Jul072026

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam bahagia dan selamat pagi. Kita mulakan sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri dengan saya menjemput Tuan Lee Chuan How, Ipoh Timor.

draft10:00 AM

1. Tuan Lee Chuan How [Ipoh Timor]: Terima kasih Tan Sri. Minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan, sama ada Kerajaan MADANI maklum mengenai kegelisahan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kerana kesulitan dana untuk menyokong kelangsungan perniagaan mereka. Terima kasih.

draft10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Perdana Menteri.

draft10:00 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Ipoh Timor dan Kerajaan MADANI telah mengambil beberapa ikhtiar menyokong kelangsungan perniagaan PMKS, meningkatkan akses PMKS pada pembiayaan, meringankan kos perniagaan dan memperkukuh daya saing.

Berapa jumlah pinjaman? Kemudahan pinjaman disediakan dengan jaminan pembiayaan lebih RM15 bilion iaitu menyokong keperluan modal kerja yang terkesan akibat dari krisis Asia Barat. Sejak Mei 2026, kemudahan bantuan kestabilan oleh Bank Negara telah meluluskan hampir RM1 bilion yang memanfaatkan lebih 1,500 PMKS.

Kemudian, separuh tahun pertama 2026, Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan

(SJPP) meluluskan pinjaman bagi pembiayaan bernilai RM4.9 bilion, memanfaat lebih 6,000 PMKS.

Pinjaman kredit mikro oleh agensi seperti BSN, Agro Bank, TEKUN mencecah RM2.1 bilion, memanfaat 195,000 usahawan mikro. Dan sebab itu dari RM15 bilion itu ada yang dikhususkan kepada Bumiputera sebanyak RM5 bilion. Ini sebab kalau dilihat dari segi indikator ekonomi DOSM, dari segi GDP, 39.5 peratus SME, dari segi pekerjaan 48.7 peratus. Maknanya 8.1 juta penduduk Malaysia kerja di bawah PMKS.

Eksport RM196.8 bilion iaitu 14.3 peratus.

Ada cadangan lain yang dikemukakan oleh PMKS. Kurangkan kadar sewa premis perniagaan milik kerajaan. DBKL memulakan dengan mengurangkan 80 peratus, diikuti oleh MARA 20 peratus mulai 1 Jun dan kita telah menggesa kerajaan-kerjaan negeri, diikuti oleh Selangor, Pulau Pinang dan saya harap negeri-negeri lain juga mengurangkan, menurunkan kadar sewa premis perniagaan.

Kemudian, tentang pematuhan cukai dengan lebih 50,000 pembayar cukai mengemukakan tambahan cukai berjumlah RM1 bilion melalui pelaksanaan e-invois, tapi oleh kerana e-invois itu jadi kerunsingan, maka sejak Disember 2025, kita telah menaikkan siling ambang, nilai ambang pendapatan pengecualian e-invois daripada RM500,000 kepada RM1 juta.

Pada April 2026, kita melanjutkan tempoh peralihan sehingga 31 Disember 2027 bagi pembayaran cukai sehingga RM5 juta kadar pendapatan tahunan. Saya ambil kesempatan ini Tan Sri Yang di-Pertua untuk mengumumkan ikhtiar tambahan mengurangkan kos pematuhan perniagaan. Pertama, mengenalkan program pengakuan sukarela e-invois sehingga 31 Disember 2027.

Maknanya sebarang kemas kini sepanjang tempoh ini, semakan, pembetulan yang dikemukakan secara sukarela tidak akan dikenakan penalti oleh LHDN.

[Tepuk] Ini satu keputusan besar kerana selalunya tidak berlaku sedemikian bagi cukai pendapatan.

Kedua, sebagai tanda penghargaan dan galakan pembayar cukai mematuhi sepenuhnya pelaksanaan e-invois, kerajaan bersetuju mempercepat insentif cukai dengan membenarkan tuntutan penuh elaun modal dalam tempoh satu tahun ke atas perbelanjaan yang layak berkaitan e-invois.

[Tepuk] Jadi, memenuhi keperluan tambahan perniagaan kecil, pemilik individu kenderaan ini terkait dengan subsidi diesel yang juga dikemukakan oleh banyak PMKS terutama di peringkat yang lebih rendah. Jadi mereka kemukakan pandangan tentang pembaharuan subsidi diesel. Maka pemilik individu kenderaan pikap dan jip boleh memohon 100 liter tambahan kelayakan BUDI diesel, menjadikan kelayakan keseluruhannya sehingga 300 liter.

[Tepuk] Dan sambutan yang baik iaitu sehingga 6 Julai, 200,000 warganegara telah lulus 100 liter tambahan.

draft10:00 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Kemudian, menggalakkan PMKS mengguna digitalisasi dan penggunaan AI.

Kerajaan menyediakan Geran Pendigitalan PKS sehingga RM5,000 kepada usahawan PMKS, terutama peringkat kecilan. Terima kasih.

draft10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Ipoh Timor.

draft10:10 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih Tan Sri. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pengumuman yang sangat bermakna. Komuniti perniagaan atau PMKS, khususnya mereka di seberang sini, yang memiliki pikap dan jip dan sebagainya dengan enjin diesel lah, udah lama menuntut keadilan yang akhirnya sudah dapat sekarang.

Namun saya rasa, ada perlunya untuk Yang Amat Berhormat memberi sedikit penjelasan dan ulasan, apakah faktor utama yang telah mendorong pembaharuan atau pelaksanaan pembaharuan subsidi diesel ini kerana ia adalah sesuatu yang perlu difahamikan, mengapa yang pemilik pikap di sini dan enjin diesel telah menunggu lama?

Itu satu.

Keduanya, saya juga mohon Yang Amat Berhormat, untuk memberi sedikit penjelasan, kerana dalam proses pembaharuan ini juga satu dasar yang amat baik yang amat, yang telah memanfaatkan ribuan pemilik stesen minyak di seluruh Malaysia, di mana tidak perlu lagi membeli minyak daripada syarikat minyak pada harga unsubsidized dengan izin.

Maksudnya sekarang dibeli minyak pada harga subsidi, maksudnya modal atau working capital tidak setinggi sebelum ini dan namun demikian, ada sedikit kesusahan atau resahan yang telah dinyatakan oleh dealer— dealer apabila syarikat minyak tidak membayar balik kerugian yang sedang ditanggung— yang telah ditanggung apabila transisi daripada harga lama dengan harga baru itu kerugian, mungkin mencecah RM40,000 ke RM50,000 setiap stesen, yang ditanggung oleh stesen minyak, yang belum lagi ada satu penyelesaian.

Saya mohon sama ada pihak kerajaan dan juga Yang Amat Berhormat, ada sedikit intervensi untuk masalah ini. Sekian, terima kasih.

draft10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Perdana Menteri.

draft10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih. Merujuk kepada permasalahan kedua yang dibangkitkan, saya percaya saya akan minta MK II bantu, untuk mendapatkan keterangan lanjut dan juga berunding dengan syarikat minyak kerana setakat ini, mereka beri kerjasama penuh, kalau tidak tak mungkin kita laksanakan dengan berkesan baik RON95 dan juga diesel.

Oleh kerana kerjasama yang mereka berikan itu baik, dan ada beberapa sedikit ketempangan yang dibangkitkan insya-Allah, boleh kita runding untuk cari penyelesaian yang baik, tapi faktor penyesuaian atau perubahan ini berlaku setelah melihat keadaan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Memang— sebab itu kita tidak mahu gopoh pelaksanaannya kerana lebih rumit untuk Sabah, Sarawak kerana penggunaan diesel terlalu tinggi. Itu yang pertama.

Keduanya, soal jarak ke kawasan pedalaman dan ketidakhadiran atau ada wujudnya stesen-stesen minyak yang begitu banyak, seperti mana di Semenanjung. Itu menyebabkan kelengahan pelaksanaan, tapi bila pelaksanaan dibuat, kita runding sepenuhnya dengan jabatan-jabatan dan kerajaan negeri, dan setakat ini umum penerimaannya baik, tetapi kita masih beri ruang kepada syarikat sama ada di Semenanjung atau Sabah, Sarawak melalui negeri, kerjasama kerajaan negeri untuk memperbaiki kalau ada apa-apa kelemahan, tapi saya terima kasih kepada sambutan masyarakat, termasuk syarikat-syarikat yang telah memberi kerjasama sepenuhnya.

draft10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kota Bharu.

draft10:10 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, atas jawapan pada soalan ini. Sebagaimana yang disebut Yang Amat Berhormat tadi, kita sedar bahawa baru-baru ini pihak Bank Negara telah mengemukakan beberapa inisiatif baharu untuk membantu usahawan PMKS ini, antaranya Kemudahan Perusahaan Mikro (MEF), yang memberi bantuan sehingga RM100,000 saiz pembiayaannya, ada Kemudahan Bantuan Kestabilan PKS (SME SFR), juga memberi hampir RM1,000,000 dengan kadar faedah yang rendah.

Saya sejujurnyalah, pihak kami pembangkang pun akan mengalu-alukan inisiatif ini, namun demikian ada persoalan. Persoalan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan juga, apabila Bank Negara dan bank pembiaya memberikan pembiayaan kepada usahawan ini, apakah jaminan kerajaan bahawa usahawan mikro ini apabila di masa yang akan datang dalam jangka pendek misalnya, mereka menghadapi masalah dalam perniagaan mereka dari segi modal dan sebagainya, apakah jaminan usahawan mikro ini tidak diambil tindakan yang sewenang- wenangnya oleh pihak bank pembiaya ini, umpamanya termination or recall of loan dalam keadaan yang jangka pendek dan juga mungkin bawa tindakan mahkamah sehingga ke winding-up company?

Saya bagi contoh ada beberapa laporan, saya tak nak sebutlah nama bank. Bank recalled, loan facility from one company. Yang keduanya bank bawa kes ke mahkamah, sehingga mahkamah mengingatkan bank supaya janganlah mengambil tindakan yang keterlaluan, sales of certain high-value secured properties belong to the borrowers. Jadi, apa jaminannya?

Yang keduanya, adakah kerajaan sedar bahawa, ada setengah-setengah bank milik kerajaan sendiri yang menetapkan syarat yang terlalu tinggi kepada peminjam, bakal peminjam malahan memilih selektif dari segi bidang perniagaan dan juga negara mereka melabur, saya tak nak sebutlah negara mana, tapi negara tertentu itu tidak diberikan ini.

Jadi saya harap, Perdana Menteri memberi jawapan yang boleh melegakan usahawan, bukan sebagaimana Yang Amat Berhormat selalu sebut dulu-dulu, “Menteri Kewangan jangan membela bank, tanpa membela rakyat dan juga usahawan- usahawan.” [Tepuk] Terima kasih.

draft10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Perdana Menteri.

draft10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Kota Bharu. Sebenarnya saya setuju. Pertama, kelulusan yang diberikan itu tinggi, tetapi dalam usaha kita ialah memastikan pemantauan yang teliti, tentunya bank-bank swasta mengurus sendiri, tetapi peranan Bank Negara ialah mengawal, memastikan yang patuh kepada dasar- dasar utama.

Ini umpamanya, seperti yang disuarakan tadi, jaminan supaya tindakan tidak diambil. Tentunya tidak mungkin kita halang tindakan kalau kes-kes keterlanjuran yang melanggar peraturan-peraturan biasa, tetapi dalam pertemuan saya dengan pengurus bank di Bank Negara beberapa bulan yang lalu, hal ini sangat jelas. Tidak ada makna kalau kita berikan peruntukan yang besar, tetapi sukar mendapat pinjaman.

Sebab itu, ada beberapa kaedah, terutama bank-bank berurusan dengan syarikat-syarikat kecil ya. Tahap kecepatan kelulusan, umpamanya pinjaman TEKUN, penyalurannya boleh dipendekkan sehingga lima hari. Bank Rakyat 14 hari, bagi pembiayaan PKS kepada enam hari bekerja, pembiayaan kalau syarikat itu SME KS Mikro. Ketiga SME Corp, pun juga diturunkan.

SME Bank umpamanya, pembiayaan melalui kerajaan-kerajaan— RM1,000 sehingga RM1,000,000 dia hanya— mesti meluluskan dalam tempoh 15 hari bekerja, tetapi tindakan yang kedua yang, tentang yang dibangkitkan tentang selektif negara, saya setuju.

Kalau dulu umpamanya, kerana tidak jelas peraturan dan juga kerana tekanan negara luar, khususnya Amerika dari segi sanction, maka perniagaan kita, urusan kita dengan Iran dan Rusia itu sangat sukar, tetapi sekarang, ini dah berubah. Kita dah berunding dengan Iran dan Rusia, bagaimana kaedah pengurusan pembayaran itu, dipermudahkan dan kita ambil keputusan supaya meningkatkan perdagangan dan pelaburan bersama dengan Iran dan Rusia, sebagai contoh kerana kedua-dua negara ini tertekan kerana sanction yang berat. Bulan lalu dalam perundingan saya dengan Presiden Putin, kita cuba senaraikan— umpamanya, kita dah luluskan dulu, terhalang penerbangan dari Rusia ke Malaysia.

Presiden Putin memaklumkan, umpamanya dari Rusia ke Turki, pelancongan RM5,000,000 setahun.

draft10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Ke Thailand, dua juta setahun, pelancong dari Rusia dari Malaysia 100,000 dan tidak ada penerbangan kerana banyak sekatan dan pemasalahan kerana sanction dan soal minyak, ini telah diselesaikan. Begitu juga dengan Iran, kita telah mengizinkan dan meluluskan dan saya percaya Menteri Pertanian ke sana menekankan hal yang sama iaitu semua urusan perdagangan, pelaburan dengan Iran dapat kita luluskan, tetapi kalau ada maklumat lain yang terkait dengan negara-negara lain daripada Kota Bharu saya sedia mengambil tindakan segera. Terima kasih.

draft10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Muar.

draft10:20 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Tan Sri Speaker. Kerajaan Malaysia telah berjaya mengeluarkan lebih ratusan ribu golongan wanita daripada kepompong kemiskinan dan mengangkat martabatnya ke kelas pertengahan dengan pengenalan sistem Mikro Kredit Amanah Ikhtiar Malaysia, tetapi sampai ke hari ini, AIM hanya terhad kepada golongan wanita dan ini adalah sistem yang wajar diperkasakan.

Persoalan saya, wajarkah kerajaan mencipta satu legasi yang baharu dengan adakan sistem sama AIM, tetapi bagi golongan anak muda khususnya bawah 35 tahun dengan sistem one off charge, pengurusan sama seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, flexible Payment Arrangement sama seperti Amanah Ikhtiar Malaysia supaya golongan anak muda dapat pembelaan yang sewajarnya, pembiayaan dalam RM10,000 ke RM30,000 dengan one-off charge pengurusan kerana sistem yang tersedia contohnya TEKUN ataupun bank-bank konvensional lazimnya dia ada flat charge lima peratus, perlu ada perusahaan yang berdaftar enam bulan, dokumentasi yang panjang, wajarkah kerajaan mencipta melalui kejayaan AIM, tetapi AIM yang baharu bagi golongan anak muda. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

draft10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Perdana Menteri.

draft10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Muar. Pertama saya hendak jelaskan AIM tidah khas kepada wanita kerana sebahagian peminjam adalah lelaki, cuma sebagai makluman saya kira 98–99 peratus wanita bayar pinjaman mereka, lelaki itu mungkin kurang dua tiga peratus. Sambutan lebih mudah mengurus di kalangan sahabat-sahabat wanita, tetapi saya setuju kalau nampak ketinggalan lelaki, kita boleh tingkatkan kerana saya telah tambah seperti mana dalam belanjawan yang lalu, dana pinjaman bagi AIM.

AIM walaupun tidak sangat tersohor, masyhur di luar, ketimbang Grameen Bank oleh Prof. Muhammad Yunus satu cadangan yang sangat baik. Tetapi kadar perkhidmatan kita jauh lebih rendah, jumlah meminjam jauh lebih tinggi dan bagi saya kalau peratus penduduk AIM dalam kedudukan yang sangat tinggi. Jadi, saya setuju pertama, kita tingkatkan pinjaman di kalangan lelaki yang memerlukan. Walaupun kalau wanita itu membantu lelaki di rumah, tetapi saya fikir ada keperluan ditingkatkan.

Keduanya tentang anak muda. Saya setuju— saya dalam beberapa pertemuan di Terengganu, di Johor, di Kedah baru-baru ini, saya tak nampak ramai sangat anak- anak muda yang menggunakan peluang pinjaman AIM. Saya akan minta AIM berikan sedikit tumpuan khas untuk Amanah Ikhtiar Malaysia di kalangan anak muda. Kadar pinjaman mungkin lebih kecil atau sederhana, tetapi cara pengurusan dan kaedahnya lebih terjamin dari segi pembayaran semula dan pengurusannya lebih cekap.

draft10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik seterusnya saya jemput Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari, Pasir Mas.

draft10:20 AM

2. Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas]: Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Pasir Mas minta Perdana Menteri menyatakan faktor kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2026 yang mencatatkan penurunan ke tangga ke-95 berbanding tangga ke-88 pada tahun lalu dan apakah langkah komprehensif kerajaan bagi melindungi hak kebebasan media. Terima kasih.

draft10:20 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Pasir Mas. Saya setuju bahawa kalau ikut dasar, sepatutnya kita usaha untuk memperbaiki Indeks Kebebasan Media (The World Press Freedom Index) yang diterbitkan oleh reporters without borders dan tentunya kita kalau dia mulakan pada tahun 2013 dan masa itu kalau 2013 hingga 2022, kedudukan kita 145, 120, 130 begitulah. Sekarang ini kita sudah turun, tetapi ada masalahnya. Umpamanya naik tahun 2025.

Jadi saya minta jawatankuasa termasuk Menteri Komunikasi meneliti apa permasalahannya, walaupun realiti masih baik. Kalau dibandingkan dengan negara ASEAN, negara membangun umpamanya kalau Singapura yang dilihat ada kebebasannya media, tetapi masih di tangga 123. Jadi bila kita teliti rupanya indikator penilaian RSF itu, dia termasuk, konteks politik, kerangka perundangan, keadaan ekonomi, persekitaran sosiobudaya dan aspek keselamatan.

Bila kita ambil tindakan umpamanya seperti terhadap Sin Chew, itu dianggap besar di dunia media rasmi kerana tindakan diambil kepada media itu dianggap suatu yang pelanggaran dari segi indeks kebebasan, tetapi dalam soal itu, soal bendera yang diselesaikan dengan baik, tetapi soal bendera negara, jadi bagi kita serius, mungkin bagi negara lain kurang.

Begitu juga tentang Sinar Harian. Bila berikan biografi Ketua Polis Negara, dikaitkan dengan parti, tetapi itu diselesaikan dengan kompaun kecil, tetapi bila tindakan diambil kepada media rasmi begitu, terus indeks kita melonjak, tetapi Akta Komunikasi Multimedia seksyen 233 diluluskan baru-baru ini, kita perbaiki umpamanya, kalau ada [Tidak jelas] terhadap Perdana Menteri atau pemimpin-pemimpin, itu tidak lagi termasuk dalam kategori jenayah. Itu beberapa perubahan yang saya fikir akan mempengaruhi indeks.

Cuma masalah kita satu, terutama sebelum wujudnya Majlis Media Malaysia, sekarang jauh terlebih baik. Saya nak jamin Pasir Mas kerana bila ada kes terus dirujuk Majlis Media Malaysia yang diketuai oleh mantan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Nalini yang tentunya lebih teliti, objektif dalam menilai.

Cuma kita kena ingat, pembatalan ini berdasarkan juga dengan kompelin rakyat.

Rakyat boleh kompelin langsung kepada platform TikTok umpamanya atau Facebook dan dia boleh padamkan. Itu bukan kerajaan. Umpamanya kenyataan saya, bila saya sebut Hamas, menyokong— itu dipadamkan. Ini termasuk dalam kategori yang dikatakan indeks media freedom. Saya tidak setuju, saya buat kenyataan bantah tindakan mereka, tetapi itu pendirian dibuat oleh platform bukan oleh negara. Itu satu.

Keduanya tiap sidang Majlis Raja-Raja Melayu. Ada agenda khusus tentang 3R.

Ketua Polis Negara harus membentangkan laporan setiap kes yang menyinggung soal Raja terutamanya dan juga dianggap sebagai hasut-menghasut dari segi kaum dan agama. Kita juga terikat dengan keputusan yang kita buat bersama. Baik, tetapi apakah ini patut diberi ruang supaya berlakunya tindakan-tindakan atau tekanan politik?

Saya setuju kalau ada yang dibangkitkan kita boleh teliti supaya dikaji oleh Majlis Media yang baru ditubuhkan, tetapi ingat ya negara lain tak jadi isu, tetapi negara kita kalau ada Facebook akaun ambil gambar Raja kemudian dipamerkan sama dengan babi. Itu bagi kita kesalahan besar. Kalau di Thailand dipanggil lèse-majesté, tetapi kita, apakah kita boleh biar fitnah, penghinaan, mengaibkan orang? Jadi janganlah kita ambil itu seolah-olah kerana perbedaan pandangan politik, itu boleh diizinkan.

Jadi banyak lagi, umpamanya satu lagi gambar babi pakai istiadat raja.

Kemudian mengecam ketua negara kerana keputusan Baginda dalam beberapa isu.

Saya tidak mahu sebut secara spesifik. Kemudian institut dana zakat, bila dikritik, dikecam Raja. Boleh kritik zakat, cara pengurusan zakat, tetapi jangan kait kedudukan Raja, seolah-olah Raja yang mengambil keputusan untuk kepentingan.

draft10:20 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Tapi satu hal yang penting. Pertama, mana-mana rakyat boleh urus langsung dengan platform TikTok atau Facebook dan mereka punyai wewenang untuk memadamkan. Tidak semestinya kita setuju.

Keduanya melalui MCMC. MCMC akan kemukakan dan kalau kita lihat memang banyak kerana ia menyinggung— kalau salah fakta, kita tak ambil tindakan. Umpamanya sekarang ini Johor makna tokoh-tokoh di Johor kata— Singapura, Johor, Johor- Singapore Special Economic Zone itu semua hak mutlak dan keputusan Johor.

Salah. Fakta salah, tetapi apakah tindakan? Tidak ada. Apa kita lapor? Tidak lapor. Jadi, kalau kenyataan politik bahawa Perdana Menteri tidak cerdik, salah.

Menidakkan hak negeri-negeri pembangkang, salah? Salah. Apakah ada tindakan? Tak ada, saya gunakan peluang di Parlimen untuk menjelaskan. Masalah kita ini terkait dengan 3R yang kita terima dan kalau ada cadangan untuk pinda, boleh kemukakan.

Cuma, saya nak— saya tegaskan semula ia menjadi isu yang juga sangat berat sehingga ke setiap Mesyuarat (MRR) Majlis Raja-Raja itu satu agenda khusus menanyakan perkembangan.

draft10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Pasir Mas.

draft10:30 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas jawapan yang begitu jelas. Saya ingin melontarkan beberapa persoalan susulan terutama berkenaan dengan indikator yang ditetapkan oleh RSF.

Antaranya ialah pemilikan dan pengaruh politik terhadap media yang menyebabkan indeks kita agak jatuh. Jadi, adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri setuju bahawa media milik kerajaan tidak sepatutnya digunakan untuk tujuan politik kempen, politik partisan. Saya ambil contoh, bagaimana ceramah umum Pakatan Harapan, Keadilan untuk bangsa Johor pada 15 Jun 2026 di Facebook, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri diletakkan logo RTM.

Kita tak kisah RTM nak buat liputan ucapan rasmi sebagai seorang Perdana Menteri, tetapi kalau sebagai Pengerusi Pakatan Harapan, mana boleh digunakan instrumen seperti RTM untuk tujuan seperti ini dan poster ini masih lagi ada di dalam Facebook yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan dibawa dengan tagline-nya yang sahih di RTM.

Dan apabila menyebut tentang 3R, kenapa kerajaan dilihat begitu lambat untuk bertindak kepada Facebook yang fake account. Saya ambil contoh ada satu akaun Facebook Harakat Daily yang setiap hari membuat troll terhadap pemimpin-pemimpin politik dan juga melibatkan Raja dan 3R, tetapi seolah-olah tidak diambil tindakan sedangkan Yang Amat Berhormat menyebut MCMC boleh membuat request untuk diambil tindakan.

Apakah tindakan kepada media yang membuat laporan yang agak kurang tepat terhadap ucapan Yang Amat Berhormat Menteri. Contoh saya ambil contoh ada satu laporan media dibuat “PRN Johor dibuat awal demi bebaskan Najib.” Dikatakan ini disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri. Kalau laporan ini tak tepat, sepatutnya kena ada tindakan, tapi kalau memang ini yang nak disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya rasa kena ada sedikit penjelasanlah. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

draft10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan.

draft10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tiga soalan okey.

draft10:30 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Pertamanya, kalau secara spesifik soal kenyataan Perdana Menteri selaku Pengerusi PH dengan lambang RTM, saya boleh betulkan. Saya tidak ikuti, tapi kalau itu benar, kita boleh betulkan ya, tapi kenyataan saya itu dilaporkan, saya tak adalah salah. Cuma, isunya ialah logo RTM— saya setuju.

Keduanya tentang Harakat Daily. Harakat Daily. Apakah tindakan? Saya ingat kalau ada berita yang salah, sama ada lapor terus kepada platform— saya tidak tahu TikTok ke apa. Ataupun kepada MCMC kalau ada laporan dan kalau ada hujahnya, MCMC boleh kemukakan, tapi kena faham ya kadang-kadang kita kemukakan sepertimana saya sebut tadi bila saya sebut isu Hamas, kita lapor, tapi pada peringkat awal TikTok tak mahu padamkan sebab bagi dia itu hak dia, kebebasan media, tapi saya lihat itu sebagai umpamanya Islamophobia.

Jadi, ada juga usul yang kita bawa dan MCMC bawa yang tidak dipadamkan, dia tidak automatik ada kuasa pada platform. Sebab itu sesetengah negara seperti negara China umpamanya diharamkan terus TikTok, tapi kita tak sampai di situlah.

Yang ketiga tentang laporan SPR, laporan media yang mengatakan pilihan raya Johor itu, saya berdasarkan kenyataan dibuat oleh Menteri Besar Johor. Jadi, saya berpendapat SPR sebagai badan bebas harus lebih teliti supaya pilihan raya itu ikut garis demokrasi, di mana di ruang waktu yang diberi yang secukupnya, kemudian hari mengundi boleh menggalakkan orang balik. Itu sahaja pandangan kita.

Umpamanya yang bekerja di Singapura itu ramai dan hari Sabtu itu ramai yang bekerja sekerat hari. Jadi, sebaiknya hari Ahad, tapi SPR badan bebas. Dia nak buat hari Ahad, hari Sabtu juga itu keputusan dia. Pandangan peribadi saya, saya tidak— kurang bersetuju kerana saya rasa apa juga harus yang kita lakukan untuk menggalakkan orang datang mengundi. Jadi, kalau teguran saya dari segi itu pada SPR, bukan maknanya campur tangan. Kalau saya campur, lain keadaannya ya.

Kemudian, soal laporan media saya tak ada salah. Cuma, kadang-kadang media ini dia pilih sendiri untuk besarkan headline itu. Kalau baca di dalamnya itu lebih tepat ya. Baik, saya bukan editornya.

draft10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik saya jemput Tampin.

draft10:30 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Tan Sri Tuan Yang di- Pertua, Yang Amat Berhormat Tambun.

Menurut Pengarah Eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) antara faktor yang memberi kesan kepada skor Indeks Kebebasan Media adalah campur tangan politik, undang-undang khusus terkait 3R, tapisan kendiri, pemilikan korporat dan intimidasi pengamal media. Undang-undang seperti Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan juga turut dikatakan menghalang kebebasan media.

Bagaimanakah pendirian kerajaan berkaitan kerangka perundangan Malaysia, yang mana wartawan ataupun pengamal media masih boleh dikenakan hukuman di bawah undang-undang seperti Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi. Ini secara tidak langsung seolah-olah menyekat kebebasan media dan adakah ia juga turut mempengaruhi indikator di dalam indeks kebebasan media.

Yang Amat Berhormat, saya dapati Yang Amat Berhormat PMX kuat bekerja di PRN Johor. PRN Negeri Sembilan nanti serahkanlah kepada Yang Amat Berhormat TPM I menguruskan. Kita kan Kerajaan Perpaduan.

[Ketawa]

draft10:30 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Perdana Menteri.

draft10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih. Saya pergi ke Johor itu hari Sabtu, Ahad je. Malam Isnin dah balik KL. Saya ingat Negeri Sembilan pun begitulah nanti.

draft10:30 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Bangun]

draft10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Saya akan selaraskan program dengan TPM I.

draft10:30 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ceramah bersama.

draft10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Kerana di Persekutuan masih akrab, masih baik kerjasama cukup baik.

[Tepuk] Baik, soal dibangkitkan kerangka undang-undang. Tidak ada yang saya tahulah undang-undang di dunia yang memberi kebebasan mutlak kepada semua media untuk nyatakan apa sahaja ya. Tidak ada. Dia Perdana Menteri, pengamal media terikat dengan undang-undang, tapi saya setuju, jangan mengheret wartawan mudah dalam kes-kes yang difikir oleh jabatan kerajaan.

Sebab itu sekarang ini ada Majlis Media. Kalau ada pandangan tentang wartawan— setahun yang lalu ini tidak ada kes langsung dengan wartawan walaupun banyak laporan-laporan tidak disenangi oleh banyak pihak, tapi keputusan Tuan Yang di-Pertua, keputusan kita mewujudkan Majlis Media ini memudahkan kerana kalau ada mana-mana ketelanjuran oleh media, dia dirujuk kepada Majlis Media.

Cuma, Majlis Media ini hanya bagi akaun yang tetap ada [Tidak jelas] yang tetap.

Dia tidak terlibat pendirian perseorangan, pandangan parti dan sebagainya bukan menjadi anggota melalui media, tetapi bagi wartawan yang disebut wartawan dari media yang wujud ini, dia tidak automatis didakwa atau disiasat kerana proses sekarang ini harus rujuk kepada Majlis Media sebelum diambil apa-apa tindakan. Jadi, saya ingat itu kawalan yang sangat baik yang perlulah diberi persetujui di Parlimen ini.

draft10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Hulu Langat.

draft10:40 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Terima kasih, Speaker. Saya nak tanya dengan Perdana Menteri.

draft10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sabar, sabar. Slow, slow Hulu Langat.

draft10:40 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Okey, okey, okey.

draft10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Slow, Hulu Langat.

draft10:40 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sebab malam ini nak ceramah dekat Segamat, malam ini. Okey, saya tanya perlahan-perlahan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Tadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyebutkan soal berkaitan dengan hari pengundian hari Sabtu ini di negeri Johor. Tak bolehkah PM ini, PM yang ada hubungan baik ini dengan Perdana Menteri Singapura ini bincang G2G, kita minta pelepasan daripada Kerajaan Singapura khususnya kepada warga dan juga masyarakat, rakyat negeri Johor...

draft10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Langat, kembali kepada tajuk. Tajuk kita.

draft10:40 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Memang, memang lari sedikit, tapi dia kena...

draft10:40 AM

[Dewan riuh]

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kita nak minta G2G itu kalau boleh Perdana Menteri bincang dengan Perdana Menteri Singapore bagi pelepasan kepada pengundi-pengundi kita di Singapura untuk balik mengundi sebab kita nak supaya rakyat kita diberikan dan juga hak tanggungjawab untuk mengundi pada hari Sabtu ini.

draft10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kaitkan dengan media.

draft10:40 AM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Buang masa.

draft10:40 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Terima kasih Speaker. Terima kasih, Perdana Menteri.

draft10:40 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Kaitkan dengan media. Hubungan kita dengan Singapura sangat baik dan hubungan yang baik ini membantu untuk membangunkan kedua-dua negara, dan juga hubungan peribadi saya dengan Perdana Menteri Lawrence Wong. Cuma, saya juga tahu saya mewakili negara selalunya kita tidak minta mana-mana negara lain campur dalam urusan termasuk pengundian di negara kita.

Cuma, dimaklum kepada syarikat-syarikat di Singapura untuk memudahkan. Ada pilihan raya, apa ertinya kalau dipersulitkan datang mengundi. Itu sahaja, tetapi saya tidak bercadang untuk menghubungi Perdana Menteri Singapura dalam urusan pengundian ataupun pemilihan di Malaysia. Terima kasih.

draft10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

draft10:40 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Baik, kita mulakan dengan saya menjemput Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar, Kinabatangan.

draft10:40 AM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Terima kasih, Tan Sri Speaker.

Portugal kosong Sepanyol satu; Soalan saya nombor satu.

draft10:40 AM

1. Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar [Kinabatangan] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan, langkah konkrit kementerian untuk menambah kapasiti dan kepelbagaian program institusi pengajian tinggi awam di Sabah bagi mengurangkan kebergantungan pelajar kepada kampus di Semenanjung yang meningkatkan kos pengajian, sara hidup dan beban kewangan keluarga.

draft10:40 AM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Kementerian Pendidikan Tinggi sentiasa komited memperkukuh kapasiti dan kepelbagaian program pengajian di institusi pendidikan tinggi awam di Sabah bagi memastikan pelajar tempatan mempunyai akses yang lebih luas kepada pendidikan tinggi berkualiti tanpa perlu bergantung kepada kampus di Semenanjung semata-mata.

Sehingga 30 Jun 2026, sebanyak 16 IPTA termasuk kampus cawangan sedang beroperasi dan menawarkan pelbagai program pengajian di Sabah merangkumi empat universiti awam, tiga politeknik dan sembilan kolej komuniti. Di antaranya, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu dan Kampus Cawangan Sandakan; Universiti Teknologi MARA di Kampus Cawangan Kota Kinabalu dan Tawau; Politeknik Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau; Kolej Komuniti Beaufort, Kota Marudu, Lahad Datu, Papar, Penampang, Sandakan, Semporna, Tambunan dan Tawau.

Dalam usaha untuk memperkukuh kepelbagaian program pengajian di IPTA di Sabah, KPT sentiasa terbuka dan sedia menerima permohonan program akademik baharu di UMS, UiTM, politeknik dan kolej komuniti di Sabah. Maka, setiap permohonan dinilai secara menyeluruh berdasarkan beberapa kriteria utama.

Ini termasuklah soal kepakaran sedia ada di universiti, keperluan semasa industri dan negara, kapasiti penyampaian institusi, permintaan pelajar, kebolehpasaran graduan dan keperluan mengelakkan pertindanan program antara institusi pendidikan tinggi. Dan ini juga yang ditekankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memberi penekanan kepada Sabah juga.

Pendekatan ini memastikan program yang ditawarkan adalah berkualiti, relevan dan memenuhi keperluan pembangunan ekonomi Sabah selain mengoptimumkan penggunaan kepakaran dan sumber sedia ada.

Pada masa ini, UMS dan kampus cawangannya memfokuskan kepada pembangunan program baharu yang berteraskan kekuatan penyelidikan, keunikan geografi serta biodiversiti Borneo yang melibatkan lima bidang kepakaran. Ini termasuklah dalam bidang sains marin dan akuakultur, bioteknologi tropika, sains perubatan, warisan dan sosial Borneo dan ekopelancongan dan perniagaan.

Manakala untuk UiTM untuk Kampus Cawangan Sabah, kita memperkukuhkan lagi dari segi penawaran program dalam bidang seperti pelancongan dan hospitaliti, perniagaan, sains pentadbiran serta sains dan teknologi. Politeknik di Sabah juga menyediakan pelbagai program pengajian seperti dalam bidang kejuruteraan, perdagangan, hospitaliti, pelancongan, teknologi dan sektor berasaskan sumber tempatan.

Jadi, bagi menyokong peningkatan kapasiti pendidikan tinggi di Sabah, KPT sedang melaksanakan 21 buah projek pembangunan di negeri Sabah dengan kos keseluruhan sebanyak RM1.05 bilion dan siling Rolling Plan Pertama tahun 2026 Rancangan Malaysia Ketiga Belas sebanyak RM160.6 juta.

Melalui pendekatan semua ini, KPT bukan sahaja memperluas akses kepada pendidikan tinggi berkualiti di Sabah malah memastikan penawaran program sentiasa sejajar dengan kekuatan institusi, keperluan pembangunan negeri, kehendak industri serta aspirasi negara.

draft10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Kinabatangan.

draft10:40 AM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Terima kasih, Tan Sri Speaker. Pada hari ini, realitinya masih ramai anak-anak Sabah dan Sarawak masih terpaksa melanjutkan pelajaran, pengajian ke Semenanjung oleh kerana kekurangan program pengajian yang ditawarkan di IPTA di Borneo. Keadaan ini menyebabkan keluarga terpaksa menanggung kos yang tinggi, tambang yang tinggi seperti tambang penerbangan, penginapan dan sara hidup sekali gus menjadikan beban kewangan yang besar khususnya bagi masyarakat luar bandar.

Soalan saya. Adakah kerajaan bersedia menetapkan sasaran yang jelas bahawa dalam tempoh lima tahun yang mendatang ini sekurang-kurangnya 80 peratus pelajar Sabah dan Sarawak yang layak memasuki IPTA dapatlah mengikut program pilihan mereka di kampus yang berada di Borneo itu sendiri agar kekangan kewangan tidak menjadi permasalahan? Dan jika tidak, apakah halangan sebenar yang menyebabkan jurang pendidikan tinggi antara Semenanjung dan Borneo masih berterusan sehingga ke hari ini? Terima kasih.

draft10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft10:40 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih atas soalan tambahan daripada Yang Berhormat Kinabatangan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pada asasnya, akses pendidikan tinggi itu penting. Ia bukan hanya terletak kepada kawasan-kawasan tertentu atau negeri tertentu, geografi tertentu. Kita ingin pastikan supaya akses yang adil dapat diberikan kepada semua.

draft10:40 AM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

[Bangun]

draft10:40 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Oleh yang demikian, soal untuk menetapkan pada kuota-kuota tertentu dalam konteks pendidikan tinggi ini sebenarnya tidak boleh dijadikan sebagai satu ukuran kerana ada, sebagai contoh, penawaran- penawaran program, permintaan-permintaan program tertentu biasanya akan ada di universiti-universiti tertentu...

draft10:40 AM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

[Bangun]

draft10:40 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Makanya, kita tidak boleh semata- mata menetapkan katakan 80 peratus mesti ada di sini sedangkan ada program- program lain yang lebih penting yang mana pelajar-pelajar berkenaan memohon untuk mengikuti program-program itu di tempat-tempat lain khususnya di Semenanjung termasuk juga di Sarawak.

Jadi, dalam hal inilah maka kita tidak boleh menetapkan semata-mata hanya 80 peratus kerana ia bergantung kepada kursus-kursus yang ditawarkan dan juga permintaan oleh pelajar-pelajar yang berkenaan.

draft10:40 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

[Bangun]

draft10:40 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Namun, ini tidak bermakna bahawa kita tidak ada perancangan sama sekali untuk memastikan supaya akses kepada pendidikan dan penawaran-penawaran kursus akan need-based approach ini, dengan izin.

Kursus-kursus― sebagai contoh, saya ambil dalam bidang undang-undang. Di Sarawak dan Sabah sangat memerlukan program-program ini. Makanya, apa yang kita lakukan, kita mengadakan perbincangan dengan badan profesional iaitu Bar Council, sebagai contoh, kita perlukan.

Walaupun program penawaran dalam bidang undang-undang itu telah pun ada moratoriumnya iaitu tidak dibuka, tetapi dalam konteks keperluan untuk Sabah dan Sarawak itu kita mohon dan telah pun dibuka bagi menawarkan program undang- undang untuk di UMS dan juga di Universiti Malaysia Sarawak. Dan inilah antara pendekatan yang sedang kita lakukan untuk pastikan supaya peluang pendidikan yang lebih luas itu dapat diberikan kepada semua.

draft10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kapar.

draft10:50 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Tan Sri Speaker. Merujuk kepada laporan Sinar Harian, pakar ada menyatakan bahawa universiti dituntut untuk melonjakkan dalam ranking global dan menghasilkan penyelidikan impak tinggi. Jadi, bagaimanakah KPT mahu mempertahankan daya saing universiti awam Malaysia seperti Universiti Malaysia Sabah di peringkat serantau sekiranya dana penyelidikan dikecilkan, sedangkan negara jiran sedang agresif melabur dalam sektor yang sama.

Dan apakah komitmen kerajaan untuk menjadi kawasan yang kaya biodiversiti seperti Kinabatangan riches in Malaysia biodiversiti dan juga Kapar. Boleh jadi kembar ya Kinabatangan, sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dan inovasi bertaraf antarabangsa dengan kerjasama IPT tempatan agar kekayaan biodiversiti negara bukan sekadar dipelihara tetapi diterjemahkan kepada penciptaan ilmu, teknologi, harta intelek dan peluang ekonomi bernilai tinggi untuk rakyat Malaysia. Terima kasih Speaker.

draft10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Menteri.

draft10:50 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih atas sebenarnya pandangan yang konstruktif daripada Yang Berhormat berkaitan. Pertama, dengan soal penyelidikan ini. Benar, untuk menjadi sebuah universiti yang ternama, maka salah satu daripada kriteria itu ialah universiti itu mesti memberi penekanan kepada bidang-bidang penyelidikan.

