Jul062026

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum, Yang Berhormat-Yang Berhormat.

Alhamdulillah hari Isnin ini kita mulakan sesi, Majlis dengan pertanyaan-pertanyaan bagi mendapat jawapan lisan. Alhamdulillah, kalau ada masa lebih, saya akan cuba sebanyak mungkin untuk menambah-nambahkan pertanyaan-pertanyaan soalan ya, insya-Allah kerana ramai yang sibuk di Johor tu. Bismillah. Dipersilakan Tuan Tan Kok Wai, Yang Berhormat Cheras.

draft • 10:00 AM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Terima kasih dan selamat pagi Dato' Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 1.

draft • 10:00 AM

1. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah langkah kerajaan untuk memperkukuh peraturan insurans bagi melindungi pemegang polisi, pesakit penyakit kritikal dan kanser, daripada pembatalan polisi sewenang-wenangnya, penolakan tuntutan retrospektif serta syarat pendedahan tidak jelas di samping meningkatkan akauntabiliti, ketelusan dan mekanisme penyelesaian pertikaian adil bagi menjamin perlindungan serta kesinambungan rawatan perubatan.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Kewangan untuk menjawab.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Dato' Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Cheras. Kerajaan mengambil maklum kebimbangan pemegang polisi mengenai kesinambungan perlindungan insurans.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, bagi produk Insurans dan Takaful Perubatan dan Kesihatan atau MHIT syarikat insurans dan pengendali takaful atau ITO perlu

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

mematuhi peraturan yang ditetapkan di dalam dokumen dasar perniagaan MHIT yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Antaranya, ITO tidak boleh sewenang-wenangnya membatalkan polisi atau sijil takaful secara sebelah pihak. ITO juga tidak boleh menamatkan atau enggan memperbaharui perlindungan hanya kerana pemegang polisi tersebut telah membuat tuntutan atau mengalami masalah kesihatan selepas mendapatkan perlindungan.

Di bawah dokumen dasar ini, ITO juga bertanggungjawab menyemak dan mengurus tuntutan dengan adil mengikut terma kontrak, termasuk memastikan tuntutan berada dalam skop perlindungan dan perlu secara perubatan. Penyemakan dibuat berpandukan protokol rawatan lazim dan yang mematuhi garis panduan amalan klinikal termasuk yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bagi kebanyakan hospital, langkah ini dilakukan sebelum rawatan diberikan kepada pesakit, sekali gus memastikan pemegang polisi tidak perlu menanggung secara retrospektif sebarang kos yang tidak dipersetujui. Dalam kes di mana rawatan tidak mengikut protokol, rawatan yang lazim, ITO akan membuat semakan lanjut jika rawatan tersebut didapati perlu secara perubatan, tuntutan mesti la dibayar.

Proses ini sedang diperkukuhkan lagi melalui usaha yang diterajui oleh Jawatankuasa Protokol dan Penyelesaian Rakan Penjagaan Kesihatan (HPPSC) yang diterajui oleh kerajaan bersama pelbagai pihak, termasuk industri perubatan, hospital, ITO dan Bank Negara Malaysia untuk menangani isu pertikaian tuntutan MHIT.

HPPSC baru-baru ini mengumumkan beberapa inisiatif termasuk dengan menggalakkan amalan terbaik atau best practices dalam penentuan perlindungan dan takaful bagi teknologi dan rawatan perubatan baharu. Bagi mengukuhkan lagi perlindungan pada pemegang polisi BNM juga sedang mempertimbangkan pelaksanaan moratorium keseluruhan ke atas tuntutan juga dikenali sebagai peruntukan no look-back. Ini bermaksud selepas seorang— selepas seseorang mempunyai perlindungan insurans ataupun takaful bagi tempoh tertentu yang berterusan, syarikat insurans ataupun pengendali takaful tidak boleh menolak tuntutan atas alasan penyakit sedia ada yang tidak didedahkan secara tidak sengaja.

Data industri setakat 2025 juga menunjukkan bahawa industri ITO mengekalkan purata kadar kelulusan tuntutan melebihi 90 peratus. Secara kolektif pemain industri konsisten meluluskan lebih RM1 juta tuntutan setiap tahun.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Sekiranya pemegang polisi mempunyai aduan, mereka boleh menghubungi pihak ITO terlebih dahulu.

Sekiranya pemegang polisi masih tidak berpuas hati mereka boleh menghubungi BNM link dan mengemukakan pertikaian kepada Perkhidmatan Ombudsman Pasaran Kewangan (FMOS) secara percuma. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat untuk soalan tambahan.

draft • 10:00 AM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Memandangkan masih ada banyak aduan terhadap syarikat insurans yang menolakkan tuntutan pesakit penyakit kritikal, maka saya ingin bertanya adakah kerajaan bercadang untuk mewajibkan syarikat insurans agar mendapatkan kelulusan Bank Negara sebelum sesuatu polisi penyakit kritikal boleh dibatalkan ataupun menolak tuntutan berdasarkan alasan teknikal supaya pembatalan tidak dibuat secara sewenang-wenangnya. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 10:00 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Yang Berhormat. Biasanya sesebuah polisi insurans tidak dibatalkan atas sebab apa ni— dari sepihak ataupun pihak insurans tapi biasanya dia dibatalkan kerana— pencarum tidak lagi membayar ataupun ada keadaan float atau kesalahan.

draft • 10:00 AM

Tuan Liew Chin Tong

Tetapi kalau apabila ada kes, dia ada tiga cara. Satu ialah— pertama, dia pengadu mesti berbincang dengan ITO ataupun pihak pengendalian takaful dan insurans.

Kedua, selepas itu dia boleh mengadu kepada BNM Link ataupun pihak Bank Negara.

Ketiga, apabila isu ini tidak boleh diselesaikan, ia boleh pergi ke ombudsman

(FMOS) yang saya sebut tadi iaitu ombudsman pasaran kewangan, Perkhidmatan Ombudsman Pasaran Kewangan, tapi saya juga memang ada dengar banyak aduan dan saya minta kalau ada aduan yang spesifik, di mana tiga-tiga cara ini tidak diselesaikan, Yang Berhormat boleh bawa kepada saya dan Kementerian Kewangan. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Pendang.

draft • 10:10 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Dato' Yang di-Pertua, terima kasih

draft • 10:10 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

kerana memberi peluang kepada saya untuk membuat soalan tambahan, lanjutan daripada Yang Berhormat Cheras membangkitkan berkenaan dengan soalan kepada Menteri Kewangan.

Dalam baru-baru ini, dalam laporan PAC berkenaan dengan isu yang sudah kita bahaskan pada 25 Jun lepas, ya lah, kita melihat tindakan khusus yang perlu dilaksanakan oleh MOF, Bank Negara dan Bank Negara. Jadi, saya ingin tahu setakat mana kerajaan telah melaksanakan syor-syor tersebut secara khususnya.

Garis semasa pelaksanaan yang munasabah dan jelas bagi semua langkah inisiatif Regulatory Enhancement for Sustainable and Efficient Takaful ataupun Insurans Bank Negara Malaysia juga disarankan memastikan industri insurans dan takaful beralih kepada pelarasan premium tahunan yang lebih kecil dan stabil untuk mengelakkan kejutan kenaikan kewangan yang besar terhadap pemegang polisi.

Oleh itu, isu ini adalah berlarutan bertahun-tahun lamanya, dan begitu membebankan rakyat dan impak limpahannya kepada sistem perkhidmatan kesihatan awam KKM. Rakyat mendambakan penyelesaian, bukannya saling tuding menuding seperti lagu...

“Bangau oh bangau, Sudah terhantuk baru nak tengadah...” Ada syarikat insurans bukan saja menolak tuntutan pesakit, tetapi juga ada menyenaraihitamkan doktor-doktor pakar yang dilihat tidak memihak kepada mereka dalam isu jumlah tuntutan. Adakah kerajaan sedar tentang perkara ini? Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 10:10 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat. Memang ada pelbagai cadangan dan cadangan yang dibentangkan oleh Jawatankuasa hari itu, diterima baik oleh Kementerian Kewangan dan juga Bank Negara.

Sebenarnya, mulai tahun depan, mulai Januari tahun depan, pelan MHIT asas akan dilancarkan. Ini adalah intervensi daripada kerajaan melalui BNM, Kementerian Kewangan dan juga Kementerian Kesihatan kerana isu ini isu inflasi medical dari segi insurans bukan saja masalah pihak insurans tetapi juga masalah di mana kos di peringkat hospital tidak dikawal.

Maka pelan MHIT asas kekal yang akan dilancarkan pada tahun depan ialah untuk menyelesaikan masalah ini secara jangka panjang, supaya ini ciri-ciri dia termasuk bayaran bersama atau co-payment yang melibatkan pencarum serta

draft • 10:10 AM

Tuan Liew Chin Tong

pembayaran berasas diagnosis related group bagi mengelakkan dan memastikan kalau dia dalam satu kategori, penyakit kosnya dikawal dan dikawal di antara hospital.

So, saya harap mulai tahun depan dengan pelan MHIT asas, kita boleh ada solusi atau penyelesaian berjangka panjang. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dato' Yang di-Pertua. Saya nak minta izin untuk dapat jawapan bertulis, sebab jawapan hari ini kita nak tengok tahun depan, dia kata dia akan laksana. Saya akan tengok balik kalau cakap secara berbelit ini saya mungkin lupa. Jadi saya akan bangkit balik jawapan bertulis itu akan dilaksanakan pada tahun depan apa yang saya bangkitkan pada pagi ini. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Menteri boleh?

draft • 10:10 AM

Tuan Liew Chin Tong

Boleh. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

Majlis ke soalan yang kedua. Dengan ini dipersilakan Tuan Zakri bin Hassan, Yang Berhormat Kangar.

draft • 10:10 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Wassalamualaikum.

draft • 10:10 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Salam sejahtera. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Kangar soalan nombor 2. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

2. Tuan Zakri bin Hassan [Kangar] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan usaha kementerian dalam pencarian bakat khusus bagi permainan bola tampar indoor dan bola tampar pantai.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

dipersilakan Menteri Belia dan Sukan untuk menjawab.

draft • 10:10 AM

Menteri Belia dan Sukan - Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kangar yang sentiasa cakna dan selalu bertanyakan tentang soalan-soalan berkaitan dengan sukan, khususnya peringkat akar umbi.

draft • 10:10 AM

Menteri Belia dan Sukan - Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian melalui Jabatan Belia Sukan dan Negara sentiasa mempergiat pencarian bakat akar umbi melalui pelbagai agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan, dan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara, kita mempunyai liga sukan komuniti 2026 yang dilaksanakan di 113 daerah di seluruh negara.

Dan bagi acara bola tampar sahaja, ia melibatkan 25,312 penyertaan dan program ini menjadi platform penting untuk mencungkil bakat baru di peringkat akar umbi. Dan disampingi itu juga Yang Berhormat, kita mempunyai beberapa dana untuk sukan pembangunan akar umbi iaitu dana sukan komuniti dan juga geran padanan sukan yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Dan untuk sukan bola tampar, geran padanan sukan telah pun disalurkan sebanyak RM430,000 kepada enam penerima manfaat, dan untuk dana sukan komuniti, kita telah pun menyalurkan sebanyak RM512,000 kepada 52 penerima manfaat bagi tahun 2024 dan 2025. Dan bantuan ini dimanfaatkan bagi pelaksanaan program pembangunan atlet penganjuran kejohanan, pencarian bakat serta pengukuhan aktiviti-aktiviti sukan di peringkat bawah ataupun di peringkat akar umbi.

Dan untuk tahun ini Yang Berhormat, di Perlis telah pun menerima geran padanan sukan untuk kejohanan bola tampar antarabangsa sebanyak RM50,000 dan bagi aspek sukan prestasi tinggi, ini juga penting ya. Majlis Sukan Negara sentiasa menjalinkan kerjasama yang erat dengan Persatuan Bola Tampar Malaysia atau MAVA dalam pembangunan sukan bola tampar negara dan sukan bola tampar merupakan sukan di bawah program berfasa MSN yang bertujuan untuk memperkukuhkan persediaan atlet sukan berprestasi tinggi di temasya sukan antarabangsa.

Dan kini Yang Berhormat kita mempunyai 52 atlet di bawah program ini dan bagi tempoh 2023 sehingga 2026, KBS melalui MSN telah pun menyalurkan sebanyak RM786,559.74 kepada program ini, bagi menyokong pembangunan sukan bola tampar dan ini juga termasuk juga dengan pengurusan atlet, pengurusan jurulatih, pengurusan pusat latihan, pendedahan pertandingan sebab yang paling penting sekali adalah pendedahan terhadap pertandingan supaya memberikan platform yang penting untuk atlet-atlet kita ini.

Dan bagi aspek pembangunan bakat, KBS sentiasa menjalinkan hubungan yang baik dengan KPT dan juga KPM, untuk kita memastikan lebih banyak lagi program-program ataupun acara-acara sukan ini atlet-atlet kita dapat pendedahan

draft • 10:10 AM

Menteri Belia dan Sukan - Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

yang lebih banyak di peringkat kebangsaan dan yang paling penting juga di peringkat antarabangsa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat, soalan tambahan.

draft • 10:10 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang segak dan tampan. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri dan KBS, kerana sedang membantu Perlis untuk menaik taraf gelanggang bola tampar pantai di kawasan Kangar dan lagi sekali memberi bantuan geran perdana sukan untuk kejohanan bola tampar antarabangsa yang dijalankan di Kangar baru-baru ini.

Jadi berhubung dengan pasukan bola tampar negara, apakah ranking— tanya ranking pula. Apakah ranking dan sasaran masa depan pasukan bola tampar negara di peringkat Asia dan dunia? Dan seterusnya, mengapakah prestasi pasukan bola tampar negara, jauh ketinggalan berbanding negara-negara lain di peringkat Asia Tenggara dan juga Asia? Dan soalan terakhir, apakah pelan strategi jangka panjang KBS bersama persatuan untuk mengangkat sukan ini setanding dengan negara-negara lain di Asia. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 10:10 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Terima kasih Yang Berhormat. KBS sentiasa memastikan bahawa tidak ada yang tertinggal, tak kira negeri mana pun tak kira siapa pun itu, kita sentiasa memastikan bahawa sukan ini tetap diperkukuh sebagai medium perpaduan dalam negara kita. Yang Berhormat berkenaan dengan ranking, setakat ini bola tampar Malaysia belum mempunyai kedudukan rasmi di peringkat Asia.

draft • 10:10 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Ini disebabkan oleh ranking badan induk antarabangsa dan benua bagi sukan bola tampar biasanya ditentukan berdasarkan penyertaan dan pencapaian pasukan kebangsaan dalam kejohanan-kejohanan rasmi.

Kita menghadapi beberapa kekangan sekarang ini dan beberapa permasalahan yang perlu kita mencari solusi dengan segera. Kenapa kita belum lagi tersenarai dalam ranking di peringkat Asia. Pertama disebabkan oleh kekurangan pendedahan terhadap pertandingan berintensiti tinggi.

Kedua adalah disebabkan tahap pertandingan domestik yang perlu diperbanyakkan. Ketiga, sistem pembangunan dan liga profesional negara pesaing itu lebih matang berbanding dengan kita. Tak kalah penting juga sebenarnya adalah

draft • 10:20 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

faktor fizikal kita sebab fizikal sebenarnya dalam sukan bola tampar ini menjadi salah satu aspek penting untuk kita memenangi kejohanan bola tampar berbanding dengan negara-negara lain.

Yang paling penting sebenarnya adalah pendedahan sebab itu bola tampar ini tersenarai dalam MSSM. Kita bersama dengan KPM dan kita juga senaraikan bola tampar ini dalam SUKMA 2026 dan juga SEA Games 2027, yang mana kita menjadi tuan rumah pada tahun hadapan. Kita masukkan bola tampar sebagai salah satu sukan yang tersenarai dalam penganjuran temasya yang sangat penting ini.

Dalam usaha untuk mengangkat sukan bola tampar, KBS bersama dengan Persatuan Bola Tampar Malaysia dalam perancangan untuk melaksanakan beberapa pelan tindakan yang penting yang perlu diikuti oleh persatuan. Antaranya memperkasakan kerjasama yang erat bersama dengan Majlis Sukan Negara (MSN), Institusi Sukan Negara (ISN), KPM, KPT dan juga Persatuan Bola Tampar dilaksanakan secara bersepadu dari peringkat bawah sehinggalah ke peringkat prestasi tinggi.

Kedua adalah memperbanyakkan lagi kejohanan yang kompetitif dalam negara supaya atlet boleh memperoleh pengalaman pertandingan dan konsistensi prestasi dalam jangka panjang.

Ketiga Yang Berhormat kita juga meningkatkan kualiti kejurulatihan dan juga pegawai teknikal melalui pendedahan kepada latihan moden serta kerjasama teknikal dalam negara yang lebih maju dalam sukan bola tampar di Asia sebab itu kerjasama yang erat daripada semua pihak itu amat-amat penting dan pendedahan kejohanan itu saya rasa yang perlu kita pertingkatkan lagi dan keaktifan Persatuan Bola Tampar Malaysia itu perlu dipergiatkan dengan lebih lagi. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Tampin.

draft • 10:20 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Dato' Yang di- Pertua.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat sila lain kali tekan ya. Tekan. Lain kali. Tekan. Bila nak bertanya soalan itu Yang Berhormat, Yang Berhormat tolong tekan. Boleh saya nampak. Dia akan nyatakan dekat sini, siapa dulu tekan. Silakan Tampin.

draft • 10:20 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Tampin selalu tekan. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Jadi Menteri ada bercakap menyebut tentang faktor

draft • 10:20 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

fizikal yang menyebabkan pasukan bola tampar Malaysia tidak menyerlah berbanding dengan negara lain. Memandangkan faktor fizikal dan ketinggian berkait rapat dengan fasa pertumbuhan awal apakah kementerian akan mengintegrasikan sains pemakanan sukan di peringkat sekolah, bawah 12 ataupun bawah 18 tahun dan bukan hanya tertumpu apabila mereka sudah menyertai skuad elit. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:20 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Terima kasih Yang Berhormat. Saya cukup bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat kerana faktor fizikal itu sangat penting. Pertama bila kita mencari bakat-bakat baru di peringkat akar umbi, semua kebanyakannya atlet-atlet ini berbakat. Kemudian bila masuk ke kejohanan yang lebih tinggi tidak ada satu kejohanan di peringkat nasional atau antarabangsa yang banyak.

Yang penting juga mereka berbakat tetapi secara fizikalnya mungkin tidak memenuhi kriteria optimum untuk memastikan bahawa atlet-atlet kita ini boleh mencapai kemenangan dengan strategi yang lebih baik ataupun dengan faktor lawannya yang lebih tinggi. Sebab itu pemakanan itu sangat penting.

Di bawah Institusi Sukan Negara (ISN), memang kita menyediakan perkhidmatan sains sukan termasuk juga dengan pemakanan sukan diberikan kepada atlet yang berada dalam program pelapis kebangsaan ataupun program kebangsaan. Maknanya kita dah ada kita punya modul, kita dah ada kita punya formula untuk kita berikan pemakanan yang sihat dan sesuai dengan apa yang diperlukan oleh atlet. Tetapi bola tampar ini belum termasuk dalam sukan senarai tersebut. Jadi, dia tidak mendapat manfaat daripada Institusi Sukan Negara tersebut.

Kalau ditanyakan oleh Yang Berhormat Tampin tadi berkenaan dengan mereka yang masih bersekolah ataupun di bawah 12 tahun, sudah pasti itu adalah kita perlu ada perbincangan yang lebih bersama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan bahawa program-program di peringkat sekolah itu juga kita boleh bekerjasama.

Dan Kementerian Belia dan Sukan akan sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana kementerian, khususnya untuk memastikan bahawa atlet-atlet di peringkat akar umbi ini dapat kita siapkan dengan lebih awal lagi. Jadi saya rasa itu yang paling penting supaya setiap apa yang kita laksanakan itu dapat hasilnya

draft • 10:20 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

untuk kita memastikan bahawa kejayaan-kejayaan atlet itu dapat terbentuk di masa- masa yang akan datang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Maksud saya tekan itu, tekan butang. Bukan tekan benda lain. Baik Yang Berhormat, Majlis kita ke soalan yang ketiga. Dipersilakan Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Port Dickson.

draft • 10:20 AM

Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Port Dickson mengemukakan soalan nombor 3. Silakan.

draft • 10:20 AM

3. Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun [Port Dickson] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah langkah dan strategi kerajaan bagi memastikan rakyat mempunyai simpanan dan pendapatan persaraan yang mencukupi khususnya simpanan dalam kalangan ahli KWSP yang masih menjadi kebimbangan bagi menghadapi peningkatan kos sara hidup dan peralihan Malaysia ke arah negara menua menjelang tahun 2030.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri Kewangan.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Port Dickson. Untuk maklumat Yang Berhormat, kerajaan dan KWSP sentiasa komited dalam melaksanakan langkah proaktif, strategik dan berterusan bagi menangani cabaran kecukupan simpanan persaraan dalam kalangan ahli khususnya dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup serta peralihan Malaysia ke arah negara tua menjelang tahun 2048.

Bagi tujuan tersebut, pelbagai langkah dan inisiatif telah, sedang dan akan dijalankan oleh KWSP bagi membantu ahli mempunyai simpanan yang mencukupi untuk persaraan mereka. Antaranya, pertama penstrukturan semula akaun KWSP daripada dua akaun kepada tiga akaun bagi mengimbangkan keperluan simpanan jangka panjang dengan keperluan jangka pendek dan sederhana.

Akaun persaraan iaitu akaun khusus untuk simpanan hari tua di mana agihan caruman telah ditingkatkan daripada 70 peratus kepada 75 peratus. Akaun sejahtera bagi tujuan untuk pengeluaran bersyarat seperti perumahan, pendidikan, kesihatan dan lain-lain tujuan yang dibenarkan dengan agihan caruman sebanyak 15 peratus.

Akaun fleksibel untuk keperluan jangka pendek dan kecemasan dengan agihan caruman sebanyak 10 peratus.

Kedua, memperkukuh liputan caruman KWSP termasuk peluasan penyertaan secara sukarela melalui program i-Saraan bagi golongan yang bekerja

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

sendiri, pekerja sektor tidak formal dan gig. Mulai tahun 2026 juga kerajaan juga memperkenalkan i-Saraan Plus yang direka khusus untuk pekerja e-hailing dan p- hailing berdasarkan platform dengan menawarkan had maksimum insentif tahunan sebanyak RM600 sehingga RM6,000 seumur hidup tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Ketiga, menyokong golongan rentas termasuk wanita dan suri rumah melalui program i-Suri dan i-Sayang bagi membina simpanan persaraan walaupun mereka tidak mempunyai pendapatan tetap.

Keempat, menyediakan pelbagai saluran untuk memudahkan ahli menambah caruman dan simpanan ke dalam KWSP sebagai usaha berterusan bagi usaha membantu ahli membina simpanan persaraan termasuk i-Topup, i-Simpanan atau caruman sukarela, i-Legasi yang bermula pada 1 Februari 2026.

Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke atas yang mempunyai simpanan tahap simpanan mencukupi iaitu RM650,000 boleh memindahkan sebahagian daripada simpanan persaraan mereka ke dalam akaun KWSP ahli keluarga terdekat yang lebih mudah. Setakat ini sebanyak 63 permohonan telah diluluskan dengan amaun pindahan sebanyak RM46.3 juta kepada 86 penerima.

Usaha yang dilaksanakan oleh KWSP ini secara langsung telah membantu meningkatkan tahap simpanan ahli dengan ukuran kecukupan simpanan dinilai berdasarkan pencapaian simpanan asas mengikut umur yang ditetapkan. Setakat 31 Mei 2026 seramai 3.04 juta ahli aktif formal warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 60 tahun atau 38.3 peratus daripada keseluruhan 7.94 juta ahli dalam kategori tersebut telah mencapai simpanan asas mengikut umur iaitu RM390,000 pada usia 60 tahun.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Ini adalah peningkatan yang jelas dan memberangsangkan berbanding 35 peratus atau 2.71 juta daripada 7.74 juta ahli aktif formal warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 60 tahun yang mencapai simpanan asas mengikut umur pada 31 Mei 2025.

Kerajaan dan KWSP akan terus memperkukuh kerjasama erat dalam merangka dasar dan mekanisme kewangan yang holistik termasuk penambahbaikan insentif caruman dan perlindungan sosial bagi meningkatkan kecukupan simpanan persaraan serta menjamin kesejahteraan kewangan ahli KWSP pada masa hadapan. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat. Soalan tambahan. Yang Berhormat Port Dickson.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya, tujuan yang di-Pertua, berdasarkan pengakuan kerajaan bahawa seramai 6.1 juta ahli KWSP hanya mempunyai baki simpanan kurang daripada RM10,000 selepas pengeluaran khas semasa pandemik dan bahawa mereka mungkin perlu bekerja empat hingga enam tahun lagi untuk membina semula simpanan, apakah penilaian terkini kerajaan terhadap risiko kemiskinan dalam kalangan kumpulan ini apabila mereka memasuki usia persaraan? Adakah kerajaan mempunyai pelan intervensi khusus bagi memastikan mereka tidak menjadi golongan miskin baru pada usia tua?

Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:30 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Dari segi dasar MADANI ataupun kerangka Ekonomi MADANI, hasrat kerajaan ialah untuk meningkatkan gaji dan juga pendapatan rakyat. Ini adalah dasar yang besar kalau dalam 10 tahun yang akan datang, rakyat kita dapat gaji dan pendapatan yang lebih tinggi, maka isu ini boleh kita mengendali dengan baik. Tetapi memang itu satu kerisauan yang saya kongsi dan kerajaan akan mengambil tindakan untuk mengatasi. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Padang Besar.

draft • 10:30 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang cukup baik tadi. Cuma strategi jangka masa— saya nak tanya tentang strategi jangka masa panjang kerajaan atau KWSP untuk memastikan kecukupan dari segi persaraan khususnya bagi pencarum sektor ekonomi gig yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Tapi dalam masa yang sama, kita perlu ambil kira juga tentang akaun fleksibel terutama apabila pencarum begitu terdesak untuk urusan kecemasan dalam masa yang sama, matlamat mengekalkan simpanan persaraan yang cukup. Serta apakah strategi pelaburan KWSP untuk kekal berdaya tahan dalam menghadapi ketentuan ekonomi dan geopolitik global agar pulangan serta dividen pada pencarum tidak terjejas pada masa hadapan? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 10:30 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti apa yang saya sebut tadi, kita sekarang ini ada agihan di antara tiga-tiga akaun. Akaun fleksibel iaitu akaun yang boleh dikeluarkan untuk keperluan jangka pendek adalah agihan 10 peratus. Ini kita mengambil iktibar daripada apa yang berlaku semasa COVID-19.

Maka, ada struktur dan ada kaedah untuk mendapat keluaran dan keluaran itu ditetapkan di tahap 10 peratus atau agihan 10 peratus dan Akaun Sejahtera bagi tujuan untuk pengeluaran bersyarat iaitu untuk perumahan dan kesihatan dan tujuan- tujuan lain yang dibenarkan adalah 15 peratus. Yang lain, 75 peratus adalah simpanan asas ataupun simpanan untuk jangka panjang untuk persaraan. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

[Soalan No.4 – YB. Tuan Hassan bin Saad (Baling) tidak hadir]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan.

Majlis akan ke soalan 5. Soalan 4, Yang Berhormat tidak ada dalam Dewan. Saya ke soalan 5. Dipersilakan Tuan Cha Kee Chin, Yang Berhormat Rasah.

draft • 10:30 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan 5.

draft • 10:30 AM

5. Tuan Cha Kee Chin [Rasah] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan keberkesanan pelaksanaan aplikasi mobil eCOSS sejak Mei 2025 dalam mengekang ketirisan minyak masak paket bersubsidi satu kilogram di peringkat runcit serta langkah kementerian menangani aduan rakyat khususnya warga emas dan golongan kurang mahir di kawasan pedalaman dan luar bandar.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk menjawab.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih Yang Berhormat Rasah di atas soalan. Yang Berhormat Rasah memang sentiasa peka, mengambil berat berkenaan dengan isu minyak masak ini. Terima kasih juga Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Yang Berhormat Rasah bertanya berkenaan dengan keberkesanan pelaksanaan aplikasi mobil eCOSS sejak Mei 2025 dalam mengekang ketirisan minyak masak paket bersubsidi satu kilogram di peringkat runcit. Bahagian pertama ini, Yang Berhormat Rasah ialah berkenaan dengan keberkesanan.

Sepertimana Yang Berhormat tahu, semenjak daripada Mei 2025, kita telah pun memulakan projek rintis untuk melaksanakan aplikasi mobil eCOSS di peringkat runcit. The last-mile connectivity-lah. Kalau sebelum itu di peringkat penapis, repacker, pemborong dan peruncit ya eCOSS ini tapi sekarang kita dah ada mobil eCOSS.

Yang Berhormat, ada dua indikator yang kita lihat sebagai keberkesanan— mengukur keberkesanan. Yang pertama ialah keberadaan bekalan minyak masak paket di pasaran dan indikator yang kedua ialah berkenaan dengan bagaimana kita boleh memastikan bahawa warga asing tidak dapat akses kepada minyak masak tersebut.

Jadi, dengan mobil eCOSS ini, keseluruhan yang telah berdaftar untuk menggunakan aplikasi mobil eCOSS ini ialah 5.261 juta. 5,261,836 rakyat Malaysia sehingga 3 Julai telah pun menggunakan aplikasi mobil eCOSS ini, Yang Berhormat.

Kita lihat bahawa pembeliannya secara purata ialah 18 juta sebulan.

Tapi saya ingin menjurus kepada Johor kerana Johor adalah satu negeri di mana kita menjalankan rintis ini secara agak meluas dan di sini kita melihat populasi Johor ialah 4.19 lebih kurang juta rakyat dan peruncit berdaftar ialah 2,822 peruncit dan yang menggunakan mobil eCOSS ini ialah 1,093 peruncit di Johor apabila kita laksanakan rintis ini.

Bagaimana kita lihat dua indikator tadi, Yang Berhormat? Kita lihat kepada aduan. Yang pertama tadi, keberadaan minyak masak di dalam kedai-kedai runcit.

Kita tengok pada Jun 2025, ada sembilan aduan. Tapi pada Jun 2026, dia hanya ada dua aduan. Maksudnya kurang dari segi jumlah aduan itu agak ketara. Begitu juga dengan bilangan minyak masak paket terjual. Ini lebih kita nampak.

Yang dah download aplikasi ini, 580,000 di Johor. Pada Jun 2025, jualannya ialah 1,330 paket. Tapi selepas 580,000 pengguna menggunakan aplikasi mobil eCOSS ini, di Johor kita lihat bahawa penjualannya ialah 1.96 juta paket. Jadi, peningkatan yang amat ketara di Johor ya. Dari segi aduan ketidakberadaan dia pun jauh kurang, juga dari segi penggunaannya juga jauh meningkat.

Berkenaan dengan— izin, sedikit lagi Dato’ Yang di-Pertua. Berkenaan dengan warga emas. Ada beberapa strategi yang digunakan oleh kementerian.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

(i) memastikan bahawa ada bantuan dan sokongan untuk di peringkat— di premis peruncit untuk membantu warga emas;

(ii) untuk memberi penerangan dan kesedaran awam;

(iii) untuk menyiapkan video-video penerangan supaya boleh memberi penerangan kepada warga emas; dan

(iv) untuk membenarkan— masih membenarkan jualan minyak masak paket secara manual kepada pengguna warga emas yang tak ada smartphone. Dan kita juga menambah baik dari segi penilaian dan maklum balas daripada rakyat.

Jadi, itu dia jawapan kepada Yang Berhormat Rasah. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat untuk soalan tambahan.

draft • 10:30 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberikan jawapan yang bagi saya agak menyeluruh berkaitan dengan status terkini pelaksanaan eCOSS terutama daripada awal Mei 2025, sudah lebih setahun.

Cuma saya berpandukan kepada jawapan yang diberikan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, berkenaan dengan warga emas, khasnya di kawasan luar bandar dan sebagainya, ada tak data daripada kementerian menunjukkan berapa peratus yang masih gunakan yang bukan aplikasi online?

Tetapi yalah, golongan yang memang tak ada mobile phone dan sebagainya, berapa peratus?

draft • 10:30 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Dan yang keduanya, saya nak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Selain daripada eCOSS, kita juga boleh gunakan MyKad sepertimana kerajaan menyalurkan bantuan SARA gunakan MyKad itu. Jadi, apakah status penggunaan MyKad untuk membeli minyak paket bersubsidi ini? Terima kasih Dato' Yang di- Pertua.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 10:40 AM

Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Terima kasih Yang Berhormat Rasah di atas soalan tambahan. Berkenaan dengan kegunaan manual ini, ia di dalam buku-buku di kedai-kedai runcit, Yang Berhormat Rasah. Jadi, dia punya usaha untuk mengumpulkannya itu agak rumit sedikit. Walau bagaimanapun, saya juga sudah

draft • 10:40 AM

Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

pun menyatakan bahawa kita perlu mendapat data ini kerana ia nya memberi kita satu gambaran berapa peratus sebenarnya yang masih memerlukan manual ini.

Yang kedua, berkenaan dengan MyKad ini. Saya pasti Yang Berhormat Rasah telah pun meneliti kenyataan kementerian sebelum ini berkenaan dengan kegunaan MyKad. Yang Berhormat, kita sebenarnya memerlukan satu peranti yang boleh membaca MyKad. Dan peranti tersebut sebenarnya, kalau dalam SARA punya peranti itu, dia hanya untuk kegunaan penerima SARA dan STR sahaja. Jadi, dia tidak boleh orang-orang biasa yang tak terima SARA ataupun STR untuk membeli minyak masak.

draft • 10:40 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Maka, perlu ada satu kegunaan menggunakan— KPDN bercadang untuk menggunakan kad pengenalan baharu dengan ciri baharu iaitu yang ada kod QR dan membantu mengatasi masalah ini.

Maksudnya, di dalam cip kad pengenalan itu nanti perlu ada peranti yang boleh mengenal pasti untuk membeli minyak masak paket ini kerana limitation yang kita ada sekarang ini dengan peranti yang digunakan untuk SARA dan STR.

Jadi, libat urus yang berterusan dilakukan oleh pihak kementerian dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan sebagainya dan juga pihak-pihak peruncit nanti untuk melaksanakannya tetapi ia nya dalam proses yang kita sedang lakukan. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Menteri. Silakan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

draft • 10:40 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik. Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan tambahan saya untuk soalan 5. Memandangkan eCOSS menghantar arahan eOperasi bagi operasi dalam real time, adakah betul nisbah 1 pegawai penguat kuasa KPDN – 1 pegawai nisbahnya 50,000 rakyat, masih diguna pakai?

Dan bagaimanakah kementerian memastikan arahan eCOSS dapat dilaksanakan dalam masa 24 jam di kawasan luar bandar? Juga yang kedua, sejauh manakah keberkesanan eCOSS bekerjasama mungkin dengan PDRM, Kastam ataupun JPJ dalam Ops Tiris bagi membanteras lori yang membawa minyak masak paket bersubsidi ke luar negara, terutamanya negara jiran? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 10:40 AM

Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Terima kasih Yang Berhormat Kulim. Saya kira, saya perlu memberi sedikit penjelasan kepada Yang Berhormat Kulim berkenaan dengan eCOSS ini. Sebelum ini Yang Berhormat, eCOSS ini ialah sistem- sistem yang boleh trace ataupun trace daripada kilang penapis, re-packer kepada pemborong dan seterusnya, kepada peruncit. Sistem eCOSS yang dibangunkan oleh kementerian sebelum ini tidak ada last mile connectivity iaitu daripada peruncit kepada pengguna.

