Oct072026

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Yang Berhormat Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi (Sri Aman) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Selamat pagi. Salam sejahtera. Kita mulakan dengan Puan Rodiyah binti Sapiee, silakan Yang Berhormat.

draft • 10:00 AM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Soalan Batang Sadong kepada Santubong. Soalan nombor 1.

draft • 10:00 AM

1. Puan Rodiyah binti Sapiee [Batang Sadong] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan status terkini cadangan Rang Undang-undang (RUU) Penjagaan Ibu Bapa serta apakah bentuk dan mekanisme perlindungan sosial komprehensif yang dijangka diumumkan bagi membela kebajikan golongan warga emas susulan peningkatan demografi negara ke arah status negara penuaan (aging nation).

draft • 10:00 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Puan Yang di-Pertua, saya mohon menjawab soalan oleh Yang Berhormat Batang Sadong pada hari ini bersekali dengan dua lagi soalan kerana menyentuh perkara yang sama iaitu soalan nombor 27 oleh Yang Berhormat Jeli bertarikh 2 Oktober dan soalan nombor 3 oleh Yang Berhormat Bukit Bendera bertarikh 3 November.

draft • 10:00 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Silakan.

draft • 10:00 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Puan Yang di-Pertua, terima kasih.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini berada dalam fasa akhir untuk memuktamadkan penggubalan rang undang-undang

draft • 10:00 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

berkaitan perlindungan warga emas bagi memperkukuh kebajikan dan melindungi golongan ini daripada pengabaian, penderaan dan juga eksploitasi. KPWKM menggunakan ruang dan peluang yang ada sebaik mungkin untuk mendapatkan input daripada pelbagai pihak menerusi pendekatan whole-of-government dan whole-of-society approach, dengan izin. Proses konsultasi yang meluas ini melibatkan pelbagai kementerian dan agensi di peringkat Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri serta badan bukan kerajaan ataupun NGO.

Di samping itu, suara rakyat di peringkat akar umbi turut dirundingi menerusi pelaksanaan tinjauan awam bagi memastikan RUU ini mencerminkan keperluan sebenar masyarakat. Proses libat urus ini mengambil sedikit masa yang lebih panjang kerana kerajaan komited untuk meneliti pelbagai perkara dan cadangan baharu yang dikemukakan oleh para pemegang taruh.

Pada masa yang sama, ada juga beberapa pemegang taruh yang terlibat dalam sesi libat urus yang dirujuk dan dirundingi lebih daripada satu sesi. Penelitian rapi dan mendalam ini amat penting bagi memastikan RUU yang dihasilkan kelak benar-benar komprehensif, sesuai dengan keperluan semasa dan yang paling utama boleh dilaksanakan secara teratur.

Ingin saya tegaskan bahawa perlindungan kebajikan warga emas tidak pernah terhenti sementara menunggu RUU ini dimuktamadkan. Hak dan keselamatan mereka kekal dilindungi di bawah peruntukan perundangan dan mekanisme sedia ada, seperti saya ambil contoh Kanun Keseksaan dan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 bagi kes penderaan dan keganasan, Akta Orang Kurang Upaya 2008 bagi warga emas OKU serta saluran intervensi menerusi Talian Kasih 15999 yang disediakan oleh KPWKM.

Sementara itu, apabila membincangkan perlindungan sosial, konsepnya adalah lebih jauh, lebih luas daripada sekadar bantuan wang. Dalam piawaian antarabangsa, ekosistem perlindungan sosial dibentuk merangkumi tiga bidang utama iaitu bantuan sosial, insurans sosial, intervensi pasaran buruh. Dalam konteks Malaysia, ekosistem ini diselaras secara bersepadu di bawah Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan diurussetiakan oleh ICU JPM.

Puan Yang di-Pertua, izinkan saya teruskan untuk menjawab untuk tiga orang ini. Jadi, ini juga penting untuk kita bersama yang akan menjangkau umur 60 tahun nanti.

draft • 10:00 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Baiklah.

draft • 10:00 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Jadi, terima kasih Yang di-Pertua.

Senyum Yang di-Pertua. Dalam konteks Malaysia, ekosistem ini selaras secara bersepadu di bawah Majlis Perlindungan Sosial tadi di bawah ICU. Ini dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. Memandangkan tiga bidang ini merangkumi pelbagai aspek kehidupan warga emas, ia melibatkan kepakaran dan bidang kuasa pelbagai agensi, termasuklah seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, PLANMalaysia serta Kementerian Pengangkutan. Khusus di bidang KPWKM, jaringan perlindungan diterjemahkan antaranya melalui penyaluran bantuan warga emas iaitu bantuan kewangan bersasar sebanyak RM600 sebulan kepada mereka yang layak.

Kita juga ada pengoperasian 234 buah Pusat Aktiviti Warga Emas iaitu PAWE setakat tahun ini bagi menggalakkan penuaan aktif lebih 50,000 orang ahlinya.

Program Khidmat Bantu di Rumah (KBDR) yang pada masa ini membantu lebih 9,000 warga emas menerusi khidmat lebih 2,000 sukarelawan terlatih. Kita ada juga pengoperasian institusi-institusi warga emas JKM sebagai jaringan keselamatan terakhir dan membangunkan Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN) 2026– 2030, kerangka strategik dan Pelan Tindakan Ekonomi Penjagaan Malaysia 2026– 2030 serta latihan kompetensi penjaga di bawah RMK13.

Menerajui langkah persediaan jangka panjang negara, Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan ataupun National Ageing Blueprint, dengan izin, iaitu NAB dibangunkan secara komprehensif oleh Kementerian Ekonomi. NAB akan bertindak sebagai dokumen panduan strategik utama yang menetapkan hala tuju menyeluruh negara bagi mempersiap Malaysia menghadapi fasa negara tua.

KPWKM kekal bertekad dan komited untuk memainkan peranan terasnya terutamanya dalam pengukuhan perkhidmatan penjagaan jangka panjang ataupun, dengan izin, Long-Term Care (LTC), bantuan sosial dan pemerkasaan komuniti bagi menyokong kerajaan mencapai hasil terbaik demi kesejahteraan warga emas di Malaysia. Sekian, terima kasih.

draft • 10:00 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Puan Rodiyah binti Sapiee, Batang Sadong.

draft • 10:00 AM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Terima kasih YB Menteri atas jawapan yang diberikan. Batang Sadong mengalu-alukan RUU Penjagaan Ibu

draft • 10:10 AM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Bapa ini dibentangkan di Parlimen dalam masa terdekat dan saya pun mendengar banyak inisiatif berkaitan dengan warga emas dinyatakan tadi.

Jadi, Batang Sadong ingin menyentuh satu perkara yang sangat dekat dengan kehidupan keluarga iaitu beban menjaga ibu bapa yang semakin berusia dan memerlukan penjagaan harian. Bagi keluarga berpendapatan rendah dan sederhana, kos penjagaan ini boleh menjadi beban yang besar, khususnya kepada keluarga ataupun anak-anak yang menjadi penjaga utama.

Jadi soalannya, apakah bentuk sokongan yang sedang— kalau ada lah dan akan disediakan oleh kerajaan kepada family caregivers, termasuk bantuan sama ada kewangan, sokongan penjagaan di rumah serta sokongan kesihatan ataupun psikologi, psikososial, tidak menjadi beban yang terlalu berat kepada keluarga, khususnya apabila kita Malaysia menuju ke arah negara menua? Jadi, sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Ya, silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada apa nama— yang lain juga bertanya. Berhubung perkara ini, ingin saya tegaskan bahawa KPWKM berpegang teguh dengan pendirian bahawa penjagaan terbaik bagi warga emas adalah di samping keluarga tersayang.

Kementerian sentiasa memberi penekanan kepada prinsip penjagaan berasaskan keluarga ataupun family-based care dengan izin dan menerapkan konsep penuaan setempat ataupun aging in place. Mesej kerajaan adalah jelas.

Tanggungjawab menjaga warga emas bukanlah beban yang dipindahkan sewenang- wenangnya. Sebaliknya institusi kekeluargaan merupakan benteng utama penjagaan manakala kemasukan ke institusi jagaan warga emas adalah jalan terakhir selepas semua usaha sokongan di peringkat keluarga dan komuniti dibuat.

Kerajaan bukan hanya menyediakan bantuan dan sokongan menerusi KPWKM dan JKM sahaja...

draft • 10:10 AM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

...Tetapi perkhidmatan kerajaan ini turut disampaikan melalui pelbagai kementerian dan agensi agar warga emas dapat terus menua dengan sejahtera, selamat dan bermartabat di kediaman mereka sendiri bersama ahli keluarga.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Selain daripada bantuan kebajikan dan perkhidmatan yang disediakan oleh KPWKM dalam jawapan pertama saya tadi, kerajaan menerusi pelbagai agensi terus menyediakan sokongan seperti berikut.

Pertama, bagi insentif perumahan dan mobiliti di bawah Dasar Perumahan Negara yang dibangunkan oleh KPKT. Kerajaan menyediakan geran pengubahsuaian rumah mesra warga emas dan OKU manakala diskaun tambang pengangkutan awam antara 30 hingga 50 peratus diberikan kepada warga emas bagi meringankan beban tambang harian.

Kedua, untuk sektor kesihatan komuniti, Kementerian Kesihatan menyediakan perkhidmatan rawatan domisiliari, rawatan kesihatan ke rumah, penjagaan paliatif serta projek rintis ataupun Integrated Care for Older People ataupun ICOPE. Bagi memelihara kesihatan mental, emosi dan hubungan intergenerasi keluarga serta intervensi psikososial keluarga, KPWKM menerusi LPPKN membangunkan Program Keibubapaan Datuk Nenek (Grandparenting).

Bukan saja ibu bapa saja, sekarang ini termasuk grandparenting bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan merentas generasi, disokong oleh Program Terapi Kesunyian.

Selain itu, KPWKM menerusi JKM mengadakan Program RYTHM ataupun Ritma Kehidupan Harmoni untuk memperkukuh kesejahteraan sosial, kesihatan dan terapi warga emas. Manakala Program Ziarah Kasih dan Sukarelawan YKN juga dilaksanakan di peringkat akar umbi untuk pemantauan dan sokongan emosi warga emas. Banyak yang kita lakukan Batang Sadong ya.

KPWKM turut memberi tumpuan kepada langkah konkrit jangka panjang menerusi usaha memprofesionalkan penjagaan menerusi kerangka strategik...

draft • 10:10 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

...Dan Pelan Tindakan Penjagaan Malaysia 2026 hingga 2030. Antara fokus yang diberikan adalah kepada latihan berstruktur dan peningkatan kompetensi para penjaga bagi memastikan penjagaan berkualiti dapat diberikan secara cekap dan sokongan penjaga keluarga iaitu caregiver support, dengan izin. Bagi mengukuh penjagaan, KPWKM giat melaksanakan latihan kepada penjaga terutama warga emas menerusi Institut Sosial Malaysia (ISM), KPWKM menyasarkan latihan seramai 2,000 pada tahun ini.

Kesimpulannya, kerajaan memang komited membina ekosistem penjagaan yang inklusif agar ahli keluarga mendapat sokongan bantuan kebajikan, fasiliti dan

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

emosi yang sewajarnya dalam memelihara kebajikan warga emas di Malaysia.

Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan Tumpat. Yang Berhormat Tumpat.

draft • 10:10 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya, saya— kita menyedari bahawa dalam kes penjagaan ibu bapa atau warga emas ini membabitkan golongan sandwich generation yang terpaksa menjaga ibu bapa dan bekerja. Jadi, kalau kita lihat, perlu kepada support kepada mereka sebelum kita memberikan sebarang hukuman kepada mereka menerusi akta yang kita akan tubuhkan.

Soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk menaikkan jumlah bantuan penjaga terlantar ataupun warga emas ini kepada caregiver kerana kos pada hari ini tidak memadai untuk mereka meninggalkan kerja dan menjaga keluarga ataupun ahli keluarga yang tua? Itu yang pertama.

Yang kedua, kita mengetahui untuk menghadapi aging generation tidak cukup dengan satu kementerian. Adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu Majlis Warga Emas Kebangsaan bagi memastikan pemantauan penjagaan akan merentasi kementerian yang melibatkan JKM, KKM, kerajaan negeri, PBT, komuniti dan penyedia perkhidmatan supaya segala bantuan dan perancangan kerajaan untuk warga emas ini akan dapat benar-benar sampai kepada sasaran?

Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat. Tadi, Yang Berhormat apa nama— Tumpat. Tadi Yang Berhormat bertanya mengenai apa nama— untuk warga emas ini sama ada kita ada bekerjasama dengan yang lain juga. Memang pun kita ada kerjasama, ada kita punya apa nama — majlis ya, kita ada.

Dan juga untuk caregiver dengan, dengan izin, nanti itu kita tidak dapat sentuhkan di sini. Kalaulah sekiranya ada daripada kerajaan akan diumumkanlah mungkin kalau ada, dia akan diumumkan. Cuma kami lebih menumpukan kepada apa nama kata, latihan, latihan untuk caregiver dengan izin, yang kepada saya sebut tadi ada 2,000 untuk tahun ini.

Dan sekarang ini kita hampir dalam 3,000 sudah dilatih dan kita menyasarkan untuk tahun 2030, kita ada 50,000 caregiver ini. Dan dari situ kita, walaupun kita

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

memang adalah merancang untuk mereka ini— sebab mereka ini adalah kebanyakan dari kalangan institusi kita juga.

Jadi, kita memang mahu mereka ini mendapat elaun yang lebih tetapi itu kita tidak dapat commit dahulu sebab kita tidak boleh mendahului apa yang kita pohon.

Kita hanya berusaha, kita hanya berdoa dan berusaha supaya mereka dapat itu semua. Dan dari segi yang lain itu, kita tunggulah apabila RUU ini apabila dia sudah diluluskan. Sebab kita ini tidak dapat mendahului undang-undang yang kita apa nama— yang kita wujudkan, yang kita, yang akan mendatang.

Dan malah kita memang telah ada Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara (MPPWEN) yang dipengerusikan oleh saya sendirilah sebagai Menteri. Cuma, itulah Yang Berhormat, sama-sama kita menunggu. Kami tak boleh sebut dahulu sebab mungkin saya boleh explain lagi dengan izin, tadi tanya pasal undang-undang ini, RUU ini. Ya, kita sudah bersedia untuk nak table-kan dengan izin, untuk niat kita di Kabinet.

Tapi kita perlu ada menunggu, kita ada queue Yang Berhormat. Kalau kita nak menunggu kita punya apa nama— niat itu sudah di masuk dalam ini, dalam MJM Kabinet itu, maka itu memerlukan masa juga tapi insya-Allah, kami sudah bersedia untuk tahun ini. Namun untuk ia nya dibentang, mungkin pada awal tahun depanlah, insya-Allah. Sebab terlalu ramai yang memohon untuk didengar.

Jadi, kita terpaksa pergi ke— balik kepada mereka yang telah meminta lagi.

Mengulangi untuk didengar lagi, kita, kita beri peluang malah kita perlu melalui semua, seluruh negara. Kita pergi setiap negeri. Jadi, sabarlah dulu ya. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Untuk soalan seterusnya dipersilakan Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Larut. Silakan.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor 2.

draft • 10:10 AM

2. Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin [Larut] minta Menteri Kewangan menyatakan berapa jumlah keseluruhan kutipan cukai negara bagi tahun semasa berbanding tahun-tahun sebelumnya.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan menerima hasil cukai langsung dan cukai tidak langsung yang masing-masing dikutip oleh

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Data kutipan hasil cukai setiap tahun boleh disemak melalui Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan yang diterbitkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia atau dalam dokumen Ekonomi Malaysia Suku Tahunan serta Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan yang diterbit oleh Kementerian Kewangan.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Bagi tahun 2026, pertumbuhan ekonomi Malaysia merekodkan prestasi yang lebih baik pada suku kedua sebanyak enam peratus berbanding suku pertama sebanyak 5.4 peratus meskipun negara berdepan dengan kejutan rantaian bekalan global yang menjejaskan ekonomi dunia.

Pencapaian suku kedua ini menjadikan pertumbuhan separuh pertama tahun 2026 sebanyak 5.7 peratus sekali gus meletakkan ekonomi Malaysia pada landasan yang kukuh untuk mencapai unjuran pertumbuhan antara empat peratus hingga lima peratus bagi tahun 2026. Pertumbuhan ini disokong oleh kekuatan permintaan domestik yang terus menjadi penampan kepada tekanan luaran, prestasi eksport elektrik dan elektronik (E&E) yang menggalakkan serta pertumbuhan sektor perkhidmatan dan pembuatan.

Malaysia turut mencatat lebihan dagangan berjumlah RM84 bilion iaitu lonjakan ketara sebanyak 449.2 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2025. Selaras dengan pertumbuhan ekonomi tersebut, kutipan hasil cukai sehingga Jun 2026 turut meningkat sebanyak sembilan peratus iaitu RM129.6 bilion berbanding RM119.1 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun 2025. Peningkatan hasil ini disumbangkan antaranya oleh kutipan cukai pendapatan syarikat yang lebih tinggi serta kutipan cukai jualan dan cukai perkhidmatan, terutamanya dari sektor makanan dan minuman, perkhidmatan, insurans serta logistik.

Kerajaan komited untuk mencapai sasaran kutipan hasil cukai bagi keseluruhan tahun 2026 berjumlah RM343.1 bilion. Pertumbuhan ekonomi makro yang stabil dijangka terus memberi kesan positif kepada peningkatan kutipan cukai.

Langkah reformasi percukaian yang bersasar turut berperanan untuk memastikan mekanisme kutipan hasil yang lebih efektif dan menjadi asas dalam membina kepercayaan pelabur, kestabilan ekonomi serta daya saing negara.

Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Soalan tambahan. Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Larut.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih, Yang di-Pertua.

Terima kasih, Menteri. Daripada apa yang saya dengar bahawa kutipan atau hasil cukai yang kerajaan dapat kutip, ia nya ada meningkat sebanyak sembilan peratus pada tahun ini. Saya ucapkan tahniah dan ini adalah kerana tax regime yang kerajaan lakukan buat masa ini mendapat pulangan daripada sektor makanan dan juga logistik yang dikatakan oleh Menteri.

Ini menunjukkan bahawa tax regime ini akan dikekalkan mengikut kaedah SST, ataupun seperti apa yang saya pernah dengar, Yang Amat Berhormat Tambun mengatakan ada tax regime yang baru. Ia nya gabungan antara SST dan GST. Ini yang saya dengar. Saya juga dengar Timbalan Perdana Menteri, Bagan Datuk mengatakan kita hendak supaya kita dapat kembali kepada GST.

Jadi, saya nak tahu ini adalah kerana― sebagai ahli perniagaan, ramai yang hendak tahu akan kaedah yang sebenarnya supaya perancangan itu dapat dibuat.

Yang saya takut ini, perancangan ini tidak jelas. Contohnya macam e-Invois.

Kadang-kadang kata ambang pengecualian itu dinaik-naikkan― RM150,000, RM300,000, RM1 juta. Hari ini dah kata RM3 juta. Jadi, ini yang menyebabkan saya kurang pasti kerajaan ini sebenarnya ada perancangan ataupun tidak. Silakan.

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Okey, silakan Menteri menjawab.

draft • 10:20 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih, Yang Berhormat Ketua Pembangkang.

Ada dua isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Satu adalah berkenaan dengan SST dan GST, kedua ialah berkenaan dengan e-Invois.

draft • 10:20 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Tuan Liew Chin Tong

Berkenaan dengan GST dan SST, seperti apa yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 18 Ogos di Kementerian Kewangan semasa sesi libat urus dengan pelbagai sektor, bahawa kerajaan akan serap elemen yang dikatakan bagus dalam sistem GST ke dalam sistem yang sedia ada.

Sistem sedia ada ialah SST. Tetapi, memang ada elemen GST seperti memastikan tidak ada kesan cascading, tidak ada kesan berganda dalam sistem percukaian itu. Itu akan dimasukkan dalam sistem yang sedia ada. Bermakna, sistem kita sistem SST tetapi kita ambil elemen dari sistem GST di mana memastikan tidak ada elemen cascading, tidak ada kesan cascading dalam apa yang kita ada.

draft • 10:20 AM

Tuan Liew Chin Tong

Now, kenapa kita nak meneruskan sistem SST? Kerana sistem SST ini dia lebih mudah difahami oleh semua dan telah ada sejarah sebanyak melebihi 50 tahun.

Ramai yang mencadangkan sistem GST kerana mereka rasa ini telah diamalkan oleh negara-negara lain. Sistem GST atau VAT― value-added tax― bermula di negara Perancis pada tahun 1954. Masa itu, tak ada invois. Masa itu hanya ada input, output. Kenapa GST perlukan input, output? Kerana GST masa itu tak ada invois. Kita sudah ada invois, maka tidak akan ada leakage. Dan kenapa GST tidak semestinya sistem yang paling baik? Kerana kalau GST memerlukan 480,000 collecting parties, bermakna 480,000 syarikat akan dijadikan ejen pemungut. Tetapi, SST memerlukan 80,000 syarikat sahaja. So, ini adalah perbezaan di antara dua sistem. Apa yang kita nak wujudkan ialah satu sistem di mana kita tidak ganggu pihak yang teramai.

Dan GST ada direct pass through kepada pengguna, konsumer. Bermakna, konsumer akan tanggung segala-galanya dan memang business suka kerana dia boleh direct pass through. So, apa yang kerajaan nak wujudkan ialah satu keseimbangan supaya pengguna tidak diganggu dan business kita memastikan tidak ada kesan cascading.

Untuk e-Invois, apa yang berlaku ialah sejak 1 Ogos 2024, syarikat yang ada jualan tahunan melebihi RM100 juta iaitu seramai 5,578 pembayar cukai telah melaksana e-Invois pada 1 Ogos 2024. Selepas itu, syarikat dengan jualan tahunan di antara RM25 juta sehingga RM100 juta, itu juga telah dilaksanakan dan melibatkan 14,567 pembayar cukai. Selepas itu, apa yang melebihi RM5 juta...

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Yang Berhormat Menteri, ringkaskan jawapan. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Liew Chin Tong

Ringkaskan. Yang mereka... [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 10:20 AM

Beberapa Ahli

Mic, mic, mic.

draft • 10:20 AM

Tuan Liew Chin Tong

Yang melebihi RM5 juta sehingga RM25 juta melibatkan 51,710 pembayar cukai, itu juga telah dilaksanakan.

Apa yang ada penukaran ataupun ada pushback ialah di antara yang RM5 juta ke bawah. Dan apa yang telah diputuskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada 31 Ogos yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah sekarang ini di antara RM3 juta hingga RM5 juta iaitu melibatkan 25,503 pembayar cukai akan dirangkumi dalam sistem e-Invois.

draft • 10:20 AM

Tuan Liew Chin Tong

Yang lain akan melibatkan diri secara sukarela dan dia boleh memilih tidak terlibat dalam sistem e-Invois.

Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan seterusnya. Yang Berhormat Tebrau.

draft • 10:20 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih, Puan Sri Speaker.

draft • 10:20 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang komprehensif.

Sebenarnya, saya nak tanya pasal e-invois tapi separuh sudah jawab, tapi separuh belum jawab lagi. Pertama, saya harap kerajaan boleh lebih telitilah kepada cabaran yang dihadapi oleh PKS dan haraplah ada polisi-polisi yang lebih friendly kepada SME-SME kerana memang ada cabaran di luar sana.

Soalan saya, pelaksanaan e-invois ini merupakan salah satu instrumen penting dalam meningkatkan pematuhan dan mengurangkan ketirisan cukai.

Sehubungan itu, mengambil kira perubahan dasar yang menaikkan ambang pelaksanaan e-invois daripada pendapatan tahunan RM1juta kepada RM3 juta, sebenarnya berapa jumlah entiti perniagaan atau syarikat yang kini akan dikecualikan daripada kewajipan melaksanakan e-invois? Dan apakah anggaran impak pengecualian tersebut terhadap potensi kutipan hasil cukai negara? Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:30 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tebrau.

Sebenarnya, e-invois bukan satu sistem untuk mengambil lebih cukai. So, soalan yang terakhir itu sebenarnya tidak relevan kerana ini tidak–– sistem e-invois bukan untuk menambah cukai. Di antara yang dikecualikan daripada–– mereka, PMKS dengan jualan tahunan RM3 juta ke bawah ialah 1.1 juta pembayar cukai yang dikecualikan dalam adjustment baru-baru ini. Dan di antara mereka, 160,000 telah mendaftar sebagai pembayar cukai dan mereka boleh pilih teruskan ataupun mereka boleh pilih tidak teruskan. 160,000 pembayar cukai.

Memang saya setuju dengan Ahli Parlimen Tebrau, antara cabaran PMKS termasuk pematuhan cukai dan sebagainya yang kerajaan akan cuba dan sedang cuba untuk mengurangkan birokrasi dan juga memastikan PMKS tidak memerlukan pematuhan sistem e-invois dan juga cabaran lain. Tapi cabaran kepada PMKS, termasuk influx dari negeri lain, termasuk peralihan daripada physical shop ke online

draft • 10:30 AM

Tuan Liew Chin Tong

shop dan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh PMKS di negara kita dan juga di serantau dan sedunia selepas tempoh pandemik COVID-19.

Apa yang kita harap ialah kita sebagai kerajaan dan terutamanya dalam belanjawan yang akan datang, kerajaan akan mengurangkan beban dan juga menambah baik ketahanan PMKS terhadap cabaran-cabaran yang secara serius, termasuk influx daripada negeri lain. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita beralih...

draft • 10:30 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Speaker, satu lagi boleh Speaker? Speaker, Hulu Terengganu, satu lagi berkenaan...

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Tak ada, maaf. Duduk Yang Berhormat. Kita beralih kepada soalan seterusnya.

draft • 10:30 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Sebab saya nampak macam Timbalan Menteri tak perasan juga GST depan ni. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Kita beralih ke soalan seterusnya, Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Port Dickson.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Terima kasih.

Port Dickson soalan nombor 3.

draft • 10:30 AM

3. Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun [Port Dickson] minta Menteri Pendidikan menyatakan jumlah kanak-kanak berumur enam tahun yang telah mendaftar ke Tahun 1 sesi persekolahan 2027 berbanding anggaran 439,744 orang berdasarkan data DOSM 2022, serta kesiapsiagaan kementerian dari segi guru, bilik darjah, prasarana dan peruntukan bagi menampung 471,504 kanak-kanak berumur tujuh tahun yang wajib memasuki Tahun 1.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Port Dickson, soalan ketiga.

Kementerian Pendidikan membuat ketetapan untuk memperluas akses kemasukan ke Tahun 1 dengan memberikan pilihan kepada ibu bapa mendaftarkan anak, kohort umur enam tahun ke Tahun 1 mulai kalendar akademik tahun 2027.

Pelaksanaan ini berdasarkan pilihan ibu bapa, manakala kemasukan kohort umur tujuh tahun kekal sebagai laluan utama sepanjang tempoh peralihan ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan data setakat 30 September 2026, seramai 73,498 permohonan pendaftaran ke Tahun 1 diterima bagi kalendar akademik tahun 2027 melibatkan kanak-kanak kohort enam tahun. Manakala bagi jumlah kanak-kanak kohort tujuh tahun adalah seramai 418,151 orang.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Ini menjadikan jumlah sebanyak 491,649 orang murid bagi pendaftaran ke Tahun 1 bagi tahun 2027, merangkumi kanak-kanak kohort tujuh tahun dan juga kohort enam tahun. KPM mengambil kira keperluan dan implikasi pelbagai perkara seperti prasarana, sumber manusia dan lain-lain persiapan untuk memastikan kesiapsiagaan susulan pelaksanaan dasar ini pada tahun 2027.

Seperti yang telah pun dijawab sebelum ini, dari segi pembangunan prasarana, sumber manusia dan lain-lain perkara telah pun pihak KPM bersedia untuk menghadapi enrolmen yang memaparkan sedikit peningkatan. Dalam konteks ini, pada asalnya KPM telah merancang penyediaan sebanyak 2,596 bilik darjah baharu menggunakan kaedah IBS modular, melibatkan 838 buah sekolah bagi tujuan untuk menampung kemasukan kanak-kanak kita pada kohort umur enam tahun.

Walau bagaimanapun, memandangkan pendaftaran kini adalah lebih kurang 73,000, maka mengambil kira pendaftaran kanak-kanak kohort enam tahun yang seramai 73,498 orang murid ini, KPM pada masa kini sedang melaksanakan pembinaan bilik darjah tambahan sebanyak 677 bilik darjah yang melibatkan 605 buah sekolah dan kesemua projek ini dilaksanakan melalui konsep IBS modular.

Dan bagi tujuan yang sama juga, sebanyak 1,514 projek penyelenggaraan dan naik taraf juga sedang dilaksanakan di sekolah bagi membolehkan satu tambahan 1,514 bilik darjah baharu secara tukar fungsi daripada bilik khas yang asal.

Dan dengan lengkapnya pembinaan bilik darjah melalui IBS dan juga tukar fungsi melalui penyelenggaraan dan juga naik taraf tersebut, jumlah pelajar yang berdaftar pada tahun hadapan dapat ditampung.

Dan pada masa yang sama, untuk perancangan keperluan guru berdasarkan unjuran enrolmen dan keperluan sebenar telah disebut sebelum ini, seramai 3,150 orang guru contract of service telah lulus. Dan pada masa yang sama, untuk mereka yang telah pun lulus bagi saringan kesihatan, mereka akan terima tawaran lantikan pada bulan ini dan lantikan sebenar akan berlaku pada 7 Disember 2026. Dan lantikan ini adalah khusus bagi menampung pertambahan enrolmen murid kohort enam tahun seperti yang kita sebut.

KPM akan terus memantau perkembangan pendaftaran dan kesiapsiagaan setiap sekolah, setiap negeri dan juga setiap daerah serta melaksanakan penyelarasan dari semasa ke semasa. Kerana dinamik statistik ataupun data yang kita ada, ia bersifat dinamik dan kita akan melaksanakan pemantauan dari semasa ke semasa. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Baiklah. Soalan tambahan Yang Berhormat Port Dickson, silakan.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab soalan. Soalan tambahan saya, daripada 73,498 kanak-kanak kohort berumur enam tahun yang telah mendaftar setakat 30 September 2026, berapa kah jumlah dan peratusan berbanding dengan data DOSM 2022 mengikut negeri? Dan adakah kementerian akan mempergiatkan galakan ataupun promosi untuk menggalakkan lebih ramai ibu bapa mendaftar anak-anak berumur enam tahun?

Jika jumlah pendaftaran kanak-kanak berumur kohort enam tahun tiba-tiba meningkat di saat akhir, apakah jaminan kementerian bahawa negeri yang mencatat pendaftaran tertinggi tidak akan berdepan dengan kekurangan guru, bilik darjah dan peruntukan sebelum sesi 2027 bermula? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson, terima kasih Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua. Puan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan sikit untuk memperbetulkan ataupun memberikan penjelasan berkenaan dengan jumlah bilik darjah baharu yang akan dibina yang sedang dalam pembinaan secara IBS modular adalah sebanyak 677 projek, merangkumi 1,478 bilik darjah tambahan baharu dalam 605 buah sekolah.

draft • 10:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

So, jumlah bilik darjah tambahan baharu, 1,478 dan ini ditambah dengan bilik darjah yang telah ditukar fungsi kepada bilik darjah, sebanyak 1,514 bilik darjah tambahan yang telah pun disediakan.

Untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Port Dickson nombor satu berkenaan dengan pecahan setiap negeri. Saya ada pecahan setiap negeri di tangan saya, namun saya akan serah kepada Yang Berhormat Port Dickson terlebih dahulu tetapi mungkin saya sebut yang paling tinggi adalah di Selangor, yang mana pendaftarannya adalah lebih kurang— adalah pada 108,893 dan baki yang lain dibahagikan kepada negeri-negeri yang berkaitan. Nanti senarai secara penuh saya akan serahkan.

Nombor dua berkenaan dengan sama ada pihak KPM...

draft • 10:40 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Ringkaskan jawapan Yang Berhormat Menteri ya...

draft • 10:40 AM

Tuan Wong Kah Woh

Ya. Berkenaan dengan isu sama ada kita mampu untuk menangani kemasukan sekiranya pendaftaran dia mendadak. Seperti yang

draft • 10:40 AM

Tuan Wong Kah Woh

saya sebut tadi, kesiapsiagaan kita dari segi guru, dari segi prasarana, kita tersedia.

Namun demikian apabila kita nampak trend peningkatan dalam jawapan saya lebih kurang tiga bulan yang lepas sampailah hari ini, dia lebih kurang sama sahaja. So maka kita tidak menjangka dia akan ada satu peningkatan mendadak dalam masa dua bulan ini. Dan apa-apa yang disediakan ini memang cukup pada kadar ini tetapi seperti yang saya sebut kita akan buat pemantauan dari masa ke semasa.

Apa yang penting untuk tahun pertama ini, kita berikan peluang dan juga pilihan kepada ibu bapa kerana ibu bapalah yang paling memahami keadaan dan ketersediaan anak masing-masing dan inilah pendekatan yang digunakan oleh KPM, pilihan kepada ibu bapa. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Baiklah. Terima kasih. Yang Berhormat Kuala Krau, soalan tambahan seterusnya.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih Yang di-Pertua.

Berdasarkan kepada jawapan tadi, kadar pendaftaran enam tahun itu begitu rendahlah berbanding dengan laporan DOSM itu. Jadi apakah kementerian buat satu kajian punca utama kepada kekurangan pendaftaran ini?

Apakah sekarang ini ibu bapa lebih mengambil tindakan tunggu dan lihat untuk memastikan kemasukan anak-anak mereka itu berketepatan dan mampu untuk mencapai apa yang dihasratkan kementerian? Ataupun kementerian membuat kajian tentang rasa gerun mak bapak untuk hantar anak ke sekolah ekoran daripada peningkatan kes-kes yang melampaui daripada kebiasaan? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Menteri.

draft • 10:40 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Seperti yang saya sebut tadi, nombor satu kita beri keutamaan ataupun pilihan kepada ibu bapa untuk menentukan sama ada hendak menghantar anak masuk ke sekolah, enroll-kan anak masuk ke sekolah pada kohort enam tahun. Dan pilihan ini diberikan oleh sebab kerana kita tahu untuk tahun pertama ini, sememangnya seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Krau, ada faktor-faktor yang mungkin akan menjejaskan atau mendatangkan kebimbangan sama ada kita bersedia atau tidak.

Dan terbukti dengan usaha dari awal tahun sampai bulan sepuluh ini, kesemua usaha dari segi sumber manusia, dari segi latihan guru, dari segi peningkatan infrastructure ini, pihak KPM adalah bersedia.

Untuk tahun hadapan juga, pilihan juga akan diberikan dan kita percaya bahawa dengan satu perlaksanaan secara sempurna dan satu perlaksanaan yang

draft • 10:40 AM

Tuan Wong Kah Woh

baik pada tahun 2027, pada tahun hadapan kita menjangka bahawa enrolmen itu akan bertambah untuk kohort enam tahun pada tahun yang akan datang tersebut.

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita beralih ke soalan yang seterusnya. Dipersilakan Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff, Rantau Panjang. Silakan Yang Berhormat.

draft • 10:40 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Mohon jawapan soalan saya nombor 4.

draft • 10:40 AM

4. Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan jumlah daripada RM157.15 juta bagi 385 kerja penyenggaraan jalan Persekutuan Zon Tengah/Timur tahun 2026 yang diperuntukkan kepada Kelantan serta jumlah projek yang telah disiapkan.

draft • 10:40 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih Rantau Panjang. Dia tak berpantun, saya tak berpantun.

Siapa yang berpantun pada saya, saya jawab pantunnya.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya menerusi Jabatan Kerja Raya bertanggungjawab menyelenggara Jalan Persekutuan negeri Kelantan sepanjang 1,250.879 kilometer melibatkan tiga kategori jalan iaitu jalan protokol, 36.9 kilometer; jalan utama, 861.079 kilometer dan jalan sekunder, 352.9 kilometer. Jalan-jalan ini diselenggara oleh syarikat konsesi penyelenggaraan Jalan Persekutuan yang telah dilantik.

Merujuk kepada soalan Ahli Yang Berhormat, peruntukan berjumlah RM157.15 juta bagi Zon Tengah/Timur iaitu negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor merupakan peruntukan di bawah program memperkasa kontraktor kelas G1, G4. Bagi kerja-kerja penyelenggaraan Jalan Persekutuan, ditawarkan secara cabutan undi. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM33 juta telah diperuntukkan bagi pembaikan jalan Persekutuan negeri Kelantan.

Ini merangkumi tujuh kerja penyelenggaraan jalan berkala pavement, RM9.8 juta, 84 kerja penyelenggaraan bukan berkala pavement, RM23.2 juta dan sebanyak 85 kerja telah siap sepenuhnya. Manakala enam kerja lagi masih dalam pelaksanaan,

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

dijangka siap bulan November. Secara keseluruhan, 91 kontraktor kelas G1 hingga G4 dapat manfaat di negeri Kelantan mengenai projek ini.

Bagi keseluruhan perlaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan Jalan Persekutuan, sehingga September 2026, kementerian ini telah memperuntukkan sejumlah RM784.6 juta bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan di Jalan Persekutuan bagi Zon Tengah/Timur melibatkan 1,178 bagi bilangan kerja Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor selain daripada apa yang saya sebutkan tadi.

Berdasarkan anggaran penyelenggaraan jalan negeri Kelantan bagi tahun 2026 yang disedia oleh JKR, kerja-kerja penyelenggaraan jalan bukan pavement, berkala pavement, penyelenggaraan kecil jambatan, penyelenggaraan lampu jalan, lampu isyarat berjumlah RM606.49 juta melibatkan 859 bilangan kerja, RM79.32 juta di bawah program penyelenggaraan berkala pavement, 53 bilangan kerja.

Sebanyak RM41.74 juta di bawah program penyelenggaraan berkala bukan pavement yang melibatkan 123 kerja. RM1.73 juta di bawah program penyelenggaraan kecil jambatan melibatkan lima bilangan kerja dan RM4.07 juta di bawah program penyelenggaraan lampu jalan, lampu isyarat melibatkan 36 bilangan kerja, dilaksana oleh syarikat konsesi melalui AK – Arahan Kerja secara perolehan jabatan bagi kerja-kerja penyelenggaraan elektrik.

Secara keseluruhan, setakat September 2026, sebanyak 158 bilangan kerja telah disiapkan sepenuhnya, manakala baki sebanyak 66 bilangan kerja dijangka siap pada bulan November 2026. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan Rantau Panjang. Silakan.

draft • 10:40 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Ya. Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih di atas jawapan yang diberikan. Soalan tambahan saya, apakah formula yang diguna pakai untuk pengagihan peruntukan bagi penyelenggaraan di negeri-negeri supaya setimpal dengan keperluan setiap negeri? Begitu juga dengan kawasan-kawasan yang terjejas seperti yang terjejas dengan banjir dan sebagainya mungkin memerlukan — keperluannya berbeza dengan kawasan yang tidak berdepan dengan banjir.

Begitu juga saya ingin tahu, apakah usaha untuk menaik taraf terutama jalan yang menjadi laluan utama zon ekonomi sempadan terutama di pintu-pintu masuk supaya jalan itu berkualiti tinggi, tidak berulangnya penampalan berulang. Makna setiap tahun dok ulang jalan yang sama.

draft • 10:40 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Begitu juga jalan yang terjejas terutama untuk keperluan keselamatan terutama di musim banjir yang jalan itu tenggelam, apabila banjir mudah tenggelam.

Jadi sejauh mana usaha kementerian untuk mengatasi jalan-jalan yang kritikal seperti ini supaya lebih kukuh dan tahan, kekal? Minta penjelasan.

draft • 10:40 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Kita telah memulakan apa yang disebut sebagai ujian PCA – pavement condition assessment terhadap aduan-aduan jalan dan kita telah selesai melaksanakan pavement condition assessment di seluruh Jalan Persekutuan di Semenanjung dan dalam proses mengadakan PCA ini untuk Sabah dan Sarawak.

Di Semenanjung, dilaksana oleh syarikat IKRAM yang dirus oleh konsesi.

Daripada pavement condition assessment itu, maka kita tahu tahap kebolehupayaan jalan-jalan tersebut dan bukan kita sengaja-sengaja untuk kita menampal-nampal jalan. Dia apabila telah diadakan analisa terhadap keadaan jalan itu, maka barulah kita akan tampal mengikut segala projek penyelenggaraan yang kita perolehi wang daripada Kementerian Kewangan.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Untuk kawasan Yang Berhormat misalnya, ini bab lain sikit tapi saya ingin memaklumkan. Tentunya Yang Berhormat sedia maklum bahawa kita telah pun meluluskan satu pembesaran jalan, jambatan RM45.14 juta untuk Gual Periok, Rantau Panjang. Pembesaran jambatan-jambatan untuk daripada dua lorong pada empat lorong antara sempadan Rantau Panjang dan juga Golok, Thailand. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Tenggara.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan Tenggara ni merujuk kepada soalan pertama daripada Rantau Panjanglah, soalan yang bagus. Tapi soalan tu berkaitan dengan Pantai Timur dan Kelantan saja. Jadi saya nak bertanya, bagaimanakah data cabutan undi untuk negeri-negeri lain? Dan berapakah jumlah penyelenggaraan jalan secara keseluruhan yang bukan cabutan undi tahun 2026 dan adakah peruntukan ini mencukupi? Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Seorang Ahli

Mana cukup.

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Silakan Menteri.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ha, terima kasih Tenggara.

Jawapan pada soalan yang akhir itu adakah mencukupi, jawapannya tidak mencukupi. Keperluan kita lima hingga enam bilion Ringgit untuk penyenggaraan jalan di Semenanjung, di Sabah dan juga di Sarawak. Tetapi pada tahun 2026, kita baru dapat RM3.18 bilion yang mana di Semenanjung 2.08 bilion, Sabah 640 juta, Sarawak 461 juta, jumlah 3.18. Sedangkan keperluan kita ialah lima hingga enam bilion Ringgit. Oleh itu kita memohon daripada Kementerian Kewangan dalam bajet yang akan datang ini supaya berikanlah peruntukan yang secukupnya.

Dari segi cabutan undi pula, pada tahun 2026 cabutan undi untuk G1 hingga G4 bagi manfaat kontraktor kecil, G1, G2, G3, G4 jumlahnya ialah RM700 juta. 300 juta Semenanjung, RM200 juta Sarawak, RM200 juta Sabah dan kita laksanakan secara undian supaya telus kepada kontraktor-kontraktor yang terlibat. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Untuk soalan seterusnya kita beralih kepada Tuan Haji Onn bin Abu Bakar, Batu Pahat. Silakan Yang Berhormat.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Buah kedondong buah delima, Soalan saya nombor lima.

draft • 10:50 AM

5. Tuan Haji Onn bin Abu Bakar [Batu Pahat] minta Menteri Komunikasi menyatakan status terkini usaha kementerian bagi memperoleh atau membeli hak pemilikan, hak cipta atau hak pengurusan terhadap filem-filem Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee yang kini dimiliki oleh pihak tertentu, bagi membolehkan karya-karya tersebut dipelihara sebagai aset warisan negara.

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Terima kasih.

Terima kasih Puan Speaker, terima kasih Ahli Yang Berhormat Batu Pahat.

Kementerian Komunikasi melalui FINAS mengiktiraf karya Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai khazanah seni dan juga warisan negara yang tidak ternilai. Kerajaan komited untuk memastikan karya dan legasi beliau terus dipelihara serta dapat dimanfaatkan oleh generasi masa kini dan akan datang.

Untuk makluman, kerajaan pada masa ini masih belum memiliki hak cipta ke atas filem-filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Walau bagaimanapun, karya-karya tersebut tidak diabaikan tanpa pemeliharaan. Sebahagian besar filem dan juga lagu

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Tan Sri P. Ramlee telah disimpan oleh Arkib Negara Malaysia sebagai rekod warisan negara.

Dari aspek pemilikan hak, perkara ini perlu diteliti secara terperinci kerana karya Allahyarham dihasilkan di bawah dua syarikat penerbitan yang berbeza. Bagi tempoh 1948 hingga 1964 kebanyakan filem beliau diterbitkan Malay Film Productions, studio milik Shaw Brothers di Singapura dengan hak cipta yang dikaitkan dengan Shaw Brothers. Manakala bagi tempoh 1964 sehingga 1972 beliau menghasilkan 18 buah filem di bawah Merdeka Film Productions di Kuala Lumpur. Oleh itu status pemilikan hak perlu ditentukan bagi setiap karya berdasarkan rekod penerbitan, perjanjian dan dokumen berkaitan kerana sebarang rundingan bagi memperoleh atau mengurus hak hanya boleh dilaksanakan dengan pemilik hak yang bersah.

Pada masa yang sama, usaha pemeliharaan terus dilaksanakan di bawah seksyen 7(c) Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629]. Arkib Negara Malaysia telah memperoleh 45 buah filem dan juga 65 bahan audio lagu beliau daripada pelbagai sumber termasuk Jabatan Penyiaran Malaysia dan juga EMI Sdn. Bhd., kesemua bahan tersebut disimpan dengan selamat dan boleh diakses bagi tujuan penyelidikan.

Sehubungan itu, kementerian melalui FINAS akan terus meneliti mekanisme terbaik bagi memperoleh dan memanfaatkan karya beliau sebagai aset warisan negara termasuk melalui pemerolehan hak, pengurusan bersama atau bentuk kerjasama yang bersesuaian dengan pemegang hak. Penelitian ini mengambil kira kedudukan undang-undang, rundingan dengan pemilik hak, kepentingan waris serta kemampuan kewangan kerajaan supaya sebarang tindakan dapat dilaksanakan secara sah, teratur dan adil kepada semua pihak.

Kerajaan akan terus memastikan karya dan juga legasi Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dipelihara sejak— sebagai khazanah seni dan juga warisan negara agar dapat terus dihargai, dikaji dan dinikmati oleh generasi akan datang. Sekian, jawapan saya. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan, Batu Pahat. Silakan.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Kita bercakap tentang karya besar Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee. Filem- filemnya Anakku Sazali, Pendekar Bujang Lapok, Ibu Mertuaku, Madu Tiga dan Tiga Abdul dan yang lain-lain. Soalan tambahan saya kepada Timbalan Menteri, adakah

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

kerajaan bersedia untuk mewujudkan Arkib Digital Tan Sri P. Ramlee Negara yang boleh menghimpunkan filem-filemnya.

Tak silap dia dianggarkan ada 66 filem lakonannya dengan 33 filem arahannya. Dikatakan ada 300 hingga 1,000 lagu ciptaan, beribu skrip, poster, gambar, rakaman dan dokumentasi sejarah beliau dalam satu repositori nasional untuk dijadikan penyelidikan dan pendidikan generasi akan datang.

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:50 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Cadangan yang sangat bagus daripada Ahli Yang Berhormat Batu Pahat. Seperti yang saya sebut tadi, Arkib Negara Malaysia sekarang telah memperoleh 40 buah filem dan juga 65 bahan audio lagu Tan Sri P. Ramlee. Saya tak pasti sama ada Arkib Negara Malaysia sekarang ada sebarang usaha untuk mewujudkan arkib dalam bentuk digital. Tetapi memang di bawah FINAS kami ada usaha untuk mendigitalisasikan semua bahan yang dalamlah simpanan FINAS.

