Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam sejahtera dan selamat pagi. Kita mulakan sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan dengan saya menjemput Dato' Sri Dr. Richard Riot anak Jaem, Serian.
Dato’ Sri Dr. Richard Riot anak Jaem - Serian
Selamat pagi, salam Malaysia MADANI.
Buah durian, buah ciku; Soalan dari Serian nombor satu.
1. Dato' Sri Dr. Richard Riot anak Jaem [Serian] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, langkah strategik yang diambil oleh kerajaan untuk memperluas peluang pekerjaan dan gaji yang lumayan di kawasan luar bandar khususnya Parlimen Serian bagi mengurangkan penghijrahan golongan belia ke bandar-bandar besar.
Tuan Yang di-Pertua
Wah, silakan Menteri. Pagi-pagi kita makan buah.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa komited dan mengambil pendekatan proaktif melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif secara berterusan merentasi kementerian dan agensi bagi memperluas peluang pekerjaan bertaraf tinggi dan bergaji lumayan untuk tenaga kerja tempatan, termasuk di kawasan luar bandar seperti di Parlimen Serian. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut.
Pertama, kerajaan sedar bahawa kadar upah yang kompetitif dan setimpal merupakan faktor penarik utama untuk mengekalkan belia di kawasan luar bandar.
Sehubungan itu, kerajaan turut melaksanakan usaha untuk memastikan kadar pembayaran yang lebih sesuai dan setimpal untuk semua pekerja melalui
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
pelaksanaan gaji minimum di bawah Perintah Gaji Minimum (PGM) 2024 yang berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 Ogos 2025. Walau bagaimanapun, kerajaan menggalakkan majikan untuk menawarkan gaji yang lebih kompetitif serta pemberian elaun tambahan bagi menarik minat pekerja tempatan untuk bekerja di sektor tersebut.
Kedua, bagi memastikan semua pekerja mendapat pekerjaan dengan gaji yang wajar, kerajaan telah memperkenalkan panduan gaji permulaan dan kenaikan gaji tahunan di bawah Dasar Gaji Progresif. Selain itu, kerajaan juga akan memperkenalkan panduan gaji permulaan yang akan mengambil kira gaji minimum, gaji progresif, gaji permulaan graduan dan gaji permulaan berasaskan kemahiran.
Panduan gaji permulaan ini diwujudkan bagi memastikan pekerja mendapat gaji wajar dan diseimbangkan dengan kemampuan majikan untuk membayar gaji pekerja.
Ketiga, KESUMA melalui PERKESO adalah amat komited memperluas peluang mendapatkan pekerjaan termasuk kepada belia di luar bandar bagi menjamin kesejahteraan ekonomi serta pembangunan negara yang seimbang. Oleh itu, di bawah Belanjawan 2026, pencari kerja atau graduan baharu yang perlu berpindah lokasi penempatan kerana menerima tawaran kerjaya diberi elaun mobiliti sehingga RM1,000 daripada PERKESO dan ini adalah salah satu usaha kementerian dalam merancakkan pasaran buruh termasuk di kawasan luar bandar.
Keempat, TalentCorp melalui platform MyMahir.com dan MyMahir Future Skills Talent Council juga menyediakan maklumat menyeluruh berkaitan peranan pekerjaan dan kemahiran yang diperlukan yang menepati keperluan sektor utama ekonomi negara. MyMahir SkillsLab turut dilaksanakan bagi memastikan peserta memperoleh kemahiran yang menyiapkan mereka untuk keperluan masa hadapan.
Kelima, program Akademi Dalam Industri (ADI) yang merangkumi 1,676 buah pusat latihan dan syarikat ADI. Semua dasar KESUMA yang saya maklumkan tadi merupakan inisiatif yang dapat memastikan Malaysia mempunyai peluang pekerjaan yang future proof serta gaji yang berpatutan.
Untuk makluman, kadar gaji yang setimpal dengan tahap pendidikan, kemahiran dan pengalaman boleh dirundingkan dengan pihak majikan melalui kontrak perkhidmatan atau perundingan perjanjian kolektif bagi pekerja yang mempunyai kesatuan kerja. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Serian.
Dato’ Sri Dr. Richard Riot anak Jaem - Serian
Terima kasih. Sebelum saya mengemukakan soalan tambahan saya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan kerana telah menubuhkan ADTEC terbaru iaitu bertempat di kawasan saya di Parlimen Serian. Umurnya baru dua tahun lebih. Terima kasih, tahniah kepada kementerian.
Soalan saya, apakah kursus-kursus yang ditawarkan di ADTEC Serian bagi memastikan rakyat tempatan mendapat manfaat dari penubuhan ADTEC Serian ini?
Penting Dato' Sri. Mohon Timbalan Menteri menjawab.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sila Menteri.
Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Terima kasih di atas soalan tambahan Yang Berhormat Serian. Untuk makluman Yang Berhormat Serian, seperti yang saya telah terangkan sebentar tadi, kita mempunyai kerjasama dengan rakan strategik terutamanya di pusat latihan kita termasuklah di ADTEC Serian.
Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Itu yang disebabkan dengan jelas, Program Akademik Dalam Industri (ADI) adalah salah satu program yang mempunyai laluan dan juga yang mempunyai perjalanan untuk mereka mendapatkan peluang pekerjaan dengan nisbah ataupun dengan peratus yang cukup tinggi.
Ini sebenarnya adalah salah satu agenda utama yang dimainkan oleh ADTEC untuk kita pastikan ekosistem, terutamanya para pelatih yang mengikuti program di ADTEC itu benar-benar didapat ataupun dapat ditempatkan peluang pekerjaan yang sesuai dengan mereka.
Kursus ADTEC yang disediakan adalah berbentuk teknologi penyejukbekuan dan penyaman udara dengan kerjasama rakan strategi yang saya katakan tadi syarikat Daikin. Kita tahu syarikat Daikin adalah salah satu pengeluar penyejukbekuan dan penyaman udara yang mempunyai kilang di negara kita dan pastinya, apabila mereka telah mengikuti kursus dan program itu, penempatan pekerjaan itu dapat kita pastikan. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sila Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Apabila Serian bermula dengan pantun, saya juga nak bermula dengan pantun, Tan Sri Yang di-Pertua.
Buah cempadak di luar pagar; Ambil galah tolong jolokkan; Terima kasih Tan Sri Speaker; Atas peluang untuk soalan tambahan.
Seorang Ahli
Tak kena.
Tuan Yang di-Pertua
Okey lah tu, okey lah.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang tu belakang ada tu. Jadi, berbalik pada soalan tambahan, Tan Sri. Tak apa pagi-pagi ini kita tenang. Pagi-pagi kita tenang, kita apa ini hiburkan hati sedikit sebelum kita pergi kepada yang lebih serius iaitu berkenaan soalan.
Tan Sri Speaker, cadangan soalan tambahan saya. Apakah sasaran khusus kerajaan untuk meningkatkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan bergaji premium di kawasan luar bandar serta apakah insentif yang diberikan kepada pelabur bagi mewujudkan pekerjaan berkualiti?
Selain itu, sejauh manakah keberkesanan program TVET diukur berdasarkan kadar graduan yang berjaya memperoleh pekerjaan di kawasan asal mereka tanpa perlu berhijrah ke bandar-bandar besar dan apakah level sehingga sekarang kita dah ada SKMM ini level satu, dua, tiga, empat, lima, enam yang apa ni yang similar to degree dan sekarang kita sedang merancang— adakah kita sedang merancang untuk master dan PhD dalam negara kita? Sekian, terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, soalan panjang. Sila, Menteri.
Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Terima kasih Yang Berhormat Pendang.
Saya budak baru belajar; Kalau salah tolong tunjukkan. Ada beberapa soalan telah diutarakan oleh Yang Berhormat Pendang dan kalau saya diizinkan, saya akan memberikan jawapan untuk soalan yang pertama saja. Yang lain itu saya akan berikan secara bertulis kerana masa mencemburui kita semua. Boleh, Yang Berhormat Pendang?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Insya-Allah, okey.
Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Apakah yang sebenarnya yang telah dilakukan oleh pihak kementerian untuk kita pastikan latihan itu benar-benar sesuai dengan penerimaan industri? Bagi memastikan belia di luar bandar mendapat pekerjaan yang setara dengan kelulusan akademik dan kemahiran mereka, PERKESO secara berterusan melaksanakan beberapa inisiatif:
(i) mempergiatkan karnival kerjaya;
(ii) penyediaan platform portal MYFutureJobs; dan
Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
(iii) penyediaan Career Exploration Centre (MYCEC) bagi mempercepat proses pemadanan profil pencari kerja dengan keperluan industri.
Dari sudut latihan pula, melalui TalentCorp ataupun Talent Corporation Malaysia berhad dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) juga melaksanakan Insentif Latihan Amali (ILHAM) KESUMA bagi membantu bakat baharu dan merancakkan sektor pekerjaan negara.
Selain itu juga, KESUMA menerusi TalentCorp memberi fokus terhadap pembangunan keboleh pasaran dan keboleh kerjaan bakat muda negara melalui sinergi dan kerjasama merentasi kementerian. Jabatan agensi kerajaan, pemain industri dan institusi pengajian tinggi awam swasta serta teknikal. Antara inisiatif tersebut ialah:
(i) Program Pecutan Bakat Berpandukan Industri (ID-TAP);
(ii) Young Employable Students (YES!) We Are Ready; Selain itu, KESUMA melalui Jabatan Tenaga Manusia (JTM) menawarkan sebanyak 112 buah program sepenuh masa di peringkat sijil diploma dan diploma lanjutan di 33 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) seluruh negara. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Tuan Mohd Syahir bin Che Sulaiman Bachok.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya pun ikut Yang Berhormat Serian mulakan dengan pantun.
Buah delima pilihan kedua; Soalan saya nombor dua.
2. Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman [Bachok] minta Menteri Kewangan menyatakan, penilaian terkini kerajaan terhadap kesan konflik di Asia Barat terhadap perbelanjaan subsidi bahan api negara, serta bagaimana peningkatan keseluruhan kos subsidi boleh menjejaskan sasaran defisit fiskal bagi tahun 2026.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bachok.
Konflik yang berlaku di Asia Barat telah memberi tekanan yang ketara kepada pasaran tenaga global dan menyebabkan ketidaktentuan haga minyak mentah dunia. Kerajaan telah menanggung subsidi hampir RM800 juta sebulan bagi RON95
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
dan diesel pada bulan Januari dan Februari 2026 sebelum melonjak ke sekitar RM5 bilion sebelum— sebulan pada Mac, bulan Mac, bulan April 2026.
Subsidi pada bulan Mei dan Jun pula menyederhana kepada sekitar RM4 bilion sebulan. Harga minyak terus menyederhana pada bulan Julai. Sekiranya harga pasaran semasa ini kekal, kerajaan dijangka akan menanggung jumlah subsidi produk petroleum hampir RM40 bilion bagi tahun 2026 tertakluk kepada perkembangan krisis di Asia Barat.
Walaupun kenaikan harga minyak meningkatkan perbelanjaan subsidi, ia juga menyumbang kepada peningkatan hasil berkaitan petroleum. Setiap perubahan sebanyak USD1 setong kepada harga minyak mentah dunia dianggarkan memberi impak sekitar RM300 juta kepada hasil berkaitan petroleum Kerajaan Persekutuan tidak termasuk dividen PETRONAS.
Peningkatan hasil ini dapat membantu menampung sebahagian tekanan tambahan terhadap subsidi bahan api. Kerajaan juga membuat pemantauan prestasi kutipan hasil secara berkala bagi memastikan keupayaan kerajaan menampung keperluan perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan.
Susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat, kerajaan memantau situasi ekonomi semasa melalui pelaksanaan sesi libat urus berterusan secara mingguan oleh pasukan petugas pengurusan krisis di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara
(MTEN) bagi memastikan bekalan tenaga dan keperluan asas kekal terjamin. Kos sara hidup rakyat tidak meningkat secara mendadak serta membina daya tahan ekonomi negara jangka panjang.
Pelaksanaan langkah intervensi segera yang jelas, komprehensif dan teratur membantu mengekalkan tahap perbelanjaan Kerajaan Persekutuan tanpa menjejaskan kedudukan fiskal negara dengan ketara. Sekiranya perlu, semakan semula kepada unjuran fiskal 2026 akan diumumkan semasa Belanjawan 2027 setelah mengambil kira indikator ekonomi terkini dan prestasi kutipan hasil dan perbelanjaan sehingga separuh pertama 2026.
Berdasarkan senario ekonomi global semasa, kerajaan sentiasa memantau kesan krisis kedudukan kewangan negara. Sungguhpun demikian, kerajaan kekal yakin bahawa trajektori konsolidasi fiskal jangka sederhana dapat diteruskan melalui pelaksanaan subsidi bersasar, penyusunan semula keutamaan perbelanjaan, usaha berterusan meningkatkan kecekapan perbelanjaan dan pengukuhan kutipan hasil serta pematuhan cukai.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
Kerajaan kekal komited memastikan kemampanan fiskal negara diperkukuh tanpa menjejaskan kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Bachok.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih MOF. Tuan yang di-Pertua, kita akui peningkatan kos subsidi bukan sahaja memberikan tekanan kepada kadar defisit dan paras hutang kerajaan.
tetapi turut mengecilkan ruang fiskal kerajaan untuk membiayai perbelanjaan pembangunan serta bantuan kepada rakyat.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
[Bangun] Soalan saya, adakah peningkatan kos subsidi semasa akan mempengaruhi keutamaan dan kerangka Belanjawan 2027 yang pastinya dalam— sedang dibuat oleh pihak Kementerian Kewangan serta apakah jaminan kerajaan bahawa tekanan fiskal ini tidak akan membawa kepada...
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
[Bangun]
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Pengenalan cukai baharu atau pun pengurangan bantuan kepada rakyat? Mengambil kira Tan Sri Speaker, Belanjawan 2027 ini pastinya menjadi sebuah bajet pilihan raya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Yang Berhormat Bachok.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Bangun]
Tuan Liew Chin Tong
Kementerian Kewangan sedia menerima cadangan dan juga idea- idea baru untuk Belanjawan 2027, dan buat setakat ini berasas apa yang telah ternyata dalam first half, separuh tahun 2026 kita tidak nampak ada keperluan untuk mengubah unjuran buat setakat ini tetapi apabila sampai bulan Oktober apabila belanjawan dibentang maka kita akan mengkaji keadaan terutamanya keadaan dan kesan keadaan di Asia Barat bergantung pada apa berlaku di Asia Barat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya silakan Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Saya hendak tanya dengan kita punya Menteri Kewangan ini, soal berkaitan dengan RM40 bilion tadi itu yang disebutkan subsidi. Mungkin saya punya soalan ini dia ada kait juga dengan soalan yang dikemukakan tadi oleh Ahli Parlimen Bachok tadi.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Adakah kerajaan akan mengurangkan subsidi bahan makanan yang lain?
sebab sekarang ini banyak bahan makanan yang kerajaan berikan subsidi, itu pertama.
Kemudian yang keduanya bantuan daripada kerajaan contohnya macam STR macam SARA, bantuan anak masuk sekolah kita tengok kan, ini betul bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan, Kerajaan MADANI, Kerajaan Perpaduan kepada seluruh warga dan masyarakat yang terdapat di negara kita.
Adakah kerajaan berhasrat untuk mengurangkan subsidi yang diberi kepada seluruh warga dan masyarakat yang terdapat di dalam negara kita.
Kemudian yang keduanya soal berkaitan dengan harga minyak turun ini, harga minyak ini memang dah turun dah, sebab itu kalau kita dengar ada yang tidak berapa nak reti, yang cakap harga minyak tidak turun, harga minyak tidak turun.
Harga minyak sudah turun dah. Daripada dulu RM2.05 satu liter sekarang ini dah turun dah RM1.99 satu liter, walaupun kita tahu dalam keadaan konflik dunia sekarang ini. Masalah di Teluk Hormuz nya...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Peperangan di antara Iran- Israel dan Amerika Syarikat. Jadi, itu Speaker...
Tuan Yang di-Pertua
Maka saya ajukan soalannya.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Maka saya mengajukan soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, maksudnya kita kena beri penerangan kepada masyarakat yang terdapat dalam negara kita ini,
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Bahawa harga minyak memang sudah turun. Inilah inisiatif, inilah hebatnya Kerajaan Pakatan Harapan, Kerajaan MADANI, Kerajaan Perpaduan dalam negara kita yang menjaga persoalan berkaitan dengan setiap inci masalah kebajikan warga dalam negara kita ini. Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Sakit perut ini.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Bangun]
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Terima kasih Yang di-Pertua. Saya rasa yang paling penting berkenaan dengan BUDI 95 ialah BUDI 95 yang diperkenalkan pada bulan September tahun lepas telah melindungi rakyat Malaysia pada krisis bulan Mac dan bulan April kerana dengan
Tuan Liew Chin Tong
BUDI 95 maka harga ditetapkan dengan di lingkungan kuota yang diberikan dan dalam apa yang telah diberikan rakyat tidak terjejas dan tidak dipengaruhi oleh apa yang berlaku di Asia Barat. Rakyat bayar RM1.90 walaupun pada bulan Mac dan bulan April harga sebenar sampai RM5 seliter yang saya rasa dua sumbangan yang paling penting telah diperkenalkan melalui BUDI 95 ialah:
(i) harga kekal semasa krisis di Asia Barat terutamanya pada bulan Mac bulan April, itu penting.
(ii) kerajaan telah memastikan rakyat ada bekalan minyak.
Bekalan minyak itu penting kerana negara lain mereka beratur untuk dapat minyak, dapat petrol. Di Malaysia kita masih beratur dalam jem dalam kesesakan jalan raya kerana kita ada bekalan minyak. So kerajaan telah memastikan kestabilan harga petrol semasa krisis dan juga memastikan kestabilan bekalan minyak semasa krisis. Dan in saya rasa adalah keunikan dan juga kelebihan BUDI 95.
Dan untuk jawab soalan pertama itu, kerajaan tidak akan kurangkan apa sahaja subsidi yang sedia ada dan ini adalah pendirian kerajaan buat masa ini.
Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Tan Sri, minta izin Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Puan Hajah Rodziah binti Ismail, Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Pagi-pagi minum kopi, Nak sihat tanpa gula; Terima kasih Tan Sri Yang bijak bestari, Soalan Ampang nombor tiga.
3. Puan Hajah Rodziah binti Ismail [Ampang] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan, hasil sebarang kajian terhadap potensi sumber tenaga rendah karbon alternatif seperti nuklear, biojisim, biogas dan geoterma sebagai pelengkap bagi sumber tenaga boleh baharu sedia ada seperti solar dan hidroelektrik di bawah NTER demi mengurangkan keterdedahan Malaysia kepada kejutan tenaga luaran.
Tuan Yang di-Pertua
Yang ini baru, silakan.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di- Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Ampang.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kerajaan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), komited untuk mempercepatkan peralihan sektor tenaga negara ke arah sistem tenaga yang lebih bersih, berdaya tahan dan mampan di samping memastikan prinsip trilima tenaga iaitu jaminan bekalan tenaga, kemampuan kos dan kelestarian alam sekitar terus dipelihara.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), melalui Malaysian Program Office for Power Electricity Reform (MyPOWER) Corporation, selaku Nuclear Energy Programme Implementing Organisastion (NEPIO) , sedang melaksanakan penilaian yang menyeluruh dan berperingkat bagi menilai potensi pembangunan program tenaga nuklear untuk perjalanan elektrik jangka panjang di Malaysia.
Kerajaan ingin menegaskan bahawa sebarang keputusan berhubung pembinaan loji jana kuasa nuklear hanya akan dipertimbangkan setelah semua pra syarat berkaitan dipenuhi dan hasil penilaian menunjukkan bahawa teknologi tersebut selamat, berdaya maju, mampan serta memberi manfaat kepada negara.
Sementara itu, PETRA menerusi pihak berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) telah mengenal pasti sebanyak 51.88 megawatt berpotensi penjanaan tenaga bersumberkan Palm Oil Mill boleh dilaksanakan di Semenanjung Malaysia. Selain itu, Kerajaan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains (JMG Malaysia), turut melaksanakan kajian penilaian sumber geoterma di Ulu Slim Perak.
Walau bagaimanapun berdasarkan hasil dapatan kajian tersebut, penggerudian eksplorasi perlu dilaksanakan bagi mengesahkan kapasiti sebenar dan kebolehlaksanaan pembangunan sumber geoterma di kawasan tersebut.
Kesimpulannya, kerajaan sentiasa berusaha mempelbagaikan sumber alternatif rendah karbon tidak terikat dengan satu sumber atau teknologi sahaja bagi memastikan keselamatan bekalan tenaga terjamin dengan harga yang kompetitif.
Pada masa ini kerajaan akan memberikan keutamaan strategi kepada pemerkasaan dan penggunaan sumber tenaga boleh baharu sedia ada yang telah terbukti berkesan serta berdaya maju seperti solar PV, biojisim, biogas dan hidro kuasa.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ada dua soalan tambahan. Pertama saya tengok ada banyak usaha tadi memandangkan transformasi tenaga memerlukan penglibatan silang Kementerian, Tan Sri Speaker.
Soalan saya seperti kita tengok macam PETRA, MITI kita ada MOSTI, KPKM, MOF semua ini, kerajaan ada juga penglibatan kerajaan negeri. Jadi, apakah mekanisme penyelarasan atau pun struktur koordinasi yang diwujudkan supaya pembangunan tenaga rendah karbon ini tidak bergerak secara berasingan, tetapi ia dipacu melalui satu pelan tindakan nasional selain daripada yang Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tadi lah.
Yang keduanya, setelah meneliti apa jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan kedua saya adalah, usaha memperbanyakkan sumber tenaga rendah karbon. Bagaimana kerajaan hendak pastikan kos pelaburan yang besar ini akhirnya tidak dipindahkan kepada pengguna? Jadi itu dua soalan daripada Ampang. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ampang. Sebagaimana yang Yang Berhormat nyatakan bahwa penglibatan di semua kementerian-kementerian iaitu seperti MOSTI, MITI dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, MIDA, kita sedang melaksanakan R&D untuk pastikan bahawa perkara ini akan dapat dilaksanakan dengan baik dan sudah pasti R&D ini akan dibawa kepada kerajaan negeri sekiranya tempat pembinaan itu berlaku di kerajaan negeri.
Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Dan sudah pasti R&D ini akan dibawa kepada kerajaan negeri sekiranya tempat pembinaan itu berlaku di kerajaan negeri. Dan sudah pasti juga kerajaan negeri akan memberi kebenaran kepada pembinaan tersebut dan sebagainya.
Lantaran itu kita sangat menyokong bahawa penggunaan tenaga rendah karbon alternatif ini akan berlaku kerana kita telah boleh dikatakan tidak mencukupi masa untuk mengejar masa tersebut yang kita sasarkan sepatutnya telah boleh kita lalui melalui projek perdana iaitu di bawah NET yang boleh terlibat sekarang ini selama dua bulan.
Dan kajian-kajian ini sebenarnya hampir siap dan sudah pasti kita lakukan ini melalui bengkel siri libat urus. Ini yang berlaku bersama dengan kerajaan negeri dan kajian-kajian ini akan kita bentangkan bersama di kementerian-kementerian terlibat.
Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Dan penglibatan harga, kawalan kenaikan harga sudah pasti dalam kajian itu termasuk dalam tersebut di bawah MyPOWER yang menguasai untuk pastikan di bawah ST dan MyPOWER sudah pasti untuk memastikan harga dapat dikawal.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
[Bangun]
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
ST sangat tegas dalam hal untuk menjaga kepentingan rakyat untuk memastikan tidak kenaikan harga elektrik di masa mendatang itu. Sebab itu kita nak gunakan yang lebih kepentingan kepada rakyat itu sendiri. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Kubang Kerian.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana dengan jawapan tadi. Saya merujuk kepada jawapan tersebut. Potensi Malaysia dalam penggunaan biodiesel biogas ini sebanyak 51.88 megawatt sebagaimana dimaklumkan tadi. Itu potensi, saya ingin dapat penjelasan sejauh mana penggunaan terkini buat semasa berapa banyak penggunaan daripada biogas sebab Malaysia pengeluar sawit dan kita banyak sisa sawit kita yang boleh mengeluarkan biogas.
Soalan kedua saya, pada tahun lepas untuk 2025, negara China telah mengumumkan satu pencapaian yang agak luar biasa terutama di Loji Reaktor Wilayah Gansu di mana dia telah pun mengumumkan satu kejayaan keupayaan menukarkan torium kepada uranium 233 dalam reaktor tersebut. Jadi penukaran kepada torium ini satu perkembangan yang sangat menarik perhatian dalam konteks teknologi nuklear sebagai sumber tenaga.
Soalan saya ialah, sejauh mana Malaysia terlibat dalam kajian dan penyelidikan penggunaan torium sebagai dalam loji nuklear sebagai sumber tenaga kita? Saya melihat banyak negara India, China, Amerika banyak terlibat, sejauh mana penglibatan Malaysia dalam penyelidikan ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sila Menteri.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua. Sebenarnya Yang Berhormat, sebagaimana jawapan saya sebentar tadi bahawa dalam proses kajian yang kita lakukan itu kita melibatkan banyak negara-negara yang telah berminat khususnya baru-baru ini dari France sendiri telah datang bertemu dengan kita berminat dalam soal ini.
Dan sudah pastilah negara terbesar seperti Amerika perlu kita mendapat kebenaran-kebenaran dahulu dan Rusia sendiri dan China dan sebagai banyak negara-negara yang amat berminat. Apa yang dinyatakan di bawah tenaga nuklear
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
untuk kita lakukan di negara kita ini. Dan setakat hari ini penggunaan bioteknologi biogas sehingga kini Malaysia telah mencapai kepada hampir 100 peratus kapasiti penggunaan dan saya percaya Yang Berhormat pun pernah dalam kementerian ini sebenarnya dan saya percaya Yang Berhormat juga memainkan peranan dalam soal ini.
Dan dari segi nuklear yang soalan kedua tadi, sebenarnya kita sangat berminat Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua kerana inilah masanya untuk kita lebih menambah baik kepada tenaga di negara kita ini dan peringkat kajiannya saya terkejut juga sebenarnya apabila pertemuan dengan France dua hari lepas dan diumumkan dalam surat khabar kita, kita dah berminat dengan beliau, tetapi sebenarnya tidak. Kita masih lagi dalam peringkat kajian untuk bersama dengan yang lebih mahir dalam soal tersebut.
Dalam soal ini kita nak pastikan bahawa yang mana benar-benar boleh laksanakan tenaga dan nuklear tersebut. Dan kita faham nuklear ini memainkan peranan yang amat penting dan soal inilah kita nak perbetulkan dari segi tenaga tersebut. Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, saya ada sedikit pembetulan dari segi persoalan Yang Berhormat yang pertama penggunaan tadi. Saya tersilap sebab tulisannya kalau orang Pahang kata congkang-cangking yang saya tak boleh nak baca. Saya nampak satu, kosong-kosong.
Jadi saya rasa 100 peratus rupanya penggunaannya baru satu peratus, Yang Berhormat. Satu peratus, penggunaannya. Saya minta maaf tulisan ini memang 100 peratus. Soalan tulisan kedua ini baru saya jelas satu peratus.
[Ketawa] Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
So, nasihat saya kepada pegawai-pegawai tulis elok- elok sedikit. Jangan main hentam sahaja. Menteri yang berpeluh karang. Baik, seterusnya saya jemput Tuan Haji Kamal bin Ashaari, Kuala Krau.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Pat-pat siku lipat; Soalan saya nombor empat.
Pan-pan sorong papan; Mohon Menteri bagi jawapan.*
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Silakan, Menteri.
4. Tuan Haji Kamal bin Ashaari [Kuala Krau] minta Menteri Pendidikan menyatakan, pembaharuan dasar yang diperkenalkan menerusi RPM 2026–2035 berbanding PPPM 2013–2025 serta petunjuk prestasi utama yang digunakan bagi mengukur keberkesanan transformasi pendidikan negara sepanjang tempoh pelaksanaannya.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Krau. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 digubal bukan sekadar kesinambungan kepada PPPM 2013 sebaliknya ia merupakan satu intervensi strategik untuk memastikan Sistem Pendidikan Negara kekal relevan.
RPM membawa slogan iaitu merapatkan jurang, meningkatkan mutu, meraikan kejayaan bersama bagi memacu lonjakan mutu pendidikan negara secara menyeluruh. Sekiranya PPPM 2013 hingga 2025 digerakkan menerusi lima aspirasi sistem iaitu akses, mutu, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. RPM 2026 sehingga 2035 pula memperkenalkan lima fokus utama di mana dua daripadanya adalah fokus baharu iaitu keluwesan dan juga kemampanan.
Fokus baharu pertama keluwesan adalah merujuk kepada keupayaan pendidik menyesuaikan pedagogi mengikut keperluan murid dan perkembangan teknologi serta disokong oleh keanjalan tadbir urus pendidikan untuk meningkatkan kecekapan dan juga akauntabiliti. Fokus baharu kedua adalah kemampanan iaitu usaha melestarikan sistem pendidikan menerusi pembudayaan amalan kemampanan yang merangkumi dimensi alam sekitar, sosioekonomi selaras dengan matlamat pembangunan mampan ataupun SDG.
Dari struktur pelaksanaan pula jika PPPM diterjemahkan menerusi 11 anjakan, RPM 2026 sehingga 2035 menyusun semula hala tuju transformasi menerusi tujuh teras strategik yang disokong oleh 49 prakarsa berimpak tinggi. RPM turut memberikan penekanan mendalam terhadap reformasi pendidikan menerusi kurikulum persekolahan 2027 yang bakal kita perkenalkan pada bulan Januari hadapan. Pembelajaran bermakna pembangunan bakat dan karakter murid, penguasaan kemahiran digital serta integrasi kecerdasan buatan ataupun AI.
Bagi soalan kedua berkaitan petunjuk prestasi utama, Tan Sri Speaker.
Antara sasaran utama yang digariskan sepanjang tempoh pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia adalah seperti berikut.
Pertama, pencapaian dari aspek mutu dan pencapaian akademik. Murid disasarkan mencapai sekurang-kurangnya gred C dalam keempat-empat mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan juga Sejarah
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
di samping penguasaan literasi dan numerasi pada akhir Tahap 1 pencapaian skor setara standard antarabangsa serta penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan juga kreatif.
Kedua, dari aspek penguasaan bahasa dan digital. Semua murid disasarkan menguasai sekurang-kurangnya kemahiran dwibahasa.
Ketiga, dari aspek kesejahteraan sosial, emosi dan juga fizikal. Sasaran meliputi pencapaian tahap sosial sejahtera dan adab yang baik dalam kalangan murid serta sekurang-kurangnya 90 peratus murid Tahap 2 sehingga Tingkatan 5 mencapai tahap kecergasan fizikal menerusi ujian SEGAK.
Keempat dari aspek akses dan juga kualiti. KPM menyasarkan enrolmen sejagat pada setiap peringkat pendidikan dari pada prasekolah sehingga menengah atas, pengurangan 50 peratus jurang pencapaian antara bandar dan juga luar bandar, pengurangan 70 peratus jurang pencapaian mengikut jantina dan juga sosioekonomi.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Kelima, dari aspek pengurusan sekolah; autonomi dan juga prasarana. KPM menyasarkan 33 peratus sekolah mencapai taraf mutu cemerlang, semua institusi pendidikan memperoleh autonomi terpimpin sekurang-kurangnya dalam satu pimpinan bidang pengurusan serta semua institusi dilengkapi dengan prasarana asas termasuklah menaik taraf bangunan daif di samping capaian rangkaian Internet berkelajuan tinggi dan peranti digital.
Secara keseluruhannya, Tan Sri Yang di-Pertua, Rancangan Pendidikan Malaysia merupakan dasar yang lebih holistik, terukur dan berorientasikan hasil bagi memastikan setiap pelaburan dan inisiatif pendidikan negara benar-benar diterjemahkan kepada kemenjadian murid yang seimbang. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Kuala Krau.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua.
Merujuk kepada ringkasan eksekutif Rancangan Pendidikan Malaysia 2026– 2035 ini, di bawah tajuk pencapaian semasa 2013 dan 2025, dokumen ini menyatakan bahawa walaupun jurang pencapaian antara murid bandar dan luar bandar telah berkurang sebanyak 26.23 peratus, status sosioekonomi masih kekal sebagai peramal utama prestasi murid. Malah, dalam PISA 2020, skor purata
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
matematik murid daripada kumpulan sosioekonomi tinggi ialah 458, berbanding 375 bagi kumpulan sosioekonomi rendah.
Soalan saya, apakah kementerian menetapkan KPI yang lebih khusus untuk mengurangkan jurang pencapaian mengikut status sosioekonomi dan apakah sasaran numerik yang ingin dicapai menjelang 2035?
Yang kedua, apakah RPM 2026–2035 ini pembaharuan khusus untuk mengurangkan beban tugas bukan pengajaran guru memandangkan isu tersebut telah lama dibangkitkan sepanjang PPPM tetapi masih menjadi antara punca utama tekanan dalam profesion perguruan? Terima kasih, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sila Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih, Tan Sri Speaker. Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Kuala Krau.
Pertama, berkenaan dengan untuk merapatkan jurang pencapaian khasnya antara bandar dan juga luar bandar dan juga dari segi sosioekonomi.
Izinkan saya, Tan Sri Yang di-Pertua, untuk menyatakan beberapa pencapaian ataupun hasil di bawah PPPM 2013–2025, iaitu di bawah PPPM 2013 hingga 2025. Kita dari segi ekuiti kita telah pun mencapai pengurangan jurang pencapaian gred purata SPM 2024 berdasarkan lokaliti, iaitu bandar dan luar bandar sebanyak 26.23 peratus.
Seterusnya, pengurangan jurang layak mendapat sijil SPM 2024 berdasarkan jantina dikurangkan sebanyak 52.78 peratus.
Nombor tiga, pengurangan jurang layak mendapat sijil SPM 2024 berdasarkan sosioekonomi sebanyak 57.75 peratus.
Apa yang KPM akan buat dalam Rancangan Pendidikan Malaysia yang telah pun kita mula pada awal tahun ini adalah selain daripada usaha-usaha yang sedang dilakukan, kita juga akan memastikan bahawa; nombor satu, berkenaan dengan akses pendidikan di bandar dan juga luar bandar. Kita sediakan akses pendidikan yang berkualiti dan mencukupi. Itu nombor satu.
Nombor dua, dari segi penyaluran sumber yang sedia ada. Tidak kiralah sekolah-sekolah di bandar ataupun di luar bandar, katakan apabila kita sebut berkenaan dengan pendidikan digital kita dari segi penyaluran peranti digital yang kita salurkan kepada semua sekolah, kita akan pastikan bahawa sumber-sumber tersebut disalurkan secara adil dan secara saksama kepada semua sekolah.
Dan pada masa yang sama juga, selain daripada perkara-perkara yang saya sebut tadi dari segi pembangunan infrastruktur, kita tahu bahawa kita ada sekolah
Tuan Wong Kah Woh
daif sama ada— sekolah yang mempunyai bangunan daif, sama ada di kawasan bandar ataupun di kawasan luar bandar dan kesemuanya akan diberikan keutamaan dan diberikan fokus yang setimpal selaras dengan permintaan dan keperluan masing-masing.
Yang Berhormat Kuala Krau ada sebut berkenaan dengan beban tugas guru.
Sememangnya kesejahteraan guru merupakan satu perkara yang diberikan perhatian dan diberikan fokus pada sepanjang masa oleh pihak kementerian dan juga pengurusan Kementerian Pendidikan.
Sememangnya dari tahun 2023 lagi, tujuh langkah untuk mengurangkan beban tugas guru telah pun kita laksanakan dan dari semasa ke semasa kita mempunyai pendekatan yang berlainan untuk menghapuskan sesetengah perekodan yang kita rasa ia merupakan satu repetition, dengan izin, satu pengulangan dari segi kerja-kerja masing-masing.
Dan dari semasa ke semasa, KPM akan mendengar pandangan daripada warga pendidik yang menjadi— yang merupakan sebahagian penting bagi KPM dan kita akan memperbaiki ataupun memastikan kesejahteraan guru itu tercapai dari semasa ke semasa. Terima kasih, Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Igan.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Salah satu cabaran utama dalam pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026 hingga 2035 ialah isu jurang digital sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi dan ketiadaan fasiliti yang lengkap di sekolah-sekolah di luar bandar khususnya di Sarawak dan lebih-lebih lagi KPM sekarang ini sentiasa mengangkat visi “Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.” Soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, sejauh manakah RPM ini mampu menjamin ekuiti pendidikan di kawasan pedalaman dan luar bandar sekiranya jurang infrastruktur fizikal dan peranti-peranti digital yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi masih belum diatasi sepenuhnya khususnya di pedalaman [Tidak jelas] Bandar Sarawak dan bagaimanakah dan apakah kurikulum alternatif ini dapat memastikan mereka tidak tercicir dari segi mutu pembelajaran? Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan Menteri.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Igan atas soalan tambahan yang telah pun diajukan kepada kementerian.
Sekiranya kita meneliti berkenaan dengan sasaran wajib capai Rancangan Pendidikan Malaysia 2026 sehingga 2035, satu perkara yang telah pun diberikan tumpuan adalah ketersediaan sumber dan juga kecekapan yang mana dalam perkara ini, Yang Berhormat Igan dan juga Tan Sri Yang di-Pertua, pihak KPM menetapkan teras strategik untuk memantapkan prasarana fizikal dan digital di semua institusi pendidikan KPM. Apabila kita sebut berkenaan dengan pemantapan prasarana fizikal dan juga digital ini, kita tidak akan asingkan sama ada ia adalah di kawasan bandar ataupun di kawasan luar bandar.
Dan seperti yang saya sebut tadi juga Tan Sri Yang di-Pertua, kita memastikan bahawa setiap sekolah kita dilengkapi dengan capaian internet berkelajuan tinggi dengan menggunakan apa-apa pendekatan ataupun teknologi.
Dan apabila kita sebut berkenaan dengan peningkatan mutu pembelajaran pendidikan khasnya pendidikan digital bagi murid-murid kita, juga disasarkan bahawa dalam Rancangan Pendidikan Malaysia semua murid mencapai tahap kompetensi digital pada tahap intermediate dan ke atas dan ini adalah merujuk kepada Digital Competency Score yang telah pun kita guna pakai beberapa tahun ini.
Dan dengan panduan daripada ataupun pedoman yang dinyatakan dalam Dasar Pendidikan Digital yang kita telah pun luncurkan pada akhir tahun 2023, kita percaya bahawa kesemua usaha ini memang kita mampu untuk memastikan pendidikan digital ini sampai ke mana-mana sahaja.
Dan apa yang penting adalah, Tan Sri Yang di-Pertua, KPM ataupun Kementerian Pendidikan kita banyak bergantung kepada platform DELIMA kita yang menjadi satu kebanggaan KPM selepas dilaksanakan seberapa banyak tahun kebelakangan ini yang mana input-input ataupun bahan-bahan digital telah pun dimuatnaikkan ke platform DELIMA dan kita pastikan setiap satu sekolah ada dilengkapi dengan kemudahan Internet yang berkelajuan tinggi di sekurang- kurangnya di sebahagian daripada sekolah untuk membolehkan anak-anak kita dan guru-guru kita mempunyai akses kepada Internet dan juga pendidikan digital. Usaha ini akan diteruskan, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Dato Anyi Ngau, Baram.
Dato Anyi Ngau - Baram
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua Tan Sri dan soalan saya soalan nombor 5.
5. Dato Anyi Ngau [Baram] minta Menteri Komunikasi menyatakan, pelan tuntas MCMC untuk mengatasi masalah kegagalan talian teras supaya rakyat tidak sering mengalami situasi isyarat telefon penuh (full bars) tetapi internet tidak boleh digunakan.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Tan Sri Yang di-Pertua, isu ketiadaan akses Internet walaupun pengguna menerima isyarat telefon yang kuat ataupun full bars dengan izin, boleh berlaku akibat beberapa faktor yang menjejaskan kualiti perkhidmatan, quality of service (QoS), dengan izin.
Antaranya ialah kesesakan kapasiti rangkaian berikutan penggunaan data yang tinggi, gangguan atau kerosakan pada talian penghantaran
(backhaul) dengan izin serta insiden pemotongan kabel gentian optik (fiber cut), vandalisme, kecurian, bencana alam, ancaman binatang liar dan kerja- kerja pembinaan.
Selain faktor rangkaian, pengalaman pengguna turut dipengaruhi oleh keadaan peranti, tetapan phone telefon, jenis pelan langgan serta baki kuota data yang tersedia. Bagi mengatasi isu tersebut, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama pemberi perkhidmatan melaksanakan pelbagai langkah penambahbaikan bagi meningkatkan ketahanan, kapasiti dan juga kualiti rangkaian.
Antara langkah-langkah yang diambil termasuk meningkatkan kapasiti rangkaian di kawasan yang mengalami penggunaan data yang tinggi, menaik taraf rangkaian penghantaran menggunakan gentian optik berkapasiti tinggi serta memperluas liputan komunikasi melalui pelaksanaan inisiatif di bawah Inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) sebagai usaha untuk mengawal kejadian gangguan perkhidmatan akibat vandalisme dan juga kecurian.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
MCMC dan juga pemberi perkhidmatan terus memperkukuh infrastruktur komunikasi melalui pelaksanaan jaringan lewah (link redundacy) dengan izin, dan penyediaan laluan penghantaran alternatif bagi mengurangkan risiko ataupun single point of failure dengan izin, serta menaik taraf kemudahan sokongan seperti sistem jana kuasa sandaran. Langkah- langkah ini bertujuan meningkatkan daya tahan rangkaian dan juga memastikan kesinambungan perkhidmatan sekiranya berlaku gangguan pada mana-mana bahagian rangkaian.
Di samping itu, semua tapak komunikasi dipantau secara berterusan oleh pemberi perkhidmatan melalui pusat pemantauan rangkaian (network monitoring centre) yang beroperasi 24 jam sehari bagi membolehkan sebarang gangguan perkhidmatan komunikasi dikesan dan ditangani dengan segera bagi meningkatkan keselamatan menara-menara.
Di bawah inisiatif pelan JENDELA, pemberi perkhidmatan telah mengambil langkah memperkasa atau hardening tapak-tapak menara komunikasi yang berisiko dengan memasangkan kelengkapan anti kecurian dan vandalisme seperti pemasangan sesalur besi untuk mengelakkan kabel tembaga daripada dipotong dan juga dicuri.
Kementerian Komunikasi dan MCMC akan terus memantau liputan serta kualiti perkhidmatan telekomunikasi bagi memastikan perkhidmatan yang stabil dan berkualiti dapat dinikmati oleh rakyat. Aduan dan juga maklum balas daripada orang ramai melalui aplikasi MCMC Nexus dan juga portal aduan MCMC menerusi pantauan laman web https://aduan.MCMC.gov.my juga sentiasa dialu-alukan bagi membantu mengenal pasti isu di lapangan serta menyokong usaha penambahbaikan perkhidmatan secara berterusan.
Sekian jawapan saya, terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Baram.
Dato Anyi Ngau - Baram
Terima kasih Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Timbalan Menteri atas jawapan yang baik. Hanya saya punya komen itu Tan Sri ialah berkenaan dengan kekerapan gangguan ini memang boleh kita kurangkan dan di samping itu, saya juga rasa masa untuk kita
Dato Anyi Ngau - Baram
sambung semula perkhidmatan ini perlu disegerakan. Mohon untuk diambilkan tindakan.
Dan selain daripada itu, kebelakangan ini Tan Sri, pihak MCMC dengan kontraktor ataupun pelaksana menara-menara di kawasan pedalaman ini telah membina beberapa menara dan menara ini didirikan di atas ataupun di tanah yang dimiliki oleh individu-individu tertentu dan mereka, pihak kontraktor dan juga pelaksana projek ini ada satu perjanjian di mana bayaran bulanan ataupun sewaan bulanan dibayar kepada pemilik tanah ini.
Saya hendak mohon penjelasan dari pihak kementerian, sama ada perjanjian ini, adakah ini satu one-off sahaja ataupun ini akan sampai satu masa yang berpanjangan? Mohon penjelasan dan keterangan daripada pihak kementerian. Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sila Menteri.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Ahli Yang Berhormat atas dua soalan tambahan tersebut. Pertama, sebenarnya MCMC juga ada turun ke kawasan Yang Berhormat untuk kita buat audit dan kita telah mendapati bahawa sejak 1 Januari sehingga 30 Jun tahun ini, MCMC sebenarnya telah menerima 43 aduan rasmi berkaitan liputan Internet yang kurang memuaskan di kawasan Parlimen Yang Berhormat dan daripada jumlah tersebut, 43 aduan ini telah berjaya diselesaikan melalui tindakan susulan oleh pemberi perkhidmatan.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
[Bangun]
Puan Teo Nie Ching
Sekiranya pada masa yang akan datang, ada sebarang aduan lagi, MCMC sedia untuk membantu Ahli Yang Berhormat.
Selain daripada itu, tentang isu sewaan tapak. Memang apabila sesuatu telco, sesuatu pemberi perkhidmatan, mereka nak pastikan bahawa di kawasan khasnya kawasan pedalaman mempunyai liputan Internet yang memuaskan, mereka perlu mendirikan menara telekomunikasi supaya kita boleh pastikan liputan Internet ini cukup luas dan oleh sebab itu, mereka perlu cari tapak yang sesuai dan kita tak boleh elak satu situasi di mana mereka perlu buat perjanjian sewaan tapak dengan pemilik tapak tersebut.
Puan Teo Nie Ching
Dan sepatutnya, kebanyakan masa, perjanjian ini sebenarnya bayaran adalah secara bulanan dan pemberi perkhidmatan perlulah buat bayaran ini asalkan menara telekomunikasi itu masih di sana.
Untuk maklumat Yang Berhormat, semua projek-projek JENDELA Fasa 1 di Sarawak telah siap dilaksanakan. Ada 636 menara baharu yang telah didirikan dan untuk JENDELA Fasa 2 juga dijangka akan bermula pada quarter ketiga tahun ini dan mestilah di kawasan Ahli Yang Berhormat akan ada menara baharu.
Dan kalau ada menara baharu yang perlu didirikan di kawasan swasta, tapak swasta, kita juga pohon kerjasama daripada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk pastikan pemilik tapak itu juga setuju untuk sewakan tapak itu kepada pemberi perkhidmatan supaya kita boleh pastikan liputan Internet ke kawasan pedalaman ini adalah boleh semakin dipertingkatkan. Sekian jawapan saya, terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, adakah kementerian ataupun kerajaan menetapkan satu tempoh tertentu untuk proses baik pulih bila satu kawasan itu mengalami masalah gangguan tadi? Adakah kerajaan bercadang untuk mengenakan penalti yang lebih tinggi kepada syarikat telco yang gagal melaksanakan, membaik pulih dalam masa yang ditetapkan?
Kedua, antara isu yang sering menyebabkan berlaku gangguan internet ini ialah kerana bekalan elektrik yang dibekalkan oleh TNB ke menara. Jadi, adakah kementerian bercadang untuk mewajibkan TNB membekalkan bekalan tenaga sandaran ataupun bekalan tenaga alternatif selain daripada sumber tenaga yang asal untuk menyelesaikan masalah ini?
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Menteri.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Pertamanya, memang sebenarnya MCMC telah tetapkan satu standard perkhidmatan. Kalau saya boleh bagi beberapa petunjuk kualiti utama seperti untuk purata kelengahan rangkaian pada dan tidak lebih
Puan Teo Nie Ching
daripada 100 millisecond. Ini adalah kita rujuk sebagai latency dan selain daripada itu, purata kelajuan muat turun tidak boleh kurang daripada 10 Mbps sejak tahun 2025.
Puan Teo Nie Ching
Dan selain daripada itu, kehilangan pakej juga tidak boleh melebihi 0.5 peratus. Jadi, apabila kita buat audit terhadap perkhidmatan yang telah ditawarkan oleh sebuah syarikat telco dan kita mendapati bahawa perkhidmatan mereka adalah tidak mematuhi standard yang telah ditetapkan oleh MCMC. Jadi, memang MCMC boleh memberi— keluarkan arahan suruhanjaya kepada pemberi perkhidmatan di bawah seksyen 51(2), Akta 588.