Jadi, di situ kita ada— tidak dapat kita nak trace kalau dia tiris. Jadi, apabila ada mobile eCOSS ini, mobile eCOSS ini dia menyambungkan daripada peruncit ke pengguna. Jadi, kita— seluruh rantaian itu kita boleh trace dengan sistem eCOSS dan akhirnya, dengan mobile eCOSS yang menggunakan QR tadi.

Jadi, ini yang saya jawab pada Rasah tadi. Apa yang Yang Berhormat Kulim tanya tadi ialah berkenaan dengan penguatkuasaan. Penguatkuasaan ini Yang Berhormat dan Ops Tiris itu berjalan secara berasingan daripada mobile eCOSS ini tetapi data daripada Ops Tiris itu, data daripada aduan-aduan, dia memberi gambaran bagaimana berkesannya sistem eCOSS dan mobile eCOSS ini.

Jadi, dia tidak— maksudnya, penguat kuasa tidak terlibat dalam pelaksanaan mobile eCOSS, hanya peruncit. Dan kita ada kita punya sistem back end itu di kementerian, tidak melibatkan penguat kuasa. Penguat kuasa terlibat dalam Ops Tiris dan pemantauan yang lain tetapi data daripada penguat kuasa membantu kita untuk menilai keberkesanan eCOSS. Begitu ya, Yang Berhormat Kulim. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih. Majlis ke soalan yang keenam. Dipersilakan Yang Berhormat Puan Rodiyah binti Sapiee, Yang Berhormat Batang Sadong.

draft • 10:40 AM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Terima kasih Dato' Speaker.

Soalan Batang Sadong, nombor 6.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menjawab.

draft • 10:40 AM

6. Puan Rodiyah binti Sapiee [Batang Sadong] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan keberkesanan skim pembiayaan di bawah agensi KUSKOP dalam membantu PMKS berkembang serta jumlah usahawan yang berjaya meningkatkan hasil perniagaan sejak tahun 2024.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin

wabarakatuh. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Puan Rodiyah binti Sapiee atas soalan yang dikemukakan pada pagi ini.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sejak tahun 2024 hingga 31 Mei 2026, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensi-agensinya telah meluluskan pembiayaan sebanyak RM25.27 bilion kepada 847,653 usahawan dan koperasi seluruh negara.

Pembiayaan yang disediakan telah membantu usahawan PKS dan koperasi meningkatkan modal pusingan, mengembangkan kapasiti perniagaan, menambah baik premis dan peralatan perniagaan. Keberkesanan skim pembiayaan kepada usahawan dan koperasi dinilai melalui prestasi pembayaran balik pembiayaan oleh usahawan. KUSKOP tidak menetapkan purata non-performing financing (NPF) secara keseluruhan bagi semua agensi pembiayaan.

Prestasi NPF ini diukur dan dilaporkan secara berasingan oleh setiap agensi berdasarkan pembiayaan masing-masing. Secara umumnya, terdapat agensi yang menetapkan sasaran purata NPF di bawah 10 peratus. Sehingga Mei 2026, TEKUN Nasional merekodkan kadar purata NPF sebanyak 9.69 peratus. Manakala, SME Bank dan Bank Rakyat masing-masing merekodkan kadar purata NPF sebanyak 10.49 peratus dan 1.93 peratus. Kadar NPF bagi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) adalah sebanyak 0.01 peratus.

Prestasi bayaran balik yang baik mencerminkan keupayaan usahawan menjana pendapatan secara konsisten, di samping pengurusan aliran tunai perniagaan yang berkesan serta keupayaan PKS mengekalkan kelangsungan operasi perniagaan. Ini menunjukkan bahawa pembiayaan yang disalurkan bukan sahaja membantu memenuhi keperluan modal perniagaan, malah turut menyumbang kepada daya tahan dan kelestarian perniagaan usahawan dalam jangka panjang.

Oleh itu, pembiayaan yang ditawarkan melalui pembiayaan alternatif secara peer-to-peer (P2P) seperti yang ditawarkan oleh SME Corp. Malaysia turut berkesan dalam menyediakan pilihan akses pembiayaan alternatif kepada PMKS berbanding kemudahan pembiayaan konvensional. Inisiatif pembiayaan alternatif ini menawarkan kemudahan pembiayaan yang lebih pantas, fleksibel dan tanpa cagaran atau cagaran yang minimum melalui platform digital, khususnya kepada PMKS yang sukar atau tidak layak memperoleh pinjaman daripada institusi kewangan konvensional.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin

Inisiatif ini dilaksanakan melalui perantara kewangan yang berlesen daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Bagi tempoh Januari sehingga Mei 2026, 39 PKS telah diluluskan pembiayaan sebanyak RM18.5 juta dengan tempoh kelulusan 7 hari atau kurang, selepas dokumen lengkap diterima berbanding 21 hari sebelumnya.

Berdasarkan hasil tinjauan PMKS 2025 yang dilaksanakan oleh SME Corp., mendapati tujuan utama pembiayaan alternatif adalah untuk membiayai beban kerja iaitu sebanyak 74.2 peratus, pembelian aset sebanyak 39.1 peratus dan mengembangkan cawangan sedia ada atau membuka cawangan baharu sebanyak 28.9 peratus.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin

PMKS menyatakan bahawa pembiayaan alternatif lebih digemari sebenarnya berbanding konvensional berikutan proses kelulusannya yang lebih cepat, fleksibiliti dalam syarat pembayaran balik dan tiada cagaran diperlukan.

Sekian dan terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan Tambahan. Yang Berhormat Batang Sadong.

draft • 10:50 AM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan dan penjelasan yang panjang mengenai skim pembiayaan yang telah disediakan oleh agensi di bawah KUSKOP. Namun, keberkesanan sebenar pembiayaan tersebut masih bergantung kepada keupayaan penerima untuk terus berkembang dan berdaya saing.

Jadi, soalan Batang Sadong yang pertama adalah― apakah langkah susulan yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan PMKS dan koperasi yang menerima pembiayaan berjaya meningkatkan pendapatan dan mengekalkan kelangsungan perniagaan mereka?

Dan soalan saya yang kedua adalah ― memandangkan ramai usahawan PMKS di kawasan luar bandar, termasuk di Sabah dan Sarawak, berdepan dengan cabaran akses pasaran dan juga pendigitalan, apakah inisiatif tambahan KUSKOP bagi memastikan mereka bukan sahaja menerima pembiayaan, malah berjaya memasarkan produk-produk mereka ke peringkat nasional dan antarabangsa?

Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Menteri.

draft • 10:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong di atas pertanyaan tambahan.

draft • 10:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Dato’ Yang di-Pertua, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berpandangan bahawa kejayaan sesuatu pembiayaan itu tidak diukur daripada berapa jumlah pembiayaan yang telah pun diberikan tetapi ia juga dilihat sejauh mana pembiayaan yang kita berikan itu sebenarnya membantu para usahawan boleh meningkatkan pendapatan mereka dan juga adakah mereka mampu berkembang secara mampan. Ini dia punya ukuran sebenarnya. Bukan hanya kepada jumlah berapa dia dapat, berapa kita beri dia punya pembiayaan.

Atas sebab itulah, Dato’ Yang di-Pertua, KUSKOP mengambil pendekatan hujung ke hujung, end to end, dengan izin. Bukan hanya kita berikan pembiayaan tetapi kita juga akan pantau setiap sen yang kita berikan itu benar-benar membantu para usahawan kita. Dan kita juga akan melihat sejauh mana keberkesanan dan kita juga akan turun ke bawah membuat intervensi-intervensi tertentu bagi membantu para usahawan kita supaya mereka benar-benar mampu dan menjadikan seorang usahawan yang berdaya tahan dan juga mampan.

Itu sebabnya, di bawah agensi kita menyediakan banyak program.

Contohnya, TEKUN, Dato’ Yang di-Pertua. Mereka punya program untuk memberikan dana pembiayaan yang begitu banyak sehingga RM100,000, umpamanya. Tetapi, mereka juga turun ke bawah memberikan seminar asas keusahawanan, umpamanya, bimbingan dari segi pendigitalan, seumpamanya, sehingga dapat membantu usahawan kita memperoleh pensijilan halal Malaysia, umpamanya. Jadi, antara satu approach yang dibuat oleh KUSKOP, bahkan dengan keseragaman strategik antara TEKUN dan juga TikTok Shop Malaysia juga, membantu kita punya usahawan untuk meningkatkan pendapatan mereka, hasil jualan mereka.

SME Corp., umpamanya juga, mereka punya program yang sama untuk turun ke bawah memantau. Bukan hanya untuk memberi dana pembiayaan tetapi kita juga menggalakkan para usahawan melalui SME Corp. ini menjalani penilaian. Apa nama penilaian itu? Penilaian itu yang kita sebut sebagai SME Competitiveness Rating for Enhancement (SCORE). Ia nya bertujuan untuk mengenal pasti kekuatan dan juga kelemahan setiap orang usahawan itu. Jadi, bila kita dah detect dia punya kekuatan, kelemahan dia, kita akan bantu para usahawan kita ini.

Dan mereka juga ada program untuk memberikan pengiktirafan ataupun status PMKS. Kita ramai usahawan kita di negara ini, Dato’ Speaker, tetapi mereka tidak tahu dia bawah kategori mana. Kita ada usahawan mikro, kita ada usahawan

draft • 10:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

kecil, kita ada usahawan sederhana dan juga besar. Jadi, mereka digalakkan untuk mendapatkan status keusahawanan itu. Jadi, SME Corp. bantu mereka untuk mendapatkan sijil perakuan sama ada ia mikro, kecil, sederhana. Bila meraka ada sijil ini, Dato’ Speaker, membolehkan mereka dapat dana-dana pembiayaan lebih mudah, mengikuti apa juga program yang akan dijalankan dengan lebih banyak lagi.

Itu SME Corp..

Ada lagi program yang dibuat SKM, umpamanya. Koperasi. Usahawan koperasi, kita bantu. Mereka juga punya program intervensi yang begitu agresif dan juga lebih detil membantu kita punya usahawan koperasi bagaimana mereka juga boleh lahir sebagai sebuah koperasi usahawan yang berdaya tahan dan juga mampan pada masa akan datang. Jadi, itu antara pendekatan kita.

Sebab itu di bawah KUSKOP, kita memperkenalkan pendekatan ABCD― strategi kita.

draft • 10:50 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Anjakan produktiviti, birokrasi dikurangkan, capaian modal dan juga daya aktif pasaran yang harus kita berikan sebaik-baiknya kepada usahawan kita supaya mereka boleh lahir sebagai usahawan yang hebat bukan hanya di peringkat domestik tetapi juga di peringkat internasional, insya-Allah.

Jadi, ini kita punya sasaran.

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Kuala Langat.

draft • 10:50 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya tidak ada kaitan sebab Tuan Yang di-Pertua bertugas pagi ini.

Cuma, saya nak tanya, apakah usaha yang lebih proaktif yang dilakukan oleh pihak KUSKOP dalam membantu di kalangan usahawan dan juga koperasi-koperasi PMKS di kalangan orang-orang asli di negara kita, terutamanya daripada sudut pendidikan, pengurusan, pemasaran sehinggalah pendanaan ini?

Dan khusus di bawah Skim Pembiayaan Pelancongan dan Aneka Kraf

(SPAK) ini, di kawasan saya di Pulau Carey ini, dia ada satu perkampungan budaya Mah Meri di Kampung Sungai Bumbun, Kampung Orang Asli Sungai Bumbun dan juga ada Pusat Kraf Orang Asli Sungai Bumbun ini. Sejauh mana mungkin daripada bentuk galakan secara proaktif daripada KUSKOP sendiri?

draft • 10:50 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Sebab, saya melihat ramai di kalangan mereka ini yang mempunyai keterampilan dalam membuat pelbagai jenis kraf. Kalau ikutkan daripada sudut Tarian Jooh Mah Meri ini dia sudah terkenal di peringkat antarabangsa yang mungkin boleh dibantu supaya mereka dapat melahirkan lebih banyak lagi mungkin kraf-kraf termasuklah topeng dan juga kraf-kraf yang lain. Ada limpahan ekonomi dan juga pendapatan kepada masyarakat orang asli di negara kita. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Menteri.

draft • 10:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih, Yang Berhormat. Memang kebanyakan agensi di bawah KUSKOP ini memberikan dana pembiayaan dan juga program-program pembangunan kapasiti kepada para usahawan kita.

Kebanyakannya adalah untuk golongan bumiputera termasuk juga orang-orang asli.

Jadi, saya mengambil maklum tentang maklumat yang diberikan oleh Yang Berhormat tentang Orang Asli yang berada di Pulau Carey, umpamanya. Saya akan minta pegawai kita untuk turun ke bawah melihat tentang keperluan bagaimana kita boleh membantu orang-orang asli di Pulau Carey, mungkin juga di kawasan Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, Cameron Highlands.

Tetapi, kita menerima maklumat banyak juga dana pembiayaan yang telah kita salurkan sebenarnya kepada orang-orang asli melalui Amanah Ikhtiar Malaysia, melalui TEKUN Nasional. Memang banyak. Tetapi, untuk bakat-bakat ini, pembangunan bakat, mungkin juga boleh kita berikan dana pembiayaan bagaimana mereka mampu bergerak lebih pantas ke hadapan. Kita hendak bantu juga orang- orang asli yang punya talent atau pun bakat-bakat tertentu untuk berkembang sebagai seorang usahawan nanti. Insya-Allah, saya minta kita punya agensi turun ke bawah, kawasan Yang Berhormat dan Timbalan Speaker juga, kita sama-sama perkasakan keusahawanan di kalangan orang-orang asli. Insya-Allah.

Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Satu perkara, Yang berhormat. Selain daripada usaha sedemikian, saya sebagai mantan Pegawai Penyiasat yang berada di dalam Jabatan Komersial― jenayah kolar putih― hampir 14 tahun dalam perkhidmatan saya, kebanyakan koperasi dan persatuan isu utamanya adalah integriti dan amanah.

Jadi, pada pandangan saya, bukan sahaja kepada orang asli, juga kepada yang lain-lain, the education, pendidikan bahawa salah menggunakan dana yang diberi oleh kerajaan untuk kegunaan selain daripada kepentingan koperasi atau

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

persatuan itu. Banyak sangat. Ini satu perkara. That means kita educate mereka dengan kesedaran. Terima kasih.

Baik. Majlis ke soalan yang ketujuh. Dipersilakan Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Haji Samsudin, Yang Berhormat Masjid Tanah. Silakan.

draft • 10:50 AM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan Masjid Tanah nombor 7.

draft • 10:50 AM

7. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan status fizikal projek pengawalan hakisan pantai di sepanjang pantai dalam Parlimen Masjid Tanah termasuk perincian peruntukan yang dibelanjakan, garis masa siap projek dan keberkesanan projek dalam mengurangkan risiko hakisan pada masa jangka panjang.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Terima kasih, Yang Berhormat Masjid Tanah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sedang dan telah melaksanakan sebanyak empat projek di kawasan Parlimen Masjid Tanah bagi menangani isu hakisan pantai dan banjir pantai dengan kos keseluruhan sebanyak RM35.67 juta.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Antara projek utama yang sedang dilaksanakan adalah Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Pengkalan Balak, Daerah Alor Gajah dengan kos keseluruhan sebanyak RM30 juta. Sehingga Mei 2026, projek ini telah mencapai kemajuan fizikal sebanyak 75 peratus dengan perbelanjaan berjumlah RM19 juta dan dijadualkan siap pada 9 Januari 2027. Skop projek merangkumi kerja-kerja penyuburan pantai, pembinaan pemecah ombak serta kerja-kerja berkaitan bagi mengurangkan kadar hakisan pantai. Setelah siap kelak, projek ini dijangka dapat melindungi kira-kira 2.6 kilometer garis pantai daripada ancaman hakisan, melebarkan pantai daripada sekitar 10 meter kepada 50 meter.

Selain itu, Projek Menaik Taraf Benteng Pantai dan Kerja-kerja Berkaitan bagi Mengatasi Fenomena Air Pasang Besar di Tanjung Bidara, Daerah Alor Gajah juga dilaksanakan melibatkan kos sebanyak RM30.19 juta. Sehingga Mei 2026, projek ini telah mencapai kemajuan fizikal sebanyak 95 peratus dengan perbelanjaan berjumlah RM2.83 juta dan dijangka siap pada 14 Ogos 2026. Skop projek

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

melibatkan pembinaan dan penaikan taraf struktur perlindungan pantai, kerja-kerja kawalan hakisan serta komponen berkaitan bagi mengurangkan risiko banjir pantai dan hakisan.

Di samping itu, dua projek pengawalan hakisan pantai telah siap di kawasan Parlimen Masjid Tanah iaitu Projek Mencegah Hakisan Pantai Telok Gong, Alor Gajah, Melaka melibatkan kos RM2 juta dan kerja-kerja pengawalan hakisan pantai di Pantai Kuala Linggi, daerah Alor Gajah, Melaka melibatkan kos sebanyak RM485,000.

Secara keseluruhannya, projek-projek tersebut direka bentuk untuk meningkatkan tahap perlindungan pantai dalam jangka panjang melalui pengurangan kadar hakisan, pengukuhan garis pantai serta perlindungan terhadap penempatan penduduk, infrastruktur awam dan aktiviti ekonomi pesisir.

PETRA melalui JPS akan terus memantau perjalanan secara rapi bagi memastikan projek-projek ini mengikut jadual yang telah ditetapkan. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Masjid Tanah, soalan tambahan.

Silakan.

draft • 11:00 AM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih. Hasil data kajian geomorfologi menunjukkan 29 garis pantai utara Melaka sepanjang Masjid Tanah mengalami kerentanan dan juga perubahan struktur dan ini mengakibatkan lebih kurang 1,000 nelayan turut terjejas. Belum lagi usahawan homestay, chalet, gerai makan, minuman yang kecil-kecil terjejas juga akibat pantai yang sedang ditutup disebabkan oleh projek yang sedang berjalan.

Dan, bagaimanakah sesuatu projek itu dilaksanakan? Adakah terdapat kajian dibuat sebelum ia nya dilaksanakan? Kerana saya difahamkan terdapat penambahan kepada projek tersebut yang memerlukan penambahan sebanyak dua meter dan baru sahaja diluluskan.

Dan, soalan saya yang seterusnya, apakah indikator prestasi KPI yang digunakan oleh PETRA untuk buktikan bahawa projek perlindungan pantai benar- benar dapat kurangkan hakisan dalam tempoh lima ke 10 tahun lagi? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Sebenarnya kita mempunyai garis panduan untuk memastikan bahawa apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi bahawa untuk pengurusan pantai ini kita mempunyai pakar-pakar dari segi pakar-pakar pantai dan kita sebenarnya mempunyai beberapa kategori.

Kategori pertama, pengunduran garis pantai yang cepat dengan kadar melebihi empat meter setahun. Maknanya empat meter setahun ini akan berubah pantai tersebut. Umumnya di kawasan dengan penduduk yang agak padat aktiviti – – komersial dinyatakan oleh seperti Yang Berhormat tadi sehingga menjejas tetapi ini adalah kuasa yang tidak dapat kita atasi apabila berlaku perkara tersebut. Dan serta kita membuat— mendapat untuk perkhidmatan infrastruktur dan kemudahan awam.

Kategori kedua, pengunduran garis pantai dengan kadar lebih satu meter setahun tetapi kurang daripada empat meter setahun. Jadi, sebagaimana Yang Berhormat kata sebentar tadi, bahawa terlalu cepat sebenar hakisan pantai ini. Dan umumnya, kawasan penduduk tidak dapat sedikit aktiviti pertanian kerana terdapat hakisan pantai tersebut. Kalau ada aktiviti pertanian umpamanya, mendapat kesan daripada tersebut maka kemudahan-kemudahan awam juga akan terjejas.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Dan kategori ketiga, pengunduran garis pantai dengan kadar kurang dari satu meter setahun. Umumnya, di kawasan tanpa penduduk dengan aktiviti pertanian yang minimum, tidak dapat perkhidmatan infrastruktur dan kemudahan awam.

Dari segi apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi, inilah kajian-kajian yang kita lakukan. Dan dari segi jawapan saya sebentar tadi, bahawa sebab itu kita ada pemecah ombak apabila kita tambak kembali sehingga 10 hingga 50 meter yang saya nyatakan tadi, maka di depan tersebut, kita akan meletak pemecah pantai untuk jangka panjang yang dinyatakan oleh Yang Berhormat untuk mengurangkan sehingga 10 tahun sekurang-kurangnya pantai tersebut tidak terhakis.

Dan dari segi teknologi yang dilakukan oleh pihak JPS, kita banyak teknologi melalui kajian-kajian tersebut termasuklah NAHRIM dan sebagainya. Untuk

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

memastikan pantai-pantai seluruh negara kita ini, dapat kita atasi dari segi hakisan- hakisan pantai tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Sri Gading.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan tambahan kami— saya daripada Sri Gading iaitu kesan penambakan yang beberapa kali telah dibuat di Pantai Batu Pahat, antara Rengit sampai ke Batu Pahat. Nampaknya beberapa kali dibuat masih lagi gagal sehinggakan apabila air pasang penuh, dia ada masa pasang banyak, tinggi, menyebabkan kampung-kampung di belah dalamnya tu banjir. Bukan banjir air— banjir air laut.

Jadi, soalan saya, apakah kategori kontraktor yang diberi untuk memastikan projek yang dibuat menelan jutaan ringgit ini betul-betul berpotensi untuk menghalang ataupun berjaya? Sebab beberapa kali dah dalam tempoh setahun tu, beberapa kali dia pecah. Sedang dibuat itu pun akhirnya pecah-pecah. Jadi, apa kesan ataupun bagaimana pemilihan berkenaan tentang kontraktor yang sewajarnya diberikan keutamaan untuk memastikan tidak terkesan kepada rakyat? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Walaupun soalan ini soalan yang dinyatakan oleh Masjid Tanah adalah spesifik kawasan beliau, tetapi Masjid Tanah pula dah bawa ke pantai di Batu Pahat.

Walau bagaimanapun, serba sedikit saya tahu kerana saya berbincang dengan— sebelum ini saya bincang dengan saudara Puad Zarkashi, berbincang dengan Puad Zarkashi, apakah permasalahan yang timbul. Dan persoalan oleh Yang Berhormat Sri Gading, sebenarnya banyak berkisar kepada bagaimana pemilihan kontraktor. Pemilihan kontraktor ini sebenarnya berdasarkan kepada beberapa faktor. Banyak kategori yang dipilih dan kalau— mungkin beliau telah masuk dalam kategori yang boleh dipilih sebagai kontraktor dalam pembinaan tersebut.

Terutamanya kita akan melihat kedudukan kewangan, pengalaman dan sebagainya, yang akan kita lihat kategori tersebut.

Tetapi walau bagaimanapun, dalam pemilihan, pengalaman saya juga waktu di KKR, ada ketika kita tersilap pilih. Bukan tersilap dari segi— pengalaman, dia ada pengalaman dan kewangan dia mencukupi tetapi ada ketikanya faktor-faktor

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

setempat itu juga akan berlaku sebenarnya. Ombak ini sebenarnya akan beralih-alih sebenarnya. Lebih berbeza daripada kita membina bangunan atau membina buat jalan raya atau membuat cerun runtuh tetapi ombak ini sememangnya dia beralih- alih. Ada ketika gelombangnya tinggi, ada ketika gelombangnya rendah.

Dan kita dapati bahawa projek yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, kita telah juga menghantar kontraktor penyelamat sebenarnya.

Terpaksa mencari kontraktor penyelamat. Dan yang terakhir saya berbincang dengan Puad Zarkashi, projek itu telah berjalan dengan baik sekarang ini. Itu yang saya bincang dengan Puad Zarkashi.

Dan sebenarnya, ada dalam jadual saya untuk melawat tetapi malangnya Puad Zarkashi dah lari, maka saya tak dapat nak berhubung dengan beliau. Puad Zarkashi dah lari jauh sebenarnya ke tepi pantai tersebut, maka saya tak sempat nak berbincang dengan beliau untuk melihat pantai yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Rumah Puad Zarkashi pun masuk dek ombak tersebut dan dia terpaksa pindah seminggu, dua minggu, dia beritahu pada saya.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Dan memang dalam rangka lawatan saya, tapi kalau saya melawat sekarang mereka kata saya datang berkempen pula. Jadi, saya kurangkan lawatan ke Johor kerana Johor ini banyak projek-projek daripada Kementerian PETRA itu sendiri.

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Majlis ke soalan yang kelapan. Dipersilakan Tuan Tan Kar Hing, Yang Berhormat Gopeng.

draft • 11:10 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih kepada Dato’ Speaker. Soalan Gopeng nombor 8.

draft • 11:10 AM

8. Tuan Tan Kar Hing [Gopeng] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah data terkini tenaga kerja wanita serta purata gaji sebelum dan selepas pelanjutan cuti bersalin kepada 98 hari sejak 1 Januari 2026 dan sejauh mana dasar ini memberi kesan terhadap penyertaan tenaga kerja wanita serta pendapatan jangka panjang.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Sumber Manusia untuk menjawab.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Tuan Yang di-Pertua, ingin saya maklumkan di sini bahawa penguatkuasaan tempoh cuti bersalin baharu selama 98 hari telah bermula sejak Januari 2023 bagi

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Semenanjung Malaysia dan Mei 2025 bagi Sabah serta Sarawak selaras dengan pindaan Akta Kerja 1955 serta Ordinan Buruh Sabah dan Sarawak. Pada masa ini, Kementerian Sumber Manusia tidak mempunyai data berhubung tenaga kerja wanita serta purata gaji sebelum dan selepas perlanjutan cuti bersalin daripada 60 hari ke 98 hari.

Walau bagaimanapun, berdasarkan statistik aduan mengenai cuti atau elaun bersalin telah menunjukkan penurunan dengan hanya 41 kes aduan dilaporkan pada tahun 2025 berbanding 67 kes pada tahun 2024. Manakala berdasarkan Laporan Survei Tenaga Buruh (STB) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) wanita pada suku tahun pertama 2026 meningkat kepada 56.8 peratus berbanding 56.5 peratus pada suku tahun pertama 2025.

Sementara itu menurut Laporan Survei Gaji dan Upah oleh DOSM, pekerja perempuan merekodkan peningkatan gaji purata sebanyak 5.7 peratus atau RM188 pada tahun 2024, menyumbang kepada RM3,499 berbanding RM3,311 pada tahun 2023. Bagi memastikan kelangsungan operasi perniagaan majikan tanpa menjejaskan produktiviti dan pada masa yang sama memastikan penyertaan tenaga kerja wanita kekal tinggi, kementerian sedang meneliti cadangan pengenalan Elaun Pasca Cuti Bersalin (EPCB) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Pendekatan EPCB adalah seperti berikut. Pertama, penyerapan kos penggajian lanjutan sekiranya pekerja wanita memerlukan cuti tambahan, cuti tanpa gaji atau cuti sakit selepas tamat tempoh cuti bersalin 98 hari. EPCB membolehkan kos bagi tempoh pemulihan lanjutan tersebut ditampung oleh PERKESO. Pekerja layak menerima faedah kewangan bagi tempoh maksimum sehingga 30 hari.

Kedua, pembiayaan melalui dana Kumpulan Wang Insurans Pekerjaan

(KWIP). Faedah baharu ini dicadangkan pada kadar 80 peratus daripada gaji anggapan bulanan yang akan dibayar menggunakan dana KWIP tanpa membebankan peruntukan kerajaan mahupun kewangan langsung operasi syarikat.

Ketiga, pengekalan bakat dan pencegahan diskriminasi. Perkongsian liabiliti ini diyakini dapat membantu majikan terus mengekalkan pekerja yang berpengalaman dan secara langsung mengelakkan diskriminasi kos yang mengekang penganjuran pengambilan wanita bekerja. Seterusnya, membina keyakinan industri dalam mendepani isu kos operasi. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Gopeng untuk soalan tambahan.

draft • 11:10 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih kepada Dato’ Speaker. Terima kasih kepada Timbalan Menteri KESUMA atas penerangan tadi tentang inisiatif kerajaan dalam melaksanakan dasar ini dan usaha-usaha tambahan bagi melengkapkan dasar ini.

Saya bertanyakan soalan ini adalah kerana kebimbangan saya selepas melaksanakan dasar yang progresif, bagi saya sangat baik untuk memanfaatkan kaum wanita. Tetapi khuatir saya, pada masa yang sama ada kebimbangan di kalangan wanita-wanita yang mengatakan kemungkinan risikonya terdedah kepada mungkin ada diskriminasi berlaku terhadap pengambilan pekerja-pekerja wanita.

Maka saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri, bahawanya apakah langkah-langkah untuk memastikan diskriminasi ini tidak mengambil tempat pada pengambilan pekerja-pekerja wanita ini? Pertama.

Dan keduanya, apakah indikator-indikator yang mampu kita menilai keberkesanan dalam kita melaksanakan dasar ini? Terima kasih Dato’ Speaker.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri. Sila jawab.

draft • 11:10 AM

Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tambahan. Di kementerian kalau kita lihat perkara yang dibangkitkan sebentar tadi kita boleh melihat secara terperinci apa yang telah dan sedang dilakukan. Adakah perlindungan bersalin terpakai kepada semua pekerja wanita?

Ataupun adakah kita risau tentang diskriminasi yang bakal berlaku?

Yang paling jelas, perlindungan bersalin yang diperuntukkan di bawah Akta 265 terpakai kepada semua pekerja wanita tanpa mengira had gaji. Pekerja wanita yang bersalin pada atau selepas 1 Januari 2023 layak mendapat cuti bersalin 98 hari sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Sebenarnya memang ada perlindungan yang cukup efektif di bawah akta yang sedia ada untuk kita melihat dan juga memahami perkara-perkara yang boleh berlaku ke atas kaum wanita.

Persoalannya, bolehkah majikan menamatkan perkhidmatan pekerja wanita yang sedang hamil? Dengan jelas majikan tidak boleh menamatkan perkhidmatan pekerja wanita yang sedang hamil atau sakit yang berbangkit daripada kehamilan kecuali dalam keadaan-keadaan berikut. Ada tiga keadaan-keadaannya:

(i) penamatan disebabkan pelanggaran kontrak perkhidmatan yang disengajakan di bawah seksyen 13(2);

(ii) penamatan disebabkan salah laku di bawah seksyen 14(1); dan

draft • 11:10 AM

Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

(iii) penamatan disebabkan penutupan perniagaan majikan.

Dari sudut yang kedua pula, di bawah agensi KESUMA TalentCorp, kita sebenarnya melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menggalakkan syarikat-syarikat menggaji kaum wanita. Penjelasannya akan saya berikan secara bertulis kepada Yang Berhormat kerana banyak perkara-perkara yang saya lihat dan kementerian lihat dan saya percaya ini boleh membantu kaum wanita supaya mereka tidak melalui keadaan yang orang kata diskriminasi itu. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Tumpat.

draft • 11:10 AM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah bila berhubung dengan tenaga kerja wanita ia bukan hanya berkaitan dengan wanita tetapi juga keluarga. Jadi, sejauh manakah kerajaan telah mengkaji kesan kepada cuti bersalin ini di sektor swasta dan kerajaan dalam meningkatkan penyertaan kaum wanita dalam sektor industri ekonomi?

Dan yang kedua, bagaimana ia memberikan kesan kepada kadar kesuburan dalam keluarga? Kerana kita percaya bahawa dasar ini kalau dibuat secara tunggal tidak disertakan dengan dasar-dasar lain tidak akan membantu wanita kembali bekerja. Sebagai contohnya di bawah Kementerian Wanita, kita ada Dasar KASIH Keluarga Negara. Jadi, adakah KESUMA bekerjasama dengan kementerian ini untuk memastikan bahawa wanita boleh bekerja dalam masa yang sama dasar ini boleh menyokong untuk mereka kembali bekerja? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 11:10 AM

Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat di atas soalan tambahan itu. Kita sedar apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tumpat mempunyai satu asas yang cukup kukuh. Itu sebabnya kementerian bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Tumpat untuk melaksanakan perbincangan dengan pemegang-pemegang taruh terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Wanita Malaysia supaya kita pastikan tahap kesuburan di kalangan wanita itu adakah ia terjejas ataupun tidak terjejas.

Masalah di sini sekarang kita tidak punyai data secara spesifik yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tumpat. Tetapi cadangan Yang Berhormat Tumpat itu akan diguna pakai supaya kita dapat melihat perkara yang telah

draft • 11:10 AM

Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

diletakkan oleh Yang Berhormat Tumpat sebagai salah satu cabaran yang bakal kita hadapi.

Keduanya juga kita tahu pelbagai tindakan yang perlu diambil supaya perkara ini tidak menjadi lebih kronik pada masa akan datang. Itu sebabnya pelbagai akta telah direformasikan supaya perkara-perkara yang dibangkitkan, yang dirisaukan oleh pelbagai masyarakat di luar sana dapat kita benar-benar fahami dan juga dapat kita benar-benar selesaikan kalau ada perkara yang masih lagi tertunggak. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kesembilan. Dipersilakan Dr.

Siti Mastura binti Muhammad, Yang Berhormat Kepala Batas.

draft • 11:10 AM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 9.

draft • 11:10 AM

9. Dr. Siti Mastura binti Muhammad [Kepala Batas] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan:

(a) perincikan statistik kes keguguran dan pembuangan bayi mengikut negeri; dan

(b) apakah tindakan kerajaan dalam menangani isu ini.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menjawab.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memandang serius isu-isu berkaitan kanak-kanak yang melibatkan kecuaian, pengabaian dan penderaan.

Bagi tahun 2025, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah merekodkan sebanyak 72 kes pembuangan bayi. Manakala bagi tempoh Januari hingga Mac 2026, sebanyak 18 kes pembuangan bayi telah direkodkan. Daripada jumlah tersebut, 10 kes telah direkodkan di Selangor, dua kes masing-masing direkodkan di negeri Sabah dan Pulau Pinang, manakala satu kes telah direkodkan masing-masing

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying

di negeri Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Sarawak. Sukacita dimaklumkan bahawa kesemua bayi bagi kes yang dikendalikan oleh JKM ini selamat.

Dalam menangani isu pembuangan bayi, KPWKM menerusi agensi seliaannya iaitu JKM dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

(LPPKN) melaksanakan pelbagai pendekatan yang merangkumi aspek pencegahan, perlindungan dan intervensi. Melalui JKM, KPWKM melaksanakan aspek pencegahan menerusi pelaksanaan program advokasi dan pendidikan masyarakat berkaitan tanggungjawab keibubapaan dan institusi keluarga, perlindungan kanak- kanak serta kesedaran mengenai implikasi perundangan dan sosial akibat pembuangan bayi.

Dalam pada masa yang sama, LPPKN melalui program KafeTEEN terus memperkasa pengetahuan dan kesedaran remaja mengenai tingkah laku seksual berisiko serta pendidikan kesihatan reproduktif. Melalui program ini remaja didedahkan tentang amalan abstinens melalui teknik penolakan sebagai langkah mencegah kehamilan luar nikah, penyakit jangkitan seksual, eksploitasi pasangan serta gangguan emosi. Sejak tahun 2006 sehingga 2025, seramai lebih satu juta remaja telah menerima manfaat menerusi program ini.

Sementara itu, daripada aspek perlindungan, setiap bayi yang ditemui atau diselamatkan akan diberikan perlindungan segera mengikut Akta Kanak-kanak 2001 iaitu Akta 611. Di bawah seksyen 17 [Akta 611], bayi yang ditinggalkan atau dibuang boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan.

Perlindungan diwartakan di bawah akta tersebut akan menjalankan siasatan, menyediakan laporan sosial dan mengambil tindakan yang bersesuaian termasuk penempatan sementara di tempat selamat, penempatan dengan orang yang layak dan sesuai atau mendapatkan perintah perlindungan daripada mahkamah bagi kanak-kanak.

