang tempoh tersebut.
Jadi Dato' Yang di-Pertua, dengan izin despite all yang kita lakukan penguatkuasaan dan sebagainya di pintu masuk dan semua our points yang kita buat pensampelan inilah dia akhirnya and all these Dato' Yang di-Pertua, dengan izin semua ini menjadi pendedahan ancaman all these other chemical insult.
Kalau saya sebutkan dengan istilah itu inilah dia yang mencabar sama ada yang terkait dengan penyakit paru-paru (lung health diseases) dan sebagainya termasuklah yang terkait juga dengan organ, specific organ toxicity apabila yang saya pernah saya sebutkan formaldehyde dan melamine itu adalah satu yang membawa kepada keracunan buah pinggang, liver failure dan sebagainya.
Jadi some are announce as IARC sebagai human carcinogen bukan sahaja satu yang sifatnya eksperimental ataupun belum disahkan telah pun disahkan. Bagi sampel buah-buahan yang diambil di pasaran bagi tempoh yang sama didapati 74 sampel 5.4 percent daripada jumlah 1,366 sampel. This are random sampling secara rawak, Dato' Yang di-Pertua. Banyak lagi yang lepas dan bolos. Tidak mematuhi tahap MRL kita yang ditetapkan.
Tahap residu maksimum, maximum residue level diizinkan MRL itu yang ditetapkan. Kadar ketidakpatuhan MRL sampel buah-buahan menunjukkan peningkatan ketara pada tahun 2024 kepada 11.9 peratus tetapi kadar tersebut menurun sedikit pada tahun 2025 dan seterusnya menurun kepada 31 peratus hingga Jun 2026 ini, Dato' Yang di-Pertua.
Di samping itu daripada 2,286 sampel sayur-sayuran yang diambil di pintu masuk dalam tahun 2022 hingga 2026, sebanyak 81 sampel, 3.5 peratus didapati mengandungi residu racun perosak melebihi maximum residue level (MRL). Tahap maksima yang diizinkan yang ditetapkan manakala daripada 2004, 32 sampel- sampel buah-buahan yang diambil di pintu masuk dalam tempoh yang sama, 116 sampel ataupun 4.8 peratus didapati mengandungi residu racun perosak melebihi MRL yang ditetapkan.
Jadi less wonder Dato' Yang di-Pertua, dengan izin kalau kita tanya di mana incidents prevalent of cancer dan sebagainya over and above baselined yang dulu
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
inilah antaranya pendedahan sumber penyakitnya adalah daripada the chemical food additive yang tidak diizinkan, chemical residue in our buah-buahan dan sayur- sayuran. Kesemua ini adalah toxicity ataupun keracunan yang membawa kepada pelbagai organ failure. Itu tidak termasuk lagi mikroplastik yang merupakan satu malapetaka humanity (kemanusiaan) selepas daripada climate change adalah juga antara lainnya rintangan antibiotik akibat daripada penggunaan yang abused of these dalam aspek-aspek veterinar.
KKM juga sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang memperkukuhkan kawalan residu racun perosak di sepanjang rantaian bekalan makanan. Tidak silap saya Yang Berhormat yang membangkitkan ini adalah Yang Berhormat Rasah sebentar tadi. Rasah membangkitkan kenapa ada pertindihan.
Sebenarnya bukan pertindihan Dato' Yang di-Pertua tetapi kerjasama, kolaborasi. Sebab dalam konteks hari ini dalam dunia live science hari ini istilah one health, satu kesihatan saya tidak boleh terjemah one health ini. Tak tepat kalau saya terjemah sebagai satu kesihatan tetapi one health adalah satu konsep yang dimajukan oleh WHO dan juga dunia perubatan hari ini di mana interseksi ataupun pertemuan dan jalinan tiga human manusia, haiwan dan persekitaran. Man, animals and the environment merupakan satu yang tidak dapat kita rungkaikan kerana setiap satu mempunyai keterkaitannya.
