Jul132026

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Membaca doa] Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Yang Berhormat- Yang Berhormat.

Sebelum saya mulakan sesi jawapan lisan, ingin saya mengingatkan Perkara 36(10)(c) ialah kita faham semalam berlaku satu benda yang menarik negara tapi jangan heretkan politik yang tidak berkaitan di dalam Dewan ini ya.

Dengan ini saya mempersilakan Dato Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali, Yang Berhormat Pekan. Dipersilakan, Yang Berhormat.

draft • 10:00 AM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua.

Pekan tanya soalan nombor 1.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Luar Negeri untuk menjawab.

draft • 10:00 AM

1. Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [Pekan] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, pendirian Malaysia terhadap ketidakseimbangan kuasa veto oleh kuasa besar dunia dalam Majlis Keselamatan PBB. Apakah pendekatan strategik dalam memperjuangkan reformasi sistem PBB dan usaha berterusan bagi memperkukuh peranan serta kedudukan Malaysia yang lebih signifikan dalam institusi antarabangsa tersebut.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pekan atas pertanyaan yang dikemukakan.

Tuan Yang di-Pertua, penyalahgunaan kuasa veto oleh kuasa-kuasa besar dunia sememangnya menjejaskan kredibiliti Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Implikasinya, institusi tersebut kerap kali gagal melaksanakan mandat utamanya di bawah piagam PBB untuk memelihara keamanan dan keselamatan sejagat, termasuk dalam menangani konflik di Asia Barat dan dalam mempertahankan hak asasi mutlak rakyat Palestin.

Malaysia secara konsisten menyokong dan menggesa pelaksanaan reformasi Majlis Keselamatan PBB secara menyeluruh, termasuk kuasa veto. Pendirian Malaysia adalah jelas bahawa kuasa veto adalah tidak adil dan perlu dimansuhkan. Paling tidak, penggunaan kuasa veto mesti dimansuhkan sama sekali dalam kes pencabulan undang-undang antarabangsa yang melibatkan jenayah berat seperti jenayah perang, genosid, jenayah terhadap kemanusiaan serta pemusnahan infrastruktur awam secara sengaja seperti yang berlaku di Gaza.

Tuan Yang di-Pertua, antara kemajuan yang tercapai dalam menambah baik dan meningkatkan ketelusan Majlis Keselamatan PBB ialah kelulusan inisiatif veto melalui Resolusi Perhimpunan Agung PBB 76/262 pada tahun 2022. Malaysia telah mengundi, menyokong resolusi ini. Resolusi ini menetapkan bahawa apabila kuasa veto dilaksanakan oleh mana-mana anggota tetap Majlis Keselamatan PBB, Perhimpunan Agung PBB secara automatik harus bersidang dalam tempoh 10 hari bekerja untuk membahaskan isu yang telah diveto. Penjelasan harus diberikan oleh anggota tetap Majlis Keselamatan PBB yang berkaitan.

Pendekatan ini sudah dilaksanakan. Sebagai contoh satu mesyuarat tergempar Perhimpunan Agung PBB telah diadakan pada 16 April 2026 berikutan penggunaan veto oleh China dan Rusia di Majlis Keselamatan PBB pada 7 April 2026 ke atas resolusi mengenai situasi di Iran dan Selat Hormuz. Selain itu, selain isu veto, Malaysia juga menyokong perluasan anggota tetap dan anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB bagi memastikan setiap rantau diwakili secara saksama. Malaysia berpendirian bahawa komposisi Majlis Keselamatan PBB perlu diperbaiki supaya lebih saksama, inklusif dan mencerminkan realiti dan dinamik geopolitik semasa.

Tuan Yang di-Pertua, kelantangan kita di PBB bukanlah retorik semata-mata, sebaliknya bersandarkan rekod prestasi baik dan kredibiliti Malaysia juga sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB sebanyak empat kali. Kita konsisten mempertahankan undang-undang antarabangsa dan menjadi juru cakap yang berani dalam membela nasib negara-negara membangun dan mereka yang dianiaya.

Sukacitanya, saya ingin memaklumkan bahawa Malaysia telah secara rasmi mengemukakan pencalonan untuk kembali menganggotai Majlis Keselamatan PBB sebagai anggota tidak tetap bagi tempoh 2036 hingga 2037. Insya-Allah pada September 2026 ini, dalam sesi debat umum Perhimpunan Agung PBB Ke-81 di New York, Yang Berhormat

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Menteri Luar Negeri akan terus menegaskan pendirian Malaysia dalam isu ini semasa menyampaikan kenyataan negara.

Agenda reformasi Majlis Keselamatan PBB dan isu keselamatan dan keamanan sejagat akan terus menjadi satu keutamaan dalam Dasar Luar Negeri Malaysia. Sekian, terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Pekan, soalan tambahan.

draft • 10:00 AM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Terima kasih atas penjelasan tersebut. Adakah Malaysia bersedia menerajui usaha yang lebih tegas dan konkrit untuk menuntut reformasi Majlis Keselamatan PBB memandangkan sistem sedia ada jelas gagal membela keadilan apabila kuasa veto terus disalahgunakan sebagai alat penindasan oleh kuasa besar. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 10:10 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat Pekan atas soalan tambahan tersebut. Seperti apa yang telah saya jelaskan sebentar tadi, Malaysia mengekalkan pendirian tegas bahawa kuasa veto adalah tidak adil dan perlu dimansuhkan.

Dalam hal ini, kita sentiasa menggesa pelaksanaan reformasi Majlis Keselamatan PBB secara menyeluruh dengan mengemukakan pelbagai syor-syor dan antara syor yang kita kemukakan adalah seperti larangan mutlak untuk penggunaan kuasa veto mesti dimansuhkan sama sekali.

Malaysia konsisten menegaskan bahawa struktur Majlis Keselamatan PBB sedia ada adalah tidak demokratik dan juga telah lapuk. Syor kedua adalah untuk penggunaan bersyarat (conditional) dengan izin. Selagi mana belum dimansuhkan, kuasa veto tidak boleh dilaksanakan dalam kes pencabulan undang-undang antarabangsa yang melibatkan jenayah perang, jenayah berat dan juga genosid terhadap kemanusiaan.

Selain daripada itu juga, Malaysia juga berpendirian agar setiap proses rundingan ini memerlukan penjelasan yang telus dan juga jelas kepada anggota-anggota di dalam Majlis Keselamatan dan juga negara-negara yang berhimpun di dalam persidangan PBB.

Malaysia juga akan sentiasa bekerjasama erat dengan negara-negara yang menyokong agenda reformasi Majlis Keselamatan. Malaysia juga akan menyeru masyarakat antarabangsa untuk menggandakan usaha reformasi PBB, terutamanya reformasi Majlis Keselamatan PBB. Malaysia akan terus menggesa supaya satu bentuk kawalan penggunaan kuasa veto— kuasa veto yang ditetapkan sekiranya kuasa veto ini tidak dapat dimansuhkan dengan sepenuhnya. Terima kasih. Itu sahaja jawapan saya.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Pasir Mas.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Menteri, silakan Yang Berhormat.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker. Tahniah atas perkembangan sehari dua ini. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau kita ikut Artikel 108 Piagam PBB, pindaan terhadap piagam itu sendiri termasuk reformasi Majlis Keselamatan hanya boleh berkuat kuasa selepas diratifikasi oleh dua pertiga negara anggota, termasuk semua lima anggota Majlis Keselamatan.

Dari sudut logiknya, tidak mungkin negara-negara yang ada kuasa veto ini akan mengurangkan kuasa mereka sendiri sebagaimana disebut tadi. Jadi, memandangkan yang disebut tadi bahawa Malaysia telah mencadangkan pelbagai cadangan yang telah disebut untuk mengurangkan kuasa veto, adakah Malaysia sedia mempelopori satu gabungan negara-negara yang berkongsi aspirasi yang sama? Bukan meninggalkan PBB tetapi berkongsi aspirasi yang sama dan berkempen secara besar-besaran ke seluruh dunia di atas satu mandat dan satu cita-cita yang sama untuk mengehadkan kuasa veto. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Menteri.

draft • 10:10 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat. Satu pandangan yang cukup baik berkenaan tentang apakah usaha kerajaan untuk melipatgandakan usaha-usaha dan juga menerajui dengan lebih tegas dan konkrit untuk menuntut reformasi Majlis Keselamatan ini. Apa yang telah kita lakukan adalah, apa yang boleh saya tegaskan di sini, Malaysia adalah merupakan negara yang paling lantang dan juga konsisten dengan menggesa pemansuhan kuasa veto melibatkan jenayah-jenayah yang berlaku di dunia ini.

Dan juga untuk Malaysia membentuk satu gerakan ataupun kumpulan baharu, ini memerlukan kesepakatan yang agak besar kerana kuasa veto yang diperoleh oleh negara- negara tersebut ataupun lima negara besar ini bukan mudah untuk dicabar dan juga bukan mudah untuk negara-negara ini melepaskan kuasa tersebut. Walaupun demikian, sudah nampak beberapa buah negara sekarang sedang menyokong beberapa keputusan di Perhimpunan Agung PBB. Sebagai contoh, inisiatif mengisytiharkan Palestin sebagai sebuah negara. Banyak negara-negara seperti negara Eropah mula untuk memberikan sokongan.

Walaupun demikian, usaha-usaha untuk menghimpunkan usaha ini akan kita perhaluskan dan juga ini memerlukan masa yang agak panjang. Walaupun demikian, kita mengalu-alukan pelbagai cadangan serta Malaysia akan tetap konsisten dengan segala usaha untuk memastikan usaha untuk menurunkan ataupun mengurangkan penggunaan kuasa veto kepada keputusan-keputusan yang mengecewakan ini akan dapat diteruskan oleh kita. Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Majlis ke soalan yang kedua, dipersilakan Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir, Yang Berhormat Setiu.

draft • 10:10 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Okey. Assalamualaikum, Dato' Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 10:10 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Soalan nombor 2.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menjawab.

draft • 10:10 AM

2. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir [Setiu] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan:

(a) pelan kontigensi komprehensif kerajaan dalam mendepani unjuran krisis bekalan makanan; dan

(b) sejauh mana keberkesanan insentif yang disalurkan kepada negeri- negeri pengeluar pertanian mampu melonjakkan kadar sara diri (SSR) domestik susulan lonjakan berterusan kos input pertanian global berikutan krisis Asia Barat.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sentiasa mengambil langkah proaktif dalam memastikan rantaian bekalan makanan negara kekal berdaya tahan.

Melalui Dasar Agromakanan Negara 2021–2030 (DAN 2.0) dan Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2030 (DKMN 2030), pelan kontigensi telah dirangka bagi memperkukuh sistem agromakanan negara agar kekal mampan dalam menghadapi sebarang krisis luar jangka. Antara pelan kontigensi yang telah diambil oleh kerajaan termasuklah merangka perundangan khusus seperti Rang Undang-undang Keterjaminan Makanan Negara dan RUU Baja untuk memastikan jaminan bekalan makanan dan input pertanian berterusan, kestabilan harga, pengurangan kebergantungan import serta akses kepada makanan yang sihat dan berkhasiat.

Memperkukuh pemantauan pasaran menerusi sistem amaran awal, menggunakan kecerdasan buatan (AI) di bawah Portal Pengawasan serta Intervensi Bekalan dan Pemasaran Agromakanan (SISDA) bagi membolehkan intervensi proaktif dilaksanakan dengan cepat.

Memanfaatkan 13.61 juta isi rumah menerusi Program Jualan AgroMADANI (JAM) yang menghubungkan pengeluar pertanian kepada pengguna. Sebanyak 1,833 program JAM

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin

dilaksanakan dengan nilai jualan keseluruhan berjumlah RM46.72 juta dan anggaran penjimatan kepada pengguna adalah sebanyak RM14.02 juta.

Mengoptimumkan kapasiti dan produktiviti aset-aset pengeluaran makanan yang sedia ada seperti Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Taman Kekal Pengeluaran Ruminan (TKPR) dan Zon Industri Akuakultur (ZIA). Memperuntukkan Insentif Pembajakan Kepada Pesawah (IPKP) pada kadar baru RM300 satu hektar, dan mengekalkan subsidi diesel nelayan RM1.65 satu liter bagi menyerap tekanan kenaikan kos operasi dan menjajarkan semula Program Pemerkasaan Agromakanan Negara (PPAN 2026) dengan meletakkan keutamaan tinggi kepada pelaksanaan projek-projek utama berimpak tinggi, berbanding projek sampingan.

Setakat 30 Jun 2026, sebanyak 20 projek berimpak tinggi bernilai RM17.381 juta telah diluluskan khusus di Terengganu di bawah PPAM yang meliputi projek subsektor tanaman, ternakan dan perikanan. Selain itu, pelaksanaan inisiatif pengukuhan kapasiti pengeluaran sektor agromakanan melalui pendekatan pemberian insentif telah menunjukkan peningkatan kadar sara diri (SSR) khususnya subsektor ternakan.

Antaranya, Program Pengganda30 berkonsepkan geran pemadanan 90:10 yang memperkasa kapasiti penternak domestik melalui peningkatan kadar kelahiran lembu dan keupayaan operasi pengeluaran ladang.

Data awalan terkini SSR daging lembu atau kerbau pada tahun 2025 sebanyak 18.4 peratus telah menunjukkan peningkatan berbanding SSR pada tahun 2024 sebanyak 16.8 peratus dan 15.9 peratus pada tahun 2023.

Program Pengukuhan Pengeluaran Tenusu Negara yang memfokuskan peningkatan kadar pengeluaran susu segar serta kadar pendapatan penternak tenusu tempatan. Data awalan pada tahun 2025 merekodkan 66 juta liter pengeluaran susu dengan peningkatan SSR daripada 66.7 peratus pada tahun 2024 kepada 81.8 peratus pada tahun 2025. Pemberian insentif ini secara langsung berjaya memastikan kedudukan bekalan makanan negara sentiasa stabil dan mampan sekali gus membuktikan tiada gangguan terhadap keterjaminan makanan negara.

Melalui pelaksanaan pelan kontigensi dan pemberian insentif yang komprehensif, KPKM optimis kapasiti pengeluaran domestik dapat diperkukuhkan dan impak gangguan rantaian bekalan dapat diminimumkan demi menjamin kelangsungan keterjaminan makanan negara. Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Menteri, silakan Yang Berhormat. Soalan.

draft • 10:10 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Okey, terima kasih Timbalan Menteri.

Soalan tambahan saya, berdasarkan makluman yang kita semua dapat maklum bahawa baru-

draft • 10:10 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

baru ini, terdapat 90 peratus daripada pesawah padi di MADA, Kedah tak dapat memulakan penanaman padi pada awal 2026 disebabkan masalah air dan juga masalah kos operasi yang bertambah. Apakah pelan drastik pemulihan yang dibuat oleh kementerian untuk menangani isu terputus rantaian bekalan beras tempatan ini?

Yang kedua, berkenaan dengan jelapang padi. Sejauh manakah tindakan yang dibuat oleh kerajaan untuk mengekalkan jelapang padi yang sedia ada atau memperluaskan lagi sebab kita dapati banyak jelapang-jelapang padi yang telah ditukar status syarat kepada perumahan dan lain-lain. Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 10:20 AM

Datuk Chan Foong Hin

Okey. Ini isu kepada padi ini terutamanya di MADA— sistem pengurusan air itu kita ada projek untuk membina empangan dan juga untuk meneruskan saluran yang tertentu. Cuma sekarang offhand, saya tiada maklumat yang butiran yang terperinci bersama saya dan saya nanti boleh memberi jawapan bertulis untuk isu-isu spesifik untuk MADA ini.

Dan kedua, macam mana MADA kita memastikan pengecilan skala atau saiz ini jelapang padi terutamanya di Kedah ini kerana sekarang kita berhadapan dengan isu persaingan tanah di antara pertanian dan juga perumahan. So, kerajaan melalui KPKM, kita melihat kepada produktiviti macam mana kita nak menghasilkan yield yang lebih tinggi apabila saiz pengeluaran jelapang padi ini semakin kurangkan. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Tenggara.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Terima kasih Speaker. Berkaitan dengan insentif-insentif yang disalurkan kepada negeri-negeri ini pengeluar pertanian begitu juga dengan ternakanlah— bercakap soal keterjaminan makanan ini, jadi apakah strategi ataupun adakah wujud insentif-insentif tertentu yang diberikan kepada agensi-agensi besar kerajaan yang sekarang ini terlibat dengan penternakan mahupun juga pertanian contohnya pihak RISDA memiliki 6,000 ternakan di bawah RISDA Livestock. Jadi, apakah insentif- insentif yang boleh diberikan termasuk dengan input ternakan dan juga input pertanian jika ada? Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 10:20 AM

Datuk Chan Foong Hin

Ya, untuk makluman kita ada program yang dinamakan PPAN, Program Pemerkasaan Agromakanan Negara. Ini terbuka untuk kerajaan-kerajaan negeri melalui exco mereka untuk memajukan cadangan mereka dan kita akan menapis dan kita akan menentukan program PPAN yang kita akan melaksanakan. Seperti contoh tadi saya

draft • 10:20 AM

Datuk Chan Foong Hin

kata RM17.38 juta telah disalurkan kepada Terengganu untuk projek-projek PPAN yang tertentu.

Cuma untuk projek-projek yang lembu kan? Yang lembu ini kita ada Program Pengganda30. Pengganda30 maksud dia 90 peratus matching grant ini adalah dari kerajaan dan sepuluh peratus daripada pihak swasta. Dan ini kita terbuka kepada agensi-agensi kerajaan pun untuk kita apply untuk memohon. So, saya rasa ini di antara kita boleh tolonglah.

Kalau tidak pun seperti contoh di Johor kita ada membantu melalui PPAN untuk Jemaluang Dairy Valley di Johor.

So, kalau ada keperluan dari RISDA, boleh tulis dan kita boleh bincang. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Menteri. Majlis ke soalan ketiga. Dipersilakan Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran, Yang Berhormat Batu.

draft • 10:20 AM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan Batu nombor 3.

draft • 10:20 AM

3. Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran [Batu] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah langkah Kementerian untuk mengurangkan kesesakan di laluan utama Sentul dari Balai Polis Sentul ke Pasar Sentul (Parlimen Batu) yang menghubungkan satu-satunya laluan masuk ke Residensi MAXX di Jalan Kolam Air (Parlimen Segambut) melalui satu-satunya akses jalan Sentul Bypass.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Lo Su Fui

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dari Johor ke Kuala Lumpur; Singgah sebentar di Putrajaya; Perjuangan rakyat takkan luntur; Kesejahteraan rakyat agenda utama. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL telah menyediakan pelan penyuraian tarif yang akan dilaksanakan secara berfasa dan telah disyaratkan dalam perintah pembangunan bagi plot-plot pembangunan di kawasan tersebut berikut. Pelebaran Jalan Sentul daripada dua lorong kepada tiga lorong di kawasan Pasar Sentul bagi meningkatkan kapasiti laluan dan melancarkan aliran trafik.

Kedua, penyediaan petak parkir tambahan di hadapan Lot 202 bagi mengurangkan aktiviti parkir haram di bahu jalan kawasan Pasar Sentul yang dikenal pasti sebagai antara punca kesesakan trafik.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Lo Su Fui

Ketiga, pembinaan sambungan jalan baharu empat lorong dua hala di atas rizab talian TNB yang menghubungkan Jalan Sentul dengan Jalan 2/48A sebagai laluan alternatif.

Keempat, pembinaan sambungan jalan baharu berserta jejambat yang menghubungkan Sentul West dengan Jalan Perhentian bagi memperbaiki penyuraian trafik dengan jalan perhentian bagi memperbaiki penyuraian trafik.

Kelima, pembinaan sambungan jalan baharu dua hala yang menghubungkan Jalan Perhentian dengan Jalan Sentul bagi menyediakan akses tambahan di kawasan berkenaan.

Dan keenam, DBKL akan mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan terhadap kenderaan yang meletakkan kenderaan secara haram di bahu jalan, terutama di kawasan kemudahan awam seperti Pasar Sentul dan sekolah yang telah mengakibatkan kesesakan terutama pada waktu puncak.

Tuan Yang di-Pertua, tindakan yang selanjutnya ialah berkaitan laluan alternatif Residensi Max ke Jalan Ipoh. Pemaju akan membina jalan baharu satu hala— satu lorong, manakala DBKL akan buka jambatan baharu dan menyiapkan dua lorong dari empat lorong bagi cadangan pelebaran Jalan Kolam Air menjelang November 2026 sebagai akses sementara. Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Batu soalan tambahan anda.

draft • 10:20 AM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Terima kasih Timbalan Menteri di atas jawapan, sahabat baik saya. Antara punca kesesakan lalu lintas adalah juga keberlangsungan projek-projek di jalan raya, terutamanya TNB, SYABAS dan macam- macam.

Pada musim raya tahun ini, telah pun siap projek pembetungan di Batu, Jinjang, Kepong projek itu berlangsung di Jalan Batu Muda. Selepas projek itu, kontraktor gagal untuk memberi satu kualiti yang baik di atas jalan utama PPR Batu Muda, Taman Batu Muda dan Kampung Batu Muda.

Adakah DBKL berperanan untuk siasat kontraktor tersebut dengan izin, finishing kontraktor itu tak sebegitu baik dan juga sekarang saya dapat ratusan aduan di pejabat saya berkaitan dengan jalan-jalan utama tersebut yang sangat-sangat membahayakan kenderaan.

Mohon ataupun saya cadangan juga untuk DBKL turap balik ataupun betulkan semua jalan tersebut. Terima kasih Timbalan Speaker.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 10:20 AM

Datuk Lo Su Fui

Terima kasih Yang Berhormat Batu. Untuk makluman Yang di- Pertua, bagi DBKL atau JWP kita sentiasa mengutamakan ini khususnya kualiti ini pembinaan dari jalan raya atau daripada semua ini pembangunan dan saya— kita pun terdapat ada juga

draft • 10:20 AM

Datuk Lo Su Fui

masalah daripada segelintir kecil la daripada ini kualiti yang dibuat daripada ini kontraktor dan saya yakin dan saya rasa ini pembaikan ini atau ini pelaksanaan tengah dijalankan.

Dan saya juga mohon ini bekerjasama dengan Yang Berhormat Batu sekiranya anda mendapati apa-apa masalah sila hubungi kita, kita akan membuat ini tindakan yang secara baiklah. Dan Tuan Yang di-Pertua, DBKL akan mempertimbangkan pembangunan baharu berdasarkan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 dan pelan tempatan Kuala Lumpur 2020 yang telah mengambil kira kapasiti infrastruktur serta daya tampung kawasan.

Yang Berhormat Batu, kira ini masa tidak cukupi, saya akan memberikan jawapan secara bertulis. Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Tumpat.

draft • 10:20 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah, apakah perancangan kerajaan untuk pembinaan parking tambahan kerana bukan hanya di kawasan Sentul sebutkan tadi, tapi contohnya di Apartmen Mawar, Apartmen Melur saya dapati banyak kenderaan-kenderaan yang telah pun terparkir di situ bertahun-tahun yang tidak diambil tindakan oleh pihak DBKL. Itu yang pertama.

Yang kedua, kita juga melihat beberapa laluan berjalan kaki daripada stesen LRT Sentul Timur, tetapi ia tidak bersambung dengan sehingga pada flat-flat. Adakah kerajaan bercadang dalam pelan yang baharu ini untuk memastikan bahawa laluan pejalan kaki berbumbung akan menyambungkan semua flat-flat dan apartmen-apartmen terus kepada UTC dan juga kepada LRT Sentul Timur. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 10:20 AM

Datuk Lo Su Fui

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, kesesakan jalan raya bukan hanya berlaku sekadar di KL dia berlaku di seluruh Malaysia tidak kira bandar ataupun kampung. Jadi, sekarang DBKL sedang mengambil kira untuk melaksanakan satu konsep atau dasar yang baharu ialah kita mengelakkan atau mengurangkan ini kenderaan masuk ini kawasan tersebut tapi— namun mencapai ini sasaran kita, kita mesti menyediakan perkhidmatan awam yang baik, rangkaian perkhidmatan pengangkutan awam baik.

Dan untuk makluman Yang Berhormat, melalui usaha daripada DBKL, kita sudah membuat satu AI command center untuk mengurangkan kesesakan jalan raya. Usaha-usaha tersebut contohnya dalam ini bidang kesesakan jalan raya kita sudah menjalankan AI traffic light, kita menggunakan pengiraan ini AI untuk mengenal pasti ini tempoh perjalanan. Bukan macam dulu berapa minit lampu merah, berapa minit lampu hijau.

draft • 10:20 AM

Datuk Lo Su Fui

Dan kedua, dia akan mengurangkan ini risiko jenayah dan kita meningkatkan [Tidak jelas] keselamatan dan mengarahkan ini para pengguna untuk berjalan kaki menggunakan ini susur gajah. Sekarang jarang orang berani. Jadi, ini salah satu usaha.

draft • 10:20 AM

Datuk Lo Su Fui

Dan kita sedia maklum apa yang Yang Berhormat sebutkan itu, kita akan sedia maklum dan kita akan membuat terbaiklah dalam ini usaha-usaha dalam masa depan. Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat.

draft • 10:30 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Datuk Haji Awang bin Hashim, Yang Berhormat Pendang.

Silakan.

draft • 10:30 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Semoga kita diberi rahmat dan kesihatan oleh Allah SWT.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Amin.

draft • 10:30 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya nak mulakan dengan sebuah pantun, Dato’ Yang di-Pertua.

Buah salak di dalam kantung, Kulitnya keras isinya kelat; Surat letak jawatan masih tergantung, Kami tunggu dengan soalan nombor empat.

draft • 10:30 AM

4. Datuk Haji Awang bin Hashim [Pendang] minta Menteri Pertahanan menyatakan, sejauh manakah kebergantungan Angkatan Tentera Malaysia kepada pembekal dari negara asing telah menjejaskan perancangan pembangunan aset strategik negara serta apakah langkah konkrit kerajaan untuk mengurangkan risiko gangguan bekalan, kelewatan penghantaran dan pembatalan kontrak pada masa hadapan.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri Pertahanan untuk menjawab.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Dato’ Dr. Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Walaupun pantun itu tak berkaitan dengan jawapan inilah.

Pada masa ini, Kementerian Pertahanan tidak menafikan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih mempunyai kebergantungan kepada pembekal dari negara asing khususnya bagi aset-aset strategik seperti pesawat, kapal dan juga sistem persenjataan

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

berteknologi tinggi. Kebergantungan ini merupakan realiti dalam industri pertahanan global memandangkan tahap kompleksiti dan juga kos pembangunan aset tersebut.

Dato’ Yang di-Pertua, walau bagaimanapun, kerajaan sentiasa berusaha memastikan kebergantungan ini tidak menjejaskan perancangan pembangunan aset strategik negara melalui pendekatan jangka masa panjang yang lebih mampan.

Dalam hal ini, kerajaan menyokong pembangunan industri tempatan melalui peningkatan kapasiti industri pertahanan domestik, pembangunan tenaga mahir tempatan serta pemerkasaan ekosistem industri selaras dengan Dasar Industri Pertahanan Negara

(DIPN). Usaha ini bertujuan mengurangkan risiko gangguan bekalan, kelewatan penghantaran dan juga kebergantungan kepada sumber luar.

Sehubungan dengan itu, tujuh projek rintis di bawah DIPN telah dilaksanakan bagi membangunkan keupayaan strategik tempatan dan memperkukuh kemandirian industri pertahanan negara iaitu perkhidmatan satelit pertahanan negara, sistem laser pertahanan, sistem perisikan elektronik pasif, persenjataan, platform casis beroda, simulator pertahanan dan juga pembangunan teknologi dron.

Kerajaan juga sedang memperkukuhkan mekanisme perolehan termasuk penilaian risiko rantaian bekalan, kepelbagaian sumber pembekal serta kerjasama pemindahan teknologi dan pengetahuan terutamanya dalam bidang MRO melalui government-to- government (G2G) bagi mengurangkan risiko gangguan bekalan, kelewatan penghantaran dan pembatalan kontrak pada masa hadapan.

Kerajaan kekal komited untuk memastikan kesiapsiagaan ATM sentiasa terpelihara di samping memperkukuh kemandirian industri pertahanan negara secara berperingkat dan berstruktur. Itu sahaja jawapannya.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Pendang. Soalan tambahan.

draft • 10:30 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Soalan tambahan yang kedua berkaitan dengan konflik geopolitik dunia hari ini yang telah membuktikan bahawa kebergantungan kepada pembekal luar boleh menjejaskan kesiapsiagaan pertahanan negara malahan boleh mendedahkan kelemahan negara kita dari sudut pertahanan.

Adakah kerajaan bercadang menggubal satu pelan induk kemandirian industri pertahanan negara yang memberi fokus kepada pembangunan sistem senjata, peluru berpandu, dron, radar, sistem peperangan elektronik serta teknologi pertahanan lain yang direka bentuk dan dibangunkan sendiri oleh industri tempatan sekali gus memastikan Malaysia memiliki autonomi strategik dan tidak lagi terlalu bergantung kepada pembekal asing?

draft • 10:30 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dan demi memastikan kebebasan operasi Angkatan Tentera Malaysia tidak terganggu, adakah jadual LCS yang ditetapkan terganggu oleh peperangan di Timur Tengah?

Begitu juga dengan radar yang telah kita tempah untuk mengawal Laut China Selatan. Bilakah penerimaan akan kita terima? Sekian, terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih Yang Berhormat Pendang atas soalan. Ada tiga yang saya catatkan soalan tambahan itu.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Yang pertama tentang dasar kemandirian kita. Tadi saya sudah nyatakan tentang Dasar Industri Pertahanan Negara. Memang bila dasar ini kita bangunkan adalah kita melihat kepada keupayaan bagaimana kita mahu ke hadapan untuk membangunkan industri pertahanan negara. Kita tahu bahawa buat masa ini kita banyak tertumpu kepada MRO― maintenance, repair, overhaul― dengan izin Dato’ Yang di-Pertua, tetapi untuk masa ke hadapan itu, memang saya sebutkan tadi, tujuh segmen yang tak perlu saya ulangkan untuk kita berikan penumpuan.

Contohnya macam satelit, dron dan seumpamanya. Kerana kita tahu bahawa kita ada keupayaan itu, tetapi dalam masa yang sama, kita tak nafikan bahawa G2G juga penting bagi kita kerana kita tahu bahawa melalui government-to-government itu, perpindahan teknologi dan pengetahuan itu harus ada dan boleh mempercepatkan proses industri pertahanan negara.

Yang kedua, ada disebut tentang jadual LCS. Saya yakin bahawa kita, melalui Dewan ini, kita telah menyatakan kita kekal dengan jadual asal kita. Walaupun kita tahu bahawa ada beberapa kekangan-kekangan kita, tetapi kita tahu bahawa keupayaan LCS itu pelbagai ya.

Tidak secara detil kita nyatakan. Walaupun kita ada beberapa kekangan dari segi persenjataan, tetapi persenjataan yang sedia ada untuk LCS itu juga memang punya keupayaan untuk LCS itu diserahkan— kalau kita lihat mengikut jadual asal kita adalah penghujung tahun ini.

Dan yang ketiga adalah tentang radar dan seumpamanya. Kita tahu memang kita ada keupayaan itu dan, dalam masa yang sama, kita ada perolehan-perolehan baru untuk pastikan sama ada radar kita di Laut Sulu mahupun di Laut China Selatan mahupun di Selat Melaka itu memang kita upayakan, di samping keseluruhan daripada sistem kita itu.

Kerana kita tahu bahawa sistem radar kita adalah antara yang penting juga untuk kita pastikan kita sentiasa mengawasi setiap sempadan-sempadan kita dan kawasan-kawasan kita demi keselamatan dan juga kedaulatan negara kita. Itu sahaja jawapan.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Batu Pahat.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih, Dato’ Timbalan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya pada Timbalan Menteri. Sejauh manakah syarikat-syarikat industri pertahanan tempatan yang telah berjaya menembusi pasaran eksport? Apakah insentif baru yang disediakan bagi mereka untuk meningkatkan daya saing mereka di peringkat antarabangsa?

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Menteri.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Pahat. Kita tahu bahawa industri pertahanan negara kita banyak tertumpu kepada MRO, lebih banyak tertumpu kepada perkara-perkara yang terkait dengan sama ada dari segi MRO, macam saya sebutkan tadilah, maintenance, penyelenggaraan kita ataupun overhaul secara keseluruhan kepada aset-aset kita. Ini penumpuan kita.

Adapun macam tadi disebut tentang eksport dan sebagainya, memang dalam Dasar Industri Pertahanan kita, kita letakkan bahawa perkara paling asas bagi industri-industri kita untuk maju ke hadapan, mereka mesti membuka ruang, mencari ruang untuk mereka memastikan bahawa mereka bukan sahaja memasarkan produk-produk mereka di peringkat dalam negara, tetapi juga di luar negara. Itu bagi memastikan bahawa Dasar Industri Pertahanan kita bukan sahaja menyokong industri kita, tetapi dalam masa yang sama industri itu juga boleh survive untuk masa yang lebih panjang. Sebab itu ini ada digariskan dalam Dasar Industri Pertahanan Negara.

Saya fikir melalui dukungan kita di peringkat Kementerian Pertahanan bagi menggunakan produk-produk industri tempatan ini tetapi dalam masa yang sama kita juga akan menjalin kerjasama dengan pihak luar melalui diplomasi pertahanan kita untuk memastikan bahawa industri-industri tempatan ini juga boleh dibawa keluar terutamanya dalam konteks MRO itu sendiri.

Saya fikir MRO kita di peringkat dalam negara kita memang mempunyai kepakaran bukan sahaja untuk kegunaan kita, tetapi ada kemampuan sehingga ke peringkat antarabangsa. Ini yang cuba kita lebar luaskan lagi supaya industri kita ini boleh berkembang dari masa ke semasa.

Dan sedikit, Dato’ Yang di-Pertua. Kita tahu R&D juga adalah suatu yang cukup penting. Sebab itu kalau kita lihat dalam kontrak kita, kita memang mempunyai ICP― industrial collaboration program, untuk pastikan bahawa setiap industri kita mesti mempunyai penyelidikan mereka sendiri untuk memastikan bahawa industri itu boleh pergi lebih jauh. Itu sahaja, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kelima. Dipersilakan Puan Rodiyah binti Sapiee, Yang Berhormat Batang Sadong.

draft • 10:30 AM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan Batang Sadong nombor 5.

draft • 10:30 AM

5. Puan Rodiyah binti Sapiee [Batang Sadong] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan, langkah kerajaan menyelaras dasar tenaga negara bagi menyokong pembangunan industri hidrogen hijau termasuk kerjasama strategik dengan Kerajaan Sarawak untuk merealisasikan aspirasi menjadikan Sarawak sebagai hab green hydrogen di Asia Tenggara.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menjawab.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato’ Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong.

MOSTI menyelaras pembangunan industri hidrogen hijau negara melalui Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (HETR) 2023–2050 yang menyediakan kerangka pembangunan hidrogen merangkumi aspek tadbir urus pembangunan teknologi dan bakat bidang teknologi.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato’ Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Bagi memastikan penyelarasan yang berkesan, Kerajaan Negeri Sarawak dilibatkan secara aktif dalam pembangunan dan pelaksanaan HETR sejak 2021. Pada masa ini, Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (MEESTy) serta Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) menganggotai Jawatankuasa Pemandu HETR Kebangsaan dan kluster-kluster utama berkaitan penghasilan, penukaran, penyimpanan, pengangkutan, penggunaan serta pembangunan pasaran hidrogen.

Selain itu, MOSTI turut menyokong pembangunan ekosistem hidrogen di Sarawak melalui penganjuran platform strategik seperti Hydrogen Economy Forum (H2EF) dan Asia Pacific Green Hydrogen Conference (APGH). Pada masa yang sama, MOSTI sedang memperkukuh aspek piawaian, regulatori dan perundangan hidrogen, termasuk pembangunan rangka kerja piawaian standard yang merangkumi keseluruhan rantaian nilai hidrogen dan skim pensijilan hidrogen seperti Guarantee of Origin (GoO) yang boleh dimanfaatkan untuk pembangunan hab hidrogen di Sarawak.

Penganjuran sesi libat urus ini akan melibatkan Sarawak sebagai pemain aktif dalam menerajui ekosistem hidrogen di Malaysia. Pelancaran Sarawak Hydrogen Economy Roadmap (SHER) 2025 melengkapkan pelaksanaan HETR di peringkat nasional dan memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai peneraju pembangunan hidrogen hijau negara.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato’ Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Melalui pendekatan whole-of-government dan kerjasama erat dengan Kerajaan Sarawak, kerajaan komited untuk merealisasikan aspirasi menjadikan Sarawak sebagai hab hidrogen hijau utama di Asia Tenggara serta memperkukuh kedudukan Malaysia di dalam ekonomi hidrogen serantau. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat, soalan tambahan.

draft • 10:40 AM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Mengikut Laporan IEA, Global Hydrogen Review 2026, krisis Timur Tengah telah melonjakkan harga baja fosil global, yang mana pasaran kini mula beralih kepada ammonia hijau demi menjamin bekalan baja dan keterjaminan makanan. Jadi, soalan Batang Sadong ada dua.

Yang pertama ialah sejauh manakah MOSTI menyelaraskan HETR bagi memastikan Sarawak bukan sahaja mengeksport hidrogen tetapi turut menghasilkan ammonia hijau untuk bekalan baja domestik?

Yang kedua ialah apakah strategi MOSTI untuk mempercepatkan pengkomersialan R&D tempatan dan pemindahan teknologi bersama Kerajaan Sarawak bagi mengurangkan kebergantungan kepada teknologi luar serta memperkukuhkan kedudukan Sarawak sebagai hab hidrogen hijau utama Asia Tenggara? Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 10:40 AM

Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat Batang Sadong yang ada menyentuh tiga perkara yang amat relevan sekali.

Dato’ Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan pertama, MOSTI memperkukuh penyelarasan HETR menerusi Jawatankuasa Pemandu HETR yang merangkumi tiga jawatankuasa kluster khusus yang dianggotai oleh wakil daripada MEESTy UPEN Sarawak.

Kluster yang berkaitan seperti yang saya sebut awal tadi iaitu kluster penghasilan dan penukaran hidrogen yang menyelaraskan inisiatif penjanaan hidrogen serta bahan terbitan kimianya seperti metanol dan ammonia.

