Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan selamat pagi. Dengan segala hormatnya saya memaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memaklumkan kepada saya pada 30 Julai 2026 supaya diadakan satu Mesyuarat Khas pada hari ini, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3).
Di bawah peraturan mesyuarat tersebut, dinyatakan bahawa urusan-urusan bagi Mesyuarat Khas hendaklah ditetapkan oleh Perdana Menteri. Oleh itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menetapkan urusan mesyuarat pada hari ini adalah Penerangan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai kertas putih, maaf Kertas Perintah 20 Tahun 2026, iaitu Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji dan usaha serta tindakan yang diambil bagi memulihkan kedudukan kewangan agensi tersebut.
Saya membenarkan Ahli Yang Berhormat untuk meminta penjelasan dan memberikan penerangan mengenai— penerangan daripada Yang Berhormat Menteri. Seperti semua Yang Berhormat sedia maklum, Yang Berhormat bagi kawasan Subang telah menghantar surat untuk melepaskan keahlian beliau berkuat kuasa semalam sebagai Ahli Dewan Rakyat kepada saya.
[Tepuk] Saya telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai kekosongan dan kerusi Ahli Parlimen Subang tersebut, selaras dengan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan.
Ahli Yang Berhormat, bersama-sama kita dalam Dewan yang mulia ini adalah Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua Dewan Negara, Ahli Dewan Negara serta Speaker-speaker Dewan Undangan Negeri.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat Tan Sri, Peraturan Mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
*Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih, Yang Berhormat Tan Sri. Saya bangun bagi pihak blok pembangkang untuk mengemukakan satu persoalan standing order di bawah Standing Order 11(3) sebagaimana disebut oleh Yang Berhormat Tan Sri. Di hadapan kita ini, satu surat. [Sambil menunjukkan sehelai kertas] Satu notis pemberitahuan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada hari ini yang telah disebutkan, ia nya mengikut Peraturan 11(3).
Sebagaimana disebut oleh Yang Berhormat Tan Sri sekejap tadi, saya mohon izin untuk membacakan Peraturan Mesyuarat 3, dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
*“Pada masa Majlis dalam tangguhan, jika Perdana Menteri memaklumkan kepada Tuan Yang di-Pertua iaitu bagi faedah orang ramai, mustahak Majlis mengadakan mesyuarat dahulu daripada tarikh yang telah ditetapkan maka Tuan Yang di-Pertua hendaklah dengan serta- merta mengeluarkan pemberitahu menyatakan berapa hari bulan hendak diadakan mesyuarat itu. Dan Majlis hendaklah mengadakan mesyuarat pada masa yang disebutkan dalam pemberitahuan itu.
Urusan-urusan bagi hari itu hendaklah ditetapkan oleh Perdana Menteri dan pemberitahuan berkenaan dengan urusan itu hendaklah dihantar kepada Ahli-ahli tidak lewat daripada masa hendak diadakan mesyuarat itu”* Yang Berhormat Tan Sri, saya membangkitkan perkara ini selaras dengan satu surat yang telah saya hantar kepada Pejabat Tan Sri— telah disahkan terima semalam, iaitu yang bertajuk, “Mohon penangguhan Sidang Khas Parlimen Berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji” dan alasan yang kami berikan ialah kami mencadangkan agar Sidang Khas Parlimen tersebut ditangguhkan ke satu tarikh yang lebih sesuai.
Cadangan ini dibuat mengambil kira, mengambil iktibar atas faktor kesihatan kepimpinan utama kerajaan, di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim sedang menjalani rawatan kesihatan, manakala Timbalan
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusuf pula sedang mendapat rawatan di Institut Jantung Negara.
Memandangkan isu Tabung Haji merupakan perkara yang amat signifikan serta mempunyai kepentingan awam yang tinggi, adalah wajar sekiranya pembentangan serta perbahasan laporan ini dapat dihadiri dan dibentangkan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sebaik sahaja beliau kembali bertugas.
[Tepuk] Kehadiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Dewan Rakyat ini amat penting bagi memberi penjelasan komprehensif, khususnya memandangkan perkara ini turut dibangkitkan oleh beliau sendiri, Yang Amat Berhormat. Jadi, ini berdasarkan kepada 11(3) walaupun kuasanya adalah kuasa Perdana Menteri untuk memanggil Mesyuarat Khas ini, saya berpandangan bahawa adalah juga menjadi prerogatif ataupun discretion bidang kuasa ataupun discretion kepada Perdana Menteri untuk menangguhkan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ini Tan Sri Yang di-Pertua, kami mendapat maklum bahawa— dan tadi pun disebut oleh Yang Berhormat Tan Sri sendiri bahawa status RCI Tabung Haji pada hari ini hanyalah berstatus penerangan Menteri sahaja. Bukan pun satu pembentangan RCI yang dibahas dan juga diundi. Saya telah mendapat pengesahan daripada pihak kerajaan, tidak ada undi pun hari ini. Jadi, tak penting sangatlah dipercepatkan dan sebagainya dan buku ini, saya nak laporkan kepada Tan Sri. Tan Sri pun lebih tahu.
Laporan RCI ini, pada hari ini sahaja diletakkan di atas meja Ahli-ahli Parlimen, sedangkan tidak ada satu bentuk pun disebut embargo dan dia tak jadi embargo kerana Perdana Menteri sendiri semasa PRN Negeri Sembilan berceramah mengenai laporan ini [Tepuk] di Port Dickson. Saya ada laporannya di Port Dickson, di Pusat Latihan Tentera Darat di Port Dickson. Perdana Menteri telah— dilaporkan Perdana Menteri kalau terbit laporan RCI tiga tahun lalu, rakyat hilang keyakinan.
Diberikan, tidak ada embargo lagi. Sedangkan kami difahamkan, kalau tak betul, sila betulkan daripada front bench. Kabinet memutuskan laporan RCI Tabung Haji ini dibentangkan di Parlimen dahulu, selepas itu barulah dibentangkan kepada luar tetapi kenapa Perdana Menteri sendiri telah membentangkan perkara ini secara itu dalam masa pilihan raya negeri, Negeri Sembilan? Ini adalah politically motivated, Tan Sri Yang di-Pertua. Jadi oleh sebab itu, tidak dapat tidak, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mesti berada di
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
dalam Dewan ini untuk mendengar dan juga memberi respons malahan menggulung.
Kami difahamkan Yang Berhormat Menteri Agama diarahkan untuk membentangkan ini, dia pun baru lagi, tak apa, itu kuasa—
Datuk Wira Hajah Mas Hajah Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Kasihan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Kasihan dia. Kemudian, saya difahamkan yang akan menggulungnya adalah Yang Berhormat MK II, Menteri Kewangan II. Jadi, Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri tidak bertanggungjawab dalam RCI Tabung Haji ini.
[Tepuk] Jadi, untuk menunjukkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri seorang yang bertanggungjawab, kami mohon dengan rendah diri supaya persidangan ini ditangguhkan, biarkan Perdana Menteri datang. Beliau tentu mengikuti daripada hospital ataupun daripada rumah, perkara ini. Kalau dia datang, kita bahas. Kalau dia datang, kita bahas tapi kalau dia tak datang, ia nya as good as we make a press conference sahaja, tak ada orang. Kalau kita bahas tanpa Perdana Menteri, macam kita buat press conference sahaja.
Jadi, atas dasar itu, kami pihak pembangkang memohon persidangan ini ditangguhkan atas alasan kalau di mahkamah, orang yang membuat permohonan, the applicant tak hadir ke mahkamah, mahkamah boleh buang kes sahaja, strike out the case. Tak boleh. Ini, orang yang meminta dalam 11(3), Perdana Menteri meminta bukan Ketua Majlis ke ataupun Timbalan Ketua Majlis pun ada hari ini. Tak tahulah dapat sabda ke tidak.
[Ketawa] Ini bahasa Negeri Sembilan, sabda, sabda ini.
Jadi, kita tak tahu. Jadi, itu permohonan kami atas alasan bahawa amat tidak proper Perdana Menteri yang meminta persidangan khas atas tajuk yang mempunyai kepentingan awam iaitu RCI Tabung Haji, beliau tidak hadir sedangkan sebagaimana disebut rakan-rakan kami, Ahli-ahli Senat Dewan Negara telah dijemput. Ini macam pembentangan bajet sahaja. RCI dulu saya rasa tak pernah dijemput, tidak pernah dijemput Senator. RCI Batu Putih dan sebagainya tapi hari ini, betapa pentingnya.
Jadi, penting Perdana Menteri hadir dalam persidangan ini. Baik, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Noted, thank you very much. Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Saya juga bangun untuk merujuk perkara 11(3)— (1) ini dan juga perkara 14(1)(i). Terdapat perbezaan antara usul yang dikemukakan kerajaan melalui Peraturan Mesyuarat 11(3) dengan perkara 14(1)(i) kerana kalau dibuat melalui 14(1)(i) dan dijadikan sebagai Penerangan Menteri. Perbezaan yang ketara adalah
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Penerangan Menteri itu hanyalah penjelasan kerajaan terhadap laporan RCI itu, sementara jika ia nya dibuat secara perbahasan dan usul, ia membolehkan Dewan menilai laporan itu sendiri.
Jadi, bererti kalau dijadikan, laporan RCI merupakan satu laporan yang penting, ia nya signifikan. Terdapat berpuluh cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa RCI ini, untuk dinilai dan ditentukan, diputuskan oleh Dewan ini.
Ini perkara signifikan. Tan Sri Yang di-Pertua, kalau dijadikan laporan RCI yang dibentang di Dewan ini sebagai satu precedent, yang terakhir yang dibentang di Dewan ini adalah pada tahun 2024 iaitu Laporan RCI on Batu Putih. Dalam laporan itu, proses asas yang digunakan oleh Dewan ini pada ketika itu, RCI, kemudian laporan dibentang kepada Agong, dibawa ke Kabinet, dibentangkan ke Parlimen.
Syor RCI dibahas oleh Ahli Parlimen dan satu keputusan dibuat.
Jadi, kalau itu jadikan sebagai satu precedent, saya melihat RCI merupakan satu perkara yang signifikan, yang harus diputuskan dan bukan semata-mata dijelaskan oleh kerajaan tetapi dinilai dan diputuskan oleh Dewan. Perbahasan itu harus kekal di bawah Peraturan Mesyuarat 11(3) dan bukan dibuat, di-downgrade- kan menjadi penjelasan Menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 14 kerana 11(3) dia ada asas, dia ada usul, dia ada keputusan yang dibuat.
Banyak perkara-perkara yang dibuat di bawah 11(3) yang telah dibahas di Dewan ini. Umpamanya serangan Israel terhadap Palestin dahulu. Kita membuat satu sidang khas di bawah 11(3) dan diputuskan dan ada pendirian, keputusan yang dibuat oleh Dewan ini.
Maknanya 11(3) itu adalah satu perkara yang signifikan dan bukan di- downgrade menjadi penjelasan Menteri dan menjadikan laporan RCI ini sebagai satu laporan yang biasa-biasa, yang tidak perlu diambil secara serius oleh kerajaan. Kalau itu dibuat, kita tidak perlu memanggil Mesyuarat di bawah Perkara 11(3) ini, Tan Sri Yang di-Pertua. Kerajaan boleh sahaja release it to the public. Tak payah buat sidang Dewan ini.
Boleh sahaja dibuat, di-table di Dewan ini tanpa bahas tapi jika kerana diputuskan Dewan dipanggil di luar sidang Dewan di bawah Perkara 11(3), maknanya kerajaan meletakkan ini sebagai satu perkara yang signifikan. Usul harus diambil, dibahas dan diputuskan oleh Dewan ini dan bukan merely, semata-mata di- downgrade menjadi penjelasan Menteri yang tidak harus dijadikan Perkara 11(3) [Tepuk] sebagai asas untuk memanggil Mesyuarat pada kali ini.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Saya menyokong saranan Ketua Whip kami, agar Dewan ini ditangguh supaya perkara ini dapat dilihat secara lebih serius dan perkara-perkara yang disyorkan, 25–27 perkara yang disyorkan oleh RCI harus menjadi pertimbangan Dewan ini dan diambil kira mengikut saranan yang dibuat RCI.
Jadi, ini perkara penting, perkara signifikan, Tan Sri— yang Tan Sri harus buat keputusan. Tan Sri boleh buat keputusan Dewan ini, setelah dipanggil oleh Ketua Majlis. Sebab itu Dewan harus memutuskan dan meletakkan laporan RCI ini sebagai satu perkara yang signifikan, yang perlu dilihat dan bukan di-downgrade menjadi Penerangan Menteri. Terima kasih.
[Tepuk]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bangun]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tan Sri Yang di-Pertua, tambahan. Saya tertinggal tadi. Sekejap Arau. Ini satu laporan bertarikh 22 Julai, tajuknya “Bilion Ringgit orang sakau, kamu tak tahu? Tabung Haji, 1MDB”. Dibuat di Ampangan semasa kempen pilihan raya. Ini, orang yang buat ini sepatutnya ada dalam Dewan ini, beritahu di mana sakaunya? Itu sahaja, terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Arau. Arau last ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, saya minta penjelasan. Pertama sekali, saya berdoa kepada Allah semoga PMX dan juga Timbalan cepat sembuh.
Beberapa Ahli
Amin.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kami sentiasa berniat baik dan baik sangka. Yang keduanya Yang Berhormat, laporan ini, 14 sampai 20, tapi daripada 14 sampai 20, ada lagi seorang Menteri di situ. Menterinya ialah daripada Bagan, Menteri Kewangan. Tidak dimasuk dalam laporan RCI, padahal itu terlibat dengan Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. yang melibatkan harta Tabung Haji telah diuruskan oleh pihak lain tetapi oleh kerana saya tertarik hati dengan Mat Sabu...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, sebut kawasan, Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kota Raja. Yang telah menyebut bahawa “Sesungguhnya orang yang telah menyelamatkan Tabung Haji ini ialah Lim Guan Eng”. Bagan, Bagan tapi dia sebut Lim Guan Eng sini.
Tuan Yang di-Pertua
Begini Arau. Arau dalam nama ini Arau boleh bahas sat lagi sebab yang ni dah melangkah, bukan tajuk substantif ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bukan, bukan. Saya nak sebut bahawa RCI ini sendiri...
Tuan Yang di-Pertua
Jadi, apa permintaan Arau ni?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Cadangannya ialah...
Tuan Yang di-Pertua
Permintaan Arau apa dia? Bukan nak penerangan.
Saya nak tanya apa yang Arau nak minta.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Permintaan Arau ialah supaya Ketua Majlis...
Tuan Yang di-Pertua
Arau nak minta apa?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ketua Majlis yang telah mengeluarkan kenyataan sebelum— sebelum...
Tuan Yang di-Pertua
Betul.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sebelum dia keluarkan kenyataan yang, yang...
Tuan Yang di-Pertua
Arau, Arau dengar saya cakap. Arau bangun, Arau!
Arau dengar dulu saya cakap. Arau bangun nak minta apa dari saya?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, ya, ya.
Tuan Yang di-Pertua
Apa dia?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya nak cakap supaya ia nya ditangguh.
Tuan Yang di-Pertua
Ha, itu saya faham. Sila duduk, cukup.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bagi alasan sikit. Jangan kedekut.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, faham. Okey...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Speaker, Speaker, Hulu Langat Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Okey sekarang. No, no, no. Saya...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Boleh bagi sebelah sini pula Speaker? Speaker!
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sebenarnya semasa saya berkempen, sakitnya sampai hari ini tahu, berkempen di Negeri Sembilan, tiba-tiba keluar berita RCI.
Tuan Yang di-Pertua
Sebab itu saya kata kalau kita bangun, nak minta apa dari Speaker? Kalau nak cerita...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya nak minta kepada Speaker ialah...
Tuan Yang di-Pertua
Sat lagi Yang Berhormat ada masa, ceritalah sebab saya tak ada di Negeri Sembilan, saya tak dengar.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, okey.
Tuan Yang di-Pertua
Jadi, Yang Berhormat boleh cerita detail— pukul 10.05 dia kata yang ini, 10.11 minit dia kata— boleh yang itu. Tapi waktu Yang Berhormat berbahas. Sekarang ini, Yang Berhormat bangun dan minta apa dari saya?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Mencadangkan supaya cadangan daripada Ketua Whip itu disokong.
Tuan Yang di-Pertua
Noted dan terima kasih. Baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dan alasannya seperti berikut...
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya dah ambil. Alasan tak payah bagi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kena bagi satu alasan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Boleh Speaker, Hulu Langat, Speaker?
Tuan Yang di-Pertua
Saya nak...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Satu alasan Yang Berhormat iaitu...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Dah lah tu Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bila laporan ini dikeluarkan, saya duk berkempen di Negeri Sembilan, tiba-tiba keluar, “Ada orang sakau, sakau, sakau!” Jadi, perkataan sakau ini...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Karang lah Arau. Nak bahas karang lah Arau. Arau!
Tuan Yang di-Pertua
Sebab itu saya kata...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya bersyukur sebab orang Negeri Sembilan, orang UMNO...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Nak bahas, karang lah Arau.
Tuan Yang di-Pertua
Hulu Langat, Hulu Langat. Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Orang Negeri Sembilan tidak terpengaruh dan kita telah menang dengan cemerlang.
Tuan Yang di-Pertua
Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Menang dengan cemerlang.
Tuan Yang di-Pertua
Arau, satu!
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Arau, dua!
Tuan Yang di-Pertua
Arau, dua! Saya minta duduk Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Nak minta duduk?
Tuan Yang di-Pertua
Arau, sila duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tak boleh bagi alasan kedua?
Tuan Yang di-Pertua
Tak perlulah. Duduklah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, kita anggap RCI ini ialah sakau!
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Okeylah tu kalau dah jumpa sakau.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, saya bagi last sekali Hulu Langat, dua minit.
Saya nak start.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Speaker, peraturan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya nak minta, saya nak minta petua daripada Speaker.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tan Sri Speaker, peraturan Dewan.
Tuan Yang di-Pertua
Nanti dulu. Bagi sat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya nak petua daripada Speaker. Saya baca dalam buku peraturan ini, dia kata Ketua Majlis boleh minta untuk mengadakan persidangan ini tapi tak semestinya Ketua Majlis kena ada dalam ini sebab dia tak sihat.
Tuan Yang di-Pertua
Dia bukan Ketua Majlis, dia Perdana Menteri.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ha, dia Perdana Menteri.
Saya betulkan itu. Dia Perdana Menteri, cuma Kabinet ini dia bekerja secara kolektif.
Kalau Perdana Menteri tidak ada, Timbalan Perdana Menteri ada. Dia boleh jawab!
Menteri Kewangan ada, Menteri Agama ada. Dia bekerja secara kolektif. Jadi, apa masalahnya?
Kan, saya rasa kita teruskanlah persidangan ini sebab kawan-kawan kita daripada Sabah, daripada Sarawak dah mari ini kan, belanja hotel, belanja minyak, belanja kapal terbang ini. Ini part, part nak bagi rugi ini, bagilah. Terima kasih Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Duduklah, duduklah, duduklah, rugi masa.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik. Duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Cakap macam orang apa saja.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Orang apa? Orang apa?
Tuan Yang di-Pertua
Last, last.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Orang apa?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ada kurang sikitlah, ada kurang.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Speaker...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ini rakyat Malaysia tengok lah ni, sikap ini. Tiada adab, tiada akhlak. Dah tua!
[Dewan riuh]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Dah tua, tak ada adab, tak ada akhlak!
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Speaker...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Cakap, Yang Berhormat Speaker...
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya yakin kalau saya pergi ke bawah minta IC masing-masing, pastinya umur lebih daripada 50 tahun, pasti.
[Ketawa] Yang pastinya umur lebih 50 tahun. Amat memalukan. Sit down!
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Speaker, kalau boleh satu saja, Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, no more. Saya nak bagi jawapan.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Permintaan, permintaan. Saya menulis kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Ketua Majlis dan juga salinan kepada Speaker. Bila nak buat sidang tak pelah, itu keputusan Speaker. Cuma kita minta supaya lebih daripada dua hari sekurang-kurangnya. Sekurang-kurangnya dua hari. Satu hari ini dah habis sejam, kemudian Menteri nak bahas, nak bentang sejam, nak gulung sejam. Kita nak bahas lima minit, apa sahaja kita boleh sentuh? Jadi, saya minta, saya dah hantar surat pun supaya dilanjutkan. Permintaan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, itu permintaan ya. Itu permintaan.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Pendang, ada standing order apa?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
11(3) juga.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, apa isunya? Kalau yang sama, saya tak bagi.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tak, bukan, saya nak bagi alasan 11(3) yang saya minta ini Tan Sri Speaker. Yang pertamanya, peraturan ini kita boleh minta untuk kita tangguhkan sebab yang nak minta buat RCI ini daripada 2013 hingga 2018 dan disambung lagi dua tahun, 2020. Jadi, maknanya ada kaitan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
2020 itu ada kaitan dalam RCI ini, yang boleh kita bincang masa ketika Menteri Kewangan adalah daripada Bagan.
Jadi, kalau lah kita tak tangguh, kita tak boleh dapat penjelasan daripada Yang Amat Berhormat daripada Tambun. Jadi, dia tak serius benda ini sebab RCI ini benda besar. Ini membuat satu spekulasi, kesimpulan yang melibatkan RM10 bilion duit hilang on the paper.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, baik saya faham. Okey, saya nak buat keputusan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Speaker, ringkas.
[Tidak jelas]
Tuan Yang di-Pertua
Tak ada ringkas dah. Dah habis dah. Saya dah buat keputusan...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
...Yang mengatakan bahawa sekarang Tuan Yang di-Pertua, majlis perkahwinan nak dibuat.
Tuan Yang di-Pertua
Majlis apa?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Pengantin tak datang.
Tuan Yang di-Pertua
Majlis apa? Tak dengar.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Majlis perkahwinan nak berlangsung.
Tuan Yang di-Pertua
Majlis perkahwinan? Tak ada majlis perkahwinan.
Hari ini ialah RCI. Tidak ada majlis perkahwinan!
[Dewan riuh]
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Nak berlangsung, pengantin tak datang.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hulu Terengganu, siapa yang kahwin ini? Siapa yang kahwin? Kepala otak fikir kahwin je, kepala otak tu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
[Tidak jelas] Batal. Kita batalkan majlis tersebut. Terima kasih.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Tahniah, tahniah.
Tuan Yang di-Pertua
Bila pula majlis perkahwinan ni? Tak ada! Baik, listen, listen.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, dengar semua, dengar semua. Semua kita, saya termasuk, terikat dengan 11(3). Maknanya bila Perdana Menteri mohon untuk mengadakan persidangan, jadi dia hantar surat, saya akur. Sebab itulah saya benarkan Majlis ini diadakan. Bukan majlis perkahwinan ya, majlis persidangan ini.
Baik, namun pun begitu untuk mengatakan kenapa PM tidak ada, kita ada TPM di sini. Adakah anda nak downgrade kedudukan TPM? No. TPM berada di sini mewakili Kabinet, Menteri-menteri lain juga mewakili Kabinet. Baik, itu satu.
Tuan Yang di-Pertua
Yang kedua, kita masih lagi ada dua sesi yang penting. Ini yang pertama, yang kedua 5 hari bulan 10 adalah sesi bajet. Itulah yang boleh digunakan oleh setiap Ahli Yang Berhormat. Mintalah apa juga dan boleh juga dirujuk kepada persidangan hari ini, apa yang kita nak...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Nanti dulu Kota Bharu, nanti dulu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Baik kita bentang dalam masa bajet, Penerangan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Nanti, itu kuasa. Yang Berhormat nak debate dengan saya kah? Saya dah bagi peluang. Bila saya bercakap, Ahli Yang Berhormat dengarlah dulu.
Yang ketiga, kita ada special select committee. Ada 12 orang dan pengerusi berada di sini, malah special select committee boleh pick-up, kutip apa yang kita bincangkan, buat satu resolusi, panggil siapa lagi, arahan-arahan yang diperlukan, bentangkan dan desak because inilah kali pertama semasa saya jadi Speaker, laporan pengerusi select committee kita bentang dan bahaskan dalam Dewan. Kita pernah buat dan apa kah kita tak boleh buat itu? Bukan saya bagi lima minit, saya bagi satu jam lebih untuk berbahas. Maknanya ruang saya buka seluas-luasnya.
Sebab itu oleh kerana saya terikat dengan 11(3), saya nak proceed juga, silakan.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tan Sri, isu...
Tuan Yang di-Pertua
No more, done.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Isu, isu...
Tuan Yang di-Pertua
Saya dah buat keputusan, saya nak proceed. Saya minta maaf. Saya dah buat keputusan. Minta maaf. Silakan.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tan Sri tak menjawab isu yang kita bangkit.
Tuan Yang di-Pertua
No, no, saya dah buat keputusan. Saya dah buat keputusan.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ya, kenapa di-downgrade dan jadi Penerangan Menteri Tan Sri? Itu soal kita. Why? Kenapa...
[Tidak jelas]
Tuan Yang di-Pertua
Dalam ucapan sat lagi Yang Berhormat masukkan.
Silakan ya. Baik, saya jemput Menteri, silakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Kami tidak mengikuti perbahasan ini, di pihak pembangkang. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Maksudnya pembangkang nak walk out? That’s your decision? Now, saya nak tanya sekarang, adakah pembangkang nak *walk out?
Please*…
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yes.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, pembangkang kah atau individu tertentu?
Beberapa Ahli
Pembangkang.
Tuan Yang di-Pertua
No, saya nak...
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Tan Sri Speaker, Tan Sri Speaker, Tan Sri Speaker...
Tuan Yang di-Pertua
Adakah pembangkang atau individu tertentu?
Seorang Ahli
Semua.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Kami...
Tuan Yang di-Pertua
No, no. Saya nak dengar, kalau siapa yang nak keluar, keluar. Kalau siapa yang nak tunggu, tunggu. Itu adalah keputusan, sebab rakyat sedang melihat anda.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tak payah bagi tahulah, siapa nak keluar, keluarlah.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri. No more.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Rakyat melihat betapa Perdana Menteri tidak hadir pada hari ini.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, siapa yang rasa dia tak mahu bincang dan dilihat ini bukan penting, sila keluar. Yang tinggal nak bahas, sila tinggalkan. Menteri, silakan. Jangan bising. Kalau tidak...
[Beberapa Ahli Yang Berhormat berjalan meninggalkan Dewan]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, selamat pagi. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya ingin menzahirkan setinggi penghargaan kepada kerajaan yang memberikan ruang untuk sesi penerangan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan
dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini. Izinkan saya untuk memberikan pencerahan dan penjelasan sebaiknya.
Bismillahirrahmanirrahim. Dengan penuh rasa keinsafan, saya mulakan dengan firman Allah SWT dalam Surah Al-Anfal, ayat ke-27. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mengkhianati amanah Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah kamu sedangkan kamu mengetahui salahnya.” Terima kasih saya ucapkan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan perhatian terhadap Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji. Tabung Haji adalah institusi keramat umat Islam Malaysia yang diilhamkan oleh Almarhum Profesor Diraja Ungku Aziz bagi menerapkan amalan menabung di kalangan orang Melayu yang mahu menunaikan ibadah haji tanpa perlu berhutang dan bergadai harta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan
Ia juga dilahirkan tanpa rangka kerja pengawalseliaan pada tahun 1963. Ia adalah satu-satunya institusi seumpamanya di dunia. Selama lebih 60 tahun, Tabung Haji dibina berasaskan prinsip amanah, integriti dan kepercayaan yang menjadi tunjang keyakinan para pendeposit menyimpan wang di Tabung Haji untuk tujuan haji bila berkemampuan. Maka, tidak hairanlah apabila lebih separuh umat Islam negara ini atau hampir 10 juta orang yang mempunyai simpanan Tabung Haji hari ini.
Apabila kita bercakap tentang amanah jutaan umat Islam, kita bercakap tentang wang ibu, bapa yang menyimpan sedikit demi sedikit untuk anak-anak mereka, wang seorang guru, wang seorang peniaga kecil, wang simpanan seorang pesara, seorang petani, seorang nelayan, seorang penoreh getah, seorang pemandu teksi dan wang simpanan umat Islam.
Mereka tidak menyimpan kerana mahu mengejar keuntungan, meraka menyimpan kerana mereka mahu sampai ke Baitullah. Sebab itulah apabila amanah sebesar ini tergugat, kita tidak boleh berselindung di sebalik angka. Kita tidak boleh sweep under the carpet, dengan izin dan kita tidak boleh biarkan naratif kepentingan politik mengatasi kepentingan pendeposit, kepentingan umat Islam. Atas sebab itulah, setiap keputusan yang dibuat terhadap Tabung Haji mesti sentiasa berpaksikan satu prinsip yang tidak boleh dikompromi, amanah dan kepercayaan pendeposit.
Dan apabila timbul persoalan, sama ada amanah itu pernah terabai? Maka, menjadi tanggungjawab kita semua untuk mencari kebenaran, memperbetulkan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan
kelemahan dan memastikan sejarah yang sama tidak akan berulang. Inilah semangat yang mendasari penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja.
Tuan Yang di-Pertua, bagi menangani polemik Pelan Pemulihan Tabung Haji yang tidak berkesudahan, kerajaan terdahulu telah mengumumkan penubuhan RCI pada tahun 2021. Ahli-ahlinya dilantik pada 20 Januari 2022.
RCI ini di pengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif turut menganggotainya ialah bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin bin Osman; tokoh perbankan, Tan Sri Abdul Rashid Hussain; pakar kewangan dan pasaran modal, Tan Sri Dr. Mohd Munir Abdul Majid; pakar syariah dan kewangan Islam, Profesor Dr. Asmadi Mohamed Naim serta akauntan bertauliah, Norsyahrin Hamidon.
Gabungan kepakaran dalam bidang kehakiman, pentadbiran awam, kewangan, perbankan, syariah dan perakaunan inilah yang memberikan kredibiliti kepada dapatan serta syor-syor yang dikemukakan.
Seterusnya, laporan tersebut telah dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 30 Ogos 2022.
Apabila Kerajaan MADANI mengambil alih pentadbiran pada penghujung tahun 2022, Tabung Haji masih dalam proses menangani aset-aset legasi yang kurang berdaya saing dan bermasalah, yang masih kekal di Tabung Haji dan perlu diuruskan selepas tahun 2018.
Kerajaan memilih untuk memberikan ruang, nafas kepada Tabung Haji untuk memulihkan institusi ini terlebih dahulu. Hari ini, apabila kedudukan Tabung Haji telah lebih jauh kukuh, kita memilih untuk membuka laporan ini kepada rakyat.
Alhamdulillah, kerajaan ingin menzahirkan setinggi penghargaan kepada pengurusan Tabung Haji yang baharu dan semua pihak yang terlibat yang telah berjaya memulihkan Tabung Haji dengan cemerlang.
[Dewan tepuk]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan
Bahkan Tabung Haji telah mendapat pengiktirafan lima anugerah pengurusan haji terbaik dunia selama empat tahun berturut-turut.
[Dewan tepuk]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan
Ini menunjukkan bahawa pengurusan dan kepimpinan yang berwibawa, competent, bermanah, berintegriti mampu menerajui institusi ini dengan baik dan diiktiraf terbaik di dunia.
Alhamdulillah, akhirnya pada 29 Julai 2026, Jemaah Menteri secara sebulat suara telah memperhalusi Laporan RCI dan memutuskan untuk mendedahkan laporan ini kepada rakyat. Malahan, Kabinet turut bersetuju untuk membentang dan buat untuk pertama kalinya membahaskan Laporan RCI dalam Sidang Khas Parlimen yang diadakan pada hari ini. Kabinet juga bersetuju tuan-tuan untuk
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan
siasatan penuh dilaksanakan serta-merta oleh badan penguat kuasa berdasarkan dapatan dalam Laporan RCI.
Susulan keputusan tersebut, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia telah bertindak pantas dengan memulakan siasatan susulan dan menahan beberapa individu penting yang dikaitkan dengan unsur penyelewengan dalam Laporan RCI ini. Tindakan tegas ini membuktikan komitmen berterusan pihak kerajaan dan badan penguat kuasa bahawa tiada sebarang kompromi akan diberikan kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam salah guna kuasa mahupun pecah amanah terhadap harta dan dana suci milik jemaah haji negara.
Dalam hal ini, saya ingin mengambil kesempatan menjunjung tinggi titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang menegaskan agar siasatan berhubung dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Tabung Haji dijalankan secara menyeluruh, telus tanpa sebarang kompromi sehingga ke lubang cacing.
[Dewan tepuk]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan
Keprihatinan Seri Paduka Baginda menggariskan kepentingan utama dalam memelihara amanah serta keyakinan umat Islam terhadap institusi pengurusan haji dan kewangan Islam negara ini adalah selari dengan iltizam Kerajaan MADANI.
Untuk makluman Ahli Yang berhormat, Tabung Haji telah berjaya melaksanakan lebih 75 peratus daripada syor RCI bagi meningkatkan tadbir urus dan kesejahteraan institusi ini. Dalam hal ini, Tabung Haji telah menyatakan komitmen untuk menyelesaikan baki syor yang relevan sedang giat dalam pelaksanaan.
Tan Sri Yang di-Pertua, kemelut kewangan Tabung Haji tidak bermula minggu lalu. Jauh sekali mula berakar beberapa tahun lalu. Ia telah mula tenat lebih sedekad yang lalu tetapi masalah itu dibiar dan tidak ditangani oleh pengurusan pada waktu itu. Apa yang berlaku adalah Bank Negara Malaysia selaku institusi yang bertanggungjawab terhadap kestabilan sistem kewangan negara telah membuat teguran terhadap Tabung Haji.
Walaupun ia bukan badan pengawal selia Tabung Haji, Bank Negara Malaysia bermula tahun 2014 telah membangkitkan kebimbangan terhadap kesan amalan membayar agihan keuntungan tinggi yang menyebabkan rizab yang sedia rendah menjadi negatif. Ibarat seperti simpanan kecemasan semakin susut tetapi perbelanjaan masih diteruskan pada kadar yang tinggi. Akhirnya, simpanan menjadi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan
negatif dan Tabung Haji akan berdepan dengan masalah yang tidak kecil sekiranya berlaku pengeluaran wang oleh para pendeposit secara besar-besaran.
Jadi, sukar untuk mengatakan bahawa mereka yang bertanggungjawab pada ketika itu tidak mengetahui masalah yang sedang membarah pada ketika itu di Tabung Haji. Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan beberapa surat peringatan sebanyak lima kali, lima siri kepada Pengerusi Tabung Haji, kepada Menteri Hal Ehwal Agama ada waktu itu mengenai masalah jurang antara aset dan tanggungan Tabung Haji. Mereka telah diberi amaran bukan satu kali, bukan dua kali, bukan tiga kali, tetapi lima kali bahawa keadaan itu perlu dibetulkan segera bagi memastikan Tabung Haji tidak melanggar undang-undang.
Semua mesti tahu bahawa amaran-amaran Bank Negara Malaysia bukannya tanpa asas. Asasnya adalah sekiranya ia tidak ditangani, maka ia berisiko meninggalkan kesan yang parah kepada kedudukan dan kestabilan wang negara.
Jadi, apa yang berlaku adalah surat-surat amaran yang diutuskan Bank Negara Malaysia tidak pernah diendahkan apatah lagi diberi perhatian dan diambil tindakan oleh pengurusan Tabung Haji pada ketika itu. Kedudukan Tabung Haji ketika itu berpotensi menimbulkan risiko systemic. Dengan izin, systemic risk kepada kestabilan kewangan negara, malangnya surat-surat tersebut tidak diendahkan oleh kepimpinan Tabung Haji pada ketika itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan
Akhirnya, peringatan Bank Negara Malaysia disusuli dengan teguran Ketua Audit Negara dalam Laporan Penyata Kewangan Tahun 2017. Ketua Audit Negara mengeluarkan penegasan perkara “emphasis of matter” tentang perubahan polisi rosot nilai yang dilakukan sebanyak dua kali dalam tahun yang sama untuk menunjukkan keuntungan yang lebih tinggi untuk 2017.
Lanjutan teguran pihak berautoriti, Lembaga baharu Tabung Haji tahun 2018 setelah Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan telah melantik firma audit di kalangan Big 4 iaitu PwC untuk menilai semula kedudukan dan prestasi kewangan Tabung Haji mengikut piawaian perakaunan yang sah dan benar. Dapatannya, Tabung Haji berdepan dengan situasi genting di mana jurang defisit antara aset dan liabiliti telah melebar pada lebih RM10 bilion pada suku empat tahun 2018 dengan hanya tiga bulan untuk mencari penyelesaian. Tiga bulan untuk mencari penyelesaian.
Sekiranya aset tidak melebihi liabiliti pada akhir tahun, Tabung Haji tidak boleh mengisytiharkan agihan keuntungan bagi 2018 dan berisiko, berisiko
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan
menghadapi pengeluaran wang panik (bank run) secara besar-besaran. Pada ketika itu juga, usaha mendapatkan pembiayaan siap sedia (standby financing) dengan izin, sebagai persediaan jika berlaku pengeluaran panik besar-besaran atau pun bank run telah gagal. Sekiranya Tabung Haji runtuh, kerajaan berisiko menanggung liabiliti sekitar RM74.5 bilion kerana keseluruhan simpanan Tabung Haji dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.
Pengeluaran panik benar-benar berlaku. Dalam tahun 2019, melibatkan pengeluaran bersih berjumlah RM6 bilion dalam masa singkat apabila hibah pada kadar 1.25 peratus diisytihar pada tahun 2018 dalam awal tahun 2019. Bayangkan jika tiada hibah diisytiharkan pada tahun 2018, berapakah jumlah pengeluaran panik yang mungkin berlaku? Dalam erti kata lain, secara teknikalnya Tabung Haji ketika itu adalah insolvent, tidak solvent dan perlu diselamatkan.
Keadaan tersebut akhirnya memaksa Kerajaan Pakatan Harapan untuk menyelamatkan dalam bahasa yang sebetulnya, bailout Tabung Haji dengan pelan penstrukturan semula bagi memulihkan kedudukan kewangannya supaya Tabung Haji kembali solvent serta kekal mampan untuk jangka panjang.
Tan Sri Yang di-Pertua, setelah mempertimbangkan empat pilihan bagi menstabilkan Tabung Haji, akhirnya keputusan Kabinet dibuat untuk menjual aset kurang berdaya saing dan bermasalah bernilai RM9.7 bilion pada nilai premium yang jauh lebih tinggi atau dalam bahasa yang mudahnya, dua kali ganda tinggi berjumlah RM19.9 bilion bagi menutup jurang defisit aset dan liabiliti sebanyak RM10 bilion.
Tindakan ini bertujuan menyelamatkan dan membaik pulih kedudukan kewangan Tabung Haji dengan serta-merta.
Tabung Haji telah menjual 100 saham tersenarai, 29 hartanah dan sebuah syarikat ladang kelapa sawit kepada Urusharta Jamaah Sdn. Bhd., syarikat tujuan khas milik kerajaan. Bagi membiayai pembelian tersebut, UJSB telah mengeluarkan sukuk yang dilanggan sepenuhnya oleh Tabung Haji. Izinkan saya minum sedikit.
Seorang ahli
Minum dulu.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan di sini, tiada aset yang dijual kepada bukan Islam, mahupun kepada Cina seperti yang difitnahkan [Tepuk] oleh beberapa pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menanamkan kebencian dan membuat hasutan. Aset ini adalah hak milik Urusharta Jamaah, syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan).
Ingatlah dan hayatilah Firman Allah SWT dalam surah al-Mai’dah ayat 8.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah
Dr. Zulkifli bin Hasan
kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah lagi menerangkan kebenaran” dan ingat ini “Jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil kepada sesiapa jua kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Speaker.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Seterusnya, bagi melindungi kepentingan Tabung Haji, ia telah diberikan right of first refusal, hak keutamaan untuk menolak terhadap aset-aset yang dipindahkan jika UJSB bercadang untuk menjual aset tersebut ke pasaran, hak keutamaan ini tidak mewajibkan Tabung Haji untuk membeli semula tetapi Tabung Haji hanya memiliki keutamaan untuk membeli aset tersebut pada masa hadapan tertakluk kepada penilaian komersial dan kesesuaian kepada kriteria pelaburan Tabung Haji. Ini bermakna aset ini boleh kembali kepada Tabung Haji, sekiranya Tabung Haji mengkehendakinya.
Pelan ini diwujudkan kerana kerajaan perlu menyelamatkan dalam erti kata yang lain bailout Tabung Haji daripada kesan keputusan-keputusan yang telah dibuat bertahun-tahun sebelumnya. Pelan ini bukan diwujudkan kerana kerajaan mahu mengambil aset Tabung Haji. Itulah hakikat yang tidak boleh dinafikan. Pelan pemulihan dan penstrukturan Tabung Haji berjaya menangani kerugian pelaburan RM12.6 bilion iaitu RM10 bilion melalui pelan pemulihan 2018 dan RM2.6 bilion secara berperingkat sehingga hujung 2025. Tabung Haji kekal komited untuk melindungi kepentingan para pendeposit, mengukuhkan kepercayaan awam serta memastikan institusi ini terus beroperasi dengan penuh integriti dan bertanggungjawab.
Tan Sri Yang di-Pertua, apa sebenarnya dapatan RCI, saya kongsikan.
Dapatan siasatan RCI meliputi aspek tadbir urus, krisis kewangan serta faktor-faktor yang menyumbang kepadanya, pelan pemulihan dan penstrukturan semula Tabung Haji dan perkara-perkara lain yang berkaitan. Beberapa kelemahan telah dikenal pasti. Antaranya kuasa Menteri bertanggungjawab yang luas dan pelantikan ahli lembaga tanpa kriteria khusus serta pengaruh politik yang memerlukan pindaan kepada Akta Tabung Haji 1995.
RCI berpendapat masalah yang dihadapi Tabung Haji adalah disebabkan kelemahan tadbir urus terutamanya dalam pelantikan barisan kepimpinan. RCI membangkitkan isu lantikan ahli politik aktif sebagai amalan yang tidak wajar dalam
Dr. Zulkifli bin Hasan
mentadbir Tabung Haji dan mengesyorkan agar tiada lantikan sebegini berlaku di institusi seperti Tabung Haji.
RCI akhirnya sampai kepada persoalan paling utama dan asas. Siapa yang diberi amanah menjaga Tabung Haji? Antara kelemahan yang dikenal pasti ialah pelantikan ahli politik aktif dalam barisan kepimpinan Tabung Haji dan RCI menyatakan bahawa amalan dan sikap begini tidak patut berlaku di masa hadapan.
RCI juga mendapati salah laku dan unsur penyelewengan seperti berikut.
Pertama, pengisytiharan agihan keuntungan tidak selaras dengan kehendak Akta Tabung Haji. RCI mendapati agihan keuntungan sebelum 2018 tidak mencerminkan prestasi kewangan sebenar Tabung Haji dan melanggar Akta Tabung Haji yang mensyaratkan aset perlu melebihi liabiliti termasuk kumpulan dana pendeposit.
Penyata kewangan telah dimanipulasi bagi menunjukkan keuntungan yang tinggi dan memanipulasi penilaian aset di luar penyata kewangan diaudit menggunakan kaedah realisable asset value (RAV) yang tidak mematuhi piawaian perakaunan untuk menunjukkan nilai aset lebih tinggi dari liabiliti. Manipulasi ini dibuat bagi membolehkan Tabung Haji mengumumkan agihan keuntungan tinggi melalui:
(i) penggunaan perakaunan kreatif (creative accounting);
(ii) pelanggaran standard perakaunan (Malaysian Financial Reporting Standards);
(iii) Perubahan polisi rosot nilai yang tidak memberi gambaran adil dan benar.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Manipulasi kewangan ini telah disahkan oleh firma audit PwC di dalam laporan pada tahun 2018. Ingin ditekankan di sini bahawa pada akhir tahun 2018, EY telah membuat kenyataan bahawa EY bukan juruaudit Tabung Haji dan tidak terlibat dengan penilaian aset Tabung Haji. EY hanya dilantik untuk menyemak penyata Proforma yang disediakan oleh Tabung Haji.
Malah, PwC mendapati hanya RM556 juta sahaja daripada jumlah aset RM4.6 bilion dinilai oleh penilai profesional. Tindakan tersebut diambil untuk apa?
Semata-mata bagi membolehkan Tabung Haji mengumumkan agihan keuntungan yang tinggi walaupun prestasi kewangan adalah sebaliknya dan Tabung Haji tidak solvent. Keputusan ini merupakan satu ketidakpatuhan yang ketara kerana Tabung Haji mengagihkan keuntungan tinggi apabila jurang defisit antara aset dan liabiliti
Dr. Zulkifli bin Hasan
berkembang jelas melanggar Akta Tabung Haji. Ia juga boleh menjejaskan kelestarian kewangan Tabung Haji bagi generasi akan datang.
Atau saya boleh bagi satu analogi seperti ini kepada semua. Bayangkan Makcik Senah. Tiada kaitan dengan antara yang hidup dan mati. Contoh sahaja.
Seorang ibu tunggal menyara keluarga, ada simpan duit dalam satu tabung.
Pengurus tabung tersebut berjanji kalau ada untung berniaga, pengurus akan bagi dividen, agihan keuntungan setiap hujung tahun. Makcik Senah bergembira kerana dapat pulangan wang yang lebih banyak. Namun, kena ingat, syarat utama mengikut undang-undang tabung tersebut, dividen hanya boleh dibayar kalau nilai harta aset tabung lebih banyak daripada liabiliti.
Jadi, dalam hal ini, pengurus tabung tersebut sebenarnya bayar dividen guna duit ghaib. Satu penipuan seumpama skim Ponzi ataupun skim Pak Man Telo. Luar nampak cantik sebab dapat dividen tinggi tapi hakikatnya simpanan tabung itu makin susut. Dia tipu buku akaun dengan tinggi-tinggikan nilai harta atas kertas semata- mata nak tunjuk kononnya tabung ada untung, walhal rugi dan melanggar undang- undang. Barangkali tabung tersebut pun dah jadi bankrap. Habis semua duit Makcik Senah. Lebih teruk lagi, tiada yang sudi membantu dan menyelamatkan Makcik Senah.
Namun, di dalam kes Tabung Haji, demi menjaga kepentingan pendeposit dan mempertahan maruah institusi Islam yang disayangi ini, kerajaan telah berusaha sedayanya menyelamatkan Tabung Haji dengan bailout melebihi RM10 bilion akibat kerakusan penyelewengan. Bayangkan, dengan wang melebihi RM10 bilion, kerajaan boleh membina ratusan, puluhan masjid, sekolah, kemudahan keperluan rakyat dan umat Islam.
Tan Sri Yang di-Pertua, pelaporan kewangan yang tidak mencerminkan kedudukan sebenar di antara dapatan RCI. RCI turut membangkitkan amalan pelaporan kewangan di mana kerugian tertentu tidak direkod sewajarnya dalam penyata untung rugi dan kunci kira-kira menyebabkan keuntungan dipalsukan, dengan izin, falsified profit. Sekiranya standard MFRS diguna pakai secara sepenuhnya, Tabung Haji sepatutnya merekodkan kerugian bersih RM1.4 bilion berbanding keuntungan sebanyak RM3.4 bilion bagi tahun 2017.
Perubahan dasar perakaunan rosot nilai dibuat sebanyak dua kali dalam tahun yang sama menyebabkan pelaporan kewangan tidak mencerminkan kedudukan Tabung Haji yang sebenar. Perubahan ini dilakukan bagi membolehkan Tabung Haji menunjukkan keuntungan pada tahun semasa yang sepatutnya
Dr. Zulkifli bin Hasan
menunjukkan kerugian. Perubahan ini juga telah diluluskan oleh Menteri yang bertanggungjawab pada masa itu.
Perubahan polisi rosot nilai berulang kali ini turut ditegur oleh Ketua Audit Negara dalam pendapat juruaudit bagi Penyata Kewangan 2017. RCI berpendapat Ketua Audit Negara tidak sepatutnya memberi Sijil Audit Bersih dan perkara-perkara yang dinyatakan sebagai emphasis of matter sepatutnya dinyatakan sebagai qualified opinion ataupun ketidakpatuhan.
RCI berpendapat bahawa penggunaan kaedah realisable asset value (RAV) adalah tidak selaras dengan seksyen 22 Akta Tabung Haji berkaitan penilaian aset kerana RAV tidak direkodkan dalam penyata kewangan Tabung Haji yang diaudit.
Bahkan RCI mendapati, berdasarkan laporan PwC, pengiraan RAV adalah anggaran yang dibuat oleh pengurusan Tabung Haji pada masa itu, bukannya menggunakan harga pasaran bagi saham yang tersenarai dan penilaian yang profesional yang bebas bagi menilai hartanah. It’s a falsified. Sebagai contoh, pada tahun 2017, sejumlah RM2.294 bilion yang berkaitan dengan Tabung Haji Plantation Berhad telah dicampurkan dalam pengiraan RAV.
PwC mendapati ini adalah berdasarkan penilaian aset hartanah berjumlah RM4.6 bilion yang mana hanya RM556 juta adalah berdasarkan laporan penilaian yang dikeluarkan oleh penilai-penilai profesional sedangkan baki penilaian bernilai RM4.044 bilion hanyalah berdasarkan anggaran pengurusan semata-mata.
Walaupun RAV yang digunakan didakwa oleh pengurusan Tabung Haji adalah berdasarkan nasihat dan sudah diaudit oleh Ernst & Young (EY), persoalan yang tidak dapat dijelaskan adalah bagaimana EY boleh mengaudit penilaian yang tidak berasaskan kepada nilai yang ditentukan oleh penilai-penilai profesional.
Menurut FRS 139 yang berkuat kuasa sehingga tahun 2017, rosot nilai kewangan yang dipegang untuk jualan pelaburan portfolio hendaklah dirosot-nilaikan sehingga nilai wajarnya sekiranya terdapat bukti-bukti objektif bahawa aset berkenaan telah merosot nilainya secara signifikan dan berpanjangan (significant and prolong) seperti harga saham yang jauh lebih murah di pasaran saham berbanding dengan harga asal di kala saham dibeli.
RCI juga mendapati polisi rosot nilai aset-aset yang hendak dirosot nilaikan seperti yang dikehendaki oleh Piawaian Pelaporan Kewangan (FRS) 139 tidak dibuat menurut prinsip-prinsip perakaunan yang diakui umum. Rosot nilai hanya dibuat apabila nilai pasaran jatuh sebanyak 70 peratus daripada kos pelaburan asalnya. Ini
Dr. Zulkifli bin Hasan
kemudiannya diubah dari 70 peratus kepada 85 peratus dan seterusnya diubah lagi kepada 90 peratus dalam tempoh satu hari bagi tahun kewangan 2017.
Sebagai contoh, bagi pelaburan saham asal berjumlah RM1,000, rosot nilai hanya dibuat apabila nilai pasaran saham berkenaan jatuh pada harga RM100. Pada hakikatnya, sekiranya pelaburan berkenaan dijual dalam pasaran pada ketika itu, Tabung Haji hanya akan dapat mengutip RM100, bukannya RM1,000 seperti yang dinyatakan dalam penyata kewangan.
Kaedah pengiraan agihan keuntungan juga telah ditukar daripada purata baki deposit bulanan kepada purata baki terendah tahunan pada tahun 2017. Setelah mendapat reaksi negatif pendeposit, Tabung Haji telah membuat keputusan untuk mengubah polisi rosot nilainya dua kali supaya keuntungan tahun 2017 dapat ditingkatkan bagi membolehkan hibah ataupun dividen tambahan sebanyak RM600 juta dapat diagihkan berdasarkan kaedah baki terendah bulanan semula pada kadar 4.5 peratus tambah 1.75 peratus seperti diumumkan sebelum itu.
RCI juga mendapati, berdasarkan akuan berkanun saksi Ketua Pegawai Kewangan ketika itu, pertukaran yang dibuat ke atas polisi rosot nilai bagi membolehkan Tabung Haji mengagihkan keuntungan selaras dengan jangkaan pendeposit dan bukannya untuk memastikan penilaian aset menggambarkan nilai wajar aset tersebut seperti yang dikehendaki oleh piawaian perakaunan, tindakan ini tidak selaras dengan kehendak Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 yang mengkehendaki pemakaian prinsip-prinsip perakuan yang diakui umum dan konsisten.
Ketua Audit Negara berpandangan bahawa polisi rosot nilai yang melangkaui amalan pasaran yang agresif ini sebagai sesuatu yang tidak salah. Walaupun RCI mendapati bahawa pandangan tersebut adalah tidak tepat, dalam memberi pandangan tersebut, Ketua Audit Negara telah mengandaikan bahawa kelulusan Menteri dalam menentukan tahap rosot nilai sebagai kuasa yang diperuntukkan di bawah seksyen 11(b) Akta 240.
Dr. Zulkifli bin Hasan
RCI mendapati Tabung Haji dalam mengira agihan keuntungan, tidak merujuk kepada penyata kewangan yang telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara.
Tabung Haji telah melantik EY sebagai konsultan untuk menyediakan laporan pro forma kedudukan kewangan. RCI mendapati penggunaan laporan pro forma yang disediakan oleh EY tidak boleh dijadikan asas untuk membayar agihan keuntungan, malahan EY sendiri dalam kenyataannya menyatakan bahawa laporan pro forma
Dr. Zulkifli bin Hasan
financial information bukanlah untuk dijadikan asas untuk Tabung Haji membayar keuntungan.
Dengan itu, RCI berpendapat pembayaran keuntungan dari tahun 2014 sehingga 2017 yang berpandukan RAV adalah tidak selaras dengan kehendak seksyen 22, Akta Tabung Haji. Pengiraan RAV bukanlah pengiraan yang mematuhi standard piawaian perakaunan yang diakui umum.
Ketiga, dapatan RCI. Pelaburan berisiko tinggi. Tekanan untuk mengumumkan bayaran dividen yang tinggi dari tahun ke tahun mendorong Tabung Haji membuat beberapa pelaburan yang berisiko tinggi sehingga mengalami kerugian pelaburan yang mencecah berbilion-bilion Ringgit. Di samping itu, Laporan RCI telah mengenal pasti 14 pelaburan bermasalah yang dikaitkan dengan kerugian menjangkau berbilion Ringgit.
Antara yang ketara adalah Putrajaya Perdana, Al-Rawda, PTTH Indoor Plantations, Trurich, dan FGV yang melibatkan kepentingan pihak-pihak tertentu.
Pelaburan yang terlibat diluluskan Menteri setelah diperakui dan disyor oleh lembaga pengarah untuk kelulusan sepanjang tempoh antara 2010 sehingga 2017.
Sebagai contoh Tan Sri Yang di-Pertua, pada 2015, 2016, 2017, Tabung Haji telah memajak empat hotel di Mekah dan Madinah dan telah membayar kira-kira RM1.55 bilion secara upfront kepada Al-Rawda bagi pajakan selama 10 hingga 18 tahun. RM1.55 bilion secara upfront. Ini adalah satu transaksi yang luar biasa, tidak normal.
Tidak cukup dengan itu, Tabung Haji telah melantik Al-Rawda sebagai pengendali hotel bagi keempat-empat hotel tersebut sebagai— melalui perjanjian pengurusan dan operasi dengan pendapatan sewa pajakan berjumlah Saudi Riyal 2.490 bilion. Sebagai balasan, Tabung Haji hanya mendapat nota janji (promissory note) yang dijamin secara peribadi oleh Doktor Masrul Ali Umar Al Madudi, pemilik syarikat Al-Rawda. Sejak Mac 2019, Al-Rawda telah gagal membayar pendapatan sewa dan Tabung Haji telah menjalankan prosiding penguatkuasaan di Arab Saudi.
Prosiding timbang tara yang dimulakan oleh Al-Rawda terhadap Tabung Haji telah diselesaikan melalui keputusan akhir bertarikh 16 April 2023 yang memihak kepada Tabung Haji. Al-Rawda diarahkan untuk membayar Saudi Riyal 899 juta.
Tabung Haji telah mengambil segala langkah penguatkuasaan terhadap Al- Rawda. Walau bagaimanapun, Al-Rawda telah didapati tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk membayar amaun tersebut. Pada November 2024, Tabung Haji dan Al-Rawda telah memasuki perjanjian penyelesaian sebagai usaha
Dr. Zulkifli bin Hasan
untuk mendapatkan kembali jumlah Saudi Riyal 899 juta. Al-Rawda hanya membayar sebahagian dari amaun yang dipersetujui sebanyak Saudi Riyal 14.9 juta sebelum gagal mematuhi terma perjanjian penyelesaian.
Tabung Haji telah menamatkan perjanjian penyelesaian tersebut dan meneruskan usaha untuk mendapatkan baki award timbang tara, ini termasuklah melantik syarikat perunding yang mempunyai kepakaran untuk melakukan penjejakan aset (asset tracing). Kedua, contoh, penyenaraian FGV di dendang sebagai kejayaan IPO terbesar negara, mengumpul lebih RM10 bilion tetapi akhirnya, Tabung Haji berhadapan kerugian lebih RM1 bilion. Ketika harga saham menjunam, Tabung Haji terus memegang saham walaupun nilainya jatuh lebih 80 peratus dan hanya membuat perubahan dasar rosot nilai untuk sorok dan mengaburi kerugian.
Ketiga, yang ini perlu diberikan perhatian. Tabung Haji telah melabur dalam Putrajaya Perdana, meletak Pengerusi Tabung Haji ketika itu sebagai Pengerusi Putrajaya Perdana, orang yang sama. Pengerusi Tabung Haji, Pengerusi Putrajaya Perdana. Dan kemudian, syarikat terheret dalam urus niaga 1MDB. Akhirnya, Tabung Haji rugi RM145.3 juta.
Keempat, Tabung Haji juga telah membeli tanah di TRX daripada 1MDB ketika kontroversi sedang memuncak. Persoalan besar timbul apabila CEO Tabung Haji merupakan ahli lembaga pengarah 1MDB. Adakah pelaburan ketika itu untuk kepentingan Tabung Haji atau menyelesaikan masalah-masalah pihak lain?
Tan Sri Yang di-Pertua, apakah syor RCI dan tindakan Tabung Haji? Ini yang paling penting. Kesimpulannya, krisis Tabung Haji tidak berlaku dalam sekelip mata.
Ia merupakan kesan terkumpul daripada kerakusan dan penyelewengan, kelemahan tadbir urus, campur tangan kepentingan tertentu, keputusan pelaburan berisiko serta kegagalan menggambarkan kedudukan kewangan secara telus.
Daripada Laporan RCI tersebut yang boleh dirujuk secara terbuka oleh semua rakyat Malaysia, terdapat keseluruhan 25 syor yang terangkum dalam lima teras utama. Saya akan cerakinkan setiap teras pengesyoran ini dan perjelaskan, percerahkan status dan tindakan yang diambil untuk makluman bersama.
RCI berpandangan perlu adanya pembaharuan menyeluruh terhadap Akta Tabung Haji meliputi kriteria khusus kelayakan dan kaedah pemilihan anggota lembaga berdasarkan kepakaran khusus. Selain itu, dicadangkan untuk larangan bagi ahli politik aktif dilantik sebagai pengerusi atau anggota lembaga Tabung Haji.
Alhamdulillah, Tabung Haji telah melaksanakan pelantikan kepimpinan, termasuk
Dr. Zulkifli bin Hasan
ahli lembaga pengarah dan pengurusan berdasarkan integriti, kompetensi, kebolehan dan pengalaman berdasarkan fit and proper criteria mengikut kerangka yang diguna pakai oleh Bank Negara Malaysia.
Tan Sri Yang di-Pertua, sebenarnya kita punya ramai teknokrat dan tokoh yang berwibawa, kompeten dan beramanah, berintegriti untuk menerajui Tabung Haji. Buktinya, hari ini Tabung Haji kini berada dalam keadaan yang sangat baik dari sudut pengurusan haji, pelaburan kewangan dan keseluruhannya. Dari aspek agihan keuntungan, RCI telah mengesyorkan untuk Tabung Haji mempunyai peruntukan lebih jelas berkaitan pengiraan agihan keuntungan yang berpandukan kepada penyata kewangan tahunan diaudit. Syor untuk mengumumkan kadar agihan keuntungan berdasarkan penyata kewangan tahunan diaudit telah pun dilaksanakan sejak tahun 2022.
Di samping itu, sejak tahun 2018, Penyata Kewangan Tabung Haji telah mengguna pakai sepenuhnya piawaian perakaunan selaras dengan pengesyoran RCI. Ingin saya jelaskan di sini, kesemua syor RCI yang berkaitan telah diteliti untuk diambil tindakan dalam cadangan pindaan Akta Tabung Haji nanti, termasuk berkaitan kesesuaian kerangka, pengawasan dan pemantauan oleh Suruhanjaya Sekuriti ke atas pengurusan dana dan pelaburan Tabung Haji.
Bagi tujuan ini, satu pasukan kerja (taskforce) telah ditubuhkan, dipengerusikan oleh Pengerusi Tabung Haji dan dianggotai oleh Gabenor Bank Negara dan juga Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti bagi meneliti perkara ini. Saya dimaklumkan, taskforce ini bersetuju untuk mengesyorkan supaya aspek pengurusan dana dan pelaburan Tabung Haji dikawal selia oleh Securities Commission, manakala aspek pengurusan haji akan dikawal selia oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Tabung Haji kekal sebagai satu entiti yang utuh. Butiran lanjut syor tersebut akan diberikan dan akan dipertimbangkan lanjut oleh Kabinet untuk kelulusan.
Untuk menjamin perkara-perkara yang dilaporkan oleh RCI tidak berulang, peruntukan undang-undang yang jelas seperti piawaian perakaunan yang diguna pakai dan penalti salah lapor penyata kewangan akan dimasukkan ke dalam Akta Tabung Haji yang akan dikemas kini, selaras dengan cadangan-cadangan RCI.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Seterusnya, saya ingin menjelaskan isu berkaitan pemberian bonus tinggi, audit forensik dan penguatkuasaan. RCI telah mengesyorkan pemberhentian amalan pemberian bonus yang terlalu tinggi kepada kakitangan. Ingin dijelaskan di sini
Dr. Zulkifli bin Hasan
Tabung Haji telah mengambil tindakan dengan mengamalkan pemberian bonus munasabah berdasarkan prestasi kewangan keseluruhan, institusi dan pencapaian petunjuk prestasi utama Tabung Haji dan anggotanya.
Perkara juga tertakluk kepada kelulusan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Agama dan Menteri Kewangan. Manakala, bonus tinggi yang telah diberi tanpa mematuhi peraturan kepada Ahli Lembaga Tabung Haji Properties telah ditarik balik dan selesai dibayar semula bertepatan dengan syor RCI, khalas. Berkaitan isu yang dibangkitkan RCI berkenaan pelaksanaan audit forensik ke atas 14 pelaburan bermasalah. Tabung Haji telah mengambil tindakan dengan melantik firma Ernst &Young (EY) dan firma guaman Skrine & Co., Zain & Co., Tajuddin & Co untuk melakukan analisis jurang (gap analysis) dan cadangan penambahbaikan telah pun di bentang kepada Lembaga Tabung Haji serta telah dilaksanakan. Hasil daripada dapatan RCI ini juga, Tabung Haji telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa terhadap enam laporan kepada PDRM dan enam laporan kepada SPRM untuk tindakan selanjutnya.
Mengenai sukuk. Pelan Pemulihan dan Zakat, Tabung Haji sedang melaksanakan syor berkaitan Pelan Pemulihan dan Penstrukturan Tabung Haji bagi tahun 2018. Di mana seperti yang saya maklumkan di dalam kenyataan saya di Dewan Negara sebelum ini, sukuk UJSB Siri 1 yang matang pada Mei 2026 telah di- refinance, dibiayai semula dengan penerbitan sukuk UJSB terbitan 2026 untuk tempoh 10 tahun.
Tan Sri Yang di-Pertua, memandangkan kedudukan kewangan Tabung Haji kini telah kembali kukuh, Tabung Haji telah mengambil semula dua aset yang dijual kepada UJSB. Berdasarkan penilaian komersial dan kesesuaian kepada kriteria pelaburan Tabung Haji. Contoh, baru-baru ini tanah di TRX – Tun Razak Exchange yang dijual pada nilai RM400 juta pada 2018 telah dibeli semula oleh Tabung Haji pada harga RM270 juta berdasarkan nilai pasaran semasa.
Dan kedua, ladang kelapa sawit UJ Estates (Holdings) Sdn. Bhd. yang dijual pada nilai RM800 juta, dibeli semula tahun ini pada nilai pasaran RM695 juta, termasuk tunai RM115 juta iaitu enterprise value sekitar RM580 juta.
Seterusnya, isu ini ada dibangkitkan. Isu pelunasan zakat yang sering disentuh mutakhir ini. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan kekeliruan orang awam terutamanya para pendeposit Tabung Haji yang budiman berkaitan pelunasan zakat daripada dana mereka bagi tahun- tahun sebelumnya.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Untuk makluman, status pelunasan zakat bagi pihak pendeposit adalah sah dan telah dilaksanakan dengan sempurna. Jawatankuasa Penasihat Syariah Tabung Haji dalam mesyuaratnya pada 2 September 2020, berpandangan bahawa status pembayaran zakat bagi pendeposit pada tahun-tahun sebelum konsep wakalah diperkenalkan bagi tahun 2019 adalah sah dan mematuhi hukum syarak.
Bahkan, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia bagi pada 3 Mei 1979 menetapkan bahawa Tabung Haji adalah institusi yang tidak wajib zakat ke atasnya tetapi Tabung Haji wajib membayar zakat bagi pihak pendeposit. Tabung Haji telah secara konsisten menunaikan kewajipan membayar zakat bagi pihak pendeposit selaras dengan ketetapan ini.
Berhubung pembayar zakat bagi tahun semasa, Kontrak Wadiah Yad Dhamanah bagi tahun 2016–2019, pada hakikatnya zakat yang dikeluarkan itu adalah zakat perniagaan secara khultah bagi pihak pendeposit ke atas kumpulan wang pendeposit yang diniagakan.
Merujuk kepada syor RCI supaya perkara berkaitan amalan zakat Tabung Haji dibawa kepada Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, saya ingin menegaskan bahawa amalan zakat Tabung Haji telah di bentang, diperakui oleh Jawatankuasa Muzakarah (MKI) pada Jun 2024 dan pandangan Jawatankuasa Muzakarah (MKI) seterusnya telah disembah maklum kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) yang ke-267 pada Oktober 2024.
Khulasah-nya. Oleh itu, para pendeposit tidak perlu bimbang kerana semua urusan pelunasan zakat anda telah dilaksanakan oleh Tabung Haji secara tertib dan berlandaskan hukum syarak. Keseluruhan operasi dan tadbir urus zakat Tabung Haji adalah berpandukan garis panduan zakat yang telah diluluskan dipantau oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah Tabung Haji yang dianggotai oleh pakar-pakar syariah dan kewangan Islam.
Tabung Haji juga mengambil maklum dengan pengesyoran daripada Jawatankuasa RCI berkaitan perubahan dasar dari aspek pengurusan haji, terutamanya dari aspek kelayakan haji dan tempoh menunggu giliran haji.
Untuk itu, suka untuk saya maklumkan Tabung Haji kini sedang dalam peringkat akhir untuk memperhalusi penambahbaikan polisi pengurusan haji yang akan diumumkan dalam masa terdekat. Insya-Allah, penambahbaikan akan melibatkan pelan menunaikan haji yang lebih jelas, terancang, sistematik, sejajar dengan konsep istito’ah, kemampuan dan penekanan kesiapsiagaan awam.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Tan Sri Yang di-Pertua, sikit lagi. Apakah kesan tindakan pelan pemulihan hasil pengesyoran RCI? Kesan? Setakat hari ini, kita telah melihat tindakan serta- merta pihak berkuasa menerusi pasukan khas ditubuhkan oleh SPRM dan PDRM sejurus selepas Laporan RCI didedahkan, siasatan telah dimulakan yang seterusnya membawa kepada tindakan penguatkuasaan, termasuk penahanan beberapa individu terkait dengan dakwaan salah laku seperti suapan, salah guna kuasa, serta pelanggaran tadbir urus.
Pelan Pemulihan dan Reformasi Institusi oleh Tabung Haji yang dilaksanakan sejak 2018 telah berjaya membawa hasil yang positif. Alhamdulillah, tindakan transformasi Tabung Haji ini tertumpu kepada sembilan teras utama.
(i) memulihkan kedudukan kewangan;
(ii) memperkukuh tadbir urus dan akauntabiliti;
(iii) meningkatkan kualiti pelaburan;
(iv) memberikan pulangan yang mampan kepada pendeposit;
(v) mengekalkan kemampuan menunaikan haji;
(vi) melindungi kebajikan dan kepentingan pendeposit;
(vii) mencapai kecemerlangan perkhidmatan bertaraf dunia;
(viii) memperkasakan kepimpinan profesional dan bebas daripada campur tangan yang tidak wajar; dan
(ix) membina institusi Islam yang lebih kukuh, berdaya tahan; dan dipercayai untuk jangka panjang.
Kesemua transformasi yang dilaksanakan ini jelas telah membuahkan kejayaan kepada pengukuhan Tabung Haji yang lebih mampan pada hari ini.
Buktinya jelas bila mana penstrukturan semula aset dan liabiliti telah berjaya memulihkan kedudukan kewangan Tabung Haji. Di samping itu, Tabung Haji juga telah dapat membersihkan kunci kira-kira serta membina semula rizab kewangan yang lebih kukuh.
Tabung Haji juga telah berjaya mencatatkan rekod pendapatan pelaburan tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak RM4.64 bilion pada tahun 2025, hasil daripada peningkatan kualiti pelaburan serta pengukuhan tadbir urus dan ketelusan dalam pengurusan institusi. Tabung Haji telah membuktikan komitmen dalam meletakkan keutamaan kepada kepentingan pendeposit setalah berjaya meningkatkan kadar
Dr. Zulkifli bin Hasan
dividen, agihan keuntungan secara berperingkat dari 1.25 peratus pada 2018 naik sehingga kepada 3.5 peratus bagi tahun 2025.
Sekali gus, mencatatkan kadar tertinggi dalam tempoh lapan tahun walaupun setelah mengambil kira RM2.6 bilion aset legasi yang bermasalah sejak sebelum 2018 lagi yang perlu di rosot nilai selepas tahun 2018 sehingga tahun 2025.
Seterusnya Tan Sri Yang di-Pertua, kos haji berjaya dikekalkan selama tiga musim berturut-turut pada kadar RM33,300 bermula tahun 2024 sehingga 2026 berjaya dikekalkan. Walaupun, ingin saya tekankan, inflasi telah meningkat 250 peratus sejak tahun 2001 ketika Bantuan Kewangan Haji diperkenalkan hingga tahun 2023.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Tabung Haji juga berjaya mengekalkan kos haji dengan mengekang kenaikan kos penerbangan melalui kontrak jangka panjang.
Tabung Haji juga dapat menurunkan kos penyewaan hotel baharu yang lebih berkualiti melalui rundingan terus dengan pemilik bangunan berbanding melalui pihak ketiga walau berdepan peningkatan inflasi dan perlu menanggung kos perkhidmatan atau kemudahan baharu di tanah suci.
Pengukuhan tadbir urus juga telah menyumbang kepada peningkatan mutu- the quality perkhidmatan haji yang disampaikan kepada jemaah haji Malaysia. Ini terbukti apabila pengurusan haji oleh Tabung Haji telah diiktiraf dunia dengan anugerah tertinggi Labaytum Diamond Award dua tahun berturut-turut dan ini merupakan anugerah Labaytum kelima kali.
[Dewan tepuk]
Dr. Zulkifli bin Hasan
Berturut-turut yang diterima oleh Tabung Haji.
Hasilnya, di bawah kepimpinan Pengerusi, Lembaga Pengarah serta pasukan pengurusan yang profesional, kompeten, berwibawa, Tabung Haji kini berjaya kembali ke landasan yang lebih kukuh, mampan melalui pelan strategik reformasi serta tadbir urus yang lebih baik tanpa campur tangan kerajaan.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya amat terkilan dengan kelakuan pihak pembangkang pada pagi ini.
[Dewan riuh]
Dr. Zulkifli bin Hasan
Kita ingin membincangkan mengenai satu institusi yang amat penting yang kita sayangi bagi umat Islam di Malaysia, namun mereka mengambil sikap untuk meninggalkan Dewan ini.
[Dewan riuh]
Dr. Zulkifli bin Hasan
Bukan semua.
Tuan Yang di-Pertua
Separuh daripada pembangkang.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Di kesempatan ini, setulus dan seikhlasnya, saya ingin menyeru kepada pihak pembangkang...
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] BERSATU ada, BERSATU ada.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Untuk duduk dan bahas kalau benar-benar memperjuangkan agenda umat Islam di Malaysia.
[Dewan tepuk]
Dr. Zulkifli bin Hasan
Tuan Yang di-Pertua, saya mengajak dan menyeru Dewan ini dan seluruh rakyat Malaysia mengambil satu pengajaran besar daripada Laporan RCI ini.
Kita boleh berbeza parti. Kita boleh berbeza pandangan. Kita boleh berbahas dengan keras di Dewan ini, tetapi ada institusi yang tidak sepatutnya kita heret ke dalam gelanggang politik.
[Dewan tepuk]
Dr. Zulkifli bin Hasan
Tabung Haji adalah salah satunya. Tabung Haji bukan milik kerajaan hari ini.
Bukan milik kerajaan semalam. Bukan milik mana-mana parti. Tabung Haji adalah amanah umat Islam Malaysia. Setiap Ringgit di dalamnya membawa satu cerita.
Ada seorang ibu yang menyimpan untuk pergi menunaikan haji bersama suaminya. Ada seorang ayah yang menyimpan sejak muda. Ada seorang anak yang akaunnya dibuka ketika masih kecil. Ada seorang pesara yang menunggu puluhan tahun untuk satu perjalanan yang mungkin hanya berlaku sekali dalam hidupnya.
Ada nelayan dan petani di kampung yang berlapar semata-mata menabung untuk ke Baitullah. Mereka mungkin tidak tahu apa itu MFRS, mereka mungkin tidak tahu apa itu impairment, mereka mungkin tidak membaca penyata kewangan, tetapi mereka tahu satu perkara. Mereka percaya kepada Tabung Haji. Mereka percaya kepada Tabung Haji dan amanah itulah yang kita pernah tergugat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan khianat. Dan kini, amanah itulah yang sekarang kita sedang bina semula.
Maka, saya ingin berkata dengan ikhlas dan jelas dan tulusnya, jangan sekali lagi kita benarkan Tabung Haji menjadi mangsa kerakusan kuasa. Jangan sekali lagi kita benarkan kepentingan politik mengatasi kepentingan pendeposit dan umat Islam. Jangan sekali lagi kita membiarkan angka dimanipulasi untuk menutup kelemahan sebenar, menutup penyelewengan yang pasti akan terbongkar.
Saya sudahi dengan ingatan Rasulullah SAW, Tan Sri Yang di-Pertua.