Oleh yang demikian, kerajaan telah mengambil pendekatan selain daripada peruntukan yang diletakkan di bawah KPT, kerajaan juga telah meletakkan peruntukan itu di bawah MOSTI. Maka, kedua-dua kementerian ini bekerjasama untuk pastikan sebarang penyelidikan yang berkaitan dengan apa yang disebutkan fundamental research sebagai contoh, diberikan bersama-sama.

Dan hari ini kita dapati bahawa banyak daripada proses penyelidikan yang dilakukan itu dapat— telah pun menghasilkan suatu yang baik. Ini apa yang kita panggil dalam konteks ke universiti, RDICE iaitu ia melibatkan penyelidikan dalam masa yang sama untuk commercialization. Dan bukan itu sahaja, ia juga melibatkan dari segi citation yang sangat penting.

Alhamdulillah, universiti-universiti ternama khususnya RU, universiti kita yang sekarang ini ada pihak yang mempersoalkan itu, kenapa banyak pelajar antarabangsa dan sebagainya, tetapi itulah ekosistem yang kita perlu adakan khususnya yang melibatkan kursus-kursus di peringkat masters dan lain-lain lagi.

Sebagai contoh, Yang Berhormat juga menyebutkan tentang biodiversiti, program-program, kerana negara kita kaya dengan sumber-sumber itu. Sabah, Sarawak, UMT, apa yang disebutkan sebagai blue economy di UMT di Terengganu, sumber-sumber laut dan itu yang kita lakukan, kerjasama dengan universiti-universiti ternama di dunia.

Saya mungkin tidak ada masa untuk menjelaskan satu persatu universiti- universiti dunia yang bekerjasama dengan kita sekarang. Dan Alhamdulillah seperti yang kita lihat hari ini, negara— banyak RU kita yang sudah pun berada di bawah 200 ranking terbaik dunia. Jadi, saya harap kepada semua Ahli-ahli kita, apabila kita membicarakan soal ini ataupun ada komen-komen yang— komentar tentang kedudukan universiti ataupun dari segi struktur pengambilan dan sebagainya. Kita boleh berbicara tetapi jangan sampai dia menghilangkan dari segi penarafan yang ada dan orang akan lihat apa sudah jadi dengan universiti.

Sebagai contoh, istilah-istilah menggunakan, ada masuk pintu belakang dan sebagainya ini. Ini adalah merupakan debat-debat yang tidak membawa kebaikan kepada dunia universiti kita. Kalau ada perkara-perkara, komen dan sebagainya, datanglah jumpa saya, saya sentiasa terbuka. Indera Mahkota tahu, bagaimana kita membincangkan secara terbuka kerana untuk kebaikan kita semua. Terima kasih.

draft10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan, Merbok.

draft10:50 AM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, soalan Merbok nombor 2.

draft10:50 AM

2. Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [Merbok] minta Menteri Ekonomi menyatakan, tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi fenomena masyarakat menua menjelang tahun 2040 nanti apabila 17.3 peratus penduduk Malaysia akan mencapai umur 65 tahun ke atas, termasuk dari aspek kebajikan warga emas, penjagaan kesihatan, perlindungan sosial dan sokongan kepada institusi keluarga.

draft10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft10:50 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Tan Sri Yang di-Pertua, kerajaan mengambil serius fenomena penuaan penduduk di Malaysia.

Berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia ataupun DOSM, negara kita telah mencapai status negara menua sejak tahun 2021 apabila penduduk berumur 65 tahun dan ke atas melebihi tujuh peratus daripada jumlah penduduk. Trend ini dijangka berterusan berikutan penurunan kadar kesuburan dan juga peningkatan jangka hayat.

Menurut unjuran DOSM, peratusan penduduk berumur 65 tahun dan ke atas akan meningkat daripada lapan peratus pada 2025 kepada 10.4 peratus tahun 2035.

Manakala Kadar Kesuburan Jumlah ataupun TFR dijangka menurun daripada 1.67 kepada 1.60 dalam tempoh yang sama. Sehubungan itu, RMK13 telah mengarusperdanakan persediaan negara melalui pelaksanaan Agenda Negara Menua dan pembangunan Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan ataupun NAB sebagai kerangka jangka panjang yang merangkumi lima teras utama iaitu:

(i) ekonomi mikro dan fiskal;

(ii) pekerjaan dan kemahiran;

(iii) perlindungan sosial;

(iv) kesihatan sepanjang hayat; serta

(v) penjagaan jangka panjang.

Kertas Putih Penuaan Kebangsaan sememangnya dirancang dalam RMK13, tetapi insya-Allah kita akan cuba bentangkan di Parlimen pada tahun ini, sesi akan datang dan akan disusuli dengan peluncuran Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan.

Tan Sri Yang di-Pertua, dari aspek kebajikan dan kesejahteraan warga emas, kerajaan telah ataupun terus memperkukuh Dasar Warga Emas Negara dan juga Pelan Tindakan Warga Emas Negara dengan penekanan kepada penuaan aktif, sihat dan bermaruah.

Yang ini kita boleh tengok dari segi sebagai contoh, program komuniti seperti PAWE, pengukuhan sokongan keluarga dan komuniti, pembangunan persekitaran mesra warga emas, peningkatan literasi digital serta pembelajaran sepanjang hayat.

Kerajaan juga turut memperkukuh sistem penjagaan jangka panjang melalui pembangunan model penjagaan berasaskan komuniti. Ekonomi penjagaan ataupun care economy, latihan penjaga profesional dan juga perluasan perlindungan sosial bagi golongan rentan. Pada masa yang sama, usaha untuk kita tingkatkan penyertaan ekonomi warga emas yang masih produktif serta penyelidikan berkaitan penuaan penduduk akan terus diperkasa.

Bagi aspek kesihatan, RMK13 dan juga Kertas Putih Kesihatan menekankan pendekatan kesihatan sepanjang hayat yang memberi fokus kepada pencegahan penyakit, pengesanan awal, penjagaan primer dan sekunder serta penyelarasan perkhidmatan kesihatan dan sosial. Kerajaan juga memberi keutamaan kepada usaha mengekalkan keupayaan fungsi warga emas melalui program komuniti, intervensi kesihatan yang bersesuaian dan peningkatan akses kepada perkhidmatan sokongan.

Untuk aspek perlindungan sosial, kerajaan komited memperkukuh jaringan keselamatan sosial melalui peningkatan kecukupan pendapatan persaraan, perluasan liputan perlindungan sosial, bantuan yang lebih bersasar, serta pengukuhan literasi kewangan sepanjang kitaran hayat. Langkah ini penting bagi memastikan warga emas mempunyai sumber pendapatan dan perlindungan yang mencukupi apabila memasuki usia persaraan.

Tan Sri Yang di-Pertua, satu lagi poin kalau diizinkan, yang mana kalau kita tengok untuk tujuan ini RMK13 memberi penekanan kepada pengukuhan perkhidmatan sokongan penjagaan, pembangunan komuniti penyayang serta kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, pertubuhan masyarakat sivil dan juga komuniti setempat.

Sebab kita tahu, pendekatan whole-of-government dan whole-of-nation diperlukan supaya pembangunan ekosistem ini dapat kita perkasa dan meluaskan perkhidmatan komuniti. Dan dari segi memastikan agenda penuaan negara ini dilaksanakan secara berkesan, kerajaan telah mewujudkan mekanisme tadbir urus yang jelas melalui penglibatan kementerian peneraju bagi setiap teras NAB serta pemantauan berkala di peringkat Majlis Perlindungan Sosial Malaysia, Majlis Sosial Negara, Jawatankuasa Dasar Fiskal dan juga Majlis Tindakan Ekonomi Negara. Terima kasih Tan Sri.

draft10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Merbok.

draft10:50 AM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Terima kasih Menteri. Soalan tambahan saya, adakah inisiatif— apakah inisiatif kerajaan untuk memperkukuhkan institusi keluarga agar ahli keluarga yang menjaga ibu bapa atau warga emas tidak terbeban dari segi kewangan dan kehilangan pendapatan termasuk mempertimbangkan pemberian insentif cukai atau elaun penjaga?

Dan bagaimanakah kementerian menyelaraskan dasar di antara kementerian seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Sumber Manusia bagi memastikan persediaan menghadapi masyarakat menua dilaksanakan secara bersepadu dan bukan secara berasingan? Sekian.

draft10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft10:50 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Merbok yang memberi pandangan dan juga menyokong dari segi keperluan supaya pendekatan yang ambil ini bersifat menyeluruh.

draft10:50 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

[Bangun]

draft10:50 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

[Bangun]

draft10:50 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bangun]

draft10:50 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Ia nya tidak boleh hanya terletak kepada satu agensi ataupun satu kementerian semata-mata.

draft10:50 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Mengenai bagaimana untuk supaya dari segi perlindungan sosial ataupun kesihatan sepanjang hayat, ia berkait di situ. Itu antara bila kita lihat dari segi strategi dalam lima teras yang kita bangunkan dalam NAB ini adalah melihat bagaimana beban itu tidak hanya tertumpu kepada sebagai contoh hanya soal sektor kesihatan semata- mata.

Sekiranya ada strategi yang kita boleh bangunkan supaya penjagaan itu dapat ditingkatkan mungkin di kalangan ahli keluarga dan sebagainya, bagaimana peranan di peringkat kerajaan, mahupun sektor-sektor berkenaan dapat mengurangkan beban yang perlu dihadapi oleh keluarga berkenaan.

Jadi, sebab itu untuk memahamkan juga dari segi dasar pekerjaan dan sebagainya, ini juga memerlukan pertimbangan jangka panjang agar ia nya tidak hanya melihat kepada apabila sampai umur persaraan. Maka perkara itu kiranya selesai, tetapi melihat kepada komitmen, pengalaman, sumbangan yang boleh diteruskan oleh mereka yang mungkin dari segi umurnya telah melangkaui warga emas tetapi penglibatan dalam sudut ekonomi itu masih boleh dijana. Itu antara perkara yang wajar kita bagi perhatian.

Cuma pembangunan NAB ini kita jangka insya-Allah, penghujung tahun ini jangkaan untuk kita bentangkan Kertas Putih untuk terus memperincikan dari segi strategi yang boleh diambil, tatapi pada masa yang sama komitmen daripada semua kementerian dan juga agensi berkaitan itu amat diperlukan. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Jelutong.

draft11:00 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tan Sri Speaker. Selamat pagi, salam perpaduan, salam Malaysia MADANI. Jauh ke depan kita undi Harapan. Saya ingin tanya kepada Menteri, saya dengar dengan tekun tadi pelbagai perkara yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi kebajikan masyarakat, rakyat secara umumnya, kepada warga emas, kepada bagi menjaga kesihatan, perlindungan sosial dan juga pelbagai pemberian bantuan kepada keluarga.

Cumanya saya ingin tanya, apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk menguar-uarkan lagi bantuan-bantuan yang sedang dihulurkan, akan dihulurkan oleh kerajaan kerana saya dukacita sejak berkempen di Johor ini ramai rakyat Johor kata semua Johor bagi, semua Johor bagi, tiada bantuan daripada Kerajaan Persekutuan.

So, saya ingin tanya kepada kerajaan bagaimana kita ingin memastikan bahawa bantuan-bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan MADANI yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Tambun ini diuar-uarkan lagi supaya rakyat peka dan mengetahui kebajikan yang diperoleh oleh rakyat di seluruh negara, terutamanya yang ada di Johor supaya mereka akan buat pilihan yang bijak 11 hari bulan ini dan undi Harapan. Terima kasih.

draft11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri. Speak to the— jawapan straight.

draft11:00 AM

[Dewan ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Jangan corner.

draft11:00 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Saya pun sebab nak jawab, Menteri Komunikasi ada di sini. Tugas menguar-uarkan itu kita lihat dari segi bagaimana komunikasi dapat ditambah baik atau pun diperluaskan. Cuma pada masa yang sama, saya cuba ambil konteks kepada agenda negara menua.

Sudah pasti salah satu elemen adalah soal perlindungan sosial dan di sini sudah pasti bila kita bercakap bantuan-bantuan yang disalurkan oleh kerajaan, ia datang daripada pelbagai pakej ataupun insentif. Jadi, cabaran yang kita perlu teliti untuk jangka panjang ini adalah bagaimana untuk kita pastikan untuk mengelakkan kesilapan dari segi exclusion error ataupun mereka yang layak tidak dapat bantuan berkenaan ataupun yang sebenarnya tidak layak dapat juga bantuan. Jadi, di sini peranan yang boleh kita selaraskan dengan lebih baik.

Pada masa yang sama, untuk memastikan bagaimana mengusahakan ke arah agenda negara menua ini adalah kesinambungan urusan ekonomi dan juga fiskal. Dan sudah pasti dalam teras yang kita bangunkan melibatkan lima perkara utama ini sepatutnya menjadi tumpuan juga. Jadi sebab itu dalam kita terus mendekati masyarakat, membawa program- program ataupun insentif-insentif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.

Mungkin juga dari segi kesedaran bahawa tanggungan ataupun tanggungjawab kerajaan ketika ini sememangnya cuba membantu sebaik mungkin untuk terus melindungi kedudukan sesebuah keluarga, tetapi pada masa yang sama sudah pasti bantuan ini kadangkala disalurkan oleh melalui agensi-agensi termasuk juga di peringkat negeri. Ini yang dari segi siapa yang nak claim credit dan sebagainya, itu satu perkara yang mungkin perbincangan di luar sana.

Cuma di peringkat kita, kita membangunkan dasar yang melihat kepada bagaimana menguruskan cabaran negara menua ini kerana kita sudah menjadi negara menua dan berdasarkan angka yang kajian dibuat oleh United Nations, jangkaan negara kita jadi negara tua adalah seawal menjelang tahun 2043.

Jadi dalam tempoh berkenaan, banyak perkara-perkara yang kita perlu selaraskan supaya bila sampai masanya kita dapat mampu terus memastikan kehidupan dan juga kesejahteraan rakyat ini dapat dilindungi dengan sebaik mungkin. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Tuan Aminolhuda bin Hassan, Sri Gading.

draft11:00 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih Tan Sri Speaker.

Bangsa Johor ‘bijaksana;’ Soalan nombor tiga dari Sri gading.

draft11:00 AM

3. Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan [Sri Gading] minta Perdana Menteri menyatakan, adakah kerajaan bercadang memperkenalkan dana mesra warga emas bagi membantu masjid dan surau menyediakan kemudahan seperti laluan kerusi roda, tandas mesra OKU dan ruang rawatan asas untuk jemaah warga emas.

draft11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] Pantun ke apa? Okey bolehlah. Silakan Menteri.

draft11:00 AM

[Dewan ketawa]

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Puan Marhamah binti Rosli

Macam biasa, pantun jawab kemudian.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa komited memastikan dakwah Islam benar-benar bersifat rahmatan lil ‘alamin dengan menyediakan persekitaran ibadah yang inklusif, selamat dan mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat termasuk warga emas dan juga OKU.

Sehingga kini, majoriti masjid dan surau yang berdaftar di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), telah menyediakan pelbagai kemudahan asas mesra warga emas dan OKU. Malah sebahagiannya telah memenuhi keseluruhan kemudahan yang telah disenaraikan termasuk tempat letak kenderaan khas, tempat wuduk khas, bilik air khas, laluan khas, kerusi solat khas, al-Quran braille dan kerusi roda.

Terdapat juga masjid dan surau yang menyediakan machine automated external defibrillator (AED) seperti di Masjid Ar-Rahah, Kerinchi dan Masjid Amaniah Kepong.

Kerajaan akan terus mempertingkatkan penyediaan kemudahan ini secara berperingkat selaras dengan unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia bahawa Malaysia dijangka mencapai status negara tua menjelang tahun 2030 seperti yang dibincangkan sebentar tadi.

Buat masa ini, kerajaan memberikan keutamaan kepada usaha memperkukuh penyediaan serta menaik taraf kemudahan mesra warga emas di masjid dan surau melalui mekanisme pembiayaan sedia ada termasuk peruntukan penyelenggaraan, dana dan kutipan masjid, sumbangan masyarakat serta bantuan yang diselaraskan oleh pihak berkuasa agama negeri mengikut bidang kuasa masing-masing.

Dari sudut dasar dan piawaian, kerajaan telah menyediakan kerangka perundangan dan garis panduan yang komprehensif. Antaranya melalui Akta Orang Kurang Upaya 2008, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Undang-undang kecil Bangunan Seragam 1984 serta Garis Panduan Perancangan Reka Bentuk Sejagat

(Universal Design) yang menjadi rujukan pihak berkuasa tempatan dalam proses perancangan dan kelulusan pembangunan masjid dan surau.

Sehubungan itu, semua pembangunan baharu masjid dan surau perlu menyediakan kemudahan-kemudahan tersebut. Kerajaan juga telah memperkenalkan Standard Penarafan Masjid Malaysia (SPMM) sebagai instrumen penambahbaikan pengurusan masjid. Antara komponen yang dinilai ialah penyediaan kemudahan prasarana mesra warga emas dan OKU sekali gus mendorong pihak pengurusan masjid mempertingkatkan penyediaan kemudahan yang inklusif, selamat dan mudah diakses oleh semua jemaah dari semasa ke semasa.

Pelaksanaan SPMM ini adalah melalui kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri selaras dengan bidang kuasa masing-masing terhadap pengurusan masjid dan surau. Dalam masa yang sama, kerajaan turut memperkukuh agenda masjid inklusif melalui Pelan Tindakan Agensi Agama bagi OKU Muslim 2024–2028 yang memberi penekanan kepada pembangunan kapasiti warga masjid serta penglibatan komuniti OKU sebagai rakan strategik dalam pembangunan institusi masjid.

Secara kesimpulan, kerajaan akan terus memperkukuhkan kemudahan warga emas dan OKU ini melalui pendekatan yang menyeluruh meliputi aspek pembiayaan, prasarana, piawaian dan tadbir urus agar institusi masjid kekal inklusif, selamat dan kondusif untuk semua. Sekian, terima kasih.

draft11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Sri Gading.

draft11:10 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih kepada Timbalan Menteri Agama. Kita sedia maklum bahawa warga emas ini atau pun orang OKU ini, warga emas terutamanya, inilah masa, saat-saat ataupun tempoh mereka untuk lebih menumpukan ibadat di masjid atau pun surau.

Pada waktu yang sama, warga emas ini memerlukan rawatan kesihatan dan juga mungkin daripada satu sudut kalau katakan dia nak bergerak jauh agak sukar disebabkan bukan saja dia warga emas, waktu yang sama dia mungkin telah kena strok atau pun susah nak bergerak dan sebagainya.

Jadi, apa jawapan daripada Menteri, Timbalan Menteri tadi sangat bermakna kepada kami. Apa yang soalan tambahan daripada Sri Gading, adakah agensi-agensi lain dapat membantu untuk mengadakan program rawatan kesihatan ataupun nasihat dan seumpamanya selain daripada memperkasakan jawatankuasa masjid dan surau supaya lebih bersikap mesra dengan warga emas dan juga OKU sewaktu mereka hadir?

Kadang-kadang, maklum mereka mungkin ada kesilapan dan sebagainya, contohlah. Mungkin mereka terlepas tak boleh tahan lagi nak ke tandas, terlepas di dalam masjid atau surau. Mungkin itu menjadi satu bebanan kepada jawatankuasa masjid. Jadi, apakah tindakan dan program yang dapat dilaksanakan untuk membantu perasaan orang-orang seumpama ini? Terima kasih.

draft11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft11:10 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading, ada dua soalan. Yang pertama berkaitan kerjasama agensi lain untuk membantu golongan warga emas. Yang kedua berkaitan dengan memperkasa ahli jawatankuasa masjid ya. Saya minta izin untuk jawab soalan yang kedua dulu.

Untuk soalan kedua, berkaitan dengan memperkasa ahli jawatankuasa masjid dan surau bagi memastikan institusi masjid ini mesra warga emas dan OKU, kerajaan sentiasa memperkukuh keupayaan ahli jawatankuasa masjid dan surau ini melalui pelbagai program ya. Antaranya kursus, bengkel, sesi taklimat yang turut memberi penekanan kepada aspek layanan terhadap warga emas dan OKU, keselamatan dan pengurusan bantuan awal kecemasan ya sekiranya berlaku kecemasan.

Saya ingin memberikan satu contoh program yang dikendalikan, yang dianjurkan oleh YADIM, JAWI dan MAIWP ya secara bersama dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia iaitu Program Latihan Kepimpinan Inklusif dan Kesaksamaan OKU yang dikenali sebagai DETAIL kepada imam dan nazir seluruh Wilayah Persekutuan. Ya...

draft11:10 AM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

[Bangun]

draft11:10 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Usaha ini juga diperkukuhkan melalui Pelan Tindakan Agensi Agama Bagi OKU Muslim 2024–2028 yang merangkumi pembangunan modul latihan, SOP ibadah dan garis panduan bagi memperkasa pelaksanaan konsep masjid inklusif di seluruh negara.

Bagi soalan yang kedua pula, berkaitan dengan rawatan kesihatan ya kepada warga emas. Saya mohon izin untuk soalan yang kedua ini saya akan dapatkan input daripada kementerian yang berkaitan dan insya-Allah, kami akan berikan jawapan secara bertulis. Terima kasih.

draft11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Kuala Krai.

draft11:10 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, adakah kerajaan bercadang untuk mengintegrasikan modul kesiapsiagaan kecemasan dan pemasangan AED sebagaimana yang disebut Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi di Masjid Ar-Rahah sebagai satu keperluan standard dalam garis panduan kemudahan masjid dan surau di seluruh negara?

Saya juga ingin menarik perhatian kepada isu ruangan solat kepada musafir.

Alhamdulillah, sepanjang pemerhatian banyak masjid yang mengambil tindakan proaktif untuk menyediakan ruang solat musafir. Sebab musafir ini bukan sahaja melibatkan musim percutian semata-mata, di sana ada pemandu Grab, penghantar makanan dan sebagainya yang memerlukan ruangan solat dan rehat yang fleksibel.

Kita faham tentang bidang kuasa dan pentadbiran masjid di bawah negeri, cuma bagaimana untuk menggerakkan dasar dan kempen kesedaran kepada pihak masjid supaya memastikan setiap masjid adalah mesra musafir dan digunakan sepanjang hari?

Terima kasih Tan Sri.

draft11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Menteri.

draft11:10 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Yang pertama berkaitan dengan keperluan kecemasan (AED). Yang kedua berkaitan dengan ruangan solat kepada musafir. Pertamanya, untuk keperluan kecemasan AED ini beberapa masjid dan surau sudah menyediakan namun buat masa ini kita tidak mewajibkan lagi.

Namun, kami mengambil perhatian terhadap cadangan daripada Kuala Krai tadi untuk menambah baik dan insya-Allah kita akan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang lain, kami akan mengambil perhatian perkara ini untuk memastikan setiap masjid dan surau menyediakan keperluan kecemasan ini.

Untuk yang kedua pula, berkaitan dengan masjid musafir— ruang solat kepada musafir di masjid dan surau. Okey, sekali lagi saya akan beri perhatian untuk memperluaskan perkara ini. Pertamanya, tahniah kepada masjid dan surau yang telah menyediakan ruang solat kepada musafir dan insya-Allah untuk masjid musafir ada masjid terbaru yang memperkenalkan masjid mereka sebagai masjid musafir.

Nanti saya akan berikan secara bertulis ya nama masjid ini tetapi sudah ada dan insya-Allah selepas ini kita akan perkasakan ruang solat kepada musafir di semua masjid dan surau especially di Wilayah Persekutuan terlebih dahulu insya-Allah, insya- Allah. Terima kasih.

draft11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib, Parit.

draft11:10 AM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Soalan Parit nombor 4.

draft11:10 AM

4. Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib [Parit] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, usaha yang telah dilakukan oleh kementerian bagi menaik taraf Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri atau IDFR sebagai salah satu institusi penyelidikan dan latihan diplomasi bertaraf dunia.

draft11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft11:10 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Parit atas pertanyaan yang dikemukakan.

Tuan Yang di-Pertua, Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri atau dengan ringkasnya IDFR telah ditubuhkan pada tahun 1991 dan merupakan institusi latihan bagi melatih pegawai-pegawai kerajaan khususnya dalam bidang diplomasi dan hubungan luar negeri.

Semenjak diletak di bawah Kementerian Luar Negeri pada tahun 2004, Kementerian Luar Negeri telah melaksanakan pelbagai usaha dan inisiatif berterusan untuk memantapkan kedudukan IDFR sebagai institusi latihan dan penyelidikan diplomasi yang unggul sekali gus mengangkat pengiktirafannya di peringkat antarabangsa sebagai sebuah pusat kecemerlangan atau dengan izin, Centre of Excellence dalam bidang diplomasi dan hubungan antarabangsa.

Melalui Pelan Strategik Kementerian Luar Negeri 2026–2030, pelbagai langkah sedang dan akan diambil untuk memperkasakan IDFR termasuk menginovasi dan memperkukuhkan program latihan dari segi kandungan metodologi serta penggunaan teknologi dan perisian terkini agar sentiasa relevan dengan perkembangan global dan kemajuan teknologi semasa.

Kementerian turut memberikan keutamaan dalam memperkasakan fungsi penyelidikan melalui pelaksanaan kajian terhadap isu-isu semasa yang memberi kesan kepada negara serta mempergiatkan penerbitan kajian analisis dan penulisan ilmiah bagi menyokong pembangunan dasar dan memperkukuhkan kapasiti diplomasi negara.

Tan Sri Yang di-Pertua, di samping itu pihak IDFR turut mengambil langkah mempergiatkan lagi program-program wacana intelektual atau dengan izin, intellectual discourse termasuk penganjuran forum, perbincangan meja bulat, simposium dan syarahan ulung dan awam atau dengan izin, distinguished lecture and public lecture. Pelbagai program wacana intelektual dan penerbitan ilmiah telah dilaksanakan bagi menyemarak budaya ilmu dan memperkukuhkan keterlihatan dan dengan izin, visibility IDFR di dalam dan luar negara. Sejak tahun 2024 hingga kini, IDFR telah menganjur tujuh siri syarahan ulung awam, empat forum, tiga sesi perbincangan meja bulat dan seminar serta menerbitkan lima buah buku dan jurnal yang menyumbang kepada perkembangan ilmu dalam bidang diplomasi dan hubungan antarabangsa.

Pada bulan April 2026, IDFR telah menganjurkan Forum on ASEAN: ASEAN Centrality and Cross–Regional Cooperation dan pada 16 Jun 2026 baru-baru ini, pelancaran buku terbitan IDFR, The Rising Sun: Timor–Leste's Journey to Peace and Development telah dilaksanakan dan disertai dengan syarahan ulung oleh Tuan Yang Terutama José Ramos-Horta, Presiden Timor Leste.

Tan Sri Yang di-Pertua, kewibawaan IDFR dalam menganjurkan latihan kepada para diplomat dan pegawai awam dari dalam dan luar negara semakin diiktiraf di peringkat antarabangsa. Sepanjang tahun 2023 hingga 2025, IDFR telah mengendalikan hampir 30 program latihan di dalam bidang diplomasi dan hubungan luar negeri untuk pegawai-pegawai kerajaan negara-negara asing termasuk dari negara Timur Tengah, ASEAN, Afrika dan Asia Tengah.

Ini turut mendorong negara-negara asing untuk mengadakan kerjasama dan kolaborasi latihan dan penyelidikan dengan IDFR. Sehingga kini sebanyak 25 buah negara asing telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dan pertukaran nota atau, dengan izin, exchange of notes dengan IDFR bagi tujuan ini. Di peringkat nasional, IDFR turut menjalinkan kerjasama dengan institusi-institusi latihan serta universiti awam dan swasta.

Semua usaha ini adalah selaras dengan visi IDFR untuk menjadi pusat latihan dan penyelidikan diplomasi serta hubungan antarabangsa yang bertaraf dunia. Dalam hal ini, KLN akan terus memastikan IDFR kekal relevan dengan perkembangan landskap diplomasi global di samping memperkukuhkan peranannya sebagai pusat pembangunan kapasiti penyelidikan dan pemikiran strategik yang menyokong pelaksanaan dasar luar Malaysia. Sekian, terima kasih.

draft11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Parit.

draft11:20 AM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Menteri atas jawapan yang diberikan. Pada hemat Parit, peranan Institute of Diplomacy and Foreign Relations ini adalah sangat penting dan saya ucapkan syabas kerana ada banyak program-program yang telah dilaksanakan di IDFR ini.

Soalan saya, apakah kerajaan bercadang untuk memperkukuhkan lagi fungsi IDFR sebagai pusat pemikir sebagai think-tank yang membincangkan atau memikirkan Dasar Luar Negara dengan menghasilkan pula kajian-kajian strategik yang boleh dijadikan rujukan kepada Jemaah Menteri, Parlimen dan agensi kerajaan dalam menghadapi cabaran geopolitik semasa?

Soalan kedua, apakah langkah kementerian untuk menarik lagi ramai penyertaan golongan muda, khususnya ahli akademik dan profesional dalam bidang diplomasi melalui program biasiswa, fellowship atau latihan khas bagi melahirkan lebih ramai lagi pakar-pakar hubungan antarabangsa tempatan? Terima kasih.

draft11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft11:20 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat Parit atas cadangan dan juga saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Parit kerana pengiktirafan kepada IDFR. Sememangnya IDFR ketika ini sedang mengusahakan pelbagai model dan juga rujukan-rujukan yang penting sebagai terbitan daripada kajian-kajian yang telah dilaksanakan oleh pegawai-pegawai di IDFR.

Dan sebagai contoh, baru-baru ini kita telah pun menerbitkan buku The Rising Sun berkenaan tentang perjuangan dan kisah-kisah pembangunan Timor-Leste. Ini adalah merupakan satu rujukan yang sangat-sangat baik. Dalam hal itu juga, cadangan Yang Berhormat Parit berkenaan tentang untuk menjadikan IDFR sebagai pusat think- tank dengan izin, itu adalah satu cadangan yang baik.

Dan juga untuk makluman, kebanyakan pegawai-pegawai yang kita latih di IDFR mempunyai kapasiti sebagai penasihat dan juga mempunyai intelligence dengan izin untuk memahami konteks geopolitik dan diplomasi. Kita juga sedang memperkembangkan diplomasi ekonomi dan juga mempergiatkan, memperkasakan diplomatik diplomat kita untuk menerima latihan-latihan seperti di MITI MATRADE untuk dibawa keluar dan kita juga membawa dasar yang kukuh dan konsisten berkenaan tentang Malaysia.

Selain itu juga, kita sedang mengalami gelombang penggunaan AI dan juga isu- isu seperti cybersecurity. Itu juga merupakan sebahagian daripada model diplomasi yang sedang kita bangunkan. Kita berharap agar IDFR ini akan lebih dapat perhatian daripada pihak kerajaan berkenaan tentang biasiswa ataupun latihan-latihan.

Kita sentiasa bersiap sedia dan juga saya mengalu-alukan Ahli-ahli Parlimen yang berminat untuk memperkembangkan bakat ataupun memperkasakan ilmu berkenaan tentang diplomasi, IDFR bersedia untuk memberikan latihan.

Berkenaan tentang kaedah latihan, kita mempunyai mekanisme di mana setiap career diplomate dengan izin yang ingin menceburi kerjaya di dalam bidang diplomat ini harus bermula daripada institusi latihan untuk menghasilkan pegawai tadbir terlebih dahulu.

Walaupun demikian, bakat-bakat diplomatik ini juga dapat dipupuk melalui karier— jalan politik ataupun bidang-bidang akademik yang boleh menyumbang kepada pembangunan dasar luar negeri. Itu saja yang boleh saya sampaikan, Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih.

draft11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Dato’ Muhammad Bakhtiar Wan Chik, Balik Pulau.

draft11:20 AM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Yang di-Pertua. Belgium empat, USA satu. Empat campur satu, lima gol. Jadi soalan saya nombor 5.

draft11:20 AM

5. Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [Balik Pulau] minta Menteri Digital menyatakan sama ada kerajaan telah menilai kesan kumulatif pertumbuhan pesat pusat data dan pusat data AI terhadap suhu persekitaran, penggunaan tenaga dan sumber air negara. Apakah mekanisme yang digunakan untuk memastikan pembangunan industri ini tidak menimbulkan kos alam sekitar yang lebih besar kepada komuniti setempat pada masa hadapan.

draft11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

[Ketawa]

draft11:20 AM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Tak apa. Kita fokus kepada soalan, bukan bola sepak. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat daripada Balik Pulau. Soalan nombor 5. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa berpandangan jauh dalam perkara memastikan pertumbuhan pesat industri pusat data, termasuk pusat data berasaskan kecerdasan buatan (AI). Ia nya dilaksanakan secara mampan dan tidak menimbulkan sebarang kesan negatif kepada alam sekitar serta komuniti setempat dalam jangka masa panjang.

Bagi tujuan tersebut Tan Sri Yang di-Pertua, DCTF ataupun Data Centre Task Force telah pun ditubuhkan sebagai mekanisme penyelarasan dan penilaian berpusat di peringkat kebangsaan bagi semua cadangan pembangunan pusat data.

Melalui pendekatan ini, setiap permohonan untuk pembangunan pusat data dinilai secara menyeluruh dan dengan mengambil kira kesan kumulatif terhadap keperluan tenaga, keperluan elektrik, keperluan sumber air, keadaan penggunaan tanah, infrastruktur digital serta faktor-faktor kemampanan yang berkaitan sebelum sesuatu projek itu dipertimbangkan untuk kelulusan.

Sebahagian daripada kerangka pembangunan pusat data mampan, sebagai sebahagian daripadanya, DCTF turut memantau pematuhan kepada standard-standard dan amalan-amalan terbaik industri yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Antaranya Tan Sri Yang di-Pertua, termasuk penggunaan indikator kecekapan seperti (PUE) Power Usage Effectiveness bagi mengukur kecekapan penggunaan tenaga serta (WUE) Water Usage Effectiveness bagi mengukur kecekapan penggunaan air. Pendekatan ini Tan Sri Yang di-Pertua, membolehkan kerajaan memastikan pembangunan pusat data baharu menggunakan teknologi yang lebih cekap dan berdaya lestari dari segi penggunaan sumber.

Di samping itu Tan Sri Yang di-Pertua, operator pusat data digalakkan untuk meningkatkan penggunaan tenaga boleh baharu, mengadaptasikan teknologi penyejukan berkecekapan tinggi, menggunakan sumber air boleh guna semula, serta melaksanakan sistem pengumpulan air hujan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan air terawat. Langkah-langkah ini penting bagi memastikan pertumbuhan industri pusat tidak memberi tekanan yang tidak seimbang kepada sumber tenaga dan air negara.

Tan Sri Yang di-Pertua, dari sudut perancangan fizikal dan alam sekitar, pembangunan pusat data juga tertakluk kepada garis panduan perancangan ataupun GPP pusat data yang disediakan oleh PLANMalaysia. Setiap pembangunan perlu melalui proses kebenaran merancang serta semakan daripada Jabatan Alam Sekitar dan agensi teknikal berkaitan di peringkat negeri dan juga peringkat daerah.

Mekanisme ini memastikan aspek kesesuaian tapak, aspek kapasiti utiliti dan juga aspek pengurusan risiko alam sekitar dan kesejahteraan komuniti setempat dinilai secara menyeluruh sebelum sesuatu projek itu dilaksanakan.

Selain proses kelulusan, kerajaan turut menekankan aspek pemantauan berterusan terhadap penggunaan utiliti dan prestasi kemampanan pusat data bagi memastikan industri ini terus berkembang dan ia nya berkembang mengikut standard- standard yang telah pun ditetapkan. Pemaju dan pengendali pusat data digalakkan untuk melaksanakan amalan operasi yang lebih lestari termasuk pengurusan sisa elektronik yang teratur, penggunaan teknologi cekap tenaga serta pelaporan prestasi penggunaan sumber secara berkala.

Secara keseluruhannya Tan Sri Yang di-Pertua, kerajaan berpandangan bahawa pembangunan industri pusat data dan pusat data AI perlu dilaksanakan secara seimbang antara keperluan pertumbuhan ekonomi digital negara dan juga mengambil kira tanggungjawab terhadap alam sekitar.

Melalui mekanisme penilaian berpusat oleh DCTF, pematuhan kepada garis panduan perancangan dan alam sekitar serta penerapan prinsip-prinsip pembangunan pusat data yang mampan, kerajaan komited untuk memastikan bahawa industri ini terus berkembang dan ia nya berkembang tanpa mewujudkan kos alam sekitar yang lebih besar kepada komuniti setempat pada masa hadapan.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Balik Pulau.

draft11:20 AM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan tadi Menteri. Pembinaan pusat data telah menyebabkan permintaan terhadap tenaga elektrik dan air mendadak naik sekali.

Sesebuah pusat data ataupun data center yang bersaiz besar boleh menggunakan 20 hingga 100 megawatt dan 1 megawatt boleh power up lebih kurang 1,000 rumah dan menggunakan lebih kurang lima juta liter air.

Jadi, umpamanya di Johor, permintaan mendadak ini telah pun saya rasa mungkin menjadi penyebab kepada kenaikan kadar air industri daripada RM3 hingga RM4 satu kubik meter kepada RM5.33 per kubik meter dalam bulan Julai 2025.

Jadi soalan saya, adakah data centre ini hanya datang ke Malaysia hanya untuk mengambil kesempatan tentang murahnya utility rates kita?

draft11:20 AM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Kerana bagi saya, yang penting ada mungkin ada mekanisme yang digunakan untuk memastikan— kerajaan mesti ada mekanisme yang digunakan untuk memastikan pelaburan pusat data ini menghasilkan nilai tambah kepada ekonomi negara termasuk pekerjaan berkemahiran tinggi serta pemindahan teknologi dan pembangunan ekosistem AI. Terima kasih.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft11:30 AM

Mesyuarat] Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Yang Berhormat. Tan Sri Yang di- Pertua, ini soalan yang cukup baik. Kalau kita lihat dari sudut visi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, yang telah pun melancarkan AI Nation 2030, kita dapat melihat fokus kerajaan untuk memastikan bahawa negara kita bersedia menjadi satu negara yang diterajui oleh AI dalam masa yang akan datang.

Kalau kita lihat dan buat perbandingan Yang Berhormat, kembali kepada masa apabila kita mula menggunakan elektrik. Pada masa itu, soal yang berbangkit adalah adakah bekalan mencukupi kalau setiap rakyat atau setiap individu menggunakan elektrik dan ia nya telah pun dilihat secara berskala. So we have to look at scale.

Kalau setiap orang mula menggunakan sesuatu teknologi yang baru itu, adakah kita mempunyai bekalan yang lengkap buat tujuan itu? Dan sudah tentu untuk proses itu, kita kena lihat kepada ekosistem secara keseluruhan. Jadi, kalau kita nak, ataupun melaksanakan visi di mana kita adalah satu negara yang berasaskan kepada AI.

draft11:30 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

[Bangun]

draft11:30 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Di situ kita dapat melihat bagaimana AI akan mentransformasikan ekonomi, masyarakat dan juga kerajaan. Dan kita sudah tentu akan melihat proses pemindahan cara bekerja daripada cara dulu kepada cara masa depan iaitu dengan menggunakan teknologi baru.

draft11:30 AM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

[Bangun]

draft11:30 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Jadi, negara kita perlu memastikan bahawa kita bersedia untuk satu zaman, di mana setiap rakyat Malaysia itu menggunakan AI untuk memperkasakan diri mereka dari sudut ekonomi, sudut kemasyarakatan dan juga dari sudut perhubungan di antara mereka dan kerajaan. Jadi, di situ kita mula untuk kita melihat bagaimana kita boleh pastikan ekosistem yang kita sediakan itu adalah ekosistem yang bersedia.

Kalau kita tidak mahu satu keadaan di mana kita meminta supaya semua rakyat menggunakan AI dan ini adalah satu yang dilaksanakan oleh masyarakat-masyarakat di seluruh dunia. Tapi apabila diminta tapi kita tidak mempunyai bekalan yang mencukupi atau ekosistem yang mencukupi untuk mendukung apa yang kita— permintaan kita itu.

Jadi kita berbalik kepada data centre. Itu menjadi sebab Yang Berhormat apabila kita melihat pada data centre, kita setuju bahawa ada ramai yang tanya berkenaan dengan bekalan air, bekalan elektrik dan sebagainya dan juga kos sampingan. Tapi we have to look at it from that angle. Apabila satu negara yang berlandaskan AI mula wujud dan bergerak ke depan, kita perlu memastikan bahawa ia nya satu ekosistem yang boleh menanggung keperluan seluruh negara yang akan datang itu. Dan kita harap bahawa kita dapat menyediakan ekosistem yang dapat menjayakan visi Perdana Menteri untuk menjadikan negara kita negara AI menjelang tahun 2030.