Walaupun ekosistem penghasilan ammonia hijau bagi menjamin bekalan baja dan sekuriti makanan negara belum lagi dibincangkan dalam Jawatankuasa Kluster dan Pemandu HETR, MOSTI kekal komited menyokong kajian kebolehlaksanaan pembangunan loji ammonia dan urea rendah karbon di Bintulu dengan nilai pelaburan sekitar RM5 bilion hingga ke RM6 bilion menjelang tahun 2030.

Bagi soalan yang kedua disentuh oleh Yang Berhormat Batang Sadong. Pertama, mengenai pengkomersialan R&D tempatan.

draft • 10:40 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Pelan hala tuju HETR, MOSTI memperkukuh kerjasama tiga hala antara institusi penyelidikan di universiti dan juga pihak industri. Strategi utama kita adalah menterjemahkan hasil penyelidikan tempatan kepada produk komersil bagi mengurangkan kebergantungan negara kepada teknologi luar.

Kedua, bentuk kerjasama strategik bersama Kerajaan Sarawak bagi memastikan Sarawak benar-benar muncul sebagai hab hidrogen hijau di Asia Tenggara. Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri komited melaksanakan kerjasama dalam tiga bidang utama.

Satu, pembangunan bakat. Kedua, penyelarasan standard dan regularisasi. Ketiga, penyelarasan R&D dan pemindahan teknologi.

Dato’ Yang di-Pertua, kerajaan komited memastikan pembangunan ini dipacu secara inklusif demi masa depan ekonomi negara. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Terengganu.

draft • 10:40 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Ya.

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 10:40 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Dato’ Yang di-Pertua, Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan pada 18 Januari 2025 telah berkunjung ke Sarawak dan melihat sendiri dan mendengar taklimat daripada Kerajaan Sarawak mengenai inisiatif hidrogen yang dilaksanakan. Tahun yang sama, Kerajaan Sarawak melancarkan Sarawak Hydrogen Economy Roadmap berserta business plan yang jelas melibatkan macam-macam buyback program daripada Korea dan Jepun dan sebagainya.

Sementara Sarawak telah menunjukkan kemajuan yang nyata melalui roadmap ini, pembangunan ekonomi ekosistem hidrogen di Semenanjung kelihatannya masih kurang jelas. Bolehkah Menteri menyatakan secara spesifik lokasi hydrogen valley yang telah diputuskan di bawah HETR, status pelaksanaannya serta apa sebab kelewatannya? Adakah masih lagi dalam alam roh lagi?

[Ketawa] Kerana semua yang diceritakan masih di peringkat perancangan.

Dan adakah apa yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Tasek Kenyir, usaha sama antara PETRONAS dan juga TNB, hab hidrogen hijau adalah merupakan sebahagian daripada inisiatif di bawah HETR ini? Adakah kawasan industri sedia

draft • 10:40 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

ada seperti Pengerang dan Kerteh akan dijadikan pemangkin kepada industri hidrogen negara? Terima kasih Dato’.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 10:40 AM

Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu atas satu soalan yang sememangnya amat baik.

Dato’ Yang di-Pertua, kerajaan telah melancarkan Projek Solar Terapung Hidro Hibrid (HHFS) dan hab hidrogen hijau di Terengganu sebagai projek perintis pembangunan hydrogen valley di Semenanjung Malaysia.

Projek kerjasama ini adalah di antara PETRONAS, TNB dan Terengganu Incorporated.

Ini menyokong Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (HETR) serta Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) melalui pembangunan rantaian nilai hidrogen hijau yang bersepadu dengan sasaran pengeluaran sehingga 2.5 juta tan hidrogen hijau setahun menjelang tahun 2050.

Selain itu, Projek Solar Terapung di Perak yang diterajui oleh Semarak Renewable Energy Sdn. Bhd. turut dibangunkan bagi menggalakkan mengabungkan penjanaan tenaga solar dengan pengeluaran hidrogen hijau, sekali gus memperkukuh pembangunan hab hidrogen di Semenanjung Malaysia.

Di samping itu juga, pembangunan rantaian nilai hidrogen turut diintegrasikan di Kerteh dan juga Pengerang bagi memanfaatkan infrastruktur perindustrian sedia ada Kerteh akan menjadi hab pengeluaran bahan api dan produk hijau seperti metanol hijau serta ammonia hijau.

Manakala, Pengerang memberi tumpuan kepada pengeluaran Sustainable Aviation Fuel (SAF) dan Hydrotreated Vegetable Oil (HVO), disokong oleh pembinaan Hydrogen Production Unit (HPU) berteknologi tinggi yang dijangka mula beroperasi pada tahun 2028.

Selanjutnya juga, Worldwide Holdings Berhad melalui inisiatif Selangor Hydrogen Economy and Refueling Ecosystem (SHORE) sedang membangunkan projek penjanaan hidrogen menggunakan bekalan elektrik daripada loji hidroelektrik skala kecil di Batang Kali sebagai sebahagian daripada usaha memperluas ekosistem hidrogen di Malaysia.

Saya harap Yang Berhormat ya, saya menjawab soalan itu. Terima kasih Dato’ Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang keenam. Dengan ini dipersilakan Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Ismail, Yang Berhormat Pasir Puteh.

draft • 10:40 AM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 6.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri Ekonomi untuk menjawab.

draft • 10:40 AM

6. Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [Pasir Puteh] minta Menteri Ekonomi menyatakan, adakah kementerian bersedia menyokong usaha pihak Kerajaan Negeri Kelantan dalam pembangunan ekonomi hiliran sekitar Stesen (ECRL) Pasir Puteh, Jalan Cherang Tuli, Mukim Jeram, Pasir Puteh, Kelantan yang mana akan memberi manfaat besar kepada rakyat setempat.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Menteri Ekonomi untuk menjawab.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan sentiasa komited untuk menyokong agenda pembangunan ekonomi negeri-negeri termasuk negeri Kelantan. Di bawah Rancangan Malaysia yang Ketiga Belas, pendekatan pembangunan akan terus memberi penekanan kepada pemerkasaan potensi setempat bagi mewujudkan pertumbuhan yang lebih seimbang, inklusif dan berimpak tinggi.

Bagi kawasan sekitar Stesen ECRL Pasir Puteh, Kementerian Ekonomi melihat stesen ini bukan sekadar sebagai kemudahan pengangkutan, malah sebagai pemangkin kepada pembangunan industri hiliran logistik dan aktiviti ekonomi bernilai tambah. Perancangan pembangunan tersebut dirangka secara bersepadu di bawah dasar Pelan Induk Bersepadu Guna Tanah Laluan Rel Pantai Timur (PeGTaECRL) yang disediakan oleh PLANMalaysia.

Untuk makluman Yang Berhormat, melalui PeGTaECRL, Stesen Pasir Puteh dikenal pasti sebagai stesen yang mempunyai fungsi penumpang serta kargo dan logistik, kedudukan yang berhampiran dengan Tok Bali Supply Base dengan izin, memberi kelebihan kepada Pasir Puteh untuk berkembang sebagai hab logistik dan industri hiliran. Sinergi antara kemudahan rel dan pelabuhan ini berpotensi untuk menarik pelaburan sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan serta merangsangkan pertumbuhan ekonomi setempat.

Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa yang sama, Kementerian Ekonomi melalui Majlis Pembangunan Wilayah Pantai Timur (ECERDC) sedang melaksanakan kajian pengukuhan rantaian bekalan dan nilai bagi menyokong pembangunan pantai timur sebagai hab pengeluaran makanan negara. Kajian ini antara lain bertujuan memperkukuhkan

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

keseluruhan rantaian nilai makanan serta mengenal pasti inisiatif yang dapat manfaatkan infrastruktur strategik termasuk ECRL.

Antara cadangan yang diberi tumpuan ialah pembangunan Pusat Pengumpulan Pemprosesan dan Pembungkusan— Collection, Processing and Packaging Center dengan izin, CPPC, yang berhampiran dengan stesen ECRL yang dijangka akan memperluaskan akses pasaran dalam dan luar negara.

Untuk makluman Yang Berhormat, sebagai manifestasi komitmen kerajaan bagi tahun 2026, sebanyak 46 projek telah diluluskan bagi Parlimen Pasir Puteh dengan siling peruntukan sebanyak RM207.2 juta. Antara projek yang berkaitan ialah projek pengambilan tanah dan pembangunan infrastruktur kawasan industri di Cherang Tuli, Pasir Puteh yang akan menyokong aktiviti industri hiliran berhampiran stesen kargo ECRL. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Pasir Puteh, soalan tambahan. Silakan.

draft • 10:50 AM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberi satu jawapan yang mantap. Alhamdulillah.

Cuma, soalan tambahan daripada saya, berasaskan kepada persiapan yang telah dibuat dan diputuskan oleh pihak kerajaan yang disebut tadi 46 projek yang menelan belanja RM207 juta untuk projek di Pasir Puteh ini. Soalan saya, bila projek ini akan bermula dan bila tarikh siap? Sebab ECRL ini hampir siap. Semacam prasarana persekitaran itu, kalau ada pun barangkali lima peratus begitu yang dimulakan.

Sebab kalau kita lihat ECRL ini, dia punya ada tiga konsep yang telah diputuskan zaman Pekan jadi Perdana Menteri. Bos kepada Yang Berhormat, insya-Allah. Jadi, diputuskan kawasan ini adalah kawasan transit-oriented development, cargo-oriented development dan economic accelerator project. Ada tiga konsep yang jelas. Jadi, semua ini saya nampak belum lagi dilaksanakan. Harapan saya, supaya dipercepatkan. Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Menteri, sila jawab.

draft • 10:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Oh, sorry. Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Pasir Puteh atas soalan tambahan.

draft • 10:50 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Yang Berhormat, kita sentiasa meneruskan dasar kerajaan terdahulu dan kerajaan sekarang. Yang Berhormat sebutkan tadi EAP— economic accelerator project, betul, tiga industrial park, TOD dan COD.

Untuk makluman Yang Berhormat, yang saya sebutkan tadi adalah berkaitan RP1/2026, RMK13, kita mulakan tahun ini dan akan berakhir pada 2030. Jadi, apa yang kita nak lihat sekarang ini Yang Berhormat, bukan sahaja peruntukan kita berikan kepada kawasan tersebut, tetapi kita nak melihat bagaimana perbelanjaan tersebut memberi kesan supaya jurang di kawasan least development area termasuk di kawasan Pasir Puteh ini dapat kita tingkatkan.

Cuma dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, yang bermula pada tahun ini Yang Berhormat, kita bukan hanya memberi penekanan kepada projek tersebut, tetapi juga kita memberi penekanan kepada kekuatan tempat tersebut. Sekiranya kekuatan tempat tersebut berkaitan lebih kepada logistik, kita akan bagi tumpuan kepada logistik. Sekiranya dia memberi tumpuan kepada pelancongan, infrastruktur pelancongan yang kita akan berikan tumpuan.

Cuma Yang Berhormat, Yang Berhormat bertanya tadi, bagaimana, bila nak siap atau bila nak bermula. Yang Berhormat, kita ada di bawah RMK13 kita ada sistem MyRMK yang mana kita melihat bagaimana progress dan perkara ini kita akan laporkan di Dewan yang mulia ini dari segi progress apa yang terkandung dalam RMK.

Bagaimana kita melihat kekuatan tersebut Yang Berhormat, kita ada disebut Indeks Komposit Pembangunan Malaysia, value for money, bukan lagi hanya kita bagi peruntukan untuk bangunkan infrastruktur, tetapi kita melihat bagaimana indeks komposit pembangunan sesuatu tempat ini supaya least development area ini dapat kita kurangkan Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Pilah.

draft • 10:50 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Dato’ Dr. Speaker. Yang Berhormat Timbalan Menteri, jikalau Pasir Puteh tadi khusus melontarkan soalan berkaitan dengan secara spesifiknya, limpahan ekonomi ECRL di Pasir Puteh, Kuala Pilah ingin bertanyakan apakah indikator yang digunakan kementerian untuk menilai impak ekonomi, pembangunan di sekitar stesen ECRL, termasuk dari segi peluang pekerjaan, pelaburan dan pertumbuhan perusahaan tempatan dan bagaimanakah kementerian menyelaras perancangan pembangunan ekonomi di sekitar stesen ini bersama kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan pembangunan lebih tersusun dan mampan? Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah. Soalan tambahan yang agak tepat kerana kita nak melihat bagaimana pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan tersebut mengambil kira antara Kerajaan Persekutuan, agensi dan kerajaan negeri.

Untuk makluman Yang Berhormat, kita ada satu jawatankuasa yang berada di bawah MITI dan jawatankuasa ini nama Jawatankuasa Pemandu Projek ECRL yang dipengerusikan oleh KSN. Manakala MITI merupakan Pengerusi Jawatankuasa Khas 5 (JK5). So, apa yang dibuat oleh JK5 ini adalah kita nak melihat bagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, bagaimana EAP itu mengambil kira pembangunan hiliran setempat dan bagaimana jawatankuasa yang terlibat dalam JK5 ini adalah MOT, KPKT, KSM, KPTG dan ia juga melibatkan ECERDC dan jawatankuasa pembangunan wilayah yang akan memberi kesan kepada kelancaran pelaksanaan EAP tersebut.

Kita bagi jaminan Yang Berhormat, apa sahaja yang kita lakukan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini, kita akan memberi penumpuan bukan lagi kepada pelaburan semata-mata, tetapi kita akan memberi tumpuan kepada yang disebut dengan izin Dato Yang di-Pertua, place-based approach. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang ketujuh. Dipersilakan Tuan Mohd Sany bin Hamzan, Yang Berhormat Hulu Langat.

draft • 10:50 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

  1. Soalan saya nombor 7.

draft • 10:50 AM

7. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan, apakah langkah konkrit kerajaan bagi mengatasi kekurangan kolej kediaman sehingga memaksa ramai pelajar menyewa di luar kampus dengan kos yang tinggi.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi untuk menjawab.

draft • 10:50 AM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Izinkan saya menjawab soalan yang dikemukakan oleh Hulu Langat.

Kementerian Pendidikan Tinggi sentiasa peka dan mengambil berat keperluan semasa pelajar terutama kepentingan menyediakan kolej kediaman sebagai penempatan yang sejahtera dan selamat.

draft • 10:50 AM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Hasil kerjasama kementerian dengan Majlis Perumahan Universiti-universiti Malaysia serta sesi libat urus bersama pemimpin-pemimpin mahasiswa. Satu dasar kemudahan kolej kediaman di institusi pendidikan tinggi awam telah dibangunkan pada November 2024 yang menyasarkan untuk menyediakan kemudahan kolej kediaman sekurang-kurangnya 70 peratus daripada jumlah enrolmen pelajar prasiswazah sepenuh masa secara fizikal menjelang tahun 2035 di semua universiti awam dan politeknik seluruh negara.

Seterusnya bagi memenuhi keperluan penginapan mahasiswa di universiti, lebih banyak kolej kediaman pelajar dibangunkan sebagai pelan jangka panjang KPT untuk keselesaan mereka, terutamanya yang melibatkan pelajar golongan B40. Selain itu, sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas iaitu dari tahun 2021 hingga 2025 dan Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Ketiga Belas, KPT telah menerima peruntukan hampir RM1.1 bilion bagi penggantian, naik taraf dan pemulihan infrastruktur dan peralatan usang di IPTA.

Inisiatif ini melibatkan kerja-kerja penambahbaikan, pemuliharaan, pengubahsuaian dan menaik taraf prasarana di IPTA. KPT turut menaik taraf dan membaik pulih asrama sedia ada menggunakan peruntukan pembangunan berjumlah hampir RM225 juta sepanjang tempoh RMKe-12 dan RP1 RMK13.

Dalam masa yang sama sebanyak 36 projek kolej kediaman di IPTA dilaksanakan melalui kerjasama awam-swasta sepanjang tempoh yang sama. Daripada jumlah tersebut 15 projek telah siap dibina melalui kaedah PPP yang mampu menampung hingga 45,000 orang pelajar. Bagi hala tuju seterusnya dalam tempoh RMK13, kerajaan berhasrat untuk membina lima buah kolej kediaman baharu di universiti awam yang dijangka dapat menampung sehingga 21,000 orang pelajar melalui kaedah PPP.

Kesemua usaha dan inisiatif ini adalah refleksi kepada usaha berterusan dan komitmen KPT dalam memastikan penyediaan penginapan pelajar adalah selari dengan aspirasi menjamin kebajikan dan kesejahteraan pelajar di IPT. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Hulu Langat.

draft • 11:00 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Terima kasih Menteri. Adakah usaha ataupun insentif galakan daripada pihak kementerian ataupun pihak kerajaan bagi membolehkan pemaju-pemaju projek perumahan ini untuk membina projek-projek perumahan untuk kita sediakan khususnya untuk para pelajar dengan rumah ataupun hostel ataupun asrama yang agak selesa dengan kadar sewaan yang murah dan yang lebih penting company, company pemaju perumahan ini mendapat modal dan juga pulangan daripada hasil pembinaan rumah, hostel ataupun asrama yang dibina untuk anak-anak dan juga para pelajar kita di IPTA-IPTA yang terdapat di dalam negara kita.

draft • 11:00 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Perikatan Nasional, PAS, takziah kepada BN. Eh, terbalik. Tahniah kepada BN. Takziah kepada Perikatan Nasional dan PAS. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, 36(10)(c) itu jelas. Lim satu. Sakit menyakit hati di kalangan Ahli Parlimen*.

[Tepuk]* Yang Berhormat yang lain itu tolong diam sekejap. Saya dah bagi amaran. Saya berharap jangan buat ya. Kesabaran itu ada had. Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya pun tidak berhasrat untuk menjawab soalan yang politik kerana saya perlu tumpu kepada— apa-apa pun terima kasih, apa yang diucapkan dan diperbetulkan apa yang telah pun disuarakan.

Yang Berhormat, bagi menjawab soalan yang dikemukakan itu iaitu pada masa kini kita mempunyai beberapa pendekatan dalam usaha kita untuk menambahkan kemudahan kepada pelajar-pelajar kita. Namun sebarang perancangan projek, sebagai contoh dalam projek kerjasama awam-swasta ia mesti memberikan keutamaan-keutamaan dalam menyediakan facilities yang terbaik dengan izin, kepada para pelajar kita.

Ini termasuk dari segi soal yuran penginapan yang dikenakan sebagai contoh, umpamanya kalau kita ambil pendekatan awam-swasta, kita akan dapati bahawa dari segi kos sebenar setiap hari adalah sebanyak RM20, tetapi kita menyediakan hanya— pihak KPT menyediakan pada kadar RM6.50 sehari. Itu dari segi kita untuk menyediakan, memastikan supaya pelajar-pelajar ini dapat duduk dengan selesa, dengan kos yang berpatutan.

Baik, dari segi usaha-usaha yang melibatkan pihak swasta khususnya yang dikemukakan oleh Yang Berhormat, kita meneruskan pendekatan PPP ini bagi menyediakan lebih banyak kemudahan. Namun dalam masa yang sama ingin saya juga, saya sebutkan beberapa pendekatan terkini telah pun diadakan termasuk perbincangan melibatkan GLC dan GLICs supaya dasar untuk membawa mereka menyediakan kemudahan-kemudahan ini adalah berdasarkan kepada dasar berkebajikan supaya mereka ini juga dapat memberi sumbangan-sumbangan dalam pembinaan kolej kediaman di universiti-universiti awam.

Ada beberapa pendekatan yang telah pun kita lakukan. Saya ambil contoh ada di Universiti Malaya yang terkini ia melibatkan kerjasama dengan GLICs ini iaitu yang akan melibatkan 10,000 pelajar tempat baru untuk kita sediakan. Begitu juga di UniSZA melibatkan 5,000 orang pelajar untuk kemudahan kediaman mereka.

Dalam masa yang sama kita juga membuka ruang yang baru lebih kreatif lagi supaya tempat kapasiti kediaman yang ada itu dikembangkan lagi kerana ada ruang yang boleh kita tambah. Sebagai contoh di UTeM. UTeM kita ada pelajar sebagai contoh, kita ada seramai

draft • 11:00 AM

Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

5,000 tempat kediaman. Ditambah lagi kepada 7,500 dan begitu juga di UniMAP. Daripada 4,000 kepada 6,000. Jadi ini beberapa pendekatan yang kita lakukan.

Namun dalam masa yang sama ingin juga saya maklumkan dalam Dewan yang mulia ini iaitu beberapa pendekatan terkini dan sedang kita laksanakan dan ia berada di peringkat akhir bagi memuktamadkan pelaksanaan beberapa projek kediaman baharu melalui PPP ini.

Ini termasuk di Universiti Sains Malaysia dengan kapasiti sebanyak 5,000 pelajar.

Di UMT dengan kapasiti 5,000 pelajar lagi tambahan. Di UMK dengan 4,000 pelajar tambahan dan Universiti Tun Hussein Onn dengan kapasiti 5,000 tempat kediaman pelajar dan juga di Universiti Malaysia Pahang dengan kapasiti tambahan sebanyak 2,000 tempat kediaman pelajar.

Jadi, ini beberapa langkah-langkah terkini yang kita lakukan bagi memastikan supaya kemudahan kediaman untuk pelajar-pelajar itu dapat kita sediakan dengan sebaik-baiknya.

Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Semporna.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih Dato' Speaker yang beri ruang kepada saya untuk bertanya kerana perkara ini cukup penting.

Setelah mendengar apa yang diucapkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, di antara kementerian yang banyak peruntukan. Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan saya baru mendengar tadi Dato' Speaker, belanja RM1 bilion.

Sampai bila kita nak belajar untuk mengatasi masalah ini? The root cause, masalah sebenar berlaku perbelanjaan banyak sangat. Kediaman tak mencukupi. Kenapa pelajar- pelajar yang datang belajar ini kadang-kadang dari tempat-tempat lain. Luar bandar sama ada di Sarawak, sama ada di Sabah, sama ada dari tempat yang jauh.

Kita di Sabah Dato' Speaker, universiti berapa sahaja? UMS satu sahaja. Yang ada UiTM kadang-kadang kita nampak swasta banyak, tapi tak mampu. Itu yang kita kadang- kadang pelajar dari Sabah belajar ke Universiti Utara, belajar ke Universiti Malaya, sudah pasti mereka menggunakan kediaman ya. Bukan tempatnya hanya kita nak menyatukan generasi yang akan datang menggunakan pendidikan, tapi dari segi penjimatan kos tahun lalu sahaja kita belanja RM300 bilion lebih Dato' Speaker.

Tahun ini RM400 bilion dan sebahagian besar kementerian, kedua-kedua kementerian, Pelajaran dan Pendidikan, human capital yang ada.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Kadang-kadang itu kita nampak perbelanjaan ini tak menjurus ke arah contohnya dari segi sektor pendidikan apa yang kita nak kan, sains, teknologi yang ada untuk meletakkan anak kita mempunyai kebolehan, tapi ini kita belajar banyak untuk kediaman, Dato’ Speaker.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

What is the priority? Sampai bila kita mengimbangi pembangunan pendidikan di negara Malaysia yang ada ini, ya?

Nampaknya, sistem pendidikan kita anak-anak Sabah terpaksa terbang ke Sarawak.

Tiket, satu. Kediaman, satu. Pengangkutan, satu. Ya? Kadang-kadang itu kalau masuk pun dalam bidang apa? Dalam bidang pendidikan, dalam bidang yang tak diperlukan oleh negara kita nak bersaing di peringkat antarabangsa, di peringkat ASEAN yang ada.

I think it must be, it’s time. The root cause must be studied carefully and how you resolve this Dato’ Speaker, untuk mengatasi masalah human capital, masalah ketirisan perbelanjaan yang ada. Ini akan ditanggung oleh rakyat yang ada termasuk kita. Cukainya ada, pembeliannya, tapi yang kepentingan kita, Dato’ Speaker...

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, pendekkan.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

...Anak-anak. Saya nak kan supaya sama ada kementerian ini bukan setakat pengajian tinggi bahkan pendidikan yang ada pastinya ada holistic kind of approach, way of looking into the root cause of this problem and what is the solution dia. Terima kasih banyak.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih. Pelbagai persoalan yang dibangkitkan. Saya tahu Semporna memang mencari-cari saya. Mohon maaf, mungkin sehingga kini tidak dapat bertemu dengan beliau, walaupun sering kali bertemu untuk membincangkan hal-hal yang spesifik seperti ini.

Baik, bagi menjawab soalan pertama yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Semporna, saya mohon juga kepada Yang Berhormat untuk melihat keseluruhan rangka Pembangunan Tinggi― Pendidikan Tinggi Nasional 2026–2035 yang sepertimana yang disebutkan iaitu untuk melihat secara keseluruhannya. Jadi, saya syorkan kepada Yang Berhormat, lihat, membaca pelan pendidikan tinggi itu dan dia menjawab dengan sendirinya apa yang dikemukakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi.

Saya setuju dengan apa yang dikemukakan. Dari soal akses kepada pendidikan yang saya rangkumkan apa yang cuba disebutkan. Sebagai contoh, pelajar-pelajar daripada Sabah, Sarawak yang datang ke Semenanjung untuk belajar, tapi yang paling mustahak ialah Yang Berhormat juga perlu faham dari segi akses itu bukan semata-mata berdasarkan kepada kedudukan lokasinya kerana ruang dan peluang kursus-kursus yang ditawarkan mungkin ada di Universiti Malaysia Sarawak― di Sarawak tetapi tidak ada di Universiti Malaysia Sabah dan mungkin tak ada di Universiti Malaysia Sabah, tapi ada di universiti, di UUM sebagai contoh.

Dia bergantung pada minat seseorang pelajar.

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Dalam hal ini kita tidak membahagikan sama ada dia pelajar daripada Sabah, Sarawak dan sebagainya, tetapi akses kepada pendidikan secara adil itu diberikan kepada mereka berdasarkan kepada kursus-kursus yang mereka mohon. Baik.

Saya faham apa yang dalam hati beliau. Beliau mahukan juga melihat supaya ada kampus-kampus cawangan yang lain termasuk di kawasan Pantai Timur Sabah. Yang itu juga telah pun saya beberapa kali berbincang dengan Yang Berhormat Semporna supaya juga melihat disediakan kampus-kampus baharu. UiTM, kita ada beberapa kampus.

UMS sebagai contoh, ada beberapa kampus di Sabah. Perancangan ke hadapan ialah juga untuk menyediakan akses yang baik juga di kawasan-kawasan bagi membangunkan keperluan-keperluan yang berdasarkan kepada kursus-kursus dan juga kekuatan yang ada di kawasan-kawasan berkenaan.

Saya mengakui bahawa di kawasan Yang Berhormat di kawasan Pantai Timur itu mempunyai beberapa kursus-kursus yang spesifik, yang boleh kita bangunkan. Sebagai contoh, the blue economy yang berkaitan dengan yang ada kepakaran di Universiti Malaysia Sabah dan juga di Malaysia, Sarawak. Dalam konteks di Semenanjung, kita ada di UMT sebagai contoh. Ini antara contoh. Saya boleh menjawab lebih panjang kepada itu, tapi beliau akan berjumpa dengan sayalah selepas ini.

draft • 11:10 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Dato’ Speaker, boleh tak daripada pembangkang?

Ada satu soalan tambahan.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar. Yang Berhormat, saya nak bercakap.

draft • 11:10 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Boleh?

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ya Allah. Bagilah saya bercakap. Tak dan saya bercakap, Yang Berhormat dah bercakap.

draft • 11:10 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Oh.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, saya memberi extra soalan kepada ini kerana pendidikan adalah paling mustahak kerana saya melihat dalam masyarakat saya, orang asli, tanpa pendidikan mereka tidak boleh maju.

Retorik tanah, tanah, tanah, tidak akan memajukan masyarakat orang asli. Jadi, paling mustahak, bagi bukan sahaja masyarakat orang asli di Semenanjung ini, masyarakat orang asli ataupun asal di Sabah dan Sarawak, kita perlu terutama sekali dari segi teknologi, TVET dan sebagainya.

Ini persoalan yang dekat dibangkitkan oleh Hulu Langat yang menarik perhatian saya, dengan itu saya rela nak bagi soalan sebelah sini lagi. Jadi, sebelum saya bercakap Yang Berhormat dah bangun. Saya, a very practical man but don’t cross the line. Itu saya punya prinsip. Di luar, kita kawan. Di dalam, saya melaksanakan tugas, diamanahkan.

[Tepuk]

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, saya mempersilakan Yang Berhormat Kapar.

draft • 11:10 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Timbalan Speaker yang baik hati. Saya nak mendapatkan kepastian daripada jawapan Menteri tadi yang dikatakan kolej kediaman yang sedang dirancangkan ini boleh menampung 21,000 orang. Saya nak tahu sama ada itu yang over and above yang sudah sedia ada ataupun yang akan bertambah? Sebab saya merujukkan SSPN, lebih 100,000 pelajar baharu universiti awam mendaftar September 2025.

Jadi, 21,000 itu adakah sebahagian daripada kohort ini ataupun kerana yang saya sebut tadi― saya juga bersimpati apa yang disebutkan oleh Timbalan Speaker tadi sebab dari 100,000 ini kata SSPN, 50 peratus, hampir 50 peratus adalah daripada B40. Dan bila kita melihatkan bagaimana mereka ini terpaksa menyewa di luar kampus sehingga menanggung RM500 hingga RM1,000 sebulan, belum masuk utiliti, lebih-lebih di bandar besar, jadi adakah kerajaan― sementara nak buat itu, yang semua itu, yang disebutkan tadi, adakah kerajaan bercadang memperkenalkan bantuan sewa rumah atau subsidi penginapan sementara kerana pelajar B40 dan M40 ini gagal mendapat kolej kediaman? Terima kasih Menteri.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan-soalan yang cukup konstruktif kepada Kementerian Pendidikan Tinggi. Izinkan saya menjawab terlebih dahulu apa yang dikemukakan oleh Dato’ Yang di-Pertua akan keprihatinan KPT terhadap keadaan dan keberadaan golongan masyarakat orang asal ataupun dipanggil pelajar-pelajar orang asli.

Saya ingin maklumkan dalam Dewan yang mulia ini bahawa kerajaan sentiasa memberi keutamaan kepada anak-anak daripada pelajar-pelajar orang asli. Sebab itu kita wujudkan, kalau kita lihat untuk permohonan kemasukan ke institusi pendidikan tinggi bagi kalangan pelajar-pelajar orang asli ada satu laluan khas yang kita wujudkan kepada mereka.

Yang ini bukan bermakna bahawa mereka kita berikan pertimbangan lain tetapi kita kena lihat juga akses yang saya sebutkan tadi, akses pendidikan kepada mereka.

Dan alhamdulillah, berkat daripada usaha kita itu kita melihat kejayaan di kalangan anak-anak orang asli dan hari ini kita lihat di kalangan mereka sudah pun menjadi seorang doktor, engineers dan termasuklah yang berada di hadapan kita pada hari ini...

[Tepuk] ...iaitu yang sudah pun menjawat jawatan Timbalan Speaker. Tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker.

[Tepuk] Baik. Bagi kita menjawab soalan yang dikemukakan tadi iaitu tentang sama ada jumlah yang kita kemukakan itu adalah over and above, jawapannya ya. Dan bagi menjawab soalan Yang Berhormat juga berkaitan dengan kemasukan yang baru tambahan kepada 100,000 orang, kita juga kena faham bahawa setiap kohort itu selama empat tahun. Maka, setiap tahun

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

juga akan ada yang keluar sebanyak 100,000. Yang 100,000 lain yang akan masuk. Dengan erti kata yang lain, usaha kita untuk menyediakan tempat itu kita akan terus bertambah.

Yang Berhormat benar, dalam menyatakan tentang keperluan golongan B40. Mereka yang masuk ke IPTA itu ialah sebahagian besar daripada mereka daripada kalangan B40.

Sebab itulah usaha kita berterusan untuk memastikan kepada golongan B40. Sebagai contoh, dari segi panduan kita, kaedah untuk penempatan pelajar-pelajar, kita memberi keutamaan kepada B40, kepada pelajar-pelajar orang asli, kepada OKU, kepada mereka yang terlibat secara aktif dalam persatuan majlis perwakilan pelajar ataupun dalam PALAPES, dalam Kesatria dan mereka yang berada dalam kelompok yang disebutkan, termasuklah kelompok asnaf dan berkeperluan.

Jadi, ini antara kategori yang kita letakkan, kita berikan keutamaan kepada mereka untuk berada di dalam kampus. Itu antara langkah-langkah yang kita lakukan dan termasuk juga mereka yang duduk di luar itu. Universiti, setiap universiti menggunakan pendekatan yang berbeza.

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Sebagai contoh, kalau mereka tinggal di luar, apakah kemudahan-kemudahan kenderaan untuk mereka bergerak daripada kampus ke rumah mereka? Semua ini melibatkan kos. Itu antara langkah-langkah yang turut dilakukan oleh pihak universiti-universiti yang berkenaan. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Sesuatu masyarakat itu tidak akan maju melainkan masyarakat itu sendiri mahu berubah, dan ilmu, bacalah. Baik, Majlis ke soalan yang ke-11. Dipersilakan Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman, Yang Berhormat Kuala Krai.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Saya ingin mohon izin untuk mengalu-alukan kehadiran warga belia DUN Pantai Manis, Papar, Sabah.

[Tepuk] Mereka adalah tetamu Menteri KPDN. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya kemukakan soalan melalui sebuah pantun.

Tabung Haji lambang kepercayaan, Rakyat bersabar menanti giliran, Soalan Kuala Krai nombor lapan, Harap Timbalan Menteri berikan jawapan. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

8. Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Perdana Menteri menyatakan, adakah kerajaan bercadang mewujudkan tawaran Haji Khas untuk pesara wajib yang menerima bayaran gratuiti memandangkan mereka telah mempunyai kemampuan kewangan, namun masih terpaksa menunggu lama sehingga berisiko tidak sempat menunaikan haji.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Puan Marhamah binti Rosli

Saya jawab bagi pihak Tabung Haji; Harap Kuala Krai berpuas hati. Tuan Yang di-Pertua, tawaran haji adalah berdasarkan sistem giliran berasaskan prinsip daftar dahulu, didahulukan. Pendekatan ini dikekalkan bagi memastikan semua pendeposit diberi peluang yang adil dan saksama untuk menunaikan ibadah haji selaras dengan kuota haji yang diperuntukkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

Sehubungan itu, Tabung Haji tidak melaksanakan tawaran haji khas mengikut kategori tertentu. Sebarang pengenalan kategori tawaran haji khas berpotensi menjejaskan sistem giliran sedia ada serta memberi kesan kepada pendeposit lain yang telah lama menunggu giliran untuk menunaikan ibadah haji. Pendekatan ini juga selaras dengan prinsip keadilan, ketelusan dan kesaksamaan dalam pengurusan giliran haji yang diamalkan oleh Tabung Haji sejak sekian lama.

Untuk makluman Yang Berhormat, saya minta izin masa untuk menjelaskan, syarat utama bagi menunaikan kewajipan menunaikan ibadah haji adalah memenuhi konsep istitho'ah ataupun kemampuan yang merangkumi kemampuan dari segi kewangan, kesihatan, keselamatan perjalanan, serta memperoleh kuota ataupun kebenaran daripada Kerajaan Arab Saudi.

Setiap pendeposit yang mendaftar haji akan dimaklumkan tahun giliran masing- masing. Sehubungan itu, mereka digalakkan membuat persediaan awal dari segi kewangan, kesihatan serta ilmu berkaitan ibadah haji agar bersedia apabila tiba giliran untuk menerima tawaran haji.

Bagi memastikan bakal jemaah haji mempunyai tahap kesiapsiagaan yang lebih baik, Tabung Haji menetapkan syarat minimum sebanyak RM15,000 sebelum surat tawaran haji dikeluarkan kepada bakal jemaah dalam giliran bermula musim haji tahun ini. Syarat ini merupakan penanda aras kesiapsiagaan kewangan walaupun kos sebenar menunaikan haji bagi musim tersebut adalah sebanyak RM33,300.

Sekiranya seseorang pendeposit tiada dalam giliran haji pada tahun semasa, mereka masih boleh mengemukakan rayuan kepada Tabung Haji yang akan dipertimbangkan berdasarkan merit, syarat dan keutamaan yang ditetapkan.

Saya ingin kongsikan, ada tiga keutamaan yang berikan dalam pertimbangan rayuan haji:

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Puan Marhamah binti Rosli

(i) muhrim— melibatkan suami ataupun isteri kepada jemaah yang terpilih;

(ii) pengiring kepada bakal haji lanjut usia iaitu berusia 75 tahun dan ke atas yang terpilih; dan

(iii) pengiring kepada orang kurang upaya yang telah terpilih.

Di samping tiga keutamaan ini, Tabung Haji turut membenarkan rayuan awal dikemukakan. Antara kriteria merit yang diambil kira dalam pertimbangan rayuan ialah tempoh pendaftaran haji, purata simpanan lima tahun, faktor umur, kekerapan rayuan dan kehadiran kursus haji. Bagi kategori rayuan ini, keutamaan akan diberikan kepada pendeposit yang belum pernah menunaikan haji. Kelulusan rayuan adalah tertakluk kepada merit, kuota haji yang diperuntukkan oleh Kerajaan Arab Saudi serta bayaran kos haji penuh yang ditetapkan bagi musim haji berkenaan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat, soalan tambahan.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tabung Haji kerana terkini saya dimaklumkan Tabung Haji telah mengeluarkan peringatan awal kepada bakal jemaah haji bagi tahun 2027 dan 2028. Saya sendiri pernah mencadangkan di awal sidang kali ini, agar peringatan awal seperti ini diberikan oleh Tabung Haji kepada bakal jemaah.

Soalan tambahan saya Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua ialah, apakah usaha kerajaan bagi mendapatkan kuota haji tambahan lebih daripada jumlah tambahan yang diperolehi sekarang? Tidak hanya terhenti setakat hubungan G2G, tetapi perlu memanfaatkan hubungan peribadi mana-mana pemimpin negara dengan Arab Saudi.

Dan apakah tindakan tegas kerajaan terhadap mana-mana pihak yang mempromosi dan menguruskan haji melalui visa umrah ataupun ziarah yang akhirnya tidak berjaya melakukan ibadah haji bahkan mereka duduk di tanah suci pun dalam keadaan bersembunyi dan ketakutan?