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda [Membaca sepotong hadis] “Apabila hilangnya amanah, maka tunggulah saat kebinasaannya”...
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
[Bangun]
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
[Bangun]
Dr. Zulkifli bin Hasan
Sahabat bertanya, “Bagaimana punca hilangnya amanah itu wahai Rasulullah SAW?” Lalu, Baginda Rasulullah SAW bersabda [Membaca sepotong hadis] “Apabila diserahkan sesuatu urusan kepada orang yang bukan ahlinya, maka kamu tunggulah hari kebinasaan itu.” Hadis Riwayat Bukhari.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Speaker...
Dr. Zulkifli bin Hasan
Tan Sri Yang di-Pertua, dan jangan sekali lagi kita mewariskan kepada generasi akan datang, hutang daripada keputusan yang dibuat semata-mata keuntungan politik hari ini.
Datuk Willie anak Mongin - Punscak Borneo
Yang Berhormat Menteri...
Dr. Zulkifli bin Hasan
Kerajaan akan terus melaksanakan reformasi dan islah sedayanya. Kita akan memperkukuhkan Akta Tabung Haji, kita akan memperkukuhkan lembaga, kita akan memperkukuhkan tadbir urus dan kita akan memastikan keputusan Tabung Haji dibuat berdasarkan satu prinsip sahaja.
Apa yang terbaik untuk pendeposit dan umat Islam kerana apabila seorang rakyat menyerahkan wangnya kepada Tabung Haji, dia bukan sekadar menyerahkan simpanan, dia menyerahkan kepercayaan. Dan kepercayaan itu tidak boleh dibeli dengan slogan, ia mesti diperoleh melalui integriti, ia mesti dibuktikan melalui tindakan dan ia mesti dipertahankan walau siapa pun yang memerintah.
Semoga Allah SWT memelihara Tabung Haji daripada mereka yang mahu mengambil kesempatan terhadapnya. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada kita untuk menjaga amanah ini dengan jujur dan berani. Dan semoga jutaan umat Islam Malaysia yang menyimpan hari ini akhirnya diberikan peluang untuk menyahut seruan, “Labbaik Allahumma Labbaik” Wabillahi taufik wal-hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Dewan tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Tan Sri Speaker...
Tuan Yang di-Pertua
Penerangan daripada Yang Berhormat ini terbuka untuk meminta penjelasan dan memberikan pandangan.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Namun sebelum kita meneruskan urusan seterusnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri untuk membentangkan Usul. Silakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut peraturan mesyuarat 11(3) dan 12(1) saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga selesai Yang Berhormat Menteri menjawab ke atas isu-isu yang dibangkitkan semasa penerangan daripada Menteri dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang tidak ditetapkan.”
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Ada sesiapa yang menyokong?
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Saya menyokong.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Tan Sri Speaker, Tan Sri Speaker boleh? Pertama sekali lah, Sri gading mohon kepada Dewan yang mulia ini, kepada pembahas-pembahas yang ada dalam Dewan sahaja. Sebab yang— kalau tak ada, tidak masuk berbahas itu saya rasa tidak adil. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat hari ini akan bersidang secara terus dan tidak akan ditangguhkan pada jam 1 tengah hari. Mesyuarat hari ini juga dijangka akan bersidang hingga malam.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Ini bagi membolehkan 36 orang Ahli Yang Berhormat dapat terlibat dalam perbahasan hari ini. Saya akan memberikan tempoh masa berbahas sebanyak 15 minit kepada Pengerusi Backbenchers dan kalau ada Ketua
Tuan Yang di-Pertua
Pembangkang, mungkin ada. Manakala, sebanyak 10 minit kepada pembahas- pembahas lain.
Saya menyarankan agar pembahas— perbahasan Ahli Yang Berhormat memberikan fokus kepada penerangan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi agar tujuan Mesyuarat Khas ini diadakan dapat dicapai.
Oleh itu, selaras dengan semangat Peraturan Mesyuarat 38(1), saya mengehadkan skop perbahasan kepada Laporan RCI Lembaga Tabung Haji sahaja.
Seterusnya Yang Berhormat akan menjawab— minta maaf. Seterusnya, Yang Berhormat Menteri akan menjawab isu dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat.
Kita akan ada dua orang Menteri yang akan menjawab. Insya-Allah. Baik, saya akan membacakan.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Tan Sri Speaker, Peraturan Mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Diizinkan. Terima kasih Tan Sri Speaker. Peraturan Mesyuarat 35, subseksyen (7) kerana sebahagian besar Blok Pembangkang memilih untuk memboikot perbahasan RCI yang sangat penting melibatkan kebajikan dalam sekitar 10 juta pendeposit Tabung Haji dan boleh dikatakan Tabung Haji ini merupakan institusi terpenting bagi umat Islam...
Tuan Yang di-Pertua
Bilion. Bilion— 10 bilion.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
10 juta pendeposit, bukan jumlah.
Tuan Yang di-Pertua
Oh, pendeposit.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Saya mohon atas ihsan, nama baik Tan Sri Speaker untuk memperuntukkan masa yang hilang kepada kami di pihak pembangkang untuk membahaskan isu ini dan memilih untuk membahaskan isu ini demi menjaga nama baik dan maruah lebih 10 juta pendeposit Tabung Haji. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Saya bersetuju dengan Muar, Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang saya katakan tadi, saya akan bacakan senarai-senarai dahulu.
Tuan Yang di-Pertua
Dan saya difahamkan Setiausaha telah memaklumkan kepada saya, sepatutnya kita ada 51 orang pembahas, tetapi 15 orang pembahas telah pun memaklumkan kepada Setiausaha untuk menarik diri atas sebab-sebab tertentu.
Namun, ingin saya bacakan nama-nama yang telah pun kekal dalam senarai ini. Dan seperti yang diminta oleh Muar, saya bersetuju supaya kita daripada 8 minit yang saya peruntukkan, kita beri 10 minit untuk tambahannya.
Baik, saya bacakan semua senarai-senarai pembahas yang akan mengambil bahagian. Bermula dengan Sekijang, YB. Sekijang; diikuti dengan Gombak; kemudian YB. Papar; Santubong— Papar dan Santubong walaupun Menteri dan kem pentadbiran, tetapi mereka akan berbicara sebagai wakil parti dan Ahli Parlimen ya; kemudian diikuti dengan Muar; Simpang Renggam; Semporna; Putatan; Padang Serai; Bentong; Tuaran; Bukit Bendera; Beaufort; Tanjong Karang; Batang Lupar; Pagoh; Tenggara; Shah Alam; Port Dickson; Langkawi; Jelutong; Kinabatangan; Labuan; Balik Pulau; Kampar; Tampin; Sipitang; Kuala Pilah; Ipoh Timor; Batu Pahat; Libaran; Betong; Sri Gading; Putrajaya; Bangi; Pasir Gudang dan Merbok.
Baik, seperti yang saya sebutkan tadi, di akhir sekali, di penghujung Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri Kewangan akan menjawab segala cadangan-cadangan dan pandangan-pandangan yang akan diberikan nanti.
Baik, untuk itu saya mulakan dengan menjemput Sekijang.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.
Saya juga sebelum memulakan Tan Sri Yang di-Pertua, ingin merakamkan selaku Pengerusi Backbenchers atas kekecewaan saya, atas tindakan keluar beramai-ramai oleh pihak pembangkang daripada Dewan yang mulia ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, perkara ini sangat penting sebab kita sedang membincangkan isu laporan RCI yang juga penting dan kita bincangkan pula dalam satu Dewan yang mulia iaitu Dewan yang merupakan institusi tertinggi dalam negara.
Tan Sri Yang di-Pertua, Sekijang mengucapkan ribuan terima kasih atas peluang untuk turut membahaskan laporan RCI berhubung dengan Pengurusan dan Operasi Lembaga Tabung Haji. Bagi pihak BBC, saya menyambut baik keputusan
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
kerajaan untuk mendedahkan laporan ini kepada umum kerana ini memberi peluang kepada rakyat untuk memahami sendiri apa yang sebenarnya fakta dan juga keterangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya tersebut.
Seperti kita semua sedia maklum Tan Sri Yang di-Pertua, Tabung Haji ini amat dekat dengan umat Islam di negara kita. Wang yang disimpan di Tabung Haji itu datang daripada hasil penat lelah pekerjaan, perniagaan dan juga pengorbanan rakyat yang mahu menyempurnakan rukun Islam yang kelima iaitu ibadah haji. Jadi, pendedahan ini sangat penting kerana mereka— bagi mereka untuk mereka tahu kedudukan sebenar apa yang telah berlaku.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Fokus perbahasan saya pada hari ini Dato’ Sri Yang di-Pertua adalah berkaitan dengan tiga perkara iaitu tentang kedudukan kewangan dan agihan keuntungan; dan yang keduanya berkenaan dengan pelaburan yang bermasalah serta kelemahan tadbir urus; dan ketiganya berkenaan akauntabiliti.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada dapatan mengenai Penyata Kewangan Lembaga Tabung Haji pada tahun 2017 yang merekodkan keuntungan sebanyak RM3.4 bilion. Namun, RCI mendapati bahawa sekiranya piawaian Malaysian Financial Reporting Standards (MFRS) digunakan sepenuhnya, Tabung Haji sebenarnya sepatutnya mencatatkan kerugian sebanyak RM1.433 bilion. Maknanya perbezaan antara rangka yang dilaporkan dengan kedudukan sebenar adalah sehingga RM4.8 bilion, bukan satu angka yang kecil Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Jadi, saya ingin sebut benda ini betul-betul sebab kalau tidak nanti kena troll lagi saya. Dalam keadaan itu pun Tabung Haji masih lagi membuat agihan hibah pada kadar 6.25 peratus berjumlah lebih RM3 bilion keseluruhannya— melebihi kemampuan sebenar. Malah kadar agihan tersebut 0.5 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya. Makna kata pada ketika kedudukan kewangan semakin lemah kadar agihan pula dinaikkan.
Satu lagi perkara yang asas, pada tahun 2017 apabila kedudukan sebenar diambil kira, liabiliti Tabung Haji melebihi aset sedangkan di bawah Akta Tabung Haji agihan keuntungan hanya boleh dibuat apabila aset tidak kurang daripada jumlah liabiliti. Jadi bagaimana agihan ini boleh diluluskan? Apakah maklumat yang
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
digunakan pada ketika itu sehingga Tabung Haji dilihat seolah-olah memenuhi syarat untuk membiayai hibah? Adakah ini dilaksanakan untuk menutup kelemahan pentadbiran mereka yang terlibat?
Sebab itu saya nak tanya, apakah asas sebenar keputusan menaikkan kadar agihan tersebut? Adakah ia dibuat berdasarkan kemampuan sebenar Tabung Haji atau ada pertimbangan lain ketika negara sedang mungkin menghampiri Pilihanraya Umum pada ketika itu. Kalau rakyat hanya diberitahu bahawa Tabung Haji untung bilion ringgit tentulah rakyat menyangkakan institusi ini berada dalam keadaan yang sihat, sedangkan kerugian sebenar sehingga RM1.433 bilion itu memberikan gambaran yang sama sekali berbeza. Saya sebagai pendeposit Tabung Haji pun sebenarnya sangat marah ya dengan apa yang telah berlaku ini.
Jadi soalan saya, apakah gambaran sebenar yang dibentangkan kepada Lembaga dan juga Menteri ketika kadar 6.25 peratus itu diluluskan? Dan siapakah yang memperakukan bahawa Tabung Haji benar-benar mempunyai kemampuan untuk membayar lebih RM3.3 bilion kepada pendeposit. Kenapa saya bangkitkan perkara ini? Ini kerana rakyat berhak mengetahui keseluruhan ceritanya. Jangan hanya tonjolkan angka hibah yang tinggi sedangkan kedudukan kewangan sebenarnya disorok dan dikaburkan secara creative accounting, dengan izin.
Pada saya kalau kita berada dalam keadaan yang baik, katakan baik, tapi kalau ada masalah beritahu rakyat, apa masalahnya dan bagaimana kita nak selesaikan. Jadi, jangan sebab hanya ingin mengejar kepada sokongan politik sehingga kita memberikan gambaran yang indah khabar dari rupa.
Saya pelik Dato’ Sri Yang di-Pertua, kenapa perkara macam ini boleh berlaku kepada institusi-institusi yang diwujudkan untuk menjaga kepentingan Melayu, kepentingan bumiputera dan juga kepentingan umat Islam. Tabung Haji ini adalah simpanan orang nak pergi haji, wang orang Islam dan rata-ratanya orang Melayu.
Boleh kata kebanyakan organisasi milik kerajaan jadi macam ini.
Kalau saya boleh sebutkan di antaranya yang kita dah baca ya, dalam media seperti MARA, FELDA, PHB. Eh, ini semua duit orang Melayu, duit orang Islam ya.
Malah ada juga pimpinan parti Melayu yang kata, sekurang-kurangnya pada waktu Tabung Haji bagi hibah yang tinggi— saya nak tanya pada waktu itu Tabung Haji bagi hibah yang tinggi, jadi saya nak tanya retorik apa macam ini? Menipu rakyat semata-mata untuk menutup kelemahan kita sendiri.
Saya bagi analogi yang mudah ya. Contohnya seperti kita— bayangkan seperti kita duduk dalam rumah yang cantik, rumah yang indah ya, tetapi
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
bumbungnya bocor. Dalam keadaan itu tuan rumah pula keluarkan duit untuk berkenduri, berbelanja hanya nak tunjukkan rumah kita cantik, tetapi akhirnya apa yang berlaku? Akhirnya kena betulkan juga ya. Sebab kalau kita tak betulkan rumah itu mungkin terus bocor, terus— mungkin juga runtuh ya. Jadi ini yang kita tak nak.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya ingin menunjuk kepada muka surat 138 dalam laporan ini.
[Sambil menunjukkan dokumen berkaitan] Dalam— dari muka surat 138 hingga 154 Dato’ Sri, dalam bahagian tersebut RCI menyenaraikan 14 ya pelaburan dan juga entiti bermasalah yang dicadangkan untuk melalui audit forensik.
Persoalannya, berapa daripada 14 kes ini telah selesai diaudit? Berapa yang berjaya dipulihkan dan siapa yang telah dipertanggungjawabkan?
RCI turut mendapati proses keputusan pelaburan lemah, manakala Menteri pada ketika itu hanya bergantung kepada memo Lembaga dan pengurusan tanpa input pihak ketiga. Saya faham Menteri perlu bergantung kepada nasihat pegawai, tetapi bagi keputusan melibatkan berbilion Ringgit ini semakan bebas mesti ada.
Jadi, adakah kerajaan akan mempertimbangkan penilaian pihak ketiga bagi pelaburan-pelaburan yang melebihi had-had nilai yang tertentu.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin merujuk satu dapatan berkenaan laporan firma perunding Roland Berger yang tidak diberikan perhatian dan tidak dimanfaatkan oleh pengurusan Tabung Haji. Malah, tidak ada rekod yang menunjukkan bahawa laporan tersebut dibentangkan kepada Lembaga sebelum agihan keuntungan pada tahun 2017 diisytiharkan.
Dalam konteks laporan tersebut, RCI menyatakan bahawa tekanan politik dalam masa— dalam menghadapi pilihan raya umum mendorong keputusan yang menjadi punca utama krisis kewangan Tabung Haji. Ada pihak yang sering bercakap tentang penyatuan ummah. Saya tidak ada masalah pun dengan seruan penyatuan ummah ini, tetapi saya nak tanya, apa makna penyatuan ummah kalau apabila amanah umat Islam itu disalah urus?
Kita mempertahankan mereka yang terlibat dalam keputusan masalah ini.
Kita kena lihat juga peranan kepimpinan Tabung Haji ketika itu iaitu mantan pengerusinya Datuk Seri Azeez Rahim, selain menjadi Pengerusi Lembaga turut memegang jawatan dalam beberapa anak syarikat dan syarikat yang berkaitan dengan Tabung Haji.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Saya difahamkan juga, walaupun beliau memegang jawatan pengerusi bukan eksekutif, beliau mempunyai penglibatan besar dalam rundingan beberapa pelaburan. Saya mahu kerajaan jelaskan, sejauh mana penglibatan tersebut.
Saya juga difahamkan jumlah tunai dalam akaun yang dikaitkan dengan beliau pada ketika itu mencecah sehingga RM170 juta. Betul atau tidak? Jadi, saya juga minta pihak kerajaan jelaskan perkara ini.
Kita juga tidak boleh menutup mata apabila pelaburan Tabung Haji pada ketika itu mempunyai hubungan dengan individu atau syarikat yang mempunyai kaitan politik. Antaranya, pelaburan berkaitan TH Heavy Engineering dan Destini serta pembelian saham Emrail. Jadi, RCI sendiri merekodkan bahawa Tabung Haji membeli 15.3 peratus kepentingan dalam Emrail dengan nilai sehingga RM20.1 juta.
Dan selepas opsyen jual dilaksanakan, hanya RM2 juta sahaja dibayar sementara bakinya belum dilangsaikan lagi. Jadi, kalau betul syarikat-syarikat ini ada terkait dengan mana-mana parti politik, maka ini juga perlu kepada penjelasan.
Kita kena lihat bagaimana kepimpinan politik ketika itu turut bersilang dengan keputusan pelaburan Tabung Haji. Kita semua tahu, Tabung Haji membeli tanah TRX daripada 1MDB dengan harga RM188.5 juta pada tahun 2015.
Dalam kes Putrajaya Perdana pula, RCI merekodkan Tabung Haji membeli 30 peratus pegangan pada harga RM193.5 juta daripada Cendana Destini dan pelaburan itu kemudiannya gagal mencapai sasaran yang ditetapkan. Saya juga difahamkan bahawa cadangan pelaburan ini pernah sampai kepada Dato’ Sri Najib, mantan Perdana Menteri dan ada juga minit tiada halangan. Kalau maklumat ini benar, saya mahu kerajaan sahkan perkara ini kepada Dewan.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, kita jarang melihat kontroversi sebegini menjadi begitu sistemik di institusi simpanan dan pelaburan besar yang lain. Sebab itu saya rasa kita perlu bertanya, apakah yang membezakan keadaan Tabung Haji pada ketika itu sehinggakan keputusan-keputusan itu dibuat?
Kenapa Dato’ Sri saya membangkitkan perkara ini? Kerana perkara penting— kepada ini adalah perkara penting dan kita perlu tengok ya budaya politik macam mana yang kita nak bina dalam negara ini, negara yang macam mana yang kita nak bina dan rakyat yang macam mana yang kita nak bentuk. Takkanlah hanya kerana nak menang pilihan raya kita sanggup memberi gambaran yang salah kepada rakyat mengenai kedudukan sebenar sebuah institusi yang menjaga amanah duit jutaan rakyat Malaysia.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Dato’ Sri Yang di-Pertua, apabila kita bercakap tentang memberi gambaran yang salah kepada rakyat, saya mahu sentuh satu lagi pembohongan yang telah dimainkan bertahun-tahun kononnya pada tahun 2018, aset Tabung Haji telah dijual kepada orang-orang bukan Islam. Saya rasa dah tiba masanya Dato’ Sri kita meletakkan titik noktah ya kepada pembohongan ini. Jangan kita mengeksploitasi sentimen agama dan kaum semata-mata untuk mendapatkan keuntungan politik.
Faktanya, aset-aset tersebut dipindahkan kepada Urusharta Jamaah Sdn.
Bhd. (UJSB) iaitu sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia melalui Menteri Kewangan Diperbadankan. UJSB ini adalah entiti kerajaan ya, bukan milik mana- mana kaum. UJSB ini juga ditubuhkan untuk mengambil alih dan memulihkan aset- aset Tabung Haji yang bermasalah.
Jangan kita ulang dakwaan hanya kerana ia sedap dimainkan dalam ceramah politik sehingga akhirnya rakyat mempercayai perkara yang tak benar.
Malah, kalau kita lihat kepada angka penstrukturan tersebut, aset yang nilai pasarannya adalah sekitar RM9.7 bilion dipindahkan ke UJSB pada nilai RM19.9 bilion. Sebagai balasan, Tabung Haji menerima RM300 juta secara tunai dan sukuk berjumlah RM19.6 bilion. Apa maknanya? Ini bermakna, nilai yang diterima oleh Tabung Haji adalah sekitar RM10 bilion lebih tinggi daripada nilai pasaran aset ketika dipindahkan.
Jadi, sebenarnya siapakah yang menanggung beban pemulihan ini? Tabung Haji menerima nilai yang lebih tinggi untuk membantu menutup jurang antara aset dan juga liabiliti, manakala risiko memulihkan aset-aset tersebut dipindahkan kepada UJSB dengan sokongan kerajaan. Jangan hanya kita sebut aset dipindahkan, tetapi tidak pula kita sebut kenapa dipindahkan, berapa nilai dan apa yang diterima oleh Tabung Haji sebagai balasan.
Kita boleh lihat satu lagi contoh iaitu tanah di TRX. Ini telah juga disebut oleh YB Menteri tadi. Tabung Haji beli tanah tersebut pada tahun 2015 dengan harga RM188.5 juta. Dalam penstrukturan semula pada tahun 2018, tanah itu dipindahkan ya sekali lagi pada UJSB pada nilai RM400 juta. Apabila kedudukan Tabung Haji kembali kukuh, tanah yang sama diperoleh semula pada harga pasaran semasa iaitu RM270 juta. Jadi, kalau aset ini kononnya sudah dijual dan digadaikan kepada orang lain, macam mana Tabung Haji boleh memperoleh semula aset tersebut?
Begitu juga dengan UJ Estates. Aset tersebut dipindahkan pada nilai RM800 juta pada tahun 2018 dan kemudiannya diperoleh semula oleh Tabung Haji pada tahun 2026 baru-baru ini dengan harga RM695 juta iaitu RM105 juta lebih rendah
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
daripada nilai ketika ia nya dipindahkan. Jadi, janganlah kita gambarkan kepada rakyat, seolah-olah aset umat Islam ini dirampas atau diserahkan kepada kaum lain.
Itu tidak betul sama sekali.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, ini yang membuatkan saya risau. Apabila berlaku salah urus, kita ya sepatutnya mencari siapa yang bersalah. Kalau pelaburan rugi, kita siasat siapa yang bertanggungjawab. Kalau mungkin berlaku pelanggaran kepada undang-undang, kita ambil tindakan kepada mereka yang terlibat, tetapi jangan ya, apabila kelemahan sendiri terbongkar, rakyat kaum lain pula dijadikan sebagai kambing hitam.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, baru-baru ini Menteri Agama ada memaklumkan bahawa 75 peratus daripada keseluruhan 25 syor RCI telah pun dilaksanakan. Jadi, saya menyambut baik perkembangan ini, alhamdulillah.
Namun saya rasa Dewan yang mulia ini Dato’ Sri, perlu diberi gambaran yang lebih lengkap. Jadi, saya syorkan syor mana yang telah selesai— saya nak tanya, syor mana yang dah selesai dan mana yang masih dalam pelaksanaan dan apakah garis masa bagi baki syor-syor yang masih belum dilaksanakan? Jadi, saya cadangkan agar status ini dibentangkan kepada Dewan yang mulia ini.
Di samping itu, saya juga mencadangkan ya agar satu laporan mengenai pemulihan kerugian juga perlu diterbitkan untuk bacaan umum supaya rakyat tahu apa yang telah dan sedang dan akan dilaksanakan bagi membetulkan isu ini.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, dalam Dewan ini kita tidak boleh berbahas panjang mengenai angka dan juga pelaburan. Namun, pada pandangan saya, ukuran sebenar tindakan kita adalah sama ada pendeposit boleh yakin bahawa setiap Ringgit yang mereka simpan di dalam Tabung Haji diuruskan dengan amanah dan pihak-pihak yang menyebabkan kerugian ini perlu dipertanggungjawabkan.
Pemimpin datang dan pergi, Dato’ Sri, tetapi kesan keputusan yang salah ini akan ditanggung oleh pendeposit dan negara untuk tempoh yang panjang. Jangan kita mengorbankan amanah jangka panjang semata-mata untuk kita memperoleh...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, 1 minit gulung dan tamatkan perbahasan.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Dato’ Sri, baik saya akan gulungkan. Dato’ Sri, jangan kita mengorbankan amanah jangka panjang. Minta maaf Dato’ Sri. Jangan kita mengorbankan amanah jangka panjang semata-mata untuk kita memperoleh kemenangan politik yang bersifat sementara.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Dato’ Sri, saya ingin berkongsi dalam Surah Al-Ma’idah, ayat 2, Allah berfirman [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syiar Allah.” [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Dan janganlah kamu mengganggu orang-orang yang menuju ke Baitullah sedang mereka mencari kurnia dan keredaan Allah.” [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Hendaklah kamu saling membantu dalam perkara kebajikan dan ketakwaan dan janganlah kamu saling membantu dalam melakukan dosa dan pencerobohan.” Dan akhirnya [Membaca sepotong ayat Al-Quran] , “Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat azab seksanya.” Pada saya, peringatan ini cukup jelas Dato’ Sri, dalam mengurus amanah umat Islam ini kita tidak boleh bekerjasama untuk menyembunyikan kebenaran, memanipulasikan angka atau melindungi kesalahan demi kepentingan politik.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, Sekijang memohon agar perkara-perkara yang dibangkitkan ini diberi perhatian dan penjelasan sepenuhnya dengan terperinci oleh pihak kerajaan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Sekijang. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Gombak.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam Malaysia MADANI. Terima kasih, Dato’ Sri Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Terima kasih juga kerana telah diberikan ruang untuk Gombak turut sama dalam sesi perbahasan yang bersejarah ini.
Dan sudah pasti sesi ini bukan sesi biasa kerana ini adalah satu sesi khas di mana kita akan meneliti, menimbang serta menilai sesuatu perkara yang besar yang telah berlaku pada tahun 2014, yang kemudian telah menimbulkan ataupun melahirkan satu Siasatan Diraja setebal 252 muka surat. Sebelum saya membangkitkan perkara-perkara spesifik, kehadiran semua terutama yang setia di dalam Dewan ini menunjukkan bahawa kita serius untuk menangani masalah umat, apatah lagi satu institusi yang begitu penting dan dihormati seperti Lembaga Urusan Tabung Haji.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Dengan nama yang begitu baik, tetapi dicalarkan dengan imej pada tahun 2014 sehingga tahun 2017, menjadi tanggungjawab semua Ahli-ahli Dewan terutamanya yang beragama Islam untuk mempertahankan dan memperbetulkan institusi ini supaya tidak berulang lagi.
Seterusnya, saya juga ingin mencadangkan agar kajian ataupun Laporan RCI ini kekal menjadi satu sejarah yang boleh dinilai dan Dewan akan membuat ketetapan agar segala kerosakan, penipuan, salah laku yang membawa skandal ini akan diambil tindakan oleh satu pasukan siasatan khas merentasi PDRM, SPRM, Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional kerana ia bukan hanya melibatkan kesalahan di bawah Akta Pengurusan Tabung Haji, tetapi ia telah mencalarkan imej negara dan Malaysia yang sangat dihormati selama ini.
Tan Sri ataupun Dato’ Sri Yang di-Pertua, ada beberapa perkara yang saya tersentuh dengan laporan yang telah dikemukakan. Pada tahun 2014, terdapat beberapa laporan bahawa Lembaga Urusan Tabung Haji telah membeli 30 peratus Putrajaya Perdana, ini sekitar bulan November 2014. Tidak lama kemudian, pengerusinya dilantik sebagai Pengerusi Putrajaya Perdana pada 2 Januari 2015.
Saya membangkitkan perkara ini kerana pada 8 Julai 2014, dilaporkan bahawa duit sebanyak RM35 juta telah disalurkan daripada SRC International ke Putra Perdana Construction Sdn. Bhd. dan daripada dana ini duit sebanyak RM27 juta telah dilaporkan dan disalurkan kepada akaun seorang yang bernama Najib Tun Razak. Kemudian, RM5 juta lagi disalurkan kepada Putra Perdana Development Sdn. Bhd. Secara keseluruhannya, dianggarkan RM140 juta disalurkan dari SRI International masing-masing ke Putra Perdana Construction, Putra Perdana Development, Permai Binaraya, kesemua syarikat ini merupakan anak-anak syarikat Putrajaya Perdana Sdn. Bhd.
Soalan saya, secara keseluruhannya, berapa banyak wang simpanan ummah Tabung Haji telah digunakan untuk membayar hutang 1MDB untuk menutup salah laku syarikat sejak tahun 2014 dan apakah laporan penilaian pelaburan yang digunakan oleh pihak pengurusan Tabung Haji serta adakah terdapat desakan politik untuk duit ini digunakan tanpa mematuhi syarat dan kriteria pelaburan seterusnya duplikasi peranan individu yang terlibat dalam Tabung Haji dan peranan mereka dalam syarikat melibatkan 1MDB dan SRC International?
Yang Berhormat, saya kaitkan ini kerana ia telah bercantum dan berhubung dengan satu lagi skandal yang besar yang turut mencalarkan imej nasional yang
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
dinamakan sebagai 1MDB dan ada kaitan dan aroma yang jelas keterlibatan itu dan pengaliran-pengaliran sebagaimana yang diputuskan mahkamah terutama dalam melibatkan SRC.
Jika ia melibatkan wang Tabung Haji, ia adalah satu penggabungan dan penggandaan pengkhianatan kepada masyarakat. Tabung nasional ataupun duit daripada dana nasional diikuti tabung dana ini digunakan untuk menutup satu kesalahan kepada satu kesalahan dan ini sewajarnya diambil tindakan yang tegas, tidak cukup diambil tindakan berdasarkan seksyen 22, Akta 53.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Gombak. Gombak, tanya sikit boleh Gombak? Gombak, yang Gombak jadi masalah ini kenapa? Tak apalah dia nak curi, dia nak rompak ke, dia nak samun ke, dia nak sakau. Yang penting, yang ambil duit itu Melayu. Melayu! Melayu! Tak apa, ambilah lah lagi, curilah lagi, rompaklah lagi. Yang penting, Melayu dan juga Islam.
Sebab dalam negara kita ini, Melayu dia boleh rompak, dia boleh curi, dia boleh sakau, dia boleh mentekedarah duit rakyat dalam negara kita ini. Janji Melayu, janji Islam, tak ada masalah. Yang tak boleh, Cina dengan India, tak boleh. Melayu, curi, rompaklah harta rakyat dalam negara kita. Nak minta sikit pendapatan daripada Gombak.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Insya-Allah, pendapat saya lain, pendapatan saya lain. Yang Berhormat, hati-hati bila bercakap dan berhati-hati ketika mengeluarkan pandangan sebab ia boleh mencetus dan mengguriskan situasi yang tidak sewajarnya. Ada setengah pihak yang menyentuh perkara itu dengan kurang wajar...
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Ya. Gombak, Gombak, Gombak. Boleh sikit Gombak?
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Kita anggap dia hanya perkara spesifik, tapi saya percaya yang berdiri di Dewan ini termasuk Putrajaya setuju untuk kita ambil tindakan kepada semua.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Ya, setuju. Gombak, saya minta sikit Hulu Langat tadi tarik baliklah. Itu satu tuduhan terlalu umum. Ada mana-mana— tak kisahlah kaum ke apa yang terlibat dalam perkara tak baik, tapi jangan generalise pada orang Melayu. Minta tarik balik Dato’ Sri Speaker. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar. Dalam melaksanakan perbahasan di dalam Dewan yang mulia ini, dua peraturan amat jelas. Peraturan 36 dan juga Peraturan 37. Saya hanya akan buat
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
keputusan bila Yang Berhormat-Yang Berhormat bangun dan mencelah di bawah Peraturan 37(1) ataupun 2. Jadi, apa Yang Berhormat telah bangkitkan, terlebih dahulu Yang Berhormat Putrajaya ya, bahagian mana? Saya kena jelas yang itu dulu.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Peraturan berkaitan dengan bersakit- sakit hati.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tidak, maksud saya perkataan mana?
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Perkataan yang katakan kalau orang Melayu buat merompak dan sebagainya boleh. Itu secara keseluruhan bukan sahaja kami dalam Dewan, di luar sana pun terkesan. Ini memberi kesan pada imej sebuah ataupun sesuatu kaum itu sendiri. Jadi, saya mohon dalam konteks ini, saya mohon Dato’ Sri Speaker, supaya Hulu Langat secara hormatnya tarik balik supaya perkara ini tak dijadikan polemik di luar sana. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Yang Berhormat-Yang Berhormat, apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Putrajaya, dalam perbahasan untuk menentukan keputusan orang yang menentu di sini, bahagian-bahagian mana, saya telah mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat.
Jadi, saya terpaksa merujuk balik kepada Peraturan 36. Baik, ya. 36(10), Yang Berhormat-Yang Berhormat boleh bacakan, ya. Kalau dalam itu sendiri, apa yang diungkapkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat menyebabkan sakit hati atau menimbulkan senario di mana salah seorang atau sebahagian daripada Yang Berhormat terkilan dan perkara itu telah dibangkitkan dalam Peraturan 37, saya akan membuat keputusan.
Jadi, Yang Berhormat, dalam pertimbangan sebagai hakim di dalam ini, ungkapan menujukan sesuatu ras di dalam negara yang boleh menimbulkan ketidakselesaan baik di dalam ataupun di luar adalah sesuatu yang tidak wajar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Jadi Yang Berhormat Hulu Langat, saya perintahkan untuk tarik apa yang Yang Berhormat nyatakan berkaitan ras Islam dan agama Islam tersebut. Yang Berhormat Hulu Langat, sila bangun.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Speaker, sebab dalam kempen pilihan raya, kawan-kawan kita sebelah sana itu, segelintirlah, segelintir...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat. Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sekejaplah, sebelum saya nak tarik balik itu. Saya nak tarik dah ini, saya nak tarik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Faham apa yang saya...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Faham. Saya faham, saya faham.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Peraturan 42 menyatakan bila Pengerusi bercakap, Yang Berhormat dengar. Baik, dengar ya.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ha, dengar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Pengusulannya perintah saya untuk menarik sedemikian. Saya tidak minta Yang Berhormat untuk memberi penjelasan, faham?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Faham.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dan dengan itu, Yang Berhormat tarik balik.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ya, saya tarik balik. Cuma segelintir dan saya berasa kesal sebab kawan-kawan sebelah sana itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Semasa kempen di Negeri Sembilan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Melayu, Melayu, Melayu, Melayu, Islam, Islam, Islam, Islam. Hari ini kita bahaskan persoalan berkaitan dengan...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sebagai Pengerusi, ada saya minta Yang Berhormat menjelaskan— tak ada, kan?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sebagai Ahli, saya ada hak untuk menjawab sebab saya kuorum, saya ahli mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ya, saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang memutuskan saya.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Betul. Saya juga ada hak, Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang menentukan hak Yang Berhormat, saya.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Dalam buku peraturan ada, saya untuk menjawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tak ada Yang Berhormat. Bukalah buku biru ini, yang mana satu? Tidak ada. Jadi Yang Berhormat, saya tidak minta Yang Berhormat untuk menjelaskan. Saya hanya perintahkan menarik balik berkaitan isu ras dan agama. Itu keputusan saya. Saya menanti keputusan Yang Berhormat untuk tarik balik sebagai rekod di dalam...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ya, segelintir, segelintir orang Melayu dan juga orang Islam.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Masih juga...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Melibatkan race.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Segelintir. Ya, segelintir.
Segelintir.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sebab disebut dekat dalam laporan RCI ini, Perdana Menteri...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Perdana Menteri pada masa itu Melayu Islam. Menteri, Menteri Melayu Islam...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Arahan saya jelas, Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Timbalan Menteri Melayu dan Islam.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Pengerusi Tabung Haji pun...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Arahan saya jelas...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Melayu dan Islam.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Satu!
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Okey, tarik. Saya tarik balik, tapi saya nak perbetulkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dua!
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Bukan keseluruhan, tapi segelintir Melayu dan Islam.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tiga Yang Berhormat. Kalau saya putuskan tiga, saya akan jatuh hukum dan perintah Yang Berhormat keluar. Tarik balik atau tidak?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya tarik balik, cuma saya perbetulkan— segelintir.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Duduk Yang Berhormat, sebelum saya jatuh perintah.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dalam otak saya memikirkan bukan satu hari. Jadi, saya nak Yang Berhormat dan Yang Berhormat-Yang Berhormat yang lain ingat ya, 36 dan 37.
Yang Berhormat Hulu Langat, sekali lagi Yang Berhormat bangkitkan isu-isu yang menyebabkan rasa tidak senang kaum-kaum di dalam Dewan ini dan di luar, saya tidak teragak.
Baik, teruskan Yang Berhormat, saya tambahkan masa yang telah diambil.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Terima kasih Timbalan Speaker.
Terima kasih. Saya percaya majoriti rakyat sudah bijak dan dapat menilai. Ada orang yang mempopularkan propaganda yang sempit dan realitinya pada hari ini, kerajaan yang bertanggungjawab akan mengambil tindakan kepada sesiapa pun yang melakukan kesalahan dan juga rasuah yang telah dilakukan. Terima kasih. Tahniah juga kepada Kabinet yang sebulat suara untuk mengambil keputusan membentangkan dalam sidang ini dan membawa hal ini untuk diangkat ke atas.
Seterusnya Yang Berhormat, saya juga ingin sebutkan Lembaga Tabung Haji telah melanggar pengagihan keuntungan apa yang disebut sebagai hibah yang melanggar seksyen 22 Akta 535. Isunya di sini, daripada apa yang saya lihat, seksyen ini hanya mengenakan tindakan yang sangat kecil. Satu-satu kesalahan hanya diambil tindakan tidak kurang tiga bulan penjara ataupun kurang tiga bulan penjara dan juga RM5,000 untuk kesalahan pertama. Untuk kesalahan kedua, hanyalah RM10,000 dan tiga bulan atau enam bulan penjara.
Dan ini saya percaya, wajar untuk diambil tindakan supaya perkara ini tidak berulang lagi. Satu akta dan undang-undang yang baik akan mampu mengekang atau mengelakkan daripada memberikan takut ataupun deterrent kepada pihak- pihak tertentu dengan izin, untuk melakukan kesalahan-kesalahan sebagaimana yang telah dilakukan dalam kes ataupun libat dalam urusan-urusan yang lain.
Ahli Yang Berhormat sekalian, antaranya pelaburan-pelaburan yang bermasalah. Deru Semangat Sdn. Bhd. dengan pelaburan RM526.16 juta, nilainya merosot RM32 juta. Trurich Resources Sdn. Bhd. bagi membangunkan 200,000 hektar tanah di Kalimantan. Pelaburan Tabung Haji dan syarikat ini sebanyak RM364.31 juta telah merosot sepenuhnya. Al-Rawda Real Estates Development & Project Management. Tadi saya rasa Menteri telah membentangkan nilainya sebanyak RM180 juta, juga telah merosot.
Isunya Yang Berhormat, setelah institusi ini menjadi porak-peranda dan kacau bilau, ada usaha pula untuk menutup dengan creative account. Penutupan dengan creative account ini menggunakan pendeposit, duit masyarakat dan duit rakyat yang menabung untuk pergi ke Tabung Haji. Kemudian untuk menyelesaikan masalah ini, kerajaan terpaksa pula berhutang sebanyak RM27.5 bilion melalui sukuk yang diterbitkan pada tahun— sehingga tahun 2029.
Jadi, isunya sangat menjalar dan besar Yang Berhormat. Dan saya kira ini merupakan satu gabungan dan rantaian yang bukan hanya satu kes Tabung Haji per se, kegagalan mereka mengisytiharkan kebenaran tentang, apakah kedudukan
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
akaun mereka ataupun tentang pelaburan dan keputusan-keputusan yang salah, tetapi ia telah mengheret negara, imej nasional, imej ummah dan kesemua pihak yang terlibat dan wajar diambil tindakan secara berjemaah.
Saya bukan ingin menuduh mana-mana parti, tetapi kita harus...
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Gombak, Puncak Borneo minta pencelahan sikit.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Ha, sila.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Gombak, tadi kita telah diperjelaskan oleh Yang Berhormat Menteri, sebanyak RM1.55 bilion telah dibelanjakan oleh Tabung Haji hanya dengan gerenti sepucuk surat. Dan ini merupakan satu perkara yang amat tidak amanah kerana kita nak pergi bank beli kereta pun dia nak cagaran. Jadi, macam mana Lembaga Pengarah Tabung Haji boleh bersetuju dengan perkara ini?
Yang kedua, mereka beli tanah di Indonesia, 40 peratus tak boleh ditanam dengan tanaman sawit. They have a fiduciary duty sebagai Lembaga Pengarah, tetapi adakah ini melibatkan satu tanda-tanda rasuah, tidak amanah dan mereka menjaga kepentingan sendiri? Apa pendapat Yang Berhormat Gombak?
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Pendapat saya jelas, saya telah nyatakan dengan tegas di awal perbahasan saya bahawa satu pasukan petugas khas semua jabatan, SPRM, polis, jabatan terbabit harus meneliti isu ini kerana ia telah melibatkan imej kita yang secara keseluruhannya terjejas dan tergugat.
Malahan lebih parah, ia telah turut menarik duit kita RM27 bilion untuk kita menyelamatkan Tabung Haji demi kebaikan ummah dan pengurusan Tabung Haji yang sangat baik dan sangat dihormati sampai sekarang.
Maksudnya, akhirnya Yang Berhormat— saya hanya tinggal 47 saat di sini.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Ha? Saya merasakan bahawa ada keperluan untuk kita secara solidariti bersama-sama seluruh Ahli Dewan untuk memastikan siapa pun yang bertanggungjawab harus diambil tindakan tegas dan mereka ini tidak lagi wajar duduk dekat public office.
[Tepuk] Kerana imej itu telah menyebabkan berbilion duit Ringgit habis, dalam pada masa yang sama ia juga telah menyebabkan imej kita, satu institusi yang telah diilhamkan oleh intellectual besar Malaysia, Ungku Aziz yang kemudian dihormati seluruh dunia, tercalar dan rosak reputasinya dan sangat mencalarkan imej bukan
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
hanya perasaan umat Islam, pendeposit, tetapi imej negara secara keseluruhan.
Saya mohon untuk...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Speaker, boleh Speaker, nak tanya lagi Gombak, boleh tak Speaker? Gombak, nak tanya sikit Gombak. Sebab masa taklimat daripada Menteri tadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Masa Gombak, benar atau tidak?
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Boleh. Kalau boleh, bolehlah.
Satu, last. Direct soalan saja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Satu minit. Satu minit.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ha, sebab saya dengar tadi bila Menteri sebut tadi, dia kata masa kempen dekat Negeri Sembilan ini ada yang sebut dia kata masa zaman Pakatan Harapan perintah dulu dia kata ada jual aset dan aset itu pula jual kepada Cina, jual kepada Cina, jual kepada Cina. Jadi, saya nak tanya Gombak ini, betul ke ada aset daripada Tabung Haji ini yang dijual kepada Cina? Terima kasih Speaker. Terima kasih Gombak.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Terima kasih. Saya rasa saya tidak perlu mengulang apa yang disebut oleh Menteri dan juga ulasan daripada Sekijang tadi bahawa jelas dalam laporan ini, ia adalah milik penuh kerajaan yang mampu diuruskan dan mampu telah memulihkan Tabung Haji dalam keadaan ataupun trek yang betul.
Maknanya, itu hanyalah fitnah. Malahan orang yang memfitnah itu pun saya rasa telah dikenakan tindakan saman dan marilah kita mengelakkan fitnah kerana fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Terima kasih Timbalan Speaker.
Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Gombak. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Papar.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang untuk saya turut membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Setelah isu-isu besar berkaitan Tabung Haji mula berkumandang pada tahun 2015, adalah wajar dirakamkan ucapan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang telah membawa kita kepada fasa amat penting pada hari ini, antaranya:
(i) Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan yang telah memutuskan penubuhan RCI Tabung Haji pada 14 Julai 2021 yang kemudiannya diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong;
(ii) pesuruhjaya-pesuruhjaya RCI Tabung Haji, setiausaha, pegawai-pegawai pengendali, pasukan sekretariat dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang proses siasatan dan penyediaan laporan; dan
(iii) Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan hari ini yang telah memutuskan agar dibuat pengelasan semula laporan RCI Tabung Haji untuk membenarkan akses umum bermula 29 Julai 2026 sekali gus memutuskan agar dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen ini.
Dato’ Yang di-Pertua, sebagaimana yang kita maklumi, laporan RCI ini melihat kepada isu pengurusan dan operasi bagi tempoh 2014 sehingga 2020 melibatkan dua fasa iaitu tempoh 2014 hingga 2018 yang didakwa tercetus perkara- perkara yang membawa kepada kerugian serius Tabung Haji dan tempoh 2018 hingga 2020 yang diklasifikasikan sebagai fasa awal proses penyelamatan Tabung Haji.
Hakikatnya, di luar sana kedua-dua tempoh ini telah menjadi pertikaian, perbahasan dan tuduh menuduh banyak pihak sehingga perkataan seperti fitnah digunakan secara meluas. A mengatakan B memfitnah, C mendakwa difitnah oleh D dan bermacam-macam lagi. Sukar untuk dicerap siapa sebenarnya mangsa fitnah dan siapa pula yang memfitnah. Dikhuatiri juga sekiranya ada insan yang
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
sebenarnya telah terfitnah iaitu menjadi mangsa fitnah kerana dicanang telah menjadi punca kepada sumber dan sumber kepada sebuah fitnah. Kesannya, sebahagian besar rakyat semakin keliru.
Dari satu sudut yang lain, adegan tuduh menuduh yang berpanjangan seolah-olah telah menenggelamkan diskusi kepada dua isu utama yang jauh lebih penting iaitu:
(i) keperluan menyelamatkan Tabung Haji, institusi yang diamanahkan mengurus tabungan umat Islam daripada rakyat kita yang kaya hingga yang miskin yang kini melibatkan pendeposit mencecah seramai 9.7 juta di seluruh negara termasuk 597,983 umat di Sabah; dan
(ii) penggunaan dana awam untuk menyelamatkan Tabung Haji sehingga menambah berbelas bilion beban tanggungan kerajaan. Sungguhpun tindakan itu adalah satu keperluan, namun implikasi beban tanggungan itu perlu diurus dan akan diwarisi untuk tempoh yang panjang dan hakikatnya, beban ini telah menutup ruang fiskal tambahan yang diperlukan, antaranya untuk membina lebih banyak keperluan infrastruktur dan menyediakan bantuan tambahan sara hidup rakyat.
Sehubungan itu, keputusan untuk menyiasat sebarang tindakan dalam kedua-dua tempoh tersebut adalah amat tepat agar maklumat dan kefahaman dapat diperolehi bersandarkan kepada penilaian fakta dan undang-undang. Namun begitu, kita masih dapat melihat dan mendengar perbahasan dan kesimpulan yang berbeza di luar sana. Maka, langkah selanjutnya untuk membuat tindakan penyiasatan di peringkat agensi-agensi penguat kuasa yang berkaitan adalah amat dialu-alukan.
Asasnya, sebarang siasatan perlu dilaksanakan dengan telus, bebas dan sepenuh profesionalisme untuk memastikan keadilan dapat ditegakkan untuk semua dan tidak ada mana-mana pihak yang teraniaya. Penting dan paling utama adalah hak dan keadilan untuk sekalian rakyat, para pendeposit Tabung Haji dapat ditegakkan.
Dato’ Yang di-Pertua, sesungguhnya dapatan laporan RCI ini adalah amat penting. Bukan hanya ia menjadi asas untuk memahami isu-isu utama dan langkah- langkah yang telah diambil, dapatan ini perlu disusuli dengan segera dengan tindakan siasatan penuh agensi penguat kuasa dan meneliti syor-syor
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
penambahbaikan untuk melengkapkan proses pemulihan sekali gus memperkukuh hala tuju dan tadbir urus Tabung Haji.
Pada masa yang sama, saya mohon menarik perhatian dan penjelasan berhubung perkara-perkara berikut. Pertama, kerajaan telah memilih untuk menangguh penzahiran laporan RCI kerana bimbang bakal menjejaskan keyakinan ke atas Tabung Haji. Tempoh masa diberi untuk Tabung Haji mengukuhkan semula kedudukan kewangannya sebelum laporan ini dibentangkan kepada umum. Mohon dijelaskan adakah strategi tersebut adalah tepat? Adakah keyakinan kepada Tabung Haji telah pulih dan bagaimana dipastikan pengelasan semula status laporan ini tidak mendatangkan implikasi krisis keyakinan baharu?
Kedua, ada dakwaan tindakan kerajaan pada tahun 2018 memutuskan agar Tabung Haji menjual sebahagian asetnya kepada UJSB adalah tidak wajar iaitu menjejaskan bukan hanya TH malah kedudukan kewangan negara. Mohon diterangkan secara terperinci sejauh mana tindakan tersebut telah memulihkan TH dan status semasa komitmen dan implikasi kewangan kerajaan susulan daripada pelaksanaan strategi berkenaan.
Ketiga, antara dapatan RCI adalah kelemahan proses kelulusan pelaburan dan antara pelaburan yang didakwa mencurigakan adalah urusan melibatkan beberapa syarikat seperti Putrajaya Perdana, Al-Rawda dan Deru Semangat.
Didakwa keputusan-keputusan berkaitan dibuat tanpa due diligence yang sewajarnya dan diluluskan oleh pihak yang tidak semestinya mempunyai kepakaran dalam bidang pelaburan. Mohon dijelaskan apakah pandangan kerajaan berhubung syor RCI supaya keperluan pengukuhan tata kelola, pelaburan dan pengawalseliaan Tabung Haji diambil.
Keempat, terdapat pihak yang menganggap kerugian hampir RM13 bilion yang dialami Tabung Haji sehingga tahun 2018 merupakan akibat pergerakan turun naik pasaran saham biasa. Manakala, laporan RCI jelas mendapati proses pelaburan di Tabung Haji adalah tidak teratur. Adakah kerajaan bertindak kepada syor RCI agar dilaksanakan kajian forensik ke atas sekurang-kurangnya 14 pelaburan yang disifatkan merugikan?
Dato’ Yang di-Pertua, perkara kelima dan yang terakhir yang ingin saya bangkitkan sesungguhnya amat penting iaitu berkaitan integriti proses audit khususnya Laporan Ketua Audit Negara. Menyentuh perkara ini, saya ingin memulakan dengan rasa syukur apabila antara reform, dengan izin, yang telah dilaksanakan di bawah pentadbiran hari ini adalah keputusan bahawa setiap laporan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Ketua Audit Negara bukan hanya perlu dibentangkan di Parlimen, malah ruang perbahasan bagi setiap laporan telah dibuka dan menjadi salah satu agenda Aturan Urusan Mesyuarat di Parlimen.
Bermula Jun 2023, setiap laporan Ketua Audit Negara, kita bahaskan dan dijawab secara terbuka. Saya sendiri pernah menjawab isu audit yang dibangkitkan melibatkan tanggungjawab KPDN.
Perkara 105, 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan meletakkan parameter yang jelas akan tanggungjawab dan mandat yang diberikan kepada Ketua Audit Negara. Sebagai anggota pentadbiran, dalam meneliti setiap laporan tahunan agensi dan badan berkanun kerajaan yang dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, sandaran utama saya adalah kepada setiap ulasan Ketua Audit Negara kerana saya yakin kepada integriti institusi ini dan setiap laporannya. Namun, laporan RCI Tabung Haji ini sedikit sebanyak menimbulkan persoalan kepada tahap integriti laporan audit yang dipersembahkan kepada Jemaah Menteri kepada Parlimen dan kepada rakyat secara keseluruhannya.
Sehubungan itu, mohon dijelaskan apakah pendirian kerajaan berhubung isu audit yang dibangkitkan dalam RCI dan sekali gus bagaimana kerajaan dapat meyakinkan bahawa tahap integriti laporan Ketua Audit Negara termasuk pada masa kini tetap boleh diyakini sejajar dengan amanah yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Pada masa yang sama, saya ingin mengambil kesempatan mengalu-alukan usaha Jabatan Audit Negara memperkenalkan Auditor General's Dashboard (AGD) yang memberikan akses kepada dapatan dan tindakan susulan audit yang dilakukan.
Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan penjelasan bagaimana dapat kita pastikan wujudnya kerangka perundangan dan governance yang ampuh untuk menghentikan amalan yang boleh disifatkan sebagai gali lubang, tutup lubang dalam tadbir urus kewangan badan berkanun dan kerajaan secara keseluruhannya. Keputusan untuk mengali lubang dengan menghidangkan rakyat dengan manisan untuk meraih populariti singkat, hakikatnya akan membuka lubang amat dalam dengan jurang pendapatan dan hutang negara yang semakin melebar.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Amalan ini perlu dinoktahkan kerana hakikatnya ia adalah penyakit yang membinasakan masa depan negara dan rakyat khususnya generasi akan datang.
Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
pentadbiran Tabung Haji yang telah mengerakkan pelbagai inisiatif pemulihan yang meletakkan institusi penting ini kembali kepada status sihat pada hari ini.
Terima kasih kepada lembaga pengarah yang dipimpin oleh Yang Berbahagia Tan Sri Rashid Hussain, barisan pengurusan dan seluruh warga Tabung Haji. Moga segala ikhtiar ini mendapat keberkatan Allah SWT. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Papar. Selanjutnya, dipersilakan Yang Berhormat Santubong.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, tahun demi tahun Tabung Haji telah berkembang bukan sahaja dari segi bilangan dan jumlah simpanan pendeposit, tetapi juga dari segi fungsi, tanggungjawab, kawal selia dan kompleksiti pengurusannya.
Daripada awal penubuhannya melalui Ordinan Haji 1991 sehinggalah penggubalan Akta Tabung Haji 1995, fungsi dan peranan Tabung Haji telah berkembang dengan begitu besar. Namun, satu perkara tidak pernah berubah iaitu tujuan asasnya sebagaimana namanya sendiri iaitu menjadi wardah umat Islam di Malaysia untuk menabung dan merancang bagi menunaikan Rukun Islam yang kelima.
Tabung Haji hari ini bukan sekadar sebuah institusi kewangan. Ia adalah sebuah institusi yang sangat dekat dengan jiwa dan kepercayaan umat Islam di Malaysia. Tempat rakyat menyimpan hasil titik peluh mereka dengan harapan suatu hari nanti dapat menjadi tetamu Allah, insya-Allah. Oleh sebab itu, apabila dapatan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja ini dibaca, saya percaya perasaan yang dirasai oleh ramai rakyat Malaysia bukan sekadar terkejut.
Tidak keterlaluan jika pastinya ada di antara kita yang kecewa, marah dan kita tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku dalam sebuah institusi yang begitu penting dan begitu dipercayai oleh rakyat. Justeru, bergerak ke depan kita perlu menjadikan laporan ini sebagai langkah untuk melakukan pembetulan yang lebih mendasar supaya kelemahan yang sama tidak akan berulang.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh beberapa perkara daripada dapatan dan syor RCI. Pertama, mengenai tatakelola dan reformasi institusi RCI
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
telah menyentuh beberapa perkara penting berkaitan tadbir urus Tabung Haji. Paling menarik perhatian saya adalah penekanan RCI bahawa kriteria dan kaedah pemilihan anggota lembaga perlu sepadan dengan beban tugas dan tanggungjawab yang begitu besar.
Lembaga juga tidak boleh hanya mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam pengurusan haji, tetapi lembaga juga perlu mempunyai kepakaran yang pelbagai dan relevan termasuklah bidang perbankan, perakaunan dan pelaburan.
Perkara ini membawa kita kepada persoalan yang lebih besar. Bagaimana kita membina sebuah institusi yang tidak bergantung pada individu, tetapi mempunyai sistem yang memastikan standard tadbir urus sentiasa terpelihara.
Dalam hal ini, kita tidak boleh hanya berharap Tabung Haji ada seorang pengerusi atau ada lembaga yang baik atau bagus. Sebaliknya kita perlu membina sistem yang menetapkan siapa yang layak, apakah kepakaran yang diperlukan, bagaimana mereka dipilih dan bagaimana mereka dipertanggungjawabkan.
Pengukuhan perundangan menerusi pindaan akta diperlukan. Pendekatan tadbir urus berpandukan piawaian antarabangsa juga diperlukan dan apa yang mendahului keperluan ini adalah kemahuan untuk menginstitusikan perubahan.
Reformasi bukan sekadar mempunyai dengan izin, tools yang baik, reformasi memerlukan political will dengan izin, untuk menggunakan tools tersebut bagi membina institusi yang lebih kukuh dan mampan. Prinsip ini sangat relevan kepada Tabung Haji. Ini amat penting kerana reformasi tatakelola ini mesti diinstitusikan bagi mengelakkan masalah yang sama daripada berulang lagi.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh isu pelantikan politik ke dalam lembaga pengarah yang disentuh dalam Laporan RCI ini. Saya fikir kita perlu berlaku adil dalam membincangkan perkara ini. Soal utamanya bukan semata- mata sama ada lantikan politik atau sebaliknya. Persoalan yang lebih penting ialah, adakah individu tersebut mempunyai integriti, kelayakan, pengalaman, kepakaran dan kemampuan untuk melaksanakan amanah yang diberikan?
Jika seseorang yang mempunyai latar belakang politik mempunyai kelayakan dan pengalaman yang sesuai serta mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik, maka kita perlu berlaku adil untuk mengiktiraf sumbangan tersebut, tetapi pada masa yang sama, kita tidak boleh membiarkan label atau kedudukan politik menjadi pengganti kepada dengan izin, fit and proper requirements.
Justeru, saya berpandangan bahawa penetapan kriteria khusus bagi pelantikan ahli lembaga, kaedah pemilihan yang jelas dan bidang kepakaran yang
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
diperlukan merupakan langkah yang sangat penting. Jika prinsip ini diinstitusikan maka siapa pun latar belakang seseorang calon akhirnya ukuran yang paling penting ialah adakah dia layak, adakah dia sesuai, adakah dia mempunyai kepakaran dan adakah dia mampu memegang amanah tersebut? Itulah pendekatan yang lebih baik.
Kita bukan menghalang pelantikan berdasarkan latar belakang, tetapi kita menetapkan standard supaya pertimbangan utama bagi sesuatu pelantikan dibuat berdasarkan merit dan kesesuaian dengan tanggungjawab.
Tuan Yang di-Pertua, yang ketiga saya ingin menyatakan sokongan terhadap syor RCI supaya urusan pengurusan haji dikekalkan di bawah menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama. Manakala perkara berkaitan kewangan dan pelaburan dipertanggungjawabkan kepada Menteri Kewangan.
Ini adalah satu bentuk pengkhususan tanggungjawab berdasarkan bidang kepakaran dan sifat tugas. Melalui pembahagian yang lebih jelas, kita dapat mengurangkan pertindihan tanggungjawab dan pada masa yang sama memastikan setiap perkara dikendalikan dengan kepakaran dan sokongan yang bersesuaian.
Tuan Yang di-Pertua, perkara keempat yang ingin saya sentuh adalah ketidakpatuhan standard perakuan, perakaunan ataupun perakuan penggunaan nilai aset yang boleh direalisasi ataupun realisable asset value oleh pengurusan Lembaga Tabung Haji serta kegagalan memenuhi kehendak piawaian, pelaporan kewangan ataupun Financial Reporting Standard, dengan izin.
Seperti yang lazimnya, diamalkan oleh— telah menunjukkan di atas kertas bahawa aset Tabung Haji melebihi liabilitinya. Hasilnya Tabung Haji digambarkan memperoleh untung RM3.4 bilion pada kala hakikatnya. Ia merekodkan kerugian bersih sebanyak RM1.4 bilion pada tahun 2017. Saya tidak berhasrat mengulas perkara ini secara terperinci kerana ia melibatkan persoalan teknikal perakaunan yang memerlukan penelitian sewajarnya.
Namun, apabila kaedah penilaian dan pengiktirafan nilai aset boleh memberi gambaran yang begitu berbeza terhadap kedudukan kewangan sebenar sesebuah institusi, perkara ini amatlah tidak kena. Lebih, lebih lagi melibatkan sebuah entiti sebesar Tabung Haji. Adakah ia suatu perbezaan takfrifan yang tulus atau pendekatan perkiraan yang berbeza ini disengajakan? Oleh itu, perkara ini wajar diteliti dengan serius dan disiasat lanjut, apakah yang sebenarnya berlaku di sebalik perkara ini?
Tuan Yang di-Pertua, terakhir saya juga ingin menyentuh satu lagi perkara yang pada saya wajar mendapat penelitian khusus ataupun serius iaitu berhubung
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
penjualan 95 peratus pegangan Lembaga Tabung Haji dalam PT TH Indo Plantations kepada PT Borneo Pacific, berdasarkan perkara yang dilaporkan dan dibangkitkan dalam Laporan RCI terdapat beberapa persoalan yang memerlukan pencerahan yang lebih jelas.
Harga urus niaga dilaporkan telah dikurangkan sebanyak USD100 juta daripada nilai asal USD910 juta kepada USD810 juta. Satu pengurangan yang besar, pada masa yang sama pembeli tidak membuat bayaran mengikut jadual yang dipersetujui. Apa yang lebih pelik ialah Tabung Haji pula dilaporkan terpaksa memberikan pendahuluan berjumlah USD178.6 juta bagi memenuhi kewajipan yang sepatutnya dilunaskan oleh pihak pembeli.
Ini bukan sekadar persoalan sama ada sesuatu pelaburan itu untung atau rugi. Ia menimbulkan persoalan yang lebih asas tentang bagaimana keputusan urus niaga tersebut dibuat. Pertimbangan yang digunakan serta perlindungan yang diberikan kepada kepentingan Tabung Haji dan akauntabiliti terhadap keputusan tersebut. Saya tidak mahu pendahului mana-mana siasatan atau membuat kesimpulan terhadap mana-mana individu, tetapi sebagai wakil rakyat dan sebagai orang yang turut mewakili kepentingan pendeposit, saya fikir kita semua berhak bertanya.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Apakah penjelasan di sebalik keputusan dan struktur urus niaga seperti ini dan RCI sendiri telah mengenal pasti pelaburan ini sebagai salah satu untuk dibuat penelitian lanjut melalui forensic audit. Syor ini amat wajar dilaksanakan. Kita mahu pastikan bahawa setiap keputusan yang melibatkan wang pendeposit mempunyai asas komersial yang munasabah, proses kelulusan yang sewajarnya dan akauntabiliti yang jelas.
Tuan Yang di-Pertua, saya pasti Dewan yang mulia ini akan bersama-sama menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar segala perkara yang dibangkitkan melalui laporan RCI Tabung Haji disiasat secara menyeluruh dan tindakan sewajarnya diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.
Saya juga menyambut baik pendirian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan menyokong keputusan kerajaan supaya siasatan penuh oleh badan-badan penguatkuasaan diteruskan berdasarkan dapatan laporan RCI ini. Pada saya, prinsipnya amat jelas. Jika ada kesalahan, maka tindakan mesti diambil. Jika ada unsur jenayah, maka mereka yang bertanggungjawab mesti dibawa ke muka
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
pengadilan tanpa mengira siapa mereka, apa kedudukan mereka atau apa latar belakang mereka. Dengan izin, no one is above the law.
Pada masa yang sama, kita tak boleh berhenti setakat mencari siapa yang bersalah. Ini kerana tanpa kelemahan sistem, kita mungkin menyelesaikan masalah hari ini, tetapi membuka ruang untuk masalah yang sama berlaku pada masa hadapan. Oleh sebab itu sekali lagi saya ingin tegaskan bahawa tadbir urus yang baik perlu diinstitusikan, bukan sekadar diharapkan.
Akhir kata, janganlah kita jadikan laporan RCI ini sebagai noktah kepada satu episod yang mengecewakan, tetapi jadikan ia sebagai titik mula perubahan untuk membina semula keyakinan dan memperkukuhkan institusi ini. Tabung Haji adalah amanah yang terlalu besar untuk kita fikirkan dalam kerangka politik jangka pendek.
Apa yang kita lakukan hari ini bukan hanya menentukan masa depan Tabung Haji hari ini untuk generasi kita, tetapi juga untuk anak-anak dan cucu-cucu kita yang satu hari nanti mungkin akan menyimpan di Tabung Haji dengan impian yang sama untuk menjadi tetamu Allah.
Sebelum saya akhiri Tuan Yang di-Pertua, ini pesanan daripada Tabung Haji Sarawak. Dalam konteks Sarawak, kita melihat keyakinan umat Islam Sarawak terhadap Tabung Haji adalah sangat baik dengan pertambahan pendeposit dari tahun ke tahun. Melalui caruman ini, sumbangan zakat oleh Tabung Haji kepada negeri Sarawak kekal tinggi dan memberikan impak yang amat besar terhadap kelangsungan hidup golongan asnaf tempatan.
Malah, Tabung Haji telah membantu menguruskan jemaah haji dari negeri Sarawak dengan baik. Keyakinan kepada keberkesanan pengurusan jemaah haji ini dicerminkan oleh Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sarawak sendiri yang menggunakan perkhidmatan Tabung Haji semasa menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Dengan itu, saya mengucapkan terima kasih terutama sekali kepada Tabung Haji. Mereka yang menjalankan tugas dengan baik, teruskan pekerjaan itu, laksanakan tugas dengan baik. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Santubong. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Saya ingin memulakan perbahasan saya dengan menjawab satu soalan.
Mengapa Muar memilih untuk berbahas dan bukan memboikot? Saya setuju Perdana Menteri perlu jawab bila dia kembali sihat. Saya juga setuju ada banyak kritikan yang legitimate berkaitan cara kerajaan menguruskan negara dan pelan pemulihan Tabung Haji, tetapi Muar tidak bersetuju, tanggungjawab lebih 221 Ahli Parlimen yang sihat walafiat perlu terhenti, hanya kerana seseorang Perdana Menteri kurang sihat.
Parlimen bukanlah one-man show. Yang sakit Perdana Menteri, tetapi yang tidak buat kerja, kita pula. Yang dibayar puluhan ribu Ringgit gaji, pencen confirmed dapat, dan dapat pada masa yang sama, all kinds of allowances, hanya untuk memainkan peranan semak dan imbang, tetapi kita gagal untuk memainkan peranan tersebut.
Jelas, RCI Tabung Haji ini bukan milik mana-mana Perdana Menteri dan ia juga bukan milik mana-mana parti. Realitinya, ia adalah milik lebih 10 juta pendeposit umat Islam yang mengharapkan kita sebagai Ahli Parlimen memainkan peranan semak dan imbang, mencari solusi yang tuntas supaya nasib dan maruah mereka terbela. Kalau ada fakta, bahas. Kalau ada salah, bongkarkan. Sangat malang sekali, kita di pihak pembangkang yang paling lantang membawa nama Melayu Islam, memilih untuk boikot perbahasan mengenai institusi terpenting bagi golongan Melayu Islam.
Kita bukan memboikot Perdana Menteri. Kita sedang memboikot amanah kita kepada jutaan pendeposit Tabung Haji. Sebab itu sebagai Ahli Parlimen pembangkang, saya tidak memilih untuk memboikot, tetapi Muar memilih untuk berbahas menggunakan fakta dan data supaya maruah, integriti dan nama baik lebih 10 juta pendeposit Tabung Haji umat Islam dapat dibela.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Muar, sedikit Muar. Bersatu juga tak boikot. Terima kasih.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Putrajaya.
Muar ingin mulakan dengan hujah pertama iaitu nilai semula sejarah Tabung Haji. Tabung Haji ini boleh dikatakan, merupakan institusi terpenting bagi umat Islam.
Idea baik yang dicetuskan oleh Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz melalui Kertas Putih tahun 1959. Bermula dengan niat yang begitu murni, untuk menyelesaikan masalah sosial di kalangan Melayu Islam, di mana ada sekumpulan yang terpaksa menggadaikan tanah, waris sanggup menggadaikan aset-aset yang paling berharga
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
demi menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam untuk mengerjakan ibadah haji.
Alhamdulillah, melalui usaha beliau dan kerajaan-kerajaan terdahulu yang perlu ambil kredit, hari ini kita telah pun berjaya menghantar lebih 1.5 juta rakyat Malaysia untuk mengerjakan haji dan Tabung Haji itu sendiri sedang menguruskan dekat RM100 bilion aset umat Islam yang menjaga 10 juta hak pendeposit umat Islam.
Tuan Yang di-Pertua, melalui laporan RCI ini yang membuktikan dan menunjukkan bahawa zaman kegelapan Tabung Haji itu bermula pada tahun 2014.
Lepas berdekad-dekad Tabung Haji menambahkan jumlah aset, ataupun kurang liabiliti, tetapi pada tahun 2014 sudah bermulanya di mana aset tidak sama dengan liabiliti dan akhirnya menyebabkan kerugian ditampung oleh institusi Tabung Haji itu sendiri.
Kalau kita lihat apakah punca-punca zaman kegelapan ini, laporan RCI ini jelas mengatakan bahawa orang politik yang tidak berpengalaman dan tidak ada kepakaran dilantik ke dalam Tabung Haji untuk menguruskan berbilion ringgit jumlah pelaburan yang merupakan duit rakyat Malaysia khususnya umat Islam, sampai rugi jumlah berbilion-bilion ringgit, dan teguran itu turut disusuli dengan cadangan supaya no more political appointments dan supaya proses pelantikan dibuat secara telus dan adil.
Ia turut menyenaraikan lebih 14 pelaburan yang bermasalah, yang wajib melalui proses forensic auditing supaya kita dapat kenal apa punca masalah, dan kalau ada unsur penyelewengan supaya siasatan dibuat setelus yang mungkin. Saya lihat salah satu daripada 14 masalah pelaburan yang disenaraikan iaitu yang melibatkan Putra Perdana. Kalau kita lihat pemasalahan ini, ia turut melibatkan salah seorang individu yang kita benci— namanya Jho Low, iaitu Jho Low memainkan peranan dan merupakan tangan ghaib Putra Perdana.
Ini bukan Syed Saddiq yang kata. Ini adalah perkara yang telah pun ditetapkan di mahkamah tinggi melalui kes SRC, di mana ada ketetapan bahawa tangan ghaib yang mengawal Putra Perdana adalah Jho Low, tetapi Jho Low itu sendiri yang akhirnya mendapatkan jumlah pelaburan, jumlah ratusan juta ke dalam syarikat beliau iaitu duit yang datang daripada pendeposit Tabung Haji. Kalau untung tak apa, tetapi melalui laporan RCI ini, ia menunjukkan bahawa kerugian yang dialami oleh umat Islam itu mencecah lebih RM150 juta.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Saya rasa kalau forensic auditing dilakukan Tuan Yang di-Pertua, kita akan tahu siapa yang menerima untung selain Jho Low, dan kita perlu heret individu atau sekumpulan tersebut ke muka pengadilan. Selain itu, kita lihat juga, systemic risk yang melibatkan pelaburan-pelaburan yang lain. Sebab itu, dalam bab ini, bila kita nak bicarakan atau bahaskan soal pelaburan Tabung Haji, realitinya melibatkan banyak GLC ataupun GLIC ataupun agensi lain.
Contohnya berkenaan penyenaraian FGV. Melalui ini, laporan RCI menunjukkan bahawa kerajaan rugi lebih RM1 bilion, bukan RM1 juta. RM1 bilion kerana saham dibeli pada harga yang tinggi, tetapi akhirnya apabila saham itu menjunam begitu teruk, Tabung Haji tidak mengambil kira the losses dan dia hanya lihat, “Oh, these are merely losses on paper.”
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Kenapa saya katakan ada systemic risk di sini dan sebab itu perlu ada forensic auditing, kerana kalau kita lihat Tabung Haji ini ada melibatkan pelaburan FGV. FGV ada melibatkan FELDA. Kalau kita lihat sebelum ini juga ada melibatkan 1MDB iaitu pembelian tanah yang berdekatan dengan TRX. Sebab saya kata perlu ada forensic auditing dan penyelesaian yang tuntas, kerana systemic risk apabila satu GLIC gagal, ia akan menyebabkan kegagalan pelaburan kepada GLIC dan GLIC yang lain. Kalau kita tak tangani dengan baik, ia akan membawa tsunami kegagalan pengurusan yang akhirnya menyebabkan rakyat Malaysia perlu menampung kerugian yang luar biasa.
Saya beri contoh yang melibatkan FGV dan FELDA. FELDA pada hari ini Tuan Yang di-Pertua, melalui pelaburan Eagle High di mana pada peringkat awal kita membeli dalam 37 peratus pada kos RM2.3 bilion tetapi pada hari ini as we speak jumlah pelaburan RM2.3 bilion tersebut telah jauh sorot, hanya tingal RM200 juta.
Maksudnya peneroka rugi lebih RM2.1 bilion. Mengapa saya kongsikan? Apa kena mengena FELDA, FGV, Tabung Haji, 1MDB, kerana semua ini berkaitan dengan satu sama yang lain.
These companies co-invest into one another. Dan apabila ada masalah urus tadbir dalam satu GLC atau GLIC, akan memberikan impak yang sangat besar kepada yang lain. Ini sama dengan stake body yang melibatkan kerajaan. Dan inilah perkara yang menunjukkan systemic risk ini kalau tidak diuruskan dengan baik, akhirnya beban itu akan teralih kepada pembayar cukai seperti kita semua.
Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya rasa tidak cukup hanya sekadar kita mengharapkan satu badan penguat kuasa seperti SPRM untuk ambil tindakan.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Bagaimana kita berjaya siasat 1MDB? Kita tidak hanya mengharapkan SPRM.
Mana-mana kerajaan, mana-mana Perdana Menteri, mana-mana Menteri paling takut apabila ada penubuhan multi-agency task force yang melibatkan SPRM, PDRM, LHDN dan semua agensi-agensi lain. Mengapa? Kerana agensi tidak bekerja dalam silo.
Kalau kita ingat mantan Perdana Menteri terdahulu, bila dia takut dengan multi-agency task force siasatan multi-agency ini, first thing which he did, bubarkan multi-agency task force ini kerana mungkin mereka hanya boleh mengawal satu ke dua agensi tetapi mereka tidak akan berjaya mengawal semua. Kerajaan perlu mengumumkan penubuhan multi-agency task force untuk siasat setiap satu daripada 14 pelaburan yang ada, yang telah terbukti bermasalah. An extended that scopes to FELDA, FGV, Eagle High, supaya akhirnya kita dapat tahu siapa yang menyebabkan masalah ini berlaku dan kerugian ini akhirnya terbukti.
Saya ingin jawab beberapa perkara yang berlegar di luar sana. Ada kata, “Ah, tapi masalah Tabung Haji ini bukanya besar mana pun. Akhirnya pendeposit dapat hibah yang tinggi. Kita tetap dapat subsidi haji.” Tuan Yang di-Pertua, subsidi haji pada peringkat tersebut setiap tahun dalam lingkungan RM200 ke RM300 juta setahun. Rugi pelaburan FGV saja dah lebih RM1 bilion. RM1 bilion ini boleh menampung tiga tahun subsidi haji bagi seluruh rakyat Malaysia pada tahun tersebut.
Itu contohnya.