Jadi, saya akan semak sama ada FINAS denganlah Arkib Negara Malaysia adalah kerjasama untuk kita sama-sama men-digitalize-kan semualah karya-karya Tan Sri P. Ramlee. Sekian sahaja. Dan sekiranya kita memperoleh lagi banyak salinan karya-karya Tan Sri P. Ramlee, mestilah FINAS akan yang buat yang terbaik untuk pastikan karya-karya beliau dipelihara secara baik. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan, Pasir Salak. Silakan.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, memandangkan tempoh perlindungan hak cipta filem pada asasnya adalah 50 tahun, adakah kementerian telah membuat audit menyeluruh untuk mengenal pasti hak yang masih dimiliki pihak tertentu termasuk hak cipta, pengedaran dan salinan asal? Dan berapakah banyak bahan asal filem P. Ramlee yang masih wujud serta perlu segera direstorasi sebelum rosak atau hilang selama-lamanya? Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Silakan.

draft • 10:50 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Dato’ Speaker dan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat. Untuk FINAS kita memang ada usaha untuklah telah hubungi pemegang hak untuk karya-karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee untuklah kita dapatkan salinan tetapi rundingan ini masihlah diteruskan kerana antaranya juga ada permintaan daripada pemegang hak tersebut. Tetapi usaha ini memang akan

draft • 10:50 AM

Puan Teo Nie Ching

diteruskan sampailah bulan yang lalu barulah kita juga terima maklum balas daripada Shaw Brothers, pejabat mereka kat Singapura.

Jadi sekiranya kita dapat apa-apa salinan untuk lah karya-karya Tan Sri P.

Ramlee mestilah kita akan buat yang terbaik untuk pastikan karya-karya beliau dapatlah dipelihara secara bagus. Terima kasih, Ahli Yang Berhormat.

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Okey, terima kasih. Untuk soalan seterusnya dipersilakan Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau, Tuaran.

Silakan, Yang Berhormat.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Soalan Tuaran soalan nombor 6.

draft • 11:00 AM

6. Datuk Seri Panglima Madius Tangau [Tuaran] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan apakah pelan bersama Kerajaan Sabah untuk menamatkan catuan dan gangguan air di Tuaran termasuk projek, peruntukan, sasaran NRW, margin rizab serta tarikh semua kampung menerima air terawat.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Silakan, Menteri.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Terima kasih, Yang Berhormat Tuaran. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

(PETRA) sentiasa bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri Sabah melalui Jabatan Air Sabah (JA Sabah) bagi menangani isu gangguan bekalan air di negeri tersebut termasuk di daerah Tuaran.

Pada masa ini terdapat dua projek berjumlah RM624.7 juta di Daerah Tuaran yang diluluskan dan bagi meningkatkan kapasiti kebolehpercayaan dan liputan sistem bekalan air iaitu Projek Penambahan Kapasiti Loji Rawatan Air Telibong 2 Fasa 1 dari 80 jam laju hari kepada 160 JLH termasuk saluran paip utama dan tangki simpanan telah siap pada 23 Julai 2025. Satu berita baik yang mana Projek Pemasangan Paip Utama dan Paip Agihan Loji Rawatan Air Telibong 2 Fasa 2, daerah Kota Kinabalu Sabah telah dikeluarkan surat setuju terima pada 5 Oktober 2026.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, julat ideal yang disarankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) adalah di antara 10 peratus hingga 15 peratus. Kadar rizab margin semasa bagi negeri Sabah adalah 1.81 peratus.

Bagi meningkatkan kadar rizab margin di negeri Sabah, Jabatan Air Sabah kini

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

sedang melaksanakan empat projek pembinaan loji rawatan air baharu serta naik taraf LRA sedia ada. Manakala berhubung air tidak terhasil (NRW) berdasarkan rekod tahun 2025 kadar NRW negeri Sabah adalah 59.6 peratus. Pelaksanaan pengurangan NRW juga sebenarnya akan membantu meningkatkan kadar rizab margin bekalan air.

Terdapat tiga projek yang telah siap dilaksanakan di negeri Sabah di bawah Program NRW Pendekatan 1 Fasa 1 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM82.2 juta secara geran. Sebagai kesinambungan PETRA akan melaksanakan Program NRW Pendekatan 1 Fasa 2 yang bermula pada tahun 2025 hingga 2030 melibatkan Program Penggantian Paip Kritikal dan penyelesaian NRW secara holistik yang merangkumi pembentukan District Metering Zone (DMZ) dan Pressure Management Area (PMA) serta pelaksanaan Active Leakage Control (ALC).

Sepertimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, pengurusan operasi dan perancangan infrastruktur bekalan air di Sabah tertakluk di bawah bidang kuasa negeri Sabah menerusi JA Sabah. Selaras dengan enakmen bekalan air Sabah 2003, justeru penetapan sasaran tarikh khusus bagi liputan air terawat di semua kampung memerlukan perancangan terperinci daripada pihak JA Sabah dengan mengambil kira faktor kapasiti loji, ketersediaan sumber air, rangkaian sistem agihan paip serta kecukupan peruntukan kewangan. Kerajaan Persekutuan kekal komited menyokong usaha ini menerusi saluran peruntukan pembangunan Persekutuan dalam bentuk pinjaman dan geran.

Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan Tuaran, silakan.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Ya, terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang komprehensif tadi. Tuaran mengucapkan terima kasih kerana walaupun hal air ini adalah hal negeri tetapi Kerajaan Persekutuan memberi bantuan termasuk yang disebutkan tadi itu sebagai geran walaupun sebahagian besar daripada yang telah diberikan adalah bentuk pinjaman.

Pertanyaan tambahan saya tadi ialah Yang Berhormat telah menyatakan beberapa projek untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran rawatan yang dijalankan oleh Jabatan Air Sabah, bolehkah Yang Berhormat nyatakan apakah projek-projek itu, yang empat projek tadi itu, nyatakan. Dan setelah nanti dia selesai agaknya berapakah rizab margin sasaran untuk negeri Sabah selepas ia selesai semua? Dan

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

di manakah letaknya di Pantai Timur, di Pantai Barat, di selatan di mana letaknya?

Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih, silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih, Yang di- Pertua, Yang Berhormat Tuaran. Bagi persoalan Yang Berhormat sebentar tadi untuk menyatakan bahawa empat projek tersebut dan sebelum saya menyebut empat nama projek selain terlalu banyak di negeri Sabah. Usaha Yang Berhormat mungkin, projek pemasangan paip utama dan paip agihan loji yang saya nyatakan sebentar tadi yang SST baru keluar bernilai RM195.5 juta yang akan dilaksanakan pada bila-bila masa iaitu di Loji Rawatan Air Telibong 2 Fasa 2 Daerah Kota Kinabalu.

Dan bagi soalan Yang Berhormat sebentar tadi, sistem bekalan air di Lahad Datu Fasa 1 bernilai RM270 juta dalam pelaksanaan penambahan kapasiti Loji Air Rawatan Kogopun, betul ya sebutan Kogopun dari 40 JLH kepada 80 JLH, termasuk sasaran paip utama dan tangki simpanan bernilai RM379.6 juta.

Pembinaan Loji Rawatan Air Cinta Mata 2, Tawau, Sabah yang bernilai RM335 juta, projek menaik taraf Loji Rawatan Air Kasigui bagi bekalan air daerah Putatan dan menaik taraf Muka Sauk di Loji Rawatan Air Beaufort 2 termasuk kerja- kerja berkaitan RM69.6 juta dan secara keseluruhan bernilai RM1.054.2 bilion.

Dan untuk pengetahuan–– itu Yang Berhormat tanya, yang tidak ditanya pula bersamaan dengan KKDW, Yang Berhormat Timbalan ada di sini yang begitu besar sekali keseluruhan Sabah saya nak sebutkan terlalu tebal Yang Berhormat, boleh tengok helaian sahaja yang ada pada saya helaiannya terlalu banyak, helaiannya yang bernilai keseluruhan antara PETRA dan KKDW yang melebihi RM3 bilion, RM3.39 bilion keseluruhan yang telah diperolehi di negeri Sabah. Saya rasa Yang Berhormat Tuaran sangat-sangat berpuas hati dengan jawapan saya ini. Terima kasih, Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan Kubang Kerian, silakan.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya ialah tentang kita tahu bahawa fenomena El Nino ini yang berlaku ini sebenarnya akan dijangka akan mendatangkan kesan yang besar kepada bekalan air negara. Dalam situasi tersebut saya lihat bahawa ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian serius oleh pihak kementerian dan syarikat-syarikat air negeri.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Persoalan saya ialah apakah pelan kontingensi kementerian dan syarikat air untuk menghadapi fenomena El Nino yang dijangka akan menyebabkan rizab air di kawasan takungan kita akan merosot sangat serius dan di waktu yang sama kalau boleh senaraikan negeri-negeri yang dijangka akan berdepan dengan masalah kritikal bila fenomena El Nino ini kerana rizab margin yang sangat rendah. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih, Yang di- Pertua. Terima kasih, Kubang Kerian. Berkenaan dengan El Nino ini, sebenarnya JPS telah membuat perancangan yang agak rapi dalam hal ini dan kebetulan pula soalan Yang Berhormat ini saya baru menghubungi KP JPS, walaupun beliau berada dalam keadaan kurang sihat, influenza terpaksa kuarantin. Secara kebetulan sebenarnya semalam saya bertanya berkenaan El Nino dan dia kata JPS sedang membuat satu kawalan yang begitu rapi tentang masalah air dan sudah pasti JPS lah yang memainkan peranan utama dalam soal ini.

Pihak negeri-negeri mungkin kalau negeri Pahang – PAIP, kalau negeri Sabah, Jabatan Air Sabah, Johor – Jabatan Air Johor dan juga di lain-lain negeri dan dalam usaha kita ini sebenarnya di peringkat negeri kita sedang memastikan bahawa perkara ini tidak berlaku, saya faham kalau berlaku banjir, berlaku kekeringan air sudah pasti rakyat akan merasainya. Tetapi walau bagaimanapun, persoalan Yang Berhormat ini kawalan kita melalui JPS dan beliau ada menyatakan juga keraguan apabila sekarang ini berlakunya jerebu.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Dia juga agak risau kerana kita sedang membuat pembenihan awan untuk mengelakkan daripada hujan yang lebat. Tetapi walau bagaimanapun, kawalan ini masih berlaku oleh pihak JPS sendiri dan insya-Allah Yang Berhormat Kubang Kerian, kita akan pastikan di setiap negeri dan baru-baru ini kita pun sudah panggil empat negeri bermesyuarat supaya kawalan El Nino yang akan berlaku ini dapat kita pastikan dengan baik. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Kita beralih ke soalan seterusnya, dipersilakan Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah, Langkawi.

draft • 11:10 AM

Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

Terima kasih, Dato’

draft • 11:10 AM

Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri

Hatiku rindu seruling buluh; Soalan saya nombor tujuh.

draft • 11:10 AM

7. Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah [Langkawi] minta Menteri Kerja Raya menyatakan sama ada kementerian bercadang memperketat syarat pemilihan dan penilaian prestasi kontraktor memandangkan sebahagian besar projek sakit dikenal pasti berpunca daripada kelemahan pengurusan dan masalah kewangan kontraktor serta apakah mekanisme baharu yang akan dilaksanakan bagi mengelakkan kelewatan projek kerajaan berulang pada masa hadapan.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Cari bekal musim tengkujuh; Untuk keluarga buat sarapan; Langkawi soal nombor tujuh; Ini dia diberi jawapan. Bagi tujuan memperkasakan perolehan kerja kerajaan, Kementerian Kerja Raya melalui JKR sentiasa membuat kajian dan menyediakan cadangan penambahbaikan perolehan kerajaan yang optimum untuk diguna pakai oleh semua agensi. JKR telah memajukan tiga cadangan dan inisiatif ke MOF yang telah dipersetujui:

(i) Penentuan julat harga pemisah ataupun cut-off. Kaedah sedia ada menetapkan bahawa penilaian dilaksanakan terhadap petender yang menawarkan harga tender dalam julat negatif 15 peratus sehingga positif 10 peratus daripada harga adjusted builders work (BWAM) dan MOF telah mengizinkan JKR untuk melaksanakan penilaian dilaksanakan terhadap petender yang menawarkan harga tender dalam julat negatif 10 peratus sehingga positif 10 peratus daripada secara rintis sehingga 31 Disember 2027. Kaedah ini dilihat dapat menyenaraikan petender-petender yang menawarkan harga yang paling hampir kepada harga pasaran semasa untuk melaksanakan projek kerajaan.

(ii) Pengesahan salinan penyata kewangan syarikat yang diakui sah setelah beberapa sesi libat urus bersama persatuan firma- firma akauntan bertauliah (AMCAF), cadangan agar pengesahan salinan diakui sah (certified true copy) ke atas salinan penyata kewangan syarikat boleh dibuat oleh sama ada juruaudit bertauliah individu atau oleh firma audit telah

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

diterima oleh MOF. Terdahulu, pengesahan salinan diakui sah hanya dilaksanakan oleh firma audit.

(iii) Penambahbaikan kaedah pengemukaan borang kerja semasa dalam tangan dan prestasi kerja semasa bagi projek kendalian JKR dan projek yang baru disetuju terima.

Berdasarkan peraturan sedia ada, petender dikehendaki mengisytiharkan semua kerja dalam tangan semasa dan mengemukakan laporan prestasi kerja semasa, semasa mengemukakan tawaran tender. MOF telah membenarkan bagi projek-projek di bawah kendalian JKR yang didaftarkan di bawah sistem skala dikecualikan dari pengemukaan borang-borang ini.

Setakat 30 September 2026, daripada keseluruhan 875 projek di peringkat pembinaan yang berada di bawah seliaan JKR Malaysia dengan nilai keseluruhan kontrak berjumlah RM40.7 bilion, 33 projek atau hanya 3.77 peratus dikategorikan sebagai projek sakit. Berdasarkan analisis terhadap 33 projek sakit tersebut, 77 peratus adalah berpunca daripada kelemahan pengurusan pihak kontraktor.

Khususnya dari aspek perancangan dan penyelarasan kerja di tapak yang kurang berkesan, tenaga kerja yang tidak mencukupi serta kelemahan dalam pengurusan jentera dan bekalan bahan binaan. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Silakan, Yang Berhormat Menteri Langkawi. Soalan tambahan.

draft • 11:10 AM

Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan insya-Allah saya ucapkan syabas. Insya-Allah segala peraturan dan faedah-faedah itu akan dinikmati oleh rakyat Malaysia. Tetapi soalan saya Yang Berhormat Menteri, kalau kita perhatikan kontraktor-kontraktor ini juga, di mana projek mereka terbabas. Contoh Yang Berhormat Menteri, di Langkawi tiap- tiap kali Yang Berhormat Menteri turun di Lapangan Terbang Langkawi, Yang Berhormat Menteri tak akan dapat melihat laut. Pemandangannya itu dikabuskan oleh hoarding project, Yang Berhormat. Banyak sekali hoarding, hoarding project yang terdapat di Langkawi, yang mana menunjukkan projek-projek ini failed-lah.

Jadi Yang Berhormat Menteri, adakah kerajaan mengambil tindakan?

Contohnya di Langkawi tersebut oleh syarikat Widad, Projek Langkasuka dan projek ini sudah kali— Program LIMA, Langkawi International Maritime sudah lima kali dan saya melihat hoarding itu semakin pudar, semakin pudar dan menjelikkan, Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:10 AM

Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

Jadi, saya pohon Yang Berhormat Menteri kalau boleh dimasukkan juga ke dalam spesifikasi kontraktor-kontraktor supaya sekiranya projek itu terjejas atau tidak dapat dilaksanakan melebihi dua tahun, hoarding, hoarding ini hendaklah dibersihkan supaya rakyat yang turun ke Langkawi itu dia nampak laut bukan nampak hoarding, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih, Yang Berhormat. Silakan, Yang Berhormat Menteri Menteri menjawab.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya rasa ini Projek Widad dalam kerajaan negeri ini ya. Saya ingin maklum kepada Yang Berhormat Langkawi, projek di bawah JKR di Langkawi ada lima projek pembinaan dengan kos kontrak RM561.78 juta. Daripada jumlah tersebut, dua projek berstatus lancar; tiga projek lewat jadual, saya nyatakan sekejap lagi; manakala tiada projek dilapor sakit.

Okey. Pembinaan bangunan tambahan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi sepatutnya 95.64 peratus, tetapi yang ada di atas sana 91.89 peratus, lewat empat hari. Pembinaan Kuarters Kementerian Kesihatan Malaysia, kuarters di sebelahnya 96.24 peratus, lewat 36 hari, ini perlu diperbaiki. Kemudian pembinaan Fossil Walk di Pulau Anak Tikus, Pulau Langgun kerja-kerja berkaitan, 23.52 peratus, lewat lima hari. Kemudian pembinaan Kuarters Akademi Correctional Malaysia (AKM Langkawi), awal sembilan hari. Seterusnya yang kelima, infrastruktur lain-lain berkaitan di Gua Langsir, Kilim Geoforest Park, mukim Ayer Hangat, 33 peratus, awal 10 hari. Jadi, ini projek JKR, Yang Berhormat Langkawi. Projek yang Yang Berhormat sebut tadi itu bukan projek JKR. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan, Yang Berhormat Tanjong Manis, silakan.

draft • 11:10 AM

Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd Wahab - Tanjong Manis

Terima kasih, Yang di-Pertua. Kelewatan projek ada hubung kaitnya dengan kelemahan pengurusan dan juga masalah kewangan. Tetapi juga kelewatan projek boleh dikaitkan dengan kekurangan kemahiran TVET dan pekerja binaan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri selaku Chef de Mission ke Shanghai WorldSkills pada tahun ini baru-baru ini. Apakah pengalaman yang kita boleh dapat daripada WorldSkills Shanghai tahun 2026 dan kejayaan Malaysia di peringkat WorldSkills dan apakah pengalaman tersebut dapat kita terjemahkan dalam membantu kontraktor-kontraktor tempatan untuk melaksanakan projek dengan lebih berkesan lagi? Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis yang juga berada di Shanghai seminggu. Apa yang berlaku pada minggu sudah dibanding dengan apa yang berlaku di Lyon, Perancis dua tahun sudah WorldSkills. Saya ingin memaklumkan Yang Berhormat Speaker bahawa WorldSkills ini bermula di peringkat kebangsaan. Kemudian di peringkat ASEAN, saya diminta dengan Yang Berhormat Lipis menjadi Chef de Mission bersama. Di peringkat ASEAN, di Manila, kita johan. Johan seluruh ASEAN dengan 13 emas.

Kemudian, Timbalan Menteri KKDW pergi ke Taiwan. Di situ kita dapat nombor tiga dengan lima emas di peringkat Asia. Di peringkat dunia, kita meningkatkan kedudukan daripada 32 kepada 22 anak tangga daripada 65 negara.

Jadi, kita berada di 1/3 tertinggi dunia dengan peningkatan pingat daripada lima pingat di Lyon kepada 14 pingat di Lyon.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Itu satu pingat yang sangat tinggi, di mana 11 daripada kemahiran dunia yang kita tandingi termasuklah kemahiran dalam pembinaan, kemahiran dalam komputer, kemahiran dalam kemahiran hidup seperti memasak, lain-lain itu kita ada 11 kemahiran yang kita top 10 terbaik dalam dunia. Jadi, ini satu kejayaan dan kita ucap terima kasih kepada KESUMA dan juga kementerian-kementerian yang lain. Dan, kami di CIDB dan Kementerian Kerja Raya akan terus meningkatkan lagi keupayaan kita untuk pertandingan seterusnya di peringkat ASEAN, Asia dan juga WorldSkills di Jepun pada tahun 2026, jika masih lagi berada di sini. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Untuk soalan seterusnya, kita beralih ke Dato Anyi Ngau, Baram.

draft • 11:20 AM

Dato Anyi Ngau - Baram

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 8.

draft • 11:20 AM

8. Dato Anyi Ngau [Baram] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan langkah dan inisiatif kementerian untuk menjamin agar bekalan bahan-bahan subsidi dibekalkan dalam kuantiti dan kualiti dengan telus dan berintegriti di kawasan pedalaman Sarawak seperti di Baram.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Baram di atas soalan tadi.

Yang Berhormat, pihak kerajaan terutamanya KPDN yang menjaga bahagian kawalan harga dan bekalan amat ambil berat ya berkenaan dengan perihal harga- harga barang-barang keperluan asas khususnya di kawasan pedalaman terutamanya di Baram. Kita akui bahawa Baram ini merupakan kawasan yang nombor dua luasnya. Kawasan Parlimen yang nombor dua luasnya di kalangan Parlimen-parlimen yang lain.

Jadi, tentu sekalilah cabaran logistik itu kita tidak ambil, tidak perkecilkan cabaran logistik itu. Contoh pada tahun sebelum kita adakan program pengedaran barang perlu, pernah satu ketika di Parlimen Baram, harga tong gas LPG itu pernah mencecah RM250 setong tapi kini, kita dapat mengawalnya kepada harga RM26.60 setong, iaitu harga kawalan. Ini apabila kita memperkenalkan Program Pengedaran Barang Perlu sejak tahun 2009 dan Baram— Yang Berhormat Baram, kawasan Parlimen Baram merupakan kawasan antara yang terawal yang dilaksanakan Program Pengedaran Barang Perlu.

Pada tahun 2026, sebanyak RM250 juta diperuntukkan untuk Program Pengedaran Barang Perlu ini dan ia nya melibatkan 1.03 juta penduduk di enam buah negeri termasuk Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan, Pahang dan Kedah. Ia nya melibatkan 212 zon, 828 kawasan pengedaran dan 1,532 point of sale. Manakala di Baram, Parlimen Baram khususnya ada 139 point of sale, 24 zon dan melibatkan 75,593 penduduk Yang Berhormat.

Ada tujuh kategori barang perlu yang termasuk di dalam Program Pengedaran Barang Perlu ini iaitu yang kita ketahuilah, LPG, beras, gula tepung, petrol, diesel, minyak masak. Jadi, itu tujuh item yang termasuk dalam Program Pengedaran Barang Perlu. Bagaimana kita nak memastikan bahawa kita ada integriti dan tidak ada apa orang kata— yang telus ya di dalam pengedaran ini, ada beberapa langkah.

Antaranya,satu menyediakan prosedur SOP untuk program untuk kita punya transporter. Kedua, menubuhkan satu jawatankuasa khas iaitu pemantauan dan penyelarasan program di peringkat kementerian dan negeri bagi memantau secara dekat prestasi bekalan perbelanjaan serta operasi penghantaran logistik. Yang ketiga, pemeriksaan berkala di lapangan dan menugaskan pegawai pemantau harga dan pegawai penguat kuasa untuk menjalankan pemeriksaan berkala secara fizikal di lokasi point of sale.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Dan, sekiranya didapati ada ketidakpatuhan, tindakan akan diambil. Dan, dalam kes di Baram, sehingga 30 September 2026, 67 daripada 139 point of sale di Baram telah dipantau oleh KPDN dan KPDN juga menerima dua aduan melibatkan dua pos dan apabila didapati melebihi harga kawalan, pos-pos tersebut ditamatkan perkhidmatan mereka serta-merta. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan Yang Berhormat Baram, silakan.

draft • 11:20 AM

Dato Anyi Ngau - Baram

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana memberi jawapan yang sungguh komprehensif dan saya yakin bahawa dengan inisiatif-inisiatif yang telah diterangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, kita doakan dan kita sangat mengharapkan supaya barang-barang kawalan termasuk subsidi ini dapat disampaikan kepada rakyat di kawasan pedalaman, khususnya di Baram.

Jadi, soalan tambahan saya adalah berapakah jumlah peruntukan kerajaan yang diperuntukkan untuk membiayai kontraktor transport ini untuk menghantar barang kawalan dan subsidi ini ke pusat jualan. Dan di samping itu, minta juga Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk memberi bayangan atau pun memberitahu apakah kaedah ataupun dasar yang menentukan kadar transport ini kepada transporter, sebab kita nampak memang ada pihak-pihak yang mengadu bahawa kadar yang dibayar kepada pihak kontraktor transporter ini mungkin dia meragui kadar ini sebab ada masa dia tinggi dan tahun yang lain juga dia juga berlainan.

Jadi, inilah yang menjadi pertanyaan kepada kita semua. Dan, saya mohon untuk penjelasan daripada pihak kementerian supaya barang-barang ini dapat disampaikan kepada rakyat di kawasan pedalaman yang amat memerlukan bantuan- bantuan ini. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri menjawab.

draft • 11:20 AM

Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Terima kasih Yang Berhormat Baram di atas soalan tambahan itu. Yang pertama berkenaan dengan peruntukan. Peruntukan ialah kesemuanya RM250 juta untuk tahun 2026. Manakala untuk Baram, dia punya— saya cuma ada jumlah kuota bulanan ya. Kuota bulanan dari segi banyak gulanya, tepung gandumnya, minyak masaknya, LPG, petrol dan sebagainya. Dari segi nilainya, saya boleh bagi secara bertulis Yang Berhormat Baram.

Berkenaan dengan aduan. Bagaimana kita melantik kontraktor? Kita melantik kontraktor transporter. Maaf Dato’ Yang di-Pertua, kita melantik transporter melalui

draft • 11:20 AM

Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

proses tender. Transporter memberi sebut harga dan akhirnya board tender akan membuat keputusanlah berkenaan dan siapa yang diberikan tender tersebut dan kontrak tersebut ya.

Berkenaan dengan kadar pula, ia nya banyak berkaitan dengan jauhnya, dari segi logistik. Sebab subsidi ini ialah untuk apa orang kata logistik, untuk pengangkutan, pengedaran itu, bukan untuk barang ya tapi untuk bawa barang tersebut daripada luar ke point of sale. Jadi, itu dia punya basis dan dia tidak spesifik untuk satu-satu. Kerana kadang-kadang dia ada melibatkan sungai, dia ada melibatkan jalan raya Dato’ Yang di-Pertua. Dia tidak sama antara satu kawasan dengan satu kawasan dan dia punya jarak perjalanan pun tidak sama Dato’ Yang di- Pertua.

Jadi, tidaklah satu transporter itu sama je dengan transporter yang lain. Jadi, untuk lebih detail sekiranya Yang Berhormat Baram ada aduan spesifik khusus berkenaan mana-mana transporter ya ataupun berkenaan mana-mana kes-kes yang disyaki ada ketirisan, maka bolehlah datang sendiri jumpa saya ya. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Silakan soalan tambahan, Yang Berhormat Kapar.

draft • 11:30 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih, Timbalan Speaker. Saya sangat memahami apa yang dibawa oleh Baram ini sebab pengundi saya pun di Baram dan kalau tengok Baram ini, 61 peratus saiznya daripada negeri paling besar di Semenanjung iaitu Pahang.

Jadi Menteri, bagi kawasan pedalaman Sarawak, apakah kos sebenar kerajaan untuk menghantar setiap liter petrol atau diesel dan tong LPG bersubsidi ke pengguna akhir berbanding kawasan bandar? Berapakah premis yang mengalami kekurangan bekalan dalam tempoh 12 bulan lalu, dan apakah mekanisme kerajaan memastikan subsidi benar-benar sampai kepada rakyat pedalaman tanpa ketirisan?

Jangan lupa, Long Lellang ni di dalam kawasan Baram. Kena pakai helikopter doktor hendak pergi ke sana. So, that is the significant tentang pedalaman, masalah pedalaman ini. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:30 AM

Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Terima kasih, Yang Berhormat Baram di atas keprihatinan dan juga soalan tambahan itu.

draft • 11:30 AM

Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Kos sebenar LPG ini, kalau misalannya dia hanya terlibat dengan bila ada program ini Kapar. Kalau ada program penghantaran barang perlu itu, baru ada libat kos penghantaran. Kalau dalam kes-kes yang tidak ada program pengedaran barang perlu ini contohnya, kalau kita pergi ke dealer-dealer biasa itu, kos penghantaran tidak ditanggung oleh pihak kerajaan. Ia tidak ditanggung oleh pihak kerajaan, melainkan dalam program pengedaran barang perlu.

Jadi, dalam RM250 juta itu, kos penghantaran LPG saya kena dapatkan khususlah Kapar ya, kalau nak tahu khusus spesifik satu-satu item untuk...

draft • 11:30 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Bertulis pun tak apa.

[Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 11:30 AM

Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Bertulis? Saya akan— kita akan minta pegawai buat secara bertulis. Okey, terima kasih. Yang Berhormat Dato’ Yang di- Pertua, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Masa dah 11.32. Maka Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Tuan Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan Usul Menteri di Jabatan Perdana Menteri seperti di Nombor 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini. Selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 8 Oktober 2026.”

draft • 11:32 AM

Timbalan Menteri Digital - Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Saya mohon menyokong.

draft • 11:32 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 11:32 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

USUL MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M. 23(3)
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2/2026

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Yang di-Pertua, “MENYEDARI bahawa Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan serta Akta Audit 1957 [Akta 62] memperuntukkan mandat Ketua Audit Negara sebagai sebahagian daripada mekanisme semak dan imbang negara bagi memastikan wang dan sumber awam diuruskan dengan akauntabiliti, tertakluk kepada pengauditan yang bebas, profesional dan berasaskan bukti.

MENGAMBIL MAKLUM bahawa pindaan kepada Akta Audit 1957 pada tahun 2024 telah memperkukuh institusi Ketua Audit Negara melalui peluasan skop pengauditan, pendekatan Follow the Public Money Audit, kuasa mengeluarkan garis panduan pengauditan, kuasa membuat syor berhubung ketakteraturan serius serta kuasa melaksanakan audit susulan terhadap syor, ulasan dan pandangan yang dilaporkan.

MENYEDARI bahawa Laporan Ketua Audit Negara 2/2026 telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin, 5 Oktober 2026, iaitu LKAN 2/2026 (Kertas Perintah 26 Tahun 2026) mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2025 dan LKAN 2/2026

(Kertas Perintah 27 Tahun 2026) mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan.

MENGAKUI bahawa nilai sesuatu laporan audit tidak terhenti pada pengenalpastian kelemahan, sebaliknya bergantung kepada tindakan pembetulan, pencegahan pengulangan, pemulihan wang awam dan penambahbaikan sistem yang dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab.

MENEGASKAN bahawa perbahasan LKAN di Dewan Rakyat melengkapkan rantaian akauntabiliti awam dengan menyediakan

draft • 11:33 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

ruang untuk dapatan diteliti, penjelasan diberikan dan tindakan susulan dipantau secara terbuka.

BAHAWA Dewan yang mulia ini menyeru semua kementerian, jabatan, agensi dan entiti berkaitan supaya meneliti dapatan dan syor dalam LKAN 2/2026 secara objektif serta melaksanakan tindakan pembetulan dan penambahbaikan yang sewajarnya demi memperkukuh tatakelola dan pengurusan wang awam.” Tuan Yang di-Pertua, saya bangun pada hari ini untuk mencadangkan usul berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2/2026. Saya ingin memulakan dengan satu prinsip yang mudah tetapi sangat penting, wang awam ialah wang rakyat.

Sebab itulah, setiap ringgit yang dibelanjakan oleh kerajaan mesti dapat dipertanggungjawabkan, bagaimana ia dibelanjakan, untuk tujuan apa, apakah hasilnya dan sekiranya berlaku kelemahan, apakah tindakan yang telah diambil.

Pengauditan wang awam bukan sekadar proses pentadbiran atau prosedur kewangan, ia mempunyai asas perlembagaan di bawah Perkara 105, 106, 107 dan merupakan sebahagian daripada sistem semak dan imbang negara. Kebebasan profesional Ketua Audit Negara pula memastikan penilaian terhadap penggunaan wang awam dilakukan secara objektif, berintegriti dan berasaskan bukti.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, hari ini merupakan hasil – hari ini merupakan kali kelapan Laporan Ketua Audit Negara dibentangkan dan dibahaskan di Dewan ini. Sebelum tahun 2023, LKAN lazimnya dibentangkan untuk perhatian Ahli-ahli Parlimen sebelum dirujuk kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

Tetapi sejak 6 Jun 2023, Kerajaan MADANI telah mengambil pendekatan yang berbeza. LKAN dibawa untuk dibahaskan secara terbuka di Dewan Rakyat.

Mengapa? Kerana, akauntabiliti tidak sepatutnya berhenti apabila laporan audit dibentangkan.

Audit mesti membawa kepada tindakan, teguran mesti membawa kepada pembetulan, kelemahan mesti membawa kepada penambahbaikan dan apabila wang rakyat terlibat, rakyat berhak mengetahui apa yang berlaku lepas sesuatu kelemahan dikenal pasti.

Sebab itulah, perbahasan di Dewan ini penting. Ahli-ahli Yang Berhormat bukan sahaja meneliti laporan bagi pihak Parlimen, kita membawa suara rakyat dalam memastikan kerajaan bertanggungjawab terhadap setiap wang awam yang dibelanjakan.

draft • 11:33 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melihat fungsi audit dan Laporan Ketua Audit Negara sebagai satu komponen penting dalam rantaian akauntabiliti negara.

Pengauditan pada asasnya merupakan mekanisme akauntabiliti selepas sesuatu perbelanjaan atau keputusan kewangan dilaksanakan, dengan izin post spending, untuk menilai sama ada wang awam telah dibelanjakan dengan teratur, berhemah dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Namun, akauntabiliti tidak seharusnya hanya berlaku selepas sesuatu perbelanjaan dibuat atau selepas sesuatu kelemahan dikenal pasti melalui audit.

Sebab itulah, kerajaan turut membangunkan kerangka reformasi institusi yang memberi penekanan kepada aspek pencegahan, ketulusan dan akauntabiliti, salah satu daripada ekosistem reformasi institusi.

Inisiatif-inisiatif yang akan datang seperti Akta Kebebasan Maklumat bertujuan memperluas akses kepada maklumat dan meningkatkan ketulusan dalam proses kerajaan. Akta Pendanaan Politik pula bertujuan mewujudkan kerangka yang lebih tulus dan bertanggungjawab dalam pembiayaan politik. Penubuhan Ombudsman Malaysia pula akan memperkukuh mekanisme semak dan imbang terhadap pentadbiran awam.

Dengan kata lain, Laporan Ketua Audit Negara membantu kita melihat dan memperbetulkan apa yang telah berlaku. Manakala, reformasi institusi yang sedang kita laksanakan bertujuan membina sistem yang dapat mencegah kelemahan sebelum ia berlaku.

Semuanya saling lengkap-melengkapi. Matlamat akhirnya adalah sama.

Kerajaan yang lebih tulus, institusi yang lebih bertanggungjawab dan sistem yang lebih dipercayai rakyat.

draft • 11:33 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, LKAN 2/2026 yang dibentangkan pada 5 Oktober mengandungi dua naskhah utama melibatkan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2025 serta pengauditan prestasi terhadap empat program atau aktiviti kementerian, jabatan dan agensi. Sebanyak 38 syor telah dikemukakan dan bagi saya, selepas laporan ini dibentangkan empat soalan mesti dijawab.

(i) siapa yang bertanggungjawab?;

(ii) apakah tindakan pembetulan?;

(iii) bilakah tindakan itu akan diselesaikan?; dan

(iv) bagaimana kemajuannya akan dipantau?

draft • 11:40 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, inilah ukuran sebenar keberkesanan audit dan kita sudah melihat hasilnya. Sehingga 28 September 2026, tindakan susulan audit oleh Jabatan Audit Negara telah menyumbang kepada kutipan hasil dan bayaran balik kepada kerajaan berjumlah RM920.91 juta. Ini bukan angka yang kecil. Ini membuktikan bahawa audit yang disusuli tindakan boleh menghasilkan pemulihan wang awam yang nyata. Maka, mesej kepada semua kementerian, jabatan dan agensi adalah jelas. Jangan melihat teguran audit sebagai serangan. Lihatlah ia sebagai peluang untuk membetulkan kelemahan, memperbaiki sistem dan melindungi wang rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membawa satu seruan kepada kerajaan-kerajaan negeri. Prinsip akauntabiliti tidak boleh hanya berhenti di Putrajaya. Wang rakyat diuruskan di setiap peringkat kerajaan. Oleh itu, saya menyeru supaya Dewan Undangan Negeri turut memberikan ruang kepada Laporan Ketua Audit Negara untuk diteliti dan dibahaskan secara terbuka dan bukan sekadar dibentangkan untuk makluman. Akauntabiliti tidak mengenal sempadan politik. Sama ada Kerajaan Persekutuan ataupun kerajaan negeri, kerajaan ataupun pembangkang, apabila melibatkan wang rakyat standardnya mestilah sama.

Tuan Yang di-Pertua, kita kini berada dalam fasa baru institusi audit negara, mandat telah diperkukuh, teknologi telah memperluaskan pemantauan, Parlimen telah membuka ruang penelitian. Tetapi semua pembaharuan ini akhirnya mesti bertemu kepada satu perkara; tindakan.

Tindakan kementerian untuk membetulkan kelemahan, tindakan pengurusan untuk memperkukuhkan kawalan, tindakan institusi pengawasan untuk memastikan syor dilaksanakan dan tindakan Parlimen untuk memastikan setiap Ringgit wang rakyat diuruskan dengan amanah, dengan cekap dan dengan tulus kerana akhirnya audit bukan tentang mencari siapa yang hendak dipersalahkan.

Audit adalah tentang memastikan kesilapan diperbetul, ketirisan dihentikan dan wang rakyat dilindungi. Itulah akauntabiliti, itulah integriti dan itulah tanggungjawab kita bersama kepada rakyat. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Saya mohon menyokong.

draft • 11:40 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini ialah usul Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini terbuka untuk dibahas. Namun, sebelum usul ini dibahaskan saya ingin menyampaikan hasrat Yang di-Pertua Dewan Rakyat mengenai perbahasan Laporan Ketua Audit Negara di Dewan yang kini telah memasuki tahun keempat.

Perbahasan ini merupakan komitmen berterusan kerajaan melalui usul Yang Berhormat Menteri ini dalam sistem Demokrasi Berparlimen bagi memastikan pengurusan wang dan sumber awam sentiasa tertakluk kepada penelitian, semak dan imbang serta akauntabiliti.

Pindaan kepada Akta Audit 1957 yang diluluskan oleh Dewan ini pada tahun 2024 telah memperkukuhkan lagi peranan dan mandat institusi audit negara agar Ketua Audit Negara mempunyai kebebasan untuk melaksanakan pengauditan, membuat pertimbangan profesional serta mengemukakan dapatan, teguran dan syor berdasarkan fakta dan bukti audit berlandaskan piawaian pengauditan antarabangsa yang berkaitan.

Kesediaan Laporan Audit Negara dibawa ke Dewan ini untuk dibahaskan secara terbuka mencerminkan keterbukaan kerajaan termasuk Jabatan Audit Negara terhadap penelitian serta komitmen untuk memperkukuh akauntabiliti dan tatakelola pengurusan wang awam. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya mengumumkan senarai ahli Dewan yang akan berbahas, saya menyeru agar perbahasan ini bertumpu kepada isu-isu yang telah dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2/2026 yang telah dibentangkan di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat selaras dengan Peraturan Mesyuarat 38(i). Dengan itu, saya akan membacakan senarai pembahas.

Saya tengok di sini senarainya ada 31 pembahas. Setiap pembahas akan diberikan lima minit melainkan budi bicara saya untuk memanjangkan, memberi masa tambahan. Pertamanya, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Tanah Merah, Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Kota Bharu, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Jerantut, Yang

draft • 11:40 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Sipitang, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Tanjong Karang dan yang terakhir Yang Berhormat Beaufort.

Dengan itu, saya menjemput Yang Berhormat Kota Belud untuk memulakan perbahasan. Lima minit, Yang Berhormat.

draft • 11:40 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Bismillahirrahmanirrahim. Tuan Yang di-Pertua, pada bulan Mac 2024 saya telah mengirim surat kepada Pengerusi PAC. Apa yang saya request? Saya mohon agar PAC memulakan siasatan berkenaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

Ketika itu, asas gesaan saya berdasarkan daripada Laporan Ketua Audit Negara siri 1/2019 dan juga rentetan perjalanan projek yang begitu perlahan, meragukan dan mengalami pelbagai masalah. Malang sekali, dua tahun setengah berlalu dan sehingga hari tidak ada tindakan. Sekarang hari ini telah terbukti apa yang saya suarakan selama ini, apa yang saya risaukan telah didedahkan oleh Ketua Audit Negara.

Laporan kali ini lebih lengkap, lebih terperinci, projek bernilai hampir RM25 bilion— RM24.89 bilion mengalami pelbagai masalah dan jelas kelemahan dari peringkat awal dan dibiarkan berlarutan mengakibatkan projek ini hanya siap 11 peratus walaupun telah 10 tahun berlalu. Saya mahu tanya di sini. Sudah dua kali laporan audit memberikan teguran. Kenapa tiada tindakan? Sampai bila tiada siasatan menyeluruh? Sampai bila penguat kuasa akan terus berdiam dan tiada tindakan? Oh, kalau isu Tabung Haji, kalau isu FELDA, kalau isu UiTM tidak ngam dengan politik kamu habis kena bongkar, habis kena dakwa. Jadi, yang Sabah macam mana? Dikasi biar-biar?

Tuan Yang di-Pertua, to be honest, saya sangat kecewa. Lima minit ini saya rasa sangat tidak cukup untuk saya sentuh semua isu hanya untuk satu subjek, Pan Borneo yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara. It is not fair to be given only five minutes kerana rakyat Sabah berhak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini pelbagai versi. Kita dengar mengenai punca utama kelewatan projek Pan Borneo Sabah. Sebelum ini kononnya pembatalan PDP lah yang merupakan punca utama. Tapi hakikatnya, muka surat 12 poin 5(e). Apa yang Ketua Audit cakap? Saya quote. “Secara keseluruhannya, kelewatan penyiapan projek LPB Sabah Fasa 1 adalah disebabkan kelemahan

draft • 11:46 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

perancangan projek melibatkan penyediaan tapak projek, kelemahan pelaksanaan projek di bawah PDP, kelemahan pelaksanaan oleh kontraktor perunding, perubahan reka bentuk dan pengalihan utiliti.” Sekarang kita sudah baca dan kita sudah dengar bukan sahaja penamatan PDP tiada dalam kategori punca utama, malah dalam senarai punca kelewatan yang disebutkan oleh Ketua Audit pun tidak disebut. Malah, PDP yang dibangga-bangga konon yang terbaik itu disenaraikan pula sebagai punca. Saya mahu cakap satu sahaja. Kalau selepas ini ada lagi yang bercakap pembatalan PDP itu adalah punca kelewatan, bagus kamu pergilah. Pergilah tengok, pergi lawat itu audit.

Tuan Yang di-Pertua, kenapa saya tekankan mengenai isu penamatan PDP ini, Tuan Yang di-Pertua? Kerana kerajaan— Tidak kisahlah kau Kerajaan Federal kah, kerajaan negeri kah, apabila ditanya, cari dulu salah kerajaan yang dahulu.

Itulah yang diutamakan berbanding cari jalan penyelesaian.

draft • 11:46 AM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul!

draft • 11:46 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Kenapa saya cakap begitu? Di perenggan yang sama dalam laporan, disebut masalah yang sama masih berlaku untuk Fasa 1B. Masih lagi berlaku kelewatan, masih lagi isu pengambilan dan penilaian tanah dan kerja pengalihan utiliti. Haih, sama saja dari dulu.

draft • 11:46 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Sepatutnya daripada bersusah payah mencari alasan untuk mengelirukan rakyat demi kepentingan politik, sepatutnya isu-isu ini dari awal bah kita cari jalan kasi selesai dia.

Tuan Yang di-Pertua, pertama, kita pergi kepada isu tanah. Muka surat 16, perenggan 5.2.2.1(a), muka surat 18 Jadual 5 dan muka surat 19. Di sini menceritakan bagaimana garis panduan RMK telah dilanggar apabila SST telah dikeluarkan sebelum tanah diambil dan dikosongkan. Kerana ketidakpatuhan dan kegagalan perancangan daripada peringkat awal ini, dilaporkan ada ribuan struktur yang belum dirobohkan melibatkan bukan sahaja Fasa 1A, tetapi juga Fasa 1B walaupun kerja-kerja telah pun berjalan antara 13 hingga 15 bulan. Yang terpaling mengganggu emosi saya Tuan Yang di-Pertua, apabila saya membaca muka surat 20, yang mana hanya ada tujuh orang pegawai penilai dari Jabatan Tanah dan Ukur untuk menguruskan koridor sepanjang 706 kilometer.

Tuan Yang di-Pertua, jadi maksudnya apa? Tujuh orang, tujuh orang satu pegawai itu maksudnya kena suruh ukur 100 kilometer satu orang. Sudahlah begitu,

draft • 11:50 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

dikasi biar begitu lama sampailah tahun lalu, bulan Disember sahaja barulah 12 firma jurunilai swasta dilantik. Macam baru kena masuk malaikat kita.

Tuan Yang di-Pertua, inilah perkara yang saya berulang-ulang kali, bertahun- tahun saya sebutkan dalam Dewan ini. Kalau kita sudah tahu projek itu besar dan akan dilaksanakan di Sabah, jangan bah kasi jadi alasan pegawai penilai tidak cukuplah, jurutera tidak cukuplah. Kalau sudah tahu dari awal, kita kasi selesai bah, kita cari jalan penyelesaian. Bukan kita pun baru kerja, berpuluh tahun sudah kan.

Yang di pusat pun sama, ada atau tidak teguran diberikan kepada kerajaan negeri?

Duit daripada kamu, kenapa dikasi biar begitu lama?

Kedua, pengalihan utiliti bawah tanah...

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat, masa dah tamat.

Landing, landing.

draft • 11:50 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Inilah ini masalah utama yang dilaporkan oleh audit, muka surat 11, carta dua memperlihatkan isu ini menjadi punca utama kelewatan Pan Borneo yang mana total 24 EOT yang diberikan melibatkan 7,994 hari.

Dua isu ini Tuan Yang di-Pertua, pengurusan tanah dan pengalihan utiliti ini adalah di bawah bidang kuasa negeri yang diperakui gagal sejak daripada awal.

Walaupun maklum balas telah diberikan KKR dan JKR Sabah, audit di muka surat 13 masih berpendapat kelemahan ketara dari sudut perancangan dan pelaksanaan telah mengakibatkan kos dan kelewatan projek.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat, masa dah tamat Yang Berhormat.

draft • 11:50 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, saya baru start Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak apa, ada peluang lain nanti dalam...

draft • 11:50 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Saya mohon ada, saya mohon untuk habiskan Tuan Yang di-Pertua. Lima muka surat, boleh?

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Satu perenggan sahaja. Satu muka surat sahaja.

draft • 11:50 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Saya mahu buat conclusion ini pun punya banyak ini.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Boleh bangkit dalam budget speech nanti.

draft • 11:50 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Budget speech kita minta peruntukan untuk kawasan Tuan Yang di-Pertua. Beginilah Tuan Yang di-Pertua, since saya tidak dibenarkan untuk meneruskan. Tak apa, nanti saya carilah medium lain macam mana saya mahu terangkan.

Satu sahaja saya mahu bagi tahu, kita put aside dulu lah semua politik ini.

Okey, semua juga guna itu Pan Borneo. Bukan satu parti sahaja dan ini pun kita tidak pandai untuk belajar. Kita kasi beza ini warna-warna politik, dapatkah selesai kita punya masalahkah? Tidak kan.

Jadi untuk saya landing, untuk saya landing. Lebuhraya Pan Borneo bukanlah satu kemurahan hati. Bukan satu sumbangan, apatah lagi ihsan politik. Ia adalah tanggungjawab yang paling penting dijanjikan kepada kami rakyat Sabah. Ini adalah hak yang dinafikan setelah sekian lama. Rakyat tidak peduli siapa yang mula, siapa yang ganti. Apa yang rakyat Sabah mahu tahu jalan dia orang siap, tayar dia orang tidak lagi pecah, perjalanan dia orang selamat dan ekonomi Sabah berkembang hasil daripada jaringan jalan raya yang baik.

[Tepuk] Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Tanah Merah.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Semoga Tuan Yang di-Pertua sejahtera lah. Saya tengok terhincut- hincut berjalan tadi. Tuan Yang di-Pertua, *bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,* salam sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, laporan terkini Ketua Audit Negara bertarikh 5 Oktober menyentuh status pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia sebenarnya tidak mengejutkan kita semua dan saya sendiri. Saya sendiri di Dewan yang mulia ini dah banyak kali membangkitkan persoalan mengenai rasional garis masa dan keupayaan syarikat LUNAS untuk menyiapkan projek ini mengikut tempoh yang dijanjikan. Dari satu tarikh ke satu tarikh baru. Laporan Ketua Audit sekali lagi mengesahkan akan berlakunya pengalihan tiang gol, penyerahan fizikal kapal pertama LCS 1 yang dijamin oleh Yang Berhormat MENHAN di Dewan

draft • 11:54 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

ini pada Januari lalu. Menurut MENHAN, akan siap Disember 2026, kini berganjak lagi hingga April 2027, tahun depan.