Ini sudah tentu menyusahkan jemaah yang percaya dengan janji pihak berkenaan bahawa mereka dapat melakukan haji, dan dalam masa yang sama melanggar peraturan Kerajaan Arab Saudi dan akhirnya boleh merosakkan nama baik negara dan hubungan baik antara dua negara. Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Berhubung dengan kuota haji, saya ingin berkongsi terlebih dahulu. Bagi musim haji tahun ini, Malaysia telah diperuntukkan kuota rasmi seramai 31,600 jemaah. Sebarang kuota tambahan sebenarnya adalah hak mutlak Kerajaan Arab Saudi. Walau bagaimanapun, Tabung Haji akan terus mengemukakan permohonan pertambahan kuota pada setiap tahun demi memenuhi permintaan rakyat Malaysia.

Bagi soalan berkaitan dengan isu penipuan ataupun scam haji. Alhamdulillah saya ingin berkongsi terlebih dahulu bagi musim haji 1447 Hijri iaitu tahun 2026 Masihi, tiada sebarang kes penipuan pakej haji yang dilaporkan kepada task force yang terdiri daripada Tabung Haji, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya

(MOTAC) ya.

Alhamdulillah, kejayaan ini hasil daripada kerjasama erat task force melalui tindakan penguatkuasaan serta kempen kesedaran “Tiada Visa, Tiada Haji” selaras dengan polisi No Haj Without Permit yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan Arab Saudi.

Tabung Haji insya-Allah sentiasa memantau, mengelola jemaah haji yang dilesenkan, manakala tindakan terhadap pihak yang tidak dilesenkan dilaksanakan bersama MOTAC dan PDRM mengikut bidang kuasa masing-masing. Saya rasa itu sahaja daripada saya, terima kasih. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Tenggara.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Terima kasih Dato' Speaker.

Karung undi berkotak-kotak; Bangsa Johor nobatkan Barisan; Tabung Haji urusan mustahak; Tenggara tutur tambahan soalan. Soalan tambahan. Apakah justifikasi Lembaga Tabung Haji memperkenalkan syarat baharu dengan mewajibkan pendeposit menyimpan minimum RM15,000 dalam akaun bagi membolehkan bakal jemaah menerima tawaran haji? Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 11:20 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat— terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Penetapan jumlah simpanan RM15,000 itu adalah selari dengan kadar bayaran haji terendah bagi kumpulan B40. Walaupun mengambil kira-kira kos haji bagi musim yang lepas adalah pada kadar RM33,300. Penetapan simpanan minimum RM15,000 ini bukan bertujuan menyukarkan atau menafikan peluang mana-mana pendeposit untuk menunaikan haji.

draft • 11:20 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Sebaliknya ia merupakan langkah untuk memperkukuh kesiapsiagaan bakal haji, mengurangkan kadar penangguhan, meningkatkan kecekapan pengurusan kuota, serta memastikan perjalanan menunaikan haji dilaksanakan secara lebih terancang, bertanggungjawab selaras dengan konsep istitho'ah. Syarat ini, yang diperkenalkan sejak musim haji ini ternyata berkesan, bila mana kadar penangguhan tawaran haji berjaya dikurangkan kepada 18 peratus berbanding sekitar 50 peratus pada musim haji yang lepas. Penurunan ini menunjukkan bahawa tahap simpanan merupakan indikator penting dalam menentukan kesiapsiagaan sebenar bakal haji untuk menerima tawaran dan menunaikan ibadah haji pada tahun giliran haji.

Dalam usaha meningkatkan kesiapsiagaan kewangan bakal haji, Tabung Haji mengambil langkah proaktif ini dengan memberikan peringatan awal kepada bakal haji seawal dua tahun sebelum jangkaan tahun giliran haji. Tempoh persediaan awal ini memberi ruang yang lebih mencukupi kepada bakal haji untuk merancang kewangan, meningkatkan simpanan secara berperingkat serta memperkukuh tahap kesihatan dan kecergasan sebelum tiba tahun giliran mereka. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Majlis ke soalan yang terakhir bagi jawapan lisan. Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Chow Yu Hui, Yang Berhormat Raub.

draft • 11:20 AM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Tuan Speaker, soalan saya soalan 9.

draft • 11:20 AM

9. Tuan Chow Yu Hui [Raub] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan, jumlah calon STPM serta bilangan calon yang memperoleh PNGK 4.00 mengikut aliran bagi 5 tahun yang lalu. Nyatakan sama ada kerajaan mempertimbangkan dasar pelajar STPM aliran Sains yang mendapat PNGK4.00 dijamin mendapat kursus pilihan pertama, kedua atau ketiga di UPU.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Pendidikan Tinggi untuk menjawab.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Tuan Adam Adli Abd Halim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pendidikan Tinggi, kita sentiasa memberikan komitmen dalam kita nak pastikan akses kepada pendidikan tinggi dioptimumkan. Jadi melalui UPUOnline, pelajar bebas untuk buat pilihan bidang yang ingin mereka pelajari di peringkat pendidikan tinggi.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Tuan Adam Adli Abd Halim

Namun, kejayaan mereka untuk mendapatkan tempat di universiti awam itu turut tertakluk kepada pencapaian akademik, kedudukan merit, memenuhi syarat am dan syarat khusus yang ditetapkan, bilangan tempat yang disediakan serta lulus temu duga dan/atau ujian bagi program pengajian yang menetapkan keperluan berkenaan.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Tuan Adam Adli Abd Halim

Jadi untuk tempoh lima tahun terkini, statistik permohonan calon cemerlang lepasan STPM dengan PNGK 4.0 mengikut aliran adalah seperti yang berikut: Lepasan STPM aliran Sastera sesi akademik 2021/2022 – 648 orang calon yang memohon dan 644 orang calon dapat tawaran itu; 2022/202 – 763 orang calon pohon, layak dan ditawarkan tempat sepenuhnya; 2023/2024 – 1,031 orang calon yang memohon dan 1,029 orang calon layak dapat tawaran; 2024/2025 – 1,010 orang calon yang memohon layak dipertimbangkan permohonan mereka, 1,009 orang calon dapat tawaran; serta yang terakhir statistik yang kita ada, 2025/2026 – 1,184 orang calon yang memohon, kesemuanya layak dan ditawarkan tempat.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Untuk aliran Sains, 2021/2022, kesemua 92 orang calon yang memohon layak dan ditawarkan tempat; 2022/2023, seramai 114 orang calon yang memohon serta layak telah pun dipertimbangkan permohonan mereka, 113 orang calon dapat tawaran; 2023/2024, semua 148 orang calon yang mohon layak, terus ditawarkan tempat; 2024/2025, 97 orang calon yang memohon, 96 orang calon dapat tawaran; dan yang terakhir, 2025/2026, semua 71 orang calon yang memohon layak dan ditawarkan tempat.

Untuk kita memastikan bagi setiap pemohon yang layak ini mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk dapat tempat pengajian, UPU online membenarkan calon membuat pilihan sehingga maksimum 12 program pengajian berdasarkan kepada kelayakan mereka. Manakala penawaran pula akan diberikan berdasarkan pada pilihan yang dibuat oleh calon sahaja.

Selain itu, bagi program kompetitif seperti perubatan, pergigian, farmasi, undang- undang dan kejuruteraan, calon perlu melepasi ujian dan/atau temu duga khas yang dilaksanakan oleh universiti awam. Dan akan terdapat calon cemerlang yang PNGK 4.0 yang tidak mendapat tempat bagi pilihan pertama mereka, namun mereka tetap akan ditawarkan tempat ke universiti awam berdasarkan kepada 12 pilihan program mereka yang dipohon melalui sistem UPUOnline. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Raub.

draft • 11:30 AM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Soalan tambahan. Puan Speaker, soalan tambahan saya adalah bilangan calon STPM aliran Sains semakin menurun dari tahun ke tahun. Adakah KPT telah mengenal pasti sama ada antara puncanya ialah pelajar beranggapan bahawa walaupun mereka memperoleh PNGK 4.0 dalam peperiksaan STPM yang diiktiraf sebagai laluan pra-universiti yang amat mencabar, mereka masih berada pada kedudukan yang

draft • 11:30 AM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

kurang adil dalam sistem merit UPU kerana sukar memperoleh markah kokurikulum setanding dengan pelajar matrikulasi dan juga asasi, sekali gus mengurangkan peluang mereka memasuki kursus-kursus kritikal di universiti awam.

Jika ya, adakah kementerian bersedia mengkaji semula mekanisme pemarkahan kokurikulum dan sistem kemasukan UPU bagi memastikan peluang yang lebih adil kepada pelajar STPM dan mengembalikan keyakinan pelajar dan juga ibu bapa terhadap peperiksaan STPM?

draft • 11:30 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat, kita— kementerian memproses calon-calon lepasan STPM, matrikulasi, asasi dan juga STAM berdasarkan kepada konsep meritokrasi iaitu 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum. Untuk makluman, 90 peratus markah akademik adalah berdasarkan kepada purata nilai gred kumulatif PNGK yang diperolehi secara face value dari agensi bertanggungjawab iaitu yang pertama, Majlis Peperiksaan Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk keputusan STPM atau Bahagian Matrikulasi juga di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi keputusan peperiksaan matrikulasi.

Pusat asasi universiti awam bagi keputusan peperiksaan asasi dan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi keputusan peperiksaan STAM.

Manakala 10 peratus lagi markah kokurikulum ini juga diperolehi daripada agensi pusat iaitu bahagian sukan, kokurikulum dan kesenian bagi STPM dan STAM, matrikulasi KPM bagi matrikulasi dan juga pusat asasi universiti awam yang terlibat.

Bagi pelajar-pelajar cemerlang PNGK 4.0, KPT melalui Rancangan Pendidikan Malaysia PTM 2026–2035 telah pun menetapkan agenda transformasi bagi Pelan Tindakan 2026–2028 di bawah RPTM iaitu jaminan tempat kepada pelajar cemerlang PNGK 4.0. Untuk rekod, bagi sesi akademik 2025/2026 yang lepas, semua 71 calon cemerlang STPM aliran Sains telah pun ditawarkan tempat ke dalam pilihan masing-masing.

Pilihan pertama 44 orang, pilihan kedua 19 orang, dan pilihan ketiga lapan orang. Ia juga tertakluk ya, bagaimana sekalipun tetap tertakluk kepada syarat-syarat khas program yang ditetapkan oleh senat universiti awam seperti tapisan ujian dan juga temu duga.

Kita akan terus komited untuk pastikan bahawa tempat dalam pilihan yang terbaik kepada pelajar-pelajar cemerlang ini untuk sesi akademik yang akan datang. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Kedah.

draft • 11:30 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah soalan asal tadi ialah merujuk kepada aliran Sains, maka soalan tambahan saya ialah adakah KPT bersedia meluaskan dasar jaminan pilihan pertama hingga ketiga di UPU ini kepada pelajar aliran sastera dan sains sosial yang turut mendapat PNGK sempurna 4.0? Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Ya Yang Berhormat. Untuk makluman, yang ditetapkan melalui Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia tersebut bahawa jaminan bagi tempat kepada pelajar cemerlang PNGK 4.0 ini merangkumi semua, tidak hanya terhad kepada pelajar aliran sains, juga kepada aliran sastera. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya bangun di bawah Peraturan 18(1) iaitu berhubung dengan...

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, usul- usul tersebut masih dalam pertimbangan dan akan diputuskan oleh Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tak, yang ini fasal KWSP.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, masih dalam pertimbangan Tan Sri Speaker. Sila duduk.

draft • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, sebab ini KWSP, pohon saya baca tajuk Yang Berhormat.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak perlu. Tan Sri Speaker akan bagi.

draft • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Semua Speaker benarkan saya baca tajuk. Baca tajuk saja sebab ini semua boleh— 18 juta rakyat Malaysia pencarum KWSP, dia minta saya baca tajuk saja.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hurmm, tajuk.

draft • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, boleh tak saya baca tajuk saja?

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tajuk sahaja.

draft • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tajuknya ialah berkenaan dengan keperluan kerajaan memberikan penjelasan dan maklum balas terhadap representasi pencarum KWSP berhubung dengan cadangan pengeluaran bersasar. Itu saja.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey, okey.

draft • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi kawan-kawan KWSP, saya telah baca dan saya minta kerajaan bagi penjelasan. Kalau kerajaan tak dapat beri penjelasan, maka sekali kerajaan telah mungkir janji. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 11:30 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Speaker, Speaker, peraturan yang berkaitan 21(3).

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Berapa?

draft • 11:30 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

21(3), berkenaan soalan daripada— jawapan kepada soalan saya, 21(3) iaitu pertanyaan boleh diarah kepada Menteri-Menteri berkenaan, (3) itu tujuan yang sebenar mengeluarkan sesuatu pertanyaan ialah untuk mendapat penerangan berkenaan dengan sesuatu perkara hakikat yang dalam pengetahuan istimewa ahli yang diarahkan pertanyaan tersebut.

Okey, persoalan saya ialah Yang di-Pertua, pada— soalan lisan saya bertarikh pada 6 Julai 2026, Isnin. Saya bertanya soalan kepada Menteri KPDN, Kos Sara Hidup berkaitan dengan jumlah platform e-dagang dan kes penipuan yang menyebabkan penjual, pembeli di platform tersebut dari 2023 hingga sekarang. Cuma, saya kecewa dengan jawapan yang diberi. Soalan bertanya berkaitan e-dagang, jawapan diberi berkenaan dengan MADANI Mart.

Jadi, saya minta pihak kerajaan supaya berhati-hati dan saya tunggu jawapan yang sebenarnya daripada pihak kementerian. Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Puan Marhamah binti Rosli

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan Rang Undang-undang Kawalan Padi dan Beras

(Pindaan) 2026 seperti di No. 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini, selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 14 Julai 2026.”

draft • 11:39 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 11:39 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 11:39 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 11:39 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG DI BAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PINDAAN) 2006 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dibawa ke dalam mesyuarat oleh Menteri Komunikasi [Datuk Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

draft • 11:40 AM
RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (PINDAAN) 2026 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, dibawa ke dalam mesyuarat oleh Menteri Komunikasi [Datuk Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

draft • 11:40 AM
RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL 2026 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia untuk mengawal selia pengamal kerja sosial, pelatih kerja sosial, dan perkhidmatan kerja sosial dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan, dibawa ke dalam mesyuarat oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

draft • 11:40 AM
RANG UNDANG-UNDANG KEBEBASAN MAKLUMAT 2026 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi tatacara permintaan untuk mendapatkan akses kepada dan tatacara semakan luar oleh ombudsman berhubung dengan maklumat selain maklumat yang dilindungi dan dilarang untuk dizahirkan di bawah undang-undang bertulis lain dan tertakluk kepada maklumat yang dikecualikan di bawah akta ini yang berada kawalan pihak berkuasa awam dan untuk

draft • 11:40 AM

mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan, dibawa ke dalam mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) [Dato’ Sri Azalina binti Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

draft • 11:40 AM
RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN SAKSI (PINDAAN) 2026 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Perlindungan Saksi 2009, dibawa ke dalam mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) [Dato’ Sri Azalina binti Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

draft • 11:40 AM
RANG UNDANG-UNDANG MAHKAMAH KEHAKIMAN (PINDAAN) 2026 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Mahkamah Kehakiman 1964, dibawa ke dalam mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri

(Undang-undang dan Reformasi Institusi) [Dato’ Sri Azalina binti Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

draft • 11:40 AM
RANG UNDANG-UNDANG BIDANG KUASA ADMIRALTI 2026 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk memberi bidang kuasa kepada Mahkamah Tinggi bagi mendengar dan memutuskan perkara-perkara admiralti untuk mengadakan peruntukan bagi cara pelaksanaan bidang kuasa admilrati dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan, dibawa ke dalam mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) [Dato’ Sri Azalina binti Othman Said]; dibaca kali yang pertama.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bacaan kali yang kedua, bila?

draft • 11:40 AM
USUL
MENYERAH RANG UNDANG-UNDANG KEPADA JAWATANKUASA DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 54(1)

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Saya ingin mengemukakan rang undang- undang ini ke Jawatankuasa Pilihan Khas di bawah Peraturan Mesyuarat 54(1) dan 81(1) di mana kertas usul telah pun diedarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya mohon mencadangkan.

“Bahawa berdasarkan kepada Peraturan Mesyuarat 54(1) dan Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas di bawah Peraturan Mesyuarat 81(1) satu usul bagi menyerahkan Rang Undang-undang Bidang Kuasa Admiralti 2026 kepada Jawatankuasa Pilihan yang dinamakan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Rang Undang-undang Bidang Kuasa Admilrati 2026; Jawatankuasa ini akan meneliti rang undang-undang tersebut termasuk skop, struktur, cara penggubalan rang undang-undang berkenaan dengan mencadangkan apa-apa pindaan yang difikirkan perlu berhubung perkara tersebut serta menyediakan suatu penyata yang mengandungi pandangan serta membuat syor ke atas rang undang-undang tersebut atau mencadangkan suatu rang undang-undang bahawa dalam tempoh tiga bulan Jawatankuasa Pilihan Khas boleh sekiranya perlu melanjutkan tempoh tersebut.

Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut hendaklah terdiri daripada 12 Ahli Dewan Rakyat termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) sebagai Pengerusi.

Bagi tujuan tersebut di atas, Jawatankuasa Pilihan Khas boleh menjemput mana-mana pihak seperti Ahli-ahli Parlimen, pakar-pakar perundangan, badan profesional, persatuan-persatuan industri, badan bukan kerajaan, wakil masyarakat sivil dan mana-mana individu lain yang difikirkan sesuai untuk hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas dari masa ke semasa.

draft • 11:43 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 11:43 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Saya mohon, menyokong.

draft • 11:43 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya bahawa usul seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu tadi hendaklah disetujukan.

draft • 11:43 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG KAWALAN PADI DAN BERAS (PINDAAN) 2026 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” [9 Julai 2026]

draft • 11:43 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Senarai pembahas adalah seperti berikut: YB Shah Alam, YB Rompin, YB Tangga Batu, YB Keningau, YB Maran, YB Besut, YB Betong, YB Pokok Sena, YB Pendang, YB Libaran, YB Tumpat, YB Jerlun, YB Bakri, YB Bukit Gantang, YB Bagan Serai, YB Tenggara, YB Rantau Panjang, YB Merbok, YB Bukit Bendera, YB Kuala Krau, YB Tanjong Karang, YB Langkawi dan YB Arau.

Setiap pembahas diberi masa 6 minit. Jadi, saya minta Yang Berhormat Shah Alam untuk berucap.

draft • 11:43 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih, Puan Yang di- Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut mengambil bahagian membahaskan Rang Undang-undang Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2026.

Memang Shah Alam tidak ada sawah padi, tidak ada kilang padi tetapi di Shah Alam ada ramai penduduknya yang berasal dari kawasan jelapang padi, Tanjong Karang, Sabak Bernam, Sungai Manik, Teluk Intan, Bagan Serai, Parit Buntar, Kedah, Kelantan dan Terengganu dan juga Perlis.

Semua penduduk Shah Alam makan nasi, tiada yang tidak makan melainkan makan nasi belaka. Uniknya Malaysia ini ialah kerana kita tanam padi, beli beras dan makan nasi.

draft • 11:46 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Puan Yang di-Pertua, pada asasnya saya menyokong pindaan ini kerana isu padi dan beras bukan lagi sekadar isu pertanian, tetapi ia merupakan isu keterjaminan makanan negara, kos sara hidup rakyat dan kesejahteraan pesawah.

Ketika Kerajaan MADANI mula mengambil tampuk pemerintahan, kita telah mengalami gangguan bekalan beras, kenaikan harga, aktiviti percampuran beras tempatan dengan beras import serta ketirisan dalam rantaian bekalan. Keadaan ini menyebabkan pengguna menanggung kos yang lebih tinggi. Manakala, pesawah pula masih bergelut dengan pendapatan yang rendah.

Namun, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri, seluruh warga kerja Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kerajaan MADANI kerana berjaya mengurus dan mengawal bekalan beras dan kenaikan harga.

Hari ini kita tidak dengar lagi keluhan rakyat terhadap bekalan dan kenaikan harga beras. Kalau ada pun hanya suara-suara sumbang yang cuba untuk merendahkan dan memperkecilkan usaha yang dilakukan oleh kerajaan.

Puan Yang di-Pertua, sudah pasti masih ada lagi penambahbaikan yang perlu dilaksanakan untuk memastikan kelestarian rantaian bekalan dan pembelaan terhadap pesawah yang membawa kepada pindaan Akta Kawalan Padi dan Beras yang kita bicarakan pada pagi ini.

Saya cukup memahami dan menghargai pindaan rang undang-undang yang diusulkan ini. Namun, pindaan undang-undang yang hanya menaikkan kadar denda dan hukuman sahaja tidak akan memberi kesan sekiranya penguatkuasaannya masih lagi lemah.

Kita memerlukan pemantauan yang lebih berkesan, penggunaan teknologi seperti sistem jejak digital, kod QR dan pangkalan data bersepadu supaya setiap pergerakan beras dapat dikesan daripada kilang hingga ke rak jualan. Ini penting bagi membendung kegiatan penyorokan, penipuan, pelabelan dan manipulasi bekalan.

Selain itu, saya berharap pindaan ini turut memberikan perlindungan yang lebih baik kepada pesawah. Produktiviti pesawah perlu ditingkatkan melalui penggunaan benih berkualiti, mekanisasi, teknologi pintar dan pengurusan air yang lebih cekap.

draft • 11:46 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Dalam masa yang sama, mereka perlu menikmati pulangan yang adil daripada hasil titik peluh mereka. Kita sering bicara bahawa untuk memastikan industri pertanian berdaya maju dan bersaing-saing, ia mesti dilaksanakan secara skala besar, kaedah yang berkelompok dan memanfaatkan mekanisasi dan teknologi terkini. Persoalannya, setakat manakah kerajaan serius melaksanakan perubahan-perubahan ini?

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Kalau perlu pengenalan rang undang-undang ataupun peraturan baharu, maka lakukanlah. Kerana kita bukan lagi bicara soal perubahan, tetapi kita bicara soal kecepatan perubahan itu dilakukan. We are not talking about change anymore, but we are talking about the speed of change, dengan izin. Sekiranya pesawah terus memperoleh pendapatan yang rendah, generasi muda tidak lagi berminat mengusahakan sawah dan akhirnya negara akan semakin bergantung kepada import makanan.

Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin menekankan bahawa ketelusan dalam keseluruhan ekosistem padi dan beras amat penting. Rakyat perlu yakin bahawa setiap dasar kerajaan memberi manfaat kepada pengguna dan pesawah, bukan hanya menguntungkan segelintir pihak dalam rantaian bekalan. Justeru, saya ingin mengemukakan beberapa persoalan.

Yang pertama, bagaimana kerajaan akan memastikan bahawa pindaan ini benar- benar mampu membanteras aktiviti pencampuran, penyorokan dan manipulasi bekalan beras melalui mekanisme penguatkuasaan yang lebih berkesan? Adakah langkah konkrit kerajaan untuk meningkatkan pendapatan pesawah serta menarik lebih ramai golongan muda menyertai sektor penanaman padi sebagai kerjaya berdaya maju dan berdaya tahan? Dan adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan sistem pendigitalan kebolehkesanan ataupun traceability secara menyeluruh dalam rangkaian bekalan padi dan beras supaya ketelusan dapat dipertingkatkan serta keyakinan pengguna dapat dipulihkan?

Akhirnya, Puan Yang di-Pertua, kita ingin pastikan bahawa setiap rakyat Malaysia memperoleh bekalan beras yang mencukupi, berkualiti dan pada harga yang berpatutan sambil memastikan bahawa pesawah mendapat kehidupan yang lebih sejahtera.

Dengan itu, saya menyokong Rang Undang-undang Kawalan Padi dan Beras

(Pindaan) 2026 ini dengan harapan agar segala pindaan yang dibuat benar-benar dapat memperkukuh keterjaminan makanan dan memartabatkan sektor padi dan beras negara.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Shah Alam. Saya jemput Yang Berhormat Rompin.

draft • 11:50 AM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada Rompin untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-undang Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2026.

Kalau di Shah Alam yang pesat membangun dengan kawasan industri, Rompin merupakan sebuah daerah yang bukan sahaja kaya dengan hasil bumi, tetapi juga

draft • 11:53 AM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

menempatkan para pesawah yang menjadi tulang belakang kepada keterjaminan makanan negara kita.

Secara dasarnya, saya menyambut baik usaha kerajaan untuk memurnikan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522] ini demi mendepani realiti pasaran tahun 2026.

Namun, Puan Yang di-Pertua, saya berpandangan RUU ini memerlukan sentuhan penambahbaikan yang lebih berani dan kental agar apa yang cuba dipinda ini benar-benar memihak kepada rakyat bawahan dan bukannya sekadar menjadi instrumen birokrasi.

Justeru itu, saya ingin mengupas tiga fasal utama yang saya kira sangat kritikal yang amat dekat di hati rakyat khususnya para pesawah dan pengguna di luar bandar termasuk di kawasan saya Rompin.

Fasal 2― kuasa Ketua Pengarah menguatkuasakan harga maksimum dan minimum padi dan beras. Fasal ini amat penting kerana harga lantai padi dan harga siling beras adalah penentu hidup mati pesawah dan pengguna. Isu terkini ialah manipulasi gred padi di kilang- kilang yang menyebabkan potongan pemutihan yang tinggi sekali gus mengurangkan pendapatan bersih pesawah secara mendadak. Mengambil contoh di Skim Pengairan Padi Rompin, pesawah sering mengadu bahawa harga lantai padi tidak sepadan dengan kenaikan kos input pertanian, baja dan racun.

Kuasa Ketua Pengarah tertakluk pada kelulusan Yang Berhormat Menteri. Jika proses birokrasi ini lambat dan terlalu banyak red tape, pesawah terpaksa menanggung kerugian musim menuai sebelum harga sempat diselaraskan. Justeru itu, saya mencadangkan agar fasal 2 ini ditambah baik dengan mewujudkan mekanisme pelarasan harga automatik (automatic price indexing) berasaskan kos input semasa tanpa perlu menunggu proses kelulusan Yang Berhormat Menteri serta mewajibkan ketelusan dalam penetapan harga minimum padi di pintu kilang bagi mengelakkan manipulasi gred.

Fasal 3― kenaikan denda sehingga RM1 juta. Saya sebenarnya bersetuju dengan peningkatan penalti bagi mengekang kartel dan penyeludupan beras. Namun, implikasi subfasal 3(a) dan 3(b) yang menaikkan denda daripada RM15,000 hingga RM250,000 untuk individu, pegawai, dan sehingga RM1 juta untuk syarikat korporat wajar diteliti semula.

Ini kerana permasalahannya hari ini acap kali yang ditangkap dan dihukum bukanlah kartel besar, tetapi sekadar seperti peruncit kedai runcit kampung, contohnya di Rompin, yang mungkin terlepas pandang isu teknikal pelabelan gred beras atau koperasi pesawah kecil yang tersilap semasa melakukan proses dokumentasi. Denda minimum atau maksimum yang melonjak terlalu tinggi ini bukannya membantu, namun berisiko membunuh terus perniagaan kecil warga tempatan.

Justeru itu, saya mencadangkan agar kerajaan perlu memasukkan klausa penggredan pesalah (tiered penalty system). Denda maksimum RM1 juta atau RM250,000 ini hanya patut

draft • 11:53 AM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

dikenakan kepada kartel berskala besar, pemborong utama. Bagi peruncit kecil, saya mencadangkan agar diwujudkan klausa mengeluarkan surat amaran atau kompaun minimum yang tidak membebankan supaya aspek keadilan ini kekal subur.

Seterusnya, fasal 4― kuasa Yang Berhormat Menteri mengawal pelesenan pembeli padi, gred beras dan pemindahan beras. Fasal ini bertujuan mengawal selia pergerakan beras dan pasaran. Isu dekat di hati rakyat ketika ini adalah taktik tukar baju iaitu beras tempatan kepada beras import demi mengaut untung mudah menyebabkan beras putih tempatan (BPT) yang murah namun berkualiti hilang di pasaran.

Mengawal pemindahan padi dan beras adalah baik. Namun, jika pelesenan pembeli padi terlalu ketat, ia menyekat persaingan. Sekiranya pesawah terikat hanya untuk menjual kepada satu atau dua pengilang berlesen tempatan kerana sekatan pemindahan ke daerah luar, pengilang boleh memonopoli harga pembelian padi.

Justeru itu, saya mencadangkan fasal 4 perlu ditambah baik dengan memperuntukkan digitalisasi sistem pengesanan beras, blockchain atau QR tracking dari sawah ke kedai runcit bagi mengelakkan manipulasi gred beras oleh pemborong. Selain itu, kelonggaran pemindahan padi atau beras melintasi sempadan daerah atau negeri perlu diberikan khusus untuk koperasi pesawah tempatan bagi membolehkan mereka mencari harga jualan padi yang terbaik.

Sebagai penutup, Puan Yang di-Pertua, izinkan Rompin mengingatkan pihak kerajaan bahawa pindaan rang undang-undang yang baik bukanlah undang-undang yang sekadar dipinda untuk menghukum, memaksimumkan denda dan mengetatkan proses birokrasi tetapi pindaan yang jujur dan ikhlas ialah pindaan undang-undang yang mampu melindungi hak dan kebajikan seluruh pesawah yang saban hari siang dan malam membanting tulang empat kerat mereka di sawah dan bendang memastikan rakyat tidak terputus bekalan nasi di atas meja.

Justeru itu, saya mohon Yang Berhormat Menteri agar dapat meneliti cadangan penambahbaikan ini demi keterjaminan makanan Malaysia. Saya menyokong pindaan ini dengan syarat pindaan-pindaan penambahbaikan yang saya sebutkan tadi dipertimbangkan demi kepentingan pesawah, seluruh rakyat yang terkesan di luar sana. Sekian, terima kasih.

draft • 11:53 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Rompin. Saya jemput Yang Berhormat Tangga Batu.

draft • 11:53 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih peluang yang diberikan kepada Tangga Batu untuk turut berbahas tentang Rang Undang-undang Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2026.

draft • 11:59 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Kawasan padi di Melaka yang terbesar sebenarnya berada dalam Parlimen Tangga Baru. Pada dasarnya, Tangga Batu menyokong Rang Undang-undang Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2026 ini sebagai satu usaha kerajaan untuk membendung penipuan percampuran beras atau manipulasi pasaran.

draft • 11:59 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Namun, ingin mengingatkan kerajaan bahawa undang-undang yang lebih keras tidak semestinya menyelesaikan masalah jika punca permasalahan atau root cause, dengan izin, tidak ditangani dengan betul.

Dalam RUU pindaan ini, merujuk kepada pindaan seksyen 22, Akta Ibu, kerajaan mencadangkan denda sehingga RM1 juta. Tangga Batu tiada masalah dengan hukuman yang berat. Persoalannya, berapa jumlah pendakwaan yang berjaya di bawah Akta 522 sepanjang lima tahun kebelakangan ini? Berapa lesen telah dibatalkan? Berapa kes pencampuran beras berjaya dibuktikan di mahkamah?

Kalau angka pendakwaan masih rendah, masalah sebenarnya bukan kekurangan kuasa undang-undang, tetapi kelemahan dalam penguatkuasaan. Jangan sampai kita mengulangi kesilapan lama, undang-undang dipinda, hukuman dinaikkan, tetapi budaya penguatkuasaan tetap sama.

Tuan Yang di-Pertua, kita jangan hanya bercakap soal food security, tetapi perlu juga diberi tumpuan kepada food integrity, ketulenan, asal-usul, pelabelan dan kejujuran maklumat kepada pengguna. Apabila krisis beras berlaku pada tahun 2023, rakyat bukan saja berdepan kenaikan harga, yang lebih membimbangkan ialah beras putih tempatan seolah-olah hilang daripada pasaran, sedangkan pesawah tetap menuai padi dan kilang tetap beroperasi.

Persoalannya, ke manakah perginya beras tempatan itu? Isu inilah yang mencetuskan pelbagai dakwaan tentang pencampuran beras, manipulasi pelabelan dan kewujudan pemain-pemain dominan yang menguasai rantaian bekalan beras.

Kajian pasaran industri padi dan beras oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengenal pasti bahawa industri ini mempunyai struktur pasaran yang sangat tertumpu, wujud integrasi menegak, pemilikan silang dan risiko tingkah laku anti-persaingan. Walaupun MyCC tidak membuat kesimpulan bahawa kartel telah dibuktikan dari sudut undang-undang, laporan itu jelas menunjukkan bahawa struktur pasaran hari ini membuka ruang kepada manipulasi.

Adakah pindaan Akta 522 ini benar-benar mahu membanteras punca masalah ataupun hanya menghukum mereka yang tertangkap, sedangkan struktur industri memungkinkan manipulasi ini terus dikekalkan? Tangga Batu juga menggesa agar kementerian memperkukuhkan kuasa dan ketelusan Lembaga Padi dan Beras Negara iaitu LPN dengan agensi kawal selia yang ada.

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Kita melihat bahawa perlu ada struktur kawalan selia yang lebih bebas dan profesional, bukan hanya berfungsi sebagai pengawal lesen sementara data stok, import, pengeluaran, harga dan rantaian bekalan perlu diterbitkan secara berkala. Ini bagi mengelakkan monopoli maklumat oleh pihak tertentu yang menggunakan lagi kedudukan sesuatu kartel dalam industri.

Tuan Yang di-Pertua, data menunjukkan tahap sara diri (SSR) beras negara semakin menurun iaitu daripada 57.9 peratus pada tahun 2022 kepada 52.9 peratus pada tahun 2023 — 2024. Ini bermakna, hampir separuh daripada keperluan negara masih bergantung kepada import dari negara luar. Walaupun negara meletakkan sasaran SSR untuk tahun 2025 sebanyak 75 peratus, tetapi ianya gagal dicapai.

Lebih membimbangkan lagi apabila tahun ini diberitakan hanya 10 peratus sahaja daripada 560,000 pesawah di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda iaitu MADA yang sempat memulakan penanaman mengikut jadual. Memberi isyarat gangguan bekalan akan berlaku kerana padi memerlukan kitaran 100 hingga 120 hari.

Sekiranya jadual tanaman asal April tertangguh sehingga Jun dan Julai, sudah pasti keseluruhan kitaran tuai akan berganjak. Anjakan ini akan membawa kepada implikasi serius iaitu pertembungan musim hujan, risiko banjir, kemerosotan produktiviti dan kesan domino jualan tanaman.

Tuan Yang di-Pertua, antara perkara utama yang dihadapi oleh pesawah padi yang perlu diselesaikan adalah produktiviti sawah yang masih rendah. Purata hasil padi sekitar 4.5 tan sahaja sehektar, sedangkan kawasan seperti Sekinchan mampu menghasilkan lapan hingga 12 tan sehektar. Jurang produktiviti ini menunjukkan amalan teknologi moden belum diperluaskan secara menyeluruh.

Yang kedua, penyusutan sawah semakin berkurangan akibat pembangunan, pertukaran guna tanah dan sawah terbiar. Tanpa perlindungan, kawasan jelapang pengeluaran domestik terus terjejas.

Yang ketiga, perubahan iklim. Fenomena El Nino, banjir dan cuaca ekstrem menjejaskan bekalan air, jadual penanaman dan hasil tuai. Risiko iklim ini menjadi faktor utama yang menjejaskan keterjaminan makanan negara.

Yang keempat, pengeluaran yang meningkat. Harga baja, racun, benih dan upah pekerja meningkat. Margin keuntungan pesawah semakin mengecil menyebabkan pelaburan dan teknologi dan peningkatan hasil menjadi terbatas.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang Terutama— Tuan Yang di-Pertua, oleh itu Tangga Batu mencadangkan

(i) wartakan dan lindung semua kawasan jelapang padi negara;

(ii) perluaskan SMART SBB berasaskan prestasi dengan penglibatan sektor swasta;

draft • 12:00 PM

Tuan Yang Terutama— Tuan Yang di-Pertua, oleh itu Tangga Batu mencadangkan

(iii) tingkatkan penggunaan varieti padi berhasil tinggi dan mekanisasi dan jangan hanya bergantung kepada varieti MR297 sahaja;

(iv) naikkan taraf sistem pengairan serta saliran bagi menghadapi perubahan iklim; dan

(v) laksanakan pemantauan berasaskan KPI yang diaudit setiap tahun terhadap semua program peningkatan SSR.

Dan kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, Tangga Batu menyokong hasrat undang- undang ini, tetapi berharap kerajaan tidak sekadar meminda undang-undang untuk menghukum pesalah. Kerajaan mesti berani membetulkan struktur industri yang telah lama dipersoalkan.

Jika punca sebenar tidak diubah, kita akan terus menyaksikan episod yang sama.

Bekalan terganggu, harga meningkat, pesawah terus tertekan dan rakyat terus menjadi mangsa. Sekian, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Saya jemput Yang Berhormat Keningau.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Terima kasih, terima kasih Puan Speaker. Secara prinsip, Keningau menyokong rang undang-undang ini.

Walau bagaimanapun, saya ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini sesuatu isu yang jauh lebih besar daripada soal pengeluaran padi dan beras iaitu isu adalah penghormatan terhadap Perlembagaan Persekutuan dan prinsip federalisme yang menjadi asas kepada pembentukan Malaysia.

Puan Speaker, Malaysia adalah satu Persekutuan, bukan sebuah negara unitary. Sabah, Sarawak bersetuju membentuk Malaysia, tertakluk kepada syarat perlindungan Perlembagaan iaitu jaminan bahawa beberapa perkara akan terus dikekalkan di bawah bidang kuasa negeri dan jaminan ini termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Persoalannya ialah sama ada rang undang-undang ini perlu dilaksanakan dengan pemusatan kuasa di Putrajaya sehingga menghakis ruang kuasa yang dijamin oleh Perlembagaan kepada Sabah dan Sarawak.

