Jul012026

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

*Bismillahirrahmanirrahim.

[Membaca doa] Assalamualaikum* dan selamat pagi Yang Berhormat-Yang Berhormat. Kita mula sesi pada Parlimen pada pagi ini dengan pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan. Saya mempersilakan Puan Teresa Kok Suh Sim, Yang Berhormat Seputeh. Silakan Yang Berhormat.

draft10:00 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1.

draft10:00 AM

1. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk meminda Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 1999 untuk membenarkan SUHAKAM menjana sumber pendapatan tambahan daripada pelaksanaan latihan, kursus dan sebagainya supaya ia tidak bergantung kepada peruntukan kewangan daripada kerajaan sahaja.

draft10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Silakan.

draft10:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Dato' Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, di bawah prinsip-prinsip berkaitan status institusi hak asasi manusia kebangsaan yang juga dikenali sebagai Prinsip Paris yang menetapkan piawaian minimum antarabangsa bagi memastikan sesebuah institusi hak asasi manusia kebangsaan berfungsi secara berkesan dan berwibawa.

Kerajaan bertanggungjawab untuk menyediakan pembiayaan yang mencukupi (adequate funding) bagi membolehkan institusi tersebut melaksanakan mandat secara bebas dan berkesan. Sehubungan dengan itu, subseksyen 19(1) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia [Akta 597] memperuntukkan bahawa kerajaan hendaklah menyediakan dana tahunan yang mencukupi kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

Selain peruntukan tahunan daripada kerajaan, subseksyen 19(3) [Akta 597] memperuntukkan bahawa SUHAKAM boleh menerima sumbangan kewangan daripada mana-mana individu atau pertubuhan hanya untuk tujuan kesedaran dan menyediakan pendidikan berkaitan hak asasi manusia yang diluluskan oleh SUHAKAM. Walau bagaimanapun, Akta 597 tidak memperuntukkan sebarang kuasa kepada SUHAKAM untuk mengenakan charge atau fi bagi pelaksanaan latihan hak asasi manusia tersebut bagi menampung kos pelaksanaannya.

Kerajaan memahami keperluan serta tanggungjawab untuk memastikan SUHAKAM mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi melaksanakan mandat dan fungsinya secara berkesan. Cadangan pindaan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat akan diteliti secara menyeluruh dengan mengambil kira antara lain pemantauan kepada Prinsip-prinsip Paris serta kesesuaian dengan mandat dan fungsi SUHAKAM.

Kerajaan MADANI kekal komited untuk memperkukuh SUHAKAM sebagai institusi hak asasi manusia kebangsaan. Komitmen tersebut telah dizahirkan melalui pindaan-pindaan pada Akta 597 yang berkuat kuasa pada 10 Julai 2024 bagi memperkukuh mandat dan fungsi SUHAKAM. Komitmen ini turut tercermin melalui kejayaan SUHAKAM mengekalkan akreditasi Status A oleh Global Alliance of National Human Rights Institution pada tahun— pada Jun 2026 yang mencerminkan pengiktirafan antarabangsa terhadap pemantauan SUHAKAM kepada Prinsip Paris.

Usaha untuk memperkasa SUHAKAM akan terus diperkukuh agar institusi ini dapat melaksanakan peranan dan tanggungjawab secara bebas, berkesan dan selaras dengan standard antarabangsa. Terima kasih.

draft10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Seputeh, soalan tambahan anda.

draft10:00 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Timbalan Menteri. Saya menghargai kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang berkata kerajaan ingin memperkukuhkan fungsi SUHAKAM. Di sini saya mendapati daripada carian saya di Internet, kerajaan hanya memberi SUHAKAM RM14.39 juta untuk perbelanjaannya tahun ini dan juga elaun bagi setiap commissioner ialah RM6,000 elaun sahaja, tambah dengan RM1,000 dari kerajaan.

Saya rasa yang angka ini elaun macam ini memang agak rendah dan saya juga nak ingin tanya kenapa saya difahamkan sekarang anggota SUHAKAM bila mereka nak melawat penjara, pusat tahanan imigresen dan juga lokap polis mereka harus dipaksa untuk macam tunggu banyak hari, selalu ditunda atas alasan peraturan dalaman sedangkan EA— anggota EAIC mereka boleh melawat pusat tahanan seperti ini bila-bila masa.

Bukankah ini adalah perkara yang haruslah diperbetulkan oleh pihak agensi- agensi berkenaan sebagai tanda untuk menghormati peranan dan juga fungsi anggota SUHAKAM.

draft10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft10:00 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Yang Berhormat.

Ada dua perkara yang telah dibangkitkan. Saya setuju bahawa elaun-elaun yang sedang dibayar ini adalah bukan setanding dengan apa yang patut diberi. Perkara itu telah dirujuk kepada Kementerian Kewangan dan saya difahamkan ada beberapa perbincangan dan untuk meningkatkan elaun-elaun tersebut kerana peranan yang dimainkan oleh suruhanjaya-suruhanjaya ini sangat mustahak— it's just not eye watch sahaja tetapi satu peranan yang sangat besar.

draft10:00 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang kedua Yang Berhormat, untuk melawat— di antara tahun 2019 hingga 2022, SUHAKAM menerima RM12.45 juta. Di bawah Kerajaan MADANI menerima antara RM13 juta dan sebagainya. Ada kewangan yang telah diagihkan tapi seperti kepada semua agensi lain tak cukup wang tersebut dan ini adalah satu di antara perkara yang telah— yang sedang diteliti supaya ditingkatkan lagi.

Yang kedua Yang Berhormat, untuk melawat depoh dan sebagainya. Itu adalah satu di antara yang kita sendiri semasa pembangkang mengambil pandangan yang rasa tak selesa kerana ada beberapa regulasi-regulasi yang tertentu yang menghalang SUHAKAM mengambil tindakan.

Yang Berhormat, kita ada beberapa negara. Tak perlu pergi jauh di Philippines. Mereka ada akses kepada depoh-depoh dengan serta-merta dan ini adalah perkara yang perlu kita mencapai. Jadi, ini adalah taraf dia dan saya dengan sukacita ingin bagi tahu bahawa beberapa perbincangan telah dan sedang dibuat dengan agensi-agensi dan stakeholder, stakeholder yang berkaitan. Dan saya difahamkan satu pendirian akan dibuat tak lama lagi dan saya percaya ini.

Ini walaupun ini adalah kekurangannya tapi jangan lupa Dato’ Speaker bahawa kita ada mahkamah open enquiry. The open enquiry di sana, di SUHAKAM sendiri yang akan kawal selia semua kekurangan yang tidak dibuat walaupun tidak dibenarkan masuk dan sebagainya pada serta-merta tetapi ada mahkamah yang akan kawal selia perkara tersebut dan akan membuat rekomendasi-rekomendasi tertentu. Bermakna bahawa ada check and balance dan sebagainya. Terima kasih.

draft10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Ketereh.

draft10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Besut.

draft10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Maaf, Besut. Maaf.

draft10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

[Tidak jelas] Menteri ya, bajet tak potong ya? Menteri, Menteri saya tanya bajet SUHAKAM tak potong ya?

Tak potong ya seperti Kementerian Kesihatan.

Okey, jadi saya nak bertanya lah selain daripada cadangan untuk benarkan SUHAKAM menjana pendapatan, sebab Menteri kata kemungkinan akan ada. Jadi, adakah kerajaan bercadang untuk mengkaji semula model pembiayaan SUHAKAM, termasuk memperkenalkan peruntukan tahunan yang lebih stabil? Tadi dah stabil dah, dah ada dah peruntukan. Yang lebih stabil lagi dan bebas daripada campur tangan eksekutif selaras dengan amalan terbaik antarabangsa.

Yang kedua, kalau dibenarkan untuk kutip derma sebagaimana— boleh menerima tetapi kutip derma tak ada ya? Belum dibuat. Tapi mungkin akan dibuat untuk menjana pendapatan boleh dibuat. Jadi, kalaulah dibuat, maknanya boleh ke tidak? Maknanya sekarang kita katakan bahawa fungsi dia itu, dia takkan— fungsi dia takkan tertumpu kepada kerja. Kerjanya untuk komersial dan sebagainya.

Bagaimana jawapan dia?

draft10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft10:10 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Dato’ Speaker, sebelum saya menjawab soalan Yang Berhormat Besut, saya ingin tambah kepada apa yang saya jawab kepada Yang Berhormat Seputeh. Sebenarnya bila saya kata mahkamah itu public hearing. Ia ada pendengaran awam, itu beza dari mahkamah dan sebagainya.

Berkenaan pemotongan bajet, SUHAKAM telah memohon untuk dikecualikan daripada pemotongan bajet tersebut dan sedang menunggu keputusan daripada Kementerian Kewangan. Yang Berhormat, kita pun ada hak-hak— yang had-had, H- A-D. Had-had yang tertentu. Kita tak boleh macam satu institusi memohon wang dan sebagainya dari orang ramai.

Kalau macam Yang Berhormat Besut sudi nak bayar dan nak bagi sedikit sumbangan supaya Yang Berhormat Besut ini serius, serius bahawa peranan hak asasi ini sangat mustahak. Kita— saya rasa SUHAKAM boleh mengambil itu untuk inisiatif-inisiatif yang tertentu.

Saya harap semua pandangan Yang Berhormat yang kata, itu adalah satu yang bernas dan kita ada juga perbincangan dengan Ministry of Finance ya dan kita harap wang yang akan diagihkan adalah lebih dari tahun yang lepas. Terima kasih.

draft10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan seterusnya. Dipersilakan Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail, Yang Berhormat Kubang Pasu. Silakan.

draft10:10 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Nak pi Taiping lalu sungai dua, Dekat dengan simpang empat; Soalan saya nombor dua, Minta Menteri jawab dengan tepat. Terima kasih.

draft10:10 AM

2. Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu] minta

draft10:10 AM

Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan

(a) nisbah pelajar yang memasuki IPTA/IPTS dalam bidang STEM seperti kejuruteraan berbanding dengan bidang bukan STEM; dan

(b) berapakah jumlah jurutera dalam pelbagai disiplin yang disasarkan dalam dasar sains, teknologi dan inovasi nasional

(2021-2030) bagi memenuhi permintaan industri seperti AI dan semikonduktor.

draft10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri Pendidikan Tinggi untuk menjawab.

draft10:10 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Tuan Adam Adli Abd Halim

Bismillahirrahmanirrahim. Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat, berdasarkan data sistem MyMoheS Kementerian Pendidikan Tinggi bagi tempoh 2023 hingga Mac 2026, jumlah kemasukan pelajar peringkat diploma dan juga ijazah pertama ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) adalah seramai 556,556 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 326,419 orang ataupun 58.6 peratus mengikuti bidang STEM. Manakala 230,137 orang ataupun 41.4 peratus mengikuti bidang bukan STEM.

Jadi, statistik ini menunjukkan bahawa IPTA kita terus memberikan penekanan yang jelas kepada pembangunan bakat dalam bidang STEM selaras dengan keperluan negara dan juga permintaan industri masa hadapan khususnya dalam sektor berteknologi tinggi seperti AI, semikonduktor, automasi, pendigitalan dan juga teknologi hijau.

Untuk makluman, Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021– 2030, di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan juga Inovasi (MOSTI), pembangunan modal insan tidak ditetapkan berdasarkan bilangan mutlak jurutera mengikut disiplin tertentu. Sebaliknya pendekatan yang digunakan adalah melalui pembangunan ekosistem penyelidik, saintis, jurutera dan teknologis (RSET) secara menyeluruh. Jadi, bagi menyokong pertumbuhan industri berteknologi tinggi, DSTIN ini menyasarkan nisbah 200 RSET bagi setiap 10,000 tenaga kerja menjelang tahun 2030.

Justeru, kita rujuk pada sasaran ini dan juga unjuran guna tenaga kerja negara sekitar 17.06 juta orang. Malaysia memerlukan kira-kira 341,200 tenaga kerja RSET menjelang tahun 2030. Maka, kementerian kita akan terus memperkukuhkan ekosistem pendidikan tinggi kita agar penawaran program, kapasiti institusi dan pembangunan bakat kita sentiasa selari dengan keperluan industri serta aspirasi pembangunan negara. Terima kasih.

draft10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat, soalan tambahan.

draft10:10 AM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri yang beri jawapan agak jelas.

Cuma saya nak minta Menteri bagi jumlah yang buat ijazah dalam STEM engineering, bukan termasuk diploma. Fasal engineering ini yang akan buat R&D, yang akan terlibat dalam peringkat teknologi tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, negara memerlukan ramai jurutera dan ahli bidang teknikal yang lain seperti saintis dan sebagainya, bagi menjayakan agenda pembangunan industri berteknologi tinggi seperti semikonduktor, AI, AI transformasi tenaga dan sebagainya termasuk juga nadir bumi. Dalam hubungan ini, IPT khususnya IPTA, universiti khususnya lagi tentunya menjadi sandaran kepada penjanaan teknikal talent ini. Untuk industri semiconductors sahaja, negara memerlukan 60,000 jurutera dalam masa— jangka masa pertengahan ini.

Terdapat cabaran-cabaran bagi negara untuk menjayakan agenda ini.

Antaranya termasuk masalah feeder iaitu kemasukan ke IPTA pelajar-pelajar yang layak dalam bidang STEM. Sungguhpun KPM menyatakan kemasukan ke aliran STEM 2024 bagi Tingkatan 4 adalah 50.8 peratus. Namun, mengikut ahli-ahli akademik, kemasukan ke sains tulen STEM A hanya 19 peratus sahaja.

Seterusnya, soalan tambahan saya ialah adakah universiti khususnya, bukan IPT termasuk yang politeknik ya, hanya universiti. Buat masa ini menerima— Adakah IPTA, universiti khususnya buat masa ini menerima kemasukan pelajar STEM yang mencukupi bagi mengisi tempat pekerjaan dalam bidang STEM untuk memenuhi keperluan negara bagi jangka pendek dan jangka panjang?

draft10:10 AM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Dan berapakah jumlah keupayaan kapasiti ataupun tempat-tempat untuk pelajar-pelajar STEM di IPT buat masa ini? Adakah pihak Kerajaan Persekutuan mempunyai badan atau entiti yang menggabungkan kepakaran yang berkaitan STEM seperti task force yang dianggotai oleh kementerian-kementerian seperti KPM, KPT, MOSTI, MITI dan sebagainya bagi memantau dan mengambil langkah yang perlu bagi menjayakan agenda STAM. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft10:20 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Terima kasih. Saya cuba untuk jawab berdasarkan maklumat yang disediakan untuk beberapa fakta lain yang diperlukan oleh Yang Berhormat. Kita akan sampaikan secara bertulis.

draft10:20 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

[Bangun]

draft10:20 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft10:20 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft10:20 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Cuma diakui bahawa angka tersebut memang kita rangkumkan sama dengan politeknik dan kolej komuniti memandangkan bahawa program-program yang ditawarkan dalam bidang STEM ini tidak lagi terhad hanya di universiti awam sebaliknya di kembangkan agar kapasiti itu dapat kita tingkatkan.

Saya akan cuba dapatkan angka seperti yang diperlukan. Saya tak pasti jika angka yang diberikan ini bertepatan dengan yang dikehendaki. Pada masa yang sama, bagi menjawab soalan kedua— kerjasama yang kita lakukan kalau tadi Yang Berhormat ada sebut tentang bagaimana kita nak jana tenaga kerja untuk bidang- bidang masa depan dan malah masa sekarang seperti AI semikonduktor dan sebagainya.

Boleh kita ambil satu contoh, kita pastikan bahawa usaha untuk kita pastikan mahasiswa kita dalam bidang STEM ini khususnya ada kecekapan dan juga kemahiran yang tinggi dalam bidang AI. Kita tubuhkan fakulti AI misalnya di UTM antara yang membangunkan fakulti kecerdasan buatan pertama.

Kemudian kita juga pastikan bahawa kita ada kerjasama merangkumi banyak pihak agensi dan kementerian lain. Pembentukan Malaysia AI konsortium itu antara langkah yang kita ambil agar kita pastikan bahawa tidak hanya terhad kepada kita menawarkan kursus-kursus seperti yang kita mahu tapi sebaliknya kita pastikan graduan misalan, bertepatan dengan keperluan industri itu antara aspek yang paling mustahak yang perlu kita bagi perhatian juga.

Jangan kerana kita ada peluang untuk kita wujudkan bidang baru, lahirkan kemahiran baru tapi kita tersasar dan tidak menepati apa yang diperlukan industri.

Jadi, untuk soalan pertama, jumlah tepat kita akan bagi secara bertulis pada Yang Berhormat. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua.

draft10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Batu Pahat.

draft10:20 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Timbalan Tuan Yang di-Pertua Speaker. Apakah pihak kementerian mempunyai perancangan untuk menambah bilangan pensyarah pakar, makmal penyelidikan dan kemudahan berteknologi tinggi bagi memenuhi peningkatan permintaan terhadap program AI semikonduktor dan kejuruteraan digital. Terima kasih.

draft10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat.

draft10:20 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Speaker calon ni, Speaker.

draft10:20 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Yang Berhormat.

draft10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar Menteri. Sebentar Menteri. Yang Berhormat Hulu Langat apa masalahnya? Yang Berhormat, majlis ada adab.

[Tepuk] Sekali lagi Yang Berhormat buat, langgar, saya akan halau keluar Dewan.

[Tepuk] Saya serius. Yang Berhormat Menteri, sila jalankan.

draft10:20 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Yang Berhormat, saya jawab secara ringkas sahaja. Selebihnya saya bagi maklumat secara bertulis untuk dapatkan gambaran yang lebih berfakta. Tapi kita ada contohnya kalau dari universiti-universiti awam, di kalangan universiti awam ada empat universiti yang kita kategorikan sebagai MTUN.

Itu antara yang selalu kita akan bagi perhatian dalam pembangunan, tawaran dan juga pembangunan-pembangunan silibus-silibus yang berkait dengan apa yang kita bincangkan hari ini.

Tapi dalam masa sama, kalau kita lihat juga pada contohnya AI dan sebagainya sudah pun diwujudkan dengan kerjasama di universiti-universiti lain kalau tak silap saya ada tujuh universiti yang mula menawarkan kursus-kursus berkaitan.

Jadi, ini adalah tumpuan utama dan akan sentiasa diberi perhatian oleh kementerian untuk pastikan kita boleh tingkatkan lagi kapasiti pembelajaran termasuk pembinaan fakulti ataupun pembinaan makmal-makmal yang boleh cater dengan izin kepada keperluan semasa. Terima kasih.

draft10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang ketiga. Dengan ini, saya mempersilakan Tuan Ganabatirau a/l Veraman Yang Berhormat Klang. Silakan Yang Berhormat.

draft10:20 AM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih Tuan Speaker.

Soalan saya nombor 3.

draft10:20 AM

3. Tuan Ganabatirau a/l Veraman [Klang] minta Perdana Menteri menyatakan status penyemakan semua pemindahan atau perubahan guna tanah melibatkan kolam takungan banjir, khususnya di Kuala Lumpur, serta mengenal pasti sebarang pelanggaran prosedur, pengkhianatan mandat atau kelemahan tadbir urus dan apakah langkah serta rancangan audit nasional bagi melindungi infrastruktur tebatan banjir.

draft10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dipersilakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab.

draft10:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan kerja penyelenggaraan infrastruktur awam di atas rizab awam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berdasarkan kepada peruntukan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

Berhubung status penggunaan tanah melibatkan kolam takungan banjir. Buat masa ini terdapat 28 kolam takungan di bawah seliaan DBKL dan Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Lumpur. 15 kolam di bawah seliaan JPS dan 13 di bawah seliaan DBKL yang memainkan peranan penting dalam mengurangkan risiko banjir di ibu kota.

Kerja-kerja penyelenggaraan seperti pengorekan kelodak, pembersihan kawasan kolam, pembaikan struktur tebing dan penyelenggaraan berkala akan terus dilaksanakan bagi memastikan kapasiti kolam sentiasa berada pada tahap optimum.

Sebagai kawalan terhadap sebarang pelanggaran prosedur, DBKL menetapkan bahawa permohonan kebenaran merancang di sekitar kawasan kolam takungan di sekitar Kuala Lumpur tidak akan diluluskan sehingga syarat teknikal yang ditetapkan oleh JPS dan agensi teknikal lain telah dipatuhi.

Dalam pada itu, Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 yang telah diwartakan iaitu Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 dan Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 menggariskan hala tuju strategik untuk mewartakan semua kolam yang dikenal pasti sebagai kolam takungan banjir dan mengekalkan fungsi kolam sedia ada yang telah diberi milik untuk dinaik taraf bagi mengurangkan implikasi kejadian banjir di Kuala Lumpur.

Sebagai semak dan imbang, Jabatan Wilayah Persekutuan telah mewujudkan satu pasukan task force yang di pengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan yang melibatkan kerjasama pelbagai agensi bagi memperkukuhkan penyelarasan dan tindakan mitigasi banjir di Kuala Lumpur, termasuk pihak negeri Selangor.

DBKL akan meningkatkan aspek tadbir urus dan tatakelola pematuhan syarat pembangunan bandar, pembangunan berkaitan infrastruktur tebatan banjir bagi memastikan pelaksanaan serta pematuhan terhadap keperluan dan syarat teknikal yang ditetapkan di bawah garis panduan pelan kerja tanah dan garis panduan pelan kejuruteraan dilaksanakan dengan berkesan.

DBKL juga akan mempertingkatkan kerjasama dan penyelarasan antara agensi bagi memastikan aset infrastruktur tebatan banjir diurus, diselenggara dan dipelihara dengan baik dan berfungsi. Sekian, terima kasih.

draft10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft10:20 AM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih Tuan Speaker.

draft10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, untuk soalan tambahan.

draft10:20 AM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih Tuan Speaker.

Terima kasih Menteri. Saya sebenarnya sebagai kawasan Klang iaitu Hilir kepada Sungai Klang sentiasa menghadapi banjir disebabkan semua air apabila kolam takungan ditutup air akan disalurkan ke Klang, Sungai Klang. Dan kawasan yang rendah di sepanjang Sungai Klang adalah kawasan Klang. Itu sebab sebarang penutupan kolam tanpa kawalan akan menyebabkan Klang banjir.

Soalan tambahan Tuan Speaker. Memandangkan pembangunan di kawasan kolam takungan banjir atau infrastruktur tebatan banjir berpotensi melibatkan kelulusan yang meragukan, salah guna kuasa, konflik kepentingan serta kegagalan tadbir urus yang akhirnya menyebabkan rakyat menanggung kerugian akibat banjir berulang.

Adakah kerajaan bersedia menjalankan satu siasatan serta audit nasional yang bebas, mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab, mendedahkan hasil siasatan kepada umum dan memberi jaminan bahawa tiada lagi kawasan kritikal tebatan banjir akan dikorbankan atas nama pembangunan yang mengabaikan keselamatan rakyat? Terima kasih.

draft10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft10:20 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Tuan Yang di-Pertua, soalan Yang Berhormat adalah sama ada kerajaan bersedia menjalankan satu siasatan serta audit nasional yang bebas. Siasatan dan semakan bebas telah dilaksanakan berhubung isu kolam takungan banjir di Kuala Lumpur. Jabatan Wilayah Persekutuan telah mengadakan sesi konsultasi dan menerima taklimat daripada SPRM berhubung hasil siasatan yang dijalankan secara menyeluruh terhadap proses pemberi milikan tanah dan kelulusan pembangunan yang berkaitan sebelum ini.

draft10:20 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

[Bangun]

draft10:20 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Siasatan tersebut melibatkan semakan dokumen, rakaman keterangan pihak-pihak terlibat, lawatan tapak serta pengesahan teknikal oleh juruukur yang dilantik.

draft10:20 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Selain itu, isu ini turut diberi perhatian melalui Laporan Ketua Audit Negara, yang menilai aspek tadbir urus dan pengurusan berkaitan kolam takungan banjir.

Dalam mesyuarat bersama SPRM, Jabatan Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan kenyataan berhubung hasil siasatan. SPRM telah menjalankan siasatan terhadap semua proses pemberimilikan tersebut dan SPRM mendapati bahawa perizaban kolam takungan banjir tersebut diluluskan sejak 19 Jun 1998.

Namun, proses pewartaan masih belum dilaksanakan semasa pemberimilikan tanah tersebut.

Justeru, pada 9 Oktober 2016, mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan pada masa tersebut bersetuju untuk membatalkan kelulusan perizaban yang diluluskan pada 19 Jun 1994, bagi membolehkan kelulusan pemberimilikan seluas 80 ekar diberi kepada pemaju untuk pembangunan bercampur.

Jadi, rumusannya terdapat kelewatan selama 18 tahun untuk tindakan pewartaan kawasan ini diambil. Jadi, langkah seterusnya, sekarang ini di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan, kita memang memberi fokus kepada isu mitigasi banjir. Dan dua task force telah kita wujudkan. Satu task force untuk mewartakan kawasan hijau sahaja. Kawasan hijau akan menjadi sponge kepada air hujan yang turun. Dan melalui pewartaan ini, tahun ini sahaja Tuan Yang di-Pertua, 543 kawasan hijau telah pun diwartakan di Kuala Lumpur dan task force ini agresif. Setiap bulan mereka akan wartakan kawasan hijau untuk lindungi kawasan hijau.

Task force mitigasi banjir pula, tugas mereka adalah untuk menyelaraskan dan menyelesaikan isu-isu berhubung kolam takungan banjir. Untuk kawalan, di bawah DBKL sekarang, memang mereka tidak akan memberikan kebenaran merancang untuk tanah-tanah kolam takungan banjir ini jika syarat teknikal tidak dipatuhi dan belum dipenuhi.

Ada beberapa lagi langkah task force dalaman DBKL juga sedang berjalan.

Setiap kali hujan sekarang, mereka akan memberi laporan 15 minit dan task force akan turun ke tapak. Dalam usaha menyelesaikan banjir kilat di Kuala Lumpur, sekarang ini hotspot telah berkurangan daripada 30 lokasi kepada 14 lokasi utama di sekitar Kuala Lumpur.

Tuan Yang di-Pertua, on-site detention pond juga merupakan salah satu faktor untuk kita mengurangkan banjir kilat. Dan di bawah DBKL sekarang, sembilan— maaf, ya. Sembilan OSD, on-site detention pond telah selesai dibina, dua lagi dalam pembinaan sekarang, dan lima lagi dijangka siap dalam masa tiga tahun.

Untuk swasta, pemaju, DBKL juga syaratkan on-site detention pond untuk mengambil air hujan. Dan sekarang ini di Kuala Lumpur, kita ada 65 on-site detention pond yang dibangunkan oleh pemaju untuk menangani isu banjir kilat. Untuk masa hadapan, kita— melalui task force mitigasi banjir ini, kita perlu bincang dengan Kerajaan Negeri Selangor untuk kita mewujudkan lebih banyak lagi kolam takungan banjir, yang tidak akan dijual, yang akan dilindungi untuk memastikan masa hadapan Kuala Lumpur dan juga negeri Selangor terjaga. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Sabak Bernam.

draft10:30 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih Menteri. Saya mengikuti penjelasan itu dengan penuh minat.

Adakah kerajaan akan menjalankan— mewajibkan semua tanah, kolam tebatan banjir di negara ini diwartakan sebagai rizab kekal pada masa akan datang bagi mengelakkan pemberimilikan atau pertukaran guna tanah pada masa akan datang dan menjadikan bencana banjir dan sebagainya? Dan yang telah diberikan itu dan terbukti menimbulkan bencana, adakah taraf itu akan ditarik balik? Terima kasih.

draft10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, sila jawab.

draft10:30 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Setiap proses pewartaan, semua ini dikawal di bawah Kanun Tanah Negara, dan ada prosesnya. Setiap tanah yang diwartakan boleh juga mereka batalkan pewartaan. Tetapi tugas wakil rakyat dan tugas kerajaan adalah untuk memastikan pewartaan itu adalah untuk melindungi infrastruktur awam yang merupakan satu manfaat kepada negara.

Jadi, saya lihat perkara ini, setiap wakil rakyat mempunyai tanggungjawab besar untuk memastikan keputusan kerajaan untuk merizabkan kawasan khas untuk kolam takungan banjir untuk kawasan lapang ini, kita mesti agresif melindungi semua keputusan tersebut. Dalam kes ini di mana water body, dengan izin dikurangkan sehingga 30 peratus sahaja di Kuala Lumpur.

Dan sekarang ini, taburan air hujan hari ini memang satu jam sahaja sudah mencukupi untuk membanjiri bandar. Oleh sebab itu, saya lihat, tidak kira siapa menjadi kerajaan, sepatutnya tanggungjawab berat ini kita tunaikan dan pastikan perkara seperti ini yang berlaku pada tahun 2016 tidak akan berulang lagi dalam sejarah pentadbiran negara.

Jadi, saya minta kerjasama bukan sahaja Kerajaan Persekutuan tetapi kerajaan negeri khasnya mempunyai tanggungjawab besar menjaga tanah-tanah di bawah tadbir urus mereka. Saya hanya boleh menjawab bagi pihak Wilayah Persekutuan, tak boleh menjawab bagi pihak semua. Tetapi memandangkan perubahan cuaca hari ini, Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kita mesti melihat agenda mitigasi banjir ini, sebagai satu agenda utama setiap kerajaan kerana nyawa boleh hilang akibat banjir setiap tahun. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Wilayah. Selanjutnya, Majlis ke soalan yang keempat. Dipersilakan Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad, Yang Berhormat Jerlun.

draft10:30 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya pohon jawapan, nombor 4.

draft10:30 AM

4. Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan jumlah anggaran kerugian hasil pertanian akibat gangguan haiwan perosak atau musuh tanaman serta langkah mitigasi yang disediakan kerajaan.

draft10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menjawab.

draft10:30 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab pertanyaan lisan yang dikemukakan, saya ingin mengambil kesempatan ini, untuk memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, bahawa MARDI sini sedang menganjurkan Pameran Teknologi MARDI. Dan pameran ini berlangsung selama empat hari, bermula 29 Jun sehingga 2 Julai 2026 bertempat di lobi Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia. Waktu pameran adalah dari jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang.

Selain itu, bersempena dengan pameran ini, Seminar Agromakanan 01 yang bertemakan ‘Peranan RTCI Dalam Memacu Agenda Keterjaminan Makanan Negara’ juga akan diadakan pada tengah hari ini, bertempat di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia bermula pukul 12.15 tengah hari yang nanti ini. So, sehubungan dengan itu, saya berbesar hati untuk menjemput kesemua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk menghadiri sesi seminar itu.

Tuan Yang di-Pertua, gangguan terhadap sektor pertanian bukan sahaja berpunca daripada serangan haiwan perosak dan musuh tanaman, malah turut melibatkan serangan hidupan liar seperti babi hutan, gajah, beruang matahari, beruk dan kera, yang mengakibatkan kerosakan kawasan pertanian serta kehilangan hasil.

Berdasarkan pemantauan Jabatan Pertanian (DOA), bagi tempoh tahun 2024 sehingga tahun 2026, keluasan kawasan serangan menunjukkan trend yang berbeza mengikut jenis tanaman dan ancaman.

Oleh itu, KPKM dengan kerjasama NRESS telah mewujudkan inisiatif Bantuan Kerugian Harta Benda dan Tanaman Akibat Serangan Hidupan Liar

(BKHT), bagi membantu golongan sasar yang terjejas akibat serangan haiwan liar dan menyebabkan kerosakan serta kemusnahan harta benda, kehilangan hasil tanaman pertanian dan juga perikanan. Pada tahun 2025, bantuan di bawah BKHT yang telah di peraku, adalah sebanyak RM396,000 kepada 131 petani, yang melibatkan anggaran kerugian berjumlah RM808,000. Bagi tahun 2026 sehingga bulan Mei, sebanyak RM300,000, bantuan telah diperaku, yang melibatkan 25 orang petani dengan anggaran kerugian RM649,000.

KPKM melalui Jabatan Pertanian dengan kerjasama Jabatan PERHILITAN, melaksanakan langkah mitigasi secara menyeluruh yang merangkumi pendekatan teknikal, fizikal dan pengurusan lapangan. Ini termasuk juga Pelaksanaan Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) yang mengutamakan kawalan biologi serta penggunaan racun kimia secara terkawal sebagai pilihan terakhir.

Kementerian turut memberikan khidmat nasihat dan bimbingan kepada petani melalui latihan amalan pertanian baik dan program Farmers Field School

(FFS), khususnya dalam aspek kebersihan ladang bagi mengurangkan pembiakan perosak serta tarikan kepada hidupan liar.

Dari segi kawalan fizikal, kerajaan melaksanakan pemasangan pagar elektrik, parit sempadan dan struktur halangan lain, di kawasan berisiko tinggi bagi mengurangkan pencerobohan haiwan liar seperti gajah dan babi hutan. Pemantauan berkala, turut dijalankan di kawasan hotspot melalui rondaan dan sistem pengawasan bagi pengesanan awal serangan.

draft10:30 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin

Manakala, kerjasama operasi bersepadu antara agensi dipertingkatkan bagi tindakan penguatkuasaan, pemindahan hidupan liar serta pelaksanaan kawalan segera di lapangan. Sekian.

draft10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Jerlun.

draft10:40 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Timbalan Menteri telah menyebut tentang ancaman kepada para petani. Menyentuh ancaman haiwan perosak tanaman padi adalah antara fokus utama saya dalam soalan tambahan ini. Di mana tikus-tikus boleh masuk dalam kawasan sawah padi, makan biji padi yang sedang berisi dan hampir masak. Tikus mula boleh mengerat batang padi dan ini menyebabkan hasil padi merosot.

Sekarang ini saya juga menerima rungutan daripada pesawah yang mana sekarang ini baja urea boleh sampai kepada pesawah. Dan ini boleh menyumbang kepada ancaman haiwan perosak seperti tikus dan siput gondang yang boleh menjejaskan hasil tanaman padi. Dalam hal ini saya mohon KPKM agar memastikan agensi berkaitan dapat menyelesaikan segera isu kelewatan baja urea kepada pesawah.

Soalan tambahan saya ialah, pertama, sejauh manakah gangguan haiwan perosak seperti tikus, siput gondang dalam isu padi? Musuh tanaman dan haiwan liar untuk tanaman-tanaman kontan memberi kesan kepada sasaran pengeluaran makanan negara serta agenda keterjaminan makanan yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan.

Yang kedua, adakah kementerian mendapati faktor perubahan iklim dan cuaca ekstrem tak menentu cuacanya telah meningkatkan kejadian serangan haiwan perosak, penyakit tanaman dan gangguan haiwan liar dan apakah langkah adaptasi yang sedang dilaksanakan oleh kementerian? Sekian, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

draft10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft10:40 AM

Datuk Chan Foong Hin

Ya. Soalan tambahan yang panjang. Okey, yang pertama saya merujuk kepada padi ini.

draft10:40 AM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

[Bangun]

draft10:40 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

[Bangun]

draft10:40 AM

Datuk Chan Foong Hin

Ancaman utama memang tikus adalah salah satunya dan selain tikus ada juga ulat pengorek batang dan juga ulat lipat daun. Dan trend dia memang kita lihat semakin meningkat secara berterusan. Dan untuk isu yang gangguan ini memang petani ini dia amat penting untuk memastikan kebersihan ladang tersebut.

Seperti contoh kalau tidak dikawal, tidak dapat dikawal dengan berkesan gangguan ini boleh menyebabkan pengurangan hasil. So, yang macam mana sanitasi ladang itu adalah penting sekali untuk pengawalan untuk tikus-tikus ini. Dan untuk menjawab soalan kepada kelewatan baja.

Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian mengambil maklum tentang isu kelewatan pembekalan baja di kawasan MADA dan telah mengarahkan agensi yang berkaitan untuk menangani isu ini dengan kadar segera supaya tidak menjejaskan jadual penanaman padi yang sama ini. Dan dia ada beberapa jenis baja yang terlibat. Bagi Baja Sebatian Padi 1, sehingga 29 Jun sebanyak 840,295 pek iaitu 76 peratus daripada jumlah keperluan pek telah diterima di PPK MADA dan sebanyak 705,847 pek atau 84 peratus daripada bekalan yang diterima telah berjaya diagihkan kepada pesawah.

So, pihak pembekal telah memberi komitmen untuk menyelesaikan bekalan sepenuhnya selewat-lewatnya pada 15 Julai ini. Dan bagi Baja Sebatian Tambahan Padi 3, sehingga 29 Jun cuma enam peratus daripada jumlah keperluan telah diterima dan ini kelewatan ini memang menyebabkan defisit bekalan. Dianggarkan sebanyak 160,000 pek dan MADA sedang menyelaras dengan pembekal bagi mempercepatkan penghantaran supaya keseluruhan pembekalan dapat diselesaikan sebelum 30 Julai 2026.

Dan bagi baja urea, 46 peratus kelewatan berlaku apabila pembida yang berjaya tidak mengembalikan surat setuju terima dalam tempoh yang ditetapkan.