Berbalik kepada soalan berkenaan pekerjaan, ini satu perkara yang cukup penting. Ramai yang kata kita lihat kepada data centre itu asal nampak macam satu bangunan tapi tidak ada apa-apa yang berlaku di dalam bangunan tersebut. Tapi kita kena lihat kepada kesan sampingan kerana memang di dalam data centre itu kita tidak akan melihat pekerjaan-pekerjaan tertentu di dalam kawasan tersebut, tapi kesan sampingannya kalau kita ada process compute ataupun apa yang disebut compute power dan sebagainya dan kita ada negara yang akan berjaya dengan menggunakan AI.

Sudah tentu bahawa kita akan melihat banyak pekerjaan baru yang diwujudkan buat tujuan tersebut. Dan pekerjaan-pekerjaan baru yang kita sebut adalah pekerjaan- pekerjaan yang baru juga dari segi kepakaran dia. Saya bagi beberapa contoh Tan Sri Yang di-Pertua, kalau kita lihat kepada aspek.

draft11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan Yang Berhormat.

draft11:30 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Ya, boleh. Pekerjaan-pekerjaan baru yang saya sebut tadi mungkin kita boleh sebut berkenaan dengan jurutera rangkaian, arkitek awan, saintis data dan ini adalah pekerjaan-pekerjaan yang menawarkan gaji yang lebih tinggi daripada purata gaji negara.

Saya bagi satu contoh sebelum saya mengakhiri. Kalau kita lihat kepada laporan yang ada Tan Sri Yang di-Pertua— Tuan Yang di-Pertua, dan saya quote ya, “From Bytes to Bucks: The Economics of Data Centres in Malaysia quarter three of 2025” yang mengatakan pembangunan pusat data menyumbang kepada peningkatan kepada bilangan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi seperti saya sebut tadi jurutera rangkaian, arkitek awan, saintis data dan ia nya menawarkan gaji lebih tinggi daripada purata gaji negara.

Jawatan permulaan Puan Yang di-Pertua, dibayar antara RM3,000 sehingga RM7,000 sebulan manakala jawatan kanan boleh mencecah RM10,000 sehingga RM30,000 sebulan. Ini adalah lebih tinggi berbanding dengan gaji median Malaysia— rakyat Malaysia pada tahun 2024 iaitu bersekitaran RM2,790 sahaja. Jadi dalam keadaan tersebut, kita lihat nilai-nilai yang dibawa melalui pelaburan besar yang kita lihat di dalam aspek pusat data Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih.

draft11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jerantut.

draft11:30 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih pihak Menteri. Saya mengambil artikel daripada Berita Harian bertarikh 5 Julai 2026 memberi tahu bahawasanya akan berlakunya gelombang kedua pusat data yang semakin bertambah. Jadi, dia akan menambahkan keupayaan teknologi IT kita daripada 1.5 gigawatt kepada 6.43 gigawatt.

Jadi, gelombang kedua ini pastinya akan lebih rancak dengan adanya pelaburan ataupun pembidaan daripada negara-negara luar seperti Korea Selatan, China, Jepun yang sedia ada Amerika Syarikat. Jadi, tadi Menteri memberitahu tentang adanya piawaian-piawaian untuk memastikan ia tidak berlakunya kesan kepada alam sekitar dan jumlah penggunaan elektrik yang ada dalam negara kita.

Cuma cadangan ataupun pandangan daripada Jerantut ialah, apakah kementerian bercadang untuk memanfaatkan kepakaran MYSA ataupun Malaysian Space Agency – Agensi Angkasa Malaysia melalui penggunaan tenaga satelit dan analitik geospasial bagi memantau secara berterusan kesan haba, perubahan guna tanah, tekanan terhadap sumber air serta impak alam sekitar di kawasan yang menempatkan kluster pusat data ini?

Dan, apakah kerajaan juga bersedia membangunkan satu dashboard pemantauan nasional yang mengintegrasikan data daripada MYSA, kementerian berkaitan dan juga pihak autoriti yang terbabit? Terima kasih.

draft11:30 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Yang Berhormat daripada Jerantut.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan itu menjuruskan kepada adakah kita akan melihat kepada sebenarnya keperluan dari sudut negara dan juga kesan persekitaran yang akan dibawa bersama dengan penggunaan tersebut. Ini adalah satu perkara yang sangat penting. Inilah sebab kita mewujudkan Data Centre Task Force.

Yang Berhormat, Data Centre Task Force itu terdiri daripada wakil-wakil daripada banyak jabatan-jabatan dan agensi kerajaan dan ia nya bertujuan untuk kita melihat secara keseluruhan aspek-aspek bekalan, aspek-aspek keselamatan dan juga aspek- aspek teknologi baru yang mungkin kita lihat bergerak ke depan.

Jadi, dalam keadaan tersebut bukan sahaja kita akan mengambil kira pandangan daripada satu pejabat tapi semua yang mempunyai pendapat berkaitan dengan apakah sebenarnya langkah dan polisi yang harus digunakan oleh kerajaan untuk memastikan bahawa apabila kita bina ekosistem ini, ia nya pasti untuk memasti — ia nya memastikan bekalan elektrik, bekalan air itu memang sentiasa ada dan juga aspek-aspek keselamatan. Jadi, cadangan yang dibawa itu akan saya juga kemukakan, saya rasa itu satu cadangan yang baik.

Aspek dashboard itu juga kita sekarang dalam proses melihat bila kita membina struktur yang akan mendukung keputusan-keputusan dan juga pelaksanaan inisiatif- inisiatif daripada DCTF. Saya memang mengalu-alukan lebih cadangan supaya kita pastikan bahawa bergerak ke depan. Ekosistem yang kita bina itu adalah ekosistem yang selari dengan keperluan negara dan ia nya juga akan mendukung visi Perdana Menteri untuk memastikan negara kita menjadi AI Nation menjelang tahun 2030. Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Wan Razali bin Wan Nor, Kuantan.

draft11:30 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Soalan saya soalan nombor 6.

draft11:30 AM

6. Tuan Wan Razali bin Wan Nor [Kuantan] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan apakah rasional cadangan Suruhanjaya Keharmonian Kaum yang dilihat berisiko membuka semula perbahasan terhadap asas-asas utama yang telah dipersetujui ketika pembentukan negara khususnya terkait Perkara 3 dan 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

draft11:30 AM

Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Untuk makluman, pada tahun 2015, Jawatankuasa Kerja Perundangan dan Dasar-dasar Mempromosikan Keharmonian Negara yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof bersama dengan ahli jawatankuasa kerjanya serta Ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Negara telah menyiapkan tiga draf rang undang-undang berkaitan perpaduan dan keharmonian seperti berikut:

(i) RUU Jenayah Kebencian Kaum dan Agama;

(ii) RUU Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional; dan

(iii) RUU Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional.

Pada 23 Januari 2019, perbincangan di antara Menteri Agama, Menteri Perpaduan, Menteri Undang-undang serta Menteri Komunikasi dan Multimedia telah membuat keputusan berikut. RUU Jenayah Kebencian Kaum dan Agama ditolak kerana cadangan peruntukan yang terkandung dalam RUU tersebut iaitu perlakukan menghasut kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja dan menghasut kebencian terhadap kaum mempunyai pertindihan dengan peruntukan undang-undang sedia ada dan disyorkan cadangan peruntukan di bawah RUU Jenayah Kebencian Kaum dan Agama boleh dimasukkan di dalam Kanun Keseksaan.

draft11:30 AM

Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Keduanya, RUU Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional juga ditolak kerana cadangan peruntukan di bawah klausa 6, 7 dan 9 RUU tersebut mempunyai elemen- elemen peruntukan di bawah instrumen ICERD, International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination, dilihat boleh membawa kontroversi dalam kalangan rakyat. Tambahan pula, larangan terhadap diskriminasi telah pun dimaktub dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Manakala, kerajaan mempertimbangkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional iaitu suatu suruhanjaya bebas melalui RUU Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional dengan membuat beberapa pindaan terhadap draf sedia ada dengan mengambil kira kewujudan lain-lain suruhanjaya serta bidang kuasa di luar negara. Seterusnya, kerajaan pada April 2020 telah memutuskan agar cadangan penubuhan Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional tidak diteruskan.

Keempat, keperluan meneliti cadangan penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Negara seperti yang dibangkitkan oleh Kuantan, timbul susulan landskap sosial yang semakin kompleks termasuk peningkatan polemik di media sosial, penyebaran maklumat yang pantas serta sensitiviti agama, kaum dan institusi Diraja. Selain itu, cadangan oleh pakar dan masyarakat sivil seperti Tan Sri Lee Lam Thye, Majlis Peguam dan pakar-pakar akademik turut menzahirkan keperluan kepada mekanisme yang lebih berkesan untuk mencegah dan mengurus konflik sebelum menjejaskan keharmonian masyarakat.

Sehubungan itu, Kementerian Perpaduan Negara telah melaksanakan dua sesi libat urus yang melibatkan pertubuhan masyarakat sivil, agensi kerajaan, pakar akademik, pemimpin masyarakat dan pelbagai pihak berkepentingan bagi mendapatkan pandangan awal berhubung keperluan cadangan tersebut. Fokusnya adalah utama, sesi tersebut adalah untuk menilai keperluan skop, implikasi serta cabaran kebolehlaksanaan penubuhan SKN secara menyeluruh.

Kementerian ingin menegaskan bahawa cadangan penubuhan SKN masih berada dalam peringkat penelitian awal dan libat urus. Kerajaan belum membuat sebarang keputusan muktamad mengenai penubuhan suruhanjaya ini. Secara prinsipnya cadangan suruhanjaya ini dilihat sebagai satu mekanisme yang berpotensi memberi tumpuan kepada fungsi, mediasi, dialog, rekonsiliasi, pendidikan sosial, nasihat, dasar pemantauan, sentimen serta pencegahan awal konflik.

Walau bagaimanapun, bentuk fungsi punca kuasa struktur keanggotaan bidang kuasa dan kebolehlaksanaannya masih memerlukan penelitian lanjut. Pada masa yang sama, kementerian menegaskan dan memberi jaminan bahawa sebarang cadangan berkaitan SKN tidak akan sama sekali menyentuh, mempertikaikan atau menggubal perkara-perkara asas. Lima perkara asas iaitu:

(i) Perkara 3 – kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan;

(ii) Perkara 121 – kuasa dan bidang kuasa mahkamah syariah;

(iii) Perkara 32 dan Perkara 38 – kedaulatan serta kedudukan Institusi Raja-raja Melayu;

(iv) Perkara 153 – kedudukan istimewa orang Melayu serta bumiputera Sabah dan Sarawak; dan

(v) Perkara 152 – bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Perkara-perkara tersebut merupakan asas pembentukan negara yang kekal terpelihara, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, prinsip Raja Berperlembagaan dan semangat pembinaan negara bangsa. Sekian, terima kasih Yang di-Pertua.

draft11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuantan.

draft11:40 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih di atas jawapan yang lengkap dan panjang daripada Timbalan Menteri. Jadi, persoalan yang ditanya. Kita menerima persoalan daripada beberapa NGO, lebih kurang dalam 300 NGO di luar sana bertanya ya, kenapa hanya 10 NGO Islam daripada 64 pertubuhan yang dijemput dalam sesi libat urus? Serta kenapa pemegang taruh, contohnya seperti Pejabat Mufti ya, wakil-wakil daripada masjid tidak dijemput sedangkan wakil daripada rumah ibadah dijemput dalam sesi libat urus tersebut. Sekian, terima kasih.

draft11:40 AM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuantan.

draft11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bangun]

draft11:40 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

[Bangun]

draft11:40 AM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

[Bangun]

draft11:40 AM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Saya setuju untuk melibat ramai lagi pihak, terutamanya pada 11 Mei 2026 sebanyak 52 NGO ya. Melibatkan 82 orang dan juga agensi kerajaan dan juga pihak pakar yang terlibat, MOF, IPT, PDRM, MCMC dan IKLIN dan pelbagai agensi terlibat. Saya sangat setuju untuk melibatkan kerana sebab itu, kita kata ini masih di peringkat awal. It’s too early, masih dalam sesi libat urus.

Kita mengalu-alukanlah semua pihak kerana apabila kita sentuh isu keharmonian RUU ini, kita sentiasa melihat dari sudut 3R sahaja ya— race, religion and royal. Kita tidak— kita perlu lihat juga anjak kepada isu yang keharmonian ini diwujud juga antara sebabnya adalah isu economic disparities, social cohesion yang punca ini juga ambil kira. So, kita perlu melibatkan banyak lagi pakar. Bukan saja pakar agama, pakar kaum ataupun pakar-pakar undang-undang yang boleh ceritakan tentang institusi Raja tetapi pakar ekonomi. Pakar isu sosial juga kita perlukan.

Oleh itu, saya alu-alukan dan kementerian mengambil— maklumkan selepas ini juga, ini baru sesi libat urus dua kali saja. Kita akan adakan lagi banyak sesi libat urus sebelum kalau diangkat RUU ini untuk dibentangkan. Saya rasa mungkin ada lebih komprehensif untuk sama-sama kita mengekalkan keharmonian dalam kalangan masyarakat. Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Yang di-Pertua.

draft11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jelutong.

draft11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Yang di- Pertua. Saya dengar dengan tekun penjelasan Timbalan Menteri berkenaan dengan lima perkara asas dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu menghormati Raja-raja Melayu, bahasa Melayu, keistimewaan orang-orang Melayu dan mahkamah syariah dan Agama Islam.

Dalam konteks itu, saya ingin tanya, adakah apa-apa kebenaran dalam kenyataan baru-baru ini yang dibuat oleh seorang DJ bernama KJ bahawa hak orang- orang Melayu dalam kerajaan akan terhakis, tergugat sekiranya tak ada UMNO, Barisan Nasional dalam mana-mana kerajaan? Saya minta penjelasan. Terima kasih.

draft11:40 AM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Terima kasih Jelutong. Terima kasih Yang di- Pertua. Kita Kerajaan Perpaduan, Yang Berhormat Jelutong. Kita— saya sebagai Timbalan Menteri harus menjaga keharmonian. Bukan saja di kalangan masyarakat, termasuk juga dalam parti-parti kerajaan yang sedia ada, termasuklah rakan-rakan daripada pihak pembangkang.

Saya rasa saya ulang sekali lagi. Saya juga menjawab jawapan— soalan daripada Yang Berhormat Jelutong. Bahawa Yang Berhormat juga adalah seorang peguam yang pakar dan juga very arif bahawa Perlembagaan is a supreme law in this country. No want is above the law and itu adalah sangat jelas. Dan kita jugalah— sekarang saya yakin sekarang musim pilihan rayalah ya, sedang berjalan semua negeri.

Saya juga mencadangkan juga mengalu-alukan dan juga menyarankan kepada ahli-ahli politik, elakkanlah, ya. Kita tahu kita semua ini adalah pembawa dasar. We have very alert and very, very careful dalam artikulat apa-apa isu yang ada termaktub dalam Perlembagaan. Itu jelas tugas kita juga adalah untuk menerangkan kepada masyarakat sivil.

Saya rasa itu tidak betul kerana Perlembagaan jelas di sini bahawa lima perkara yang saya sebut, Perkara 3, Perkara 121, Perkara 32 dan Perkara 38, Perkara 153, Perkara 152 ini. Kalau kita nak menggubal apa-apa dalam perkara ini dalam Perlembagaan, sudah tentu memerlukan dua pertiga dan banyaklah proses dia. Kalau sesiapa yang masih lagi menggunakan perkara-perkara ini untuk, untuk whatever wacana, saya rasa wajarlah elakkan ya untuk membawa perpecahan. Bukan saja di kalangan masyarakat tapi dalam kalangan parti-parti politik juga harus very, very careful dalam perkara.

Saya setuju dengan Yang Berhormat, kita akan terus memantau perkara-perkara ini. Sekian, terima kasih.

draft11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Kesavan a/l Subramaniam, Sungai Siput.

draft11:40 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Soalan saya, nombor 6. Sorry, nombor 7.

draft11:40 AM

7. Tuan Kesavan a/l Subramaniam [Sungai Siput] minta Perdana Menteri menyatakan bilangan individu yang masih ditahan di bawah seksyen 97 Akta Kanak- kanak 2001 serta tempoh tahanan bagi setiap individu tersebut dan usaha kerajaan untuk menambah baik seksyen 97 Akta Kanak-kanak 2001 agar selaras dengan amalan terbaik di peringkat antarabangsa.

draft11:40 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Subseksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan bahawa hukuman mati tidak boleh dijatuhkan terhadap seseorang yang merupakan kanak-kanak pada masa kesalahan dilakukan. Sebaiknya, mengikut seksyen 97(2) Akta 611, mahkamah hendaklah memerintahkan supaya kanak-kanak tersebut ditahan di penjara selama tempoh yang diperkenalkan oleh— perkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau Yang di-Pertuan Negeri mengikut tempat kesalahan dilakukan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini terdapat seramai 40 individu yang sedang ditahan di bawah seksyen 79 Akta 611. Pecahan jumlah tersebut adalah seperti berikut:

(i) untuk kurang dari satu tahun, empat individu;

(ii) untuk satu di antara lima tahun, 14 individu;

(iii) untuk lima ke 10 tahun, tujuh individu;

(iv) 10 ke 15 tahun, lapan individu;

(v) 15 ke 20, empat individu; dan

(vi) 20 ke 25 tahun, tiga individu.

Jumlahnya adalah 40 orang.

draft11:40 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan MADANI mengambil berat terhadap isu penahanan, detention kanak-kanak di bawah seksyen 97 Akta 66 khususnya berhubung ketiadaan tempoh tahanan yang ditetapkan di bawah peruntukan sedia ada. Keperluan untuk meneliti semua peruntukan ini turut timbul susulan pemansuhan hukuman mati mandatori dan hukuman penjara sepanjang hayat pada tahun 2023. Melalui Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023, yang antara lain telah memperkenalkan tempoh penjara yang jelas bagi pesalah dewasa.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Khas Kajian dan Pindaan Seksyen 97 telah ditubuhkan bagi meneliti penambahbaikan terhadap peruntukan tersebut supaya selaras dengan prinsip kepentingan terbaik kanak-kanak, keadilan kanak-kanak serta amalan terbaik di peringkat antarabangsa.

Jawatankuasa khas ini dianggotai oleh pihak-pihak berkepentingan termasuk wakil kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan, badan profesional perundangan serta pihak berkepentingan yang mempunyai kepakaran dalam hak kanak-kanak termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan United Nations Children’s Fund (UNICEF).

Pada masa ini, kerajaan sedang berada dalam fasa penelitian dan perbincangan dasar berhubung cadangan pindaan kepada seksyen 97 termasuk meneliti isu-isu seperti penetapan tempoh tahanan yang lebih jelas, mekanisme semakan tahunan serta pendekatan yang lebih berterusan, pemulihan dan integrasi semua kanak-kanak ke dalam masyarakat.

Kerajaan MADANI komited untuk memastikan sebarang cadangan pindaan yang dikemukakan kelak dapat mewujudkan keseimbangan antara kepentingan keadilan, keselamatan awam dan kebajikan kanak-kanak selaras dengan kewajipan dan hak asasi manusia yang telah diterima pakai oleh Malaysia. Terima kasih.

draft11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sungai Siput.

draft11:50 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai siput

Terima kasih Timbalan Menteri, di atas jawapan tadi. Puan Yang di-Pertua, sebelum saya mengemukakan soalan tambahan, izinkan saya mengalu-alukan rombongan guru dan pelajar Sekolah Menengah Agama Maahad Nurul Fadzliah, Sungai Siput.

[Tepuk] Yang Berhormat Timbalan Menteri, susulan jawapan tadi, saya ingin nak mengemukakan beberapa soalan. Pertama, adakah kajian dan penelitian telah dilakukan mengenai amalan terbaik di peringkat antarabangsa berhubung perkara ini?

Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri berkongsi?

Kedua, kebelakangan ini terdapat peningkatan dalam kes-kes melibatkan jenayah oleh kanak-kanak seperti kes tikam dan sebagainya. Adakah pindaan seperti ini akan memberikan gambaran bahawa jenayah melibatkan kanak-kanak tidak dihukum dengan serius?

Dan yang ketiga, berkenaan dengan seksyen 96 Akta Kanak-kanak juga tidak mengenakan satu tempoh maksimum bagi pemenjaraan kanak-kanak. Maka, adakah kerajaan akan menyemak seksyen 96 bersama-sama seksyen 97 bagi memastikan kepentingan terbaik kanak-kanak dan prinsip pemulihan terus menjadi pertimbangan utama? Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Puan Yang di-Pertua, berhubung amalan terbaik di peringkat antarabangsa, kerajaan telah meneliti beberapa instrumen antarabangsa yang menjadi rujukan utama dalam sistem keadilan kanak-kanak.

Antaranya satu, United Nations Committee on the Rights of Child General Comments No. 24 (2019) on children’s rights in the child justice system. Kedua, United Nations Standard Minimum Rules for the Administration of Juvenile Justice (the Beijing Rules) dan United Nations Rules for the Protection of Juveniles Deprived of their Liberty (the Havana Rules). Kesemua instrumen ini menegaskan bahawa penahanan atau penjara terhadap kanak-kanak hendaklah hanya digunakan sebagai langkah terakhir, last result dan bagi tempoh yang paling singkat serta kesesuaiannya, the shortest appropriate period of time.

draft11:50 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

[Bangun]

draft11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Walau bagaimanapun, instrumen- instrumen tersebut tidak menetapkan secara khusus apakah tempoh maksimum yang dianggap sesuai. Sehubungan itu, pasukan kami telah menjalankan kajian perbandingan antara benchmarking terhadap undang-undang di sekitar 25 negara termasuk United Kingdom, Australia, India, Pakistan, Qatar dan beberapa negara lain.

Hasil kajian mendapati bahawa majoriti negara telah menetapkan had maksimum tempoh penana, penama, pertahanan, custody bagi kanak-kanak bagi mengelakkan mereka ditahan untuk tempoh yang terlalu lama. Sebagai contoh di Indonesia dan Bangladesh, bagi kesalahan yang merupakan hukuman mati atau penjara seumur hidup bagi seorang dewasa, kanak-kanak hanya boleh dijatuhi hukum penjara sehingga maksimum 10 tahun.

Yang Berhormat, bagi kesalahan-kesalahan yang tidak boleh dihukum mati di bawah seksyen 91(1)(h) Akta 611, mahkamah boleh mengenakan apa-apa tempoh penjara yang boleh dijatuhkan dalam bidang kuasa, jurisdiction Mahkamah Sesyen.

Oleh itu, telah terdapat tempoh penjara yang jelas. Walau bagaimanapun, dalam membuat penetapan dasar berkenaan, seksyen 97 Akta 611, seksyen 96 Akta 611 juga sedang dikaji untuk memastikan konsisten dengan pindaan-pindaan lain. Terima kasih.

draft11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jerlun.

draft11:50 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Semalam negara digemparkan dengan insiden seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun, dalam Tingkatan 3 di sebuah sekolah di Banting, Selangor telah menikam seorang pelajar perempuan lain, juga dalam Tingkatan 3 di sekolah yang sama. Suspek perempuan berusia 15 tahun disiasat di bawah seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan cubaan membunuh.

Jika kanak-kanak melakukan jenayah berat seperti kesalahan membunuh atau cubaan untuk membunuh seperti kes di atas, suspek tersebut boleh juga disiasat di bawah Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 611]. Tambahan pula, seksyen 97 Akta 611 melibatkan kesalahan yang boleh dikenakan hukuman mati. Mengambil contoh kes di atas, apakah cabaran utama yang dihadapi kerajaan dalam melaksanakan seksyen 97, khususnya bagi memastikan keseimbangan antara keadilan kepada mangsa dan peluang pemulihan kepada pesalah kanak-kanak?

Kedua, pada April 2026, Mahkamah Persekutuan telah menolak permohonan tujuh bekas pesalah juvana yang mencabar kesahihan seksyen 97(2). Panel hakim memutuskan bahawa penahanan tempoh tidak tentu di bawah perkenan Raja adalah sah dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Justeru soalan saya, memandangkan Mahkamah Persekutuan telah mengesahkan kesahan seksyen 97(2) dari sudut Perlembagaan, bagaimanakah kerajaan bercadang menyeimbangkan dapatan mahkamah tersebut dengan komitmen Malaysia di bawah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (UNCRC) dalam pindaan yang sedang dipertimbangkan, khususnya berhubung penahanan bagi tempoh yang tidak ditentukan? Terima kasih.

draft11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Yang Berhormat, soalan yang tepat. Yang Berhormat, kita perlu faham bahawa ada seksyen 97, 96 yang dalam penyiasatan dan lepas itu dihukum, kuasa diberi kepada mahkamah. Dia ada macam kita— ramai di antara kita tak faham kenapa dalam kes biasa 302 dan sebagainya, ada tempoh masa yang tetap. Tetapi dengan ini, walaupun dia telah melakukan kematian kepada orang lain, tetapi tempoh masanya adalah terpulang kepada mahkamah untuk memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong dan sebagainya. Ini adalah yang ada sekarang.

Itulah sebab satu komiti telah ditubuhkan supaya kita meneliti perkara ini kerana dalam kita interview beberapa orang yang ditahan di mahkamah— macam baru-baru ini saya dekat dengan Semporna di Sandakan, di mana saya berjumpa dengan seorang yang telah ditahan dekat 25 tahun. Dia semasa dia masuk penjara, dia hanya 17 tahun.

Dia tidak tahu apa itu handphone, dia tidak tahu apa di luar. Walaupun— kalau kejadian yang sama, kalau orang itu, pesalah itu lebih dari 18 tahun, dia mungkin dah keluar kerana dia ada tempoh masa yang tertentu.

draft11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Itu sebab, satu penelitian dibuat dalam perkara ini dan ini adalah satu cabaran kerana nombor satu, kita ada macam-macam masalah, ramai di antara— macam Yang Berhormat lah, membangkitkan perkara yang telah terjadi semalam. Yang sangat serius dan macam mana ia boleh jadi dengan lagi-lagi bukan lelaki dengan perempuan, anak- anak kita.

Jadi, ini kita perlu seragamkan, bukan sahaja undang-undang tetapi juga justice to everybody. Jadi, ini adalah cabaran-cabaran yang tertentu dan saya percaya dengan penubuhan committee tersebut, yang telah bermesyuarat beberapa kali satu akan— hasil satu keputusan supaya, macam mana kita boleh mengatasi dengan meminda seksyen 97 dan mengehadkan tempoh masanya seperti di negara-negara lain untuk kematian dan sebagainya adalah hanya 10 tahun, di Bangladesh dan sebagainya.

Terima kasih.

draft12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh, Besut.

draft12:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih, Puan Yang di- Pertua, Perdana Menteri juga Menteri Kewangan. Soalan saya nombor 8.

draft12:00 PM

8. Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Besut] minta Menteri Pertahanan menyatakan perancangan Kerajaan meningkatkan keupayaan pengawasan surveillance di perairan negara termasuk Selat Melaka dan Laut China Selatan bagi memastikan keselamatan laluan perdagangan dan sumber perikanan utama negara tidak didominasi oleh aset negara asing.

draft12:00 PM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam sejahtera. Terima kasih, Yang Berhormat Besut atas soalan yang dikemukakan.

Puan Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan sentiasa memberikan keutamaan kepada usaha memperkukuhkan keselamatan maritim dan meningkatkan kesedaran domain maritim di Selat Melaka, Laut China Selatan dan Laut Sulu dengan Kertas Putih Pertahanan serta kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara maritim.

Untuk makluman Dewan, penguatkuasaan maritim di laut adalah di bawah bidang kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Dalam hal ini, ATM melalui TLDM dan juga TUDM, menyokong usaha pengawasan, pemantauan, perkongsian maklumat, risikan dan operasi keselamatan maritim melalui pendekatan keseluruhan kerajaan di Selat Melaka.

Kerjasama keselamatan turut diperkukuh menerusi Malacca Straits Patrol (MSP) bersama Indonesia, Singapura dan Thailand. Dan kementerian juga memberikan perhatian serius terhadap situasi di Laut China Selatan khususnya penggunaan grey zone tactics yang berpotensi meningkatkan ketegangan dan menjejaskan kestabilan serantau.

Pada masa yang sama, perkembangan di Selat Hormuz sentiasa di pantau dan dinilai dari sudut implikasinya terhadap keselamatan serta kelancaran pelayaran di Selat Melaka dan di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) negara.

Bagi memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan negara, ATM telah menyusun semula keutamaan pembangunan keupayaan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas dengan memberi tumpuan kepada pendekatan simetri melalui penggunaan sistem tanpa pemandu udara, permukaan dan bawah permukaan.

Di samping itu, perolehan fasa kedua Pesawat Ronda Maritim (MPA), Medium- Altitude Long-Endurance, Unmanned Aerial Vehicles (MALE UAV) dan juga Light Combat Aircraft (LCA), diteruskan bagi memperkukuhkan keupayaan cegah rintang negara.

Dan kementerian akan terus mempertingkatkan, kerjasama dua hala dan pelbagai hala, dengan negara-negara berkepentingan bagi membina keyakinan, mengurangkan ketegangan serta mengelakkan konflik.

Diplomasi pertahanan kekal menjadi instrumen penting dalam memastikan keselamatan negara, kestabilan serantau dan keamanan sejagat. Itu sahaja jawapan.

draft12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Besut.

draft12:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Keselamatan biasanya bergantung kepada senjata-senjata. Soalan saya adalah, baru-baru ini kita lihat Norway telah membatalkan— untuk eksport peluru berpandu kepada Malaysia. Jadi, saya rasa isu ini adalah menyedarkan kita, bahawa kebergantungan yang terlampau tinggi kepada rantaian bekalan daripada luar membawa risiko strategik yang sangat besar.

Jadi, saya rasa kita perlu ada sebenarnya pembangunan industri pertahanan tempatan. Jadi,

draft12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan?

draft12:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Soalan akan datang. Sikit sahaja nak tunjukkan. Jadi, kalau di sudut pertahanan maritim, kita tengok Indonesia dengan Singapore dah jauh ke depan, dah masuk second tier. Jadi, kita rasa, kita kena bangunkan jugalah sistem ketenteraan kita yang canggih. Jadi, soalan saya minta Menteri jelaskan langkah yang serius pihak kerajaan bagi membangunkan keupayaan tempatan dalam pengeluaran perkakasan ketenteraan khususnya dari aspek pertahanan maritim agar kita tidak lagi terpaksa bergantung kepada inovasi dari luar untuk menjaga perairan negara kita sendiri? Terima kasih.

draft12:00 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih Yang Berhormat Besut atas soalan tambahan dikemukakan. Sebelum Yang Berhormat Besut bertanya tadi dia buat statement, dia kata tentang keselamatan bergantung kepada senjata.

Tapi, kita harus ingat juga bahawa itu hanya sebahagian daripada keupayaan kita, bukan sahaja tentang senjata, bukan sahaja tentang anggot,a tapi selalu saya ulang juga di Dewan ini, rakyat dan semua kita adalah bertanggungjawab kepada keselamatan dan juga kedaulatan negara yang telah kita nyatakan dalam Kertas Putih Pertahanan.

Kedua, disebut semalam Yang Berhormat Menteri sudah jelaskan tentang NSM itu terkait dengan Norway. Saya tak bagi penjelasan lanjut tentang itu, tapi kita tahu bahawa kesan daripada pembelian aset-aset luar negara ini dan industri daripada luar negara ini, ia bukan sahaja polisi negara tersebut tetapi geopolitik negara tersebut juga boleh memberikan kesan juga kepada pembelian aset-aset kita.

Sebab itu, kalau kita melihat memang melalui Kementerian Pertahanan kita kenalkan Dasar Industri Pertahanan Negara kerana kita memang harus mengupayakan model dan industri pertahanan negara, dan saya fikir kalau kita lihat hari demi hari kita boleh melihat industri-industri tempatan ini memang disokong oleh Kementerian Pertahanan itu sendiri untuk kita bangunkan.

Sebab itu, kalau kita lihat domain peperangan kita semakin hari semakin berubah juga dan berkembang terutamanya dalam teknologi sama ada dron, misil dan termasuk peperangan dalam dunia siber juga.

Sebab itu, ini semua kita ambil pendekatan-pendekatan ini dan saya fikir Malaysia memang punya keupayaan ini dan bagaimana kita mahu meningkatkan lagi keupayaan kita adalah bagaimana kita boleh melaksanakan dasar-dasar yang kita rancang untuk masa depan dan juga keselamatan, kedaulatan negara kita. Itu sahaja jawapannya.

draft12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bukti Bendera.

draft12:00 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih, Puan Speaker. Jadi, Yang Berhormat Menteri, hari ini kita tahu teknologi membolehkan kita mengesan kapal yang memasuki perairan negara.

Tetapi, cabaran yang sebenar adalah apa yang akan berlaku selepas ia dikesan?

Jadi, apakah pelan kerajaan untuk memastikan keupayaan pengawasan diterjemahkan kepada keupayaan pencegahan dan juga tindak balas yang pantas supaya pihak asing tahu bahawa setiap pencerobohan ke perairan Malaysia akan menerima tindakan penguatkuasaan yang tegas dan konsisten?

draft12:00 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Bendera, membangkitkan tentang penguatkuasaan. Sepertimana yang saya sebut dalam soalan asal kita memang kita bekerjasama— dalam wilayah maritim kita, ini memang kita menjadi tanggungjawab maritim kita, APMM sendiri.

Sebab itu kita di Kementerian Pertahanan, kalau melibatkan mana-mana tangkapan dan seumpamanya, kita akan dari segi penguatkuasaan ini akan dilaksanakan dengan kerjasama daripada maritim Malaysia itu sendiri.

Sebab itu kalau kita lihat, antara aspek yang menjadi penilaian kita dari segi bagaimana kita menjaga sama ada Selat Melaka atau Laut China Selatan. Kita tahu bahawa rantau kita ini antara rantau yang boleh dikatakan rantau paling aman. Dan ini adalah sebahagian daripada KPI kita untuk menjaga keamanan di Laut China Selatan sama ada di Selat Melaka, memang sama ada kita upayakan aset pertahanan kita, kita upayakan anggota pertahanan kita.

Dalam masa yang sama, kita lihat juga teknologi-teknologi pertahanan yang ada.

Saya ambil satu contoh macam radar. Ya, sistem radar itu berkembang dari masa ke semasa, tapi bagi mana penguatkuasaan, interaksi kita dan dalam masa yang sama saya sebutkan juga dalam jawapan asal sama ada bilateral, multilateral adalah antara perkara penting kerana diplomasi, kalau kita lihat kadang-kadang gangguan ini berlaku daripada negara-negara jiran kita juga.

Sebab itu, diplomasi pertahanan juga penting. Sebab itu, kalau kita lihat dalam exercise kita juga melibatkan kerjasama dengan negara-negara rantau kita sama ada secara bilateral dengan Filipina, mahupun secara multilateral antara— kalau kita lihat Singapura, Indonesia dan juga Thailand. Itu sahaja jawapan.

draft12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato' Sri Doris Sophia anak Brodi, Sri Aman.

draft12:10 PM

Dato' Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 9.

draft12:10 PM

9. Dato' Sri Doris Sophia anak Brodi [Sri Aman] minta Menteri Ekonomi menyatakan kesiapsiagaan kerajaan menghadapi Malaysia negara menua 2030 dari segi fasiliti kesihatan, penjagaan warga emas, tenaga kerja mahir dan perlindungan sosial menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

draft12:10 PM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Sri Aman. Tuan Yang di- Pertua, kerajaan sememangnya mengambil perhatian serius terhadap penubuhan struktur demografi negara yang menunjukkan peningkatan ketara bilangan penduduk berusia.

Menurut DOSM, Malaysia telah mencapai status negara menua pada tahun 2021 apabila penduduk berumur 65 tahun dan ke atas melebihi 70 peratus daripada jumlah penduduk. Trend ini dijangka akan terus meningkat dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 sekali gus memerlukan persediaan yang menyeluruh bagi memastikan kesejahteraan warga emas terus terpelihara tanpa menjejaskan kemampanan ekonomi dan fiskal negara.

Puan Yang di-Pertua, sehubungan itu RMK13 menggariskan pelbagai strategi dan inisiatif bagi memperkukuhkan kesiapsiagaan negara menghadapi fenomena penuaan penduduk melalui pendekatan keseluruhan kerajaan, whole-of- government dan keseluruhan masyarakat, whole-of-nation yang merangkumi aspek kesihatan, penjagaan warga emas, pembangunan tenaga kerja serta perlindungan.

Dari segi fasiliti dan perkhidmatan kesihatan, Ahli Yang Berhormat, kerajaan sedang melaksanakan reformasi sistem kesihatan berasaskan Kertas Putih Kesihatan yang menumpukan kepada pengukuhan penjagaan kesihatan premier, pencegahan penyakit, pengurusan penyakit tidak berjangkit dan peningkatan akses perkhidmatan di peringkat komuniti.

Seterusnya Puan Yang di-Pertua, dalam menghadapi peningkatan bilangan warga emas, perkhidmatan geriatrik rehabilitasi, penjagaan paliatif dan penjagaan jangka panjang (long-term care) turut akan diperluaskan melalui termasuk manfaat teknologi digital kesihatan. Bagi penjagaan warga emas, kerajaan akan terus memperkukuhkan Dasar Warga Emas Negara dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara yang menekankan penuaan aktif, sihat dan bermaruah.

Tumpuan diberikan kepada modul penjagaan berasaskan komuniti dan keluarga, pengukuhan perkhidmatan sokongan sosial, peluasan Program PAWE serta pembangunan ekosistem penjagaan jangka panjang yang mampan dengan perkhidmatan sektor swasta dan masyarakat sivil.

Puan Yang di-Pertua, kerajaan menyedari bahawa peningkatan warga emas akan meningkatkan permintaan terhadap tenaga kerja dalam sektor kesihatan dan penjagaan. Sehubungan itu, RMK13 memberikan penekanan kepada pembangunan kapasiti profesional kesihatan, penjagaan profesional, pekerja sosial, tenaga kerja berkaitan melalui program latihan, pensijilan dan meningkatkan produktiviti sektor penjagaan.

Bagi perlindungan sosial pula, kerajaan akan memperkukuhkan jaringan keselamatan sosial yang lebih inklusif, mampan melalui peningkatan kecukupan pendapatan persaraan, peluasan perlindungan sosial serta bantuan lebih bersasar.

Pada masa yang sama Puan Yang di-Pertua, kerajaan sedang meneroka potensi silver economy sebagai sumber pertumbuhan baharu yang dapat memperluaskan peluang pekerjaan serta penyertaan ekonomi warga emas yang masih produktif. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sri Aman.

draft12:10 PM

Dato' Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang agak jelas.

Keseluruhannya Puan Yang di-Pertua, kalau Puan Yang di-Pertua perasan soalan saya ini hampir sama dengan soalan Yang Berhormat Merbok, iaitu soalan nombor 2.

Walau bagaimanapun, soalan susulan saya ataupun soalan tambahan saya, akan lebih menjurus ataupun akan lebih spesifik kepada fasiliti kesihatan dan tenaga kerja mahir kesihatan dan perlindungan sosial. Jadi, soalan tambahan saya, apakah langkah yang lebih konkrit kerajaan untuk mengurangkan kos penjagaan warga emas, termasuk penjagaan di rumah ataupun home care ya, pusat jagaan dan rawatan penyakit kronik yang semakin meningkat serta membebankan keluarga?

Dan apakah kerajaan mempunyai sasaran bilangan pakar geriatrik? Walaupun tadi ada disebut Menteri, jururawat, fisioterapi serta penjaga profesional yang mencukupi menjelang tahun 2030 memandangkan permintaan terhadap perkhidmatan penjagaan warga emas dijangka amat meningkat dengan ketara. Sekian, terima kasih.

draft12:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Sri Aman. Sepertimana yang saya nyatakan Puan Yang di-Pertua di dalam soalan— jawapan soalan asal tadi, kita memberi tumpuan kepada tiga perkara. NAB, National Ageing Blueprint, RMK13 dan Aspirasi Reformasi Kertas Putih Kesihatan.

Jadi kalau kita lihat ketiga-tiga dokumen ini, sudah pasti sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sri Aman, kita mempunyai langkah yang komprehensif.

Kesiapsiagaan kita untuk menghadapi negara menua melalui perkara-perkara yang kita lihat sama ada kita nak melihat dari segi sistem penjagaan jangka panjang (long-term care), sama ada kita nak melihat ekosistem bagaimana kita nak membawa penjagaan di rumah itu sebagai satu perkara yang menjadi normalisasi dan yang ketiganya, bagaimana kita nak melihat peluasan perkhidmatan dalam komuniti.

Persoalan yang kedua dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sri Aman, Puan Yang di-Pertua adalah berkaitan bagaimana sasaran untuk tenaga pakar. Sudah pasti selaras dengan Kertas Putih Kesihatan, kerajaan sedang memperluaskan latihan dalam bidang yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sri Aman. Tetapi cuma apa yang saya nak peringatkan kepada Dewan yang mulia ini, keperluan tenaga kerja akan terus dinilai secara berkala berdasarkan perubahan demografi, pola penyakit dan permintaan terhadap perkhidmatan penjagaan. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Puan Yang di-Pertua, saya nak minta izin untuk nak mengumumkan selamat datang ke Parlimen Malaysia kepada Persatuan Ukhwah Temerloh seramai 42 orang.

