Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Membaca sepotong doa] Setiausaha.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli- ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta-akta seperti berikut:
Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2026; 2. Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak
(Pindaan) 2026; 3. Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 2026; 4. Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026; 5. Akta Perlindungan Saksi (Pindaan) 2026; 6. Akta Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026; dan 7. Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2026.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli- ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Yang di-Pertua Dewan Negara yang menyatakan persetujuan Dewan itu kepada rang undang- undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam Mesyuarat yang lalu. Saya dengan ini menjemput Setiausaha membaca Perutusan itu sekarang. Silakan Setiausaha.
[Setiausaha membacakan Perutusan] “4 Ogos 2026 Perutusan Daripada Dewan Negara kepada Dewan Rakyat Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dewan Negara telah meluluskan rang undang-undang yang berikut:
(D.R.8/2026) Rang Undang-undang Jenayah Siber 2026; 2. (D.R.7/2026) Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan
(Pindaan) 2026; 3. (D.R.15/2026) Rang Undang-undang Perlindungan Saksi
(Pindaan) 2026; 4. (D.R.9/2026) Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (Pindaan) 2026; 5. (D.R.12/2026) Rang Undang-undang Persaingan (Pindaan) 2026; 6. (D.R.11/2026) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan
(Pindaan) 2026; 7. (D.R.13/2026) Rang Undang-undang Kawalan Padi dan Beras
(Pindaan) 2026; 8. (D.R.22/2026) Rang Undang-undang Kumpulan Amanah Negara 2026; 9. (D.R.14/2026) Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial 2026; 10. (D.R.18/2026) Rang Undang-undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026;
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
(D.R.19/2026) Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026; dan 12. (D.R.21/2026) Rang Undang-undang Statistik 2026.
Yang Ikhlas, Salam Hormat, t.t “SENATOR DATO' AWANG BEMEE BIN AWANG ALI BASAH” “YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA”
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bismillahirrahmanirrahim. Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas bersidang mulai hari ini sehingga Selasa, 8 Disember 2026 selama 37 hari. Antara urusan penting yang akan dibahaskan dan dipertimbangkan dalam Mesyuarat ini ialah Belanjawan 2027. Yang mana, pembentangan bacaan keduanya diawalkan pada jam 3.30 petang, hari Jumaat ini.
Surat pemakluman perubahan masa ini telah diedarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Sehubungan itu, bagi kemudahan Ahli-ahli Yang Berhormat yang beragama Islam, solat Jumaat akan diadakan di dalam Bankuet Parlimen Malaysia.
Pada minggu ini, iaitu bermula hari ini sehingga Khamis, urusan Dewan dijangka akan berfokus kepada penerangan mengenai penyata oleh Pengerusi- pengerusi Jawatankuasa Pilihan, perbahasan usul mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2/2026 dan rang undang-undang. Hari ini sebanyak tiga urusan penerangan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pilihan mengenai Penyata Jawatankuasa Pilihan yang dibentangkan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti semua sedia maklum, Ahli Yang Berhormat bagi kawasan Petaling Jaya telah menghantar surat untuk melepaskan keahlian beliau sebagai Ahli Dewan Rakyat kepada Yang di-Pertua pada 2 Oktober 2026.
[Tepuk] Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai kekosongan kerusi Ahli Parlimen yang berkenaan selaras dengan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sukacita dimaklumkan juga Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 telah berkuat kuasa pada 1 Oktober 2026.
[Tepuk] Sehubungan itu,
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Majlis Perkhidmatan Parlimen akan ditubuhkan yang mana Majlis ini bertanggungjawab bagi perkara yang berhubungan dengan perkhidmatan Parlimen.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Seterusnya, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah memaklumkan kepada semua Ahli Yang Berhormat berkenaan dengan kewajipan pelaksanaan pemeriksaan kesihatan oleh Ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Saya mengucapkan penghargaan kepada Ahli-ahli Parlimen yang telah menjalankan pemeriksaan kesihatan dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang belum melaksanakannya diminta untuk menjalani pemeriksaan sebelum 30 Oktober 2026 ini. Pemeriksaan kesihatan ini sangat penting dan membantu Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mengetahui tahap kesihatan mereka pada peringkat awal dan seterusnya membolehkan langkah- langkah pencegahan segera diambil.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, salinan jadual kementerian menjawab semasa sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan bagi mesyuarat ini juga telah diletakkan di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat.
Saya turut mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mematuhi masa yang ditetapkan semasa pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan, sama ada Ahli Yang Berhormat yang bertanya dan anggota pentadbiran yang menjawab.
Pematuhan ini adalah penting bagi membolehkan lebih banyak pertanyaan dapat dijawab di Dewan yang mulia.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum meneruskan urusan mesyuarat, saya bagi pihak Parlimen Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri dan Ketua Majlis serta keluarga atas pemergian isteri tercinta Allahyarhamah Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.
Setiausaha Majlis, silakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat-yang Berhormat, sebelum saya mulakan, ingin saya ingatkan apa-apa pertanyaan selain daripada berkaitan urusan peraturan pertanyaan-pertanyaan lisan hanya saya benarkan bertanya selepas selesai pertanyaan jawapan lisan ini.
Dengan ini saya mempersilakan soalan yang pertama, Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa, Yang Berhormat Sekijang.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Terima kasih, Dato’ Sri Speaker, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dato’ Sri Speaker, di kesempatan ini saya ucapkan selamat datang dan selamat kembali bersidang kepada semua Ahli-ahli Dewan Rakyat dan juga Dewan Negara untuk persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke-15.
Buah langsat, buah duku; Soalan saya nombor satu.
1. Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa [Sekijang] minta Menteri Ekonomi menyatakan bilakah Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan akan dibentangkan di Dewan Rakyat dan sama ada ia akan menetapkan indikator khusus mengukur sumbangan silver economy kepada KDNK negara.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan, Menteri Ekonomi untuk menjawab.
Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Dato’ Yang di-Pertua, Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan atau NAB 2045 kini sedang melalui proses pertimbangan kerajaan. Kertas Putih Persiapan Menuju Negara Tua bersama rangka tindakan ini dirancang untuk dibentangkan di Dewan Rakyat setelah mendapat persetujuan Jemaah Menteri. Sasaran kita adalah untuk dibentangkan dalam sidang kali ini.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebagai latar belakang, Malaysia telah mencapai negara menua statusnya pada tahun 2021 apabila penduduk berumur 65 tahun dan ke atas mencapai tujuh peratus daripada jumlah populasi negara. Dan, berdasarkan unjuran semasa, Malaysia akan mencapai status negara tua pada 2048 apabila peratus tersebut meningkat kepada 14 peratus dan negara sangat tua sekitar tahun 2060 apabila mencapai 20 peratus.
Peralihan Malaysia daripada negara menua ke negara tua mengambil masa sekitar jangkaannya 27 tahun daripada 21 sehingga 2048. Jadi, sebagai perbandingan peralihan yang sama mengambil masa 115 tahun untuk negara Perancis, 73 tahun di Australia dan 69 tahun di Amerika Syarikat.
Dan, Malaysia juga bila kita menghadapi penuaan juga, kita tahu bahawa tahap pendapatannya lebih rendah berbanding dengan negara maju ketika melalui peralihan tersebut. Keadaan ini memberi ruang masa yang lebih terhad untuk kita perkukuhkan kesiapsiagaan negara.
Perubahan demografi ini juga mewujudkan beberapa cabaran utama seperti pertumbuhan tenaga kerja yang semakin perlahan, ketidakcukupan simpanan persaraan serta peningkatan keperluan kesihatan dan penjagaan. Perubahan
Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
struktur keluarga juga turut mempengaruhi sokongan kepada golongan berusia. Jadi, cabaran ini kita perlu tangani dengan sebaik mungkin untuk kekalkan produktiviti dan kemapanan fiskal. Jadi, mengapa itulah NAB 2045 ini kita bangunkan.
Bagi persoalan yang kedua, kerajaan turut mengiktiraf potensi silver economy sebagai sumber pertumbuhan baharu melalui produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan masyarakat menua. Pengukuran sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar ataupun KDNK memerlukan takrif, skop dan juga kaedah statistik yang konsisten kerana aktiviti tersebut merentas pelbagai sektor.
Sehubungan itu, pembangunan indikator khusus akan diteliti bersama dengan agensi berkaitan termasuk Jabatan Perangkaan Malaysia. Penelitian ini penting sebelum angka asas dan sasaran ditetapkan supaya sumbangan silver economy dapat diukur dengan tepat serta digunakan untuk menilai perkembangan dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, Sekijang soalan tambahan.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang saya kira agak tuntas juga. Cuma, soalan tambahan saya Dato’ Sri Speaker, berdasarkan data DOSM 2025 8,569 daripada 79,347 orang penduduk Parlimen Sekijang yang berusia 60 tahun ke atas iaitu sekitar 10.8 peratus yang melepasi ambang tujuh peratus penduduk menua WHO dan juga 8.4 peratus data unjuran DOSM sendiri bagi negara kita Malaysia pada tahun 2026.
Jadi, pada masa yang sama enrolment sekolah rendah kerajaan di Segamat menyusut 6.3 peratus antara 2017 hingga 2025 berbanding data negeri Johor sendiri yang meningkat kepada 2.9 peratus dan data kebangsaan 2.4 peratus. Ini adalah data OpenDOSM.
Jadi, kesannya YB Menteri mula dirasai di beberapa kawasan sekitar sekijang. Seperti Bukit Siput, Pekan Jabi dan juga kawasan-kawasan FELDA apabila golongan muda keluar daripada kawasan dan berhijrah ke bandar-bandar besar untuk mencari pekerjaan dan mengakibatkan sekolah menjadi semakin kurang murid.
Jadi soalan saya, apakah Kementerian Ekonomi bersedia menerokai kawasan rintis rejuvenasi daerah menua di bawah Pelan Tindakan Penuaan Kebangsaan (NAB) tadi dengan melihat bagaimana mungkin pembangunan ekonomi setempat boleh mengekalkan golongan muda dan menarik kembali golongan muda kembali ke kawasan masing-masing.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Jadi, tentunya kalau ada, Sekijang bersedia untuk menawarkan sebagai Parlimen rintis. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan, Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua, terima kasih kepada YB Sekijang. Jika kita melihat kepada faktor yang menyebabkan sesebuah negara menjadi negara menua adalah kerana kadar kesuburan berlaku dengan lebih rendah, manakala kadar jangka hayat itu bertambah panjang. Dinamik Sekijang ketika ini berdasarkan penerangan juga adalah elemen tambahan iaitu penghijrahan golongan yang produktif ataupun muda yang berpindah keluar.
Jadi, di situ saya lihat bahawa pertama dari segi bagaimana kita menguruskan bandar seperti Sekijang ini sudah pasti apabila penduduk yang berada di situ lebih ke arah kumpulan yang lebih warga emas, sudah pasti pendekatan itu perlu kita teliti dan sekarang. Sebagai contoh, bila kita bercakap menguruskan bandar yang lebih ke arah menua ini. Sebagai contoh, antara silver economy dengan izin yang dinyatakan tadi termasuk juga pengiraan dari segi tujuan pelancongan dan juga rekreasi warga emas. Jadi, itu adalah polisi yang perlu kita cari jalan supaya dari segi penuaan itu kekal produktif.
Maka sebab itu, cadangan seperti yang dinyatakan Sekijang memang ada daerah-daerah atau bandar-bandar di Malaysia yang menunjuk perkembangan lebih laju ke arah keadaan populasi yang semakin menua. Maka, perkara ini antara yang kita akan pertimbangan dan mungkin akan ada pilot-pilot projek yang kita akan lakukan di beberapa lokaliti yang memang terkesan dengan keadaan populasi yang semakin menua. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey, terima kasih Speaker. Saya ingin bertanya, bagaimana Kementerian Ekonomi melihat potensi silver economy dalam membuka peluang ekonomi dan pekerjaan baharu kepada golongan muda khususnya dalam sektor penjagaan warga emas, teknologi kesihatan, perkhidmatan digital, pelancongan, pemakanan dan perumahan mesra warga emas. Adakah kerajaan mempunyai strategi khusus untuk memastikan golongan muda bukan sahaja menjadi tenaga kerja dalam sektor ini tetapi turut diberi
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
peluang menjadi usahawan dan membangunkan perkhidmatan baharu? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Terima kasih kepada YB. Temerloh, yang mana ini juga menjadi sebahagian daripada aspirasi kerajaan iaitu bahawa apabila kita bercakap mengenai cabaran negara menua, ia nya bukan semata-mata menguruskan populasi yang menjadi warga emas tetapi bagaimana pula golongan muda turut dapat disantuni, termasuk dari segi peluang dan juga potensi.
Yang Berhormat nyatakan tadi memang dari segi peluang yang kita ada, contohnya adalah industri penjagaan ataupun care economy dan bila kita bercakap care economy ini, dia ada beberapa segmen yang boleh terguna pakai. Contohnya untuk penjagaan jangka panjang, dari segi homecare dan sebagainya tetapi cabarannya, bagaimana industri ini boleh diiktiraf dan juga sehinggakan menjadi satu peluang yang memerlukan kemahiran juga bukan semata-mata untuk meletakkan seorang penjaga tetapi yang mereka mahir dan juga mungkin mempunyai kelayakan yang kita boleh nilai dengan sebaik mungkin.
Manakala dari segi penggunaan teknologi terutamanya berkaitan dengan kesihatan, ini sememangnya antara menjadi ruang ataupun potensi kepada negara dan juga kepada golongan orang muda. Jadi sebab itu, bagi persiapan menuju ke arah negara semakin tua ini, kita kena lihat bagaimana potensi dapat dibangunkan daripada sudut silver economy ini dan yang kedua juga, untuk menyantuni kumpulan orang muda supaya mereka ini bukan hanyalah diletakkan sebagai satu membebani, memikul tanggungjawab dari segi tugasan ataupun bebanan fiskal dan sebagainya tetapi juga dibuka ruang supaya peluang itu dibina dan juga turut melibatkan mereka.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Majlis ke soalan yang kedua. Dengan ini, dipersilakan Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail, Yang Berhormat Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Pertanyaan jawab lisan saya nombor 2. Terima kasih.
2. Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu] minta
Menteri Digital menyatakan
(a) apakah pendirian kerajaan berhubung dengan saranan global untuk memperlahankan pembangunan AI bagi membolehkan peraturan, etika dan pelan perlindungan pekerja disediakan terlebih dahulu; dan
(b) adakah kerajaan bercadang menggubal Akta AI Malaysia seperti EU AI Act untuk mengawal selia AI berisiko tinggi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri Digital untuk menjawab.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Kubang Pasu dan juga Tuan Yang di-Pertua, soalan yang sama daripada Yang Berhormat Gombak yang bijak sekali. Oleh kerana kedua-dua soalan ini sentuh isu yang selari, berkaitan dengan isu pembangunan kecerdasan buatan serta pengawalan seliaannya, izinkan saya untuk jawab mereka bersekali.
Pertama Tuan Yang di-Pertua, berhubung pendirian kerajaan mengenai saranan global dan pandangan untuk memperlahankan pembangunan frontier AI.
Tuan Yang di-Pertua, frontier artificial intelligent secara amnya merujuk kepada modul atau sistem AI tujuan umum ataupun general purpose AI yang mempunyai keupayaan yang tinggi dan berada pada atau menyamai atau melebihi tahap keupayaan model-model AI paling maju pada sesuatu masa.
Dari konteks Malaysia, Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026–2030 ataupun Negara AI 2030 mengamalkan pendekatan yang mengutamakan pembangunan AI secara bertanggungjawab, inklusif dan berimpak tinggi yang bertujuan untuk menggalakkan momentum penggunaan dan adaptasi AI dalam merancakkan produktiviti ekonomi serta perkhidmatan awam. Pendekatan ini Tuan Yang di-Pertua, mencerminkan usaha Malaysia untuk terus memanfaatkan pengadaptasian modul AI sedia ada bagi meningkatkan produktiviti perkhidmatan awam, pembangunan bakat dan daya saing ekonomi.
Pelan Tindakan AI Kebangsaan juga meletakkan aspek kepercayaan dan keselamatan sebagai tunggak utama dan prasyarat kepada penggunaan dan adaptasi AI bagi meningkatkan produktiviti pembangunan bakat dan daya saing ekonomi negara. Justeru, pembangunan AI mesti bergerak seiring dengan peningkatan keupayaan kita untuk mengawal risikonya. Bagi sistem AI yang semakin berkuasa, autonomi dan berpotensi memberi kesan besar kepada manusia atau
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
sistem-sistem kritikal, kawalan keselamatan, pengujian, pemantauan, pengawasan manusia ataupun sering kali dikatakan bahasa Inggeris, human-in-the-loop dan mekanisme tindak balas hendaklah diperkukuhkan sebelum penggunaannya diperluaskan.
Kerajaan juga melalui Kementerian Digital dan AI Malaysia Berhad telah menubuhkan Malaysia AI Safety Institute untuk mengkaji mekanisme yang jelas dan teratur bagi mengawal selia penerapan modul AI dalam operasi organisasi rentas sektor. Malaysia AI Safety Institute bertanggungjawab untuk melihat secara spesifik kepada aspek tadbir urus AI ataupun AI governance yang merangkumi aspek penandaarasan keselamatan, penilaian risiko dan pelaporan insiden untuk tindakan pembetulan yang perlu dibuat bagi tujuan tersebut.
Berhubung dengan penggubalan Akta AI, Tuan Yang di-Pertua dan penilaian aspek [Gangguan sistem rakaman] , kerajaan kini dalam proses merangka rang undang-undang tadbir urus AI yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada awal tahun 2027, tahun depan. Dalam merangka rang undang-undang ini, kerajaan menggunakan pendekatan berasaskan risiko ataupun risk-based approach. Tahap kawalan dan kewajipan dinilai mengikut potensi kemudaratan sistem AI itu sendiri dan bukannya klasifikasi risiko mengikut industri semata-mata.
Penggunaan AI dalam konteks ini menuntut kawal selia yang lebih ketat kerana ia memberi kesan langsung kepada keselamatan, hak asasi dan juga kesejahteraan individu. Rang undang-undang ini direka sebagai kerangka merentas semua sektor Yang di-Pertua, yang melengkapi undang-undang sektor yang sedia ada.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sedar berkenaan dengan potensi teknologi baru yang boleh membawa pelbagai impak besar kepada ekonomi, kepada masyarakat dan juga kepada pentadbiran negara. Dalam usaha membina infrastruktur dan juga ekosistem yang membolehkan teknologi ini digunakan di Malaysia, keutamaan akan diberikan kepada aspek keselamatan dan ini untuk memastikan bahawa risiko-risiko yang berkaitan dalam aspek penggunaan teknologi ini sentiasa terkawal. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Kubang Pasu, soalan tambahan. Silakan.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan jawapan yang jelas. Soalan tambahan saya ialah dalam perkembangan
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
pesat AI global yang menuju ke arah sistem dan agen autonomi contohnya terdapat syarikat seperti OpenAI dan Anthropic, apakah keupayaan teras yang perlu dimiliki oleh negara kita, Malaysia kini dan menjelang 2030 untuk memastikan kedaulatan negara khususnya dalam data pengkomputeran, modul AI, bakat dan harta intelek supaya kita tidak hanya bergantung kepada teknologi hasil tetapi mampu membina nilai inovasi dan syarikat AI yang bertaraf global bagi Malaysia. Terima kasih banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri untuk jawab.
Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih Yang Berhormat, soalan yang tepat pada tempatnya. Saya setuju, bergerak ke depan, kita akan melihat teknologi membangun dengan pesat dan kita akan melihat kemunculan teknologi-teknologi yang baharu. Ini adalah juga satu perkara yang menimbulkan, perkara berkaitan dengan risiko yang mungkin timbul dengan adanya atau wujudnya teknologi- teknologi baharu ataupun teknologi semasa diperkukuhkan lagi.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
[Bangun]
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
[Bangun]
Tuan Gobind Singh Deo
Dan ini dapat kita lihat dengan sistem-sistem AI seperti mana soalan awal tadi kita baca, berkenaan dengan risiko-risiko yang baharu.
Ini kerana kita lihat bagaimana AI itu, dia ini dikatakan develop very, very fast dan risiko-risiko baharu juga muncul sebahagian dengan pembangunan itu.
Jadi dalam keadaan tersebut Yang Berhormat, kita di Malaysia telah pun dengan jelas melihat kepada aspek keselamatan. Pelan tindakan yang kita telah pun lancarkan bagi tujuan tahun 2026 sehingga tahun 2030 dengan jelas merujuk kepada aspek keselamatan. Itu sebab kita menubuhkan AI Malaysia. AI Malaysia menjadi tempat di mana kita kumpul semua pakar-pakar untuk memberitahu kita sebenarnya apakah teknologi baharu yang bakal wujud dan bagaimana teknologi-teknologi yang sedia ada itu membawa risiko-risiko yang baharu supaya kita dapat menyediakan negara untuk risiko-risiko itu bergerak ke depan.
Kita tidak mahu satu keadaan, di mana risiko-risiko itu kita lihat sudah sampai negara kita tapi kita tidak bersedia dan ini sebab kita adakan AI Malaysia tersebut.
Berkaitan dengan aspek negara kita menjadi negara yang juga menjadi negara yang membangunkan AI, saya cukup setuju.
Tuan Gobind Singh Deo
We must become dengan izin, country that developed AI. Kita menggunakan AI yang sedia ada tetapi bergerak ke depan. Kita sekarang memberikan fokus kepada bagaimana kita boleh membangunkan bakat-bakat yang diperlukan buat tujuan tersebut dan juga untuk membina syarikat-syarikat Malaysia yang boleh membina ataupun mewujudkan apa yang kita lihat teknologi baharu, AI baharu dan sebagainya di peringkat pentas dunia. Itu dalam rancangan kita di dalam pelan yang saya sebut tadi Yang Berhormat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Menteri. Yang Berhormat Kubang Pasu pergi Ireland berapa lama? Yang Berhormat Kubang Pasu pergi Ireland berapa lama?
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
[Berucap tanpa pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
2 hari.
Berikut dipersilakan Yang Berhormat Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih, Dato' Yang di- Pertua.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Yang Berhormat, boleh tanya soalan tambahan, tak boleh ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Sabar. Menurut Laporan Antarabangsa IMF dan Tabung Kewangan Antarabangsa sejak tahun 2024 lagi ada menyatakan bahawa AI berpotensi menjejaskan 40 peratus pekerjaan di seluruh dunia. Jika kita lihat di Singapura dan Indonesia umpamanya mereka telah melaksanakan program peningkatan kemahiran atau reskilling berskala besar secara bersasar untuk mendepani gelombang AI.
Soalan saya, sejauh manakah Kementerian Digital bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia dalam menyediakan mekanisme perlindungan sosial dana transisi kewangan dan rangka kerja upskilling bagi memastikan pekerja tempatan tidak terjejas secara drastik akibat perkembangan teknologi AI? Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Menteri.
Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih, Yang Berhormat Tampin. Tuan Yang di-Pertua, tahun yang lalu kalau saya tidak silap kita dengan kerjasama dengan di antara Kementerian Digital dan Kementerian Sumber Manusia, kita telah pun melancarkan platform MyMahir. Platform ini ialah platform yang melihat kepada pekerjaan-pekerjaan yang kita fikir mungkin dikesan dengan teknologi baharu bergerak ke depan.
Ia nya juga membuat tinjauan berkenaan dengan bagaimana kita boleh menyediakan golongan-golongan yang akan terkesan akibat daripada teknologi baharu tersebut. Jadi, apabila sampai ke tahap masa itu kita dapat meneruskan proses-proses reskilling dan upskilling semua yang bakal terkesan oleh teknologi yang baharu tersebut.
Jadi, memang kita telah pun ada visi melihat ke depan. Kita sedar bahawa teknologi baharu ini memang akan mempunyai kesan terhadap pekerjaan-pekerjaan yang sedia ada dan mekanisme itu telah pun kita wujudkan supaya kita dapat pantau, kita juga dapat belajar sekarang berkenaan dengan apakah pekerjaan yang akan dikesan. Kita dapat buat persiapan-persiapan supaya kita dapat pastikan bahawa impak terhadap golongan tersebut itu dikurangkan.
Apabila sampai ke masa itu mereka itu, telah pun bersedia untuk teruskan dengan pekerjaan tersebut ataupun ada langkah-langkah yang boleh diambil untuk melindungi mereka daripada terkesan secara keseluruhan akibat daripada teknologi baharu tersebut. Jadi ini perkara dalam pemantauan kita, kerjasama sedang dilaksanakan di antara Kementerian Digital dan juga Kementerian Sumber Manusia, Yang di-Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang ketiga. Dipersilakan Tuan Khoo Poay Tiong, Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Selamat pagi, Dato’ Timbalan Speaker, soalan Kota Melaka soalan yang ketiga.
3. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan:
(a) usaha kementerian untuk mengurangkan kadar kebergantungan makanan import yang telah melebihi RM90B pada tahun 2025; dan
(b) usaha kementerian untuk memperketatkan peraturan import makanan dari negara luar yang telah menjadikan Malaysia sebagai pasaran lambakan mereka.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menjawab.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memang komited dalam melaksanakan pelbagai langkah strategik dan proaktif bagi mengurangkan kadar pergantungan bekalan makanan import yang telah melebihi RM90 bilion pada 2025. Berdasarkan statistik kadar import negara bagi sektor agromakanan didapati menurun sedikit iaitu sebanyak 1.1 peratus, daripada RM93.7 bilion 2024 kepada RM92.7 bilion 2025. Penurunan RM1 bilion.
Bagi mengurangkan kadar pergantungan import, ini selalunya kita macam siaran ulangan dan kita masih menekankan soal yang paling besar ialah industri padi dan beras. Hendaklah kita semua daripada Ahli-ahli Parlimen semuanya mengambil berat dan tekanan hal pengurangan, hal industri padi dan beras. Melaksanakan projek yang saya sebut penanaman 5 kali 2 tahun dah diulang sebut di sini, di MADA.
Begitu juga meng-improve pengairan di KADA, Kelantan dan yang besar lagi baharu ini diumumkan sendiri oleh Premier Sarawak iaitu Sarawak akan menyediakan 14,000 hektar untuk dijadikan kawasan sawah dan sebahagian akan diwartakan dengan Premier mengumumkan peruntukan RM1 bilion dengan juga Premier mengumumkan juga bahawa peruntukan daripada Kerajaan Federal hendaklah setimpal.
Ini antara usaha-usaha yang serius dijalankan. Begitulah juga di Sabah misalnya kawasan IADA, Kota Belud. Kita sedang mengusahakan untuk improve pengairan dan sebagainya supaya keadaan kecukupan beras di negara kita agak lebih terjamin pada masa akan datang. Tambahan pula kita sekarang sedang dilandai oleh El Nino dan sebagainya. Ini akan menyebabkan kemungkinan kemerosotan hasil. Oleh itu tekanan perlu diberi yang paling utama dalam usaha-usaha yang kita lakukan ini moga tahun 2030 kita boleh capai 80 percent SSR beras negara, itu harapan kita.
Industri perikanan memang kita memperbanyakkan tukun-tukun di tempat- tempat yang diperlukan di seluruh negara sekarang ini untuk memperbanyakkan ikan, terutama di kawasan pantai sebab ia menyebabkan nelayan-nelayan kecil yang mencari rezeki di sini. Begitulah juga kita lihat di sudut ikan ini, kita capai 90 peratus
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
SSR, terutama perkembangan akuakultur yang agak baik di seluruh Malaysia sekarang ini. Tapi saya sebut tadi, beras itu perlu kita tumpu bersama kerana ia dalam suasana geopolitik yang ada sekarang ini, kemungkinan rantaian bekalan makanan terjejas yang mengakibatkan tidak berapa baik bagi Malaysia.
Kemudian juga kita wajib mengemukakan pematuhan sijil analisis COA untuk mengimport sayur-sayuran supaya penanam-penanam sayur di tempatan dapat meningkatkan usaha mereka dapat menyaingi dengan sayur yang diimport. Ini sentiasa kita jalankan dari masa ke semasa.
Penilaian risiko ini terbaik ikan-ikan yang diimport supaya tidak ada penyakit dan sebagainya. Ini kita tekankan dari masa ke semasa supaya penternak tempatan dapat menyaingi untuk menghasilkan ikan yang cukup bagi Malaysia ini. Dari segi ternakan ayam telur dan sebagainya kita berada di tahap yang agak baik walaupun tidaklah 100 percent cemerlang tetapi ia mencukupi buat masa ini. Dari situ dari segi mengawal makanan dan semuanya kita kena berada dalam keadaan yang serius sekarang ini kerana soal cuaca, soal geopolitik yang melanda di seluruh dunia sekarang. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Kota Melaka untuk soalan tambahan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih, Dato’ Timbalan Speaker. Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Menteri. Menteri, kalau kita lihat kepada angka di mana pada tahun 2024 kita import sebanyak import makanan sebanyak RM93 bilion sedangkan kita eksport makanan lebih kurang RM50 bilion.
Ertinya ada defisit lebih kurang RM40 bilion.
Jadi, ini suatu masalah yang besar dan saya nak tanya kepada kementerian, apakah sasaran kementerian dalam masa lima tahun akan datang? Berapakah sasaran kita untuk mengurangkan import kita supaya kita tidak terlalu bergantung kepada negara asing? Dan juga berkaitan dengan lambakan. Ya, apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan, kalau kita lihat insiden baru-baru ini di Cameron Highlands. Ya Cameron Highlands di mana penanam sayur, mereka terpaksa musnahkan tanaman mereka kerana lambakan makanan daripada luar negara menyebabkan tiada harga. Mereka mengalami kerugian yang besar.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jadi, kalau kita nak memastikan terutamanya golongan muda untuk terlibat dalam pertanian, kita mesti beri mereka satu jaminan. Ya, antaranya ialah tanah, di mana saya lihat tanah merupakan satu isu kepada mereka. Saya faham, tanah itu
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
adalah bawah kuasa kerajaan negeri. Seperti di negeri Melaka juga, mereka menghadapi masalah apabila sampai tempohnya tidak dilanjutkan oleh kerajaan negeri. Jadi, bagaimanakah Kerajaan Persekutuan dapat memainkan peranan supaya pengusaha atau petani ini, mereka boleh menjalankan aktiviti tanaman mereka dengan adanya tanah yang secukupnya untuk mereka, terutamanya untuk tanaman kontan? Terima kasih Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sila Yang Berhormat Menteri. Sila jawab.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Memang soal saingan harga itu, terutama sayur-sayuran, kita membuat COA iaitu kawalan yang tinggi terhadap sayur-sayur yang diimport, terutama daripada negeri China kerana mereka boleh menjual dengan harga yang begitu murah dan mengganggu pengeluar-pengeluar sayuran tempatan. Dari segi untuk mendapatkan tanah dalam usaha untuk meningkatkan sekuriti makanan di Malaysia, setakat ini kita dapat kerjasama yang baik daripada hampir semua kerajaan negeri. Kita bincang soal hal sekuriti makanan ini dan soal mendapatkan tanah untuk misalnya ternakan, untuk sayuran, termasuk sekarang ini jagung bijirin.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
[Bangun]
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
[Bangun]
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Semuanya itu mendapat kerjasama daripada kerajaan-kerajaan negeri. Pegawai-pegawai kita akan terus membuat perundingan dari masa ke semasa. Dan kita lihat misalnya hal pembukaan sawah padi, saya sebut beberapa negeri yang memberi kerjasama di antaranya Selangor, pemodenan begitu hebat, Pahang pula memberi kerjasama dari sudut tanah, begitu juga negeri-negeri yang lain yang ada kawasan yang terbiar. Bila kita berunding, mereka memberi kerjasama.
Oleh itu, kita— begitulah juga kita kalau import meningkat ataupun tak dapat dikurangkan, sekarang ini nilai eksport daripada pertanian meningkat begitu tinggi.
Di antaranya, peningkatan yang begitu nyata, nanas dan durian. Baru-baru ini dalam, di MAHA, dalam MoU hal pengeksportan durian, penambahan lebih RM1 bilion lagi, begitu juga nanas, sudah tiga kali ganda kalau dibandingkan dengan tiga tahun dulu soal pengeksportan iaitu gap antara import dengan eksport sekarang semakin dirapatkan dengan benda yang kita boleh eksport seperti nanas dan durian kita pertingkatkan. Sebab itulah DOSM mengakui bahawa hasil pertanian,
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
pengeksportan pertanian meningkat begitu ketara dalam dua tiga tahun kebelakangan ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, tadi saya tengok jawapan Yang Berhormat tentang bagaimana nak improve pengairan di sawah padi untuk menghadapi El Nino, kekurangan air bagi pesawah dan untuk mengurangkan kadar— mengurangkan kebergantungan kepada import.
Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, sebab saya tengok macam tak serius sikit. Contoh, saya bagi Padang Terap. Padang Terap ada memohon kepada pihak kementerian melalui Jabatan Pertanian Negeri, RM1.57 juta untuk pengairan di Kampung Pedu, di Mukim Pedu. Kita nak buat pengairan untuk menyelamatkan 272 pesawah, kita pergi jumpa MADA, pergi jumpa Jabatan Pertanian, jumpa JPS, kemukakan permohonan tapi diberikan jawapan permohonan tak diluluskan, kena pergi rujuk balik kepada JPS, dia patah balik kepada JPS.
Jadi, macam tak serius untuk menyelamatkan pesawah padi ini. Jadi, mohon respons daripada pihak kementerian. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Saya ambil aduan Yang Berhormat Padang Terap sebagai aduan rasmi dan semua pegawai-pegawai kementerian, kita ambil itu aduan rasmi dan kita akan lihat secara serius aduan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Padang Terap. Terima kasih.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Majlis ke soalan yang keempat. Dipersilakan Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh, Yang Berhormat Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Undang kelima bukan daripada undang yang keempat, Soalan saya nombor empat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
4. Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Besut] minta Perdana Menteri menyatakan strategi kerajaan mempelbagaikan portfolio pelaburan baharu dan memantapkan kerangka pengurusan risiko Tabung Haji bagi menjamin kelestarian dana institusi tersebut agar dapat terus membantu meningkatkan kemampuan rakyat menunaikan ibadah haji.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan
Okey, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon izin sedikit masa. Di kesempatan ini, seperti yang disebut oleh Tuan Yang di-Pertua dalam pemasyhuran sebentar tadi, saya ingin mengulangi semula bahawa buat julung kalinya, bagi memudahkan pergerakan Ahli Yang Berhormat, kita akan adakan solat Jumaat sempena hari pembentangan Belanjawan 2027. Jadi, saya menyeru kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang beragama Islam untuk sama-sama menunaikan solat Jumaat di Parlimen.
Seterusnya, sepanjang Parlimen berlangsung, agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YADIM akan menganjurkan, akan mengadakan program kuliah Tanwir MADANI setiap hari Khamis, bermula 12 tengah hari sehingga jam 2 petang di Surau Blok Pentadbiran dan Ahli Parlimen. Oleh itu, kepada yang berlapangan, bolehlah untuk hadir mendengar kuliah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Besut atas soalan yang dianjurkan. Izinkan saya untuk memberikan penjelasan sebaiknya.
Kerajaan sentiasa mengambil perhatian terhadap kelestarian kewangan Tabung Haji bagi memastikan institusi ini terus berupaya untuk melaksanakan mandatnya mengurus simpanan umat Islam serta membantu rakyat Malaysia membuat persediaan menunaikan ibadah haji secara teratur bagi memenuhi kriteria Istitha'ah (kemampuan). Dalam hal ini, Tabung Haji telah melaksanakan strategi pelaburan secara berhemah, patuh syariah dan berpandukan kepada kerangka alokasi aset strategi ataupun dengan izin, strategic asset allocation bagi memastikan portfolio pelaburan Tabung Haji mempunyai tahap kepelbagaian yang bersesuaian antara kelas aset, sektor dan pasaran, bagi mengimbangi keperluan dan prinsip menjana pulangan yang mampan dengan tahap risiko yang bersesuaian.
Strategic asset allocation dirangka oleh perunding luar dan mendapat maklum balas oleh panel pelaburan dan lembaga pengarah. Ia disemak setiap tiga tahun bagi memastikan strategi pelaburan dan pengurusan risiko pelaburan Tabung
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan
Haji mengambil kira faktor-faktor semasa yang mempengaruhi perubahan dinamik persekitaran ekonomi dan sasaran modal.
Strategic asset allocation inilah yang memandu Tabung Haji dalam mempelbagaikan portfolio pelaburan melalui alokasi aset di dalam pasaran awam dan pasaran persendirian yang merangkumi instrumen atau kelas aset utama yang ada di pasaran iaitu pendapatan tetap, ekuiti, hartanah serta instrumen pasaran wang. Strategic asset allocation Tabung Haji memperuntukkan alokasi di dalam pasaran domestik dan antarabangsa.
Pada masa yang sama, aspek pengurusan risiko terus diperkukuh dengan memberi keutamaan kepada perlindungan modal pendeposit, pengurusan aset dan liabiliti, pengurusan kecairan serta pemilihan aset yang mempunyai asas kukuh dan aliran tunai yang mampan. Semua keputusan pelaburan turut mengambil kira tahap risiko yang munasabah, yang dapat memberi pulangan lestari dan mengikut keadaan pasaran semasa.
Alhamdulillah, pendekatan ini telah menyumbang kepada pengukuhan kedudukan kewangan Tabung Haji. Bagi tahun kewangan 2025, jumlah pendapatan pelaburan meningkat kepada RM4.64 bilion, paras tertinggi yang pernah direkodkan.
Kedudukan kewangan Tabung Haji juga kekal kukuh dengan jumlah aset RM98.58 bilion berbanding liabiliti RM95.63 bilion.
Selain itu, Tabung Haji telah memberikan komitmen dalam meletakkan keutamaan kepada kepentingan pendeposit setelah berjaya meningkatkan kadar agihan keuntungan secara berperingkat dari 1.25 peratus pada tahun 2018 kepada 3.5 peratus pada tahun 2025, sekali gus mencatatkan kadar tertinggi dalam lapan tahun. Alhamdulillah, usaha strategik Tabung Haji dalam memperkukuh pengurusan kewangan dan operasi turut menyumbang kepada kejayaan untuk mengekalkan kos haji selama empat musim berturut-turut pada kadar RM33,300 bermula 2024 sehingga 2027 walaupun peningkatan kos dan inflasi telah meningkat 250 peratus sebelum itu sejak tahun 2001.
Alhamdulillah, dengan ini kesemua reformasi yang dilaksanakan jelas membuahkan kejayaan dalam membawa Tabung Haji kembali ke landasan yang lebih kukuh dan mampan pada hari ini melalui pelaksanaan pelan strategi, tadbir urus yang diperkukuh tanpa campur tangan oleh pihak kerajaan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan soalan tambahan Yang Berhormat Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Menteri, saya bertanya tadi fasal pelaburan baharu kalau ada. Itu yang kita sebut pelan strategik. Kalau ada pun, ada apa-apa penambahbaikan tak kepada pelaburan baru? Kalau ada. Dan juga pelan strategik dan sebagainya.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sebab, saya tengok sekarang ini Tabung Haji rugi lebih kurang RM3 bilion, 3.5 bilion terutama dalam UJSB. Kenapa ada kerugian berlaku? Sebab pelaburan tak mengikut cara-cara yang betul.
Dan soalan yang kedua. Kalau kita kata kita untung banyak― empat tahun apa semua― tapi kenapa ada ura-ura kerajaan nak hapuskan subsidi? Daripada dulu RM9,000 boleh pergi haji, sekarang macam mana? RM33,000 sekarang. Jadi, berapa agak-agak unjuran yang kita nak tunjukkan berapa ramai yang akan tak boleh pergi haji?
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Terima kasih kepada Yang Berhormat. Berkenaan dengan pelaburan baharu pelaburan-pelaburan tersebut, kita akan memberikan jawapan bertulis.
Pun begitu, soalan berkenaan bagaimanakah untuk kita memastikan bahawa pelaburan-pelaburan itu tidak rugi, sepertimana yang kita maklumkan bahawa, alhamdulillah, sejak daripada tahun lalu, kita mencatatkan keuntungan yang tertinggi dalam sejarah Tabung Haji― RM4.64 bilion. Ini menunjukkan bahawa pelaburan- pelaburan yang telah pun dilaksanakan, yang baru dan yang sedia ada, telah membuktikan ia nya telah berjaya transformasi yang telah dilakukan.
Malahan, kita telah memperkukuhkan lagi dari sudut governans dan tatakelola. Kalau kita lihat di Tabung Haji itu, ia punya satu flow yang sangat-sangat sistematik, di mana ia bermula dengan Investment Executive Council, kemudian pergi ke Risk Department, Jabatan Risiko dengan syariah, kemudian turun kepada Portfolio Review Committee, turun lagi kepada Investment Panel dan terus pada pergi Board. Maknanya, ini merupakan salah satu daripada proses yang menjamin dari sudut aspek pengukuhan kepada pelaburan.
Dari aspek yang kedua, soalan yang kedua, iaitu berkenaan dengan subsidi, sepertimana yang dimaklumkan kepada semua, kita tak namakan subsidi, kita namakan sebagai HAFIS iaitu Haj Financial Assistance. HAFIS ini, kita bermula
Dr. Zulkifli bin Hasan
daripada 2001 ya dan ia nya telah pun dilaksanakan. Ia nya bermula tidaklah terlalu banyak kerana kadar kos haji itu tidak tinggi.
Tetapi, akibat daripada seperti yang saya maklumkan iaitu lebih 250 peratus inflasi, tetapi, alhamdulillah, kita telah berjaya mengekang daripada kenaikan kos selama empat tahun berturut-turut. Itu merupakan kejayaan yang luar biasa di mana kenaikan harga minyak, kenaikan kos dan caj pelbagai di Arab Saudi dan juga pertukaran mata wang asing.
Dan apa yang kami lakukan adalah untuk memberikan satu pendekatan yang terbaik. Malahan dalam Muzakarah Haji Kebangsaan pada 2019 telah pun memberikan endorsement ataupun pandangan hukum yang membenarkan kita melaksanakan HAFIS ini secara bersasar dan ini telah membuktikan bahawa, alhamdulillah, kita telah berjaya mengekalkan kos haji kekal selama empat tahun berturut-turut. Dan dalam masa yang sama, kita memperkukuhkan lagi kualiti perkhidmatan haji di mana Tabung Haji telah pun mendapat anugerah selama lima tahun berturut-turut anugerah pengurusan haji terbaik dunia. Terima kasih.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Bolehkah Menteri menyatakan mengenai perkembangan kedudukan portfolio pelaburan Tabung Haji yang terkini? Dan, apakah kejayaan-kejayaan yang telah dihasilkan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan, Menteri.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tersebut yang ada kaitannya dengan soalan berkenaan dengan kedudukan portfolio pelaburan Tabung Haji.
Alhamdulillah, setelah Tabung Haji melalui proses transformasi yang sangat- sangat signifikan, kita telah melihat bagaimana perkembangan yang positif. Di mana, portfolio pelaburan Tabung Haji yang diuruskan dengan lebih berdisiplin berpandukan kepada alokasi aset strategik serta pengurusan risiko pelaburan yang berterusan, hal ini telah membuahkan hasil yang sangat positif. Di mana, nilai dana simpanan pendeposit dan nilai aset di bawah pengurusan terus berkembang. Dana simpanan pada tahun 2018― RM74.5 bilion. Pada tahun 2025 mencanak naik
Dr. Zulkifli bin Hasan
kepada RM93.4 bilion. Dari segi nilai aset, RM75.8 bilion pada tahun 2018. Setelah diadakan transformasi, reformasi dan sebagainya, RM96.4 bilion pada tahun 2025.
Bukan itu sahaja. Kadar agihan keuntungan pada 2018 hanya RM923 juta iaitu 1.25 peratus tetapi pada tahun 2025 kepada kadar RM3.2 bilion dengan 3.5 peratus. Dan reserve kita juga sudah menghampiri satu peratus dan ini bukan hanya kita dapat mengagihkan keuntungan hibah dividen kepada pendeposit tetapi juga kita mematuhi seksyen 22 Akta Tabung Haji. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Majlis ke soalan yang kelima. Dipersilakan Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali, Yang Berhormat Pekan.
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Terima kasih, Dato’ Sri Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Pekan ingin mengemukakan soalan nombor 5.
5. Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [Pekan] minta Menteri Luar Negeri menyatakan langkah kerajaan untuk memperketat sistem pendaftaran rakyat Malaysia yang melancong atau berada di luar negara sebagai langkah memastikan mereka dapat dikesan dan dibantu dengan segera sekiranya berlaku tragedi, bencana atau kecemasan. Adakah pendaftaran tersebut akan diwajibkan bagi destinasi berisiko tinggi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Menteri Luar Negeri untuk menjawab.
Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Pekan.
Dato’ Yang di-Pertua, Kementerian Luar Negeri melalui pejabat-pejabat perwakilan kita di seluruh dunia sentiasa memantau rapat perkembangan dan keselamatan serta kebajikan rakyat Malaysia yang berada di seluruh dunia melalui pejabat-pejabat perwakilan kita di luar negara terutamanya di negara-negara yang mempunyai risiko konflik dan krisis kemanusiaan.
Dato’ Yang di-Pertua, dalam hal ini, Kementerian Luar Negeri menggalakkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara, sama ada menetap ataupun melancong, mereka mendaftar diri mereka dengan pejabat-pejabat perwakilan yang berhampiran ataupun mereka mendaftar keberadaan mereka melalui portal e-Konsular. Ini akan memudahkan kementerian ataupun pejabat-pejabat perwakilan luar negara kita berhubung dan dapat mengetahui keberadaan rakyat Malaysia di satu-satu tempat terutamanya apabila berlaku krisis ataupun masalah yang dihadapi seperti gempa bumi, taufan ataupun yang lain-lain, Dato’ Yang di-Pertua.
Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Jadi, kita menggalakkan, kementerian menggalakkan rakyat Malaysia gunakanlah portal e-Konsular ini supaya ia dapat kita memastikan keberadaan rakyat Malaysia itu dapat kita kenal pasti. E-Konsular ini, dia tak berapa sangat detail, Dato’ Sri Yang di-Pertua. Cuma, kita nak tahu keberadaan mereka, nama dan juga passport number mereka saja.
Dato’ Yang di-Pertua, Bahagian Konsular kita di setiap kedutaan kita memang memantau dan mengambil apa jua tindakan segera jika ada apa-apa berlaku bencana ataupun keperluan-keperluan yang mendesak yang menimpa rakyat Malaysia yang berada di luar negara. Kita berharap supaya semua rakyat Malaysia yang menggunakan pasport Malaysia biasa memang ada dipanggil sebagai― di belakang pasport tersebut, warganegara Malaysia yang menetap di luar negara hendaklah mendaftar diri di pejabat perwakilan Malaysia yang berkenaan.
Dato’ Yang di-Pertua, selalunya kita menggunakan aplikasi MyWorld Alert. Ada kita punya juga aplikasi yang lebih baik ataupun yang lebih komprehensif, jika nak digunakan juga, iaitu MyWorld Alert sebagai salah satu saluran komunikasi pantas antara rakyat dan kerajaan.