Soalan saya ringkas dan tegas kepada Kementerian Pertahanan yang wajib menjaga kepentingan TLDM dan pembayar cukai, bukan menjaga hati dan kepentingan kontraktor berbunyi. Apakah MINDEF akan mengenakan ganti rugi ditetapkan secara muktamad kepada LUNAS atau masih mahu memberi muka?

Tuan Yang di-Pertua, masalah ini tidak sepatutnya berlarutan jika punca sebenar kelewatan diputus dan selesaikan secara bijaksana oleh kerajaan pada hari ini. Saya nak tanya Dewan yang mulia ini, kerajaan manakah yang meluluskan peruntukan tambahan kepada LUNAS dalam tahun 2023 hingga kos projek melonjak daripada 9.12 bilion kepada 11.2 bilion sedangkan jumlah kapal dikurangkan daripada enam buah kepada lima buah sahaja?

Kerajaan manakah yang telah memeterai perjanjian bersama Kongsberg Defence & Aerospace, Norway semasa LIMA 2025 untuk pembekalan peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM) bagi Kelas Kedah? Kemudian, dikejutkan dengan berita bahawa permit eksport senjata ini tidak diluluskan oleh Kerajaan Norway kurang dari setahun kemudian. Apakah tidak ada due diligencece yang dilakukan oleh MINDEF sebelum membuat keputusan sebesar ini?

Saya sebut perkara ini kerana saya bimbang LUNAS akan menggunakan isu sekatan lesen eksport peluru berpandu NCM dari Norway sebagai kambing hitam atau alasan terbaru mereka, kegagalan mereka menyiapkan LCS 1 mengikut jadual.

Padahal Laporan Ketua Audit Negara dengan jelas menyatakan kelewatan berpunca daripada kegagalan pengurusan vendor di bawah LUNAS sendiri. Contohnya, salah satu masalah yang melambatkan penyediaan kapal adalah berkaitan dengan pembekalan rigid-hulled inflatable boat (RHIB) yang gagal memenuhi spesifikasi piawaian kontrak.

Capability Management Board TLDM sendiri pada 18 Jun 2026 secara rasmi menolak RHIB ini kerana ia akan meletakkan anggota TLDM dalam risiko bahaya atau kehilangan nyawa. Isu ketelitian dan profesionalisme vendor ini telah berlarutan sejak tahun 2019 tanpa penyelesaian yang tuntas oleh LUNAS, mahupun pihak kerajaan sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, rakyat difahamkan bahawa pada tahun 2023, kerajaan mengambil alih penuh Boustead Naval Shipyard di bawah Kementerian Kewangan menerusi syarikat SPV, Ocean Sunshine Sdn Bhd dengan janji bahawa kawal selia dan kecekapan projek akan dapat ditingkatkan secara mendadak. Namun, Laporan

draft • 11:54 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Ketua Audit Negara minggu ini membuktikan tiada perubahan nyata dari segi kecekapan mahupun keberkesanan pemantauan oleh Ocean Sunshine Sdn Bhd.

Malah apabila melihat visual ujian percubaan laut, sea trial KD Maharaja Lela di perairan Lumut baru-baru ini amat menyedihkan melihat kemasan badan kapal yang tidak rapi dan kesan karat yang jelas kelihatan pada sebuah kapal yang baru.

Jangan beri alasan bahawa masalah ini mampu diselesaikan dengan mudah, dengan cat baru sedangkan pembuat kapal lain di seluruh dunia tidak menyediakan kapal dalam keadaan usang dan berkarat untuk pelaksanaan sea trial mereka. Never happened in any part of the world except Malaysia, dengan izin.

Justeru, saya kemukakan dua syor tegas di Dewan ini. Minta tambahan sikit, ini nak landing dah. Pertama, dua syor tegas saya, kerajaan hendaklah beri ingatan dan amaran keras mengenakan surcaj di bawah seksyen 18 Akta Prosedur Kewangan 1957 ke atas PMC, Jawatankuasa Pemantau Projek termasuklah— maaf, Ketua KSP, Panglima PTL, KSU atas kegagalan fungsi penguasaan mereka hingga melibatkan kerugian wang awam, wang rakyat.

Dahulu, Ahli-ahli Dewan diberi jaminan sewaktu kerajaan mengumumkan kenaikan ceiling budget daripada 9.3 bilion kepada 11.2 bilion melalui jaminan pelaksanaan PMC yang ketat. Kapal LSC ini bakal siap mengikut on time, tetapi nyata ini tidak benar belaka.

draft • 11:54 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Saya cadangkan surcaj mereka ini dikenakan kepada semua yang telah gagal melaksanakan tugas yang diamanahkan terutama seluruh anggota PMC. Pada masa yang sama, denda LAD wajib dikuatkuasa terhadap LUNAS tanpa kompromi.

Kedua, ini akhir sekali. Hadkan, hadkan pembinaan LCS dari kepada tiga buah sahaja. LCS 1 hingga 3, tak perlulah lagi buat LCS keempat, kelima. Batalkan pembinaan LCS keempat dan kelima.

Sehingga kini, kerajaan telah bayar RM8.3 bilion kepada LUNAS. Namun, belum ada satu kapal pun yang diserah secara rasmi untuk pentauliah TLDM.

draft • 12:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tanah Merah. Tanah Merah.

Boleh sikit tak, Tanah Merah? Nak minta cadangan daripada Tanah Merah. Boleh tak Tanah Merah kalau isu LCS ni kita minta kerajaan tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk siasat soal berkaitan dengan kapal LCS ini?

draft • 12:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Hulu Langat, Hulu Langat.

draft • 12:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sebab dulu seingat saya kita ada kapal selam, tapi kapal selam tak boleh menyelam. Kita ada jet, jet yang tak

draft • 12:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

boleh terbang. Yang ini pula sepatutnya LCS siap tahun 2013. 2013 projek awalnya sepatutnya siap tahun 2023.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Hulu Langat, dah banyak pula sangat itu. Point, point dia kita dapat. Setuju atau tidak buat RCI?

draft • 12:00 PM

Beberapa Ahli

Setuju.

draft • 12:00 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Saya setuju dengan RCI ditubuhkan.

draft • 12:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, tekan, tekan, tekan.

draft • 12:00 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Saya setuju cadangan ada sebahagian, bukan semualah, sebahagian saya setuju.

draft • 12:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Masa pun dah nak habis dah ini.

draft • 12:00 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Perenggan terakhir, I think the last one minute.

draft • 12:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey.

draft • 12:00 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sehingga kini, kerajaan dah bayar RM8.3 bilion kepada LUNAS. Namun, belum ada satu kapal yang diserahkan secara rasmi untuk pentauliah. Baki penjimatan daripada siling RM11.2 bilion ini hendaklah dialihkan terus untuk menambah perolehan bilangan Kapal Misi Pesisir ataupun LMS, Batch 2 Ada-class yang sedang dibina oleh syarikat STM di Turkiye.

Memandangkan perolehan NSM berdepan isu lesen eksport dan MINDEF terpaksa beralih kepada Exocet MM40 Block 3c adalah lebih rasional dan ekonomik untuk TLDM menumpukan aset tempur permukaan menerusi Corvette LMS Ada- class yang terbukti keupayaan dibina mengikut jadual.

Jangan jadikan keperluan mendesak TLDM sebagai perisai bagi kerajaan untuk terus memanjakan LUNAS. Cukuplah tiga buah LCS dan alihkan baki dana untuk aset yang benar-benar boleh disiapkan dan diserahkan tepat pada waktunya demi kedaulatan perairan negara. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.

Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Beberapa Ahli

Setuju.

draft • 12:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya mohon menyokong kot. Terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah.

draft • 12:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Sudah jadi Menteri.

draft • 12:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kampar. Lima minit, Yang Berhormat.

draft • 12:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih kerana memberi peluang kepada Kampar untuk bahaskan Laporan Ketua Audit Negara 2/2026. Saya terus masuk kepada poin pertama saya.

Kapal Tempur Pesisir ataupun LCS. Setakat 25 Jun 2026, bayaran terkumpul kontrak utama sudah mencapai RM8.557 bilion. Kemajuan fizikal keseluruhan pula 78.99 peratus berbanding sasaran 86.54 peratus iaitu lewat 7.55 peratus.

LCS 1 sendiri lewat 108 hari. Penyerahan asal pada 26 Ogos tidak dapat dicapai. Sasaran Disember 2026 juga berisiko gagal. Malah, laporan merekodkan cadangan kontraktor untuk menganjakkan penyerahan fizikal kepada 19 April 2027.

Tarikh terus diubah. Jadi, siapakah yang akan tanggung akibatnya? Anggota TLDM yang memerlukan aset untuk mempertahankan negara dan rakyat yang membiayai projek ini.

Saya nak bangkitkan ini daripada Free Malaysia Today. Dilaporkan “LCS 1 may not be fully operational until 2035”. Maknanya LCS ini tak ada full battle operational sehingga 2035. Tapi mengapa kementerian boleh menerima LCS sebelum kita ada fully operational. Kita tempah LCS, Timbalan Speaker. Kita bukan tempah Titanic. Kita nak satu kapal yang boleh bertempur dalam perang, bukan satu kapal yang boleh hanya membawa penumpang.

Lebih membimbangkan perihal fizikal tidak semesti bermaksudnya kapal mencapai keupayaan tempur penuh. Kita dapati audit latihan serta sistem persenjataan belum lengkap dengan lima perolehan kontrak lengkap menentukan kesiapsiagaan kapal. Ini senario risiko yang dikemukakan audit. Jadi, saya harap kerajaan mesti bentangkan jalan keluar yang boleh dibuktikan dengan pembekal, jadual kos yang jelas.

Projek yang diluluskan bukan lulus semalam ataupun lulus lima tahun lalu.

Projek ini diluluskan pada tahun 2011. Jika keupayaan penuh hanya dicapai 2035, ini bermakna 24 tahun selepas projek ini diluluskan— masa itu diluluskan oleh Bagan Datuk. Berapa banyak perubahan teknologi dan ancaman keselamatan akan berlaku sepanjang tempoh ini, 24 tahun. Kita beli kapal untuk menghadapi ancaman semasa, adakah kita akhirnya menerima satu keupayaan dirancang semalam ketika ancaman sudah berubah esok.

draft • 12:03 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Timbalan Speaker, kita nak satu kapal tempur LCS tetapi kita bakal terima sebuah Titanic— gah pada rupa dan nama tetapi belum mempunyai keupayaan tempur penuh yang dijanjikan. Rakyat bayar untuk satu kapal yang boleh mempertahankan negara. Keupayaan tempur mesti jadi ukuran kejayaan projek ini.

Saya nak tanya kepada Menteri Pertahanan. Jika latihan dan sistem persenjataan masih belum lengkap, atas alasan apa kementerian boleh menerima serahan kapal tersebut. Mengapa serahan fizikal hendak diteruskan sebelum keupayaan tempur belum dicapai. Dan dalam isu ini, tanggungjawab politik Bagan Datoh mesti dijawab kerana pada masa 2010...

draft • 12:03 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kampar boleh sikit Kampar?

draft • 12:03 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Bagi saya habis dulu. Pada tahun 2010/2011 beliau memegang jawatan Menteri Pertahanan ketika keputusan awal perolehan dibuat. Surat Boustead Naval Shipyard yang bertarikh 8 Julai 2010 didedahkan dalam laporan siasatan terdahulu mengandungi catatan beliau, “SUB perolehan sila laksanakan”.

Arahan itu sebahagian daripada rekod penglibatan beliau. Maka, beliau mesti menjelaskan keputusan dan pengawasan di bawah pentadbirannya serta bagaimana kepentingan TLDM dan wang rakyat dilindungi.

Saya nak tanya kepada Bagan Datoh. Apakah tanggungjawab beliau ambil terhadap keputusan awal projek ini? Apakah pengajaran yang beliau akui daripada kegagalan yang berlarutan? Pada 2010, sila dilaksanakan. Pada 2026, rakyat masih tanya bila kita dapat satu kapal LCS yang ada keupayaan bertempur penuh.

Saya tuntut penjelasan tanggungjawab politik dan pentadbiran beliau berdasarkan rekod. Jika siasatan menemukan bukti salah laku oleh mana-mana pihak, tindakan mesti diambil tanpa mengira jawatan atau parti. Menteri yang menjaga pertahanan memikul tanggungjawab terhadap keputusan kementeriannya.

Jadi rakyat mesti tahu sama ada kemungkinan tersebut telah melindungi kepentingan negara. Kita lihat kepada angka...

draft • 12:03 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

YB Kampar.

draft • 12:03 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Habis lagi satu perenggan.

draft • 12:03 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Kampar, dah nak habis, masa dah nak habis dah ini.

draft • 12:03 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya. Laporan audit merekodkan bahawa kontrak asal bernilai RM9.128 bilion, melibatkan enam kapal LCS. Selepas penstrukturan semula, nilainya meningkat RM11.22 bilion untuk lima kapal. Ini

draft • 12:03 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

bermakna harga sudah tambah RM2 bilion tapi bilangan kapal kurang satu, satu kapal.

Jadi, rakyat bayar lebih wang tapi dapat kapal yang lebih kurang. Kalau kita nak siasat ini, sudah terang apa yang berlaku. Memang ada wang yang telah, telah diseleweng. Jadi, saya nak tahu sepanjang 2011 sehingga hari ini, banyak pentadbiran telah bertukar tapi kenapa MACC atau SPRM sampai hari ini tidak ada apa-apa siasatan. Ini kalau nak siasat betul-betul, saya rasa lima tahun dulu. Ini kes kita sudah kasi bungkus.

draft • 12:03 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ini macam tak nak bagi ini Kampar.

draft • 12:03 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Jadi, saya harap MACC boleh siasat dengan telus sebab ini duit sudah bayar lebih RM2 bilion, kapal kurang satu.

draft • 12:03 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Kampar.

draft • 12:03 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya rasa mestilah ada suruhanjaya yang perlu ditubuhkan.

draft • 12:03 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Kampar, masa dah habis.

draft • 12:03 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kampar bagi saya ini, Timbalan Speaker. Boleh?

draft • 12:03 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya, ya boleh.

draft • 12:03 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dia sepatutnya kapal ini siap tahun 2023. Mula tahun 2013 dan kerajaan dah bayar hampir RM8 bilion. Tapi sampai sekarang ini kita tengok tak ada satu kapal pun yang siap, yang boleh belayar. Sedangkan ini aspek soal berkaitan dengan aspek keselamatan negara, isu kedaulatan negara.

Soal ini sepatutnya kita tak boleh berkompromi. Cuma saya nak tanya dengan Kampar ini, ada, ada, ada elemen sakau ke dekat situ? Sakau, sakau. Ada elemen curi ke, rompak ke, sapu ke, songlap ke duit rakyat dalam negara kita? Kalau ada, Kampar setuju tak dengan saya kita tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat isu LCS ini. Duit rakyat dalam negara kita ini telah dikorbankan. Terima kasih Speaker. Terima kasih Kampar.

draft • 12:03 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya rasa perkara ini teranglah kerana kita sekarang kena bayar lebih RM2 bilion. Lebih RM2 bilion daripada enam kapal tinggal satu kapal kalau ini bukan sakau apa itu sakau saya tak tahulah.

draft • 12:03 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey Kampar, masa sudah habis.

draft • 12:03 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya setuju dengan Hulu Langat. Kita kena tubuh Suruhanjaya Diraja untuk siasat sampai lubang cacing.

draft • 12:03 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey Kampar, masa dah habis.

Terima kasih. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kuala Terengganu. Lima minit, Yang Berhormat.

draft • 12:03 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:09 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Saya ingin apa ni membawa satu isu yang dekat dengan rakyat Terengganu, iaitu lah Projek Pengawalan Hakisan Pantai Kuala Nerus. Saya bangkitkan perkara ini di atas dasar keselamatan orang ramai. Projek ini bernilai sekitar RM70 juta dan melibatkan pembinaan struktur pemecah ombak serta kerja penambakan pantai.

Namun, Laporan Ketua Audit Negara mendapati projek ini mengalami kelewatan 144 hari. Kelewatan ini melibatkan breakwater nombor tujuh dan nombor lapan. Kedua-dua struktur ini berkait dengan perlindungan jalan yang menghubungkan Mengabang Telipot – Batu Rakit. Jalan tersebut sebelum ini telah rosak akibat hakisan dan memerlukan kerja pembaikan.

Di Terengganu ini setiap tahun apabila timbul musim monsun, kita berdepan dengan hakisan pantai yang teruk. Sebarang kegagalan di dalam melaksanakan projek mengikut jadual yang ditentukan akan mengakibatkan perlindungan itu tidak sempat disediakan. Menurut laporan, selagi struktur perlindungan itu belum siap, jalan yang telah dibaiki, belum sempat dibuat perlindungan, rosak lagi.

Tuan Yang di-Pertua, ini bukan sekadar soal projek yang lewat. Ini soal pengurusan risiko dan keselamatan orang ramai. Kalau jalan sudah rosak kerana hakisan, kemudian kita baiki jalan tersebut, tapi perlindungan pantai masih belum siap, maka ia membazir. Ia akan menyebabkan ia berulang-ulang.

Kita semakin menghampiri Monsun Timur Laut, sekiranya berlaku hakisan yang lebih serius, kita bukan sahaja berdepan risiko, kerosakan infrastruktur, tetapi juga gangguan kepada perhubungan dan keselamatan pengguna jalan raya. Soalan saya, bila kedua-duanya dijangka siap dan dapat memberi perlindungan yang diperlukan? Dan jika tidak dapat disiapkan sepenuhnya sebelum musim monsun,

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

apakah langkah sementara yang telah disediakan untuk melindungi jalan dan keselamatan pengguna?

Tuan Yang di-Pertua, saya pun mahu tumpang sekaki juga berkaitan dengan isu LCS ini. Saya tengok gambar konon-kononnya kapal ini dah siap. Saya dulu pernah terlibat di dalam bidang pembinaan kapal.

draft • 12:10 PM

Seorang Ahli

Ini pakar kapal. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Saya tengok kapal yang dah disiapkan ini, saya tengok dindingnya, plating dia, bahagian tepi. Kalau kapal baru, dia lurus saja. Ini macam kapal dah baru balik perang, berkedut-kedut dia punya tepi itu. Jadi, selain daripada soal penyiapan, soal kualiti, pemantauan kualiti itu perlu diperhatikan. Isu ini tidak boleh dilihat sebagai projek yang lewat saja. Ini adalah projek pertahanan negara yang melibatkan peruntukan awam yang besar. Berulang-ulang kali, bertahun-tahun kita bercakap perkara yang sama.

Tuan-tuan, kita kena bezakan dua perkara. Kapal yang siap untuk diserahkan dan kapal yang siap untuk digunakan. Dua perkara yang berbeza. Bagaimana cara penjadualan progress ini? Adakah ia mengikut soal keperluan supaya ia boleh digunakan ataupun semata-mata kontraktor mengejar tahap progress payment itu?

Itu adalah satu perkara yang perlu diperhatikan.

LKAN mengenal pasti masalah berkaitan beberapa kontrak pelengkap termasuk sokongan logistik, sistem peluru berpandu, peluru meriam dan sistem pertahanan bagi kontrak Integrated Logistics Support and Trial Aids (ILS-TA).

Nilainya melebihi RM500 juta. Pada tarikh audit, kontrak tersebut masih boleh dimuktamadkan dan kemajuan fizikalnya sekitar 30 peratus berbanding sasaran sekitar 37 peratus.

Saya ambil maklum bahawa terdapat perkembangan selepas tarikh audit dan kontrak tersebut telah ditandatangani pada Ogos 2026. Jadi soalan saya, apakah status terkini semua kontrak pelengkap yang berkaitan dan apakah yang masih diperlukan sebelum LCS 1 boleh beroperasi sepertimana yang ditetapkan?

Tuan Yang di-Pertua, Laporan Ketua Audit Negara itu menunjukkan bahawa kesiapsiagaan penuh projek ini bergantung kepada kontrak pelengkap yang berdasarkan dapatan audit diunjurkan hanya dapat diselesaikan pada Disember 2035, sedangkan kontrak utama berakhir pada April 2030. Kalau jurang ini berlaku, ia bukan lagi sekadar isu projek yang lewat. Ia menunjukkan terdapat persoalan yang

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

besar dari sudut penyelarasan keseluruhan projek ini. Sebab itu saya menyokong syor Jabatan Audit Negara supaya Kementerian menyediakan pelan pemulihan yang realistik dan memastikan kerja-kerja penting di bawah kontrak utama dan kontrak pelengkap diselaraskan dengan jadual penyerahan kapal.

draft • 12:10 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

[Bangun]

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Sila.

draft • 12:10 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Okey. Kuala Terengganu, jadi Kuala Terengganu saya pun— saya rasa Kuala Terengganu boleh setuju. Saya rasa cadangan Hulu Langat RCI itu memang bagus. Adakah Kuala Terengganu menyokong?

Dan kapal kita ini, sekarang ini kapal kita ini bukan sahaja paling mahal, malah paling lama nak siap. Dah malah bagi saya macam sebagai seorang pakar kapal, macam dia kata tadi, macam Kuala Terengganu cakap tadi, kapal itu dia punya dinding itu— Jadi, apa kesan kepada— Ini kapal baru, ini bukan kapal second hand, bagi komen.

draft • 12:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tanah Merah, Tanah Merah boleh tambah sikit tak Tanah Merah? Tahun 2013 itu dulu, kerajaan yang ada pada masa itu kerajaan memerintah di peringkat pusat masa itu kerajaan DAP, kerajaan DAP. 2013 itu kerajaan DAP. Dia jadi kerajaan pada masa itu. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Dia tidak minta izin saya, dia cross saya [Tidak jelas] .

draft • 12:10 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Hulu Langat, kapal ini sepatutnya siap bukan 2013, 2019 sebenarnya, bukan 2013. Tuan Yang di- Pertua...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dah? Okey. Sekejap, tekan balik.

Masa pun dah habis. Setuju atau tidak dengan cadangan itu, kemudian dah boleh...

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Saya akan selesaikan.

draft • 12:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey.

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Saya akan selesaikan terus. Ia melibatkan orang ramai, jumlah yang besar dan persoalan bertahun-tahun dibangkitkan. Orang tertanya-tanya apa dia. Maka kerana itu, saya bersetuju. Kita perlu adakan satu siasatan yang mendalam berhubung

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

perkara ini. Kalau perlu Suruhanjaya Diraja, buat Suruhanjaya Diraja. Rakyat perlukan penjelasan berkaitan dengan dana awam ini. Sekian, terima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu.

[Tepuk] Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Putatan. Lima minit Yang Berhormat.

draft • 12:10 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya bagi laluan kepada Rasah sekejap.

draft • 12:16 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Yang Berhormat. Terima kasih kepada YB Putatan. Dato' Speaker, saya mohon izin untuk mengalu-alukan kedatangan delegasi pengetua, guru-guru dan pelajar-pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan

(SMK) Seremban 3 dari Parlimen Rasah. Selamat datang semua.

draft • 12:16 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, selamat datang.

draft • 12:16 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih YB Putatan. Terima kasih Speaker.

draft • 12:16 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Selamat datang. Bagi perbahasan ini, Putatan ingin membangkitkan berkenaan pengurusan projek Littoral Combat Ship ataupun singkatannya LCS.

Putatan ingin memulakan perbahasan dengan satu persoalan, apakah pertimbangan yang telah dibuat oleh kerajaan yang mendorong kepada penukaran surface-to-surface missile, singkatannya SSM, jenis Naval Strike Missile pada November 2017? Penukaran tersebut merupakan permulaan kepada episod-episod kecelaruan yang membelenggu projek LCS sehingga hari ini.

Bercakap tentang Naval Strike Missile, sudah tentu kita tidak boleh terlepas daripada mempersoalkan keputusan syarikat pembekal dari Norway. Keputusan mengejut yang dimaklumkan kepada Malaysia pada 4 Februari tahun ini telah membawa kepada pembatalan permit eksport secara kekal oleh Kerajaan Norway.

Pembatalan permit secara kekal tersebut telah mengundang implikasi domino kepada tahap kemajuan LCS 1.

Berdasarkan Jadual 3 berkenaan sasaran physical handover LCS.

Berdasarkan kontrak physical handover bagi LCS 1 yang telah ditetapkan pada 26 Ogos 2026 perlu dianjak ke Disember 2026 atas faktor kelewatan. Pembatalan permit eksport yang telah diputuskan secara muktamad pada April tahun ini sudah pasti akan memberi kesan kepada tempoh lanjutan untuk menyiapkan LCS 1. Krisis

draft • 12:16 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

tersebut telah mengakibatkan kelompongan dalam pembinaan LCS 1 memandangkan SSM atau Naval Strike Missile merupakan sistem persenjataan utama dalam pembinaan sesebuah kapal tempur.

Secara analoginya, ketiadaan naval strike missile dalam pembinaan LCS 1 umpama seperti ketiadaan penyerang dalam sebuah pasukan bola sepak. Mana mungkin sebuah kapal tempur TLDM yang tidak dilengkapi dengan Naval Strike Missile dapat melakukan serangan balas peluru terhadap pencerobohan daripada anasir luar.

Walaupun pahit untuk ditelan, Kementerian Pertahanan seharusnya sudah memulakan langkah proaktif untuk mencari pengganti kepada syarikat pembekal Norway. Pengganti tersebut mesti merupakan pembekal yang berkredibiliti tinggi dari mana-mana negara yang mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan Malaysia. Kemelut yang menyelubungi perjanjian pembekalan Naval Strike Missile tersebut perlu dijadikan pedoman kepada MINDEF.

draft • 12:16 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Pedoman untuk memeterai satu-satu perjanjian berkaitan pembekalan peralatan ketenteraan dengan lebih cermat.

Daripada perspektif Putatan, pertelingkahan yang membabitkan MINDEF dan syarikat pembekal Norway tersebut merupakan satu tragedi hitam dalam sejarah diplomasi negara. Pertelingkahan kontrak tersebut telah menjerumuskan negara kepada kerugian kewangan, angka sebanyak EUR124.35 juta yang telah dibelanjakan oleh kerajaan tidak membawa apa-apa makna selepas Kerajaan Norway membatalkan permit eksport.

Lebih malang lagi tuntutan EUR214.66 juta yang telah dikemukakan kepada syarikat pembekal daripada Norway ditolak. Penolakan terhadap tuntutan tersebut merupakan satu gesture yang menggambarkan kebiadaban dan sikap sambil lewa mereka terhadap Malaysia sebagai klien mereka.

Jika tidak diselesaikan menerusi pejajaran diplomasi yang harmoni, isu pertelingkahan berkaitan tuntutan tersebut tidak akan mampu diselesaikan dalam tempoh yang diharapkan. Putatan berpandangan bahawa kemelut tersebut perlu diselesaikan atas semangat diplomasi menerusi pendekatan government-to- government. Wisma Putra perlu turut memainkan peranan sebagai jambatan pendamai yang boleh menemukan MINDEF dan Kerajaan Norway dalam satu meja rundingan.

Pertelingkahan berkaitan tuntutan tersebut perlu diselesaikan atas semangat

draft • 12:20 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

diplomasi keselamatan. Diplomasi yang perlu dijalin dengan matlamat untuk menyempurnakan pembinaan LCS 1 mengikut perancangan menerusi wang tuntutan yang dikembalikan.

Bagi mengakhiri perbahasan, Putatan ingin mengutarakan satu persoalan untuk renungan kita, Ahli-ahli Yang Berhormat. Siapakah suara ghaib yang telah membisik kepada Norway untuk menyekat eksport surface-to-surface missile ke Malaysia? Apakah agenda yang tersembunyi di sebalik plot tersebut? Tuan Yang di- Pertua, sekian perbahasan saya. Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Lumut sebagai pembahas seterusnya. Lima minit Yang Berhormat.

draft • 12:20 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Saya ingin membahaskan Laporan Ketua Audit Negara mengenai pengurusan projek LCS. Saya bangun untuk membangkitkan satu persoalan yang bukan lagi sekadar persoalan mengenai pembinaan kapal. Isu LCS ialah isu kredibiliti perolehan pertahanan negara, wang rakyat dan kesiagaan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Kita harus bertanya dengan terus terang, bagaimana projek yang sepatutnya memperkukuhkan armada TLDM boleh berdepan kelewatan, pertambahan kos dan perubahan dalam pelaksanaan sehingga menimbulkan persoalan besar kepada rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mempertikaikan keperluan negara untuk memiliki kapal tempur moden. Sebaliknya, saya menyokong usaha memperkukuhkan TLDM di dalam pembangunan keupayaan TLDM yang mana Pelan Transformasi 15-to-5 dengan izin menetapkan 15 kelas kapal kepada lima kelas kapal termasuk 12 LCS berkeupayaan dalam peperangan empat dimensi.

Tetapi, sokongan kepada TLDM tidak bermaksud kita harus berdiam diri terhadap kelemahan pengurusan projek. Persoalan, pertama ialah kos. Rakyat mahu tahu apakah jumlah sebenar yang telah dibelanjakan? Berapa lagi diperlukan untuk menyiapkan keseluruhan kapal? Dan apakah jaminan bahawa projek ini tidak akan terus menjadi projek yang memerlukan tambahan peruntukan tanpa penghujung?

Kita tidak boleh membina kapal perang dengan pendekatan kos dahulu, akauntabiliti kemudian.

draft • 12:20 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Tuan Yang di-Pertua, LCS sepatutnya menjadi tulang belakang armada TLDM. Tapi, setiap tahun kelewatan bermakna satu perkara. TLDM terus menunggu aset baharu, sedangkan ancaman keselamatan maritim tidak menunggu. Laut China Selatan tidak menunggu, Selat Melaka tidak menunggu. Pertikaian wilayah dan kepentingan ekonomi maritim Malaysia juga tidak menunggu. Jadi, saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah tarikh sebenar siap LCS akan diserahkan kepada TLDM dan apakah mekanisme penalti atau tindakan sekiranya kontraktor sekali lagi gagal mencapai jadual yang ditetapkan?

Tuan Yang di-Pertua, kapal perang bukan sekadar badan kapal, yang menentukan nilai strategiknya ialah sistem tempur, radar, sensor, sistem peperangan, misil, pertahanan udara, sonar dan integrasi keseluruhan kapal. Kita tidak mahu memiliki kapal perang yang cantik tapi tidak memiliki keupayaan tempur yang sepadan dengan ancaman sebenar.

Satu perkara yang sangat penting ialah sistem persenjataan anti-kapal. Kapal LCS di bina dengan kapal tempur moden. Kita perlu memastikan ia mempunyai keupayaan serangan permukaan yang benar-benar credible. Saya ingin kerajaan menjawab secara jelas, apakah status tuntutan ganti rugi dalam pelanggaran kontrak ke atas firma Kongsberg Defence & Aerospace? Apakah status dan hala tuju perancangan dalam penggantian sistem anti-kapal yang baharu?

Berapa jumlah pertambahan kos bagi penggantian anti-kapal baharu dan kos kerja- kerja rework dan reintegration dengan izin? Kerana bagi saya kapal tempur tanpa persenjataan yang memenuhi konsep operasi adalah seperti memiliki pedang tetapi tidak mempunyai mata yang tajam.

Tuan Yang di-Pertua, TLDM memerlukan kapal-kapal— memerlukan jumlah kapal yang mencukupi untuk melaksanakan tugas rondaan, pengawasan pengiring, peperangan permukaan dan operasi di kawasan maritim. Jika LCS lewat maka jurang keupayaan itu perlu ditanggung oleh aset sedia ada. Persoalannya, apakah kesan kelewatan LCS terhadap tahap kesiagaan TLDM hari ini? Dan berapa lama lagi kapal-kapal sedia ada perlu dipanjangkan hayat operasinya bagi menampung kekosongan tersebut?

Tuan Yang di-Pertua, kita mesti melihat isu ini sebagai satu pengajaran besar dalam pengurusan perolehan pertahanan negara. Kita tidak boleh melihat— kita tidak boleh hanya mencari siapa yang salah selepas projek bermasalah. Kita mesti membina sistem pengurusan yang menghalang masalah itu daripada berlaku. Saya mencadangkan supaya Kementerian Pertahanan memperkukuhkan milestone-

draft • 12:20 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

based payments, audit teknikal dan kewangan secara berkala, pengawasan bebas terhadap kemajuan projek, penilaian risiko kontraktor, ketelusan terhadap perubahan spesifikasi, mekanisme penalti yang benar-benar berkesan dan laporan berkala kepada Parlimen mengenai kemajuan projek strategik pertahanan.

Rakyat mahu kapal yang benar-benar boleh berlayar, beroperasi atau berperang apabila negara memerlukannya. Jangan sampai kita mempunyai kapal yang mahal tetapi lambat siap, kapal yang siap tetapi tidak lengkap persenjataannya atau kapal yang lengkap tetapi tidak mempunyai keupayaan operasi yang diperlukan TLDM.

Akhir kata, saya mengesyorkan dan mendesak agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat sedalam-dalamnya di mana Laporan PAC zaman kerajaan terdahulu telah mengesahkan terdapat ketirisan dan mengesyorkan agar pendakwaan dilaksanakan dengan segera.

draft • 12:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Lumut, Lumut, Lumut, sikit boleh lumut?

draft • 12:20 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

13 seconds sahaja.

draft • 12:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Lumut bersetuju dengan saya supaya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja, betul Lumut?

draft • 12:20 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Betul.

draft • 12:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tapi, yang jadi masalahnya bila kita bentangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan dengan Tabung Haji, belah sana tu keluar Dewan! Ini yang jadi masalah!

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Eh, salah tu, fakta tu.

draft • 12:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Setuju cakap setuju tapi keluar Dewan! Semua itu keluar Dewan. Ini cakap macam ular!

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Hari itu bukan RCI Tabung Haji...

draft • 12:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Pembelit semua ini yang cakap sebelah sana itu.

draft • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Eh, reti bahasa tak?

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

...Hanya Penerangan Menteri sahaja.

draft • 12:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dah, dah, dah. Dah, dah.

draft • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini...

draft • 12:20 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Sekian, terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Teruskan Lumut. Ha, habis dah?

draft • 12:20 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Habis.

draft • 12:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, terima kasih Yang Berhormat Lumut. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Rasah.

draft • 12:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih, kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam membahaskan Laporan Ketua Audit Negara Siri 2/2026 pada hari ini. Dan, saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia MADANI pimpinan Yang Amat Berhormat PMX, ini sekali lagi bukit bahawa Kerajaan Malaysia MADANI mengotakan janji untuk reformasi institusi.

Kalau dulu Laporan Ketua Audit Negara setakat yang dikatakan, yang dibentangkan hanya letak di atas meja sahaja. Sekarang ini terbuka untuk dibahaskan termasuk untuk Ahli-ahli Yang Berhormat daripada kedua-dua pihak, sama ada memberikan pandangan, kritikan dan cadangan dan seterusnya perlu digulung, dijawab oleh pihak kerajaan.

Inilah reformasi institusi tulen yang kita harapkan supaya institusi negara kita dapat dielakkan daripada di sakau secara berterusan oleh pihak-pihak tertentu.

Saya nampak laporan kali ini ia banyak berkisar kepada dua kementerian.

Kementerian Kerja Raya dan Kementerian PETRA. Walaupun projek yang terlibat misalnya kalau KKR adalah Pan Borneo yang tak ada kaitan dengan kawasan saya.

Tetapi, saya mengambil maklum ataupun ambil serius berkenaan dengan syor daripada laporan audit tersebut iaitu tujuh syor audit di bawah muka surat 1/61, 1/62.

Berkaitan dengan lima cadangan daripada Laporan Ketua Audit Negara iaitu yang pertama isu penyediaan tapak dan peralihan utiliti yang mengambil masa yang lama, yang menyebabkan kelewatan terhadap projek ini.

Yang keduanya, semakan dokumen untuk memastikan pematuhan sebelum dimuktamadkan. Cadangan oleh Laporan Ketua Audit Negara adalah had kuasa yang jelas hendaklah diberikan kepada semua entiti supaya tidak berlaku mereka menjangkaui kuasa yang ada. 7.3, pelaksanaan pelan pemulihan mesti dipantau secara berterusan.

draft • 12:27 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

7.4, pemantauan keseluruhan projek melalui sistem maklumat projek jika ada pelanjutan masa diberikan sebab asasnya adalah value for money, nilai wang yang terbaik.

draft • 12:27 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Dan yang kelima, 7.5― tambah baik prosedur operasi standard ataupun SOP yang sedia ada untuk mengelakkan implikasi kewangan ataupun perundangan kepada agensi kerajaan.

Saya ambil maklum lima-lima perkara ini adalah perkara general, perkara am untuk pelaksanaan projek. Sebab, di kawasan saya sedang berlaku ataupun sedang dilaksanakan projek menaik taraf Jalan Labu ke Persimpangan Gateway sepanjang 2.7 kilometer yang menelan belanja setengah bilion ataupun RM500 juta. Saya nampak ada kelewatan.

Mungkin Yang Berhormat Menteri yang― saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang hadir sendiri untuk dengar sendiri perbahasan dan boleh mengambil keputusan ataupun maklum balas selepas ini. Jadi, kenapa nampak ada berlaku kelewatan di lapangan? Saya tak pasti, mungkin ketika menjawab nanti Yang Berhormat Menteri boleh memberikan sedikit komen berkenaan dengan perkara ini.

Perkara kedua iaitu kementerian kedua yang terlibat adalah berkenaan dengan PETRA iaitu berkaitan dengan pengurusan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok. Itu di Kelantan. Tetapi, kebetulan, di kawasan saya, di Parlimen Rasah ada juga Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Linggi Fasa 5 yang telah bermula sebelum ini dan dijangka akan berterusan. Berlaku kelewatan projek itu disebabkan oleh kerajaan sebelum ini gagal melaksanakannya. Ia hanya mula dilaksanakan di bawah Kerajaan Malaysia MADANI pimpinan PMX.

Saya nampak syor audit ada empat perkara iaitu di muka surat 3-29 dan 3- 30 berkenaan dengan beberapa isu yang perlu diambil berat oleh agensi berkenaan untuk mengelakkan kelewatan yang berterusan. Jadi, saya mohon kepada PETRA, apabila menggulung nanti memberikan status terkini berkenaan dengan projek PLSB Sungai Linggi Fasa 5 kepada saya sebagai Ahli Parlimen kawasan tersebut.

Untuk laporan audit ini, Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Akta Audit kita membenarkan pihak Jabatan Audit Negara mengambil langkah yang lebih proaktif ke atas agensi-agensi ataupun badan-badan― bukan setakat agensi kerajaan tetapi badan-badan yang mengutip banyak yuran, fi ataupun royalti daripada umum.

draft • 12:30 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Saya berikan tiga contoh pada tengah hari ini. Yang pertamanya, MyEG.

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan baru saja umumkan dua hari dulu bagaimana MyEG gagal membayar kutipan yang patut dibayar kepada kerajaan.

Jadi, boleh tak Jabatan Audit Negara step in untuk ambil tindakan terhadap MyEG, membongkar siapa di sebaliknya, siapa dalang di sebaliknya. Yang pertama.

Kedua, Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang (LPQB) yang kita tahu mengendalikan peperiksaan CLP. Sudah disebut berulang kali, mana audit?

Sebab, mengutip berjuta setiap tahun. Jadi, apakah status? Saya difahamkan ada tetapi betulkah ada? Nanti mungkin kerajaan gulung itu boleh maklumkan.

Dan yang terakhir, tiga syarikat organisasi pengurusan kolektif (CMO) yang saya boleh sebutkan di sini MACP, PPM dan RPM yang mengutip fees, yuran dan juga royalti daripada banyak premis swasta. Di mana, MyIPO ya, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) tidak mempunyai kuasa untuk memantau, satunya, formula kutipan. Saya baru saja ada libat urus dengan MyIPO petang semalam sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan. Tak ada kuasa.

Jadi, macam mana kita nak kawal tiga syarikat ini, tiga entiti ini? Jadi, bagi saya, boleh tak Jabatan Ketua Audit Negara step in? Satu, untuk mengetahui macam mana formula. Dan kedua, nak tahu berapakah kutipan yang telah dikutip dan bagaimana wang itu disalurkan kepada pihak-pihak yang layak seperti pencipta lagu, penyanyi, penulis lirik dan sebagainya.

Jadi, saya mohon kepada Jabatan Audit Negara supaya boleh melakukan yang terbaik untuk memastikan negara kita di mana dana awam dan dana yang menyentuh kepentingan rakyat sentiasa dipantau dalam keadaan yang terbaik untuk mengelakkan ketirisan dan juga aktiviti sakau daripada berterusan di negara kita.

Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua.

draft • 12:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat. Belum Dato' lagi. Baiklah. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Parit. Lima minit, Yang Berhormat.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat tengah hari. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada Ketua Audit Negara dan seluruh pegawai Jabatan Audit Negara yang bertungkus- lumus menyiapkan laporan ini.

draft • 12:35 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Izinkan saya memulakan perbahasan dengan menyebut berkenaan projek Program Perumahan Rakyat (PPR) iaitu 67 buah rumah di Kampung Selagon di Beaufort, Sabah. Rumah Program Perumahan Rakyat ini siap pada 2017 dan tempoh tanggungan kecacatan tamat pada tahun 2019. Sehingga Julai 2026 iaitu setelah sembilan tahun kemudian, tiada seorang pun yang mendiaminya kerana dikatakan tanah di bawahnya didakwa bergerak. Kontrak pembaikan RM2.72 juta juga ditamatkan pada Mac 2025 dengan kemajuan hanya 15 peratus.

Di sinilah letaknya persoalan hari ini. Penyata Kewangan 2025 mendapat pendapat audit tanpa teguran. Tetapi, Selagon, wang awam telah dibelanjakan dengan rakyat tidak mendapat manfaatnya. Pendapat tanpa teguran bermaksud angka dilaporkan dengan benar dan saksama. Ia tidak bermaksud perbelanjaan itu berhemah. Mohon pencerahan tentang isu ini.

Berkaitan dengan wang yang tidak dipulangkan. Akaun belum terima ialah RM102.032 bilion pada tahun 2025. Pada tahun 2025, RM1.22 bilion dihapus kira.

Tujuh puluh lima peratus daripadanya berusia lebih enam tahun. Tunggakan pinjaman boleh dituntut sebanyak RM8.084 bilion tetapi kutipan setahun hanya RM0.46 bilion iaitu hanya lima peratus sahaja. Enam puluh enam pinjaman bernilai RM4.637 bilion tidak pernah dibayar balik.

Indah Water berhutang RM3.338 bilion dan KTMB berhutang RM867.76 juta.

Manakala NFC, National Feedlot Corporation telah tidak membayar apa-apa sejak 2014. Penstrukturan semula pula berulang-ulang sehingga lima kali sedangkan garis panduan sepatutnya hanya membenarkan dua kali dalam tempoh lanjutan sehingga 40 tahun.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan prinsip kesahan, Jabatan Laut telah membayar RM2.55 juta elaun daripada dua akaun amanah tanpa punca kuasa undang-undang. Elaun Pengerusi KWPPL dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM5,611 sebulan iaitu jawatankuasa itu sendiri. Itu wang awam. Seharusnya tiada siapa boleh menentukan bayaran daripadanya tanpa kuasa yang sah.

Berkaitan dengan RMK12 dan LCS. Daripada 9,578 projek RMK12, hanya 32.6 peratus sahaja siap dan 2,208 projek masih di peringkat pra pelaksanaan walaupun rancangan itu telah pun tamat. Setahun lalu, LKAN melaporkan projek RM100 juta di Tawau sebagai sakit, setahun kemudian audit mendapati tiada kemajuan. Galeria Perdana Langkawi pula naik daripada RM20 juta kepada RM56 juta.

draft • 12:35 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Projek LCS ini lebih serius. Sebagaimana kita sedia maklum, kontrak asal ialah RM9.128 bilion untuk enam kapal. Kini menjadi RM11.227 bilion hanya untuk lima kapal dan kos purata sebuah kapal naik hampir 48 peratus. RM8.557 bilion telah dibayar. Kemajuan lewat 7.55 peratus bersamaan kerja tertangguh kira-kira RM844 juta dan jurang itu membesar. Tarikh penyerahan LCS ini sepatutnya pada 26 Ogos 2026. Telah pun berlalu. Peluru berpandu yang telah dibayar sebanyak EUR124.35 juta tidak dapat dihantar kerana lesen eksportnya dikatakan digantung.

Dan satu perkara yang sangat mengejutkan, rupa-rupanya audit menganggarkan kapal yang berkeupayaan penuh hanya dapat diserahkan kepada kita pada Disember 2035. Siapa yang menanggung kesan kelewatan ini jika tidak kita sebagai pembayar-pembayar cukai.

Tuan Yang di-Pertua, angka yang kemas di atas kertas tidak sama nilainya dengan fungsinya. Rumah yang boleh didiami di Kampung Selagon, Beaufort atau kapal yang boleh digunakan untuk berperang, wang itu amanah dan amanah akan dipersoalkan sama ada di dunia ataupun di akhirat.

draft • 12:35 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Dengan itu, saya mohon pencerahan di atas segala persoalan-persoalan yang saya bangkitkan sebentar tadi. Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Parit.

Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang. Lima minit Yang Berhormat.

draft • 12:40 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin membahaskan satu isu yang sangat penting dalam Laporan Ketua Audit Negara Siri 2/2026. Iaitu berkenaan hutang Kerajaan Persekutuan.

Dalam laporan tersebut dicatatkan bahawa hutang Kerajaan Persekutuan telah naik sebanyak 5.9 peratus dalam tahun lepas. Dan hutang Kerajaan Persekutuan sekarang berjumlah RM1.321 trilion. Kita tak cakap bilion, sekarang dah trilion.

Tuan Yang di-Pertua, saya melihat kerajaan dulu-dulu hinggalah Kerajaan Persekutuan sekarang, dalam bab berhutang cukup pandai. Tetapi Kerajaan Persekutuan ini tak pandai kutip hutang. Untuk pungut hutang balik, tak pandai. Apa buktinya? Dalam Laporan Ketua Audit Negara itu, berbilion hutang banyak pihak kepada Kerajaan Persekutuan tidak dibayar.

draft • 12:40 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Pada tahun lepas, dari jumlah RM9.273 bilion hutang kepada Kerajaan Persekutuan, Kementerian Kewangan hanya berjaya kutip lima peratus sahaja.

Berbilion masih belum dikutip, ada yang dah sampai 40 tahun, hutang tak habis- habis lagi. Jadi, Laporan Ketua Audit Negara ini mendedahkan sistem kutipan, collection hutang oleh Kerajaan Persekutuan gagal.

Dalam hal hutang yang besar, dalam masa yang sama, kutipan hutang begitu lemah. Saya minta kerajaan, janganlah bail out, janganlah selamatkan GLC, GLIC, syarikat-syarikat kerajaan yang rugi. Janganlah. Maknanya, kerana hutang kita terlalu tinggi. Dan dalam masa yang sama, seruan saya, saya minta kerajaan jangan gunakan duit cukai rakyat untuk bail out kalau ada syarikat-syarikat swasta, bukan syarikat kerajaan, ada syarikat swasta.

Misalnya, saya di bagi tahu, ada syarikat besar, syarikat kapal terbang negara kita dengan cogan kata “Semua Orang Boleh Terbang”. Saya tak nak sebut nama syarikat itu sepenuhnya. Hutang syarikat ini, hutang jangka pendeknya ialah sebanyak RM18.4 bilion dan syarikat ini mengalami rugi suku tahun telah mencecah RM830 juta.