Padi dan beras bukan sekadar komoditi atau makanan asas rakyat Malaysia. Ianya melibatkan dengan rapat industri pertanian, keterjaminan makanan, penggunaan tanah, pengurusan pembangunan luar bandar, sumber air dan pengairan, kebajikan petani, pembangunan ekonomi negeri. Di bawah Perlembagaan Persekutuan, tanah dan air adalah

draft • 12:06 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

di bawah kuasa negeri dan beberapa aspek berkaitan pertanian adalah berada dalam senarai bersama.

Ini bermaksud, kedua-dua Kerajaan Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa menggubal undang-undang. Dalam hal ini— oleh itu, timbul persoalan sama ada Kerajaan Persekutuan patut mengenakan satu sistem kawal selia yang seragam ke atas Sabah dan Sarawak.

Implikasi RUU ini adalah ia terpakai sepenuhnya kepada Sabah dan Sarawak dan segala aspek pelesenan, penguatkuasaan dan kawal selia padi dan beras dipusatkan di Putrajaya. Maka, kuasa Sabah, Sarawak semakin sempit walaupun Perlembagaan menjaminkan bidang kuasa bersama seperti yang disenaraikan di dalam Jadual Kesembilan, Perlembagaan. Ini bercanggah dengan semangat pembahagian kuasa dan jaminan dan menjadi asas kepada pembentukan Malaysia.

Puan Yang di-Pertua, lebih penting lagi, dalam beberapa tahun pelaksanaan kebelakangan ini, Kerajaan Persekutuan telah memberi jaminan berkali-kali menyatakan komitmennya untuk melaksanakan, mengembalikan hak-hak Sabah dan melaksanakan Perjanjian Malaysia.

Oleh itu, RUU ini hendaklah diteliti melalui lensa yang sama dan dalam semangat federalisme di bawah MA63.

draft • 12:06 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Sabah mempunyai keadaan dan cabaran-cabaran yang berbeza dengan Semenanjung. Kadar sara diri yang lebih rendah, kos logistik yang lebih tinggi, kawasan pedalaman yang lebih luas, struktur pengeluaran pertanian yang berbeza dan kebergantungan kepada import. Keadaan menjadi lebih rumit lagi dengan peruntukan yang lebih, yang tidak mencukupi daripada Kerajaan Pusat dan jelapang padi Sabah yang tidak diiktiraf sebagai jelapang padi dan menafikan peruntukan penanaman dan pengairan tidak diberi. Permohonan telah juga diminta supaya jelapang padi Sabah diiktiraf sebagai jelapang padi supaya mendapatkan peruntukan yang sama.

Oleh sebab itu, Sabah memerlukan fleksibiliti untuk menentukan dasar pelesenan, memberikan insentif, permohonan jelapang padi Sabah, kuasa mengimport beras secara langsung, pengurusan stok strategik dan mekanisme pengedaran dan pembesaran yang bersesuaian.

Puan Speaker, saya ingin menegaskan bahawa apa yang diminta bukanlah pemisahan daripada dasar nasional, yang dipinta hanyalah supaya dasar nasional dilaksanakan melalui perkongsian kuasa. Persekutuan boleh terus menetapkan dasar keterjaminan dan keselamatan makanan, dasar import kuota nasional dan pengurusan krisis bekalan makanan. Namun, pelaksanaan pengimportan, pelesenan dan penguatkuasaan di

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Sabah sepatutnya boleh dilaksanakan, diserahkan kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak melalui mekanisme yang boleh dipersetujui bersama.

Justeru, saya mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan satu mekanisme yang lebih menghormati struktur Persekutuan dan hak Sabah dan Sarawak sama ada melalui pengecualian pendelegasian atau penurunan kuasa pentadbiran kepada Kerajaan Sabah, Sarawak atau peruntukan yang mensyaratkan rundingan serta persetujuan yang Sabah dan Sarawak sebelum mana-mana peraturan di bawah akta susulan RUU ini dikuatkuasakan.

Puan Speaker, keterjaminan makanan adalah tanggungjawab bersama, namun dalam sebuah negara Persekutuan seperti Malaysia, keterjaminan makanan tidak boleh dijadikan alasan untuk menghakis pembahagian kuasa yang telah dipersetujui dalam Perlembagaan.

Apa yang kita perlu adalah untuk memperkukuhkan adalah kerjasama Persekutuan-negeri, bukan pemusatan kuasa. Itulah semangat sebenar federalisme.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Puan Speaker, oleh yang demikian, Keningau menggesa kerajaan meneliti pelaksanaan RUU Kawalan Padi dan Beras dengan pengubahsuaian menghormati semangat pembentukan Malaysia, janji-janji MA63 dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menjaminkan perkongsian kuasa.

Puan Speaker, dengan itu Keningau menyokong RUU Kawalan Padi dan Beras.

Sekian, terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Keningau. Saya jemput Yang Berhormat Maran.

draft • 12:10 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua.

Saya sebelum itu saya ingin mengucapkan selamat datang kepada tetamu kita daripada guru dan pelajar Sekolah Seni Perak dan juga yang lain-lain.

[Tepuk] Puan Yang di-Pertua, terima kasih izinkan saya untuk terus membahaskan pindaan Rang Undang-undang Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2026 [Akta 522]. Saya menerima bahawa Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 perlu dikemas kini. Akta ini telah berusia lebih tiga dekad sedangkan struktur pasaran, kaedah urus niaga, risiko, penyelewengan dan skala operasi industri telah berubah.

Data taklimat kementerian menunjukkan bahawa masalah pematuhan ada asasnya.

Sebanyak 1,957 kes direkodkan antara tahun 2020 hingga Mei 2026. Daripada jumlah itu, 1,246 kes iaitu hampir dua pertiga melibatkan pihak tidak berlesen yang memiliki padi atau

draft • 12:14 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

beras daripada sumber tidak sah. Namun, kewujudan masalah tidak bermaksud setiap langkah yang dicadangkan mesti tepat. Saya ingin bangkitkan empat perkara.

Yang pertama, bezakan masalah persaingan daripada pelanggaran peraturan.

Kerajaan pernah menyatakan bahawa kajian MyCC tidak menemukan amalan antipersaingan yang melanggar Akta Persaingan 2010. Pada masa yang sama, ringkasan awal laporan industri padi dan beras oleh MyCC pada tahun 2024 menunjukkan struktur pasaran yang berbeza-beza.

Pengilangan dikategorikan sebagai oligopoli iaitu pasaran yang dikuasai beberapa pemain dengan tahap penumpuan sederhana. Pemborongan pula mempunyai tahap penumpuan tinggi. Manakala, import berada dalam struktur monopoli.

MyCC turut mengenal pasti risiko apabila pihak yang sama mempunyai kepentingan dalam beberapa syarikat, apabila satu pihak menguasai beberapa peringkat rantaian bekalan dan apabila maklumat perniagaan yang sensitif mungkin dikongsi. Dapatan ini tidak bercanggah.

Sesuatu industri boleh mempunyai pasaran yang tertumpu dan risiko persaingan tanpa terbukti melakukan kartel. Begitu juga kesalahan lesen pemindahan, pembelaan dan pemilikan bekalan daripada sumber tidak sah boleh berlaku tanpa melibatkan kartel.

Persoalannya, bukan lagi sama ada masalah pematuhan wujud. Masalahnya, persoalannya ialah daripada 1,957 kes tersebut, berapa banyak yang dibawa ke mahkamah telah dijatuhkan sabitan dan melibatkan pesalah berulang.

Bagi 1,246 kes pemilikan bekalan daripada sumber tidak sah, sejauh manakah siasatan berjaya mengenal pasti pihak yang mengawal, membekalkan atau memperoleh keuntungan daripada rangkaian tersebut? Maklumat ini penting kerana pencegahan tidak bergantung pada jumlah denda semata-mata. Ia turut bergantung pada kemungkinan pesalah dikesan, dakwaan dan disabitkan.

Yang kedua, kenaikan hukuman mempunyai alasan tetapi susunannya perlu diperhalusi. Fasal 3 menaikkan denda maksimum bagi individu daripada RM15,000 kepada RM250,000 untuk kesalahan pertama dan daripada RM25,000 kepada RM500,000 bagi kesalahan berikutnya. Bagi pertubuhan perbadanan, denda meningkat daripada RM25,000 kepada RM500,000 bagi kesalahan pertama dan daripada RM50,000 kepada RM1 juta bagi kesalahan berikutnya. Peningkatan ini adalah sekitar 16 hingga 20 kali ganda. Kerajaan menjelaskan bahawa kadar lama tidak pernah dikemas kini sejak 1994 dan tidak lagi memadai untuk mencegah penyelewengan berskala besar. Saya menerima alasan tersebut.

Puan Yang di-Pertua, saya mencadangkan tiga tahap tindakan bagi pelanggaran teknikal yang tidak melibatkan penipuan atau kerugian besar. Gunakan notis pembetulan, kompaun atau tempoh untuk memerhati. Bagi pelanggaran yang lebih serius seperti

draft • 12:14 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

beroperasi tanpa lesen, gagal menyimpan rekod penting atau memindahkan bekalan tanpa kebenaran, gunakan denda lebih tinggi serta tindakan terhadap lesen.

Ketiga ialah dua lapisan kesalahan memerlukan panduan dan penyertaan yang jelas.

Fasal 4 menunjukkan satu lagi lapisan hukuman. Menteri boleh membuat peraturan mengenai pelepas pelesenan pembeli padi gred dan harga beras serta pemindahan padi atau beras.

Puan Yang di-Pertua, keperluan untuk mengubah pendekatan penguatkuasaan daripada tindakan selepas kesalahan berlaku kepada pengesanan awal berasaskan data.

Saya ingin menyokong kadar kenaikan dilakukan, tetapi saya ingin tahu sebenarnya banyak masalah lain yang melibatkan penguatkuasaan yang perlu kita berikan kuat kuasaan.

draft • 12:14 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Saya ingin bertanya kepada kerajaan, adakah dan berapakah rekod penyelewengan dan kes rasuah yang di rekod dalam industri padi dan beras negara?

Yang kedua, berapakah jumlah denda yang dapat dikutip oleh kerajaan melalui tindakan undang-undang yang dilakukan?

Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik masalah yang dihadapi oleh pemilik- pemilik paya ataupun sawah di kampung-kampung. Sebenarnya hari ini banyak paya-paya terbiar yang berlaku ataupun sawah-sawah terbiar yang berada di kawasan-kawasan luar bandar. Saya ingin tahu, daripada kementerian, berapakah jumlah sawah-sawah yang terbiar di negara ini di seluruh negara dan kalau boleh senaraikan kepada saya jumlahnya mengikut negeri-negeri.

Di Pahang tidak kurang daripada masalah ini dan di kawasan saya sendiri Maran juga tidak kurang daripada masalah tanah terbiar yang melibatkan pemilik-pemilik yang telah berketurunan.

Saya ingin bertanya, apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam kita membantu pesawah-pesawah yang mempunyai tanah sawah ini yang sebenarnya dari segi pemilikannya telah berturun-turun, berlapis-lapis dari pemilikan hak miliknya.

Jadi, saya ingin tahu, apa usaha kerajaan dalam membantu pesawah-pesawah ini dalam menyelesaikan masalah pusaka tanah mereka? Kerana, apabila tanah diusahakan, paya diusahakan oleh pengusaha-pengusaha daripada luar, umpamanya yang datang ke kawasan saya umpamanya daripada Selangor yang memang terkenal dengan kawasan padi yang luas, daripada Kedah, tetapi akhirnya pulangan yang diperolehi oleh rakyat ataupun pemilik tanah di kawasan berkenaan tidak ke mana.

Yang satu lagi, apakah usaha-usaha pemulihan tanah terbiar ini sebenarnya menguntungkan? Kerana saya difahamkan dalam rekod yang pernah saya terlibat, banyak infrastruktur yang diadakan di kawasan-kawasan paya ini disediakan oleh kerajaan. Dan akhirnya, sebenarnya keuntungan yang diperolehi daripada pembangunan ataupun

draft • 12:20 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

memajukan tanah-tanah paya terbiar ini tidak seberapa. Akhirnya, sebenarnya kekurangan keuntungan ataupun faedah yang dapati oleh pemilik tanah ini tidaklah seberapa banyak.

Akhirnya mereka tidak dapat sebenarnya apa-apa, akhirnya yang penting, yang memperolehi keuntungan yang banyak ialah pengusaha-pengusaha yang memajukan tanah-tanah tersebut.

Jadi Puan Yang di-Pertua, saya rasa sampainya masanya kita mengubah, membuat pindaan kepada undang-undang akta ini supaya kita dapat memberikan pembelaan yang sebaiknya kepada pengusaha-pengusaha padi dan demi masa depan bekalan padi dan beras negara kita. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Maran. Saya jemput Yang Berhormat Besut.

draft • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Bismillahirrahmanirrahim. Secara prinsipnya saya— usaha kerajaan ini menaikkan kadar denda sebanyak lebih kurang antara 16 hingga 20 peratus bagi kesalahan-kesalahan di bawah Akta 522 ini adalah wajar disambut baik.

Jadi, kesalahan yang dinaikkan denda sehingga mencecah RM1 juta adalah sesuai untuk kartel atau syarikat-syarikat besar yang selama ini menganggap kadar denda itu adalah yang rendah iaitu sebagai kos operasi sahaja yang perlu mereka tanggung.

Dengan menaikkan kadar denda ini, mudah-mudahan ia bukan sahaja dapat menampung impak kerugian negara yang ditanggung daripada aktiviti eksploitasi bekalan padi dan juga beras, malah berupaya memberi deterrent dengan izin, iaitu pengajaran terhadap aktiviti sabotaj ekonomi oleh kartel ataupun syarikat besar tersebut.

Namun demikian, perlu juga kita ingat bahawa pemain industri itu mempunyai profil yang sangat pelbagai. Skop akta ini yang luas merangkumi aspek pengeluaran, penjualan, penyimpanan, pengangkutan dan lain-lain, bermakna ia turut terpakai kepada pemain kecil seperti pengusaha kecil runcit kampung, ejen pemasar ataupun pengusaha lori sewa yang mengangkut padi.

Jika disabitkan kesalahan di bawah akta ini pindaan subseksyen 22(1) menyebabkan had maksimum denda yang berisiko ditanggung mereka telah meningkat daripada hanya RM15,000 kepada RM290,000.

Puan Yang di-Pertua, dalam undang-undang komoditi dan barang kawalan seperti Akta 522 ini, banyak kesalahan adalah bersifat lebih, bersifat liabiliti ketat iaitu strict liability dengan izin. Ini bermakna pihak pendakwaan hanya perlu membuktikan bahawa perbuatan itu berlaku tanpa perlu menunjukkan wujudnya mens rea ataupun niat jahat.

draft • 12:22 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dalam keadaan ini, kesalahan-kesalahan yang cenderung dilakukan orang kebanyakan termasuk pemain kecil seperti kegagalan menyimpan rekod, tidak mengemas kini rekod, mengangkut padi tanpa permit dan sebagainya tetap boleh didenda dengan begitu tinggi walaupun mereka tidak ada berniat jahat untuk mengeksploitasi pasaran seperti yang dilakukan kartel-kartel padi dan beras.

Jadi, benarlah mahkamah boleh menggunakan budi bicara, tetapi denda berdasarkan tahap keseriusan kesalahan. Namun demikian, apabila had maksimum sendiri sudah beranjak daripada 16 peratus sehingga 20 peratus, adalah dirisaukan titik mula bagi pengiraan denda juga akan beranjak daripada kadar yang sama.

Oleh yang demikian, antara perkara yang wajar dipertimbangkan kerajaan adalah agar seksyen 22 dipecahkan secara spesifik berdasarkan skala operasi dan bukannya menyamakan semua entiti perseorangan di dalam satu bakul. Kalau dilihat akta sekarang dan RUU ini, individu perseorangan masih merujuk kepada semua, tidak kira sama ada dia peruncit kecil ataupun pengarah konglomerat.

Sebagai penambahbaikan seksyen ini, wajar mengasingkan had penalti individu kepada dua kategori iaitu kategori mikro melibatkan pemain kecil seperti pesawah, peruncit kecil dan pemandu lori dan sebagainya, dengan had maksimum denda yang munasabah iaitu RM15,000.

Kategori kedua, kategori komersial melibatkan pengarah syarikat, pemborong besar dan juga pengilang dengan had denda yang tinggi sehingga RM250,000 ataupun sejuta tadi sebagaimana yang diperuntukkan dalam pindaan rang undang-undang ini.

Jadi kategori pertama menyasarkan kesalahan teknikal tanpa niat manakala kategori kedua pula bertujuan mengekang kegiatan eksploitasi kartel itu sendiri. Pengasingan sebegini bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam sistem undang-undang kita sebab ada akta yang Akta Perlindungan Pengguna 1999 sebagai contoh, membezakan kadar penalti am bagi kesalahan yang dibuat oleh individu biasa seperti pekerja dengan kesalahan yang buat oleh perbadanan termasuk pengarah dan juga pengurus perbadanan. Jadi mungkin pemisahan serupa wajar dicontohi dalam akta ini yang merangkumi profil pemain industri dan skala operasi yang pelbagai.

Sebagai penutup Tuan Yang di-Pertua, sebagai kesimpulan, kita tidak boleh sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mensabotaj keterjaminan makanan segera, makanan negara tetapi pada masa yang sama kita perlulah juga cermat dalam memikirkan pemain kecil industri. Tidak dinafikan peningkatan had maksimum denda memberikan taring yang mengukuhkan keberkesanan akta ini sendiri dan dalam membanteras kerakusan kartel, tetapi janganlah sampai menjejaskan pemain kecil seperti para pesawah dan peruncit kecil-kecilan yang menjadi nadi komuniti setempat.

draft • 12:22 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadi matlamat dasar ini sudah betul, apa yang tinggal hanyalah memperhalusi peruntukan undang-undangnya agar kegiatan pemangsa ekonomi dapat dicecah, dapat dicegah tanpa memangsakan pemain-pemain kecil yang di bawah. Sekian Puan Yang di- Pertua, terima kasih.

draft • 12:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Besut, saya jemput Yang Berhormat Betong.

draft • 12:22 PM

Dato Dr. Richard Rapu @Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua di atas peluang ini untuk terlibat dalam perbahasan rang undang-undang ini dan Betong pindaan ini hadir pada masa yang tepat. Kita melihat dunia masih berdepan ketidaktentuan rantaian bekalan makanan, perubahan iklim dan juga kenaikan kos pengeluaran. Di dalam keadaan sedemikian Malaysia perlu memiliki sistem kawal selia yang lebih kukuh bagi kita memastikan bahawa bekalan beras negara sentiasa terjamin dan sampai kepada rakyat pada harga yang berpatutan.

draft • 12:29 PM

Dato Dr. Richard Rapu @Aman anak Begri - Betong

Tuan Yang di-Pertua, beras bukan sekadar komoditi perdagangan, beras ialah makanan ruji rakyat Malaysia. Oleh itu, setiap kelemahan dalam rantaian bekalan akan memberi kesan langsung kepada kos sara hidup rakyat.

Jadi, Betong menyokong langkah kerajaan memperkukuhkan kuasa penguatkuasaan serta meningkatkan hukuman terhadap pihak yang melakukan penipuan, yang melakukan pemalsuan ataupun manipulasi dalam perdagangan padi dan beras negara. Pendekatan ini akan memberi mesej yang jelas bahawa keuntungan tidak boleh diperolehi melalui penyelewengan sehingga menjejaskan kepentingan pengguna dan pesawah.

Yang di-Pertua, taktik mencampurkan beras putih tempatan yang dikawal pada harga RM2.60 sekilo ke dalam kampit beras putih import bebas adalah jenayah kolar putih yang amat licik. Kesannya, beras tempatan ghaib dari pasaran manakala pengguna terpaksa membeli beras import yang harganya melonjak sehingga RM38.00 hingga RM45.00 sekampit sepuluh kilo. Mengikut anggaran kasar industri setiap 1,000 tan metrik beras tempatan dimanipulasi dan ditukar label kepada beras import. Rantaian pasaran gelap mengaut untuk atas angin melebihi RM1.2 juta manakala rakyat marhaen kehilangan akses kepada subsidi makanan ruji mereka.

Oleh itu, Betong menyokong penuh fasal 3 RUU ini yang menaikkan denda sehingga RM1 juta bagi syarikat. Isyarat ini kepada kartel mesti keras. Denda ini bukan lagi kos operasi perniagaan haram anda, ini adalah hukuman berat bagi anda untuk manipulasikan sistem

draft • 12:30 PM

Dato Dr. Richard Rapu @Aman anak Begri - Betong

bekalan beras kita. Namun begitu, Betong ingin mengemukakan beberapa cadangan bagi kita memastikan pindaan ini benar-benar mencapai objektif yang dihasratkan.

Pertamanya, Betong mencadangkan supaya kementerian mempercepatkan pelaksanaan sistem kebolehkesanan digital ataupun traceability dengan izin, bagi rantaian bekalan beras dan padi. Setiap lot beras yang dipasarkan boleh diberikan identiti digital melalui kod QR yang membolehkan pengguna mengetahui sumber pengeluaran, di manakah kilang pemprosesannya serta maklumat asas produk. Kita mesti juga mendesak penggunaan forensik makanan dan kod QR blockchain bagi menjejak beras dari pintu kilang sehingga sampai ke rak di kedai-kedai runcit. Pendekatan ini bukan saja meningkatkan ketelusan malah membantu pihak penguat kuasa mengesan sebarang penyelewengan dengan lebih cepat dan berkesan.

Kedua, Betong mencadangkan supaya teknologi analisis data dan kecerdasan buatan dimanfaatkan dalam aktiviti pemantauan. Melalui analisis corak pengeluaran, stok dan pengedaran, kementerian boleh mengenal pasti daripada peringkat awal sebarang ketidakseimbangan yang berpotensi menunjukkan berlakunya manipulasi dalam pasaran.

Pendekatan pencegahan seperti ini akan lebih berkesan berbanding tindakan selepas sesuatu kes itu berlaku.

Tuan Yang di-Pertua, dalam kita memperkukuhkan penguatkuasaan, jangan sekali juga kita melupakan kebajikan pesawah, petani kita yang menjadi tunjang kepada keterjaminan makanan negara. Mereka berhadapan dengan peningkatan kos baja, racun pun naik, benih pun naik, jentera dan tenaga kerja pun juga naik. Jadi pada masa yang sama, mereka mengharapkan agar proses penentuan gred padi yang telus dan adil.

Sehubungan dengan itu, Betong mencadangkan supaya kementerian memperluaskan audit bekalan supaya pusat belian padi bagi memastikan kaedah penentuan mutu dan kadar potongan dilaksanakan secara seragam, telus dan juga berintegriti. Ini penting bagi kita meningkatkan keyakinan pesawah bahawa hasil titik peluh mereka dinilai secara adil.

Selain daripada itu, Betong berharap kementerian akan terus menilai semula harga lantai belian padi dari semasa ke semasa berdasarkan perubahan kos pengeluaran agar perdagangan, pendapatan pesawah, petani kita akan kekal mampan. Pelaburan kepada pesawah sebenarnya adalah pelaburan kepada keselamatan makanan negara.

Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan supaya kementerian memperkukuhkan kerjasama strategik dengan kerajaan kita seperti Sabah dan Sarawak dalam aspek pemantauan, penggredan, penyimpanan stok serta penguatkuasaan.

Pendekatan bersepadu antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak membolehkan tindakan dilaksanakan dengan lebih pantas serta mengambil kira keperluan dan cabaran logistik yang berbeza di setiap wilayah. Di samping itu, pendidikan

draft • 12:30 PM

Dato Dr. Richard Rapu @Aman anak Begri - Betong

kepada pengguna juga tidak kurang pentingnya. Kempen kesedaran mengenai pelabelan beras, hak pengguna serta saluran aduan perlu diperkasakan supaya masyarakat turut menjadi rakan strategik kerajaan dalam kita membanteras penyelewengan.

Jadi, Dato’ Yang di-Pertua, akhirnya saya yakin pindaan ini bukan sekadar memperkukuhkan aspek perundangan malah menjadi asas kepada reformasi yang lebih menyeluruh terhadap industri beras dan padi negara. Apabila penguatkuasaan diperkasakan, teknologi kita manfaatkan, kebajikan pesawah dipelihara, pengguna dilindungi, kita bukan sahaja memperkukuh keterjaminan makanan negara malah membina sebuah ekosistem yang lebih telus, cekap dan mampan. Dengan itu, saya menyokong RUU ini. Sekian, terima kasih.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Betong. Saya jemput Yang Berhormat Pokok Sena.

draft • 12:30 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Puan Yang di-Pertua, kita berhadapan dengan suatu suasana yang mencabar.

Untuk memastikan kedaulatan dan keselamatan makanan negara berada pada tahap tertinggi dan terjamin. Ketidaktentuan geopolitik hari ini ditambah dengan isu perubahan iklim seharusnya memberikan kita suatu faktor penolak untuk memastikan bahawa keutamaan terhadap sektor ini tidak boleh dianggap kecil.

Puan Yang di-Pertua, bulan Mei yang lalu sekumpulan pesawah berhimpun di Langgar, Pokok Sena untuk menzahirkan kegusaran dan bebanan yang mereka hadapi berikutan beberapa faktor yang terus menekan mereka untuk menanam padi. Cerita padi hari ini bukan cerita asing. Semua kita akui bahawa padi dan beras inilah yang rakyat Malaysia makan setiap hari termasuklah kita yang berada di Dewan yang mulia pada hari ini.

Cuba bayangkan kalau pak tani tidak lagi boleh menanam padi kerana himpitan kos dan isu yang mereka terpaksa hadapi saban hari. Satu hari tak makan nasi ada yang rasa tak kena. Bagaimana pula kalau menghadapi keadaan itu sehingga seminggu malah sebulan?

Justeru, kita perlu memandang ia adalah satu perkara yang mustahak untuk ditangani dengan sebaiknya.

Puan Yang di-Pertua, ada pesawah dalam kawasan MADA tidak dapat memulakan penanaman mengikut jadual Fasa 1 yang sepatutnya bermula 15 April, fasa 2 yang sepatutnya bermula 29 April dan Fasa 3 yang sepatutnya bermula pada 13 Mei. Mengapa perkara ini berlaku? Kerana kos operasi para pesawah yang membanting tulang ini meningkat secara mendadak. Kos sewaan traktor mencanak naik sehingga 66 peratus. Kos-kos mesin untuk menuai juga naik sekitar 38 peratus. Kos keseluruhan juga naik sehingga 50 peratus.

draft • 12:35 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Puan Yang di-Pertua, para pesawah bukan golongan kayangan. Mereka kebanyakan golongan biasa, rakyat marhaen. Siapa yang sanggup untuk melakukan pekerjaan yang akhirnya merugikan mereka sendiri. Ini yang berlaku. Nasib mereka dibiarkan terkontang- kanting sedangkan pihak yang bertanggungjawab hari ini juga makan nasi yang ditanam, berasnya, padinya oleh pak tani dengan kudrat mereka.

Puan Yang di-Pertua, pindaan Akta Kawalan Padi dan Beras ini dikatakan untuk menguatkuasakan pihak pengilang, pemborong dan peruncit mengenai kegiatan pencampuran beras putih import dan beras putih tempatan, banyak disebut. Maka saya ingin mendapat makluman daripada kementerian, berapa peratus pengilang dalam negara ini yang telah menjalankan kegiatan campuran beras selama ini? Nyatakan nama kilang-kilang tersebut. Adakah mereka sebenarnya diberikan kebenaran khas untuk menjual beras putih atau gred putih beras putih? Mohon dijelaskan secara terbuka.

Puan Yang di-Pertua, fasal 4 pindaan kepada seksyen 29 menyebut mengenai menetapkan gred beras dan kawalan harga padi harga bagi beras bergred.

draft • 12:35 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut mengenai frasa ini. Adakah kementerian akan mewujudkan gred beras baharu selain daripada gred beras sedia ada? Begitu juga soal kawalan harga yang akan ditetapkan oleh kementerian. Apakah perkara ini juga akan membuka laluan kepada kementerian untuk menilai semula harga lantai serta harga jualan padi? Sedangkan realitinya kebanyakan beras yang dijual di pasaran telah pun naik.

Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh mengenai varieti benih padi yang berkualiti. Apakah ada cadangan mahupun kajian untuk liberalisasi varieti benih padi supaya pesawah mempunyai pilihan lain untuk memastikan kos dan kualiti varieti benih yang lebih sepadan?

Kualiti benih padi yang rendah bukan sahaja menjejaskan hasil tuaian, bahkan meningkatkan kebergantungan kepada penggunaan baja. Dalam keadaan krisis bekalan baja dan kenaikan kos input pertanian...

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Boleh?

[Bangun]

draft • 12:40 PM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Sila.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih. Yang di-Pertua saya meneliti apa yang dibicarakan oleh sahabat saya, Pokok Sena. Pertamanya tentang kedudukan gred yang ada dalam akta ini melambangkan seolah-olah, apa yang ingin dilakukan adalah gred tentang padi yang telah pun di hasilkan oleh penanam atau pesawah.

Yang saya mohon pandangan daripada Pokok Sena, apakah kerajaan sendiri tidak melihat dari segi gred untuk memastikan seedling atau benih padi yang dikemukakan itu juga harus di ambil kira sebelum kita mengambil kira tentang hasil padi itu sendiri?

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Maka ini, seharusnya difikirkan bersama supaya ia tidak timbul nanti pesawah diberikan seedling atau benih yang memang mutunya berkurangan maka sudah tentu hasilnya juga nanti grednya juga yang lebih rendah. Saya mahu melihat supaya kerajaan dapat menilainya semula tentang perkara ini. Bagaimana Pokok Sena?

draft • 12:40 PM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @Yahaya - Pokok Sena

Terima kasih Yang Berhormat Larut, Ketua Pembangkang. Saya bersetuju dengan apa yang dibangkitkan dan saya harap dapat respons daripada pihak menteri dan masukkan sebagai ucapan saya. Dalam ucapan saya.

Puan Yang di-Pertua, sikit lagi berkaitan dengan kualiti benih yang saya sebutkan tadi.

Dalam keadaan krisis bekalan baja dan kenaikan kos input pertanian, keadaan ini akan membebankan pesawah kerana mereka terpaksa menanggung kos pengeluaran yang lebih tinggi bagi mengekalkan tahap produktiviti sawah.

Puan Yang di-Pertua, yang terakhir saya ingin mengetahui apakah dengan pindaan utama letakkan dalam kertas RUU ini membolehkan kementerian mengambil tindakan tegas terhadap 93 pengilang dan 130 pemborong serta peruncit yang menjalankan kegiatan campuran beras putih tempatan dan beras putih import? Mohon penjelasan terima kasih.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya jemput Yang Berhormat Arau.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, yang dihormati. Saya mengambil tempat Pendang ya. Terima kasih yang pertama sekali, ini blue bill— oh ya blue bill ni dalam penjelasan pindaan ini dia tidak masuk perkataan “Menteri.” Jadi saya mencari, sebab kami ini Ahli Parlimen, kami bukan Menteri. Kami bukan Ahli Parlimen pembangkang. Mereka ada juga pegawai-pegawai untuk bantu mencari. Bila kita baca blue bill ini, dia tak masuk bawah pindaan perkataan “Menteri”, tapi bawah dalam penerangan huraian dia masuk perkataan “Menteri.” Fasal 4 untuk memindah seksyen 29 akta 522 bagi memberi menteri kuasa. Memberi menteri kuasa. Ini huraian ya, tapi dalam blue bill ini tidak ada perkataan “Menteri.” Jadi kami ini sebagai orang yang tidak ada pegawai kerana telah dihalang oleh kerajaan PMX untuk mendapat apa-apa peruntukan, mendapatkan pegawai, maka kami tidak ada pegawai. Kami terpaksa berlari. Korek balik tentang Akta Ibu sebab apa, Akta Ibu tidak dibagi, Yang Berhormat.

Jadi apakah, menteri bila nak buat pindaan yang menteri tengok ada tak perkataan “Menteri.”? Tidak ada, tapi di sini disebut memberi kuasa untuk membuat peraturan, menteri diberi kuasa. Bagus, menteri yang diberi kuasa tu bagus, tapi dalam blue bill ini, kena sebut dalam pindaan itu tentang perkataan “Menteri.” Kalau tidak teruk kami ya.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kecuali Parlimen boleh bantu kami sebab kami tanpa pegawai, tanpa apa-apa bantuan kami terpaksa mencari sendiri dan saya menegur menteri, kenapa perkataan menyebut huraian di bawah 5 tu fasal 4, untuk memberi kuasa kepada menteri. Dalam blue bill tidak disebut memberi kuasa kepada menteri, tapi memberi kuasa kepada menteri ni saya seronok saya gembira. Okey.

Menteri sekarang ini diberi kuasa untuk di bawah seksyen 42(C) itu memang dah ada dah iaitu memberi kuasa sebelum 291(C) memberi kuasa untuk membuat peraturan- peraturan bagi peruntukan yang berhubung dengan pelesenan, pemborong, peruncit, entiti baru pembeli padi ya.

Dan sebarang kuasa menteri ini juga dibagi untuk— terutamanya adalah penetapan beras bergred dan juga kawalan harga tentang— dan juga kawalan harga padi. Padi sekarang ini, dulu 1300 sekarang dinaik ke 1500, Yang Berhormat.

Sekarang ini petani minta 2000 pada masa itu, tapi sekarang ini kalau bagi 3000 pun tak cukup. Sebab petani bukan soal tua atau muda, di sini disebut petani ni dah berumur dan sebagainya, tidak. Itu nombor dua. Berumur kah, muda kah, petani kalau industri pertanian, dia terpaksa mengambil pekerja import sebab tidak ada petani yang kalau nak jadi petani nak pergi tanam padi nak pergi buat perkara-perkara yang berhubung dengan apa yang terdapat di industri padi. Muda kah tua akan menggunakan pekerja asing Jadi dengan itu, keadaan pertanian sekarang kosnya meningkat. Tidak ada pilihan.

Yang Berhormat kalau Yang Berhormat ada padi pergi beli tanah dekat Perlis. Yang Berhormat kalau nak buat bendang satu relung upah “Bangla” atau Rohingya tanam padi, dulu RM500 sekarang ini naik RM600. Sekarang ni dengar cerita nak naik RM700. Bila ditanya kenapa naik RM700? Sebab diesel naik.

Saya kata kamu pakai diesel kah tanam padi? Semua orang naik, saya naik lah. Jadi macam tu. Saya kata kalau kamu naik RM700, kami akan tentang habis-habisan. Sebab akhirnya petani tidak ada apa, tetapi terpaksa meneruskan industri padi kerana apa lagi pekerjaan yang ada? Sebab kerajaan menetapkan padi ini mesti ditanam oleh petani dengan membuat saluran mudah dan sebagainya, tetapi industri padi ialah industri yang miskin.

Menyebabkan petani makin miskin kerana apa, kerana tanahnya telah dipecah-pecahkan.

Dulu kita ada 10 relung. Ayah saya ada 10 relung. Sekarang tak boleh lepas 10 relung. Kami ada anak tujuh. Sudah pasti makin kecil. Mari cucu dia tak dapat lagi pertahan tanah tersebut, terpaksa dijual.

Itu sebab orang tua-tua dulu-dulu mengeluarkan peribahasa. Tanah ini adalah untuk anak dan cucu. Makna cucu hilang. Bagus mereka fikir bahawa sebenarnya semua kawasan di Malaysia ini tidak ada lagi orang ori sepenuhnya. Kebanyakannya orang yang tinggal 30 persen orang tempatan, yang lain semua orang luar yang masuk ke sana.

draft • 12:40 PM

Baik kuasa menteri ini, saya minta supaya nombor satu

naikkan harga lantai padi.

Bukan lagi RM2000, mengikut apa yang telah diminta oleh Persatuan Petani-petani. Yang kedua: beras bergred tadi.

Kita tahu bahawa beras tempatan telah di— bukan di campur, ditukarkan pek dijual import. Sebabnya mudah Yang Berhormat kalau Yang Berhormat tengok, beras tempatan dengan beras import ni, dia punya gred sama. Beras tempatan, beras putih tempatan sama seperti beras putih Thailand.

Sama rasa, mungkin warna tak juga perasan sebab banyak orang dah rabun dah. Jadi akhirnya beras putih tempatan dan Thailand sama. Akhirnya tukar kampit. Hal ini sudah pasti bukan dilakukan oleh BERNAS, dilakukan oleh orang-orang yang cuba mengaut keuntungan.

Mereka dah untung dah, berjuta-juta mereka untung. Sekarang ini nampak perlahan sedikit tetapi masa mereka tengah galak untuk dapat untung tidak ada beras tempatan di pasaran kerana beras tempatan telah pun di isi jadi beras import.

draft • 12:40 PM

Baik kuasa menteri ini, saya minta supaya nombor satu

Cadangan saya ialah, apungkan beras tempatan. Beras putih tempatan diapungkan supaya bila kita apungkan, beras putih saja apungkan. Maka tidak berlaku orang-orang untuk menukar gred dan sebagainya. Itu nombor satu, Yang Berhormat.

Yang keduanya, dia orang ini dok kompelin pasal monopoli BERNAS. Saya nak bagi tahu, kita tidak ada, saya tidak ada kepentingan, isytiharkan siap-siap. Saya tidak ada kepentingan, tetapi kerajaan telah membuat keputusan yang tepat dengan memberi monopoli kepada BERNAS. Orang cuba datang untuk minta membuat lesen import, lesen import.

Mereka tak tahu, BERNAS kena ambil tanggungjawab untuk menjaga lokal industri, industri tempatan. Oh semua beras yang tak elok, dijual kepada BERNAS. Beras yang elok dijual kepada pihak swasta. Jadi, BERNAS terpaksa menanggung kerugian yang tinggi untuk industri tempatan dan dia untung sikit untuk beras import.

Jadi, cara kerja menguruskan beras ini dengan cara monopoli. Itu yang terbaik. Bukan Malaysia buat, di kebanyakan negara buat dan sekarang ini ialah tinggal penguatkuasaannya.

Jadi sekarang ini, tentang monopoli kepada BERNAS itu tidak dapat dipertikaikan lagi. Kita akan menyokong habis-habisan, tetapi yang paling penting sekarang ini ialah menguatkuasa kuasa Menteri. Ketua pengarah hendaklah menguatkuasa kuasa Menteri tadi iaitu dengan melihat harga lantai padi dan juga harga beras bergred. Dengan cara— kalau kita naikkan harga lantai padi, dahaga beras bergred diapungkan, seluruh orang muda berpusu-pusu pergi tanam padi.