Melalui aplikasi ini, Dato’ Yang di-Pertua, maklumat dan amaran penting boleh disalurkan kepada warganegara Malaysia secara serta-merta sekiranya berlaku kecemasan. Aplikasi ini juga mempunyai fungsi komunikasi berasaskan lokasi melalui, dengan izin, Global Positioning System (GPS) yang membolehkan rakyat Malaysia berhubung dengan pejabat perwakilan Malaysia yang berdekatan secara terus.
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat Pekan. Soalan tambahan.
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Apakah bentuk bantuan dan perlindungan yang disediakan kepada rakyat Malaysia yang terkandas akibat bencana ini? Khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai insurans perjalanan atau kemampuan untuk membiayai kos penghantaran pulang. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri untuk menjawab.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Bantuan, berbagai-bagai bantuan yang disediakan tetapi kita tidaklah
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
sehingga terpaksa menanggung bebanan kewangan, Dato’ Yang di-Pertua ya. Kita memberikan bantuan konsular. Bantuan konsular untuk berhubung dengan family terdekat, berhubung dengan keluarga dan ada jugalah cases ataupun kes-kes yang mana kita membantu untuk kita buat crowdfunding untuk kita membantu rakyat Malaysia yang terkandas, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan.
Ini banyak yang terjadi di Jeddah ataupun ataupun di Madinah, Dato’ Yang di-Pertua. Kerana rakyat Malaysia yang banyak yang telah pun tertipu oleh ejen-ejen yang menguruskan mereka mengerjakan haji secara tidak sah ataupun menguruskan mereka pergi umrah tapi beli tiket pergi saja, balik tak ada tiket. Jadi, kita terpaksa menguruskannya walaupun ianya merupakan satu bebanan kewangan yang besar tapi kita dapat menghubungi banyak pihak dan banyak pihak yang membantu rakyat Malaysia yang terkandas walau di mana mereka berada, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada jawapan Yang Berhormat Menteri. Tadi dimaklumkan tentang pendaftaran e-Konsular masih lagi bersifat sukarela. Apakah kerajaan bercadang untuk mewajibkan pendaftaran tersebut kepada rakyat Malaysia yang berada di luar negara untuk memastikan pengawasan negara kepada mereka lebih tuntas?
Yang kedua, terkait dengan bantuan kemanusiaan iaitu bantuan kepada rakyat manusia di luar sana. Kita dikejutkan dengan bencana di Nepal pada 26 Ogos 2026 dan kita dimaklumkan sehingga semalam, masih ada 54 rakyat Malaysia yang masih lagi tidak dijumpai dan kita berdoa agar ianya dijumpai. Dan kita juga dimaklumkan bahawasanya pihak Nepal telah pun memberhentikan proses pencarian dan penyelamatan. Jadi, soalan saya kepada pihak kementerian ialah apakah tindakan yang dilakukan oleh pihak kementerian untuk memastikan yang SAR ini masih lagi diteruskan oleh pihak kerajaan untuk memberikan harapan kepada keluarga mereka yang berada di Malaysia? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih. Berkenaan dengan e-Konsular ini merupakan adalah sukarela. Belum ada lagi hasrat pihak kementerian untuk kita memohon daripada
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
kerajaan untuk menjadikan ianya sebagai mandatori kepada rakyat Malaysia sama ada yang menetap di luar negara ataupun yang melancong ataupun pelajar. Belum sampai lagilah, kita belum pertimbangkan lagi.
Tapi kita berharap supaya rakyat Malaysia yang melancong, yang menetap ataupun yang pergi belajar ke luar negara, gunakanlah kemudahan e-Konsular ini.
Kerana ia adalah merupakan satu-satunya aplikasi yang boleh dijadikan sebagai kita pihak kedutaan ataupun kita punya pejabat-pejabat perwakilan Dato’ Yang di-Pertua, dapat mengetahui dan berhubung jika ada apa-apa keperluan untuk kita menghubungi mereka.
MyWorld Alert itu adalah merupakan sistem komunikasi. Ia boleh berkomunikasi tetapi e-Konsular ini merupakan kita memberitahu di mana keberadaan kita, Dato’ Yang di-Pertua. Jadi, ini belumlah tiba masanya pihak kementerian untuk memohon kerajaan memandatorikan e-Konsular ini kepada semua orang ya. Tetapi kita nasihatkan dan kita galakkan supaya semua rakyat Malaysia yang ke luar negara ataupun yang berada di luar negara, menetap di luar negara, gunakanlah kemudahan ini agar kita dapat mudah berhubung dengan mereka jika ada apa-apa keperluan.
Di Nepal ini Dato’ Yang di-Pertua, kemalangan banjir besar ataupun boleh dikatakan tsunami daratan yang berlaku pada 26 Ogos itu merupakan suatu bencana yang besar, Dato’ Yang di-Pertua ya. Beribu-ribu orang yang telah pun terlibat, termasuk seramai 5,285 orang yang hilang, termasuk 636 warga asing yang terselamat, dapat selamat ialah 13,795. Ada 1,453 daripada 5,285 jasad ditemui, termasuklah yang pada awalnya ketika itu yang tidak dapat dihubungi rakyat Malaysia 55 orang.
Tetapi pada 1 Oktober Dato’ Yang di-Pertua, seorang rakyat Malaysia telah datang sendiri ke pejabat perwakilan kita di Kathmandu dan melapor diri bahawa dia adalah antara 55 orang itu yang telah selamat, seorang ya. Jadi, setakat hari ini masih lagi 54 orang yang masih dalam kategori tidak dapat dihubungi dan dikategorikan sebagai hilang dalam bencana tersebut.
Usaha dilakukan, kita meminta izin daripada pihak Nepal untuk menghantar pasukan penyelamat, search and rescue kita, SMART ke sana. Walaupun pada awalnya negara Nepal tidak membenarkan mana-mana negara menghantar pasukan penyelamat ataupun pencari mereka, cuma ada daripada dua buah negaralah iaitu India dan juga daripada negara China. Kerana mengambil pengajaran daripada peristiwa gempa bumi yang melanda di Kathmandu dulu,
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
bertimpa-timpa pasukan penyelamat datang sehinggakan menyusahkan tuan rumah ataupun negara Nepal itu sendiri. Jadi, mereka tidak membenarkan.
Saya menghubungi rakan sejawat, Shisir Khanal meminta supaya bagilah izin kita punya pasukan SMART untuk dapat ke sana untuk membantu. Akhirnya, kita dapat kelulusan dan kita telah menghantar pasukan SMART kita ke sana dan diuruskan dengan baik oleh pihak kementerian, NADMA mereka di sana. Membawa pasukan kita sampai ke tempat, lokasi di mana the last pinged ataupun last tempat yang kita ketahui telefon mereka itu dapat dikesan, Dato’ Yang di-Pertua. Jadi— tapi tak boleh ada apa-apa yang dapat dilakukan kerana pada ketika itu banjir ataupun tsunami yang terlampau dahsyat.
Dan beberapa hari kemudian, banjir lumpur dan yang berbatu-batu itu telah menjadi keras, menjadi simen. Jadi, tak dapat apa yang dilakukan, Dato’ Yang di- Pertua. Kita membawa sembilan dron SMART dan semuanya kita tinggalkan di sana untuk kita beri kepada pasukan penyelamat mereka untuk membantu Kerajaan Negeri Nepal untuk menjalankan pencarian. Tetapi beberapa hari yang lalu, Kerajaan Nepal telah memberhentikan apa yang dipanggil sebagai search and rescue itu. Jadi, mereka sekarang ialah pemulihan sahaja, Dato’ Yang di-Pertua.
Jadi, kita tidak terus berputus asa, masih lagi berhubung dengan pasukan polis kerana mengikut trekking— mereka yang pergi trekking Dato’ Yang di-Pertua, dia mesti buat laporan di setiap pos yang mereka sampai. Jadi, kita minta polis tempatan untuk check buku-buku kerana mereka boleh tulis nama. Mereka perlu mendaftar dan tulis nama di buku catatan di setiap pos yang mereka lalui. Jadi, kita nak trace sampai begitu tetapi ia memerlukan masa. Dan kerjasama yang kita dapat daripada pihak keselamatan Nepal amat baik dan kita berharap supaya sesuatu yang miracle yang boleh berlaku. Tetapi untuk setakat hari ini, Kementerian Luar Negeri mahu melaporkan bahawa 54 orang rakyat Malaysia itu masih dalam kategori hilang dan tak dapat dikesan.
Yang kita sedang— sebagai— banyak kementerian dan agensi sedang bekerjasama membantu keluarga terdekat ataupun next of kin untuk mengurus dan memudahkan mereka, terutamanya berurusan. Kedutaan kita di sana berurusan dengan Kementerian Dalam Negeri di sana kerana mereka akan cuma mengeluarkan sijil kematian selepas tiga tahun. Jadi, kita mahu supaya dibuat satu pindaan. Dan minggu lepas, kita punya (CDA) Charge d’Affaires, kita telah pun berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri Nepal dan mereka sedang berusaha untuk
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
meminda dan membuat pindaan supaya sijil-sijil kematian, certificate of death itu dapat dikeluarkan segera.
Di sini pula, berbagai agensi sedang bekerjasama untuk memberi bantuan dan juga memudah cara kepada next of kin, terutamanya pihak AG Chambers dan juga pihak Bank Negara dan juga Jabatan Pendaftaran kerana ada urusan perbankan, urusan pendaftaran dan macam-macam.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Jadi, ini terus dilakukan dan kita telah pun mengadakan dua kali perjumpaan dengan next of kin Dato' Yang di-Pertua dan kita telah pun membawa semua agensi dan waris terdekat dapat memberikan apa jua soalan ataupun pertanyaan- pertanyaan kepada semua jabatan-jabatan dan juga agensi-agensi yang berkenaan.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang ke-6. Dipersilakan Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Yang Berhormat Port Dickson.
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan nombor 6.
6. Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun [Port Dickson] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan sejauh manakah pelaksanaan biodiesel B15 dapat mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada diesel petroleum yang terdedah kepada ketidaktentuan harga akibat konflik geopolitik, khususnya di Asia Barat, serta apakah jaminan kementerian bahawa penggunaan B15 tidak menjejaskan prestasi enjin, penggunaan bahan api, kos penyelenggaraan dan jangka hayat kenderaan diesel.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Perladangan dan Komoditi.
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua. Perlaksanaan peningkatan kadar adunan biodiesel daripada B10 kepada B15 mulai 1 Jun 2026 merupakan salah satu daripada langkah kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan kepada diesel petroleum melalui peningkatan penggunaan biodiesel berasaskan minyak sawit tempatan di samping memperkukuhkan keselamatan tenaga negara.
Kedudukan Malaysia sebagai antara negara pengeluar minyak sawit utama dunia turut memberikan kelebihan dari segi ketersediaan bahan mentah bagi menyokong perlaksanaan biodiesel secara berterusan.
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Dari aspek ekonomi dan keselamatan tenaga, penggunaan biodiesel tempatan juga dapat mengurangkan impak pendedahan negara kepada turun naik harga diesel petroleum di pasaran global, khususnya ketika berlaku ketegangan geopolitik. Keadaan ini berpotensi membantu kerajaan menguruskan perbelanjaan subsidi diesel dengan lebih berkesan.
Berhubung kebimbangan terhadap keselamatan dan prestasi kenderaan, kerajaan sentiasa memastikan pelaksanaan mandat B15 berasaskan bukti teknikal dan saintifik. Pada Disember 2016, Persatuan Pengeluar Automatif Jepun ataupun JAMA telah menyokong penggunaan biodiesel sehingga B20. Kajian dan ujian lapangan yang dijalankan oleh MPOB dan JAMA juga menunjukkan bahawa adunan sehingga B20 sesuai digunakan pada kenderaan diesel.
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri pada tahun 2019 juga telah mengarahkan supaya semua kenderaan diesel yang diimport ke Malaysia hendaklah mesra penggunaan B20 ke atas bermula Januari 2020. Justeru, isu keselamatan dan prestasi kenderaan sewajarnya tidak lagi berbangkit.
Selain itu, adunan biodiesel B7 sehingga B20 mematuhi piawaian Malaysia MS 123-5:2020 yang menetapkan keperluan kualiti dan spesifikasi teknikal bahan api diesel. Pelaksanaan B20 di Langkawi, Labuan dan Sarawak. Sarawak ini kecuali di Bintulu sejak tahun 2020, juga tidak menunjukkan sebarang laporan mengenai kerosakan enjin yang diterima oleh MPOB berkaitan penggunaan biodiesel B20.
Pihak MPOB sentiasa menjalankan kajian dan ujian lapangan yang melibatkan pelbagai kategori kenderaan diesel termasuk kenderaan penumpang, kenderaan komersial, bot-bot kegunaan sektor maritim dan peralatan industri serta memastikan perlaksanaan mandat B15 sentiasa dipantau dan dilaksanakan secara selamat berdasarkan bukti saintifik serta keperluan teknikal semasa. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Port Dickson. Soalan tambahan.
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, terima kasih jawapan. Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, berapakah jumlah diesel petroleum yang dijangka dapat dijimatkan melalui perlaksanaan biodiesel B15 bagi tahun 2026? Dan berapakah nilai penjimatan kepada negara daripada pengurangan import diesel tersebut?
Dan berdasarkan ujian MPOB dan Persatuan Pengeluar Automatif Jepun
(JAMA) bahawa adunan sehingga B20 boleh diterima, sesuai digunakan pada kenderaan diesel. Adakah kementerian mendapat pengesahan rasmi dari setiap
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
pengeluar kenderaan diesel di Malaysia seperti Toyota dan lain-lain bahawa B15 tidak menjejaskan prestasi, kos penyelenggaraan dan juga tuntutan waranti? Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson di atas soalan tambahan yang dikemukakan. Perlaksanaan B15 ini sebenarnya bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan kepada bahan api petroleum. Jadinya dalam waktu yang sama dia boleh mengukuhkan keselamatan tenaga negara serta memanjangkan jangka hayat bekalan diesel yang sedia ada.
Saya akan kongsikan penjimatan secara purata penjimatan bagi bulan Jun, Julai dan Ogos. Secara puratanya adalah sebanyak 20,410 tan sebulan. Kalau dalam liter pula, ia nya kira-kira 23.62 juta liter diesel petroleum yang dapat dijimatkan.
MPOB seperti dalam jawapan asal saya tadi sentiasa melaksanakan libat urus secara berterusan dengan JAMA, dengan MAA ataupun Persatuan Automatif Malaysia dan dia telah buat satu kajian dan hasil daripada kajian berkenaan, dia membuktikan bahawa campuran biodiesel B10, B20 ini dapat digunakan dengan baik dalam enjin diesel yang direka mengikut spesifikasi semasa selepas 2020. Dan sejak dilaksanakan tahun 2020, penggunaan B20 ini, kita dah buat dekat Langkawi, Labuan, Sarawak kecuali Bintulu, so far alhamdulillah tak ada apa-apa masalah yang dilaporkan.
FGV juga untuk makluman Dewan yang mulia ini, dia telah menggunakan kereta Mazda CX-8 dengan biodiesel 100 peratus. Maknanya B100, dia dah capai 67,000 kilometer. Setakat ini tak ada sebarang isu yang dilaporkan mengenai penggunaan B100 oleh FGV. Terima kasih banyak Dato’ Sri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Tangga Batu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Terima kasih Dato’ Sri Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Baik, saya setuju dengan jawapan yang disampaikan oleh Menteri tadi. Tak ada masalah tentang enjin diesel kita.
Baik, apakah pendekatan kerajaan mengenai perluasan mandat biodiesel daripada B15 kepada B20 dan seterusnya kerana kita tahu bahawa penggunaan biodiesel berpotensi mengurangkan subsidi diesel dengan harga sekarang diperkirakan kerajaan menjimatkan sebanyak RM1.5 bilion. Memandangkan ia
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
berpotensi mengurangkan diesel serta pelepasan karbon. Baik dengan penggunaan B15 ini sebenarnya kita boleh mengurangkan pembebasan karbon GHG sebanyak 1.2 juta tan dan apakah keutamaan kerajaan sekiranya harga CPO meningkat lebih tinggi daripada harga diesel sehingga manfaat fizikal biodiesel semakin mengecil seperti orang Melaka pantun kata dia, Bunga padi berkembang mekar, Jadi hiasan di dalam taman; Antara subsidi dan alam sekitar, Yang mana nak diutamakan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Kerajaan Malaysia memang menuju ke arah yang lebih tinggi daripada apa yang ada sekarang ini. Tapi pelaksanaannya perlu dibuat secara berfasa dan berdasarkan kesiapsiagaan. Saya juga setuju dengan Yang Berhormat nyatakan tadi bahawa harga CPO memang berkait rapat dengan harga biodiesel. Secara tak langsung ia juga memberi implikasi kepada perbelanjaan subsidi kerajaan.
Saya nak bagi contoh masa ada krisis dekat Selat Hormuz baru-baru ini, harga minyak mentah Brent dengan harga diesel MOPS naik secara ketara. Sebab itulah apabila kerajaan nak putuskan untuk naikkan kadar adunan biodiesel daripada B10 ke B15, ia nya dianggap satu keputusan yang strategik. Jadinya kita boleh kurangkan kebergantungan kepada diesel berasaskan petroleum. Dalam waktu yang sama boleh menyerap tekanan terhadap kos bahan api dan panjangkan juga bekalan diesel negara.
Tapi selain daripada manfaat daripada aspek keselamatan tenaga dan ekonomi, saya juga percaya penggunaan biodiesel juga turut menyumbang kepada pelepasan gas rumah kaca ataupun GHG seperti Yang Berhormat nyatakan tadi.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Kesimpulan yang boleh saya nyatakan di sini adalah pendekatan kerajaan dalam menetapkan dan meningkatkan mandat adunan biodiesel secara peringkat.
Ini kita boleh tengok sebagai satu langkah yang secara berperingkat sebab dari segi logistiknya perlu dinaik taraf dan ia nya merupakan satu langkah yang strategik, seimbang kita ambil kira faktor harga komoditi, implikasi subsidi dan yang penting kelestarian alam sekitar seperti Yang Berhormat nyatakan tadi. Tetapi insya-Allah kita
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
tidak akan mengetepikan terutamanya apabila kita hendak memikirkan mengenai kelestarian alam sekitar tersebut Yang Berhormat. Terima kasih banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Majlis ke soalan yang ketujuh. Dipersilakan Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi, Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih Yang di-Pertua.
Soalan saya nombor 7.
7. Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi [Tumpat] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah perkembangan terkini usaha meningkatkan kadar pengurangan sisa dan kitar semula, khususnya usaha mengubah masyarakat daripada budaya "guna dan buang" kepada ekonomi kitaran dan apakah sasaran kuantitatif bagi pengurangan sisa yang dihantar ke tapak pelupusan serta peningkatan kadar kitar semula.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang sentiasa menekankan aspek kemampanan dan juga kesejahteraan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sentiasa komited dan cakna untuk memperkukuhkan sistem pengurusan sisa pepejal negara ke arah sistem yang lebih cekap dan mampan.
Dalam penggunaan sumber, KPKT sedang mempergiatkan peralihan daripada ekonomi linear yang berasaskan kepada konsep guna dan buang kepada ekonomi kitaran circular economy, dengan memberi keutamaan kepada pengurangan penjanaan sisa, penggunaan semula, kitar semula dan juga perolehan semula sumber. Melalui pendekatan baru ini bahan yang bernilai dikekalkan dalam rantaian ekonomi semaksimum mungkin bagi mengurangkan kebergantungan kepada tapak pelupusan serta menyokong pengurusan sisa yang mampan.
Tuan Yang di-Pertua, bagi memacu transformasi ini KPKT telah melancarkan blue print economy kitaran bagi sisa pepejal di Malaysia 2025 hingga 2035 yang telah merangkumi lima tunggak strategik dan juga 20 inisiatif baru, Blueprint ini telah menetapkan sasaran kualitatif sasaran sisa daripada tapak pelupusan sebanyak 42 peratus pada tahun 2025, 28 peratus pada 2030 serta 53 peratus menjelang tahun 2035. Dari segi prestasi kadar kitar semula kebangsaan kita menunjukkan tren peningkatan daripada 31.52 peratus pada tahun 2021 kepada
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
37.9 peratus pada tahun 2024. Manakala data rasmi bagi tahun lepas dinilai peringkat akhir pengesahan.
Bagi mempercepatkan kadar kitar semula, KPKT telah memperkukuhkan pelbagai langkah strategik antaranya termasuk:
(i) memperkasakan Extended Reducer Responsibility (EPR), bagi memastikan pengeluar bertanggungjawab terhadap kitar hayat produk dari fasa pengeluaran hingga ke fasa pengumpulan dan kitar semula;
(ii) melaksanakan kempen Kitar Semula Kebangsaan tahun ini bertemakan daripada sisa kepada sumber telah dilancarkan pada 24 Jun;
(iii) melanjutkan kempen Katakan Tidak Kepada Plastik Sekali Guna, Say No To Single Use Plastic Bag yang dilancarkan pada 26 September 2024, bersama lebih 7,000 kedai industri peruncitan untuk menangani kesan negatif penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Sehubungan itu SWCorp terus memperluaskan pengasingan sisa di punca bagi sektor isi rumah serta komersial industri dan institusi selain memperkasakan program kesedaran awam seperti trash to cash, komoditi sifar sisa, pejabat sifar sisa, pertandingan kitar semula sekolah sudah telah berjaya menubuhkan 131 drive through recycling center seluruh negara.
Bagi kemudahan penyediaan kitar semula sehingga Ogos tahun ini, sebanyak 6,256 fasilitet pengitaran semula direkodkan di negeri-negeri yang telah menerima pakai Akta 672. Malah pada 5 Jun, KPKT telah mengumumkan inisiatif mewajibkan penyediaan semua pusat beli-belah perlu menyediakan fasilitet kitar semula seluruh negara. So, nearly one thousand shopping malls will be required to have recycling facilities, sebagai syarat lesen perniagaan mulai tahun ini.
Selain itu kerajaan juga sedang merangka perundangan dan garis panduan yang lebih komprehensif bagi memastikan sektor industri dan komersial turut memainkan peranan aktif dalam mengurangkan jejak karbon serta sisa buangan mereka. Selain mampu mengurangkan beban di tapak pelupusan sampah, ia juga berpotensi membuka peluang pekerjaan hijau, ekonomi hijau dan menjana nilai ekonomi baharu menerusi konsep that waste to wealth, from trash to cash, from waste to energy.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Sebagai langkah penyelarasan strategik di peringkat nasional, Jemaah Menteri telah setuju KPKT menerajui National Circular Economy Council (NCEC), yang menghimpunkan pelbagai kementerian, agensi, PBT dan pihak berkepentingan industri untuk memastikan dasar pengurusan sisa dan ekonomi kitaran dilaksanakan secara holistik, bersepadu serta selari dengan matlamat kelestarian alam sekitar negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI. Sekian Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan soalan tambahan Yang Berhormat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya, saya mendengar jawapan yang begitu komprehensif daripada pihak YB Menteri. Jadi kalau kita ada seribu supermarket yang menyediakan pusat kitar semula, ia tidak akan berakhir. Kalau di Jepun mereka ada second street atau pun book off store yang menjual barangan tempatan kepada rakyat mereka sendiri. Jadi, adakah kerajaan akan mewujudkan satu ekosistem kitaran barangan terpakai tempatan yang akan di tempatkan di hypermarket atau pun supermarket di negara kita sebagai langkah untuk menjadikan ia, mewujudkan ia menjadi satu kitaran pasaran, itu yang pertama.
Yang kedua, berhubungan dengan kes atau pun tren kecurian kabel yang melibatkan kabel-kabel elektrik, kabel strategik sepertinya ECRL yang dilaporkan baru-baru ini yang dijual kepada pengusaha barang lusuh. Apakah bentuk kawalan dan tindakan penguatkuasaan spesifik di bawah KPKT yang akan menjalani hukuman deterrent kepada pihak ketiga selaku pembeli atau penadah memandangkan jenayah penjualan kabel kepada pihak ketiga ini akan membahayakan nyawa dan memberikan kerugian besar kepada negara. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih kepada Yang Berhormat atas dua soalan.
Soalan tambahan pertama,
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
[Bangun]
Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
[Bangun]
Tuan Nga Kor Ming
Ya, memang mulai tahun ini KPKT telah menetapkan semua sopping mall iaitu...
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
[Bangun]
Tuan Nga Kor Ming
Pusat beli-belah, dia perlu mempunyai kemudahan kitar semula sebagai syarat perniagaan, lesen perniagaan. Maka kita yakin dengan dasar baharu ini lebih banyak kemudahan kitar semula akan diadakan termasuk kitar semula bahan makanan.
Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini negara kita setiap hari menjana lebih kurang 40 ribu metrik tan sisa pepejal. Kita amat sedih, sebenarnya hampir 40 peratus adalah sisa makanan. Bagi saya pembaziran sisa makanan bukan satu jenayah, malah ia merupakan satu dosa. Satu dosa yang besar apabila makanan yang dihasilkan yang boleh dimakan dibuang begitu sahaja.
Setiap tahun, setiap hari negara kita menghasilkan 12 ribu tan sisa daripada makanan. Itu memerlukan kerjasama semua pihak, it takes a whole-nation-approach termasuk pengusaha, rakyat, pembeli, pengguna semua untuk memberikan kerjasama mengubah sikap kerana biar kita selalu tegaskan biar miskin harta jangan miskin minda.
Soalan kedua tentang kecurian kabel. Kementerian, Jemaah Menteri memang memandang serius tentang kehilangan dan kecurian kabel khususnya dari sindiket. Soalan ini sepatutnya dijawab oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Bagaimanapun memang KPKT sentiasa berinteraksi dengan KDN supaya kita bukan sahaja mungkin perlu pinda undang-undang supaya hukuman yang lebih berat dikenakan kepada kes kecurian kabel kerana beberapa kali terjadi. LRT dekat Kelana Jaya tidak dapat beroperasi akibat— bukan akibat daripada kesilapan operasi, akibat daripada kehilangan kabel dicuri oleh sindiket.
Oleh kerana itu memang PBT menerusi sistem penguatkuasaan menerima bahan curian itu adalah satu kesalahan jenayah, receiving stolen property is a crime.
Sebab itu kita memberikan isyarat yang penting sekiranya ditangkap hukuman setimpal akan dikenakan untuk pastikan untuk kita terus menjaga keselamatan awam dan juga kesejahteraan rakyat. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Wangsa Maju.
Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.
Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
Dalam Rancangan Malaysia Ke-12, disasarkan 40 peratus kadar kitar semula menjelang 2025. Bolehkah Yang Berhormat Menteri menyatakan, berapakah angka
Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
sebenar yang dicapai, dan jika tidak tercapai apakah faktor utama yang menyebabkannya? Terima kasih.
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih di mana menjaga kelestarian alam sekitar menjadi tanggungjawab kita semua. Pada tahun 2024 kadar kitar semula negara kita 37.5 peratus. Tahun lepas, kadar kitar semula negara kita sedang dalam pengesahan peringkat akhir untuk kita dapatkan angka yang sebenar.
Bagaimanapun, dengan pelancaran blueprint dan roadmap di bawah National Secular Economy Council, saya yakin di mana sekiranya kita mendapat kerjasama semua pihak, kita mampu mencapai kadar kitar semula melebihi 40 peratus menjelang akhir tahun ini juga.
Saya bagi contoh, di bawah Program Trash to Cash kita telah melancarkan Program Kitar Semula tahun ini bulan Januari hingga Ogos, di mana kutipan jumlah bahan kitar semula telah melebihi 7.858 juta kilogram. Nilai jualan bahan kitar semula yang dahulunya dianggap sebagai sampah telah melebihi RM2.85 juta.
Kedua, Komuniti Sifar Sisa, kementerian telah pun menerusi SWCorp melakukan menubuhkan 17 pusat Komuniti Sifar Sisa yang aktif beroperasi bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini. Setakat hari ini, kutipan barang kitar semula di pusat Komuniti Sifar Sisa melebihi 111,504 kilogram.
Ketiga, kita juga tahu bangku sekolah penting, melentur buluh biarlah dari tebing. Pertandingan kitar semula di sekolah-sekolah tahun ini, penyertaan sekolah 1,680 buah sekolah. Kita berjaya mengutip jumlah bahan kitar semula 4.95 juta kilogram dan sampah ini telah berjaya kita jual dengan nilai RM2.98 juta. Maka, sekiranya kita kumpulkan 2018 hingga tahun lepas kita berjaya kutip hampir 20 juta kilogram, iaitu RM19.08 juta kilogram dan sampah-sampah itu dijual melebihi RM10.22 juta. Ini menunjukkan kerjasama semua pihak adalah sangat penting untuk kita pastikan kemampanan pembangunan negara terjamin, kelestarian alam sekitar itu dibela. Sekian, terima kasih.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
8. Datuk Willie anak Mongin [Puncak Borneo] minta Perdana Menteri menyatakan perkembangan terkini rundingan Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Sarawak berhubung pelaksanaan hak-hak Sarawak dan garis masa pelaksanaan di bawah MA63 khususnya berkaitan kuasa kawal selia minyak dan gas dan bilakah baki perkara yang masih belum diselesaikan seperti autonomi kesihatan, pendidikan dan jumlah 35 peratus jumlah kerusi Parlimen akan dimuktamadkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Puncak Borneo. Puan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat bagi negeri Sarawak, sebanyak 26 perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 yang dibincang di bawah platform Rundingan MA63 iaitu Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) telah dibincangkan.
Daripada jumlah tersebut, yang terkini sebanyak 13 perkara yang dikategorikan selesai, secara ringkasnya 26 perkara tersebut, 13 perkara selesai, tiga perkara selesai sebahagian, lima perkara belum selesai, lima perkara diangkat ke peringkat tertinggi iaitu perbincangan di antara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Premier dan juga Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah. Ini boleh diakses di dalam laman web BHESS untuk detail.
Berdasarkan keputusan mesyuarat MTPMA63 Bil. 1 pada 11 September 2026, terdapat tiga perkara yang dikategorikan sebagai selesai, iaitu yang pertama obligasi kewangan Persekutuan di bawah senarai tiga, senarai bersama, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Yang kedua, pertambahan perjawatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan Sarawak di bawah Perkara 112 Perlembagaan Persekutuan dan juga Borneonisasi Perkhidmatan Awam Persekutuan di negeri Sabah dan Sarawak.
Bagi isu pendidikan dan isu kesihatan, perkara tersebut telah dikategorikan sebagai selesai sebahagian ataupun interim.
Selain daripada itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Mesyuarat MTPMA63 Bil. 1 pada 11 September baru lalu menyatakan bahawa terdapat kewajaran untuk meningkatkan kadar nisbah Ahli Dewan Rakyat dari negeri Sabah dan Sarawak tertakluk kepada perbincangan lanjut yang perlu disusuli oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri dan juga Suruhanjaya Pilihan Raya.
Perkara berkaitan royalti minyak dan pembayaran tunai petroleum, mineral minyak dan medan minyak, Akta Wilayah Laut, duti setem dan hak negeri ke atas pelantar benua merupakan perkara di bawah MA63 yang telah dikategorikan sebagai perkara yang kini dirujuk kepada keputusan atau perbincangan peringkat tertinggi.
Semua perkara ini seperti yang saya sebut tadi akan dibincangkan di antara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Premier Sarawak dan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Walau bagaimanapun, ia akan terus dipantau oleh Jawatankuasa MTPMA63 dan Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63. Kerajaan MADANI beriltizam untuk menyegerakan penyelesaian kepada semua perkara di bawah MA63, namun tempoh masa bagi penyelesaian setiap tuntutan adalah tertakluk kepada proses perundangan yang berkaitan. Selain itu, tahap kesediaan Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak dari sudut operasi sumber manusia dan kewangan juga merupakan antara aspek yang perlu diambil kira sebelum suatu tuntutan di bawah MA63 dapat diselesaikan.
Kerajaan MADANI teguh dengan komitmen untuk memastikan pelaksanaan MA63 direalisasikan secara berhemah, inklusif dan berteraskan semangat Persekutuan yang jitu. Usaha ini adalah manifestasi jelas kepada tekad Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam menjadikan MA63 sebagai naratif nasional.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Puncak Borneo.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang begitu komprehensif. Namun, kita berakar kepada sejarah dan kita berpegang kepada janji. Jadi, Perjanjian MA63 ini bukan sesuatu yang bukan kita boleh momokkan dan prinsip asal penubuhan Malaysia harus dijulang dan tidak boleh dimungkiri. Maka, berhubung dengan tuntutan supaya Sabah dan Sarawak mempunyai sekurang-kurangnya 35 peratus kerusi Dewan Rakyat adalah termaktub dalam Suruhanjaya Cobbold dan IGC Report yang tidak boleh dirobek, tidak boleh dinoda dan juga tidak boleh dimungkiri.
Jadi soalan saya, adakah Kerajaan Persekutuan pada prinsipnya bersetuju dengan objektif tersebut. Jika bersetuju apakah mekanisme dan langkah-langkah perundangan yang perlu dibuat untuk merealisasikan dan bilakah proses tersebut dapat dimulakan kerana ia adalah amat penting untuk kita menimbang tara kuasa di dalam Dewan Rakyat ini. Jadi, untuk kelangsungan dan juga kita menjulang prinsip penubuhan Malaysia ini, maka perkara ini adalah amat penting untuk kita selesaikan dengan segera. Terima kasih.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih soalan tambahan daripada Puncak Borneo. Saya amat bersetuju sebab ini adalah perjuangan yang telah diangkat oleh leluhur kita pimpinan terdahulu dan kita perlu perjuangkan sehingga kini.
Untuk makluman Yang Berhormat, pertambahan bilangan Ahli Dewan Rakyat dari negeri Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat seperti yang saya sebut tadi telah
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
dijadikan agenda yang dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 dan juga Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MTP63 serta dibincangkan secara serius dan teliti dalam Mesyuarat Jemaah Menteri. Susulan daripada keputusan tersebut, saya sendiri telah mengadakan perbincangan awal dengan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mendapat input-input daripada SPR dan apa tindakan yang perlu dibuat selepas ini.
Saya juga mencadangkan untuk diadakan jawatankuasa khas di bawah Jawatankuasa Teknikal untuk memperincikan–– saya cadangkan supaya dipengerusikan bersama dengan Menteri Undang-undang dan juga saya sendiri untuk kita perincikan kaedah pelaksanaannya.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Cuma ini baru perbincangan awal. Jadi, perkara mengenai pertambahan bilangan Ahli Dewan Rakyat dari negeri Sabah dan Sarawak akan terus di bincang dan dipantau dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPM63 yang akan datang. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Semporna.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Terima kasih Dato' Speaker, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Menjelaskan sedikit sebanyak tentang Perlembagaan dan juga Perjanjian 63, saya ingat Dato' Speaker is constitutional. Ini terkandung dalam Perlembagaan negara kita, di mana diikat manusia sehingga terbentuk Malaysia, ikatannya berdasarkan dengan hak, berdasarkan dengan nilai. Nilai apa? Harapan bahawa perjanjian ini dapat ditunaikan sebaik mungkin. 63 tahun dah Dato' Speaker, kita masih runding lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, soalan.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Persoalan dia, kerusi satu bab, is very clear dalam Perlembagaan, satu pertiga. Takkan 222 kerusi, kita tak tahu berapa jumlah satu pertiga Sabah dan Sarawak. Jelas, just give it there. Satu lagi Dato' Speaker, dua soalan tentang 40 peratus ini. Saya terima kasih banyak kepada kerajaan bagi interim, 112C is an interim. Terima kasih banyak RM1.5 bilion kepada Sabah dan Sarawak. That’s an interim. Tapi 40 peratus hak itu termaktub dalam 112D, Jadual 10, Perlembagaan Malaysia yang ada menjelaskan Sarawak tidak boleh dapat 40 peratus, they are not entitled for the right of 40 percent.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Cukai yang dipungut di bumi Sabah, sama ada daripada minyaknya, sama ada dari gasnya perlu dikembalikan kepada bumi Sabah 40 peratus*, is very clear.
Whatever collected, income tax* kah, personal tax kah, company tax kah, corporate tax yang ada dikembalikan kepada Sabah. 63 tahun dah. Tak, *interim is different.
There must be clarity in* dari segi reading the constitutions, Perlembagaan. Di samping itu, mahkamah sudah putuskan dah. Baru-baru ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan...
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
...40 percent must be granted.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
...Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Dan, saya minta kepada Yang Berhormat Menteri, runding ini dah 63 tahun Dato' Speaker.
Harapan rakyat Malaysia di Sabah. Kita sayang negara kita. We want to build this nation but it must be own hope and trust and the right must be delivered. Terima kasih banyak.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih kepada MP Yang Berhormat Semporna. Memang siapa pun mahu supaya perkara ini diselesaikan sesegera mungkin. Saya sendiri sebagai orang Sabah. Tetapi kita juga memikirkan tentang— memang 63 tahun. Tapi jika kita lihat rekod, hanya kita kena fahami ini. Kalau ikut rekod, sekarang ini sudah 16 perkara selesai dan hanya empat perkara selesai ya di kerajaan terdahulu.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
[Bangun]
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
12 perkara selesai zaman Kerajaan Perpaduan MADANI [Tepuk] Jadi kita serius sebenarnya untuk menyelesaikan perkara ini. Jadi kalau nak di-compress-kan dalam satu term, saya fikir itu pun tidak adil juga untuk Kerajaan Perpaduan MADANI sebab banyak perkara yang kita perlu teliti dan ini rekod, hanya empat perkara yang di bincang kerajaan sebelum ini.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Bangun]
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Jadi, saya pun tidak maklum kenapa masa sebelum ini tidak di bincang secara teliti dan juga serius perkara ini. Tapi saya bagi komitmen sebagai Menteri yang dipertanggungjawabkan, saya akan pastikan selagi kita berada dalam kerajaan ini, kita akan pastikan bahawa perkara-perkara ini kita akan selesaikan sesegera mungkin. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Dato' Speaker, let me correct Dato' Speaker, dengan izin.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Dato' Speaker, Dato' Speaker, dengan izin boleh tak kita perbetulkan. Kabinet 2019 putuskan daripada 21 perkara, 17 dipersetujui. Let me put in the Cabinet. The Cabinet paper is date 2019. [Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Puan Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai penerangan mengenai penyata daripada Pengerusi Jawatankuasa Pilihan seperti di nombor satu hingga tiga dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini.
Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 6 Oktober 2026.” Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ada siapa yang menyokong?
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepala Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah Usul seperti dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Tuan Yang di-Pertua, standing order.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
14(1)(i). Saya telah menghantar surat kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan memohon beliau mengadakan kenyataan Menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) berkenaan dengan tahap keselamatan sekolah ekoran kematian pelajar Tingkatan 4 di Yong Peng, Johor.
Saya menganggap ini perkara kepentingan awam yang mendesak. Saya ingin mendapat petua dari Tuan Yang di-Pertua, adakah Yang Berhormat Menteri Pendidikan memberi apa-apa indication, beliau akan membuat kenyataan Menteri pada hari ini ataupun tidak. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli Yang Berhormat, saya dimaklumkan bahawa Yang Berhormat Menteri telah hantar surat untuk Yang Berhormat. Sudah terima? Ah belum? Okey, sudah ada surat dari Menteri Pendidikan. Jadi, nanti saya akan suruh Yang Berhormat untuk mendapati surat ini, okey.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pembangunan Sukan 1997; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Belia dan Sukan [Dr. Mohammed Taufiq bin Johari]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Makanan 1983; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kesihatan [Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, terdapat tiga penerangan mengenai penyata daripada Pengerusi Jawatankuasa Pilihan yang akan dibuat iaitu:
(i) Jawatankuasa Pilihan Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi,
(ii) Jawatankuasa Pilihan Kesihatan; dan
(iii) Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Selayang, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi memberi penerangan berkenaan penyata bertajuk Pengurusan Pelarian Di Malaysia.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Jawatankuasa Pilihan Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi telah membentangkan penyata jawatankuasa berhubung “Pengurusan Pelarian di Malaysia" DR.21/2026 di Dewan Rakyat pada hari Selasa, 14 Julai 2026.
Jawatankuasa ini telah mengadakan lima mesyuarat bagi membincangkan isu ini melalui mesyuarat pertama pada hari Selasa 12 Ogos 2025 berkenaan “Realiti di Lapangan dan Laluan Dasar Bagi Pekerjaan, Pendidikan dan Penjagaan
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Kesihatan Pelarian di Selayang” oleh Pertubuhan Perkhidmatan Sosial dan Pembangunan Komuniti (PSPK).
Mesyuarat kedua pada hari Selasa, 25 November 2025 mengenai “Dasar Pelaksanaan dan Cabaran Pengurusan Pelarian di Malaysia” oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Mesyuarat ketiga pada hari Selasa, 2 Disember 2025 diadakan bagi membincangkan “Kesihatan Tanpa Diskriminasi Ke Arah Menjamin Akses Perkhidmatan Kesihatan Untuk Pelarian” oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM).
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Mesyuarat keempat pada hari Rabu 28 Januari 2026 diadakan bagi membincangkan situasi pelarian di Malaysia, meliputi status semasa cabaran dan implikasi terhadap sistem perundangan oleh Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) dan mesyuarat kelima pada hari Rabu 11 Februari 2026 diadakan bagi membincangkan laluan sah dan selamat untuk pelarian bekerja di Malaysia oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Isu pelarian di Malaysia merupakan satu isu yang kompleks kerana melibatkan pelbagai dimensi termasuk aspek keselamatan negara, hak asasi manusia, kesihatan awam, pendidikan, pasaran buruh serta hubungan di antara komuniti tempatan dengan warga asing.
Sehingga kini, Malaysia bukan merupakan pihak kepada Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967. Di samping itu, istilah “pelarian” tidak diperuntukkan secara khusus di bawah Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155].
Pada masa yang sama, kewujudan komuniti pelarian dalam tempoh yang panjang telah menimbulkan pelbagai cabaran oleh segi dokumentasi, penguatkuasaan, penyampaian perkhidmatan kesihatan, akses kepada pendidikan, peluang pekerjaan, keselamatan serta implikasi terhadap kesejahteraan masyarakat setempat.
Sehubungan dengan itu, penyata ini menghimpunkan analisis menyeluruh dan hasil dapatan perbincangan bersama KDN, KKM, KESUMA, UNHCR dan PSPK bagi meneliti langkah-langkah penambahbaikan yang boleh dipertimbangkan dalam pengurusan pelarian di Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, hasil daripada libat urus pertama bersama dengan PSPK, jawatankuasa telah mengenal pasti beberapa isu iaitu kajian telah dijalankan sejak Januari 2025 selama hampir lapan bulan melibatkan 133 responden terdiri
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
daripada 68 orang pelarian dan 65 orang bukan pelarian melalui perbincangan kumpulan berfokus, temu bual dan kajian eksploratori.
Pelarian didapati masih bergantung kepada sektor pekerjaan tidak formal dengan kadar upah yang lebih rendah berbanding pekerja tempatan tanpa perlindungan keselamatan sosial. Walau bagaimanapun, kehadiran mereka turut membantu memenuhi keperluan tenaga kerja dalam sektor tertentu.
Dalam aspek kesihatan dan pendidikan, pelarian masih berdepan kekangan mendapat rawatan akibat kos yang tinggi. Manakala kanak-kanak pelarian tidak mempunyai akses kepada pendidikan formal dan hanya bergantung kepada pusat pembelajaran komuniti yang beroperasi dengan pelbagai kekangan.
PSPK mencadangkan pengenalpastian sektor pekerjaan tertentu, menubuhkan agensi pemudah cara tenaga kerja, skim keselamatan sosial berasaskan caruman, latihan kesediaan kerja, kursus bahasa, perluasan akses TVET serta pemerkasaan insurans kesihatan.
Tuan Yang di-Pertua, hasil daripada libat urus kedua bersama dengan KDN, jawatankuasa telah mengenal pasti beberapa perkara iaitu kerajaan telah memperkenalkan DPP untuk mengumpul data komprehensif dan biometrik, membenarkan keberadaan secara sah dan sementara di Semenanjung Malaysia serta memberikan akses terhad kepada pendidikan, kesihatan dan pekerjaan.
Pelaksanaan DPP tidak membawa kepada pemberian permit masuk, kewarganegaraan atau pengiktirafan status undang-undang dan memerlukan pindaan Peraturan Imigresen 1963 serta pandangan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.
Konflik berpanjangan di Myanmar dan pengurangan kuota penempatan semula ke negara ketiga menyebabkan pelarian kekal berada di Malaysia untuk tempoh yang panjang dan keberadaan pelarian di Malaysia hanya boleh berakhir melalui penghantaran pulang ke negara asal bagi mereka yang mempunyai dokumen perjalanan sah, penempatan semula ke negara ketiga atau tindakan pengusiran terhadap individu yang melanggar undang-undang imigresen atau terlibat dalam jenayah.
Tuan Yang di-Pertua, hasil daripada libat urus ketiga bersama dengan KKM, jawatankuasa telah mengenal pasti beberapa perkara iaitu pemegang kad UNHCR diberikan diskaun 50 peratus ke atas deposit dan caj rawatan tertentu, rawatan percuma bagi penyakit berjangkit tertentu serta beberapa pengecualian caj imunisasi
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
manakala rawatan kecemasan diberikan kepada semua individu tanpa mengira status kewarganegaraan.
KKM berdepan peningkatan tunggakan bayaran rawatan, kekangan tenaga kerja, infrastruktur, peralatan dan kapasiti perkhidmatan serta meningkatkan beban penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.
Skim Insurans Perubatan Pelarian (REMEDI) telah diperkenalkan sebagai mekanisme pembiayaan rawatan di samping kerjasama dengan NGO melalui surat jaminan bagi membantu menanggung kos rawatan pelarian dan pemohon suaka di fasiliti kesihatan kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, hasil daripada libat urus keempat bersama dengan UNHCR, jawatankuasa telah mengenal pasti beberapa perkara iaitu UNHCR mengalu-alukan pelaksanaan DPP. Namun, pelaksanaannya memerlukan undang- undang dan prosedur yang jelas termasuk kriteria kelayakan, mekanisme semakan dan perlindungan daripada penghantaran pulang secara paksa.
Ketiadaan laluan pekerjaan yang sah menyebabkan pelarian bergantung kepada pekerjaan tidak formal serta menjejaskan akses kepada kesihatan dan pendidikan. Sehubungan dengan itu, UNHCR mencadangkan penyediaan kerangka perundangan yang jelas, peluasan akses kepada pekerjaan yang sah, skim pembiayaan kesihatan mandatori dan akses pendidikan yang lebih luas.
Tuan Yang di-Pertua, hasil daripada libat urus kelima bersama dengan KESUMA, jawatankuasa telah mengenal pasti beberapa perkara iaitu kebenaran bekerja hanya diberikan kepada pelarian berdaftar yang memperolehi DPP dan memenuhi had umur iaitu 18 tahun ke atas bagi sektor formal dan 21 tahun ke atas bagi pekerjaan domestik.
Pada fasa permulaan, perlaksanaan melibatkan sektor berkemahiran rendah sebelum diperluaskan kepada kategori mahir dan kepada mahir – separuh mahir melalui proses verifikasi tahap kemahiran. Survey World Bank tahun 2025 terhadap 3,900 responden menunjukkan 5.6 peratus pelarian berada dalam kategori kemahiran tinggi, 50.1 peratus separuh mahir dan 40.3 peratus tidak mahir. Dan pelarian yang bekerja akan diberikan perlindungan perburuhan yang sama seperti pekerja asing di bawah undang-undang sedia ada.