[Tepuk] Balik kepada soalan saya, saya ada terbaca satu kenyataan daripada Domestic of Statistic Malaysia yang menyatakan dan mereka membuat unjuran bahawa hampir satu daripada enam rakyat Malaysia akan berumur 60 tahun ke atas menjelang 2030.

Persoalannya, adakah Kerajaan Malaysia telah membuat persediaan ataupun satu kajian, satu badan untuk nak melihat pertambahan warga emas yang mana Kerajaan Malaysia benar-benar mempunyai pelan untuk berdepan, untuk persediaan?

Macam mana ditanya oleh apa ini Besut tadi, sebenarnya maksudnya persediaan angkatan tentera untuk nak menyediakan apa ini kelengkapan persenjataan secara sendiri, tidak bergantung kepada mana-mana pihak tetapi dijawab macam lain.

Tetapi oleh sebab itu, tak apalah. Ini juga persediaan daripada kerajaan bagaimana kita nak menghadapi dalam sektor sosial, sektor ekonomi apabila— dan satu lagi sektor politik apabila penuaan ini berlaku pada tahun 2030. Bermakna orang yang berumur tua-tua 70 tahun ke atas akan melebihi daripada orang muda.

Jadi, kita nak lihat persediaan kerajaan dari segi ekonomi, persediaan pencen, persediaan sistem kesihatan. Ini perlu sebab bila dah tua peringkat kita sakit dah, Puan Yang di-Pertua. Dan sekarang kita pun sama umur lagi tetapi mungkin kita akan sama dengan umur Kota Raja. Tak apalah. Kita pun akan pergi ikut itu.

draft12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

We cannot run away from that aging. Okey, oleh sebab itu kita minta Kerajaan Malaysia supaya buat apa ini persediaan untuk menjadi perumahan mesra sama ada persediaan rumah mesra warga emas dan pembangunan ekonomi supaya Malaysia tidak menjadi sebuah negara yang menua sebelum kita mencapai negara maju ataupun kemakmuran.

Nyatakan garis masa serta KPI atau penanda aras yang akan dicapai menjelang tahun 2030? Mesti ada master plan kita untuk capai 2030 dengan KPI yang kita tetapkan.

Okey, baik terima kasih.

draft12:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Saya kira umur Pendang dengan umur Puan Yang di-Pertua sangat jauh. Tak sama. Itu soalan pertama— jawapan yang pertama.

Yang keduanya Yang Berhormat, yang paling pentingnya adalah untuk kita melihat bagaimana persediaan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pendang tadi.

Saya kira dua kali soalan yang dibangkitkan daripada soalan nombor 2 dan soalan nombor 9 berkaitan perkara warga emas ini.

Untuk makluman Yang Berhormat, kita ada tiga dokumen saya sebutkan tadi.

NAB, National Ageing Blueprint 2025–2045. Bermakna apa yang kita ingin lakukan adalah untuk kita melihat lima perkara. Ekonomi makro dan fiskal, pekerjaan dan mahir, perlindungan sosial, kesihatan sepanjang hayat dan penjagaan jangka panjang. Dan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 yang telah dilancarkan dan tahun ini, tahun yang pertama pelaksanaan juga terkandung perkaitan dan persediaan kita untuk menghadapi negara tua.

Isu perumahan, isu pekerjaan, bagaimana perlindungan sosial. Dan yang paling penting juga dari segi kesediaan dari segi fasiliti kesihatan, aspirasi reformasi Kertas Putih Kesihatan juga telah dibentangkan dan kita lihat kerajaan memang bersiap sedia.

Asasnya adalah sama ada kita nak membaca dokumen itu atau tidak. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft12:20 PM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG KAWALAN PADI DAN BERAS (PINDAAN) 2026 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kawalan Padi dan Beras 1994; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan [Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

draft12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Tan Sri Speaker telah membenarkan permohonan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) di bawah Peraturan Mesyuarat 16(1)(c) untuk Yang Berhormat Menteri membuat penerangan Menteri di Kamar Khas berkaitan Tribunal Anti Buli pada hari ini. Penerangan Menteri akan dibuat di Kamar Khas petang ini selepas usul di bawah Peraturan Mesyuarat 17 selesai.

draft12:20 PM
USUL MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M. 27(3)
LAPORAN TAHUNAN DAN PENYATA KEWANGAN SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (SUHAKAM) BAGI TAHUN 2024

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Puan Yang di-Pertua,

draft12:21 PM
“BAHAWA DEWAN INI,

Membuat ketetapan bahawa Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bagi Tahun 2024

(Kertas Statut 102 Tahun 2026) untuk membahaskan isu-isu dan syor- syor yang terkandung dalam Laporan Tahunan ini; MENGAMBIL MAKLUM bahawa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia telah menjalankan mandatnya di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 [Akta 597] dalam mempromosikan dan melindungi hak asasi manusia di Malaysia sepanjang tahun 2024; MENGIKTIRAF usaha berterusan kerajaan dalam memperkukuh agenda pemajuan, perlindungan dan pematuhan hak asasi manusia melalui kerjasama strategik dengan SUHAKAM, agensi kerajaan serta pihak berkepentingan lain, selaras dengan prinsip Malaysia MADANI; MENYEDARI bahawa penguatkuasaan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2024 [Akta A1714] , termasuk penubuhan Pejabat Suruhanjaya Kanak-kanak, telah memperkukuh peranan dan fungsi SUHAKAM dalam menangani isu-isu hak asasi manusia yang semakin kompleks; MENYOKONG usaha berterusan SUHAKAM dalam memperkukuh kesedaran awam, pendidikan hak asasi manusia serta penglibatan di peringkat nasional dan antarabangsa, termasuk pengiktirafan Status “A” di bawah Prinsip-prinsip Paris; MENGAMBIL PERHATIAN terhadap kepelbagaian isu hak asasi manusia yang dibangkitkan dalam laporan ini termasuk isu berkaitan hak pekerja, kumpulan rentan, kanak-kanak, wanita, warga emas, orang kurang upaya (OKU), serta isu-isu sosial dan ekonomi yang berkaitan; MENYERU semua pihak agar memberikan perhatian sewajarnya terhadap syor, pandangan dan cadangan yang terkandung dalam laporan tersebut serta memperkukuh kerjasama rentas kementerian dan agensi bagi memastikan pelaksanaannya secara berkesan; dan BAHAWA dalam usaha SUHAKAM melaksanakan mandatnya untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di Malaysia, Dewan yang mulia ini menyeru semua pihak agar berganding bahu menyokong kerajaan dalam memastikan syor, pandangan dan cadangan yang terkandung dalam laporan tersebut dapat disahkan dan diluluskan.” Puan Yang di-Pertua, hak asasi manusia merupakan asas kepada pembentukan sebuah masyarakat yang aman, inklusif dan sejahtera. Di Malaysia, hak asasi setiap individu dijamin di bawah Bahagian II Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan MADANI kekal komited untuk memajukan, melindungi dan memenuhi hak asasi manusia secara seimbang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan undang-undang serta kepentingan rakyat.

Perbahasan Laporan Tahunan SUHAKAM pada hari ini merupakan kali keenam di Dewan Rakyat, membahaskan Laporan Tahunan SUHAKAM sekali gus mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh agenda hak asasi manusia negara.

Puan Yang di-Pertua, Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan SUHAKAM 2024 memperincikan pelaksanaan mandat SUHAKAM sepanjang tahun lalu melalui pelbagai program pendidikan, penyelidikan, lawatan, pemantauan, dialog serta kerjasama dengan kementerian, agensi kerajaan, badan kehakiman, institusi pendidikan dan pertubuhan masyarakat sivil. Sepanjang tahun 2024, SUHAKAM menerima 1,074 aduan dengan 41 peratus kes berjaya diselesaikan bagi tahun semasa. Statistik ini mencerminkan peranan penting SUHAKAM sebagai institusi hak asasi manusia negara.

Puan Yang di-Pertua, tahun 2024 turut menyaksikan penguatkuasaan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2024 yang memperkukuh mandat SUHAKAM, termasuk melalui penubuhan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak. Kerajaan juga menghargai pengiktirafan berterusan status “A” yang diberikan kepada SUHAKAM di bawah Prinsip-prinsip Paris sekali gus mencerminkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap institusi ini.

Puan Yang di-Pertua, Kerajaan MADANI melalui Bahagian Hal Ehwal Undang- undang Jabatan Perdana Menteri telah melancarkan Pelan Tindakan Nasional Mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (NAPBHR) 2025–2030 sebagai kerangka nasional bagi menggalakkan amalan perniagaan yang bertanggungjawab selaras dengan piawaian antarabangsa. Pelaksanaannya akan dilaksanakan secara berperingkat melalui kerjasama kerajaan, sektor swasta dan semua pihak berkepentingan.

Hak asasi manusia merupakan agenda rentas sektor yang memerlukan komitmen seluruh masyarakat. Justeru, kerajaan akan terus memperkukuh pendekatan whole-of-government dan whole-of-society dengan izin, melalui kerjasama erat dengan SUHAKAM, kementerian dan agensi kerajaan, badan kehakiman, pihak berkuasa penguatkuasaan, institusi pendidikan sektor swasta, penubuhan masyarakat sivil serta media. Setiap pihak mempunyai peranan yang penting. Media membantu meningkatkan kesedaran awam dan mempertengahkan isu secara bertanggungjawab.

Penubuhan masyarakat sivil pula menjadi rakan strategik kerajaan melalui advokasi, penyelidikan dan sokongan kepada golongan rentan. Pada masa yang sama, rakyat juga perlu peka serta menggunakan saluran yang sewajarnya untuk melaporkan sebarang perlanggaran hak asasi manusia. Hanya melalui kerjasama semua pihak, agenda pemajuan dan perlindungan hak asasi manusia dapat terus diperkukuh demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Puan Yang di-Pertua, kerajaan akan terus meneliti syor-syor yang dikemukakan oleh SUHAKAM dan memperkukuh kerjasama dengan semua kementerian, agensi serta pihak berkepentingan bagi memastikan agenda hak asasi manusia terus diperkasakan selaras dengan Aspirasi Malaysia MADANI. Semoga perbahasan pada hari ini dapat menghasilkan pandangan dan cadangan yang membina demi manfaat rakyat dan negara.

Puan Yang di-Pertua, dengan ini saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

draft12:21 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Saya mohon menyokong.

draft12:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini ialah Usul Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini terbuka untuk dibahas. Pada hari ini, Ahli-ahli Yang Berhormat akan membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Tahun 2024. Selaras dengan Peraturan Mesyuarat 38(1), saya mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat agar hanya membahaskan apa yang telah dilaporkan dalam Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan SUHAKAM Tahun 2024.

Senarai pembahas adalah seperti berikut. YB Kota Melaka, YB Indera Mahkota, YB Tuaran, YB Besut, YB Tumpat, YB Petaling Jaya, YB Langkawi, YB Jelutong, YB Jerlun, YB Putatan, YB Betong, YB Bagan Serai, YB Bakri, YB Kepong, YB Sik, YB Puncak Borneo, YB Seputeh, YB Parit Buntar, YB Rasah, YB Lubok Antu, YB Kapar, YB Batu Gajah, YB Kampar, YB Kulim-Bandar Baharu, YB Raub, YB Beaufort, YB Tanjong Karang dan YB Shah Alam. Setiap pembahas diberi masa sembilan minit. Saya jemput pembahas pertama Yang Berhormat Kota Melaka.

draft12:21 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Timbalan Speaker.

Pertama sekali, terima kasih. Kita ingin ucapkan tahniah kepada kerajaan pada hari ini ya yang membenarkan Parlimen untuk kita bahas Laporan SUHAKAM ini. Ini adalah satu reformasi ya.

Timbalan Speaker, kalau kita merujuk kepada Laporan SUHAKAM ini di mana pada tahun 2024, kita― SUHAKAM telah menerima sebanyak 1,074 aduan dan antara daripada 1,074 aduan ini, 867 adalah melanggar hak asasi iaitu lebih kurang 80 peratus daripada aduan itu berkaitan dengan isu hak asasi. Dan sekiranya kita banding dengan tahun 2023 di mana pada tahun 2023 hanya sekadar 649 aduan, ertinya terdapat peningkatan sebanyak 65 peratus.

Dan kalau kita lihat kepada statistik, peningkatan tersebut barangkali ada kaitan dengan aduan terhadap UNHCR iaitu ada sebanyak 328 aduan. Jadi, sudah pasti kita harap supaya kes-kes, isu-isu berkaitan dengan UNHCR ini dapat diselesaikan apabila kita lihat Kementerian Dalam Negeri telah mengambil beberapa langkah termasuk pendaftaran. Dan daripada 1,074 kes yang diterima oleh SUHAKAM, 41 peratus telah diselesaikan, manakala ada 60 peratus masih dalam siasatan ataupun menunggu maklum balas daripada agensi yang berkaitan.

draft12:28 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Jadi, apabila kita lihat hampir 60 peratus dalam siasatan ataupun tengah tunggu maklum balas daripada agensi telah menjejaskan fungsi SUHAKAM ini, maka dengan ini saya ingin menyeru supaya Parlimen perlu meminda Akta SUHAKAM supaya kita dapat memperkasakan lagi peranan SUHAKAM agar kita dapat memperkukuhkan lagi kuasa statutori SUHAKAM supaya SUHAKAM mempunyai kuasa pantau yang lebih besar, lebih menyeluruh dan juga dapat menyiasat tanpa sekatan.

Juga, kita perlu memberi kuasa yang sepenuhnya kepada SUHAKAM supaya mereka boleh akses kepada dokumen dengan sepenuhnya dan maklumat sepenuhnya.

Ini adalah penting kerana kita ingin memastikan dengan adanya pindaan tersebut, maka SUHAKAM mereka mempunyai kuasa penguatkuasaan yang lebih kukuh. Ini adalah penting sebab hari ini kita ingin memastikan supaya syor-syor daripada SUHAKAM itu dapat diikuti oleh agensi kerajaan.

Jadi, dalam bab ini, sekiranya pindaan tersebut ada memberi kuasa yang ketara kepada SUHAKAM, maka kita ingin mewajibkan supaya semua agensi kerajaan memberi respons secara rasmi terhadap semua siasatan, enquiry daripada SUHAKAM.

Ini adalah penting. Sebab, kita tak nak ada agensi yang sengaja tidak menghiraukan siasatan ataupun enquiry daripada SUHAKAM.

Jadi, saya ingin mencadangkan supaya satu mekanisme yang mewajibkan semua kementerian ataupun agensi memberi maklum balas bertulis dalam tempoh tertentu. Contohnya, dalam masa 60 hari ataupun 60 hingga 90 hari, mereka mesti memberi maklum balas terhadap enquiry yang dikemukakan oleh SUHAKAM. Semua agensi perlu memberi kerjasama sepenuhnya ke atas semua siasatan yang dilakukan oleh SUHAKAM.

Begitu juga kita perlu buat pindaan kepada SUHAKAM ini supaya semua kenyataan ataupun maklumat jawapan daripada agensi kerajaan tersebut adalah benar selain daripada benar. Sekiranya ada agensi ataupun pegawai yang memberikan kenyataan yang palsu, maka Akta SUHAKAM sepatutnya memberi kuasa untuk menghukum agensi tersebut ataupun pegawai tersebut.

Tadi saya sebut tentang siasatan. Sekarang saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya semua syor-syor yang dikemukakan dalam laporan tahunan SUHAKAM ini perlu dapat respons secara rasmi daripada semua agensi yang berkaitan.

Siasatan― agensi perlu respons.

Bila laporan sudah ada, agensi juga perlu respons. Seperti yang disebut tadi oleh Menteri, mereka akan pertimbangkan syor-syor sahaja. Itu tidak cukup. Kalau sekadar mereka syorkan tetapi diabaikan oleh kementerian, maka kita tidak capai matlamat kita.

Jadi, saya ingin menyeru, ingin mencadangkan supaya kementerian perlu respons secara rasmi, ambil sikap yang serius.

Begitu juga kita perlu kaji semula akta ini supaya memberi kuasa penyiasatan yang lebih besar dari segi mereka boleh pergi menyiasat tanpa notis awal. Hari ini, apabila SUHAKAM mereka nak buat siasatan, contohnya nak pergi ke pusat tahanan, mereka perlu berikan notis awal. Kalau berikan notis awal, sudah pasti itu kadang- kadang tidak bermakna.

Contohnya, you nak pergi lawat ke balai polis. Kalau beri notis dua minggu sebelum itu, maka mungkin keadaan sebenar tidak dapat dilihat atau disiasat oleh SUHAKAM. Jadi, saya rasa sudah tiba masanya kita perlu beri kuasa yang lebih besar supaya siasatan SUHAKAM boleh pergi tanpa apa-apa notis.

Begitu juga kalau kita lihat― tadi saya ada sebut tentang ada hampir 60 peratus masih dalam siasatan. Barangkali ini adalah berkaitan dengan tidak mempunyai peruntukan kewangan yang cukup. Kalau kita lihat dari bilangan aduan, daripada 600 lebih meningkat menjadi 1,000 lebih, mungkin kesedaran rakyat terhadap hak asasi ini sudah meningkat, mereka buat banyak aduan, maka barangkali SUHAKAM perlu lebih banyak peruntukan. Jadi, di sini saya harap supaya kita boleh menambahkan peruntukan kewangan kepada SUHAKAM supaya mereka dapat menjalankan mandat mereka dengan lebih berkesan.

Saya nak pergi ke satu bab lagi berkaitan dengan hak mendapatkan maklumat.

Kalau kita melihat kepada statistik di mana kita lihat jenis aduan...

draft12:30 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

[Bangun]

draft12:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...Kategori aduan kedua terbesar ialah aduan berkaitan dengan hak mendapat maklumat. Itu ada 54 aduan. Indera Mahkota, nanti you punya floor, you boleh cakap.

draft12:30 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Bukan, bukan. Saya— 30 saat. Tadi dah cantik dan saya bersetuju itu. Cuma, kalau nak tunggu tahun depan baru ada laporan, tidakkah Yang Berhormat ingin cadangkan supaya salah satu select committee kita lihat balik perkara-perkara yang Yang Berhormat cadang tadi?

draft12:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya, saya setuju dengan Indera Mahkota.

Saya setuju di mana semua jawatankuasa pilihan khas Parlimen boleh juga meneliti semua laporan ini dan yang berkaitan dengan jawatankuasa tersebut, mereka boleh panggil kementerian tersebut untuk memberi penerangan dan kita boleh cadangkan kepada kementerian. Saya setuju dengan Indera Mahkota.

Tadi saya sebut tentang hak mendapat maklumat di mana dalam statistik, 54 aduan. Kategori kedua yang paling banyak jenis aduan ialah tentang hak mendapat maklumat. Jadi, dalam bab ini, saya nak tanya kepada pihak kerajaan, bilakah mereka akan bentangkan Freedom Of Information Act, dengan izin, yang dikatakan akan dibentangkan dalam Parlimen? Saya rasa ini satu act yang penting, kalau kita melihat kepada statistik aduan yang kita ada. Saya minta sedikit masa.

Saya masuk ke perkara yang terakhir, iaitu dalam laporan tersebut ada menyebut tentang kematian dalam tahanan. Setakat 31 Disember 2024, ada sebanyak 25 kes kematian dalam tahanan polis, di mana daripada 25 ini, 12 mereka mati dalam lokap, 13 mereka mati di hospital ataupun perjalanan ke hospital ataupun di penjara. Sungguhpun kes kematian dalam tahanan kita lihat kes dia ada menurun, tetapi masih lagi berlaku.

Maka, untuk memastikan semua mempunyai hak asasi manusia mereka, maka kita perlu lihat kepada bab ini juga.

Di mana, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada SUHAKAM, kepada Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Dato' Seri Mohd Hishamudin, di mana mereka telah memainkan peranan yang begitu baik sekali terutamanya apabila mereka telah mengeluarkan satu laporan berkaitan dengan insiden kematian di Penjara Taiping, di mana kematian di Penjara Taiping itu berlaku pada 17 Januari 2025, tahun lepas. Syabas dan tahniah kepada SUHAKAM. Telah memberikan satu laporan yang begitu jelas, yang begitu meneliti setiap aspek dan kita melihat dalam insiden tersebut, banyak pihak yang perlu bertanggungjawab.

draft12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa telah tamat.

draft12:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Seorang telah mati. Ramai yang telah cedera. Dan apabila kita lihat kepada laporan tersebut, kita lihat ada pelanggaran hak asasi yang serius yang berlaku dalam insiden tersebut di mana ada yang memberi laporan polis yang palsu, membuat laporan polis yang palsu daripada pihak penjara, pegawai penjara yang buat laporan polis yang palsu, ada pegawai perubatan yang cuba menukar laporan perubatan untuk cover-up, dengan izin dan juga mereka cuba nak hapuskan rakaman video sebagai bukti yang kukuh.

draft12:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Jadi, dalam bab ini saya lihat mengikut laporan tersebut, kalau kita teliti, pihak polis, pihak penjara dan juga Jabatan Peguam Negara juga harus bertanggungjawab.

Kalau bukannya bongkar ya, Laporan SUHAKAM tersebut bongkar, SUHAKAM telah membongkarkan peristiwa yang sebenarnya yang berlaku, mungkin hari ini kita masih tidak tahu apa yang berlaku di sana sebab, mengikut...

draft12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, masa sudah tamat.

draft12:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya. Satu minit ya.

draft12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sudah lebih dua minit.

draft12:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Sebab pada awal-awal, pihak penjara pada waktu itu mengatakan pada waktu itu ada rusuhan yang telah akhirnya menyebabkan kematian tetapi apabila mengikut siasatan laporan daripada SUHAKAM, tidak ada rusuhan yang berlaku. Jadi, mereka yang telah memberikan kenyataan yang palsu sepatutnya diambil tindakan. Sungguhpun enam orang telah terlibat ya, enam orang yang terlibat telah didakwa ke mahkamah tetapi yang kita perlu ada hari ini ialah budaya tanggungjawab.

Orang yang terbesar tersebut, sungguhpun telah ditukar ke jabatan yang lain tetapi itu tidak mencukupi. Sepatutnya ada orang perlu mengambil tanggungjawab terhadap keseluruhan insiden tersebut. Sebab kalau di luar negara, pengarah penjara akan letak jawatan tetapi budaya tersebut tidak berlaku di Malaysia. Mungkin sudah tiba masanya, kita perlu mempertimbangkan ya, tindakan tersebut. Dengan itu saja daripada Kota Melaka. Terima kasih, Timbalan Speaker.

draft12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Saya jemput Yang Berhormat Indera Mahkota.

draft12:40 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengulangi sokongan saya kepada hampir kesemua isi kandungan ucapan Yang Berhormat Melaka tadi.

Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada SUHAKAM, khususnya yang Pengerusinya, Dato’ Seri Pengerusi yang bukan sahaja menjalankan tugas dengan begitu baik tetapi Pengerusi SUHAKAM juga saya kira sangat proaktif turut melibatkan diri dalam pertemuan-pertemuan, mesyuarat-mesyuarat yang rasmi dan tak rasmi yang melibatkan hal ehwal hak asasi manusia termasuk soal pelarian, imigran dan sebagainya.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Pengerusi SUHAKAM, saya hadir bersama beliau dalam satu seminar yang berkaitan dengan masalah di Myanmar yang ramai pelariannya yang berada di sini. Sehubungan dengan itu, saya ingin bertanya pihak kerajaan berkaitan dengan Arahan 23 Majlis Keselamatan Negara.

Semasa pentadbiran yang lalu, kita sudah menyediakan pindaan-pindaan terhadap beberapa klausa atau perkara dalam Arahan 23, khusus yang merujuk kepada empat perkara yakni soal kebajikan, soal kesihatan dan pendidikan dan peluang pekerjaan. Saya difahamkan pentadbiran hari ini atau Kabinet telah pun meluluskan pindaan itu tetapi belum dapat dilihat dalam mana-mana laporan rasmi. Saya harap ada pihak kerajaan menyiarkan apa sebenarnya status mutakhir Arahan 23 Majlis Keselamatan negara.

Dan, saya sedikit risau melihat keadaan di bawah di mana nampak macam ada antiimigran yang kalau tak diselesaikan boleh jadi seperti yang berlaku di Amerika Syarikat. Jadi, saya menyeru kerajaan khususnya Menteri Dalam Negeri, tolong datang ke dalam Dewan yang mulia ini dan buat satu ministerial statement, sekurang-kurangnya untuk menenangkan keadaan. Apakah kedudukan sebenar pendatang-pendatang di Malaysia, bukan sahaja jumlah tetapi keadaan sebenar dan apakah tindakan kerajaan dan bagaimana kami juga Ahli-ahli Dewan Rakyat boleh membantu?

Berkaitan laporan ini, saya ingin merujuk kepada hal ehwal pendidikan hak asasi manusia yang dilaporkan bermula misalnya pada muka surat 66, muka surat 16. Pada saya, pendidikan hak asasi manusia ini sangat penting, ia melibatkan proses sepanjang hayat. Ia melibatkan soal ilmu, nilai dan kemahiran bagi membolehkan kita memahami, mempertahankan serta melindungi dan juga mempromosi dan mengadvokasi hak asasi manusia.

Komponen-komponen utama— sebab saya harap nanti boleh juga dikongsi apakah modul yang disebut di dalam laporan itu, modul tentang pendidikan hak asasi manusia, apakah komponen-komponen utamanya? Pada saya, sekurang-kurangnya, kita harus membenarkan atau mendidik anak-anak muda kita khususnya tentang bagaimana belajar berkenaan hak asasi, belajar melalui hak asasi dan belajar untuk hak asasi. Ia ada kaitan bukan sahaja soal hak asasi per say dengan izin, tetapi juga kaitannya dengan membangunkan demokrasi Malaysia yang lebih matang.

Dalam konteks pendidikan hak asasi, ia tidak boleh terhad hanya kepada sesi di dalam kelas, ia juga harus praktikal, ia harus melibatkan pengehakupayaan, contohnya pengehakupayaan pelajar mahasiswa dan juga penglibatan pelajar dan mahasiswa.

Dalam hal ini, saya ingin merujuk kes yang melibat dua orang aktivis suara mahasiswa dari Universiti Malaysia Sabah.

Pada 2 Julai lalu, saya dan Ahli Parlimen Machang telah bertemu dengan tiga orang aktivis yang mewakili Sekretariat Mansuh AUKU. Mereka menyerahkan surat bantahan tindakan prosiding AUKU ke atas mahasiswa UMS yang ditujukan kepada Menteri dan Timbalan Menteri KPT dan Ahli-ahli Parlimen Malaysia. Mereka membantah dan mendesak supaya dibatalkan prosiding tatatertib yang dijadualkan pada 21 Julai ini yang diambil oleh UMS terhadap dua aktivis Suara Mahasiswa UMS iaitu Fidaa’ Ahmad Fahmi dan Abdul Qayyum Ilham Zulizrul.

Fidaa’ dikenakan lima pertuduhan manakala Qayyum dikenakan tiga pertuduhan.

Semuanya akibat mereka terlibat dalam satu perhimpunan aman di luar kampus pada Mei lalu serta menerbitkan dan menyebar poster bertajuk “Demonstrasi Gempur Rasuah Sabah 3.0” dan melabel individu tertentu dan menggunakan istilah-istilah Koruptor No.

1 Sabah, pemberi rasuah dan Ketua Gabungan Rasuah Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, ini lebih kuranglah yang kita semua perjuangkan masa kita berhimpun menjatuhkan kleptokrat pada satu masa dahulu.

[Tepuk] Pada saya, mereka ini berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan. Ini sebahagian daripada hak asasi manusia. Ini soal aktivisme, intelektualisme dan idealisme perjuangan mahasiswa. Saya rasa Paya Besar pun bekas aktivis mahasiswa, PMX, Menteri KPT, Timbalan Menteri KPT, saya ingat ramai di kalangan Ahli Dewan ini dan tokoh-tokoh masyarakat adalah bekas aktivis mahasiswa.

Saya merasakan bahawa apa yang dilakukan ini adalah tidak begitu sesuai, tidak kena dengan soal pendidikan yakni kecemerlangan dan kebebasan pendidikan, tidak sesuai dengan soal pembinaan mutu mahasiswa yang multidisciplinary dan ia bertentangan dengan soal membangunkan hak asasi manusia. Itu yang ingin saya tekankan.

Saya harap, pihak UMS membatalkan prosiding ini kerana kalau aktivis-aktivis itu dihukum juga, maka berlakulah kezaliman. Saya tahu Tuan Yang di-Pertua, ada masanya, apabila berdepan dengan mahasiswa, sesetengah pihak sama ada universiti ataupun dari luar kampus, apabila gagal menghukum aktivis mahasiswa seperti ini, dengan menggunakan AUKU, dia cari cara, cari jalan-jalan yang lainlah. Bukan kita tak tahu, kita tahu ya. Jadi, saya harap, janganlah pula cari jalan yang lain.

Lepas itu, kalaulah mahasiswa ini sama ada yang dua orang ini ataupun yang lain-lain melakukan apa-apa kesilapan, orang yang sama inilah yang menggunakan AUKU dengan cara yang songsang ini yang akan bangun dengan mengatakan, “Itulah, you manjakan sangat mahasiswa.” Jadi, macam mana pun mahasiswa salah juga. Bila aktif pun salah, bila tak aktif pun, mengapa tidak aktif?

draft12:42 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Jadi, ini bertentangan sekali dengan prinsip pendidikan, bertentangan sekali dengan prinsip pengehakupayaan, bertentangan sekali dengan prinsip membangunkan anak muda, rakyat yang saya bagi contoh sini mahasiswa yang benar-benar bukan sahaja memahami hak asasi manusia tetapi live human rights, benar-benar embrace dan menghidupkannya dalam kehidupan mereka dan dalam hal-hal ehwal yang lain.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyokong supaya ditambahkan peruntukan bagi SUHAKAM untuk membolehkan mereka lebih aktif dan lebih proaktif dalam menjalankan usaha-usaha untuk menyebarluaskan lagi kefahaman tentang hak asasi manusia. Terima kasih.

draft12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Saya jemput Yang Berhormat Tuaran.

draft12:50 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Puan Yang di-Pertua, sebelum Tuaran memulakan perbahasan ini, saya ingin mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga Gundohing Jeniwil Dikau atas pemergian ayah tercinta Mendiang Dikau Gani. Salam takziah juga diucapkan kepada seluruh keluarga Mendiang Cikgu Osman Asatin yang telah pergi mendahului kita semua. Sebuah kasih dan damai sejahtera bersama dengan keluarga ini agar terus kuat dan tabah menghadapi waktu berdukacita ini.

Puan Yang di-Pertua, Tuaran berdiri pada hari ini untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Laporan Tahunan SUHAKAM 2024 yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia sebentar tadi. Pada kesempatan ini, Tuaran ingin merakamkan penghargaan kepada SUHAKAM atas usaha berterusan menjalankan mandatnya sebagai sebuah institusi hak asasi manusia yang bebas. Laporan ini bukan sekadar menyenaraikan isu-isu hak asasi tetapi menjadi cerminan sejauh mana kita sebagai sebuah negara benar-benar menghormati maruah manusia, keadilan sosial dan prinsip Keluhuran Perlembagaan.

Puan Yang di-Pertua, laporan ini memberi perhatian kepada beberapa golongan paling mudah terdedah pada pencabulan hak termasuk pekerja migran, pekerja ekonomi gig, pelarian, kanak-kanak, orang asli dan orang asal, warga emas serta orang kurang upaya.

Puan Yang di-Pertua, umum mengetahui bahawa konflik bersenjata yang berlaku di Selatan Filipina sejak awal dekad 1970-an, telah menyebabkan puluhan ribu rakyat Filipina melarikan diri ke Sabah untuk mendapatkan perlindungan. Atas dasar kemanusiaan, Malaysia telah membuka pintunya kepada mereka yang membenarkan dan membenarkan mereka berlindung di Sabah.

Dengan kerjasama United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR), pelarian-pelarian tersebut ditempatkan di enam skim penempatan utama iaitu Skim Penempatan Kinarut, Skim Penempatan Telipok, Skim Penempatan Bahagia Sandakan, Skim Penempatan Kampung Selamat Semporna, Skim Penempatan Kampung Hidayat Tawau dan Skim Penempatan Pulau Gaya.

Apabila penglibatan UNHCR di skim-skim penempatan tersebut beransur-ansur berakhir, tanggungjawab pentadbiran telah diambil alih oleh Kerajaan Negeri Sabah melalui Bahagian Penempatan di Jabatan Ketua Menteri. Kerajaan negeri terus mengurus kawasan-kawasan tersebut, termasuk menyediakan bekalan air, kemudahan asas serta pelbagai perkhidmatan pentadbiran bagi memastikan kebajikan penghuni terus terpelihara.

Namun demikian, sehingga hari ini Malaysia masih belum menjadi pihak kepada Convention relating to the Status of Refugees 1951 dan Protocol relating to the Status of Refugees 1967. Akibatnya, Malaysia tidak mempunyai suatu kerangka perundangan nasional yang khusus bagi mentakrifkan status pelarian, mengawal selia hak dan tanggungjawab mereka serta memperjelaskan bidang kuasa kerajaan dalam mengurus isu pelarian. Lebih 140 buah negara telah menjadi pihak kepada Konvensyen 1951 dan— atau Protokol 1967. Malaysia pula masih tergolong dalam kumpulan negara yang belum menyertainya.

Ketiadaan undang-undang khusus telah menyebabkan pengurusan isu pelarian bergantung kepada dasar pentadbiran dan amalan semasa. Keadaan ini menimbulkan pelbagai cabaran dari segi keselamatan, penguatkuasaan undang-undang, pendidikan, kesihatan, peluang pekerjaan, kebajikan, hubungan antarabangsa dan perlindungan hak asasi manusia.

Di Sabah, kita masih mengurus kehadiran pelarian dari Selatan Filipina yang telah berada di negeri ini selama beberapa dekad. Di Semenanjung pula, negara berhadapan dengan isu pelarian daripada pelbagai negara termasuk komuniti Rohingya.

Hakikatnya, Malaysia telah lama menjadi negara yang menerima pelarian tetapi sehingga kini masih belum mempunyai suatu undang-undang yang mengawal selia perkara tersebut secara menyeluruh.

Oleh yang demikian, Tuaran ingin mengemukakan dua cadangan kepada kerajaan. Pertama, kerajaan hendaklah menggubal akta pelarian Malaysia sebagai satu kerangka perundangan nasional yang komprehensif bagi mengawal selia hal ehwal pelarian di negara ini.

Akta tersebut hendaklah memperuntukkan antara lain takrifan jelas mengenai status pelarian, prosedur pendaftaran dan dokumentasi, hak dan tanggungjawab pelarian, kuasa serta tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan agensi-agensi berkaitan, mekanisme pengurusan pendidikan, kesihatan, pekerjaan yang dibenarkan, langkah-langkah keselamatan dan penguatkuasaan serta mekanisme penyelesaian jangka panjang termasuk penghantaran pulang secara sukarela, penempatan semula ke negara ketiga atau penyelesaian lain yang selaras dengan kepentingan negara.

Kedua, Tuaran mencadangkan supaya Parlimen menubuhkan jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengenai pelarian dan orang tanpa kerakyatan untuk menjalankan satu kajian menyeluruh terhadap dasar pelarian negara. Jawatankuasa ini hendaklah meneliti secara komprehensif pengalaman Sabah mengurus pelarian Filipina sejak lebih lima dekad yang lalu, pengalaman Semenanjung dalam mengurus pelarian Rohingya, implikasi terhadap keselamatan negara, kewangan awam, hak asasi manusia, berhubung antara— hubungan antarabangsa serta kepentingan negeri-negeri yang terlibat.

Jawatankuasa tersebut juga hendaklah mengemukakan syor-syor kepada Parlimen, sama ada Malaysia wajar menjadi pihak kepada Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967 ataupun menggubal satu model undang-undang domestik yang mengambil kira realiti kepentingan nasional serta kedudukan unik Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

Puan Yang di-Pertua, isu pelarian bukan lagi isu sementara. Ia telah menjadi realiti yang telah kita hadapi selama lebih 50 tahun. Sudah tiba masanya Malaysia beralih daripada pendekatan pentadbiran semata-mata kepada satu kerangka dasar dan perundangan yang jelas, telus dan komprehensif.

Puan Yang di-Pertua, apabila kerajaan bertukar ganti, khususnya di negeri Sabah, pelbagai pendekatan oleh kerajaan-kerajaan tersebut untuk mendokumentasikan pelarian-pelarian ini dengan pelbagai label. Ada yang PSS-nya, sekarangnya MyKAS-nya, ada sebagainya tetapi ini semuanya hal pentadbiran, hal dasar yang tidak tentu lagi bagaimana kerajaan seterusnya yang akan mentadbirnya.

Sebab itulah peri pentingnya ada akta pelarian Malaysia yang Tuaran cadangkan tadi supaya dia tidak boleh diubah oleh mana-mana dasar kerajaan yang bertukar ganti.

Negara yang berdaulat memerlukan undang-undang yang jelas. Pelarian perlu— pelarian pula memerlukan kepastian dari sudut undang-undang. Rakyat Malaysia berhak mendapat jaminan bahawa keselamatan negara sentiasa terpelihara. Ini hal keselamatan harus kita ingat. Tuaran saja sudah berada di Dewan ini sudah lima penggal dan saya berucap tentang hal-hal pelarian di Sabah dan jawapan daripada pihak kerajaan dari dahulu sampai sekarang sama sahaja, tidak ada kepastian.

Mereka mengatakan ini mereka tidak ada ancaman terhadap keselamatan tetapi apabila berlaku insiden Tanduo pada tahun 2012, negara baru terhantuk, baru tengadah sekarang. Memang ini satu ancaman keselamatan kepada negara kita dan memang perlu ditangani dan tanpa kerangka undang-undang, saya ingat akan menjadi satu masalah yang sangat besar kepada negara untuk menanganinya.

Dan, kerajaan memerlukan satu kerangka perundangan yang mampu mengimbangi tuntutan kemanusiaan dengan kepentingan nasional. Itulah sebabnya Tuaran berpandangan bahawa sudah tiba masanya Malaysia mempunyai dasar pelarian yang jelas, disokong oleh undang-undang yang komprehensif dan dibentuk melalui penelitian mendalam oleh Parlimen demi kepentingan negara pada masa hadapan.

Puan Yang di-Pertua, meneliti kepada statistik aduan yang diterima Pejabat SUHAKAM Sabah, telah menerima sejumlah 113 aduan sepanjang tahun 2024. Pejabat SUHAKAM Sabah secara khusus memberi tumpuan berterusan kepada isu tanpa kewarganegaraan dan dokumentasi mengambil kira keluasan dan cabaran logistik di Sabah.

Saya mohon agar kerajaan pertimbangkan penambahan peruntukan dan kapasiti kakitangan untuk pejabat SUHAKAM di Sabah bagi memastikan capaian pembelaan hak asasi dapat dilebarkan khususnya di kawasan pedalaman di Sabah.

Jadi, saya mohon menyokong. Terima kasih.

draft12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menangguhkan Mesyuarat sekarang dan Mesyuarat akan bersambung jam 2.30 petang.

draft12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

draft2:30 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Membaca sepotong doa] Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat petang. Kita teruskan dengan perbahasan Usul Laporan Tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.

Dipersilakan Yang Berhormat Besut.

draft2:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dato’ Yang di-Pertua, saya terus dengan isu. Daripada laporan SUHAKAM, nampaknya amalan mengarahkan tahanan berbogel untuk pemeriksaan masih berjalan sehingga kini. Selain kecuaian perubatan sehingga menyebabkan kematian seorang tahanan bernama Jamshed Ahmed Kunguro.

Laporan ini juga menyentuh tentang bagaimana tahanan tersebut dan tahanan- tahanan lain diarahkan menanggalkan pakaian beramai-ramai untuk pemeriksaan Artikel Larangan. Pemeriksaan tahanan wanita pula walaupun dilakukan di dalam tandas, pintu bilik air dibiarkan terbuka sehingga membolehkan mereka yang lalu lalang termasuk anggota lelaki melihatnya.

Dato’ Yang di-Pertua, amalan ini bukan sahaja bertentangan dengan tatacara saringan serta ditegah di sisi agama, ia juga satu barah yang sistematik dalam badan penguat kuasa kita yang telah ditegur dan dikecam berulang kali. Saya ingin memetik satu lagi insiden yang tular baru-baru ini iaitu layanan pihak polis terhadap aktivis Tamim Dahri semasa dalam tahanan.

Dalam penulisan beliau, beliau menceritakan bagaimana beliau dan rakan- rakannya dilayan dengan kasar. Diarahkan berbogel di hadapan pegawai polis serta dinafikan permintaan untuk diberikan senaskah Al-Quran. Pendedahan ini menunjukkan amalan membogelkan tahanan masih berleluasa dalam kalangan pihak berkuasa.