Sekarang orang muda tidak mahu tanam padi. Sebab tidak dapat apa. Orang tua-tua teruskan menanam padi ini kerana nak meneruskan kehidupan dan juga nak mengelakkan kalau mereka tak tanam padi, nak tanam apa lagi? Dulu saya telah cadangkan pada tahun

draft • 12:50 PM

Baik kuasa menteri ini, saya minta supaya nombor satu

1990, pada tahun, pada tahun 90-an dulu. Tahun 90 itu, saya telah cadangkan supaya kawasan padi dijadikan kawasan kelapa sawit. Sebab tanahnya kualiti untuk kelapa sawit, tapi kerajaan enggan. Apabila kerajaan enggan, akhirnya kerajaan tak dapat bantu petani untuk meningkatkan taraf hidup mereka daripada sekarang kepada yang lebih baik.

Caranya ialah naikkan harga lantai padi dan juga pastikan beras bergred, beras putih tempatan itu, diapungkan. Apung sekurang-kurangnya dekat dengan harganya seperti beras import. Kalau tidak, orang tempatan terpaksa makan beras import, padahal dia makan beras tempatan yang cuma ditukar kampit.

Terima kasih. Saya menyetujui rang udang-undang ini. Bukan setuju, banyak kami tak setuju. Yang itu masa Timbalan Perdana Menteri itu, kami setuju. Sekarang kita setuju. Lebih- lebih lagi, kita nak ucap tahniah kerana BN menang dengan hebat di Johor.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Arau.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tapi saya belum tengok seorang Menteri berhenti.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Libaran.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya. Tak berhenti sampai sekarang. Janji kata nak berhenti. Konon kata bawa Najib keluar.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukup Yang Berhormat.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Apa hubungan Najib dengan...

[Pembesar suara dimatikan] [Ketawa]

draft • 12:50 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Udang-undang Kawalan Padi dan Beras

(Pindaan) 2026. Secara prinsip, saya menyokong usaha kerajaan untuk meminda Akta Kawalan Padi dan Beras 1994.

Beras adalah makanan asas rakyat, sumber pendapatan pesawah dan komponen penting dalam keselamatan makanan negara. Apabila beras tidak stabil, semua rakyat akan terkesan. Apabila pesawah tidak dapat pulangan yang adil, asas pengeluaran makanan negara akan menjadi semakin rapuh. Oleh itu, pindaan ini perlu dilihat bukan sekadar sebagi pindaan penalti tetapi sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh tadbir urus rantaian bekalan beras negara. beras sebagai kepentingan strategi negara.

Tuan Yang di-Pertua, isu pertama yang ingin saya bangkitkan ialah kedudukan beras sebagai kepentingan strategi negara. Keterjaminan makanan tidak boleh hanya diukur melalui

draft • 12:53 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

jumlah stok semata-mata, ia juga bergantung kepada usaha kerajaan mengawal rantaian bekalan, memastikan ketelusan harga, membendung penyeludupan dan mengesan gangguan bekalan lebih awal.

Dalam konteks ini, pindaan Akta Kawalan Padi dan Beras tidak boleh bergerak secara terpisah daripada dasar keterjaminan makanan negara. Saya ingin bertanya kepada kementerian, bagaimana pindaan ini akan disepadukan dengan sistem pemantauan bekalan beras secara nasional. Adakah kerajaan mempunyai mekanisme yang mampu mengenal pasti pergerakan stok kawasan berisiko kekurangan bekalan dan corak harga yang luar biasa secara lebih awal. Negara tidak wajar menunggu sehingga rakyat sukar mendapatkan beras, barulah tindakan penguat kuasa digerakkan. Kerajaan perlu bergerak daripada pendekatan reaktif kepada pendekatan pencegahan yang lebih berasaskan data dan risiko.

Tuan Yang di-Pertua, isu kedua, kenaikan penalti di bawah pindaan ini, saya memahami rasional kerajaan untuk menaikkan penalti kerana kadar lama tidak lagi sepadan dengan nilai pasaran skala perniagaan dan bentuk kesalahan semasa. Dalam industri padi dan beras, denda yang terlalu rendah, boleh dianggap sebagai kos perniagaan oleh pesalah besar khususnya mereka yang terlibat dalam penyeludupan, pemindahan tanpa permit, penyimpanan sumber tidak sah atau penjualan tanpa lesen. Maka, penalti yang lebih tinggi memang diperlukan bagi memberikan kesan pencegahan yang sebenarnya.

Tidak semua kesalahan dalam rantaian padi dan beras mempunyai tahap kesalahan yang sama. Kesalahan teknikal seperti gagal mempamerkan lesen, lewat memperbaharui lesen, kegagalan dokumentasi atau tanda harga yang tidak jelas, perlu diperbetulkan tetapi tidak wajar disamakan dengan kesalahan yang menjejaskan bekalan dan keselamatan makanan rakyat. Peniaga kecil kedai runcit kampung, pengusaha kecil yang beroperasi secara sah, tidak boleh dilayan dengan pendekatan yang sama seperti sindiket besar yang memanipulasi bekalan beras. Bagi kesalahan serius seperti penyeludupan, manipulasi stok pemindahan tanpa permit dan pemilikan beras daripada sumber tidak sah, tindakan berat mesti dikenakan tanpa kompromi.

Sehubungan itu, saya ingin bertanya kepada kementerian, adakah garis panduan pendakwaan, kompaun dan tindakan pentadbiran akan disediakan dengan jelas supaya wujud perbezaan antara kesalahan teknikal, kesalahan berulang dan kesalahan yang serius.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang ketiga, ingin saya— ialah penguatkuasaan di Sabah khususnya di Pantai Timur Sabah. Realiti penguatkuasaan di Sabah tidak sama dengan negara-negeri yang mempunyai jaringan darat dan logistik yang lebih mudah. Sebab Sabah mempunyai kawasan pesisir yang luas laluan laut, pelabuhan kecil, jeti, kawasan luar bandar dan cabaran sempadan perdagangan yang lebih kompleks. Parlimen Libaran berada di dalam

draft • 12:53 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Daerah Sandakan dan Sandakan mempunyai kedudukan strategik dari segi bekalan makanan, perdagangan dan laluan Pantai Timur Sabah.

Justeru, jika kerajaan mahu membanteras penyeludupan, pemindahan tanpa permit dan sumber beras tidak sah, penguatkuasaan di Sandakan dan Pantai Timur Sabah mesti diperkukuhkan. Saya ingin bertanya kepada kementerian, berapakah jumlah pegawai kawal selia padi dan beras yang ditempatkan di Sabah? Adakah hasil penguatkuasaan seperti kenderaan, bot, stor perampasan dan sistem pemantauan mencukupi untuk kawasan yang begitu luas? Jika undang-undang diperketat, tetapi kapasiti penguatkuasaan tidak ditambah, maka pindaan ini tidak akan memberikan kesan sebenar di lapangan. Sabah tidak boleh dilihat semata-mata sebagai pasaran pengguna, Sabah mesti dilihat sebagai wilayah strategi yang memerlukan pendekatan penguatkuasaan bekalan dan logistik yang lebih khusus.

Tuan Yang di-Pertua, isu keempat yang ingin saya— ialah keperluan membina sistem pemantauan yang lebih moden, penguatkuasaan padi dan beras tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada pemeriksaan fizikal dan tindakan selepas kesalahan berlaku. Kerajaan perlu membangun sistem digital yang mampu memantau lesen stok, permit pemindahan, lokasi gudang, pergerakan bekalan dan harga jualan secara lebih tersusun.

Saya mencadangkan supaya kementerian membangunkan sistem pemantauan rantaian bekalan beras secara digital. Sistem ini boleh merangkumi lesen digital, e-permit, pemindahan beras, rekod stor berkala, pelaporan harga dan dashboard bekalan mengikut daerah. Dengan pendekatan ini, kerajaan boleh mengesan lebih awal pergerakan luar biasa, kekurangan bekalan atau kawasan yang berisiko mengalami gangguan harga.

Tuan Yang di-Pertua, kesimpulannya, saya menyokong Rang Udang-undang Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2026. Negara memerlukan undang-undang yang lebih tegas untuk melindungi bekalan beras, membanteras penyeludupan dan menghukum pihak yang memanipulasi rantaian makanan rakyat. Namun, ketegasan undang-undang mesti disertai keadilan pelaksanaan. Perniagaan kecil, jangan dipikul sama seperti sindiket besar. Pesawah jangan terus menjadi pihak paling lemah dalam rantaian nilaian. Sabah khususnya Libaran dalam Daerah Sandakan, jangan dilihat sekadar sebagai kawasan pengguna tetapi sebagai kawasan strategik yang memerlukan penguatkuasaan bekalan logistik yang lebih tersusun.

Akhirnya, beras bukan sekadar barang kawalan, beras adalah makanan asas rakyat.

Maruah pesawah dan benteng keterjaminan makanan negara, maka undang-undang ini mesti ditegaskan kepada pesalah besar, adil kepada peniaga kecil dan benar-benar berpihak kepada rakyat. Sekian, terima kasih.

draft • 12:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Libaran.

draft • 12:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menangguhkan mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.

draft • 12:53 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi (Sri Aman) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 2:30 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Baiklah, kita teruskan dengan sesi berbahas. Majlis ingin menjemput Yang Berhormat Tumpat. Enam minit, Yang Berhormat.

draft • 2:30 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih, Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk turut serta dalam perbahasan untuk pindaan RUU pada kali ini.

Dilihat daripada SSL negara, kita melihat bahawa ia melibatkan industri yang melebihi daripada RM25 bilion, lebih 37 juta rakyat bergantung kepada beras sebagai makanan ruji.

Jadi, isu ini merupakan isu strategik negara. Maka, sebarang dasar yang melibatkan padi dan juga beras serta sawah tidak harus dilihat daripada lensa pertanian semata-mata kerana ia merupakan aset strategik negara yang perlu diperhatikan oleh semua pihak.

Setelah lebih 32 tahun, RUU ini dilihat memberikan perhatian kepada beberapa hukuman, kesalahan. Cuma, bagi saya, kesalahan perbuatan yang dibuat berkaitan dengan padi dan beras ini bukanlah kesalahan biasa. Ia merupakan suatu penyelewengan dan pengkhianatan kepada rakyat. Maka, peningkatan penalti, liabiliti kepada pengarah syarikat dan kawal selia jelas merupakan langkah yang paling wajar.

Oleh itu, Tumpat mencadangkan agar diwujudkan senarai hitam ataupun daftar hitam kebangsaan industri padi dan beras yang akan menyenaraikan syarikat-syarikat serta individu yang telah disabitkan kesalahan serius atau dikenakan hukuman keputusan muktamad berkaitan penyeludupan, kartel, manipulasi harga, pemprosesan gred dan penyalahgunaan subsidi. Mana-mana syarikat ataupun individu yang disabitkan tidak wajar terus menikmati lesen, subsidi ataupun geran ataupun kontrak kerajaan seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Kalau denda hanya RM1 juta ataupun perkara-perkara denda sahaja tidak akan memberikan kesan kepada mereka. Ia harus disenaraihitamkan daripada menerima lesen, subsidi ataupun kontrak kerajaan untuk tempoh yang tertentu.

Kerajaan mesti memastikan bahawa semua faktor penggalak kepada penyeludupan, percampuran beras dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya ditutup rapat melalui undang-undang. Bagaimana pelan tindakan yang dibuat oleh kerajaan untuk mengubah trend

draft • 2:32 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

dan minat masyarakat yang menggemari beras campuran? Ini juga perkara yang perlu dikawal oleh kerajaan. Kita juga ingin tahu, apakah agensi baharu penguatkuasaan yang akan dibentuk selepas RUU ini dipinda? Berapakah orang pegawai pemeriksa padi akan diperlukan di seluruh negara untuk menguatkuasakan semua undang-undang yang akan kita luluskan pada hari ini?

Tuan Yang di-Pertua, pada pandangan saya, RUU ini memberikan kawalan kepada kesalahan, tetapi tidak menggambarkan kawalan kepada hala tuju pembangunan industri padi negara. RUU ini harus dilihat mempunyai taring dan punya visi untuk mengangkat ke arah pembangunan. Kenapa hari ini kita hanya pinda RUU ini tanpa kita buat satu undang-undang lagi atau yang lebih gagah iaitu menggubal suruhanjaya padi dan beras negara?

Kita lihat dalam negara kita, petroleum ada dasar strategik, elektrik ada suruhanjaya, telekomunikasi ada MCMC, keselamatan sempadan ada Majlis Keselamatan Negara, tapi beras merupakan makanan ruji negara masih dilihat sebagai isu pertanian biasa. Sejarah dunia membuktikan bahawa banyak negara jatuh bukan kerana senjata tetapi kerana kekurangan makanan.

Tuan Yang di-Pertua, saya berpandangan bahawa Malaysia pada hari ini berada bukan di tahap untuk food security ataupun food sovereignty, tetapi lebih kepada tahap menguruskan bekalan makanan. Oleh itu, pindaan pada hari ini sepatutnya menjadi batu loncatan kepada transformasi industri padi negara dan bukan sekadar pindaan kepada Akta Kawalan Padi dan Beras sahaja. Kita melihat adakah negara kita pada hari ini boleh membentuk food resilience, kawalan kepada daya tahan negara. Berapa lama stok negara mampu bertahan? Berapa harikah stok benih negara, stok baja, kapasiti pengeringan serta kapasiti simpanan?

Industri padi negara harus dikawal pada strategi lain sebagaimana kita lihat KPI nasional yang perlu dikawal selepas RUU ini. Di negara kita, kita perlu melihat dari segi umur pesawah, penyertaan belia, hasil per hektar, kos pengeluaran, kadar mekanisasi, kehilangan tanah sawah. Apakah pelan hala tuju nasional negara sehingga 2040? Kerana kita lihat kalau tidak diukur secara jelas, maka ia tidak akan mencapai satu kejayaan.

Objektif pada kawalan pada hari ini adalah untuk kita melihat satu perubahan besar kepada industri sawah dan juga industri berkaitan dengan beras dan padi. Kita melihat bagaimana negara-negara lain seperti Jepun, Korea Selatan, China dan Belanda mengubah dengan pantas teknologi pertanian mereka. Jadi, adakah dalam pindaan hari ini akan memberikan satu bentuk kawalan kepada kecerdasan buatan, internet of things, sensor pintar, analitik data dan juga jentera autonomi bagi meningkatkan produktiviti? Apakah kawalan undang-undang dan galakan pertanian pintar yang akan dikawal oleh kerajaan?

draft • 2:32 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Kita juga melihat setelah berlaku― sebelum ini ada LPN, Lembaga Padi Negara.

Selepas itu dipinda menjadi BERNAS dan kita lihat pada hari ini tidak ada peneraju tunggal untuk mengawal kepelbagaian agensi penguatkuasaan. Saya mencadangkan kerajaan mempertimbangkan selepas ini penubuhan Lembaga Padi Malaysia ataupun Suruhanjaya Industri Padi dan Beras Negara supaya betul-betul boleh mengawal secara menyeluruh dasar, inovasi, kawalan, penyelidikan, produktiviti, penguatkuasaan, pemasaran dan keselamatan makanan.

Kita lihat juga dalam negara kita, tiada jaminan perlindungan tanah sawah strategik sebagai bentuk kawalan tapak pertanian. Kerana kita lihat kalau tidak ada perkara seperti ini seperti Akta Perlindungan Tanah Sawah, ia nya perlu diperkenalkan di peringkat kebangsaan dan juga perlu diperkenalkan dalam enakmen-enakmen di negeri-negeri masing-masing.

Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang demografi dan masa depan negara. Kaitan di antara padi dan juga kesuburan negara ini terbentuk kerana apa, kerana ada beberapa negara yang kita lihat bila mana mereka tidak menggunakan anak-anak mereka ataupun rakyat tempatan untuk menjalankan pertanian, dengan sendirinya kadar kelahiran menurun, penduduk semakin menua dan negara bergantung kepada tenaga luar. Akhirnya, berlaku pergantungan kepada negara lain untuk mendapatkan makanan dan menjejaskan kedaulatan negara. Jadi, ini perkara yang perlu kita fikirkan, bukan hanya melihat padi dan sawah sebagai isu pertanian.

Saya juga ingin mengucapkan kepada kerajaan supaya membentuk satu portal ketelusan industri padi dan beras negara yang boleh dilihat real time supaya kawalan kepada food security dan membentuk bukan sekadar maklumat biasa tetapi security intelligence center yang akan mengawal segala pergerakan dan rantaian membabitkan beras dan juga padi.

Dan yang terakhir, kita ingin bertanya, adakah kerajaan melalui pindaan pada hari ini akan membentuk suatu baluh benih dan memastikan tidak ada monopoli benih? Benarkah dakwaan yang mengatakan bahawa tidak ada pembekal benih padi yang berada di Pantai Timur? Kalau ada pun mungkin satu. Jadi, saya kata dalam hal untuk memastikan kawalan ini biar jadi satu benda yang nyata, maka suatu undang-undang perlu diperhatikan dan dibentuk supaya pembekalan benih padi negara dapat dibuat di seluruh negara dan menghasilkan benih-benih yang berkualiti.

Seterusnya berkaitan dengan adakah Malaysia akan mempunyai jenama beras bertaraf global yang akan bersaing di peringkat dunia sebagaimana rakan kita di Thailand, di Jepun dan juga di Vietnam. Jadi, kalau ini ada, sepatutnya ia bukan hanya untuk mengeluarkan padi tetapi menjadikan beras sebagai industri yang akan menggiatkan ekonomi negara. Terima kasih.

draft • 2:32 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Baiklah, terima kasih, Yang Berhormat Tumpat.

Sekarang kita beralih ke Yang Berhormat Jerlun. Silakan, Yang Berhormat.

draft • 2:32 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Jerlun juga turut serta membahaskan RUU Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Pindaan) 2026 [Akta 522] yang dibentangkan tadi. Kedah terkenal dengan gelaran ‘Jelapang Padi Malaysia’ kerana ia merupakan pengeluar beras terbesar yang menyumbang kira-kira 43 peratus daripada pengeluaran beras nasional. Atas asas itulah Kerajaan Negeri Kedah memohon insentif fiskal sebanyak RM200 juta setahun daripada Kerajaan Persekutuan, bukan RM41 juta yang ditawarkan sebelum ini kepada Kerajaan Negeri Kedah.

Bayaran ini merujuk kepada pampasan ganti rugi kerana negeri Kedah mengorbankan potensi pembangunan ekonomi dengan mengekalkan status tanah sawah padi dan hutan tadahan air demi menjamin keselamatan makanan negara. Isu ini dipertegaskan lagi oleh Tuanku Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah ketika bertitah merasmikan pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri Kedah pada April 2025 yang lalu bahawa pengorbanan Kedah mengekalkan 119,000 hektar kawasan padi serta 160,000 hektar kawasan tadahan air di Hutan Simpan Ulu Muda wajar diberi insentif kewangan oleh Kerajaan Persekutuan. Baginda menegaskan bahawa permohonan tersebut perlu dipertimbangkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi memastikan kelangsungan fungsi Kedah sebagai ‘Jelapang Padi Negara’ terus terpelihara.

Saya merujuk fasal 4 iaitu meminda seksyen 29 iaitu memberi kuasa kepada Menteri untuk membuat peruntukan berhubung pelesenan pembeli padi menetapkan gred beras dan kawalan harga beras dan pengawalseliaan pemindahan padi dan beras. Pada prinsipnya, saya bersetuju dengan pindaan RUU ini dan tidak menolak keperluan kerajaan memperkukuh kawal selia industri padi dan beras. Namun, persoalan yang lebih penting ialah adakah masalah sebenar hari ini berpunca daripada kekurangan kuasa undang-undang atau kelemahan pelaksanaan undang-undang sedia ada?

Hakikatnya, kerajaan sudah mempunyai pelbagai kuasa di bawah Akta 522 ini, namun rakyat masih menyaksikan isu kehilangan beras tempatan di pasaran, manipulasi bekalan, pencampuran beras tempatan dengan beras import serta ketidaktentuan harga yang berlarutan. Jika kuasa sedia adapun gagal dilaksanakan dengan berkesan, apakah jaminan

draft • 2:40 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

bahawa pemberian kuasa tambahan kepada Menteri akan menyelesaikan masalah padi dan beras ini?

Pada Oktober 2023 lalu, akhbar tempatan melaporkan sebuah kilang beras di Kedah yang disita kerana disyaki menyorok beras putih tempatan (BPT) seberat 180 tan, beras bergred super spesial tempatan lima peratus (SST 5) yang ditemukan di dalam kampit jumbo yang dianggarkan bernilai RM405,000.

Dewan ini telah menerima usul sorokan beras yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Sungai Petani. Masa itu belum lagi menjadi Menteri dan dibahaskan dalam Kamar Khas pada 12 Oktober 2023. Ketika isu sorokan beras berlaku, Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 sudah pun ada dan seksyen 22(B)(ii) memperuntukkan denda maksimum sehingga RM25,000 dan RUU ini akan meminda denda maksimum kepada RM500,000. Soalnya sekarang, apa jadi dengan kes ini yang berlaku pada tahun 2023 yang lalu? Adakah pemilik kilang tersebut telah didakwa dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah?

Selain itu, Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah melancarkan Task Force Khas Bersepadu Penguatkuasaan Operasi Beras Putih (OPS BPT).

Apakah perkembangan terkini task force ini? Saya pohon laporan task force tersebut dibentangkan sewaktu sesi penggulungan oleh Yang Berhormat Menteri nanti. Selain itu, adakah kementerian telah mengadakan libat urus yang menyeluruh dengan pesawah, pengilang, pemborong, peruncit dan persatuan pengguna? Jangan sampai peraturan yang digubal akhirnya membebankan pemain industri kecil, tetapi gagal membendung pihak yang benar-benar mengaut keuntungan melalui penyelewengan iaitulah kartel-kartel.

Apa yang lebih membimbangkan ialah kerajaan sering memilih untuk menambah kuasa undang-undang apabila berlaku kelemahan pentadbiran, sedangkan masalah sebenarnya ialah penguatkuasaan yang lemah, kekurangan pegawai, pemantauan yang tidak konsisten dan tindakan yang lambat diambil terhadap pesalah. Menambah kuasa tanpa memperbaiki penguatkuasaan hanyalah menambah seksyen dalam akta, bukannya menyelesaikan masalah rakyat.

Di Jerlun, mutakhir ini terdapat penglibatan masyarakat Rohingya yang terlibat secara langsung dalam industri padi. Ia juga berkait dengan sikap sesetengah pemilik sawah yang sanggup menyewa sawah dengan harga yang tinggi antara RM1,000 hingga RM1,200 serelung berbanding dengan penyewa tempatan yang mampu menawarkan harga yang agak rendah, antara RM700 hingga RM900 serelung. Pada mulanya, mereka ambil upah menanam padi, tetapi lama-kelamaan mereka boleh menyewa tanah dengan harga yang tinggi, menghasilkan padi, buat semai, tanam padi sendiri sehingga boleh jual sendiri.

Mereka cuba monopoli urusan penanaman padi sehingga boleh menjadi tauke-tauke besar di kampung-kampung. Mereka boleh mengenakan kadar upah sehingga RM600

draft • 2:40 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

serelung, bermula dengan buat benih padi, tabur padi, tanam padi di tanah yang mereka sewa. Mereka boleh menyewa rumah di kampung-kampung seperti di tempat saya iaitu di PIDA 9, PIDA 10, PIDA 11, PIDA 12, PIDA 13. Ini yang saya dengar rungutan daripada penduduk kampung. Mereka boleh beli motosikal, sanggup mendaftarkan nama motosikal itu atas nama orang kampung untuk memudahkan mereka bekerja di sawah padi.

Oleh itu, saya pohon agar kerajaan dapat membendung dan mengatasi masalah penglibatan secara langsung dan serius masyarakat Rohingya ini dalam aspek memonopoli aktiviti tanaman padi di kampung-kampung, khususnya di kawasan saya di Jerlun. Jangan sampai suatu hari nanti, mereka bertapak dan berkembang sehingga boleh membeli kilang padi pula. Kita mahukan undang-undang yang lebih baik, bukannya kuasa yang lebih besar tetapi kurang semakan.

Yang diperlukan oleh rakyat bukan sekadar pindaan akta, tetapi hasil yang nyata, bekalan beras mesti dipastikan mencukupi, ada di pasaran, harga yang stabil, yang tak berubah-ubah mengikut situasi dan keadaan. Dan lebih-lebih lagi, mengangkat martabat dan memberi perlindungan kepada pesawah dalam melaksanakan, membekalkan, menyediakan beras sebagai bekalan nasi untuk kita. Itu sahaja daripada saya. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Okey, baiklah Yang Berhormat Jerlun. Seterusnya, Majlis beralih kepada Yang Berhormat Bakri. Silakan, Yang Berhormat.

draft • 2:40 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Saya berpandangan bahawa kerajaan tidak seharusnya menaikkan penalti tanpa terlebih dahulu kita menangani masalah-masalah yang merupakan masalah struktur yang telah menyebabkan masalah ini berulang sejak lima dekad yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, kajian Khazanah Research Institute pada tahun 2019 telah mendedahkan bahawa margin keuntungan sektor pertengahan iaitu pengilang beras telah lama tertekan secara struktural sejak garis panduan harga minimum diseragamkan pada tahun 2014. Untuk terus bertahan, sesetengah pengilang terpaksa menggunakan kaedah yang tidak sihat, mempelbagaikan operasi atau terus tutup perniagaan.

Kajian itu turut mendedahkan ketidakselarasan harga yang membimbangkan iaitu beras gred ST15 peratus dijual pengilang kepada pemborong pada harga RM2,000 setiap tan sedangkan harga siling runcitan bagi gred yang sama hanya antara RM1,650 hingga RM1,800 satu tan.

draft • 2:48 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Ini bermakna sebahagian salah laku yang cuba dibendung oleh RUU ini seperti pencampuran beras mungkin bukan sekadar soal niat jahat peniaga, tetapi juga natijah daripada margin yang terlalu nipis untuk pengilang kekal berdaya maju secara sah. Jika kita hanya menaikkan penalti tanpa menangani jurang margin ini, kita berisiko memaksa lebih ramai pemain kecil keluar daripada industri atau mendorong mereka mencari jalan lain untuk mengelakkan tindakan penguatkuasaan bukannya menyelesaikan masalah pada akar.

Saya tidak menafikan bahawa kerajaan telah menyesuaikan GMP sebanyak tiga kali sejak 2014 sehingga 1,500 setiap tan disertai subsidi khusus kepada pengilang susulan pelarasan tersebut. Namun, jurang harga yang saya sebutkan tadi telah menunjukkan tekanan margin ini masih belum selesai sepenuhnya dan kajian KRI mencadangkan pendekatan perkongsian risiko seperti contract farming serta digitalisasi rantai bekalan melalui teknologi blockchain untuk mengesan sebenarnya di mana margin tersekat sepanjang rantai bekalan daripada ladang, kilang sehinggalah peruncit.

Satu isu lagi Tuan Yang di-Pertua, selain daripada margin yang terlalu tipis, peniaga- peniaga atau pemain-pemain industri terpaksa juga menanggung kos pematuhan yang tinggi apatah lagi proses birokrasi yang semakin bertambah dan dilihat tidak lagi diperlukan pada zaman sekarang. Saya bagi contoh, untuk menjual beras secara sah di sisi undang-undang, peniaga-peniaga perlu memohon pelbagai permit, pelbagai lesen untuk menyimpan pada satu kuota yang ditetapkan ataupun untuk meruncit secara sah.

Padahal, saya telah membuat carian melalui Google, kalau saya silap saya minta Menteri untuk perbetulkan. Padahal untung kasar satu kilogram tak sampai 50 sen pun, tetapi kos pematuhan itu sangat tinggi. Adakah ini perlu? Sekarang kita dah bukan zaman dulu.

Adakah kita masih perlu menggunakan kaedah ataupun pendekatan untuk memberikan permit atau lesen-lesen yang khusus ini pada zaman sekarang? Adakah ianya masih lagi perlu? Padahal saya lihat mungkin, mungkin kita menggunakan kuasa pasaran atau the market force adalah cara yang lebih baik untuk membolehkan industri ini berkembang dengan lebih dinamik.

Saya bagi satu contoh, satu jenis beras yang digemari ramai adalah beras Bario daripada Sarawak. Di sana satu kilogram dijual pada harga RM5 hingga RM10, tetapi kalau dibawa untuk dijual di Kuala Lumpur, bila-bila masa saja boleh dijual pada harga RM40.00, berkali-kali ganda, tetapi apabila kita ingin membawa beras itu datang dan dijual di Semenanjung, dia memerlukan kelulusan khas daripada Menteri. Adakah ini perlu? Kalau orang nak keluar pergi Sarawak, perlu pasport, saya tahu itu Imigresen, ketetapan Imigresen, tetapi beras pun perlu ada pasport. Ini sesuatu yang perlu kita fikir. Adakah keluar daripada negeri saja, ianya memerlukan kelulusan daripada kementerian. Saya rasa ini bukan

draft • 2:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

membantu petani, ini bukan membantu pesawah, tetapi ia secara tidak langsung telah menekan industri ini daripada terus berkembang.

Justeru, saya menggesa kementerian merujuk semula RUU ini ke jawatankuasa dengan mengkaji semula kadar penalti yang dicadangkan di dalam RUU ini supaya ia tidak dikuat kuasa, supaya RUU ini tidak dikuat kuasa dan akan secara berasingan daripada kajian, struktur, margin, sektor pertengahan itu.

Sebarang semakan penalti wajarlah disertakan dengan langkah membantu pengilang yang sah dan supaya mereka kekal berdaya maju seperti melalui contract farming dan ketulusan data rantaian bekalan supaya rang undang-undang ini benar-benar menangani punca masalah, tetapi bukan hanya sekadar menghukum dan mendenda kepada mereka yang ingin mematuhi undang-undang.

Puan Yang di-Pertua, Laporan KRI 2019 telah menyatakan dasar pertanian negara yang sejak sekian lama tertumpu kepada Sasaran Sara Diri atau SSL...

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Boleh landing Yang Berhormat.

draft • 2:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Ada sikit lagi, saya harap boleh habiskan, saya cuba cepatkan.

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Satu minit, satu minit.

draft • 2:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Boleh, saya baca dengan cepat ya. Takat mana? Okey.

Bagaimanapun pengeluaran beras negara terus meningkat, penggunaan rakyat turut meningkat serentak menyebabkan SSL negara hanya antara 60 hingga 80 peratus sehingga tahun 2000 dan tidak pernah mencapai 100 peratus.

Justeru, keselamatan makanan bukan sekadar soal pengeluaran dan sara diri, tetapi turut merangkumi kemampanan alam sekitar, keselamatan produk dan kemampuan rakyat untuk membeli. Malah, SSL yang lebih rendah dengan bilangan petani yang lebih kurang, tetapi hasil dan kualiti lebih tinggi sebenarnya boleh memberikan pendapatan yang lebih baik kepada pesawah kita.

Persoalannya jika bukan menambah subsidi, apakah jalan untuk mencapai hasil yang lebih baik? Dapatan ini disokong dengan kajian susulan KRI pada tahun 2020 yang memodulkan pelbagai senario dasar sehingga 2050. Senario yang menggabungkan penyelidikan, pembangunan hasil dan sektor input tempatan seperti baja dan mekanisasi kecil menunjukkan hasil terbaik, kos menurun, pendapatan bersih meningkat lebih separuh dan SSL naik sehingga 98 peratus.

Sebaliknya, senario yang hanya meneruskan subsidi input seperti amalan sedia ada gagal meningkatkan hasil atau SSL. Ini membuktikan bahawa pendekatan untuk membelanja lebih untuk memberikan subsidi sudah mencapai had keupayaannya dan perlu melakukan pembaharuan.

draft • 2:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Saya ingin mengingatkan kerajaan tentang satu isu struktural yang lebih besar iaitu monopoli import beras oleh BERNAS yang wajar diberikan perhatian dalam fasa reformasi seterusnya. Konsesi BERNAS akan tamat pada tahun 2031. Institut IDEAS telah mencadangkan peralihan secara berperingkat menjelang tarikh tersebut supaya negara kita dapat beralih secara tersusun pada pasaran yang terbuka...

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Yang Berhormat, landing Yang Berhormat. Landing Yang Berhormat.

draft • 2:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

...Bukan secara berhenti secara mengejut. Maka, saya ada tiga cadangan. Yang pertama, menubuhkan jawatankuasa bebas untuk menilai prestasi BERNAS secara berkala berdasarkan petunjuk yang telus.

Kedua, tindakan telus terhadap kartel harga dalam industri beras secara menyeluruh.

Dan ketiga, jadual masa yang jelas serta diumumkan awal supaya industri dan pesawah dapat membuat perancangan tanpa kejutan apabila konsesi tamat nanti. Sekian, terima kasih.

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Okey, terima kasih Yang Berhormat Bakri. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tanjong Karang, silakan Yang Berhormat.

draft • 2:50 PM

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 2:59 PM

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Tanjong Karang bangkit menyokong usaha kerajaan dalam memperkukuhkan Akta Kawalan Padi dan Beras melalui pindaan 2026 ini. Isu padi dan beras bukan sekadar isu pertanian, tetapi berkait rapat dengan keterjaminan makanan negara, kebajikan pesawah dan kos sara hidup rakyat.

Namun Tuan Yang di-Pertua, pindaan undang-undang semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah sekiranya punca sebenar yang membelenggu pesawah di peringkat akar umbi tidak ditangani. Di Parlimen Tanjong Karang, kawasan yang terkenal sebagai jelapang padi Selangor, saya bertemu sendiri dengan para pesawah. Mereka tidak meminta sebarang layanan yang istimewa, mereka hanya mahukan pendapatan yang adil daripada titik peluh mereka sendiri. Ini termasuk persoalan mengapa semakin ramai anak-anak pesawah tidak mahu lagi turun ke sawah?

Jawapannya mudah Tuan Yang di-Pertua, pendapatan pesawah tidak lagi berbaloi dengan kos yang mencanak terlalu tinggi. Hari ini harga benih meningkat, harga baja meningkat, harga racun meningkat, kos upah juga meningkat, malah kos tenaga kerja juga meningkat tinggi, tetapi keuntungan pesawah tidak meningkat pada kadar yang sama.

draft • 3:00 PM

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Akhirnya pesawah hanya bekerja untuk menampung kos pengeluaran sahaja. Malah ada yang terpaksa menambah hutang setiap kali tibanya musim menuai. Oleh itu Tanjong Karang ingin mengutarakan empat isu dan cadangan kritikal berhubung pindaan ini.

Yang pertama, Tanjong Karang menyokong penuh penguatkuasaan tegas, bukan sekadar hukuman berat. Namun hukuman berat ini wajib disertai dengan penguatkuasaan yang konsisten, kekalkan hukuman sedia ada RM12,000, RM15,000 dan RM50,000 untuk kesalahan-kesalahan yang dilakukan pesawah-pesawah dan peruncit-peruncit kecil.

Dan tambahkan hukuman berat seperti yang dicatat itu RM250,000, RM500,000 sehingga RM1,000,000 hanya kepada syarikat-syarikat besar ataupun kepada kartel-kartel besar yang terlibat. Gunakan teknologi seperti sistem jejak digital— traceability dengan izin, bagi mengesan pergerakan beras secara real-time daripada sawah hingga ke kedai runcit.

Jika ada pihak yang mencampurkan beras tempatan dan import, menyorok bekalan atau memanipulasi pasaran. Tindakan paling tegas mesti diambil tanpa kompromi.

Keduanya, lindungi pesawah bukan hanya pengguna. Kawalan harga ini penting untuk pengguna, tetapi pesawah tidak boleh dijadikan mangsa yang menanggung kerugian.

Keterjaminan makanan negara seharusnya bermula dengan keterjaminan pendapatan pesawah itu sendiri. Kalau pesawah sendiri tidak mampu hidup dengan hasil sawah mereka, bagaimana kita mahu memastikan bekalan beras negara mencukupi?

Saya ingin mengingatkan Dewan yang mulia ini, pesawah bukan sekadar pengeluar makanan, mereka adalah penjaga sawah, penjaga sistem pengairan dan benteng ekosistem ekonomi luar bandar kita. Kalau pesawah pupus, sawah akan bertukar menjadi hutan-hutan konkrit dan apabila sawah sudah hilang, kita tidak mungkin mampu untuk menggantikannya lagi.

Tanjong Karang menggesa kerajaan untuk yang pertama, memastikan harga padi sentiasa dikaji semula secara berkala mengikut kos pengeluaran yang semasa.

Yang kedua, mempercepatkan agihan bantuan benih, baja dan bantuan mekanisasi tanpa kerenah birokrasi yang keras.

Yang ketiga, menggalakkan penggunaan teknologi moden bagi meningkatkan hasil sehektar.

Ketiga, isu orang tengah dan rantaian nilai yang tidak hadir. Tuan Yang di-Pertua, keuntungan terbesar dalam industri ini selalunya tidak dinikmati pesawah, tetapi berada di peringkat pengilang, pemborong dan juga pengedar. Pesawah yang mengambil risiko cuaca, menghadapi banjir, ancaman penyakit dan serangan perosak, tetapi mereka jugalah yang menerima pulangan yang paling kecil.

Saya ingin bertanya kepada kementerian, adakah pindaan akta ini benar-benar mampu mengimbangi ketidakadilan rantaian nilai ini? Adakah terdapat mekanisme baharu

draft • 3:00 PM

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

bagi memastikan pesawah memperoleh bahagian keuntungan yang lebih adil dan setimpal?

Jika tidak, pindaan ini dikhuatiri hanya mengukuhkan sistem lama yang menindas pesawah.

Yang keempat, ketelusan pasaran beras untuk pengguna. Rakyat sebagai pengguna berhak tahu apa yang mereka beli. Saya mencadangkan agar pengenalan spesifikasi gred beras disertakan dengan pelabelan gred yang jelas dan paparan harga yang telus di premis jualan. Tindakan pantas dan berkesan mesti diambil terhadap mana-mana premis melakukan penipuan, pelabelan dan percampuran beras.