Dan di situlah apa yang saya sebutkan lebih awal tadi hal yang tentunya penggunaan antibiotik dalam animal berakhir dengan satu lagi malapetaka kemanusiaan hari ini yang diistilahkan hari ini sebagai AMR ataupun rintangan antibiotik ataupun antimicrobial resistance yang meletakkan manusia satu hari nanti tidak punya lagi keupayaan untuk merawat infeksi-infeksi yang mudah kerana antibiotik telah menjadi resistant to the microorganism, the pathogenic microorganism
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Sebab itu one health itu adalah penting. Manusia kita menjaga— betul, kita menjaga manusia, tetapi veterinar yang menggunakan juga antibiotik, kalau tidak digunakan dengan betul, akan membawa kepada rintangan-rintangan dan begitulah juga kepada environment. Jadi, di sinilah dilihat semacam pertindihan, tetapi ia adalah gabungan kerja yang mesti dilakukan bersama untuk achieve finally just not one health, but planetary health ataupun kesejahteraan alam ini. Apabila terganggu keseimbangan, apabila terganggu ekosistem ini, jadi ini yang menjadikan ia nya perlu
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
digarap dalam pendekatan one health dan tidak boleh dilakukan secara silo, secara terpisah.
Dalam hal ini maklumat hasil pemantauan pihak KPKM di peringkat ladang turut dijadikan panduan oleh KKM dalam merangka pelan pensampelan sayur- sayuran dan buah-buahan melalui pendekatan berasaskan risiko risk-based assessment dan risk-based analysis Dato’ Yang di-Pertua. Bagi sayur-sayuran dan buah-buahan import yang dikenal pasti berisiko ataupun istilahnya our— sijil analysis ataupun Certificate of Analysis kita hendaklah dikemukakan oleh pengimport. Itu adalah antara yang terkait dengan isu-isu residu-residu chemical dan juga pesticide yang menjadi ancaman yang terbesar kepada manusia dan kita Malaysia tidak terselamat dan tidak terkecuali daripada itu.
E-dagang sebagai noktah tema yang lima ataupun— yang keenam, maaf yang ke— ya. E-dagang makanan dijual secara dalam talian. Saya merujuk kepada soalan yang dibangkitkan oleh Temerloh, Tenggara, Libaran, Bukit Bendera, Temerloh— maaf, dua kali Temerloh. Gopeng, Kuala Krai dan Kepong. Saya ingin memberikan sedikit pencerahan, penjelasan perkara ini.
Penjualan makanan dalam talian dikawal di bawah Akta Makanan ini berdasarkan definisi menjual ataupun penjualan yang turut meliputi penjualan makanan secara elektronik. Bagi tempoh 2023 sehingga September 2026, sebanyak 23,553 permohonan sekatan telah dikemukakan melibatkan laman sesawang, media sosial dan platform e-dagang. Statistik ini menggambarkan trend ketidahpatuhan yang semakin ketara serta memperkukuh strategi penguatkuasaan dalam persekitaran digital ini, Dato’ Yang di-Pertua.
Saya perhatikan jumlah-jumlah ini 2023, 2024, 2025 hingga Januari 2026 terus melonjak dan meningkat Dato’ Yang di-Pertua. Kalau saya perhatikan bilangan sekatan e-dagang Shopee, Lazada, PGMall dan sebagainya you beli— ambil dua angka sahaja two snapshots 2023, 822 tetapi jumlah sehingga Januari— maaf September 2026 adalah 3,688 berbanding 822 tiga tahun yang lalu.
Bilangan sekatan di media sosial, Facebook, Instagram, Tiktok. Untuk tahun 2023. 806. Untuk 2026 sehingga September adalah 2,506. Itulah banyaknya abuse of online dagang ataupun commerce. Bilangan sekatan laman sesawang yang kami lakukan 2023 – 92, 2024 – 33, 2025 –115 hingga ke September 2026 adalah 118.
Sejumlah 358. Jumlah permohonan sekatan adalah seluruhnya adalah 23,553, Dato’ Yang di-Pertua. Saya masih tidak berpuas hati atas prestasi ini. Banyak yang membolosi kita punya surveillance dan juga pemantauan dan penguatkuasaan kami.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Bagi menangani isu penjualan makanan secara dalam talian, KKM bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) (MCMC) dan platform media sosial e-dagang dalam melaksanakan tindakan sekatan atau penurunan iklan— yang kita take down ya. Cabaran yang dihadapi dalam menangani isu ini adalah penyalahgunaan bahan terlarang serta kesalahan iklan dan labeling dan penggunaan alamat palsu ini menjadi lebih besar kesukarannya.
Dalam hal ini, cadangan pindaan Akta 281 akan dapat memperkukuh kawalan penjualan makanan secara dalam talian melalui kuasa Ketua Pengarah yang boleh menutup premis yang menyediakan makanan yang dibuktikan memudaratkan kesihatan serta membuat penyiaran tanpa izin mahkamah bagi isu produk makanan yang tidak dapat dikesan pengeluar ataupun menggunakan alamat palsu, Dato’ Yang di-Pertua.