Jadi, sekiranya, syarikat ini ketuk pintu Kementerian Kewangan, minta tolong kerajaan, saya harap kerajaan tolak. Sebab kerajaan berhutang. Walaupun syarikat ini penting, syarikat swasta ini penting tetapi saya dimaklumkan, tauke-taukenya, pemegang-pemegang sahamnya, harta dia berbilion. Jadi, selamatkanlah syarikat mereka sendiri, kerajaan ada urusan yang lain.

Dan akhir sekali, saya juga ingin menyebut tentang kapal tempur kita, LCS.

Saya— telah disebut oleh rakan-rakan tadi, saya pelik juga. Macam mana kerajaan ini boleh beroperasi seperti ini? Mula-mula, kontrak dengan LCS ini untuk enam buah kapal. Jumlahnya, RM9.128 bilion. Tapi akhirnya, ada supplementary contract ubah menjadi lima kapal, kurang. Jadi, lima kapal tapi jumlahnya meningkat RM11.227 bilion. Ini satu kebijaksanaan atau matematik macam mana itu ya? Dapat kurang kapal, hutang makin besar. Ini, Menteri Pertahanan eh, tengok.

Kemudian, akhir sekali ya, Tuan Yang di-Pertua, berkenaan isu LCS ini. Saya lihat isu ini besar. Macam juga isu Tabung Haji, FELDA dan 1MDB. Ada cadangan daripada beberapa Ahli Parlimen tadi, diadakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Tapi saya melihat RCI ini ada kelemahan dia, lambat, leceh. Saya lihat dalam isu kapal ini yang telah bermula 2013. LCS ini kita gunakan fast track, siasat terus.

SPRM, polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri, siasat terus. Siasat daripada— dalam

draft • 12:40 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

13 tahun— daripada 2013 sehingga 2026, 13 tahun, sebanyak lima kali kerajaan telah bertukar dan sebanyak lima Menteri Pertahanan.

Dalam tempoh 13 tahun itu, saya tak tahu berapa ramai (KSU) Ketua Setiausaha yang terlibat dalam perolehan ini. Jadi akhirnya Tuan Yang di-Pertua, jangan jeneral-jeneral sahaja yang disiasat, diheret ke mahkamah, dituduh. Setakat ini, Panglima Tentera Darat diheret ke mahkamah, Panglima Angkatan Tentera diheret ke mahkamah. Dan saya lihat, lima Menteri Pertahanan dari dulu sampai sekarang dan KSU ini bukannya maksum, bukannya malaikat, siasat mereka.

[Tepuk] Siasat mereka, bawa mereka ke mahkamah, baru kita dapat tahu. RCI ini lambat, leceh.

Penting ada kalanya tapi tindakan yang segera— saya dah hilang sabar, Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.

draft • 12:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Kota Bharu. Lima minit Yang Berhormat.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya dapat membahaskan juga Laporan Ketua Audit Negara Siri 2/2026 ini.

Perkara pertama yang saya ingin menyentuh ialah mengenai pengauditan prestasi iaitu salah satu fungsi teras Jabatan Audit Negara yang diperkenalkan susulan pelaksanaan Program and Performance Budgeting System sehinggalah Akta Audit dipinda pada tahun 1978.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Siri 2/2026, saya dapati bilangan laporan pengauditan prestasi yang dibentangkan dalam Dewan ini agak semakin berkurangan, berbanding dengan tahun-tahun 2023 dan tahun-tahun sebelum daripada ini. Soalan saya, adakah berlaku perubahan terhadap KPI Juruaudit selepas 2023 sehingga pengauditan prestasi tidak lagi diberikan keutamaan atau sebenarnya pengauditan prestasi masih dilaksanakan tetapi tidak lagi dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara ini?

Sekiranya benar terdapat pengurangan, apakah justifikasi JAN? Sedangkan pengauditan prestasi merupakan instrumen utama untuk menilai keberkesanan

draft • 12:47 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

perbelanjaan awam, khususnya ketika kerajaan memperuntukkan dana yang semakin besar setiap tahun.

Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang ingin sentuh ialah mengenai pengauditan syarikat kerajaan dan juga sistem e-SelfAudit. Saya difahamkan bahawa pengauditan Jabatan Ketua Audit Negara di bawah seksyen 51(d), Akta Audit 1957 lebih tertumpu kepada aspek tadbir urus dan pengurusan syarikat kerajaan dan bukannya pengauditan penyata kewangan. Kerana penyata kewangan diaudit oleh juruaudit luar.

Persoalan yang saya ingin bangkitkan. Kenapakah laporan mengenai pengauditan syarikat ini, satunya, tidak lagi dibentangkan dalam Laporan Ketua Audit kali ini? Dan berapakah jumlah pengauditan syarikat kerajaan yang telah diselesaikan oleh Jabatan Audit Negara bagi tahun semasa? Dan daripada jumlah tersebut, berapa pula akhirnya dilaporkan kepada Dewan Rakyat ini?

Begitu juga saya ingin menyentuh mengenai— saya ingin mendapat penjelasan mengenai penggunaan sistem yang disebut e-SelfAudit. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan apabila sebuah syarikat dikenakan ataupun dikatakan telah diaudit melalui sistem e-SelfAudit ini?

draft • 12:47 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Adakah maklumat yang hanya diisi sendiri oleh syarikat dalam sistem tersebut tetapi boleh disahkan dan diverifikasi melalui pemeriksaan di lapangan juruaudit Jabatan Audit Negara boleh dianggap telah diaudit sepenuhnya? Inilah persoalan-persoalan yang saya rasa perlu dijelaskan oleh Jabatan Ketua Audit Negara apabila menggunakan sistem e-SelfAudit ini.

Seterusnya, saya ingin menyentuh mengenai pengauditan pejabat perwakilan Malaysia di luar negara dan juga pengauditan syarikat-syarikat kerajaan yang saya sebutkan tadi. Berdasarkan laporan skop pengauditan kepada pejabat perwakilan luar negara ini tertumpu kepada aspek tadbir urus dan pengurusan kewangan.

Namun apabila saya teliti dapatan audit, kebanyakan isu yang diketengahkan adalah hanya melibatkan perkara-perkara yang seperti kekosongan jawatan, kelewatan, penyaluran peruntukan, pemeriksaan mengejut yang tidak dilaksanakan, kelemahan penyelenggaraan kad daftar, stok dan beberapa kelemahan operasi yang pada hemat saya ia nya lebih bersifat pentadbiran harian sahaja. Persoalan saya ialah bukankah isu-isu seperti ini lazimnya berada dalam skop tindakan unit audit

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

dalaman di setiap kementerian atau agensi untuk dibetulkan, bukanlah di peringkat Jabatan Ketua Audit Negara yang perlu diberikan tumpuan kepada perkara ini?

Saya bukan mempertikaikan kepentingan isu tersebut tetapi saya ingin mendapat pandangan Jabatan Audit Negara sama ada laporan kepada Parlimen seharusnya lebih memfokuskan kepada isu yang mempunyai impak strategik dan nasional. Oleh sebab itulah, sudah tentulah harapan rakyat kita dan juga harapan Dewan ini supaya kupasan yang lebih signifikan misalnya diberikan— apa yang saya sebutkan tadi pengurusan syarikat-syarikat kerajaan yang strategik di peringkat negara seperti Khazanah Nasional, Permodalan Nasional Berhad (PNB), TEKUN Nasional, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang menguruskan dana awam yang berskala besar perlu diberikan tumpuan oleh Jabatan Audit Negara.

Dan yang terakhirnya, saya ingin juga mendapatkan penjelasan daripada pihak Jabatan Ketua Audit Negara mengenai pengauditan Tabung Haji selepas proses penstrukturan aset yang dilaksanakan tahun 2008. Apakah penemuan audit berkaitan dengan Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. (UJSB)? Ini akan diberikan tumpuan oleh Jabatan Audit Negara selepas pengauditan dibuat pada tahun 2017 dan selepas 2018.

Apakah skop pengauditan tersebut dan apakah— jika ada, apakah skop pengauditan yang hendak dibuat? Apakah dapatan utama yang hendak diperolehi dan apakah syor penambahbaikan yang telah dikemukakan setakat ini kepada pihak Tabung Haji? Apakah yang akan diteruskan di masa-masa yang akan datang? Jadi, saya mahu penjelasan mengenai perkara ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Betong.

draft • 12:50 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Salam sejahtera dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Betong ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Laporan Ketua Audit Negara 2/2026 dengan satu persoalan asas.

Adakah setiap Ringgit wang rakyat yang dibelanjakan benar-benar dapat dikesan, dipertanggungjawabkan dan memberi manfaat kepada rakyat?

Betong menghargai kedudukan fiskal kerajaan yang semakin baik. Hasil Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2025 meningkat kepada RM336.069 bilion, manakala defisit menurun kepada RM75.288 bilion ataupun 3.7 peratus daripada

draft • 12:53 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

KDNK berbanding 4.1 peratus sebelumnya. Namun, pada saya disiplin fiskal mesti berjalan bersama disiplin tatakelola.

Soalan pertama Betong ialah mengenai pinjaman boleh dituntut. Pada akhir 2025, tunggakan bayaran balik berjumlah RM8.084 bilion. Daripada jumlah itu, terdapat 66 pinjaman bernilai RM4.637 bilion yang langsung tidak pernah dibayar balik sejak jadual pembayaran berkuat kuasa.

Lebih membimbangkan Tuan Yang di-Pertua, terdapat 39 pinjaman bernilai RM4.766 bilion yang telah tamat tempoh bayaran balik, malah sebahagiannya sehingga 42 tahun tetapi masih belum dikutip sepenuhnya. Jadi, Betong ingin bertanya kepada kerajaan mengapa perkara ini boleh berlarutan begitu lama?

Apakah sistem pemantauan dan penguatkuasaan yang digunakan?

Betong faham penstrukturan semula kadangkala perlu bagi membantu pinjaman. Tetapi apabila ada pinjaman yang distruktur semula sehingga lima kali dengan tempoh bayaran dilanjutkan sehingga 40 tahun, apakah ukuran yang digunakan untuk memastikan ia benar-benar langkah pemulihan dan bukan sekadar menangguhkan masalah?

Tuan Yang di-Pertua, soalan kedua ialah mengenai punca kuasa. Audit mendapati RM2.55 juta elaun dan kemudahan dibayar menggunakan Kumpulan Wang Dius Api dan Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut tanpa punca kuasa yang sewajarnya. Persoalannya, bagaimana pembayaran boleh dibuat tanpa punca kuasa yang sewajarnya? Adakah kerajaan akan buat semakan terhadap akaun amanah dan kumpulan wang kerajaan yang lain supaya perkara sama tidak berulang? Bagi saya jumlah RM2.55 juta bukan isu utama tetapi prinsipnya yang penting. Dalam pengurusan wang awam, setiap pembayaran mesti mempunyai punca kuasa yang jelas.

Tuan Yang di-Pertua, soalan yang ketiga ialah mengenai wang pendahuluan kontraktor. Audit mendapati RM68.1 juta masih boleh dikutip dalam lima kementerian yang diperiksa. Daripada jumlah itu, RM59.63 juta ataupun 86.7 peratus telah berusia lebih 10 tahun. Betong ingin bertanya mengapa wang ini boleh tertunggak begitu lama? Adakah kerajaan mempunyai sistem amaran awal supaya masalah kutipan dikenal pasti lebih awal dan bukan hanya bertindak selepas hutang menjadi terlalu lama? Tuan Yang di-Pertua, pada saya pendekatan perlu berubah daripada hanya kutipan selepas berlaku masalah kepada amaran awal dan kutipan segera.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang sama perlu kita lihat dalam pelaksanaan projek pembangunan. Daripada 9,578 projek pembangunan RMK12, hanya 3,120

draft • 12:53 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

projek ataupun 32.6 peratus berada di peringkat pasca pelaksanaan setakat 31 Disember 2025. Betong tidak menyatakan semua projek yang belum selesai itu gagal tetapi persoalannya mudah. Apakah yang sebenarnya kita ukur? Berapa banyak wang yang telah dibelanjakan atau berapa banyak manfaat yang telah diterima oleh rakyat di luar sana? Jadi bagi rakyat, projek hanya berjaya apabila dia siap berfungsi dan boleh digunakan.

Ini sangat penting khusus bagi Sarawak sebab projek seperti Sabah– Sarawak Link Road Fasa 2, Lebuhraya Trans Borneo bukan sekadar angka dalam laporan, ia berkaitan dengan perhubungan, dengan keselamatan, perdagangan dan juga peluang ekonomi rakyat. Jadi, projek yang lewat bermakna rakyat menunggu lebih lama. Jalan yang lewat bermakna peluang ekonomi juga turut lewat.

Sebab itu, Betong ingin mencadangkan supaya setiap teguran audit selepas ini mempunyai tiga perkara yang jelas. Pertamanya, siapa yang bertanggungjawab?

Kedua, bila ia mesti diselesaikan? Ketiga, berapa banyak wang ataupun manfaat yang telah dipulihkan? Bolehkah kerajaan menyediakan laporan susulannya lebih jelas dan berkala kepada Parlimen supaya kita dapat melihat bukan sahaja teguran audit tetapi status tindakan terhadap teguran tersebut?

Tuan Yang di-Pertua, pada akhirnya Betong ingin mengemukakan satu persoalan besar. Adakah LKAN hanya menjadi rekod tentang kesilapan yang telah berlaku ataupun kita mahu menjadikan alat untuk kita mengelakkan kesilapan yang sama berulang? Pada saya, kejayaan audit bukan diukur berdasarkan panjangnya senarai teguran. Kejayaan audit perlu diukur berdasarkan berapa banyak teguran yang berjaya diselesaikan dan tidak lagi berulang sebab setiap ringgit wang rakyat mesti ada tujuan, mesti ada rekod, mesti ada pertanggungjawaban dan akhirnya menghasilkan manfaat kepada rakyat. Itulah makna sebenarnya tatakelola. Sekian, terima kasih.

draft • 12:53 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Betong. Pembahas seterusnya adalah Yang Berhormat Kuala Nerus. Yang Berhormat, saya tengok masa itu 12.59 tengah hari. Mungkin Yang Berhormat start sedikit kemudian lepas rehat boleh restart.

draft • 12:53 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Kuala Krau bukan Kuala Nerus.

draft • 12:53 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sorry, sorry. Kuala Krau. Kuala Krau, sorry, sorry. Okey, dah pukul 1.00 tengah hari. Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan sekarang jam telah menunjukkan pukul 1.00 tengah hari, saya menangguhkan mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.

draft • 12:53 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Krau.

draft • 2:30 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang di-Pertua. Laporan Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2025 merekodkan satu pinjaman kerajaan kepada Warisan Jengka Holdings (M) Sdn. Bhd. Tujuan pinjaman dinyatakan untuk membiayai perbelanjaan mengurus susulan pengambilan penajaan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka oleh Warisan Jengka Holdings (M) Sdn. Bhd.

(WJHSB).

Tuan Yang di-Pertua, wilayah Jengka dahulunya dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ). Ia dibubarkan melalui Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (Pembubaran) 1997 iaitu Akta 567 dan diluluskan oleh Dewan ini.

Namun daripada dapatan laporan ini bermakna syarikat yang mengambil alih lembaga ini perlu meminjam daripada kerajaan untuk menampung perbelanjaan mengurus. Sebelum tahun 2025, keseluruhan baki pinjaman RM5.05 juta telah tertunggak selama lapan tahun.

Pada tahun 2025, pinjaman ini distruktur semula buat kali kedua, kadar faedah diturunkan daripada empat peratus kepada dua peratus. Laporan turut merekodkan faedah Syarikat Jengka Sdn. Bhd. berjumlah RM10.20 juta dihapus kira selepas Amanah Saham Pahang mengambil alih baki pokok pinjaman sebanyak RM1.92 juta. Saya juga memahami sejak tahun 2010, Kerajaan Persekutuan telah mengamanahkan ECERDC melalui dana khas untuk membolehkan bekas kawasan DARA LKWJ ini. Namun perlu difahami bahawa ECERDC dibina untuk seluruh wilayah ekonomi Pantai Timur bukan lembaga yang khusus untuk satu wilayah.

Kerajaan Negeri Pahang sendiri pada Februari 2025 menyatakan tidak akan membiarkan kawasan yang ditinggalkan oleh kedua-dua agensi ini. Maknanya keperluan ini masih diakui sehingga hari ini. Jadi, saya ingin bertanya, berapakah jumlah keseluruhan pinjaman Kerajaan Persekutuan kepada Warisan Jengka

draft • 2:32 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Holdings dan Syarikat Jengka sejak penswastaan dan berapakah yang telah dihapus kira? Adakah KKW bersedia menjalankan kajian untuk menilai keperluan sebuah lembaga bagi sebuah bekas wilayah Jengka ataupun setidaknya di Pahang?

Tuan Yang di-Pertua, Warisan Jengka bukan satu-satunya peminjam yang bermasalah. Sehingga akhir tahun 2025 lebih RM8 bilion pinjaman Kerajaan Persekutuan masih belum dibayar balik. Daripada tunggakan yang dibawa dari tahun sebelumnya hanya lima peratus berjaya dikutip sepanjang 2025. Ada pinjaman yang tidak pernah dibayar langsung sejak jadual bayarannya bermula pada tahun 1981.

Akan tetapi Yang di-Pertua, ada satu had yang tidak dipatuhi garis panduan pinjaman Kerajaan Persekutuan menetapkan sesuatu pinjaman hanya boleh di struktur semula paling banyak dua kali. Laporan audit di sini mendapati ada pinjaman yang telah distruktur sehingga lima kali.

Apabila had dua tahun boleh dijangkau sampai lima kali, ini menunjukkan masalah struktur yang cukup besar. Soalan saya, berapakah pinjaman yang telah di struktur semula melebihi had dua kali dan di peringkat manakah ia nya diluluskan?

Adakah Kementerian Kewangan akan memastikan keupayaan peminjam untuk membayar dinilai terlebih dahulu sebelum sesuatu pinjaman distruktur semula dan bermula bila?

Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia yang Ke-12 (RMK12) sudah berakhir pada hujung 2025. Namun lebih 2,200 projek di bawahnya masih belum bermula. Saya bersetuju dari sudut perbelanjaan kerajaan telah membelanjakan sepenuhnya peruntukan RMK12 malah ada yang lebih. Akan tetapi wang yang telah dibelanjakan tidak bermakna projek sudah sampai kepada rakyat.

Bagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) 452 projek luar bandar masih belum bermula hampir satu daripada setiap empat projek kementerian itu. Kawasan seperti Kuala Krau termasuk bekas Wilayah Jengka bergantung kepada projek ini. Soalan saya— jadi, saya hendak bertanya daripada 452 projek KKDW ini, berapakah yang terletak di Pahang dan berapakah yang terdapat di Parlimen Kuala Krau dan adakah kesemuanya akan dibawa ke RMK13 dengan peruntukan yang dijamin ataupun tidak?

Tuan Yang di-Pertua, kedua saya ingin membangkitkan satu lagi perkara berkaitan pengurusan wang awam iaitu wang pendahuluan kontraktor. Laporan audit mendapati sehingga 31 Disember 2025 RM68.81 juta wang pendahuluan kontraktor bagi 24 projek masih belum dikutip dan yang lebih membimbangkan RM52.63 juta

draft • 2:32 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

atau 86 peratus telah tertunggak melebihi 10 tahun. Sebahagian besar tunggakan ini pula melibatkan syarikat yang telah digulung ataupun dibubarkan.

Kita selalu membincangkan projek yang lewat dan projek yang masih belum siap tetapi dalam isu ini projek mungkin telah bergerak, wang telah didahulukan tetapi wang kerajaan itu sendiri masih belum kembali selepas lebih sedekad. Sedikit lagi, Yang di-Pertua sedikit sahaja. Jadi, saya ingin bertanya kepada kerajaan, mengapa RM9.63 juta ini boleh tertunggak sehingga melebihi 10 tahun? Daripada RM68.81 juta tersebut, berapakah jumlah yang masih realistik untuk dikutip semula oleh kerajaan?

Apakah tindakan kerajaan yang telah diambil terhadap pegawai atau kementerian yang bertanggungjawab apabila tindakan susulan kutipan tidak dibuat dalam tempoh sewajarnya? Dan yang terakhir, adakah kerajaan mempunyai satu tempoh masa yang jelas selepas wang pendahuluan menjadi hutang yang perlu dikutip sebelum tindakan undang-undang wajib dimulakan? Sekian, terima kasih.

draft • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Krau. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Nerus.

draft • 2:32 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*, salam sejahtera. Alhamdulillah, terima kasih Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Kuala Nerus untuk menyertai perbahasan Laporan Audit Negara Bilangan 2 Tahun 2026.

Pertama, suka saya menyentuh tentang kebimbangan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Terengganu pagi tadi berhubung kelewatan projek pengawalan hakisan pantai Kuala Nerus, khususnya keperluan mempercepatkan struktur perlindungan sebelum Monsun Timur Laut yang akan datang.

Namun saya melihat isu ini daripada sudut yang lebih luas. LKAN 2/2026 bukan sahaja merekodkan kelewatan projek di Kuala Nerus tetapi turut menunjukkan satu lagi projek pengawalan hakisan pantai di Marang telah pun ditamatkan. Ini menimbulkan persoalan, sama ada kita sedang berhadapan dengan isu yang lebih besar dalam perancangan, pemantauan dan pengurusan kontrak projek perlindungan pesisir pantai di Terengganu.

draft • 2:38 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Bagi projek kawalan hakisan Pantai Marang yang bernilai RM15.63 juta, kemajuan sebenar hanya mencapai 21 peratus ketika kemajuan yang sepatutnya

draft • 2:40 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

100 peratus. Walaupun telah diberikan pelanjutan masa selama 125 hari, sebelum kontrak yang akhirnya terpaksa ditamatkan pada 9 Julai 2024.

LKAN turut merekodkan LAD berjumlah RM155, 480,00,000 yang masih belum dikutip kerana perakuan akuan dan bayaran muktamad belum dimuktamadkan. Maka, saya ingin mendapatkan penjelasan PETRA dan JPS, apakah status terkini penyelesaian projek ini termasuk baki kerja perlindungan pantai yang belum disempurnakan serta kutipan LAD tersebut.

Puan Yang di-Pertua, keadaan di Kuala Nerus dan Marang perlu menjadi pengajaran bahawa projek perlindungan pesisir Pantai Timur ini tidak boleh diurus seperti projek pembinaan biasa. Tempoh kerja efektif sangat dipengaruhi Monsun Timur Laut, keadaan laut serta keupayaan mobilisasi bahan dan jentera.

Sebagaimana turut ditegaskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu, faktor cuaca dan keupayaan agensi pelaksana perlu diambil kira dalam menilai serta merancang projek-projek pesisir di Pantai Timur. Justeru, apakah PETRA dan JPS bersedia menilai semula model perancangan, pemilihan kontraktor, jadual pelaksanaan dan pengurusan risiko bagi projek-projek pesisir di negeri-negeri Pantai Timur supaya masalah kelewatan ataupun penamatan kontrak tidak terus berulang.

Saya berharap Kerajaan Persekutuan tidak melihat Kuala Nerus dan Marang sebagai dua kes terpencil tetapi sebagai isyarat untuk memperkukuhkan keseluruhan tadbir urus Projek Perlindungan Pesisir Pantai. Bagi negeri Pantai Timur seperti Terengganu, kelewatan atau kegagalan projek tidak hanya angka kemajuan fizikal dan isu pentadbiran kontrak kerana setiap musim monsun yang berlalu tanpa perlindungan yang mencukupi bermakna rakyat, infrastruktur dan kawasan pesisir terus terdedah kepada risiko. Sebab itu tindakan pembetulan bukan sahaja perlu disegerakan, tetapi mesti memastikan kelemahan yang sama tidak berulang dalam projek-projek seterusnya.

Seterusnya Puan Yang di-Pertua, saya turut ingin menyentuh penemuan LKAN 2/2026 berhubung Akaun Belum Terima (ABT) Kementerian Kesihatan yang merekodkan RM281.08 juta atau 83.6 peratus daripada keseluruhan ABT hasil KKM melibatkan bil perubatan bukan warganegara. Dan lebih membimbangkan lagi, maklum balas daripada KKM dan laporan yang sama menyatakan bahawa lebih 80 peratus tunggakan dan ABT tertinggi melibatkan pesakit dalam kategori pendatang asing tanpa izin (PATI).

draft • 2:40 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Perkara ini perlu diberikan perhatian yang serius kerana tunggakan hasil yang berpanjangan menimbulkan persoalan terhadap keberkesanan pengurusan kutipan dan pembiayaan perkhidmatan kesihatan awam. Isu ini tidak diseharusnya dilihat sebagai masalah kutipan bil hospital semata-mata, sebaliknya menuntut penyelesaian yang lebih menyeluruh terhadap pengurusan PATI di negara ini.

Saya mengambil perhatian terhadap Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi yang turut mengesyorkan mekanisme pengesahan identiti bagi membezakan pelarian, PATI dan imigran ekonomi, selain memperkukuhkan penguatkuasaan imigresen serta kawalan sempadan.

Persoalannya sekarang ialah sejauh manakah penyelarasan antara KKM, KDN dan agensi penguatkuasaan telah diperkukuhkan supaya masalah dokumentasi dan keberadaan PATI tidak terus menjejaskan keupayaan kerajaan mengurus hasil, contohnya kapasiti perkhidmatan kesihatan awam.

Justeru, saya mendesak Kerajaan Persekutuan mengambil tindakan yang lebih tegas, bersepadu dan tuntas, khususnya dalam membanteras kemasukan dan aktiviti PATI yang menyalahi undang-undang. Memperkukuh sistem pengesanan serta kutipan tunggakan rawatan dan menyediakan mekanisme pembiayaan kesihatan kepada warganegara yang lebih mampan.

Justeru, apakah mekanisme penyelarasan dan garis masa pelaksanaan yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi memastikan syor-syor Jawatankuasa Pilihan Khas diterjemahkan kepada tindakan sebenar, khususnya dalam menangani tunggakan hasil rawatan PATI yang telah dikenal pasti oleh Ketua Audit Negara. Kita tidak mahu kelemahan pengurusan imigresen...

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, masa sudah tamat.

draft • 2:40 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Sekejap. Dan kutipan hasil akhirnya menambah tekanan kepada sistem kesihatan awam yang perlu terus memenuhi keperluan rakyat tanpa mengabaikan tanggungjawab memberikan rawatan kecemasan atau pertimbangan kemanusiaan.

Sebagai penutup, saya ingin menegaskan bahawa penemuan Laporan Ketua Audit Negara bukan hanya untuk mendedahkan kelemahan pentadbiran, tetapi seharusnya menjadi asas kepada tindakan pembetulan yang lebih berkesan.

Penyelesaian kepada isu-isu yang dibangkitkan menutup kecekapan pengurusan, penyelarasan antara agensi dan ketegasan dalam pelaksanaan dasar.

draft • 2:40 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Saya berharap Kerajaan Persekutuan mengambil serius setiap unjuran audit yang memastikan tindakan susulan yang jelas, bersepadu dan boleh diukur.

Akhirnya...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Yang Berhormat Sri Gading.

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tuan Speaker.

Pertama sekali Sri Gading mengucapkan tahniah kepada Ketua Audit Negara yang telah berjaya membuat laporan kewangan dan terima kasih juga kepada Kerajaan MADANI yang telah memberikan ruang kepada Ahli-ahli Parlimen berbahas dalam Parlimen sama ada positif atau negatif, ia nya memberikan ruang kepada rakyat mengetahui dasar dan juga apa yang telah dibelanjakan di setiap kementerian dalam negara kita.

Walaupun kita sedia maklum bahawa apa yang telah dinyatakan oleh Menteri dalam masa pembentangan awal tadi, Sri Gading menyokong penuh Laporan Ketua Audit Negara ini dibahaskan bukan sahaja dalam Parlimen. Kalau boleh, dibahaskan juga di dalam Dewan Undangan Negeri. Supaya Dewan Undangan Negeri, khususnya yang melibatkan negeri-negeri yang ada kaitan yang ditegur oleh laporan ini untuk diperbahaskan.

Kerana kita sedia maklum sebagaimana yang dinyatakan oleh beberapa rakan tadi tentang pungutan, tunggakan yang lambat diambil ataupun dipungut. Di mana di sini juga diberikan kepada kesan tanggungjawab Kerajaan Federal apabila pungutan daripada agensi ataupun mana-mana pihak, sama ada kerajaan negeri ataupun agensi GLC yang tidak dipungut dengan cekap, maka tanggungan itu jatuh kepada Kerajaan Federal. Maka kalau kita lihat di sini, sebagai contoh apa yang kita dapat melihat beberapa negeri yang ada tunggakan yang tidak pernah dibayar ataupun lambat dibayar, di mana terdapat sebagai contohnya LKAN merekodkan Kerajaan Negeri Kedah mempunyai 33 pinjaman tertentu yang tidak pernah dibuat bayaran balik.

Jadi, ini sebagai contoh. Maknanya apa yang berlaku kepada negeri-negeri bukan sahaja Kedah dan sebagainya, tapi ini satu contoh kalau ditunjukkan, maka perlulah dibuat pungutan supaya kalau tidak dibuat pungutan pun, maknanya penyelarasan kembali supaya dapat dibayar dan dipungut semula dan tidak membebankan kerajaan di peringkat Federal. Itu yang pertama.

draft • 2:46 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Yang kedua, berkaitan dengan lambat. Kelambatan sesuatu projek sepertimana yang kalau kita bahaskan tadi, ramai daripada kalangan pembahas- pembahas daripada kiri ataupun kanan menyatakan tentang LCS.

Kalau dulu, perang dulu pakai keris, pakai pedang, pakai tombak sekarang ini sudah peluru berpandu balistik. Kalau katakan sampai 34 tahun baru hendak siap daripada 2011 sampai 2035, 24 tahun baru hendak siap, kita hendak pakai peluru yang mungkin dah out of date. Jadi, ini juga satu perkara yang sangat memalukan kepada kita dan perlu ketegasan dari peringkat kerajaan untuk melihat bagaimana perlu kita ambil.

Saya menyokong penuh ucapan daripada Pasir Gudang supaya jangan ada bailout kepada mana-mana syarikat swasta yang satu masa dahulu dia untung dan bila dia dah rugi, dia hendak minta bailout daripada kerajaan dan ini sangat-sangat memalukan kepada kerajaan lah. Dan saya Sri Gading, sangat bersetuju dan jangan sampai kita menjadi kata orang pembayar-pembayar menanggung hutang orang lain, sedangkan kita sendiri pun menanggung beban yang sangat berat.

draft • 2:46 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Yang akhir sekali, Sri Gading ingin memberi makluman dalam Dewan Yang Mulia ini tentang Akaun Belum Terima Wang Pendahuluan Kontraktor di peringkat Kementerian Pendidikan. Di mana kalau kita lihat, akaun yang dipanggil pendahuluan kontraktor ini biasanya diberikan kepada syarikat-syarikat untuk pendahuluan untuk memastikan mereka boleh menjalankan projek.

Sepatutnya, kalau kita berikan sesuatu projek kepada mana-mana syarikat ataupun mereka yang telah dapat kontrak tender ini, mengapa tidak dilihat dari segi keboleh–– maknanya mereka dapat kontrak itu tentu mereka boleh buat, mereka ada kemampuan, mereka ada kebolehan. Tetapi kalau pendahuluan itu diberikan, akhirnya kerajaan tak boleh kutip pula. Tak boleh kutip, sedangkan tempoh sepatutnya pendahuluan kontraktor ini dalam tempoh 70 peratus mereka dah siap 75 peratus, pendahuluan itu telah habis dibayar.

Tetapi apa yang direkodkan dalam laporan kewangan ini, laporan audit ini, bahawa terdapat RM28.13 juta melibatkan 16 projek yang tidak dipungut lagi. Jadi, ini satu bentuk yang akhirnya merugikan kerajaan dan kita bimbang, duit daripada kerajaan yang diberikan kepada kontraktor, kontraktor lari dan kerajaan menanggung kerugian. Dan rakyat juga menanggung.

draft • 2:50 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Sebab apa? Kalau katakan projek itu tak siap, dia akan merugikan kepada pengguna ataupun kepada rakyat itu sendiri. Selain daripada duit yang digunakan adalah duit rakyat, tapi pengguna-pengguna seperti sekolah, akhirnya terbengkalai.

Jadi, itulah harapan daripada Sri Gading supaya kita dapat melaksanakan dan bukan sahaja untuk kepentingan untuk di peringkat Federal melihat suasana ini, tetapi di peringkat negeri-negeri juga kita perlu perhatikan. Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Saya jemput Yang Berhormat Rantau Panjang.

draft • 2:50 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dan membahaskan dapatan Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 2 Tahun 2026.

Dan saya tumpukan perbahasan saya merujuk kepada Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok. Yang mana isu ini kita dapati bukan semata-mata projek yang lewat siap, tetapi isunya adalah setiap kali musim tengkujuh, rumah rakyat berdepan dengan masalah rumah rosak, pertanian rosak, begitu juga berkaitan dengan infrastruktur rakyat, termasuk juga ekonomi dan pelbagai aktiviti rakyat terpaksa tertunda dan berdepan dengan pelbagai kerugian.

Saya ingin menyentuh berkaitan dengan projek bermula fasa 1, iaitu bermula tahun 2018, sepatutnya siap 2022. Sekarang sudah 2027. Dan projek ini kita lihat tarikh jangkaan awalnya siap 22 April 2022. Tetapi pada November 2023, kerajaan memberitahu bahawa kemajuan mencapai hanya 76 peratus dan projek dijangka siap pada Ogos 2024. Dan Ogos 2024 telah berlalu. Sekarang tarikh siap berganjak pula kepada 21 Julai 2027.

Jadi, perkara ini sudah tentulah akan memberi kesan yang cukup besar, kerugian, kepada harta benda rakyat dan juga kos yang ditangguh oleh kerajaan.

Jadi, saya ingin tahu apakah hasil siasatan jurutera bebas, berapa kos rugi, roboh dan terutama yang berkaitan dengan kerosakan pam yang juga rumah pam yang rosak yang perlu dirobohkan dan juga berlaku yang melibatkan kerugian RM3.2 juta juga rosak.

draft • 2:52 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Jadi, saya ingin tahu apakah hasil kajian yang telah dibuat, apakah status tuntutan ganti rugi setakat ini dan siapakah yang mengesahkan reka bentuk sehingga berlakunya keadaan yang demikian.

Saya ingin juga meminta supaya kerajaan menjelaskan, apakah perancangan jangka panjang untuk memastikan, terutama sekarang ini kita berdepan dengan musim tengkujuh. Setiap kali berlakunya banjir, Kelantan mencatat kerugian hampir RM271.7 juta. Pada masa yang sama, projek yang sepatutnya menjadi benteng perlindungan rakyat berdepan dengan kelewatan dan peningkatan kos dan kelemahan dari sudut teknikal. Jadi, apakah perancangan jangka pendek dan jangka sederhana serta sebelum mencapai penyiapan tebatan ini, supaya ia boleh mengurangkan kos risiko terutama kepada rakyat.

Dan saya ingin juga penjelasan daripada pihak Kementerian PETRA khususnya, tentang apa punca berlakunya benteng pecah dan apakah kajian yang telah dibuat yang menyebabkan kerugian beratus juta. Jadi, apakah hasil kajian yang telah dibuat? Minta penjelasan satu per satu ya.

Jadi, yang seterusnya saya ingin menyentuh juga berkaitan dengan kelewatan SST. Bagaimana SST, kelulusan SST tertangguh 3.5 tahun terhadap Projek Tebatan Banjir Fasa 2. Dan, sepatutnya dia luluskan pada September 2002, tapi SST telah dikeluarkan hanya pada 31 Mac 2026. Jadi, diminta garis masa perolehan dan pelan pelaksanaan terkini fasa 2 dan fasa 3 supaya kerugian tidak terus akan mengalami, dialami. Dan begitu juga kesiapsiagaan yang dibuat untuk berdepan dengan musim tengkujuh dalam masa yang terdekat.

Saya ingin juga menyentuh tentang fasa 3. Iaitu, di mana fasa 3 ini yang mendahului jadual pula. Janganlah kita takut kerana terlalu cepat ini menjadikan kesannya besar kepada rakyat. Jadi, macam mana dalam fasa 3 ini pula mendahului daripada jadual asal pula. Jadi, saya terutama di kawasan Parlimen Rantau Panjang berdepan dengan isu banjir ini setiap tahun dan fasa 2 adalah fasa yang khusus untuk membantu masalah banji di pekan Rantau Panjang.

Tapi, sampai hari ini, belum kita dapat nampak operasinya. Dan saya segan dengan negara jiran. Sebab negara jiran tengok tembok tebatan banjir itu hampir siap. Dan ini memberi kesan secara langsung apabila berlaku hujan yang lebat di negara jiran. Dia sudah tentu memberi kesan yang sangat besar kepada negeri kita, khususnya di Rantau Panjang.

Dan kita tengok bagaimana pengalaman yang lepas hasil air daripada negara Thailand menyebabkan beberapa rumah rakyat hanyut kerana arus deras yang

draft • 2:52 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

masuk ke dalam negara kita melalui arus air banjir daripada Thailand. Jadi, saya ingin penjelasan macam mana perkara ini supaya dipercepatkan.

Akhir sekali, apakah usaha untuk kerajaan memastikan supaya segala kerugian ataupun kelewatan ini tidak berulang lagi. Dan saya ingin harapkan supaya kerajaan membentangkan pelan pemulihan khas kepada Sungai Golok untuk memastikan supaya risiko yang dialami oleh kawasan yang terlibat dengan Sungai Golok ini tidak terus menekan rakyat dan memberi kerugian kepada rakyat dan negara.

Sekian dahulu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 2:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang, saya jemput Yang Berhormat Tampin.

draft • 2:52 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 2/2026.

Terlebih dahulu, tahniah diucapkan kepada Ketua Audit dan seluruh warga Jabatan Audit Negara atas komitmen berterusan untuk memastikan setiap sen wang rakyat disemak dan diteliti.

Puan Yang di-Pertua, saya mengambil maklum akan berita baik berdasarkan prestasi kewangan negara pada tahun 2025 yang menunjukkan perkembangan positif, yang mana hasil Kerajaan Persekutuan telah mencatatkan peningkatan kepada RM336.07 bilion manakala defisit fiskal pula mencatatkan penurunan kepada 3.7 peratus daripada KDNK berbanding 4.1 peratus.

Sungguh pun begitu jangan kita terbuai dengan angka defisit tahunan yang menurun. Kita juga perlu melihat gambaran yang lebih besar iaitu komitmen dan liabiliti yang ditanggung negara pada masa hadapan.

Yang mana berdasarkan rekod LKAN kali ini jumlah liabiliti Kerajaan Persekutuan telah melonjak cukup tinggi iaitu kepada RM1.653 trilion pada tahun 2025. Maka persoalan saya, adakah kerajaan–– persoalan saya kepada kerajaan, apakah strategi atau langkah konkrit untuk mengurangkan tekanan bebanan hutang jangka panjang ini?

Dan persoalan yang lebih mustahak apabila kerajaan melaksanakan langkah penjimatan atau meningkatkan hasil, apakah jaminan kerajaan bahawa bebanan ini

draft • 2:58 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

tidak akan dipindahkan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Pandangan saya, disiplin fiskal yang hendak dilaksanakan mestilah berjalan seiring dengan keadaan sosial dan jangan sampai kita terlepas pandang dan kuasa beli rakyat yang semakin hari semakin menipis dompetnya.

draft • 2:58 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Puan Yang di-Pertua, perkara kedua yang saya ingin sentuh adalah berkenaan Akaun Belum Terima ataupun (ABT) yang mana wang yang sepatutnya telah menjadi milik hak kerajaan dan boleh dibelanjakan untuk pelbagai kepentingan rakyat tetapi masih gagal untuk dikutip. Berdasarkan laporan audit kali ini, jumlah tunggakan ABT masih setinggi RM51.19 bilion.

Lebih mengejutkan daripada jumlah tersebut, sebanyak RM17.42 bilion telah tertunggak melebihi enam tahun lamanya. Rakyat di sana tertanya-tanya, jika mereka lewat untuk membayar cukai atau pun pinjaman, cepat sahaja tindakan dikenakan kepada mereka. Tetapi apabila wang kerajaan sendiri tertunggak selama bertahun-tahun lamanya dengan jumlah yang begitu besar, statusnya masih boleh kekal sebagai ABT dan dibiarkan begitu sahaja.

Saya tidak berhasrat untuk menggesa kerajaan agar mengutipnya serta- merta ataupun sekelip mata, namun rakyat berhak untuk tahu berapa yang boleh ditarik balik, berapa yang sudah menjadi hutang lapuk dan berapa yang terpaksa dihapus kira.

Bagi tujuan itu Puan Yang di-Pertua, saya mencadangkan kepada pihak kerajaan agar membangunkan satu dashboard pemulihan hasil secara dalam talian dan dibentangkan secara berkala di Dewan yang mulia ini. Perkara ini hendaklah sedaya upaya dilaksanakan kerana rakyat di luar sana mahu melihat ketegasan kerajaan untuk mengutip wang yang sememangnya hak negara dan boleh dibelanjakan untuk pelbagai aktiviti pembangunan.

Puan Yang di-Pertua, perkara ketiga yang saya ingin sentuh adalah mengenai pinjaman boleh dituntut, yang mana LKAN merekodkan baki pokok pinjaman adalah sebanyak RM49.22 bilion pada 31 Disember 2025 manakala faedah dan faedah lewat berjumlah RM2.375 bilion. Yang lebih mustahak, tunggakan bayar balik pinjaman berjumlah RM8.084 bilion yang terdiri daripada tunggakan pokok berjumlah RM5.70 bilion.

Pinjaman kerajaan daripada pelbagai pihak bukanlah wang percuma, ia merupakan wang rakyat yang tidak boleh dikompromi. Persoalan saya, daripada jumlah RM8.084 bilion tunggakan ini, berapakah jumlah yang mempunyai

draft • 3:00 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

kebarangkalian tinggi untuk dikutip dan berapakah pula jumlah yang berisiko untuk akhirnya dihapus kira? Dalam hal ini saya menyokong penuh syor Ketua Audit supaya mekanisme pemantauan, penguatkuasaan dan penilaian risiko diperkukuh oleh kerajaan.

Saya juga mencadangkan supaya setiap penstrukturan semula pinjaman yang dibuat selepas ini disertakan sekali dengan pelan pemulihan yang mempunyai sasaran kutipan dalam tempoh masa yang jelas. Sekiranya peminjam diberikan kelonggaran, rakyat berhak mengetahui apakah asas ekonomi dan kewangan yang membolehkan kelonggaran tersebut diberikan?

Puan Yang di-Pertua, berdasarkan keseluruhan laporan audit kali ini, saya dapat melihat satu tema yang cukup jelas, iaitu masalah negara bukan semata-mata berkurangan wang. Hakikatnya masalah utama yang perlu kita atasi ialah bagaimana wang awam dirancang, dibelanjakan, dipantau, dan dipulihkan apabila berlakunya kegagalan atau sesuatu yang di luar jangka.

Justeru itu, saya menyeru agar laporan audit kali ini dijadikan satu instrumen untuk memperbaiki sistem kerana pada akhirnya ukuran sebenar kejayaan pengurusan kewangan negara bukanlah terletak kepada berapa banyak wang yang dibelanjakan tetapi hakikatnya kejayaan itu terletak kepada berapa banyak kehidupan rakyat yang berjaya kita perbaiki dengan wang tersebut. Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Tampin. Saya jemput Yang Berhormat Batu Pahat.

draft • 3:00 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Laporan Ketua Audit Negara Bil. 2/2026.

Batu Pahat ingin merakamkan penghargaan kepada Jabatan Audit Negara.

Bagi saya, laporan audit ini bukan sekadar untuk mencari kesalahan tetapi merupakan instrumen penting untuk memperbaiki kelemahan, menutup ruang ketirisan dan memastikan setiap Ringgit duit rakyat dibelanjakan dengan penuh amanah.

Puan Yang di-Pertua, Batu Pahat memulakan dengan prestasi kewangan Kerajaan Persekutuan. Kita perlu mengakui bahawa terdapat perkembangan positif.

draft • 3:03 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Defisit fiskal berjaya diturunkan daripada 4.1 peratus KDNK pada 2024 kepada 3.7 peratus pada 2025; lebih baik daripada sasaran 3.8 peratus.

Pinjaman baharu Kerajaan Persekutuan juga menurun 8.2 peratus daripada RM202.248 bilion kepada RM185.577 bilion. Ini menunjukkan hasil konsolidasi fiskal Kerajaan MADANI sedang memberikan hasil. Tetapi kita jangan terlalu cepat berasa selesa kerana hutang Kerajaan Persekutuan masih meningkat kepada kira-kira RM1.321 trilion, manakala bayaran khidmat hutang meningkat kepada RM53.711 bilion.

Jadi, Batu Pahat ingin bertanya kepada pihak Kementerian Kewangan, apakah strategi kerajaan untuk terus menurunkan defisit sehingga di bawah tiga peratus dan pada masa yang sama, mengawal beban khidmat hutang negara? Audit juga melaporkan kutipan tunggakan pinjaman boleh dituntut hanya sekitar RM465 juta atau lima peratus daripada RM9.273 bilion pada tahun 2025.

Jadi, Batu Pahat mahu kerajaan tolong jelaskan apakah tindakan untuk mendapatkan kembali tunggakan ini? Jangan akhirnya wang yang sepatutnya dikembalikan kepada kerajaan tidak dikutip bertahun-tahun dan akhirnya dihapus kira.

Puan Yang di-Pertua, Batu Pahat beralih kepada isu keselamatan negara, iaitu littoral combat ship atau LCS. Setakat 25 Jun 2026, audit mendapati Projek LCS masih mengalami kelewatan 7.55 peratus melibatkan kelewatan antara 30 hingga 108 hari. Lebih membimbangkan terdapat risiko LCS 1 diserahkan tanpa mencapai keupayaan operasi sepenuhnya kerana latihan dan sistem persenjataan masih belum disempurnakan.

Jadi, Batu Pahat ingin bertanya kepada Menteri Pertahanan, apakah status sebenar LCS 1 hari ini? Dan apabila kapal diserahkan kepada TLDM, adakah ia benar-benar sudah bersedia untuk beroperasi atau berperang? Kita jangan hanya mengejar tarikh penyerahan.

Kita tidak mahu sebuah kapal berada di jeti kemudian kita umumkan projek telah siap dan TLDM juga memerlukan kapal yang benar-benar mempunyai sistem persenjataan berfungsi, sensor berfungsi, krew terlatih dan mencapai tahap kesiapsiagaan operasi. Jadi, Batu Pahat juga mahu MINDEF menjelaskan apakah recovery plan supaya kelewatan LCS 1 tidak memberikan kesan berantai kepada LCS 2, 3, 4 dan 5.

Puan Yang di-Pertua, perkara kedua berkaitan MINDEF juga ialah pengurusan kenderaan perisa tentera darat. Audit mendapati terdapat kelemahan

draft • 3:03 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

dalam pentadbiran kontrak dan pengurusan perolehan bagi tempoh 2020 hingga 2023. Ambil contoh, Gempita. Perbekalannya lewat antara enam hingga 1,048 hari tapi denda berjumlah hampir RM162 juta belum dikutip lagi.

Lebih mengejutkan, notis tuntutan denda hanya dikeluarkan 745 hari, lebih dua tahun selepas kontrak tamat. Oleh itu, soalan saya mudah. RM162.75 juta ini sudah dikutip atau belum? Kalau belum kenapa?

Audit juga mendapati kelewatan antara dua hingga 227 hari bagi selenggaraan pembaikan dan pembekalan alat ganti, dengan RM1.2 juta denda belum dikenakan. Lebih membimbangkan ialah isu perolehan ini secara pecah kecil.

Oleh itu, saya mahu MINDEF menjawab adakah amalan ini sudah dihentikan?