Yang terakhir, Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini merupakan satu langkah ke hadapan.

Namun kejayaannya bukan diukur pada nilai denda atau berapa tebalnya buku akta, tetapi pada keberkesanan penguatkuasaan di lapangan. Perlindungan kebajikan pesawah dan jaminan bekalan beras yang stabil untuk rakyat.

Saya berharap pindaan akta ini menjadi titik mula kepada reformasi menyeluruh industri padi negara. Reformasi yang saya maksudkan bukan sekadar pindaan seksyen demi seksyen di atas kertas sahaja, tetapi reformasi tulen yang meningkatkan pendapatan pesawah, mengurangkan kos pengeluaran, menarik generasi muda kembali ke sawah dan menjamin Malaysia mampu berdikari dengan beras acuan kita sendiri pada masa hadapan.

Sekian, Tanjong Karang mohon menyokong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih.

draft • 3:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Sekarang Majlis ingin menjemput Yang Berhormat Bagan Serai. Silakan Yang Berhormat.

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua. Saya ingin membahaskan dan menyokong berkenaan dengan rang undang-undang ini terutama yang membangkitkan soal makanan ruji orang-orang Malaysia, melibatkan 200,000 keluarga dari kalangan pesawah.

Dan juga saya menyokong berkenaan dengan fasal 3 kenaikan penalti ataupun denda terhadap penjenayah-penjenayah bukan pesalah, Menteri ya, penjenayah-penjenayah ni.

Mereka ini didenda daripada RM15,000 kepada RM250,000, salah kali pertama. Kalau salah kali kedua pula, RM25,000 hingga RM250,000. Itu untuk individu. Kalau yang syarikat pula, didenda sampai RM1,000,000.

Saya bersetuju kerana ini ialah merupakan isu-isu yang melibatkan, merosakkan rantaian makanan di negara kita dan merosakkan ekosistem yang berlaku di dalam negara

draft • 3:36 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

dan juga rakyat kita, tetapi adakah kerana undang-undang ataupun penguat kuasa yang tak dijalankan walaupun sudah ada undang-undang yang sedia ada pada hari ini dengan denda maksimum RM15,000.

Adakah kerana dendanya RM15,000 menyebabkan orang berani nak langgar?

Ataupun adakah kerana penguat kuasa yang tidak berperanan kerana sumber daripada Kementerian Pertanian, Keterjaminan Makanan. Data daripada tahun 2020 hingga Mei 2026, terdapat 1,957 kes kesalahan. 1,246 kes pemilikan padi atau beras daripada sumber yang tidak sah.

Baik, persoalannya ialah purata denda, yang denda kepada mereka ini hanyalah antara RM2,000 hinggalah RM8,000 saja sedangkan maksimum RM15,000. Hak dok ada RM15,000 pun tak didenda sampai RM15,000. Cuba bayangkan RM250,000, RM500,000 sampai RM1,000,000, adakah dia akan kenakan sampai RM1,000,000? Hak RM15,000 pun tak buat.

Jadi tidak guna kalau hanya ada hukuman sekadar untuk nampak ketegasan, nak tunjuk dari segi publik bahawasanya kita ada ketegasan di atas kertas sedangkan di medan sana, pelaksanaan sana gagal. Perkara yang kita bincang ini masih lagi tidak dapat diatasi.

Maka cadangan saya supaya aspek penguatkuasaan ini mesti dilaksanakan.

draft • 3:36 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Pertama, mesti menyediakan garis panduan pendakwaan yang jelas. Yang kedua, latihan khusus kepada pendakwa-pendakwa agar mereka dapat convince-kan mahkamah supaya hukuman yang setimpal, yang semaksimum dikenakan kepada penjenayah- penjenayah ini.

Isu yang kedua, fasal yang kedua adalah meminda seksyen 4, menggantikan perkataan “menetapkan” kepada “menguatkuasakan”. Ia memberikan kuasa yang lebih jelas kepada Ketua Pengarah untuk menguatkuasakan harga maksimum ataupun minimum padi beras selepas mendapat kelulusan Menteri.

Persoalan dia ialah yang kita bangkitnya supaya kita tidak hendak keputusan yang dibuat ini atas budi bicara tanpa formula ataupun kaedah yang jelas. Kita hendak supaya ada win-win situation, dengan izin, kerana kita tidak mahu pertikaian ini berlarutan daripada petani, pengilang sampai kepada pengguna. Oleh itu, kementerian perlu memperkenalkan satu formula yang jelas agar harga yang lebih telus dan jelas. Ambil kira kos yang sebenar dari segi logistiknya, produktivitinya, margin, keuntungan yang munasabah.

Jadi penambahbaikan aspek pelesenan padi yang ketiganya ialah berkenaan dengan penambahbaikan aspek pelesenan pembeli padi. Ini suatu langkah yang baik. Walau bagaimanapun, kita tidak mahu perkara ini hanya terkena kepada industri-industri kecil kerana pengalaman yang kita tengok apa terjadi kepada Kilang Dibuk Sdn. Bhd. di Simpang Empat,

draft • 3:10 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Perlis iaitu kawasan Parlimen Arau yang ditutup, tiga— dua daripada tiga kilang dia ditutup kerana dalam masa dua tahun, kilangnya telah mengalami kerugian sebanyak 10 juta. Sebab dia kerana kos operasi meningkat, elektriknya, dengan gajinya, dengan alat gantinya yang mahal dan meningkat, persaingan daripada syarikat-syarikat besar. Maka kita tidak mahu rejim pelesenan baharu ini yang mengakibatkan kos yang meningkat yang terkenanya ialah kepada industri-industri kecil.

Yang keempat, kuasa peraturan subsidiari perlu disemak oleh Jawatankuasa Pilihan Khas. Kita hendak supaya Jawatankuasa Pilihan Khas diberikan untuk melihat penetapan gred khas beras.

Yang keduanya kawalan harga mengikut gred kawalan pemindahan padi dibuat melalui seksyen 29. Tujuan dia bukan apa, untuk kita hendak, satu, bukan soal kuasa menteri tetapi ini ialah untuk soal akauntabiliti. Sekurang-kurangnya peraturan tersebut di bentang kepada Jawatankuasa Pilihan Khas ataupun diedarkan kepada Ahli Parlimen sebelum diwartakan. Apa tujuannya? Tujuan dia adalah untuk meningkatkan ketulusan, mengurangkan risiko kesilapan dan mengukuhkan keyakinan dari kalangan semua pihak.

Yang kelimanya ialah— sikit lagi Pengerusi. Kebajikan para pesawah. Sering kita duk bercakap hari ini soal penguatkuasaan, soal undang-undang. Macam disebut oleh ramai rakan-rakan tadi berkenaan dengan apa pula kebajikan kepada pesawah-pesawah. Kerana hari ini masalah yang dihadapi ini, hari ini masalah pesawah, hari ini. Kos meningkat, pesawah hari ini berada dalam keadaan miskin [Berucap dalam bahasa Arab] Pesawah hari ini terdiri daripada kalangan orang yang susah sangat-sangat. Hari ini pergi tengok sendiri kalau boleh itu menteri itu pergi tengok, turun tengok. Jumpa dengan pesawah-pesawah tengok. Mereka sudah lima musim tempat saya buat makan pangkal. Bila kita tanya, dia kata, “Apa lagi YB, saya tidak kerja lain. Tak ada kerja lain, ini sahaja saya boleh buat kerja.” Sabarnya hutang bertampuk-tampuk di kedai-kedai sebagainya. Ini sepatutnya yang perlu kita lihat, yang kita hendaknya supaya jangan kita hanya merawat simptom, tetapi bukannya merawat soal berkenaan dengan penyakit.

Last sekali, iaitu Konvensyen UPOV. Yakni Kesatuan Antarabangsa bagi Perlindungan Varieti Baharu Tumbuhan. Minggu lepas, kami telah dapat satu memo yang dihantar oleh NGO-NGO yang membantah, yang memberi amaran supaya kerajaan jangan bersama-sama dengan Konvensyen UPOV ini kerana memang nampak cantik seolah-olah macam hendak jaga varieti, kualiti dengan baik sebagainya. Itu cakap baik, yang menjadi mangsanya ialah pesawah-pesawah, petani-petani. Mereka nanti akan beli benih dengan harga yang tinggi kerana dikawal oleh geng-geng, kartel-kartel yang mengeluarkan benih-benih ini kerana alasan mereka kerana mereka menggunakan R&D mereka, penyelidikan mereka, yang

draft • 3:10 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

menjadi mangsanya kepada pesawah. Sudahlah mereka hari ini sudah jatuh ditimpa steamroll bukan tangga tahu, ditimpa steamroll kes petani hari ini...

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Landing Yang Berhormat.

draft • 3:10 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Maka sebab itu kita hendak supaya apa yang kita tidak hendak yang diperjuangkan oleh NGO UPOV 1991 untuk menentang UPOV 1991 ini dapat sama-sama kepada kita kerana kita harapkan ianya menjadi satu kebaikan kepada petani dan juga kepada rakyat keseluruhannya. Terima kasih kepada Puan Speaker.

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Sekarang kita beralih ke Yang Berhormat Tenggara. Silakan Yang Berhormat.

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Auzubillahi minas shayton nirrojim.

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Puan Speaker beri ruang kepada Tenggara untuk bahas Rang Undang-undang Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2026 walaupun di Tenggara ini tak adalah sawah padi, apatah lagi jelapang, tetapi suatu masa Kampung Lukut pernah ada sawah padi. Jadi, orang Tenggara pun masih lagi makan beras, jadi terpanggil untuk membahaskan.

Keduanya, ada berkaitan dengan apa yang disebut oleh Bagan Serai tadi berkaitan dengan UPOV 1991. Saya setuju juga kita sama-sama dekat pagar luar Parlimen ini menerima memorandum. Jadi saya kira mungkin UPOV 1991 juga boleh memberi kesan kepada industri dan beras juga. Jadi perlukan masa dan perlukan lebih banyak lagi penelitian supaya ia boleh dilaksanakan atau kita boleh rectify UPOV itu, tetapi setakat ini Tenggara tidak bersetuju.

Dan yang keduanya adalah berkaitan dengan ramai pembahas tadi berkaitan dengan keadaan pekebun, petani kita yang berkaitan dengan padi ini mungkin suatu masa ataupun dan telah sampai masanya harga lantai kepada beras tempatan itu perlu di tengok-tengok balik sebab RM2.60 dengan kenaikan segala input, dia memang membebankan petani kita lah, tetapi memerlukan advokasi yang panjang, perbincangan yang panjang. Itu Timbalan Menteri ada di sini supaya kita boleh lakukannya dengan harmoni.

Baik, saya kepada perbahasan kita berkaitan pindaan. Saya ucapkan tahniah kepada kementerian bentang RUU ini kerana kita memang memerlukan satu undang-undang yang relevan untuk menangani penyelewengan dalam industri padi dan beras. Namun, Tenggara nak tegaskan rakyat sebenarnya tidaklah menilai kejayaan daripada berapa banyak seksyen yang dipinda, tetapi kejayaan itu adalah dengan menilai beras ada atau tidak dekat rak, dekat

draft • 3:16 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

kedai dan adakah harganya mampu dibeli dan adakah pesawah mendapat pulangan yang setimpal?

Tuan Yang di-Pertua, isu sebenar bukan sekadar penguatkuasaan. Isunya adalah keterjaminan makanan negara. Malaysia belum mampu hasilkan beras yang cukup untuk keperluan negara, masih bergantung import bagi tampung permintaan domestik. Akibatnya negara terdedah risiko gangguan bekalan, perubahan harga global dan sekatan eksport oleh negara-negara pengeluar.

Persoalan Tenggara, selepas akta ini diluluskan nanti, apakah sasaran kerajaan?

Adakah kita mempunyai pelan yang jelas untuk mengurangkan kebergantungan kepada import dalam tempoh 5 hingga 10 tahun? Sebelum ini, kerajaan menetapkan sasaran strategik meningkatkan Kadar Sara Diri (SSR) sekitar 70 peratus dalam hala tuju Dasar Agromakanan Negara 2.0. Sasaran itu baik atas kertas, tetapi banyak— tetapi rakyat hendak tengok bagaimana sasaran tersebut boleh dicapai.

Tuan Yang di-Pertua, kita perlu mengaku isu kehilangan beras tempatan daripada pasaran menjejaskan keyakinan rakyat apabila pengeluaran padi masih berlaku, tetapi pelik bila rakyat susah hendak dapatkan beras tempatan. Persoalannya, di mana kelemahan dalam rantaian bekalan beras berlaku? Kerajaan perlu akui negara perlu gubal peraturan baharu berkaitan dengan penggredan beras dan perkasa mekanisme kawalan kawal selia.

Penting untuk bantu pengguna peroleh maklumat yang tepat mengenai beras yang dibeli dan petani mendapat hak yang adil. Tenggara cadang setiap kampit beras dilengkapkan sistem kebolehkesanan digital, guna QR code. Bolehkan pembeli dapat maklumat, sumber pengeluaran dan kilang pemprosesan. Pengguna atau penguat kuasa pantau rantaian pengedarannya. Jika industri miliki sistem kebolehkesanan, Tenggara yakin industri beras juga boleh melakukannya. QR code juga mampu bantu tiga perkara.

Satu, kesan agihan bekalan beras. Dua, kesan kedudukan beras tempatan di gudang, orang tengah dan juga di kedai.

draft • 3:16 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Yang ketiganya, kesan kutipan hasil dari benih subsidi yang juga menggunakan guni yang boleh kita letakkan QR code supaya boleh dikesan.

Selain daripada itu, penguatkuasaan perlu menggunakan analitik data, kecerdasan buatan (artificial intelligence) dan pemantauan digital bagi bantu kesan pergerakan stok secara masa nyata, just in time daripada pesawah, kilang, pemborong sehingga ke peruncit hendaklah direkodkan supaya sebarang penyelewengan dapat dikesan lebih awal. Jangan tunggu aduan rakyat, baru hendak bertindak.

Selain daripada itu juga, mana-mana pihak yang sorok bekalan. Campur beras, manipulasi harga, beri hukuman yang benar-benar memberi kesan. Jangan sampai

draft • 3:20 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

keuntungan hasil penyelewengan lebih besar dari hukuman yang dikenakan. Kalau boleh untung sejuta, denda RM2 juta. Jangan kalau boleh untung sejuta, didenda RM100,000. Sap sap soi saja dia bayar nanti, ya.

Tuan Yang di-Pertua, Tenggara nak sentuh juga soal pesawah. Selama ini harga beras naik, pengguna rakyat ingat pesawah dapat untung yang besar. Hakikatnya, tak macam itu. Yang tanggung peningkatan kos ialah pesawah. Harga baja naik, racun naik, upah jentera naik, kos penyelenggaraan sawah juga naik. Ramai Yang Berhormat sebut di sini, tapi pendapatan pesawah tak naik-naik. Hanya pada kadar yang sama. Kalau betul kita nak jaga industri padi beras ini, bukan hanya perlu hukum mereka yang menyeleweng, tapi kita mesti pastikan orang yang menanam padi ini mendapat pulangan yang munasabah juga.

Dan Tuan Yang di-Pertua, Tenggara nak tanya kepada kementerian. Selepas akta ini diluluskan nanti, apakah ukuran kejayaan kerajaan? Apakah sekadar lebih banyak operasi penguatkuasaan? Apakah sasaran kerajaan bagi tingkatkan pendapatan pesawah? Bekalan beras tempatan yang distabilkan? Adakah kerajaan bersedia tetapkan sasaran peningkatan pendapatan pesawah yang boleh diukur setiap tahun dan dibentangkan kepada Parlimen?

Tenggara beranggapan kejayaan sebenar ialah pesawah mendapat keuntungan yang munasabah, pengguna tidak lagi berebut dapatkan beras tempatan. Tanda aras bahawa negara semakin hampir mencapai jaminan bekalan makanannya tersendiri.

Jadi oleh kerana masa tinggal sikit. Tuan Yang di-Pertua, sebelum ditegur, saya juga ambil kesempatan inilah. Tadi sepatutnya cakap awal-awal tapi dah kendian ini bagi masa seminit. Saya nak merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada SPR kerana melakukan urusan pilihan raya di negeri Johor dengan baik dan mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan Dato' Onn Hafiz Ghazi yang mengangkat sumpah dan membentuk kerajaan di negeri Johor, Barisan Nasional.

Saya rasa itu sajalah yang saya ingin sampaikan. Industri ini perlu diberi pembelaan yang sewajarnya dan pindaan ini disokong oleh Tenggara. Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 3:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Baiklah. Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Sekarang Majlis ingin menjemput Yang Berhormat Rantau Panjang.

Silakan Yang Berhormat.

draft • 3:20 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Ya. Terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Puan Yang di-Pertua, kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama

draft • 3:22 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Kawalan Padi dan Beras

(Pindaan) 2026.

Pada prinsipnya, kita semua menyokong usaha untuk memperkukuhkan keselamatan negara kita. Namun begitu, rang undang-undang ini perlu diteliti secara menyeluruh agar ia bukan sekadar memperketatkan hukuman, tapi benar-benar menyelesaikan masalah yang sekian lama membelenggu industri padi dan beras negara.

Hari ini, negara kita berdepan dengan pelbagai cabaran, terutama dari segi keselamatan makanan. Bagaimana lebih daripada 230,000 pesawah di seluruh negara, tetapi kita masih gagal untuk membantu atau melindungi kebajikan pesawah. Saya pernah jumpa satu keluarga pesawah. Mereka mengadu, selepas hasilnya dituai, baki yang diterima hanya tak sampai RM50. Saya kata, kenapa berlaku demikian? Kerana kos pengurusan bayaran hutang dan sebagainya, akhirnya baki tak sampai RM50 yang dapat di tangan pesawah.

Macam mana mereka nak teruskan kehidupan.

Jadi sebab itulah, akta yang baik ialah akta yang mampu melindungi pesawah, membanteras kartel, menjamin bekalan makanan negara, memastikan pengguna memperolehi beras yang berkualiti dengan harga yang berpatutan dan hendaklah dia dilaksanakan secara telus dan adil. Dan kita lihat dalam negara kita, setiap tahun negara kita menghasilkan lebih kurang 1.44 juta tan metrik beras setahun, tetapi kita masih mengimport 1.28 juta metrik tan setahun.

Dan kadar sara diri beras negara kita semakin berkurang. 2017, di mana 70 peratus kadar sara diri kita. Sekarang 2024— Pada tahun 2024, sara diri dah berkurang kepada 52.9 peratus. Ini adalah satu cabaran untuk bekalan beras negara kita. Jadi, kita harapkan supaya perkara ini diambil perhatian dan serius oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh fasal 2, di mana memperuntukkan kuasa kepada ketua pengarah, di mana tertakluk kepada kelulusan Menteri untuk menguatkuasakan harga maksimum atau minimum bagi padi dan beras.

Saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah kaedah yang telah digunakan dalam menentukan kadar harga tersebut? Adakah kerajaan akan mengambil kira kos sebenar pengeluaran pesawah, kenaikan harga baja, racun dan benih serta kos pembajakan, margin keuntungan pengilang dan pemborong serta kemampuan pengguna? Adakah harga ini ditentukan secara pentadbiran semata-mata? Ingin penjelasan daripada pihak kementerian.

Sekiranya harga maksimum diletakkan terlalu rendah, pesawah akan menanggung kerugian. Sekiranya harga diletakkan terlalu tinggi, pengguna akan terbeban. Jadi, dari sudut itu, saya mencadangkan diwujudkan Majlis Perundingan Harga Padi dan Beras Negara yang dianggotai oleh wakil pesawah, pengilang, pengguna, ahli akademik dan kerajaan sebelum sesuatu keputusan dibuat.

draft • 3:22 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Menyentuh fasal 3, berkaitan dengan peningkatan penalti. Ya, saya menyambut baik cadangan peningkatan penalti sehingga RM1 juta kepada syarikat yang melakukan kesalahan berulang. Namun, persoalan yang lebih besar ialah, adakah hukuman yang tinggi menjamin kepatuhan? Kajian menunjukkan bahawa dalam bidang ini, kepastian untuk dikesan dan diambil tindakan adalah jauh lebih berkesan dalam meningkatkan pematuhan berbanding dengan sekadar meningkatkan kadar hukuman. Maksudnya, hukuman RM1 juta sekalipun tidak akan memberi kesan sekiranya pemeriksaan jarang dilakukan. Audit tidak konsisten.

Pendakwaan mengambil masa yang terlalu lama. Penguatkuasaan hanya bermusim.

Jadi sebab itulah, saya ingin tanya kepada pihak Menteri. Berapa ramai kah pegawai penguat kuasa yang benar-benar berada di lapangan sekarang ini? Berapa banyak kos?

Berapa banyak kah operasi pemeriksaan yang telah dilakukan setiap bulan? Berapa banyak kilang yang telah diperiksa? Berapa banyak syarikat yang telah didakwa setakat ini? Berapa banyak lesen yang telah dibatalkan? Kalau angka ini masih rendah, maka pindaan walau macam manapun tapi tetap lemah dari segi perlaksanaan. Jadi, saya cadangkan supaya syarikat yang disabitkan dengan kesalahan di bawah akta ini disenaraihitamkan daripada menerima kontrak kerajaan atau lesen baharu bagi tempoh tertentu.

Menyentuh fasal 4, iaitu kuasa Menteri membuat peraturan. Saya ingin penjelasan, bagaimana memberi kuasa yang sangat luas kepada Menteri untuk membuat peraturan yang berkaitan dengan perlesenan pembeli padi, penetapan gred beras, kawalan harga, kawalan pemindahan padi dan beras, serta mewujudkan kesalahan melalui peraturan. Saya bimbang apabila terlalu banyak perkara asas ini diserahkan kepada kuasa Menteri melalui peraturan, kita bimbang, tidak ada berlaku keadilan. Adakah perkara ini boleh dibawa kepada— dibentangkan di Parlimen supaya boleh diteliti oleh semua pihak, termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat supaya prinsip semak dan imbang ini sihat dalam membina sebuah negara demokrasi.

Begitu juga, saya ingin menyentuh berkaitan dengan klausa pengecualian. Jadi tentang ini menunjukkan bagaimana klausa ini menunjukkan kepada— kajian menunjukkan bahawa skop pengecualian ini terlalu luas atau bergantung penuh kepada budi bicara pentadbiran. Jadi oleh itu, saya mencadangkan supaya penambahbaikan dibuat, iaitu di mana setiap pengecualian hendaklah disertakan dengan alasan bertulis. Semua pengecualian hendaklah direkodkan, diterbitkan secara terbuka. Laporan tahunan, semua pengecualian hendaklah dibentangkan kepada Parlimen.

Dan yang keempat ialah mana-mana syarikat yang disabitkan dengan kesalahan di bawah akta ini, tidak boleh diberi peluang pengecualian sewenang-wenangnya supaya tidak berlaku penyalahgunaan kuasa. Tuan Yang di-Pertua, kerana masa tidak mengizinkan.

Sekian dahulu. Terima kasih.

draft • 3:22 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Baiklah. Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Sekarang, kita beralih ke Yang Berhormat Merbok. Silakan Yang Berhormat.

draft • 3:22 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Baik. Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Merbok ingin menyentuh fasal 3 yang mencadangkan pindaan yang sangat besar terhadap seksyen 22(1) Akta 522 dengan menaikkan denda maksimum kepada RM250,000 kesalahan pertama dan kepada RM500,000 bagi kesalahan kali kedua dan berikutnya. Ini merupakan kenaikan lebih daripada 16 kali ganda bagi kesalahan pertama dan 20 kali ganda bagi kesalahan berulang.

Merbok bersetuju bahawa hukuman perlu mempunyai kesan pencegahan iaitu deterrent effects, dengan izin. Namun, hukuman juga hendaklah bersifat berkadar dengan kesalahan yang dilakukan.

draft • 3:29 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Seksyen 22 ini merupakan peruntukan penalti am yang meliputi pelbagai jenis kesalahan penalti khususnya tidak diperuntukkan dalam akta yang penalti yang tidak diperuntukkan dalam akta. Oleh itu, kesalahan yang mungkin bersifat teknikal atau administratif juga boleh tertakluk kepada denda sehingga RM250,000.

Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Menteri, sama ada kerajaan telah menilai risiko bahawa penalti yang terlalu tinggi boleh mewujudkan ketidakseimbangan dalam penguatkuasaan, khususnya terhadap perusahaan kecil dan sederhana iaitu PKS, kontraktor tempatan serta individu yang mungkin melakukan pelanggaran prosedur tanpa unsur niat jenayah.

Selain itu, seksyen ini juga turut memasukkan pengarah atau pegawai sesuatu pertubuhan digunakan bagi memastikan liabiliti peribadi pengarah dan pegawai hanya dikenakan apabila terdapat bukti penglibatan kecuaian serius atau kegagalan menjalankan tanggungjawab dan bukannya secara automatik.

Merbok ingin juga bertanya, sama ada kementerian bercadang mengeluarkan garis panduan penguatkuasaan yang jelas supaya pegawai penguat kuasa menggunakan budi bicara secara konsisten dan tidak mengenakan tindakan yang berlebihan bagi kesalahan kecil atau kesalahan kali pertama yang boleh diperbetulkan melalui notis pematuhan.

Pada pandangan saya, pendekatan penguatkuasaan yang berkesan bukan semata- mata bergantung kepada kadar denda. Yang paling penting ialah keberkesanan pemantauan,

draft • 3:30 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

pendidikan kepada industri, pematuhan secara sukarela dan tindakan yang konsisten terhadap pesalah yang benar-benar cuai atau sengaja melanggar undang-undang negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh subseksyen— subfasal 3(b) yang mencadangkan pindaan terhadap subseksyen 22(2) Akta 522. Pindaan ini juga yang tinggi yang mengenakan denda maksimum kepada RM500,000 bagi kesalahan pertama dan RM1 juta bagi kesalahan kedua atau berikutnya.

Sekali lagi kita melihat kenaikan yang amat besar iaitu sehingga 20 kali ganda.

Persoalannya, adakah kenaikan ini benar-benar berdasarkan kajian empirikal atau sekadar bertujuan menunjukkan ketegasan dan penguatkuasaan? Merbok bersetuju bahawa syarikat yang sengaja memanipulasi bekalan, menyorok stok, mengepohkan beras secara menyalahi undang-undang atau mengambil kesempatan sehingga menjejaskan keselamatan makanan negara wajar dikenakan hukuman yang berat.

Namun, subseksyen ini bukan sahaja melibatkan syarikat besar dan kartel-kartel, malah ia juga turut terpakai kepada pelbagai bentuk pertubuhan perbadanan termasuk pengilang kecil, koperasi dan syarikat perusahaan kecil dan sederhana yang beroperasi dalam rantaian beras negara.

Merbok ingin bertanya kepada Menteri, adakah kerajaan telah membuat penilaian impak terhadap PKS? Sebuah syarikat kecil yang melakukan kesalahan pematuhan yang bersifat teknikal mungkin berdepan denda sehingga RM500,000. Jumlah ini berpotensi menjejaskan kelangsungan operasi, akan menyebabkan kehilangan pekerjaan dan akhirnya mengurangkan bilangan pemain dalam industri. Dalam keadaan pasaran yang semakin tertumpu kepada beberapa pemain besar dan kartel, kita perlu berhati-hati agar undang- undang ini secara tidak langsung meningkatkan lagi penumpuan pasaran.

Saya juga ingin mendapatkan penjelasan, sama ada mahkamah akan diberikan panduan yang jelas dalam menentukan kadar denda. Sebagai contoh, adakah faktor seperti saiz syarikat, nilai transaksi, keuntungan diperoleh daripada kesalahan, tahap kerjasama semasa siasatan, rekod pematuhan dan kesan terhadap penggunaan— pengguna akan diambil kira sebelum sesuatu hukuman dijatuhkan?

Prinsip keadilan menuntut supaya hukuman bukan sahaja berat, tetapi juga berkadar.

Sebuah syarikat multinasional dengan perolehan ratusan juta Ringgit tidak seharusnya dinilai dengan ukuran yang sama seperti sebuah syarikat tempatan yang kecil kesalahan yang dilakukan mempunyai tahap keseriusan yang berbeza.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membahaskan fasal 4 yang mencadangkan pindaan kepada seksyen 29 Akta 522 yang memberikan kuasa yang luas kepada Menteri. Pada prinsipnya, kita memahami keperluan kerajaan mempunyai instrumen

draft • 3:30 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

yang mencukupi untuk mengawal selia sektor padi dan beras demi menjamin makanan negara.

Namun, persoalan yang perlu dijawab ialah sejauh manakah kuasa yang begitu luas ini akan dilaksanakan dengan telus berdasarkan data dan melalui proses libat urus yang mencukupi. Kuasa untuk menetapkan gred beras dan kawalan harga merupakan kuasa yang mempunyai implikasi yang besar kepada keseluruhan rantaian industri daripada pesawah, pengilang, pemborong, peruncit sehinggalah kepada pengguna.

Saya ingin bertanya kepada Menteri, adakah mekanisme konsultasi yang akan dilaksanakan sebelum sesuatu peraturan baharu dibuat? Dan adakah semua pihak berkepentingan seperti wakil pesawah, pengilang, pembeli padi, pengusaha PKS dan persatuan pengguna yang akan dirunding secara formal?

Akhir sekali, saya ingin mengingatkan bahawa cabaran sebenar industri padi dan beras hari ini, bukan semata-mata kekurangan kuasa perundangan. Isu yang lebih besar ialah keberkesanan penguatkuasaan, ketelusan dan data stok beras, kecekapan pengagihan bekalan, kebajikan pesawah, kos pengeluaran yang meningkat dan kebergantungan negara kepada import.

Oleh itu, sebarang kuasa baharu yang diberikan kepada Menteri hendaklah disertai dengan akauntabiliti, ketelusan dan mekanisme semak dan imbang yang mencukupi supaya objektif menjamin keselamatan makanan negara dapat dicapai tanpa membebankan pemain industri yang mematuhi undang-undang.

Sebagai penutup, pindaan Akta 522 ini merupakan langkah positif ke arah memperkukuhkan ekosistem padi dan beras negara. Namun untuk mencapai impak maksimum, ia perlu dilengkapkan dengan strategi jangka panjang yang merangkumi pemodenan pertanian, pelaburan penyelidikan dan perlindungan menyeluruh ke atas pesawah dan industri keseluruhannya. Sekian, terima kasih.

draft • 3:30 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Okey, baiklah Yang Berhormat Merbok. Terima kasih. Sekarang Majlis ingin menjemput Yang Berhormat Bukit Bendera.

Silakan Yang Berhormat.

draft • 3:30 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Saya bangun untuk menyokong Rang Undang-undang Kawalan Padi dan Beras

(Pindaan) 2026. Jadi, ramai tadi yang tertanya-tanya, “Eh, Parlimen Bukit Bendera ni ada ka bendang?” Tak dak, tapi apa yang pasti, beras tu adalah makanan ruji setiap lapisan masyarakat.

draft • 3:35 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Beras bukan sekadar satu komoditi. Ia merupakan juga sumber pendapatan pesawah dan juga elemen penting dalam menjamin keselamatan makanan negara. Jadi apabila bekalan beras di manipulasi, harga tidak dipatuhi, gred di salah label ataupun stok dipindahkan secara tidak bertanggungjawab, kesannya bukan hanya kepada pasaran.

Kesannya dirasai terus oleh setiap rakyat terutamanya di meja makan.

Jadi, Akta Kawalan Padi dan Beras telah pun berusia lebih 30 tahun. Dalam tempoh tersebut, nilai industri, struktur pasaran dan juga rantaian bekalan dan bentuk penyelewengan telah berubah dengan begitu ketara. Jadi oleh itu, undang-undang juga perlu diperkukuhkan supaya seiring dengan realiti semasa.

Saya menyokong tindakan kerajaan menaikkan denda bagi kesalahan di bawah akta ini, tapi bagi individu, denda maksimum dinaikkan daripada RM15,000 kepada RM250,000 manakala bagi kesalahan berulang boleh mencecah setengah juta Ringgit. Jadi, bagi syarikat pula, denda boleh mencecah RM1 juta bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya.

Puan Yang di-Pertua, Menteri sendiri pun telah jelaskan bahawa akta sedia ada tidak lagi cukup kuat untuk memberikan kesan pencegahan yang berkesan. Ketika ini, terdapat 28 kes yang masih dalam proses sebutan dan perbicaraan. Namun bagi beberapa kes yang telah diputuskan, denda yang dikenakan hanya berada antara RM2,000 hingga RM8,000. Jadi, sebagai contoh, terdapat kes memiliki padi ataupun beras daripada sumber yang tidak sah yang dikenakan denda RM3,000 dan RM8,000. Terdapat juga kes memindahkan padi ataupun beras tanpa kebenaran yang dikenakan denda RM5,000.

Jadi persoalannya, adakah jumlah seperti ini benar-benar mampu menggerunkan pihak yang mengaut keuntungan besar daripada pelanggaran undang-undang. Jadi, bagi peniaga kecil, RM5,000 itu mungkin satu jumlah yang besar, tetapi bagi syarikat atau pihak yang terlibat dalam manipulasi bekalan secara terancang, denda tersebut mungkin hanya dianggap sebagai kos perniagaan.

Jadi, sebab itu pindaan ini penting. Hukuman yang dikenakan mesti setimpal dan cukup berat supaya pihak yang melanggar undang-undang tidak terus mengaut keuntungan.

Jangan sampai keuntungan daripada menipu jauh lebih besar daripada denda yang perlu dibayar. Jadi, undang-undang mesti mempunyai kuasa yang cukup kuat untuk mencegah, bukan sekadar menghukum selepas kesalahan tu berlaku. Matlamatnya ialah memastikan pihak yang mahu memanipulasi stok ataupun melanggar kawalan harga ataupun memperdagangkan bekalan daripada sumber yang tidak sah akan berfikir dua kali sebelum bertindak.

Namun, peningkatan penalti sahaja tidak mencukupi. Penguatkuasaan mesti tepat, adil dan juga menyeluruh. Jangan hanya mengambil tindakan di peringkat kedai.

Penguatkuasaan mesti meliputi seluruh rantaian bekalan. Bermula dengan pesawah dan

draft • 3:35 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

pembeli padi hinggalah ke kilang, gudang, pemborong dan peruncit. Saya juga menyambut baik usaha untuk mengawal selia dan juga melesenkan pembeli padi.

Pesawah perlu dilindungi daripada pembeli yang tidak berlesen dan juga pemotongan harga yang tidak telus dan pihak tengah yang mengambil kesempatan. Namun, saya ingin meminta jaminan daripada Menteri bahawa sistem pelesenan ini tidak akan menyebabkan pasaran dikuasai oleh hanya beberapa pembeli besar.

draft • 3:35 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Jika bilangan pembeli hanya terlalu kecil, kuasa tawar-menawar pesawah akan menjadi semakin lemah dan mungkin mereka terpaksa menerima apa sahaja harga yang ditawarkan. Kerajaan juga akan diberikan kuasa untuk menetapkan gred beras dan kawalan harga berdasarkan gred tersebut. Jadi ini penting untuk melindungi pengguna daripada salah pelabelan dan juga pembungkusan semula, tetapi gred beras tidak boleh sekadar menjadi perkataan yang boleh dicetak di atas kampit. Ia mesti berdasarkan standard objektif boleh diuji, boleh diaudit dan juga boleh difahami oleh para pengguna.

Jadi saya mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan sistem kebolehkesanan digital bagi penghantaran berskala besar. Jadi, setiap kelompok beras boleh juga dijejaki daripada kilang sehinggalah ke peruncit. Dan, ini akan membantu pihak berkuasa mengenal pasti di mana berlakunya percampuran, pertukaran gred, pemindahan yang mencurigakan ataupun salah label.

Jadi Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan satu persoalan yang penting ya ataupun memandangkan saya tak cukup masa, saya akan landing-lah. Akhirnya, rakyat tidak akan menilai rang undang-undang ini berdasarkan angka penalti semata-mata.

Rakyat akan menilai sama ada pesawah mendapat harga yang lebih adil, bekalan beras lebih terjamin dan pengguna benar-benar mendapat beras yang pada harga serta kualiti yang telah dijanjikan.

Jadi, itulah ukuran sebenar kejayaan sebenar pindaan ini. Jadi, bukan sekadar undang-undang yang lebih keras, tetapi sistem yang lebih adil, lebih telus dan lebih berpihak kepada rakyat. Dengan itu, Bukit Bendera menyokong. Sekian, terima kasih.

draft • 3:40 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi

Baiklah. Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Bendera. Sekarang giliran Yang Berhormat Kuala Krau. Silakan, Yang Berhormat.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang di-Pertua. Pada asasnya, saya menyokong hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan akta ini kerana pindaan ini lahir pada waktu yang tepat kerana negara pernah berdepan dengan isu kekurangan bekalan beras, dakwaan percampuran beras

draft • 3:42 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

tempatan dengan import, manipulasi label, penyorokan bekalan serta kenaikan harga yang beri kesan besar kepada rakyat.

Saya mengambil maklum bahawa RUU ini mencadangkan peningkatan penalti sehingga RM1 juta bagi kesalahan tertentu. Sudah tentu kita bersetuju bahawa pihak yang menipu, memanipulasi bekalan atau mengambil kesempatan daripada keperluan rakyat perlu dikenakan tindakan yang amat-amat tegas. Namun, adakah hukuman yang berat ini sahaja sudah memadai?

Dalam bidang kriminologi, terdapat satu prinsip yang dikenali sebagai certainty of detection, dengan izin iaitu kebarangkalian seseorang yang melakukan kesalahan itu benar- benar akan dikesan, disiasat dan didakwa. Hakikatnya seseorang lebih takut untuk melakukan kesalahan apabila dia yakin akan ditangkap berbanding hanya mengetahui hukuman berat, sebab itu hukuman yang berat sahaja tidak mencukupi.

Oleh itu, saya mencadangkan supaya kerajaan bukan sahaja menaikkan penalti malah memperkukuhkan kapasiti penguatkuasaan. Juga saya mencadangkan agar laporan tahunan penguatkuasaan Akta Kawalan Padi dan Beras ini dibentang di Parlimen yang mengandungi jumlah pemeriksaan, jumlah rampasan, jumlah pendakwaan, kadar sabitan dan apa-apa yang berkaitan.