Kalau kita beri contoh ini, hibah itu tinggi mereka kata. Tetapi apabila rugi dan kamu tetap bayar hibah, duit itu bukan tiba-tiba kita nak petik daripada pokok.
Maksudnya we are transferring the burden daripada satu generasi ke generasi yang lain, yang terbeban ialah golongan anak muda. Pembayar cukai hari ini yang perlu cover lebih kurang RM10 bilion bailout yang perlu dibuat untuk menyelamatkan Tabung Haji. Sebab ini persoalan yang kritikal kepada kerajaan. Kerajaan pada hari ini telah menyuntik dalam RM500 juta. Not even this government, previous government. Tapi salah satu saranan RCI adalah supaya government guaranty diberikan.
Kedua, 0adalah supaya kerajaan berikan janji fiscal injection, RM1.7 bilion tersebut.
Tapi sepatutnya dibuat bulan Mei tapi sampai ke hari ini kita tak tahu. So, persoalan saya kerana tak boleh lari daripada persoalan ini. On paper, yes you save Tabung Haji tetapi kamu perlu menunaikan janji iaitu membayar RM1.7 bilion setahun ini untuk menyelamatkan Tabung Haji sebenar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
You cannot just save them on paper, tapi kamu tak tunaikan tanggungjawab tersebut, you are merely transferring the problem daripada satu generasi ke generasi yang akan datang, daripada satu kerajaan ke kerajaan yang lain. Ini persoalan saya kepada kerajaan. Saya harap mereka akan jawab. Saya sudah nak habis masa.
Minta maaf, minta seminit saja lagi untuk rumuskan, boleh Dato’ Speaker? Terima kasih.
Isu Tabung Haji ini saya rasa merupakan isu yang melibatkan semua parti.
Sebab itu saya tak nak hanya menyalahkan satu parti atau satu Perdana Menteri. It’s not fair kerana kalau kita lihat Tabung Haji pre-2014, mereka berjaya dan itu melibatkan parti-parti yang sama yang kita tuduh bermasalah pada hari ini.
Sebab itu harapan saya Dato’ Speaker, adalah untuk kita cari jalan penyelesaian bersama. Jangan kita cuba nak menjustifikasikan zaman kegagalan Tabung Haji hanya kerana ia mungkin melibatkan segelintir pemimpin politik. In reality kalau saya mereka, I would take credit kata yang dulu zaman kegemilangan juga dibuat oleh mereka.
Sepatutnya kita berani di sini, ambil tindakan kepada masalah yang lepas, cari jalan penyelesaian bersama, learn from the mistake and move forward together. Tak cukup kerajaan hanya menunaikan 75 peratus apa yang dicadangkan oleh Tabung Haji, ada banyak lagi belum dibuat. Pindaan kepada Akta Tabung Haji, institusikan akta untuk memastikan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Ya. Untuk memastikan bahawa tidak ada pelantikan politik lagi. Berikan suntikan dana fiskal yang dijanjikan supaya pelan pemulihan ini boleh berjalan dan 15 saat yang paling penting, bila nak ambil tindakan, terus ambil tindakan. Jangan ambil tindakan hanya kerana mereka kawan kita, esok lawan, kita ambil tindakan. Bila kawan, tak ambil tindakan. Itu bukan tindakan yang telus dan jujur.
We need to have the courage to take action. Tak kisah dia kawan atau lawan kerana realitinya ini bukan tentang saya atau kamu, bukan tentang kawan atau lawan, ini tentang hak lebih 10 juta pendeposit dan hak umat Islam di Malaysia. Be bold, be brave dan jangan hanya ambil tindakan apabila ia melibatkan lawan atau kawan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Muar. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Simpang Renggam.
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia MADANI dan salam perpaduan. Tuan Yang di-Pertua serta Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dengan penuh takzim dan menjunjung setinggi kasih, saya selaku Ahli Parlimen Simpang Renggam bangun pada pagi yang mulia ini untuk membahaskan laporan RCI berhubung pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji.
Hari ini kita bukan sekadar membahaskan sebuah laporan sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, kita sedang membahaskan suatu yang jauh lebih besar daripada angka, aset ataupun penyata kewangan. Kita sedang membahaskan sebenarnya bagaimana pemulihan, kepercayaan rakyat dapat dilaksanakan. Itulah perkara yang ingin saya bawa pada pagi ini, dengan izin, towards the restoration of trust. Kepercayaan yang dibina selama puluhan tahun, kepercayaan yang mendorong seorang pesara untuk menyimpan sedikit demi sedikit setiap bulan.
Kepercayaan seorang ibu yang menyimpan hasil jualan kuihnya. Seorang petani yang menyimpan hasil musim menuainya. Seorang guru, seorang anggota tentera, seorang pemandu e-hailing, seorang nelayan dan seorang penjawat awam, kepercayaan mereka. Semua dan satu impian yang sama. Satu hari nanti menjadi tetamu Allah di Tanah Suci.
Justeru apabila mereka memilih untuk menyimpan di Tabung Haji, apa yang mereka serahkan bukan sekadar wang simpanan, mereka menyerahkan amanah.
Mereka meletakkan kepercayaan bahawa institusi ini akan mengurus setiap ringgit dengan penuh integriti, ketelusan dan tanggungjawab. Ada satu hakikat yang sangat mendalam. Kepercayaan terhadap sesebuah institusi mengambil masa bertahun- tahun untuk dibina. Tetapi boleh runtuh dalam sekelip mata.
Pepatah Melayu mengingatkan kita “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Begitulah sifat amanah. Sekali dia tercalar, bukan mudah untuk mengembalikan kepercayaan rakyat. Amanah adalah asas kepada tamadun, amanah merupakan mata wang yang paling bernilai dalam sesebuah institusi. Inilah asas kepada Tabung Haji sejak penubuhannya, amanah.
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Tuan Yang di-Pertua, Laporan RCI ini amat penting kerana ia bukan sahaja meneliti kesilapan individu tetapi juga mendedahkan kelemahan yang lebih mendasar dalam sistem. Kelemahan tadbir urus, campur tangan politik dalam pengurusan dan agihan keuntungan, ketidakpatuhan terhadap piawaian perakaunan serta kegagalan akauntabiliti yang berpanjangan.
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Lebih membimbangkan, kegagalan tadbir urus ini akhirnya membawa kos yang besar kepada rakyat dan negara. Apabila aset-aset bermasalah dipindahkan bagi memulihkan kedudukan kewangan Tabung Haji, sebahagian daripada beban kerugian akhirnya ditanggung oleh kerajaan dan secara tidak langsung oleh pembayar cukai.
Kerugian bukan sahaja berbentuk kewangan, kerugiannya ialah kehilangan kepercayaan rakyat. Persoalan terbesar hari ini ialah bagaimana kita hendak memulihkan semula kepercayaan ini? Kerana, masyarakat tidak lagi mudah diyakinkan dengan kenyataan media atau slogan-slogan yang indah. Apabila kepercayaan telah terhakis, rakyat menjadi lebih berhati-hati. Mereka bertanya, adakah kesilapan ini boleh berulang? Adakah simpanan saya benar-benar selamat?
Soalan-soalan ini adalah munasabah dan rakyat berhak mendapat jawapan yang jelas.
Dato’ Yang di-Pertua, penstrukturan semula melalui Urusharta Jamaah pada tahun 2018, UJSB ini serta pelaksanaan pelbagai pembaharuan, kedudukan kewangan Tabung Haji hari ini nampaknya lebih stabil. Simpanan pendeposit dijamin oleh kerajaan. Kerajaan turut memaklumkan bahawa kira-kira 75 peratus daripada 25 syor RCI telah pun dilaksanakan. Ini merupakan perkembangan yang positif.
Namun, pemulihan kepercayaan tidak boleh diukur hanya dengan angka peratusan.
Ia mesti dibuktikan melalui tindakan yang berterusan. Atas sebab itulah, saya ingin mengemukakan beberapa cadangan.
Pertama Dato’ Yang di-Pertua, kerajaan perlu menerbitkan status pelaksanaan setiap satu daripada 25 syor RCI, termasuk syor yang telah diselesaikan, yang sedang dilaksanakan, yang masih belum— syor yang telah diselesaikan, satu perkara. Yang sedang dilaksanakan, yang masih belum dilaksanakan serta garis masa yang jelas bagi baki pelaksanaannya. Ketelusan bukan sekadar menerbitkan laporan. Ketelusan bermaksud rakyat dapat menilai sendiri sejauh mana pembaharuan benar-benar berlaku. Itu yang pertama, Dato’ Yang di-Pertua.
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Kedua, saya menyeru agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM), Polis Diraja Malaysia serta semua agensi penguatkuasaan yang berkaitan memberikan kemas kini awam secara berkala dalam tempoh masa yang jelas mengenai semua siasatan yang timbul daripada penemuan RCI ini, termasuk perkara-perkara yang sebelum ini yang telah dirujuk melalui laporan polis dan juga siasatan SPRM.
Saya ingin menegaskan bahawa Barisan Nasional, khususnya UMNO tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam pecah amanah, salah guna kuasa atau salah tadbir yang menjejaskan Tabung Haji. Keadilan bukan sahaja mesti dilaksanakan, ia juga mesti dilihat sedang dilaksanakan.
Ketiga, Dato’ Yang di-Pertua, Sidang Khas Parlimen hari ini tidak boleh menjadi sekadar satu acara politik sahaja. Sebaliknya, ia perlu menjadi permulaan kepada pengawasan Parlimen yang berterusan, dwipartisan dan juga berasaskan institusi supaya pelaksanaan semua syor RCI dapat dipantau secara berkala dan dilaporkan kepada Dewan ini.
Sebagai kebetulannya, Dato’ Yang di-Pertua, saya sebagai Presiden Standing Committee on Peace and International Security, Kesatuan Parlimen Antarabangsa (IPU), kami beriltizam untuk terus mengutamakan amalan terbaik daripada Parlimen-parlimen di seluruh dunia dalam memperkukuhkan tadbir urus, memperluaskan pengawasan Parlimen terhadap institusi awam serta membina budaya akauntabiliti yang lebih mantap.
Pengalaman antarabangsa menunjukkan bahawa institusi yang kukuh tidak hanya bergantung kepada individu, tetapi kepada sistem semak dan imbang yang berfungsi dengan berkesan. Akauntabiliti tidak boleh bersifat bermusim, ia mesti menjadi budaya.
Dan, yang keempat pula, Dato’ Yang di-Pertua, pindaan menyeluruh terhadap Akta Tabung Haji 1995 ini perlulah dilihat semula. Pindaan tersebut hendaklah merangkumi syarat-syarat yang jelas bagi semua pelantikan ahli lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi. Itu pertama.
Kedua, peruntukan konflik kepentingan yang lebih ketat.
Kewajipan pengisytiharan kepentingan dan aset oleh pemegang jawatan utama, itu yang ketiga.
Dan akhirnya, mengurangkan penemuan kuasa budi bicara— penumpuan kuasa budi bicara yang terlalu besar di bawah pihak eksekutif.
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Kelima, saya turut menggesa supaya dilaksanakan audit forensik bebas terhadap semua pelaburan yang dikenal pasti oleh suruhanjaya. Sekiranya terdapat kerugian yang boleh dipulihkan, segala usaha pemulihan hendaklah dilaksanakan.
Sekiranya terdapat bukti salah laku, maka tindakan sivil, jenayah dan atau tatatertib hendaklah dimulakan tanpa berlengah. Tiada siapa pun tanpa mengira jawatan, kedudukan politik atau jawatan terdahulu harus dilindungi dalam proses rang undang-undang.
Dato’ Yang di-Pertua, episod ini juga mengajar kita sebenarnya bahawa reformasi tidak boleh terhad kepada Tabung Haji semata-mata. Malaysia masih belum mempunyai Akta Kebebasan Maklumat di peringkat Persekutuan, sedangkan rakyat mempunyai hak untuk mengetahui bagaimana badan-badan berkanun dan institusi awam yang mengurus berbilion ringgit wang rakyat ini ditadbir.
Dalam masa yang sama, Akta Rahsia Rasmi 1972 tidak seharusnya digunakan secara berlebihan sehingga menyekat penelitian awam yang sah terhadap perkara-perkara yang berkepentingan nasional. Jika benar-benar mahu melihat— memulihkan kepercayaan rakyat, maka prinsip yang perlu diamalkan ialah prinsip keterbukaan sebagai amalan utama. Manakala, kerahsiaan hanya digunakan kepada yang benar-benar menurut undang-undang.
Justeru, saya mencadangkan agar kerajaan menerima pakai dasar declassification by default dengan izin, bagi semua suruhanjaya siasatan pada masa hadapan sebaik sahaja prosiding selesai, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu yang benar-benar memerlukan perlindungan menurut undang-undang.
Akhir sekali, Dato’ Yang di-Pertua, penerbitan Laporan RCI Tabung Haji ini mestilah menjadi titik permulaan, bukannya noktah kepada usaha pemulihan kepercayaan. Malaysia tidak boleh lagi mengulangi kitaran yang sama. Laporan diterbitkan, rakyat marah. Beberapa minggu kemudian, isu dilupakan dan akhirnya, institusi kembali kepada amalan lama.
Kita memerlukan tindakan yang tegas, penguatkuasaan yang berwibawa, pembaharuan institusi yang berkekalan dan pelaksanaan penuh kesemua syor RCI kerana akhirnya, apa yang kita ingin pulihkan bukan sekadar kedudukan kewangan Tabung Haji, bukan sekadar imej sesebuah institusi tetapi kepercayaan jutaan umat Islam Malaysia bahawa amanah mereka akan sentiasa dipelihara dengan penuh integriti, ketelusan dan rasa bertanggungjawab. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Selanjut, dipersilakan Yang Berhormat Semporna.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua di atas ruang yang diberikan kepada saya untuk turut membahaskan, walaupun masanya agak pendek. Namun demikian, perkara ini cukup penting kepada kita menjadi peringatan.
Bukan setakat peringatan, perlunya ada tindakan yang tegas dan pantas kerana kita tahu dan sedar, sesebuah negara boleh berhadapan dengan pelbagai cabaran di muka bumi ini, tetapi negara itu akan hancur dan lebur sekiranya tidak ada amanahnya, pengkhianatan tentang amanah rakyat yang ada di dalam, mengurus harta awam dengan kecuaian dan penyelewengan bukan sekadar kesilapan tadbir urus, ia adalah juga salah guna amanah rakyat negara itu.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Dato’ Yang di-Pertua, walaupun persidangan hari ini khusus untuk berbahas mengenai Laporan RCI Tabung Haji, Jemaah Menteri tidak boleh memandang ringan peranan dan suara semak imbang Parlimen ini.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Banyak juga Menteri berbahas. Sepatutnya tidak ada harus berbahas kerana mereka boleh bangkitkan di Kabinet. Bagi ruang kepada Ahli-ahli yang lain untuk berucap menyuarakan suara rakyat.
Apabila Ahli Parlimen membangkitkan isu-isu serius berkenaan dengan salah guna dan kelemahan tadbir urus entiti awam, kerajaan perlu segera menyiasat dan bertindak. Sebelum ini saya sudah suara. Malahan bukan hanya di Parlimen bahkan juga di peringkat Dewan Undangan Negeri Sabah tentang bagaimana pembabitan entiti kerajaan menggunakan model creative accounting bagi memanipulasi perakaunan sistem syarikat-syarikat GLC. Jangan tunggu sehingga berlaku krisis besar baru kerajaan mahu menunjukkan ketegasan untuk bertindak― kelewatan laporan dan tindakan kepada pelaku.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Dato’ Yang di-Pertua, ramai pakar-pakar penganalisis politik dan ekonomi yang telah memberi ulasan mengenai Laporan RCI ini. Sama ada dari sudut hasil utama puncak tindakan dan pelan pemulihan, saya tidak berhasrat menyentuh secara lebar panjang bukan setakat RCI Tabung Haji tetapi duit awam, amanah yang diberikan oleh rakyat yang ada. Namun, hari ini saya ingin mengajak Dewan yang mulia ini melihat isu dari sudut pandangan yang jauh lebih kritikal iaitu mengenai enforcement, penghormatan kita terhadap institusi yang menubuhkannya.
Seperti kita semua di sini tahu, penubuhan sebuah RCI itu diwartakan secara rasmi dalam Warta Kerajaan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah seksyen 2 Akta 119. Tokoh-tokoh, pakar dan hakim yang dilantik bekerja keras menyiapkan hasil daripada RCI ini. Ramai dari kita di sini, juga di luar sana mempersoalkan Laporan RCI. Bandingkan, Dato’ Speaker.
The Members of RCI Committee is very prominent people. Ketua Hakim Negara, bekas mantan-mantan yang ada digniti dia. Mereka gariskan perkara- perkara ini. Jika kita teliti secara RCI dari tahun 2021, banyak. More than six RCI yang ada. Have we done? Ada yang kita buat.
But seriously, as a government, have we done or bid to ensure that has been implementing the recommendation done by the RCI Committee yang ada? Dan jika kita teliti perjalanan proses RCI yang dibuat sebelum daripada awal hingga akhir, sepatutnya laporan tidak mengambil masa yang lama untuk didedahkan kepada umum. Persoalan keduanya, lebih kritikal, mengapa dalam tempoh empat tahun ini baru sekarang pihak berkuasa memulakan tindakan?
Kalau kita rujuk Ringkasan Eksekutif dalam bab rumusan, poin 35(k) RCI, menyebut dengan jelas bahawa pihak-pihak berkuasa wajib mengambil tindakan yang tegas dan segera ke atas setiap laporan polis atau aduan yang diberikan berkaitan dengan salah guna Lembaga Tabung Haji ini. Is very clear there.
Recommendation, cadangan, tindakan.
Tetapi, empat tahun baru ini pun dibentangkan di Parlimen pada hari ini.
Tetapi apa yang berlaku tahun 2023— sepi; 2025— sepi. Cuma bila 2026, barulah timbul pula perkara ini, kita sibuk untuk bukan setakat, seperti apa yang disuarakan oleh pihak pembangkang, sepatutnya there must be credible kind of answering this question in Dewan. Bukan hanya laporan ini dibahaskan tetapi apa tindakan kita.
Apakah tindakan yang harus dilakukan oleh pihak berkuasa.
Jika saya rujuk daripada sudut undang-undang dan Perlembagaan, tidak satu pun peruntukan dalam Artikel 119 yang melarang SPRM, PDRM, Bank Negara
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
ataupun mana-mana agensi berkuasa yang lain untuk bertindak sebelum dibuka kepada umum RCI ini. Agensi penguat kuasa mempunyai punca kuasa yang ada.
Mereka juga terdedah dengan maklumat ini. They know what action to be taken, but why delayed that? Ini yang kebimbangan saya tentang persoalan power, corrupt ― absolute power corrupt absolutely.
Ini yang kebimbangan saya kerana kita timbangkan tentang kuasa kita.
Apakah ini menjadi keutamaan kepada kita? Tindakan generasi― you know, our generation, will they suffer of our pentadbiran kita pada hari ini sekiranya kita tidak mengambil tindakan tegas terhadap perkara-perkara yang telah disuarakan.
Melambat-lambatkan siasatan, pendakwaan ke atas entiti dan penama-penama yang terlibat, ia bukan sekadar melengah-lengahkan keadilan bagi pendeposit Tabung Haji.
Bukan setakat pendeposit Tabung Haji. Ini amanah. Banyak sebenarnya, kalau saya sebutkan. Bukan hanya Tabung Haji. EPF-nya― banyak lagi kalau saya nak sebut, Dato’ Speaker, tentang perlu diteliti secara mendalam oleh pihak kerajaan yang ada pada hari ini.
Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit mengenai dengan special purpose vehicle ini. Saya tahu UJSB telah diwujudkan untuk mengatasi masalah ini.
Tetapi, ini yang saya katakan kita creative accounting. Kita raised bond, lepas itu kita berhutang untuk bayar hutang yang disalahgunakan itu. Is this a right way to do things? Adakah ini langkah yang harus kita lakukan? Kerana yang akan dibebankan dengan hutang, sukuk yang kita raised ialah kita sendiri. Rakyat termasuk Ahli-ahli Parlimen.
We’re paying tax kepada― from one pocket to another pocket. But what action had we taken against them? Kalau kita gunakan special purpose vehicle semata-mata untuk melahirkan supaya Tabung Haji, macam dibacakan oleh Menteri tadi, prestasinya cukup baik pada tahun ini, prestasi sejak kita— ya, you can sedap telinga mendengar itu, tetapi at what expenses we have done that? The money, the sukuk yang ada. Hutang bayar hutang yang ada.
Banyak sebenarnya kelakuan yang berlaku di negara kita pada hari ini. Kalau saya sebut satu persatu, Dato’ Speaker, panjang ceritanya. Trust fund yang ada termasuk di Sabah pun ada juga entiti-entiti kewangan yang ada melibatkan berbilion duit, tetapi apa tindakan pihak kerajaan terhadap perkara ini? Hentikan amalan perakaunan kreatif yang ada ini. You know, smart accounting. Saya ingat saya cadangkan kepada pihak kerajaan, don’t find that as a solution. Kebimbangan saya,
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
kalau SPV kita gunakan menyelesaikan masalah, you will encourage others as well di masa akan datang. Dia akan gunakan duit sukuk, kita hutang.
Macam apa berlaku di Sabah. Hutang SIP, Sabah International Petroleum, RM1.2 bilion kita bayar. Lepas itu, Sabah Maju Jaya Energy pinjam duitlah pula.
Berapa bilion? Berapa juta? RM900 juta. You bayar hutang untuk bayar hutang lain.
Jadi, saya ingat perkara ini jangan kita berdiam kerana kepentingan rakyat harus diambil perhatian dari semua pihak.
Kedua, dilarang menggunakan entiti atau syarikat awam yang lain sebagai cagaran ataupun bailout terlindung bagi menutup kerugian institusi yang muflis akibat kelemahan pengurusan yang ada. Sekiranya ada GLC kita yang berhadapan dengan masalah, but don’t use other entity as well to bailout that. Ini yang kebimbangan saya.
Saya ingat kalau saya sebut banyak perkara yang saya telah lalui dalam waktu saya juga jadi kerajaan, ini membimbangkan saya.
Penstrukturan atau kawalan menerusi SPV tidak ada gunanya sekiranya individu yang melakukan penyelewengan awal dibiarkan terlepas tanpa tindakan undang-undang yang tegas dan berat. Ini pada masa yang sama juga, rakyat dan Parlimen berhak tahu tentang terkini pengurusan aset RM19.9 bilion di bawah USJ, special purpose vehicle ini. Berapakah nilai pulangan tunai, case recovery yang telah berjaya didapatkan oleh USJSB sejak 2018? Setakat ini, apakah keupayaan USJSB untuk membayar balik komitmen sukuk tanpa membebankan wang pembayar cukai di peringkat Persekutuan ini?
Saya juga memohon kerajaan jelaskan mengenai dakwaan dibawa bekas Ahli Parlimen Pandan juga telah membangkitkan perkara ini. Pertama, sukuk USJSB siri satu bernilai RM12.5 bilion telah pun matang pada 29 Mei lalu. Benarkah dakwaan bahawa kerajaan hanya melunaskan RM965 juta dalam bentuk hartanah manakala baki RM11.5 bilion bagi yang kedua?
Jadi, Dato’ Yang di-Pertua, sebenarnya banyak perkara audit report yang ada yang juga satu perkara yang harus dilihat secara serius yang ada. Kerisauannya ialah berlaku, apabila Laporan RCI ini didedahkan, kita lihat dalam muka surat 96, poin 3.11.17, suruhanjaya berpendapat bahawa Jabatan Audit Negara tidak memberi fokus kepada pemakaian prinsip pengauditan yang diakui umum secara keseluruhannya.
Saya juga berharap, Dato’ Yang di-Pertua, supaya duit yang ada, berbilion duit sebenarnya― kerajaan. I’m discussing about not only duit yang Tabung Haji.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
One good example is Pan Borneo. Dah mencecah berapa ada? RM24 bilion duit sampai sekarang. Ada siap, ada yang sebahagian besar tak siap-siap.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
And government injecting fund untuk tidak disiapkan. Saya berharap supaya ini juga harus dilihat. Kalau duit itu RM24 bilion, bayangkan, masalah air, masalah elektrik boleh diatasi di bumi Sabah ini kerana ini merupakan di antara duit yang harus digunakan untuk kepentingan rakyat. Pasal itu saya sebutkan dalam perbahasan pada kali ini tentang kuasa yang ada. Power corrupt absolutely and power corruption— bila, apa ini— power absolutely dia boleh kita katakan bahawa bila absolute power yang ada. Bila ada kuasa, it can lead towards absolute— kita katakan corruption yang ada.
Jadi, saya berharap tindakan seumpama ini perlu dilihat secara serius.
Jangan hanya kita bahaskan. Apa tindakan susulan daripada kerajaan? Tadi pun Menteri-menteri berbahas dan saya ingin melihat supaya bukan hanya dibahaskan hari ini, what next? There’s a lot of money has been used by all the GLC, by all the government entity yang ada, bukan hanya Tabung Haji. Kita boleh sebutkan ini yang mana, ini Islam, ini— no. *But, it involves public funds.
For god’s sake* saya ingat, pihak kerajaan dan Menteri yang di tanggungjawab-kan untuk menjaga kewangan negara kita, mengambil serius tentang perkara ini supaya jangan ada penyelewengan khususnya, digalakkan, dihentikan pada saat ini untuk supaya rakyat dapat diatasi kehidupan mereka. Kerana ini lah membabitkan sehingga rakyat pada hari ini, kepercayaan, keyakinan, they lost trust on us as a government of the day. Why? Because we are not doing apa yang diamanahkan oleh rakyat untuk mengatasi masalah kehidupan mereka di peringkat akar umbi. Terima kasih banyak Dato’ Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Saya jemput Yang Berhormat Putatan.
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua atas peluang yang diberikan kepada Putatan untuk menyertai perbahasan berkenaan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji ini. Dato’ Yang di- Pertua, kredibiliti perundangan. Dua patah perkataan tersebut menzahirkan perspektif Putatan terhadap dapatan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang kita bahaskan ini.
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
Perspektif yang perlu dirungkai oleh kerajaan dalam mengembalikan keunggulan Lembaga Tabung Haji sebagai institusi Islam yang memegang amanah rakyat. Secara dasarnya, satu-satu perundangan dirangka serta dikuatkuasakan dengan motif untuk mendorong tindak-tanduk yang boleh menghasilkan satu keputusan. Dalam konteks siasatan terhadap urus tadbir Lembaga Tabung Haji yang diperincikan ini, Putatan menyimpulkan bahawa Akta Tabung Haji 1955 [Akta 535] telah mewujudkan ruang tanpa sempadan kepada entiti-entiti bermandat dalam melaksanakan satu-satu tindakan.
Berdasarkan perincian yang digariskan dalam Laporan Suruhanjaya telah mengenal pasti unsur dominance of power yang diperuntukkan kepada Menteri.
Dominasi kuasa yang digariskan dalam seksyen 10, Akta 535 telah mendorong kepada episod-episod kegagalan yang telah menjejaskan prestasi serta kedudukan kewangan Tabung Haji.
Berhubung dengan hal tersebut, Putatan berpendirian bahawa kuasa Menteri untuk memberi arahan am yang diperuntukkan dalam seksyen 10 tersebut perlu dimansuhkan. Pemansuhan kuasa tersebut perlu dibuat untuk memastikan Lembaga Tabung Haji boleh berfungsi dengan lebih bebas mengikut aturan-aturan yang bertepatan dengan matlamat sebenar institusi tersebut.
Sempadan kuasa yang Putatan tegaskan tadi juga bertujuan untuk membudayakan etika korporat dalam pengurusan Tabung Haji sebagai satu-satunya entiti nasional yang bertanggungjawab kepada pengendalian dana jemaah haji.
Tabung Haji sepatutnya dibudayakan dengan persekitaran korporat yang sinonim dengan budaya pengurusan syariah yang berteraskan prestasi.
Kecemerlangan institusi tidak boleh dicapai apabila pengaruh politik diadunkan dalam membuat keputusan. Oleh sebab itu, suruhanjaya mengesyorkan agar keanggotaan lembaga pengarah dibuat mengikut merit. Pengesyoran tersebut penting untuk ditekankan bagi memastikan agar kredibiliti serta profesionalisme pengerusi serta ahli-ahli lembaga pengarah tidak dibayangi lagi oleh pengaruh eksekutif yang berakar daripada peruntukan undang-undang.
Seperti yang turut digariskan dalam laporan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Agama sewajarnya menumpukan bidang tugas berkaitan pengurusan haji dan tidak mencampuri hal-hal yang berkaitan pengurusan kewangan. Namun begitu, syor untuk merujuk hal ehwal kewangan kepada Menteri Kewangan seperti yang dikemukakan oleh suruhanjaya wajar diteliti semula.
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
Penelitian tersebut penting untuk memastikan elemen pengaruh politik tidak lagi bersarang dalam ekosistem pengurusan kewangan Tabung Haji.
Realitinya, Tabung Haji hanya memerlukan dukungan daripada institusi- institusi yang berkaliber dalam menjayakan agenda pemulihan semula kedudukan kewangan. Matlamat tersebut tidak akan mampu dicapai sekiranya figura yang bernama Menteri masih lagi dimandatkan untuk mencampuri urusan kewangan Tabung Haji biarpun Menteri itu bukan seorang ahli politik aktif yang dipilih menerusi kertas undi.
Justeru, Putatan berpendirian bahawa tanggungjawab kepada hal ehwal kewangan Tabung Haji seharusnya digalas sepenuhnya oleh Lembaga Tabung Haji sendiri. Tanggungjawab tersebut boleh dimandatkan kepada sesebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga Pengarah menurut seksyen 11, Akta 535. Kebertanggungjawaban jawatankuasa perlu bermula dengan penekanan terhadap piawaian pelantikan anggota lembaga pengarah.
Mengambil iktibar daripada syor suruhanjaya yang digariskan dalam laporan, Putatan ingin menegaskan di Dewan yang mulia ini, bahawa seseorang ahli lembaga pengarah mestilah dilantik daripada kalangan profesional yang bertauliah serta berpengalaman luas dalam bidang perakaunan dan kewangan Islam. Penegasan tersebut sewajarnya dijadikan sebagai asas penting kepada Yang Berhormat Menteri dalam memuktamadkan inti pati pindaan yang bersifat syumul terhadap Akta 535 ini.
Piawaian pelantikan khusus yang Putatan tegaskan tadi penting untuk memastikan aspek pentadbiran kewangan Tabung Haji benar-benar dipertanggungjawabkan kepada individu yang berkepakaran. Penegasan Putatan tersebut bertepatan dengan peringatan yang disampaikan oleh baginda Rasulullah SAW menerusi satu hadis baginda iaitu daripada Ibnu Umar RA. Dari Nabi SAW bersabda; “Setiap kamu adalah pemimpin, setiap kamu akan diminta
bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya” - Hadis Riwayat Bukhari
.
Hadis tersebut perlu diinsafi oleh kita selaku pemegang amanah untuk sentiasa menitikberatkan soal kebertanggungjawaban dalam setiap amanah yang digalas dalam konteks pengurusan Tabung Haji ini seperti yang dianjurkan sebagai cadangan dalam laporan. Putatan ingin menegaskan sekali lagi bahawa masanya sudah tiba untuk posisi lembaga pengarah serta pengurusan Tabung Haji diisi oleh individu-individu yang berkepakaran.
Pelantikan specialist daripada kalangan mukminin dan muttakin amat penting untuk memastikan setiap keputusan dapat dimuktamadkan secara telus dengan
bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya” - Hadis Riwayat Bukhari
penuh penelitian profesional. Ketiadaan kepakaran bidang akan mendorong ahli-ahli lembaga pengarah untuk menghalalkan segala keputusan yang tidak rasional, yang dicadangkan di peringkat pengurusan tertinggi.
Seperti yang dibuktikan dalam dapatan Ketua Audit Negara bagi tempoh kewangan 2014-2017, pihak pengurusan tidak menjadikan nilai aset yang telah diaudit sebagai nilai ukuran untuk melaksanakan pengagihan hibah. Natijahnya, Tabung Haji telah berdepan dengan krisis kewangan yang kritikal, yang telah membawa kepada insiden kemerosotan rizab selepas tahun 2017.
Lebih malang lagi, pihak pengurusan telah menjadikan kelompongan seksyen 22, Akta 535 sebagai justifikasi untuk menutup kesalahan. Definisi aset yang tidak diperincikan dalam Akta 535 telah digunakan sebagai alasan oleh pengurusan tertinggi untuk menjustifikasikan kaedah penilaian aset yang bercanggah dengan disiplin perakaunan yang sepatutnya. Seperti yang didedahkan, Pengurusan Lembaga Tabung Haji telah sewenang-wenangnya melakukan penilaian aset secara syok sendiri menerusi kaedah realisable asset value (RAV).
bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya” - Hadis Riwayat Bukhari
Kaedah penilaian RAV tersebut telah menyebabkan nilai aset yang dipaparkan lebih tinggi daripada nilai yang sepatutnya dan ia telah membawa kepada keputusan lembaga pengarah untuk melaksanakan pengagihan hibah pada kadar yang membebankan kewangan Tabung Haji.
Sebagai penutup, Putatan sekali lagi ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini untuk menyingkap satu persoalan penting daripada perbahasan tadi. Di manakah titik permulaan bagi segala drama kepincangan urus tadbir yang dilaporkan dalam Laporan RCI ini?
Jawapannya tidak lain dan tidak bukan ialah kredibiliti perundangan Akta 535 yang memerlukan pindaan yang terperinci dan konstruktif. Diharapkan pindaan tersebut dapat dilaksanakan segera dan seterusnya diluluskan di Dewan yang mulia ini. Datuk Yang di-Pertua sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Padang Serai.
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya bangkit pada hari ini bagi pihak Ahli Parlimen BERSATU untuk
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
menyertai perbahasan mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji. Namun saya kesal kerana ada kalangan Ahli Parlimen yang memboikot sidang pada hari ini walau apa jua alasan yang tidak munasabah. Kita mewakili 10 juta pendeposit dan juga 30 juta rakyat Malaysia yang melibatkan kewangan negara pada hari ini.
Tabung Haji bukan sekadar sebuah badan berkanun ataupun dana pelaburan biasa. Ia adalah institusi suci, amanah ratusan ribu rakyat marhaen yang bertahun- tahun mengumpul wang titik peluh semata-mata untuk menunaikan Rukun Islam kelima. Namun apa yang didedahkan dalam Laporan RCI ini amat mengejutkan dan meremukkan hati pendeposit.
Dapatan RCI mengesahkan bahawa punca utama krisis Tabung Haji berakar umbi daripada kelemahan tadbir urus yang sistemik dan amalan kelulusan yang meragukan. Kehilangan akauntabiliti, prosedur penilaian risiko, due diligence yang dilangkaui demi mengejar pulangan jangka pendek ataupun melayani dorongan pihak tertentu, manipulasi polisi perakaunan.
Laporan menunjukkan wujudnya penukaran polisi rosot nilai (impairment) dan pengiktirafan pendapatan dividen secara hantu di mana pendapatan dividen daripada anak syarikat direkodkan walaupun wang tunai tersebut tidak pernah diimbaskan ataupun dibayar.
Kemudian keputusan tidak transparent. Penjelmaan kuasa penuh tanpa imbang dan periksa (check and balance) membolehkan pelaburan berisiko tinggi diteruskan tanpa penanda aras Malaysian Financial Reporting Standards (MFRS) yang ketat. Pada tahun 2017 sahaja, Tabung Haji melaporkan keuntungan bersih RM3.4 bilion padahal penguatkuasaan piawaian MFRS menunjukkan Tabung Haji sebenarnya mengikut hakikat mengalami kerugian bersih sekitar RM1.4 bilion.
Tuan Yang di-Pertua kesalahan paling berat terhadap prinsip syariah dan Akta Lembaga Tabung Haji 1995 [Akta 535] ialah amalan pengagihan keuntungan ataupun hibah yang melampaui kemampuan. Antara tahun 2014 hingga 2017, Tabung Haji membayar hibah yang amat tinggi untuk menjaga imej pentadbiran sedangkan aset semasa Tabung Haji adalah kurang daripada jumlah liabilitinya.
Penyeimbangan kaedah RAV. Tabung Haji menggunakan kaedah realisable asset value secara terlampau agresif untuk menjustifikasikan pembayaran hibah menghasilkan angka aset tiruan yang melambung jauh berbanding angka dalam laporan beraudit. Kemudian, menyuntik keuntungan atas kertas untuk mengagihkan
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
wang tunai sebenar adalah satu pencabulan kewangan. Ini mengancam dana prinsipal pendeposit.
Kemudian, pelantikan ahli politik dalam lembaga pengarah. Satu lagi punca rebahnya integriti Tabung Haji adalah apabila kerusi lembaga pengarah dan jawatankuasa pelaburan dijadikan habuan politik. Pelantikan individu yang memegang jawatan politik mewujudkan konflik kepentingan (conflict of interest) yang nyata.
Keputusan pelaburan tidak lagi didasarkan atas daya saing komersial dan risk-reward ratio, sebaliknya dorongan populis politik demi menjaga periuk nasi pihak tertentu. Kerajaan hari ini mesti tegas, nyah-politikkan Tabung Haji secara total.
Tiada lagi ahli politik sama ada daripada blok kerajaan mahupun pembangkang yang patut menduduki kerusi pengarah mahupun Jawatankuasa Pelaburan Tabung Haji.
Tuan Yang di-Pertua, RCI telah mengenal pasti 14 pelaburan bermasalah yang mengakibatkan kemerosotan dan rosot nilai berbilion Ringgit akibat kecurangan serta kelalaian pentadbiran. Yang pertama, analisis syarikat-syarikat paling bermasalah. Daripada 14 senarai tersebut, saya ingin menonjolkan empat transaksi syarikat utama yang mempamerkan kecurangan melampau.
Pertama, Al-Rawda Real Estates Development & Project Management Co.
Ltd., isu kerugian. Tabung Haji memajak empat buah hotel di Mekah dan Madinah dengan bayaran pendahuluan (upfront) di luar kebiasaan berjumlah RM1.55 bilion untuk pajakan 10 hingga 18 tahun. Kecurangannya, sebagai balasan pendapatan sewa, TH hanya menerima nota janji (promissory note), jaminan peribadi pemilik syarikat. Sejak 2019, Al-Rawda gagal membayar sewa dan walaupun prosiding timbang tara memihak kepada Tabung Haji dengan award SAR899 juta, sehingga kini dana itu gagal dilunaskan sepenuhnya.
FGV Holdings Berhad. Isu dan kerugian pelaburan ekuiti dalam FGV mengalami kerugian boleh direalisasi (a realised loss) melebihi RM1.059 bilion akibat ketiadaan strategi keluar (exit strategy) dan penilaian risiko yang lemah.
Ketiga, PT TH Indo Plantations dan Trurich Resources Sdn. Bhd., isu dan kerugiannya adalah pelaburan ladang di Indonesia ini dicemari, isu tadbir urus, pendedahan kos tersembunyi serta kemerosotan nilai aset mendalam bernilai ratusan juta ringgit yang disorokkan melalui pembebanan hutang anak syarikat.
Yang keempat, Putrajaya Perdana Sendirian Berhad, Maritim Resources Sendirian Berhad, Tabung Haji Marine. Isu dan kerugiannya, transaksi pemilikan dan pendedahan ekuiti yang melanggar dasar had risiko Tabung Haji membawa kepada
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
rosot nilai berat apabila entiti-entiti ini mengalami masalah keberhutangan dan kegagalan kewangan.
Cadangan audit forensik. Laporan RCI secara khusus mengesyorkan agar audit forensik menyeluruh dijalankan ke atas kesemua 14 pelaburan bermasalah ini.
Audit ini bukan sekadar untuk menyemak akaun tetapi mengesan trail of money, unsur salah guna kuasa, penipuan (fraud), penyembunyian maklumat dan kecuaian pecah amanah (fiduciary breach), ketersediaan penguatkuasaan dan juga keupayaan pegawai sumber kewangan.
Persoalan kini, rakyat bertanya, adakah SPRM, PDRM, JSJK dan Suruhanjaya Sekuriti mempunyai tenaga pegawai serta bajet yang mencukupi untuk mendakwa penjenayah kolar putih ini? Siasatan jenayah kewangan berprofil tinggi seperti krisis Tabung Haji memerlukan kepakaran akauntan forensik, penganalisis data dan pakar undang-undang korporat antarabangsa.
Hari ini kita melihat agensi penguat kuasa terbeban dengan kekangan tenaga kerja mahir. Ahli-ahli korporat yang licik mengguna pakai struktur syarikat berlapis offshore dan SPV untuk melarikan wang. Pertanyaan kepada kerajaan, adakah kerajaan bersedia menambah bajet khas kewangan dan menubuhkan pasukan khas taskforce forensik khas di bawah SPRM dan PDRM juga seperti yang dicadangkan oleh Muar tadi multitasking agency dengan mandat memburu serta merampas semula asset recovery mana-mana dana yang diselewengkan? Jika tiada pertambahan bajet khusus, syor RCI ini ditakuti akan hanya menjadi dokumen putih, gajah putih yang berhabuk sahaja.
Bahagian ketiga, pemindahan aset UJSB, pelaksanaan syor dan akauntabiliti berterusan. Tuan Yang di-Pertua, kecukupan pemindahan aset dan dana Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. (UJSB) pada tahun 2018, pelan pemulihan dan penstrukturan Tabung Haji telah memindahkan aset-aset tidak berprestasi (underperforming asset) berharga tinggi kepada SPV Kementerian Kewangan iaitu Urusharta Jamaah Sdn.
Bhd..
Pemindahan aset bernilai hampir RM10 bilion telah membolehkan TH menangani sebahagian besar kerugian pelaburan bernilai RM12.6 bilion termasuk RM2.6 bilion kerugian terkumpul yang ditangani secara berperingkat. Persoalan kritikalnya, adakah tebusan tunai dan bayaran sukuk oleh UJSB kepada TH mencukupi dan mengikuti tempoh matang yang ditetapkan?
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Kerajaan perlu mengesahkan di Dewan yang mulia ini, adakah UJSB mampu menyerap rosot nilai aset-aset tersebut tanpa memerlukan suntikan bailout berterusan daripada wang cukai rakyat di bawah Kerajaan Persekutuan? Kita tidak mahu memindahkan beban dari poket kanan TH ke poket kiri perbendaharaan negara tanpa pemulihan aset sebenar.
Status pelaksanaan syor RCI dan akauntabiliti berterusan. Laporan menunjukkan kira-kira 75 peratus syor RCI telah mula dilaksanakan melalui penambahbaikan operasi. Namun, perbahasan ini tidak boleh berhenti setakat perubahan prosedur dalaman semata-mata. Kita perlu ada sistem peringatan dini
(early warning system), kerangka pengurusan risiko Tabung Haji mesti dinaik taraf supaya amalan memanipulasi penyata kewangan tidak boleh berulang.
Akta 535 mesti dipinda. Pindaan Akta Lembaga Tabung Haji perlu segera untuk mengetatkan syarat agihan hibah wajib mematuhi ujian rizab dan piawaian perakaunan MFRS sepenuhnya sebelum satu sen pun hibah diumumkan.
Ketiganya, tindakan tatatertib dan pendakwaan. RCI menekankan agar tindakan penguatkuasaan dan tatatertib diselesaikan tanpa melengah-lengahkan masa. Mana-mana pegawai, ahli lembaga pengarah atau bekas pengurusan tertinggi yang terbukti sengaja melakukan bad governance atau salah guna kuasa mesti dihadapkan ke muka pengadilan.
Kesimpulannya Yang di-Pertua, Tabung Haji adalah maruah umat. Bersatu menegaskan bahawa tiada sebarang kompromi terhadap mereka yang mengkhianati amanah pendeposit. Kerajaan mesti memberikan komitmen bajet, sumber daya dan kehendak politik (political will) yang teguh untuk memulihkan Tabung Haji secara telus dan berterusan. Saya yang menyokong dan mencadangkan RCI ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Saya jemput Yang Berhormat Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Speaker di atas peluang berbahas yang diberikan ini. Lembaga Tabung Haji bukan sekadar badan korporat atau institusi kewangan biasa. Ia adalah institusi amanah umat Islam. Di sinilah mak ayah kita, pekerja kilang, peneroka, peniaga kecil
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
dan penjawat awam menyimpan Ringgit demi Ringgit demi satu impian iaitu mahu menjadi tetamu Allah SWT di Tanah Suci.
Sebab itulah Puan Speaker, apabila kita bercakap mengenai Tabung Haji, kita bukan sekadar bercakap mengenai angka dalam penyata kewangan. Kita bercakap mengenai amanah yang dipertanggungjawabkan dan apabila amanah ini dipersoalkan, rakyat berhak mengetahui keadaannya. Hari ini saya mahu mengajak Dewan ini mengetepikan seketika sentimen politik dan melihat sendiri apa yang tercatat dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Tabung Haji. Bukan versi saya, bukan versi kerajaan, bukan versi pembangkang tetapi baca laporan RCI ini.
Puan Speaker, pertama sekali saya ingin menjawab satu naratif yang berulang kali dimainkan. Kononnya selepas tahun 2018, aset Tabung Haji telah dijual kepada orang bukan Islam. Saya mahu bertanya, di muka surat manakah laporan tabung RCI ini dinyatakan aset Tabung Haji dijual kepada orang bukan Islam?
Tunjukkan kepada Dewan ini. Kerana apa yang berlaku dalam pelan penstrukturan iaitu aset-aset kurang berprestasi dan bermasalah dipindahkan kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd, sebuah syarikat tujuan khas milik penuh Kerajaan Malaysia di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan. Aset dengan nilai pasaran sekitar RM9.7 bilion dipindahkan dengan nilai pertimbangan RM19.9 bilion.
Sebagai balasan, Tabung Haji menerima RM300 juta tunai dan sukuk berjumlah RM19.6 bilion. Maknanya, kerajaan mengambil aset tersebut pada nilai kira-kira RM10.2 bilion lebih tinggi dari nilai pasaran ketika itu. Jadi, janganlah kita kelirukan rakyat. Ini bukan cerita aset-aset umat Islam dijual kepada bukan Islam. Ini cerita kerajaan terpaksa menyelamatkan kedudukan kewangan sebuah institusi umat Islam.
Tapi Puan Speaker, bagi saya ini bukanlah penemuan paling mengejutkan dalam laporan RCI. Ada sesuatu yang lebih serius lagi iaitu RCI mendapati bagi tahun 2017, Tabung Haji melaporkan keuntungan sekitar RM3.4 bilion tetapi apabila kedudukan kewangan dinilai berdasarkan piawaian perakaunan yang sewajarnya, RCI mendapati Tabung Haji sepatutnya mencatatkan kerugian bersih sekitar RM1.4 bilion. Dan saya ulang, atas kertas untung RM3.4 bilion. Realitinya, menurut dapatan RCI rugi RM1.4 bilion. Perbezaannya hampir RM4.8 bilion.
Puan Speaker, kalau sebuah kedai rugi RM1,400 tetapi buku akaunnya menunjukkan untung RM3,400, kita tentu sudah akan bertanya, apa yang berlaku dalam akaun kedai tersebut? Ini bukan kedai, ini Tabung Haji. RCI sendiri merujuk
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
pada penggunaan amalan creative accounting termasuk penggunaan Kaedah realisable asset value atau RAV bagi menentukan kedudukan aset.
Jadi persoalan saya, siapa yang meluluskan kaedah ini? Siapa yang mendapat manfaat daripada angka keuntungan yang lebih baik dan siapa sepatutnya yang sembunyikan loceng amaran tentang memilih untuk berdiam diri? Ini perkara yang perlu dijawab.
Lebih membimbangkan Puan Speaker, walaupun kedudukan kewangan sebenar bermasalah bagi tahun kewangan 2017, Tabung Haji tetap mengisytiharkan hibah tahunan 4.5 peratus dan hibah haji 1.75 peratus. Jumlah kosnya RM2.75 bilion.
RCI berpandangan, agihan tersebut tidak sepatutnya diisytiharkan dalam keadaan berkenaan. Kita semua suka apabila pendeposit mendapat pulangan yang tinggi tetapi pulangannya mestilah datang dari keuntungan yang sebenar.
Kita tidak boleh mengukur kejayaan sesebuah institusi hanya berdasarkan berapa tinggi hibah yang diumumkan kalau kemampuan sebenar institusi tidak menyokongnya. Dan akhirnya, siapa yang menanggung akibatnya? Pendeposit, rakyat yang meletakkan kewangan mereka di Tabung Haji. Dan apabila kerajaan perlu masuk menyelamatkan keadaan, akhirnya rakyat Malaysia jugalah yang menanggung risiko.
Puan Speaker, ada lagi satu penemuan RCI yang saya rasa rakyat di luar sana berhak tahu. Dalam tempoh 2010 hingga 2017, kakitangan Tabung Haji menerima bonus antara dua hingga 13 bulan gaji. 13 bulan, Puan Speaker. Pada tahun 2014 sahaja, bonus khas dilaporkan menelan belanja sekitar RM74 juta. Pada masa yang sama, RCI mendapati kedudukan aset dan liabiliti Tabung Haji bagi beberapa tahun berada dalam keadaan yang membimbangkan. Sekejap Minta maaf Puan Speaker. Saya bukanlah mempertikaikan hak pekerja menerima ganjaran tetapi kita mesti bertanya, bagaimana institusi yang sedang menghadapi tekanan kewangan boleh membayar bonus sehingga 13 bulan kalau prestasi kewangan sebenar tidak menggambarkan keuntungan yang dilaporkan atas keuntungan manakah bonus tersebut dikira? Dan yang lebih penting, RCI turut mencadangkan supaya usaha dibuat untuk mendapatkan semula bonus...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Bentong, Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Yang dibayar kepada pihak- pihak tertentu sekiranya pembayaran itu tidak mematuhi peraturan. Ya, Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Bentong, nak minta pandangan daripada Bentong sikitlah. Inilah baru namanya tatakelola, good
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
governance maksudnya. Meniaga rugi, meniaga tak untung, tapi bayar bonus 13 bulan kepada pihak pengurusan dan juga mungkin pihak pentadbiran.
Inilah namanya baru good governance dan juga tatakelola yang dilaung- laungkan oleh teman-teman dan juga sahabat-sahabat kita pada sebelah sana itu yang bercakap soal berkaitan dengan Melayu, Melayu, Melayu, Melayu, Islam, Islam, Islam, Islam. Inilah dia tatakelola, good governance yang terpimpin. Part ini, P.
Ramlee pun dah ajar dah dalam cerita Tiga Abdul. Minta sikit pandangan daripada Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Baik Hulu Langat. Tatakelola bagaimanapun mestilah ia diuruskan dengan baik dan sebagainya.
Oleh itu Puan Speaker, saya mahu kerajaan nyatakan kepada Dewan, apakah status tindakan ini? Adakah wang tersebut sedang di usaha untuk dikembalikan dan siapakah yang akan dipertanggungjawabkan dalam isu ini?
Puan Speaker, RCI juga telah mengenal pasti 14 keputusan pelaburan terdahulu untuk diaudit secara forensik kerana melibatkan kemerosotan nilai aset yang signifikan. Antaranya melibatkan pelaburan dalam TH Plantations, TH Properties, FGV dan beberapa syarikat serta pelaburan. 14 pelaburan ini Puan Speaker, ini bukan satu kes terpencil.
Sebab itu saya ingin bertanya kepada kerajaan, berapakah jumlah kerugian atau impairment daripada 14 pelaburan ini? Berapa yang masih boleh dipulihkan?
Adakah audit forensik telah dimulakan? Dan sekiranya terdapat unsur kecuaian, salah guna kuasa atau pecah amanah, siapakah yang akan dipertanggungjawabkan? Jangan berhenti setakat laporan RCI. Kalau ada bukti pelanggaran undang-undang, siasat. Kalau ada kes, dakwa. Kalau ada wang rakyat yang diperoleh semula, ambil balik wang itu.
Puan Speaker, kita juga perlu jujur mengenai risiko yang masih wujud hari ini.
RCI menyatakan pendapatan daripada sukuk Urusharta Jamaah menyumbang hampir 26 peratus daripada pendapatan tahunan Tabung Haji dan lebih daripada satu pertiga daripada keuntungan tahunan yang diagihkan kepada pendeposit.
Sebab itu RCI memberikan perhatian serius kepada keupayaan Urusharta Jamaah memenuhi obligasinya dan ini bukan isu sejarah semata-mata.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Ini risiko kewangan yang perlu kita— masih perlu kita urus hari ini. Kerajaan perlu menjelaskan kepada Dewan, apakah langkah jangka panjang untuk penebusan awal sukuk ini dan bagaimanakah kebergantungan Tabung Haji terhadap
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
pendapatan tersebut akan dikurangkan secara berperingkat. Dan, kita mahu Tabung Haji berdiri kukuh kerana kekuatan portfolio dan tadbir urusnya sendiri.
Puan Speaker, selepas penstrukturan, kedudukan Tabung Haji menunjukkan pemulihan. Agihan keuntungan meningkat daripada 1.25 peratus bagi tahun 2018 dan kepada 3.5 peratus bagi tahun 2025. Daripada 25 cadangan RCI, kerajaan memaklumkan kira-kira 75 peratus telah pun dilaksanakan. Ini perkembangan yang terbaik. Tetapi, 75 peratus bukan 100 peratus.
Sebab itu saya ingin tahu, apakah baki 25 peratus yang belum dilaksanakan?
Apakah garis masanya? Siapakah yang bertanggungjawab untuk memastikannya semuanya selesai? Dan, jangan kita tunggu krisis kedua ini baru kita sempurnakan reformasi pertama.
Puan Speaker, saya menyokong beberapa reformasi penting yang dicadangkan. Pertama, Akta Tabung Haji 1995 perlu diperkukuhkan supaya agihan keuntungan hanya boleh dilihat— dibuat berdasarkan akaun yang telah disahkan dan kedudukan aset benar-benar liabiliti. Kedua, penyeliaan kewangan dan pelaburan perlu diperkuatkan dengan peranan institusi seperti Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti. Ketiga, setiap pelaburan besar perlu melalui penilaian risiko bebas dan proses tadbir urus yang ketat. Dan keempat, proses lantikan ahli lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi mesti berasaskan prinsip fit and proper. Puan Speaker, akhir sekali, saya ingin meninggalkan Dewan ini dengan satu persoalan. Dalam semua polemik mengenai Tabung Haji, kita banyak bertanya siapa jual aset? Siapa beli aset? Siapa kerajaan ketika itu? Tetapi, persoalan yang paling penting ialah siapa yang menjaga amanah ketika wang pendeposit berada dalam risiko ketika RM70 bilion, RM80 bilion atau RM90 bilion, sekali pun bukan sekadar angka dalam balance sheet itu?
Dalam angka itu ada seorang ibu yang menyimpan RM50 sebulan. Ada seorang peneroka yang menunggu berpuluh tahun untuk menunaikan ibadah haji.
Ada simpanan seorang anak yang mahu membawa ibu bapanya menjadi tetamu Allah. Dan, RM1 itu bukan wang milik kita. Ini bukan wang ahli politik, bukan wang pengurusan. Ini bukan modal untuk membeli populariti melalui hibah yang mapan.
Tetapi, ini adalah amanah rakyat.
Maka, kepada kerajaan hari ini, saya juga memberikan peringatan yang sama. Jangan sekadar kita dedahkan kesalahan semalam, pastikan kita membina sistem yang menghalang kerajaan hari ini dan kerajaan selepas ini daripada mengulanginya. Kerana ukuran sebenar reformasi bukan berapa ramai yang kita
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
salahkan daripada masa lalu, tetapi ukuran sebenar reformasi ialah sama ada kesalahan yang sama masih boleh berlaku pada masa hadapan.
Dan jika terdapat sesiapa, tanpa mengira pangkat, jawatan, parti atau kedudukan yang terbukti menyeleweng atau mengkhianati amanah pendeposit ini, siasat tanpa takut, dakwa tanpa pilih kasih sayang dan dapatkan kembali setiap sen yang wang rakyat itu untuk dipulihkan semula. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Bentong. Saya jemput Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Tuaran bangun mengambil bahagian dalam perbahasan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Tabung Haji yang dibentangkan kepada Dewan ini pada pagi tadi.
Namun pada hemat Tuaran, perbahasan ini bukan sekadar mengenai Tabung Haji. Perbahasan ini menyentuh satu persoalan yang jauh lebih besar iaitu bagaimana sebuah negara menterjemahkan kebenaran kepada reformasi dan reformasi kepada penyelesaian masalah negara.
Sesebuah negara tidak menjadi lebih baik semata-mata kerana berjaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja. Negara juga tidak menjadi lebih baik semata-mata kerana berjaya menemui kebenaran. Sesebuah negara hanya menjadi lebih baik apabila mempunyai keberanian untuk melaksanakan kebenaran itu sehingga masalah negara yang menjadi sebab suruhanjaya tersebut ditubuhkan benar-benar dapat diselesaikan.
Pada hemat Tuaran, kejayaan sesuatu Suruhanjaya Siasatan Diraja tidak diukur kepada laporan yang di hasilnya. Kejayaan sebenar hanya diukur apabila masalah negara yang menjadi sebab suruhanjaya itu ditubuhkan benar-benar telah diselesaikan. Inilah prinsip yang Tuaran rumuskan sebagai selesai untuk negara.
Puan Yang di-Pertua, apabila kerajaan mengambil keputusan menubuhkan suatu Suruhanjaya Diraja, harapan rakyat sebenarnya amat mudah tetapi amat besar. Rakyat bukan sahaja mahu mengetahui apa yang berlaku. Rakyat mahu mengetahui mengapa ia berlaku. Lebih penting daripada itu, rakyat mahu memastikan bahawa perkara yang sama tidak akan berulang lagi.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Sebab itulah rakyat meletakkan harapan yang tinggi terhadap setiap Suruhanjaya Siasatan Diraja. Mereka mengharapkan tiga perkara. Pertama, kebenaran ditemui melalui siasatan yang bebas, telus dan berintegriti. Dan yang kedua, tindakan yang sewajarnya diambil mengikut lunas undang-undang terhadap mana-mana pihak yang didapati bertanggungjawab. Dan yang ketiga, kelemahan sistem yang dikenal pasti diterjemahkan kepada reformasi supaya masalah negara yang menjadi sebab suruhanjaya itu ditubuhkan benar-benar dapat diselesaikan.
Rakyat tidak mengharapkan laporan semata-mata. Rakyat mengharapkan penyelesaian. Rakyat tidak mengharapkan janji reformasi. Rakyat mengharapkan reformasi yang benar-benar membawa perubahan kepada negara.
Puan Yang di-Pertua, setiap Suruhanjaya Siasatan Diraja meninggalkan dua legasi kepada negara. Legasi pertama ialah kebenaran yang berjaya ditemui melalui proses siasatan. Legasi kedua ialah pelajaran yang perlu dipelajari oleh negara daripada pelaksanaan syor-syornya.
Pada hemat Tuaran, legasi kedua inilah yang akan menentukan sama ada sesuatu suruhanjaya benar-benar membawa perubahan kepada negara.
Pengalaman negara melalui Suruhanjaya Siasatan Diraja Pendatang Asing Tanpa Izin di Sabah. Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan kematian Teoh Beng Hock dan kini Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji memberikan satu pelajaran yang sama.
Cabaran terbesar negara bukan lagi mencari kebenaran. Cabaran sebenar ialah memastikan kebenaran itu diterjemahkan kepada reformasi sistem tatakelola negara secara konsisten, telus dan berakauntabiliti.
Pengalaman inilah guru terbaik kepada negara. Apabila pengalaman yang sama berulang dalam beberapa Suruhanjaya Siasatan Diraja yang berbeza, maka pengalaman itu tidak lagi sekadar siasatan sejarah. Pengalaman itu menjadi bukti bahawa sudah tiba masanya negara melakukan reformasi terhadap sistem tatakelolanya.
Puan Yang di-Pertua, apabila pengalaman yang hampir sama berulang dalam beberapa Suruhanjaya Siasatan Diraja yang berbeza, maka persoalannya bukan lagi mengenai suruhanjaya itu sendiri. Persoalannya ialah sama ada negara telah mempunyai satu sistem yang lengkap untuk memastikan setiap kebenaran yang ditemui benar-benar diterjemahkan kepada reformasi yang menyelesaikan masalah negara.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Pada hemat Tuaran, di sinilah datangnya kelompangan yang perlu diperbaiki.
Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 telah menyediakan satu kerangka yang baik bagi penubuhan suruhanjaya, perjalanan siasatan dan penyediaan laporan.
Namun, pengalaman negara menunjukkan bahawa sistem kita masih belum memberikan penekanan yang sama kepada fasa selepas laporan disiapkan iaitu pembentangan kepada Parlimen, pelaksanaan syor, pemantauan kemajuan, akauntabiliti institusi dan penilaian keberkesanan reformasi. Sebagai contoh, Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji yang kita bahas ini telah disiapkan pada tahun 2023. Namun, hanya dibentangkan kepada Parlimen beberapa tahun kemudian.
Pada hemat Tuaran, persoalannya bukan sekadar mengapa berlaku kelewatan tersebut. Persoalan yang lebih besar ialah mengapa sistem perundangan negara tidak menetapkan kewajipan yang jelas mengenai tempoh pembentangan sesuatu laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja kepada Parlimen. Pengalaman ini menjadi bukti bahawa Akta Suruhanjaya Siasatan Diraja 1950 perlu diperkasakan supaya pembentangan laporan kepada Parlimen tidak lagi bergantung kepada budi bicara semata-mata, tetapi menjadi satu kewajipan di sisi undang-undang.
Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja sepatutnya bukan noktah kepada proses siasatan. Laporan itu sepatutnya menjadi titik permulaan kepada reformasi sistem tatakelola negara.
Puan Yang di-Pertua, oleh sebab itulah pada hemat Tuaran, sudah tiba masanya Malaysia melangkah ke satu fasa baharu dalam pengurusan Suruhanjaya Siasatan Diraja. Apa yang diperlukan bukan sekadar penambahbaikan pentadbiran, tetapi satu reformasi sistem tatakelola negara melalui pindaan kepada Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.
Reformasi ini hendaklah memastikan bahawa setiap Suruhanjaya Siasatan Diraja tidak berakhir apabila laporannya diserahkan kepada kerajaan. Tetapi, hanya dianggap selesai apabila syor-syornya telah di terjemah kepada pembaharuan yang benar-benar menyelesaikan masalah negara.
Atas sebab itu, Tuaran mencadangkan supaya Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 dipinda melalui satu rang undang-undang yang dinamakan Rang Undang- undang Suruhanjaya Siasatan (Pelaksanaan Syor dan Akauntabiliti) (Pindaan).
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Tujuan pindaan ini bukan untuk mengubah fungsi Suruhanjaya Siasatan Diraja dalam mencari kebenaran tetapi untuk melengkapkan kitaran reformasi
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
negara dalam mewujudkan satu sistem yang memastikan setiap syor suruhanjaya diterjemahkan kepada tindakan, dipantau pelaksanaannya, dipertanggungjawabkan kepada Parlimen dan akhirnya menyelesaikan masalah negara yang menjadi sebab suruhanjaya itu ditubuhkan.
Pada hemat Tuaran, pengalaman negara melalui RCI Tabung Haji, RCI Pendatang Asing Tanpa Izin di Sabah dan RCI Teoh Beng Hock bukanlah untuk mencari kelemahan mana-mana suruhanjaya atau mana-mana kerajaan.
Sebaliknya pengalaman inilah yang menjadi bukti bahawa Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 sudah sampai masanya diperkasakan supaya negara bukan sahaja mempunyai sistem mencari kebenaran tetapi juga mempunyai sistem yang melaksanakan kebenaran.
Ini kerana pada hemat Tuaran, mencari kebenaran ialah tanggungjawab suruhanjaya. Melaksanakan syor ialah tanggungjawab kerajaan. Memastikan pelaksanaannya sehingga masalah negara benar-benar diselesaikan pula ialah tanggungjawab Parlimen.
Hanya apabila ketiga-tiga institusi ini berfungsi secara bersepadu, barulah reformasi benar-benar berlaku dan keyakinan rakyat terhadap institusi negara dapat diperkukuhkan. Undang-undang yang baik belajar daripada pengalaman. Negara yang hebat pula berani mengubah undang-undangnya berdasarkan pengalaman tersebut.
Puan Yang di-Pertua, setiap Suruhanjaya Siasatan Diraja diwujudkan untuk menangani satu masalah yang mempunyai kepentingan nasional. Oleh itu, apabila sesuatu suruhanjaya mengemukakan syor-syornya, respons kerajaan juga hendaklah bersifat nasional. Pada hemat Tuaran, setiap laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja hendaklah disusuli dengan satu pelan reformasi nasional, pelaksanaannya, syor-syor Suruhanjaya Siasatan Diraja sebagai dokumen rasmi kerajaan yang wajib dibentangkan kepada Parlimen.
Pelan ini hendaklah memperincikan keputusan kerajaan terhadap setiap syor. Kementerian peneraju, agensi pelaksana, tindakan yang akan diambil, garis masa pelaksanaan, keperluan kewangan, petunjuk prestasi utama (KPI), ukuran impak reformasi serta mekanisme pelaporan berkala kepada Parlimen. Dengan cara ini, setiap syor tidak lagi berhenti sebagai cadangan tetapi bergerak sebagai satu agenda reformasi negara yang tersusun, telus dan boleh dipertanggungjawabkan.
Kebenaran tidak akan mengubah negara jika ia hanya berhenti di dalam laporan. Kebenaran hanya akan mengubah negara apabila ia diterjemahkan kepada
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
tindakan dan tindakan hanya akan membawa perubahan apabila pelaksanaannya dipantau sehingga masalah negara benar-benar dapat diselesaikan. Inilah jambatan yang selama ini hilang antara kebenaran yang ditemui oleh suruhanjaya dengan harapan rakyat terhadap reformasi.
Puan Yang di-Pertua, dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, pembentangan satu Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja tidak seharusnya menjadi penghujung kepada tanggungjawab Parlimen. Sebaliknya pembentangan laporan itu hendaklah menjadi permulaan kepada satu proses akauntabiliti yang berterusan sehingga setiap syor yang dipersetujui dilaksanakan dan setiap reformasi yang dijanjikan dapat dinilai keberkesanannya.
Atas sebab itu, Tuaran mencadangkan supaya Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang berkaitan dengan mandat untuk memantau pelaksanaan syor-syor RCI secara berkala, memanggil kementerian dan agensi yang bertanggungjawab memberikan penjelasan serta membentangkan laporan kemajuan kepada Dewan.
Akauntabiliti kepada Parlimen tidak boleh berakhir dengan pembentangan laporan.
Akauntabiliti hanya selesai apabila reformasi yang dijanjikan benar-benar dilaksanakan.
Sebagai Ahli Parlimen daripada Sabah, izinkan Tuaran merujuk kepada pengalaman negara melalui Suruhanjaya Siasatan Diraja Pendatang Tanpa Izin di Sabah. Suruhanjaya tersebut telah mengesyorkan penubuhan sekretariat tetap bagi menyelaras pelaksanaan syor-syornya namun selepas lebih sedekad sekretariat tetap itu dilaporkan hanya bermesyuarat sebanyak 13 kali.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Pada hemat Tuaran...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, hari ini kita bahaskan laporan Tabung Haji bukan Sabah.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Ya, puan.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Yang berkaitanlah.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Berapa minit lagi?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
[Ketawa] Okey, saya, saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih. Sila duduk.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Minta maaf, sekejap.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Puan Yang di-Pertua, saya sebenaq-nya berdiri hari ini bukan sekadar Ahli Parlimen DAP. Saya berdiri sebagai seorang Melayu, seorang Islam dan sebagai salah seorang daripada jutaan rakyat yang menuntut jawapan bagaimana sebuah institusi yang memegang amanah umat Islam boleh dibiarkan sampai ke tahap ini.
Saya marah kerana ini bukan cerita tentang satu pelaburan yang rugi. Ini adalah kisah tentang amaran yang telah diberikan tetapi tidak diendahkan.
Kelemahan kewangan yang berlarutan dan juga persoalan besar tentang siapa yang tahu tetapi memilih untuk tidak bertindak.
Jadi, Tabung Haji bukan bank biasa. RCI sendiri menegaskan bahawa Lembaga Tabung Haji ialah institusi kewangan bukan bank. Ia tidak tertakluk kepada Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan tidak dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia sepertilah bank komersial. Jadi, fungsi utamanya adalah untuk menguruskan urusan haji serta simpanan umat Islam untuk menunaikan ibadah tersebut.
Jadi, ini adalah soal amanah umat dan apabila amanah itu gagal, kita mesti berani bertanya. Siapa yang tahu? Siapa yang tidak bertindak dan siapa yang mesti dipertanggungjawabkan?
Jadi Puan Yang di-Pertua, lihat angka yang telah direkodkan oleh RCI. Dari tahun 2014 hinggalah ke tahun 2017 selepas pembayaran hibah, Tabung Haji mencatatkan kekurangan aset berbanding liabiliti sebanyak RM352 juta pada 2014 dan RM3.086 bilion pada tahun 2015 dan juga RM4.131 bilion pada tahun 2016, dan seterusnya pada tahun 2017 – RM4.093 bilion.
Jadi empat tahun berturut-turut, namun hibah terus di-bayaq. RCI mendapati peningkatan pembayaran hibah sepanjang tempoh tersebut tidak mematuhi kawalan statutori di bawah Akta Tabung Haji 1995. Kalau aset tak cukup untuk menampung liabiliti, apakah sebenarnya yang sedang diagihkan? Kalau bukan keuntungan
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
sebenarnya, maka pada hakikatnya dana pendeposit yang digunakan dan kita bercakap tentang wang orang Islam yang menyimpan sikit demi sedikit dengan satu niat iaitu untuk menunaikan haji. Jadi sebab itulah perkara ini begitu serius.
Pada tahun 2017, Tabung Haji melaporkan keuntungan sebanyak RM3.4 bilion tetapi selepas pelarasan firma audit dan perunding antarabangsa iaitu PricewaterhouseCoopers (PwC) sebanyak RM4.845 bilion iaitu kedudukan sebenar menunjukkan kerugian RM1.433 bilion. Jadi daripada keuntungan RM3.4 bilion kepada rugi RM1.433 bilion. Jadi bagaimanakah jurangnya begitu besar? Antaranya ambang rosot nilai diubah daripada 70 peratus kepada 85 peratus, kemudian kepada 90 peratus. Apakah kesannya? Jadi, rosot nilai sebanyak RM1.313 bilion boleh dikurangkan sehingga RM1 juta.
Jadi, janganlah beritahu dekat rakyat bahawa ini sekadar masalah teknikal ataupun soal teknikal akaun. Jadi, apabila perubahan kaedah boleh menghasilkan perbezaan begitu besar, kita berhak bertanya apakah gambaran sebenarnya yang diberikan kepada untuk mengenai kedudukan kewangan Tabung Haji tersebut. Tetapi perkara yang paling sukarlah yang saya nak terima itu adalah hakikat bahawa amaran telah diberikan.
Jadi, Bank Negara Malaysia telah menulis kepada Pengerusi Tabung Haji pada tahun 2014. Bank Negara Malaysia menulis sekali lagi pada tahun 2015 termasuk kepada Menteri iaitu mengenai isu deposit, kecairan deposit besar dan juga rizab Tabung Haji. Maknanya jangan kata takdak siapa yang tahu. Ada yang tahu, ada yang sudah memberi amaran. Kemudian datang pula laporan Roland Berger.
RCI sendiri menyatakan laporan Roland Berger tidak diberi perhatian dan tidak dimanfaatkan oleh pengurusan Lembaga Tabung Haji. Lebih serius tiada rekod menunjukkan laporan itu pernah dibentangkan kepada lembaga dan laporan ini sudah wujud sebelum hibah 2017 diisytiharkan.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Jadi, kita nak jawapan, saya nak jawapan. Siapakah yang menerima laporan Roland Berger? Mengapa ia tidak dibentangkan kepada lembaga dan siapa yang buat keputusan untuk tidak bertindak? Kalaulah laporan itu menunjukkan masalah yang serius, mengapa pengurusan Tabung Haji terus berjalan seperti biasa? Jadi, jangan biarkan Roland Berger menjadi sekadar satu laporan yang mahal yang akhirnya tersimpan dalam laci.
Puan Yang di-Pertua, kemudian, kerajaan bertukar pada tahun 2018 dan di sini, saya mahu rekod Dewan ini jelas. Pakatan Harapan tidak mencipta krisis Tabung
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Haji. Apabila PH mengambil alih kerajaan pada tahun 2018, masalah itu sudah bertahun-tahun wujud. Jadi, di bawah pentadbiran Pakatan Harapan dan juga Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama ketika itu iaitu Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa, usaha pemulihan dimulakan.
Jadi, PricewaterhouseCoopers (PwC) dimasuk, kedudukan sebenar kewangan Tabung Haji dikenal pasti. Jadi, pelan pemulihan dan penstrukturan dilaksanakan. Ya, keputusan yang dibuat memang tak popular. Hibah tahun 2018 jatuh kepada 1.25 peratus. Rakyat marah, PH menerima kritikan, tetapi apabila kita mengambil alih sebuah institusi yang mempunyai masalah berbilion Ringgit, tanggungjawab kerajaan adalah untuk membetulkan apa yang rosak.
Kemudian, kerajaan bertukar sekali lagi pada tahun 2020 dan selepas itu berlaku sesuatu yang RCI sendiri persoalkan iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji iaitu Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff ditamatkan perkhidmatannya pada 5 Mei 2021 sebelum kontraknya berakhir pada 31 Ogos 2021. Seterusnya, Pengerusi, Tan Sri Mohd Nor Yusof pula ditamatkan pada 15 Oktober 2021 walaupun kontraknya baru diperbaharui selama dua tahun mulai 20 Julai 2020.
Jadi, saya sekali lagi nak tekankan. Ini bukan tuduhan daripada DAP, ini adalah dapatan hasil dari RCI. Jadi, RCI menyatakan kedua-duanya telah memberi perkhidmatan yang baik dan sedang melaksanakan usaha untuk penambahbaikan malah RCI membuat kesimpulan bahawa penamatan secara mendadak itu telah pun menjejas proses penambahbaikan Tabung Haji.
Jadi, saya nak tanya kepada kerajaan, mengapakah orang yang sedang membaiki Tabung Haji ditamatkan? Siapakah yang membuat keputusan itu? Apakah penilaian prestasi yang digunakan dan juga apakah keputusan itu dibuat atas kepentingan institusi atau atas pertimbangan lain? Kerana, amanah lebih sembilan juta pendeposit tidak boleh berubah arah setiap kali kerajaan bertukar.
Puan Speaker, jangan jadikan laporan ini sekadar dokumen yang kita bahas hari ini kemudian diletakkan di rak dan terus dilupakan. Kita mahu tindakan. Kalau ada yang melanggar undang-undang, siasat dan dakwa. Kalau ada yang menyalahgunakan kuasa, pertanggungjawabkan mereka. Kalau ada yang menerima amaran, tetapi saja nak tutup mata, dedahkan siapa mereka. Kalau ada keputusan politik yang mengganggu proses pemulihan, beritahu Dewan siapa yang membuat keputusan itu dan mengapa kerana apa yang rakyat nampak sekarang sangat buruk.