Beza kuasa antara KKM dan KPM kalau hendak ditanya, jadi telah ditulis sini saya baca sikit. YB Rasah menyebutkan tentang pertindihan bidang kuasa antara KKM dan KPKM. KKM ingin menegaskan bahawa tiada pertindihan bidang kuasa antara KKM dan KPKM. KKM bertanggungjawab untuk melindungi orang ramai daripada bahaya kesihatan dan penipuan berkaitan penyediaan, penjualan serta penyimpanan makanan serta mempermudahkan perdagangan makanan.
Dalam hal ini KKM memantau semua makanan yang berada di pasaran sehingga ke meja makan, farm to table serta eksport melalui Dasar Keselamatan Makanan Kebangsaan. KPKM sementara itu bertanggungjawab bagi pembangunan sektor pertanian, perikanan, penternakan dan sebagainya dan supaya ia selamat dan berpatutan kepada rakyat.
Jadi, ini jelas kuasa KPKM adalah di peringkat pengeluaran di peringkat primer atau primary dengan berpandukan dasar-dasar seperti Dasar Agromakanan serta Dasar Keterjaminan Makanan Negara.
Bagi verifikasi luar negara, KKM akan menjalankan pemeriksaan keselamatan makanan di premis pengeluaran makanan di fasiliti luar negara berpandukan keperluan Akta Makanan 1983 ini, Dato’ Yang di-Pertua.
Kalau saya boleh terangkan sedikit lagi, kuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) berhubung verifikasi halal adalah berdasarkan Akta Binatang 1953 [Akta 647] berkaitan penyakit haiwan. Verifikasi halal yang dilaksanakan oleh KPKM di luar negara ini juga turut disertai oleh KKM untuk memeriksa keselamatan makanan dan JAKIM untuk periksa halal, contohnya audit daging di India sebagai contoh Dato’ Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Demi kepentingan negara, KKM dan KPKM sentiasa bekerjasama mengikut bidang kuasa masing-masing bagi memastikan rakyat mendapat bekalan makanan yang mencukupi selamat dan sihat. Sebenarnya kita mengambil hari ini Dato’ Yang di-Pertua pendekatan *whole-of-government.
Whole-of-government* ini adalah pendekatan yang telah kami secara sedar di bawah pemerintahan, pentadbiran Yang Amat Berhormat PMX. Kita banyak mengambil pendekatan whole-of-government. Whole-of-government ini bukan sahaja whole of the Cabinet Ministers, tetapi federal and state juga at that level sampailah ke peringkat the local government which is the local council, pihak berkuasa tempatan.
Boleh lagi Dato’ Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, lima minit lagi kalau paling lama pun.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Okey, boleh insya-Allah. Baik, atas tajuk konsultasi Tuan Yang di-Pertua Batang Sadong dan Puncak Borneo. Saya ingin merujuk kepada soalan Puncak Borneo berkaitan konsultasi dengan kerajaan Sabah dan Sarawak termasuklah mutakhir sekali Yang Berhormat Tuaran. Saya sangat sedar akan perkara ini sebab saya terlibat dalam konsultasi dan juga hal-hal yang terkait dengan perbincangan khususnya dalam sektor kesihatan MA63 khususnya Sabah dan Sarawak, Dato’ Yang di-Pertua.
Saya sangat sedar, saya sangat insaf. Saya tahu secara lebih terperinci apakah maksud, apakah tujuan, apakah semangat apabila kita melakukan kegiatan- kegiatan kerjasama dan kolaborasi antara federal dan juga Kerajaan Sabah dan Sarawak khususnya dalam hal kesihatan. Bagaimanakah saya dengan kementerian mahu to close the gap and leaving no one behind, Dato’ Yang di-Pertua. Itu sangat penting saya sebutkan sebagai pendahuluan.