Dan sekiranya— sebarang ketidakpatuhan arahan suruhanjaya sebenarnya adalah satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau pun penjara tidak melebihi 10 tahun atau pun kedua-duanya di bawah seksyen 53, Akta 588. Dan juga selain daripada itu, dia juga boleh dikenakan penalti kewangan sehingga RM500,000 selaras dengan seksyen 105(5), Akta 588.
Tentang tempoh masa sesuatu penambahbaikan boleh dilaksanakan, dia sebenarnya bergantung pada situasi. Sebagai contoh, kalau kawasan itu memang tak ada liputan internet, satu menara telekomunikasi baharu perlu didirikan. Jadi, memanglah tempoh masa yang lebih panjang akan diberikan, tetapi kalau diakibatkan oleh pencurian, vandalisme, dia juga bergantung kepada sama ada itu di kawasan pedalaman atau pun di kawasan bandar. Kerana kami juga perlu bagi masa yang munasabah kepada pemberi perkhidmatan untuk membuat kerja-kerja pembaikan. Sekian, jawapan saya. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin, Masjid Tanah.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Bernikah tiada kadi, Bercerai tiada talak; Soalan Masjid Tanah beri, Yang Berhormat Menteri boleh jawab tak?
Tuan Yang di-Pertua
Okeylah tu, okeylah. Silakan Menteri.
6. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan, pelan tindakan SME Corp untuk meningkatkan penyertaan usahawan bumiputera dalam sektor bernilai tinggi seperti teknologi digital, semikonduktor, tenaga boleh baharu, aeroangkasa dan ekonomi hijau serta sasaran yang ditetapkan menjelang tahun 2030.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin
Itu pantun ke apa tu?
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah di atas soalan dan terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui SME Corp Malaysia melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan penyertaan usahawan dan PMKS bumiputera, termasuk dalam sektor pertumbuhan dan bernilai tinggi (high growth high value), dengan izin, serta sektor strategik seperti teknologi digital, tenaga boleh baharu, aeroangkasa dan ekonomi hijau.
Dalam konteks pelaksanaan di peringkat agensi, Pelan Strategik Perniagaan SME Corp Malaysia 2022 hingga 2030 telah dibangunkan dengan antara lain untuk memberi penekanan kepada usaha meningkatkan penglibatan PMKS dalam industri berimpak tinggi dan kumpulan inklusif, termasuk bumiputera, sebagai antara bidang tumpuan bagi memacu pertumbuhan perniagaan.
Beberapa program utama telah diperkenalkan bagi meningkatkan penyertaan usahawan PMKS bumiputera seperti berikut. Yang pertamanya, Program Bumiputera Rapid Acceleration and Value Enhancement atau dengan ringkasnya BRAVE. Program ini bagi mempercepatkan pertumbuhan PKS bumiputera yang berpotensi tinggi untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.
Dengan peruntukan one-off sebanyak RM15 juta, Program BRAVE menyediakan pendekatan bersepadu merangkumi akses kepada pembiayaan sehingga RM1 juta pada kadar keuntungan 3.5 peratus dan pembangunan kapasiti, pengukuhan tadbir urus korporat serta akses kepada pasaran modal.
Sejak dilaksanakan pada tahun 2025 sehingga Jun 2026, 27 PMKS bumiputera telah menyertai program dan disasarkan lima sehingga sepuluh PKS akan di senarai di Bursa Malaysia menjelang tahun 2030.
Yang keduanya, Program Peningkatan Industri Strategik dan Syarikat Berprestasi Tinggi (PRESTIGE 2.0) untuk menyokong penyertaan PKS dalam industri pertumbuhan tinggi secara holistik meliputi pinjaman tanpa cagaran
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin
sehingga RM1 juta dengan rebat bersyarat sehingga 30 peratus. Pembangunan kapasiti, padanan perniagaan serta geran padanan sehingga RM300,000 kepada PKS yang layak.
Sehingga Jun tahun ini, 12 PKS bumiputera telah diluluskan pinjaman dan geran bernilai RM4.9 juta yang terdiri daripada PKS dalam industri berimpak tinggi seperti elektrik dan elektronik (E&E), bioteknologi serta peranti perubatan, selaras dengan usaha kerajaan untuk melahirkan PKS yang berdaya saing di peringkat global.
Yang ketiganya, dana pemangkin penskalaan PKS yang menawarkan pembiayaan sehingga RM1 juta pada kadar keuntungan serendah 3.5 peratus setahun dengan rebat bersyarat sehingga 30 peratus bagi modal kerja dan perbelanjaan modal seperti aktiviti automasi, R&D serta pembungkusan dan penjenamaan.
Dengan agihan peruntukan pembangunan untuk bumiputera sebanyak RM15 juta, sejumlah 28 PKS bumiputera telah diluluskan pinjaman bernilai RM10.8 juta dengan lima PKS daripada industri E&E, aeroangkasa, peranti perubatan dan ICT dengan kelulusan RM1.2 juta.
Yang keempat, Program PKS Lestari. Bagi menggalakkan dan mempercepatkan penerapan amalan ESG dalam kalangan PMKS melalui pembiayaan sehingga RM1 juta dengan rebat bersyarat sehingga 30 peratus, selain program pembangunan kapasiti yang telah memanfaatkan seramai 385 PMKS bumiputera sehingga Jun tahun ini.
Yang kelima, program kesediaan PKS untuk penyenaraian bagi meningkatkan keupayaan PKS untuk mengakses pasaran modal melalui penyenaraian di Bursa Malaysia. Ia menyediakan sokongan menyeluruh merangkumi pembiayaan serta pembangunan kapasiti untuk PKS dan sejumlah 16 PKS bumiputera telah menyertai sesi bimbingan bagi penyediaan atau pun persediaan ke arah penyenaraian ke Bursa Malaysia sehingga Jun tahun ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Masjid Tanah.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin, - Masjid Tanah
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan tersebut. PMKS ditunjangi oleh peniaga mikro iaitu sebanyak 70.1 peratus yang membawa kepada lebih kurang 761,897 dan juga peniaga kecil sebanyak 28.2 peratus iaitu sebanyak 306,764 yang mana berjumlah kepada 1,068,661 orang peniaga.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin, - Masjid Tanah
Dan mereka ini yang paling terkesan— yang mudah terkesan dengan pergerakan dan juga tekanan ekonomi semasa. Dan ketika ini, umum kita mengetahui bahawa kita menghadapi limpahan krisis Timur Tengah dan juga kebanjiran kemasukan pedagang dari negara China berdagang dalam pasaran tempatan dengan modal yang cukup besar.
Jadi, apakah langkah-langkah yang dibuat untuk memastikan mereka ini dapat bertahan dan juga bersaing di dalam situasi sekarang dari sudut dasar kewangan, pasaran, pembangunan kapasiti, infrastruktur perniagaan seperti rumah kedai yang mampu milik, adaptasi teknologi untuk usahawan mikro serta kecil dan lain-lain? Dan sejauh mana pecahan peruntukan dan perhatian diberikan dalam kumpulan ini, terutamanya usahawan mikro? Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Menteri.
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
[Bangun]
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
[Bangun]
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
[Bangun]
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih Yang Berhormat. Kita mengambil maklum tentang cabaran semasa yang dihadapi oleh PMKS kita, terutamanya usahawan mikro yang sejumlah besar adalah daripada kalangan yang mikro itulah yang disebutkan oleh Yang Berhormat.
Dan dalam konflik yang berlaku di peringkat global pada waktu ini, krisis tenaga dan cabaran-cabaran untuk kita menembusi pasaran-pasaran di peringkat global adalah agak mencabar waktu itu. Sebabnya kita di peringkat KUSKOP, kita menyediakan beberapa program untuk melegakan keadaan, membantu para PMKS kita, sekurang-kurangnya mereka dapat menambah lagi kekuatan dari segi kewangan mereka.
Kita perkenalkan Program Sinar yang akan diselaraskan di bawah SME Corp.
Di mana kita telah sediakan peruntukan sebanyak RM202 juta untuk mana-mana syarikat atau pun usahawan yang terjejas dalam konflik atau pun krisis di peringkat global pada waktu ini. Dan terutamanya dalam bidang-bidang yang mikro itu. Jadi, kita galakkan kepada mereka supaya mendekati, approach SME Corp atau pun mana-mana agensi yang lain supaya mendapatkan dana-dana pembiayaan yang kita sediakan begitu banyak sekali. Bukan hanya SME Corp, ...
[Tidak jelas] Di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia, umpamanya. Di bawah TEKUN Nasional, kita sediakan banyak dana dengan kadar keuntungan yang amat minima sekali.
Datuk Mohamad bin Alamin
Kemudian, di SME Corp., Tan Sri Yang di-Pertua, bukan hanya dana pinjaman yang kita beri, tetapi kita juga tawarkan rebat sehingga 30 peratus bersyarat. Jadi, ini adalah antara inisiatif yang kita sediakan kepada para PMKS kita terutamanya yang sedang menghadapi.
Kita faham kebanjiran produk-produk ataupun pasaran daripada negara- negara China di negara kita, kita ambil maklum, tetapi di peringkat kita, kita menggalakkan juga kita punya usahawan supaya ke luar negara. Itu sebabnya setiap tahun kita menyertai beberapa ekspo di peringkat antarabangsa.
Saya baru sahaja balik daripada Bangkok dua bulan lepas Tan Sri, mengetuai satu delegasi Malaysia. Kita membawa seramai 159 pempamer-pempamer daripada Malaysia supaya kita promote produk-produk bagi di peringkat global. Itu antara inisiatif yang kita berikan.
Jadi, kita mengamalkan dasar pasaran terbuka, kita menandatangani FTA― free trade agreement― dengan banyak negara. Itu sebab kita tak boleh menghalang mana-mana negara untuk masuk ke negara kita, tetapi kita hendak mereka juga harus bersedia untuk bersaing dan kita bantu mereka dengan pelbagai macam kita punya program di bawah KUSKOP ini. Sekian dan terima kasih. Boleh ya?
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Putatan.
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua. Sebentar tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyebut tentang penglibatan peringkat global di kalangan usahawan kita. Soalan tambahan saya, apakah usaha yang sedang ditumpukan menerusi peranan agensi-agensi berkaitan kementerian untuk menjayakan program Gate to Global (GTG) menerusi penglibatan usahawan PMKS di negeri Sabah?
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih, Yang Berhormat Putatan. Saya sebut tadi antara ekspo yang kita telah dan akan terus sertai di peringkat antarabangsa, Yang Berhormat, ialah THAIFEX – Anuga yang diadakan setiap tahun. Dalam THAIFEX – Anuga itu juga disertai lapan usahawan daripada negeri Sabah. Dan saya menemui mereka. Bahawa mereka punyai potensi yang begitu besar untuk menembusi pasaran global. Jadi, kita banyak avenue di peringkat antarabangsa yang akan kita bawa terus.
Datuk Mohamad bin Alamin
Dan di peringkat KUSKOP, agensi kita seperti SME Corp. bahkan di kalangan gerakan koperasi juga, mereka juga keluar negara. Bagaimana membantu produk- produk lokal kita, Tan Sri, untuk kita pasarkan di peringkat antarabangsa.
Dan, insya-Allah, untuk Sabah dan Sarawak juga kita akan adakan special program tidak lama lagi yang akan saya aturkan untuk memberi peluang kepada usahawan Sabah dan Sarawak bagaimana mereka boleh menembusi pasaran global. Yang terdekat, kepada Indonesia. Kita hendak ambil peluang dengan berpindahnya ibu negara Indonesia ke Kalimantan, Tan Sri, peluang untuk kita kembangkan produk kita. Pasarannya cukup besar. Itu sebabnya saya hendak usahawan Sabah, Sarawak juga mengambil peluang dengan keadaan semasa ini, insya-Allah. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput Puan Yeo Bee Yin.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, sebelum itu, izinkan saya mengalu-alukan rombongan Guru Besar daripada sekolah Cina kerajaan dari Kuching ke Dewan Rakyat ini...
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Cuma, saya nak ingatkan Yang Berhormat, Yang Berhormat. Lain kali Yang Berhormat tidak boleh bangun lagu itu. Berikan note itu kepada siapa juga yang akan bertanya soalan. Supaya tidak mengganggu perjalanan kita. Baik. Silakan, Puchong.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Terima kasih Tan Sri. Soalan saya soalan 7.
7. Puan Yeo Bee Yin [Puchong] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan:
(a) adakah kerajaan akan mewujudkan satu kerangka kawal selia kebangsaan yang menyeluruh terhadap confinement center.
Ia termasuk aspek pelesenan, standard operasi minimum, kelayakan petugas, mekanisme pemantauan berkala serta mod kerjasama dengan kerajaan negeri dan tempatan; dan
(b) adakah undang-undang baharu akan digubal.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengambil berat tentang isu keselamatan, kesejahteraan dan kesinambungan penjagaan kesihatan ibu selepas bersalin. Justeru, KPWKM melalui Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) telah melaksanakan
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying
program MamaCare bermula tahun 2012 bagi memperkasa wanita melalui latihan profesional dalam penjagaan ibu selepas bersalin, sekali gus membuka peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan. Sehingga kini, program ini telah melatih seramai 2,711 orang pengamal penjagaan ibu selepas bersalin. Daripada jumlah tersebut, seramai 1,482 orang yang telah ditauliahkan Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4.
LPPKN juga giat mempromosikan agar perkhidmatan penjagaan ibu selepas bersalin diberikan secara profesional, selamat dan berkualiti menerusi lima komponen utama, iaitu:
(i) pengamal bertauliah dan terlatih;
(ii) amalan penjagaan selepas bersalin yang berstruktur;
(iii) keselamatan dan kebersihan;
(iv) perkhidmatan berpusatkan ibu; dan
(v) pematuhan standard kemahiran kebangsaan.
Bagi memastikan kesejahteraan dan kesihatan mental ibu selepas bersalin, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan mental termasuk saringan kemurungan selepas bersalin atau postpartum depression serta menyediakan pendidikan penyusuan susu ibu melalui pemeriksaan selepas bersalin, dengan izin, postnatal di klinik-klinik kesihatan awam.
Pemeriksaan kesihatan ini disediakan dalam tempoh sebulan selepas bersalin bagi memastikan kesihatan ibu dan bayi dipantau secara menyeluruh, mengesan sebarang komplikasi yang mungkin berlaku serta menjamin kesinambungan penjagaan kesihatan ibu dalam tempoh selepas bersalin.
Pada masa ini, pendaftaran pusat sokongan ibu selepas bersalin adalah tertakluk kepada syarat pelesenan premis yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Lembaga Bidan Malaysia telah membangunkan satu garis panduan pusat sokongan ibu selepas bersalin bagi komponen kesihatan pada tahun 2025.
Garis panduan ini dibangunkan berasaskan peruntukan Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 [Akta 775], Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 [Akta 290] serta garis panduan berkaitan yang dikeluarkan oleh KKM bagi memastikan penyampaian perkhidmatan penjagaan ibu selepas bersalin dilaksanakan secara selamat, berkualiti dan mematuhi standard yang ditetapkan.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Puchong.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Terima kasih Tan Sri. Tan Sri, ini confinement center ini sekarang telah menjadi satu keperluan untuk ramai wanita-wanita di luar sana terutamanya mereka yang berkarier. Tan Sri, soalan tambahan saya adalah berkenaan dengan, apakah perancangan dan hala tuju kementerian terhadap kerangka kawal selia confinement center di Malaysia supaya bukan negeri-negeri lain yang ada guideline yang berbeza, kita satukan satu guideline untuk national dan kebangsaan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Sila, Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Puchong. KPWKM berpandangan bahawa pembangunan kerangka kawal selia bagi confinement center, dengan izin, memerlukan pendekatan yang menyeluruh serta melibatkan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi berkaitan.
Dalam hal ini, pengurusan dan kawal selia confinement center merentasi bukan sahaja bidang kuasa KPWKM, malah melibatkan punca kuasa dan tanggungjawab Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
[Bangun]
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
[Bangun]
Puan Lim Hui Ying
Sehubungan itu, bagi menetapkan satu hala tuju bagi confinement center di Malaysia, kerajaan perlu menyelaras perkara ini bersama KKM, KPKT, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga dan termasuk KPWKM dan kementerian dan agensi lain yang berkaitan.
Hala tuju dan juga kerangka yang perlu dibangunkan ini akan mengambil kira aspek kesihatan, keselamatan, kebajikan ibu dan bayi, pematuhan kepada peraturan sedia ada serta bidang kuasa agensi yang terlibat agar kerangka yang dibangunkan adalah komprehensif, praktikal dan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan oleh confinement center di Malaysia. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Langkawi.
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, baru-baru ini terdapat laporan bayi tersedak susu dan bayi terjatuh semasa di-confinement, dan netizen telah membangkitkan pelbagai soalan, Yang Berhormat Tan Sri. SOP yang berbeza di antara confinement center.
Kemudian, pakejnya terlalu mahal RM6,000 hingga RM30,000 depend on lokasi, Tan Sri. Kalau di Kuala Lumpur itu tinggi. Dan juga, penyakit berjangkit. Baru-baru ini ada RSV yang berjangkit antara bayi.
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
Jadi, soalan saya, Yang Berhormat Menteri. Saya bersetuju dengan Puchong supaya satu undang-undang. Persoalannya, adakah undang-undang baharu akan digubal? Ataupun confinement center act or whatever. Jadi, soalan saya, sementara menunggu mimpi Puchong ini untuk menjadikan satu undang-undang, apakah tindakan kecemasan atau stopgap measure yang kementerian buat sekarang ini untuk pastikan premis-premis sedia ada ini selamat dan tidak membahayakan, dan kakitangan yang bertugas itu adalah kakitangan yang mempunyai qualification ke arah itu? Terima kasih, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Silakan Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Langkawi. Dari segi KPWKM kita memang ada satu program yang saya sering— saya sudah sebut tadi iaitu MamaCare yang dianjurkan di bawah LPPKN yang ini memberikan adalah satu latihan tauliah kepada perkhidmatan penjagaan ibu selepas bersalin secara profesional.
Now, program ini telah kita mulakan sejak 2012 dan di sini kita ada mengajar wanita bagaimana itu pengurutan selepas bersalin, penyediaan pemakanan yang sihat, bagaimana mengendalikan bayi yang baru dilahir, pemulihan ibu selepas bersalin dan sebagainya.
Tapi dari segi penyakit atau seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Langkawi yang itu adalah di bawah seliaan KKM. Jadi, saya faham memang ada bertindih. Jadi, kita memang dalam satu rancangan untuk mengadakan satu program, bukan program— untuk hala tuju bagaimana kita akan teruskan untuk memastikan confinement center ini dapat dikawal selia.
Sebab memang― juga dia melibatkan PBT sebab lesen premis, lesen berniaga. Jadi, akan melibatkan banyak agensi. Lagi satu adalah terutamanya ia banyak melibatkan dengan Kementerian Kesihatan. Jadi, kita memang dalam rancangan untuk bersama-sama menyelesaikan, mencari satu hala tuju. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya saya jemput Tuan Nurul Amin bin Hamid, Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 8.
8. Tuan Nurul Amin bin Hamid [Padang Terap] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan perancangan daripada pihak kementerian untuk membangunkan Kompleks Sukan Daerah Padang Terap di atas tanah persekutuan milik KBS.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Mordi anak Bimol
Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini Kementerian Belia dan Sukan belum mempunyai perancangan segera untuk membangunkan Kompleks Sukan Daerah Padang Terap di atas tanah Persekutuan milik KBS.
Walaupun tapak tersebut berada di bawah pemilikan kementerian, pembangunan sesebuah kompleks sukan baharu perlu mengambil kira keperluan sebenar kemudahan sukan di kawasan berkenaan, kesesuaian tapak, skop pembangunan, anggaran kos pembinaan dan penyelenggaraan, kemampuan pengoperasian serta ketersediaan peruntukan kerajaan.
Seperti tatacara permohonan pembangunan fasiliti sukan yang lain, cadangan pembinaan kompleks sukan berskala besar perlulah terlebih dahulu mendapat persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan disenaraikan dalam wishlist kerajaan negeri. Permohonan tersebut kemudiannya perlu diangkat ataupun dikemukakan secara rasmi kepada KBS bersama justifikasi keperluan, anggaran jumlah pengguna, cadangan skop, pelan tapak, anggaran kos, serta perancangan pengurusan dan penyelenggaraan fasiliti selepas siap.
Jadi, permohonan tersebut juga perlu mematuhi garis panduan penyediaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan permohonan projek pembangunan tahun 2026-2030. KBS akan melaksanakan semakan serta penyelarasan di peringkat kementerian sebelum sesuatu permohonan yang lengkap dan memenuhi semua prasyarat dikemukakan kepada Kementerian Ekonomi untuk pertimbangan kelulusan. Pertimbangan tersebut turut tertakluk kepada keutamaan pembangunan kerajaan dan kemampuan kewangan semasa. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Tan Sri Speaker. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya bawa isu tentang memohon cadangan untuk Kompleks Sukan Padang Terap ini sejak 2023 dan jawapan itu dah saya dengar tiga tahun dah. Jadi, saya cuba nak buat sikit perbandinganlah Tan Sri Speaker, benda yang sama iaitu Kompleks Sukan Sungai Petani dan Kompleks Sukan Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Bermula 2023 cadangan, tapi Kompleks Sukan Sungai Petani dapat kelulusan segera, fast track RM10 juta. Jadi, saya dah berjumpa dengan pejabat daerah, belia daerah dan juga jabatan belia negeri, kemukakan di Parlimen berkali- kali dan saya yakin semua pihak yang berkait sudah mengetahui tentang cadangan ini.
Jadi apakah— soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah pihak kementerian boleh memberikan satu cadangan untuk bagaimana cadangan untuk membina Kompleks Sukan Padang Terap ini dapat dipermudahkan dan dapat masuk dalam RMK13 seperti mana Sungai Petani dapat kelulusan segera RM10 juta untuk Kompleks Sukan Sungai Petani. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya Menteri, sila jawab dengan jelas. Bagaimana Sungai Petani boleh dapat?
Tuan Mordi anak Bimol
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang saya jelaskan tadi ya Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga kini kementerian tidak pernah mengenal pasti atau memperakukan tapak Kerajaan Persekutuan seperti yang Tuan Yang Berhormat mention tadi tentang tanah di IKBN contohnya. Okey. So, apa-apa pun permohonan perlu melalui kerajaan negeri terlebih dahulu. So, kerajaan negeri pula angkat then only pihak kementerian akan tengok semula.
Jadi berdasarkan apa yang kita bincangkan di tepi tadi, actually permohonan pihak Yang Berhormat progressing very well already. Okey, cumanya perlukan masa sikit supaya pihak kementerian akan tengok balik ya. Jadi, apa-apa pun sebarang maklum balas ataupun perkembangan nanti kita akan jawab secara bertulis dengan lebih terperinci kepada Yang Berhormat, boleh? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya saya jemput Ipoh Timor.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Terima kasih Tan Sri. Kita sedia maklum bukan semua tempat perlu dan sesuai untuk diadakan dibina satu kompleks sukan kerana ia melibatkan satu CapEx yang besar, dua OpEx yang besar secara berpanjangan. Namun demikian, saya rasa pihak kementerian perlu ada satu pelan dan perancangan yang menyeluruh khususnya untuk mewujudkan peluang riadah dan senaman dan sukan kepada semua tempat.
Saya nak minta pihak kementerian untuk menyatakan adakah wujud atau apa perancangan program-program, inisiatif-inisiatif atau aset-aset yang bukan nak dibina itu bagi memastikan semua orang di semua tempat mempunyai peluang dan
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
ruang dan juga peralatan dan perkakasan untuk diadakan aktiviti sukan dan senaman. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Tuan Mordi anak Bimol
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Okey. Saya setuju tidak semua tempat ada peluang yang sama untuk dibangunkan. Tapi dalam masa yang sama, kita perlu ada— kita ada banyak program yang boleh dilaksanakan selain daripada pembangunan infrastruktur itu sendiri.
Jadi antara program yang boleh dilaksanakan adalah pembangunan kepimpinan belia yang meliputi aktiviti kesukarelawanan, inisiatif Rakan Muda yang terus menjadi platform utama penglibatan belia. Rakan Muda kini berteraskan sepuluh gaya rakan hidup ya.
Kita ada program sukan berteraskan konsep “Sukan Untuk Semua” yang terbuka kepada penyertaan seluruh masyarakat dan pelaksanaan program itu diperluaskan melalui kerjasama strategik ya bersama agensi-agensi kerajaan, sektor swasta, institusi pengajian tinggi, NGO dan serta belia.
Dan yang paling penting adalah, pihak Yang Berhormat kalau boleh pastikan kelab-kelab belia di kawasan Yang Berhormat berdaftar di bawah KBS dan pastikan mereka mohon dana dan mohon untuk buat program yang ada di bawah KBS. Itu saja, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya saya jemput Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan, Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan Sri Gading nombor 9.
9. Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan [Sri Gading] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan berapa jumlah penjimatan yang telah dinikmati rakyat melalui Program Jualan RAHMAH MADANI sejak diperkenalkan serta strategi kementerian untuk meningkatkan hebahan program agar lebih ramai rakyat mengetahui lokasi dan jadual pelaksanaannya.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih kepada Yang Berhormat Sri Gading di atas soalan.
Tan Sri Yang di-Pertua, Program Jualan RAHMAH MADANI merupakan yang dilaksanakan ia bermula pada tahun Januari 2023 Tan Sri Yang di-Pertua. Dan ia
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
merupakan antara intervensi utama Kerajaan MADANI dalam membantu rakyat mendepani cabaran kos sara hidup. Jadi, Program Jualan RAHMAH MADANI
(PJRM) ini telah dilaksanakan di seluruh negara meliputi 222 Parlimen, 600 kawasan DUN, Dewan Undangan Negeri serta 40 zon di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Setakat ini, kita menyasarkan 30,000 PJRM sehingga hujung tahun 2026 berbanding dengan Sri Gading ya pada tahun 2023 bila kita bermula kita adakan 6,870. Tahun 2024 kita adakan 12,419 siri Program Jualan RAHMAH MADANI ini dan seterusnya pada tahun lepas 2025 kita telah mengadakan 25,708 siri Program Jualan RAHMAH. Dan tahun ini kita sasarkan sehingga 30,000 Program Jualan RAHMAH MADANI.
Setakat ini sehingga 13 Julai, kita pun telah melaksanakan 17,305 Program Jualan RAHMAH MADANI ini dan di antaranya 11,362 merupakan program Jualan RAHMAH bergerak yang masuk-masuk ke kampung-kampung ya yang berbentuk kedai cari rakyat, cari rakyat dalam kawasan-kawasan pedalaman.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Ini yang merupakan majoriti daripada kita punya Program Jualan RAHMAH.
Tan Sri Yang di-Pertua, yang paling menarik juga, apabila Sri Gading bertanya, bagaimanakah penjimatan oleh rakyat? Daripada Program Jualan RAHMAH yang kita telah laksanakan ini pada tahun ini, kita dapati bahawa sebanyak RM238.64 juta telah pun dikembalikan kepada rakyat. Ini dalam bentuk actual subsidi, Tan Sri Yang di-Pertua. Dan jumlah transaksinya ialah 21.12 juta. Jadi, maksudnya jumlah transaksi daripada awal tahun hingga 13 Julai, 21 juta dan yang dikembalikan dalam bentuk penjimatan, 238.64 juta.
Tambahan pula maklumat, Sri Gading, saya nak kongsi bagaimana ia nya telah— program ini telah membantu usahawan-usahawan ya ataupun kita punya rakan-rakan strategik. KPDN telah melantik 2,695 rakan strategik dan daripada jumlah ini, 606 merupakan kedai-kedai runcit yang melaksanakan Program Jualan RAHMAH. Berbanding tahun lepas, jumlahnya ialah 212.
Jadi, kita telah melipat gandakan jumlah kedai-kedai runcit yang menjadikan rakan strategik dan melaksanakan Program Jualan RAHMAH dan di samping itu juga Sri Gading, Tan Sri Yang di-Pertua, 35 koperasi juga terlibat di dalam melaksanakan menjadi rakan strategik melaksanakan Program Jualan RAHMAH.
Sri Gading bertanya, bagaimana untuk mendapat maklumat berkenaan dengan Jualan RAHMAH. Boleh didapati maklumat, Sri Gading melalui laman
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
sesawang. Laman sesawang, kalau kita tengok laman sesawang PJRM boleh dapat.
Portal PJRM, aplikasi, kita boleh download dekat telefon kita, info Jualan RAHMAH, Program Jualan RAHMAH di mana Tan Sri Yang di-Pertua, boleh, boleh cari negeri, boleh cari daerah dan boleh cari dalam radius sehingga 30 kilometer, boleh cari Program Jualan RAHMAH yang dalam masa yang sedang berlaku ataupun yang bakal berlangsung.
Kita juga melalui KPDN, media sosial KPDN, KPDN negeri-negeri, KPDN laman rasmi ya dan juga diadakan video-video khas berkenaan dengan ronda PJRM.
Ini antara perkara-perkara yang dilakukan oleh KPDN untuk memastikan bahawa rakyat dapat maklumat dan rakyat mendapat menikmati manfaat. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih kepada Timbalan Menteri yang telah memberikan penjelasan dan jawapan yang sangat baik.
Kalau kita lihat bahawa Jualan RAHMAH ini, hasil idea daripada Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang mana pada hari ini, kita dapat melihat bahawa usaha Kerajaan MADANI yang cuba membantu rakyat khususnya di kampung- kampung ataupun yang kita istilahkan sebagai B40 yang telah berjumlah kalau pada sebutan tadi, 238 juta ya peruntukan yang menunjukkan bahawa usaha kerajaan untuk membendung yang dianggap sebagai tak mampu ataupun kos sara hidup yang mahal dan sebagainya Tetapi Jualan RAHMAH ini, saya dapat perhatikan sebab saya selalu ya mengikuti ataupun bersama-sama dengan pembeli ataupun mereka yang berada di tempat lapangan dan memang kita tak dapat melihat warga asing membelinya. Jadi, subsidi yang diberikan oleh Kerajaan MADANI ini, terus kepada rakyat berada di lapangan ataupun di kampung-kampung dan sebagainya.
Soalan tambahan saya, apakah inisiatif baharu yang selain daripada dapat diberikan kepada rakyat secara khusus sasaran yang tepat ya, tidak seperti dulu lah.
Orang bangla pun boleh beli, orang indon boleh beli, walaupun dikatakan subsidi tetapi pada hari ini, direct kepada masyarakat kita untuk dapatkan satu lagi inisiatif yang lebih baik. Sebagai contohnya, promosi khas, set RAHMAH MADANI, mengumpulkan dua, tiga jenis tapi nampak kepada rakyat itu jelas, mereka sangat memerlukan.
Sebagai contohnya, susu, set susu, beras, tepung, gula, telur ataupun ayam dengan harga yang sangat berpatutan. Kalau itu boleh diset kan, diberikan, saya
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
rasa, Sri Gading merasakan bahawa mereka yang paling bawah ini di kampung- kampung dapat merasakan makanan yang...
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
...dimakan oleh mereka yang mampu membelinya. Apa pandangan Timbalan Menteri?
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Sila, Menteri.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Terima kasih ya di atas saranan tersebut, Sri Gading.
Sebenarnya, setiap kali kita ada Jualan RAHMAH, kita ada lebih kurang kadang-kadang 100 SKU ya, Sri Gading, dalam lebih. Kadang-kadang 50 SKU kalau kecil, kalau besar 100 ataupun lebih SKU. Dan setiap daripada barang-barang yang ditawarkan itu, diberi diskaun antara 10 hingga 30 peratus ya. Antara 10 hingga 30 peratus diskaun.
Kadang-kadang kita ada lagi happy hour, Tan Sri Yang di-Pertua. Happy hour itu, kita bagi lagi banyak diskaun dalam masa satu jam sehingga 50 peratus diskaun.
Jadi, kalau minyak masak lima kilogram itu, kalau harga-harga silingnya RM30.90, harga Jualan RAHMAH, RM25 ataupun RM24 sebab itu happy hour kadang-kadang dapat RM18, kadang-kadang dapat RM19.
Jadi, apa yang dimaksudkan oleh Sri Gading, mungkin untuk kita bundle-kan ya. Untuk kita bundle-kan letak beras dan sebagainya dalam satu bekas ya, dalam satu bundle. Kita dapati Sri Gading, ini telah dilakukan oleh KPKM ya dalam Jualan Agro MADANI. Kita lihat ianya telah dilakukan tapi maklum balas ya, di KPKM itu, dia campurkan sayur, dia campurkan ayam, ikan dan sebagainya tapi kita lihat bahawa di KPDN, kita dapatan kita ialah kadang-kadang mereka tak nak semuanya kalau kita letak, kita letak telur dengan ayam dengan minyak, contohnya, kadang-kadang dia tak nak semua, ya. Jadi, kita lebih sesuai untuk teruskan tawaran individu-individu mengikut SKU. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih, Yang di- Pertua.
Soalan tambahan saya, tadi dimaklumkan oleh Timbalan Menteri bahawa jumlah operator daripada dulu, sekarang telah pun berbeza. Jadi, adakah kerajaan mempunyai mekanisme pemantauan dan sistem ketelusan yang digunakan oleh kementerian untuk mewajibkan semua operator-operator ini mengemukakan laporan stok dan jualan yang boleh diaudit secara dan dipaparkan secara terus supaya rakyat
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
yakin bahawa semua subsidi kerajaan ini, sampai kepada pengguna, bukan dinikmati ataupun disorok oleh mana-mana pihak? Itu yang pertama.
Dan yang kedua, kita difahamkan daripada Jualan MADANI dibuat termasuk juga kepada secara mobile. Jadi, bagaimanakah jualan ini sampai ke daerah-daerah yang jauh terutamanya di kawasan pulau-pulau? Adakah mereka juga terpaksa memohon daripada semasa ke semasa dan berapakah jumlah yang ditempatkan ataupun dibelanjakan di tempat-tempat tersebut? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Sila, Menteri.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Terima kasih, Yang Berhormat Tumpat.
Yang pertama, saya nak maklumkan Yang Berhormat Tumpat, kerajaan, pihak KPDN melantik jumlah pegawai tambahan MySTEP ya untuk memantau. Itu yang pertama. Program-program Jualan RAHMAH ini dan yang kedua KPDN juga mewajibkan POS system, point of sale system. Maksudnya, tak adalah kita nak kira stok satu-satu ya. Ini untuk memastikan ketelusan. Jadi, kalau mereka guna point of sale system, kita boleh dapat laporan itu dengan tepat ya. Jadi, claim itu pun kita pastikan bahawa ada integriti dalam claim tersebut.
Berkenaan dengan mobile. Berkenaan dengan kawasan-kawasan pedalaman, Yang Berhormat Tumpat, kita mengadakan empat kali sebulan setiap DUN. Maksudnya, seminggu sekali dalam satu-satu kawasan DUN. Jadi, kalau kawasan DUN itu ada pulau, tentu sekali kawasan pulau itu juga merupakan kawasan yang diadakan Program Jualan RAHMAH. Cuma Yang Berhormat, kadang- kadang masalah logistik ya. Masalah logistik, kalau pulau itu, dia tak ada kedai runcit ya.
Jadi, kita nak masuk itu, kita nak hantar kita punya vendor itu, kena lalu feri, lalu roro dan sebagainya. Itu dia ada kos logistik. Tapi apa yang KPDN buat ialah di pulau-pulau itu, kalau sekiranya ada kedai runcit yang boleh dijadikan point of sale dekat situ, maka kedai runcit itulah dilantik sebagai operator Program Jualan RAHMAH. Jadi, ini yang sedang dilakukan oleh KPDN. Terima kasih, Tumpat.
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan bagi Jawab Lisan.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Tuan Yang di-Pertua
Saya difahamkan Menteri ada usul?
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Mordi anak Bimol
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga selesai dibahas dan diputuskan Rang Undang-undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026. Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Rang Undang-undang Multimedia Malaysia (Pindaan) 2026 dan Usul Menteri Kewangan seperti di nombor satu hingga tiga dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul- usul hari ini. Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 16 Julai 2026.”
Tuan Yang di-Pertua
Ada siapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying
Saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik terima kasih. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Yang Berhormat untuk mengemukakan rang undang-undang ini.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Tan Sri Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Komunikasi dan Multimedia Pindaan 2026 dibacakan untuk kali kedua sekarang.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tan Sri Yang di-Pertua, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta 588 merupakan suatu akta yang mengadakan peruntukan tentang pengawal seliaan industri komunikasi dan multimedia termasuk dalam perihal pemberian perkhidmatan sejagat yang diperuntukkan di bawah Bab 5, Bahagian VIII, Akta 588.
Secara amnya, kerangka pemberian perkhidmatan sejagat bertujuan untuk menggalakkan ketersediaan dan juga penggunaan perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara meluas di seluruh negara melalui pemasangan pemudahan rangkaian serta penyediaan perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi terutamanya di kawasan yang tiada atau kurang liputan perkhidmatan atau bagi kumpulan masyarakat yang kurang mendapat perkhidmatan.
Sejak pelaksanaannya, pelbagai inisiatif di bawah kerangka pemberian perkhidmatan sejagat telah berjaya dilaksanakan bagi memperluas liputan infrastruktur dan juga perkhidmatan komunikasi di seluruh negara. Hasilnya, perkhidmatan komunikasi asas kini menjadi lebih mampu milik dan mudah di akses oleh rakyat, sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi digital serta menjadi pemangkin kepada perkembangan pesat teknologi dan juga perkhidmatan digital baharu.
Namun demikian, landskap komunikasi dan juga multimedia kini semakin kompleks berikutan perkembangan pesat teknologi ketegangan geopolitik global, peningkatan risiko keselamatan siber serta kebergantungan negara yang semakin tinggi terhadap rangkaian perkhidmatan aplikasi dan juga infrastruktur komunikasi.
Perkembangan ini menuntut suatu kerangka kawal selia yang lebih responsif, bersasar dan selaras dengan keperluan semasa. Rakyat sebagai pengguna akhir berisiko berdepan gangguan perkhidmatan, pelanggaran keselamatan, kebocoran data, penyalahgunaan akses, gangguan kepada sistem kritikal dan ketidak tentuan kesinambungan perkhidmatan sekiranya inisiatif yang melibatkan kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi tidak diselaraskan dan dikawal selia dengan sewajarnya.
Sehubungan dengan itu, kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan ekosistem komunikasi dan multimedia negara kekal selamat, berdaya tahan dan boleh dipercayai. Pada masa ini, Bab 5, Bahagian VIII, Akta 588 tidak memperuntukkan secara khusus mengenai pelaksanaan inisiatif pemberian
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
perkhidmatan sejagat yang bersifat kebangsaan bagi tujuan pemeliharaan keselamatan negara.
Justeru, terdapat keperluan untuk meminda Bab 5, Bahagian VIII, Akta 588 bagi membolehkan kerangka pemberian perkhidmatan yang sejagat turut merangkumi inisiatif sedemikian. Sehubungan dengan itu, rang undang-undang ini memperkenalkan konsep inisiatif Pemberian Perkhidmatan Sejagat Kebangsaan Nasional Universal Service Provision Initiative dengan izin, atau inisiatif PPS Kebangsaan.
Melalui pindaan yang dicadangkan Menteri diberi kuasa untuk mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyokong inisiatif PPS kebangsaan bagi tujuan pemeliharaan keselamatan negara. Inisiatif PPS kebangsaan yang dicadangkan hendaklah mempunyai hubungan dengan penggunaan perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi atau kedua- duanya.
Melalui galakan pemasangan kemudahan rangkaian dan juga penyediaan perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi atau kedua-duanya.
Pendekatan ini memastikan inisiatif PPS kebangsaan berlandaskan kerangka pemberian perkhidmatan sejagat yang diperuntukkan di bawah subseksyen 202(1) Akta 588 serta selaras dengan objektif Akta 588 sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 3.
Justeru, inisiatif PPS kebangsaan tersebut tidak memperkenalkan rangka kerja PPS yang baharu tetapi mengguna pakai rangka kerja PPS sedia ada. Sebagai mekanisme semak imbang penentuan mengenai aspek keselamatan negara hendaklah diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara selaras dengan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 [Akta 776].
Pindaan yang dicadangkan ini akan memberi asas perundangan yang lebih jelas kepada SKMM untuk menyokong inisiatif PPS kebangsaan. Dari aspek industri pindaan yang dicadangkan ini tidak mengetepikan peranan pemegang license dalam pelaksanaan inisiatif PBS kebangsaan. Sebaliknya, pemegang license kekal sebagai pihak penting di mana kriteria pelaksanaan inisiatif tersebut adalah sama dengan inisiatif PPS sedia ada iaitu daripada kalangan pemegang license di bawah Akta 588.
Puan Yang di-Pertua, RUU Komunikasi dan Multimedia pindaan 2026 ini mengandungi dua fasal secara keseluruhan. Fasal-fasal adalah seperti berikut.
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan juga peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa pindaan yang dicadangkan.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 202 Akta 588 untuk memasukkan subseksyen 202(1A) dan juga (1B) serta meminda sub seksyen 202(2) Akta 588.
Subseksyen 202(1A) yang di cadangkan bertujuan untuk memperkenalkan kategori tambahan berkenaan pemberian perkhidmatan sejagat bagi maksud memelihara keselamatan negara, di mana penentuan keselamatan negara itu hendaklah dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara mengikut seksyen 4 Akta Majlis Keselamatan Negara 2016.
Kategori tambahan ini adalah bagi mewujudkan rangka kerja pemberian perkhidmatan sejagat yang lebih komprehensif dengan mengambil kira evolusi dalam industri komunikasi dan multimedia, kemajuan teknologi dan juga keperluan negara dari aspek keselamatan.
Dan subseksyen 202(1B) yang dicadangkan bertujuan untuk memperuntukkan bahawa apa-apa inisiatif pemberian perkhidmatan sejagat kebangsaan hendaklah selaras dengan matlamat Akta 588 bagi memastikan inisiatif yang dilaksanakan kekal dalam konteks rangka kerja komunikasi dan multimedia.
Dan subseksyen 202(2) dipinda bagi memperuntukkan bahawa Menteri juga boleh membuat peraturan-peraturan di bawah seksyen 16 Akta 588 bagi pelaksanaan sub seksyen baharu 202(1)(A). Secara tuntasnya, RUU Komunikasi dan Multimedia pindaan 2026 bertujuan memastikan kerangka pemberian perkhidmatan sejagat kekal relevan, responsif dan mampan di samping terus menyokong agenda pembangunan negara dan memperkukuh pemeliharaan keselamatan negara.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dibacakan kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Senarai pembahas adalah seperti berikut; YB Rasah, YB Kepala Batas, YB Sipitang, YB Temerloh, YB Kepong, YB Kuantan, YB Bukit Gelugor, YB Kuala Krai, YB Libaran, YB Langkawi, YB Putatan, YB Pengkalan Chepa, YB Keningau, YB
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bakri, YB Bagan Serai, YB Pasir Gudang, YB Batu Gajah, YB Kuala Kedah dan YB Klang.
Setiap pembahas diberi masa lima minit. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menjadi pembahas pertama kepada Akta Komunikasi (Pindaan) Rang Undang-undang Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] pada pagi ini. Sebelum saya meneruskan perbahasan saya, saya ingin mengalu-alukan kehadiran pengetua, guru-guru dan pelajar-pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mewah dari Parlimen Rasah.
[Tepuk] Selamat datang kepada kawan-kawan.
Tuan Yang di-Pertua, saya meneliti pembentangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Komunikasi berkenaan dengan pindaan ke atas Akta 588 ini. Akta 588 Akta Komunikasi dan Multimedia memang antara akta yang memerlukan pindaan sepanjang masa. Sebab ada keperluan. Ia adalah akta yang sangat dekat dengan peredaran zaman ketika ini dengan perubahan kepada teknologi maklumat, komunikasi multimedia dan juga pelbagai teknologi baru yang mungkin kita tak tahu nama dia, tapi bulan depan, bulan akan datang, tetiba dia muncul.
Saya bagi contoh, few years back, beberapa tahun lepas, tak ada siapa pun sebut AI. Tapi hari ini, AI merupakan sebahagian daripada hidup kita. Jadi, ada keperluan untuk kita buat pindaan ini, walaupun pindaan ini hanya melibatkan satu seksyen sahaja. Satu seksyen iaitu seksyen 202 dengan penambahan kepada subseksyen 1A dan 1B. Tetapi impak dia sangat besar dan saya secara terus terang mengatakan sokongan terhadap RUU ini sebab ada keperluan. Pindaan ini wajar disokong kerana dia sebut dengan jelas berkenaan dengan isu keselamatan negara, di mana inisiatif pemberian perkhidmatan sejagat kebangsaan mestilah memelihara kepentingan negara–– keselamatan negara.
Ingin saya tegaskan, kita sebagai anak Malaysia, keselamatan negara adalah perkara yang tiada kompromi, ia berkaitan dengan keselamatan dan kedaulatan negara kita sebagai anak Malaysia adalah tanggungjawab asas kita dan sudah tentunya pindaan ini bagus, sebab dia bukan sahaja melibatkan kuasa kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, tetapi ia berkaitan dengan isu keselamatan itu ditafsirkan oleh Majlis Keselamatan Negara. Iaitu majlis ataupun badan yang
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
diberi kuasa, jadi, kebersamaan antara beberapa entiti yang berbeza, itu yang saya rasa sangat baik.
Saya nak ambil peluang pada pagi ini mengetengahkan beberapa isu berkaitan, isu dasar berkaitan dengan bidang kuasa yang berkaitan dan juga tanggungjawab kerajaan untuk memastikan perlindungan kepada rakyat.
Pertamanya, kedaulatan data rakyat. Hari ini, data kita mudah diperolehi. Tak kira data dari segi apa, tapi sebenarnya data itu hak eksklusif kita, kalau data saya itu, hak saya. Data Dato’ Speaker, itu hak Dato’ Speaker tetapi mudah disalah guna, mudah dicedok dan sebagainya.
Saya berikan contoh, kita sekarang ini, ramai di kalangan kita, termasuk Ahli- ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini, kita kadang-kadang letakan gambar bersama keluarga, Yang Berhormat Timbalan Menteri termasuk saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri tahu, bersama anak-anak itu biasalah dengan keluarga, wakil rakyat pun ada keluarga, manusia biasa juga. Tapi kita upload. Kita tak tahu apa akan terjadi pada gambar itu. Disalahgunakan oleh siapa? Dan, cara dia menyalahgunakannya dengan gunakan artificial intelligence (AI) dia buat seolah-olah benda itu real, benda itu macam benda yang sebenar dan boleh mengelirukan orang ramai. Kita tak tahu apa dia buat.
Jadi, saya mohon kepada kerajaan, memandangkan data yang kita ada, data rakyat yang ada pada individu, sangat mempunyai nilai ekonomi yang sangat tinggi.
Jadi macam mana kerajaan boleh bantu pastikan tak ada penyalahgunaan dan juga ia mungkin disalahgunakan untuk data training (data latihan) yang kita nak elakkan.
Sebab data latihan ini yang akan disalahgunakan oleh model AI dan akhirnya, dia buatlah kerja-kerja yang tak sepatutnya.
Jadi saya mohon kerajaan, kalau boleh memberikan sedikit pandangan ataupun tindakan kerajaan. Sebab, kalau nak gunakan data, sepatutnya ada consent, persetujuan daripada pemilik itu.
Perkara kedua, risiko deepfake. Kita pernah sebut di dalam Dewan yang mulia ini berkenaan dengan deepfake. Jadi, macam mana? Dengan adanya AI memang deepfake ini antara yang berlaku. So, macam mana kita nak selesaikan?
Saya berharap kerajaan mempunyai satu mekanisme yang lebih menyeluruh, kalau boleh bekerjasama dengan bukan setakat Kementerian Komunikasi–– minta sedikit masa tambahan, tapi bekerjasama dengan Kementerian Digital untuk memastikan proses pendigitalan di negara kita tidak mendatangkan musibah ataupun kerosakan
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
ataupun apa-apa yang dilakukan oleh anasir jahat terhadap individu ataupun rakyat Malaysia.