Amaran diberi tapi tidak diendahkan. Berbilion Ringgit terjejas, tetapi tiada siapa dipertanggungjawab. Laporan telah disediakan, tidak dimanfaatkan. Orang
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
yang cuba membaiki keadaan ditamatkan. Jadi kalau selepas semua dapatan RCI ini masih tidak ada siapa lagi yang dipertanggungjawab, apakah mesej kita kepada rakyat Malaysia?
Tabung Haji bukan milik Menteri, bukan milik kerajaan, bukan milik parti.
Tabung Haji adalah milik umat dan RCI sudah menjalankan tugasnya. Sekarang kerajaan dan juga penguatkuasaan mesti menjalankan tugas. Jangan lindungi nama, jangan lindungi jawatan atau sesiapa sahaja jika bukti menunjukkan mereka melakukan kesalahan. Kalau ada yang bersalah, heret mereka ke muka pengadilan.
Tak kisah siapa, tak kisah parti mana dan yang paling penting, tidak kira setinggi mana kedudukan mereka. Terima kasih Puan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya jemput Yang Berhormat Beaufort.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Beaufort untuk turut membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan Laporan Lembaga Tabung Haji.
Tabung Haji bukan sekadar institusi kewangan, tetapi merupakan institusi amanah umat Islam yang telah dibangunkan lebih enam dekad bagi membantu rakyat membuat simpanan untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima. Malah, model pengurusan haji Malaysia turut mendapat pengiktirafan antarabangsa dan menjadi rujukan negara-negara Islam yang lain.
Namun, saya bimbang isu RCI ini dibawa dengan naratif seolah-olah wujud penyelewengan dan salah guna kuasa secara menyeluruh dalam Tabung Haji.
Jangan sampai institusi yang menjadi kebanggaan umat Islam ini terjejas akibat permainan politik.
Puan Yang di-Pertua, persoalan saya mudah. Jika laporan RCI ini telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 14 Disember 2022, mengapa ia tidak dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen pada ketika itu? Mengapa isu ini kembali menjadi polemik ketika Pilihanraya Negeri Sembilan?
Puan Yang di-Pertua, kita perlu bezakan Tabung Haji dengan bank komersial.
Bank beroperasi melalui pengambilan deposit dan pemberian pembiayaan sebab itu tertakluk kepada keperluan modal dan juga rizab tertentu. Tabung Haji pula
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
mempunyai mandat dan modal operasi yang berbeza iaitu pengurusan simpanan umat Islam dan pelaburan patuh syariah bagi tujuan haji.
Justeru, pengagihan hibah yang tinggi pada ketika itu bukan dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia berdasarkan prestasi kewangan Tabung Haji yang telah melalui proses pengauditan dan semakan termasuk oleh Jabatan Audit Negara serta firma audit profesional Ernst & Young (EY).
Maka, hibah yang diagihkan kepada pendeposit bukan sahaja memberikan manfaat kewangan secara langsung kepada rakyat, tetapi turut meningkatkan keyakinan pendeposit terhadap Tabung Haji. Berbeza dengan selepas apa yang terjadi pada tahun 2018, Tabung Haji telah mengumumkan hibah yang paling rendah dalam sejarah penubuhannya iaitu 1.25 peratus.
Puan Yang di-Pertua, untuk berlaku adil dalam menilai sejarah dan prestasi Tabung Haji, persoalan rakyat juga perlu kita jawab dengan jujur. Adakah manfaat yang diterima rakyat selepas tahun 2017 benar-benar lebih baik berbanding sebelumnya atau sebaliknya? Ini kerana rakyat sering membuat perbandingan berdasarkan kadar agihan keuntungan.
Sebelum 2017, kadar agihan yang tinggi memberi pulangan yang lebih besar kepada pendeposit dan pada masa yang sama, membantu mereka mengumpul simpanan untuk menunaikan haji, tetapi hari ini, bukan sahaja hibah yang rendah bahkan hibah haji juga dihapuskan.
Persoalannya, apabila kos haji meningkat sehingga RM33,300 dengan kadar bayaran bersasar RM15,000 bagi B40 dan RM23,500 bagi M40 pada musim haji 2026, adakah manfaat yang diterima rakyat hari ini benar-benar lebih besar sedangkan pada tahun 2017, kadar bayaran haji yang ditanggung jemaah ialah sekitar RM9,890. Maka, rakyat berhak bertanya. Apakah ukuran sebenar kejayaan Tabung Haji? Adakah hanya melihat kepada ukuran rizab dan nilai aset yang dimiliki atau kita juga perlu melihat sejauh mana Tabung Haji mampu meringankan kos jemaah, melindungi simpanan pendeposit dan memastikan rakyat berkemampuan menunaikan Rukun Islam kelima.
Puan Yang di-Pertua, sebagai Ahli Parlimen, saya juga menerima dan mendengar sendiri keluhan rakyat di bawah sana mengenai mekanisme rayuan haji.
Ada rakyat yang membuat rayuan untuk menunaikan haji dan rayuan mereka diluluskan namun mereka kemudiannya berdepan dengan kos yang tinggi sehingga RM33,300 seorang. Persoalannya, adakah ini merupakan mekanisme baharu dalam
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
pengurusan haji yang benar-benar mengambil kira kemampuan dan keadaan rakyat sebenar?
Kita perlu memahami bahawa rayuan haji bukan semestinya dibuat kerana seorang itu sekadar mahu mendapatkan tempat lebih awal. Ada yang membuat rayuan kerana keperluan untuk menunaikan haji bersama ibu bapa, pasangan, anak- anak atau ahli keluarga yang telah mendapat tawaran terlebih dahulu. Dalam keadaan seperti ini, rakyat berhadapan dengan satu dilema sama ada membayar kos yang tinggi atau terpaksa menangguhkan hasrat untuk menunaikan haji bersama keluarga.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Beaufort ingin meminta penjelasan, apakah prinsip keadilan yang digunakan dalam meluluskan rayuan haji ini? Puan Yang di-Pertua, penstrukturan semula kewangan Tabung Haji pada tahun 2019, tidak memberikan impak yang signifikan terhadap pengukuhan kedudukan kewangan sebenar Lembaga Tabung Haji khususnya dari sudut kecairan dan manfaat langsung kepada para pendeposit walaupun aset bernilai RM9.72 bilion telah dipindahkan kepada UJSB. Lembaga Tabung Haji hanya menerima RM300 juta dalam bentuk wang tunai dan menerima dua sukuk bernilai nominal yang besar iaitu RM13.2 bilion dan RM14.3 bilion.
Namun, kedua-duanya hanyalah menjana pulangan dalam tempoh 7 hingga 10 tahun sekali gus, tidak memberikan kecairan segera dan menampung keperluan operasi mahupun kepentingan pendeposit. Walaupun penyata kewangan menunjukkan peningkatan aset Lembaga Tabung Haji sehingga RM27.7 bilion, hakikatnya sebenar sebahagian besar daripada nilai tersebut adalah tidak cair dan hanya akan direalisasikan apabila sukuk tersebut matang. Justeru, timbul persoalan sama ada angka tersebut benar-benar mencerminkan kekuatan kewangan yang sebenar ataupun sekadar nilai perakaunan di atas kertas.
Puan Yang di-Pertua, lanjutan timbus sukuk, seri 1 hingga 10 tahun tambahan iaitu sehingga tahun 2039, menandakan bahawa Lembaga Tabung Haji perlu menunggu tempoh yang lebih panjang untuk mendapatkan semula nilai asalnya. Ini secara langsung memberi kesan kepada tahap kecairan jangka panjang institusi tersebut.
Puan Yang di-Pertua, selepas aset-aset tersebut dipindahkan, siapakah sebenarnya yang mengawal dan juga mengurus UJSB pada hari ini dan yang lebih penting, apakah yang berlaku kepada aset-aset tersebut selepas ia diambil alih?
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Maka saya ingin bertanya juga, berapakah hasil keuntungan atau pulangan yang telah dijana oleh aset-aset tersebut selepas dipindahkan kepada UJSB?
Sekiranya aset-aset tersebut kini menghasilkan pendapatan, kita juga perlu tahu siapa yang menikmati manfaat daripada hasil tersebut, bagaimana keuntungan itu diagihkan dan apakah bentuk pulangan yang diterima oleh UJSB? Saya juga mendapat maklumat bahawa terdapat dakwaan hasil daripada pengurusan aset tersebut telah menjana pendapatan termasuk persoalan mengenai pemberian bonus kepada kakitangan UJSB.
Saya tidak mengatakan perkara itu salah, tetapi jika ia benar berlaku, rakyat berhak mengetahui asas dan sumber pembayaran bonus tersebut. Adakah bonus itu dibayar daripada keuntungan dijana oleh aset-aset yang asalnya dimiliki oleh Lembaga Tabung Haji. Kalau ya, maka persoalannya menjadi lebih besar.
Bagaimana kita memastikan manfaat ekonomi daripada aset milik pendeposit Tabung Haji akhirnya terpisah daripada kepentingan pendeposit itu sendiri.
Puan Yang di-Pertua, sebab itu saya ingin meminta supaya perhatian bukan hanya diberikan kepada pengurusan Tabung Haji sehingga tahun 2020 sahaja, UJSB juga perlu dilihat dan diaudit. Adakah tidak memadai sekiranya penelitian dan audit hanya berhenti pada tempoh 2014 hingga 2020, sedangkan selepas tahun 2020 terdapat transaksi-transaksi penting yang mesti menimbulkan persoalan khususnya berkaitan struktur sukuk, pembayaran balik sukuk dan kedudukan kewangan UJSB.
Kita perlu melihat keseluruhan rantaian transaksi, aset Lembaga Tabung Haji dipindahkan kepada siapa, pada nilai berapa, apa yang diterima oleh Lembaga Tabung Haji, bagaimana aset itu diurus selepas pemindahan, berapakah hasil yang dijana, siapa yang menerima manfaatnya dan apakah kedudukan kewangan UJSB hari ini? Lebih-lebih lagi apabila terdapat persoalan mengenai sukuk yang telah sampai tempoh matang, tetapi timbul isu berkaitan pembayaran atau penjadualan semula.
Saya mohon supaya perkara ini diberi perhatian serius dan UJSB turut diaudit secara menyeluruh supaya rakyat dan khususnya pendeposit Tabung Haji mendapat gambaran yang lengkap mengenai ke mana perginya aset-aset mereka dan apa yang berlaku kepada aset tersebut selepas penstrukturan.
Puan Yang di-Pertua, tuntasnya, Tabung Haji bukan sekadar sebuah institusi kewangan, ia adalah amanah milik jutaan pendeposit rakyat Malaysia yang
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
menyimpan dengan satu cita-cita yang suci untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima.
Justeru, marilah kita sama-sama mempertahankan institusi ini, memperkukuh tadbir urusnya dan memastikan setiap aset serta hasil yang dijana benar-benar memberi manfaat kepada para pendeposit dan rakyat Malaysia. Jangan biarkan kemelut dan polemik hari ini mencalarkan keyakinan rakyat terhadap Tabung Haji.
Sebaliknya, marilah kita memastikan Tabung Haji terus menjadi institusi yang kukuh, amanah dan diyakini agar cita-cita rakyat untuk menjadi tetamu Allah dapat terus direalisasikan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Saya jemput Yang Berhormat Tanjong Karang.
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tanjong Karang bangun hari ini membawa suara jutaan umat Islam untuk menzahirkan rasa amarah, terkilan, sedih dan mencela sekeras-kerasnya mana-mana pihak yang telah mengecewakan amanah rakyat ini khususnya berjuta-juta pendeposit Lembaga Tabung Haji.
Dapatan Suruhanjaya Diraja dan Laporan Audit bukan sekadar tuduhan tanpa wajah, ia bukan juga misteri kehilangan berbilion ringgit tanpa pelaku atau sekadar andaian politik. Laporan ini secara hitam putih dengan bukti dokumen yang nyata menuding jari kepada barisan kepimpinan utama Tabung Haji pada ketika itu.
Persoalan besar rakyat dan Ahli-ahli Dewan hari ini, kenapa sehingga kini tiada tindakan tegas, tiada siasatan susulan yang tuntas oleh agensi penguat kuasa dan tiada pendakwaan di mahkamah ke atas mereka yang jelas dinamakan di dalam laporan ini. Adakah undang-undang kita hanya cengkerik di hadapan golongan berkuasa, tetapi menjadi helang di hadapan rakyat marhaen.
Tuan Yang di-Pertua, mari kita bedah pendedahan ini satu persatu.
Yang pertama, pelanggaran Akta 535 dan pengagihan hibah secara tidak sah. Siapa yang meluluskan pembahagian hibah yang jelas melanggar seksyen 22(3), Akta Lembaga Tabung Haji 1995 atau Akta 535. Akta secara eksplisit menetapkan bahawa dua syarat utama wajib dipenuhi sebelum hibah boleh diagihkan:
(i) nilai aset tidak boleh kurang daripada jumlah liabiliti;
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
(ii) Tabung Haji mesti mempunyai keuntungan yang boleh diagihkan.
Namun, Laporan RCI dan Audit mengesahkan bahawa pimpinan tertinggi pada ketika itu Datuk Seri Abdul Azeez bin Abdul Rahim selaku Pengerusi Lembaga Tabung Haji dan Dato' Seri Jamil Khir Baharom selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah memberi lampu hijau untuk agihan hibah bagi tahun kewangan 2014 sehingga 2017. Bagaimana hibah ini boleh diagihkan sedangkan rizab Tabung Haji berada pada paras negatif dan aset kurang daripada liabiliti.
Sebagai contoh tahun 2017, defisit liabiliti berbanding aset nyata mencecah lebih RM4.1 bilion. Untuk menutup jurang ini, akaun dimanipulasi supaya kelihatan beruntung. Ini bukan sahaja melanggar undang-undang Persekutuan, ini adalah pengkhianatan terancang kepada jutaan pendeposit yang menabung sen demi sen wang titik peluh mereka untuk menunaikan Rukun Islam kelima.
Yang kedua, manipulasi akaun dan praktik pengurusan risiko yang rosak.
Siapa yang mengemudi pengurusan kewangan sehingga penyata akaun Tabung Haji dihias indah dengan angka-angka kosmetik. Siapa lagi kalau bukan mantan Chif Executive Officer, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah. Bagaimana bonus kakitangan dan pihak pengurusan sehingga 13 bulan boleh diluluskan dengan menyajikan kononnya keuntungan kumpulan berjumlah RM1.4 bilion, walhal fakta kerugian sebenar akibat kemerosotan nilai aset dan pelaburan bernilai sehingga RM34 bilion telah disembunyikan di bawah karpet melalui pertukaran dasar perakaunan secara tidak beretika.
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Lihat sahaja angka-angka bonus yang telah dibayar pada tempoh tersebut, RM49 juta untuk 10 bulan bonus pada tahun 2013, RM74 juta untuk 11 bulan bonus pada tahun 2014 dan RM55 juta untuk 10 bulan bonus pada tahun 2015. Membayar bonus puluhan juta ringgit menggunakan wang pendeposit semata-mata untuk membina persepsi prestasi kukuh dan menutup kelemahan tadbir urus. Ini bukan tata kelola yang baik ini adalah corak operasi yang culas, songsang, immoral dan langsung tidak bertanggungjawab.
Perkara ketiga pertindihan jawatan dan monopoli imbuhan. Bagaimana ahli lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi Tabung Haji dibiarkan memegang jawatan pengarah di puluhan anak syarikat secara serentak tanpa kawalan wajar?
Lihat sahaja dapatan rasmi RCI ini, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim, Pengerusi
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Lembaga Tabung Haji dan dalam masa yang sama memegang jawatan pengarah dan lapan anak syarikat kumpulan.
Datuk Seri Johan Abdullah, Ahli Lembaga Pengarah, Pengarah Urusan Kumpulan, Ketua Pegawai Eksekutif dan memegang jawatan pengarah di lapan belas anak syarikat. Tan Sri Ismee Ismail, Ahli Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan memegang jawatan pengarah di tujuh anak syarikat. Datuk Rozaida Omar, Pengurus Besar Kanan, CFO Kumpulan Lembaga Tabung Haji dan memegang jawatan pengarah di 23 anak syarikat.
Tuan Yang di-Pertua, ini cukup melampau dan tidak masuk akal. Seorang pegawai memegang sehingga 23 jawatan pengarah, mana mungkin fokus penyeliaan dan analisa risiko dapat dibuat dengan berkesan. Elaun, mesyuarat dan imbuhan bertindih ini telah melahirkan conflict of interest yang amat parah sehingga membutakan mata mereka daripada amanah asal menjaga dana suci umat Islam.
Yang keempat, pelaburan gagal dan kemerosotan nilai aset. Puncak kepada kepincangan ini dapat dilihat apabila aset bernilai RM19.9 bilion terpaksa dipindahkan ke syarikat tujuan khas di bawah Kementerian Kewangan semata-mata untuk membolehkan lembaran imbangan Tabung Haji. Langkah drastik ini adalah saksi bisu kepada kegagalan pelaburan mereka.
Mari kita melihat kepada dua contoh utama, bailout TRX, pembelian sebidang tanah bernilai RM188.5juta daripada 1MDB pada tahun 2015. Ini adalah transaksi jelas untuk menyuntik kecairan kepada 1MDB yang sedang tenat ketika itu, modal pendeposit Tabung Haji digadai dan terperangkap dalam kepentingan sehingga kini.
Skandal TH Heavy Engineering Bhd, ratusan juta dana Tabung Haji lebur apabila disuntik ke dalam syarikat sektor minyak dan gas ini yang akhirnya terjerumus kepada status PN17.
Suntikan modal dan langganan suku pinjaman terus diberikan walaupun indikator kewangan syarikat menunjukkan risiko kegagalan yang amat tinggi. Ini adalah pendarahan kewangan akibat kepincangan dan kelemahan jawatankuasa pelaburan yang dipimpin oleh Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah.
Penutupnya Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dihormati, jangan sekali-kali kita biarkan alasan faktor kejatuhan harga komoditi atau turun naik pasaran saham dijadikan perisai retorik untuk mendiamkan kebenaran. Kemerosotan Tabung Haji pada tempoh tersebut bukan disebabkan oleh takdir pasaran semata- mata, tetapi disebabkan oleh tangan-tangan manusia berkuasa yang membelakangkan amanah melanggar undang-undang dan merosakkan tata kelola.
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Nama-nama yang tercatat dalam Laporan RCI ini telah terpasak dalam sejarah Audit Negara sebagai pemimpin yang gagal menjaga integriti institusi Islam.
Tanjong Karang ingin menegaskan sokongan padu ke atas Laporan RCI ini. Laporan ini tidak boleh dibiarkan berhabuk di atas meja atau sekadar disimpan dalam Perpustakaan Parlimen. Siasatan susulan yang ketat oleh PDRM, SPRM dan Suruhanjaya Sekuriti wajib dilaksanakan dengan segera. Tindakan undang-undang yang tegas tanpa gentar dan tanpa pilih kasih mesti diambil ke atas mereka yang disyaki terlibat.
Ini bukan langkah untuk meruntuhkan Tabung Haji, tetapi ini adalah proses pembersihan, proses pemulihan, suntikan ketegasan akar agar institusi suci ini kekal teguh, berintegriti, bebas daripada manipulasi politik dan kembali dipercayai oleh generasi akan datang, insya-Allah. Tanjong Karang mohon menyokong. Wabillahi taufik wal-hidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya jemput Yang Berhormat Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Batang Lupar pada petang ini mohon untuk turut serta membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyentuh berkenaan dengan isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji antara tahun 2014 hingga tahun 2020.
Sesungguhnya keputusan untuk menyahklasifikasikan dan membentangkan laporan di Dewan Rakyat amat penting dalam merungkai permasalahan dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi memulihkan kepercayaan rakyat kepada Tabung Haji sebagai sebuah institusi kewangan yang amat penting bagi umat Islam di Malaysia.
Puan Yang di-Pertua, ini bukan sekadar soal wang ringgit semata-mata, ia juga soal etika, soal integriti dan tanggungjawab sebagai hamba Allah SWT. untuk berlaku jujur dan amanah kepada saudara sesama Islam. Antara pendedahan yang menjadi tumpuan utama dalam laporan ini adalah berkenaan dengan penggunaan kaedah perakaunan kreatif atau dengan izin, creative accounting.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Amalan perakaunan kreatif bukannya sesuatu yang asing dalam dunia perniagaan. Ia bagi memberi gambaran bahawa sesebuah perniagaan mempunyai prestasi kewangan yang kukuh bagi menarik minat pelabur atau memudahkan urusan pinjaman. Walau bagaimanapun, apabila ia diamalkan oleh sesebuah institusi kewangan yang besar seperti Lembaga Tabung Haji demi untuk menutup kerugian besar atau pun kerugian sebenar yang ditanggung, pastinya ia menimbulkan keresahan dan persoalan.
Mengapa Lembaga Tabung Haji menggunakan kaedah manipulasi untuk mengaburi mata orang ramai akan keadaan kewangannya yang sebenar? Sebagai contoh pada tahun 2017, Tabung Haji sepatutnya mencatat kerugian bersih sekitar RM1.4 bilion, tetapi yang dilaporkan adalah keuntungan sebanyak RM3.4 bilion.
Puan Yang di-Pertua, ini bukan perbezaan kecil, ini perbezaan hampir RM4.8 bilion yang juga melibatkan wang pendeposit Tabung Haji. Pada masa yang sama dilaporkan juga bahawa antara tahun 2014 hingga tahun 2017 berlakunya pemberian hibah atau pun bonus yang tinggi di luar kemampuan sebenar yang membawa kepada kemerosotan rizab Tabung Haji.
Menyentuh isu bonus. Adalah tidak wajar pemberian bonus yang tinggi kepada pengurusan sekiranya organisasi mencatatkan kerugian. Selain itu terdapat pemberian bonus pada kadar yang tinggi kepada kakitangan Lembaga Tabung Haji serta pemberian bonus kepada Lembaga TH Properties yang tidak mengikut tatacara dan peraturan kewangan yang ditetapkan.
RCI juga telah mencadangkan amalan pemberian bonus tanpa asas keuntungan dihentikan, malah bonus yang melanggar peraturan perlu dituntut semula. Apa yang lebih membimbangkan adalah akibat tindakan Lembaga Tabung Haji dalam membuat pelaburan tanpa memiliki modal tersendiri, setiap sen kerugian yang ditanggung oleh Lembaga Tabung Haji, sebenarnya ditanggung oleh pendeposit Tabung Haji secara langsung.
Puan Yang di-Pertua, bagaimana perkara sebesar ini boleh berlaku dalam Tabung haji sebagai sebuah institusi yang menguruskan simpanan jutaan rakyat Malaysia yang beragama Islam?
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Mengapa tidak wujud mekanisme semak dan imbang yang sepatutnya mengekang permasalahan ini lebih awal? Dan mengapa pihak pengurusan Lembaga Tabung Haji pada ketika itu bertindak melulu dalam memberi pembayaran hibah dan pemberian bonus yang tinggi? Adakah keputusan ini dibuat dengan ikhlas untuk
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
membantu rakyat atau bermotifkan politik semata-mata demi meraih sokongan para pendeposit?
Dalam hal ini Puan Yang di-Pertua, niat ikhlas tidak menghalalkan cara. The end does not justify the means, dengan izin. Kelemahan tadbir urus kewangan yang membawa kepada kemerosotan rizab Tabung Haji pastinya akan memberi kesan jangka panjang kepada negara termasuk para pendeposit. Kita tidak mahu Tabung Haji sebagai institusi kewangan Islam dilumpuhkan dengan tadbir urus kewangan yang lemah.
Justeru itu, saya menyambut baik pendirian kerajaan untuk meneruskan siasatan ke atas isu ini dan membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. Pada masa yang sama kita wajar memperhalusi cadangan RCI untuk meminda Akta Tabung Haji bagi memperkukuhkan kriteria pelantikan, mengehadkan penglibatan ahli politik aktif dan mengurangkan konflik kepentingan dalam lembaga serta anak-anak syarikat.
Apa yang lebih penting adalah masa depan ibadah haji para pendeposit haruslah kita utamakan. Jangan sampai rakyat biasa yang menabung bertahun- tahun untuk menunaikan haji menjadi mangsa akibat daripada kelemahan tadbir urus Lembaga Tabung Haji.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Akhir kata, Tuan Yang di-Pertua, Dato’ Sri, saya berharap agar syor-syor yang dikemukakan oleh laporan ini dapat segera dilaksanakan. Tabung Haji mempunyai peranan sangat istimewa dalam kehidupan umat Islam di negara ini.
Ia menjadi lambang harapan setiap umat Islam untuk menunaikan ibadah haji. Mana yang salah kita perbetulkan, mana yang lemah kita perkukuhkan. Sama- samalah kita mengembalikan martabat Tabung Haji dan memastikan Tabung Haji dapat bangkit semula sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang diyakini oleh rakyat Malaysia. Secara peribadi saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pihak Lembaga Tabung Haji atas penyediaan fasiliti dan perkhidmatan yang amat cemerlang bagi jemaah haji pada tahun 2026.
Kita sedia maklum bahawa pengurusan jemaah haji bukanlah satu tugas yang mudah terutamanya dalam memastikan kebajikan, keselesaan dan keselamatan jemaah haji di tanah suci sentiasa terjamin. Walaupun begitu, Tabung
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Haji sekali lagi telah membuktikan kredibiliti mereka sebagai antara institusi pengurusan haji yang terbaik di dunia apabila berjaya mengekalkan anugerah Labbaitom Diamond buat kali kedua pada musim haji tahun ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Pagoh.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.
Sebelum saya mulakan ucapan saya, saya nak menegaskan di sini walaupun ada yang kritik tadi, pihak pembangkang mengambil langkah untuk keluar dan tidak mengambil bahagian dalam perbahasan.
Kami juga pembangkang tapi pembangkang kami ini bertanggungjawab.
[Tepuk] Daripada BERSATU, enam orang wakil rakyat kita mengambil bahagian untuk membahaskan satu isu yang paling penting yang berhubung kait dengan hampir 10 juta penyimpan dalam Tabung Haji ini.
[Tepuk] Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja, penambahbaikan pengurusan dan pengendalian lembaga Tabung Haji. Tabung Haji bukan sekadar sebuah institusi kewangan atau entiti pelaburan biasa, ia adalah institusi amanah umat Islam yang sejak sekian lama membantu mereka menunaikan Rukun Islam yang kelima iaitu ibadah haji.
Oleh itu, penemuan laporan ini yang antara lain mendedahkan bahawa Lembaga Tabung Haji antara tahun 2014 hingga 2020 mencatatkan kerugian keseluruhan yang dianggarkan mencecah RM10 sehingga RM12.6 bilion wajar diberikan perhatian yang amat serius dan diambil tindakan tegas tanpa kompromi.
Perkara utama yang perlu diberikan perhatian dalam laporan ini Tuan Yang di-Pertua ialah isu tadbir urus Tabung Haji. Pengurusan institusi amanah seperti Tabung Haji menuntut tahap akauntabiliti, ketelusan dan pematuhan syariah yang tinggi.
Malangnya apa yang didedahkan dalam laporan ini menunjukkan berlakunya kecurangan tadbir urus dan kelemahan kawalan dalaman yang serius pada masa lalu. Keputusan-keputusan kritikal yang melibatkan dana berbilion ringgit telah dibuat tanpa penelitian risiko yang mendalam dan juga menyeluruh dan mengetepikan garis
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
panduan pelaburan yang ketat. Dan apabila prinsip akauntabiliti diabaikan, keselamatan dana pendeposit terdedah kepada risiko kemerosotan nilai yang amat nyata.
Isu ini menjadi lebih kritikal apabila kita melihat 14 pelaburan bermasalah yang telah menjejaskan kedudukan kewangan Tabung Haji. Sebagai contoh pelaburan dalam FGV Holdings Berhad merekodkan kerugian belum direalisasi— unrealised loss berjumlah RM1.05 bilion akibat kejatuhan mendadak harga saham selepas Tabung Haji melanggan saham pada harga RM4.58 seunit yang kemudiannya jatuh teruk.
Pelaburan dalam sektor minyak dan gas melalui entiti seperti TH Heavy Engineering Berhad telah mengakibatkan kerugian besar yang dianggarkan sekitar RM1.5 bilion. Selain itu, TH Plantation Berhad juga mengalami rosot nilai sebanyak RM170 juta akibat pengambilalihan ladang yang kurang produktif antara tempoh 2012 sehingga 2014 dan begitu jugalah dengan transaksi pelaburan hartanah dan ekuiti tertentu yang dibuat tanpa analisis kebolehlaksanaan yang komprehensif.
Malah amalan pembiayaan dividen atau hibah yang melebihi keuntungan nyata pada tahun-tahun tertentu telah mewujudkan defisit aset berbanding liabiliti dan sekali gus melanggar undang-undang penubuhan Tabung Haji.
Dan lebih malang, kerugian Tabung Haji telah ditutup melalui creative accounting dan kerajaan pada masa itu bertegas bahawa Tabung Haji mencatatkan keuntungan walaupun sebenarnya seperti yang ditunjukkan dalam Laporan RCI, Tabung Haji rugi berbilion ringgit. Malah Ketua Audit Negara ditegur kerana memberikan Sijil Audit Bersih kepada Tabung Haji.
Dan ini menimbulkan satu persoalan tatakelola yang rumit. Bagaimana kecuaian atau lebih tepat penipuan laporan kewangan Tabung Haji boleh dibiarkan berlaku? Dan hal ini mesti dielakkan pada masa hadapan demi untuk menjamin ketelusan pengurusan dana awam di negara kita ini. Pihak-pihak yang terlibat mestilah diambil tindakan tegas sebagai pengajaran supaya tragedi yang menimpa Tabung Haji tidak berulang lagi di masa hadapan.
Tuan Yang di-Pertua, memandangkan terdapat kelemahan tadbir urus dan ketirisan yang amat kompleks dalam pengurusan dana Tabung Haji, audit forensik secara menyeluruh dan berterusan mesti dilaksanakan dengan segera dan disiapkan dalam tempoh setahun.
Audit forensik bebas amat penting untuk menjejaki aliran dana, mengenal pasti unsur penipuan dan salah guna kuasa serta kecuaian yang mungkin telah pun
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
berlaku. Sesiapa sahaja yang bertanggungjawab menyebabkan kerugian dana Tabung Haji sama ada melalui penipuan, salah guna kuasa ataupun kecuaian mesti dibawa ke muka pengadilan.
Akhir sekali Laporan RCI ini tidak akan membawa sebarang makna sekiranya syor-syor RCI tidak dilaksanakan. Justeru, kerajaan mesti komited untuk melaksanakan setiap syor dan cadangan yang dikemukakan oleh RCI secara tegas dan berterusan.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Ini termasuklah menambah baik kerangka perundangan Akta Tabung Haji 1995, melakukan pemantauan dan seliaan yang lebih ketat oleh Bank Negara Malaysia ataupun badan kawal selia yang berkaitan, membentuk jawatankuasa pelaburan yang bebas dan berintegriti serta menstruktur semula portfolio pelaburan agar sentiasa berhati-hati dan patuh syariah.
Dan selain itu, selaras dengan syor RCI Tabung Haji ini, amalan melantik tokoh politik atau individu yang mempunyai kepentingan politik aktif ke dalam lembaga pengarah mahupun jawatan pengurusan tertinggi Lembaga Tabung Haji hendaklah dihentikan serta-merta. Ini bagi mengelakkan campur tangan politik dalam keputusan pelaburan dan pengurusan dana pendeposit.
Pelantikan ahli lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi Tabung Haji termasuklah anak-anak syarikat Tabung Haji hendaklah berasaskan merit, integriti, kelayakan profesional serta pengalaman yang luas dalam bidang kewangan, perbankan, pelaburan, undang-undang dan syariah.
Ujian fit and proper person dengan izin, hendaklah dilaksanakan dengan menggunakan kriteria penapisan yang ketat mengikut piawaian kawal selia seperti yang terkandung dalam garis panduan Bank Negara Malaysia sebelum mana-mana individu dilantik. Dan syarat ini hendaklah— adalah amat penting untuk memastikan individu yang dilantik bebas daripada sebarang konflik kepentingan, isu integriti dan tekanan politik luar. Selain itu Tuan Yang di-Pertua, Jawatankuasa Pelaburan Tabung Haji juga hendaklah bertindak secara bebas tanpa dipengaruhi oleh mana- mana arahan luar yang boleh meragut kepentingan kewangan pendeposit.
Tuan Yang di-Pertua, keyakinan rakyat terhadap Tabung Haji mestilah dipulihkan sepenuhnya. Kita mempunyai tanggungjawab moral dan amanah yang besar untuk memastikan kesilapan yang lalu tidak akan berulang lagi.
Laksanakanlah syor RCI ini, ambil tindakan berdasarkan dapatan audit forensik dan
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
tegakkanlah tadbir urus yang berintegriti demi masa depan Tabung Haji dan umat Islam di Malaysia.
Di awal ucapan persembahan oleh Menteri Agama tadi, banyak perkara yang telah pun dijelaskan. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas tindakan yang telah pun diambil, tapi ada lagi banyak perkara yang perlu dilaksanakan. Yang paling penting ialah untuk kita kembalikan semula keyakinan pendeposit Tabung Haji dan pastikan supaya ia nya sentiasa selamat dan hasrat dan niat penyimpan- penyimpan Tabung Haji untuk menunaikan ibadah haji ke Mekah dan Madinah ini akan terlaksana dalam satu tempoh yang ditetapkan.
Sekali lagi saya ucap terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Pagoh. Selanjut dipersilakan Yang Berhormat Tenggara.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Auzubillahiminas shayiton nir’rajeem. Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, memberi ruang dan peluang kepada Tenggara untuk membahas Laporan Suruhanjaya Diraja mengenai Lembaga Tabung Haji ini.
Tuan Yang di-Pertua, di tangan saya ini ada senaskhah Hansard bertarikh 13 Februari 1969 yang merupakan dokumen keramat yang mencatat detik dan menjadi saksi bisu, membentangkan sebuah visi agung, membebaskan wang keringat umat Islam daripada cengkaman riba demi menyahut seruan ke Baitullah. Ini adalah Hansard pembentangan Rang Undang-undang Lembaga Urusan dan Tabung Haji yang dibentangkan oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak Hussein.
Lembaran usang ini bukan sekadar tinta di atas kertas, tetapi sumpah setia, amanah kudus para pengasas yang meletakkan benteng maruah ekonomi Melayu Islam di bawah lembayung daulat sebuah institusi bernama Lembaga Urusan dan Tabung Haji. Dalam perbahasan laporan RCI ini, Tenggara bangkit untuk menegaskan satu hal bahawasanya Tenggara tidak akan sesekali membiarkan institusi suci ini dirobek oleh kepincangan tadbir urus mahupun dijadikan bola politik yang ditendang sesuka hati oleh sesiapa pun hingga meruntuhkan kepercayaan jutaan pendeposit yang mengalirkan air mata RM1, RM2 semata-mata demi mengejar mabrurnya sebuah haji.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Tuan Yang di-Pertua, dalam beberapa siri pilihan raya kecil kerap didengar perkataan sakau-menyakau yang berlaku dalam Lembaga Tabung Haji dan ia menjadi modal politik dalam pilihan raya. Dan jika benar berbilion ringgit dirompak atau disakau, mengapa sehingga ke hari ini tiada seorang pun individu yang dihadapkan ke mahkamah atau didakwa atas tuduhan menipu wang pendeposit Tabung Haji.
Dalam laporan RCI, tiada langsung menamakan atau mengaitkan mana- mana pemimpin politik terutamanya daripada parti saya, UMNO Barisan Nasional secara langsung dengan kecurian atau kehilangan dana. Kalau ada, di mana dalam laporan setebal 211 muka surat wujudnya kecurian wang atau sakau oleh mana- mana pemimpin parti politik dan mana bukti hitam putih yang menyatakan Menteri atau ahli politik telah memasukkan duit pendeposit ke dalam poket mereka sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, laporan RCI jelas menunjukkan isu yang berlaku adalah berkaitan dengan kelemahan tadbir urus, kaedah perakaunan dan strategi pelaburan oleh pihak pengurusan profesional. Jadi, adakah adil untuk pihak tertentu menukar kegagalan teknikal eksekutif menjadi peluru fitnah politik dengan menuduh parti lain ataupun parti yang sebelumnya ini menyakau? Tabung Haji dipertikai pembayaran hibah, dividen tinggi kepada jemaah muassasah pada era Barisan Nasional dahulu saya sebut.
Orang Tenggara ramai yang pesan kepada saya suruh tanya soalan ini. Jadi, saya mewakili orang Tenggara nak tanya pada kerajaan. Formula apa yang diguna pakai dahulu semasa era yang macam tak betul itu, dividen dan hibah tinggi 6.5 peratus tapi sekarang 3.5 peratus sahaja? Dan ketika zaman suatu ketika dulu, kos kerja haji muassasah pula terbalik. Dulu kos sekitar RM9,578, sekarang naik sehingga RM33,300. Kan pelik? Dan pada rayuan-rayuan— isteri dapat, suami tak dapat, suami dapat isteri tak dapat, confirm kena bayar yang RM33,000.
Jadi, adakah salah apabila sebuah kerajaan berusaha memastikan Makcik Kiah sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri pagi tadi di kampung dan pakcik di FELDA-FELDA mendapat pulangan dividen yang tinggi hasil simpanan mereka? Dan adakah berdosa apabila kerajaan dahulu memastikan subsidi haji kekal supaya umat Islam boleh ke Tanah Suci dengan kos yang murah dan mampu biaya?
Dan itulah yang dinyatakan dalam rang undang-undang yang dibacakan oleh Allahyarham Tun Razak ini. Tujuan menubuhkan Tabung Haji adalah untuk membantu pendeposit menyimpan duit dengan selamat dan segala keuntungan
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
pelaburan Tabung Haji hendaklah digunakan untuk membantu pendeposit menunaikan ibadah hajinya.
Tuan Yang di-Pertua, Tenggara juga nak menyanggah dengan tegas kenyataan Yang Berhormat Menteri pagi tadi, mendakwa bahawa pengurusan lama Lembaga Tabung Haji langsung tidak membalas atau memberi maklum balas terhadap Bank Negara dan Jabatan Akauntan Negara— Jabatan Audit Negara dan dia adalah satu cubaan untuk mengelirukan Dewan.
Saya tadi belek-belek dekat Facebook, ada keluar satu nota pada 26 Januari 2016, dengan izin dalam bahasa Inggeris, “In relation of— In relation to Lembaga Tabung Haji, the institution has proactively taken appropriate measures to further strengthen its risk management practices, both on its own initiative and respond to earlier engagement with the Bank. This will reinforce a sustainable and healthy financial position of the institution going onward." Fakta pertama, ada tindakan fizikal, bukan membisu. Jangan putar belit fakta sejarah Yang Berhormat Menteri. Rekod rasmi surat, saya sebut dah tadi pada 2016.
Sebaik sahaja menerima teguran Bank Negara Malaysia, pada akhir 2012, pengurusan Tabung Haji telah mengambil tindakan konkrit. Tabung Haji telah memindahkan peruntukan sebanyak RM300 juta ke dalam rizab mereka. Ini adalah bukti tertulis bahawa ada maklum balas dan tindakan intervensi yang dilakukan. Dan bagaimana Yang Berhormat Menteri boleh kata tiada maklum balas langsung.
Fakta kedua, maklum balas bertulis kepada Jabatan Audit Negara. Tabung Haji tidak pernah lari dari pengauditan. Pihak Tabung Haji telah mengemukakan maklum balas rasmi melalui pelarasan polisi rosot nilai (impairment) pada tahun 2017 walaupun kaedah perakaunan RAV itu dipertikaikan. Hari ini, melalui laporan RCI, hakikatnya ialah maklum balas dan hujah teknikal yang dikemukakan oleh pengurusan Tabung Haji dan juruaudit mereka pada waktu itu. Ketua Audit Negara ambil maklum balas tersebut, mengeluarkan Emphasis of Matter, penegasan perkara dalam Laporan Penyata Kewangan 2017. Jika TH tidak respons pastinya tiada dokumen untuk diaudit.
Tuan Yang di-Pertua, janganlah kerana mahu menuding jari kepada pentadbiran terdahulu yang Menteri sanggup menyatakan kononnya lima siri surat amaran daripada Bank Negara, teguran Ketua Audit Negara langsung tidak pernah diendahkan dan tiada tindakan yang diambil.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, pelaporan RCI ini skopnya tidak boleh terhenti setakat tahun 2020 sahaja. Tenggara mencadangkan supaya ia mestilah sampai ke tahun 2026 ini, kalau boleh, sebab dalam RCI ini perkara yang paling penting sekali adalah tentang langkah-langkah mitigasi, pembaikan syor yang ingin dilaksanakan bagi menyelamatkan Tabung Haji.
Berdasarkan dapatan akhir RCI, terdapat empat cadangan alternatif yang telah dipertimbangkan untuk memulihkan kedudukan kewangan Tabung Haji. Boleh dilihat pada muka surat 115 hingga 117 dalam buku laporan RCI. Satu, suntikan dana geran terus oleh kerajaan.
Dua, aktifkan jaminan kerajaan berdasarkan seksyen 24 Akta 535. Ketiga, wujudkan aset tertunda. Dan keempat, memindahkan aset kurang berdaya saing kepada SPV untuk pemulihan Tabung Haji.
Pada akhirnya, Kabinet memilih cadangan yang keempat dengan menubuhkan SPV iaitu Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. yang ramai telah menyebut dalam Dewan ini. Dan UJSB telah mengambil aset yang dikatakan bermasalah bernilai RM9.63 bilion, ganti dengan instrumen sukuk kupon sifar bernilai RM19.9 bilion bagi mencantikkan buku akaun. Kerajaan mengeluarkan dua siri sukuk dengan sokongan jaminan kerajaan bagi menggantikan nilai aset untuk tutup defisit kewangan dan membolehkan Tabung Haji mengisytiharkan hibah, yakni keuntungan, kepada pendeposit.
Adakah masalah ini benar-benar selesai atau ia sekadar disorokkan di bawah permaidani MOF sebagai hutang jangka panjang? Mengapakah sebanyak 29 aset hartanah bernilai tinggi dan 106 pegangan ekuiti strategik milik mutlak Tabung Haji perlu dipindahkan keluar secara tergesa-gesa? Siapa sebenarnya yang untung daripada pemindahan ini? Pendeposit kampung atau pasaran korporat?
Sukuk Siri Satu berjumlah RM10 bilion, nilai nominal RM13.2 bilion untuk tempoh 7 tahun dengan yield to maturity 4.05 percent setahun. Sukuk siri 2 berjumlah RM9.6 bilion, nilai nominal RM14.3 bilion untuk tempoh 10 tahun dengan yield to maturity 4.10 percent setahun.
Sukuk siri 1 yang sepatutnya matang pada Mei 2026, tahun ini, Tenggara nak tanya kepada kerajaan. Sukuk Siri Satu ini sudah matang, kerajaan sudah habis bayar kah belum kepada Tabung Haji? Jika belum bayar, kenapa tak bayar lagi?
Tenggara dapat maklumat hanya RM300 juta― RM100 juta pada 2019 dan RM200 juta pada 2020― dibayar daripada keseluruhan jumlah RM10 bilion yang telah ditetapkan. Jadi, kalau benda ini benar, Tenggara nak bagi tahu, adakah kerajaan
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
masih berhutang dengan Tabung Haji sebanyak RM9.7 bilion yang patut dibayar pada Mei 2026 tapi masih belum dibuat demikian.
Tuan Yang di-Pertua, RCI telah mengeluarkan beberapa syor kepada UJSB sebagai fleksibiliti untuk tebus sukuk. Syor telah dibuat, tetapi pelaksanaannya masih gagal. Apakah syor yang diberikan? Ada pada muka surat 125 dokumen ini. Pertama, dengan tunai. Kedua, pemindahan semula aset-aset Lembaga Tabung Haji. Dan ketiga, pemindahan aset-aset kerajaan.
Berdasarkan syor yang dikeluarkan RCI, Tenggara nak tanya lagi kepada kerajaan, kenapa perlu pelanjutan tempoh matang Sukuk Siri Satu yang sepatutnya matang Mei 2026, tetapi dilanjutkan 10 tahun lagi? Adakah kerajaan nak menyebabkan masalah Lembaga Tabung Haji berterusan sehingga 2039? Tenggara nak tanya, ke mana perginya peruntukan tahunan lebih RM1 bilion setahun yang telah disediakan oleh kerajaan-kerajaan terdahulu sejak tahun 2019, khusus untuk menebus sukuk-sukuk berkenaan?
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan penyelidikan yang Tenggara buat― minta sikit masa sikit lagi, Tuan Yang di-Pertua. Betulkan jika ada salah. Syarikat SPV ini namanya Urusharta Jamaah Sdn. Bhd.. Siapakah pasukan pengurus SPV ini?
Apakah statusnya sekarang? Adakah rugi, untung atau membiak harta Tabung Haji yang diuruskannya?
Dan Tenggara nak tanya kepada kerajaan, adakah UJSB ini juga perlu diaudit? Adalah tidak adil audit sehingga 2020 sahaja sedangkan tempoh selepas itu pun banyak transaksi yang diragui terutamanya yang melibatkan terbitan sukuk yang dibayar. Tenggara dapat maklumat UJSB lepas ambil alih aset Tabung Haji, they making money. Tenggara ada dengar dakwaan UJSB untung, mampu bayar bonus kepada pegawai-pegawainya sedangkan aset yang diambil alih adalah daripada Tabung Haji.
Dan Tenggara turut nak jawapan jujur daripada kerajaan― sedikit, Tuan Yang di-Pertua. Benarkah dakwaan UJSB diurus dan pentadbirannya dilaksanakan menerusi Prokhas Sdn. Bhd.? Sedia kepakaran urus aset yang dibenarkan. Jika benar, di manakah sensitiviti kerajaan sebelum ini? Kerajaan yang menguruskan ini― PH 1.0 pada ketika itu― apabila urus tadbir aset-aset strategik Islam diterajui oleh kepimpinan yang bukan Islam. Adakah terdapat agenda sebalik itu?
Dan akhirnya adalah aset instrumen ini hampir tergadai kepada bukan Islam.
Ini disebut dalam Dewan ini. Ini bukan fitnah, bukan rekaan dan bukan modal politik kosong dan tak ada niat langsung pun untuk perkauman. Hansard Dewan Rakyat 22
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Julai 2020 jelas merakamkan pengesahan rasmi bahawa pelan pelupusan 76.2 peratus tanah ladang milik Tabung Haji Plantation berlaku pada 2019 tapi berjaya disekat. Kalau tidak berjaya disekat, saya pun tak tahu apa yang berlaku.
Dalam Hansard 8 Disember 2020 pula, terbongkar surat Unit Perancang Ekonomi, kini Kementerian Ekonomi, mendedahkan bahawa tanah subur seluas 6,514 hektar di Sarawak hampir diserahkan secara murah RM170 juta kepada syarikat swasta Tamaco Plantation. Siapa Tamaco Plantation ini? Syarikat swasta bukan bumiputera, syarikat perniagaan keluarga, family owned business, berpangkalan di Lahad Datu, Sabah, dipimpin oleh Frank Lim, Pengarah Urusan.
Kalau tak percaya, boleh semak di mana-mana laman sosial.
Dan akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, sedikit daripada saya sebagai penambahan untuk penggulungan. Ini bukan serangan peribadi terhadap persoalan serius yang menyentuh kredibiliti dan integriti RCI. Pelantikan Tan Sri Abdul Rashid Hussain sebagai Pengerusi Tabung Haji selepas beliau menjadi Pesuruhjaya RCI menimbulkan syak wasangka yang tidak boleh dipandang ringan.
Rakyat berhak tahu bila pelantikan itu dirancang, siapa mencadangkan dan sama ada ia sudah dibayangkan ketika siasatan masih berjalan. Lebih membimbangkan, siapa yang membentangkan dapatan RCI kepada Kabinet?
Adakah badan siasatan sendiri atau pihak yang kemudian mengetuai institusi yang disiasat?
Tabung Haji boleh memberi penjelasan, tetapi jangan sampai pihak yang disiasat atau berkepentingan tampil seolah-olah menjadi jurucakap kepada hasil siasatan. Garisan antara penyiasatan dan yang disiasat tidak boleh kabur. RCI ialah badan diraja yang mesti bebas dan telus.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib
Akhirnya, sebagai penggulungan, saya ingin menyebut Firman Allah SWT. Tiga firman, Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua. Pertama, daripada surah Adz-Dzaariyaat, ayat 10... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Celaka dan terkutuklah orang-orang yang banyak berdosa”. Kedua, Al-Baqarah, ayat 9..*.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Mereka hendak menipu Allah dan orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri tanpa mereka sedari”.*
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib
Dan yang ketiga...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “”Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar dan hak dengan yang salah, yakni yang batil. Janganlah kamu sembunyikan kebenaran itu sedangkan kamu mengetahuinya.” Sebagai kesimpulan, Tuan Yang di-Pertua, Tenggara cadangkan dua hal.
Pertama, RCI 2.0, jika boleh, dengan izin Tuanku. Dan keduanya, UJSB itu sendiri pun, kalau perlu, kita buat semakan RCI juga kerana difahamkan sekarang dalam keadaan rugi menguruskan harta-harta umat Islam yang dipindahkan daripada Tabung Haji.
Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada saya untuk membahaskan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji.
Suka saya memulakan perbahasan ini dengan membaca sepotong ayat Al- Quran dari Surah An-Nisa’, ayat 58, yang berbunyi... [Membaca sepotong ayat Al- Quran] “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, hendaklah kamu menghukum dengan adil”. Dato’ Yang di-Pertua, saya mula menabung dalam Tabung Haji ini ketika berumur 25 tahun, baru masuk alam pekerjaan, dengan sumbangan awal berjumlah RM100. Kemudian dinaikkan apabila gaji saya juga bertambah. Dengan harapan akan dapat menunaikan haji pada suatu ketika. Dan, alhamdulillah, selepas 15 tahun, pada umur 40, saya berjaya menunaikan haji hasil daripada tabungan tersebut.
Saya percaya ramai rakyat di luar sana yang senasib dengan saya. Golongan pekerja, orang kampung, B40 khususnya, yang melakukan perkara yang sama.
Menabung sedikit demi sedikit. Duit yang diuruskan bukannya duit biasa. Ia adalah wang simpanan orang ramai bertahun-tahun menabung RM10, ada yang RM20, RM50, RM100 dan seumpamanya.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Jadi, apabila kita membaca Laporan RCI ini, persoalannya bukan sekadar berapa ringgit yang hilang, tetapi persoalan yang besar ialah bagaimana sebuah institusi yang membawa amanah agama boleh sampai ke tahap ini, sehingga Laporan RCI terpaksa dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini? Dan yang lebih penting, siapa yang bertanggungjawab ke atas semua isu yang sama-sama kita hadapi sekarang ini?
Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada jadual dalam laporan yang menunjukkan kedudukan aset, liabiliti dan hibah bagi 2014 hingga 2017, bermula dengan tahun 2014. Walaupun terdapat lebihan sebelum hibah, tetapi apabila hibah diagihkan, ia nya melebihi daripada jumlah lebihan yang terdapat dalam tabungan aset Tabung Haji.
2005 begitu juga, tetapi keadaan ini menjadi semakin membimbangkan pada tahun 2006. Apabila kekurangan sebelum hibah sekitar RM1.26 bilion, tetapi hibah masih diagihkan dalam jumlah yang banyak, berjumlah RM2.871 bilion. Dan tahun 2017, kekurangan sebelum hibah sekitar RM769 juta, tetapi hibah sebanyak RM3.324 bilion masih diagihkan, menyebabkan selepas hibah, kekurangan sekitar RM4.093 bilion.
Tuan Yang di-Pertua, ini bukannya persoalan berapa tinggi hibah? Bukannya persoalan apa salahnya kita bagi hibah? Tidakkah bagus kita bagi hibah yang tinggi kepada pendeposit, tetapi persoalan asasnya ialah apakah asas kewangan dan tatakelola yang membolehkan hibah terus diberikan dalam keadaan kedudukan kewangan sedemikian? RCI mengatakan bahawa pembayaran hibah 2014 hingga 2017 melebihi kemampuan kewangan Tabung Haji dan menyebabkan rizab semakin terhakis.
Dan yang lebih merisaukan saya, Dato’ Yang di-Pertua, PricewaterhouseCoopers (PwC) sebelum ini telah mengenal pasti transaksi yang menyebabkan keuntungan dilihat lebih tinggi bagi membolehkan hibah diagihkan.
Antaranya transaksi saham Bank Islam dan pengisytiharan dividen oleh anak-anak syarikat yang belum benar-benar diterima. PwC menyimpulkan bahawa hibah ini berisiko dibiayai daripada tunai pendeposit, bukannya daripada keuntungan sebenar yang telah direalisasikan.
Kalau benar begitu, saya ingin bertanya. Apa bezanya dengan mengambil duit daripada poket kanan pendeposit dan memasukkannya dan ke poket kiri pendeposit, kemudian kita panggilnya sebagai hibah ataupun dividen. Di sinilah persoalan maqasid syariah, matlamat syariah yang bertujuan untuk membela
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
kebajikan pendeposit Tabung Haji dan amanah moral yang mesti kita persoalkan dan mesti kita letakkan di hadapan.
Tadi sahabat saya juga membaca ayat ini. Saya juga ingin membaca ayat yang sama, tetapi dalam konteks yang berbeza tentang maqasid syariah, kebertanggungjawaban kita, amanah kita menyatakan perkara yang sebenarnya kepada pendeposit haji [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Dan janganlah kamu mencampuradukkan yang benar dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang benar itu sedangkan kamu mengetahuinya” Hibah bukannya matlamat Dato’ Yang di-Pertua, matlamatnya ialah memastikan simpanan pendeposit kekal selamat dan berkembang secara mampan.
Tidak ada makna kita memberikan hibah enam peratus hari ini kalau akibat dia, institusi menjadi semakin lemah dan generasi pendeposit akan menanggung bebannya di kemudian hari.
Persoalan seterusnya Dato’ Yang di-Pertua ialah berkenaan dengan keinginan pemegang amanah Tabung Haji pada ketika itu melakukan apa yang dipanggil sebagai strategi pelaburan Tabung Haji dengan matlamat untuk terus memberikan hibah yang tinggi kerana telah dilakukan sebelum, sebelumnya. Adakah ia berdasarkan risk appetite yang jelas? Apakah keputusan pelaburan dibuat berdasarkan pulangan jangka panjang atau adakah keputusan pelaburan dibuat untuk mengejar keuntungan jangka pendek semata-mata supaya kadar hibah kelihatan menarik?
Kerana apabila institusi terlalu terikat kepada sasaran hibah, pengurusan boleh terperangkap dalam satu kitaran hibah tinggi, perlu kepada keuntungan yang tinggi, perlu kepada pelaburan yang berisiko. Apabila pelaburan jatuh, rizab terhakis, kemudian perlu mencari jalan untuk mengekalkan hibah. Inilah kitaran yang kita tidak boleh benarkan berlaku lagi.
Dato’ Yang di-Pertua, 14 buah syarikat ataupun institusi pelaburan bermasalah yang dinyatakan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja ini sudah cukup untuk memberikan bukti kepada kita bahawa apa yang telah dilakukan pada ketika itu merupakan satu perkara yang sangat wajib kita persoalkan.
Pelaburan dalam FELDA yang menyebabkan Tabung Haji menanggung kerugian sehingga RM1.6 bilion, tetapi masalah pelaburan dalam FGV bukan sekadar turun naik harga saham, tetapi ia perlu dilihat dalam konteks kelemahan perakaunan dan pelaburan kewangan Tabung Haji yang lebih luas dan ia tidak berhenti setakat itu sahaja, Dato’ Yang di-Pertua.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Ada satu lagi kerugian berkaitan dengan FGV yang direkodkan oleh Laporan RCI ini berkenaan dengan pelaburan dalam Trurich Resources Sdn. Bhd. Syarikat yang memperoleh dan mengurus aset perladangan kelapa sawit di Kalimantan, Indonesia. Menurut RCI, akhirnya Trurich gagal menghasilkan pulangan yang dijangkakan dan akhirnya, menjadi tidak solvent. Liabilitinya berjumlah RM119 juta pada akhir 2017 dan RM92.78 juta pada 2018. Dan Trurich mempunyai pinjaman tertunggak dengan Maybank berjumlah USD179 juta ataupun sekitar RM732 juta.
Sehingga akhirnya, TH perlu mengiktiraf rosot nilai penuh RM364.31 juta terhadap pelaburannya.
Sebab itulah saya sangat menyokong syor RCI untuk melaksanakan forensik kepada ke-14 pelaburan strategik ini, termasuklah pelaburan dalam FGV. Ketika kerugian Trurich semakin terkumpul, TH dan FGV masing-masing dipengerusikan oleh dua tokoh politik pada ketika itu. Pengerusi Tabung Haji dan Pengerusi FGV, kedua-duanya tokoh politik. Apakah di sana ada sebarang konspirasi?
RCI tidak boleh membuktikan Dato’ Yang di-Pertua, tetapi RCI mencadangkan agar forensik audit dilakukan supaya kita boleh mengenal pasti kerana ia menimbulkan persoalan besar kepada dua institusi yang berada dalam lingkungan politik yang sama, berkongsi sebuah pelaburan yang terus mencatat kerugian. Adakah ini disengajakan? Siapa yang dapat keuntungan bila pelaburan ini rugi?
Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin merekodkan juga apabila kerajaan pada 2018 mengambil tindakan menyusun semula Tabung Haji, memindahkan aset bermasalah dan memperkukuh kedudukan kewangan institusi ini, janganlah pula kita mencampuradukkan tindakan menyelamatkan TH dengan punca yang menyebabkan TH perlu diselamatkan. Kalau rumah terbakar, kita tidak boleh menyalahkan pasukan bomba kerana memecahkan pintu untuk menyelamatkan penghuninya.
[Tepuk]
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Persoalan yang lebih penting ialah siapa yang menyebabkan api itu bermula? Pembinaan aset kepada struktur pemulihan bukan bukti bahawa masalah ini dicipta oleh kerajaan yang mengambil alih. Sebaliknya kita perlu melihat kepada kewangan yang diwarisi dan tindakan yang perlu diambil untuk memulihkannya dan hasil pemulihan itu juga perlu dilihat secara objektif.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin— agak berhati-hati dalam perkara ini kerana di awal tadi saya menyebutkan supaya kita menghukum dengan adil. Kita tidak boleh
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
menjatuhkan hukuman kepada siapa yang hanya berdasarkan, hanya berdasarkan kepada persepsi, tetapi pada masa yang sama, kita juga tidak boleh menutup kemungkinan berlakunya salah laku, penyelewengan, kepincangan dan sebagainya.
Maksudnya sakau lah itu Dato’ Yang di-Pertua susah sangat kita nak sebut.
[Tepuk] Memang RCI tak boleh nak sebut sakau sebab sakau ini bahasa kampung, bahasa daerah. Takkan kita nak letak RCI ini standard sama dengan percakapan kita di kampung.
Jika RCI menemukan transaksi yang meragukan, manipulasi angka, pelaporan yang tidak benar atau keputusan yang memberikan manfaat kepada pihak tertentu, maka siasatan forensik mesti dibuat. Jika ada asas jenayah, laporan polis mesti dilakukan. Jika ada unsur rasuah, SPRM mesti menyiasat. Jika ada pelanggaran undang-undang, pendakwaan mesti dipertimbangkan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Shah Alam. Shah Alam boleh tanya sikit Shah Alam?
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Kita tidak mahu...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Shah Alam. Hulu Langat.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Masa dah nak habis. Okey.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tadi Shah Alam ada menyebutkan soal berkaitan dengan dua orang tokoh politik...
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Ya...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang duduk kan, dekat situ itu. Yang duduk dekat situ itu, dua orang. Saya terlalu yakin tokoh politik itu mesti datangnya daripada parti DAP, mesti datang daripada parti DAP ini. Minta sedikit penjelasan daripada Shah Alam. Terima kasih Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Shah Alam, gulung.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Baik. Yang Berhormat Hulu Langat ini dia selalu bercakap terbalik sikit. Jadi makna di sebalik DAP itu ialah parti yang di sebaliknya.
Kita tidak mahu RCI hanya menjadi laporan yang tebal dan akhirnya disimpan di dalam kutubkhanah Parlimen ini. RCI mesti membawa kepada pembetulan dan jika ada yang bermasalah, jika ada yang bersalah mesti dipertanggungjawabkan.
Dato’ Yang di-Pertua, sebagai penggulungannya saya nak sebutkan bahawa kita tidak boleh mengubah sejarah, tetapi kita boleh memastikan sejarah tidak berulang.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Kes Tabung Haji mengajar kita satu perkara yang sangat penting. Institusi Islam tidak kebal daripada kelemahan manusia. Sebab itu kita tidak boleh berlindung di sebalik nama Islam untuk mengelakkan soalan tentang akauntabiliti. Sebaliknya kerana ia institusi Islamlah kita mesti lebih tegas, amanah mesti dijaga, wang pendeposit mesti kita lindungi, pelaburan yang kita lakukan mesti dilakukan dengan berdisiplin.
Hibah yang kita berikan— hibah yang mesti kita berikan mestilah berdasarkan kepada kemampuan sebenar. Penyata kewangan mesti menggambarkan keadaan yang hakiki dan apabila berlaku kesalahan, jangan kita lindungi mana-mana individu, jangan kita lindungi mana-mana parti, jangan kita lindungi mana-mana institusi.
Akhirnya Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan bahawa hadis Nabi SAW menyebutkan [Membaca sepotong hadis] . “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa yang berada di bawah tanggungjawabnya.” Itulah tanggungjawab kita kerana akhirnya Tabung Haji bukannya milik sesiapa, ia bukan milik Menteri, bukan milik parti, bukan milik lembaga pengarah untuk menjarah. Tabung Haji adalah amanah lebih 10 juta pendeposit dan amanah umat Islam kesemuanya. Maka, amanah itu mesti kita pulangkan dalam keadaan yang lebih kukuh daripada kita menerimanya.
Terima kasih kepada Pesuruhjaya-pesuruhjaya RCI, Pengerusi dan Ahli Lembaga Tabung Haji atas siasatan, dapatan dan syor penambahbaikan dan penghargaan kepada Kerajaan MADANI atas komitmen usaha pemulihan dan menjamin simpanan pendeposit Tabung Haji keseluruhannya. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Port Dickson.
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan kepada Dewan yang mulia ini kerana memberikan ruang untuk membahaskan Laporan Siasatan Diraja mengenai pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji.
Saya berpandangan Tuan Yang di-Pertua, laporan ini bukan sekadar sebuah laporan kerajaan ia bukan sekadar sebuah laporan kewangan dan ia bukan sekadar bahan untuk kita saling menuding jari secara politik. Laporan ini ialah cerminan kepada kita tentang bagaimana amanah umat Islam pernah diurus, bagaimana
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
kelemahan boleh berlaku dan apakah mesti kita lakukan supaya sejarah tersebut tidak berulang. Kita ada sejarah yang terukir yang memalukan seperti kes Bank Bumiputera, Bank Rakyat dan lain-lain yang terus kita ingati.
Tabung Haji bukan sebuah institusi biasa, ia bukan sekadar sebuah syarikat pelaburan, ia bukan sekadar sebuah badan berkanun. Tabung Haji diwujudkan atas satu amanah yang sangat besar. Membantu umat Islam membuat persediaan menunaikan ibadah haji, menguruskan simpanan mereka dengan sebaik-baiknya.
Sebab itulah apabila kita membicarakan RCI Tabung Haji, kita sebenarnya sedang membicarakan amanah manusia kepada manusia dan amanah manusia kepada Allah SWT.
Tuan Yang di-Pertua, selama bertahun-tahun persoalan mengenai kedudukan kewangan Tabung Haji telah menjadi perdebatan awam, hari ini kita mempunyai satu dokumen yang jauh lebih besar daripada perdebatan politik biasa.
Kita mempunyai Laporan RCI. Kita tidak boleh mengatakan bahawa setiap dakwaan yang pernah dibuat oleh mana-mana tokoh politik secara automatik telah dibuktikan benar oleh RCI.
Antara dapatan yang sangat serius ialah bahawa kelemahan amalan perakaunan menyebabkan kedudukan Tabung Haji pada 2017 dilaporkan lebih baik daripada keadaan yang sebenarnya. RCI dilaporkan mendapati keuntungan RM3.4 bilion sepatutnya merupakan kerugian RM1.4 bilion. Ini bukan lagi sekadar hujah politik, ia adalah persoalan tadbir urus dan apabila RCI pula mengatakan bahawa Tabung Haji mengalami defisit aset liabiliti sejak 2014, kita wajib bertanya, bagaimana perkara sebenar ini boleh berlaku kepada institusi yang menguruskan amanah umat Islam?
Persoalan saya kepada Tabung Haji, ketika krisis 2014 hingga 2018, berapa banyak kah tanah atau aset Tabung Haji telah dijual contohnya THP Gemas jualkan ribuan ekar tanah kepada siapa? Siapa pembelinya, Melayu atau bukan Melayu?
Kita kehilangan banyak aset dan aset pendeposit kita hari ini. Kenapa? Kita buat fitnah tanah dan aset dijual kepada bukan Islam ketika RCI— ketika MOT mengambil alih.
Saya ingin mengemukakan satu prinsip tidak boleh ada kuasa tanpa pertanggungjawaban. Jika siapa yang mempunyai kuasa membuat keputusan, maka mesti ada tanggungjawab. Jika seorang yang mempunyai kuasa meluluskan pelaburan, mesti ada mekanisme untuk menilai keputusan tersebut. Jika seseorang mempunyai kuasa melantik lembaga, mesti ada tanggungjawab terhadap kualiti
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
pelantikan tersebut dan jika suatu sistem mempunyai kelemahan, maka pelantikan tersebut harus bertanggungjawab kepada sistem tersebut.
Saya tidak bersetuju jika seluruh masalah ini hanya diletakkan kepada seorang atau dua individu, tetapi saya juga bersetuju jika kita menggunakan istilah kelemahan sistem. Saya tidak bersetuju jika kita hanya menggunakan kelemahan sistem sehingga akhirnya tiada siapa yang bertanggungjawab. Kita perlu bezakan antara kesalahan individu, kelemahan pengurusan, kegagalan lembaga, kelemahan undang-undang dan tanggungjawab politik kerajaan pada ketika itu barulah kita berlaku adil.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh perkara yang mungkin tidak selesa untuk didengar, tetapi Parlimen ialah tempat untuk kita bercakap tentang perkara yang tidak selesa. UMNO dan kerajaan dipimpin oleh Barisan Nasional mempunyai pengalaman mentadbir negara selama lebih enam dekad sejak kemerdekaan dengan perubahan kerajaan pada tahun 2018 dan tempoh-tempoh selepasnya.
Maka saya ingin bertanya, dengan pengalaman mentadbir negara selama lebih enam dekad, mengapa sebuah institusi yang begitu penting kepada umat Islam masih boleh berdepan kelemahan tadbir urus yang begitu serius? Sebelum penglibatan politik menjadi begitu ketara, Tabung Haji secara umumnya dilihat sebagai institusi profesional yang menumpukan simpanan pendeposit dan pengurusan ibadah haji bukan gelanggang pertikaian kepartian.
Keadaan berubah apabila Abdul Azeez seorang ahli politik UMNO dilantik menjadi Ahli Lembaga Tabung Haji pada 2011 dan kemudian sebagai Pengerusi Tabung Haji pada 2013. RCI mengambil perhatian bahawa pelantikan ahli politik dalaman lembaga dan jawatan pengerusi antara 2014 hingga 2018 menimbulkan kegelisahan masyarakat serta membuka ruang yang kita lihat sebagai titik perubahan yang menggambarkan sempadan antara pengurusan profesional institusi dengan kepentingan kepartian.
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Defisit antara aset dengan liabiliti dikesan 2014 hanya setahun selepas Azeez menjadi Pengerusi dan ia terus berlarutan sehingga Azeez tamat menjadi Pengerusi pada pertengahan 2018. Hibah tinggi dan bonus kakitangan sehingga 13 bulan 2014 dibayar sebagai gula-gula untuk memudah kerja walaupun kelemahan Tabung Haji mula dikesan Bank Negara.
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Sepanjang tempoh Azeez menjadi Pengerusi, RCI menemukan proses pelaburan yang tidak teratur, semakan tidak mencukupi dan kelemahan koordinasi dalam membuat keputusan.
Pada 2014, Tabung Haji membeli 30 peratus kepentingan dalam Putrajaya Perdana dengan kos RM193.5 juta. Azeez kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi Putrajaya Perdana 2015 ketika beliau masih memegang jawatan Pengerusi Tabung Haji. Putrajaya Perdana mempunyai sejarah korporat yang dikaitkan dengan rangkaian Jho Low, UBJ, PetroSaudi dan 1MDB. Dua anak syarikat Putrajaya Perdana, Permai Binaraya dan Putra Perdana Construction menerima transaksi SRC sebanyak RM27 juta dan RM5 juta pada Disember 2014.
Menurut Laporan RCI, pelaburan Tabung Haji dalam Putrajaya Perdana mengalami kerugian RM145.3 juta. Persoalannya, apakah penelitian kewangan dan semakan latar belakang yang dilakukan sebelum wang pendeposit dilaburkan dalam syarikat tersebut? Mengapa Pengerusi Tabung Haji kemudiannya turut dilantik sebagai pengerusi syarikat yang menerima pelaburan Tabung Haji?
Antara 2015 hingga 2017, Tabung Haji menangani beberapa pajakan jangka panjang selama 10 hingga 18 tahun bagi empat hotel di Mekah dan Madinah dan telah membayar Saudi Riyal 1.426 bilion, kira-kira RM1.55 bilion secara upront kepada Ar-Raudhah. Selepas menerima bayaran tersebut, Ar-Raudhah turut dilantik oleh Tabung Haji sebagai pengendali keempat-empat hotel. Ar-Raudhah gagal membayar pendapatan sewa yang dijanjikan.
Setakat akhir 2021, tunggakan sewa mencecah 560.7 juta Saudi Riyal, kira- kira RM610 juta. Persoalannya, bagaimana Tabung Haji boleh membayar sekira RM1.55 bilion secara upfront kepada pajakan jangka panjang, tetapi akhirnya tidak dapat bayaran dan terpaksa mengejar tunggakan menyebabkan kerugian yang perlu ditanggung oleh Tabung Haji. Siapakah Dr. Mansur ini? Siapakah Pengerusi Tabung Haji ketika perjanjian tersebut dimeterai? Azeez wajar mengambil tanggungjawab.
Kita tidak boleh mempermainkan pendeposit.
Seterusnya, program khas jemaah haji 1MDB juga diperkenalkan. Program ini membelanjakan hampir RM57 juta menaja 5,711 jemaah menunaikan haji secara percuma tanpa prinsip istitaah. Antara peserta program tersebut ialah imam, ketua kampung dan anggota JKK, golongan yang mempunyai pengaruh dalam komuniti setempat.
Persoalannya, adakah program ini semata-mata kebajikan atau turut memberikan manfaat politik kepada parti tertentu? Sumber dana program tersebut
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
juga wajar dijelaskan dengan telus, adakah ia sebenarnya guna duit pendeposit sendiri atau mempunyai kaitan dengan dana 1MDB yang diselewengkan? Apakah yang telah saya sebutkan ini merupakan pertembungan politik korporat dan wang pendeposit?
Tiga perkara ini bertembung dalam tempoh yang sama, wang pendeposit Tabung Haji, pelaburan dalam syarikat yang mempunyai sejarah berkaitan dengan rangkaian Jho Low dan program haji tajaan Yayasan 1MDB. Azeez pula memegang dua jawatan penting sebagai Pengerusi Tabung Haji dan Pengerusi Putrajaya Perdana selain menjadi seorang pemimpin politik UMNO.
Putrajaya Perdana dan Ar-Raudhah sahaja menyebabkan Tabung Haji perlu menghadapi kerugian berbilion ringgit. Pertindihan tersebut menimbulkan persoalan serius mengenai pertimbangan pelaburan, akauntabiliti, kepimpinan dan kemungkinan konflik kepentingan. RCI tidak menyatakan bahawa Azeez secara peribadi melakukan salah guna kuasa. Isu yang perlu diketengahkan ialah tanggungjawab politik dan kegagalan tadbir urus sepanjang tempoh kepimpinannya.
Tabung Haji menjadi semakin terdedah kepada keputusan politik apabila seorang ahli politik aktif diberikan kerusi pengerusi. Krisis Tabung Haji tidak bermula apabila pelan penyelamat dilaksanakan pada tahun 2018. Pelan tersebut merupakan tindak balas terhadap masalah yang telah terkumpul sejak beberapa tahun sebelumnya. Seorang pengerusi mungkin tidak meluluskan setiap transaksi, tetapi beliau tetap bertanggungjawab terhadap mutu tadbir urus dan keputusan besar yang berlaku sepanjang tempoh kepimpinannya. Soalan yang mudah, ketika kedudukan Tabung Haji semakin lemah, siapakah yang memimpin? Bagaimanakah keputusan pelaburan dibuat dan mengapakah amaran kewangan tidak ditangani?
Tabung Haji bukan mana-mana parti, wang pendeposit bukan modal politik dan ibadah haji tidak boleh dijadikan perisai untuk mengelakkan akauntabiliti.
Pengajarannya jelas, kepimpinan Tabung Haji perlu diserahkan kepada golongan profesional yang berkelayakan dan bebas daripada kepentingan politik kepartian.
Bukankah sepatutnya pengalaman selama puluhan tahun menjadikan kita lebih sensitif? Bukankah sepatutnya kita lebih berhati-hati? Bukankah sepatutnya Tabung Haji menjadi antara institusi yang paling dilindungi daripada campur tangan politik?
Bukankah sepatutnya pelantikan ke dalam lembaga dibuat berdasarkan integriti, kepakaran dan kompetensi?
Saya tidak mengatakan semua anggota UMNO bertanggungjawab, saya tidak mengatakan semua keputusan dibuat sebelum ini salah, tetapi saya
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
menyatakan semakin lama seorang memegang amanah pemerintahan semakin tinggi tanggungjawab apabila berlaku kelemahan. Pengalaman bukan perisai daripada pertanggungjawaban sebaliknya pengalaman sepatutnya menjadikan kita lebih bertanggungjawab.