Tuan Yang di-Pertua, jawatankuasa telah meneliti pelbagai isu, dapatan dan cadangan yang dikemukakan berkaitan pelarian. Berdasarkan penelitian tersebut, jawatankuasa mengemukakan syor-syor strategik bagi pengurusan pelarian.
Terdapat sembilan syor yang telah dikemukakan iaitu:
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
(i) Jawatankuasa mengesyorkan agar KDN dengan kerjasama agensi penguatkuasaan berkaitan mewujudkan satu mekanisme pengesahan identiti dan penentuan status pelarian yang telus, bersepadu dan boleh diaudit bagi membezakan antara pelarian tulen, PATI dan migran ekonomi.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
(ii) Jawatankuasa mengesyorkan supaya DPP perlu diberikan keutamaan dan diselesaikan dalam tempoh enam bulan bagi imigran yang berada di dalam depoh. Manakala bagi imigran yang berada di luar depoh, di sasar dapat diselesaikan pada pertengahan tahun 2030;
(iii) Jawatankuasa mengesyorkan supaya penerangan daripada kerajaan kepada rakyat dilakukan secara berterusan mengenai pelaksanaan DPP;
(iv) Jawatankuasa mengesyorkan agar KKM dengan sokongan Kementerian Kewangan (MOF) merangka satu pendekatan dasar kesihatan pelarian yang lebih tersusun dan mampan;
(v) Jawatankuasa mengesyorkan agar MOF dengan kerjasama kementerian berkaitan membangunkan satu kerangka pembiayaan nasional yang telus dan berasingan bagi pengurusan pelarian untuk memastikan pengurusan kewangan yang lebih mampan serta mengurangkan beban fiskal jangka panjang kepada kerajaan;
(vi) Jawatankuasa mengesyorkan agar KESUMA melaksanakan pemantauan berterusan terhadap pelaksanaan akses pekerjaan kepada pelarian khususnya dari segi kesannya terhadap pasaran buruh tempatan, tahap kebergantungan kepada pekerja asing serta dinamik sosial dalam komuniti setempat;
(vii) Jawatankuasa mengesyorkan agar MKN menyelaras dan memperkemas pengurusan pelarian secara menyeluruh termasuk memperkukuhkan aspek penguatkuasaan khususnya kawalan di pintu masuk dan sempadan negara
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
melalui penyelarasan bersepadu di antara semua agensi penguatkuasaan;
(viii) Jawatankuasa turut mengesyorkan agar semua agensi penguatkuasaan mengambil tindakan yang lebih tegas, bersepadu dan berkesan terhadap sebarang aktiviti menyalahi undang-undang yang melibatkan PATI; dan
(ix) Akhir sekali, jawatankuasa mengesyorkan supaya satu tindakan perundangan diambil kepada mana-mana individu yang melindungi mana-mana PATI.
Oleh demikian, sekian sahaja penerangan saya selaku Pengerusi JKP Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi bagi Penyata Jawatankuasa Mengenai Pengurusan Pelarian di Malaysia. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, penerangan daripada Yang Berhormat Selayang, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi ini terbuka untuk ahli-ahli meminta penjelasan dan memberikan pandangan.
Senarai pembahas adalah seperti berikut. Setiap pembahas diberi masa lima minit sahaja. YB. Seputeh, YB. Padang Besar, YB. Puncak Borneo, YB. Muar, YB.
Kepong, YB. Sik, YB. Bakri, YB. Pengkalan Chepa, YB. Tumpat, YB. Tuaran, YB.
Tanjong Karang, YB. Bukit Bendera, YB. Putrajaya dan YB. Jelutong. Saya jemput Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Puan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Pilihan Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi atas penyediaan penyata Pengurusan Pelarian di Malaysia.
Saya memang baca laporan ini secara teliti kerana isu pelarian adalah sangat mendekati hati saya. Ini merupakan isu yang selalu dibangkitkan oleh NGO dan anggota diplomat asing dalam banyak sesi pertemuan.
Puan Yang di-Pertua, mengikut UNHCR, Malaysia menempatkan 214,079 pelarian dan pemohon suaka yang berdaftar dengan UNHCR. Di antaranya, kira-kira 31 peratus adalah kanak-kanak. Ini bermaksud 64,224 orang kanak-kanak ini, mereka sebenarnya tidak mengikuti pendidikan formal kerana mengikut data
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
UNHCR, 65 peratus daripada kanak-kanak pelarian tidak mengikuti pendidikan formal. Jadi Puan Yang di-Pertua, 41,745 pelarian kanak-kanak tidak mengikut pendidikan formal daripada jumlah 64,224 orang pelarian kanak-kanak.
Puan Yang di-Pertua, 41,745 pelarian kanak-kanak yang tidak terima pendidikan hanyalah golongan yang berdaftar dengan UNHCR. Saya percaya angka ini melonjak dua atau tiga kali ganda bagi pelarian asing yang tidak berdaftar dengan UNHCR. Kita haruslah bimbang apa yang akan berlaku kepada generasi muda yang tidak mendapat pendidikan formal ini pada masa yang akan datang.
Puan Yang di-Pertua, dalam perenggan 47 dalam muka surat 20 dalam laporan Jawatankuasa Pilihan Khas ini, UNHCR bercadang kanak-kanak pelarian dibenarkan mendaftar di sekolah kerajaan dengan sokongan UNHCR dan rakan pendidikan bagi memudahkan peralihan akademik. Selain itu, peraturan dan piawaian pendaftaran pusat pembelajaran alternatif juga harus disemak semula agar lebih menyeimbangkan jaminan kualiti dan realiti operasi.
Saya menyokong penuh cadangan UNHCR ini dan saya berharap Kementerian Pendidikan mengambil langkah yang sewajarnya terhadap cadangan ini supaya negara kita tidak akan wujud sekumpulan orang muda yang tiada status kewarganegaraan atau kita kata stateless yang dibesarkan di negara kita yang merupakan buta huruf. Kita akan menghadapi masalah yang lebih besar kalau golongan ini berada di negara kita pada masa depan.
Puan Yang di-Pertua, laporan Jawatankuasa Pilihan ini juga mengandungi isu Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP). Dalam muka surat 12 hingga 13 laporan ini menyatakan tentang pelaksanaan DPP memerlukan pindaan terhadap Peraturan Imigresen 1963 serta perlu mendapatkan pandangan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak tetapi KDN masih tidak terima ulasan rasmi daripada Kerajaan Negeri Sabah kerana Sabah telah melaksanakan pendataan lebih awal melalui pengurusan Kad Burung-burung, Pas IMM13 dan Kad Banci.
Soalan saya ialah apakah berlaku pada pindaan Peraturan Imigresen 1963 ini memandangkan pihak KDN tidak terima maklum balas daripada Kerajaan Sabah.
Jadi, adakah ia DPP ini telah pun— maaf saya. Adakah pindaan Peraturan Imigresen telah pun dilakukan? Mengikut data UNHCR yang terkandung dalam laporan ini, Jabatan Imigresen telah melaksanakan 13,678 operasi pada tahun 2025 dan sekarang terdapat 19,987 orang ditempatkan di depoh imigresen. Maksudnya hampir 20,000 orang ditahan di depoh imigresen.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ini adalah satu angka yang menakjubkan. Penahanan 20,000 orang pelarian di depoh imigresen makan perbelanjaan yang sangat besar. Bukankan ini membazirkan dana kerajaan? Saya amat menyokong syor-syor Jawatankuasa Pilihan yang terkandung dalam laporan ini khususnya ketiga-tiga syor pertama iaitu mewujudkan satu mekanisme pengesahan identiti dan penentuan status pelarian yang telus, bersepadu dan boleh diaudit.
Yang kedua, DPP haruslah diberi keutamaan dan diselesaikan dalam tempoh enam bulan bagi imigran yang berada di dalam depoh.
Dan ketiga, kerajaan harus memberi penerangan kepada rakyat secara berterusan mengenai pelaksanaan DPP.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Puan Yang di-Pertua, negara kita menghadapi...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
...Kekurangan tenaga kerja khususnya dalam sektor perkilangan dan perdagangan. Kita amat memerlukan tenaga kerja asing untuk melakukan kerja-kerja dalam sektor-sektor tersebut yang mana warga Malaysia tidak berminat untuk kerja.
Jadi, pelarian di Malaysia haruslah dijadikan sumber tenaga kerja untuk ekonomi kita. Saya menyambut baik usaha kerajaan memperkenalkan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP). Saya menyeru pihak KDN menyahut syor Jawatankuasa Pilihan ini dan mempercepatkan proses pendaftaran pelarian yang dikurung di depoh imigresen dan menetapkan mereka untuk bekerja di sektor yang perlu tenaga kerja. Saya juga menyeru KDN memberi taklimat kepada para wakil rakyat khususnya Ahli-ahli Parlimen di Dewan ini dan juga kerajaan-kerajaan negeri berkenaan pendaftaran pelarian di bawah DPP.
Puan Yang di-Pertua, melalui laporan ini yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Pilihan ini baru saya sedar usaha yang berbentuk kemanusiaan yang dilakukan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan Kementerian Kesihatan, tetapi ramai pelarian dan juga majikan mereka tidak tahu tentang tawaran daripada agensi kerajaan ini khususnya daripada KESUMA.
Saya ingin menyeru pihak KESUMA memainkan peranan yang lebih aktif untuk menyebarkan maklumat-maklumat tersebut, selain itu menjalankan pelaksanaan akses pekerjaan kepada pelarian.
Akhirnya, saya ingin tanya kerajaan berkenaan isu penghantaran pulang 5,000 warga Myanmar secara berperingkat. Fasa pertama melibatkan 1,000...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Okey, saya gulung ya. Berkenaan ini saya nak minta pihak kerajaan haruslah melaksanakan isu ini dengan lebih berperikemanusiaan dan memberi keterangan kepada para Ahli Parlimen di Dewan yang mulia ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Saya jemput Yang Berhormat Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua memberi ruang dan peluang kepada saya untuk turut membahaskan Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia Pilihan Raya dan Reformasi Institusi berkaitan dengan pengurusan pelarian di Malaysia.
Saya ingin mulakan dengan satu pendirian yang jelas. Kita mesti mempertahankan hak asasi manusia. Pada masa yang sama, kita juga mesti mempertahankan kedaulatan negara. Dua perkara yang tidak bercanggah. Malah, negara yang mempunyai sempadan terkawal undang-undang yang jelas dan sistem yang tersusun ialah negara yang lebih mampu melindungi hak asasi manusia.
Kita tidak perlu memilih antara hak asasi dengan keselamatan negara. Kita boleh mempunyai keduanya dengan syarat pengurusan pelarian dilaksanakan secara berperikemanusiaan berasaskan undang-undang, data yang tepat dan tanggungjawab yang jelas.
Alhamdulillah, pengalaman saya bersama Dr. Azizan Bahari dan juga Dr.
Azhar Sulaiman terlibat pengurusan pelarian pada 2004 banyak membantu bersama UNHCR. Isu pelarian di Malaysia sudah terlalu lama berada dalam keadaan yang saya boleh sifatkan sebagai grey scale, grey area. Kita ada pelarian, kita ada pencari suaka, kita ada pendatang tanpa izin, kita ada mangsa pemerdagangan manusia, kita juga ada individu yang mungkin menggunakan isu pelarian untuk menyembunyikan aktiviti jenayah atau melanggar undang-undang imigresen.
Kesemuanya tidak boleh kita campurkan dalam satu bakul.
Sebab itu saya menyambut baik pelaksanaan Dokumen Pendaftaran Pelarian atau DPP. Kerajaan perlu mempunyai data sendiri berkaitan dengan identiti biometrik, lokasi dan status setiap individu yang berada dalam negara ini. Kita perlu
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
tahu siapa mereka? Daripada mana mereka datang? Bagaimana mereka masuk?
Bila mereka masuk? Di mana mereka tinggal dan apakah status mereka? Dan yang penting adalah mereka benar-benar pelarian atau terdapat kategori lain yang perlu diuruskan mengikut undang-undang di Malaysia.
Ini bukan diskriminasi, ini ialah asas kepada pengurusan negara. Pada masa yang sama kita mesti memastikan DPP tidak disalah faham sebagai tiket kepada kewarganegaraan, taraf pemastautin tetap atau hak untuk menetap selama- lamanya. Pendaftaran bukan kewarganegaraan, pendaftaran bukan taraf pemastautin tetap, pendaftaran juga bukan hak untuk menetap selama-lamanya.
Isu kedua ialah kemasukan baharu secara haram. Kita boleh mendaftarkan individu yang sudah berada di Malaysia. Kita boleh mengambil biometri, kita boleh menyediakan pusat pengurusan tetapi jika setiap tahun masih berlaku lagi kemasukan baharu melalui jalan tikus, bot dan rangkaian penyeludupan manusia maka kita hanya menguruskan akibat tanpa menyelesaikan punca.
Justeru, pendekatan kita mesti jelas. Kita mesti memutuskan aliran kemasukan haram bukan sekadar menguruskan mereka selepas mereka berjaya masuk. Saya masih juga menunggu pembinaan pagar konkrit di sempadan Perlis– Thailand dan juga cadangan pemasangan floating bomb di sempadan Kuala Perlis dan Satun.
Isu ketiga ialah kesesuaian undang-undang, SOP dan kemudahan penguatkuasaan. Anggota penguatkuasaan kita bukan pembuat undang-undang.
Mereka melaksanakan undang-undang yang Parlimen kita berikan kepada mereka.
Jika akta sudah lama, jika prosedur sudah tidak sesuai, jika kuasa tidak mencukupi dan jika teknologi berubah tetapi undang-undang tidak berubah, jangan kita salahkan anggota di lapangan apabila sistem kita yang gagal. Kita perlu membaiki sistem.
Dalam konteks negeri sempadan, Perlis berdepan cabaran yang tersendiri.
Perlis bersempadan dengan Thailand. Kita berdepan dengan laluan rasmi dan laluan tidak rasmi. Kita berdepan penyeludupan manusia, kita berdepan penyeludupan barang terlarang dan berdepan pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan. Maka, infrastruktur penguatkuasaan mesti mengikut realiti geografi dan risiko.
Puan Yang di-Pertua, berdasarkan isu-isu tersebut, saya mengemukakan lima persoalan kepada kerajaan.
Pertama, bilakah Malaysia akan mempunyai satu kerangka undang-undang yang jelas dan menyeluruh mengenai pelarian? Kita tidak boleh selama-lamanya bergantung pada dasar pentadbiran dan mekanisme yang berubah mengikut
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
keadaan. Kita perlu menentukan secara jelas siapa pelarian, siapa pencari suaka, siapa pendatang tanpa izin, apakah hak mereka dan apakah tanggungjawab mereka dan apakah kuasa kerajaan terhadap mereka.
Kedua, apakah mekanisme kerajaan untuk memastikan DPP tidak menjadi laluan automatik kepada penyelesaian kekal di Malaysia? Saya menyambut baik penjelasan bahawa DPP bukan tiket untuk menetap secara kekal namun perkara itu mesti kekal jelas dalam dasar dan juga pelaksanaan.
Ketiga, bagaimana kerajaan mahu memastikan sempadan kita benar-benar tertutup kepada kemasukan baharu secara haram? Kita perlu tahu apakah langkah yang sedang diambil untuk memutuskan rangkaian penyeludupan manusia, memperkukuhkan kawalan di laluan tikus dan meningkatkan kerjasama risikan dengan pihak berkuasa Thailand?
Keempat, bilakah kerajaan akan menyemak semula undang-undang dan SOP yang sudah tidak sepadan dengan realiti sempadan pada hari ini? Jika undang- undang lapuk, pinda undang-undang. Jika SOP lapuk, ubah SOP. Jika kuasa tidak mencukupi berikan kuasa yang jelas melalui undang-undang tetapi jangan kita meminta seorang anggota di lapangan melakukan suatu undang-undang yang tidak mengizinkan.
Kelima, adakah kerajaan bersedia menilai dan meluluskan cadangan pembinaan depoh tahanan imigresen di Perlis, khususnya di atas tanah milik Jabatan Imigresen di Kuala Perlis di kawasan Batu Putih? Cadangan ini saya mengambil kira kedudukan Perlis sebagai negeri sempadan. Keperluan operasi serta cabaran pengurusan tahanan yang berkaitan dengan kes imigresen dan kemasukan tanpa dokumen. Lokasi tersebut boleh diteliti sebagai lokasi yang bersesuaian.
Ini belum mengambil kira masalah APMM Perlis yang masih perlu pada penyelesaian tuntas. Saya berharap kerajaan dapat menjalankan kajian teknikal, kos keselamatan dan keperluan operasi dengan segera.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Puan Yang di-Pertua, selain persoalan tersebut saya ingin mengemukakan beberapa cadangan tindakan yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan.
Pertama, dapatkan dan teliti SOP pelaksanaan DPP. Kerajaan perlu mendapatkan dan meneliti SOP serta garis panduan dan rasmi pelaksanaan DPP.
Perkara ini penting supaya semua agensi khususnya di negeri sempadan memahami dan siapa yang layak didaftarkan? Bagaimana proses pengesahan dibuat? Apakah
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
dokumen yang diperlukan? Bagaimana kes meragukan dikendalikan? Dan apakah tindakan terhadap individu yang tidak memenuhi syarat? SOP ini perlu disampaikan dengan jelas kepada pegawai di lapangan.
Kedua, kenal pasti implikasi DPP di pintu masuk Perlis. Kerajaan perlu mengenal pasti implikasi DPP terhadap pemeriksaan di ICUKS Padang Besar dan pos imigresen Wang Kelian. Kita perlu memastikan pelaksanaan DPP ini tidak menimbulkan kekeliruan kepada pegawai pemeriksa, pelawat, penduduk tempatan atau individu yang mendakwa sebagai pelarian. Kita juga perlu menentukan bagaimana dokumen data biometri dan status seseorang itu akan disemak di pintu masuk negara.
Ketiga, laksanakan table top exercise. Saya mencadangkan supaya dilaksanakan table top exercise bagi mensimulasikan situasi individu yang mendakwa sebagai pelarian dan dikesan masuk ke Malaysia melalui sempadan.
Latihan ini perlu melibatkan agensi berkaitan dan menguji beberapa perkara iaitu siapa yang menerima individu tersebut? Siapa yang menjalankan jaringan awal?
Bagaimana identiti disahkan? Bagaimana aspek keselamatan diperiksa? Bagaimana kanak-kanak, wanita dan mangsa pemerdagangan manusia diuruskan? Ke mana individu tersebut dibawa dan agensi mana bertanggungjawab pada setiap peringkat?
Latihan seperti ini penting seperti kita tidak hanya mempunyai dasar di atas kertas tetapi benar-benar bersedia apabila situasi berlaku di lapangan.
Keempat...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Saya tutup. Kita, cadangan seterusnya adalah untuk membina baitul mahabbah sebagai transit kanak-kanak di Kuarters Jabatan Imigresen Padang Besar.
Saya dengan ini pelarian bagi saya adalah bukan musuh semuanya, anggota penguat kuasa juga bukan musuh. Musuh sebenar adalah kelemahan sistem penyeludupan manusia, sistem rentas sempadan dan ketidak kejelasan dasar. Maka marilah kita membina satu sistem yang melindungi manusia, melindungi rakyat, melindungi anggota penguat kuasa dan dalam masa yang sama melindungi kedaulatan negara. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Saya jemput Yang Berhormat Puncak Borneo.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih Puan Speaker.
Terima kasih juga kerana telah memberi saya ruang untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi mengenai pengurusan pelarian di Malaysia iaitu DR.
21/2026.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan kepada pengerusi dan juga ahli-ahli jawatankuasa atas penelitian, pandangan serta syor yang telah dikemukakan kepada Dewan yang mulia ini.
Puan Yang di-Pertua, pada pandangan saya isu pelarian bukan sekadar isu imigresen. Ia menyentuh soal kelemahan dan juga soal keselamatan negara kita, kedaulatan undang-undang, hak asasi manusia, kesihatan, pendidikan, pasaran pekerja, hubungan antarabangsa dan juga hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri.
Oleh itu, kita tidak boleh mengambil pendekatan yang terlalu simplistic. Kita tidak boleh melihat pelarian hanya sebagai mangsa tetapi kita juga tidak boleh melihat mereka semata-mata sebagai ancaman. Apa yang kita perlu lakukan adalah satu sistem yang berperikemanusiaan seperti tegas, terbuka tetapi terkawal dan mampu melindungi manusia tanpa mengorbankan keselamatan negara kita.
Puan Yang di-Pertua, saya menyambut baik pelaksanaan dokumen pendaftaran pelarian atau pun DPP mulai 1 Januari 2026. Pada saya ini merupakan satu langkah yang penting kerana kerajaan mesti mempunyai maklumat yang tepat mengenai siapa yang berada di negara kita. Kita perlu tahu siapa, dari mana mereka datang, dari mana mereka berada dan apakah status mereka.
Tanpa data yang tepat, kerajaan tidak mungkin dapat merancang dasar yang tepat. Sebab itu saya berharap apabila data awal DPP tersedia, ia bukan sekadar diumumkan sebagai angka keseluruhan, kita memerlukan satu pangkalan data nasional yang bersepadu dengan maklumat yang berkaitan dengan identiti, biometrik, kewarganegaraan, lokasi, status permohonan, keselamatan, pekerjaan, pendidikan serta status penempatan semula atau penghantaran pulang. Sudah tentu perlindungan data peribadi mesti diberi keutamaan, tetapi dari sudut dasar negara, kerajaan mesti tahu siapa yang berada di dalam negara kita.
Puan Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang saya rasa sangat penting ialah kita mesti bezakan antara pelarian, pencari suaka, migran ekonomi, pendatang asing tanpa izin dan pemegang kad UNHCR. Kesemua kategori ini tidak semestinya
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
mempunyai status yang sama. Oleh itu, proses penentuan status pelarian atau pun PSP amat penting. Prinsipnya mudah, mereka yang benar-benar memerlukan perlindungan kita mesti lindungi. Manakala mereka yang tidak mempunyai dan tidak memenuhi kriteria dan melanggar undang-undang mestilah tertakluk kepada undang-undang negara kita.
Hak asasi manusia tidak bermaksud seorang itu berada di atas undang- undang tetapi dalam masa yang sama penguatkuasaan undang-undang tidak bermaksud kita tidak boleh mengabaikan maruah manusia. Inilah keseimbangan yang perlu kita bina dalam negara kita.
Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin menegaskan bahawa pendaftaran bukanlah penyelesaian akhir. DPP mesti mempunyai hala tuju yang jelas. Bagi mereka yang diiktiraf sebagai pelarian, kerajaan perlu memerlukan jalan keluar yang tersusun sama ada penempatan semula ke negara ketiga, penghantaran pulang secara selamat dan sukarela apabila keadaan mengizinkan.
Penyatuan keluarga atau pun mekanisme sementara yang jelas sepanjang mereka berada di Malaysia. Kita tidak mahu membina satu sistem pendaftaran yang akhirnya menjadi sistem tanpa penghujung. Prinsip yang perlu kita pegang ialah, dengan izin, safe, voluntary, dignify dan juga sustainable return apabila penghantaran pulang dapat dilaksanakan dengan selamat.
Saya landing Puan Yang di-Pertua. Dan akhirnya, bagi Sabah dan Sarawak, pendirian yang jelas di mana MA63 bukan sekadar sejarah, MA63 adalah sebahagian daripada kerangka Malaysia hari ini.
Oleh itu, pengurusan pelarian yang baik mestilah berasaskan data, undang- undang, keselamatan, kemanusiaan, akauntabiliti dan federalisme yang menghormati hak serta kedudukan negeri.
Dengan itu, saya berharap agar isu pelarian ini dapat dilakukan dengan baik dan dapat disantuni dengan cermat supaya ia boleh membawa kebaikan kepada negara kita dan juga imej negara kita kepada persada dunia.
Dengan itu, saya menyokong Penyata DR.21/2026. Namun saya berharap laporan ini tidak berakhir dengan sebuah dokumen yang tersimpan di Parlimen dan laporan ini mesti diterjemahkan kepada tindakan dengan garis masa yang jelas, kementerian yang bertanggungjawab memperuntukkan peruntukan yang mencukupi dan mekanisme pelaporan berkala kepada Parlimen.
Dengan itu, sekian terima kasih. Semoga Tuhan memberkati.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo. Saya jemput Yang Berhormat Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Puan Pengerusi. Isu Rohingya di Malaysia adalah bom jangka, tetapi bom jangka ini sudah meletup. Dari tahun ke tahun dan kalau kita tidak tegas dan adil untuk bertindak bakal membawa masalah dan padah yang lebih besar. Bukan setakat keadaan senario politik negara tetapi moral fabrik Malaysia secara keseluruhan.
Malaysia dari tahun ke tahun secara baik, secara adil mengikut dasar peri kemanusiaan telah menerima ratusan ribu pelarian bukan setakat daripada Rakhine state atau pun Rohingya atau pun daripada Myanmar tetapi di negara-negara yang lain.
Sebagai contohnya sebelum ini, apabila ada perang di Vietnam, ramai mangsa-mangsa ini akhirnya lari ke Malaysia dengan dasar dan janji bahawa akhirnya destinasi terakhir Malaysia adalah resettlement di negara-negara maju.
Pelan ini berjaya, sebab itu kita tidak lihat masalah besar khususnya di kalangan komuniti Viatnamese. Tetapi bagi komuniti Rohingya, ada dua janji yang telah diberikan tetapi janji yang tidak tertunai yang akhirnya membawa padah yang besar kepada Malaysia, negara yang mengamalkan sistem yang lebih berperi kemanusiaan.
Janji pertama, bahawa tanggungjawab ini perlu digalas bukan setakat oleh Malaysia tetapi negara-negara jiran dan juga negara maju. Kalau kita lihat contohnya, angka. Malaysia walaupun saiz dan populasinya jauh lebih kecil daripada negara- negara jiran kita, kadar rasmi 130,000 Rohingya di Malaysia, tidak rasmi, melangkaui 200,000.
Tetapi kita lihat contohnya, di Indonesia kurang 2,600. Di Thailand, kurang 500. Di negara sebesar India kurang 20,000. Tetapi di Malaysia melangkaui 200,000.
Ia menunjukkan bahawa janji tidak tertunai, Malaysia akhirnya perlu serap segala masalah tetapi diserap sekadar berseorangan sambil yang lain kekal bahagia.
Seperti kita sahaja yang perlu menyelesaikan masalah ini.
Kedua, janji daripada pihak seperti UNHCR dan negara-negara maju. Apa janji mereka? Mereka katakan bahawa Malaysia boleh dijadikan tempat sementara untuk proses dokumentasi before resettlement kepada negara-negara maju yang lain seperti apa yang dilakukan sebelum ini kepada pelarian daripada Vietnam.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Tetapi apa yang berlaku? Malaysia dari tahun ke tahun jumlah angkanya bertambah sampai ke tahap di mana it reached a boiling point or a point of no return.
Kita sudah mencecah angka 200,000. Berapa negara-negara maju ambil? Kurang seribu, kurang seribu. Ini negara yang jauh lebih kaya, GDP mereka jauh lebih tinggi, institusi mereka jauh lebih kukuh, situasi kewangan, kesihatan mereka jauh lebih baik tetapi janji tidak ditunaikan.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Lagi sekali, Malaysia pula yang dikritik, dikecam oleh media-media barat seperti tidak berperikemanusiaan. Padahal, kalau kita lihat di negara mereka, jauh lebih teruk. Bukan setakat mereka dari tahun ke tahun, makin lama makin kurang mengambil, tetapi kita lihat di Eropah contohnya, mereka sambil terus mengusir pelarian yang datang ke negara mereka. Di United Kingdom pada hari ini, perbahasan masih diteruskan. Mereka yang dimasukkan ke dalam hotel ataupun pusat sementara diusir keluar. Tidak pula dipanggil inhumane, injustice.
Tapi Malaysia, yang memberikan tempat, tunjukkan perikemanusiaan, dikutuk, dikecam walhal kita negara tunggal Tuan Yang di-Pertua, yang di Asean ini yang mengambil jumlah yang terbesar. Saya bukan katakan bahawa Malaysia perlu hilang sifat identiti perikemanusiaan, tetapi realitinya, kalau kita tidak tegas bertindak, masalah ini akan berlarutan dan akhirnya bom jangka ini akan jadi bom nuklear yang akhirnya menyebabkan situasi politik di negara ini makin parah.
Apa contoh akibat yang boleh berlaku? Kalau kita ingat perikemanusiaan sahaja, kita kekalkan status quo, diamkan masalah ini dan akhirnya orang akan lupa.
Realitinya dengan mendiamkan masalah ini, kita sedang memperkukuhkan sindiket pemerdagangan manusia yang sedia ada. Kerana apabila Malaysia dilabel dan dilihat sebagai the only sole recipient, sindiket-sindiket di negara Myanmar akhirnya mampu menaikkan satu kepala 5,000 dolar, satu kepala 2,000 dolar kerana akhirnya jikalau mereka berjaya bawa guna bot-bot perahu kecil ke Malaysia, jumlah yang mereka mampu bayar jauh lebih tinggi.
Kita sudah lupa kah apa jadi dekat Wang Kelian? Di mana kita jumpa kubur- kubur lebih 150 orang yang ini adalah yang dibunuh mati oleh sindiket-sindiket tersebut. Kenapa di Malaysia? Kerana Malaysia dilihat sebagai tempat selamat.
Realitinya kalau navy kita, TLDM, APMM tidak tegas bertindak, kita secara tidak langsung sedang memberikan insentif kepada penyeludup-penyeludup ini untuk terus membawa ribuan ataupun puluhan ribu datang ke Malaysia, sanggup naik perahu-perahu yang tidak selamat, rentas laut, ribuan kilometer, tak kisah pun nasib
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
mereka akhirnya mati di tengah-tengah lautan yang sampai akhirnya dijual maruah mereka, dibunuh, akhirnya, seperti apa yang berlaku, di Wang Kelian.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
This is the reality.
Kalau kita tak lakukan apa-apa, situasi di Malaysia lebih teruk. Kalau kita tidak tunjukkan perikemanusiaan langsung pun, itu pun tidak adil. Solusinya mudah, first and foremost, kita perlu pastikan bahawa TLDM dan APMM take a zero-tolerance policy. Tak boleh lagi membenarkan dan percaya kepada janji-janji negara-negara maju ini. Resettle, biar sementara proses kita akan ambil— no more. Biar negara- negara jiran turut ambil beban ini, bawa kepada Asean. Kalau pihak-pihak negara barat nak kritik kita, ask them to host. Bukan setakat Malaysia semata-mata.
Yang kedua, kita perlu adakan solusi dwipartisan. Saya ingin cadangkan supaya Dewan ini menubuhkan jawatankuasa khas untuk melihat kerana kalau isu ini dipolitikkan, mengikut kepartian, kerisauan saya akan ada, mudahlah saya ingat kalau nak menang pilihan raya, satu parti kata “tak apa, kita menang, 200,000 ini terus akan diusir, mati saya tak kisah”. But we need to find a middle ground solution, di mana kita tegas bertindak sambil tunjukkan sedikit perikemanusiaan supaya kita dapat menyelesaikan masalah ini, tidak kira siapa pun yang mengambil alih kerajaan.
Saya yakin, ada— there is a political will, tetapi perlu ada keberanian politik untuk kita bertindak bersama. Tetapi perlu ada sasaran dalam tempoh masa 10 tahun, kita perlu kurangkan jumlah daripada 200,000 ke jumlah yang jauh lebih kecil supaya bom yang sudah pun meledak ini impaknya dapat dikurangkan. Terima kasih Puan Pengerusi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Muar. Saya jemput Yang Berhormat Kepong.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Terima kasih Puan Pengerusi. Saya cuma hendak fokuskan pada isu golongan tanpa kewarganegaraan di negeri Sabah sahaja. Pada Februari tahun 2022, Menteri Dalam Negeri ketika mengakui terdapat keluarga tanpa kewarganegaraan yang sudah menetap sehingga empat generasi di Sabah. Ada yang tidak lagi mengetahui waris mereka di negara asal.
SUHAKAM turut membangkitkan masalah empat generasi ini pada April tahun yang sama. Ada antara mereka lahir dan membesar di Sabah. Kalau tiada negeri lain mengiktiraf mereka sebagai rakyat, kerajaan mahu hantar mereka pulang
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
ke mana? Kajian dalam PLOS One pada tahun 2022 menjelaskan bahawa terdapat keluarga yang sudah menetap beberapa generasi dan tidak lagi mempunyai hubungan sosial dengan negara Filipina.
Kajian Catherine Allerton pula menunjukkan bahawa masalah pengiktirafan turut melibatkan politik. Kemiskinan, kekurangan dokumen dan syarat undang- undang menambah kesukaran mereka. Kebimbangan politik tidak boleh menjadi alasan untuk membiarkan manusia hidup tanpa negara selama-lamanya. Kerajaan mesti membezakan keluarga yang sudah turun temurun menetap di Sabah dan di seluruh Malaysia daripada pendatang yang baharu masuk secara haram.
Saya mencadangkan tiga tindakan. Pertama, wujudkan laluan kewarganegaraan yang jelas bagi mereka yang lahir dan membesar di Sabah.
Berakar umbi di sini dan selepas semakan, didapati tidak diiktiraf sebagai rakyat oleh mana-mana negara. Sahkan segera kewarganegaraan mereka yang sudah berhak di bawah Perlembagaan. Bagi kes lain, gunakan saluran permohonan yang sesuai dan bentangkan pindaan jika perlu. Tetapkan kriteria telus dengan penglibatan Kerajaan Negeri Sabah. Nilai sejarah permastautinan, hubungan keluarga dan bukti sokongan, jangan jadikan sokongan kepada mana-mana parti politik sebagai ukuran kelayakan.
Kedua, kerajaan mesti membantu, membuktikan identiti mereka, gerakan JPN ke pulau, pendalaman dan penempatan lama. Gunakan gabungan rekod sekolah, klinik, pekerjaan serta keterangan saksi yang disemak silang. Jangan tuntut dokumen nenek moyang yang tidak pernah dikeluarkan.
Utamakan penggunaan biometrik seperti cap jari untuk merekod identiti dan membantu mengesan pendaftaran berganda, lindungi data daripada penyalahgunaan, sediakan bantuan guaman, keputusan bersebab dan peluang semakan. Tetapkan sasaran penyelesaian setiap kes dalam 12 bulan dengan penjelasan bertulis jika tempoh dilanjutkan.
Ketiga, sediakan kebenaran tinggal dan bekerja secara sah sepanjang semakan serta akses pendidikan dan rawatan asas. Tangguhkan penghantaran pulang sehingga status dan keperluan perlindungan diputuskan. Pastikan majikan membayar gaji mengikut undang-undang supaya pekerja tidak dieksploitasi. Tambah peruntukan sekolah dan klinik supaya penduduk setempat turut mendapat manfaat.
Bentangkan kemajuan setiap suku tahun kepada Parlimen, termasuk jumlah kes selesai, permohonan ditolak dan sebab kelewatan.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Menteri mesti bertanggungjawab terhadap pelaksanaannya. Jangan tunggu generasi kelima lahir sebelum kerajaan berani membuat keputusan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Saya jemput Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya mulakan dengan satu petikan ayat al-Quran.
[Membaca sepotong ayat al-Quran] “Wahai orang beriman, hendaklah kamu menjadi orang yang sentiasa menegakkan keadilan kerana Allah, menjadi saksi dengan adil dan janganlah kebencian kamu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana ia lebih dekat kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”. Surah al-Ma’idah, ayat 5.
Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk turut bersama membahaskan penyata Jawatankuasa Pilihan Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi berhubung pengurusan pelarian di Malaysia. Saya ingin memulakan dengan prinsip yang sangat jelas. Kita mesti menjaga keselamatan negara, kita mesti mengawal sempadan negara, kita mesti menjaga hak kemakmuran rakyat jelata, kita mesti membanteras penyeludupan dan pemerdagangan manusia. Kita mesti mempunyai data dan sistem pendaftaran yang kukuh tetapi dalam melaksanakan semua indikator ini, kita tidak boleh sifat kemanusiaan dan keadilan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Inilah keseimbangan yang perlu kita bina. Penyata jawatankuasa sendiri mengakui bahawa pengurusan pelarian merupakan isu yang kompleks melibatkan keselamatan negara, kemanusiaan dan kemampanan fiskal. Pada masa yang sama, terdapat jurang antara dasar dengan realiti di lapangan, khususnya dalam pekerjaan pendidikan dan kesihatan.
Menurut Penyata ini juga, sehingga Disember 2025, seramai 214,079 orang pelarian dan pemohon suaka telah berdaftar dengan UNHCR, manakala lebih 90,000 individu telah ditahan dalam operasi penguatkuasaan pada tahun 2025. Angka- angka ini menunjukkan kalau kita tidak boleh lagi mengurus isu ini dengan ad hoc,
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
kita perlu memerlukan satu dasar nasional yang tersusun, tegas, manusiawi dan mempunyai jalan keluar yang jelas.
Yang pertama Tuan Yang di-Pertua, jangan kita hanya menguruskan akibat, kena selesaikan punca kepada konflik ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberikan satu penekanan yang mungkin paling penting dalam perbahasan ini. Isu pelarian tidak akan selesai selagi punca yang menyebabkan manusia menjadi pelarian tidak diselesaikan.
Penyata jawatankuasa sendiri mengambil maklum bahawa aliran pelarian ke Malaysia dipacu oleh konflik serius, khususnya di negara Myanmar dan memerlukan penyelesaian serantau. Maka kita perlu bertanya, sampai bila Malaysia hendak mengurus kesan daripada konflik Myanmar tanpa memperhebatkan desakan untuk menyelesaikan punca konflik tersebut?
Kalau perang berterusan, pelarian akan terus keluar. Kalau hak asasi dinafikan, manusia akan terus melarikan diri. Kalau keselamatan dan masa depan masyarakat di negara asal tidak terjamin, kita tidak boleh mengharap masalah pelarian selesai hanya dengan menahan, menangkap atau menghantar mereka pulang.
Sebab itu saya mencadangkan supaya Malaysia bersama ASEAN dan negara-negara berkepentingan memperhebatkan usaha diplomatik untuk mendesak penyelesaian politik dan keamanan di Myanmar. Kita mesti mendesak penghentian keganasan antara orang awam yang terus berlaku pada hari ini di wilayah Rakhine, di wilayah-wilayah yang lain. Memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan.
Yang ketiga, membuka ruang diplomatik. Yang keempat, menjamin hak semua komuniti di Myanmar dan akhirnya mewujudkan keadaan yang membolehkan pelarian pulang ke negara asal mereka dengan selamat. Yang kedua, kita mesti membezakan pelarian, migran ekonomi, PATI dan mangsa perdagangan manusia.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong usaha kerajaan mewujudkan dokumen pendaftaran pelarian. Penyata ini telah mencadangkan mekanisme pengesanan identiti dan penentuan status pelarian telus, bersepadu dan boleh diaudit bagi membezakan pelarian sebenar, PATI dan migran ekonomi. Ini sangat penting.
Kita tidak boleh mempunyai sistem yang menyebabkan semua orang dilabel sama. Pelarian bukan semestinya PATI. PATI bukan semestinya mangsa pemerdagangan manusia dan mangsa pemerdagangan manusia tidak boleh dilayan sebagai penjenayah.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Seterusnya, saya ingin mencadangkan supaya DPP ini dilengkapi dengan pengesanan identiti dan biometrik. Yang kedua, semakan latar belakang keselamatan. Yang ketiga, penentuan status yang telus. Yang keempat, mekanisme rayuan. Yang seterusnya, pangkalan data persepaduan antara agensi dan audit berkala bagi mengelakkan penyalahgunaan.
Yang keempat Tuan Yang di-Pertua, pengurusan pelarian mesti tegas tetapi bermaruah. Saya menyokong penguatkuasaan tetapi penguatkuasaan mesti mempunyai standard. Malaysia mempunyai undang-undang. Pelarian juga tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Namun, seseorang manusia tidak hilang maruahnya hanya kerana dia tidak mempunyai kewarganegaraan atau status imigresen yang sempurna.
Penyata ini sedia mengakui keperluan pengurusan yang lebih tegas dan tersusun tetapi dalam masa yang sama, UNHCR mengemukakan keperluan supaya Kerangka Suaka Nasional mempunyai perlindungan hak asasi prosedur yang jelas dan perlindungan daripada penghantaran pulang secara paksa. Yang seterusnya, jangan biarkan sentimen kebencian dan xenofobia menguasai masyarakat.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memberikan satu penekanan yang sangat penting dalam isu pengurusan para imigran tentang sentimen kebencian melampau, hate piece, dengan izin dan xenofobia yang semakin mudah dieksploitasi oleh segelintir pihak, khususnya melalui media sosial. Saya ingin tegaskan bahawa membela prinsip kemanusiaan bukan bermaksud membela setiap perbuatan individu pelarian.
Jika seseorang pelarian melakukan jenayah, melanggar undang-undang, mengganggu ketenteraman awam, melakukan keganasan, mengeksploitasi orang lain atau melakukan apa-apa kesalahan, maka dia mesti berhadapan dengan undang-undang Malaysia. Tidak ada siapa yang berada di atas undang-undang.
Rakyat tempatan mempunyai hak untuk hidup dengan aman.
Dan seterusnya Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Saya ingin menggulungkan bahawa kita boleh tegas terhadap pelarian yang melanggar undang-undang. Kita mesti tegas terhadap PATI, mesti tegas terhadap sindiket dan mesti tegas terhadap pemerdagangan manusia. Sebagai akhirnya, saya ingin merespons juga berkaitan dengan satu...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang terakhir Tuan Yang di- Pertua, iaitu lah ingin saya menyatakan saya membantah sekeras-kerasnya, jika ada usaha di pihak kerajaan untuk menjemput Presiden Junta tentera di Myanmar dalam penyelesaian di Myanmar ini yang saya yakin ini adalah satu pelanggaran kepada prinsip kita ketika mana Presiden Junta ini sekarang ini sedang dipohon untuk waran tangkap oleh ICC.
Dan sekiranya diplomasi ini yang salah, sudah pasti akan memberi satu impak yang buruk kepada Malaysia di mata dunia dan sudah pastilah ini akan memberi kesan langsung kepada penegasan kita tentang hak asasi manusia yang terus berlaku di Myanmar juga di Malaysia ini. Tuan Yang di-Pertua, sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Saya jemput Yang Berhormat Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pilihan Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi atas pembentangan penyata ini dan saya menyokong sembilan syor daripada jawatankuasa yang berkaitan dengan pengurusan pelarian di Malaysia.
Puan Yang di-Pertua, seseorang individu yang ditahan bergantung kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan rawatan, menghubungi keluarga, memperoleh bantuan guaman dan mengetahui perkembangan kesnya. Apabila pengesahan identiti serta keputusan mengenai pembebasan tertangguh, ketidakpastian itu memberikan kesan kepada kesihatan mental, hubungan keluarga dan kemampuan mereka untuk membina semula kehidupan.
Penyata jawatankuasa telah merekodkan kesukaran pelarian untuk berhubung dengan waris tidak dimaklumkan sebab tangkapan serta kelewatan pengesahan status. Penyata ini juga merekodkan kenyataan pemerhatian pengamal undang-undang bahawa kelewatan pengesahan boleh menyebabkan seseorang itu terus berada dalam tahanan selepas menjalani hukuman.
Dalam prosiding pada 28 Januari 2026, Yang Berhormat Jelutong telah menceritakan keadaan seseorang— seorang pemegang kad UNHCR yang terus
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
ditahan hampir tiga tahun selepas selesai menjalani hukuman sebelum dibantu melalui permohonan Habeas Corpus. Dokumen yang belum disahkan tidak seharusnya menyebabkan keperluan perlindungan seseorang itu terlepas daripada perhatian.
Penyata ini telah merekodkan bahawa UNHCR boleh mengesahkan status individu yang ditahan walaupun mereka tidak mempunyai dokumen pada ketika itu.
Atas sebab itu, syor untuk mempercepatkan DPP perlu disertai proses semakan penahanan, akses kepada peguam dan keluarga serta keputusan yang diberikan dalam tempoh yang jelas. Hak asasi seseorang dewasa yang ditahan mesti juga dilindungi, termasuklah akses kepada rawatan dan saluran aduan yang selamat.
Ketelusan data merupakan asas kepada perlindungan ini.
Justeru, kerajaan sepatutnya memberikan data tentang jumlah terkini pelari dewasa dan kanak-kanak mengikut negara dan setiap depot, termasuklah Baitul Mahabbah berdasarkan status DPP, UNHCR ataupun tiada dokumen berserta dengan tempoh penahanan mereka.
Puan Yang di-Pertua, ramai pelarian meninggalkan Myanmar kerana konflik dan ancaman terhadap keselamatan. Kepulangan mereka perlu dinilai berdasarkan keadaan yang akan dihadapi oleh setiap individu termasuklah risiko keganasan, penyeksaan atau bentuk penganiayaan yang lain.
Dalam prosiding Pesuruhjaya SUHAKAM, menyokong usaha dokumentasi melalui DPP tetapi membantah penghantaran pulang pelarian Rohingya kerana risiko pembunuhan dan penganiayaan. Beliau turut menekankan keperluan untuk memanfaatkan kepakaran UNHCR. Kebimbangan tersebut menjadi lebih mendesak selepas pemulangan 1,476 orang ke Myanmar pada September 2026.
UNHCR menyatakan bahawa mereka sebelumnya berada dalam tahanan imigresen dan mempersoalkan sama ada keputusan untuk pulang dibuat secara bebas serta dengan maklumat yang mencukupi.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
UNHCR juga menyatakan bahawa ia tidak diberikan akses kepada individu berkenaan untuk membuat penilaian tersebut. Dalam keadaan tahanan, pilihan seseorang boleh dipengaruhi oleh ketidakpastian tentang pembebasan. Keadaan kehidupan dan juga perpisahan daripada keluarga. Oleh itu, pengesahan bahawa seseorang itu telah bersetuju untuk pulang perlu disokong oleh penilaian bebas, penerangan dalam bahasa yang difahami dan peluang untuk mendapatkan nasihat undang-undang.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Prinsip refoulement melindungi seseorang daripada dihantar ke tempat yang mendedahkannya kepada risiko penganiayaan, penyeksaan atau ancaman serius terhadap nyawa dan kebebasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Pelaksanaannya perlu, pelaksanaannya memerlukan penilaian terhadap keadaan individu serta keadaan di negara asal.
Maka akses UNHCR, jurubahasa, bantuan guaman dan peluang untuk memohon semakan merupakan perlindungan praktikal yang membolehkan risiko tersebut dikenal pasti sebelum tindakan yang sukar untuk dipulihkan diambil. Justeru, saya nak minta penjelasan daripada kerajaan, sama ada kerajaan mematuhi prinsip non- refoulement dan membenarkan akses UNHCR sebelum keputusan penghantaran pulang dibuat. Itu sahaja, sekian terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Saya jemput Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun membahaskan penyata Jawatankuasa Pilihan Berkaitan Pengurusan Pelarian di Malaysia.
Isu pelarian tidak boleh dilihat hanya dari sudut keselamatan dan tidak juga semata-mata atas nama kemanusiaan. Ia melibatkan kedaulatan, keselamatan ekonomi, undang-undang dan pada masa yang sama, maruah manusia. Malaysia memerlukan dasar yang tegas tetapi tidak zalim, berperikemanusiaan tetapi tidak naif dan mempertahankan kepentingan rakyat Malaysia tanpa menghilangkan hak manusia yang melarikan diri daripada peperangan, penganiayaan dan juga penindasan.