Sesi libat urus telah diadakan pada tahun 2023 hingga 2026 bersama-sama pemegang taruh dari pelbagai kementerian dan agensi kerajaan termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan pihak berkuasa tempatan (PBT), persatuan, pihak industri, wakil kedutaan dan ahli-ahli akademik. Dato’ Yang di-Pertua, konsultasi awam melalui portal Unified Public Consultation (UPC) juga telah dijalankan pada 9 Disember 2024 sehingga 8 Januari 2025 untuk mendapatkan ulasan daripada semua pihak berkepentingan berhubung cadangan pindaan Akta 281. Itu jujurnya saya perlu sebutkan.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Notifikasi kepada sehingga ke World Trade Organization (WTO) juga telah dikemukakan untuk mendapatkan komen dan ulasan daripada ahli WTO terhadap cadangan pindaan Akta 281 pada 19 Disember 2025 hingga 19 Februari 2026, Dato’ Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
That’s how extensive kita lakukan libat urus dan konsultasi ini ya. Semua ulasan yang diterima telah dikaji dan diambil kira dalam cadangan pindaan Akta 281.
Terima kasih. Untuk makluman Ahli Dewan dan juga Ahli Yang Berhormat semua, cadangan pindaan Akta Makanan 1983 telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan Parlimen Kelima Belas, Bilangan 11 tahun 2025 pada 16 Julai 2025.
Dato' Yang di-Pertua, ini secara khususnya pembentangan draf Akta 281, Akta Makanan ini, awal-awal lagi telah kita adakan SLU, sesi libat urus bersama Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Kesihatan, Dato' Yang di-Pertua. As early as seawal 2025, 16 Julai ya.
Cadangan pindaan Akta Makanan ini juga telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri pada 19 Mac 2025 secara prinsip, secara dasar. Seterusnya Rang Undang- undang Makanan (Pindaan) 2026 telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri pada 22 Julai 2026 dan telah mendapat ulasan daripada kementerian yang berkepentingan dan Jabatan Peguam Negara. Dengan izin, Dato' Yang di-Pertua sikit.
[Minum air] Sikit lagi Dato' Yang di-Pertua. Tempoh peralihan RUU. Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dato' Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, terdapat beberapa peruntukan baru yang akan digubal ekoran daripada pewartaan cadangan pindaan Akta 281 ini dan penggubalan ini pastinya melibatkan libat urus dengan semua pihak yang berkenaan terutamanya pihak industri makanan.
So bagaimana kita nak melaksanakan ini Dato' Yang di-Pertua adalah ini dia yang dikatakan sebagai tempoh peralihan penguatkuasaan rang undang-undang ini.
Kementerian Kesihatan amat sedar, amat insaf bahawa peruntukan-peruntukan tersebut mempunyai implikasi langsung ke atas sektor penyediaan dan perdagangan makanan sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa pastinya.
Oleh yang demikian, satu tempoh kelonggaran ataupun satu grace period, Dato' Yang di-Pertua yang munasabah dan sewajarnya akan kita peruntukkan, untuk kita adakan sesi libat urus pihak industri dan mana juga pihak-pihak berkepentingan, pemegang taruhnya, Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Penguatkuasaan Rang Undang-undang Makanan (Pindaan) 2026 ini akan dilaksanakan secara berhemah dan berkesan. Sepanjang tempoh peralihan ini, kementerian akan memberikan penekanan yang mendalam terhadap aspek educational enforcement, Dato' Yang di-Pertua. Pelaksanaan pendidikan dulu ya di lapangan dan selain itu sepertimana kami lakukan dalam Akta 852 kami, Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam untuk kita lakukan setahun education enforcement tapi yang ini belum kita turunkan berapa, bagaimana timeline itu akan kita cerakinkan.
Selain itu, pelaksanaan penguatkuasaan ini juga akan digerakkan berfasa, khususnya bagi peraturan-peraturan baharu yang perlu digubal seperti peruntukan berkaitan anggapan untuk jualan tapi sebenarnya asalnya untuk ini, untuk sendiri dan penetapan fi. Ya jadi ini digubal peruntukan berkaitan anggapan untuk jualan dan penetapan fi.
Dalam hal ini, kementerian akan menetapkan tarikh kuat kuasa berdasarkan pertimbangan yang teliti dan berhemah bagi memastikan kelancaran peralihan tanpa membebankan pihak industri. Saya sangat peka dan sangat faham akan perkara pentingnya dalam pelaksanaan itu supaya kita tidak tergesa-gesa sepertimana yang Ahli-ahli Yang Berhormat yang banyak menyebutkan, membangunkan akta itu jauh lebih mudah daripada usaha untuk melaksanakan secara kompeten dan secara berhemah Dato' Yang di-Pertua.
Saya sangat sedar akan perkara itu dan telah disokong oleh Ahli-ahli Yang Berhormat akan pindaan ini. Saya mahu pastikan team saya ataupun kementerian saya akan memastikan pelaksanaan itu akan dilakukan secara sepertimana yang saya selalu sebutkan secara berhikmah, secara berhemah dan secara berkesan ya.