Manakala, daripada aspek intervensi pula, JKM turut menyediakan perkhidmatan pengurusan kes kaunseling, sokongan, psikososial dan intervensi keluarga bagi mengurangkan risiko pengabaian dan pembuangan bayi.

JKM dari semasa ke semasa meningkatkan kapasiti pelindung serta mengukuhkan kerjasama dengan komuniti setempat bagi memastikan kes yang berisiko untuk menjadi pengabaian atau pembuangan bayi dapat dikenal pasti dan ditangani pada peringkat lebih awal. JKM juga giat melaksanakan usaha mengukuhkan fungsi pasukan pelindung kanak-kanak yang dilihat sebagai jentera

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying

KPWKM di peringkat akar umbi. Jentera ini dianggotai oleh ahli komuniti serta agensi berkaitan rapat dengan isu kanak-kanak dan boleh berperanan sebagai agen penyampaian maklumat antara JKM dan komuniti di lokaliti masing-masing.

Pada masa yang sama, KPWKM akan terus memperkukuhkan kerjasama strategik bersama Kementerian Kesihatan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, agensi- agensi kerajaan dan pertubuhan masyarakat sivik bagi memastikan pendekatan yang lebih menyeluruh dalam menangani faktor-faktor yang menyumbang kepada kejadian pembuangan bayi. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat, soalan tambahan.

draft • 11:20 AM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Terima kasih Timbalan Menteri di atas jawapan yang begitu komprehensif dan juga data statistik yang telah diberikan sebentar tadi. Kalau lihat kepada data statistik tadi, kita nampak jumlah itu makin berkurang. Alhamdulillah. Walau bagaimanapun, persoalan tambahan daripada saya, dalam Islam kita melihat menggugurkan kandungan ini adalah satu benda yang haram dan tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, adakah kementerian mengetahui ataupun tahu berkenaan dengan jumlah klinik yang dikesan melakukan perkhidmatan pengguguran secara haram tanpa kebenaran di seluruh negara? Dan adakah mungkin di peringkat kementerian ini ada kerjasama dengan klinik-klinik tertentu bagi kes-kes pengguguran yang mempunyai masalah-masalah tertentu?

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 11:20 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat.

draft • 11:20 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Puan Lim Hui Ying

Bagi kes― sebab kita semua tahu adalah tidak dibenarkan dari segi undang-undang untuk melakukan keguguran bayi. Jadi pada masa ini, kita memang tiada data, okey, berkenaan dengan klinik swasta yang melakukan ini secara haram. Tetapi selagi kita dapatkan apa-apa maklumat daripada publik atau daripada rakyat semua, kita akan melaporkan secara― dan KKM akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Bukit Bendera.

draft • 11:20 AM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Jadi, kita tahu ya kes penderaan, pengabaian dan juga pembuangan kanak-kanak terus menjadi satu yang membimbangkan dan memerlukan tindakan yang cepat dan juga yang menyeluruh bagi memastikan setiap kanak-kanak dapat perlindungan, penjagaan dan juga masa depan yang lebih baik.

Jadi, saya ingin bertanya, apakah prosedur yang dilaksanakan oleh kementerian dalam mengendalikan kes kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan dan juga pengabaian sehingga memerlukan perlindungan segera dan juga apakah proses dan syarat permohonan bagi individu ataupun keluarga yang berminat untuk menjadi keluarga pelihara ataupun menjaga kanak-kanak yang dibuang supaya lebih ramai lagi kanak-kanak dapat dibesarkan dalam persekitaran yang lebih selamat dan penuh kasih sayang?

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 11:20 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Bendera. Kementerian KPWKM memang komited dalam memastikan setiap kanak-kanak yang menjadi mangsa pengabaian, penderaan termasuk kanak-kanak yang dibuang mendapat perlindungan, pemeliharaan dan penjagaan yang sewajarnya mengikut Akta Kanak-kanak 2001 atau Akta 611.

Jadi, sebaik sahaja aduan diterima, pelbagai saluran seperti melalui Talian Kasih 15999 atau melalui pihak hospital atau PDRM dan sebagainya, orang awam atau agensi berkaitan, pelindung iaitu pegawai JKM yang diwartakan di bawah Akta 611 akan menjalankan siasatan segera bagi menentukan kesahihan aduan.

Di bawah akta ini, pelindung bertanggungjawab memastikan bahawa setiap kanak-kanak mendapat pembelaan daripada penderaan, pengabaian, keganasan dan eksploitasi. Selepas itu, pelindung akan menjalankan siasatan segera mengikut sekiranya terdapat unsur penderaan dan pengabaian. Kanak-kanak akan diselamatkan, diberikan pemeriksaan dan rawatan sekiranya perlu sebelum dibawa ke mahkamah bagi kanak-kanak untuk mendapatkan perintah penempatan sementara.

Sekiranya terdapat unsur pengabaian atau penderaan, kanak-kanak akan diselamatkan di bawah Akta 611, diberikan pemeriksaan dan juga ditempatkan― kita ada mempunyai satu penempatan kanak-kanak akan ditentukan berdasarkan

draft • 11:20 AM

Puan Lim Hui Ying

perintah mahkamah sama ada akan ditempatkan di tempat selamat atau bersama dengan orang yang layak dan sesuai yang dipilih melalui mesyuarat panel penempatan kanak-kanak peringkat negeri. Pelindung akan mengemukakan laporan kepada mahkamah untuk mendapatkan perintah penempatan tetap serta menjalankan pemantauan secara berkala bagi memastikan kebajikan dan keselamatan kanak-kanak sentiasa terpelihara.

Berkaitan dengan permohonan anak angkat, permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem ANAK yang boleh diakses di laman sesawang JKM untuk mendaftarkan akaun, melengkapkan maklumat yang diperlukan, selepas itu JKM akan menjalankan sesi temu duga, membuat lawatan ke rumah untuk menilai kesesuaian pemohon sebelum permohonan ditimbangkan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri untuk didaftarkan sebagai orang yang sesuai dan layak. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang terakhir bagi Sesi Pertanyaan- pertanyaan Bagi Jawapan Lisan. Dipersilakan Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli, Yang Berhormat Jempol.

draft • 11:20 AM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan Jempol nombor 10. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

10. Dato' Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli [Jempol] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan mengapa hanya 11 institusi kewangan/syarikat penyedia sewa beli bersedia melaksanakan Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 bermula 1 Jun 2026. Berapakah jumlah keseluruhan penyedia pembiayaan yang belum mematuhinya dan apakah jaminan bahawa pengguna tidak terdedah kepada amalan pembiayaan tidak telus sepanjang tempoh peralihan.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk menjawab.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Dato’ Yang di-Pertua, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menguatkuasakan Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 iaitu Akta A1783 bermula 1 Jun 2026 sebagai langkah memperkukuh perlindungan pengguna serta memastikan sistem pembiayaan sewa beli yang lebih adil, telus dan berdaya saing.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Selaras dengan pindaan ini, KPDN turut menguatkuasakan Peraturan- peraturan Sewa Beli (Caj Terma) 2026 melalui tarikh yang sama sebagai sebahagian daripada ikhtiar memperkukuh kerangka perundangan berhubung ekosistem kredit pengguna.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Sebelum pindaan ini, antara isu yang sering menjadi keluhan rakyat adalah berkaitan transaksi sewa beli dalam pembelian kenderaan, khususnya melibatkan beban caj faedah tersembunyi serta bagi pinjaman yang masih tinggi walaupun pengguna membuat penyelesaian awal pinjaman.

Keadaan ini menyebabkan peminjam yang ingin menyelesaikan pinjaman lebih awal terpaksa menanggung baki pinjaman yang tinggi dan tidak mencerminkan kos sebenar pinjaman. Oleh yang demikian, pelaksanaan peruntukan baru ini khususnya peralihan daripada kaedah pengiraan kadar rata ataupun flat rate Rule of 78 kepada sistem baki berkurangan ataupun reducing balance method adalah satu proses yang kompleks bagi ekosistem kewangan.

Ia menuntut rombakan berskala besar ke atas operasi institusi kredit yang merangkumi, satu, naik taraf sistem perbankan teras yang memerlukan pengaturcaraan dan konfigurasi semula perisian supaya pengiraan faedah berubah secara dinamik berdasarkan baki bulanan terkini berbanding pengiraan statik sebelum ini.

Dua, pengujian sistem yang ketat bagi mengelakkan ralat teknikal yang boleh merugikan pengiraan baki hutang pengguna atau mengganggu kestabilan sistem apabila pinjaman mula diluluskan.

Dan tiga, penyelarasan dasar dan latihan melibatkan semakkan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) dan latihan komprehensif kepada pegawai kredit serta cawangan untuk memastikan maklumat yang tepat disampaikan kepada pengguna.

Berhubung pelaksanaan awal oleh 11 entiti perintis tersebut, ini adalah kerana mereka mempunyai kapasiti infrastruktur teknologi dan kebolehupayaan sistem dalaman yang boleh menyokong perubahan pantas ini. Namun, KPDN bersama Bank Negara Malaysia telah memberikan tempoh peralihan ataupun grace

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

period sehingga 31 Mac 2027 bagi pematuhan ke atas baki 420 institusi kewangan dan syarikat kredit.

Manakala, walaupun industri kewangan sedang melalui fasa peralihan, hak dan kepentingan pengguna dilindungi secara menyeluruh daripada amalan pembiayaan yang membebankan melalui beberapa mekanisme mandatori:

(i) pelaksanaan siling kadar faedah mandatori;

(ii) pendedahan kadar faedah berkesan secara nyata, maksudnya untuk membasmi unsur caj dan faedah tersembunyi yang boleh mengelirukan pelanggan;

(iii) pemantauan pasaran antara agensi oleh KPDN, Suruhanjaya Kredit Pengguna dan Bank Negara Malaysia; dan

(iv) pelaksanaan inisiatif penyelesaian awal yang adil, iaitu walaupun peminjam terikat dengan Rule of 78 dalam tempoh ini, bank dan agensi kewangan adalah diseru untuk menawarkan penjimatan yang adil sekiranya peminjam ingin membuat penyelesaian awal tanpa dibebani sebarang penalti.

Jadi, itulah antara cara KPDN memastikan bahawa pengguna dilindungi dalam tempoh 10 bulan bermula 1 Jun 2026 hingga 31 Mac 2027. Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yien

Jempol?

draft • 11:30 AM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang sangat jelas dan sudah semestinya, pemansuhan Rule of 78 ini membantu pengguna dalam urusan sewa beli.

Jadi persoalan Jempol, apakah nasib pengguna yang telah menandatangani Perjanjian Sewa Beli di bawah kaedah Rule of 78 sebelum Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 ini berkuat kuasa? Adakah pembiayaan mereka akan ditukar secara automatik kepada kaedah pengurangan baki atau mereka terus menanggung struktur lama sehingga pinjaman selesai? Dan apakah justifikasi kerajaan jika manfaat pindaan ini tidak dinikmati oleh peminjam sedia ada? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Tuan Yang di-Pertua, kalau seseorang itu telah pun menandatangani satu perjanjian melalui Akta Sewa Beli, maka pindaan ini membolehkan pengiraan itu ditukar sekiranya ada dia nak buat resettlement. Ya.

Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yien

Temerloh.

draft • 11:30 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey. Terima kasih Speaker. Temerloh ingin mengetahui apakah petunjuk prestasi KPI yang akan digunakan oleh kementerian untuk menilai keberkesanan Akta Sewa Beli 2026 selepas ia berkuat kuasa? Berapakah sasaran kementerian untuk mengurangkan aduan berkaitan sewa beli selepas akta ini dilaksanakan? Dan adakah akta ini terpakai untuk pembelian kenderaan terpakai? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Yang pertama saya jawab dulu berkenaan dengan sama ada ia nya terpakai untuk kenderaan-kenderaan yang dibeli, kenderaan baru ataupun kenderaan terpakai. Jadi dalam hal ini, sekiranya pembiayaan tersebut didaftarkan di bawah Akta Sewa Beli, maka ia nya terpakai untuk kedua-dua kenderaan baru ataupun kenderaan terpakai, Yang Berhormat Temerloh ya.

Dan kemudian, berkenaan dengan sama ada berkesan atau tidak perlaksanaannya, kita beri tempoh 10 bulan, Yang Berhormat Temerloh. 10 bulan daripada 1 Jun hingga 31 Mac 2027 untuk institusi-institusi kewangan ini untuk melaksanakannya. Sebab seperti yang saya ceritakan tadi, saya terangkan tadi, sebab ia nya memerlukan infrastruktur teknologi ya dan tidak semua institusi kewangan ini bersedia untuk melaksanakan dengan serta-merta.

Sebab itu hanya 11 institusi saja yang terkini melaksanakannya dan yang selebihnya akan menggunakan 10 bulan yang kita tetapkan itu. Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:30 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang Berhormat Yang di- Pertua, saya bawa satu usul dua hari bulan yang lalu yang lalu dihantar kepada Speaker iaitu berkaitan dengan usul Perkara 18(1) dan (2) berkaitan dengan JPJ yang menyita kenderaan yang tidak memperbaharui LKM.

Jadi, saya merasakan bahawa usul sebut adalah perkara tertentu yang perlu disegerakan dan usul sebut berkehendakkan, kebimbangan...

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, usul itu masih dalam pertimbangan Tan Sri Speaker. Jadi, sila duduk...

draft • 11:30 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Jadi, apa, apa yang, yang di...

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tunggu, tunggu keputusan...

draft • 11:30 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ringkas saja Yang di-Pertua iaitu supaya JPJ sebelum melaksanakan tidak akan menyita tersebut, buat peringatan...

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, tunggu keputusan Tan Sri Speaker. Sila duduk.

draft • 11:30 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Peringatan kepada pemilik kenderaan supaya...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk.

draft • 11:30 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih.

draft • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Puan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai penerangan mengenai Penyata daripada Pengerusi Jawatankuasa Pilihan dan selesai dibahas dan diputuskan Rang Undang-undang Persaingan (Pindaan) 2026 dan Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan (Pindaan) 2026 seperti di nombor 1 hingga 3 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini. Selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 7 Julai 2026.”

draft • 11:38 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 11:38 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 11:38 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 11:38 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

PENERANGAN DARIPADA MENTERI PERTAHAN DI BAWAH P.M. 14(1)(i)
ISU PEMBATALAN KELULUSAN EXPORT SYSTEM NAVAL STRIKE MISSILE OLEH KERAJAAN NORWAY KEPADA MALAYSIA

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri Pertahanan dipersilakan memberi penerangan mengenai isu pembatalan kelulusan export system Naval Strike Missile oleh Kerajaan Norway kepada Malaysia.

draft • 11:38 AM

Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Puan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Terima kasih kerana mengizinkan saya untuk memberikan penerangan Menteri berhubung isu pembatalan Lesen Eksport Sistem Naval Strike Missile atau NSM secara unilateral oleh Kerajaan Norway terhadap Malaysia yang banyak dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat serta menjadi liputan seluruh negara.

draft • 11:39 AM

Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Isu ini bukan sekadar melibatkan sebuah kontrak perolehan pertahanan yang bernilai besar. Ia melibatkan kepentingan strategik negara, penggunaan wang rakyat dan kesiagaan pertahanan kedaulatan tanah air.

Puan Yang di-Pertua, proses perolehan NSM telah bermula dengan penilaian teknikal oleh Tentera Laut Diraja Malaysia sejak tahun 2011. Sehubungan itu, satu kontrak perolehan NSM telah dimeterai pada tahun 2018 bagi melengkapkan keupayaan surface to surface missile (SSM) untuk kapal-kapal Littoral Combat Ship atau LCS dengan nilai kontrak berjumlah EUR128.7 juta. Dan, satu lagi kontrak perolehan dua set pelancar SSM telah dimeterai pada tahun 2023 bagi kapal KD Jebat dan KD Lekiu dengan nilai kontrak berjumlah EUR9.19 juta, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak EUR137.91 juta, dianggarkan bersamaan RM642.6 juta.

Sepanjang tempoh pelaksanaan kontrak-kontrak tersebut, Kerajaan Malaysia telah memenuhi segala obligasi, di mana pembayaran kepada syarikat Kongsberg ataupun KDA telah dilaksanakan mengikut jadual yang dipersetujui, berdasarkan kemajuan kerja fizikal yang telah disahkan sejak 2018 sehinggalah November 2025.

Pembayaran yang telah dibuat oleh kerajaan juga telah mencecah EUR129.8 juta, dianggarkan bersamaan RM600 juta lebih ataupun 95 peratus daripada keseluruhan nilai kontrak. Dan, penghantaran missile, missile tersebut kemudiannya

draft • 11:40 AM

Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

dijadualkan tiba di Malaysia pada bulan Mac 2026. Namun, pada 4 Februari 2026, pihak KDA telah memaklumkan kepada Kementerian Pertahanan bahawa Kerajaan Norway telah menggantung lesen eksport bagi kedua-dua kontrak tersebut kepada Malaysia tanpa menjelaskan punca penggantungan.

Pada 19 Februari 2026, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar MINDEF dan Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan MINDEF telah bertemu dengan Duta Besar Norway ke Malaysia untuk mendapatkan penjelasan berkenaan penggantungan lesen eksport ini. Namun, MINDEF hanya dimaklumkan perkara masih dalam siasatan Kerajaan Norway dan tiada maklumat baru disampaikan. Dua bulan kemudian, pada 20 April 2026, saya dikunjungi oleh Timbalan Menteri Luar Norway, yang memaklumkan bahawa lesen eksport sistem NSM telah dibatalkan secara kekal dengan alasan Norway hanya akan mengeksport kepada negara- negara NATO dan sekutunya.

Pada 22 April 2026, KDA turut mengeluarkan surat rasmi kepada MINDEF untuk memaklumkan bahawa pembatalan lesen eksport ini bersifat kekal dan KDA mengklasifikasikan pembatalan lesen eksport ini sebagai force majeure memandangkan keputusan ini di luar kawalan syarikat berkenaan.

Puan Yang di-Pertua, sudah tentu persoalan yang paling penting adalah apakah implikasi keputusan ini terhadap kepentingan pertahanan negara? Memang tidak dinafikan keputusan Norway ini mempunyai implikasinya. Seperti yang Dewan ini sedia maklum, sistem NSM adalah salah satu komponen yang membentuk keseluruhan sistem persenjataan kapal LCS.

Walau bagaimanapun, kapal LCS juga mempunyai pelbagai sistem persenjataan yang lain untuk peperangan antikapal selam, peperangan antiudara dan peperangan elektronik serta combat management system yang mengintegrasikan semua keupayaan ini dengan sistem radar dan juga pengesan kapal. Hanya dengan ketiadaan sistem NSM ini, maka LCS untuk peperangan antipermukaan, LCS hanya mempunyai keupayaan terhad melalui penggunaan meriam 57mm, yang hanya jarak tembakan dalam 10 kilometer sahaja.

Walau bagaimanapun, ketiadaan missile NSM ini, untuk makluman semua, tidak menjejaskan jadual penyerahan kapal-kapal LCS seperti yang telah dimaklumkan oleh LUNAS kepada kementerian.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian juga, pada ketika ini kementerian melalui TLDM sedang mengambil segala langkah yang perlu bagi memastikan keupayaan surface to surface missile kapal-kapal LCS dapat dipulihkan

draft • 11:40 AM

Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

melalui penyelesaian yang terbaik. Dan, dalam masa kita berhadapan dengan isu ini, Angkatan Tentera Malaysia masih meneruskan operasi pertahanan, melaksanakan tanggungjawab mempertahankan perairan, ruang udara dan sempadan negara seperti biasa.

Puan Yang di-Pertua, walaupun isu ini dilihat sebagai pembatalan lesen eksport sesebuah sistem pertahanan, namun hakikatnya ia merupakan satu perkara yang jauh lebih besar dan serius. Ia sebenarnya satu tindakan yang mencalar prinsip perjanjian komitmen dan kepercayaan antarabangsa. Lebih-lebih lagi perjanjian yang dimeterai adalah perjanjian yang berdasarkan kepercayaan dan persefahaman dua negara untuk melengkapi keperluan pertahanan.

Malaysia telah memenuhi segala obligasinya. Membuat pembayaran mengikut syarat kontrak dan bertindak secara telus dengan penuh kepercayaan kepada rakan strategiknya. Namun, tindakan Norway ini seolah-olah meremeh dan memandang rendah kepentingan Kerajaan Malaysia dalam hubungan dua hala.

Kerajaan Norway sama sekali tidak menghormati semangat persahabatan dan kerjasama yang Malaysia telah tunjukkan selama bertahun-tahun. Kerajaan Malaysia sememangnya amat kesal dan kecewa dengan tindakan Norway ini.

Lebih membimbangkan, tindakan Norway sesungguhnya mewujudkan satu duluan ataupun precedent yang sama sekali tidak wajar dan sangat buruk. Sekiranya sebuah negara yang selama ini dilihat sebagai pendukung keamanan yang sinonim dengan Anugerah Keamanan Noble atau Noble Peace Prize, yang boleh mengenepikan komitmen yang telah dipersetujui. Maka, adakah komitmen antarabangsa masih boleh diyakini, dipercayai dan dihormati oleh komuniti global?

Bagaimana kita boleh terus memperkukuhkan kerjasama pertahanan antarabangsa sekiranya wujud ketidakpercayaan dan keraguan akibat teladan buruk seperti yang Norway tunjukkan. Apa lagi jika kepercayaan itu, kepercayaan itulah yang menjadi asas utama Malaysia bekerjasama dengan banyak negara sahabat untuk mempertahankan keamanan serantau dan kedaulatan.

Hari ini ia berlaku antara Norway dan Malaysia, esok mungkin negara lain juga akan memperlakukan sedemikian kepada negara lain. Jika keadaan seperti ini menjadi satu kebiasaan, malangnya hubungan antarabangsa tidak lagi berpandukan prinsip kepercayaan dan hormat-menghormati antara satu negara dengan negara yang lain. Sebaliknya, ia berpandukan pertimbangan yang boleh berubah mengikut kehendak, desakan politik dan kepentingan negara-negara tertentu sahaja dan

draft • 11:40 AM

Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

situasi ini sememangnya satu perkembangan yang sangat berbahaya dalam landskap geopolitik semasa.

Puan Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan telah dan sedang mengambil beberapa langkah yang perlu, bagi memastikan kepentingan Malaysia terus dipelihara. Pertama, kerajaan akan mempertahankan segala hak dan kepentingan Malaysia melalui saluran diplomatik dan perundangan.

draft • 11:40 AM

Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Sebaik sahaja Kerajaan Malaysia dimaklumkan berkenaan pembatalan lesen eksport ini pada 27 April 2026, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengemukakan surat kepada Perdana Menteri Norway untuk mendapatkan penjelasan. Pada 29 April 2026, Yang Berhormat Menteri Luar Negara juga telah berhubung dengan Menteri Luar Norway berkenaan perkara sama.

Pada 11 Mei 2026, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia telah menghubungi Perdana Menteri Norway melalui panggilan telefon bagi menyatakan kekecewaan Malaysia terhadap perkembangan ini serta menggesa supaya perkara ini diteliti semula demi memelihara perhubungan baik dan komitmen antara kedua- dua negara dan pada 31 Mei 2026, saya sendiri membangkitkan perkara ini secara bersemuka dengan Menteri Pertahanan Norway di Shangri-La Dialogue Singapura bagi menyampaikan pendirian tegas Malaysia serta mendesak Kerajaan Norway untuk memainkan peranan sebagai perantara antara Kerajaan Malaysia dan syarikat KDA bagi mendapatkan penyelesaian secara adil terhadap isu ini.

Puan Yang di-Pertua, dari sudut perundangan pula, pada 18 Mei 2026, MINDEF telah mengeluarkan surat Notice of Demand kepada syarikat KDA dengan tuntutan berjumlah EUR226.1 juta, dianggarkan bersamaan RM1.05 bilion. Jumlah ini bukan sahaja meliputi pembayaran yang telah dibuat oleh Kerajaan Malaysia, malah turut mengambil kira kerugian langsung dan tidak langsung yang ditanggung oleh kerajaan akibat pembatalan lesen eksport NSM.

Berpandukan nasihat Jabatan Peguam Negara, kementerian akan terlebih dahulu berusaha mendapatkan penyelesaian secara baik ataupun amicable solution bersama KDA. Satu rundingan amicable solution yang pertama telah pun dijadualkan dan akan berlangsung pada pertengahan bulan Ogos ini.

Objektif utama rundingan adalah untuk membincangkan status kontrak antara Malaysia dan KDA serta mencari penyelesaian secara baik terhadap isu yang berbangkit termasuk obligasi kontrak, tuntutan Kerajaan Malaysia dan langkah- langkah susulan yang boleh diambil oleh kedua-dua pihak.

draft • 11:50 AM

Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Keutamaan kerajaan adalah penyelesaian yang memberikan hasil terbaik, menjimatkan masa dan selari dengan kepentingan negara. Kedua, Kementerian Pertahanan sedang mengambil langkah segera bagi memastikan keupayaan operasi Tentera Laut Diraja Malaysia tidak terkesan dan terus dipertingkatkan.

Kini, TLDM sedang giat menjalankan kajian dan penilaian terhadap sistem surface to surface missile yang mampu menggantikan sistem NSM KDA. Beberapa original equipment manufactural, OEM daripada beberapa negara telah dikenal pasti sebagai berpotensi membekalkan sistem peluruh berpandu bagi menggantikan sistem NSM.

Cadangan dan tawaran daripada syarikat-syarikat ini akan dinilai secara komprehensif berdasarkan keperluan operasi TLDM. Ia merangkumi beberapa aspek iaitu;

(i) keupayaan sistem tersebut untuk disepadukan dengan combat management system kapal LCS;

(ii) tempoh penghantaran sistem tersebut;

(iii) kos keseluruhan perolehan; serta

(iv) tahap teknologi dan keupayaan operasi yang setanding ataupun lebih baik daripada sistem NSM.

Insya-Allah, sekiranya semua berjalan lancar, penilaian teknikal di peringkat TLDM dan MINDEF dijangka akan siap pada akhir bulan Julai 2026 sebelum diangkat ke peringkat penilaian seterusnya.

Ketiga, Malaysia komited membina keupayaan pertahanan negara yang lebih berdaya tahan dan lebih berdikari. Episod dengan Norway mengingatkan kita bahawa kebergantungan yang terlalu tinggi kepada rantaian bekalan luar negara turut membawa risiko strategik yang besar.

Justeru, penyelesaian jangka panjang kepada cabaran seperti ini bukan sekadar mencari missile pengganti tetapi ia turut menuntut pembangunan industri pertahanan tempatan dan pengurangan kebergantungan kepada sumber dan teknologi asing kerana akhirnya kekuatan sesebuah negara tidak hanya bergantung kepada aset yang dibeli tetapi juga kepada kemampuan negara menguasai teknologi, membangunkan kepakaran tempatan dan mempertahankan kedaulatannya secara berdikari.

Atas sebab itu, kerajaan sedang mempergiatkan pelaksanaan Dasar Industri Pertahanan Negara atau DIPN untuk memperkasa keupayaan dan kapasiti industri pertahanan tempatan termasuklah dalam soal pengeluaran roket dan missile.

draft • 11:50 AM

Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Puan Yang di-Pertua, sebagai penutup, saya ingin memberi jaminan kepada Dewan yang mulia ini bahawa kerajaan akan melakukan apa sahaja yang perlu bagi memastikan kepentingan negara sentiasa menjadi keutamaan. Dan saya mengajak seluruh Dewan dan juga seluruh lapisan rakyat Malaysia untuk menyokong dan berdiri teguh dengan Kementerian Pertahanan dalam kita menangani isu ini dengan pihak Norway. Terima kasih atas perhatian dan penghormatan yang diberikan.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pertahanan. Ahli-ahli Yang Berhormat, penerangan daripada Yang Berhormat Menteri Pertahanan ini terbuka untuk ahli-ahli meminta penjelasan dan memberikan pandangan. Senarai pembahas, YB Kepong, YB Tanah Merah dan YB Ketereh. Saya jemput Yang Berhormat Kepong. Masa lima minit.

draft • 11:50 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat Timbalan Speaker, Muar memohon dimasukkan sekali kalau diberikan kelonggaran.

Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Boleh sorang lagi Timbalan Speaker? Pasir Mas boleh masuk?

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya tambah Muar sahaja.

draft • 11:50 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Pertama dahulu saya nak beritahu kerajaan dan juga YB Menteri, semalam YB Menteri telah dilaporkan dalam berita kata pihak vendor missile ini syarikat vendor ini dia kata nak bincang. Saya nak beritahu kerajaan, bincang kemudian, bayar sekarang.

Puan Yang di-Pertua, Menteri menegaskan RM571.9 juta bukan bayaran pendahuluan kerana sistem NSM telah disiapkan, diuji oleh TLDM dan sedia dihantar. Namun, ukuran kejayaan perolehan pertahanan bukan barang siap dikilang. Ukurannya ialah senjata itu sampai, di pasang, dan boleh digunakan oleh TLDM.

Hal ini, sistem itu masih tidak boleh dihantar ke Malaysia. Kerajaan menuntut wang EUR226.13 juta atau kira-kira RM1.06 bilion daripada syarikat Kongsberg tetapi tuntutan bukan wang yang telah diperoleh semula. Selagi wang belum diterima, rakyat tidak boleh diberi gambaran bahawa kerugian terlah dipulihkan.

draft • 11:57 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Ada satu perkara yang mesti dijelaskan pada 19 Mei, YB Menteri menyatakan tuntutan langsung ialah duit EUR126 juta dalam jawapan bertulis pada 26 Jun, jumlahnya menjadi EUR129.66 juta, lebih RM86 juta. Kerajaan mesti menjelaskan sama ada terdapat bayaran tambahan skop tuntutan berbeza atau kesilapan pengiraan setiap Euro wang rakyat mesti ada pecahan yang jelas.

Lebih membimbangkan, Setiausaha Agung MINDEF dilaporkan berkata Norway telah menggunakan alasan force majeure, YB Menteri pula menyatakan pembatalan lesen berada di luar kawalan kerajaan dan syarikat pembekal dan keadaan ini hak Malaysia untuk mendapat balik bayaran dan ganti rugi bergantung kepada isi sebenar kontrak.

Kewujudan satu klausa perlindungan sahaja tidak membuktikan tuntutan itu pasti berjaya. Maka kerajaan memberi PAC akses kepada klausa four majeure, undang-undang yang mengawal kontrak, kaedah penyelesaian pertikaian, jaminan bank dan asas pengiraan tuntutan. Tanpa semakan ini, Parlimen tidak dapat menilai sama ada tuntutan RM1.06 bilion itu benar-benar kukuh atau hanya angka rundingan.

draft • 11:57 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

YB Menteri berkata pembatalan ini tidak menjejaskan jadual penyerahan LCS dan kesiapsiagaan ATM. Ini mesti diperjelas. Kontrak pada tahun 2018 memang dibuat untuk membekalkan NSM kepada enam LCS. Kongsberg sendiri menyatakan NSM direka di pasaran [Tidak jelas] dan diintegrasi dengan sistem pengurusan tempur SETIS. Selagi sistem pengganti belum dipilih, dihantar dan diintegrasi, kerajaan tidak boleh mendakwa LCS telah mempunyai keupayaan anti-kapal seperti yang dirancang pada asalnya.

Sea trial KD Maharaja Lela pada 29 April ialah perkembangan baik tetapi YB Menteri sendiri mengesahkan penerimaan rasmi masih tertakluk kepada sea acceptance trial. Pembetulan penemuan teknikal dan pengesahan TLDM, sea trial sama dengan kapal diterima dan sedia beroperasi sepenuhnya. Kerajaan turut mengakui kos tambahan sebenar belum dapat dimuktamadkan kerana sistem pengganti masih dinilai.

YB Menteri juga menyatakan kos tidak langsung melibatkan pendengaran sistem sedia ada, integrasi sistem baru dan latihan. Maka jaminan bahawa jadual tidak terjejas tidak boleh menggantikan tarikh, kos dan pelan kerja yang boleh diperiksa. Pada tahun 2025, perbelanjaan tentera dunia mencecah rekod USD2.887 trilion. Perbelanjaan di Oceana Ocean Pact pula meningkat 8.1 peratus. Dalam

draft • 12:00 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

keadaan persaingan perolehan pertahanan dunia semakin tinggi, Malaysia tidak boleh hanya mengatakan sistem baru sedang dinilai. Malaysia perlukan keputusan, jarak penghantaran dan tanggungjawab yang jelas. Sekian, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Saya jemput Yang Berhormat Tanah Merah.

draft • 12:00 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertama, saya bersetuju dengan Yang Berhormat MENHAN mengatakan kita semua kena berdiri teguh dengan MINDEF dalam isu ini. Memang jelas Norway tidak profesional. Kepercayaan, lost trust antara kita dengan Norway.

Tindakan Norway, saya setuju dengan MENHAN, meremehkan dan memandang rendah ke atas Malaysia dan juga saya setuju menyokong tuntutan kita yang hampir RM1 bilion dan saya rasa Norway harus meneruskan full obligation mereka kerana ini adalah isu keselamatan negara. Terima kasih juga kepada Yang di-Pertua membenarkan Muar dengan Pasir Mas kerana ini isu keselamatan negara.

draft • 12:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya bagi Muar sahaja.

draft • 12:02 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Ya. Namun sebab itulah saya kata kita tak perlulah, kepada semua, tak perlulah nak ucap tahniah kepada Norway yang mengalahkan Brazil 2–1, tak payah. Seperti yang kita dimaklumkan oleh MENHAN tadi, tindakan Kerajaan Norway mengenakan perintah halangan terhadap syarikat Kongsberg Defence & Aerospace daripada menjual peluru berpandu generasi kelima iaitu New Strike Missile (NSM) untuk dipasang di atas kapal LCS dan juga dua kapal tempur kelas Lekiu milik Tentera Laut Diraja Malaysia adalah perkembangan yang mengecewakan dan merugikan negara kita.

Saya yakin kita semua mahu aset yang terbaik untuk TLDM kita. Isu peluru berpandu yang dibincangkan hari ini ialah misil jenis permukaan ke permukaan

(surface to surface). Saya tidak berminat untuk menyentuh mengenai kronologi peristiwa permasalahan berlaku kerana semua tahu bahawa kapal tempur LCS sudah tujuh tahun lewat dari tarikh kapal pertama yang sepatutnya diserahkan kepada TLDM.

Sepatutnya diserahkan pada tahun 2019. Di dalam Dewan ini jugalah saya berkali-kali menyebut bahawa kegagalan syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd

draft • 12:02 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

untuk menyiapkan kapal LCS ini akan merugikan kerajaan di luar daripada nilai kos wang Ringgit iaitu kerugian dari segi time and space. Boleh rujuk Hansard ucapan saya dalam Dewan perbahasan ini sebelum ini.

Pada hari ini, sekali lagi terbukti kata-kata saya ini benar kerana kegagalan pihak kontraktor menyiapkan kapal LCS mengikut waktu yang ditetapkan, sekali lagi menyebabkan berlakunya kerugian besar di pihak end user iaitu pihak TLDM sendiri.

Sekiranya kapal ini siap ikut waktu pada tahun 2019 dan kapal terakhir yang keenam sepatutnya siap pada 2022, sudah pasti keenam-enam kapal LCS ini sudah boleh digunakan oleh pihak TLDM bagi menjaga kedaulatan negara, termasuk telah dipasang taring iaitu senjata dari jenis peluru berpandu generasi kelima NSM buatan syarikat Kongsberg ini. Sudah tentulah kalau siap on time, isu ini tidak akan berbangkit.