Menyalahi syor sebuah Suruhanjaya Bebas 20 tahun dahulu dan pada tahun 2006, sebuah suruhanjaya ditubuhkan untuk menyiasat satu insiden yang menggemparkan negara ketika itu iaitu seorang tahanan wanita diarahkan ketuk ketampi dalam keadaan berbogel di dalam lokap polis.

Sama seperti syor SUHAKAM dalam laporan ini, yang menggesa amalan ini dihentikan. Suruhanjaya bebas berkenaan dari tahun 2006 lagi memutuskan amalan membogelkan tahanan adalah mencabuli hak asasi manusia. Haram di sisi syariah dan perlu dihentikan serta-merta.

Persoalannya, apakah fungsi sumber negara dihabiskan untuk siasatan-siasatan sebegini jika syor-syornya akhirnya dibakulsampahkan oleh badan penguat kuasa kita.

Yang kedua, saya juga ingin menyentuh tentang peranan SUHAKAM dalam memperjuangkan hak asasi manusia.

Equipment ini menyebutkan kegiatan SUHAKAM memperjuangkan kebebasan bersuara dan kebebasan media sebagai antara pencapaian 25 tahun kewujudan SUHAKAM. Oleh yang demikian, saya ingin bertanya dalam syor SUHAKAM itu tentang kebebasan bersuara dan kebebasan media sepanjang 25 tahun ini, sejauh mana ia benar-benar diterima dan diamalkan oleh kerajaan.

Pada tahun 2026 ini, kita masih mendengar berita penangkapan rakyat di bawah Akta Hasutan hanya kerana mengkritik kerajaan atau Perdana Menteri. Sebagai contoh, pengguna media sosial bernama Jorjet Myla pada April baru-baru ini. Pada bulan Februari pula, seramai 19 individu ditahan termasuk dua yang direman berhubung perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram yang cuba dianjurkan di hadapan Kompleks SOGO, tetapi disekat oleh pihak polis.

Insiden-insiden ini tetap berlaku walaupun kerajaan ditadbir oleh pihak yang dulu-dulunya berdegar-degar menjanjikan kebebasan bersuara dan kebebasan media dalam manifesto. Kepercayaan rakyat terhadap kerajaan juga hari ini ada mengalami defisit disebabkan isu kebebasan bersuara.

Tambahan pula, apabila kelihatan seolah-olah ada layanan dwistandard dalam pendakwaan membabitkan kesalahan 3R. Ada yang ditahan hanya kerana mengkritik kerajaan, tetapi ada pula yang masih berkeliaran bebas walaupun terang-terang menyanggah Titah Raja. Apa yang dulu dituduh sebagai draconian itulah yang dibuat kerajaan sekarang. Jadi persoalannya, pelaksanaan undang-undang berkaitan perhimpunan aman ini kita kena adakan.

Penggunaan undang-undang jenayah juga terhadap ucapan awam juga perlu diadakan. Keseimbangan antara keselamatan negara dan juga kebebasan bersuara.

Yang akhirnya, saya ingin menyentuh tanah adat orang asli. Yang di-Pertua, boleh dengar?

draft2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ya, teruskan.

draft2:33 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey, Yang di-Per tua, isu pencerobohan tanah adat ini dia ada kelewatan dari segi pengiktirafan tanah adat.

Rundingan— bermakna sebelum projek pembangunan dilaksanakan. Laporan ini menyebut bahawa hak adat orang asli kekal tidak terjamin dengan undang-undang tanah lebih mengutamakan aspek seperti kepentingan ekonomi berbanding pemeliharaan budaya dan juga warisan sehingga menjejaskan kelangsungan hidup dan tradisional.

Dalam usaha mencegah eksploitasi tanah adat dalam mana-mana rancangan pembangunan, apakah perancangan kerajaan bekerjasama rapat dengan kerajaan- kerajaan negeri bagi mengharmonikan isu-isu berbangkit berkaitan tanah adat.

Di samping itu, bagaimanakah kerajaan memastikan penyertaan bermakna Orang Asli dalam rangka dasar kemajuan tanah adat berdasarkan kepada aspek free, prior and informed consent (FPIC) dengan izin bagi menjamin sumber budaya dan juga identiti tradisional mereka tidak terjejas.

draft2:33 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Soalan saya, ingin teruskan dengan soalan-soalan kepada pihak kementerian.

Berapakah jumlah sebenarnya syor SUHAKAM ini dalam laporan 2024 ini yang telah diterima dan dilaksanakan oleh kerajaan? Apakah status pelaksanaan setiap syor tersebut mengikut kementerian? Kalau syor dah ada, mengapa masih terdapat isu yang berulang seperti kematian dalam tahanan, kesesakan penjara dan juga pertikaian tanah adat tadi yang saya sebutkan, walaupun telah berulang kali ditegur oleh pihak SUHAKAM?

Jadi, adakah kerajaan bercadang mewujudkan mekanisme iaitu yang rasmi, yang mewajibkan setiap kementerian memberi maklum balas terhadap syor SUHAKAM tersebut dalam tempoh tertentu atau dikatakan membentuk KPI mengukur pelaksanaan syor SUHAKAM tersebut? Syor saja kalau tak diikuti dengan apa, tidak mencukupi.

Jadi, adakah juga syor SUHAKAM hanya dijadikan sebagai dokumen rujukan sahaja tanpa tindakan susulan? Jadi, ada juga saya akan bertanya bahawa adakah kerajaan bersedia membentangkan laporan kemajuan tahunan kepada Parlimen? Perlu dibawa ke Parlimen atau pun tidak mengikut status pelaksanaan semua syor SUHAKAM? Setiap syor kita bawa ke Parlimen.

Isu-isu ini penting kerana ia menyentuh aspek akauntabiliti kerajaan, pematuhan kepada Perlembagaan Persekutuan dan juga komitmen Malaysia terhadap standard hak asasi manusia. Akhir kata, saya menuntut komitmen yang jelas daripada pihak kementerian berkaitan untuk menjawab persoalan-persoalan yang telah saya kemukakan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih juga kerana mengangkat isu-isu tanah adat orang asli.

draft2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang di-Pertua. Yang di- Pertua, saya bangun kerana di bawah Peraturan Mesyuarat 36(4) Yang di-Pertua.

draft2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

36(4).

draft2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Benar Yang di-Pertua.

draft2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

draft2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang di-Pertua, 36(4).

draft2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ya.

draft2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

“Adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan”. Saya tidak berniat mengganggu Yang Berhormat Besut tadi kerana beliau sedang berbahas. Takut nanti ada perbalahan. Jadi, saya tunggu sehingga beliau selesai dan saya mohon petua daripada Yang di-Pertua berkenaan dengan satu perkara.

Saya dengar tadi perbahasan Yang Berhormat Besut yang mengeluarkan kenyataan rumah anutan haram. Saya percaya beliau merujuk kepada agama bukan beragama Islam. Istilah rumah anutan haram ini adalah sesuatu yang menjadi bahan polemik. Jadi, bolehkah saya mohon dengan segala hormatnya, walaupun perkataan itu telah digunakan, supaya istilah itu tidak digunakan lagi di Dewan yang mulia ini?

Kerana walaupun kita bukan— saya bukan beragama Islam, tetapi agama- agama lain seperti Hindu, Kristian, Buddha dan agama Tionghoa juga mempunyai kuil- kuil. Jadi, saya rasa tidaklah betul bagi Yang Berhormat Besut menggunakan istilah rumah anutan haram untuk menyokong apa-apa perbahasan di Dewan yang mulia ini.

Sebab itu, saya bangun selepas beliau selesai dengan tertib untuk tanya panduan Yang di-Pertua.

Semoga perbahasan ini boleh jalan dengan lancar tanpa sebarang isu yang menimbulkan polemik. Yang di-Pertua, saya mohon petua daripada Yang di-Pertua.

Semoga perkataan rumah anutan haram itu tidak diulangi di Dewan yang mulia ini.

Terima kasih.

draft2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar.

Baik, Yang Berhormat Jelutong telah membangkitkan isu Peraturan 36(4). Quotation yang telah dinyatakan yang telah melanggar peraturan ini adalah ucapan dan ungkapan rumah anutan haram. Daripada apa pengamatan yang saya dengar tadi ya dan saya percaya ini telah direkod dalam Hansard kita. Baik, ini keputusan saya. Kalau kita lihat pada 36(4), ia— sebentar, jangan ganggu saya.

draft2:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

[Bangun]

draft2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

42 itu kata, bila saya bercakap, Yang Berhormat duduk dengar.

draft2:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya nak betulkan je.

draft2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, saya bercakap. 42 jelas, bila Pengerusi bercakap yang lain dengar. Ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong. Bagi saya selesaikan ni. Saya akan bagi ruang juga ya, kira jika ada apa-apa Yang Berhormat nak bangkitkan. Bagi saya habis dulu ya.

Di mana saya tadi? Okey, dia punya crux itu yang menjadi polemik apa yang dinyatakan adalah— yang menjadi isu, bukan polemik ya, isu adalah rumah anutan haram. Okey, saya akan membuat keputusan kepada apa yang dalam kerangka dinyatakan di dalam Dewan ini ya. Kalau dilihat di sini, rumah anutan haram— ia adalah satu ungkapan am, a general statement. Melainkan kalau Yang Berhormat-Yang Berhormat menyebut “rumah penganutan haram Islam”, “rumah penganutan haram Hindu”, “rumah penganutan Buddhist”. Bermakna you specifically tuju, itu adalah teramat biadab bagi saya kalau di dalam Dewan ini.

Jadi, konklusi saya dalam memutuskan perkara ini adalah Yang Berhormat Besut tidak melanggar 36(4) ya.

draft2:40 PM

[Dewan tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Melainkan Yang Berhormat Jelutong, this is my point of view, you must create the law. Bagi kita, buku biru ini adalah undang-undang kita. Jadi, kalau spesifik menyatakan itu, “rumah anutan haram Hindu”, then saya all out will say it is wrong ya.

Kita tak boleh cap sesuatu agama yang diamalkan di dalam negara ini sebagai haram.

Ini keputusan saya. Okey baik, Yang Berhormat.

draft2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih.

draft2:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sedikit sahaja.

draft2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Yang Berhormat Jelutong, maybe this is my point of view-lah ya. You, Yang Berhormat boleh usulkan, get a ruling, dengan izin, get the ruling from the Speaker whether rumah anutan haram ini adalah satu benda yang tidak boleh lagi disebut.

Kalau kita ingatkan bahawa Speaker telah putuskan bahawa dua perkara yang tidak boleh disebut dan tidak boleh diterima di dalam Dewan ini iaitu umpamanya, “PAS ajaran sesat”, kafir, mengkafir di antara Yang Berhormat-Yang Berhormat. This is already ruling dah diputuskan. Kalau yang ini Yang Berhormat, I would suggest that Yang Berhormat usulkan kepada Speaker.

draft2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya ambil panduan dan arahan, terima kasih.

draft2:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya nak jelaskan sedikit.

draft2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bagilah saya habis satu-satu.

draft2:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ha, okey.

draft2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dalam mahkamah pun Yang Berhormat biar hakim bercakap, yang lain dengar kejap. Okey, sekarang saya bagi ruang, apa dia?

draft2:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Boleh? Okey. Sebenarnya, yang saya rujuk adalah perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram. Nama itu.

Singkatan nama GARAH.

draft2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

draft2:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadi, nama khas ke nama apa itu?

draft2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, saya terima apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Besut dan bagi saya itu tak ada kaitan dengan isu ni. Mungkin silap interpretasi ya. Baik, duduk. Kita terus balik kepada urusan kita selanjutnya.

draft2:40 PM

[Dewan tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, kita teruskan dengan menjemput Yang Berhormat Tumpat untuk meneruskan. Yang Berhormat Semporna ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Jadi, giliran kepada Yang Berhormat Tumpat.

draft2:40 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya menyambut baik laporan tahunan SUHAKAM yang mengangkat antaranya isu hak asasi kanak-kanak.

Namun, saya ingin menegaskan bahawa dalam konteks Malaysia, hak asasi kanak- kanak perlu difahami secara menyeluruh dan seimbang, jangka panjang dan jangka pendek. Malaysia tidak boleh meniru pendekatan hak asasi daripada luar negara tanpa mengambil kira Perlembagaan Persekutuan, nilai masyarakat majmuk dan agama Islam sebagai agama Persekutuan.

Dalam masa yang sama, pendekatan selari dengan prinsip kepentingan terbaik kanak-kanak, best interests of child di bawah United Nations Convention on the Rights of the Child bahkan memperkaitkannya di bawah tanggungjawab pembinaan akhlak [Tidak jelas] dan keluarga.

Dalam hal ini, kita merujuk kepada ayat al-Quran [Membaca sepotong ayat Al- Quran], yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka”. Ayat ini jelas bahawa negara dan keluarga mempunyai tanggungjawab bersama membentuk generasi yang sejahtera. Jadi, cadangan saya yang pertama kepada SUHAKAM ialah semakan dasar kanak-kanak negara harus mengikut peredaran semasa.

draft2:49 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Kita melihat dan kita ketahui bahawa Dasar Kanak-Kanak Negara telah dilancarkan pada tahun 2026–2030 pada tahun lepas.

Sejajar dengan cabaran digital hari ini, namun ia perlu perancangan sistematik agar ia dapat dilaksanakan dalam masa yang pantas dan singkat kerana umur kanak- kanak berjalan dengan sangat laju dan singkat. Jadi, kalau lambat diterangkan kepada pemegang taruh, maka undang-undang ataupun dasar ini tinggal di atas kertas sahaja.

Seperti contohnya, perlu bajet yang mencukupi daripada pelbagai kementerian dan SUHAKAM dalam memantau perkara ini agar pelan tindakan ini dapat dilaksanakan sebelum kanak-kanak ini membesar dan melepasi umur kanak-kanak. Pengetahuan para guru dengan Akta Kanak-kanak, dasar dan pelan tindakan juga diperlukan.

Saya percaya bahawa Dasar Kanak-Kanak ini perlu disemak dalam keadaan semasa ini sekurang-kurangnya setiap tiga tahun supaya kita boleh melihat apakah cabaran terbaru yang dihadapi oleh kanak-kanak. Sebagai contohnya hari ini, beberapa negara termasuk Sweden, telah pun mencegah ataupun memastikan satu peraturan baharu di mana untuk AI hanya dibenarkan kepada mereka yang berusia lebih daripada 16 tahun ke atas untuk penggunaan gajet.

Jadi, hal perkara ini, cadangan saya Malaysia perlu— memerlukan satu garis panduan khas pelaksanaan AI untuk sekolah dan tanggungjawab platform AI terhadap keselamatan kanak-kanak. Tidak boleh lagi digunakan garis panduan umum.

Yang kedua, hak asasi kanak-kanak di Malaysia, kita lihat pelbagai isu berlaku melibatkan kanak-kanak dan juga bayi. Jadi dalam hal ini, saya memohon kepada Kerajaan Malaysia dan juga SUHAKAM untuk melihat Islam sebagai suatu agama rasmi Persekutuan, di mana hak asasi kanak-kanak Muslim untuk mendapat pendidikan agama, akhlak dan adab.

Islam melihat pendidikan agama ini perlu sampai ke tahap karamah Insaniah.

Jadi, kanak-kanak ini perlu dididik dengan isu-isu semasa dan juga FAQ yang boleh dicadangkan dengan betul berkenaan dengan adab, akidah, amanah, tanggungjawab, hormat kepada ibu bapa dan juga masyarakat.

Ia bukan teori tetapi lebih kepada amal dan latihan yang perlu dibuat secara bersesama di antara rumah dan juga sekolah. Kalau guru di sekolah mendapat pendidikan dan taklimat daripada kementerian, namun ibu bapa yang sibuk dengan mencari rezeki kerana kos sara hidup telah meningkat, apakah mekanisme yang boleh dicadangkan oleh Pesuruhjaya Kanak-kanak di SUHAKAM agar semua ibu bapa dan penjaga boleh mendapatkan kemahiran dan pengetahuan ini? Adakah Jabatan Kanak- kanak ataupun LPPKN boleh mewujudkan dan menjadikan children one stop center di setiap Parlimen untuk menjayakan hasrat ini.

Yang ketiga, berkenaan dengan hak dibimbing untuk mendirikan solat dan menguasai al-Quran. Kita dapati ada pihak yang membuat kajian, dimaklumkan bahawa 80 peratus daripada rakyat yang beragama Islam tidak sembahyang fardu dengan sempurna lima waktu. Jadi hal ini, perkara ini sangat serius dan perlu kepada satu pemantauan. Ia perlu kepada syllabus dan kajian daripada pihak JAKIM, pihak SUHAKAM dan juga pihak KPM supaya kita mahu memastikan kanak-kanak ini mendapat pendidikan hak asasi dia untuk menguasai bacaan Quran dengan baik, memahami mesej al-Quran dan menjadikan Quran sebagai rujukan utama dan ini berlaku secara serentak di rumah dan juga di sekolah.

Seterusnya berkenaan dengan hak perlindungan digital. Kita dapati hari ini Malaysia telah pun melancarkan dasar perlindungan digital terhadap kanak-kanak.

Masalahnya ialah adakah kesedaran dan mekanisme siber gogi ini mampu dikuasai oleh ibu bapa dan penjaga sebelum ia menjadi kanser kepada kanak-kanak. Apakah pelan tindakan yang dibuat khusus kepada penjaga dan juga ibu bapa yang melihat dan mengalami perkara ini di rumah kerana anak-anak berada di rumah jauh lebih lama daripada berada di sekolah.

Yang seterusnya berkaitan dengan kawalan kandungan media sosial dan TV.

Kita lihat hari ini dalam TV bukan lagi mengajar kanak-kanak untuk membuat perkara- perkara yang baik, melainkan TV Pendidikan. Kalau umum kepada filem-filem, kita lihat banyak menunjukkan kepada kebiadaban dalam tutur kata berkeluarga. Pornografi, keganasan melampau, budaya songsang, budaya buli, perjudian, eksploitasi seksual dan banyak perkara yang mengganggu, merosakkan emosi kanak-kanak.

Jadi dalam hal ini, saya ingin memohon kepada pihak SUHAKAM untuk melihat dan memastikan pantauan secara terperinci dan berkala kepada semua media-media ini dan data center yang boleh di akses oleh ibu bapa dan juga orang ramai yang dijaga oleh pihak MCMC dan pendidikan mandatori literasi media di sekolah perlu diadakan.

Yang seterusnya berkaitan dengan bajet dan latihan mesra kanak-kanak kepada PDRM. Dalam banyak kawalan ataupun perbincangan dan juga lawatan yang kita buat, kita dapati bahawa dalam negara kita PDRM ada banyak cases yang dia kena kendalikan di bawah D11. Jadi, untuk masalah kanak-kanak sekarang kita mencadangkan supaya kes kanak-kanak patutnya diasingkan daripada D11.

Mempunyai division sendiri kerana latihan menyeluruh child-friendly policing perlu dibuat bermula di PULAPOL, perlu jabatan berasingan kerana dia akan mendapat kes satu perkara trauma inform interview week yang akan dibuat di child interview center di semua negeri.

Jadi, latihan psikologi untuk secara kanak-kanak perlu diperlukan kepada semua pegawai-pegawai kita di PDRM kerana kita lihat hari ini kes berlaku dengan banyak melibatkan kanak-kanak dan ini merupakan satu pertiga daripada jumlah penduduk Malaysia.

Seterusnya berkenaan dengan pencegahan seksual kanak-kanak. Di antara perkara yang dibuat ialah perlu ada pencegahan kerana perkara ini akan melarut kepada kes-kes yang lain. Isunya ialah bagaimana penglibatan ibu bapa tidak lagi hari ini dijadikan suatu kesalahan undang-undang sekiranya mereka tidak memantau penggunaan digital dan juga gajet di kalangan kanak-kanak.

Yang seterusnya berkaitan dengan pembuli kanak-kanak adalah mangsa kanak- kanak. Dalam hal hak asasi manusia, pembuli dengan mangsa dibuli sama-sama memerlukan intervensi. Mangsa buli ada risiko kemurungan, bunuh diri, kebimbangan.

Masalahnya pembuli pula ada sejarah penderaan, pengabaian, masalah keluarga, emosi. Kedua-dua memerlukan intervensi psikologi, pemulihan dan juga perhatian keluarga. Jadi dalam hal ini, SUHAKAM kena pastikan tidak berlaku lagi mangsa- mangsa baru kerana pembuli tidak dirawat dengan cara yang terbaik di semua tempat- tempat yang mereka ini ditahan.

Seterusnya berkaitan dengan penjenayah kanak-kanak. Kita lihat kanak-kanak sekarang ini ramai yang telah terlibat dengan kes-kes penyalahgunaan dadah. Mereka ini ditempatkan di bawah rumah-rumah kebajikan ataupun rumah-rumah yang dijaga oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Isunya ialah mereka sepatutnya dipulihkan dahulu di PUSPEN-PUSPEN yang khas untuk kanak-kanak yang perlukan kepada infra dan syllabus tertentu supaya diselesaikan, dipulihkan sebelum mereka ini ditahan di mana- mana pusat di bawah jagaan JKM. Jadi, ini perlu kepada penambahbaikan kepada PUSPEN contohnya PUSPEN Karangan yang memang fokus kepada kanak-kanak.

Seterusnya berkaitan dengan hak kanak-kanak juga. Kita lihat banyak modul- modul yang digunakan oleh pihak kementerian. Adakah SUHAKAM memantau model ataupun modul sokongan moral dan EQ (emotional quotient) di sekolah-sekolah? Kita perlu tahu sebab kanak-kanak ini bukan akademik sahaja. Dia perlu kecergasan emosi, kecergasan spiritual, empati, integriti dan juga pengurusan emosi. Jadi, kita mencadangkan agar pesuruhjaya kanak-kanak ini kalau boleh saya mohon sekali lagi pihak kerajaan mencadangkan dan juga melantik pesuruhjaya kanak-kanak di semua negeri kerana ini adalah aset kita yang terpenting dan pegawai pesuruhjaya kanak- kanak tidak sempat untuk hadir ke semua tempat.

Yang seterusnya berkaitan dengan pendidikan jasmani dan juga survival skills.

Kita melihat di Malaysia, banyak ibu bapa fokus kepada pendidikan akademik. Walau bagaimanapun, di negara lain kita lihat banyak juga mereka buat untuk survival skills. Di Malaysia ia mungkin satu option.

Selepas ini kita mohon kepada pihak kerajaan, khususnya melalui SUHAKAM supaya memantau falsafah, prinsip dan juga aplikasi agar perkara yang berkaitan dengan renang, CPR, pertolongan cemas, keselamatan banjir, kebakaran, jalan raya, digital, pusat bencana ini diwajibkan untuk dibuat di sekolah dan kita perlu ada sasaran tahun berapa bahawa semua sekolah mesti ada mempunyai kemahiran-kemahiran dan juga infra-infra yang boleh membantu kanak-kanak kita menghadapi masa depan.

Dan yang terakhir Dato’ yang di-Pertua ialah dari segi hak asasi manusia sebagai kanak-kanak. Kanak-kanak di Malaysia berhak untuk mendapatkan hak asasi bahasa, identiti dan keberadaan sosial. Dalam era AI, kanak-kanak ini biasanya akan terabai dalam hal-hal ini. Jadi, penting kepada mereka untuk kita pastikan semua rakyat di Malaysia, kanak-kanak menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Menghargai, memelihara identiti budaya dan agama, menguasai kemahiran komunikasi, mempunyai kemahiran sosial dan juga mempelajari penyelesaian konflik secara aman sebagai kemahiran interpersonal dan juga empati. Jadi, kita mohon agar perkara ini diberikan perhatian juga oleh pihak SUHAKAM selain daripada melihat kepada kanak- kanak yang berisiko.

Sebagai penutup, kita melihat dan kita mahu membina sebuah ekosistem yang meletakkan kanak-kanak bukan sekadar sebagai penerima hak tetapi sebagai amanah Allah SWT dan aset strategik negara. Mereka bukan hanya pewaris masa depan Malaysia, bahkan mereka bakal mencorakkan masa depan tamadun negara. Terima kasih.

draft2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang berhormat Tumpat. Majlis mempersilakan Yang berhormat petaling Jaya.

draft2:50 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Terima kasih Dato’ yang di-Pertua.

Saya bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bagi tahun 2024.

Saya ingin memulakan dengan kes kehilangan Datin Seri Pamela Ling Yueh yang dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan untuk hadir ke Ibu Pejabat SPRM bagi membantu siasatan. Kes ini menimbulkan persoalan yang amat serius bagaimana seorang yang sedang berurusan dengan sebuah institusi penguatkuasaan negara boleh hilang dalam keadaan sedemikian? Keluarga beliau berhak mendapat jawapan yang jelas. Rakyat juga berhak mengetahui sama ada semua aspek keselamatan, siasatan dan koordinasi antara agensi telah dijalankan dengan segera, telus dan bebas.

Kes ini mengingatkan kita bahawa hak untuk hidup, kebebasan dan keselamatan diri tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang terjamin secara automatik. Ia mesti dilindungi secara aktif oleh negara.

Tuan Yang di-Pertua, perkara tadi mengingatkan Petaling Jaya tentang isu-isu lain seperti kes A. Kugan, S. Balamurugan dan juga mendiang Teo Beng Hock.

draft2:58 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Dalam kes Kugan Ananthan bedah siasat kedua menemui puluhan kecederaan luaran serta kegagalan buah pinggang yang dikaitkan dengan trauma akibat kekerasan.

Keluarga beliau akhirnya memperoleh ganti rugi melalui tindakan sivil, tetapi pampasan tidak sama dengan keadilan jenayah dan tidak boleh menggantikan keperluan untuk memastikan tiada lagi tahanan mengalami nasib yang sama.

Kes S. Balamurugan pula menunjukkan kegagalan yang sangat serius. Beliau dilaporkan berada di dalam keadaan lemah dan mengalami kecederaan ketika dibawa ke mahkamah. Permohonan reman polis ditolak dan beliau diperintahkan untuk dibawa untuk mendapatkan rawatan segera. Namun, beliau tidak terus dibawa ke hospital dan kemudian ditemui tidak sedar diri sebelum meninggal dunia.

Dalam kes Teoh Beng Hock yang ketika itu merupakan Setiausaha Politik kepada ADUN Seri Kembangan ditemukan maut pada 16 Julai 2009 di bangunan Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberi keterangan di Pejabat SPRM di tingkat 14 premis berkenaan. Pada 5 Januari 2011— maaf, pada 5 September 2014, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan terbuka dan memutuskan kematian Beng Hock berpunca daripada tindakan menyalahi undang-undang oleh seorang atau beberapa individu yang tidak dikenali.

Mahkamah Rayuan pada 2014, memutuskan bahawa kematiannya berpunca daripada perbuatan menyalahi undang-undang oleh individu yang tidak dikenal pasti.

Namun, setelah bertahun-tahun tiada pihak didakwa secara jenayah dan kes itu akhirnya diklasifikasikan sebagai NFA.

Dato’ Yang di-Pertua, SUHAKAM pada 18 Jun 2025, tahun lepas mengeluarkan satu kenyataan yang keras yang mana saya bacakan dengan izin— *“more than 16 years after the tragic incident, justice for Teoh Beng Hock and his family remains elusive.

SUHAKAM reiterates that the right to life under Article 5 constitute of our Federal Constitution not only protects individuals from arbitrary deprivation of life but also imposes a positive obligation on the state to investigate all custodial deaths thoroughly, independently and effectively and to hold perpetrators accountable. Failure to do so constitutes a violation of both domestic constitutional obligation and Malaysia’s international human rights commitments”* dengan izin.

Dan saya difahamkan pada Julai 2024, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tambun memberi tempoh dua tahun kepada keluarga Teoh Beng Hock untuk menjalankan siasatan semula secara menyeluruh. Keluarga serta Teoh Beng Hock Trust turut mengemukakan dua tuntutan iaitu siasatan bahawa kesalahan membunuh mengikut seksyen 302 atau 304 Kanun Keseksaan serta membenarkan pakar penyiasat jenayah antarabangsa untuk turut dilibatkan dalam siasatan.

Memandangkan tempohnya dua tahun tersebut akan lupus pada bulan ini, maka persoalan saya adalah, apakah hasil semakan tersebut dan apakah usaha SUHAKAM di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk memastikan siasatan semula dijalankan di bawah kesalahan membunuh mengikut seksyen 302 atau kematian tanpa niat di bawah seksyen 304.

Kes-kes ini Dato’ Yang di-Pertua membuktikan bahawa masalah kita bukan soal segelintir pegawai yang cuai atau melampaui batas, ia juga masalah struktur, pemantauan yang tidak mencukupi, siasatan yang kurang bebas, rekod yang tidak telus dan kelemahan dalam memastikan pegawai yang melakukan kesalahan benar-benar bertanggungjawab.

Dato’ Yang di-Pertua, atas sebab itu, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa sudah tiba masanya kerajaan kembali kepada semangat asal reformasi institusi dengan menubuhkan IPCMC.

IPCMC bukan bertujuan melemahkan pasukan polis, sebaliknya ia bertujuan melindungi nama baik majoriti anggota polis yang menjalankan tugas dengan amanah dan profesional. Tanpa sebuah badan bebas yang mempunyai kuasa sebenar untuk menerima aduan, menjalankan siasatan, mengakses dokumen dan rakaman, memanggil saksi, serta mencadangkan tindakan tatatertib dan pendakwaan, keyakinan rakyat terhadap mekanisme akauntabiliti akan terus terjejas.

Atas sebab itu, saya ingin juga menegaskan bahawa hari ini bukan sekadar sama ada kita mempunyai EAIC atau IPCC— EAIC untuk makluman Dewan yang mulia ini, masih memainkan peranan penting dalam menyelia pelbagai agensi penguatkuasaan.

Namun, PDRM kini tidak lagi berada di bawah bidang kuasa EAIC. Dan aduan berkaitan polis telah diletakkan di bawah Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis atau pun IPCC.

Tetapi, kewujudan IPCC semata-mata belum tentu mencukupi.

Yang rakyat tuntut ialah satu mekanisme pengawasan polis yang benar-benar bebas, berwibawa dan mempunyai kuasa yang nyata. Selaras dengan semangat asal IPCMC yang dijalankan oleh Suruhanjaya Diraja pada tahun 2005. Kita tidak memerlukan badan yang hanya menerima aduan, menjalankan siasatan dan akhirnya menyerahkan segala-gala kembali kepada institusi yang sama untuk menentukan tindakan ataupun hukuman.

Kita memerlukan sebuah suruhanjaya yang boleh menjalankan siasatan bebas terhadap kes salah laku serius, termasuk kematian dalam tahanan, penyeksaan, kekerasan melampau, salah guna kuasa dan kehilangan paksa.

Suruhanjaya itu mesti mempunyai akses penuh kepada rekod, CCTV, rekod lokap, rekot perubatan, dokumen siasatan dan saksi. Ia juga mesti mempunyai kuasa untuk memanggil saksi mendapatkan dokumen, membuat dapatan terbuka serta mengesyorkan tindakan tatatertib atau pendakwaan dengan suatu kewajipan undang- undang untuk tindakan susulan.

Jika kerajaan tidak mahu menubuhkan semula IPCMC atas nama baharu, maka kerajaan mesti meminda dan memperkukuh IPCC supaya ia benar-benar memenuhi fungsi IPCMC yang dijanjikan kepada rakyat.

Saya juga mencadangkan agar setiap kematian dalam tahanan dirujuk secara automatik kepada suatu mekanisme siasatan bebas tanpa menunggu keluarga mangsa yang sengsara ini untuk mendesak, membuat laporan berulang kali atau mencari bantuan media. Keluarga mangsa mesti diberikan akses yang munasabah kepada rekod perubatan, laporan bedah siasat, garis masa kejadian, rekod pergerakan tahanan dan rakaman CCTV yang berkaitan.

Dalam masa yang sama, tahanan yang menunjukkan tanda kecederaan masalah pernafasan pengsan, demam tinggi, tekanan mental atau kecemasan kesihatan mesti dibawa mendapatkan rawatan segera. Tidak boleh ada alasan pentadbiran atau kelewatan prosedur apabila nyawa seorang berada dalam risiko.

Dato’ Yang di-Pertua, laporan SUHAKAM juga membawa kita kepada isu yang lebih berat iaitu, kehilangan paksa atau enforce disappearance. Dan isu ini saya sebenarnya bawa ke Parlimen tiap-tiap tahun dalam perbahasan Laporan SUHAKAM.

Kita telah pun— saya telah pun kongsikan dan ingin juga dapatkan follow-up tentang kes Amri Che Mat, Pastor Raymond Koh bukan sekadar kes orang hilang biasa.

SUHAKAM telah membuat dapatan bahawa kedua-duanya ialah mangsa kehilangan paksa dengan bukti yang menunjukkan penglibatan anggota Cawangan Khas PDRM dan maka dengan itu saya ingin dapatkan pandangan SUHAKAM dan Jabatan Perdana Menteri atas apakah tindakan lanjut dan juga siasatan terkini— hasil siasatan terkini yang wajib dan wajar didedahkan kepada orang awam.

Dato’ Yang di-Pertua, rakyat mahu jawapan, keluarga mahu kebenaran dan negara mesti memastikan bahawa keadilan bukan hanya wujud dalam laporan, tetapi dirasi melalui tindakan yang nyata. Sekian, terima kasih.

draft3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Berikut Yang Berhormat Langkawi.

draft3:00 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih Dato’ Dr.

Yang di-Pertua.

Saya merujuk kepada muka surat 39 Laporan SUHAKAM di bawah tajuk Harapan Masa Hadapan. Keadaan geopolitik dunia dan ketidakupayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyelesaikan konflik berterusan di Palestin, sedikit sebanyak mempengaruhi persepsi negatif terhadap hak asasi manusia dalam kalangan masyarakat umum di Malaysia.

Kelulusan program ATHAM ataupun Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia yang masih belum diperolehi daripada KPM, penubuhan Akademi Hak Asasi Manusia (AHAM) yang tertangguh kerana faktor tertentu dan strategi media SUHAKAM yang menerima kecaman awam sedikit sebanyak mencabar tugas penyampaian pendidikan hak asasi manusia di Malaysia. Ini di muka surat 39. Diakui sendiri oleh SUHAKAM.

Kemudian, saya juga hendak merujuk kepada muka surat 41, hubungan media.

Temu bual dan liputan media antara isu hak asasi manusia yang banyak mendapat liputan media. Pada tahun ini adalah:

(i) pemerkasaan hak orang kurang upaya;

draft3:08 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

(i) SOSMA;

(ii) hak kanak-kanak;

(iii) reformasi institusi dan undang-undang;

(iv) Hak asasi manusia di peringkat antarabangsa;

(v) program kesedaran mengenai hak asasi manusia;

(vi) hak warga emas; dan

(vii) pekerja ekonomi GIG.

Jadi, saya ingin mencadangkan supaya SUHAKAM duduk dan berbincang semula dengan kerajaan, supaya perkara ini dapat diambil tindakan.

Saya nak mengucapkan terima kasih kepada SUHAKAM, kerana pada bulan Januari, 22 hingga Januari 2024 dalam laporan di muka surat 22, pada tahun ini SUHAKAM telah memenuhi undangan daripada Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Langkawi dan saya mendapat laporan daripada PULAPOL Langkawi, mereka memuji Program ToT yang diadakan oleh SUHAKAM ini. Saya mengucapkan tahniah kepada SUHAKAM dan diminta supaya keseluruhan PDRM di Malaysia sepatutnya diadakan modul yang sama sepertimana yang diberi kepujian oleh PULAPOL Langkawi.

Dari sudut semak imbang Parlimen, Tuan Pengerusi sejak pelaksanaan modul hak asasi manusia kepada tenaga pengajar PDRM. Saya rujuk yang tadi pada tahun 2024, saya nak bertanya apakah perubahan yang direkodkan dari segi bilangan aduan terhadap anggota PDRM? Penggunaan kekerasan, kematian dalam tahanan atau dapatan salah laku oleh EAIC.

Sila kemukakan data perbandingan sebelum dan selepas latihan. Saya tahu Yang Berhormat Menteri tidak akan menjawab, saya pohon secara bertulis pun tidak apa, ataupun adakah kerajaan menjalankan kajian impak atau impact evaluation terhadap modul latihan hak asasi tersebut? Jika ada, apakah indikator keberhasilan dan dapatan utama?

Dato' Dr. Yang di-Pertua, saya juga nak membawa kepada isu penjara yang dilaporkan di dalam buku tersebut bahawa kedudukan di penjara masih di tahap yang sama. Isu utama yang membelenggu institusi penjara dan pusat tahanan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), di mana berpusat pada kesesakan melampau akibat lambakan pesalah dadah, isu integriti petugas serta cabaran rawatan kesihatan mental, fizikal tahanan.

Dato' Dr. Yang di-Pertua, mengikut data rasmi KDN sehingga Jun 2026, hampir 70 peratus penghuni penjara di Malaysia adalah individu yang ditahan atas kesalahan berkaitan dadah. Jadi, isu kritikal di penjara, saya ingat nak baca secara ringkas, kesesakan melebihi kapasiti, 83,371 orang yang bermaksud penjara negara ini menampung lebih 8,720 banduan atau eleven percent dengan izin, daripada had kapasiti sebenar. Kes kekerasan dan hak asasi, baru-baru ini mendedahkan hasil inkuiri awam kes Penjara Taiping yang disebut banyak kali oleh rakan-rakan saya.

Fasiliti usang, banyak penjara lama seperti Penjara Taiping dikategorikan sebagai tidak lagi sesuai beroperasi dan dicadangkan untuk diubah suai menjadi muzium di bawah agenda reformasi penjara. Saya nak membaca juga ini hasil daripada rakan-rakan saya yang berada di penjara telah memberikan nota-nota ini. Makan yang diberikan kepada banduan adakah berkualiti walaupun pihak penjara menyediakan makanan mengikut guideline Jabatan Kesihatan?

Pihak penjara menggunakan banduan yang menghasilkan pelbagai produk dan jual pada harga pasaran. Bolehkah pihak penjara gunakan duit hasil itu untuk naikkan taraf kemudahan untuk banduan? Cuma sayangnya saya tak dapat figure, berapa?

Kalau boleh saya nak dapat daripada Yang Berhormat Menteri, berapa figure hasil jualan produk di dalam penjara tersebut?

Modul pemulihan tidak revise lebih 15 tahun, modul yang juga tidak berkesan sebab banduan sering keluar masuk daripada penjara walaupun pelbagai program diberikan kepada banduan. Makna kata tidak berhasil. Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya, apakah kelayakan melantik anggota Lembaga Parol dan apakah sumbangan anggota Lembaga Parol Awam terhadap banduan?

Dato' Dr. Yang di-Pertua...

draft3:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Langkawi, Hulu Terengganu. Hulu Terengganu berkenaan penjara.

draft3:10 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Kalau saya cakap bahasa itu tak faham, utara. Sila.

draft3:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Faham dah. Okey, Pengerusi, Yang di-Pertua. Berkenaan penjara ini, setuju tidak Langkawi bahawa modul yang digunakan oleh Penjara Marang yang melahirkan beberapa hafaz Al-Quran daripada banduan diguna pakai di penjara di seluruh negara. Apa pandangan Langkawi? Terima kasih.

draft3:10 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Sila masukkan ke dalam teks ucapan saya. Saya nak merujuk pula kepada AADK, Dato' Dr. Yang di- Pertua. Akta Penagih dan Penyalahgunaan Dadah dan Bahan Rawatan dan Pemulihan 1983, Akta 283 (Pindaan) 2024, telah memberi definisi pengguna dadah dan penagih dadah dengan jelas. Keterlibatan SUHAKAM dalam gerak kerja AADK merupakan satu transformasi check balance pengurusan kepada penagih atau pengguna dadah yang ditahan atau dirawat oleh AADK.

Dalam mempertingkatkan kefahaman hak asasi manusia, wajib diambil berat tentang keselamatan pegawai-pegawai AADK yang melaksanakan tugas mereka ketika mengendalikan kes tangkapan dan tahanan serta klien mereka. Dalam masa yang sama, penagih juga perlu dilayan mengikut spesifikasi yang betul supaya bilangan kes kematian penagih dadah dalam tahanan atau rawatan dapat dikurangkan dari masa ke semasa.

Dalam perkara ini, saya ingin bertanya adakah SUHAKAM dan AADK membuka peluang kepada operator pusat penagihan dadah swasta menjalani latihan yang sama seperti diberikan kepada pegawai dan kakitangan sektor penguatkuasaan, perubatan dan pengurusan institusi tahanan pemulihan perkhidmatan awam? Ini penting supaya SOP pusat penagihan dadah swasta juga, berada di tahap yang terbaik memberi perkhidmatan, rawatan pemulihan yang berkesan kepada individu yang memerlukan, sama untuk rakyat tempatan ataupun warga asing.

Dalam memperkasakan pendekatan MADANI untuk Malaysia saya kira aspek rawatan dan pemulihan dadah memerlukan gabung jalin yang belum ada lagi sebelum ini. Kerjasama antara agensi kerajaan dengan jentera masyarakat sivil dalam negara.