Selain itu, KKM sedang melaksanakan pembangunan Indeks Keselamatan Makanan Malaysia yang merupakan satu usaha untuk mengukur keberhasilan pelaksanaan kawalan keselamatan makanan di sepanjang rantaian bekalan makanan. Saya selalu sebutkan pada team saya, pada kementerian saya, you can only measure, you can only know your success if you can measure. Kita hanya akan mampu tahu keberkesanannya sekiranya kita dapat mengukur apakah outcome nya, apakah keberhasilannya, natijahnya Dato' Yang di-Pertua.
Jadi saya mahukan dalam pelaksanaan mengukur keberhasilan pelaksanaan ini dengan satu yang sifatnya ada metrics-nya, ada dia punya score balance, scorecard nya, ada bagaimana untuk kita mengukur kejayaan atau sebaliknya kegagalan kami. Inisiatif ini juga selaras dengan hala tuju Dasar Keselamatan
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Makanan Kebangsaan 2.0 yang merupakan manifestasi kepada usaha berterusan dalam memperkukuh peranan KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan.
Ini dia program yang mengambil, yang menjadi tanggungjawab besar dalam Akta 281 ini Dato' Yang di-Pertua, Program Keselamatan dan Kualiti Makanan dan sebagai gatekeeper, sebagai the gatekeeper, the main gatekeeper keselamatan makanan selain memperkasa usaha memastikan makanan yang selamat dan berkualiti untuk rakyat. Jadi, Indeks Keselamatan Makanan Malaysia merangkumi domain kerajaan, industri dan pengguna bertujuan untuk mengukur keberkesanan keseluruhan sistem kawalan keselamatan makanan negara dari aspek kerajaan, industri dan pengguna.
Saya dengar hampir semua menyebutkan tentang bagaimana keberkesanan rang undang-undang atau menjadi akta, nanti akan diukur bukan dari segi rapinya akta itu, the construct of the law tetapi dengan izin bukan hanya dari segi pencerakinan, penggubalan of the law, undang-undang itu tetapi bagaimana ia nya dilaksanakan secara berkesan dan mencapai kesejahteraan dan kesihatan yang kita mahukan untuk rakyat seluruhnya.
Jadi buat masa ini pengumpulan data kajian bagi domain pengguna sedang dilaksanakan di seluruh negeri yang melibatkan daerah-daerah terpilih berdasarkan data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Baik, saya ambil sedikit masa Dato' Yang di-Pertua. Kalau tidak yang selain itu, kalau boleh saya berikan jawapan secara bertulis.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, tepat pukul 7, saya akan tutup mic.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
[Ketawa] Baik, baik. Dalam hal ini kalau saya diizinkan sedikit lagi sebelum pukul 7, dalam hal ini KKM akan meneliti kaedah pelaporan terbaik bagi perkara ini termasuk soalan-soalan yang dikemukakan kepada Parlimen ya. Saya juga ingin merujuk kepada soalan Sekijang tadi berkenaan sejauh manakah kesiapsiagaan kementerian dan ramai menyebutkan tentang kesiapsiagaan kami.
Saya sangat sedar pada akhirnya pelaksanaan itu akan tergantung kepada keupayaan kami bukan saja dari sudut jumlah anggota tetapi keupayaan kapasiti kompetensi pelaksanaan dan penguatkuasaan Akta 281 ini. Dato' Yang di-Pertua, jadi kalau boleh saya habiskan begitu bagi mengakhiri ucapan penggulungan saya pada hari.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Kementerian Kesihatan akan terus memberikan komitmen untuk menguatkuasakan akta ini sebaik sahaja ia diluluskan. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih sekali lagi kepada semua sahabat-sahabat, Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas. Yang tidak berbahas pun tidak apa dengan niat untuk memberikan sokongan kepada Akta 281 ini. Terima kasih sekali lagi Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat-sahabat semua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang- undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan bersetuju, yang tidak bersetuju katakan tidak, lebih suara yang bersetuju.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sikit. Tiga minit.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, saya benarkan satu minit sahaja.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Satu minit?
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Satu soalan sahaja.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tak sempat ini. Fasal 2 lah. Saya nak tentukan apa maksud ‘bahan bersentuhan makanan’ ini. Tak jelas. Apa benda yang di― sepatut kena nyatalah dalam ini...