Apakah mekanisme baharu yang diwujudkan supaya ia nya tidak berulang?

Akhir sekali saya menghargai bahawa sehingga pada 28 September 2026, sebanyak 12,117 atau 94 peratus daripada 12,835 isu audit yang disusuli telah berjaya diselesaikan dan tindakan susulan audit menghasilkan kutipan serta bayaran balik kepada kerajaan sebanyak RM920.91 juta.

Jadi, ini wang rakyat, setiap Ringgit mesti dijaga, setiap kelemahan mesti diperbaiki dan setiap pihak yang diberikan amanah mesti dipertanggungjawabkan.

Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 3:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Batu Pahat. Saya jemput Yang Berhormat Jerlun.

draft • 3:03 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Jerlun juga turut serta membahaskan Laporan Ketua Audit Negara Bil. 2/2026 berhubung Penyata Kewangan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, khasnya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Kerajaan telah memperuntukkan RM1.490 bilion untuk lima tahun, 2021 sehingga 2025, manakala sejumlah RM1.479 bilion (99.3 peratus) telah dibelanjakan bagi tempoh tersebut untuk tiga program, iaitu Program Rehabilitasi Hakisan Pantai, Pemulihan Muara Sungai dan mengatasi masalah fenomena air pasang besar

(FAPB).

draft • 3:09 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Saya ingin memfokuskan laporan audit ini berkaitan program mengatasi fenomena air pasang besar (FAPB). Penemuan audit ini mendapati program

draft • 3:10 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

mengatasi masalah FAPB masih belum dapat dinilai kerana empat projek baru siap antara September hingga Disember 2025 dan 18 projek masih dalam pelaksanaan.

Persoalan saya di sini ialah pertama, apakah punca sebenar 18 projek FAPB masih dalam pelaksanaan sedangkan ancaman air pasang besar merupakan isu keselamatan dan perlindungan rakyat yang memerlukan tindakan segera.

Kedua, adakah kerajaan boleh memberi jaminan bahawa projek-projek tersebut tidak mengalami kelewatan, pertambahan kos atau kelemahan pengurusan kontrak? Dan yang ketiga, bilakah kesemua 18 projek ini akan disiapkan sepenuhnya?

Di Jerlun iaitu kawasan Kuala Jerlun dan Kuala Sanglang merupakan lokasi strategik yang kerap kali berlaku masalah FAPB. Kebiasaannya, masalah FAPB ini berlaku ketika peralihan monsun dan cuaca ribut. Setiap kali berlaku air pasang besar, penduduk terpaksa membeli pasir dan meletakkannya dalam beg, diletakkan di tebing sungai untuk menampan air laut agar tidak masuk ke rumah mereka.

Saya merujuk wakil penduduk Encik Mohd Fadil bin Sulaiman dan Encik Zainuddin bin Ismail bahawa penduduk sangat berharap agar kerajaan membina breakwater di kawasan tersebut dengan menaik taraf tebing sungai sekurang- kurangnya dua atau tiga kaki bagi mengelakkan limpahan air pasang besar.

Pembinaan breakwater tersebut wajar dibina struktur-struktur hakisan pantai yang bersesuaian dengan masalah setempat. Ia bertujuan untuk memastikan tidak berlaku limpahan air masin ke kawasan penduduk dan pertanian selain memastikan keselamatan nyawa dan harta benda terjamin bagi penduduk di jajaran pantai yang berkenaan.

Saya juga merujuk Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan, khususnya berkaitan Akaun Belum Terima (ABT) tertinggi pada tahun 2025 yang melibatkan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kesihatan Malaysia. LKAN menunjukkan isu ABT perlu dilihat bukan semata-mata sebagai angka perakaunan tetapi sebagai wang yang sepatutnya masuk kepada kerajaan tetapi masih belum diterima.

Dalam Laporan Audit Bil. 1/2026, audit sendiri menekankan keperluan mekanisme kutipan tunggakan diperkukuh bagi mengelakkan tunggakan berlarutan atau akhirnya dihapus kira. Wang kerajaan yang belum dikutip ialah isu aliran tunai negara. Jika hasil telah sepatutnya diterima tetapi masih berada dalam ABT, kerajaan belum memperoleh manfaat tunai daripada hasil tersebut. Persoalannya, bukan hanya berapa banyak ABT tetapi berapa banyak yang benar-benar boleh

draft • 3:10 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

dikutip dan bila ia akan dikutip? LHDN perlu diberi perhatian khusus. ABT, LHDN sebanyak RM40.389 bilion merupakan bahagian yang sangat besar daripada ABT hasil yang dilaporkan.

Oleh itu, perlu diperjelaskan sama ada ia terdiri daripada tunggakan cukai yang masih aktif, kes dalam proses rayuan, kes litigasi atau jumlah yang mempunyai risiko tidak dapat dikutip. ABT, JPA dan KKM juga perlu diperincikan.

Bagi JPA, persoalan penting ialah apakah komponen hutang tersebut?

Contohnya tuntutan, pinjaman atau bayaran balik yang belum diterima. Bagi KKM pula perlu dilihat sama ada ABT berpunca daripada caj perkhidmatan, tuntutan hospital atau perkara lain. Jangan sampai ABT bertukar menjadi hapus kira. Audit sebelum ini telah menekankan bahawa mekanisme kutipan atau pelarasan perlu dibuat segera bagi mengelakkan ABT menjadi hutang lapuk dan akhirnya perlu dihapus kira.

Akhirnya, nampaknya kerajaan begitu tegas memastikan rakyat dan syarikat membayar cukai serta segala bayaran kepada kerajaan mengikut masa yang ditetapkan. Tetapi apabila puluhan bilion ringgit menjadi akaun belum diterima (ABT), apakah jaminan kerajaan sendiri mempunyai disiplin yang sama dalam memastikan wang yang menjadi hak kerajaan benar-benar dikutip, bukannya dibiarkan tertunggak sehingga akhirnya dihapus kira. Sekian, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Saya jemput Yang Berhormat Bentong.

draft • 3:10 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera, selamat petang semua. Puan Speaker, terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Laporan Ketua Audit Negara pada hari ini.

Izinkan saya terlebih dahulu merakamkan tahniah dan penghargaan yang tinggi kepada Jabatan Audit Negara serta Ketua Audit Negara atas usaha gigih mereka untuk membentangkan laporan yang jujur, telus dan berani demi memastikan setiap sen wang rakyat dijaga dengan sewajarnya.

Laporan audit ini bukan sekadar kumpulan angka atau senarai akaun yang disemak semata-mata. Ia adalah cermin kepada integriti tadbir urus sesebuah kerajaan. Setiap nombor yang tercatat di dalamnya membawa makna yang besar. Ia

draft • 3:15 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

mewakili harapan rakyat termasuklah pengundi-pengundi saya di Bentong yang membayar cukai dengan harapan ia akan kembali dalam bentuk perkhidmatan, kemudahan, keselamatan yang benar-benar berfungsi.

Puan Yang di-Pertua, namun begitu bila kita teliti LKAN kali ini sukar untuk tidak kita merasa kecewa. Isu-isu lama masih berulang. Variation order (VO) dengan izin yang membengkak, aset dan sistem bernilai jutaan Ringgit yang terbiar tanpa digunakan serta kelewatan projek infrastruktur penting yang masih berterusan.

Isu ketirisan dan kelewatan ini bukan sekadar perbincangan di atas kertas.

Kesannya turut terus dirasai oleh rakyat di peringkat akar umbi termasuklah di Bentong. Kawasan saya sering berhadapan dengan isu penyelenggaraan cerun, baik pulih jalan raya serta projek tebatan banjir dan infrastruktur sungai yang mendesak.

Apabila LKAN mendedahkan kelemahan pentadbiran kontrak, kelewatan siap projek dan kelulusan VO berulang tanpa kemajuan fizikal yang setimpal, rakyat jugalah yang perlu menanggung kesannya. Kenapa peruntukan yang telah diluluskan untuk membaiki infrastruktur awam mengambil masa yang begitu lama untuk benar-benar dirasai oleh rakyat? Mengapa ada kes di mana kos projek membengkak akibat VO tetapi isu jalan raya dan sistem perparitan di kawasan berisiko seperti Bentong masih tidak selesai sepenuhnya? Ibarat membeli baju yang terlalu besar akhirnya hanya dijadikan kain lap.

Sebagai contoh lain di Bentong, di Kampung Janda Baik. Proses menukar paip lama kepada paip baharu masih belum selesai walaupun hampir dua tahun telah berlalu sejak projek ini diluluskan. Bila rakyat datang bertanya kepada saya, “YB mana projek ini, bila nak tukar paip?” Saya tak ada jawapan kerana saya masih lagi menunggu bila ia akan dimulakan dan malah mereka marah kepada saya, bukan kepada pihak pelaksana projek.

Puan Speaker, kita sudah memperuntukkan dana yang besar tetapi akibat kelemahan pengurusan di peringkat pelaksana, akhirnya hasil tidak memberikan kemudahan dan perlindungan optimum seperti yang telah dijanjikan kepada rakyat Bentong dan rakyat Malaysia amnya.

Mesej saya jelas. Ketirisan adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap amanah rakyat. Sama ada ia melibatkan sistem ICT yang siap dibangunkan tetapi tidak digunakan atau projek awam yang terbengkalai, pembaziran dana secara terang-terangan ini mesti diberhentikan.

draft • 3:15 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Begitu juga dengan pentadbiran kontrak di mana klausa penalti kelewatan LAD sering tidak dikuatkuasakan dengan tegas. Seperti kata pepatah, “Mencuri dalam terang, menyorok dalam gelap.” Kelonggaran ini memberi ruang kepada kontraktor berniat jahat untuk melambat-lambatkan projek kerana mereka tahu tak ada tindakan tegas yang akan dikenakan.

Sudah sampai masanya kita hentikan budaya buat salah minta maaf, ulang semula tahun depan, ulang-ulang lagi. Papan pemuka audit adalah memang satu langkah baik untuk pemulihan hasil tetapi rakyat mahukan lebih daripada itu supaya mereka mahu melihat tanggungjawab sebenar dikenakan ke atas individu yang bertanggungjawab.

Justeru Puan Speaker, saya ingin mengemukakan tiga cadangan tegas. Iaitu yang pertama, penguatkuasaan akta audit yang dipinda. Gunakan kuasa follow the public monies dengan izin secara agresif untuk kita mengesan setiap sen dana awam yang mengalir ke syarikat GLC atau agensi yang gagal mencapai objektif.

Yang kedua, pemantauan khusus projek luar bandar dan kawasan berisiko.

Pastikan setiap peruntukan infrastruktur di kawasan seperti Bentong dan lain-lain dipantau secara berfasa agar bayaran tidak dibuat sebelum kerja disiapkan mengikut spesifikasi.

Dan yang ketiga, tindakan tatatertib dan senarai hitam kontraktor gagal.

Pegawai yang cuai perlu dikenakan tindakan tatatertib dan kontraktor dengan rekod kelewatan atas kos membengkak tanpa sebab munasabah mesti disenaraihitamkan secara kekal daripada perolehan kerajaan.

draft • 3:15 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Puan Yang di-Pertua, ingatlah pepatah, “Kerana nila setitik, rosaklah susu sebelanga.” Kesilapan segelintir pihak tidak boleh dibiarkan, mencemarkan nama baik seluruh perkhidmatan awam yang selama ini telah berkhidmat dengan jujur dan penuh dedikasi. Rakyat Bentong dan rakyat Malaysia sedang memerhati. Jangan kita biarkan laporan audit ini hanya menjadi dokumen perbahasan tahunan tanpa sebarang tindakan susulan yang berani dan tegas.

Dengan itu Puan Yang di-Pertua, saya menyokong perbahasan ini dan mendesak agar tindakan tegas diambil dengan segera. Sekian, terima kasih.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Bentong. Saya jemput Yang Berhormat Tuaran.

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Kopisanangan, Puan Yang di-Pertua. Tuaran bangun untuk membahaskan Laporan Ketua Audit Negara Siri 2 Tahun 2026 dengan menumpukan satu persoalan asas dan amat penting iaitu pelaksanaan projek kerajaan dengan satu pertanyaan. Adakah kesemua projek kerajaan yang dicadangkan dalam rancangan lima tahun kerajaan benar-benar siap berfungsi dan memberikan manfaat kepada rakyat tepat pada masanya?

Tuaran mengalu-alukan sijil Ketua Audit Negara tanpa teguran. Namun, sijil ini hanya mengesahkan kewajaran penyata kewangan. Ia bukan jaminan bahawa semua projek telah siap, berfungsi dan telah dinikmati oleh rakyat.

Laporan Ketua Audit Negara melaporkan bahawa daripada 9,578 projek yang dilaporkan, hanya 3,120 projek atau 32.6 peratus telah siap. Ini bermakna 6,458 projek iaitu 67.4 peratus masih belum siap. Rakyat berhak mendapat penjelasan yang jelas. Berapa banyak kah yang lewat? Projek yang sakit, terbengkalai atau langsung belum bermula?

Di Sabah, daripada 941 projek pembangunan Rancangan Malaysia Kedua Belas, hanya 405 projek atau 43 peratus telah siap. Sebanyak 411 projek atau 43.7 peratus masih dilaksanakan. Manakala, 125 projek atau 13.3 peratus belum bermula atau masih dalam perancangan. Jumlah keseluruhannya adalah 941 projek bersamaan 100 peratus. Angka ini tidak boleh dilihat secara terasing daripada realiti rakyat.

Sabah masih berdepan kekurangan jalan, sekolah daif, kemudahan kesihatan, bekalan air dan elektrik. Setiap kelewatan bermakna perjalanan yang lebih jauh, kemudahan yang tidak mencukupi dan gangguan bekalan yang berterusan, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Lebih serius, perbelanjaan pembangunan Sabah telah mencapai 95.3 peratus. 95.3 peratus sedangkan projek yang siap hanya 43 peratus. Bagaimana hampir keseluruhan peruntukan telah dibelanjakan, sedangkan lebih separuh projek masih belum siap? Jadi, mohon jawapan daripada Kementerian Kewangan.

Tuaran tidak menuduh berlakunya penyelewengan. Namun, kerajaan wajib memberikan penjelasan. Adakah bayaran dibuat berdasarkan kemajuan fizikal sebenar? Adakah kos meningkat akibat kelewatan perubahan skop? Mengapakah perbelanjaan yang begitu tinggi belum diterjemahkan kepada kemudahan yang boleh digunakan oleh rakyat?

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Rakyat tidak menggunakan angka 95.3 peratus. Rakyat menggunakan jalan yang siap, sekolah yang selamat, klinik yang berfungsi serta bekalan air dan elektrik yang stabil. Perbelanjaan tanpa hasil yang boleh digunakan bukan penyampaian, projek yang siap dan berfungsi itulah pencapaian.

Lebih mengecewakan masih terdapat 70 projek daripada Rancangan Malaysia Kesembilan, 358 daripada Rancangan Malaysia Kesepuluh dan 1,602 daripada Rancangan Malaysia Kesebelas, sekurang-kurangnya 2,030 projek yang belum diselesaikan. Jumlah ini ialah hasil tambah angka yang dilaporkan dan tidak semestinya mewakili projek unit sekiranya terdapat pertindihan antara ketikanya.

Mengapakah projek sejak Rancangan Malaysia Kesembilan masih tertangguh hingga Rancangan Malaysia Kedua Belas? Apakah puncanya? Adakah masalah tanah, reka bentuk, perolehan, peruntukan, kontraktor atau kelemahan akauntabiliti? Setiap kelewatan berpotensi meningkatkan kos dan menangguhkan manfaat kepada rakyat.

Kerajaan tidak boleh terus mengumumkan projek baharu, sedangkan projek lama masih belum diselesaikan. Oleh itu, Tuaran mengemukakan lima tuntutan yang jelas, terukur dan mesti dilaksanakan.

Pertama, Kementerian Kewangan bersama kementerian pelaksana mesti melaksanakan sijil kesiapsiagaan projek dalam tempoh enam bulan. Tiada projek boleh ditender tanpa pengesahan bahawa urusan tanah, reka bentuk, utiliti, ketelusan teknikal, kos dan pembiayaan telah dimuktamadkan.

Kedua, Unit Penyelarasan Pelaksanaan bersama kementerian pelaksana mesti melancarkan dashboard projek awam dalam tempoh 90 hari. Dashboard ini hendaklah memaparkan nilai kontrak, kontraktor, kemajuan fizikal dan kewangan, tarikh siap, EOT, sebab kelewatan. Maklumat hendaklah dikemas kini sekurang- kurangnya setiap bulan.

Ketiga, setiap projek yang memohon EOT kedua mesti melalui semakan bebas dalam tempoh 30 hari. Keputusan untuk meneruskan, memulihkan atau menamatkan kontrak mesti dibuat dalam tempoh 60 hari. Jika perlu, baki kerja hendaklah ditender semula dalam tempoh 120 hari, tertakluk kepada undang-undang perolehan. EOT bukan lesen untuk gagal. Setiap EOT mesti dinyatakan sebab, kos tambahan, tarikh siap baru dan pegawai yang meluluskan.

Keempat, kerajaan mesti menubuhkan pasukan penyelesaian projek warisan dalam tempoh 30 hari. Semua projek Rancangan Malaysia Kesembilan dan Rancangan Malaysia Kesebelas yang belum siap hendaklah diaudit dalam tempoh

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

enam bulan dan diselesaikan dalam tempoh 24 bulan, sama ada disiapkan, diubah skop, ditender semula atau dibatalkan. Laporan kemajuan mesti dibentangkan kepada Parlimen setiap enam bulan.

Kelima, setiap kementerian pelaksana mesti melantik pemilik akauntabiliti projek dalam tempoh 30 hari selepas kontrak diluluskan. Nama pegawai, sasaran masa, kos, kualiti dan hasil projek mesti direkodkan. Laporan bulanan dan semakan suku tahunan hendaklah dilaksanakan.

Tuaran turut menuntut kerajaan membentangkan kepada Parlimen dalam tempoh 90 hari, senarai projek Skop Projek Rancangan Malaysia Kesembilan hingga ke Rancangan Malaysia Kedua Belas yang belum siap, projek yang menerima dua EOT atau lebih, kenaikan kos, status kontraktor, pegawai pemilik akauntabiliti dan tarikh muktamad penyelesaian. Bagi Sabah...

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Okey, ada pendek lagi, Puan Yang di-Pertua. Laporan itu mesti menjelaskan bagaimana perbelanjaan 95.3 peratus diterjemahkan kepada projek yang siap dan berfungsi.

Puan Yang di-Pertua, tuntutan ini menetapkan dengan jelas siapa yang mesti bertindak, apa yang perlu dilakukan dan bila hasil yang mesti dilihat. Dalam 90 hari, rakyat mesti mendapat data yang telus. Dalam enam bulan, setiap projek bermasalah mesti mempunyai pelan pemulihan. Dalam 24 bulan, projek warisan mesti diselesaikan atau keputusan muktamad dimuktamadkan.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih.

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Saya akhiri satu pantun saja. Boleh?

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sudah lapan minit. Sila duduk.

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Tumpat.

draft • 3:20 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Tuan Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Dalam

draft • 3:28 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

membaca Laporan Ketua Audit Negara, saya melihat kepada laporan yang mengatakan bahawa sistem MyProjek objektif pelaksanaan Projek PLSB Sungai Golok adalah untuk mengurangkan risiko banjir pada tahap 50 ARI, di samping melindungi kawasan pertanian dan pendapatan penduduk, menstabilkan sempadan Malaysia–Thailand serta meningkatkan keselamatan pelayaran dan pertahanan kawasan sempadan.

Soalnya ialah bila LKAN melaporkan bahawa terdapat perubahan melibatkan skop pembinaan tembok penahan banjir daripada 2.5 kilometer kepada tembok penahan banjir sepanjang 42.5 kilometer menggunakan steel sheet pile. Kenapakah berlaku peningkatan yang sebegini rupa? Itu yang pertama.

Yang kedua, pada tahun— pada Disember 2022, berlaku banjir besar yang mencecah tahap 91 ARI berbanding reka bentuk asal untuk PLSB adalah 50 ARI.

Soalan saya, apakah tindakan dan variasi arahan daripada pihak kerajaan untuk mengemas kini reka bentuk berikutan perubahan luar jangka ARI, sama ada perubahan reka bentuk dan perkara-perkara berkaitan? Mungkin kah kena buat untuk persediaan bagi 100 ARI?

Dan sebagai contohnya, kita lihat juga dalam laporan ini, terdapat dua pam air terpaksa dirobohkan dengan kerugian bernilai RM3.2 juta. Jadi, apakah tindakan susulan dan kontigensi yang dicadangkan oleh perunding sebagai persediaan untuk menghadapi ketidakstabilan PLSB akibat perubahan iklim global yang akan mungkin berlaku kepada tempat-tempat yang lain?

Seterusnya, akibat kelewatan PLSB, kita lihat banyak perkara yang berlaku.

Sebagai contohnya di Kampung Simpangan, Pengkalan Kubor. Semasa musim panas, keadaan menjadi sangat berhabuk. Hampir semua rumah dalam keadaan habuk dan permukaan jalan seperti roller-coaster. Ketika musim hujan, mereka menghadapi banjir luar biasa akibat tak siap perkara ini dan dari segi keselamatan, terdapat aduan semasa banjir.

Rakyat kita terdedah kepada pencerobohan dan juga kecurian membabitkan bot-bot dari negara jiran kerana pada ketika itu, tiada sempadan yang boleh mereka tentukan kerana terus boleh masuk, keadaan dah jadi macam laut.

draft • 3:28 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Tumpat meminta kementerian untuk membentangkan pelan pemulihan, termasuk sasaran kemajuan dan tempoh penyelesaian setiap masalah secara tuntas. Rakyat mahu melihat kerja di tapak bergerak dengan lebih pantas dan kemajuan projek dimaklumkan secara berkala kepada umum. Seterusnya kita lihat,

draft • 3:30 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

saya juga ingin mengetahui secara spesifik kepada siapakah rakyat boleh tuntut untuk kerugian akibat pertanian yang rosak, penempatan penduduk selama beberapa tahun akibat kelewatan projek PLSB ini.

Tumpat memohon penjelasan mengenai tindakan terhadap kelemahan serta status siasatan Lembaga Jurutera Malaysia. Kementerian perlu memastikan bahawa pembahagian tanggungjawab antara kedua-dua firma perunding di perincikan supaya setiap pihak boleh di pertanggungjawabkan. Kita juga melihat dalam laporan ini bahawa terdapat kelemahan pentadbiran di JKPTG dan juga pejabat.

Dimaklumkan bahawa kelewatan melibatkan 285 hari iaitu lebih kurang sembilan bulan setengah.

Saya ingin tanya apakah piagam pengambilan tanah JKPTG dan jumlah kakitangan tetap dan kontrak yang di ambil untuk menyelesaikan projek mustahak dan segera ini? Masalah dimaklumkan bahawa ada masalah semakan status tanah.

Nak tahu berapakah yang bermasalah dan berapa yang tak bermasalah. Apakah remedi dan siapakah yang bertanggungjawab untuk membayar balik kerugian rakyat yang mengalami banjir akibat kelewatan pentadbiran seperti ini? Kita tahu perkara ini berulang kerana kita tahu ini adalah projek berimpak tinggi.

Dan kita lihat bahawa ini semua hanya selesai tentang pembahagian tanah pada 30 Julai 2026 sedangkan projek telah mula lebih kurang empat tahun yang lepas. Saya juga ingin bertanya kepada kerajaan bila melihat pelaporan pada hari ini supaya infra kawalan air yang membabitkan JPS dan juga KADA mesti mengoptimumkan penggunaan teknologi seperti alat kawalan jauh sebagai tambahan kepada operasi manual oleh manusia melibatkan kawalan air di kawasan banjir. Kerana acap kali staf yang bertugas tak boleh buka rumah pam, tak boleh buka pintu kawalan air keluar kerana mereka sendiri terkandas dengan banjir. Jadi, perlu kepada penggunaan teknologi yang terkini.

PLSB...

[Tidak jelas] berada di sempadan dan dalam kawasan KESBAN iaitu keselamatan dan pembangunan. Nilai kontrak dimaklumkan meningkat daripada 198.02 juta kepada 601.20 juta antaranya kerana perubahan skop jalan KESBAN.

Saya memahami perubahan skop boleh melibatkan pertambahan kos tetapi rakyat berhak mendapat penjelasan yang tuntas mengenai keperluan dan pecahan peningkatan tersebut. Yang paling utama perbelanjaan seperti ini menghasilkan perlindungan banjir yang berkesan dan memberi manfaat kepada rakyat khususnya untuk Tumpat dan kawasan-kawasan seperti Sungai Golok.

draft • 3:30 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Peningkatan kos berpunca daripada perubahan skop projek bagi memenuhi keperluan keselamatan sempadan yang diputuskan melalui VA kali kedua pada bulan Mei 2025. Tidakkah perkara ini disaring daripada awal. Ini adalah kawasan sempadan dan KESBAN ini telah dilaksanakan sejak tahun 70-an dan ia adalah muara Sungai Golok.

Keseluruhan projek PLSB Sungai Golok tidak mencapai hasrat yang diinginkan. Sekiranya perubahan ini ataupun projek ini tidak disempurnakan dengan pembinaan jambatan Pengkalan Kubor-Tak Bai untuk membantu pergerakan dua negara. Kemungkinan besar PLSB ini akan dirosakkan oleh aktiviti bot akibat daripada yang tidak berlesen kerana jambatan yang terdekat yang mempercepatkan lintasan ke Tak Bai.

Jambatan terdekat di Rantau Panjang lebih kurang 50 minit tambahan daripada Tumpat. Di samping ini, kita lihat feri baru yang disediakan pihak kerajaan sentiasa rosak secara berkala. Jadi, kalau kita nak kejar standard SDG sepertimana hasrat asal PSB Sungai Golok, Jambatan Pengkalan Kubor–Tak Bai menjadi umpama cherry on the top of the cake kepada keseluruhan projek ini. Jangan lepas ini baru sedar, baru tersedar ada KESBAN, baru sedar perlukan jambatan, baru nak tambah. Ini akan makan kos yang lebih tinggi kerana kita lihat pembinaan yang mega facility untuk banjir dan keselamatan sempadan ini merupakan pemangkin dan pelengkap kepada kesejahteraan rakyat di Tumpat dan kelangsungan KESBAN.

Terima kasih.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya jemput Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi ruang kepada saya membahaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 Tahun 2026. Pada hemat saya LKAN bukan sekadar laporan untuk kita mengenal pasti kelemahan atau ketidakpatuhan dalam pengurusan kewangan kerajaan. Lebih penting daripada itu, LKAN memberikan kita gambaran tentang sejauh mana setiap ringgit wang awam diterjemahkan kepada keberhasilan yang boleh dirasai oleh rakyat jelata.

Justeru, saya ingin menyentuh tiga perkara utama iaitu kemajuan Projek Kapal Tempur Pesisir atau LCS. Pengurusan tunggakan pinjaman boleh dituntut

draft • 3:33 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

kerajaan serta pelaksanaan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu LCS kerana ia bukan sekadar sebuah projek pembangunan kapal. Ini adalah projek pertahanan negara. Ia melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara serta keupayaan operasi Tentera Laut Diraja Malaysia.

Setakat 25 Jun 2026, kemajuan keseluruhan projek LCS direkodkan pada 78.99 peratus berbanding 86.54 peratus yang dirancang iaitu kelewatan sebanyak 7.55 mata peratusan. Lebih membimbangkan komponen trial dan commissioning hanya mencapai 1.41 peratus berbanding 31.64 peratus yang dirancang.

Angka ini penting Tuan Yang di-Pertua kerana kejayaan projek LCS tidak boleh diukur semata-mata berdasarkan berapa peratus kapal itu dibina. Soalan yang lebih penting ialah apabila kapal ini diserahkan kepada TLDM nanti, adakah ia benar- benar boleh beroperasi seperti yang dirancang.

Kita bercakap tentang kapal tempur maka kita perlukan bukan sekadar kapal yang siap dari sudut fizikal tetapi kapal yang mempunyai sistem persenjataan, integrasi dan keupayaan operasi yang diperlukan. LKN turut membangkitkan isu berkaitan Surface To Surface Missile atau SSM selain beberapa kontak pelengkap lain yang belum dimuktamadkan. Tuan Yang di-Pertua...

[Dicelah]

draft • 3:33 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Shah Alam. Ringkas. LCS.

Setuju tak Shah Alam oleh kerana mungkin tak relevan lagi LCS ini kita batalkan sahaja mana yang belum siap. Apa pandangan Shah Alam? Terima kasih.

draft • 3:33 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Saya nak sambung ucapan saya ini sebab pembinaan kapal itu masih lagi dalam pelaksanaan ya. Biar saya habiskan ucapan saya ini. Apa definisi siap ini, Tuan Yang di-Pertua. Betul Yang Berhormat Menteri ada menyebutkan kapal ini akan siap pada 21 Disember nanti. Saya dan rakan-rakan adalah sebahagian daripada anggota PAC.

PAC kali ini adalah PAC yang kedua yang memperincikan, menyelidik, menyemak tentang pelaksanaan, pembinaan kapal LCS ini. Tapi kami dalam peringkat memantau pelaksanaan itu. Perinciannya telah dilaksanakan oleh PAC yang lalu. Kami hanya memantau setiap tiga bulan team daripada LCS ini datang untuk memberikan maklumat tentang progress pelaksanaannya. Kami telah pergi dua kali ke Lumut untuk meninjau, naik kapal itu sendiri. Betul, kapal itu mungkin boleh siap pada Disember nanti. Tetapi apakah maksud siap itu? Kerana kita sangat

draft • 3:33 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

bimbang apabila pada Mei baru-baru ini Kerajaan Norway membatalkan lesen sistem peluru berpandu yang sepatutnya dibekalkan kepada negara kita. Kepada LCS ini.

Jadi, kita tidak mahu apabila kapal ini siap nanti ia nya menjadi kapal peronda, bukannya kapal tempur sebagaimana yang kita harap-harapkan. Ini yang sangat membimbangkan kita.

Tuan Yang di-Pertua, yang keduanya ialah berkenaan dengan tunggakan pinjaman boleh dituntut. LKAN merekodkan bahawa sehingga akhir 2025 terdapat 8.084 bilion tunggakan pinjaman boleh dituntut kerajaan manakala 578 juta telah dihapus kira.

Lebih penting laporan audit menunjukkan bahawa sebahagian besar tunggakan ini bukanlah tunggakan yang baru berlaku sebanyak 5.024 bilion atau kira-kira 62.1 peratus merupakan tunggakan yang telah melebihi enam tahun. Ini bermakna bahawa terlalu banyak tunggakan yang sepatutnya dituntut oleh kerajaan tidak berjaya dituntut sehingga akhirnya kerajaan terpaksa melupuskan berjuta-juta Ringgit untuk memastikan bahawa rekod fiskal, kedudukan fiskal di negara berada dalam keadaan yang betul, berada dalam landasan yang betul.

draft • 3:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 3:33 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Ya. Ini termasuk juga dalam projek pembangunan RMK Ke-12 di mana LKAN merekodkan 9,578 projek pembangunan setakat akhir 2025 yang mana hanya 3,120 projek yang telah pun disiapkan.

draft • 3:33 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Banyak lagi, ribuan lagi yang dalam pelaksanaan dan berada dalam peringkat pra pelaksanaan, manakala 193 projek terdiri daripada projek yang disimpan dalam perhatian ataupun dibatalkan. Kita membelanjakan wang bilion. Tahun ini sahaja RM77 bilion kita melakukan pinjaman untuk melakukan projek-projek pembangunan ini tetapi sekiranya projek ini bermasalah sudah tentu ia nya akan menjejaskan kedudukan fiskal negara kita yang akan menjejaskan harapan rakyat di bawah sana yang memerlukan kepada pelbagai pembangunan dan penambahbaikan. Oleh kerana itu...

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Ya, saya gulung. Tuan Yang di- Pertua, oleh kerana itu tiga perkara yang saya bangkitkan hari ini LCS, tunggakan pinjaman kerajaan dan projek pembangunan RMK12 ini sebenarnya mempunyai satu tema yang sama sahaja iaitu ia nya adalah akauntabiliti wang rakyat. Kerajaan

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

mempunyai ruang fiskal yang lebih kukuh, lebih baik. Kita sudah ada akauntabiliti, kebertanggungjawaban fiskal negara yang telah pun diluluskan. Kita mahu pembangunan diteruskan tetapi kita juga mahukan dalam masa yang sama setiap peruntukan diurus dengan berhemat, telus dan berorientasikan hasil kepada rakyat.

Akhirnya...

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Bakri.

draft • 3:40 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Puan Yang di-Pertua, Tentera Laut memerlukan kapal moden untuk mempertahankan perairan kita dan kedaulatan negara. Namun kelewatan yang berulang dalam penyerahan LCS menunjukkan kelemahan penyelarasan, pematuhan prosedur dan juga pengawasan projek. Keadaan ini telah mengingatkan saya tentang sejarah iaitu pada satu ketika dahulu Dinasti Ching di China mereka mempunyai angkatan tentera yang paling hebat di jauh timur tetapi pada akhir abad ke-19, negara tersebut mengalami kejatuhan akibat rasuah dan kelemahan dalaman.

Pada masa yang sama, jirannya Jepun sebuah negara yang begitu kecil, jauh lebih kecil daripada China telah berjaya menewaskan raksasa ini pada tahun 1894.

Ini perlu menjadi satu iktibar kepada kita pada apa-apa zaman dan ini mengingatkan saya sekiranya kita kapal pun 24 tahun tak siap-siap, macam mana kita nak memastikan bahawa perairan kita sentiasa terjamin dan kedaulatan negara sentiasa terlindung.

Sebab kita mempunyai perairan yang luas dan kepentingan maritim mestilah dipertahankan. Ancaman tidak akan menunggu sehingga urusan perolehan kita bersedia. Kita tak boleh beritahu musuh kita yang tak tahu di mana. Tunggu, tunggu dahulu LCS sudah siap baru datang serang saya, tak mungkin. Tapi inilah sekarang keadaan yang kita hadapi. Bagaimanakah kita boleh membenarkan keadaan sebegini membelenggu kita untuk belasan tahun, padahal berpuluh tahun.

Ini bukan kes pertama. Laporan Ketua Audit Negara demi Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan macam-macam ketirisan. Kalau jabatan-jabatan lain

draft • 3:41 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

pun sudah cukup serius apatah lagi ini melibatkan pertahanan. Ini melibatkan kedaulatan negara. Bagaimanakah kita nak mencari jalan keluar?

Puan Yang di-Pertua, penyerahan kapal ia tidak bermakna kapal itu bersedia untuk bertempur. Kapal pertama yang asalnya dijadualkan perlu diserahkan pada April 2019 kini disasarkan diserah pada Disember tahun ini, itu pun belum tahu siap kah tak siap. Setakat 25 Jun tahun ini, empat dokumen kontrak pelengkap belum dimuktamadkan. Ini komponen penting untuk memastikan bahawa kapal kita boleh beroperasi menyerang dan mempertahankan diri. Pembinaan kapal, perolehan senjata, pengujian dan latihan sepatutnya diselaraskan sejak awal lagi.

Yang pertama, LISTA bagi sokongan logistik dan bantuan ujian. Tempoh empat bulan untuk memuktamadkan dokumen kontrak ini telah dilampaui kerana pertikaian tentang jaminan dan alat ganti. Kedua, peluru meriam 3P. Ketiga, IBLS iaitu sistem pelancar umpan untuk pertahanan kapal. Perolehannya juga melalui tender yang dibatalkan dan beralih kepada rundingan terus. Sistem untuk mengelirukan ancaman pun tersangkut dalam proses perolehan. Akhirnya rakyat pula yang keliru untuk melihat jadual-jadual projek ini.

Jadi kapal senjata, peluru, sistem perlindungan dan sokongan operasi mesti disiapkan mengikut satu pelan yang selaras. Apabila kontrak lewat, tuntutan bayaran tersekat, pelaksanaan terganggu akhirnya seluruh jadual kapal menerima kesannya.

Di manakah penyelarasan dan pengawasan sebelum masalah ini berlarutan? Kapal ini diserahkan pun belum tentu kapal ini bersedia untuk bertempur ya. Jangan sampai rakyat membayar berbilion ringgit tetapi TLDM menerima sebuah kapal tanpa taring yang kemudiannya boleh disindirkan sebagai besi buruk terapung dengan harga kapal yang begitu mahal.

draft • 3:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila, gulung.

draft • 3:41 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Ya, jadi di sini saya harap Puan Yang di-Pertua insiden-insiden yang disebut sebelum ini kapal selam yang tidak boleh selam, jet yang tidak ada enjin tak boleh terbang, kini kapal pun tak jumpa-jumpa. Bilakah kita akan meletakkan satu noktah kepada kelemahan-kelemahan ini.

Saya harap perkara-perkara ini perlu diambil serius untuk kita memberhentikan sebab kita tak mahu perkara-perkara ini menjadi satu hantu yang membelenggu kita. Menteri yang terlibat di mana dia? Bagan Datuk, Sembrong terlibat, Bera pun terlibat di manakah tanggungjawab mereka? Jawab, tubuhkan RCI, siasat dan berikan satu jawapan dan memberikan satu jalan keluar untuk

draft • 3:41 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

memberhentikan perkara seperti ini untuk berulang lagi di negara kita. Sekian, terima kasih.

draft • 3:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Bakri. Saya jemput Yang Berhormat Jerantut.

draft • 3:41 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan ruang kepada saya untuk turut sama membahaskan Laporan Ketua Audit Negara Siri Kedua 2026.

Sebagai ahli yang aktif dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Infrastruktur Pengangkutan dan Komunikasi, kami telah pun berpeluang untuk turun dan membuat lawatan rasmi ke projek-projek yang bermasalah seperti yang termaktub di dalam Laporan Ketua Audit Negara ini.

Saya ingin menyatakan beberapa perkara yang saya bukan melihat soal angka semata-mata tetapi soal perancangan, kawalan dan kebertanggungjawaban dalam pengurusan projek serta wang rakyat. Pertama, projek Pan-Borneo Sabah.

Kami bersama dengan Sipitang pergi melihat projek tersebut. Kita sering bercakap tentang kelewatan projek ini tetapi saya ingin melihat isu ini dari sudut yang sedikit berbeza.

Audit mendapati pada fasa 1B terdapat 3,771 struktur yang perlu dirobohkan tetapi sehingga Mac 2026 hanya 411 ataupun 10.9 peratus yang telah dirobohkan.

Sebanyak 3,360 struktur masih lagi belum dirobohkan. Manakala kira-kira RM84 juta bayaran pampasan masih belum dijelaskan. Persoalannya kenapa kerja fizikal projek dimulakan ketika kesiapsiagaan tapak masih lagi belum benar-benar diselesaikan?

draft • 3:48 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Kalau pengambilan tanah, pengosongan tapak dan bayaran pampasan masih menjadi halangan, bukankah perkara ini sepatutnya diselesaikan terlebih dahulu sebelum kontraktor digerakkan. Kita tidak boleh terus melihat kelewatan sebagai masalah di hujung rantaian. Kita perlu bertanya di mana perancangan asalnya gagal, kerana apabila tapak tidak tersedia, kontraktor tidak boleh bekerja dengan sepenuhnya. Maka projek akan tertangguh dan akhirnya rakyat juga yang menunggu lebih lama untuk menikmati manfaatnya.

Kedua, Puan Yang di-Pertua, Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok. Ini bukan sekadar projek infrastruktur biasa. Ini adalah

draft • 3:50 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

projek yang menentukan keselamatan dan perlindungan rakyat daripada banjir khususnya di kawasan Parlimen Rantau Panjang, Pasir Mas dan Tumpat. Fasa 1 projek ini bermula pada April 2018 dan pada asalnya dijadualkan siap pada April 2022. Namun sehingga kini, projek masih lagi belum lengkap dalam keadaan bila kami pergi buat lawatan belah Thailand telah pun siap.

Lebih membimbangkan, projek ini merupakan satu sistem yang saling berkait. Kalau satu fasa belum selesai, keberkesanan keseluruhan sistem tebatan banjir juga tidak dapat capai sepenuhnya. Ini pun telah dinyatakan secara jelas dalam Laporan Ketua Audit kali ini. Malah, pernah dilaporkan bahawa kerja tebatan banjir di sebelah Thailand telah disiapkan sedangkan bahagian Malaysia ketika itu masih belum menyelesaikan fasa satu. Persoalannya, berapa lama lagi rakyat di Rantau Panjang, Pasir Mas dan kawasan berhampiran Sungai Golok perlu menanggung kesan kelewatan ini.

Seterusnya ketiga Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan Jabatan Laut Malaysia. Audit mendapati sebanyak RM2.55 juta bayaran elaun dan kemudahan melalui KWDA dan KWPPL telah dibuat tanpa punca kuasa yang sah yang kemudiannya mengesyorkan supaya pembayaran tersebut dihentikan sehingga kedudukan perundangan dan tatacara kewangan dimuktamadkan.

Persoalannya mudah, bagaimana pembayaran menggunakan wang awam boleh diluluskan dan dibuat sekiranya punca kuasanya tidak sah dan tidak wujud. Ini menunjukkan bahawa kawalan dalaman bukan hanya perlu melihat sama ada sesuatu pembayaran telah diluluskan tetapi juga sama ada kelulusan tersebut mempunyai asas undang-undang yang sah.

Kalau audit hanya menemui sesuatu selepas semakan dibuat, maka kerajaan perlu memastikan mekanisme dalaman kementerian dan jabatan sendiri mampu mengesan ketidakpatuhan sebelum ia menjadi teguran audit dan persoalan ini menjadi lebih relevan, Puan Yang di-Pertua apabila kita melihat isu yang berlaku sekarang dalam pengurusan kutipan hasil JPJ.

Saya ingin kaitkan perkara ini dengan isu semasa melibatkan MyEG dan Zetrix AI. Dua hari lalu, Kementerian Pengangkutan mengesahkan bahawa sebanyak RM314 juta kutipan hasil kerajaan bagi tempoh 19 Mei hingga 30 September this financial year masih belum dipindahkan kepada kerajaan sehingga perkhidmatan MyEG dan Zetrix AI sebagai agen pemungut hasil JPJ digantung.

Menteri pengangkutan telah menjelaskan bahawa RM314 juta bukan tunggakan selama tiga tahun sejak 2023, sebaliknya merupakan kutipan bagi

draft • 3:50 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

tempoh 19 Mei hingga 30 September 2026. Apakah kita perlu menunggu sehingga perkara ini dilaporkan oleh media luar baru tindakan diambil? Sedangkan LKAN siri 2021, LKAN 2021 Siri 1 pernah merekodkan kelewatan pemindahan hasil JPJ dan mengesyorkan supaya mekanisme kutipan serta pemindahan hasil diperkemas. Jadi persoalan saya, apakah tindakan susulan terhadap syor LKAN 2021 dan apakah mekanisme pemantauan yang memastikan isu sebegini dapat dikesan lebih awal.

Akhirnya Puan Yang di-Pertua, kita sedang bercakap tentang wang yang dibayar oleh rakyat kepada kerajaan. Kesemua perkara yang saya bangkitkan ini merupakan satu persoalan yang berlaku yang sama iaitu apakah sistem kawalan kita hanya bertindak selepas masalah berlaku atau kita benar-benar mempunyai mekanisme untuk mencegah masalah sebelum ia menjadi lebih parah.

Audit bukan sekadar untuk mencari kesalahan selepas wang dibelanjakan atau projek lewat, audit sepatutnya menjadi sebahagian daripada mekanisme untuk membaiki sistem dan mencegah perkara yang sama berulang. Matlamat kita bukan sekadar mencari kelemahan dalam laporan audit, tetapi memastikan teguran audit hari ini tidak menjadi tajuk yang sama dalam laporan audit pada masa akan datang.

Sekian, saya mohon mencadang.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Saya jemput Yang Berhormat Tebrau.

draft • 3:50 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Yang di-Pertua. Di bawah Parlimen Tebrau, di hujung Johor, di selatan ada sebuah kampung tradisi Melayu nelayan namanya Kampung Perigi Acheh. Kampung kecil, jumlah penduduk hanya 541 orang sahaja. Pada tahun 2017, orang-orang kampung gembira apabila Kerajaan Johor meluluskan projek untuk membina satu jambatan baharu yang lagi cantik, yang lagi canggih.

Bagi ramai di sana, mereka ingat inilah mulanya impian mereka dapat satu infrastruktur yang baharu, tetapi tidak disangka daripada mimpi yang cantik yang sedap itu, akhirnya ia akan menjadi kepada satu nightmare dengan izin untuk kampung tersebut.

Yang di-Pertua, cerita pembinaan jambatan di Perigi Acheh ini cukup terkenal di Johor. Bayangkan— saya baca kronologi dia. Lulus untuk projek dibina 2017, milik tapak diserahkan pada Mei 2019, tarikh siap sepatutnya Disember tahun 2020, 18 bulan. Akhirnya dia tak siap, tarikh kerajaan terpaksa juga batalkan kontraktor pada

draft • 3:55 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Julai 2025 dan lantik kontraktor baharu pada tahun ini Januari dan tarikh siap dijangka pada Julai 2027. Maknanya sekiranya kita boleh hit the target dengan izin dan habis bina jambatan ini pada Julai 2027, keseluruhan proses untuk dapatkan satu jambatan di sebuah kampung 541 orang akan mengambil hampir 2,427 hari.

Yang di-Pertua, yang saya tak faham dan kenapa saya hendak bangkitkan isu hari ini ialah bagaimana JKR boleh benarkan benda sebegini berlaku? Kontraktor yang asalnya telah minta extension of time atau EOT bukan satu kali, bukan dua kali, bukan tiga kali. Enam kali. Total 1,201 hari dan kerja fizikal di tempat itu tidak bergerak sejak 2023 sehinggalah terpaksa kita batalkan kontrak tersebut.

Disebabkan kita kena batal dan lantik kontraktor baharu, kos asal RM14 juta sekarang, sudah jadi dua kali ganda iaitu RM28.36 juta. Saya hanya hendak katakan dengan ringkasnya bahawa saya agak kesal kenapa JKR tak berhentikan kontraktor ini dengan lebih awal. Kenapa hendak tunggu sampai lima tahun baru berhentikan.

Kalau saya tengok dalam laporan itu, dia beri enam surat amaran, enam.

Padahal bagi saya tengok dalam klausa itu dua dah memadai, tapi dia pilih untuk bagi enam. Yang susah sekarang siapa? Orang kampung. Jambatan tak siap, kena masuk kontraktor baharu. Kontraktor baharu masuk, kos sudah jadi dua kali ganda. Bukan sahaja jambatan tak siap Puan Speaker, sebab jambatan, tak siap jalan depan yang masuk kampung itu tak boleh turap. Dia selalu banjir dan apabila banjir kita akan hadapi isu. Tapi kerajaan tidak boleh turap sebab kita faham nanti lori akan masuk dengan bahan construction yang baharu, itu fasal dia tak turap.

Akhirnya saya kata, this has become a nightmare untuk orang-orang kampung.

Itulah kenapa sebab kita bila benda masuk laporan audit, kita haraplah benda ini jangan berlaku lagi. Saya datang hari ini, saya minta, saya nampak Menteri pun ada, saya harap Menteri beri perhatian kepada isu ini supaya pertama projek ini betul-betul boleh siap seperti yang dikatakan sekarang pada Julai 2027. Saya percaya ini hanya satu tip of the iceberg sahaja Yang di-Pertuan Speaker, di mana saya percaya banyak kes sebegini masih berleluasa dan juga berlaku di Malaysia sekarang.

Last sekali, saya juga hendak beri sedikit pandangan sebab dalam laporan audit juga sebut, sehingga hari ini kerajaan belum lagi menuntut LAD ganti rugi, Liquidated Ascertained Damages padahal sudah terminate contractor sejak 2025.

draft • 3:55 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Kenapa sampai hari ini belum lagi tuntut RM1.3 juta? Itu wang rakyat.

[Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi (Sri Aman) **mempengerusikan Mesyuarat****] Kedua, saya harap untuk masa depan, kerajaan bila nak pilih kontraktor pilihlah kontraktor yang betul-betul berkualiti ya, yang bereputasi. Janganlah ada kes seperti ini. Kita lantik kontraktor dia nak rolling lima enam tahun tak boleh habis satu projek. Black list ke senarai hitam mereka dan pastikan jangan bazir masa dan juga wang rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan. Sekian, terima kasih.

draft • 4:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau.

Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Sipitang. Silakan Yang Berhormat, lima minit ya Yang Berhormat.

draft • 4:00 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Sipitang bangkit untuk turut sama membahaskan Laporan Ketua Audit Bilangan 2/2026 kerana terpanggil dengan pelbagai isu didedahkan, terutama berkaitan pengurusan kewangan tadbir urus di peringkat Persekutuan dan negeri.

Laporan Audit ini adalah cermin pada cara wang rakyat diurus, cara projek rakyat dilaksanakan dan amanah rakyat dipertanggungjawabkan. Sebab itu Sipitang melihat laporan ini daripada satu sudut yang sangat mudah. Wang rakyat mesti dijaga, projek rakyat mesti disiapkan, manfaat rakyat mesti diutamakan.

Tiga perkara ini harus menjadi prinsip dalam setiap perancangan dan pembangunan. Kita tidak mahu projek diumumkan tetapi lambat disiapkan. Kita tidak mahu peruntukan diluluskan tetapi hasilnya tidak kesampaian. Paling penting kita tidak mahu rakyat terus menunggu dan terus menunggu.

Dalam konteks Sabah, perkara paling dekat dengan denyut nadi rakyat ialah Projek Lebuhraya Pan Borneo, Sabah. Projek ini bukan projek biasa-biasa. Ia bukan sekadar jalan raya, ia adalah nadi penghubung antara daerah, kampung dan bandar antara kehidupan rakyat dengan peluang ekonomi.

draft • 4:00 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Bagi rakyat Sabah, Pan Borneo adalah janji pembangunan. Pan Borneo adalah harapan dan Pan Borneo adalah jalan menuju masa depan. Namun begitu, Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan terdapat pelbagai kelemahan dalam perancangan dan pelaksanaan Projek Pan Borneo, Sabah. Projek ini dirancang sejak sekian lama dan pengurusan yang bertukar silih berganti sehinggalah kepada Kementerian Kerja Raya pada bulan September 2019, tetapi sehingga 31 Mac lalu, projek itu masih belum siap sepenuhnya.

Maka, persoalan yang mudah, berapa lama lagi rakyat Sabah perlu menunggu? Berapa lama lagi rakyat Sabah perlu bersabar? Berapa lama lagi jalan yang dijanjikan akan menjadi jalan yang benar-benar boleh digunakan? Sipitang tidak ingin memperincikan kandungan dalam Laporan Ketua Audit Negara kerana kita semua sudah tahu dan sudah membacanya tetapi kita mahu menegaskan dengan setegas-tegasnya bahawa teguran ini mesti menjadi titik pembetulan.

Dato’ Yang di-Pertua, Sipitang antara yang terkesan dengan kelewatan pelaksanaan projek Pan Borneo ini. Terutama jajaran Sindumin–Melalia, Beaufort yang sehingga kini tidak siap-siap, sedangkan daerah kami merupakan pintu masuk ke Sabah dari Sarawak mahupun dari negara Brunei Darussalam dan Kalimantan, Indonesia.

Sehubungan dengan itu, Sipitang ingin mencadangkan supaya laporan ini dibentangkan kerajaan, tidak berhenti setakat memberi maklum balas kepada Jabatan Audit Negara. Kita perlu ada mekanisme pemantauan khas Pan Borneo Sabah yang lebih tersusun dengan garis masa. Sasaran setiap pakej, status pengambilan tanah, status pampasan, status variation order, status kontrak dan kemajuan fizikal. Kalau perlu laporan kemajuan dibentangkan secara berkala kepada Parlimen supaya wakil rakyat daerah Sabah tidak dapat mengetahui perkembangan sebenar.

Sebagai penutup, saya ingin membacakan sebuah puisi daripada kampung asal Sipitang.

*Sudah lama saya berkata-kata, berbuih mulut merayu dan meminta, hampir lima tahun menunggu lama, Pan Borneo masih tidak menjadi nyata.

Banyak jajaran belum sempurna, kini pilihan raya sudah diambang mata.

Mohonlah para bintara yang bijaksana, tuntaskan segera sebelum masanya tiba.

Jangan rakyat terus merana, memendam rasa kecewa kelaknya nanti YB yang menjadi mangsa.*

draft • 4:00 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Sekian, terima kasih.

draft • 4:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi

Terima kasih Yang Berhormat Sipitang.

Seterusnya ingin menjemput Yang Berhormat Arau. Silakan Yang Berhormat.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. LCS, saya mencadangkan pertama, MINDEF perlu membentangkan kepada Parlimen jadual pemulihan LCS yang terperinci bagi setiap kapal termasuk milestone, tarif PHO dan juga jumlah pembayaran.

Kedua, baki RM2.67 bilion yang telah dikaitkan secara tepat dengan pencapaian milestone yang boleh disahkan.

Ketiga, kerajaan perlu memberikan laporan berkala kepada PAC mengenai kemajuan LCS sehingga semua lima kapal diserahkan.

Keempat, setiap perubahan kos dan skop melalui kontrak tambahan perlu disertakan justifikasi teknikal dan juga kewangan yang jelas.

Tuan Yang di-Pertua, saya bagi cadangan dulu sebab tak sempat dibaca nanti. Jadi, yang pertama sekali LCS. Yang Berhormat, kalau ikut perancangan yang dibuat oleh pakar itu cukup cantik ya. Pada tahun 2013, kontrak ditandatangani.

Selepas itu kita akan memulakan pembelian kapal pada 2019. Tamat pada 2023.

Sekarang ini 2026, dicadangkan pada Ogos 2026 tak boleh. Dicadangkan kemungkinan bulan Disember tetapi risikonya masih ada.

Maka dicadangkan pada 27 April 2027, kemudian lagi satu 2028, 2029.

Persoalannya Tuan Yang di-Pertua ialah, ini adalah cadangan daripada pakar. Pakar yang cadangkan dan pakar ini sudah pasti berada dari masa ke semasa dalam pasaran. Jadi, kita nak tahu siapa pakar? Orang melihat bahawa ini Menteri terlibat kena jawab. Ini bukan soal Menteri, ini Kabinet. Kabinet bertanggungjawab tentang perkara ini.

Kabinet masa itu, Kabinet masa ini dan juga Kabinet sekarang. Jangan menganggap secara kolektif responsibality ini. Kabinet jangan main tuduh Menteri.

Dulu hampa kawan dengan dia, sekarang dia tak kawan, sebut nama lagi di Parlimen itu. Apa jenis kawan saya pun tak faham tapi UMNO pun duk tunggu apa lagi ya?

Jadi, saya nak beritahu Yang Berhormat bahawa ini adalah Kabinet yang ambil tanggungjawab. Itu pun nombor dua. Nombor satu, kita kena ingat bahawa hari ini kita membincangkan apa yang telah dicadangkan oleh audit. Baguslah,

draft • 4:05 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

alhamdulillah hari ini nampaknya semua pihak perbincangan audit. Kalau tidak, RCI dulu bincang audit yang dibuat oleh audit luar, bukan audit kerajaan.

Hari ini kita bincang fasal audit. Audit kita bincang, kapal lambat berlaku tapi jangan lupa bila kapal ini masuk ke air nanti, seperti kawan saya sebut tadi umurnya dah lain. Kalau kita rancang 2013, rangka kapal itu Tuan Yang di-Pertua yang telah dibina masa tersebut sekarang 2027 rangka itu dah tua ya. Rangka itu dah berumur dan bila masuk ke air, apa jadi dan sebagainya.

Jadi, kita ingat kalau kita bina kapal dalam masa tiga tahun rangka itu mungkin boleh diambil kira. Tapi kalau melalui tempoh itu, kena bagi tahu apakah rangkanya? Termasuk kawan-kawan dalam PAC bila melawat sana itu, kita nak kena tanya soalan itu. Rangka ini dibuat pada masa bila? Sebab sering kali kapal ini kalau lima biji dia akan buat rangka lima biji kemudian baru dia buat yang satu dan sebagainya. Jadi, rangka itu sudah berumur ya.

Yang keduanya daripada enam jadi lima. Tetapi Yang Berhormat, yang ini juga semua ialah kita telah bincang dan telah cakna banyak kita buat cadangan.

Persoalan yang besar sekarang ialah kapal Tentera Laut kita banyak yang sudah mencapai umur 50 tahun. Di luar negara, kapal yang berumur 30 tahun dia kira sudah boleh dilupuskan. Jadi, banyak kita dapat beberapa biji kapal daripada Jepun dan juga daripada US, kapal yang berumur 30 tahun mereka nak lupus kita pakai.

Kita pakai sebenarnya sudah berumur 45 tahun. Tapi sekarang ini saya nak bagi tahu banyak kali Dewan ini kalau sekiranya umur kapal itu lagi lima tahun dia cukup umur, kita tak boleh tunggu dia umur 50 tahun baru kita nak tempah kapal.

Kapal pun mesti ditempah masa umur dia 45 tahun.

Jadi, kita semua duk bincang pasal LCS tapi saya nak tanya Kementerian Pertahanan, apakah perancangan menyeluruh untuk menukarkan kapal? Kita bimbang kita bincang pasal LCS tapi perancangan untuk menukar kapal di TLDM itu mungkin terabai sikit tapi dia kena bagi perhatian bahawa ini ialah soal pertahanan.

Kita nak sebut kedaulatan negara tapi kalau kapal kita sudah berumur demikian rupa sudah lari— Kalau dulu boleh lari sampai 35, 40 knot sekarang mungkin tinggal bawah 20. Sudah pasti kita akan menghadapi masalah.

draft • 4:05 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi saya ingin bertanya, apakah perancangan yang dibuat untuk memastikan bahawa TLDM sentiasa berada di arus perdana negara? Tekanan dunia sekarang semakin dahsyat dan hebat. Jadi, kita kena pastikan bahawa kita juga mempunyai kemampuan yang hebat.

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kepada apa yang telah berlaku, kita kena tengok tentang siapa yang mencadangkan kapal ini, sehingga tiba-tiba pada tahun 2023 tak boleh tidak boleh dihantar. Jadi, kalau pakar yang sama akan buat kapal-kapal lain, saya minta supaya kerajaan melihat balik tentang kepakaran mana-mana pihak sehingga mereka abaikan apa yang telah berlaku sekarang.

Sebenarnya kalau kita order kapal daripada luar, sudah pasti kapal sudah siap sekarang. Tetapi bila kita buat di tempatan, inilah jadinya. Walau bagaimanapun, kita nak juga kepakaran orang tempatan tetapi keadaan keselamatan ini tak boleh ditolak ansur.

Akhir sekali Speaker ya. Saya nak cadangkan supaya soal keselamatan ini supaya dua tiga perkara hendaklah dibincang di peringkat Kabinet. Ini keselamatan.

Kalau kita bincang secara terbuka, orang tahu ini Malaysia ada kelemahan, enam biji kapal tinggal lima dan tak boleh di-deliver sampai sekarang dengan izin. Jadi, orang melihat keselamatan kita.

Banyak perkara-perkara keselamatan ini patutnya dibincang di peringkat Kabinet, laksanakan. Kalau kiranya ada soal-soal yang melibatkan audit dan sebagainya, okey tapi untuk menguruskan keselamatan, bukan satu benda yang harus dimasukkan Rancangan Malaysia.

Saya pergi melawat keselamatan baru-baru ini di Sabah dan Sarawak. Bila saya tanya, bila kita nak bina ini? Oh, sekarang kita telah buat cadangan dalam RMK.

Apakah peperangan menunggu RMK? Tidak tunggu RMK. RMK ialah cadangan untuk projek lain. Tapi projek keselamatan mesti diberi keutamaan dalam bentuk pendekatan yang berlainan. Kalau dibincang secara terbuka begini, musuh sudah mengetahui siapa Malaysia, terima kasih.

draft • 4:10 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Jelutong, silakan Yang Berhormat.

draft • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Yang di- Pertua. Salam perpaduan, salam Malaysia MADANI.

Saya berterima kasih di atas peluang yang diberikan untuk turut membahas Laporan Ketua Audit Negara. Cumanya, saya ingin membawa Dewan Yang Mulia ini untuk memperingati apa yang telah berlaku pada 8 September tahun ini di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak. Di mana sebuah helikopter yang membawa

draft • 4:02 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham, juruterbang yang pernah menerbangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita.

Allahyarhamah Dr. Ainul Baraah Kamarudin, pegawai perubatan yang turut terkorban. Mendiang Alexson Adit Henry, penolong pegawai perubatan, Debra Moset, seorang jururawat dan Jessie Paya Jok, seorang jururawat, yang semuanya terkorban dalam tragedi apabila helikopter yang memberikan perkhidmatan perubatan Flying Doctor Service terhempas di Sarawak.

Untuk makluman Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, helikopter yang digunakan dalam kejadian ini berusia lebih kurang 35 tahun. Saya ada sebuah adegan video TikTok yang menunjukkan juruterbang dan penolong pegawai perubatan cuba memasang pintu helikopter itu sebelum mereka bertolak.

Bayangkan. Bayangkan kejadian ini yang telah berlaku, menimpa insan-insan yang telah memberikan perkhidmatan perubatan kepada yang berada di kawasan pendalaman. Kalau kita tidak mengambil serius Laporan Ketua Audit Negara yang kita bahaskan hari ini, itulah yang akan berlaku kepada wira-wira kita yang akan bertempur dalam littoral combat ships 10 tahun yang akan datang.

Kejadian sakau, sakau, kita ada kejadian, saya berterus terang di sini. Ada Ahli-ahli Parlimen yang mempunyai wang RM185 juta di rumah. RM185 juta, kalau wang itu digunakan untuk membeli helikopter, berapa biji helikopter yang boleh kita beli untuk kawasan pendalaman di Sabah Sarawak? Saya tinggal di Pulau Pinang tapi ini yang saya bayangkan, ini yang orang tanya dengan saya. So, kejadian sakau ini memang berlaku dan kita perlu berterima kasih kepada Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi. Seorang Ketua Audit Negara yang berani mendedahkan kejadian- kejadian sakau.

Berbanding dengan Madinah Mohamad, bekas Ketua Audit Negara yang memberi temu bual dalam Musyawarah Nasional. Kita tahulah siapa yang terlibat dalam Musyawarah Nasional. Dia kata dalam Laporan Tabung Haji ini tak ada perkataan sakau pun. Bayangkan, Madinah Mohamad ini merupakan seorang ketua, bekas Ketua Audit Negara. Ketika skandal Tabung Haji berlaku.

Ini yang akan berlaku kepada negara kita. Kita kehilangan seorang juruterbang, seorang pegawai perubatan, seorang— tiga orang jururawat yang mengorbankan nyawa mereka, memberikan perkhidmatan kepada orang-orang di kawasan pendalaman di Sabah dan Sarawak. Tak kasihankah kita?

Tapi saya membahaskan perkara ini kerana saya tahu kerajaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dibebankan dengan tanggungjawab untuk

draft • 4:02 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

memperbetulkan sistem kita. Dalam pada masa itu, kita tahu ada anasir-anasir yang cuba menggugat kestabilan politik negara kita. Ada Ahli-ahli Parlimen, parti-parti politik yang nak merampas kuasa. Bagaimana kerajaan boleh menumpukan perhatian untuk memperbetulkan kejadian-kejadian sakau ini? Kita lihat baru-baru ini, syarikat skandal DAPAT Vista, sebuah syarikat yang menguruskan eJamin.

Ratusan juta Ringgit diusahakan oleh mereka, disimpan oleh mereka.

Ini melibatkan wang penjamin yang dituduh di mahkamah, melibatkan sistem kehakiman, melibatkan hak seorang. Kalau sistem kehakiman, tempat di mana kita menyimpan wang jaminan itu pun tidak diurus dengan betul, bayangkan apa yang akan berlaku.

Dan saya juga ingin menarik perhatian sebagai Yang di-pertua, saya telah bahaskan kelmarin, kejadian di mana kita telah tahu Jabatan Pendaftaran Negara mungkin terlibat di dalam memalsukan dokumen-dokumen melibatkan pemain- pemain bola sepak bukan warganegara Malaysia. Semua mereka dari luar negara, siapa yang terlibat sehingga sekarang?

Saya minta, menuntut Jabatan Audit Negara untuk membongkarkan perkara itu. Siapakah pegawai-pegawai yang terlibat untuk memalsukan dokumen-dokumen pemain-pemain bola sepak yang tidak lahir di negara kita.

Ini perkara-perkara yang perlu kita tahu. Bayangkan kita tahu ada yang tinggal di negara ini 70, 80 tahun. Jabatan Pendaftaran kata, tak fasih dalam bahasa Malaysia, tak boleh diberi hak kerakyatan. Ini nampak macam orang putih, 10 orang, 11 orang itu, mereka menyarung jersi bola sepak, main untuk Malaysia. Tetapi IC dipalsukan, sijil kerakyatan dipalsukan, surat kelahiran mereka dipalsukan, siapakah orang-orang yang terlibat?

Tolonglah bongkarkan perkara-perkara ini supaya kita selamat dan pastikan bahawa hanya rakyat Malaysia sahaja akan memegang hak kerakyatan negara kita.

Sekian, terima kasih, saya mohon menyokong.

draft • 4:02 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong. Seterusnya, Yang Berhormat Tanjong Karang, silakan Yang Berhormat.

draft • 4:02 PM

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Ketua

draft • 4:08 PM

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Audit Negara dan seluruh warga Jabatan Audit Negara atas komitmen berterusan menghasilkan laporan yang telus, profesional dan berintegriti tinggi.

Laporan LKAN 2/2026 ini bukan sekadar dokumen audit rutin tetapi nadi semak dan imbang yang memastikan wang rakyat diurus dengan berhemah.

Tumpuan utama Tanjong Karang pada hari ini menyorot teguran keras LKAN 2/2026 terhadap Kementerian Kewangan, khususnya terkait isu tunggakan pinjaman yang kritikal.

Laporan ini mendedahkan satu realiti yang amat merisaukan apabila Kementerian Kewangan berdepan dengan longgokan tunggakan pinjaman terkumpul yang mencecah angka RM8.08 bilion. Lebih mengejutkan sebahagian besar daripada dana awam ini telah terbiar dan langsung tidak pernah dilunaskan atau dikutip sejak dekad 1981. Ini menunjukkan kelemahan kronik dalam mekanisme penguatkuasaan, pemantauan hutang dan pengurusan risiko pihak kementerian.

draft • 4:08 PM

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Berdasarkan laporan yang saya terima, prestasi kutipan tahunan berada pada tahap yang sangat sukar untuk diterima. Kerajaan dilaporkan hanya mampu mengutip sekitar lima peratus sahaja daripada sasaran atau jumlah tunggakan pinjaman yang sepatutnya diterima.

Tuan Yang di-Pertua, apabila kutipan berada pada kadar yang terlalu minimum, ke mana pergi ketegasan pihak kementerian dalam melindungi hak fiskal negara? Adakah wujud sikap lepas tangan atau tiada tindakan undang-undang serta sivil yang serius dikenakan terhadap peminjam-peminjam tegar ini?

Tuan Yang di-Pertua, negara sedang bergelut dengan kekangan kewangan, keperluan subsidi rakyat serta usaha mengurangkan defisit fiskal. Adalah tidak masuk akal apabila dalam masa yang sama berbilion ringgit wang rakyat tersangkut begitu saja akibat ketidakcekapan pentadbiran kutipan pinjaman.

Oleh itu, Tanjong Karang menuntut Kementerian Kewangan membentangkan pelan tindakan pemulihan atau recovery plan, dengan izin, yang terperinci di Parlimen termasuk senarai tindakan undang-undang atau sekatan yang dikenakan terhadap pemegang hutang yang ingkar. Bukannya terus membiarkan isu berulang ini menjadi barah yang merugikan kewangan negara saban hari. Adakah berlakunya sakau juga di sini? Iaitu penyakauan yang secara profesional. Kalau tidak, kenapa didiamkan sahaja?

Seterusnya, Tanjong Karang ingin menyentuh soal pematuhan dan penyata kewangan negeri-negeri. Walaupun prestasi kewangan beberapa negeri

draft • 4:20 PM

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

menunjukkan peningkatan positif, pelbagai isu ketirisan, kelewatan projek dan pembaziran dalam perolehan awam masih berleluasa. Kita menuntut tindakan tatatertib yang telus serta mengenakan surcaj yang berkesan terhadap pegawai atau pihak yang cuai, bukan sekadar amaran kosong.

Kemudian, berkenaan projek strategik dan pertahanan. Laporan audit jelas menunjukkan projek strategik negara seperti kapal tempur litoral (LCS) masih berdepan dengan masalah kelewatan yang sangat membimbangkan. Masalah ini bukan sahaja menggugat keselamatan negara dan kedaulatan pertahanan negara malah membebankan rakyat apabila kos pentadbiran dan perbelanjaan projek terpaksa menokok naik akibat kelemahan pengurusan jadual projek.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya, Tanjong Karang ingin mengemukakan tiga tuntutan utama untuk penambahbaikan. Yang pertama, soal akauntabiliti ketat.

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) harus mempercepatkan prosiding terhadap isu-isu berbangkit dalam laporan LKAN 2/2026 ini tanpa sebarang kompromi.

Yang kedua, tindakan susulan atau follow-up. Setiap kementerian dan agensi yang dinamakan dalam laporan wajib membentangkan laporan pematuhan dalam tempoh enam bulan di Parlimen.

Yang ketiga, pemerkasaan perundangan. Memperkasakan Akta Audit supaya teguran berulang tidak lagi menjadi skrip biasa saban tahun tanpa hukuman pencegahan yang tegas.

Tuan Yang di-Pertua, integriti kewangan negara adalah benteng pertahanan terakhir sebuah negara berdaulat. Wang rakyat mesti kita lindungi. Tanjong Karang mengambil maklum dan menyokong agar LKAN Bilangan 2/2026 ini dibahaskan secara tuntas dan perlu tindakan susulan demi reformasi pentadbiran negara.

Sekian, terima kasih.

draft • 4:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih, Yang Berhormat Tanjong Karang. Seterusnya, Yang Berhormat Beaufort. Silakan, Yang Berhormat.

draft • 4:20 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua atas ruang dan peluang yang diberikan

draft • 4:24 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

kepada Beaufort untuk turut serta membahaskan Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 2 Tahun 2026.

Saya ingin memberikan tumpuan kepada dua perkara yang amat dekat dengan rakyat Sabah, khususnya di Beaufort, iaitu pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1E dan pengurusan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu.

Dato’ Yang di-Pertua, laporan audit menunjukkan bahawa daripada 35 pakej kerja Pan-Borneo Sabah, iaitu Fasa 1, hanya empat pakej telah siap sehingga 31 Mac 2026, manakala 31 pakej masih dalam pelaksanaan. Daripada jumlah tersebut, sembilan pakej dikategorikan sebagai projek sakit. Kos kontrak pula meningkat daripada RM17.910 bilion kepada RM18.960 bilion. Bagi Beaufort, perkara ini bukan sekadar angka dalam laporan audit. Ia melibatkan masa, kos dan manfaat yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat.

Saya ingin memberi perhatian khusus kepada WP01: Sindumin – Kampung Melalia dan WP02: Kampung Melalia – Beaufort. WP01 telah mencapai sekitar 89.2 peratus, manakala WP02 sekitar 63.3 peratus. Berdasarkan pelan pemulihan, WP01 disasarkan siap pada Disember 2026, manakala WP02 pada Mei 2028.

Saya menghargai usaha Kementerian Kerja Raya memperkukuh pemantauan dan penyelarasan Projek Pan-Borneo Sabah termasuk turun padang ke WP01 dan WP02 pada awal Oktober 2026. Namun, persoalan saya, apakah langkah konkrit kementerian untuk memastikan WP02 tidak lagi mengalami kelewatan dan dapat disiapkan lebih awal daripada bulan Mei 2028? Rakyat Beaufort telah lama menunggu sekian lama. Kita memerlukan tarikh siap yang jelas, sasaran kemajuan bulanan yang boleh dipantau serta mekanisme pertanggungjawaban sekiranya sasaran kembali tersasar.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh isu arahan perubahan kerja atau variation order, dengan izin, serta tadbir urus projek. Laporan audit membangkitkan isu arahan perubahan kerja nilai besar serta kelulusan yang melebihi had kuasa ditetapkan. Perkara ini mesti diberi perhatian serius kerana setiap perubahan skop, kos dan tempoh pelaksanaan akhirnya memberi implikasi kepada wang rakyat.

Begitu juga isu kehilangan data projek. Laporan audit merekodkan kehilangan puluhan ribu fail sistem maklumat projek dan sebahagian data masih belum berjaya dipulihkan. Persoalannya, bagaimana projek bernilai berbilion ringgit ini dapat dipantau dan diaudit secara berkesan sekiranya rekod projek sendiri tidak

draft • 4:24 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

lengkap? Saya berharap kementerian memperkukuh pendigitalan sistem sandaran data dan kawalan akses supaya perkara sebegini tidak berulang.

Saya juga memohon kementerian memberikan perhatian kepada pengambilan tanah dan pembayaran pampasan termasuk memastikan pemilik tanah di Beaufort masih belum menerima pampasan diberikan status tuntutan, alasan kelewatan serta tempoh penyelesaian yang jelas.

Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin mengaitkan dapatan Laporan Ketua Audit Negara ini dengan satu isu yang sangat dekat dengan rakyat Beaufort iaitu masalah banjir yang berulang. Dalam laporan ini, kita melihat pendekatan pembangunan lembangan sungai secara bersepadu di Sungai Golok yang bukan hanya membina satu struktur tetapi melibatkan ban sungai, tembok perlindungan, struktur kawalan air dan penambahbaikan sungai sebagai satu penyelesaian yang menyeluruh.

Pada pandangan saya, pendekatan ini sangat relevan untuk Beaufort.

Beaufort bergantung pada sistem Sungai Padas dan rakyat sering berhadapan dengan banjir apabila hujan lebat berpanjangan berlaku di kawasan hulu. Kesannya, bukan sahaja kepada rakyat atau pun rumah penduduk tetapi turut menjejaskan jalan perhubungan, sekolah, aktiviti ekonomi, pertanian dan sumber pendapatan rakyat.

Kita sebenarnya sudah mempunyai pelan pengurusan lembangan sungai bersepadu atau IRBM Sungai Padas yang disiapkan pada tahun 2018 dan mengandungi 24 strategi serta 67 program tindakan dengan anggaran kos RM2.1 bilion.

Minta sikit masa lagi, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 4:24 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Satu minit.

draft • 4:24 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Kerajaan juga telah memaklumkan bahawa RTB Sungai Padas telah bermula pada November 2024.

Sehubungan itu, saya memohon supaya pelaksanaan RTB Sungai Padas diselaraskan dengan sistem saliran, pembangunan bandar Beaufort dan langkah kawalan banjir di kawasan kampung supaya semuanya bergerak di bawah satu kerangka ketahanan banjir yang bersepadu.

Dato’ Yang di-Pertua, dapatan audit memberikan satu pengajaran penting.

Kejayaan sesuatu projek bukan hanya diukur berdasarkan jumlah peruntukan atau projek yang diluluskan tetapi berdasarkan keupayaan projek tersebut memberikan manfaat sebenarnya kepada rakyat.

draft • 4:24 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Bagi Beaufort, isu Pan Borneo dan ketahanan banjir merupakan perkara utama yang perlu diberikan perhatian serius. Atas sebab itulah saya mohon agar kerajaan memberikan garis masa yang jelas supaya rakyat bukan sahaja mengetahui apa yang dirancang tetapi juga boleh mengetahui bila manfaat tersebut dapat dinikmati. Sekian, terima kasih.

draft • 4:30 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Okey, sekarang pembahas kita yang terakhir, dipersilakan Yang Berhormat Balik Pulau.

draft • 4:30 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih kepada Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Saya bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Laporan Ketua Audit Negara Siri 2, Tahun 2026. Secara amnya bagi saya, Laporan Ketua Audit Negara bukan sekadar laporan mengenai perbelanjaan kerajaan, ia adalah satu mekanisme penting untuk kita melihat sama ada wang rakyat ini yang dibelanjakan benar-benar memberikan hasil dan manfaat kepada rakyat.

Adalah satu— secara am apabila audit dilakukan, ia mempunyai tindakan- tindakan yang perlu diambil. Bukan hanya tinggal sebagai laporan tetapi hendaklah diambil segala cadangan, segala arahan dan permintaan dalam audit tersebut.

Dalam konteks ini, saya ingin menyentuh mengenai Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah. Kerana masa yang tidak mencukupi, saya hanya bercakap mengenai Projek Lebuhraya Pan Borneo sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, projek ini melibatkan jajaran 706 kilometer dan dibahagikan kepada 35 pakej kerja. Pada asalnya, projek ini dirancang disiapkan dalam tempoh 69 bulan. Daripada April 2016 hingga 31 Disember 2021. Namun sehingga 31 Mac 2026, selepas hampir 10 tahun, projek ini masih belum siap sepenuhnya. Daripada 35 pakej kerja, hanya empat pakej atau 11.4 peratus yang telah siap. Baki 31 pakej atau 88.6 peratus masih dalam pelaksanaan.

Lebih membimbangkan, daripada 31 pakej tersebut, sembilan dikategorikan sebagai projek sakit. 13 lewat daripada jadual dan hanya sembilan yang mendahului jadual. Bagi saya, angka ini amat membimbangkan. Persoalannya ialah selepas hampir satu dekad, mengapa sebahagian besar pakej belum dapat disiapkan?

Adakah masalahnya terletak pada perancangan, pengurusan kontrak, keupayaan kontraktor, penyelarasan antara agensi atau pemantauan projek?

draft • 4:30 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Tuan Yang di-Pertua, perbandingan dengan Sarawak juga kita perlu lihat.

Pan Borneo Sarawak Fasa 1 melibatkan jajaran sekitar 786 kilometer. Lebih jauh daripada yang di Sabah dan 11 pakej kerja. Setakat 31 Mac 2026, 10 daripada 11 pakej tersebut siap sepenuhnya. Manakala, baki satu pakej WP11 telah mencapai 99.9 peratus kemajuan. Ini menunjukkan bahawa hampir keseluruhan jajaran Pan Borneo Sarawak telah disiapkan dan dibuka secara berperingkat kepada pengguna.

Saya faham cabaran pelaksanaan di Sabah dan Sarawak tidak semestinya sama tapi perbezaan prestasi ini tetap menimbulkan persoalan yang wajar kita jawab.

Apakah yang Sarawak lakukan dengan lebih berkesan? Dan apakah amalan tersebut yang boleh kita pelajari untuk mempercepatkan Pan Borneo Sabah?

Adakah dari segi perancangan, struktur pakej kerja, penyelarasan agensi, pengurusan kontrak ataupun pemantauan? Saya berharap Kementerian Kerja Raya dapat membuat perbandingan ini secara sistematik dan mengenal pasti amalan terbaik yang boleh diterapkan di Sabah. Tuan Yang di-Pertua, isu kedua ialah kos.

Kos kontrak keseluruhan projek telah meningkat daripada 17.910 bilion kepada 18.960 bilion. Ini duit rakyat ya.

Bagi Fasa 1A Pan Borneo Sabah pula, kos masa dianggarkan sebanyak 11.323 bilion iaitu 987 juta atau 95 peratus lebih tinggi daripada kos siling asal 10.336 bilion. Setakat 31 Mac 2026, sebanyak 11.153 bilion telah disalurkan dan 10.547 bilion 94.6 peratus telah dibelanjakan. Dengan angka sebesar ini, kita bukan sahaja perlu bertanya berapa banyak yang telah dibelanjakan, kita perlu bertanya apakah hasil yang rakyat telah terima daripada perbelanjaan tersebut?

Saya faham Ahli-ahli Parlimen Sabah membangkitkan fasal Pan Borneo Sabah sebab mereka tertekan oleh pertanyaan-pertanyaan daripada rakyat daerah yang mereka wakili. Kerana kelewatan ini bukan hanya mengenai pembinaan jalan.

Pan Borneo sepatutnya menjadi pemacu ekonomi Sabah. Menghubungkan kawasan bandar dan pedalaman. Memudahkan pergerakan barangan, membuka akses kepada pasaran, merancakkan sektor perdagangan, pertanian, pelancongan dan agropelancongan.

Apabila projek ini lewat, manfaat ekonomi tersebut juga lewat dinikmati oleh rakyat. Jadi, kita perlu melihat bukan sahaja kos projek tetapi juga kos peluang, akibat kelewatan projek. Tuan Yang di-Pertua, bagi saya satu minit.

draft • 4:30 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Satu minit.

draft • 4:30 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Saya ingin mengemukakan empat soalan kepada pihak kerajaan. Pertama, apakah langkah

draft • 4:30 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

proaktif Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah untuk memastikan baki pakej Pan Borneo dapat disiapkan mengikut jadual baru? Kedua, apakah punca sebenar kelewatan bagi pakej yang masih lewat dan apakah tindakan terhadap mereka yang gagal mencapai sasaran, termasuklah kontraktor-kontraktor yang dilantik?

Ketiga, adakah Kementerian Kerja Raya telah membuat perbandingan sistematik antara Sabah dan Sarawak dari segi perancangan, pengurusan kontrak, penyelarasan agensi dan pemantauan? Jika sudah, apakah amalan terbaik Sarawak yang boleh diterapkan di Sabah? Yang keempat, apa lagi rakyat— berapa lama lagi rakyat Sabah perlu menunggu untuk menikmati manfaat ekonomi yang menjadi antara justifikasi utama pembinaan Pan Borneo ini? Dan sekiranya sasaran baru sekali lagi tidak dicapai, siapakah yang akan bertanggungjawab? Tuan Yang di- Pertua, saya tidak membangkit perkara ini untuk menyalahkan mana-mana pihak.

Kita semua mahu melihat Pan Borneo siap— Pan Borneo Sabah siap dan memberikan manfaat kepada rakyat. Tetapi selepas hampir 10 tahun dengan kos yang meningkat dan sebahagian besar pakej masih belum selesai, rakyat berhak mendapat jawapan yang jelas, jadual yang realistik dan akauntabiliti yang jelas.

Kerana pada akhirnya, kejayaan sesuatu projek kerajaan bukan diukur berdasarkan berapa banyak wang telah dibelanjakan tapi berdasarkan berapa banyak manfaat yang akhirnya sampai kepada rakyat. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:30 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Dengan perbahasan Yang Berhormat Balik Pulau itu tadi, selesailah sudah sesi perbahasan kita untuk hari ini. Seramai 31 orang Ahli Yang Berhormat telah berbahas dan sekarang adalah giliran Yang Berhormat Menteri- menteri untuk menjawab. Di hadapan saya ada senarai kementerian. Ada 16 kementerian yang akan menjawab dan kita mulakan dengan Kementerian Kewangan selama 10 minit. Silakan.

draft • 4:30 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Selaku kementerian pertama yang menggulung, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 2, Tahun 2026 sebentar tadi.

draft • 4:37 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Seramai 31 orang Ahli Yang Berhormat telah berbahas menyentuh pelbagai perkara melibatkan pelbagai kementerian. Dan fokus penggulungan saya tertumpu kepada memberikan penjelasan terhadap isu-isu berkaitan Kementerian Kewangan yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara tersebut dan disentuh oleh sembilan orang Ahli dalam sesi perbahasan.

Semua pandangan, teguran dan cadangan yang diberikan oleh Ahli Yang Berhormat amatlah dihargai. Puan Yang di-Pertua, Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan bagi tahun berakhir 31 Disember 2025 telah diberikan sijil Ketua Audit Negara dengan pendapat tanpa teguran, dengan izin, unmodified opinion dengan perenggan hal-hal lain (other matters).

Ini bermakna, penyata kewangan tersebut menunjukkan gambaran yang benar dan saksama, dengan izin, true and fair view mengenai kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan yang di audit, selaras dengan piawaian perakaunan dan undang-undang yang berkuat kuasa. Walau bagaimanapun, Jabatan Audit Negara turut membangkitkan beberapa dapatan audit dalam laporannya meliputi beberapa isu utama, yang mana kerajaan perlu mengambil tindakan sewajarnya, termasuk melibatkan Kementerian Kewangan secara langsung. Tiga perkara utama berkaitan kementerian kewangan yang dikenal pasti dan turut mendapat perhatian Ahli Yang Berhormat dalam sesi perbahasan adalah seperti berikut.

draft • 4:37 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

(i) usaha meningkatkan tindakan mengutip tunggakan pelbagai Akaun Belum Terima (ABT);

(ii) kedudukan dan pengurusan hutang Kerajaan Persekutuan; dan

(iii) persoalan berkenaan kedudukan dan statistik tunggakan pinjaman boleh dituntut Kerajaan Persekutuan .

Puan Yang di-Pertua, kerajaan mengambil maklum kedudukan Akaun Belum Terima (ABT) LHDN atau Lembaga Hasil Dalam Negeri dan tindakan berterusan sedang dilaksanakan bagi memastikan tunggakan cukai diurus secara sistematik dan berkesan. Daripada keseluruhan baki ABT, sebanyak RM23.145 bilion atau 57.8 peratus melibatkan kes dalam proses perundangan iaitu di mahkamah atau penangguhan dan rayuan. Manakala, RM16.842 bilion atau 42.11 peratus merupakan kes yang sedang aktif dalam tindakan pemungutan dan ansuran termasuk kes audit dan siasatan. Kedudukan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar ABT tertakluk kepada proses perundangan atau penangguhan.

draft • 4:40 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Bagi mengawal dan mengurangkan baki ABT, LHDN mempergiatkan pengurusan debit semasa dan tunggakan hasil melalui peringatan berulang secara digital, panggilan proaktif, automasi CP38, pengeluaran surat tuntutan lebih awal, lawatan premis serta rundingan bayaran ansuran. Bagi kes yang telah matang atau tegar, tindakan penguatkuasaan seperti sekatan perjalanan, kaveat pendaftar dan lantikan ejen dipertingkatkan mengikut kesesuaian kes. Pada masa yang sama, task force pengurusan ABT oleh LHDN diwujudkan bagi memantau baki debit termasuk daripada taksiran audit dan siasatan sebagai langkah membendung pembentukan tunggakan baru dan mengoptimumkan kutipan hasil negara.

Puan Yang di-Pertua, izinkan saya memberikan maklum balas terhadap isu yang dibangkitkan berkaitan kedudukan dan statistik tunggakan pinjaman Kerajaan Persekutuan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kedudukan bayaran balik pinjaman tertunggak setakat 31 Disember 2025 mencatatkan jumlah sebanyak RM8.084 bilion. Jumlah ini merangkumi tunggakan pokok berjumlah RM5.709 bilion dan tunggakan faedah dan faedah lewat yang berjumlah RM2.375 bilion. Peratusan tunggakan ini mencatat 15.67 peratus. Jumlah ini adalah terurus atau manageable dan semakin berkurang berbanding purata 21 peratus bagi tempoh 2020 hingga 2022.

Tunggakan ini sebahagian besarnya adalah terdiri daripada pinjaman bagi projek-projek infrastruktur asas awam meliputi projek bekalan air bersih, pembetungan, perumahan awam, perumahan awam rendah dan pengangkutan awam dan sebagainya. Kategori peminjam yang mencatatkan tunggakan pinjaman tertinggi adalah syarikat iaitu 62 peratus dan diikuti kerajaan negeri sekitar 32 peratus.

Kerajaan sentiasa berterusan untuk meningkatkan keupayaan bayaran balik pinjaman khususnya melalui pertama, proses penstrukturan semula berasaskan penilaian keupayaan kewangan peminjam, tahap kebergantungan semasa serta unjuran aliran tunai. Ini bagi memastikan peminjam berupaya melunaskan obligasi kewangan mereka dengan mengurangkan jumlah komitmen bayaran melalui pemanjangan tempoh bayaran balik dan tanpa menjejaskan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat kerana ini syarikat berkanun ataupun syarikat di bawah kerajaan ataupun kerajaan negeri.

Kedua, tindakan hapus kira pinjaman akan diberi pertimbangan berdasarkan kriteria-kriteria berikut iaitu setelah segala usaha pemulihan pinjaman termasuk tindakan undang-undang telah diambil ke atas peminjam tidak mendatangkan hasil

draft • 4:40 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

kepada kerajaan, all exhaustive effort has been taken. Hanya faedah pinjaman dipertimbangkan untuk dihapus kira dan hanya syarikat yang disahkan insolvent berdasarkan laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan setelah mendapat pandangan Bahagian Undang-undang, Kementerian Kewangan.

Ketiga, penilaian kebolehlaksanaan mandatori dan had pinjaman. Model penilaian pinjaman sedia ada ditambah baik dengan memperkenalkan penilaian kebolehlaksanaan atau viability mandatori sebelum sebarang kelulusan diberikan.

Kelulusan pinjaman akan dihadkan mengikut kapasiti bayaran balik sebenar sekiranya keupayaan peminjam terhad, baki pembiayaan projek dicadangkan disalurkan dalam bentuk geran.

Penilaian projek sosial dan komersial. Kementerian Kewangan mengesyorkan kepada Kementerian Ekonomi supaya mana-mana projek yang bersifat obligasi sosial disalurkan menerusi peruntukan pembangunan ataupun DE dalam bentuk geran berbanding pinjaman komersial.

Syarat wajib cagaran aset bagi permohonan pinjaman baharu yang melibatkan kerajaan negeri atau syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) [MKD], kerajaan mewajibkan pengemukaan cagaran seperti aset tanah yang setara dengan nilai pinjaman bagi membolehkan tuntutan dibuat sekiranya berlaku kegagalan bayaran.

Notis perubahan kelulusan pinjaman, Notice of Change (NOC) bagi pinjaman yang diluluskan pada tahun semasa tetapi peruntukan belum dibelanjakan dalam tempoh yang ditetapkan, dicadangkan kepada kementerian pengawal untuk membuat pengagihan semula peruntukan pinjaman atau sekatan melalui NOC dengan kelulusan Kementerian Ekonomi dan konsultasi atau libat urus berterus dan tindakan undang-undang.

Pihak kementerian sedang meningkatkan konsultasi berterusan dengan peminjam bagi membolehkan bayaran balik pinjaman tertunggak dijadualkan dan distruktur semula. Manakala, tindakan undang-undang dikekalkan sebagai langkah penyelesaian terakhir memandangkan kebanyakan peminjam terdiri daripada kerajaan negeri, badan berkanun dan syarikat yang melaksanakan projek-projek bersifat sosial demi kepentingan rakyat dan nasional.

Puan Yang di-Pertua, izinkan saya memberikan maklum balas terhadap isu yang dibangkitkan berkaitan kedudukan pengurusan hutang Kerajaan Persekutuan.

Lagi ada dua, tiga muka surat. Minta maaf. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan kekal komited dalam melaksanakan langkah pembaharuan fiskal untuk

draft • 4:40 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

menyediakan ruang fiskal yang mampan, seterusnya memastikan pengurusan hutang yang berhemah selaras dengan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 ataupun Akta 850 dan kerangka Ekonomi MADANI. Akta 850 menetapkan objektif dan sasaran fiskal yang perlu dipatuhi termasuk sasaran defisit fiskal tidak melebihi tiga peratus daripada KDNK dan paras hutang tidak melebihi 60 peratus daripada KDNK dalam tempoh jangka sederhana.

Usaha kerajaan melaksanakan konsolidasi fiskal telah berjaya menurunkan kadar defisit secara konsisten setiap tahun iaitu daripada 5.5 peratus pada tahun 2022 kepada 3.7 peratus pada tahun 2025. Pengurangan kadar defisit ini juga bermakna pinjaman baharu telah berkurang daripada RM100.3 bilion pada tahun 2022 kepada RM75.6 bilion pada 2025, seterusnya memperlahankan kadar pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan iaitu daripada 10.2 peratus pada tahun 2022 kepada 5.9 peratus pada tahun 2025.

Sehingga akhir 2025, hutang Kerajaan Persekutuan telah mencatat sebanyak RM1,320.8 bilion atau 65.2 peratus daripada KNDK berbanding 64.5 peratus KDNK pada akhir 2024.

draft • 4:40 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Dalam memastikan hutang sentiasa berada pada paras yang terurus, kerajaan kekal berdisiplin dan patuh kepada semua had statutori hutang yang ditetapkan di bawah perundangan berkaitan hutang itu.

draft • 4:50 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi

Boleh gulung, Yang Berhormat.

draft • 4:50 PM

Tuan Liew Chin Tong

Ya. Sedikit sahaja, okey. Ini fakta yang penting.

Hutang statutori sehingga akhir 2025 yang merangkumi jumlah terkumpul bagi instrumen Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia

(MGII) dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB) berada pada paras 63.9 peratus kepada KDNK iaitu masih di bawah had 65 peratus yang ditetapkan oleh Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983. Pinjaman luar pesisir berjumlah RM21.1 bilion jauh di bawah siling RM35 bilion oleh Akta Pinjaman Luar Negeri 1963. Bil Perbendaharaan Malaysia berjumlah RM4.5 bilion kekal di bawah had RM10 bilion oleh Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946.

Kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai langkah pembaharuan fiskal bagi memastikan objektif fiskal di bawah Akta 850 dapat dicapai tanpa menjejaskan kebajikan rakyat. Antaranya termasuk melaksanakan konsolidasi fiskal secara beransur, mengoptimumkan perbelanjaan awam, memperkukuhkan asas hasil kerajaan secara mampan dan melaksanakan reformasi institusi perkhidmatan awam

draft • 4:50 PM

Tuan Liew Chin Tong

yang mendukung dan menyokong agenda pembangunan negara. Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 4:50 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Seterusnya saya ingin menjemput Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. Silakan Yang Berhormat, 12 minit ya Yang Berhormat.

draft • 4:50 PM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Bilangan 2/2026. Saya juga ingin menekankan bahawa pembentangan Laporan Ketua Audit Negara dalam Dewan Rakyat ini merupakan amalan semak dan imbang dalam memperkukuh akauntabiliti tadbir urus dan keberkesanan penyampaian kerajaan kepada rakyat.

Untuk makluman Yang Berhormat Yang di-Pertua, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) terlibat dalam dua tajuk pengauditan di bawah LKAN Bilangan 2/2026 iaitu pengurusan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok, Kelantan dan pengurusan Program Pemulihan Pesisir Pantai. PETRA mengambil serius isu-isu berkaitan skop dan bidang tugas PETRA yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan hari ini. Yang Berhormat Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab dan memberikan penjelasan terhadap isu-isu yang dibangkitkan pada sesi perbahasan LKAN kali ini secara khusus.

Yang Berhormat Rasah, Rantau Panjang, Tumpat dan Jerantut telah membangkitkan isu PLSB Sungai Golok, manakala Yang Berhormat Kuala Terengganu dan Kuala Nerus membangkitkan isu pemeliharaan pesisir pantai.

Izinkan saya menjawab isu-isu utama di bawah LKAN.

Terlebih dahulu saya ingin memaklumkan status terkini pelaksanaan kerja- kerja fasa Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok.

Kemajuan fizikal Fasa 1 ialah 73.01 peratus berbanding 75.51 peratus yang dijadualkan siap pada 21 Julai 2027. Sementara itu Fasa 2 mencatatkan kemajuan fizikal sebanyak 3.16 peratus berbanding 2.62 peratus yang dijadualkan, manakala Fasa 3 mencapai 24.18 peratus berbanding 16.87 peratus yang dijadualkan. Kedua- dua fasa mendahului jadual masing-masing dan disasarkan siap dalam tempoh

draft • 5:52 PM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

kontrak iaitu pada 14 Oktober 2028 bagi Fasa 2 dan 24 April 2029 bagi Fasa 3. Fasa 2 dan Fasa 3 akan melengkapkan komponen perlindungan banjir di bawah Fasa 1.