Tapi hari ini, pada tahun 2026, apa yang berlaku? Bukan sahaja kapal LCS iaitu KD Maharaja Lela tertangguh lagi untuk diserah kepada pihak end user jangkaan akhir tahun ini tetapi saya yakin dan pasti permasalahan terbaru iaitu halangan Kerajaan Norway terhadap kepada syarikat Kongsberg untuk menjual peluru berpandu dari jenis NSM kepada pihak TLDM, kapal LCS kita yang sedang dibina akan berdepan dengan sekali lagi MENHAN, dengan masalah penangguhan di mana sistem vertical launching system (VLS) terpaksa dipinda untuk menempatkan persenjataan lain untuk menggantikan peluru berpandu dari jenis NSM yang sebelum ini telah pun dipasang tapak dan sistem wiring bagi menyokong operasi senjata ini.

Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Pertahanan, dengan penggantian senjata baru untuk diletakkan di atas kapal LCS ini, apakah akan berlaku peningkatan kos tambahan serta apakah penyerahan kapal LCS ini akan ditangguhkan lagi kepada pihak end user? Jangan bagi tahu kita bahawa tiada kos overrun kerana perkara ini tidak logik sama sekali. Sekiranya tidak berlaku penangguhan tarikh kapal-kapal ini diserahkan kepada pihak TLDM, saya ingin mempersoalkan rasional dan justifikasi TLDM menerima kapal kosong tanpa senjata untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Selain itu juga, saya ingin mendapatkan kepastian daripada MINDEF mengenai klausa kontrak yang dimeterai pada tahun 2018 antara MINDEF dan juga syarikat Kongsberg sewaktu pemilihan senjata NSM untuk dipasang di atas kapal LCS kita dan juga sewaktu LIMA tahun lepas juga, baru sahaja berlaku apabila MINDEF memeterai perjanjian tambahan dengan syarikat Kongsberg untuk

draft • 12:02 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

membekalkan peluru berpandu jenis yang sama untuk dipasang di atas kapal KD Lekiu dan KD Jebat. Sikit lagi ya nak tamat.

Apakah ada klausa dalam kontrak berkenaan untuk menjaga kepentingan Kerajaan Malaysia, khususnya pihak TLDM sekiranya syarikat Kongsberg gagal membekal senjata ini sebagaimana yang dikehendaki? Serta saya mahu tahu, dalam dokumen kontrak guarantee daripada segi wording atau ayat kontrak bahawa syarikat Kongsberg akan membayar ganti rugi, bukannya sahaja nilai wang yang telah kita bayar sebelum ini yang seperti dimaklumkan oleh MENHAN tadi, tetapi juga kerugian berbentuk time and space kepada pihak TLDM.

Worst-case scenario dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kita perlu bawa Kerajaan Norway dan syarikat Kongsberg ke tribunal attribution ICJ kerana melanggar kontrak yang merugikan Kerajaan Malaysia tatkala kita berdepan dengan kehadiran kapal-kapal asing di Zon Maritim Malaysia di Beting Patinggi Ali.

Pihak Kerajaan Norway juga sedia maklum sejak tahun 2018 lagi...

draft • 12:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tanah Merah, sila gulung.

draft • 12:02 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

...Bahawa TLDM berminat untuk mendapatkan senjata NSM ini daripada syarikat Kongsberg. Tidak timbul persoalan mereka baru maklum mengenai perkara ini. Soalan saya, kenapa baru tahun ini larangan ini dibuat? Apakah pejabat DA yang banyak wujud di Eropah tidak dapat memberi pelaporan jelas berkenaan perkara ini berlaku? Amat dikesali sekali, mereka seolah-olah tak efektif kerana DA kita sepatutnya dapat memberi pencerahan kenapa perkara ini terjadi.

Akhir sekali, persenjataan NSM adalah senjata peluru berpandu generasi kelima yang sangat tepat untuk dipasang, digunakan oleh pihak TLDM di atas kapal LCS kita yang canggih dan berbentuk halimunan. TLDM membuat keputusan yang betul dan tepat dengan memilih senjata ini seawal tahun 2018.

Sekiranya kita gagal mendapat senjata ini, opsyen yang kedua dan ketiga seperti yang MENHAN maklum tadi, saya dimaklumkan peluru berpandu jenis ATMACA buatan syarikat Roketsan dari Turkiye dan juga Exocet MM40 Block 3C buatan syarikat MBDA dari Perancis tidaklah sama dengan keupayaan peluru berpandu jenis NSM buatan Kongsberg dari Norway ini tetapi nampaknya mungkin kita tak ada pilihan sekiranya Kerajaan Norway tetap berkeras untuk mengekalkan perintah larangan berkenaan.

draft • 12:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 12:02 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Okey, landing dah.

draft • 12:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sudah berdiri lama.

draft • 12:02 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Jadi, the whole thing. Okey, ini habis ya. Jadi, the whole thing endeavor ini has been a very costly affair kepada kerajaan kita. Dato’ Yang di-Pertua, saya berharap MINDEF dapatlah menyelesaikan kemelut ini dengan berhati-hati dan cermat.

draft • 12:02 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Dato’ Yang di-Pertua, saya berharap MINDEF dapatlah menyelesaikan kemelut ini dengan berhati-hati dan cermat. Kita sudah rugi membina LCS yang paling mahal dalam dunia, satu record breaking yang tidak membanggakan. Jangan pula kapal yang bakal siap ini bersifat overkill, tak semegah senjata yang akan dipasang di atasnya.

Silap pasang senjata, kapal halimunan kita akan jadi kapal patrol biasa, umpama “Pak Kaduk bertarung ayam, habis baju kertas yang dipakainya carik koyak rabak. Ayam disorakkan pula telah milik orang lain”. Sekian, terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah. Saya jemput Yang Berhormat Ketereh.

draft • 12:10 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Menteri— Yang Berhormat Menteri.

Saya berada di sini untuk membahaskan isu pembatalan kelulusan export naval strike missile oleh Kerajaan Norway kepada Malaysia. Isu ini bukan sekadar soal pembelian aset ketenteraan tetapi menyentuh kredibiliti kontrak antarabangsa.

Kesiapsiagaan pertahanan negara dan kepentingan kedaulatan negara.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia telah melalui proses perolehan mengikut tatacara yang ditetapkan, sebagaimana yang disebut oleh Menteri sekejap tadi.

Rundingan dibuat, kontrak dimeterai dan komitmen kewangan telah dipenuhi mengikut syarat yang dipersetujui. Namun, selepas semua proses tersebut berlangsung, lesen eksport telah dibatalkan oleh Kerajaan Norway atas alasan perubahan dasar kawalan eksport mereka.

draft • 12:10 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Kita menghormati hak setiap negara untuk menentukan dasar keselamatan dan eksport masing-masing. Namun, persoalan yang perlu dijawab ialah apakah jaminan kepada negara pembeli sekiranya sesuatu kontrak boleh terjejas akibat perubahan dasar selepas kontrak dimeterai? Perkara ini memberi kesan kepada keyakinan terhadap kestabilan urusan perolehan pertahanan antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengemukakan beberapa persoalan kepada pihak kerajaan. Pertama, apakah langkah-langkah diplomatik yang telah diambil oleh Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar Negeri bagi mendapatkan penjelasan rasmi daripada Kerajaan Norway?

Yang kedua, apakah kedudukan kewangan kontrak tersebut? Berapakah jumlah pembayaran yang telah dibuat? Saya tak sempat tadi mendengar pembentangan Menteri kerana saya ada mesyuarat tadi. Dan adakah kerajaan telah mengemukakan tuntutan pampasan atau mendapatkan jaminan pemulangan wang sekiranya pembekalan tidak dapat diteruskan?

Ketiga, apakah implikasi pembatalan ini terhadap kesiapsiagaan Tentera Laut Diraja Malaysia? Terutama kepada kapal LCS tadi itu, khususnya melibatkan kapal- kapal yang dirancang untuk menggunakan naval strike missile kerana terdapat...

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Ketereh, boleh tak saya nak mencelah sikit?

draft • 12:10 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Okey.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Soalan ketiga dibangkitkan oleh Ketereh itu, boleh tak Menteri nyatakan apakah tarikh persiapan LCS yang dijangka tahun ini, akan ditunda pula jangkaannya? Dan kalau ada tarikh yang baru— jangkaan yang baru, kita minta Menteri Pertahanan untuk kemukakan bilakah jangkaan yang baru?

draft • 12:10 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Okey, sila masuk dalam perbahasan saya. Adakah terdapat kelewatan dalam mencapai keupayaan operasi penuh?

Keempat, apakah pelan contingency kerajaan? Adakah kementerian sedang menilai sistem peluru berpandu alternatif sekiranya ada yang memenuhi keperluan operasi tanpa menjejaskan jadual penyerahan aset LCS tadi?

Tuan Yang di-Pertua, peristiwa ini telah memberi satu pengajaran penting kepada negara. Dalam setiap pelaburan strategik, Malaysia perlu mengambil kira bukan sahaja aspek harga dan keupayaan teknikal tetapi juga risiko geopolitik, dasar kawalan eksport dan kebolehpercayaan pembekal dalam jangka masa panjang.

Oleh itu, saya mencadangkan perkara berikut:

draft • 12:10 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

(i) meneruskan rundingan diplomatik secara aktif dengan Kerajaan Norway bagi mendapatkan penjelasan yang adil;

(ii) mengambil tindakan undang-undang atau timbang tara sekiranya terdapat asas kontrak yang membolehkan tuntutan dibuat;

(iii) memastikan projek pertahanan negara tidak tergendala dan dengan mempercepatkan penilaian terhadap sistem alternatif yang sesuai;

(iv) mengkaji semula dasar perolehan pertahanan supaya risiko berkaitan lesen eksport diberi penekanan dalam kontrak pada masa-masa hadapan; dan

(v) mempercepatkan pembangunan industri pertahanan tempatan agar kebergantungan kepada pembekal luar dapat dikurangkan secara berperingkat.

Tuan Yang di-Pertua, keselamatan negara tidak boleh bergantung kepada ketidaktentuan dasar lain. Pada masa yang sama, Malaysia perlu bertindak secara profesional berlandaskan undang-undang dan diplomasi sambil mempertahankan hak negara serta memastikan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia sentiasa dipelihara. Sekian perbahasan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Ketereh. Saya jemput Yang Berhormat Muar.

draft • 12:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Puan Pengerusi. Izinkan saya mulakan ucapan ini dalam bahasa Inggeris.

Norway mungkin ada pemain bola yang terhebat. Norway has Harland, a world class finisher, but when it comes to fulfilling the sanctity of a contract, they are not a world class finisher, they are a world class loser. Itulah realitinya kerana Kerajaan Malaysia telah menunaikan janjinya, telah pun membayar lebih 95 peratus menggunakan duit cukai rakyat yang telah pun dijanjikan. Pada minit-minit terakhir, sampai sebulan sebelum kontrak itu patut dimuktamadkan, senjata patut diserahkan, mereka masih tidak memberikan jawapan yang tuntas.

Dan hanya sebulan selepasnya patutnya diserahkan, di situlah kita diberikan jawapan yang sangat tidak bertanggungjawab, yang akhirnya menjejaskan kedaulatan negara dan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia. This is a breach

draft • 12:15 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

of basic contractual sanctity tetapi lebih penting, ini adalah isu kedaulatan yang sangat besar. Dan malangnya, datang daripada seorang sahabat lama Malaysia iaitu negara Norway. Janji mesti ditepati, kontrak mesti dihormati dan amanah mesti dijaga.

Saya bersetuju dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri Pertahanan. Ini isu besar, ini isu tegas dan kita perlu dapatkan pampasan sepenuhnya. Muar ingin mencadangkan tiga perkara.

Pertama sekali, pampasan penuh merupakan tuntutan minimum. Tuntutan minimum kerana realitinya kita perlu dapat lebih dari itu, kerana kos integrasi yang perlu ditangani oleh kerajaan, oleh TLDM sangat tinggi. Kerana kita sudah siap memasang missile system, navigation system dan semua ini akan tergendala kerana pada minit-minit terakhir kontrak dibatalkan.

Maksudnya, walaupun kita rugi dalam anggaran RM600 juta— saya setuju dengan apa Yang Berhormat Menteri Pertahanan tuntut iaitu secara minimum kita perlu dapat lebih RM1 bilion pampasan supaya kita menghantar isyarat dan signal yang jelas kepada mana-mana kontraktor-kontraktor antarabangsa. Jikalau mereka mengkhianati Malaysia dan tidak mengadili pelaksanaan kontrak tersebut, pampasan adalah minimum kerana realitinya, they must pay a higher price. Cadangan yang kedua, Muar mencadangkan supaya Kementerian Pertahanan memainkan peranan bersama dengan MITI dan juga Kementerian Ekonomi untuk menggunakan Perjanjian Malaysia (EFTA) European Free Trade Association Economic Partnership Agreement untuk mendesak Norway dan kerajaan-kerajaan yang sekutu dengan Norway untuk menjelaskan pampasan ini.

Kalau tidak, akan ada tindakan fiskal ataupun tindakan ekonomi, sekatan ekonomi yang akan dikenakan ke atas Norway.

Mengapa Muar katakan ini? Pada tahun lepas bulan Jun, Malaysia telah pun menandatangani Perjanjian Ekonomi Malaysia EFTA dan Norway merupakan sebahagian daripada perjanjian tersebut. Walaupun Malaysia belum ratifikasi perjanjian tersebut, Kerajaan Norway melalui Menterinya telah mengeluarkan kenyataan. Dalam tempoh masa lima tahun selepas menandatangani perjanjian ini, Kerajaan Norway dan segala sekatan ekonomi ataupun tarif yang diletakkan ke atas syarikat-syarikat Norway selepas ini, 95 percent of the tariff and economic impediments akan diketepikan.

draft • 12:15 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Dengan itu, Norway sendiri mengakui bahawa Malaysia ada, dengan izin, leverage to be used. Dalam bab ini, Muar cadangkan isu pertahanan dan isu ekonomi tidak boleh dipisahkan kerana ia melibatkan a relationship of trust, whether is on economic sovereignty or on different sovereignty. Kita tidak boleh membahagikan isu kedaulatan negara dalam bab pertahanan dan ekonomi.

Dan Muar percaya dengan memainkan peranan dengan negara-negara sekutu Norway melalui Perjanjian EFTA ini, kita dapat mendesak Norway supaya isu ini bukan setakat Malaysia lawan dengan Norway tetapi Malaysia mempertahankan global south dengan negara-negara sekutu Eropah yang lain, yang ada hubungan yang baik dengan Norway.

draft • 12:15 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Dan yang ketiga, mencadangkan supaya kita mengambil tindakan diplomatik melalui ASEAN platform dengan negara-negara Eropah juga. Kerana, Norway tidak boleh lihat isu ini hanya sebagai isu rundingan kecil atau sementara di antara negara Norway dan Malaysia. Negara-negara Eropah yang lain juga, contohnya seperti Itali, di mana Malaysia telah membelanjakan lebih RM15 bilion untuk membeli peralatan pertahanan, dan banyak negara-negara lain seperti France, kita tidak boleh menghukum mereka, they are good friends and partners.

Tetapi, melalui platform ASEAN, kita boleh menghantar isyarat yang jelas bahawa Global South, negara-negara kecil, middle powers tidak boleh didiskriminasi oleh mereka yang berteknologi tinggi khususnya apabila pembayaran telah dibuat.

Malaysia tidak mengharapkan Norway melihat Malaysia sebagai ally yang paling kuat dan bertanggungjawab, tetapi at least look at us as friends and respect Malaysia’s sovereignty apabila duit telah dibayar sepenuhnya dan tidak boleh dibatalkan pada saat-saat yang terakhir.

Lagi sekali saya tekankan, *yes, fellow Malaysian and Norwegian are friends.

We can celebrate their win in World Cup against Brazil*. Haaland is an exceptional figure. But what’s clear, it does not translate to defense procurements and integrity of a contract which the Norwegian Government has blatantly failed. Ini memalukan, menjengkelkan dan saya harap tindakan tegas akan diambil.

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Muar. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Pertahanan untuk menjawab. Masa tujuh minit.

draft • 12:20 PM

Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih Puan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam Sesi Penerangan Menteri ini mengenai soal pembatalan lesen eksport Naval Strike Missile daripada Norway.

Banyak perkara yang dibangkitkan, terutamanya oleh Ketereh, Kepong dan juga yang lain-lain. Ada yang telah saya ucapkan semasa pembentangan saya. Saya hanya akan beri penjelasan mengenai perkara-perkara yang mungkin saya tak sentuh.

Antaranya, seperti yang telah saya nyatakan, harus kita faham keputusan Norway ini dibuat secara unilateral tanpa dimaklumkan kepada Malaysia. Kita hanya tahu pada saat akhir pada ketika misil tersebut patut dihantar. Dia dibuat secara unilateral dan alasannya ialah ia hanya akan eksport kepada negara-negara NATO dan sekutunya. Itu sahaja alasan yang diberi. Kalau kita minta lebih daripada itu, memang dia tak beri. Itu sahaja alasan yang hendak diberi.

Jadi, harus kita terima hakikat― satu, keputusan itu dibuat secara bersendirian, tak menggambarkan sebagai sebuah negara yang bersahabat dengan kita. Kita pun taken by surprise daripada tindakan Norway itu. Dan kita juga tak dapat terima dengan baik alasan yang diberi. Tetapi, alasan yang mereka beri tak lebih daripada itu.

Saya suka juga nyatakan iaitu, seperti kata Yang Berhormat daripada Muar, benar, kita bukan sahaja tuntut kos-kos secara langsung yang kita telah bayar, tetapi kita juga tuntut lain-lain kos iaitu kos tidak langsung yang sememangnya akan kita tanggung kerana sebab alasan pembatalan yang dibuat oleh Kerajaan Norway.

Dan saya setuju dengan Yang Berhormat daripada Tanah Merah. Suka tak suka, memang akan ada kos overrun. Memang ada kos overrun. Atas sebab itulah kita buat tuntutan indirect cost yang berjumlah sebanyak EUR96 juta. Jadi, kalau ada apa-apa kos overrun, ia akan ditampung melalui tuntutan kita terhadap indirect cost tersebut.

draft • 12:21 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Sikit, Yang Berhormat Menteri. Dalam...

draft • 12:21 PM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Saya ada tujuh minit sahaja.

Kalau tidak...

draft • 12:21 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Sekejap. Saya hendak― topik yang sama. Dalam agreement asal, apakah yang telah dipersetujui dalam agreement asal kalau Norway tidak dapat bekalkan? Apakah content dalam agreement asal itu?

draft • 12:21 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Adakah mereka kena bayar kos sahaja atau kos langsung dengan kos tak langsung ataupun bagaimana? Terima kasih.

draft • 12:21 PM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Kita biasanya dalam mana- mana perjanjian, kita tak sebut dari segi soal itu, tetapi kita hanya sebut mekanisme bila ada pelanggaran kontrak. Ini pun dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat sebentar tadi.

Apabila berlakunya apa-apa pelanggaran kontrak, maka, yang pertamanya, pertikaian itu kita dirujukkan kepada dispute resolution committee, iaitu yang dianggotai oleh KSU kementerian, seorang wakil yang dilantik kerajaan dan seorang wakil yang dilantik oleh syarikat. Dan atas sebab itulah syarikat telah menulis kepada kita untuk kita sama-sama bincang melalui dispute resolution committee untuk mencari keadilan kepada negara kita. Jika itu gagal, maka kita akan bawa kepada arbitration. Arbitration itu mesti dalam negara Malaysia. Itu dalam perjanjian, memang ada. Dan bila arbitration keputusannya tak dipatuhi, maka kita boleh bawa ke mahkamah.

Tetapi, itu semua memakan masa proses yang sangat panjang. Atas sebab itu, bila saya jumpa dengan Menteri Pertahanan Norway, saya kata semua punca masalah ini adalah tindakan Kerajaan Norway untuk membatalkan export license.

Takkanlah sebagai negara sahabat dengan Malaysia, Kerajaan Norway tidak mengambil pendekatan untuk menjadi mediator antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat untuk bantu kita mendapatkan balik semua tuntutan kita.

Dalam soal ini, Kerajaan Malaysia memang telah menyusuli soal ini, tetapi kita belum ada lagi jawapan daripada Kerajaan Norway. Kita kata Kerajaan Norway mesti turut bertanggungjawab kerana kerajaan ini punca kepada segala masalah yang kita hadapi.

Jadi, atas sebab itulah kita buat tuntutan ini dan saya suka nyatakan iaitu dari segi penyerahan kapal, walaupun kita tidak ada sistem surface-to-surface missile, kalau ikut LUNAS, jadual penyerahan masih seperti yang telah dinyatakan sebelum daripada ini. LCS yang pertama sepatutnya pada Disember 2026, walaupun kita tidak mempunyai sistem misil surface-to-surface missile.

Tetapi, saya ingin nyatakan, seperti saya nyatakan dalam ucapan saya tadi, kapal LCS ini juga mempunyai pelbagai sistem persenjataan yang lain. Kita hanya tak ada surface-to-surface missile. Kalau kita hendak hadapi soal peperangan permukaan, kita ada senjata terhad, seperti saya kata tadi, meriam 57mm buat ketika ini.

draft • 12:21 PM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Tetapi, selain daripada itu, sistem persenjataan yang kita ada adalah untuk peperangan antikapal selam― maknanya missile ke kapal selam― kita ada peperangan anti udara dan kita juga ada sistem peperangan elektronik, hendak jammed-kan orang lain punya sistem jika ada serangan terhadap kita dan sebagainya.

Dan pada masa yang sama...

draft • 12:21 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Jadi, Menteri...

draft • 12:21 PM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Dalam masa kita tak ada sistem ini, maknanya permukaan ke permukaan, kita boleh dapat bantuan daripada TUDM. Katalah ada cabaran ancaman, kita ada F/A-18 yang ada keupayaan melancarkan missile udara ke permukaan untuk menampung jurang keupayaan peperangan anti permukaan LCS dengan menggunakan Harpoon ataupun Maverick dan sebagainya. Jadi, masih ada lagi pertahanan yang kita boleh lakukan.

Dan apabila LMS Batch 2 sampai pada bulan Oktober, November, Disember 2027, kita ada surface-to-surface missile 200 kilometer jaraknya. Jadi, buat ketika itu, kita doa mudah-mudahan dalam masa kita runding untuk mencari alternatif kepada NSM, pada ketika kita hendak siapkan LCS 2, 3, 4, kita dah ada sistem baharu untuk menggantikan NSM.

draft • 12:21 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Okey.

draft • 12:21 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

[Bangun]

draft • 12:21 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Tambahan...

draft • 12:21 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Jadi, Yang Berhormat Menteri, boleh saya hendak minta kepastian bahawa LCS pertama akan diserahkan mengikut jadual pada hujung tahun ini?

draft • 12:21 PM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Itu mengikut LUNAS.

Mengikut LUNAS, dia boleh serahkan walaupun tak ada...

draft • 12:21 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Sebelum PRU lah ya?

draft • 12:21 PM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

LUNAS adalah pembina kapal. Bukan Kementerian Pertahanan yang buat kapal itu. Kena fahamlah.

draft • 12:21 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Okey.

draft • 12:21 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, boleh sikit? Saya hendak dapat sedikit jangka masa. Maknanya, sekarang ini, adakah kerajaan akan berunding selesai dahulu dengan Norway ini, baru nak fikir hendak ambil replacement mana ataupun memang dah decide that,

draft • 12:21 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

“Okey, Kita akan ambil replacement”? Dan tempoh masa nak dapat replacement ini berapa lama?

draft • 12:21 PM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Itulah, masuk lambat tadi.

draft • 12:21 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Macam mana?

draft • 12:21 PM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Yang Berhormat masuk lambat. Kita terima hakikat kita tak akan dapat NSM.

draft • 12:21 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Sebab itu saya...

draft • 12:21 PM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Kita sekarang sedang menilai untuk penggantian. Dan jangkaan penilaian teknikalnya berakhir bulan Julai ini.

Kemudian, barulah kewangan dan sebagainya.

draft • 12:21 PM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Tapi hakikat yang penting, episod daripada ini, apa-apa perolehan yang kita nak buat, ia mesti berasaskan kepada soal kepercayaan dan keyakinan terhadap rakan strategik yang hendak membekalkan kita.

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Okey, Yang Berhormat MENHAN, apa pun bagi saya, saya kata kita kena ikhtiarkan juga ya.

Yang Berhormat seorang Menteri yang apa— seorang lawyer yang hebat ya. Kita, apa pun kita nak Norway fulfill dia punya obligation. Kerana apa? Kerana LCS kita ni bersifat halimunan yang mempunyai keupayaan first strike dalam peperangan maritim dan moden. Sekiranya kapal LCS kita ni tidak dipasangkan NSM generasi yang kelima dan kita terpaksa pasang peluru berpandu jenis generasi ketiga atau pun keempat. Pelaburan Kerajaan Malaysia untuk memperolehi kapal LCS adalah bagi saya sia-sia. Macam tadi Yang Berhormat nak tunggu LMS ya, kerana sudah memadai, TLDM memadai memenuhi kapal OPV biasa sebagaimana kapal NGPV Kelas-Kedah jika kita hanya menggunakan senjata dari peluru generasi ketiga dan keempat.

Jadi, no point kita ada NSM, belanja yang besar. Sebab itu kalau dalam tuntutan kita nanti kena fikir bukan saja kita hantar— Yang Berhormat MENHAN kata akan tuntut more than one billion, bagus. Tapi one billion saja tetap tak cukup kerana isu keselamatan negara kita. Terima kasih. Kena fight habis-habisan.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Yang Berhormat, Norway dah buat keputusan. Nama dia pun Norway, no way.

draft • 12:30 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Jadi, apa pun saya setuju dengan YB Muar, YB Muar, bahawa soal-soal pertahanan ini kita kena kaitkan dengan soal ekonomi sebagainya, kita lihat kesan- kesan geopolitik, serangan Amerika terhadap Iran bukan saja kesan peperangan dan

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

sebagainya tetapi kesan ekonomi sebagainya, sudah sampai masanya bagi negara, dalam kita berhadapan soal-soal ini, kita kena kaitkan pertahanan, ekonomi dan sebagainya sebagai senjata dan sebagai kekuatan kita untuk leverage apa saja yang kita hadapi.

Jadi mungkin perkara ini satu perkara yang boleh diangkat dan diteruskan dalam soal kita cuba menyelesaikan soal ini. Jadi, itu sajalah yang nak saya sampaikan. LCS tu, itu seperti yang dinyatakan oleh LUNAS, delivery-nya. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Kita jangan politikkanlah soal ni, saya tahu ke mana nak arahnya.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang selesailah Sesi Penerangan daripada Yang Berhormat Menteri Pertahanan.

draft • 12:30 PM
PENERANGAN MENGENAI PENYATA DARI PENGERUSI JAWATANKUASA PILIHAN DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 14(1)(ia)
REFORMASI SISTEM PENDERMAAN DAN TRANSPLAN ORGAN NASIONAL

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menjemput Yang Berhormat Pulai, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Kesihatan memberi penerangan berkenaan penyata bertajuk Reformasi Sistem Pendermaan dan Transplan Organ Nasional.

draft • 12:30 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,* salam sejahtera, salam MADANI.

Terima kasih Puan Speaker yang memberikan ruang untuk Pulai selaku Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan untuk membentangkan penyata bertajuk Reformasi Sistem Pendermaan dan Transplan Organ Nasional.

Pada 26 April 2026, dalam Harian Metro melaporkan kisah Allahyarham Muhammad Syukri Bazli yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Dengan persetujuan keluarga, organ dan tisu Allahyarham

draft • 12:33 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

termasuk buah pinggang, hati, tulang dan kulit telah didermakan bagi membantu pesakit yang memerlukan rawatan transplan serta reconstructive. Beberapa hari kemudian pada 28 April 2026, Kosmo pula melaporkan kisah Allahyarham Harith Aizuddin Salleh yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 24 April 2026. Dengan persetujuan keluarga, pendermaan tisu injap jantung dan kornea mata Allahyarham dijangka dapat membantu sehingga enam orang pesakit.

Kedua-dua kisah ini memperlihatkan bahawa pendermaan organ dan tisu bukan sahaja mampu memberi harapan baru kepada pesakit yang memerlukan, malah mencerminkan kepentingan, kefahaman keluarga, keyakinan terhadap sistem kesihatan dan nilai kemanusiaan yang menjadi asas kepada reformasi sistem pendermaan dan transplan organ negara.

Malaysia mempunyai keupayaan melaksanakan transplan buah pinggang, hati, jantung dan paru-paru. Walau bagaimanapun, keupayaan tersebut masih belum dapat memenuhi keperluan pesakit yang semakin meningkat. Keadaan ini menunjukkan bahawa cabaran yang dihadapi pada hari ini bukan tertumpu pada aspek klinikal semata-mata tetapi melibatkan keseluruhan sistem pendermaan dan transplan organ negara.

Berdasarkan rekod sehingga 30 Jun 2026 seperti dilaporkan dalam portal Derma Organ, jumlah pembedahan transplan sehingga kini dilaporkan sebanyak 3,657 kes manakala bilangan pesakit yang menunggu transplan organ daripada penderma selepas kematian adalah 10,170 orang.

Perkembangan ini menunjukkan bahawa walaupun terdapat peningkatan dalam jumlah prosedur transplan, jurang antara keperluan pesakit dan ketersediaan organ masih memerlukan pengukuhan sistem pendermaan dan transplan organ secara berterusan. Lebih 1,100 peluang pendermaan organ tidak dapat direalisasikan berikutan ketiadaan persetujuan daripada ahli keluarga.

Keadaan ini memberi gambaran bahawa masih terdapat keperluan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai pendermaan organ serta membina keyakinan yang lebih tinggi terhadap sistem pendermaan dan transplan organ negara.

Pada masa yang sama, negara ini mempunyai lebih 55,000 pesakit yang bergantung pada rawatan dialisis dan jumlah tersebut dijangka meningkat kepada lebih 104,000 pesakit menjelang tahun 2040. Perkembangan ini bukan sahaja

draft • 12:33 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

memberi kesan kepada pesakit dan keluarga mereka, malah meningkatkan tekanan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan negara.

Kos rawatan dialisis yang mencecah hampir dua bilion setahun. Menunjukkan keperluan untuk memperkukuh sistem pendermaan dan transplan organ secara lebih menyeluruh. Langkah ini bukan sahaja dapat meningkatkan akses kepada rawatan malah merupakan satu laporan strategik bagi memastikan sumber kesihatan negara dapat dimanfaatkan secara lebih berkesan.

Berdasarkan penelitian yang telah dijalankan, cabaran utama sistem pendermaan dan transplan organ negara bukan berpunca daripada kekurangan kepakaran perubatan semata-mata, sebaliknya ia melibatkan keseluruhan ekosistem yang merangkumi aspek tadbir urus, penyelarasan pelaksanaan, pembangunan kepakaran, pembiayaan, infrastruktur serta tahap kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pendermaan organ.

Pelaksanaan perkhidmatan transplan organ pada masa ini masih memerlukan penyelarasan yang lebih mantap antara pelbagai institusi dan agensi yang terlibat. Walau bagaimanapun, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan. Walaupun pelbagai inisiatif telah dilaksanakan, usaha memperkukuh penyelarasan dasar, perkongsian data, penggunaan pembangunan kepakaran dan penyampaian perkhidmatan perlu terus dipertingkat bagi memastikan keseluruhan sistem berfungsi secara lebih bersepadu dan berkesan.

Di samping itu, sistem pendermaan dan transplan organ negara ini perlu disokong oleh kerangka dasar dan perundangan yang sentiasa relevan dengan perkembangan bidang perubatan. Kemajuan teknologi serta amalan terbaik daripada peringkat antarabangsa menuntut agar sistem sedia ada sentiasa dikaji dan diperkemas bagi memastikan pelaksanaannya kekal telus, berakauntabiliti dan memenuhi keperluan semasa.

Jawatankuasa juga memberi perhatian terhadap keperluan memperkukuh pembangunan modal insan dalam bidang transplan organ. Perkhidmatan ini memerlukan tenaga pakar daripada pelbagai disiplin termasuk pakar bedah, pakar bius, pakar perubatan, jururawat, penyelaras pendermaan organ serta tenaga profesional lain yang mempunyai kepakaran khusus.

Oleh itu, pembangunan kepakaran secara berterusan merupakan antara prasyarat penting bagi memastikan perkhidmatan transplan dapat diperkasakan.

Jawatankuasa telah mengemukakan syor-syor strategik yang disusun mengikut tiga komponen utama bagi memastikan reformasi sistem pendermaan dan

draft • 12:33 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

transplan organ dapat dilaksanakan secara berperingkat, tersusun dan mampan seperti berikut.

Komponen pertama, memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh operasi dan tadbir urus Pusat Sumber Transplan Nasional, National Transplant Resource Centre (NTRC) bagi meningkatkan kecekapan sistem pendermaan dan transplan organ di peringkat nasional.

draft • 12:33 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Bagi tujuan tersebut, jawatankuasa mengemukakan syor-syor yang berikut.

Pertamanya, KKM memperkasakan NTRC sebagai penyelaras utama bagi menyelaras dasar standard klinikal, latihan dan pengurusan data pendermaan serta transplan organ secara nasional, termasuk sistem pemantauan data dan pengagihan organ secara masa nyata bagi menjamin ketelusan dan audit berterusan.

Kedua, KKM mengkaji semula mekanisme keutamaan penerima organ bagi memastikan senarai menunggu dilaksanakan secara objektif, saksama dan berpaksikan data klinikal bagi menjamin keberkesanan rawatan jangka panjang.

Ketiga, KKM, Kementerian Kewangan perlu mewujudkan dana khas program pendermaan organ bagi membantu pesakit mendapat rawatan— pesakit berpendapatan rendah menampung kos ubat dan rawatan susulan, termasuk kos pembedahan di hospital swasta sekiranya diperlukan.

Keempatnya, Bank Negara (BNM) meneliti dan melaksanakan skim Social Takaful for Organ Pledgers sebagai inisiatif perlindungan sosial kepada penderma organ yang masih hidup atau keluarga penderma organ yang meninggal dunia secara sekali sahaja.

KKM bekerjasama dengan Kementerian Digital, Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pendaftaran Negara untuk memperkukuhkan sistem pendaftaran pendermaan organ melalui integrasi MySejahtera, lesen memandu dan kad pengenalan bagi memudahkan rakyat mendaftar secara automatik.

Dan yang keenam, KKM bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi, JAKIM dan institusi pelbagai agama memperkukuhkan Kempen Kesedaran Pendermaan Organ secara bersepadu bagi yang berasaskan nilai kemanusiaan, sosial dan keagamaan bagi meningkatkan keyakinan masyarakat.

Komponen yang kedua adalah memberi penekanan kepada pembangunan kapasiti negara melalui pengukuhan sumber manusia, pembangunan kepakaran, penyediaan infrastruktur, penyelidikan serta pembiayaan yang mampan bagi memastikan perkhidmatan transplan organ dapat diperluas dan diakses secara lebih

draft • 12:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

saksama oleh rakyat di seluruh negara. Bagi tujuan tersebut, jawatankuasa mengesyorkan— Pertama, KKM, Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Perkhidmatan Awam memperkukuhkan pembangunan modal insan dan laluan kerjaya pakar transplan melalui penggubalan kurikulum khas, latihan lanjutan serta sistem panggilan bersama di antara hospital kerajaan, universiti dan sektor swasta bagi memastikan kesinambungan kepakaran.

Yang kedua, KKM dan Kementerian Kewangan mengiktiraf program transplan sebagai bidang keutamaan nasional dengan peruntukan bajet tahunan secara tetap bagi menjamin kelangsungan operasi latihan dan penyelidikan transplan negara.

Dan yang ketiga adalah KKM memperluaskan jaringan rujukan dan pusat transplan ke seluruh negara bagi memastikan setiap negeri mempunyai sekurang- kurangnya sebuah hospital yang berkeupayaan melaksanakan prosedur transplan dengan sumber manusia dan kepakaran yang mencukupi.