Tuan Yang di-Pertua, Islam jelas dengan prinsip sebagaimana ayat Allah SWT, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] iaitu “Mereka yang diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar.” Ayat ini bahkan menyebut perlindungan terhadap rumah-rumah ibadat, biara, gereja, rumah ibadat Yahudi dan juga masjid.
Jadi, ini bermakna bukan soal bangsa semata-mata. Ini soal kemanusiaan yang dizalimi.
Dalam surah Al-Hajj, Allah Taala menyebut [Membaca sepotong ayat Al- Quran] Allah memuji golongan Ansar yang menerima golongan Muhajirin. Mereka
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
mengutamakan yang berhijrah kepada mereka walaupun mereka sendiri dalam kesusahan. Tetapi Islam tidak mengajar bahawa memberi perlindungan bermakna menyerahkan kedaulatan atau seseorang menjadi kebal daripada undang-undang.
Allah Taala menyebut.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Berbuat baik dan berlaku adil.” Maka prinsip kita mudah. Rahmah tanpa undang-undang boleh membawa kekacauan. Undang-undang tanpa rahmah boleh membawa kezaliman.
Yang kita perlukan ialah undang-undang yang dipandu secara penuh keadilan.
Tuan Yang di-Pertua, penyata JKPK menunjukkan masalah asas yang terlalu lama dibiarkan. Malaysia bukan berpihak kepada Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967. Akta Imigresen pula tidak menyediakan kategori undang-undang khusus bagi pelarian dan pemohon suaka. Akibatnya, wujud ruang kelabu antara pelarian sebenar, parti dan juga migran ekonomi. Sebab itu saya menyokong satu mekanisme penentuan status yang dikendalikan secara telus, bersepadu dan boleh diaudit. Dengan biometrik, semakan keselamatan, rekod jenayah, negara asal, sebab melarikan diri, sejarah perjalanan serta mekanisme rayuan.
Kerajaan mesti tahu siapa yang ada dalam negara ini. UNHCR merekodkan lebih 214,000 pelarian dan pemohon suaka pada Disember 2025. Sekitar 90 peratus dari Myanmar. Manakala angka yang dikemukakan KDN bagi kategori lebih luas mencecah sekitar 295,000. Perbezaan angka ini sendiri membuktikan kita memerlukan satu pangkalan data kerajaan yang sahih. Hampir 80 peratus pula berada dalam lingkungan umur 18 hingga 40 tahun.
Adakah kita mahu mereka terus berada dalam ekonomi gelap? Bekerja tanpa perlindungan dan dieksploitasi atau kita kenal pasti, saring, kawal dan bagi yang benar-benar layak, benarkan mereka bekerja secara sah dalam sektor tertentu.
Saya memilih sudah pasti pilihan yang kedua tetapi saya juga mahu tegaskan pelarian bukan kebal undang-undang. Mereka melakukan jenayah, siasat. Kalau bersalah, dakwa dan hukum mengikut undang-undang Malaysia. Tetapi jangan pula kesalahan seorang individu secara peribadi dijadikan alasan untuk menghukum seluruh bangsa ataupun komuniti pelarian ini. Dosa individu jangan dijadikan dosa satu kaum.
Saya menolak jenayah oleh mana-mana pelarian tetapi saya juga menolak xenofobia, hate speech dan propaganda yang sengaja mengambil kes terpencil lalu membina gambaran seolah-olah seluruh masyarakat Rohingya ataupun pelarian adalah penjenayah. Jangan kerana marah kepada kelemahan pengurusan kerajaan, kita hilang pertimbangan terhadap manusia. Pada masa yang sama, hak rakyat
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Malaysia mesti didahulukan dan dipertahankan. Pekerja mesti dilindungi, keselamatan dijamin, sistem kesihatan mesti mampan, sempadan dikawal dan undang-undang imigresen dikuatkuasakan.
Dalam soal pekerjaan, realitinya pelarian sudah bekerja sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua. Mereka dah bekerja walaupun dalam keadaan secara illegal. Apabila kita tidak menyediakan kerangka yang sah, kita sebenarnya membesarkan dan menyuburkan ekonomi gelap. Mereka dibayar murah, dieksploitasi, tiada perlindungan sosial, sementara majikan yang patuh undang-undang pula terpaksa bersaing dengan majikan yang mengambil pekerja secara haram.
Maka laluan pekerja yang terkawal boleh diwujudkan tetapi dengan syarat, tidak menggantikan rakyat Malaysia, mematuhi gaji minimum, undang-undang buruh, pemeriksaan kesihatan dan perlindungan sosial. Dalam kesihatan pula, penyata ini merekodkan tunggakan rawatan pemegang kad UNHCR sekitar RM1.06 juta bagi 2025.
Saya mencadangkan satu mekanisme perlindungan kesihatan khusus.
Pelarian yang bekerja menyumbang, majikan menyumbang, kerajaan membantu secara bersasar dan UNHCR, NGO serta agensi antarabangsa turut berkongsi tanggungjawab. Jangan semuanya dibebankan kepada pembayar cukai Malaysia.
Dalam pendidikan pula, sekitar 65 peratus kanak-kanak pelarian tidak mengikuti pendidikan secara formal. Anak tujuh tahun, yang ada pada hari ini tidak bersekolah, mereka akan dewasa. Kalau kita membiarkan satu generasi tanpa pendidikan, bahasa, kemahiran dan nilai, jangan 10 tahun kemudian kita terkejut apabila ia menjadi masalah sosial yang parah dan keselamatan yang parah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Pendidikan asas— saya nak gulung, Tuan Yang di-Pertua. Pendidikan asas, literasi, TVET dan kemahiran mesti menjadi sebahagian daripada pengurusan sementara. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia bukan pihak Konvensyen Pelarian 1951 tapi tidak bermaksud prinsip kemanusiaan boleh diketepikan. Kita boleh mengawal sempadan, kita boleh mengambil tindakan terhadap migran ekonomi yang tidak mempunyai hak tetapi sebelum seorang dihantar pulang, tentukan dahulu sama ada dia benar-benar memerlukan perlindungan.
Ia sangat penting dalam konteks Myanmar. Malaysia tidak boleh sekadar mengurus akibat krisis Myanmar. Malaysia mesti membantu menyelesaikan
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
puncanya. Selagi pembunuhan, perang dan pengusiran di Myanmar, selagi itulah Malaysia akan dijadikan tempat untuk mereka melarikan diri. Mereka kalau di negara mereka aman, sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, mereka pun tak ingin datang ke negara kita. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya bangun bawah 18(1).
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sila duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
18(1) ini urgent.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Fasal dia melibatkan kemalangan jalan raya...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sila duduk, ikut peraturan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Kepada peserta-peserta Standard Chartered Marathon kelmarin.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Pemandu mabuk telah melanggar peserta maraton.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya dah hantar kepada Speaker dan ini perlu disegerakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sila duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya nak minta supaya— saya bangun di bawah 18(1), Yang Berhormat. Saya berhak bangun.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Usul ini boleh dihantar kepada pejabat Tan Sri Speaker.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sudah hantar.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak perlu maklum dalam Dewan ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, saya nak rakyat tahu...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Bahawa Parlimen cukup concerned...
[Pembesar suara dimatikan] [Berucap tanpa pembesar suara] ...Tentang apa yang berlaku. Kita boleh bincang panjang-panjang tetapi benda yang berlaku ini yang melibatkan pemandu mabuk langgar peserta antarabangsa yang sedang berlari. Takkan Parlimen tak sebut langsung?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Tumpat, silakan.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang di-Pertua kerana membenarkan saya turut membincangkan tentang laporan mengenai polisi kerajaan berkenaan pengurusan pelarian di Malaysia. Kita perlu ingat kita berada di Parlimen. Yang kita perlu putuskan bukanlah operasi, tetapi kita putuskan ialah polisi.
Dalam hal ini, sekiranya Malaysia tidak mengambil langkah tegas dalam pengurusan pelarian di negara kita termasuk Rohingya, kita akan berhadapan dengan satu lagi masalah. Kita akan hilang merit dan premis moral di peringkat antarabangsa untuk bercakap tentang isu Palestin kerana kita dianggap zalim kerana salah pengurusan, walaupun konteks antara Rohingya dan Palestin tidak sama, dan kita menjadi sasaran musuh negara. Justeru, agensi seperti JAKIM perlu memainkan peranan untuk memaparkan dan membawa ke depan fiqah pelarian yang terkini. Itu yang pertama.
Yang kedua, kita memerlukan satu polisi untuk refugee governance architecture kepada kemasukan dan penentuan status, penempatan, pekerjaan, pendidikan, kesihatan, keselamatan, keluarga, pembiayaan hinggalah penyelesaian jangka panjang. Kita mesti tegas dalam isu ini.
Dalam isu undang-undang, Malaysia memerlukan suatu akta yang jelas untuk membezakan di antara pelarian, pencari suaka, migran ekonomi dan pendatang asing tanpa izin. Kita perlu jawapan siapakah yang akan memimpin agensi ini.
Sekarang ini di bawah UNHCR, mereka tidak lapor terus kepada kerajaan. Kita minta hendaklah lapor terus kepada kerajaan. Kita kerajaan berdaulat dan tidak pernah ratify UNHCR. Isunya ialah siapakah policy’s owner kepada keseluruhan polisi pelarian Malaysia?
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Tumpat mencadangkan agar satu national refugee management council dipengerusikan pada peringkat tertinggi kerajaan dengan sekretariat yang tetap, bukan ambil alih fungsi KDN, KKM, KESUMA atau KLN tetapi memastikan whole-of- government approach.
Yang kedua, berkenaan di manakah pelarian ini tinggal. Satu polisi perlu dibuat untuk mendapatkan polisi manage resident. Di manakah PBT yang terlibat, bagaimana pengangkutan, kesihatan, pendidikan mereka diurus? Ini bukan soal mengasingkan manusia tetapi bagaimana pelarian ini diurus secara sementara, teratur, terkawal dan negara mesti mengetahui di mana mereka berada dan bagaimana kawasan tersebut diurus.
Seterusnya berkaitan dengan pekerjaan. Siapakah yang akan memantau pekerjaan mereka? Dan bagaimanakah polisi kita untuk memastikan mereka ini tidak akan dieksploitasi? Mengurus migran ini mengambil masa yang panjang dan yang kita boleh lihat bagaimana negara-negara lain boleh menguruskan perkara-perkara ini dengan lebih baik. Mengambil contoh, mungkin contohnya Turki.
Daripada sudut pendidikan, kita memerlukan satu polisi nasional berkenaan dengan KPI, SOP untuk literasi, numerasi, bahasa Melayu, pendidikan agama atau nilai, pendidikan menengah, TVET, latihan guru serta standard pusat pembelajaran untuk pelarian ini.
Dari segi kesihatan, kita memerlukan suatu refugee health financing framework dengan mekanisme pembiayaan yang jelas terhadap caruman pelarian, majikan, insurans, UNHCR, NGO, bantuan antarabangsa dan kerajaan bagi keadaan tertentu. Dalam hal ini, prinsipnya kita tidak mahu rakyat Malaysia menanggung kos tanpa had tetapi kita juga tidak mahu manusia yang berada di negara ini dinafikan rawatan asas dan perlindungan kesihatan.
Seterusnya berkaitan dengan keluarga berkenaan kelahiran pelarian. Kita mesti mempunyai sistem yang jelas untuk rekod perkahwinan, kelahiran, identiti bapa dan status anak. Kita mesti menjawab persoalan generasi kedua. Bagaimana jika seseorang itu dilahirkan...
[Tidak jelas] Di Malaysia? Kerajaan mesti rakamkan dalam undang-undang bertulis secara eksplisit. Tidak ada pemberian kewarganegaraan kepada pelarian termasuk terhadap generasi yang lahir daripada rakyat Malaysia yang berkahwin dengan pelarian secara tidak sah dan perkara ini perlu diberi perhatian di bawah Majlis Raja-raja. Jawapan perlu diberikan sekarang, bukan apabila generasi kedua sudah berumur 20 tahun.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Seterusnya berkaitan dengan keselamatan dan penguatkuasaan. Di bawah Perkara 9(2) Perlembagaan, jelas menyebut bahawa hak bergerak bebas hanya untuk warganegara. Kita tidak menganggap seseorang pelarian sebagai ancaman tetapi sistem security screening, biometric, rekod kesalahan, mekanisme laporan, perlindungan wanita dan kanak-kanak serta tindakan trafficking, perikemanusiaan, status pekerja dan jenayah, dan kita melihat banyak kes berlaku melibatkan kemalangan membabitkan pelarian, pemegang kad UNHCR tetap tertakluk kepada undang-undang di Malaysia.
Kesembilan, dari segi menanggung kos. Perlu menjadi dasar fiskal negara, kerajaan perlu mengetahui kos sebenar kesihatan, pendidikan, penguatkuasaan, imigresen, keselamatan pentadbiran dan dinyatakan dengan jelas siapa yang akan bayar. Kerajaan? Pelarian melalui caruman majikan? UNHCR? NGO? Negara ketiga? Ataupun dana antarabangsa? Kita tidak boleh mempunyai polisi untuk mengetahui kos fiskal dalam jangka masa panjang.
Yang terakhir mengenai jalan keluar. Apa yang paling penting, rakyat sudah mula meragui keupayaan kerajaan untuk menguruskan pelarian. Pelarian tidak berada dalam status sementara selama-lama tanpa exit strategy. Tiga laluan utama― kepulangan secara sukarela selamat, penempatan semula ke negara ketiga atau tindakan penguatkuasaan bagi mereka yang melanggar undang-undang.
Namun, kita melihat konflik di Myanmar masih lagi berpanjangan dan kapasiti penempatan di negara kita sangat terhad. Negara lain pun sudah mula subcon pengurusan kepada negara orang lain seperti apa yang berlaku di negara Australia, kita melihat bagaimana mereka buat. Dalam hal ini, kita memerlukan satu long-term refugee management plan yang mesti dibuat oleh pihak kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mahu perbahasan ini terhenti pada DPP.
DPP adalah operasi, ia bukan polisi. DPP hanya menyelesaikan proses operasi dan kita selesaikan isu polisi. Justeru, Tumpat berpandangan bahawa Malaysia memerlukan satu polisi nasional pengurusan pelarian Malaysia yang lengkap, disokong oleh kerangka perundangan, struktur institusi, mekanisme pembiayaan, KPI yang jelas, pembahagian tanggungjawab antara agensi dan pelan tindakan jangka panjang. Kita mesti tegas dalam menjaga kedaulatan kita, tersusun dalam pengurusan dan manusiawi dalam perlindungan.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Tumpat. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menangguhkan mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula pada jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.05 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi (Sri Aman) mempengerusikan
Mesyuarat] Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Baiklah, seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Tuaran. Lima minit Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Sebelum memberi pandangan terhadap penyata Pengurusan Pelarian di Malaysia daripada Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, izinkan Tuaran mengucapkan penghargaan kepada beberapa penduduk Tamparuli, termasuk tiga orang remaja yang berjaya menyelamatkan dua orang pelancong dari Johor daripada hanyut ditenggelami banjir baru-baru ini.
Puan Yang di-Pertua, kerajaan melalui Arahan MKN nombor 23, akan mengambil alih pendaftaran pelarian dan pemohon suaka serta mengeluarkan Dokumen Pendaftaran Pelarian atau DPP kepada mereka yang layak. Namun, sebelum kita menentukan masa depan DPP, elok kita belajar daripada pengalaman Malaysia sendiri dalam hal pengurusan pelarian.
Malaysia pernah berhadapan dengan tiga pengalaman besar. Pelarian Vietnam di Terengganu, pelarian Filipina di Sabah dan kini Rohingya di Semenanjung. Tiga kelompok, tiga pendekatan, apakah pelajarannya?
Pertama, pelarian Filipina, pelarian Vietnam. Mereka yang datang dari laut ditempatkan sementara antaranya di Pulau Bidong, Terengganu. Pulau yang ketika itu tidak berpenghuni itu, ditetapkan Kerajaan Malaysia sebagai tapak penempatan pelarian. Mereka berada di sana sementara menunggu penempatan semula ke negara ketiga atau kepulangan. Sejak 1975, kira-kira 240,000 pelarian Vietnam dari Malaysia ditempatkan semula ke negara ketiga dan kira-kira 9,000 pulang ke Vietnam. Pelajarannya, perlindungan sementara mesti mempunyai jalan keluar.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Kedua, pelarian Filipina di Sabah. Mereka datang akibat konflik di selatan Filipina awal 1970-an. Penempatan diwujudkan di Kinarut, Brunun Telipok, Kampung Bahagia, Sandakan, Kampung Selamat, Semporna, Kampung Hidayat, Tawau dan juga Pulau Gaya, Kota Kinabalu.
Maka saya bertanya, mengapa model pengurusan mereka begitu berbeza daripada Vietnam? Vietnam mempunyai pusat penempatan yang lebih terkawal seperti Pulau Bidong dan laluan keluar antarabangsa yang jelas. Pelarian Filipina pula ditempatkan di beberapa lokasi di Sabah dan isu itu berlarutan lebih 50 tahun sehingga pada hari ini.
Apakah pertimbangan dasar yang menyebabkan perbezaan ini? Hari ini kita masih bercakap tentang IMM13, dokumentasi anak, cucu dan masalah antara generasi. Pelajarannya juga jelas, status sementara tanpa exit policy boleh menjadi masalah tiga generasi. Oleh itu, DPP jangan menjadi IMM13 versi baharu.
Ketiga, Rohingya. DPP sekarang membawa satu pendekatan baharu, pendaftaran oleh kerajaan, data biometrik dan penentuan status pelarian. Kerajaan sendiri menyatakan pengurusan DPP mulai 2026 adalah untuk keseluruhan pelarian, bukan pada Rohingya. Tetapi soalan paling penting ialah selepas seseorang mendapat DPP, apa seterusnya? Selepas lima tahun, apa jadi? Selepas 10 tahun, apa jadi dan apakah penghujungnya?
Puan Yang di-Pertua, Vietnam satu pendekatan, Filipina satu lagi pendekatan. Kemudian Rohingya satu lagi pendekatan. Perbezaan kaedah payah kita fahami. Kenapakah prinsip penyelesaian nasional yang sama tidak digunakan untuk ketiga-tiganya? Apakah kriteria yang digunakan untuk setiap kes tersebut?
Tuaran minta kerajaan supaya nyatakan kriterianya.
Kalau tidak ada prinsip, rakyat berhak bertanya sama ada dasar kita sedang menjadi ad hoc. Satu pendekatan bagi satu krisis, satu lagi pendekatan bagi krisis yang lain. Negara kita mempunyai lima prinsip Rukun Negara. Antaranya, keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
Maka Tuaran bertanya, di manakah kedaulatan undang-undang kalau isu sebesar pengurusan pelarian terlalu lama bergantung kepada arahan pentadbiran dan amalan semasa? Malaysia memilih untuk tidak menjadi pihak kepada Konvensyen Pelarian 1991 dan Protokol 1997. Itu pilihan dasar negara tetapi kalau Malaysia mahu mengurus pelarian dengan cara Malaysia sendiri, mengapakah kita tidak mahu mempunyai Akta Pelarian Malaysia?
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Tanpa satu akta yang jelas, terlalu banyak bergantung kepada budi bicara pentadbiran. Budi bicara yang terlalu luas boleh meningkatkan risiko ketidakselarasan, mismanagement, pertimbangan politik tidak terkawal dan salah guna kuasa.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Masa sudah tamat Yang Berhormat. Sila gulung.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Mahu gulung sudah.
Jadi, akta menetapkan definisi, akta menetapkan masa, akta mengehadkan budi bicara dan akta mewujudkan akauntabiliti kepada Parlimen. Sebab itu DPP mesti dibina atas empat tunggak iaitu status, time line, exit policy, akauntabiliti. DPP mesti menjadi satu, menjadi pintu masuk kepada penyelesaian, belajar daripada bagaimana diurusnya pelarian Vietnam, belajar daripada bagaimana kita mengurus pelarian Filipina di Sabah dan sekarang belajar daripada Rohingya di Semenanjung.
Pendaftaran sahaja belum menyelesaikan masalah. Maka, Tuaran akhir sekali dengan satu persoalan. Kalau Malaysia memilih jalan Malaysia dalam mengurus pelarian, bilakah kerajaan akan membawa ke Dewan ini satu Akta Pelarian Malaysia yang menetapkan prinsip, time line, exit policy dan akauntabiliti? Terima kasih.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Seterusnya, Yang Berhormat Tanjong Karang. Silakan Yang Berhormat. Lima minit.
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu pelarian ini bukan sahaja menguji keupayaan pentadbiran negara tetapi juga menguji nilai moral dan kemanusiaan kita sebagai sebuah masyarakat global.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia kini menampung seramai 215,000 orang pelarian dan pencari suaka berdaftar iaitu 193,000 orang daripadanya merupakan pelarian daripada Myanmar yang majoritinya adalah etnik Rohingya.
Tuan Yang di-Pertua, negara kita Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 atau Protokol 1967. Justeru, kad UNHCR hanya berfungsi sebagai pelindung de facto sahaja iaitu atas budi bicara pihak berkuasa untuk tidak mengambil tindakan penguat kuasaan serta-merta.
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Namun, ia tidak mempunyai status de jure atau kuat kuasa undang-undang domestik di bawah Akta Imigresen Malaysia. Akibatnya kita memikul beban kemanusiaan ini atas dasar ehsan dan tanggungjawab sosial semata-mata. Tuan Yang di-Pertua, isu pertama yang perlu kita angkat ialah ketiadaan kerangka undang- undang domestik yang jelas bagi membezakan antara pendatang asing tanpa izin dengan golongan pelarian dan pencari suaka.
Ketiadaan status undang-undang yang diiktiraf ini menyebabkan kelompok pelarian terutamanya etnik Rohingya dan komuniti rentan yang lain berada dalam grey area dengan izin, mereka hidup di Malaysia tanpa dokumen yang sah.
Pertamanya, mereka dinafikan hak asas untuk bekerja secara sah, memaksa mereka terdedah kepada eksploitasi tenaga kerja, buruh paksa, ekonomi gelap serta ancaman jenayah seperti pelacuran, perdagangan manusia dan penindasan.
Yang kedua, kanak-kanak pelarian terlepas daripada akses pendidikan formal yang berterusan.
Ketiga, akses kepada kesihatan awam menjadi terhad dan membebankan facility kesihatan tempatan, sekiranya tiada mekanisme pembiayaan atau kawalan yang tersusun.
Tuan Yang di-Pertua, Tanjong Karang mengalu-alukan inisiatif kerajaan melakukan DPP atau Dokumen Pendaftaran Pelarian, yang mana membolehkan mereka untuk menyumbang kepada ekonomi sectorial seperti perladangan, pembinaan atau penempatan asas di samping memudahkan pihak kerajaan memantau pergerakan dan data demografi mereka dengan tepat.
Tuan Yang di-Pertua, isu kedua adalah berkaitan dengan keselamatan ketenteraman awam dan pusat tahanan. Kita tidak boleh menafikan bahawa peningkatan jumlah pelarian turut membawa implikasi terhadap keselamatan awam, isu sosial dan beban kewangan negara dalam mengurus depot-depot tahanan Imigresen.
Langkah kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri dalam memperkemaskan pusat penentuan status pelarian adalah langkah yang baik.
Namun, insiden keselamatan di depot seperti di Bidor pada tahun 2024, membuktikan bahawa penahanan berpanjangan di dalam pusat tahan yang sesak bukanlah penyelesaian jangka panjang berkesan, sama ada dari sudut keselamatan awam, hak asasi manusia mahupun kos kewangan kerajaan.
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua, Tanjong Karang menggesa agar kerjasama lebih erat diperkukuh dengan agensi antarabangsa seperti UNHCR dan pertubuhan masyarakat sivil untuk mempercepatkan proses verifikasi status, penentuan dokumen serta proses penempatan semula atau resettlement ke negara ketiga.
Penyelarasan diplomatik dua hala ditingkatkan bagi memastikan kepulangan secara sukarela ke negara asal dapat dilaksanakan dengan selamat bermaruah dan dijamin perlindungan hak mereka sekiranya keadaan di negara telah pulih.
Kita juga perlu menangani isu cabaran ketiga yang mendesak iaitu naratif kebencian dan keseimbangan sosial. Peningkatan retorik kebencian xenofobia dan dehumanisasi terhadap komuniti pelarian di ruang awam bukan sahaja mencemarkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa, malah boleh mencetus ketegangan sosial dalam komuniti tempatan. Kita mesti mencari titik keseimbangan atau menjaga kedaulatan undang-undang negara dengan mempertahankan nilai- nilai kemanusiaan sejagat, pendidikan kesedaran awam dan penguatkuasaan terhadap sebarang bentuk hasutan kebencian mesti berjalan seiring.
Rakyat Malaysia terkenal dengan sifat empati. Namun, empati ini perlu diuruskan melalui sistem yang telus agar kebimbangan rakyat tempatan terhadap aspek keselamatan dan sumber negara turut diatasi dengan adil. Tuan Yang di- Pertua, isu pelarian tidak akan selesai dengan cara menutup mata atau mengamalkan pendekatan hukum semata-mata. Pengurusan pelarian di Malaysia memerlukan keberanian politik, pelan strategik jangka panjang yang jelas serta kerjasama strategik merentas kementerian di peringkat antarabangsa.
Tanjong Karang menyeru agar satu pelan tindakan komprehensif nasional mengenai pelarian dibentangkan di Parlimen demi memastikan maruah kemanusiaan terpelihara dan kedaulatan serta keselamatan Malaysia terus terjamin.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Baik, terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Seterusnya Yang Berhormat Bukit Bendera, silakan Yang Berhormat.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Sebelum saya memulakan perbahasan, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana berjaya menghantar pulang kira-kira 1,500 pelarian Myanmar minggu lepas pada fasa pertama. Jadi, ini adalah kerajaan yang mendengar keluhan rakyat dan bertindak tanpa mengambil masa
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
yang lama. Kerajaan yang baik adalah kerajaan yang mengutamakan keselamatan rakyat.
Jadi, cuba kita bayangkan, ketika anak kita belajar membina masa hadapan, ada budak lelaki pelarian seawal usia 14 tahun yang sudah bekerja. Ada budak perempuan yang terjerumus dalam perkahwinan bawah umur, menjadi isteri pada umur 13 sebelum sempat menjadi dewasa. Kalaulah itu tidak mengganggu kita, apakah lagi yang mampu menggoncang nurani negara ini. Jadi, kenyataan ini merekodkan kedua-dua realiti tersebut.
Pada masa yang sama, rakyat Malaysia bertanya adakah pekerjaan kami dilindungi, adakah hospital kita mampu menanggung kos, adakah sempadan dikawal dan ke manakah wang pembayar cukai dibelanjakan? Soalan-soalan itu sah. Rakyat Malaysia mesti didahulukan sebagai ukuran bagi setiap dasar. Namun, mendahulukan rakyat Malaysia tidak bermakna kita mesti kehilangan kemanusiaan.
Jika kerajaan gagal mengurus pelarian, rakyat menanggung kos. Pelarian terus dieksploitasi dan juga sindiket terus mengaut keuntungan. Jadi, penyata merekodkan 214,079 pelarian dan juga pemohon swasta berdaftar dengan UNHCR sehingga 31 Disember 2025. KDN pula menganggar 295,787 orang. Jadi terdapat perbezaan sebanyak 81,000. Jadi, siapa sebenarnya berada di negara kita dan di mana mereka tinggal, siapa bekerja, siapa membayar cukai. Jadi, jika kerajaan sendiri tidak mempunyai angka yang selaras, bagaimana rakyat boleh percaya bahawa keadaan ini terkawal?
Jadi di sinilah Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) menjadi kritikal. DPP mengumpul identiti, umur, lokasi, dan juga data biometrik serta membezakan pelarian tulen daripada pendatang asing tanpa izin dan juga migran ekonomi. Jadi, sistemnya dibangunkan oleh MIMOS dan dilaporkan sedia digunakan sejak 4 Januari 2026. Jadi, berapa orang yang telah didaftarkan? Jadi, berapa yang lulus ataupun yang telah ditolak? Berapa lama proses saringan? Siapa yang audit ketetapan data dan juga menjaga keselamatan? Jadi, soalan-soalan yang paling besar adalah kos.
Kerajaan dilaporkan menyediakan RM10 juta untuk proses DPP dan juga kebajikan kanak-kanak dalam tahanan. Jadi, persoalannya berapa kos pendaftaran bagi setiap orang dan adakah jumlah RM10 juta meliputi sistem biometrik, kakitangan, pusat pendaftaran, pemeriksaan keselamatan, penyelenggaraan, pembaharuan dokumen dan juga perlindungan data.
Jadi, soalan lebih, adakah ini diperuntukkan sekali sahaja ataupun komitmen tahunan dan juga siapakah agensi peneraju dan siapakah yang bertanggungjawab
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
sekiranya kos ini meningkat? Selepas seseorang menerima DPP, apakah tanggungan kepada kerajaan, apakah tindakan jika pemegang DPP ini melanggar syarat, berpindah tanpa kebenaran ataupun mengguna dokumen orang lain? Rakyat berhak mengetahui had dasar ini, jadi tanpa had, DPP boleh berubah daripada alat kawalan menjadi satu sistem yang mahal atau yang sukar diaudit.
Jadi, jawatankuasa mahu DPP bagi imigran dalam depot diselesaikan dalam enam bulan. Manakala, mereka di luar depot menjelang pertengahan 2030. Jadi, kerajaan mesti membentangkan garis masa sasaran bulanan, pecahan perbelanjaan dan laporan kemajuan kepada Parlimen. Jadi, jangan minta rakyat membayar dahulu dan bertanya kemudian.
Jadi, pendidikan juga tidak boleh diketepikan— 65 peratus kanak-kanak pelarian tidak mendapat pendidikan formal, sementara kira-kira 180 pusat pembelajaran alternatif beroperasi dengan sumber yang terhad. Jadi, lebih membimbangkan syor akhir tidak menawarkan penyelesaian pendidikan yang khusus. Tanpa pendidikan, kita sedang membiarkan satu generasi terdedah kepada buruh kanak-kanak, perkahwinan bawah umur, eksploitasi dan juga jenayah. Ini akhirnya akan menjadi isu keselamatan Malaysia.
Dalam kesihatan, tunggakan pemegang kad UNHCR mencecah 1.06 juta pada 2025. KKM dan juga MOF mesti memperincikan perkongsian kos penyertaan remedi dan juga perlindungan rawatan yang berimpak tinggi. Wang rakyat mesti dilindungi tetapi penyakit berjangkit dan juga kecemasan tidak boleh menunggu pemeriksaan pasport.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Jadi, akses kepada pekerjaan pula mesti terhad, dipantau, dan tidak menekan gaji rakyat. Jadi, pemegang DPP hanya boleh bekerja dalam sektor yang diluluskan dan di sini KESUMA mesti membuktikan pekerja rakyat tempatan, rakyat Malaysia tidak terjejas dan majikan tidak menggunakan pelarian sebagai buruh yang murah. Tegas pada sempadan, telus tentang kos, lindungi pekerjaan rakyat dan hentikan eksploitasi.
Puan Yang di-Pertua, melindungi Malaysia dan memelihara nilai kemanusiaan sebenarnya bukan dua pilihan yang bertentangan. Kerajaan yang cekap mesti mampu melakukan kedua-duanya sekali. Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Dato’ Sri Speaker, minta laluan. Mengalu-alukan kehadiran.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi
Silakan. Cepat ya.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Baik. Saya mengalu-alukan kehadiran 35 pelajar-pelajar dan 5 orang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Tahan, Jerantut dan mereka ini merupakan kepimpinan masa depan Malaysia, Pahang dan Jerantut.
Selamat datang
[Dewan tepuk]
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Terima kasih.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi
Okey, seterusnya Yang Berhormat Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Akhir- akhir ini kita dengar banyak cerita dan berita berkaitan konflik antara penduduk tempatan warga Malaysia dan pelarian, khususnya Rohingya. Ramai warga Malaysia telah hilang sabar dengan kebanjiran pelarian Rohingya di kawasan mereka.
Bila bercakap tentang hak asasi pelarian, kita perlu ingat juga tentang hak asasi rakyat Malaysia di tanah air mereka sendiri. Mereka berhak melihat sempadan negara berdaulat ini dilindungi daripada pencerobohan warga asing, termasuklah pelarian Rohingya. Warga Malaysia juga berhak mendapat kehidupan yang tenang dan tenteram di tanah air sendiri tanpa konflik dan krisis dengan mana-mana kumpulan pelarian. Apatah lagi bila Malaysia bukan merupakan pihak kepada Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967 serta tidak pernah menandatangani atau mengesahkan kedua-dua instrumen antarabangsa tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, seperti kebanyakan negara lain di dunia ini, pelarian yang sampai ke Malaysia hampir kesemuanya masuk melalui sindiket penyeludupan manusia. Setiap seorang yang hendak diseludup ke Malaysia perlu membayar puluhan ribu ringgit kepada sindiket tersebut.
Apabila kita nampak terlalu mudah membenarkan kemasukan pelarian ke negara ini, makan sindiket akan bekerja keras mendapatkan seramai mungkin pelarian untuk masuk ke negara ini. Tindakan sesetengah pihak yang seolah-olah memberi isyarat bahawa kita mengalu-alukan kemasukan pelarian sebenarnya telah meningkatkan aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan manusia.
Kumpulan yang mendapat paling banyak keuntungan daripada kemasukan pelarian ini adalah sindiket penyeludupan dan pemerdagangan manusia. Yang
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
untung adalah penyeludup manusia dan yang menanggung akibatnya adalah rakyat Malaysia.
Oleh yang demikian, langkah yang paling penting adalah untuk kerajaan secara serius mulakan operasi bersepadu di seluruh sempadan negara bagi memastikan tidak ada seorang pun lagi pendatang tanpa izin termasuk pelarian dapat lolos masuk ke negara ini.
Jika pelarian dan penyeludup tahu bahawa satu tindakan menyeluruh dibuat di seluruh sempadan negara, tentunya meraka akan berkira-kira untuk membelanjakan puluhan ribu ringgit semata-mata untuk mendapat khidmat penyeludup masuk ke Malaysia. Oleh itu, amat penting kerajaan menghantar satu isyarat yang jelas; lakukan sekarang, buat segera, tunjukkan kepada dunia bahawa kita sedang tingkatkan kawalan sempadan kita secara bersungguh-sungguh.
Tuan Yang di-Pertua, antara persoalan yang banyak ditanya oleh rakyat Malaysia adalah, berapa ramaikah sebenarnya pelarian yang ada di Malaysia?
Berapa ramaikah anak-anak yang lahir di Malaysia daripada pasangan pelarian yang ada di negara ini?
Saya ada bertanya kepada pihak KDN tentang jumlah pelarian yang ada di Malaysia. Jawapan yang saya terima adalah, “Berdasarkan statistik yang dikongsikan oleh UNHCR kepada kerajaan, setakat Jun 2026, terdapat seramai 222,366 orang pelarian dan pemohon suaka yang berdaftar dengan UNHCR di Malaysia.” Jawapan ini menunjukkan kerajaan sendiri sebenarnya tidak menyimpan rekod jumlah pelarian yang ada di negara ini. Sebaliknya kerajaan bergantung sepenuhnya kepada UNHCR. Ini satu langkah yang amat-amat berbahaya kepada kedaulatan negara.
UNHCR selama ini seolah-olah mempunyai kuasa yang cukup besar untuk mendaftar siapa sahaja sebagai pelarian. Apakah jaminan bahawa pendaftaran pelarian yang dibuat oleh UNHCR selama ini dibuat secara telus? Apakah jaminan tidak ada sindiket yang mendaftarkan pendatang asing tanpa izin sebagai pelarian?
Siapakah yang memberikan kuasa yang begitu besar kepada UNHCR sehingga ada pelarian yang merasakan mereka bebas melakukan apa sahaja dengan adanya kad pelarian UNHCR?
Tuan Yang di-Pertua, jika kita terus berikan kebebasan kepada UNHCR, negara kita ini akan menghadapi satu krisis limpahan pelarian yang amat perit. Kita telah lama dimomokkan oleh UNHCR dan negara-negara maju yang sepatutnya menjadi negara penerima bahawa penempatan pelarian di Malaysia adalah
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
sementara, kononnya sampai masa mereka akan ditempatkan ke Negara Ketiga.
Suka atau tidak, kita perlu sedar kita seolah-olah diperbodohkan oleh mereka.
Menurut KDN, bagi tahun 2026 sehingga bulan Jun, seramai 974 orang telah ditempatkan ke Negara Ketiga. Berdasarkan data ini, katakan untuk setiap tahun kita anggarkan seramai 2,000 orang ditempatkan ke Negara Ketiga, maka untuk menempatkan 220,366 orang, kita memerlukan 111 tahun Tuan Yang di-Pertua. Itu kalau tidak ada kemasukan pelarian baharu. Dalam konteks ini, UNHCR...
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi
Masa sudah tamat Yang Berhormat. Sila gulung.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Sedikit, gulung ya.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi
Okey.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
UNHCR seolah-olah sesuka hati mendaftarkan pelarian tanpa ada usaha menyeluruh untuk membantu menempatkan pelarian ke negara lain. Saya cadangkan agar kerajaan wujudkan satu program bersepadu penempatan semula pelarian ke Negara Ketiga dengan sasaran kadar penempatan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan hari ini. Negara-negara Maju, khususnya negara yang menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967 mestilah mengambil tanggungjawab. Ia bukan mudah untuk dilaksanakan, tetapi bukan sesuatu yang mustahil.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, kerajaan perlu melihat semula peranan yang dimainkan oleh UNHCR di negara ini. Saya cadangkan bahawa kerajaan tidak benarkan lagi pendaftaran pelarian baharu. Sesiapa sahaja yang berada di negara ini pada hari ini tanpa permit yang sah dianggap sebagai pendatang tanpa izin. Jika mereka ditangkap, maka pendatang tanpa izin ini akan dihantar balik ke negara asal.
Tindakan in akan menghantar signal dan isyarat yang jelas kepada pelarian yang bercadang hendak ke Malaysia dan juga kepada penyeludup-penyeludup manusia. Tentunya pelarian tidak sanggup membelanjakan puluhan ribu ringgit jika mereka tahu bahawa Malaysia tidak akan mendaftar mana-mana lagi pelarian baharu.
Dan satu lagi amat penting, Tuan Yang di-Pertua, kerajaan perlu pastikan bahawa cadangan untuk mewujudkan Dokumen Pendaftaran Pelarian tidak digunakan oleh mana-mana sindiket untuk mendaftarkan pendatang asing tanpa izin sebagai pelarian. Jangan sekali-kali kita benarkan ini berlaku. Jika tidak, jika adanya sindiket, kita akan lihat pertambahan jumlah pelarian yang cukup tinggi.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, lupakah kita sejarah Pulau Bidong dan kem transit pelarian di Sungai Besi? Secara keseluruhan, kita mengambil tempoh hampir 30 tahun untuk menempatkan semula lebih 250 ribu orang pelarian Vietnam yang masuk ke negara ini sekitar tahun 1975. Betapa sukarnya untuk negara menguruskan mereka ketika itu walaupun mereka ditempatkan dalam kawasan yang terkawal, iaitu Pulau Bidong dan kem transit. Bayangkan dalam keadaan hari ini apabila pelarian ini berada di mana-mana dalam kalangan masyarakat. Kalau tidak diuruskan segera dengan cermat, saya khuatir akan berlaku konflik besar di antara warga Malaysia dengan pelarian.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Sedikit sahaja akhir sekali, keadaan yang berterusan juga akan memberi tekanan kepada kewangan dan sistem perkhidmatan kerajaan termasuklah perkhidmatan kesihatan. Kita ketepikan politik, kita sama-sama selesaikan isu pelarian ini segera. Terima kasi banyak Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Baiklah Yang Berhormat Putrajaya. Kita seterusnya ke pembahas kita yang terakhir bagi Penyata JKP Hak Asasi Manusia, Pilihanraya dan Reformasi Institusi— Pengurusan Pelarian di Malaysia. Silakan, Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih, Yang di- Pertua. Saya ingin memulakan perbahasan saya dengan merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad di atas pemergian isteri beliau yang tercinta Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali. Memandangkan saya merupakan backbencher yang mewakili Pakatan Harapan, saya rasa perkara ini perlu dirakamkan.
Kita turut berkongsi sedih dan dukacita di atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali dan pada masa yang sama berkongsi sedih dan dukacita di atas kejadian yang menimpa Allahyarhamah adik Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal yang mati dibunuh di sekolah di Yong Peng, Johor.
Beralih kepada perkara yang kita bahaskan pada hari ini, saya dapat mendengar beberapa Ahli Parlimen daripada pembangkang, salah seorangnya daripada Tumpat yang mengatakan bahawa kerajaan gagal menguruskan pendatang tanpa izin di negara kita. Saya tidak bersependapat dengan beliau dan ingin menyatakan bahawa kerajaan perlu dipuji, syabas dan tahniah kerana kita baru
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
sahaja mencipta sejarah dengan menghantar kembali lebih kurang 1,500 pelarian Myanmar lebih kurang 2, 3 hari yang lalu. Suatu pencapaian yang tak dapat dilaksanakan sebelum ini.
Yang Berhormat Tumpat tidak hadir, tetapi saya ingin memegang gambar ini [Sambil menunjukkan sekeping gambar] Gambar yang menunjukkan solidariti terhadap pelarian Myanmar. Siapa kita lihat dalam gambar ini? Marang hadir. Ini diadakan bila? Tarikhnya 4 Disember 2016. Bekas Perdana Menteri kita, Yang Berhormat Pekan hadir dan juga yang berhormat Marang yang mengalu-alukan kedatangan pelarian Myanmar ke negara kita ini— bukan kerajaan sekarang. Yang mengalu-alukan kedatangan pelarian Myanmar ini adalah Yang Berhormat Marang, bersama-sama.
Jadi jangan datang ke Dewan Yang Mulia ini dan mengatakan bahawa kerajaan kita gagal melaksanakan langkah-langkah untuk menguruskan pelarian dan pendatang tanpa izin daripada Myanmar. Saya berkongsi pendapat dengan Yang Berhormat Putrajaya tadi.
Pertamanya, kita perlu memastikan bahawa UNHCR tidak lagi diberi mandat untuk mendaftarkan pelarian-pelarian ke negara kita. Kerana ada berita mengatakan bahawa kadangkala berlakunya salah guna kuasa. Mungkin faktor-faktor yang sepatutnya dipertimbangkan tidak dipertimbangkan.
Saya bersetuju bahawa Kementerian Dalam Negeri diberi mandat sepenuhnya dan satu operasi bersepadu dilaksanakan di seluruh negara, daripada Perlis hinggalah ke Sabah, Sarawak, untuk kita memastikan bahawa pelarian- pelarian ini, yang kita dengar jumlahnya lebih kurang daripada 214 ribu sehinggalah 220 ribu yang masih berada di negara kita. Saya tidak mahu saya disalah anggap oleh sesetengah pihak. Malaysia adalah negara yang aman dan damai.
Rakyat kita bertolak ansur, bertimbang rasa, berperikemanusiaan dan kita sanggup menolong barang siapa yang datang ke negara kita kalau mereka benar- benar menghadapi masalah di tanah air mereka, tetapi sejak kebelakangan ini, kita lihat seperti yang telah tercatit dalam tragedi sejarah hitam Wang Kelian. Bagaimana pelarian-pelarian ini dibawa ke negara kita, melalui lorong-lorong tikus, kadangkala menjadi mangsa pemerdagangan, dibunuh dan ditanam di sempadan kita.
Jadi saya menyeru kerajaan untuk terus— syabas dan tahniah kepada kerajaan kita kerana dapat berjaya mengatur langkah untuk memulangkan 1,500 pelarian pendatang tanpa izin atau pelarian daripada Myanmar. Saya difahamkan jumlahnya adalah 5,000.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya ingin tanya di kesempatan ini, dalam jangka masa terpendek ini, berapakah pelarian-pelarian yang akan dihantar semula ke negara masing-masing?
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Boleh sikit?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Boleh Putrajaya.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Saya hendak masuk tanya, daripada yang dihantar itu, adakah semua pelarian ataupun ada pendatang asing tanpa izin? Kalau boleh dapat pecahannya lebih terperinci. Kalau ada, terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Putrajaya, sekarang kita kawan, kita boleh bagi, tak ada masalah. So, kita nak tanya sama-sama, apakah langkah-langkah yang akan diambil atas isu ini? Bersama-sama kita mendukung langkah-langkah yang bakal diambil...
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Gulung Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Untuk kita mengusir kembali pelarian-pelarian ke negara masing-masing. Saya mohon kalau boleh dalam rumusan nanti, Pengerusi Jawatankuasa dapat memberi maklum balas. Terima kasih.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Selayang, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Hak Asasi Manusia, Pilihanraya dan Reformasi Institusi untuk menjawab, 10 minit Yang Berhormat.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada 14 Ahli Parlimen yang telah mengambil bahagian dalam pembahasan tentang Penyata jawatankuasa berhubung Pengurusan Pelarian di Malaysia D.R.21/2026.
Jawatankuasa ingin menegaskan bahawa isu yang dibahaskan pada hari ini bukan sekadar berkaitan kehadiran pelarian di Malaysia. Isu ini menyentuh persoalan yang lebih besar, iaitu bagaimana negara mengimbangi kepentingan keselamatan dan kedaulatan negara dengan tanggungjawab kemanusiaan, di samping memastikan pengurusan kewangan awam kekal mampan. Hakikatnya, Malaysia telah sekian lama berhadapan dengan isu pelarian tanpa satu kerangka perundangan yang khusus.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Keadaan ini menyebabkan pelbagai kementerian dan agensi perlu mengurus isu yang sama melalui mekanisme pentadbiran yang berbeza, sekali gus menimbulkan cabaran dari aspek dokumentasi penguatkuasaan, pekerjaan, pendidikan, kesihatan dan keselamatan.
Sehubungan itu, jawatankuasa telah meneliti isu ini melalui pembentangan daripada Pertubuhan Perkhidmatan Sosial dan Pembangunan Komuniti (PSPK), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian UNHCR serta Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Walaupun setiap pihak melihat isu ini daripada perspektif yang berbeza, kesemuanya menunjukkan bahawa pengurusan pelarian memerlukan pendekatan yang lebih tersusun dan bersepadu.
Tuan Yang di-Pertua, pembentangan PSPK memberi gambaran jelas mengenai realiti kehidupan pelarian di lapangan. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa ketiadaan laluan pekerjaan yang sah menyebabkan pelarian bergantung kepada sektor tidak formal, sekali gus meningkatkan risiko eksploitasi buruk, menjejaskan akses kepada pendidikan dan kesihatan, serta memberi kesan kepada kesejahteraan komuniti setempat.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
KDN pula menjelaskan usaha kerajaan memperkenalkan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) sebagai mekanisme pendaftaran dan pengurusan pelarian yang lebih sistematik. Jawatankuasa berpandangan bahawa pelaksanaan DPP merupakan langkah penting ke arah mewujudkan sistem pengurusan pelarian yang lebih tersusun. Namun pelaksanaannya hendaklah disokong oleh mekanisme penguatkuasaan yang berkesan serta penyelarasan antara semua agensi berkaitan.