Tuan Yang di-Pertua, kita perlu mengubah budaya pelantikan jawatan dalam Lembaga Tabung Haji. Tidak boleh dianggap sebagai jawatan penghargaan, ia juga bukan tempat untuk memberikan kedudukan kepada orang yang mempunyai hubungan politik, ia bukan tempat untuk mengumpul pengaruh, ia adalah amanah profesional. RCI sendiri mencadangkan pindaan Akta Tabung Haji bagi melarang ahli politik aktif daripada dilantik sebagai pengerusi atau Ahli Lembaga Tabung Haji dan anak syarikatnya. Ia juga mencadangkan kriteria khusus berkaitan kepakaran bagi pelantikan anggota lembaga pengarah.
Saya mencadangkan kita pergi lebih jauh, setiap calon lembaga mesti melalui saringan yang jelas berdasarkan integriti, pengalaman pelaburan kewangan Islam, pengurusan risiko, audit, perakaunan, undang-undang, tadbir urus korporat dan pengurusan haji dan konflik kepentingan mesti diisytiharkan. Tabung Haji mesti diurus oleh orang yang layak, bukan orang yang sekadar dikenali.
Tuan Yang di-Pertua, kita mesti adil dalam membincangkan pelaburan.
Pelaburan mempunyai risiko. Tidak semua kerugian bermaksud berlaku salah laku, tetapi kita mesti boleh membezakan antara kerugian kerana turun naik pasaran dengan kerugian kerana keputusan yang cuai, konflik kepentingan atau kegagalan proses tadbir urus. RCI telah mengesyorkan audit forensik terhadap 14 pelaburan yang mengalami kemerosotan. Persoalan hibah juga perlu kita lihat dengan sangat serius. Pendeposit harus melihat satu angka. Berapa hibah saya tahun ini, tetapi di belakang angka itu ada persoalan yang jauh lebih penting...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, gulung dalam 1 minit.
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Dato’ Yang di-Pertua, biarlah selepas Laporan RCI ini dibentangkan, diambil tindakan, kita tidak lagi bertanya siapakah yang salah, tetapi kita berani bertanya apakah yang telah kita pelajari dan lebih penting apakah kita akan lakukan supaya perkara ini tidak pernah berulang. Kerana amanah yang kita pegang hari ini bukan hanya untuk kita, tetapi adalah anak cucu kita, ia untuk generasi yang akan datang. Bagi setiap pendeposit yang menyimpan wangnya, dengan satu harapan yang sangat sederhana, suatu hari nanti aku mahu menjadi
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
tetamu Allah. Maka, jangan kita khianati harapan itu, jangan kita politikkan amanah itu, jangan kita pertaruhkan masa depan umat itu.
Saya juga merasa amat terhina apabila ada yang mengatakan Rukun Islam kelima iaitu menunaikan ibadah haji, tetapi mereka sebut sebagai mengerjakan Tabung Haji. Menyeru kepada semua termasuk pihak mufti dan asatizah untuk memperbetulkan perkara ini. Jangan kita katakan Islam hari ini terancam tapi tiada di dalam Dewan untuk kita bicarakan perkara yang penting ini.
[Tepuk] Sebaliknya, marilah kita bina Tabung Haji yang benar-benar profesional di dalam pengurusan, telus dalam keputusan, kukuh dalam kewangan, bebas dari campur tangan politik, teguh dalam prinsip syariah dan yang paling penting amanah kepada pendeposit dan umat Islam. Tuan Yang di-Pertua, Port Dickson dengan ini menyokong usul perbahasan ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Selanjut dipersilakan Yang Berhormat Langkawi.
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
Terima kasih Dato’ Dr.
Yang di-Pertua kerana memberi laluan kepada saya untuk membahas Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
Saya nak merujuk kepada wakil dari Shah Alam tadi. Yang Berhormat menyatakan bahawa “sakau” itu bahasa kampung dan tidak dimasukkan ke dalam laporan ini. Maka, saya terus masuk ingin mengetahui apakah sakau itu. Interpretasi yang diberikan sakau ialah istilah slanga. Slanga ini ialah ungkapan tidak formal yang membawa maksud “mengambil” atau “mencuri” sesuatu khususnya secara diam- diam tanpa izin.
Yang Berhormat “Dia sakau duit syarikat.” Maknanya dia mengambil duit syarikat. “Jangan sakau barang orang.” Jangan ambil atau curi barang orang.
Dalam sesetengah konteks, “sakau” juga boleh merujuk kepada— mengambil sesuatu untuk kepentingan diri sendiri, termasuk dalam konteks rasuah atau salah guna wang.
Jadi, saya hendak mencadangkan kepada Yang Berhormat Shah Alam, lepas ini kita boleh formalize-kan bahasa sakau ini dan sekiranya ada RCI lagi selepas ini, dimasukkan sakau supaya penyangak-penyangak ini faham apa itu *sakau.
[Tepuk]*
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Langkawi. Maksud Langkawi kita cadangkan kepada DBP untuk masukkan perkataan “sakau” itu dalam...
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
Terima kasih.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Ya.
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
Faham. Alhamdulillah Dato’ Dr. Yang di-Pertua, kita faham bahawa Tabung Haji ini bukan entiti korporat biasa.
Yakni di tubuh dengan niat suci. Saya membaca sejarah semasa Profesor Diraja Ungku Aziz yang menyatakan bahawa penubuhan Tabung Haji pada ketika itu adalah dengan ikhlas untuk menjaga wang-wang pendeposit. Tak sebut pun pelaburan. Jaga duit mereka ini sahaja.
Dan tadi saya bersembang di luar Dewan, dia kata dia invest dalam Tabung Haji ini semasa umur baru mula kerja, 21 tahun. RM10 masuk dalam Tabung Haji, lepas tu RM60, tak pernah bertanya berapa interest atau faedah yang akan diberikan oleh Tabung Haji. Dia cuma nak tahu, bila sahaja dia boleh pergi Mekah. Ini keikhlasan mereka-mereka yang depositkan wang dalam Tabung Haji.
Saya tidak perlu menyebut semula fakta-fakta yang telah didedahkan. Walau bagaimanapun, saya nak merujuk juga kepada muka surat awal ringkasan eksekutif oleh RCI. Selepas RCI membentangkan 14 syarikat yang bermasalah daripada PT TH Indo Plantations kepada FGV Berhad, di bawahnya dalam (k), “pihak-pihak berkuasa wajib mengambil tindakan yang tegas dan segera ke atas setiap laporan polis atau aduan yang dibuat berkaitan dengan sebarang salah laku di Lembaga Tabung Haji”. Syabas kepada SPRM dan syabas kepada PDRM yang telah pun memulakan kerja-kerja mereka, tetapi sayang, selepas beberapa lama, baru nak mula. Itu pun selepas Yang Amat Berhormat Tambun menyatakan boleh masuk dan ambil tindakan.
Dalam (i)— “usaha perlu dibuat bagi mendapatkan semula bonus yang telah diberi kepada ahli lembaga dan pengurusan Tabung Haji Properties, memandangkan bonus berkenaan diberikan tanpa mematuhi peraturan yang ditetapkan.” Saya nak tanya Yang Berhormat Menteri, agak-agak kita boleh dapat balik tak bonus yang diberikan kepada mereka-mereka ini?
Dan tuan-tuan, saya juga menyatakan bahawa bersama-sama dengan rakan- rakan lain menyatakan bahawa, terlalu banyak politik yang mengambil bahagian di dalam Tabung Haji ini. Persoalan besar yang kita perlu jelas, what went wrong? Apa yang tak kena dengan Tabung Haji ini?
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
Secara asasnya, terdapat beberapa kes yang membabitkan aspek kewangan yang saya sebutkan tadi. Pertama, perakaunan kreatif- creative accounting, yang mana tindakan perakaunan digubah untuk melewatkan laporan kerugian pelaburan hibah yang tidak sustainable juga diberikan walaupun nilai aset jatuh di bawah paras jumlah liabiliti. Muka surat 74 sehingga 97 diberi penerangan. Dan saya rasa kalau impairment mengikut FRS 134 kalau tak salah saya, kalau kita mengikut FRS yang betul, saya percaya bahawa perkara ini tidak akan berlaku.
Tuan-tuan dan puan-puan, kita juga mendapati terdapat campur tangan dalam lantikan politik dalam entiti, muka surat 39. Mendapati terdapat banyak campur tangan politik yang mempengaruhi keputusan seperti kata hibah, caj haji dan juga bantuan kewangan haji meningkat kepada RM106 juta pada 2014 kepada RM300 juta pada 2019.
Malangnya, bila nak sampai sahaja pilihan raya, maka dividen Tabung Haji akan melonjak. Tak kira lagi dah sama ada Tabung Haji memperoleh keuntungan atau tidak. Kita tidak mahu lagi selepas ini Tabung Haji digunakan sebagai sumber ekonomi Malaysia ataupun kita nak stimulate ekonomi kita dengan menggunakan Tabung Haji, lebih-lebih lagi sebelum pilihan raya.
Amat mudah untuk kita tenggelam dengan jargon korporat dan technicality perniagaan yang memenuhi laporan ini. Ramai rakyat di luar sana tidak faham atau sekadar memahami di permukaan, akan tetapi isu struktural yang melingkari Tabung Haji tiada beza dengan isu-isu yang berdasarkan segala seperti skandal lain di negara ini dari 1MDB sehingga ke LCS.
Apabila sesebuah institusi yang menguruskan wang rakyat memberi kuasa budi bicara yang terlalu luas kepada Menteri, termasuk kuasa untuk menyingkirkan anggota lembaga tanpa alasan jelas, maka ruang untuk campur tangan politik akan sentiasa wujud. Ini bukan soal siapa Menteri pada hari ini. Ini bukan soal kerajaan mana yang memerintah. Ini soal sistem. Bagaimanakah kita mahu katakan kerajaan ini mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku memandangkan masih ada lantikan politik dalam entiti berkaitan Tabung Haji?
Sebagai contohnya, saya nak sebut nama di sini. Datuk Husam Musa dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji Properties Sdn. Bhd. Selepas kita mengetahui semua masalah-masalah ini, masih juga kita nak letak orang politik di sini.
Ini berlaku sendiri kepada saya Yang Berhormat Dato’ Dr. Yang di-Pertua.
Semasa saya bertanding, waktu itu saya dalam UMNO sebagai Ketua Bahagian, ada orang datang melawan saya. Seorang Menteri lawan saya, boleh dikatakan 99
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
peratus ketua-ketua cawangan pergi ke Mekah. Jerai, waktu itu saya Bahagian Jerai.
Sampai sekarang saya di Jerai.
Cuma saya dihantar untuk menyelesaikan masalah di Langkawi, tetapi alhamdulillah, dapat juga saya duduk di sini walaupun orang yang saya kalahkan itu is my legend, tetapi tuan-tuan, apabila pertandingan berlaku, tiga nama disebut di dalam laporan ini. Saya tidak akan sembunyi— Ketua Bahagian UMNO, yang pertama; Ketua UMNO Bahagian yang kedua; dan Timbalan Ketua Bahagian ada namanya di sini.
[Sambil menunjukkan sebuah buku] Saya sedih. Bila perlawanan begitu berlaku, saya hanya dapat berdoa “Ya Allah Ya Tuhan-ku, Engkau tunjukkanlah satu hari perkara-perkara ini akan timbul.” Alhamdulillah, dia timbul pada 11 hari bulan ini, di Dewan yang suci ini. Masya-Allah, please all the three of them read this laporan. Faham apa yang berlaku semasa kamu menentang aku semasa menjadi— nak menjadi Ketua Bahagian dulu.
Saya sedih kerana orang kampung tak tahu ada Menteri offer pergi ke Mekah secara percuma. Siapa tak nak— siapa yang tak nak? Menangis datang jumpa saya, “Tok Mi, Tok Mi tak dapat hantaq kami pergi Mekah. Minta maaf. Kami terhutang budi dengan Menteri ini. Kami terhutang budi. Maaflah.” Maka saya meninggallah selaku Ketua Bahagian walaupun kalah dalam gelanggang. Ini semangat perjuangan.
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
Tuan-tuan dan puan-puan, kalau kita melihat lagi kepada soal politik di dalam ini dan kalau kita lihat sendiri dan kita baca, “Suruhanjaya mendapati 3.2.14 mendapati penglibatan ahli politik dalam pengurusan Lembaga Tabung Haji telah menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat di negara ini.” Saya pun membaca laporan semasa Pengerusi— minta maaf, Datuk Seri Abdul Azeez, ini sahabat saya. Semasa beliau nak dilantik bukan sahaja orang individu yang menentang, malah parti UMNO sendiri menentang pelantikan beliau pada ketika itu.
Tuan-tuan dan puan-puan, he is my brother anyway, but if you have done wrong, you have to face it. Tuan-tuan dan puan-puan, saya memohon supaya Suruhanjaya melanjut 3.12.15. “Suruhanjaya itu berpandangan Pengerusi dan anggota Lembaga tidak wajar dilantik dari kalangan ahli politik yang masih aktif.” [Meneguk sedikit air] Saya memohon satu definisi di sini. Apakah bila Menteri atau orang yang berpengaruh kalah dalam pilihan raya, maka beliau dilantik menjadi Pengerusi mana-mana badan berkanun. Kita nak satu definisi.
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
Saya mengucapkan pertama kali, syabas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tambun.
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
Kerana apabila beliau dilantik menjadi Perdana Menteri, angkat sumpah lebih kurang seminggu lepas tu beliau telah pun membuat keputusan, semua orang-orang politik hendaklah meletak jawatan daripada semua agensi termasuk saya. Semasa itu saya menjadi Pengerusi Bersama LADA, maka kami semua letak jawatan.
We respect the decision sebab kita rasa selepas ini tidak akan ada lagi orang politik yang akan dilantik walaupun kita daripada kalangan yang profesional, tapi malangnya selepas itu, orang-orang politik demi politik demi politik dilantik. Ke mana perginya kenyataan? Ke mana perginya arahan, perintah daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika itu? Sebab kita tak mengikut, sebab kita tak mahu dengar, sebab kita rasa kita lebih powerful daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita control the party, we have the majority in the government. This is what happen dengan izin, Dato’ Sri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat gulung, 1 minit.
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya pun dah sakit dada bercakap bab ini.
Jadi saya berterima kasih banyak kepada Dato’ Sri, saya tak mahu lagi nak sambung. Cuma saya mintalah apa yang dicadangkan oleh RCI ini diambil pengajaran. RCI ini bukan nak cari kesalahan. RCI ini nak mencari kebenaran dan RCI ini nak supaya ada perubahan.
Begitu juga rakyat-rakyat di kampung khususnya para nelayan di Langkawi, para petani di Langkawi yang hanya orang kata, bangun pagi ke laut mencari rezeki dan dikeluarkan daripada rezeki itu untuk dimasukkan ke dalam Tabung Haji kerana nawaitunya pada ketika itu nak pergi Mekah dan we respect them [Membaca sepotong hadis] Maka, niat itulah kita minta supaya mereka ini diambil tindakan sepertimana yang diarahkan, sepertimana yang dicadangkan oleh Suruhanjaya ini.
Terima kasih Dato’ Dr. Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang di- Pertua. Saya bangun sebagai Ahli Parlimen untuk turut membahaskan Laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji.
Biar saya menjelaskan terlebih dahulu sebelum pihak-pihak tertentu menuduh saya yang bukan-bukan walaupun saya bukan beragama Islam, tetapi sebagai seorang Ahli Parlimen daripada Parlimen Jelutong yang ada ramai pengundi yang beragama Islam, yang mencarum dalam Tabung Haji. Saya terpanggil untuk membahaskan laporan ini.
Kelmarin apabila saya sedang mengendalikan satu perbicaraan di mahkamah, setelah selesai saya juga telah maklumkan kepada mahkamah bahawa saya tidak akan dapat hadir di mahkamah kerana akan berada di Parlimen. Timbalan Pendakwa Raya mungkin beliau menonton siaran langsung, Puan Sariza binti Ismail, seorang Pendakwa Raya (DPP) di Pulau Pinang meminta saya untuk turut mengambil bahagian. Ini kerana beliau memaklumkan kepada saya bahawa ibu beliau yang bekerja sebagai seorang cleaner, pembersih mendapat pendapatan yang lebih kurang cukup untuk makan, menabung dan juga turut rugi di atas pelaburan-pelaburan yang mengalami kerugian di Tabung Haji.
Saya juga bangun kerana baru-baru ini dalam konteks perbincangan Tabung Haji, kita dengar ada pihak-pihak tertentu menuduh DAP— kononnya DAP ingin menghapuskan orang-orang Melayu dan agama Islam. Malangnya Yang Berhormat Marang tidak hadir untuk saya menempelak kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau.
Ada juga pihak yang mengeluarkan kenyataan, “Kalau UMNO dan Barisan Nasional tidak ada dalam kerajaan, maka kepentingan orang-orang Melayu dan yang beragam Islam tidak akan terbela.” Saya ingin tanya beliau. Saya tak mahu namakan beliaulah. Saya ingin tanya beliau. Beliau ini merupakan seorang bekas Menteri Belia dan Sukan, Menteri Kesihatan. Dulu digantung oleh UMNO, sekarang masuk kembali ke UMNO. Beliau mengeluarkan— bila masuk kembali ke UMNO, beliau kata, “Kalau tiada UMNO dan Barisan Nasional dalam kerajaan, maka kepentingan orang Melayu dan yang beragama Islam tidak akan terbela.” Apa yang berlaku kepada Tabung Haji? Saya ingin tanya beliau. Ketika itu siapa yang menjadi Ketua Eksekutif Tabung Haji, Pengerusi Tabung Haji— Parti DAP, Ahli Parlimen DAP? Saya ingin tanya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Mungkin Ahli-ahli Parlimen daripada UMNO, Barisan Nasional boleh memberi penjelasan. Ada juga seorang pemimpin Pemuda UMNO yang bertanyakan, “Mana bukti sakau dalam Suruhanjaya— Laporan Suruhanjaya Diraja?” Beliau mempunyai ijazah sebagai seorang doktor, doktor, Pemuda.
Memanglah dalam Laporan Tabung Haji ini tidak dinyatakan sakau, tapi hakikatnya laporan ini menunjukkan dengan jelas Pengerusi Tabung Haji pada masa itu daripada tahun 2014 hingga 2018 iaitu namanya saya sebutkan nama, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Ahli Parlimen Baling yang mempengerusikan Tabung Haji, yang suatu ketika menjadi Ketua Eksekutif Tabung Haji yang bertanggungjawab melakukan sakau atau telah terlibat secara langsung dalam kejadian-kejadian sakau atau mencuri wang Tabung Haji ini.
Saya juga bangun kerana...
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Yang Berhormat, minta maaf, minta laluan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya akan bagi biar saya habiskan dulu Yang Berhormat.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Tidak. Apabila kita mengatakan seorang itu mencuri, kita perlu ada bukti.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya akan— saya akan bagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Kita perlu ada bukti.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya akan bagi peluang, saya akan bagi peluang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kinabatangan, saya akan bagi. Ini saya akan jawab...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat sebentar, sebentar, sebentar.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Saya akan bagi, ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Kinabatangan, baca Peraturan 37 ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Duduk Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, saya akan bagi.
Dalam satu, dua minit saya akan bagi. Kita juga lihat bahawa dalam pilihan raya- pilihan raya yang telah berlangsung di Johor, di Negeri Sembilan, pelbagai tuduhan telah dilemparkan terhadap parti DAP, kononnya Parti DAP ini telah menjual aset- aset Tabung Haji. Hakikatnya adalah, hakikatnya adalah sebenarnya DAP terutamanya Parti DAP dalam Pakatan Harapan 1.0 yang telah cuba untuk menyelamatkan Tabung Haji.
Saya ingin menyatakan di sini ketika itu Ahli Parlimen Bagan yang menjadi Menteri Kewangan telah meluluskan suntikan dana bernilai RM19.9 bilion melalui sebuah syarikat tujuan khas SPV iaitu Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. untuk memulihkan kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji yang mengalami defisit besar.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ini adalah bukti. Selalunya DAP dituduh, selalunya Bagan dituduh, selalunya DAP dituduh. Seperti yang saya katakan tadi, Dewan yang mulia ini tahu. Tuan Speaker, Dato’ Speaker tahu, Yang Berhormat Marang baru-baru ini mengatakan DAP bertekad untuk menghapuskan orang Islam, menghapuskan orang-orang Melayu. Satu kenyataan yang begitu tidak bertanggungjawab, kenyataan yang boleh mencetuskan pelbagai masalah, huru-hara di negara kita, tetapi sejarah membuktikan sebaliknya. Sejarah membuktikan DAP yang menjadi salah satu parti dalam Pakatan Harapan 1.0, Menteri Kewangan ketika itu Lim Guan Eng telah cuba untuk menyelamatkan Tabung Haji.
Baru-baru tadi saya dengar Tenggara— Yang Berhormat Tenggara mengatakan bahawa aset Tabung Haji dijual kepada syarikat-syarikat kelapa sawit di Sarawak, syarikat-syarikat Cina, mana buktinya? Tidak ada bukti. Saya ulangi, Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Bagan ketika itu Menteri Kewangan meluluskan suntikan dana bernilai RM19.9 bilion melalui sebuah Syarikat Tujuan Khas (SPV) iaitu Urusharta Jamaah Sdn Bhd untuk memulihkan kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji yang mengalami defisit besar.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya tidak mahu bermain politik, saya dukacita Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional, UMNO terutamanya, di Dewan di sini kita duduk bersama-sama. Semasa di Johor, Negeri Sembilan itu dia, masuk belasah DAP, belasah DAP. Ada kenyataan Yang Berhormat daripada Jempol, ha saya gunakan Jempol, saya hampa dia tak hadir.
Ada satu ucapan dibuat oleh beliau, beliau menuduh DAP, mengatakan kononnya kita melukis satu lukisan yang berupa khinzir dengan pakaian kerabat diraja. DAP dituduh, semua salah DAP.
Rugi Tabung Haji— salah DAP. Kenapa kita tak tanya kenapa Tabung Haji sampai ke tahap ini? Tolonglah, terutamanya Ahli-ahli Parlimen UMNO, Barisan Nasional sehingga memfitnah di beberapa tempat semasa Pilihan Raya Johor, semasa Pilihanraya Negeri Sembilan, mari kita bahaskan.
Dan tadi Menteri— Menteri Agama telah menyatakan dengan jelas, tidak ada mana-mana aset Tabung Haji dijual kepada orang-orang Cina ataupun syarikat- syarikat Cina. Itu adalah jelas. Itu adalah laporan RCI.
So, saya menyeru di sini, kalau kita nak berkawan, tolonglah ikhlas. Nak gaduh pun boleh, nak lawan pun boleh. Saya cakap ini daripada hati sanubari saya.
Setelah Kerajaan MADANI Perpaduan ini ditubuhkan, semua Ahli-ahli Parlimen DAP telah memberikan kerjasama penuh, menyokong sepenuhnya pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun, pimpinan Yang Amat Berhormat Bagan Datuk, tetapi apabila kenyataan-kenyataan dikeluarkan, umpamanya Yang Berhormat Bagan Datuk pergi ke Chennah mengatakan kita bungkuskan Setiausaha Agung DAP di Chennah.
Kenapa kenyataan ini dikeluarkan? Adakah ini menunjukkan keikhlasan beliau?
Saya dukacita. Saya sebagai backbencher, mungkin Yang Berhormat Setiausaha Agung saya, Yang Berhormat Seremban tidak mahu mengeluarkan kenyataan ini, tapi saya sebagai backbencher perlu nyatakan kehampaan saya terhadap Yang Berhormat Bagan Datuk yang mengeluarkan kenyataan tersebut.
Sebab itu saya kata di sini, kita perlu lihat siapa yang bertanggungjawab terhadap semua masalah yang berlaku di Tabung Haji. UMNO dan Barisan Nasional perlu ikhlas, terima hakikat kerugiannya disebabkan oleh Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Dua perkara Speaker, saya ingin gulung. Kenapa sehingga sekarang Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim tidak dituduh di mahkamah oleh SPRM? Satu.
Kedua, saya juga lihat bahawa Ketua Audit Negara telah mengeluarkan sijil bersih daripada 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018. Saya menuntut supaya Ketua
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Audit Negara yang bertugas masa itu juga turut diambil tindakan kerana mengeluarkan sijil bersih. Ini merupakan salah guna kuasa yang serius.
Tan Sri Speaker, sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya ingin minta semua Ahli-ahli Barisan Nasional dan UMNO bermuhasabah supaya tanya diri sendiri. Tolonglah, bukan disebabkan oleh kerakusan kuasa nak menang pilihan raya, di sini duduk bersama-sama dengan DAP, turun ke padang menghentam parti DAP...
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Dato’ Speaker, boleh mencelah? Dato’ Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, untuk mencelah baca 37, bangkitkan. Isi kandungan perbahasan, Peraturan 36. Kalau tak ada berlandaskan itu, saya tidak boleh menegur Yang Berhormat Jelutong. Kita berpandu apa yang berlaku dalam Dewan. Saya selalu berpegang kepada kitab kita ini. [Sambil memegang Buku Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat] Kalau you don’t master this, you nak mencelah, you nak tegur, susah. Faham?
Sedangkan— walaupun saya Parti UMNO, walaupun saya Barisan Nasional, bila duduk, tanggungjawab kita kena buat, berlaku adil dan berpandukan peraturan dan bukan ikut hati dan perasaan. Ini saya ya.
Yang Berhormat Jelutong, satu minit, gulung.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dato’ Sri Speaker, akhir sekali, saya ingin menyatakan bahawa Suruhanjaya Siasatan Diraja ini telah dimulakan ketika Yang Berhormat Bera menjadi Ahli Parlimen. Jadi, pendapatan mereka tidak mendedahkan bahawa siapa-siapa yang perlu dituduh. Saya menyarankan bahawa Yang Berhormat Tambun mengadakan satu lagi RCI kerana saya berpendapat RCI ini tidak sempurna. Mungkin ada niat tertentu untuk melepaskan mana-mana pihak.
Saya menuntut supaya satu lagi Suruhanjaya Siasatan Diraja diadakan dan dalam suruhanjaya siasatan itu, kalau perlu mengesyorkan pihak-pihak mana yang sebenarnya bertanggungjawab dan tindakan-tindakan susulan seperti menuduh mereka diambil di mahkamah. Terima kasih Tan Sri Speaker di atas peluang yang diberikan. Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat-Yang Berhormat, inilah isunya kan. Ini tak ada berkaitan dengan apa Yang Berhormat Jelutong bercakap ya. Bila kita dalam Dewan kuorum, kita ada
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
landasan peraturan sebagaimana kita di luar. If you don’t master this, you nak mencelah, you nak menegur fakta, kalau orang yang duduk sini tak faham, tak tahulah. Kalau saya, you don’t play around with this. [Sambil memegang Buku Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat] Kanun Keseksaan, 511 seksyen, ini baru 100 ya. Undang-undang am lagi.
Selama 34 tahun saya berkhidmat. So, Yang Berhormat-Yang Berhormat, I think between the line, read-lah, fahamlah dengan izin ya, bila you conduct you punya perbahasan. Terima kasih.
Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Kinabatangan.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Tuan Yang di- Pertua, terima kasih saya ucapkan di atas peluang yang diberikan. Saya ingin mulakan perbahasan saya memandangkan tidak ramai Ahli Parlimen Barisan Nasional dalam Dewan ini, saya mewakili semua ingin memberikan sokongan penuh kepada Tambun selaku Perdana Menteri kita. Tidak pernah sekali pun Ahli Parlimen UMNO ini mahu menarik sokongan daripada Tambun seperti dikatakan.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, bagi memulakan perbahasan saya dengan memberikan perhatian khusus kepada satu perkara yang tidak boleh dijadikan sekadar meletak kaki dalam perbahasan laporan RCI ini iaitu penubuhan Urusharta Jamaah Sdn Bhd atau UJSB serta pemindahan aset Lembaga Tabung Haji kepadanya.
Untuk makluman, pada 7 Disember 2018, Jemaah Menteri meluluskan pelan pemulihan dan penstrukturan Tabung Haji, UJSB kemjudiannya ditubuhkan sebagai Syarikat Tujuan Khas milik kerajaan dengan mandat untuk memaksimumkan nilai pemulihan serta memastikan kelangsungan operasi aset yang diambil alih. Maka selepas hampir lapan tahun, rakyat berhak bertanya, sejauh mana mandat itu telah dilaksanakan?
Tuan Yang di-Pertua, aset yang dipindahkan kepada UJSB bukan sedikit, ia melibatkan 106 saham tersenarai, sebuah syarikat perladangan dan 29 aset hartanah. Nilai pasaran aset tersebut ketika itu sekitar RM9.7 bilion, manakala nilai transaksi pemindahan ditetapkan sekitar RM19.9 bilion, tetapi persoalannya adakah Tabung Haji menerima RM19.9 bilion itu dalam bentuk tunai, jawapannya adalah tidak.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Hal ini adalah kerana daripada keseluruhan nilai pemindahan RM19.9 bilion, pembayaran tunai hanyalah RM300 juta iaitu RM100 juta pada 2019 dan RM200 juta pada 2020. Manakala, baki RM19.6 bilion adalah melalui penerbitan dua siri sukuk oleh UJSB yang dilanggan sepenuhnya oleh Tabung Haji.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Sukuk siri 1 berjumlah RM10 bilion dengan nilai nominal RM13.2 bilion untuk tempoh tujuh tahun pada yield to maturity 4.05 peratus setahun. Sukuk siri 2 pula berjumlah RM9.6 bilion dengan nilai nominal RM14.3 bilion untuk tempoh 10 tahun pada yield to maturity 4.10 peratus setahun. Maka, jangan kita memberikan gambaran seolah-olah RM19.9 bilion wang tunai telah dikeluarkan untuk menyelamatkan Tabung Haji. Itu bukan struktur transaksi yang berlaku.
Tuan Yang di-Pertua, apabila aset fizikal, hartanah dan ekuiti Tabung Haji dipindahkan kepada sebuah syarikat milik kerajaan sedangkan sebahagian besar balasannya diberikan melalui instrumen hutang jangka panjang, saya mahukan jawapan siapa sebenarnya berhutang dengan siapa? Adakah Tabung Haji berhutang dengan kerajaan atau sebenarnya sebuah entiti milik kerajaan mempunyai obligasi kewangan berbilion Ringgit kepada Tabung Haji? Ini bukan soal istilah atau permainan perkataan, ini soal siapa yang memegang aset dan siapa yang menunggu bayaran?
Malah pada 5 April 2019, Jemaah Menteri meluluskan peruntukan sebanyak RM17.8 bilion bagi membiayai shortfall penebusan sukuk UJSB. Ini menunjukkan bahawa kemampuan UJSB memenuhi obligasi sukuk kepada Tabung Haji bukan perkara kecil.
Puan Yang di-Pertua, sukuk asal tersebut merupakan instrumen zero coupon.
Ia bukan wang tunai yang tersedia serta-merta, sebab itulah persoalan mengenai kecairan tempoh matang dan kemampuan UJSB memenuhi obligasinya sangat penting. Jangan sekadar tunjuk angka yang cantik di atas kertas, persoalan yang timbul adalah apakah kualiti dan kecairan sebenar aset tersebut.
Lebih serius, berdasarkan dapatan yang dibentangkan, hasil pengakruan sukuk UJSB menyumbang sekitar 26 peratus daripada keseluruhan pendapatan tahunan Tabung Haji, malah melebihi satu pertiga daripada pengagihan keuntungan
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
tahunan kepada pendeposit. Maka apakah kesannya jika obligasi sukuk ini tidak dapat dilunaskan mengikut jadual?
Malah suruhanjaya sendiri memberi amaran bahawa kegagalan atau kekangan melunaskan obligasi UJSB boleh meruncingkan kedudukan kewangan Tabung Haji dan membawa ekosistem kewangan negara kepada krisis yang lebih besar. Kalau suruhanjaya sendiri memberikan amaran sebesar itu, bagaimana penelitian terhadap UJSB boleh berhenti setakat tahun 2020?
Puan Yang di-Pertua, persoalan ini semakin relevan apabila struktur sukuk UJSB kemudiannya berdepan keperluan penstrukturan semula berdasarkan maklumat yang diperolehi terdapat perbincangan mengenai jaminan kerajaan dan terma sukuk baharu termasuk cadangan supaya sukuk baharu mempunyai kadar kupon berdasarkan kadar pasaran serta ciri boleh diniagakan atau treatable. Maka, saya ingin bertanya kenapa sukuk baharu perlu dijadikan treatable kalau instrumen baharu perlu direka supaya boleh diniagakan, bukankah ini menimbulkan persoalan mengenai tahap kecairan instrumen asal? Kalau dahulu pemindahan aset dikemukakan sebagai penyelesaian kepada masalah Tabung Haji, maka selepas hampir lapan tahun bilakah penyelesaian itu akan benar-benar selesai? Berapakah telah dibayar kepada Tabung Haji? Berapa masih menjadi obligasi dan berapa nilai sebenar yang telah berjaya dipulihkan?
Puan Yang di-Pertua, dalam kita bercakap mengenai sukuk, aset dan angka berbilion ringgit, jangan kita lupa untuk siapa Tabung Haji diwujudkan? Matlamatnya adalah membantu umat Islam membuat persediaan dan simpanan serta memudahcara mereka menunaikan Rukun Islam kelima. Sebelum penstrukturan 2018, kadar bayaran haji bagi jemaah muassasah telah dikekalkan pada RM9,980 seorang. Hari ini, kadar bayaran mengikut kategori telah meningkat kepada sekitar RM15,000, RM23,500 sehingga RM33,300 seorang berdasarkan kumpulan pendapatan isi rumah.
Saya tidak menafikan kos pengendalian haji meningkat. Saya tidak menafikan inflasi dan peningkatan kos di Arab Saudi, tetapi masa yang sama, aset Tabung Haji bernilai berbilion ringgit telah dipindahkan kepada UJSB dengan mandat untuk dipulihkan dan dimaksimumkan nilainya. Maka persoalannya, di mana nilai pemulihan aset itu kalau pengurusan aset UJSB benar-benar cekap dan menguntungkan, berapakah keuntungan yang telah dijana? Berapa aset yang telah dilupuskan? Berapa hasil yang diperoleh dan paling penting, berapa banyak yang telah kembali kepada Tabung Haji dan pendeposit?
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Jangan sampai aset Tabung Haji dipindahkan, sukuk diterbitkan, sukuk distruktur semula, aset dipulihkan, nilai dijana, tetapi apabila sampai kepada pendeposit dan bakal jemaah, mereka pula yang terpaksa membayar semakin tinggi.
Kalau kenaikan kos memang tidak dapat dielakkan, bentangkan kepada rakyat secara telus. Kalau bantuan kewangan haji perlu disasarkan, jelaskanlah asasnya, tetapi kerajaan juga mesti menjawab apakah hasil sebenar daripada pemulihan aset berbilion ringgit yang dipindahkan kepada UJSB.
Puan Yang di-Pertua, sebab itu ketelusan tidak boleh berhenti setakat tahun 2020. Kalau kita boleh menuntut penelitian terhadap keputusan pelaburan Tabung Haji sebelum 2020, kita mesti mempunyai pendirian, keberanian yang sama untuk meneliti apa yang berlaku kepada aset tersebut selepas dipindahkan kepada UJSB.
Prinsip tadbir urus tidak boleh ada dua darjatnya.
Kalau benar UJSB berjaya, kita alu-alukan tapi kalau timbul persoalan mengenai prestasi aset, keuntungan, kos pengurusan ataupun pembayaran bonus, ada satu cara paling mudah untuk mendapatkannya, jawapannya ialah lakukan audit suruhanjaya diraja, audit secara menyeluruh, bentangkan kepada Parlimen, teliti prestasi UJSB, teliti pelupusan aset, teliti aliran tunainya, teliti penerbitan dan penstrukturan sukuk serta tentukan berapa nilai pemulihan yang akhirnya kembali kepada Tabung Haji.
Puan Yang di-Pertua, wang Tabung Haji bukan wang kerajaan, bukan wang mana-mana parti politik pun, ia wang pendeposit, wang rakyat yang menyimpan Ringgit demi Ringgit untuk menunaikan Rukun Islam kelima. Sebab itu kalau ada kesalahan, siasatlah. Kalau ada penyelewengan, ambil tindakan lah, tetapi jangan audit separuh jalan kerana persoalannya bukan sekadar siapa yang salah sebelum 2018, persoalannya ialah yang berlaku kepada aset Islam, umat Islam selepas 2018.
Siapa yang menikmati nilai pemulihannya dan akhirnya, siapa yang menanggung bebannya? Maka, saya tuntut pada hari ini demi ketulusan serta akauntabiliti yang menyeluruh, buka juga RCI untuk UJSB ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga turut mendapatkan penjelasan kerana Menteri Agama telah mendakwa bahawa Tabung Haji sebelum ini tidak mengendahkan teguran-teguran Bank Negara Malaysia. Namun, kenyataan rasmi BNM bertarikh 26 Januari 2016, memberikan gambaran yang jelas berbeza.
Tadi Yang Berhormat Tenggara sudah explain in English di mana BNM sendiri menyatakan bahawa Tabung Haji telah proactively taken appropriate measures to further strengthen as risk management practices bukan sahaja atas inisiatifnya
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
sendiri, malah sebagai tindak balas kepada engagement terdahulu dengan Bank Negara.
BNM turut menyatakan bahawa langkah-langkah tersebut akan memperkukuhkan kedudukan kewangan Tabung Haji yang mampan dan sihat. Maka persoalannya, atas asas apakah Menteri mengatakan Tabung Haji telah mengabaikan teguran-teguran Bank Negara jika kenyataan Menteri di dalam Dewan bercanggah dengan rekod rasmi BNM ini, perkara ini bukan suatu yang boleh dipandang ringan.
Sekiranya Menteri tidak dapat membuktikan dakwaannya dan didapati telah dengan sengaja memberikan maklumat yang tidak benar kepada Dewan, saya mencadangkan supaya Menteri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mengelirukan dan menipu Dewan ini. Ini bukan soal mempertahankan mana- mana individu atau pengurusan terdahulu, tapi soal integriti Dewan yang mulia ini.
Jangan kita memberikan gambaran bahawa Tabung Haji langsung tidak mengambil tindakan terhadap teguran Bank Negara sedangkan kenyataan rasmi Bank Negara sendiri menunjukkan yang sebaliknya.
Puan Yang di-Pertua, mengakhiri ucapan saya, saya mohon agar perbahasan saya ini diberikan pertimbangan sewajar-wajarnya. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya jemput Yang Berhormat Labuan.
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya turut bangun pada hari ini untuk membahaskan satu perkara yang sangat besar dan sangat dekat di hati umat Islam di negara ini, iaitu mengenai Lembaga Tabung Haji khususnya susulan pendedahan laporan Suruhanjaya Diraja atau RCI mengenai pengurusan dan operasi institusi tersebut.
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Saya ingin tegaskan sejak awal, saya tidak membangkitkan perkara ini untuk mempolitikkan Tabung Haji. Tabung Haji, seperti sahabat saya katakan tadi dari Kinabatangan, bukan milik kerajaan, Tabung Haji bukan milik pembangkang, Tabung Haji juga bukan milik mana-mana parti politik. Namun, harus diingat Tabung Haji adalah institusi amanah umat Islam.
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Hari ini, kita difahamkan bahawa hampir 10 juta pendeposit meletakkan kepercayaan kepada Tabung Haji. Di sebalik angka 10 juta itu terdapat pesara penjawat awam, petani, nelayan, peniaga kecil dan rakyat marhaen. Mereka menyimpan antara RM50 hingga RM200 sedikit demi sedikit, tahun demi tahun dengan satu impian untuk menjadi tetamu Allah di tanah suci.
Sebab itu, apabila timbul persoalan mengenai pengurusan wang berbilion ringgit milik pendeposit, Dewan ini mempunyai tanggungjawab untuk bertanya.
RM10.9 bilion, bagaimana perkara ini boleh berlaku? Antara angka yang paling membimbangkan yang dikaitkan dengan krisis kewangan Tabung Haji ialah RM10.9 bilion. Saya ingin hati-hati sedikit mengenai angka ini. RM10.9 bilion tidak sewajarnya disebut sebagai kerugian tunai secara langsung.
Ia merujuk kepada jurang antara aset dan liabiliti yang dikenal pasti berhubung kedudukan kewangan Tabung Haji ketika itu. Namun persoalannya tetap sangat besar. Bagaimana jurang RM10.9 bilion ini boleh berlaku? Ini RM10.9 bilion Puan Speaker, bukan RM10 juta, bukan RM100 juta atau bukan RM1 bilion, tetapi RM10.9 bilion.
Adakah ia berpunca daripada keputusan pelaburan yang lemah? Adakah aset dinilai terlalu tinggi? Adakah rosot nilai atau impairment tidak diiktiraf pada waktu yang sepatutnya? Adakah kawalan dalaman gagal? Adakah berlaku kelemahan pengurusan risiko? Adakah berlaku campur tangan dalam keputusan pelaburan atau terdapat unsur kecuaian, gross negligence, salah laku ataupun penyalahgunaan kuasa.
Kerajaan perlu menjelaskan punca sebenarnya kepada Dewan, kegagalan- kegagalan sebesar ini tidak berlaku dalam sehari. Ia tentunya melibatkan satu rantaian keputusan, kelulusan pemantauan dan kawalan. Puan Yang di-Pertua, inilah persoalan yang paling penting selama ini rakyat mendengar pelbagai angka.
Ratusan juta impairment, berbilion nilai aset, pelbagai aset yang dipindahkan atau dilupuskan sebab itu saya meminta kerajaan, jangan lagi membiarkan rakyat keliru.
Berapakah kerugian bersih sebenar dan akhirnya ditanggung oleh Tabung Haji? Kita mesti membezakan antara defisit aset berbanding liabiliti, impairment atau rosot nilai, write-off nilai aset yang dipindahkan atau dijual dan kerugian bersih sebenar. Saya meminta Menteri memberikan kepada Dewan satu reconciliation lengkap menyatakan total investment tool lack impairment dan write-off, menyatakan hasil penjualan aset, menyatakan jumlah yang telah diselesaikan, menyatakan
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
jumlah recovery yang berjaya diperoleh dan akhirnya beritahu Dewan final net loss atau net gain barulah rakyat mendapat gambaran sebenar.
Puan Yang di-Pertua, saya mahu membawa Dewan kepada satu persoalan yang sangat fundamental mengenai CFO ataupun CEO. Dalam mana-mana institusi yang mengurus puluhan bilion ringgit, CFO merupakan salah satu benteng utama integriti kewangan. CFO bukan sekadar menyediakan akaun, CFO bertanggungjawab memastikan tatacara kewangan dipatuhi. CFO memastikan kawalan dalaman berfungsi, CFO memastikan impairment direkodkan secara betul dan pada waktunya. CFO memastikan risiko kewangan dilaporkan kepada CEO dan lembaga pengarah dan apabila kedudukan kewangan institusi semakin merosot, CFO mempunyai tanggungjawab profesional untuk membunyikan loceng amaran.
Maka saya mahu bertanya kepada Tabung Haji, di mana CFO ketika semua ini berlaku? Apakah nasihat CFO kepada CEO? Apakah nasihat CFO kepada lembaga pengarah? Adakah CFO pernah memberikan amaran bertulis mengenai kedudukan sebenar aset dan liabiliti? Mohon izin [Minum air] Adakah CFO pernah membangkitkan persoalan mengenai impairment pelaburan?
Adakah CFO pernah memberi amaran kepada risiko keputusan-keputusan pelaburan tertentu? Jika jawapannya ya, siapa yang mengenepikan amaran CFO, tetapi jika jawapannya tidak, mengapa CFO gagal membunyikan loceng amaran?
Saya tidak mengatakan CFO atau mana-mana individu bersalah sebelum proses undang-undang menentukan demikian, tetapi kita mesti menentukan akauntabiliti di peringkat mana sistem kawalan gagal. Siapa yang mempunyai maklumat? Siapa membuat keputusan, siapa memberi kelulusan dan siapa sepatutnya bertindak, tetapi gagal bertindak?
Puan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada satu contoh, khususnya yang mana kita memerlukan penjelasan kerajaan. PH Marin dan Alam Maritim berdasarkan maklumat yang dilaporkan daripada dapatan RCI, pendedahan Tabung Haji dalam pelaburan berkaitan ini adalah sekitar RM198 juta dalam bentuk ekuiti dan RM136 juta dalam bentuk pembiayaan. Jumlah keseluruhannya sekitar RM334 juta.
Menjelang Disember 2021, keseluruhan pelaburan ekuiti sekitar RM198 juta telah mengalami impairment. Daripada pembiayaan pula, sekitar RM80 juta turut mengalami impairment. Ini membawa kepada jumlah impairment sekitar RM278 juta.
Sekali lagi saya mahu berhati-hati bahawa RM278 juta adalah impairment. Ia tidak semestinya bermaksud kerugian bersih, muktamad sebanyak RM278 juta. Mungkin
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
terdapat aset yang masih mempunyai nilai, mungkin terdapat kapal yang telah dijual, mungkin terdapat hutang yang telah diselesaikan, mungkin terdapat wang yang telah berjaya dipulihkan.
Sebab itu soalan saya kepada Menteri sangat mudah. Daripada pendedahan RM334 juta itu, berapa Ringgit telah berjaya dipulihkan. Dan selepas semuanya diambil kira berapa kerugian bersih sebenar PH Marin yang akhirnya ditanggung oleh Tabung Haji? Saya mahukan angka, bukan jawapan umum. Puan Yang di-Pertua, Laporan Tahunan Tabung Haji menunjukkan bahawa pada tahun 2024, terdapat empat buah kapal milik Alam DP1(L) Incorporated telah dijual kepada Syarikat Nam Cheong Limited.
Hasil pelupusan tersebut digunakan di antaranya untuk menyelesaikan pinjaman tertunggak dengan Maybank Islamic, tetapi laporan bahawa empat kapal telah dijual sahaja tidak mencukupi. Saya mahu Menteri menjelaskan kepada Dewan, apakah nama keempat-empat kapal tersebut? Berapakah harga pembelian asal setiap kapal? Berapakah nilai buku setiap kapal ketika dilupuskan? Berapakah harga jualan sebenar setiap kapal kepada Nam Cheong Limited?
Berapakah jumlah keseluruhan hasil pelupusan? Berapakah lagi jumlah pinjaman Maybank Islamic yang berjaya diselesaikan? Adakah kapal-kapal tersebut dinilai oleh penilai bebas sebelum dijual dan adakah pelupusan dibuat melalui tender terbuka ataupun rundingan terus? Akhirnya, berapa Tabung Haji untung atau rugi daripada pelupusan empat kapal ini?
Kerajaan jangan hanya beritahu rakyat bahawa aset telah dijual. Beritahu Dewan berapa kita beli, berapa nilai buku, berapa kita jual, berapa hutang kita selesaikan dan akhirnya berapa kita rugi atau untung? Itulah ketelusan.
Saya juga meminta Menteri memberikan penjelasan mengenai Setia Hijrah dan Setia Jihad serta kapal-kapal lain yang masih berada atau pernah berada dalam struktur PH Marin. Berapakah palang dimiliki pada asalnya? Berapakah kapal dijual, berapa yang masih dimiliki, berapa nilai pasaran semasa armada yang tinggal?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Berapa jumlah pinjaman bank yang telah diselesaikan? Berapa baki liabiliti yang masih ada?
Apakah kedudukan kewangan TH Marine pada hari ini?
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Saya meminta satu reconciliation khusus untuk TH Marine. Total investment, total impairment, total asset disposal, total recovery, total outstanding liability dan akhirnya final net loss atau net gain.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Dua minit, satu minit? Puan Yang di-Pertua, persoalan ini menjadi lebih serius apabila RCI mengesyorkan audit forensik terhadap 14 pelaburan Tabung Haji yang mempunyai isu rosot nilai. Oleh kerana Yang di-Pertua bagi saya masa yang terhad maka saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk melaksanakan beberapa tindakan.
(i) laksanakan sepenuhnya syor RCI dan bentangkan status pelaksanaan kepada Parlimen secara berkala;
(ii) selesaikan audit forensik terhadap kesemua 14 pelaburan yang dikenal pasti RCI;
(iii) bentangkan satu reconciliation lengkap mengenai jumlah kerugian Tabung Haji sebenar, bukan sekadar impairment atau jurang aset liabiliti;
(iv) dedahkan kedudukan sebenar TH Marine termasuk nilai pelaburan asal impairment, harga pembelian dan pelupusan kapal;
(v) perkukuhkan kebebasan CFO, audit dalam dan fungsi pengurusan risiko supaya pengawal profesional mempunyai ruang dan kuasa untuk memberi amaran tanpa tekanan;
(vi) pastikan pelantikan lembaga pengarah dan pengurusan Tabung Haji benar-benar berdasarkan kompetensi, integriti serta pengalaman dalam kewangan Islam, pelaburan dan pengurusan risiko; dan
(vii) audit forensik menemukan bukti salah laku pelanggaran undang-undang, maka tindakan harus diambil tanpa memilih bulu.
Sekian, terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Saya jemput Yang Berhormat Balik Pulau.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Saya berdiri pada hari ini untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji. Saya ingin memulakan ucapan ini dengan mengimbau kembali sejarah penubuhan institusi yang menjadi lambang kepercayaan umat Islam di negara ini.
Tokoh yang paling layak dikenang sebagai pengasas idea Tabung Haji adalah Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid. Beliau melihat kesukaran umat Islam menyimpan wang untuk menunaikan ibadah haji dan mencadangkan sebuah institusi yang membolehkan simpanan dibuat secara sistematik, patuh syariah dan dilaburkan secara produktif.
Cadangan beliau pada tahun 1959 akhirnya melahirkan Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji pada tahun 1963 sebelum berkembang menjadi Lembaga Tabung Haji yang kita kenali pada hari ini. Inilah model pertama di dunia yang menggabungkan simpanan, pelaburan patuh syariah dan pengurusan ibadah haji di bawah satu institusi. Justeru, Tabung Haji bukan sekadar institusi kewangan, tetapi merupakan amanah umat Islam.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada anakanda Profesor Ungku Abdul Aziz, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang ketika menjadi Gabenor Bank Negara telah memberi amaran sebanyak lima kali bahawa liabiliti Tabung Haji telah melebihi nilai asetnya. Sebagai seorang anak, saya percaya keprihatinan beliau bukan sahaja lahir daripada tanggungjawab profesional, tetapi juga daripada keinginan mempertahankan legasi institusi yang diasaskan oleh ayahandanya.
Malangnya, amaran tersebut tidak diberikan perhatian sewajarnya. Hari ini Laporan RCI mengesahkan bahawa kebimbangan yang dibangkitkan oleh Bank Negara ketika itu mempunyai asas yang kukuh. Dalam Islam, amanah bukan perkara kecil. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Imran ayat 161 yang bermaksud, “Sesiapa yang berkhianat, dia akan membawa bersama apa yang dikhianatinya itu pada hari Kiamat.” Tuan Yang di-Pertua, Laporan RCI mendedahkan beberapa kelemahan tadbir urus yang amat serius. Antaranya rizab Tabung Haji telah menjadi negatif sejak tahun kewangan 2014. Namun, hibah masih terus diagihkan kepada pendeposit.
Lebih membimbangkan, Suruhanjaya mendapati hibah ditentukan sebelum penyata
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
kewangan tahunan diaudit dan mencadangkan agar pada masa hadapan, hibah hanya diumumkan berdasarkan penyata kewangan yang telah diaudit.
Lebih penting, RCI menggunakan istilah creative accounting bagi menggambarkan kaedah perakaunan yang digunakan ketika itu. Suruhanjaya mendapati perubahan dasar penilaian aset telah menyebabkan kerugian sebenar tidak dizahirkan mengikut piawaian perakaunan yang lazim. Akibatnya, kedudukan Tabung Haji kelihatan lebih baik daripada keadaan sebenar yang membolehkan hibah terus dibayar walaupun rizab berada dalam keadaan negatif.
Persoalannya, siapakah yang meluluskan perubahan dasar perakaunan tersebut? Adakah ia mendapat pandangan bebas daripada juruaudit dan pihak pengawal selia? Perkara ini mesti dijelaskan kerana ia melibatkan integriti pelaporan kewangan dan amanah terhadap jutaan pendeposit.
Puan Yang di-Pertua, Laporan RCI turut mendedahkan satu perbezaan yang amat ketara dalam peranan dua institusi penting negara iaitu Bank Negara Malaysia dan Jabatan Audit Negara. Pertama, berhubung Bank Negara Malaysia, Laporan RCI menunjukkan bahawa sejak 2014 sehingga 2015, Bank Negara Malaysia telah beberapa kali mengemukakan surat dan peringatan rasmi kepada Pengerusi Lembaga Tabung Haji ketika itu serta Menteri yang berkaitan.
Peringatan tersebut menyentuh perkara yang amat serius termasuk risiko kecairan, kemerosotan rizab dan risiko pengurusan Tabung Haji. Ini menunjukkan bahawa Bank Negara Malaysia telah melaksanakan fungsi pemantauan dan tanggungjawabnya dengan membangkitkan kebimbangan mengenai risiko yang sedang dihadapi oleh Tabung Haji.
Namun, Tuan Yang di-Pertua, persoalannya apakah tindakan yang diambil selepas amaran-amaran tersebut diterima? Adakah amaran tersebut dibawa kepada perhatian lembaga pengarah secara menyeluruh? Adakah pelan pemulihan segera diwujudkan? Dan siapakah yang bertanggungjawab memastikan risiko yang telah dikenal pasti tidak berkembang menjadi masalah kewangan yang lebih besar?
Kedua, kita pula perlu meneliti peranan Jabatan Audit Negara. Ketua Audit Negara mempunyai kedudukan, kuasa dan tanggungjawab di sisi undang-undang untuk memastikan penyata kewangan yang diaudit memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan sesebuah institusi.
Namun, RCI membangkitkan persoalan mengapa Sijil Audit Bersih masih dikeluarkan bagi penyata kewangan Tabung Haji bagi tempoh 2014 hingga 2017 sedangkan pada ketika itu telah wujud kebimbangan dan kepincangan berkaitan
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
kedudukan kewangan Tabung Haji. Lebih penting, alasan bahawa teguran secara rasmi tidak dibuat kerana dikhuatiri boleh mencetuskan panik ataupun bank run dalam kalangan pendeposit perlulah diteliti secara serius.
Saya memahami keperluan untuk menjaga kestabilan dan keyakinan pendeposit, tetapi pada masa yang sama, tanggungjawab audit adalah untuk memastikan kedudukan sebenar— kewangan sebenar dilaporkan dengan tepat. Kita tidak boleh membina keyakinan awam— public confidence dengan menangguhkan pendedahan terhadap masalah yang sebenarnya yang wujud. Lebih membimbangkan, penjelasan rasmi mengenai perkara tersebut hanya dikemukakan pada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada penghujung tahun 2018.
Persoalannya, mengapa tindakan pembetulan dan penjelasan hanya berlaku selepas beberapa tahun? Sedangkan isu kewangan tersebut telah dikesan lebih awal? Puan Yang di-Pertua, inilah yang perlu kita pelajari daripada Laporan RCI.
Sistem semak dan imbang hanya berkesan sekiranya setiap institusi berani melaksanakan tanggungjawab pada masa yang tepat.
Amaran daripada pengawal selia mesti diambil tindakan. Penemuan audit mesti direkodkan dan diperbetulkan. Sekiranya terdapat risiko yang boleh menjejaskan wang pendeposit, ia tidak boleh dibiarkan berlarutan atas alasan menjaga persepsi atau keyakinan. Dalam konteks Tabung Haji, kelewatan bertindak akhirnya bukan sahaja memberi kesan kepada kedudukan kewangan institusi, tetapi turut menjejaskan keyakinan rakyat terhadap sistem pengawasan negara. Sebab itu, pengajaran terbesar daripada RCI bukan sekadar siapa yang melakukan kesilapan, tetapi mengapa sistem yang sepatutnya mengesan dan mencegah kesilapan tersebut tidak bertindak dengan cukup pantas dan tegas?
Puan Yang di-Pertua, selain kandungan laporan itu sendiri, kita juga perlu bertanya mengapa Laporan RCI ini hanya didedahkan hampir empat tahun selepas ia disiapkan?
[Tepuk]
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Laporan akhir telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 30 Ogos 2022, namun hanya didedahkan kepada rakyat pada Julai 2026. Saya memohon Menteri yang berkaitan perlulah menjelaskan mengapa pendedahan tersebut ditangguhkan. Siapa yang membuat keputusan itu dan sama ada kelewatan tersebut telah menjejaskan siasatan tindakan penguatkuasaan serta usaha mendapatkan semula aset. Apabila telah didedahkan, baru kita lihat bahawa ada tangkapan, ada
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
siasatan daripada pihak SPRM dan PDRM. Pemulihan institusi tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menangguhkan akauntabiliti kepada rakyat.
Puan Yang di-Pertua, satu isu yang saya ingin bangkitkan mengenai subsidi haji. Konsep haji dalam Islam berasaskan istito’ah iaitu mampu. Wajib apabila mampu dari segi kewangan, dari segi kesihatan dan juga keselamatan perjalanan.
Subsidi haji wajar membantu mereka yang memerlukan tapi mestilah pada kadar yang mampan dan tidak menjejaskan kewangan Tabung Haji serta generasi pendeposit akan datang. Jika belum mampu haji, belum jadi kewajipan kerana kita lihat bahawa kos untuk menunaikan haji semakin meningkat dan kos subsidi juga semakin meningkat. Saya rasa tidak ada dalam dunia ini negara yang memberi subsidi haji yang terlalu tinggi seperti Malaysia.
Puan Yang di-Pertua, perbahasan ini bukan bertujuan melemahkan keyakinan rakyat terhadap Tabung Haji, sebaliknya ia adalah usaha untuk mengembalikan balik Tabung Haji kepada roh yang asal, yang diimpikan oleh Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz. Sebuah institusi yang dibina atas amanah, atas integriti, atas ketelusan dan tadbir urus yang baik.
Pendeposit Tabung Haji bukan sekadar pelanggan, mereka adalah pemilik amanah. Mereka berhak mengetahui keadaan sebenar institusi ini, berhak mendapat penjelasan mengenai kedudukan simpanan dan zakat mereka serta berhak melihat setiap pihak yang cuai atau menyalahgunakan amanah dipertanggungjawabkan mengikut undang-undang. Semoga laporan RCI ini menjadi titik tolak kepada reformasi menyeluruh dalam pengurusan Tabung Haji, agar legasi besar Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz terus dipelihara dan keyakinan umat Islam terhadap institusi ini dapat diperkukuhkan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Saya jemput Yang Berhormat Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih Timbalan Puan Speaker.
Pertama sekali saya nak rakamkan kekesalan saya terhadap pihak pembangkang kerana boikot perbahasan RCI hari ini kerana kita tahu, di sini saya ada satu laporan 10 tahun dulu daripada Kota Bharu dengan tajuk berita, “PAS puas hati dengan penjelasan Jamil Khir serta pengurusan tertinggi Tabung Haji berhubung prestasi kewangan Tabung Haji”. Ini laporan 2016, Januari dan hari ini kita tahu daripada RCI, Laporan Tabung Haji, semasa tahun 2017, jumlah liabiliti telah melebihi aset. Jadi,
Tuan Chong Zhemin - Kampar
macam mana PAS boleh puas hati dengan prestasi kewangan Tabung Haji? Jadi, hari ini mereka takut, tak berani bahas, mereka lari keluar. Itu alasan yang dibagi.
[Tepuk] Timbalan Speaker, saya juga kesal terhadap sesetengah pihak Ahli Parlimen yang bahas hari ini, yang masih nak buat fitnah bahawa aset Tabung Haji telah dipindah kepada golongan bukan Islam. Ini satu fitnah terang-terang kerana kita tahu dalam RCI telah dikatakan dengan terang bahawa nilai pasaran yang dipindah aset RM9.7 bilion telah dipindah pada satu harga yang lebih tinggi, RM19.9 bilion kepada satu SPV, Urusharta Jamaah yang 100 peratus dimiliki oleh Kerajaan Malaysia. Jadi, tidak ada apa-apa harta atau aset yang dipindah kepada umat bukan Islam. Jadi, saya harap ini boleh diperbetulkan.
Dan jangan kita lupa, nilai pindahan ini RM10 bilion lebih daripada nilai pasaran. Ini bermakna, ini satu bailout. Ini satu bailout oleh Kerajaan Malaysia, di mana semua tax pembayar-pembayar cukai, tak kira Melayu, Cina, India, semua kena tanggung kerugian Tabung Haji.
Saya mula perbahasan saya dengan satu cerita, dengan satu tokoh kewangan daripada Wall Street, Bernard Madoff. Bernard Madoff merupakan satu tokoh kewangan yang paling dihormati di Wall Street. Firmanya beroperasi di Wall Street beberapa dekad dan mempunyai pelanggan terdiri daripada high-net-worth invidual, badan kebajikan, dana pencen serta institusi kewangan. Para pelabur percaya kepada Madoff kerana reputasi dan pengalamannya. Madoff mendakwa beliau membeli saham syarikat besar dan menggunakan contract option untuk mengurangkan risiko.
Strategi itu dikatakan telah hasil pelaburan stabil pulangan antara 10 hingga 17 peratus satu tahun. Pelanggan terima penyata mereka setiap tahun dengan senarai siap ada saham, tarikh transaksi dan keuntungan. Ketika pasaran jatuh, akaun mereka tetap membawa pulangan yang tinggi.
Namun urus niaga dalam penyata itu tidak pernah berlaku. Kakitangan Madoff meneliti data pasaran yang sudah berlalu. Macam kita ada Ahli Parlimen yang ada crystal ball. Dia boleh tahu, bila saham naik turun. Dia pilih harga yang rendah sebagai tarikh pembelian, dengan harga yang lebih tinggi untuk harga jualan dan dia cipta satu urus niaga yang tak pernah berlaku dan dia membuat keuntungan.
Dengan kelebihan melihat ke belakang, keuntungan boleh dicipta di atas kertas mengikut kadar yang telah ditentukan terlebih dahulu. Sistem komputer
Tuan Chong Zhemin - Kampar
mengagihkan urus niaga rekaan ke dalam akaun pelanggan dan menghasilkan dokumen yang kelihatan sah.
Madoff tahu bahawa prestasi sempurna akan menimbul syak wasangka. Jadi, sekali sekala dia buat ada rugi sikit. Apabila pelanggan meminta untuk mengeluarkan wang, Madoff mampu membayar. Macam mana dia bayar kalau tidak ada keuntungan? Pembayaran itu menjadi bukti paling meyakinkan bahawa keuntungan mereka benar-benar wujud tetapi wang tersebut bukan daripada keuntungan. Wang tersebut datang daripada wang pelanggan lain. Selagi ada wang baru yang masuk, dia pakai wang baru masuk untuk bayar kepada pelabur-pelabur yang meminta wang tersebut.
Apabila krisis kewangan berlaku pada tahun 2008, semakin ramai pelanggan meminta wang dikembalikan. Madoff tidak ada dana yang mencukupi untuk memenuhi tuntutan tersebut. Pada ketika itulah terbongkar bahawa urus niaga, keuntungan dan sebahagian besar nilai yang dipaparkan hanyalah rekaan. Kaedah menggunakan wang pelabur baru untuk membayar pulangan pelabur terdahulu sambil mencipta keuntungan palsu dikenali sebagai skim Ponzi atau kita panggil money game atau skim piramid.
Madoff mengaku bersalah dan dihukum penjara selama 150 tahun. Pihak berkuasa Amerika Syarikat menyifatkan penipuannya yang melibatkan kira-kira USD64 bilion dalam baki akaun yang didakwa wujud sebagai skim Ponzi terbesar dalam sejarah.
Timbalan Speaker, saya terangkan cara Madoff memperdaya pelabur kerana yang penting di sini coraknya. Keuntungan diwujud atas kertas, kerugian sebenar disembunyikan atau ditangguhkan dan pulangan diberikan untuk kekalkan keyakinan. Dalam konteks inilah Khalid Ahmad, bekas Presiden Jawatankuasa Penasihat ACCA – Association of Chartered Certified Accountant menyifatkan amalan kewangan yang terbongkar di Lembaga Tabung Haji ini sebagai saya minta izin, a massive and diabolical Ponzi scheme. Itu adalah pandangan profesional Khalid Ahmad sebagai bekas Jawatankuasa Penasihat ACCA.
Walaupun RCI hari ini tidak mengklasifikasikan Tabung Haji sebagai skim Ponzi dari segi undang-undang, namun kita boleh teliti persamaan corak yang mendorong perbandingan tersebut. Yang pertama, perenggan 3.13.11, laporan RCI mendapati bahawa jika piawaian MFRS dilaksanakan sepenuhnya bagi tahun kewangan 2017, Tabung Haji sepatutnya melaporkan kerugian sebenar RM1.4 bilion.
Namun yang direkodkan ialah keuntungan RM3.4 bilion. Ini bukan creative
Tuan Chong Zhemin - Kampar
accounting. Ini telah melanggari piawaian MFRS ataupun Malaysian Financial Reporting Standards. Perbezaan ini RM4.8 bilion.
Pendeposit Tabung Haji nampak keuntungan berbilion-bilion Ringgit sedangkan analisis RCI telah menunjukkan kerugian berbilion-bilion Ringgit. Inilah inti pati Khalid Ahmad bahawa institusi boleh kelihatan untung atas kertas walaupun realitinya telah mengalami kerugian yang banyak.
Persamaan kedua adalah pembayaran pulangan yang tinggi ketika kewangan semakin lemah. Perenggan 3.92 menunjukkan bahawa tahun 2014, Tabung Haji mempunyai lebihan aset berbanding liabiliti RM2.8 bilion sebelum hibah.
Namun, hibah RM3.237 bilion telah dibayar, lebih banyak daripada rizabnya. Selepas pembayaran itu, kedudukan mencatatkan kekurangan RM352 juta.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Pada tahun 2015, lebihan sebelum hibah hanya RM134 juta. Namun, hibah sebanyak RM3.22 bilion tetap dibayar. Kekurangan selepas hibah meningkat kepada RM3.086 bilion. Pada tahun 2016― ini semasa Kota Bharu cakap dia puas hati dengan Lembaga Tabung Haji. 2016, liabiliti sudah lebih aset sebanyak RM1.226 bilion sebelum hibah dibayar. Walau begitu, hibah sebanyak RM2.871 bilion masih diagihkan. Kekurangan selepas hibah menjadi RM4.131 bilion.
Pada tahun 2017, liabiliti sekali lagi melebihi aset. Kali ini, sebanyak RM769 juta sebelum hibah. Namun, hibah berjumlah RM3.3 bilion tetap dibayar. Selepas pengagihan itu, kekurangan mencecah RM4.09 bilion.
Sebanyak RM12.65 bilion hibah telah dibayar daripada 2014 sampai 2017.
Keseluruhan jumlah itu mungkin bukan semuanya kerugian tetapi pengagihan besar diteruskan ketika kedudukan kewangan Tabung Haji dipersoalkan dan rizab liabiliti semakin merosot. Perenggan 3.9.16 mendapati bahawa kaedah pembayaran hibah bagi tempoh tersebut tidak mematuhi kawalan statutori yang diwujudkan untuk memastikan hibah datang daripada keuntungan sebenar dan bukan wang deposit.
Tuan Yang di-Pertua, persamaan ketiga ialah cara kerugian nilai diiktiraf dan dinilai. Perenggan 3.9.8 merekodkan pada tahun 2017, ambang rosot nilai pelaburan diubah daripada 70 peratus kepada 85 peratus, dan kemudiannya ditingkatkan lagi kepada 90 peratus dalam tempoh satu hari. Ini maksudnya, jika pelaburan dibeli dengan harga RM1,000, nilai rosot akan diiktiraf hanya apabila nilainya jatuh sampai RM100― 90 peratus. Bermakna kalau jatuh 80 peratus, kita tidak iktiraf lagi walaupun pelaburan itu telah mengalami kejatuhan yang amat besar. Jadi, kerugian masih tidak boleh diiktiraf.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Perenggan 3.9.10 merekodkan bahawa Ketua Pegawai Kewangan Tabung Haji menyatakan dasar rosot nilai itu diubah untuk membolehkan pengagihan keuntungan dibuat selaras dengan jangkaan pendeposit dan bukan memberikan nilai saksama kepada pelaburan. Kaedah mengiktiraf kerugian ini sepatutnya menggambar keadaan sebenar satu aset. Ia tidak sepatutnya digunakan untuk menghasilkan angka keuntungan yang diperlukan untuk memenuhi kadar pengagihan yang dikehendaki.
Dalam kes Madoff, urus niaga rekaan digunakan untuk mencapai kadar keuntungan yang telah ditentukan terlebih dahulu. Dalam kes Tabung Haji, RCI telah mendapati ambang rosot nilai diubah untuk membolehkan pengagihan keuntungan memenuhi jangkaan pendeposit. Kedua-duanya tidak sama― betul― tetapi kaedah kewangan yang sepatutnya mencerminkan realiti itu telah disesuaikan untuk menghasilkan satu gambaran yang dikehendaki.
Timbalan Speaker...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya nak habis sikit sebab ini penting. Saya mohon sebab pembangkang semua tak datang.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Mohon saya habiskan dengan last. Okey?
Timbalan Speaker...
[Dicelah] Yalah, sudah hilang. Saya banyak. Saya banyak. 30 minit pun tak cukup.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Jadi Menterilah.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Dah habis? Sila duduk. Sila duduk.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Timbalan Speaker, laporan ini juga cermin kepada setiap pentadbiran. Namun, kita tidak boleh wujudkan satu kesetaraan yang palsu. Siapa pihak yang sebabkan krisis ini? Yang kedua, siapa pihak yang gagal melaksanakan pelan pemulihan? Dan yang ketiga, siapa pihak yang kini bertanggungjawab untuk menyelesaikan, memikul tanggungjawab yang berbeza?
Krisis asal berlaku ketika rizab Tabung Haji terhakis. Kerugian disembunyikan dan keputusan pelaburan bermasalah dibuat di bawah pentadbiran terdahulu. Itu punca yang dinyatakan dalam laporan RCI. Tetapi, selepas pelan pemulihan
Tuan Chong Zhemin - Kampar
dilaksanakan, tanggungjawab itu telah dipindahkan kepada kerajaan-kerajaan berikutnya.
Perenggan 3.13.48 merekodkan bahawa suntikan RM1.5 bilion telah diluluskan dalam Belanjawan 2021. Semasa itu, pemerintahan Perikatan Nasional.
Namun, suntikan itu tidak diberikan kepada UJSB. Alasannya, keutamaannya pemulihan ekonomi akibat COVID-19.
Sekarang, kita perlu jawab satu persoalan yang lagi besar. Sejak UJSB Siri 1 bernilai RM12.5 bilion telah matang pada Mei tahun ini, daripada jumlah tersebut, hanya RM965 juta diselesaikan melalui pemindahan tanah di TRX dan aset perladangan di Sarawak. Baki RM11.512 bilion digantikan dengan sukuk baru yang hanya matang pada tahun 2036.
Dari sudut kontrak, betul, sukuk lama telah diselesaikan. Tetapi, dari sudut ekonomi, lebih daripada 92 peratus daripada prinsipal asalnya sebenarnya dibiayai semula dan ditangguhkan selama 10 tahun sehingga 2036. Saya akui sukuk baharu ini mempunyai kupon tahunan 3.8 peratus.
Ini memberikan aliran tunai kepada Tabung Haji dan merupakan penambahbaikan berbanding instrumen kupon sifar terdahulu. Tetapi, bayaran kupon bukan pelunasan prinsipal. Rekod Bank Negara juga menunjukkan sukuk baharu ini tidak mempunyai jaminan kerajaan dan perlu dibayar secara pukal apabila matang pada 2036.
Jadi, saya minta kerajaan untuk terangkan tiga perkara. Pertama, berapakah daripada peruntukan RM1.73 bilion setahun yang disyorkan oleh RCI benar-benar diluluskan dan disalurkan daripada tahun 2021 sehingga 2026? Kedua, wang tersebut digunakan untuk tujuan apa dan berapakah yang benar-benar digunakan untuk penebusan awal sukuk? Ketiga, mengapa sukuk baharu RM11.5 bilion tidak diberi jaminan oleh kerajaan seperti yang dicadangkan oleh RCI? Dan terakhir, apakah rancangan kerajaan untuk sukuk kedua bernilai RM14.35 bilion yang akan matang pada tahun 2029?
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Kampar. Saya jemput Yang Berhormat Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera. Terima kasih Puan
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan Laporan RCI Tabung Haji.
Sebagai umat Islam, sebagai orang Melayu, sebagai pihak pendeposit, saya amat alu-alukan RCI ini dan mereka yang terlibat wajib diambil tindakan. Matlamat penubuhan RCI ini sudah tentunya bukan untuk memenuhi selera politik mana-mana pihak tetapi tujuannya hanyalah untuk mencari fakta dan kebenaran.
Namun, sehingga kini, saya tertanya-tanya, mengapakah laporan RCI ini dengan sengaja didedahkan kepada umum ketika kempen pilihan raya di Negeri Sembilan sedang berlangsung? Adakah, antara lainnya, ada cubaan untuk mempolitikkan Tabung Haji demi meraih undi rakyat Negeri Sembilan?
Alhamdulillah, Barisan Nasional, Perikatan Nasional memperoleh kemenangan besar dan melebihi two third majoriti DUN di Negeri Sembilan.
Faktanya, Laporan RCI Tabung Haji telah lengkap pada tahun 2022 dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 14 Disember 2022. Justeru itu, saya ingin mohon supaya perkara ini dijelaskan dan dinyatakan bersekali atas alasan apa laporan RCI ini diperam untuk tempoh kira-kira empat tahun lamanya.
Puan Speaker, dapatan RCI adalah menyentuh mengenai penglibatan orang politik dalam Lembaga Tabung Haji. Apa yang boleh disimpulkan, kebimbangan sebenar RCI adalah terhadap persepsi dan prestasi Tabung Haji akibat pertembungan politik. Contoh terdekat, peristiwa hitam yang pernah dialami oleh Tabung Haji iaitu pada Januari hingga Februari 2016 yang perlu dijadikan pengajaran. Pada ketika itu, satu artikel bertajuk ‘Analisa Kewangan Tabung Haji 2009-2015’ telah disiarkan secara meluas pada 9 Februari 2016.
Kesannya apa? Telah berlaku pengeluaran luar biasa oleh pendeposit sebanyak RM41 juta pada 10 Februari, diikuti sebanyak RM49.8 juta pada 11 Februari dan sebanyak RM27.9 juta pada 12 Februari. Rentetan itu, seramai 3,954 pendeposit telah bertindak menutup akaun dan seramai 3,105 pendeposit juga telah hilang kelayakan untuk menunaikan haji.
Faktanya, insiden yang berlaku akibat pertembungan politik telah menjejaskan kedudukan kewangan Tabung Haji pada tahun tersebut. Malangnya, tidak terhenti di situ, naratif menakutkan rakyat ini terus dimomokkan oleh bekas Menteri Agama itu sendiri, kononnya Tabung Haji berada dalam keadaan bahaya.