Sehubungan itu, MADA telah membatalkan pelantikan pembekal tersebut dan melaksanakan proses tender semula dengan segera dan pembekalan dijangka bermula pada 15 Julai nanti ini. Terima kasih.

draft10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Putatan.

draft10:40 AM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya, adakah kementerian sudah meneliti keperluan untuk memperluaskan capaian kepada ekosistem penyelidikan dan pembangunan dan pengkomersialan dan inovasi atau CMI yang boleh dimanfaatkan oleh para pengusaha agromakanan luar bandar khususnya di negeri Sabah yang boleh melindungi hasil perusahaan mereka daripada risiko banjir serta ancaman penyakit yang boleh menjejaskan kelangsungan hasil tani mereka.

draft10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft10:40 AM

Datuk Chan Foong Hin

Kerajaan Pusat selalu bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk memastikan kita memperluaskan ekosistem yang lebih komprehensif untuk pertanian ini. Dan untuk menjawab soalan kepada hasil-hasil kajian, okey dari kerajaan saya jemput YB nanti turun ke Dewan Bankuet untuk mengikuti Seminar Agromakanan pada petang ini. Terima kasih.

draft10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kelima. Dipersilakan Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching, Yang Berhormat Beaufort.

draft10:40 AM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Anak nelayan memasang pukat, Di muara Beaufort menjelang senja; Soalan nombor lima menyentuh ajaran sesat, Apakah langkah kerajaan membendung gejalanya. Minta Yang Berhormat Datuk Menteri untuk menjawab. Terima kasih.

draft10:40 AM

5. Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching [Beaufort] minta Perdana Menteri menyatakan langkah tegas dan pelan jangka panjang bagi membanteras penularan ajaran sesat di Sabah susulan penahanan 300 individu dikaitkan dengan Jemaah Ahmadiyah Qadiani di Likas baru-baru ini.

draft10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Menteri Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab.

draft10:40 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat.

Terbang merbah di pohon ara, Hinggap sebentar di kayu jati; Amanah ummah kami pelihara, Insya-Allah setiap persoalan dijawab dengan teliti. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan amat tegas tentang perkembangan ajaran sesat dan penyelewengan akidah yang menular dalam kalangan masyarakat khususnya bagi orang Islam. Tangkapan dan penahanan 288 orang individu yang dikaitkan dengan ajaran Qadiani adalah bukti ketegasan kerajaan termasuk kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Negeri untuk mengekang penyebaran ajaran sesat dan menyeleweng yang cuba meracuni masyarakat daripada berpegang dengan akidah yang betul berdasarkan Ahli Sunah Waljamaah.

Pihak kerajaan melalui JAKIM sentiasa mengadakan penyelarasan dengan pihak berkuasa agama negeri bagi mengambil tindakan mengikut had bidang kuasa negeri masing-masing. Antara platform utama penyelarasan tindakan ini ialah melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Menangani Ancaman Akidah Peringkat Kebangsaan yang dianggotai oleh pelbagai agensi Persekutuan dan wakil daripada Jabatan Agama Islam Negeri seluruh Malaysia.

Fokus utama mesyuarat ini adalah pengukuhan kerjasama antara agensi berkaitan isu ancaman akidah terkini. Penyelarasan tindakan penguatkuasaan, strategi pencegahan melalui pendidikan dan dakwah dan melalui platform ini semua pihak dapat berkongsi maklumat terkini mengenal pasti cabaran baharu dan merangka pelan tindakan bersepadu bagi melindungi akidah umat Islam di Malaysia.

Selain itu, dari sudut penyelarasan operasi bagi melaksanakan tindakan risikan, siasatan dan pendakwaan, JAKIM mengurussetiakan Persidangan Ketua- ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Ketua Pendakwa Syarie seluruh negara sebagai platform penyelarasan bersama dengan negeri-negeri bagi menguatkuasakan Akta, Enakmen, Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah.

JAKIM dan juga Bahagian Penguatkuasaan Syariah, Jabatan Agama Islam Negeri sentiasa menjalankan pemantauan terhadap mana-mana ajaran sesat dan menyeleweng yang disebarkan melalui platform digital dan maklumat yang diperolehi dan kesemua ini akan disalurkan kepada pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri untuk diambil tindakan selanjutnya mengikut bidang kuasa masing-masing.

Kerajaan memandang serius akan kepentingan memelihara kesucian akidah Islam di negara ini. Atas dasar itu, pemantapan akidah Islam yang berteraskan Ahli Sunah Waljamaah dalam kalangan masyarakat sentiasa diletakkan sebagai antara keutamaan strategik yang tidak akan di kompromi. Sehubungan itu, pengukuhan akidah di peringkat akar umbi kekal menjadi keutamaan strategi Kerajaan MADANI.

Sekian, terima kasih.

draft10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Beaufort untuk soalan tambahan.

draft10:40 AM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang begitu padat dan juga terperinci.

draft10:40 AM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Soalan tambahan saya, memandangkan ajaran sesat kini tersebar melalui media sosial, merentas sempadan negeri dan negara termasuk daripada negara jiran, bagaimanakah kerajaan menangani cabaran penyebaran ajaran sesat di alam digital? Dan adakah terdapat kerjasama serantau formal dengan negara seperti Indonesia dan juga Brunei atau usaha kerajaan masih bersifat unilateral dalam negara semata-mata? Terima kasih Yang di-Pertua.

draft10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft10:50 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih. Ada dua bahagian di dalam soalan tersebut berkenaan dengan alam digital dan juga kerjasama serantau.

Ingin saya kongsikan. JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri mengekalkan kerjasama erat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam menangani cabaran penyebaran ajaran sesat dan sebarang aduan ataupun penemuan kandungan digital berkaitan dengan ajaran sesat termasuk yang tular dari negara-negara luar termasuk negara jiran yang akan menjalani proses analisis, ulasan dan syor dari sudut agama Islam.

Kita punya pemantauan yang alhamdulillah, sangat-sangat teliti dan hasil penilaian ini akan diserahkan kepada MCMC, SKMM untuk tindakan intervensi teknikal pantas termasuk sekatan atau penurunan kandungan melalui jaringan kerjasama dengan penyedia platform global seperti Meta, TikTok, WhatsApp dan Threads. Memandangkan urusan penguatkuasaan berkaitan ajaran sesat dan penyelewengan akidah berada di bawah bidang kuasa negeri, JAKIM juga bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa agama negeri.

Dari sudut kerjasama serantau, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura mempunyai platform yang rasmi untuk membincangkan dan menyelaraskan isu-isu termasuk penyelewengan akidah, kita ada MABIMS iaitu Pertemuan Tahunan Menteri-menteri Agama Brunei, Republik Indonesia, Malaysia dan Singapura. Inilah di antara platform yang sangat-sangat signifikan untuk kita bersama-sama menangani isu-isu berkaitan dengan akidah. Terima kasih.

draft10:50 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

[Bangun]

draft10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Temerloh.

draft10:50 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Terima kasih Speaker.

Temerloh ingin mengetahui tentang aktiviti ajaran sesat Qadiani di Kampung Nakhoda, Gombak yang amat membimbangkan komuniti sekitar. Bagaimana statusnya?

Adakah kerajaan mempunyai data seluruh negara atau kajian mengenai impak ajaran Qadiani iaitu ajaran sesat terhadap aspek sosial seperti perpecahan keluarga, pengasingan sosial, eksploitasi pengikut dan kesejahteraan komuniti?

Bagaimana kerajaan memastikan program pemulihan dan kaunseling, bukan sahaja membantu individu yang terpengaruh dan terlibat tetapi turut memberi sokongan kepada ahli keluarga yang terkesan akibat penyebaran ajaran sesat? Terima kasih.

draft10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Menteri.

Silakan.

draft10:50 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih Yang Berhormat, berkaitan dengan soalan yang secara spesifik. Kita akan dapatkan maklumat secara khusus untuk memaklumkan progress-nya.

draft10:50 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Bangun]

draft10:50 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Berkaitan dengan soalan berkenaan dengan perkara impak dan juga kajian, sepertimana yang saya maklumkan, bahawa di negara kita, kita mempunyai satu Jawatankuasa Pemandu Menangani Ancaman Akidah Peringkat Kebangsaan yang dianggotai oleh pelbagai agensi, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri, seluruh 14 negeri, wakil Kementerian Dalam Negeri, wakil Polis Diraja Malaysia, wakil MKN, wakil Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia, wakil KPM, wakil KPT, wakil Malaysian Defence Intelligence Organisation, wakil SKMM, wakil JAPEN dan sebagainya.

Ini menunjukkan bahawa kita mempunyai satu badan ataupun satu gerak kerja yang teliti dan rapi merangkumi agensi-agensi dan dalam masa yang sama, kita memantau dan melihat impak tersebut. Buat pengetahuan semua, sememangnya perkara ini diberikan perhatian oleh jawatankuasa ini dan ia nya akan dipantau dari semasa ke semasa dan dalam masa yang sama, kita melihat bahawa dalam keadaan ini, di antara perkara yang menunjukkan kejayaan, kita sudah lihat penangkapan penguatkuasaan yang terbaik dan ia memberikan impak apabila mendapat liputan yang luas, maka ia nya memberikan satu kesedaran secara tidak langsung kepada masyarakat.

Usaha ini akan diteruskan. Terima kasih di atas soalan. Terima kasih.

draft10:50 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Speaker.

draft10:50 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Speaker.

draft10:50 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Speaker, kita minta data ya, berkaitan soalan tadi. Terima kasih.

draft10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

draft10:50 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Speaker, boleh soalan tambahan ihsan daripada Speaker?

draft10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, saya kalau bagi, saya tidak berlaku adil kepada yang lain.

draft10:50 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ini ihsanlah Speaker untuk saya ini Speaker. Boleh?

draft10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dan ini, ini jawapan saya.

draft10:50 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kita kan teman tapi mesra.

Tak dapatlah Speaker ya?

draft10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Duduk Yang Berhormat.

draft10:50 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tak dapat, saya duduk.

draft10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikut, Majlis ke soalan yang keenam. Dipersilakan Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya, Yang Berhormat Pokok Sena.

draft10:50 AM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Bismillahirrahmanirrahim. Dato' Sri Yang di-Pertua. Saya pohon jawapan nombor 6.

draft10:50 AM

6. Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya [Pokok Sena] minta Menteri Luar Negeri menyatakan sokongan berterusan Wisma Putra kepada pelayaran global Sumud Flotilla serta sejauh mana kerjasama government to government dengan kerajaan khususnya di Eropah.

draft10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri Luar Negeri untuk menjawab.

draft10:50 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pokok Sena atas pertanyaan yang dikemukakan. Izinkan saya menjawab pertanyaan Yang Berhormat Pokok Sena bersekali dengan pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Maran bertarikh 1 Julai 2026 kerana pertanyaan tersebut menyentuh isu yang sama.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis Israel terhadap aktiviti kemanusiaan antarabangsa termasuk rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 dengan izin, bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza. Sejak permulaan misi tersebut, Kementerian Luar Negeri telah melaksanakan pemantauan secara berterusan bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan dan keselamatan rakyat Malaysia yang terlibat melalui penyelarasan bersama penganjur misi iaitu Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) serta Pejabat Perwakilan Diplomatik Malaysia di Bucharest, Ankara, Istanbul dan Dubai.

Kementerian turut mengambil langkah-langkah kaunselor yang sewajarnya bagi memastikan kebajikan dan keselamatan mereka sentiasa terpelihara dan memastikan kesemua 29 rakyat Malaysia dapat pulang dengan selamat.

Alhamdulillah, kesemua rakyat Malaysia telah selamat pulang dan Kerajaan Malaysia ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada Kerajaan Turkiye atas kerjasama dan bantuan yang telah diberikan dalam membantu urusan keselamatan dan pergerakan rakyat Malaysia yang terlibat sepanjang insiden tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, melalui kenyataan rasmi bertarikh 19 Mei 2026, Malaysia telah mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis Israel terhadap peserta misi berkenaan serta menggesa supaya kesemua peserta GSF termasuk 29 rakyat Malaysia diberikan jaminan keselamatan dan dibebaskan dengan serta-merta.

Malaysia juga menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan tegas bagi memastikan rejim Zionis Israel dipertanggungjawabkan atas pelanggaran undang- undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Selain itu, Malaysia turut memperkukuhkan kerjasama strategik dengan negara-negara yang konsisten menyuarakan pembelaan terhadap isu Palestin termasuk melalui inisiatif seperti Brazil Declaration 2026 yang menghimpunkan sokongan rentas sektor merangkumi Ahli Parlimen, tokoh politik, organisasi masyarakat sivil serta wakil institusi antarabangsa daripada eropah dan Malaysia bagi memperkukuhkan tekanan diplomatik berasaskan undang-undang antarabangsa.

Kerjasama ini digerakkan bagi membina tekanan diplomatik secara kolektif di platform pelbagai hala termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Eropah (EU) demi memastikan isu Palestin terus diberikan perhatian dan tindakan yang sewajarnya di peringkat antarabangsa. Pada masa yang sama, Malaysia akan terus menggunakan platform dua hala dan pelbagai hala yang bersesuaian untuk menuntut akauntabiliti serta memperjuangkan akses bantuan kemanusiaan yang selamat, berterusan dan tanpa halangan kepada penduduk Gaza.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia kekal teguh dalam pendiriannya menyokong perjuangan rakyat Palestin serta usaha-usaha kemanusiaan yang dilaksanakan selaras dengan undang-undang antarabangsa. Sekian, terima kasih.

draft10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Pokok Sena. Soalan tambahan.

draft10:50 AM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri.

Kita menyedari bahawa masalah utama Sumud bukan semata-mata soal pelayaran, tapi bagaimana untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza. Di samping itu, Sumud juga adalah berfungsi sebagai alat untuk meningkatkan kesedaran awam dan menarik perhatian media antarabangsa.

Jadi, saya ingin bertanya, pertama, apakah kementerian mempunyai perancangan yang lebih teliti dan agresif pasca misi Global Sumud Flotilla untuk memberi tekanan yang berterusan terhadap Zionis termasuklah menggerakkan forum-forum di peringkat global?

Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, selepas terbukti keganasan demi keganasan terbuka yang dilakukan oleh Zionis khususnya terhadap para sukarelawan bantuan ke Gaza, apakah wajar perkara ini dibentangkan ke OIC bagi menarik lebih ramai sokongan terhadap Sumud khususnya dari kalangan negara- negara umat Islam sendiri? Terima kasih.

draft10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft11:00 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Pokok Sena.

Ketika ini saya mengambil jawapan yang telah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri dalam Sesi Soal Jawab Menteri pada baru-baru ini yang menyatakan bahawa sempadan Rafah telah pun dibuka dan juga kaedah penyaluran bantuan adalah lebih efficient sekiranya pintu masuk ini dibuka dan juga bantuan-bantuan ini akan sampai dan juga kita menyokong usaha-usaha GSF ini.

Walaupun demikian, kita melihat daripada sektor bagaimana bantuan ini dapat dirasai oleh penduduk khususnya di Gaza. Maka kita akan menggunakan pelbagai strategi agar bantuan ini sampai dan setakat ini apa yang ditekankan oleh Kerajaan Malaysia melalui Wisma Putra adalah consistencies kita untuk membantu masyarakat dan juga menyokong kedaifan yang berlaku di Gaza ini.

Dan juga kita akan mempertingkatkan pelbagai dialog seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena dan juga di dalam jawapan saya sebentar tadi juga, kita telah pun berusaha untuk merapatkan pandangan- pandangan daripada masyarakat ataupun pemimpin-pemimpin di seluruh dunia untuk membincangkan dan juga pendekatan yang kita gunakan adalah konsisten untuk memberikan tekanan kepada Regim Zionis ini.

draft11:00 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

[Bangun]

draft11:00 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Dan juga selain daripada itu buat pengetahuan Ahli Yang Berhormat Pokok Sena juga, kita juga menjalinkan kerjasama dan juga membina tekanan diplomatik secara kolektif melalui platform pelbagai hala iaitu OIC dan juga dalam isu Global Sumud Flotilla ini, OIC telah pun memberikan pandangan bahawa rejim Israel perlu dipertanggungjawabkan dan juga ke atas ancaman nyawa anak-anak, ibu bapa yang terdapat di Israel.

Dan juga usaha untuk menguar-uarkan usaha-usaha GSF ini sememangnya jelas bahawa sekiranya berlaku keganasan atau pun penyeksaan kepada peserta- peserta khususnya GSF daripada Malaysia, kita akan bertindak secara pantas dan ini telah pun terbukti apabila kita membawa balik 29 peserta daripada Malaysia atas bantuan daripada rakan baik kita, Turki.

Dan juga seperti dimohon oleh Pokok Sena juga, kita akan dari semasa ke semasa akan mengemas kini dan juga akan memaklumkan kepada Dewan apakah usaha-usaha dan juga langkah konsisten dan tegas oleh Wisma Putra untuk menangani isu Palestin, khususnya di Gaza ini. Sekian, terima kasih.

draft11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, dipersilakan Yang Berhormat Bukit Bintang.

draft11:00 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Soalan tambahan.

Saya ingin bertanya Yang Berhormat, memandangkan peserta-peserta Sumud Flotilla dibebaskan setelah ditangkap oleh regim Israel termasuk dari Malaysia, saya ingin tanya, apakah kerajaan kita menggalakkan rakyatnya menyertai pelayaran Sumud Flotilla pada masa yang akan datang? Terima kasih.

draft11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft11:00 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang. Dato’ Yang di-Pertua, seperti apa yang telah saya maklumkan sebentar tadi bahawa kita berpandangan bahawa pintu masuk terutama sekali ke Rafah telah pun dibuka. Maka kita mempunyai alternatif dan juga kaedah yang lebih baik untuk menyalurkan bantuan.

Walaupun demikian Yang Berhormat, keputusan untuk menyertai Global Sumud Flotilla ini adalah merupakan keputusan berlandaskan prinsip individu tersebut yang ingin memperjuangkan isu-isu yang berkaitan dengan Palestin dan juga Gaza. Maka penyertaan mereka kepada program Global Sumud Flotilla ini adalah keputusan peribadi dan juga kita menyalurkan bantuan sekiranya permasalahan akan timbul. Ini adalah merupakan kaedah yang konsisten kita tekankan.

Dan juga sekiranya berlaku pelayaran semula oleh Global Sumud Flotilla, sememangnya kita memberikan pandangan-pandangan yang lebih baik seperti apa yang saya jawabkan sebentar tadi, pintu telah dibuka, maka adalah elok untuk kita menghantarkan bantuan supaya bantuan-bantuan ini dapat dirasai.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, bantuan-bantuan yang telah kita salurkan seperti bantuan untuk memberikan lampu solar, makanan dan juga bekalan-bekalan khususnya telah pun sampai melalui kaedah-kaedah seperti ini.

Maka kaedah seperti pelayaran juga adalah mungkin dapat membantu untuk memberikan tekanan kepada negara-negara lain untuk menyokong usaha-usaha bagi menyelamatkan dan juga membangunkan semula Gaza. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang ke-7. Dipersilakan Datuk Willie anak Mongin, Yang Berhormat Puncak Borneo.

draft11:00 AM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Soalan saya, soalan nombor 7.

draft11:00 AM

7. Datuk Willie anak Mongin [Puncak Borneo] minta Perdana Menteri menyatakan adakah kementerian bersedia menerbitkan laporan kemajuan berkala secara terbuka bagi semua projek pembangunan utama di seluruh negara mengikut kawasan Parlimen secara terperinci untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti.

draft11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab.

draft11:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada sahabat saya di Puncak Borneo.

Dato’ yang di-Pertua, kerajaan tidak ada halangan dan bersedia untuk menerbitkan laporan berkala secara terbuka bagi semua projek pembangunan utama di seluruh negara mengikut kawasan Parlimen sekiranya ada permohonan yang khusus dan ada keperluan untuk menerbitkannya. Sebenarnya pihak kerajaan sentiasa bersikap telus dan akauntabiliti dalam memantau prestasi pelaksanaan projek pembangunan agar dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan bagi memberi faedah kepada rakyat.

Bagi memastikan pelaksanaan projek Kerajaan Persekutuan dapat dilaksanakan seperti yang dirancang, pemantauan secara berterusan sentiasa dilaksanakan berdasarkan Arahan No.1.2023 Mekanisme Penyelarasan Pelaksanaan Pembangunan Negara melalui jawatankuasa di peringkat Persekutuan, kementerian, negeri dan daerah atau bahagian.

Di peringkat Persekutuan, Majlis Tindakan Pembangunan Negara (MTPN) yang bermesyuarat dua kali setahun dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negara (JTPN) yang bermesyuarat setiap suku tahun dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara.

Dan di peringkat kementerian pula Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK) yang bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri. Dan Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian yang bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali sebulan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha kementerian masing-masing.

Dan di peringkat negeri, Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) yang bermesyuarat setiap suku tahun dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar atau Ketua Menteri dan juga di Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri yang bermesyuarat setiap bulan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri masing-masing.

Dan akhirnya bagi pemantauan projek pembangunan di daerah, bahagian melibatkan kawasan-kawasan Parlimen, pelaporan kemajuan program, projek pembangunan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah, Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Bahagian yang mana Ahli Parlimen kawasan berkenaan juga adalah sebagai ahli mesyuarat di kawasan Parlimen tersebut. Sekian, terima kasih.

draft11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat, soalan selanjutnya.

draft11:00 AM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang di-Pertua Speaker, sebelum saya mengajukan soalan tambahan saya, izinkan saya mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli Majlis Daerah Kapit ke bangunan Parlimen Malaysia pada pagi ini.

[Tepuk] Mereka ini adalah barisan hadapan yang memberi perkhidmatan dan memainkan peranan penting untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat khususnya di warga Kapit. Selamat datang kepada Majlis Daerah Kapit.

draft11:00 AM

Timbalan Menteri Digital - Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Boleh tambah sedikit tak? Mereka ini diketuai oleh seorang engineer, Kaunselor Andy Lawrence dan timbalannya juga, Timbalan Wali Kota adalah saudara, kaunselor saudara Martin adalah bekas Pegawai Waran II. Terima kasih. Selamat datang ke Parlimen.

[Tepuk]

draft11:00 AM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang di-Pertua Speaker, saya minta masa tambahan untuk soalan.

draft11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang berhormat, sebentar, sebentar. Parlimen Malaysia juga mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan.

[Tepuk] Silakan Yang Berhormat Puncak Borneo.

draft11:00 AM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih Yang di-Pertua Speaker. Tadi saya mendengar dengan teliti jawapan daripada Menteri. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi cadangan supaya kita boleh bergerak ke arah yang lebih efficient.

draft11:00 AM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Jadi, tak payahlah kita menunggu apa ini— kalau ada permohonan untuk kita memberi laporan-laporan ini supaya ia terbuka dan telus kepada semua masyarakat dan sekiranya boleh dia boleh— dibuat secara dalam talian. Supaya carian ini boleh dicari oleh rakyat, oleh wakil rakyat dan tak payahlah kita membuang masa menunggu sidang Parlimen untuk bertanya.

Dan saya juga ingin bertanya, adakah kerajaan ataupun kementerian ingin meneliti dan memberi sebab-sebab projek-projek— kelewatan projek dan projek tidak dilaksanakan dengan segera walaupun telah diluluskan.

Sebab di kawasan Parlimen Puncak Borneo, kita telah mendapat kelulusan SMK Puncak Borneo dan kita juga telah mendapat kelulusan, malah telah ditender iaitu Jalan Biya Jaber dan juga perluasan kawasan jalan untuk Bengoh Resettlement Centre (BRS).

Jadi, kadang-kadang kita tidak tahu apa sebabnya, kenapa projek ini tidak dilaksanakan walaupun sudah bertahun-tahun ditender dan sebagainya. Jadi, adakah kerajaan ataupun kementerian juga ingin memberi sebab-sebab kenapa projek ini dilaksanakan supaya rakyat tahu dan rakyat tak payahlah hendak berjumpa dengan wakil rakyat dan sebagainya untuk bertanya perkara ini sebab ia boleh dipaparkan dan boleh dicari dalam secara talian.

Dan saya berharap agar kerajaan dan kementerian mempertimbangkan perkara ini supaya kita boleh bergerak secara digital dengan sepenuhnya, terima kasih.

draft11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft11:10 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih kepada Puncak Borneo atas soalan tambahan. Ya, memang itu sebenarnya cadangan yang baik dan kita akan meneliti dan menimbang perkara tersebut. Cuma buat masa ini, seperti yang telah saya sebutkan tadi, kita ada mekanisme untuk kita memantau projek-projek ini.

Dan untuk makluman juga, kita ada yang kita panggil sistem MyProjek sebagai pangkalan data utama pelaksanaan dan pemantauan projek-projek pembangunan Persekutuan. Dan seperti yang saya sebut tadi, semuanya akan dipantau daripada peringkat atas daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri sehingga ke daerah dan juga bahagian. Itu ada mekanismenya.

draft11:10 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

[Bangun]

draft11:10 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

[Bangun]

draft11:10 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Dan untuk makluman, untuk— dapatkan juga maklumat di Parlimen Puncak Borneo, sebenarnya ada laporan terperinci mengenai status projek-projek yang dilaksanakan. Contoh, untuk RP1 RMK13 ini, di Puncak Borneo kita ada— untuk tahun ini sahaja RM38.46 juta dan dari segi prestasi, baharu 38.77 peratus. Dan ini melibatkan 23 projek, ada senarainya.

Jadi, saya fikir Puncak Borneo boleh dapatkan maklumat...

draft11:10 AM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Menteri, kalau saya boleh mencelah sedikit? Saya faham maklumat itu sedia tetapi yang saya maksudkan adalah terbuka kepada masyarakat, itu dia berbeda. Jadi, okey. Bagi Ahli Parlimen kita boleh akses, tapi kita ingin keterbukaan kepada rakyat Malaysia supaya mereka tahu, supaya tak payah mereka bertanya kepada wakil rakyat dan sebagainya. Terima kasih.

draft11:10 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Kita akan ambil pertimbangan selanjutnya Dato’ Yang di-Pertua. Dan kita lihat dari segi— sebab ini juga melibatkan data-data yang berperingkat. Mungkin ada peringkat yang kita boleh dedahkan dan ada perkara-perkara yang detail-nya itu yang kita akan cuba timbangkanlah sama ada sesuai atau tidak. Sebab takut ia akan menimbulkan masalah, isu-isu yang lain.

Okey, terima kasih.

draft11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat...

draft11:10 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Terima kasih...

draft11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Padang Terap.

draft11:10 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya cuma hendak tambah sikit soalan daripada Puncak Borneo tadi iaitu tentang akses maklumat projek-projek awam, projek-projek Persekutuan melalui portal-portal khas. Kalau kita tengok ada MyProjek macam Yang Berhormat Menteri sebut, ada MyRMK. Cuma saya hendak bertanya, adakah akses untuk maklumat untuk Ahli Parlimen. Mungkin Ahli Parlimen kerajaan boleh akses MyProjek, tetapi Ahli Parlimen pembangkang ini, adakah boleh akses MyProjek dan juga MyRMK13 yang di bawah Kementerian Ekonomi.

Dan adakah kerajaan bersedia untuk menggunakan teknologi AI untuk memantau projek-projek sakit di seluruh negara, terima kasih.

draft11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Majlis ke soalan yang berikutnya. Dipersilakan...

draft11:10 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Dato’ Yang di-Pertua, belum jawab.

draft11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Oh, maaf.

Silakan Yang Berhormat untuk menjawab.

draft11:10 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

[Ketawa] Okey, terima kasih atas soalan tambahan. Okey, memang yang kita ada sekarang ini sistem MyProjek. MyProjek dan yang ini pun akan dipertingkatkan untuk yang kita panggil MyProjek 2.0. Yang ini sedang dalam pembangunan dan ini akan mengambil kira dengan teknologi sedia ada, terutama melibatkan teknologi AI. Dan untuk makluman Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh dapatkan maklumat-maklumat mengenai projek-projek ini berdasarkan permintaan daripada ICU ataupun soalan-soalan daripada melalui Parlimen.

Seperti juga yang disebut oleh Puncak Borneo. Yang itu mungkin kita kaji dari segi bagaimana kita mahu membuat pelaporan secara berperingkat ini kepada semua yang Ahli-ahli Parlimen kita terutamanya dan juga pihak-pihak yang berpentingan. Cuma dari segi mekanisme kita, kita buat pemantauan secara terperinci. Maknanya, kita telus untuk kita melaksanakan. Even di negeri-negeri melibatkan pembangkang juga. Memang, projek-projek dilaksanakan sebaiknya dan kita pantau juga dengan sebaiknya. Sekian, terima kasih.

draft11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kelapan. Dipersilakan Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) Yang Berhormat Lumut.

draft11:10 AM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 8.

draft11:10 AM

8. Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) [Lumut] Minta Menteri Pertahanan Menyatakan Apakah Usaha Kementerian Untuk Memastikan Setiap Perkhidmatan Tentera (TDM, TLDM dan TUDM) turut bertanggungjawab melaksanakan libat urus secara terus melalui program-program anjuran bersama persatuan veteran berkaitan.

draft11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Pertahanan untuk menjawab.

draft11:10 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft11:10 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Dan salam sejahtera. Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lumut atas soalan yang dikemukakan. Dato’ Yang di- Pertua, buat masa ini pelaksanaan program-program berkaitan veteran diselaraskan secara berpusat oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM dan pendekatan ini membolehkan perancangan dan pelaksanaan program dilaksanakan secara lebih teratur, menyeluruh dan juga inklusif.

Dan pendekatan ini boleh dilaksanakan melalui penganjuran program kebajikan, dialog, sesi penerangan dasar, Hari Veteran, program outreach dan juga aktiviti kemasyarakatan yang membolehkan veteran menyampaikan pandangan serta isu yang dihadapi secara terus kepada pihak perkhidmatan.

Melalui mekanisme penyelarasan berpusat ini, setiap program yang melibatkan veteran akan turut mendapat sokongan dan penyertaan daripada perkhidmatan yang berkaitan, sekali gus memastikan isu kebajikan, aspirasi dan juga keperluan veteran dapat ditangani secara holistik tanpa mengira cabang perkhidmatan mereka dahulu.

Di samping itu, kementerian akan terus menggalakkan kerjasama strategik antara Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, ketiga-ketiga perkhidmatan ATM dan persatuan-persatuan veteran dalam pelaksanaan program libat urus, kebajikan dan penghargaan kepada veteran agar hubungan antara veteran dan perkhidmatan dapat terus diperkukuhkan.

Dan kementerian berpandangan, bahawa hubungan berterusan antara pihak perkhidmatan dan juga veteran Angkatan Tentera Malaysia amat penting bagi memastikan kebajikan veteran sentiasa diberi perhatian di samping mengekalkan semangat kebersamaan dan penghargaan terhadap jasa mereka kepada negara. Itu sahaja jawapannya.

draft11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Lumut, sila untuk soalan tambahan.

draft11:10 AM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Soalan tambahan saya seterusnya. Memandangkan urusan kebajikan kini dilihat bertumpu di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran semata-mata, sehingga mewujudkan jurang direct engagement antara perkhidmatan asal dengan persatuan. Apakah dasar konkrit kementerian untuk memastikan kepimpinan tertinggi tentera darat, laut dan udara terlibat secara langsung dan proaktif dalam menyokong agenda persatuan utama perkhidmatan tanpa persatuan perlu merayu sokongan asas contohnya program- program amal anjuran persatuan.

Dan bagi membina ekosistem libat urus yang sistematik dan tidak bersifat ad hoc, adakah kementerian bersedia mewujudkan satu mekanisme mandatori?

Sebagai contoh, mewajibkan sekurang-kurang empat hari dalam satu tahun atau satu hari dalam setiap suku tahun perkhidmatan darat, laut dan udara memperuntukkan masa khusus untuk memanggil dan menyelaras kerjasama strategik bersama Persatuan Veteran bagi menyokong dan menjayakan program- program anjuran persatuan. Terima kasih.

draft11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft11:10 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih kepada Yang Berhormat Lumut atas soalan dikemukakan.

draft11:10 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Kita tahu bahawa kita di peringkat perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia, kita mempunyai beberapa dasar. Antaranya kalau kita lihat Program Jiwa Murni. Jiwa Murni adalah sebahagian daripada dasar kita untuk menghubungkan bukan sahaja anggota pertahanan dengan masyarakat tetapi juga dengan veteran Angkatan Tentera. Sebab itu kalau kita lihat dalam Program Jiwa Murni terutamanya dalam program sama ada dia melibatkan dialog, sama ada dia melibatkan program kemasyarakatan, sama ada dia melibatkan bencana, memang kita hubungkan antara anggota perkhidmatan dengan veteran Angkatan Tentera dan juga persatuan- persatuan veteran Angkatan Tentera.

Sebab itu kalau kita lihat walaupun dasar ini memang telah lama kita laksanakan tapi dari masa ke semasa, kita tingkatkan juga perkhidmatan dasar sepertimana kita sebut dalam Program Jiwa Murni. Di samping itu, kalau kita lihat Program Peduli Veteran MADANI dan juga Program Veteran Desa MADANI kita melibatkan bukan sahaja anggota perkhidmatan kepada veteran tetapi juga kita melibatkan masyarakat juga kerana kita tahu bahawa kefahaman masyarakat kepada anggota veteran juga cukup penting.

draft11:20 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

[Bangun]

draft11:20 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Sepertimana yang selalu saya ulang, sebahagian besar masyarakat kita tak tahu bahawa anggota veteran Angkatan Tentera, mereka menamatkan perkhidmatan seusia 40 tahun secara majoritinya. Jadi, ini juga harus diberikan kesedaran kepada masyarakat.

Sebab itu saya fikir antara persatuan dengan perkhidmatan melalui dasar- dasar, sama ada Program Jiwa Murni kita, Program Veteran Desa MADANI, Peduli Veteran MADANI dan seumpamanya, dia sebenarnya akan dapat menghubungkan anggota perkhidmatan kita dengan veteran Angkatan Tentera Malaysia. Itu saja jawapannya.

draft11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Semporna.

draft11:20 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih Dato’ Speaker mendengar ucapan jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang jiwa murni. Saya masih ingat saya Timbalan Menteri dahulu, kita perkenalkan jiwa murni. Tapi saya melihat dalam keadaan bencana yang dihadapi oleh masyarakat di peringkat negara kita, khususnya dalam keadaan negara berhadapan dengan banjir, kebakaran. Saya tak nampak bahawa usaha ini dapat dilihat.

Contohnya saya bagi di Papar— di kawasan Lok Kawi. Bila mana tertimbus seorang wanita, suami dia keluar YouTube tapi tak ada usaha untuk membantu masyarakat in a building nation supaya tentera ini kelihatan dalam keadaan hubungan rakyat dengan tentera, keadaan tenteram. Dalam banjir juga saya nampak— saya tidak nampak bahawa ada usaha-usaha lori tentera ini tinggi, boleh menembusi banjir.

Di Pitas banjir, saya tak nampak usaha seumpama ini dilakukan. Bolehkah Yang Berhormat mempertingkatkannya supaya kelihatan bukan hanya amalan ini disuarakan tapi bila amalan itu nampak dilakukan, saya yakin akan meningkatkan usaha pihak Kementerian Pertahanan dalam keadaan tenteram dan aman.

Dan saya keduanya persoalan Dato’ Speaker, kebimbangan saya dalam keadaan rantau dunia yang berhadapan dengan peperangan yang ada. Dan saya nampak negara jiran kita, Filipina ada meningkatkan usaha untuk memperkasakan keselamatan mereka untuk mempertahankan dengan Amerika Syarikat dan rantau yang akan berhadapan dengan kita ialah bumi Sabah ini.

Kebimbangan saya sama ada veteran juga, pesara-pesara ini dapat dilibatkan secara tidak langsung bila berlaku sesuatu perkara. Kerana mereka merupakan yang ada pengalaman, yang ada pengetahuan dalam berhadapan dengan pelbagai cabaran. Kelak bila berlaku sesuatu, jangan hanya bergantung dengan pasukan tentera sama ada lautnya, daratnya, udaranya tapi ada veteran- veteran yang ada dari Sabah, dari Sarawak. We can recruit them, dengan izin.

Mereka juga boleh membantu untuk mempertahankan negara, sama ada langkah ini telah digariskan oleh pihak kerajaan, Kementerian Pertahanan khususnya untuk memastikan kesiapsiagaan kita.

Kita tak mahu nanti bila berlaku, baru ada langkah dilakukan.

[Tidak jelas] Kalau itu pun mengelakkan ketirisan. Kadang-kadang perbelanjaan banyak sangat, you know. Saya tahu tentera kadang-kadang saya dulu masa di situ, begitu juga masa Ketua Menteri, minyak pun tak cukup untuk membuat rondaan. Dan saya berharap ia nya dalam keadaan aman ini dapat dilakukan dan juga persediaan rancangan yang rapi dapat dilakukan. Terima kasih.

draft11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft11:20 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih Yang Berhormat Semporna tentang persoalan yang dikemukakan. Dua persoalan yang dibangkitkan. Pertama, tentang peranan kita di Angkatan Tentera Malaysia berkaitan dengan bencana.

Untuk makluman Dato’ Yang di-Pertua, suka saya jelaskan bahawa Dasar Kerajaan Malaysia MADANI terutamanya bila dikaitkan dengan anggota pertahanan kita. Memang anggota pertahanan secara langsung akan terlibat dalam persoalan- persoalan bencana, terutamanya yang terkait dengan banjir. Adapun yang terkait dengan kebakaran dan seumpamanya, kita akan bekerjasama dengan pasukan bomba dan juga penyelamat kerana kita tahu bahawa masing-masing ada kepakaran tertentu.

Tapi kalau kita lihat dari segi logistik, memang kita sentiasa mengupayakan di mana seluruh negara kita mengupayakan anggota pertahanan kita dan dia tak perlu menunggu arahan. Kerana bila berlaku saja banjir, sudah ada dasar di peringkat Kementerian Pertahanan, di mana anggota pertahanan harus terlibat dalam— terutamanya dalam persoalan logistik untuk menyelamat dan juga dalam persoalan-persoalan untuk memindahkan mangsa banjir.