Daripada pembentangan KKM, jawatankuasa mengambil maklum bahawa peningkatan jumlah pelarian dan warga asing turut memberi implikasi kepada kapasiti sistem kesihatan awam khususnya dari segi tunggakan bayaran rawatan.
Penggunaan kemudahan kesihatan dan keperluan pembiayaan yang lebih mampan.
Dalam hal ini kesejahteraan kesihatan awam perlu terus dipelihara tanpa menjejaskan hak rakyat Malaysia untuk mendapat perkhidmatan yang berkualiti.
Pembentangan UNHCR pula menunjukkan bahawa isu pelarian bukan sahaja berkaitan Malaysia tetapi dipengaruhi oleh konflik serantau, keadaan di negara asal serta kekangan penempatan semula ke negara ketiga, jawatankuasa mengambil maklum bahawa kerjasama antara kerajaan dan UNHCR perlu
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
diteruskan khususnya dalam aspek perkongsian maklumat, pengurusan data dan pembangunan kapasiti selaras dengan dasar dan kepentingan negara.
KESUMA pula membentangkan cadangan mekanisme akses pekerjaan kepada pelarian yang peroleh DPP. Jawatankuasa berpandangan bahawa pelaksanaan dasar tersebut perlu dilaksanakan secara berperingkat, terkawal dan dipantau secara berterusan agar tidak menjejaskan peluang pekerjaan rakyat tempatan serta tidak menjadi faktor penarik kepada kemasukan pelarian baharu secara tidak sah.
Tuan Yang di-Pertua, setelah meneliti keseluruhan dapatan ini, jawatankuasa membuat beberapa kesimpulan penting.
Pertama, pengurusan pelarian memerlukan satu kerangka dasar yang lebih jelas khususnya dalam aspek pengesanan identiti, penentuan status pelarian serta penyelarasan fungsi antara kementerian dan agensi yang terlibat.
Kedua, pelaksanaan DPP perlu diberikan keutamaan kerana mekanisme ini akan menjadi asas kepada pendaftaran, penyampai perkhidmatan dan penguatkuasaan yang lebih berkesan. Pada masa yang sama kerajaan perlu memastikan pelaksanaan DPP difahami oleh rakyat melalui penerangan yang jelas dan berterusan.
Ketiga, pengurusan pelarian tidak boleh dipisahkan daripada aspek keselamatan negara. Penguatkuasaan di pintu masuk dan sempadan negara perlu terus diperkukuh bagi membendung kemasukan secara tidak sah. Di samping tindakan yang lebih tegas terhadap sindiket penyeludupan manusia dan mana-mana pihak yang melindungi PATI.
Keempat, pengurusan pelarian perlu mengambil kira implikasi terhadap sistem kesihatan awam dah kedudukan fiskal negara. Oleh itu, pendekatan pembayaran yang lebih mampan termasuk mekanisme insurans, perkongsian kos dan kerangka pembiayaan yang telus perlu dibangunkan bagi mengurangkan beban kewangan kerajaan.
Kelima, akses pekerjaan kepada pelarian hendaklah dilaksanakan secara terkawal dan dipantau secara berterusan supaya dapat memenuhi keperluan sektor tertentu tanpa menjejaskan pasaran buruh tempatan, keselamatan negara dan keharmonian masyarakat.
Akhir sekali, jawatankuasa berpandangan bahawa pengurusan pelarian tidak boleh dilaksanakan secara berasingan oleh mana-mana kementerian. Sebaliknya ia memerlukan penyelarasan menyeluruh oleh Majlis Keselamatan Negara dengan
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
kerjasama semua kementerian dan agensi berkaitan supaya dasar yang dilaksanakan lebih konsisten, bersepadu dan berkesan.
Jawatankuasa percaya bahawa syor-syor yang dikemukakan bukan bertujuan mengubah dasar negara terhadap pelarian sebaliknya memperkukuh mekanisme pengurusan sedia ada agar lebih tersusun, telus dan berkesan.
Pendekatan ini penting bagi memastikan kepentingan negara terus dipelihara di samping menangani cabaran yang timbul daripada isu pelarian secara lebih sistematik. Jawatankuasa turut berharap agar kerajaan mempertimbangkan syor- syor yang dikemukakan secara menyeluruh demi memperkukuhkan tadbir urus pengurusan pelarian, meningkatkan keberkesanan penguat kuasa serta memastikan keseimbangan antara keselamatan negara, tanggungjawab kemanusiaan dan kemampanan fiskal dan juga ucapan-ucapan dan cadangan yang diberikan oleh 14 Ahli Parlimen pada hari ini.
Inilah masanya untuk Malaysia memperkukuh sistem pengurusan pelarian yang lebih tersusun, bersepadu dan berpaksikan kepentingan negara. Dengan pendekatan yang jelas serta kerjasama semua pihak, jawatankuasa yakin pengurusan pelarian dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan tanpa menjejaskan keselamatan, kedaulatan dan kesejahteraan rakyat. Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Baiklah terima kasih Yang Berhormat Selayang. Dengan jawapan Yang Berhormat Selayang itu tadi maka selesailah sesi penerangan yang pertama.
Sekarang kita ke sesi penerangan yang kedua. Saya seterusnya ingin menjemput Yang Berhormat Pulai, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Kesihatan akan memberi penerangan berkenaan dengan lawatan kerja Jawatankuasa Pilihan Kesihatan ke Sabah— Pengukuhan Penyampaian Perkhidmatan dan Fasiliti Kesihatan. Silakan Yang Berhormat.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera, salam MADANI.
Terima kasih Puan Speaker yang membenarkan saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Kesihatan, Parlimen Malaysia untuk membentangkan lawatan
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
kerja Jawatankuasa Pilihan Kesihatan ke Sabah dari segi Pengukuhan Penyampaian Perkhidmatan dan Fasiliti Kesihatan.
Tuan Yang di-Pertua, pada hari ini saya bangun membawa perhatian Dewan kepada keupayaan sistem kesihatan di Sabah untuk memenuhi peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan. Pertumbuhan penduduk, peningkatan beban pesakit dan perkembangan skop perkhidmatan perlu disokong dengan fasiliti sumber manusia, kepakaran dan infrastruktur yang mencukupi.
Bagi mendapat gambaran sebenar keadaan di lapangan, Jawatankuasa Pilihan Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke Sabah pada 17 hingga 21 Ogos 2026. Melibatkan kawasan Kota Kinabalu, Putatan dan juga Papar. Sepanjang lawatan tersebut, jawatankuasa telah mengadakan sesi taklimat, perbincangan dan lawatan melibatkan hospital, perkhidmatan kesihatan premier dan pergigian, serta agensi yang berkaitan.
Pendekatan ini membolehkan jawatankuasa melihat sendiri keadaan fasiliti, mendengar pandangan petugas dan pengurusan serta meneliti cabaran sebenar dari segi penyampaian perkhidmatan. Secara keseluruhan, jawatankuasa mendapati bahawa peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan kesihatan di Sabah masih belum sepadan dengan peningkatan kapasiti fasiliti.
Antara cabaran yang dikenal pasti adalah ketidakcukupan sumber manusia, keadaan fasiliti dan infrastruktur, keperluan aset dan peralatan, kesesakan serta ketidakpadanan kapasiti dengan pertumbuhan permintaan.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Di peringkat hospital, jawatankuasa melihat sendiri peranan penting Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS), Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan juga Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) sebagai pusat rujukan bagi perkhidmatan kepakaran dan sub kepakaran dengan sebahagian perkhidmatan turut menerima rujukan daripada luar Sabah.
Di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, perhatian diberi kepada keperluan meningkatkan kapasiti perkhidmatan pediatrik dan juga rawatan kanser termasuk cadangan pembangunan Institut Pediatrik Sabah serta penyediaan perkhidmatan positron emission tomography iaitu computed tomograph iaitu PET-CT dan kemudahan siklotron.
Hospital Queen Elizabeth pula merupakan hospital negeri dan pusat rujukan utama Sabah. Namun, hospital ini masih berdepan dengan keperluan meningkatkan
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
kapasiti sumber manusia, aset serta kemudahan sokongan seiring dengan perkembangan beban dan skop perkhidmatan.
Di Hospital Queen Elizaberth II, jawatankuasa mengambil perhatian terhadap keperluan memperkukuh perjawatan dan tenaga kepakaran bagi mengoptimumkan kapasiti hospital.
Cadangan pembangunan Pusat Jantung Sabah merupakan antara pembangunan strategik yang dikemukakan untuk memperkukuh perkhidmatan jantung dan sub kepakaran berkaitan.
Perhatian khusus turut diberikan kepada projek naik taraf Hospital Papar yang mengalami kelewatan berpanjangan. Projek tersebut telah menerima 11 lanjutan masa ataupun EOT dengan tambahan keseluruhan 2,108 hari. Manakala kontrak kontraktor asal kemudiannya ditamatkan dan pelantikan kontraktor penyiap akan dilaksanakan melalui proses tender baru.
Tuan Yang di-Pertua, tekanan terhadap penyampaian perkhidmatan bukan hanya berlaku di hospital, tapi turut melibatkan fasiliti kesihatan premier yang perlu menampung pertambahan pesakit dan keperluan perkhidmatan. Klinik Kesihatan Putatan, sebagai contoh, pada asalnya direka sebagai Klinik Kesihatan Jenis 3, tetapi kini menanggung beban perkhidmatan yang disifatkan setara dengan Klinik Kesihatan Jenis 1 dengan kedatangan harian antara 1,000 hingga 1,200 pesakit.
Di Kota Kinabalu, keperluan meningkatkan kapasiti turut melibatkan pembangunan Klinik Kesihatan Kota Kinabalu dan Klinik Kesihatan Sepanggar serta pembangunan semula atau naik taraf Klinik Kesihatan Likas yang meningkat akses dan mengagihkan beban pesakit dengan lebih seimbang.
Bagi perkhidmatan pergigian, jawatankuasa mendapati bahawa kapasiti fasiliti, taburan perkhidmatan dan sumber manusia masih belum mencukupi di beberapa kawasan. Di Kota Kinabalu, sebanyak 83,070 kedatangan pesakit direkod pada tahun 2025 berbanding hanya 11 kerusi pergigian, di samping kekosongan jawatan yang masih ketara.
Perkhidmatan outreach dan bergerak juga memainkan peranan penting dalam memperluas akses kepada komuniti yang sukar mendapatkan perkhidmatan secara tetap. Namun, pelaksanaannya memerlukan sumber manusia, kenderaan dan peralatan yang mencukupi, manakala pemfluoridaan bekalan air perlu diperkukuh sebagai langkah pencegahan kesihatan pergigian.
Tuan Yang di-Pertua, dari aspek sumber manusia, jawatankuasa mendapati bahawa keperluan bukan hanya melibatkan bilangan jawatan, tetapi juga pengisian,
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
pengagihan, pembangunan kepakaran dan pengekalan tenaga kesihatan mengikut kapasiti dan beban perkhidmatan. Jawatankuasa turut mengambil perhatian bahawa kekurangan tenaga kepakaran dan kekangan dalam latihan kepakaran serta sub kepakaran boleh menjejaskan kesinambungan perkhidmatan.
Antara perkara yang dibangkitkan ialah syarat berkaitan dengan laporan penilaian prestasi tahunan (LNPT) serta keperluan melibatkan usaha menarik dan mengekalkan tenaga kesihatan di negeri Sabah. Dalam masa yang sama, pendigitalan perkhidmatan kesihatan perlu diperkukuh melalui penyediaan sistem, perkakasan, rangkaian dan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi yang mencukupi bagi menyokong pengurusan pesakit dan operasi fasiliti.
Jawatankuasa juga berpendapat bahawa pencegahan saringan dan pengesanan awal perlu diperkukuh supaya individu yang berisiko dapat dikenal pasti dan diberikan intervensi sebelum pesakit menjadi lebih serius. Selepas lawatan kerja Jawatankuasa Pilihan Kesihatan ke Hospital Queen Elizabeth serta lawatan Yang di- Pertua Dewan Rakyat pada April 2026, jawatankuasa berpandangan bahawa terdapat keperluan untuk memperkukuh peralatan teknologi maklumat dan komunikasi serta menaik taraf infrastruktur rangkaian di hospital tersebut selaras dengan permohonan yang telah dikemukakan dengan anggaran kos sebanyak RM5.3 juta.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan keseluruhan penelitian tersebut, jawatankuasa mengemukakan 12 syor di bawah empat aspek utama iaitu: fasiliti, infrastruktur dan juga operasi; sumber manusia serta tenaga kepakaran; pencegahan, akses dan pendigitalan; serta keutamaan pembangunan serta projek strategik.
Bagi fasiliti, infrastruktur dan operasi, jawatankuasa memberikan penekanan kepada pembaikan, naik taraf, penyelenggaraan dan penggantian aset serta penyelesaian terhadap kekangan kemudahan sokongan seperti berikut.
Yang pertamanya adalah Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan Jabatan Kerja Raya memberi keutamaan kepada pembaikan, naik taraf, penyelenggaraan dan penggantian aset dan peralatan yang kritikal berdasarkan keperluan operasi dan keselamatan.
Dan yang kedua, KKM dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah dan pihak berkuasa tempatan melalui penyelesaian bagi masalah tempat letak kenderaan, pengurusan trafik dan kemudahan sokongan di fasiliti kesihatan mengikut kesesuaian setempat.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Bagi sumber manusia dan tenaga kepakaran, jawatankuasa memberikan penekanan kepada pengisian dan pengagihan sumber manusia serta pembangunan dan pengekalan tenaga kepakaran seperti berikut.
Pertama, KKM dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan memperkukuh pengisian, penambahan dan pengagihan sumber manusia serta pembangunan tenaga kepakaran berdasarkan kapasiti, beban kerja dan keperluan perkhidmatan.
Dan yang kedua, KKM dan Jabatan Perkhidmatan Awam meneliti peluang latihan kepakaran dan sub kepakaran, syarat berkaitan dengan LNPT, kemajuan kerjaya serta mekanisme pengekalan tenaga kesihatan khususnya bagi bidang dan kawasan yang berhadapan dengan kekurangan tenaga pekerja.
Bagi pencegahan, akses dan pendigitalan, jawatankuasa memberi penekanan kepada pengesanan awal, pemfluoridaan bekalan air, pendigitalan serta pengukuhan perkhidmatan outreach dan bergerak seperti yang berikut.
Pertama, KKM memperkukuh pencegahan, saringan dan pengesanan awal penyakit termasuk tindakan susulan dan intervensi pencegahan berasaskan komuniti.
Kedua, KKM dengan kerjasama Jabatan Air Negeri Sabah memperluas pemfluoridaan bekalan air awam serta intervensi pencegahan kesihatan pergigian di kawasan yang belum menerima bekalan air berfluorida.
Yang ketiga, KKM memperkukuh pendigitalan perkhidmatan kesihatan melalui penyediaan dan naik taraf sistem perkakasan, rangkaian dan infrastruktur ICT yang bersesuaian.
Dan yang keempat, KKM memperkukuh akses serta perkhidmatan outreach dan bergerak melalui penyediaan sumber manusia, kenderaan dan peralatan yang mencukupi.
Bagi pembangunan keutamaan dan projek strategik, jawatankuasa memberikan penekanan kepada peningkatan kapasiti hospital, kesihatan premier dan juga pergigian serta memperkukuh tadbir urus projek fasiliti kesihatan seperti berikut.
Pertama, KKM dengan kerjasama Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan memberikan pertimbangan sewajarnya terhadap cadangan pembangunan strategik hospital dan perkhidmatan kepakaran di Sabah khususnya Institut Pediatrik Sabah, perkhidmatan PET-CT dan juga kemudahan siklotron di HWKKS, projek naik taraf Hospital Queen Elizabeth di bawah Rancangan Malaysia
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Ketiga Belas, Pusat Jantung Sabah di Hospital Queen Elizabeth II serta pembangunan Hospital Penampang sebagai hospital pakar minor.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
KKM dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah memberi keutamaan kepada pembangunan baharu, pembangunan semula dan penambahan kapasiti fasiliti kesihatan premier khususnya Klinik Kesihatan Kota Kinabalu, Sepanggar, Likas, Petagas dan juga Ketiau.
Yang ketiga adalah, KKM memberi keutamaan kepada pembangunan baharu, pembangunan semula, dan penambahan kapasiti fasiliti serta perkhidmatan pergigian termasuk pembangunan fasiliti pergigian baharu di Kota Kinabalu, pembangunan semula KP Kepayan, penyediaan perkhidmatan pergigian di Petagas dan Ketiau, naik taraf KP Papar serta penyediaan komponen pergigian di KK Bongawan.
Dan yang keempat ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kewangan, dan Kerajaan Negeri Sabah memperkukuh tadbir urus dan pemantauan projek fasiliti kesihatan termasuk kawalan EOT, penamatan kontrak bermasalah serta penilaian rekod prestasi di samping memastikan projek naik taraf Hospital Papar disempurnakan.
Jawatankuasa ingin menegaskan bahawa cabaran penyampaian perkhidmatan kesihatan di Sabah tidak perlu ditangani melalui perancangan semata- mata. Perancangan perlu diterjemahkan kepada projek yang siap, jawatan yang diisi, aset yang boleh digunakan, dan perkhidmatan yang benar-benar sampai kepada rakyat.
Pada masa yang sama, pembangunan fasiliti perlu bergerak bersama pembangunan sumber manusia dan tenaga kepakaran. Tidak memadai menyediakan bangunan, katil ataupun peralatan baharu sekiranya tidak disokong oleh tenaga kerja, sistem dan kemudahan sokongan yang mencukupi.
Jawatankuasa berpandangan bahawa Sabah memerlukan perancangan pembangunan kesihatan yang lebih tersusun dan keutamaan berdasarkan pertumbuhan penduduk kawasan liputan kapasiti sedia ada dan keperluan perkhidmatan. Selaras dengan fungsi semak dan imbang Parlimen, jawatankuasa akan terus memberikan perhatian terhadap pelaksanaan syor-syor ini bagi memastikan setiap perancangan, peruntukan, dan projek menyumbang kepada peningkatan kapasiti akses dan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat negeri Sabah.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Sekian sahaja penerangan saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Kesihatan bagi Penyata Berhubung Lawatan Kerja Jawatankuasa Pilihan Kesihatan Ke Sabah: Pengukuhan Penyampaian Perkhidmatan dan Fasiliti Kesihatan. Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi
Baiklah. Terima kasih Yang Berhormat Pulai.
Ahli-ahli Yang Berhormat, penerangan daripada Yang Berhormat Pulai selaku Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Kesihatan itu tadi kini terbuka untuk Ahli-ahli Yang Berhormat meminta penjelasan dan memberikan pandangan.
Di hadapan saya sekarang ada senarai nama-nama Ahli Yang Berhormat yang ingin berbahas. Ada 12 orang. Kita mula dengan Yang Berhormat Bandar Kuching. Lima minit, Yang Berhormat ya. Silakan.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana membenarkan saya untuk membahaskan laporan JKPK ini. Namun hari ini, saya ingin bangun untuk membunyikan satu loceng amaran.
Perkhidmatan kesihatan di Sabah dan Sarawak sebenarnya dalam keadaan krisis. Rakyat kita sedang membayar dengan kosnya dengan kesihatan mereka.
Malah, ada yang telah membayarnya dengan nyawa mereka. Oleh itu, kita tidak boleh terus dengan sikap business as usual, dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya bermula dengan lima nama. Pada 8 September 2026, helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, Ulu Baram. Kapten Zainol, Doktor Ainul, Penolong Pegawai Perubatan Alexson Adit Henry serta Jururawat Debra Moset dan Jessie Paya Jok terkorban ketika membawa rawatan kepada masyarakat di pedalaman. Mereka yang telah berkhidmat untuk negara dan masyarakat sepatutnya berhak mendapat pesawat yang selamat dan dapat pulang ke pangkuan keluarga mereka.
Oleh itu, jangan kita mengambil tragedi ini sebagai satu statistik sahaja, tetapi kita kena menilai dan memastikan siapa yang bertanggungjawab ambil tanggungjawab tersebut. Helikopter BO-105 (9M-LLF) dikendalikan oleh Layang- Layang Aerospace. Ia sebenarnya dibuat pada tahun 1991. Usianya 35 tahun malah pengeluaran model sebenarnya telah dihentikan sejak tahun 2001. Laporan awal menunjukkan kebakaran enjin sebelum hentaman. Malah, dua hari selepas nahas, syarikat itu baru menggantung seluruh armada BO-105 nya.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Tuan Yang di-Pertua, jika penggantungan itu diperlukan, kenapa tidak lakukan sebelum nahas tragedi itu berlaku? Ya, syarikat dan pesawat itu ada sijil kelayakan udara yang sah, tetapi Tuan Yang di-Pertua, sijil di atas kertas tidak bermakna apa-apa jika pemeriksaan atau standard maintenance tidak dilakukan dengan baik. Kelayakan udara di atas kertas tidak bermakna jika penyelenggaraan sebenarnya tidak dilakukan.
Oleh itu, atas kepentingan awam saya ingin bertanya. Nombor satu, bilakah kontrak FBS dengan Layang-Layang dianugerahkan, pada nilai berapa, dan adakah melalui tender terbuka?
Nombor dua, adakah kontrak menetapkan had usia pesawat? Mengapa petugas kita masih diterbangkan dengan model yang terhenti dikeluarkan 25 tahun yang lalu?
Ketiga, bilakah kali terakhir kementerian mengaudit secara bebas rekod penyelenggaraan syarikat tersebut?
Keempat, bilakah laporan awal AAIB akan didedahkan kepada umum?
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak menyoal integriti siasatan ini, tapi saya tidak akan menerima sebarang usaha untuk menutup kebenaran. Jika didapati penyelenggaraan diabaikan atau amaran tidak dihiraukan, ini bukan kemalangan biasa. This is criminal negligence, dengan izin. Ia mesti disiasat oleh polis atau pihak berkuasa sebagai kemungkinan kecuaian jenayah dan sesiapa yang bertanggungjawab mesti berdepan dengan tindakan undang-undang.
Selain itu Tuan Yang di-Pertua, hampir sebulan berlalu keluarga Alexson dan Jessie masih tidak tahu jumlah atau tarikh wang ihsan akan diberikan. Balu Alexson, Stephanie, iaitu suri rumah dengan dua anak berumur lima dan dua tahun.
Oleh itu, saya menuntut kerajaan memberikan pampasan tambahan kepada kelima-lima keluarga mangsa melangkaui wang ihsan, termasuk dana pendidikan untuk anak-anak dan bantuan sara hidup bulanan bagi tanggungan untuk yang kehilangan tempat bergantung. Saya berharap kerajaan dapat mengumumkan secepat mungkin jumlah dan tarikh kepada kelima-lima keluarga ini.
Tuan Yang di-Pertua, ada satu lagi isu yang sangat cemas di Sabah dan Sarawak, iaitu isu tenaga kerja. Kadar Pegawai Perubatan yang tidak melaporkan diri bagi jawatan tetap telah melonjak daripada dua peratus pada tahun 2022 kepada 20 peratus pada 2023, kira-kira 40 peratus pada 2025, dan 66 peratus bagi penempatan hospital di Sabah bulan ini. MMA melaporkan 70 hingga 76 peratus di
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Sabah dan Sarawak. Ini bukan satu tanda amaran, ini satu kecemasan. This is an emergency. Pada 28 September, Hospital Beluran menerima sifar doktor dan kini enam doktor sahaja mengendalikan satu hospital. Hospital Kanowit tinggal tiga doktor; Kudat menerima empat daripada 17; Sri Aman, Tuan Yang di-Pertua, enam daripada 20.
Pada hari yang sama, Hospital Serdang di Lembah Klang di Selangor dilaporkan menerima 150 doktor baharu. Ini bukan satu kejutan, tetapi ini perancangan yang tidak rapi. Saya ingin memberikan kredit kepada kerajaan ini kerana telah menyediakan sebanyak 18,500 lantikan tetap sejak 2023, tetapi semua ini tidak bermakna jika ramai doktor tidak melaporkan diri. Malah, ada kemungkinan statistik ini tidak menunjukkan gambar sebenarnya, iaitu doktor yang menolak tawaran, yang tidak direkodkan sebagai meletakkan jawatan.
Tuan Yang di-Pertua, adakah mana-mana Ahli Parlimen, Ahli Dewan Rakyat di sini akan menerima jika hanya tiga doktor menjaga sebuah hospital di kawasan mereka? Setiap doktor yang tidak hadir membawa satu kesan rantaian atau chain effect. Ibu bersalin menunggu lebih lama, pesakit strok kehilangan masa emas, penyakit kencing manis bertukar menjadi kegagalan buah pinggang.
Kalau di Lembah Klang, kalau satu hospital sibuk, mereka boleh pergi ke hospital satu lagi yang mungkin tak jauh daripada tempat mereka, tetapi di pedalaman Sabah dan Sarawak, tiada hospital lain di hujung jalan, tiada pelan B untuk mereka. Jadi...
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi
Sila gulung, Yang Berhormat.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Cepat, ini isu yang penting.
Jadi, apa puncanya? Ini satu isu sistemik. Contohnya, Bayaran Insentif Wilayah. Saya telah berdiri di Dewan sini tahun lalu untuk memberikan satu amaran di mana penurunan BIW akan membawa kesan negatif dan kita melihatnya pada hari ini.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Jadi saya menuntut, merayu kepada kerajaan, sila pulihkan Bayaran Insentif Wilayah ini kepada bayaran yang asal. Ia sebenarnya tidak cukup untuk membawa mereka ke Sabah dan Sarawak, tetapi ini adalah satu petanda, satu first step untuk mereka.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Selain itu, umumkan dalam masa terdekat komitmen untuk menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan dengan kuasa menetapkan saraan tanpa terikat pada skim seluruh perkhidmatan awam.
Ketiga, naikkan pangkat serta-merta apabila dilantik tetap dan jadikan khidmat di Sabah dan Sarawak sebagai insentif untuk mendapatkan tempat kepakaran dan juga tetapkan secara jelas, tempoh perkhidmatan tetap sama ada 12 hingga 24 tahun bagi pakej setimpal dan kelebihan kerjaya selepasnya.
Saya juga berasa perkara keempat, Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak juga memainkan peranan dan boleh menawarkan bonus dan insentif kepada petugas yang bekerja di negeri mereka. Ia boleh dilihat sebagai tanggungjawab bersama.
Namun ini juga bermakna Kerajaan Persekutuan mesti memulangkan hasil yang sepatutnya kepada Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga MA63. Yang ini kita tak boleh pertikaikan.
Dan kelima, saya akan rumuskan dalam langkah ini. Sebagai langkah jangka pendek, adakah kerajaan bersedia untuk mengambil doktor atau pekerja kesihatan asing? Mungkin bermula dengan graduan antarabangsa yang telah latih di universiti tempatan di negara kita.
Secara penutupnya Puan Yang di-Pertua, rakyat Sabah dan Sarawak tidak meminta layanan yang istimewa, mereka hanya meminta seorang doktor apabila sakit, jururawat di wad pada waktu malam dan helikopter yang mendarat dengan selamat.
Doktor dan jururawat kita pun hanya meminta dibayar secara adil, dinaikkan pangkat secara tepat pada masanya dan dijaga keselamatannya. Adakah itu terlalu banyak untuk diminta?
Di bawah perjanjian MA63, Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan ini sebagai rakan setara— 63 tahun kemudian, perkongsian setara ini juga harus bermaksud akses setara dalam bidang kesihatan. Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Baiklah, terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching dan terima kasih juga kerana telah membangkitkan Hospital Sri Aman. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh tak kami dapat senarai nama. Sebab kalau tidak kami tak tahu.
Kami nak keluar.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Ya, ya saya akan umumkan selepas ini, okey. Saya akan umumkan.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Okey sebelum saya menjemput Yang Berhormat Kapar untuk berbahas, saya ingin mengumumkan senarai nama pembahas untuk sesi penerangan yang kedua selepas Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Tanjong Karang dan Yang Berhormat Stampin. Semuanya berbahas selama lima minit.
Okey, seterusnya Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua atas ruang untuk saya membahas penyata Jawatankuasa Pilihan Kesihatan mengenai lawatannya ke Sabah. Bertujuan pengukuhan penyampaian perkhidmatan dan facility kesihatan.
Berdasarkan syor dan isu yang dibangkitkan dalam laporan lawatan kerja Jawatankuasa Pilihan Kesihatan ke Sabah, Kapar akan fokuskan perbahasan kepada “capacity versus demand” sumber manusia, facility yang uzur, akses luar bandar dan akauntabiliti terhadap projek yang lewat.
Saya menyokong syor Jawatankuasa Pilihan Kesihatan hasil lawatan kerja ke Sabah ini. Laporan ini sangat penting kerana ia menunjukkan satu realiti yang tidak boleh kita sembunyikan di sebalik angka peruntukan. Permintaan terhadap perkhidmatan kesihatan di Sabah telah berkembang lebih cepat daripada kapasiti sistem kesihatan kita.
Tuan Yang di-Pertua, pertama kapasiti mesti mengikut beban sebenar.
Antara isu utama dikenal pasti ialah kapasiti facility tidak sepadan dengan peningkatan permintaan. Contohnya, Klinik Kesihatan Luyang mencatatkan 253,932 kedatangan pada tahun 2025 meningkat kira-kira 27.6 peratus berbanding 199,043 orang pada tahun 2021. Lebih ketara Klinik Kesihatan Putatan menerima sekitar 1,000 sehingga 1,200 pesakit sehari. Soalannya, adakah kapasiti klinik, bilangan doktor, jururawat, ruang rawatan dan kemudahan sokongan berkembang pada kadar yang sama? Kalau tidak, kita sebenarnya sedang mengurus kesesakan, bukan memperkukuh sistem kesihatan.
Saya menyokong syor jawatankuasa supaya KKM menyemak semula kapasiti dan menaik taraf facility kesihatan primer seperti KK Kota Kinabalu,
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Sepanggar, Likas, Petagas dan Ketiau berdasarkan beban sebenar dan unjuran permintaan. Bukan semata-mata kapasiti asal ketika klinik itu dibina.
Kedua, isu tenaga manusia tidak boleh diselesaikan dengan bangunan sahaja. Jawatankuasa juga menemukan kekurangan sumber manusia dan tenaga kepakaran saya rasa ini macam sinonim dengan Kementerian Kesihatan. Minta maaf. Di samping cabaran latihan kemajuan kerjaya dan pengekalan petugas, di Sabah masalahnya bukan sekadar berapa jawatan yang diluluskan, tetapi berapa jawatan diisi. Berapa yang kekal? Dan berapa yang mempunyai kepakaran yang diperlukan? Jadi laporan menunjukkan terdapat kekosongan jawatan yang serius, termasuk di hospital utama.
Maka, saya menyokong syor bersama KKM bersama JPA dan Kementerian Kewangan melihat isu ini secara menyeluruh termasuk pengisian jawatan latihan kepakaran, insentif kawasan sukar, kemajuan kerjaya dan retention. Siapa yang akan mengendalikan hospital ini kalau dah hospital baru dibuat ada orang tanya?
KKM dan JPA pastikan ini Hospital Kapar tidak mengalami isu ini ya.
Tiga, aset uzur adalah risiko keselamatan, bukan sekadar isu peruntukan.
Saya ingin memberi penekanan kepada isu aset infrastruktur yang uzur atau tidak mencukupi. Jadi laporan tersebut menyebutkan aset yang telah berusia lebih 10 tahun serta keperluan pembaikan dan penggantian. Kita tidak mahu pendekatan rosak dahulu, kemudian kita baiki kepada kita tukar kepada risk-based asset replacement.
Jadi aset kritikal yang mempunyai implikasi kepada keselamatan pesakit dan kesinambungan perkhidmatan mesti diberi keutamaan sebelum berlaku kegagalan.
Minta lebih sikit Pengerusi, Yang di-Pertua.
Akses kesihatan di Sabah mesti mengambil kira faktor geografi sama juga dengan di Sarawak. Jarak, bentuk muka bumi, kawasan pedalaman dan infrastruktur jalan menjadikan akses kepada rawatan satu isu klinikal, bukan sekadar isu pengangkutan. Sebab itu saya menyokong KKM memperkukuh outreach services termasuk sumber manusia, kenderaan dan peralatan.
Kita juga mesti memperluaskan pendigitalan dan tally kesihatan, tapi saya ingin tegaskan tally medicine tidak boleh menjadi alasan untuk tidak membina kapasiti fizikal di kawasan yang benar-benar memerlukannya. Digital boleh membuat konsultasi kepada pesakit, tetapi ia tidak boleh menggantikan ambulans, makmal, dewan bedah, ICU atau pakar apabila keadaan pesakit memerlukannya.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Kelima, projek kesihatan mesti mempunyai delivery accountability. Yang di- Pertua, ini mungkin perkara paling penting yang ingin saya bangkitkan.
Jawatankuasa mengenal pasti kelewatan projek pembangunan kesihatan serta keperluan penyelarasan pembangunan facility dan projek strategi. Antara projek yang diberi perhatian ialah pembangunan dan naik taraf hospital serta facility kesihatan di Sabah.
Maka, selepas laporan ini dibentangkan, saya harap KKM tidak berhenti pada perkataan— akan diberi keutamaan. Kita perlukan tarikh mula, tarikh siap, kos keseluruhan, status kemajuan fizikal, status perolehan, punca kelewatan dan agensi atau pihak yang bertanggungjawab.
Saya mencadangkan setiap projek kesihatan strategik Sabah mempunyai dashboard delivery yang boleh dipantau secara berkala. Saya mengharapkan juga ianya berlaku kepada seluruh projek KKM termasuk di Kapar.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Masa sudah tamat, Yang Berhormat. Gulungkan.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Okey. Saya— hujung sekali. Last sekali.
Saya juga amat terkesan, sedih— pada 8 September, helikopter BO105 menjalankan flying doctor service terhempas berhampiran STOLport Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Saya lahir di Baram Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya sangat menghargai pengorbanan mereka— Dr. Ainul Baraah Kamaruddin dan ada empat orang lagi anggota. Saya minta sangat. Mereka itu pergi disahkan oleh KKM, pergi bekerja.
Mereka sedang pergi membawa perkhidmatan kesihatan. Jadi adalah wajib seperti syor yang dibuat oleh JPK ini mengenai keperluan memperkukuhkan perkhidmatan outreach dan bergerak melalui penyediaan sumber manusia dan dah lima orang tadi, kenderaan dan peralatan yang mencukupi, tetapi nak sebut kepada KKM, outreach bukan perkhidmatan kelas kedua. Ia adalah sebahagian daripada universal health outreach.
Maka, saya ingin minta kementerian memberi perhatian khusus kepada tiga perkara. Apakah penilaian risiko menyeluruh terhadap operasi Flying Doctor Service selepas tragedi Long Lellang ini termasuk di Sabah?
Kedua, adakah jumlah dan aset udara yang digunakan sekarang benar-benar mencukupi untuk meliputi lokaliti pedalaman yang memerlukan perkhidmatan ini?
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Last sekali, apakah pelan KKM untuk memastikan kesinambungan FDS termasuk pesawat gantian, kesiapsiagaan medivac, latihan krew dan petugas serta koordinasi kecemasan tanpa menjejaskan keselamatan...
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Baiklah Yang Berhormat.
Tamatkan.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Jadi, terima kasih banyak kepada Yang di- Pertua. Saya harap KKM beri perhatian serius.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya Yang Berhormat Betong. Silakan.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Saya bangkit untuk sama-sama menyokong pembentangan Penyata Jawatankuasa Pilihan Kesihatan mengenai Pengukuhan Perkhidmatan Kesihatan di Sabah. Sebelum saya meneruskan, saya juga ingin menyampaikan salam takziah kepada semua mangsa tragedi di Long Lellang.
Dato’ Yang di-Pertua, namun apabila kita meneliti penemuan dan cabaran yang dihadapi di Sabah, saya tidak dapat tidak membawa perhatian Dewan ini kepada keadaan kita di Sarawak. Cabaran yang kita hadapi juga mempunyai banyak persamaan khususnya dari segi keluasan geografi, kekurangan tenaga pakar, infrastruktur kesihatan dan akses kepada perkhidmatan kesihatan.
Dato' Yang di-Pertua, soalan yang paling utama ialah sampai bila rakyat kita di pedalaman Sarawak ataupun Sabah perlu menempuh perjalanan ratusan kilometer untuk mendapatkan rawatan asas. Tak payah kita sebut rawatan kepakaran. Kita bercakap tentang akses kesihatan yang adil untuk semua, tetapi realitinya masih ada rakyat di kawasan pedalaman yang perlu melalui jalan yang panjang, malah yang tidak dapat dihubungi, hanya melalui helikopter, termasuk jalan balak dan jalan luar bandar hanya untuk sampai ke hospital ataupun klinik.
Di kawasan seperti Hulu Rajang, Hulu Baram dan juga kawasan pedalaman termasuk di Betong, di Sri Aman, di Lubok Antu dan sebagainya, kekurangan doktor pakar dan tenaga kesihatan masih menjadi isu yang serius. Apabila berlaku kes kritikal, pesakit terpaksa dirujuk kepada hospital yang lebih besar. Malah ada yang memerlukan pengangkutan udara atau perjalanan berjam-jam untuk mendapatkan rawatan.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Dato' Yang di-Pertua, ini bukan sekadar soal kemudahan, ia soal masa, keselamatan dan nyawa manusia. Kita juga perlu bertanya, adakah pengagihan peruntukan dan tenaga kesihatan pada hari ini benar-benar mengambil kira faktor geografi?
Dato' Yang di-Pertua, sumber manusia dan tenaga kepakaran merupakan isu yang paling kritikal. Kita boleh membina hospital yang moden, kita boleh menyediakan peralatan yang canggih tetapi tanpa doktor, tanpa pakar, tanpa jururawat, pegawai perubatan dan juga tenaga kesihatan yang mencukupi, kapasiti sebenar perkhidmatan itu tetap terbatas.
Jadi baru-baru ini seperti yang dinyatakan oleh pembahas yang terdahulu, berlaku pengambilan doktor. Bagi Betong, saya dapat maklumat 15 daripada mereka keluar kerana dapat tawaran tempat lain, tapi yang masuk hanya tiga. Bayangkan, defisit 12. Jadi macam mana untuk menampung segala perkhidmatan di klinik dan hospital. Ini berlaku juga di kawasan lain termasuk Sri Aman dan lain-lain.
Sarawak berdepan cabaran untuk mendapatkan dan mengekalkan tenaga kepakaran khususnya di luar Kuching dan bandar-bandar utama. Maka persoalannya, adakah Kementerian Kesihatan bersedia melihat semula pendekatan penempatan dan pengagihan tenaga kesihatan berdasarkan beban kerja serta keperluan sebenar kawasan, bukan semata-mata formula populasi?
Dan yang lebih penting, apakah insentif laluan kerjaya dan peluang latihan kepakaran yang boleh diberikan supaya Pegawai Perubatan dan pakar bersedia berkhidmat lebih lama di Sabah, di Sarawak termasuk di kawasan luar bandar? Kos menyediakan perkhidmatan kesihatan di Sarawak tidak sama dengan kawasan di bandar, di Semenanjung contohnya. Jaraknya jauh, populasi yang berselerak, kemudahan pengangkutan, kos dan cabaran logistik, semuanya menambahkan kos penyampaian.
Jadi justeru, Betong ingin melihat satu pendekatan yang lebih berasaskan ekuiti geografi, bukan semata-mata berasaskan jumlah penduduk. Jadi kita juga mempunyai isu klinik dan kemudahan kesihatan yang daif, kuarters yang memerlukan penyelenggaraan serta kekurangan anggota perubatan. Jadi dalam masa yang sama, ketidakpastian mengenai perjawatan dan penempatan tenaga kesihatan turut memberi tekanan kepada hospital dan klinik kita di luar bandar.
Jadi soalan saya, apakah pelan konkrit kementerian untuk kita memastikan masalah kekurangan doktor, pakar dan anggota lain dapat diselesaikan secara berperingkat dengan sasaran dalam tempoh masa yang jelas?
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Dato' Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh soal desentralisasi pengurusan kesihatan. Dalam konteks MA63, apakah ruang yang boleh diberikan kepada Kerajaan Sarawak ataupun Sabah untuk kita mengambil peranan yang lebih besar dalam pengurusan, dalam perancangan pembangunan infrastruktur serta penyediaan tenaga kesihatan. Sebagai contoh, sekiranya masalah berlaku pada kemudahan kesihatan di kawasan pedalaman, kita perlu bertanya sama ada semua keputusan masih melalui proses birokrasi yang panjang di peringkat Persekutuan.
Kita perlu bergerak kepada satu pendekatan yang lebih pantas, fleksibel dan juga mengambil kira realiti Sarawak dan Sabah.
Dato' Yang di-Pertua, saya ingin mendapatkan komitmen kementerian terhadap pembangunan kemudahan kepakaran Sarawak. Kita tidak boleh selama- lamanya bergantung kepada Kuching untuk mendapat semua jenis rawatan. Apakah perancangan kerajaan untuk memperkukuh perkhidmatan kepakaran termasuk rawatan kanser dan jantung dan kepakaran lain khususnya bagi wilayah tengah dan wilayah utara seperti Miri?
Akhir sekali, saya ingin menegaskan bahawa rakyat Sarawak tidak meminta layanan istimewa. Apa yang kita tuntut ialah keadilan dalam akses kepada perkhidmatan kesihatan. Rakyat di pedalaman mempunyai hak yang sama untuk mendapatkan rawatan yang berkualiti, tepat pada masanya dan dengan penuh maruah sama seperti rakyat di bandar-bandar besar.
Saya berharap syor-syor Jawatankuasa Pilihan ini dibentangkan oleh Yang Berhormat Pulai tadi tidak berakhir sebagai dokumen di arkib Parlimen, sebaliknya ia mesti diterjemahkan kepada tindakan peruntukan tenaga kerja dan projek yang benar-benar sampai kepada rakyat. Jadi jangan kita tunggu sehingga lebih banyak nyawa terkorban kerana jarak dan kelewatan mendapatkan rawatan barulah kita bertindak. Dengan itu, saya menyokong Penyata Jawatankuasa ini. Terima kasih.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih Yang Berhormat Betong. Seterusnya saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Rompin.
Silakan Yang Berhormat.
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua kerana memberi kepada Rompin untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan Penyata Jawatankuasa Pilihan Kesihatan ini.
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Sebagai antara ahli jawatankuasa yang menyertai sendiri lawatan kerja ke Sabah, saya ingin memberi perhatian khusus kepada Hospital Papar. Hospital Papar ini mula dibina pada Mei 2017 dan kini menjadi projek terbengkalai dan sudah pasti memberi kesan kepada penduduk di Papar dan sekitarnya untuk mendapatkan akses kesihatan yang lebih baik.
Puan Yang di-Pertua, kebetulan Yang Berhormat Menteri Kerja Raya pun ada, saya melihat Hospital Papar ini saya pun pelik, ada 11 kali Yang Berhormat Menteri, EOT diberikan kepada syarikat ini dan EOT yang paling lama ialah EOT yang ketujuh yang melibatkan 541 hari, setahun setengah atas justifikasi kelulusan VO nombor satu berkaitan perobohan tangki. Nak ambil, nak roboh tangki pun mengambil masa 541 hari.
EOT kedua Puan Yang di-Pertua— haa, saya baca ni, 219 hari atas kelewatan menerima kelulusan daripada Jabatan Air Negeri Sabah.
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Saya tak tahulah berapa jauh Jabatan Air Negeri Sabah dengan projek itu, 219 hari dan kebanyakan EOT yang diberikan ini berkaitan dengan Jabatan Air Negeri Sabah.
EOT yang ke-11, 199 hari atas kelewatan pemotongan paip air. Nak potong paip air 219 hari, mampus. Ya, Yang Berhormat Menteri saya minta maaf, saya tahu bukan kesalahan Yang Berhormat Menteri. Tahulah kan?
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Jadi, inilah antara masalah yang dihadapi oleh penduduk Papar untuk mendapatkan akses kesihatan yang lebih baik. Saya macam Ahli Parlimen Papar pula dah.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Puan Yang di-Pertua, dalam keadaan seperti ini, kelewatan infrastruktur mempunyai kesan yang jauh, yang lebih besar daripada kelewatan sebuah bangunan. Ruang rawatan yang sepatutnya tersedia belum boleh digunakan. Kemudahan tambahan belum dapat berfungsi dan tekanan terhadap fasiliti sedia ada terus berlaku.
Kita perlu melihat projek hospital daripada perspektif rakyat yang datang untuk mendapatkan rawatan. Bagi seorang pesakit, yang penting bukan sama ada
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
projek itu telah mencapai tahap tertentu dari sudut pembinaan, yang penting ialah sama ada katil tersedia, ruang rawatan yang boleh digunakan dan perkhidmatan yang diperlukan boleh diberikan.
Puan Yang di-Pertua, Hospital Papar memainkan peranan sebagai pusat rujukan bagi kawasan sekitarnya sebelum pesakit yang memerlukan rawatan yang lebih kompleks dirujuk ke hospital utama di Kota Kinabalu.
Oleh itu, keupayaan Hospital Papar mempunyai kesan kepada keseluruhan perjalanan pesakit dalam sistem rujukan. Apabila kapasiti di peringkat tempatan terhad. Sebahagian pesakit perlu dirujuk lebih jauh atau terus bergantung pada fasiliti lain. Semakin kuat kapasiti hospital di peringkat daerah, semakin banyak rawatan dapat diberikan, lebih dekat dengan komuniti yang memerlukannya.
Sebab itu, apabila saya melihat Hospital Papar ini, saya tidak melihat isu ini sebagai isu Sabah semata-mata. Ia membawa persoalan yang lebih luas tentang bagaimana hospital daerah perlu diperkukuhkan supaya lebih banyak keperluan pesakit dapat ditangani di peringkat paling hampir dengan mereka. Dalam hal ini, penyempurnaan blok baharu mempunyai nilai yang jauh yang lebih besar dari penambahan ruang secara fizikal. Ia membuka peluang untuk meningkatkan kapasiti rawatan dan memperluas fungsi hospital pada masa hadapan.
Puan Yang di-Pertua, Hospital Papar juga mempunyai hala tuju untuk berkembang ke arah hospital pakar minor. Bagi saya, perkara tersebut perlu dilihat sebagai satu perkembangan yang penting kepada penduduk di kawasan sekitar.
Apabila sesebuah hospital daerah dapat menyediakan lebih banyak perkhidmatan, tidak semua pesakit perlu bergerak terus ke hospital rujukan yang lebih besar. Ini bukan sahaja memudahkan pesakit tetapi dapat membantu rangkaian hospital berfungsi mengikut peranan masing-masing.
Namun, sebelum perkhidmatan dapat diperluas, fasiliti yang menyokongnya perlu benar-benar bersedia. Bangunan, dewan bedah, wad, utiliti, peralatan dan kemudahan sokongan perlu boleh digunakan secara menyeluruh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Saya masuk jer Puan Speaker ini, saya susah hati terus.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Jadi, saya gulung terus.