Puan Speaker, setelah semua ini berlaku, timbul pula pelan pemulihan yang dilaksanakan menerusi pemindahan aset Tabung Haji kepada SPV milik penuh
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
kerajaan iaitu Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. (UJSB) pada 19 Disember 2018. Apakah yang sudah terjadi dengan pelan pemulihan tersebut?
Sejauh manakah UJSB telah berjaya menyelamatkan kedudukan kewangan Tabung Haji setakat ini? Bagaimana defisit berjumlah RM4.1 bilion yang dialami Tabung Haji pada 31 Disember 2017 yang dikaitkan dengan hibah atau dividen terlebih bayar oleh Tabung Haji boleh berubah menjadi defisit sebanyak RM13.2 bilion di bawah UJSB?
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Dan kini, sukuk siri 1 berjumlah RM12.5 bilion yang sepatutnya matang pada 29 Mei 2026 masih tidak dibayar sepenuhnya kepada Tabung Haji. Malah, diminta untuk penangguhan selama 10 tahun lagi, yang akan menyebabkan masalah kewangan Tabung Haji bakal berterusan sehingga tahun 2036. Ini bermakna, bukan kerajaan yang membantu memulihkan aset-aset Tabung Haji tetapi duit simpanan para pendeposit telah digunakan untuk membantu kedudukan kewangan kerajaan.
Puan Speaker, selama ini Tabung Haji telah membantu lebih 1.5 juta umat Islam di Malaysia untuk menunaikan haji serta telah menyalurkan bantuan kewangan haji melebihi RM35 bilion. Hendak diharapkan dengan pelan pemulihan menerusi UJSB, keadaan hari ini nampaknya boleh digambarkan seperti ibarat tikus membaiki labu.
Dengan keadaan sebegini rupa sejak tahun 2018, adakah legasi Tabung Haji ini dapat kita teruskan lagi? Jangan sampai pendeposit yang selama puluhan tahun menyimpan wang, akhirnya terpaksa menanggung akibat daripada keputusan pengurusan dan penstrukturan yang mereka sendiri tidak pernah buat.
Jangan ditunggu sehingga kepercayaan pendeposit terhakis, kemampuan bantuan haji semakin mengecil dan Tabung Haji tidak mampu memainkan peranan seperti tahun-tahun sebelum 2018. Ketika itu, mungkin sudah terlambat untuk kita bertanya, siapa yang bertanggungjawab? Justeru itu, kerajaan mesti memberikan penjelasan yang terbuka, telus dan berangka tentang kedudukan sebenar Tabung Haji pada masa ini.
Puan Speaker, matlamat Tabung Haji ditubuhkan adalah untuk membantu umat Islam di negara ini membuat simpanan secara patuh syariah bagi tujuan menunaikan ibadah haji ke Tanah Suci. Selama ini Tabung Haji mainkan peranan penting sebagai pengurus simpanan, pelaburan dan operasi haji. Sebelum 2018, bakal jemaah haji hanya perlu simpanan minimum RM1,300 untuk mendaftar haji.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Namun selepas 2018, jumlah tersebut telah meningkat secara mendadak kepada RM15,000. Ini bukan kenaikan kecil. Ini merupakan peningkatan lebih 11 kali ganda. Perkara ini perlu dilihat daripada perspektif pendeposit biasa. Bagi golongan rentan, RM15,000 bukan angka yang kecil. RM15,000 mengambil masa bertahun- tahun lamanya untuk dikumpulkan.
Syarat ini perlu dinilai semula, khususnya terhadap pendeposit yang telah lama menyimpan tetapi masih belum mencapai RM15,000. Kalau matlamat Tabung Haji adalah untuk membantu umat Islam menunaikan haji, maka jangan sampai syarat untuk mencapai impian itu semakin jauh dari kemampuan rakyat.
Puan Speaker, dividen telah mula diperkenalkan oleh Tabung Haji sejak tahun 1994 sebagai tambahan kepada nilai simpanan. Sejak daripada selepas itu, Tabung Haji memberikan dividen melebihi lima peratus. Sejak tahun 2018, kadar agihan yang diumumkan masih belum melepasi paras lima peratus dan saya memahami keadaan Tabung Haji perlu utamakan kestabilan, kecairan dan pelaburan yang berhemat.
Namun pada yang sama, pendeposit juga berhak mengetahui mengapa pulangan yang diterima terus berada pada paras yang rendah. Lebih membimbangkan apabila kos sara hidup yang terus meningkat, kos menunaikan haji juga semakin tinggi tetapi pulangan kepada pendeposit tidak menunjukkan peningkatan yang sepadan.
Akhirnya, pendeposit terpaksa menyimpan lebih banyak wang untuk mengerjakan ibadah haji. Jangan sampai kita hanya melihat pendeposit sebagai sumber dana kepada Tabung Haji tetapi terlupa bahawa mereka juga wajar menikmati pulangan yang munasabah.
Puan Speaker, secara keseluruhan saya dapati masih banyak lagi perkara yang terlepas pandang daripada RCI ini. Antaranya, sudah tentulah kerana tempoh masanya yang terhad daripada 2014 sehingga 2020. Sedangkan, banyak perkara yang penting berlaku terhadap Tabung Haji pasca tahun 2020. Tempoh masa RCI ini sepatutnya dipanjangkan lagi sehingga sekurang-kurangnya ke tahun 2025.
Sehubungan dengan itu, saya menggesa agar suatu RCI baharu dibuat bagi tempoh 2021 hingga 2025 untuk mengenal pasti kelemahan dan operasi Tabung Haji bagi tempoh tersebut.
Selain itu, selaku Ahli PAC, saya juga mencadangkan agar isu berkenaan pengurusan dan tadbir urus Tabung Haji turut dibawa ke PAC supaya dapat diteliti dengan lebih mendalam dan terperinci, terutama daripada tahun 2022 hingga 2026.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Sebagai penutup Puan Speaker, saya percaya rakyat di luar sana tidak mahu melihat isu Tabung Haji terus dijadikan medan pertelingkahan yang tiada kesudahan. Rakyat mahu melihat Tabung Haji berdiri sebagai sebuah institusi yang lebih kukuh dan meneruskan legasinya. Sekiranya terdapat salah laku yang dibuat oleh mana-mana individu, tindakan tegas hendaklah segera diambil. Jika kelemahan itu berpunca daripada sistem, maka sistem itulah yang perlu diperbetulkan dengan segera.
Sekian sahaja daripada saya setakat ini. Terima kasih Puan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Saya jemput Yang Berhormat Sipitang.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
*Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI.
Ilmu disusun menjadi panduan; Amanah dijunjung sepanjang masa; Sipitang tampil membawa pandangan; Tabung Haji di perkasa jemaah terbela. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada Sipitang untuk turut serta bersama rakan-rakan Ahli Yang Berhormat membahaskan usul berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Pengurusan Lembaga Tabung Haji.
Sipitang berdiri pada hari ini bukan untuk menambah bara tetapi untuk menyalakan pelita supaya kita dapat melihat perspektif isu ini secara terang, supaya daripada helaian laporan yang terbentang di hadapan kita, lahirlah sebuah harapan baharu kerana Dewan yang mulia ini bukan gelanggang membina permusuhan tetapi medan mencari penyelesaian.
[Tepuk] Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja ini bukan sekadar naskhah setebal ratusan halaman. Ia adalah cermin dan cermin tidak pernah berdusta. Kadangkala apa yang dipantulkan, tidak menyenangkan mata tetapi daripada pantulan itulah lahir kesedaran untuk memperbaiki diri. Bak kata orang tua-tua, “Air yang jernih, tidak takut diuji dasarnya. Emas yang tulen, tidak gentar dibakar apinya.” Begitulah juga institusi yang dibina atas amanah. Semakin diuji, semakin terserlah keikhlasannya untuk diperbaiki dan diperkasakan.
Dato’ Yang di-Pertua, matlamat utama sidang khas ini bukanlah untuk menghidupkan polemik yang tidak berkesudahan. Sebaliknya, kita ingin memahami
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
jalan cerita sebenar di sebalik Laporan RCI ini. Agar setiap langkah selepas ini berasaskan kebenaran, bukannya sangkaan. Sipitang ingin mengucapkan syabas kepada kerajaan kerana membawa laporan ini ke Dewan yang mulia. Tidak semua negara yang mempunyai keberanian membuka ruang kepada penelitian umum terhadap perkara sebesar ini. Justeru, ruang ini hendaklah kita manfaatkan dengan penuh tanggungjawab. Pendedahan Laporan RCI kepada umum harus dilihat sebagai satu ikhtiar ke arah kebaikan.
Dato’ Yang di-Pertua, Sipitang berpandangan bahawa kerajaan wajar meneruskan segala tindakan susulan berdasarkan penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja secara profesional, telus dan bebas daripada sebarang bentuk campur tangan. Biarkanlah setiap tindakan dipandu oleh undang-undang, bukan oleh tekanan mana-mana pihak.
Laporan RCI yang mencakupi tempoh antara 2014 hingga 2020 mengandungi dapatan yang sewajarnya diberikan perhatian serius. Setiap syor dan penemuan harus dinilai mengikut proses perundangan yang sedia ada, agar keadilan dapat ditegakkan tanpa mengabaikan hak mana-mana pihak.
Sebagai Ahli Parlimen, sebagai rakyat biasa, malah sebagai salah seorang pendeposit Tabung Haji, Sipitang percaya jutaan rakyat sedang menaruh harapan agar segala yang berlaku ini akhirnya membawa kepada pembaikan yang menyeluruh. Harapan mereka bukan kepada pertelingkahan tetapi kepada penyelesaian.
Sipitang menyokong sokongan terhadap apa jua rekomendasi yang benar- benar membawa manfaat kepada institusi Tabung Haji. Kita juga menyokong pendirian kerajaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya tindakan susulan dilaksanakan menurut lunas undang-undang serta prinsip tadbir urus yang baik.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Dalam masa yang sama Dato’ Yang di-Pertua, Sipitang ingin menegaskan bahawa proses siasatan hendaklah diberikan ruang sepenuhnya untuk berjalan tanpa sebarang gangguan demi kebaikan dan penambahbaikan. Jangan kita mengheret agensi penguat kuasa ke dalam gelanggang persepsi. Biarlah mereka melaksanakan amanah dengan bebas, profesional dan juga berintegriti.
Dato’ Yang di-Pertua, Sipitang berharap segala aspek tadbir urus yang dikenal pasti sepanjang tempoh siasatan diberikan perhatian sewajarnya. Apa yang baik hendaklah diperkukuh dan yang lemah hendaklah diperbaiki dan apa yang menjadi ruang kelemahan, hendaklah ditutup menjadi pemisah yang lebih
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
menyeluruh. Persoalan, sama ada terdapat mana-mana individu yang bersalah atau tidak, biarlah diputuskan oleh mahkamah setelah melalui proses siasatan, pendakwaan dan pembelaan yang adil. Itulah prinsip keadilan yang menjadi asas kepada negara hukum yang kita junjung bersama.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Setuju Sipitang.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Dalam semangat itu juga, Sipitang menyeru semua pihak supaya memberikan kerja sama sepenuhnya kepada pihak berkuasa. Apa yang lebih penting ialah memastikan episod ini menjadi titik tolak kepada pembinaan sistem yang lebih kukuh supaya perkara seumpamanya tidak berulang lagi.
Sipitang melihat kesempatan ini sebagai ruang memperkukuh reformasi tatakelola Kerajaan MADANI yang meletakkan integriti, ketelusan, akauntabiliti dan amanah sebagai asas pentadbiran negara. Mengambil iktibar daripada Laporan RCI ini, marilah kita bina jalur penambahbaikan. Bak kata pepatah, “sesat di hujung jalan, baliklah ke pangkal jalan”.
Sipitang percaya, laporan ini ialah pangkal jalan yang membawa Tabung Haji sebagai sebuah institusi besar untuk kembali kepada asas pengurusan yang bersih, berhemah dan bertanggungjawab. Kita mahu Tabung Haji kembali berakar mencengkam ke bumi, yang mana semakin kuat ditiup angin, semakin teguh ia berdiri.
Akhirnya, marilah kita menjadikan persidangan khas ini sebagai medan muhasabah nasional bukan untuk mencari siapa yang paling lantang bersuara, tetapi siapa yang paling ikhlas membina. Bukan untuk menoleh ke belakang dengan penuh kemarahan, tetapi melangkah ke hadapan dengan penuh kebijaksanaan.
Semoga sidang khas ini lahir sebuah lembaran baharu yang memperkukuh Tabung Haji, memelihara amanah umat Islam serta meninggalkan warisan tadbir urus yang lebih cemerlang buat anak cucu kita.
Pohon kurma di tepi rumah, Tumbuh subur menaungi laman; Apa yang kurang dibaiki bersama, Tabung Haji teguh sepanjang zaman. Sekian, Sipitang mohon menyokong. Terima kasih.
[Dewan tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sipitang. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Pilah.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera.
[Berselawat] Terima kasih Puan Yang di-Pertua, Kuala Pilah ingin memulakan perbahasan ini dengan mengingatkan Dewan tentang rekod dan legasi Tabung Haji yang telah dibina selama lebih enam dekad.
Tabung Haji telah ditubuhkan 1963 dan dibangunkan oleh Kerajaan Barisan Nasional selama puluhan tahun sehingga menjadi sebuah institusi yang besar dan penting dalam pengurusan haji negara. Tabung Haji bukan sekadar membayar hibah kepada pendeposit tetapi turut menanggung sebahagian besar kos menunaikan haji.
Pada tahun 2018 sahaja, Tabung Haji membelanjakan sekitar RM400 juta melalui bantuan kewangan haji bagi membantu menampung kos haji jemaah muassasah.
Sehingga kini, lebih 1.5 juta umat Islam Malaysia telah dibantu menunaikan haji melalui Tabung Haji.
Jadi, apabila kita membincangkan sejarah Tabung Haji, jangan kita hanya menyebut angka kerugian, tapi lupa puluhan tahun manfaat yang telah dinikmati rakyat kita. Kalau ada kelemahan, kita akui. Kalau ada salah laku, kita ambil tindakan.
Tetapi, rekod pencapaian juga adalah fakta dan fakta tidak boleh dipadam mengikut selera politik.
Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, Kuala Pilah menerima penubuhan dan laporan RCI ini. Tetapi kita mesti jelas tentang kedudukan undang-undangnya. RCI menjalankan siasatan, membuat dapatan dan mengemukakan syor. RCI bukan mahkamah jenayah dan dapatan RCI bukan suatu judicial determination bahawa seseorang telah melakukan kesalahan jenayah. Jika ada unsur jenayah, serahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan dan pendakwaan. Jika ada bukti, bawa ke mahkamah. Jangan jadikan laporan RCI sebagai jentera politik untuk menghukum seseorang melalui persepsi sebelum due process selesai, dengan izin.
Puan Yang di-Pertua, jika ada kesalahan, buktikan. Jika ada bukti, dakwa.
Tetapi jangan menghukum melalui persepsi awam sebelum proses undang-undang selesai. Kuala Pilah ingin tahu, mengapa laporan ini hanya dibentangkan sekarang?
Sedangkan siasatan RCI telah selesai sejak 30 Ogos 2022.
Hampir empat tahun laporan ini berada dalam simpanan sebelum didedahkan kepada umum hanya beberapa hari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Negeri Sembilan baru-baru ini. Alhamdullilah, syukur ke hadrat Allah SWT, Puan Yang di- Pertua, rakyat Negeri Sembilan boleh membezakan antara hak dan yang batil dan
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
mereka telah memberikan pertimbangan untuk menyokong Barisan Nasional semasa Pilihan Raya Negeri Sembilan baru-baru ini.
[Tepuk] Terima kasih dan syukur kepada Allah SWT.
Bagi Kuala Pilah, Puan Yang di-Pertua, prinsipnya jelas. Justice delayed is justice denied. Keadilan yang dilewatkan sebenarnya merupakan keadilan yang dinafikan. Laporan ini menyentuh kepentingan jutaan pendeposit dan sebuah institusi amanah yang besar. Maka, kerajaan perlu menjelaskan kepada Dewan apakah pertimbangan yang menyebabkan laporan ini mengambil masa bertahun- tahun sebelum didedahkan.
Kuala Pilah tidak membuat tuduhan tanpa bukti, tetapi masa dan keadaan laporan ini didedahkan sememangnya wajar dipersoalkan. Jangan sampai rakyat melihat pendedahan institusi negara ini sebagai usaha membentuk naratif politik semasa.
Puan Yang di-Pertua, satu lagi persoalan fundamental ialah skop siasatan RCI. Suruhanjaya ini hanya menyiasat tempoh 2014 hingga 2020. Mengapa siasatan terhenti setakat 2020? Padahal selepas tahun ini, 2020 ini, berlaku penstrukturan Tabung Haji, pengurusan aset melalui Urusharta Jamaah, penerbitan dan penstrukturan semula sukuk serta pelbagai transaksi material.
Kuala Pilah mencadangkan supaya satu semakan bebas atau siasatan lanjutan dibuat terhadap keputusan dan transaksi material selepas tempoh RCI sekurang-kurangnya sehingga tahun 2025, sepertimana yang telah dilontarkan oleh sahabat saya daripada Tampin sebentar tadi. Kalau mahu mencari kebenaran, jangan hanya dibuka satu bab, tetapi bukalah keseluruhan buku itu.
Puan Yang di-Pertua, Kuala Pilah menolak sekeras-kerasnya dakwaan bahawa Kerajaan Barisan Nasional telah menyeleweng wang Tabung Haji. Kita perlu tahu membezakan antara accounting treatment, dengan izin, accounting judgement dan criminal misconduct.
Baru-baru ini, Puan Yang di-Pertua, ada isu pelaburan yang melibatkan RM200 juta oleh KWAP, yang dibuat ataupun isu ini ditimbulkan pada zaman Kerajaan MADANI. Tetapi, Kuala Pilah berpandangan, kita tidak boleh secara blanket, sejemaahnya menyalahkan Kerajaan MADANI. Kecuali Puan Yang di- Pertua, kita harus melalui proses undang-undang, rule of law, kedaulatan undang- undang kita, bagi memastikan bahawa mereka yang bersalah di dalam penyalahgunaan kuasa bagi pelaburan KWAP ini dibawa ke muka pengadilan dan kita tidak sama sekali menyalahkan Kerajaan MADANI pada ketika ini.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Perbezaan kaedah perakaunan tidak dengan sendirinya membuktikan mala fide atau kesalahan jenayah. Jika terdapat perbezaan antara realisable asset value
(RAV) dengan MFRS, persoalannya ialah apakah asas yang digunakan, siapakah yang meluluskan dan apakah pendedahan yang dibuat? Bagi tahun kewangan 2017, Penyata Kewangan Tabung Haji telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara dan menerima pendapat tanpa teguran dengan emphasis of matter termasuk isu berkaitan polisi dan peruntukan rosot nilai.
Jadi, jika benar berlaku creative accounting ataupun manipulasi, bagaimana ia boleh melalui keseluruhan rantaian ini, rantaian pengurusan, rantaian lembaga pengarah, jawatankuasa audit dan proses audit yang telah dilakukan? Jika mahu mendakwa berlaku creative accouting, buktikanlah mens rea-nya, niatnya, niat jahatnya. Buktikan pelanggaran undang-undang atau piawaian dan buktikan siapa yang bertanggungjawab. Ini soal burden of proof, due process dan accountability.
Puan Yang di-Pertua, Kuala Pilah juga meminta kerajaan jelaskan tentang Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. (UJSB) ini. Dalam penstrukturan 2018, aset-aset Tabung Haji dipindahkan kepada UJSB dengan pertimbangan melalui sukuk dan bayaran tunai. Sebab itu, naratif bahawa kerajaan terpaksa menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan bailout Tabung Haji perlu dilihat semula dan diperbetulkan.
Kerajaan melalui UJSB mengambil alih aset dan beban kewangan bagi membantu membolehkan kedudukan Tabung Haji dengan RM300 juta dibayar secara tunai dan bakinya melalui struktur sukuk. Hari ini, persoalannya ialah berapa nilai aset yang telah berjaya dipulihkan dan berapa lagi obligasi yang masih belum diselesaikan kepada Tabung Haji?
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Sukuk siri 1 matang pada Mei 2026 tempoh lalu telah diselesaikan melalui penerbitan sukuk baharu pula. Satu extension RM11.5 bilion dan pemindahan dua aset bernilai RM965 juta, manakala sukuk siri 2 masih berjumlah RM14.35 bilion dan matang pada 2029. Maka, adakah risiko kewangan tersebut benar-benar telah diselesaikan atau sekadar distruktur dan dipanjangkan. Dalam soal kewangan, kita tidak boleh hanya melihat bentuk transaksi. Kita mesti melihat realiti ekonomi di sebaliknya, menukar bentuk sesuatu obligasi tidak bermakna risiko nya telah hilang.
Puan Yang di-Pertua, UJSB dilaporkan mencatat keuntungan selepas cukai RM148.1 juta bagi tahun kewangan 2024. Maka, berapakah nilai yang telah berjaya dipulihkan daripada aset tersebut untuk kepentingan pendeposit Tabung Haji? Kuala
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Pilah juga mahu penjelasan mengenai tadbir urus UJSB ini. Siapa yang menerajuinya? Bagaimana pengurusan dan kakitangan dilantik dan jika benar terdapat pembayaran bonus, siapakah yang meluluskan serta atas asas apakah ia nya dibuat? Adakah recovery plan― soalan Kuala Pilah, pelan pemulihan ini oleh UJSB ini telah betul-betul menyelamatkan Tabung Haji? Adakah sukuk kepada Tabung Haji ini dijamin sepenuhnya oleh kerajaan? Itu persoalan Kuala Pilah.
Kuala Pilah mencadangkan supaya UJSB ini juga turut tertakluk kepada audit pemantauan dan pendedahan yang sewajarnya. Jika kita menuntut ketelusan daripada Tabung Haji, standard ketelusan akauntabiliti yang sama mesti terpakai kepada UJSB.
Puan Yang di-Pertua, Kuala Pilah tidak mempertahankan individu yang bersalah atau kelemahan yang terbukti. Tetapi Kuala Pilah juga tidak akan menerima naratif bahawa segala permasalahan Tabung Haji adalah kesalahan satu kerajaan atau satu parti politik. Jika ada kesalahan, buktikan. Jika ada penyelewengan Puan Yang di-Pertua, ambil tindakan tetapi jangan hukum tanpa bukti dan tanpa due process dengan izin. Jika mahu akauntabiliti, kita mahu reformasi tetapi jika kita juga mahu kebenaran dan keadilan.
Puan Yang di-Pertua, akhirnya Kuala Pilah ingin kembali semula kepada matlamat asal penubuhan Tabung Haji ini. Matlamat asalnya Puan Yang di-Pertua ialah untuk memastikan orang Islam di negara kita ini dapat mengerjakan ibadah Haji, Rukun Islam ini Puan Yang di-Pertua dan dipermudahkan urusan mereka bagi mengerjakan haji. Kuala Pilah ingin mencadangkan semula supaya Tabung Haji dan kerajaan melihat semula kepada matlamat penubuhan Tabung Haji ini dan mereka sudah tentulah Tabung Haji mempunyai nilai dan pendekatan untuk memudah cara orang Islam menunaikan Haji.
Kuala Pilah ingin mencadangkan dalam aspek ini, dalam kesempatan berbahas ini, agar Tabung Haji mempertimbangkan semula kadar khas bagi rayuan mahram dan pengiring jemaah haji lanjut usia. Pada masa ini, ibadah haji muassasah bagi kumpulan B40 ialah RM15,000 manakala rayuan yang diluluskan dikenakan kos penuh RM33,300. Bagi pasangan atau anak yang mengiringi jemaah lanjut usia, Kuala Pilah di sini mencadangkan supaya Tabung Haji, kerajaan supaya mereka ini turut diberikan kadar RM15,000 sama seperti jemaah muassasah yang terpilih.
Dengan itu Puan Yang di-Pertua, Kuala Pilah menyokong segala usul yang telah dibentangkan oleh RCI. Wabillahittaufik wal hidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah. Saya jemput Yang Berhormat Ipoh Timor.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Terima kasih Timbalan Speaker. Saya mahu bawa Dewan kembali ke fakta. Bukan sentimen, bukan kaum, bukan siapakah Menteri Kewangan ketika itu. Di hadapan kita ada sebuah Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja.
[Sambil menunjuk senaskhah dokumen] Maka biarlah laporan ini sendiri bercakap.
Pertama, mengenai Urusharta Jamaah. Selama bertahun-tahun ada pihak mendakwa Kerajaan Pakatan Harapan telah menjual aset umat Islam kepada orang Cina. Dakwaan ini saya tak nak kata palsu tetapi lembut sikit lah, tak selari dengan fakta. UJSB bukan syarikat persendirian. Dalam RCI jelas menyatakan bahawa UJSB dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan. Ini bukan Ipoh Timor yang cakap, ini dalam buku, ini dalam laporan. Dengan mandat melaksanakan pelan pemulihan memaksimumkan nilai pemulihan aset dan meneruskan kelangsungan operasi aset yang diambil alih. Laporan RCI muka surat 107. Kalian boleh pi semak di luar sana.
Aset Tabung Haji tidak dijual oleh Bagan atau Lim Guan Eng. Ia tidak dijual kepada Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Bagan. Ia tidak dijual kepada individu Cina, tidak dijual kepada syarikat swasta Cina. Ini fakta dan dibuktikan dalam laporan ini.
Ia dipindahkan kepada syarikat milik Kerajaan Malaysia. Jangan tukarkan transaksi kewangan antara dua institusi awam kepada cerita Melayu lawan Cina hanya kerana Menteri Kewangan itu ketika itu berketurunan Cina dan menyandang jawatan Setiausaha Agung parti saya.
Tetapi pada masa yang sama, kita jangan lari daripada hakikat kedua. Ini memang satu bailout. Ini bukan saya yang cakap, ini terang-terang ditulis dilaporkan dalam RCI. Ia bailout. Aset yang kurang berdaya maju dipindahkan ke UJSB pada nilai RM19.9 bilion, sedangkan nilai pasaran ketika itu hanya sekitar RM9.7 bilion.
Premiumnya adalah RM10.2 bilion. Muka surat 121 dalam laporan RCI. Rujuk tuan- tuan dan puan-puan, Ahli-ahli Yang Berhormat.
Kenapa kerajaan membayar lebih daripada nilai pasaran? Kerana ini bukan pembelian komersial biasa. Ia adalah misi keramat penyelamatan Tabung Haji. Saya tidak menggunakan perkataan bailout secara sewenang-wenangnya. I don’t use it simply. RCI sendiri menggunakan perkataan ini, muka surat 132 dalam laporan
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
“Bailout melalui pelaksanaan pelan penstrukturan pemulihan LTH.” Saya kena ulang.
Ini merupakan satu solusi interim yang penting bagi menyelesaikan krisis kewangan LTH dan menangani jurang defisit. Muka surat 132.
Kemudiannya selepas membuat penilaian terperinci, RCI merumuskan bahawa pelan penstrukturan dan pemulihan itu merupakan solusi yang penting bagi menyelesaikan krisis kewangan. Pada muka surat yang sama, RCI juga memberi amaran bahawa pelan tersebut bukan solusi jangka panjang, terutamanya kerana risiko penebusan sukuk dan kebergantungan kepada peruntukan kerajaan. Awal dah sebut dah.
Jadi, jangan kita nak meromantikkan bailout itu. Ia perlu tapi ia mahal. RCI mencatat bahawa UJSB menanggung kerugian RM9.9 bilion pada tahun berakhir 2019 akibat perbezaan antara nilai pemindaan dan nilai pasaran semasa aset-aset tersebut.
Kerajaan pula meluluskan sekurang-kurangnya RM7.8 bilion untuk menampung shortfall penebusan sukuk UJSB termasuk sekurang-kurangnya RM17.3 bilion dengan anggaran purata RM1.73 bilion setahun. Ini muka surat 127 dalam laporan. Maka persoalan besar ialah mengapa pembayar cukai akhirnya perlu membayar harga bagi keputusan pelaburan yang dibuat bertahun-tahun sebelum ini.
Cukai Melayu bayar, Islam bayar, Cina bayar, bukan Islam bayar, India juga bayar, Sabah dan Sarawak, Iban, Kadazan, Dusun, Murut juga bayar. Keuntungan tidak boleh dinikmati ketika keadaannya baik. kemudian nya kerugian dipindahkan kepada seluruh rakyat apabila sesuatu gagal. Ia nya ibarat masalah lain disebutkan dalam bahasa orang putih, “profits are privatised but losses are socialised.” Speaker, lebih penting lagi bagaimana Tabung Haji sampai ke tahap yang perlu diselamatkan? Selamatkan itu wajib. Saya nyatakan ia wajib diselamatkan.
Jawapannya sebenarnya juga ada dalam laporan. Muka surat 138, Suruhanjaya menyatakan, “Menemui transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat.” “Ia mendapati proses membuat keputusan pelaburan LTH tidak teratur.” Muka surat 139 menyatakan “Panel pelaburan tidak menyemak cadangan pelaburan dengan secukupnya.” Lebih penting RCI mendapati bahawa Menteri semasa membuat keputusan bergantung sepenuhnya kepada memo yang disediakan oleh pengurusan LTH. “Menteri-menteri yang memberi keterangan turut mengakui ...”— ini keterangan kepada RCI mengakui “... mereka tidak mempunyai input pihak ketiga untuk menasihat mereka.”
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Lebih serius, RCI mendapati terdapat keputusan LTH yang didorong oleh unsur politik. Dalam Ringkasan Eksekutif muka surat XIV iaitu 14 dalam angka roman, RCI secara khusus menyatakan beberapa keputusan LTH berkaitan pembayaran hibah, penentuan bayaran haji dan bantuan kewangan haji didorong oleh unsur-unsur politik.
Muka surat 176, ia pergi lebih jauh. RCI menyatakan bahawa laporan mengenai kelemahan model perniagaan (business model) tidak diberikan perhatian sewajarnya. Yang sangat pelik kepada audiens Melayu Islam dan pendeposit Tabung Haji, ada pihak-pihak politik naratif aset dijual oleh Cina kepada Cina, dikipas-kipas di kampung dan desa.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Depan masyarakat Cina pula, sesebuah parti pemerintah yang berada dalam Dewan ini pula kepada masyarakat Cina, kepada audiens Cina, menghasut masyarakat Cina dengan mempersoalkan YB. Bagan mengguna cukai rakyat berketurunan Cina untuk bailout institusi Islam, selamatkan Tabung Haji. Mereka bedooh, kata tipu, kata DAP jual aset Tabung Haji kepada Cina. Perbetulkan pula, selesaikan krisis ekoran sakau, mereka hasut dengan tuduhan duit Cina digunakan untuk selamatkan Melayu Islam. Kenapa? Janji semua salah DAP. DAP, DAP, DAP, DAP, DAP saja.
Maka saya mahu tegaskan, krisis Tabung Haji tidak bermula pada tahun 2018. Penyelamatan berlaku pada 2018 kerana krisis itu sudah pun berlaku. Tapi Speaker, ada satu persoalan yang lebih mengganggu. Apa yang diberitahu kepada rakyat ketika krisis ini sedang berkembang, saya nak nyatakan dengan kronologinya ya.
Jun–Januari 2017, 2016, Pengerusi Tabung Haji bagi tahu kita tak rugi.
Tabung Haji tak perlukan bantuan kewangan kerajaan.
10 Mac 2016, Menteri yang bertanggungjawab memberitahu Parlimen— dalam Parlimen bahawa kerajaan berpuas hati dengan status kewangan yang kukuh.
2 November 2016, CEO Tabung Haji menafikan bahawa Tabung Haji tak mampu nak bayar balik wang pendeposit.
17 November 2016, Pengerusi Tabung Haji menyifatkan dakwaan terhadap Tabung Haji sebagai serangan politik.
20 Januari 2017, Menteri bertanggungjawab menyalahkan dakwaan palsu atas pengeluaran deposit.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
13 Jun 2017, Pengerusi Tabung Haji menyifatkan dakwaan terhadap Tabung Haji yang akan bankrap sebagai fitnah.
25 April 2018, hanya beberapa minggu sebelum pertukaran kerajaan, Perdana Menteri ketika itu menyifatkan dakwaan bahawa Tabung Haji mengalami kerugian dan tidak mampu bayar pendeposit sebagai fitnah pembangkang. Tapi beberapa bulan kemudian, sebuah pelan penyelamatan terpaksa dilaksanakan.
Jadi Tuan Speaker, saya tak mahu berlaku tidak adil kepada semua ahli politik yang membuat kenyataan-kenyataan tersebut. Mungkin mereka sendiri diberi taklimat yang salah, maklumat yang salah, memonya salah. Mungkin mereka diberi angka yang tidak lengkap, kemungkinan besar. Mungkin mereka mempercayai apa yang disediakan oleh pengurusan kepada mereka. Malah RCI sendiri menyatakan bahawa Menteri bergantung kepada memo daripada lembaga dan pengurusan LTH tanpa input pihak ketiga. Ini bukan saya sebut, laporan muka surat 139.
Tapi perkara yang tidak boleh dipertikaikan ialah rakyat telah dikhabarkan satu perkara, sedangkan hakikat kewangan yang akhirnya ditemui adalah perkara yang lain. Kalau semua ahli politik itu hanya membaca apa yang diletakkan di hadapan mereka, maka siapa yang menyediakan maklumat itu? Siapa yang tahu keadaan sebenar? Siapa yang menyembunyikan kerugian? Siapa yang membenarkan gambaran seolah-olah semuanya okey, pink and fluffy, baik, sedangkan institusi ini sedang menuju krisis?
Seseorang telah gagal mengatakan kebenaran. Mungkin seorang, mungkin dua orang, mungkin 10 orang, mungkin beberapa orang, mungkin ada politician, mungkin tak ada. Tetapi tak mungkin sebuah institusi boleh berubah daripada kewangan kukuh, kita tak rugi, semuanya fitnah kepada memerlukan bailout berbilion-bilion Ringgit tanpa ada pihak yang bertanggungjawab terhadap jurang antara apa yang berlaku dengan apa yang dikhabarkan kepada rakyat.
Dan di situlah tugas kerajaan pada hari ini. Bukan untuk menghukum berdasarkan politik, tetapi untuk menentukan siapa tahu apa, bila depa tahu, apa yang depa sembunyikan, siapa yang beri amaran dan sama ada undang-undang telah dilanggar.
Saya mahu bagi satu contoh, Putrajaya Perdana Berhad. Ini masa tak cukuplah. Jadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Saya nak pergi ke last point saya. Saya mintalah kerajaan bentangkan kepada Dewan satu matriks tindakan yang mana
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
sudah diaudit, yang mana dirujuk kepada SPRM atau polis, yang mana masuk mahkamah, berapa wang telah dipulihkan, siapa telah dipertanggungjawabkan kerana selepas ini, semua rakyat berhak bertanya dan akan bertanya. Kita kat sini pun akan bertanya. Kalau RCI menemui transaksi mencurigakan, penyembunyian maklumat dan kelemahan proses pelaburan, akhirnya hanya pembayar cukai yang menanggung bil. Di manakah pertanggungjawaban?
Jadi, penyelamatan Tabung Haji itu sangat perlu dan wajib. Bukan saya berkata demikian, RCI sendiri telah menyatakan tersebut dan berbilion Ringgit boleh hilang sebab institusi nasional boleh terjerumus ke dalam krisis. Kerajaan boleh dipaksa menyelamatkan menggunakan wang rakyat tetapi tiada seorang pun menanggung akibatnya.
Maka, saya mohon merayu supaya perlu dan wajib ada orang dihumban, didakwa dan juga dibawa ke muka pengadilan. Selamatkan Tabung Haji, lindungi pendeposit, pulihkan keyakinan tetapi cari siapa yang menyebabkan kerugian itu.
Saya nak tutup dengan dua rangkap pantun, bolehlah kan.
*Burung merpati di tebing tinggi, Hinggap sebentar di pohon jati; Yang menipu jangan dilindungi, Yang salah mesti diadili.
Amanah rakyat jangan dikhianati, Maruah institusi kita perbaiki; Pulihkan keyakinan tegakkan integriti, Bersama-sama selamatkan Tabung Haji.* Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timor. Saya jemput Yang Berhormat Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua. Batu Pahat berdiri di Dewan yang mulia ini pada hari ini dengan penuh rasa dukacita dan kecewa demi membawa suara jutaan umat Islam di negara ini. Sesi Khas Dewan Rakyat pada hari ini amat kritikal kerana kita sedang membahaskan perkara yang menyentuh usul hidup, mati dan maruah umat Islam di tanah air kita iaitu dapatan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (LTH) bagi tempoh tahun 2014 hingga 2020.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Tabung Haji bukanlah sekadar sebuah institusi kewangan. Ia adalah institusi suci yang diamanahkan untuk menguruskan wang simpanan titik peluh umat Islam negara ini bagi menunaikan Rukun Islam yang kelima. Namun, apa yang didedahkan oleh RCI ini adalah satu pengkhianatan amanah yang amat dahsyat, bersindiket dan sangat memalukan.
Timbalan Yang di-Pertua, Batu Pahat ingin membawa Dewan ini melihat satu lagi perkara yang sangat serius dalam RCI berkaitan dengan Lembaga Tabung Haji iaitu daripada 14 pelaburan yang sangat bermasalah yang telah dikenal pasti, antara yang paling besar dan paling membimbangkan ialah pelaburan Tabung Haji dalam saham FGV Holdings Berhad. Angkanya bukanlah kecil. Kerugian portfolio yang dikaitkan dengan kejatuhan nilai pelaburan FGV mencecah sekitar RM1.06 bilion.
Tabung Haji mula melabur dalam FGV ketika IPO Felda Global Ventures Holdings pada 2012. Ketika itu, Tabung Haji melanggan sebanyak RM273.58 juta saham bersamaan kira-kira 7.5 peratus kepentingan dengan nilai pelaburan sekitar RM1.31 bilion. Pada waktu itu, IPO FGV diraikan suatu kejayaan besar. FGV berjaya mengumpulkan sekitar RM10.5 bilion dan menjadi antara IPO terbesar dunia.
Tapi persoalannya hari ini, bagaimana sebuah pelaburan yang pada awalnya diraikan sebagai kejayaan, akhirnya menjadi antara kerugian terbesar dalam portfolio Tabung Haji? Daripada pelaburan asal sekitar RM1.31 bilion, nilai pegangan tersebut kemudiannya merosot kepada kira-kira RM250 juta. Maknanya, lebih 80 peratus nilainya telah susut.
Timbalan Yang di-Pertua, kalau sekadar harga saham jatuh, kita mungkin boleh mengatakan ini risiko biasa dalam pasaran modal. Ada saham naik dan ada saham turun tetapi isu yang dibangkitkan oleh RCI ini jauh lebih besar. RCI turut meneliti persoalan mengenai kaedah perakaunan, pelaburan kewangan, pengiktirafan rosot nilai oleh Tabung Haji.
Menurut dapatan RCI yang dibentangkan, Tabung Haji sepatutnya mengiktirafkan kerugian rosot nilai sekitar RM1.3 bilion berdasarkan dasar yang berkaitan. Tapi selepas berlaku perubahan dasar, jumlah yang direkodkan hanya sekitar RM1 juta. Saya ulang Timbalan Yang di-Pertua, daripada kira-kira RM1.3 bilion, hanya sekadar RM1 juta yang dinyatakan. Ini perbezaan yang terlalu besar untuk kita anggap sebagai perkara teknikal perakaunan semata-mata.
Jadi, saya mahu bertanya, siapakah yang mencadangkan perubahan dasar tersebut? Siapakah yang meluluskannya? Apakah justifikasi profesional dan kewangan yang diberikan kepada lembaga pengarah? Dan yang lebih penting,
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
adakah perubahan tersebut menyebabkan kedudukan kewangan sebenar Tabung Haji kelihatan lebih baik daripada keadaan yang sebenarnya?
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Timbalan Yang di-Pertua, Batu Pahat mahu buat satu perbandingan, KWSP juga merupakan pelabur utama dalam IPO FGV. Peruntukan awalnya ialah sekitar 184.57 juta saham. Nilainya kira-kira lebih kurang RM840.5 juta.
Tetapi, apabila prestasi FGV semakin merosot, KWSP mengambil keputusan mengurangkan pendedahannya. Pada 22 Disember 2016, KWSP mengesahkan bahawa keseluruhan pegangan saham FGV telah dilupuskan dengan kerugian direalisasikan sekitar RM203.18 juta. Akhirnya, KWSP rugi.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tetapi, KWSP menerima hakikat bahawa pelaburan itu tidak lagi memenuhi pertimbangan risikonya, merealisasikan kerugian dan keluar. Persoalan, Batu Pahat ialah mengapa perkara sama ini tidak dilakukan oleh Tabung Haji? Mengapa apabila harga saham yang sudah jatuh dengan begitu ketara, Tabung Haji masih terus memegang pelaburan tersebut? Dan, apakah nasihat yang diberikan oleh bahagian pelaburan dan apakah keputusan Jawatankuasa Pelaburan?
Apakah lembaga pengarah pernah diberikan pilihan untuk melakukan cut loss? Kalau ada, siapa yang membuat keputusan untuk terus memegang saham tersebut? Dan, Dewan ini perlu tahu.
Dato’ Dr. Yang di-Pertua, kemuncak kepada masalah ini apabila saham FGV milik Tabung Haji akhirnya dipindahkan dalam proses penyusunan semula aset Tabung Haji. Nilai yang digunakan dilaporkan berasas kos pegangan sekitar RM4.62 sen sesaham. Sedangkan, harga pasaran ketika itu sekitar RM0.88 sesaham.
Bayangkan saham yang boleh dibeli pasaran sekitar RM0.88 dinilai pada RM4.62 sen dalam pemindahan tersebut. Kalau dilihat semata-mata dari sudut pasaran, sudah tentu orang akan bertanya siapakah pelaburan yang waras yang sanggup membeli RM4.62 kalau harga pasaran hanya RM0.88?
Dato’ Dr. Timbalan Yang di-Pertua, cerita FGV ini tidak berhenti pada saham.
Ada satu lagi pelaburan yang mesti kita ambil perhatian Trurich Resources Sdn. Bhd.
Trurich terlibat dalam pemulihan dan pengurusan aset perladangan kelapa sawit di Kalimantan, Indonesia. Pada asalnya, Trurich dimiliki sepenuhnya oleh Tabung Haji
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
sebelum FGV menyertai pelaburan tersebut mulai FG Ventures Kalimantan Sdn.
Bhd. dan memperolehi 50 peratus kepentingan. Akhirnya, ia menjadi usaha sama 50:50 antara Tabung Haji dan FGV.
Cita-citanya besar. Pada peringkat awal usaha sama ini mempunyai aspirasi membangunkan sehingga kira-kira 200 ribu hektar perladangan. Tapi, aset akhirnya dimiliki dan diuruskan sekitar 42,000 hektar di Kalimantan Utara dan Kalimantan Tengah. Apa yang berlaku selepas ini? Trurich gagal memberikan pulangan seperti yang diharapkan.
Menurut RCI, syarikat ini akhirnya berada di dalam keadaan tidak solven.
Liabilitinya berjumlah sekitar RM119.67 juta pada akhir 2017 dan RM92.78 juta pada 2018. Lebih membimbangkan terdapat pinjaman tertunggak dengan Maybank berjumlah sekitar USD179 juta dan ketika itu dianggarkan bersamaan lebih kurang RM732 juta.
Tabung Haji akhirnya terpaksa mengiktiraf rosot susut nilai sepenuh sekitar RM364.31 juta terhadap pelaburannya. Sekali lagi Batu Pahat ingin bertanya, bagaimana perkara sebesar ini boleh berlaku? Siapa yang buat due diligence? Siapa yang menilai tanah ini? Siapa yang membuat unjuran hasil ini? Siapa yang menilai risiko negara, risiko operasi dan risiko pembiayaan? Dan, apabila prestasi mula menunjukkan masalah, mengapa tindakan pembetulan tidak dibuat daripada awal?
Timbalan Yang di-Pertua, oleh itu, Batu Pahat ingin bertanya pada ketika kerugian Trurich ini berlaku, Tabung Haji dan FGV masing-masing dipengerusikan oleh tokoh yang mempunyai latar belakang politik. Saya mahu berlaku adil, RCI tidak membuktikan bahawa wujudnya konspirasi antara kedua-dua pihak. Jadi, kita boleh datang ke Dewan ini dan tidak boleh menghukum sesiapa tanpa bukti. Tetapi, ketiadaan bukti konspirasi bukan bermaksud kita tidak boleh bertanya.
Apabila dua institusi besar terlibat dengan satu pelaburan yang bersama yang akhirnya mengalami kerugian yang begitu besar, kita wajib bertanya. Apakah asas keputusan pelaburan tersebut? Siapa yang mencadangkan? Siapa yang meluluskannya? Adakah semua risiko telah dibentangkan kepada lembaga pengarah? Adakah terdapat pihak yang mendapat manfaat daripada transaksi berkaitan perolehan tanah, pembiayaan, kontrak pengurusan atau transaksi lain? Ke mana wang itu pergi? Jadi, ini persoalan yang sepatutnya dijawab oleh penyiasat forensik.
Sebab itu Timbalan Yang di-Pertua, Batu Pahat mahu kerajaan memberikan pendirian yang jelas mengenai syor RCI supaya audit forensik dilaksanakan
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
khususnya kepada Trurich. Audit forensik mesti menjawab sekurang-kurangnya perkara berikut:
Pertama, bagaimana pelaburan ini mula dicadangkan dan diluluskan?
Kedua, apakah maklumat kewangan dan risiko yang dibentangkan kepada Jawatankuasa Pelaburan dan lembaga pengarah?
Ketiga, siapakah yang melakukan penilaian aset dan tanah di Indonesia?
Keempat, bagaimana pinjaman USD179 juta boleh begitu besar? Dan apakah...
[Tidak jelas] diwujudkan terhadap pembiayaan tersebut?
Kelima, mengapa kerugian dibiarkan berlarutan sehingga Tabung Haji terpaksa membuat rosot nilai penuh RM394.31 juta?
Dan keenam, adakah terdapat kecuaian, salah nyata, konflik kepentingan, pecah amanah atau apa-apa kesalahan yang memerlukan tindakan penguatkuasaan?
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, RM364 juta bukan RM364,000. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, sekiranya ada kecuaian, salah guna kuasa, konflik kepentingan atau pelanggaran undang-undang, mereka yang bertanggungjawab mesti diambil tindakan. Tidak kira siapa, tidak kira jawatan apa, tidak kira bendera mana, kerana wang Tabung Haji bukan wang individu, ini wang pendeposit. Ada yang menyimpan RM20. Ada yang menyimpan RM50. Ada yang menyimpan RM100 sebulan semata-mata untuk mengumpul wang supaya dapat menunaikan rukun Islam yang kelima.
Sebab itu apabila kita bercakap tentang kerugian RM1.06 bilion dalam FGV, rosot nilainya hampir RM364 juta dalam Trurich dan pelbagai pelaburan bermasalah yang lain kita jangan melihat sekadar angka dalam laporan kewangan. Di belakang setiap Ringgit itu ada amanah pendeposit.
RCI telah melakukan tugasnya. Sekarang kerajaan perlu menjawab sejauh mana yang telah dilaksanakan. Audit forensik mana yang telah dimulakan. Siapa yang sedang siasat? Berapa banyak wang yang boleh diperoleh semula? Dan, sekiranya terbukti— terdapat bukti kesalahan, bila mereka bertanggungjawab akan didakwa ke muka pengadilan?
Jadi, maka Batu Pahat ingin menuntut agar PDRM, SPRM dan Jabatan Peguam Negara, segerakanlah pendakwaan ke atas setiap individu yang terlibat tanpa sebarang kompromi.
[Tepuk] Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Libaran.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya membahaskan Laporan RCI untuk mempertahankan amanah pendeposit tanpa memilih zaman, sama ada kerajaan, parti atau mana-mana pihak.
Tabung Haji bukan sekadar sebuah institusi kewangan kerana ia menyimpan harapan jutaan umat Islam untuk menyempurnakan Rukun Islam yang kelima. Skop RCI dari tahun 2014 sehingga tahun 2020 dan pertanggungjawaban mestilah dinilai merentasi keseluruhan tempoh tersebut. Kesilapan sebelum atau selepas 2018 mesti dijawab dengan ukuran yang sama.
RCI bukan laporan untuk meruntuhkan Tabung Haji, Tuan Yang di-Pertua.
RCI tidak mencadangkan Tabung Haji dibubarkan atau dipecahkan. RCI mengesyorkan struktur Tabung Haji dikekalkan dengan pembaikan tadbir urus dana dan pelaburan. RCI mengiktiraf hubungan saling menyokong antara simpanan, pelaburan dan pengurusan haji.
Sejak tahun 1963 hingga tahun 2021, Tabung Haji telah membantu lebih kurang 1.46 juta rakyat Malaysia menunaikan ibadah haji. Masalah yang berlaku tidak boleh dijadikan alasan untuk meruntuhkan keyakinan terhadap institusi ini. RCI menuntut pelaburan Tabung Haji diurus secara profesional, telus, bebas dan tanpa campur tangan.
Pelan pemulihan dan ujian pasca 2018. Tuan Yang di-Pertua, pada penghujung 2018, Tabung Haji memerlukan pemulihan segera untuk melindungi pendeposit dan operasi haji. Pelan pemulihan diluluskan pada 7 Disember 2018 dan UJSB ditubuhkan pada 14 Disember 2018. Aset bernilai pasaran sekitar RM9.7 bilion dipindahkan kepada UJSB pada nilai pertimbangan RM19.9 bilion.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Sebagai balasan, Tabung Haji menerima dua siri sukuk dengan RM300 juta tunai. Investasi itu mungkin perlu ketika krisis tetapi hasilnya tetap mesti dinilai.
Persoalannya ialah sama ada pemulihan aset dan penebusan sukuk telah dicapai seperti yang telah dirancang. UJSB diwujud untuk memulihkan aset, mengurus pelupusan dan menebus obligasi kepada Tabung Haji. Prestasi UJSB perlu dinilai melalui pemulihan aset, hasil tunai, penebusan obligasi dan risiko berbaki.
Dewan perlu menerima laporan aset yang dijual nilainya, kaedah penilaian dan hasil bersihnya. Rekod pasaran sukuk menunjukkan bahawa UJSB telah menerbit instrumen baru berjumlah RM11.513 bilion pada 29 Mei 2026 dengan tempoh matang sehingga 29 Mei 2036. Penerbitan ini menuntut penjelasan sama
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
ada sukuk lama ditebus secara tunai atau dibiayai semula. Kerajaan perlu menjelaskan kesannya kepada Tabung Haji, UJSB, fiskal dan sukuk siri kedua pada 2029.
Akauntabiliti selepas RCI. Tuan Yang di-Pertua, saya membangkitkan isu tadbir urus apabila seorang Pesuruhjaya RCI kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji. Pelantikan itu tidak dengan sendirinya membuktikan sebarang salah laku. Kerajaan wajib memastikan semakan bebas agar institusi tidak dilihat menyemak dirinya sendiri.
Dewan perlu menerima senarai kepimpinan UJSB, asas pelantikan, KPI dan pertanggungjawabkan mereka. Kerajaan perlu membentang penyata kewangan beraudit UJSB dari 2018 hingga tahun terkini. Penyata itu mesti memperincikan untung rugi, aliran tunai, bonus, sukuk, sokongan kerajaan dan pemulihan aset.
RCI susulan bagi menilai tempoh semasa. Tuan Yang di-Pertua, RCI asal berakhir pada 2020 tidak merangkumi pelaksanaan pelan pemulihan yang sedia berjalan. RCI susulan mesti menilai pelan pemulihan daripada 2018 hingga tempoh terkini yang boleh diaudit. Siasatan itu perlu meneliti pemindahan aset, prestasi UJSB, sokongan kerajaan dan aset yang diperoleh semula.
Siasatan itu mesti menentukan sama ada keputusan fiskal 2018 benar-benar menjaga kepentingan pendeposit. Audit forensik bebas terhadap pelaburan bermasalah perlu dilaporkan kepada Parlimen. Kemajuan pelaksanaan syor RCI perlu dibentang berkala kepada Dewan. Tujuannya ialah mengelakkan kesilapan lama berulang dalam bentuk yang baru.
Pendeposit, hibah dan kos haji. Tuan Yang di-Pertua, ukuran pemulihan ialah perlindungan simpanan pendeposit dan mutu perkhidmatan Tabung Haji. Kerajaan dan Tabung Haji perlu menjelaskan kesan pelan ini terhadap hibah, rizab dan kecairan. Dasar penetapan hibah perlu jelas kepada pendeposit setiap tahun. Sabah dan Sarawak tidak boleh menanggung beban tambahan kerana kos perjalanan dan logistik yang lebih tinggi.
Dewan mesti membezakan kos penuh haji daripada bayaran jemaah, bantuan kewangan haji atau hafiz telah diperkenalkan sejak tahun 2001 dan dibiayai daripada keuntungan pelaburan Tabung Haji bagi menampung sebahagian kos haji muassasah.
Dari tahun 2014 hingga tahun 2019, bayaran bagi setiap jemaah muassasah dikekalkan pada RM9,980 walaupun kos haji meningkat saban tahun. Pada tahun 2018, kos penuh haji ialah RM22,450 sedangkan jemaah membayar RM9,980 dan
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
baki RM12,470 ataupun 56 peratus ditanggung melalui bantuan Tabung Haji. Jumlah hafiz meningkat daripada RM106 juta pada tahun 2014 kepada RM300 juta pada tahun 2019 yang menunjukkan bahawa sebahagian kenaikan kos ketika itu diserap oleh Tabung Haji.
Pada tahun 2026, kos penuh haji ialah RM33,300 dengan bayaran RM15,000 bagi B40 dan RM23,500 bagi M40 dan RM33,300 bagi T20. Perbandingan ini menunjukkan bahawa dasar bantuan haji dahulu menggunakan sebahagian pulangan pelaburan untuk meringankan beban jemaah dan bukan kerana kos sebenar haji tidak meningkat.
Membetulkan naratif bagi mengelirukan. Tuan Yang di-Pertua, seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri angka media mesti dibaca mengikut definisi, tarikh dan kaedah penilaian yang tepat. Jurang aset, rosot nilai, kerugian pasaran dan penebusan sukuk ialah ukuran yang membezakan. Angka daripada tahun dan ukuran berbeza tidak wajar dijumlahkan sebagai satu defisit. RM13.2 bilion perlu dijelaskan sebagai obligasi penebusan sukuk bukan terus dilabelkan defisit 2025. Dakwaan kerugian akibat propaganda mesti disokong audit, aliran tunai dan rekod transaksi.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup, saya tidak mempertahankan mana- mana pihak tanpa proses yang adil. Saya mempertahankan hak pendeposit supaya ke setiap simpanan diurus dengan amanah dan telus. Semua tempoh 2014 hingga 2020 mesti dinilai secara adil. Pelan pemulihan pasca 2018 sehingga 2025 mesti diperiksa secara bebas hingga tarikh semasa. Tabung Haji mesti diperkukuh melalui kebenaran akauntabiliti dan tindakan yang nyata. Sekian, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Libaran. Dipersilakan Yang Berhormat Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terlebih dahulu Betong mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji. Betong bangkit atas kapasiti sebagai seorang pembuat dasar dan pembayar cukai untuk melihat isu ini dari lensa tadbir urus korporat, tanggungjawab fiskal dan juga keluhuran undang-undang.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Betong melihat Tabung Haji bukan sahaja sebagai sebuah institusi penting kepada umat Islam tetapi juga sebagai sebuah institusi awam yang mengurus amanah dan juga simpanan rakyat. Sebab itu, pada pandangan saya perbahasan ini tidak seharusnya hanya tertumpu kepada soal siapa yang bersalah atau siapa yang perlu dipersalahkan.
RCI telah menjalankan tanggungjawab dengan meneliti segala fakta, mengenal pasti kelemahan dan juga mengemukakan syor-syor seperti yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Maka, tanggungjawab kita pula ialah untuk mengambil pengajaran dan memastikan kelemahan yang dikenal pasti tidak berulang.
Dato’ Yang di-Pertua, persoalan yang lebih besar ialah mengapa sistem yang sedia ada tidak dapat mengesan dan mencegah masalah tersebut lebih awal? Dato’ Yang di-Pertua, pertama Betong ingin menyentuh soal akauntabiliti dalam kita membuat keputusan. Laporan RCI telah dibentangkan membangkitkan perkara berkaitan penilaian rosot nilai, penilaian aset dan perimeter risiko yang mempunyai kesan kepada kedudukan kewangan Tabung Haji.
Betong tidak ingin mengulas semula siapa yang betul atau salah kerana perkara tersebut telah diteliti oleh RCI. Namun, kita perlu bertanya bagaimana keputusan yang mempunyai implikasi kewangan yang besar boleh melalui beberapa peringkat semakan tetapi apabila berlaku masalah sukar untuk menentukan dengan jelas siapa yang bertanggungjawab. Keputusan dalam sesebuah institusi biasanya melibatkan pengurusan, jawatankuasa, pegawai profesional dan juga lembaga pengarah.
Oleh itu, kita perlu memastikan wujud jejak akauntabiliti yang jelas. Bagi keputusan strategiknya mempunyai kesan besar kepada kewangan institusi, ia nya perlu direkodkan siapa yang mencadangkan? Apakah asas pertimbangannya?
Apakah risiko yang dikenal pasti? Adakah terdapat pandangan yang berbeza dan siapa yang akhirnya meluluskan keputusan tersebut?
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Betong juga ingin bertanya kepada kerajaan, sama ada penilaian bebas boleh diwajibkan bagi keputusan yang melibatkan perubahan dasar perakaunan ataupun penilaian risiko yang mempunyai kesan kewangan yang besar. Ini penting, bukan sahaja untuk Tabung Haji tetapi juga untuk badan-badan berkanun, GLIC dan institusi lain yang menguruskan wang rakyat.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Dato’ Yang di-Pertua, kedua, Betong ingin menyentuh mengenai implikasi kepada kewangan negara. Dalam proses penstrukturan semula Tabung Haji, terdapat pemindahan aset kepada SPV melalui Urusharta Jamaah serta penerbitan non-tradable sukuk. Betong tidak mempertikaikan keperluan tindakan tersebut pada ketika itu, tetapi apabila sesuatu penyelesaian akhirnya melibatkan kapasiti fiskal kerajaan, perkara tersebut menjadi kepentingan awam dan wajar mempunyai tahap ketelusan yang sewajarnya. Kita juga perlu mengelakkan keadaan yang dikenali sebagai moral hazard, iaitu apabila sesebuah institusi mengambil risiko kerana beranggapan kerajaan akhirnya akan membantu menanggung kerugian.
Justeru, Betong mencadangkan bahawa jika pada masa hadapan, berlaku penstrukturan besar yang melibatkan jaminan kerajaan, suntikan modal SPV ataupun instrumen kewangan yang mempunyai implikasi besar kepada kewangan negara, kerajaan wajar membentangkan seperti kertas putih kepada Parlimen.
Kertas tersebut boleh menjelaskan rasional keputusan risiko kewangan dan perancangan untuk mengurangkan pendedahan kerajaan. Ini bukan untuk menyukarkan kerajaan bertindak ketika krisis tetapi untuk memastikan tindakan tersebut kekal telus dan bertanggungjawab. Itu yang kedua.
Ketiga, Betong melihat satu lagi pengajaran penting iaitu soal semak dan imbang. Tabung Haji mempunyai lembaga pengarah, jawatankuasa audit, jawatankuasa risiko, audit dalaman dan pelbagai prosedur SOP dan sebagainya.
Jadi persoalannya ialah, bukan sama ada kita mempunyai jawatankuasa yang mencukupi, soalannya ialah adakah jawatankuasa tersebut benar-benar bebas untuk mencabar sesuatu keputusan?
Pada pandangan Betong, pihak yang mencadangkan sesuatu keputusan tidak seharusnya menjadi pihak yang menilai risiko keputusan itu secara bersendirian. Jawatankuasa risiko perlu bebas memberikan pandangan.
Jawatankuasa audit perlu menjalankan semakan yang berkesan dan lembaga pengarah perlu berani bertanya, mencabar dan meminta penjelasan sebelum sesuatu keputusan besar dibuat.
Dalam masa yang sama, tanggungjawab fidusiari lembaga pengarah perlu diperkukuhkan. Menjadi ahli lembaga pengarah bukan sekadar hadir mesyuarat dan meluluskan kertas, mereka mempunyai amanah untuk memastikan kepentingan institusi dan pendeposit sentiasa menjadi keutamaan. Jika terdapat keraguan, mereka mesti berani meminta penjelasan dan jika perlu, menangguhkan keputusan sehingga maklumat yang mencukupi diperolehi.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Dato' Yang di-Pertua, yang keempat, Betong berharap pengajaran daripada RCI ini tidak terhad kepada Tabung Haji sahaja. Kerajaan boleh mempertimbangkan status standard tadbir urus minimum untuk semua institusi awam yang mengurus dana rakyat. Antaranya ialah semakan bebas bagi keputusan kewangan yang besar, penilaian berkala terhadap lembaga pengarah, pengurusan konflik kepentingan dan governance review secara berkala.
Tujuannya bukan untuk kita menambah birokrasi, tujuannya ialah supaya kita mempunyai sistem amaran awal. Lebih baik kita mengenal pasti kelemahan ketika ia masih kecil daripada kita menunggu sehingga ia menjadi masalah besar dan akhirnya memerlukan campur tangan kerajaan.
Dato' Yang di-Pertua, akhir sekali Betong ingin menyentuh soal keyakinan rakyat. Bagi saya, keyakinan tidak boleh dibina hanya melalui kenyataan ataupun penerangan. Keyakinan lahir apabila rakyat melihat bahawa wang dan amanah mereka diurus dengan baik. keputusan dibuat secara telus dan mereka yang diberikan tanggungjawab benar-benar dipertanggungjawabkan.
Kita juga perlu berhati-hati apabila menilai perubahan dalam pengeluaran simpanan rakyat. Ia tidak semestinya berpunca daripada kehilangan keyakinan terhadap sesuatu institusi, faktor seperti kos sara hidup, keadaan ekonomi dan juga keperluan tunai yang memainkan peranan. Namun, cara terbaik untuk kita mengekalkan keyakinan rakyat tetap sama. Pastikan tadbir urus kukuh, pengurusan yang berhemah dan akauntabiliti yang jelas.
Dato' Yang di-Pertua, Betong ingin mengakhiri perbahasan dengan satu harapan. Semoga RCI Tabung Haji tidak berakhir hanya dengan mencari kesalahan masa lalu, sebaliknya biarlah ia menjadi titik permulaan kepada sistem tadbir urus yang lebih baik bukan sahaja untuk Tabung Haji tetapi untuk semua institusi yang menguruskan amanah rakyat kerana pada akhirnya, amanah rakyat tidak mengenal kaum dan agama. Apa juga institusi yang menguruskan wang rakyat mesti diurus dengan integriti, ketelusan dan penuh tanggungjawab.
Kita mungkin berbeza agama ataupun latar belakang tetapi kita mempunyai tanggungjawab, kita mempunyai matlamat yang sama sebagai wakil rakyat untuk memastikan setiap amanah rakyat itu perlu dilindungi, perlu diuruskan sebaik- baiknya. Itulah pengajaran paling penting yang Betong harapkan daripada Laporan RCI Tabung Haji. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang dipersilakan Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Salam Malaysia MADANI, terima kasih Dato' Speaker. Saya ucapkan tahniah kepada Betong walaupun beliau bukan seorang Islam tetapi telah membahaskan satu ucapan yang sangat baik berdasarkan kepada amanah dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat tidak seperti rakan-rakan kita yang berada di sebelah sana, kosong. Pembangkang terus tak ada.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Saya ada.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Belum habis lagi Putrajaya, jangan bimbang. Tidak seperti PAS dan WAWASAN. Tabik kepada rakan saya, Putrajaya daripada BERSATU. Presidennya pun berucap iaitu Pagoh, begitu juga dengan MUDA daripada Muar. Jadi, apa yang Sri Gading ingin nyatakan di sini bahawa perbahasan ini bukan kita membongkar kelemahan semalam untuk meruntuhkan Tabung Haji pada hari ini. Kita membongkarnya untuk kelemahan yang sama tidak akan diwarisi kepada generasi pendeposit akan datang. Itu asas perbahasan kita pada petang ini.
Sri Gading memulakan perbahasan dengan merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI kerana mendedahkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji kepada umum dan membawanya ke Dewan yang mulia ini untuk dibahaskan secara terbuka.
Walaupun PM tidak dapat hadir kerana kesihatan, laporan ini dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong pada 30 Ogos 2022, dan tersimpan hampir empat tahun di atas Akta Rahsia Rasmi. Tidak semua kerajaan sanggup membuka luka institusinya sendiri di hadapan rakyat. Sri Gading merakamkan penghargaan atas keberanian ini. Izinkan Sri Gading berkongsi serangkap pantun.
Dari Parit Raja ke Batu Pahat, Singgah sebentar membeli ikan; Amanah umat wajib dijaga ketat, duit haji umat wajib dijaga ketat, Duit rakyat pantang digadaikan. Operasi penyelamat yang difitnah selama lapan tahun. Tuan Yang di-Pertua, apabila kerajaan bertukar pada Mei 2018, pentadbiran baru mewarisi sebuah institusi yang sihat di atas kertas tetapi sedang nazak. Ketua Audit Negara mengeluarkan
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
penegasan perkara pada 16 Julai 2018, dan kajian PwC mendapati jurang defisit antara aset dan liabiliti sudah wujud sejak 2014. Sekiranya piawaian perakaunan dipatuhi, Tabung Haji sepatutnya merekodkan kerugian bersih RM1.4 bilion pada tahun 2017, bukan keuntungan RM3.4 bilion yang diumumkan perenggan tiga, 13/11.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama ketika itu, Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa memikul tanggungjawab memulakan dan melaksanakan penstrukturan semula itu. Jemaah Menteri meluluskan pelan pemulihan dan penstrukturan pada 7 Disember 2018. Kesannya, kadar agihan keuntungan jatuh daripada 6.25 peratus kepada 1.25 peratus. Sebuah kerajaan yang mengejar undi tidak akan sekali-kali berbuat demikian.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Dr. Mujahid memilih jujur berbanding popular dan menerima bayaran harga yang mahal. Harga itu adalah fitnah. Selama lapan tahun Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Mujahid dituduh menggadaikan aset umat Islam kepada bukan Islam. Tuduhan itu dibawa ke ceramah, ke media sosial, malah ke dalam kempen pilihan raya sehingga hari ini.
Laporan yang ada di tangan kita menutup pintu fitnah itu. Aset berkenaan dipindahkan kepada Urusharta Jamaah, syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan pada nilai RM19.9 bilion, sedangkan harga pasarannya hanya RM9.7 bilion. Perenggan 3,13,28, Suruhanjaya menilai empat pilihan, menolak tiga daripadanya dan merumuskan pelan 2018 itu sebagai solusi penting bagi menyelesaikan krisis kewangan Tabung Haji, perenggan 3, 13, 19 dan 3, 13, 70.
Enam Pesuruhjaya yang menandatangani rumusan itu bukan ahli politik, diketuai seorang bekas hakim negara. Sri Gading sedar ada yang akan berkata, Sri Gading sekadar membela orang parti sendiri. Maka biarlah laporan itu yang bercakap, bukan Sri Gading dan izinkan Sri Gading menambah satu perkara peribadi. Pada tahun 2018, Sri Gading memegang portfolio hal ehwal agama Islam dalam Kerajaan Negeri Johor. Sri Gading faham betapa beratnya menjaga amanah institusi agama umat Islam dan betapa mudahnya amanah itu dijadikan bahan politik oleh mereka yang tidak pernah memikulnya.
Perkara dua, ini bukan kecuaian, ini pengkhianatan amanah. Tuan Yang di- Pertua, Dato' Yang di-Pertua, Tabung Haji bukan badan berkanun biasa, ia memegang wang yang dikumpulkan seringgit demi seringgit oleh mak cik di pasar tani dan pak cik pemandu teksi semata-mata untuk menyempurnakan Rukun Islam
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
kelima. Ramai yang menyimpan 20 tahun lamanya dan meninggal dunia sebelum sempat dipanggil ke Tanah Suci.
Inilah Suruhanjaya telah temui terhadap wang itu. Pertama, simpanan pendeposit dikelaskan sebagai ekuiti iaitu modal Tabung Haji sendiri, sedangkan ia sepatutnya liabiliti. Amalan ini berjalan sejak 2010 dan Suruhanjaya menyifatkannya satu representasi salah, perenggan 3, 11, 12.
Polisi susut nilai diubah dua kali dalam tahun 2017 sahaja, daripada 70 peratus kepada 85 peratus dan seterusnya kepada 90 peratus. Kerugian yang direkodkan tinggal RM1 juta, sedangkan pada ambang asal, angka kerugian RM1.31 bilion, perenggan 3, 13, 8, 3, 13, 9.
Ketiga, suruhanjaya menulis dengan jelas bahawa pengurusan Tabung Haji memilih untuk menjadi kreatif dalam amalan perakaunan bagi membolehkan pembayaran keuntungan yang tinggi. Perenggan 3, 9, 27. Atas kiraan itu, RM12.65 bilion diagihkan sebagai hibah antara 2014 hingga 2017 dalam tempoh liabiliti sudah melebihi aset. Perenggan 3, 11, 2 dan 3, 11, 7.
Dalam tempoh sama, RM220.7 juta dibayar sebagai bonus kakitangan. Pada 2014, kadarnya mencecah 13 bulan gaji sedangkan siling perbendaharaan ialah dua bulan. Suruhanjaya menyifatkannya tidak wajar. Perenggan 3, 12, 9 dan 3, 12, 11, di peringkat anak syarikat, bonus RM2.19 juta kepada Lembaga Pengarah, TH Properties didapati melanggar Seksyen 230, Akta Syarikat 2016, perenggan 3, 12, 28.
Yang paling berat, Suruhanjaya menyatakan wujudnya transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat sehingga 14 pelaburan. Disyorkan diaudit secara forensik, perenggan 3, 14, 1 dan 4, 4, 10. Di mana kalau kita lihat panel pelaburan bukan diwujudkan untuk bersetuju dengan pengurusan. Panel itu diwujudkan untuk mencabar pengurusan sebelum wang pendeposit dipertaruhkan.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan Sri Gading menyebut satu hakikat yang pahit.
Setiap orang yang duduk di kerusi Lembaga itu orang kita. Setiap orang yang meluluskan bonus yang berlebihan itu orang kita, setiap orang yang menandatangani akaun kreatif itu orang kita dan 9 juta pendeposit yang haknya tergadai, yang menyimpan semata-mata untuk menyahut seruan haji juga orang kita.
Kita sering diberitahu ada tangan luar yang mahu menggugat kedudukan umat Islam di negara ini. Laporan ini memberitahu kita sesuatu yang jauh lebih menyakitkan, yang menggugat peluang haji umat Islam pada tahun-tahun itu bukan tangan-tangan luar dan tiada kambing hitam yang boleh dicari di sini.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Firman Allah dalam Surah An-Nisa’, ayat 58 menyuruh kita menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya. Wang itu amanah dan amanah itu dikhianati oleh mereka yang paling lantang bercakap tentang amanah. Pengajaran pilih record, bukan retorik.
Tuan Yang di-Pertua, Suruhanjaya mendapati proses kelulusan bonus melalui tiga peringkat iaitu Lembaga, Menteri Hal Ehwal Agama dan Kementerian Kewangan. Namun, Menteri dan Kementerian Kewangan lazimnya hanya menerima sahaja cadangan yang dikemukakan pengurusan, perenggan 3, 12, 9. Tiga lapis kawalan yang wujud di atas kertas tetapi kosong dalam amalan.
Inilah pengajaran yang Sri Gading mahu sampaikan kepada rakyat. Sistem semak dan imbang tidak boleh bergantung kepada penampilan pemimpin. Serban tidak menyemak akaun, slogan tidak mengaudit penyata kewangan. Laungan agama dan bangsa tidak pernah sekali pun menghalang seseorang daripada mengkhianati amanah orang miskin. Yang menghalang hanyalah integriti peribadi pemimpin yang dipilih. Institusi yang bebas dan bertaring serta rakyat yang celik dan berani bertanya soal susah dan senang.
Sri Gading menyeru rakyat, khususnya masyarakat Melayu Islam yang menyimpan di Tabung Haji supaya menjadikan laporan ini pedoman. Apabila tiba masanya memilih, tanyalah bukan apa yang dilaungkan tetapi apa yang telah dilakukan oleh pemimpin kepada anda.
Perkara empat, tuntutan Sri Gading kepada kerajaan. Dato' Yang di-Pertua, mendedahkan laporan adalah langkah pertama, melaksanakan syornya adalah ujian sebenar. Sri Gading menuntut yang pertama, nyatakan berapa sen daripada bonus RM2.19 juta itu telah dituntut semula sejak syor perenggan 4, 4, 9 dibuat empat tahun lalu dan sama ada pelanggaran Seksyen 230, Akta Syarikat 2016 dirujuk kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Kedua, nyatakan status audit forensik ke atas 14 pelaburan bermasalah dan sama ada penemuan transaksi mencurigakan itu dirujuk kepada SPRM dan PDRM, perenggan 4, 4, 10.
Ketiga, bawa pindaan Akta 535 ke Dewan ini termasuk larangan ahli politik aktif dilantik sebagai pengerusi atau anggota Lembaga dan mengkanunkan Jawatankuasa Penasihat Syariah supaya keputusannya mengikut Lembaga.
Perenggan 4, 4, 1 dan 3, 5, 2.
Keempat, tunaikan komitmen RM1.73 bilion setahun bagi penebusan awal sukuk Urusharta Jamaah memandangkan peruntukan RM1.5 bilion dalam
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Belanjawan 2021 tidak sampai. Perenggan 3, 13, 48 dan perenggan 4, 4, 18.
Bentangkan kad laporan pelaksanaan kesemua syor Suruhanjaya kepada Dewan ini setiap tahun supaya laporan ini tidak berakhir sebagai dokumen yang dibahaskan sehari, lalu dilupakan.
Dato' Yang di-Pertua, Tabung Haji ditubuhkan pada 1963 sebagai idea yang begitu asli sehingga ditiru negara lain. Ia bukti umat Islam Malaysia mampu membina institusi kewangannya sendiri yang bersih dan berdaya tahan. Institusi itu hampir kita hilangkan, bukan kerana serangan daripada luar tetapi kerana kelalaian dan ketamakan dari dalam.
Kepada 9 juta pendeposit di luar sana, Sri Gading menegaskan wang tuan puan hari ini selamat dan dijamin. Yang kita bahaskan ialah kesilapan masa lalu supaya ia tidak berulang kepada anak cucu kita. Amanah yang dikhianati mesti dipulihkan dan pemulihan itu bermula dengan keberanian yang berani dibacakan di dalam Dewan ini.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Akhir sekali cadangan kepada kerajaan. Malaysia perlu mewujudkan satu pengawal selia tunggal bagi institusi kewangan bukan bank (NBFI) yang terbesar meletakkan KWSP, PNB, KWAP, LTAT dan TH di bawah satu payung penyelia yang sama kerana Malaysia tidak mempunyai satu pihak berkuasa tunggal yang bertanggungjawab terhadap penyeliaan berhemah, penilaian risiko sistemik dan pengawasan tadbir urus bagi sektor kewangan bukan bank.