Perkara terakhir yang saya nak sebutkan, ya lah, saya sebut AI tadi, saya pun sokong AI, kita nak sebut secara terbuka. Zaman sekarang ini, siapa tak sokong AI?
Sebab keperluan AI itu part of our life, sebahagian daripada hidup kita. Cuma, kita nak elakkan penyalahgunaan oleh anasir-anasir jahat.
Jadi saya cadangkan, ini cadangan yang terakhir, supaya SKMM, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bersama dengan Kementerian Komunikasi mungkin dengan Jabatan Penerangan bersama dengan Kementerian Digital dan agensi yang lain, buatlah sesi libat urus, penerangan, kesedaran yang lebih komprehensif kepada seluruh rakyat Malaysia supaya rakyat Malaysia di semua peringkat umur, bukan setakat anak-anak sekolah yang ada bersama dengan kita pada pagi ini, tetapi rakyat Malaysia dari semua kalangan umur, latar belakang mempunyai kesedaran literasi yang lebih tinggi terhadap ancaman yang mungkin dibawa oleh teknologi seperti AI ini.
Sebab apa yang kita buat, akhirnya kita nak melindungi rakyat Malaysia dan negara tercinta kita. Jadi, dengan kata-kata itu saya sekali lagi menyokong penuh rang undang-undang ini dan berharap selepas ia diluluskan dan digazetkan kelak boleh membawa satu lonjakan terhadap perlindungan terhadap kedaulatan keselamatan negara dan rakyat Malaysia.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Kepala Batas.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua di atas ruang yang diberikan.
Puan Yang di-Pertua, RUU ini khususnya melalui cadangan subseksyen 202
(1A) membolehkan Menteri mengarahkan suruhanjaya menyokong suatu inisiatif pemberian perkhidmatan sejagat kebangsaan bagi tujuan pemeliharaan keselamatan negara dengan penentuan keselamatan itu dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara.
Dari segi prinsip, Kepala Batas tidak menolak bahawa infrastruktur komunikasi ialah aset strategik tetapi dari sudut tatakelola, Kepala Batas
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
berpandangan bahawa formulasi ini terlalu luas, terlalu umum dan berpotensi membuka ruang kepada tafsiran yang tidak cukup terikat kepada batas undang- undang.
Justeru, Kepala Batas fokuskan kepada empat perkara. Yang pertama, isu yang menjadi persoalan utama ialah ketiadaan garis pemisah yang tegas antara apa yang dimaksudkan sebagai keperluan keselamatan negara dan apa yang sebenarnya merupakan intervensi pentadbiran dalam ekosistem komunikasi.
Adakah ia nya terhad kepada kesinambungan rangkaian pemulihan bencana dan daya tahan infrastruktur kritikal? Adakah ia boleh melangkaui fungsi itu sehingga menyentuh ruang yang lebih luas yang akhirnya menimbulkan kebimbangan terhadap ketelusan, akauntabiliti dan kemungkinan penyalahgunaan kuasa.
Soalan-soalan ini wajar dijawab secara tuntas bukan dengan andaian umum.
Kepala Batas juga melihat seakan tiada definisi ataupun skop yang jelas dalam konteks Akta Komunikasi dan Multimedia. Adakah ia turut melibatkan ancaman keselamatan meliputi AI, cloud, pusat data, satelit ataupun ancaman-ancaman digital lain? Walaupun subseksyen 202(1B) menyatakan bahawa apa-apa inisiatif hendaklah selaras dengan matlamat 588, namun peruntukkan itu masih agak terlalu umum untuk menjadi benteng yang kukuh dari sudut perundangan.
Maka Kepala Batas berpandangan ia tidak memadai untuk menangkis kebimbangan rakyat terhadap pindaan ini boleh digunakan secara terlalu luas pada masa hadapan.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Maka Parlimen tidak boleh menggantungkan kepercayaan semata-mata kepada niat baik eksekutif malah undang-undang ini juga mesti ditulis dan diterjemahkan dengan tepat supaya kuasa yang diberi ada hadnya yang lebih jelas.
Kedua perkhidmatan sejagat dalam Akta Komunikasi dan Multimedia pada asalnya bertujuan menutup jurang akses khususnya kepada rakyat di luar kawasan bandar, pedalaman dan kawasan yang kurang mendapat liputan. Namun ia adalah instrumen keadilan digital bukan semata-mata instrumen keselamatan. Apabila kerajaan mahu menambah lapisan keselamatan ke dalam kerangka ini, maka beban pembuktian terletak pada pihak kerajaan untuk menunjukkan bahawa peluasan tersebut benar-benar perlu, berkadar dan tidak mengganggu tujuan asal akta.
Selain itu adakah terdapat tambahan dana yang akan disediakan kepada Menteri sebagai sebahagian daripada insentif pelaksanaan tugas. Sekiranya terdapat dana tambahan bagaimana ia akan diselia agar aspek semak dan imbang
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
dapat dilaksanakan serta tidak mengganggu pembahagian dana pembangunan siber yang sedia ada.
Ketiga, Kepala Batas ingin mengingatkan bahawa keselamatan negara bukan alasan untuk melonggarkan semak dan imbang. Malah semakin besar suatu kuasa, semakin sensitif keperluan untuk ketelusan, audit dan juga pelaporan kepada Parlimen. Jika sumber universal servis digunakan untuk tujuan keselamatan, maka mesti ada pengasingan kos yang jelas, justifikasi ataupun penetapan dasar yang boleh dinilai dan semakan berkala bagi memastikan dana rakyat tidak disalurkan kepada objektif yang kabur.
Keselamatan siber wajar disertai dengan ketelusan, akauntabiliti dan juga kepercayaan digital, maka matlamat akhir kita bukan sekadar membina rangkaian selamat tetapi membina sebuah ekosistem digital yang dipercayai oleh seluruh rakyat Malaysia.
Puan Yang di-Pertua yang keempat, Kepala Batas ingin berkongsi beberapa pandangan dan juga cadangan penambahbaikan. Pertama kerajaan wajar memperincikan definisi operasi bagi inisiatif keselamatan siber negara supaya ia hanya terpakai kepada infrastruktur kritikal, ketahanan rangkaian dan juga pemulihan gangguan besar. Misalnya pengamal filem sudah pasti melihat bagaimana filem Die Hard 4 dan Terminator menggambarkan ancaman siber yang boleh memusnahkan dunia. Maka amat penting kerjasama daripada MKN dan juga Menteri agar bersiap siaga dalam mendepani serangan sepertinya. Ia mungkin hanya sekadar filem tapi fahami mesej yang cuba disampaikan.
Kedua, keperluan kepada laporan berkala kepada Parlimen mengenai semua tindakan dan perbelanjaan di bawah kuasa yang baharu. Sudah tentu ada dalam kalangan rakyat tidak begitu hadam tentang pindaan ini. Namun sekiranya pindaan ini diluluskan Kepala Batas dengan tegas mencadangkan agar laporan terperinci dibentangkan di Dewan yang mulia ini.
Ketiga pengasingan akaun antara projek akses sejagat dan projek keselamatan mestilah diwajibkan. Pengasingan ini dapat dilihat dengan memudahkan urusan pengurusan dana di bawah seliaan MKN dan juga Menteri dan pemantauan agar dinilai import dan kesan pelaksanaan.
Cadangan yang keempat sebarang peraturan di bawah seksyen 16 hendaklah disokong oleh garis panduan pelaksanaan yang jelas, terukur dan boleh diaudit. Penaksiran peraturan di bawah seksyen 16 ini wajar memberi kuasa eksekutif Majlis Keselamatan Negara kerana pada akhirnya tanggungjawab
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
melindungi keselamatan siber adalah di atas bahu mereka. Mereka dipilih atas dasar ilmu, pengetahuan, kemampuan, pengalaman mereka sepanjang berkhidmat dengan agensi-agensi kerajaan yang terlibat. Serahkan kepada ahli dan yang pakar.
Mohon izin Puan Yang di-Pertua, akhirnya rakyat hari ini menuntut dua perkara serentak daripada kerajaan iaitu keselamatan dan juga kepercayaan. Jika kerajaan mahu meluaskan kuasa di bawah Akta 588 ini, maka kuasa itu mesti dibina atas kejelasan, keberkalaan, semakan dan sikap kebertanggungjawaban.
Tanpa elemen-elemen ini pindaan yang kelihatan teknikal sebenarnya berisiko membawa implikasi yang besar terhadap struktur tadbir urus komunikasi negara. Maka Kepala Batas mohon agar kerajaan memperhalusi pindaan ini supaya ia benar-benar menjadi alat memelihara keselamatan negara bukan membuka ruang kepada keluasan kuasa yang tidak cukup terkawal. Kita menyokong keselamatan negara tetapi keselamatan negara juga mesti dipertahankan melalui undang-undang yang jelas, semak imbang yang tegas dan tanggungjawab yang telah diukur. Sekian terima kasih.
Puan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Saya jemput Yang Berhormat Sipitang.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera*. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Sipitang untuk turut mengambil bahagian membahaskan Rang Undang-undang Akta Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026.
Burung bangau terbang ke hulu, Singgah hinggap di pokok mangga; Teknologi maju memacu ilmu, Keselamatan negara jangan dipersenda. Syabas saya ucapkan kepada Yang Berhormat Menteri di atas pembentangan rang undang-undang ini. Ia bersesuaian sekali berikutan perubahan dunia kini yang begitu pantas. Dahulu benteng pertahanan negara dibina daripada konkrit dan besi. Hari ini benteng itu perlu dibina daripada gentian optik. Sempadan negara perlu dikawal dan dipagari dengan rangkaian digital. Sesungguhnya pembentangan rang undang-undang ini akan memperkukuhkan lagi kawalan pertahanan dan keselamatan negara kita.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Insya-Allah ia dapat mengawal kedatangan musuh-musuh yang tidak diundang yang dahulunya datang dengan menggalas senjata tetapi kini mereka datang melalui telefon pintar, pelayaran komputer, aplikasi dan juga rangkaian siber.
Sesuai dengan berjalannya waktu kita perlu bergerak seiringan. Maka sewajarnya undang-undang ini kita mesti bergerak mengikut denyut zaman. Pepatah Melayu mengingatkan kita sekali air bah, sekali pasir berubah. Kalau ancaman berubah, pendekatan juga mesti berubah.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia sedang melangkah sebagai sebuah negara maju yang berteraskan ekonomi digital, kecerdasan buatan AI, teknologi awan dan juga rangkaian 5G. Semua sektor daripada pendidikan, kesihatan, pertanian, perdagangan, keselamatan hingga kepada pentadbiran kerajaan bergantung kepada sistem komunikasi dan multimedia yang cekap, selamat serta berdaya tahan. Jika rangkaian lumpuh, lumpuhlah denyut nadi pembangunan negara.
Sebab itu lah Sipitang menyokong sepenuhnya pindaan kepada seksyen 202 Akta 588 yang memberi kuasa kepada Menteri mengarahkan suruhanjaya menyokong inisiatif perkhidmatan sejagat kebangsaan berkaitan penggunaan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi demi pemeliharaan keselamatan negara sebagaimana ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara.
Pindaan ini bukan bertujuan memperluas kuasa secara sewenang- wenangnya tetapi memperkemaskan koordinasi apabila negara berhadapan dengan ancaman yang memerlukan tindakan segera. Hakikatnya keselamatan negara hari ini tidak boleh dipisahkan daripada keselamatan digital.
Serangan siber terhadap sistem kewangan, hospital, lapangan terbang, pelabuhan, bekalan elektrik atau komunikasi kecemasan mampu menjejaskan kesejahteraan rakyat dalam sekelip mata. Oleh itu infrastruktur komunikasi mesti dilihat sebagai aset strategik negara yang wajib dipertahankan.
Perkhidmatan sejagat kebangsaan membawa falsafah bahawa setiap rakyat Malaysia tanpa mengira tinggal di bandar atau pedalaman berhak menikmati akses kepada komunikasi moden yang berkualiti. Ini lah semangat keadilan sosial dalam era digital. Tiada siapa yang harus tertinggal dalam daripada arus pembangunan hanya kerana kedudukan geografi termasuk kampung-kampung kami nun di seberang Laut China Selatan di negeri Malaysia Timur bernama Sabah dan Sarawak.
Perkhidmatan sejagat yang berhubungan dengan penggunaan perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi harus meliputi usaha memperluas liputan
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
telekomunikasi, meningkatkan akses internet, menyediakan kemudahan komunikasi di kawasan pedalaman, memastikan aplikasi penting dapat digunakan oleh rakyat serta membolehkan perkhidmatan kerajaan, pendidikan, kesihatan dan kecemasan diakses secara berterusan.
Dalam konteks sebuah negara membangun seperti Malaysia yang bercita- cita menjadi peneraju ekonomi digital serantau, kesalinghubungan komunikasi bukan lagi satu pilihan tetapi satu keperluan strategik. Pelabur antarabangsa tidak hanya melihat kepada jalan raya dan lapangan terbang, malah turut menilai kestabilan rangkaian digital, keselamatan data dan keupayaan negara mengurus risiko siber.
Lebih penting pindaan ini menetapkan bahawa segala inisiatif perkhidmatan sejagat kebangsaan hendaklah selaras dengan matlamat Akta 588. Ertinya pelaksanaan kuasa tersebut tetap berpaksikan objektif, pembangunan komunikasi yang cekap, berdaya saing memberi manfaat kepada pengguna serta memelihara kepentingan negara. Ada sempadan undang-undang, ada mekanisme semakan dan ada prinsip yang perlu dipatuhi.
Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks negeri Sabah pindaan ini memberi makna yang jauh lebih besar. Sabah bukan negeri biasa-biasa. Sabah mempunyai lebih 1,400 kilometer garis pantai. Sabah mempunyai sempadan antarabangsa menjadi pintu masuk kepada rantau BIMP–EAGA. Sabah mempunyai pulau-pulau terpencil. Sabah juga mempunyai kawasan pedalaman yang luas justeru keselamatan telekomunikasi di Sabah bukan sekadar isu negeri tetapi ia mempunyai isu keselamatan Malaysia.
Sipitang percaya pindaan ini bukan bertujuan menyekat kemajuan teknologi sebaliknya memastikan teknologi berkembang dan ekosistem yang selamat.
Teknologi tanpa keselamatan ibarat kapal tanpa nakhoda. Laju belayar tapi mudah karam apabila dipukul gelombang.
Sebagai penutup Tuan Yang di-Pertua Sipitang ingin merujuk peribahasa orang dulu-dulu yang menyebut, sediakan payung sebelum hujan kerana pindaan ini bakal menjadi payung pelindung kepada kita semua daripada hujan yang mungkin turun tanpa awan dan ribut yang barangkali datang tanpa amaran. Pindaan ini sangat penting. Kita mahu membina Malaysia menjadi sebuah negara digital yang selamat dan maju. Kemajuan itu perlu dipagari dengan jaring keselamatan kerana sesungguhnya kemajuan tanpa keselamatan hanyalah ilusi.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Kemajuan tanpa undang-undang hanyalah kekeliruan dan kemajuan tanpa perpaduan hanyalah sebuah impian yang rapuh. Marilah kita membina sebuah Malaysia bukan sahaja dikenali kerana kepantasan Internet nya tetapi dihormati kerana kebijaksanaan tadbir urus digitalnya.
Laut Sipitang beralun tenang, Tempat nelayan memasang pukat; Kita sokong pindaan undang-undang, Demi Malaysia negara berdaulat. Sekian Sipitang mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sipitang. Saya jemput Yang Berhormat Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Temerloh bangun untuk membahaskan Rang Undang-undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026, khususnya fasal 2 yang meminda seksyen 202 Akta 588. Pada dasarnya, Temerloh memahami hasrat kerajaan untuk memastikan infrastruktur komunikasi negara dapat digunakan bagi menghadapi ancaman keselamatan siber dan keselamatan negara yang semakin kompleks.
Namun, dalam melaksanakan pindaan ini terdapat beberapa persoalan dasar, tadbir urus dan akauntabiliti yang perlu dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat atau Universal Service Provision (USP) diwujudkan dengan tujuan yang jelas iaitu merapatkan jurang digital, menyediakan akses komunikasi kepada kawasan luar bandar, pedalaman dan kawasan yang tidak mendapat liputan secara komersial.
Dana ini diwujudkan hasil sumbangan pemain industri dan pada asalnya mempunyai objektif sosial yang khusus. Melalui pindaan ini fasal 2, skop penggunaan data dana USP diperluaskan bagi membiayai infrastruktur kritikal keselamatan negara apabila diperlukan. Persoalannya, adakah perluasan fungsi ini akan menjelaskan matlamat asal dana tersebut? Temerloh ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah kerajaan telah menjalankan penilaian impak terhadap keperluan pembiayaan kawasan yang masih belum menikmati liputan komunikasi yang berkualiti?
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Berapakah baki kawasan yang masih memerlukan binaan menara, penyediaan gantian optik dan peningkatan capaian internet? Adakah keperluan tersebut telah benar-benar dipenuhi sebelum dana USP digunakan untuk tujuan lain?
Tuan Yang di-Pertua, fasal apabila diperlukan, yang digunakan dalam pindaan ini juga amat luas.
Apabila kriteria yang akan menentukan bahawa sesuatu keadaan memerlukan penggunaan dana USP bagi tujuan keselamatan negara? Siapakah yang akan membuat penentuan tersebut. Adakah berdasarkan nasihat Majlis Keselamatan Negara, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ataupun keputusan Jemaah Menteri? Tanpa perimeter yang jelas, peruntukan ini berpotensi membuka ruang kepada tafsiran yang terlalu luas.
Selain itu, apakah yang dimaksudkan dengan infrastruktur kritikal keselamatan negara. Adakah ia melibatkan pusat data kerajaan, rangkaian komunikasi agensi keselamatan, sistem perlindungan siber serta alat komunikasi ataupun aset lain? Takrif yang terlalu umum boleh menyebabkan penggunaan dana USP menjadi terlalu luas sehingga menyimpang daripada tujuan asal.
Tuan Yang di-Pertua, Temerloh juga ingin menyentuh mengenai fasal 2(b) yang memberikan kuasa kepada Menteri untuk membuat peraturan-peraturan pelaksanaan bagi kedua-dua fungsi perkhidmatan sejagat. Kuasa membuat peraturan merupakan satu kuasa yang besar.
Oleh itu, apakah mekanisme semak dan imbang yang akan diwujudkan?
Adakah semua peraturan yang dibuat akan dibentang di Parlimen di bawah mekanisme laying before Parliament supaya Ahli-ahli Yang Berhormat dapat meneliti kandungannya. Jika tidak, tindakan ini memberikan kuasa yang terlalu luas kepada pihak eksekutif tanpa pengawasan legislatif yang mencukupi.
Tuan Yang di-Pertua, Temerloh juga ingin mendapatkan penjelasan mengenai aspek kewangan. Adakah kerajaan akan menetapkan had maksima penggunaan dana USP bagi tujuan keselamatan negara? Jika tiada had ditetapkan, apakah jaminan bahawa sebahagian besar dana tidak akan dialihkan sehingga menjejaskan pembangunan infrastruktur komunikasi di kawasan luar bandar?
Adakah kerajaan bercadang mewujudkan akaun berasingan atau peruntukan khas supaya penggunaan dana bagi fungsi asal dan fungsi baharu dapat diaudit secara berasingan? Ini penting bagi memastikan ketelusan dan keyakinan semua penyumbang dana USP. Temerloh juga ingin bertanya adakah setiap penggunaan
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
dana bagi tujuan keselamatan negara akan dilaporkan dalam laporan tahunan yang boleh diakses oleh Parlimen.
Berapakah jumlah yang digunakan? Projek apa yang dibiayai serta apakah hasil yang dicapai? Walaupun terdapat aspek keselamatan yang mungkin tidak boleh didedahkan sepenuhnya, sekurang-kurangnya maklumat kewangan dan tadbir urus perlu dilapor secara telus. Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini juga perlu mengambil kira kepentingan industri telekomunikasi yang menjadi penyumbang utama kepada dana USP.
Adakah kerajaan telah mendapatkan pandangan syarikat-syarikat telekomunikasi mengenai perluasan skop penggunaan dana ini memandangkan dana tersebut dikutip bagi tujuan perkhidmatan sejagat? Adakah penyumbang bersetuju jika sebahagian dana digunakan bagi tujuan keselamatan negara? Akhir sekali, Temerloh ingin menegaskan bahawa keselamatan negara sememangnya penting.
Namun begitu, keselamatan negara tidak boleh dicapai dengan mengorbankan objektif asal, merapatkan jurang digital yang masih menjadi cabaran di banyak kawasan. Temerloh yakin banyak lagi kawasan luar bandar yang belum menikmati akses internet yang sewajarnya.
Oleh itu, Temerloh memohon Yang Berhormat Menteri memberikan penjelasan yang komprehensif.
(i) apakah definisi dan skop infrastruktur kritikal keselamatan negara;
(ii) apakah kriteria penggunaan dana USP apabila diperlukan;
(iii) adakah terdapat had atau peratus maksimum penggunaan dana bagi fungsi baharu ini;
(iv) bagaimanakah kerajaan menjamin pembangunan kawasan kurang liputan tidak akan terjejas;
(v) apakah mekanisme audit pelaporan dan semakan Parlimen terhadap penggunaan dana tersebut; dan
(vi) mengapakah kerajaan memilih menggunakan dana USP dan bukannya memperuntukkan dana keselamatan negara melalui Belanjawan Persekutuan.
Jawapan bagi persoalan-persoalan ini amat penting bagi memastikan pindaan ini bukan sahaja memperkukuh keselamatan negara, malah terus
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
memperlihat prinsip ketelusan, akauntabiliti dan tujuan asal penubuhan Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Saya jemput Yang Berhormat Kepong.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya menyokong usaha memperkukuh keselamatan rangkaian komunikasi negara.
Namun RUU ini terlalu ringkas berbanding keluasan kuasa yang hendak diberikan.
Seksyen 202(1) asal membolehkan Menteri mengarahkan MCMC membentuk sistem bagi memperluas perkhidmatan kepada kawasan dan golongan yang kurang mendapat perkhidmatan.
Seksyen 203 pula perlu mengehendaki MCMC mentakrifkan kawasan dan golongan tersebut dengan mengambil kira perkara seperti ketersediaan perkhidmatan, persaingan, daya maju komersil dan halangan penggunaan. Namun, subseksyen baharu 202(1A) membuka laluan berasingan bagi projek keselamatan negara. Projek itu tidak semestinya tertakluk kepada sasaran kawasan dan atau golongan yang kurang mendapat perkhidmatan.
Dan RUU ini tidak menyediakan kriteria gantian yang jelas. Dalam bahasa mudah, kerajaan mahu menggunakan kerangka yang asalnya diwujudkan untuk merapatkan jurang digital bagi tujuan keselamatan negara. Masalahnya bukan kerana keselamatan negara tidak penting, masalahnya ialah undang-undang tidak menjelaskan bagaimana kepentingan kampung pedalaman sekolah dan golongan yang masih tercicir akan dilindungi.
Kelemahan terbesar ialah frasa penentuan keselamatan negara oleh Majlis Keselamatan Negara. Fungsi MKN sangat luas termasuk pertahanan, kestabilan sosiopolitik, ekonomi, sumber strategi dan kepentingan lain berkaitan keselamatan negara. Namun, RUU ini tidak menjelaskan apa yang mesti ditentukan oleh MKN.
Adakah MKN perlu mengesahkan bahawa wujud ancaman sebenar bahawa projek itu perlu atau sekarang menyatakan bahawa projek itu berkaitan dengan keselamatan negara?
Tiada tahap ancaman alasan bertulis, tempoh sah atau ujian sama ada tindakan itu seimbang dengan risiko. Perkataan, perkataan menyokong suatu inisiatif juga kabur. Adakah MCMC akan membiayai, membeli, membina, memiliki atau mengendalikan kemudahan? Siapakah pemilik aset? Siapakah yang membayar penyelenggaraan? Apakah tindakan jika projek gagal atau kos meningkat?
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Subseksyen baharu 202(1B) hanya menyatakan bahawa inisiatif itu mesti selaras dengan matlamat Akta 588. Syarat ini terlalu umum dan tidak boleh menggantikan kawalan yang jelas.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Masalahnya seterusnya ialah pembiayaan huraian RUU ini menyatakan tiada perbelanjaan tambahan kerajaan tetapi tidak menjelaskan siapa yang akan membayar. Adakah peruntukan sedia ada atau kumpulan wang pemberian perkhidmatan sejagat akan digunakan? Jika dana itu digunakan, berapa banyak boleh dibelanjakan dan bagaimana program asal akan dilindungi?
Negara maju menggunakan rangka kerja yang lebih khusus. Kesatuan Eropah mengekalkan perkhidmatan sejagat untuk memastikan internet dan komunikasi suara tersedia serta mampu dibayar. Kos mesti dikira dan disahkan secara bebas. United Kingdom mengenakan kewajipan keselamatan telekomunikasi melalui undang-undang, peraturan, teknikal dan pengawasan off-con. Amerika Syarikat pula menggunakan program khas untuk menggantikan peralatan komunikasi berisiko dengan syarat mengenai penerima, kos, tempoh audit dan laporan. Saya mencadang enam pindaan.
Pertama, wujudkan bahagian khusus mengenai keselamatan rangkaian dan hadkan skop kepada infrastruktur komunikasi kritikal, komunikasi kecemasan, ketahanan rangkaian, pemulihan selepas serangan atau bencana serta penggantian peralatan berisiko.
Kedua, MKN mesti membuat penentuan bertulis mengenai ancaman, keperluan, skop dan tempoh setiap inisiatif. Maklumat sensitif boleh diletakkan dalam dokumen sulit.
Ketiga, MCMC mesti menjalankan penilaian teknikal dan kos secara bebas, termasuk pilihan lain, kos sepanjang hayat, sasaran prestasi dan risiko kegagalan.
Keempat, sumber pembiayaan mesti dinyatakan. Jika kumpulan wang pemberian perkhidmatan sejagat digunakan, tetapkan akaun berasingan, siling perbelanjaan dan jaminan bahawa program untuk kawasan tercicir tidak dikurangkan.
Kelima, undang-undang mesti menetapkan penerima yang layak, kos yang boleh dibayar, pemilikan aset, penyelenggaraan, jadual pelaksanaan dan kuasa mendapatkan semula wang jika projek gagal.
Keenam, tender terbuka hendaklah digunakan apabila keadaan membenarkan. Sebarang pengecualian mesti mempunyai alasan bertulis. Ketua
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Audit Negara perlu mengaudit perbelanjaan, manakala laporan tahunan mengenai kos, penerima dan hasil projek mesti dibentangkan kepada Parlimen.
Puan Yang di-Pertua, keselamatan negara memerlukan tindakan yang cepat.
Namun, tindakan yang cepat tidak bermaksud kuasa boleh diberikan tanpa takrif, had kewangan, semakan bebas dan audit. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Saya jemput Yang Berhormat Kuantan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Terima kasih Puan Speaker kerana memberi ruang kepada Kuantan untuk membahaskan RUU Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026.
Dalam era digital hari ini, keselamatan negara bukan lagi hanya berkaitan sempadan fizikal tetapi turut merangkumi keselamatan rangkaian komunikasi data infrastruktur digital. Namun begitu, setiap kuasa baharu yang diberikan melalui undang-undang hendaklah disertai dengan prinsip akauntabiliti, ketelusan dan semak imbang.
RUU ini tidak mentakrifkan apakah yang dimaksudkan dengan inisiatif bagi tujuan keselamatan negara? Adakah penyebaran berita palsu juga termasuk dalam takrif ini atau ianya terkait dengan infrastruktur telekomunikasi dan rangkaian semata-mata? Saya mohon penjelasan daripada Menteri. Jika sesuatu infrastruktur komunikasi diklasifikasikan sebagai berkaitan keselamatan negara, adakah kerajaan mempunyai piawaian keselamatan minimum yang wajib dipatuhi oleh semua penyedia rangkaian, termasuk audit keselamatan siber secara berkala?
Pindaan ini memberi kuasa kepada Menteri untuk mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia melaksanakan inisiatif perkhidmatan sejagat bagi tujuan keselamatan negara. Dan persoalannya, apakah perimeter yang digunakan sebelum sesuatu projek diklasifikasikan sebagai inisiatif keselamatan negara?
Adakah klasifikasi tersebut dibuat semata-mata atas nasihat Majlis Keselamatan Negara atau turut melibatkan penilaian teknikal oleh MCMC serta agensi keselamatan siber yang berkaitan? Adakah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen akan diberi taklimat atau laporan berkala mengenai pelaksanaan projek- projek yang diklasifikasikan atas faktor keselamatan negara?
Puan Yang di-Pertua, perkhidmatan sejagat diwujudkan bagi memastikan rakyat, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman mendapat akses kepada
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
komunikasi dan Internet yang berkualiti. Persoalannya, adakah dana perkhidmatan sejagat yang dikutip untuk merapatkan jurang digital kini akan digunakan bagi membiayai projek keselamatan negara? Jika ya, berapakah bahagiannya? Adakah kerajaan boleh memberi jaminan bahawa kawasan luar bandar yang masih bergelut dengan liputan internet lemah tidak akan menjadi mangsa pengurangan peruntukan?
Dalam masa yang sama, kita juga melihat aspek daya tahan rangkaian negara. Keselamatan komunikasi bukan hanya soal membina lebih banyak menara telekomunikasi tetapi memastikan negara tidak terlalu bergantung kepada satu bentuk infrastruktur atau satu ekosistem yang boleh menjadi single point of failure.
Gangguan pada pusat data kabel dasar laut atau sistem rangkaian utama boleh memberi kesan besar kepada ekonomi dan keselamatan negara. Justeru, apakah pelan kerajaan untuk memperkukuh ketahanan dan kepelbagaian rangkaian komunikasi negara?
Puan Yang di-Pertua, keselamatan komunikasi hari ini tidak hanya bergantung kepada rangkaian tetapi juga kepada aplikasi yang digunakan oleh rakyat, khususnya kanak-kanak. Kandungan permainan video dalam talian berunsur keganasan berpotensi mendorong individu, khususnya kanak-kanak dan remaja bertindak secara ekstrem. Malah, ciri interaktif seperti live chat dan voice chat turut membuka ruang kepada pengaruh luar, termasuk pendedahan terhadap budaya dan nilai yang tidak sesuai dengan masyarakat tempatan.
Jadi, saya menggesa kementerian bertindak dengan lebih proaktif dalam menangani isu ini, termasuk menyekat secara total permainan dalam talian yang berunsur keganasan dan bertentangan dengan ajaran agama Islam dan norma masyarakat Timur.
Puan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh mengenai kuasa penguatkuasaan di bawah akta, khususnya seksyen 247 yang membenarkan penggeledahan dengan waran dan penyitaan peranti elektronik seperti telefon bimbit, komputer dan pelayan. Saya tidak mempertikaikan keperluan kuasa tersebut kerana ia penting bagi membolehkan pihak berkuasa mendapatkan bukti dalam siasatan.
Namun, saya ingin bertanya kepada Menteri. Adakah akta ini memperuntukkan tempoh masa yang munasabah bagi penyimpanan peranti yang dirampas? Pada hari ini, telefon bimbit bukan lagi sekadar alat komunikasi. Ia mengandungi dokumen kerja, maklumat kewangan, urusan perniagaan dan kehidupan peribadi seseorang. Sekiranya sesuatu telefon disita selama berbulan-
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
bulan tanpa garis masa yang jelas, ia boleh memberi kesan besar kepada mata pencarian dan urusan harian individu tersebut.
Puan Yang di-Pertua, mutakhir ini...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Kuantan, minta laluan. Boleh?
Ringkas.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Ringkas, sikit saja.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ha, ringkas. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bersetuju tak Kuantan bahawa tentang keselamatan negara tersebut, mengkritik pemimpin dikategorikan sebagai mengganggu keselamatan negara? Kerana ramai yang mengkritik pemimpin hari ini dikenakan tindakan. Apa pandangan Kuantan? Terima kasih.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Okey. Terima kasih di atas kenyataan tersebut dan mohon masukkan dalam perbahasan ini dan mohon Menteri menjawab pertanyaan tersebut.
Akhirnya, Puan Yang di-Pertua. Mutakhir ini, tular di media sosial mengenai Network School yang beroperasi di Forest City, Johor iaitu sebuah komuniti yang menghimpunkan penggiat teknologi, kecerdasan buatan (AI), blockchain dan aset digital daripada pelbagai negara. Adakah Kementerian Digital Malaysia mempunyai maklumat tentang perkara ini? Apa yang menjadi perhatian bukanlah kewujudan komuniti tersebut semata-mata tetapi persoalan yang dibangkitkan oleh rakyat mengenai implikasinya terhadap keselamatan siber dan keselamatan negara.
Terdapat juga pendedahan dan dakwaan menyatakan sesetengah peserta program adalah warganegara yang tidak mempunyai hubungan kerjasama dengan Malaysia dan menggunakan pasport kedua untuk masuk ke Malaysia. Jadi, setakat ini tiada kenyataan rasmi daripada pihak kerajaan sama ada Jabatan Imigresen Malaysia mahupun pihak KDN.
Jadi, dakwaan ini sangat serius kerana ianya melibatkan polisi dasar luar negara, lebih-lebih lagi ianya berkait dengan aspek keselamatan dan kedaulatan negara. Jadi oleh itu, rakyat mohon penjelasan daripada pihak kerajaan berkaitan perkara ini supaya rakyat dapat mengetahui perkara yang sebenar.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, keselamatan negara adalah keutamaan. Namun, keselamatan negara yang kukuh mestilah dibina atas tiga asas utama iaitu kuasa yang telus, tadbir urus yang bertanggungjawab dan perlindungan hak rakyat. Jadi, saya berharap Menteri dapat memberikan penjelasan terhadap persoalan-persoalan yang dibangkitkan agar RUU ini bukan sahaja memperkukuh keselamatan negara,
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
malah meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sistem komunikasi dan multimedia negara. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan kesempatan kepada Kuala Krai untuk turut sama dalam perbahasan Rang Undang- undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026.
Tuan Yang di-Pertua, di mana ada kemajuan, di situ ada bayang-bayang. Di mana ada kuasa dipusatkan, di situ ada ruang untuk diselewengkan. Kuala Krai bukan menolak usaha kerajaan memperkukuhkan keselamatan negara. Kita semua mahu Malaysia menjadi sebuah negara yang selamat daripada ancaman penggodam, jenayah siber, sabotaj digital dan peperangan maklumat.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Namun, amanah kita bukan sekadar melihat kepada niat kerajaan. Amanah ini ialah memastikan setiap undang-undang diluluskan mempunyai sempadan kuasa yang jelas, mekanisme semak dan imbang yang kukuh serta perlindungan terhadap hak rakyat.
Pepatah Melayu mengingatkan kita, “Harapkan pegar, pegar makan padi.” Undang-undang yang baik bukan dibina atas kepercayaan semata-mata, tetapi atas kawalan terhadap kuasa. Sejarah dunia membuktikan bahawa banyak penyalahgunaan kuasa bermula atas nama keselamatan negara. Maka, menjadi tanggungjawab kita memastikan perkara yang sama tidak berlaku di Malaysia.
Pindaan RUU ini kelihatan ringkas, hanya dua fasal sahaja. Memberi tumpuan kepada dua objektif utama iaitu memperluas skop Dana USP, mengubah suai fungsi Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat, ataupun Dana USP, supaya tidak lagi terhad kepada pembinaan menara di kawasan luar bandar, sebaliknya boleh digunakan untuk membiayai inisiatif keselamatan negara. Dan yang kedua ialah menjamin ekosistem yang selamat untuk pengguna iaitu memastikan rakyat dan pengguna akhir menikmati rangkaian komunikasi yang bukan sahaja luas liputannya, tetapi stabil, selamat dan boleh dipercayai.
Kuala Krai ingin memfokuskan kepada fasal 2 dan juga fasal 2(b) yang pada hemat Kuala Krai memerlukan penelitian semula. Tuan Yang di-Pertua, fasal 2
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
meminda seksyen 202 Akta 588 dengan membolehkan dana Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat ataupun Dana USP supaya, tidak lagi terhad kepada pembinaan menara, digunakan bagi menyokong inisiatif pemeliharaan keselamatan negara. Dana USP diwujudkan bagi memastikan rakyat di kawasan luar bandar seperti di Kuala Krai, pedalaman Sabah dan Sarawak, orang asli, komuniti nelayan, pekebun kecil dan masyarakat yang selama ini terpinggir daripada pembangunan digital dapat menikmati kemudahan komunikasi yang setara.
Persoalannya, berapa banyak lagi kawasan-kawasan yang tidak mempunyai capaian internet yang mencukupi? Di Kuala Krai sendiri terdapat kawasan yang capaian internetnya masih ada dan tiada yang sama banyak, termasuk di sepanjang laluan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) dari Simpang Mempaga di Pahang ke Kuala Krai. Bukan sahaja di Kelantan, baru-baru ini bila saya berada di Johor, banyak juga kawasan yang capaian internet bagaikan siput berjalan, terlalu perlahan.
Jadi, bolehkan kerajaan menjelaskan, bilakah sebenarnya capaian Internet di seluruh negara dapat dipastikan laju selaju peluru bedil, bak kata orang Kelantan?
Tuan Yang di-Pertua, Dana USP bukan dana pertahanan, bukan dana keselamatan, bukan juga dana operasi kerajaan, tetapi dana untuk memastikan kemudahan rakyat mendapat capaian internet dengan baik melalui pembinaan menara telekomunikasi, tetapi melalui pindaan ini, kerajaan mahu memperluaskan penggunaannya kepada tujuan keselamatan negara.
Soalan saya, berapakah Dana USP yang telah terkumpul sehingga kini?
Mengapa kerajaan tidak memohon peruntukan baharu melalui belanjawan negara jika benar keselamatan negara memerlukan dana tambahan? Mengapa dana yang diwujudkan khusus untuk pembangunan rakyat luar bandar kini mahu dialihkan kepada fungsi lain? Bukankah ini telah menyimpang daripada objektif asal penubuhan Dana USP?
Lebih penting lagi, dana ini bukan wang percuma kerajaan. Ia datang daripada caruman industri telekomunikasi yang akhirnya turut ditanggung oleh pengguna. Maka, dari sudut moral dan tadbir urus, kerajaan mempunyai tanggungjawab memastikan wang itu digunakan mengikut tujuan asal yang telah pun dipersetujui.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa perhatian kita semua kepada satu konsep dalam penggubalan dasar yang dikenali sebagai mission creep. Ini ia berlaku apabila sesuatu kuasa atau dana yang diwujudkan untuk satu tujuan tertentu sedikit demi sedikit diperluaskan sehingga akhirnya menyimpang jauh daripada matlamat
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
asal. Hari ini alasan yang diberikan ialah keselamatan negara, esok mungkin pengurusan krisis, lusa mungkin projek strategik, akhirnya dana yang diwujudkan untuk merapatkan jurang digital bertukar menjadi dana serba guna kerajaan.
Lebih membimbangkan lagi ialah perkataan keselamatan negara sendiri tidak ditakrifkan dengan jelas. Jika akhirnya tafsiran ini bergantung kepada input Majlis Keselamatan Negara di bawah Akta MKN 2016, maka Parlimen sebenarnya sedang menyerahkan kuasa yang amat luas kepada pihak eksekutif tanpa sempadan yang jelas.
Tuan Yang di-Pertua, saya datang daripada kawasan luar bandar. Saya masih melihat pelajar yang terpaksa mencari kawasan mempunyai liputan internet, masih terdapat usahawan desa yang gagal memasarkan produk secara digital, masih ada guru yang berdepan kesukaran memuat naik bahan pembelajaran, masih ada kampung yang menikmati internet yang perlahan. Mereka masih menunggu janji kerajaan. Bahawa dana yang selama ini dijanjikan untuk mereka kini boleh digunakan bagi tujuan lain yang mereka sendiri tidak mengetahui bentuknya.
Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir, fasal 2(b) iaitu kuasa Menteri melalui peraturan. Kelihatan kecil, hanya menggantikan perkataan, “subseksyen (1)” kepada “subseksyen (1) dan (1A)”, tapi implikasinya sangat besar. Pindaan ini membolehkan Menteri menggubal pelbagai peraturan bagi melaksanakan fungsi baharu tersebut.
Mengapa perkara yang sangat penting seperti mekanisme penggunaan dana, syarat-syarat kelayakan projek, tatacara pelantikan kontraktor dan kaedah pemantauan tidak dimasukkan terus ke dalam akta? Mengapa semuanya mahu diserahkan kepada Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia? Bukankah ini bermaksud Parlimen hanya meluluskan rangka undang-undang, sedangkan kandungan sebenar akan ditentukan kemudian oleh Menteri? Semakin banyak perkara penting dipindahkan kepada peraturan Menteri, semakin kecil peranan Dewan yang mulia ini.
Lebih membimbangkan, peraturan boleh dipinda pada bila-bila masa oleh pihak eksekutif tanpa melalui proses penelitian yang sama seperti pindaan akta. Ini membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa secara berperingkat. Sebagaimana banyak pihak mempersoalkan berkaitan permohonan daripada orang awam untuk menurunkan pelbagai kategori kandungan di platform media sosial melibatkan jenayah komersial, keselamatan, judi dalam talian, scam, kes pornografi, buli siber, gangguan dan perkhidmatan tidak dibenarkan, termasuk juga pelbagai akaun palsu
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
yang setiap hari menyebarkan fitnah, tetapi yang diturunkan hanya kandungan tertentu dan terpilih, mungkin yang bersesuaian dengan kehendak kerajaan.
Oleh itu, undang-undang bukan sahaja perlu adil, tetapi perlu adil dan dilaksanakan dengan adil, barulah dipercayai dan diyakini oleh rakyat. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Krai. Saya jemput Yang Berhormat Libaran.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Saya membahaskan Rang Undang-undang Komunikasi dan Multimedia.
Dalam dunia hari ini, komunikasi bukan lagi kemudahan tambahan. Ia adalah infrastruktur asas kepada pendidikan, ekonomi, keselamatan, kesihatan, perkhidmatan awam dan tindak balas kecemasan. Sebab itu pindaan ini perlu dilihat dalam kerangka yang lebih besar iaitu bagaimana negara memastikan rangkaian komunikasi yang selamat, stabil dan boleh dipercayai dapat dinikmati oleh semua rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, isu pertama yang ingin saya bangkitkan ialah prinsip asal perkhidmatan sejagat. Perkhidmatan sejagat diwujudkan supaya rakyat di kawasan kurang mendapat akses komunikasi tidak tercicir. Maka, apabila pindaan ini memasukkan inisiatif yang mempunyai elemen keselamatan negara, kerajaan mesti memikirkan bahawa agenda asal untuk memperluas liputan kepada rakyat di luar bandar, pedalaman, persisiran dan pulau tidak terpinggir.
Saya ingin bertanya kepada kementerian. Apakah jaminan bahawa inisiatif baru di bawah pindaan ini dapat mengurangkan tumpuan terhadap kawasan yang kurang liputan? Ini penting kerana bagi rakyat luar bandar, isu komunikasi bukan lagi soal kemewahan. Maka, sebarang peluasan konsep perkhidmatan sejagat mesti terus meletakkan pengguna akhir sebagai penerima manfaat utama.
Tuan Yang di-Pertua, isu kedua ialah maksud keselamatan negara dalam konteks komunikasi. Saya bersetuju bahawa rangkaian komunikasi mempunyai kaitan langsung dengan keselamatan negara. Negara memerlukan rangkaian yang selamat untuk menghadapi ancaman siber, bencana, gangguan infrastruktur, keselamatan sempadan dan krisis kecemasan. Namun, keselamatan negara tidak boleh hanya difahami sebagai keselamatan sistem di peringkat pusat. Keselamatan negara juga mesti bermaksud keselamatan rakyat untuk berhubung ketika mereka
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
paling memerlukan bantuan. Jika berlaku kecemasan atau bencana, talian komunikasi yang stabil boleh menentukan sama ada bantuan sampai cepat ataupun lambat.
Oleh itu, saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah skop keselamatan negara yang dimaksudkan di bawah pindaan ini? Adakah ia meliputi komunikasi kecemasan, rangkaian bencana, keselamatan siber, kawasan pindahan, infrastruktur kritikal dan pemulihan rangkaian ketika krisis? Takrif yang jelas penting supaya pelaksanaan pindaan ini dapat diukur dan tidak menjadi terlalu umum.
Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya ialah keutamaan kepada Sabah khususnya kawasan luar bandar, pesisir dan Pantai Timur Sabah. Sabah mempunyai kawasan pesisir yang luas, kampung air, pulau kecil, komuniti nelayan, kawasan luar bandar dan cabaran sempadan maritim. Libaran bukan kawasan yang boleh dilihat hanya dari sudut liputan biasa, ia berada dalam Daerah Sandakan yang mempunyai kepentingan dari segi komuniti pesisir, keselamatan, pergerakan rakyat, ekonomi setempat dan keperluan komunikasi luar bandar.
Saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah perancangan khusus untuk memastikan kawasan seperti Libaran mendapat manfaat daripada pindaan ini?
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Adakah terdapat pemetaan kawasan lemah liputan yang akan diberi keutamaan? Adakah kampung pesisir, kampung air, sekolah luar bandar, klinik, desa, kawasan nelayan dan laluan komuniti akan dimasukkan sebagai kawasan sasaran?
Jika komunikasi dianggap sebagai sebahagian daripada keselamatan negara, maka kawasan yang mempunyai cabaran geografi dan keselamatan seperti Pantai Timur Sabah mesti diberi keutamaan dan perhatian yang khusus.
Tuan Yang di-Pertua, kesimpulannya, saya menyokong Rang Undang- undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026. Pindaan ini penting kerana komunikasi kini menjadi sebahagian daripada keselamatan negara dan keselamatan rakyat. Keselamatan negara tidak akan lengkap pada rangkaian negara kuat di Pusat, tetapi rakyat di kampung, pulau dan pesisir masih terputus talian ketika mereka paling memerlukan bantuan.
Oleh itu, saya menyeru supaya pelaksanaan pindaan ini benar-benar memberikan keutamaan kepada kawasan seperti Libaran dan Pantai Timur Sabah.
Dari Libaran ke pesisir lautan, Jauh di desa jangan dilupakan; Jika komunikasi asas keselamatan, Pastikan rakyat dapat manfaatkan.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Libaran. Saya jemput Yang Berhormat Langkawi.
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Dunia hari ini dipenuhi dengan ledakan teknologi digital yang tidak pernah kita gambarkan 30 tahun dahulu. Saya teringat, Yang Berhormat Menteri, semasa saya belajar di England dulu tahun 1977, nak telefon mak saya, saya akan buat reverse call. Mungkin Yang Berhormat Menteri pun tak tahu what is reverse call. Call mak saya, call ayah, saya minta dia accept call saya, baru dia bayar, bukan saya bayar. Itu dulu.
Sekarang ini, teknologi sekarang sudah— ekosistem teknologi pun sudah berubah dan menjadi semakin rumit, kompleks, berlapis-lapis. Walaupun ledakan ini membawa kemudahan kepada kehidupan seharian kita, ia juga hadir dengan ancaman siber, geopolitik dan keselamatan nasional. Ancaman ini bukan sesuatu yang konseptual. Ia adalah realiti semasa yang menuntut perubahan besar-besaran.
Dalam aspek pengurusan aset-aset digital, rang undang-undang kali ini menyentuh fungsi Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat, ataupun dana USP. Jika dahulu dana ini hanya digunakan untuk asas membina― tiap-tiap operator telekom kena contribute tiap-tiap tahun kepada USP ini dan wang ini digunakan untuk tempat-tempat yang not commercial. Contohnya, di kampung saya not commercial. Tak ada siapa pun yang commercialised di situ. Tak ada siapa main saham yang nak menggunakan telefon. Jadi, operator-operator itu― Maxis, Digi dan sebagainya― tidak masuk dalam kawasan itu. Jadi, kita nak juga. Oleh yang demikian, maka digunakan dana USP di kawasan tersebut.