Yang kedua, terkait dengan persiapan kita untuk kita manfaatkan anggota veteran Angkatan Tentera. Sepertimana kita tahu bahawa memang anggota veteran kita punya banyak kepakaran. Dan kita di Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran dan juga PERHEBAT sentiasa berbincang bagaimana kepakaran-kepakaran kita ini dapat kita gunakan.

Sebab itu kalau kita lihat mutakhir ini, bukan saja kita bawa veteran kita kepada industri pertahanan tapi kita bawa juga veteran kita kepada aspek contohnya macam menjaga sempadan kita yang kita baru tubuhkan melalui Kementerian Dalam Negeri, AKPS, kita libatkan anggota veteran kita. Sebab itu kita tahu bahawa anggota veteran kita macam saya sebutkan tadi, dari segi usia mereka, mereka masih muda dan mereka punya banyak kepakaran.

Sebab itu bukan sekadar menjaga dan dalam industri pertahanan tetapi saya fikir menjaga sempadan adalah sebahagian daripada tanggungjawab dia. Walaupun saya tahu ada isunya di Sabah tetapi macam kita sebut bahawa aset kita bukan sahaja terletak kepada anggota pertahanan kita tapi aset kita juga ada pada veteran kita dan juga askar simpanan kita.

Jadi, ini antara aspek-aspek yang kita berikan tumpuan. Semporna pun lebih faham dengan aspek itu. Tapi kita tahu bahawa 300,000 anggota veteran kita adalah sebahagian daripada mereka yang sudah terlatih. Sama ada mereka berusia ataupun masih muda tetapi kepakaran, input dan penyertaan mereka kepada masyarakat itu juga cukup penting kerana sepertimana juga untuk maklumat Semporna, bila kita sebut untuk menjaga negara, bukan sahaja kepada anggota tentera kita, anggota veteran kita, tapi kita sebut juga dalam Kertas Putih Pertahanan kita.

Jaga keselamatan, kedaulatan negara kita adalah tanggungjawab kita semua. Sebab itu kesedaran kita juga harus ada dan anggota veteran memainkan peranan itu juga untuk memberikan kesedaran kepada rakyat dan masyarakat untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara kita. Itu sahaja Dato’ Yang di-Pertua.

draft11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang terakhir, masa tidak mencukupi. Jadi dengan ini saya mempersilakan Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli, Yang Berhormat Batang Lupar.

draft11:20 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya nombor 9. Mohon Menteri berikan jawapan.

draft11:20 AM

9. Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli [Batang Lupar] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan usaha terkini kementerian untuk menaik taraf perpustakaan-perpustakaan desa di Parlimen Batang Lupar serta bantuan yang disalurkan bagi membolehkan perpustakaan-perpustakaan ini melaksanakan pelbagai program di peringkat komuniti.

draft11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri Perpaduan Negara untuk menjawab.

draft11:20 AM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Tuan Yang di-Pertua dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sentiasa memberi perhatian terhadap usaha penyelenggaraan dan naik taraf perpustakaan desa bagi memastikan kemudahan perpustakaan di luar bandar berada dalam keadaan selamat dan kondusif untuk kegunaan komuniti setempat.

Sehingga kini, terdapat sebanyak 213 buah perpustakaan desa di seluruh negeri Sarawak termasuk enam buah perpustakaan desa di kawasan Parlimen Batang Lupar dengan empat daripadanya adalah perpustakaan desa di bawah seliaan PNM.

Pada tahun 2026, sebanyak RM860,000 telah diperuntukkan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan melibatkan 33 buah premis perpustakaan desa di seluruh negara di bawah Projek Penyelenggaraan dan Pembaikan Premis Rancangan Malaysia Ke-13. Daripada jumlah tersebut, Perpustakaan Desa Kampung Spinang, Pusa, Sarawak yang terletak dalam kawasan Parlimen Batang Lupar turut terlibat dalam kos sebanyak RM27,000.

Bagi tempoh tahun 2024 hingga April 2026, sebanyak 3,203 program pembudayaan galakan membaca telah dilaksanakan di perpustakaan desa PNM di bawah Parlimen Batang Lupar dengan jumlah penyertaan komuniti sebanyak 64,130 peserta. Ini menunjukkan perpustakaan desa terus berperanan sebagai pusat akses ilmu pembelajaran sepanjang hayat dan penggerak aktiviti komuniti di peringkat akar umbi.

Antara program galakan membaca yang memberi impak tinggi ialah program kelas membaca anjuran Perpustakaan Desa Hulu Meludam dan Perpustakaan Desa Kampung Spinang, Sarawak yang merupakan perpustakaan desa di bawah Parlimen Batang Lupar.

draft11:20 AM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Program ini memberi impak besar kepada lebih 50 orang daripada komuniti Hulu Maludam dan Kampung Sepinang menjadi celik huruf sehingga berjaya merangkul Anugerah Perpustakaan Awam Ketua Menteri Sarawak 2020, Anugerah Perpustakaan Desa Pusat Komuniti 2022 hingga tahun 2024. Program-program ini berjaya memupuk budaya membaca dan meningkatkan literasi digital serta menyokong agenda perpaduan nasional melalui pelaksanaan aktiviti yang melibatkan masyarakat pelbagai kaum di kawasan setempat. Sekian, terima kasih.

draft11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, soalan tambahan.

draft11:30 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan. Sebelum itu Dato' Speaker, saya ingin memohon izin untuk mengalu-alukan lawatan rombongan pelajar daripada SMK Three Rivers Mukah, Sarawak.

[Tepuk] Selamat datang ke Parlimen Malaysia.

Seterusnya, soalan tambahan. Sejauh manakah impak perpustakaan desa dalam meningkatkan kadar literasi pencapaian akademik dan pembangunan modal insan di kawasan luar bandar dan bagaimanakah pihak kerajaan bercadang untuk menarik minat penduduk, khususnya anak-anak di luar bandar untuk memanfaatkan kemudahan dan program yang disediakan oleh perpustakaan desa?

Dan adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk memperhebat peranan perpustakaan desa dengan menjadikan perpustakaan desa di kawasan luar bandar ini sebagai pusat pembelajaran digital komuniti yang turut dilengkapi dengan kemudahan Internet berkelajuan tinggi serta menyediakan latihan dalam keusahawanan digital, eDagang dan sebagainya?

Akhir sekali Dato' Speaker, apakah perpustakaan desa kita ini akan sustain, dengan izin, dengan adanya bacaan-bacaan dalam talian, online dan sebagainya?

Terima kasih.

draft11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, sila jawab.

draft11:30 AM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat. Saya secara peribadinya ucap terima kasih kerana Yang Berhormat mengangkat isu-isu yang— khususnya berkenaan kawasan luar bandar.

Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sentiasa komited memperkukuh peranan perpustakaan desa sebagai akses ilmu pembelajaran sepanjang hayat, pembangunan komuniti, khususnya di kawasan luar bandar.

Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini terdapat 1,080 buah perpustakaan desa di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, 574 buah ditadbir urus oleh perpustakaan awam negeri serta pihak berkuasa tempatan, manakala 506 buah berada di bawah seliaan PNM. Dari segi impak, perpustakaan desa telah menjadi pemangkin kepada peningkatan literasi pembelajaran anak-anak luar bandar dan pembangunan modal insan di peringkat akar umbi.

Melalui penyediaan bahan bacaan, ruang pembelajaran, kemudahan ICT, akses Internet dan program komuniti, perpustakaan desa membantu membudayakan amalan membaca serta menyokong pembelajaran sepanjang hayat.

Untuk maklumat tambahan, usaha ini turut selari dengan dapatan Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia yang menunjukkan peningkatan purata bacaan rakyat Malaysia kepada 24 naskhah buku setahun berbanding 15 naskhah pada tahun 2014. Sekali gus, mencerminkan perkembangan budaya membaca negara yang semakin memberangsangkan.

Pada tahun 2025, perpustakaan desa mencatat 8.8 juta pengunjung, 1.15 juta pinjaman koleksi, hampir 50,000 aktiviti dapat dan program dengan penglibatan hampir 1.4 juta peserta. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 1.5 juta bahan telah dirujuk dan 536,000 penggunaan ICT direkodkan. Pada tahun 2026 hingga Mei baru- baru ini, sebanyak 23,355 program telah dilaksanakan dengan hampir 1 juta penyertaan komuniti.

Bagi menarik minat penduduk, khususnya anak-anak luar bandar, PNM melaksanakan Program Galakan Membaca Literasi Digital, Kelab Bimbingan Aktiviti ICT STEM, kraf kreatif serta program komuniti secara kolaboratif bersama sekolah, tabika KEMAS, PIBG dan NADI, perpustakaan awam negeri, agensi kerajaan dan rakan strategik. Pendekatan ini memastikan perpustakaan desa kekal sebagai ruang yang hidup, mesra kanak-kanak dan relevan kepada komuniti setempat.

Berhubung cadangan menjadi perpustakaan desa sebagai pusat pembelajaran digital komuniti, kementerian melihat perkara ini sebagai hala tuju penting. Pada tahun 2025 sehingga— kesemua 506 buah perpustakaan desa di bawah seliaan PNM telah dilengkapi pencapaian Internet bagi menyokong perkhidmatan perpustakaan, penggunaan ICT ataupun moving to digital, akses maklumat dalam program literasi digital.

Melalui kemudahan ini, pengguna boleh mengakses bahan bacaan digital melalui u-Pustaka. Sehingga Jun 2026, sebanyak 10,613 pendaftaran ahli u-Pustaka melalui perpustakaan desa telah direkodkan. Sekali gus, menunjukkan peranan sebagai pintu masuk komuniti luar bandar kepada akses ilmu literasi digital dan pembelajaran sepanjang hayat.

Akhir sekali, dalam hubungan ini, PNM akan terus meneliti penambahbaikan, capaian Internet, WiFi, komputer awam dan kemudahan digital secara berfasa berdasarkan tahap penggunaan, keperluan komuniti dan kemampuan peruntukan semasa. Secara keseluruhan untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan juga Yang di-Pertua, kementerian yakin perpustakaan desa berperanan penting dalam memperkukuh literasi, menyokong pencapaian akademik, membangun modal insan dan mengurangkan jurang digital masyarakat luar bandar. Kementerian akan terus memperhebat peranan perpustakaan desa secara berfasa agar kekal relevan sebagai pusat ilmu, pusat komuniti dan pusat pembelajaran digital. Sekian, terima kasih.

draft11:30 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

[Bangun]

draft11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Kuala Langat.

draft11:30 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Speaker. Tahniah di atas komitmen Kementerian Perpaduan Negara untuk terus memperkasakan fungsi perpustakaan desa sebagai hab komuniti untuk menyatukan rakyat serta memperluaskan akses kepada ilmu. Sepertimana yang disebutkan tadi, lebih kurang dalam 506 perpustakaan desa di bawah KPN seluruh negara.

Persoalannya ialah apakah kriteria yang digunakan untuk menentukan keutamaan perpustakaan desa yang akan dinaik taraf, yang masih berdepan dengan kekurangan kemudahan digital serta akses Internet?

Dan kalau kita lihat sepanjang tahun 2025, sejumlah 50,615 program galakan membaca yang melibatkan hampir 1.4 juta orang yang menyertainya. Dan kalau kita buat perkiraan, lebih kurang dalam 20 orang setiap program. Dan saya kira ini harus ada usaha untuk mempertingkatkan lagi keterlibatan masyarakat di dalam program ini.

Dan saya juga ingin bertanya, berapakah jumlah program-program yang bersifat integrasi nasional yang menjadikan perpustakaan desa ini sebagai satu venue? Dan apakah usaha— mungkin ada, untuk melibatkan Ahli-ahli Parlimen untuk terus mempromosikan ilmu membaca dan juga integrasi nasional yang mungkin juga melibatkan Ahli-ahli Parlimen dalam membudayakan pembelajaran sepanjang hayat, Malaysia sebagai negara membaca menjelang tahun 2030?

Terima kasih.

draft11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft11:30 AM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Ada dua soalan, satu ialah tentang pendigitalan, moving to digital dan juga memperkasakan perpustakaan desa. Yang pertama, di seluruh negara kita mempunyai hampir 506 perpustakaan desa. Antara yang terbanyak adalah di Negeri Sembilan, mempunyai 60 perpustakaan desa dan maklumat ini lebih terperinci saya juga akan bagi secara bertulis, yang pertama.

Keduanya, tentang perpustakaan digital. Kerana kita akui ada kekangan kewangan pada masa kini untuk kita upgrade tetapi PNM dan juga Kementerian Perpaduan terus memberi perhatian kepada perpustakaan desa yang perlu naik taraf dan juga memberi segala kemudahannya. Walau bagaimanapun, PNM juga memberi penekanan kepada perkhidmatan u-Pustaka sebagai platform perpustakaan. Itu yang rasanya yang antara yang penting pada masa kini.

Pada tahun 2025, u-Pustaka melaksanakan sebanyak 23 program dan aktiviti bagi menarik lebih ramai rakyat Malaysia menjadi ahli serta meningkatkan penggunaan perkhidmatan digital PNM. Hasil pelaksanaan program tersebut, seramai 336,513 ahli baharu telah berjaya didaftarkan sepanjang tahun 2025. Ini menunjukkan, walaupun kita ada kekangan untuk akses kepada perpustakaan desa dari segi infrastruktur dan kemudahannya tetapi peningkatan secara digital pendaftaran itu semakin hari semakin meningkat.

Dan ia menunjukkan juga dalam tempoh yang sama, sebanyak 5.9 juta penggunaan u-Pustaka telah direkodkan. Ini menunjukkan satu angka yang lebih besar, walaupun kita melihat kurang pelawat ke perpustakaan tetapi secara digitalnya, semakin hari semakin meningkat. Sehingga Jun 2026, ini yang terkini, u- Pustaka menyediakan sebanyak 1.01 kandungan digital.

draft11:30 AM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Dari segi keahlian pula, jumlah ahli berdaftar secara kumulatif adalah sebanyak 1.1 juta ahli termasuk 28,950 ahli baru yang didaftar pada tahun 2026.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 2.09 juta pengguna u-Pustaka telah direkod pada tahun 2026. Kalau kita berbanding pada tahun-tahun yang lepas Yang di-Pertua dan juga Ahli Yang Berhormat, peningkatan dari segi pendigitalan ini semakin hari semakin meningkat. Kita moving to digital, AI dan sebagainya supaya rakyat rasa mudah untuk akses melalui u-Pustaka.

Pencapaian ini menunjukkan bahawa u-Pustaka telah terus berperanan sebagai saluran penting dalam menyokong akses ilmu digital kepada rakyat khususnya kepada pelajar, penyelidik, penjawat awam, komuniti luar bandar dan pengguna umum. PNM akan terus perkukuh u-Pustaka melalui menambahkan kandungan digital, promosi keahlian, program literasi digital, kerjasama strategik serta penambahbaikan pengalaman pengguna bagi memastikan perkhidmatan perpustakaan digital kekal eksklusif, mudah dicapai dan relevan dengan keperluan semasa. Sekian, terima kasih Yang di-Pertua.

draft11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat-Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft11:40 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan Rang Undang- undang Jenayah Siber 2026 seperti di nombor 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini. Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 2 Julai 2026.” Sekian, terima kasih.

draft11:41 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ada Yang Berhormat menyokong?

draft11:41 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Saya menyokong Yang Berhormat.

draft11:41 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Ahli- ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang telah dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft11:41 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG JENAYAH SIBER 2026 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk mengemukakan rang undang-undang ini. Silakan.

draft11:41 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Jenayah Siber 2026 dibacakan untuk kali yang kedua sekarang.

draft11:42 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ada sesiapa yang menyokong? Oh maaf, Yang Berhormat.

draft11:42 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Saya mohon menyokong.

draft11:42 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, silakan Yang Berhormat.

draft11:42 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Dato' Yang di-Pertua, kemajuan pesat dalam teknologi digital dan peningkatan kebergantungan terhadap sistem siber dalam pelbagai sektor termasuk kerajaan, sektor kerajaan maksudnya telah mengubah landskap keselamatan negara, khususnya dalam aspek pencarian maklumat, komunikasi, digital, perbankan, kewangan, tenaga dan perkhidmatan jagaan kesihatan.

Perkembangan ini turut membuka ruang kepada eksploitasi dan jenayah siber yang semakin kompleks, canggih dan tanpa sempadan. Malah ancaman jenayah siber bukan sahaja melibatkan pencerobohan sistem komputer dan kecurian data tetapi turut merangkumi penipuan dalam talian, fraud telekomunikasi, jenayah e-dagang, eksploitasi dan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak, serangan perisian tebusan atau ransomware serta penyalahgunaan teknologi seperti kecerdasan buatan, artificial intelligence (AI) dan Internet kebendaan atau Internet of Thing atau IoT. Ini semua telah digunakan untuk tujuan melakukan jenayah.

Tambahan itu, peningkatan kes jenayah siber ini telah mengancam kerahsiaan negara dan maklumat peribadi rakyat serta melumpuhkan infrastruktur maklumat kritikal negara, sekali gus menunjukkan kelompangan dalam kerangka perundangan sedia ada.

Sehubungan dengan itu, terdapat suatu keperluan mendesak untuk menggubal suatu undang-undang jenayah siber yang menyeluruh dan komprehensif bagi menangani jenayah siber secara lebih berkesan selaras dengan landskap ancaman keselamatan siber yang semakin rumit dan sofistikated.

Yang di-Pertua, Jemaah Menteri dalam mesyuarat yang telah diadakan pada 10 September 2025 dan 6 Mei yang lalu telah bersetuju dengan dasar-dasar penggubalan Rang Undang-undang Jenayah Siber supaya Rang Undang-undang Jenayah Siber 2026 digubal bagi memansuhkan Akta Jenayah Komputer 1997 atau Akta 563 untuk memastikan Malaysia memenuhi obligasi di bawah Council of Europe – Convention on Cybercrime atau dikenali sebagai Convention Budapest dan United Nations Convention against Cybercrime, dikenali juga Convention UN. Penggubalan Rang Undang-undang Jenayah Siber 2026 oleh Agensi Keselamatan Siber Negara atau NACSA di bawah Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri menekankan prinsip teknologi neutral sebagaimana yang diterapkan dalam Convention Budapest dan Convention UN bagi membolehkan pelaksanaannya dapat disesuaikan dengan evolusi teknologi semasa.

Selain dari itu, Rang Undang-undang Jenayah Siber 2026 ini akan dikuatkuasakan bersama-sama dengan PDRM, Polis Diraja Malaysia, SKMM atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, MCMC dan juga NACSA di bawah MKN, Jabatan Perdana Menteri. Penggubalan Rang Undang-undang Jenayah Siber 2026 akan memberi banyak manfaat seperti:

(i) memperkukuh dan memastikan kerangka perundangan jenayah siber yang mampan dan berdaya tahan bagi menangani jenayah siber yang semakin kompleks;

(ii) menangani jurang landskap perundangan sedia ada di Malaysia bagi menjamin keharmonian undang-undang agar sentiasa kekal relevan, responsif dan sejajar dengan evolusi pesat teknologi digital;

(iii) melindungi kepentingan awam serta menjamin keselamatan rakyat daripada ancaman jenayah siber;

(iv) memperkukuh inovasi dalam mekanisme pencegahan, pengesanan dan penguatkuasaan berhubung dengan ancaman jenayah siber;

(v) memastikan pelaksanaan undang-undang secara adil, inklusif dan berperikemanusiaan merentasi sempadan supaya tindakan undang-undang boleh diambil dan diteruskan terhadap pelaku kesalahan jenayah siber tanpa mengira kewarganegaraannya;

(vi) memperluas tanggungjawab kepada pemberi perkhidmatan antaranya Internet service provider atau ISP, syarikat telekomunikasi atau telecommunication companies atau telcos untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan tidak disalahgunakan untuk melakukan apa-apa kesalahan siber;

(vii) mengiktiraf dan memperuntukkan punca kuasa statutori penubuhan dan tanggungjawab khusus bagi jawatankuasa memerangi jenayah siber atau disebut JMJS; dan

(viii) meningkatkan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap perkhidmatan identiti digital negara yang diperkenalkan oleh kerajaan selaras dengan perkembangan teknologi digital masa kini.

Justeru, penggubalan Rang Undang-undang Jenayah Siber ini adalah penting bagi memastikan undang-undang domestik di negara kita kekal relevan dan efektif dalam memerangi jenayah siber secara tuntas.

Suka saya kongsikan bahawa NACSA di bawah MKN JPM telah melaksanakan 43 sesi libat urus. Begitu juga bengkel dan kami mengadakan mesyuarat bersama-sama pelbagai pihak berkepentingan sejak September 2023 bagi memperkemas dan menambah baik dasar baharu terhadap penggubalan rang undang-undang ini. Antaranya mereka yang telah terlibat dalam sesi libat urus ini adalah Majlis Peguam, Majlis Media Malaysia, Malaysia Crime Prevention Foundation atau MCPF dan CSO Platform for Reform.

draft11:42 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Selain daripada itu, NACSA juga telah mengadakan sesi taklimat bagi Rang Undang-undang Jenayah Siber kepada Jawatankuasa Pilihan Keselamatan dan Jawatankuasa Pilihan Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi Parlimen Kelima Belas ini dan juga telah mengadakan sesi taklimat kepada Backbenchers Club

(BBC).

Yang di-Pertua, RUU Jenayah Siber 2026 terdiri daripada lapan bahagian dan 61 fasal seperti yang berikut.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas akta yang dicadangkan dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.

Fasal 2 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pemakaian luar wilayah dan akta yang dicadangkan ini bagi maksud pemakaian tanggungjawab luar wilayah di mana Rang Undang-undang Jenayah Siber ini akan terpakai jika kesalahannya termasuklah dalam sistem komputer, program atau data komputer berada di Malaysia. Keduanya disambung kepada atau dihantar kepada atau digunakan oleh atau dengan suatu sistem komputer, program atau data komputer berada di Malaysia atau yang ketiganya, mangsa yang terlibat adalah warganegara Malaysia.

Fasal 3 mengandungi takrif bagi perkataan dan ungkapan tertentu yang digunakan dalam akta yang dicadangkan.

Bahagian II yang terdiri daripada fasal 4 hingga 8 memperuntukkan penubuhan, keanggotaan, fungsi dan mesyuarat Jawatankuasa Memerangi Jenayah Siber (JMJS) di mana JMJS boleh menubuhkan satu jawatankuasa kecil dan akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara. Penubuhan JMJS di bawah RUU Jenayah Siber 2026 ini merupakan kesinambungan kepada Jawatankuasa Menangani Jenayah Siber yang telah ditubuhkan oleh Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara yang dikenali juga dulunya sebagai JKSN selaras dengan seksyen 9 Akta Keselamatan Siber 2024 [Akta 854] . Justeru, Jawatankuasa Menangani Jenayah Siber akan dimansuhkan setelah tertubuhnya JMJS.

Bahagian III mengandungi tujuh fasal yang memperuntukkan kesalahan- kesalahan berhubungan dengan kerahsiaan, integriti dan ketersediaan sistem komputer dan data komputer seperti penggodaman, serangan perisian tebusan atau hasad serta penyalahgunaan peranti bagi tujuan melakukan kesalahan.

Bahagian III merupakan peruntukan dalam Akta Jenayah Komputer 1997 [Akta 563] yang ditambah baik bagi mencegah dan memerangi jenayah siber yang turut memperuntukkan kesalahan akses kepada komputer tanpa kuasa atau maksud yang sah serta pemintasan tanpa kuasa yang bertujuan untuk melindungi kerahsiaan, komunikasi dan penghantaran data komputer.

Bahagian IV memperuntukkan kesalahan yang berhubungan dengan pemansuhan berkaitan komputer dan fraud berkaitan komputer. Kedua-dua kesalahan ini adalah kesalahan jenayah tradisional dan ditingkatkan skalanya atau capaiannya dengan menggunakan sistem komputer, rangkaian komputer dan bentuk ICT yang lain. Sebagai contoh, online financial scam yang pada asalnya adalah fraud namun apabila dilakukan dengan menggunakan sistem komputer, ia terjumlah kepada kesalahan di bawah Bahagian IV.

Bahagian V memperuntukkan kesalahan yang berhubungan dengan perkhidmatan identiti digital negara yang pada masa ini dikenali sebagai MyDigital ID yang mengguna pakai piawaian dan amalan terbaik di peringkat antarabangsa demi menjamin aspek keselamatan maklumat. Bahagian ini memperuntukkan kesalahan berhubung dengan perkhidmatan MyDigital ID yang merangkumi kesalahan pendedahan kata laluan dan membabitkan perolehan, penyimpanan, pembekalan, penawaran untuk membekal atau penghantaran credential atau maklumat pengesahan milik orang lain yang berkaitan dengan identiti digital negara.

Peruntukan ini akan melindungi maklumat identiti digital seseorang daripada diperoleh, disimpan atau dibekal serta dihantar kepada pihak lain tanpa justifikasi yang sah terutamanya untuk tujuan jenayah. Selain itu, peruntukan ini mampu untuk meningkatkan tahap kepercayaan masyarakat terhadap keselamatan maklumat biometrik individu yang didaftarkan bagi tujuan pelaksanaan MyDigital ID dengan lebih meluas di Malaysia.

Bahagian VI memperuntukkan lima fasal berhubung dengan kesalahan- kesalahan lain yang melibatkan pemalsuan digital (deep fake) melalui peruntukan kandungan yang dijana atau dimanipulasi dengan menggunakan sistem komputer dengan niat untuk melakukan dan memudahkan kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis. Selain itu, peruntukan berhubung penyebaran imej intim digubal setelah mengambil kira keterbatasan undang-undang sedia ada termasuk seksyen 507E Kanun Keseksaan atau Akta 574 dan seksyen 8 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 [Akta 792] . Peruntukan sedia ada dilihat belum memadai untuk menangani penyebaran imej intim digital yang dimanipulasi melalui sistem komputer yang kompleks dan meluas dalam konteks jenayah siber moden termasuk isu pemakaian luar wilayah.

Pada masa yang sama, Akta 792 pula terhad kepada kes yang melibatkan mangsa kanak-kanak. Peruntukan ini adalah untuk membendung penularan imej intim seseorang termasuk dalam keadaan imej tersebut yang pada asalnya diperolehi dengan persetujuan mangsa tetapi kemudiannya disebarkan tanpa persetujuannya.

Bahagian ini turut meliputi kecurian identiti serta kesalahan yang dilakukan yang menjejaskan atau melibatkan entiti NCII atau NCII.

Bahagian VII memperuntukkan kuasa-kuasa penguatkuasaan yang lazimnya diberikan kepada pegawai polis termasuk pegawai awam yang merupakan pegawai yang diberi kuasa di bawah RUU Jenayah Siber 2026. Bahagian ini memperuntukkan kuasa tatacara am yang boleh menggunakan peruntukan tertentu dalam RUU Jenayah Siber 2026 ini bagi tujuan penyiasatan kesalahan lain yang melibatkan sistem komputer di bawah mana-mana undang-undang lain atau pengumpulan keterangan dalam bentuk elektronik bagi kesalahan di bawah mana-mana undang- undang bertulis. Selain daripada itu, bahagian ini turut memperuntukkan bidang kuasa mahkamah sesyen untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah RUU Jenayah Siber 2026 ini.

Bahagian VIII mengandungi 12 fasal berhubung dengan peruntukan pelbagai termasuk kewajipan pemberi perkhidmatan untuk mengekalkan data komputer jika terdapat keperluan demi kepentingan keselamatan negara, keselamatan awam dan berkadaran bagi tujuan membantu penyiasatan jenayah dan kuasa mahkamah untuk membuat perintah tertentu.

Yang di-Pertua, saya percaya RUU Jenayah Siber 2026 ini amat penting bagi memperkukuhkan keupayaan negara bagi menangani ancaman jenayah siber yang semakin kompleks seiring dengan perkembangan teknologi digital. Ia digubal untuk menutup jurang dalam undang-undang sedia ada, memperkukuh aspek pencegahan, pengesanan dan penguatkuasaan serta memastikan sistem perundangan negara kekal relevan dengan cabaran siber semasa. Pada masa yang sama, rang undang-undang ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk melindungi keselamatan negara, kepentingan awam dan kesejahteraan rakyat.

draft11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Undang-undang ini juga diyakini dapat mempertingkatkan keyakinan rakyat serta komuniti perniagaan terhadap keselamatan ruang digital negara sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi digital dan daya saing Malaysia. Puan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan. Itu sahaja pembentangan saya. Terima kasih.

draft12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

draft12:00 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Saya mohon menyokong.

draft12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mencegah dan memerangi jenayah siber yang terdiri daripada kesalahan- kesalahan yang diperuntukkan di bawah Bahagian III hingga XI, akta ini dan hingga 6 akta ini dan kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang dilakukan dengan menggunakan sistem komputer dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Saya akan baca senarai pembahas dahulu. Seramai 48 akan membahas. YB Beufort, YB Alor Setar, YB Lubok Antu, YB Pasir Mas, YB Bukit Bendera, YB Muar, YB Putatan, YB Kepala Batas, YB Jelutong, YB Kulim-Bandar Baharu, YB Kinabatangan, YB Kuala Terengganu, YB Kuala Pilah, YB Rompin, YB Sipitang, YB Kuantan, YB Gopeng, YB Pengkalan Chepa, YB Bakri.

YB Masjid Tanah, YB Semporna, YB Machang, YB Jempol, YB Rasah, YB Setiu, YB Libaran, YB Betong, YB Tanjong Karang, YB Bentong, YB Puncak Borneo, YB Tangga Batu, YB Tampin, YB Raub, YB Kuala Kedah, YB Seputeh, YB Tuaran, YB Parit Buntar, YB Shah Alam, YB Kuala Krai, YB Batang Sadong, YB Gerik, YB Kepong, YB Kuala Krau, YB Keningau, YB Arau, YB Batu Gajah, YB Langkawi dan YB Bukit Gelugor.

Setiap pembahas diberi lima minit sahaja. Saya jemput Yang Berhormat Beaufort.

draft12:00 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Beaufort untuk turut serta membahaskan Rang Undang-undang Jenayah Siber 2026. Pada prinsipnya Beaufort menyokong usaha kerajaan memperkenalkan satu kerangka undang-undang yang lebih menyeluruh, moden dan responsif bagi menangani ancaman jenayah siber yang semakin kompleks. Keperluan menggantikan Akta Jenayah Komputer 1997 dengan undang-undang yang lebih berkesan adalah wajar memandangkan landskap ancaman digital hari ini jauh lebih berbeza berbanding hampir tiga dekad yang lalu.

Puan Yang di-Pertua, jenayah siber hari ini bukan lagi sekadar pencerobohan sistem komputer. Ia telah berkembang kepada penipuan kewangan digital, kecurian identiti, penyalahgunaan data, penyebaran imej intim, eksploitasi akaun digital, serangan terhadap infrastruktur kritikal negara serta manipulasi kandungan audio dan visual termasuk teknologi deepfake. Maka saya melihat RUU ini sebagai satu langkah penting untuk memastikan undang-undang negara kita kekal relevan dengan ancaman semasa.

Puan Yang di-Pertua, Beaufort ingin mendapatkan penjelasan daripada beberapa persoalan RUU yang saya fikir wajar dijelaskan oleh pihak kerajaan.

Pertama, soal imbangan antara penguatkuasaan dan perlindungan hak asasi khususnya privasi. RUU ini memberikan kuasa penyiasatan yang lebih luas termasuk pemeliharaan data, penzahiran data komputer, pengumpulan data trafik, masa nyata dan pemintasan data kandungan.

Saya memahami keperluan ini tetapi kuasa yang luas mesti disertai semak imbang yang jelas. Maka saya ingin bertanya adakah kerajaan bersedia memperkukuh mekanisme akauntabiliti bagi kuasa yang paling intrusif ini termasuk mewujudkan pelaporan berkala kepada Parlimen atau Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai penggunaan kuasa pemintasan dan pengumpulan data masa nyata.

Kedua, soal kejelasan takrif dan elemen kesalahan khususnya berkaitan kandungan yang dijana atau di manipulasi melalui sistem komputer. Teknologi AI dan deepfake memang boleh digunakan untuk penipuan. Pemerasan dan juga penyamaran identiti namun bagi mengelakkan salah guna atau kekaburan dalam pelaksanaan, saya ingin mendapatkan penjelasan Menteri bagaimanakah RUU ini akan dapat membezakan kandungan yang di manipulasi bagi tujuan jenayah dengan kandungan kreatif, satira, parodi atau penyelidikan yang tidak mempunyai niat jenayah dan adakah kementerian bercadang mengeluarkan garis panduan pendakwaan serta penguatkuasaan serta panduan serta tafsiran di lapangan lebih konsisten.

Ketiga, saya ingin menyentuh soal pelaksanaan di Sabah dan Sarawak termasuk kawasan luar bandar seperti Beaufort. Kita bercakap tentang ekonomi digital dan keselamatan siber tetapi realitinya tahap literasi digital, akses Internet stabil dan kesedaran rakyat tentang modus operandi scam masih tidak sekata.

Maka saya ingin bertanya, apakah strategi khusus kerajaan untuk memastikan pelaksanaan akta ini benar-benar berkesan di Sabah, Sarawak dan juga kawasan luar bandar. Adakah kerajaan bercadang melaksanakan Pelan Pendidikan Nasional Anti Jenayah Siber yang lebih agresif dan tersasar kepada pelajar, warga emas, peniaga kecil, penjawat awam serta komuniti luar bandar.

Puan Yang di-Pertua, ini lah antara isu semasa yang paling dekat dengan rakyat terutama ramai mangsa yang telah tampil membuat laporan polis, menyerah bukti dan butiran transaksi, namun masih berdepan kesukaran kerana aduan mereka perlu dirujuk pula kepada pelbagai pihak seperti MCMC, NSRC, bank, telco atau platform digital. Keadaan ini hanya menambahkan beban kepada mangsa. Sebab itu saya ingin bertanya kepada Menteri bagaimanakah RUU ini akan memastikan mangsa jenayah siber tidak lagi berdepan proses rujukan yang berlapis antara pelbagai agensi.

Jika laporan polis telah dibuat, adakah kerajaan bersedia menetapkan satu mekanisme yang jelas supaya tindakan susulan antara PDRM, MCMC, NSRC, institusi kewangan dan telco dapat digerakkan secara automatik dan bersepadu tanpa meletakkan beban penyelarasan itu kepada mangsa.

Puan Yang di-Pertua, pada pandangan Beaufort pindaan ini tidak boleh sekadar baik di atas kertas. Ia mesti diterjemahkan kepada pelaksanaan menyeluruh merentasi agensi. Jika RUU ini berada di bawah penyelarasan MKN dan Jabatan Perdana Menteri maka kerjasama pelaksanaan bersama Kementerian Dalam Negeri, PDRM, MCMC, NSRC, bank dan telco mesti berkukuh secara formal.

draft12:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft12:02 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Rakyat tidak mahu melihat pertindihan peranan atau kelewatan tindakan. Rakyat mahu apabila laporan dibuat penguatkuasaan bertindak cepat, terselaras dan juga berkesan. Sekian terima kasih. Beaufort menyokong.

draft12:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Saya jemput Yang Berhormat Alor Setar.

draft12:02 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan semua Ahli-ahli Dewan yang saya hormati sekalian. Saya turut mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Jenayah Siber ini. Saya ingin menyatakan saya menyokong usaha kerajaan untuk memperkukuhkan Rang Undang-undang Jenayah Siber yang sangat penting pada hari ini.

Puan Yang di-Pertua, hari ini rakyat berdepan dengan bermacam-macam ancaman. Ada yang kehilangan simpanan, beratus-ratus ribu Ringgit kerana scam. Ada yang menjadi mangsa pencurian identiti. Ada yang diperas ugut menggunakan gambar peribadi. Malah hari ini dengan teknologi AI suara dan wajah seseorang boleh dipalsukan. Sebab itu saya bersetuju Malaysia memerlukan rang undang- undang yang sebegini tetapi dalam masa yang sama Puan Yang di-Pertua kita kenalah memastikan undang-undang yang kuat ini tidak menimbulkan kebimbangan kepada rakyat yang tak bersalah.

Ada empat perkara yang ingin saya bangkitkan dalam point perbahasan saya Puan Yang di-Pertua. Pertama, kuasa yang besar ini melalui rang undang-undang ini mesti datang bersama semak dan imbang besar. Rang undang-undang ini memberi pelbagai kuasa kepada pegawai-pegawai penyiasat, mendapatkan data komputer, mengakses sistem komputer, mengumpul data trafik dalam keadaan tertentu tanpa menggunakan waran. Boleh menggeledah tanpa menggunakan waran.

Saya faham kuasa ini penting tetapi saya ingin bertanya apakah perlindungan kepada rakyat jika berlaku kesilapan dalam penyiasatan tersebut.

draft12:08 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Sebagai contoh, seorang pelajar universiti menggunakan WiFi universiti.

Tiba-tiba akaun WiFi tersebut digunakan oleh orang lain untuk melakukan jenayah siber. Komputer pelajar tersebut mungkin perlu disiasat. Apa hak pelajar itu? Berapa lama komputer itu akan disimpan? Bagaimana jika semua tugasan universiti dalam komputer itu? Ini perlu dijelaskan kerana undang-undang bukan hanya perlu menjelaskan kuasa pegawai tetapi undang-undang juga perlu menjelaskan hak-hak rakyat.