Komponen yang ketiga, cadangan daripada jawatankuasa adalah memberi fokus kepada reformasi dasar dan penggubalan akta bagi memperkukuh ekosistem pendermaan dan transplan organ negara supaya sistem ini kekal terus, teratur dan terus mendapat keyakinan masyarakat.

Bagi tujuan tersebut, jawatankuasa mengemukakan syor agar KKM menggubal akta baharu bagi menggantikan Akta Tisu Manusia 1974 yang akan mengiktiraf kematian otak dan pendermaan selepas kematian peredaran darah.

Memperkenalkan konsep pemilikan organ nasional serta memperkukuhkan peraturan bagi memantau dan mengawal selia aktiviti transplan di luar negara.

Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan reformasi sistem pendermaan dan transplan organ memerlukan komitmen yang berterusan daripada kerajaan serta kerjasama semua pihak yang berkepentingan. Reformasi yang mencadangkan bukan sekadar bertujuan meningkatkan bilangan pendermaan organ atau jumlah prosedur transplan yang dilaksanakan setiap tahun, tetapi membina sebuah sistem yang lebih cekap dari segi tadbir urus lebih teratur dari segi pelaksanaan, lebih diyakini oleh masyarakat serta lebih berupaya memenuhi keperluan pesakit di seluruh negara.

Reformasi ini juga memerlukan penglibatan aktif institusi kesihatan, badan profesional, institusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan, institusi keagamaan, sektor swasta dan media seluruh masyarakat. Setiap pihak mempunyai peranan

draft • 12:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

yang penting dalam meningkatkan kesedaran, membina keyakinan rakyat serta memperkukuhkan budaya pendermaan organ sebagai satu amalan yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Pada akhirnya, kejayaan sistem pendermaan dan transplan organ bukan hanya diukur melalui jumlah pendermaan atau bilangan prosedur transplan yang berjaya dilaksanakan, sebaliknya kejayaan tersebut turut diukur melalui keupayaan negara menyediakan satu sistem yang telus, berintegriti, cekap dan diyakini. Di samping memastikan lebih ramai pesakit mendapat peluang menerima rawatan yang diperlukan pada masa yang sesuai.

Justeru, jawatankuasa berharap penyata serta syor-syor yang dikemukakan ini dapat menjadi asas kepada usaha meneruskan usaha yang berterusan kerajaan untuk memperkukuhkan sistem pendermaan dan transplan organ negara. Dengan pelaksanaan reformasi yang dicadangkan, diharap Malaysia akan mempunyai sebuah sistem pendermaan dan transplan organ yang lebih bersepadu, mampan dan berdaya tahan sekali gus meningkatkan akses kepada rawatan serta kualiti hidup pesakit yang memerlukan transplan organ.

Sekian sahaja penerangan saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan berhubung Penyata Reformasi Sistem Pendermaan dan Transplan Organ Nasional. Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, penerangan daripada Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Kesihatan ini terbuka untuk Ahli-ahli meminta penjelasan dan memberikan pandangan.

Senarai pembahas adalah seperti berikut, YB Kepong, YB Kuala Krai, YB Sik, YB Kapar dan YB Kota Melaka. Setiap pembahas diberi masa lima minit sahaja.

Yang Berhormat Kepong tak ada dalam Dewan, jadi saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.

draft • 12:40 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan kesempatan dan ruang kepada Kuala Krai untuk turut sama dalam sesi pertanyaan dan pandangan kepada Laporan Jawatankuasa Pilihan Kesihatan berkaitan reformasi sistem pendermaan dan transplan organ nasional.

draft • 12:47 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Izinkan saya memulakan dengan satu persoalan yang cukup mengganggu hati nurani kita semua iaitu lebih 10,700 rakyat Malaysia yang masih berada dalam senarai menunggu transplan organ. Inilah realiti yang didedahkan oleh laporan ini.

Setiap hari ada rakyat Malaysia yang menunggu satu panggilan telefon yang mampu menyelamatkan nyawa mereka. Ada yang menunggu buah pinggang, ada yang menunggu hati, jantung ataupun paru-paru.

Namun bagi sebahagian besar mereka, penantian itu akhirnya berakhir bukan dengan pembedahan tetapi dengan kematian. Ironinya negara kita memiliki kepakaran perubatan, mempunyai hospital yang mampu melakukan transplan, mempunyai rakyat yang prihatin namun sistem kita masih gagal mempertemukan penderma dengan penerima secara berkesan.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan kapasiti hospital kerajaan. Hari ini hanya beberapa hospital kerajaan mempunyai kemampuan melaksanakan pembedahan transplan organ yang kompleks. Persoalannya, apakah nasib pesakit di Pantai Timur, Semenanjung, Sabah dan Sarawak? Saya berpandangan kerajaan perlu mempunyai sasaran nasional untuk memperluaskan perkhidmatan transplan ke lebih banyak hospital awam secara berperingkat termasuk membina pusat kecemerlangan transplan di setiap wilayah negara.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan isu sumber manusia, saya ingin bertanya kepada kerajaan berapa sebenarnya jumlah doktor pakar, doktor pakar bedah transplan di hospital kerajaan hari ini? Adakah bilangannya mencukupi untuk memenuhi permintaan dalam negara kita? Apakah pelan latihan jangka panjang bagi melahirkan lebih ramai pakar nefrologi, pakar bius, pakar rawatan rapi dan jururawat yang terlibat dan sebagainya? Sistem transplan ini tidak boleh bergantung kepada segelintir individu, ia mesti dibina sebagai ekosistem nasional.

Tuan Yang di-Pertua, isu kelemahan tadbir urus. Laporan ini mendedahkan satu lagi kelemahan yang sangat besar iaitu tadbir urus transplan negara masih berpecah-pecah. Kementerian Kesihatan mengurus sebahagian, universiti pula mengurus sebahagian manakala hospital swasta pula bergerak dengan pendekatan sendiri. Data berada di tempat berbeza menjadikan prosedur berbeza dan keutamaan juga berbeza sedangkan organ yang didermakan tidak mengenal sempadan kementerian.

draft • 12:47 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Nyawa pesakit juga tidak memilih sama ada mereka berada di hospital kerajaan, hospital swasta ataupun hospital universiti. Sebab itu, saya menyokong

draft • 12:50 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

cadangan menjadikan pusat sumber Transplan Nasional sebagai pusat penyelarasan tunggal. Dalam dunia hari ini, data bukan sekadar rekod, data ialah nyawa. Setiap kelewatan mengemas kini senarai menunggu, mungkin menyebabkan organ yang sangat berharga gagal dimanfaatkan. Setiap kegagalan koordinasi mungkin menyebabkan satu peluang menyelamatkan nyawa terlepas begitu sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, isu berkaitan dengan jumlah penderma berdaftar. Kita sering berbangga setiap kali angka pendaftaran meningkat tetapi kita jarang bertanya satu soalan yang lebih penting, berapa ramai daripada jumlah tersebut akhirnya benar-benar menjadi penderma?

Jurang antara pendaftaran dan pendermaan, sebenarnya masih terlalu besar. Ini menunjukkan bahawa cabaran sebenar bukan sekadar mendapatkan tandatangan persetujuan tetapi bagaimana kita membina sistem koordinasi.

Perbincangan keluarga, pengesanan penderma serta pengurusan hospital yang benar-benar cekap.

Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir ialah berkaitan dengan Akta Tisu Manusia 1974. Akta yang telah berusia lebih lima dekad. Ketika akta ini digubal, Internet belum wujud, apatah lagi telefon pintar dan dunia digital. Teknologi transplan moden masih berada peringkat awal. Namun pada tahun 2026 ini, kita masih bergantung kepada undang-undang yang lahir dalam era yang sama sekali berbeza. Bagaimana sebuah akta yang lahir sebelum konsep kematian otak diterima secara meluas mampu mengawal selia dunia perubatan hari ini?

Bagaimana kita mahu bercakap tentang kecerdasan buatan, pembedahan robotik dan perubahan presisi, jika asas undang-undang kita masih terkandas pada tahun 1974. Undang-undang yang gagal mengikuti perkembangan sains, akhirnya bukan sekadar menjadi usang, ia menjadi penghalang kepada penyelamatan negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyokong dua syor penting yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Kesihatan. Pertama, supaya Bank Negara Malaysia mempertimbangkan pembangunan skim takaful khusus bagi membantu pesakit transplan kerana kos rawatan selepas pembedahan bukan murah. Pesakit perlu mengambil ubat penahan penolakan organ sepanjang hayat. Ramai pesakit akhirnya terbeban dengan kos rawatan susulan. Skim takaful khusus akan menjadi jaringan keselamatan sosial yang amat bermakna, terutama kepada golongan B40 dan M40.

draft • 12:50 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Syor yang kedua ialah, saya menyokong supaya kerajaan mewujudkan peruntukan tetap tahunan khusus bagi pembangunan Program Transplan Organ Negara. Program sebesar ini tidak boleh bergantung kepada baki peruntukan atau bajet yang berubah-ubah setiap tahun. Namun, memerlukan dana yang stabil bagi memperkukuhkan infrastruktur penyelidikan, latihan pakar, perolehan teknologi baharu, pendidikan masyarakat dan pengurusan logistik organ. Kalau kerajaan benar-benar menganggap transplan organ sebagai agenda nasional, maka biarlah komitmen itu diterjemahkan melalui bajet yang konsisten, bukan sekadar slogan.

Yang terakhir sebagai penutup Tuan Yang di-Pertua. Sebuah negara tidak diukur hanya melalui bangunan hospital yang tinggi tetapi melalui keupayaannya memberikan peluang kedua kepada rakyat yang sedang menunggu untuk hidup.

Kerajaan perlu bersedia melakukan reformasi yang benar-benar menyelamatkan nyawa rakyat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Saya jemput Yang Berhormat Sik.

draft • 12:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan di atas penyediaan laporan ini dan laporan ini juga melihat kesungguhan kita bersama untuk memperkukuh sistem pendermaan dan transplan organ negara. Namun, kita juga bukan hanya sekadar ingin memuji laporan itu tetapi bagi memastikan reformasi yang dicadangkan benar- benar mampu menyelamatkan lebih banyak nyawa dan memperkukuh kepercayaan rakyat terhadap sistem kesihatan negara.

Saya mengajak untuk kita sama-sama menghayati satu firman Allah SWT.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Dan sesiapa yang menyelamatkan satu nyawa maka seolah-olah dia telah menyelamatkan seluruh manusia”. Surah Al-Maidah ayat 32. Dan ayat ini menjadi asas sebuah usaha menyelamatkan nyawa merupakan satu maqasid syariah yang paling utama. Justeru, sistem transplan organ mesti dibina atas asas amanah, keadilan dan keyakinan masyarakat itu sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya Malaysia tidak boleh terus berpuas hati sehingga menjadi negara yang ketinggalan dalam bidang transplan organ ini.

Laporan ini sendiri mengakui bahawa Malaysia pernah menjadi antara pelopor transplan organ di Asia Tenggara. Namun hari ini, Thailand, negara jiran Thailand

draft • 12:53 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

mempunyai sistem penyelaras yang lebih tersusun, bahkan Singapura diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana ketulusan pelaporan datanya. Manakala Vietnam sedang berkembang pesat dari segi kapasiti fasiliti, kepakaran dan jumlah prosedur transplan.

Persoalannya, mengapakah Malaysia semakin ketinggalan? Adakah kita kekurangan teknologi? Saya ingat tidak. Adakah kita kekurangan doktor? Mungkin sebahagiannya. Tetapi lebih besar ialah kita masih belum menjadikan transplan organ sebagai agenda strategi nasional ya. Lihatlah ya, negara Sepanyol, negara yang merekodkan kadar pendermaan organ tertinggi di dunia selama lebih tiga dekad.

Kejayaan mereka bukan kerana memiliki hospital yang paling banyak tetapi kerana mempunyai National Transplant Organization (ONT) yang menyelaraskan pendermaan organ secara profesional, penyelarasan transplan sepenuh masa di hospital-hospital utama serta sistem pelaporan yang sangat telus. Model inilah yang wajar dipelajari oleh Malaysia.

Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, Transplan Organ bukan sahaja menyelamatkan nyawa, bahkan lebih menjimatkan kewangan negara. Laporan ini mendedahkan bahawa kos transplan buah pinggang pada tahun pertama dianggar sekitar RM83,000 manakala kos rawatan selepas itu sekitar RM17,000 setahun.

Sebaliknya kos dialisis adalah sekitar RM40,000 setahun bagi setiap pesakit. Ini bermakna dalam tempoh beberapa tahun transplan organ sebenarnya lebih kos efektif berbanding dialisis yang berterusan.

Dan lebih penting, laporan ini menyatakan bahawa lebih hampir 50 peratus pesakit dialisis tidak mampu bertahan melebihi lebih lima tahun, sedangkan penerima transplan mempunyai jangka hayat sekurang-kurangnya dua kali ganda lebih lama. Belah kajian yang dirujuk menunjukkan bahawa kualiti hidup pesakit selepas setahun menjalani transplan hampir menyerupai individu yang sihat. Jadi, pelaburan dalam program transplan bukanlah satu beban kewangan sebaliknya merupakan pelaburan yang memberi kepulangan yang besar kepada negara dan rakyat.

Yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, soal reformasi mestilah memastikan keadilan akses kepada rakyat. Laporan ini mengakui bahawa kebanyakan pembedahan transplan mesti tertumpu di Hospital Kuala Lumpur dan Selayang.

Manakala negara masih berdepan, kekurangan pakar, penghijrahan tenaga pakar ke

draft • 12:53 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

sektor swasta serta kekurangan infrastruktur. Bagaimana pula nasib pesakit di Sik, di Kedah, di Kelantan, di Terengganu, di Sabah dan Sarawak.

Jadi, kesihatan kita tidak boleh hanya tertumpu di Lembah Klang ini. Dan saya mencadangkan supaya kerajaan meletakkan bahawa setiap wilayah utama negara mempunyai sekurang-kurangnya sebuah pusat transplan lengkap dengan kepakaran makmal pemadanan organ dan kemudahan logistik yang mencukupi.

Yang keempat Tuan Yang di-Pertua, soal reformasi mestilah di atas integriti dan keyakinan rakyat dan laporan ini menyebut bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan pelaksanaan dengan izin, ops out iaitu semua rakyat dianggap sebagai penderma organ melainkan mereka memilih untuk menarik diri. Saya berpandangan bahawa perkara ini perlu diteliti secara berhati-hati.

Dalam Islam, majoriti ulama kontemporari seperti Syeikh Dr. Yusuf al- Qardawi dan Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili serta keputusan Majma’ Fiqh al-Islami dan Muzakarah Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengharuskan pendermaan organ bagi tujuan menyelamatkan manusia dengan syarat mendapat keizinan yang sah, tidak memudaratkan penderma serta bebas daripada unsur jual beli dan eksploitasi. Oleh itu, walaupun hasrat meningkatkan kadar pendermaan amat baik, reformasi tidak boleh mengabaikan hak rakyat untuk membuat keputusan secara sedar. Kepercayaan rakyat merupakan aset paling berharga kepada sistem pendermaan organ.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai akhirnya saya mencadangkan secara ringkas lima perkara yang perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Pertama, percepatkan penubuhan Pusat Transplan Nasional yang benar-benar berfungsi sebagai penyelaras tunggal dalam sistem audit negara.

Yang kedua, mewujudkan sistem digital masa nyata yang memaparkan senarai menunggu dan agihan organ secara telus bagi mengelakkan sebarang persepsi pilih kasih.

Yang ketiga, menyediakan dana khas bagi membantu pesakit berpendapatan rendah mendapatkan ubat dan sepanjang hayat.

Yang keempat, memperluaskan pusat transplan ke setiap wilayah utama negara serta mempercepatkan latihan pakar bagi mengurangkan kebergantungan kepada [Tidak jelas] itu sahaja.

Dan kelima terakhir iaitu memperkukuhkan kerjasama bersama JAKIM, institusi agama, NGO dan institusi pendidikan bagi membina kefahaman masyarakat

draft • 12:53 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

bahawa pendermaan organ adalah satu amal kebajikan yang memelihara nyawa manusia.

Tuan Yang di-Pertua, itu saja untuk perbahasan saya. Sekian, terima kasih.

draft • 12:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sik. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menangguhkan mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.

draft • 12:53 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

draft • 2:30 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Membaca sepotong doa] Assalamualaikum dan selamat petang. Yang Berhormat- Yang Berhormat, sebelum kita mula sesi sebelah petang ini, sukacita dimaklumkan bahawa kehadiran bersama kita di Dewan yang mulia ini adalah delegasi daripada National Assembly Parliament of Tanzania yang diketuai oleh Hon. Najma Murtaza Giga bersama delegasinya.

[Tepuk] Kepada Hon. Najma Murtaza Giga, Dewan ini mengalu-alukan kehadiran Puan dan delegasi ke Dewan yang mulia ini. Semoga dengan kehadiran delegasi ini akan memperkukuhkan lagi tali persahabatan di antara Malaysia dan Tanzania.

Terima kasih. The Honorable, we welcome you and the delegates from Tanzania to our August House. Baik Yang Berhormat-Yang Berhormat. Kita teruskan dengan perbahasan sebentar tadi. Kita sambung semula, dan ini dipersilakan Yang Berhormat Kapar.

draft • 2:30 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih Yang di-Pertua, kerana memberikan Kapar peluang untuk membahaskan penyata Jawatankuasa Pilihan Kesihatan berhubung Reformasi Sistem Pendermaan dan Transplan Organ Nasional. Tahniah kepada JPK atas kejayaan menyediakan laporan ini, dan laporan ini membincangkan bukan sekadar untuk membincangkan sistem transplan organ tetapi membincangkan soal nyawa, harapan dan maruah manusia.

draft • 2:35 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Dan hakikatnya di negara kita masih ramai pesakit yang menunggu organ, tetapi tidak semua sempat menerima peluang kedua untuk hidup. Bagi mereka, masa bukan sekadar angka di kalendar. Masa adalah hayat yang semakin singkat. Kapar ingin berkongsikan cerita. Ada dua cerita, satu cerita happy, satu cerita sedih mengenai transplan organ ini.

Yang di-Pertua, beberapa tahun yang lepas ada seorang lelaki 40 tahun begitu, yang mulanya dia kerja— kerja di pelabuhan Klang sebab di Kapar ini kan.

Kemudiannya dia selalu sakit. Jadi dia terpaksa MC. Bila sudah terlalu banyak MC, dia menjaga maruah diri, dia berhenti kerja. So dia tak kerja, isteri x kerja. Pendek ceritanya dia ini darah tinggi, kemudian end-stage renal failure, so dia perlu dialisis.

Hendak pendekkan ceritanya lagi, alhamdulillah, isterinya yang setia, mereka ada empat orang anak bersetuju untuk mendermakan buah pinggangnya kepada suami tercinta. Pendek cerita, alhamdulillah, di hospital kita di Kuala Lumpur ini berjaya. Untuk makluman, yang si isteri ini, yang menderma ini, dulu dia main bola keranjang selalunya, dan alhamdulillah mereka ini, setelah ini, mungkin pembangunan wanita juga perlu melihatkan ini, mereka melalui hidup yang begitu teruk B40, masa ribut pun— Speaker, ini cerita betul ya, bumbung rumah mereka ini kalau orang lain dia terbang sedikit-sedikit. Bumbung rumah mereka ini, dia terangkat dan letak cantik begitu lebih kurang 15 kaki daripada rumah asalnya.

Jadi itulah, dia punya perkongsian hidupnya, sehingga si isteri ini sanggup.

So berjaya. Sekarang ini lima enam tahun ini, semuanya alhamdulillah dua-dua ini sihat. Dan untuk makluman sahabat saya daripada PAS ini, dialah di antara yang bermukim di Karambunai hingga lahirkan anak sulung. Anak sulung PAS di Karambunai. Itu yang berjaya.

Yang keduanya seorang ini umur 30 tahun, seorang wanita ini, dia kena SLE dan secondary SLE dia kena renal failure. Sudah 10 tahun menunggu penderma, alhamdulillah akhirnya berjumpa yang compatible iaitu abangnya. Tetapi oleh kerana prosesnya begitu lama Yang di-Pertua, sehingga bila sudah jumpa dan dalam proses hendak mendermakan buah pinggang kepada si wanita, namanya Jannah ini, dia kena tibi tulang belakang, which is very-very complicated untuk diapakan. So, selain ada tibi ini, selagi dia kena bedah pula itu, sebab bernanah tulang belakang.

Selagi dia tak settle itu, dia tidak boleh melalui pendermaan buah pinggang daripada abangnya ini. So, masa dia tadi okey, sebelum dia kena tibi sepatutnya dia telah pun berjaya menjalani transplan buah ini. So yang ini tengah tunggu lagi, tak tahu sampai ke tidak, dia berjaya menjadikan itu. Jadi, saya sangat setuju syor-syor

draft • 2:35 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

jawatankuasa ini, di mana sistem, reformasi sistem ini perlu dibuat secara menyeluruh, tiga fasal ini, supaya apa yang saya sebutkan tadi yang kes yang kedua ini tadi, tidak perlu menunggu begitu lama. Bila dia sudah okey, bila dan sudah ada penderma, dia boleh jalan terus dan boleh berjaya macam yang pertama tadi.

draft • 2:35 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Jadi, kita mesti memperkukuhkan National Transplant Resource Centre sebagai penyelaras nasional yang benar-benar berfungsi. Speaker, prestasi semasa transplan ini daripada 1975, hanya 3,492 kes. Yang saya sebut tadi Ema dan Roslan, pasangan suami isteri ini baru satu kes ini.

So, banyak lagi sepatutnya. Kalau 2024 hanya 271 kes. Yang menunggu, yang berikrar menderma 384,579 orang sehingga Oktober 2025. Tapi yang dapat dibuat ini hanya 271. Beza terlalu apa, singkat, saya faham masa tak mengizinkan, Speaker. Saya setuju dengan semua yang syor-syor dan dengan rumusan yang telah dibuat oleh jawatankuasa ini.

Saya hanya nak menegaskan satu perkara iaitu syor ketiga, Akta Tisu Manusia 1974 ataupun dipanggil Akta 130 sudah tidak lagi selari dengan perkembangan perubatan moden. Jadi, sudah tiba masanya Malaysia mempunyai undang-undang baru yang mengiktiraf kematian otak, donation after circulatory death serta memperkukuh tadbir urus supaya sistem pendermaan organ negara setanding dengan amalan terbaik antarabangsa.

Jadi, saya mohon pihak kerajaan memberikan tumpuan dengan segala syor- syor yang telah pun dibuat oleh jawatankuasa ini. Organ, bukan hak sesiapa, organ adalah amanah untuk menyelamatkan nyawa. Pelaburan dalam transplan bukan kos tetapi pelaburan menyelamatkan nyawa.

Akhir sekali, masa bagi pesakit menunggu organ bukan angka di kalendar seperti saya sebutkan tadi tetapi hayat yang semakin singkat. Jadi, kerajaan harus memberikan perhatian dan mempunyai pelan tindakan nasional yang short-term, mid-term dan juga masa panjang supaya Malaysia diiktirafkan oleh dunia, mampu melakukan pendermaan organ ini secara efektif, secara berkesan dan cekap. Terima kasih Speaker.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kepong.

draft • 2:40 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Dato' Yang di-Pertua, saya menyokong usaha memperkukuhkan pendermaan dan transplan organ. Pesakit tidak boleh terus menunggu sehingga terlambat. Namun, beberapa syor perlu diperhalusi supaya reformasi ini meningkatkan pendermaan tanpa mengorbankan kepercayaan rakyat.

Pertama, istilah pemilikan organ nasional tidak boleh dibiarkan kabur. Organ manusia bukan milik negara. Ia melibatkan hak individu, agama, keluarga dan maruah manusia. Jika kerajaan mahu mempertimbangkan sistem opt-out, undang- undang mesti jelas bahawa rakyat tetap mempunyai pilihan penuh untuk bersetuju, menolak atau mengubah keputusan pada bila-bila masa.

United Kingdom menggunakan sistem persetujuan andaian tetapi orang ramai masih boleh memilih keluar. Terdapat kumpulan yang dikecualikan dan keluarga tetap dilibatkan sebelum pendermaan diteruskan. NHS juga mengakui sistem opt-out sahaja, bukan jawapan kepada kekurangan organ. Kerajaan perlu menggunakan istilah yang lebih tepat seperti persetujuan andaian dengan perlindungan hak individu, bukan pemilikan organ nasional.

Kedua, cadangan skim takaful kepada pengikrar dan keluarga penderma perlu sangat berhati-hati. Memberi manfaat kewangan kepada keluarga hanya selepas organ berjaya didermakan boleh menimbulkan persepsi bahawa pendermaan organ mempunyai harga. Ini berbahaya, khususnya kepada keluarga berpendapatan rendah yang mungkin berada dalam keadaan tertekan ketika membuat keputusan.

Prinsip WHO menegaskan bahawa organ perlu didermakan secara sukarela tanpa bayaran. Yang wajar diberi ialah bayaran balik kos munasabah dan boleh dibuktikan termasuk kehilangan pendapatan, perjalanan rawatan dan pemeriksaan susulan bagi penderma hidup.

Kerajaan patut menyediakan cuti bergaji, perlindungan bagi komplikasi pendermaan, bayaran balik pendapatan yang hilang dan pemeriksaan kesihatan jangka panjang. Itu melindungi penderma tanpa menjadikan organ sebagai ganjaran kewangan.

Ketiga, integrasi MySejahtera, lesen memandu dan kad pengenalan mesti memudahkan keputusan rakyat. Bukan mendaftarkan mereka secara automatik.

Pendaftaran automatik boleh menimbulkan persoalan persetujuan dan perlindungan data peribadi. Sistem yang baik perlu membenarkan rakyat memilih untuk

draft • 2:42 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

menderma, tidak menderma, memilih organ tertentu atau menyerahkan keputusan kepada wakil yang dilantik.

Di United Kingdom, seseorang boleh mendaftar, menolak, mengubah atau menarik balik keputusan pada bila-bila masa. Sistem itu juga menekankan bahawa keluarga perlu mengetahui keputusan si mati. Malaysia patut mewujudkan satu daftar nasional yang selamat dan mudah diakses, bukannya menyimpan keputusan sensitif itu dalam pelbagai pangkalan data kerajaan.

Keempat, sesebuah hospital transplan di setiap negeri perlu dibuat berdasarkan kemampuan sebenar, bukan semata-mata lokasi. Pembedahan transplan memerlukan pakar bedah, pakar bius, ICU, makmal imunologi, pasukan perolehan organ dan sistem penghantaran pantas. Tidak semua hospital perlu menjalankan pembedahan transplan yang kompleks. Malaysia patut memastikan setiap negeri mempunyai pasukan pengesanan dan perolehan organ yang berfungsi 24 jam. Pembedahan pula perlu ditumpukan secara berperingkat di pusat transplan serantau yang benar-benar cukup tenaga pakar dan kemudahan.

Akhir sekali Dato' Yang di-Pertua, pengagihan organ mesti telus, sistem data masa nyata sahaja tidak mencukupi. Kerajaan perlu menerbitkan kriteria keutamaan, melaporkan hasil transplan mengikut hospital dan menjalankan audit bebas setiap tahun. Reformasi yang baik bukan sekadar menambah aplikasi, menukar undang- undang atau memberi insentif, ia mesti melindungi hak rakyat, mengelakkan eksploitasi, memperkukuh hospital dan memastikan setiap organ diagihkan secara adil. Sekian, terima kasih.

draft • 2:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Selanjut, dipersilakan Yang Berhormat Kota Melaka.

draft • 2:42 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Dato' Timbalan Speaker. Pertama sekali, saya ingin ucap tahniah kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan yang telah membentangkan Penyata Reformasi Sistem Pendermaan dan Transplan Organ Nasional.

Timbalan Speaker, saya ingin menyentuh tentang sudah tiba masanya untuk kita semak semula secara menyeluruh atas Akta Tisu Manusia 1974 ataupun juga dikenali sebagai Akta 130. Memandangkan Akta Tisu Manusia 1974 ini telah digubal lebih daripada 50 tahun yang lalu, maka sudah pasti pada ketika itu, pemindahan

draft • 2:47 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

organ masih berada pada peringkat awal. Manakala hari ini, keperluan negara jauh berbeza.

Mengikut laporan ataupun maklumat yang kita terima, ada lebih daripada 10,000 pesakit di Malaysia yang sedang menunggu pemindahan organ. Namun, hanya sekadar lebih kurang 424,000 rakyat telah berikrar sebagai penderma organ.

Akibat daripada kekurangan penderma, ramai pesakit terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk menerima organ. Bagi organ seperti jantung, tempoh menunggu yang terlalu lama sering kali tidak praktikal kerana keadaan pesakit boleh merosot dengan cepat sebelum organ yang sesuai diperolehi.

Maka, sudah pasti hari ini landskap perubatan telah berubah dengan ketara.

Antaranya kita boleh lihat pemindahan hati ataupun buah pinggang, jantung dan paru-paru sudah menjadi satu rawatan standard. Begitu juga Malaysia mempunyai sistem pendaftaran penderma organ dan juga teknologi transplantasi semakin maju dan kita juga menghadapi ancaman perdagangan organ semakin kompleks.

Namun, kalau kita lihat kepada akta yang sedia ada, dia hanya mempunyai lima seksyen. Jadi, akta ini tidak lagi boleh mencerminkan keperluan semasa. Maka dengan ini, saya ingin memberikan beberapa cadangan. Yang pertama ialah saya ingin mencadangkan supaya kita menubuhkan satu Lembaga Transplan Organ Malaysia.

Saya difahamkan Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan telah mengesyorkan supaya Pusat Sumber Transplan Nasional diperkasakan sebagai penyelaras utama sementara menunggu penubuhan National Transplant Centre bagi menyelaraskan standard klinikal, sumber manusia dan data pendermaan di peringkat nasional.

draft • 2:47 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya menyokong cadangan tersebut. Namun, saya berpendapat bahawa Malaysia perlu melangkah lagi ke hadapan dengan menubuhkan Lembaga Transplan Organ Malaysia melalui akta khusus. Lembaga ini hendaklah merupakan sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa statutori untuk mengawal selia dan menyelaras keseluruhan ekosistem pendermaan dan transplan organ negara sepertimana yang ditubuhkan seperti di negara United Kingdom.

Antara fungsi utama lembaga ini ialah mereka boleh menyelaraskan daftar penderma organ kebangsaan, menguruskan senarai menunggu dan pengagihan organ secara telus, adil dan berasaskan keutamaan klinikal. Menetapkan piawaian, garis panduan dan akreditasi bagi semua pusat transplan di Malaysia. Menjalankan

draft • 2:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

audit berkala terhadap prestasi keselamatan dan juga hasil klinikal program transplan.

Dan mereka melalui lembaga ini juga boleh menyelaraskan latihan pembangunan, kepakaran serta penyelidikan dalam bidang transplantasi. Mereka juga boleh menerbitkan laporan tahunan kepada Parlimen mengenai prestasi sistem pendermaan dan juga transplan organ negara.

Timbalan Speaker, saya minta lebih sedikit masa.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan.

draft • 2:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih. Dengan adanya sebuah badan berkanun sedemikian, ia diberi mandat secara jelas melalui undang- undang Malaysia. Ia dapat mengurangkan pertindihan fungsi antara pelbagai agensi dan juga dapat meningkatkan akauntabiliti, memperkukuhkan keyakinan rakyat terhadap sistem pendermaan organ serta meletakkan tadbir urus transplantasi negara setanding dengan amalan terbaik antarabangsa.

Saya juga ingin mencadangkan supaya menjadikan hasrat penderma berdaftar diikat di sisi undang-undang. Di bawah akta sedia ada, untuk maklumat Timbalan Speaker, walaupun seseorang telah menyatakan hasrat semasa hidup, keluarganya masih boleh membantah. Ini menyebabkan banyak organ gagal disumbangkan walaupun penderma telah membuat keputusan secara sukarela.

Maka, kami ingin mencadangkan supaya pendaftaran sebagai penderma organ hendaklah mempunyai kuasa undang-undang.

Hasrat penderma yang dibuat semasa hidup perlu dihormati. Keputusan penderma yang dibuat semasa hidup hendaklah dianggap sebagai informed consent yang sah di sisi undang-undang dan keluarga mereka perlu diberikan penerangan dan sokongan tetapi tidak boleh membatalkan keputusan penderma sewaktu mereka hidup.

Jadi, begitu juga saya ingin mencadangkan supaya kita memodenkan akta ini. Akta baharu perlu memasukkan peruntukan mengenai pendermaan organ hidup, pemindahan tisu dan sel, definisi kematian otak, sistem peruntukan organ yang telus.

Ini semua perlu memberi penerangan yang lebih teliti. Begitu juga buat masa ini, saya melihat walaupun penderma darah tidak berada di bawah skop akta ini, saya nak cadangkan supaya kita mengiktiraf dan juga supaya kita nak menggalakkan pendermaan darah.

Barangkali kerajaan boleh mempertimbangkan dasar baru untuk menghargai penderma darah tetap. Antara cadangannya ialah kita berikan cuti khas kepada

draft • 2:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

penderma darah, terutamanya keutamaan tertentu dalam perkhidmatan kerajaan.

Contohnya, apabila penderma darah pergi ke kaunter kerajaan, mereka akan diberi layanan istimewa.

Begitu juga pelepasan cukai ataupun insentif yang bersesuaian dan juga kita memberikan kepada penderma darah, kemudahan pemeriksaan kesihatan berkala kepada mereka yang telah memberikan banyak kali mereka menderma darah.

Langkah ini dapat meningkatkan bekalan darah negara kita secara berterusan.

Akhir sekali, saya juga ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya kita meminda akta ini untuk kita mengiktiraf kepakaran perubatan transplan. Buat masa ini, Malaysia mempunyai pakar yang menjalankan transplantasi buah pinggang, hati dan juga jantung. Namun, transplant medicine ini belum diiktiraf sebagai satu bidang kepakaran bersendirian dalam national specialist register.

Jadi, sudah tiba masanya mereka harus mengkaji supaya kita mengiktiraf kepakaran perubatan transplan ini. Dan juga yang terakhir sekali Timbalan Speaker, saya ingin mencadangkan supaya kita memberi perlindungan kepada penderma hidup, di mana penderma organ hidup telah melakukan korban yang begitu besar demi menyelamatkan nyawa orang lain.

Justeru itu, undang-undang baru perlu memberi perlindungan yang menyeluruh kepada mereka, bukan sekadar mengawal proses pendermaan sahaja.

Contohnya, untuk menjamin setiap pendermaan organ hidup dibuat secara sukarela tanpa sebarang unsur paksaan ataupun imbuhan kewangan dan juga mewajibkan penilaian perubatan, psikologi dan juga etika yang komprehensif sebelum pendermaan diluluskan dan juga perlu menyediakan pemantauan kesihatan dan juga rawatan susulan jangka panjang kepada penderma organ hidup.

Akhir kata Timbalan Speaker, Akta Tisu Manusia 1974 telah banyak berjasa kepada negara. Namun, selepas lebih lima dekad, sudah tiba masanya Malaysia mempunyai undang-undang transplantasi yang lebih komprehensif, moden dan juga selari dengan amalan terbaik antarabangsa.

Kami nak meningkatkan kadar pendermaan organ dan juga memastikan sistem yang lebih telus, beretika, selamat serta menghormati hak penderma dan juga penerima. Oleh itu, Dewan Rakyat disyorkan menggubal Akta Pendermaan dan Transplan Organ Malaysia yang baru bagi menggantikan Akta Tisu Manusia 1974.