Akhir sekali, penyempurnaan Hospital Papar bukan sekadar penyempurnaan sebuah projek pembangunan, ia merupakan penyempurnaan satu kapasiti perkhidmatan
Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
yang telah lama diperlukan oleh rakyat Papar dan kawasan sekitarnya. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Saya jemput Yang Berhormat Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberikan saya ruang untuk turut membahaskan Penyata JKPK Kesihatan Parlimen Berhubung Lawatan Kerja ke Sabah.
Saya sendiri merupakan antara AJK yang menyertai lawatan ini pada 17 hingga 21 Ogos 2026. Melibatkan beberapa fasiliti kesihatan di Kota Kinabalu, Putatan dan Papar. Tujuan kita bukan sekadar datang, melihat dan mendengar taklimat tapi melihat sendiri realiti yang dihadapi oleh para doktor, jururawat, petugas kesihatan dan yang paling penting rakyat Sabah yang bergantung kepada sistem kesihatan awam.
Tuan Yang di-Pertua, daripada lawatan ini saya melihat satu perkara yang sangat jelas. Masalah kesihatan di Sabah bukan disebabkan petugas kita tidak bekerja. Mereka bekerja kuat tetapi dalam banyak keadaan kapasiti sistem ini sendiri sudah tidak lagi sepadan dengan permintaan. Ambil contoh, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, hospital ini mempunyai 678 katil rasmi dan 663 katil yang beroperasi tetapi pada tahun 2025 sahaja, hospital telah mengendalikan lebih 180,000 pesakit luar, 45,000 pesakit dalam, lebih 13,000 pembedahan dan lebih 12,000 kelahiran. Malah penggunaan katil di neonatal ICU ini telah mencecah hingga 150 peratus.
Tempoh menunggu pula mencecah lebih 12 minggu untuk radioterapi, 16 minggu lagi mamogram dan sehingga enam hingga 11 bulan bagi pembedahan efektif, bergantung kepada kepakaran. Dalam masa yang sama, hospital ini berhadapan masalah kekurangan tenaga kerja, daripada 2,269 jawatan yang telah diluluskan, masih lagi 213 masih kosong.
Lebih membimbangkan kadar pengekalan pegawai perubatan dalam pelantikan tetap fasa 2 tahun ini hanya hampir 35 peratus sahaja. Oleh itu, saya mohon bertanya pada KKM, apakah strategi khusus kerajaan untuk mengekalkan doktor, doktor-doktor pakar, jururawat dan anggota kesihatan di Sabah? Kita tidak boleh melihat isu ini hanya mulai jumlah jawatan yang diluluskan, yang rakyat mahu
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
tahu ialah berapa orang yang benar-benar berada di hospital dan klinik untuk memberikan perkhidmatan.
Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang saya sangat membimbangkan ialah keadaan Hospital Queen Elizabeth, beban kerjanya meningkat dengan sangat ketara dari tahun 2021 hingga 2025 jumlah pembedahan meningkat hampir 125 peratus. Ujian X-ray meningkat hampir 123 peratus. Kedatangan klinik pakar hampir 117 peratus dan pesakit luar meningkat 112 peratus. Tetapi apabila kita melihat asetnya hampir 39 peratus daripada 9,818 unit peralatan perubatan telah dikategorikan beyond economic repair atau BER.
Lebih mengejutkan saya, permohonan aset nilai rendah pada 2026 sebanyak 1.1 juta tetapi yang diterima hanya RM10,300. Permohonan harta modal 2.31 juta pula hanya menerima RM25,629. Oleh itu, saya mohon Kementerian Kewangan bersama KKM lihatlah perkara ini dengan serius.
Tuan Yang di-Pertua, perkara ketiga yang saya beri— mohon khusus perhatianlah, Hospital Papar, seperti Ahli Parlimen Rompin sebutkan tadi, jadi saya terima kasih payah ulang lah. Jadi, maksudnya sampai bila rakyat perlu menunggu?
Kalau kontraktor sudah tidak mampu, adakah kita berani membuat keputusan? Kalau projek ini sakit, takkan kita biarkan dia terus sakit? Saya menyokong syor jawatankuasa supaya kawalan EOT diperketatkan. Kontraktor yang bermasalah ditamatkan. Rekod prestasi kontraktor dinilai semula, yang paling penting projek naik taraf Hospital Papar ini mesti disempurnakan.
Saya nak isu juga klinik pergigian Putatan. Ahli Parlimen Putatan ada di sini.
Hanya enam kerusi pergigian perlu menampung populasi sekitar 72,000 orang.
Enam kerusi tetapi untuk tanggung 70,000 orang. Lebih membimbangkan, penyata ini merekodkan bahawa hanya 8.9 peratus kawasan di Sabah menerima bekalan air berfluorida setakat tahun 2026. Sebab Batu Pahat menyokong syor supaya KKM bersama Jabatan Air Negeri Sabah memperluaskan pemfluoridaan bekalan air awam serta memperkukuhkan program pencegahan pergigian.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Akhir sekali, saya mohon kerajaan melihat perkara ini bukan sekadar melihat sebagai satu laporan untuk disimpan tetapi untuk dilaksanakan seberapa segera. Batu Pahat berharap penyata ini menjadi titik permulaan kepada tindakan yang lebih pantas supaya rakyat Sabah
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, selamat dan setara dengan rakyat di seluruh negara.
Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Batu Pahat. Saya jemput Yang Berhormat Merbok.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Sebelum itu, saya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada Tun Dr. Mahathir dan seluruh keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah dan juga kepada keluarga mangsa kejadian helikopter FDS yang terhempas di Long Lellang baru-baru ini.
Puan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk membahaskan perkara berkaitan kesihatan. Saya juga salah seorang Ahli Jawatankuasa Pilihan Kesihatan ini yang turut serta dalam lawatan tersebut.
Saya ingin menegaskan sejak awal bahawa isu kesihatan di Sabah bukan semata-mata isu membina hospital baharu atau menambah peruntukan. Persoalan yang lebih besar ialah sama ada pembangunan fasiliti, sumber manusia, kemudahan sokongan teknologi dan perkhidmatan kesihatan benar-benar bergerak seiring dengan pertumbuhan penduduk serta keperluan rakyat negeri Sabah. Apa yang kita lihat di lapangan ialah wujud jurang yang nyata di antara permintaan terhadap perkhidmatan kesihatan dengan kapasiti kesihatan yang sedia ada.
Puan Yang di-Pertua, pertambahan penduduk, peningkatan penyakit tidak berjangkit, pertambahan golongan warga emas serta peningkatan kes rujukan telah memberikan tekanan yang besar kepada fasiliti kesihatan di Sabah. Namun, dalam keadaan permintaan yang semakin meningkat, sebahagian fasiliti kesihatan masih bergantung pada bangunan dan infrastruktur yang telah lama digunakan iaitu bangunan yang uzur. Masalah ini bukan sekadar bangunan yang lama, ia juga memberi kesan kepada aliran pesakit, keselesaan petugas, keselamatan, kapasiti katil, kawalan jangkitan dan keupayaan untuk menyediakan perkhidmatan yang moden.
Kita tidak boleh menggunakan pendekatan bahawa satu bangunan yang dibina puluhan tahun lalu masih boleh menampung keperluan penduduk hari ini hanya kerana bangunan tersebut masih boleh digunakan. Sebagai contoh, di Hospital Queen Elizabeth I, mereka berkongsi dapur dengan Queen Elizabeth II, di
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
mana masakan dimasak di Hospital Queen Elizabeth II dan dibawa ke Queen Elizabeth I. Ini menimbulkan masalah kepada penyediaan makanan yang berkualiti untuk para pesakit.
Puan Yang di-Pertua, satu perkara yang sering dipandang kecil tetapi sebenarnya sangat memberi kesan kepada rakyat adalah kemudahan sokongan.
Antaranya ialah tempat letak kenderaan yang tidak mencukupi dan sangat parah.
Bayangkan, seorang pesakit warga emas, ibu mengandung, pesakit kurang upaya atau keluarga yang membawa anak kecil terpaksa berpusing berkali-kali untuk mendapatkan tempat letak kenderaan sebelum dapat rawatan. Ini bukan isu kosmetik. Ini merupakan sebahagian daripada pengalaman dan akses kepada perkhidmatan kesihatan.
Dalam perancangan fasiliti baharu, kita tidak boleh lagi melihat hospital hanya sebagai bangunan klinikal. Hospital memerlukan ekosistem sokongan yang lengkap termasuk parkir, laluan ambulans, pengangkutan awam, kafeteria, ruang menunggu, rumah penginapan petugas dan kemudahan untuk keluarga pesakit. Bayangkan, di Hospital Queen Elizabeth I, mereka membenarkan keluarga pesakit menunggu di ruang legar di lobi hospital apabila hospital ditutup. Ia memberikan satu pengalaman yang kami tengok seriklah, kalau orang Kedah kata.
Puan Yang di-Pertua, infrastruktur yang cantik tidak bermakna sekiranya tidak mempunyai doktor, pakar, jururawat, pegawai perubatan, juruteknologi makmal, radiografi, pegawai pemulihan dan tenaga sokongan yang mencukupi. Ini adalah masalah paling kritikal di Sabah. Kita boleh membina hospital bernilai ratusan juta Ringgit tetapi sekiranya kekurangan pakar dan petugas kesihatan, kapasiti sebenar hospital tersebut adalah sangat terhad. Lebih membimbangkan ialah isu kekurangan tenaga pakar di beberapa bidang kritikal menyebabkan pesakit perlu menunggu lama atau dirujuk ke pusat yang lebih jauh.
Kerajaan perlu melihat penempatan tenaga kesihatan bukan semata-mata berdasarkan jumlah jawatan tetapi berdasarkan beban kerja, populasi, geografi dan keperluan pesakit setempat. Bagi Sabah, faktor geografi perlu diberikan pemberat yang khusus. Sebuah fasiliti di kawasan pedalaman tidak boleh dinilai menggunakan formula yang sama seperti fasiliti di kawasan bandar.
Saya mencadangkan kerajaan memperkukuhkan insentif penempatan dan pengekalan tenaga pakar serta tenaga kesihatan di Sabah termasuk insentif kewangan, kemudahan penginapan, peluang latihan, laluan kerjaya dan sokongan keluarga.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Puan Yang di-Pertua, Sabah mempunyai geografi yang sangat berbeza daripada kebanyakan negeri lain. Jarak yang jauh, kawasan pedalaman, kepulauan dan jaringan pengangkutan yang terhad. Seorang pesakit di Kota Kinabalu mungkin mempunyai beberapa pilihan fasiliti kesihatan. Tetapi, bagi pesakit di kawasan pedalaman, perjalanan ke hospital boleh mengambil masa berjam-jam dan melibatkan kos pengangkutan yang tinggi. Dalam keadaan seperti ini, kita perlu mengubah pendekatan kepada rakyat datang kepada hospital kepada perkhidmatan kesihatan mendekati rakyat iaitu outreach. Kerajaan juga perlu menilai semula lokasi fasiliti berdasarkan peta jurang akses kesihatan, bukan hanya berdasarkan sempadan pentadbiran.
Yang terakhir ialah mengenai pendigitalan mempunyai potensi yang besar untuk mengurangkan jurang di antara bandar dan pedalaman. Namun, pendigitalan tidak akan berjaya jika masalah asas seperti capaian Internet, infrastruktur ICT, perkakasan dan interoperability sistem masih belum diselesaikan. Kita boleh bercakap mengenai teleperubatan di kawasan yang masih berdepan dengan masalah capaian Internet yang tidak stabil. Selain itu, sistem digital kesihatan perlu boleh berkomunikasi di antara satu sama lain.
Yang terakhir, dan adalah penutup, Puan Yang di-Pertua, saya berharap Kementerian Kesihatan mengambil serius kepada perkara yang dibangkitkan ini dan juga oleh rakan-rakan saya yang lain dan menjadikan penambahbaikan sistem kesihatan Sabah sebagai satu agenda strategik yang mempunyai sasaran garis masa dan mekanisme pemantauan yang jelas. Dengan itu, saya menyokong usaha memperkukuhkan sistem kesihatan negara dan berharap perbahasan ini akan menghasilkan tindakan yang benar-benar dapat dirasai oleh rakyat Sabah dan seluruh negara.
Sekian, terima kasih. Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Merbok. Saya jemput Yang Berhormat Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan soal di mana perancangan fasiliti kesihatan untuk jangka panjang.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Sabah dan Sarawak mempunyai cabaran geografi dan akses yang tersendiri.
Yang itu, kita akui. Namun, Puan Yang di-Pertua, isu-isu yang saya perhatikan, isu- isu yang dibangkitkan dalam syor dibangkitkan dalam laporan ini sebenarnya dia berulang dan berlaku juga di negeri-negeri yang lain, termasuk di Malaya, di mana hospital dan klinik serta aset-aset ataupun fasiliti-fasiliti kesihatan yang lain perlu disenggara serta asetnya diganti sebelum menjejaskan perkhidmatan.
Oleh itu, saya pernah mencadangkan dalam Dewan yang mulia ini bahawa kita perlu mengenakan satu moratorium untuk membina hospital baharu. Itu bukan sebab kita tidak perlu hospital baharu. Masalah dia, hospital-hospital yang lama, klinik-klinik yang lama, fasiliti-fasiliti yang lama telah terlalu usang dan memerlukan perhatian yang serius daripada pihak kementerian. Dan sekiranya kita hanya bertumpu kepada pembinaan fasiliti baharu, apa yang akan berlaku terhadap fasiliti- fasiliti yang lama-lama ini?
Apatah lagi, Puan Yang di-Pertua, pembinaan hospital baharu turut membawa kos peralatan, perlu juga petugas yang baru, perjawatan yang baru dan penyelenggaraan yang baru untuk jangka panjang. Sebelum meluluskan projek baharu, kerajaan perlu menilai sama ada menaik taraf fasiliti sedia ada dapat memenuhi keperluan rakyat dengan lebih cepat dan lebih berkesan.
Saya mengambil satu contoh, iaitu Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.
Dalam jawapan bertulis kepada saya pada Julai yang lalu, kementerian telah memaklumkan bahawa 28 projek pembangunan dengan kos keseluruhan RM21.3 juta telah dilaksanakan di hospital ini sepanjang tahun 2021 hingga 2026. Bagi tahun 2026, kementerian telah menyenaraikan 13 projek naik taraf dengan anggaran kos RM10.53 juta termasuk kerja-kerja kepada fasiliti hospital, lif dan kuarters. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap perhatian atau peruntukan yang diberikan ini.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Namun, saya hendak bagi tahu bahawa walaupun ada peruntukan seperti ini dan projek-projek ini, masih banyak yang kekurangan. Sebagai contoh, masalah parkir. Sampai hari ini masih lagi merupakan satu masalah yang sentiasa disebut- sebut oleh warga Muar yang menggunakan fasiliti di hospital ini, iaitu kementerian ada menyatakan bahawa 150 lot di kawasan bersebelahan hospital telah disediakan.
Kerja menurap kawasan parkir dijangkakan akan menambah 70 lot pada tahun ini.
Manakala cadangan sekitar 150 lot lagi akan dimasukkan dalam senarai dan memohon peruntukan pada tahun 2027.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Saya meminta supaya kementerian memberikan satu jawapan yang jelas berkenaan dengan tarikh, di manakah 70 lot yang disebutkan tadi boleh mula digunakan oleh orang awam dan pelan jangka panjang yang jelas. Adakah sistem parkir bertingkat ataupun parkir mekanikal seperti yang saya sentiasa sebut di dalam Dewan yang mulia ini telah dinilai dari segi kesesuaian tapak dan kosnya.
Satu lagi adalah rancangan yang telah kita tunggu lama iaitu apabila Hospital Muar dinaiktarafkan menjadi Hospital Pakar Sultanah Fatimah pada tahun 2003, ya 2003 iaitu 23 tahun lalu. Cadangan untuk membina blok pakar telah diumumkan.
Lebih 20 tahun blok itu masih belum dibina, bayang pun tak ada. Apabila saya membangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini, kementerian memaklumkan bahawa projek tersebut akan dipertimbangkan dalam rolling plan akan datang. Saya hendak tanya, apakah blok pakar ini masih dalam perancangan? Adakah reka bentuknya telah disemak mengikut keperluan semasa dan bilakah keputusan muktamad akan diumumkan?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Keperluan untuk mengganti aset tidak boleh terlepas daripada pelan pembangunan. Dalam perbahasan Dewan Rakyat pada November 2025, saya juga merujuk jawapan kementerian bahawa dua ambulans akan dibekalkan melalui perolehan berpusat. Saya juga membangkitkan keadaan bahawa empat ambulans sedia ada yang ketika itu telah digunakan lebih dari tujuh tahun.
Saya menghargai komitmen bahawa kementerian memberikan ambulans yang baru kepada Hospital Muar tetapi penggantian kenderaan-kenderaan untuk kegunaan semasa kecemasan ini tidak sepatutnya hanya berlaku sebagai respons masalah ini dibawa ke Dewan yang mulia ini. Berapa kali kita hendak bawa, berapa kali kita hendak tengok aset-aset yang terlalu lama perlu digantikan? Maka, saya harap pihak kementerian memberikan penekanan yang secukupnya untuk menjalankan perancangan secara teliti dan terperinci untuk jangka masa panjang supaya fasiliti kesihatan orang awam kita dapat menampung keperluan daripada rakyat. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Langat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Speaker di atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk turut berbahas pada petang ini. Izinkan saya untuk menyentuh beberapa perkara hasil dapatan lawatan Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, terutamanya dalam berkaitan dengan perspektif klinikal sama ada sistem memberikan ruang yang mencukupi dalam rawatan pesakit iaitu dinilai, dirawat dan dipantau dengan baik sepanjang perawatannya.
Secara umumnya, pesakit yang datang dan memerlukan rawatan semakin meningkat. Sumber tenaga kerja yang tidak mencukupi, termasuk pegawai perubatan, pegawai pergigian, pakar dan juga kumpulan sokongan. Sebahagiannya bersifat kritikal, di samping fasiliti yang sangat kurang. Mana mungkin perkhidmatan kepada seseorang pesakit itu dapat dilakukan dengan sebaik mungkin oleh pegawai perubatan dalam keadaan yang kekurangan dan pesakit yang begitu ramai.
Saya mengambil contoh di Hospital Queen Elizabeth. Pembedahan meningkat daripada tahun 2021, sejumlah 125.71 peratus tetapi perjawatan bertambah hanya sekadar 0.58 peratus. 337 perjawatan kosong daripada 3,812 perjawatan setakat 5 Ogos 2026. 38.9 peratus aset perubatan beyond economic repair tetapi masih digunakan juga. Klinik Kesihatan Luyang, meningkat kedatangan 253,932 pada tahun 2025, meningkat 27.6 peratus berbanding 2021 193,043 orang.
Pejabat pergigian kawasan Kota Kinabalu, 60 perjawatan kosong daripada 491 perjawatan, termasuk 34 pegawai pergigian yang diperlukan. Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, 213 perjawatan kosong berbanding 2,269 perjawatan.
Kekurangan kritikal sebenar, 70 pakar perubatan, 155 pegawai perubatan, 633 jururawat, 163 penolong pegawai perubatan.
Daripada 52 pegawai perubatan yang terlibat dalam pelantikan tetap bagi fasa kedua 2026, hanya 18 memilih untuk kekal di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak iaitu 34.6 peratus. Sedangkan pengisian pegawai perubatan baru belum jelas lagi.
Ini akan menambah bebanan kerja kepada MO yang masih belum bertugas di situ.
Laporan baru-baru ini kita dengar pada tahun ini disasarkan 4,500 tawaran jawatan tetap oleh JPA. Sehingga pada hari ini, kita dapat melihat masih ramai lagi masih belum melaporkan diri dan pihak JPA masih menunggu sehingga hari esok, melapor diri di beberapa hospital atau pusat kesihatan yang ditempatkan. Sehingga 28 September 2026, Hospital Keningau, Hospital Beluran, Hospital Sipitang, belum
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
ada seorang pun yang melapor. Pejabat Kesihatan Kudat, hanya empat orang daripada 17 perjawatan yang perlu diisi. Hospital Ranau, tiga tolak satu lapor diri dan Hospital Beaufort hanya seorang sahaja yang melapor diri. Saya melihat bahawa KKM dan JPA perlu bertindak segera.
Sudah tiba masanya mungkin Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan ini untuk dilihat semula kewujudannya. Walaupun pihak Jawatankuasa Pilihan Kesihatan pernah mensyorkan agar cadangan penubuhan SPK ini ditangguhkan kerana beberapa sebab, saya kira mantan Menteri Kesihatan telah pun bersetuju supaya Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan ini ditubuhkan dengan kuasa-kuasa yang tertentu. Termasuklah dengan kepakaran-kepakaran dan juga pengurusan yang sebenarnya yang mempunyai kepakaran dan profesional itu sendiri. Dan kalau perlu untuk dipinda Perlembagaan kita, maka ia nya harus dilakukan.
Untuk jangka panjang, saya melihat bahawa keperluan pegawai perubatan pergigian ini, terutama di Sabah. Kita mempunyai satu Universiti Malaysia Sabah yang hanya pengambilannya lebih kurang dalam 40 hingga 80 pelajar sahaja. Ini harus ditingkatkan dan diberikan peluang kepada anak-anak Sabah untuk meneruskan pengajian dalam bidang perubatan. Saya juga melihat bahawa ada keperluannya, satu fakulti pergigian di Universiti Malaysia Sabah ini untuk diwujudkan semata-mata untuk menambahkan jumlahnya dan keperluan di negeri Sabah.
Saya melihat juga bagaimana pesakit-pesakit, terutamanya pesakit yang tidak ada dokumen yang mendapat rawatan perkhidmatan kesihatan di Sabah ini.
Dan ini saya kira boleh menggagalkan program untuk pencegahan dan perawatan yang baik kerana sebahagian daripada mereka ini kadang-kadang namanya hari ini lain, esok hari namanya lain dan tempat tinggal mereka pun susah untuk di identifikasi. Sebab itu saya merasakan bahawa pihak kerajaan, terutamanya Kementerian Dalam Negeri untuk melihat bagaimana ada usaha untuk mendokumenkan mereka-mereka yang tidak ada dokumen dan secara tidak langsungnya ia juga memberikan bebanan kepada Kementerian Kesihatan kerana jumlah bayaran yang tidak dapat dikutip. Selain daripada itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
...digitalisasi mungkin juga tidak dapat dilakukan kerana dokumen-dokumen mereka ini tidak tepat dan akhirnya juga membantutkan rancangan digitalisasi perkhidmatan kesihatan dalam negara kita, terutamanya juga di negeri Sabah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Satu yang last. Untuk yang akhirnya, sepertimana yang disebutkan tadi bahawa di negeri Sabah hanya 8.9 bekalan air yang dibekalkan, yang berfluorida, sebahagian besarnya tidak dan ini saya kira merencatkan program pencegahan kerana jumlah yang mengalami karies gigi atau pun dental caries ini.
Kalau kita lihat kepada maklumat daripada Klinik Pergigian Kepayan, 80 peratus kanak-kanak lima tahun, 63.3 peratus murid 12 tahun, 94.1 peratus orang dewasa mengalami masalah karies ini. Dan akhirnya hasrat untuk 20, 60 atau pun 20 batang gigi pada usia 60 mungkin akan gagal terutamanya di negeri Sabah.
Dan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, untuk akhirnya saya nak menyebutkan sebagai salah seorang mungkin pegawai perubatan yang pernah berkhidmat di negeri Sarawak selama lima tahun, saya dapat merasai bagaimana flying doctor service ini dan sebelum itu saya mengucapkan takziahlah kepada flying doctor service team yang terbencana di Long Lellang tersebut tempoh hari yang saya kita sudah tentu ada satu penambahbaikan pengurusannya.
Kalau mungkin zaman saya tahun 93, 94 begitu, mungkin rasa seronoklah naik heli untuk flying doctor service pada peringkat awalnya. Tetapi selepas itu bila ada flying help service ini saya ingat setiap kali tiba masanya tu kita dah merasa kegusaran kerana risiko yang terpaksa dihadapi.
Begitu juga saya mengharapkan pengurusan selain daripada flying doctor service ini, perkhidmatan doktor melalui air dan juga laut ia nya akan juga dipertimbangkan. Kalau saya daripada Lundu kepada Tanjung Datu pada ketika itu, sama ada melalui jalan udara atau pun jalan laut ini, saya ingat walaupun tidak ada apa-apa insentif, bukan itu sahaja masa hasratnya tetapi satu pengurusan yang baik harus diambil kira. Dengan itu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Saya jemput Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Sebagai Ahli Parlimen daripada Sabah, saya merasa terharu dan mengucapkan setinggi penghargaan di atas semua pandangan rakan-rakan tentang
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
keadaan kesihatan, fasiliti kesihatan di Sabah. Dan inilah perkara yang dinyatakan oleh ramai rakan-rakan Ahli Parlimen daripada Sabah selama ini tetapi ada yang didengar, ada yang tidak didengar.
Namun setiap syor mesti diterjemahkan kepada tindakan, peruntukan garis masa dan akuan pencapaian. Izinkan Tuaran membawa pengalaman ayah saya baru-baru ini. Sekitar jam 10 pagi, adik saya membawa ayah saya ke sebuah Klinik Kesihatan di Penampang.
Berdasarkan pemerhatian adik, saya kira-kira 200 pesakit warga emas sedang menunggu. Ada yang duduk, ada yang berdiri. Hanya dua doktor kelihatan melihat pesakit di sebuah bilik kecil sambil berkongsi satu meja kecil.
Sampel darah ayah saya diambil. Doktor meminta supaya rekod perubatan atau case note beliau diletakkan di meja kecil itu sementara menunggu keputusan ujian. Dua jam kemudian ayah saya dipanggil masuk semula tetapi case note itu tidak dapat dikesan.
Saya telah merujuk kejadian ini kepada Pengarah Kesihatan Negeri Sabah untuk siasatan. Sehingga pagi ini 5 Oktober 2026, rekod perubatan ayah saya masih belum ditemui. Ayah saya pula kini dimasukkan di wad Hospital Queen Elizabeth— hospital.
Saya tidak menyalahkan doktor dan atau petugas. Mereka juga bekerja dalam keadaan sempit dan tertekan. Tetapi apabila rekod pesakit tidak dapat dikesan, yang hilang bukan sekadar satu fail, yang terputus ialah sejarah pesakit, ubat-ubatan, keputusan pemeriksaan dan kesinambungan rawatan.
Turut timbul persoalan tentang keselamatan pesakit dan kerahsiaan maklumat. Inilah wajah kesesakan. Kesesakan yang kelihatan ialah pesakit berhimpit. Kesesakan yang tidak kelihatan ialah rekod yang tidak dapat dikesan.
Rujukan tertangguh dan petugas yang bekerja melampaui kemampuan. Apabila klinik kesihatan tidak mempunyai ruang dan petugas yang mencukupi, tekanan dipindahkan ke hospital. Di Tuaran tekanan itu akhirnya sampai ke hospital rujukan di Kota Kinabalu.
Puan Yang di-Pertua, Tuaran meminta Belanjawan 2027 memberikan lima komitmen. Pertama, sediakan pelan khas mengurangkan kesesakan hospital dan klinik kesihatan di Sabah lengkap dengan keutamaan peruntukan dan garis masa.
Kedua, tubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan dengan mandat undang-undang khusus untuk merancang tenaga kerja, mengurus lantikan dan luahan kerja serta menentukan kerangka saraan yang kompetitif bagi petugas
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
kesihatan dan perubatan. Suruhanjaya ini mesti disokong oleh pembiayaan tenaga kerja mengikut rancangan lima tahun Malaysia supaya jawatan dan laluan kerja tidak bergantung kepada kelulusan ad-hoc tahunan.
Ketiga, kembalikan bayaran insentif wilayah kepada struktur progresif berasaskan gaji. Pegawai perubatan baharu pada gred tertentu kini hanya menerima kadar tetap RM360 sebulan. Jika belum mampu melaksanakannya untuk semua penjawat awam, mulakan dengan pegawai perubatan sebagai langkah kecemasan.
Keempat, berikan bonus mula tugas RM5,000 kepada pegawai perubatan yang melapor diri untuk penempatan tetap di Sabah atau Sarawak serta bonus pengekalan RM10,000 selepas genap lima tahun berkhidmat.
Tempoh penempatan doktor dari Semenanjung juga mesti ditetapkan dengan laluan pertukaran yang telus selepas mereka menamatkan tempoh perkhidmatan.
Berikan kuota kemasukan yang munasabah kepada anak Sabah dan Sarawak untuk mengikuti pengajian perubatan Universiti Malaysia Sabah seperti apa yang dicadangkan oleh rakan kita sebentar tadi.
Dan dalam keadaan ini juga Puan Yang di-Pertua, bangunan hospital, Universiti Hospital UMS masih lagi belum bermula dan kita mohon supaya ini dilaksanakan secepat mungkin. Insentif setara juga mesti diberikan kepada doktor anak Sabah yang berkhidmat di Sabah khususnya di kawasan pedalaman. Ganjaran mestilah berdasarkan kesukaran dan nilai perkhidmatan bukan negeri asal seorang doktor.
Kelima, laksanakan sistem rekod perubatan elektronik atau pun digital yang bersepadu dan selamat antara klinik dengan hospital supaya apabila case note hilang, rekod kesihatan pesakit masih lagi boleh di trace.
Bagaimana membiayainya? Kerajaan membelanjakan kira-kira RM500 juta setahun untuk subsidi atau insentif bulan. Rasionalisasikan subsidi yang bercanggah dengan agenda kesihatan awam dan salurkan sebahagian penjimatan kepada insentif tenaga kesihatan. Sebagai ilustrasi, bonus RM5,000 kepada 1,000 pegawai menelan belanja RM5 juta. Bonus RM10,000 kepada 1,000 pegawai pula RM10 juta.
Kos sebenar hendaklah ditentukan mengikut jumlah penerima yang layak.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Tuaran meminta Menteri menjawab, adakah komitmen ini akan dimasukkan dalam Belanjawan 2027.
Tuaran tidak meminta layanan istimewa, seperti juga rakan-rakan yang lain daripada
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Sarawak tadi. Tuaran menuntut layanan yang adil berdasarkan realiti Sabah. Jangan tambah bangunan tanpa petugas.
Selama ini bangunan dibuat tetapi tidak diikuti dengan kakitangan dan juga peralatan. Jangan tempatkan doktor tanpa sebab untuk mereka datang dan kekal.
Jangan bentangkan penyata tanpa memastikan pelaksanaannya. Kesihatan rakyat tidak boleh terus menunggu. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Saya jemput Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Rakyat Malaysia, orang muda. Yang pertama sekali kita acknowledged dengan izin dan menyokong Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai kesihatan.
Kita mengiktiraf dan juga menyokong usaha untuk mengatasi masalah yang terdapat di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah. Seperti mereka bekerja melangkaui kapasiti. Katil ada 2,324 tetapi 2,203 beyond economic repair capacity.
Hospital Papar perlukan RM68.2 juta.
Kemudian, kekurangan pegawai perubatan 1,805 orang. Klinik Pergigian Luyang 82 peratus. Anak-anak yang berumur lima tahun ada penyakit karies dan katil satu kerusi bersama dengan 81,857 penduduk ya dan air perlukan pemfluoridaan dan juga lain-lain lagi.
Jadi, ini kita menyokong dan kita menyokong usaha untuk mengatasinya.
Saya nak sentuh sekarang ini yang kedua ialah tentang perkhidmatan udara. Di Sabah, perkhidmatan udara telah dihentikan pada tahun 2016 kerana masalah kos dan juga cuaca yang tidak menentu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Di Sarawak diteruskan sehinggalah berlaku kemalangan baru-baru ini. Jadi, persoalannya ialah kena— kerajaan tahu bahawa perkhidmatan udara ini penting untuk Sabah dan Sarawak. Kenapa kerajaan tidak menggunakan aset agensi kerajaan? Ini yang kita nak terbangkan pegawai kerajaan, kakitangan kerajaan.
Kenapa mereka tak boleh menggunakan aset kerajaan? Aset kerajaan yang penting, yang boleh diguna dan saya percaya maintenance-nya di antara yang terbaik ialah APMM, polis, tentera, bomba sendiri.
Ini ialah aset kerajaan yang boleh mengambil giliran untuk menghantar pegawai-pegawai perubatan pergi ke pedalaman. Kenapa kita mesti mendapatkan
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
perkhidmatan swasta yang telah dipertikaikan oleh pelbagai pihak sebentar tadi?
Sekarang ini kita kembali balik kepada asal iaitu menggunakan aset kerajaan sebab aset kerajaan, terutamanya daripada bomba dan APMM yang saya tahu, memang helikopter itu disediakan untuk tujuan apa ini— kecemasan dan juga apa itu— kecemasan. Sudah pasti ia nya bertepatan dengan yang dikehendaki oleh perkhidmatan udara.
Sekarang ini di Sabah ini saya dengar maklumat. Tugas saya bukan untuk beri maklumat. Saya nak minta kerajaan bagi maklumat bahawa setelah dihentikan perkhidmatan udara, dia hanya ada ambulans udara. Jadi, ambulans udara ini kita nak tanya, apakah ambulans udara ini dia pakai berapa kali dan sebagainya?
Ini, ini sudah pasti tidak wajar kerana yang kita perlukan ialah perkhidmatan udara dan gunakan aset kerajaan. Tidak boleh pegawai kerajaan menggunakan— untuk pegawai kerajaan Kementerian Kesihatan terpaksa menggunakan aset swasta. Kalau begitu, Kementerian Kesihatan pun kena beri kenderaan udara bukan sahaja kementerian dan juga jabatan tersebut kan? Jadi, Yang Berhormat ini ialah satu kemestian, terutamanya di Sarawak, tempat Yang Berhormat supaya aset kerajaan digunakan.
Kemudian yang keduanya ialah saya nak tanya ini Yang Berhormat tengok sendiri di belakang sana, siapa yang ada? Mana dia pegawai kerajaan? Menteri JKR ada sini, Menteri Wanita ada sini. Terima kasih ya, terima kasih. Tapi saya nak tahu ini jawatankuasa khas, pilihan khas Parlimen ini dia bercakap, dia bercakap sekejap lagi dia jawab. Dia bukan ada autoriti, dia Ahli Parlimen biasa macam kami saja. Dia sat lagi siapa nak ambil tindakan?
Sepatutnya ada seorang Menteri menjawab semua yang telah disetujukan oleh— yang telah dicadangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas ini akan diambil tindakan. Sekarang siapa nak ambil tindakan? Pegawai pun tak ada. Sebab apa?
Menteri tak jawab, pegawai tak ada. Mana ada pegawai?
[Tepuk] Angkat tangan pegawai? Tidak ada, yang ada bentara, okey.
Jadi, ini rakyat Malaysia sedang kita live, sedang live tolong tengok bahawa saya menegur pihak kerajaan yang menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas.
Kononnya ini adalah reformasi MADANI. Tetapi apa yang ada? Tidak ada mereka yang nak ambil tanggungjawab untuk menjawab. Cuma, yang kita nampak ketara tadi ialah persetujuan yang agak ketara di antara Putrajaya dengan Jelutong, itu sudah bagus.
[Ketawa] Itu permulaan yang cukup baik untuk mereka ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tapi yang paling penting sekarang ini ialah tidak nampak di mana pegawai- pegawai ataupun Menteri yang ambil tanggungjawab. Sebab tugas Menteri ialah ambil tanggungjawab, bukan menjawab soalan di Parlimen. Tadi Yang Berhormat apa itu— Yang Berhormat tadi. Menteri apa itu— Pertanian tadi. Dia jawab dia mengambil, menerima complaint yang dibuat oleh Padang Terap. Dia bukan— tugas Menteri bukan jawab, dia ambil tanggungjawab.
Kalau di Jepun, kalau berlaku masalah, Menteri berhenti. Ambil tanggungjawab. Ini janji nak berhenti pun tak berhenti.
[Tepuk] . Anthony Loke kata dia tak mahu berhenti sebab dia nak jaga kemanusiaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jawatankuasa khas pilihan— Selayang, fasal apa dia nak kacau kemanusiaan pula? Ini jawapannya yang telah diberi baru-baru ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Arau...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, saya terima kasih Speaker. Akhir sekali...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih masa sudah tamat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Akhir sekali, Yang Berhormat Speaker akhir sekali...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dak. Akhir sekali...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Akhir sekali, sila duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat kalau sebut akhir sekali tak boleh, saya telah dianaktirikan oleh Yang Berhormat. Tadi Bakri tiga minit dapat. Sekarang time saya Yang Berhormat macam, macam pilih kasih pula.
Tak apa yang itu. Tidak adil ini.
Jadi, akhir sekali saya nak beritahu bahawa saya minta supaya pihak kerajaan bukan sahaja mendengar tapi ambil tindakan dan mencatat bahawa apa yang telah ditimbulkan oleh kami itu akan diambil tindakan. Kalau kita cakap berdegar-degar tapi tidak ada ambil tindakan. Terima kasih Speaker. Nampaknya ini pilihan yang tepat*.
[Tepuk]*
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya jemput Yang Berhormat Tanjong Karang.
Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tanjong Karang menyokong penuh usaha Kementerian Kesihatan dalam pengukuhan penyampaian perkhidmatan dan fasiliti kesihatan.
Tuan Yang di-Pertua, kesihatan bukanlah satu keistimewaan. Sebaliknya, ia adalah hak mutlak setiap rakyat Malaysia sama ada mereka yang menepat di kota- kota besar mahupun anak-anak desa di pedalaman Sabah dan Sarawak.
Justeru, Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan Parlimen yang dibentangkan hari ini amat penting kerana ia membongkar realiti di lapangan yang menuntut tindakan segera dan bukan sekadar retorik sahaja. Terdapat pelbagai isu kritikal yang menuntut tindakan segera daripada kerajaan bagi merapatkan jurang infrastruktur kesihatan antara Semenanjung Sabah dan Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, di sini Tanjong Karang ingin tegaskan tiga teras utama yang mesti kita berikan perhatian yang serius oleh KKM. Pertamanya, masalah fasiliti yang usang dan isu akses pedalaman. Kebanyakan klinik kesihatan dan hospital- hospital di daerah Sabah terutamanya di kawasan pedalaman masih berdepan dengan masalah struktur bangunan yang usang dan uzur. Masih banyak lagi dengan bangunan-bangunan kayu yang berumur lebih 50 tahun, di samping isu-isu logistik dan geografi yang cukup mencabar.
Sebagai contoh, insiden nahas tragis baru-baru ini yang telah meragut nyawa kesemua anggota pasukan perkhidmatan udara di samping kekangan pengangkutan darat yang meruncing menuntut peruntukan penyelenggaraan serta keselamatan yang jauh lebih tangkas. Kita tidak mahu ada lagi nyawa wira negara dan rakyat yang tercicir daripada akses rawatan asas akibat geografi.
Perkara kedua, kekurangan tenaga pakar dan beban kerja anggota perubatan. Tuan Yang di-Pertua, isu kekurangan doktor pakar di hospital-hospital daerah luar bandar Sabah masih lagi meruncing. Keadaan ini menyebabkan masa menunggu pesakit untuk mendapatkan rawatan pakar menjadi terlalu lama. Kadang- kadang sehingga berbulan-bulan malah bertahun-tahun.
Tuan Yang di-Pertua, Tanjong Karang cukup simpati, terkesan dan tersentuh mendengar ucapan Yang Berhormat Bandar Kuching tadi dan Tanjong Karang merasa amat kecewa dengan KKM yang gagal menguruskan penempatan doktor di
Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Sabah. Bayangkan Yang Berhormat semua, ada enam doktor untuk menjaga satu hospital. Kemudian, disebut juga empat doktor dan tiga doktor untuk menjaga satu hospital.
Ini satu keadaan yang sangat-sangat mencemaskan dan amat membimbangkan. Beliau juga menyebut cuma 66 peratus doktor yang diarahkan untuk melaporkan diri di hospital tidak melaporkan diri. Apa yang terjadi? Something is wrong somewhere, dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua, kita perlu melihat semula insentif penempatan, kemudahan perumahan kakitangan perubatan serta peluang pembangunan kerjaya bagi doktor dan jururawat yang berkhidmat di kawasan pedalaman agar mereka dapat terus istiqamah berkhidmat dengan motivasi yang tinggi. Wira-wira kesihatan kita ini di barisan hadapan ini, perlu kita jaga kebajikannya secara menyeluruh.
Isu ketiga adalah isu peralatan perubatan yang usang dan isu pendigitalan di dalam KKM. Tuan Yang di-Pertua, keperluan peralatan perubatan asas seperti X-ray, CT scan ataupun MRI serta peralatan makmal dengan teknologi terkini harus diganti kepada yang baharu dengan kadar segera di seluruh Sabah dan juga Semenanjung.
Sistem rekod kesihatan elektronik yang bersepadu mesti diperkukuh bagi memastikan kelancaran rujukan pesakit dan klinik desa ke hospital besar tanpa kelewatan birokrasi. Dalam era pendigitalan hari ini, rakyat di pedalaman juga berhak mendapat akses diagnosis yang pantas dan tepat.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai rumusan, pengukuhan sistem kesihatan di Sabah bukan sekadar soal membina bangunan baharu tetapi melengkapkan segala ekosistem perkhidmatan secara menyeluruh. Laporan dan input Jawatankuasa Kesihatan Parlimen dari lawatan tadi wajar dijadikan penanda aras untuk menambah baik fasiliti kesihatan di seluruh negara, termasuk di kawasan Parlimen saya sendiri Tanjong Karang, di mana keperluan menaik taraf fasiliti kesihatan sentiasa menjadi keutamaan rakyat.
Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Yang akhir, Tuan Yang di-Pertua. Justeru, Tanjong Karang mencadangkan agar Kementerian Kesihatan Malaysia menyedia dan mempercepatkan peruntukan khas bagi projek naik taraf klinik dan hospital usang di Sabah dan Sarawak tanpa terikat dengan proses birokrasi yang terlalu panjang.
Yang kedua, pelan insentif khusus diperkenalkan segera untuk menarik dan mengekalkan doktor-doktor pakar di kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak. Tuan
Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Yang di-Pertua, marilah kita berganding bahu merentas parti dan wilayah bahawa kesihatan rakyat tidak boleh berkompromi dengan sebarang kekangan pentadbiran.
Demi kesejahteraan rakyat Sabah dan Malaysia amnya, Tanjong Karang menyokong penuh laporan dan cadangan yang dikemukakan oleh JKPK Kesihatan ini. Sekian, wabillahitaufiq walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya jemput Yang Berhormat Stampin.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk turut berbahas dalam pernyataan— penyata yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Kesihatan.
Puan Yang di-Pertua, lima nyawa telah terkorban di Long Lellang pada bulan lalu semasa mereka menjalankan perkhidmatan perubatan— perkhidmatan doktor udara di Sarawak. Dan ini merupakan satu— kita menyedih semasa kita baca berita tersebut. Dan saya ingin mengambil kesempatan ini, pada ketika ini untuk merakamkan penghargaan saya kepada Kerajaan Negeri Sarawak kerana sehari selepas nahas helikopter itu berlaku, Premier Sarawak telah mengumumkan satu wang ihsan yang berjumlah RM100,000 kepada setiap mangsa nahas helikopter itu.
Namun, kita masih tunggu-menunggu apakah akan diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap memberikan hal wang ihsan kepada mangsa nahas helikopter itu. Sebagai Kerajaan Persekutuan, saya rasa jumlah wang ihsan yang akan diberi sekurang-kurangnya adalah sama dengan amaun yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak kalau bukan lebih daripada amaun yang telah diumumkan.
Dan apa yang juga penting untuk kita mengulas daripada insiden nahas helikopter itu adalah bagaimana kita boleh mengelakkan kejadian serupanya berlaku pada masa kelak. Dan kita perlu meneliti apakah latar belakang itu operator helikopter yang terlibat itu iaitu syarikatnya nama Layang-layang Aerospace Sdn.
Bhd. Dan kalau kita meneliti latar belakang mereka dan track record mereka pun tak begitu cantik.
Itu bukan pertama kalinya ada berlaku nahas helikopter terhempas yang di- operate oleh syarikat itu. Pada tahun 2022, Oktober, sebuah helikopter pun yang dimiliki dan di-operate oleh syarikat itu pun terhempas di Cameron Highlands. Pada
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
masa itu ia juga membawa pegawai perubatan dari Kelantan ke Perak dan ia terhempas. Nasib baiknya, pada masa itu tak ada nyawa terkorban. Dan sebelum itu, dalam tahun 2015, Mei, juga berlaku satu insiden helikopternya terhempas di Kota Kinabalu. Pada masa itu, ia memberi latihan kepada solo student, seorang student untuk menjalankan latihan piloting. Dan— Maka, dengan insiden-insiden begitu, saya rasa satu siasatan yang mendalam dan menyeluruh harus dijalankan oleh kerajaan. Bukan sahaja kita tunggu menunggu wang ihsan yang harus diumumkan oleh— yang akan diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan tetapi kita juga tunggu-menunggu apakah siasatan— laporan siasatan yang akan dibuat oleh pihak kerajaan atas perkara insiden ini. Di samping itu, saya juga seru kepada kerajaan supaya tindakan yang lebih tegas diambilkan sekiranya ada unsur-unsur criminal negligence yang berkaitan dengan perkara ini.
Dan soalan saya terhadap kerajaan KKM adalah bahawa selepas nahas itu berlaku, perkhidmatan doktor udara telah digantungkan. So, perkhidmatan doktor udara adalah amat penting untuk penduduk pedalaman terpencil. Maka, bilakah kerajaan akan reinstate atau memulih sekali perkhidmatan itu untuk kebajikan penduduk pedalaman terpencil. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Stampin. Saya jemput pembahas terakhir, Yang Berhormat Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Bismillahirrahmanirrahim. Tuan Speaker, pertama sekali saya ucap terima kasih kepada JKPK Kesihatan kerana datang melawat ke Sabah. Saya rasa perkara- perkara begini saya rasa kita patut galakkan di mana kita datang itu kan, kita pergi tengok yang real case tadi bah. Selama ini barangkali YB-YB Sabah cakap fasal hospital daif, klinik daif, now sekarang jangankan bilang klinik daif kah apa, Queen Elizabeth bah, the main hospital in Sabah pun kita bahas dalam sidang ataupun dalam penyata ini. Ini satu perkara yang saya rasa kita tidak perlu— benda yang buruk kita tidak perlu tapuk.
Kita patut kasi bagus dia. Itu pandangan saya.
Saya terus kepada cadangan sahaja, Tuan Speaker. Kalau boleh, kita — sebab tadi sudah banyak sudah yang bercakap berkenaan penyata lawatan, hasil lawatan itu. Saya ingin mencadangkan supaya kalau Kementerian Kesihatan boleh
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
pertimbangkan satu inisiatif supaya doktor-doktor yang sudah tidak lagi, yang sudah keluar daripada KKM sebab banyak yang mungkin dia keluar, dia pergi buat klinik sendiri tetapi sebenarnya dia rasa mungkin dia tidak boleh bersaing, klinik tutup.
Kalau kita boleh buat satu inisiatif untuk bawa dia orang semula masuk ke KKM semula. Why not kita tawarkan kepada mereka yang mungkin mahu masuk semula kepada KKM.