Perkara yang kedua, saya tidak menyatakan undang-undang ini bertujuan untuk menyekat kebebasan bersuara tetapi saya cadangkan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, supaya dimasukkan satu prinsip yang jelas di bawah akta ini hanya digunakan untuk membanteras jenayah siber.

Contohnya, kalau seorang pensyarah membuat kajian tentang kelemahan keselamatan sistem digital negara, ataupun seorang wartawan menulis laporan mengenai kelemahan keselamatan sesebuah agensi, ataupun seorang rakyat membuat kritikan terhadap sistem-sistem kerajaan yang berdasarkan kepada fakta, mereka tak sepatutnya berasa takut bahawa tindakan mereka itu boleh dianggap sebagai jenayah. Yang hendak ditangkap ialah penjenayah, bukan orang yang memberi pandangan secara bertanggungjawab.

Yang ketiga Puan Yang di-Pertua, mengenai data peribadi. Hari ini data lebih berharga daripada wang. Kalau telefon bimbit seseorang diperiksa, dalam telefon bimbit itu bukan sekadar ada nombor telefon, dalam dia. Ada gambar keluarga, ada rekod kesihatan, ada akaun bank, ada dokumen syarikat, ada maklumat anak-anak.

Sebab itu saya bertanya, kalau data-data ini diambil oleh pihak penguat kuasa untuk tujuan siasatan, perlu dijelaskan siapa yang boleh melihat data ini?

Berapa lama data ini akan disimpan? Bilakah data ini akan dipadam? Perkara ini, kalau diperjelaskan lebih lanjut dalam rang undang-undang ini, saya yakin rakyat akan lebih yakin dengan rang undang-undang yang hendak dibentangkan.

Puan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, saya juga ada pengalaman. Apabila gambar keluarga dan anak-anak dipaparkan dalam Facebook lawan politik dan Facebook itu— penyokong-penyokong di bawah dan mereka menggunakan anak-anak ini, mengugut anak-anak saya ini, keluarga ini dengan labelan dan cacian-cacian yang tidak patut diberikan kepada kanak-kanak.

Kesannya ialah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, anak-anak ini yang masih sekolah rendah, sekolah menengah bila kita balik ke rumah, mereka takut. Mereka bertanya soalan-soalan yang menggambarkan ayah mereka ini seorang yang tidak baik, seorang yang jahat. Adakah undang-undang jenayah siber ini juga akan membanteras perkara ini?

Repot polis telah dibuat, tetapi malangnya pegawai inspektor yang menyiasat itu menyatakan, perkara ini tidak dituduh di mahkamah. Sedangkan itu jelas mengheret anak-anak masuk dalam gelanggang politik, mengheret orang luar masuk dalam gelanggang politik. Menghukum orang itu, satu perkara yang tidak bertamadun. Adakah undang-undang jenayah siber ini akan membanteras perkara ini ataupun adakah setelah ia dikuatkuasakan, kes-kes sebelumnya akan disiasat juga menggunakan akta yang baru kita luluskan ini?

Akhir sekali Puan Yang di-Pertua, point yang keempat jangan hanya hukum orang— saya berharap supaya rang undang-undang ini tidak menghukum yang sebenarnya membantu kerajaan. Malaysia mempunyai ramai pakar keselamatan siber. Ramai daripada mereka membantu kerajaan dan syarikat swasta mencari kelemahan sistem.

Seorang jurutera IT menemui kelemahan pada sistem sebuah kerajaan.

Beliau tak curi data. Beliau hanya menguji keselamatan data tersebut dan melaporkan kepada agensi. Orang ini, tidak boleh dianggap penjenayah. Mereka sebenarnya membantu negara. Saya berharap rang undang-undang ini memberi perlindungan yang lebih jelas kepada mereka yang bertindak dengan niat yang baik mengikut saluran yang betul.

Puan Yang di-Pertua, sebagai penutup saya menyokong usaha kerajaan untuk membanteras jenayah siber ini. Namun, saya berharap undang-undang ini juga seimbang...

draft12:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

KP, minta sedikit boleh, KP?

KP, boleh?

draft12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft12:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Aduhai.

draft12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk, jangan bazir masa.

draft12:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tadi Speaker pun tak dapat, yang ini pun tak dapat juga.

draft12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk.

draft12:10 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Speaker tak bagi Hulu Langat. Lepas ini lah. Tadi tak minta awal-awal.

draft12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Alor Setar, masa pun sudah tamat.

draft12:10 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Baik, akhir sekali penutup Puan Yang di-Pertua. Hulu Langat kacau. Kita nak supaya seimbang undang-undang ini seumpama, contohnya polis ada senjata, polis juga ada sarung untuk menyimpan senjata itu. Kita harap supaya sarung itulah menjadi semak imbang. Kerajaan ada kuasa untuk menyiasat. Rakyat juga tak boleh takut dengan undang-undang jenayah siber. Terima kasih, saya mohon menyokong.

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Saya jemput Yang Berhormat Lubok Antu.

draft12:10 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Terima kasih Puan Yang di- Pertua, kerana memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian membahaskan beberapa perkara berhubung Rang Undang-undang Jenayah Siber 2026. RUU yang diusulkan adalah tanggungjawab keselamatan negara yang sememangnya dialu-alukan.

Cabaran utama kita hadapi hari ini bukan lagi kekurangan teknologi tetapi kepantasan teknologi mengatasi keupayaan kerangka perundangan. Dalam era kecerdasan buatan identiti digital dan ekonomi berasaskan data, ancaman siber tidak lagi terbahas kepada pencerobohan sistem komputer semata-mata. Sebaliknya melibatkan manipulasi maklumat, eksploitasi data peribadi dan jenayah terancang yang merentas sempadan negara.

Dalam konteks inilah, Rang Undang-undang Jenayah Siber 2026 perlu dilihat dan dinilai. Dalam usaha memperkukuhkan keupayaan negara membanteras jenayah siber, kita tidak boleh mengetepikan prinsip-prinsip asas yang menjadi tunjang kepada sebuah negara demokrasi yang berteraskan kedaulatan undang- undang.

Keperluan menjaga keselamatan siber mesti bergerak seiring dengan perlindungan hak privasi rakyat, kepastian perundangan, serta pembangunan ekosistem ekonomi digital yang sihat, dan berdaya saing tanpa menjejaskan hak-hak yang sah, tanpa mewujudkan ketidakpastian kepada industri dan tanpa membuka ruang kepada risiko overreach, dengan izin.

Puan Yang di-Pertua, saya menarik perhatian Dewan ini kepada Bahagian VIII Fasal 50, yang memberi kuasa kepada Ketua Eksekutif NACSA yang menubuhkan satu sistem maklumat bersepadu. Subfasal 50(2), memperuntukkan bahawa ketua eksekutif boleh meminta mana-mana orang atau entiti kerajaan untuk memberi apa-apa maklumat yang berhubung dengan jenayah siber.

Saya sedikit khuatir, berkenaan dengan takrifan entiti kerajaan di bawah subfasal 50(6) yang secara jelas merangkumi mana-mana kerajaan negeri dan mana-mana pihak berkuasa tempatan. Puan Yang di-Pertua, kita harus ingat tentang kedaulatan data dan hak autonomi negeri.

Contohnya, Sarawak kini sedang pesat merangka dan membangunkan ekosistem serta pangkalan data digital mereka sendiri dengan piawaian kerahsiaan dan keselamatan yang tinggi. Adakah fasal 50 ini merupakan satu bentuk blanket approval dengan izin, bagi agensi Persekutuan untuk mengakses pangkalan data sensitif milik kerajaan negeri secara mutlak? Bagaimana mekanisme persetujuan, consent mechanism dengan izin, dalam hal ini?

Sekiranya kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan enggan menyerahkan data tertentu atas alasan keselamatan atau kerahsiaan dasar negeri, adakah mereka dianggap melanggar akta ini? Saya menggesa agar satu parameter dirangka bagi menghormati bidang kuasa kerajaan negeri. Perlu wujud mekanisme perundingan rasmi bukannya hanya sekadar meminta dan menghendaki melalui notis bertulis bagi memastikan semangat Perjanjian 1963 dalam konteks hak kedaulatan digital dipelihara.

Seterusnya Puan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada fasal 51 mengenai kewajipan am pemberian perkhidmatan. Fasal ini menghendaki penyedia perkhidmatan dan platform digital mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mencegah atau membantu mengurangkan jenayah siber. Apakah yang dimaksudkan dengan langkah-langkah yang perlu dalam fasal 51 ini?

Kekurangan takrifan yang jelas mengenai fasal ini, boleh mencetuskan ketidakpastian perundangan dalam kalangan penggiat industri dan pelabur digital.

Pelaksanaan kuasa yang terlalu luas dikhuatiri boleh menjejaskan keselamatan sistem penyulitan hujung ke hujung, end-to-end encryption, dengan izin seterusnya mendedahkan kepada risiko keselamatan.

Seterusnya, saya ingin menyarankan supaya kerajaan menerima pakai model kawal selia berasaskan risiko, risk-based approach dengan izin seperti yang dilaksanakan di Singapura. Fasal ini juga perlu diperkukuhkan dalam kod amalan yang jelas tanpa menjejaskan privasi dan penyulitan data pengguna.

Isu terakhir Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh fasal 52 berhubung dengan keperluan mengekalkan data. Fasal ini memberikan kuasa Menteri untuk menetapkan keperluan pangkalan data yang berkaitan dengan komunikasi pengguna bagi tujuan keselamatan negara dan pencegahan jenayah siber.

Puan Yang di-Pertua, terdapat perbezaan kritikal antara pemeliharaan data bersasar untuk siasatan khusus dan pangkalan data secara umum yang berisiko membawa kepada pengumpulan data pukal terhadap rakyat yang tidak bersalah.

Mahkamah di peringkat antarabangsa seperti di Kesatuan Eropah sering mengkritik pangkalan data secara umum kerana ia nya dilihat bercanggah dengan prinsip hak asasi.

Bagi mengimbangi hal ini, pengumpulan atau pemuliharaan data komunikasi peribadi perlulah tertakluk kepada semak dan imbang, termasuk kewajipan perintah atau waran kepada mahkamah tinggi. Justeru, saya ingin mendapat penjelasan daripada Menteri, sama ada fasal 52 ini, bertujuan untuk membenarkan pangkalan data secara umum ke atas semua pengguna atau sekadar pemuliharaan data yang bersasar bagi tujuan siasatan tertentu.

Saya mohon— Puan Yang di-Pertua, saya mohon supaya perkara-perkara yang dibangkitkan tadi, dipertimbangkan. Aspek berkaitan perlindungan privasi, penggunaan data, serta perlindungan mangsa wajar diperhalusi agar pelaksanaannya lebih seimbang dan berkesan.

draft12:14 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Kita memerlukan undang-undang yang tegas terhadap jenayah siber tapi dalam masa yang sama juga ia menjamin hak dan keyakinan rakyat terhadap ekosistem digital negara. Sekian, saya mohon menyokong.

draft12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Lubok Antu. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.

draft12:20 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya bagi pihak Yang Berhormat Ahli Parlimen Kuala Krai mengucapkan selamat datang kepada guru dan pelajar Sekolah Menengah Agama Falahiah Sungai Sok, Kuala Krai ke Dewan Parlimen.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memfokuskan perbahasan saya kepada dua perkara yang saya anggap amat penting dalam RUU ini iaitu isu hukuman yang semakin berat dan isu pemberian kuasa yang terlalu luas kepada Menteri. Saya ingin tegaskan bahawa saya menyokong usaha membanteras jenayah siber kerana statistik yang dibentangkan oleh kerajaan sendiri menunjukkan peningkatan yang membimbangkan.

Pada tahun 2025, sebanyak 31,515 kes fraud telekomunikasi, 19,000 lebih kes penipuan komputer, 16,000 kes penipuan e-dagang, 6,000 lebih kes e-kewangan dan 833 kes jenayah seksual komputer. Jadi, jelas ancaman jenayah siber semakin serius dan memerlukan tindakan yang tegas. Persoalannya, adakah pendekatan RUU ini terlalu tertumpu kepada meningkatkan hukuman sehingga mengabaikan persoalan keberkesanan penguatkuasaan.

Jika kita melihat RUU ini, hampir setiap kesalahan dikenakan hukuman yang jauh lebih berat. Tak perlu saya ulangi kembali angka-angka yang telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri tadi. Cuma persoalan saya, adakah kerajaan mempunyai bukti empirikal bahawa peningkatan hukuman semata- mata akan mengurangkan jenayah siber?

Dalam bidang kriminologi, keberkesanan pencegahan bukan hanya bergantung pada berat hukuman tetapi lebih kepada— lebih bergantung kepada kebarangkalian untuk ditangkap, disiasat dan disabitkan. Mereka boleh beroperasi merentas sempadan menggunakan identiti palsu, rangkaian proksi dan mata wang kripto. Jadi, kerajaan sepatutnya membentangkan data kadar penyelesaian kes, kadar pendakwaan dan kadar sabitan sebelum meminta Parlimen meluluskan hukuman yang jauh lebih berat.

Kedua, Tuan Yang di-Pertua, yang lebih membimbangkan ialah kuasa Menteri terlalu luas. Di bawah fasal 26, Menteri diberi kuasa untuk memberi kuasa secara bertulis kepada mana-mana pegawai polis, mana-mana pegawai awam lain, mana-mana pegawai suruhanjaya SKMM sebagai pegawai yang diberikan kuasa untuk melaksanakan akta ini. Soalan saya, apakah had kepada kuasa tersebut?

Adakah akta ini menetapkan kelayakan minimum pegawai yang boleh diberi kuasa? Adakah diwajibkan latihan dan atau pensijilan forensik digital? Adakah keputusan Menteri tertakluk kepada semak bebas, semak imbang yang bebas?

Jawapannya tidak terdapat di dalam RUU ini. Ruang budi bicara Menteri amat luas, sedangkan kuasanya yang bakal dilaksanakan oleh pegawai tersebut melibatkan siasatan jenayah, akses terhadap sistem komputer dan pelaksanaan kuasa penguatkuasaan yang memberi implikasi terhadap hak individu.

Sebab itulah saya angkat isu ini kerana kita bimbang berlakunya pendakwaan-pendakwaan terpilih. Saya ambil contoh apa yang berlaku dalam masa lebih kurang sebulan, dua ini. Bagaimana jenayah-jenayah atau bukti-bukti, tulisan- tulisan palsu disebarkan di dalam media sosial.

Saya ambil contoh pada 6 Jun 2026, seorang individu bernama Sheikh Umar Ali seorang pemimpin parti daripada parti komponen kerajaan. Dia kata bahawa dalam Facebook nya disebut, tohmahan terhadap SPR saya tak nak bacalah apa yang ditulis tapi kita boleh rujuk sendiri.

Menariknya, esoknya, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia sendiri SPR dalam Facebook rasmi mereka, 7 Jun, menyatakan ia maklumat yang tidak benar. Ada screenshot Facebook ini diletakkan dalam Facebook SPR. Ini maklumat yang tidak benar. Maklumat yang tidak benar ini ialah maklumat bohong. Ertinya, orang ini berbohong terhadap atas nama agensi kerajaan di dalam Facebook.

Tetapi sampai ke hari ini tidak dikenakan apa-apa tindakan. Tidak didakwa, bahkan tulisannya masih lagi wujud di dalam Facebook. Ini tohmahan terhadap agensi kerajaan, SPR telah ditohmah di dalam Facebook tapi tidak ada apa-apa tindakan.

[Tepuk] Sebab itu, perkara ini perlu untuk dipertimbangkan. Saya harap Yang Amat Berhormat daripada Bagan Datuk istiqamah dengan pendirian-pendirian kita untuk kita memberikan yang terbaik untuk negara kita yang ada pada hari ini.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sebab saya angkat ini kerana apa?

Semalam, seorang peniaga durian didakwa kerana menyebarkan, dikatakan menyebarkan maklumat yang palsu terhadap isu penyaluran minyak daripada Filipina. Dan terus didakwa di mahkamah tetapi ini dibiarkan. Itu satu. Bagaimana pula kalau sekiranya maklumat ini yang palsu, tuduhan palsu disebarkan di dalam Internet oleh pihak ketiga?

Si A berkata benda yang tidak betul tapi disebarkan di dalam Internet, perkara tersebut. Bagaimana pula RUU ini menjamin untuk diambil tindakan? Sebagai contoh, ada seorang individu membawa ke Dewan ini tuduhan yang palsu terhadap Kelantan. Dalam isu jenayah seksual membawa tuduhan yang palsu terhadap Kelantan dan isu jenayah seksual kanak-kanak. Ini perkara yang sangat jelas memberikan imej yang buruk kepada Kelantan.

draft12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pasir Mas, Pasir Mas.

draft12:20 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Tetapi, [Tepuk] saya membawa statistik daripada DOSM sendiri, menafikan betul-betul tuduhan seperti ini.

draft12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pasir Mas.

draft12:20 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Saya yakin tuduhan ini datang daripada...

draft12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Berani bagi laluan Pasir Mas? Saya cabar Pasir Mas. Berani bagi laluan?

draft12:20 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Mentaliti pemikiran kasta rendah yang telah pun diterjemahkan di dalam Dewan ini. Silakan, Jelutong.

draft12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya, Pasir Mas.

draft12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, masa sudah tamat.

draft12:20 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terdapat banyak pembahas hari ini.

draft12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker, satu perkara sahaja. Sejarah menunjukkan bahawa yang kena saman dan bayar pampasan yang banyak sangat adalah semua pemimpin PAS. Bukannya daripada DAP.

draft12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat.

draft12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Itu adalah hakikat.

Betul, tidak?

draft12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft12:20 PM

Seorang Ahli

[Mencelah] Betul.

draft12:20 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Saya rasa Jelutong ini tak baca berita barangkali. Jangan, jangan...

draft12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft12:20 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Jangan kata yang bukan- bukan kepada Menteri Dalam Negeri, baru sahaja kalah saman RM600,000. Jadi, [Tepuk] jangan, jangan, jangan bawa berita-berita yang tidak betul di dalam Dewan ini.

draft12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jawab soalan saya, jawab soalan saya. Betul atau tidak?

draft12:20 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Kalau saya nak sebut, kalau saya nak sebut satu persatu yang kalah saman, bukan mewakili...[Pembesar suara dimatikan]

draft12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Banyak yang dari pemimpin PAS...

[Pembesar suara dimatikan]

draft12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat sudah keluar tajuk.

draft12:20 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Saya hanya menjawab, Puan Yang di-Pertua. Boleh saya sambung sikit?

draft12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat. Terima kasih.

draft12:20 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Mas.

[Tepuk] Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.

draft12:20 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Tahun lepas rakyat Malaysia kehilangan RM2.97 bilion kepada penipuan di dalam talian. Bukan juta, tetapi bilion. Jadi, itu adalah duit persaraan warga emas, simpanan anak-anak kahwin, wang sekolah seorang ibu tunggal. Jadi, setiap Ringgit itu sebenarnya adalah wajah. Setiap wajah itu adalah keluarga yang mungkin terlalu kecewa, mungkin terlalu malu untuk membuat laporan dan apakah senjata kita hari ini?

Akta Jenayah Komputer yang ditulis pada tahun 1997. Zaman dial-up sebelum telefon pintar, sebelum deepfake, sebelum sindiket penipuan digital merentas sempadan dengan hanya satu klik. Jadi, penjenayah bawa kereta Ferrari, kita masih dok ligan dengan basikal. Maka, apabila kerajaan membawa Rang Undang-undang Jenayah Siber 2026, Bukit Bendera berdiri untuk menyokong.

Bukit Bendera menyokong kerana tiga sebab. Pertama, fasal 24. Jadi, buat pertama kalinya deepfake lucah menjadi kesalahan jenayah yang jelas. Kedua, fasal 22 dan 23 memberi senjata untuk mengejar sindiket yang mencuri wajah Perdana Menteri, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Malah, wajah wakil rakyat di kedua-dua belah Dewan yang digunakan untuk menipu, fitnah dan menyebarkan kebencian.

Ini ialah ancaman kepada semua tanpa mengira parti dan juga kepada demokrasi kita sendiri. Namun, perlindungan ini mesti kekal membezakan fitnah, berniat jahat dengan satira dan kritikan yang sah. Jadi yang ketiga, fasal 2. Akhirnya undang-undang kita boleh menyeberang sempadan. Inilah dikatakan reformasi. Ini, Kerajaan Perpaduan menunaikan janji, melindungi rakyat di ruang digital.

Tetapi Puan Yang di-Pertua, menyokong bukan bermakna menutup mata.

Undang-undang yang baik mesti digubal dengan teliti. Jadi, Bukit Bendera menekan tiga perkara. Yang pertama, kuasa memintas mesti dijaga oleh hakim untuk menggeledah rumah saya, saya bagi contoh. Fasal 28 menuntut waran daripada majistret tetapi untuk memintas komunikasi peribadi secara masa yang nyata. Fasal 40 dan 41 hanya memerlukan pendapat pendakwa raya, tiada hakim.

Maka, saya bertanya kepada kerajaan sendiri ya, mengapa untuk masuk ke rumah seseorang itu perlu kebenaran mahkamah tetapi untuk masuk ke dalam komunikasi peribadi tidak perlu? Jadi, tambahan pula, fasal 41 bermula dengan walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain seolah-olah mengatasi perlindungan privasi yang sedia ada. Jadi, yang kedua, jangan jadikan mangsa sebagai penjenayah. Jadi, polis telah mengenal pasti 208,000 pemegang akaun keldai.

Tetapi ramai bukan dalang, mereka warga emas yang ditipu, pelajar yang diumpan dan kadang-kadang ibu yang akaunnya disalah guna tanpa pengetahuannya. Di bawah fasal 19, seorang nenek yang ditipu menyerahkan data laluan identiti digitalnya boleh dianggap salah dan juga beban membuktikan dirinya tidak bersalah jatuh ke atas bahunya. Jadi, di sini Puan Yang di-Pertua, saya rasa dia dah terbalik.

Jadi, maka Bukit Bendera bertanya kepada Menteri, bagaimana kerajaan dapat memastikan warga emas yang telah terpedaya dilayan sebagai mangsa dan bukan sebagai penjenayah.

draft12:26 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Lindungi yang lemah, kejar yang jahat. Jangan hukum nenek kita kerana mereka tidak celik digital dan juga ketiga, lindungi anak-anak kita. Pada April lepas, seorang pelajar di Johor didakwa menjana imej lucah deepfake terhadap 38 rakan sekolahnya. Ada yang baru berusia 12 tahun, 12 tahun Puan Yang di-Pertua.

Jadi, fasal 24 wujud untuk hal ini dan Bukit Bendera cukup bersyukur tetapi mangsa kanak-kanak tidak boleh dilayan sama seperti dewasa. Maka, saya tanya kepada Menteri, adakah kerajaan akan menambah hukuman diperberatkan apabila mangsa itu adalah kanak-kanak? Adakah kerajaan akan mewujudkan perintah take down, dengan izin, kecemasan yang mengikat platform supaya imej itu dipadam dalam beberapa jam dan bukan beberapa bulan. Jadi, seorang kanak-kanak tidak sepatutnya merayu di Internet supaya gambarnya dipadam. Negara kita perlu bertindak bergerak dengan lebih cepat daripada algoritma.

Jadi, akhir sekali fasal 41 membolehkan pemberi perkhidmatan dipaksa memintas komunikasi mengikut keupayaan teknikal mereka manakala fasal 36 menuntut penyerahan kunci penyahsulitan. Jadi, ini berisiko melemahkan penyulitan sedangkan penyulitan itulah yang melindungi akaun Bank Rakyat, maklumat peribadi dan rahsia keselamatan negara. Jadi, janganlah kita pula mengejar segelintir penjenayah kita meruntuhkan benteng yang melindungi kita semua. Jangan sampai ubat yang kita beri menjadi racun kepada keselamatan digital negara.

Jadi, akhir sekali Puan Yang di-Pertua, keselamatan dan kebebasan bukanlah musuh. Negara yang bijak melindungi rakyat daripada penipuan dan sebagainya dan pada masa yang sama dapat melindungi rakyat daripada penyalahgunaan kuasa. Jadi, dengan itu Bukit Bendera menyokong rang undang- undang ini kerana rakyat kita sedang diburu di ruang siber. Lindungi rakyat, jangan hukum mangsa. Jadikanlah undang-undang ini perisai yang dapat melindungi rakyat, bukan pedang yang menghunus ke arah mereka. Sekian, terima kasih.

draft12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya jemput Yang Berhormat Muar.

draft12:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Puan Pengerusi. Dalam perbahasan ini, kita perlu cari jalan tengah ataupun keseimbangan. Seperti apa yang saya kongsikan dalam Dewan ini tempoh hari, kerisauan saya dari hari ke hari kita lihat peningkatan jenayah scam melalui penggunaan AI menular.

Walaupun kita lihat jenayah-jenayah tradisional contohnya, dari tahun ke tahun ada penurunan dan alhamdulillah di atas usaha yang tegas diambil oleh PDRM, kita lihat kadar jenayah tradisional mengurang. Tetapi jenayah siber yang menggunakan AI, financial crimes yang makin lama makin rumit meningkat dua ke tiga kali ganda. Tiga tahun lepas RM1 bilion kerugian, tahun ini kerugian mencecah lebih RM3 bilion.

Sebelum ini hanya melibatkan 15,000 tindakan jenayah ataupun laporan jenayah, kini boleh cecah lebih 30,000 dan bayangkan berapa ramai lagi yang tidak melaporkan kerana ada faktor malu, contohnya kerana terkait dengan love scam ataupun telah diugut melalui link, link, phishing link yang akhirnya menyebabkan mereka berkongsikan isu gambar atau video peribadi. Realitinya, isunya jauh lebih besar dan daripada tahun ke tahun dengan kerumitan, the complexity of AI, kita lihat situasinya lebih teruk.

Saya beri contoh yang paling mudah. Dari masa ke masa, kita lihat anak muda khususnya Gen Z dan Gen Alpha mungkin kerana kelengkapan mereka, mereka lebih tahu what is the functions of AI. Tetapi bayangkan ibu bapa atau atuk nenek kita, kita semua dilengkapi dengan telefon pintar dan di Malaysia, kadar penggunaan Internet lebih 95 peratus, tidak kira di kawasan bandar ataupun luar bandar.

Tetapi boleh ke atuk nenek kita atau ibu ayah kita, kadangkala abang kakak kita pun bezakan kalau contohnya tiba-tiba ada video yang dihantar, gambarnya sama, mirip, dah nak 99 peratus sama dengan gambar keluarga kita kini dilengkapi dengan suara yang mirip dan sama dan selepas itu buat video call, bergerak mukanya, bergerak mulutnya tetapi dengan wajah dan audio visual yang sama.

Ini sudah berlaku pada hari ini. Dan daripada hari ke hari, dengan perkembangan AI, frontier model seperti kita lihat apa yang dibuat oleh ChatGPT.

Bukan setakat ChatGPT yang telah diharamkan, contohnya Claude Fable yang telah pun diharamkan contoh di Amerika Syarikat, things will get a lot more complex.

Kalau generasi pada hari ini pun boleh tertipu dengan video dan audio visual yang ada, bayangkan atuk nenek dan ibu ayah kita. Sebab itu, daripada hari ke hari walaupun jenayah tradisional angkanya makin lama makin menurun tetapi jenayah rumit yang melibatkan dunia visual makin lama makin teruk.

Sebab itu Muar secara prinsip menyokong undang-undang ini dan perlu ada tindakan yang tegas tetapi tindakan tegas itu tidak boleh hanya diambil ke atas satu ke dua penjenayah kecil ini kerana realitinya, kalau kita ingin keluarkan kualiti sebegini, rangkaian itu jauh lebih mendalam. It requires millions of investment, pelaburan berjumlah berjuta Ringgit untuk mengeluarkan scam, scam sebegini.

Dan again, data tidak akan menipu kita. Realitinya banyak tidak terkait di dalam Malaysia kerana mereka tahu alhamdulillah PDRM memang cepat bertindak tetapi banyak scam operation sini yang menggunakan ini banyak terletak di luar negara. Kita lihat di Cambodia, di Myanmar ataupun di segelintir tempat di Filipina.

Sebab itu, apabila jenayah siber ini sangat mendalam, kita tak boleh hanya lihat daripada pindaan akta pada hari ini tetapi tindakan yang lebih menyeluruh, kerjasama dengan rakan-rakan ASEAN kita supaya kita dapat banteras sebelum terlalu lambat. Itu yang pertama yang saya sokong, apa kerajaan ingin lakukan.

Beberapa kritikan membina daripada Muar. Pertama sekali, bila saya lihat bill ini, ada beberapa artikel yang saya rasa boleh menyebabkan overreach ataupun overkill. Saya beri contoh. Kita menyokong kalau ini melibatkan scam, AI, ugutan dan yang lain. Itu kita semua setuju. Tetapi ada juga contohnya beberapa isu kebebasan bersuara dan media yang boleh terkait dengan begitu buruk kalau kita tidak kawal penggunaan kuasa ini dengan baik.

Saya beri contoh. Kalau kita lihat negara-negara lain yang telah pun meminda ataupun telah memperkenalkan akta baru seperti apa yang kita ingin lakukan, ia perlu mendapatkan permit khas daripada pihak hakim ataupun mahkamah. Tetapi kalau kita lihat pindaan ini, permit itu, pertama ada yang tidak perlu diberikan langsung kalau ada syak-wasangka mungkin orang itu akan delete data daripada telefon pintarnya atau lebih teruk hanya perlu melalui pendakwa raya yang hari ini kita tahu pendakwa raya berada di bawah bidang kuasa kerajaan. Saya rumuskan, 30 saat.

Cadangan saya adalah untuk kita memastikan bahawa kuasa itu sama seperti piawaian antarabangsa terletak di institusi kehakiman ataupun untuk hakim luluskan. Yang kedua, kita juga ingin memastikan sambil kita tak nak orang bersembunyi di sebalik topeng digital untuk mengugut, untuk anak-anak kita terkesan tetapi pada masa yang sama, ada banyak whistleblower yang mungkin terkesan.

Mereka ingin menyampaikan maklumat dengan betul, telus, sahih dan tetapi pada masa yang sama kini tidak boleh lagi kerana mungkin akan ada overreach dan overkill dan akhirnya mereka tidak dapat sampaikan maklumat yang penting bagi masyarakat.

Sebab itu saya rasa dalam kita bahaskan bill ini, there must be a middle ground. Bawa kepada majlis― Malaysian Media Council (MMC), dengar pandangan pakar-pakar badan peguam supaya kita cari jalan tengah supaya kita dapat banteras scam dan pada masa yang sama, kita tidak hilangkan keupayaan kita untuk bersuara dengan bebas dan kritikal. Terima kasih.

draft12:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Muar. Saya jemput Yang Berhormat Putatan.

draft12:32 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Statistik insiden jenayah siber yang dicatatkan di negeri Sabah bagi tahun 2022 dan 2023 amat menggusarkan. Berdasarkan perangkaan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil IPK Sabah, daripada Januari hingga Ogos 2022 sebanyak RM46.12 juta kerugian akibat jenayah siber telah dilaporkan. Daripada angka tersebut, kerugian sebanyak RM16.9 juta telah dilaporkan bagi kes penipuan telefon atau phone scam.

Biarpun terdapat penurunan sekitar RM21 juta bagi angka keseluruhan kerugian bagi tempoh yang sama untuk tahun 2023, namun jenayah love scam dan penipuan pelaburan mencatatkan peningkatan berbanding tahun 2022. Peningkatan tersebut seolah-olah menggambarkan kepada umum bahawa rangkaian sindiket jenayah siber yang didalangi oleh pihak-pihak terbabit gagal atau lambat atau sukar untuk dikesan.

Keupayaan digital yang semakin kompleks saban tahun sudah tentu mendorong pelbagai bentuk manipulasi siber yang mengelirukan rakyat. Selain kaedah penyamaran identiti yang selama ini banyak memperdayakan mangsa yang naif, teknologi kecerdasan buatan atau AI juga telah menimbulkan skeptikal dalam kalangan rakyat dan dikhuatiri telah menjadi faktor senyap yang menyumbang kepada peningkatan perilaku jenayah siber untuk dua tahun kebelakangan ini.

draft12:38 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Berhubung dengan perkara tersebut, persoalan besar yang Putatan ingin bangkitkan ialah bagaimanakah status...

draft12:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Putatan. Putatan, boleh minta sikit, Putatan?

draft12:40 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Ya.

draft12:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ini masalah kalau kita tengok sekarang ini, dekat FB ini kadang-kadang ini― betullah, orang nak meniaga. Dia nak meniaga― betullah nak meniaga ini, Muar. Tambah macam Muar ini kan— selamat pengantin baru nanti kan. Yang masalah ini, nak meniaga barang-barang yang jadi keras, lembik, lembut apa semua, nak meniaga, meniagalah, Pasir Gudang. Tapi, jadi masalah ini kadang-kadang, dia selitkan sekali video-video lucah ini. Yang terbaru ini didedahkan macam mana Daddy Ash itu semua itu, kan. Jadi, saya ingat benda-benda macam inilah yang memang kita nak kena jaga, yang kita nak control...

draft12:40 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Okey, terima kasih.

draft12:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sebab boleh menjadikan khususnya golongan muda dalam negara kita ini terpengaruh dengan video-video macam itu.

draft12:40 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Terima kasih, Hulu Langat.

draft12:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kemudian, ada jugalah kalau kita tengok ini yang meniaga kan, contohnya alat-alat wanita ini apa semua kan, kadang-kadang dia promosikan itu kadang-kadang― minta maaf saya cakaplah, kadang-kadang tak sanggup kita nak tengok. Kadang-kadang macam tertengok pula kadang-kadang, Pasir Gudang.

draft12:40 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Okey.

draft12:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha, yang ini saya nak minta sedikit pandangan daripada Putatan. Terima kasih, Speaker.

draft12:40 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Hulu Langat boleh masukkan sebahagian daripada perbahasan saya. Terima kasih.

draft12:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kupaslah sikit, Putatan.

draft12:40 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Masa singkat. Berhubung dengan perkara tersebut, persoalan besar yang Putatan ingin bangkitkan ialah bagaimanakah penguatkuasaan Rang Undang-undang Keselamatan Siber 2026 kelak benar-benar dapat memperkasakan agensi-agensi penguat kuasa dalam mengendalikan aspek pemantauan serta pembanterasan.

Dengan kata lain, apakah elemen kepakaran pembanterasan yang akan diketengahkan menerusi penguatkuasaan Akta Keselamatan Siber 2026 ini dalam memastikan rangkaian aktiviti jenayah siber dapat disekat atau dipintas secara responsif? Lebih-lebih lagi transaksi penipuan dalam talian yang didalangi oleh pihak dari luar negara.

Sehubungan dengan itu, Putatan berpendirian bahawa jenayah siber yang berlaku pada hari ini perlu diperangi secara bersepadu dengan negara-negara luar.

Justeru, secara prinsipnya, Putatan menyambut baik pemeteraian Deklarasi Kazan, yang melibatkan jalinan kerjasama ASEAN-Rusia yang antaranya meliputi aspek keselamatan siber.

Deklarasi yang bersandarkan kepada komitmen terhadap Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tersebut diharapkan dapat menjadi teras serta tunjang penting kepada Malaysia untuk menyekat pembiakan jenayah siber berkomplikasi tinggi, terutamanya yang melibatkan pangkalan digital yang beroperasi secara global.

Kerjasama tersebut sejajar dengan aspirasi yang digarap menerusi pewujudan rang undang-undang ini yang menjadikan Konvensyen Terhadap Jenayah Siber Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu serta Konvensyen Mengenai Jenayah Siber Budapest sebagai sandaran.

Kedua-dua konvensyen tersebut merupakan instrumen penting kepada Kerajaan Perpaduan dalam memperincikan setiap mekanisme penguatkuasaan yang berkesan untuk memerangi rangkaian jenayah siber antarabangsa seiring dengan arus pemodenan teknologi yang semakin kompleks.

Oleh sebab itu, aspek penguatkuasaan yang digariskan dalam fasal 27 rang undang-undang ini perlu dilaksanakan dengan cekap agar agensi penyiasatan yang terlibat dapat melaksanakan crime tracing atau penjejakan jenayah yang boleh mendedahkan dalang sebenar yang mungkin beroperasi secara proksi dari luar negara.

Misalnya, penyitaan berwaran yang digariskan dalam fasal 28 berupaya mengesan red flags yang boleh membawa kepada pengenalpastian sejarah transaksi jenayah siber yang boleh menjadi bukti sandaran kepada kerjasama pembanterasan yang melibatkan agensi-agensi penguat kuasa jenayah siber dari negara-negara luar.

Sekian sahaja. Putatan mohon menyokong.

draft12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Putatan. Saya jemput Yang Berhormat Kepala Batas.

draft12:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua di atas ruang yang diberikan.

Puan Yang di-Pertua, Islam melihat keselamatan bukan sekadar dari sudut fizikal, tapi juga keselamatan harta, maruah dan masyarakat. Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nisa’ ayat 58 yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya; dan apabila kamu menghukum antara manusia, hendaklah kamu menghukum dengan adil”. Ayat ini menjadi asas kepada tadbir urus digital yang berintegriti. Data rakyat ialah amanah, identiti digital ialah amanah, kuasa yang diberikan kepada kerajaan juga ialah amanah.