Dengan itu, sekian sahaja. Terima kasih Timbalan Speaker.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya jemput

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Kuala Langat, Naib Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Kesihatan untuk menjawab. 10 minit. Silakan.

draft • 2:50 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Pertamanya, saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini.

Ahli Yang Berhormat Kuala Krai, Sik, Kapar, Kepong dan Kota Melaka di atas beberapa pandangan-pandangan dan juga cadangan-cadangan yang telah dikemukakan tadi. Banyak pandangan-pandangan yang sangat membina, termasuklah tadi daripada Kota Melaka menyebutkan Lembaga Transplan Nasional.

Ini suatu perkara yang sangat penting.

Pertamanya saya nak menyebutkan, pada 2 Disember 2025, salah seorang sahabat saya yang sangat rapat, saudara Khairul Fahmi Mat Som yang juga Setiausaha Kerja Pejabat PAS Pusat telah meninggal dunia disebabkan oleh serangan strok. Dan beliau telah berikrar untuk menyumbangkan kornea matanya apabila meninggal dunia. Dan tahniah kepada ahli keluarganya yang memberikan kebenaran. Akhirnya, tercapai hasrat beliau, arwah untuk menyumbangkan korneanya.

Jawatankuasa Pilihan Kesihatan mengenai Reformasi Sistem Pendermaan dan Transplan Organ Nasional. Perbahasan pada hari ini menunjukkan satu perkara yang sangat jelas. Pendermaan dan transplan organ bukan sekadar isu rawatan dan prosedur perubatan. Ia merupakan isu kemanusiaan, keyakinan masyarakat dan keberkesanan sistem kesihatan negara dalam memberi peluang kedua kepada mereka yang memerlukan. Di dalam kesihatan, saya masih lagi memegang bahawa prinsip mencegah daripada merawat itu adalah satu perkara yang utama dan transplan ini mungkin satu kaedah terapeutik di dalam bidang kesihatan.

Di sebalik setiap pesakit yang menunggu organ, ada harapan untuk meneruskan kehidupan. Di sebalik setiap penderma organ pula, ada sebuah keluarga yang membuat keputusan besar ketika berhadapan dengan keadaan yang paling sukar.

Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan sistem pendermaan dan transplan organ negara sentiasa kukuh, telus dan diyakini oleh rakyat. Cabaran dihadapi oleh negara pada hari ini bukan lagi berkisar berkaitan

draft • 2:57 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

kemampuan melaksanakan transplan semata-mata, sebaliknya cabaran sebenar ialah bagaimana memastikan keupayaan yang dimiliki dapat diperluaskan, diselaraskan dan dimanfaatkan supaya lebih ramai pesakit menerima rawatan pada masa yang sesuai.

draft • 2:57 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Perkara pertama yang saya ingin tegaskan adalah keperluan membina keyakinan masyarakat kepada sistem pendermaan organ negara. Keputusan untuk menderma organ lazimnya dibuat ketika sesebuah keluarga sedang melalui detik kehilangan insan tersayang. Dalam keadaan demikian, keyakinan terhadap sistem yang telus, berintegriti dan menghormati maruah penderma serta keluarga menjadi faktor yang sangat penting. Kesedaran awam juga tidak boleh bergantung kepada kempen bermusim. Pendidikan mengenai pendermaan organ perlu terus diterapkan di semua agensi-agensi yang berkepentingan di dalam negara kita.

Jawatankuasa menyambut baik langkah Kementerian Kesihatan Malaysia yang menetapkan pada tahun 2026 sebagai misi nasional bagi memartabatkan agenda pemindahan organ melalui kempen ‘Warisku, Hormati Ikrarku’. Inisiatif ini merupakan satu langkah yang amat positif kerana kejayaan pendermaan organ bukan sahaja bergantung kepada ikrar penderma tetapi juga kepada kefahaman dan sokongan waris untuk menghormati hasrat tersebut.

Walau bagaimanapun, kejayaan kempen ini tidak seharusnya diukur daripada hanya melalui pertambahan bilangan pengikrar. Yang penting adalah sejauh mana masyarakat memahami kepentingan perbincangan dengan ahli keluarga mengenai hasrat untuk menderma organ.

Perkara yang kedua adalah penyelarasan pelaksanaan reformasi. Sistem pendermaan dan transplan organ tidak boleh bergerak secara berasingan. Ia memerlukan kerjasama erat di antara kementerian, agensi kerajaan, hospital, universiti dan badan profesional serta sektor swasta serta pertubuhan bukan kerajaan.

Setiap pihak mempunyai peranan yang saling melengkapi dan memastikan keseluruhan sistem berfungsi dengan lebih cekap. Penyelarasan yang mantap akan membolehkan pembangunan dasar, latihan kepakaran, perkongsian data, pengagihan organ, penyelidikan dan penyampaian perkhidmatan dilaksanakan secara lebih tersusun, sekali gus meningkatkan keberkesanan keseluruhan sistem transplan organ negara.

draft • 3:00 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Perkara ketiga ialah pembangunan kapasiti negara. Sistem transplan organ yang berkesan melalui tenaga pakar yang mencukupi, kemudahan yang lengkap, pembiayaan yang mampan dan jaringan hospital yang bersedia memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Pembangunan kapasiti ini bukan sekadar memenuhi keperluan semasa, malah merupakan pelaburan strategik bagi memperkukuhkan sistem kesihatan negara untuk jangka panjang.

Pada masa yang sama, kerangka dasar dan perundangan juga perlu terus diperkasakan agar sentiasa seiring dengan perkembangan bidang perubatan serta amalan terbaik di peringkat antarabangsa. Reformasi yang dilaksanakan perlu memastikan sistem pendermaan dan transplan organ negara telus, berintegriti dan terus mendapat keyakinan masyarakat.

Tuan Yang di-Pertua, 10 syor Jawatankuasa meliputi tadbir urus, pembangunan kapasiti dan reformasi dasar dan perundangan adalah syor yang telah pun dikemukakan dalam penyata ini. Namun, keutamaan selepas itu adalah memastikan setiap syor diterjemahkan tindakan nyata. Setiap syor memerlukan pelan tindakan jelas, agensi peneraju, garis masa munasabah dan mekanisme pemantauan berkesan. Kejayaan reformasi bukan diukur melalui bilangan cadangan tetapi melalui perubahan yang dirasai pesakit, keluarga dan sistem kesihatan negara.

Reformasi ini juga memerlukan komitmen yang berterusan daripada semua pihak. Kerajaan perlu memainkan peranan sebagai peneraju dasar, institusi kesihatan sebagai pelaksana dan badan profesional sebagai rakan strategik, manakala masyarakat pula menjadi pemangkin kepada pembudayaan pendermaan organ di negara ini.

Jawatankuasa tidak mahu penyata ini hanya menjadi satu lagi dokumen yang baik daripada sudut kandungan tetapi terhad daripada sudut pelaksanaan. Apa yang diharapkan adalah tindakan yang konsisten, berterusan dan mampu menghasilkan perubahan yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.

Pada akhirnya, kejayaan sistem pendermaan dan transplan organ bukan hanya diukur melalui jumlah pembedahan ataupun bilangan pengikrar. Kejayaan sebenar ialah apabila lebih ramai pesakit mendapat peluang menerima rawatan, lebih banyak lagi keluarga memahami kepentingan pendermaan organ dan lebih ramai rakyat yakin bahawa sistem yang dibangunkan adalah telus, berintegriti dan berpaksikan nilai kemanusiaan.

draft • 3:00 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Justeru, Jawatankuasa menyeru agar kerajaan memberikan perhatian yang serius terhadap segala 10 syor yang dikemukakan dan juga pandangan-pandangan dan syor daripada pembahas-pembahas yang terlibat dalam perbahasan ini.

Reformasi ini perlu dilaksanakan secara tersusun, terukur dan berimpak demi membina satu sistem pendermaan dan transplan organ yang lebih cekap, mampan dan diyakini oleh rakyat.

Pendermaan organ bukan sekadar memberikan harapan kepada seorang pesakit, ia memberikan peluang kepada sebuah keluarga untuk melihat insan yang tersayang meneruskan kehidupan. Menjadikan penderma organ sebagai satu budaya masyarakat merupakan tanggungjawab kita bersama yang memerlukan komitmen berterusan daripada kerajaan, institusi kesihatan dan seluruh rakyat di negara kita Malaysia.

Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan kepada semua yang terlibat dalam apa juga program-program pendermaan dan juga transplan organ. Baru-baru ini pada 4 hingga 8 Mei yang lalu, Wira Transplant Malaysia yang disertai oleh pakar nefrologi, pakar bedah nefrologi, pakar bedah hati dan semua kumpulan-kumpulan sokongan termasuklah pesakit dialisis dan juga mereka yang telah menerima transplan telah mengadakan program mendaki gunung semata-mata untuk mempromosikan berkaitan dengan pendermaan dan juga transplan organ. Jadi, saya kira ini perkara yang sangat penting.

Begitu juga dengan NGO-NGO dan siapa juga yang terlibat dalam penganjuran-penganjuran pendermaan darah yang diperlukan di dalam negara kita ini secara berterusan. Dan juga kepada penderma darah di dalam negara kita ini― tadi ada cadangan untuk memberikan beberapa insentif kepada mereka ini yang sering memberikan derma darah ini. Saya ingat ini adalah perkara juga yang sangat penting terutamanya kepada pihak-pihak penganjur yang selama ini telah memberikan sumbangan dalam program-program pendermaan darah di dalam negara kita.

Saya juga mengambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih kepada beberapa NGO termasuklah NGO yang saya maklumi, Yayasan Amal Malaysia, yang mengadakan program penganjuran derma darah sewaktu bulan Ramadan yang saya kira juga memberikan impak yang cukup baik kepada keperluan darah dalam negara kita.

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Terima kasih, Yang di-Pertua Dewan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam. Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Langat.

Yang Berhormat, sekarang selesailah Sesi Penerangan Penyata daripada Pengerusi Jawatankuasa Pilihan pada hari ini.

draft • 3:00 PM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERSAINGAN (PINDAAN) 2026 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Persaingan (Pindaan) 2026 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [2 Julai 2026] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

draft • 3:00 PM

mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Untuk makluman Dewan, Tan Sri Speaker telah menerima permohonan daripada Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk meminda fasal dalam peringkat Jawatankuasa bagi Rang Undang-undang Persaingan (Pindaan) 2026 dan membenarkannya pindaan itu dikemukakan di bawah Peraturan Mesyuarat 57(2).

Susulan daripada itu, kertas pindaan dalam Jawatankuasa iaitu kertas berwarna merah jambu yang telah diedar kepada semua Yang Berhormat.

[****Fasal-fasal 1 hingga 21** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]

draft • 3:00 PM
Fasal 22 [Pindaan] –

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Tuan Pengerusi, izinkan saya untuk mencadangkan supaya pindaan dibuat kepada teks bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris Rang Undang-undang Persaingan (Pindaan) 2026.

draft • 3:09 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Cadangan pindaan pada fasal 22 rang undang-undang ini untuk meminda dalam perenggan (f) dengan menggantikan perkataan “1(c)” dengan perkataan “2(c)”. Pindaan kepada fasal 22 rang undang-undang ini bertujuan untuk membetulkan kesilapan tipografi dalam perenggan (f) yang berhubung dengan sebutan kepada subseksyen yang dinomborkan semula.

draft • 3:09 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Masalahnya bahawa pindaan sebagaimana yang telah tertera di dalam Kertas Pindaan oleh Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang telah dibentangkan sebentar tadi terbuka untuk dibahaskan. Jika tidak ada, saya akan teruskan dengan prosiding Majlis.

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dalam Kertas Pindaan hendaklah disetujukan.

[Pindaan dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [****Fasal 22** sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [****Fasal-fasal 23 hingga 34** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (Datuk Dr. Fuziah binti Salleh) dan diluluskan]

draft • 3:10 PM
RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA PERSAINGAN (PINDAAN) 2026 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Yang Berhormat Menteri untuk mengemukakan rang undang-undang tersebut.

draft • 3:10 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan (Pindaan) 2026 dibacakan untuk kali yang kedua sekarang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, sebentar tadi Dewan yang mulia ini telah meluluskan Rang Undang-undang Persaingan 2026 yang akan meminda Akta Persaingan 2010 [Akta 712].

Lanjutan daripada pindaan yang telah dilakukan terhadap Akta Persaingan 2010, pindaan lanjut juga perlu dilaksanakan terhadap Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 [Akta 713] kerana kedua-dua pindaan ini adalah saling kait dan perlu dilaksanakan secara serentak bagi memastikan keseluruhan kerangka perundangan persaingan negara boleh dikuatkuasakan secara menyeluruh.

Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 ini adalah merupakan satu akta yang melengkapi Akta Persaingan 2010 kerana akta ini telah mewujudkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan bersifat separa kehakiman di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

MyCC telah ditubuhkan pada 1 April 2011 khusus untuk menguatkuasakan, menjalankan penyiasatan dan menentukan sama ada terdapatnya pelanggaran larangan di bawah Akta Persaingan 2010 oleh mana-mana perusahaan. Pindaan ini merupakan pindaan yang pertama kali dilaksanakan terhadap Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 bagi mengoptimumkan fungsi administratif MyCC supaya ia dapat beroperasi dengan lebih cekap, efisien dan holistik.

Setelah 15 tahun Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 ini dikuatkuasakan, KPDN dan MyCC mendapati terdapat beberapa kekangan dari sudut fungsi pentadbiran dan skop kuasa Suruhanjaya yang menjejaskan kelancaran pelaksanaan fungsi dan kuasanya. Antara contoh kekangan administratif yang dapat dikenal pasti dalam peruntukan sedia ada Akta Suruhanjaya 2010 adalah berkaitan dengan perwakilan fungsi atau kuasa Suruhanjaya.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, perwakilan kuasa ini bukanlah sesuatu yang luar biasa malah merupakan amalan lazim dalam pentadbiran badan-badan berkanun di Malaysia. Banyak badan berkanun yang ditubuhkan melalui akta turut diberikan kuasa untuk mewakilkan fungsi tersebut

draft • 3:13 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

kepada— mewakilkan fungsi tertentu kepada pegawai yang diberikan kuasa bagi memastikan urusan pentadbiran dan pelaksanaan fungsi statutori badan tersebut dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, memandangkan urusan pentadbiran harian dapat dilaksanakan dengan lebih pantas serta berkesan oleh pegawai yang diberi kuasa.

Secara keseluruhannya, pindaan yang dilaksanakan terhadap Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 bukanlah bertujuan untuk memperluaskan kuasa MyCC tanpa had sebaliknya pindaan ini bertujuan memperkemaskan mandat yang telah diberikan oleh kerajaan supaya selaras dengan keperluan semasa pentadbiran MyCC dan cabaran penguatkuasaan serta penyiasatan yang semakin kompleks.

Dengan kerangka pentadbiran yang lebih jelas dan teratur, MyCC akan dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih cekap, responsif dan berkesan dalam menguatkuasakan Akta Persaingan 2010.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang- undang Suruhanjaya Persaingan (Pindaan) 2026 ini telah disediakan dan diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara serta telah mendapat pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 12 Jun 2026. Saya mohon untuk menghuraikan setiap fasal dalam rang undang-undang ini yang mempunyai 14 fasal seperti berikut.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa Akta yang dicadangkan.

Fasal 2 dan fasal 3 bertujuan untuk meminda tajuk panjang dan tajuk ringkas Akta 713 bagi pertukaran nama “Suruhanjaya Persaingan” kepada “Suruhanjaya Persaingan Malaysia”, selaras dengan pengukuhan kedudukan Suruhanjaya sebagai pihak berkuasa utama persaingan di Malaysia. Pindaan ini adalah selaras dengan penamaan agensi-agensi lain seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 713, dengan meminda takrif berbangkit dengan pertukaran nama “MyCC” daripada “Suruhanjaya Persaingan” kepada “Suruhanjaya Persaingan Malaysia.” Selain itu, pindaan ini turut memperkemas takrif “pegawai Suruhanjaya” bagi menghapuskan percanggahan dengan seksyen 38 berhubung kuasa pelantikan pegawai suruhanjaya yang menjalankan penyiasatan pelanggaran larangan Akta Persaingan 2010.

draft • 3:13 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Fasal 5, 6 dan 7 bertujuan untuk meminda tajuk Bahagian II, seksyen 3 dan seksyen 4 berbangkit daripada pertukaran nama “MyCC” daripada “Suruhanjaya Persaingan” kepada “Suruhanjaya Persaingan Malaysia.” Fasal 8 bertujuan untuk meminda seksyen 16 Akta 713 bagi memperjelas dan memperluas fungsi MyCC dalam memberi nasihat kepada Menteri dan pihak berkuasa atau pihak berkuasa pengawalseliaan termasuk berkaitan dasar, tatacara dan program berkaitan persaingan selaras dengan peranan MyCC sebagai agensi utama penguatkuasaan undang-undang persaingan di Malaysia.

Fasal 9 bertujuan untuk meminda seksyen 17 Akta 713 bagi memasukkan kuasa baharu kepada MyCC untuk mengenakan penalti kewangan dan caj bayaran lewat selaras dengan pindaan yang telah dibuat terhadap seksyen 40 Akta Persaingan 2010 serta memperjelas kuasa MyCC untuk mengenakan fi dan caj pentadbiran bagi pelaksanaan fungsi dan perkhidmatan Suruhanjaya.

draft • 3:13 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Fasal 10 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 17A bagi memperuntukkan kuasa MyCC untuk mewakilkan fungsi dan kuasanya kepada pengerusi suruhanjaya, jawatankuasa, pegawai atau pekerja suruhanjaya tertakluk kepada syarat dan sekatan yang ditetapkan bagi memastikan kecekapan pelaksanaan fungsi dan kuasa MyCC.

Fasal 11 bertujuan untuk melakukan pindaan berbangkit kepada seksyen 27 Akta 713 untuk menukar nama Kumpulan Wang Suruhanjaya Persaingan dengan menukar nama kepada Kumpulan Wang Suruhanjaya Persaingan Malaysia tanpa mengubah sumber atau struktur kewangan sedia ada.

Fasal 12 bertujuan untuk meminda seksyen 38 Akta 713 berkaitan prosedur pelantikan pegawai suruhanjaya yang diberikan kuasa untuk melaksanakan penyiasatan bagi kes-kes pelanggaran larangan Akta Persaingan 2010. Kerana pada masa ini terdapatnya percanggahan dalam prosedur pelantikan pegawai suruhanjaya dengan tafsiran perkataan pegawai suruhanjaya di dalam seksyen 2.

Fasal 13 bertujuan untuk meminda seksyen 43 Akta 713 bagi memperluas skop obligasi kerahsiaan supaya obligasi kerahsiaan tersebut turut meliputi perkara- perkara yang berkaitan dengan Akta Persaingan 2010.

Dan fasal 14 bertujuan mengandungi peruntukan pengecualian dan peralihan lanjutan daripada perubahan nama MyCC daripada Suruhanjaya Persaingan kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ada Yang Berhormat menyokong?

draft • 3:20 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.

Sebelum saya membaca senarai pembahas, ada dalam tangan saya ini 11 orang. Saya ingin mengingatkan kepada Majlis berkaitan peraturan 36(1), “Seseorang Ahli Dewan apabila membahaskan rang undang-undang yang meminda akta induk, hanya perkara-perkara yang berkaitan rang undang-undang itu sahaja dibenarkan bercakap dan tidak kepada perkara yang melibatkan akta induk”.

Manakala peraturan 38(1) dengan jelas menyatakan, “Perbahasan atas apa- apa usul, selain daripada usul hendak menangguhkan Majlis Mesyuarat, dan perbahasan atas apa-apa rang undang-undang atau pindaan, hendaklah berkaitan dengan usul atau rang undang-undang atau pindaan.” Itu saja.

Dengan sedemikian, saya dengan ini membaca senarai pembahas seramai 11 orang iaitu bermula dengan Yang Berhormat Kepong, diikuti Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Pengkalan Chepa dan diakhiri oleh Yang Berhormat Kalabakan. Dengan ini saya mempersilakan Yang Berhormat Kepong untuk membuka tirai perbahasan.

draft • 3:20 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya mengalu- alukan rombongan ke Parlimen daripada warga Klang.

draft • 3:23 PM

[Dewan tepuk]

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya menyokong usaha memperkukuhkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia atau MyCC. Kartel monopoli dan syarikat besar yang menyalahgunakan kuasa pasaran mesti dibanteras.

Pengguna dan peniaga kecil tidak boleh terus menjadi mangsa tetapi RUU ini menambah dan meluaskan kuasa MyCC tanpa kawalan undang-undang yang cukup jelas.

draft • 3:23 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Pertama, kuasa perwakilan terlalu luas. Seksyen baru 17A membenarkan MyCC mewakilkan mana-mana fungsi atau kuasanya kepada pengerusi jawatankuasa, pegawai atau pekerja. Memang perwakilan itu mesti dibuat secara bertulis dan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh MyCC.

MyCC juga masih boleh menjalankan kuasa itu sendiri tetapi masalahnya RUU ini tidak mengecualikan secara jelas kuasa menentukan pelanggaran, mengenakan penalti kewangan atau caj lewat bayar daripada perwakilan. Perkara sebesar ini tidak boleh hanya bergantung pada syarat dalam MyCC. Keputusan yang membawa kesan besar kepada syarikat, pekerja dan pengguna mesti dibuat oleh panel yang berpengalaman serta tidak terlibat secara langsung dalam siasatan.

Prinsipnya mudah, orang yang menyiasat tidak patut bebas menentukan kesalahan dan hukuman tanpa semakan yang cukup. Kedua, perlindungan konflik kepentingan belum lengkap. Akta sedia ada menetapkan kewajipan khusus bagi anggota suruhanjaya dan anggota jawatankuasa untuk mengisytiharkan kepentingan mereka serta menarik diri daripada perbincangan dan keputusan.

Tetapi RUU ini membenarkan kuasa diberi terus kepada pegawai dan pekerja tanpa meluaskan secara jelas kewajipan statutori yang sama kepada mereka. Ini kelemahan yang serius. Pegawai atau pekerja yang pernah bekerja dengan syarikat disiasat mempunyai kepentingan kewangan atau hubungan rapat dengan pihak terlibat tidak patut mengendalikan kes tersebut. Peraturan ini mesti dinyatakan dengan jelas dalam undang-undang. Bukan hanya bergantung pada arahan dalaman.

Ketiga, kuasa mengenakan caj terlalu terbuka. Kuasa mengenakan penalti memang sudah ada dalam akta sedia ada, tetapi RUU ini membolehkan MyCC menentukan kadar caj lewat bayar bagi penalti kewangan, ia juga membolehkan MyCC mengenakan fi, caj pengambilan atau apa-apa caj lain bagi perkhidmatan serta pelaksanaan fungsi dan kuasanya.

RUU ini tidak menetapkan hak asas pengiraan atau kewajipan menerbitkan kadar caj tersebut. Kuasa memungut wang mesti ada batas dan ketelusan. Jika MyCC mahu mengenakan caj undang-undang mesti menyatakan hak atau asas pengiraannya. Semua kadar caj juga mesti diterbitkan supaya pihak yang terkesan atau apa yang perlu dibayar dan bagaimana jumlah itu ditentukan.

Kelima, kerajaan belum menjelaskan kos sebenar. Keempat, kerajaan belum menjelaskan kos sebenar. Huraian RUU sendiri menyatakan kerajaan akan menanggung perbelanjaan tambahan tetapi jumlahnya belum dapat diketahui dan

draft • 3:23 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

ditentukan. Ini tidak memadai. Kerajaan mahu MyCC menjalankan fungsi dan kuasa yang lebih luas tetapi berapa ramai pegawai diperlukan? Adakah MyCC mempunyai cukup pakar ekonomi, peguam, penganalisis data dan pegawai penyiasat? Parlimen tidak patut meluluskan kuasa baru tanpa mengetahui kos dan kemampuan sebenar untuk melaksanakannya.

Dato’ Yang di-Pertua, saya menyokong MyCC yang tegas terhadap kartel dan monopoli. Tetapi MyCC juga mesti adil, bebas dan telus. RUU ini perlu dipinda supaya kuasa menentukan pelanggaran penalti kewangan dan caj lewat bayar tidak boleh diwakilkan sewenang-wenangnya. Pegawai dan pekerja yang menerima kuasa pula mesti tertakluk kepada kewajipan jelas untuk mengisytiharkan kepentingan dan menarik diri daripada kes yang mempunyai konflik.

Semua caj mesti mempunyai hak atau asas pengiraan yang jelas serta diterbitkan kepada umum. Kerajaan juga mesti menjelaskan kos sebenar dan kemampuan MyCC sebelum meminta kuasa tambahan. Kalau tidak, RUU ini hanya memberi lebih banyak kuasa kepada MyCC tetapi tidak cukup perlindungan untuk memastikan keadilan. Sekian, terima kasih.

draft • 3:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Selanjutnya dipersilakan Yang Berhormat Sabak Bernam.

draft • 3:23 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 3:28 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 3:28 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terlebih dahulu izinkan saya untuk mengalu-alukan kedatangan, kunjungan pelajar- pelajar SMKA Arau.

draft • 3:28 PM

[Dewan tepuk]

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

SMKA Arau adalah sekolah kepada YB Padang Besar dan YB Jerlun yang ada di Dewan ini.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri serta Timbalan Menteri ke Dewan yang mulia ini.

Saya menghargai kesudian Yang Berhormat mengikuti perbahasan ini dan mengucapkan tahniah atas pembentangan rang undang-undang ini dan izinkan saya mengemukakan beberapa pandangan untuk cadangan dan pertimbangan kerajaan.

draft • 3:28 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Tuan Yang di-Pertua, fasal 1 hingga 7. Fasal 1 tajuk dipinda, nama baharu, diberi wajah— Suruhanjaya Persaingan Malaysia lebih jelas pada lidah. Fasal 2 hingga 7, nama lama semua diganti tapi rakyat bertanya lagi, apa perubahan dalam realiti? Tukar nama bukan ukuran kalau kartel masih bermaharajalela, harga barang terus menekan rakyat juga yang merana. Yang dikejar jangan tercicir, peribahasa sudah mengingatkan, jangan papan tanda bertukar, tapi masalah masih berkeliaran.

Kami mahu tindakan bukan sekadar pindaan, kami mahu persaingan bukan penguasaan. Kalau kartel masih ketawa, siapa sebenarnya yang menang? Undang- undang mesti berani, rakyat tak mahu janji lagi, suruhanjaya mesti bertindak biar kartel akhirnya lari.

draft • 3:28 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Fasal 8, fungsi diperluas, suruh kerajaan tentang dasar polisi. Tatacara program persaingan supaya ekonomi lebih segar, tapi Menteri saya bertanya, nasihat ini wajib kah didengar, atau sekadar masuk ke laci kemudian hilang ditelan masa? Masuk telinga kiri akhirnya tiada perubahan, rakyat perlukan keputusan bukan sekadar cadangan.

Fasal 9, penalti kewangan, cas lewat fi pentadbiran. Bagus menghukum dengan yang bersalah tetapi biar benar menggerunkan. Kalau untung beratus juta, denda cuma beberapa juta. Ini bukan hukuman, ini kos menjalankan perniagaan.

Undang-undang jangan murah, sampai salah jadi berbaloi. Kartel jangan rasa selesa, bayar denda terus ulang lagi.

Fasal 10 kuasa diwakilkan, pengerusi jawatankuasa, pegawai dan kakitangan. Cepat membuat keputusan, itu memang tujuan pindaan. Tetapi semak dan imbang, mesti jadi keutamaan. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Satu, salah guna kuasa, rosak seluruh nama.

Fasal 12 pelantikan pegawai atas syor ketua, pegawai eksekutif diberi.

Akauntabiliti memang penting tapi rakyat mahu lebih lagi. Pilih yang berintegriti, bukan sekadar isi kerusi. Tiada konflik kepentingan barulah rakyat yakin, persaingan yang benar-benar bebas barulah negara makin maju.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan kerahsiaan. Kerahsiaan siasatan memang perlu, maklumat jangan bocor selalu. Tetapi jangan jadi alasan, lindung kelemahan pentadbiran. Harimau mati tinggalkan berang, manusia mati tinggalkan nama.

Suruhanjaya juga akan dikenang, melalui tindakan bukan rahsia semata.

Persoalan saya kepada menteri, berapa lama siasatan selesai? Berapa pegawai baru diberi? Apa KPI selepas pindaan? Macam mana rakyat nak buat

draft • 3:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

penilaian? Kos kerajaan berapa jumlah, jangan besar belanja, hasil tak berubah.

Rakyat nak nilai pada nama, rakyat nilai pada hasilnya.

Harga turun fasal yang adil, kartel akhirnya tak lagi kebal. Jangan indah khabar daripada rupa. Buktikan dengan tindakan nyata. Suruhanjaya persaingan Malaysia jadilah benteng ekonomi negara. Pindaan boleh diluluskan, tapi amanah mestilah dilaksanakan kerana akhirnya rakyat adalah hakim sebenar. Sabak Bernam mohon menyokong Yang di-Pertua. Terima kasih.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Saya respect Yang Berhormat punya seloka dalam pindaan.

Boleh atur semua ayat tu. Baik, berikutnya saya persilakan, Yang Berhormat Kampar.

draft • 3:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih Timbalan Speaker. Saya bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan Pindaan 2026. Sebagai Ahli Parlimen penyokong kerajaan, saya sokong prinsip dan tujuan utama rang undang-undang ini, namun sokongan saya hadir bersama beberapa teguran membina kerana undang-undang yang baik mesti bukan sahaja memberi kuasa kepada institusi, tetapi juga memastikan kuasa itu digunakan dengan telus, adil dan berkesan untuk rakyat.

Persaingan yang sihat adalah asas kepada ekonomi yang adil. Apabila pasaran berfungsi dengan baik pengguna mendapat harga yang lebih munasabah.

Peniaga kecil mendapat peluang yang lebih setara dan syarikat yang cekap akan berkembang dengan kualiti, inovasi dan produktiviti.

Tetapi apabila pasaran dikuasai oleh kartel, manipulasi harga atau amalan anti persaingan akhirnya rakyat biasa yang membayar harga yang mahal. Mereka membayar melalui harga barang yang lebih tinggi. Pilihan yang lebih terhad dan kualiti perkhidmatan yang lebih rendah. Sebab itu, pengukuhan Suruhanjaya Persaingan Malaysia adalah langkah yang tepat.

Saya sambut baik penjenamaan semula Suruhanjaya Persaingan kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia. Nama ini memberi identiti yang lebih jelas kepada institusi, namun nama baru perlu disertai dengan keupayaan baru. Kita tidak mahu menukar papan tanda, tetapi rakyat masih melihat penguatkuasaan yang perlahan, penyiasatan yang mengambil masa terlalu lama dan tindakan terhadap kartel besar yang tidak cukup memberi kesan pencegahan.

draft • 3:33 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya juga menyokong pindaan yang memperjelas fungsi suruhanjaya untuk menasihati Menteri, pihak berkuasa awam dan badan kawal selia mengenai polisi, tatacara dan program berkaitan persaingan. Ini penting kerana isu persaingan tidak boleh dilihat hanya selepas sesuatu masalah berlaku. Ia mesti dimasukkan lebih awal dalam reka bentuk dasar kerajaan.

Apabila kerajaan merangka dasar subsidi perolehan awam, lesen, konsesi data digital, ekonomi platform ataupun kawalan harga aspek persaingan perlu dikaji dari awal supaya dasar yang baik tidak akhirnya mewujudkan pasaran tertutup atau hanya menguntungkan beberapa pemain besar.

Dalam hal ini, saya cadangkan supaya Suruhanjaya Persaingan Malaysia diberi peranan yang lebih aktif dalam menilai kesan persaingan bagi dasar kerajaan yang besar. Sebelum sesuatu dasar dilaksanakan, terutamanya dasar yang melibatkan lesen, kuota, konsesi, tender besar atau kawal selia sektor strategik harus ada penilaian kesan persaingan.

Ini akan membantu kerajaan mengelakkan keadaan di mana dasar awam yang berniat baik, akhirnya mencipta halangan untuk masuk kepada peniaga kecil dan sederhana. Saya bagi contoh. Seperti contoh, PUSPAKOM selama berpuluh- puluh tahun telah adakan monopoli sehingga sekarang Kerajaan Perpaduan, Kerajaan Pakatan Harapan telah pecahkan monopoli tersebut dan membenarkan syarikat-syarikat baru, enam sampai tujuh untuk masuk persaingan dan ini menguntungkan rakyat.

Timbalan Speaker, apabila kerajaan membawa pindaan ini, kita sedang menghantar satu mesej yang jelas bahawa Kerajaan MADANI serius melawan kartel ekonomi. Manipulasi harga dan pakatan sulit yang akhirnya menekan rakyat. Tetapi di Johor hari ini, rakyat juga sedang melihat satu bentuk kartel politik. PAS sendiri menyeru penyokongnya menyokong MCA dan MIC di kerusi yang tidak ditandingi, semata-mata untuk menghalang Pakatan Harapan.

Maka mesej kepada pengundi Johor jelas. Jangan benarkan kartel ekonomi menekan kos rakyat dan jangan benarkan kartel politik memecahkan mandat rakyat.

Saya juga mengambil maklum pindaan kuasa pada suruhanjaya untuk mengenakan penalti kewangan dan cas pembayaran lewat terhadap penalti kewangan.

Pada prinsipnya, saya setuju. Penalti mesti cukup tegas supaya syarikat besar tidak menganggap denda sebagai kos biasa menjalankan perniagaan. Jika keuntungan daripada pelanggaran undang-undang jauh lebih tinggi daripada penalti maka undang-undang itu tidak akan menakutkan sesiapa.

draft • 3:33 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Namun, saya ingin memberi satu teguran, dalam mengenakan penalti mesti ada garis panduan yang jelas, telus dan konsisten. Kita perlu membezakan antara kartel besar yang sengaja menipu pasaran, dengan perusahaan kecil yang mungkin melakukan kesalahan kerana kurang kefahaman.

Undang-undang persaingan tidak boleh menjadi beban ketakutan kepada PKS, koperasi kecil, penjaja atau perniagaan tempatan. Fokus utama mesti diberikan kepada salah guna kuasa pasaran, penetapan harga secara sulit, manipulasi tender, pembahagian pasaran dan amalan anti persaingan oleh pihak yang benar-benar mempunyai kuasa untuk merosakkan pasaran. Sekian terima kasih.

draft • 3:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Rompin.

draft • 3:33 PM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua yang memberikan ruang kepada Rompin, bersama-sama membahaskan RUU Suruhanjaya Persaingan, Pindaan 2026. Jika RUU Persaingan, Pindaan 2026 adalah tentang peraturannya, maka RUU Suruhanjaya Persaingan, Pindaan 2026 pengawal selianya iaitu Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

Kita mahu memberikan gigi dan taring dan memodenkan MyCC. Kita mahu mereka lebih cekap dan tangkas namun selaku pembangkang yang bertanggungjawab, Rompin wajib mengingatkan Dewan yang mulia ini, iaitu setiap kali kita memberikan kuasa tambahan kepada sesebuah agensi, kita wajib memperketatkan aspek semak dan imbang, check and balance agar kuasa tersebut tidak disalahgunakan.

Dato’ Yang di-Pertua, saya akan menyentuh beberapa fasal. Pertamanya, fasal 9 pindaan seksyen 17 akta 713, kuasa mengenakan penalti kewangan dan cas lewat bayar. Satu lagi kuasa besar yang cuba diberikan melalui fasal 9 ini adalah untuk membolehkan MyCC mengenakan penalti kewangan, serta cas pembayaran lewat bagi pelanggaran undang-undang persaingan.