Dana USP ini, jika dahulu dana ini digunakan untuk infrastruktur asas seperti membina menara telekomunikasi di kawasan luar bandar sepertimana yang saya katakan tadi, pindaan ini membolehkan dana tersebut digunakan bagi membiayai projek strategik pertahanan siber, keselamatan negara dan pengukuhan data nasional. Yang ini saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah dana USP ini boleh digunakan selain daripada yang saya sebutkan tadi? Boleh digunakan untuk pertahanan siber dan sebagainya.
Dalam hal ini, saya memuji keterlibatan MKN yang memutuskan, apakah ancaman tersebut. Ini satu langkah antibirokrasi dapat mengelakkan pertindihan
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
kuasa eksekutif dan sikap in silos antara agensi kerajaan dan definisi ancaman juga tidak ditentukan secara melulu oleh MCMC atau Kementerian Komunikasi.
Apabila penggunaan dana ini bertambah tujuannya, persoalan timbul mengenai jumlah peruntukan itu. Saya ingin pihak kementerian, pihak Yang Berhormat Menteri menyatakan berapakah jumlah dana USP sedia ada selepas dikutip. Dan, berapakah penambahan dana yang dirancang pada masa akan datang?
Apakah bentuk projek pertahanan siber dan keselamatan negara yang akan dilaksanakan kelak? Dan saya juga memohon statistik daripada Yang Berhormat Menteri, berapakah yang digunakan dana USP ini di negeri-negeri? Contohnya di Kedah, berapa banyak dah yang digunakan pakai dana USP ini? Perlis, Perak dan sebagainya.
Dalam bahagian implikasi pada Jadual 1 berkenaan fasal 2, dinyatakan mengenai semak dan imbang perlu agar dana pembinaan menara komunikasi di luar bandar tidak terjejas akibat dialihkan ke projek keselamatan. Sebab itu, kita ingin mengetahui berapa banyak dana ini akan digunakan untuk keselamatan siber, dan berapakah pembinaan menara komunikasi yang sedang dalam perancangan dan di lokasi manakah akan terkesan sekiranya dana tersebut tidak mencukupi.
Di Amerika Syarikat, USF ataupun Universal Services Fund telah menyekat keras penggunaan dana bagi membeli peralatan telekomunikasi daripada syarikat asing yang disenaraihitamkan atas faktor risiko keselamatan negara seperti Huawei dan ZTE. Saya ingin bertanya Menteri, apakah kita juga mempunyai perancangan untuk menyenaraihitamkan mana-mana provider asing yang berisiko membuat intipan ke atas rakyat Malaysia?
Tuan Yang di-Pertua, landskap dwi rangkaian 5G negara mendedahkan kepelbagaian vendor yang sangat kompleks. Kita mempunyai DNB atau rangkaian pertama yang menggunakan vendor dari Eropah, iaitu Ericsson, untuk keseluruhan rangkaian teras dan sistem pengurusan kecerdasan buatan (AI) Amerika. Kita juga mempunyai U-Mobile, rangkaian kedua yang menggunakan perkongsian dual vendor China iaitu Huawei Semenanjung Malaysia dan ZTE untuk Sabah dan Sarawak.
Dengan adanya dua sistem teknologi berbeza timur dan barat yang berjalan serentak di Malaysia, risiko kelemahan keselamatan, vulnerability, dan isu keserasian antara rangkaian meningkat secara mendadak. Maka, kita memerlukan
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
satu sistem pengawasan keselamatan siber berpusat bagi memantau aliran trafik data antara Ericsson dan juga Huawei, yakni Ericsson-DNB, Huawei-U Mobile.
Akhir sekali, Tuan Pengerusi, MKN diberikan kuasa mutlak menentukan aspek keselamatan digital. Timbul persoalan pula, apakah MKN atau kerajaan berisiko ditekan oleh geopolitik asing untuk menyekat atau mensabotaj penggunaan vendor tertentu seperti Huawei dan juga ZTE? Dan kita melihat peperangan perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China begitu hebat sekali. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Langkawi. Saya jemput Yang Berhormat Putatan.
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
Terima kasih, Puan Yang di- Pertua. Putatan ingin merujuk kepada pindaan seksyen 202 yang digariskan dalam fasal 2 rang undang-undang ini. Memandangkan peruntukan tersebut menyentuh tentang soal keselamatan negara, Putatan berasa terpanggil untuk mendapatkan penjelasan yang terperinci daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan inisiatif pemberian perkhidmatan sejagat kebangsaan.
Peruntukan subfasal 2(a) yang menggariskan galakan kepada penggunaan perkhidmatan aplikasi menimbulkan 1,001 kemusykilan tentang kepentingan mekanisme tersebut kepada perlindungan keselamatan negara. Walaupun secara umumnya inisiatif tersebut didengar sebagai inisiatif yang baik untuk penggunaan ruang digital yang lebih selamat, namun satu persoalan besar yang Putatan ingin bangkitkan ialah apakah sandaran yang akan digunakan oleh Majlis Keselamatan Negara untuk mendefinisikan aktiviti digital yang berisiko kepada keselamatan negara.
Putatan berpandangan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia seharusnya sudah mengenal pasti bentuk-bentuk ancaman digital yang disifatkan sebagai berisiko atau memudaratkan kepada keselamatan negara.
Menerusi penguatkuasaan Akta Jenayah Siber 2026 kelak, Putatan ingin menegaskan agar Kementerian Komunikasi, menerusi syor Majlis Keselamatan Negara, dapat mewartakan dari masa ke masa bentuk pemanipulasian digital yang telah dikenal pasti atau disyaki berisiko tinggi kepada keselamatan negara.
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
Menerusi pewartaan sebagai medium pemakluman, rakyat sebagai pengguna internet boleh bertindak menurut saranan yang dikemukakan. Warta tersebut juga perlu memperincikan tindakan yang boleh dibuat oleh pengguna bagi melindungi keselamatan maklumat peribadi terutamanya yang melibatkan transaksi kewangan.
Sehubungan dengan itu, entiti-entiti kerajaan yang bertanggungjawab secara khusus dalam hal ehwal keselamatan digital perlu mempunyai ekosistem kepakaran dalam bidang keselamatan siber. Kerajaan tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada third party specialist yang antaranya melibatkan pihak swasta untuk melaksanakan diagnosis digital. Sebaliknya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta agensi-agensi kerajaan yang dimandatkan perlu mempunyai kepakaran khas yang boleh memantau, mengesan, menyekat serta membanteras aktiviti digital yang diklasifikasikan sebagai tidak selamat.
Penegasan Putatan tersebut sejajar dengan seksyen 17 Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 yang memperuntukkan kebertanggungjawaban entiti kerajaan untuk melaporkan maklumat berkaitan keselamatan negara kepada Majlis Keselamatan Negara. Tanggungjawab tersebut sukar untuk dilaksanakan secara kompeten sekiranya entiti kerajaan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia tidak disokong dengan kepakaran yang sepatutnya untuk menilai tahap keselamatan ruang siber yang sebenar terutamanya dalam konteks penggunaan aplikasi digital.
Daripada perspektif Putatan sebagai pengguna, kepakaran sesebuah entiti dalam mengendalikan aspek perlindungan keselamatan digital sudah pasti akan dinilai berdasarkan kecekapan untuk mengesan potensi ancaman. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menerusi kerjasama Unit Siber Taktikal dan Teknikal Polis, Diraja Malaysia perlu meningkatkan kepekaan terhadap potensi ancaman siber yang boleh berlaku menerusi penggunaan aplikasi digital khususnya yang melibatkan anggota pentadbiran negara.
Pada tahun 2022, kita telah dikejutkan dengan berita berkenaan penggodaman akaun Telegram Perdana Menteri ketika itu. Berdasarkan kenyataan media bertarikh 8 Ogos 2022, Pejabat Perdana Menteri Kesembilan itu memaklumkan bahawa akaun Telegram Perdana Menteri telah digodam untuk tujuan aktiviti penipuan dalam talian. Insiden tersebut telah dan akan menjadi bualan kedai kopi yang mempersoalkan kredibiliti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta agensi-agensi yang terlibat dalam mengendalikan keselamatan siber negara
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
memandangkan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara pun pernah menjadi mangsa.
Bagi mengakhiri perbahasan, Putatan ingin menegaskan agar Yang Berhormat Menteri Komunikasi dapat memainkan peranan sebagai anggota Majlis Keselamatan Negara dengan lebih rasional untuk menasihati MKN berkenaan hal ehwal keselamatan digital. Berdasarkan pindaan Akta 558 ini, kita perlu memahami bahawa syor yang akan dikemukakan oleh Majlis Keselamatan Negara akan memberi kesan domino kepada pematuhan berkenaan penggunaan satu aplikasi digital yang belum diketahui kredibilitinya.
Puan Yang di-Pertua, sekian sahaja ucapan perbahasan Putatan bagi Rang Undang-undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Putatan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Pada zahirnya pindaan ini hanya menambah satu subseksyen baharu tetapi dalam dunia undang-undang, kadang-kadang satu ayat sudah cukup untuk mengubah keseimbangan kuasa antara kerajaan dan rakyat.
RUU ini memberi kuasa kepada Menteri mengarahkan suruhanjaya melaksanakan suatu inisiatif atas nama keselamatan negara. Persoalan saya bukan sama ada keselamatan negara itu penting ataupun tidak. Sudah tentu ianya satu perkara yang penting. Persoalannya ialah siapa yang menentukan sempadan antara keselamatan negara dengan kepentingan politik kerajaan? Inilah persoalan besar.
Kerajaan hari ini sering menggunakan perkataan keselamatan, kestabilan, ketenteraman, tetapi dalam sebuah demokrasi, perkataan-perkataan ini tidak boleh menjadi lesen untuk memperluaskan kuasa eksekutif tanpa semak dan imbang yang mencukupi.
Tuan Yang di-Pertua, demokrasi tidak mati melalui satu rampasan kuasa.
Demokrasi biasanya mati sedikit demi sedikit. Hari ini tambah sedikit kuasa, esok tambah lagi sedikit lagi kuasa. Lusa, rakyat sudah tidak sedar bahawa ruang kebebasan mereka semakin mengecil sebab itu kebebasan media bukan hadiah daripada kerajaan. Ia adalah hak rakyat untuk memastikan kerajaan sentiasa boleh dipersoalkan.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Saya ingin mengambil contoh yang mungkin agak ekstrem. Bagaimana Donald Trump, teruk-teruk Donald Trump itu, dia hadapi soalan-soalan daripada wartawan, dengan soalan itu merah muka dia, tapi wartawan tersebut tidak dirampas kad dia, dia boleh balik rumah. Esok dia datang kerja lagi. Akaun Facebook, TikTok dia tak diharamkan dan dia datang lagi, ulang lagi soalan yang sama. Ini seteruk- teruk Donald Trump.
Dalam negara kita kebimbangan rakyat melampaui daripada semua itu. Pas medianya mungkin ditarik balik,akaun dibekukan. Tetapi mengapa semua ini menjadi satu masalah kepada rakyat dalam negara yang kita saban hari buat pindaan untuk memperkukuhkan sistem komunikasi dan juga telekomunikasi kita. Dalam— kerajaan yang benar-benar kuat tidak memerlukan rakyat yang bertepuk tangan sepanjang masa. Kerajaan yang kuat sanggup menerima kritikan sepanjang masa.
Tuan Yang di-Pertua, dalam Islam sendiri kita diajar supaya berlaku adil termasuk kepada tamadun bukan Islam. Dalam hadis sahih Muslim, apabila Rasulullah SWT menyebut bahawa pada akhir zaman, bangsa Rom, bangsa yang paling ramai. Para sahabat mungkin agak kaget, lalu Amr ibn al-As menjelaskan lima kelebihan mereka. Yang pertama [Bercakap dalam bahasa Arab] Mereka paling tenang. Ini sifat orang Rom.
Ketika berlakunya huru-hara, fitnah, musibah, paling cepat bangkit selepas musibah, paling cepat kembali berjuang selepas kalah, paling baik terhadap orang miskin, anak yatim dan golongan lemah, dan yang kelima, satu sifat yang sangat baik bagi orang Rom ini mereka ialah paling kuat menghalang kezaliman yang dibuat oleh pemerintah.
Amr ibn al-As tidak memuji akidah mereka, beliau memuji sistem yang mampu menghalang pemerintah daripada berlaku zalim. Inilah semangat yang patut menjadi asas kepada mana-mana undang-undang. Bukan memperkukuhkan kuasa pemerintah, tetapi memperkukuhkan perlindungan terhadap rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, kita boleh membina sebuah negara yang matang jika semua orang— kita tidak boleh membina sebuah negara yang matang kalau semua orang takut untuk bercakap, takut untuk mengkritik, takut untuk menegur, takut untuk bertanya, takut untuk menulis, takut untuk melapor. Wartawan yang saya jumpa berapa kali dipanggil untuk disiasat dan sebagainya. Ini ketakutan. Kalau wartawan pun takut, macam mana naratif pemberitaan untuk mendidik sampai kepada rakyat?
Saya ingin mengingatkan kerajaan, negara tidak menjadi lemah kerana banyak kritikan. Negara menjadi lemah apabila tiada siapa lagi berani mengkritik.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Kerana ketika itu, segala kelemahan pentadbiran tidak lagi ditegur sehingga menjadi barah kepada negara. Kalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di luar, meluah perasaan, apalah salah saya. Maka saya nak kata inilah salah-salah dan titik-titik yang perlu disemak oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan pentadbiran kerajaan pada hari ini.
Sebab itu saya menggesa supaya kuasa yang diberi melalui pindaan ini diberikan dengan mekanisme semak dan imbang yang jelas. Definisi keselamatan negara yang tidak oleh disalahgunakan, pengawasan Parlimen yang lebih kukuh serta jaminan bahawa kebebasan media dan hak rakyat untuk bersuara tidak menjadi mangsa kepada tafsiran yang terlalu luas. Kerajaan datang dan pergi, tetapi kebebasan rakyat mestilah kekal terpelihara. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Saya jemput Yang Berhormat Keningau.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Terima kasih, Puan Speaker. Pada dasarnya, saya menyokong rang undang-undang ini sebab kita tidak boleh mengawal dunia digital abad 21 lagi dengan menggunakan undang- undang yang sudah lapuk, yang berasaskan kepada realiti 20 tahun yang lalu.
Namun, saya juga ingin mengingatkan Dewan yang mulia ini bahawa setiap kali Parlimen memberi kuasa kepada kerajaan, Parlimen juga mempunyai tanggungjawab yang lebih untuk memastikan undang-undang itu tidak disalahgunakan.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Sejarah telah membuktikan bahawa banyak negara kehilangan kebebasannya bukan secara mengejut, tetapi sedikit demi sedikit melalui undang- undang yang pada asalnya digubal dengan niat yang baik. Hari ini, ancaman sebenar bukan lagi sekadar berita palsu. Ancamannya jauh lebih besar. AI (artificial intelligence) mampu menghasilkan video yang tidak pernah dirakam, suara yang ditiru, identiti boleh dicuri, pilihan raya boleh dimanipulasikan dan kanak-kanak boleh diperas ugut menggunakan imej yang dihasilkan komputer.
Penjenayah hari ini tidak memerlukan senjata seperti pistol. Mereka hanya memerlukan komputer riba dan internet. Sebab itu, saya menyokong usaha kerajaan memperkukuhkan undang-undang pada hari ini, tetapi persoalannya, adakah undang-undang ini cukup bersedia menghadapi teknologi yang sering berubah
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
setiap enam bulan? Jika tidak, maka kita akan sentiasa mengejar penjenayah dan bukan sebaliknya.
Saya ingin bertanya tiga soalan kepada Yang Berhormat Menteri. Pertama, apakah mekanisme yang diwujudkan supaya suruhanjaya sentiasa mengemas kini standard pengawalseliaan AI? Kedua, adakah terdapat panel pakar bebas dalam bidang AI, keselamatan siber, hak digital dan etika teknologi? Ketiga, adakah laporan tahunan mengenai penyalahgunaan AI akan dibentang di Parlimen nanti?
Jika tiada mekanisme seperti ini, kita mungkin meluluskan undang-undang yang sudah menjadi lapuk sebelum dakwatnya benar-benar kering.
[Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi (Sri Aman) **mempengerusikan Mesyuarat****] Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh soal kebebasan. Saya percaya kebanyakan rakyat Malaysia tidak takut kepada undang-undang. Mereka takut kepada penyalahgunaan undang-undang. Perbezaan antara kedua-dua ini amat ketara. Maka itu, kita mesti memberi kuasa kepada kerajaan untuk melawan scammer, tetapi jangan sampai kuasa itu boleh menimbulkan persepsi bahawa suara rakyat juga boleh dibungkam. Kerajaan silih berganti, tetapi undang-undang kekal.
Oleh itu, undang-undang yang kita luluskan pada hari ini mesti cukup adil untuk digunakan oleh mana-mana kerajaan yang akan datang. Inilah ukuran sebenar sebuah demokrasi yang matang.
Puan Speaker, saya datang dari Sabah. Saya ingin mengatakan kepada Dewan yang mulia ini, transformasi digital bukan sekadar aplikasi telefon pintar. Ia adalah soal keadilan pembangunan. Masih terdapat kampung-kampung di Sabah yang gagal menikmati capaian Internet berkualiti, masih ada pelajar yang mencari isyarat di atas bukit, di atas bumbung malah ada yang naik pokok kayu untuk mencari isyarat.
Masih ada usahawan luar bandar yang tidak mampu bersaing kerana infrastruktur digital terlalu lemah. Maka saya ingin bertanya, bagaimanakah kita mahu bercakap tentang AI sedangkan sebahagian rakyat masih bergelut mendapatkan talian internet yang berkualiti?
Puan Speaker, digital divide akhirnya akan menjadi economic divide dan economic divide akhirnya akan menjadi social divide dan social divide akhirnya akan menjadi political divide. Inilah yang perlu kita elakkan.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Akhir sekali, saya ingin menyatakan bahawa masa depan negara kita tidak akan ditentukan oleh kecanggihan AI semata-mata. Ia akan ditentukan oleh kebijaksanaan manusia yang mengawal AI. Undang-undang boleh melahirkan masyarakat yang takut tetapi undang-undang yang baik akan melahirkan masyarakat yang yakin. Undang-undang boleh menutup mulut rakyat tetapi undang-undang yang bijaksana akan melindungi hak rakyat sambil menghukum penjenayah.
Maka, marilah kita membina Malaysia yang selamat tanpa menjadi negara yang menakutkan. Marilah kita menjadi negara digital yang maju tanpa kehilangan jiwa demokrasi. Puan Speaker, terima kasih.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Baiklah, terima kasih Yang Berhormat Keningau. Sekarang kita beralih ke Yang Berhormat Bakri. Silakan, Yang Berhormat.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih, Yang Berhormat Puan Speaker.
Memang saya tidak nafikan bahawa wujudnya ancaman keselamatan digital yang sebenar. Pada tahun 2024, gangguan kabel bawah laut di Selat Melaka telah mengakibatkan gangguan Internet yang meluas di rantau Asia Selatan. Satu insiden yang disebut sebagai bukti kelemahan perlindungan infrastruktur bawah laut serantau. Malaysia juga menandatangani rangka kerja GUIDE bersama dengan 17 negara pada tahun 2026 untuk memperkukuh kerjasama pertahanan infrastruktur bawah air kritikal.
Subseksyen 202(1A) meliputi skop yang sangat luas. Perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi atau kedua-duanya. Ini merangkumi sekurang- kurangnya dua lapisan berbeza, iaitu infrastruktur fizikal seperti kabel bawah laut yang terjejas pada tahun 2024 serta data dan implikasi seperti awan AI berdaulat yang dilaksanakan di bawah bimbingan MKN. Namun begitu, huraian rang undang- undang hanya menyebut secara umum berkenaan dengan evolusi industri dan kemajuan teknologi tanpa menyebut atau memberi contoh satu ancaman yang khusus, insiden ataupun penilaian risiko yang sepatutnya dinyatakan dengan jelas kepada Dewan yang mulia ini.
Soalan saya, apakah ancaman yang khusus yang begitu spesifik yang mendorong kepada pindaan yang akan dibawa di Dewan yang mulia ini? Adakah ia merupakan satu insiden kabel bawah laut ataupun keperluan awan AI berdaulat?
Jika kerajaan tidak dapat menyatakan dengan jelas, saya berpandangan bahawa
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Dewan yang mulia ini, kita wajar mempersoalkan sama ada kuasa yang diminta ini bersesuaian ataupun sekadar sesuatu kuasa yang diperlukan apabila ianya diperlukan atau dengan izin, just in case yang terlalu luas.
Puan Yang di-Pertua, subseksyen 202(1A) menyerahkan penentuan keselamatan negara kepada MKN. Mengikut seksyen 4 Akta 776, MKN sendiri dalam dokumen soalan lazim rasminya telah mengakui bahawa Akta 776 sengaja tidak memperuntukkan tarif khusus bagi keselamatan negara kerana bertujuan melengkapkan majlis dengan segala kuasa yang sewajarnya. Soalan dia, apakah maksud ‘kuasa yang sewajarnya’? Berapakah besar kuasa itu dianggap wajar?
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Rujukan yang ada hanyalah senarai umum termasuk kepentingan lain yang berhubung dengan keselamatan negara dan MKN mengakui penentuan skop ini adalah merupakan kuasa pihak eksekutif. Lebih penting lagi apabila ditanya mengenai legal safeguard merujuk khusus kepada subseksyen 18(6) keperluan pembentangan Parlimen bagi pengisytiharan kawasan keselamatan.
Namun, kita lihat pada hari ini tidak ada satu mekanisme yang setanding bagi subseksyen 4 yang merupakan asas rujukan subseksyen 202(1A) ini. Justeru soalan saya kepada kerajaan, bagaimana kita dapat mengelakkan seksyen 4 tidak digunakan secara sewenang-wenangnya memandangkan ketiadaan tarif khusus dan ketiadaan keperluan untuk dibentangkan di Parlimen.
Puan Yang di-Pertua, di Australia semasa memperkenalkan Security Legislation Amendment (Critical Infrastructure) Bill 2020 iaitu sebuah rang undang- undang yang serupa bagi meluaskan kuasa kerajaan ke atas infrastruktur kritikal atas alasan keselamatan negara. Parlimen telah mewajibkan Parliamentary Joint Committee on Intelligence and Security bagi menjalankan kajian penuh serta semakan berkanun secara berkala.
Sebaliknya di Malaysia sebagai penandatangan rangka kerja guide bersama dengan Australia tidak memasukkan mekanisme yang setanding dalam RUU kali ini.
Soalan saya, mengapakah kita tidak mengambil contoh daripada amalan sekutu antarabangsa kita? Institut Penyelidikan Perlucutan Senjata Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu telah memberi amaran bahawa sekuriti sasi berlebihan terhadap isu infrastruktur boleh menyekat pelaburan swasta, menghalang kerjasama rentas sempadan, malah akan dijadikan alat untuk menyekat pembekal tertentu secara selektif tanpa benar-benar meningkatkan tahap keselamatan.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Puan Yang di-Pertua, saya tidak berniat untuk menentang usaha untuk memperkukuhkan keselamatan negara. Sebaliknya saya berpendapat bahawa kita perlu mengambil pengajaran daripada amalan antarabangsa. Justeru saya mencadangkan yang pertama, kerajaan perlu mengemukakan penilaian ancaman secara khusus kepada Dewan yang mulia ini.
Kedua, kita memberikan definisi yang jelas terhadap operasi yang lebih spesifik bagi keselamatan negara dalam konteks ini.
Ketiga, keperluan pelaporan tahunan dan semakan berkanun secara berkala selaras dengan amalan PJCIS Australia. Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen perlu ditubuhkan untuk menyelia pelaksanaan peruntukan ini. Sekian sahaja, terima kasih.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi
Baiklah, terima kasih Yang Berhormat Bakri. Sekarang Majlis ingin menjemput Bagan Serai. Silakan, Yang Berhormat.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua. Saya ingin membahas berkenaan dengan Rang Undang-undang Komunikasi Multimedia (Pindaan) 2026.
Yang pertamanya ialah mengenai takrifan keselamatan negara dalam pindaan ini iaitu melibatkan seksyen 202 Akta 588. Menteri dibolehkan untuk arah SKMM untuk menyokong inisiatif pemberian perkhidmatan sejagat kebangsaan dan juga untuk nak pastikan soal keselamatan negara yang akan membuatnya penentuan keselamatan negara ini ialah MKN iaitu Majlis Keselamatan Negara.
Realiti sekarang, zaman yang berlaku hari ini zaman MADANI. Walaupun belum pindaan lagi Akta 588 ini ia digunakan secara meluas yang kita dapat lihat.
Banyak untuk mengawal ruang-ruang yang rakyat perlu suarakan kerana Pusat Kajian Media Bebas (CIJ) 2024, terdapat 189 kes siasatan dan penangkapan meningkat 23 peratus pada tahun 2025 kepada 233 siasatan dan penangkapan.
Jadi perundangan ini paling kerapnya digunakan untuk pantau kepada wacana politik. Oleh itu persoalan saya ialah skop keselamatan negara ini. Apakah yang dimaksudkan dengan skop keselamatan negara? Adakah keselamatan parti yang memimpin negara ataupun berkenaan dengan keselamatan negara? Dia berbeza selalu saya sebut menentang kerajaan dengan menentang parti yang dipimpin oleh kerajaan berbeza. Menentang kerajaan ialah cikgu yang sepatutnya
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
hadir kelas pada pukul 7.30, dia tak hadir itu menentang kerajaan. Kalau dia menentang parti kerajaan tidak ada masalah.
Samalah juga kita hendak soal apakah kritikan-kritikan yang diberikan di dalam media sebagainya ini dianggap keselamatan negara. Soal fitnah okey, kita boleh terima. Soal berkenaan perkauman, okey kita boleh terima, tetapi soal apabila kita memberikan kritikan-kritikan yang membina jangan pula ada di sana, macam disebut oleh rakan-rakan yang tadi yang menimbulkan satu persoalan-persoalan yang tidak baik di pandangan mata rakyat.
Kita tengok dulu kita sokong berkenaan Majlis Keselamatan Negara yang akan menentukan. Macam kita sokong ISA tahun 1960 dulu PAS sokong atas alasan untuk lawan komunis. Itu pun PAS memberi amaran kami tahu akta ini akan makan kami, tak apa, tapi semata-mata untuk nak lawan komunis akhirnya memang betul telahan kami. Alhamdulillah, waktu itu Dato’ Sri Najib 15 September 2012, dia tak buat, dia tak janji apa. Dia tak buat reformasi, dia tak berguling di jalan tetapi 2012 Dato’ Sri Najib telah menghapuskan ISA dalam sempena sambutan Hari Malaysia.
Yang kedua, berkenaan dengan semak dan imbang. MKN sebagai penentu tunggal. Jadi kita apabila penentu tunggal bagus supaya tidak berlakunya redundant.
Soalannya ialah kita bimbang penentu mutlak ini bagi elemen keselamatan negara ini kepada MKN sahaja. Kita takut juga, takut berlakunya bias dan sebagainya. Kalau kita lihat berbeza dengan Australia di bawah Telecommunication Sector Security Reform yang mewajibkan syarikat telekomunikasi berunding secara langsung dengan pelbagai agensi keselamatan Persekutuan seperti Australia, signal directorate. Nampaknya bila pemusatan ini kepada MKN, kita bimbang takut kita macam kita sebutkan tadi. Adakah kementerian bercadang untuk mewujudkan satu statutori bagi MKN dan juga SKM untuk membentangkan laporan di Parlimen berkenaan dengan apa pencapaian, tindakan, kesalahan, di mana berlaku supaya sekurang- kurangnya Ahli Parlimen dapat tahu walaupun tidak mendedahkan dengan individu ataupun perkara-perkara yang melibatkan perkara sulit itu tadi.
Yang seterusnya ialah berkenaan dengan saya nak menyentuh berkenaan pindaan seksyen 202 ceraian 2 menggantikan rujukan subseksyen (1) kepada subseksyen (1) dan (1A) yang memberi kuasa kepada Menteri untuk peraturan pelaksanaan bagi kedua-dua fungsi perkhidmatan sejagat termasuk juga fungsi keselamatan negara yang baharu. Disentuhkan oleh rakan-rakan yang lain tadi ada sedikit rasa kebimbangan kerana ini melibatkan soal dana.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Setakat yang saya dapat lihat di laporkan KRI – Khazanah Research Institute, terdapat RM10.6 bilion dana USP pada akhir tahun 2021. Dana ini banyak, tiba-tiba kita pula nak berikan satu kuasa kepada Menteri atas alasan mungkin atas keselamatan negara, mungkin sebut nama sedaplah keselamatan siber dan sebagainya tapi dengan bajet yang banyak ini kita minta supaya diperhalusi kerana bimbang apabila kuasa Menteri yang menilai.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Kita tak tahu tahap nilai dia macam mana, threshold dia macam mana dengan izin, kontraktor adakah kriteria diberikan kepada mereka yang berhak dapat.
Sedangkan dana untuk ini, dana untuk USP ini ialah dana yang dikhususkan diwujudkan pada tahun 1998, diwujudkan untuk merapatkan jurang digital antara bandar dengan bukan bandar.
Hari ini sedap kita bercakap tentang smart city, school city, mosque city tetapi kita tengok banyak lagi di kawasan-kawasan pedalaman terutama macam disebut rakan-rakan daripada Sabah, Sarawak yang menyebutkan di kawasan mereka termasuklah juga di Semenanjung sekali pun, banyak terdapat tempat yang masih lagi yang tidak dapat akses berkenaan telekomunikasi ini dengan baik.
Dana inilah sepatutnya yang digunakan untuk kita mempercepatkan kepada mereka kerana memandangkan syarikat-syarikat korporat, syarikat-syarikat telekomunikasi yang nak menguntungkan mereka tak buat kerana tidak mendatangkan untung sedangkan di sana ada sekolah yang memerlukan mereka akses maklumat yang perlu untuk mereka dapat maklumat, cikgu-cikgu sebagainya, tapi kalaulah ia nya dana sebanyak ini pula tiba-tiba ia memberikan kuasa kepada Menteri, sikit ada rasa kebimbangan kepada, kepada kami. Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Baiklah, terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Sekarang Majlis ingin menjemput Yang Berhormat Pasir Gudang. Silakan Yang Berhormat.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya menyokong rang undang- undang untuk meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu Akta 588. Pada pandangan saya, adalah tepat sekali kerajaan memutuskan untuk meminda seksyen 202 dengan memasukkan selepas subseksyen (1) iaitu subseksyen (1A).
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Puan Yang di-Pertua, subseksyen 202 (1A), yang dicadangkan bertujuan untuk memperkenalkan kategori tambahan berkenaan dengan pemberian perkhidmatan sejagat bagi maksud pemeliharaan keselamatan negara. Kunci perkataan di sini ialah keselamatan negara.
Pada pandangan saya, pindaan akta ini tepat pada masanya sekarang kerana ancaman terhadap keselamatan negara kini tidak hanya datang dari serangan senjata konvensional seperti meriam, peluru berpandu, misil atau dron.
Ancaman juga kini datang dalam bentuk serangan siber atau serangan menggunakan digital. Malaysia kini adalah destinasi data center iaitu pusat data yang terbesar di Asia Tenggara. Johor, Selangor dan Negeri Sembilan merupakan destinasi pelaburan data center dari pelabur-pelabur asing yang besar-besar dari seluruh dunia.
Puan Yang di-Pertua, kini masyarakat di Malaysia sedang merasa bimbang dan terancam apabila satu institusi yang bernama network school telah beroperasi di Forest City dalam Daerah Johor Bahru. Jadi saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri yang ada di Dewan ini.
Adakah pihak Kementerian Komunikasi, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Digital, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan dan Majlis Keselamatan Negara menyedari bahaya dan ancaman kepada keselamatan negara apabila pakar-pakar digital, influencer, influencer atau pempengaruh-pempengaruh yang bertaraf global dunia yang mempunyai hubungan rapat dengan negara haram zionis Israel dan mempunyai kaitan yang rapat dengan agensi perisikan MOSSAD?
Dari sumber yang saya dimaklumkan, telah menggunakan network school di Forest City itu untuk melatih dan mengumpul data dan rekrut-rekrut yang pada akhirnya Forest City sebagai pusat mereka yang terletak di laluan di Selat Melaka, ada kemungkinan pada akhirnya akan mengancam Selat Melaka sebagai laluan antarabangsa secara khusus dan keselamatan negara secara umumnya.
Jadi, atas dasar itu saya menyokong bahawa memang penting pindaan ini dilakukan demi menjaga keselamatan dan kedaulatan tanah air kita. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Sekarang kita beralih kepada Yang Berhormat Batu Gajah.
Silakan.
Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Terima kasih Yang di- Pertua. Saya bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang- undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026. Pertama sekali, saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan MADANI kerana membawa pindaan ini.
Pada pandangan saya ancaman terhadap negara pada hari ini bukan lagi semata- mata datang melalui sempadan fizikal, ancaman kini berada di hujung jari kita melalui telefon pintar, media sosial dan platform digital yang digunakan setiap hari oleh rakyat, termasuk kanak-kanak.
Pindaan seksyen 202 amat penting kerana ia memperkenalkan kategori baru pemberian perkhidmatan sejagat yang mempunyai elemen keselamatan negara. Ia memberikan asas kepada SKMM untuk menyokong inisiatif keselamatan negara apabila diarahkan oleh Menteri berdasarkan penentuan yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara.
Ini bermakna perkhidmatan sejagat bukan lagi sekadar memastikan liputan telekomunikasi tetapi juga memastikan rangkaian dan aplikasi negara selamat, stabil dan mampu menyokong komunikasi kecemasan, pengesahan, ancaman digital serta penyampaian amaran kepada rakyat.
Yang di-Pertua, media sosial hari ini bukan lagi sekadar medium komunikasi, ia turut membentuk pemikiran, tingkah laku dan budaya masyarakat khususnya generasi muda. Bahasa kesat, buli siber, fitnah dan berita palsu boleh tersebar kepada jutaan pengguna hanya dalam beberapa minit. Lebih membimbangkan, platform digital juga digunakan sebagai pasaran terbuka bagi kegiatan jenayah.
Kita melihat iklan penjualan dadah, penipuan pelaburan, tawaran pekerjaan yang meragukan serta sindiket pemerdagangan manusia yang beroperasi secara terbuka. Kita juga telah menyaksikan bagaimana teknologi deepfake digunakan untuk manipulasi wajah dan suara pemimpin negara bagi mempromosikan skim pelaburan palsu. Jika seorang Perdana Menteri pun boleh menjadi mangsa penyalahgunaan teknologi ini, bayangkan risiko yang dihadapi oleh rakyat biasa khususnya warga emas.
Oleh sebab itu saya berpendapat platform digital tidak boleh hanya menikmati keuntungan daripada pengguna, tapi melepaskan tanggungjawab apabila kandungan jenayah berlaku. Jika algoritma mampu mengenal pasti minat pengguna untuk tujuan pengiklanan, teknologi yang sama juga sepatutnya mampu mengesan kandungan jenayah, penipuan dan deepfake dengan lebih pantas.
Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
SKMM juga perlu bertindak secara lebih proaktif. Tindakan menurunkan sesuatu kandungan sahaja tidak lagi memadai. Akaun yang terlibat perlu disekat, bukti digital dipelihara dan maklumat berkaitan disalurkan kepada agensi penguat kuasa supaya keseluruhan rangkaian jenayah dapat diputuskan.
Yang di-Pertua, walaupun saya menyokong pindaan ini saya ingin mendapatkan beberapa penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Pertama, apakah had kuasa yang diberikan kepada Menteri di bawah subseksyen baharu 202
(1A)?
Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Apakah mekanisme semak dan imbang yang akan memastikan kuasa ini digunakan secara telus dan tidak terlalu meluas?
Yang kedua, apakah kriteria yang akan digunakan oleh Majlis Keselamatan Negara dalam menentukan sesuatu perkara sebagai melibatkan keselamatan negara supaya taksirannya jelas dan konsisten?
Ketiga, sekiranya syarikat telekomunikasi atau penyedia platform diarahkan melaksanakan sesuatu inisiatif di bawah subseksyen ini, adakah kerajaan akan menyediakan bantuan, pampasan atau insentif bagi mengurangkan beban kos pelaksanaannya?
Keempat, apakah jaminan kerajaan bahawa pelaksanaan seksyen ini tidak akan menjejaskan hak pengguna, khususnya dari segi privasi data, kerahsiaan komunikasi dan penggunaan perkhidmatan komunikasi yang sah?
Yang kelima, demi memastikan ketelusan dan akauntabiliti, adakah kerajaan bercadang supaya arahan-arahan utama yang dikeluarkan di bawah subseksyen 202(1A) direkodkan dan dilaporkan pada Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen secara berkala?
Yang di-Pertua, saya percaya pindaan ini merupakan satu langkah hadapan dalam memperkukuhkan keselamatan digital negara. Namun, kejayaan pindaan ini bukan hanya bergantung pada kuasa yang diberikan oleh undang-undang tetapi juga kepada pelaksanaannya yang telus, berakauntabiliti dan menghormati hak rakyat.
Dengan penjelasan yang sewajarnya daripada Yang Berhormat Menteri, saya yakin pindaan ini akan mampu melindungi rakyat daripada ancaman digital, memperkukuhkan keselamatan negara serta menjadikan ruang siber Malaysia lebih selamat untuk generasi yang akan datang.
Dengan itu saya menyokong Rang Undang-undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026. Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Okey, baiklah Yang Berhormat Batu Gajah. Sekarang kita beralih kepada Yang Berhormat Kuala Kedah.
Silakan Yang Berhormat.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Kuala Kedah ingin mengambil bahagian membahaskan fasal 2 rang undang- undang ini mencadangkan pindaan kepada seksyen 202 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 melalui kemasukan subseksyen baharu 202(1A).
Pada prinsipnya saya menyokong hasrat untuk memperkukuhkan keupayaan sistem telekomunikasi negara bagi menyokong pemeliharaan keselamatan negara.
Dalam era digital hari ini, keselamatan negara bukan lagi hanya bergantung pada kekuatan ketenteraan tetapi turut bergantung pada ketahanan rangkaian komunikasi dan infrastruktur digital negara.
Namun begitu, terdapat beberapa persoalan dasar yang Kuala Kedah harap dapat diperjelaskan oleh Yang Berhormat Menteri. Yang pertamanya, subseksyen baharu ini memberi kuasa kepada Menteri mengarahkan suruhanjaya menyokong sesuatu inisiatif pemberian perkhidmatan sejagat kebangsaan bagi pemeliharaan keselamatan negara sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara
(MKN). Persoalan saya, apakah bentuk penentuan oleh MKN yang dimaksudkan?
Adakah ia suatu keputusan rasmi Majlis Keselamatan Negara, suatu penilaian ancaman keselamatan atau suatu mekanisme lain yang telah ditetapkan?
Perkara ini penting kerana penentuan MKN menjadi asas kepada penggunaan kuasa Menteri. Oleh itu, Parlimen berhak mengetahui apakah parameter dan prosedur yang akan digunakan sebelum sesuatu projek atau inisiatif diklasifikasikan sebagai melibatkan kepentingan keselamatan negara.
Kedua, saya ingin mengaitkan pindaan ini dengan keadaan sebenar di lapangan. Di beberapa kawasan sempadan negara termasuklah di utara Semenanjung, masih terdapat keadaan di mana isyarat telekomunikasi negara jiran lebih kuat berbanding rangkaian Malaysia. Keadaan ini bukan sahaja menyulitkan penduduk, malah mempunyai implikasi terhadap komunikasi kecemasan, operasi penguatkuasaan dan kedaulatan komunikasi negara.
Justeru saya ingin bertanya, adakah kuasa baharu di bawah subseksyen 202(1A) ini akan dimanfaatkan untuk mempercepat pembinaan dan penaiktarafan
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
menara telekomunikasi serta liputan rangkaian di kawasan sempadan darat dan maritim sebagai sebahagian daripada agenda keselamatan negara.
Ketiga, saya ingin menyentuh isu pembiayaan. Huraian rang undang-undang ini menyatakan bahawa pindaan ini tidak melibatkan apa-apa perbelanjaan tambahan kerajaan. Persoalan saya, jika tiada peruntukan baharu disediakan, apakah sumber kewangan bagi melaksanakan inisiatif di bawah subseksyen 202(1A)? Adakah kerajaan bercadang menggunakan dana pemberian perkhidmatan sejagat, USP Fund yang selama ini diwujudkan bagi memperluaskan akses telekomunikasi kepada rakyat, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman?
Jika benar Dana USP akan digunakan, saya memohon jaminan Menteri bahawa objektif asal dana tersebut tidak akan terjejas. Kita masih mempunyai banyak kawasan luar bandar, kawasan nelayan, kawasan pertanian dan komuniti pedalaman yang berhadapan dengan masalah liputan komunikasi. Saya bimbang jangan sampai dana yang diwujudkan untuk merapatkan jurang digital akhirnya digunakan bagi tujuan lain, sehingga rakyat di kawasannya masih ketinggalan terus menunggu kemudahan asas telekomunikasi.
Keempat, saya ingin menyentuh aspek tadbir urus. Kita baru sahaja membahaskan Rang Undang-undang Jenayah Siber 2026 yang turut memperkukuhkan kerangka keselamatan siber negara. Kini melalui pindaan ini, MCMC pula diberikan peranan melaksanakan inisiatif berkaitan keselamatan negara berdasarkan penentuan MKN.
Persoalan saya, siapakah agensi peneraju atau lead agency dengan izin, dalam pelaksanaan inisiatif ini? Adakah MKN sebagi pembuat dasar dan MCMC sebagai pelaksana atau terdapat penyelarasan bersama askar, Polis Diraja Malaysia dan agensi keselamatan yang lain? Kejelasan struktur ini penting supaya tidak berlaku pertindihan fungsi, kekeliruan bidang kuasa atau kelewatan dalam membuat keputusan ketika negara berhadapan ancaman yang memerlukan tindakan segera.
Akhir sekali, saya menyentuh secara ringkas fasal 2(b). Walaupun pindaan ini kelihatan teknikal, ia sebenarnya memperluas kuasa Menteri untuk membuat peraturan bagi melaksanakan subseksyen baharu 202(1A). Saya berharap kerajaan memberi komitmen bahawa peraturan-peraturan tersebut akan digubal secara telus melalui libat urus dengan industri dan pihak berkepentingan serta dibentangkan kepada Parlimen untuk semakan yang sewajarnya.
Tuan Yang di-Pertua, keselamatan negara adalah keutamaan kita semua.
Namun dalam memperkukuhkan keselamatan, kita juga mesti memastikan kuasa
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
yang diberi mempunyai sempadan yang jelas, sumber kewangan yang telus dan struktur tadbir urus yang mantap. Dengan penjelasan tersebut, saya percaya pindaan ini akan lebih meyakinkan dan mencapai matlamat yang dihasratkan menerusi penggulungan Yang Berhormat Menteri sebentar nanti. Sekian, terima kasih. Wabillahitaufiq walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Sekarang kita beralih kepada pembahas kita yang terakhir bagi Rang Undang-undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Klang. Silakan Yang Berhormat.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Puan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan ruang untuk saya membahaskan Rang Undang-undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026.
Secara umumnya saya menyokong usaha murni ini bagi memperkukuh struktur kawal selia digital negara seiring dengan perkembangan teknologi semasa.
Namun sebagai Dewan perundangan yang bertanggungjawab, kita wajib meneliti setiap fasal demi memastikan tiada lompang tadbir urus yang boleh menjejaskan kebebasan badan kawal selia ini.
Pertama sekali, saya memuji langkah progresif kerajaan memperluas fungsi SKMM di bawah seksyen 16 untuk mengawal selia piawaian keselamatan, integriti platform dan sistem komunikasi. Ini penting bagi membina ekosistem digital yang selamat dan dipercayai.
Selain itu, pengenalan seksyen 18A yang mewajibkan penyenggaraan daftar arahan Menteri yang boleh diakses orang awam adalah satu reformasi ketulusan yang amat baik. Autonomi yang diberikan kepada suruhanjaya di bawah seksyen 23 untuk menentukan syarat perkhidmatan kakitangan sendiri juga wajar dipuji kerana ia berjaya mengurangkan birokrasi dalam yang remeh.
Namun begitu Puan Yang di-Pertua, terdapat beberapa kelemahan kritikal yang memerlukan penjelasan tuntas daripada pihak kementerian sebelum RUU ini diluluskan. Kelemahan pertama adalah struktur keanggotaan suruhanjaya di bawah seksyen 10(2). Walaupun had tempoh jawatan ditetapkan selama lima penggal, pengecualian di bawah subseksyen ini membenarkan individu yang telah tamat tempoh maksimum ini sebagai anggota biasa untuk dilantik semula sebagai pengerusi.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Ini bermakna individu yang sama boleh memonopoli kepimpinan suruhanjaya sehingga 20 tahun lamanya. Hal ini jelas bertentangan dengan semangat reformasi tadbir urus yang sepatutnya menggalakkan pengalihan kepimpinan baru bagi mengelakkan isu kronisme.
Kelemahan kedua yang amat membimbangkan adalah lonjakan had nilai kontrak di bawah seksyen 45 daripada RM5 juta kepada RM50 juta. Pindaan ini membolehkan suruhanjaya memeteraikan kontrak bernilai sehingga RM50 juta secara mandiri tanpa memerlukan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan.
Lonjakan sebanyak 10 kali ganda ini adalah jumlah yang terlalu besar untuk dilepaskan daripada mekanisme semak dan imbang peringkat kementerian. Tanpa kawalan ketat, ia amat mendedahkan dana agensi kepada risiko ketirisan dan salah guna kuasa.
Puan Yang di-Pertua, satu lagi tumpuan saya hari ini adalah pada seksyen 18A mengenai penubuhan daftar arahan Menteri RUU ini menyatakan bahawa orang awam boleh memeriksa daftar tersebut atau mendapatkan salinan dengan membayar sejumlah fi yang dikenakan oleh suruhanjaya. Persoalan saya, mengapa perlu ada bayaran fi untuk maklumat yang melibatkan kepentingan awam?
Saya mendesak kerajaan agar memberikan komitmen untuk menyediakan akses penuh daftar ini secara dalam talian secara percuma. Jika ia berbayar, kita bimbang daftar ini akhirnya hanya wujud cantik di atas kertas tetapi sukar dan mahal untuk diakses oleh rakyat marhaen yang ingin tahu dasar yang diputuskan oleh kerajaan.
Selain itu, adakah daftar ini akan memaparkan teks penuh dan pengumuman verbatim bagi setiap arahan Menteri tersebut? Rakyat berhak untuk melihat teks arahan yang sebenar lengkap dengan tarikh ia dikeluarkan, tarikh ia berkuat kuasa.
Sebarang pindaan yang dibuat hinggalah tarikh ia dibatalkan tanpa perincian menyeluruh ini, ketelusan yang dicanangkan melalui seksyen 18A hanyalah suatu kosmetik perundangan yang kosong.
Akhir sekali, kuasa audit maklumat di bawah seksyen 16(1)(ic) dan (id) terhadap pemegang lesen dan penyedia perkhidmatan sistem komunikasi tidak diperincikan dengan garis panduan perlindungan privasi data yang kukuh. Tanpa kawal selia yang telus, kuasa ini berisiko disalahgunakan sebagai instrumen tekanan terpilih.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Oleh itu, Puan Yang di-Pertua, saya mendesak pihak Yang Berhormat Menteri untuk memperjelas mekanisme kawalan had tempoh keanggotaan, memperincikan tadbir urus perolehan kontrak baru dan menjamin kebebasan SKMM daripada pengaruh politik. Saya memohon menyokong sekiranya kelemahan tadbir urus ini diperbaiki segera. Terima kasih.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Baiklah, terima kasih Yang Berhormat Klang. Maka, selesai sudah 18 orang membahaskan rang undang- undang ini. Sekarang Majlis ingin menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Silakan Yang Berhormat.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Puan Speaker. Terima kasih saya ucapkan kepada 18 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang ini.