Jenayah siber hari ini dilihat adalah manifestasi al-fasad dalam bentuk baharu, merosakkan harta, maruah, ketenteraman awam dan keyakinan masyarakat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak boleh melakukan mudarat dan tidak boleh membalas mudarat dengan kemudaratan”. Maka, tugas kita ialah menutup pintu kemudaratan tanpa membuka pintu kezaliman.

Puan Yang di-Pertua, pertama, keselamatan negara tidak boleh dipisahkan daripada kebebasan dan akauntabiliti. Umum sedar bahawa ancaman buli siber boleh dilakukan dengan mudah dalam era masa ini. Bukti boleh dimanipulasi dan kesan visual boleh dibuat dengan kadar segera bagi membina persepsi terhadap pihak ataupun individu yang disasarkan.

Kepala Batas memahami keperluan memberikan kuasa penyiasatan yang lebih luas kepada pihak berkuasa, memandangkan jenayah siber masa ini sedang bergerak pantas. Bukti digital mudah dimanipulasi dan pelaku pula merentasi sempadan. Dunia berada di hujung jari dan segalanya boleh berubah dengan hanya satu klik.

RUU ini memperuntukkan kuasa untuk mengakses sistem komputer, mendapatkan data, memelihara data, mengumpul data trafik masa nyata dan dalam keadaan tertentu, memintas kandungan komunikasi bagi tujuan penyiasatan. Maka, tanggungjawab mengawal dan membendung sangat besar dalam melaksanakan proses semak dan imbang.

Keselamatan dan kebebasan merupakan dua nilai yang mesti bergerak seiring. Maka, Kepala Batas ingin tahu, apakah bentuk pengawasan institusi yang akan memastikan kuasa-kuasa ini digunakan secara berkadar, telus dan bertanggungjawab? Adakah terdapat audit bebas ataupun jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang boleh menilai keberkesanan serta pematuhan terhadap prinsip hak asasi dan kedaulatan undang-undang?

Yang kedua, evolusi kecerdasan buatan. Hari ini kita berdepan dengan pelbagai aplikasi mampu mencipta dan mengubah persepsi masyarakat terhadap sesuatu perkara. Hari ini, semua perkara kita nak menggunakan ChatGPT ataupun Deepfakes. Esok kita berdepan dengan ejen AI autonomi yang mampu menjalankan serangan siber secara berkala tanpa campur tangan manusia.

Cabaran dari sudut perundangan ialah undang-undang tidak boleh sentiasa berada selangkah di belakang teknologi. Kepala Batas ingin tahu, adakah terdapat satu agensi penguatkuasaan dalam menangani isu berkaitan bukti forensik kecerdasan buatan (AI)? Dan jika belum, Kepala Batas mohon mencadangkan kerajaan menubuhkan pusat forensik AI nasional yang menghimpunkan pakar daripada universiti, industri dan agensi penguat kuasa bagi membangunkan keupayaan tempatan dalam pengesanan kandungan palsu, analisis bukti digital dan penyelidikan ancaman AI.

Negara harus memberi kepercayaan kepada bakat dan kepakaran anak Malaysia dalam membina dan menuju negara maju, terutamanya dalam kalangan anak muda. Jika kita hanya bergantung kepada teknologi asing untuk mengesan jenayah siber, maka kita sedang membina keselamatan negara di atas kebergantungan kepada pihak luar.

Yang ketiga, fasal 24. Kepala Batas ingin menyentuh fasal ini yang berkaitan dengan kesalahan menyebarkan imej intim tanpa kebenaran. Penyebaran imej intim bukan sekadar satu kesalahan jenayah, malah boleh menghancurkan sesebuah komuniti secara langsung ataupun tidak.

Beberapa hari yang lalu, Dewan yang mulia ini membahaskan RUU kesalahan gangguan seksual terhadap anak-anak. Antara isi perbahasan tersebut, Kepala Batas dan rakan-rakan yang lain menyentuh tentang eksploitasi ke atas kanak-kanak dan kesan trauma terhadap mangsa.

Justeru, Kepala Batas berpandangan bahawa kedua-dua RUU ini boleh saling melengkapi dalam memperkasakan peruntukan undang-undang yang sedia ada ke atas pelaku ataupun pesalah. Kepala Batas mohon agar hukuman maksimum lima tahun penjara ataupun denda sehingga RM300,000 dapat dinilai dan dipertimbangkan semula agar nilai yang lebih tinggi dapat dikenakan ke atas pelaku.

Seterusnya, Malaysia wajar menjadi pengeluar kepakaran, bukan sekadar pengguna teknologi. Negara yang benar-benar berdaulat dalam dunia digital ialah negara yang memiliki kepakaran sendiri. Justeru, Kepala Batas mencadangkan penubuhan cyber reserve force yang menghimpunkan pakar keselamatan siber daripada pelbagai sektor.

Biasiswa nasional dalam bidang keselamatan siber, forensik digital dan juga AI; geran penyelidik strategik kepada universiti untuk membangunkan teknologi keselamatan siber tempatan; latihan khusus kepada hakim, pendakwa raya, pegawai penyiasat dalam pengendalian bukti digital dan juga AI; memperkenalkan dasar literasi keselamatan siber kebangsaan sebagai panduan; dan mewujudkan ekosistem budaya digital beretika.

Puan Yang di-Pertua, akhirnya, kekuatan sesebuah negara tidak hanya diukur pada kecanggihan teknologi, tetapi pada kebijaksanaan pentadbiran, kekuatan undang-undang, keutuhan institusi dan paling utama ialah akhlak pemimpin dan rakyatnya. Kepala Batas percaya dengan penuh amanah dan integriti, negara ini dapat berkembang secara positif dan sejahtera. Maka, mewakili Parlimen Kepala Batas, Kepala Batas menyokong.

Sekian, terima kasih.

draft12:44 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Kepala Batas. Saya jemput Yang Berhormat Bentong.

draft12:44 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih di atas peluang perbahasan ini.

Saya bangkit hari ini bukan sekadar sebagai wakil rakyat, tetapi sebagai suara kepada jutaan rakyat Malaysia di luar sana― makcik kampung, anak-anak muda di universiti dan para peniaga kecil― yang saban hari hidup dalam kegusaran.

draft12:49 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Hari ini ancaman terbesar kepada keselamatan rakyat kita bukan lagi sekadar penjenayah yang memecah masuk ke dalam rumah kita. Tetapi penjenayah yang– tetapi penjenayah digital yang menyelinap masuk melalui skrin telefon bimbit, mencuri simpanan seumur hidup dan merobek maruah serta emosi mangsa-mangsa mereka. Oleh itu, dengan penuh ketegasan dan tanpa sebarang kompromi, saya sangat menyokong penuh pembentangan Rang Undang-undang Jenayah Siber 2026 ini.

Puan Yang di-Pertua, kita perlu berpijak di bumi yang nyata. Modus operandi jenayah siber hari ini bukan lagi isu terpencil. Ia sudah menjadi sebuah pandemik digital yang kian meruncing. Lihat sahaja evolusi ancaman yang kita hadapi. Online scams, frauds, dengan izin dan penipuan kewangan kini menggunakan taktik scoop, speed and scale. Dalam sekelip mata, beribu Ringgit duit simpanan warga emas atau KWSP rakyat hangus digodam.

Kita kini berhadapan dengan taktik kotor seperti deepfake. Di bawah fasal 23, di mana audio dan visual dimanipulasi secara palsu untuk menjatuhkan reputasi atau memudah cara jenayah. Saya juga merupakan salah seorang mangsa yang selalu dieksploitasi menggunakan deepfake ini. Pelbagai video, gambar, audio yang tak senonoh, semuanya telah disebarkan tanpa rasa bersalah dan ini adalah saya yang cakna dan mempunyai akses kepada badan berwajib. Bagaimana mereka— orang di luar sana yang susah ataupun malu untuk ke hadapan.

Jadi Puan Yang di-Pertua, rakyat dalam kemurungan. Penyebaran imej intim tanpa keizinan di bawah fasal 24 ini adalah isu maruah. Selama ini, negara kita tidak mempunyai undang-undang khusus untuk menangani isu ini secara tuntas sehingga memaksa pendakwaan berdasarkan undang-undang serpihan seperti Kanun Keseksaan atau Akta 588. Akibatnya, mangsa trauma, malah ada yang mengambil jalan singkat, meragut nyawa sendiri akibat depression, dengan izin.

Kita tidak boleh lagi bergantung kepada Akta Jenayah Komputer 1997 yang sudah berusia hampir lebih tiga dekad. Teknologi tahun 1997 ini tidak sama dengan realiti tahun 2026. Pemansuhan Akta 563 dan penggantiannya dengan RUU baharu ini adalah satu kewajipan yang mendesak.

Puan Yang di-Pertua, rakyat di luar sana bertanya kepada saya, “YB, apa manfaat undang-undang baharu ini kepada kami?” Dan jawapannya jelas, RUU ini digubal demi memulangkan semula rasa selamat kepada rakyat. Angka tidak pernah menipu. Berdasarkan data Kementerian Dalam Negeri baru-baru ini, nilai kerugian akibat jenayah penipuan dalam talian peringkat nasional telah melonjak dan ia amat menakutkan.

Daripada 1.57 bilion pada tahun 2024, melonjak dua kali ganda, hampir kepada tiga bilion pada tahun 2025. Malah, bagi tempoh lima bulan pertama 2026 sahaja, rakyat sudah kerugian RM830 juta. Ini bukan sekadar nombor di atas kertas tetapi ini adalah duit simpanan hari tua rakyat yang dirompak siang hari.

Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin mempunyai beberapa persoalan berkaitan RUU ini. Pertama, di bawah fasal 24 dan fasal 51. Sejauh mana agensi penguat kuasa seperti NACSA dan MCMC boleh bertindak pantas mengarahkan platform provider seperti Meta, TikTok, Telegram untuk menurunkan atau take down, dengan izin, kandungan intim ataupun akaun palsu deepfake dengan serta-merta bagi meminimumkan trauma mangsa? Apakah ada tempoh KPI yang telah ditetapkan?

draft12:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Rara, bagi sikit boleh, Ra?

Eh, Rara pula. Bentong, boleh bagi sikit, Bentong?

draft12:50 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Boleh Hulu Langat, cepat.

draft12:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tadi saya dengar Kepala Batas, dia sebut soal berkaitan nak jadi pemimpin ini kena integriti, kena ada maruah, kena ada jati diri. Tapi saya nak ingatkan juga, maksudnya jangan fitnah. Fitnah ini pun tak boleh juga. Bila fitnah Lim Kit Siang ini sepupu dengan Chin Peng. Ha, yang ini saya nak ingatkan kepada Rara ni— kepada Bentong ni, dalam ceramah di Johor ni, jangan fitnah. Ha, ingat tu Rara. Terima kasih Speaker.

draft12:50 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih Hulu Langat di atas nasihat. Semua betul, jangan fitnah sehingga kalah saman dan sebagainya.

Puan Yang di-Pertua, keduanya, RUU ini fokus kepada hukuman penjenayah tetapi bagaimana pula dengan mangsa? Apakah komitmen kerajaan untuk menyediakan satu ekosistem sokongan psikologi dan bantuan perundangan yang mesra mangsa, terutamanya bagi mangsa wanita dan kanak-kanak yang mengalami kemurungan melampau.

Dan yang ketiga, memandangkan fasal 2 menyentuh aspek luar wilayah, bagaimanakah mekanisme, kerjasama, ekstradisi dan perundangan bersama iaitu mutual legal assistance akan diperkemas bagi memastikan penjenayah di luar negara benar-benar dibawa ke muka pengadilan kita?

Yang terakhir Puan Yang di-Pertua, sudah tiba masanya kita meletakkan titik noktah kepada keberanian penjenayah siber yang selama ini merasakan diri mereka kebal. Komitmen Kerajaan MADANI melalui pengukuhan kerjasama strategik antara NACSA, PDRM dan MCMC wajar dipuji. Namun, persoalan dan cadangan ini penting demi perlindungan menyeluruh. Dengan ini, Bentong menyokong RUU ini. Sekian, terima kasih.

draft12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Saya jemput Yang Berhormat Kinabatangan.

draft12:50 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Terima kasih Puan Yang di-Pertua di atas peluang ini yang diberikan untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Jenayah Siber 2026. Pada prinsipnya, saya menyokong penggubalan rang undang-undang ini kerana Akta Jenayah Komputer 1997 tidak lagi mencukupi untuk menangani landskap jenayah siber yang telah berubah secara ketara. Adik saya sendiri seminggu yang lalu, menjadi mangsa yang terbaru dengan kerugian bernilai RM2,300.

Puan Yang di-Pertua, keperluan menggubal RUU ini disokong oleh data semasa. Berdasarkan statistik PDRM melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, sebanyak 66,204 kes jenayah siber direkodkan pada tahun 2025 berbanding 35,368 kes pada tahun 2024 iaitu peningkatan sebanyak 87 peratus. Jumlah kerugian pula meningkat daripada RM1.57 bilion kepada RM2.97 bilion iaitu peningkatan sebanyak 86 peratus. Daripada jumlah tersebut, penipuan panggilan telefon merekodkan 28,388 kes, manakala penipuan pelaburan tidak wujud mencatatkan kerugian tertinggi sebanyak RM1.47 bilion.

Laporan MyCERT menunjukkan bahawa 78 peratus insiden siber melibatkan serangan phishing, manakala Kaspersky Security Network mengesan 18.8 juta cubaan serangan web dan malware di Malaysia sepanjang tahun 2025. Statistik ini menunjukkan bahawa jenayah siber telah menjadi ancaman kepada keselamatan awam, ekonomi negara dan keyakinan rakyat terhadap ekosistem digital. Justeru, penggubalan RUU ini adalah sangat tepat pada masanya.

Puan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan peruntukan yang memperkenalkan kesalahan berkaitan kandungan yang dijana menggunakan kecerdasan buatan ataupun deepfake dan penyebaran imej intim tanpa kebenaran.

Namun demikian, saya mendapatkan penjelasan Menteri sama ada skop peruntukan tersebut turut meliputi voice cloning atau klon suara berasaskan AI.

Teknologi ini digunakan untuk menyamar sebagai ahli keluarga, pegawai bank dan pengurusan syarikat bagi memperdaya mangsa melakukan pemindahan wang serta mendapatkan maklumat sulit. Saya berpandangan bahawa takrifan berkaitan kandungan yang dimanipulasi perlu diperluaskan supaya turut meliputi penyalahgunaan identiti biometrik suara bagi tujuan jenayah.

Puan Yang di-Pertua, hakikatnya sebahagian besar sindiket penipuan yang menyasarkan rakyat Malaysia beroperasi dari luar negara. Bukti digital boleh dipadam atau dipindahkan dalam tempoh yang sangat-sangat singkat. Saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan mengenai langkah untuk mempercepatkan proses mutual legal assistance serta kerjasama penguatkuasaan antarabangsa.

Saya juga mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan mekanisme pemeliharaan atau pembekuan sementara data digital rentas sempadan sementara proses MLA disempurnakan.

Puan Yang di-Pertua, saya mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan kanun tatacara forensik digital atau garis panduan yang seragam bagi mengawal selia proses penyitaan, pengklonan data, pengimejan forensik dan rantaian pemilikan fakta bukti digital. Langkah ini penting bagi memastikan bukti digital mempunyai integriti dan kebolehterimaan yang tinggi di mahkamah.

Puan Yang di-Pertua, RUU ini memperuntukkan kuasa pemeliharaan data komputer, pengumpulan data trafik masa nyata dan pemintasan data kandungan.

Saya memahami keperluan kuasa tersebut bagi tujuan siasatan. Namun, kerajaan perlu menjelaskan mekanisme semak dan imbang yang akan digunakan iaitu adakah kuasa pemintasan kandungan komunikasi memerlukan waran mahkamah? Apakah bentuk pengawasan kehakiman yang akan dilaksanakan? Perkara ini penting bagi memastikan keseimbangan antara keberkesanan penguatkuasaan dan perlindungan hak privasi rakyat.

Puan Yang di-Pertua, RUU ini mengenakan tanggungjawab kepada penyedia perkhidmatan digital untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mengelakkan platform mereka digunakan untuk jenayah siber. Saya mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan mekanisme safe harbor kepada penyedia perkhidmatan yang bertindak dengan niat baik dan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa. Pendekatan ini akan menggalakkan kerjasama yang lebih erat antara industri dan agensi penguat kuasa tanpa menjejaskan objektif RUU ini.

Puan Yang di-Pertua, pelaksanaan RUU ini memerlukan kapasiti institusi yang mencukupi. Kerajaan perlu meningkatkan bilangan penyiasat jenayah siber, pakar forensik digital dan tenaga mahir keselamatan siber dalam PDRM, NACSA, SKMM serta agensi berkaitan. Saya juga mohon kementerian agar memberikan data, berapa banyak telah kes penipuan ini dapat diselesaikan dan berapa banyak jumlah wang yang telah dapat dikembalikan. Undang-undang yang baik perlu disokong oleh keupayaan penguatkuasaan, latihan dan pembangunan kepakaran yang setanding.

Puan Yang di-Pertua, mengakhiri ucapan, Kinabatangan mohon menyokong.

Sekian, terima kasih.

draft12:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menangguhkan Mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.

draft12:55 PM

[Dewan ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Kuala Terengganu.

draft2:30 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum, salam sejahtera, terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Puan Yang di-Pertua, jenayah siber hari ini tidak lagi terhad kepada penggodaman, tetapi turut melibatkan penipuan kewangan, kecurian data, pemerasan digital serta penyalahgunaan teknologi AI. Berdasarkan data daripada NACSA pada tahun 2025, lebih 70,000 kes jenayah siber direkodkan di Malaysia.

Keadaan ini memberi kesan langsung kepada keyakinan rakyat, apatah lagi kita sedang memacu kebergantungan kepada platform digital seperti perbankan dalam talian, e-wallet dan pelaksanaan MyDigital ID. Perlindungan siber menjadi semakin kritikal. Justeru saya melihat RUU ini sebagai langkah yang tepat dan perlu.

Namun beberapa perkara masih memerlukan penjelasan lanjut bagi memastikan matlamatnya benar-benar tercapai.

Fasal 2, pemakaian luar wilayah. Puan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan peruntukan di bawah fasal 2 yang memperuntukkan pemakaian luar wilayah.

Penguatkuasaan rentas sempadan ini amat kritikal memandangkan majoriti sindiket scam operasi phishing dan pemerasan digital ini didalangi oleh dalang yang bersembunyi di luar negara, namun persoalannya sejauh manakah keberkesanan penguatkuasaan luar wilayah ini sekiranya pelaku didapati berada di negara-negara yang langsung tidak mempunyai perjanjian ekstradisi atau kerjasama undang- undang dengan Malaysia.

Seterusnya, apakah komitmen komprehensif kerajaan buat mana ini di peringkat multilateral khususnya bersama rakan ASEAN dalam memperluaskan jalinan kerjasama penguasaan terhadap jenayah siber rentas negara.

Fasal 23 dan fasal 24, deepfake dan penyebaran imej intim. Tuan Yang di- Pertua, saya menyambut baik peruntukan berkaitan kandungan yang dijana atau dimanipulasi menggunakan sistem komputer serta penyebaran imej intim. Ancaman deepfake hari ini bukan lagi isu teori. Teknologi AI mampu menghasilkan video, imej dan suara yang hampir mustahil dibezakan daripada kandungan yang sebenar.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya Puan Yang di-Pertua. Tetapi ini bukan pasal imej intimlah.

[Ketawa] Saya sudah terkena. Rakan saya tunjuk kepada saya video TikTok. Tajuk atas nama TikTok nama saya, tetapi dalam itu video saya berucap. Cuma mungkin teknologi sekarang ini belum cukup sempurna, lain. Suara itu lain sedikit, tetapi dekat-dekat macam ada. Dalam video itu saya bercakap seolah- olah kalau ada sesiapa yang ada masalah kewangan mari jumpa saya, saya boleh selesaikan semua masalah dan saya tengok mendapat sambutan, beribu.

Jadi, ini adalah sesuatu yang dikhuatiri pada masa akan datang teknologi ini akan berkembang maju daripada imej yang tidak sempurna ini, ia akan jadi lebih sempurna sehingga orang tidak dapat hendak bezakan antara mana yang betul, antara mana yang salah. Bayangkan kalau rakyat percaya kemudian dapati bahawa ini adalah tidak betul, ia akan memberi kesan yang besar bagaimana teknologi ini digunakan untuk penipuan kewangan, fitnah.

Bagi orang politik ia boleh jadi satu manipulasi politik dan pemerasan terhadap individu. Macam tadi saya kata siapa ada masalah mari jumpa saya dan sebagainya, saya ini hendak minta peruntukan daripada kerajaan, tiba-tiba saya pula hendak tawar bantuan kewangan. Susahlah saya hendak minta peruntukan.

Saya ingin mendapatkan penjelasan, sama ada definisi dan skop kesalahan di bawah fasal 23 mencakupi platform komunikasi berskala besar atau aplikasi pemesejan tertutup encrypted messaging apps yang sering menjadi lubang persembunyian penjenayah.

Selain itu, sejauh manakah tahap kesiapsiagaan agensi penguat kuasa bersama PDRM, NACSA dan MCMC dari segi pemilikan teknologi forensik AI (AI detection tools) serta latihan kepakaran pegawai. Ini penting kerana tanpa instrumen pengesanan yang canggih, undang-undang yang baik ini mungkin sukar dikuatkuasakan dengan berkesan di mahkamah.

Fasal 40 dan fasal 50, pengumpulan data trafik masih nyata dan sistem maklumat bersepadu. Tuan Yang di-Pertua, saya melihat fasal 40 dan fasal 50 sebagai antara peruntukan yang paling strategik dalam keseluruhan RUU ini. Dalam mendepani jenayah scam, masa adalah segala-galanya. Keupayaan agensi untuk bertindak dalam tempoh masa kritikal atau golden hour menentukan sama ada wang mangsa dapat diselamatkan atau lebur ke luar negara.

Oleh itu, saya ingin mengetahui bagaimana peruntukan ini akan diintegrasikan secara teknikal dengan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC), bank-bank komersial dan syarikat telekomunikasi. Adakah sistem bersepadu yang bakal dibina ini berupaya mengesan pergerakan akaun keldai (mule accounts) secara kecerdasan buatan masa nyata.

Akhir sekali memandangkan kuasa pengumpulan data trafik masa nyata ini amat luas, apakah jaminan dan bentuk tadbir urus yang disediakan bagi memastikan hak privasi data, pengguna domestik yang sah terlindung sekali gus mengelakkan sebarang ruang salah guna kuasa atau kebocoran data sekunder.

Kita memerlukan mekanisme check and balance yang jelas seperti keperluan waran kehakiman atau audit pematuhan bebas bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa mahupun risiko kebocoran data sekunder. Perlindungan data peribadi bukan sekadar perkara teknikal, ia adalah hak asasi yang mesti dijamin di bawah RUU ini. Sekian, Yang di-Pertua.

draft2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Pilah.

draft2:32 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Puan Yang di-Pertua, pendigitalan telah mengubah cara hidup rakyat bekerja, berurus niaga dan mendapatkan perkhidmatan. Namun di sebalik segala kemudahan tersebut, ruang siber turut menjadi medan baru kepada penjenayah yang semakin kompleks dan sukar dikesan.

Dalam tempoh hanya tiga tahun, kes penipuan melalui panggilan telefon dan medium komunikasi lain meningkat daripada sekitar 7,700 kes pada 2022 kepada lebih 31,000 kes pada tahun 2025. Angka ini menunjukkan bahawa ancaman jenayah siber berkembang jauh lebih pantas daripada keupayaan kita menanganinya.

Puan Yang di-Pertua, lebih membimbangkan ketika negara sedang mempercepatkan agenda pendigitalan, penjenayah juga sedang mempercepatkan inovasi mereka. Persoalannya adakah kerangka perundangan negara mampu berkembang sepantas ancaman yang sentiasa berubah. Pada hemat Kuala Pilah, matlamat utama ini bukan sekadar menghukum penjenayah siber, tetapi membina sebuah ekosistem digital yang diyakini selamat oleh rakyat.

draft2:39 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Dalam era ekonomi digital, kepercayaan bukan lagi sekadar nilai sosial tetapi menjadi asas kepada pertumbuhan ekonomi dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kerajaan. Justeru, Kuala Pilah ingin memberi tumpuan kepada tiga perkara yang akan menentukan sama ada akta ini benar-benar mampu mencapai matlamat tersebut.

Yang pertamanya, penguasaan mesti mendahului penjenayah. Puan Yang di-Pertua, apa yang kita hadapi hari ini, bukan lagi penjenayah yang menggunakan komputer, tetapi penjenayah yang menjadikan teknologi sebagai senjata. Jika dahulu penjenayah perlu mahir menggunakan teknologi, hari ini teknologi pula memudahkan sesiapa sahaja menjadi penjenayah.

Mereka yang menggunakan pelbagai taktik seperti phishing untuk memperdaya mangsa mendapatkan maklumat sulit, deepfake untuk menghasilkan kandungan palsu yang meyakinkan, serta perisian hasad untuk menceroboh sistem dan mencuri data.

Persoalannya, adakah keupayaan penyiasatan negara berkembang sepantas ancaman ini? Kuala Pilah berpandangan, pelaburan terbesar selepas akta ini diluluskan, bukanlah kepada hukuman yang lebih berat semata-mata, tetapi kepada pembinaan keupayaan negara. Kita memerlukan lebih ramai pakar forensik digital, penyiasat siber yang berkemahiran tinggi, pendakwa raya yang mahir mengendalikan bukti elektronik, serta pelaburan berterusan dalam teknologi forensik digital. Tanpa keupayaan tersebut, undang-undang yang baik sekalipun akan berdepan kesukaran untuk mencapai matlamatnya.

Dalam konteks ini, Kuala Pilah berharap jawatankuasa memerangi jenayah siber yang akan diwujudkan melalui bahagian dua rang undang-undang ini, benar- benar berfungsi sebagai badan penyelaras strategik yang mampu memperkukuh kerjasama antara agensi dan bukan sekadar menjadi platform penyelarasan di atas kertas.

Sehubungan dengan itu, Kuala Pilah ingin bertanya kepada Menteri, apakah pelan kerajaan untuk memperkukuh kapasiti penguasaan jenayah siber negara?

Lebih penting, apakah indikator utama yang akan digunakan oleh kerajaan untuk mengukur keberkesanan pelaksanaan akta ini dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang? Adakah melalui kadar penyelesaian kes, tempoh penyiasatan, kadar pendakwaan, pengurangan jumlah mangsa atau petunjuk prestasi yang lain?

Puan Yang di-Pertua, undang-undang mesti bersedia menghadapi era kecerdasan buatan. Merujuk kepada fasal 23 yang memperuntukkan kesalahan berkaitan kandungan yang dijana, atau di manipulasi menggunakan sistem komputer, Kuala Pilah menyambut baik langkah kerajaan mengambil kira ancaman teknologi baharu dalam rang undang-undang ini. Namun, perkembangan kecerdasan buatan (artificial intelligence) dengan izin, berlaku jauh lebih pantas daripada proses menggubal undang-undang.

Hari ini, AI bukan saja mampu menghasilkan gambar palsu, malah boleh meniru suara ahli keluarga, menghasilkan video yang sukar dibezakan daripada rakaman sebenar dan membina laman sesawang palsu yang hampir menyerupai laman rasmi. Hakikatnya, kecerdasan buatan telah menjadikan jenayah siber lebih murah untuk dilakukan. Lebih pantas dilaksanakan dan lebih sukar dikesan. Undang- undang yang baik bukan sahaja perlu bertindak balas terhadap ancaman hari ini, malah mesti cukup anjal untuk menghadapi ancaman yang belum wujud pada hari ini.

Kuala Pilah ingin bertanya kepada Menteri, adakah kerajaan bercadang mewujudkan mekanisme semakan berkala terhadap akta ini? Supaya ia sentiasa relevan dengan perkembangan teknologi, khususnya kecerdasan buatan dan tidak sekali lagi menjadi usang apabila berdepan bentuk-bentuk jenayah baharu pada masa hadapan.

Puan Yang di-Pertua, identiti digital asas kepercayaan rakyat. Kuala Pilah juga ingin menyentuh satu lagi perkara yang amat penting iaitu perlindungan terhadap Perkhidmatan Identiti Digital Negara. Merujuk kepada Bahagian V, khususnya fasal 19 dan fasal 20 yang memperuntukkan kesalahan berkaitan Perkhidmatan Identiti Digital Negara.

Kuala Pilah melihat peruntukan ini sebagai antara pembaharuan yang paling signifikan dalam RUU ini. Pada masa hadapan, Identiti Digital Negara akan menjadi pintu masuk utama kepada pelbagai urusan rakyat dengan kerajaan dan sektor swasta daripada urusan perbankan, percukaian, kesihatan hinggalah kepada pendidikan, semuanya mungkin bergantung kepada satu identiti digital yang dipercayai.

Apabila identiti digital disalahgunakan atau di kompromi, risikonya bukan sekadar kehilangan wang, tetapi juga penyalahgunaan data peribadi, kecurian identiti dan yang paling membimbangkan ialah hilangnya keyakinan rakyat terhadap agenda pendigitalan negara. Kita mungkin berjaya membina sistem identiti digital yang paling canggih, namun jika rakyat tidak yakin bahawa identiti mereka benar- benar dilindungi, teknologi tersebut tidak akan mencapai potensi sepenuhnya.

Dalam pada masa yang sama, RUU ini turut membawa satu mesej penting, bahawa keselamatan siber bukan hanya tanggungjawab kerajaan, ia juga merupakan tanggungjawab setiap pengguna. Sehebat mana teknologi yang dibangunkan, ia tetap boleh digagalkan, jika pengguna sendiri cuai atau sewenang- wenangnya berkongsi data laluan, serta maklumat pengesahan identiti digital mereka. Oleh itu, budaya keselamatan siber perlu dibina seiring dengan pembangunan teknologi.

Kuala Pilah ingin bertanya kepada Menteri, apakah strategi kerajaan untuk memastikan Perkhidmatan Identiti Digital Negara menjadi platform yang benar-benar diyakini?

draft2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft2:40 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Puan Yang di-Pertua, Kuala Pilah percaya, RUU ini merupakan satu langkah yang tepat dan amat diperlukan, namun kejayaannya bukan akan diukur berdasarkan jumlah hukuman yang akan diperuntukkan, tetapi sejauh manakah ia benar-benar mampu melindungi rakyat daripada ancaman jenayah siber?

Dengan itu, Kuala Pilah menyokong Rang Udang-undang Jenayah Siber 2026 ini. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah. Saya jemput Yang Berhormat Rompin.

draft2:40 PM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di- Pertua, yang memberi peluang kepada Rompin untuk membahaskan Rang Udang- undang Jenayah Siber 2026 ini.

Puan Yang di-Pertua, gajet dan telefon pintar bukan lagi sekadar alat perhubungan, tapi sudah menjadi sebahagian daripada nyawa dan periuk nasi rakyat kita. Namun, dalam kita ghairah mengejar kecanggihan digital, ruang siber kita telah menjadi medan perang yang sangat ganas untuk rakyat marhaen. Hari-hari kalau kita buka TikTok, buka Facebook, kita disajikan dengan berita kehilangan duit simpanan, anak muda marhaen dimalukan dan sistem data negara digodam.

Undang-undang lama, Akta Jenayah Komputer 1997 sudah terlalu usang, berusia hampir 30 tahun dan wajib dimansuhkan. Penjenayah siber sekarang, dia tak pakai komputer atas meja lagi, mereka menggunakan AI, pakai algoritma canggih di hujung jari. Oleh itu, Rompin ingin mengetengahkan beberapa fasal utama yang sangat dekat di hati rakyat.

Tahunya fasal 17, fraud berkaitan komputer, isu scam duit simpanan. Puan Yang di-Pertua, fasal ini memperuntukkan denda sehingga RM1 juta dan penjara 10 tahun bagi penjenayah fraud ini sangat penting. Kita lihat bagaimana taktik scammer yang viral sekarang, yang menghantar pautan, phishing link sebagai contoh, e- dompet MADANI. Sebaik saja mangsa klik, licin duit simpanan KWSP dan bank mereka dipindahkan dalam sekelip mata.

Puan Yang di-Pertua, hukuman RM1 juta ini bagus, namun saya mohon kerajaan untuk mewujudkan peruntukan mandatori untuk pemulangan semula wang mangsa restitusi melalui pembekuan akaun keldai, mule account secara automatik oleh pihak bank. Bukan sekadar menghukum pesalah penjara, manakala wang rakyat hilang begitu saja.

Seterusnya, fasal 22. Fasal ini menjadikan perbuatan mencuri, menyimpan atau menggunakan maklumat identiti orang lain secara izin sebagai satu kesalahan jenayah. Berlaku trend di mana penjenayah mencipta akaun Facebook dan WhatsApp palsu menggunakan gambar profil termasuk tokoh agama, wakil rakyat Bangi, malahan gambar artis terkenal. Kemudian mengutip derma palsu seperti Kuala Terengganu tadi, atau menawarkan pelaburan tipu kepada orang pencen.

Rompin mendesak agar ditubuhkan sistem pengecaman wajah kebangsaan, yang disepadukan terus dengan SKMM, supaya mana-mana akaun media sosial palsu yang menggunakan identiti orang lain untuk tujuan fraud, boleh dipadamkan secara automatik dalam masa kurang daripada dua jam.

Seterusnya, saya pergi kepada fasal 24 iaitu penyebaran imej intim, isu deepfake AI. Fasal ini menyasarkan penjenayah yang menyebarkan imej atau video intim termasuk yang dijana atau di manipulasi menggunakan kecerdasan buatan AI atau deepfake.

Baru-baru ini, viral di media sosial, gambar dan video wajah penuntut universiti tempatan serta pempengaruh, influencer wanita telah disalahgunakan.

Wajah mereka ditempel pada badan orang lain menggunakan teknologi AI deepfake untuk dijadikan kandungan lucah. Ini merosakkan maruah dan mental anak bangsa.

Fasal ini menghukum pengguna yang membocor— Ini saya salah ini.

Hukuman denda RM300,000 atau penjara lima tahun ini, perlu dinaikkan.

Rompin mencadangkan pesalah deepfake lucah ini, dikenakan hukuman sebatan mandatori kerana impak kemudaratan psikologi kepada mangsa adalah trauma seumur hidup. Kadang-kadang ada di luar negara, sampai yang membunuh diri, Puan Yang di-Pertua.

draft2:45 PM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Seterusnya fasal keempat iaitu fasal 25. Hukuman dinaikkan untuk serangan infrastruktur kritikal negara. Fasal ini memperuntukkan hukuman yang sangat berat sehingga denda RM2 juta atau penjara sehingga 40 tahun jika serangan siber menyebabkan kehilangan nyawa atau menjejaskan infrastruktur kritikal negara.

Hari ini, kita digemparkan dengan berita virus serangan perisian tebusan

(ransomware) berskala besar yang melumpuhkan sistem pengurusan rekod hospital awam dan sistem imigresen di pintu masuk negara sehingga menyebabkan gangguan operasi yang kritikal.

Rompin menyokong sepenuhnya fasal ini. Isu keselamatan negara tiada kompromi. Hukuman denda RM300,000...

draft2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft2:50 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Sebagai pengakhirannya, Puan Yang di-Pertua, Rompin menyokong pindaan RUU Siber 2026. Terima kasih.

draft2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Rompin. Saya jemput Yang Berhormat Sipitang.

draft2:50 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh* dan salam sejahtera. Pertama sekali, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Sipitang turut serta membahas Rang Undang-undang Jenayah Siber yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

Bagi kita dalam mengharungi derasnya arus pendigitalan, negara perlu memerlukan sebuah benteng undang-undang yang bukan sahaja kukuh menahan gelombang ancaman tetapi juga bijaksana memelihara hak rakyat. Kemajuan teknologi adalah cahaya yang menerangi masa depan. Namun, tanpa peraturan yang jelas, cahaya itu juga boleh membentuk bayang-bayang yang mengundang kemudaratan.

Dalam membahaskan rang undang-undang ini, kita sebenarnya sedang menentukan wajah masa depan negara. Hari ini kita sedang membina sebuah benteng yang tidak kelihatan oleh mata tetapi menjadi perisai kepada maruah bangsa. Jika dahulu nenek moyang kita mempertahankan tanah air dengan darah dan keberanian, maka pada hari ini menjadi tanggungjawab kita mempertahankan ruang siber dengan kebijaksanaan undang-undang dan ketegasan kerajaan.

Dunia telah berubah, Dato’ Yang di-Pertua. Medan peperangan juga telah berubah. Musuh tidak lagi semestinya datang dengan senjata. Mereka datang dengan papan kekunci. Mereka tidak lagi merempuh pintu rumah, mereka menceroboh melalui telefon bimbit. Mereka tidak lagi merompak di lorong-lorong gelap, mereka merompak melalui aplikasi, pautan palsu dan identiti yang disamarkan.

Sebab itulah saya menyambut baik dan menyokong penuh Rang Undang- undang Jenayah Siber ini. Ini kerana ia lahir bukan disebabkan negara mahu memperluaskan kuasa semata-mata. Sebaliknya rang undang-undang ini lahir kerana jenayah telah berkembang lebih pantas daripada undang-undang. Teknologi bergerak setiap saat, penjenayah berubah setiap hari, maka undang-undang juga wajib bergerak seiringan agar keadilan tidak terus tertinggal di belakang kejahatan.