Tuan Yang di-Pertua, keperluan mewujudkan sistem kebolehkesanan. Hari ini kita masih banyak bergantung kepada pemeriksaan fizikal dan operasi penguatkuasaan untuk mengesan percampuran beras ataupun penipuan label. Di negara-negara maju seperti Jepun dan Korea Selatan telah melangkah jauh ke hadapan melalui sistem traceability iaitu setiap lot beras boleh dijejaki daripada peringkat sawah, kilang, pengedar sehinggalah kepada tahap ke pengguna. Dengan ini, saya mencadangkan supaya kerajaan membangunkan digital rice passport iaitu identiti digital bagi setiap lot beras.

Tuan Yang di-Pertua, jika kita membaca keseluruhan RUU ini, sebahagian besar pindaan berkisar tentang penguatkuasaan, pelesenan dan penalti, tetapi persoalan yang lebih besar, adakah pindaan ini akan meningkatkan pendapatan pesawah? Apakah kos pengeluaran mereka akan berkurang dan apakah hasil setiap hektar itu akan meningkat?

Jawapannya belum pasti. Oleh itu, saya mencadangkan agar kerajaan membentangkan pelan yang lebih menyeluruh bagi meningkatkan produktiviti pesawah dan sawah, mengurangkan kos input seperti benih, baja dan racun serta meningkatkan pendapatan bersih pesawah.

Tuan Yang di-Pertua, klausa pengecualian. Saya memahami bahawa kerajaan memerlukan sedikit fleksibiliti dalam keadaan tertentu seperti bencana alam dan gangguan bekalan makanan. Namun begitu, kuasa pengecualian yang terlalu luas tanpa garis panduan yang jelas boleh menimbulkan persepsi penyalahgunaan kuasa. Justeru, saya

draft • 3:42 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

mencadangkan supaya setiap pengecualian yang diberikan direkodkan, mempunyai justifikasi bertulis dan tertakluk kepada mekanisme semakan pentadbiran.

Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2023, Perlis dan Kedah mencatatkan 272,725 hektar kawasan penanaman padi iaitu 44.4 peratus yang telah menyumbang sebanyak 991,343 tan metrik padi ataupun 45.6 peratus daripada pengeluar beras negara. Atas sebab itu, saya berpandangan bahawa tuntutan Kerajaan Negeri Kedah supaya Kerajaan Persekutuan memberikan pampasan yang sewajarnya, wajar dipertimbangkan secara telus.

Selama berpuluh-puluh tahun, Kedah telah mengazetkan kawasan sawah padi dan mengekalkan tanah pertanian tersebut daripada ditukar kepada pembangunan lain demi menjamin bekalan makanan negara. Pengorbanan ini bukan sahaja mengehadkan potensi pembangunan komersial negeri, malah memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh itu, secara adilnya eloklah Kerajaan Persekutuan berkongsi tanggungjawab ini melalui mekanisme pampasan yang munasabah.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama, nasib pesawah juga perlu diberikan perhatian yang serius. Ironinya, golongan yang menghasilkan makanan ruji rakyat sering kali tergolong dalam kumpulan berpendapatan rendah. Saya yakin dan percaya, tidak ada seorang pun di dalam Dewan ini yang tak makan nasi kecuali mungkin seorang, dualah yang kencing manis.

Namun Tuan-tuan sekalian, sejauh mana kita memikirkan tentang kebajikan mereka selama hari ini? Kita faham bahawa kita akan mati sekiranya kita tak dapat makan, kemungkinan kita akan mati. Tidak sepertimana, kita tak akan mati walaupun kita tak boleh naik LRT. Namun peruntukan yang besar diberikan kepada pengangkutan awam, bukan saya menolak. Namun keadilan yang perlu dilihat, kalau boleh kita belanja besar untuk pengangkutan awam, kenapa tidak boleh berbelanja besar bagi memastikan rakyat kita ada benda yang nak makan untuk meneruskan kelangsungan hidup ini.

Kita sering bercakap tentang keselamatan negara dari sudut pertahanan dan sempadan namun sekuriti makanan jugalah soal keselamatan negara. Sebuah negara yang gagal menjamin bekalan beras untuk rakyatnya ialah sebuah negara yang sedang mempertaruhkan masa depan rakyat dan negaranya. Dengan itu, Kuala Krau mohon mencadangkan. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 3:42 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau.

Sekarang giliran Yang Berhormat Bukit Gantang. Silakan, Yang Berhormat.

draft • 3:42 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Puan Yang di-

draft • 3:48 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Pertua, izinkan saya memulakan dengan satu persoalan yang mudah. Mengapa sebuah negara yang membina bangunan bertaraf dunia masih perlu memberi perhatian serius kepada sebutir beras? Jawapannya mudah, kerana beras bukan sekadar komoditi, beras ialah soal kedaulatan negara.

Dalam dunia yang semakin tidak menentu, peperangan hari ini bukan sahaja berlaku dengan peluru dan senjata ia juga berlaku melalui penggangguan rantaian bekalan makanan, sekatan eksport, perubahan iklim dan ketidaktentuan pasaran global. Sebab itu, saya berpandangan bahawa keselamatan makanan bukan lagi satu isu pertanian semata-mata tetapi ia telah menjadi sebahagian daripada agenda keselamatan negara. Atas asas itu, saya menyokong pindaan ini.

Namun saya ingin melihat rang undang-undang ini bukan sekadar sebagai pindaan Akta 522 tetapi sebagai titik permulaan reformasi menyeluruh industri padi dan beras negara, tetapi dalam pentadbiran awam, perbezaan antara menetapkan dasar dan menguatkuasakan dasar, sangat besar.

draft • 3:48 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Dasar yang tidak dikuatkuasakan akhirnya hanya menjadi slogan. Rakyat hari ini tidak lagi menilai, kerajaan berdasarkan berapa— berapa banyak dasar diumumkan, rakyat mahu melihat tindakan. Saya percaya Kerajaan MADANI memahami hakikat ini. Saya ingin membuat penegasan. Undang-undang bertujuan menghalang kesalahan daripada berlaku.

Apabila hukuman terlalu rendah, ia gagal menjadi pencegah.

Saya ingin menyebutkan bahawa masalah industri padi negara bukan bermula di sawah kerana pesawah kita rajin, hasil dikeluarkan setiap musim. Pesawah membanting tulang setiap hari, mereka telah mengusahakan daripada beberapa generasi. Pesawah kita semakin terbuka menerima teknologi. Masalah sebenar ialah apabila nilai tambah dalam rantaian bekalan tidak diagihkan secara adil. Akibatnya, berlaku keadaan yang pelik.

Pesawah merasakan harga yang diterima rendah, pengguna pula merasakan harga yang dibayar tinggi. Kalau kedua-duanya tidak puas hati, persoalannya ialah siapa yang mendapat keuntungan paling besar dalam rantaian bekalan ini?

Puan Yang di-Pertua, saya ingin memberi amaran keras kepada pihak yang bertanggungjawab terhadap isu beras negara. Bagaimana mungkin pengeluaran padi industri padi negara masih terus berjalan, hasil terus dituai setiap musim, tetapi beras putih tempatan masih hilang dalam pasaran. Ke mana sebenarnya beras ini pergi? Pada masa yang sama, rakyat dipaksa membeli beras import pada harga yang jauh lebih tinggi kepada harga beras import yang berharga hanya RM18 satu kampit, beras Pakistan dan beras-beras import yang lain, dan beras import dijual pada harga RM30 sekampit. Maka wujud perbezaan harga sekitar

draft • 3:50 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

RM12 sekampit. Siapakah yang menikmati keuntungan besar ini? Sudah tentu kartel yang menikmatinya.

Saya ingin bertanya kepada kementerian KPKM dan juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, adakah kementerian benar-benar tidak mengetahui apa yang sedang berlaku? Saya dah lima tahun mengemukakan isu ini, tapi belum selesai lagi.

Beras tempatan terus hilang di pasaran. Adakah sistem pemantauan dan penguatkuasaan telah gagal? Mengapa masalah ini terus berterusan tanpa penyelesaian yang meyakinkan?

Jika perbezaan harga sebanyak RM12 sekampit dan jumlah keseluruhan negara nilainya boleh mencecah sehingga RM1.68 bilion setahun. Rakyat akhirnya bukan sekadar marah, tapi rakyat sudah hilang kesabaran. Walaupun mereka diam, tetapi mereka akan menunjukkan keputusan di dalam pilihan raya nanti. Saya memberi amaran kepada pihak berkuasa, jangan terus menutup mata, jangan terus memekakkan telinga terhadap penderitaan rakyat. Setiap hari kelewatan bertindak, bermakna setiap hari rakyat membayar kos yang tinggi untuk membeli makanan ruji mereka.

Sekiranya KPKM masih gagal memberikan penjelasan yang telus, saya akan mengambil tindakan tegas. Saya akan terus membawa isu ini di Dewan yang mulia ini kepada media dan kepada rakyat. Saya akan terus mendesak supaya keseluruhan rantaian bekalan disiasat secara keseluruhan dan semua pihak yang terlibat didedahkan. Beras adalah makanan ruji rakyat, ia bukan medan untuk mana-mana pihak mengaut keuntungan melampau atas kesusahan rakyat. Kerajaan mesti bertindak sekarang bukan esok.

Saya ingin mencadangkan tiga perkara:

(i) jika satu syarikat konsesi tidak dapat menyelesaikan masalah harga beras, saya cadangkan kerajaan buka kepada beberapa syarikat yang lain untuk mengimport beras;

(ii) kerajaan perlu memastikan SSL beras negara terus meningkat, di mana buka kan semula benih padi sah kepada pesawah. Beli sendiri, bukanlah kartel yang menentukan;

(iii) memberikan subsidi kepada output bukan kepada input. Output ialah hasil. Siapa yang mengeluarkan hasil yang lebih, bagi insentif yang lebih. Pesawah bebas dari segi untuk menentukan benih apa yang mereka perlukan; dan

(iv) saya mencadangkan supaya kerajaan menggunakan AI ataupun national traceability system supaya kita dapat kesan di manakah pergi beras padi tempatan, beras tempatan dan beras import.

draft • 3:50 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Terima kasih banyak. Saya mohon menyokong. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 3:50 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Sekarang, Majlis ingin mempersilakan Yang Berhormat Langkawi. Silakan, Yang Berhormat.

draft • 3:50 PM

Dato' Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Izinkan saya membincangkan Rang Undang-undang Kawalan Padi dan Beras yang pernah kalau kita ingat, pernah dibentang pertama kali sebelum ini dan ditarik balik disebabkan oleh beberapa faktor, perubahan pentadbiran dan keperluan penelitian semula struktur industri. Malah kali ini ia datang dengan kandungan yang lebih agresif dan berbeza berbanding dengan draf asal tahun 2019 dan 2022.

Pengenalan semula ini susulan pertimbangan mengenai manipulasi gred, taktik penukaran kampit beras, bercampur beras tempatan dan import, serta aktiviti menyorok bekalan yang tidak dapat dibendung sepenuhnya sebelum ini ekoran kekangan penalti lama yang terlalu rendah.

RUU seksyen 22 menaikkan denda maksimum daripada RM15,000 kepada RM250,000. Kesalahan pertama dan sehingga RM500,000 bagi kesalahan berikutnya kepada individu dan pengarah syarikat yang didapati bersalah. Bagi pertubuhan perbadanan, denda maksimum ditingkatkan daripada RM25,000 kepada RM500,000 kesalahan pertama, dan sehingga RM1 juta bagi kesalahan berikutnya. Kalau kita tengok daripada denda-denda ini, tentu sekali menggerunkan dan kita yakin bahawa perkara yang tidak baik ini tidak akan berlaku lagi tetapi tidak bagi petani-petani yang saya bersembang dengan mereka.

Jadi, saya nak terus kepada permohonan Langkawi. Saya ada empat minit, kerana ini berhubung dengan pertanian, kemudian saya akan menyentuh balik kepada rang undang- undang. Saya baru dapat pagi tadi, bajak dan traktor tak cukup. Kekurangan traktor menyebabkan ada kawasan tidak dapat menanam padi, dua kali setahun. Traktor daripada Peladang Negeri (PPNK) Bahagian Jentera, dan pihak BERNAS yang beroperasi di Langkawi masih tidak mencukupi.

Jadi, saya minta penduduk-penduduk Langkawi dengar ini, saya dok minta apa yang tuan-tuan hantar dekat saya pagi tadi. Sebab sekarang ini Pendang, ramai dok masuk kawasan ini. Dok pi cerita yang bukan-bukan dan ada juga yang berjanji untuk menyelesaikan masalah Langkawi dan pilihan raya dah nak dekat ini nampaknya.

Cadangan yang diminta oleh mereka, kerajaan melalui agensi berkaitan perlu menambah sekurang-kurangnya 20 hingga 30 buah traktor bagi menjamin tanaman padi

draft • 3:55 PM

Dato' Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

dapat dilaksanakan dua kali setahun. Jentuai, mesin menuai dan kekurangan jentuai menjejaskan proses penuaian terutama pada musim puncak. Musim hujan menyebabkan jentuai tidak dapat beroperasi secara optimum sekali gus mengakibatkan kerugian kepada petani. Tanaman padi di Langkawi masih bergantung kepada turunnya hujan kerana sistem pengairan belum lengkap dan mencukupi.

Petani mengucapkan penghargaan kepada Kementerian Pertanian melalui BERNAS.

Ini orang kampung tulis ini. Melalui BERNAS yang dalam proses membina kilang padi di Langkawi. Terima kasih kepada kerajaan. Pembinaan tertangguh akibat penukaran status tanah yang belum diselesaikan. Dah dua tahun dah, tak selesai-selesai kes tanah. Jadi, kilang itu jadi janji kosong sahaja. Mungkin sebelum pilihan raya ini insya-Allah, kilang itu akan muncul.

draft • 3:55 PM

Dato' Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

Pembinaan tertangguh akibat penukaran status tanah yang belum diselesai. Proses penukaran status tanah diselesaikan segera bagi membolehkan pembinaan kilang dipercepatkan.

Isu perparitan dan pengairan sawah. Projek menaikkan taraf longkang-longkang konkrit di semua kawasan sawah padi di Langkawi perlu disegerakan bagi memastikan pengairan yang lebih efisien. Perlu menambah peruntukan pam air bagi menghadapi musim panas atau kemarau atau untuk memastikan bekalan air mencukupi bagi sawah padi. Rumah- rumah pam memerlukan penyelenggaraan berkala dan peningkatan kapasiti agar dapat beroperasi secara optimum sepanjang tahun.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Pembinaan baharu tandop atau bendungan atau takungan ayaq. Perlu pembinaan tandop baharu kerana ketika musim hujan, air terus mengalir ke laut tanpa sekatan.

Pembinaan tasik buatan Ulu Melaka. Cadangan supaya kerajaan membuat pengambilan tanah untuk membina tasik buatan sebagai alternatif empangan di Ulu Melaka, Ayer Hangat, Kedawang. Satukan atau alirkan air dari Sungai Batu Asah ke Sungai Macang kerana Sungai Batu Asah kini mengalir terus ke laut menyebabkan pembaziran sumber air.

Padi pulut. Petani menghargai hasrat menjadikan Langkawi sebagai kawasan tanaman padi pulut. Kerajaan menyediakan benih padi pulut dengan tempoh matang singkat 100 hingga 120 hari bagi membolehkan penanaman dua kali setahun. Setakat ini belum mencapai tahap yang demikian.

draft • 4:00 PM

Dato' Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

Saya juga nak membaca sedikit soalan-soalan yang diberikan. Tadi yang di Langkawi.

Yang ini apa yang kita pastikan. Apakah analisis kerajaan mengenai kesan RUU terhadap pendapatan bersih pesawah? Adakah terdapat sasaran peningkatan pendapatan selepas pelaksanaan pindaan? Adakah mekanisme semakan harga lantai akan dibuat secara berkala berasaskan perubahan kos pengeluaran? Bagaimana formula penetapan harga itu ditentukan?

Adakah pengedaran padi akan disokong dengan standard yang seragam, rekod digital atau mekanisme rayuan? Supaya pesawah boleh mencabar keputusan yang dianggap tidak tepat. Bagaimana kerajaan memastikan tindakan penguatkuasaan memberi tumpuan kepada sindiket, penyeludup dan pihak yang memanipulasikan pasaran tanpa membebankan pesawah kecil yang melakukan kesalahan teknikal?

Perlu kah diwujudkan tempoh maksimum pembayaran oleh pembeli berlesen bagi mengelakkan kelewatan yang menjejaskan aliran tunai pesawah? Selain pindaan akta, apakah langkah khusus untuk mengurangkan kos benih, baja, racun, jentera dan pengairan?

Apakah sasaran hasil sehektar yang ingin dicapai melalui dasar kerajaan dan bagaimana RUU ini menyokong sasaran tersebut? Adakah kerajaan akan menerbitkan data berkala mengenai stok padi dan beras, import lesen serta tindakan penguatkuasaan bagi meningkat keyakinan industri? Apakah perlu diwajibkan laporan kepada Parlimen secara bersiri daripada kementerian?

Cadangan kita. Semakan berkala harga lantai padi berdasarkan kos pengeluaran hendaklah dibuat oleh kerajaan. Mekanisme pengedaran yang lebih telus dan boleh dirayu.

Tempoh pembayaran wajib oleh pembeli berlesen.

Akhir sekali, Dato’ yang di-Pertua, saya ingin bertanya sama ada kementerian berjumpa dengan NGO ataupun petani sebelum mereka mengadakan rang undang-undang ini dibentangkan. Tuan-tuan, kalaulah NGO ataupun petani tak dijumpa, forget it-lah, bentang sekali lagilah nampaknya. Sebab, petani kata mereka bersetuju― mereka pun baca juga rang undang-undang ini. Petani sekarang semua keluar universiti. Mereka baca, tetapi soalnya, mereka tak dijemput untuk memberi input mereka. Jadi, saya minta supaya kerajaan, melalui select committee ataupun sesiapa sahaja, boleh memanggil NGO-NGO ini dan juga rang undang-undang ini tidak dibentangkan ataupun tidak diluluskan pada kali ini dan minta diperbaharui sekali lagi.

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Saya jemput Yang Berhormat Pendang.

draft • 4:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih sekali lagi kerana memberi peluang kepada Pendang mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2026.

Pada prinsipnya, saya menyokong pindaan ini, Puan Yang di-Pertua. Akta 522 yang berkuat kuasa sejak tahun 1994 ini sememangnya perlu diperkasakan bagi menghadapi cabaran semasa dalam industri padi dan beras negara, khususnya berkenaan dengan food security ini. Inilah sangat penting bagi kita, bagaimana dia ada kaitan dengan penyeludupan, manipulasi bekalan, pencampuran beras dan kegiatan kartel yang boleh menjejaskan sekuriti makanan negara.

Yang mana, kita lihat dulu bila diberi mandat kepada NAFAS hanya untuk mengedarkan benih― kalau dulu, semua NAFAS yang akan beroperasi daripada menyediakan benih sehingga mengedarkan benih, tapi sekarang hanya NAFAS mengedarkan benih. Ada timbul beberapa masalah hasil daripada saya buat pertemuan dengan NGO-NGO pesawah ini, lambat sampai dan sebagainya. Jadi, benih kita nak tanam sekarang pun jadi susah.

Jadi, kenapa diberi konsesi ini kepada kartel-kartel yang mereka ini hanya terlibat dalam perniagaan untuk mencari keuntungan? Sebenarnya mereka tidak menjiwai hak petani- petani yang mana merupakan satu tanggungjawab yang berat untuk menyediakan bagi melengkapkan security food ataupun keselamatan makanan negara ini.

Oleh sebab itu― namun begitu, saya berpandangan bahawa keberkesanan sesuatu undang-undang bukan hanya bergantung kepada beratnya hukuman tetapi, Puan Yang di- Pertua, bergantung kepada ketepatan sasarannya dan keadilan pelaksanaannya.

Puan Yang di-Pertua, undang-undang yang baik bukan diukur pada tingginya denda, tetapi pada ketepatan sasarannya yang mana boleh dinikmati oleh mereka-mereka yang melaksanakan pesawah padi dan juga petani-petani ini.

Jadi, kita lihat kalaulah denda ini begitu tinggi tetapi pelaksanaannya tidak ada, sama saja, kartel terus bermaharajalela. Sekarang ini kita tengok tauke-tauke beras, tauke-tauke padi yang membeli padi semua potong sehingga 20 berapa peratus, sehingga tidak ada apa- apa kehendak yang dapat kepada petani-petani ini. Sehingga mereka merajuk tak nak lagi tanam padi kerana tak ada penghasilan. Bila jual semua, penghasilan daripada kos operasi ini mengatasi penghasilan bila mereka menjual padi. Hanya yang untung taikun-taikun ataupun kartel-kartel padi inilah.

Puan Yang di-Pertua, perkara pertama yang ingin saya bangkitkan ialah berkaitan dengan pindaan seksyen 22 mengenai peningkatan penalti. Sebab, saya kawasan Pendang

draft • 4:04 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

ini, Puan Yang di-Pertua, adalah kawasan padi. Jadi, memang sesuailah saya bercakap. Saya tak tahulah mereka-mereka yang tidak ada― lagipun, saya juga asalnya pesawah padi. Jadi, saya ada pengalaman bagaimana dulu dengan sekarang kita mengelola, memproses padi sehingga dia menjadi beras ini.

Perkara pertama yang ingin saya bangkitkan ialah berkaitan dengan pindaan seksyen 22 mengenai peningkatan penalti. Kerajaan mencadangkan denda sehingga RM250,000 bagi individu dan sehingga RM1 juta bagi syarikat yang melakukan kesalahan berulang.

Jika hukuman ini benar-benar dikenakan terhadap kartel dan sindiket yang mengaut keuntungan dengan memanipulasi bekalan makanan negara, saya menyokong sepenuhnya.

Malah, katanya, data kementerian sendiri menunjukkan bahawa kes memiliki padi ataupun beras daripada sumber yang tidak sah merupakan kesalahan tertinggi yang direkodkan iaitu sebanyak 1,246 kes. Ini membuktikan bahawa tindakan tegas terhadap sindiket memang diperlukan.

Saya, sekali lagi saya beri penegasan, kita undang-undang memang cantik, tapi kelemahan kita di segi pelaksanaan. Di mana-mana pun, pelaksanaan inilah yang selalu dibangkitkan. Kita tak tahulah pelaksanaan mungkin pegawai-pegawai dan juga ada kaitan dengan perkara-perkara yang hubungan dengan kartel-kartel dan sebagainya.

Puan Yang di-Pertua, adakah kementerian mempunyai SOP penguatkuasaan yang jelas bagi membezakan antara pemilik syarikat, pengarah dan dalang yang menguruskan hal- hal ini, pekerja dan individu yang hanya melakukan, menjalankan arahan? Rakyat tidak akan menilai kejayaan akta ini berdasarkan jumlah tangkapan. Rakyat akan menilai sama ada yang ditangkap itu benar-benar jerung ataupun sekadar ikan bilis.

Puan Yang di-Pertua, perkara kedua ialah mengenai kuasa baharu untuk melesenkan pembeli padi.

draft • 4:04 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Hasrat kerajaan untuk memperkemaskan rantaian bekalan memang baik, namun kementerian juga perlu melihat realiti di lapangan. Di kawasan luar bandar, pembeli padi berskala kecil memainkan peranan penting sebagai penghubung antara pesawah dan pasaran. Mereka menyediakan pilihan kepada pesawah dan membantu memastikan persaingan yang sihat.

Persoalannya, adakah kementerian melaksanakan regulatory impact assessment

(RIA) sebelum memperkenalkan sistem pelaksanaan ini— sistem pelesenan ini? Sekiranya syarat pelesenan ini terlalu ketat, kos pematuhan terlalu tinggi atau prosesnya terlalu rumit, pembeli kecil akan tersingkir di pasaran. Apabila pembeli semakin sedikit, kuasa tawar- menawar pesawah juga akan semakin lemah. Akhirnya, syarikat besar yang menguasai pasaran pembelian ini akan mendapat keuntungan.

draft • 4:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Puan Yang di-Pertua, perkara ketiga ialah mengenai penalti bagi kesalahan pentadbiran. Saya berpandangan, kementerian perlu membezakan antara kesalahan yang benar-benar mengancam sekuriti makanan negara. Minta sikit je, sebab saya dah yang terakhir, Puan Yang di-Pertua.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sikit.

draft • 4:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey, baik. Dengan kesalahan pentadbiran seperti kegagalan mempamerkan lesen atau kelemahan dalam penyelenggaraan rekod. Tidak semua kesalahan mempunyai unsur jenayah, tidak semua kesalahan dilakukan dengan niat untuk menipu.

Justeru itu, saya mencadangkan supaya kementerian mengutamakan pendekatan pendidikan dan pematuhan bagi kesalahan kali pertama melalui amaran dan peluang untuk membuatkan pembetulan sebelum tindakan yang lebih berat dikenakan. Pendekatan ini saya rasa lebih adil, kita mendidik daripada kita mengenakan tindakan.

Puan Yang di-Pertua, akhir sekali, saya mencadangkan supaya kementerian membentangkan Laporan Tahunan Penguatkuasaan Akta 522 kepada Parlimen. Laporan tersebut wajar mengandungi jumlah operasi penguatkuasaan. Tangkapan, pendakwaan, sabitan serta pecahan yang melibatkan individu dan syarikat. Dengan cara ini, Parlimen dapat menilai secara objektif sama ada pindaan yang kita luluskan hari ini benar-benar berjaya membanteras kartel dan penyeludupan atau pun sekadar meningkatkan tindakan terhadap pemain industri kecil ini.

Kesimpulannya Puan Yang di-Pertua— habis dah, kesimpulan. Negara tidak kurang— kekurangan undang-undang, apa yang rakyat tuntut ialah undang-undang yang dilaksanakan adalah secara adil, telus dan berkesan. Kita mahu kartel ditumpaskan, kita mahu pesawah terus dilindungi, kita mahu pemain industri kecil yang mematuhi undang-undang terus diberi ruang untuk berkembang.

Jika itu dicapai, maka pindaan ini benar-benar mematuhi matlamatnya. Namun begitu, jika terbeban hanyalah rakyat biasa, sedangkan dalang sebenar terus mengaut keuntungan.

Maka, kita perlu berani menilai semula keberkesanan pelaksanaannya. Dengan harapan, kementerian dapat memberikan penjelasan terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan.

Pendang menyokong Rang Undang-undang Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2026.

Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Sekarang saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Masa 45 minit.

draft • 4:10 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin

Ya, terima kasih Puan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI.

Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada 45 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2026.

Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian yang telah mengadakan mesyuarat JKPK Bilangan 15, Tahun 2026 pada 22 Jun dan 8 Julai yang lalu, khusus untuk meneliti dan memberikan maklum balas terhadap Rang Undang-undang Kawalan Padi dan Beras

(Pindaan) 2026.

Terima kasih kepada Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut yang telah memberikan sokongan penuh kepada RUU ini untuk dibentangkan dan diluluskan. Dan saya mengambil maklum dan menghargai segala pemerhatian, cadangan serta pandangan bernas yang telah dibincangkan semasa mesyuarat tersebut. Sesi tersebut telah memberi input yang amat konstruktif dan membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasa tadbir urus sektor padi dan beras negara.

Timbalan Speaker, oleh kerana jawapan yang saya ada ini muka surat 25, agak panjang, so saya mohon kurangkan celah kerana saya nak habiskan sebanyak yang boleh.

Okey, so Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya akan meneruskan penggulungan dengan menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dengan merangkumkan semua persoalan tersebut kepada enam kluster yang utama.

Iaitu pertama, pengukuhan kawalan dan urus tadbir industri padi dan beras negara melalui RUU 522.

Kedua, pelaksanaan aturan berkaitan bagi Sabah dan Sarawak serta cadangan kerjasama strategik bersama Lembaga Padi dan Beras Sabah dan Sarawak.

Ketiga, justifikasi kepada cadangan menaikkan kadar penalti am dan pengenalan kepada penalti khusus.

Keempat, pengukuhan penguatkuasaan melalui kuasa YB Menteri dalam membuat peraturan.

Kelima, mekanisme penguatkuasaan di bawah Akta 522.

Dan keenam, isu-isu dasar yang tidak berkait secara langsung dengan pindaan RUU seperti konsesi BERNAS, kadar pemutuan tinggi dan pendapatan pesawah.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menekankan sekali lagi mengenai kepentingan Akta 522 yang merupakan instrumen perundangan utama yang digunakan oleh kerajaan bagi

draft • 4:13 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin

mengawal selia industri padi dan beras, khususnya dari aspek penguatkuasaan, kawalan pasaran dan pematuhan industri.

Hari ini kita berdepan dengan land skap global yang semakin mencabar, dinamik dan sering kali tidak menentu. Dunia kini berhadapan dengan perubahan iklim ekstrem yang berupaya menjejaskan hasil tuaian serta ketidaktentuan geopolitik antarabangsa yang boleh menjejaskan kos pengeluaran padi negara.

Perkara ini menyumbang kepada kemerosotan pencapaian tahap sara diri pesara.

draft • 4:13 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Puan Speaker.

draft • 4:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya.

draft • 4:13 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Saya just minta laluan, tiada kena mengena dengan debate, tapi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk introduce atau pun mengalu-alukan ketibaan Parti Neo Demokratik Negeri Pulai Pinang iaitu satu parti Parlimen Belia dari Pulau Pinang yang hadir hari ini, di belakang bersama kami hari ini.

draft • 4:13 PM

[Dewan tepuk]

Datuk Chan Foong Hin

Ya, saya juga menyambut kedatangan delegasi tersebut.

draft • 4:13 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih Puan.

draft • 4:13 PM

Datuk Chan Foong Hin

Okey, so perkara ini telah menyumbang kepada kemerosotan pencapaian tahap sara diri beras negara seperti yang telah disuarakan oleh Yang Berhormat Rasah dan Sri Aman.

Untuk makluman Dewan, sehingga tahun 2024, SSR beras negara kita berada pada kadar sekitar 52.9 peratus. Memang masih jauh dari sasaran. 75 peratus pada tahun 2025 dan 80 peratus menjelang tahun 2030 seperti yang digariskan dalam Dasar Agromakanan Negara (2021–2030).

Kerajaan mengakui bahawa jurang pencapaian ini adalah besar dan tidak boleh ditangani melalui pendekatan sedia ada semata-mata. Kementerian amat memahami dan berkongsi kebimbangan yang disuarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai kesan langsung kemerosotan SSR ini terhadap kelangsungan hidup para pesawah kita.

Di sebalik angka-angka peratusan ini, kementerian ingin memberi jaminan bahawa kebajikan pesawah tetap menjadi fokus utama dalam setiap perancangan kementerian.

Pindaan Akta 522 yang dihasratkan ini tidak sesekali bertujuan untuk menindas atau menambah beban kepada mereka, melainkan bertindak sebagai payung perlindungan.

draft • 4:13 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Bangun]

draft • 4:13 PM

Datuk Chan Foong Hin

Melalui pengukuhan undang-undang, kerajaan mahu memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan memanipulasi pasaran sehingga

draft • 4:13 PM

Datuk Chan Foong Hin

menjejaskan pendapatan keringat pesawah miskin di Pendang. Kebajikan hak dan kelestarian ekonomi pesawah adalah keutamaan mutlak Kerajaan MADANI yang tidak akan di kompromi.

Dalam konteks ini, kerajaan terus kekal menyediakan subsidi input dan output bagi membantu mengekalkan pengeluaran, di samping menetapkan hala tuju yang lebih bersasar dan realistik dengan memberi tumpuan kepada peningkatan produktiviti kawasan jelapang padi yang sedia ada. Nanti ya.

Peluasan pengurusan ladang secara berkelompok melalui Program Smart SBB, pemodenan sistem pengairan dan saliran serta peluasan pengguna mekanisasi dan teknologi juga telah diperkenalkan. Bagi menyokong hasrat tersebut, kementerian melihat penambahbaikan segera terhadap instrumen perundangan yang lebih komprehensif dan berkesan perlu dibuat dalam menangani isu di sepanjang rantaian ekosistem industri padi dan beras bagi memastikan segala perancangan dan hala tuju industri tidak akan terjejas.

draft • 4:13 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey, terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya nak tanya satu, kes yang dibawa ke mahkamah berkenaan dengan ahli lembaga yang belum selesai, tapi dalam masa yang sama, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pemantau untuk melihat apa yang berlaku.

Sepatutnya kerajaan menyelesaikan dulu ahli lembaga yang dibawa ke mahkamah ini supaya kita dapat menjalankan urusan urus tadbir padi ini dengan lebih elok.

Yang keduanya, kelewatan yang melampau berkenaan dengan pembekalan baja subsidi, berlaku kelewatan baja subsidi yang sangat kritikal sehingga melebihi dua bulan yang menjejaskan hasil tuaian padi petani.

draft • 4:13 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terkini, kelewatan pembekalan di keseluruhan kawasan MADA menghampiri tempoh dua bulan dan dijangka menjejaskan hasil musim akan datang. Jadi kenapa keadaan ini berlaku setelah diswastakan atau pun diberi tanggungjawab kepada pihak-pihak yang membekalkan baja dan juga benih ini kepada hanya NAFAS hanya mengedar kepada petani, itu masa yang sehingga dua bulan lebih tidak sampai lagi. Ini satu yang ekstrem lah.

draft • 4:20 PM

Datuk Chan Foong Hin

Ya, terima kasih kepada Yang Berhormat tentang sebenarnya soalan yang sama saya telah jawab pada dua minggu yang lalu. So saya akan memberikan jawapan yang bertulis. Cuma yang kesimpulan dia kita hendak memastikan segala-gala kelewatan ini kita akhirkan pada pertengahan Julai ini lah. Terima kasih.

So Tuan Yang di-Pertua, saya meneruskan ya. Bagi menjawab soalan...

draft • 4:20 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

[Bangun]

draft • 4:20 PM

Datuk Chan Foong Hin

...Yang dikemukakan dan dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sri Aman, Sipitang. Sipitang sudah masuk, Sipitang, Kota Belud, Tuaran, Keningau dan Betong mengenai respons kementerian susulan penubuhan Lembaga Padi dan Beras di

draft • 4:20 PM

Datuk Chan Foong Hin

Sarawak dan juga Lembaga Padi dan Beras di Sabah yang antara lain turut menyentuh mengenai bidang kuasa kementerian dalam kawal selia padi dan beras, urusan pembekalan dan pengurusan stockpile beras di kedua-dua negeri.

Kementerian mengambil maklum mengenai keputusan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang telah meluluskan Rang Udang-undang Lembaga Padi dan Beras Sarawak pada 12 Mei 2026 yang membawa kepada penubuhan LPB Sarawak dan keputusan Kerajaan Negeri Sabah yang juga telah mengambil tindakan menghidupkan semula LPB Sabah secara rasmi pada 10 Mei 2024.

Dalam hal ini kementerian menyambut baik hasrat kedua-dua kerajaan negeri yang antara lain bertujuan untuk memperkasakan pengurusan dan memodenkan industri padi serta beras di kedua-dua negeri ini. Dalam masa yang sama, kementerian akan memastikan segala peraturan yang akan digubal akan mengambil kira kedudukan semasa industri di kedua-dua negeri tersebut. Oleh itu, kementerian bersedia untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak LPB Sarawak dan juga LPB Sabah dalam usaha dalam memperkukuhkan keterjaminan makanan serta memastikan pembangunan industri padi dan beras di kedua-dua buah negeri dapat dilaksanakan secara lebih tersusun dan mampan.

Pihak kementerian juga percaya melalui sesi-sesi libat urus, mesyuarat dan perbincangan selanjutnya, satu kaedah penyelesaian yang akan memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat akan dapat dicapai. Kementerian juga mengambil peluang di Dewan Yang Mulia ini untuk memberikan penjelasan dan pencerahan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, khususnya daripada Sabah dan Sarawak berkenaan pembekalan beras bagi kegunaan rakyat di Sabah dan Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan Labuan. Kerana ada soal sama ada dasar ini one size fits all kan, so sekarang saya memberikan satu contoh yang menunjukkan Kerajaan MADANI, kita memberi fleksibiliti apabila dalam urusan pembekalan beras.

So untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Sabah dan Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan Labuan, tiada kawalan harga bagi semua gred beras termasuk BPT, beras putih tempatan dan beras putih import. Pelaksanaan kawalan harga tidak dikuatkuasakan berikutan kadar pengeluaran beras masih sangat rendah dan pesawah di Sabah dan Sarawak masih mengharapkan panduan dan sokongan daripada kerajaan untuk meningkatkan produktiviti padi disebabkan kos pengeluaran yang masih tinggi.

Sehubungan itu, bagi mengimbangi bekalan dan harga beras di Sabah dan Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan Labuan, mulai 5 Oktober 2023, kerajaan telah memberikan subsidi sebanyak RM950 per tan metrik bagi beras putih import dan menetapkan harga runcit bagi kampit beras putih import 10kg tidak melebihi RM31 di Sabah dan Sarawak.

draft • 4:20 PM

Datuk Chan Foong Hin

Terkini, BERNAS telah menyelaras harga jualan beras putih import di pintu gudang BERNAS kepada RM2,600 per tan metrik berkuat kuasa 15 Mei 2025 di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Dengan penyelarasan ini, harga jualan BPI di pintu gudang BERNAS untuk Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan masing-masing telah diseragamkan kepada RM2,600 per tan metrik.

Sehubungan itu harga-harga runcit BPI, beras putih import kekal tidak melebihi RM31 bagi setiap kampit 10kg untuk pasaran Sabah, Sarawak dan Labuan.

draft • 4:20 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kerajaan Negeri Sabah telah menubuhkan Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS) bagi memacu pembangunan industri padi dan juga beras di negeri ini.

Soalan saya kepada Menteri, apakah komitmen kementerian untuk menyokong LPBS, khususnya dari segi peruntukan pembangunan, bantuan teknikal dan pemindahan teknologi supaya dapat memperkukuh pembangunan industri padi serta meningkatkan tahap sara diri

(SSL) beras di Sabah? Terima kasih.

draft • 4:20 PM

Datuk Chan Foong Hin

Terima kasih kepada sahabat saya Sipitang. Untuk menjawab soalan Sipitang, sebenarnya saya dalam mengadakan pertemuan bersama dengan Lembaga Padi dan Beras Sabah di mana yang CEO ada GM dia, Datuk Ramle kan?