Saya percaya sebenarnya walaupun 18 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan, tetapi isu-isu yang dibangkit adalah sangat similar. Oleh sebab itu, okey lah saya bolehlah jawab ikutlah bab yang disentuh.
Pertamanya, pindaan RUU ini bertujuan untuklah memperkukuh pelaksanaan pemberian perkhidmatan sejagat PPS dalam sektor komunikasi dan multimedia denganlah memperkenalkan inisiatif PPS Kebangsaan yang mengambil kira aspek pemeliharaan keselamatan negara serta perlu selaras dengan matlamat di bawah seksyen 3 Akta 588 serta kerangka pelaksanaan di bawah Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Pemberian Perkhidmatan Sejagat) 2002.
Akta 588 merupakan suatu akta yang berperanan antara lain untuk mengawal selia industri komunikasi dan multimedia dan telah berkuat kuasa lebih daripada dua dekad yang lalu. Secara umumnya, sebarang akta baharu perlu meneliti ketersediaan akta-akta sedia ada bagi memastikan keselarasan dan bukanlah sebaliknya.
Melaluilah RUU ini, Akta 588 dipinda untuk memastikan kerangka perundangan komunikasi dan multimedia kekal relevan dalam mendepani perkembangan teknologi, ancaman hibrid, perkembangan geopolitik serta kebergantungan negara kepada infrastruktur digital yang kritikal. Pindaan ke atas Akta 588 tersebut melalui RUU ini dibuat secara berhati-hati termasuklah mengambil kira nasihat Jabatan Peguam Negara untuk memastikan pindaan Akta 588 ini tidak
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
bercanggah denganlah bidang kuasa kementerian lain, mahupun undang-undang bertulis yang lain.
Cadangan pindaan melalui RUU ini tidak bertujuan untuklah memperluas skop pemakaian Akta 588 terhadap mana-mana bidang kuasa agensi yang lain.
Pindaan ini dilakukan adalah terhad kepada kerangka komunikasi dan multimedia di bawah Akta 588, khususnya inisiatif PPS yang mempunyai kaitan denganlah penggunaan perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi melalui pemasangan kemudahan rangkaian dan penyeliaan perkhidmatan berkaitan.
Berhubung kebimbangan peluasan skop dan mekanisme semak dan imbang, dimaklumkan bahawa skop bagi inisiatif PPS Kebangsaan ini telah diperincikan dan dihadkan kepada sektor komunikasi dan multimedia serta aktiviti yang dilesenkan di bawah Akta 588 dan terhad kepada perkara yang berhubung secara langsung dengan kemudahan rangkaian perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi, network facilities, network services dan juga application services dengan izin.
Tambahan lagi inisiatif PPS Kebangsaan perlu memenuhi kriteria di mana ia berkait dengan pemeliharaan keselamatan negara yang selaras dengan matlamat Akta 588. Ini jelas berada di bawah bidang kawal selia yang diperuntukkan kepada suruhanjaya. Mekanisme semak imbang yang sewajar telah dimasukkan di dalam kerangka PPS sedia ada adalah bagi inisiatif PPS Kebangsaan di mana penentuan keselamatan negara adalah dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara berdasarkan Akta Majlis Keselamatan Negara 2019 [Akta 776].
Pendekatan ini memastikan kuasa Menteri digunakan secara terarah dan tidak dibaca sebagai kuasa terbuka untuk menentukan perkara berkaitan keselamatan negara. Kementerian juga mengambil maklum mengenai sasaran bagi mengkaji kesesuaian badan pengenaan PPS ke atas penyelia rangkaian perkhidmatan atau aplikasi dipindahkan kepada pengguna akhir.
Dalam perihal ini, adalah dimaklumkan bahawa dana PPS adalah berteraskan sumbangan pemegang lesen di bawah Akta 588 berdasarkan peratusan yang ditetapkan di bawah yang ditetapkan yang perlu disalurkan ke dalam Kumpulan Wang PPS yang telah ditubuhkan di bawah seksyen 204 [Akta 588].
Kumpulan Wang PPS merupakan satu Kumpulan Wang Amanah khusus yang hanya boleh digunakan bagi maksud PPS sebagaimana yang ditetapkan di bawah Akta 588 iaitu berkaitan dengan pemasangan kemudahan rangkaian dan penyediaan perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi atau kedua-duanya.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Dalam hal ini, pemegang lesen mempunyai tanggungjawab bersama untuk menyediakan perkhidmatan yang akan memberikan manfaat kepada masyarakat umum. Justeru, tidak timbul isu pemindahan menggunakan PPS kepada pengguna terakhir.
Kementerian ingin menegaskan bahawa cadangan pindaan ini yang dikemukakan tidak menjejaskan tujuan asas PPS walaupun inisiatif PPS Kebangsaan tidak terhad dan ataupun atau tertakluk kepada kawasan kurang liputan ataupun kumpulan masyarakat kurang dari mendapat perkhidmatan semata-mata, kawasan dan juga kumpulan tersebut tetap merupakan sebahagian daripada pengguna akhir yang akan menerima manfaat daripada inisiatif yang meningkatkan keselamatan, daya tahan, kebolehpercayaan dan juga kesinambungan perkhidmatan komunikasi negara.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Dan untuk makluman semua, di bawah JENDELA fasa 1, sebenarnya setakat 30 Jun 2026, pencapaian inisiatif Pelan JENDELA yang telah direkodkan di seluruh negara adalah seperti berikut.
Sejumlah 10.02 juta premis tersedia dengan capaian gentian optik dan kadar liputan Internet di kawasan berpenduduk telah pun mencapai sebanyak 99.73 peratus dan kelajuan median muat turun jalur lebar mudah alih adalah sebanyak 154.37mbps. Dan untuk projek-projek JENDELA fasa 1 untuk sebanyak 1,661 projek, sehingga kini hanyalah 10 lagi projek yang masih dalam pelaksanaan.
Dan selain daripada itu, MCMC sedang melaksanakan projek JENDELA 2 di peringkat nasional. Dokumen permintaan cadangan ataupun request for proposal bagi JENDELA 2 kumpulan satu telah dikemukakan pada 31 Mac 2026 yang melibatkan 1,000 tapak. Projek ini dijangka akan bermula pada suku ketiga 2026 dan akan siap secara berperingkat.
Pelaksanaan projek ini melalui penyediaan dua jenis bentuk penyelesaian iaitu perkhidmatan seluruh awam 4G ataupun gabungan 4G dan 5G, jika bersesuaian, ataupun perkhidmatan jalur lebar melalui satelit bergantung kepadatan penduduk, bentuk muka bumi dan juga ketersediaan infrastruktur di tapak.
Jadi, saya percaya bahawa walaupun sekarang kita memperluaskan skop dana USP ini, tetapi tujuan asas untuk kita wujudkan dana USP ini tidak akan terjejas.
Ini kerana di bawah kementerian, melalui MCMC memanglah sekarang kita juga ada satu projek JENDELA 2 yang akan bermula pada suku ketiga. Ini adalah untuk
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
memastikan bahawa kawasan-kawasan pedalaman, di mana liputan Internet masih kurang memuaskan akan juga ditambah baik lagi.
Selain daripada itu, Ahli-ahli Yang Berhormat juga ada sentuh tentang isu kebebasan media sebagai satu hak asasi manusia. Saya tidak akan menafikan bahawa sebenarnya kebebasan media ini adalah satu kebebasan yang sangat- sangat penting.
Tetapi, pada masa yang sama, bolehlah saya juga merujuk kepada sesi jawab pada 7 Julai yang lalu, di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa menjawab soalan tambahan Yang Berhormat Tampin telah juga menegaskan bahawa sebarang aduan terhadap wartawan daripada organisasi media yang diiktiraf tidak lagi membawa kepada tindakan automatik, sebaliknya perlulah dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Media Malaysia.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkata, mekanisme ini diwujudkan bagi memastikan sebarang tindakan terhadap pengamal media dibuat secara lebih adil, telus dan juga bebas, sekali gus mengelakkan wartawan diheret ke dalam siasatan ataupun pendakwaan tanpa penelitian yang sewajarnya.
Pendirian Kementerian Komunikasi dan juga kementerian MADANI adalah wartawan tidak sepatutnya mudah dikenakan tindakan hanya kerana terdapat aduan daripada mana-mana pihak dan Majlis Media Malaysia (MMM) boleh dan akan menjadi mekanisme semakan awal sebelum sebarang tindakan diambil.
Penubuhan MMM merupakan antara langkah kerajaan memperkukuh kebebasan media secara bertanggungjawab di samping memastikan profesion kewartawanan terus dilindungi dalam kerangka undang-undang negara. Sepanjang tempoh setahun lalu, tiada kes pendakwaan yang membabitkan wartawan walaupun pelbagai aduan telah pun diterima daripada pelbagai pihak.
Ada seorang Ahli Yang Berhormat juga sebut tentang isu penipuan dalam talian. Saya hendak cari angka untuk berkongsi dengan Ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, bahawa memang kita tidak boleh menafikan bahawa kandungan yang berunsur penipuan dalam social media, media sosial sekarang semakin meningkat. Pada tahun 2023, penurunan kandungan yang berunsur penipuan adalah sebanyak 6,297, dan pada tahun 2024, angka ini telah meningkat ke 63,652. Dan untuk tahun yang lalu, angka ini sekali lagi meningkat ke 98,503 kandungan. Dan untuk tahun ini, setakat 30 Jun sahaja, angka ini telah mencatat 93,599 kes.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Untuk makluman Yang Berhormat, kita faham dan setuju bahawa tindakan untuk padam kandungan-kandungan yang berunsur penipuan ini adalah tidak memadai, tidak mencukupi. Oleh sebab itu, di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian, MCMC juga telah mengemukakan risk mitigation code, di mana kita sekarang telah mewajibkan platform provider untuk menggesa identiti mereka yang buat iklan dekat platform mereka, di mana sekiranya platform itu adalah satu platform yang dilesenkan di bawah MCMC iaitu satu platform media sosial yang mempunyai lebih daripada lapan juta pengguna, mereka adalah terikat di bawah risk mitigation code ini. Dan kita harap bahawa dengan kuat kuasa risk mitigation code ini, kita boleh nampak bahawa kes-kes penipuan dalam talian ini boleh ditangani dengan lebih bagus.
Selain daripada itu, kita juga akui bahawa program-program literasi digital adalah sangat penting. Oleh sebab itu, sejak tahun 2025, Kementerian Komunikasi bersama MCMC telah wujud Kempen Internet Selamat. Setakat 30 Jun 2026, program Kempen Internet Selamat telah dilaksanakan sebanyak 12,446 program dengan capaian sebanyak 2.1 juta audience. Kita akan terus bekerjasama dengan KPM, KPT dan juga NGO-NGO, stakeholders yang lain untuk memastikan bahawa kita bolehlah memastikan literasi digital di kalangan rakyat Malaysia akan dipertingkatkan lagi.
Soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Kluang sebenarnya bukanlah di bawah RUU yang dicadangkan ini, tetapi adalah RUU kedua yang saya akan bentang selepas penyelesaian RUU ini. Jadi, mungkin saya akan bagi penjelasan terhadap isu-isu yang dibangkit oleh Ahli Yang Berhormat Kluang sebentar lagi.
Sekian sahaja penjelasan saya, sekira tiada sebarang pertanyaan lagi daripada Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Okey. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa]
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
[Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi (Sri Aman) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pengangkutan (Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah) dan diluluskan]
Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Dipersilakan Yang Berhormat Menteri untuk kemukakan rang udang-undang ini. Silakan.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Puan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2026 dibacakan untuk kali kedua sekarang.
Puan Yang di-Pertua, Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 [Akta 589] merupakan suatu akta yang memperuntukkan penubuhan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang mempunyai kuasa untuk menyelia dan mengawal aktiviti-aktiviti komunikasi dan multimedia di Malaysia dan menguatkuasakan undang-undang komunikasi dan multimedia dan perkara yang berkaitan.
Dalam beberapa dekad ini, industri komunikasi dan multimedia telah melalui perubahan yang pesat dipacu oleh kuasa ekonomi dan inovasi dalam pelbagai bidang teknologi. Pada masa kini, peranan SKMM dalam industri komunikasi dan multimedia tidak hanya terhad kepada fungsi kawal selia, malah merangkumi fungsi pemantauan terhadap keperluan membangunkan industri komunikasi dan
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
multimedia agar selari dengan perkembangan dan kehendak semasa industri di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Bagi memastikan MCMC kekal mampan dalam mengawal selia dan membangunkan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia, Akta 589 wajar dipinda untuk memperkukuh keupayaan MCMC dalam mengawal selia industri yang berkembang pesat dan berdepan dengan pelbagai cabaran, menambah baik peranan serta fungsinya dalam pembangunan industri komunikasi dan multimedia, di samping memantapkan aspek tadbir urus dan perkara-perkara operasi yang berkaitan.
Secara amnya, cadangan pindaan ke atas Akta 589 melibatkan perkara- perkara berikut:
Pertama, fungsi pembangunan. Memperjelaskan kuasa MCMC untuk membangunkan dan mengawal selia piawaian berhubung perkara-perkara yang berikut:
(a) infrastruktur dan juga platform yang mempromosikan kesalinghubungan, memperkukuh kepercayaan dan memacu perkembangan industri komunikasi dan multimedia, sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi negara secara menyeluruh.
Usaha ini turut membantu dalam menambahbaikkan liputan komunikasi, memperkasakan kualiti perkhidmatan dan merangsang pembangunan industri komunikasi dan multimedia dalam negara; dan
(b) keselamatan, perlindungan keselamatan, kewibawaan dan keutuhan aset maklumat rangkaian komunikasi dan perkhidmatan yang disediakan melalui rangkaian komunikasi.
Perkara ini berkait rapat dalam perihal keselamatan, rangkaian dan siber di bawah bidang kuasa SKMM.
Kedua, tadbir urus. Perubahan kepada komposisi keanggotaan SKMM dengan meningkatkan bilangan maksimum wakil daripada pihak selain Kerajaan Persekutuan kepada tujuh orang, sekali gus menambahkan bilangan maksimum anggota MCMC daripada sembilan orang kepada 11 orang. Selain itu, pindaan ini turut memperuntukkan secara khusus bahawa Ketua Setiausaha kementerian yang bertanggungjawab terhadap portfolio komunikasi dan multimedia hendaklah dilantik sebagai anggota ex officio mewakili Kerajaan Persekutuan.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Kedua, memperuntukkan keperluan kepakaran dalam kalangan anggota SKMM bagi wakil daripada pihak selain daripada pihak Kerajaan Persekutuan yang akan dilantik agar suatu standard yang jelas dan juga telus berhubung pelantikan anggota MCMC dapat diperlihatkan.
Tiga, Pengerusi MCMC tidak dibenarkan menjadi Ahli Parlimen atau mana- mana Dewan Undangan bagi memastikan kebebasan Pengerusi MCMC, memandangkan Pengerusi MCMC juga menjadi sebahagian daripada pihak yang mentadbir MCMC dalam kapasitinya sebagai ketua pegawai eksekutif. Bagi tujuan kejelasan, turut dinyatakan bahawa Pengerusi MCMC merupakan pekerja MCMC.
Selain daripada itu, menjelaskan tempoh jawatan pengerusi dan juga anggota MCMC yang lain kecuali anggota ex officio di mana pengerusi dan juga anggota yang lain hendaklah dilantik untuk tempoh dua tahun dan layak dilantik semula bagi tempoh yang sama, tetapi tidak boleh memegang jawatan untuk lebih daripada lima tempoh. Pengerusi dan juga anggota MCMC yang lain, kecuali anggota ex officio, bolehlah dilantik memegang jawatan yang lain sama ada sebagai pengerusi ataupun anggota tertakluk kepada lima tempoh.
Pelantikan orang lain oleh Menteri sebagailah Pengerusi MCMC sekiranya Pengerusi MCMC tidak dapat melaksanakan kewajipan jawatannya selama tempoh enam bulan berturut-turut tanpa kebenaran Menteri. Dalam pelantikan ini, pengerusi sebelumnya akan terhenti daripada menjadi anggota MCMC. Ini dapat memberikan kejelasan tentang keadaan dan juga proses yang terpakai apabila seseorang itu terhenti daripada menjadi seorang pengerusi.
Memperuntukkan keperluan untuk mendaftarkan arahan Menteri yang dikeluarkan di bawah seksyen 18 Akta 589 yang mana keperluan yang serupa telah pun diperuntukkan bagi arahan-arahan Menteri yang dikeluarkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] dan jugalah Akta Perkhidmatan Pos 2012 [Akta 741]. Selain itu, turut diperuntukkan keperluan untuk lah mewujudkan suatu daftar bagi arahan Menteri yang dikeluarkan.
Ketiga, operasi MCMC. Memperjelaskan kuasa MCMC untuk menjalankan audit ke atas sebarang maklumat dan aktiviti pemegang lesen atau mana-mana orang yang menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan sistem komunikasi.
Ini adalah selaras dengan kuasa mengaudit yang terkandung di dalam seksyen 73A dan jugalah 73B Akta 588.
Penjelasan mengenai pembayaran penalti kewangan yang dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Ini
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
adalah selaras dengan mengenakan penalti kewangan bagi kesalahan-kesalahan tertentu seperti ketidakpatuhan kepada standard mandatori dan juga kod industri sukarela yang diperkenalkan di bawah Akta 588.
Pemberian kuasa kepada MCMC untuk menerbitkan maklumat berhubung, antara lain, kesalahan yang dilakukan di bawah undang-undang komunikasi dan multimedia yang dikawal selia oleh MCMC. Ini boleh dijadikan sebagai salah satu peralatan penguatkuasaan, enforcement tools, dengan izin, bagi mengekang perlakuan kesalahan di bawah undang-undang komunikasi dan multimedia.
Peningkatan nilai had kewangan sedia ada ke atas kontrak yang boleh dimasukkan oleh MCMC. Pada masa ini, MCMC perlu mendapatkan persetujuan daripada Menteri Kewangan untuk sebarang kontrak yang bernilai lebih daripada RM5 juta.
Had ini dicadangkan untuk dinaikkan kepada RM50 juta dengan mengambil kira peningkatan nilai kontrak yang melibatkan MCMC dan juga Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (Peraturan Perolehan Badan Berkanun Persekutuan) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan memberikan fleksibiliti kepada MCMC berhubung syarat perkhidmatan pekerjanya selaras dengan kedudukan autonomi yang diberikan kepada MCMC dalam perihal pengambilan pekerja.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Dato’ Sri Puan Yang di-Pertua, RUU Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2026 ini mengandungi 17 fasal secara keseluruhan.
Fasal-fasal adalah seperti berikut. Fasal 2, meminda seksyen 3, Akta 589 untuk memasukkan takrif baharu, ‘sistem komunikasi’ dan pindaan rujukan dalam takrif sedia ada, 'Pengerusi’.
Fasal 3 menggantikan seksyen 6, Akta 589 berhubung dengan komposisi keanggotaan SKMM iaitu pertama, seorang pengerusi hendaklah bukan anggota mana-mana Ahli Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan. Kedua, tiga orang anggota MCMC yang mewakili Kerajaan Persekutuan, yang mana salah seorang daripadanya hendaklah Ketua Setiausaha bagi kementerian yang dipertanggungjawab dengan tanggungjawab bagi komunikasi dan multimedia, anggota ex officio.
Ketiga, bilangan maksimum anggota lain iaitu selain daripada yang mewakili Kerajaan Persekutuan dinaikkan daripada lima kepada tujuh anggota dan anggota lain iaitu selain daripada yang mewakili Kerajaan Persekutuan yang dilantik hendaklah seseorang yang mempunyai pengalaman dan juga pengetahuan dalam
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
perkara yang berhubungan dengan komunikasi dan multimedia, kewangan, kejuruteraan, perdagangan, perundangan, ekonomi, pentadbir awam, persaingan dan juga perlindungan pengguna, sains sosial atau apa-apa kelayakan lain yang sesuai yang ditentukan oleh Menteri.
Kelima, anggota MCMC hendaklah bukan merupakan pekerja MCMC melainkan pengerusi yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif.
Fasal 4, menggantikan seksyen 10, Akta 589 mengenai tempoh jawatan pengerusi dan juga anggota MCMC lain iaitu selain daripada pengerusi, di mana peruntukan mengenai tempoh jawatan tersebut diperuntukkan dalam peruntukan yang berasingan dengan kedua-dua pengerusi dan anggota MCMC lain iaitu selain daripada ex officio, hendaklah dilantik selama tempoh dua tahun dan layak untuk dilantik semula bagi tempoh yang sama. Tetapi tidak boleh memegang jawatan lebih daripada lima tempoh, sama ada terus menerus ataupun selainnya.
Pindaan ini juga memperjelas bahawa seseorang yang telah dilantik sebagai pengerusi di bawah perenggan 6(1)(a) atau sebagai mana-mana anggota lain di bawah perenggan 6(1)(b) atau pun (c) kecuali anggota ex officio selepas melengkapkan tempoh maksimum jawatannya selama lima tempoh di bawah perenggan 10(1)(a) atau pun (b) sama ada secara berterusan atau selainnya adalah layak untuk dilantik sebagai pengerusi di bawah perenggan 6(1)(a) atau sebagai anggota MCMC di bawah perenggan 6(1)(b) atau (c) dan hendaklah memegang jawatan itu bagi tempoh yang sama yang dinyatakan dalam perenggan 10(1)(a) atau
(b).
Fasal 5, meminda seksyen 13, Akta 589 untuk memperuntukkan asas pengosongan jawatan pengerusi sekiranya dilantik atau dipilih sebagai Ahli Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan selaras dengan pindaan kepada seksyen 6, Akta 589.
Fasal 6, memasukkan seksyen baharu 14A ke dalam Akta 589 bagi mengadakan peruntukan pemberhentian pelantikan pengerusi sekiranya pengerusi tidak hadir bertugas atau daripada Malaysia atau tidak dapat melaksanakan tugas jawatannya selama enam bulan berturut-turut tanpa kebenaran menteri kerana apa- apa sebab dan Menteri hendaklah melantik orang lain untuk menjadi pengerusi menurut Akta 589 dan selepas pelantikan tersebut, bekas pengerusi adalah terhenti daripada menjadi anggota MCMC.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Fasal 7, meminda seksyen 16, Akta 589 untuk memperjelaskan fungsi MCMC berhubung perkara-perkara berikut. Pertama, membangun dan mengawal selia piawaian berkenaan:
(i) Infrastruktur dan platform yang akan menggalakkan saling kendalian, kepercayaan dan memacu pembangunan industri komunikasi dan multimedia dan ekonomi Malaysia yang lebih luas.
(ii) Keselamatan. Perlindungan keselamatan, kewibawaan dan keutuhan aset maklumat, rangkaian komunikasi dan perkhidmatan yang disediakan melalui rangkaian komunikasi dan kedua, mengaudit mana-mana pemegang license atau mana-mana orang lain yang menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan sistem komunikasi.
Fasal 8, pindaan editorial kepada seksyen 17, Akta 589.
Fasal 9, meminda seksyen 18, Akta 589 untuk memperuntukkan mengenai keperluan untuk setiap arahan menteri didaftarkan oleh MCMC. Tarikh berkuat kuasa dan tarikh habis tempoh arahan Menteri itu dan kuasa Menteri untuk mengubahsuai dan membatalkan arahan itu.
Fasal 10, memasukkan seksyen baharu 18A ke dalam Akta 589 untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan pendaftaran arahan menteri dan keperluan untuk menyenggara suatu daftar dalam kedua-dua bentuk fizikal dan juga media elektronik.
Fasal 11, pindaan editorial kepada seksyen 20, Akta 589.
Fasal 12, pindaan editorial kepada seksyen 21, Akta 589.
Fasal 13, meminda seksyen 23, Akta 589 untuk memberikan fleksibiliti kepada MCMC dalam menentukan syarat perkhidmatan pekerjanya.
Dan fasal 14, meminda seksyen 38, Akta 589 untuk membolehkan penalti kewangan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Fasal 15, meminda seksyen 45, Akta 589 untuk menaikkan hak nilai kontrak yang boleh dibuat oleh MCMC tanpa keperluan untuk mendapatkan kelulusan menteri dan persetujuan Menteri Kewangan daripada tidak melebihi RM5 juta kepada tidak melebihi RM50 juta.
Fasal 16, memasukkan seksyen baharu 53A ke dalam Akta 589 untuk memberi MCMC kuasa untuk menyekat maklumat mengenai perkara-perkara
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
tertentu termasuk mana-mana prosiding sivil ataupun jenayah yang diambil oleh MCMC dan kompaun yang dikeluarkan oleh MCMC.
Dan fasal 17, memperuntukkan mengenai kecualian dan peralihan. Secara tuntasnya, cadangan pindaan Akta 589 ini adalah sebagai usaha untuk mengukuhkan peranan, fungsi, tadbir urus dan perjalanan operasi SKMM dalam memantapkan aktiviti pengawal seliaan berkaitan komunikasi dan multimedia di negara ini dan seterusnya, menyumbang kepada pembangunan industri ini yang lebih tertumpu, kompeten dan efisien.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Baiklah. Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Saya menyokong.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Baiklah. Di hadapan saya ada senarai nama-nama pembahas. Ada seramai 15 orang. Saya akan baca. Yang pertama, Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Sipitang, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Arau dan setiap orang akan diberi masa lapan minit untuk berbahas.
Minta Yang Berhormat YB Keningau. Silakan Yang Berhormat. Lapan minit Yang Berhormat ya.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua sekali lagi kerana memberikan saya peluang membahas Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2026.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Secara prinsipnya, saya menyokong usaha kerajaan memperkukuhkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia supaya lebih berdaya tahan menghadapi perkembangan teknologi digital yang semakin pesat. Saya melihat pindaan ini memberi fokus kepada tiga perkara utama iaitu memperkukuhkan fungsi pembangunan SKMM, menambah baik tadbir urus serta memperkemas aspek operasi dan penguatkuasaan. Ini adalah langkah yang baik untuk memastikan SKMM kekal relevan dalam era ekonomi digital dan keselamatan siber yang semakin mencabar.
Puan Speaker, walau bagaimanapun kuasa yang lebih besar mestilah sentiasa disertai dengan akauntabiliti yang lebih tinggi. Saya menyambut baik cadangan supaya Pengerusi SKMM tidak boleh menjadi anggota mana-mana badan perundangan kerana ini dapat meningkatkan kebebasan institusi serta mengelakkan persepsi campur tangan politik dalam badan pengawal selia negara.
Begitu juga dengan memperkenalkan syarat pengalaman dan kepakaran kepada anggota SKKM. Saya percaya badan yang mengawal selia industri bernilai berbilion ringgit ini perlu dipimpin oleh individu yang benar-benar mempunyai kepakaran dalam bidang komunikasi, teknologi, ekonomi, kejuruteraan, perundangan dan perlindungan pengguna.
Saya juga menyokong langkah mewajibkan setiap arahan Menteri didaftar sebelum dikuatkuasakan. Langkah ini meningkatkan ketelusan dan memudahkan semakan oleh semua pihak berkepentingan.
Namun, saya ingin membawa perspektif Sabah. Apabila kita bercakap mengenai pembangunan industri komunikasi, kita tidak boleh hanya melihat kepada pembangunan teknologi semata-mata. Pembangunan mestilah turut diterjemahkan kepada akses yang adil kepada rakyat. Namun masih lagi terdapat banyak kawasan di pedalaman Sabah termasuklah Keningau, Sook, Nabawan, Tulid dan kawasan sekitarnya yang berhadapan dengan liputan Internet yang lemah atau tidak stabil.
Justeru saya berharap apabila SKMM diberikan fungsi pembangunan yang lebih luas, keutamaan turut diberikan kepada penyediaan infrastruktur komunikasi di kawasan luar bandar supaya jurang digital antara Semenanjung dan Sabah dapat terus dirapatkan. Ini juga selaras dengan matlamat pindaan yang mahu meningkatkan liputan, kualiti dan keupayaan infrastruktur komunikasi negara. Selain itu, apabila SKMM diberikan kuasa yang lebih luas berkaitan keselamatan siber dan penyiaran maklumat.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Saya berharap pelaksanaannya akan sentiasa berpandukan kepada prinsip ketelusan, profesionalisme dan keadilan. Setiap tindakan penguatkuasaan hendaklah mempunyai justifikasi yang jelas. Setiap tindakan, setiap keputusan penting hendaklah boleh disemak mengikut lunas undang-undang dan setiap penggunaan kuasa hendaklah sentiasa menghormati hak rakyat untuk mendapatkan maklumat serta kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan selagi AI tidak menjelaskan— ia tidak menjejaskan keselamatan negara atau melanggarkan undang-undang negara.
Puan Speaker, pindaan undang-undang yang baik bukan sahaja menambah kuasa kepada sesebuah institusi tetapi turut meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan institusi-institusi kerajaan. Saya berharap juga selepas pindaan ini diluluskan, SKMM akan menjadi sebuah badan pengawal selia yang lebih profesional, bebas, telus dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.
Saya berharap juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan lebih telus. Kuasa yang besar mestilah datang bersama dengan akauntabiliti yang tinggi.
Setiap tindakan menyekat kandungan hendaklah mempunyai justifikasi yang jelas.
Setiap keputusan besar hendaklah boleh disemak. Setiap penggunaan kuasa hendaklah tertakluk kepada prinsip keadilan asasi. Ini bukan soal melemahkan kerajaan, ini soal mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan. Dengan itu Puan Speaker, saya Keningau menyokong. Terima kasih.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Baiklah. Terima kasih Yang Berhormat Keningau. Sekarang Majlis ingin menjemput Yang Berhormat Pasir Mas.
Lapan minit Yang Berhormat ya.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Saya ingin menumpukan perbahasan saya kepada fasal 3 rang undang- undang ini yang meminda seksyen berkaitan keanggotaan suruhanjaya, khususnya mengenai pelantikan Pengerusi MCMC.
Kerajaan menggambarkan pindaan ini sebagai satu reformasi besar kerana selepas ini Pengerusi MCMC tidak lagi boleh terdiri daripada Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri. Pada pandangan saya, langkah ini satu langkah yang baik
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
tetapi hanyalah pembaharuan yang bersifat agak kosmetik. Ia mungkin merubah wajah institusi tapi tidak mengubah struktur kuasa yang sebenar.
Persoalan yang lebih besar ialah siapakah yang mempunyai kuasa untuk memilih pengerusi tersebut? Selagi kuasa melantik masih berada sepenuhnya di tangan Menteri, maka dakwaan bahawa MCMC telah dibebaskan daripada pengaruh politik hanyalah satu persepsi yang cuba dibina bukan satu realiti yang benar-benar diwujudkan melalui undang-undang.
Dalam sebuah negara yang mengamalkan tadbir urus yang moden, kebebasan sesebuah badan kawal selia tidak diukur berdasarkan latar belakang individu yang dilantik semata-mata, ia diukur berdasarkan mekanisme pelantikan.
Sebab itu apabila kerajaan mengatakan bahawa MCMC akan lebih bebas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah sebenarnya yang berubah?
Adakah Menteri kehilangan kuasa melantik? Tidak. Adakah Parlimen diberikan kuasa menyemak calon yang dicadangkan? Tidak. Adakah rakyat diberi peluang mengetahui proses pemilihan calon? Juga tidak.
Maka, apakah reformasi yang sebenarnya berlaku? Lebih menghairankan, saya memetik nota rasmi RUU ini sendiri yang menjadikan United Kingdom sebagai contoh terbaik melalui model Ofcom. Namun, saya melihat kerajaan hanya mengambil sebahagian daripada model tersebut.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Di United Kingdom, pelantikan pengerusi Ofcom tidak berlaku secara tertutup. Ia melalui proses yang jauh lebih telus di bawah Governance Code on Public Appointments, dengan izin. Calon dipilih melalui proses terbuka, dinilai oleh panel bebas berdasarkan merit dan bagi jawatan yang strategik, calon akan hanya menjalani sesi pre-appointment scrutiny di hadapan Jawatankuasa Pilihan House of Commons.
Ahli-ahli Parlimen berhak menyoal calon tersebut mengenai pengalaman, integriti, kebebasan serta konflik kepentingan sebelum pelantikan dimuktamadkan.
Di Malaysia, semua mekanisme ini tidak wujud. Menteri memilih, Kabinet meluluskan. Selepas itu, rakyat hanya dimaklumkan bahawa seseorang telah dilantik. Tidak ada sesi pendengaran awam, tidak ada semakan oleh Jawatankuasa
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Pilihan Khas Parlimen, tidak ada penjelasan mengapa individu itu dipilih berbanding calon-calon yang lain. Maka, bagaimana kerajaan boleh mendakwa bahawa proses ini benar-benar bebas daripada pengaruh politik?
Sebab itu selagi kuasa ini hanya tertumpu pada Menteri semata-mata, saya bimbang ia akan lebih membuka peluang kepada Menteri untuk menyalahgunakan kuasa. Menteri hari ini mungkin seorang Menteri yang baik, saya ucapkan tahniah, baru dapat gelaran Dato’ Seri tetapi kita tak tahu selepas daripada ini Menteri yang macam mana.
Ada juga pelantikan pengarah-pengarah yang hanya diputuskan oleh Menteri sehingga Timbalan Menteri terpaksa buat teguran secara terbuka terhadap pelantikan, terhadap kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh penjawat-penjawat jawatan yang dilantik oleh Menteri. Saya fikir Timbalan Menteri tahu isu apa yang saya maksudkan.
Jadi, ini menunjukkan bahawa kadang-kadang dalam manifesto pilihan raya, saya tengok dalam manifesto ‘Kita Boleh’, pelantikan apa-apa jua SPRM sebagai contoh, dibentangkan dalam Parlimen, tiba-tiba MCMC ini nak buat undang-undang, Menteri yang melantik. Jadi, apa yang berlaku ini seolah-olah telah menyalahi prinsip kita sendiri. Bila menyalahi prinsip sendiri, maka saya yakin ia tidak akan mendapat sokongan sepenuhnya di pihak kerajaan.
Saya takut dan bimbang, takut-takut berlaku macam semalam di Melaka.
DAP Melaka telah isytihar keluar daripada Kerajaan Negeri Melaka. Saya setuju dan tahniah kepada DAP Melaka. Cuma, saya tak faham kenapa Alor Gajah masih berada di dalam Kerajaan Negeri Melaka. Itu contoh, Timbalan Pengerusi.
Baik, jadi kalau kerajaan benar-benar mahu menjadikan Ofcom sebagai model, maka ikutlah model itu secara menyeluruh. Jangan hanya mengambil bahagian yang sesuai dengan kehendak kerajaan. Begitu juga kita melihat kepada Amerika Syarikat. Pengerusi Federal Communications Commission (FCC).
Sememangnya dilantik oleh Presiden tetapi setiap pesuruhjaya FCC mesti terlebih dahulu mendapat pengesahan Senat. Ini bermaksud calon tersebut perlu hadir dalam sesi pendengaran awam, menjawab soalan mengenai dasar, integriti, konflik kepentingan dan visi mereka terhadap industri komunikasi.
Di Kanada pula, pelantikan anggota Canadian Radio-television and Telecommunications Commission (CRTC) dibuat melalui proses pencalonan yang terbuka. Kekosongan jawatan diiklankan secara umum, syarat kelayakan diterbitkan secara jelas dan calon dinilai berdasarkan merit sebelum pelantikan dibuat.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Jadi, apabila pengerusi MCMC dalam rang undang-undang yang dicadangkan ini dilantik dengan kuasa Menteri, saya bimbang ia hanya akan membawa konotasi ia merupakan hanya pelantikan politik semata-mata. Kalau ia lantikan politik, saya bimbang MCMC ini bukan lagi merupakan sebuah jabatan kerajaan yang bertindak dengan secara telus tetapi ia hanya bertindak melalui telunjuk kerajaan yang berkuasa.
Ini sudah berlaku pada hari ini. Saya ambil contoh, soalan PMQT saya kepada Perdana Menteri minggu lepas berkenaan laman Facebook troll iaitu Harakatdaily. Bila saya tanya kenapa Harakatdaily ini tidak diambil tindakan?
Perdana Menteri kata kalau ada aduan, kita boleh ambil tindakan. Saya banyak aduan terhadap troll Harakatdaily ini.
Antaranya, laporan polis yang dibuat pada 13 April 2025, di mana? Di Dang Wangi. Apa nombor report-nya? SETAPAK/006141/25, ini nombor report-nya.
Makna, laporan polis ada. Ini baru satu, banyak lagi dan Harakatdaily ini telah menyentuh isu 3R.
Contoh, dalam satu posting bulan April lepas, “Exco PAS Terengganu cadang wujudkan Tadika PASTI dalam Istana Terengganu, berucap merangkap macam cerita Gerakan”, ujarnya ringkas. Ini posting dalam Harakatdaily. Ini menyentuh maruah 3R, menyentuh maruah istana. Kenapa kerajaan tak boleh nak ambil tindakan terhadap isu 3R ini?
Betul, mungkinlah troll dan politik ataupun satira ini tidak merupakan satu kesalahan tetapi menyentuh 3R ini satu kesalahan tapi kerajaan sehingga sekarang seolah-olah bertindak menutup sebelah mata bila melibatkan laman-laman ataupun akaun-akaun palsu yang menyebelahi kerajaan. Ini baru satu. Kalau kita tengok, banyak lagi.
Antara contoh, laman akaun TikTok, Omg Oh My Media yang dipetik, disalah petik oleh Perdana Menteri sendiri dalam Dewan ini dalam isu tuduhan terhadap Pagoh pada waktu itu. Tidak diambil tindakan oleh kerajaan. Jadi, saya bimbang apa yang dibentang oleh kerajaan pada hari ini, satu lagi kosmetik politik yang dibentangkan di dalam Dewan atas nama reformasi. Ia tidak menjanjikan apa-apa.
Kita tahu bahawa MCMC ini mempunyai kuasa sangat besar. Ia mengawal selia syarikat telekomunikasi, penyedia platform digital, pemberian lesen, penguatkuasaan undang-undang komunikasi, audit terhadap pemegang lesen.
Dalam keadaan kuasa MCMC semakin diperluaskan melalui rang undang-undang ini, maka proses pelantikan pengerusinya juga sepatutnya menjadi semakin telus
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
bukannya kekal tertumpu kepada kuasa Menteri. Ia wajib dibentangkan dalam Parlimen melalui mekanisme Jawatankuasa Pilihan Tetap dan sebagainya supaya ia lebih lagi memperlihatkan aspirasi kerajaan untuk menjadikan MCMC ini bukan badan yang ditunggang secara politik.
Dato' Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh fasal 15 yang menaikkan had nilai kontrak yang ditandatangani oleh MCMC tanpa kelulusan Menteri atau Menteri Kewangan. Daripada RM5 juta kepada RM50 juta. Saya tidak pertikaikan soal nak naik ini tetapi kenapa penyelesaiannya mesti melonjak 10 kali ganda?
Kalau kita tahu bahawa satu jalan itu tak sesuai lagi 50 kilometer sejam, tiba- tiba kita naikkan 500 kilometer sejam. 10 kali ganda bukan satu angka yang kecil. Ini analogi mudah. Seorang bapa bagi kad kredit kat anak, dulu had RM5,000, jadi RM50,000. Jadi saya nak tanya, apakah relevannya angka ini? Kenapa RM50 juta?
Kenapa bukan RM10 juta, RM20 juta dan bagaimana kajian buktikan RM50 juta itu satu angka yang paling sesuai?
Apa pun, saya setuju ia dinaikkan. Memang RM5 juta ini sudah tidak sesuai dalam situasi pada hari ini. Yang paling penting Dato' Yang di-Pertua, ialah soal pelantikan pengerusi dan jawatankuasa MCMC yang saya sebutkan tadi perlu untuk diperjelaskan dan perlu untuk dibentang dalam Parlimen terlebih dahulu supaya ia menyamai atau menghayati semangat reformasi yang sering dilaungkan oleh kerajaan. Jika ini tidak dibaiki, maka kita tidak menolak kemungkinan rang undang- undang ini terpaksa ditolak dan diundi secara belah bahagi pada hari ini. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullah, salam sejahtera Yang Berhormat Timbalan Menteri dan semua Ahli Parlimen sekalian.
Saya ingin tegaskan daripada awal supaya kita tidak keliru. Kita tidak menolak usaha kerajaan untuk memperkukuhkan SKMM ini. Hari ini ada banyak scam, ada banyak penipuan dalam talian, ada banyak ancaman-ancaman siber.
SKMM perlu menjadi pelindung yang lebih berkesan kepada rakyat. Itu kita sokong tetapi apa yang dibangkitkan, sama juga seperti yang dibangkitkan oleh sebahagian sahabat-sahabat Ahli Parlimen yang lain.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Bila kita bagi kuasa yang besar kepada SKMM ini, kerajaan juga mesti memberi perlindungan yang besar kepada rakyat kerana akhirnya nanti SKMM akan menguatkuasakan undang-undang dan undang-undang itu dikenakan terhadap rakyat.
Itulah semangat semak dan imbang yang kita bahaskan dalam Dewan pada petang ini. Dato' Yang di-Pertua, saya cadangkan lima penambahbaikan untuk memperkasakan SKMM ini. Pertama, sama seperti apa yang telah disebut oleh Pasir Mas tadi. Mengenai pelantikan pengerusi dan anggota suruhanjaya. Saya cadangkan supaya ianya melibatkan Parlimen, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bukannya dilantik dan ditentukan oleh Menteri semata-mata.
Sebuah suruhanjaya diwujudkan kerana ada perkara yang memerlukan pertimbangan yang bebas, yang profesional, yang berkecuali daripada pengaruh politik. Kalau semua proses-proses penting ini akhirnya kembali kepada Menteri, maka rakyat akan terus persoalkan kebebasan suruhanjaya ini. Suruhanjaya bukan sahaja mesti bebas tapi mesti dilihat bebas.
Kedua, saya cadangkan SKMM diwajibkan membentangkan laporan prestasi, penggunaan-penggunaan kuasanya secara berkala kepada Parlimen sama seperti mana jawatankuasa yang lain bentang, sama sepertimana kita bahas laporan SUHAKAM baru-baru ini.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Hadir di hadapan jawatankuasa pilihan khas untuk jawab persoalan- persoalan yang dibangkitkan kerana sebuah suruhanjaya bukan sahaja ditubuhkan untuk berkhidmat kepada mana-mana kerajaan yang memerintah tetapi suruhanjaya juga ditubuhkan untuk jaga kepentingan negara dan seluruh rakyat. Sebab itu suruhanjaya ini, terutamanya SKMM mesti bertanggungjawab kepada institusi yang mewakili rakyat iaitu Dewan Parlimen yang mulia ini bukan hanya bertanggungjawab kepada seorang Menteri.
Yang ketiga Dato' Yang di-Pertua, saya cadangkan juga supaya diwujudkan satu undang-undang. Setiap kali SKMM nak turunkan kandungan, menyekat akaun ataupun mengambil apa-apa tindakan terhadap pengguna media sosial mesti disertakan dengan pemberitahuan bertulis kepada pemilik akaun. Nyatakan dengan jelas posting mana, tarikh posting, undang-undang yang mana didakwa yang dilanggar, apa sebab tindakan diambil dan bagaimana rayuan boleh dibuat oleh orang yang dikenakan tindakan.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Hari ini ramai pengguna media sosial mengadu, tiba-tiba akaun mereka hilang, posting mereka hilang, akaun disekat tetapi mereka sendiri keliru tak tahu akaun mana yang disekat, posting mana yang disekat, apa sebabnya, apa punca masalah. Itu perkara-perkara yang perlu ditambah baik oleh pihak SKMM supaya dilihat telus dan adil. Bayangkanlah kalau JPJ keluarkan saman atas jalan raya kita tanya salah apa, tak boleh, kena bayar sahaja saman. Tentulah akan mendatangkan rasa tak puas hati kepada pemandu kenderaan.
Saya ambil contoh satu notis arahan kehadiran yang telah pun diberikan SKMM kepada seorang pengguna ataupun rakyat yang saya tak perlu sebutkan nama. Tak apa ini prosedur biasa tetapi apa yang hendak ditambah baiknya ialah dipanggil SKMM ini pada 24 Julai 2025, dirampas telefon, ditunjuk posting mana yang menyebabkan beliau dipanggil disiasat dan ditanya kepada orang ini, encik nak padam tak posting ini, tanpa diberitahu di mana hak dia untuk membela diri dan sebagainya.
Sepatutnya diberitahu ini kesalahannya gini, gini, gini encik nak pergi mahkamah kah macam mana, pergi mahkamah. Bila disuruh tanya padam ataupun tidak padam, ini macam mengugut, macam memberi ketakutan kepada orang yang menulis, yang menyuarakan pandangan-pandangan dalam media sosial. Saya rasa ini tak patut ditanya soalan ini kepada pihak yang disiasat.
Kemudian orang yang disiasat ini pula dia tidak diberikan notis setelah selesai siasatan itu apa prosesnya. Ada pekerja-pekerja syarikat yang disiasat oleh SKMM, bila syarikat itu tahu, majikan tahu pekerja dia ini kena siasat, maka dia terjejas prestasi di syarikat itu. Mungkin dia dikenakan tindakan tak naik pangkat ataupun disekat kenaikan gaji ataupun lebih teruk lagi dibuang kerja. SKMM kena bagi notis kes ini dah tutup kah, dah selesai kah ataupun dah pergi kepada proses seterusnya ke supaya majikan ini juga dan pekerja itu dapat membersihkan diri dia kalau dia tidak bersalah dan kalau kes itu ditutup.
Kemudian juga dalam kes siasatan SKMM ini juga, saya faham keperluan SKMM ini untuk merampas telefon. Ini semua kita faham sebab itu undang-undang tetapi isunya adalah sampai bila dengan teknologi yang ada ini kita nak rampas telefon. Ada orang ini, seseorang ini dia kena siasat banyak kali.
Setiap kali kena siasat lima kali, lima kali telefon dia kena rampas walaupun telefon itu dibagi balik tetapi dia kena beli telefon baru ini kos untuk dia, apatah lagi kalau dia itu tak ada pekerjaan tetap. Apakah tidak ada cara lain supaya telefon itu diberi dengan dipulangkan dengan kadar segera supaya dia tak perlu beli telefon
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
lain? Saya fikir di zaman yang moden ini kita dah kena ada teknologi yang lebih mengatasi kesalahan-kesalahan yang sedia ada.
Poin Dato' Yang di-Pertua, yang keempat. Dalam SKMM ini, rang undang- undang ini, saya bagi saya isu yang paling besar ialah isu kuasa Menteri yang semakin membesar. Itulah juga yang dibangkitkan tadi oleh Keningau sebentar tadi berbahas dan juga beberapa Ahli Parlimen lain. Hampir semua perkara penting kembali kepada Menteri. Lantik pengerusi, lantik anggota suruhanjaya, keluarkan arahan, ubah arahan, batal arahan walaupun dalam rang undang-undang ini ada daftar arahan Menteri tetapi semuanya menuju kepada Menteri. Maka akan dipersoalkan, di manakah kebebasan sebuah suruhanjaya?
Kita tak boleh gubal undang-undang hanya untuk menyelesaikan masalah hari ini. Kita kena gubal undang-undang untuk menjadi panduan negara bagi tempoh 10, 20, 30 tahun yang akan datang. Waktu itu teknologi akan berubah, bentuk kesalahan juga akan semakin canggih. Kerajaan akan bertukar, Menteri akan berubah, undang-undang tak boleh hanya bergantung kepada kebijaksanaan seorang Menteri tetapi undang-undang ini yang baik adalah undang-undang yang membina institusi yang kuat dan pada masa yang sama mengehadkan kuasa supaya tak mudah disalahgunakan oleh sesiapa sahaja.
Dan yang akhir sekali Dato' Yang di-Pertua, yang kelima. Saya juga menyebut mengenai nilai kontrak yang dinaikkan daripada RM5 juta kepada RM50 juta. Seperti yang disentuh oleh Pasir Mas tadi. Kita tidak ada masalah dengan perkara ini sebab ini hal keselamatan digital, tentulah pelaburan itu memerlukan kos yang tinggi, teknologinya tidak murah. Tetapi diluluskan ini RM50 juta ini diberikan kuasa, diluluskan tanpa kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan. Saya difahamkan begitu, betulkan saya kalau saya tersasul ataupun tersalah.