Akta Jenayah Komputer 1997 telah berjasa kepada negara. Kita menghargai sejarahnya tetapi sejarah tidak boleh menjadi alasan untuk kita membiarkan masa depan dipintas oleh penjenayah. Hampir tiga dekad telah berlalu. Dalam tempoh itu, kecerdasan buatan berkembang, transaksi digital menjadi kebiasaan, data menjadi aset paling bernilai dan identiti manusia kini turut wujud dalam bentuk digital. Maka, undang-undang juga mesti berevolusi.

Saya melihat rang undang-undang ini sebagai sebuah jambatan kerana keselamatan dan kemajuan. Tanpa keselamatan, kemajuan akan runtuh. Tanpa keyakinan, ekonomi digital akan lumpuh. Tanpa perlindungan, teknologi akan bertukar daripada rahmat menjadi musibah. Kerana itulah negara memerlukan suatu kerangka undang-undang yang menyeluruh bagi menangani penipuan digital, kecurian identiti, manipulasi kandungan dan pelbagai bentuk jenayah siber yang semakin canggih.

Ada yang bertanya, mengapa diperlukan kuasa untuk mengakses sistem komputer? Mengapa diperlukan pemeliharaan data? Mengapa diperlukan pintasan komunikasi, pengumpulan data trafik secara masa nyata, penggeledahan, penyitaan dan penyiasatan secara sulit? Jawapannya mudah, kerana penjenayah siber tidak menunggu matahari terbit. Mereka tidak menunggu pejabat dibuka, mereka tidak menunggu fail dipindahkan dari satu meja ke satu meja. Mereka bergerak sepantas cahaya. Bukti boleh dipadam dalam beberapa saat, wang boleh dipindah ke dalam beberapa minit. Identiti boleh diubah dalam satu klik.

Jika penjenayah bergerak sepantas kilat, negara tidak boleh bergerak sepantas bayang-bayang. Undang-undang ini bukan untuk menakutkan rakyat yang mematuhi undang-undang, sebaliknya undang-undang ini bertujuan menakutkan mereka yang menjadikan ruang digital sebagai gelanggang penipuan. Biar penjenayah yang resah, biar sindiket yang gelisah. Biar mereka sedar bahawa Malaysia bukan lagi sebuah negara yang mudah dipermainkan oleh penjenayah siber.

Saya datang dari Sipitang, tinggal di sebuah pelosok kampung bernama Luagan Sanginan, di mana saya melihat sendiri bagaimana Internet membuka jalan kepada usahawan kecil menjual hasil kampung ke seluruh negara. Saya melihat anak-anak muda membina perniagaan dengan hanya sebuah telefon pintar. Saya melihat nelayan, petani dan peniaga kecil memanfaatkan teknologi untuk mengubah kehidupan keluarga mereka. Tetapi pada masa yang sama, saya juga melihat bagaimana ada yang kehilangan simpanan seumur hidup kerana menjadi mangsa penipuan digital atau biasanya disebut scammer. Saya melihat warga emas menangis kerana wang persaraan lesap dalam beberapa minit angkara scammer ini. Mereka inilah yang wajib kita lindungi. Kita tidak boleh membiarkan ruang siber menjadi hutang tanpa undang-undang. Kita tidak boleh membiarkan teknologi menjadi tempat pemangsa memburu mangsa. Kita tidak boleh membiarkan rakyat hidup dalam ketakutan setiap kali menerima panggilan telefon atau membuka aplikasi perbankan.

Dato’ Yang di-Pertua, jika dahulu kita membina kubu daripada batu, hari ini kita membina kubu daripada undang-undang. Jika dahulu kita memasang pagar di sempadan, hari ini kita memasang pagar di ruang digital. Jika dahulu kita mempertahankan tanah air daripada penjajah, hari ini kita mempertahankan data, identiti, ekonomi dan kedaulatan negara daripada penjenayah yang tidak mengenal sempadan.

Inilah hakikat sebuah negara moden. Mudah-mudahan Rang Undang- undang Jenayah Siber ini menjadi benteng kepada keselamatan, payung kepada rakyat dan pemangkin kepada ekonomi digital. Sekian, Sipitang mohon menyokong.

Terima kasih.

draft2:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Sipitang. Saya jemput Yang Berhormat Kuantan.

draft2:51 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan selamat petang. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Kuantan untuk membahaskan Rang Undang-undang Jenayah Siber 2026. Ancaman jenayah siber hari ini bukan lagi satu isu terpencil tetapi telah menjadi ancaman besar kepada keselamatan, rakyat, kestabilan, kewangan, keluarga dan kedaulatan digital negara.

Pada Mei 2026 baru-baru ini, Polis Diraja Malaysia berjaya menumpaskan sebanyak 97 pusat operasi penipuan dalam talian dan menahan 1,070 individu dalam beberapa serbuan di sekitar ibu negara. 600 orang merupakan warga tempatan.

Manakala, 470 lagi warga asing. Terlalu banyak pusat scam beroperasi di Malaysia dan tidak sedikit operator di kalangannya warga asing.

Dalam fasal 2 RUU ini dinyatakan, mana-mana orang walau apa pun kerakyatan boleh dikenakan tindakan. Saya ingin tahu, berdasarkan operasi dan serbuan sebelum ini, adakah terdapat pesalah di kalangan warga asing yang ditangkap secara berulang? Apakah langkah yang akan diambil bagi memastikan pesalah warga asing tidak di benar masuk semula ke dalam negara kita? Adakah kerajaan akan menyelaras RUU ini dengan Akta Imigresen supaya warga asing yang masuk menggunakan pas lawatan tetapi terlibat dalam pusat scam boleh dikenakan tindakan serentak di bawah dua undang-undang berkaitan?

Puan Yang di-Pertua, pada November 2025, Menteri KDN memaklumkan sebanyak 338 kes penyalahgunaan kad pengenalan direkodkan antara tahun 2021 hingga Oktober 2025 melibatkan penggunaan kad palsu dan kad milik orang lain.

Pada penghujung tahun 2024 seperti yang dilaporkan oleh media, timbul dakwaan bahawa data MyKad 17 juta rakyat Malaysia didakwa ditawarkan di dark web. Walaupun siasatan awal oleh JPN dan kerajaan menyatakan tiada bukti kebocoran baharu dalam sistem MyKad, hakikat bahawa dakwaan sebesar itu boleh timbul dan mencetuskan kebimbangan awam sudah cukup menunjukkan bahawa isu integriti data pengenalan diri adalah sangat serius.

Oleh itu, fasal 22 yang berkaitan kecurian identiti dalam RUU ini amat penting kerana dalam era digital, identiti ialah kunci kepada hampir segala urusan kehidupan.

Akaun banknya, bantuan kebajikan, pinjaman, perkhidmatan kerajaan, malah reputasi seseorang. Jika identiti boleh dicuri, maka kehidupan seseorang juga boleh diambil alih oleh penjenayah. Yang paling diberi perhatian ialah mangsa di kalangan OKU, golongan di antara yang paling terkesan apabila menjadi mangsa scam dan kecurian identiti. Ada di kalangan mereka yang bergantung sepenuhnya kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat, bantuan zakat, elaun kebajikan atau bayaran perlindungan sosial.

draft2:57 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Bayangkan seorang OKU pembelajaran atau seorang ibu tunggal yang menjaga anak OKU. Apabila akaun disekat maka bantuan bulanan menjadi talian hayat mereka turut tersekat. Mereka bukan sahaja menjadi mangsa scam tetapi selepas itu menjadi mangsa kepada masalah sistem.

Puan Yang di-Pertua, baru-baru ini sebelum datang ke sini saya sempat menziarahi, menyantuni rakyat saya. Saya bertemu dengan beberapa isu berkaitan.

Yang pertamanya, saudara Rosmaini Abdul Razak yang tinggal di Kampung Kurnia, Kuantan. Beliau merupakan seorang OKU yang menjadi mangsa, di mana maklumat MyKad beliau digunakan oleh pihak scammer.

Beliau telah dipanggil oleh pihak Insolvensi setelah dimaklumkan terdapat kecurigaan oleh pihak bank. Akibatnya akaun beliau disekat. Bantuan bulanan JKM tidak dapat disalurkan. Beliau tidak tahu nak tuju ke mana. Masih lagi belum selesai, sehingga hari ini dah lima tahun perkara itu berlaku.

Kes yang keduanya, Cik Puan Rohanani yang tinggal di Kampung Selamat, Kuantan juga. Pada tahun 2021 beliau telah dihubungi oleh pihak polis dan dimaklumkan oleh pihak bank terdapat transaksi yang mencurigakan. Beliau hadir ke balai polis untuk memberi keterangan.

Kemudian berlaku lagi sekali, maksudnya dua kali kena scam, menyebabkan beliau kena tahan reman. Ahli keluarga beliau terpaksa membayar ikat jamin. Dah lah beliau menjadi mangsa scammer, terpaksa pula melalui proses yang rumit dan terpaksa membayar ikat jamin.

Dan akaun beliau juga turut disekat dan belum dapat digunakan sehingga hari ini. Menyedihkan lagi beliau ini sakit dan tidak bekerja dan mempunyai masalah kesihatan. Apabila memohon bantuan JKM permohonan tidak diluluskan kerana masalah akaun bank ini. Jadi mana-mana jabatan yang berkaitan ingin mendapatkan maklumat detail terperinci mereka berdua ini boleh dapatkan daripada saya.

Dan saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan. Adakah kerajaan bercadang mewujudkan satu mekanisme khas akaun perlindungan sosial atau saluran pembayaran alternatif bagi mangsa scam yang terdiri daripada mereka yang menerima bantuan JKM supaya bantuan JKM ini dapat— bantuan ini tidak terhenti walaupun akaun utama mereka sedang disiasat dan dibekukan.

Yang kedua, adakah kerajaan bersedia mewujudkan prosedur fast track verification antara PDRM, Bank Negara dan Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya akaun penerima bantuan yang disekat dapat dinilai dalam tempoh yang singkat.

Contohnya, masa dalam 48 jam ataupun 72 jam atau sekurang-kurangnya untuk memastikan bantuan asas bulanan tidak tergendala.

Akhirnya, akhirnya Puan Yang di-Pertua, banyak lagi tapi oleh kerana masa tidak mengizinkan, akhirnya...

draft3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jadi, terima kasih.

draft3:00 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Kita harapkan RUU ini Puan Yang di-Pertua, dapat berjalan dengan tersusun dan yang paling penting memberi kepentingan kepada rakyat secara keseluruhannya. Terima kasih.

draft3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Saya jemput Yang Berhormat Gopeng.

draft3:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih kepada Timbalan Yang di- Pertua untuk memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan RUU Jenayah Siber tahun 2026. Kita berdiri dalam Dewan ini pada hari ini kerana kita mendengar suara tangisan mangsa di luar yang sudah tidak boleh lagi dibendung oleh kita lagi.

Saban hari semakin ramai rakyat yang menjadi mangsa online scam, manipulasi deepfake, eksploitasi pornografi siber yang menghancurkan masa depan mangsa-mangsa. Tetapi yang lebih penting dan menyayatkan hati adalah sebenarnya kita lihat sang-sang penjenayah siber ini seolah-olah nilai dan maruah tidak lagi bermakna bagi mereka-mereka yang melakukan jenayah. Saya pada hari ini menarik perhatian Dewan dengan angka yang sangat...

draft3:04 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Cuma Gopeng, nak minta pandangan Gopeng sikit.

draft3:04 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Cepat sikit ya.

draft3:04 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya pagi tadi ni tengok FB.

Saya tak tahu sama ada itu scam atau pun tidak. Dia tulis dekat FB tu dia kata, minyak diesel BUDI tu, BUDI diesel tu turun RM2.10 kemudian keduanya, kalau kita lepas ni nak cucuk dekat mesin ATM tu sekarang ni. Kalau dulu saya Maybank, saya cucuk dekat CIMB. Kena RM1, yang itu sekarang ni RM1 tu dah tak ada. Saya nak tanya dengan Gopeng. Adakah ini scam ataupun tidak? Kalaulah benar benda ni dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya ingat tak patut.

[Tidak jelas] ini. Ini akan menyusahkan nanti walaun, khususnya nanti. Masa kempen di Johor nanti. Sekian, terima kasih Speaker.

draft3:04 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Saya cadangkan Hulu Langat kalau boleh nak buat laporan polis untuk mengadukan perkara inilah. Saya pun tak pasti benda ini. Saya tak baca laporan tu tetapi kalau sahih adalah sesuatu jenayah, buatlah laporan. Saya pun tak pasti.

[Ketawa] Baik, saya teruskan ya perbahasan saya. Saya baru mula je Hulu Langat. Sorry ya.

draft3:04 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tak apa, tak apa...

draft3:04 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Tak apa, tak apa. Baik, you sudah ganggu saya punya rentaklah.

[Ketawa] Baik saya percepatkan. Saya lihat ada banyak pandangan yang mengatakan kita perlu ada satu hukuman yang berat terhadap mereka yang melakukan jenayah.

Dan kalau kita lihat landskap serantau bukan setakat negara kita yang buat pindaan undang-undang ini tetapi di Myanmar telah pun luluskan rang undang-undang yang mencadangkan hukuman mati bagi sindiket yang menahan dan memaksa mangsa bekerja di pusat scam dalam talian.

Di jiran kita Singapura, menguatkuasakan penalti yang sangat keras termasuk sebatan mandatori di samping hukuman penjara dan denda yang tinggi.

Dan saya rasa pendekatan untuk RUU ini adalah sangat tepat, progresif dan dinamik dan yang paling harus kita puji dan signifikan adalah tentang penguatkuasaan merentas sempadan. Penguatkuasaan merentasi sempadan, ia memberikan kuasa tanpa sempadan iaitu extra territorial jurisdiction. Walaupun sejauh mana penjenayah siber ini bersembunyi di sebalik skrin gajet mereka, undang-undang kita tetap akan memburu dan mengheret mereka ke muka pengadilan.

Tetapi dalam kita menangkis jenayah di ruang siber, ada juga pihak-pihak NGO, aktivis, pengamal media yang menzahirkan kegusaran yang saya rasa cukup berasas juga tentang potensinya berlaku penumpuan kuasa yang keterlaluan dan penguatkuasaan yang terlalu agresif.

Wujudnya risiko nyata di mana hak asasi manusia, kebebasan bersuara dan privacy digital rakyat boleh terhakis jika tiada satu mekanisme imbang dan periksa.

Check and balance yang ketat. Terutamanya pertikaian yang sering kali dibangkitkan adalah di kalangan pengamal-pengamal media.

Dan selain itu, ada juga industry player yang mereka memegang jawatan title dia adalah ethical hackers ataupun white hat yang turut akan terdedah kepada risiko dalam pelanggaran undang-undang ini. Mereka adalah hacker yang dibenarkan sebagai third party untuk menguruskan, check stress test system tertentu. Tengok di manakah kelompongan dan sebagainya. Tetapi apakah janjinya kepada golongan ini supaya mereka menjalankan kerja dan tugasan mereka tetapi tidak akan melanggar undang-undang ini.

Oleh itu, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, dalam kita mengimbangi kebebasan bersuara dan juga membanteras jenayah siber ini. Apakah undang-undang ini pernah dibawa ke dalam Jawatankuasa Pilihan Hak Asasi ataupun jawatankuasa-jawatankuasa mana dalam melihat sudut ini? Sebab ini adalah kegusaran dibangkitkan oleh NGO-NGO di luar sana.

Dan penting, ada dua perkara yang saya nak cadangkan, pertamanya adalah kita kena pastikan ada cukupnya kepakaran tempatan dan ketegasan ekosistem dalam perkara ini. Jika kita meluluskan undang-undang ini tetapi kita tidak lengkapkan anak muda kita ataupun pakar-pakar kita dengan taring teknologi untuk mereka yang melakukan jenayah, ini akan menjadi satu masalah apabila kita perlukan penggodam-penggodam beretika seperti white hat yang mahir dalam penetration testing, vulnerability testing, red teaming dan serta mampu mematahkan taktik licik social engineering.

Dan keduanya, adalah sejauh manakah kerajaan akan menyelaras semula pangkalan-pangkalan data daripada pelbagai agensi termasuk MyDigital ID dan kalau sebagai contohnya— Timbalan Yang di-Pertua, saya minta satu minit lagi.

draft3:04 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak.

draft3:04 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Setengah minit.

[Ketawa] Setengah minit.

Ada juga beberapa platform yang uruskan data peribadi rakyat Malaysia contohnya SARA diuruskan data oleh MyKasih. Apakah data itu akan dilindungi sebaik mungkin? Contohnya, agensi lain seperti SPR dan sebelum ni pernah bongkarkan ada ratusan juta maklumat peribadi dilaporkan sebab ada leakage. So, saya minta satu janji yang dinyatakan oleh pihak kementerian dalam melindungi data peribadi rakyat secara keseluruhannya. Dan last...

draft3:04 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Saya jemput Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

draft3:04 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Baik, terima kasih.

draft3:04 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Bismillahirrahmanirrahim, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak mulakan dengan satu penegasan, tidak ada siapa pun dalam Dewan ini mempertahankan jenayah siber. Scammer, penggodam, pencuri identiti dan sindiket penipuan dalam talian memang mesti ditangkap dan dihukum sekeras-kerasnya.

Persoalannya, bukan sama ada negara memerlukan rang undang-undang ini.

Persoalannya ialah bagaimana kita memastikan undang-undang ini memburu penjenayah bukan menakutkan rakyat untuk bersuara. Itulah persoalan yang sedang bermain dalam fikiran rakyat pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, hari ini rakyat bukan risau tentang negara kekurangan undang-undang. Rakyat risau kerana semakin hilang keyakinan bahawa undang-undang dilaksanakan secara sama rata.

draft3:09 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Sebab itu apabila kerajaan membentangkan satu lagi rang undang-undang memberikan kuasa penyiasatan yang lebih luas, soalan pertama rakyat bukan lagi “Adakah saya lebih selamat?” tetapi mereka bertanya selepas ini masih boleh kritik kerajaan ataupun tidak. Kalau soalan itu sudah mula bermain dalam fikiran rakyat, kerajaan tidak boleh pandang ringan. Apa yang rakyat mahukan bukan sekadar undang-undang yang tegas, rakyat mahukan undang-undang yang adil, seimbang dan diyakini tidak akan disalahgunakan.

Tuan Yang di-Pertua, mengapa rakyat bimbang kerana mereka melihat apa yang pernah berlaku. Kita sudah ada Akta Komunikasi dan Multimedia, kita sudah ada seksyen 233 yang tujuannya untuk membanteras penyalahgunaan rangkaian komunikasi. Tetapi, dalam pelaksanaannya, berkali-kali timbul persepsi bahawa undang-undang itu turut digunakan terhadap individu yang mengkritik kerajaan dan pihak berkuasa. Saya tidak mahu mengulas satu demi satu kes-kes yang semua sudah maklum, tetapi persepsi itu wujud.

Dalam dunia perundangan, keyakinan awam terhadap pentadbiran keadilan sama pentingnya dengan keadilan itu sendiri. Sebab itu lahirlah ungkapan justice must not only be done, but must also be seen to be done. Keadilan bukan sahaja mesti dilaksanakan, tetapi mesti juga dilihat dilaksanakan secara adil. Sebab itu apabila rakyat mula hilang keyakinan bahawa sesuatu undang-undang dilaksanakan secara adil, keyakinan terhadap sistem keadilan juga akan mula terhakis.

Tuan Yang di-Pertua, kebimbangan ini bukan andaian. MMC atau Malaysian Media Council sendiri menyatakan kebimbangan terhadap beberapa kuasa dalam RUU ini dan mencadangkan supaya ia diperhalusi melalui jawatankuasa pilihan khas Parlimen. Article 19, Center for Independent Journalism dan Sinar Project pula membangkitkan isu keluasan kuasa penyiasatan, hak privasi, kebebasan media dan kebebasan bersuara. Apabila badan media, pertubuhan hak asasi dan pengamal undang-undang menyuarakan kebimbangan yang sama, Dewan ini wajar mengambilnya dengan serius.

Saya juga bimbang apabila rakyat melihat pengalaman di bawah undang- undang sedia ada. Ada individu dipanggil memberi keterangan kerana hantaran media sosial, ada wartawan dipanggil berkaitan laporan yang diterbitkan, ada peranti komunikasi dirampas bagi tujuan penyiasatan. Saya tidak mempertikaikan kuasa menyiasat, tetapi saya mempertikaikan sempadannya. Kerana, kadang-kadang proses siasatan itu sendiri sudah menjadi hukuman. Dah viral, dah keluar TV, dah pakai gari dan sebagainya. Telefon dirampas, komputer disita, berulang-alik ke balai, namun tersebar akhirnya tiada pendakwaan.

Tetapi, maruah sudah tercalar, masa sudah terbuang dan mesej yang sampai kepada masyarakat ialah lebih baik diam. Inilah yang dipanggil chilling effect. Orang bukan takut kerana sudah dihukum, orang takut kerana bimbang akan disiasat.

Akhirnya mereka menapis diri sendiri, mereka memilih untuk tidak bercakap, mereka memilih untuk tidak menegur sedangkan demokrasi memerlukan rakyat yang berani menegur secara bertanggungjawab.

Tuan Yang di-Pertua, bayangkan seorang wartawan menerima dokumen yang menunjukkan berlaku ketirisan dalam satu projek kerajaan. Beliau menyemak fakta, beliau mendapat maklum balas semua pihak, beliau menulis laporan berdasarkan bukti, tetapi apabila telefon dan komputernya dirampas, bagaimana beliau hendak melindungi sumbernya? Selepas itu siapa lagi yang berani memberi maklumat? Yang rugi bukan wartawan, yang rugi ialah rakyat. Begitu juga pegawai kerajaan yang jujur yang melihat berlaku salah guna kuasa. Dia melaporkannya, tetapi dia takut semua komunikasi digitalnya boleh dijejaki, akhirnya dia memilih untuk diam.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana itu, saya mencadangkan empat perkara.

Yang pertama ialah kuasa untuk mengakses data, menggeledah, menyita peranti digital dan mendapatkan maklumat komunikasi hendaklah tertakluk kepada kawalan kehakiman yang ketat.

Yang kedua, RUU ini perlu memberi perlindungan yang jelas kepada wartawan, pemberi maklumat, penyelidik keselamatan siber yang bertindak secara bertanggungjawab serta komunikasi yang dilindungi undang-undang termasuk komunikasi antara peguam dan anak guam.

Yang ketiga, kerajaan hendaklah membentangkan laporan tahunan kepada Parlimen ini mengenai penggunaan kuasa di bawah akta ini supaya Dewan dapat menjalankan fungsi semak dan imbang yang lebih berkesan.

Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, nyatakan dengan jelas bahawa kritikan politik yang sah, kewartawanan yang beretika, pendedahan demi kepentingan awam dan penyelidikan keselamatan siber yang bertanggungjawab tidak boleh dijadikan asas untuk menggunakan kuasa luar biasa di bawah akta ini. Kalau kita berjaya memburu penjenayah tanpa menakutkan rakyat, itulah kejayaan sebenar rang undang-undang ini.

Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Saya jemput Yang Berhormat Bakri.

draft3:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Walaupun saya doakan untuk dapat orang lain, tapi tak apalah, Lanang pun okeylah. Terima kasih atas peluang yang diberikan.

Puan Yang di-Pertua, RUU ini menunjukkan komitmen kerajaan terhadap Konvensyen Budapest dan PBB pada tahun 2024 sebagai langkah kritikal dalam mendepani ancaman siber moden seperti deepfake, penipuan AI dan kecurian identiti digital memandangkan Akta Jenayah Komputer 1997 tidak lagi relevan dengan landskap ancaman siber pada masa kini, daripada deepfake sehinggalah serangan ransomware yang merugikan berbilion Ringgit.

Tanpa mekanisme perundangan yang cekap, kita terdedah pada risiko yang berterusan. Maka, RUU ini adalah keperluan yang mendesak. Kita harus fokus kepada jawapan untuk menjawab soalan bagaimana ia dilaksanakan, bukan lagi soalan sama ada perlu atau tidak.

Namun, Puan Yang di-Pertua, ada kandungan dalam RUU ini yang sebenarnya bagi saya tidak mencapai piawaian Konvensyen Budapest atau Konvensyen PBB.

Yang pertama, fasal 41 membenarkan pendakwa raya memintas komunikasi dan menceroboh premis tanpa waran mahkamah. Ini bertentangan dengan semangat Artikel 15 bawah Konvensyen Budapest dan Konvensyen PBB yang mewajibkan perlindungan hak asasi, prinsip kesepadanan dan pengawasan oleh badan kehakiman atau pihak berkuasa bebas yang lain.

Kuasa siasatan luas tanpa kawalan mahkamah, tanpa had masa, tanpa obligasi pelaporan berisiko telah menjadi satu risiko di mana ia nya akan menjadi satu alat penindasan, bukan sekadar instrumen penyiasatan. Justeru, saya menggesa supaya kerajaan menetapkan keperluan waran daripada majistret selari dengan kelulusan pendakwa raya, menetapkan had masa yang jelas bagi setiap perintah pemintasan dan mewajibkan laporan tahunan ke Parlimen mengenai bilangan dan tujuan pemintasan yang diluluskan. Langkah ini tidak akan melumpuhkan penyiasatan, sebaliknya ia memastikan bahawa negara kita sentiasa memenuhi piawaian, adequate safeguard yang dijanjikan kepada komuniti antarabangsa.

Puan Yang di-Pertua, fasal 51 memperkenalkan obligasi yang sama iaitu perkataan langkah-langkah yang perlu kepada pemberi perkhidmatan dengan hukuman yang berat sehingga RM1 juta dan 10 tahun penjara tanpa membezakan saiz penyedia perkhidmatan. Pendekatan satu saiz untuk semua tidak selari dengan amalan terbaik antarabangsa seperti Digital Services Act bawah EU yang memperkenalkan gadget obligation berdasarkan saiz dan risiko platform.

Contohnya, platform dengan lebih 45 juta pengguna di EU tertakluk kepada obligasi tambahan yang lebih ketat. Tanpa penskalaan, RUU ini memaksa platform kecil akan melakukan overcompliance dengan menapis kandungan secara berlebihan bagi mengelakkan hukuman berat yang akhirnya akan menjadikan mereka sebuah alat kawalan kandungan yang tidak diingini.

Justeru, saya mencadangkan pindaan supaya obligasi ini diselaraskan mengikut saiz platform dengan lebih lima juta pengguna aktif bulanan dikenakan satu set obligasi penuh. Namun, platform di bawah 500,000 pengguna dikenakan dengan obligasi yang lebih mudah dan ringkas.

draft3:15 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Perniagaan permulaan digital diberikan tempoh pematuhan 24 bulan.

Pendekatan ini memastikan undang-undang yang lebih adil, munasabah dan boleh dikuatkuasakan tanpa memusnahkan ekosistem digital negara kita.

Puan Yang di-Pertua, walaupun saya menyokong usaha untuk membanteras jenayah deepfake, RUU ini sebenarnya tidak melindungi kandungan bersifat kepentingan awam. Fasal 23 tidak memberikan pengecualian bagi satira seni dan kewartawanan yang berisiko menjadi sesuatu penjenayahan bagi pengamal media dan pengkritik dalam grey zone undang-undang. Kita harus mencontohi EU AI Act yang secara jelas melindungi ekspresi kreatif yang di labelkan dengan jelas.

draft3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft3:20 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Fasal 52 memberi kuasa kepada Menteri untuk mengarahkan penyimpanan data tanpa had masa, tanpa semakan bebas dan tanpa perlindungan bagi institusi media yang jelas telah melanggari prinsip proportionality konvensyen PBB. Ia memberikan ruang yang besar bagi penyalahgunaan kuasa yang menjejaskan privasi awam.

Justeru, di bawah fasal 23 perlu menambah pengecualian jelas bagi satira ulasan awam dan kewartawanan bertanggungjawab yang dilabel sebagai kandungan AI. Fasal 52 pula perlu mengehadkan tempoh penyimpanan data, batasan kategori data, wajibkan semakan berkala oleh badan bebas serta memberikan pengecualian bagi data institusi media berdaftar.

Puan Yang di-Pertua...

draft3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat.

draft3:20 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

...Pindaan ini penting agar undang-undang siber kita cukup tegas untuk menghukum penjenayah tetapi perlu juga cukup tepat untuk melindungi hak asasi dan suara yang sah. Sekian, terima kasih.

draft3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Saya jemput Yang Berhormat Jempol.

draft3:20 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan juga salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana mengizinkan Jempol mengambil bahagian dalam Perbahasan RUU Jenayah Siber 2026 ini.

Ironinya, ketika Dewan membahaskan Rang Undang-undang Jenayah Siber 2026, negara baru sahaja berdepan dengan gangguan siber terhadap aplikasi Flexi Parking dan portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. Lebih membimbangkan, sebanyak 66,204 kes penipuan dalam talian dengan kerugian 2.97 bilion direkodkan sepanjang tahun 2025 menurut Ketua Polis Negara.

Jempol menyokong RUU ini bagi memperkukuh usaha membanteras jenayah siber. Namun, dalam memperluaskan kuasa penguatkuasaan, akta ini perlu menjamin hak privasi rakyat serta prinsip semak dan imbang.

Puan Yang di-Pertua, Jempol akan menyentuh— membahaskan tiga perkara berhubung dengan rang undang-undang ini. Pertama iaitu hukuman terhadap serangan ke atas sistem komputer. Fasal 10 hingga fasal 15 yang memperuntukkan hukuman lebih berat terhadap kesalahan seperti penggodaman, gangguan sistem komputer dan penyalahgunaan peranti.

Hukuman sehingga RM500,000 dan penjara tujuh tahun membuktikan kerajaan serius membanteras jenayah siber. Namun, bagi penggodam yang mempunyai kepakaran teknikal, hukuman penjara sahaja mungkin tidak mencukupi.

Mahkamah juga wajar diberi kuasa mengenakan sekatan penggunaan internet atau peranti tertentu selepas pesalah dibebaskan bagi mengelakkan jenayah berulang.

Persoalan Jempol, adakah kerajaan bercadang memberi kuasa kepada mahkamah mengenakan perintah tambahan seperti sekatan penggunaan internet atau pemantauan digital terhadap pesalah berisiko tinggi selepas disabitkan?

Puan Yang di-Pertua, seterusnya ialah Perkara 2, penguatkuasaan kesalahan berkaitan deepfake. Fasal 23 yang memperkenalkan kesalahan berkaitan manipulasi kandungan visual atau video menyerupai seseorang atau lebih difahami sebagai deepfake. Peruntukan ini amat tepat pada masanya kerana teknologi AI kini mampu menghasilkan kandungan palsu yang sukar dibezakan daripada yang asli.

Namun, cabaran sebenar ialah membuktikan unsur niat atau dalam bahasa perundangan disebut sebagai mens rea. Bagaimana jika kandungan tersebut hanyalah satira, parodi atau karya kreatif? Tanpa garis panduan yang jelas, penguatkuasaan boleh menimbulkan kekeliruan.

Persoalan Jempol, apakah garis panduan kerajaan bagi membezakan kandungan jenayah dengan satira, parodi atau karya kreatif yang sah?

Puan Yang di-Pertua, seterusnya Perkara 3, kuasa penyiasatan dan hak privasi. Fasal 40 dan fasal 41 memberi kuasa kepada pendakwa raya, membenarkan pengumpulan data trafik masa nyata serta memintas kandungan komunikasi bagi tujuan penyiasatan. Kuasa ini penting untuk membanteras jenayah siber dengan pantas. Namun, kuasa ini juga membolehkan komunikasi dipantau secara nyata tanpa pengawasan. Bayangkan jika perbualan WhatsApp antara ahli keluarga atau rakan dipantau atas alasan penyiasatan. Walaupun bertujuan membanteras jenayah, ia menyentuh hak privasi yang amat serius.

Persoalan Jempol, adakah kerajaan bersedia mempertimbangkan supaya pelaksanaan fasal 40 dan fasal 41 hendaklah tertakluk kepada perintah kebenaran mahkamah, sekurang-kurangnya bagi kes yang tidak melibatkan keadaan mendesak?

Puan Yang di-Pertua, Jempol berharap segala pandangan yang dibangkitkan dalam pertimbangan demi memastikan akta ini bukan sahaja berkesan dalam membasmi jenayah siber, di samping melindungi privasi dan kesejahteraan rakyat.

Dengan itu, Jempol mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

draft3:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Saya jemput Yang Berhormat Machang.

draft3:22 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya bangun membahaskan Rang Undang-undang Siber ini dengan mengambil kira perubahan zaman. Yang mana kalau kita lihat zaman kita membesar dahulu, Internet zaman dial up. Zaman sekarang, Internet dan juga seluruh teknologi siber berlegar dengan ancaman seperti deepfake dan AI generatif.

Namun, di sini saya ingin membawa langkah yang lebih jauh daripada sekadar perbahasan teknikal, fasal demi fasal kepada persoalan yang lebih mendalam. Adakah kita sekadar bertindak reaktif mengejar simptom, sedangkan puncanya, sumber kuasa teknologi itu sendiri tidak disentuh langsung. Saya sokong semangat RUU ini menangani kandungan yang dijana, dimanipulasi AI, fasal 23.

Penyebaran imej intim, fasal 24. Dan hukuman berat bagi serangan ke atas infrastruktur kritikal, fasal 25.

Tetapi saya ingin Menteri jelaskan dua perkara. Pertama, kuasa geledah tanpa waran di bawah fasal 29. Apakah mekanisme semakan oversight untuk elak penyalahgunaan? Yang kedua, definisi kandungan yang secara palsunya kelihatan sebagai sahih dalam fasal 23. Adakah ini cukup jelas untuk tidak disalah guna menyekat suara kritis, termasuk suara ulama dan cendekiawan yang membahaskan isu-isu AI secara terbuka?

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil hujah daripada seorang sarjana Amerika bernama Tim Wu yang menulis buku The Age of Extraction: How Tech Platforms Conquered the Economy and Threaten Our Future Prosperity. Beliau adalah bekas penasihat teknologi Presiden Biden yang mencipta istilah net neutrality.

Dan di dalam buku ini beliau membawa hujah bahawasanya semua platform media sosial yang menjadi medium untuk menyebar luaskan ancaman siber ini adalah mesin mengekstrak kekayaan paling canggih dalam sejarah manusia.

Mereka menyedut wang, data dan juga attention, dengan izin, perhatian rakyat, menjadikan modal untuk mereka membina kekuasaan dan kekayaan.

draft3:27 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Dalam ancaman yang perlu diambil kira oleh Tim Wu jelas beliau, penyelesaian bukan hukum pengguna akhir iaitu kita, rakyat selepas kesalahan berlaku, tetapi regulasi structural, ini sumber kuasa. Sama seperti sejarah regulasi Jalan Kereta api dan telekomunikasi dahulu. Ini persis kelemahan RUU ini. Ia menyasarkan individu yang melakukan kesalahan hacker, penipu, penyebar deepfake, tetapi langsung tidak menyentuh struktur kuasa syarikat AI dan platform besar yang mencipta alat dan insentif yang membolehkan kesalahan ini berlaku secara besar-besaran.

[Tidak jelas] adalah seperti ini. Ia seperti membina lebih banyak balai polis di hilir sungai, sedangkan punca pencemaran di hulu tidak disentuh.

Saya ambil contoh reactionary law tentang struktur antarabangsa yang kukuh berkenaan dengan isu virus bernama Stuxnet yang pernah menyerang Loji Pengayaan Uranium Natanz Iran pada tahun 2010 merosakkan ratusan mesin pengempar centrifuge dengan izin, secara fizikal. Serangan siber pertama terbukti mampu memusnahkan infrastruktur fizikal sebenar. Siasatan antarabangsa mendedahkan ia operasi bersama Amerika Syarikat dan Israel dikenali sebagai Operation Olympic Games.

Tuan Yang di-Pertua, sehingga hari ini tiada seorang pun yang didakwa atas kesalahan jenayah siber ini. Tiada waran, tiada geledah, tiada fasal 25 dikenakan ke atas mana-mana pegawai negara terlibat walaupun ia serangan ke atas infrastruktur kritikal negara lain. Kenapa saya bawa berita ini Tuan Yang di-Pertua? Kerana virus Stuxnet ini antara server yang dilancarkan ke atas Iran adalah di Malaysia.

Maknanya, komputer Malaysia dijadikan surrogate dengan izin untuk dia beranak pinak kan virus Stuxnet ini untuk menyerang loji jana kuasa nuklear Iran.

Jadi, kalau benda ini boleh berlaku dulu dan akan datang pun akan berlaku, hendak tanyalah Menteri, macam mana rang undang-undang ini mampu menyekat ancaman sebegini?

draft3:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Machang, beri laluan sikit.

draft3:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya, sila.

draft3:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey, berkaitan dengan serangan siber. Baru ini seperti yang dikatakan oleh Jempol bahawa web kesihatan diserang dan beberapa kali cubaan menyerang MEASAT, web MEASAT. Setuju tak Machang bahawa kita minta kerajaan menyediakan cyber security di setiap kementerian, bukan sahaja bergantung pada MCMC untuk menjaga supaya web, web ini tidak diserang, setuju atau tidak sediakan cyber security di setiap kementerian? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft3:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya setuju benar dengan cadangan Yang Berhormat Hulu Terengganu. Kita perlu ada satu pasukan cyber security yang lebih mampan di semua kementerian untuk menangani ancaman-ancaman baharu sebegini.

Dan saya nak bawa satu contoh yang Tuan Yang di-Pertua, nak landing.