Institusi-institusi ini sangat penting pada sistem kewangan negara kerana keputusan pelaburan mereka mempengaruhi pasaran modal, pembiayaan kerajaan, keselamatan persaraan dan daya tahan ekonomi negara. Berbeza sektor perbankan yang dikawal selianya dipusatkan di bawah Bank Negara Malaysia. Sekian, terima kasih Dato’ Sri Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Dipersilakan Yang Berhormat Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya teliti Laporan RCI Tabung Haji secara menyeluruh dan objektif untuk melihat apakah sebenarnya yang telah berlaku pada Tabung Haji.
Kita letakkan politik ke tepi, ini bukan soal politik, ini bukan soal mengenakan mana-mana individu ataupun mana-mana parti politik. Ini soal tadbir urus sebuah
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
institusi yang amat penting kepada negara khususnya umat Islam. Sekarang ini ada seramai hampir 10 juta orang pendeposit dengan jumlah deposit sebanyak RM93.4 bilion.
Kegagalan Tabung Haji bukan sahaja akan memberi kesan kepada pendeposit tetapi juga kepada negara juga secara keseluruhannya. Sebab itu, apabila Yang Berhormat Kota Bharu menyatakan pembangkang akan walk out dan tidak akan membahaskan Laporan RCI Tabung Haji, kami Ahli-ahli Parlimen BERSATU kekal berada di dalam Dewan*.
[Tepuk]* Katakanlah apa kepada kami tetapi apabila memperjuangkan isu rakyat, isu umat Islam, BERSATU tidak pernah beretorik.
Perbahasan ini direkodkan di dalam Hansard Parlimen dan akan ditatapi oleh anak cucu kita bahawa kita di sini telah usahakan yang terbaik untuk mempertahankan dan mengukuhkan Tabung Haji.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai seorang bekas pensyarah perakaunan dan audit, cerita-cerita dalam Laporan RCI ini mengingatkan saya kepada kajian-kajian kes yang digunakan dalam pengajaran dengan izin, berkaitan creative accounting dan fraudulent financial reporting. Ia juga menyentuh terma yang selalu kami sebut iaitu agensi teori atau dalam kata mudahnya apabila wang pelabur dijaga oleh orang lain yang membuat keputusan tentang bagaimana wang tersebut harus digunakan.
Apa yang diceritakan dalam Laporan RCI ini adalah sindrom memegang dan melabur duit orang lain tanpa ada rasa kebertanggungjawaban dan akauntabiliti yang jelas. Bagi mereka bukan duit kita, kalau rugi pun tidak mengapa. Bagi mereka kalau kita ambil sebahagian pun belum tentu dapat dikesan. Tentang siapa mereka itu kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasatnya.
Tuan Yang di-Pertua, jika kita teliti Laporan RCI ini jalan ceritanya tidak jauh berbeza berbanding dengan cerita yang kita pernah dengar sebelum ini dalam kes berkaitan agensi atau syarikat berkaitan kerajaan seperti FELDA, Kumpulan Wang Persaraan ataupun KWAP, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), 1MDB dan SRC International.
Apakah pengajaran yang kita ambil daripada kes penyelewengan dan kerosakan yang pernah berlaku? Apakah terdapat langkah yang telah diambil untuk mengukuhkan tadbir urus tabung simpanan rakyat, agensi kerajaan dan syarikat milik kerajaan selepas skandal kewangan seperti 1MDB, SCR International dan FELDA berlaku?
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Sehingga ke hari ini belum ada satu langkah menyeluruh dibuat dalam menangani kelemahan tadbir urus institusi-institusi tersebut. Mari kita tengok tindakan yang diambil oleh Kerajaan Amerika Syarikat selepas terbongkar kes penyelewengan melibatkan Enron, melibatkan WorldCom dan beberapa syarikat lain pada sekitar tahun 2001 dan 2002. Kerajaan Amerika Syarikat pada ketika itu mengambil tindakan untuk mewujudkan kerangka kawal selia korporat yang mengukuhkan tadbir urus korporat melalui Sarbanes–Oxley Act pada tahun 2002.
Mengambil semangat daripada akta ini Kerajaan Australia memperkenalkan CLERP 9 atau Corporate Law Economic Refund Program (Audit Reform and Corporate Disclosure) Act 2004. Bermula daripada sinilah banyak negara di dunia termasuk Malaysia telah membuat penambahbaikan kepada tadbir urus korporat mereka. Itulah cara bagaimana negara maju dengan sistem modal yang menyeluruh memperkasakan undang-undang selepas mendapati terdapat kelemahan dalam sistem tadbir urus sedia ada. Itu berlaku lebih dua puluh tahun yang lalu.
Tuan Yang di-Pertua, RCI berkaitan Tabung Haji ini seharusnya menjadi titik tolak untuk kita memperkasakan kerangka kawal selia institusi yang menerima wang deposit daripada rakyat ataupun mengurus dana rakyat. Bukan sahaja Tabung Haji tetapi juga institusi lain seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad
(PNB).
Pada masa ini kita tidak mempunyai satu kerangka kawal selia yang jelas dan menyeluruh untuk institusi kewangan bukan bank atau non-bank financial institution.
Sebaliknya setiap institusi mempunyai akta masing-masing dan berada di bawah seliaan institusi dan kementerian berbeza. Sebagai contoh, Tabung Haji diselia oleh Jabatan Perdana Menteri, LTAT diselia oleh Kementerian Pertahanan, KWSP dan KWAP diselia oleh Kementerian Kewangan, PTPTN di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan PNB pula diletak di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputera yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
Kita perlu ingat kegagalan mana-mana institusi ini bukan sahaja bakal memberi kesan kepada pendeposit tetapi kepada kerajaan dan negara. Kerajaan perlu menanggung sukuk berjumlah 27.8 bilion untuk menyelamatkan institusi Tabung Haji. Selain itu, mengambil kira sebahagian besar daripada pelaburan ini adalah pelaburan domestik, sebarang penyelewengan, sebarang kegagalan yang
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
berlaku kepada mana-mana institusi ini akan memberi kesan besar kepada ekonomi negara.
Belajar daripada institusi Tabung Haji, kita lihat bagaimana negara-negara lain belajar dari kes kegagalan korporat maka saya mencadangkan kerajaan wujudkan satu kerangka kawal selia menyeluruh yang bukan sahaja melibatkan Tabung Haji tetapi institusi berkaitan yang disebutkan tadi termasuklah LTAT, KWSP, KWAP, PNB dan Tabungan PTPTN. Kerajaan perlu wujudkan sebuah agensi kawal selia prudential khusus untuk mengawal selia institusi yang disebutkan tadi.
Cadangan RCI supaya pengurusan dana Tabung Haji di selia oleh Suruhanjaya Sekuriti tidak mencukupi, perlu pendekatan yang lebih menyeluruh. Apa yang akan berlaku selepas ini, katakanlah selepas kerosakan berlaku kepada Tabung Haji kemudian berlaku kepada LTAT, kemudian berlaku kepada KWAP.
Adakah untuk setiap kerosakan ini kita akan buat satu RCI yang baharu? Sebab itu adalah penting untuk kerajaan mengambil satu langkah yang menyeluruh dan sebagai seorang yang lama duduk di Australia, kerajaan mungkin boleh mempertimbangkan model agensi yang diwujudkan di Australia iaitu Australian Prudential Regulation Authority atau APRA sebagai badan kawal selia untuk kesemua institusi yang terlibat.
Tuan Yang di-Pertua, dalam saya menyediakan ucapan ini saya terbaca pandangan yang diberikan oleh mantan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Muhammad bin Ibrahim dalam satu artikel daripada The Malaysian Reserve bertajuk From Tabung Haji to EPF: The Case for Stronger Supervision. Pandangan yang diberikan Adalah selari dengan apa yang saya nyatakan tadi. Menurut Tan Sri Muhammad Ibrahim sebuah super-regulatory body untuk mengawal selia institusi yang terlibat perlu ditubuhkan.
Oleh itu, saya cadangkan kerajaan duduk bersama Tan Sri Muhammad Ibrahim dan pakar-pakar kawal selia yang lain untuk membincangkan tentang super- regulatory body ini...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Ini merupakan satu ruang untuk kita sama-sama ambil bagi menyusun kawal selia institusi di negara ini, bukan sahaja Tabung Haji tetapi kesemua institusi yang terlibat.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Boleh, Putrajaya?
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Sekejap.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Okey. Kekanda ku Putrajaya, saya mendengar cadangan tersebut dan saya merasakan bahawa ia satu yang kita boleh usahakan bersama. Sudikah Ahli-ahli Parlimen daripada BERSATU untuk bersama- sama dengan pihak kerajaan untuk kita usahakan apa cadangan yang dibuat oleh kekanda Putrajaya ini? Terima kasih.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Terima kasih Yang Berhormat Bangi.
Saya sebutkan tadi, ini bukan soal politik, ini soal masa depan negara. Ini soal anak cucu kita. Apa yang baik untuk negara, kami sedia untuk pastikan bahawa dalam Parlimen ini direkodkan. Kami Ahli-ahli Parlimen BERSATU bersetuju untuk memastikan bahawa masa depan generasi kita terus dilindungi, khususnya institusi- institusi yang terlibat tadi.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Putrajaya, Puncak Borneo minta sikit. Saya amat tertarik dengan cadangan untuk menubuhkan prudential agency atau pun badan kawal selia ini sebab saya juga khuatir sebagai pencarum KWSP, mungkin KWSP juga boleh menjadi mangsa dan semua tabung- tabung yang lain boleh juga menjadi mangsa.
Jadi, saya ingin menyatakan sokongan penuh saya kepada hasrat dan juga cadangan bernas ini dan saya mengharapkan kerajaan dapat mengambil pandangan yang serius terhadap saranan Putrajaya tadi. Sebab saya merasakan perkara ini perlu dilaksanakan. Sebab ia adalah yang terbaik untuk kita mengawal selia semua agensi-agensi kerajaan atau pun badan berkanun yang mengutip wang rakyat supaya mereka boleh menjadi lebih berhemah dan berintegriti. Apa pandangan Putrajaya?
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Terima kasih Puncak Borneo. Itulah saya sebutkan tadi kita boleh duduk bawa bersama kepada jawatankuasa pilihan di Parlimen sebagai contoh atau pun kementerian yang berkaitan perlu memulakan.
Kita letak tepi isu politik, kita bina. Sebab itu saya sebut tadi di Amerika Syarikat, bagaimana kes Enron dan WorldCom ini merubah seluruhnya konteks urus tadbir korporat di Amerika Syarikat dan di Australia.
Mereka mengambil perkara ini secara serius. Ini bukan perkara yang boleh main-main dan kita di Malaysia harus mengambil peluang ini bahawa kita perlukan satu badan kawal selia yang boleh melihat dan mengawal selia semua institusi yang saya sebutkan tadi.
Tuan Yang di-Pertua, saya mendengar pelbagai hujah teknikal berkaitan isu penilaian aset yang dibuat oleh pihak Tabung Haji melibatkan dua konsep utama
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
iaitu Realisable Asset Value dan impairment atau rosot nilai. Izinkan saya mudahkan ceritanya. Antara syarat untuk Tabung Haji membayar dividen kepada penyimpan adalah aset Tabung Haji mesti melebihi liabilitinya. Liabiliti utama Tabung Haji adalah wang yang disimpan oleh pendeposit. Wang ini direkod secara jelas dalam akaun simpanan setiap pendeposit. Jadi sukar untuk sesiapa mengubah nilai simpanan ini.
Oleh itu, sekiranya nilai aset kurang daripada liabiliti dan nilai liabiliti tidak boleh diubah, maka jika hendak tunjukkan bahawa aset melebihi liabiliti, nilai aset perlu dinaikkan lebih tinggi. Bagaimana nak naikkan nilai aset? Dalam cerita Tabung Haji ini, pengurusan telah menggunakan Realisable Asset Value atau RAV untuk menilai aset yang harganya telah naik berbanding dengan nilai dalam penyata kewangan.
Menurut suruhanjaya, pengiraan RAV ini adalah anggaran yang dibuat oleh pengurusan LTH, bukannya menggunakan harga pasaran bagi saham tersenarai dan penilaian bebas bagi menilai hartanah. Jadi penggunaan RAV adalah supaya nilai aset yang harga pasarannya nampak naik dinaikkan mengikut cita rasa pihak pengurusan.
Bagaimana pula dengan aset yang nilai pasarannya telah jatuh ke tahap yang amat rendah? Sepatutnya aset ini telah dirosot nilai tetapi kalau dirosot nilai, nilai keseluruhan aset akan jatuh dan dividen tidak boleh dibayar. Maka untuk mengelakkan keseluruhan nilai aset jatuh, pihak pengurusan Tabung Haji telah membuat keputusan untuk membuat rosot nilai yang paling minimum.
Mengikut suruhanjaya, rosot nilai hanya dibuat apabila nilai pasaran jatuh sebanyak 70 peratus daripada kos pelaburan asal. Ini kemudiannya diubah kepada 85 peratus dan seterusnya 90 peratus dalam tempoh satu hari bagi tahun kewangan 2017.
Mengapa begitu bersungguh-sungguh menukar threshold rosot nilai dua kali dalam tempoh satu hari? Tidak lain tidak bukan tujuannya supaya nilai aset yang harga pasarannya telah banyak jatuh tidak diturunkan nilainya.
Soalan saya kepada kerajaan, adakah tindakan ini dikira sebagai creative accounting? Dalam laporan suruhanjaya disebut sebagai creative accounting ataupun ia fraudulent financial reporting. Mohon penjelasan kerajaan. Perkara ini amat berbeza dan tindakan ke atas pelaku adalah amat-amat berbeza.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang 14 pelaburan yang dinyatakan oleh suruhanjaya sebagai bermasalah dan perlu diadakan audit forensik. Soalan saya, bagi setiap daripada 14 pelaburan tersebut,
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
berapakah jumlah pelaburan yang telah dibuat oleh Tabung Haji? Jumlah keseluruhan.
Yang kedua, bagi setiap 14 pelaburan tersebut, berapa pula pulangan yang telah disalurkan balik kepada pihak Tabung Haji dalam bentuk dividen atau dalam bentuk yang lain? Mohon perincikan satu persatu untuk 14 pelaburan tersebut.
Saya berikan contoh. Pada bulan Disember 2014, Tabung Haji telah membeli 30 peratus saham dalam Putrajaya Perdana Berhad dengan nilai RM193.5 juta daripada Cendana Destini Sdn. Bhd.. Kita kena ingat dalam kes SRC International, Putrajaya Perdana ini dikaitkan dengan Jho Low, individu yang cukup sinonim dengan isu 1MDB. Mohon kerajaan sahkan sama ada Tabung Haji membeli saham Putrajaya Perdana ini daripada Jho Low atau pun syarikat yang berkaitan dengan beliau.
Dalam laporan suruhanjaya, pada Disember 2020, Tabung Haji telah merekodkan peruntukan rosot nilai berjumlah RM145.3 juta dengan nilai bersih ketika itu RM48.2 juta. Bila saya semak penyata kewangan Tabung Haji tahun 2024, dinyatakan bahawa pelaburan ini telah dirosot nilai sepenuhnya. Maknanya, pelaburan RM193.5 juta pada tahun 2014 selepas 10 tahun, nilai yang direkodkan dalam akaun adalah kosong.
Jadi saya mohon kerajaan jelaskan bagi setiap satu persatu tadi, berapa sebenarnya dah dapat? Labur RM193.5, berapa sen yang dapat balik dari pelaburan tersebut dan pelaburan yang lain.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, satu minit gulung.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang komitmen sukuk Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) kepada Tabung Haji. Adalah amat penting untuk kerajaan pastikan semua komitmen sukuk yang telah dipersetujui dilaksanakan. Ini bagi memastikan kita dapat menyelesaikan kelompongan dalam kewangan Tabung Haji ini once and for all.
Daripada situ kita kukuhkan tadbir urus Tabung Haji dan insyaAllah Tabung Haji dapat bergerak ke hadapan dengan lebih kemas dan tersusun. Oleh itu, saya mohon penjelasan sama ada kerajaan telah menyalurkan semua peruntukan untuk penebusan sukuk UJSB yang telah matang sepertimana perancangan awal sewaktu UJSB ditubuhkan.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Jika tidak, mohon penjelasan mengapa tidak dilaksanakan? Saya juga mohon kerajaan menyatakan komitmen untuk menyalurkan peruntukan yang selebihnya seperti yang telah dipersetujui sebelum ini. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Selanjut, dipersilakan Yang Berhormat Merbok.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Baik, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim dan salam sejahtera. Saya ingin merekodkan di sini Tuan Yang di-Pertua, BERSATU tidak memboikot perbahasan ini dan kami seramai lima orang termasuk presiden telah membahaskan perbahasan RCI ini dan biarlah direkodkan dalam Hansard di Dewan yang mulia ini.
Saya bangun untuk membahaskan satu isu yang sangat dekat dengan hati rakyat, khususnya umat Islam di negara ini iaitu laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Lembaga Tabung Haji. Ini bukan sekadar report isu korporat. Ini bukan sekadar isu akaun. Ini ialah duit simpanan rakyat. Duit orang kampung, duit guru, penjawat awam, petani, peniaga kecil dan jutaan umat Islam yang menyimpan bertahun-tahun dengan satu harapan untuk menunaikan ibadah haji.
Sebab itu apabila RCI ini mendedahkan wujud kelemahan serius dalam penggunaan pelaburan dan kedudukan kewangan Tabung Haji, perkara ini tidak boleh dianggap sebagai kesilapan biasa di dalam dunia perniagaan, ini soal amanah.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Dato’ Yang di-Pertua, RCI telah mendedahkan bahawa kedudukan kewangan Tabung Haji sebenarnya jauh lebih lemah dari apa yang dilaporkan kepada umum. Untuk tahun 2017, RCI mendapati Tabung Haji sepatutnya mencatat kerugian bersih RM1.4 bilion, bukannya keuntungan RM3.4 bilion yang seperti dilaporkan. Maknanya, terdapat perbezaan hampir RM4.8 bilion. Perbezaan sebesar ini bukan angka kecil. RM4.8 bilion ini boleh membina berpuluh hospital, boleh membina ribuan sekolah, boleh menyediakan kemudahan awam untuk rakyat. Dan yang paling penting, wang ini berkaitan dengan institusi yang mengurus simpanan umat Islam.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
RCI juga mendapati Tabung Haji telah beroperasi dengan keadaan aset tidak mencukupi berbanding liabiliti sejak tahun 2014. Persoalannya, bagaimana perkara sebesar ini boleh berlaku tanpa tindakan yang lebih awal?
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberi tumpuan khusus kepada isu pelaburan Tabung Haji. Tabung Haji bukan diwujudkan untuk menjadi sebuah konglomerat yang mengambil risiko tanpa batas. Mandat utamanya ialah mengurus simpanan umat Islam secara selamat, berhemah, patuh syariah dan memberikan pulangan yang munasabah. Tetapi, RCI mendapati Tabung Haji mengambil risiko pelaburan yang lebih tinggi daripada yang sepatutnya termasuk mempunyai pendedahan yang besar kepada pelaburan ekuiti yang terdedah kepada turun naik pasaran.
Lebih membimbangkan, RCI kini mengesyorkan audit forensik terhadap pelaburan-pelaburan bermasalah bagi menentukan bagaimana keputusan pelaburan tersebut dibuat dan bagaimana kerugian berlaku. Kita ada 14 jenis syarikat yang telah dibuat pelaburan. Dan RCI telah mengesyorkan supaya pelaburan- pelaburan tersebut disiasat secara forensik kerana ia dikaitkan dengan kemerosotan nilai aset Tabung Haji.
Tuan Yang di-Pertua, dalam laporan RCI ini... [Sambil menunjukkan senaskhah buku] Kita telah tahu siapa yang membuat keputusan pelaburan tersebut.
Dan kita ingin tahu, apakah proses due diligence yang telah digunakan? Apakah penilaian risiko yang telah dibuat? Adakah lembaga pengarah benar-benar memahami risiko pelaburan tersebut? Dan apabila pelaburan mula menunjukkan kerugian, siapa yang bertanggungjawab untuk menghentikannya? Jangan kita hanya bercakap tentang jumlah kerugian. Kita mesti mencari siapa yang membuat keputusan yang menyebabkan kerugian itu berlaku.
Satu lagi perkara yang amat serius ialah isu perakaunan. RCI menyifatkan amalan tertentu sebagai creative accounting, dalam maksud lain ialah manipulasi akaun. Ini termasuk penggunaan pendekatan realisable asset value (RAV) yang menyebabkan nilai aset kelihatan lebih tinggi berbanding nilai yang dilaporkan dalam penyata kewangan yang telah diaudit.
RCI juga mendapati terdapat kegagalan pengiktirafan kerugian rosot nilai terhadap beberapa pelaburan. Ini membawa kita kepada satu masalah yang besar.
Apakah gunanya laporan kewangan jika ia tidak menggambarkan keadaan sebenar institusi?
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Kalau sebuah pelaburan sudah jatuh nilainya, rakyat perlu tahu. Kalau syarikat subsidiari mengalami masalah, rakyat perlu tahu. Kalau aset tidak lagi bernilai seperti harga belian, rakyat juga perlu tahu. Jangan kita menunggu sehingga lubang kewangan sudah berbilion ringgit baru kita memberitahu rakyat bahawa keadaannya sebenarnya telah serius.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Tan Sri Yang di-Pertua, isu pelaburan ini juga terkait rapat dengan pembayaran hibah. RCI mendapati pembayaran hibah yang tinggi di antara tahun 2014 hingga 2017 telah melebihi kemampuan kewangan Tabung Haji dalam menyumbang kepada kemerosotan rizab. Di sinilah kita perlu bertanya, adakah kita mahu kelihatan baik untuk satu atau dua tahun tapi akhirnya membebankan institusi untuk jangka yang panjang?
Hibah yang tinggi memang menggembirakan pendeposit. Tetapi, jika keuntungan itu tidak benar-benar disokong oleh kedudukan kewangan yang kukuh, akhirnya siapa yang menanggung? Jawapannya ialah pendeposit, rakyat dan akhirnya kerajaan. Justeru, prinsipnya mudah, jangan bayar pulangan berdasarkan keuntungan atas kertas. Pulangan kepada pendeposit mesti berdasarkan prestasi kewangan yang sebenar, telus dan telah diaudit.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin tegaskan, saya tidak mengatakan Tabung Haji tidak boleh membuat pelaburan. Tabung Haji memang perlu melabur untuk mendapatkan pulangan. Tetapi, persoalannya ialah profil risiko. Apabila wang itu datang daripada jutaan pendeposit yang menyimpan untuk menunaikan haji, pendekatan pelaburannya mestilah lebih berhati-hati. Kita tidak boleh menggunakan wang pendeposit untuk membuat pelaburan yang terlalu berisiko semata-mata untuk mengejar pulangan yang tinggi. High return comes with high risk, dengan izin. Dan apabila risiko itu menjadi kerugian, jangan rakyat dan pendeposit pula yang disuruh menanggungnya.
Tan Sri Yang di-Pertua, RCI bukan sekadar menceritakan apa yang telah berlaku, RCI telah membuka ruang untuk kita bertanya tentang akauntabiliti. Saya mahu kerajaan menjawab dengan jelas. Pertama, berapakah jumlah keseluruhan kerugian sebenar daripada pelaburan-pelaburan yang telah dikenal pasti RCI?
Kedua, berapakah jumlah wang pendeposit yang telah terjejas akibat keputusan pelaburan tersebut?
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Ketiga, siapakah individu yang membuat atau meluluskan keputusan pelaburan yang bermasalah? Keempat, adakah terdapat unsur kecuaian, konflik kepentingan, salah guna kuasa atau pelanggaran undang-undang? Kelima, adakah aset atau wang yang hilang masih boleh diperoleh semula?
Keenam, adakah kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang didapati bertanggungjawab? Dan yang paling penting, bilakah audit forensik terhadap pelaburan-pelaburan tersebut akan mula dan bilakah hasilnya akan dibentangkan kepada Parlimen?
Tan Sri Yang di-Pertua, kita jangan melakukan kesilapan dengan menganggap masalah Tabung Haji selesai hanya kerana pengurusan telah berubah.
Masalah sebenar ialah sistem. Kita perlu membina sistem yang tidak membenarkan mana-mana individu, Menteri atau kumpulan mempunyai pengaruh berlebihan terhadap keputusan pelaburan.
RCI sendiri mengesyorkan pembaharuan tadbir urus termasuk memisahkan tanggungjawab di antara pengurusan haji dan pengurusan kewangan serta pelaburan. RCI juga mencadangkan supaya lantikan lembaga dan CEO dibuat melalui proses yang lebih bebas serta mengehadkan penglibatan ahli politik dalam jawatan-jawatan utama.
Saya menyokong prinsip tersebut. Tabung Haji mesti diurus oleh profesional, pelaburan mesti dibuat berdasarkan data, berdasarkan risiko, berdasarkan due diligent, bukan berdasarkan hubungan politik, bukan berdasarkan kepada tekanan, bukan kerana seseorang itu mempunyai pengaruh.
Tan Sri Yang di-Pertua, RCI ini tidak boleh berakhir dengan satu laporan setebal ratusan muka surat yang kemudian disimpan di perpustakaan. Rakyat sudah menunggu lama untuk mengetahui kebenaran. Laporan RCI yang ditubuhkan pada 2022 itu akhirnya diumumkan pada Julai 2026. Kerajaan sendiri memaklumkan laporan tersebut mengandungi 25 syor dan sebahagiannya telah dilaksanakan.
Sekarang, persoalannya, apakah tindakan selepas RCI? Saya mahu kerajaan memastikan audit forensik dilaksanakan terhadap semua pelaburan yang dikenal pasti di dalam RCI tersebut. Keputusan audit dibentang kepada Parlimen.
Jika terdapat unsur jenayah atau salah guna kuasa, agensi penguatkuasaan mestilah menjalankan siasatan.
Jika berlaku kecuaian, individu yang bertanggungjawab mesti dipertanggungjawabkan. Jika berlaku konflik kepentingan, ia mesti didedahkan.
Mekanisme kelulusan pelaburan mesti diperketatkan. Semua pelaburan berisiko
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
tinggi mesti melalui proses penilaian yang bebas. Pembayaran hibah mesti berdasarkan keuntungan sebenar dari penyata kewangan yang diaudit.
Sebagai penutup, Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin mengakhiri perbahasan ini dengan satu perkara. Duit Tabung Haji bukan duit kerajaan, duit Tabung Haji bukan duit Menteri, duit Tabung Haji bukan duit ahli politik. Ia adalah duit rakyat, ia adalah duit umat Islam yang dikumpulkan sedikit demi sedikit. Ada yang menyimpan RM10 sehari, ada yang menyimpan RM100 sebulan, ada yang mengambil masa 20 hingga 30 tahun untuk mengumpulkan simpanan bagi menunaikan Rukun Islam yang kelima. Maka, amanah terhadap wang ini jauh lebih besar daripada menguruskan sebuah syarikat biasa.
Kita tidak mahu lagi budaya pelaburan dibuat ketika keuntungan nampak besar tetapi apabila rugi, rakyat yang menanggung. Kita tidak mahu lagi keuntungan di atas kertas tetapi kerugian sebenar. Kita tidak mahu lagi hibah tinggi tetapi rizab semakin susut. Dan kita tidak mahu lagi keputusan pelaburan bernilai berbilion dibuat tanpa akauntabiliti yang jelas.
Saya menyeru kepada kerajaan supaya menjadikan laporan RCI ini sebagai titik perubahan besar dalam sejarah Tabung Haji. Bukan untuk membalas dendam kepada mana-mana pihak, bukan untuk mencari kambing hitam tetapi untuk memastikan perkara yang sama tidak pernah berulang lagi. Kerana, amanah rakyat mesti dijaga. Setiap ringgit pendeposit mesti dipertanggungjawabkan. Dan kepada mereka yang terbukti cuai menyalahkan kuasa atau melanggar undang-undang, jangan ada perlindungan politik, jangan ada double standard, jangan ada selective prosecution. Jika benar bersalah, ambil tindakan mengikut undang-undang.
Tan Sri Yang di-Pertua, Tabung Haji mesti kembali kepada asasnya mengurus wang umat dengan amanah, profesional, telus dan berintegriti. Jangan lagi kita ukur kekayaan Tabung Haji hanya berdasarkan beberapa tinggi nilai hibah yang mampu dibayar. Ukurlah kejayaannya berdasarkan betapa kukuh wang rakyat itu dilindungi. Itulah amanah yang sebenar.
Sekian, terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Seterusnya, saya jemput Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Sebagai mukadimah, Ampang ingin memulakan perbahasan ini dengan menegaskan satu prinsip yang mudah iaitu RCI ini tidak
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
sepatutnya menjadi noktah sebagai suatu krisis tetapi mesti menjadi titik bermulanya suatu reformasi institusi.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Kita tidak boleh berdebat berminggu-minggu ataupun kita boleh berdebat berminggu-minggu atau bertahun-tahun, berbulan dan sehingga daripada dulu 2014 hingga sekarang. Namun, sekiranya pasca pembentangan dan perbahasan dalam pelaporan RCI pada hari ini, selain daripada kita dapat melihat tentang atau menghadapkan mereka ke mahkamah dan juga menggantikan pembuat keputusan yang bersalah, sedangkan sistem struktur kuasa, mekanisme kawalan, insentif dan undang-undang kekal sama.
Maka sebenarnya, kita gagal sebenarnya melakukan reformasi sebenar.
Jadi, Ampang tidak mahu Parlimen melakukan kesilapan ini berulang-ulang kali. Tan Sri Yang di-Pertua, Tabung Haji bukan sebuah dana kekayaan negara iaitu bukan sovereign wealth fund atau bukan sebuah bank atau sebuah institusi kewangan pembangunan. Atau jauh sekali sebuah syarikat pelaburan tetapi merupakan sebuah badan berkanun yang unik. Kerana Tabung Haji adalah salah satu dari tujuh government-linked investment companies (GLIC) yang utama dan institusi kewangan Islam bukan bank tetapi milik penuh kerajaan yang berskala systemic dari perspektif pengurusan simpanan dan pelaburan. Malah, ada akta tersendiri iaitu Akta 535 iaitu Akta Tabung Haji 1995 dan Akta 240, Akta Badan Berkanun.
Maka, standard tadbir urus Tabung Haji mestilah lebih tinggi berbanding syarikat biasa. Berbeza dengan syarikat swasta, apabila kesilapan pelaburan berlaku, hanya pemegang saham menanggung risiko. Namun, apabila sebuah institusi amanah seperti Tabung Haji membuat kesilapan, yang menanggung risiko ialah pendeposit. Apabila akhirnya sokongan kerajaan diperlukan, risikonya pula boleh merebak kepada pembayar cukai.
Oleh itu, wujud sekurang-kurangnya dua lapisan perlindungan yang mesti kita bina iaitu perlindungan pendeposit dan perlindungan pembayar cukai yang perlu diperkukuhkan melalui beberapa pindaan terhadap Akta 535. Tan Sri Yang di-Pertua, meskipun RCI telah gariskan 25 syor penting, namun pada hemat Ampang, pindaan Akta 535 mesti menjawab satu persoalan fundamental ataupun asas. Siapakah yang berkuasa, siapa yang mempunyai kuasa untuk melakukan? Apa? Dengan wang siapa? Di bawah kawalan siapa? Dan kepada siapa mereka perlu menjawab?
Maka, Ampang mencadangkan pindaan Akta 535 dibina atas beberapa firewall, dengan izin, ataupun benteng perlindungan tadbir urus. Pertama, firewall
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
yang ingin Ampang cadangkan adalah isu berkaitan dengan pelantikan. Pengerusi dan ahli lembaga pengarah ataupun board of directors mesti memenuhi fit and proper requirements, dengan izin, yang objektif serta memenuhi prinsip dan nilai good governance ataupun tadbir urus yang baik.
Tidak cukup dengan pengalaman tetapi mempunyai kompetensi, integriti, pengalaman, tanggungjawab dan sebagainya. Perlu ada. Meskipun rakyat tidak perlu tahu semua maklumat peribadi calon yang berada di dalam lembaga itu tetapi rakyat mesti tahu mengapa seseorang layak mengurus dan mentadbir institusi yang memegang dana awam serta menjamin hak dan kepentingan mereka.
Seterusnya, Ampang menggesa satu reform policy yang berani iaitu syarat- syarat ini juga terpakai untuk pelantikan pengerusi dan ahli lembaga di kesemua GLC, GLIC dan badan berkanun, bukan sahaja di Tabung Haji. Mengambil iktibar apa yang berlaku di dalam Tabung Haji, buat perubahan supaya kaedah yang sama diguna pakai di semua syarikat-syarikat di bawah kerajaan ini.
Tan Sri Speaker, tentang konflik kedua iaitu - ataupun firewall kedua iaitu konflik kepentingan. Setiap ahli lembaga dan pengurusan kanan mesti mempunyai kewajipan statutory untuk mengisytiharkan kepentingan peribadi, menarik diri daripada membuat keputusan berkaitan kepentingan peribadi, merekodkan konflik dan tertakluk kepada sekatan transaksi pihak berkenaan. Kita tidak boleh lagi hanya bergantung pada good faith semata-mata ataupun niat baik kerana tadbir urus membina sistem dengan mengandaikan bahawa kesilapan merupakan sifat semula jadi manusia, itu perlu diambil kira.
Firewall ketiga, campur tangan politik. Ampang ingin mengatakan peringatan di sini, bukanlah Menteri tidak boleh memberi arahan dasar kerana kerajaan yang dipilih rakyat memang mempunyai mandat menggubal dasar. Namun, kita mesti tahu bezakan di antara policy direction, dengan izin, dengan investment decision. Jadi, Menteri boleh menentukan hala tuju dasar tetapi tidak sepatutnya menentukan apa aset mesti dibeli ataupun dijual dan diluluskan atau tidak luluskan mana-mana pelaburan. Keputusan pelaburan sepatutnya menjadi tanggungjawab para profesional dan pakar pelaburan. Sekiranya ahli politik berkeras hendak membuat keputusan pelaburan, maka eloklah panel ataupun jawatankuasa pelaburan dibubarkan sahaja. Itu penting, Tan Sri Speaker.
Firewall keempat, saya ingin cadangkan berkaitan dengan undang-undang.
Meskipun Ampang menyokong prinsip pengasingan fungsi pengurusan dana daripada fungsi operasi haji, Ampang mencadangkan pengasingan risiko yang mana
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
pengurusan dana haji mesti mempunyai, dengan izin, investment mandates, risk appetite statement, concentration limits, liquidity requirements, stress testing dan pasti perlunya ada shariah governance and independent audit.
Tiada halangan sekiranya dana pendeposit hendak dilaburkan dalam aset strategik negara tetapi syaratnya mudah iaitu aset strategik tidak boleh secara automatik menjadi aset Tabung Haji. Sebagai contoh, sekiranya sebuah projek besar, penting untuk pertumbuhan ekonomi negara tetapi tidak memenuhi, dengan izin, risk written profile yang munasabah bagi dana pendeposit, maka kerajaan terpaksalah menggunakan instrumen fiskal kerajaan. Bukan menunggang dana pendeposit Tabung Haji.
Firewall yang kelima iaitu suara pendeposit. Ini kita lihat tadi, kita bincang tapi kita tak nampak di mana kita nak bagi suara kepada pendeposit. Jadi, Ampang mencadangkan demi menjamin hak dan kepentingan para pendeposit selaku bukan sahaja pelanggan, malah pembekal kepercayaan, Ampang mencadangkan satu reformasi yang lebih berani dan lebih bermakna dengan menubuhkan Majlis Penasihat Pendeposit ataupun MPP sebagai platform berstruktur buat pendeposit untuk bersuara tanpa mengalih — mengambil alih kuasa board of directors. MPP akan diberi hak untuk memberi pandangan terhadap sebarang pelaburan dan tindakan yang boleh menjejaskan kepentingan pendeposit. Meneliti dan menilai tahap perkhidmatan yang Tabung Haji sediakan buat pendeposit.
Menyemak pencapaian KPI dan menerima input-input berkenaan lain.
Dan firewall keenam iaitu penyataan pertanggungjawaban awam. Ampang juga ingin mencadangkan supaya dalam usaha memastikan ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti, perlu ada penerbitan tahunan satu dokumen awam yang mesra pendeposit yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat. Ya, pendeposit tak tahu duit dia labur itu macam mana tapi saya cadangkan supaya ada satu penerbitan awam. Penyata ini mesti diolah dalam bahasa yang mudah supaya tidak terlalu banyak jargon yang digunakan supaya para pendeposit tidak perlu menjadi akauntan untuk memahami setakat mana keselamatan dan keterjaminan dana yang mereka amanahkan kepada Tabung Haji.
Jadi, atas rasa tanggungjawab perkara ini dilaksanakan dan penyata ini mestilah mengandungi beberapa maklumat penting kepada pendeposit. Perkara kedua Tan Sri Speaker, sebenarnya tak cukup masa tetapi saya ingin menyentuh sedikit berkaitan dengan sukuk. Saya mengharapkan sukuk yang telah pun di dibahagikan kepada dua siri ini. Pertama, siri yang telah pun berakhir pada 29 Mei
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Dan yang keduanya, tentang siri kedua yang dicadangkan ataupun akan mencecah tarikh matang pada 29 Mei 2029. Ampang musykil sama ada hari ini kerajaan sudah mempunyai satu pelan untuk menghadapi satu lagi obligasi kewangan besar, yang mana dalam tempoh tak sampai tiga tahun ini.
Hakikatnya, pengurusan risiko tidak menunggu tarikh matang tetapi bermula daripada satu instrumen yang diterbitkan. Justeru, Ampang mencadangkan pembentukan satu draf risiko khusus buat sukuk Tabung Haji UJSB yang boleh dinamakan sebagai Tabung Haji UJSB Sukuk Register, yang mana Parlimen boleh mendapatkan beberapa maklumat. Termasuk jumlah principal tertunggak, profile kematangan, kos akhir cagaran, sokongan — aset sokongan, nilai pasaran dan tetapi hanya menyediakan. Kita mengharapkan kerajaan tidak perlu mendedahkan maklumat pasaran yang sensitif tetapi hanya menyediakan agregat transparency atau ketelusan secara agregat kerana rakyat berhak tahu berapa besar risiko yang mereka sendiri mungkin terpaksa tanggung.
Tan Sri Yang di-Pertua, apabila kerajaan memberi surat sokongan kepada obligasi kewangan berkaitan dengan UJSB atau Tabung Haji, kita perlu bezakan antara direct liability dan contingent liability serta elakkan satu situasi yang mana akhirnya, beban fiskal yang terpaksa dipikul oleh rakyat tidak nampak dengan telus dan jelas dalam mana-mana laporan fiskal kerajaan. Justeru, Ampang mencadangkan agar Tabung Haji contingent liability statement juga diterbitkan setiap tahun, yang mengandungi jaminan, surat sokongan kerajaan, sokongan kewangan kerajaan, ganti rugi comfort arrangement. Apa jua komitmen lain yang boleh mendedahkan kerajaan terhadap risiko dan keterdedahan maksimum.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Sedikit sahaja lagi Tan Sri Speaker.
Akhirnya, kita semua mesti berani apatahnya persoalan sukar seperti siapa yang terima manfaat hasil daripada perkara yang ada. Adil kah sebuah pendeposit untuk menanggung downside risk besar meskipun penerima hibah — kita menerima hibah setiap tahun?
Soalan seterusnya, adakah Tabung Haji untuk — adil kah Tabung Haji untuk menanggung risiko tinggi meskipun negara mendapat manfaat besar dari sebuah projek strategik? Adakah ianya satu good governance apabila kerajaan tiada kawalan terhadap keputusan yang dibuat meskipun telah menyediakan sokongan buat Tabung Haji untuk menangani bencana kewangan? Perkara ini bukan isu politik tetapi tentang pengagihan risiko yang mana mekanisme pengagihan risiko yang baik
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
memastikan pembuat keputusan bertanggungjawab terhadap risiko yang mereka cipta.
Tan Sri Speaker kesimpulannya, perkara yang banyak-banyak saya sebut tadi, saya rasa sebagai mengakhiri perbahasan, Ampang mencadangkan dibangunkan satu pakej reformasi menyeluruh yang boleh dinamakan sebagai Tabung Haji Reform Package 2026-2030 dengan beberapa tonggak iaitu saya bacakan enam tonggak:
(i) reformasi legislatif khususnya pindaan-pindaan berkenaan terhadap Akta 535 yang kita nampak ada sedikit kekurangan yang perlu ditambah baik;
(ii) reformasi badan atau board of director dan tadbir urus termasuk fit and proper test competency matrix dan conflict of interest regime;
(iii) reformasi pelaburan yang perlu dilaksanakan;
(iv) reformasi perlindungan pendeposit termasuk penubuhan majlis sebagaimana yang saya sebut awal tadi;
(v) reformasi pemulihan aset lengkap dengan aset recovery dashboard bagi aset, aset yang di struktur semula; dan
(vi) Tabung Haji Depositor Charter yang menyatakan dengan jelas dan tuntas hak pendeposit, tanggungjawab dan sebagainya.
Penutup Tan Sri Yang di-Pertua, kita semua faham dan akur bahawa apabila sebuah RCI ditubuhkan aspirasi sebenar rakyat berteraskan konsep never again pengisytiharan tidak akan berulang semula. Walaupun konsep ini ataupun never again ini tidak boleh sekadar satu slogan tetapi mestilah diterjemah dengan reformasi undang-undang, struktur dan ekosistem. Kalau tidak ianya akan hanya perbincangan biasa sahaja.
Oleh itu, Ampang tidak mahu mewariskan pada generasi akan datang sebuah Tabung Haji yang berkembang pesat menjadi sebuah institusi amanah gergasi, tetapi sebuah Tabung Haji yang kita mahu lihat lebih kompeten, telus dan bertanggungjawab, berintegriti, profesional, berdisiplin dan yang paling penting dipercayai oleh semua pendeposit dan rakyat Malaysia seluruhnya.
Ingatlah bahawa wang yang diamanahkan kepada Tabung Haji tersemat satu impian untuk menjadi tetamu Allah SWT satu hari nanti. Maka, jagalah amanah rakyat ini dengan baik, sebaik-baiknya agar masa pada masa akan datang pasca RCI ini, pendeposit biasa lebih yakin bahawa wang mereka akan selamat dan berkat.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Itu sahaja daripada Ampang. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih seterusnya saya jemput Tenom.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Assalamualaikum, salam sejahtera, ka’ansayan ra kamayon dan salam Malaysia MADANI.
Tan Sri Yang di-Pertua, Tenom berdiri untuk membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan Lembaga Tabung Haji dengan satu pendirian yang jelas, seimbang dan berprinsip. Sekiranya terdapat kelemahan tadbir urus kita perbaiki. Sekiranya terdapat kecuaian,kita kenal pasti puncanya. Sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang atau salah guna kuasa, serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
RCI ini sendiri meliputi tempoh siasatan dari tahun 2014 sehingga 2020.
Maka, ukuran kita mestilah sama standard tadbir urus yang kita tuntut daripada pengurusan sebelum 2018 juga mesti digunakan untuk menilai keputusan selepas 2018. Matlamat kita ialah untuk memastikan sebuah institusi milik umat Islam ini menjadi lebih kuat selepas kita selesai membahaskan laporan ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, perkara pertama yang perlu kita fahami ialah perbezaan antara kelemahan dalam tadbir urus dengan kegagalan keseluruhan sesebuah institusi. Dalam dunia korporat, kita telah melihat banyak syarikat besar melalui tempoh yang sukar. Malaysia Airlines misalnya telah melalui pelbagai episod penstrukturan, pertukaran pengurusan dan usaha pemulihan.
Apabila sesebuah syarikat menghadapi masalah, kita tidak boleh sekadar mengatakan bahawa semua kakitangan yang gagal atau seluruh organisasinya tidak berguna. Kita perlu melihat struktur siapakah yang membuat keputusan? Apakah proses kelulusan dan adakah terdapat semak dan imbang?
Adakah keputusan pelaburan dibuat berdasarkan pertimbangan profesional atau terdapat campur tangan luar? Dan paling penting, apabila amaran atau risiko dikenal pasti, apakah tindakan pembetulan yang diambil? Justeru itu, pendekatan yang sama sepatutnya digunakan terhadap Tabung Haji.
Tan Sri Yang di-Pertua, Laporan RCI memberikan kita peluang untuk melihat dengan lebih serius peranan lembaga pengarah sebagai barisan pertahanan utama tadbir urus korporat. Ahli lembaga mesti mampu bertanya soalan sukar dan berani
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
mencabar cadangan pengurusan apabila sesuatu keputusan tidak mempunyai asas komersial yang kukuh.
Sebab itulah RCI mendedahkan implikasi besar apabila amaran awal diketepikan. Di sinilah lahirnya amalan perakaunan kreatif (creative accounting) demi menjustifikasikan pembayaran kadar hibah yang tinggi kepada pendeposit. Nilai aset telah terlebih nyata sedangkan hakikatnya institusi sedang berdepan defisit liabiliti yang melebihi aset.
Tadbir urus kewangan Tabung Haji sebelum ini mengalami ketirisan akibat amalan manipulasi akaun dan instrumen perakaunan kreatif bagi memenuhi agenda mengekalkan persepsi positif pihak tertentu. Berdasarkan standard pelaporan kewangan seperti MFRS, Tabung Haji sepatutnya merekodkan kerugian akibat rosot nilai pelaburan. Namun sebaliknya, mengumumkan pengagihan hibah yang tinggi tanpa mencerminkan prestasi kewangan yang sebenar.
Sebab itu, kita perlu memberi perhatian kepada kaedah pelantikan anggota Lembaga Tabung Haji. Kriteria profesional perlu diperkukuhkan dengan mewajibkan kepakaran dalam bidang kewangan, pelaburan, perakaunan dan pengurusan risiko.
Elakkan penumpuan kuasa atau tanggungjawab keterlaluan kepada individu tertentu. Hentikan isu pertindihan jawatan antara pengurusan Tabung Haji dengan jawatan di dalam anak-anak syarikatnya.
Tambahan pula, hal ini bagi mengelakkan isu konflik kepentingan dalam pentadbiran Lembaga Tabung Haji berulang. Hal ini secara jelas menjejaskan integriti institusi apabila transaksi pelaburan bernilai tinggi seperti pembelian aset melibatkan anak syarikat 1MDB diluluskan atas dasar hubungan korporat berbanding penilaian pulangan komisen yang objektif.
Kelemahan ini diburukkan lagi oleh amalan tadbir urus di mana ketua pegawai eksekutif memegang pelbagai jawatan serentak di setiap anak syarikat Tabung Haji. Pertindihan peranan eksekutif yang melampau ini bukan sahaja mengurangkan kecekapan pengurusan malah mewujudkan persaingan kepentingan yang melemahkan fungsi semak dan imbang sekali gus meningkatkan risiko salah guna kuasa. Prinsip ini dilihat boleh berubah mengikut siapa yang memerintah tetapi harus jelas berasaskan visi dan misi penubuhan Tabung Haji.
Tan Sri Yang di-Pertua, begitu juga dengan pengurusan pelaburan, Tabung Haji menguruskan dana yang sangat besar. Oleh sebab itu, keputusan pelaburannya tidak boleh bergantung kepada pertimbangan seseorang individu atau satu lapisan pengurusan sahaja. Bagi memulihkan sistem kedudukan jawatankuasa penting
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
seperti panel pelaburan, harus dimaktubkan secara perundangan melalui akta dan tidak lagi ditubuhkan sekadar berasaskan struktur pentadbiran luaran bagi memastikan keputusan dana tidak mudah dimanipulasi mengikut budi bicara eksekutif.
Kewujudan mekanisme seperti panel pelaburan pada asalnya merupakan daripada sistem semak dan imbang tetapi RCI turut merekodkan bahawa panel pelaburan dibubarkan pada Mei 2018 dan fungsi tertentu kemudiannya dikendalikan melalui struktur lain termasuk Exco perniagaan yang akhirnya juga tidak berfungsi menurut RCI.
Perkara ini penting jika kita mahu mengatakan struktur terdahulu mempunyai kelemahan. Kita juga mesti bertanya sama ada struktur penggantinya benar-benar memperkukuhkan tadbir urus. Jangan kita membetulkan satu kelemahan tetapi mewujudkan kelemahan yang lain. Setiap perubahan struktur mesti mempunyai garis kuasa yang jelas dan mekanisme akauntabiliti yang boleh diaudit.
Tan Sri Yang di-Pertua, satu lagi pengajaran penting ialah keperluan memperkukuhkan fungsi penguasaan risiko.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Rekod menunjukkan bahawa Bank Negara Malaysia telah memberikan isyarat amaran awal sekecil tahun 2014 dan 2017 mengenai kedudukan kewangan kecairan dan rizab. Perkara yang lebih penting untuk kita nilai ialah apakah tindakan susulan yang diambil terhadap teguran tersebut? Dalam tadbir urus korporat menerima teguran regulator adalah interaksi biasa. Persoalan sebenarnya ialah sama ada teguran tersebut diambil secara serius dan adakah tindakan pembetulan dilaksanakan.
Tan Sri Yang di-Pertua, kita juga perlu membezakan antara keputusan pelaburan yang akhirnya mengalami kerugian dengan salah laku. Pelaburan mempunyai risiko, harga saham boleh naik dan turun. Nilai aset boleh berubah disebabkan faktor ekonomi, politik dan global. Keputusan pelaburan yang tidak memberikan pulangan seperti dijangkakan tidak secara automatik bermaksud berlaku penyelewengan tetapi jika terdapat unsur konflik kepentingan, manipulasi, pelanggaran prosedur, penyalahgunaan kuasa atau jenayah perkara tersebut mesti disiasat.
Prinsipnya mudah, jangan lindungi kesalahan tetapi jangan juga jenayahkan setiap keputusan komersial yang akhirnya tidak menjadi. Inilah prinsip tadbir urus korporat moden yang mesti kita gunakan terhadap Tabung Haji.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Tan Sri Yang di-Pertua, salah satu perkara terbesar yang sepatutnya keluar daripada RCI ini ialah pembaharuan terhadap kerangka perundangan Tabung Haji.
Sekiranya terdapat kelemahan dalam Akta Tabung Haji 1995 kita perbaiki. Kita perlu menilai semula struktur kuasa Menteri, kriteria pelantikan lembaga, autonomi pengurusan profesional, mekanisme pelaburan, pengurusan risiko dan sistem pengawasan. Menteri pula perlu mempunyai fungsi dasar dan pengawasan yang jelas tanpa menyebabkan campur tangan politik dalam keputusan operasi dan pelaburan. Inilah reformasi yang sebenar. Campur tangan agensi, eksekutif atau politk dalam institusi yang menguruskan dana pendeposit awam berskala mega ini mesti dikawal secara perundangan melalui pindaan serta-merta ke atas Akta Tabung Haji 1995 [Akta 535].
Proses pelantikan pengerusi dan ahli lembaga pengarah tidak seharusnya berdasarkan kepada elemen pelantikan berasaskan naungan sebaliknya wajar diselaraskan mengikut standard industri kewangan komersial. Tabung Haji perlu mengguna pakai kerangka kerja penilaian ketat fit and proper sepertimana yang diamalkan oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti bagi menjamin hanya individu yang mempunyai kelayakan akademik merit dan rekod integriti tinggi sahaja yang menerajui tadbir urus dana awam ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, kita mempunyai pengalaman panjang menguruskan GLC dan institusi besar negara dari Malaysia Airlines sehinggalah kepada institusi kewangan dan dana pelaburan negara. Satu pengajaran yang sentiasa berulang, apabila struktur tadbir urus lemah individu yang baik sekalipun boleh membuat keputusan dalam sistem yang tidak baik. Sebab itu pembaharuan institusi lebih penting daripada sekadar pertukaran individu.
Kita boleh menukar pengerusi, kita boleh menukar CEO, kita boleh menukar seluruh lembaga pengarah tetapi jika sistem semak dan imbang masih lemah masalah yang sama boleh berulang lima atau sepuluh tahun kemudian. Jadi janganlah selepas RCI ini kita sekadar mencari siapa yang hendak dipersalahkan.
Gunakan RCI ini untuk membentuk sistem yang lebih baik.
Dan yang terakhir Tan Sri Yang di-Pertua, justeru saya mencadangkan supaya kerajaan memberikan perhatian serius kepada tujuh pembaharuan utama iaitu:
(i) profesionalisasikan lembaga pengarah dengan menetapkan kriteria kepakaran teknikal yang ketat dalam bidang kewangan dan pelaburan;
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
(ii) perketatkan dasar konflik kepentingan dan sekat pertindihan jawatan dalam anak-anak syarikat;
(iii) perkasakan jawatankuasa audit, risiko dan pelaburan supaya mempunyai kebebasan serta autoriti veto yang mencukupi;
(iv) perjelaskan hubungan pengawasan antara Tabung Haji, kementerian dan institusi pengawal selia seperti Bank Negara Malaysia;
(v) wajibkan rekod penilaian risiko yang ketat dan justifikasi komersial yang jelas bagi setiap keputusan pelaburan berskala besar. Setiap keputusan pelaburan strategik berskala besar pada masa hadapan wajib tertakluk kepada proses penilaian risiko (due diligence) dan analisis pasaran yang ketat sebelum sebarang komitmen kewangan dibuat;
(vi) kekalkan ketelusan terhadap UJSB dan laporkan prestasi aset yang dipindahkan secara berkala di Parlimen supaya rakyat mengetahui hasil sebenar penstrukturan tersebut; dan
(vii) perkemaskan Akta Tabung Haji 1995 melalui jawatankuasa khas perundangan supaya struktur tadbir urus sepadan dengan saiz dan kompleksiti dana hari ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, kita terima kelemahan yang dikenal pasti. Kita ambil pengajaran, kita perbaiki struktur. Kalau ada salah laku, siasat. Kalau ada bukti kesalahan, ambil tindakan mengikut undang-undang. Namun, hakikatnya kita perlu kembali bersama-sama mengukuhkan keyakinan terhadap institusi ini agar kembali ke landasan yang sebenar demi kepentingan umat Islam sejagat. Hari ini kita bertanggungjawab, kita bukan sekadar membicarakan siapa yang melakukan kesilapan semalam.
Tanggungjawab kita ialah memastikan kesilapan yang sama tidak boleh berlaku lagi esok kerana akhirnya wang yang kita bincangkan ini bukan wang kerajaan dan bukannya wang mana-mana parti politik, ini wang pendeposit, ini amanah umat Islam dan kerana ia satu amanah maka tadbir urusnya mesti berada pada tahap yang paling tinggi.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mendoakan kesembuhan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri serta Timbalan Perdana Menteri II yang kini menjalani rawatan kesihatan. Mengakhiri ucapan, saya menyokong laporan ini. Sekian dan terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih Tenom. Seterusnya saya jemput Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Mengapa aset umat Islam Tabung Haji diselia bukan Islam? Ini kenyataan media tahun 2019 Tan Sri Yang di-Pertua yang dikeluarkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda sebuah parti politik pada ketika itu. Saya baca, “Aset-aset Tabung Haji bernilai RM19.9 bilion telah dijual dan dipindahkan daripada Tabung Haji kepada sebuah SPV Urusharta Jemaah Sdn. Bhd. yang hakikatnya diurus sepenuhnya oleh Prokhas Sdn. Bhd. yang mana CEO nya Chen Yin Heng.” Daripada awal lagi Pemuda ― redacted, amat curiga apabila Menteri Agama mengumumkan pemindahan atau penjualan aset-aset Tabung Haji kepada sebuah SPV yang diletakkan bawah Kementerian Kewangan yang Menterinya Lim Guan Eng.
Tan Sri Yang di-Pertua, naratifnya mudah pada ketika itu. Kerajaan Pakatan Harapan 1.0 jual aset Lembaga Tabung Haji. Kerajaan PH 1.0 bagi Lembaga Tabung Haji diuruskan oleh seorang Cina kemudian bawah Menteri Cina DAP pula itu. Saya ingat lagi masa itu kita bertarung di media sosial, kita nak perbetulkan fitnah ini. Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa dan Yang Berhormat Bagan dilemparkan pelbagai tohmahan kononnya mereka berdualah yang merosakkan Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Mujahid sehinggakan digelar “Mujahat” oleh puak-puak ini. Saya ingat lagi saya tak lupa Tan Sri Yang di-Pertua.
Malang sungguh naratif kaum dibawa untuk menjejaskan usaha pemulihan Lembaga Tabung Haji. Alhamdulillah kebenaran akhirnya terserlah, dua sosok ini, Yang Berhormat Bagan dan Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa bukanlah perosak Tabung Haji tapi mereka sebenarnya yang bekerjasama untuk memulihkan Lembaga Tabung Haji. Yang disebut sebagai ‘mujahat’ dan kepala Cina DAP itu merekalah yang membantu Tabung Haji mengatasi krisis kewangan yang serius.
Tan Sri Yang di-Pertua, ini bukan Yang Berhormat Bangi yang cakap, ini diiktiraf dalam RCI, Laporan RCI Tabung Haji itu sendiri yang menyatakan bahawa pelan pemulihan dan penstrukturan Lembaga Tabung Haji 2018 hendaklah diambil perhatian serius bagi memastikan ia mencapai matlamat untuk memulihkan Lembaga Tabung Haji. Tetapi masih lagi ada orang jual cerita kononnya aset Lembaga Tabung Haji dijual kepada bukan Islam padahal jelas Urusharta Jemaah
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sdn. Bhd. (UJSB) bukan milik orang persendirian atau entiti asing tetapi dimiliki oleh Kerajaan Malaysia melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan).
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sudah tiba masanya Tan Sri Yang di-Pertua, pembohongan bahawa aset Tabung Haji dijual kepada bukan Islam ini dihentikan. Tadi Menteri Agama pun dah sebut, tiada aset yang dijual kepada bukan Islam.
[Tepuk] Dakwaan ini bukan sekadar tidak berasas, tetapi ia merupakan satu eksploitasi sentimen agama dan kaum yang berbahaya demi meraih keuntungan politik.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya mulakan dengan tohmahan yang dilemparkan kepada Datuk Seri Mujahid dan Yang Berhormat Bagan disebabkan saya nak menunjukkan bahawa benda yang baik bila kita nak buat, memang banyak halangan.
Untuk perbetulkan yang bobrok, yang rosak, tak mudah. Kadangkala adiwira dituduh sebagai ‘mujahat’, tapi realitinya dengan izin, the undeniable truth adalah Lembaga Tabung Haji diurus dengan sebegitu rupa sehingga berlakunya apa yang disebut dalam RCI satu krisis kewangan. Istilah yang digunakan ini, krisis kewangan ini kita dapat lihat berkali-kali ada dalam Laporan RCI tersebut Tan Sri Yang di-Pertua.
Tan Sri Yang di-Pertua, dalam kita berbahas tentang isu-isu besar, saya ingin sentuh mengenai dua individu yang disebut dalam RCI Tabung Haji iaitu mantan CEO Lembaga Tabung Haji, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff dan juga mantan Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Md Nor Md Yusof. Dalam Laporan RCI, telah didapati bahawa mereka berdua ini telah memberikan khidmat yang baik dan melaksanakan penambahbaikan ke atas Lembaga Tabung Haji.
Datuk Nik Mohd Hasyudeen telah ditamatkan perkhidmatan pada 5 Mei 2021 sebelum tamat tempoh sebenar perkhidmatannya. Manakala, Tan Sri Md Nor pula ditamatkan perkhidmatan pada Oktober 2021, sekali lagi juga sebelum tamat tempoh kontrak. RCI mendapati bahawa penamatan perkhidmatan kedua-dua individu ini dibuat tanpa sebab dan secara mengejut.
Apa yang lebih membimbangkan lagi adalah dapatan RCI bahawa ini sebenarnya— bahawa dapatan RCI ini sebenarnya bertentangan dengan apa yang dimaklumkan secara rasmi. Kerana pada ketika itu contohnya, dilaporkan bahawa Tan Sri Md Nor melepaskan jawatannya, tetapi RCI mendedahkan bahawa sebenarnya beliau telah dihentikan. Kedua-dua mereka ini dilantik pada zaman PH 1.0. Mereka ditamatkan perkhidmatan oleh Menteri-menteri di zaman pentadbiran kerajaan selepas Langkah Sheraton.
Memandangkan RCI secara jelas menyatakan bahawa penamatan mereka memberi kesan kepada proses penambahbaikan Lembaga Tabung Haji, kedua-dua
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
mantan Menteri Agama pada ketika itu harus menjelaskan mengapa mereka berdua ini khidmat mereka ditamatkan dengan lebih awal. Kita tak pertikaikan budi bicara mereka, tetapi saya percaya rakyat berhak mengetahui kenapa mereka dibuang tanpa sebab dan telah menjejaskan pemulihan Lembaga Tabung Haji.
Kalau Yang Berhormat Bagan Serai tadi tidak walk out, mungkin kita boleh dengar daripada dia kenapa ditamatkan sekurang-kurangnya pengerusi pada ketika itu. Berlaku adillah kepada mereka Tan Sri Yang di-Pertua. Rakyat berhak tahu, mereka juga berhak tahu.
Tan Sri Yang di-Pertua, ada satu lagi perkara yang saya nak bangkitkan.
Teguran RCI kepada Jabatan Audit Negara. RCI mendapati bahawa penyata kewangan Lembaga Tabung Haji dari 2014 hingga ke 2017 telah diberi satu Sijil Audit Bersih mengenai laporan audit untuk tahun kewangan 2017, tetapi ada menyatakan mengenai Emphasis of Matter. RCI menjelaskan bahawa Jabatan Audit Negara tidak sepatutnya mengeluarkan Sijil Audit Bersih bagi tahun kewangan berkenaan kerana perkara yang dinyatakan sebagai emphasis of matter ini sepatutnya disenaraikan atau dinyatakan sebagai ketidakpatuhan. Menurut RCI, ketidaktegasan Jabatan Audit Negara juga dapat dilihat apabila agensi berkenaan gagal menegur Lembaga Tabung Haji berkaitan pemberian keuntungan atau hibah yang tinggi sepanjang 2014 hingga 2017.
Teguran RCI terhadap Jabatan Audit Negara ini menunjukkan betapa pada ketika itu institusi penting seperti Jabatan Audit Negara ini dikompromi akibat pertimbangan politik. Adakah Jabatan Audit Negara telah dengan izin, water down, ulasan mereka disebabkan pertimbangan politik atau ada tekanan politik pada ketika itu? Rakyat berhak tahu.
Kegagalan Jabatan Audit Negara dalam melaksanakan tanggungjawab mereka dengan menyeluruh pada ketika itu sehingga terdapatnya teguran daripada RCI mewajarkan pada saya satu respons dari Jabatan Audit Negara dan juga Ketua Audit Negara mengenai teguran RCI ini. Maklumkan kepada rakyat apa tindakan yang telah diambil untuk memastikan perkara ini tidak berlaku lagi.
Tan Sri Yang di-Pertua, persoalan yang kita sering dengar pada hari ini adalah siapa yang patut bertanggungjawab ke atas situasi Lembaga Tabung Haji sehingga ia sampai ke titik paling rendah pada tahun 2017. Saya ingin tegaskan di sini bahawa Ahli-ahli Lembaga Tabung Haji pada penggal tersebut ataupun period tersebut bukanlah pasu bunga Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Mereka dilantik dan mereka mempunyai tanggungjawab fiduciary atau dengan izin, fiduciary duties terhadap Tabung Haji. Mereka tak boleh ambil elaun, ambil gaji, dapat keistimewaan sebagai ahli lembaga, tetapi mengelak daripada tanggungjawab apabila ada berlakunya masalah atau kerosakan.
Selain daripada tanggungjawab fiduciary mereka sebagai ahli lembaga, adakah mereka ini juga ada terlibat secara langsung dalam beberapa pelaburan yang bermasalah seperti yang telah disenaraikan 14 pelaburan bermasalah? Berkaitan dengan isu ini, saya ingin penjelasan. Adakah benar ada bahawa ada mantan Pengerusi Tabung Haji dan bekas Ahli Parlimen Baling terlibat secara aktif dalam rundingan untuk transaksi berkait Hotel Al-Rawda yakni salah satu pelaburan bermasalah Tabung Haji sehingga mencatat kerugian? Kita nak tahu adakah benar ada alegasi seperti ini. Jadi, saya minta supaya satu respons diberikan. Ini persoalan- persoalan yang perlu dijawab.
Masalah dengan Tabung Haji ini tidak berlaku secara kebetulan Tan Sri Yang di-Pertua. Ia tidak terjadi dalam vakum. Sudah tentu ada pelakunya dan sudah tentu ada orang yang harus dipertanggungjawabkan.
Dan dalam RCI Tabung Haji itu jelas menyebut, “Suruhanjaya berpandangan bahawa setiap anggota Lembaga dan Lembaga Pengarah anak-anak syarikatnya, pengurusan serta kakitangan yang terlibat perlu dipertanggungjawabkan atas kerugian yang dialami oleh Lembaga Tabung Haji (LTH) dan anak-anak syarikat yang berkaitan”. Maknanya, semua yang pernah menjawat jawatan sebagai ahli lembaga dalam tempoh yang berkenaan harus dipanggil, disiasat dan sekiranya ada kebertanggungjawaban harus dibawa ke muka pengadilan. Tanpa pengecualian, tanpa kompromi.
Tan Sri Yang di-Pertua, terakhir. Kita bercakap ini bukan perkara yang main- main. Ini bukan perkara picisan, bukan benda yang patut kita ambil mudah, bukan benda yang kita patut ambil enteng. Sebab itu tindakan pembangkang PAS dan WAWASAN untuk tidak membahaskan isu ini membuktikan bahawa mereka telah melarikan diri daripada tanggungjawab mereka sebagai Ahli Parlimen.
Tabung Haji merupakan satu institusi penting dalam negara, kebanggaan negara kita. Daripada perspektif pengurusan haji, Lembaga Tabung Haji diiktiraf di seluruh dunia. Negara jiran melihat kepada cara kita mengurus haji melalui Tabung Haji. Ada orang kita Tan Sri Yang di-Pertua, orang Islam, kerja kuat seumur hidup, letak duit dalam Tabung Haji supaya satu hari mereka dapat menunaikan ibadah haji.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Mereka bukan orang kaya, bukan orang berada, mereka orang biasa. Mereka deposit duit disebabkan mereka letak kepercayaan kepada Tabung Haji.
Untuk umat Islam, Lembaga Tabung Haji ini adalah satu institusi Islam yang cukup penting. Mana-mana kerajaan, bila jadi kerajaan, menjadi custodian kepada Lembaga Tabung Haji ini. Ada tanggungjawab sebagai kerajaan kepada umat Islam di Malaysia untuk jaga Tabung Haji ini baik-baik.
Saya tak faham bagaimana orang-orang yang diamanahkan untuk jaga duit kita, jaga duit orang Islam, boleh buat Lembaga Tabung Haji sampai macam tu sekali. Lepas tu bila ada orang nak pulihkan, ditohmah, difitnah dan sebagainya. Tergamak mereka dibuat macam ini pada Tabung Haji. Diharapkan pagar, pagar sakau padi. Dengan
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Maka di sini saya ingin tegaskan, saya mewakili parti DAP sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan, pendirian parti di sini pertama, DAP menjunjung dan menyokong penuh titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong tempoh hari supaya siasatan berhubung RCI Tabung Haji ini dijalankan sehingga ke lubang cacing.
[Tepuk] Pertama.
Kedua, DAP mahu semua yang bertanggungjawab terhadap situasi Lembaga Tabung Haji dibawa ke muka pengadilan. Kepada pihak berkuasa, jalankan tugas anda tanpa rasa takut dan memihak, kami bersama anda.
Dan yang ketiga dan yang terakhir, DAP menyokong dan mendukung penuh usaha pemulihan Lembaga Tabung Haji yang masih berterusan ini.
Kita harus belajar daripada episod ini. Never again Tan Sri Yang di-Pertua, never again. Jangan lagi berlaku perkara seperti ini. Kita ambil iktibar dan pengajaran supaya kita tak melihat lagi kerosakan yang kita lihat dalam Lembaga Tabung Haji.
Tan Sri Yang di-Pertua, Bangi mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput pembahas terakhir Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Selepas kita mendengar bermula pukul 10.00 pagi tadi taklimat daripada Yang Berhormat Menteri dan mendengar perbahasan 38 Ahli-ahli Parlimen, maka saya sebagai Ahli Parlimen Pasir Gudang percaya mesti ada orang yang perlu disiasat
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
dan jika ada kes, didakwa di mahkamah. Jika dapat dibuktikan, mereka perlu dibawa ke penjara.
Mengapa? Laporan RCI Tabung Haji ini telah menunjukkan bahawa Tabung Haji telah menanggung kerugian sebanyak RM10 bilion. Jadi, saya tidak mahu berlindung. Siapa mereka yang perlu disiasat ini? Pertama dalam senarai saya, mantan Pengerusi Tabung Haji pada ketika itu yang pemegang jawatan dari tahun 2014 hingga 2018.
Kedua, Chief Executive Officer (CEO) Tabung Haji.
Ketiga, Chief Finance Officer Tabung Haji, Ahli-ahli Lembaga Tabung Haji dan pegawai kanan pengurusan. Jangan yang disiasat pegawai kecil-kecil, pegawai rendah. Secara berjemaah, pengurusan Tabung Haji termasuk Pengerusi dia perlu disiasat. Kalau tidak dilakukan siasatan ini, RCI ini kalau dalam bahasa Inggeris boleh sebut hanya mockery saja, sia-sia.
Apa kesalahan mereka? Ambil satu contoh. Laporan RCI Tabung Haji ini mendedahkan Lembaga Tabung Haji ini telah membentangkan report, laporan pada tahun 2017. Tabung Haji dikatakan untung sebanyak RM3.4 bilion tetapi sebenarnya jika diaudit secara accounting yang standard, Tabung Haji sebenarnya rugi bersih ya sebanyak RM1.4 bilion.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Ini satu kesalahan, banyak kesalahan yang lain. Jadi tentang laporan tahun 2017 itu sahaja, kita sebut apakah pelanggaran akta-akta yang telah dilakukan oleh pengurusan Tabung Haji ini yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah.
Tan Sri Speaker, di bawah Akta Tabung Haji 1995 iaitu Akta 535, seksyen 22(3) Akta Tabung Haji itu menyebutkan bahawa Tabung Haji dilarang membayar dividen atau hibah jika aset berkurangan jika dibandingkan dengan liabilities. Ha, itu satu kesalahan. Ertinya banyak perlakuan yang— tindakan yang diambil, aset kurang, liabiliti lebih tapi hibah atau dividen itu diagihkan. Apa akta lain yang pengurusan tertinggi Tabung Haji ini lakukan di bawah Kanun Keseksaan? Ertinya kesalahan cuba menipu akaun itu. Ha, ini di bawah seksyen 477A Kanun Keseksaan iaitu memalsukan akaun atau menyembunyikan akaun yang sebenarnya.
Dan di bawah Kanun Keseksaan juga di bawah seksyen 409, Tabung Haji ini satu amanah rakyat, satu amanah negara yang diamanahkan kepada pengurusan Tabung Haji tetapi bila berlaku dengan sengaja, dengan ada intent dan niat nak
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
menipu, menyembunyikan, menyeleweng kesalahan criminal breach of trust (CBT), pecah amanah jenayah telah berlaku kan.
Jadi saya berharap Peguam Negara, Pendakwa Raya, AG Chambers jangan main-main. Kita bahas dari pagi sampai malam ni. Ha, jangan main-main. Kita nak tengok seperti yang disebut oleh sahabat saya pagi tadi, saya ulang— saya bersetuju. Sebagaimana pesan dan titah Yang di-Pertuan Agong — siasat, siasat sampai ke lubang cacing. Kan ya?
[Tepuk] Tuan Speaker, itu tadi soal akaun bagi tahun 2017. Tetapi pelanggaran yang lain telah disebut dalam laporan ini sebanyak 14 pelaburan bermasalah. Dan rakan- rakan YB Ahli-ahli Parlimen yang lain telah menyebut dengan panjang lebar dan boleh kita dapati di dalam laporan itu dan saya tidak mengulanginya lagi.
Tapi soalnya di sini, dengan pendakwaan di mahkamah sekiranya ada kes, katakanlah kita — pendakwaan berjaya membuktikan hukum dan beberapa orang masuk ke penjara, adakah masalah Tabung Haji ini selesai, kerugian RM10 bilion ini? Jawapannya tentu tidak. Jadi di sini Menteri Kewangan II ada, saya fokus kepada ini. Kerajaan Pakatan Harapan 1.0 pada bulan Disember 2018 telah memulakan pelan pemulihan.
Pada 14 Disember 2018, syarikat UJSB telah ditubuhkan iaitu syarikat Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. milik sepenuhnya kerajaan, dijamin oleh kerajaan.
Pada 19 Disember 2018, kerajaan telah meluluskan pemindahan aset-aset yang bermasalah Tabung Haji kepada syarikat UJSB ini.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Jadi Tuan Speaker, saya ingin penjelasan daripada Menteri. Pada muka surat 128 Laporan RCI Tabung Haji ini, suruhanjaya mendapati bahawa bayaran tunai yang telah diterima oleh Lembaga Tabung Haji setakat ini, setakat laporan itu dibuat hanya RM500 juta sahaja cash yang diterima. RM500 juta berbanding dengan nilai aset Tabung Haji yang telah dipindahkan kepada UJSB itu sebanyak RM9.73 bilion.
Jadi Yang Berhormat Menteri, timbul soal sukuk iaitu Tabung Haji terima cash RM500 juta, selebihnya Tabung Haji hanya terima kertas kosong. Kertas hutang, IOU. Sukuk itu cakapnya standardlah, hebat, sukuk, sukuk. Sebenarnya sukuk itu kertas. Kertas hutang. USJ— apa nama syarikat ini? UJSB ini dia bagi kertas kosong kepada Tabung Haji mengatakan dia berhutang, yang jamin kerajaan. Jadi, ini masalahnya sekarang. Berapa banyak sukuk— nak sebut pun susah. Berapa banyak sukuk yang syarikat itu berhutang dengan Tabung Haji? Masya-Allah.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Tan Sri Speaker, jumlahnya RM27.5 bilion. Kalau saya salah tolong betulkan.