Okey. So kita ada cerita dan sekarang saya rasa peranan Lembaga Padi Beras dekat Sabah ini dia lebih kepada pengembangan. Dia kurang kepada kawal selia beras dan padi di pasaran Sabah. So saya harap kita melalui ini sesi libat urus yang seterusnya kita mencapai kata sepakat dalam macam mana kita membangunkan bersama- sama untuk Sabah dan Sarawak ini. Terima kasih.

So memandangkan masa saya cuma tinggal 33 minit...

draft • 4:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Hulu Terengganu, sikit. Boleh?

draft • 4:20 PM

Datuk Chan Foong Hin

Ini Sabah Sarawak ini, saya belum masuk yang lain-lain.

draft • 4:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tidak, berkaitan dengan BERNAS dan beras campuran tadi.

draft • 4:20 PM

Datuk Chan Foong Hin

Nanti, saya nanti saya akan sampai ke sana. Boleh? Belum sampai lagi, belum sampai lagi. Sabar. Okey, so selepas Sabah dan Sarawak sekarang mengenai cadangan menaikkan kadar penalti am. Saya amat menghargai pandangan dan kebimbangan yang telah disuarakan oleh Rasah, Sri Aman, Tenom, Baling, Jempol, Kulim- Bandar Baharu, Besut dan mungkin juga Bakri berkenaan dengan kewajaran menaikkan kadar penalti am di bawah pindaan seksyen 22 Akta Kawalan Padi dan Beras 1994.

Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum melalui pindaan ini, penalti am bagi individu dicadangkan untuk dinaikkan kepada denda yang tidak melebihi RM250,000.

draft • 4:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Peraturan Dewan mengenai berkenaan dengan 35(5). Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri tidak terikat dengan 30 minit kerana ini adalah satu— padi yang sangat penting.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk.

draft • 4:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jadi kita boleh bincang, kita boleh bincang panjang sikit.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Itu keputusan saya.

draft • 4:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kesianlah dekat dia. Dia terikat dengan time itu.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jangan bazir masa. Sila duduk.

draft • 4:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dia bukan bazir masa, saya hendak bagi tahu kata, kita...

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sila duduk.

draft • 4:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya hendak minta...

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak dibenarkan. Sila duduk.

draft • 4:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kebenaran daripada Tuan Yang di- Pertua untuk beri masa dekat..

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya sudah buat keputusan. Sila duduk. Tidak dibenarkan. Sila duduk.

draft • 4:20 PM

Datuk Chan Foong Hin

Pendang, Pendang, kita nanti kita minum kopi, boleh? Okey.

Saya teruskan ya, okey.

Untuk isu kenaikan penalti am ini, okey, di antara justifikasi kementerian yang pertama, mengemas kini hukuman yang telah usang serta memastikan hukuman berkadaran. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan Yang Mulia, kadar penalti di bawah akta ini tidak pernah dipinda semenjak ia digubal pada tahun 1994. Selepas hampir 32 tahun, kadar denda sedia ada tidak lagi relevan untuk menimbulkan kegerunan kepada penyeludup beras. Kenaikan ini amat diperlukan supaya ia berkadaran dan benar-benar setimpal dengan sifat kesalahan yang dilakukan di bawah Akta 522 pada masa kini.

Yang kedua, penyelarasan menyeluruh dengan perundangan setara. Kementerian tidak membuat keputusan ini secara sewenang-wenangnya, sebaliknya kementerian telah melaksanakan semakan silang dengan akta-akta lain yang mempunyai fungsi secara khususnya yang berkaitan dalam mengawal selia harga dan bekalan barangan keperluan.

Antaranya dengan merujuk kepada seksyen 59 di bawah Akta Perihal Dagangan [Akta 730]

draft • 4:20 PM

Datuk Chan Foong Hin

serta seksyen 22 di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122]. Semakan ini penting bagi memastikan keharmonian dan ketegasan perundangan merentasi agensi penguatkuasaan.

Yang ketiga, mengatasi kelompongan penguatkuasaan berdasarkan dapatan pihak berkuasa. Kementerian turut mengambil serius teguran dan dapatan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui PDRM berdasarkan pembentangan dalam Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) Bilangan 9 Tahun 2025 yang dipengerusikan oleh KSN pada 29 Oktober 2025. Isu jumlah denda yang sangat rendah telah dikenal pasti. Isu kelompongan ini turut disokong oleh pelbagai data-data dan rujukan rasmi yang lain.

Antaranya dapatan dari Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bagi tahun 2024, maklum balas melalui Sesi-sesi Kamar Khas 2024 ke tahun 2025 serta penekanan khusus yang dibangkitkan semasa Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri (PMQT) pada 4 Februari 2025.

Pihak berkuasa mendapati bahawa walaupun nilaian rampasan bagi kes-kes penyeludupan adalah sangat tinggi, namun jumlah hasil pulangan denda kepada kerajaan adalah amat sedikit berikutan kadar penalti agensi yang rendah

draft • 4:20 PM

Datuk Chan Foong Hin

Tegasnya, hukuman yang dijatuhkan atas kesalahan di bawah Akta 522 pada hari ini adalah sama sekali tidak setimpal dengan keuntungan besar yang diraih oleh pesalah dalam industri padi dan beras yang bernilai berbilion Ringgit Malaysia. Keempat, respons terhadap keresahan Ahli-ahli Parlimen dan rakyat.

Kerajaan sentiasa mendengar denyut nadi rakyat dan mengambil berat teguran yang disuarakan di Dewan yang mulia ini. Sejak tahun 2024 terdapat berbagai gesaan dan teguran daripada Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan Rakyat dan juga Yang Berhormat Senator di Dewan Negara melalui siri-siri perbahasan berkenaan kadar denda yang dianggap rendah dan tidak relevan dengan keadaan semasa.

Isu-isu mendesak yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat seperti dakwaan wujudnya kartel dalam industri padi dan beras, isu kehilangan atau kekurangan beras putih tempatan di pasaran serta manipulasi gred dan harga memerlukan pencegahan, deterrent yang jauh lebih keras dan menggerunkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab melalui denda penalti am yang lebih tinggi.

Sebagaimana yang dimaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum ini, kementerian mencadangkan pindaan kepada kadar penalti am di bawah pindaan seksyen 22 Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 52] disebabkan kadar denda yang dikenakan pada ketika ini didapati amatlah rendah dan tidak menggerunkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

draft • 4:30 PM

Datuk Chan Foong Hin

Saya berikan contoh ya, sebagai contoh pada 22 Julai 2025 pihak kementerian telah membuat satu tangkapan kes penyeludupan beras di daerah Gerik, Perak yang melibatkan sitaan beras sebanyak 45.1 tan metrik beras yang tidak sah, yang dianggarkan bernilai sebanyak RM117,000 di pasaran.

Namun, kadar denda yang dijatuhkan oleh pihak mahkamah bagi kesalahan ini hanyalah sebanyak RM5,000 sahaja. So, satu lagi kes yang telah direkodkan adalah pada 22 Januari 2025 di mana pihak kementerian telah menerima satu kes serahan daripada PDRM di daerah Kubang Pasu, Kedah yang melibatkan sitaan beras sebanyak 49 tan metrik beras yang tidak sah yang dianggarkan bernilai sebanyak RM137,000 di pasaran. Namun kadar denda yang dijatuhkan oleh pihak mahkamah bagi kesalahan ini hanyalah sebanyak RM5,500 sahaja.

So, justeru itu kementerian berpandangan bahawa cadangan menaikkan kadar penalti am seperti yang diusulkan ini adalah wajar dan bersesuaian dalam konteks jenayah yang berlaku pada masa kini. So, Tuan Yang di-Pertua, ada juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang bimbang tentang kalau denda yang begitu tinggi, macam mana dengan PMKS untuk di lindungi daripada denda yang begitu berat.

So, ada juga mempersoalkan mengenai kewajaran mewujudkan penalti khusus. So sebelum pindaan ini memang tak ada penalti khusus. Kesemuanya terletak di bawah penalti am. So, sekarang kita memberikan leeway, kita adakan ini penalti khusus, bagi menjawab pertanyaan tersebut cadangan pindaan ini adalah bertujuan untuk memasukkan subseksyen 29(2) ke dalam perundangan yang sedia ada. Melalui peruntukan baru ini peraturan-peraturan yang di buat di bawah subseksyen 29(1) boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan tersebut sebagai suatu kesalahan.

Seterusnya ia memperuntukkan penalti khusus iaitu denda tidak melebihi RM15,000 atau pemenjaraan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berkenaan. Pengenalan penalti khusus ini amat kritikal bagi menangani...

draft • 4:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Menteri. Apa kaitan 29(1) tadi tu?

draft • 4:30 PM

Datuk Chan Foong Hin

Yang tadi tu?

draft • 4:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang Berhormat sebut 29(1).

draft • 4:30 PM

Datuk Chan Foong Hin

Am, am.

draft • 4:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ada soalan. Okey, terima kasih. Terima kasih Yang di-Pertua. Saya nak tahu kenapa berlaku iaitu pada 9 Oktober 2024, Menteri mengatakan bahawa tidak akan berlaku— tidak dibenarkan, pekeliling melarang campuran beras putih tempatan dengan beras putih import pada 9 Oktober dan 10 Oktober. Itu pengakuan daripada Menteri.

draft • 4:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Alih-alih pada 7 November 2025 dan 5 Disember 2025 menggunakan peraturan 29(1) hari itu. Menteri membenarkan pencampuran beras putih tempatan dengan beras import.

Dengan kelulusan daripada Kabinet. Jadi ini menjadikan bahawa pengusaha-pengusaha atau peniaga-peniaga mencampurkan beras tersebut dan menjual dengan beras, dengan harga yang tinggi.

Apa yang ingin saya cadangkan pada Menteri bahawa dibenarkan percampuran, tapi boleh tak kerajaan menjual beras campuran tersebut dengan harga yang lebih rendah? Kalau nak benarkan pencampuran. Jadi pembenaran campuran ini akan menyebabkan berlakunya penyeludupan beras import ke dalam negara. Apa pandangan Menteri? Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Datuk Chan Foong Hin

Hulu Terengganu kan? Okey. Soalan ini sebenarnya dia berkait rapat dengan pindaan kita untuk seksyen 29. Nanti saya akan sampai sana. Seksyen 29.

So, sekarang saya teruskan dulu. Okey, ini mengenai penalti khusus ya. Penalti khusus ini penting kerana kita nak memastikan tahap sekuriti makanan dipelihara tanpa mengenakan denda yang berskala besar secara sewenang-wenangnya. Yang mungkin melumpuhkan terus keupayaan peniaga kecil untuk beroperasi. So, penetapan kadar denda sehingga RM15,000 ini berfungsi sebagai langkah pencegahan yang tepat dan tegas sebagai isyarat tiada kompromi daripada kerajaan.

Namun pada masa yang sama kita kekal logik, rasional dan tidak bersifat menindas.

So, saya memberikan contoh-contoh yang kita akan memasukkan dalam senarai penalti yang am dan khusus ini.

draft • 4:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Menteri, minta pencelahan.

draft • 4:30 PM

Datuk Chan Foong Hin

Cukuplah sudah dua kali.

draft • 4:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Sekali, sekali last. Ya lah sebab padi ni kawasan saya.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat...

draft • 4:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jadi Yang Berhormat Perdana Menteri pun dia cukup mahir dengan kawasan Pendang. Saya mintak.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang, biar Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab dulu. Biar Timbalan Menteri jawab dahulu.

draft • 4:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey.

draft • 4:30 PM

Datuk Chan Foong Hin

Okey. So, saya nak memberikan contoh-contoh untuk penalti khusus yang di mana kita tidak akan mendenda lebih daripada RM15,000 seperti gagal pamer lesen di premis. Ini kesemuanya ini masalah teknikal. Gagal memperbaharui lesen kurang

draft • 4:30 PM

Datuk Chan Foong Hin

daripada 30 hari dari tarikh tamat. Tanda harga atau label yang tidak jelas dan tepat. Gagal selenggara akaun harian borong atau runcit. Ini di antara contoh-contoh untuk penalti khusus di mana denda tidak akan melebihi RM15,000.

Untuk penalti am, dia actually, dia sebenarnya dia merujuk kepada kesemua kesalahan yang akan melibatkan rampasan padi dan beras. So, ada sitaan di sini seperti berniaga tanpa lesen, okey. Seperti menyimpan, menyembunyikan dan memusnahkan beras dan juga menjual beras kepada pihak yang tidak dibenarkan atau memindah padi beras tanpa permit atau yang paling serius ini membeli atau memperoleh beras dari sumber yang tidak sah. Maksud dia penyeludupan. Ini adalah di antara penalti am yang kita akan menaikkan denda ini.

So, saya harap melalui penerangan ini Ahli-ahli Yang Berhormat adalah jelas tentang perbezaan di antara kedua-dua jenis kesalahan ini. So, sekarang saya masuk ke isu pengukuhan penguatkuasaan bagi menangani isu semasa melalui kuasa Yang Berhormat Menteri dalam membuat peraturan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjawab persoalan mengenai perluasan kuasa Menteri di bawah seksyen 29 Akta 522. Perkara ini telah mendapat perhatian daripada beberapa Yang Berhormat termasuk Hulu Terengganu sekarang yang keluar dari Dewan.

Kebimbangan yang diutarakan ini ada asas yang penting memandangkan ia menyentuh secara langsung aspek tadbir urus dan mekanisme pelaksanaan peraturan yang akan digubal.

Untuk menjawab persoalan asas mengenai tafsiran kesalahan berhubung kategori impak minimum. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, dengan pengenalan draf pindaan di bawah seksyen 29(2) tersebut bahawa Yang Berhormat Menteri boleh membuat draf peraturan-peraturan yang perlu atau sesuai manfaat bagi memberikan kuat kuasa sepenuhnya kepada peruntukan di dalam Akta 522 ini.

Peraturan ini meliputi aspek pelesenan, pembeli padi, penetapan gred beras serta kawalan harga bagi beras bergred itu dan juga kawalan larangan atau pengawalseliaan pemindahan fizikal padi atau beras bagi mengekang aktiviti penyorokan atau penyeludupan.

Oleh itu kerajaan sentiasa memastikan proses ini tidak dibuat secara persendirian.

Yang Berhormat Menteri perlu menggubal atau menambah draf peraturan-peraturan yang munasabah dan berfaedah kepada rakyat dan termasuk semua pihak berkepentingan. Ini membolehkan kementerian menguatkuasakan peruntukan di dalam Akta 522 secara lebih efektif berdasarkan keperluan semasa tanpa perlu meminda keseluruhan Akta 522 tersebut di Parlimen.

So, tak payah setiap kali rujuk balik ke Parlimen kerana ada isu-isu yang semasa dan kita harus menyelesaikan masalah itu pada masa yang bertepatan. So, proses penggubalan

draft • 4:30 PM

Datuk Chan Foong Hin

draf peraturan-peraturan ini akan mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan melalui sesi libat urus serta tertakluk kepada kelulusan dasar di peringkat kementerian dan setelah menimbangkan keperluan rakyat melalui SLU tersebut termasuk memelihara dan menjaga kepentingan rakyat termasuk menjaga semua pihak berkepentingan.

draft • 4:30 PM

Datuk Chan Foong Hin

Kementerian akan memutuskan perkara dasar yang sesuai untuk dilaksanakan melalui draf peraturan-peraturan tersebut. Selepas kelulusan dasar tersebut diperoleh, draf peraturan berkenaan akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk diteliti, disemak dan dimuktamadkan secara perundangan, sebelum ia diwartakan. Dan saya juga ingin nak menjelaskan beberapa perkara penting yang dibahaskan seperti perkara berkaitan pencampuran beras putih tempatan, okey, dengan beras putih import.

Untuk makluman, kajian Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) pada tahun 2024 mendapati berlaku aktiviti proses pencampuran BPT dengan BPI di dalam industri padi dan beras sejak tahun 1970-an lagi iaitu selepas penubuhan Lembaga Padi dan Beras Negara.

Penemuan kajian tersebut telah merumuskan bahawa tujuan pencampuran ini adalah untuk memenuhi cita rasa pengguna tempatan dan menghasilkan variasi jenama di pasaran.

Untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat, sepanjang tempoh tersebut, tiada sebarang tindakan dapat diambil berikutan tiada punca kuasa yang jelas untuk mengawal selia perkara tersebut. Bagi mendepani isu ini, kementerian telah mengambil langkah proaktif untuk membuat pindaan Akta 522, serta penggubalan peraturan baharu termasuklah bagi mengawal selia kawalan pencampuran. Dan pindaan akta ini akan memberi ruang kepada kementerian untuk mengemas kini kategori gred-gred beras sedia ada yang telah ada di pasaran sejak tahun 1992 supaya disesuaikan dengan keperluan semasa di peringkat industri, di samping memenuhi keperluan rakyat kepada akses bekalan beras yang stabil dan terjamin di pasaran.

So, saya berikan contoh yang dikatakan ini gred-gred ini kan. Okey. Yang gred, yang— yang sedia ada sekarang ini, gred beras standard, premium, super tempatan, super import.

So, dia membawa ini jargon-jargon yang kemungkinan rakyat tidak memahami. So, kita nak mengambil langkah untuk, untuk review balik yang jenis gred-gred beras ini. Kita nak gred seperti contoh, beras putih tempatan lima peratus kah, rebus kah, pulut kah, hancur, beras istimewa, beras rosak dan sebagainya. So, inilah yang kita nak mengatakan pindaan ini supaya YBM, YB Menteri, dia ada kuasa untuk mengubah peraturan-peraturan tersebut.

Okey. Selepas mendapat pindaan akta RUU ini di Parlimen yang mulia ini. So, so. Okey. So, di bawah kuasa Menteri dalam...

draft • 4:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Boleh tanya Menteri? Boleh tanya? Boleh tanya?

draft • 4:40 PM

Datuk Chan Foong Hin

Okay, last, last.

draft • 4:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Ketawa] Last. Okey. Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah pendirian kementerian terhadap pengilang beras yang campur jenis beras yang berlainan? Bagi mereka, ini adalah mengikut cita rasa pengguna, tapi pada kementerian, adakah ini lepas rang undang-undang ini diluluskan, adakah kerajaan akan melarang pencampuran beras?

draft • 4:40 PM

Datuk Chan Foong Hin

Okey. Untuk menjawab soalan dari Seputeh ini, sebenarnya pasaran beras ini agak dinamik. So, kita memerlukan leeway, okey yang kita memberikan kuasa yang sewajarnya kepada YB Menteri untuk buat keputusan yang sewajarnya bergantung kepada keadaan yang tertentu.

So, yang— sama ada soalan campur atau tidak, ini bergantung kepada jenis penggredan yang nanti kita akan kenakan. So, kita mengalu-alukan sebarang input untuk isu inilah, untuk masa yang depan. So, untuk cadangan baharu yang bersesuaian seperti saranan penggunaan sistem penjejakan beras, traceability, ini ramai YB yang mengutarakan seperti Tenom, Jempol, Shah Alam, Libaran, Tenggara. Kementerian mengambil maklum dan menyambut baik saranan mengenai keperluan untuk mendigitalisasikan sistem penjejakan beras (rice tracking) bagi tujuan pemantauan data pergerakan bekalan komuniti berkenaan di pasaran.

Pihak kementerian berpandangan, penjejakan secara digital ini adalah penting untuk mengesan keberadaan beras putih tempatan di sepanjang rantaian bekalan, terutamanya bagi mengekang sebarang bentuk manipulasi pasaran seperti aktiviti pertukaran pembungkusan akibat perbezaan harga siling BPT yang lebih rendah berbanding dengan beras putih import.

So, berhubung isu pemansuhan peraturan berkaitan lesen runcit dan permit pemindahan padi dan beras, seperti yang telah dibangkitkan oleh Kota Melaka, Kota Belud dan Bakri, pada masa ini, kementerian tidak berhasrat untuk menghapuskan lesen peruncit memandangkan kepentingan peranan peruncit sebagai rantaian terakhir dalam industri padi dan beras, sebelum bekalan beras sampai kepada pengguna. Sehubungan itu, lesen runcit beras yang diperuntukkan di bawah Akta 522, perlu dikekalkan kerana ia merupakan instrumen kawal selia yang penting bagi menjamin keterjaminan makanan negara serta melindungi kepentingan pengguna.

Begitu juga dengan permit pemindahan padi dan beras di antara negeri yang merupakan instrumen kawalan utama dalam membendung aktiviti penyeludupan. Cuma kalau masa depan, kalau selepas kita berjaya mencipta sistem digitalisation, okey, untuk traceability ini, kemungkinan ini kita boleh lihat balik. Cuma untuk masa sekarang ini, kerajaan tidak

draft • 4:40 PM

Datuk Chan Foong Hin

berhasrat untuk memansuhkan peraturan yang mengenai lesen runcit dan permit pemindahan.

So seterusnya, untuk isu pemekanisme penguatkuasaan di bawah Akta 522.

Menjawab persoalan daripada Baling, Kulim-Bandar Baharu dan Parit Buntar, berhubung mekanisme penguatkuasaan dan sasaran garis panduan. Kementerian ingin memberikan jaminan dan penegasan bahawa pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang ini sama sekali tidak akan melibatkan golongan pesawah secara khusus.

Peraturan penguatkuasaan yang dirangka adalah bersifat bersasar, di mana fokus tindakan ditumpukan sepenuhnya kepada rantaian komersial pertengahan dan hiliran, iaitu melibatkan pihak pemborong, pengilang, pengimport dan peruncit dan mereka yang terlibat dengan aktiviti penyeludupan. Bagi memastikan ketelusan dan mengelakkan sebarang salah guna kuasa di lapangan, penentuan kesalahan dan tatacara tindakan adalah ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang akan digubal di bawah akta ini.

So, sekarang saya masuk ke isu-isu dasar yang tidak berkait secara langsung dengan pindaan RUU. Saya juga ingin menjawab secara ringkas beberapa isu dasar yang tidak berkait secara langsung dengan pindaan RUU ini. Berhubung isu berkaitan kadar pemutuan padi yang tinggi dan tidak sekata yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sabak Bernam, Bakri, Tanjong Karang, Bagan Serai dan Rantau Panjang.

Untuk makluman Yang Berhormat, susulan aduan serta himpunan petani di Parlimen pada 20 Januari 2026. Berhubung isu pemutuan padi yang tinggi, pihak kementerian telah mengadakan sesi libat urus bersama pihak kilang dan pembeli padi di zon utara yang melibatkan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang pada 26 Januari 2026. Sesi ini diadakan bagi mendapatkan maklum balas segera serta gambaran sebenar situasi di lapangan. Sekali gus, membolehkan satu kaedah penyelesaian yang menyeluruh dan langkah intervensi kerajaan yang bersesuaian di rangka bagi menangani isu yang dibangkitkan.

So, langkah intervensi segera yang diambil oleh kementerian ialah mengarahkan supaya proses pemutuan padi sebenar dilaksanakan bagi menentukan kualiti sebenar padi yang dihasilkan sepertimana yang telah ditetapkan melalui Perintah Tetap Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras Bilangan 3/2017, Pemakaian Standard Operating Procedure Pemutuan Padi, ini bagi memastikan subsidi harga padi yang dibayar kepada petani adalah berdasarkan hasil bersih padi yang sebenar.

Menyentuh isu kadar pemutuan padi tinggi yang sering menjadi polemik, kementerian ingin memberikan ketegasan yang sejelas-jelasnya bagi menghapuskan segala keraguan di Dewan yang mulia ini. Kementerian tidak akan sesekali berkompromi atau melindungi mana- mana pihak pengilang atau pembeli padi yang dikesan memanipulasi kadar pemutuan secara tidak munasabah demi menekan harga belian daripada pesawah. Dan pindaan Akta 522 ini,

draft • 4:40 PM

Datuk Chan Foong Hin

menerusi pengukuhan kuasa Menteri dan keupayaan penguatkuasaan akan membolehkan pemantauan bersepadu berasaskan data dilaksanakan secara lebih agresif di setiap pintu kilang.

Proses penggredan dan pemutuan padi wajib bersandarkan kepada standard operating procedure yang telus, saintifik dan objektif. So, ini yang untuk pemutuan. Okey.

Saya balik kepada yang jawapan— yang soalan kepada Seputeh yang, yang tadi itu. Cuma, saya nak tambah sesuatu. Kementerian sekarang kita juga melihat isu pencampuran ini sebagai salah satu alternatif dalam mengatasi harga beras putih tempatan yang masih dikekalkan pada harga kawalan RM2.60 sekilogram sejak tahun 2008. So, ini di antara faktor yang kita akan mempertimbangkan kalau kita nak liberasikan yang pencampuran ini.

So, mengenai persoalan mengenai pendapatan pesawah ekoran harga padi dan beras yang tidak kompetitif yang telah dibahas oleh lapan Ahli Yang Berhormat, Sungai Besar, Sabak Bernam, Kuala Kedah, Jempol, Kangar, Kepong, Kota Belud, Parit Buntar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, matlamat utama pindaan ke atas Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 ini digubal adalah bagi memperkukuh kawal selia industri di mana impak positifnya akan dinikmati secara langsung oleh golongan pesawah kita.

draft • 4:40 PM

Datuk Chan Foong Hin

Melalui pengenalan kawalan permit domestik yang lebih ketat dan denda yang lebih tinggi, pindaan undang-undang ini tidak bertindak sebagai satu mekanisme ampuh untuk mencegah dan mengekang sebarang aktiviti penyeludupan serta pemindahan padi yang secara tidak sah khususnya di kawasan-kawasan yang bersempadan negeri.

Apabila pasaran domestik dilindungi daripada ketirisan dan penyeludupan, ia menjamin bahawa hasil titik peluh pesawah dibeli pada nilai pasaran yang adil dan berpatutan.

Oleh yang demikian, pindaan akta ini bukan sahaja bertujuan memperkemas tadbir urus undang-undang malah merupakan satu usaha serampang dua mata dalam membantu meningkatkan serta melindungi pendapatan golongan pesawah demi memastikan keterjaminan makanan negara terus terpelihara.

Seterusnya berdasarkan draf pindaan terkini Akta 522, tadbir urus dan tata kelola, penetapan harga telah ditambah baik melalui pengasingan kuasa yang lebih jelas di antara YB Menteri dengan Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras. Langkah ini diambil bagi memastikan setiap keputusan berhubung dimensi harga pasaran dibuat berdasarkan semakan yang telus serta berintegriti.

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Menteri, minta pencelahan, last.

draft • 4:50 PM

Datuk Chan Foong Hin

[Ketawa] Proses ini membuktikan komitmen kerajaan bahawa ketetapan ini tidak dibuat secara bersendirian sebaliknya dibentuk dengan penuh teliti dan telus demi menjaga kebajikan dan melindungi pendapatan pesawah.

Tuan Yang di-Pertua, ini mungkin isu yang terakhir, okey. Akhir sekali isu yang berkaitan dengan konsesi BERNAS dalam industri seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rasah, Kota Melaka, Kota Belud, Kepong. Kementerian mengambil maklum mengenai segala keprihatinan yang dibangkitkan. Kementerian juga ingin memaklumkan bahawa pada masa kini BERNAS tidak— kerajaan mengiktiraf BERNAS sebagai pengimport tunggal beras negara melalui dasar pengimport tunggal atau dengan izin, single gatekeeper bagi pengimportan yang telah mula dilaksanakan oleh Lembaga Padi dan Beras pada tahun 1973. So, diteruskan oleh BERNAS sejak era penswastaannya khusus untuk menjamin kestabilan makanan dan harga beras negara.

Oleh itu, dasar tersebut masih diteruskan selaras dengan perjanjian konsesi yang akan berakhir pada tahun 2031. BERNAS juga bertanggungjawab untuk memperuntukkan sebanyak RM3.2 bilion bagi melaksanakan 10 obligasi sosial yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Di samping melaksanakan 10 obligasi sosial tersebut, BERNAS turut menyediakan sumbangan tambahan di luar obligasi sosial sebagai sebahagian daripada komitmennya terhadap kebajikan pesawah. Pada tahun 2023, BERNAS telah menyalurkan bantuan khas pesawah berjumlah RM90 juta secara tunai kepada pesawah kecil bagi membantu meringankan beban kos sara hidup. Selain itu, BERNAS turut memperuntukkan RM13 juta daripada keuntungan bersih aktiviti pengimportan beras untuk diagihkan kepada pesawah.

Hab sebagai pengimport tunggal beras negara ini bukanlah sebuah keistimewaan tanpa timbal balik, tetapi merupakan satu tanggungjawab kontrak termasuk memastikan pelaksanaan 10 obligasi sosial yang diperuntukkan di bawah perjanjian konsesi kekal terpelihara dan ia dipantau ketat secara berkala oleh Jawatankuasa Pemantauan Konsesi yang bersidang sebanyak dua kali setahun dan dianggotai oleh wakil-wakil daripada kementerian ini dan juga wakil agensi pusat seperti Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Ekonomi (KE), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

(KPDN) dan juga wakil dari pihak industri.

Pendekatan ini adalah penting untuk meminimumkan risiko pertikaian kontrak serta implikasi kewangan dan perundangan kepada kerajaan dan BERNAS. So, langkah strategik dalam pelaksanaan diambil oleh kerajaan bagi menjamin keselamatan makanan negara, menyerap impak krisis harga makanan global serta memastikan kestabilan pembekalan beras domestik. Namun begitu, kerajaan berhasrat untuk membuat penilaian semula perjanjian konsesi bersama BERNAS sebelum tempoh kontrak ini berakhir pada tahun 2031.

draft • 4:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Timbalan Menteri. Kota Melaka.

draft • 4:50 PM

Datuk Chan Foong Hin

Oh.

draft • 4:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Timbalan Menteri. Terima kasih Timbalan Speaker. Kita mengalu-alukan dengan jawapan yang diberikan mengatakan bahawa akan mempertimbangkan. Jadi di sini saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa monopoli itu tidak baik untuk industri beras dan padi dan saya harap supaya kita boleh kaji, memberi kepada pemain industri yang lain supaya mereka juga memiliki license untuk mengimport beras.

Ini satu contoh yang paling jelas ialah MAS dengan Air Asia. Dahulu hanya ada MAS harga tiket mahal. Apabila ada persaingan harga tiket akan turun. Begitu saya percaya sekiranya kita boleh memberi lebih banyak license untuk mengimport, mungkin ia dapat membantu untuk menstabilkan harga padi dan beras negara kita. Jadi saya harap supaya mempertimbangkan.

Berkaitan pula dengan license runcit yang tadi dah dijawab oleh Timbalan Menteri, saya masih sekali lagi berharap supaya kementerian boleh mempertimbangkan untuk menghapuskan license runcit tersebut sebab hari ini sekiranya kementerian berpendapat masih lagi perlu laksanakan license, cara untuk memohon prosedur itu perlu di ringkas dan cekap. Saya difahamkan ada satu ketika di mana enam bulan sistem itu down, tak boleh buat permohonan, itu menyusahkan peruncit. Jadi saya harap supaya kita perlu ada satu mekanisme di mana memudahkan proses permohonan tersebut, bukannya membebankan mereka. Terima kasih.

draft • 4:50 PM

Datuk Chan Foong Hin

Terima kasih kepada sahabat saya Kota Melaka dan saya rasa saya akan mengadakan satu lagi sesi libat urus dengan pemborong dan peruncit di mana ada isunya untuk permohonan lesen runcit dan pemindahan merentasi negeri tersebut supaya kita dapat melihat isu ini secara lebih komprehensif.

Dan sebelum saya mengakhiri, mengenai sesi libat urus. Sesi libat urus untuk kementerian KPKM, kita— untuk memastikan pindaan ini bersifat holistik dan adil, sebenarnya kita telah melaksanakan beberapa siri sesi libat urus yang komprehensif. Di antaranya kita ada SLU yang berlangsung pada 18 Jun 2026, Khamis yang melibatkan seramai 137 orang pemain industri yang terdiri daripada wakil-wakil persatuan pengilang, persatuan pemborong dan persatuan peruncit serta wakil-wakil daripada persatuan pengguna daripada seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Sebelum sesi libat urus yang sedemikian, sebenarnya TKSU Pembangunan di bawah kementerian saya, beliau juga membuat sesi libat urus bersama dengan pesawah di peringkat awal sebelum sesi libat urus yang tadi saya menyebutkan. So, adalah kurang tepat kalau katakan KPKM tidak pernah mengadakan sesi libat uruslah.

draft • 4:50 PM

Datuk Chan Foong Hin

So, secara keseluruhannya rang undang-undang ini telah melalui proses yang amat inklusif, holistik dan adalah diperhalusi sewajarnya. Ia bukan sahaja mengambil kira dynamical pasaran dan perkembangan semasa industri di peringkat domestik tetapi juga telah melalui proses penilaian impak kawal selia yang ketat demi memastikan tadbir urus sektor padi dan beras negara sentiasa kekal relevan, dinamik dan cekap.

Rang undang-undang ini bukan sekadar satu pindaan perundangan yang biasa tetapi merupakan satu manifestasi dan reformasi tegas dalam memperkukuh rantaian penguatkuasaan, mengekang sebarang bentuk manipulasi atau penyelewengan pasaran serta melindungi ekosistem makanan ruji negara daripada diganggu gugat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Langkah intervensi harga dan peningkatan penalti yang diperkenalkan melalui pindaan ini amat kritikal bagi menjamin kestabilan bekalan beras di pasaran, meningkatkan keyakinan pengguna, memperkukuh ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam urus niaga padi dan beras serta menyokong kelestarian industri secara menyeluruh, seterusnya menjamin bekalan makanan negara dalam jangka masa yang panjang.

Tadi saya melihat majoriti Ahli-ahli Yang Berhormat semasa berbahas memang bersetuju dengan pindaan rang undang-undang ini secara prinsipnya. Oleh itu, saya menyeru agar Ahli-ahli Yang Berhormat memberikan sokongan penuh kepada Rang Undang-undang Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2026 agar dapat diluluskan demi memelihara kemaslahatan para pesawah kita, memantapkan kestabilan industri dan memastikan keterjaminan serta sekuriti makanan seluruh rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih.

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 5:00 PM

Fasal-fasal 1 hingga 5 –– Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pendang.

draft • 5:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Puan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya secara prinsipnya saya menyokong. Saya nak bangkitkan dua perkara di sini berkenaan dengan sebelum kita terus kepada— we seeking for the approval. Yang pertamanya, berkenaan dengan dibangkit bahawa minggu lepas saya dah berjumpa dengan NGO pesawah padi dan mereka membangkitkan. Yang pertamanya berkenaan keraguan kualiti benih padi swasta. Terdapat keraguan yang munasabah dalam kalangan petani mengenai kualiti bekalan benih padi daripada pihak swasta. Hal ini memandangkan KPKM dan LPP tidak pernah mengisytiharkan kewujudan ladang benih padi bakar yang asas milik syarikat-syarikat swasta berkenaan. Itu yang pertama.

Yang keduanya berkenaan dengan— yang saya nak bangkitkan di sini berkenaan dengan tunggakan bayaran tuntutan lanjutan masa (EOT). Sehingga kini, bayaran tuntutan lanjutan masa (extension of time) yang dituntut secara sah oleh NAFAS masih belum dijelaskan oleh pihak kementerian. Tiada libat urus juga berlaku bersama ahli-ahli jemaah pengarah yang digantung.

Kenyataan rasmi Ketua Pengarah LPP yang menyatakan bahawa penggantungan NAFAS adalah disebabkan isu ketidakharmonian. Persoalannya, apakah langkah konkrit yang telah diambil oleh Ketua Pengarah LPP untuk mengadakan sesi libat urus (engagement) antara LPP, pihak pengurusan NAFAS dan AJP (Ahli Jemaah Pengarah) NAFAS yang digantung? Rekod menunjukkan tiada seorang pun wakil AJP yang digantung pernah dijemput hadir dalam mana-mana sesi libat urus.

Ini perkara yang kita bangkitkan supaya pihak kementerian dapat melihat kita selesaikan masalah ini dan akhirnya kita akan dapat varieti padi beras yang sangat tinggi kualiti. Kadang-kadang perkara-perkara begini menyebabkan terjejasnya benihnya dan juga sistem kita menyebabkan terjejasnya padi-padi— beras-beras yang berkualiti ini menyebabkan rakyat menerima kualiti yang rendah. Ha, kita tengok.

Jadi, saya minta pihak kementerian lihat juga perkara-perkara begini. Kartel-kartel ini yang selalu monopoli keadaan yang ada dalam pengeluaran padi, tanaman padi daripada mula proses pembenihan sehinggalah harvest, sehinggalah mai ke peringkat proses, peringkat penjualan, peringkat nak jadikan daripada padi menjadi beras untuk diedarkan kepada semua pengguna-pengguna yang mana ini adalah food security yang penting. Itu

draft • 5:01 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

saya kata signifikan kita bincang perkara ini kerana ini adalah makanan utama kita yang menyelamatkan rakyat negara Malaysia. Sekian, terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 5:01 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin

Tuan Pengerusi, isu yang dibangkitkan oleh Pendang ini tiada kaitan secara khusus di bawah pindaan ini.

Cuma secara amnya, saya cuma nak menjawab kepada isu benih itu. Kementerian ingin memaklumkan bahawa pada masa kini, kita terdapat 15 pengeluar benih padi sah yang telah dilantik oleh KPKM di bawah Skim Pengesahan Benih Padi sah. So, pesawah boleh mendapatkan benih padi sah daripada mana-mana pembekal yang tersebut.

So, mengenai isu di mana syarikat swasta yang dilantik itu, saya perlukan details atau perincian yang lebih mendalam dan selepas ini, saya mengundang YB Pendang untuk mengutarakan isu itu secara bertulislah kepada KPKM. Sekian, terima kasih.

[****Fasal-fasal 1 hingga 5** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu) dan diluluskan]

draft • 5:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan...

draft • 5:03 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sebelum Dewan ini ditangguh, boleh tak saya nak ucap— buat ucapan di sini?

draft • 5:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak perlu.

draft • 5:03 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Nak ucap tahniah kepada BN Johor.

draft • 5:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak perlu.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 14 Julai 2026.

draft • 5:03 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.06 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026