[Dicelah] Nanti, nanti. Belum.
Sebab, dalam perkara lain, disebut bahan sayuran ada diertikan, bungkusan pun diertikan, tapi yang ini tak jelas. Jadi, rakyat yang baca susah nak faham, layman susah nak faham.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang kedua, seksyen 11 yang disebut perkataan kalau beracun boleh tutup kedai. Beracun, boleh tutup kedai― fasal 13 ya. Tetapi, yang “merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan” pun tak jelas. Apa benda yang merosakkan?
Macam mana? Itu maksud saya. Sebab, kalau mengikut seksyen 11 asal, kedai tak bersih, boleh ditutup. Tapi, ini ditambah pula dengan keadaan yang beracun, merosakkan ataupun memudaratkan. Itu sahaja. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri. Dua soalan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bangun]
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih sahabat saya Besut yang merupakan juga seorang peguam atau pengamal undang-undang. Baik.
Saya sebenarnya mengakui bahawa istilah apa yang dikatakan sebagai FCM itu, food contact material itu yang apabila diterjemahkan sebagai bahan bersentuhan makanan itu masih lagi sifatnya abstrak, Dato’ Yang di-Pertua. Kalau seorang lawyer membuat pengakuan bahawa ia tidak begitu jelas, apatah lagi rakyat awam di luar sana, Dato’ Yang di-Pertua.
Jadi, memang saya perhatikan sukar mendapat satu terjemahan yang mudah. Tetapi, yang lebih mustahak untuk kita faham, apa perkara itu, what is it, apa dia? Bahan bersentuhan makan adalah apa jua bahan-bahan yang di mana makanan disimpan, disaji, sama ada sifatnya plastik, sama ada dia cookware, apa pun yang menjadi bahan yang akhirnya bersentuhan dengan makanan tersebut yang mana― boleh faham ya? Jadi, dia boleh plastik, dia boleh Tupperware, dia boleh ― apa lagi?
Segalanyalah.
Semua bahan-bahan containers itu, sama ada sifatnya containers penyimpanan ataupun semasa dalam proses penyediaannya itu, yang mana kontak berlaku, bahan-bahan mentah itu dengan materials yang saya telah awal tadi sebutkan, boleh sahaja mengandungi bahan-bahan beracun sepertimana saya sebutkan awal, melamine formaldehyde yang dikatakan ia mestilah yang― di Eropah itu, bamboo ware itu yang kononnya dikatakan datang daripada serat-serat buluh tetapi adalah plastik pada hakikatnya yang mencetuskan keracunan ataupun toxicity kerana mengandungi melamine dan juga formaldehyde yang akhirnya yang
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
dikatakan yang dimaksudkan membawa kemudaratan kepada kesihatan itu adalah apa pun yang mencetuskan, istilahnya, penyakit. Itu sahaja mudah untuk saya sebut.
Diseases juga datang dari pelbagai bentuk, pelbagai jenis, classification of diseases. Tetapi, yang memudaratkan manusia itu adalah apa pun yang menjadikan manusia itu mendapat penyakit. This is the state of penyakit, sama ada mental, fizikal dan juga apa yang dikatakan sebagai mind, body and spirit.
Jadi, yang maksud di sini adalah penyakit-penyakit yang jelasnya adalah yang dikatakan pelbagai penyakit-penyakit itu sama ada bawaannya infection diseases dan sebagainya. Jadi, yang dikatakan di sini adalah memudaratkan kesihatan itu adalah pada akhirnya from normal into penyakit, normal phase, physiology into pathology― itu lagi susah nak faham. Physiology kepada pathophysiology. Sihat menjadi sakit.
Apa pun yang membawa kemudaratan kepada manusia itu dalam hal penggunaan bahan-bahan yang dikatakan tadi, bahan-bahan bersentuhan makanan itu yang akan membawa kepada penyakit, dia adalah bahan-bahan yang memudaratkan manusia. Itu yang dimaksudkan paling mudah untuk saya explain.
Jadi, saya harap― pertama tadi, all the cooking oil yang dikatakan bahan- bahan sentuhan itu adalah oil yang telah saya sebutkan tadi, bahan yang di mana FCM tadi, food contact material. Food contact material. Jadi, material-material itu mungkin, sepertimana yang saya sebutkan tadi, from plastic to anything yang kita buat, yang kita simpan, yang kita prepared dan juga yang dikatakan sebagai yang memudaratkan kesihatan itu adalah yang membawa kepada yang diistilahkan sebagai penyakit-penyakit bawaan makanan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Betul.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Dalam bahasa Inggerisnya, foodborne diseases. Terima kasih.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tapi contoh kalau ― maksud saya, kalau ada contohlah.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Contoh banyak.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Mudah difaham.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Contohnya...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Rakyat yang baca ini tak faham. Setakat itu, tak fahamlah.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ramai yang faham. Tapi, tak apalah. Ramai yang faham.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Kalau misal kata bahan...