Saya ingin bersetuju juga dengan Bandar Kuching tadi dan juga yang disebut YB Tuaran berkenaan dengan Bayaran Insentif Wilayah. Ini sangat, sangat, sangat penting, Tuan Speaker, terutamanya untuk Sabah dan Sarawak. Bayangkanlah, ini saya sebut Kota Belud lah, ndak payah jauh. Hospital Kota Belud, hari itu semasa lawatan YB Menteri, saya gembira sudah. Sebab apa? Ada sembilan doktor yang masuk. Sekali sembilan doktor yang masuk ini rupa-rupanya enam yang keluar.
Daripada sembilan doktor yang akan masuk, baru tiga yang lapor diri. Dan enam ini barangkali macam ndak tahu masuk kah tidak. Dan enam ini pula daripada Semenanjung.
So, sebab itu daripada hari itu saya rasa sangat penting untuk Kementerian Kesihatan untuk tengok semula Bayaran Insentif Wilayah ini. Inilah yang akan membantu kekurangan doktor-doktor kita di hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan. Saya pernah cakap benda ini Tuan Speaker semasa perbahasan waktu COVID dahulu. COVID telah membuka sebenarnya fasiliti— kekurangan dan perbezaan yang sangat jauh antara fasiliti kesihatan Sabah dengan Semenanjung.
Dan kalau sekiranya, palis-palis lah orang Sabah cakap bah. Kalau sekiranya COVID datang balik, I’m telling you we are not ready for that. Kita tidak ready dari segi kita punya fasiliti dan kita punya kakitangan sendiri. Jadi, daripada saya itu sahaja, ringkas. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Bentong, Ahli Jawatankuasa Pilihan Kesihatan untuk menjawab.
Masa 10 minit.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Speaker. Terlebih dahulu saya bagi pihak jawatankuasa merakamkan
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan berhubung penyata Jawatankuasa Pilihan Kesihatan ini.
Perbahasan pada hari ini membawa kita kepada satu persoalan yang lebih besar daripada kekurangan bangunan, katil atau perjawatan. Persoalan sebenarnya ialah sama ada kapasiti sistem kesihatan di Sabah dapat berkembang seiring dengan perubahan keperluan rakyat. Apa yang dilihat oleh jawatankuasa di lapangan menunjukkan bahawa kapasiti yang memadai pada suatu ketika tidak lagi semestinya memadai pada hari ini.
Pertumbuhan penduduk, peningkatan jumlah pesakit dan perluasan skop rawatan telah mengubah keperluan sebenar di banyak fasiliti. Justeru, cabaran selepas penyata ini bukan sekadar kita mengenal pasti apa yang kurang tetapi keutamaan sekarang ialah menentukan apa yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu dan siapa yang bertanggungjawab dan bagaimana kemajuannya akan dipantau.
Puan Yang di-Pertua, dalam perkara fasiliti, bangunan tidak boleh dinilai hanya berdasarkan kewujudannya. Kapasiti sebenar sesebuah fasiliti ditentukan oleh sejauh mana ruang, aset, utiliti dan kemudahan sokongan dapat menyokong penyampaian perkhidmatan dengan selamat dan berkesan.
Selain itu, penyelenggaraan dan penggantian aset perlu diberikan perhatian yang sama seperti pembangunan baharu. Fasiliti yang wujud tidak dapat digunakan secara optimum tetapi menjadi kekangan kepada sistem kesihatan. Begitu juga dalam sumber kemanusiaan. Bilangan bangunan atau katil tidak membawa makna sekiranya kapasiti tersebut tidak dapat dioperasikan kerana kekurangan petugas dan tenaga kepakaran.
Dalam konteks Sabah, pembangunan tenaga kesihatan perlu dilihat dalam sudut yang lebih panjang. Latihan, kemajuan kerjaya dan pengekalan tenaga kepakaran menentukan sama ada kapasiti yang dibangunkan hari ini dapat terus berfungsi pada masa hadapan.
Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh sedikit berkenaan kebimbangan yang terjadi di Sabah dan Sarawak di mana pegawai perubatan yang sepatutnya mendaftarkan diri di beberapa klinik dan hospital tidak dapat hadir, dalam erti kata lain tidak berminat untuk berkhidmat di Sabah atau Sarawak. Ini merupakan kebimbangan yang sangat serius dan ada hospital yang beroperasi dengan hanya tiga pegawai perubatan sahaja.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Elaun dan insentif tetap merupakan salah satu faktor perkara ini terjadi dan kami barisan jawatankuasa memohon kementerian menyemak semula dan mempertimbangkan skim dan insentif yang bermaruah.
Dari sudut akses, matlamatnya bukan semata-mata kita nak menambah bilangan fasiliti, rangkaian hospital, klinik kesihatan, klinik pergigian dan perkhidmatan bergerak perlu dirancang supaya rawatan dapat diberikan pada peringkat yang paling sesuai dan sedekat mungkin kepada rakyat. Keadaan di Klinik Kesihatan Putatan memberikan gambaran yang sangat jelas kepada kami, sebuah fasiliti yang direka sebagai KK Jenis 3 kini menanggung beban setara dengan KK Jenis 1. Ini menunjukkan bahawa perancangan kapasiti perlu disemak berdasarkan penggunaan sebenar dan bukan hanya klasifikasi asal fasiliti.
Perkara yang sama terpakai kepada perkhidmatan pergigian. Kekurangan kerusi, petugas atau kenderaan outreach akhirnya memberi kesan kepada jarak, masa dan peluang rakyat untuk mendapatkan rawatan. Oleh itu, pengukuhan pencegahan seperti pemfluoridaan air juga penting untuk kita mengurangkan keperluan rawatan pada masa hadapan.
Pendigitalan pula tidak seharusnya dilihat sekadar sebagai penggantian proses manual. Pendigitalan perlu menghasilkan aliran kerja yang lebih cekap, capaian maklumat yang lebih baik dan penggunaan masa petugas yang lebih berkesan dengan sokongan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi yang mencukupi.
Puan Speaker, projek strategik seperti Institut Pediatrik Sabah, Pusat Jantung Sabah, projek naik taraf Hospital Queen Elizebeth dan pembangunan Hospital Penampang perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas. Pembangunan ini perlu membentuk satu rangkaian perkhidmatan yang dapat meningkatkan kapasiti dan mengurangkan kebergantungan kepada fasiliti yang telah sedia terbeban.
Dan dalam perkara projek Hospital Papar pula, pengalaman pelaksanaannya memberikan pengajaran penting mengenai tadbir urus, pemantauan projek dan tindakan terhadap prestasi kontraktor dan isunya bukan sekadar berapa kali lanjutan masa kita berikan atau bila kontrak ditamatkan. Yang lebih penting ialah bagaimana tanda-tanda kelewatan dikenal pasti lebih awal dan bagaimana tindakan pembetulan diambil sebelum kelewatan itu menjadi semakin berpanjangan.
Atas sebab itu, jawatankuasa menegaskan kepentingan kawalan EOT, tindakan terhadap kontraktor bermasalah dan penilaian rekod prestasi sebagai sebahagian daripada tadbir urus projek di samping kita nak memastikan projek naik
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
taraf Hospital Papar dapat disempurnakan. Pengalaman tersebut juga menunjukkan bahawa projek yang tertangguh ini sebenarnya Puan Speaker memberikan kesan langsung kepada kapasiti perkhidmatan yang sepatutnya telah dapat digunakan oleh rakyat. Di Hospital Papar, kelewatan blok baharu menjejaskan usaha untuk meningkatkan kapasiti dan mengurangkan kesesakan hospital.
Puan Speaker, 12 syor yang telah dikemukakan oleh jawatankuasa perlu dilihat sebagai satu pakej tindakan yang saling berkaitan, bukannya 12 tindakan yang berdiri secara berasingan. Pembangunan hospital memerlukan petugas, klinik baharu memerlukan peralatan dan sistem digital. Perkhidmatan outreach memerlukan kenderaan dan sumber manusia, pencegahan pula memerlukan kerjasama rentas agensi, keberhasilan satu tindakan bergantung kepada pelaksanaan tindakan yang lain.
Oleh itu, perkara yang paling penting selepas ini ialah pelaksanaan yang mempunyai tanggungjawab, keutamaan, peruntukan dan mekanisme pemantauan yang jelas. Tanpa perkara tersebut, cadangan yang baik sukar diterjemahkan bagi perubahan di lapangan. Jawatankuasa juga berpandangan bahawa ukuran keberhasilan tidak seharusnya hanya berdasarkan jumlah projek atau peruntukan yang diluluskan. Ukuran sebenar ialah sama ada kapasiti meningkat, akses bertambah baik, petugas dapat berfungsi dengan lebih berkesan dan pesakit menerima perkhidmatan yang lebih baik.
Puan Speaker, Sabah mempunyai keadaan geografi, taburan penduduk dan corak keperluan perkhidmatan yang tersendiri. Oleh itu, perancangan kesihatan perlu berpandukan keadaan sebenar di lapangan dan keperluan setiap kawasan, bukan hanya pendekatan yang seragam.
Sebab itu saya bersetuju dengan Kota Belud di mana lawatan baru-baru ini memberikan kesan yang sangat besar, pandangan yang sangat luas kepada jawatankuasa apabila melihat sendiri kesengsaraan dan apa yang berlaku kepada petugas-petugas kesihatan dan juga rakyat Sabah itu sendiri. Dalam konteks ini, pembangunan kesihatan di Sabah bukan sekadar kita nak menambahkan fasiliti, ia juga mengenai membina kapasiti sistem secara menyeluruh supaya setiap komponen dapat berfungsi sebagai satu rangkaian perkhidmatan yang berkesan.
Puan Speaker, selaras dengan fungsi semak dan imbang Parlimen, jawatankuasa akan terus memberikan perhatian terhadap perkembangan pelaksanaan syor-syor ini. Perancangan dan peruntukan perlu disusuli dengan kemajuan yang boleh dipantau dan hasil yang dinilai dan jawatankuasa ingin
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
menegaskan bahawa apa yang telah dilihat dan dikenal pasti melalui lawatan ini perlu diterjemahkan pelaksanaannya yang nyata dan berkeutamaan supaya perubahan yang dilaksanakan benar-benar dapat dirasai oleh petugas dan rakyat Sabah itu sendiri.
Dan jawatankuasa juga ingin mencadangkan kepada Dewan yang mulia ini supaya Yang di-Pertua Speaker agar memberikan ruang kepada Menteri untuk menjawab setiap perkara yang telah dibangkitkan oleh semua Ahli-ahli Parlimen yang bertanyakan soalan kerana kenyataan penyata ini yang dibahaskan supaya segala usul dan perkara yang dibawa ini ada jawapannya.
Saya tidak boleh memberikan jawapan. Yang Berhormat Pengerusi pun tidak boleh memberikan jawapan. Jawapan hanya daripada pihak kementerian sahaja yang boleh memberikan jawapan kepada segala persoalan yang telah kami bangkitkan. Dan sebab itulah segala penyata yang telah kami berikan selama ini, kami perlukan jawapan dan penyelesaiannya.
Maka jawatankuasa berharap segala dapatan dan syor dalam penyata ini dapat dilaksanakan secara tersusun dan berkesan bagi kita meningkatkan kapasiti, akses dan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat negeri Sabah.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Selesai sesi penerangan yang kedua. Sekarang kita ke sesi penerangan yang terakhir untuk hari ini. Saya seterusnya meminta Yang Berhormat Sik, Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara akan memberi penerangan mengenai Pengurusan Perkhidmatan Bayaran Wang Jaminan Mahkamah melalui sistem eJamin.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua. Pada petang ini saya mendapat mandat daripada Yang Berhormat Masjid Tanah, Pengerusi PAC Parlimen Malaysia untuk membentangkan satu laporan PAC Parlimen berhubung Pengurusan Perkhidmatan Bayaran Wang Jaminan Mahkamah melalui sistem eJamin di bawah Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, DR. 28 2026 di Dewan Rakyat pada hari ini.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kita berbicara soal satu sistem yang telah pun merekodkan jumlah transaksi terkumpul eJamin ini sejak dilancarkan sebanyak RM620 juta. Tuan Yang di-Pertua, pengurusan dan kawalan akaun deposit wang jaminan jenayah melalui sistem eJamin di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan merupakan sebahagian daripada perkara yang diketengahkan di dalam Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan bagi tahun berakhir 31 Disember 2024.
Sehubungan dengan itu, prosiding ini dijalankan melalui punca kuasa dan mandat di bawah Peraturan Mesyuarat 77(1)(c) dan Peraturan Mesyuarat 83(2), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Arahan Perbendaharaan
(Pindaan 2023) 301 dan seksyen 304(a) serta seksyen 5(3)(d) Pekeliling Am No. 1 tahun 2024 iaitu Organisasi Kementerian-Kementerian.
Isu ini mula mendapat perhatian khusus PAC Parlimen semasa taklimat Laporan Ketua Audit Negara Bil.3 2025 oleh Ketua Audit Negara kepada PAC pada 8 Oktober 2025. Hasil taklimat tersebut mendedahkan kelemahan tadbir urus yang kritikal serta risiko perundangan yang tinggi apabila dokumen perjanjian rasmi yang mengikat antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat pengendali persendirian iaitu DAPAT Vista Sdn. Bhd. masih belum ditandatangani walaupun sistem eJamin tersebut telah mula digunakan secara meluas di 192 buah mahkamah sejak 10 Januari 2020.
Sebanyak empat prosiding berhubung isu ini telah diadakan bermula pada tarikh 4 November 2025 hingga 2 Disember 2025 dan PAC telah mengambil masa selama dua hari bagi tujuan memuktamadkan penyata berkenaan. Seramai enam saksi telah dipanggil untuk memberikan keterangan daripada Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Jabatan Peguam Negara, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan Syarikat DAPAT Vista Sdn. Bhd. selaku vendor yang mengendalikan sistem eJamin.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum sistem eJamin diperkenalkan pada 10 Januari 2020, proses jaminan dilaksanakan secara manual yang memerlukan penjamin hadir secara fizikal ke bank untuk membuka akaun deposit wang jaminan dan seterusnya buku akaun tersebut diserahkan kepada mahkamah.
Proses manual yang merumitkan ini kerap menyebabkan orang kena tuduh
(OKT) terpaksa ditahan reman tambahan satu hingga dua hari sekiranya pertuduhan dibuat pada lewat petang selepas waktu operasi bank tamat. Pengenalan sistem
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
eJamin sebagai platform transaksi tanpa tunai berasaskan perbankan dalam talian financial process exchange (FPX) dan kad kredit berjaya memendekkan tempoh pengurusan jaminan kepada 15 minit, membolehkan pemulangan baki deposit dalam masa dua jam serta menyokong pembayaran denda secara digital di 192 mahkamah di seluruh Malaysia.
Walau bagaimanapun, kelancaran fungsi operasi harian ini didapati tidak seiring dengan aspek kawalan perundangan, penyelarasan akaun dan pematuhan tadbir urus perakaunannya. Tuan Yang di-Pertua, melalui prosiding yang komprehensif ini, penemuan PAC telah dikelompokkan mengikut struktur sistematik berikut.
Yang pertama, tadbir urus perolehan dan pengoperasian tanpa kontrak rasmi sejak 2020 hingga 2025. Kerapuhan pelaksanaan sistem eJamin di 192 buah mahkamah selama lima tahun beroperasi tanpa sebarang surat pelantikan, Surat Setuju Terima (SST), Letter of Intent (LOI) mahupun perjanjian kontrak rasmi.
Keadaan ini berpunca daripada pandangan awal AGC pada 20 Disember 2019 yang menetapkan bahawa transaksi eJamin merupakan satu commercial transaction dengan izin di mana peranan mahkamah sekadar bertindak sebagai pengguna sistem semata-mata. Selain itu, pembangunan sistem secara Proof of Concept (POC) dilaksanakan tanpa kawalan perolehan kerajaan yang teratur.
Yang kedua, status perundangan dana dan pelanggaran Perlembagaan Persekutuan. Ulasan rasmi AGC bertarikh 12 Mac 2024 yang turut disokong oleh JPM dan Jabatan Akauntan Negara mengesahkan secara muktamad bahawa wang jaminan yang dikutip melalui eJamin merupakan wang awam di bawah seksyen 3 Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] yang diperdapatkan menerusi Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593), pengendalian dana di dalam akaun komersial syarikat swasta dan kegagalan memperakaunkannya ke dalam Akaun Amanah Disatukan didapati melanggar Perkara 97(1) Perlembagaan Persekutuan dan seksyen 7 (Akta 61).
Yang ketiga iaitu penguasaan dana pelaburan tanpa kelulusan dan penjanaan faedah. Semua kutipan deposit jaminan awam dimasukkan terus ke dalam akaun komersial milik Syarikat DAPAT Vista. Setakat 31 Disember 2024, baki deposit aktif bernilai RM193.71 juta daripada transaksi terkumpul RM620 juta berada di bawah akaun syarikat. Semakan JPM membongkarkan bahawa daripada baki RM193.71 juta tersebut, sebanyak RM130.8 juta telah dimasukkan oleh syarikat ke dalam akaun pelaburan pasaran wang, sama ada di Kenanga Sukuk dan CIMB
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Deposit Fund di bawah nama syarikat tanpa sebarang kelulusan atau punca kuasa kerajaan.
Syarikat turut menikmati hasil faedah simpanan bank dianggarkan RM4 juta hingga RM5 juta setahun atas konsep Deposit FDI tanpa sebarang perjanjian perkongsian hasil dengan kerajaan.
Yang keempat, ketiadaan perlindungan pemegang amanah ataupun trustee. Penguasaan dana di dalam akaun komersial syarikat swasta tanpa struktur pemegang amanah meletakkan penjamin pada kedudukan pemiutang biasa
(unsecured creditor) iaitu ketiadaan instrumen kawalan seperti bon pelaksanaan atau perlindungan insurans mendedahkan dana awam ratusan jutaan Ringgit kepada risiko kewangan sekiranya syarikat berhadapan penggulungan ataupun muflis.
Yang kelima, isu rekonsiliasi, akaun jurang dan perbezaan baki telah dikesan jurang perbezaan baki sebanyak RM557,258 dan dalam rekod JPM itu RM555,297.93 yang belum disahkan antara rekod sistem eJamin dengan penyata bank syarikat. Imbangan rekod ini sukar dibuat ekoran sifat transaksi harian yang sangat aktif iaitu purata kutipan RM20 juta setiap bulan dan pemulangan RM12 juta setiap bulan.
Yang keenam, implikasi arahan pemberhentian dan keputusan muktamad Perbendaharaan daripada MOF. Arahan pemberhentian pengoperasian eJamin oleh Mantan Ketua Hakim Negara pada 19 Mei 2024 selama tiga hari demi mematuhi tatacara kewangan telah mencetuskan bantahan meluas daripada Bar Council dan awam disebabkan kebimbangan gangguan pelepasan orang kena tuduh (OKT) serta peningkatan reman di lokap.
Situasi ini mendorong intervensi daripada MOF yang surat bertarikh 17 Mei dan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang JPM untuk meneruskan operasi secara pengecualian khas status quo. Seterusnya pada 22 Oktober 2025, mesyuarat khas dipengerusikan oleh KSP MOF secara muktamad menolak tiga cadangan komersial DAPAT Vista Sdn. Bhd. iaitu pembelian terus ataupun langganan ataupun model hibrid bernilai RM40 juta hingga RM80 juta.
MOF sebaliknya menetapkan pengekalan status quo pemakaian sistem sedia ada secara percuma tanpa kos kerajaan menerusi perjanjian rasmi berserta struktur bank pemegang amanah iaitu trustee. Tuan Yang di-Pertua, hasil daripada prosiding yang diadakan ini PAC Parlimen telah membuat 12 rumusan iaitu yang pertama inisiatif pembangunan sistem eJamin bermula daripada kajian Syarikat DAPAT Vista pada tahun 2017 yang
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
mengenal pasti kesukaran orang awam dalam menguruskan bayaran pinjaman jenayah di mahkamah.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang kedua, sistem eJamin dilaksanakan secara Proof of Concept (POC) yang telah dipersetujui oleh Ketua Hakim Negara. Ia tidak dilaksanakan melalui proses perolehan kerajaan melalui kaedah-kaedah tatacara kewangan yang berkuat kuasa dan menyebabkan agensi kerajaan berkaitan tidak mempunyai gambaran jelas terhadap perincian pelaksanaan sistem ini.
Yang ketiga, pelaksanaan sistem eJamin di 192 buah mahkamah seluruh negara telah beroperasi selama lima tahun sejak 10 Januari 2020 tanpa sebarang ikatan perundangan atau dokumen kontrak rasmi.
Yang keempat, agensi kerajaan yang berkaitan mempunyai takrif— mempunyai takrifan masing-masing berhubung istilah wang awam dalam konteks kutipan wang jaminan mengambil kira perbezaan instrumen wang jaminan yang menggunakan kaedah konvensional dan melalui sistem eJamin.
Yang kelima, ketiadaan ikatan perjanjian rasmi dan struktur pemegang amanah mendedahkan kerajaan kepada risiko sekiranya syarikat berhadapan krisis kewangan ataupun penggulungan.
Yang keenam, ketiadaan perjanjian tersebut juga telah menyebabkan Dapat Vista Sdn. Bhd. yang mendapat hasil yang dianggarkan RM4 juta hingga RM5 juta setahun melalui pelaburan yang dibuat sendiri yang dianggap sebagai bayaran perkhidmatan tanpa kawalan kerajaan.
Yang ketujuh, wujud jurang perbezaan baki sebanyak RM557,258 dalam akaun deposit jaminan jenayah berpunca daripada transaksi jaminan harian yang sangat aktif dan berubah-ubah mengikut gerakan kes mahkamah.
Yang kelapan, tindakan PKPM iaitu Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan mengarahkan pemberhentian pengoperasian eJamin yang berlangsung selama tiga hari demi mematuhi tatacara kewangan telah mencetuskan bantahan meluas termasuk daripada Badan Peguam Malaysia berikutan kebimbangan gangguan pelepasan OKT serta peningkatan tempoh tahan reman di lokap ataupun penjara.
Yang kesembilan, Dapat Vista telah mencadangkan tiga opsyen iaitu pembelian terus, langganan mahupun model hibrid bernilai RM40 juta hingga RM80 juta sebagai jalan penyelesaian tanpa menjejaskan perkhidmatan kepada rakyat.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Walau bagaimanapun, ini yang kesembilan— yang kesepuluh. Walau bagaimanapun, MOF tidak bersetuju dengan cadangan tersebut sebaliknya mengekalkan satu skor pemakaian sistem sedia ada melalui perjanjian kontrak rasmi di mana Dapat Vista Sdn. Bhd. memegang dan menguruskan wang jaminan jenayah atas dasar amanah.
Yang ke-11, tempoh pengoperasian tanpa kontrak selama lima tahun serta kelewatan tindakan penyelesaian berpunca daripada siri perlanjutan pengecualian khas status quo yang diterbit— yang diberikan oleh MOF secara berulang kali merupakan satu tempoh ketidakpatuhan kewangan yang terlalu lama di mana sebarang kelewatan membuat keputusan dasar, menambah pendedahan risiko terhadap keselamatan dana jaminan awam.
Yang ke-12, PAC mendapati kerajaan sebenarnya mempunyai saluran dan kaedah alternatif sedia ada yang boleh diguna pakai untuk kutipan dan pengurusan wang jaminan selain daripada sistem eJamin seperti yang dirangka oleh JPM dan PKPMP merangkumi penggunaan sistem eCF, pindaan— pindahan EFT secara terus ke akaun bank utama Bahagian Akaun, JPM serta penggunaan gerbang pembayaran sistem iPayment.
Sebagai langkah penambahbaikan, PAC Parlimen mengesyorkan lapan perkara untuk dilaksanakan oleh kerajaan iaitu yang pertama, kerajaan perlu mewujudkan instrumen perundangan dengan syarikat pengendali bagi melindungi kepentingan kerajaan dan penjamin. Oleh itu PKPMP bersama MOF hendaklah menyegerakan perundingan serta memuktamadkan penyelesaian bersama Syarikat Dapat Vista Sdn. Bhd. dalam tempoh pengecualian khas yang ditetapkan oleh MOF dengan mewajibkan penggunaan struktur akaun pemegang amanah demi mengasingkan dan meletakkan perlindungan penuh ke atas dana jaminan awam.
Yang kedua, kerajaan hendaklah memuktamadkan definisi wang awam dalam konteks kutipan wang jaminan bagi mengelakkan kekeliruan dan percanggahan pemahaman antara agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.
Yang ketiga, kerajaan hendaklah memastikan pengurusan dan perakaunan wang jaminan mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada termasuk peruntukan di bawah Perkara 97(1), Perlembagaan Persekutuan serta seksyen 4 dan seksyen 7, Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi memastikan pengurusan wang jaminan dilaksanakan secara teratur.
Yang keempat, PKPMP hendaklah merangka satu pelan penyelesaian jangka panjang untuk pengurusan kutipan wang jaminan bagi mengelakkan
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
kebergantungan vendor swasta dalam menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Ini termasuk meneruskan usaha penerokaan serta pembangunan model sistem jaminan dalaman— sistem jaminan dalaman sendiri menerusi prasarana e-Kehakiman atau eCF sebagi sistem sandaran mutlak bagi menjamin pemilikan data kerajaan secara 100 peratus.
Yang kelima, kerajaan hendaklah mengeluarkan pekeliling dan garis panduan yang jelas mengenai pelaksanaan Proof of Concept bagi mengelakkan implikasi perundangan dan kewangan kepada kerajaan dan seterusnya mengelakkan perkhidmatan kritikal kerajaan dilaksanakan oleh syarikat swasta tanpa kawalan yang komprehensif.
Yang keenam, PKPMP hendaklah menyelesaikan proses rekonsiliasi baki akaun deposit jaminan jenayah dengan segera di samping melaksanakan pemantauan secara berkala dengan aktif bagi memastikan ketepatan rekod akaun deposit jaminan jenayah berdasarkan transaksi secara individu dan mengelakkan berlakunya sebarang jurang perbezaan baki.
Yang ketujuh, MOF, agensi dan Jabatan Digital Negara serta Kementerian Digital hendaklah memperketatkan kawalan serta garis panduan perolehan ICT kerajaan bagi memastikan mana-mana kementerian atau agensi tidak mengoperasikan perkhidmatan vendor swasta tanpa dokumen ikatan perjanjian kontrak yang sah sejak hari pertama pelaksanaan.
Dan yang kelapan, MOF perlu memperketat kan pemberian pengecualian khas sebagai penyelesaian kepada isu-isu ketidakaturan dalam tatacara kewangan kerajaan demi menjunjung prinsip tatakelola yang baik.
Tuan Yang di-Pertua, ini pembentangan PAC Parlimen pada petang ini.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sik.
[Tepuk] Ahli-ahli Yang Berhormat, penerangan daripada Yang Berhormat Sik, ahli jawatankuasa, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara ini terbuka untuk ahli-ahli meminta penjelasan dan memberikan pandangan.
Senarai pembahas adalah seperti berikut. YB Jelutong, YB Kota Bharu, YB Sabak Bernam, YB Batu Pahat, YB Pendang, YB Besut dan YB Batu Gajah. Setiap pembahas diberi masa lima minit Sahaja. Saya mempersilakan Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang di- Pertua. Saya, pertamanya berterima kasih kepada Yang Berhormat Sik di atas pembentangan yang telah diberikan tadi. Cuma, saya ada beberapa soalan.
Bagaimana kita telah membenarkan Syarikat Dapat Vista ini beroperasi, mengambil caruman wang jaminan daripada penjamin-penjamin yang menjadi waris kepada orang-orang yang dituduh di mahkamah? Dan amat mengejutkan juga di mana kita mendapati bahawa ketiadaan ikatan perjanjian rasmi ataupun apa-apa struktur pemegang amanah ditandatangani secara rasmi oleh kerajaan dengan pihak Syarikat Dapat Vista ini untuk membenarkan mereka mengoperasikan sistem eJamin.
Memang diakui bahawa sistem eJamin— sebagai seorang pengamal undang-undang, kalau dibandingkan dengan sistem yang lama di mana seseorang waris perlu pergi ke bank mendepositkan wang, membuka akaun. Katakan waris itu berurusan pada hari Jumaat di mana mungkin beliau tidak dapat kembali ke mahkamah dalam tempoh yang diberikan pukul 3 petang umpamanya dan waris terus dibawa ke penjara dan ditahan di penjara hari Sabtu, hari Ahad dan baru hari Isnin boleh dibebaskan.
Memang diakui sistem eJamin ini memudah cara untuk mana-mana waris untuk menjamin seseorang yang dituduh di mahkamah. Tetapi kita perlu juga lihat apa yang akan berlaku sekiranya wang jaminan itu merupakan wang yang besar, umpamanya 500,000 ataupun RM1 juta yang telah didepositkan ke dalam syarikat ini tiba-tiba telah didapati selepas kes selesai, syarikat ini tidak dapat memulangkan wang tersebut. Siapa yang akan bertanggungjawab?
Kita lihat baru-baru ini, hari ini, pendedahan dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan berkenaan dengan sebuah syarikat Zetrix AI Berhad ataupun dikenali sebagai My E.G. Sdn. Bhd. yang berhutang 314 million kepada Jabatan Pengangkutan Jalan. Mereka tidak dapat bayar. So, ini merupakan— siapa yang akan menanggungnya? Pihak kerajaan akan disaman.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kalau katakan dalam kes yang sama melibatkan seorang penjamin yang telah mendepositkan wang dan selepas kes itu telah selesai, beliau pergi kembali ke syarikat tersebut untuk menuntut, DAPAT Vista— mendapatkan kembali wang jaminan yang telah didepositkan dan wang itu tidak dapat dipulangkan oleh syarikat tersebut, tiba-tiba muflis atau ada apa-apa cara, apa-apa sebab di mana syarikat itu
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
tak dapat mengembalikan wang, siapa yang akan disaman? Pihak kerajaan akan terpaksa menanggung.
Yang saya nak tanya sekarang adalah bolehkah pihak jawatankuasa juga menyiasat siapakah individu-individu yang begitu berpengaruh di belakang syarikat ini? Di mana mereka dapat menguruskan perkara ini melibatkan wang ratusan juta Ringgit, melibatkan wang rakyat. Adakah perkara itu dibongkar? Disiasat?
Siapakah?
Memang kita lihat nama-nama pengurus eksekutif itu telah dinyatakan di situ.
Kita lihat bahawa dalam saksi-saksi yang telah di sapina, saya difahamkan daripada— mungkin boleh diperbetulkan, nama-nama yang telah di sapina untuk mendapat penjelasan adalah Sabri bin Ab Rahman, Pengarah Eksekutif, Encik Joshua Samuel Smith, Ketua Pegawai Eksekutif. Tetapi adakah pihak jawatankuasa juga menyiasat, mendapat maklumat siapakah individu-individu di belakang tabir syarikat-syarikat ini yang begitu berpengaruh. Di mana mereka diberikan mandat tanpa sebarang perjanjian ditandatangani di antara kerajaan dengan syarikat tersebut.
Ini adalah perkara-perkara yang perlu kita lihat. Kerana kita tahu bahawa sejak kebelakangan ini banyak sangat kes-kes yang telah dibongkar kan oleh kerajaan. Anyway, Yang Berhormat Sik, saya ingin ucapkan syabas dan tahniah kerana dapat juga sedikit sebanyak memberi pandangan, sumbangan untuk kita mengatasi perkara-perkara ini yang melibatkan wang orang-orang yang susah.
Bayangkan kalau seseorang itu dituduh di mahkamah untuk kesalahan mencuri motosikal nak dapatkan RM3,000, RM4,000. Ada yang terpaksa menggadai rantai emas dan mendapatkan wang.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya. So, saya ingin tanya adakah kita telah juga— bolehkah didedahkan di Dewan yang mulia ini? Kita, semua ingin tahu siapakah individu-individu yang begitu pengaruh di belakang syarikat-syarikat ini yang dapat sambil lewa mengaturkan syarikat tersebut untuk diberikan mandat. Dan, adakah juga disiasat latar belakang syarikat ini? Apakah
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
keupayaan mereka? Apakah pengalaman mereka? Adakah syarikat ini— bila ditubuhkan? Siapakah individu-individu yang mengoperasikan? Adakah mereka mempunyai kelayakan ijazah undang-undang ataupun bekas hakim ataupun bekas eksekutif ataupun bekas akauntan yang mempunyai kelayakan, yang boleh dipercayai credential, credence mereka, kelayakan mereka.
Perkara-perkara ini saya mohon kalau boleh dalam rumusan nanti tolong didedahkan kepada Dewan yang mulia ini. Terima kasih Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat seterusnya, dipersilakan Yang Berhormat Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera Yang Berbahagia, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih di atas peluang, saya dapat membahaskan Penyata PAC berhubung dengan isu Pengurusan Wang Jaminan Mahkamah Melalui Sistem eJamin ini di bawah Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan satu isu yang amat serius berkaitan dengan pengurusan wang awam iaitu pengoperasian sistem eJamin mahkamah sebagaimana dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara dalam Sijil Ketua Audit Negara dan Laporan Ketua Audit Negara 3/2025.
Pertama, saya ingin tegaskan bahawa saya menyokong usaha pendigitalan perkhidmatan mahkamah dan perkara ini juga diusahakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional terutamanya semasa zaman COVID-19 tahun 2020 sehingga tahun 2022.
Semasa itu dibuat oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-undang.
Tiada siapa menafikan bahawa eJamin memberi manfaat yang besar kepada rakyat. Sebelum ini proses ikat jamin mengambil masa antara empat hingga lima jam dan memerlukan penjamin berulang-alik ke bank serta mahkamah. Kini, proses tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh sekitar 15 hingga 30 minit secara elektronik. Namun, persoalannya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua ialah adakah
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
manfaat teknologi boleh mengatasi keperluan takbir urus dan pematuhan undang- undang?
Tuan Yang di-Pertua, laporan audit telah mendedahkan beberapa perkara yang amat membimbangkan kita. Pertama, operasi selama lima tahun tanpa kontrak sebagaimana disebut oleh sahabat saya daripada Jelutong tadi. Sistem ini mula digunakan pada bulan Januari tahun 2020. Kita tahu siapa kerajaan pada masa itu.
Tetapi sehingga tarikh audit dijalankan pada bulan Julai tahun 2025, tiada perjanjian atau kontrak rasmi di meterai antara kerajaan dengan syarikat pengendali iaitu DAPAT Vista (M) Sdn Bhd.
Ini isu asas pengurusan kewangan kerajaan dalam mana-mana pengurusan kontrak kerajaan. Kontrak merupakan dokumen yang menentukan skop kerja, tanggungjawab setiap pihak atau obligasi, hak kerajaan, mekanisme audit, pelindungan data, liabiliti sekiranya berlaku kegagalan Vista.
Persoalan saya di sini Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, bagaimana sebuah syarikat yang bernama DAPAT Vista (M) Sdn Bhd boleh menguruskan transaksi wang awam selama lima tahun tanpa kontrak dan ia nya telah dibongkar kan oleh Bahagian Akaun, Jabatan Perdana Menteri (BAJPM). Antara yang dibongkar kan ialah syarikat DAPAT Vista ini memperolehi RM4 sehingga RM5 juta setahun daripada faedah simpanan bank. Ini bukan sahaja DAPAT Vista, ini dapat buta-buta Tuan Yang di-Pertua, RM4 hingga RM5 juta setahun.
Kedua, wang jaminan dimasukkan ke akaun syarikat swasta. Laporan audit menyatakan bahawa deposit wang jaminan dimasukkan terus ke akaun bank komersial milik syarikat, bukannya ke akaun kerajaan atau akaun bersama. Ini bukan soal sama ada wang itu hilang atau tidak. Ini soal custody of the public money. Dalam sektor awam, prinsip paling asas ialah wang kerajaan hendaklah berada di bawah kawalan kerajaan. Apabila wang awam ditempatkan dalam akaun pihak ketiga, kerajaan perlu mempunyai asas perundangan yang kukuh bagi melindungi kepentingan rakyat.
Ketiga, RM193.71 juta belum dipindahkan kepada kerajaan. Ketua Audit Negara melaporkan bahawa sehingga 31 Disember tahun 2020 terdapat baki RM193.71 juta masih berada dalam akaun syarikat dan belum dipindahkan ke Akaun Amanah Disatukan. Jumlah ini bukan kecil Tuan Yang di-Pertua. Persoalannya, mengapa selepas lima tahun perkara masih belum diselesaikan? Siapakah yang bertanggungjawab memastikan wang tersebut dipindahkan? Sebagaimana kata Jelutong, apakah status terkini pada hari ini?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Isu keempat wujud perbedaan baki RM557,258. Audit turut menemui perbezaan baki sebanyak RM557,258 antara rekod sistem dan penyata bank syarikat. Walaupun jumlah ini tidaklah begitu besar berbanding RM193 juta, dari sudut audit ia menunjukkan kelemahan kawalan dalaman itu sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mendapat penjelasan daripada kerajaan mengenai aspek urus tadbir urus pelantikan vendor. Mengapa pelantikan vendor dibuat sebelum kontrak dimuktamadkan? Adakah proses perolehan dibuat secara tender terbuka? Adakah Kementerian Kewangan telah memberikan kelulusan rasmi dalam hal ini? Siapakah pihak yang meluluskan struktur operasi sehingga wang awam boleh ditempatkan dalam akaun syarikat swasta.
Saya juga ingin mengambil maklum bahawa bagi mengelakkan gangguan kepada operasi mahkamah, Kementerian Kewangan telah memberi pengecualian interim sehingga 31 Disember 2025. Namun, pengecualian sementara tidak boleh dijadikan penyelesaian kekal.
Saya ingin memohon Menteri menjawab beberapa soalan. Yang pertama, adakah kontrak telah dimeterai pada hari ini? Yang kedua, jika belum, apakah sebab kelewatan selepas lima tahun operasi? Yang ketiga, adakah keseluruhan RM193.71 juta telah dipindahkan ke Akaun Amanah Disatukan?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang keempat, bagaimana perbezaan RM557,258.00 telah diselesaikan?
Siapakah yang akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kehilangan dana atau pertikaian undang-undang sepanjang tempoh tiada kontrak sebagaimana Jelutong sebut? Adakah kerajaan bercadang meletakkan semua wang jaminan tersebut terus di bawah akaun amanah kerajaan pada masa hadapan?
Tuan Yang di-Pertua, ini bukan persoalan sama ada vendor itu baik atau tidak. Bukan juga persoalan sama ada sistem eJamin memberi manfaat atau tidak, malah sistem ini terbukti memudahkan urusan rakyat dan meningkatkan kecekapan mahkamah.
Yang menjadi persoalan ialah prinsip tadbir urus kewangan negara. Dalam pengurusan wang awam, kecekapan mesti berjalan seiring dengan akauntabiliti. Dan yang paling penting, setiap sen wang rakyat mesti dilindungi melalui sistem kawalan yang telus, sah di sisi undang-undang serta boleh diaudit.
Bayangkan sebagaimana Jelutong sebut tadi juga Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kawan saya, you will never walk alone. Jika wang jaminan tidak dituntut oleh penjamin atau tertuduh, apa jadi kepada duit jaminan tersebut? Adakah
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
akan menjadi unclaimed money, didepositkan kepada Perbendaharaan atau kekal di dalam akaun syarikat dan boleh digunakan sewenang-wenang oleh syarikat ini?
Inilah perkara yang saya ingin timbulkan pada hari ini, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kota Bharu, Kota Bharu, Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Berkenaan dengan 4 hingga 5 juta.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Setuju dengan saya bahawa kita juga ingin tahu bagaimana syarikat itu menggunakan wang, membuat pelaburan dan juga mendapat keuntungan RM4.5 juta tanpa diketahui oleh orang- orang yang membuat jaminan tersebut.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Amat bersetuju, amat bersetuju. Ya, minta Bangi boleh jelaskan selepas ini, kawan kita juga. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Selanjut, dipersilakan Yang Berhormat Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Saya bangun untuk membahaskan Penyata Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara atau PAC berkaitan pengurusan perkhidmatan bayaran wang jaminan mahkamah melalui sistem eJamin.
Pada prinsipnya, saya menyokong usaha kerajaan mendigitalkan perkhidmatan awam. Dunia hari ini bergerak pantas. Rakyat mahu urusan yang mudah, cepat, telus dan selamat. Namun begitu, dalam menguruskan wang yang melibatkan rakyat, kita perlu berpegang kepada prinsip, ‘sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna’.
Sistem digital bukan sekadar soal kecanggihan teknologi, Yang di-Pertua. Ia mesti menjamin ketelusan, keselamatan wang, kecekapan dan akauntabiliti. Tuan
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Yang di-Pertua, wang jaminan mahkamah bukan wang kerajaan, ia adalah wang yang didepositkan oleh penjamin untuk OKU— OKT ya. Dan pada keadaan tertentu, perlu dipulangkan semula kepada mereka.
Maka, persoalannya mudah, tetapi sangat penting. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap wang tersebut sepanjang proses daripada pembayaran hinggalah pemulangan? Adakah tanggungjawab itu sepenuhnya di tangan mahkamah? Bagaimana pula peranan Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Jabatan Akauntan Negara dan syarikat penyedia perkhidmatan yang disebutkan tadi yang telah dilantik? Kalau terlalu banyak tangan menguruskan satu wang, kita perlu memastikan tidak berlaku keadaan banyak tangan, banyak pula simpang siurnya.
Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan sistem eJamin telah digunakan bagi memudahkan bayaran wang jaminan secara elektronik bermula Januari 2020, tetapi terdapat perkembangan yang menarik apabila pada 19 Mei 2024, pengurusan prosiding jamin kembali pada kaedah manual.
Persoalannya Tuan Yang di-Pertua, apakah justifikasi sebenar kerajaan mengembalikan pengurusan eJamin kepada keadaan manual mulai 19 Mei 2024 selepas eJamin diperkenalkan pada Januari 2020? Arahan Ketua Pendaftar memang menyatakan bahawa pengurusan prosiding jamin di seluruh negara kembali kepada kaedah manual.
Saya mahu kerajaan menjawab dengan jelas, apakah yang sebenarnya gagal? Adakah sistem eJamin gagal dari segi keselamatan, integrasi sistem, audit, kos operasi, ketepatan transaksi atau aspek perundangan?
Kalau sistem itu gagal, siapakah yang bertanggungjawab dan berapakah jumlah wang rakyat yang telah dibelanjakan untuk membangunkan sistem tersebut?
Kalau sistem itu tidak gagal, mengapa kita kembali kepada keadaan manual? Dan kalau masalahnya boleh diperbaiki, mengapa kerajaan memilih untuk kembali kepada proses lama yang menyusahkan rakyat dan bukan untuk menaik taraf sistem yang dibangunkan.
Tuan Yang di-Pertua, di petang yang hening ini saya teringat sebuah lagu *[Menyanyikan serangkap lagu Isabella] Isabella ada lah, Kisah cinta dua dunia.
Mengapa kita berjumpa, Namun akhirnya terpisah.*
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Begitu juga dengan eJamin. Kita sudah memulakan teknologi dengan pentadbiran digital eJamin yang dilancarkan pada Januari 2020 dan pada 2021, mahkamah menyatakan ia telah digunakan di 164 lokasi serta memproses RM141 juta bayaran jaminan secara digital, tapi pada 19 Mei 2024, kita berpisah dan kembali kepada manual. Jadi, saya mahu kerajaan jawab, apakah sebab sebenar perpisahan yang memilukan ini berlaku? Adakah rakyat sedang berdepan dengan kegagalan sistem atau sebenarnya kegagalan pengurusan sistem? Lebih penting, apakah pelan kerajaan selepas ini Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya tentang tempoh pemulangan wang jaminan. Apabila seseorang telah memenuhi syarat dan mahkamah telah memerintahkan wang jaminan dikembalikan, rakyat tidak sepatutnya dibebankan dan terpaksa menunggu lama wang tersebut dipulangkan tanpa kepastian. Kita mesti mempunyai sistem yang jelas bila wang boleh dipulangkan.
Siapa yang bertanggungjawab jika berlaku kelewatan? Berapa jumlah kes yang masih tertunggak dan jika berlaku kesilapan transaksi atau kegagalan sistem, siapa yang menanggung kerugian? Jangan sampai rakyat berada dalam keadaan ‘bagai menunggu buah yang tak gugur’. Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, sekiranya saya ni didapati bersalah, dituduh di mahkamah sebagai OKT, sahabat saya bertindak sebagai penjamin. Dia menjamin saya sebanyak RM100,000.00 atas tuduhan yang kepada saya atas kesalahan, contohnya menjilat leher seorang lelaki.
Jadi, apabila saya dibicarakan di Mahkamah, pada suatu ketika selepas itu didapati saya tak bersalah dan saya bebas. Jadi, berapa lama sahabat saya yang menjamin ini nak dapatkan balik duit RM100,000.00 itu? Selama ini agak lambat.
Mereka pun bukan orang senang, yang menjamin saya itu orang susah.
Dia adalah Ahli Parlimen pembangkang yang tak ada peruntukan, terpaksa pinjam sana sini. Dia dah jamin saya, kemudian orang tuntut kat dia hari-hari, macam dia pula yang berhutang. Ini sudah menyusahkan rakyat.
Jadi Yang di-Pertua, saya menghargai kerja PAC yang bukan sahaja melihat kepada angka, tetapi turut menerusi proses kawalan dan akauntabiliti. Dalam urusan wang rakyat, amanah itu berat untuk dipikul, tapi lebih berat untuk dipertanggungjawabkan. Sebab itu saya ingin mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan satu dashboard pemantauan eJamin yang membolehkan pihak berkaitan memantau secara dari masa ke semasa.
Pertama, jumlah wang jaminan yang diterima; kedua, jumlah wang yang dipulangkan; ketiga, jumlah yang masih tertunggak; keempat, tempoh setiap
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
transaksi; kemudian yang kelima, sebab sesuatu itu yang tertangguh, berlaku penangguhan.
Dan sebab itu kita minta kerajaan menyatakan secara spesifik, berapa kos keseluruhan pembangunan dan penyelenggaraan eJamin? Berapa jumlah transaksi dan nilai wang yang telah diproses? Berapakah— apakah sebab rasmi sistem dikembalikan kepada manual? Adakah sebarang audit atau penilaian risiko dibuat sebelum keputusan itu? Siapa yang bertanggungjawab membuat keputusan itu dan bilakah kerajaan bercadang memperkenalkan sistem eJamin digital yang lebih menyeluruh?
Kita tidak mahu Isabella eJamin menjadi kisah cinta teknologi yang bermula dengan penemuan, tetapi berakhir dengan perpisahan tanpa penjelasan. Dengan itu, saya Sabak Bernam, menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Batu Pahat ingin memberi tumpuan kepada satu perkara yang pada pandangan saya sangat penting iaitu pengurusan perkhidmatan bayaran wang jaminan mahkamah melalui sistem eJamin di bawah Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.
Batu Pahat mahu tegaskan dari awal bahawa Batu Pahat menyokong usaha pendigitalan perkhidmatan kerajaan. Kita tidak mahu rakyat terpaksa melalui proses yang panjang dan menyusahkan semata-mata untuk membuat pembayaran wang jaminan.
Sebelum adanya eJamin, penjamin perlu hadir secara fizikal ke bank untuk membuka akaun deposit wang jaminan sebelum buku akaun diserahkan kepada mahkamah. Malah, sekiranya pertuduhan dibuat lewat petang selepas bank ditutup, orang kena tuduh boleh terpaksa ditahan reman tambahan antara satu hingga dua hari.