Baru-baru ini sehari, dua ada video deepfake yang mungkin tak berapa deepfake kata orang, video pemain bola Norway Erling Haaland makan pau dengan nasi.

Sekali imbas tengok video itu macam betul, rupanya memang deepfake. Maknanya apa? Beza antara palsu dan betul ini dah terlampau halus untuk kita bezakan, fitnah akhir zaman betul. Jadi, saya nampak RUU ini ada kewajarannya, tapi dia belum cukup untuk menangani kerana sumber kepada deepfake itu masih berjalan iaitu syarikat-syarikat AI yang berkuasa membantu orang-orang untuk buat deepfake ini masih lagi tidak dikawal selia oleh undang-undang.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya menyeru kerajaan selain daripada kita perkenalkan RUU ini, libatkan juga semua pemegang taruh untuk memperkukuhkan sistem etika dan akhlak, daripada agama dan sebagainya. Kerana tanpa ada pegangan agama dan etika yang kukuh sepertimana cadangan oleh Pope Leo XIV dengan encyclical magnifica humanitas tentang AI perlu dimanusiakan.

Saya fikir jenayah ini juga akan terus berulang dan akan menjadi lebih kompleks kerana manusia ini kalau tidak ada undang-undang dan agama, dia akan menjadi binatang yang tidak bertuan. Jadi, saya menyeru kita menyokong tapi kena ada tambah baik beberapa fasal yang dikhuatiri mencampuri hak demokrasi dan liberty rakyat Malaysia. Terima kasih.

draft3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Machang. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.

draft3:30 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk terus serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Jenayah Siber 2026 pada hari ini.

Pertamanya, saya nak ucapkan syabas dan terima kasih kepada kerajaan kerana inilah satu rang undang-undang baharu yang wajar dan perlu diketengahkan, dibentangkan dan seterusnya digazetkan untuk pelaksanaannya pada ketika ini dalam usaha kita untuk menangani macam-macam jenayah siber.

Walaupun kita sudah ada undang-undang yang berkaitan di banyak akta, tetapi kita tiada satu akta yang sangat spesifik untuk tujuan ini. Jadi sudah tiba masanya inilah usaha kita untuk mengatasi segala scammer, fraud, pemalsuan, teknologi AI yang boleh mengelirukan sesiapa saja. Memang wajar kita sokong.

Cuma persoalan pertama saya, saya nak tanya dengan adanya akta baharu ini, apa hubung kait dia dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu Akta 588? Akta ini masih berlangsung, jadi ada tak dia akan berlaku pertindihan (overlapping) dari segi bidang kuasa, pelaksanaannya.

Sebab saya tak mahu nanti keadaan di mana undang-undang, dua akta bertembung pula. Itu yang kita tak nak. Kita tak ada masalah untuk sokong dan kita mengalu-alukan akta baru ini. Cuma nak mohon kerajaan supaya memberikan penjelasan tidak berlaku pertindihan ini.

Dan saya nak tanya juga beberapa seksyen yang terlibat secara detailed.

Yang pertama berkaitan dengan Bahagian IV iaitu seksyen 16 dan 17 dalam rang undang-undang ini. Seksyen 16 iaitu— okey, Bahagian IV ini berkaitan dengan kesalahan yang berhubungan dengan pemalsuan, berkaitan dengan komputer dan fraud berkaitan komputer. Seksyen 16, pemalsuan, seksyen 17, fraud.

Saya nak tanya, kedua-dua ini memang kita tahu fraud, pemalsuan dua-dua ini tak betul. Dua-dua ini bertujuan untuk memperdayakan mangsa supaya ada kepentingan ataupun keuntungan kepada pihak yang melakukan. Tetapi kenapa kesalahannya ataupun hukumannya di bawah seksyen 16 dan seksyen 17 itu berbeza? Kenapa? Saya nak mohon penjelasan dari kerajaan.

Sebab saya nampak hukuman yang dicadangkan di bawah seksyen 16 sub

(1), sub (a) dan sub (b) kurang kalau berbanding dengan kesalahan fraud di bawah seksyen 17. Jadi mohon penjelasan kerajaan berkaitan dengan perkara ini.

Seterusnya di bawah seksyen 23 iaitu kesalahan yang boleh kita sebutkan sebagai deepfake. Saya dengar rakan-rakan banyak membahaskan perkara ini.

Memang kita tahu, kemungkinan besar inilah seksyen yang berkaitan dengan AI. Di sana sini, di mana-mana, termasuk sekarang ini ada pilihan raya negeri, banyak parti ataupun pihak yang berlawanan gunakan AI untuk mengelirukan antara satu sama lain. Jadi memang ada keperluan.

Cuma saya nak tanya, seksyen 23 yang kita gubal, yang kita bahaskan pada hari ini, mampukah untuk mengatasi masalah penyamaran dan sebagainya dengan gunakan teknologi AI? Kita tahu AI ini bergerak terlampau pantas. Teknologi dia sampai kita pun, ya lah— mungkin kita punya level itu belum sampai ke level yang sangat pantas ke depan.

Jadi saya nak tanya, apakah dari segi pelaksanaan dengan adanya seksyen 23 yang baru ini, yang saya nampak ringkas, walaupun hukuman dia sangat berat, hukuman dia boleh sampai lebih 500— tidak melebihi, denda tidak melebihi RM500,000 ataupun penjara tidak melebihi tujuh tahun. Cuma pelaksanaan dia, mekanisme yang kita ada, mampukah untuk memastikan seksyen ini dapat dilaksanakan dengan baik untuk mengatasi pihak-pihak yang menggunakan teknologi AI masa kini untuk melakukan kesalahan, yang mengelirukan dan sebagainya?

Seterusnya di bawah Bahagian III, saya nampak ada seksyen 10 dan seksyen 11. Ini saya harap kerajaan boleh jawab. Kenapa berlaku keadaan di mana seksyen 10 dan 11 ini dia sebenarnya ada berkaitan dengan akta lama, Akta Jenayah Komputer 1997 iaitu Akta 563.

Cuma yang saya terkejut sedikit dan mohon kerajaan memberikan penjelasan, di bawah seksyen 10 dan 11, walaupun hukuman denda dia lebih tinggi berbanding dengan Akta Jenayah Komputer 1997 yang berkuat kuasa sekarang yang dikatakan akan dimansuhkan kemudian hari, denda dia lebih tinggi untuk seksyen baharu ini, tetapi hukuman penjara dia berkurangan. Saya rasa kalau hukuman penjara dia berkurangan, dia mungkin tidak mendatangkan impak yang kita harapkan.

Jadi, saya mohon kepada kerajaan, kenapa boleh jadi macam ini. Adakah kerana penjara kita terlampau sesak, tak muat, kena bagi singkatkan tempoh pemenjaraan tersebut? Jadi, mohon penjelasan.

draft3:34 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Perkara terakhir Dato’ Speaker, saya ambil bawah satu minit iaitu berkaitan.

draft3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan, tak ada satu minit.

draft3:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

30 saat, 30 saat ya, implikasi kewangan. Saya nampak keseluruhan RUU ini ada satu jawatan baru. Saya nampak ada satu jawatan baru saja di seksyen 4 iaitu ketua eksekutif, ketua eksekutif. Jadi, macam mana ketua eksekutif ini nak melaksanakan tugas sekiranya tak ada jawatankuasa khusus atau pun agensi khusus, entiti yang ditugaskan di mana diketuai oleh ketua eksekutif ini?

Sebab ia berkaitan dengan pelaksanaan rang undang-undang ini. Jadi, saya ada dua tiga perkara tapi saya menghormati Yang Berhormat kerana kekangan masa dan Rasah menyokong Rang Undang-undang Jenayah Siber 2026. Sekian, terima kasih.

draft3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Setiu.

draft3:40 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi peluang kepada Setiu untuk turut sama membahaskan RUU Jenayah Siber 2026 ini.

Saban tahun kita melihat trend jenayah siber seperti penipuan dalam talian, love scam, skim pelaburan palsu, manipulasi e-dagang, bukan sahaja semakin meningkat bahkan berada pada tahap yang amat membimbangkan dan menggerunkan kita. Buktinya, negara menanggung kerugian drastik akibat penipuan dalam talian ini.

Apabila angka mencecah RM2.97 bilion pada tahun 2025, lonjakan ini disokong oleh statistik 66,204 kes yang direkodkan pada tahun yang sama iaitu meningkatkan peningkatan mendadak sebanyak 87 peratus berbanding tahun sebelumnya. Ini adalah isyarat jelas bahawa ancaman jenayah siber kini bergerak jauh ke depan selari dengan revolusi teknologi berkecerdasan buatan AI.

Oleh itu RUU ini bukan sekadar untuk mematuhi konvensyen antarabangsa semata-mata, tetapi ia juga merupakan satu keperluan mendesak bagi membolehkan penguatkuasaan yang lebih agresif demi melindungi mangsa penipuan.

Namun begitu, di sebalik hasrat memperkukuhkan penguatkuasaan, RUU ini mencetuskan kegusaran kerana mempunyai beberapa kelemahan terutamanya terhadap skop kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan yang terlalu luas. Pertama, fasal 25, fasal 28 dan 36. Isu pencerobohan privasi. Di bawah fasal ini, gajet boleh disita dan pegawai penyiasat berhak menuntut segala kata laluan serta kod rahsia daripada pemilik gajet. Kelemahannya ialah tiada had atau sempadan perlindungan untuk data peribadi dan tidak berkaitan dengan kes.

Bayangkan telefon pintar seorang ibu dirampas untuk siasatan kes ringan.

Disebabkan fasal ini, pegawai boleh menyelongkar semua perkara daripada gambar peribadi, mesej perbuatan keluarga sehinggalah mesej perbualan keluarga hinggalah maklumat perbankan. Walaupun perkara itu tiada kaitan langsung dengan siasatan.

Saya mencadangkan penambahbaikan. Kerajaan mesti meletakkan syarat yang jelas bahawa akses data hanya boleh dibuat secara bersasar. Untuk bukti kes sahaja, bukan menyelongkar keseluruhan gajet yang tiada berkaitan dengan kes.

Persoalan kepada kementerian, apakah jaminan kementerian bahawa data peribadi rakyat yang tidak bersalah yang terkandung dalam gajet yang disita tidak disalah gunakan atau dibocorkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab?

Fasal kedua, fasal 29, penggeledahan tanpa waran. Fasal ini memberikan kuasa yang terlalu luas kepada pegawai untuk menyerbu premis dan merampas barang tanpa perlu mendapatkan permit atau waran daripada mahkamah terlebih dahulu. Ini mengenepikan peranan mahkamah sebagai penapis undang-undang.

Contoh, rumah atau kedai seseorang peniaga kecil boleh diserbu pada waktu malam dan komputer jualan mereka dirampas atas alasan bimbang bukti dipadamkan. Akibatnya perniagaan mereka lumpuh serta-merta sedangkan akhirnya mereka didapati tidak bersalah.

Saya mencadangkan penambahbaikan mengehadkan kuasa tanpa waran ini hanya untuk kes ancaman keselamatan negara yang ekstrem dan mewajibkan laporan semakan kehakiman dibuat dalam tempoh 24 jam selepas serbuan dibuat.

Persoalan kepada kementerian, mengapa kementerian begitu mudah mengenepikan institusi mahkamah dalam isu penggeledahan ini? Tidakkah kementerian bimbang kuasa mutlak tanpa waran ini akan membuka ruang kepada isu salah guna kuasa di lapangan?

Ketiga, ancaman sistemik terhadap kebebasan bersuara dan privasi rakyat.

Saya merujuk pandangan bersama gabungan NGO iaitu artikel 19, Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan Sinar Project baru-baru ini yang menyatakan RUU ini didapati gagal menyediakan jaminan perlindungan hak asasi dan jaminan prosedur yang sepatutnya selaras dengan standard antarabangsa.

Undang-undang ini dilihat mempunyai kelemahan ketara kerana ketiadaan mekanisme pengawasan bebas bagi menyemak pelaksanaan kuasa budi bicara khusus luas yang diberikan kepada pihak berkuasa. Dalam fasal 23, tidak dinafikan tentang kebimbangan serius mengenai video dan imej deepfake yang dihasilkan oleh AI. Namun, kesalahan dilihat dengan takrifan yang terlalu luas. Akibatnya kandungan kreatif yang bersifat satira, karya seni kewartawanan atau kritikan politik yang betul terhadap kerajaan boleh disalah tafsir dan dikategorikan sebagai jenayah.

Kebimbangan ini amat signifikan di Malaysia memandangkan mereka yang menghasilkan karya satira dan menyuarakan pandangan berbeza terus menjadi sasaran serta dikategorikan sebagai jenayah. Sekian, terima kasih.

draft3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat. Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Saya jemput Yang Berhormat Libaran.

draft3:40 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Jenayah Siber 2026. Pertama sekali saya menyokong secara prinsip usaha kerajaan untuk memperkukuh undang-undang jenayah siber negara ini. Tetapi hari ini jenayah siber telah mengubah menjadi ancaman yang jauh lebih kompleks, lebih pantas dan lebih dekat dengan kehidupan rakyat.

Oleh itu, dari sudut keperluan rang undang-undang ini memang wajar dibawa.

Namun, dalam menyokong prinsip rang undang-undang ini, Parlimen juga wajib memastikan undang-undang ini kuat terhadap penjenayah tetapi adil kepada rakyat dan tidak terbuka kepada penyalahgunaan kuasa.

Puan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh terlebih dahulu aspek perlindungan rakyat. Saya menyambut baik peruntukan baharu berkaitan deepfake, kecurian identiti dan penyebaran imej yang intim yang bukan lagi isu kecil atau terpencil, ini adalah ancaman sebenar kepada rakyat biasa.

Deepfake boleh memusnahkan reputasi seseorang dalam beberapa minit sahaja. Kecurian identiti boleh menyebabkan rakyat kehilangan wang, akses akaun, kredibiliti dan maruah. Penyebaran imej intim pula boleh meninggalkan kesan trauma yang berat kepada mangsa dan khususnya wanita dan kanak-kanak.

Dalam hal ini, saya ingin bertanya kepada kerajaan, apakah mekanisme khusus untuk memastikan mangsa jenayah siber tidak dimalukan sekali lagi dalam proses siasatan dan pendakwaan? Perlu ada perlindungan identiti mangsa, proses penurunan kandungan dengan segera, prosedur siasatan yang sensitif terhadap trauma.

Dalam kes deepfake pula, kerajaan perlu menjelaskan garis pemisah antara kandungan yang berniat jenayah dan kandungan satira, parodi, penyelidikan atau karya kreatif. Kita mahu menghukum penjenayah bukan menyekat kreativiti atau kebebasan berekspresi yang sah.

Tuan Yang di-Pertua, isu kedua ialah jurang perundangan yang cuba ditutup melalui rang undang-undang ini. Jenayah siber hari ini bukan lagi dilakukan oleh seorang penggodam secara bersendirian, ia telah menjadi industri gelab yang lengkap dengan perisian, langganan, sindiket dan perkhidmatan jenayah. Sebab itu peruntukan berkaitan penyalahgunaan peranti perisian [Tidak jelas] dan kata laluan, maklumat pengesahan akses dan data komputer adalah penting. Namun kerajaan juga perlu berhati-hari supaya peruntukan ini tidak menjejaskan aktiviti sah dalam bidang keselamatan siber.

Saya ingin bertanya bagaimana kerajaan membezakan antara penjenayah siber dengan penyelidikan keselamatan cyber ethical hack, pakar forensik digital, syarikat [Tidak jelas] testing dan institusi akademik.

draft3:46 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Mereka mungkin memiliki alat teknikal yang sama tetapi niat dan tujuan penggunaannya berbeza. Jangan sampai pakar tempatan yang sedang membina keupayaan keselamatan siber negara pula terdedah kepada risiko pendakwaan kerana tafsiran undang-undang yang terlalu luas.

Tuan Yang di-Pertua, isu ketiga yang paling penting ialah kuasa siasatan.

Saya faham bahawa dalam jenayah siber bukti boleh hilang dan sangat cepat. Data boleh dipadam, akaun boleh ditutup, pelayan boleh dipinda dan transaksi boleh disembunyikan dalam masa yang singkat.

Oleh itu, kuasa seperti pemeliharaan data komputer, penzahiran data komputer, pengumpulan data trafik masa nyata dan pemintas data kandungan memang diperlukan dalam keadaan tertentu. Namun, kuasa yang besar mesti datang bersama semak imbang yang besar.

Saya ingin bertanya kepada kerajaan, adakah pemintasan data kandungan memerlukan keputusan mahkamah. Siapakah yang boleh meluluskan pengumpulan data trafik masa nyata? Berapa lama data yang dikumpul boleh disimpan? Apakah mekanisme audit terhadap pegawai diberi kuasa? Adakah individu atau syarikat yang terkesan mempunyai hak untuk mencipta arahan tersebut di mahkamah? Ini bukan soal melemahkan penguatkuasaan, ini soal memastikan penguasaan mempunyai litigasi had yang jelas dan yakin kepada rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya— isu yang terakhir saya ingin menyentuh satu perkara yang sensitif tetapi penting. Rang undang-undang ini tidak boleh menjadi political tools. Saya sebut perkara ini bukan untuk menuduh mana- mana pihak tetapi apabila sesuatu undang-undang menyentuh komunikasi, data kandungan digital, pemintasan kuasa, siasatan maka risiko persepsi penyalahgunaan tetap wujud jika semak imbang tidak jelas, undang-undang jenayah siber mesti diguna untuk melawan skema sindiket penggodam, pencuri identiti, penyebar imej intim tanpa izin dan pihak yang mengancam keselamatan negara.

Tuan Yang di-Pertua, kesimpulannya saya menyokong keperluan Rang Undang-undang Jenayah Siber 2026. Negara memang memerlukan undang-undang yang lebih moden, lebih tegas dan lebih berkesan tetapi sokongan ini mesti datang bersama tanggungjawab. Kita mahu undang-undang kuat terhadap penjenayah tetapi tidak longgar terhadap penyalahgunaan kuasa.

Kita mahu rakyat dilindungi daripada skema deepfake, kecurian identiti dan pemerasan digital tetapi rakyat juga mesti dilindungi daripada penguasaan yang tidak berkadar. Maka, saya menyeru kerajaan supaya menjadikan ruang undang-undang ini satu kerangka keselamatan digital yang adil, telus, berkadar dan diyakini rakyat.

Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

draft3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Libaran. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Betong.

draft3:50 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Betong untuk mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Jenayah Siber 2026. Betong menyokong RUU ini untuk mewujudkan satu kerangka perundangan yang baharu dan komprehensif untuk kita mencegah dan memerangi jenayah siber.

Tuan Yang di-Pertua, hakikatnya Akta Jenayah Komputer 1997 tidak lagi mampu menampung realiti ancaman siber hari ini. Kita bukan lagi berdepan sekadar penggodam yang menceroboh sistem komputer. Hari ini kita berhadapan dengan sindiket scam antarabangsa, ransomware, pencurian identiti, penyalahgunaan kecerdasan buatan melalui deepfake jenayah rentas sempadan serta serangan terhadap infrastruktur kritikal negara.

Justeru, keperluan untuk menggubal undang-undang baharu bukan lagi satu pilihan tetapi satu keperluan. Namun Betong ingin mengingatkan bahawa dalam usaha kita memperkukuh kuasa negara, membanteras jenayah siber kita juga mesti memastikan kepercayaan rakyat terhadap sistem itu tidak terhakis. Soalan yang perlu dijawab bukan lagi sama ada kita memerlukan undang-undang ini.

Persoalannya ialah sama ada kita benar-benar bersedia untuk melaksanakannya.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh perkara pertama iaitu MyDigital ID. Betong menyokong aspirasi kerajaan membangunkan identiti digital negara tetapi apabila satu identiti menjadi kunci kepada urusan kerajaan, perbankan, transaksi ekonomi dan pengesahan identiti rakyat, maka sistem tersebut bukan lagi sekadar platform teknologi. Ia menjadikan infrastruktur kepercayaan negara.

Jika sistem ini gagal Tuan Yang di-Pertua, kesannya bukan kepada satu agensi sahaja. Ia boleh melumpuhkan pelbagai perkhidmatan secara serentak. Oleh itu Betong ingin mendapatkan penjelasan daripada Menteri. Apakah audit keselamatan bebas yang telah dilaksanakan terhadap MyDigital ID? Berapa kali kah ujian penembusan ataupun penetration testing, dengan izin dijalankan sebelum sistem ini diperluas kepada rakyat? Apakah pelan pemulihan sekiranya identiti digital seseorang berjaya di kompromi?

Dan persoalan paling penting siapakah yang akan memikul tanggungjawab sekiranya kelemahan sistem mengakibatkan rakyat mengalami kerugian?

Kepercayaan digital bukan dibina melalui slogan. Ia dibina melalui ketelusan, akauntabiliti dan keyakinan bahawa sistem tersebut benar-benar selamat.

Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua ialah kuasa penyiasatan di bawah Bahagian Ketujuh. Betong tidak mempertikaikan bahawa jenayah siber memerlukan kuasa penyiasatan yang lebih luas, penjenayah bergerak pantas...

draft3:53 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Betong, sedikit Betong.

draft3:53 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

...Bukti digital...

draft3:53 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Betong, Hulu Terengganu.

MyDigital ID.

draft3:53 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Okey.

draft3:53 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang di-Pertua. Terima kasih.

Setuju tidak Betong bahawa MyDigital ID ini suatu perkara yang cukup bahaya sekarang? Kerana berlaku antara MyDigital ID dengan MyJPJ, yang berlaku satu serangan terhadap MyDigital ID.

Dan setuju tidak Betong bahawa kerajaan perlu ada pelan alternatif untuk menyelesaikan masalah apabila berlaku serangan ataupun kekacauan terhadap MyDigital ID dan juga apa yang berlaku MyDigital ID dan MyJPJ baru-baru ini. Apa pandangan Betong? Terima kasih.

draft3:53 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Tak apa, nanti Menteri jawab. Masukkan dalam teks saya. Saya tidak mempertikaikan bahawa jenayah siber memerlukan kuasa penyiasatan yang lebih luas. Penjenayah bergerak pantas, bukti digital boleh dipadamkan dalam beberapa saat dan siasatan sering merentasi sempadan negara. Tetapi sejarah juga mengajar kita bahawa setiap kali negara diberikan kuasa yang lebih besar, rakyat akan bertanya satu perkara.

Siapakah yang mengawasi pihak yang diberikan kuasa itu? Justeru, Betong ingin mendapatkan penjelasan.

Apakah syarat sebelum kuasa memintas kandungan komunikasi boleh digunakan? Dan adakah ia memerlukan pengawasan kehakiman atau semakan oleh pihak bebas? Berapa lamakah data itu boleh disimpan dan apakah mekanisme audit berkala bagi memastikan kuasa ini tidak disalahgunakan?

Tuan Yang di-Pertua, undang-undang yang baik bukanlah undang-undang yang memberi kuasa paling luas. Undang-undang yang baik ialah undang-undang yang memberikan kuasa secukupnya serta memastikan kuasa itu senantiasa boleh dipertanggungjawabkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyentuh fasal 52 berkaitan dengan pengekalan data komputer. Saya bersetuju bahawa bukti digital perlu dipelihara.

Tanpa data tiada siasatan, tanpa siasatan tiada pendakwaan. Maka tetapi pada masa yang sama, semakin banyak data dibekalkan, semakin besar juga risiko sekiranya data itu bocor atau disalahgunakan. Jadi, Betong ingin mengetahui sama ada pendekatan ini benar-benar mengekalkan prinsip Artikel 16 dan 17 Konvensyen Budapest mengenai jenayah siber iaitu pangkalan data yang bersasar kepada sesuatu siasatan tertentu atau adakah skopnya jauh lebih luas.

Jadi, apakah piawaian keselamatan akan digunakan? Berapa lama data boleh disimpan? Siapa yang akan mengaudit pemantauan tersebut dan bagaimana data itu akhirnya dilupuskan? Persoalan ini penting kerana dalam ekonomi digital data bukan sahaja aset tetapi juga liabiliti sekiranya gagal diurus dengan baik.

Tuan Yang di-Pertua, untuk perkara yang terakhir bagikan saya satu minit...

draft3:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, masa sudah tamat.

draft3:53 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Satu...

draft3:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Betong. Saya jemput Yang Berhormat Tanjong Karang.

draft3:53 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Aduh.

draft3:53 PM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft3:58 PM

Seorang Ahli

Sila duduk.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft3:58 PM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Tanjong Karang bangun pada hari ini dengan penuh rasa tanggungjawab bagi menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi ke atas Rang Undang-undang Jenayah Siber 2026 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, TPM pada pagi tadi.

Tuan Yang di-Pertua, landskap digital kita pada hari ini bukan lagi seperti tahun 1997 sewaktu Akta Jenayah Komputer digubal. Ketika itu ancaman terbesar kita mungkin hanya sekadar virus komputer Trojan atau kecurian kata laluan IMEI sahaja. Ancaman terbesar kita mungkin— sorry.

Namun hari ini, pada tahun 2026, kita berhadapan dengan pemangsa digital yang bersenjatakan kecerdasan buatan, deepfake dan skim penipuan siber yang sangat sofistikated. Statistik menunjukkan negara kerugian berbilion-bilion Ringgit setiap tahun akibat jenayah siber ini. Ini bukan sekadar angka di atas kertas.

draft3:58 PM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah duit simpanan KWSP yang lesap, duit Tabung Haji warga emas yang dilarikan dan maruah anak-anak muda kita, yang dihancurkan melalui buli siber dan manipulasi imej AI. Oleh itu, institusi perundangan kita tidak boleh lagi memakai pakaian lama, untuk melawan musuh era baharu. RUU ini adalah satu keperluan mendesak, bukan lagi satu pilihan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada bahagian baru dalam RUU ini, yang menyentuh tentang salah guna teknologi AI dan deepfake. Hari ini, dengan hanya berbekal beberapa klik, wajah sesiapa sahaja, termasuk wajah Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini boleh dimanipulasi menjadi video lucah atau video fitnah yang mampu menghancurkan reputasi dalam masa beberapa minit.

Sebelum RUU 2026 ini dirangka, lompang undang-undang kita menyebabkan pihak berkuasa sukar untuk mendakwa penjenayah yang berselindung di sebalik identiti tiruan ini. Oleh itu, fasal 10 dalam RUU ini, hadir secara khusus untuk menyasarkan mereka yang memanipulasi imej peribadi serta menyebarkan imej intim untuk memeras ugut. Dengan adanya peruntukan hukuman berat, penjara sehingga tujuh tahun dan denda ratusan ribu ringgit, kita menghantar mesej yang sangat jelas kepada penjenayah siber, you can run, you can hide behind your screen but the law will catch out with you, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, tadi saya mendengar hujah daripada sahabat saya yang menyatakan kegusaran kononnya RUU ini akan menyekat kebebasan bersuara dan mempersoalkan kuasa luas yang diberikan kepada Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA). Tanjong Karang tidak mahu kita mempolitikkan isu keselamatan rakyat. Kita perlu bezakan antara kebebasan bersuara, freedom of speech dengan izin, dengan kebebasan untuk menipu, memfitnah dan menceroboh.

[Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi (Sri Aman) **mempengerusikan Mesyuarat****] RUU ini tidak menyasarkan netizen yang mengkritik dasar kerajaan, kerana Kerajaan MADANI hari ini, sentiasa meraikan perbezaan pendapat, tetapi RUU ini menyasarkan sindiket scammer antarabangsa dan penggodam yang mahu melumpuhkan sistem data hospital kita, sistem perbankan kita dan infrastruktur kritikal negara. Mengenai isu penguatkuasaan tanpa waran dalam situasi tertentu, ia disasarkan khusus untuk keadaan darurat siber.

Tuan Yang di-Pertua, dalam dunia siber, saat data dipindahkan keluar negara oleh penggodam, setiap saat itu amat kritikal. Kalau pegawai penyiasat terpaksa menunggu berhari-hari untuk mendapatkan waran fizikal dalam kes serangan ransomware berskala besar, sistem data negara kita sudah pun lumpuh total. Harus ada imbangan antara birokrasi dan kepantasan bertindak, malah RUU ini sudah pun meletakkan mekanisme semak dan imbang yang ketat di bawah seliaan badan kehakiman.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi sebab RUU ini wajib diluluskan adalah demi melindungi golongan vulnerable atau pun golongan rentan iaitu warga emas dan kanak-kanak kecil. Warga emas kita adalah mangsa yang paling mudah bagi taktik phishing dan juga phone scam. Wang pencen yang dikumpul berpuluh tahun, hilang dalam sekelip mata hanya kerana satu panggilan palsu.

RUU Jenayah Siber ini bukan sahaja menghukum dalang utama, tetapi turut memperuntukkan hukuman tegas ke atas pemilik akaun keldai. Ini adalah satu langkah pro aktif untuk menyekat eko-sistem kewangan penjenayah siber. Bagi anak-anak kita pula, ancaman buli siber, pancingan bawah umur atau online grooming...

draft4:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Tanjong Karang, Tanjong Karang, masa dah habis, gulung.

draft4:00 PM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Okey akhir sekali, sekali lagi saya menyeru kepada semua Ahli Parlimen di Dewan yang mulia ini, baik di sebelah blok kerajaan mahupun di belah blok pembangkang, kita ketepikan perbezaan ideologi politik demi keselamatan digital anak cucu kita. Mari kita bersatu hati meluluskan RUU ini demi kedaulatan siber Malaysia tercinta. Sekian Yang di-Pertua. Tanjong Karang mohon menyokong. Terima kasih.

draft4:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Seterusnya Yang Berhormat Jelutong, silakan.

draft4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Speaker.

Saya berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

Saya turut hadir semasa taklimat diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen. Ramai Ahli Parlimen DAP yang hadir untuk memberi sokongan, walaupun ada yang tidak mahu mengundang kita untuk duduk semeja tetapi Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri berbesar hati memberikan taklimat. Dan rata-rata, saya bangun untuk menyokong rang undang-undang ini.

Untuk makluman Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, saya perlu memuji keberanian kementerian dan juga semua kakitangan yang telah bertungkus-lumus menyediakan rang undang-undang ini. Pada masa yang sama, terdapat beberapa perkara yang ingin saya bangkitkan hari ini Timbalan Speaker iaitu soalan-soalan berkenaan rang undang-undang ini.

Pertamanya, berkenaan dengan seksyen 24 iaitu penyebaran imej intim.

Sekiranya Dewan yang mulia ini masih lagi ingat pada tahun 2020, negara kita dikejutkan dengan satu berita berkenaan dengan mantan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, yang didapati dalam satu adegan video lucah di Sabah, di Four Points Hotel. Soalan saya, sekiranya video itu ditularkan, adakah apa-apa tindakan yang akan diambil terhadap pihak-pihak yang menularkan video itu? Nombor satu.

Kedua, kita ada apa yang dipanggil investigative journalism, kewartawanan penyiasatan. Umpamanya kalau berita-berita portal, MalaysiaKini membongkarkan sesuatu skandal seperti yang telah dibongkarkan baru-baru ini melibatkan pendigitalan pengambilan pekerja-pekerja migran, ataupun berlakunya sekali lagi satu skandal yang besar seperti 1MDB dan ia dibongkarkan oleh The Sarawak Report, adakah apa-apa tindakan yang akan diambil?

Saya tanya soalan-soalan ini kerana, ini menunjukkan politik matang. Hari ini kita berada di Parlimen. Timbalan Perdana Menteri kita adalah seorang wakil UMNO, saya sebagai backbenchers daripada DAP boleh berbincang tentang satu isu yang melibatkan negara kita dengan begitu matang. Ini adalah apa yang perlu kita terapkan dalam demokrasi kita.

Jadi soalan-soalan ini, adalah sesuatu yang saya mohon Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri memberi penjelasan, kerana di luar sana kita ada wartawan-wartawan, kita ada investigative journalism. Soalan saya adalah adakah rang undang-undang ini akan mengekang investigative journalism. Dan kita juga lihat, banyak sangat ahli-ahli daripada sesuatu parti...

draft4:04 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Parit Buntar nak mencelah. Boleh?

draft4:04 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya akan beri, saya akan beri sebelum saya selesaikan. Saya syorkan.

draft4:04 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Bagilah sekarang. Macam semalam pun janji tak betul.

draft4:04 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya akan bagi, saya akan bagi, saya akan bagi. Terpulang kepada Speaker.

draft4:04 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Betul?

draft4:04 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ada juga pihak-pihak yang menabur fitnah terhadap parti DAP. Saya beri contoh Ustaz Syarhan Humaizi, Ketua Pemuda PAS Selangor yang diperintah membayar RM80,000 kepada YB Teresa Kok. Kita ada Sanusi bin Mohd Nor, Menteri Besar Kedah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah yang juga menabur fitnah terhadap DAP, terhadap mantan Ahli Parlimen Pokok Sena dan diperintah membayar pampasan.

Kita ada Dr. Hassan Ali, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, yang diperintah bayar RM200,000 kepada Khalid Samad, bekas Ahli Parlimen Shah Alam. Kita ada juga Tuan Haji Rahman Zakaria, Pesuruhjaya PAS Perak, yang diperintah bayar RM250,000 kepada YB Lim Guan Eng kerana menuduh YB Lim Guan Eng menyokong larangan terhadap pekerja-pekerja hotel memakai hijab.

draft4:04 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Laluan.

draft4:04 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sebentar, sebentar.

Saya ada masa lagi. Sebentar.

draft4:04 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Dah nak habis dah. Nak habis dah.

draft4:04 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ustaz, ustaz. Belum lagi, belum lagi. Ustaz...

draft4:04 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Lagi 30 saat lagi.

draft4:04 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ustaz Dr. Siti Mastura— tolong jangan ganggu saya Parit Buntar. Ustaz, Dr. Siti Mastura, YB Kepala Batas kerana menuduh Lim Guan Eng, Teresa Kok dan Tan Sri Lim Kit Siang, kononnya ada kaitan dengan Chin Peng dan komunis. Kalau berita-berita seperti ini disiarkan dalam portal yang disediakan oleh parti tertentu...

draft4:04 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Boleh tambah masa kepada Jelutong. Banyak lagi nak....

draft4:04 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Adakah pihak...

draft4:04 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Banyak lagi dia nak sebut. Tambah masa, tambah masa.

draft4:04 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Adakah pihak kerajaan juga...

draft4:04 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Dia nak kira banyak lagi tu.

draft4:04 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Adakah pihak kerajaan juga akan mengambil tindakan menyaman mereka atau menuduh mereka di mahkamah?

draft4:04 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Yang Berhormat Jelutong, masa dah habis.

draft4:04 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Jelutong, dah habis masa dah. Kata nak bagi.

draft4:04 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Masa dah habis Yang Berhormat Jelutong.

draft4:04 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya nak bagi masa, boleh tak Timbalan Speaker?

draft4:04 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Ramai lagi yang nak berbahas.

draft4:04 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Timbalan Speaker. Jadi persoalan saya, kepada persoalan...

draft4:04 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Bagilah sekejap. Tak payah tutup. Bagi saya.

draft4:04 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Persoalan saya kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri adalah menyokong.

draft4:04 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tak berani Jelutong.

draft4:04 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya mohon penjelasan di atas perkara-perkara yang diberikan.

draft4:04 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Kata nak bagi?

draft4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya menuntut tindakan diambil terhadap pihak-pihak yang sentiasa memfitnah parti DAP. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

draft4:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Dah habis masa?

draft4:10 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.

draft4:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tak berani Jelutong, Parit Buntar je ni.

draft4:10 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Yang Berhormat Parit Buntar, sila duduk. Yang Berhormat Puncak Borneo, seterusnya.

draft4:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih.

draft4:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Speaker, ini yang tak ada adab ini. Ini sebenarnya yang tak ada adab ini. Sebab itu macam pagi tadi bila sebut saya tak ada adab, ini yang pada saya tidak ada sebenarnya ini. Tak beradab ini.

draft4:10 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Hulu Langat, Hulu Langat.

draft4:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Hulu Langat yang tak ada adab.

draft4:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kata daripada parti Islam tapi adab tak ada. Jadi, Speaker tolong tengok sikit yang ini. Terima kasih.

draft4:10 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Hulu Langat, Peraturan Mesyuarat, Hulu Langat.

draft4:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya tak cakap biadab pun, saya cakap biasa sahaja. Hulu Langat yang biadab.

draft4:10 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Silakan, Puncak Borneo.

draft4:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Okey. Terima kasih Dato’ Sri Speaker kerana memberi peluang untuk saya turut serta dalam perbahasan. Saya bangun untuk menyokong Rang Undang-undang Jenayah Siber kerana ancaman jenayah siber kini semakin kompleks dan memberi kesan besar kepada keselamatan negara, ekonomi serta kesejahteraan rakyat.

Penipuan dalam talian, serangan terhadap sistem kritikal, kecurian data peribadi dan juga penyebaran perisian handset bukan lagi isu terpencil sebaliknya menjadi cabaran yang memerlukan peruntukan undang-undang yang lebih jelas, moden dan berkesan. RUU ini penting bagi mengukuhkan keupayaan pihak berkuasa untuk menyiasat, mencegah, mendakwa pelaku jenayah siber di samping meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keselamatan ruang digital negara kita.

Namun begitu, pelaksanaan RUU ini hendaklah sentiasa mengimbangi keperluan keselamatan dengan perlindungan hak asasi termasuk hak privasi, kebebasan bersuara dan juga prinsip keadilan. Sebarang kuasa yang diberikan kepada agensi penguat kuasa perlu disertai mekanisme semak dan imbang, ketelusan serta pengawasan yang berkesan bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa.