Pihak kerjaan mendakwa ini untuk mempercepatkan hukuman. Namun saya sebenarnya agak musykil, di mana kah garis panduan telus, transparent guideline dan formula pengenaan denda ini ditentukan? Kita tidak mahu kadar penalti dan cas lewat bayar ini ditetapkan secara suka-suka mengikut selera kepentingan politik

draft • 3:38 PM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

semasa yang akhirnya boleh membunuh industri tempatan atau disalahgunakan sebagai instrumen tekanan terpilih.

draft • 3:38 PM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Sebagai contoh, kes viral kartel makanan ternakan ayam bernilai RM415.5 juta yang baru saja diputuskan dengan penolakan rayuan secara sebulat suara oleh Tribunal Rayuan Persaingan (TRP) pada Februari 2026. Kes ini menggemparkan negara kerana pengilang-pengilang besar berpakat menaikkan harga makanan ayam yang menjadi punca utama harga ayam di pasar melonjak tinggi sehingga mencekik leher rakyat marhaen. Rakyat merana akibat manipulasi harga ini.

Walaupun denda berjaya dikekalkan oleh TRP, ia mengambil masa bertahun-tahun untuk diselesaikan.

Persoalannya ialah sekiranya kuasa penalti kewangan dan caj lewat bayar baharu ini diberikan tanpa garis panduan, kuantum yang jelas, adakah MyCC mempunyai mekanisme adil untuk memastikan syarikat-syarikat gergasi ini tidak terus-menerus melengahkan bayaran melalui taktik teknikal perundangan atau adakah denda berat ini akhirnya tersasar dan hanya membuli pengusaha PKS tempatan yang tersilap langkah?

Rompin mencadangkan penambahbaikan, mendesak agar kementerian menetapkan satu jadual tarif denda yang terikat, binding tariff schedule yang adil dan berperingkat mengikut saiz perniagaan serta mewajibkan MyCC membentangkan laporan tahunan, jumlah penalti yang dikutip terus ke Parlimen. Kuasa menetapkan formula denda dan caj lewat tidak boleh diserahkan bulat-bulat kepada budi bicara mutlak suruhanjaya tanpa kelulusan perundangan subsidiari Parlimen demi mengelakkan sebarang unsur salah guna kuasa atau pilih kasih.

Seterusnya, fasal 13 pindaan seksyen 43 Akta 713, obligasi kerahsiaan dan pengecualian penzahiran maklumat. Fasal 13 yang meminda seksyen 43 Akta 713 mengenakan obligasi kerahsiaan. Pindaan ini memperuntukkan sekatan yang amat ketat ke atas anggota, pegawai, malah ejen suruhanjaya daripada menzahirkan apa- apa maklumat atau dokumen berkaitan hal ehwal suruhanjaya, melainkan bagi maksud prosiding undang-undang, persaingan atau kes mahkamah. Ini adalah satu langkah agak ke belakang, regressive step yang berselindung di sebalik terma kerahsiaan.

Sekatan mutlak ini berisiko menutup pintu kepada ketelusan dan menyekat pendedahan salah laku guna kuasa whistleblowing dari dalam institusi MyCC itu sendiri. Saya berikan contoh di sini iaitu viral yang melibatkan Pos Malaysia Berhad

draft • 3:40 PM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

baru-baru ini yang menyambut baik laporan kajian semula pasaran ekonomi digital oleh MyCC kerana wujudnya kebimbangan persaingan tidak sihat dalam platform e- dagang.

Apabila sektor digital dan data awam berkembang pesat, rantaian maklumat menjadi semakin kompleks. Jika obligasi kerahsiaan MYCC terlalu ketat dan membabi buta, bagaimanakah pihak industri atau media boleh mendapatkan akses maklumat secara telus bagi menyemak jika ada tangan ghaib korporat yang sedang memanipulasi pasaran digital di belakang tabir.

Justeru itu, Rompin mencadangkan supaya dibuat penambahbaikan, mendesak agar peruntukan ini ditambah baik dengan memasukkan fasal kepentingan awam, public interest clause. Maksud, maklumat yang melibatkan ketidakpatuhan tadbir urus atau kartel berskala besar yang menjejaskan dana awam, tidak boleh disembunyikan di bawah peruntukan kerahsiaan ini. Sesiapa sahaja pegawai MyCC yang mendedahkan salah laku dalaman demi kepentingan negara mestilah dilindungi di bawah Akta Pelindung yang selari, bukan diugut dengan penalti jenayah pecah rahsia.

Dato' Yang di-Pertua, sebagai kesimpulannya, penjenamaan semula institusi kepada nama rasmi Suruhanjaya Persaingan Malaysia adalah langkah kosmetik yang baik. Namun, integriti institusi bukan terletak pada nama yang gah, tapi pada keberanian bertindak tanpa takut dan pilih kasih. Saya berharap MyCC selepas ini benar-benar memandu kecekapan institusi demi kerangka ekonomi yang tulen.

Bukannya sekadar menjadi alat yang memandang sepi ketidakpatuhan tatakelola yang berlaku di depan mata kerajaan hari ini.

Akhir kata, saya mohon menyokong dan memohon dibuat pindaan dan semakan semula tentang apa yang telah saya cadangkan tadi. Sekian, terima kasih.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Selanjut dipersilakan Yang Berhormat Petaling Jaya.

draft • 3:40 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua. Saya bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan (Pindaan) 2026.

Dato' Yang di-Pertua, undang-undang persaingan bukan sekadar undang- undang teknikal tentang syarikat besar atau pertikaian perniagaan. Ia berkait langsung dengan kos sara hidup rakyat, harga ubat, premium insurans, kos

draft • 3:45 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

menjalankan perniagaan, perolehan kerajaan dan peluang PMKS untuk terus bersaing secara adil. Apabila kartel menetapkan harga atau mengatur tender, rakyat membayar lebih mahal.

Apabila pemain dominan menutup akses pasaran, peniaga kecil dan syarikat baharu tidak dapat berkembang. Apabila sesuatu sistem mewajibkan pembelian produk atau perkhidmatan melalui saluran tertentu tanpa pilihan yang benar-benar terbuka dan kompetitif, majikan serta pengguna akhirnya mungkin menanggung kos yang lebih tinggi. Itu di bawah konteks ini, kita nampak MyCC ataupun Suruhanjaya Persaingan memainkan satu peranan yang sangat penting dalam mengawal selia kes-kes yang saya sebut tadi.

Kita tidak perlu melihat terlalu jauh Dato' Yang di-Pertua, untuk memahami mengapa pindaan ini penting. Dalam laporan PAC saja berhubung pengurusan lapangan terbang awam, jawatankuasa sendiri mengesyorkan agar MAHB memperketat saringan perolehan bersama SPRM, CAAM dan MyCC untuk menghapuskan amalan kartel kontraktor yang tidak kompetitif. Ia menunjukkan bahawa isu persaingan dalam perolehan bukan sesuatu yang bersifat teori, ia berkait dengan mutu infrastruktur, kos projek dan keupayaan negara menyediakan perkhidmatan awam yang baik.

Dalam sektor kesihatan pula, kebetulan juga Dato' Yang di-Pertua, ada satu lagi laporan yang disediakan oleh PAC, mengenai peningkatan premium insurans kesihatan dan caj hospital swasta, membangkitkan persoalan serius tentang mark- up ubat, pembekal dominan, monopoli bagi sesetengah ubat, diskriminasi harga melalui surat jaminan atau guarantee letter serta amalan caj yang tidak telus.

PAC turut menggesa penerokaan sumber bekalan terus daripada pengeluar bagi mengurangkan kebergantungan kepada pembekal dominan atau kartel tertentu.

Ini bukan semata-mata isu antara syarikat insurans, hospital dan pesakit. Apabila kos rawatan dan premium meningkat terlalu tinggi, rakyat menangguhkan rawatan, perlindungan insurans menjadi semakin tidak mampu milik dan tekanan akhirnya berpindah ke hospital kerajaan serta sistem kesihatan awam.

Begitu juga dalam isu pengambilan pekerja asing, Tuan Yang di-Pertua.

Kedudukan FWCMS dalam penjualan insurans pekerja asing, melalui sistemnya menimbulkan persoalan yang wajar diteliti dari sudut persaingan. Saya menerima maklumat bahawa harga insurans yang diperoleh melalui sistem tersebut mungkin lebih tinggi daripada pilihan, setara di luar sistem.

draft • 3:45 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Jika benar, perkara ini perlu disiasat secara bebas dan telus. Adakah majikan diberikan pilihan yang nyata? Apakah asas pemilihan penyedia insurans? Apakah kadar komisen dan caj yang dikenakan? Dan adakah penyedia insurans lain yang layak, diberi akses secara adil?

Saya tidak mengatakan bahawa ia secara automatik merupakan kartel tanpa siasatan dan bukti. Dan maka itulah, kita perlukan sebuah MyCC yang diperkasakan, yang mempunyai bidang kuasa yang lebih luas dan oleh itu, saya sangat setuju dengan pindaan seksyen 16 akta ibu yang dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “yang berkenaan dengan persaingan” dengan perkataan “termasuklah tentang polisi, tatacara dan program yang berhubungan dengan persaingan”.

Dan skop ini, sangat penting Dato' Yang di-Pertua, untuk memperluaskan kuasa dan juga autoriti MyCC untuk menjalankan tugas mereka dengan lebih berkesan dan cekap. Dan inilah sebabnya kita memerlukan MyCC yang bukan saja kuat apabila mendenda selepas salah laku berlaku. Tetapi cukup berwibawa untuk meneliti struktur pasaran lebih awal sebelum pengguna, majikan, PMKS dan kerajaan menanggung kerugian yang lebih besar.

Tujuan undang-undang persaingan bukan untuk menghukum syarikat yang berjaya, ia adalah untuk memastikan kejayaan diperoleh melalui inovasi, kecekapan, mutu perkhidmatan dan harga yang adil. Bukan melalui pakatan sulit, manipulasi tender, monopoli tersembunyi atau sistem yang menutup pilihan kepada rakyat dan perniagaan.

Maka dengan itu, saya juga ingin memberikan beberapa cadangan kepada MyCC.

draft • 3:45 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Dalam kes— kita lihat bahawa sekarang dalam sebarang transaksi boleh berlaku melalui platform digital, persatuan perusahaan, sistem pembayaran dan lain- lain. MyCC perlu menyediakan garis panduan yang jelas, praktikal dan mudah difahami kepada semua pemegang taruh.

Kedua, adalah tentang pelaburan dalam teknologi tinggi sebab ia nya boleh berlaku melalui kumpulan WhatsApp sekarang, aplikasi komunikasi, forum, e-mel, panggilan telefon atau persefahaman tidak rasmi antara pihak-pihak tertentu.

Bayangkan sekiranya tanpa teknologi yang tinggi untuk mengesan dan menyiasat, memang tangan MyCC akan terikat.

Dan ketiga adalah tentang untuk menghantar pegawai ataupun kakitangan yang berkompeten untuk memberikan keutamaan kepada sektor perolehan awam

draft • 3:50 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

yang berisiko tinggi seperti pembinaan, penyelenggaraan, bekalan makanan, teknologi maklumat, logistik serta perolehan kesihatan.

Maka dengan itu, barulah MyCC boleh diperkasakan dengan memberikan kuasa yang secukupnya dan sumber yang secukupnya untuk pastikan harga yang munasabah untuk rakyat, bukan harga yang ditentukan melalui pakatan yang sulit.

Dan kita mahu undang-undang persaingan yang bukan hanya kuat di atas kertas tetapi benar-benar melindungi pengguna PMKS dan kepentingan ekonomi negara.

Sekian, terima kasih.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Machang.

draft • 3:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk membahas pindaan rang undang-undang yang mengukuhkan institusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia ataupun MyCC.

Negara memang memerlukan undang-undang persaingan yang lebih kuat untuk melawan kartel, monopoli, oligopoli dan amalan anti persaingan yang menekan pengguna, peniaga kecil dan rakyat B40. Tapi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bawa satu persoalan lebih besar. Apa makna kita nak perkukuhkan undang-undang persaingan, kalau rakyat sendiri semakin hilang kepercayaan kepada institusi penguatkuasaan negara? Apa makna kita bercakap tentang persaingan sihat, kalau ada dakwaan bahawa institusi negara boleh ditunggang oleh kepentingan korporat tertentu?

Tuan Yang di-Pertua, hari ini kita banyak sebut fasal kartel tapi kita biasa fikir kartel ini fasal ayam, telur, simen, harga barang. Tapi kartel moden tak semestinya duduk dalam bilik gelap untuk menetapkan harga. Kartel moden boleh beroperasi melalui rangkaian korporat, peguam, konsultan, banker, regulators, pegawai penguat kuasa, proksi politik dan orang dalam institusi negara. Inilah yang saya nak sebut sebagai kartel institusi. Apabila kuasa siasatan, kuasa penguatkuasaan, kuasa lesen, kuasa permit, kuasa tender dan kuasa regulator digunakan atau didakwa digunakan untuk memberi kelebihan kepada kumpulan korporat tertentu.

Kalau ini berlaku, ia jauh lebih bahaya daripada kartel harga yang banyak disebut oleh semua rakan-rakan Ahli Parlimen tadi. Kartel harga menaikkan harga barang tapi kartel institusi menaikkan dan boleh menjatuhkan syarikat. Kartel harga

draft • 3:51 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

menekan pengguna tapi kartel institusi merosakkan keyakinan pelabur, pasaran modal, usahawan tempatan dan the rule of law negara.

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya nak mengaitkan RUU ini dengan isu besar, the elephant in the room, kata Ahli-ahli Parlimen DAP, yang menghantui negara.

Dakwaan skandal korporat mafia yang dilaporkan oleh Bloomberg berkaitan dengan SPRM dan bekas Ketua Pesuruhjaya Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu Tan Sri Azam Baki.

Kita semua maklum tentang isu ini, dakwaan yang mengatakan berkaitan Tan Sri Azam Baki, pemegang saham dan juga wujud rangkaian korporat mafia yang melibatkan ahli perniagaan dan pegawai penguatkuasaan yang didakwa menggunakan siasatan SPRM untuk menekan syarikat dan membuka ruang pengambilalihan korporat.

Apabila badan yang sepatutnya menjadi benteng terakhir melawan rasuah sendiri terpalit dengan dakwaan sebesar ini, maka ia bukan lagi sekadar isu peribadi Tan Sri Azam Baki, ia bukan lagi sekadar isu dalam SPRM, ia adalah isu kepercayaan negara. Lebih besar daripada itu, ia juga isu persaingan ekonomi.

Sebab dalam ekonomi yang sihat, syarikat menang melalui harga, kualiti, inovasi dan kecekapan. Tetapi dalam ekonomi mafia, syarikat boleh menang melalui tekanan, ugutan, siasatan terpilih, pendakwaan terpilih...

draft • 3:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Timbalan Speaker.

draft • 3:51 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Kebocoran maklumat dan hubungan gelap dan dengan kuasa.

draft • 3:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Timbalan Speaker.

draft • 3:51 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tuan Yang di-Pertua.

draft • 3:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sebelum itu, saya fikir ini dah keluar daripada pindaan ini. Dan saya nak merujuk kepada petua yang diberikan oleh Timbalan Speaker sendiri. Saya tak fikir tentang MyCC , Azam Baki dan sebagainya ada kena-mengena dengan rang undang-undang kita. Mohon supaya satu petua dibuat.

draft • 3:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat. Yang pertamanya, bila Yang Berhormat bangun, kalau kita rujuk pada Peraturan 37, kenalah berkaitan peraturan perjalanan dalam Dewan. Sebentar, bagi saya habis dulu.

draft • 3:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Baik.

draft • 3:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kedua, isi kandungan Yang Berhormat Machang nyatakan sama ada berkait atau tidak, ini ada kait dengan 36(1) dan 36(8) sama ada berkaitan dengan pindaan. Setakat ini masih lagi within— bagi saya, within the garis merah saya.

[Tepuk] Baik.

draft • 3:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih. Nanti saya bangun lagi kalau dia terkeluar.

draft • 3:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, terima kasih.

draft • 3:51 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang bijaksana.

draft • 3:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Machang, kena prihatin ya. The line is very...

draft • 3:51 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Very thin.

draft • 3:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Thin.

draft • 3:51 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yes. Ya, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, saya nak landing dan saya nak kaitkan kenapa kaitkan MyCC. Ini bukan free market, ini fear market. Tuan Yang di-Pertua, sebab itu saya nak mengingatkan Yang Berhormat Bangi tadi, parti dia menyeru kerajaan buat RCI ke atas benda ini tapi nampaknya Tambun tak berminat. Jadi, saya nak mencadangkan kepada Yang Berhormat Menterilah ya, bilamana MyCC dah diperkuatkan, diberi taring, diberi kuku. Jadi, saya cadangkan MyCC mulakan siasatan ke atas kartel korporat ini. Mulakan siasatan, tunjukkan MyCC ada taring dan kuku untuk pastikan skandal korporat mafia ini dinoktahkan. Sebab sampai sekarang, Kerajaan MADANI tak nak bentangkan laporan. Apa jadi pada siasatan tersebut?

draft • 3:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 3:51 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Pulihkan keyakinan balik dengan MyCC. Jadi, saya menyokong Yang Berhormat Menteri.

Saya menyokong tapi dengan syarat, kejar balik Azam Baki. Janji perlu dilunaskan dan DAP perlu tuntut pada Kerajaan MADANI. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 3:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Jerlun.

draft • 3:51 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Yang di-Pertua, Jerlun juga turut serta membahaskan RUU Suruhanjaya Persaingan (Pindaan) 2026 yang dibentangkan sebentar tadi.

Saya merujuk fasal 9 iaitu meminda subseksyen 17(2) Akta Ibu dengan memasukkan perenggan baharu subseksyen 17(2)(b)(a) iaitu memberi kuasa kepada suruhanjaya untuk mengenakan penalti kewangan dan caj pembayaran lewat terhadap penalti kewangan bagi pelanggaran di bawah undang-undang persaingan. Pada dasarnya, saya memahami hasrat kerajaan mengenakan penalti dan caj pembayaran lewat bertujuan untuk meningkatkan pematuhan, selain mengelakkan syarikat mengambil mudah keputusan suruhanjaya.

Namun, saya ingin membangkitkan tiga persoalan penting. Pertama, adakah kadar penalti dan caj pembayaran lewat akan ditentukan secara telus? Rang undang- undang ini menyatakan kadarnya ditentukan oleh suruhanjaya. Apakah mekanisme semak dan imbang bagi memastikan kadar tersebut munasabah, konsisten dan tidak berubah-ubah mengikut budi bicara?

Kedua, adakah kerajaan akan menetapkan garis panduan yang diterbitkan kepada orang ramai agar semua pihak mengetahui kaedah pengiraan penalti dan caj pembayaran lewat? Tanpa garis panduan yang jelas, akan timbul persepsi bahawa wujud ketidakseragaman dalam penguatkuasaan.

Ketiga, apakah perlindungan kepada perusahaan mikro kecil dan sederhana

(PMKS)? Kita tidak mahu syarikat besar mampu menanggung penalti sebagai kos perniagaan, manakala PMKS pula lumpuh dan gulung tikar akibat penalti yang terlalu berat.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Pindaan kedua ialah menggantikan perenggan 17(2)(c) bagi membolehkan suruhanjaya mengenakan fi, caj pentadbiran atau apa-apa caj lain bagi perkhidmatan yang diberikan atau bagi pelaksanaan fungsi dan kuasanya.

draft • 3:57 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Saya merujuk frasa “apa-apa caj lain”. Adalah sangat luas. Apakah jenis caj yang dimaksudkan? Adakah terdapat had tertentu? Adakah caj-caj ini akan

draft • 4:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

ditetapkan melalui peraturan subsidiari dan disiarkan kepada umum? Kita tidak mahu peruntukan yang terlalu umum ini membuka ruang kepada pengenaan pelbagai caj tanpa kawalan yang mencukupi.

Saya ingin menegaskan bahawa tujuan pindaan ini bukan untuk menjadikan suruhanjaya sebagai agensi yang bergantung kepada kutipan fi dan penalti semata- mata bagi menampung operasinya. Fungsi utama suruhanjaya ialah menguatkuasakan undang-undang secara adil, bukannya memaksimumkan hasil kutipan.

Oleh itu, saya mencadangkan empat perkara penting kepada suruhanjaya.

Pertama, semua kadar penalti caj pembayaran lewat dan fi diterbitkan secara terbuka. Kedua, sebarang pindaan kadar hendaklah dibuat melalui peraturan yang tertakluk kepada penelitian Parlimen. Ketiga, suruhanjaya diwajibkan melaporkan setiap tahun jumlah penalti, caj dan fi yang dikutip serta tujuan penggunaannya. Dan keempat, garis panduan khusus hendaklah disediakan bagi memastikan PMKS tidak dikenakan beban yang tidak seimbang.

Kami pembangkang tidak menolak keperluan penguatkuasaan yang lebih berkesan. Namun, kuasa yang lebih luas kepada suruhanjaya mestilah disertai dengan akauntabiliti, ketelusan dan semak imbang. Hanya dengan cara itu keyakinan rakyat dan komuniti perniagaan terhadap suruhanjaya dapat diperkukuhkan.

Saya merujuk fasal 10 iaitu memperkenalkan seksyen baharu 17A yang memberi kuasa kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia untuk mewakilkan fungsi dan kuasanya kepada pengerusi, jawatankuasa, pegawai atau pekerja suruhanjaya.

Pada prinsipnya, saya memahami rasional pindaan ini.

Dalam organisasi yang semakin berkembang, tidak semua keputusan boleh diputuskan oleh suruhanjaya secara kolektif. Perwakilan kuasa boleh mempercepatkan proses pentadbiran, mengurangkan kerenah birokrasi dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan. Walau bagaimanapun, kuasa yang luas seperti ini mestilah disertai dengan mekanisme semak dan imbang yang jelas.

Saya ingin menarik perhatian empat persoalan penting berkaitan penambahan seksyen baharu 17A ini iaitu: pertama, subseksyen 17A(1) membenarkan kuasa diwakilkan bukan sahaja kepada pengerusi atau jawatankuasa, malah kepada mana-mana pegawai atau pekerja suruhanjaya. Persoalannya di sini, adakah semua fungsi boleh diwakilkan?

draft • 4:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Saya berpandangan bahawa kuasa yang melibatkan keputusan dasar, pengenaan penalti yang besar atau keputusan yang memberi kesan ketara kepada sesuatu pihak sepatutnya kekal diputuskan oleh suruhanjaya sendiri dan tidak diserahkan kepada pegawai bawahan.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

Masa sudah tamat.

draft • 4:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Kedua, subseksyen 17A(2) menetapkan bahawa wakil hendaklah mematuhi syarat dan arahan suruhanjaya. Ini merupakan satu perlindungan yang baik. Namun, persoalannya ialah bagaimana pematuhan tersebut dipantau? Adakah terdapat audit dalaman atau semakan berkala bagi memastikan kuasa yang diwakilkan tidak disalahgunakan?

Ketiga, subseksyen 17A(3) menyatakan bahawa semua tindakan dibuat atas nama dan bagi pihak suruhanjaya. Ini bermaksud tanggungjawab akhir tetap berada pada suruhanjaya. Oleh itu, suruhanjaya tidak boleh melepaskan tanggungjawab sekiranya berlaku kesilapan, penyalahgunaan kuasa atau kecuaian oleh pegawai yang menerima perwakilan.

Yang keempat, subseksyen 17A(4) membenarkan suruhanjaya mengambil semula atau melaksanakan sendiri kuasa yang telah diwakilkan pada bila-bila masa.

Peruntukan ini adalah wajar kerana memastikan suruhanjaya terus mempunyai kawalan terhadap fungsi yang diwakilkan.

Saya bawa satu contoh. Last.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat. Sudah lebih dua minit. Sila duduk. Saya jemput Yang Berhormat Kota Belud.

Kota Belud.

draft • 4:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Terima kasih. Terima kasih.

draft • 4:00 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Bismillahirrahmanirrahim. Tuan Yang di-Pertua, jika RUU yang pertama sebelum ini memfokuskan kepada peraturan permainan di pasaran, RUU meminda Akta 713 ini pula adalah tentang memperkasakan jentera penguat kuasanya iaitu Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC). Efficiency is doing things right, effectiveness is doing the right thing. Pindaan ke atas Akta 713 adalah langkah yang tepat untuk meningkatkan kedua-dua elemen ini iaitu kecekapan dan keberkesanan tadbir urus MyCC.

draft • 4:04 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, saya hanya ingin menyentuh satu isu sahaja iaitu mengenai seksyen 17A. Sebagai wakil daripada wilayah Borneo, secara khususnya daripada Sabah, saya ingin membawa perspektif desentralisasi kepada kementerian.

Memandangkan seksyen 17A membenarkan perwakilan fungsi secara bertulis kepada pegawai atau pekerja suruhanjaya, saya ingin mencadangkan agar keupayaan ini digunakan, dioptimumkan dengan menubuhkan cawangan MyCC di Sabah kerana saya difahamkan sehingga hari ini tiada lagi cawangan MYCC di wilayah Borneo.

Tuan Yang di-Pertua, langkah desentralisasi ini mempunyai tiga justifikasi ekonomi yang kuat. Pertama adalah berkenaan isu rantaian bekalan dan logistik yang unik. Ekosistem atau struktur ekonomi kami di Borneo berbeza dengan Semenanjung. Kami di Borneo berhadapan dengan isu kos logistik maritim, monopoli rantaian agihan barangan daripada pelabuhan serta kartel barangan asas luar bandar yang menyumbang kepada perbezaan harga yang tinggi. Isu-isu locality sebegini tidak boleh disiasat secara remote atau jarak jauh. Kita memerlukan pegawai yang berada di lapangan untuk memantau pasaran Borneo dengan kerap.

Justifikasi kedua adalah menghapuskan isu birokrasi. Sekiranya berlaku aduan penindasan harga atau monopoli di Sabah, adalah tidak efisien dari segi kos atau masa untuk MyCC menerbangkan pegawai penyiasat dari Semenanjung setiap kali enquiry perlu dijalankan. Dengan adanya pejabat wilayah dan perwakilan kuasa di Borneo, tindakan serbuan, penggeledahan dan pengumpulan dokumen digital atau fizikal boleh dilaksanakan serta-merta tanpa lengah.

Ketiga adalah bagi memenuhi prinsip keadilan serta-merta dan selaras dengan maxim perundangan justice delayed is justice denied. Kehadiran institusi MyCC di Borneo akan memberi keyakinan kepada industri dan usahawan PKS tempatan di Sabah dan Sarawak bahawa Kerajaan Persekutuan serius dalam membanteras kegiatan kartel dan monopoli oleh syarikat-syarikat gergasi di wilayah seluruh Malaysia. Saya mohon Yang Berhormat Menteri selaku orang Sabah menyambut baik cadangan ini dan memberikan komitmen awal untuk mewujudkan cawangan MyCC di Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, persaingan sihat, poket rakyat selamat. Sekian. Saya menyokong.

draft • 4:04 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Kota Belud. Saya jemput Yang Berhormat Maran.

draft • 4:04 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang memberi ruang dan izin kepada saya untuk membahaskan Rang undang-undang Suruhanjaya Persaingan (Pindaan) 2026, Akta 713.

Pada asasnya, saya menyambut baik usaha memperkukuh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC). Dalam keadaan rakyat berdepan dengan tekanan kos sara hidup, undang-undang persaingan bukan isu teknikal semata-mata. Ia berkait langsung dengan harga makanan, harga rumah, kos pengangkutan, rantaian bekalan, kedudukan peniaga kecil dan kuasa syarikat besar dalam pasaran. Prinsip saya mudah. Kita mahu MyCC yang ada taring dan kuasa, tetapi taring itu mesti ada kawalan. Kuasa penguatkuasaan mesti kuat tetapi mesti disertai ketelusan, semak imbang dan manfaat sebenar kepada rakyat.

Saya ingin menyentuh fasal 9 berkaitan kuasa suruhanjaya mengenakan penalti kewangan dan caj pembayaran lewat. Saya bersetuju bahawa syarikat yang melanggar undang-undang persaingan khususnya kartel dan amalan penetapan harga tidak boleh dilepaskan dengan mudah. Kalau syarikat besar berpakat menaikkan harga barang, yang terkesan bukan angka dalam laporan kewangan sahaja, yang terkesan ialah pengguna di pasar, peniaga kecil, pembekal kecil dan keluarga biasa.

Tetapi, soalan saya, ke mana wang penalti itu pergi, Tuan Yang di-Pertua?

Jika kartel menipu pengguna dan peniaga kecil melalui harga yang dimanipulasi, adakah cukup kerajaan hanya mengutip denda, sedangkan mangsa sebenar tidak menerima apa-apa pampasan?

draft • 4:08 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Undang-undang Persaingan tidak boleh menjadi sekadar mesin kutipan penalti kepada kerajaan, ia mesti menjadi mekanisme memulihkan keadilan pasaran.

Justeru, saya ingin mencadangkan kerajaan mempertimbangkan penubuhan MyCC consumer institution fund, satu pengembalian peratusan tetap. Contohnya 30 hingga 50 peratus daripada penalti kewangan bagi kes kartel besar khususnya yang melibatkan barang keperluan boleh disalurkan kepada dana pemulihan untuk membantu pengguna, peniaga kecil atau pihak yang benar-benar terkesan.

Dato' Yang di-Pertua, satu lagi yang membimbangkan saya ialah masalah rasuah dan ketidakjujuran beberapa pihak yang sering mengganggu kerja harian

draft • 4:10 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

kita, Menteri. Tidak kurang juga melibatkan sebahagian pihak penguat kuasa. Saya ingin tahu, berapakah— banyakkah kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang berlaku, yang melibatkan bidang kuasa suruhanjaya MyCC ini? Ini bukan populisme, ini market justice. Kalau rakyat dan peniaga kecil yang dirugikan, sebahagian penalti mesti kembali kepada mereka. Barulah undang-undang ini bukan sahaja menghukum pesalah tetapi memulihkan mangsa.

Dalam masa yang sama, saya ingin membangkitkan isu diskaun penyelesaian. Jika syarikat mengaku awal dan membantu mempercepatkan penyelesaian kes, memang ada logik untuk memberi diskaun penalti tetapi bagi kartel barang keperluan makanan, pertanian, bekalan asas dan barang harian, kerajaan mesti lebih tegas.

Saya mencadangkan two-tier settlement cap untuk sektor umum. Diskaun boleh dikekalkan mengikut rangka biasa tetapi bagi kartel yang melibatkan barang keperluan rakyat, diskaun penalti mesti dihadkan. Contohnya, maksimum 20 peratus sahaja. Jangan sampai syarikat yang berpakat menaikkan harga makanan, rakyat diberi diskaun besar seolah-olah ini kesalahan biasa. Kalau harga bawang pun boleh buat rakyat pening. Jangan beri kartel ruang ketawa mengejek undang-undang.

Dato' Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh fasal 10 berkaitan perwakilan, fungsi dan kuasa Suruhanjaya. Saya faham perwakilan kuasa diperlukan untuk kecekapan pentadbiran. Tidak semua perkara perlu dibawa kepada mesyuarat penuh Suruhanjaya tetapi rang undang-undang ini perlu berhati-hati kerana peruntukan perwakilan kuasa terlalu luas jika tidak dihadkan.

Dato' Yang di-Pertua, saya ingin juga menyentuh fasal 8 dan fasal 13 berkaitan dengan fungsi nasihat dasar dan kerahsiaan. Saya menyokong peluasan fungsi MyCC untuk menasihati Menteri, pihak berkuasa awam dan pengawal selia tentang polisi, tatacara dan program berkaitan persaingan. Ini penting kerana banyak masalah persaingan bukan berpunca daripada syarikat semata-mata tetapi daripada reka bentuk dasar kerajaan sendiri, permit, lesen, konsesi, subsidi, perolehan dan sekatan kemasukan pasaran.

Saya mencadangkan, cadangan kerajaan memperkenalkan competition impact assessment bagi dasar besar yang memberi kesan kepada pasaran rakyat.

Makan, perumahan, bahan binaan, pengangkutan, platform digital dan perolehan kerajaan.

Nasihat MyCC yang berkepentingan awam perlu diterbitkan dalam bentuk ringkasan awam tertakluk kepada perlindungan maklumat-maklumat sulit.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 4:10 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Akhir sekali, saya mesti membangkitkan suatu kelompongan besar ketiadaan merger control. Dalam jawapan Menteri baru-baru ini, kerajaan menyatakan perkara ini perlu dikaji lagi dan akan diperkenalkan kemudian dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas tetapi MyCC sendiri telah memulakan konsultasi awam sejak tahun 2022 berhubung pindaan Akta Persaingan termasuk pengenalan rejim kawalan penggabungan.

Kesimpulannya, saya menyokong prinsip memperkukuhkan MyCC tetapi pindaan ini mesti menjawab empat perkara. Penalti mesti memulihkan mangsa bukan hanya mengisi dana kerajaan. Diskaun penyelesaian bagi kartel barang keperluan mesti lebih ketat. Kuasa Suruhanjaya mesti ada dan ada had dan semak bincang, semak imbang dan Undang-undang Persaingan ini Yang Berhormat Menteri, mesti bersedia untuk ekonomi masa depan termasuk faedah kepada rakyat umum. Sekian, Dato' Yang di-Pertua.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Maran. Saya jemput Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

draft • 4:10 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Bismillahirrahmanirrahim, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Kita sedang menentukan sama ada Suruhanjaya Persaingan Malaysia benar-benar mampu menjadi sebuah institusi bebas, berani dan diyakini rakyat kerana undang-undang yang baik tidak akan membawa makna sekiranya institusi yang melaksanakannya gagal menjalankan amanah dengan berkesan.

Rakyat tidak membaca seksyen demi seksyen yang kita bahaskan untuk dipinda pada hari ini, rakyat mahu melihat hasilnya. Adakah harga menjadi lebih adil, adakah peniaga kecil mempunyai peluang yang lebih luas dan adakah pemain pasaran besar benar-benar tertakluk kepada undang-undang yang sama. Itulah ukuran sebenar kejayaan Suruhanjaya ini.

Pertama, saya nak sebutkan soal akauntabiliti. Pindaan ini memperkukuhkan peranan dan kuasa Suruhanjaya tetapi apabila kuasa bertambah, akauntabiliti juga mesti diperkukuhkan. Saya ingin bertanya kepada Menteri, selepas pindaan ini, Apakah Indikator Prestasi Utama atau KPI yang akan digunakan untuk menilai keberkesanan MyCC?

draft • 4:15 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Adakah sekadar jumlah siasatan, jumlah kompaun atau impaknya terhadap harga persaingan dan kesejahteraan pengguna? Saya juga mencadangkan supaya MyCC membentangkan laporan prestasi tahunannya kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen supaya institusi ini bukan sahaja bebas daripada campur tangan tetapi juga bertanggungjawab kepada Parlimen.

Yang kedua, soal keberanian institusi. Tuan Yang di-Pertua, undang-undang persaingan hanya dihormati apabila ia dilaksanakan tanpa memilih bulu. Rakyat ingin melihat sebuah Suruhanjaya yang berani sebagaimana disebutkan oleh Yang Berhormat Machang tadi. Bukan hanya berani terhadap pengusaha kecil tetapi juga terhadap syarikat yang mempunyai kedudukan dominan dalam pasaran yang ada kabel-kabel politik yang mereka jadikan tempat bergantung termasuk syarikat multinasional.

Jika perlu, syarikat berkenaan berkaitan kerajaan dan juga GLC. Maka saya ingin bertanya kepada Menteri, berapa banyak tindakan penguatkuasaan MyCC sejak tiga tahun sebelum ini melibatkan syarikat yang benar-benar dominan dalam pasaran. Kalau tiada, apakah yang menghalangnya? Kalau Yang Berhormat Menteri tak boleh jawab terus, boleh jawab bertulis kerana soalan ini penting.