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Sepanjang hari kita...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Contoh. Contoh.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Sepanjang hari...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Contoh, bahan sayuran.
Kalau kita kata, ertinya apa-apa pokok atau bahagian sesuatu pokok. Bermacam- macam.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya, betul.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Kalau bungkusan, apa?
Meliputi apa-apa benda atau apa-apa cara yang makanan dikotak.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya. Contoh...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Macam itulah maksud saya.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya. Contoh kalau kita kata kita mengguna plastik sebagai bungkusan. Plastik itu, andainya membawa kemudaratan, adalah satu yang memudaratkan manusia. Dan hari ini, kalau boleh saya sebutkan, Dato’ Yang di-Pertua― kena syarah sikit ini. Hari ini, plastik telah jelas membawa satu kesan toxicity kepada manusia, dan namanya adalah microplastic. Itu satu kuliah untuk satu waktu yang lain, insya-Allah. Terima kasih.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Dato’ Pengerusi. Pengerusi, boleh saya?
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan. Last.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Dua minit.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Last.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebelum itu, sebentar. Sebentar. Yang Berhormat, saya rasa bila anomali sedemikian, kita serahkan kepada mahkamahlah to interpret. Right?
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Saya pun, hal ini hal undang-undang. Bukanlah...
[Ketawa]
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya hendak mendapat penjelasan, kenapa pegawai di bawah Kementerian Kesihatan ini lain
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
daripada pegawai penguat kuasa yang lain? Saya nak bagi contoh-contoh di bawah seksyen ini.
Di bawah seksyen 4 subseksyen (4), dicadangkan kalau obstruct officer from doing their job ataupun menghalang pegawai dari menjalankan tugas, dicadangkan lima tahun penjara, RM100,000 denda. Tetapi, di bawah seksyen 186 Kanun Keseksaan, kalau kita obstruct pegawai dari jalankan tugas, hukuman hanya sampai dua tahun penjara dan denda sampai RM10,000.
Di bawah seksyen 4 subseksyen (6), kalau beri maklumat palsu or misleading info, dicadangkan lima tahun penjara dan atau RM100,000 denda. Di bawah Kanun Keseksaan, kalau memberikan maklumat palsu kepada pegawai, di bawah seksyen 182, penalti hanya enam bulan dan RM2,000 denda.
Begitu juga tadi saya sudah nyatakan di bawah jualan makanan dan minuman yang dicampuri ataupun adulteration, atau minuman dan makanan yang tidak sesuai untuk dimakan, di bawah Penal Code hanya enam bulan penjara, maksimum RM2,000 denda. Sekarang kita minta Parlimen hendak hukum 10 tahun penjara dan RM500,000 denda.
Begitu juga di bawah seksyen 30 subseksyen (2), kita minta jail for five years or RM25,000. Saya hendak pihak kerajaan differentiate between substantive and technical offences. Di sini kalau pekerja lupa masukkan satu notis kata this product has complied with the act and regulation, kita ada denda hukum dia lima tahun penjara atau RM25,000 denda.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Di bawah Akta Makanan ini, it is a strict liability case. Seksyen 23 kalau tak sengaja pun kita hukum, jangan kita hukum sampai begitu berat sekali. Dan akhir sekali Dato’ Pengerusi di bawah seksyen 34(w), subsidiary offences yang melanggar subsidiary legislation made by the Minister. Ini kira kesalahan-kesalahan kecil yang sedia ada sampai ada.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Dato’ Yang di-Pertua, bolehkah saya...
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Last, last, last. Dua tahun penjara atau RM10,000 denda sudah memadai. Sekarang kita diminta untuk tambah kepada lima tahun penjara dan RM25,000 denda. Ini untuk subsidiary legislation. Janganlah kita, kenapa saya mahu tanya kenapa pegawai Kementerian Kesihatan ini lain daripada penguatkuasa polis, imigresen dan lain-lain. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Dato’ Yang di-Pertua, saya diberikan nota ini oleh penasihat undang-undang saya. Sementara saya juga punya pandangan saya sendiri. Saya bacakan apa yang disebutkan, diberikan oleh PUU saya.