Sukuk ini ada siri pertama, telah matang pada 29 Mei tahun ini. Saya ingin penjelasan adakah kerajaan sekarang ini ada bayar apa-apa pada Tabung Haji? Cash kah, saham kah, aset kah apa? Dan sukuk siri yang kedua akan matang pada 2036. Jadi, apa persiapan kerajaan memberi keyakinan kepada 10 juta pendeposit Tabung Haji bahawa duit mereka yang ada lebih RM90 bilion itu selamat? Bayangkan pada petang ini, malam ini, beri keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan menjamin duit simpanan pendeposit Tabung Haji itu selamat. Kerajaan jamin akan bayar. Bila-bila dia datang nak keluarkan, nak pergi haji ke apa akan ada.
Sebab kerajaan— memanglah Kerajaan MADANI yang kena tanggung ini.
Kerajaan dia bersambung. Salah 10 tahun yang lalu, kerajaan yang sekarang terpaksa pikul. Dia tak boleh lepas tangan. Jadi, saya— akhirnya Tan Sri Speaker, untuk menjamin kepada rakyat yang mendengar siaran langsung kita ini, apa jaminan kerajaan? Menteri Agama dan Menteri Kewangan bagaimana kerajaan boleh menebus sukuk? Kalau setiap tahun telah diputuskan lebih RM1 bilion mesti dibayar, tetapi itu pun tidak dilunaskan. Jadi, saya tidak salahkan kerajaan yang ada ini kerana beban ini bukan salah mereka ya. Ertinya, jadi— tetapi selamatkanlah. Beri keyakinan kepada rakyat.
Itu sahaja Tan Sri Speaker. Saya menyokong pembentangan laporan ini dan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada kerajaan. Walaupun lewat hampir empat tahun tetapi tak apalah sekurang-kurangnya berjaya juga dibawa ke Parlimen ini supaya rakyat dapat dengar. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
[Tepuk] Terima kasih Pasir Gudang. Pasir Gudang ialah pembahas yang ke-39 dan kita akan mendengar dua orang Menteri yang akan menjawab. Semua juga permintaan untuk penjelasan dan juga yang telah pun memberi pandangan sekali gus untuk mendapatkan respons daripada Menteri- menteri.
Baik, untuk itu saya jemput dahulu Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk memberikan respons dan saya berikan 45 minit dari sekarang. Silakan Menteri.
Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI. Tan Sri Yang di-Pertua, bagi pihak kerajaan saya merakamkan penghargaan kepada Tan Sri Yang di-Pertua atas penganjuran sidang khas ini untuk
Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
diadakan penerangan mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji bagi tempoh 2014 hingga 2020.
Saya juga menzahirkan penghargaan kepada semua yang hadir di dalam Dewan terutama 39 Yang Berhormat yang berbahas. Segala pandangan yang bernas, tegas dan kadangkala keras adalah bukti Dewan ini memandang serius amanah hampir 10 juta pendeposit Tabung Haji yang menyimpan dengan impian untuk ke Baitullah.
Bagi sesi penggulungan ini, saya akan menjawab isu-isu kewangan.
Antaranya, kerugian pelaburan, layanan perakaunan, sukuk, pembiayaan kerajaan, Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. dan kedudukan Tabung Haji pada hari ini. Manakala Yang Berhormat Menteri Agama menggulung isu berkaitan tadbir urus, pelantikan lembaga pengarah, bonus, zakat, operasi haji dan pindaan Akta 535.
Yang Berhormat Menteri Agama memulakan sesi penerangan dengan satu perkataan, amanah. Wang Tabung Haji ialah wang seorang guru, peniaga kecil, pesara, wang rakyat biasa yang tersimpan untuk tujuan yang paling murni. Saya ingin menegaskan, semua komitmen penuh Kerajaan MADANI terhadap amanah itu.
Sebelum saya menjawab perkara yang dibangkitkan, izinkan saya rumuskan persoalan pokok bagi isu ini kerana ada pihak-pihak yang cuba memutarbelitkan fakta dengan dakwaan tidak ada salah laku berlaku, bahawa kerugian Tabung Haji hanyalah akibat naik turun biasa pasaran saham atau cuba mempertikaikan langkah penyelamatan Tabung Haji.
Pertama, RCI mendapati wujud proses pelaburan yang tidak teratur kerana manipulasi laporan kesesuaian pelaburan, amalan creative accounting, representasi mengelirukan dan menyembunyikan maklumat. Ini antara punca kerugian hampir RM13 bilion akibat keputusan pelaburan bermasalah sebelum tahun 2018.
Kedua, RCI mengesyorkan ahli politik aktif dilarang menganggotai Lembaga Tabung Haji dan lembaga pengarah anak syarikatnya. Pengurusan Tabung Haji mesti dilaksana— pengurusan Lembaga Tabung Haji mesti dilaksanakan secara profesional tanpa campur tangan politik atau pelaburan yang berkaitan dengan kepentingan parti.
Ketiga, tindakan terhadap pihak bertanggungjawab telah dan sedang diambil termasuk tindakan tatatertib, laporan polis, tuntutan mahkamah serta siasatan agensi penguatkuasaan. Kerajaan tidak akan campur tangan dan tidak akan melindungi sesiapa pun.
Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Keempat, tindakan kerajaan melalui Urusharta Jamaah pada tahun 2018 telah menyelamatkan Tabung Haji. Aset bermasalah dan kurang berdaya maju dipindahkan kepada syarikat milik penuh kerajaan dan tidak dijual pada pihak asing.
Tanpa langkah ini, agihan keuntungan 2018 dan seterusnya tidak dapat dibuat.
Kelima, kerajaan terpaksa tanggung kos penyelamatan sebanyak RM10.2 bilion dan harga yang perlu dibayar ini terpaksa ditanggung oleh semua; pendeposit, pembayar cukai, seluruh rakyat Malaysia.
Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Ini gambaran sebenar apabila pelaburan bermasalah menyebabkan kerugian. Kelemahan tadbir urus membiarkan kerugian berlarutan. Campur tangan politik menghalang tindakan pembetulan. Creative accounting mengaburi fakta sebenar kedudukan kewangan Tabung Haji dan akhirnya, kerajaan dan rakyat terpaksa menanggung akibatnya. Sidang khas ini bukan menghukum berdasarkan sentimen ataupun kepentingan politik. Tanggungjawab kita menegakkan kebenaran.
Pihak pesalah mesti bertanggungjawab dan kelemahan sama tidak boleh diulangkan lagi.
Yang Berhormat Pagoh, Sekijang, Gombak, Santubong, Puncak Borneo, Muar, Simpang Renggam, Putrajaya, Padang Serai, Shah Alam, Port Dickson, Labuan, Merbok membangkitkan mengenai kegagalan pelaburan Tabung Haji sebelum ini. RCI mendedahkan 14 pelaburan bermasalah. Kerugian pelaburan terpaksa ditanggung dianggarkan hampir RM13 bilion, iaitu RM10.2 bilion bailout oleh kerajaan pada 2018 melalui UJSB, manakala rosot nilai sebanyak RM2.6 bilion atau net loss yang ditanggung sendiri oleh Tabung Haji antara 2018 sehingga 2025 bagi pelaburan yang masih diuruskan. Malah, lebih parah lagi, tujuh daripada 14 pelaburan itu rugi 100 peratus. Bukan sebahagian, tapi rugi sepenuhnya.
Ini harga terpaksa dibayar bagi menyelamat simpanan umat Islam. Ini bukan semata isu perakaunan kerana penyata akaun hanya menunjukkan gejala ataupun simptom yang menjadi penyakit atau root cause ialah salah laku kewangan dan pelaburan. Kerugian ini tidak berlaku tiba-tiba dalam penyata akaun, sebaliknya keputusan pelaburan kepimpinan terdahulu. Perakaunan umpama termometer, ia hanya tunjuk anda demam. Sembunyikan termometer tidak menyembuhkan demam anda. Yang mesti dirawat ialah penyakitnya. Pelaburan yang hilang nilai, risiko yang tidak terkawal dan proses membuat keputusan yang lemah. Izinkan saya menerangkan punca sebenar iaitu pelaburan-pelaburan yang bermasalah itu...
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Sikit saja. Boleh mohon senaraikan ketujuh-tujuh— sebut yang ketujuh-tujuh yang memang terus rugi langsung kepada Tabung Haji. Terima kasih.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Ha, soalan sama.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Nanti saya akan senaraikan dan akan bagi secara bertulis ya. senang sikit macam itu.
Pertama, berhubungan pelaburan Al-Rawda di Arab Saudi. Ini merupakan kerugian terbesar dalam senarai pelaburan bermasalah. Melalui perjanjian pajakan 2015 sehingga 2017, Tabung Haji membayar SAR1.4 bilion ataupun RM1.5 bilion kepada orang tengah untuk memajak empat buah hotel di Madinah dan Mekah bagi penginapan jemaah haji.
Orang tengah tersebut sepatutnya mengendalikan keempat-empat hotel dan berjanji membayar sewa SAR2.49 bilion kepada Tabung Haji. Malangnya, bayaran tersebut gagal dilunaskan. Persoalannya, bagaimana kepimpinan Tabung Haji waktu itu begitu berani membayar upfront dengan nilai sebegitu besar melebihi RM1.5 bilion. Jaminan pelaburan yang disandarkan hanya sekeping nota janji peribadi.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Sebagaimana rekod RCI, mengatakan Jabatan Pengurusan Risiko Tabung Haji ada meminta jaminan bank, tetapi Al-Rawda gagal sediakan. Laporan due diligence juga tidak lengkap. Namun, kepimpinan Tabung Haji tetap meneruskan urus niaga bersandarkan nota jaminan tersebut. Lebih RM1.5 bilion wang umat Islam dipertaruhkan tanpa cagaran bernilai. Al-Rawda mula tidak membayar sejak suku pertama 2019. Nota janji disandarkan tidak dipenuhi dan Tabung Haji terpaksa menanggung kerugian dan pelaburan rosot nilai sepenuhnya berjumlah RM1.86 bilion pada 2024. Itu antara satu daripada yang tujuh itu.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri, boleh jelaskan tak— bila kita baca ini tak masuk akal lah dengan tindakan RM1.5 bilion ini upfront, janji sekadar individu itu memang tidak masuk akal. Cuma dalam konteks ini, saya nak mendapatkan penjelasan, dalam tempoh ini adakah hotel-hotel, keempat-empat ini digunakan untuk menempatkan jemaah-jemaah haji kita? Kalau digunakan, di
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
manakah— tentunya Tabung Haji bayar kepada pengurusan keempat-empat hotel ini. Adakah itu berlaku ataupun memang keadaannya hotel ini kosong atau bagaimana sebenarnya yang sedang berlaku di bawah sana? Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Seperti saya katakan tadi ya, sebenarnya Tabung Haji membayar RM1.55 bilion untuk pihak yang ketiga itu menyediakan tempat untuk jemaah haji kita, tapi tidak disediakan. Dan bila musim haji dah habis, hotel-hotel tersebut mungkin dapat disewakan untuk pulangan selebihnya. Kerana itulah pulangan yang untuk masa-masa sebetulnya pun tak dapat diterimakan. Apa yang ada di dalam tangan Tabung Haji hanyalah nota promissory yang ada. Raise sedikit pun tak sampai kepada kita. Ini urus niaga yang terang-terang cacat sejak awal. Berat sebelah dan gagal melindungi kepentingan umat Islam Malaysia.
Persoalan yang mesti disiasat ialah kepentingan siapa yang dilindungi? Siapa yang mendapat manfaat urus niaga ini? Apakah panel pelaburan institusi utama umat Islam negara ini sebegitu dangkal membuat penilaian melainkan ada agenda atau kepentingan tertentu? Perkara ini perlu disiasat segera oleh pihak berkuasa.
Kedua, pembelian Putrajaya Perdana. Pada Disember 2014, TH membayar RM193.3 juta kepada Cendana Destini Sdn Bhd bagi 30 peratus ekuiti dalam Putrajaya Perdana yang dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia sejak 2010.
Pembelian ini berpegang kepada dua janji iaitu syarikat itu disenaraikan semula dalam satu tahun dan mencapai keuntungan RM86 juta pada 2015. Malangnya, dua- dua janji tersebut gagal dicapai dan RCI merekodkan Pengerusi Tabung Haji ketika itu turut menyandang jawatan Pengerusi Putrajaya Perdana.
Pada asalnya, Bahagian Penyelidikan Tabung Haji tidak bersetuju dengan cadangan penilaian pegangan 30 peratus pada RM260 juta dan menilai pegangan sekitar 124 sehingga RM155 juta. Namun akhirnya, ia diluluskan ialah sebanyak RM193.5 juta, lebih tinggi daripada apa yang dinilaikan. Tiada justifikasi bertulis bagi peningkatan nilai mahupun bagi peningkatan pegangan daripada 25 peratus kepada 30 peratus. Due diligence pula hanya dibuat selepas semua kelulusan diperoleh dan ia tidak dibentangkan kepada panel pelaburan mahupun lembaga pengarah sebelum perjanjian ditandatangani.
Satu fakta yang tidak pernah didedahkan kepada pembuat keputusan ialah penjual memperoleh keseluruhan pegangan ekuiti syarikat dengan harga RM260 juta pada tahun 2012 untuk 100 peratus atau RM78 juta sekiranya dikira 30 peratus. Dua tahun kemudian, Tabung Haji membayar dengan penilaian RM193.5 juta iaitu peningkatan tiga kali ganda daripada nilai 2012.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri, boleh saya tanya siapa pemilik Cendana Destini ini? Kerana dalam satu laporan berkaitan dengan kes SRC International, pertukaran pemilikan ini berlaku pada 13 April 2015.
Sebelum itu, dalam kes mahkamah tersebut dikatakan bahawa pihak yang berkuasa ke atas Putrajaya Perdana ini adalah Jho Low. Jadi, saya nak minta penjelasan sebenarnya, siapakah pemilik Cendana pada waktu itu dan bagaimana ataupun apakah yang mendorong keputusan untuk membeli Putrajaya Perdana ini dengan Cendana? Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Saya akan sampai bahagian itu ya.
Apabila dua janji yang telah gagal ditunaikan, Tabung Haji pada Mac 2018 terpaksa melaksanakan opsyen jual berjumlah RM210.7 juta kepada yang penjualnya.
Penjualnya telah dituntut untuk mengambil balik saham itu. Namun, penjual tidak membayar walaupun opsyen itu masih ada. Setakat tahun kewangan 2024, pelaburan ini susut nilai sepenuhnya berjumlah RM193.5 juta. Yang ini nombor dua daripada yang tujuh tadi.
TH sedang membuat tuntutan di mahkamah dan writ telah difailkan. Injunksi Mareva iaitu Perintah Pembekuan Aset telah diperolehi. Mediasi yang diarahkan mahkamah diketepikan pada 11 Ogos 2026 iaitu hari ini. Ditetapkan pada 11 Ogos pada hari ini. Perbicaraan ditetapkan pada 23 Jun 2027.
Berhubungan kaitan Putrajaya Perdana dengan Jho Low yang dibangkitkan oleh YB. Muar dan Putrajaya dan Port Dickson, saya ingin jelaskan berdasarkan dua rekod iaitu prosiding mahkamah dalam kes SRC International yang telah muktamad di Mahkamah Persekutuan pada 2022 dan penilaian fakta terhad yang dijalankan pada 2023.
Menurut keterangan bersumpah Dato' Rosman Abdullah, Pengarah Putrajaya Perdana, SRC International telah menyalurkan RM170 juta kepada anak syarikat Putrajaya Perdana dalam tiga peringkat, antara Julai dan Ogos 2024.
Keterangan beliau sebagaimana direkodkan di mahkamah, selagi jualan syarikat itu oleh UBG sebelum selesai dan ia hanya selesai pada 13 April 2019. Putrajaya Perdana terus berada di bawah kawalan Jho Low melalui UBG. Beliau sendiri pada masa itu tidak mempunyai kata putus dalam pengurusan syarikat. Oleh itu, saya ingin jelaskan ini bahawa mahkamah tidak membuat sebarang penemuan mengenai pemilikan ini dan ia kekal sebagai keterangan bersumpah dalam rekod.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Kalau kita teliti betul-betul kronologi tarikh perkara ini, panel pelaburan luluskan pada 24 Julai 2014, lembaga pada 25 Ogos, Menteri pada 27 Ogos dan perjanjian jual beli ditandatangani pada 3 Disember 2014. Setiap proses kelulusan dan perjanjian jatuh dalam tempoh dinyatakan keterangan tersebut.
Satu lagi, berdasarkan rekod penilaian fakta tahun 2023 didapati pada tarikh 24 Julai 2014 juga, panel pelaburan Tabung Haji telah meminta supaya identiti pemegang saham muktamad penjual dikenal pasti oleh pihak pengurusan. Namun, penilaian tersebut tidak direkodkan sebarang jawapan daripada pihak pengurusan dan jual beli tetap diteruskan. Berdasarkan rekod keterangan bersumpah, ketika Putrajaya Perdana berada di bawah kawalan Jho Low, ketika itulah panel pelaburan, lembaga dan Menteri meluluskan pembelian serta perjanjian jual beli ditandatangani.
Ketiga, projek kapal offshore patrol vessel bagi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia melibatkan Tabung Haji Heavy Engineering (THHE) iaitu syarikat bersekutu Tabung Haji yang turut muncul dalam RCI melalui rosot nilai yang tidak direkodkan. Pada 19 Januari 2017, kerajaan telah menganugerahkan kontrak bernilai RM738.9 juta kepada THHE Destini Sdn. Bhd. Sebuah usaha sama antara THHE Fabricators Sdn. Bhd., anak syarikat penuh THHE yang memegang 49 peratus dan Destini Shipbuilding and Engineering Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Destini Armada Sdn. Bhd. yang memegang 51 peratus.
Apa yang berlaku sebenarnya? Usaha sama tersebut menyerahkan keseluruhan kerja pembinaan secara subcontract kepada anak syarikat Destini.
Pihak THHE hanya menerima surat lantikan khidmat nasihat, manakala sejak mula pembinaan sebenar projek itu ialah oleh pihak Destini. Audit forensik ke atas projek ini mengenal pasti ada ketidakaturan dana RM48.1 juta dan potensi ketidakaturan lanjutan RM195 juta yang masih disiasat.
Contohnya, RM31.6 juta kontrak yang diterima telah dialihkan kepada syarikat induk subkontraktor iaitu jelas bercanggah dengan aturan yang dipersetujui.
Laporan forensik turut menyatakan seorang bekas pengarah Destini Berhad menerima RM1 juta melalui syarikat berkenaan.
Akhirnya, satu daripada tiga kapal disiapkan. Sepatutnya ketiga-tiga kapal siap dalam tempoh 42 bulan iaitu sekitar pertengahan 2020. Kapal pertama hanya diserahkan pada 2 Januari 2024 iaitu tiga setengah tahun lewat. Kapal kedua dan ketiga ditamatkan atas persetujuan bersama, berkuat kuasa 31 Disember 2024. Kos untuk menyiapkan kapal-kapal itu dianggarkan menelan kos tambahan RM310 juta iaitu 40 peratus melebihi kos asal, atas perbandingan sama bagi tiga buah kapal.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Kelemahan tadbir urus pelaburan antara TH dan Destini bukan sahaja merugikan, malah kerajaan juga terpaksa menanggung kos tambahan untuk menyiapkan baki dua unit OPV tersebut.
Keempat, penjualan Ladang PT. TH Indo Plantations di Riau Indonesia. Urus niaga ini menunjukkan salah urus yang terang-terangan paling mudah difahami.
Tabung Haji menjual 95 peratus ekuiti ladang pada harga anggaran USD910 juta atau RM2.8 bilion sebagaimana RCI mengatakan dalam laporan mereka. Kemudian, satu demi satu syarat dilonggarkan untuk kepentingan pembeli. Harga diturunkan sebanyak USD100 juta atau kira-kira RM310 juta.
Saham diserahkan sebelum bayaran penuh diterima dan apabila pembeli gagal menjelaskan obligasinya, Tabung Haji pula mendahulukan RM178.6 juta ataupun RM540 juta yang sepatutnya ditanggung oleh pembeli. Manakala, maknanya di sini ya, penjual yang membiayai pembelian pembelinya sendiri. Ini tahap salah urus yang sangat melampau yang membelakangi kepentingan Tabung Haji dan umat Islam.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Menteri, ini suatu yang menarik saya duk baca. Saya cuba fahamkan yang berkaitan dengan USD178.6 juta ini. Apakah tujuan sebenarnya? Dalam konteks ini, apakah tujuan wang itu disalurkan untuk kegunaan pembiayaan apa? Because dalam RCI dia tak jelas, mungkin pihak kementerian ada penjelasan yang lebih mendalam.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Saya difahamkan dana yang disalurkan oleh Tabung Haji kepada syarikat PT. TH Indo Plantations digunakan untuk membayar balik hutang syarikat itu ya.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Laporan polis telah dibuat dan Tabung Haji sendiri mengeluarkan kertas pertuduhan tatatertib kepada empat pegawai pada Mei 2020 berhubungan dengan penjualan ini sebagaimana direkodkan dalam RCI. Siasatan forensik dalaman dan luaran dijalankan dan siasatan masih diteruskan. Kelima, Trurich...
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Satu lagi, satu lagi Yang Berhormat. Jadi, harga yang Tabung Haji dapat, dia dapat balik 178 ataupun itu on top daripada, tolak daripada yang sepatut dapat? 178 ini adakah Tabung Haji dapat balik?
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Yang sepatutnya bila dijual 95 peratus itu dia dapat USD910 juta, lepas itu dia bagi pinjam lagi USD178.6 juta.
[Dicelah] Baru tahun lalu saya, saya rasa baru dibayar balik USD178.6 juta tapi masalahnya,
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
sebenarnya macam mana you bagi pinjam orang yang membeli syarikat itu? Itu bukan tanggungan Tabung Haji.
Kelima, Trurich Resources iaitu usaha sama ladang sawit di Kalimantan.
Pelaburan Tabung Haji berjumlah RM364.31 juta telah rosot nilai sepenuhnya selaras dengan penyata kewangan beraudit. Ketidakaturan bermula pada peringkat paling asas iaitu tanah itu sendiri. Objektif usaha sama ialah pemilikan ladang sehingga 200,000 hektar tapi akhirnya yang diperolehi hanya 40,880 hektar.
RCI melaporkan dakwaan laporan kesesuaian tanah dimanipulasikan untuk mewajarkan potensi tanah tersebut. Sehingga Trurich membeli ladang berkenaan pada nilai USD58 juta atau RM200 juta. Betapa seriusnya perkara ini adalah apabila laporan polis ketidakaturan pemulihan telah dibuat oleh seorang anggota lembaga pengarah sendiri pada 13 Disember 2018.
Pelupusan anak-anak syarikat Trurich telah diluluskan pada 22 Disember 2020 dan syarikat ini kini dalam proses pelupusan. Berdasarkan lima contoh kes ini sudah terang lagi bersuluh akan punca kegagalan pelaburan Tabung Haji. Kalau bayaran upfront tanpa cagaran, syarikat yang gagal tanpa jaminan, saham diserah sebelum wang diterima dan dana projek dialihkan. Ia bukan boleh dianggap nasib malang pelaburan. Ini jelas dan nyata kegagalan banyak peringkat.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
[Bangun]
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
[Bangun]
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Corak urus niaga ini berulang. Emrail, Wellspring, Putrajaya Perdana ialah tiga pelaburan minoriti sebelum penyenaraian dengan structure urus niaga yang sama. Syarikat penyenaraian, syarat keuntungan dan opsyen jual sebagai kawalan risiko. Akhirnya, ketiga-tiga gagal tersenarai.
Ketiga-tiganya apabila opsyen jual dilaksanakan pihak lawan tidak membuat bayaran, penilaian fakta terhad 2023 pula merekodkan corak yang sama pada peringkat proses.
Sebanyak empat pelaburan tidak melalui due diligence yang diperlukan dan saranan Jabatan Pengurusan Risiko tidak ditangani dengan sewajarnya.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri, sedikit lagi.
Berkaitan dengan Trurich tadi, dalam Laporan RCI dikata terdapat baki pinjaman Trurich kepada Maybank berjumlah USD179 juta. Apa status pinjaman ini dan adakah Tabung Haji kena bayar balik pinjaman yang disebut ini? Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Seperti saya katakan tadi, Tabung Haji telah menyalurkan wang tersebut kepada Trurich. Trurich menggunakan wang
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
tersebut untuk membayar balik Maybank dan selepas beberapa tahun, baru Trurich membayar balik kepada Tabung Haji ya.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Yang Berhormat, Yang Berhormat sini, sini. Trurich, Al-Rawda, Alfareeda, TH Plantations, TH Properties, Alam Maritim, TH Marine, semua ini, kita tahu gagal kalau tidak semua dan sepenuhnya, kebanyakan dan sebahagian besarnya. Dan di situ jelas seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri, terang lagi bersuluh dia ada kegagalan fiduciary duties daripada kepimpinan kanan lah dan juga investment board tak buat kerja atau kerja dia sengaja tak buat, tak taulah.
Wrongdoing memang teranglah tapi apa yang menakutkan adalah kita dah bincang panjang lebar tentang tiadanya regulatory body yang dipertanggungjawabkan, tak ada SC, tak ada bursa yang menjadi regulatory body atau regulatory agency ke atas Tabung Haji sekarang. Apa yang ada kepada kita sekarang apakah provisions, legal provisions, regulatory bodies yang boleh dikerah atau boleh disangkutkan kepada Tabung Haji untuk mengelak semua ini berlaku berulang-ulang?
Sebab orang tetap, pendeposit tetap akan terus mendeposit tetapi pelaburan tetap kena terus. Jadi, apakah adanya kepada kita sekarang yang kita boleh elak ulangnya kesemua ini.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timor.
Kalau kita tengok daripada sambutan apa yang kita akan buat melalui cadangan yang dibuat RCI, ini akan disambut oleh Menteri Agama dan kita akan meneruskan apa yang dicadangkan oleh RCI untuk menubuhkan kawal selia yang lebih baik di masa depan. Buat masa sekarang...
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Menteri, Puncak Borneo ingin penjelasan sikit. Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana saya meneliti satu persatu penerangan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri tadi dan saya ucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan dan kerajaan kerana berani memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia dengan cukup teliti.
Tapi jika kita melihat paten untuk tujuh pelaburan yang dibuat itu, modus operandi adalah hampir sama. Caranya hampir sama, ada kaitan dan pautan di antara satu dengan yang lain. Jadi, soalan yang saya hendak utarakan, adakah satu mastermind ataupun dalang di dalam Tabung Haji ini yang dikenal pasti sebab kalau satu, dua syarikat yang dilaburkan ada masalah, that one is very common in corporate world.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
But kalau dah berterusan sehingga ketujuh itu adalah satu rompakan yang telah direncana dengan teliti, profesional dan saya ingin bertanya, adakah pihak kementerian ataupun Kerajaan Malaysia telah mengenal pasti mastermind dalam masalah ini?
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Mungkin saya jawab macam inilah Puncak Borneo. Bagaimana keadaan sebegini boleh berlaku bertahun lamanya. RCI meletakkan jawapannya kepada susunan lembaga pengarah itu sendiri. Tiga anggota lembaga pengarah adalah ahli politik aktif dan mengaitkan tekanan politik dalam membuat keputusan yang merosakkan. Hibah dikekalkan tinggi selepas tahun 2014 walaupun tidak mampu ditanggungkan dan kadang-kadang politik menghadapi pilihan raya juga mendorong kepada keputusan yang menjadi punca utama krisis kewangan LTH.
Asas dasar ini, RCI mengesyorkan larangan atas ahli politik aktif dalam lembaga. Saya ada banyak lagi contoh-contoh apa yang tidak ketidakpatuhan. Ada juga tohmahan yang katakan macam mana, di mana kerugian Tabung Haji akibat kejatuhan pasaran saham. Tapi kalau kita melihat kekukuhan pasaran saham yang mencapai tahap paling tinggi dalam tempoh yang sama dan kejatuhan dalam tahun 2018 hanya enam peratus tapi kekurangan dalam pasaran saham pegangan Tabung Haji telah jatuh lebih dahsyat lagi daripada apa yang dikenakan ya.
Jadi ini bukan masalah kejatuhan nilai saham pasaran, ini ialah pelaburan yang tidak dibuat dengan cara yang baik.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Yang Berhormat, just on top of that itulah sebabnya on the back of apa yang Puncak Borneo sebut tadi. Dia ada dua benda, satu, dia adalah satu financial product. Tabung Haji is a financial product-lah for all the intent and purposes dengan izin. Dia tambah pula dengan elemen pelaburan itu dan pelaburan itulah yang senang untuk orang hendak buat hal, buat hal lah dan yang buat hal sebelum ini dah untung besar-besar sama ada dia as a conglomerate, as a apa ni? Group menyakau kah.
Dia dua benda yang berasingan, yang dua-dua benda menjadi masalah, khususnya in terms of yang tak ada regulatory body untuk oversee the investment part. So, ada apa-apa yang dilakukan sekarang juga untuk kita mengelak benda berlaku lagi?
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Saya rasa perubahan pengurusan dan Lembaga Pengarah Tabung Haji telah banyak menolong untuk memperketatkan kawalan kepada Tabung Haji.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Dan kita telah melihat yang daripada pencapaian Tabung Haji selepas 2018 dan selepas ia terpaksa susut nilai RM2.6 bilion yang masih pegang pada Tabung Haji, dia masih ada peluang untuk memberi hibah dan hibahnya meningkat tiap-tiap tahun. Ini contoh yang telah dibuat kerana pertukaran yang telah diadakan dalam Tabung Haji.
Kita juga ambil maklum yang seperti apa yang dicadangkan dalam RCI, declaration untuk hibah hanya sekarang dibuat, setelah penyata kewangan diaudit.
Semasa dulu dibuat secara pro forma sahaja. Jadi, kerisauan yang ada, apa-apa isu yang sebelumnya telah dipantau dengan penambahbaikan yang diadakan sekarang.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Boleh saya...
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Saya tak ada masa dah sekarang.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Sedikit sahaja. Tentang pelaburan ini. Adakah peranan panel pelaburan yang wujud di Tabung Haji itu buat semakan ataupun cadangan balas ataupun sekadar bersetuju sahaja? Boleh tak?
Apakah tindakan kepada panel pelaburan ini sekiranya kita dapati bahawa benda ini memang menjahanamkan ekonomi pelabur-pelabur ataupun pendeposit yang bukannya kaya, yang ada dalam Tabung Haji?
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Seperti saya ceritakan dengan contoh- contoh saya terangkan tadi, kan? Walaupun panel pelaburan mungkin ada peranan sedikit, tapi kadang-kadang pengurusan tidak memenuhi tatakelola dengan baik walaupun diminta, tak diberikan. Tapi juga bila diterangkan juga risiko balancing yang dibuat, mungkin tidak baik dalam prosesnya.
Kerana itulah antara cadangan RCI ialah memastikan mereka yang dilantik dalam panel pelaburan, mereka dilantik dalam Lembaga Pengarah Tabung Haji harus mereka yang ada keupayaan dan kepakaran dalam segmen-segmen macam itu. Dan ini akan diterangkan juga oleh Menteri Agama dalam penambahbaikan melalui penambahbaikan Akta 535 nanti. Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Saya ingat Menteri teruskan sebelum diambil soalan- soalan. Teruskan.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Saya teruskan. Saya ada beberapa lagi nak terangkan sebelum saya berganjak kepada isu sukuk yang nak diterangkan.
Satu, kerana banyak yang diceritakan fasal isu perakaunan Tabung Haji.
Seperti yang banyak diceritakan tadi, yang masalahnya kerana ia menggunakan net realisable asset value sebagai satu basis tapi seperti ada yang ditanya oleh Ahli-ahli
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Parlimen tadi, sebenarnya net realisable value yang digunakan menggunakan pendekatan di mana pengurusan yang menetapkan harga yang dibuat dan hanya segelintir daripada aset-asetnya mempunyai sandaran penilaian independent yang dibuat. Kerana itu, kita nampak yang aset itu dah dinaikkan value untuk memastikan yang dalam akaun pro forma nampak macam dia ada untung. Bila dia nampak ada untung, dia boleh memberi hibah.
Tapi sebenarnya seperti apa yang kita tunjukkan tadi, tiap-tiap tahun dari tahun 2014 sampai 2017, Tabung Haji rugi. Kerana penipuan yang dibuat macam itu dan declaration hibah dibuat, kelompongan yang ada di dalam Tabung Haji mencapai tahap di mana untuk menyelamatkan Tabung Haji, kerajaan terpaksa menggunakan proses di mana RM10.2 bilion diberikan melalui penyelamatan melalui sukuk yang diterbitkan.
Ini satu benda yang penting dan saya harap semua orang faham, ya. Untuk menyelamatkan Tabung Haji, sebenarnya kita mengambil aset-aset yang tak ada daya saing dalam Tabung Haji. Kita melihat aset-aset yang ada kerugian dalam Tabung Haji. Jadi, ke depan, dia tak ada peluang untuk menjana untuk Tabung Haji.
Jadi, kerajaan mengambil dan memindahkan aset-aset itu daripada Tabung Haji kepada UJSB.
Harga aset yang dipindahkan sebenarnya hanya dalam lingkungan RM9.6 bilion. Tapi bila dipindahkan, kerajaan membayar RM19.8 bilion. Bermakna Tabung Haji mendapat lebihan RM10.2 bilion. Saya tak tahulah kalau saya beli aset, saya tak beli aset lebih tinggi daripada harga sebenar tapi kita terpaksa menyelamatkan Tabung Haji.
Kalau kita tak menyelamatkan Tabung Haji, tak ada peluang untuk Tabung Haji mendapat hibah bertahun-tahun ke depan. Kalau kita tak selamatkan Tabung Haji, nilai wang pendeposit dalam Tabung Haji susut. Kalau saya letak RM1, mungkin saya dapat 50 sen, 60 sen, 80 sen. Itu bukan matlamat Tabung Haji. Tapi kerana kerajaan ini ada pendirian yang mengikut akta, dia tolong menyelamatkan Tabung Haji seperti apa yang diterangkan dalam RCI.
Dalam RCI juga diterangkan dengan jelas walaupun ada empat cadangan yang diberikan, hanya melalui sukuk itulah dia dapat mencapai matlamat yang ditetapkan. Tiga-tiga yang lain itu tidak mematuhi syarat dan tidak boleh digunakan.
Jadi, sukuk itu sebenarnya telah digunakan sebagai alat untuk menyelamatkan Tabung Haji.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Menteri, nak minta penjelasan sikit. Tadi dikatakan RM 9.7 bilion aset telah dipindahkan kepada UJSB. Boleh tak saya minta penjelasan. Adakah aset sekarang masih duduk dalam USJB dan tidak dijual kepada mana-mana pihak ketiga? Kerana sampai hari ini pun ada Ahli Dewan yang katakan aset telah dipindahkan, dijual kepada golongan bukan Islam. Jadi, saya minta penjelasan daripada Menteri Kewangan.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Seperti apa yang dimulakan masa pembentangan oleh Menteri Agama tadi, kan? Kita telah menerangkan yang kita tidak menjual aset-aset Tabung Haji kepada siapa-siapa dekat luar. Kita memegang dan cuba memulihkan. Jadi, kalau aset itu saham, kita memegang saham, ya. Kalau aset ini macam perladangan, kita improve the operation of the perladangan agar hasilnya lebih dan seperti kita nampak bila kita meng-structure-kan semula sukuk satu, kita pulangkan juga aset itu kepada Tabung Haji. Tapi kita pulangkan ya— 11 terlepas— kita memulihkan syarikat tersebut. Kita tak bagi balik aset yang tidak elok kepada Tabung Haji.
Yang Berhormat Pasir Gudang bertanya...
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Ya, Yang Berhormat Menteri, daripada penjelasan Yang Berhormat Menteri sebut tadi tentang sukuk, ini bermakna sukuk jaminan yang dipegang oleh Tabung Haji sebanyak RM27.5 bilion itu atas angin sahaja ke? Maknanya tidak ada pulangan sama ada cash tiap-tiap tahun ke macam mana?
Jadi, sampai bila ini tangguh, tangguh, tangguh ini sedangkan harta aset Tabung Haji dah berpindah ke UJSB. Ini tak adil itu.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Yang Berhormat Pasir Gudang, sebelum kita buat tohmahan macam itu, kita kena faham struktur sukuk yang diadakan. Sukuk yang diterbitkan pada tahun 2018 ialah zero-coupon bond. Jadi, pulangannya dapat di penghujung tarikh matang sukuk itu dan pulangan yang diberikan dikira dan dimasukkan kerana masa itu kan, kita bagi sukuk yang diterbitkan RM19.6 bilion lebih kurang macam itu, kan? Tapi nilai sukuk bila matang ialah RM27 bilion. Perbezaan lebih kurang RM8 bilion itu ialah pulangan kepada Tabung Haji.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Boleh saya...
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Kerana ada pulangan macam itu, jadi Tabung Haji dapat pulangan untuk menanggung hibah, tiap-tiap tahun dapat.
Pulangan kita berikan. Sukuk satu lebih kurang 4.05 peratus, sukuk kedua 4.1 peratus. Ia lebih tinggi daripada nilai hibah yang kita berikan dan lebih tinggi daripada
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
bila orang membeli MGS yang diterbitkan oleh kerajaan kerana kita nak memastikan pulangan untuk pencarum haji itu cukup dan lebih baik daripada apa yang diberikan.
Kalau kita tengok recommendation daripada RCI, sekejap saja...
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Ya.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Recommendation daripada RCI, RCI pun kata lebih baik kalau pulangan itu boleh diberi bukan dari segi zero- coupon bond. Boleh tak ditukarkan kepada cash payment?
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Bila kita structure balik semula sukuk satu kepada sukuk tiga, kita menukarkannya daripada zero-coupon bond kepada kupon yang dibayar tiap-tiap tahun. Pulangannya 3.86 peratus, lebih tinggi daripada pulangan government security lebih kurang 3.6 peratus. Dan tiap-tiap tahun, Tabung Haji untuk sukuk ketiga akan mendapat lebih kurang RM440 juta pulangan daripada sukuk tiga.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Ya.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Ini pulangan untuk Tabung Haji. Saya ambil maklum yang ada cadangan dan dimasukkan melalui kelulusan kementerian pada tahun 2019 untuk provision RM1.73 bilion dibuat untuk melangsaikan sukuk yang ada. Kita pun sedia maklum bila dibuat, masuk tahun selepasnya, kita masuk zaman COVID. Zaman COVID, pendekatan kerajaan adalah untuk kelangsungan hidup rakyat. Yang itu yang paling penting. Jadi, kita tak buat masa tahun itu. Masa selepasnya kita ada kekangan yang besar kerana kita terpaksa membayar hutang wang 1MDB. Tahun 2022, Kementerian Kewangan terpaksa membayar RM13 bilion.
Yang itu hutang yang harus dilangsaikan. Kita menggunakan...
[Tidak jelas] Jadi, untuk sukuk ini, bila ada kewangan yang kita ada dalam kerajaan, kita akan memberi early redemption untuk sukuk yang akan dibuat. Dan itu jaminan daripada kerajaan bila ada ruang daripada kerajaan. Tapi, seperti yang kita buat dalam penstrukturan semula sukuk nombor satu, kita telah tukar daripada zero- coupon bond kepada kupon yang dibayar tiap-tiap tahun. Jadi, ada pulangan tunai kepada Tabung Haji tiap-tiap tahun.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Ya, YB, kekhuatiran saya ini tentang komitmen Kerajaan MADANI ini untuk melunaskan berkaitan sukuk ini, saya merujuk— YB boleh merujuk muka surat 128 Laporan RCI itu, di mana Suruhanjaya Siasatan Diraja, dia sebut situ, “Suruhanjaya khuatir sekiranya kerajaan tidak dapat memenuhi komitmen jaminan tersebut, Lembaga Tabung Haji sekali lagi akan terdedah kepada risiko pembayaran ingkar (default payment).” Ini bukan kata-
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
kata saya. Ini kata-kata dalam Laporan RCI itu. Yang ini saya minta penjelasan daripada kerajaan.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Yang Berhormat Pasir Gudang, kerajaan tidak pernah tak menjelaskan hutang yang dibuat oleh kerajaan. MGS yang diterbitkan, treasury bills yang dibuat, selalunya dibayar kerajaan. Dan seperti apa yang diadakan dalam Akta Tabung Haji, bila ada kekurangan, kerajaan akan step in seperti apa yang kita buat dalam tahun 2018. Jadi, saya rasa tak ada isu yang berbangkit tentang kebolehan kerajaan untuk memikul tanggungan ini.
Tapi, kita kena ingat ya. Kita kena ingat yang kerajaan telah masuk bailout Tabung Haji RM10.2 bilion. Kita bailout. Itu tak ada siapa yang boleh menafikan.
Kalau kita tak bailout, masalah lebih besar akan berada dalam negara ini. Dan kerajaan menunaikan tanggungjawabnya seperti apa yang diperuntukkan dalam Akta Tabung Haji. Dan seperti yang saya katakan juga, dalam setiap pinjaman yang dibuat oleh kerajaan, kerajaan sentiasa memenuhi syarat yang diberikan. Jadi, janganlah buat tohmahan kata kita tidak akan buat. Kita selalu membayar dan akan terus membayar. Itu jaminan daripada kerajaan.
Jadi, ada juga beberapa soalan lain...
Tuan Yang di-Pertua
Boleh proceed, Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Saya minta lima minit, kalau saya bagi habiskan.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Ada yang tanya― saya dah terangkan tadi― yang kalau kita melihat dari segi pelaburan, ada banyak masalah. Apa yang kita kena buat ialah memastikan forensik-forensik yang dah siap, kita memberinya kepada pihak berkuasa untuk meneruskan siasatan untuk tindakan selanjutnya dibuat. Forensik-forensik yang belum habis dibuat akan terus dibuat sampai habis dan kita akan memastikan tindakan susulan akan dibuat untuk memastikan isu ini tidak akan berulang.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Ya.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Adakah kerajaan akan menubuhkan multi-agency task force? Supaya kita tidak bergerak dalam silo.
Kejayaan siasatan dan pendakwaan 1MDB adalah apabila multi-agency task force ini bergerak bersama. Tetapi, kalau kita hanya mengharapkan satu ke dua agensi,
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
khususnya, Yang Berhormat Menteri, bila sudah terlalu dekat dengan pilihan raya, kerisauan saya kadang-kadang bila dah dekat pilihan raya, it’s maybe some hesitance. Tapi, bila multi-agency task force yang melibatkan banyak pihak, mereka turut akan semak imbang di antara satu sama lain supaya tindakan susulan yang tegas dan pantas boleh dilaksanakan. Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat Muar atas cadangan itu. Seperti juga cadangan Yang Berhormat Putrajaya untuk agensi yang super agency untuk mengawal selia, kerajaan akan menimbang proses ini untuk penambahbaikan. Kita tak nak isu ini berulang. Jadi, cadangan-cadangan yang bernas, kita akan ambil dan melihat cara yang terbaik untuk membuatnya.
Tapi, apa yang kita buat dan kita dapat daripada RCI sekarang telah jelas.
Bila ada apa-apa ketidakpatuhan, pelanggaran, kita harus meneruskan siasatan sampai habis. Dan siapa yang bertanggungjawab, kita kena mengambil tindakan yang sepatutnya.
Kedua, kita harus juga melihat penambahbaikan proses dalam kawal selia kita. Seperti itulah, Menteri Agama akan ceritakan, apa yang akan kita buat yang menyambut laporan daripada RCI untuk penambahbaikan Akta 535 untuk menambah baik kawal selia kepada Tabung Haji.
Jadi, mungkin ada beberapa perkara yang saya nak terangkan lagilah. Kalau kita tengok dari segi dasar, bila kita nampak isu-isu ini berlarutan, kerajaan kena tegas untuk mengambil tindakan yang sepatutnya. Dan kerajaan telah mengambil tindakan yang dah ada. Tadi Sekijang ada bertanya tentang apa terjadi tentang LHDN.
Hari Jumaat lalu, LHDN juga telah membuat siasatan berkenaan unexpected wealth di mana beberapa individu termasuk mantan Pengerusi dan mantan Pengarah Urusan dan beberapa anggota pengurusan kanan Tabung Haji telah diminta untuk membuat laporan macam mana mereka dapat a mass, kekayaan yang begitu banyak sekali. Ini proses yang dijalankan biasanya bila kita nampak ada perbezaan dengan kebolehan seseorang itu menjana kewangan dan apa yang dia ada dalam pegangannya.
Saya percaya LHDN akan terus membuat proses macam ini dan sampai akhir tindakan yang dibuatkan. Dan saya pasti juga laporan-laporan polis dan laporan SPRM yang telah dimasukkan akan disiasat sampai habis. Jadi...
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Ya.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Sikit berkaitan dengan laporan ini. Saya sebut tadi, kalau dalam Laporan RCI ini sebut, kreatif dalam amalan perakaunan atau creative accounting. Tapi kalau kita tengok substance of apa yang berlaku ini, kalau tanya saya lah, sebagai seorang dalam bidang perakaunan, dia lebih kepada fraudulent financial reporting. Jadi, bagaimana kerajaan nak disentangle bila Suruhanjaya kata ini creative accounting, sedangkan substance-nya lebih pada fraudulent financial reporting? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih, Yang Berhormat Putrajaya.
Seperti kita bincang panjang lebar tadi, kalau kita tengok dari segi forensik- forensiknya, kita akan habis sampai hujung. Dan siasatan yang sepatutnya dibuat daripada forensic report seperti dicadangkan oleh RCI akan diteruskan sampai kita habis. Dan untuk ke depan, kita akan buat penambahbaikan berdasarkan laporan yang ada daripada RCI. Ini termasuk penambahbaikan Akta 535 yang akan dibentangkan oleh Menteri Agama.
Jadi, mungkin saya akhiri dengan beberapa perkaralah. Saya nak tegaskan tiga ikrar Kerajaan MADANI terhadap 10 juta pendeposit Tabung Haji. Pertama, kebenaran terus didedahkan. Kerajaan telah menzahirkan Laporan RCI untuk bacaan umum dan pembentangan di Parlimen dan tidak berselindung apa-apa walaupun ada angka yang menyakitkan.
Kedua, akauntabiliti ditegakkan tanpa pilih kasih. Sepertimana titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, siasatan hendaklah dilaksanakan secara menyeluruh dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Dan ketiga, Tabung Haji diperkukuhkan supaya sejarah tidak berulang. Akta 535 akan dipinda supaya ahli politik aktif dilarang secara berkanun daripada menganggotai lembaga pengarah, pelaburan Tabung Haji dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti, hibah dipaksikan, akaun diaudit dan setiap keputusan mengenai Tabung Haji diukur dengan satu neraca sahaja iaitu kepentingan ummah.
Kerajaan juga sedia mempertimbangkan cadangan Yang Berhormat Putrajaya dan Yang Berhormat Muar tentang apa yang dibentangkan tadi.
Tabung Haji bukan milik kerajaan dan mana-mana parti. Ini amanah umat Islam yang menyimpan sedikit demi sedikit dengan harapan untuk ke Baitullah.
Semoga Allah memberikan kekuatan menjaga amanah ini dengan jujur sehingga jutaan penyimpan akhirnya diberikan peluang untuk menyahut seruan
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
‘Labbaikallahumma labbaik’. Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Menteri, saya nak minta sedikit lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Assalamualaikum— baik. Dah, habis. Baik.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Sikit sahaja, saya nak minta...
Tuan Yang di-Pertua
Saya ucapkan terima kasih kepada Menteri Kewangan dan seterusnya, saya menjemput Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama) untuk memberikan penjelasan dalam masa 30 minit. Silakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin menzahirkan setinggi terima kasih kepada Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II yang telah pun membuat penggulungan dan membuat jawapan dari aspek kewangan, perakaunan dan audit.
Bismillahirrahmanirrahim. Pertamanya, saya ucapkan syukur Alhamdulillah atas peluang yang diberikan kepada kita untuk membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji. Perlu saya tegaskan di sini bahawa RCI adalah badan bebas yang ditubuhkan bagi membuat siasatan, bukan memberi pandangan dan syor yang berat sebelah kepada mana-mana pihak.
Saya amat menghargai pelbagai pandangan yang diberikan, cadangan- cadangan baik yang membina dan soalan-soalan yang akan dijelaskan selepas ini.
Inilah tanda sayang kita kepada Tabung Haji dan kita tidak mahu episod hitam ini berulang lagi.
Mesej hari ini jelas, Tabung Haji mesti terus diperkukuh, RCI telah disempurnakan, penguatkuasaan sedang berjalan. Berikan ruang untuk Tabung Haji melengkapkan baki syor yang ada. Hari ini, Tabung Haji telah bangkit semula.
Alhamdulillah, dana pendeposit melonjak melebihi RM90 bilion, agihan keuntungan mencatat rekod tertinggi sejak 2018, kos haji kekal stabil hasil pengurusan yang berhemah. Kepada umat Islam di Malaysia, yakinlah Tabung Haji kekal teguh mempertahankan hak anda.
Kerajaan ini berikrar, pindaan Akta Tabung Haji 1995 akan dilaksanakan segera bagi melengkapkan penambahbaikan tadbir urus yang telah dilaksana kerana di sebalik angka RM90 bilion ini, ada wang simpanan hasil titik peluh petani, nelayan, jemaah yang merindui Kaabah. Ini bukan sekadar simpanan, ini adalah amanah yang
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan
suci. Kita pelihara kepercayaan ini, kita pertahankan maruah institusi ini demi agama, demi bangsa dan demi tanah air.
Seramai 39 Ahli Yang Berhormat telah bersama berkongsi pandangan, soalan, teguran dan cadangan mengenai Laporan RCI berkaitan Tabung Haji.
Izinkan saya menjawab persoalan-persoalan penting yang dibangkitkan dan sekiranya masa tidak mengizinkan, saya akan susuli dengan jawapan bertulis.
Soalan yang pertama berkenaan dengan Laporan RCI lambat didedahkan.
YB Papar, YB Beaufort, YB Tampin, Tenggara, Kuala Pilah telah membangkitkan kenapa Laporan RCI lambat didedahkan? Untuk makluman, lantikan anggota suruhanjaya pada Januari 2022. Siap Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja pada Julai 2022.
Kenapa kerajaan yang dipimpin pada itu oleh YB Bera tidak mendedahkan Laporan RCI? Kenapa Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya sebutkan tadi tidak bertanya terus kepada kerajaan pada waktu itu? Saya ingin menjawab. Kenapa Kerajaan MADANI menangguhkan?
Penangguhan penzahiran Laporan RCI oleh Kerajaan MADANI adalah bagi memberi peluang kepada Tabung Haji melaksanakan syor-syor yang dicadangkan oleh RCI dan bagi memberi ruang dan masa untuk memulihkan Tabung Haji.
Walaupun telah melaksanakan penambahbaikan melalui pelan pemulihan sejak tahun 2018, namun Tabung Haji masih perlu menguruskan aset-aset legasi yang kurang berdaya saing dan bermasalah yang masih kekal di Tabung Haji.
Pada tahun 2019, berlaku krisis keyakinan sekitar RM6 bilion dikeluarkan pendeposit dalam tempoh yang singkat. Itu adalah sejarah. Dalam hal ini, Kerajaan MADANI memilih untuk memberikan ruang kepada Tabung Haji untuk memulihkan institusi ini terlebih dahulu. Hari ini, apabila kedudukan Tabung Haji telah jauh lebih kukuh, kita memilih untuk membuka laporan ini kepada rakyat. Dan Alhamdulillah, kerajaan ingin menzahirkan setinggi penghargaan kepada pengurusan Tabung Haji yang baru dan semua pihak yang terlibat yang telah berjaya memulihkan Tabung Haji dengan cemerlang. Alhamdulillah. Tuan Yang di-Pertua, soalan yang seterusnya adalah berkenaan dengan tadbir urus. YB Santubong bertanya bagaimana memastikan standard tadbir urus Tabung Haji sentiasa terpelihara? Institusi yang kukuh tak boleh bergantung kepada individu. Sebaliknya, perlu berasaskan sistem proses kawalan dan tadbir urus yang jelas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan
Setiap keputusan dibuat berdasarkan undang-undang, polisi, prosedur, prinsip semak dan imbang serta kepentingan pendeposit. Ringkasnya, individu boleh berubah tetapi sistem dan prinsip dan tadbir urus mesti kekal bagi memastikan amanah pendeposit sentiasa dilindungi.
Pada masa ini, Tabung Haji telah melaksanakan lantikan kepimpinan, termasuk ahli lembaga pengarah dan pengurusan berdasarkan integriti, kebolehan dan pengalaman berdasarkan kriteria fit and proper mengikut kerangka yang diguna pakai oleh Bank Negara Malaysia.
YB Muar, Gombak dan Pagoh bertanya mengenai audit forensik dan beri cadangan untuk diadakan multi-taskforce agency. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, forensic auditing telah pun dijalankan ke atas pelaburan-pelaburan yang disenaraikan dalam Laporan RCI. Manakala, cadangan mewujudkan multi agency taskforce untuk menyiasat setiap pelaburan yang berisiko kerugian disambut baik dan akan diteliti untuk pelaksanaan.
Yang Berhormat Padang Serai bertanya sekiranya kerajaan bersedia menubuhkan taskforce forensic khas ketersediaan bajet badan penguat kuasa dan juga cadangan-cadangan berkenaan tadbir urus. Kerajaan memandang serius segala unsur salah laku dan penyelewengan.
SPRM dan PDRM telah pun memulakan siasatan serta tindakan penguatkuasaan, manakala Tabung Haji telah memberikan kerjasama penuh melalui enam laporan kepada PDRM dan enam laporan kepada SPRM. Cadangan taskforce forensik khas dan ketersediaan bajet akan diteliti oleh pihak yang berkaitan untuk dipertimbangkan. Terima kasih.
Kerajaan juga sedang memperkukuh Akta Tabung Haji, termasuk peruntukan berkaitan piawaian perakaunan dan penalti bagi salah lapor penyata kewangan.
Sejak 2022, agihan keuntungan Tabung Haji telah diumumkan berdasarkan penyata kewangan tahunan yang diaudit.
Selain itu, taskforce melibatkan Tabung Haji, Bank Negara Malaysia dan juga Suruhanjaya Sekuriti sedang meneliti kerangka pengawasan pengurusan dana dan pelaburan Tabung Haji. Keseluruhannya, tindakan kerajaan adalah jelas iaitu menyiasat, mengambil tindakan penguatkuasaan, memulihkan aset serta memperkukuh undang-undang dan tadbir urus bagi memastikan amanah serta kepentingan pendeposit terus dilindungi.
Seterusnya adalah isu pelaksanaan syor. YB Simpang Renggam...
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri, kalau boleh sedikit.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Ha, boleh.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Sebelum masuk topik yang baru, tadi— saya ada sebut tadi berkaitan— Yang Berhormat Menteri jelaskan bahawa Tabung Haji akan duduk dengan Suruhanjaya Sekuriti untuk melihat akta dan juga kawal selia. Dan itu yang saya sebut tadi kepada Menteri Kewangan juga, bahawa kawal selia ini kita belajar dari Tabung Haji. Kita kena buat lebih besar daripada itu.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Bukan sahaja untuk Tabung Haji tetapi juga untuk institusi-institusi lain yang menguruskan dana awam. Apa terjadi sekiranya sesuatu berlaku pada KWSP sebagai contoh. Itu jauh lebih besar. Kita tidak ada satu kerangka kawal selia yang menyeluruh dan saya mohon kerajaan berdasarkan laporan Tabung Haji ini buat sesuatu yang lebih besar, lebih menyeluruh tentang kawal selia bukan sahaja untuk Tabung Haji tetapi untuk dana-dana yang lain. Terima kasih.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Terima kasih Yang Berhormat. Itu adalah satu cadangan yang baik. Kita akan lihat dan pertimbangkan. Namun, pada hari ini skopnya adalah berkenaan dengan Tabung Haji. Terima kasih.
Isu pelaksanaan syor. YB. Simpang Renggam, Semporna dan Bentong bertanya. Bagaimana hendak memulihkan semula kepercayaan rakyat terhadap Tabung Haji? Status pelaksanaan syor dan status siasatan PDRM, SPRM dan agensi penguatkuasaan. Kepercayaan rakyat terhadap Tabung Haji perlu diperolehi melalui tindakan, ketelusan dan tadbir urus yang kukuh.
Ia perlu diterjemah melalui peningkatan tahap operasi dan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang. Alhamdulillah, setakat ini 75 peratus daripada 25 syor RCI telah dilaksanakan manakala syor-syor selebihnya sedang dalam proses pelaksanaan mengikut bidang kuasa dan garis masa yang ditetapkan. Baki enam syor yang sedang dalam pelaksanaan termasuk pindaan Akta Tabung Haji.
Bagi mengukuhkan tadbir urus, menaikkan kadar pendaftaran haji pada kadar yang lebih munasabah, menguatkan kawal selia ke atas Tabung Haji, memperkemaskan proses tatatertib dan syor berkenaan dasar deposit, bayaran haji dan Bantuan Kewangan Haji (HAFIS) dan cadangan kawal selia di bawah Suruhanjaya Sekuriti. Tabung Haji terus memperkukuh tadbir urus, kawalan dalaman, pengurusan risiko dan ketelusan bagi memastikan kelemahan yang berlaku pada masa lalu tidak berulang.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Hasil daripada dapatan RCI, Tabung Haji telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa termasuk melalui enam laporan kepada PDRM dan enam laporan kepada SPRM untuk siasatan dan tindakan selanjutnya mengikut bidang kuasa serta peruntukan undang-undang.
Setakat hari ini, kita telah melihat tindakan serta-merta pihak berkuasa.
Menerusi pasukan khas yang ditubuhkan oleh SPRM dan PDRM sejurus selepas Laporan RCI didedahkan, siasatan telah dimulakan yang seterusnya membawa kepada tindakan penguatkuasaan termasuk penahanan beberapa individu terkait dengan dakwaan salah laku serta suapan, salah guna kuasa serta pelanggaran tadbir urus.
Dalam masa yang sama, Laporan Tahunan Penyata Kewangan Tabung Haji tersedia untuk akses orang awam sebagai sebahagian daripada komitmen terhadap akauntabiliti. Penyata Kewangan Tabung Haji juga telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara dan dibentangkan di Parlimen sebelum diterbitkan kepada umum. Ini memastikan kedudukan kewangan dan tadbir urus Tabung Haji dapat diteliti secara terbuka oleh pihak berkepentingan. Keseluruhannya, Tabung Haji komited untuk terus memperkukuh tadbir urus, melaksanakan syor RCI dan memastikan amanah serta kepentingan pada pendeposit sentiasa terpelihara.
Isu seterusnya. Kontrak CEO ditamatkan. YB Bukit Bendera bertanya...
[Dicelah]
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Yang Berhormat Menteri...
Dr. Zulkifli bin Hasan
Sila.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Boleh saya tanya? Terima kasih.
Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebutkan tentang subsidi HAFIS. Sekarang ini bermain di kalangan masyarakat yang membezakan, membandingkan bahawa di— sebelum 2018, mereka pendeposit haji ini yang nak pergi haji hanya perlu mengeluarkan belanja sekitar RM9,700. Sekarang ini di bawah Kerajaan MADANI nak kena belanja sehingga RM15,000.
Jadi, saya rasa ramai di kalangan pendeposit haji tak faham keadaan ini tetapi inilah yang dimainkan untuk memberikan gambaran bahawa pengurusan haji sekarang ini lebih buruk ataupun lebih tidak cekap berbanding dengan dahulu. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri dan juga apakah langkah- langkah untuk memberikan kesedaran dan advokasi kepada masyarakat? Terima kasih.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Terima kasih Yang Berhormat. Perkara pertama yang perlu ditekankan untuk menunaikan haji, perkara kefahaman prinsip pertama yang kita kena fahami adalah istitaah iaitu kemampuan. Kemampuan dari sudut kewangan, kesihatan, kemampuan dari sudut keselamatan dan juga kuota haji. Baik.
Dari aspek ini, saya ingin memberikan pencerahan dan membetulkan persepsi tersebut. Ahli-ahli Yang Berhormat, inflasi yang berlaku selama lebih 10 tahun telah pun mencapai 250 peratus, Tan Sri Yang di-Pertua. Tetapi, alhamdulillah dengan komitmen, dengan kebijaksanaan pengurusan Tabung Haji yang ada pada hari ini yang baru telah berjaya mengekalkan kos haji selama tiga tahun berturut- turut dan saya boleh kongsikan kepada semua. Kualiti perkhidmatan haji yang ditawarkan oleh Tabung Haji adalah yang terbaik di dunia.
[Tepuk] Kita telah mendapat anugerah Labaytum Diamond Award yang tertinggi kerana ada Silver, Bronze, Gold, tetapi kita dapat yang tertinggi berturut-turut dan ini menunjukkan bahawa sememangnya kita sudah pun mencapai satu tahap yang terbaik dan berjaya mengekalkan walaupun inflasi 250 peratus. Baik.
YB. Bukit Bendera bertanya mengenai penamatan kontrak mantan Pengerusi dan CEO Tabung Haji. Jawapannya, keputusan untuk menarik balik lantikan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff dan Pengerusi, Tan Sri Md Nor Yusof pada tahun 2021 dibuat oleh Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada ketika itu. Namun, tiada alasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri.
Seterusnya ialah isu bonus. Yang Berhormat Tanjong Karang dan Batang Lupar menimbulkan berkenaan bonus, tadbir urus dan tatakelola berkaitan agihan keuntungan sebelum 2018. Kerajaan mengambil serius dapatan RCI ini dan telah memastikan perkara yang mempunyai unsur kesalahan dirujuk kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut. Sebarang tindakan pendakwaan hendak berdasarkan bukti dan proses undang-undang. Prinsip kerajaan jelas bahawa pihak yang didapati bersalah hendaklah dipertanggungjawabkan. Bagi pengagihan hibah...
[Dicelah]
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat Menteri, berkenaan bonus.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Silakan.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Saya faham isu pendakwaan adalah di bawah ruang lingkup PDRM dan SPRM. Tetapi salah satu
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
saranan RCI adalah supaya bonus itu di-claw back semula. Maksudnya diambil semula supaya kita menghantar precedent yang jelas kes ini tidak patut berulang lagi. Persoalan saya, adakah kerajaan akan mengikut saranan pihak RCI untuk lakukan claw back ini? Terima kasih.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Baik. Terima kasih Yang Berhormat. Bagi pengagihan hibah tahun 2014 sehingga 2017, saya menjawab teruslah. Berkenaan dengan bonus. Kalau kita melihat kepada dapatan RCI dan juga syor-syor yang telah dilaksanakan, di antara syor yang telah pun dilaksanakan sebahagian daripada 75 peratus adalah untuk mendapatkan semula bonus-bonus daripada Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji Properties. Maknanya ia telah pun dilaksanakan.
Bagi pengagihan hibah tahun 2014 hingga 2017, RCI mengenal pasti kelemahan dalam kaedah penilaian dan pelaporan kewangan termasuk penggunaan realisable asset value yang menyebabkan kedudukan kewangan kelihatan lebih baik daripada keadaan sebenar. Tanggungjawab pengurusan kewangan pada ketika itu terletak pada struktur pengurusan dan tadbir urus Tabung Haji yang berkuat kuasa.
Dapatan RCI menjadi asas untuk memperkukuh kawalan dalaman, pelaporan kewangan dan akauntabiliti.
Berhubung bonus sehingga 13 bulan, RCI menunjukkan terdapat kelemahan dalam penilaian kedudukan kewangan yang perlu diperbaiki supaya ganjaran dan insentif selaras dengan prestasi sebenar institusi. Bagi pelantikan ahli lembaga pengarah dan pengurusan sebagai nominee director pada ketika itu tiada polisi khusus yang menetapkan had bilangan syarikat yang boleh dipegang oleh seseorang individu secara serentak. Perkara ini menunjukkan keperluan memperkukuh dasar konflik kepentingan, had pelantikan dan pengawasan supaya tanggungjawab dapat dilaksanakan secara berkesan dan ini telah pun dilaksanakan berdasarkan syor-syor RCI.
Isu Bank Negara Malaysia. Ini yang dibangkitkan. Saya ingin jawab. YB Tenggara, YB Kinabatangan, Beaufort, Tampin merujuk kenyataan Bank Negara Malaysia untuk menafikan kenyataan bahawa surat-surat peringatan yang dikeluarkan BNM tidak diendahkan. Namun demikian, kenyataan media tersebut tidak menafikan kewujudan amaran Bank Negara Malaysia dan juga tidak membuktikan bahawa tindakan pembetulan yang mencukupi telah diambil oleh Tabung Haji.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Berdasarkan rekod, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan lima surat amaran kepada Pengerusi dan Menteri yang bertanggungjawab antara Ogos 2014 hingga September 2016. Amaran tersebut menyentuh masalah kedudukan kewangan, tahap rizab (reserve) dan pengurusan kecairan Tabung Haji. Hakikatnya, Bank Negara Malaysia terus mengeluarkan surat peringatan susulan pada 14 September 2016 walaupun Bank Negara Malaysia telah membuat kenyataan media pada Januari 2016. Baik.
Kenyataan media Bank Negara Malaysia pada Januari 2016, perlu dilihat dalam konteks ketika itu, saya terangkan. Kenyataan tersebut dibuat selepas surat amaran bertarikh 23 Disember 2015 bocor dan tular sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan pendeposit. Oleh itu, kenyataan media berkenaan bertujuan meredakan kebimbangan awam dan mengekalkan keyakinan pendeposit bagi mengelakkan tekanan kecairan dalam jangka pendek. Kenyataan untuk meyakinkan pendeposit tidak boleh ditafsirkan sebagai pengesahan bahawa masalah asas kewangan Tabung Haji telah diselesaikan.
Sekiranya amaran tersebut ditangani dengan sewajarnya sejak 2014, masalah kewangan Tabung Haji berkemungkinan dapat dibendung lebih awal dan keperluan kerajaan menyelamatkan Tabung Haji dapat dielakkan. Sebaliknya, kedudukan kewangan Tabung Haji terus merosot sehingga defisit aset liabilitinya melebar kepada kira-kira RM10 bilion pada akhir 2018 yang memerlukan bailout daripada kerajaan untuk menangani, untuk mengelak krisis kewangan yang lebih besar.
Perkara ini disokong oleh apabila RCI juga berpendapat bahawa Tabung Haji tidak sepatutnya diberi sijil audit bersih, perkara-perkara yang dinyatakan sebagai emphasis of matter sepatutnya dinyatakan sebagai qualified opinion
(ketidakpatuhan). Secara hakikatnya...
[Dicelah]
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Menteri, nak minta penjelasan sikit.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Nak minta penjelasan sikit, surat Bank Negara Malaysia.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Saya rasa dalam bab ini kita perlu adil juga kepada mantan Ketua Audit Negara pada tahun 2017 kerana walaupun namanya dipetik. Tetapi saya dimaklumkan bahawa beliau tidak dipanggil
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
langsung dan bila saya baca laporan ini, pegawainya dipanggil tetapi orang yang terpenting itu tidak dipanggil to testify, yang itu masalah, itu yang pertama. Walaupun saya dimaklumkan dia sudah tunggu di luar pejabat itu 30 minit dan akhirnya disuruh untuk balik.
Yang kedua, saya rasa penting juga kita sahkan masalah sijil audit bersih ini bukan bermula pada tahun 2017, ia bermula sejak tahun 2014, tapi bila kerugian melebihi jumlah aset yang terkumpul. Tetapi kita hanya fokus kepada EUM pada tahun 2017, lupa 2014, 2015, 2016 dan hanya meletakkan beban tanggungjawab pada tahun 2017. Saya rasa dalam bab ini saya cuba ingin berlaku adil supaya kita melihat secara keseluruhan dan tidak meletak beban hanya ke atas Ketua Audit Negara pada tahun 2017. Terima kasih.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
YB Menteri, satu soalan lagi tentang surat Bank Negara. Dalam laporan RCI, Bank Negara bukan sahaja bagi surat amaran kepada Menteri malah telah seterusnya pergi ke Perdana Menteri. Jadi, saya nak tanya, adakah kerajaan bersedia untuk mendedahkan kelima-lima surat amaran Bank Negara dan bukan sahaja surat Bank Negara termasuk laporan Roland Berger dan minit mesyuarat berkaitan perubahan dasar rosot nilai serta kelulusan hibah.
Adakah kesemua dokumen-dokumen ini akan didedahkan ataupun dibentangkan di dalam Parlimen? Sekian.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Terima kasih kepada Yang Berhormat. Berkenaan dengan pemakluman Ketua Audit Negara yang tidak dipanggil itu, saya ingin dapatkan maklumat dan penjelasan yang lebih kerana ia nya memerlukan satu fakta yang tepat. Jadi, saya akan tangguhkan dan akan memberikan penjelasan seterusnya.
Berkenaan dengan yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat, yang ini juga kita perlu merujuk kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Majlis Mesyuarat Jemaah Menteri perkara tersebut. Terima kasih.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Menteri, saya setuju kalau kita dedahkan semua ekshibit yang ada dekat belakang ini, jilid-jilid ini macam-macam ada, supaya kita dapat buat pertimbangan yang lebih baik. Alang-alang kita dah baca semua, kalau ada ekshibit lampiran-lampiran itu didedahkan pada umum, lebih mudah untuk kita belajar daripada apa yang berlaku. Terima kasih.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Terima kasih. Namun, secara hakikatnya untuk menjawab isu Bank Negara Malaysia ini, telah terbukti tindakan Tabung Haji pada
Dr. Zulkifli bin Hasan
waktu itu bermula pada tahun 2014 tidak langsung menunjukkan amaran dan peringatan Bank Negara Malaysia diberikan perhatian serius. Bermakna, isytihar, mereka tetap mengisytihar dividen ketika aset kurang daripada liabiliti yang berlawanan dengan Akta Tabung Haji.
Amalan pemberian hebah tidak berhemah serta tidak berpandukan kedudukan kewangan sebenar masih diteruskan sehingga tahun 2017. Sekiranya amaran Bank Negara Malaysia diberikan perhatian sewajarnya, maka kerajaan tidak perlu menyelamatkan Tabung Haji. Tetapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Malahan sidang Parlimen hari ini membuktikan bahawa amaran dan peringatan pihak berautoriti seperti Bank Negara Malaysia tidak diberi perhatian.
Seterusnya, YB Tenggara telah memetik beberapa ayat Al-Quran. Saya ingin menegur YB Tenggara seikhlasnya supaya kita berhati-hati menggunakan ayat Al- Quran. YB Tenggara telah menyebut surah az-Zariyat ayat 10 [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja.” Ayat ini, kalau kita lihat konteks penuh ayat dan surah, ia tentang golongan yang menolak hari akhirat, tak ada kaitan RCI.
Surah al-Baqarah ayat 9— “Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri sedang mereka tidak menyedarinya”. Ayat ini tentang orang munafik. Adakah YB Tenggara kata saya munafik? Tidak tepat konteksnya.
Surah al-Baqarah ayat 42— “Janganlah kalian gabungkan antara kebenaran yang datang dari Ku dengan kepalsuan yang kalian buat agar tidak terjadi campur aduk antara wahyu dan bukan wahyu, janganlah kalian sembunyikan kebenaran termasuk di dalamnya kebenaran tentang Nabi Muhammad sedangkan kalian mengetahui kebenaran hal itu”. Ayat ini menurut ahli tafsir Tan Sri Yang di-Pertua, ditujukan kepada para pendeta golongan Bani Israel yang mencampur adukkan kitab Taurat dengan pandangan mereka sendiri.
Jadi, adakah boleh ayat-ayat ini dibincangkan dalam konteks RCI Tabung Haji ini? Jadi, saya nak ingatkan diri saya sendiri terutamanya dan kepada yang lain-lain, hati-hati apabila memetik ayat-ayat Al-Quran yang suci. Ya, Quran itu adalah panduan tapi jangan sampai kita memperalatkan, menyalahgunakan dalam konteks yang berbeza tanpa mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Inilah adalah nasihat ikhlas dari saya.
Tan Sri Yang di-Pertua, ucapan terima kasih saya semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam perbahasan ini, semoga rakyat yang mengikuti
Dr. Zulkifli bin Hasan
perbahasan ini lebih jelas dalam pemahaman mereka tentang Laporan RCI berkaitan Tabung Haji. Setinggi terima kasih dan penghargaan daripada saya kepada semua yang terlibat menyediakan maklumat dan informasi daripada Kementerian Kewangan, daripada Tabung Haji, dan semua agensi dan jabatan-jabatan kerajaan yang telah memberikan tenaga, masa mereka, semoga diberkati segala usaha dan amal menjadi amal soleh.
Pendedahan dan perbahasan Laporan RCI ini membuktikan ketelusan kerajaan dalam pengurusan institusi penting negara. Ia nya menyuluh terang fakta dan kebenaran. Kerajaan melalui badan penguat kuasa akan terus melaksanakan tindakan siasatan dan ini memberi sinar baru kepada Tabung Haji untuk terus maju ke hadapan.
Ingatlah, Tabung Haji bukan sekadar institusi kewangan, di sinilah tersimpannya peluh, air mata dan simpanan jutaan umat Islam. Setiap Ringgit adalah harapan, setiap sen adalah niat untuk menjejakkan kaki ke tanah suci ke Baitullah.
Ini bukan simpanan biasa, ini adalah amanah. Jangan kita khianati kepercayaan ini, jangan kita runtuhkan harapan mereka.
Hari ini, kita ambil yang jernih, kita buang yang keruh, kita kembalikan maruah institusi yang kita sayangi ini, Tabung Haji. Kita pelihara amanah suci ini demi rakyat, demi ummah, demi Allah SWT. Dengan itu Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon menggulung. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Dewan Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Yang Berhormat, terima kasih. Dewan setakat ini, telah bersidang hampir lebih daripada 10 jam dan secara tidak berhenti sejak pukul 10 pagi dan menyaksikan 39 orang Ahli Yang Berhormat telah pun mengambil bahagian dan kita telah pun mendengar dua orang Menteri, Menteri Kewangan dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah pun menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan.
Namun, kita tidak berhenti di sini kerana kita masih lagi ada Mesyuarat Ketiga yang akan berlaku dalam Sesi Bajet pada bulan Oktober. Kita terus boleh bertanya sekiranya ada benda-benda yang kita rasa tak jelas hari ini ataupun Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi masih lagi boleh bertindak sekiranya ada benda-benda yang masih kita perlukan jawapan.
Untuk itu Yang Berhormat, sekali lagi seperti biasa sebelum saya minta untuk kita berpisah, ingat saya amat perhati dan amat prihatin terhadap kesihatan Yang
Tuan Yang di-Pertua
Berhormat. Untuk itu, ingatlah semua Ahli Yang Berhormat agar melaksanakan pemeriksaan kesihatan sebelum hari Jumaat, 30 Oktober tahun ini.
Jadi Yang Berhormat, maka tamatlah sesi urusan Dewan hari ini dan Dewan hari ini ditangguhkan hingga satu tarikh yang tidak ditetapkan.
[Mengetuk tukul] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pulang ke destinasi masing-masing. Terima kasih.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Ambil gambar semua. Tanpa.*..
[Pembesar suara dimatikan]*
[Dewan ditangguhkan pada pukul 9.00 malam]