Tiada siapa yang boleh bergelar jaguh selagi penagih yang dia rawat masih lagi kembali menjadi penagih apabila datang rasa rindu, rasa mimpi tatkala bertemu ruang dan peluang.

Akhir sekali Dato' Dr. Yang di-Pertua, saya nak bawa sedikit kes di Langkawi.

Saya minta supaya diberi perhatian. Apabila penagih dadah ataupun tokan-tokan yang ditangkap di negara ini, tidak ada lokap di sana. Jadi mereka terpaksa membawa ke Alor Setar. Kemudian bila kes mereka di bawa di Mahkamah Langkawi, mereka terpaksa masuk balik ke Langkawi. Kalau sekiranya ditunda, maka balik mereka ke Alor Setar, kos feri, Ro-Ro dan statistik makan, minum mereka ini amat tinggi. Jadi, saya pohon supaya diadakan lokap khusus untuk AADK diadakan di Pulau Langkawi. Terima kasih, Dato' Dr. Yang di-Pertua.

draft3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Langkawi. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Jelutong.

draft3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Yang di- Pertua. Saya pertamanya, ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan kerana berani membentangkan laporan SUHAKAM di Dewan yang mulia ini, dan memberi ruang dan peluang kepada semua Ahli-ahli Parlimen untuk membahaskan laporan ini dan harapan saya adalah tiap-tiap kali kita membahaskan laporan ini, saya difahamkan ini adalah kali keenam.

Semoga tiap-tiap kali kita membahaskan laporan ini, kita akan dapat mencapai perlanggaran hak asasi manusia, sifar, dalam masa yang akan datang dalam pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun.

Kita tahu bagaimana reformasi itu bermula dengan tahanan Yang Amat Berhormat Tambun. Kejadian yang berlaku ketika beliau dipukul dan dibelasah oleh seorang Ketua Polis Negara.

draft3:19 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya dengar tadi perbahasan ramai rakan-rakan saya. Di sini saya ingin menggunakan kesempatan untuk membangkitkan kejadian yang berlaku kepada seorang prebet Allahyarham Muhammad Amirul Raziq, seorang prebet 24 tahun yang meninggal di Kem Batalion 25, Rejimen Askar Melayu Diraja di Bentong.

Saban hari kita dengar ada pelatih-pelatih dalam kem tahanan, kem latihan, kem tentera, kem polis dipukul, dibelasah ataupun dengan bahasa Inggeris kita panggil ragging. Soalan saya, kenapa perkara ini berulang kali berlaku? Tak adakah pelatih- pelatih di kem tentera, di kem latihan-latihan lain, di kem latihan polis mempunyai sifat perikemanusiaan latihan polis mempunyai sifat perikemanusiaan.

Bukankah orang yang masuk dalam kem-kem itu berhasrat menjadi seorang polis atau anggota tentera yang dapat berkhidmat untuk negara. Kenapa mereka dipukul, dibelasah dan sebagainya? Saya banyak juga senarai yang ada selain daripada Allahyarham Muhammad Amirul Raziq seorang–– bayangkan 24 tahun bercita-cita untuk menjadi seorang askar dalam Rejimen Askar Melayu Diraja meninggal akibat dipukul.

Tadi kita dengar Petaling Jaya menyebut nama Kugan, Teoh Beng Hock, S.

Balamurugan. Jangan lupa Ahmad Sarbaini Mohamed seorang pegawai kastam yang mati ketika ditahan oleh SPRM di Kuala Lumpur. Kejadian berlaku pada tahun 2011.

Kenapa perkara-perkara ini berlaku berulang kali ditahan oleh SPRM, mati? Kem latihan tentera, mati dipukul, dibelasah. Tahanan polis, mati dipukul, dibelasah. Baru-baru ini kejadian di Taiping, Perak melibatkan mendiang Gan Chin Eng.

Saya perlu ucapkan terima kasih di atas keberanian kerajaan ini untuk menubuhkan, melantik Dato’ Sri Mohd Hishamudin bin Yunus sebagai pengerusi untuk menyiasat apa yang berlaku. Hasil siasatan hasil laporan yang dibentangkan oleh SUHAKAM ada anggota-anggota penjara yang telah ditangkap dan diheret dan dituduh di mahkamah.

Timbalan Yang di-Pertua merupakan seorang pendakwa raya. Saya setiap kali mengulangi. Bayangkan kalau saya sendiri ditahan reman belum lagi didapati bersalah, ditahan direman tak diberi jamin dibawa ke penjara ditahan di sana. Tiba-tiba mati dalam tahanan penjara. Belum lagi dituduh, belum lagi didapati bersalah. Saya difahamkan dalam siasatan SUHAKAM ini ada rakaman video yang telah dimainkan Tuan Yang di- Pertua, yang menunjukkan adegan pegawai-pegawai penjara yang memukul dan membelasah semua tahanan-tahanan dalam lokap–– dalam penjara.

Benar atau tidak Timbalan Menteri? Persoalan saya, kalau rakaman video itu ada, bolehkah rakaman itu ditunjukkan kepada orang ramai, ditunjukkan kepada Ahli- ahli Parlimen. Kita dengar laporan-laporan direka, laporan polis direka. Malahan pegawai perubatan di situ mengatakan bahawa oh terdapat rusuhan tetapi adegan video itu menunjukkan semua tahanan-tahanan itu duduk takut dalam keadaan tertib, mengikut arahan pegawai-pegawai penjara yang menggunakan baton memukul mereka, membelasah mereka semua kena pukul. Tak kiralah Muthu ke Ah Kong ke Ali ke, semua kena pukul.

Adakah ini perkara yang boleh dilakukan dalam penjara? Kita sudah kembali ke zaman kunta kinte ke Malaysia di sini? Takkan pegawai penjara tak ada sifat perikemanusiaan. Saya mohon, saya menuntut sebagai seorang backbencher, saya percaya, yakin bahawa Timbalan Menteri adalah seorang peguam yang perjuangkan hak asasi manusia daripada kes Indira Gandhi.

Banyak tahanan-tahanan SOSMA dalam penjara. Bayangkan belum didapati bersalah lagi hanya dituduh sahaja, dinafikan hak untuk jamin. Ini boleh berlaku kepada ahli-ahli keluarga kita sendiri Yang Berhormat. Dinafikan hak untuk dijamin masuk penjara tiba-tiba terima panggilan oh anak sudah mati, adik sudah mati, abang sudah mati. Kenapa? Jatuh dalam tandas, menggantungkan diri sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, ini perlu berhenti. Saya menuntutlah, tak kiralah di sebelah sana dan di sebelah sini, kita menuntut sama-sama supaya video itu ditayangkan.

draft3:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Jelutong.

draft3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Silakan Hulu Terengganu.

draft3:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya setuju dengan apa dikatakan oleh Jelutong tersebut tak sepatutnya berlaku kematian dan sebagainya di masa akan datang.

Cuma, apa pandangan Jelutong berkaitan dengan tahanan Yusoff Rawther sembilan bulan 10 hari? Itulah juga suatu penganiayaan. Setuju atau tidak Jelutong, terima kasih.

draft3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Hulu Terengganu ini tiap-tiap kali lari dari tajuklah.

draft3:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Ketawa] Kita bincangkan isu yang serius Tuan Yang di-Pertua. Isu ini melibatkan–– jangan gelak ketawa. Saya ada di sini murid-murid kita daripada sekolah, pandang. Ini kerenah pembangkang.

Tolonglah, tolonglah serius. Saya bincangkan isu serius ini minta tumpu perhatian. Jangan ganggu saya lagi.

draft3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

draft3:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Jelutong, saya serius. Mana saya suka-suka, saya serius.

draft3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tolong jangan ganggu, tolong jangan tertawakan isu hak asasi manusia wahai pembangkang.

draft3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat. Decorum ya.

draft3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Nak mencelah, ikut peraturan.

draft3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dalam aturan Majlis, jika Yang Berhormat Jelutong benarkan, bercakap. Kalau tidak ada kebenaran daripada saya ataupun daripada Yang Berhormat Jelutong, jangan bercakap.

draft3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dan sebentar Jelutong. Ingat sama ya. Saya boleh gunakan 36(10) ya line 1 itu ya. Jadi, biar ada peraturan.

Kita kena ingat ya belakang itu anak-anak. Kalau kita yang berumur 40 tahun ke atas kurang adabnya dalam menghormati peraturan Majlis bagaimana kita nak harapkan yang belakang itu nak menjadi orang-orang yang beradab? Ya, saya ingatkan ya.

Saya hendak decorum Majlis berjalan lancar, kepentingan masyarakat diutamakan. Silakan, teruskan Yang Berhormat.

draft3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, mohon tambah masa lagi Tuan Yang di-Pertua.

Cuma, saya ingin tanya Tuan Yang di-Pertua kalau kita tiap-tiap kali membahaskan isu ini. Tahun lalu kita bahaskan kita dikejutkan dengan kejadian di Taiping. Kita ada kes Teoh Beng Hock, kita ada kes Kugan, kita ada kes Ahmad Sarbaini.

Saya nyatakan tadi kejadian yang menimpa adik Allahyarham Muhammad Amirul Raziq berusia 24 tahun, seorang prebet Tentera Diraja Malaysia yang mati dipukul, dibelasah. Ini bukan perkara yang boleh ditertawakan. Ini adalah isu serius berlaku kepada warganegara Malaysia. Tak kiralah sama ada dipenjara, kem latihan tentera, kem latihan polis, sifat kemanusiaan ini perlu diterapkan dalam anggota penjara, anggota polis, anggota SPRM, anggota tentera supaya kita menilai nyawa manusia ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya di sini juga ingin bertanya apakah cadangan kerajaan dan saya menuntut sekali lagi Timbalan Menteri yang hadir yang tekun mendengar, yang memperjuangkan hak asasi manusia. Saya menuntut video kejadian Gan Chin Eng dan semua tahanan di Taiping yang dipukul, dibelasah itu yang ada. Soalan saya kenapa SUHAKAM tidak mahu mendedahkan rakaman itu?

Apakah hanya SUHAKAM sahaja boleh lihat rakaman itu? Kenapa tidak rakaman itu ditunjukkan kepada semua supaya kita lihat apa yang sebenarnya berlaku dalam penjara. Cara bagaimana tahanan-tahana dalam penjara itu diperlakukan dan kita dapat lihat sama ada orang-orang yang ditangkap dan dituduh itu adalah suspek-suspek yang terlibat dalam kejadian. Saya difahamkan pegawai perubatan yang terlibat juga dalam hospital di Penjara Taiping yang menyediakan laporan perubatan yang palsu juga perlu dihadapkan ke mahkamah.

Jadi, saya mohon supaya perkara-perkara ini dipertimbangkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi masa.

draft3:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tuan Yang di-Pertua, minta laluan Tuan Yang di-Pertua.

draft3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft3:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Minta laluan.

draft3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya minta laluan perkara Peraturan 36 itu daripada Yang Berhormat Jelutong.

draft3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tak beri Tuan Yang di-Pertua kerana saya lihat—

draft3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kalau Yang Berhormat Jelutong tidak benarkan...

draft3:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Palsu itu tuduhan yang berat kepada pegawai Tuan Yang di-Pertua.

draft3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Peraturan 36 itu jelas. Eh, 37 itu jelas, 37(1)(b) atau 1(a). Ini Yang Berhormat Jelutong tidak benarkan jangan interrupt. Silakan.

draft3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengakhiri perbahasan saya dengan ungkapan, biarlah kita putih tulang jangan putih mata.

draft3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kita berharap dalam pimpinan Kerajaan Malaysia MADANI Yang Amat Berhormat Tambun, kejadian-kejadian pelanggaran hak asasi manusia, tak kira dalam penjara, dalam tahanan polis, SPRM ataupun latihan-latihan kem tentera, tidak lagi akan berlaku. Yang di-Pertua, terima kasih di atas peluang yang diberikan. Terima kasih.

Salam Perpaduan. Salam Malaysia MADANI.

draft3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Jerlun.

draft3:30 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua, merujuk Laporan SUHAKAM 2024 yang dibentangkan pada hari ini, Jerlun ingin menyentuh mengenai pelaksanaan Modul Hak Asasi Manusia oleh SUHAKAM kepada anggota polis seperti yang terkandung di halaman 22.

SUHAKAM telah mengadakan lawatan ketiga buah Pusat Latihan Polis

(PULAPOL) di Kuala Lumpur, Segamat, Johor dan Bukit Sentosa, Selangor. Saya mengiktiraf usaha tersebut. Namun, persoalan yang lebih penting ialah adakah modul ini benar-benar mengubah amalan di lapangan atau sekadar memenuhi petunjuk prestasi dan menghasilkan sijil penyertaan sahaja?

Sehingga hari ini, rakyat masih mendengar aduan berkaitan layanan terhadap tahanan, dakwaan penggunaan kekerasan yang berlebihan, kelewatan tindakan terhadap aduan polis dan isu integriti. Jika latihan benar-benar berkesan, mengapa isu- isu ini masih berulang?

Saya beri contoh N. Dharmendra, meninggal dunia pada 21 Mei 2013, di lokap D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur ketika ditahan reman atas kes cubaan membunuh. Siasatan mendapati kematiannya berpunca daripada kekerasan fizikal dan penderaan oleh pihak polis dengan penemuan pelbagai kesan kecederaan baharu pada tubuhnya.

Kerajaan tidak boleh hanya berbangga dengan jumlah kursus yang telah dianjurkan. Yang perlu dijawab ialah, berapa ramai anggota yang benar-benar menghayati kandungan modul tersebut dan mengamalkannya ketika menjalankan tugas?

Persoalan kedua, adakah kerajaan mempunyai mekanisme untuk mengukur keberkesanan latihan ini? Berapa peratus aduan berkaitan pencabulan hak asasi berjaya dikurangkan selepas latihan? Berapa ramai anggota yang dinilai semula selepas mengikuti kursus? Jika tiada data impak, bagaimana kerajaan boleh mendakwa program ini berjaya?

Persoalan ketiga, ialah soal akauntabiliti. Latihan tanpa pemantauan, hanya akan menjadi satu program tahunan yang tidak membawa perubahan. Jika masih berlaku pelanggaran prosedur, apakah tindakan susulan yang diambil terhadap pegawai atau anggota yang menerima latihan tersebut?

Selain itu, latihan hak asasi tidak akan berjaya sekiranya budaya kerja dalam organisasi tidak berubah. Anggota yang ingin mematuhi prosedur mungkin berhadapan tekanan operasi, kekurangan anggota, beban tugas yang tinggi atau budaya kerja yang lebih mengutamakan pencapaian statistik berbanding pematuhan asasi.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga perlu menjelaskan sejauh mana modul ini menyentuh isu-isu semasa seperti pengendalian kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang, layanan terhadap OKU, warga emas, individu yang mengalami masalah kesihatan mental serta pengurusan perhimpunan awam? Latihan yang terlalu bersifat teori, tidak akan membantu anggota apabila mereka berhadapan dengan situasi sebenar di lapangan.

Hak asasi manusia bukan slogan untuk dipamerkan dalam bilik latihan. Ia mesti menjadi budaya kerja yang dapat dirasai oleh rakyat ketika berurusan dengan pihak berkuasa. Rakyat tidak menilai kejayaan kerajaan berdasarkan bilangan seminar atau modul yang dianjurkan. Rakyat menilai berdasarkan pengalaman mereka di balai polis, ketika membuat laporan, semasa ditahan, disiasat atau mendapatkan keadilan.

Selagi kerajaan gagal membuktikan latihan ini benar-benar mengubah budaya penguatkuasaan, maka usaha tersebut akan terus dilihat sebagai satu program yang hanya baik di atas kertas, tetapi belum cukup berkesan. Contoh, kes kemalangan jalan raya. Ahli keluarga mangsa sering mengadu bahawa keputusan siasatan atau keputusan pihak pendakwaan mengambil masa berbulan-bulan. Malah ada yang melebihi setahun, terutama jika melibatkan laporan teknikal, analisis forensik atau siasatan pelbagai agensi.

Selanjutnya, saya merujuk laporan SUHAKAM berkaitan bengkel hak asasi kepada Pegawai Penguat Kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Zon Selatan di halaman 26. Latihan seperti ini sememangnya penting agar tindakan penguatkuasaan bukan sahaja berkesan, malah mematuhi undang-undang dan menghormati maruah insan. Namun begitu, persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan ialah sama ada latihan semata-mata mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anggota penguat kuasa AADK di lapangan?

Penguat kuasa AADK hari ini berdepan tugas yang semakin mencabar. Mereka bukan sahaja menjalankan operasi menangkap penagih dan individu yang disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah, malah menguruskan proses siasatan, pemulihan, pemantauan Orang Kena Pengawasan (OKP) serta pelbagai tanggungjawab pentadbiran.

Persoalannya, adakah kerajaan telah menyediakan sumber yang mencukupi untuk mereka melaksanakan semua tanggungjawab tersebut? Apakah gunanya menghadiri bengkel hak asasi jika jumlah anggota masih tidak mencukupi untuk melaksanakan operasi secara selamat? Apakah gunanya diberi latihan mengenai layanan berasaskan hak asasi jika seorang pegawai terpaksa mengendalikan puluhan kes dalam satu masa kerana kekurangan tenaga kerja?

Cabaran pertama ialah kekurangan anggota penguat kuasa. Sesetengah kawasan, seorang pegawai perlu mengendalikan kawasan operasi yang luas, melaksanakan serbuan, menghadiri prosiding mahkamah, memantau OKP, selain menyediakan pelbagai laporan. Keadaan ini menyebabkan tekanan kerja yang tinggi dan boleh menjejaskan kualiti penguatkuasaan. Jika hanya sebuah pasukan kecil ditugaskan menjalankan operasi di beberapa daerah dalam satu malam, keupayaan membuat risikan, pemeriksaan dan pemantauan secara menyeluruh sudah tentu terhad.

Saya mengambil contoh, AADK Daerah Kubang Pasu, Kedah mempunyai 14 orang anggota penguat kuasa sahaja daripada 51 orang anggota keseluruhannya, sedangkan daerah Kubang Pasu mempunyai populasi penduduk hampir 260,000 orang.

Tugas penguat kuasa AADK, banyak. Antaranya perlu melaksanakan operasi berkala di beberapa kawasan panas, memantau OKP, hadir ke mahkamah dan menjalankan siasatan. Akibatnya, pemantauan susulan terhadap kes berisiko tinggi boleh tertangguh hanya kerana kekangan tenaga kerja.

Cabaran kedua ialah ancaman keselamatan.

draft3:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Jerlun. AADK. Setuju? Satu.

draft3:30 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Ya, sila.

draft3:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Setuju tak Jerlun, bahawa penambahan ahli petugas AADK perlu ditambah? Juga, kenderaan. Juga perlu ditambah kerana berlaku kekurangan kenderaan di AADK di seluruh negara. Apa pandangan Jerlun? Terima kasih.

draft3:30 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Saya bersetuju dengan pandangan itu dan mohon dimasukkan dalam teks ucapan saya.

Cabaran kedua ialah ancaman keselamatan. Penguat kuasa AADK sering berdepan individu yang berada di bawah pengaruh dadah, bertindak agresif atau mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah. Sebagai contoh, ketika operasi di kawasan berisiko tinggi, pegawai mungkin diserang menggunakan senjata tajam, dilanggar dengan kenderaan atau berhadapan tindakan ganas daripada suspek. Dalam keadaan sebegini, keputusan yang perlu dibuat berlaku dalam beberapa saat sahaja.

Oleh itu, latihan hak asasi mesti diseimbangkan dengan latihan taktikal dan keselamatan anggota.

Cabaran ketiga ialah kemudahan operasi yang terhad, sebagaimana yang disebutkan oleh Hulu Terengganu tadi. Masih terdapat rungutan mengenai keperluan aset seperti kenderaan operasi, peralatan komunikasi, kamera badan, body-worn camera dan teknologi pengesanan yang lebih moden. Tanpa kemudahan yang mencukupi, keberkesanan operasi serta pelindungan kepada anggota dan orang awam akan terjejas.

Cabaran keempat, persepsi masyarakat. Penguat kuasa AADK sering dilihat hanya sebagai pihak yang menangkap penagih, sedangkan fungsi mereka turut melibatkan pemulihan, kaunseling dan usaha membawa individu kembali kepada kehidupan yang produktif. Persepsi negatif ini menyukarkan kerjasama masyarakat dalam menyalurkan maklumat dan menyokong program pemulihan.

draft3:30 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Saya juga ingin bertanya kepada kerajaan, selepas bengkel SUHAKAM ini selesai, apakah tindakan susulan yang dirancang? Adakah kerajaan mempunyai SOP yang jelas untuk mengukur perubahan amalan penguat kuasa? Adakah terdapat audit bebas bagi menilai sama ada prinsip hak asasi benar-benar diterap dalam operasi AADK? Atau adakah bengkel ini berakhir sebagai satu program latihan tanpa penilaian yang berkesan?

Kerajaan tidak boleh hanya mengumumkan jumlah bengkel yang telah dianjurkan. Yang lebih penting ialah sokongan kepada penguat kuasa dari segi pertambahan bilangan anggota, peruntukan, aset dan perlindungan undang-undang untuk melaksanakan tugas mereka dengan profesional. Hak asasi manusia bukan hanya melindungi individu yang diperiksa atau ditahan. Hak asasi juga menuntut supaya anggota penguat kuasa diberikan latihan, peralatan, perlindungan dan sumber yang mencukupi untuk menjalankan amanah negara.

Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, jika kerajaan benar-benar serius memperkukuh penguatkuasaan dadah yang berkesan dan berperikemanusiaan, pastikan segala kelemahan sistem yang membelenggu penguat kuasa AADK dapat diselesaikan. Jika tidak, bengkel akan menjadi sekadar simbol sedangkan cabaran sebenar di lapangan terus dipikul oleh anggota tanpa sokongan yang sewajarnya.

Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Jerlun. Dipersilakan Yang Berhormat Putatan.

draft3:40 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Putatan ingin membangkitkan berkenaan aduan yang diterima oleh SUHAKAM mengenai Jabatan Pendaftaran Negara, atau singkatannya, JPN.

Berdasarkan Laporan SUHAKAM 2024 ini, Putatan difahamkan bahawa Pejabat SUHAKAM Sabah telah menerima sebanyak 23 aduan. Daripada jumlah tersebut, 14 aduan diklasifikasikan dalam tindakan, manakala sembilan lagi aduan telah diselesaikan yang melibatkan lima aduan yang berada di luar skop kuasa SUHAKAM.

Berhubung dengan dapatan yang digariskan dalam laporan tersebut, Putatan minta Yang Berhormat Menteri menyatakan― pertama, apakah segmen masalah yang berada dalam senarai 14 aduan yang berstatus dalam tindakan tersebut?

Kedua, apakah faktor-faktor yang telah dikenal pasti oleh SUHAKAM serta Kementerian Dalam Negeri yang menyebabkan kelembapan proses penyelesaian terhadap 14 aduan tersebut?

Ketiga, bagaimanakah pengasingan bidang kuasa dilaksanakan oleh KDN dan SUHAKAM dalam menyelesaikan setiap satu aduan yang melibatkan dua bidang kuasa yang berbeza?

Dan, keempat, sejajar dengan Laporan Tahunan SUHAKAM 2024 ini, apakah tindakan yang telah dilaksanakan di peringkat SUHAKAM untuk memastikan pengadu dapat membuat aduan menerusi saluran yang tepat mengikut bidang kuasa yang sebenar?

Keempat-empat persoalan tersebut memerlukan perhatian Kementerian Dalam Negeri memandangkan kredibiliti perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara sentiasa dinilai berdasarkan tempoh pengendalian urusan. Perkara tersebut telah dizahirkan dalam Laporan Tahunan SUHAKAM 2024 ini yang menyatakan bahawa sejumlah besar aduan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 15 hari.

Sebagai agensi yang bertanggungjawab kepada hal ehwal kewarganegaraan, JPN seharusnya memastikan aspek kecekapan tugas kakitangan diberikan penilaian serius secara berkala. Tanpa kecekapan yang diperlukan, seseorang kakitangan tidak akan mampu menyempurnakan satu-satu skop perkhidmatan dalam tempoh yang sepatutnya. Lebih-lebih lagi dalam mengendalikan proses permohonan dokumen kewarganegaraan yang melibatkan pelbagai kerenah pemohon.

Oleh sebab itu, menerusi Laporan SUHAKAM 2024 ini, Putatan berpendirian bahawa Kementerian Dalam Negeri sewajarnya melaksanakan postmortem secara bulanan bagi meneliti satu-satu aduan yang disampaikan menerusi SUHAKAM.

Menerusi bedah siasat tersebut, JPN dapat mewujudkan aturan pengagihan tugasan kepada kakitangan mengikut tahap kecekapan serta pengalaman berdasarkan penilaian KPI bulanan atau tahunan.

Pendirian Putatan tersebut sejajar dengan syor pertama SUHAKAM yang menggariskan tentang kepentingan pengendalian prosedur permohonan yang lebih telus. Dalam konteks negeri Sabah, JPN sentiasa berdepan dengan pelbagai bentuk komplikasi yang melibatkan permohonan kewarganegaraan. Kecekapan kakitangan barisan hadapan JPN dalam menjalankan tugasan adalah penentu kepada kelancaran proses permohonan yang ada kalanya memerlukan pertimbangan yang kompleks.

Sebagai frontliner, setiap kakitangan JPN mempunyai tanggungjawab besar dalam melaksanakan penelitian terhadap setiap helai dokumen yang dikemukakan oleh pelanggan atau pemohon. Proses penelitian tersebut perlu dilaksanakan dengan penuh cermat agar kelancaran proses penilaian akhir dapat dicapai dan seterusnya status permohonan kewarganegaraan dapat ditentukan dalam tempoh yang sewajarnya.

Oleh yang demikian, Putatan menggesa agar aspek perkhidmatan pelanggan JPN dapat ditambah baik selaras dengan syor kedua yang digariskan dalam Laporan SUHAKAM 2024 ini. Penambahbaikan tersebut perlu dijadikan keutamaan teratas oleh KDN kerana ia merupakan ukuran asas yang penting dalam meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kredibiliti JPN sebagai service provider.

Sehubungan dengan itu, mutu pengendalian perkhidmatan yang melibatkan para pegawai barisan hadapan JPN yang bertugas di bahagian kaunter perlu dipertingkatkan seiring dengan keperluan tugas serta cabaran semasa. Keterampilan seseorang pegawai, lebih-lebih lagi yang mengendalikan urusan yang melibatkan dokumentasi kewarganegaraan di bahagian kaunter sudah pasti akan diperhati dan dinilai secara senyap oleh pelanggan atau pemohon.

We are judged by the way we treat others. Sebagai pelanggan, rakyat tanpa mengira profesion mahupun warna kulit meletakkan harapan yang tinggi agar agensi kerajaan seperti JPN dapat menjadi pemudah cara kepada setiap urusan mereka.

Sebagai individu yang sering berurusan menerusi medium khidmat pelanggan, Putatan secara peribadi akan menilai kredibiliti seseorang pegawai menerusi etikanya semasa berinteraksi serta pengetahuannya dalam memberi penerangan sama seperti rakyat lain menilai.

Berhubung dengan perihal tersebut, Putatan bersependapat dengan SUHAKAM yang mengesyorkan agar latihan intensif, atau yang Putatan panggil sebagai kursus pemantapan tugas, dapat dilaksanakan oleh KDN. Para pegawai JPN yang ditugaskan di bahagian kaunter perlu menjalani proses pemantapan seperti berikut: pertama, tahap profesionalisme mereka; kedua, etika serta kelancaran komunikasi mereka; ketiga, pengetahuan tentang tugas mereka; dan keempat, yang paling penting, tahap kecekapan mereka dalam mengendalikan rantaian proses yang melibatkan permohonan dokumentasi kewarganegaraan.

Dato’ Yang di-Pertua, demikianlah saja ucapan perbahasan Putatan mengenai Laporan SUHAKAM 2024. Putatan mohon maklum balas daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan perihal-perihal yang dibangkitkan sebentar tadi. Sekian.

draft3:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Putatan. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Betong. Silakan.

draft3:42 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Salam sejahtera, selamat petang. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi ruang kepada Betong untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Laporan Tahunan SUHAKAM 2024.

Betong ingin memfokuskan perbahasan kepada satu persoalan yang saya anggap paling penting.

draft3:49 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Cabaran hak asasi manusia hari ini bukan lagi kerana kita kekurangan dasar atau undang-undang, cabarannya ialah jurang pelaksanaan antara apa yang diputuskan di Dewan ini dengan realiti yang masih berlaku di lapangan. Kerajaan telah melaksanakan beberapa reformasi penting sejak 2024 termasuk pindaan Akta SUHAKAM, penubuhan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak (OCC), Akta Pekerja Gig 2025 dan pindaan berkaitan kewarganegaraan, semua ini merupakan langkah yang wajar dihargai. Dato’ Yang di-Pertua, namun ukuran sebenar kejayaan bukanlah beberapa banyak akta yang diluluskan tetapi sejauh manakah kehidupan rakyat benar- benar berubah.

Dato’ Yang di-Pertua, Laporan SUHAKAM menunjukkan jumlah aduan meningkat daripada 649 pada tahun 2023 kepada 1,074 pada tahun 2024. Sebahagian besar peningkatan ini berkaitan isu pelarian, suaka dan dokumentasi. Ini menunjukkan bahawa walaupun dasar terus diperkenalkan, penyelarasan antara agensi masih belum cukup berkesan. Betong mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan mekanisme penyelesaian rentas kementerian yang dipengerusikan secara berkala bagi menyelesaikan isu-isu yang melibatkan KDN, JPN, imigresen, PDRM dan juga SUHAKAM. Pada masa yang sama, kadar penyelesaian aduan bersama SUHAKAM wajar dijadikan salah satu Petunjuk Prestasi Utama ataupun KPI bagi agensi berkenaan supaya penyelesaian tidak lagi bergantung kepada tindakan secara berasingan.

Dato’ Yang di-Pertua, Betong turut juga menghargai usaha kerajaan memperkukuhkan institusi SUHAKAM sehingga berjaya mengekalkan status akreditasi Gred 'A' di peringkat antarabangsa. Namun kredibiliti institusi ini bergantung kepada keupayaannya menjalankan fungsi pemantauan secara efektif.

Oleh itu Dato’ Yang di-Pertua, Betong mencadangkan supaya satu SOP akses pantas diwujudkan bagi membolehkan lawatan pemantauan ke pusat tahanan dilaksanakan dengan notis minimum tanpa menjejaskan aspek keselamatan. Dalam masa yang sama permohonan kewarganegaraan yang masih tertangguh khususnya melibatkan masyarakat peribumi kita di Sabah, di Sarawak, yang memerlukan sebuah pasukan petugas khas ataupun fast track taskforce dengan izin, supaya isu dokumentasi tidak terus berlarutan sehingga menjejaskan akses kepada pendidikan dan juga perkhidmatan asas.

Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya Betong ingin menyentuh dapatan bahawa aduan tertinggi yang diterima SUHAKAM bukanlah berkaitan hal politik atau kebebasan bersuara tetapi mengenai hak taraf hidup dan sosial. Ini membawa satu mesej yang cukup jelas bagi rakyat di pedalaman termasuk kami di Sabah dan Sarawak, hak asasi manusia bermaksud adanya bekalan air bersih, adanya elektrik yang stabil, adanya jalan yang boleh dilalui sepanjang tahun, capaian Internet yang stabil, sekolah yang mudah diakses dan kemudahan kesihatan yang mencukupi. Dalam erti kata lain, pembangunan itu sendiri merupakan instrumen pemenuhan hak asasi manusia.

Jadi Laporan Pejabat SUHAKAM Sarawak turut menggambarkan realiti tersebut.

Isu yang dibangkitkan bukan sekadar berkaitan hak tanah adat malah merangkumi akses kepada pendidikan, kemudahan asas, perkhidmatan kesihatan serta dokumentasi masyarakat di kawasan pedalaman. Jadi, Betong menghargai pelbagai inisiatif kerajaan baik kerajaan pusat ataupun Sarawak yang sedang dipergiatkan. Namun jurang pembangunan yang masih wujud memerlukan penyelesaian yang lebih berkesan antara semua agensi supaya setiap projek bukan saja siap mengikut jadual tetapi benar-benar meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Justeru Dato’ Yang di-Pertua, Betong berpandangan bahawa setiap projek pembangunan di luar bandar wajar dinilai bukan sekadar berdasarkan kadar fizikal siap ataupun jumlah perbelanjaan, tetapi juga berdasarkan outcome terhadap kesejahteraan rakyat dan pemenuhan hak asasi manusia.

Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya saya juga ingin menyentuh mengenai Akta Pekerja Gig 2025. Akta ini merupakan satu reformasi yang signifikan kerana buat pertama kali pekerja gig mendapat perlindungan melalui satu kerangka undang-undang khusus. Namun kita juga perlu mengakui bahawa cabaran baharu sedang muncul.

Pendapatan pekerja hari ini semakin dipengaruhi oleh algoritma platform digital yang tidak telus. Oleh itu, Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia perlu diberikan mandat untuk membangunkan garis panduan ketelusan algoritma serta mengkaji satu mekanisme perlindungan sosial yang lebih mampan bagi sektor ini.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh aspek keberkesanan institusi.

Pada tahun 2024 SUHAKAM menerima geran sebanyak sekitar RM13.55 juta sedangkan perbelanjaannya melebihi RM15 juta. Soalannya bukan sekadar berapa banyak wang yang dibelanjakan, soalannya ialah sama ada syor-syor SUHAKAM ini benar-benar diterjemahkan menjadi tindakan kerajaan. Di sinilah konsep value for money perlu kita lihat daripada sudut outcome. Jika syor-syor SUHAKAM tidak dilaksanakan maka impak kepada rakyat juga akan terus terbatas walaupun laporan yang dibentangkan amat-amat berkualiti.

Justeru, Betong berpandangan bahawa kapasiti kewangan SUHAKAM khususnya bagi Pejabat Suruhanjaya Kanak-kanak perlu terus diperkasakan agar institusi ini mampu melaksanakan mandat dengan lebih berkesan.

Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya mengakhiri perbahasan dengan tiga cadangan. Pertamanya, memperkukuhkan penyelarasan whole-of-government supaya setiap syor yang dikemukakan oleh SUHAKAM mempunyai satu pelan tindakan yang jelas serta dapat dipantau pelaksanaannya.

Kedua, perlu juga kita mempercepatkan penyelesaian isu-isu dokumentasi, isu- isu kewarganegaraan melalui mekanisme khas yang lebih pantas dan yang lebih bersepadu.

Yang ketiga Dato’ Yang di-Pertua, perlu kita memperkukuhkan autonomi institusi SUHAKAM melalui sokongan kewangan dan pentadbiran yang mencukupi agar ia mampu menjalankan segala fungsi semak dan imbang secara yang lebih berkesan.

Dato’ Yang di-Pertua, Laporan SUHAKAM ini bukan sekadar laporan tahunan yang kita terima dan bahaskan, tapi ianya merupakan satu cerminan keadaan sebenar hak asasi manusia di negara kita. Jadi yang lebih penting bukanlah berapa banyak syor yang diluluskan tetapi syor yang ditulis, tetapi berapa banyak yang berjaya kita laksanakan kerana akhirnya Dato’ Yang di-Pertua, hak asasi tidak diukur melalui bilangan dasar yang kita umumkan, tetapi melalui perubahan yang benar-benar dirasai oleh rakyat di luar sana.

Maka dengan harapan itu Dato’ Yang di-Pertua, agar laporan ini juga akan menjadi satu pemangkin kepada penambahbaikan secara berterusan dalam pentadbiran dan Kerajaan MADANI. Jadi saya menyokong usul ini. Sekian, terima kasih.

draft3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Betong. Selanjut dipersila Yang Berhormat Bagan Serai.

draft3:50 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Dato’ Yang di- Pertua. Dalam laporan ini SUHAKAM telah menyatakan untuk membuat pendekatan bagi menghubungkan antara Islam dengan hak asasi manusia. Dengan adanya pertemuan-pertemuan bersama-sama dengan mufti, dengan jabatan agama, melalui teks-teks usrah dan juga dimasukkan dalam penulisan-penulisan hadis yang berhubung kait dengan hak asasi manusia.

Saya ingin memetik satu ungkapan yang cukup baik untuk dijadikan sebagai — inilah landasan hak asasi manusia yang dibicarakan di dalam Islam. Pada suatu hari anak kepada Amru bin Al-As iaitu anak Gabenor di zaman Saidina Umar Al-Khattab.

Amru bin Al-As ini ialah Gabenor di Mesir, anak dia telah kalah di dalam lawan kuda dengan seorang Qibti yakni penduduk asli Mesir yang beragama— bukan beragama Islam, dia kalah. Apabila dia kalah dengan orang Qibti ini dia pukul, mentang-mentang dia anak Gabenor, orang besar di Mesir.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Maka Saidina Umar tahu, Saidina Umar panggil bapa dia dan juga anak dia mari ke Madinah. Mari budak itu sama, kemudian Saidina Umar kata [Berucap dalam bahasa Arab] “Hei budak Qibti, kamu pukul ini anak-anak bangsawan yakni anak ketua kepada di Mesir iaitu anak Amru bin Al-As.”

draft3:58 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Dengan satu ungkapan yang Saidina Umar sebut, dia kata apa [Berucap dalam Bahasa Arab]. Bilakah budak ini yang dilahirkan oleh ibunya dalam keadaan untuk menjadi hamba kepada-mu, sedangkan mereka itu dilahirkan dalam keadaan yang merdeka. Inilah premis yang kita ambil hendak menunjukkan tentang bagaimana Islam juga menitikberatkan soal berkenaan dengan hak asasi manusia.

Puan Yang di-Pertua, hak asasi manusia di negara kita ini tidak boleh dipisahkan.

Dengan kerangka Perlembagaan Persekutuan iaitu dalam Perkara 3 meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan. Perkara 152 memartabatkan bahasa Melayu. Perkara153 ialah memperuntukkan kedudukan istimewa orang Melayu dan juga serta kepentingan sah kaum-kaum yang lain serta institusi raja pula menjadi sebahagian daripada struktur kenegaraan kita.

Dalam masa yang sama bukan kita bermaksud Malaysia hendak menolak prinsip-prinsip hak manusia sejagat. Namun yang kita hendak melaksanakan ialah kita hendak menurut acuan Perlembagaan dan realiti masyarakat majmuk yang berada di negara kita. Persoalan saya ialah, adakah kerajaan bercadang untuk menggubal satu kerangka nasional bagi menjelaskan hak asasi manusia mengikut acuan Perlembagaan supaya ianya boleh menjadikan panduan sepanjang hayat supaya ianya menjadi satu garis kepada mereka yang kadang-kadang memperjuangkan hak asasi manusia yang keluar daripada rangka Perlembagaan negara dan juga sejarah penubuhan negara kita.

Yang kedua ialah berkenaan dengan isu gig. Persoalan saya ialah selepas tahun pelaksanaan akta tersebut, sejauh manakah keberkesanan untuk memberi perlindungan kepada pemain-pemain ataupun pekerja-pekerja gig di Malaysia. Isu utama e-hailing di Malaysia antaranya ialah rungutan kos insurans mahal. Insurans e-hailing mahal sebab kerana dia bawa penumpang sehinggakan dilaporkan meningkat sehingga 150 peratus berbanding dengan kenderaan biasa. Dah tentulah membebankan kepada pekerja- pekerja e-hailing dan mereka juga terpaksa menghadapi dalam soal penyelenggaraan kereta yang begitu tinggi.

Yang kedua, isu yang ditimbulkan kepada e-hailing ialah berkenaan dengan keselamatan kerana ada kes-kes yang melibatkan pemandu-pemandu e-hailing ini diugut, disamun, dicedera oleh penumpang-penumpang.

Yang ketiganya ialah sudah tentulah mengenai dengan kuota BUDI 300 liter pada asasnya sebulan. Perjalanan kalau melebihi 2,000 hingga 5,000, mereka dapat 600 liter. Jika perjalanan melebihi 5,000 kilometer sebulan, mereka akan dapat 800 liter.

Umumnya mereka memberitahu e-hailing mengatakan kalau mereka yang buat full time, sekurang-kurangnya satu bulan mereka memerlukan 1,000 liter untuk diisi, sedangkan mereka hanyalah memperoleh 800 liter dalam anggaran 5,000 kilometer sejam.

Begitu juga syarikat platform. Syarikat platform mendapat 20 peratus daripada pendapatan yang dibayar oleh penumpang. Contohnya, kita bayar RM20 untuk tambang e-hailing. Empat ringgit diberikan kepada platform, manakala RM16 lagi diberikan kepada pemandu, dianggap sebagai pendapatan kasar. Itulah kos minyak dia, itulah kos tol dia, itulah kos insurans dia, itulah juga kos tayar dan sebagainya. Ini menunjukkan tentang perkara-perkara yang perlu diambil berat oleh SUHAKAM juga.

Begitu juga dengan rungutan penumpang, tambang melambung. Ini pengalaman saya sendiri lah. Kadang-kadang kita naik dari KL Sentral, hendak balik ke Gombak. Harga-harga biasa RM26, RM27, tetapi sesetengah waktu-waktu yang dia naik itu sampai RM40 pun terpaksa kita bayar kerana hendak mendapatkan pengangkutan untuk balik ke destinasi kita.