Dengan eJamin, pembayaran boleh dibuat secara talian mulai FPX atau kad kredit dan sistem ini digunakan lebih 190 mahkamah di seluruh negara. Proses
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
jaminan yang dahulunya mengambil masa beberapa jam juga boleh dipendekkan sekitar 15 minit manakala baki deposit boleh dipulangkan dalam tempoh dua jam.
Ini satu pembaharuan yang sangat baik, tapi Tuan Yang di-Pertua, masalahnya bukan konsep eJamin. Masalahnya adalah bagaimana sistem ini diuruskan. Batu Pahat cukup terkejut apabila membaca bahawa sistem ini telah digunakan sejak 10 Januari 2020, tetapi beroperasi tanpa dokumen perjanjian atau kontrak rasmi antara kerajaan dengan syarikat pengendali DAPAT Vista Sdn. Bhd.
Soalan Batu Pahat sangat mudah. Bagaimana satu sistem yang mengendalikan wang jaminan orang ramai boleh beroperasi bertahun-tahun tanpa kontrak rasmi? Siapakah yang memberi kelulusan? Apakah terma dan syarat yang melindungi kepentingan kerajaan? Siapa yang bertanggungjawab sekiranya berlaku kehilangan wang, kegagalan sistem atau pertikaian?
Dalam soal wang rakyat, kita tidak boleh hanya bergantung kepada kepercayaan atau amalan pentadbiran. Mesti ada kontrak, kawalan dan akauntabiliti yang sangat jelas. RM193.71 juta berada dalam akaun syarikat. Lebih membimbangkan, laporan yang diberikan kepada kita menyatakan bahawa semua deposit wang jaminan awam dimasukkan terus ke akaun bank komersial milik syarikat, bukannya akaun kerajaan ataupun akaun bersama.
Setakat 31 Disember 2024, baki terkumpul berjumlah RM193.71 juta masih berada dalam akaun syarikat yang belum dipindahkan ke akaun amanah yang disatukan. RM193.71 juta Tuan Yang di-Pertua ini bukanlah jumlah yang kecil. Kita perlu ingat bahawa jaminan ini bukan hasil atau keuntungan syarikat. Ini ialah wang yang diamanahkan oleh rakyat melalui proses mahkamah.
Sebab itu Batu Pahat ingin bertanya, apakah mekanisme perlindungan terhadap wang RM193.71 juta tersebut? Apakah keseluruhan wang itu sentiasa tersedia? Adakah kerajaan mempunyai akses langsung untuk menyemak akaun berkenaan? Dan yang paling penting, siapakah sebenarnya yang mendapat manfaat daripada faedah atau pulangan yang mungkin terhasil daripada wang yang begitu besar yang berada dalam akaun bank tersebut? Perkara ini perlu diperjelaskan secara telus.
Audit turut menemukan perbezaan sebanyak hampir setengah juta iaitu RM557,258,000 yang gagal disahkan antara rekod sistem eJamin dengan penyata akaun bank syarikat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Batu Pahat tidak mahu membuat tuduhan bahawa wang itu hilang, tapi apa berlaku perbezaan lebih setengah juta Ringgit ini, kerajaan wajib menjelaskan kepada Dewan ini, apakah puncanya dan apakah status terkini wang tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, Batu Pahat juga ingin memahami dilema kerajaan.
Sistem ini sudah digunakan secara meluas. Jika dihentikan secara tiba-tiba, urusan jaminan di mahkamah boleh terganggu dan akhirnya rakyat juga yang susah. Sebab itulah Kementerian Kewangan memberi pengecualian khas supaya sistem ini dapat terus beroperasi secara interim dengan status quo dibenarkan sehingga 31 Disember 2025 sementara isu penyelarasan akaun dan ikatan perjanjian dimuktamadkan, tapi sekarang kita sudah berada 2026.
Jadi, saya mahu bertanya kepada kerajaan: pertama, adakah kontrak atau perjanjian rasmi eJamin sekarang telah dimuktamadkan; kedua, apakah status terkini RM193.71 juta tersebut, sudahkah ia dipindahkan ke akaun yang sewajarnya; ketiga, adakah perbezaan setengah juta itu sudah diselesaikan.
Tuan Yang di-Pertua, Batu Pahat percaya pendigitalan, kita mahu perkhidmatan kerajaan menjadi lebih cepat, mudah dan mesra rakyat, tetapi digitalisasi tadbir— tanpa tadbir urus yang baik, boleh membuka ruang kepada risiko yang jauh lebih besar. Teknologi boleh kita serahkan kepada penyedia perkhidmatan, tetapi amanah terhadap wang rakyat tidak boleh kita serahkan begitu sahaja. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Dipersilakan Yang Berhormat Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Alhamdulillah, beri kesempatan kepada saya membangkitkan isu berkaitan pengurusan perkhidmatan bayaran wang jaminan mahkamah melalui sistem eJamin di bawah Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.
Yang pertamanya saya nak timbulkan persoalan. Pada 3 September 2009, mulanya sistem eJamin ini di mana 3 September 2019 iaitu mesyuarat Unit Kerjasama Awam dan Swasta ataupun UKAS dan Jawatankuasa Pemandu Projek.
Bila sebut UKAS di bawah Kementerian Kewangan.
Ini keputusan dia, “Mesyuarat pada 13 September 2019 ini membincangkan mekanisme kawalan keuntungan syarikat bersetuju membawa projek bagi mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Teknikal ICT Sektor Awam ataupun (JTISA),
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia iaitu MAMPU.”. Pada ketika itu, 3 September 2019, Unit Kerjasama Awam dan Swasta ini siapa Menteri Kewangan? Ini persoalan saya yang perlu dijawab. Bila isu eJamin ini banyak menimbulkan masalah hingga hutang tidak bayar kepada kerajaan.
Yang keduanya, bila keputusan dibuat pada ketika itu, siapa Menteri Kewangan pada ketika itu? Tentulah Menteri Kewangan ini akan memberi kata putus hasil daripada nasihat AGC.
Dan kita lihat pada 12 Mac 2024, ulasan rasmi. No, pada 20 September 2019, pandangan bahagian daripada penasihat, “...AGC menetapkan transaksi eJamin sebagai transaksi komersial. Peranan mahkamah sekadar pengguna dan tidak memerlukan perjanjian rasmi”. Pada ketika itu, saya dapati syarikat yang mula sekali ditubuh dalam eJamin ini adalah DAPAT Vista, yang mana adalah subsidiari yang Pertama Digital yang mana chairman nya yang dikatakan— adakah benar? Ini persoalan. Adakah benar, chairman nya adalah bekas Ketua Hakim Negara yang bernama Tun Zaki Azmi?
Jadi, saya minta— ini persoalan. Adakah benar pada ketika itu dengan DAPAT Vista ini adalah satu company digital yang pertama?
Okey, seterusnya kita tengok pada 26 September 2019. Tadi saya tanya persoalan ya— siapa Menteri Kewangan pada ketika itu yang bersetuju meluluskan syarikat ini iaitu 3 September 2019 dibincang dan keputusannya yang disebut tadi, Menteri Undang-undang juga pada ketika itu siapa?
Dan pada 26 September, Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT, “Projek dijamin mendapat kelulusan sebulat suara di peringkat JPICT.” 17 Oktober 2019, Kementerian Kewangan ataupun disebut, “...MOF dimaklumkan bahawa cadangan kontrak eJamin ini adalah selama tiga tahun secara tidak eksklusif.” “Tidak eksklusif” maknanya inklusiflah. Inklusif ini tertutup sikitlah, tak dedah apa sahaja perjanjian itu.
Lagi kita tengok keadaan ini. Pada 2020— Disember 2019, “AGC menetapkan transaksi eJamin sebagai transaksi komersial. Peranan mahkamah sekadar pengguna dan tidak memerlukan perjanjian rasmi.” Lagi banyak timbul persoalan, yang disebut tidak eksklusif menjadi inklusif.
Yang ini persoalan dia. Siapa yang meluluskan tanpa ada perjanjian rasmi diberi? Boleh dikatakan bagi direct nego lah, direct award. Ha yang ini yang kita lihat pada tarikh-tarikh yang saya bagi ini dan persoalan yang saya bangkitkan tadi.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Jadi, ini ada satu hidden agenda di belakang the actual project seeking for approval ini iaitu eJamin.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Jadi, kita kena tengok jugalah. Sebab itu bila timbul soalannya pada 2023, Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan merekodkan RM117.48 juta wang jaminan jenayah diakaunkan di bawah sistem eJamin dan jumlah tersebut ketika itu tidak dimasukkan dalam amaun akaun deposit yang dilaporkan.
Kenapa AGC boleh menasihatkan bahawa perjanjian ini tidak memberi satu ikatan ataupun binding kepada syarikat yang diberi ini? Ini perlu dijawab— kenapa?
AGC ini sebagai penasihat kerajaan pada ketika itu. Siapa dia Menteri Kewangan pada ketika itu? Siapa Menteri Undang-undang yang membenarkan keadaan ini berlaku? Ini satu salah satu daripada apa yang sedang berlaku dalam negara kita yang sedang— yang disebut sakau, sakau, sakau ni. Siapa yang sakau sebenarnya?
Jadi, kita tak mau lah perkataan— dulu penyamun, perompak, pencuri yang disebut oleh Jelutong, tiba-tiba bila dok sekali cium mulut, senyap. Begitu juga dengan apa ni— Pagoh anak menantu. Tak bunyi dah sekarang ni. Jadi kita tak mau benda-benda macam ni, bila kita berkawan, benda-benda unhealthy practice berlaku juga, kita terus senyap. Masa kita lawan, kita tak bersetuju. Tak boleh macam tu.
Where is your prinsip? This is not right, you know. Dengan izin.
Jadi oleh sebab itu, jadi saya harap— isu yang pertama saya nak bangkitkan.
Ketua Audit Negara sendiri telah menegaskan bahawa status kutipan deposit wang jaminan jenayah hendaklah diselesaikan melalui instrumen perundangan yang bersesuaian bagi menjaga kepentingan Kerajaan Persekutuan. Kalaulah Audit Negara sampai perlu membangkitkan keperluan mewujudkan instrumen perundangan yang sesuai, di mana kerja AGC? Adakah dia ini competent untuk menasihati kerajaan pada ketika itu? Jadi, kita nak kena tengok baliklah peranan AGC sekarang pun.
Oleh sebab itu, siapakah pemegang amanah wang tersebut? Adakah ia wang yang dipegang oleh kerajaan, mahkamah, institusi kewangan ataupun melalui mekanisme pengendali sistem? Jangan kita lihat perkara ini teknikal semata-mata.
Wang jaminan bukan hasil kerajaan, ia merupakan wang yang didepositkan berdasarkan proses kehakiman dan perlu dikendalikan serta dipulangkan mengikut undang-undang apabila syaratnya dipenuhi.
Jadi, kita nak bangkit siapa yang buat ni, kena tengoklah juga. Kalau kita nak ludah muka orang, akhirnya kalau kita ludah ke langit dia jatuh ke muka kita sendiri.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Itu yang saya bangkit siapa Menteri Kewangan, siapa Menteri Undang-undang pada ketika itu. Jadi, kena kajilah, kena selidik betul-betul sebelum kita bangkit sebab kita nak tembak orang akhirnya tertembak kaki sendiri. Jadi, saya faham benda ini.
Ketua Audit Negara turut mengerahkan supaya penyelesaian supaya perbezaan baki dibuat dengan segera supaya akaun deposit wang jaminan adalah tepat. Adakah sistem kelewatan, dengan izin, full reconcile dari tarikh sistem ini mula digunakan hingga sekarang? Saya sebut tadi tarikh mula digunakan. Ini penting kerana apabila kita bercakap mengenai sistem kewangan digital, setiap RM1 yang masuk mestilah boleh dijejaki. Siapa bayar? Bila bayar? Ke akaun mana wang dimasukkan? Berapa baki? Bila wang dipulangkan? Dan kepada siapa wang itu akan dipulangkan?
Tidak boleh berlaku dalam keadaan mana, di mana sistem digital kelihatan canggih di hadapan tetapi proses reconcile kewangan di belakang sana masih mempunyai jurang yang mana kartel-kartel boleh masuk di tengahnya melalui hidden agenda yang disusun atur secara halus yang kita sebut tadi tidak eksklusif tadi. Ini.
Seterusnya yang terakhir, Dato’ Yang di-Pertua. Saya memohon maaf sebab benda yang saya bangkit ini saya buat kajian dengan rekod-rekod yang saya ada secara detail sebelum saya bercakap ini. Kita tengok, PAC telah memanggil DAPAT Vista Malaysia Sdn. Bhd. untuk memberi keterangan pada 19 November 2025.
Selain Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan Kementerian Kewangan, kemudiannya PAC turut mengambil keterangan daripada Jabatan Perdana Menteri, Akauntan Negara serta Jabatan Peguam Negara.
Malah, PAC membawa satu siasatannya adalah untuk memastikan setiap sudut kelemahan tadbir urus dan tatakelola kah, kelolo— kita pun tak tahu.
Tatakelola dalam isu eJamin ini diteliti secara menyeluruh. Maka, siapa yang bertanggungjawab sekiranya berlaku ketidakpadanan baki? Hari ni tak ada. Kita tak boleh nak saman syarikat ini. Dia tak mau bayar pun kita tak boleh nak buat apa sebab tidak ada binding, legal yang kita buat ketika kita menyerahkan projek ini kepada syarikat.
Jadi oleh itu, Dato’ Yang di-Pertua. Pada 30 September 2026, PAC telah sampai ke peringkat verifikasi penyata pengurusan perkhidmatan bayaran wang jaminan mahkamah melalui sistem eJamin. Oleh itu, saya harap apabila penyata tersebut dimuktamadkan, kerajaan jangan sekadar menjawab bahawa kelemahan telah diambil perhatian. Kita tak mau. Kita nak dapat secara terperinci dan kenapa ini berlaku, siasat, dakwa mereka. Baru kita boleh bincang. Ini kita bincang, bincang,
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
bincang, habis macam tu jer. Tak payah bincang, tak payah bawa untuk perbahasan dalam Parlimen kalau macam tu. Kita perlu ada satu tindakan yang tuntas. Tidak akan berlaku lagi perkara-perkara begini.
Yang terakhirnya iaitu kesimpulan wujud— pertamanya wujud asas perundangan yang jelas terhadap kutipan, pegangan, pengurusan dan pemulangan deposit wang jaminan jenayah ini.
Kedua, lakukan rekonsiliasi— reconcile lah, menyeluruh terhadap semua transaksi eJamin serta bentangkan kepada PAC dan Parlimen kedudukan sebenar baki wang jaminan.
Ketiga, kerajaan mesti meletakkan kerangka tadbir urus yang jelas supaya pengendali teknologi tidak mempunyai ruang tanggungjawab yang kabur dalam urusan yang melibatkan dana rakyat dan juga sistem kehakiman dalam negara kita.
Pendigitalan sepatutnya menjadi kerajaan lebih telus, lebih mudah diaudit dan lebih bertanggungjawab, bukan wujud lapisan baharu yang akhirnya menyukarkan kita menentukan siapa yang bertanggungjawab.
Ini wang rakyat, ini melibatkan institusi kehakiman dan ini soal keyakinan rakyat terhadap tatakelola yang dilaung-laungkan oleh kerajaan “reforbasi.” Tarik balik— “reformasi.” Ini sebab dilaungkan. Tatakelola, kita nak pembaikan apa ni— urusan pentadbiran kerajaan, tidak campur tangan dalam pentadbiran, tidak campur tangan dalam AGC, tidak campur tangan dalam urusan kehakiman...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, gulung Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ya, baik. Dah habis pun. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Kerana lama tak bercakap, bila boleh bercakap ni dia...
[Ketawa] [Tidak jelas] Dah habis. Terima kasih, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Sekali lagi, supaya tatakelola ataupun urus tadbir ini diperbaiki dengan sebaiknya untuk generasi akan datang dan juga kebaikan negara. Sekian. Wabillahi taufiq wal- hidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat. Dipersilakan, Yang Berhormat Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Nampaknya isu ini agak-agak samalah antara pembahas-pembahas.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Berkenaan dengan wang jaminan ini yang dibayar melalui eJamin ini akan masuk ke dalam akaun salah satu bank penerima yang akan menguruskan pemprosesan bayaran masuk dan pemulangan deposit jaminan. Disebabkan prosiding mahkamah itu mengambil masa berbulan-bulan hingga bertahun-tahun, terdapat dana yang besar, yang amat besar terkumpul dalam akaun bank-bank rakan strategik eJamin ini.
Jadi, penyata menyebutkan baki dana aktif yang terkumpul berada dalam akaun syarikat DAPAT Vista ini pada akhir tahun 2023 mencecah RM190 juta. Jadi, menerusi simpanan dalam jaminan awam tersebut, dalam akaun bank komersial, syarikat DAPAT Vista ni menjana dan memperoleh hasil faedah atau interest sekitar RM4 juta hingga RM5 juta setahun. Jadi, faedah ini asalnya dianggap syarikat tersebut sebagai pendapatan atau bayaran untuk perkhidmatan percuma yang diberikan, tetapi kemudiannya diputuskan PAC sebagai hak kerajaan kerana terhasil daripada wang awam dan mesti dipulangkan.
Jadi, saya cadangkan supaya apa-apa yang dikutip oleh DAPAT Vista tadi, RM4 juta hingga RM5 juta setahun dipulangkan balik kepada kerajaan ataupun kepada pendeposit yang meletakkan wang jaminan dalam bank. Maknanya dia kena uruskan daripada satu persatu sebab dia orang pun ada rekod duit siapa yang masuk, duit siapa yang keluar.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Jadi, persoalannya dia, bagaimanakah oversight yang kekeliruan sebegini dibiarkan berlaku semasa perjanjian dibuat dengan DAPAT Vista itu untuk mengendalikan eJamin dahulu? Jadi, apakah pula ketetapan yang dibuat berkaitan perkara ini? Dalam perundingan perjanjian baru dengan DAPAT Vista masih diteruskan walaupun ada keadaan yang berlaku pasal keuntungan. Jadi, apakah pula ketetapan yang dibuat berkaitan perkara ini dalam perundingan perjanjian baru dengan DAPAT Vista bagi menyelesaikan kekeliruan status hasil faedah-faedah tersebut?
Jadi, kalau kita lihat sistem lama― saya kata Yang di-Pertua pun pernah berada di mahkamah— Jelutong mungkin bersetuju, dulu ada jaminan menggunakan bukan hanya duit, geran tanah. Tak ada masalah pun timbul pada masa itu. Betul tak? Jadi, tak tahu kenapa diadakan perkara ini hanya satu itu saja dibuat, hanya eJaminan sahaja, tidak ada yang manual. Itulah yang saya nak― saya tambah sikit dari segi capaian internet di kawasan tersebut. Satu lagi perkara yang perlu diberi
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
perhatian berkenaan eJamin adalah akses kepada keadilan di kawasan pedalaman yang mengalami jurang digital berbanding kawasan bandar.
Jadi, Penyata PAC ini menyebut bahawa walaupun sistem eJamin telah menjadi kaedah pilihan utama di seluruh negara sehingga kaedah konvensional hampir tidak dipraktikkan lagi, sebahagian kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak, contohnya, masih terpinggir daripada penggunaan sistem ini. Jadi, dapatan ini tidak menghairankan, memandangkan proses eJamin ini memerlukan liputan internet yang stabil di mahkamah untuk penjamin mengisi maklumat, menerima OTP dan sebagainya serta memuat turun resit rasmi. Jadi, proses ini akan menjadi sukar di sesetengah mahkamah majistret ataupun mahkamah sesyen atau mahkamah bergerak di kawasan-kawasan pedalaman di mana liputan 4G atau 5G sering tidak stabil.
Oleh demikian, adakah terdapat inisiatif penyediaan kemudahan WiFi yang percuma ataupun infrastruktur internet khas di kompleks mahkamah pedalaman bagi memastikan proses eJamin tidak tergendala?
Seterusnya, saya ingin membangkitkan tentang kerentanan sistem eJamin ini. Terdapat gangguan teknikal semasa waktu puncak pembayaran. Menurut Penyata PAC ini, ketika operasi eJamin dihentikan sementara selama tiga hari pada tahun 2024 itu, Mei 2024, timbul kebimbangan awam terhadap gangguan sistem penyampaian keadilan dan kelancaran proses pelepasan jaminan.
Jadi, situasi ini menyedarkan kita bahawa sebarang gangguan teknikal yang mungkin berlaku kepada sistem eJamin ini haruslah diminimumkan agar risikonya dari segi penyampaian keadilan tidak terjejas. Jika gangguan sedemikian berlaku sehingga menyebabkan transaksi gagal diselesaikan pada hari yang sama, apakah kesannya kepada tertuduh?
Jadi, persoalan saya, adakah terdapat SOP luar jangka ataupun contingency plan bagi memastikan tertuduh tidak terpaksa direman atau ditahan di lokap melebihi tempoh sepatutnya akibat gangguan teknikal eJamin pada hari yang berkenaan?
Jadi, saya ingin mencadangkanlah pihak Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan ini, saya minta hendaklah dia orang merangka satu pelan untuk penyelesaian jangka panjang untuk pengurusan kutipan wang jaminan bagi mengelakkan kebergantungan vendor swasta ini― kalau kita bergantung kepada vendor swasta ini, agak susahlah― dalam menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Ini termasuk meneruskan usaha penerokaan serta pembangunan modul sistem jaminan dalam menerusi prasarana eKehakiman
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
ataupun eCF sebagai sistem sandaran yang mutlak bagi menjamin pemilikan data kerajaan secara 100 peratus.
Akhirnya, sebagai kesimpulan, usaha memperkasa sistem digital seperti eJamin ini merupakan satu langkah yang baik sebenarnya dalam memodenkan jentera keadilan negara. Namun demikian, keberkesanan sesuatu sistem itu tidak harus dinilai pada kecanggihan semata-mata, sebaliknya pada keteguhan infra itu sendiri. Jadi, kesiapsiagaan pelan luar jangka itu, ketelusan pengendalian dana awam serta keterangkumannya kepada seluruh rakyat tanpa mengira kawasan bandar mahupun pedalaman. Itu saja, Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat. Dipersilakan, Yang Berhormat Batu Gajah.
Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta mengambil bahagian dalam perbahasan Penyata Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara berhubung Pengurusan Perkhidmatan Bayaran Wang Jaminan Mahkamah melalui Sistem eJamin.
Saya menyokong penggunaan teknologi yang memudahkan urusan jaminan.
Bagi keluarga yang sedang berdepan pertuduhan terhadap ahli keluarganya, masa yang dapat dijimatkan membawa makna yang besar. Perkhidmatan yang baik dapat mengurangkan perjalanan, masa menunggu dan kebimbangan mereka.
eJamin memudahkan pembayaran wang jaminan dalam kes jenayah apabila jaminan dibenarkan oleh mahkamah mengikut undang-undang. Kelayakan serta syarat jaminan tertakluk kepada undang-undang dan keputusan mahkamah. Sifat pertuduhan, keselamatan awam dan pematuhan syarat mahkamah mesti terus diberi perhatian.
Bayangkan seorang ibu datang menjadi penjamin bagi anaknya. Wang itu mungkin dikumpulkan sedikit demi sedikit daripada simpanan keluarga dengan bantuan saudara mara. Selepas mahkamah membenarkan jaminan dan syarat pelepasan dipenuhi, keluarga itu berharap urusan bayaran dapat diselesaikan dengan segera.
Bagi tertuduh yang bekerja, kelewatan boleh menjejaskan pendapatan. Bagi ibunya, masa menunggu semakin menambahkan kebimbangan. Kebajikan tertuduh dan keluarganya perlu diberi perhatian sepanjang urusan ini dengan tetap
Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
menghormati keputusan mahkamah. Sebab itulah kepercayaan terhadap eJamin penting. Penjamin perlu yakin bayarannya diterima dengan betul, wangnya dijaga dan bantuan tersedia apabila timbul masalah.
Saya ingin menumpukan perbahasan kepada tiga perkara yang paling dekat dengan pengalaman mereka.
Pertama Tuan Yang di-Pertua, laporan PAC merekodkan bahawa sistem ini beroperasi selama lima tahun sejak tahun 2020 tanpa kontrak rasmi. Kelemahan ini memerlukan pembetulan kerana ia melibatkan tanggungjawab mengurus bayaran orang ramai.
Bagi penjamin, pembahagian tanggungjawab itu mesti jelas apabila masalah berlaku. Jika wang telah ditolak daripada akaun, tetapi bayaran belum dapat disahkan, penjamin memerlukan pegawai yang boleh menyemak dan menyelesaikan urusannya. Dia mungkin sudah mengambil cuti kerja atau datang daripada jauh.
Apakah status terkini, Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan perjanjian rasmi ini dan agensi manakah yang bertanggungjawab memastikan pematuhannya?
Saya menyokong syor PAC supaya hubungan dengan syarikat pengendali mempunyai asas perundangan yang jelas. Tanggungjawab menyelesaikan aduan, menjaga maklumat pengguna dan membetulkan kesilapan bayaran perlu ditetapkan dengan tegas. Kerajaan juga perlu memaklumkan jadual penyelesaian bagi tindakan yang masih tertunggak. Bagi urusan harian, penjamin wajar mendapat nombor rujukan dan saluran bantuan yang mudah dihubungi. Pegawai yang menerima aduan hendaklah dia memaklumkan statusnya sehingga ianya selesai.
Yang kedua, keselamatan wang penjamin mesti menjadi keutamaan. PAC merekodkan baki deposit RM193.71 juta setakat 31 Disember 2024 dalam akaun syarikat pengendali yang belum diakaunkan ke dalam Akaun Amanah Disatukan.
Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
PAC turut mendapati RM130.8 juta wang jaminan dimasukkan ke dalam akaun pelaburan atas nama syarikat tanpa kelulusan kerajaan. Laporan turut mengenal pasti risiko terhadap dana penjamin sekiranya syarikat pengendali menghadapi krisis kewangan atau penggulungan.
Perlindungan yang berkesan perlu diwujudkan supaya keluarga mempunyai kepastian tentang keselamatan wang mereka. Bagaimanakah wang penjamin dilindungi sekiranya syarikat pengendali menghadapi masalah kewangan?
Saya menyambut baik hala tuju kewangan yang direkodkan dalam laporan untuk memperkukuhkan perlindungan dana melalui struktur amanah. Selaras
Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
dengan Syor PAC— deposit hendaklah diasingkan dan dilindungi melalui akaun pemegang amanah dengan tanggungjawab yang jelas. Setiap bayaran juga mesti mempunyai rekod yang tepat dan boleh disemak.
Saya menyokong syor supaya perbezaan rekod diselesaikan segera.
Penjamin perlu mendapatkan kepastian bahawa jumlah yang dibayarnya direkodkan dengan betul atas namanya dan bagi kes yang berkenaan.
Tuan Yang di-Pertua, yang ketiga, apabila pemulangan wang telah dibenarkan, penjamin perlu tahu langkah yang perlu diambil dan tempoh yang dijangkakan.
Malaysia boleh meneliti pengalaman Australia khususnya New South Wales— borang rasmi mahkamahnya merekodkan semakan identiti, resit dan status jaminan serta pegawai yang menyemak dan meluluskan pemulangan. Kawalan ini boleh memberi panduan untuk memperbaiki prosedur kita. Adakah kerajaan bersedia meneliti kawalan di New South Wales dan menyesuaikannya dengan undang-undang serta pentadbiran mahkamah di Malaysia.
Saya mencadangkan prosedur pemulangan yang jelas, pengesahan penerimaan yang betul dan tempoh sasaran selepas kelulusan. Penjamin juga perlu boleh menyemak status permohonannya dengan mudah. Jika berlaku kelewatan, hendaklah dimaklumkan bersama tindakan sedang diambil. Panduan perlu ditulis dalam bahasa yang mudah difahami.
Ada penjamin yang pertama kali berurusan dengan mahkamah atau kurang biasa menggunakan pembayaran dalam talian, bantuan kaunter dan pegawai yang boleh dirujuk akan membantu mereka menyelesaikan urusan dengan betul.
Saya menghargai keperluan menjaga kesinambungan perkhidmatan mahkamah. Sebarang pembaikan atau peralihan sistem perlu memastikan urusan bayaran serta pemulangan yang diluluskan terus berjalan dengan teratur. Saluran sandaran mesti bersedia jika perkhidmatan terganggu. Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan bersama Kementerian Kewangan perlu menetapkan pihak yang bertanggungjawab dan tarikh sasaran bagi setiap pembetulan. Kemajuan pelaksanaan syor wajar dilaporkan kepada PAC supaya penyelesaian dapat dipantau.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik penelitian PAC dan menyokong usaha kerajaan untuk melaksanakan pembetulan. Saya berharap jawapan kepada ketiga-ketiga soalan tadi memberikan kepastian tentang pihak yang
Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
bertanggungjawab serta jadual tindakan. Usaha ini perlu dilaksanakan dengan menghormati kebebasan badan kehakiman. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Bangi, Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera kepada semua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada tujuh orang Ahli-ahli Yang Berhormat, yang telah melibatkan diri dalam perbahasan untuk Penyata yang disediakan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) iaitu Pengurusan Perkhidmatan Bayaran Wang Jaminan Mahkamah melalui sistem eJamin.
Sebelum saya mulakan penggulungan saya, saya ingin menyatakan bahawa pada peringkat ini, apa yang kita sudah laksanakan, apa yang kami sudah laporkan sudah tentu ianya memerlukan satu dengan izin, follow up daripada pihak kerajaan.
Kita, contohnya tak tahu apakah status kontrak, sekiranya ada di antara pihak DAPAT Vista dan juga pihak kerajaan daripada tahun ataupun masa yang kita laksanakan inkuiri ini, siasatan ini, pada tahun lepas sehinggalah sekarang. Jadi sudah tentu selepas ini akan ada sesi follow-up dengan pihak kerajaan— selepas, sudah tentu pembentangan ini.
Dato’ Yang di-Pertua, telah dijelaskan dan dinyatakan oleh rakan-rakan yang bijaksana di sini bahawa isu eJamin ini bukan sekadar mengenai kejayaan pendigitalan perkhidmatan awam atau kemudahan transaksi di mahkamah, tetapi ia juga menyentuh satu isu asas yang amat kritikal iaitu keluhuran Perlembagaan Persekutuan, pematuhan tatacara kewangan negara serta perlindungan mutlak ke atas dana awam dan wang rakyat.
PAC— Dato’ Yang di-Pertua, telah memulakan prosiding komprehensif ini sejak 4 November 2025, tahun lepas— hampir satu tahun Dato’ Yang di-Pertua melalui mandat Peraturan Mesyuarat 77(1)(c). Bagi memastikan ketelusan mutlak, PAC telah memanggil dan mendengar keterangan daripada saksi-saksi utama
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
kerajaan dan juga pihak swasta yang merangkumi Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Jabatan Peguam Negara, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Jabatan Akauntan Negara serta syarikat pengendali DAPAT Vista M. Sdn.Bhd.
Kita banyak melihat bahawa persoalan adalah, bagaimana boleh ada satu syarikat yang melaksanakan eJamin ini tanpa satu ikatan di antara pihak mereka dan juga pihak kerajaan.
PAC telah mendapati wujudnya kelemahan tadbir urus perolehan yang kritikal, ketidakselarasan tafsir perundangan, serta pendedahan risiko kewangan yang amat tinggi di sebalik pengoperasian sistem eJamin ini. Seperti juga yang telah disebut sebelum ini oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang ada, kita tidak mempertikaikan bahawa sistem eJamin ini memang banyak membantu, memang kita tahu sebelum ini permasalahan untuk membayar jamin.
Saya sendiri sebagai seorang peguam, kita tahu, kita tahu bahawa sistem eJamin ini merupakan satu game changer yang membenarkan ataupun memudahkan lagi proses ini, tetapi hanya kerana proses itu dimudahkan, ianya tidak bermaksud kita boleh tolak tepi, kita boleh tutup mata, keperluan untuk mengadakan ataupun mengujudkan satu tatakelola yang baik dan terdapatnya kepastian di mana hubungan di antara pihak kerajaan dan pihak pengendali.
Pengoperasian lima tahun tanpa kontrak rasmi dan kerapuhan Proof of Concept, PAC mendapati sistem eJamin telah beroperasi secara meluas di 192 mahkamah di seluruh negara selama lima tahun iaitu dari tahun 2020 sehingga 2025 tanpa sebarang ikatan perundangan, mahupun perjanjian kontrak rasmi.
Inisiatif yang bermula sebagai ujian POC atau Proof of Concept ini, bermula pada tahun 2007 terus diperluaskan tanpa melalui proses perolehan kerajaan yang teratur, yang mana mantan Ketua Hakim Negara pada ketika itu pada tahun itu telah bersetuju supaya sistem ini diperluaskan ke seluruh negara dan kemudian apabila Covid melanda, sistem ini menjadi sistem yang merupakan pilihan utama kepada semua pihak kerana kita tahu pada ketika itu, kita perlu menjaga penjarakkan dan sebagainya.
Kami melihat bahawa keadaan ini berpunca daripada satu pandangan awal daripada Bahagian Penasihat AGC pada ketika itu pada 20 Disember 2019, yang menganggap transaksi eJamin sebagai satu commercial transaction semata-mata, di mana mahkamah hanya bertindak sebagai pengguna sistem. Jadi ada satu
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
dapatan, ada satu interpretasi daripada pihak AGC mengatakan, tak perlu ada satu perjanjian di antara kedua-dua pihak because its nearly a commercial transaction.
Lanjutan daripada itu, 26 Disember 2019, pihak Kementerian Kewangan mengeluarkan satu surat tiada halangan terhadap cadangan eJamin tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat kewangan, pemilikan data kerajaan dan penetapan perjanjian.
Jadi bila sudah ada keluar dan sebagainya, malangnya daripada keluarnya surat yang kata, tiada halangan itu, sehinggalah kami adakan siasatan tersebut, tiada perjanjian yang dimeterai di antara kedua-dua pihak. Seperti yang saya nyatakan tadi, kami melihat ini berpunca daripada penilaian pihak AGC pada tahun 2019 pada ketika itu.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Kemudian percanggahan tafsiran dan perlanggaran Perlembagaan Persekutuan. Wujud kekeliruan di peringkat awal antara agensi kerajaan berhubung status wang jaminan. MOF berpandangan wang jaminan bukan wang awam kerana ia milik penjamin. Walau bagaimanapun isu ini akhirnya dimuktamadkan menerusi ulasan rasmi AGC yang turut disokong oleh JPM dan JANM yang mengesahkan secara muktamad bahawa wang jaminan yang dikutip menerusi kanun tatacara jenayah merupakan wang awam di bawah seksyen 3 Tatacara Kewangan 1957.
Kesannya Dato’ Yang di-Pertua, tindakan memasukkan dana jaminan ke dalam akaun bank komersial swasta dan kegagalan memperakukannya ke dalam Akaun Amanah Disatukan— Consolidated Fund adalah jelas melanggar Perkara 97(1) Perlembagaan Persekutuan dan seksyen 7 Akta 61.
Kemudian, isu penguasaan dana pelaburan tanpa kelulusan dan faedah vendor. Semua kutipan jaminan dimasukkan terus ke dalam akaun komersial milik DAPAT Vista. Setakat 31 Disember 2024, baki deposit aktif terkumpul adalah berjumlah RM193.71 juta daripada keseluruhan RM620 juta transaksi terkumpul.
Semakan Bahagian Akaun JPM membongkar penemuan yang amat mengejutkan Dato’ Yang di-Pertua iaitu sebanyak RM130.8 juta daripada baki RM193.71 juta tersebut telah dimasukkan oleh syarikat ke dalam akaun pelaburan pasaran wang, Kenanga, sukuk dan CIMB Deposit Fund di bawah nama syarikat tanpa sebarang kelulusan atau punca kuasa kerajaan. Di samping itu, syarikat juga mengaut hasil faedah simpanan bank atau interest dianggarkan RM4 hingga 5 juta setahun atas alasan ia dilaksanakan melalui model private finance initiative (PFI) tanpa sebarang perjanjian perkongsian hasil bersama kerajaan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ada tadi banyak juga yang menggambarkan seperti ada suatu kesalahan di sini. Saya cuma hendak nyatakan di sini kami di PAC, mandat kami bukanlah menjadi satu fact-finding entity, kita tidak mencari salah, kita mencari fakta. Jadi sebab itu kalaulah kata ada apa-apa kesalahan atau pun jenayah dan sebagainya, pihak-pihak yang merasakan adanya tidak yang tidak betul bolehlah membuat laporan kepada pihak berkuasa, tetapi apa yang kami bentangkan sebagai PAC ini adalah dapatan daripada apa yang kami laksanakan sebagai siasatan. A fact-finding mission Dato’ Yang di-Pertua.
Kemudian, ketiadaan struktur pemegang amanah atau trustee dan risiko pemiutang biasa. Penguasaan ratusan juta...
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Yang berhormat Bangi, boleh tak saya minta penjelasan daripada...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tadi tidak bahas, tadi?
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Sikit aje.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Boleh.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Saya hendak tanya Yang Berhormat Bangi, dalam komiti PAC ini, ada tidak pernah timbul isu, adakah kerajaan sebenarnya ada membayar apa-apa yuran kepada syarikat Vista ini untuk perkhidmatan mereka?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Setakat yang kami dapati, memang tidak ada kiranya apa-apa bayaran dari segi kerajaan untuk keluarkan dan sebab itu kalau kita tengok bila kita bercakap tentang faedah tersebut, memang pihak syarikat menyatakan tidak— tidak menafikan bahawa mereka ada mendapat RM4 hingga 5 juta ini, tetapi untuk mengatakan ada satu bayaran oleh pihak kerajaan untuk fees service ini memang tidak ada dan sebab itu kalau kita tengok kemudiannya ada tiga opsyen yang telah diberikan oleh pihak syarikat dan antara opsyennya ialah untuk membeli outright sistem ini, tetapi ketiga-tiga opsyen ini telah ditolak oleh pihak Kementerian Kewangan, pihak kerajaan pada ketika itu.
Dan pihak kerajaan mengatakan bahawa, kita hendak teruskan dengan apa yang sedia ada, tetapi perlu ada satu ikatan yang rasmi di antara pihak kerajaan dan juga apabila masuk dalam bank perlulah dalam satu situasi yang mana dia adalah trustee kepada wang yang diterima daripada orang ramai tersebut. Jadi seterusnya ada pelbagai lagi perkara yang telah dibangkitkan, tetapi saya cuma hendak pergi kepada syor dan langkah intervensi PAC Parlimen.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Pertamanya, syor kami adalah seperti yang telah disebutkan sebelum ini— Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan bersama MOF, hendaklah menyegerakan perundingan serta memuktamadkan penyelesaian bersama Syarikat DAPAT Vista dalam tempoh pengecualian khas yang ditetapkan oleh MOF dengan mewajibkan penggunaan struktur pemegang amanah atau trustee demi mengasingkan dan meletakkan perlindungan penuh ke atas dana jaminan awam, yang mana rakan-rakan Ahli Yang Berhormat tadi telah banyak kali menyatakan, apa jaminan bahawa wang-wang yang telah dimasukkan ini boleh didapat semula oleh penjamin dan ini adalah satu perkara yang memang cukup serius dan sebab itu saya katakan bahawa kami tidak boleh menjawab, apakah statusnya sekarang.
Jadi, pihak kerajaan yang sepatutnya menjawab dan seperti yang saya katakan tadi akan ada follow-up, tetapi mungkin Ahli-ahli Yang Berhormat boleh menggunakan ruang yang ada, kita ada sampai bulan Disember nanti, mungkin dalam Perbahasan Belanjawan boleh bangkitkan dan pihak kerajaan boleh nyatakan status terkini perundingan di antara pihak kerajaan dengan DAPAT Vista.
Kemudian, memuktamadkan definisi “wang awam.” Kerajaan hendaklah memuktamadkan definisi wang awam dalam konteks kutipan wang jaminan bagi mengelakkan kekeliruan dan percanggahan pemahaman antara agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.
Ketiga, pematuhan Perlembagaan dan Akta 61. Kerajaan hendaklah memastikan pengurusan dan perakaunan wang jaminan mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada termasuk peruntukan di bawah Perkara 97(1) Perlembagaan Persekutuan serta seksyen 4 dan seksyen 7 Akta Tatacara Kewangan 1957 bagi memastikan pengurusan wang jaminan dilaksanakan secara teratur.
Dato’ Yang di-Pertua, saya hendak nyatakan dekat sini bahawa, saya memandang perkara ini sebagai satu yang ironic. Kita bercakap tentang mahkamah, kita bercakap tentang sistem kehakiman yang mana mereka of all people dengan izin, sepatutnya mengetahui bahawa perlu adanya ikatan perundangan yang ampuh dan perlu ada pematuhan kepada Perlembagaan Persekutuan, tetapi malangnya, kita lihat lima tahun sistem ini telah beroperasi, jutaan telah masuk, tetapi tidak ada perlindungan bagi pihak kerajaan dan juga perlindungan bagi pihak penjamin. Jadi, sebab itu saya kata— pada saya, it is an ironic situation, Dato’ Yang di-Pertua.
Kemudian, pembangunan sistem sandaran dalam mandiri eCF eKehakiman, PKPMP hendaklah merangka satu pelan penyelesaian jangka panjang untuk pengurusan kutipan wang jaminan bagi mengelakkan kebergantungan vendor
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
swasta atau vendor-driven dalam penyediaan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Ini termasuk meneruskan usaha penerokaan serta pembangunan modul sistem jaminan dalaman sendiri menerusi prasarana eKehakiman atau eCF sebagi sistem sandaran mutlak bagi menjamin pemilikan data kerajaan secara 100 peratus.
Saya minta mungkin dalam dua atau tiga minit lagi, saya hendak gulung Dato’ Yang di-Pertua.
Saya cuma hendak nyatakan dekat sini juga, apabila kita terlalu bergantung pada satu sistem dan bila kita dapati bahawa sistem tersebut ada masalah, kita hendak mengubah sistem, kita hendak betulkan dan apa yang telah terjadi yang mana sistem eJamin ini digantung sementara. Kita dapat lihat reaksi daripada orang ramai sebab kita dah terlalu bergantung kepada sistem itu dan tidak ada sistem lain sandaran yang boleh menjadi alternatif, yang boleh menjadi pilihan dan sebab itu moving forward, kita harus melihat bagaimana kita boleh kurangkan kebergantungan kita kepada vendor-driven system seperti yang telah berlaku dalam situasi atau pun dalam siasatan ini.
Kelima, garis panduan penguatkuasaan proof of concept (POC). Kerajaan hendaklah mengeluarkan pekeliling dan garis panduan yang jelas mengenai pelaksanaan proof of concept bagi mengelakkan implikasi perundangan dan kewangan kepada kerajaan dan seterusnya mengelakkan perkhidmatan kritikal kerajaan dilaksanakan oleh syarikat swasta tanpa kawalan yang komprehensif. Ini juga amat pelik bagaimana kebenaran boleh diberikan untuk meluaskan sistem ini kepada mahkamah-mahkamah di seluruh negara tanpa ada satu garis panduan, tanpa ada satu ikatan, tanpa satu perjanjian di antara pihak kerajaan dan pihak vendor ini Dato’ Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Keenam, rekonsiliasi akaun dan akaun pemantauan terhadap transaksi individu. PKPMP hendaklah menyelesaikan proses rekonsiliasi baki akaun deposit jaminan jenayah dengan segera, di samping melaksanakan pemantauan secara berkala dengan aktif bagi memastikan ketepatan rekod akaun deposit jaminan jenayah berdasarkan transaksi secara individu dan mengelakkan berlakunya sebarang jurang perbezaan baki atau shortage.
Ketujuh, pengetatan kawalan perolehan ICT kerajaan. MOF, AGC dan Jabatan Digital Negara— Kementerian Digital hendaklah memperketatkan kawalan serta garis panduan perolehan ICT kerajaan bagi memastikan mana-mana kerajaan
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
atau agensi tidak mengoperasikan perkhidmatan vendor swasta tanpa dokumen ikatan perjanjian kontrak yang sah sejak hari pertama dilaksanakan.
Dan yang terakhir, yang kelapan, pengetatan pemberian pengecualian khas.
MOF perlu memperketatkan pemberian pengecualian khas sebagai penyelesaian kepada isu-isu ketidak aturan dalam Tatacara Kewangan Kerajaan demi menjunjung prinsip tatakelola yang baik.
Ini yang saya sebut tadi. Bila kita ada sistem, semua bergantung pada sistem tersebut, kita hendak tukar, tak boleh, susah dan sebagainya, maka kita bagi pengecualian khas. Ini bukan kali pertama kita lihat. Saya rasa Ahli-ahli PAC lain pun boleh bersetuju bahawa isu ini bukan hanya dalam isu eJamin sahaja, tetapi di situasi-situasi lain juga banyak berlaku. Yang mana kita ada bagi pengecualian khas dan disebabkan kita dah terlalu bergantung, maka we have no choice, but to go thru, dengan izin, dengan vendor tersebut.
Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita tak boleh berterusan ‘menendang tin ke hujung jalan’. Ini penterjemahan daripada kicking the can down the road, dengan izin. Dalam isu tatakelola kewangan awam ini. Alasan kecekapan operasi bahawa eJamin mampu melancarkan pelepasan OKT dalam tempoh 15 minit, sama sekali tidak boleh dijadikan perisai untuk menjustifikasikan pelanggaran, pelanggaran, pelanggaran Perlembagaan Persekutuan dan Akta Tatacara Kewangan 1997 selama lima tahun.
Apabila Dana Jaminan Awam bernilai RM193.78 juta dipegang dalam akaun komersial syarikat swasta dan RM130.8 juta daripadanya dilaburkan kepada pasaran wang tanpa punca kuasa kerajaan, ia merupakan satu pendedahan risiko kewangan yang amat tidak wajar.
Dato’ Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan penggulungan ini, PAC ingin menegaskan bahawa wang jaminan jenayah adalah wang rakyat dan wang awam. Pengurusannya oleh mana-mana entiti swasta mestilah dikawal selia dengan cermat, diikat dengan perjanjian perundangan yang sah dan dilindungi di bawah struktur pemegang amanah yang tegar demi memelihara integriti sistem kehakiman serta akauntabiliti kewangan negara.
Dengan ini Dato’ Yang di-Pertua, sekali lagi bagi pihak PAC, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah melibatkan diri dalam perbahasan dan juga kepada pihak Parlimen, kerana telah membenarkan kami untuk membentangkan dan membahaskan laporan ini.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sekian, terima kasih. Wabillahi taufiq wal-hidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat.
Just a passing remark. Once a fund is clarified as a public fund, any misused profit from it, it becomes pecah amanah. Kalau pengalaman saya dalam penyiasatan kes-kes kolar putih lah. So, lets the authority decide whether the report to be lost or not, dengan izin.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Benar Dato’ Yang di-Pertua. Pernah cakap yang arif, tak tahu kenapa [Ketawa] Benar Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik.
Yang Berhormat-Yang Berhormat, this is a good functioning of the PAC-lah. One of the perspectives, dengan izin, yang the working of the PAC. Baik. It is actually a shock for me, been in the public service, enforcing the law, benda macam itu boleh berlaku.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 6 Oktober 2026.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.45 petang]