Isunya bukanlah kita nak bantah ataupun tidak setuju. Isunya ialah kenapa— apa mekanisme semak dan imbang? RM50 juta ini besar. Bagaimana kita sering bercakap tentang nak kurangkan birokrasi saya setuju tetapi mengurangkan birokrasi tak boleh bermaksud mengurangkan akauntabiliti.
Saya nak persoalkan sedikit dalam hal ini. Bagaimana pertimbangan, sesuatu pertimbangan itu dibuat oleh pihak kerajaan? Contoh, dalam bab kesihatan, bajet KKM dipotong kerana nak dikawal rasionalisasi penjimatan, okey itu telah pun berlaku tetapi bila kuasa nak menaikkan kadar kontrak, dilonggarkan pula syaratnya tanpa perlu kelulusan Menteri Kewangan. Tanpa perlu kelulusan Menteri tak apa, ini keperluan tetapi kenapa nampak tidak adil.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Saya bimbang nanti rakyat akan tengok cara kerajaan buat kayu ukur pertimbangan ini nampak macam berat sebelah. Dan sebagai penutup Dato' Yang di-Pertua, saya ingin akhiri perbahasan ini dengan mengingatkan pihak kerajaan dan kita semua tentang janji-janji yang telah pun dibuat sebelum daripada ini. Dahulu ketika kerajaan sekarang ini menjadi pembangkang, berjanji mempertahan kebebasan media, hak rakyat untuk bersuara. Janji itu kalau dimungkiri, yang hilang bukan undi tapi yang hilang ialah kepercayaan rakyat kepada kerajaan.
Maka, saya seru supaya rang undang-undang ini menjadikan SKMM ini menjadi badan semak dan imbang. Jadi badan melindungi hak rakyat, pertahan hak rakyat untuk menegur, bersuara, menasihati. SKMM tak boleh digunakan untuk menjadi alat menakutkan rakyat, mengugut, apatah lagi menyekat hak kebebasan rakyat untuk bersuara, menegur kerajaan, memperbaiki kerajaan kerana akhirnya kejayaan sesebuah kerajaan bukan dinilai pada apa yang dijanjikan tetapi kejayaan sesebuah kerajaan dinilai daripada apa yang dapat ditunaikan. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua di atas peluang ini untuk membahaskan rang undang-undang ini yang bertujuan untuk kita meminda Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 ataupun Akta 589. Betong melihat pindaan ini adalah tepat pada masanya bagi memastikan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM) kekal relevan dalam kita mendepani transformasi ekonomi digital, kecerdasan buatan (AI), 5G, keselamatan siber dan juga ekonomi yang berasaskan data.
Dato' Yang di-Pertua, kerajaan telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam kita memperluaskan akses digital. Sehingga akhir tahun 2025, liputan Internet di kawasan berpenduduk telah mencapai sehingga 99.71 peratus. Ini meningkat daripada 91.8 peratus sebelum pelaksanaan JENDELA. Manakala, 1,646 menara komunikasi baharu telah dibina di seluruh negara. Namun pindaan undang-undang ini perlu untuk kita memastikan kejayaan itu bukan sekadar di atas kertas tetapi ia nya benar-benar dapat memberi manfaat kepada rakyat di luar sana.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Dato' Yang di-Pertua, pertama saya menyokong dan merujuk kepada pindaan seksyen 16 yang memperuntukkan dan yang memperkukuhkan fungsi pembangunan SKMM. Pindaan ini memberi kuasa kepada SKMM untuk membangunkan piawaian berkaitan infrastruktur, platform yang mempromosikan saling kenali serta keselamatan rangkaian komunikasi. Namun Dato' Yang di-Pertua, Betong ingin membangkitkan satu persoalan kepada Menteri, adakah piawaian yang bakal dibangunkan ini turut menetapkan standard minimum kualiti perkhidmatan digital dan bukan sekadar mengukur keluasan liputan rangkaian?
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Dato’ Yang di-Pertua, dalam konteks wilayah Sarawak. Walaupun peratusan liputan digital di Sarawak dilaporkan meningkat secara rasmi hasil pelaksanaan JENDELA tetapi realiti di lapangan, khususnya di kawasan luar bandar, termasuk kawasan saya di Betong, menunjukkan bahawa kualiti rangkaian 4G masih belum konsisten untuk kegunaan harian rakyat.
Penduduk di banyak kampung, di rumah panjang, di sekolah-sekolah, di pedalaman masih berdepan dengan masalah kelajuan Internet yang rendah, panggilan yang sering terputus serta liputan yang lemah, terutamanya bila berlaku cuaca buruk ataupun waktu penggunaan puncak.
Dato’ Yang di-Pertua, keadaan ini bukan sahaja menyukarkan urusan komunikasi, malah menjejaskan pembelajaran digital anak-anak, perkhidmatan kesihatan melalui teleperubatan, aktiviti perusahaan kecil dan sederhana serta penyampaian perkhidmatan kerajaan secara dalam talian.
Justeru, Betong mencadangkan supaya di bawah kuasa baru seksyen 12 ini, SKMM turut membangunkan satu Indeks Kualiti Perkhidmatan Digital Nasional yang menetapkan KPI ataupun petunjuk prestasi utama kepada syarikat telekomunikasi berdasarkan kelajuan sebenar ataupun actual throughput, dengan izin, kestabilan rangkaian, kadar gangguan, latency ataupun tempoh pemulihan gangguan, khususnya bagi kawasan di luar bandar dan pedalaman.
Matlamat kita bukan sekadar untuk memastikan rakyat mempunyai isyarat 4G tetapi memastikan rangkaian itu benar-benar berfungsi dengan baik untuk memenuhi keperluan kehidupan harian dan menjana ekonomi rakyat.
Dato’ Yang di-Pertua, saya juga menyokong pindaan seksyen mengenai kuasa audit. Kuasa audit terhadap pemegang lesen amat penting bagi memastikan pematuhan terhadap standard keselamatan dan operasi. Namun, saya ingin bertanya kepada Menteri. Adakah audit ini juga turut melibatkan audit keselamatan
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
siber, daya tahan rangkaian praktikal dan juga kesiapsiagaan menghadapi serangan siber?
Hari ini gangguan terhadap rangkaian komunikasi bukan lagi sekadar menyebabkan panggilan telefon terganggu, malah boleh menjejaskan sistem kewangan, hospital, lapangan terbang dan juga keselamatan negara. Justeru, audit hendaklah meliputi aspek teknikal tadbir urus digital dan juga perlindungan data pengguna.
Dato’ Yang di-Pertua, keduanya, saya menyokong pindaan seksyen 6 dan seksyen 10 berkaitan tadbir urus SKMM. Ya, seperti rakan-rakan yang lain, Betong mengalu-alukan syarat baharu bahawa Pengerusi SKMM, tidak boleh menjadi anggota mana-mana badan perundangan, sekali gus memperkukuhkan kebebasan institusi.
Begitu juga dengan keperluan supaya anggota SKMM mempunyai kepakaran dalam komunikasi kewangan, undang-undang ekonomi dan perlindungan pengguna.
Namun, Betong ingin mencadangkan supaya kepakaran itu diperluaskan lagi kepada keselamatan siber, kecerdasan buatan, perlindungan data peribadi dan juga ekonomi digital.
Lebih penting lagi, Betong berharap komposisi anggota juga turut mengambil kira wakil [Tidak jelas] dari Sabah dan Sarawak yang benar-benar memahami cabaran penyampaian infrastruktur digital di wilayah Sabah dan Sarawak. Ini selaras dengan semangat Perjanjian 1963 yang mengiktiraf kedudukan istimewa Sabah dan Sarawak dalam pembangunan negara.
Ketiga, saya menyokong pindaan berkaitan dengan pendaftaran arahan Menteri. Ini merupakan satu langkah yang baik untuk meningkatkan ketelusan.
Namun, saya mencadangkan agar setiap arahan yang telah didaftarkan turut terbitkan dalam suatu daftar digital yang boleh diakses orang awam, kecuali perkara yang melibatkan keselamatan negara.
Ini akan meningkatkan keyakinan industri serta mengurangkan ketidakpastian dalam pelaksanaan dasar.
Keempat, saya ingin menyentuh pindaan mengenai kuasa SKMM menyiarkan maklumat. Saya menyokong prinsip ketelusan, namun Betong mencadangkan supaya terdapat peruntukan jelas bahawa maklumat yang disiarkan tidak boleh menjejaskan proses keadilan, khususnya jika sesuatu kes masih dalam siasatan ataupun prosiding mahkamah. Ketelusan perlu berjalan seiring dengan prinsip natural justice.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Dato’ Yang di-Pertua, dalam konteks Sarawak, [Tidak jelas] ekonomi digital kini menjadi antara agenda utama Kerajaan Sarawak melalui inisiatif bandar pintar, pusat data kecerdasan buatan dan peluasan rangkaian gentian optik.
Oleh itu, Betong mencadangkan supaya SKMM memperkukuhkan kerjasama strategik dengan Kerajaan Sarawak dalam penyelarasan pembangunan infrastruktur digital, perkongsian spektrum, pelaksanaan teknologi satelit dan juga penyediaan rangkaian di kawasan pedalaman. Pendekatan yang sama rata mungkin sesuai di Semenanjung tetapi bagi Sarawak yang mempunyai keluasan hampir 124,000 kilometer persegi dengan taburan penduduk yang berselerak berdekatan yang lebih fleksibel dan berasaskan geografi adalah jauh lebih sesuai.
Dato’ Yang di-Pertua, kesimpulannya, pindaan ini bukan sekadar memperkukuhkan struktur SKMM, malah membina asas kepada sebuah institusi pengawal selia yang lebih profesional, bebas dan bersedia menghadapi apa jua cabaran ekonomi digital di masa hadapan.
Namun, kejayaan sebenar RUU ini bergantung kepada pelaksanaannya, sama ada rakyat baik di bandar atau luar bandar, akan dapat menikmati akses digital yang berkualiti, selamat dan inklusif. Maka, dengan beberapa cadangan penambahbaikan tersebut, Betong menyokong RUU ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Betong. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Parit.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikum dan selamat petang. Terima kasih kerana memberikan ruang kepada Parit untuk turut membahaskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2026 ini.
Dato’ Yang di-Pertua, pada dasarnya, Parit tidak menolak hasrat kerajaan untuk memperkemas tadbir urus Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, memperjelas komposisi keanggotaannya dan memperluas fungsinya bagi menangani cabaran infrastruktur digital dan keselamatan siber yang semakin kompleks.
Ini adalah hasrat yang murni. Namun, sebagai wakil rakyat yang diamanahkan untuk menyemak setiap peruntukan undang-undang yang memberi kuasa kepada badan awam, adalah menjadi tanggungjawab Parit untuk
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
menimbulkan beberapa persoalan yang Parit percaya wajar dijawab oleh kementerian sebelum rang undang-undang ini diluluskan.
Firman Allah SWT dalam surah An-Nisaa’, ayat 58 [Membaca sepotong ayat Al-Quran]. “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya”. Amanah dalam konteks perundangan bermakna, kuasa yang diberi mestilah disertai dengan semakan dan imbangan dan akauntabiliti yang jelas. Izinkan saya membahaskan RUU ini melalui lensa ini.
Pertama Dato’ Yang di-Pertua, penggabungan peranan pengerusi dan kuasa pegawai eksekutif, fasal 3 yang menggantikan seksyen 6 [Akta 589] memperuntukkan dalam subseksyen (2) bahawa ahli suruhanjaya tidak boleh menjadi pekerja suruhanjaya, kecuali pengerusi yang turut menjadi ketua pegawai eksekutif di bawah seksyen 20.
Dato’ Yang di-Pertua, ini bukan perkara baru. Susunan ini telah wujud sebelum ini tetapi RUU ini mengukuhkan secara jelas dalam struktur baharu.
Persoalan saya, bagaimanakah suruhanjaya memastikan fungsi penyeliaan oleh pengerusi dan ahli yang lain tidak bercanggah dengan fungsi pelaksanaan eksekutif oleh pengerusi yang sama? Beliau juga pengerusi, beliau juga adalah CEO. Adakah terdapat mekanisme dalaman seperti jawatankuasa audit bebas atau ahli bukan eksekutif untuk mengimbangi risiko conflict of interest apabila satu individu menjadi pengawal selia dan menjadi pelaksana serentak?
Yang kedua, pemusatan kuasa Menteri dan pelantikan/pemberhentian pengerusi. Fasal 6 seksyen baharu 14A memberi kuasa kepada Menteri untuk melantik pengerusi baharu jika pengerusi sedia ada tidak hadir bertugas atau tidak berada di Malaysia selama enam bulan berturut-turut tanpa kebenaran Menteri.
Saya faham keperluan peruntukan ini bagi memastikan kesinambungan kepimpinan suruhanjaya tetapi frasa “tanpa kebenaran Menteri”, bermakna Menteri sendiri yang menentukan sama ada ketidakhadiran itu wajar atau tidak dan Menteri jugalah yang berkuasa memberhentikan berdasarkan penentuan itu.
Ini satu contoh pemusatan kuasa yang eksekutif di tangan Menteri tanpa semakan pihak ketiga.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Apakah kayu ukur objektif yang akan digunakan untuk menentukan tidak dapat melaksanakan tugas jawatan? Adakah kerajaan bersedia mempertimbangkan mekanisme rayuan atau semakan bebas bagi pengerusi yang terkesan oleh keputusan ini?
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Sebagai imbangan, saya mengalu-alukan fasal 5, pindaan seksyen 13 dan peruntukan seksyen 6(1)(a) yang melarang pengerusi sebagai— daripada menjadi Ahli Parlimen atau ADUN. Ini langkah yang wajar untuk memisahkan jawatan pengawal selia komunikasi dan multimedia daripada politik parti. Saya menyokong semangat ini, cuma ia perlu diseimbangkan dengan kebebasan daripada pengaruh eksekutif jua, bukan sekadar daripada legislatif.
Ketiga, peluasan fungsi suruhanjaya, piawaian infrastruktur keselamatan audit. Fasal 7, pindaan seksyen 16 menyatakan memberi kuasa baharu kepada suruhanjaya untuk membangun dan mengawal selia piawaian infrastruktur dan platform. Membangun piawaian berkenaan keselamatan dan integriti aset maklumat, rangkaian dan perkhidmatan komunikasi. Mengkaji semula atau mengaudit semula apa-apa maklumat yang diberikan oleh pemegang lesen dan mengaudit aktiviti pemegang lesen atau mana-mana orang lain yang memberikan perkhidmatan berkaitan sistem komunikasi.
Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya, apakah skop bagi ungkapan ‘aset maklumat’ dan ungkapan atau frasa ‘mana-mana orang lain’? Ini adalah agak luas dan tidak ditakfrifkan secara spesifik dalam RUU ini dalam konteks era digital, di mana data kandungan platform dan keselamatan siber bersilang dengan hak kebebasan bersuara dan privasi rakyat.
Bolehkah Menteri menjelaskan skop sebenar apa yang dikatakan ‘aset maklumat’ dan adakah ia terhad kepada infrastruktur teknikal rangkaian atau turut meliputi kandungan dan data pengguna? Siapakah yang dimaksudkan dengan ‘mana-mana orang lain’ yang tertakluk kepada kuasa audit ini? Adakah ia terhad kepada penyelia perkhidmatan komunikasi sahaja atau boleh diperluas kepada platform digital am, termasuk media sosial, aplikasi pesanan dan lain-lain.
Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya berkaitan dengan kenaikan had nilai kontrak tanpa kelulusan Menteri Kewangan. Fasal 15 menaikkan had kontrak yang boleh dibuat oleh suruhanjaya tanpa kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan daripada 5 juta kepada 50 juta iaitu kenaikan sepuluh kali ganda.
Dato’ Yang di-Pertua, ini antara peruntukan yang paling material daripada segi tadbir urus kewangan awam tetapi huraian RUU hanya menyatakan ia bertujuan menaik had tanpa memberi justifikasi angka tersebut yang begitu tinggi.
Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya fasal 16 memperkenalkan kuasa kepada suruhanjaya untuk menyiarkan maklumat berkaitan tindakan sivil pengkompaunan kesalahan dan prosiding sivil atau jenayah yang dibawa terhadap mana-mana orang,
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
termasuk keputusan prosiding itu. Ini satu peruntukan yang saya ingin timbulkan dengan berhati-hati kerana ia bersentuhan dengan prinsip keadilan asasi.
Adakah kuasa menyiarkan ini terpakai semasa prosiding masih berjalan atau hanya selepas keputusan muktamad diperoleh? Jika semasa prosiding berjalan, bagaimana kerajaan memastikan ia tidak menjejaskan prinsip pra duga tidak bersalah atau presumption of innocent, dengan izin, yang menjadi asas keadilan dalam Islam dan Perlembagaan kita?
Apakah garis panduan yang akan mengawal budi bicara suruhanjaya dalam menentukan apa yang difikirkannya perlu atau suai manfaat demi kepentingan awam? Frasa yang agak luas dan subjektif ini boleh membuka ruang kepada penyalahgunaan dan tidak ditakrifkan dengan jelas.
Kesimpulannya Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan bahawa saya tidak berhasrat menghalang usaha memperkukuhkan SKMM sebagai badan kawal selia yang penting kepada ekonomi digital negara, malah saya melihat beberapa peruntukan seperti pengasingan jawatan pengerusi daripada keahlian Parlimen dan pendaftaran arahan Menteri secara rasmi sebagai langkah positif ke arah ketelusan.
Namun, amanah kuasa diperluas mestilah disertai dengan semakan yang seimbang.
Saya mencadangkan yang pertamanya, definisi yang lebih jelas bagi skop ‘aset maklumat’ dan ungkapan atau frasa ‘mana-mana orang lain’ dalam fungsi audit suruhanjaya di dalam fasal 7.
Yang kedua, cadangan saya, mekanisme pelaporan berkala kepada Parlimen bukan sekadar Menteri bagi penggunaan kuasa kontrak sehingga 50 juta yang terkandung dalam fasal 15.
Yang ketiga, cadangan saya, garis panduan bertulis bagi kuasa penyiaran maklumat prosiding di bawah seksyen 53A, khususnya berkenaan prosiding yang belum muktamad.
Yang keempat, cadangan saya, kajian semula tempoh dan prosedur pemberhentian pengerusi di bawah seksyen 14A supaya tidak menjadi kuasa mutlak sehala oleh Menteri.
Sekali lagi saya mengingatkan Dewan Yang Mulia ini bahawa kekuatan sesebuah institusi bukan diukur kepada besarnya kuasa yang diberi tetapi pada ketelitian semakan dan imbangan yang menyertainya. Sekian, Dato’ Sri Yang di- Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Selanjut dipersilakan Yang Berhormat Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Sebelum itu, saya ingin mengalu-alukan kedatangan staf daripada Kolej Komuniti Negeri Johor.
[Dewan tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebentar Yang Berhormat, saya juga mengalukan pelajar-pelajar Alumni Sultan Abdul Hamid College yang berada di atas.
[Dewan tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya mengalu-alukan kedatangan daripada Kolej Komuniti Negeri Johor berjumlah 30 orang yang diketuai oleh Encik Zahid, Pengerusi Kolej Komuniti Johor dan Mohd Danish Haikal, Presiden Perwakilan Pelajar, Kolej Komuniti Kebangsaan.
[Dewan tepuk]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dato’ Yang di-Pertua, fasal 15 meminda seksyen 45 dengan meningkatkan had nilai kontrak komersial yang boleh dibuat SKMM tanpa kelulusan Menteri daripada tidak lebih RM5 juta kepada tidak lebih daripada RM50 juta. Dalam nota RUU ini yang disediakan Bahagian Penyelidik Parlimen, disebutkan faktor inflasi dan kos semasa yang tinggi sebagai rasional pindaan ini, tetapi pada masa yang sama menyatakan kelonggaran ini wajib diimbangi dengan sistem audit dalaman MCMC yang ketat bagi memastikan setiap perbelanjaan dana awam bebas daripada ketirisan.
Syor ini adalah tepat memandangkan dengan skop kuasa dan autonomi yang semakin besar, turut hadir bersama mestilah akauntabiliti yang juga lebih besar.
Malangnya, tidak kelihatan apa-apa pindaan pun yang bertujuan ke arah sistem audit iaitu sistem audit dalaman walaupun nilai ambang kontrak ditingkatkan sebanyak 900 peratus. Jika kita menyemak Akta 589, apa yang ada hanyalah seksyen 572 yang mewajibkan akaun SKMM ini di audit pengaudit bebas yang dilantik.
Sifat seksyen ini bukanlah untuk mencegah ketirisan secara proaktif, sebaliknya hanyalah mekanisme retrospektif yang mengesan ketirisan selepas ketirisan itu berlaku. Apabila bercakap tentang audit, apa yang ada dalam RUU ini hanyalah pindaan seksyen 16 yang meluaskan kuasa SKMM untuk mengaudit orang lain, bukan untuk mengaudit perolehan atau proses kontrak komersial SKMM itu sendiri.
Jadi, saya meminta penjelasan, sama ada kerajaan telah terlepas pandang terhadap syor sistem audit dalaman yang lebih ketat ini dan sebaliknya, hanya memfokuskan peningkatan had kuasa semata-mata?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya berkenaan dengan fasal 3 yang menggantikan seksyen 6, berkenaan dengan keanggotaan suruhanjaya.
Penggantian ini dinampakkan sebagai satu kejayaan pengasingan politik yang menjamin kebebasan SKMM daripada pengaruh politik secara langsung dengan menyekat penglibatan Ahli Parlimen ataupun ADUN sebagai pengerusi.
Namun, mengandaikan cengkaman politik dalam sesebuah suruhanjaya sebagai berpunca daripada keanggotaan ahli politik tidak menyelesaikan masalah kerana isu sebenar bukanlah siapa anggota semata-mata tetapi juga siapa yang melantik. Mereka mengikut seksyen 6 yang baharu ini, kesemua anggota suruhanjaya, termasuk pengerusi dan ahli profesional, dilantik secara terus dan mutlak oleh Menteri.
Jadi, jika kerajaan benar-benar serius mereformasi institusi SKMM ini, kerajaan wajar mempertimbangkan kaedah pelantikan yang lebih telus dan demokratik. Sebagai contoh, menetapkan proses pencalonan dan saringan anggota suruhanjaya hendaklah dilakukan melalui Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Bagi memastikan pelantikan dibuat berlandaskan merit di samping menjamin suruhanjaya ini mendapat keyakinan dwipartisan daripada Dewan yang mulia ini.
Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh fasal 9 dan 10 yang memperkenalkan seksyen 18 dan 18A baharu berhubung pewujudan daftar arahan menteri. Langkah mendokumentasikan setiap arahan am eksekutif ke dalam daftar fizikal dan elektronik yang boleh diakses oleh orang awam merupakan satu reformasi yang amat baik, wajar disokong.
Namun demikian, bagi meningkatkan aspek akauntabiliti, adakah kerajaan mempunyai perancangan jangka panjang untuk menjadikan akses ini dibuka sepenuhnya secara percuma tanpa dibebani proses birokrasi ataupun bayaran fi pada masa depan.
Kita tidak mahu internet menjadi ruang yang bebas untuk jenayah, tetapi pada masa yang sama kita juga tidak mahu kuasa SKMM ini menjadi terlalu luas sehingga boleh menimbulkan persepsi bahawa kritikan yang dibuat terhadap kerajaan turut boleh dikenakan tindakan. Oleh itu, setiap kuasa yang diberikan kepada SKMM ini hendaklah disertai dengan mekanisme dan juga semak dan imbang yang jelas, telus dan bebas.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Jadi pertanyaan saya, apakah jaminan bahawa kuasa baharu yang diberikan kepada SKMM ini tidak akan digunakan secara berlebihan sehingga menjejaskan kebebasan bersuara, dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan?
Seterusnya saya ingin menyentuh tentang peranan SKMM mengimbangi langkah pencegahan kandungan yang tidak sensitif dengan 3R tanpa menjejaskan kebebasan bersuara rakyat. Saya memetik dakwaan seorang pempengaruh, Aliff Ahmad nama dia, yang mendakwa bahawa dalam kesnya yang melibatkan SKMM ini, siap dibawa waran tangkap dan sepasukan anggota polis bersenjata untuk merampas telefon bimbit beliau.
Di samping itu, terdapat dakwaan ramai rakyat dipanggil bukan sahaja kerana mengkritik kerajaan malah ada yang dipanggil kerana membongkar kes binaan tanpa izin yang menceroboh tanah orang ataupun kerajaan seperti kes Tamim Dahri.
Insiden-insiden ini semakin lama semakin menghakis kepercayaan rakyat terhadap SKMM dan menampakkan adanya layanan double standard dalam pengendalian isu-isu sensitif dari pihak kerajaan.
Oleh yang demikian, kerajaan perlulah beringat agar suruhanjaya ini tidak disalahgunakan untuk mengekang kebebasan bersuara rakyat itu atau dijadikan senjata intimidasi untuk mendiamkan kritikan terhadap kerajaan.
Akhir sekali, kecerdasan buatan atau AI mampu menghasilkan kandungan palsu yang sukar dibezakan daripada kandungan sebenar. Deep fake boleh digunakan untuk menipu orang dan juga mencemarkan nama baik individu malah mempengaruhi proses dokumentasi. Baik individu malah mempengaruhi proses demokrasi. Jadi, MCMC ni perlu mempunyai keupayaan teknikal sebenarnya serta kepakaran yang mencukupi bagi menangani cabaran ini.
Kalau saya nak buat contoh boleh? Sikit, Pengerusi. Kadang-kadang diletakkan gambar Tuan Pengerusi, Dato’ Pengerusi duk tengah main gitar. Nampak diletakkan rambut, diletakkan rambut panjang jadi rock, rockers main gitar ramai- ramai. Itu juga membahayakan kepada orang-orang yang terkena itu. Jadi, akhir kata, Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Besut. Dipersilakan Yang Berhormat Kepong.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. RUU ini menambah kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), tetapi tidak memperkuat kebebasan dan kawalan terhadapnya.
SKMM mempunyai kuasa besar dalam urusan lesen rangkaian audit, penalti dan penyiaran maklumat. Oleh itu setiap kuasa mesti disertai batas yang jelas dan semak imbang yang berkesan. Tanpa perlindungan tersebut risiko penyalahgunaan kuasa bukan sahaja ditanggung oleh syarikat tetapi juga oleh rakyat, media dan pengguna.
Pertama semua anggota dilantik oleh Menteri. Tiga anggota mewakili Kerajaan Persekutuan. Pengerusi pula serentak menjadi Ketua Pegawai Eksekutif.
Lebih buruk seksyen 12 Akta 589 yang tidak dipinda membolehkan Menteri membatalkan pelantikan mana-mana anggota pada bila-bila masa tanpa memberikan alasan.
Ini bermakna pihak yang melantik memberi arahan dan boleh memecat tanpa alasan masih menguasai pengawal selia. Jawatan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif mesti dipisahkan. Pelantikan perlu melalui proses bebas manakala pemecatan hanya atas alasan undang-undang yang dinyatakan secara bertulis.
Kesatuan Eropah mengisytiharkan pengawal selia media bertindak bebas dan keputusan pemecatan diberi alasan serta diumumkan.
Kedua fasal 4 membolehkan seseorang berada dalam suruhanjaya sehingga 20 tahun. Huraian RUU sendiri menunjukkan seseorang boleh bertukar antara jawatan anggota dan Pengerusi sehingga keseluruhannya 10...
[Tidak jelas] Tempoh ini terlalu panjang dan membuka ruang penguasaan institusi serta hubungan terlalu selesa dengan industri. Hak keseluruhan patut tidak melebihi dua penggal atau 10 tahun.
Ketiga arahan menteri hanya perlu didaftarkan. RUU ini tidak mewajibkan penerbitan automatik dan percuma. Orang awam mungkin dikenakan fi untuk memeriksa daftar manakala arahan tanpa tarikh tamat boleh terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan. Ini bukan ketelusan sebenar. United Kingdom mewajibkan arahan tertentu kepada Ofcom diterbitkan. Semua arahan kepada SKMM mesti disiarkan dalam talian bersama alasan asas undang-undang dan tarikh luput.
Keempat fasal 7 menjadikan audit terhadap pemegang lesen dan mana- mana orang lain sebagai fungsi SKMM. Aktiviti yang diaudit pula ditentukan oleh SKMM. Fasal ini sendiri tidak menetapkan skop audit, notis, tempoh, perlindungan
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
maklumat sulit. Keistimewaan peguam, anak guam atau saluran khusus untuk mencabar permintaan berlebihan. Kuasa audit dan pelbagai prosedur boleh menjadi alat tekanan. Undang-undang mesti menetapkan keperluan berkadaran, alasan bertulis dan hak semakan bebas.
Kelima seksyen baharu 53A membolehkan SKMM menyiarkan maklumat mengenai prosiding Malaysia atau asing termasuk penyelesaian di luar mahkamah.
Walaupun disebut kepentingan awam, seksyen itu tidak mensyaratkan keputusan muktamad. Kaitan langsung dengan fungsi SKMM, notis kepada pihak terlibat atau pembetulan apabila keadaan berubah. Pertuduhan bukan sabitan, penyelesaian bukan perakuan salah, kuasa publisiti tidak boleh menjadi hukuman sebelum proses undang-undang selesai.
Keenam penalti kewangan akan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang SKMM yang ditadbir oleh SKMM dan digunakan bagi perbelanjaannya. Walaupun perbelanjaan diluluskan oleh Menteri dan akaun diaudit, susulan ini tetap menimbulkan persepsi konflik kepentingan. United Kingdom menyalurkan penalti Ofcom di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian ke Consolidated Fund. Malaysia patut menyalurkannya ke Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Ketujuh hak kontrak tanpa kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan dinaikkan sepuluh kali ganda daripada RM5 juta kepada RM50 juta.
Namun, RUU tidak menambah tender terbuka mandatori. Penilaian konflik kepentingan atau penerbitan keputusan kontrak, pengawasan dikurangkan tanpa kawalan baru yang setara. Undang-undang perolehan United Kingdom mewajibkan penilaian konflik dan notis pemberian kontrak bagi perolehan yang diliputi.
Dato’ Yang di-Pertua, RUU ini menambah banyak kuasa tetapi perlindungan terhadap salah guna kuasa masih tidak mencukupi. SKMM yang kuat mesti juga bebas, telus dan bertanggungjawab. Peluasan kuasa sebesar ini perlu disertai semak imbang yang jelas, tegas dan setimpal. Kerajaan perlu memperbaiki kelemahan utama ini sebelum RUU dilaksanakan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Dipersilakan Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua, Pasir Salak memulakan perbahasan Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dengan mengajak kita semua menghayati peringatan Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebajikan serta memberi bantuan kepada kamu, kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu dengan suruhan dan larangannya ini supaya kamu mengambil peringatan dan mematuhinya.” Surah An-Nahl, ayat 90.
Secara prinsip, sebuah negara yang berdaulat memerlukan undang-undang untuk mengatur kehidupan manusia. Sebuah undang-undang mestilah bergerak seiring prinsip keadilan, baik dari sudut perinciannya mahupun dari sudut pelaksanaannya. Rang Undang-undang yang sedang kita bahaskan adalah satu keperluan dalam negara namun perlu ditegaskan ia mesti dilaksanakan secara adil tanpa menzalimi mana-mana pihak.
Kita tidak mahu akta ini nanti menjadi senjata intimidasi kerajaan terhadap rakyat. Rakyat yang bersuara mengkritik kerajaan ditekan dan diambil tindakan mahkamah dengan begitu pantas sekali seperti tiada hari esok. Sedangkan kita jika ada mana-mana pemimpin kerajaan yang menghina atau memfitnah pembangkang, tidak ada tindakan diambil pihak SKMM apatah lagi untuk didakwa pihak tersebut di mahkamah.
Atas dasar itu, Pasir Salak mempersoalkan kewajaran kuasa yang besar diberikan kepada Menteri untuk melantik keanggotaan suruhanjaya. Membuat arahan, mengubah, mengubahsuai dan membatalkan suatu arahan kepada suruhanjaya dan perkara tersebut mesti dipatuhi oleh suruhanjaya seperti yang termaktub dalam seksyen 6(1) dan seksyen 18 rang undang-undang ini.
Pendekatan ini umpama merantai peranan suruhanjaya untuk bertindak secara bebas dan profesional tanpa campur tangan politik yang memungkinkan kezaliman berlaku terhadap rakyat. Kuasa Menteri dilihat terlalu besar dan lebih besar daripada suruhanjaya yang sepatutnya diberikan peranan yang bebas bagi melaksanakan tugas secara adil tanpa perlu dibayangi Menteri khususnya dalam isu- isu spesifik yang melibatkan kerajaan yang sudah pasti wujud conflict of interest, dengan izin.
Sebagai contoh, jika ada mana-mana Menteri kerajaan dalam kempen pilihan raya atau membuat kenyataan secara terbuka di media sosial menyentuh isu 3R melibatkan agama, institusi raja dan isu kaum atau melibatkan kenyataan fitnah seperti memfitnah Presiden PAS mengkafirkan UMNO, memfitnah Perikatan
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Nasional mengambil duit judi, misleading rakyat dengan fakta dan data yang salah tentang negeri Kelantan yang ada locus standi atau merit untuk disiasat. Adakah suruhanjaya ini mempunyai kebebasan untuk menjalankan siasatan?
Justeru, Pasir Salak mohon supaya Menteri membentangkan di Dewan yang mulia ini berapakah jumlah kes yang melibatkan pemimpin pembangkang atau penyokong pembangkang yang sedang disiasat dan kes yang dibuat pendakwaan di mahkamah? Dan berapa pula kes yang melibatkan pemimpin atau penyokong kerajaan?
Data ini penting sebagai garis ukur adakah akta ini benar-benar digunakan untuk memelihara keharmonian negara atau dijadikan senjata menzalimi dan menekan rakyat yang berbeza pandangan dengan pihak kerajaan. Selain itu, Pasir Salak juga ingin bertanya adakah wujud campur tangan Menteri ke atas pemilik akaun seperti Harakatdaily, Kami Viral, Gerak Perak dan sebagainya yang dilihat begitu kebal untuk diambil tindakan sama ada untuk di nyahaktif akaun-akaun mereka tatkala ada pemilik akaun yang mengkritik kerajaan telah dinyahaktifkan akaun mereka berkali-kali.
Bahkan pihak SKMM juga difahamkan boleh memadam posting bersifat fitnah atau 3R seperti posting rakaman siaran langsung peristiwa bendera China dikibarkan di Menara Condong di Teluk Intan satu ketika dulu yang disiarkan di Facebook— salah seorang pemimpin kerajaan yang sepatutnya boleh dijadikan bahan bukti utama kepada siasatan terhadap kes tersebut.
Pautan link tersebut masih ada disimpan sampai sekarang tapi sudah tidak boleh diakses atau ditonton. Persoalannya adakah adil untuk mengikat suruhanjaya dengan peruntukan mewajibkan suruhanjaya mengikut arahan Menteri? Bagaimana sekiranya ada wujud arahan tertentu pada masa yang akan datang agar pihak suruhanjaya tidak melaksanakan apa-apa sekatan terhadap konten-konten di media sosial yang menyerang pihak pembangkang?
Oleh itu Pasir Salak mencadangkan pertama, agar kuasa melantik ahli suruhanjaya diberikan kepada Parlimen agar fungsi suruhanjaya ini tidak tertakluk kepada kuasa Menteri semata-mata.
Kedua, memansuhkan kuasa tidak terbatas Menteri di dalam RUU ini agar suruhanjaya dapat menjalankan fungsi secara lebih bebas dan berkesan.
Dan yang ketiga, satu laporan tahunan suruhanjaya perlu dibentangkan dan dibahaskan di dalam Dewan yang mulia ini sebagai mekanisme semak dan imbang terhadap peranan dan tugas yang dijalankan.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Untuk akhirnya, Pasir Salak menegaskan kesediaan untuk menyokong rang undang-undang ini dengan cadangan-cadangan yang diutarakan selagi mana ia benar-benar memberikan keadilan dan kesejahteraan kepada rakyat. Sekian, terima kasih Dato’ Dr. Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Padang Rengas.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Padang Rengas untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2026.
Pada prinsipnya saya menyambut baik usaha kerajaan untuk memperkukuhkan tadbir urus MCMC agar lebih profesional, berintegriti dan mampu menghadapi cabaran ekonomi digital yang semakin kompleks.
RUU ini antara lain memperkukuhkan struktur keanggotaan suruhanjaya, memperluaskan fungsi MCMC dalam pembangunan standard dan audit, meningkatkan autonomi operasi serta memperkenalkan mekanisme pendaftaran arahan Menteri bagi meningkatkan ketelusan.
Namun begitu, sebagai pembangkang yang bertanggungjawab tugas kami bukan sekadar menyokong matlamat yang baik, tetapi memastikan kuasa yang diberikan kepada mana-mana institusi kerajaan disertakan dengan mekanisme yang semak dan imbang yang mencukupi.
Dato’ Yang di-Pertua, pertama, saya ingin menyentuh mengenai kuasa audit yang diperluaskan kepada MCMC terhadap pemegang lesen dan penyedia perkhidmatan komunikasi. Tujuan untuk memastikan pemantauan terhadap standard keselamatan dan integriti sememangnya wajar.
Namun, persoalannya ialah apakah had kuasa tersebut? Adakah audit boleh dijalankan tanpa kawalan kehakiman? Adakah terdapat perlindungan yang mencukupi terhadap data sulit pengguna dan maklumat komersial syarikat? Kita tidak mahu atas nama keselamatan siber, akhirnya hak privasi rakyat dan prinsip proportionality diketepikan.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Kedua, saya mengalu-alukan cadangan mewujudkan daftar arahan menteri yang boleh diperiksa oleh orang awam. Ini merupakan satu reformasi yang baik kerana ia mengurangkan persepsi bahawa terdapat arahan politik secara tidak rasmi kepada MCMC, tetapi saya ingin mencadangkan supaya bukan sahaja arahan itu direkodkan malah laporan tahunan kepada Parlimen hendaklah turut menyenaraikan bilangan arahan yang dikeluarkan, tujuan arahan tersebut serta status pelaksanaannya. Ketelusan tidak boleh terhad kepada daftar semata-mata. Parlimen juga mesti mempunyai fungsi pengawasan yang berkesan.
Dato’ Yang di-Pertua, yang ketiga, saya menyokong usaha mengasingkan jawatan Pengerusi MCMC daripada penglibatan politik aktif. Langkah ini boleh meningkatkan keyakinan rakyat dan pelabur terhadap kebebasan institusi. Namun, persoalan yang lebih besar ialah proses pelantikannya. Adakah pelantikan masih bergantung sepenuhnya kepada budi bicara eksekutif?
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Saya mencadangkan supaya pelantikan pengerusi dan anggota suruhanjaya melalui proses saringan yang lebih telus misalnya melalui Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen supaya benar-benar bebas daripada persepsi campur tangan politik.
Keempat, pindaan yang membenarkan MCMC menentukan sendiri syarat perkhidmatan pekerja merupakan langkah positif bagi menarik bakat dalam bidang AI, keselamatan siber dan teknologi digital. Negara memang memerlukan tenaga pakar untuk bersaing dengan sektor swasta dan syarikat multinasional. Namun pada masa yang sama, kerajaan perlu memastikan sistem imbuhan ini tertakluk kepada piawaian tadbir urus yang baik supaya tidak berlaku ketidaktelusan dalam pelantikan dan pemberian ganjaran.
Akhir sekali Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu kenaikan had kontrak yang boleh diluluskan MCMC daripada RM5 juta kepada RM50 juta tanpa kelulusan Menteri atau Menteri Kewangan. Walaupun alasan inflasi dan kos projek digital boleh difahami, peningkatan sebanyak sepuluh kali ganda merupakan satu lonjakan yang besar. Oleh itu, saya mencadangkan supaya semua kontrak melebihi nilai tertentu diwajibkan melalui audit pematuhan berkala oleh Jabatan Audit Negara dan dilaporkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Kuasa yang lebih besar mesti disertai dengan akauntabiliti yang lebih tinggi.
Dato’ Yang di-Pertua, Malaysia memerlukan sebuah MCMC yang benar- benar profesional, bebas, telus dan diyakini rakyat. Kita menyokong pengukuhan institusi, tetapi kita juga mesti memastikan setiap pertambahan kuasa disertai
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
dengan sempadan undang-undang yang jelas, pengawasan Parlimen yang berkesan dan perlindungan terhadap hak rakyat. Dengan penambahbaikan tersebut, saya percaya RUU ini akan benar-benar memperkukuhkan ekosistem digital negara tanpa menjejaskan prinsip akauntabiliti dan kebebasan yang menjadi asas sebuah negara demokrasi. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Selanjut dipersilakan Yang Berhormat Sipitang.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.*
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Dan salam sejahtera.
Dari Sindumin sampai Melalia; Singgah sekejap di Kampung Banting; Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, Sipitang bahas RUU terpenting. Terlebih dahulu izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Menteri atas keberanian, kesungguhan dan iltizam membentangkan pindaan yang amat signifikan demi memperkukuh institusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Sipitang tampil berdiri teguh menyokong pindaan ini. Saya percaya pindaan yang dicadangkan bukan sekadar perubahan kepada beberapa peruntukan undang- undang tetapi merupakan usaha memperkukuh benteng tadbir urus sebuah suruhanjaya memikul amanah besar dalam era digital yang semakin mencabar.
Bak kata pepatah, “Rumah yang kukuh bermula daripada tiang yang teguh.” Begitulah juga sebuah institusi jika kepimpinan yang mantap, dasar yang digubal bijaksana maka organisasi itu akan dihormati. Untuk itu kita menyokong pindaan ini yang memperincikan dengan jelas berkaitan pelantikan pengerusi. Tiga orang wakil Kerajaan Persekutuan serta dua hingga tujuh anggota lain yang memiliki kepakaran dalam pelbagai bidang strategik.
Sesungguhnya bidang komunikasi dan multimedia bukan lagi urusan teknikal semata-mata. Ia bersilang dengan kewangan, perdagangan, kejuruteraan, perundangan, ekonomi, pentadbiran awam, perlindungan pengguna, persaingan,
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
sains sosial malah keselamatan negara. Maka wajarlah anggota suruhanjaya terdiri daripada mereka yang benar-benar berwibawa, berintegriti dan mempunyai pengalaman luas agar setiap keputusan dibuat dengan penuh kebijaksanaan.
Sehubungan dengan itu, Sipitang berpandangan mengenai pentingnya keseimbangan dan timbang tara dalam keanggotaan suruhanjaya ini. Di mana barangkali wajar diberikan pertimbangan kuota wakil dari Sabah dan Sarawak untuk turut diberikan tempat yang sewajarnya. Bukan kerana kami mahu perhatian istimewa, bukan juga kerana sentimen wilayah kami, tetapi kerana realiti geografi di Sabah dan Sarawak jauh berbeza daripada semenanjung dan ia hanya difahami oleh anak-anak kelahiran negeri kami, anak-anak tempatan yang mengerti tentang dimensi geografi yang luar biasa, unik dan tersendiri ini.
Anak jati Sabah dan Sarawak lebih memahami denyut nadi rakyat marhaen di negeri kami. Mereka tahu bagaimana sebuah kampung yang hanya boleh dihubungi melalui sungai, bagaimana sebuah sekolah masih bergantung pada capaian Internet yang tidak menentu dan bagaimana sebuah klinik desa memerlukan rangkaian komunikasi yang stabil untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Suara-suara seperti inilah yang wajar berada di meja membuat keputusan.
Sesungguhnya apabila Sabah dan Sarawak diwakili dalam suruhanjaya, ia bukan sekadar memenuhi prinsip keterangkuman, tetapi akan memperkayakan perspektif nasional. Negara yang kuat ialah negara yang mendengar semua suara, bukan hanya suara yang paling hampir dengan pusat pentadbiran.
Dato’ Yang di-Pertua, Sipitang juga menyambut baik pindaan berkaitan tadbir urus suruhanjaya. Dalam era digital tadbir urus mesti mantap dan kukuh. Ini berikutan teknologi berubah setiap saat, ancaman siber berubah setiap detik, manakala penyebaran maklumat palsu berlaku terus-terusan. Maka institusi pengawal selia seperti MCMC juga mesti bergerak sepantas perubahan itu.
MCMC tidak boleh dikendalikan secara sambil lewa, badan ini mesti dipimpin oleh mereka yang memiliki kepakaran, pengalaman dan kebijaksanaan. Kita tidak boleh menyerahkan masa depan ekonomi negara digital negara ini kepada mereka yang hanya memahami teknologi di permukaan, tetapi gagal melihat implikasi strategik ini kepada negara. Saya katakan demikian kerana komunikasi hari ini bukan lagi sekadar suara di telefon atau mesej di skrin telefon pintar. Komunikasi kini menjadi nadi kepada penegangan elektronik, pendidikan digital, tele perubatan, kecerdasan buatan, keselamatan negara dan pertumbuhan ekonomi. Jika nadinya terganggu seluruh tubuh pembangunan negara turut terjejas.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Oleh sebab itu, Sipitang berharap suruhanjaya terus komited membangun dan mengawal selia piawaian infrastruktur serta platform komunikasi yang mampu menggalakkan saling kendali, meningkatkan kepercayaan pengguna dan memperkukuh design industri komunikasi serta multimedia negara. Lebih penting lagi, piawaian yang dibangunkan mestilah menjadi jambatan kepada pertumbuhan ekonomi digital Malaysia. Apabila rangkaian lebih cekap, pelabur lebih yakin. Apabila sistem lebih dipercayai, inovasi akan berkembang. Apabila rakyat yakin terhadap keselamatan digital, ekonomi juga akan berkembang dengan lebih pesat.
Dalam masa yang sama, Sipitang berharap MCMC memberi fokus yang lebih besar terhadap pembangunan piawaian keselamatan rangkaian komunikasi. Dunia hari ini sedang berdepan ancaman penggodaman, pencurian data, penipuan dalam talian dan serangan siber yang semakin kompleks. Semua ini memerlukan tindakan yang pantas dan dasar yang berpandangan jauh.
Selain itu, Sipitang turut melihat pindaan yang membolehkan suruhanjaya mengkaji semula atau mengaudit maklumat yang diberikan oleh pemegang lesen serta pihak yang menyediakan perkhidmatan komunikasi sebagai langkah yang amat tepat pada waktunya. Dalam dunia digital, data ialah aset yang amat bernilai. Maka setiap maklumat yang diterima mestilah boleh disahkan ketepatan, kesahihan dan pematuhannya kepada undang-undang.
Dato’ Yang di-Pertua, Sipitang percaya pindaan ini membawa mesej yang jelas bahawa kerajaan mahu memastikan MCMC terus relevan menghadapi cabaran revolusi industri 4.0 ekonomi digital dan perkembangan teknologi masa hadapan.
Kita tidak boleh membina negara digital dengan undang-undang terperangkap dalam pemikiran semakan, undang-undang mesti sentiasa bergerak seiring dengan perubahan zaman.
Justeru, sekali lagi Sipitang merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Menteri atas pembentangan rang undang-undang ini. Mudah-mudahan pindaan yang diluluskan kelak akan memperkukuh suruhanjaya, memperkasa tadbir urus, melindungi kepentingan rakyat serta memacu industri komunikasi dan multimedia ke tahap yang lebih cemerlang. Sekian Sipitang mohon menyokong.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Selamat petang Sipitang. Tidak ada lagu hari ini?
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Tak cukup masa [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik.
Terima kasih. Berikut saya persilakan Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih Yang di-Pertua, mengizinkan Kapar mengambil bahagian membahaskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2026 ini.
Dato’ Yang di-Pertua, yang kita bahaskan ini adalah Akta Suruhanjaya.
Tujuan penubuhan sesebuah suruhanjaya atau commission adalah mewujudkan sebuah badan yang mempunyai fungsi khusus kepakaran kuasa kawal selia dan pengawasan dalam sesuatu bidang yang penting kepada negara.