PETRA mengambil maklum dapatan audit berhubung peningkatan nilai kontrak projek-projek daripada RM198.202 juta kepada RM601.20 juta. Peningkatan ini antara lain melibatkan penyesuaian skop berdasarkan keperluan teknikal dan keadaan semasa sepanjang pelaksanaan projek termasuk penaiktarafan Jalan Kesman mengikut piawaian jalan persekutuan, struktur alur limpah, pembinaan jambatan serta penyelarasan reka bentuk rumah pam.

Penyesuaian skop dan reka bentuk dilaksanakan bagi memastikan infrastruktur memenuhi keperluan fungsi keselamatan dan ketahanan jangka panjang termasuk mengambil kira risiko cuaca ekstrem dan perubahan iklim.

Pelaksanaan projek turut dipengaruhi oleh kekangan teknikal di tapak termasuk pengalihan utiliti, pengambilan tanah dan penyelarasan lukisan pembinaan.

Pendekatan ini penting bagi memastikan penduduk, harta benda dan infrastruktur awam di kawasan yang terdedah kepada risiko banjir terus dilindungi.

Bagi menangani kelemahan yang dibangkitkan dalam LKAN Bilangan 2/2026, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air melalui Jabatan Pengairan dan Saliran telah dan sedang melaksanakan tindakan susulan serta penambahbaikan pengurusan projek untuk memastikan objektif perlindungan banjir dapat dicapai.

Pertama, satu pasukan taskforce di peringkat JPS telah ditubuhkan bagi memantau kemajuan projek mengenal pasti isu pelaksanaan dan permasalahan yang timbul serta memastikan setiap teguran audit dan syor audit diambil tindakan dan diselesaikan dengan berkesan. Bahkan saya sendiri akan turun melihat sendiri perkembangan dan kemajuan semasa projek ini dan saya mengalu-alukan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk bersama-sama saya dalam lawatan tapak projek pada penghujung minggu ini.

Kedua, penyelarasan di peringkat negeri telah diperkukuhkan melalui penubuhan pasukan petugas bagi mempercepatkan urusan pengambilan tanah untuk projek-projek tebatan banjir di Kelantan. Langkah ini bertujuan memastikan isu tanah ditangani lebih awal bagi melancarkan pelaksanaan kerja di tapak.

Ketiga, JPS telah memperkukuhkan perancangan awal dan semakan kesiapsiagaan projek termasuk dari aspek keperluan teknikal, reka bentuk dan penyiasatan tanah. Penambahbaikan ini bertujuan memastikan perkara tersebut

draft • 5:52 PM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

dimuktamadkan sebelum kerja fizikal dimulakan, sekali gus mengurangkan risiko perubahan skop, peningkatan kos dan kelewatan projek.

Keempat, JPS telah menambah baik terma rujukan (TOR), pelantikan perunding termasuk menetapkan kewajipan mematuhi arahan JPS semasa fasa home-office support. Langkah ini memperjelas tanggungjawab perunding dalam memberikan sokongan teknikal dan menyelesaikan isu sepanjang pelaksanaan projek.

Selain pelaksanaan komponen utama PLSB Sungai Golok, beberapa langkah mitigasi jangka pendek dan sederhana bagi mengurangkan risiko banjir sementara menunggu keseluruhan projek disiapkan. Pertama, kerja pengorekan Sungai Lemal–Lanchang bagi meningkatkan kapasiti sungai dan menampung lebihan air semasa hujan lebat.

Kedua, transformasi fungsi Danau Tok Uban kepada kawalan air hujan dan takungan banjir di hulu Sungai Lemal–Lanchang.

Ketiga, perolehan dan pemasangan penghadang banjir mudah alih, flood barrier di kawasan berisiko tinggi sebagai langkah perlindungan sementara bagi mengurangkan kemasukan air banjir di kawasan penempatan.

Keempat, pengorekan muara Sungai Golok bagi melancarkan aliran keluar air sungai ke laut.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, berhubung Program Pemulihan Pesisir Pantai, saya ingin memaklumkan status terkini projek-projek yang dibangkitkan dalam LKAN Bilangan 2/2026. Bagi Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Pantai Kuala Nerus, Terengganu, setakat 17 September 2026, kemajuan fizikal mencapai 60.9 peratus berbanding 60.7 peratus berdasarkan jadual pelaksanaannya semak dengan tarikh siap projek pada 28— 2027.

Bagi Projek Hakisan Pantai Marang, notis penamatan pengambilan kerja kontraktor telah dikeluarkan pada 9 Julai 2024. Pelaksanaan skop projek ini diteruskan melalui Projek Pengawalan Hakisan Pantai Rusila, Marang, Terengganu yang dijangka bermula pada Mac 2026–2028, dengan tempoh pelaksanaan selama 45 bulan.

draft • 5:52 PM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Kelewatan yang berpunca daripada kegagalan kontraktor dan tidak melayakkan pelanjutan masa, tindakan kontrak termasuk pengenaan LAD akan diambil mengikut terma kontrak.

draft • 5:00 PM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Bagi pertanyaan khusus Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai projek di kawasan masing-masing. Jawapan akan diberikan secara berasingan. Ini mengambil kira kekangan masa serta tumpuan sesi penggulungan ini kepada isu-isu yang dibangkitkan dalam LKAN Bil.2/2026. PETRA menghargai peranan Jabatan Audit Negara dan pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat. Segala teguran akan dijadikan panduan untuk menambah baik tatakelola memastikan peruntukan awam diurus secara berhemah dan mengelakkan isu sama berulang pada masa hadapan. Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua.

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seterusnya, saya beralih ke Kementerian Pengangkutan. Silakan, Yang Berhormat.

draft • 5:00 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Terima kasih, Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, Ahli Yang Berhormat Jerantut dan juga Yang Berhormat Parit telah pun membangkitkan isu pengurusan Akaun Amanah Khas Jabatan Laut Malaysia. Kementerian Pengangkutan mengambil maklum dan memandang serius teguran Jabatan Audit Negara berhubung pembayaran elaun dan kemudahan berjumlah RM2.55 juta daripada Kumpulan Wang Dius Api (KWDA) dan Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut (KWPPL) yang didapati tidak mempunyai punca kuasa yang jelas.

MOT bersama Jabatan Laut sedang mengambil tindakan bagi memperjelas punca kuasa mekanisme kelulusan dan tadbir urus pembayaran tersebut selaras dengan syor Jabatan Audit Negara. Dalam memahami peruntukan ini, adalah juga penting untuk kita melihat sejarah penubuhan dan perkembangan Lembaga Dius Api. Asas statutori Lembaga Dius Api telah wujud sejak tahun 1953 melalui Malayan Federation Light Dues Ordinands No.24 of 1953, dengan izin. Ordinan tersebut mula berkuat kuasa pada 30 April 1953 dan sejak itu telah mewujudkan Light Dues Board, Light Dues Fund serta pentadbiran kumpulan wang tersebut oleh lembaga.

Selepas kemerdekaan, kerangka perundangan ini terus dikekalkan pada tahun 1958 melalui Federal Constitution (Modification of Laws) (Ordinances and Proclamations) Order 1958 (L.N. 332/58) rujukan kepada High Commissioner dalam ordinan disesuaikan pada Menteri yang bertanggungjawab terhadap merchant

draft • 5:01 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

shipping. Pada tahun 1961, Federation Light House (Amendment) Bill 1961 telah melalui proses Parlimen. Dewan Rakyat meluluskan pada 21 Jun 1961 dan Dewan Negara meluluskannya pada 26 Jun 1961 tanpa pindaan. Pindaan tersebut kemudiannya menjadi Federation Light Deus (Amendment) Act 1961 (Act 21/1961) selepas mendapat royal assent pada 19 Julai 1961.

Pada tahun 1981 pula, Ordinan 1953 kemudiannya disemak dan diterbitkan sebagai Federation Light Dues Act 1953 [Act 250] dengan teks semakan berkuat kuasa pada 25 Jun 1981. Tetapi merupakan kesinambungan statutori kepada kerangka undang-undang yang telah bermula sejak tahun 1953.

Berdasarkan pandangan perundangan Kementerian Pengangkutan, walaupun Akta 250 tidak memperuntukkan secara nyata mengenai pembayaran elaun kepada pengerusi dan ahli Lembaga Dius Api, terdapat asas untuk mempertimbangkan perbelanjaan yang mempunyai hubungan secara langsung dengan pelaksanaan fungsi statutori lembaga sebagai perbelanjaan pentadbiran KWDA. Walau bagaimanapun, tafsiran tersebut tidak boleh diperluas kepada pembayaran yang tiada hubungan dengan fungsi statutori lembaga.

Pandangan perundangan tersebut turut merujuk kepada penyata rasmi Federal Legislative Council bertarikh 19 Mac 1953 semasa bacaan kali kedua Federation Light House Bill 1953. Dalam perbahasan tersebut, Mr.R. B. Carey, Member of Works and Housing telah menerangkan bahawa penyediaan dan penyelenggaraan alat bantuan pelayaran melibatkan kos yang besar.

Antara perbelanjaan yang dinyatakan ketika itu termasuk perbelanjaan, penyelenggaraan serta gaji, elaun pakaian seragam, dan rangsum bagi kakitangan rumah api. Dalam ucapan yang sama, beliau turut menjelaskan bahawa rang undang-undang berkenaan mencadangkan pengenalan Light Dues dan penubuhan suatu kumpulan wang yang akan ditadbir oleh Light Dues Board.

Tuan Yang di-Pertua, terpaksa anu-kan penjelasan. Banyak sikitlah. Minta lima minit lagi boleh?

draft • 5:01 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Lima minit? Tiga minit, Yang Berhormat.

draft • 5:01 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Berdasarkan rekod tersebut, PUU kementerian berpandangan bahawa penyebutan mengenai gaji, elaun dan kemudahan bagi pekerja rumah api sebagai sebahagian daripada anggaran perbelanjaan tahunan berkaitan rumah api boleh menimbulkan inferens bahawa perbelanjaan tersebut adalah expenses incurred yang berkaitan.

draft • 5:01 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Dalam hal ini kementerian mengambil kira bahawa pengerusi dan ahli Lembaga Dius Api melaksanakan tanggungjawab statutori berkaitan pengurusan KWDA dan penyediaan alat bantuan pelayaran. Namun begitu, kementerian menerima teguran audit bahawa mekanisme dan punca kuasa pembayaran perlu diperjelas.

Sehubungan itu, Lembaga Dius Api sedang melaksanakan semakan menyeluruh terhadap jenis elaun dan kemudahan termasuk fungsi yang dilaksanakan. Kadar yang berkuat kuasa, kelulusan terdulu, dan keperluan semasa serta menyemak Akta 250 dan kaedah berkaitan bagi mengenal pasti keperluan pindaan sekiranya diperlukan.

Pada masa yang sama, kementerian perlu mengambil kira implikasi operasi sekiranya pembayaran berkaitan KWDA dihentikan secara berpanjangan.

Antaranya, termasuk kelangsungan operasi VTS, VTMIS dan PUSKAU dan PUSKOM yang beroperasi secara syif 24 jam, pengurusan keselamatan pelayaran serta penyelenggaraan alat bantuan pelayaran di Selat Melaka, yang mana dalam setahun ada hampir lebih dari 100,000 kapal yang melintasi Selat Melaka.

Kementerian juga mengambil kira tanggungjawab dan liabiliti yang dipikul oleh ahli lembaga serta kepentingan pelaksanaan projek strategik seperti Projek Pengukuhan Tanda Arah Suar Tompok Utara. LDA telah pun bersetuju menyalurkan dana sebanyak RM23.5 juta kepada Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri sekiranya keputusan atau peruntukan berkaitan tertangguh, projek ini berpotensi lewat dan tergendala.

Bagi KWPPL pula, kumpulan wang ini pula merupakan kumpulan statutori yang ditubuhkan di bawah seksyen 46 (7) Merchant Shipping Ordinance 1952 ataupun MSO 1952 dan ditadbir melalui Merchant Shipping (Central Mercantile Marine Fund) (CMMF) Rules 1984. Kedudukan KWPPL juga telah dipertimbang oleh jemaah menteri sebelum ini pada tahun 1992 melalui penyusunan semula pentadbiran pegawai dan kakitangan KWPPL. Jawatankuasa KWPPL dan kumpulan wang itu sendiri diputuskan oleh Kabinet dikekalkan dan terus melaksanakan fungsi sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang.

I cut short-lah. Pergi hujung.

draft • 5:01 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih.

draft • 5:01 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Susulan teguran audit, kementerian tidak menolak keperluan untuk memperkemas mekanisme pembayaran KWDA. Bagi memastikan tiada lagi ruang kepada perbezaan tafsiran, kementerian bersama JLM

draft • 5:01 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

akan memperjelas atas perundangan, syarat kelayakan, kadar dan mekanisme kelulusan bagi setiap jenis akaun dan kemudahan. Sekiranya diperlukan pindaan kepada Akta 250 atau kaedah berkaitan, akan dipertimbangkan selepas semakan menyeluruh dilaksanakan.

Sebagai penutup, Kementerian Pengangkutan ingin menegaskan bahawa tindakan penambahbaikan yang sedang dilaksanakan bukan merupakan pengakuan bahawa keseluruhan pembayaran yang telah dibuat sebelum ini adalah tanpa punca kuasa. Sebaliknya, Kementerian Pengangkutan mengambil teguran audit secara serius dan komited untuk memperkemas, memperjelas, dan memperkukuh tadbir urus KWDA dan KWPPL supaya setiap pembayaran pada masa hadapan mempunyai asas perundangan, dasar, syarat kelayakan, kadar serta mekanisme kelulusan yang jelas, teratur, dan boleh diaudit.

Dalam masa yang sama, Kementerian Pengangkutan akan memastikan kedua-dua kumpulan wang terus melaksanakan fungsi dan tujuan statutori masing- masing secara telus, berakauntabiliti, dan berkesan. Terima kasih.

draft • 5:01 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengangkutan. Seterusnya, saya ingin menjemput Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Silakan, Yang Berhormat Menteri.

draft • 5:01 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera, salam perpaduan, dan salam Malaysia MADANI.

draft • 5:09 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Terlebih dahulu izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Audit Negara dalam menyediakan Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 2/2026. Kementerian PKPT menyambut baik pembentangan Laporan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2025 dan juga semua aktiviti kementerian di Dewan yang mulia ini.

Inisiatif perbahasan Laporan Ketua Audit Negara di Dewan yang mulia ini jelas menunjukkan bukti komitmen berterusan Kerajaan MADANI bagi memperkukuhkan tadbir urus atas prinsip ketelusan dan akauntabiliti serta tatakelola yang berwibawa demi pembangunan negara yang tercinta.

draft • 5:10 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

KPKT komited untuk menegakkan prinsip, integriti dan akauntabiliti dalam memastikan setiap perbelanjaan awam diuruskan secara cekap, berhemah dan mematuhi kawalan fiskal yang ditetapkan. Sehubungan itu, ada tiga isu sahaja yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara kali ini dan kesemua ini adalah masalah lama yang telah pun kini mencapai penyelesaian.

Bagaimanapun, walaupun ini masalah lama, Kerajaan MADANI tidak berhasrat untuk menuding jari sebaliknya kita mencari jalan bagaimana untuk mengganti dan juga mencegah masalah yang sama daripada berulang pada masa depan.

Perkara pertama iaitu Program Perumahan Rakyat Kampung Selagon, Beaufort, Sabah. Berhubung dengan isu yang telah dibangkitkan, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan juga Ahli Yang Berhormat, Sabah merupakan negeri dengan bilangan pelaksanaan projek PPR yang paling tinggi di seluruh Malaysia dan jumlah keseluruhan sebanyak 39 projek PPR telah diluluskan oleh kerajaan yang melibatkan 26,299 unit rumah.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 37 projek PPR melibatkan 25,449 unit rumah telah berjaya dibina. Seterusnya di Sabah terdapat dua projek melibatkan sebanyak 850 unit rumah masih dalam peringkat perancangan. Menyentuh secara khusus mengenai PPR Taman Permai Selagon. Projek ini telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh dengan skop pembinaan 67 unit rumah teres satu tingkat berserta kemudahan awam pada nilai kontrak asal RM23.7 juta.

Kerja pembinaan telah mula dilaksanakan pada 21 Disember 2012 dan siap dibina pada 23 Jun 2017. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, projek yang telah pun siap ini tidak dapat diserahkan mahupun diduduki disebabkan oleh pengesahan beberapa isu teknikal yang amat kritikal. Siasatan oleh KPKT melalui JKR Malaysia telah pun mendapati berlaku masalah keretakan struktur yang serius pada satu blok teres yang menempatkan lapan unit rumah.

Di samping itu, lima unit rumah lagi daripada blok asingan turut mengalami keretakan berkala sederhana akibat fenomena mendapan tanah yang menjejaskan kestabilan dan integriti struktur keseluruhan bangunan tersebut.

Bagi mengatasi isu ini, kerajaan telah melantik kontraktor kedua pada April 2022 bagi tujuan pembaikan yang melibatkan kerja meroboh dan membina semula unit rumah yang terjejas teruk. Namun begitu, walaupun kerja-kerja perobohan lapan unit rumah telah selesai, isu pergerakan tanah terus berlaku. Telah menyebabkan

draft • 5:10 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

kerja tersebut tidak dapat disempurnakan dan kontraktor penyelamat tersebut terpaksa ditamatkan melalui perjanjian penyelesaian pada 11 Mac 2025.

Tuan Yang di-Pertua, menyedari bahawa kegagalan struktur ini bukan sekadar kerosakan lazim, KPKT dengan kerjasama teknikal JKR Malaysia dan JKR Sabah telah mengambil langkah proaktif menyeluruh melaksanakan ujian forensik serta penyiasatan geoteknikal sepanjang tempoh Oktober 2024 hingga Mei 2025.

Tempoh penelitian yang panjang ini perlu bagi menganalisis profil tanah secara komprehensif seterusnya mengenal pasti punca utama bagi membolehkan pihak kementerian merangka hala tuju baru yang konkrit dan selamat. Hasil dapatan analisis geoteknikal menyedarkan bahawa punca utama kegagalan struktur disebabkan oleh profil strata tanah yang tidak sekata di tapak pembinaan.

Keadaan ini memburuk dan kewujudan lapisan tanah lembut serta kandungan bahan organik yang tinggi secara langsung mencetuskan ketidakstabilan tanah akibat fenomena pemendapan tidak sekata. Dapatan siasatan tanah ini terus diperkukuh melalui pelaksanaan ujian integriti struktur (structural integrity test) yang dijalankan secara dua fasa. Pada Ogos 2025 dan sehingga Mei tahun ini.

Fasa utama ujian liputan menyeluruh termasuk di kawasan sekeliling melibatkan enam blok kediaman PPR, manakala fasa kedua merangkumi lot perniagaan, dewan perniagaan, surau serta dua lagi blok kediaman. Secara keseluruhannya analisis makmal daripada kedua-dua fasa ujian mengesah bahawa kekuatan mampatan konkrit sebenar tidak sekata dan gagal mencapai tahap kekuatan reka bentuk.

Berdasarkan penemuan ini, kajian sedang menilai cara terperinci, berapa cadangan penyelesaian serta pendekatan teknikal yang sesuai akan dimuktamadkan dalam masa terdekat. Langkah berhati-hati ini diambil secara teliti demi memastikan setiap ketetapan yang dibuat kelak berupaya memberi penyelesaian jangka panjang yang tuntas, berkesan dan saksama.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan MADANI melalui KPKT sentiasa cakna dan prihatin tentang kebajikan wira merah negara. Ini akan adalah mengenai isu kedua iaitu pembinaan semula kuarters Balai Bomba dan Penyelamat, Semporna, Sabah.

Di mana untuk makluman, projek pembinaan semula kuarters Balai Bomba dan Penyelamat Semporna, Sabah adalah sebuah projek bernilai RM14.39 juta dengan tempoh kontrak asal 2 Januari 2020 hingga 9 Disember 2021.

Di mana dalam perkara ini, sebanyak lima kali extension of time telah diberikan dengan tarikh baru penyiapan projek pada 15 Februari 2025. Di mana

draft • 5:10 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

justifikasi kelulusan EoT ini adalah antara disebabkan masalah perbekalan simen dan kerja-kerja cerucuk di tapak yang memerlukan. Tambahan kerja penyiasatan tanah serta juga perubahan reka bentuk asas bangunan.

Projek ini telah ditamatkan pada 11 Mac 2025 dan 25 peratus kemajuan kerja disebabkan ketidakupayaan kontraktor dari segi kewangan, kegagalan melaksanakan kerja mengikut program serta kelemahan pengurusan dan pemantauan. Setakat 13 Februari 2025, sejumlah RM2.83 juta telah dibelanjakan.

Untuk makluman Dewan yang mulia, projek ini telah ditender semula untuk lantikan kontraktor penyelamat. Selain itu, kementerian telah menganggap permohonan eGPA kepada Kementerian Kewangan bagi memohon kelulusan perolehan secara tender terbuka dan pengecualian keperluan sijil kontraktor penyiap dijangka pada 12 Oktober 2026. Kementerian menjangka tarikh SST adalah pada Disember tahun ini juga.

Isu yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, projek pembinaan Balai Bomba dan Kuarters Merotai, di negeri Sabah juga. Tiga-tiga projek, tiga-tiga isu, semua di negeri Sabah, Tuan Yang di-Pertua.

Seterusnya projek pembinaan balai bomba ini di Merotai, melibatkan RM6.85 juta dengan tempoh kontrak asal pada 25 November 2019 hingga 17 Mei 2021. Ini pula tujuh kali lanjutan masa telah pun diberikan dengan tarikh baru penyiapan projek pada 29 September 2024. Antara justifikasi kelulusan EoT adalah disebabkan faktor perintah kawalan pergerakan, pindaan reka bentuk pelan pembetungan dan perubahan aras platform.

Projek ini telah ditamatkan pada 5 November 2025 dengan 99.6 peratus telah siap. Penamatan ini adalah disebabkan ketidakupayaan kontraktor dari segi kewangan dan kegagalan menyiapkan kerja mengikut jadual. Sejumlah RM6.7 juta telah dibelanjakan. Kontraktor juga telah dikenakan LAD berjumlah RM686,000.

Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan kelangsungan projek yang membawa manfaat dan kebajikan anggota wira merah, projek ini telah ditender semula untuk lantikan kontraktor penyiap di mana projek ini telah diangkat ke mesyuarat perolehan pada 23 September 2026. Pihak kementerian telah mengangkat permohonan eGPA kepada MOF bagi memohon kelulusan perolehan. Saya jangka di mana tarikh SST adalah juga pada tahun ini juga bulan Disember.

Sebagai penutup akhir kalam, KPKT sentiasa terbuka dalam menerima setiap teguran, pandangan dan saranan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh isu berkaitan KPKT menerusi perbahasan Laporan Ketua Audit Negara.

draft • 5:10 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Lembaran nasihat ini menjadi pemangkin untuk Kerajaan MADANI terus memperkukuhkan, tekad memperkuatkan keazaman, serta mempertingkatkan semangat dalam memastikan pelaksanaan dasar pembangunan berlandaskan prinsip integriti terus dijulang tinggi.

Perlu saya tegaskan di sini bahawa isu-isu yang telah dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara ini semunya perkara lama. Sebaliknya telah berlarutan sejak pentadbiran kerajaan dulu. Namun, Kerajaan MADANI menerusi KPKT tidak berhasrat menuding jari sebaliknya kita kekal komited dan proaktif memacu solusi terbaik demi kesejahteraan rakyat. Inilah iltizam kami dan inilah janji yang akan terus kami tunaikan.

Langkah ini selaras dengan pendirian Kerajaan MADANI yang bertekad membina sistem tadbir urus yang bersih daripada pembaziran serta kebal daripada ketirisan. KPKT berazam memastikan setiap projek yang direncanakan menjadi bukti nyata terhadap amanah rakyat sekali gus memacu kecemerlangan fiskal yang berintegriti.

Seperti kata pepatah, “Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis”. Tatakelola dan cermat kewangan menjadi benteng utama KPKT. Bagi mencapai hasrat murni ini, kementerian akan terus memperketatkan kawalan dalaman, memantapkan pematuhan tatacara kewangan serta memastikan setiap ringgit perbelanjaan awam memulangkan nilai saksama kepada rakyat.

draft • 5:10 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Sila gulung Yang Berhormat. Rumuskan Yang Berhormat.

draft • 5:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

Matlamat kami jelas sedikit sahaja iaitu pastikan seluruh agensi di bawah naungan kementerian memperolehi sijil bersih. Seperti peribahasa, “Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.” Keyakinan awam terhadap kecekapan dan integriti pengurusan hanya dapat dibina melalui iltizam yang tidak berbelah bahagi.

Akhir kata, KPKT merakamkan penghargaan kepada Ketua Audit Negara atas pengauditan yang telah dilaksanakan. Sekali gus juga ucapan terima kasih saya titipkan buat Ahli-ahli Yang Berhormat atas ketajaman pandangan dan teguran yang cukup membina. Semoga sinergi berterusan ini menjadi pasak kukuh kepada tadbir urus kewangan yang terus dan berintegriti demi memartabatkan kesejahteraan rakyat serta menjulang kemakmuran negara selaras dengan Aspirasi Malaysia MADANI. Sekian, terima kasih.

draft • 5:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Baiklah terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya ingin menjemput Kementerian Luar Negeri. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 5:20 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk menjawab perkara yang berkaitan dengan Kementerian Luar Negeri dalam sesi penggulungan perbahasan Laporan Ketua Audit Negara dalam Dewan yang mulia ini. Untuk makluman Dewan, saya memberikan ringkasan penemuan yang diperolehi oleh LKAN.

Di mana kita mempunyai 10 isu yang dibangkitkan iaitu berkenaan tentang pengisian jawatan, pemeriksaan mengejut AP309, tatacara kutipan, arahan pembayaran, semakan Buku Vot, pendaftaran aset, perekodan stok, kebenaran membawa keluar aset alih untuk penyelenggaraan, buku log kenderaan dan juga kad inden bahan api.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Bharu yang prihatin dalam perkembangan yang berkait rapat dengan Kementerian Luar Negeri.

Yang Berhormat Kota Bharu dalam ucapannya berpandangan bahawa perkara yang melibatkan KLN yang dibangkitkan di dalam LKAN 2/2026 berhubung audit Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara adalah bersifat pentadbiran harian dan sewajarnya ditangani melalui unit audit dalam kementerian.

Yang Berhormat Kota Bharu juga turut memohon pandangan mengenai kesesuaian perkara tersebut untuk dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara Malaysia.

Dalam Laporan Ketua Audit Negara kepada Parlimen seharusnya memfokuskan kepada perkara yang memberikan impak strategik dan nasional. Dalam hal ini, Kementerian Luar Negeri mengalu-alukan pemeriksaan audit daripada Jabatan Audit Negara.

Langkah ini adalah wajar sebagai instrument checks and balance dalam memastikan pengurusan dan tata kelola kewangan di Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara kita lebih telus, berakauntabiliti dan mematuhi prosedur dan tatacara kewangan dan perolehan semasa yang berkuat kuasa dan sentiasa mengambil langkah penambahbaikan daripada laporan yang tersebut.

draft • 5:21 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menamatkan laporan ini, saya juga ingin menjelaskan berkenaan tentang isu pengisian jawatan di Pejabat Perwakilan Diplomatik Malaysia di luar negara. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Luar Negeri sentiasa memberikan perhatian serius terhadap teguran audit berhubung pengisian jawatan di beberapa Pejabat Perwakilan Diplomatik Malaysia di luar negara yang masih belum dapat diisi sepenuhnya seperti di Jakarta dan juga Beijing.

Kementerian berpandangan bahawa isu ini perlu dilihat secara menyeluruh memandangkan pengurusan penempatan pegawai di Pejabat Perwakilan Diplomatik di luar Malaysia adalah dibuat dengan mengambil kira peruntukan kewangan dan sumber manusia kementerian yang sedia ada.

Kekosongan ini disebabkan pelbagai faktor, termasuklah ketiadaan pengambilan beberapa skim dalam perkhidmatan awam yang dibekukan seketika.

Isu kekurangan tenaga kerja ini sebenarnya turut dihadapi oleh semua kementerian dan agensi termasuklah Kementerian Luar Negeri.

Bagi menghadapi cabaran ini, Kementerian Luar Negeri perlu terus mengoptimumkan tenaga kerja sedia ada bagi memastikan semua fungsi diplomatik dan pentadbiran dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Perancangan penempatan pegawai-pegawai di Pejabat Perwakilan Diplomatik Malaysia di luar negara dibuat berdasarkan kepentingan perkhidmatan dari semasa ke semasa, mengambil kira keutamaan hubungan dua hala serta keperluan dan hala tuju dasar luar negara. Dalam masa yang sama, pengisian perjawatan di luar negara juga adalah tertakluk kepada kawalan dan kelulusan agensi pusat seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan bagi memastikan ia selaras dengan dasar saraan perkhidmatan awam dan kemampuan kewangan kerajaan.

Dalam hal ini, kementerian sedang bekerjasama rapat dengan agensi-agensi pusat dalam membangunkan satu pelan penstrukturan semula Kementerian Luar Negeri bagi memperkasakan lagi tahap penyampaian perkhidmatan dan sekali gus mengatasi isu-isu sumber manusia yang dihadapi.

Sebagai penutup, kementerian mengambil serius semua perkara yang telah dilaporkan tanpa mengira nilai isu yang diketengahkan. Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat atas pandangan dan keprihatinan terhadap isu-isu berkaitan Kementerian Luar Negeri.

Sebagai peneraju dan pelaksana dasar luar negara, kementerian akan memastikan pematuhan mutlak terhadap setiap peraturan tatacara kewangan demi

draft • 5:21 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

menjamin tatakelola yang cekap, telus dan berintegriti. Matlamat kita hanya satu iaitu memastikan setiap sen peruntukan dan setiap dasar yang dirangka benar-benar memberikan manfaat kepada kesejahteraan rakyat. Sekian, terima kasih.

draft • 5:21 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tepat pada masanya. Seterusnya saya ingin menjemput Kementerian Kerja Raya. Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 5:21 PM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasihlah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi pembahasan Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 1 Tahun 2026 yang berkisarkan teguran audit kepada kami, Kementerian Kerja Raya.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan kepada menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, izinkan saya memohon sedikit ruang terlebih dahulu untuk memberikan penjelasan berkaitan isu-isu yang telah dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

KKR mengambil maklum. Terima kasihlah atas teguran yang diberikan dan turut memberikan maklum balas sewajarnya berhubung laporan berkenaan. Saya turut berada di dalam Dewan ini sejak isu pertama dibahaskan oleh Yang Berhormat Kota Belud dan terus mengikuti dengan teliti segala isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat seterusnya.

Sehubungan dengan itu, penjelasan yang saya akan sampaikan ini pada saya sangat penting agar KKR dapat berkongsi tindakan proaktif yang telah, sedang dan akan diambil melalui pelbagai langkah dan strategi bagi menyelesaikan masalah yang disebutkan serta melaksanakan penambahbaikan berterusan dari semasa ke semasa bagi mengatasi kelemahan serta mencari kaedah yang terbaik supaya kekurangan ini tidaklah berulang lagi di masa depan.

Dalam masa yang sama, saya turut menolak segala andaian bahawa tiada penambahbaikan yang telah dibuat dan mengharapkan penjelasan saya sebentar lagi akan turut merangkumkan jawapan kepada segala persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dalam masa yang sama.

Dan saya juga mohon maaflah sekiranya tidak berkesempatan menjawab semua isu yang dibangkitkan dan izinkan saya supaya menjawab secara bertulis segala isu yang telah dibangkitkan di dalam Dewan Yang Mulia ini sebentar nanti.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya banyaklah dilaporkan dalam Laporan Ketua

draft • 5:26 PM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Negara berkaitan dengan— atau teguran yang berkaitan dengan Kementerian Kerja Raya. Jadi, sebenarnya kami telah menyediakan maklum balas selengkap- lengkapnya.

Kalau saya bacakan semua itu, mungkin saya mengambil masa 40 minit.

Memandangkan saya diberi hanya 10 minit atau saya mohon lebih sedikit, maka saya perlulah pilih mana yang Kementerian Kerja Raya fikir perlu dijelaskan pada sesi ini, pada sekarang. Jadi terima kasihlah Tuan Yang di-Pertua kalau diberi masa lebih sedikit nanti.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan daripada jumlah – secara seluruhnya Kementerian Kerja Raya mengambil serius teguran yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara dan sentiasa memastikan tindakan pembetulan serta tindakan susulan dilaksanakan secara berterusan.

Jadi kementerian akan terus memperkukuh pemantauan terhadap pengurusan yang berkaitan kelewatan— memberi kesan kelewatan atau masalah kepada pelaksanaan projek. Jadi, kementerian juga akan terus melaksanakan sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan bagi memastikan perkara yang masih dalam tindakan dapat diselesaikan dan memastikan kepentingan kerajaan teruslah terpelihara.

draft • 5:26 PM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan isu yang sangat popular dibangkitkan iaitu berkenaan dengan Pan-Borneo Sabah Fasa 1 ya. Secara objektifnya, pelaksanaan projek ini merupakan inisiatif strategik Kerajaan Persekutuan untuk menambah baik jaringan Jalan Raya Persekutuan sedia ada bagi kepentingan pengguna jalan raya sekali gus untuk dinikmati oleh rakyat Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan projek LPB Sabah telah dimulakan berlandaskan kepada keputusan Majlis Ekonomi pada 24 Ogos 2015, yang bersetuju menggunakan pakai model, mengguna pakai model rakan pelaksana projek atau project delivery partner (PDP) ya. Dan seterusnya Mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 Oktober 2015 telah membenarkan pelaksanaan fasa 1 projek ini yang merangkumi jajaran sepanjang kira-kira 706 kilometer.

Jadi melalui perjanjian PDP yang dimeterai pada bulan April 2016 antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sabah dan Syarikat Borneo Highway PDP Sdn Bhd. Jadi, pihak BHPSB telah dilantik untuk mengurus dan melaksanakan pembangunan projek fasa 1 yang merangkumi 35 pakej kerja.

draft • 5:30 PM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, susulan penjajaran semula dan kajian ke atas projek-projek mega, kajian pada tahun 2018, Jemaah Menteri pada 19 Disember 2018 telah bersetuju secara prinsip untuk menamatkan perjanjian PDP tersebut atas dasar kepentingan nasional atau pun termination on national interest. Jadi pada 24 Julai 2020, Jemaah Menteri telah menimbang semula cadangan pelaksanaan projek LPB Sabah dan bersetuju dengan anggaran keseluruhan kos pelaksanaan bagi 15 pakej kerja LPB Sabah Fasa 1 sebanyak RM10.491 bilion. Jadi selepas perjanjian PDP ditamatkan Kerajaan Persekutuan telah menandatangani kontrak baharu dengan 15 kontraktor pakej kerja fasa 1A bagi meneruskan pelaksanaan projek secara konvensional pada tahun 2021.

Jadi 11 work package contractor atau pun WPC dilantik semula. Tiga WPC melalui proses tender dan satu WPC ditender semula. Jadi untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek LPB Sabah Fasa 1 ini terdiri daripada 35 pakej kerja dan dibahagikan kepada tiga butiran projek iaitu LPB Fasa 1A, 15 pakej. Pakej kerja WP09 satu pakej dan fasa 1B, 19 pakej. 15 kontraktor pakej kerja Fasa 1A dilantik secara konvensional pada tahun 2021 manakala baki 20 lagi kontraktor pakej kerja WP09 dan fasa 1B telah dilantik di antara bulan Februari 2024 sehinggalah Januari 2026.

Pakej di bawah butiran WP09 dan fasa 1B diluluskan secara berperingkat dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas berdasarkan kepada kemampuan kewangan kerajaan pada waktu itu. Jadi, mengapa saya menerangkan ini, kerana ramai mungkin tak faham. Katakan keseluruhan 35 pakej, jadi dia tidak begitu Tuan Yang di-Pertua sebab kita mesti ambil maklum fasa 1B ini lewat atau pun kemudian ya daripada 2024 sehingga 2026 berbanding dengan 2015 pada yang fasa 1A lebih awal. Jadi tak bolehlah dikatakan terlalu lewat ya. Jadi kita kena faham ya. Fasa 1A berbeza dengan fasa 1B.

Jadi berdasarkan kepada Laporan Ketua Audit Negara, terdapat 13 penemuan yang berkaitan dengan projek LPB Sabah yang berkaitan dengan kelewatan penyiapan projek, kelulusan projek serta ketidakpatuhan perundangan, peraturan dan garis panduan seperti berikut ya. Iaitu kelewatan penyiapan keseluruhan projek LPB Sabah Fasa 1 dan peningkatan kos siling projek fasa 1A, 15 pakej kerja.

Kelemahan perancangan projek, tapak projek tidak disediakan sepenuhnya sebelum projek dimulakan. Dan kelemahan pelaksanaan projek, tiada kemajuan fizikal bagi perubahan reka bentuk WP01 dan WP02. Kelemahan pelaksanaan

draft • 5:30 PM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

projek, status penyiapan baki kerja WP04 dan WP10. Jadi, penemuan melalui sistem maklumat projek tidak berkesan. Nilai arahan perubahan kerja melebihi had yang ditetapkan tidak diangkat untuk kelulusan Kementerian Kewangan dan tuntutan pengalihan utiliti bagi pakej kerja siap lewat.

Jadi juga kerja dimulakan sebelum laporan Environmental Impact Assessment (EIA) diluluskan dan juga penyediaan bill of quantity (BQ) terhadap item kerja awalan, juga dokumen kontrak lewat disempurnakan. Dan penetapan klausa had kelulusan Arahan Perubahan Kerja (APK) dan pentadbiran kontrak perkhidmatan sistem maklumat projek LPB Sabah Fasa 1A.

Jadi pihak kementerian menghargai segala dapatan yang terkandung di dalam laporan Jabatan Audit Negara tersebut. Penemuan-penemuan ini secara tidak langsung memberi peluang kepada kami di Kementerian untuk membuat penambahbaikan ke atas projek LPB Sabah sekali gus sebagai lesson learn kepada projek-projek Pembangunan Kerajaan Persekutuan yang lain. Namun, terdapatlah beberapa perkara yang pihak kementerian ingin menjelaskan kepada Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana saya nyatakan tadi, projek LPB Sabah Fasa 1 dan dengan 35 pakej kerja terbahagi kepada fasa 1A dan juga fasa 1B dan memang adanya hanya empat pakej disiapkan dan baki 31 pakej kerja lagi dengan status kemajuan fizikal 9.01 bagi fasa 1A dan 37.5 peratus bagi WP09 dan 23.96 peratus bagi fasa 1B. Ini kemajuan projek.

Jadi, pelbagai tindakan intervensi dan proaktif telah dilaksanakan oleh pihak KKR bagi memastikan penambahbaikan ke atas projek LPB Sabah. Antara tindakan- tindakan tersebut ialah, satu, mewujudkan mesyuarat jawatankuasa pemandu atau pun task force bermula November 2024.

Mesyuarat ini dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Setiausaha KKR dan Setiausaha tetap KKRU Sabah. Mesyuarat task force ini telah bersidang sebanyak dua kali pada tahun 2024. 11 kali pada tahun 2025 dan sehingga kini sembilan kali telah diadakan dalam tahun 2026. Dan saya sendiri Tuan Yang di- Pertua telah mempengerusikan mesyuarat task force ini sebanyak dua kali.

Selain itu, program turun padang oleh pengurusan tertinggi kementerian juga diadakan bagi memastikan prestasi di tapak bukan sekadar pelaporan di atas kertas dan meja mesyuarat sahaja.

Program TURPA atau pun turun padang ini diadakan bagi memastikan isu- isu di tapak dapat diselesaikan segera dengan pihak yang terlibat seperti Jabatan

draft • 5:30 PM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Tanah dan Ukur (JTU) Sabah dan syarikat penyediaan perkhidmatan utiliti. Jadi Program TURPA telah diadakan sebanyak tiga kali oleh Yang Berhormat Menteri, saya bersama KSU, dua kali oleh Timbalan saya, Timbalan Menteri dan enam kali oleh KSU bersama pasukan pelaksana projek semenjak tahun 2024.

Jadi KKR turut melaksanakan Program Kolaborasi Strategik Kerja Raya Malaysia bermula Februari 2025 di Sarawak. Manakala pada tahun ini telah dianjurkan pada Julai dan 2026 di Sabah ya. Program kolaborasi ini, tahunan ini dihadiri oleh peserta daripada Kementerian Kerja Raya, JKR Malaysia, JKR Sabah dan JKR Sarawak. Program ini diadakan bertujuan untuk membincangkan isu utama serta hala tuju pembangunan infrastruktur negara.

Pengisian program memfokuskan kepada amalan terbaik projek terutamanya projek mega nasional serta kepentingan integrasi digital dalam penyelenggaraan aset demi keselamatan rakyat. Program ini merupakan usaha kementerian untuk meningkatkan kapasiti pegawai.

Tuan Yang di-Pertua, terdapat pelbagai faktorlah yang menyebabkan kelewatan penyiapan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah di antaranya adalah seperti berikut.

Perubahan kaedah pelaksanaan projek daripada secara PDP kepada konvensional. Jadi projek LPB Sabah telah diambil alih pelaksanaannya secara konvensional setelah pelaksanaan secara PDP ditamatkan berkuat kuasa 22 September 2019.

Penamatan ini menyebabkan kelewatan dalam pelaksanaan projek yang melambatkan proses perolehan lain yang perlu dipatuhi. Dan secara keseluruhan 15 belas kontraktor bagi pakej kerja LPB Sabah fasa 1A hanya diselesaikan, selesai dianugerahkan pada tahun 2021.

draft • 5:30 PM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Jadi, sebab kedua iaitu pandemik COVID-19.

draft • 5:40 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Saya bagi Yang Berhormat dua minit lagi ya.

draft • 5:40 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Tak adil itu, Tuan Yang di-Pertua. Projek mega ini telah tidak terkecuali daripada kesan penularan pandemik COVID-19 yang melanda dunia. Pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan untuk menangani isu ini termasuklah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020. Penularan pandemik dan pelaksanaan PKP telah memberi kesan terhadap sektor pembangunan dan projek pembinaan di Malaysia termasuklah

draft • 5:40 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

projek LPB Sabah ini seperti kelewatan projek, kekurangan tenaga kerja dan bahan mentah serta gangguan rantaian bekalan dan logistik.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Dan yang ketiga iaitu isu pengambilan balik tanah. Ini tidak boleh dinafikan.

Jadi, kapasiti Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah yang hanya mempunyai tujuh orang jurunilai (evaluer) bagi kerja-kerja penilaian di seluruh negeri Sabah.

Juga, isu pengalihan utiliti. Kesediaan syarikat utiliti untuk kerja-kerja pengalihan dan pemasangan utiliti telah menyumbang kepada kelewatan kerja-kerja di tapak. Terdapat juga utiliti yang tidak dapat dialihkan disebabkan isu pengambilan tanah belum selesai.

Dan juga, prestasi kontraktor. Pihak kementerian telah mengenal pasti prestasi kontraktor yang kurang memuaskan bagi salah satu punca kelewatan.

Pegawai-pegawai JKR Sabah diarahkan untuk sentiasa membuat semakan di tapak, membuat semakan terperinci terhadap diari harian, menjalankan pelarasan antara pihak yang terlibat serta memastikan pelan pemulihan ataupun recovery plan yang dipersetujui dipatuhi sepenuhnya oleh pihak kontraktor.

Jadi, pihak kementerian memandang serius akan isu kelewatan projek LPB Sabah Fasa 1A. Manakala bagi Fasa 1B yang bermula pada April hingga Oktober 2024, kementerian dan JKR Sabah sentiasa memantau rapat dalam memastikan projek dapat dilaksanakan dalam tempoh dan kos yang telah ditetapkan.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, kalau saya nak baca semua ini mungkin mengambil 10 minit lagi. Bagaimana?

draft • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, selagi saya tak suruh berhenti itu, jalanlah.

draft • 5:40 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Saya jalankan ya? Okey. Itu saya telah bercerita tentang kelemahan-kelemahan dan juga tindakan susulan bagi bagaimana kita menangani ataupun membuat penambahbaikan.

Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan. Kelemahan pelaksanaan projek ya.

Tiada kemajuan fizikal bagi perubahan reka bentuk. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, langkah-langkah penambahbaikan dilaksanakan juga di peringkat negeri ya. Jadi, pihak JKR Sabah, JTU Sabah, PBT yang terlibat telah mengadakan mesyuarat pelarasan bulanan bagi memastikan isu pengambilan balik tanah diselesaikan

draft • 5:40 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

dengan segera. Pihak JTU Sabah juga telah mengarahkan agar kerja-kerja di tapak boleh dimulakan selaras dengan tatacara pengurusan tanah negeri bagi lot-lot yang telah menerima tawaran seperti isu ketidaksediaan tapak ini dapat diminimumkan.

Itu dikatakan masalah.

Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian mengenal pasti beberapa kelemahan di peringkat pelaksanaan projek menyebabkan ketidakpatuhan kepada peraturan, perundangan dan garis panduan sedia ada. Sehubungan itu, beberapa langkah penambahbaikan telah juga diambil seperti berikut― Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah setiap bulan yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha KKR Malaysia dan Setiausaha Tetap KKRU. Jadi, lanjutan daripada perjumpaan KSU KKR, Ketua Menteri Sabah pada 4 September 2026, Ketua Menteri Sabah mengesyorkan agar mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ini dipengerusikan secara bersama oleh KSU KKR dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan projek terutama dalam menguruskan agensi kerajaan negeri yang terlibat.

Jadi, mesyuarat khas Lebuhraya Pan Borneo di peringkat negeri Sabah yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah bagi menyelaraskan isu-isu di antara agensi di negeri dan Program Turun Padang (TURPA) oleh saya sendiri sebagai Menteri, Timbalan saya, Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha KKR dan juga pegawai-pegawai kanan.

Juga, program kolaborasi yang telah saya sebut pada peringkat awal tadi yang sangat penting untuk kita memperbincangkan dan mencari jalan bagaimana kita boleh membuat penambahbaikan. Jadi, kolaborasi ini telah berjalan dua siri sudah― 2025 dan 2026― antara Kementerian Kerja Raya Malaysia, Jabatan Kerja Raya Sabah, Jabatan Kerja Raya Sarawak dan juga Jabatan Kerja Raya Malaysia yang bertujuan untuk meningkatkan kapasiti dan pegawai.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian juga telah mengambil tindakan dengan memastikan semua pegawai yang terlibat mendapatkan latihan dan kursus pengurusan dan pentadbiran kontrak bersama pihak CIDB― Construction Industry Development Board― dan CREaTE di bawah JKR serta penempatan sementara ataupun attachment di agensi-agensi di bawah Kerajaan Malaysia di bawah KKR, dan juga syarikat swasta seperti Gamuda Berhad.

Hal ini bagi menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan terutamanya dari aspek pengurusan dan pentadbiran kontrak. Kita bagi peluang kepada pegawai-

draft • 5:40 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

pegawai kita mempelajari bagaimana best practices daripada organisasi-organisasi telah saya sebut tadi. Jadi, hasil usaha-usaha yang telah dilaksanakan antara pihak kementerian dan Kerajaan Negeri Sabah telah memberikan kesan positif kepada kemajuan projek secara keseluruhan.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya tidak berkesempatan untuk menjawab apa yang ditanya oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Sepertimana yang saya janjikan di peringkat awal tadi, memberi jawapan atau penjelasan secara bertulis. Tuan Yang di-Pertua, dengan ini, sekian sahaja dulu ucapan penggulungan saya mengenai teguran audit berkaitan KKR. Dan segala cadangan akan diambil perhatian yang sewajarnya oleh pihak kementerian.