Akta Makanan merupakan undang-undang khusus atau spesifik yang digubal khusus untuk keselamatan makanan, manakala Kanun Keseksaan bersifat undang- undang am. Dato’ Yang di-Pertua, saya menambah sepanjang hari kita bercakap, sepanjang hari kita berbahas dan saya membentangkan betapa mustahaknya undang-undang yang sudah empat dekad, empat dasawarsa tidak dipinda untuk kita bersekali, bersejajaran dengan era teknologi dan sebagainya yang telah disebutkan tadi, e-dagang dan sebagainya dalam landskap food ecosystem itu.
Yang saya telah syarahkan betapa nyawa bukan hal yang terkait dengan spesifik offense, one-on-one dan sebagainya. Ia nya adalah satu kesalahan yang terbabit yang dibabitkan oleh orang-orang tertentu, mungkin entiti tertentu, mungkin company tertentu, mungkin syarikat tertentu yang akhirnya mendedahkan kemudaratan at high— at a population scale. Sasarannya adalah rakyat seluruhnya. Ratusan ribu kalau tidak juta akibat daripada satu kesalahan yang sebenarnya dilakukan sama ada, ada mens rea, ada niat jahat atau pun tidak. Jadi perkara ini Dato’ Yang di-Pertua kalau sahabat saya Beruas dan juga Besut ya. Orang-orang undang-undang semua ini Dato’ Yang di- Pertua.
I am only a lawmaker, I am not a lawyer. Tetapi dalam hal memahami the construction, the corpus of construction of law yang saya faham, dia mesti ada proportionality-nya. Dan proportionality here, you are talking about law yang melindungi seluruh negara dan rakyat. Bukan hanya offences relation to one-on-one.
Jadi saya, inilah perkara yang saya ingat mustahak untuk kita fahami semangat pindaan Akta Makanan 281 yang kita lakukan 2026.
Saya pohon maaf kerana terpaksa berhujah macam ni sebab saya rasa saya terpanggil untuk berikan pandangan saya sebab kesemua ini adalah dalam hal yang terkait dalam maqasid syariah, menjaga nyawa itu adalah antara perkara yang paling besar.
[Berucap dalam bahasa Arab] dan juga [Berucap dalam bahasa Arab] dan sebagainya itu adalah perkara utama dalam penjagaan nyawa itu adalah yang diangkat oleh tujuan besar syariah.
Dan saya yakin semua kita memahami bagaimana mustahaknya in the preservation of life, we must take it very seriously and the of offence must be
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
commensurate and proportionate. Dengan izin Dato’ Yang di-Pertua ia mesti sejajar dan sekadar dengan apa yang kesalahan itu. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Maaf saya terpaksa berhujah lebih sikit.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri dengan Yang Berhormat-Yang Berhormat. Saya— fahaman sayalah ya, it is specific law. Selain pada tu untuk penguatkuasa to deemed the case an arrest case, kena kesalahan tu lebih daripada tiga tahun.
Jadi, itu untuk memudahkan penguatkuasa menggunakan Kanun Prosedur Jenayah dalam aturan penyiasatan. Itu kemungkinan salah satu sebab. Walau bagaimanapun, discretion bila lepas siasatan terpulang kepada Timbalan Pendakwa Raya atau pihak Peguam Negara nak caj di bawah Kanun Keseksaan ataupun nak caj di bawah undang ini. Specific law. Itu kefahaman sayalah.
Baik. Kita teruskan aturan Majlis ya.
[Fasal-fasal 1 hingga 39 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-undang bernama suatu Rang Undang- undang Makanan (Pindaan) 2026 telah ditimbang dalam jawatankuasa dan telah dipersetujukan. Saya mohon mencadangkan supaya rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ya Menteri, sila 25 tu. Twenty five. Baik. Saya teruskan ya.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Dia missing kat situ, maaf.
[Ketawa]
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Dalam kekalutan dan inspirasi [Ketawa] benda-benda begini berlaku. Tak apa Yang Berhormat Menteri, kita manusia. Dengan itu Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
[Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis mesyuarat bersidang semula]
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, (Datuk Dr. Fuziah binti Salleh) dan diluluskan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Alhamdulillah. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga jam 3.30 petang, hari Jumaat, 9 Oktober 2026. Alhamdulillah.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.18 malam]