Jadi sebuah suruhanjaya diwujudkan bukan sekadar untuk menambah birokrasi tetapi untuk memastikan sesuatu sektor yang kritikal ditadbir secara profesional, telus, berakauntabiliti dan melindungi kepentingan rakyat. Namun, keberkesanan sesebuah suruhanjaya bergantung kepada tahap kebebasan daripada campur tangan politik.
Kejelasan kuasa undang-undang, akauntabiliti kepada Parlimen dan rakyat serta kemampuan melaksanakan penguatkuasaan secara adil. Pada asasnya, usaha memperkukuh MCMC adalah suatu yang baik. Namun persoalannya bukan sekadar memberi lebih banyak kuasa kepada MCMC. Persoalannya ialah siapa yang mengawalkan suruhanjaya ini? MCMC ini? Bagaimana kuasa itu digunakan dan siapa yang mengawasi pengawas?
Jadi saya memberikan tumpuan kepada tiga perkara utama. Saya merujuk kepada pindaan seksyen 18 sub seksyen 2, di mana ketelusan arahan menteri mesti benar-benar telus bukan sekadar rekod atas kertas. RUU ini mewajibkan setiap arahan Menteri direkodkan dalam daftar awam dan ini satu langkah yang positif.
Saya ingin bertanya kepada Menteri. Adakah semua arahan benar-benar akan direkodkan? Bagaimana pula jika arahan dibuat melalui mesyuarat, panggilan telefon atau aplikasi WhatsApp? Rakyat hari ini semakin bimbang apabila laman web disekat, kandungan media sosial diturunkan atau akaun tertentu di ambil tindakan.
Mereka mahu tahu adakah tindakan itu berdasarkan undang-undang, berdasarkan penilaian profesional MCMC atau tekanan politik semata-mata?
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Jadi, jika kerajaan benar-benar mahu membina keyakinan rakyat daftar arahan ini mestilah diterbitkan secara berkala, mudah di akses dan dibentangkan kepada Parlimen ini. Dan ketelusan bukan bermaksud kerajaan tahu segala-galanya.
Ketelusan bermaksud rakyat boleh menyemak apa kerajaan lakukan. Walaupun ada “reformasi” untuk mengharamkan Ahli Parlimen ini bahasa apa sikitlah ya. Ahli Parlimen atau ADUN jadi ahli suruhanjaya MCMC tapi kuasa sebenar masih sangat terpusat kepada Menteri Komunikasi.
Kapar ingatkan they saying the absolute power corrupts bukanlah makna Menteri dan Timbalan Menteri ni corrupt kan tapi this is general. Sebab telah dituliskan di dalam sini keanggotaan suruhanjaya penggantian seksyen 6(1), suruhanjaya hendaklah terdiri daripada anggota yang berdiri yang berikut hendaklah dilantik oleh Menteri. So that’s a magic word dan saya bersetuju dengan rakan-rakan saya Ahli Yang Berhormat di mana kuasa terpusat kepada Menteri.
Walaupun pindaan kata MCMC jadi lebih bebas, hakikatnya pelantikan ahli suruhanjaya, semua ahli jawatankuasa suruhanjaya, anggota suruhanjaya seksyen 5 ini termasuk pengerusi dilantik oleh Menteri. Tiada jawatankuasa bebas atau proses dengan Parlimen. Menteri boleh pilih siapa sahaja yang “berpengalaman” mengikut daripada perspektif negeri.
Arahan dasar seksyen 9, Menteri boleh beri arahan dasar bertulis kepada MCMC dan MCMC wajib patuh. Jadi, MCMC tidak boleh lawan dasar kerajaan.
Peraturan dan kod banyak kuasa buat peraturan baru, tentukan lesen, tentukan kelakuan tidak wajar. Masih di bawah Menteri. Bajet dan laporan MCMC tetap laporkan dan bergantung pada kementerian untuk peruntukan.
Jadi walaupun bukan Ahli Parlimen/ADUN yang dilantik tapi ia masih mengikut acuan dan cita rasa Menteri. Jadi kita perlu mengelakkan percanggahan kepentingan atau conflict of interest dan mempolitikkan MCMC ini kalau tidak ia akan dianggap sebagai just cosmetic reformasi.
Jadi Yang di-Pertua, saya selaku Ahli Jawatankuasa PAC ada yang disebutkan oleh ramai rakan-rakan saya tadi di mana mahu dimasukkan dalam sini, dinaikkan yang daripada RM5 juta ke RM50 juta iaitu sepuluh kali ganda tadi.
Memang seriau la ya Dato’ Speaker. Pindaan seksyen 45 menggantikan perkataan RM5 juta dengan RM50 juta. Kami favorite code dalam PAC ni lessons learn. Banyak yang kita lihat dalam perkara-perkara, insiden-insiden yang melibatkan jabatan dan agensi kerajaan termasuk kementerian melibatkan yang ter- ter ini–– terlepas pandang, ter ini. Jadi saya mahu perincian yang lebih detail
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
daripada Menteri kenapa benda ini berlaku dan saya secara peribadi tidak bersetuju ia nya dinaikkan sepuluh kali ganda kecuali ada sebab-sebab yang munasabah.
Jadi Yang di-Pertua, kita tidak mahu roh sahaja. Kita tidak mahu semangat sahaja. Kita tidak mahu wirit reformasi-reformasi sahaja sebab dia tak boleh ‘nato’— no action, talk only. Kena dicerminkan yang kata bebas daripada politik dan sebagainya ini memang betul-betul pelantikan anggota suruhanjaya ini memang bebas ini, saya mencadangkanlah kepada Kementerian Komunikasi guna kaedah yang diguna pakai seperti pelantikan anggota SUHAKAM— Suruhanjaya Hak Asasi Manusia yang lebih terbuka.
Yang kata daripada kepakaran itu bukan hanya Menteri yang menentukan tetapi mereka betul-betul yang pakar. Mereka yang betul-betul ada pengalaman.
Mereka yang betul-betul ada skills. Mereka yang telah melalui pelbagai isu-isu rakyat ini tadi dan mereka— they have the known how. Ini yang saya rasa perlu dilihatkan oleh rakyat jelata supaya ianya benar-benar dilihat telus.
Sebab suruhanjaya nama lah yang saya sebutkan mula tadi, nama pun suruhanjaya jadi kita mahu aspek operasi yang nak diperkasakan yang memberikan MCMC kuasa pengauditan ke atas pemegang lesen, fleksibiliti, syarat, perkhidmatan pekerja, kebenaran memasukkan penalti kewangan ke dalam kumpulan wang serta peningkatan had nilai kontrak komersial. Ini semua, semua ini mestilah team ataupun anggota suruhanjaya ini mestilah yang credible, berwibawa dan boleh diterima oleh rakyat jelata. Jadi saya minta ada pindaan sedikit lah apa Dato’ Yang di-Pertua sebelum kami bersetuju dengan pindaan ini. Terima kasih Dato’ Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Silakan Yang Berhormat Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim.
Orang Melayu ada berpesan kerana pulut, santan binasa, kerana mulut, badan binasa. tapi dalam dunia hari ini, mungkin peribahasanya perlu ditambah, kerana media, kerajaan boleh binasa.
Sejak ratusan tahun dulu, media dikenali sebagai the fourth estate kuasa keempat dalam demokrasi selepas eksekutif, legislatif dan kehakiman. Edmund Burke pernah menyebut bahawa wartawan yang berada di galeri Parlimen
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
mempunyai kuasa lebih besar daripada tiga cabang kerajaan kerana mereka lah yang membentuk persepsi rakyat.
Hari ini, landskap itu telah berubah lagi. Media sosial telah melahirkan apa yang ramai sarjana politik istilahkan sebagai the fifth estate. Jika dahulu sebuah akhbar boleh jatuhkan seorang Menteri, hari ini satu video berdurasi satu minit, satu ciapan atau satu hantaran yang tular mampu mengubah keputusan pilihan raya, menjatuhkan kerajaan malah mencetuskan revolusi. Sebab itulah kerajaan yang matang tidak takut kepada media. Kerajaan yang matang tidak takut kepada wartawan. Kerajaan yang matang tidak takut kepada kritikan rakyat. Kerana demokrasi tidak dibina atas pujian tapi di atas keberanian menerima kritikan.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong usaha memperkukuhkan keselamatan siber, membanteras penipuan dalam talian, eksploitasi seksual kanak- kanak, jenayah siber dan penyalahgunaan platform digital. Tetapi, saya tidak boleh menyokong, jika pada masa yang sama, kita memperbesarkan kuasa sebuah pengawal selia tanpa memperkukuhkan mekanisme semak dan imbang.
Persoalan terbesar pada hari ini yang dibangkit oleh semua rakan-rakan Ahli Parlimen ialah rang undang-undang ini bukanlah sama ada MCMC memerlukan lebih banyak kuasa, persoalannya ialah siapakah yang mengawal MCMC apabila MCMC diberi lebih banyak kuasa?
Tuan Yang di-Pertua, lihat saja pengalaman negara-negara yang dianggap sebagai penanda aras. Di United Kingdom, Ofcom diberikan kuasa yang luas, tetapi setiap dasar penting didahului dengan konsultasi awam. Alasan keputusan diterbitkan secara terbuka dan semua keputusan tertakluk kepada semakan kehakiman.
Di Australia pula, ada ACMA yang menekankan pendidikan, ketelusan dan pengawalseliaan berasaskan risiko, bukan semata-mata penguatkuasaan. Di Malaysia pula, kita memperluaskan kuasa MCMC seperti ‘Big Brother’, tetapi saya tidak melihat reformasi yang setara untuk menjamin kebebasan institusi ini daripada pengaruh politik.
Tuan Yang di-Pertua, saya nak ambil contoh yang berlaku kepada diri saya, dalam Dewan yang mulia pada hari ini. Pada 22 Januari 2024, saya membahaskan tentang fakta hubungan Parti Keadilan Rakyat dengan Liberal International yang didalangi oleh Zionis. It’s in this very August Hall. Saya ada imuniti dan saya hanya mengambil fakta yang diterbitkan dalam media.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Tapi MCMC telah menyuruh Meta menurunkan rakaman perbahasan saya di Dewan yang mulia ini, atas alasan menyinggung perasaan kepimpinan tertinggi PKR.
Jadi, di mana keadilan buat MCMC, bila mana kami membahaskan fakta? Bukan fitnah. Jadi di sini lah Tuan Yang di-Pertua, saya menentang sebarang usaha yang tidak ada semak dan imbang untuk menegakkan kekuatan MCMC yang membimbangkan ini.
Lebih membimbangkan, Tuan Yang di-Pertua, rang udang-undang ini masih mengekalkan kuasa Menteri untuk mengeluarkan, mengubah dan membatalkan arahan kepada suruhanjaya. Ya, arahan itu kini akan didaftarkan, tetapi pendaftaran bukan pengawasan. Pendaftaran bukan semak dan imbang. Pendaftaran tidak menjadikan sesuatu arahan itu bebas daripada pengaruh politik.
Tuan Yang di-Pertua, ini menunjukkan bahawa proses membuat dasar digital mestilah telus dan melalui konsultasi yang lebih menyuruh. Begitu juga dengan dasar pelesenan platform media sosial. Kita memahami keperluan membanteras penipuan, eksploitasi kanak-kanak dan kandungan jenayah. Namun, apabila kuasa pelesenan menjadi terlalu luas, tanpa jaminan kebebasan institusi, rakyat akan mula bertanya sama ada ia benar-benar bertujuan melindungi pengguna atau akhirnya boleh digunakan untuk mengawal ruang wacana awam.
Tuan Yang di-Pertua, apa yang lebih membimbangkan ialah persepsi yang semakin menebal dalam kalangan rakyat bahawa tindakan penguatkuasaan terhadap kandungan media sosial sering dilihat lebih pantas apabila melibatkan pengkritik kerajaan berbanding pihak lain. Saya tidak mengatakan, setiap tindakan MCMC adalah salah. Tetapi dalam demokrasi, persepsi terhadap kebebasan institusi, sama penting dengan kebebasan institusi itu sendiri.
Apabila rakyat mula takut untuk bersuara kerana bimbang disiasat atau dipanggil hanya kerana mengkritik pemerintah, demokrasi sedang kehilangan rohnya sedikit demi sedikit. Institusi yang dihormati bukan institusi yang paling digeruni.
Institusi yang dihormati ialah institusi yang paling dipercayai.
Menteri Komunikasi tak boleh jadi Joseph Goebbels, ya. This is not Nazi.
Jadikan Malaysia ladang demokrasi yang segar. Jangan gunakan MCMC untuk senyapkan pengkritik kerajaan.
[Tepuk] Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua, saya nak mencadangkan penambahbaikan terhadap rang udang-undang ini:
(i) pelantikan Pengerusi MCMC mestilah disahkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen;
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
(ii) setiap arahan Menteri kepada MCMC dibentangkan di Parlimen dalam tempoh tertentu;
(iii) diwujudkan tribunal rayuan bebas bagi membolehkan rakyat mencabar keputusan MCMC; dan
(iv) MCMC menerbitkan laporan ketelusan tahunan yang memperincikan jumlah arahan sekatan kandungan, permintaan penghapusan kandungan dan tindakan penguatkuasaan mengikut kategori.
Yang politik berapa, yang ancaman kepada kestabilan perkauman berapa.
Kita nak tahu breakdown itu macam mana. Apa sebenarnya terms of reference MCMC? Sebab kita lihat pada akhir-akhir ini, MCMC benar-benar sibuk dengan hal- hal politik kepartian.
Tuan Yang di-Pertua, media bukan musuh kerajaan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Machang, minta laluan.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Silakan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Boleh tambah satu lagi cadangan?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Boleh.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Apa pandangan iaitu MCMC jangan ikut semberono arahan Menteri. Apa pandangan Machang? Terima kasih.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Saya bersetuju benar dengan apa yang dicadangkan oleh Hulu Terengganu. Sebab itu kita minta pelantikan MCMC, pengerusi mestilah ditapis, dipersetujui oleh Jawatankuasa Khas Parlimen. Jadi, kalau kita semua...
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Machang, Masjid Tanah pun nak...
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Oh, silakan, silakan.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Sebab sebelum ini, ada daripada laporan TikTok, government removal request untuk pada tahun sebelum ini, yang menunjukkan permohonan daripada Malaysia sangat tinggi di dunia compared to Australia.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
[Ketawa]
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Ini amat memalukan. Apa pandangan Machang?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Memang amat memalukan. Saya tak faham, kenapa Menteri kita yang bekas pelakon, boleh rasa ancaman kepada rakyat berkenaan dengan TikTok ini. Beliau boleh berdepan dengan kamera daripada dulu lagi. Jadi kenapa perlu takut dengan rakyat yang ber- TikTok? Jadi Tuan Yang di-Pertua, [Tepuk] media adalah cermin kepada kerajaan dan apabila sebuah kerajaan lebih sibuk memecahkan cermin daripada membaiki wajahnya, akhirnya hilang bukan sekadar kepercayaan rakyat, tetapi juga legitimasi pemerintah. Insya-Allah, kita akan perbaiki selepas kita menuju ke Putrajaya pada PRU ke-16.
[Tepuk] Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Machang.
Selanjutnya, dipersilakan Yang Berhormat Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Bismillahirrahmanirrahim. Undang-undang adalah hak akal budi yang bebas daripada nafsu. Apabila undang-undang digunakan untuk memburu musuh dan melindungi kawan, ia bukan lagi instrumen keadilan, tetapi ia adalah alat kezaliman yang disahkan. Undang-undang yang paling buruk adalah undang-undang yang tidak dikuatkuasakan dengan saksama. Ia hanya menjadi perangkap kepada orang yang jujur dan menjadi perisai kepada orang yang khianat.
Tuan Yang di-Pertua, kita sedar industri komunikasi berkembang dengan begitu pesat dan mencabar. Maka, usaha untuk meningkatkan fungsi pembangunan serta menambah baik tadbir urus dan operasi SKMM melalui RUU ini adalah satu langkah yang penting. Namun Tuan Yang di-Pertua, kebimbangan terbesar saya dan juga kebimbangan seluruh rakyat di luar sana, bukanlah teks yang tertulis di atas kertas RUU ini. Kebimbangan utama kita adalah mengenai roh tadbir urus dan kebebasan penguatkuasaannya.
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh mengenai fungsi dan dasar SKMM untuk mengawal selia aktiviti komunikasi dan multimedia serta penguatkuasaan undang- undang. Saya ingin menuntut komitmen dari kerajaan mengenai integriti tindakan agensi ini. Rakyat di luar sana hari ini melihat wujudnya persepsi dwistandard yang ketara.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Mengapa apabila cybertrooper atau figura-figura politik yang terkait dengan blok kerajaan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, fitnah jahat dan manipulasi maklumat di media sosial, walaupun laporan telah dibuat, tindakan kelihatan begitu perlahan, malah ada kalanya, tiada tindakan langsung diambil? Mereka seolah-olah mendapat imuniti atau dilindungi oleh perisai politik.
Sebaliknya apabila pembangkang atau rakyat biasa yang tidak sehaluan dengan dasar kerajaan bersuara mengkritik eksekutif, tidak sampai 24 jam, [Tepuk] penguat kuasa sudah berada di depan pintu rumah. Adakah ini peranan SKMM yang kita mahukan? Undang-undang siber mestilah buta warna politik. Berdiam kepada penyokong sendiri tetapi tangkas memburu pengkritik dasar adalah satu bentuk ketidakadilan penguatkuasaan yang merosakkan demokrasi negara.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mencadangkan syarat baharu agar Pengerusi SKMM bukan dalam kalangan anggota badan perundangan bagi memelihara independency institusi daripada pengaruh politik kepartian. Langkah ini saya hargai, namun atas kapasiti saya sebagai ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, saya ingin menyatakan pandangan saya bahawa reformasi ini akan bersifat kosmetik sekiranya pelantikan tempoh lanjutan jawatan mahupun penamatan khidmat pengerusi masih kekal di bawah penguasaan dan budi bicara mutlak pihak eksekutif, dan dalam kes ini, Menteri.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Selagi punca kuasa pelantikan ini bersifat berpusat, selagi itulah ketelusan dasar berisiko digadaikan demi kelangsungan politik jangka pendek. Malah terdapat potensi percanggahan tata kelola yang berat apabila RUU ini hanya menukar nama jawatan daripada ketua pegawai kepada ketua pegawai eksekutif sedangkan hakikatnya individu yang sama masih memegang dua kuasa besar iaitu merangka dasar selaku pengerusi lembaga pengarah dan meluluskan pelaksanaan operasi selaku CEO.
Justeru, saya mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan agar jawatan Pengerusi SKMM ini dilantik atau sekurang-kurangnya ditapis di peringkat Parlimen melalui Jawatankuasa Khas Parlimen. Bagi saya, jika ini dibuat, roh reformasi yang ingin kita bawa dalam RUU ini akan benar-benar dirasai.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan kepada pindaan perkara operasi di bawah Akta 589. Kerajaan mencadangkan untuk meningkatkan hal sekatan ke atas kontrak daripada RM5 juta kepada RM50 juta. Alasan yang diberikan adalah kerana nilai kontrak meningkat saban tahun dan had ini tidak pernah
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
dipinda sejak tahun 1958. Kita faham dinamika ekonomi telah berubah sejak 1958 tetapi Tuan Yang di-Pertua, lonjakan sebanyak 10 kali ganda ataupun 1,000 peratus secara dalaman tanpa mekanisme penapisan luaran yang ketat adalah satu ruang yang sangat terdedah kepada risiko ketirisan. Kontrak bernilai sehingga RM50 juta ini melibatkan dana awam yang besar.
Di Sabah dan Sarawak, kita sudah terlalu lali dengan kekecewaan projek menara telekomunikasi dan gentian optik yang bernilai puluhan juta Ringgit, lepas itu mengalami masalah disebabkan kegagalan kontraktor lah atau isu subkontrak yang tidak telus. Apabila SKMM diberikan kelonggaran meluluskan kontrak bernilai RM50 juta secara sendiri, apakah jaminan tatakelola daripada YB Menteri bahawa perolehan ini bebas daripada kronisme? Saya mendesak agar diperjelaskan mekanismenya terutamanya apabila fungsi pengauditan diperkukuh di bawah seksyen 73A dan 73B Akta 588. Audit dalaman perolehan SKMM sendiri juga mesti ditingkatkan.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini juga mencadangkan jumlah maksimum anggota suruhanjaya dinaikkan daripada sembilan kepada 11 orang, di mana kuota anggota bukan daripada kerajaan ditambah daripada lima kepada tujuh orang.
Pindaan juga memasukkan standard kepakaran yang merangkumi bidang ekonomi, undang-undang persaingan dan perlindungan pengguna.
Saya menyambut baik usaha mempelbagaikan kepakaran ini, namun sebagai wakil dari Sabah, saya ingin tegaskan bahawa cabaran logistik, geografi dan pasaran digital di wilayah Borneo jauh berbeza dengan Semenanjung. Kita tidak mahu dasar yang digubal dari Putrajaya gagal diterjemahkan dengan berkesan di lapangan kerana kurangnya kefahaman geografi tempatan.
Oleh itu, dengan penambahan keahlian suruhanjaya kepada 11 orang ini, saya mohon kepada kerajaan untuk memberikan komitmen rasmi di Dewan yang mulia ini agar menetapkan kuota pelantikan bagi sekurang-kurangnya seorang tokoh profesional dari Sabah dan seorang dari Sarawak sebagai anggota suruhanjaya SKMM. Seorang representasi wilayah Borneo adalah hak yang kritikal bagi memastikan perancangan pembangunan digital negara tidak lagi bersifat Klang Valley-centric. Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup, saya ingin ulang sekali lagi apa yang saya sebut dari awal tadi. Kekuatan sebenar sesuatu undang-undang terletak kepada pelaksanaan dan keadilan penguatkuasaannya. Apabila penguatkuasaan sesebuah suruhanjaya mula tunduk atau memberi persepsi memihak kepada warna
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
parti pemerintah, di situlah bermulanya keruntuhan kepercayaan rakyat terhadap institusi perundangan negara. Harapan saya agar Akta 589 ini dikuatkuasakan dengan berani, telus, berintegriti dan saksama tanpa memilih bulu demi seluruh rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Saya jemput Yang Berhormat Masjid Tanah.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Masjid Tanah menyokong segala usaha untuk memperkukuhkan keselamatan siber dan juga meningkatkan keupayaan SKMM.
Tetapi ada beberapa perkara yang Masjid Tanah ingin sentuh tentang RUU ini.
Pertama, berkenaan dengan Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat ataupun Dana USP yang mana pindaan ini membolehkan dana USP digunakan untuk infrastruktur keselamatan negara atas arahan Menteri berdasarkan penentuan Majlis Keselamatan Negara. Semak dan imbang amatlah diperlukan supaya dana pembinaan menara di kawasan kurang liputan tidak terjejas apabila dialihkan kepada projek keselamatan.
Jangan nak champion atas nama isu keselamatan negara kerana wang rakyat dibelanjakan sesuka hati, yang mana wang sepatutnya digunakan untuk orang kampung tapi dialihkan disebabkan atas faktor, ‘Oh, ini demi keselamatan negara’.
Sebab saya kena sebut ini sebab di kawasan saya juga Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, masih banyak lagi kawasan-kawasan yang tidak mempunyai liputan yang baik. Kadang-kadang rakyat telefon kita nak bagi tahu masalah, baru cakap ‘Helo’ dah— macam itu. Sebab itulah saya harap Tuan Yang di-Pertua, kenalah ada dipantau dan ada laporan prestasi disediakan.
Perkara kedua Yang Berhormat Puan Speaker, SKMM diberikan kuasa yang lebih besar kerana diberikan kuasa audit yang luas. RUU ini kita melihatkan bahawa boleh audit pemegang lesen, membangunkan piawaian, kawal keselamatan rangkaian, menyiasat penyedia sistem komunikasi, mengawal selia platform digital.
Ini semua baik tapi saya nak bertanya kepada Menteri, siapa yang audit SKMM sendiri? Ini ramai tadi Ahli Yang Berhormat semua bertanya sebab pengalaman di seluruh dunia menunjukkan bahawa regulator juga boleh melakukan kesilapan.
Sebagai contoh, perbandingan luar negara yang telah pun disebut oleh sahabat saya, YB Pasir Mas sebentar tadi yang mana kita lihat Australia, United
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Kingdom semua mempunyai mekanisme semakan konsultasi awam dan juga laporan tahunan yang sangat terperinci kepada Parlimen, berbeza dengan negara kita. Jadi, suka saya mencadangkan supaya semua kuasa audit dan penguatkuasaan utama SKMM ini dibentangkan kepada JKPK Khas Parlimen setiap tahun.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada keratan akhbar yang menunjukkan kenapa kuasa ini perlu disertai perlindungan yang kukuh.
Pertama, Associated Press pada 1 Jun 2026 melaporkan bahawa Malaysia mula melarang kanak-kanak bawah 16 tahun daripada membuka akaun sosial media dan platform besar diwajibkan untuk melaksanakan pengesahan umur dan boleh didenda hingga RM10 juta.
Namun kebimbangan turut dibangkitkan apabila melibatkan privasi data, penyimpanan dokumen pengenalan dan kemungkinan pengawasan dan sebagai seorang ibu, sebagai seorang wanita, saya menyokong perlindungan kanak-kanak tetapi jangan dipaksa untuk keluarga memilih antara keselamatan anak dengan keselamatan data anak.
Jadi, kerajaan mesti jelaskan siapa yang menyimpan data itu, berapa lama disimpan dan siapa yang boleh akses kepada data tersebut? Ini membuktikan bahawa kuasa menyekat bukanlah penyelesaian 100 peratus. Kita memerlukan tanggungjawab platform, ciri keselamatan sejak peringkat reka bentuk, alasan bertulis dan juga ukuran keberkesanan tindakan.
Seterusnya perkara ketiga, berkenaan fasal 9 dan 10 berkaitan dengan ketelusan arahan Menteri yang mana telah pun disebut oleh sahabat saya Yang Berhormat Machang sebentar tadi. Jadi, kita alukan bahawa semua arahan Menteri perlu didaftarkan.
Walaupun ini adalah satu langkah ke hadapan, adakah arahan ini boleh diakses oleh rakyat ataupun hanya tajuk arahan sahaja? Bagaimana kalau jika suatu laman web itu disekat dan bagaimana rakyat mahu tahu apakah tindakan ataupun respons kerajaan sama ada tindakan itu dibuat ataupun tidak?
Seterusnya saya ingin menyentuh tentang perkara yang keempat iaitu fasal 15. Kontrak naik daripada RM5 juta ke RM50 juta. Saya setuju dengan YB Kapar tadi dah sebut, dia tak setuju yang mana untuk RM50 juta ini dinaikkan 10 kali ganda.
Kenapa Yang Berhormat Puan Speaker? Sebab kami di PAC selalu didatangi oleh kementerian-kementerian yang melibatkan adanya projek ICT ini.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Kementerian ini lain projek ICT, yang ini lain ICT. Yang mana kalau kita tengok, kejap berubah tajuk, kejap berubah kos, lepas itu ternaik pula kosnya. Begitu.
Kos meningkat akhirnya gagal beri perkembangan. Sebab itu saya faham. Alasan inflasi, saya faham projek digital hari ini jauh lebih mahal. Kita faham tetapi RM50 juta itu bukanlah satu jumlah yang kecil, ia satu jumlah yang besar.
Kalau tidak ada semakan bebas, risiko ketirisan juga boleh meningkat. Sebab itu saya ingin mengingatkan Dewan ini bahawa setelah apa yang berlaku sebelum ini, berlakunya penyelewengan, berlakunya ketirisan, berlakunya pembaziran. Sebab itu saya harap kita melihat. Sebelum ini juga Laporan Ketua Audit Negara asyik bertahun-tahun menunjukkan pola yang sama.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Sebab itu saya harap supaya eloklah kalau semua ada justifikasi yang mendesak atau yang memerlukan barulah, itu pun, setelah pelaksanaan fasa pelaksanaan haruslah dibawa kepada JKPK di Parlimen.
Dan seterusnya, saya ingin menyentuh tentang perkara mungkin yang tak terkandung dalam RUU ini tetapi sangat berkait rapat dengan semangat pindaan ini.
Kerajaan hari ini mahu memperkukuhkan institusi komunikasi negara tetapi pada masa yang sama kita melihat bagaimana komunikasi rasmi kerajaan sendiri kadangkala gagal menunjukkan profesionalisme yang sepatutnya.
Baru-baru ini, Ketua Pengarah JKOM menerima teguran termasuk daripada Menteri, Timbalan Menteri dan juga pemimpin kerajaan sendiri. Ini amat memalukan kerana apa, apabila Pengarah JKOM itu sendiri menggunakan isu 3R, menggunakan bahasa yang tidak sopan dan bersifat memekak atau menghina dalam media sosial.
Malah, pakar komunikasi juga turut menggesa supaya JKOM mengamalkan pendekatan yang lebih profesional dan diplomatik. Jika agensi yang sepatutnya menjadi wajah komunikasi kerajaan sendiri menggunakan pendekatan yang kasar, sinikal ataupun bersifat provokatif di sosial media, bagaimana kita nak yakinkan rakyat bahawa kerajaan ini sebenarnya mengamalkan komunikasi yang matang?
Institusi komunikasi kerajaan bukannya cybertrooper, bukannya keyboard warrior. Institusi komunikasi kerajaan adalah penjaga kredibiliti kerajaan. Apabila pegawai kanan kerajaan menggunakan bahasa yang tidak mencerminkan profesionalisme penjawat awam, maka yang terjejas bukannya penjawat awam tersebut tetapi seluruh kerajaan ini.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Masjid Tanah, sedikit.
Datuk Wira Mas Hajah Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Ya, Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Setuju tak Masjid Tanah jika dikatakan bahawa JKOM 100 peratus digunakan untuk politik iaitu politik kerajaan.
Apa pandangan Masjid Tanah?
Datuk Wira Mas Hajah Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Oh, saya baru nak sentuh tetapi topik itu, topik yang terakhir. Sebab itu Yang Berhormat Hulu Terengganu saya setuju. Kerana apa? Terdapat arahan supaya pegawai-pegawai JKOM ini yang mana merupakan kakitangan awam untuk viral-kan jentera pada Program Pelancaran Parti Harapan sedangkan dia orang itu bukan ahli parti pun.
Ada yang diambil melalui SPA.
[Tepuk] Macam mana boleh— arahan kalau tak buat akan disenarai hitam. Ini benda betul, saya harap ini harus kita lihat dan siasat macam mana boleh berlaku macam ini. Kononnya Kerajaan MADANI hari ini mengagung-agungkan ketelusan dan sebagainya tapi apa yang berlaku dalam JKOM? Tengok dan siasat.
Sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, itu belum lagi ada arahan untuk tolong bezakan Najib Bossku, pemerintahan Najib Bossku dengan PMX. Ini bukan arahan PMX, PMX takkan suruh buat benda macam ini, tak ada. Ini cuba check siapa yang punya arahan dekat JKOM ini. Sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, ingin saya tegaskan bahawa kakitangan JKOM ini adalah kakitangan kerajaan. Mereka ini bukan alat ataupun medium Parti Pakatan Harapan.
Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, KP JKOM juga acap kali menyebut ini ingin hapuskan fake account tapi masalahnya usaha untuk viral-kan Kerajaan MADANI, Pakatan Harapan ini semuanya melalui fake account. Cakap tak serupa bikin dan belum lagi robot-robot AI yang komen dalam setiap posting Yang Berhormat Menteri Kerajaan MADANI, ayatnya sepesen sahaja, Yang Berhormat Puan Speaker dan menjadi jenaka di kalangan netizen. Sebab itu Puan Speaker, Masjid Tanah mohon cadangkan. Terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Masjid Tanah. Saya jemput Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih, Yang Berhormat Speaker yang dihormati. Rakyat Malaysia, orang-orang muda. Apa khabar semua?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Apa khabar pengundi-pengundi Negeri Sembilan? Sejarah Johor hendaklah dibawa ke Negeri Sembilan. Tahniah, BN.
Okey, yang pertama sekali, Yang Berhormat. Akta ini namanya Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 2026. Saya tak sokong sebab ada perkataan Menteri tadi tapi kalau diubah macam ini saya sokong, Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia MADANI Malaysia, itu saya sokong. Sebab apa yang ini betul-betul ini adalah cadangan Kerajaan MADANI kerana ada beberapa perkara yang mereka buat itu mereka lupa bahawa mereka telah orang kata cakap tak serupa bikin.
Ini tentang kuasa Menteri. Pindaan ini kuasa Menteri iaitu pindaan ini termasuk menambah daripada lima dulu sekarang jadi tujuh. 6C itu. Sekarang ini kita lihat perkataan di sini, “Seorang pengerusi hendaklah bukanlah Ahli Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan”. Ini yang tulis siapa? Ahli Parlimen tak boleh, Ahli DUN tak boleh tapi yang lantik Ahli Parlimen, Menteri itu Ahli Parlimen. Jadi, bagaimana Ahli Parlimen lain tidak boleh, aku boleh? Ini adalah suatu perbuatan songsang yang tidak patut dibuat.
Sepatutnya kita— perkataan Menteri ini kita tengah dok panas dengan apa yang berlaku. Bawa pula akta ini di masa yang kita tengah panas, sudah pasti panas perbahasannya. Kenapa masukkan kuasa Menteri? Menteri lantik Pengerusi, Menteri lantik Ahli-ahli Suruhanjaya tetapi di sini disebut anggota. Kalau sering kali kalau ikut pengistilahan yang pernah dibuat di zaman dahululah.
Sekarang zaman moden kita tak tau macam mana pindaan dibuat. Kalau suruhanjaya pengerusinya mesti dilantik oleh Agong, tetapi yang ini Menteri. Apa perkataan suruhanjaya itu kenapa digunakan, kalau sekiranya yang nak lantik Menteri? Sepatutnya yang lantik ialah Agong, termasuk ahli jawatankuasa dilantik oleh Agong. Kalau tidak pun, masuk perkataan Parlimen di situ.
Parlimen sebab apa, sekarang ini kita nak banyak perkara-perkara kita nak kembali balik kepada Parlimen. SPRM pun kita dah masuk Jawatankuasa Khas SPRM di Parlimen. Pernah dibuat dahulu, saya tak pasti apa yang jadi sekarang.
Sekarang suruhanjaya ini seolahnya semua kuasa Menteri. Jadi, kalau Menteri buat masalah, salah lah. Kalau Menteri sekarang ini kita tahu bahawa banyak perkara- perkara yang dibuat tidak sesuai dengan kehendak rakyat.
Itu sebab kawan saya sebut tadi bahawa apakah MCMC ditubuh untuk menjaga kerajaan kah, untuk menjaga rakyat? Ya, Alor Setar, apakah untuk jaga kerajaan atau jaga rakyat? Jadi, seolahnya dibuat satu akta yang luar biasa
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
menggunakan duit kerajaan, menggunakan platform yang terbesar sepatutnya TikTok dan sebagainya. Kita nak buat satu kawalan tertentu padahal kita kena ingat rakyat Malaysia ini 36 juta serba campur 36 juta dan sebagainya tetapi di negara lain juga ada TikTok, TikTok bukan Malaysia seluruh dunia.
Apa pun kita buat peraturan, satu-satu benda kecil yang saya orang tak pernah tanya iaitu siapa yang pegang lesen TikTok? Saya tak mahu jawab. Menteri jawab sendiri ya. Hal ini merupakan rahsia saya tetapi bila nak buat nak mengumpulkan data kerajaan tak untung. Kerajaan akan menghadapi masalah sebab ianya akan pergi kepada pangkalan data yang pemegang lesen nanti. Itu saya cakap kemudian.
Tetapi di sini ialah tentang kuasa Menteri dan Menteri yang kita tahu sekarang ini telah cuba nak menyalahgunakan aset. Kita tahu aset kerajaan Perdana Menteri dengan tegasnya mengatakan bahawa kita tidak akan menggunakan aset kerajaan, kempen di Johor, Stampin. Tidak akan menggunakan aset kerajaan tiba-tiba Menteri mencabar Menteri Besar Johor marilah berbahas dengan siapa itu— berbahas saya akan bagi, saya ingat dia punya kah? Saya akan bagi TV, tempat. Ini penyalahgunaan. Orang tak duduk dalam kerajaan, orang tak guna perkataan saya sebab ini bukan hak kita.
Kita kena guna perkataan ‘kita’. Bahasanya setengah orang yang baru belajar bahasa dia kata kami, bukan kami, kita. Kita dengan ini bersetuju meluluskan bukan saya. Saya ini kalau duit atas kamu sayalah, kalau duit kerajaan, kita. Tun Mahathir seorang yang pakar menggunakan perkataan. Dia selalu menggunakan perkataan ‘kita’, kita meneruskan. Ini tidak fasal-fasal saya meluluskan.
Sanusi kata itu bukan lulus duit dia punya, itu tanggungjawab Federal untuk buat kerja ini bukan dia lulus. Kuasa-kuasa negeri. Federal ini diberi tanggungjawab lepas itu kata saya luluskan air, luluskan apa? Memang tanggungjawab menjaga air.
Ya Allah, Ya Tuhan ku susah nak cakap ini ya.
Jadi, saya minta supaya perkataan kuasa Menteri itu diturunkan dengan kawan-kawan yang sebut tadi ramai tadi supaya dimasuk kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen. Saya rasa Speaker pun setuju. Mana boleh kita bagi kuasa Menteri tapi saya setujulah sebab apa kalau nak kira-kira bagus juga. Sebab lepas ini kami akan jadi Menteri tak lama dah.
[Tepuk] Silap-silap saya jadi Menteri, kacau itu tapi tak baik kalau dapat kat saya bagus, sebab saya yang ikhlas akan menggunakan sebaiknya untuk rakyat tapi bimbang Menteri menggunakannya bukan untuk rakyat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya bagi contoh, Yang Berhormat ya. Dalam social media, TikTok sebagai contohnya ialah benda-benda yang mengarut itu MCMC patut keluarkanlah gambar- gambar lucah dan sebagainya, keluarkan. Tapi dia hanya pi cari orang yang komen kerajaan cepat dia tangkap. Dulu Alor Setar pernah tanya dapat dak depa kesan fake account. Menteri kata tak dapat, tapi dia dapat kesan orang yang kata dekat Perdana Menteri, dia dapat kesan.
Yang akaun yang— maaf ya saya tak tengok, saya sambil tekan tengah lalu saya tak tengok, saya cuma tanya kawan-kawan saya. Saya tanya, ini AI ke betul?
Itu sahaja tapi saya tak berani tengok sebab kadang-kadang tak mampu untuk tengok ya. Jadi, yang itu yang patut MCMC kena perhatikan. Untuk apa tengok benda-benda itu merupakan dunia yang mengelirukan ya.
Okey, baik [Tidak jelas] ... balik. Kuasa Menteri mesti ditukar kepada kuasa Parlimen, ingat Yang Berhormat ya.
Okey, nombor dua ialah berhubung dengan cadangan kawan-kawan tadi iaitu supaya kuasa Menteri diturun kepada kuasa Parlimen. Jadi, lagi sekali saya ingin bertanya kepada kerajaan, apakah undang-undang ini dibuat untuk kerajaan untuk rakyat? Demokrasi dah hilang, kita di Parlimen pun dah hilang demokrasi kita tahu.
Maaflah saya terpaksa cakap.
Kita ini cakap demokrasi, keadilan, reformasi. Reformasi apa? Ahli Parlimen pun hangpa buat dua kelas. Kelas A, kelas B. Tapi jangan bimbang UMNO sudah bersama dengan PAS sekarang, dengan PN.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang UMNO dapat itu kita okey-okeylah. Kami okey, okeylah. Lepas ini kami dah ada perjanjian yang hebat dengan...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Sikit. Berkaitan dengan penggunaan jentera kerajaan ketika pilihan raya. Apa pandangan Arau apabila Perdana Menteri dikatakan menggunakan BMW baharu menggantikan PROTON ketika pilihan raya?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Kalis peluru lagi. Apa pandangan Arau? Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, ya. Sebenarnya, PMX tak perlu pakai kereta kalis peluru sebab dia ada MCMC dah, macam kalis pelurulah sebab dia boleh tembak mana dia suka, boleh.
Jadi, sebenarnya tak perlukan kereta itu dah. Siapa cakap [Tidak jelas] ... tadi? Kami dengan tegas, di Johor kami sebut menyokong...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...BN di mana PAS tak bertanding. Itu sumbangan kami. Kami tak menang kerusi takpa asalkan BN menang.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bukan PH menang. PH kalah dengan teruk. Ditolak di Sarawak, ditolak di— minta maaflah ini kita sahabat ya. Kita sahabat, Timbalan Speaker. Kami sahabat dulu, kini dan selamanya.
Ditolak di Sarawak, ditolak di Sabah, ditolak di Johor. Tolaklah tinggal enam.
Jadi, di Negeri Sembilan insya-Allah kita berdoa semoga ditolak dan ditolak di seluruh Malaysia. Jadi, sepatutnya PMX, inilah masa untuk berjinak-jinak dengan kami. Kami ini orang baik, orang mai jumpa untuk tujuan baik, kami baik.
Tapi kalau mari duk ha kita berlawan, kami pun lawan no problem. Jadi, kita minta supaya kerajaan melihat apa yang berlaku sekarang ini. Jangan gunakan MCMC untuk mempertahankan kerajaan. Gunakan MCMC untuk membela rakyat, itu dia. Kalau kami yang memerintah, kami akan bela rakyat. Tapi mereka memerintah, mereka bukan sahaja tak bela rakyat, buat undang-undang memberi kuasa kepada Menteri. Menteri pula kononnya ada kuasa. Menteri kalau nak pegang MCMC ini kena ada sikit ilmu-ilmu akhirat, lain-lain lagi kan. Jangan seronok-seronok je.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia kena ada benda itu supaya lebih beretika dalam melaksanakan tugas. Walau bagaimanapun, sebab mempengerusikan Majlis pada hari ini, saya terima kasih kepada Timbalan Speaker.
Saya nak bagi tahu akta ini sebenarnya tidak bertepatan untuk membela rakyat dan juga membela social media itu sendiri, membela TikTok itu sendiri. Kita kena ingat sebahagian daripada kita untung kerana TikTok telah berjaya untuk menaikkan nama kita. Kalau saya jadi Menteri mungkin orang tak berapa kenal sangat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi pembangkang orang kenal, Speaker pun kenal dengan lebih baik dekat saya termasuk kawan-kawan semua.
Jadi, terima kasih kepada semua pihak dan kepada TikTok dan juga lain-lain platform social media. Terima kasih, assalamualaikum.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Arau. Sekarang, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Masa 30 minit.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Puan Speaker dan juga saya ucapkan jutaan terima kasih kepada 15 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan tentang RUU untuk pindaan Akta 589.
Saya rasa dalam perbahasan ini ada beberapa isu pokok yang dibangkit.
Jadi, saya akan cuba sedaya upaya untuk menjawab isu-isu yang dibangkitkan.
Pertamanya, salah satu isu yang dibangkit adalah tentang pelantikan oleh Menteri. Saya nak tegaskan di sini bahawa pelantikan oleh Menteri adalah berdasarkan peruntukan sedia ada sejak 1998. Siapa kerajaan pada itu? Mestilah bukan saya.
Jadi, ini merupakan peruntukan sedia ada yang kali ini memang Kerajaan MADANI tidak berhasrat untuk membuat pindaan terhadap peruntukan sedia ada.
Tetapi peruntukan sedia ada sejak 1998 memang membenarkan seseorang Menteri untuk buat pelantikan pengerusi dan juga anggota-anggota suruhanjaya yang lain.
Dan selain daripada itu, pelantikan itu adalah dibuat berdasarkan kriteria- kriteria yang diterima umum bagi badan-badan berkanun. Kriteria ini akan merangkumi kelayakan, integriti, pengalaman dan kebolehan meneraju dan mengemudi SKMM sebagai badan kawal selia industri komunikasi dan multimedia.
Dan bagi badan-badan berkanun yang mengawal industri, pelantikan pengerusi atau ketua bagi badan berkanun tersebut dibuat oleh Menteri yang bertanggungjawab ke atas industri tersebut seperti sebagai contohlah, Suruhanjaya Sekuriti juga dilantik oleh Menteri. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara juga dilantik oleh Menteri.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Suruhanjaya Tenaga, semua pelantikannya dibuat oleh Menteri. Di bawah Akta 589, Menteri melantik pengerusi dan juga anggota-anggota suruhanjaya.
Pindaan yang menyatakan pengerusi hendaklah bukan daripada ahli badan perundangan dihasratkan untuk mengelakkan konflik politik.
Selain itu, terdapat juga peruntukan sedia ada dalam Akta 589, iaitu di bawah seksyen 8 yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak boleh dilantik sebagai anggota suruhanjaya melainkan jika sebelum pelantikan orang itu membuat suatu akuan berkanun untuk menjelaskan sama ada beliau mempunyai apa-apa kepentingan dari segi kewangan atau selainnya dalam apa-apa aku janji yang melibatkan aktiviti komunikasi dan multimedia. Ini juga akan memastikan konflik- konflik kepentingan yang mungkin timbul bolehlah dielakkan. Jadi, saya rasa ini memang merupakan peruntukan yang sedia ada.
Dan selain daripada itu, kalau kita nak rujuk kepada Ofcom yang selalulah disebut, yang sudah beberapa kali disebut. Saya nak tanya siapa yang melantik ketua ataupun pengarah untuk Ofcom? Secretary. This is a Secretary of State for Culture, Media and Sport. Menteri yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga Ofcom juga.
Jadi, saya harap bahawa kalau nak cakap bahawa pada masa yang akan datang ini mungkin boleh kita bincang tapi saya nak tegaskan di sini ini bukan satu provisi atau satu peruntukan pindaan yang beri kuasa yang lebih besar kepada seseorang Menteri yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga industri komunikasi dan multimedia.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Penjelasan, penjelasan. Yang Berhormat, sikit Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat tak masuk perkataan ini 61A itu, kami tak berang sangat.
Bila Yang Berhormat sebut hendaklah bukan Ahli Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri. Tapi Menteri itu, ialah termasuk Yang Berhormat, ialah Ahli Parlimen. Jadi, kenapa sebut perkataan ini? Nak lantik, lantiklah siapa pun tapi tak payah sebut.
Walau— specified perkataan ‘Ahli Parlimen’, ‘DUN’ itu, itu bukan reform. Ini ialah— benda itu benda yang sama sebab dilantik oleh Menteri di kerajaan. Tujuan reformasi yang dicadangkan ialah untuk kembalikan kepada kuasa kepada rakyat tapi nampaknya Yang Berhormat kata ini 1998 dibuat, kami cuma buat pindaan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat kempen dulu, yang dibuat oleh yang dulu semua tak guna.
Kalau tak guna, pindalah. Kami tidak masalah, kami akan sokong. Sebab adakah kami tak guna, nampaknya yang dulu berguna. Kalau yang dulu berguna, kenapa kerajaan sekarang ini memerintah? Patutnya kerajaan dululah. Itu point dia.
Jadi, perkataan ‘Ahli Parlimen’ dengan ‘DUN’ itu kenapa disebut? Specified, dengan izin, kenapa? Lantiklah pengerusi bila Menteri nak lantik.
Puan Teo Nie Ching
Pertamanya, saya nak ulangkan sekali lagi. Pindaan yang kita bawa pada hari ini dia tidak beri kuasa yang lebih besar kepada seseorang Menteri untuk melantik pengerusi ataupun anggota-anggota suruhanjaya.
Puan Teo Nie Ching
Itu yang apa yang saya ingin jelaskan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini. Kedua, kenapa kita nak kecualikan Ahli Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan?
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
[Bangun]
Puan Teo Nie Ching
Saya— kalau kita— kalau Yang Berhormat— kerana Yang Berhormat masuk Dewan lewat sikit tetapi kalau Ahli Yang Berhormat Arau mengikuti perbahasan, daripada 14 orang Ahli Yang Berhormat yang terlibat atau pun yang mengambil bahagian dalam perbahasan tadi, saya percaya hampir semua orang menyokong pindaan ini. Hanya Yang Berhormat Arau seorang sahaja yang tak rasa gembira kerana kita nak kecualikan Ahli-ahli Parlimen dan juga ADUN.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bangun]
Puan Teo Nie Ching
Saya pun tak fahamlah kenapa. Kenapa? Yang Berhormat Arau memang berminat untuk menjadi Pengerusi MCMC ke?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, saya tak berminat. Saya nak jadi Menteri bila kerajaan tukar nanti.