Sekian, terima kasih.

draft • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Kerja Raya. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Menteri Kementerian Pertahanan.

draft • 5:40 PM

Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan mengambil maklum secara serius dapatan laporan Ketua Audit Negara berhubung pengurusan projek littoral combat ship (LCS) dan ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian membahaskan mengenai perkara ini.

Kementerian Pertahanan mengakui sememangnya wujud kelewatan- kelewatan yang membawa kepada perubahan tarikh penyiapan dan penyerahan LCS 1 khususnya. Sehubungan dengan itu, saya ingin maklumkan status dan perkembangan kemajuan semasa berhubungan perkara-perkara yang dibangkitkan dalam laporan Ketua Audit Negara tersebut dan perbahasan berikutan daripada itu.

Pertamanya, Laporan Ketua Audit Negara setakat 25 Jun 2026 menemukan bahawa kadar kelewatan fizikal LCS 1 adalah sebanyak 13.88 peratus iaitu 85.47 peratus daripada tahap kemajuan yang sepatutnya. Untuk makluman, setakat Ogos, tahap kemajuan telah meningkat kepada 86.39 peratus iaitu 13.61 peratus kurang daripada yang disasarkan. Ini bermakna peratusan tahap kelewatan telah dikecilkan sebanyak 0.27 peratus. Begitu juga untuk keseluruhan projek berada pada 80.13 peratus berbanding 78.99 peratus semasa Laporan Ketua Audit Negara dilakukan.

Ia menunjukkan kelewatan sebanyak 9.14 peratus.

draft • 5:47 PM

Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Seterusnya, Laporan Ketua Audit turut menyatakan yang projek ini dijangkakan mengalami kelewatan menyiapkan beberapa komponen bagi LCS 1 dan 2 khususnya cabling ataupun pemasangan kabel, pemasangan dan pemeriksaan peralatan serta kerja berkaitan ruang penginapan, panel dan kemudahan katering kapal. Kelewatan juga melibatkan kerja-kerja piping dan cabling. Kelewatan kerja-kerja ini memberi kesan berantai kepada aktiviti seterusnya termasuk setting to work iaitu proses menghidupkan, menguji dan memastikan sistem kapal boleh berfungsi serta trial and commissioning atau ujian dan pentauliahan kapal termasuk harbour acceptance test dan sea acceptance test.

draft • 5:47 PM

Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Begitu juga dapatan Laporan Ketua Audit Negara juga menyatakan bahawa dokumen kontrak Integrated Logistic Support and Trial Aids masih belum dimuktamadkan walaupun telah melebihi tempoh empat bulan selepas Surat Setuju Terima ditandatangani pada 5 Ogos 2025. Saya ingin maklumkan bahawa kontrak Integrated Logistic Support and Trial Aids yang memberi punca kuasa kepada segala aktiviti dan ujian atas kapal telah pun ditandatangani pada 26 Ogos 2026. Maka dengan demikian, segala sokongan, latihan sebagainya telah pun boleh dimulakan.

Seterusnya, berkenaan perolehan ammunition 3P medium caliber gun dan integrated decoy launching system (IDLS) yang belum dimuktamadkan.

draft • 5:50 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Dato’ Speaker.

draft • 5:50 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Untuk makluman, cadangan kedua-dua perkara ini dalam proses rundingan terus. Dan seterusnya juga dalam soal...

draft • 5:50 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Dato’ Speaker, boleh celah ke?

draft • 5:50 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Kalau saya bagi sorang, yang lain kena bagi. Masa saya pun suntuk. Yang Berhormat ada banyak masa lain.

Seterusnya ialah kontrak perolehan surface-to-air missile yang belum dimuktamadkan. Kita ingin maklumkan bahawa Surat Setuju Terima telah pun ditandatangani dan dokumen kontrak dijangka dimuktamadkan pada pertengahan Oktober tahun 2026. Berdasarkan segala isu dan jangkaan kelewatan yang saya nyatakan tadi, yang berantai, saya telah dimaklumkan oleh kontraktor LUNAS, mereka tidak boleh melunaskan komitmen dan jaminan asal mereka sebelum ini bahawa LCS1 boleh diserahkan pada bulan Disember 2026. Sebaliknya LUNAS

draft • 5:50 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

telah memberi tarikh baru bahawa LCS1 dijangka dapat diserahkan pada April 2027 iaitu kira-kira enam bulan daripada sekarang.

Di pihak Kementerian Pertahanan, mewakili Angkatan Tentera Malaysia dan juga TLDM khususnya dan sudah pastilah semua Ahli Yang Berhormat yang ada di sini, kita sangat berasa dukacita, kecewa dan tidak selesa dengan kelewatan dan prestasi pembinaan LCS yang dipertanggungjawabkan kepada LUNAS. Kita harus faham, Kementerian Pertahanan adalah client, pelanggan. Bukannya kontraktor. Kita tidak membina kapal itu.

Perubahan tarikh penyiapan dan kelewatan ini adalah sesuatu yang sememangnya memberi kesan kepada kesiagaan Angkatan Tentera Malaysia dan juga pertahanan negara. Sebagai pembeli, sudah pasti kementerian sangat mengharapkan LCS dapat diserahkan. Dan kalau tarikh barunya ialah April 2027, kita harap LUNAS tidak ada apa-apa lagi alasan dan kelewatan.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian akui penerimaan pada April 2027 adalah tanpa sistem naval strike missile. Atas sebab itu, Laporan Ketua Audit Negara telah mengunjurkan bahawa kelewatan penyiapan LCS1 sehingga Disember 2035.

Unjuran itu dibuat dengan mengambil kira anggaran proses dan tempoh yang diperlukan bagi pembekalan NSM sebelum ini yang telah dibatalkan secara tidak sah oleh pihak Kerajaan Norway. Kita sedia maklum, kalau tak ada pembatalan unilateral ini, penyerahan kapal LCS sepatutnya akan berlaku seperti tarikh baru, April 2027.

Saya ingin nyatakan bahawa tempoh masa yang diberi ataupun yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara yang mengambil masa lapan tahun daripada 2026 adalah berasaskan kepada kontrak yang sedia ada yang sebenarnya penghantaran itu pihak Norway mendapat lanjutan masa. Tetapi kalau kita mencari alternatif seperti yang disyorkan oleh Putatan, kalau kita lihat kepada pembelian- pembelian missile yang telah kita, sedang dan akan lakukan daripada LIG Korea, daripada Roketsan Turki ataupun daripada MBDA Perancis, masa yang diambil untuk penghantaran hanya tiga tahun.

Jadi, kita sedang timbang semua ini dan kita akan pastikan supaya masa penghantaran, pemasangan tidak lebih ataupun tidak terlalu lama seperti untuk kontrak Norway yang memakan masa sampai lapan tahun kerana Norway mendapat perlanjutan masa atas sebab-sebab tertentu kerana ada komponen dalam missile Norway itu yang memerlukan kelulusan daripada Amerika dan mereka terpaksa tunggu dua tahun, tiga tahun, lepas itu, masuk COVID-19 dan sebagainya. Jadi,

draft • 5:50 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

harus faham, atas sebab itulah pengunjuran, penyiapan LCS sehingga Disember 2035 adalah sesuatu yang kita percaya tidak tepat dan tidak benar.

Satu lagi perkara yang saya ingin membetulkan sedikit pemahaman ialah walaupun kapal LCS ini tidak ada NSM, bukanlah LCS yang kita akan terima nanti langsung tidak dilengkapi dengan apa-apa sistem persenjataan. LCS itu akan tetap dilengkapi dengan beberapa jenis sistem persenjataan yang lain. Antaranya missile dari permukaan ke udara, missile daripada permukaan ke laut dalam untuk serang ataupun berhadapan dengan mana-mana ancaman daripada submarine, kapal selam.

Kita juga mempunyai sistem peperangan elektromagnetik untuk menggagalkan segala serangan-serangan yang akan dilakukan. Dan juga combat management system yang mengintegrasikan semua keupayaan ini dengan sistem radar dan pengesan kapal. Dan pada masa yang sama, jika ada ancaman daripada mana-mana kapal musuh yang lain, kita masih boleh menjalankan operasi secara bersepadu dengan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Dalam kita tak ada NSM iaitu missile permukaan ke permukaan. Katalah kapal 100 kilometer jauhnya yang menjadi kita anggap ada niat tidak baik pada negara kita, melalui pengesanan yang dibuat oleh kapal, kita boleh maklum pada tentera udara untuk lakukan serangan kepada kapal yang kita rasakan sebagai mengancam.

Tuan Yang di-Pertua, dipihak Kementerian Pertahanan, kita tidak pernah mengambil ringan perkara ini. Dan satu perkara Yang Berhormat Tanah Merah ada sebut fasal LAD. Memang kita telah pun mengeluarkan notis makluman LAD kepada LUNAS untuk kita tunjukkan keseriusan kita dan kita tak kompromi apa yang dilakukan oleh— kelewatan yang dilakukan oleh LUNAS.

Dan perbahasan Yang Berhormat yang menanyakan peruntukan LUNAS ini yang diluluskan oleh kerajaan mana. Ia dilakukan oleh kerajaan yang Yang Berhormat adalah Timbalan Menteri Pertahanan. Jadi, Yang Berhormat mudah lupa, Yang Berhormat sebahagian daripada yang membuat keputusan dahulu. Jadi, kementerian akan mengambil segala langkah dan mekanisme memantau pelaksanaan Projek LCS.

Akhirnya, apa yang boleh saya katakan Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan sebagai kementerian yang mana LUNAS, kontraktor itu adalah milik Kementerian Kewangan, sudah pasti tidak mahu sebarang kelewatan yang berterusan dalam projek ini. Saya percaya dengan kerjasama dan

draft • 5:50 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

komitmen Kementerian Kewangan, kali ini LUNAS tidak akan ubah lagi tarikh penghantaran dan akhirnya, serahan kepada–– kapal kepada Kementerian Pertahanan dan ia tetap akan dibuat dalam bulan April 2027.

Jadi, saya percaya Kementerian Kewangan pun akan mengambil langkah- langkah supaya menjaga nama baik Kementerian Kewangan kerana LUNAS milik Kementerian Kewangan. Sekian, terima kasih.

draft • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pertahanan. Selanjut, dipersilakan Menteri, Kementerian Pendidikan.

draft • 6:00 PM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Sri Gading yang telah pun menyentuh KPM secara langsung isu berkenaan dengan KPM secara langsung dan tiga orang Ahli Yang Berhormat yang lain iaitu Yang Berhormat Betong, Kuala Krau dan juga Tampin yang mengambil bahagian dalam perbahasan kali ini dan menyentuh isu yang berkaitan KPM secara umum.

Secara keseluruhannya seisi perbahasan, KPM adalah berkaitan dua tema utama iaitu nombor satu, Akaun Belum Terima Wang Pendahuluan Kontraktor tidak dapat dikutip dan akaun belum terima wang Pendahuluan Kontraktor yang tidak dilaporkan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, amaun Akaun Belum Terima Wang Pendahuluan Kontraktor tidak dikutip di KPM melibatkan syarikat-syarikat yang di kategori sekarang kepada beberapa kategori iaitu ada syarikat yang telah pun bubar, gulung dan ada yang masih aktif. KPM mengambil maklum teguran yang dibangkitkan berhubung keperluan tindakan yang lebih segera bagi mendapatkan semula baki amaun Belum Terima Wang Pendahuluan Kontraktor.

Berhubung isu tindakan kutipan yang dibangkitkan melibatkan tiga syarikat bubar bernilai RM1.91 juta, KPM ingin menjelaskan bahawa amaun berkenaan tidak dapat dikutip memandangkan syarikat-syarikat tersebut tidak lagi mempunyai kapasiti untuk dikenakan tindakan undang-undang terhadap liabiliti masing-masing kerana syarikat telah pun bubar. Walau bagaimanapun, daripada jumlah tersebut satu syarikat kini berada pada peringkat akhir pengiraan kos pendapatan, manakala

draft • 6:00 PM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

dua syarikat lagi sedang dalam tindakan dan penelitian pihak penasihat undang- undang.

Seterusnya bagi 11 syarikat yang telah pun digulung dengan nilai keseluruhan RM20.79 juta, KPM ingin memaklumkan bahawa proses penggulungan syarikat tersebut berlaku dalam tempoh 2009 sehingga tahun 2020. Bagi melindungi kepentingan kerajaan, KPM telah mengambil tindakan mengemukakan tuntutan kepada Jabatan Insolvensi Malaysia bagi 10 syarikat dalam tempoh 2013 sehingga 2026. Manakala, satu lagi syarikat masih lagi dalam tindakan susulan oleh KPM.

Sehubungan itu, KPM komited untuk memastikan semua proses berkaitan tuntutan dilaksanakan dengan lebih teratur dan menyeluruh termasuk mengemukakan borang bukti hutang kepada Jabatan Insolvensi Malaysia bagi semua syarikat yang terbabit serta mendapatkan pengesahan status pembahagian dividen sekiranya masih ada. Dan ini adalah penting bagi memastikan semua setiap ruang yang ada untuk mendapatkan semula dana kerajaan dapat dimanfaatkan sepenuhnya sekali gus memelihara kepentingan kerajaan serta memperkukuh tadbir urus dan juga akauntabiliti dalam pengurusan kewangan awam.

Berhubung amaun Belum Terima Wang Pendahuluan Kontraktor yang melibatkan dua syarikat yang masih aktif, nilai keseluruhan RM5.43 juta, KPM ingin menjelaskan bahawa salah satu syarikat melibatkan jumlah RM3.78 juta telah diberikan notis penamatan lebih daripada 10 tahun yang lepas. Manakala, satu lagi syarikat melibatkan RM1.65 juta telah diberikan notis penamatan dalam tempoh kurang daripada lima tahun.

Pada masa kini, satu kes sedang dalam tindakan dan penelitian pihak penasihat undang-undang yang mana satu lagi berada dalam peringkat akhir pengiraan kos penamatan. KPM mengambil serius perkara ini dan akan mengambil tindakan susulan sewajarnya berdasarkan fakta kes serta nasihat perundangan termasuk tindakan sivil ataupun pengeluaran surat tuntutan terhadap syarikat yang masih aktif sekiranya terdapat perlanggaran kontrak dan juga tertakluk kepada terma kontrak.

Pada masa yang sama, KPM sedang memperkukuhkan pengurusan projek pembangunan melalui penambahbaikan prosedur kerja, pemantauan yang lebih spesifik dan sistematik serta pematuhan yang lebih ketat terhadap peraturan kewangan dan juga syarat kontrak yang berkuat kuasa. Sebagai langkah ke hadapan, KPM akan terus memperkasa kompetensi pegawai melalui latihan dan juga kursus berkaitan pengurusan projek. Pada masa yang sama, pemantauan

draft • 6:00 PM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

terhadap tempoh sah, bon, wang pendahuluan kontrak, status kutipan dan kemajuan projek akan dipertingkatkan.

Dalam perkara ini, status wang pendahuluan kontrak turut akan dijadikan agenda tetap dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian

(JKTPK) yang bersidang dan bermesyuarat dua kali setahun bagi memastikan tindakan susulan dapat dipantau secara berterusan. Selain itu, KPM akan memperkukuh mekanisme semakan dan juga pemantauan dalaman secara berkala bagi memastikan semua urusan berkaitan wang pendahuluan kontrak mematuhi segala prosedur pekeliling dan juga syarat kontrak yang ditetapkan.

Sebagai kesimpulan, KPM menerima dengan terbuka segala teguran, syor dan juga pandangan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan seperti dalam Laporan Ketua Audit Negara dan KPM komited mengambil tindakan penambahbaikan yang sewajarnya. Langkah-langkah pengukuhan yang dirancang akan dilaksanakan dan memastikan pengurusan projek pembangunan dan kewangan awam dilaksanakan dengan lebih cekap, berintegriti dan berakauntabiliti.

Sekian, terima kasih, Dato' Yang di-Pertua.

draft • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Selanjut dipersilakan Menteri Kementerian Kesihatan.

draft • 6:00 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Dato' Sri Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Kuala Nerus dan Jerlun yang telah menyentuh isu-isu kesihatan dalam perbahasan Laporan Ketua Audit Negara. Terdapat dua perkara yang dibangkitkan iaitu pertama sebab berlakunya Akaun Belum Terima (ABT) di bawah KKM dan kedua, sejauh mana penyelarasan antara KKM, KDN dan agensi penguatkuasaan lain diperkukuhkan.

Dato' Sri Yang di-Pertua, KKM mengambil serius kedua-dua isu ini khususnya yang melibatkan pesakit bukan warganegara di mana lebih daripada 80 peratus disumbangkan oleh golongan pendatang asing tanpa izin (PATI) atau golongan stateless. Saya ingin menegaskan bahawa KKM sentiasa perlu memastikan perkhidmatan rawatan diberikan kepada semua pesakit atas dasar kemanusiaan

draft • 6:05 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

terutama yang mengancam nyawa. Ini selaras dengan Declaration of Geneva Hippocratic Oath dan Deklarasi Alma-Ata 1978.

Walaupun isu tunggakan dan ABT merupakan antara perkara kewangan yang perlu diberikan perhatian serius, KKM telah menunjukkan trend penurunan ABT hasil secara keseluruhan iaitu anggaran daripada RM359 juta pada tahun 2024 kepada RM336 juta pada tahun 2025 melibatkan pengurangan sebanyak RM23 juta atau 6.4 peratus.

Dato' Sri Yang di-Pertua, punca tunggakan bil perubatan pesakit bukan warganegara bukan semata-matanya disebabkan kelemahan proses kutipan tetapi turut dipengaruhi oleh kekangan kemampuan kewangan, ketiadaan perlindungan insurans, pesakit yang meninggalkan fasiliti tanpa menjelaskan bayaran serta maklumat identiti dan perhubungan yang tidak lengkap ataupun tidak tepat yang menyukarkan pihak KKM mengesan pesakit dan melaksanakan tindakan susulan bagi tujuan kutipan.

Bagi mengatasi perkara ini, fasiliti kesihatan KKM telah melaksanakan beberapa tindakan kutipan. Antaranya mengeluarkan tiga surat peringatan secara bertempoh, mengeluarkan notis tuntutan atau undang-undang, menghubungi kedutaan negara asal atau waris terdekat, membuat tuntutan kepada pihak majikan dan kerjasama badan bukan kerajaan membantu penyelesaian bil yang kurang atau tidak mampu membayar.

Bagi mengatasi isu tunggakan, KKM memperkukuh pendekatan collect before discharge melalui kutipan deposit atau dan bayaran semasa rawatan, memperluas saluran pembayaran tanpa tunai serta mempertingkat pemantauan ABT melalui Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun dan Jawatankuasa Pemantauan ABT di peringkat kementerian. KKM turut memperkukuh kerjasama dengan majikan, syarikat insurans dan NGO di samping meningkatkan nilai jaminan bank bagi majikan dan syarikat swasta selaras dengan peningkatan kos rawatan.

Bagi pelarian dan pemohon suaka yang didaftarkan melalui Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP), KKM mencadangkan mekanisme perlindungan atau caruman insurans kesihatan diwajibkan bagi memastikan kos rawatan dilindungi dan mengurangkan pembentukan tunggakan baharu.

Tuan Yang di-Pertua, KKM berpandangan bahawa penyelesaian jangka panjang terhadap isu tunggakan bil perubatan pesakit bukan warganegara memerlukan pendekatan rentas kementerian dan agensi. Kerjasama antara agensi dan melalui pendekatan whole-of-government khususnya melibatkan Jabatan

draft • 6:05 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Imigresen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar Negeri diperlukan sebagai mekanisme rentas kementerian bagi mengatasi isu tunggakan bil pesakit bukan warganegara secara lebih menyeluruh dan berkesan termasuk mekanisme pengesahan dokumen identiti.

draft • 6:05 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Tuan Yang di-Pertua, KKM akan memperkemas dan menambahbaik mekanisme kutipan hasil serta ABT secara berterusan di samping menguatkuasakan kawalan kewangan yang lebih ketat di semua peringkat fasiliti kesihatan. Pada masa yang sama kerjasama strategik dan rentas agensi dengan kementerian serta pihak berkepentingan akan terus diperluas bagi mengatasi isu-isu berbangkit secara menyeluruh dan mampan. KKM Berharap kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan dapat terus memperkukuh tindakan penguatkuasaan dan kawalan terhadap kemasukan serta pengurusan warga asing khususnya melibatkan golongan PATI dan pelarian. Langkah-langkah ini penting bagi memastikan kelestarian sistem perkhidmatan kesihatan negara demi memanfaat seluruh rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih.

draft • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Selanjut dipersilakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Sabah dan Sarawak.

draft • 6:10 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan berhubung Laporan Ketua Audit Negara khususnya perkara-perkara yang menyentuh bidang kuasa dan tanggungjawab Jabatan Perkhidmatan Awam serta Unit Penyelarasan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

Kerajaan mengambil maklum dan memandang serius segala teguran, pandangan dan syor yang dikemukakan oleh Ketua Audit Negara. Teguran Audit ini merupakan satu mekanisme penting bagi memastikan pengurusan kewangan, tadbir urus, penyampaian perkhidmatan dan pelaksanaan program kerajaan sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh perkara berkaitan Akaun Belum Terima (ABT), Hasil Jabatan Perkhidmatan Awam JPA sebagaimana yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Bil.2 Tahun 2026. Untuk makluman

draft • 6:11 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Dewan yang mulia ini, jumlah pelbagai ABT hasil JPA telah meningkat sebanyak 12 peratus iaitu bersamaan RM44.3 juta pada tahun 2025 berbanding tahun sebelumnya. Peningkatan ABT ganti rugi merupakan susulan daripada tindakan penguatkuasaan berterusan JPA terhadap penerima biasiswa dan pinjaman yang melanggar syarat perjanjian termasuk kelemahan akademik. Menarik diri daripada pengajian, isu disiplin dan pelanggaran syarat-syarat lain yang dipersetujui.

Pada tahun 2025, bilangan pembayar ganti rugi meningkat sebanyak 26 peratus iaitu seramai 816 orang berbanding tahun sebelumnya. Sekali gus menyumbang kepada peningkatan ABT apabila tuntutan ganti rugi direkodkan.

Sehubungan itu peningkatan ABT ganti rugi perlu dilihat sebagai sebahagian daripada keberkesanan tindakan penguatkuasaan JPA dalam memastikan pematuhan terhadap perjanjian dan bukan semata-mata mencerminkan kelemahan dalam kutipan hutang.

Dato’ Yang di-Pertua, bayaran balik ganti rugi lazimnya dibuat secara berjadual dan ansuran dengan mengambil kira kemampuan kewangan penama serta ketetapan yang sedang berkuatkuasa. Oleh itu penyelesaian baki ABT ganti rugi tidak semestinya menyebabkan jumlah keseluruhan ABT menurun dengan ketara pada setiap tahun. Memandangkan ABT baru terus terbentuk apabila berlaku kes pelanggaran perjanjian yang memerlukan bayaran ganti rugi, manakala ABT berkurang secara berperingkat selaras dengan jadual bayaran balik yang ditetapkan.

Dalam konteks ini peningkatan ABT ganti rugi perlu dilihat secara menyeluruh sebagai antara antikatif bahawa tindakan penguatkuasaan perjanjian sedang dilaksanakan secara berterusan dan berkesan. Di samping menunjukkan bahawa kes-kes pelanggaran perjanjian dikenal pasti, tuntutan ganti rugi diwujudkan dan tindakan kutipan susulan sedang dilaksanakan.

Dato’ Yang di-Pertua, walaupun demikian, kerajaan tidak mengambil ringan isu ABT dan JPA sentiasa melaksanakan langkah penambahbaikan bagi memastikan ABT ganti rugi dikutip secara teratur dan mengikut jadual di samping meminimumkan risiko tunggakan serta ketidakpatuhan bayaran. Antara langkah yang dilaksanakan adalah memperkemas tempoh dan tindakan susulan kutipan terhadap penama yang mempunyai tanggungan bayaran termasuk pengeluaran notis peringatan, notis amaran dan notis prosedur perundangan kepada penama yang gagal mematuhi ketetapan pembayaran.

Bagi kes yang bersesuaian, tindakan perundangan turut diambil bagi melindungi kepentingan kerajaan dan memastikan tanggungan bayaran dapat

draft • 6:11 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

dipulihkan. Pada masa yang sama pelbagai saluran pembayaran disediakan bagi memudahkan penama membuat bayaran balik serta meningkatkan pematuhan terhadap jadual yang ditetapkan.

JPA juga memperkukuh kerjasama strategik dengan agensi berkaitan termasuk Jabatan Peguam Negara, Jabatan Pendaftaran Negara, dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) khususnya dalam menyokong usaha pengesanan penama kutipan tunggakan dan tindakan penguatkuasaan.

Dato’ Yang di-Pertua, perkembangan positif turut dapat dilihat melalui peningkatan bilangan pembayar konsisten iaitu daripada 1,255 orang pada tahun 2024 kepada 1,697 orang pada tahun 2025 atau peningkatan sebanyak 35.2 peratus bersamaan dengan 442 orang. Peningkatan ini memberi indikasi terhadap kestabilan kutipan ABT dan pematuhan penama terhadap jadual bayaran balik yang ditetapkan.

Kerajaan akan terus memperkukuh pendekatan pengurusan ABT bagi memastikan setiap tuntutan kerajaan diurus dan dikutip sewajarnya di samping memberikan ruang yang munasabah kepada penama untuk menyelesaikan tanggungan berdasarkan kepada kemampuan serta ketetapan yang berkuat kuasa.

JPA juga akan menambahbaik mekanisme pemantauan dan tindakan susulan supaya tunggakan dapat dikenal pasti lebih awam dan tindakan sewajarnya diambil tanpa kelewatan.

Matlamat kerajaan adalah untuk memastikan setiap hasil yang sewajarnya diterima dapat dikutip dengan optimum dan berterusan tanpa menjejaskan prinsip keadilan kemampuan penama, serta pematuhan terhadap peraturan yang berkuat kuasa.

Dato’ Yang di-Pertua, saya beralih kepada isu-isu yang melibatkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU). Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan persoalan serta memberikan pandangan berhubung pengurusan dan pemantauan pelaksanaan projek pembangunan Kerajaan Persekutuan khususnya sebagaimana yang dibangkitkan dalam LKAN 2026.

Kerajaan mengambil serius teguran dan syor audit negara berkaitan prestasi pelaksanaan. Projek pembangunan di bawah RMKe-12. Kerajaan komited memastikan setiap peruntukan pembangunan diurus secara berkesan dan projek dapat disiapkan mengikut tempoh serta memberikan manfaat kepada rakyat. Bagi tujuan tersebut arahan nombor satu tahun 2023, mekanisme penyelarasan, pelaksanaan, pembangunan negara menetapkan mekanisme pemantauan secara

draft • 6:11 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

berlapis di peringkat Persekutuan, kementerian, negeri, daerah atau bahagian.

Mekanisme ini membolehkan kemajuan projek dipantau secara berkala. Isu dikenal pasti lebih awal dan tindakan intervensi diambil dengan segera.

Selain itu, sesi Reboot Pelan Pemulihan Projek Fizikal bermasalah turut dilaksanakan bagi memberi tumpuan kepada projek yang mengalami kelewatan atau dikategorikan sebagai projek sakit. Mesyuarat Khas Penyelarasan Pemantauan Program Projek Pembangunan juga dilaksanakan sebagai platform pemantauan projek-projek khususnya di Sabah dan juga di Sarawak.

Dari aspek pemantauan berasaskan data, sistem MyProjek merupakan pangkalan data utama pelaksanaan dan pemantauan program atau projek pembangunan Persekutuan. Pengemaskinian status serta konsisten kalau kementerian dan agensi pelaksana membolehkan pengesanan awal isu serta tindakan intervensi dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Kerajaan kini turut melaksanakan penambahbaikan melalui MyProjek 2.0 bagi memperkukuh pengurusan program dan projek pembangunan supaya lebih bersepadu, cekap dan berimpak tinggi bagi kesinambungan RMKe-13, kementerian dan agensi perlu memperkukuh pengurusan risiko serta melaksanakan pemantauan yang lebih rapi dan berterusan.

Bagi projek yang mengalami kelewatan, pelan pemulihan hendaklah disediakan berdasarkan penilaian menyeluruh meliputi keupayaan kontraktor, kedudukan kewangan, tenaga kerja dan peralatan, bekalan bahan, isu teknikal dan tapak utiliti serta pengurusan projek. Dato’ Yang di-Pertua, akhirnya kerajaan akan terus memperkukuh mekanisme pemantauan dan intervensi bagi memastikan projek pembangunan dapat dilaksanakan mengikut jadual, peruntukan dibelanjakan secara berkesan dan manfaat pembangunan dapat dinikmati oleh rakyat dengan segera.

Pelaksanaan projek pembangunan yang teratur dan berkesan bukan sahaja memastikan nilai terbaik daripada setiap ringgit peruntukan kerajaan, malah menyumbang kepada peningkatan prestasi pembelajaran, pembangunan dan pencapaian agenda pembangunan negara.

draft • 6:11 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Sebagai penutup, Dato’ Yang di-Pertua, kerajaan menerima semua teguran dan syor Ketua Audit Negara sebagai mekanisme semak dan imbang yang penting dalam memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kecekapan pengurusan serta menambah baik penyampaian perkhidmatan awam.

draft • 6:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Dengan penjelasan yang telah diberikan, saya berharap Dewan yang mulia ini dapat melihat bahawa kerajaan sentiasa komited untuk memastikan setiap ringgit wang awam diurus dengan amanah, setiap projek dilaksanakan dengan berkesan dan setiap usaha pembangunan akhirnya diterjemahkan kepada manfaat nyata kepada rakyat.

Sekian, terima kasih.

draft • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Kementerian yang terakhir. Dipersilakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi).

draft • 6:20 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Bagi pihak Kerajaan MADANI dan Jabatan Audit Negara, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan ke atas perbahasan hari ini dan menyentuh berkenaan dengan Jabatan Audit Negara, khususnya untuk saya menjawab empat Ahli Parlimen― Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kota Bharu, Yang Berhormat Betong dan Yang Berhormat Jelutong.

Ada? Oh, ada.

Yang Berhormat Kota Bharu telah membangkitkan perkara mengenai pengauditan prestasi ialah satu fungsi teras Jabatan Audit Negara. Jawapannya, bilangan laporan yang dibentangkan dalam LKAN― Laporan Ketua Audit Negara― bukanlah ukuran keberkesanan sesuatu pengauditan, sebaliknya tumpuan perlu lebih kepada impak penemuan, pelupasan skop, kerumitan isu serta kedalaman penelitian, deep dive, seperti Laporan Ketua Audit Negara mengenai pengauditan pengurusan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah dan Sarawak.

Dan juga, Pelan Strategik Jabatan Audit Negara 2026-2030 turut memberi penekanan kepada pengauditan lebih berimpak tinggi, relevan dengan isu semasa serta memberi nilai tambah kepada rakyat dan negara. Pengauditan melalui sistem e-SelfAudit tahun 2025 terhadap 1,856 syarikat yang diwartakan telah dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 1/2026 dan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 23 Februari 2026.

Pada tahun 2026, pengauditan melalui sistem e-Audit ini diteruskan.

Pelaporan bagi pengauditan e-SelfAudit tahun 2026 akan dilaporkan dalam Laporan

draft • 6:20 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Ketua Audit Negara 1/2027 yang dijadualkan pada bulan Februari, Mac 2027. Ini melibatkan 851 entiti di peringkat Kerajaan Persekutuan dan 1,005 entiti kerajaan negeri.

Pengauditan pejabat perwakilan Malaysia di luar negara oleh Jabatan Audit Negara adalah berbeza dengan pengauditan yang dilaksanakan oleh unit audit dalam kementerian berkaitan. Pengauditan oleh Jabatan Audit Negara dilaksanakan berasaskan mandat Ketua Audit Negara di bawah perenggan 5(1)(a) Akta Audit 1957 untuk memeriksa, menyiasat dan mengaudit akaun pegawai perakaunan Persekutuan. Manakala pengauditan oleh unit audit dalam adalah berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan PS 3.1 iaitu pelaksanaan audit dalam kementerian atau jabatan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Hasil pengauditan yang dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara akan dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara serta dibentang dan dibahaskan di Parlimen, manakala pengauditan yang dijalankan oleh unit audit dalam dilaporkan di peringkat kementerian sahaja.

UJSB telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara melalui sistem e-SelfAudit pada tahun 2025 dan perakuan dan pandangan Ketua Audit Negara telah dikeluarkan kepada UJSB pada 23 Februari 2026. Penilaian terhadap prestasi kewangan syarikat telah dibuat berdasarkan penyata kewangan beraudit bagi tahun 2022/2023 yang telah dilaporkan di Laporan Ketua Audit Negara 2026.

Yang Berhormat Rasah membangkitkan beberapa perkara. Di antaranya, memohon agar Jabatan Audit Negara menerangkan mengenai MyEG, Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang serta tiga syarikat organisasi pengurusan kolektif seperti Music Authors Copyright Protection Berhad (MACP) dan Recording Performers Malaysia Berhad (RPM). Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) tidak mempunyai kuasa untuk memantau CMO terutamanya berkaitan formula kutipan yang digunakan. Ini adalah pandangan Yang Berhormat Rasah.

Jawapannya. Jabatan Audit Negara menjalankan pengauditan terhadap penyata kewangan MyIPO dan LPQB secara tahunan. Skop pengauditan termasuk pengesahan terhadap kutipan fi, yuran dan royalti yang dikutip oleh kedua-dua agensi tersebut selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa. Manakala semakan kutipan hasil oleh MyEG dibuat dalam pengauditan penyata kewangan Kerajaan Persekutuan pada setiap tahun ini. Jabatan Audit Negara akan menyemak cadangan entiti yang lain untuk diaudit berasaskan Akta Audit 1957.

draft • 6:20 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat Betong telah membangkitkan mengenai RM2.5 juta yang dibayar menggunakan Kumpulan Wang Amanah Dius Api tanpa punca kuasa yang sewajarnya, adakah kerajaan akan membuat semakan terhadap akaun amanah dan akaun amanah yang lain. Setiap pembayaran mesti punya punca kuasa yang jelas.

Jabatan Audit Negara telah menyarankan supaya Kementerian Kewangan menyemak kesemua surat ikatan dan arahan amanah terutamanya berkaitan pembayaran tanpa punca kuasa yang sah meliputi elaun dan kemudahan kepada anggota Jawatankuasa Akaun Amanah.

Rakyat boleh melayari laporan susulan audit yang jelas dan masa nyata (real time) melalui papan pemuka dalam talian Ketua Audit Negara, Auditor General’s Dashboard (AGD). Ia turut diteringkaskan menerusi portal Kerajaan Malaysia MyGoverment di http://www.malaysia.gov.my. Bagi tempoh 2024 hingga 30 September 2026, impak susulan audit adalah sebanyak RM921.45 juta hasil daripada bayaran balik kutipan hasil dan kutipan penalti.

Yang Berhormat Jelutong― Jelutong ada? Yang Berhormat Jelutong membangkitkan mengenai sistem eJaminan yang digunakan untuk tujuan pembayaran wang jamin di mahkamah. Kerajaan mengambil maklum mengenai isu- isu yang berhubung sistem e-Jamin yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dan juga Laporan Ketua Audit Negara yang dibahaskan pada hari ini.

Terlebih dahulu, saya ingin menegaskan bahawa penggunaan sistem ini diterima baik oleh semua lapisan masyarakat di negara ini. Sistem eJamin ini menjimatkan masa rakyat dan membolehkan pembayaran wang jaminan di mahkamah dilakukan dalam kurang daripada setengah jam berbanding anggaran sekitar lima jam sebelum ini apabila dilakukan secara fizikal di bank.

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh menafikan bahawa terdapat beberapa kekurangan dalam pelaksanaan sistem ini. Antara lain dari segi kontrak dan pelaburan wang jaminan tersebut. Saya percaya penyata Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara telah mendalami perkara ini secara komprehensif dan tidak perlu diulang di sini.

draft • 6:20 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat dan–– bahawa isu–– Tuan Yang di-Pertua–– Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua, bahawa isu-isu ini berada dalam perhatian kerajaan dan sedang diteliti untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk memastikan penyampaian perkhidmatan digital

draft • 6:30 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

yang cekap kepada rakyat tidak terjejas dan pada masa yang sama, mematuhi tatakelola yang baik.

Itu saja untuk semua...

draft • 6:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, sikit sahaja,

draft • 6:30 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Belum balik?

draft • 6:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Belum balik, Yang Berhormat. Jelutong sentiasa ada di sini, Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang telah didedahkan oleh Jawatankuasa Kira- kira Wang Negara adalah bahawa wang yang telah dicarumkan atau wang yang telah didepositkan ke dalam akaun-akaun ini oleh penjamin-penjamin yang menjamin waris kepada yang dituduh di mahkamah telah pun digunakan oleh syarikat DAPAT Vista. Kalau tak silap saya, di mana mereka telah membuat pelaburan-pelaburan menggunakan wang ini dan memperoleh keuntungan sebanyak RM4 juta hingga RM5 juta setiap tahun.

Persoalannya adalah, apakah tindakan yang akan diambil terhadap syarikat tersebut? Kerana wang yang telah dicarumkan ini telah dilaburkan. Bayangkan, sekiranya berlaku apa-apa kerugian dalam pelaburan tersebut, maka siapa yang akan menanggung? Dan persoalan saya adalah, kenapakah tidak portal itu atau sistem e-Jamin itu di gunakan oleh kerajaan ataupun dimulakan oleh kerajaan sendiri? Di mana Jabatan Akauntan Negara menyimpan wang itu dalam sistem Kumpulan Wang Disatukan supaya kita dapat menjamin wang ini.

Untuk makluman Yang di-Pertua yang merupakan seorang–– mempunyai pengalaman di mahkamah, wang yang dijamin ini mungkin RM5,000, mungkin RM6,000. Tapi ada kadang kala yang waris menggunakan wang, menggadaikan barang kemas untuk mencari wang itu dan mendepositkannya untuk bagi tujuan menjamin tertuduh. Bayangkan kalau kita membenarkan ini berlaku, perkara ini telah pun didedahkan sekarang.

So, persoalan saya adalah, pertamanya, tidak ada sebarang kontrak ditandatangani walaupun sistem ini telah digunakan. Saya difahamkan lebih kurang –– lebih daripada 10 tahun beroperasi, sorry, lima tahun telah beroperasi. Tidak ada sebarang kontrak perjanjian, persefahaman di antara kerajaan dengan syarikat DAPAT Vista yang mengoperasikan ini.

Kedua, wang yang telah digunakan dan keuntungan yang telah diperolehi oleh mereka. Jadi, kita berterima kasih kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang

draft • 6:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Negara. Saya amat mengalu-alukan keterbukaan kerajaan kerana kita sanggup mendedahkan perkara ini supaya perkara ini diketahui. Memang, saya sebagai seorang peguam, peguam memang mengalu-alukan penggunaan sistem ini kerana saya telah beri contoh. Kalau dalam hari Jumaat seseorang itu dituduh di mahkamah, bayangkan dibawa ke mahkamah dan ada seseorang dua majistret yang cuti sakit.

Seorang majistret sahaja di mahkamah, katakan di kawasan-kawasan di luar, umpamanya di Rawang dan sebagainya.

Dan apabila seseorang tertuduh dihadapkan dengan pertuduhan, sudah pukul 11.30, pukul 12.00. Jaminan ditetapkan sebanyak RM5,000. Jadi, keluarga perlu–– dalam sistem yang lama, mereka perlu bergegas ke bank membuka akaun, mendapatkan wang itu dan kembali ke mahkamah sebelum pukul 3.00. Kalau tidak, operasinya tertuduh akan dibawa ke penjara yang berdekatan.

Sistem e-Jamin memang memudahkan. Tetapi apakah syor kerajaan untuk memperbaiki sistem ini? Sama ada cadangan saya, satu sistem dipelopori oleh kerajaan sendiri, Jabatan Akauntan Negara dan Kementerian Kewangan. Kita tamatkan perkhidmatan DAPAT Vista. Kalau tidak, kedua, satu perjanjian ditandatangani di antara DAPAT Vista supaya kita memberi jaminan kalau berlaku apa-apa, adakah kerajaan pula yang akan menanggung risikonya? Ini adalah pendapat saya di atas perkara itu. Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 6:30 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih kepada pandangan Yang Berhormat, yang merupakan sebagai teguran.

Tetapi sebelum saya masuk ke dalam isu-isu yang dibangkitkan, ada dua perkara yang kita perlu faham. Nombor satu, saya setuju bahawa pada pengetahuan saya tidak ada kontrak di antara e-Jamin syarikat itu dengan kerajaan atau Ketua Pendaftar.

Dan kedua, mereka melabur wang dan sebagainya. Tapi saya perlu syorkan Yang Berhormat, setakat ini bila audit dibuat dan sebagainya, tidak ada penyelewengan wang. Kita perlu faham. Walaupun Yang Berhormat, setakat tahun 2025, di antara kes jaminan adalah sebanyak 81,667 kes, jumlah wang yang telah dikutip adalah RM255,198,405. Tidak ada penyelewengan.

Tapi Yang Berhormat, kita juga perlu faham, bila ini dimulakan, proses ini dimulakan pada tahun 2020, ini adalah macam stock gap measure yang dijalankan.

Tetapi nampaknya ia telah berjalan sangat lama.

draft • 6:30 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat mungkin ingat lebih kurang setahun dulu atau dua, bila tiba- tiba syarikat ini diberhentikan, there was a total chaos, whole issue among peguam di seluruh negara hingga yang buat rungutan-rungutan kepada kita supaya meneruskan. Kerana sistem yang lama ini sangat menyusahkan semua orang dan perlukan sistem ini dijalankan.

Jadi lepas itu, government reinstate the issue. Tapi itu tidak ada alasan untuk tidak menandatangani kontrak supaya terma-terma itu adalah lebih terbuka, ada akauntabiliti, ada transparency dan sebagainya. Dan saya percaya perkara itu pada pengetahuan saya, sedang dihalusi oleh jabatan-jabatan berkenaan dan ia akan dikemukakan kepada Kabinet tak lama lagi ini untuk mendapat pengesahan atau pandangan dari mereka.

Yang Berhormat, jangan kita lupa juga, PAC telah mengemukakan tiga pilihan untuk menyelesaikan perkara ini. Satu–– tiga pilihan itu adalah:

(i) kerajaan membeli sistem eJamin secara terus daripada syarikat DAPAT Vista Malaysia Sdn. Bhd.;

(ii) kerajaan melanggan perkhidmatan dan produk sistem eJamin daripada syarikat DAPAT Vista; dan

(iii) syarikat menyediakan penyelenggaraan dan pengoperasian sistem dengan anggaran kos keseluruhan RM80 juta untuk tempoh lima tahun sebelum sistem diserahkan kepada kerajaan.

Tetapi keputusan muktamad oleh Ministry of Finance pada 22 Oktober 2025 adalah seperti berikut. Ketua Setiausaha MOF menolak secara muktamad ketiga- tiga cadangan komersial ini. MOF menetapkan mengekalkan status quo sistem sedia ada tanpa kos kerajaan menerusi perjanjian rasmi berserta berstruktur bank pemegang amanah (trustee).

Yang Berhormat Jelutong juga perlu faham, semua wang yang ada dengan syarikat ini adalah trust— ada isu-isu trust dalam ini. Trust amanah, ada amanah terlibat. Tetapi yang lebih mustahak Yang Berhormat, saya setuju bahawa kita perlu menyegerakan perjanjian dibuat supaya terma-terma itu dapat diketahui oleh rakyat dan there is an accountability dan semua pihak yang dapat mengetahui perkara itu dan jangan kita kata ada penyelewengan. Bila pada apa yang saya difahamkan, setakat ini tidak ada sedemikian. Terima kasih. Ada lagi, Yang Berhormat? Tidak ada.

draft • 6:30 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Okey Yang Berhormat. Saya berterima kasih kepada semua Ahli-ahli Parlimen yang sampai sekarang berada di Dewan, termasuk Yang di-Pertua dan Setiausaha dan sebagainya. Ini adalah jawapan-jawapan yang ikhlas yang dibuat oleh Jabatan Audit Negara.

Jika ada perkara-perkara yang lain, yang saya terlepas pandang, perkara itu boleh dibangkitkan kepada saya atau menulis kepada saya dan saya akan mendapat jawapan dan beri kepada pihak-pihak yang berkenaan. Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebelum saya tutup Dewan, Yang Berhormat Jelutong, just to ponder. Yang Berhormat, is it a public fund? Wang jamin tersebut, adakah ia wang public? Pardon? It’s a public fund.

draft • 6:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yes, it’s a public fund, Yang di-Pertua.

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

If it is invested without the consent of the owner, is it pecah amanah?

draft • 6:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Dato’ Yang di-Pertua, saya tak dapat memberi pandangan khusus mengenai perkara ini. Sebagai peribadi saya percaya sedemikianlah. Tetapi itu saya tertakluk kepada pandangan Peguam Negara mengenai perkara itu. I don’t want to speak on their behalf. I don’t want to jump the gun.

draft • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yes.

draft • 6:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Tapi seperti yang saya katakan, saya — ini adalah kalau kita tengok Yang Berhormat dulu prosecutor. Kalau kita tengok ini melalui sistem e-Jamin, dengan izin, “...*eJamin, wang jaminan yang didepositkan dipegang secara amanah oleh DAPAT Vista Sdn. Bhd. bagi pihak penjamin sehingga keputusan perbicaraan kes dibuat bergantung pada keputusan mahkamah, wang jaminan tersebut sama ada akan dikembalikan kepada penjamin atau dilucutkan dan seterusnya dimasukkan ke dalam akaun kerajaan sehingga hasil kerajaan”.

The element of trust is that.* Itu adalah pandangan khusus.

draft • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

What about the profit, Yang Berhormat Jelutong?

draft • 6:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Very interesting Yang Berhormat.

draft • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

It belongs to whom?

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang di-Pertua, untuk peguam, kalau sesuatu wang itu dipegang oleh peguam bagi pihak anak guam dan wang itu digunakan tanpa pengetahuan anak guam tanpa arahan, tanpa izin, dan daripada wang itu kita mendapat perolehi faedah, maka ia merupakan satu...

draft • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Section 409 of the Penal Code.

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...Pecah amanah dan boleh juga diperlakukan kepada tindakan tatatertib oleh Majlis Peguam. Jadi sebab itu saya mempersoalkan bila wang ini dicarumkan dan dimasukkan ke dalam suatu akaun, maka syarikat itu mempunyai tanggungjawab untuk amanah untuk memegang wang itu.

Mereka menggunakan wang itu melaburkannya dan mendapat memperoleh faedah. Jadi bukankah itu merupakan satu kesilapan? Itu persoalan saya Yang di- Pertua. Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Tapi apa-apa sekali pun Yang Berhormat Menteri, I leave it to the good judgment of— this is my personal point of view, it’s not taken into consideration.

draft • 6:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Betul, betul. Saya nak tambah sedikit untuk ada kekeliruan di sini. Yang Berhormat, kita sudah lupa ada satu sistem yang digubal oleh syarikat tersebut. Siapa akan bayar untuk sistem tersebut? Siapa akan bayar untuk pengendalian tersebut? Jadi ini adalah perkara yang kita perlu fikir.

There is no fee to the government, no fee to the perkara-perkara tersebut. Jadi, ini adalah perkara yang kita perlu fikir Yang di-Pertua.

Mengenai apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat mengenai peguam, saya sebagai peguam kita tahu bahawa when the amount, when I was in practice Dato’ Yang di-Pertua, when the amount is more than 5,000, it is compulsory for the lawyer to keep it in fixed deposit. Thank you Yang di-Pertua.

draft • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik Yang Berhormat Menteri, I think that there is lot of legality involvement whether it is trusted fund or whether the money belongs to the public, to be confirmed. Whether the investment is legal, may a lot of practice to be taken into consideration. Baik, Yang Berhormat-Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa

draft • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

usul seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri di nombor 1 dalam aturan urusan mesyuarat dan usul-usul hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

draft • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli- ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 8 Oktober 2026.

draft • 6:40 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.44 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026