Yang ketiga, soal market value, Yang Berhormat Menteri. Saya menyambut baik kuasa baharu untuk menjalankan market review tetapi kuasa itu tidak boleh hanya wujud di atas kertas. Ia mesti digunakan secara proaktif. Saya mencadangkan supaya keutamaan diberikan kepada sektor yang paling memberi kesan kepada kos sara hidup. Sebagai contoh, pasaran beras. Rakyat sentiasa bertanya, sama ada kenaikan harga berlaku kerana kos pengeluaran ataupun kerana struktur pasaran yang terlalu tertumpu.

Adakah Yang Berhormat Menteri bersedia menetapkan sasaran yang jelas contohnya sekurang-kurangnya beberapa market review setiap tahun dan adakah semua laporan tersebut akan diterbit untuk tatapan kepada umum?

Yang keempat, saya ingin sebut tentang cabaran ekonomi digital pada hari ini. Hari ini, kuasa pasaran tidak lagi bergantung kepada kilang, gudang semata- mata. Ia bergantung kepada data algorithm dan juga platform digital. Platform seperti Shopee, Lazada, Grab, Foodpanda mempunyai pengaruh yang besar terhadap akses kepada pasaran peniaga digital. Persoalannya bukan lagi siapa pemilik produk tetapi siapa yang mengawal capaian pengguna terhadap sesuatu produk itu.

Adakah MyCC hari ini mempunyai kepakaran teknologi, analisis data dan forensik digital yang mencukupi untuk mengawasi bentuk penyalahgunaan kuasa

draft • 4:15 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

pasaran baharu ini? Kalau tidak, kita sedang menyediakan Suruhanjaya untuk menghadapi cabaran semalam sedangkan cabaran sebenar sudah pun mula berubah.

Yang kelima, membina budaya persaingan. Saya mengharap MyCC bukan hanya dikenali sebagai badan yang mengenakan denda tetapi sebagai institusi yang membimbing industri, mendidik pengusaha kecil, membina budaya pematuhan.

Kejayaan sesebuah Suruhanjaya itu tidak diukur hanya melalui jumlah kompaun ataupun denda yang dikutip tetapi melalui sejauh mana pasaran menjadi lebih terbuka, lebih telus dan juga lebih adil.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengakhirkan dengan satu pemerhatian.

Negara yang maju bukan kerana mempunyai undang-undang yang kebal tetapi kerana mempunyai institusi yang berani menegakkan undang-undang secara adil.

draft • 4:15 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Suruhanjaya Persaingan mesti dihormati bukan kerana luas kuasanya tetapi kerana bebas keputusannya, bukan kerana tinggi dendanya tetapi kerana keberaniannya bertindak tanpa memilih bulu kerana akhirnya rakyat mahu satu jawapan selepas pindaan ini diluluskan, adakah pasaran Malaysia menjadi lebih adil daripada semalam? Jika jawapannya ya, maka suruhanjaya ini telah berjaya melaksanakan amanah yang diberikan oleh Parlimen. Sekian, terima kasih.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Saya jemput Yang Berhormat Kalabakan.

draft • 4:20 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat Speaker, saya ada Peraturan Mesyuarat 36(12). Tadi sewaktu saya di luar, saya mendengar ucapan daripada Yang Berhormat Kampar yang saya...

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, tadi saya tak berada dalam Dewan. Kalau ada Peraturan 36(12), Yang Berhormat boleh tulis kepada Tan Sri Speaker atau tunggu hansard keluar dulu kerana bukan saya yang chair pada masa itu.

draft • 4:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Oh! Begitu.

Okey terima kasih Tuan Speaker.

draft • 4:20 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Okey Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi peluang untuk saya menyertai

draft • 4:21 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

perbahasan Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan (Pindaan) 2026. Pada prinsipnya, Kalabakan menyokong usaha kerajaan memperkukuh Suruhanjaya Persaingan Malaysia ataupun MyCC. Kita sedar pasaran hari ini semakin kompleks dicabar oleh kewujudan kartel digital yang menggunakan teknologi algoritma dan kaedah licik untuk memonopoli pasaran.

MyCC sememangnya memerlukan taring yang tajam untuk bertindak tangkas. Namun, persoalan yang besar, adakah rang undang-undang ini benar- benar memperkukuh institusi MyCC atau sekadar memperluaskan kuasanya tanpa kawalan? Bagi saya, ketangkasan memburu kartel digital tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan prinsip ketelusan. Kuasa yang diperluaskan tanpa semak dan imbang, yang setara bukanlah reformasi institusi sebaliknya berpotensi mewujudkan risiko tadbir urus pada masa hadapan.

Puan Yang di-Pertua, kebimbangan terbesar saya tertumpu kepada cadangan seksyen 17A yang membolehkan suruhanjaya mewakilkan mana-mana fungsi atau kuasanya kepada pengerusi, jawatankuasa, pegawai atau pekerja suruhanjaya.

Frasa mana-mana fungsi atau kuasa ini terlalu luas. RUU ini tidak menyatakan apa kuasa yang boleh, yang tidak boleh diwakilkan. Adakah kuasa membuat keputusan akhir ya juga boleh diwakilkan? Adakah kuasa mengenakan penalti boleh diserahkan kepada pegawai? Adakah kuasa yang memberi implikasi kewangan kepada pihak industri juga boleh diwakilkan?

Lebih membimbangkan apabila pelantikan pegawai MyCC kini dicadangkan untuk dibuat sendiri oleh suruhanjaya atas syor CEO. Ini secara tidak langsung berisiko mewujudkan konflik kepentingan dan pakatan dalaman menjadi semakin tinggi jika kuasa tidak dikawal dengan cermat. Tiada peruntukan mengenai tempoh perwakilan, fungsi dan kuasa suruhanjaya, tiada kewajipan melaporkan pelaksanaan mereka kepada Parlimen dan tiada mekanisme semakan terhadap keputusan yang dibuat oleh pegawai yang menerima kuasa tersebut.

Puan Yang di-Pertua, dalam prinsip good governance, setiap pertambahan kuasa mesti disertai dengan pertambahan akauntabiliti. Malangnya, RUU ini hanya memperkukuh kuasa tetapi tidak memperkukuh mekanisme semak dan imbang.

Justeru, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah kerajaan bersedia menetapkan bahawa kuasa-kuasa strategik seperti keputusan akhir dan pengenaan penalti tidak boleh diwakilkan kepada pegawai bawahan. Jika tidak, apakah jaminan

draft • 4:21 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

bahawa kuasa tersebut tidak akan disalah guna oleh pegawai MyCC pada masa hadapan.

Puan Yang di-Pertua, saya menjumpai pindaan seksyen 16 yang memperluaskan kuasa MyCC untuk memberi nasihat mengenai polisi, tatacara dan program kerajaan yang berkaitan dengan persaingan. Namun, saya melihat satu kelemahan yang ketara. RUU ini tidak mewajibkan kerajaan memberikan maklum balas terhadap nasihat tersebut, tidak diwajibkan untuk menerima, tidak diwajibkan menjelaskan jika menolak. Persoalannya, apakah nilai sesuatu nasihat jika tiada kewajipan untuk mempertimbangkannya secara rasmi.

Saya mencadangkan ya supaya setiap syor utama MyCC diberikan maklum balas oleh kerajaan dalam tempoh tertentu bagi memastikan fungsi nasihat ini benar- benar memberikan impak besar kepada dasar negara.

Puan Yang di-Pertua, pindaan seksyen 17 turut memberi kuasa kepada suruhanjaya mengenakan penalti kewangan, caj pembayaran lewat, fi pentadbiran dan apa-apa caj lain. Pasal apa-apa caj lain ini terlalu umum. RUU ini tidak menjelaskan bentuk caj tersebut, kaedah penentuannya ataupun had maksimum yang boleh dikenakan.

Pada hemat saya, udang-undang yang baik mestilah memberikan kepastian undang-undang, legal certainty, bukannya memberi ruang tafsiran yang terlalu luas sehingga menakutkan pelabur dan juga pemain industri.

Puan Yang di-Pertua, bagi memastikan RUU ini dapat berfungsi dengan baik

draft • 4:21 PM

maka saya mencadangkan lima penambahbaikan. Terakhir ya Puan Yang di-Pertua

(i) hadkan kuasa yang boleh diwakilkan dan nyatakan dengan jelas kuasa eksekutif yang mesti kekal di bawah suruhanjaya induk sahaja;

(ii) tetapkan tempoh sah bagi setiap perwakilan fungsi dan kuasa suruhanjaya supaya ia tidak bersifat kekal;

(iii) semua perwakilan, fungsi dan kuasa suruhanjaya hendaklah direkodkan dan dilaporkan secara mandatori dalam laporan tahunan kepada Parlimen;

(iv) wujudkan mekanisme semakan bebas ataupun penubuhan panel rayuan dalaman terhadap keputusan yang dibuat oleh pesuruhjaya yang menerima perwakilan, fungsi dan kuasa suruhanjaya;

draft • 4:21 PM

maka saya mencadangkan lima penambahbaikan. Terakhir ya Puan Yang di-Pertua

(v) perincikan skop fi dan apa-apa caj lain yang boleh dikenakan supaya lebih telus, adil dan memberikan prosedur fairness kepada pemain industri; dan terakhir Puan Yang di-Pertua

(vi) saya menyokong penuh usaha memperkukuh taring MyCC demi keadilan pasaran ekonomi kita.

Namun, institusi yang kukuh bukan diukur melalui keluasan kuasanya tetapi melalui kekuatan akauntabilitinya. Jadi mengakhiri ucapan Kalabakan mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 4:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Saya bagi Yang Berhormat Arau untuk berucap. Tiga minit.

draft • 4:21 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tak apa. Beberapa minit pun tak apa. Satu poin saja. Yang pertama ini ialah sesuatu Tuan Yang di-Pertua, sesuatu yang cukup baik. Kami ini yang baik kami sokong, yang tak baik kita bagi teguran. Permasalahan besarnya orang yang baik macam kami ini kadang-kadang tak dilihat baik. Selalu dilihat tak baik 24 jam. Kami tak pernah bercakap untuk menjatuhkan kerajaan. Orang sana cakap yang kononnya kita nak jatuhkan kerajaan. Sebabnya bila sampai masa, jatuhlah Yang Berhormat ya.

draft • 4:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, ini tak berkaitan.

draft • 4:26 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey tajuknya ialah satu iaitu tentang orang tengah, kartel Yang Berhormat. Kalau negara ini dikawal oleh ekonomi hitam, kartel ini juga pendapatan daripada ekonomi hitam iaitu dengan mengetepikan pesaing-pesaing. Sebenarnya dari segi apa yang disebut ini pengeluar, pembekal ini, mereka boleh bersaing sesama sendiri dengan sihat. Tetapi mereka pilih untuk berpakat, maka jadilah kartel dan kartel ini di mana-mana.

Yang sekecil-kecilnya, sampai ke sebesar-besarnya, di mana-mana. Dalam pertanian sehingga kerajaan sendiri mengisytiharkan jihad lawan orang tengah sebab sudah ada pakatan yang mulanya bersaing sama sendiri dan sekarang sudah jadi kartel. Malah orang-orang asing, yang disebut orang Rohingya dan juga lain-lain lagi itu mereka ialah orang yang membantu petani dari segi tanam padi. Tanam padi dulu harga RM500, sekarang dinaikkan RM600. Dengar cerita, dia orang kata nak naik pula RM700. Apa jadi pada petani? Satu relung, bukan satu ekar.

draft • 4:26 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Petani apa jadi kalau sekiranya harga yang begitu mahal dikenakan dan mereka ini sudah ada pakatan. Kalau sekiranya kita tak ambil, kita tak boleh tanam padi. Kita nak tabur tidak boleh sebab nak tabur padi kena air kurang. Jadi, kalau sekiranya kerajaan tidak mengambil satu pendekatan yang khusus bahawa harga pertanian untuk tanam padi RM500 macam itu.

Saya tanya mereka, saya tanya orang yang tanam padi, “Kenapa kamu nak naikkan harga?” Dia kata, “Harga minyak naik, harga minyak naik”.”Kamu buat apa yang harga minyak naik, kamu nak naikkan harga?” Dia tak boleh jawab. Dia kata, “Semua orang naik harga, saya pun naik harga”. Jadi memilih untuk menaikkan harga dan menjadikan pengguna mangsa kepada kegiatan mereka adalah satu perbuatan yang kerajaan mesti buat serta- merta untuk seperti yang dibuat pada hari ini. Yang Berhormat, saya cadangkan supaya kita pilih, kita nak pilih, dia terlampau banyak.

Pilih satu tertentu dan ambil tindakan dan lebih-lebih lagi sekarang ini orang yang akan bagi maklumat ramai, malah di kalangan orang kartel juga yang bagi maklumat dia dapat diskaun sampai 40 percent walaupun dia telah dihukum, dia sanggup bekerjasama, dia akan dapat diskaun.

Whistleblower atau orang yang memberi maklumat juga diberi ganjaran.

Berapa ganjaran Yang Berhormat? Saya ingin bertanya sebab supaya rakyat Malaysia tahu. Tapi yang paling penting, pilih satu demi satu. Akhirnya boleh menggentarkan semua pihak dan tidak lagi menjalankan aktiviti kartel. Saya beritahu Yang Berhormat, dalam kelapa sawit ini Yang Berhormat, kelapa sawit...

draft • 4:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Gulung.

draft • 4:26 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dulunya kelapa sawit ini tempurung kelapa sawit pun ada kartel. Tempurung kelapa sawit ini orang buang begitu sahaja.

draft • 4:26 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tapi sekarang ini sudah ada harga sebab Jepun membeli dengan harga begitu mahal maka, terwujudlah kartel orang lain tak boleh beli kena beli melalui kartel dan kartel meletakkan harga dan penentuan harga ini tidak menguntungkan FELDA ataupun mana-mana pengeluar sawit.

Jadi, kerajaan kena pecahkan yang ini mesti hapuskan benda ini yang kita ketahui bersama. Hapuskan orang tengah di kalangan pertanian dan juga di kalangan mereka yang berniaga sampai saya sebut tadi tempurung kepala sawit.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, saya fikir rang undang-undang ini cukup baik dilaksanakan dan ingin saya maklumkan sekali lagi bahawa kerajaan tidak perlu menyebut bahawa mereka akan dijatuhkan bila sampai mereka masanya mereka akan jatuh. Terima kasih, assalamualaikum.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Masa 30 minit.

draft • 4:30 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan bagi pindaan kepada Akta 713 ini.

Kepong, Sabak Bernam, Kampar, Rompin, Petaling Jaya, Machang, Jerlun, Kota Belud, Maran, Pengkalan Chepa, Kalabakan, yang paling penting Yang Berhormat daripada Arau.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin mulakan jawapan ini dengan pertama sebagaimana petua yang diberikan oleh Dato’ Timbalan Yang di-Pertua sebentar tadi, di awal tadi bahawa perbahasan ini biarlah ditumpukan kepada RUU yang telah – yang baru dibentangkan iaitu terkait dengan RUU pindaan kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia, kerana RUU yang terkait dengan akta persaingan itu telah pun diluluskan sebentar tadi.

Yang kedua, dari segi skop undang-undang persaingan di negara kita sebab ada juga Ahli-ahli Yang Berhormat tadi menyentuh perkara-perkara terkait dengan salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya. Saya ingin menyebutkan bahawa Undang-undang Persaingan yang ada di negara kita ini khususnya Akta Persaingan seksyen 4 dan juga seksyen 10 kepada Akta Persaingan telah menetapkan ruang lingkup skop kepada Undang-undang Persaingan ini adalah terkait dengan pakatan dalam konteks pakatan harga, pakatan pasaran, pakatan pengeluaran, pakatan dalam konteks tipuan bida dan seksyen 10 pula adalah penyalahgunaan kuasa dominan ataupun monopoli yang bermasalah.

Jadi, itu dia skop kepada Undang-undang Persaingan yang ada di negara kita. Dan beberapa juga Ahli Yang Berhormat tadi menyentuh tentang ketelusan kes- kes yang disiasat oleh MyCC dan sebagainya. Sukacita saya ingin maklumkan bahawa penyata tahunan kepada MyCC sememangnya dibentangkan dengan izin, debate di Parlimen tiap-tiap tahun, tidak pernah tidak dinyatakan penyata tahunan.

draft • 4:31 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Termasuklah laporan kepada kes-kes yang disiasat dan dapatan pelanggaran dan sebagainya itu ada terkandung dalam laporan tahunan yang dibentangkan dan ada yang disebut tentang keperluan untuk MyCC membentangkan dalam select committee dengan izin, dan memang pun MyCC pernah dipanggil untuk membuat, mengemukakan isu-isu spesifik tertentu dalam select committee.

Jadi, saya fikir MyCC tidak ada halangan sekiranya melalui institusi Parlimen ini sama ada dalam konteks select committee dan tanggungjawab sebagai salah satu agensi badan-badan berkanun kerajaan untuk mengemukakan laporan tahunan.

Ada juga yang menyentuh tentang perkara peranan MyCC yang sepatutnya bukan hanya dalam konteks untuk tindakan ke depan menyiasat kes-kes tertentu tetapi juga sepatutnya memainkan peranan dalam memastikan dari segi dengan izin, preventive. Ya, sememangnya Puan Yang di-Pertua, atas semangat kedua-dua RUU ini juga, kita ingin memperkukuhkan peranan MyCC.

Contohnya dalam konteks kuasa untuk mengehendaki maklumat. Kalau sebelum ini Undang-undang Persaingan kita hanya menetapkan kuasa untuk menghendaki pemberian maklumat itu adalah dalam konteks penyiasatan. Kalau boleh disebut ya seksyen 18 kepada Akta Persaingan-lah. Tetapi melalui reformasi undang-undang yang kita bawa melalui dua RUU ini kuasa untuk menghendaki pemberian maklumat itu juga menyentuh dalam aspek kajian semula pasaran, market review. Jadi, maksudnya di sini adalah untuk memastikan peranan MyCC itu dapat diperkukuhkan dengan apa, dengan ada kuasa untuk menghendaki pemberian maklumat sebarang market review yang dilaksanakan oleh MyCC itu akan menjadi lebih komprehensif dan holistik untuk menangani isu pelaksanaan sebelum ini. Di mana MyCC berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan maklumat sama ada termasuklah daripada agensi kerajaan, perusahaan dan pihak-pihak tertentu yang telah membataskan bentuk ataupun kualiti market review yang akan dikeluarkan.

Alhamdulillah sehingga kini, MyCC telah pun mengeluarkan lapan kajian semula pasaran market review termasuklah yang terkini yang terkait dengan ekosistem digital ekonomi dalam konteks Undang-undang Persaingan. Insya-Allah dengan adanya kuasa untuk mengehendaki maklumat ini, maka ia akan memudahkan lagi market review yang akhirnya terkait dengan seksyen 16 dalam RUU ini.

draft • 4:31 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Fungsi MyCC untuk memberikan nasihat kepada kerajaan dalam konteks yang lebih luas dari segi program, dari segi tatacara dan sebagainya. Jadi, saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Petaling Jaya yang telah menekankan tentang keperluan MyCC memainkan peranan dalam konteks memberikan nasihat kepada kerajaan, kementerian dan agensi untuk memastikan di bawah bidang kuasa masing-masing aspek persaingan itu diberikan penekanan.

Dan untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat juga, selain daripada kuasa tersebut, MyCC juga mula tahun lepas telah mengambil pendekatan yang proaktif, di mana kita menjalinkan kerjasama dengan kementerian-kementerian. Setakat ini, kita telah melaksanakan 11 LOU dengan kementerian termasuklah hari ini bersama dengan Kementerian Digital.

Dalam konteks apa, dalam konteks supaya kita mempunyai hubungan yang lebih rapat. Mereka memahami peranan MyCC dan pada masa yang sama kita bersedia untuk memberikan nasihat dalam apa-apa juga perkara termasuklah aspek procument dengan izin, yang dikeluarkan— ditawarkan melalui kementerian tersebut dan juga memberikan latihan kepada pegawai-pegawai di bawah kementerian masing-masing.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, antara perkara yang banyak disentuh pada hari ini adalah berkaitan dengan fasal 10, yang menyentuh tentang perwakilan fungsi dan kuasa sesebuah badan berkanun. Yang kita tahu ia bukanlah satu sekadar satu urusan pentadbiran ya.

MyCC melaksanakan, memperkenalkan melalui pindaan ini tentang perwakilan kuasa ini yang banyak disentuh di bawah satu peruntukan baru seksyen 17A. Mengapa kita memperkenalkan peruntukan ini dan apa masalah sebenarnya?

Ia adalah bagi memastikan pengurusan organisasi berjalan lancar, selaras dengan skop tanggungjawab suruhanjaya yang semakin luas.

Suruhanjaya memerlukan mekanisme yang membolehkan agihan atau penyerahan tugas pentadbiran dan penguatkuasaan dilakukan secara sah tanpa peruntukan perwakilan kuasa yang jelas, kecekapan operasi harian dan pentadbiran organisasi boleh terjejas.

draft • 4:31 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Itu sebabnya seksyen 17A memperkenalkan peruntukan baharu yang memberikan punca kuasa kepada suruhanjaya untuk membuat Perwakilan Kuasa dan Fungsinya (Delegation of Powers and Function) mengikut keperluan dan kesesuaian semasa.

draft • 4:40 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Peruntukan bertujuan untuk membolehkan suruhanjaya mewakilkan mana- mana fungsi atau kuasanya kepada pengerusi mana-mana Jawatankuasa, mana- mana pegawai suruhanjaya atau mana-mana pekerja suruhanjaya bagi memastikan pelaksanaan fungsi dan kuasa suruhanjaya berjalan dengan lancar dan cekap.

Dan rujukan kita sebenarnya Puan Timbalan Yang di-Pertua dalam memasukkan peruntukan baharu ini seksyen 17 ini adalah kita merujuk kepada Peruntukan Perwakilan Kuasa yang telah menjadi amalan sedia ada dalam undang- undang penubuhan badan berkanun lain di Malaysia seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Begitu juga kita melihat kepada model perwakilan kuasa yang melalui dengan izin benchmarking kepada kerangka perundangan yang ada di peringkat antarabangsa. Contohnya, dengan izin Competition and Consumer Commission of Singapore, seksyen 9. The UK’s Competition and Markets Authority dalam Butiran 9 Jadual 4 dan Hong Kong Competition Commission seksyen 31,32 dan 33.

Dan yang paling penting bahawa perwakilan kuasa ini datang bersama garis panduan yang juga akan dipaparkan di laman sesawang jelas dan public boleh menyemak. Dan jauh lebih penting lagi akhirnya keputusan akhir kepada sesuatu siasatan itu akan dibuat oleh suruhanjaya. Jadi, ia bukanlah keputusan mana-mana ahli suruhanjaya, tetapi keputusan kolektif suruhanjaya. Dengan izin, bukan any individual single representative yang diturunkan kuasa.

Jadi, itu adalah kuasa bentuk garis panduan untuk memastikan bahawa tanggungjawab atau perwakilan kuasa itu adalah teratur dan bersandarkan kepada kerangka perundangan yang jelas.

Seterusnya, ada yang membangkitkan tentang obligasi kerahsiaan di bawah seksyen 43 dan ada Ahli Yang Berhormat yang menyebut bahawa bilamana obligasi kerahsiaan ini dikhuatiri akan melindungi kartel-kartel yang disiasat.

Sebenarnya, melalui obligasi kerahsiaan ini, matlamat untuk kita memberikan penekanan kepada obligasi kerahsiaan ini adalah untuk menjaga integriti kepada maklumat yang ada melalui siasatan dan juga dapatan butiran-butiran dokumen yang dikehendaki oleh MyCC. Maksudnya di sini, bahawa mana-mana pihak khususnya ahli-ahli suruhanjaya, pegawai suruhanjaya mempunyai obligasi untuk memastikan obligasi kepada maklumat yang diperoleh itu. Kerana kita khuatir bila tidak ada garis panduan ataupun punca kuasa perundangan yang jelas, maka sebarang kebocoran maklumat itu boleh menjejaskan proses penyiasatan yang sedang dilaksanakan.

draft • 4:40 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Puan Yang di-Pertua, ada Ahli-ahli Yang Berhormat membangkitkan tentang pencapaian MyCC. Kita tahu MyCC, kedua-dua akta ini telah pun digubal pada tahun 2010. Dan 2011, ditubuhkan MyCC dan 2012, 1 Januari kedua-dua akta ini berkuat kuasalah. Alhamdulillah, lebih kurang dalam 15 tahun ini, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebanyak 270 perusahaan telah pun diambil tindakan yang terkait dengan perlanggaran kepada undang-undang persaingan yang melibatkan sebanyak 600— lebih 660 juta penalti.

Walaupun sebenarnya dalam keadaan kapasiti MyCC yang masih agak terhad. Itu atas sebabnya— atas sebab itu juga undang-undang ini dipinda dan kita mengharapkan contohnya, melalui kumpulan wang yang disebutkan dalam RUU ini dengan adanya penalti yang dikutip— begitu juga, kita masih juga bergantung pada peruntukan kerajaan untuk membolehkan MyCC mempunyai kapasiti yang mencukupi termasuklah dari segi pegawai-pegawai suruhanjaya.

Kerana sebahagian besar daripada pegawai-pegawai MyCC pada masa ini adalah bertaraf kontrak ataupun sementara. Hanya lebih kurang 30 lebih dengan izin yang berstatus tetap. Jadi, kita harap juga bahawa melalui pindaan ini juga akan membawa semangat supaya kita mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk memastikan MyCC mempunyai barisan pegawai suruhanjaya yang bukan hanya mencukupi, tetapi terlatih, berkepakaran dan mereka akan kekal untuk berkhidmat di MyCC.

Yang Berhormat Kota Belud rakan saya menyentuh tentang keperluan untuk dibuka cawangan MyCC di Sabah. Dan kalau boleh saya sebutkan di sini, sememangnya dari segi keperluan ada. Tetapi sebagaimana yang saya sebutkan tadi bahawa kita masih dalam peringkat ini mempunyai kekangan ruang fiskal.

Jadi, kita masih beroperasi pada pejabat MyCC yang ada di ibu pejabat ini dan insya-Allah, walaupun ada kekangan ini, kita akan berusaha sehabis baik memastikan kita dapat melaksanakan tanggungjawab untuk menghapuskan kartel- kartel yang bukan hanya berada di Semenanjung Malaysia, tetapi juga di Sabah dan juga di Sarawak.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, satu perkara lagi yang banyak disentuh juga adalah berkaitan dengan yang terkait dengan isu market review juga. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi, tentang kuasa MyCC, bidang kuasa MyCC untuk memberikan nasihat kepada kerajaan.

Satu, saya telah sebut tadi bahawa kita kini mempunyai punca kuasa yang jelas untuk mewajibkan, membolehkan kita mengehendaki maklumat. Dan pada

draft • 4:40 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

masa yang sama diperkukuhkan lagi kuasa itu. Bahawa mana-mana pihak yang tidak memberikan kerjasama, dengan tidak menyalurkan maklumat, dokumen dan sebagainya, ia merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang persaingan yang ada.

Yang Berhormat Sabak Bernam, terima kasih banyak. Saya fikir satu peringatan yang cukup baik. Yang Berhormat Sabak Bernam mengharapkan supaya pindaan yang dibawa, yang cukup baik ini bukan hanya di atas kertas, bukan hanya bersifat kosmetik, tetapi pelaksanaannya cukup baik. Dan insya-Allah dengan adanya pindaan ini, kita yakin bahawa MyCC akan dapat bergerak dengan lebih efisien dan juga efektif.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, ada cadangan supaya diwujudkan daripada penalti yang dikutip itu diwujudkan dana pemulihan peniaga kecil. Yang Berhormat Maran menyebut, cuma saya fikir ingin sebut di sini sebelum kita pergi ke tahap itu, MyCC masih juga masih amat-amat memerlukan ruang fiskal yang mencukupi. Jadi, penalti yang dikutip, fi yang dikutip itu kita akan masukkan kepada kumpulan wang MyCC untuk kegunaan MyCC. Bukan hanya dari segi operasi, tetapi juga capacity building dengan izin.

Apa dia fokus kepada MyCC? Disebut oleh Pengkalan Chepa tadi. Apa yang menjadi fokus kepada kita di bawah saya fikir sejak dua tahun yang lalu dan begitu juga dalam RMK13 ini, tiga keutamaan utama.

Pertama adalah keutamaan dalam kita menghapuskan tipuan bida. Sebab kita tahu kerajaan kita pada hari ini, Kerajaan MADANI memberikan fokus bahawa perolehan kerajaan itu perlulah dilaksanakan melalui tender terbuka.

draft • 4:40 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Namun, sekiranya kita melaksanakan tender terbuka tanpa kawal selia yang baik, maka proses tender terbuka itu akan dimanipulasi oleh pihak tertentu melalui tipuan bida. Atas sebab itu, mandat yang telah diberikan kepada MyCC supaya antara fokusnya adalah menghapuskan kartel dalam tipuan bida.

Yang keduanya adalah kartel yang terkait dengan perusahaan ataupun industri makanan dan pertanian. Dan yang ketiga adalah kartel yang terkait dengan pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang menyentuh kepada keperluan asas pengguna. Ini antara tiga fokus utama kepada MyCC pada masa ini yang kita harap akhirnya ia dapat untuk memulihkan, memastikan pasaran yang adil, pasaran yang menggalakkan kepada persaingan, bukannya pasaran yang boleh dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu.

draft • 4:50 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Puan Timbalan Yang di-Pertua, saya fikir saya telah menyentuh khususnya perkara-perkara yang terkait kepada akta yang sedang kita bahaskan iaitu Akta 713 iaitu RUU pindaan kepada Suruhanjaya Persaingan. Jadi, saya ucap sekali lagi terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan saya mengharapkan sokongan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat supaya kita dapat memastikan ekosistem pasaran kita yang semakin dinamik pada hari ini yang datang juga bersama dengan complexity, dengan izin.

Aktiviti kartel-kartel yang semakin juga cekap, jadi dengan adanya— dengan adanya dengan izin, clarity of law melalui pindaan ini. Begitu juga dengan adanya pengukuhan pindaan ini, membawa kepada pengukuhan kuasa MyCC itu— kita menyasarkan, kita dapat memperkukuhkan fungsi kita.

draft • 4:50 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Puan Yang di-Pertua, boleh minta mencelah sikit? Terima kasih atas penjelasan yang tentang persoalan saya. Cuma, ada tadi saya sebut beberapa perkara yang secara spesifik iaitu tentang MAHB yang mana didakwa ikut laporan kita nampak daripada Penyata Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara tentang wujudnya kartel kontraktor dalam kalangan kontraktor di MAHB.

Dan kedua adalah tentang caj hospital swasta yang melampau sehingga terdapat generic drugs yang dikenakan caj lebih mahal daripada ubat, kita kata inovatif ataupun original drugs.

Ketiga adalah tentang FWCMS iaitu satu sistem yang sangat centralise. Terdapat maklum balas daripada pemain industri bahawa caj insurans untuk beli insurans dalam portal tersebut lebih mahal berbanding dengan kalau beli dari luar.

So, adakah boleh saya dapatkan komitmen kementerian sama ada siasatan boleh dijalankan dan dimulakan atas tiga perkara ini sebagai satu kayu ukur bahawa MyCC yang baru, yang diperkasa ini boleh menjalankan tugas dengan lebih baik? Terima kasih.

draft • 4:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat. Saya fikir kita amat mengalu-alukan sebagaimana kalau kita lihat dalam undang-undang ini, kita menggalakkan kalau ada satu peruntukan kalau boleh, bukti bahawa bagaimana MyCC menuntut kerjasama dan mengalu-alukan kerjasama pelbagai pihak dalam Akta Persaingan.

Contohnya, kita bersedia untuk memberi ganjaran kepada mana-mana pihak yang memberikan maklumat. Dan insya-Allah, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya tadi, kita bersedia untuk melakukan sebarang bentuk

draft • 4:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

siasatan sekiranya ia terkait dengan apa yang saya sebutkan tadi, pelanggaran kepada undang-undang persaingan dalam empat konteks yang tadi. Pakatan harga, pakatan pengeluaran, pakatan pasaran ataupun penyalahgunaan kepada kuasa dominan dan kita akan ambil tindakan yang berkaitan.

draft • 4:50 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

[Bangun]

draft • 4:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Jadi, saya harap saya telah menjawab soalan daripada Yang Berhormat Petaling Jaya dan kita akan memberikan komitmen penuh.

draft • 4:50 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Yang Berhormat Menteri, saya minta laluan.

draft • 4:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Sila.

draft • 4:50 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Yang Berhormat Yang di-Pertua, dalam perbahasan saya tadi saya telah menyentuh tentang betapa perlu ada garis panduan untuk memastikan persaingan yang sihat khususnya dalam PMKS.

Sekarang ini kalau kita tengok dari segi PMKS ini terutamanya usahawan-usahawan yang berniaga di kampung-kampung, dia menghadapi saingan yang hebat di kalangan usahawan digital sama ada TikTok, Shopee ataupun Lazada, Facebook dan sebagainya.

Jadi, persoalan yang saya timbulkan tadi, bagaimana bentuk garis panduan tadi untuk memberi ruang kepada kedua-dua pihak ini mendapat manfaat? Apakah peranan MyCC dalam mengekang supaya tidak berlaku persaingan yang ketara?

Contoh dia macam usahawan di kampung-kampung menjual produk yang sama dengan yang dijual dalam digital ini supaya kedua-dua pihak ini dapat manfaat bersama. Jadi, saya pohon pandangan Yang Berhormat Menteri. Sekian.

draft • 4:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat. Matlamat ataupun objektif utama kepada undang-undang persaingan kita adalah untuk memastikan mekanisme pasaran itu berjalan dengan adil, berjalan dengan telus. Itu objektif utamanya.

Dan sekiranya sebarang tindakan yang dilaksanakan oleh mana-mana pihak, mana-mana perusahaan didapati terkait dengan pelanggaran manipulasi kepada pasaran sebagaimana yang saya tekankan tadi, ia melanggar, ia mewujudkan terdapatnya pack dengan izin, pakatan di kalangan perusahaan-perusahaan tertentu untuk menetapkan harga, untuk mengehadkan pengeluaran, untuk membahagikan pasaran ataupun menipu dalam perolehan awam itu, maka itulah bentuk-bentuk undang-undang yang apa nama, yang melanggar kepada undang-undang persaingan.

draft • 4:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Jadi, saya fikir dalam konteks yang disebutkan oleh Yang Berhormat itu, persaingan di antara perniagaan kita. PMKS kita berniaga secara konvensional dan juga apa nama, yang terkait dengan mereka yang berniaga melalui e-commerce, e- dagang contohnya, bukanlah satu pelanggaran yang khusus melainkan ada tindakan-tindakan yang diambil itu bertentangan dengan keadaan mengganggu pasaran.

Jadi— tapi saya ingin sebutkan di sini ya Yang Berhormat, saya fikir di bawah perundangan lain, bidang kuasa kementerian yang lain, memang kerajaan sedia maklum dan mengambil tindakan. Contohnya dari segi kemasukan barang-barang daripada luar, lambakan barang-barang melalui e-dagang contohnya, platform- platform e-dagang itu, kerajaan sedang mengambil tindakan dengan menubuhkan satu jawatankuasa yang diketuai oleh MOF, KPDN juga salah satu ahli, untuk kita melihat bagaimana kita dapat perkemaskan kerangka perundangan yang ada supaya akhirnya PMKS, peniaga-peniaga tempatan kita ini tidak, tidak terkesan dengan kemasukan tanpa kawalan itu. Jadi, itu antara pendekatan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang- undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng] mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 14 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pertahanan (Tuan Haji Adly bin Zahari) dan diluluskan]

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Selasa, 7 Julai 2026.

draft • 4:50 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.01 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026