[Tepuk] Saya tak minat yang tu. Jadi Yang Berhormat...
Puan Teo Nie Ching
Tunggulah, tunggulah. Jadi, tunggulah Arau menjadi Menteri dan Arau boleh bawa apa-apa pindaan yang Arau berminat, boleh tak?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tak— tapi sekarang ni tak payah simpan-simpan, yang paling penting, seolahnya Menteri ni hebatlah. Ahli Parlimen tak masuk. Kenapa tak bagi kuasa kepada Agong?
Puan Teo Nie Ching
Saya rasa Yang Berhormat sila bincang baik-baik.
Dengarlah Ahli-ahli Yang Berhormat yang datang, yang di blok sana, sama ada you all setuju atau tak setuju.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tak.
Puan Teo Nie Ching
Seorang tak setuju, yang lain setuju, bagaimana saya nak buat ni.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, mana ada...
Puan Teo Nie Ching
Silalah jadi konsisten sikit.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kami— kalau kami tak setuju, kami tak setuju semua. Kami bukan jenis lompat-lompat.
Puan Teo Nie Ching
Tadi banyak yang cakap setuju dengan provisi ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, sekarang ni pindaan- pindaan yang disetuju tu jangan ambil orang politik, okey. Tapi kuasa Menteri.
Tanyalah kuasa Menteri, siapa yang setuju? Kenapa tak bagi kepada Parlimen?
Malah, ucapan terakhir daripada Pengerusi PAC, terutama dari Kota Belud.
Puan Teo Nie Ching
Kenapa Yang Berhormat tak tanya soalan ini bila akta ini diubahkan lebih awal?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kenapa tak bagi kepada Parlimen? Bagi kuasa rujuk balik kepada Parlimen.
Puan Teo Nie Ching
Yang Berhormat, Yang Berhormat, seperti yang saya sebut tadi. Pertamanya, untuk Suruhanjaya Sekuriti, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Suruhanjaya Tenaga. Semua dilantik oleh Menteri. Semua dilantik oleh Menteri. Yang saya nak tegaskan di sini adalah, pindaan yang kami bawa pada hari ini tidak bagi kuasa yang lebih besar, yang satu perkara yang abnormal kepada Menteri untuk melantik pengerusi.
Ini adalah provisi yang sedia ada dan sebenarnya dalam pindaan yang kita bawa ini kita hadkan— mengehadkan kuasanya. Kita cakap bahawa pertamanya, dia tak bolehlah lantik orang politik seperti Ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan Undangan dan kita letakkan kriteria-kriteria yang perlu dipenuhi sebelum seseorang boleh dilantik.
Jadi, sebenarnya pindaan yang kami bawa pada hari ini, kita mengehadkan kuasa seseorang Menteri untuk melantik pengerusi dan juga anggota-anggota suruhanjaya. Saya minta Yang Berhormat Arau baca baik-baik, boleh tak? Saya rasa masa yang cukup panjang saya bagi kepada Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey. Seminit, seminit.
Puan Teo Nie Ching
Cukuplah Yang Berhormat. Kalau itu pun tak faham, saya pun tak tahu bagaimana nak memperjelaskan isu ini lagi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, Yang Berhormat bandingkan dengan APM— apa ni sekuriti. Yang Berhormat, MCMC ini rakyat-rakyat Malaysia. Suruhanjaya lain tu melibatkan kumpulan kecil. Ini rakyat Malaysia.
Puan Teo Nie Ching
Suruhan Tenaga. Suruhanjaya Tenaga, electricity bukan untuk semua rakyat Malaysia?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Suruhanjaya Sekuriti, APMM dilantik oleh Menteri. Itu ialah sekumpulan kecil. Ini rakyat. Rakyat nak supaya Parlimen yang mereka wakilkan itu membuat pemilihan dan pelantikan.
Puan Teo Nie Ching
Yang Berhormat Arau. Isu air, isu elektrik itu untuk semua orang atau pun untuk berapa orang sahaja?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Selagi tak berhenti sebut nama Arau, Arau akan— Saya nak bagi tahu, pindaan ini jawapannya, salah.
Puan Teo Nie Ching
Yang Berhormat Arau jawablah. Isu air, isu elektrik itu adalah tentang hak asasi semua rakyat Malaysia.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Membandingkan apa ni— Suruhanjaya Air, ini rakyat Malaysia.
Puan Teo Nie Ching
Betullah. Suruhanjaya Tenaga tentang isu elektrik.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara juga adalah hak asasi setiap manusia kan?
Juga semua hak asasi setiap manusia ke? Terima kasihlah Yang Berhormat, saya bagi laluan.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Sikit ya. Ini untuk penambahbaikan, way forward ya, Menteri. Kalau tadi dikatakan memang tidak menambahkan kuasa Menteri, memang status quo tapi oleh kerana pihak kerajaan sekarang adalah dikatakan “kerajaan yang memperjuangkan reformasi” kan?
Jadi— dan good governance is one of your perjuangan lah dulu, kan? So, itu yang kami lihat daripada sini, sepatutnya inilah masanya untuk kerajaan ini membuktikan that you are containing kuasa Menteri itu. So, sepatutnya dalam pindaan ini yang kita ialah— kita gunakan masa yang banyak dan sebagainya untuk berbahas ini, sepatut inilah masa membuktikan Kerajaan MADANI ini boleh mengurangkan kuasa, betul-betul mengasingkan kuasa politik daripada anggota- anggota suruhanjaya. Setuju tak Menteri?
Puan Teo Nie Ching
Saya setuju tetapi reformasi dia pun ambil masa.
Apabila kita nak asingkan kuasa AGPP juga banyak bantahan daripada sebelah.
Puan Teo Nie Ching
Jadi, kita perlu ambil satu langkah demi satu langkah. Betul tak, Yang Berhormat?
Betul tak?
Kalau kita sekarang— pindaan yang kita bawa sekarang, saya nak tanya.
Adakah ini satu tambah baik? It’s not perfect, I agree tetapi adakah ini satu tambah baik? Jadi, kalau cakap bahawa ia boleh ditambah baik lagi pada masa yang akan datang, saya setuju. Saya tak cakap kita tak boleh buat lagi. Tetapi janganlah putar belit dan sampai cakap bahawa macamlah kita sekarang bagi kuasa yang lebih besar kepada seseorang Menteri. Itu yang saya tak boleh setuju.
[Tepuk] Sebab saya nak minta Ahli-ahli Yang Berhormat yang duduk di sebelah sana faham, kuasa untuk melantik seorang pengerusi, kuasa sedia ada. Pindaan yang kita bawa sekarang sebenarnya mengehadkan kuasa seseorang pilihan beliau untuk melantik seseorang pengerusi.
Kalau nak cakap ada ruang untuk kita tambah baik lagi, boleh. Kita buat pada masa yang akan datang. Kita duduk dan bincang baik-baiklah. Takkanlah oleh sebab ini bukan perfect, jadi kita nak tolak semua RUU ini. Bersikap adil sikitlah. Itulah permintaan saya.
Isu kedua yang dibangkit adalah tentang kadar kontrak yang sekarang meningkat dari RM5 juta kepada RM50 juta. Ramai Ahli-ahli Yang Berhormat, termasuk yang datang dari pihak kerajaan ini yang cakap, rasa sangat-sangat hairan.
Saya nak menjelaskan di sini bahawa peningkatan had nilai kontrak dipertingkat selaras dengan peraturan perolehan Badan Berkanun Persekutuan WP7.5 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan berkaitan penggunaan dana oleh badan berkanun.
Berdasarkan peraturan tersebut, Badan Berkanun Persekutuan yang menggunakan dana dalaman sepenuhnya boleh meluluskan perolehan sehingga nilai RM499 juta. Saya ulang satu kali lagi ya. Berdasarkan peraturan tersebut, Badan Berkanun Persekutuan yang menggunakan dana dalaman sepenuhnya boleh meluluskan perolehan sehingga nilai RM499 juta dan hanya perolehan RM500 juta ke atas sahaja yang perlu diangkat untuk kelulusan Kementerian Kewangan.
Walau bagaimanapun, pihak kementerian berpandangan, wajar untuk hanya meningkatkan kepada RM50 juta sahaja. Mengambil kira nilai tersebut tidak pernah dipinda sejak 1998 dan peningkatan ini turut mengambil kira bahawa nilai kontrak yang melibatkan MCMC telah meningkat. Antara lain disebabkan oleh inflasi, kemajuan teknologi serta peningkatan kos bahan dan juga buruh.
Puan Teo Nie Ching
Peningkatan had sekatan kontrak, ini bukanlah perkara baharu, di mana SPAN juga meminda aktanya pada tahun 2024 untuk meningkatkan had sekatan kontrak kepada RM50 juta. Selain daripada itu, ada juga tentang— banyak isu yang telah ditanya tentang sekatan turun kandungan atau pun tadi yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Mas adalah tentang Harakatdaily dan sebagainya.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Yang Berhormat, YB. Sebelum YB pindah tajuk lain, tentang RM50 juta tu. YB tak jawab lagi macam mana ia dipantau atau pun diaudit supaya tidak timbul kesangsian.
Mekanisme untuk audit, untuk pantau RM50 juta tu tadi.
Puan Teo Nie Ching
Saya— memang setiap badan berkanun dia ada proses audit sendiri. Saya rasa badan berkanun tidak terkecuali daripada proses audit. Jadi, proses audit yang sama akan terpakai.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Alor Setar. Okey, pertamanya seperti lah Harakatdaily semua telah disebut. Saya nak nyatakan di sini bahawa bukan semua sekatan adalah dibuat atas lah permintaan MCMC. Saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat faham perkara ini kerana saya juga selalu terima aduan ataupun permintaan daripada orang awam supaya sekatan itu bolehlah diangkat kerana seperti lah ada artis, di mana akaun mereka disekat untuk lah saya pun tidak tahu sebab apa.
Jadi, bukan semua sekatan adalah dibuat oleh atas lah permintaan MCMC.
Kadangkala Meta ada alasan sendiri yang buat sesuatu sekatan tetapi apa MCMC yang kami akan buat adalah untuk lah kes-kes tertentu, kami tak ada masalah untuk lah membantu seseorang untuk lah kemukakan rayuan tersebut kepada pihak platform provider seperti lah Meta.
Dan kedua, tak boleh cakap tidak ada semak dan imbang. Memang semua ada. Tadi yang Yang Berhormat sebut tentang lah seperti lah cakap lah tentang lah beberapa cara seperti lah nak― let me check, okey. Konsultasi awam, semakan kehakiman, penerbitan hasil. Sebenarnya semua ini dilaksanakan oleh MCMC.
Apabila MCMC nak kemukakan apa-apa for example, risk mitigation code. Konsultasi memang dibuat, konsultasi memang dibuat. Dan untuk lah laporan tentang konsultasi awam itu juga diterbit.
Jadi, ini adalah prosedur yang sedia ada dan semakan kehakiman juga boleh dibuat. Tak ada orang yang cakap bahawa keputusan MCMC tidak boleh dicabar.
Dan sebenarnya dalam akta sedia ada, tak kiralah di bawah lah CMA atau pun Akta
Puan Teo Nie Ching
Keselamatan Dalam Talian, dia juga ada provision yang memperuntukkan bahawa seseorang boleh lah mencabar keputusan MCMC melalui tribunal rayuan yang akan lah dipengerusi oleh lah seorang Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Kenapa kita wujud tribunal rayuan ini? Kerana kita tahu bahawa hendak pergi ke mahkamah ia makan masa. Bukan lah semua orang yang mampu lah melantik seorang peguam. Jadi, kita wujudkan tribunal rayuan supaya seseorang pengguna tak perlu lah lantik seseorang peguam. Dia boleh terus lah pergi ke tribunal rayuan ini untuk lah mencabar sesuatu keputusan yang dibuat oleh MCMC. Dan siapa yang akan mendengar rayuan ataupun kes mereka? Bukan anggota suruhanjaya, bukan Menteri, bukan Timbalan Menteri tetapi seorang hakim datang dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Jadi, kalau nak cakap bahawa tak ada semak dan imbang, saya rasa itu tidak betul kerana kuasa untuk lah membawa sesuatu keputusan kerajaan ke agensi kerajaan ke, kalau nak buat judicial review, there is natural justice. Tidak ada satu provinsi di dalam pindaan ini, RUU pindaan ini yang cakap bahawa tak boleh buat.
Tetapi sebenarnya prosedur sedia ada yang telah diperuntukkan di bawah CMA akta sedia ada lebih bagus.
Tak semestinya you terus pergi ke mahkamah untuk membuat semakan kehakiman tetapi sila lah guna pakai tribunal rayuan yang telah diwujudkan di bawah lah akta sedia ada supaya tidak perlu lantik lah peguam, masa lebih cepat, kos yang terlibat itu juga jauh, jauh lebih rendah. Jadi, tidak betul kalau cakap tidak boleh semak dan imbang. Memang ada Yang Berhormat, memang ada.
Dan selain daripada itu, tentanglah Harakat ini saya nak nyatakan di sini, Kerajaan MADANI telahlah membawa pindaan kepada seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia di mana kita telah buat pindaan terhadap seksyen 233 dan menyatakan bahawa satira dia bukan lagi satu kesalahan di bawah lah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Tetapi kalau untuk isu-isu ataupun kandungan- kandungan media sosial yang berunsur 3R, ia adalah di bawah pihak polis kerana 3R ini dia tidak di bawah Akta 588.
Okey. Kita tengok apa lagi. Okey. Selain daripada itu, Ahli Yang Berhormat juga minta bahawa laporan di― Yang Berhormat Kapar juga cakap bagaimana kita nak pastikan siapa anggota yang dilantik itu sebenarnya mereka orang yang qualified. Marilah kita belajar daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.
Saya ingin lah bawa perhatian Yang Berhormat terhadap fasal 3 dalam lah RUU pindaan ini kerana dalam fasal 3, ia memang telah ada satu provisi di sini yang
Puan Teo Nie Ching
menyatakan bahawa untuk lah mereka yang dilantik mereka perlu mempunyai pengalaman dan juga pengetahuan dalam perkara yang berhubungan dengan komunikasi dan multimedia, kewangan, kejuruteraan, perdagangan, perundangan, ekonomi, pentadbir awam, persaingan, perlindungan pengguna, sains sosial atau apa-apa kelayakan lain yang bersesuaian yang ditentukan oleh Menteri.
Jadi, provisi memang ada dalam blue bill ini. Yang Berhormat boleh baca, muka surat kedua dalam blue bill ini sudah nyatakan kelayakan-kelayakan yang perlu lah diambil kira semasa kita melantik seseorang anggota suruhanjaya. Jadi, jangan cakap kita tidak ada. Perlu lah rujuk kepada Akta SUHAKAM. Tak. Kerana dalam sini memang hasrat Yang Berhormat sudah nyata dalam lah blue bill ini.
Selain daripada itu, Ahli-ahli Yang Berhormat mintalah suruhanjaya untuk lah bentangkan laporan. Sebenarnya saya hendak cakap di sini, Kementerian Komunikasi tak pernah, tak pernah nak sembunyikan data-data tersebut. Berapa kali Ahli-ahli Yang Berhormat tanya saya tentang lah bilangan permohonan yang dihantar kepada penyedia platform. Berapa kali saya sudah jawab tentang lah angka-angka ataupun kandungan media sosial yang telah diturunkan.
Sebenarnya angka ini kami cukup transparent. Tadi sebelum saya buat penggulungan lah tentang lah satu RUU pindaan kepada Akta 588, saya juga kongsikan angka-angka tentang lah penurunan. Jadi, sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat ingin tahu berapa permintaan, permohonan telah dihantarkan kepada platform media sosial, kami terbuka untuk kongsi data tersebut denganlah Yang Berhormat. Tak perlu tunggulah laporan tahunan, tidak perlu tunggu. Tetapi kalau jawatankuasa adalah pemilihan, adalah sesuatu permintaan, kita bersedia untuk lah buat tambah baik lagi untuk pastikan bahawa data-data ini boleh menjadi lebih transparent. Tetapi saya hendak nyatakan di sini bahawa tentang lah permohonan untuk lah kita turunkan sesuatu kandungan media sosial, sudah banyak kali kami kongsikan dalam Dewan Rakyat ini. Jadi, tidak betul kalau kita cakap bahawa tidak ada transparency, kita langsung tidak tahu. Setiap kali Ahli Yang Berhormat tanya, kami standby dengan data ini untuk menjawab Ahli-ahli Yang Berhormat. Jadi, saya rasa hairan kalau ada Ahli Yang Berhormat cakap dia tidak tahu ataupun tidak pernah lah data tersebut dikongsikan dengan lah Dewan ini.
Selain daripada itu, Ahli Yang Berhormat Parit ada tanya tentang lah kuasa untuk menyiarkan maklumat. Saya juga hendak jelaskan di sini bahawa apabila sesuatu kes atau pun sebarang prosiding sivil ataupun jenayah, dia sebenarnya
Puan Teo Nie Ching
apabila dia masuk ke mahkamah ini, semua telah menjadi dokumen yang terbuka, terbuka kepada orang awam. Tak ada masalah untuk orang awam nak buat semakan dengan lah sistem mahkamah untuk lah mendapat butiran-butiran tersebut. Jadi, saya rasa tidak ada isu yang menyatakan bahawa ini adalah satu infringement of privacy dan sebagainya.
Ada Ahli-ahli Yang Berhormat― eh, tidak ada dalam Dewan lagi. Tadi ada Ahli-ahli Yang Berhormat tanya tentanglah bagaimana kita hendak pastikan bahawa data, khasnya data tentang lah yang berkaitan dengan kanak-kanak itu dipelihara dengan lebih bagus kerana kita sekarang ada satu peraturan yang menyatakan bahawa mereka yang di bawah umur 16 tahun ini tidak boleh buka akaun media sosial. Saya juga hendak nyatakan di sini bahwa data tentang pengesahan umur tidak disimpan oleh MCMC. Tetapi data tersebut adalah dipegang dan disimpan oleh lah platform provider atau pun syarikat-syarikat media sosial tersebut.
Puan Teo Nie Ching
Dan mereka memang dipertanggungjawabkan untuk memastikan bahawa pertama, data-data peribadi itu disimpan secara baik dan kedua, mereka tidak sepatutnya memegang sesuatu data itu untuk satu tempoh masa yang, yang tidak munasabah. Maksudnya apabila tujuan untuk maklumat itu dikumpulkan telah dicapai, mereka juga ada satu tanggungjawab untuk menghapuskan maklumat- maklumat yang mereka kutip tersebut.
Jadi, maklumat tersebut tidak dipegang, tidak disimpan oleh MCMC, tetapi akan kekal bersama dengan platform provider dan ini adalah satu obligasi antarabangsa untuk pastikan bahawa data itu disimpan dan dihapus dengan sewajarnya.
Ya, Yang Berhormat.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Mengenai data pemilik akaun ini, saya rasa kita pernah berkongsi satu pandangan yang sama. Mengenai fake account yang Yang Berhormat pernah sebut sebelum ini, ada yang tidak dapat dikenal pasti. Jadi, setakat mana usaha kerajaan untuk nak kenal pasti perkara-perkara tersebut supaya dua-dua pihak selesai. Tak payah fikir fasal fake account ini. Apa pandangan Yang Berhormat Timbalan? Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih, Ahli Yang Berhormat Alor Setar.
Memang satu, ini isu, tentang isu akaun palsu ini, satu cabaran yang sangat besar.
Puan Teo Nie Ching
Saya perlu nyatakan di sini bahawa bukan semua akaun palsu ini, kita mampu, MCMC mampu untuk mengenal pasti siapa di belakang, di belakang akaun tersebut.
Kerana kalau nak buka akaun, hanya memadailah untuk bekalkan e-mel sahaja dan kita tahu bahawa senang sahaja untuk seseorang mendaftarkan satu e-mel baharu.
Jadi, ini bukan satu perkara yang senang, kecuali Dewan ini mempunyai satu konsensus bahawa kita nak buat real name system untuk pendaftaran akaun media sosial. Saya rasa itu akan kekal menjadi satu cabaran. Tetapi, setakat ini, tiada polisi yang dibuat oleh Kerajaan MADANI untuk memaksakan platform media sosial untuk buat satu real name system. Itu bukan satu konsensus, itu tak ada satu hasrat untuk buat sedemikian. Kerana saya pun takut apabila kita cakap kementerian ataupun kerajaan berhasrat buat demikian, ada tuduhan cakap bahawa kita nak mengekang kebebasan bersuara juga.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Sikit, Yang Berhormat. Sebelum ini kita pernah lulus Akta Perlindungan Data Peribadi.
Yang Berhormat Menteri Digital pun ada di sini. Kita ada kuasa untuk ambil data itu daripada luar negara untuk kita siasat. Kalau tak salah sayalah. Bolehkah kita guna ruang-ruang itu untuk kita dapatkan juga, walaupun e-mel itu didaftar di tempat lain, Gmail kah apa kah. Adakah tidak ada ruang langsung kerajaan untuk dapatkan data- data tersebut?
Puan Teo Nie Ching
Kita boleh dapatkan data tersebut, tetapi masalahnya adalah e-mel dengan e-mail address sahaja, tak semestinya kami mampu mengenal pasti siapa di belakang, siapa pemegang akaun e-mel itu. Itulah cabaran dia. Kalau, kalau saya nak daftarkan satu e-mel cakap ABC, apa-apalah, tetapi tak semestinya you akan tahu siapa sebenarnya pemegang akaun e-mel tersebut. Jadi, apabila kita nak minta data tersebut daripada platform, kalau kita boleh tunjukkan bahawa ini memang kita untuk siasatan sesuatu kes jenayah, maklumat itu boleh diminta dari platform, tetapi hanya dengan e-mel tak semestinya kami akan tahu, siapa pemegang, pemilik e-mel tersebut. Itulah cabaran yang kami hadapi.
Ada, ada soalan-soalan tambahan yang ingin dibangkit oleh Ahli-ahli Yang Berhormat? Kerana kalau— Ya, Yang Berhormat.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Ya. Pasir Salak. Apakah jaminan kerajaan bahawa pindaan ini akan mempercepat pembangunan infrastruktur komunikasi di kawasan luar bandar? Sebab di kawasan saya, terletak di luar bandar dan banyak tempat yang tak ada lagi capaian internet dan telekomunikasi. Sekian, terima kasih.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Ahli Yang Berhormat, atas soalan tersebut.
Jangan risau Ahli Yang Berhormat, kerana sekarang MCMC tengah mengusahakan untuk lah mulakan JENDELA untuk JENDELA 2 yang kita percaya boleh roll out pada suku ketiga tahun ini. Untuk JENDELA part 1, sebenarnya projek- projek yang ataupun site yang telah dikenal pasti yang disenaraikan di bawah JENDELA part 1 hampir selesai. Hampir selesai.
Jadi MCMC tengah untuk usahakan supaya JENDELA part 2 ini boleh dimulakan secepat mungkin dan sekarang anggaran kita adalah— kita sudah put out the request for proposal untuk 1,000 sites untuk kita menambah baik liputan Internet dekat kawasan itu. Dan kita percaya bahawa dengan mengenal pasti sites yang akan melebihi 1,000 tempat ini, kita percaya bahawa liputan Internet di seluruh Malaysia akan tambah baik.
Kalau tak ada soalan-soalan yang lain, saya ingin ucap jutaan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang ambil bahagian dalam perbahasan ini untuk cadangan-cadangan yang saya rasa bernas, yang baik, konstruktif. Kami juga akan bawa balik ke kementerian untuk kita meneliti secara lebih terperinci. Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 18 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang-rang undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pengangkutan (Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah) dan diluluskan]
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
Puan Yang di- Pertua, saya memohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut peruntukan subseksyen 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275] agar Majlis ini mengambil ketetapan supaya kerajaan memindahkan sebanyak RM14,500 juta atau RM14.5 bilion di bawah subseksyen 3(1) akta yang sama, iaitu baki Wang Terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia dengan izin, Malaysian Government Investment Issue bagi tempoh Januari hingga Mei 2026 ke Kumpulan Wang Pembangunan.” Puan Yang di-Pertua, saya memohon untuk membentangkan satu resolusi berkaitan ketetapan pindaan Wang Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia dengan izin, Malaysian Government Investment Issue (MGII) ke Kumpulan Wang Pembangunan mengikut keperluan subseksyen 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983. Resolusi ini dibentangkan supaya kerajaan memindahkan baki Wang Terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) sebanyak RM14,500 juta atau RM14.5 bilion bagi tempoh Januari hingga Mei 2026 ke Kumpulan Wang Pembangunan. Pindaan ini dilaksanakan untuk membiayai sebahagian keperluan belanjaan pembangunan.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
Kumpulan Wang Pembangunan ialah satu Kumpulan Wang Amanah Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 bagi tujuan membiayai perbelanjaan pembangunan. Sumber dana Kumpulan Wang Pembangunan diperoleh melalui pindaan daripada Akaun Hasil Disatukan, Akaun Pinjaman Disatukan, terimaan balik pinjaman dan terimaan pelbagai untuk pembangunan.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
Secara umumnya, pindaan daripada Akaun Pinjaman Disatukan ke Kumpulan Wang Pembangunan pula terdiri daripada terimaan terbitan Sekuriti Kerajaan Malaysia dengan izin, Malaysian Government Securities (MGS); Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII); bil Perbendaharaan dan pinjaman luar negeri.
Subseksyen 4(b) Akta 275 memperuntukkan bahawa terimaan daripada Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) hanya boleh dipindahkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan setelah mendapat kelulusan Dewan Rakyat dengan resolusi.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, sekuriti pinjaman berasaskan prinsip syariah ini telah diterbitkan oleh kerajaan di bawah Akta 275. Antara tujuan utama terbitan berasaskan prinsip syariah ini adalah untuk membangun dan mengembangkan pasaran kewangan Islam di Malaysia.
Puan Yang di-Pertua, dengan ini saya memohon mencadangkan resolusi berkaitan ketetapan pemindahan baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia dengan izin MGII sebanyak RM14,500 juta atau RM14.5 bilion bagi tempoh Januari hingga Mei 2026 ke Kumpulan Wang Pembangunan. Justeru dimohon agar pemindahan ini diluluskan oleh Dewan Rakyat. Terima kasih.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin
Saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini terbuka untuk dibahas. Seramai dua orang pembahas, Yang Berhormat Maran dan Yang Berhormat Tanjong Karang. Setiap pembahas diberi lima minit. Saya jemput Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya turut membahaskan Usul Menteri Kewangan. Yang Berhormat Yang di- Pertua, kerajaan telah pun menerbitkan MGII iaitu Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia antara Januari hingga Mei 2026 dan menerima wang daripada pelabur.
Usul ini meminta kebenaran Dewan Rakyat untuk memindahkan baki terimaan tersebut daripada Akaun Pinjaman Disatukan ke Kumpulan Wang Pembangunan supaya wang itu boleh digunakan bagi membiayai perbelanjaan pembangunan yang telah diluluskan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya bangkit untuk mengambil bahagian dalam perbahasan usul bagi memindahkan RM14.5 bilion baki wang Terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) bagi tempoh Januari hingga Mei 2026 ke Kumpulan Wang Pembangunan. Saya memahami bahawa pemindahan ini merupakan proses yang dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan kerajaan mempunyai sumber kewangan untuk membiayai perbelanjaan pembangunan yang telah diluluskan.
Dokumen Tinjauan Ekonomi 2026 juga menunjukkan bahawa MGII merupakan antara instrumen utama yang digunakan kerajaan untuk memperoleh dana daripada pasaran modal. Pada Januari hingga Julai 2025 sahaja, terbitan MGII ataupun kumpulan ini berjumlah kira-kira RM54.8 bilion. Dokumen tersebut turut menyatakan bahawa terbitan kerajaan diselaraskan mengikut strategi pembiayaan dan usaha pengukuhan kedudukan fiskal negara.
Oleh itu, isu yang saya ingin bangkitkan bukanlah untuk mempertikaikan keperluan pemindahan ini tetapi untuk memastikan Dewan Rakyat mendapat penjelasan yang lengkap mengenai jumlah kos dan penggunaan dana tersebut.
Pertama, berapakah jumlah keseluruhan MGII yang telah diterbitkan antara Januari hingga Mei 2026? Kerajaan menyatakan bahawa RM14.5 bilion merupakan baki wang terimaan. Oleh itu, mohon Menteri menjelaskan bagaimana jumlah keseluruhan yang diterbitkan akhirnya menghasilkan baki RM14.5 bilion untuk dipindahkan.
Kedua, berapakah jumlah MGII yang telah matang dan dibayar balik dalam tempoh berkenaan? Apakah kadar keuntungan yang perlu dibayar kepada pelabur dan berapakah keseluruhan kos pembiayaan yang ditanggung oleh kerajaan?
Ketiga, selepas RM14.5 bilion ini dipindahkan, berapakah baki wang terimaan MGII yang masih berada dalam Akaun Pinjaman Disatukan? Adakah baki tersebut telah ditetapkan untuk pembiayaan balik hutang atau akan dipindahkan pada masa akan datang?
Keempat, kementerian dan projek pembangunan manakah yang akan menerima manfaat daripada dana ini? Mohon dinyatakan pecahan bagi projek baharu, projek sambungan dan projek yang mengalami kelewatan pelaksanaan atau pembayaran. Atau berapakah perbelanjaan hangus akibat daripada projek-projek terbengkalai?
Saya memahami bahawa perincian projek telah diluluskan melalui Belanjawan 2026. Namun oleh sebab dana ini berasal daripada instrumen hutang
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
kerajaan, wajar untuk Dewan mengetahui sektor utama yang akan dibiayai sama ada kesihatan, pendidikan, pengangkutan, tebatan banjir atau kemudahan asas rakyat.
Yang kelima, apakah hasil ekonomi dan manfaat kepada rakyat yang dijangka daripada projek yang dibiayai melalui dana ini? Kerajaan juga perlu menjelaskan kaedah pemantauan yang digunakan bagi memastikan manfaat projek tersebut setimpal dengan kos pembiayaan MGII.
Puan Yang di-Pertua, pinjaman yang membina kemudahan dan aset awam yang produktif boleh memberi manfaat besar kepada negara. Namun, setiap pembiayaan perlu disertai dengan penjelasan tentang kos, tujuan dan hasilnya, yang paling penting ialah untuk kepentingan rakyat. Saya berharap Menteri dapat memberikan jawapan yang menyeluruh supaya Dewan bukan sahaja meluluskan pemindahan dana tetapi turut memahami bagaimana dana tersebut akan memberikan nilai terbaik kepada rakyat. Jika tidak, Kumpulan kerbau mandi di kubang, Salah langkah kerajaan akan tumbang. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri perbahasan ini izinkan saya menyentuh satu perkara lain yang masih berkaitan dengan keyakinan terhadap sistem kewangan negara. Selain ketelusan dalam pengurusan dana kerajaan, keyakinan pelabur turut bergantung pada integriti dan kewibawaan institusi yang mengawal selia pasaran modal.
Saya merujuk kepada berita pada 10 Mac 2026 bertajuk “Kamu nak saya masuk penjara? Bos SC enggan ulas mafia korporat”. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Kewangan mengenai laporan yang menimbulkan persoalan awam berkaitan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Adakah Kementerian Kewangan selaku kementerian yang bertanggungjawab terhadap Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dapat mengesahkan sama ada pernah berlaku penahanan atau siasatan oleh mana-mana agensi penguat kuasa terhadap pegawai SC? Sekiranya tidak, tiada penahanan berlaku, apakah langkah yang telah diambil oleh kementerian untuk memberikan penjelasan rasmi mengelakkan kekeliruan awam serta membina keyakinan pelabur dan rakyat terhadap integriti SC?
Saya ingin menyentuh juga di sini Puan Yang di-Pertua, bahawa ketelusan dan integriti kerajaan akan memastikan supaya wang-wang yang dibina, dikutip di dalam negara kita ini dapat kita serahkan dan manfaatkan kepada rakyat dan pembangunan negara. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Maran. Saya jemput Yang Berhormat Tanjong Karang.
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tanjong Karang bangun untuk menyatakan sokongan ke atas Usul Yang Berhormat Menteri Kewangan Mengenai Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia, Malaysian Government Investment Issue (MGII). Secara mudahnya MGII ialah instrumen hutang atau bond jangka panjang yang diterbitkan oleh Kerajaan Malaysia tetapi berasaskan prinsip syariah.
Langkah menerbitkan MGII ini bukan sekadar instrumen kutipan dana biasa tetapi merupakan bukti komitmen berterusan kerajaan dalam memacu pasaran kewangan Islam negara yang kini menjadi penanda aras global. MGII memberi ruang kepada kerajaan untuk menguruskan kecairan dan membiayai perbelanjaan pembangunan negara berasaskan prinsip syariah yang adil dan telus.
Tuan Yang di-Pertua, wang yang diperoleh daripada terbitan MGII ini akan disalurkan secara langsung ke dalam bajet pembangunan bagi membiayai projek- projek berimpak tinggi yang menyentuh nadi rakyat.
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Kita bercakap tentang pembinaan sekolah baru, hospital, klinik luar bandar serta naik taraf jaringan pengangkutan awam yang sedang rancak dilaksanakan.
Melalui instrumen ini, kita tidak menggunakan pinjaman konvensional yang membebankan dengan faedah tetap yang tidak anjal. Sebaliknya, kita menggunakan kontrak patuh syariah seperi murabahah atau ijarah yang lebih stabil, kurang spekulatif dan menarik minat pelabur institusi tempatan mahupun asing yang mencari pelaburan yang beretika.
Banyak pihak mungkin akan mempersoalkan tahap hutang negara kita yang sudah pun mencecah lebih RM1.34 trilion. Data-data terbaharu daripada DOSM mencatat RM2.02 trilion atau berada pada had statutori 60 peratus daripada KDNK.
Namun, harus kita ingat bahawa pengeluaran MGII ini masih terhad kepada had statutori yang dibenarkan kerana pada sebelah Oktober 2021, Dewan Rakyat yang mulia ini telah meluluskan pindaan undang-undang untuk menaikkan had statutori daripada 60 peratus kepada 65 peratus KDNK.
Walaupun menerusi akta, tanggungjawab fiskal dan kecekapan kewangan, Fiscal Responsibility Act (FRA) yang diluluskan pada hujung tahun 2023. Kerajaan
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
secara perundangan menetapkan sasaran jangka sederhana untuk menurunkan serta mengekalkan paras hutang negara agar tidak melebihi 60 peratus daripada KDNK.
Kadar langganan yang sentiasa melebihi sasaran atau oversubscribe bagi siri MGII sebelum ini membuktikan satu perkara. Pasaran mempunyai keyakinan yang sangat tinggi terhadap tadbir urus ekonomi kerajaan hari ini. Pelabur luar melihat Malaysia sebagai destinasi yang stabil, selamat dan berdaya saing.
Namun, kebimbangan kesan penggemburan atau crowding out effect tetap ada apabila kerajaan terus menerus menerbitkan MGII dalam jumlah yang besar.
Kita sangat bimbang akan berlakunya kesan crowding out di pasaran tempatan.
Institusi kewangan dan dana pencen seperti KWSP dan KWAP akan menentukan modal mereka untuk membeli kertas hutang kerajaan kerana ia dianggap bebas risiko. Akibatnya apa? Modal sektor swasta akan semakin mengecil atau menjadi lebih mahal. Khususnya, usahawan PKS tempatan yang memerlukan pembiayaan untuk berkembang. Ini boleh membantutkan pertumbuhan ekonomi domestik yang dipacu oleh sektor swasta.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutupnya. Kesimpulannya, usul MGII ini adalah satu keperluan strategik demi kesinambungan pemulihan dan pertumbuhan ekonomi negara kita. Ia membolehkan kita berbelanja untuk rakyat tanpa menggadaikan prinsip kewangan yang sihat. Dengan ini, saya menyeru seluruh Ahli Dewan yang mulia ini untuk mengetepikan sebarang perbezaan politik dan menyokong penuh usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan ini dan Tanjong Karang berharap terbitan MGII ini mestilah diuruskan dengan cermat, demi kelangsungan, kemakmuran Malaysia. Sekian, terima kasih. Tanjong Karang mohon menyokong. Saya sudahi dengan wabilahitaufiqwalhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Tanjong Karang. Arau nak berucap?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih, Yang Berhormat Speaker. Rakyat Malaysia, kawan-kawan semua. Selamat datang Menteri Komunikasi tapi tidak ada pantun. Tadi ramai orang masuk, Menteri masuk, Ahli Parlimen masuk.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat ini tak berkaitan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ada berkaitan sebab dia ingat berbelah bahagi. Itu ialah pandangan padahal kami ini orang-orang baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Itu RUU sudah lepas. Sudah lulus.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kami orang baik. Lebih-lebih lagi kami baru menang pilihan raya di Johor. Terima kasih. Walaupun BN menang, kami menanglah kami sokong dia ya. Okey, Yang Berhormat, rang undang-undang ini usul ya. Kita ingat ini bukan rang undang-undang ini ialah usul Menteri Kewangan.
Tapi usul ini sering kali dilihat, saya tak pasti sama ada usul ini akan diluluskan ataupun cuma usul saja.
Tapi jumlahnya besar. RM14,500,000,000 jadi besar. Dia sebut sini masuk ke Kumpulan Wang Pembangunan, padahal dalam bajet ataupun bajet tambahan tu perbelanjaannya tak sebesar ini. Kita senaraikan yang ini kalau tak boleh senaraikan namakan pembangunan itu untuk apa.
Jadi, kita kalau boleh kita nak cadangkan pembangunan ini tumpukan lebih kepada projek-projek kecil. Projek-projek yang berskala besar, projek kecil sebab rakyat sekarang ini perlu benda-benda yang kecil ya. Supaya mereka boleh bergerak bersama. Kalau kita buat projek besar, orang itu saja yang terlibat.
Tapi, projek kecil ini rakyat boleh bersama. Itu sebab semasa kita memperkenalkan, masa tu Speaker belum jadi Ahli Parlimen semua ini belum jadi, sebenarnya belum lahir kut. Kita masa tu menghadapi masalah ekonomi. Kerajaan telah ambil pendekatan iaitu kerajaan membuat pelaburan sebab sektor swasta sudah lemah. Kerajaan membuat pelaburan, pelaburan awam.
Masa itulah kita lihat 11 Kolej Matrikulasi dibina dan hampir tiap-tiap negeri ada politeknik. Dalam masa yang sama, enam universiti telah dibuat dalam tempoh setahun setengah. Jadi, kerajaan telah campur tangan dengan masuk dalam pelaburan bila swasta lemah. Jadi, dalam keadaan sekarang, kita lihat semua orang menghadapi masalah. Bukan sahaja swasta, kerajaan juga menghadapi masalah.
Apa yang berlaku di seluruh dunia kita maklum. Kita bersimpati tapi kita nak supaya kerajaan senaraikan pembangunan ini untuk apa? Supaya kita boleh tahu sebab bila masuk ke Parlimen. Ahli Parlimen kadang-kadang hanya baca di sini saja tetapi jumlah ini besar. Sepatutnya ini untuk digunakan projek-projek kelas F ataupun sebab RM14.5 bilion ini RM14,500,000,000 ini ialah satu angka yang besar.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dalam masa yang sama apakah usul ini untuk kita mengundi ataupun tidak ataupun hanya usul daripada kerajaan? Usul seolah-olah macam Perdana Menteri sebab ini ialah usul yang cukup besar. Jadi, kalau yang benar-benar besar begini saya ingat Setiausaha Parlimen kena lihat bahawa kami harus menyertai perbahasan kerana dia melibatkan pembangunan. Jadi, begitulah pandangan saya supaya kerajaan melihat benda ini dengan serius. Kepada Menteri Komunikasi, kalau boleh masuk awal tadi ya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Arau. Sekarang saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Masa lapan minit.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya tak pasti kenapa Arau sebut nama Menteri Komunikasi tapi sekarang ini Kementerian Kewangan.
Untuk jawab Yang Berhormat Maran. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Maran, Tanjong Karang dan Yang Berhormat Arau kerana menyertai perbahasan resolusi yang saya bentangkan tadi. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Maran, pada tahun 2026 jumlah terbitan MGII dianggarkan sebanyak RM95 bilion dan daripada jumlah tersebut sebanyak RM55 bilion adalah untuk membiayai semula MGII yang matang. RM2 bilion untuk membiayai sebahagian penebusan MITB manakala baki sebanyak RM38 bilion untuk membiayai sebahagian defisit 2026. Ini untuk DE nanti saya jelaskan kenapa kita pinjam untuk DE.
Bagi tempoh Januari hingga Mei 2026, jumlah terbitan kasar MGII mencatatkan sebanyak RM40 bilion. Setelah mengambil kira pembiayaan semula MGII sebanyak RM25.5 bilion bagi tempoh yang sama baki bersih jumlah terimaan yang dicadangkan untuk dipindahkan daripada Akaun Pinjaman Disatukan ke Akaun Wang Amanah Pembangunan adalah sebanyak RM14.5 bilion.
Manakala baki terbitan MGII bagi tempoh Jun hingga Disember 2026 di cadang untuk dipindahkan pada sesi mesyuarat yang akan datang. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam undang-undang kita, sistem kita, kita hanya boleh pinjam untuk DE dan kita tidak boleh pinjam untuk OE. OE dibiayai oleh kutipan ataupun hasil. OE hanya boleh dibiayai oleh hasil dan kita pinjam untuk membiayai DE dan ini adalah tujuan untuk kita membiayai defisit yang kita adakan.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
Untuk jawab soalan Maran berkenaan dengan keyakinan— yang isu security commission itu terkeluar daripada tajuk. Tetapi keyakinan pasaran terhadap Malaysia memang sangat tinggi. Moody’s baru-baru ini memberi 3A atau A3 sovereign rating kepada Malaysia dan juga dengan usaha kerajaan mengadakan Fiscal Responsibility Act dan pelbagai usaha yang dijalankan oleh— dilakukan oleh kerajaan, maka keyakinan pasaran terhadap kestabilan ekonomi dan juga potensi ekonomi Malaysia memang tinggi.
Untuk menjawab soalan Tanjong Karang, Yang Berhormat Tanjong Karang, adakah terbitan ini akan mewujudkan keadaan crowding out. Saya ada dua poin.
Satu poin ialah kerajaan dalam sejak beberapa tahun lalu telah kurang pinjam dari setahun ke setahun sejak tiga tahun lalu.
So, setiap tahun walaupun kita masih pinjam, tetapi pinjaman, jumlah pinjaman baharu telah dikurangkan setiap tahun. Dan, faktor crowding out sebenarnya terbitan sekuriti dan MGII memberi peluang untuk KWSP kekal melabur di negara kita. KWSP dan institusi-institusi yang lain, ia perlu melabur untuk mendapat hasil ataupun returns. Tetapi, kalau tidak ada peluang untuk dia melabur di Malaysia, ini juga satu masalah dan ia akan ada kesan terhadap currency.
So, untuk jawab soalan Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat.
Tuan Liew Chin Tong
Ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sikit tanya. Yang Berhormat sebut tadi pelaburan daripada KWSP dan ada keuntungan. Apakah Yang Berhormat bercadang supaya keuntungan dividen KWSP itu dibenarkan dikeluar melalui Akaun 3?
Tuan Liew Chin Tong
Itu terkeluar daripada tajuk, terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bukan, bukan sebab apa?
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih. Saya dah dengar, terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, Yang Berhormat kata — saya tanya ikhlas Yang Berhormat. Sebab ini ialah dia melibatkan— makna kata kita dah nampak sekarang ini KWSP melabur dalam kerajaan, very good, bagus. Jadi, saya hendak tanya Yang Berhormat, bolehkah?
Tak boleh, tak apa. Bukan nak bergaduh.
Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
[Bangun]
Tuan Liew Chin Tong
Dia sudah ada tiga akaun dan akaun ketiga diberikan 10 peratus untuk keluaran. So, itu sudah ada dan terkeluar daripada tajuk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, makna kata dividen yang dibagi kepada KWSP tak perlu jual mana-mana as pelaburan kerana sudah ada dividen yang kerajaan bagi itu. Dengan itu, saya akan bercakap dengan KWSP, dia kena benarkan dikeluarkan melalui Akaun 3. Terima kasih, terima kasih. That statement cukup, dah cukup dah, terima kasih.
Tuan Liew Chin Tong
Okey.
Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Saya tambah sikit, Yang Berhormat. Bagaimana berkenaan dengan isu hutang negara yang telah mencecah sebenarnya RM2.02 trilion yang mana telah melebihi 60 peratus daripada had statutori yang dibenarkan? Walaupun ada perubahan telah ditingkatkan kepada 65 peratus pada tahun 2021 dan ini kalau kita kira maksimum kita boleh mengambil hutang lagi adalah lebih kurang dalam RM100 bilion, so, tidakkah ini akan mengecilkan ruang untuk kita meneruskan business pada masa- masa hadapan? Terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Maran, Yang Berhormat Menteri, sikit. Terima kasih Yang Berhormat atas jawapan yang diberi kepada saya, tetapi agak ringkas. Saya kemukakan lima soalan besar, walaupun ada soalan- soalan yang lebih khusus.
Wang yang kita akan keluarkan ini, gunakan ini adalah hasil daripada pelaburan asing dan sebagainya melalui sukuk yang kita terbitkan oleh kerajaan.
Dan kita terpaksa membayar pokok dan pelbagai-bagai lagi dan hasilnya kita masuk dan kita hendak pindahkan kepada tabung pembangunan ini. Cuma, saya ada timbulkan antara yang penting, adakah baki tersebut telah ditetapkan untuk pembayaran balik hutang? Atau akan dipindahkan pada masa akan datang?
Dan juga saya bertanya, pecahan bagi projek baharu, projek sambungan dan projek yang mengalami kelewatan pelaksanaan. Kerana setiap projek yang diluluskan, dilaksanakan, tetapi gagal dilaksanakan telah membelanjakan wang kerajaan yang cukup banyak. Akhirnya kerajaan cuma retender dan sebagainya, terpaksa mengeluarkan wang baharu.
Jadi, ini semua adalah duit rakyat, bukan duit hasil daripada kita sahaja.
Sebab itu saya bertanya dan kalau jawapan tidak boleh Yang Berhormat secara sekarang ini, saya minta Yang Berhormat beri saya jawapan bertulis secara detailed tentang persoalan-persoalan yang telah saya bangunkan, saya persoalkan tadi,
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Ini penting untuk rakyat, untuk negara. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Yang Berhormat Maran. Soalan yang awal saya sudah jawab dan soalan berkenaan dengan kegunaan wang yang telah dipindah dalam Kumpulan Wang Amanah Pembangunan, ini boleh dibahaskan semasa laporan audit ataupun semasa perbahasan belanjawan kerana ini tertakluk kepada belanjawan dan resolusi hari ini hanya secara teknikal untuk memindahkan dana dari satu akaun ke akaun yang kedua.
Dan saya jawab secara ringkas kepada Yang Berhormat Tanjong Karang.
Kerajaan berusaha untuk mengurangkan pinjaman baharu dan saya beri maklumat bahawa sejak 2021— pada tahun 2021, pinjaman baharu ialah RM100 bilion dan pada tahun 2022, dikurang kepada RM92.6 bilion. Maaf, maaf. Pada 2023 ialah RM92.6 bilion untuk tahun tersebut pinjaman baharu dan untuk tahun 2024 ialah RM76.8 bilion dan seterusnya berkurang kepada RM75.6 bilion pada tahun 2025.
Ini Kerajaan MADANI memang berusaha untuk mengurangkan pinjaman baharu supaya tidak melebihi had yang telah diputuskan oleh Parlimen. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.
Masalahnya ialah bahawa Usul seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini di Nombor 3 hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 16 Julai 2026.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.27 petang]