Yang seterusnya berkenaan dengan algoritma yang tidak telus pendapatan pemandu, banyak ditentukan oleh syarikat ini. Masalahnya kadar tambang berubah- ubah. Insentif juga sering berubah-ubah kerana sistem ini dikontrol oleh syarikat. Akaun mereka pula kadang-kadang digantung dengan secara automatik apabila adanya aduan, apabila maklumat yang dapat juga tidak jelas, apabila mereka juga tidak mendapat proses yang adil, akhirnya mereka itu digantung perkhidmatan mereka.

Yang seterusnya ialah juga tiada kuasa tawar-menawar antara pemandu yang tidak mempunyai ruang untuk mereka itu ada tawar menawar dengan syarikat platform berkenaan dengan kadar komisen, syarat kontrak, perubahan polisi, tak ada. Mereka hanyalah bertindak melalui syarikat platform ini hanyalah unilateral tanpa apa-apa perundingan, perbincangan dengan mereka yang terlibat dengan pemandu-pemandu e- hailing tadi.

Risikonya kita dapat tengok banyak perkara yang kita katakan tadi dipindahkan kepada pekerja-pekerja e-hailing. Model sebegini boleh mewujudkan ketidakseimbangan hubungan ekonomi, pendapatan akaun tanpa mekanisme yang memadai, ramai pemandu mendakwa akaun mereka digantung apabila terdapatnya aduan pelanggan, penilaian rendah dan kesilapan sistem.

Jadi cadangan saya kepada SUHAKAM, wajar memberikan perhatian, yang pertama menjalankan kajian nasional mengenai hak asasi pekerja, ekonomi gig ataupun pekerja e-hailing tadi.

Yang kedua, mengemukakan syor kepada kerajaan supaya diwujudkan undang- undang yang khusus melindungi pekerja-pekerja platform digital.

Dan yang ketiganya menggesa ketelusan algoritma dalam menentukan pendapatan insentif dan juga pergantungan akaun.

Dan yang keempatnya memastikan semua pekerja gig mendapat perlindungan sosial minimum termasuk KWSP, PERKESO, perlindungan kesihatan dan pampasan kemalangan.

Dan yang akhir sekali menyokong hak pekerja GIG untuk berpersatuan dalam menjalankan rundingan mereka secara kolektif dengan platform-platform yang dianggap sebagai banyak tindakan mereka itu unilateral tanpa apa-apa perbincangan.

Akhir sekali, peringatan saya adakah model ekonomi gig hari ini benar-benar mengimbangi kepentingan platform digital dengan kebajikan pekerja? Jika keuntungan syarikat terus meningkat, sedangkan pekerja-pekerja yang terlibat dalam industri tersebut menurun ataupun pendapatan mereka menurun dan tertekan,maka tidak ada apa-apa makna apabila kita bercakap tentang ekonomi gig ini. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya jemput Yang Berhormat Bakri.

draft4:00 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Izinkan saya membawa Dewan yang mulia ini, kita kembali kepada satu keputusan yang bersejarah pada tahun 2023 iaitu pemansuhan hukuman mati mandatori dan penjara seumur hidup semula jadi. Keputusan ini telah membuka laluan kepada 476 banduan yang asalnya menghadapi hukuman mati mandatori untuk memohon semakan hukuman dengan tempoh penjara ditetapkan antara 30 hingga 40 tahun.

Laporan Tahunan SUHAKAM 2024 telah menyifatkan pemansuhan hukuman mati mandatori sebagi satu pencapaian besar dalam reformasi undang-undang di negara kita selari dengan usaha untuk memperkukuh sistem keadilan yang lebih bermaruah dan berperikemanusiaan.

draft4:09 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Puan Yang di-Pertua, reformasi ini secara tidak langsung telah mendedahkan satu kelemahan struktur dalam sistem keadilan kanak-kanak kita. Akta Kanak-kanak 2001 sebenarnya telah membezakan dua kategori kesalahan. Bagi kesalahan berat bukan hukuman mati seksyen 96 membenarkan mahkamah untuk terus menjatuhkan hukuman penjara secara jelas kepada kanak-kanak berumur 14 tahun ke atas sekiranya kaedah lain tidak mencukupi. Ini bermakna bagi kesalahan yang agak kurang berat mahkamah mempunyai kuasa penuh untuk menetapkan tempoh hukuman secara khusus dan jelas.

Bagaimanapun, bagi kesalahan yang paling serius seperti pembunuhan, kesalahan berkaitan keganasan atau rampasan dan pengambilan tebusan yang asalnya membawa hukuman mati, mahkamah tidak lagi mempunyai kuasa untuk menetapkan tempoh hukuman secara jelas. Sebaliknya kanak-kanak yang disabit kesalahan ini akan dihukum di bawah mekanisme seksyen 97 iaitu ditahan atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong atau Sultan, Raja negeri masing-masing tanpa tempoh tahanan yang ditetapkan pada waktu penghukuman.

Di sinilah timbulnya kesalahan— minta maaf. Di sinilah timbulnya kelemahan yang ingin saya bawa untuk perhatian Dewan yang mulia ini bagi kesalahan yang kurang berat mahkamah boleh menetapkan hukuman secara nyata tetapi bagi kesalahan yang paling serius kini mahkamah kita kehilangan kuasa.

Kelemahan ini bukan sekadar teori akademik. Pada tahun 2026, tujuh banduan yang telah ditahan sejak zaman kanak-kanak mereka di bawah mekanisme atas budi bicara ini telah membawa rayuan ke Mahkamah Persekutuan untuk menyemak semula tempoh tahanan mereka sejajar dengan laluan semakan hukuman yang telah diamalkan oleh banduan-banduan dewasa yang lain.

Mahkamah telah menolak rayuan tersebut dan memutuskan bahawa seksyen 97(2) kekal sah dan mekanisme tahanan ini terletak dalam bidang prerogatif Raja yang tidak tertakluk kepada semakan kehakiman. Susulan keputusan ini Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak SUHAKAM telah tampil ke depan dan mendesak supaya reformasi dijalankan seberapa segera yang boleh dengan menegaskan bahawa mekanisme semakan tahunan sedia ada oleh Lembaga Hakim Pelawat di bawah seksyen 97(4) tidak menyediakan ketelusan, konsistensi atau akauntabiliti yang mencukupi.

Berdasarkan data SUHAKAM, tempoh tahanan banduan ini boleh berbeza daripada 15 tahun sehingga melebihi 25 tahun dengan sesetengah bekas kanak-kanak yang kini berusia lebih 40 tahun, masih berada dalam tahanan atas kesalahan yang dilakukan semasa mereka masih umur kanak-kanak. Ini adalah bercanggah dengan falsafah keadilan kanak-kanak yang sepatutnya berorientasikan pemulihan dan integrasi semula tetapi bukannya pengasingan tanpa penghujung yang jelas.

Kebimbangan ini bukan sekadar tafsiran domestik semata-mata. Pada Februari 2026, Jawatankuasa Mengenai Hak Kanak-kanak, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah secara khususnya mengklasifikasikan tahanan tanpa had tempoh di bawah seksyen 97(2) Akta Kanak-kanak 2001 sebagai satu bentuk penyeksaan serta layanan zalim, tidak berperikemanusiaan dan menghina maruah kanak-kanak. Ini adalah satu lagi kritikan bahawa mekanisme ini telah melanggar larangan asas jus cogens yang tidak boleh kecualikan atas apa jua alasan.

Puan Yang di-Pertua, bekas Presiden Majlis Peguam, Salim Bashir telah menegaskan bahawa punca masalah ini terletak pada kegagalan Parlimen untuk menyemak semula Akta Kanak-kanak 2001 secara serentak semasa pemansuhan hukuman mati mandatori dibuat pada tahun 2023.

Kealpaan ini telah mewujudkan satu kelompongan undang-undang dan menyebabkan kanak-kanak pesalah berat kekal terperangkap dalam mekanisme tahanan tidak tertentu sedangkan rakan sebaya mereka yang telah dewasa yang melakukan kesalahan yang serupa, mereka berhak untuk laluan semakan hukuman yang jelas dan berasaskan hak.

Puan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan bahawa hujah saya ini bukanlah mempertikaikan sama ada kanak-kanak ini patut dilindungi daripada hukuman mati.

Undang-undang sedia ada telah pun melindungi mereka daripada hukuman ini.

Persoalan sebenar yang perlu kita jawab adalah setelah kita bersetuju untuk memenjarakan kanak-kanak pesalah berat untuk tempoh yang panjang, adakah kita bersedia untuk meletakkan keputusan perampasan kebebasan yang paling besar ini kembali ke tangan mahkamah dengan tempoh yang jelas dan boleh disemak ataupun kita mahu ia kekal sebagai budi bicara tanpa kriteria statutori yang jelas.

Justeru, saya menyeru kepada kerajaan untuk membawa pindaan kepada seksyen 97 Akta Kanak-kanak 2001 dengan cadangan yang berikut:

(i) memperkenalkan seksyen baharu yang membolehkan mahkamah untuk menetapkan tempoh tahanan tertentu bagi kanak-kanak yang disabitkan kesalahan berhukuman mati selaras dengan pendekatan yang diguna pakai bagi banduan dewasa selepas pemansuhan hukuman mati mandatori;

(ii) mewujudkan mekanisme semakan hukuman berkala yang telus dengan kriteria statutori yang jelas dan boleh disemak secara kehakiman bukan sekadar bergantung kepada budi bicara semata-mata; dan

(iii) memastikan bahawa sebarang pindaan ini adalah selaras dengan sepenuhnya dengan jaminan Perlembagaan di bawah Perkara 5 dan Perkara 8 serta obligasi antarabangsa Malaysia di bawah CRC.

Puan Yang di-Pertua, keadilan yang tertangguh bagi kanak-kanak bukan sekadar isu teknikal perundangan. Ia adalah cerminan sejauh mana negara kita benar- benar komited kepada prinsip bahawa setiap kanak-kanak tidak kira seberat mana kesalahan mereka, mereka mempunyai hak dan kebebasan yang sama kepada laluan hukuman yang jelas, telus dan berasaskan keadilan pemulihan.

Saya memohon supaya Dewan yang mulia menyokong sepenuhnya ke atas usaha-usaha untuk meminda undang-undang ini. Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

draft4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Bakri. Saya jemput Yang Berhormat Kepong.

draft4:10 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya minta kerajaan, pihak polis, pihak SUHAKAM untuk menyiasat kematian Mohd Faizal bin Abdullah sama ada foul play. Beliau berumur 28, direman di Penjara Seremban maksudnya dia belum didakwa apa-apa kesalahan. Dia meninggal dunia pada 20 Jun.

Puan Yang di-Pertua, laporan tahunan SUHAKAM 2024 ini menunjukkan bahawa golongan paling mudah menjadi mangsa apabila mereka tidak mampu mempertahankan diri sendiri.

draft4:19 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Ini termasuk tahanan kanak-kanak tanpa dokumen, pekerja migrain dan komuniti miskin. Oleh itu, Parlimen mesti memberi perhatian dahulu kepada keadaan di tempat tahanan dan kuasakan SUHAKAM untuk memantau pihak berkuasa.

Sebab itu, isu paling penting mesti didahulukan iaitu keadaan tahanan dan kuasa pemantauan SUHAKAM. Pindaan Akta SUHAKAM 2024 masih tidak memberi SUHAKAM kuasa lawatan tanpa notis ke tempat tahanan. Laporan sendiri mengakui SUHAKAM perlu memberi notis dan menunggu kelulusan pengurusan tempat tahanan.

Ini membuka ruang untuk keadaan sebenar disembunyikan sebelum lawatan dibuat.

Dapatan di Depot Imigresen Semuja menunjukkan masalah ini bukan teori.

Gangguan elektrik berlaku dua hingga tiga kali seminggu selama dua hingga tiga jam tanpa generator, dua tahanan wanita hamil pula tidur di atas pangkin kayu tanpa alas yang sesuai.

Di Penjara Wanita Kajang, SUHAKAM merekodkan keterangan 36 orang saksi dan memperoleh 39 exhibit. Ia mendapati dakwaan seorang banduan dipukul oleh anggota lelaki adalah berasas. Ini selari dengan keputusan inquiry awam Penjara Taiping pada Mei 2026 yang mendedahkan keganasan berlebihan, kegagalan rawatan perubatan dan masalah serius dan rekod serta pelaporan.

Negara tidak boleh terus bertindak hanya selepas kematian atau skandal berlaku. Kerajaan mesti meminda undang-undang untuk membolehkan lawatan tanpa notis, temu bual sulit dengan tahanan dan akses segera kepada CCTV, rekod perubatan serta buku log. Di United Kingdom, kebanyakan pemeriksaan penuh penjaja dibuat tanpa notis awal dengan notis tidak melebihi 30 minit.

Kedua, laporan SUHAKAM mesti membawa akibat bukan sekadar syor. Undang- undang mewajibkan laporan tahunan SUHAKAM dikemukakan selewat-lewatnya pada Mesyuarat Pertama Parlimen tahun berikutnya. Namun, laporan tahun 2022 hanya sampai ke Parlimen pada pertengahan tahun 2024. Ini menunjukkan laporan boleh lewat dibentang dan kemudian dilupakan.

Kerajaan wajib menjawab setiap syor utama SUHAKAM dalam tempoh 90 hari.

Jawapan itu mesti menyatakan kementerian bertanggungjawab, peruntukan, tindakan dan tarikh siap. Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen pula perlu meneliti kemajuan setiap enam bulan. Tanpa mekanisme ini, laporan hanya menjadi arkib.

Ketiga, kanak-kanak tanpa dokumen tidak boleh terus dihukum atas kegagalan orang dewasa. Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak menerima 42 aduan pada tahun 2024. Kategori tertinggi ialah isu dokumen dan kewarganegaraan. Sebanyak 14 aduan, empat kes masih tertangguh antara lain kerana permohonan kewarganegaraan memerlukan pertimbangan KDN yang mengambil masa lama.

KDN dan JPN perlu ada prosedur khas bagi kes kanak-kanak. Setiap permohonan mesti diberi nombor rujukan, tempoh keputusan dan alasan bertulis jika ditolak. Sementara keputusan dibuat, kanak-kanak tidak patut dinafikan pendidikan asas atau rawatan kesihatan.

Keempat, Malaysia tidak boleh mendakwa mahu ekonomi berdaya saing tetapi membiarkan pekerja migran terperangkap dalam sistem yang boleh membawa kepada buruh paksa. SUHAKAM mencadangkan dasar yuran pengambilan sifar, kontrak pekerjaan dalam bahasa ibunda sebelum pekerja tiba, larangan tegas majikan menyimpan pasport, hak menukar majikan selepas membuat aduan serta sistem elektronik bersama antara KESUMA dan KDN.

Cadangan ini mesti menjadi syarat kelulusan kuota pekerja asing, lesen agen dan kontrak perolehan kerajaan. Majikan atau agen yang mengenakan yuran haram, menahan pasport atau mengugut pekerja yang membuat aduan mesti disenaraihitam.

Kelima, penguatkuasaan undang-undang dan pemuliharaan alam tidak boleh dilakukan dengan menghapuskan kehidupan komuniti miskin. Dalam kes pengusiran di Taman Marin Tun Sakaran, Semporna, SUHAKAM mencadangkan jawatankuasa khas bagi isu sosioekonomi Bajau Laut.

Rundingan dengan komuniti terkesan dan usaha pendokumentasian supaya mereka boleh mendapat pendidikan, kesihatan dan peluang pekerjaan.

Penguatkuasaan imigresen dan pemuliharaan laut boleh diteruskan tetapi penempatan semula mesti mempunyai pelan yang telus, tempat tinggal yang selamat, akses sekolah dan sumber rezeki. Mengusir manusia tanpa pelan hanya memindahkan masalah dari laut ke darat.

Keenam, hak kepada alam sekitar yang bersih perlu diberi tempat dalam undang- undang bukan hanya dalam ucapan. Laporan Silent Enemy menggesa penggubalan akta udara bersih serta tanggungjawab undang-undang terhadap syarikat yang mencemarkan alam sekitar.

Kerajaan perlu mengubah akta udara bersih, menyiarkan data pelepasan industri secara terbuka dan memastikan pencemar membayar kos pemulihan. Rakyat berhak tahu udara yang mereka sedut selamat atau tidak.

Akhir sekali, SUHAKAM perlu diberi jalan yang lebih kuat untuk menguatkuasakan hak. Di United Kingdom, EHRC boleh mengeluarkan notis pelanggaran dan menuntut pelan tindakan. Di Australia, Suruhanjaya Hak Asasi boleh menyiasat dan mendamaikan aduan, menjalankan inkuiri awam serta membantu mahkamah dalam kes tertentu.

Malaysia tidak perlu meniru bulat-bulat, tetapi SUHAKAM patut diberi kuasa terhad dengan semakan mahkamah untuk menuntut pelan pembetulan dan membantu mahkamah dalam kes kepentingan awam. Hak asasi bukan hiasan dalam laporan. Hak asasi hanya bermakna apabila mangsa dilindungi, pelanggaran dihentikan dan pihak yang gagal bertindak di pertanggungjawabkan. Sekian, terima kasih.

draft4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Saya jemput Yang Berhormat Sik.

draft4:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Saya juga bersama dalam perbahasan Laporan SUHAKAM 2024 dan saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada SUHAKAM di atas komitmennya melaksanakan mandat di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 dalam mempromosi, melindungi dan memperkukuh budaya hak asasi manusia di negara kita.

Laporan ini saya lihat bukan sekadar laporan aktiviti tahunan bahkan menjadi cerminan tahap keadilan sosial, tadbir urus negara serta keupayaan kerajaan melindungi khususnya hak golongan yang tertindas dan golongan rentan. Saya ingin menumpukan kepada tiga isu utama yang memerlukan perhatian serius daripada pihak kerajaan.

Yang pertama yang dibangkitkan dalam laporan ini iaitu isu hak asasi dalam industri perladangan dan perniagaan.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia ialah antara pengeluar minyak sawit terbesar dunia. Industri sawit menyumbang bilion-bilion ringgit kepada ekonomi negara setiap tahun, menjadi sumber pendapatan lebih 450,000 pekebun kecil, menggaji ratusan ribu pekerja tempatan serta pekerja migran.

Laporan SUHAKAM menunjukkan usaha memperkukuhkan agenda business and human right melalui latihan kepada syarikat-syarikat utama seperti FGV, TOP GLOVE, Unitrade serta seminar bersama Malaysia Sustainable Palm Oil (MSPO). Ini membuktikan bahawa hak asasi pekerja dan tadbir urus sosial kini menjadi komponen penting daya saing ekonomi Malaysia. Namun, persoalannya adakah usaha latihan sahaja sudah memadai?

Kita masih berhadapan persepsi antarabangsa terhadap isu buruh paksa, eksploitasi pekerja migran, pengambilan pekerja melalui agen yang menggunakan kos keterlaluan serta kelemahan mekanisme aduan di ladang dan kilang. Lebih membimbangkan, Kesatuan Eropah sedang melaksanakan EU Deforestation Regulation, dengan izin (EUDR) yang meletakkan syarat lebih ketat terhadap komoditi termasuk minyak sawit.

Selain aspek alam sekitar, pematuhan terhadap hak pekerja dan hak komuniti tempatan semakin menjadi penilaian utama pembeli-pembeli di peringkat antarabangsa.

Justeru, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan.

Pertama, apakah status Pelan Tindakan Kebangsaan Mengenai Peniagaan dan Hak Asasi Manusia (Nasional Action Plan on Business and Human Right) yang telah lama diumumkan.

Yang kedua bilakah kerajaan akan mewajibkan syarikat berkaitan kerajaan

(GLC) dan syarikat perladangan besar melaksanakan human right due diligent sebagaimana amalan yang sedang diperluaskan di banyak negara lain.

Maka, saya mencadangkan supaya kerajaan yang pertama mewajibkan audit hak asasi manusia kepada syarikat perladangan berskala besar.

draft4:26 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang kedua, memperkukuhkan mekanisme aduan pekerja tanpa ancaman tindak balas. Dan yang ketiga, memperluaskan pensijilan MSPO supaya bukan sahaja mematuhi standard dalam alam sekitar, bahkan benar-benar menjamin hak pekerja, hak komuniti setempat dan kebajikan pekebun kecil. Langkah ini bukan sahaja menjaga maruah pekerja, malah mengukuhkan kedudukan eksport Malaysia di pasaran global.

Tuan Yang di-Pertua, isu kedua yang ingin saya bangkitkan ialah hak masyarakat orang asli. Malaysia kita mempunyai lebih 227,000 masyarakat orang asli yang terdiri daripada 18 suku kaum. Mereka merupakan sebahagian daripada warganegara asal negara kita yang mesti diangkat kedudukan kehidupan mereka yang lebih baik dan bukannya dipinggirkan.

SUHAKAM dalam laporannya menegaskan kepentingan memperkukuh kefahaman mengenai hak orang asli selaras dengan pengisytiharan PBB mengenai hak orang asal serta mengadakan latihan khusus kepada pegawai JAKOA. Namun, realitinya isu tanah adat masih belum selesai. Kita masih menyaksikan pertikaian antara komuniti orang asli dengan projek pembalakan, perlombongan, ladang berskala besar dan kini timbul pula isu perdagangan karbon yang berpotensi memberi implikasi kepada tanah adat sekiranya tidak dilaksanakan secara telus.

Banyak kes-kes di mahkamah melalui beberapa keputusan penting telah mengiktiraf kewujudan hak adat orang asli. Persoalannya, mengapa sehingga hari ini, kerajaan masih gagal mewujudkan satu dasar nasional yang menyeluruh bagi penyelesaian pertikaian tanah adat ini? Saya bertanya, apakah status pindaan Akta Orang Asli 1954 dan bilakah kerajaan akan melaksanakan prinsip Free, Prior, and Informed Consent (FPIC) bagi setiap projek pembangunan yang melibatkan tanah adat?

Seterusnya yang ketiga Tuan Yang di-Pertua. Saya membangkitkan isu Palestin dan kredibiliti hak asasi manusia yang telah pun disentuh dalam laporan SUHAKAM ini yang selari dengan pemerhatian SUHAKAM bahawa kegagalan masyarakat antarabangsa menangani konflik Palestin telah menjejaskan persepsi orang ramai terhadap konsep hak asasi manusia.

Ketika ini dalam laporan terbaharu the United Nations Office for the Coordination of Humanitarian Affairs (OCHA) United Nation pada tahun 2026— Julai 2026 menunjukkan konflik di Gaza terus mengakibatkan korban awam yang sangat tinggi, kemusnahan infrastruktur dan krisis kemanusiaan ini berpanjangan dengan angka kematian yang dilaporkan telah melebihi lebih 72,000 orang yang telah pun— juga mengakibatkan puluhan ribu yang tercedera.

Dan kita masih ingat tatkala ketika mana hari ini, kita tertumpu kepada kemeriahan Piala Dunia, sorakan penyokong dan detik-detik mendebarkan di atas padang bola, ada satu kisah yang semakin tenggelam daripada pemerhatian umum.

Kisah bagaimana seorang— tentang— bukan ini bukan kisah seorang tentang perebutan piala atau kejayaan sebuah pasukan, tapi tentang seorang doktor yang mempertaruhkan segala-galanya demi menunaikan amanah. Dr. Hussam Abu Safiya, Pakar Pediatrik merangkap Pengarah Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza menjadi antara individu yang paling dikenali sepanjang konflik yang melanda wilayah itu.

Pada tahun 2024, anak lelakinya Ibrahim terbunuh dalam satu serangan berhampiran Hospital Kamal Adwan. Kehilangannya itu pasti meninggalkan luka yang mendalam buatnya. Namun selepas menguruskan jenazah anaknya, Dr. Hussam kembali menyarung kot putih dan meneruskan tugas merawat pesakit yang tidak pernah putus memenuhi wad kecemasan. Baginya kesedihan peribadi tidak boleh menjadi alasan untuk mengabaikan nyawa insan lain yang sedang bergantung kepada kepakaran dan para petugas kesihatan.

Walaupun mengalami kecederaan, beliau tetap meneruskan tugas. Keteguhan itu akhirnya membawa kepada satu lagi episod yang lebih sukar apabila Hospital Kamal Adwan dikepong sebelum operasinya terhenti sepenuhnya pada penghujung Disember 2024. Dalam operasi tersebut, Dr. Hussam ditahan oleh tentera penyerang Israel dan sehingga ke hari ini beliau masih dalam tahanan tanpa sebarang pertuduhan rasmi yang dibawa ke mahkamah.

Tuan Yang di-Pertua, hak asasi manusia tidak boleh bersifat terpilih dan saya juga ingin menyentuh beberapa minit ini. Kelmarin, beberapa pertubuhan sosial dan pertubuhan hak asasi manusia telah pun menghantar memorandum di hadapan Parlimen ini dan saya bersama kawan-kawan yang lain menerima memorandum iaitu masyarakat sivil menggesa Kerajaan Malaysia memastikan industri nadir bumi tidak menyumbang kepada genosid, rantaian bekalan ketenteraan asing serta kemudaratan terhadap alam sekitar.

Memorandum ini yang telah pun diserahkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kepada Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri (MITI), kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam juga kepada beberapa agensi yang lain termasuk Jabatan Tenaga Atom Malaysia.

Saya ingin mengungkap beberapa perkara penting yang telah pun dinyatakan dalam memorandum ini iaitu supaya kerajaan hentikan Perjanjian Nadir Bumi Lynas dan Pentagon dan cegah sumber Malaysia daripada menyumbang kepada kekejaman di Palestin.

Mereka mendesak supaya kerajaan mengarahkan Lynas Rare Earths, Ltd.

supaya membatalkan serta-merta cadangan perjanjian untuk membekalkan oksida nadir bumi yang bernilai kira-kira USD96 juta kepada Jabatan Perang Amerika Syarikat iaitu Pentagon.

Dan mereka juga mendesak supaya menggantung semua eksport di bawah cadangan perjanjian tersebut sehingga satu semakan bebas selesai dijalankan bagi memastikan nadir bumi yang diproses di Malaysia tidak dieksport sekiranya terdapat risiko yang munasabah bahawa ia menyumbang kepada genosid, jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan atau pelanggaran serius yang lain terhadap undang- undang kemanusiaan antarabangsa.

Dan sudah pastilah juga berkaitan dengan perlindungan alam sekitar yang perlu dilihat dengan serius oleh pihak kerajaan dan juga agensi-agensi yang terlibat. Saya yakin bahawa ketika soal kita membincangkan hak asasi manusia, bukan hanya kita bersoal dengan manusia itu sendiri, bahkan kita sedang bercakap dengan alam itu sendiri dan nilai kemanusiaan itu sendiri.

Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memetik satu ayat daripada Al- Quranul Karim [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam.” Surah Al-Isra' ayat 70. Dan saya mengharapkan kerajaan tidak hanya menerima laporan SUHAKAM ini sebagai dokumen tahunan, tetapi menjadikan asas kepada reformasi dasar yang benar-benar melindungi pekerja kita, melindungi hak asasi manusia di mana sahaja mereka berada. Tuan Yang di-Pertua, sekian, terima kasih.

draft4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sik. Saya jemput Yang Berhormat Puncak Borneo.

draft4:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Saya terus fokus kepada Laporan Tahunan SUHAKAM 2024 dan saya juga ingin menarik perhatian kerajaan terhadap keperluan memperkukuh kapasiti SUHAKAM khususnya dalam konteks Sarawak.

Sarawak mempunyai keluasan melebihi 124,000 kilometer persegi dengan taburan penduduk yang berselerak di kawasan pedalaman, sepanjang sungai dan di penempatan yang sukar diakses. Oleh itu, cabaran pelaksanaan program hak asasi di Sarawak amat berbeza daripada di Semenanjung Malaysia.

Saya berharap SUHAKAM benar-benar mengambil kira realiti pembangunan luar bandar, kos logistik yang tinggi dan juga sukar akses— kesukaran akses dan faktor geografi yang unik di Sarawak. Pendekatan one size fits all tidak sesuai digunakan di negeri ini.

Sebagai Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan, SUHAKAM mempunyai peranan penting untuk melengkapkan usaha Kerajaan Sarawak dalam memperkukuhkan perlindungan hak asasi manusia, khususnya berkaitan masyarakat orang asal ataupun orang Dayak iaitu hak tanah adat ataupun NCR serta kumpulan rentan seperti kanak-kanak, warga emas dan juga komuniti luar bandar.

Namun, bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut secara berkesan, SUHAKAM memerlukan sokongan kewangan yang lebih kukuh daripada Kerajaan Persekutuan. Saya difahamkan bahawa Pejabat SUHAKAM Sarawak kini berdepan dengan kekangan peruntukan sehingga menjejaskan pelaksanaan siasatan aduan, lawatan lapangan dan program pendidikan hak asasi malah perjalanan bagi siasatan segera masih memerlukan kelulusan ibu pejabat. Sekali gus menyukarkan tindak balas pantas terhadap aduan yang berlaku di kawasan pedalaman.

Justeru itu, saya menggesa Kerajaan Persekutuan supaya menyediakan peruntukan yang lebih mencukupi kepada SUHAKAM bagi operasi di Sarawak.

Peruntukan tersebut hendaklah mengambil kira keluasan negeri, kos perjalanan, kesukaran komunikasi dan cabaran akses ke kawasan luar bandar. Pendekatan penyamarataan peruntukan antara negeri tidak menggambarkan realiti operasi yang jauh lebih kompleks di Sarawak.

draft4:37 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh mengenai Laporan Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asli dan Orang Asal di Malaysia yang diterbitkan oleh SUHAKAM pada tahun 2014. Laporan tersebut mengemukakan 20 syor bagi memperkukuhkan perlindungan tanah adat masyarakat orang asli dan orang asal.

Kini, lebih sedekad telah berlalu. Sehubungan itu, saya memohon penjelasan kerajaan mengenai perkara ini. Yang pertama, apakah status pelaksanaan 20 syor tersebut khususnya yang melibatkan masyarakat orang asal di Sarawak atau pun orang Dayak? Sejauh mana kemajuan telah dicapai selepas lebih sedekad laporan itu diterbitkan?

Yang kedua, salah satu syor utama ialah penubuhan Suruhanjaya Kebangsaan Bebas Mengenai Orang Asli dan Orang Asal. Namun, cadangan tersebut tidak diterima oleh kerajaan ketika itu. Dengan ini, saya ingin bertanya sama ada Kerajaan MADANI bersedia mengkaji semula cadangan tersebut memandangkan cabaran semasa semakin kompleks.

Sebuah suruhanjaya khusus boleh menjadi platform penyelarasan dasar yang lebih berkesan dalam menangani hak tanah adat (NCR) dalam isu perubahan iklim, pemuliharaan biodiversiti, keselamatan makanan, pembangunan mampan serta kesejahteraan komuniti pedalaman.

Dan yang ketiga, adakah kerajaan bercadang meningkatkan kapasiti Pejabat SUHAKAM Sarawak dari segi perjawatan, kewangan dan autonomi operasi supaya institusi ini mampu memainkan peranan yang lebih signifikan di negeri tersebut.

Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin merujuk kepada pendapatan atau pun apa yang telah diperolehi melalui Laporan Tahunan SUHAKAM 2024 yang menunjukkan bahawa pelbagai fasiliti tahanan dan penguatkuasaan di Sarawak masih berdepan dengan masalah infrastruktur yang serius.

Antara isu yang dibangkitkan ialah bangunan lokap dan kuarters pegawai yang uzur, kerosakan sistem penyaman udara dan CCTV, tiada bilik soal siasat, malah tanah mendap di Penjara Limbang serta gangguan bekalan elektrik di Depot Imigresen Semuja. Laporan tersebut mendedahkan kekurangan kuarters, kesesakan blok tahanan, sistem pengudaraan yang kurang memuaskan dan kemudahan yang tidak mencukupi sehingga menjejaskan kebajikan pegawai, anggota dan tahanan.

Di samping itu, SUHAKAM turut melaporkan kekurangan anggota sentri wanita, pegawai perubatan dan juga pegawai psikologi selain kekangan kewangan dan birokrasi yang menjejaskan operasi harian. Peruntukan makanan yang rendah, kelewatan penempatan tahanan wanita, kekurangan pemeriksaan kesihatan serta kelemahan dalam penyediaan keperluan asas tahanan menunjukkan bahawa aspek kebajikan, kesihatan dan hak asasi penghuni pusat tahanan masih memerlukan perhatian yang serius daripada kerajaan.

Sehubungan dengan itu, saya ingin bertanya, adakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan bagi melaksanakan syor-syor yang telah dibentangkan oleh SUHAKAM sejak daripada tahun 2024 dalam laporan tahunan mereka?

Puan Yang di-Pertua, apa yang saya bangkitkan ini bukan bertujuan untuk mempertikaikan mana-mana hak dan mana-mana pihak. Sebaliknya, saya melihat SUHAKAM dan Kerajaan Sarawak perlu terus bergerak sebagai rakan strategik dalam memperkukuhkan perlindungan hak asasi manusia di negeri ini dan juga negara kita Malaysia.

Dengan sokongan Kerajaan Persekutuan melalui penyediaan peruntukan yang mencukupi, pengukuhan kapasiti institusi serta pelaksanaan menyeluruh syor-syor Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asli dan Orang Asal, saya yakin usaha memperkasakan masyarakat Dayak dan seluruh masyarakat orang asal di Sarawak dapat dilaksanakan lebih berkesan selaras dengan aspirasi pembangunan yang inklusif, adil dan berteraskan hak asasi manusia.

Puan Yang di-Pertua, saya juga memohon supaya semua laporan tahunan dan syor-syor SUHAKAM harus dipertimbangkan dan dilaksanakan. Sebab, apa yang saya perhatikan dan saya perincikan, selama ini apa yang dibentang dan disyorkan oleh SUHAKAM hanya ibarat mencurah air ke daun keladi. Dia didengari oleh kerajaan, dibahas dalam Parlimen, disebut dan dibincangkan, tetapi syor-syor itu hampir tidak dilaksanakan sepenuhnya oleh kerajaan.

Maka, saya percaya mempunyai Kerajaan MADANI ini, kerajaan ini mempunyai satu hasrat dan cita-cita untuk mencapai dan menjadikan syor-syor SUHAKAM itu menjadi panduan kita untuk mengemudi dan mempertahankan dan menggilapkan hak- hak masyarakat kita di dalam Malaysia ini. Saya berharap agar syor-syor dan laporan- laporan SUHAKAM ini bukan sekadar hanya menjadi dekorasi dan perhiasan di dalam bilik-bilik mana-mana individu. Ia haruslah menjadi dokumen penting yang mencaknakan kebebasan rakyat dan juga semua makhluk di dalam dunia ini khasnya rakyat Malaysia.

Dengan itu, saya sekali lagi merayu kepada kerajaan untuk mempertimbangkan dan juga melihat dengan serius syor-syor yang telah dikemukakan oleh pihak SUHAKAM. Dengan itu, sekian, terima kasih. Semoga Tuhan memberkati.

draft4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Puncak Borneo. Saya jemput Yang Berhormat Seputeh.

draft4:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

Saya ingin bermula berterima kasih kepada segala usaha SUHAKAM untuk memelihara hak asasi manusia di Malaysia. Saya ingin membangkitkan masalah yang berkaitan dengan permohonan kewarganegaraan dalam teks ucapan saya ini.

Walaupun pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan 2025 untuk mengiktiraf hak anak yang dilahirkan oleh ibu yang berwarganegara Malaysia untuk mendapat kewarganegaraan Malaysia telah diluluskan oleh Parlimen, tetapi isu melibatkan anak- anak dewasa yang dilahirkan di luar negara kepada ibu warganegara Malaysia masih belum mempunyai jalan penyelesaian yang jelas untuk memperoleh kewarganegaraan Malaysia.

Baru-baru ini, NGO Family Frontiers telah hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara bersama beberapa ibu berwarganegara Malaysia untuk mengemukakan permohonan kewarganegaraan bagi anak-anak mereka. Daripada tujuh orang anak dewasa yang terlibat, hanya lima didapati layak memohon kad pengenalan pemastautin sementara iaitu MyKAS sebagai laluan ke arah memperoleh kewarganegaraan.

Walau bagaimanapun, laluan ini terhad kepada individu yang pernah membuat permohonan di bawah Perkara 15(2) atau Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan sahaja. Ini menyebabkan mereka yang tidak mempunyai permohonan terdahulu terus kekal tanpa laluan untuk mendapat kewarganegaraan yang jelas.

Keadaan ini berkait dengan dasar yang berkuat kuasa sebelum tahun 2010 yang mengehadkan keupayaan ibu warganegara Malaysia untuk mengemukakan permohonan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan menyebabkan anak- anak ini mencapai usia dewasa sebelum permohonan dapat dibuat.

Anak-anak ini telah melalui sebahagian besar kehidupan mereka di Malaysia dan membesar di sini bersama keluarga mereka yang merupakan warganegara Malaysia.

Namun, tanpa peluang yang membolehkan mereka memohon kewarganegaraan meskipun mempunyai ibu warganegara Malaysia, mereka masih terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak menentu serta berdepan dengan kebimbangan untuk dipisahkan daripada keluarga mereka.

draft4:47 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Oleh itu, Family Frontiers minta saya mengemukakan soalan-soalan berikut kepada Kementerian Dalam Negeri iaitu satu, apakah laluan kewarganegaraan yang boleh ditawarkan oleh KDN kepada anak-anak dewasa yang dilahirkan di luar negara kepada ibu warganegara Malaysia yang telah lama menetap dan kini tinggal di Malaysia.

Tetapi tidak pernah diberi peluang untuk mengemukakan permohonan serta tidak mempunyai rekod permohonan terdahulu dan kini berdepan risiko dipisahkan daripada keluarga mereka?

Yang kedua, bagi kes di mana ibu warganegara Malaysia telah meninggal dunia, bagaimanakah kementerian memastikan anak-anak dewasa yang dilahirkan di luar negara tidak kehilangan laluan untuk memperolehi kewarganegaraan, walaupun ketiadaan ibu tersebut. Sebagai contoh, Mona yang berumur 37 tahun. Anak dewasa kepada ibunya yang merupakan warga Malaysia iaitu Anissa binti Abdullah yang berumur 70 tahun di Arab Saudi.

Walaupun mereka ingin pulang bermastautin di Malaysia, Mona tidak pernah membuat permohonan kewarganegaraan terdahulu di bawah Perkara 14 dan Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan. Walaupun tempoh tinggal jangka panjang di Malaysia, Mona tidak dapat menyatukan semula dengan keluarganya di Malaysia.

draft4:50 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

[Bangun]

draft4:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Soalannya, macam manakah KDN boleh membantu kes-kes seperti ini, khususnya bagi ibu warganegara Malaysia yang berusia lanjut seperti— seperti Anissa yang ingin kembali menetap di Malaysia tetapi berdepan kesukaran untuk membawa pulang anak-anak dewasa mereka yang dilahirkan di luar negara? Selain daripada...

draft4:50 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Yang Berhormat, YB.

draft4:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

...Isu yang di...

draft4:50 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

YB Seputeh. Gopeng, Gopeng.

draft4:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ya, sila.

draft4:50 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih kepada YB Seputeh atas isu yang dibangkitkan. Sebenarnya, saya juga bertemu dengan NGO yang sama, tentang perkara yang sama, sebab golongan ini yang telah pun mencapai umur dewasa tetapi tidak boleh memohon melalui Perkara (2). Tetapi sebenarnya, kita ada satu laluan lagi yang mungkin saya nak cadangkan YB untuk bertanyakan kepada Menteri untuk menjawab.

Sama ada kita boleh menggunakan laluan Perkara 19(1) untuk memohon ataupun memegang status MyKAS.

So, saya rasa itu adalah satu laluan yang boleh dipertimbangkan oleh pihak kerajaan bagi meluluskan permohonan-permohonan mereka. Terima kasih YB.

draft4:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Yang Berhormat Gopeng.

Saya berharap Menteri Dalam Negeri boleh jawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gopeng tadi.

Selain daripada Family Frontiers, saya juga terima beberapa aduan tentang kes- kes permohonan kewarganegaraan di pusat khidmat saya. Kes nombor satu, dua orang adik-beradik. Abang berumur 23 tahun dan adik perempuan berusia 21 tahun sekarang.

Mereka dilahirkan di Malaysia, namun memegang pasport Indonesia. Sejak berusia satu tahun, mereka telah menetap di Malaysia di bawah program Malaysia My Second Home

(MM2H).

Bapa kandung mereka adalah warga Malaysia tetapi ibu mereka yang merupakan warga Indonesia telah meninggalkan keluarga mereka dan tidak dapat dikesan lagi. Bapa mereka telah berulang kali berusaha mendapat MyKad untuk kedua- dua anak tersebut tetapi setiap permohonan mereka ditolak.

Baru-baru ini, bapa mereka meninggal dunia. Kedua-dua, abang adik ini tidak lagi layak untuk memperbaharui pas MM2H mereka kerana penaja MM2H mereka meninggal dunia. Pada masa yang sama, mereka juga tidak dapat kembali ke Indonesia kerana mereka telah lama terputus hubungan dengan ibu kandung mereka.

Kes kedua, melibatkan seorang wanita muda berusia 23 tahun yang dilahirkan luar nikah. Bapanya adalah warganegara Malaysia yang telah meninggal dunia.

Manakala beliau tidak mempunyai sebarang maklumat atau dokumen berkaitan ibunya.

Beliau telah mengemukakan permohonan kewarganegaraan, nama permohonannya telah ditolak oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Kes ketiga adalah seorang kanak-kanak yang dilahirkan di Vietnam, hasil hubungan dengan bapa kandung warganegara Malaysia yang gagal mendaftarkan kelahiran anaknya di Kedutaan Malaysia. Ketika kanak-kanak itu berusia satu tahun, bapanya membawanya pulang ke Malaysia menggunakan pasport Vietnam.

Walaupun ibu bapa kanak-kanak ini ingin mengambil kanak-kanak tersebut sebagai anak angkat dan proses pengangkatan telah diluluskan secara sah oleh mahkamah tetapi permohonan kewarganegaraan Malaysia bagi kanak-kanak ini, masih terus ditolak oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Adakah Kementerian Dalam Negeri sedia mengkaji semula pendekatan penolakan yang terlalu ketat di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan bagi kanak-kanak dilahirkan di luar negara tetapi tidak didaftarkan kelahirannya di Kedutaan Malaysia?

Saya menyeru Menteri Dalam Negeri menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mengkaji semula dan memudahkan permohonan kewarganegaraan untuk membantu kanak-kanak dan orang muda yang menjadi stateless atas kecuaian ibu bapa mereka.

Puan Yang di-Pertua, saya juga difahamkan, kebanyakan permohonan kewarganegaraan daripada ibu Malaysia telah diluluskan tetapi pindaan Perlembagaan 2025 yang diluluskan di Parlimen pada Disember 2024, masih belum enforce ataupun dilaksanakan. Walaupun Menteri Dalam Negeri pernah berjanji untuk melaksanakannya dalam Jun 2026.

Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak yang lahir di luar negara oleh ibu warga Malaysia, tidak dapat— mendapat kewarganegaraan secara automatik ataupun automatic citizenship dan ibu berwarganegara Malaysia masih perlu balik ke Malaysia untuk melahirkan anak supaya anak mereka boleh memperolehi kerakyatan Malaysia.

Saya berharap— amat berharap Menteri Dalam Negeri yang akan jawab, akan gulung besok, boleh menjawab soalan-soalan yang saya bangkitkan ini dan memberi berita baik bagi keluarga yang berhadapan dengan masalah-masalah yang saya sebutkan tadi. Sekian, terima kasih.

draft4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Saya jemput Yang Berhormat Parit Buntar.

draft4:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.

Bismillahirrahmanirrahim. Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada SUHAKAM atas usaha mereka melaksanakan fungsi yang diperuntukkan di bawah Akta SUHAKAM dalam mempromosikan pendidikan hak asasi manusia, menerima aduan serta mengemukakan cadangan kepada kerajaan.

Namun begitu, saya ingin menegaskan bahawa dalam konteks Malaysia, hak asasi manusia tidak boleh difahami secara mutlak sehingga mengatasi Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan undang-undang, Islam sebagai agama Persekutuan dan nilai budaya masyarakat negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh satu aspek yang amat penting iaitu konsep hak asasi menurut perspektif Islam. Ada pihak seolah-olah menggambarkan bahawa asasi manusia ialah konsep yang hanya lahir daripada tamadun moden.

Hakikatnya, Islam telah mengangkat martabat manusia lebih 1,400 tahun yang lalu.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Isra' ayat 70. [Membaca sepotong ayat Al- Quran] “Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam.” Berbagai- bagai— Ayat ini menjadi asas bahawa setiap manusia mempunyai kemuliaan dan maruah yang wajib dipelihara tanpa mengira [Berucap dalam bahasa Arab] atau kedudukan.

Islam juga menegaskan prinsip keadilan kerana keadilan juga adalah hak asasi kepada manusia. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Al-Quran. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya, “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-sekali kebencian kamu terhadap suatu kaum itu mendorong kamu tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil kepada sesiapa jua kerana sikap adil itu, lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” Jadi, sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada pihak SUHAKAM untuk mendesak supaya pihak kerajaan memberi keadilan kepada pembangkang untuk mendapat peruntukan. Benci sekalipun dengan pembangkang, berilah peruntukan yang seadil-adilnya kerana keadilan itu adalah sebahagian daripada hak asasi manusia.

[Tepuk] Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya darah kamu, harta kamu dan maruah kamu adalah haram dicerobohi.” Hadis ini juga menjadi asas kepada pelindungan hak hidup, hak miliki harta dan hak menjaga maruah seseorang.

draft4:57 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Namun Tuan Yang di-Pertua, Islam membezakan antara hak mutlak dengan hak yang dipandu syariat. Dalam Islam, kebebasan bukan bererti seseorang bebas melakukan apa sahaja tanpa batas, setiap hak datang bersama amanah dan tanggungjawab kepada Allah SWT, serta tanggungjawab terhadap masyarakat.

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 195, Allah berfirman [Membaca sepotong ayat Al- Quran] “Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan”. Ini menunjukkan bahawa kebebasan seseorang itu tidak boleh membawa mudarat kepada dirinya, keluarganya atau masyarakat. Dalam maqasid syariah pula, para ulama menetapkan lima perkara asas yang wajib dipelihara iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Apabila lima perkara ini dipelihara, maka hak asasi manusia akan benar-benar terlindung.

Oleh sebab itu, saya berpandangan bahawa dalam menjaga hak asasi manusia di Malaysia, kita tidak boleh hanya melihat kepada instrumen antarabangsa semata- mata tetapi perlu mengambil kira Perlembagaan Persekutuan, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta prinsip-prinsip syariah yang menekankan keseimbangan antara hak dan tanggungjawab.

Seterusnya, hak mengamalkan tuntutan agama masing-masing. Islam tidak melarang agama lain untuk mengamalkan ajaran agamanya sendiri, seperti penganut agama Hindu boleh mengamalkan hak agamanya, penganut agama Buddha boleh mengamalkan hak agamanya, penganut agama Kristian boleh mengamalkan tuntutan agamanya. Begitulah Islam, kita dituntut untuk mengamalkan hak agama kita, tanpa ada larangan, tanpa ada sekatan.

Sehubungan itu, antara yang menjadi hak asasi manusia adalah memelihara aurat wanita sebagai menjaga maruah dan kemuliaan. Justeru saya menyeru kepada pihak SUHAKAM untuk menuntut supaya semua syarikat-syarikat penerbangan membenarkan pramugari-pramugari yang beragama Islam menutup aurat masing- masing, kerana itu menjadi hak asasi kepada mereka.

Saya sering bertanya pada pramugari, mengapa tak menutup aurat? Mereka jawab pihak penerbangan tidak membenarkan. Justeru, SUHAKAM mesti menuntut supaya hak pramugari Islam dibenarkan menutup aurat kerana itu juga hak asasi untuk mengamalkan tuntutan agama.

Tuan Yang di-Pertua, saya melihat beberapa perkara dalam perubahan ini yang wajar diberi perhatian. Pertama, aspek pendidikan hak asasi manusia. SUHAKAM memperluaskan Program ATHAM di sekolah, membangunkan modul kepada guru, polis dan pelbagai agensi kerajaan. Saya menyokong usaha mendidik masyarakat mengenai hak asasi, namun saya ingin mencadangkan supaya modul-modul tersebut turut memasukkan secara jelas perspektif Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara serta konsep hak asasi melalui Islam.

Jangan sampai pelajar hanya didedahkan kepada kerangka Barat tanpa memahami pasal Perlembagaan Malaysia. Hak asasi di Malaysia mestilah melahirkan rakyat yang menghormati ibu bapa, institusi keluarga, agama, Raja-raja Melayu dan undang-undang negara.

Kedua, mengenai hak kanak-kanak. SUHAKAM memberikan pendekatan kepada perlindungan kanak-kanak, isu kewarganegaraan serta keselamatan institusi penjagaan. Ini merupakan perkara yang baik, tetapi saya ingin mengingatkan bahawa hak kanak-kanak bukan sekadar hak kepada pendidikan dan perlindungan fizikal, kanak- kanak juga mempunyai hak mendapat didikan agama yang sempurna, hak dibesarkan dalam institusi keluarga yang stabil serta hak dilindungi daripada pengaruh analogi songsang yang boleh merosakkan fitrah mereka. Ini juga adalah hak asasi yang perlu dipertahankan.

Yang ketiga, mengenai kebebasan bersuara. SUHAKAM menekankan kepentingan kebebasan bersuara dan berhimpun sebagai asas demokrasi. Saya bersetuju dalam hal ini tetapi kebebasan tidak boleh dijadikan alasan untuk menghina agama, mencetuskan kebencian kaum atau menyebarkan fitnah. Dalam Islam, kebebasan sentiasa disertai adab dan tanggungjawab. Kita mahu masyarakat yang bebas menyuarakan pandangan tetapi menjaga keamanan negara.

Yang keempat, isu golongan rentan. SUHAKAM memberi perhatian kepada OKU, warga emas, orang asli, pekerja migran dan masyarakat yang kurang bernasib baik. Saya menyokong usaha yang begitu murni ini. Malah Islam sejak awal lagi telah mengangkat kebajikan golongan lemah sebagai kewajipan negara. Persoalannya, sejauh mana syor-syor SUHAKAM benar-benar diterjemahkan oleh kementerian dan agensi yang berkaitan. Berapa banyak syor yang telah diterima? Berapa banyak yang telah dilaksanakan? Saya berharap kerajaan membentangkan status pelaksanaan syor- syor SUHAKAM, supaya Dewan ini boleh menilai keberkesanan.

Yang kelima, saya ingin menyentuh soal keseimbangan hak dan tanggungjawab.

Hari ini masyarakat sering bercakap mengenai hak, tetapi sedikit yang bercakap mengenai tanggungjawab. Hak ibu bapa mesti dihormati oleh anak, hak masyarakat mesti dihormati oleh individu, hak negara juga mesti dihormati oleh rakyat. Sekiranya semua hanya menuntut hak tanpa melaksanakan tanggungjawab, maka akhirnya yang lahir ialah masyarakat yang individualistik dan rapuh. Islam mengajar keseimbangan antara hak Allah, hak manusia dan hak masyarakat. Inilah konsep yang perlu diketengahkan dalam pendidikan hak asasi negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mencadangkan beberapa penambahbaikan.

Pertama, SUHAKAM perlu memperluaskan kerjasama dengan institusi agama termasuk jawatan mufti ataupun mana-mana agensi yang berkaitan dengan agama bagi membangunkan naratif hak asasi manusia menurut perspektif Islam. Laporan menunjukkan SUHAKAM telah memulakan lawatan ke pejabat-pejabat agama, di pejabat-pejabat mufti dan menghasilkan bahan berkaitan Islam dan hak asasi. Usaha ini wajib diperkukuh dan diperkasakan.

Kedua, kerajaan perlu memastikan semua cadangan reformasi, hak asasi, sentiasa diteliti dari sudut Perlembagaan Persekutuan dan kepentingan negara.

Yang ketiga, pendidikan hak asasi hendaklah menanam budaya saling menghormati bukannya menggalakkan pertentangan antara individu dengan institusi negara. Sebagai menutup, saya ingin menegaskan bahawa Malaysia memerlukan pendekatan hak asasi yang saksama dan seimbang. Kita tidak menolak hak asasi manusia.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada SUHAKAM sekali lagi atas usaha menyediakan laporan ini. Persoalan utama bukanlah sama ada kita bersetuju atau tidak dengan semua syor yang dikemukakan, tetapi sejauh mana kerajaan benar- benar menghormati fungsi SUHAKAM sebagai badan bebas yang diwujudkan oleh Parlimen. Laporan demi laporan telah dibentangkan saban tahun, namun persoalannya berapa banyak syor yang benar-benar diterjemahkan pada dasar dan tindakan.

Adakah kerajaan mempunyai satu mekanisme rasmi untuk meneliti setiap syor SUHAKAM? Adakah kementerian-kementerian diwajibkan mengemukakan laporan ke Parlimen? Jika tiada, maka laporan ini hanya menjadi dokumen yang dibahas hari ini, kemudian disimpan di rak tanpa impak pada rakyat.

Saya mencadangkan kerajaan membentangkan laporan tindakan kerajaan terhadap syor SUHAKAM setiap tahun, supaya Parlimen dapat menilai tahap komitmen kerajaan terhadap pembaharuan. Akhir sekali serangkap pantun.

Tanam ubi jangan rapat-rapat, Supaya hidup dengan subur; Mengundi juga hak asasi rakyat, Jangan lupa undi PN di Negeri Johor. Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

draft5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.

draft5:00 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam membahaskan Laporan SUHAKAM tahun 2024, pada petang ini. Kalau kita mengimbas kembali Laporan SUHAKAM kali pertama dibahaskan, tarikhnya adalah pada 5 Disember 2019 ketika Kerajaan Pakatan Harapan dulu.

Saya masih ingat, saya antara pembahas yang terlibat dalam kali pertama apabila Laporan SUHAKAM di bentang dan dibenar untuk perbahasan ketika itu. Dan di bawah Kerajaan Perpaduan Malaysia MADANI, kita terus mengangkat proses mereformasikan institusi dan Laporan SUHAKAM dah beberapa kali dibentang untuk dibahaskan dan seterusnya dijawab oleh kerajaan.

Ini satu tindakan yang baik dan patut dipuji dan kita harap tindakan sebegini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang, supaya apa sahaja kelemahan yang telah dibongkarkan, yang dilaporkan oleh SUHAKAM boleh didedahkan, bukan untuk memalukan ataupun mengaibkan sesiapa tetapi untuk mencari penyelesaian ataupun supaya ada penyelesaian yang lebih baik mengatasi masalah yang berlaku. Jadi, syabas dan tahniah kepada kerajaan.

Saya juga ambil kesempatan ini nak tanya pada kerajaan. Setiap Laporan SUHAKAM, mula dengan aduan diikuti dengan siasatan, inti pati dia dan disusuli dengan cadangan ataupun syor daripada SUHAKAM untuk agensi-agensi yang berkenaan ambil tindakan yang sewajarnya.

Saya nak tanya pada kerajaan, ada tak apa-apa statistik daripada pihak kerajaan yang menunjukkan bahawa cadangan ataupun syor daripada SUHAKAM ini— dari SUHAKAM, bukan daripada mana-mana NGO ataupun orang perseorangan, daripada SUHAKAM satu badan yang diberikan kuasa di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ataupun Akta SUHAKAM 1999 iaitu Akta A1917.

Ada tak syor daripada SUHAKAM itu dilaksanakan? Kalau ada, berapa peratus?

Kita tak nak, apa saja syor hanya “indah khabar dari rupa”. Kita nak, supaya ia dilaksanakan dan sekiranya tak boleh dilaksanakan, kerajaan kena sebutkan, kenapa?

Apa kekangan dia? Apa sebabnya, tak boleh dilakukan? Supaya rakyat tahu. Kalau macam itulah, baru Laporan SUHAKAM itu membawa makna yang sebenar.

Jadi, saya mohon kerajaan memberikan sedikit pencerahan, ada tak dilaksanakan? Saya nampak pada tahun 2024 sebenarnya adalah tahun yang sangat mustahak untuk SUHAKAM sebab kita ada pindaan ke atas Akta A1714, yang memperkasakan, antaranya tentang kuasa melawat tempat tahanan oleh SUHAKAM.

draft5:06 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Saya nak tanya balik kerajaan sama ada selepas pindaan tersebut diluluskan dan digazetkan, bagaimana lawatan ke pusat-pusat tahanan? Ada tak? Ada tambah baik ke atas pusat-pusat tahanan kita? Sebab kita nampak masih ada isu, masih ada berlaku insiden yang tidak diingini di pusat-pusat tahanan. Jadi di manakah letaknya kebaikan yang dibawa? Itu yang pertama.

Yang keduanya, ketika pindaan pada tahun 2024 yang telah dilaksanakan iaitu penubuhan Pejabat Suruhanjaya Kanak-kanak (OCC) dengan pelantikan Pesuruhjaya Kanak-kanak. Saya nak tanya setakat mana pelaksanaan ataupun adanya Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak ini membawa kepada kita mengangkat kedudukan kanak- kanak yang mana membantu kita mengatasi masalah-masalah melanggar hak asasi yang dihadapi oleh kanak-kanak kita.

Dan perbahasan saya pada hari ini memang menjurus kepada perkara yang berkaitan dengan kanak-kanak. Saya nampak daripada aduan yang dikemukakan ini, ada 42 kes di Semenanjung, lepas itu ada Sabah, Sarawak jumlah 61 kes yang melibatkan kanak-kanak ikut laporan ini. Terutamanya 42 di semenanjung di mana dikatakan 38 telah diselesaikan pada tahun semasa. Saya ucapkan syabas dan tahniah.

Langkah yang saya anggap berkesan. Sebab ia tahun pertama OCC ataupun Pejabat Suruhanjaya Kanak-kanak mengambil tempat.

Hanya empat yang tak dapat diselesaikan pada tahun semasa sebab ia melibatkan isu kewarganegaraan. Jadi saya nak tanya, yang terkini sekarang ini dah masuk bulan Julai 2026. Apakah empat kes itu? Apakah statusnya, sama ada telah diselesaikan ataupun belum?

Saya nak tanya juga berkenaan dengan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak OCC ini, dikatakan bahawa dua tumpuan khusus untuk OCC adalah perlindungan ke atas kanak-kanak dan isu keselamatan kanak-kanak. Saya menyambut baik. Memang inilah perkara yang kita berikan keutamaan untuk melindungi anak-anak kita.

Sebab anak-anak hari ini dia beza dengan sebelum itu. Beza dengan zaman sebelum itu. Sangat terdedah kepada pelbagai info, maklumat, dengan adanya media sosial yang mana anak-anak masih di usia muda. Masih kurang matang untuk menapis sama ada info maklumat itu sesuai atau sebaliknya.

Cuma saya terkejut sikit saya nampak bilangan itu 42 aduan. Betulkah sikit sangat? Ataupun banyak aduan sebenarnya tak dirujuk kepada SUHAKAM. Sebab mungkin rakyat di luar, mungkin kurang arif ataupun kurang tahu tentang mekanisme untuk kita mengadukan kepada SUHAKAM. Saya bukan nak doakan kes banyak, cuma kalau kita rujuk kepada SUHAKAM, kita harapkan penyelesaian.

Jadi, saya nak mohon cadang di sini, boleh tak OCC, Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak mengambil langkah proaktif iaitu bukan setakat tunggu aduan datang ke depan. Sebab aduan tak banyak tapi kes yang berlaku dilaporkan di luar sana, termasuk dilaporkan di media banyak.

Definisi kanak-kanak merujuk kepada sesiapa yang berusia 18 tahun ke bawah kalau ikutkan akta kanak-kanak yang kita ada. Jadi saya nak tanya, boleh tak OCC ambil langkah yang proaktif, bekerjasama dengan pihak sekolah? Sebab kanak-kanak ini ya lah tempat yang paling mudah untuk kita himpunkan bersama adalah institusi pendidikan.

Untuk ambil langkah-langkah supaya ada advokasi, ada pendidikan, kesedaran terhadap dari segi hak asasi mereka, boleh tak dilakukan supaya hak asasi kanak-kanak ini dapat diangkat ke tahap lebih tinggi? Saya tahu kita ada Akta Antibuli 2026 yang baru saja dikuatkuasakan. Kita dah luluskan, baru saja dikuatkuasakan pada 16 Jun 2026.

Ada prosedur di pelbagai peringkat. Itu biar pelaksanaan dia diusahakan oleh sekolah dan institusi pendidikan yang berkaitan. Itu bagus tapi di luar daripada skop pelaksanaan prosedur di bawah Akta Antibuli tersebut, boleh tak OCC, Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak terlibat sebagai pemantau?

Saya nak sebutkan secara terbuka di sini. Sebagai wakil rakyat, saya rasa wakil rakyat yang ada dalam Dewan yang mulia ini kadang memang terima aduan daripada rakyat bahawa ada berlaku insiden yang tak diingini di sekolah. Tak kira di sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Saya sendiri terima, hampir setiap bulan ada insiden. Ada yang boleh diselesaikan dengan segera, ada yang masih tergantung. Jadi, boleh tak kalau SUHAKAM ambil langkah yang lebih proaktif ke atas perkara ini?

Memberikan tumpuan khusus sebab kita kena ingat kanak-kanak hari ini adalah masa depan kita. Kita kena pastikan anak-anak kita bukan sahaja belajar dalam keadaan yang terbaik tetapi hidup dalam keadaan yang penuh maruah supaya satu hari nanti mereka menjadi tonggak kepada negara.

Dan perkara yang terakhir yang saya nak sebutkan di sini adalah berkaitan dengan di muka surat 251 ada dinyatakan bahawa OCC, Pejabat Ketua Pesuruhjaya Kanak-kanak mohon RM3.1 juta daripada kerajaan bajet untuk tahun 2025. Walaupun tahun 2025 itu dah lepas, saya nak tanya status sama ada ia diluluskan oleh pihak Kementerian Kewangan ataupun sebaliknya. Mohon status tersebut sebab saya menyokong supaya peruntukan yang secukupnya diberikan kepada OCC agar mereka boleh bergerak dengan lebih menyeluruh dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Jadi itu serba sedikit yang saya dapat ketengahkan dalam perbahasan laporan SUHAKAM 2024. Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua.

draft5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Lubok Antu.

draft5:10 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Terima kasih Puan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada Lubok Antu untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Laporan Tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bagi tahun 2024.

Izinkan saya terlebih dahulu mengucapkan penghargaan kepada SUHAKAM kerana terus memainkan peranan sebagai sebuah institusi bebas yang membawa suara rakyat, khususnya golongan yang tinggal jauh dari pusat pentadbiran dan sering berhadapan cabaran mendapatkan akses kepada perkhidmatan asas.

Perhatian saya secara khusus tertumpu kepada lawatan siasatan SUHAKAM ke Ulu Engkari Batang Ai pada 8 hingga 10 Mei 2024. Lawatan tersebut telah mengenal pasti beberapa isu utama seperti ketiadaan bekalan elektrik yang stabil, bekalan air terawat, liputan telekomunikasi, akses kepada kesihatan dan pendidikan, isu dokumentasi kewarganegaraan serta bantuan kebajikan. Semua perkara ini direkodkan secara jelas dalam laporan tahunan SUHAKAM.

Puan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan bahawa dapatan tersebut bukan sesuatu yang mengejutkan. Ia merupakan realiti yang masih dihadapi oleh sebahagian penduduk di pedalaman Lubok Antu. Atas sebab itu saya melihat laporan SUHAKAM bukan sebagai satu kritikan terhadap mana-mana pihak, sebaliknya saya melihatnya sebagai satu peringatan bahawa masih terdapat rakyat Malaysia yang sedang menunggu hak mereka kepada pembangunan asas.

Hak kepada pembangunan bukan sekadar slogan. Ia bermaksud rakyat mempunyai akses kepada jalan raya yang selamat, bekalan elektrik, air bersih, telekomunikasi, pendidikan, kesihatan dan peluang ekonomi. Apabila kemudahan- kemudahan ini masih belum dapat dinikmati sepenuhnya, maka menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan suara mereka terus dibawa Dewan yang mulia ini.

Namun demikian, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada Dewan mengenai perkembangan yang telah berlaku semasa lawatan SUHAKAM tersebut. Saya berpandangan bahawa laporan tahunan memberikan gambaran keadaan pada waktu lawatan dijalankan.

Untuk makluman projek pembinaan jalan Nanga Kesit-Ulu Engkari-Lemanak fasa 1 kini telah mencapai kira-kira 90 peratus kemajuan fizikal dan dijangka siap dalam tempoh yang telah ditetapkan. Projek ini melibatkan sebanyak RM2.88 juta, manakala fasa 2 yang dianggarkan bernilai RM240 juta kini berada dalam peringkat pra kontrak dan proses perolehan perundingan sedang dilaksanakan.

Namun perkara yang saya ingin tegaskan di sini bukanlah mengenai status kemajuan projek tersebut yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Saya ingin mencadangkan supaya selepas sesuatu projek jalan raya utama disiapkan di kawasan pedalaman, kerajaan melaksanakan apa yang saya panggil sebagai pakej pembangunan bersepadu. Maksudnya apabila jalan siap dalam tempoh 12 bulan berikutnya, semua agensi utiliti diwajibkan menyelaraskan pelaksanaan masing-masing.

Bekalan elektrik, bekalan air, telekomunikasi, klinik, sekolah, kemudahan digital.

Jangan biarkan jalan siap tapi rakyat masih hidup dalam keadaan yang sama seperti sebelum jalan itu dibina.

draft5:16 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, Kerajaan Negeri Sarawak pada masa ini turut giat melaksanakan Projek Propose Nanga Kesit–Ulu Lemanak–Engkari Road, Lubok Antu, Sri Aman Divisyen Fasa 2. Pada masa yang sama, laporan SUHAKAM turut membangkitkan isu akses kepada perkhidmatan kesihatan.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk bertanya kepada Kementerian Kesihatan. Adakah KKM telah membuat penilaian semula kawasan liputan perkhidmatan kesihatan selepas siapnya Jalan Nanga Kesit–Ulu Lemanak dan Engkari?

Adakah terdapat perancangan untuk meningkatkan kekerapan lawatan pasukan kesihatan bergerak ke rumah-rumah panjang yang sebelum ini sukar diakses? Adakah pembangunan infrastruktur jalan ini akan dimanfaatkan untuk memperkukuhkan sistem rujukan pesakit ke hospital yang lebih lengkap supaya kes-kes kecemasan dapat ditangani dengan lebih pantas?

draft5:20 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Lubok Antu? Sedikit, Lubok Antu.

Sedikit, sedikit.

draft5:20 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Tenggara. Tenggara pernah pergi Lubok Antu. Boleh, boleh. Sedikit, jangan lama.

draft5:20 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Terima kasih Lubok Antu. Terima kasih Tuan Speaker. Saya sebenarnya bila bercakap tentang KKM ini ialah baru-baru ini kita dengar ada penyasaran semula belanjawan daripada RM3.1 bilion kemudian dijawab oleh Kementerian Kewangan RM500 juta.

Berkaitan dengan KKM ini, sebenarnya keperluan kepada hak asasi rakyat ini sebenarnya Lubok Antu saya nak beritahu, di Tenggara ini bukanlah pendalaman sangat pun, tapi kita pun masih lagi menghadapi kekurangan facilities kesihatan di hospital satu- satunya yang ada daerah Kota Tinggi dan yang terpenting juga ini Lubok Antu, ambulans.

Bagaimana perkhidmatan ambulans di Lubok Antu kalau saya nak tanya sebab kawasan itu jarak jauh itu? Orang nak beranak, orang sakit dan sebagainya. Tapi, kami di Tenggara memang menghadapi masalah berkaitan dengan jumlah ambulans. Jadi, macam mana pandangan Lubok Antu? Terima kasih. Terima kasih Tuan Speaker.

draft5:20 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Ya. Lubok Antu juga mempunyai masalah yang sama di mana Lubok Antu sendiri tidak mempunyai ambulans. Saya— terima kasih kepada Tenggara atas cadangan tersebut tadi ya. Baik, kesihatan ya. All right, sekejap, saya sudah lari dah ini. Mana tadi? Ha, ini.

Saya juga ingin mengetahui sama ada kementerian mempunyai perancangan memperluaskan penggunaan telekesihatan di kawasan pendalaman apabila liputan telekomunikasi bertambah baik pada masa hadapan. Jika transformasi digital sedang menjadi agenda utama sistem kesihatan negara, saya berharap masyarakat pendalaman tidak menjadi kumpulan terakhir yang menikmati manfaat tersebut. Saya percaya pembangunan fizikal mesti diikuti dengan pembangunan sosial. Jika tidak, kita hanya membina jalan tetapi gagal menjaga aspek kesejahteraan rakyat.

Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh mengenai peluang ekonomi.

Sering sekali kita melihat jalan raya hanya sebagai kemudahan pengangkutan. Saya melihatnya secara berbeza. Bagi masyarakat Lubok Antu, jalan raya adalah peluang.

Peluang membawa hasil pertanian ke pasaran, peluang menarik pelancong komuniti, peluang mengembangkan perusahaan kecil, peluang kepada anak-anak muda untuk kembali membangun kampung halaman mereka.

Justeru itu, saya ingin bertanya kepada kementerian berkaitan seperti KKDW, KPK dan KUSKOP. Adakah terdapat pelan pembangunan ekonomi yang khusus untuk penduduk di kawasan sepanjang jajaran Jalan Nanga Kesit–Ulu Lemanak–Engkari?

Adakah agensi seperti RISDA, FELCRA, Lembaga Ladang Malaysia, TEKUN dan SME Corp. akan digerakkan secara bersama bagi membantu masyarakat memanfaatkan infrastruktur baharu ini? Kerana bagi saya, jalan raya hanyalah pemudah cara yang lebih penting ialah bagaimana jalan tersebut mampu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat.

Puan Yang di-Pertua, satu perkara yang menarik perhatian saya ialah isu dokumentasi kewarganegaraan yang dibangkitkan oleh SUHAKAM di Ulu Engkari.

Keadaan ini memberi kesan kepada akses mereka kepada pendidikan, rawatan kesihatan dan bantuan kebajikan. Tanpa MyKad seorang anak mungkin tidak menikmati pendidikan dengan sempurna, tanpa sijil kelahiran mereka berhadapan kesukaran mendapatkan rawatan kesihatan, bantuan kebajikan dan pelbagai urusan rasmi yang lain.

Justeru, saya ingin bertanya kepada kementerian, adakah kerajaan mempunyai data mengenai jumlah kes dokumentasi yang masih belum diselesaikan di kawasan pedalaman Sarawak khususnya di Lubok Antu? Berapakah jumlah program yang berjaya diselesaikan melalui Program MEKAR sepanjang dua tahun kebelakangan ini?

Adakah kementerian bersedia memperluaskan pendekatan perkhidmatan bergerak supaya pegawai Jabatan Pendaftaran Negara hadir secara berkala ke rumah-rumah panjang berbanding mengharapkan penduduk datang ke bandar?

Saya memohon supaya Jabatan Pendaftaran Negara bersama Unit MEKAR dan agensi berkaitan meneruskan pendekatan turun padang secara berkala ke rumah- rumah panjang di kawasan pedalaman. Bagi masyarakat yang tinggal jauh di pekan atau bandar, cabaran mereka bukan sekadar proses permohonan, cabaran mereka adalah jarak, kos perjalanan dan akses kepada perkhidmatan kerajaan. Oleh itu, saya percaya pendekatan membawa perkhidmatan kepada rakyat jauh lebih berkesan daripada menunggu rakyat datang mendapatkan perkhidmatan.

Puan Yang di-Pertua, SUHAKAM telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan mengetengahkan realiti kehidupan masyarakat di Ulu Engkari. Kini, menjadi tanggungjawab kementerian berkaitan untuk memastikan dapatan tersebut diterjemahkan kepada tindakan yang nyata. Saya menyokong Laporan Tahunan SUHAKAM 2024 ini dengan harapan institusi ini terus memperkasakan kerjasama rentas agensi demi kemakmuran bersama rakyat Malaysia terutama di kawasan luar bandar Sarawak.

SUHAKAM bukan sahaja perlu menjadi suara kepada rakyat tetapi juga menjadi jambatan yang menghubungkan rakyat, wakil rakyat dan kerajaan supaya setiap dapatan dapat diterjemahkan kepada tindakan yang lebih berkesan. Sekian, Puan Yang di-Pertua saya mohon menyokong. Terima kasih.

draft5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Lubok Antu. Saya jemput Yang Berhormat Kapar.

draft5:20 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya selaku Ahli Parlimen Kapar untuk turut serta membahaskan Laporan Tahunan SUHAKAM 2024. Sebagai sebuah negara yang menduduki kerusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB yang baru sahaja menguatkuasakan pindaan Akta SUHAKAM, Dewan yang mulia ini harus sedar bahawa pemerkasaan hak asasi bukan lagi sekadar retorik antarabangsa, tetapi satu obligasi domestik yang mendesak mengikut acuan kita sendiri. Bukan import daripada lain, tetapi lokal.

Sambil kita memelihara kebebasan bersuara dan proses demokrasi, fokus utama kita hari ini wajib terarah kepada perlindungan hak fizikal, jaminan kerjaya dan kemanusiaan rakyat kita sendiri termasuklah keperluan kita menjagakan hak spiritual kita. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan penghargaan kepada SUHAKAM atas usaha memperkukuh budaya hak asasi manusia di negara ini melalui pelbagai syor, inquiry, advokasi dan program pendidikan.

Namun, setelah meneliti laporan saya melihat terdapat satu jurang yang perlu diberi perhatian. Laporan ini memberi penekanan yang besar kepada hak sivil dan politik, tetapi cabaran hak asasi manusia abad ke-21 semakin beralih kepada hak ekonomi, sosial dan hak digital yang memberi kesan secara langsung kepada kehidupan seharian rakyat. Saya ingin menegaskan bahawa hak asasi manusia pada hari ini tidak lagi boleh ditafsirkan secara sempit atau mengikutkan acuan lama.

Hak untuk hidup mesti bermaksud hak untuk mendapat rawatan, hak kepada maruah mesti merangkumi perlindungan daripada eksploitasi teknologi digital, hak kepada kesaksamaan mesti diterjemahkan kepada peluang yang adil untuk menikmati kehidupan yang bermaruah tanpa mengira kedudukan ekonomi. Sekiranya SUHAKAM benar-benar ingin kekal relevan sebagai institusi hak asasi negara, maka ruang lingkup perjuangannya juga mesti berkembang mengikut realiti semasa.

Saya berharap penyata SUHAKAM pada tahun-tahun akan datang memberikan penekanan lebih besar kepada tiga bidang ini kerana inilah isu hak asasi yang semakin dirasai oleh rakyat Malaysia setiap hari. Saya ingin mengemukakan beberapa perkara, beberapa poin. Pertama Yang di-Pertua, hak kepada penjagaan kesihatan yang mampu milik.

Tiga minit yang lepas, saya mendapat satu mesej daripada codeblue.galencentre, HTAR Klang, Hospital Besar Klang, “Surgery department on verge of collapse. Concern surgical medical officers with just twenty MO’s serving 300 to 400 patients daily.” It’s on the verge of collapse this surgical MO sebab kita lihat bagaimana mereka ini terpaksa nak menjagakan seluruh itu kerana tak cukup orang.

Perkara 25 Universal Declaration of Human Rights memperuntukkan bahawa setiap orang berhak kepada taraf hidup yang mencukupi termasuk penjagaan kesihatan.

Walaupun Malaysia belum meratifikasikan International Covenant on Economic Social and Cultural Rights, prinsip bahawa akses kepada penjagaan kesihatan adalah hak asasi diterima secara meluasnya di peringkat antarabangsa.

Hari ini rakyat berdepan realiti yang membimbangkan. Premium insurans kesihatan meningkat dengan ketara, kos rawatan hospital swasta telah melonjak, manakala hospital awam pula menanggung beban pesakit yang semakin tinggi.

draft5:25 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Dan kita lihat apa yang berlaku yang saya sebutkan tadi tentang Hospital Klang.

Laporan PAC yang saya bentangkan di Dewan ini mengenai premium insurans kesihatan dan caj hospital swasta menunjukkan bahawa kos rawatan kini menjadi antara faktor utama menjejaskan akses rakyat kepada perkhidmatan kesihatan dan membanjiri perkhidmatan kesihatan awam yang di bawah kerajaan.

Persoalannya, mengapa isu yang menyentuh jutaan rakyat ini masih belum diberi perhatian khusus sebagai isu hak asasi manusia dalam kerangka kerja SUHAKAM?

Saya mencadangkan SUHAKAM melaksanakan inquiry nasional mengenai hak kepada penjagaan kesihatan yang mampu milik termasuk menilai kesan peningkatan kos rawatan terhadap golongan B40, M40 dan warga emas.

Kedua, isu kebajikan kakitangan kesihatan. Beban kerja dan isu buli. Isu ini berkait rapat dengan kebajikan profesional muda kita iaitu krisis kemanusiaan yang melanda doktor pelatih, HO, doktor kontrak dan jururawat di hospital kerajaan. Laporan SUHAKAM mendedahkan kewujudan ekosistem kerja toksik yang tidak berperikemanusiaan. Saya melihatkan masalahnya soalan kepada Kementerian Kesihatan lah ya.

Apakah tindakan konkrit yang telah diambil berdasarkan syor healthcare work culture reform taskforce? Apakah langkah KKM untuk mewujudkan sistem pelaporan kes buli sebab memang ada kes buli di kalangan doktor, jururawat dan sebagainya yang telus tanpa mangsa bimbang dianiaya dan tak boleh naik pangkat, tak diluluskan dan sebagainya dan apakah pelan jangka panjang bagi menyerap doktor kontrak ke jawatan tetap secara berkala demi menghentikan penghijrahan pakar dan keluar negara dan juga ke tempat swasta?

Kedua, hak digital dalam era kecerdasan buatan (AI). Laporan ini menyentuh beberapa aspek teknologi namun saya berpandangan bahawa cabaran AI memerlukan satu fokus yang jauh lebih menyeluruh. Hari ini kita menyaksikan penyalahgunaan AI untuk menghasilkan deepfake penipuan kewangan, pencurian identiti, manipulasi maklumat serta penggunaan data peribadi tanpa kawalan yang mencukupi.

Hak kepada privasi kini bukan lagi isu masa depan tapi isu hari ini. Malah AI Index Report 2024 menunjukkan penggunaan AI berkembang pada kadar yang sangat pantas merentas sektor, menjadikan keperluan kepada tadbir urus berasaskan hak asasi semakin mendesak.

Saya mencadangkan SUHAKAM menerbitkan laporan tahunan hak digital Malaysia yang merangkumi privasi tadbir urus AI, perlindungan data, hak kanak-kanak dalam talian serta implikasi AI terhadap demokrasi dan hak asasi.

Ketiga, hak ekonomi dan sosial golongan rentan. Hak untuk mendapat makanan mencukupi, tempat tinggal yang selamat, perlindungan sosial dan kehidupan yang bermaruah merupakan sebahagian daripada hak asasi manusia.

Saya berharap SUHAKAM memperluaskan skop pemantauannya supaya bukan sahaja merekodkan pelanggaran hak tetapi juga mengukur keupayaan rakyat menikmati hak tersebut melalui indeks indikator akses kepada kesihatan, perumahan, makanan, perlindungan sosial dan pendidikan. Hak ekonomi belia, pengangguran dan guna tenaga tidak penuh. Isu hak ekonomi dan jaminan masa depan golongan muda ataupun belia ini membentuk aset terbesar negara.

Berdasarkan statistik terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), walaupun kadar pengangguran nasional berada pada paras stabil kita 2.9 peratus, kadar pengangguran dalam kalangan belia berumur 15 hingga 24 tahun, kekal tinggi 10.2 peratus manakala bagi belia bawah 30 tahun berada 6.2 peratus. Lebih 390,000 anak muda kini menganggur secara aktif. Bukan itu saja, laporan SUHAKAM turut memberi amaran mengenai isu skill related under employment yang mencecah 35.2 peratus.

Maksudnya Tuan Yang di-Pertua lebih 1.93 juta graduan universiti kita hari ini terpaksa bekerja di sektor separa mahir atau berkemahiran rendah dengan gaji yang tidak setimpal dengan demi kelangsungan hidup. Inilah pembaziran bakat nasional dan pencabulan hak perlindungan sosioekonomi generasi muda.

Jadi, akhirnya Puan Speaker hak asasi peniaga kecil dan wanita dalam sektor tidak formal. Satu lagi dimensi hak asasi ekonomi yang gagal diberi perhatian tumpuan oleh SUHAKAM adalah nasib dan hak peniaga kecil serta penjaja, khususnya kaum wanita yang merupakan penggerak ekonomi mikro negara.

Namun, mereka sering kali terdedah kepada diskriminasi systemic, ketiadaan perlindungan sosial dan gangguan di lapangan. Saya mendesak SUHAKAM untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi menyiasat dan menggariskan kod amalan terbaik perlindungan hak asasi pekerja tidak formal.

Akhirnya Speaker, soalan saya kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Apakah jaminan perlindungan undang-undang sedia ada untuk mempertahankan hak peniaga kecil wanita ini daripada ditindas dan sejauh mana penyelarasan dasar dibuat bersama PBT bagi memasti proses pelesenan dan penyediaan tapak niaga mesra wanita dilaksanakan secara berperikemanusiaan dan saya mengharapkan kita mendengar, kita mahu tindakan daripada semua kementerian dan agensi yang terkait dengan laporan SUHAKAM ini supaya mereka mengambil tindakan daripada syor-syor bukan NATO (no action talk only).

Jadi, kita harapkan perhatian daripada kerajaan. Terima kasih Speaker.

draft5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Rabu, 8 Julai 2026.

draft5:30 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.37 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026