Di samping itu, kerajaan perlu terus memperkukuhkan literasi digital, meningkatkan kerjasama dengan industri dan memperluaskan kerjasama antarabangsa memandangkan jenayah siber bersifat rentas sempadan. Pendekatan yang menyeluruh dan memastikan usaha membanteras jenayah siber lebih berkesan.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan kerana kita ada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri di sini yang tekun mendengar perbahasan kita. Saya ingin mencadangkan supaya ada wakil daripada Sabah dan Sarawak ditempatkan dalam jawatankuasa yang berkaitan dengan usaha memerangi jenayah siber kerana— Pertama, bagi mewakili pelbagai cabaran di seluruh negara, corak penggunaan internet, tahap infrastruktur digital dan ancaman siber di Sabah dan Sarawak mempunyai cabaran tersendiri. Penyertaan wakil daripada kedua-dua wilayah ini akan memastikan perspektif tempatan diambil kira dalam penggubalan dasar.

Kedua, bagi memastikan dasar yang lebih inklusif dan adil sebagai sebuah Persekutuan, setiap dasar berkaitan keselamatan siber perlu mengambil kira kepentingan semua negeri bukan hanya berdasarkan situasi di Semenanjung.

Ketiga, bagi meningkatkan keberkesanan penguasaan penguatkuasaan, wakil tempatan dapat membantu memperkukuh koordinasi antara agensi, mempercepatkan perkongsian maklumat dan memastikan pelaksanaan langkah pencegahan bersesuaian dengan keperluan setempat.

Bagi menghormati semangat Persekutuan Malaysia, penglibatan Sabah dan Sarawak dalam jawatankuasa peringkat kebangsaan memastikan kedua-dua wilayah mempunyai suara yang seimbang dalam isu keselamatan siber kerana pada hari ini, kita mungkin melihat ada sesetengah pihak melihat ia tidak penting tetapi di masa akan datang, dalam dunia digital, ia menjadikan satu yang amat penting bagi negara kita untuk bekerjasama dengan semua wilayah di dalam Malaysia.

Bagi memperkukuhkan program kesedaran pendidikan keselamatan siber, wakil tempatan lebih mendalami cabaran masyarakat di kawasan luar bandar termasuk isu akses internet dan literasi digital. Sekali gus membolehkan program yang lebih berkesan dapat dilaksanakan.

Oleh itu, saya memohon kepada pihak kementerian dan kerajaan untuk mempertimbangkan perkara ini dan akhirnya, kesimpulannya, saya menyokong RUU Jenayah Siber kerana ia merupakan langkah yang penting dalam memperkukuhkan keselamatan digital negara kita.

Pada masa yang sama, pelaksanaannya mestilah telus, menghormati hak asasi dan melibatkan penyertaan semua wilayah termasuk Sabah dan Sarawak.

Dengan itu, saya menyokong. Sekian, terima kasih. Semoga Tuhan memberkati.

draft4:10 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo. Majlis seterusnya ingin menjemput Yang Berhormat Tangga Batu. Silakan Yang Berhormat.

draft4:10 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Tangga Batu merakamkan ucapan terima kasih kerana diberikan peluang mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Jenayah Siber 2026.

Pada prinsipnya, Tangga Batu menyokong usaha kerajaan memperkukuhkan undang-undang berkaitan jenayah siber. Akta Jenayah Komputer 1997 telah berkuat kuasa hampir tiga dekad dan tidak lagi memadai untuk menangani ancaman baru seperti ransomware, deepfake, kecurian identiti digital dan penipuan rentas sempadan.

Menurut tinjauan yang dilaporkan oleh Berita Harian pada 3 September 2025, hampir tujuh daripada 10 ataupun 73 peratus rakyat Malaysia pernah menjadi mangsa atau terperangkap dengan jerat scammer walaupun majoriti daripada mereka yakin mampu mengesan taktik penipuan tersebut lebih awal. Lebih membimbangkan, sebanyak 66,204 kes penipuan dalam talian direkodkan sepanjang tahun 2025 dengan jumlah kerugian mencecah RM2.97 bilion. Angka ini meningkat sebanyak 87 peratus berbanding 35,368 kes pada tahun sebelumnya, sekali gus menggambarkan bahawa jenayah siber ini berada pada tahap yang membimbangkan.

Namun demikian, dalam usaha memperkukuhkan kuasa penguatkuasaan, janganlah kita mengorbankan prinsip keadilan, kebebasan sivil dan hak privasi rakyat. Saya merujuk kepada seksyen 2, pemakaian luar wilayah, majoriti sindiket scam yang menyasarkan rakyat Malaysia hari ini beroperasi dari luar negara.

Pelayan komputer berada di sebuah negara, wang dipindahkan melalui beberapa negara lain manakala suspek pula berada di negara yang berbeza. Kita juga pernah menyaksikan serangan ransomware terhadap organisasi penting negara termasuk serangan terhadap sistem Malaysia Airports Holdings Berhad yang membuktikan bahawa ancaman siber tidak mengenal sempadan.

Oleh itu, Tangga Batu ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah mekanisme kerjasama antarabangsa yang telah dimuktamadkan bagi memastikan pesalah yang berada di luar Malaysia dapat disiasat, didakwa dan diekstradisi. Sekiranya tiada mekanisme penguatkuasaan rentas sempadan yang berkesan, undang-undang ini hanya akan berkesan terhadap pesalah yang berada dalam negara sedangkan dalang sebenar terus bebas beroperasi di luar negara.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Tangga Batu merujuk kepada Bahagian VII, Penguatkuasaan. Khususnya berkaitan kuasa penyiasatan pegawai awam dan pegawai suruhanjaya. RUU ini memberikan kuasa yang lebih luas kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan bukti digital serta menjalankan penyiasatan terhadap kesalahan siber. Persoalannya, apakah semak dan imbang yang mencukupi diwujudkan bagi memastikan kuasa tersebut tidak disalahgunakan?

Telefon pintar hari ini bukan lagi sekadar alat komunikasi, ia mengandungi maklumat perbankan, rekod kesihatan, lokasi gambar keluarga serta komunikasi peribadi. Jika akses kepada data digital diberikan terlalu luas tanpa kawalan kehakiman yang mencukupi, hak asasi rakyat boleh terjejas. Justeru, Tangga Batu ingin mendapatkan penjelasan daripada Menteri.

Pertama, adakah setiap akses kepada peranti atau data digital memerlukan waran mahkamah atau adakah terdapat keadaan tertentu yang membolehkan akses diberikan tanpa kebenaran kehakiman? Kedua, apakah mekanisme audit bebas yang diwujudkan bagi memastikan kuasa penyiasatan ini tidak disalahgunakan oleh mana-mana pegawai penguat kuasa?

Tangga Batu ingin membangkitkan isu perlindungan privasi. Kebimbangan kita ialah dalam usaha membanteras jenayah siber, kita akhirnya mewujudkan budaya pengawasan yang melampau. Rakyat tidak mahu dipaksa memilih antara keselamatan dan kebebasan. Mereka berhak menikmati kedua-duanya.

draft4:15 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Oleh itu, adakah kerajaan bercadang menubuhkan satu mekanisme pengawasan bebas atau Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi menyemak penggunaan kuasa penyiasatan di bawah akta ini secara berkala?

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh bahagian enam iaitu kesalahan-kesalahan lain khususnya seksyen 23 yang berkaitan dengan penyalahgunaan kecerdasan buatan iaitu AI dan deepfake. Kita mengakui bahawa teknologi AI membawa manfaat besar kepada bidang pendidikan, penyelidikan dan industri kreatif. Namun pada masa yang sama AI turut disalah — namun, AI turut disalahgunakan untuk merasakan video dan suara palsu bagi memfitnah seseorang, memperdayakan mangsa serta mempengaruhi proses demokrasi.

Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, dunia menyaksikan peningkatan ketara penipuan menggunakan suara dan video tiruan berasaskan AI termasuk penyamaran tokoh korporat bagi mengarahkan pembiayaan wang serta penyebaran kandungan lucah palsu [Tidak jelas] kan imej negara. Sekian, terima kasih.

draft4:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Sekarang, Majlis ingin mempersilakan Yang Berhormat Tampin, lima minit Yang Berhormat.

draft4:20 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato’ Sri Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Jenayah Siber 2026. Terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri yang tekun mendengar pembahas- pembahas untuk memberi pandangan dan juga cadangan dalam RUU Jenayah Siber ini.

Terlebih dahulu saya ingin menyatakan sokongan penuh atas usaha kerajaan untuk memperkukuh kerangka perundangan negara bagi memerangi ancaman jenayah siber yang semakin kompleks dan bersifat rentas sempadan. Berdasarkan statistik jenayah siber Malaysia, kes penipuan telekomunikasi telah mencanak meningkat daripada 7,732 kes pada tahun 2002 kepada 31,515 kes pada tahun 2025. Begitu juga dengan kes e-kewangan, penipuan komputer dan jenayah seksual melalui komputer yang terus menunjukkan trend yang cukup membimbangkan. Di sebalik perkara ini terdapat ribuan rakyat kehilangan wang simpanan, kanak-kanak dieksploitasi dan sebagainya.

Dato’ Sri Speaker, saya amat mengalu-alukan pembaharuan penting dalam rang undang-undang ini menerusi penggubalan fasal 15 iaitu mewujudkan kesalahan berkaitan penyalahgunaan peranti seperti malware dan phishing-as-a-service yang mana pada masa ini tidak diklasifikasikan sebagai suatu kesalahan atau jenayah di mana— di bawah mana-mana undang-undang di Malaysia yang menyebabkan pelaku sukar didakwa.

Namun, persoalan yang ingin saya bangkitkan ialah bagaimana kerajaan akan membezakan antara pemilikan perisian yang digunakan bagi tujuan jenayah dengan perisian yang digunakan bagi tujuan penyelidikan keselamatan siber atau penyelidik akademik. Hal ini kerana terdapat ribuan pelajar— ribuan pakar keselamatan siber, penyelidik universiti dan syarikat keselamatan yang menggunakan alat yang sama bagi menguji kelemahan sistem sebelum ia dapat dieksploitasi oleh penjenayah.

Adakah kerajaan akan mengeluarkan garis panduan atau kod amalan yang jelas supaya penyelidik keselamatan siber yang bertindak dengan niat baik tidak berdepan risiko pendakwaan. Perkara ini cukup penting kerana tanpa garis panduan yang jelas, saya bimbang usaha yang sepatutnya membantu memperkukuh pertahanan siber negara akan disalah tafsir sebagai perbuatan jenayah.

Dato’ Sri Speaker, saya ingin menyentuh fasal 22 yang berkaitan dengan perbuatan atau kesalahan kecurian identiti. Dalam era ekonomi digital hari ini, identiti tidak lagi terhad kepada nombor kad pengenalan ataupun nama yang tertera pada kad pengenalan semata-mata.

Kini identiti merangkumi data biometrik, alamat e-mel, nombor telefon, tandatangan digital dan pelbagai data peribadi yang lain yang boleh disalahgunakan untuk membuka akaun bank, memohon pinjaman, melakukan transaksi palsu atau menyamar sebagai mangsa bagi tujuan jenayah. Saya menyokong penuh hukuman berat dikenakan terhadap pelaku kerana jenayah ini memberi kesan yang sangat besar dan mendalam kepada mangsa.

Namun demikian, saya ingin mendapatkan penjelasan bagaimanakah pula jika kebocoran data berskala besar berlaku akibat kecuaian organisasi ataupun syarikat swasta. Adakah akan diperkenalkan tanggungjawab yang lebih tegas terhadap syarikat yang gagal melindungi data pelanggan termasuk denda, pampasan ataupun tindakan sivil yang lebih berkesan? Hal ini kerana mangsa bukan sahaja kehilangan wang, malah terpaksa menanggung risiko penyalahgunaan identiti mereka bertahun lamanya dan beban ini tidak sepatutnya ditanggung sepenuhnya oleh mangsa.

Justeru itu, saya mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan satu kerangka perlindungan mangsa yang lebih menyeluruh termasuklah bantuan guaman dan mekanisme pampasan yang lebih jelas apabila kebocoran data berlaku akibat kecuaian pihak-pihak yang menyimpan data.

Yang terakhir Dato’ Sri Speaker, saya dapati bahawa rang undang-undang ini memberi tanggungjawab yang besar kepada PDRM, NACCA serta SKMM untuk melaksanakan penguatkuasaan mengikut bidang kuasa masing-masing. Dalam jenayah siber, kelewatan beberapa minit sahaja boleh menyebabkan data dipadam, wang dipindahkan ke akaun luar negara, identiti mangsa disalahguna atau bukti digital hilang tanpa dapat dipulihkan.

Persoalan saya dalam hal ini adakah telah diwujudkan satu pusat operasi bersama yang beroperasi 24 jam bagi menyelaras perkongsian risikan dan tindak balas terhadap selangan siber dan adakah kerajaan telah mendapatkan prosedur operasi standard yang seragam antara PDRM, NACCA dan SKMM bagi memastikan tindakan kecemasan boleh diambil tanpa kelewatan yang tidak perlu.

Kebimbangan saya jenayah siber berlaku dalam hitungan saat. Dalam kebanyakan kes mangsa hanya menyedari penipuan selepas wang mereka telah dipindahkan melalui beberapa lapisan akaun ataupun selepas kandungan berbahaya telah tersebar luas di media sosial. Sekiranya koordinasi antara agensi masih bergantung kepada prosedur birokrasi yang panjang, penjenayah akan sentiasa menang dan berada selangkah di hadapan.

Saya percaya kejayaan RUU ini bukan sekadar bergantung kepada hukuman yang berat tetapi turut bergantung kepada kecekapan penguatkuasaan, kepantasan tindakan dan penyelarasan antara agensi. RUU Jenayah Siber 2026 merupakan langkah penting untuk mengukuhkan keupayaan negara bagi menghadapi ancaman yang semakin canggih dan berteknologi tinggi. Maka dengan itu, saya menyokong RUU Jenayah Siber 2026. Sekian, terima kasih.

draft4:21 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Seterusnya Yang Berhormat Kepong. Lima minit Yang Berhormat.

draft4:21 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Ya, terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya menyokong RUU ini untuk melawan scam penggodaman, ransomware, kecurian identiti dan penyebaran imej intim tetapi kuasa besar mesti ada kawalan yang jelas.

RUU ini membolehkan pihak berkuasa mengumpul, membuka dan memintas data rakyat tetapi kawalan bebas terhadap kuasa tersebut masih belum mencukupi.

Fasal 40 membenarkan data trafik dikumpul secara masa nyata. Fasal 41 pula membenarkan pemintasan kandungan komunikasi. Ini meliputi mesej, suara, gambar dan video. Di bawah fasal 41, Pendakwa Raya boleh memberi kuasa kepada pegawai untuk masuk ke premis dan memasang peranti pemintasan. Fasal ini tidak menyatakan keperluan perintah hakim terlebih dahulu.

Fasal 48 menjadikan kuasa ini lebih luas. Fasal 36, 38, 39, 40 dan 41 boleh digunakan bukan sahaja bagi kesalahan di bawah akta ini, tetapi juga kesalahan lain yang dilakukan menggunakan komputer. Malah untuk mengumpul bukti elektronik dalam apa-apa siasatan atau prosiding jenayah. Ini bukan kuasa kecil, ini kuasa untuk membuka data, menyimpan data, mendapatkan data trafik dan memintas kandungan komunikasi.

Puan Yang di-Pertua, di United Kingdom, waran bagi kuasa paling invasive perlu melalui double law, dengan izin. Keputusan Menteri disemak oleh pesuruhnya kehakiman bebas. Konvensyen Budapest juga menekankan perlindungan yang sesuai termasuk semakan kehakiman atau badan bebas. Alasan yang kukuh serta hak, skop dan tempoh.

Malaysia tidak wajib meniru United Kingdom tetapi Malaysia tidak patut mengambil kuasa luas tanpa pagar yang setanding. Fasal 40 dan 41 perlu mensyaratkan perintah hakim, kecuali keadaan benar-benar mendesak. Dalam keadaan itu kelulusan hakim mesti diperoleh segera selepas tindakan dibuat.

Puan Yang di-Pertua, fasal 29 membenarkan penggeledahan tanpa waran apabila kelewatan boleh menjejaskan siasatan atau menyebabkan bukti dimusnahkan. Kuasa kecemasan memang wujud di negara lain. Di Kanada ia hanya boleh digunakan apabila syarat untuk mendapatkan waran sudah wujud tetapi keadaan mendesak menjadikan waran tidak praktikal.

Saya tidak menolak fasal 29 tetapi ia perlu mensyaratkan alasan bertulis dan semakan segera oleh mahkamah. Fasal 30 pula terlalu [Tidak jelas] absolute, waran tetap sah walaupun ada kecacatan, kesilapan atau pendengaran. Kesilapan kecil mungkin boleh dimaafkan tetapi kecacatan yang menyentuh alamat, skop carian atau alasan waran tidak boleh dipetikkan secara automatif.

Fasal 36 juga perlu diperbaiki, semasa penggeledahan pegawai boleh diberikan kata laluan, kod penyulitan dan cara lain untuk memahami data.

draft4:26 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Namun, RUU ini tidak menyediakan perlindungan khusus bagi komunikasi peguam dengan anak guam, rekod kesihatan, bahan wartawan dan data pihak ketiga yang tidak berkaitan. Fasal 36 perlu ada prosedur khas untuk menapis dan melindungi data sulit.

Puan Yang di-Pertua, fasal 50 memang mengehadkan perkongsian data kepada entiti kerajaan setakat dibenarkan undang-undang dan, jika perlu, untuk mencegah atau menyiasat jenayah siber. Tetapi, fasal ini sendiri tidak menetapkan audit bebas atau laporan tetap kepada Parlimen.

Fasal 52 pula mewajibkan perintah warta menyatakan jenis data, tempoh dan cara penggunaan. Menteri juga mesti berpuas hati bahawa arahan itu perlu dan berkala. Tetapi, tiada had maksimum tempoh dalam akta dan tiada audit bebas yang dinyatakan.

Fasal 51 juga memberi kuasa kepada pegawai, selepas berunding dengan suruhanjaya, untuk mengarahkan pemberi perkhidmatan mengambil apa-apa langkah. Kegagalan mematuhi boleh membawa denda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga 10 tahun. Arahan mesti jelas, munasabah dan boleh dicabar.

Akhir sekali, fasal 23 hanya menghukum penyebaran kandungan palsu jika ada niat melakukan atau membantu kesalahan lain. Ia tidak menjadikan penciptaan deepfake semata-mata sebagai kesalahan.

Fasal 24 pula menghukum penyebaran imej intim, termasuk imej yang diubah, tetapi tidak menjadikan ketiadaan persetujuan sebagai unsur kesalahan atau menyediakan pengecualian yang jelas. RUU ini perlu menghukum penciptaan atau permintaan untuk mencipta deepfake intim tanpa persetujuan dan, pada masa yang sama, mengehadkan fasal 24 kepada penyebaran tanpa persetujuan dengan pengecualian sempit bagi tujuan yang sah.

Puan Yang di-Pertua, saya menyokong usaha menangkap penjenayah siber, tetapi rakyat juga berhak kepada undang-undang yang tidak memberi kuasa terlalu luas tanpa kawalan. Sekian, terima kasih.

draft4:30 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Seterusnya, silakan Yang Berhormat Kuala Kedah. Lima minit, Yang Berhormat.

draft4:30 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua yang memberikan peluang kepada Kuala Kedah untuk turut sama membahaskan RUU Jenayah Siber 2026 yang bertujuan untuk memansuhkan Akta Jenayah Komputer 1997 [Akta 563]. Oleh kerana masa yang amat terbatas, Kuala Kedah hanya memfokuskan dua bahagian.

Bahagian VI, seksyen 22 dan 23. Bahagian VII, seksyen 29 hingga 31.

Dato’ Yang di-Pertua, Bahagian VI, seksyen 22 mengenai kecurian identiti.

Hari ini, identiti digital menjadi aset yang sangat bernilai. Penjenayah bukan sahaja mencuri nombor kad pengenalan atau kata laluan, malah menggunakan wajah, suara dan data biometrik seseorang untuk melakukan penipuan. Saya mengalu- alukan seksyen ini.

Namun, persoalan saya ialah― adakah takrif maklumat identiti dalam subseksyen (2) mencukupi untuk meliputi identiti digital moden seperti data biometrik, pengecaman wajah, cap jari digital, suara sintetik dan identiti elektronik yang digunakan dalam urusan kerajaan? Jika tidak dijelaskan, undang-undang ini mungkin ketinggalan sebaik sahaja teknologi berkembang.

Dato’ Yang di-Pertua, kedua, seksyen 23 mengenai kandungan yang dijana atau dimanipulasi menggunakan sistem komputer. Ini mungkin antara seksyen paling penting dalam keseluruhan RUU. Hari ini, masyarakat berdepan teknologi AI yang mampu menghasilkan video, audio dan imej yang hampir mustahil dibezakan antara rakaman sebenar. Saya menyokong usaha membendung penyalahgunaan teknologi ini.

Tetapi, saya ingin mendapatkan penjelasan Menteri, bagaimanakah pihak pendakwa akan membuktikan bahawa sesuatu kandungan itu benar-benar dijana oleh AI dan bukannya suntingan biasa? Adakah agensi penguat kuasa mempunyai kepakaran forensik AI yang mencukupi? Jangan sampai undang-undang mendahului kemampuan penguatkuasaan. Saya juga mencadangkan supaya Menteri mempertimbangkan penerbitan garis panduan teknikal mengenai kaedah mengenal pasti kandungan AI supaya terdapat standard pembuktian yang seragam.

Justeru, saya mencadangkan dua penambahbaikan, iaitu yang pertama, memperluaskan definisi maklumat identiti supaya merangkumi identiti biometrik dan identiti digital pada seksyen 22 dan kedua, menyediakan garis panduan forensik bagi pembuktian kandungan yang dijana oleh AI pada seksyen 23.

Dato’ Yang di-Pertua, saya beralih kepada bahagian berikutnya, Bahagian VII – Penguatkuasaan iaitu seksyen 29 hingga 31. Saya memahami bahawa jenayah siber mempunyai sifat yang berbeza daripada jenayah konvensional. Bukti digital boleh dipadam, dipindahkan atau dimusnahkan dalam beberapa saat sahaja.

Justeru, saya bersetuju bahawa pegawai penyiasat memerlukan kuasa yang mencukupi untuk bertindak pantas. Namun, dalam masa yang sama, semakin besar kuasa diberikan kepada pihak penguat kuasa, semakin besar juga tanggungjawab kita memastikan kuasa tersebut tidak disalahgunakan.

Pertama, berhubung seksyen 29 mengenai penggeledahan dan penyitaan tanpa waran. Seksyen ini membenarkan pegawai diberi kuasa memasuki premis tanpa waran jika terdapat sebab yang munasabah mempercayai bahawa kelewatan mendapatkan waran akan menyebabkan keterangan dimusnahkan atau dipindahkan.

Saya tidak mempertikaikan keperluan kuasa ini, tetapi persoalan saya ialah― siapakah yang akan menyemak sama ada sebab yang munasabah itu benar-benar wujud? Bukankah lebih baik jika undang-undang ini turut mewajibkan pegawai mengemukakan laporan kepada majistret dalam tempoh tertentu, misalnya 24 atau 48 jam selepas penggeledahan dibuat, supaya terdapat semakan kehakiman terhadap tindakan tersebut. Ini bukan bertujuan menyukarkan siasatan, tetapi untuk melindungi integriti pegawai penyiasat sendiri dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap proses penguatkuasaan.

Tuan Yang di-Pertua, kedua, saya ingin menyentuh tentang seksyen 30.

Seksyen ini memperuntukkan bahawa sesuatu waran masih sah walaupun terdapat kecacatan atau kesilapan tertentu. Pada pandangan saya, peruntukan ini terlalu umum. Sebagai contoh, sekiranya berlaku kesilapan alamat premis, nombor komputer, identiti individu ataupun sistem yang hendak disita, adakah semua kesilapan tersebut dianggap tidak menjejaskan kesahan waran?

Saya mencadangkan supaya RUU ini membezakan antara kecacatan teknikal yang tidak menjejaskan keadilan dengan kecacatan material yang boleh menjejaskan hak seseorang. Pendekatan ini akan mengelak pertikaian di mahkamah pada masa akan datang.

Ketiga, mengenai seksyen 31 berhubung senarai benda yang disita. Saya mengalu-alukan kewajipan pegawai menyediakan senarai barang yang disita, kerana ia meningkatkan ketelusan. Namun, jenayah siber bukan lagi sekadar melibatkan komputer atau telefon bimbit. Bukti utama ialah data digital. Oleh itu, saya mencadangkan supaya senarai penyitaan turut merekodkan maklumat forensik digital seperti cap masa, nilai khas dan identiti pegawai yang membuat salinan data.

Sekian perbahasan saya. Terima kasih.

draft4:32 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Baiklah. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Seterusnya, saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Seputeh. Silakan Yang Berhormat.

draft4:32 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Puan Yang di-Pertua atas peluang yang diberi kepada saya untuk membahas rang undang-undang yang sangat penting ini. Saya berminat menyertai perbahasan ini juga kerana selama ini saya adalah mangsa. Mangsa yang dilemparkan pelbagai tohmahan, tuduhan yang menjadikan saya seorang rasis, seorang yang pelampau, yang anti-Islam, anti- Melayu.

Sejak tahun 2013, saya pernah menghadapi tuduhan yang bertajuk, “Cina pun mahu duit zakat”. Ini disiarkan dalam satu blog politik bnbesut.blogspot.com. Sampai sekarang, selepas banyak laporan, ia berulang-ulang dalam social media tapi tak ada apa-apa tindakan.

Lepas itu, yang satu lagi ialah saya menolak Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Ia setiap setengah tahun akan muncul di media sosial dan lepas itu saya kena buat satu, you know, cap fitnah, palsu dalam media sosial saya. Lepas itu, tak ada apa-apa, walaupun saya dah banyak kali buat laporan polis. Yang kemunculan yang terakhir adalah pada bulan Mei 2026. Tak ada apa-apa berlaku.

Yang satu lagi ialah pada Januari tahun ini, satu keratan artikel yang palsu menggunakan logo satu portal media tempatan iaitu Berita Harian, yang tular di Facebook dan WhatsApp dengan tajuk, “Sijil halal untuk babi adalah wajar” dan letak nama saya, muka saya.

draft4:38 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya sebenarnya dah buat laporan polis dan kepada MCMC. Dan MCMC juga kata, mereka telah membuka lapan kertas siasatan di bawah seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Tapi sampai sekarang dari Januari— buat laporan polis sampai sekarang, tak ada apa-apa tindakan lanjut. Tak ada siapa didakwa ke mahkamah.

Dan selain itu, macam rakan saya MP yang kata tadi itu, saya juga pernah clip sidang media saya, juga di-dubbed dengan suara yang mirip dengan suara saya, mempromosi satu skim pelaburan yang mana saya tak pernah terlibat dalam perkara ini. Saya dah— setiap kali saya buat laporan, lepas dua, tiga hari, saya lihat yang dalam sosial media macam Facebook itu hilang tapi ia keluar dalam Facebook dengan nama yang lain. Jadi, ia muncul banyak kali.

So, ramai orang tanya saya, betul kah skim pelaburan ini boleh pakai ka ataupun tidak? Mana saya tahu, ini saya diperalatkan. Tapi saya lihat satu masalah.

Masalah ialah sekarang ialah kita buat laporan polis, lepas itu MCMC, lepas itu seperti biasa, tak ada apa-apa berlaku. Dan bila saya tanya pegawai di MCMC, mereka kata, mereka harus merayu kepada TikTok lah, kepada Facebook lah, kepada portal media sosial.

Kalau mereka tak mahu ambil tindakan, jadi kerajaan pun tak boleh buat apa- apa. Jadi, soalan saya ialah, ini salah siapa? Ini salah polis kah? Polis kata, ini MCMC. Lepas itu, tak tahu apa berlaku ataupun ini adalah masalah di AGC. Kita tak tahu. Langsung tak tahu. Jadi, dengan rang undang-undang baru ini, adakah ia yang semua agensi ini dapat membanteras segala aduan penipuan, fitnah dan sebagainya dengan lebih cepat?

Adakah ini dijadikan satu agensi macam yang ada coordinated efforts yang boleh menghapuskan segala tohmahan, fitnah dalam media sosial terhadap ahli politik dan juga mungkin orang yang berkenamaan. So, di sini saya berharap lah Timbalan Perdana Menteri, kalau boleh, minta pegawai bagi jawapan. Apa berlaku pada laporan saya ini? Yang MCMC kata, lapan investigation papers telah pun dibuka.

Tapi sampai sekarang, ini bulan tujuh already. Setengah tahun, apa-apa pun tak ada. Dan saya juga lihat yang artikel berkenaan yang saya katakan sijil halal haruslah diberi kepada babi itu, ia muncul di media sosial rakan-rakan di sebelah sini. Sebelah kanan saya sini. Tak ada apa-apa tindakan diambil terhadap mereka.

Jadi, kenapa kah ini berlaku?

Jadi akhirnya, saya juga nak tanya, sekarang yang rang undang-undang ini telah pun mendapat kebimbangan daripada Majlis Media Malaysia yang kerana tentang dia kata apa— infringe on privacy, kuasa untuk intercept di antara wartawan dengan sumber dia. Peguam dengan client dia. Dan semua ini, apakah pendirian kerajaan? Adakah kerajaan setuju untuk merujuk RUU ini ke jawatankuasa pilihan khas untuk satu rang— untuk libat urus? Dan saya juga nak tanya, kenapakah RUU ini tak pernah ada libat urus dengan NGO?

draft4:40 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Sila gulung Yang Berhormat. Sila gulung.

draft4:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

So, ya ini adalah ucapan saya.

Sekian, terima kasih.

draft4:40 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Baiklah, terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Tuaran.

Silakan.

draft4:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Pada prinsipnya, Tuaran menyokong Rang Undang-undang Jenayah Siber 2026 kerana Malaysia sememangnya memerlukan sebuah undang- undang yang moden, komprehensif dan responsif terhadap ancaman jenayah siber yang semakin kompleks. Akta Jenayah Komputer 1997 yang digubal hampir tiga dekad yang lalu sudah tidak lagi memadai untuk menangani realiti dunia digital hari ini.

Hari ini kita berhadapan dengan peningkatan mendadak kes penipuan dalam talian, pencurian identiti digital, penggodaman data, serangan terhadap infrastruktur kritikal, penyebaran imej tanpa kebenaran serta kemunculan teknologi deepfake yang mampu menghasilkan video, audio dan imej palsu menggunakan kecerdasan buatan.

Teknologi yang membawa manfaat pada manusia kini turut dimanipulasi oleh penjenayah untuk merosakkan kehidupan, menjatuhkan maruah dan mengancam keselamatan negara. Saya menyambut baik peruntukan baharu yang memperkenalkan kesalahan berkaitan penyamaran identiti digital, penyebaran imej intim dan kandungan palsu yang dijana menggunakan AI.

Dalam era ini, seseorang boleh difitnah melalui ucapan tidak pernah disebutnya atau diaibkan melalui imej yang tidak pernah wujud. Oleh itu, langkah kerajaan memperkenalkan peruntukan khusus bagi menangani ancaman ini adalah tepat pada masanya. Puan Yang di-Pertua, namun demikian, dalam usaha memperkukuhkan kuasa penguatkuasaan, kita juga perlu memastikan bahawa prinsip kedaulatan undang-undang, akauntabiliti dan perlindungan hak rakyat terus dipelihara.

RUU ini memberikan kuasa yang luas pada pihak berkuasa untuk mengakses sistem komputer, mendapatkan data trafik, memintas komunikasi, menyita peralatan dan dalam keadaan tertentu, menjalankan tindakan tanpa waran. Saya ingin bertanya pada Yang Amat Berhormat Menteri, apakah mekanisme semak dan imbang yang diwujudkan bagi memastikan kuasa-kuasa yang digunakan secara berhemah, berkadar dan tidak disalahgunakan?

Kedua, siapakah badan bebas yang memantau pelaksanaannya? Adakah kerajaan bersedia membentangkan laporan tahunan kepada Parlimen mengenai penggunaan kuasa-kuasa ini supaya wujud ketelusan dan akauntabiliti kepada rakyat?

Puan Yang di-Pertua, Tuaran juga ingin menyentuh seksyen 57 iaitu peruntukan mengenai perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang- undang. Saya memahami rasional peruntukan ini. Pegawai penguat kuasa yang menjalankan tugas secara jujur dan mengikut undang-undang memang wajar dilindungi daripada tindakan saman yang remeh atau berniat mengganggu pelaksanaan tugas mereka.

Peruntukan seperti ini juga bukan suatu yang baru dan terdapat dalam berapa undang-undang keselamatan yang lain. Namun begitu, perlindungan kepada pegawai yang bertindak dengan jujur tidak boleh diterjemahkan sebagai perlindungan yang terlalu luas sehingga menyukarkan mangsa mendapatkan keadilan apabila berlaku penyalahgunaan kuasa atau kecuaian yang serius.

Seksyen 57 memperuntukkan bahawa tindakan undang-undang hanya boleh diambil jika dapat dibuktikan bahawa pegawai berkenaan bertindak dengan niat jahat dan tanpa sebab yang munasabah. Persoalannya ialah, bukankah beban untuk membuktikan niat jahat itu amat tinggi? Bagaimana pula jika berlaku kecuaian yang amat serius?

Penyalahgunaan kuasa atau tindakan yang jelas melampaui bidang kuasa tetap sukar dibuktikan mempunyai niat jahat. Adakah mangsa masih mempunyai remedi yang berkesan? Justeru itu, Tuaran ingin mengemukakan dua cadangan penambahbaikan. Pertama, Tuaran mencadangkan supaya perlindungan di bawah seksyen 57 turut menjelaskan bahawa ia tidak melindungi pegawai yang melakukan penyalahgunaan kuasa, kecuaian serius atau tindakan yang melampaui bidang kuasa.

Di samping terus melindungi pegawai yang bertindak secara jujur dan dengan suci hati. Ini akan memberikan keseimbangan yang lebih baik antara keberkesanan penguatkuasaan dan hak rakyat. Kedua, saya mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan mekanisme semakan bebas atau pelaporan berkala kepada Parlimen mengenai penggunaan kuasa-kuasa di bawah akta ini, termasuk statistik akses kepada sistem komputer, pemintasan komunikasi dan tindakan penguatkuasaan, ketelusan seperti ini akan meningkatkan keyakinan rakyat bahawa kuasa yang besar sentiasa disertai dengan akauntabiliti yang setimpal.

Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh aspek keselamatan data rakyat. Sekiranya kerajaan mahu memperluaskan penggunaan identiti digital negara, maka kerajaan mempunyai tanggungjawab yang lebih besar untuk memastikan data rakyat dilindungi daripada kebocoran dan penyalahgunaan.

Saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah tahap kesiapsiagaan kerajaan sekiranya berlaku kebocoran data berskala besar yang melibatkan jutaan rakyat Malaysia? Siapakah yang akan dipertanggungjawabkan? Apakah bentuk perlindungan atau pampasan yang akan diberikan kepada mangsa?

Akhir sekali Puan Yang di-Pertua, Tuaran juga bersetuju dengan beberapa rakan daripada Sarawak bahawa perwakilan daripada Kerajaan Sabah dan Sarawak dalam jawatankuasa memerangi siber ini juga perlu dilantik. Dan Tuaran mencadangkan supaya Setiausaha Kerajaan Sabah dan Setiausaha Kerajaan Sarawak disenaraikan dalam jawatankuasa tersebut.

draft4:44 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Ini adalah penting kerana Kerajaan Sabah dan Sarawak adalah berautonomi dalam beberapa utiliti yang berautonomi seperti air dan elektrik. Dan ini adalah critical infrastructure, national infrastructure yang memang terdedah kepada risiko serangan penjenayah siber. Dan jika sekiranya Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak...

draft4:50 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Masa dah tamat, Yang Berhormat. Sila gulung.

draft4:50 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Ya. Jika sekiranya Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak tak diwakili dalam jawatankuasa tersebut, saya Tuaran khuatir yang ini akan nanti overlook. Jadi, Puan Yang di-Pertua, Tuaran mohon mencadang. Terima kasih.

draft4:50 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih, Tuaran.

Seterusnya, kita beralih ke Yang Berhormat Parit Buntar.

draft4:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.

Bismillahirrahmanirrahim. Firman Allah SWT...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya, “Wahai orang-orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa satu berita, maka selidiklah untuk menentukan kebenarannya, supaya kamu tidak menimbulkan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” Surah Al-Hujurat, ayat yang keenam.

Daripada ayat ini, ia mengingatkan kepada kita untuk berhati-hati terhadap jenayah siber. Tetapi, ayat Quran hanya sekadar memberi peringatan, pendidikan.

Tidak cukup sekadar itu saja, bahkan perlu ada suatu rang undang-undang untuk mencegah jenayah siber.

Sebab itulah semalam, hari Isnin, Jelutong telah pun ditempelak oleh Pasir Mas kerana buat kenyataan yang penuh tidak bertanggungjawab menuduh Kelantan paling banyak kesalahan seks terhadap kanak-kanak, padahal fakta yang sebenarnya adalah negeri lain yang lebih banyak berbanding dengan negeri Kelantan...

[Tepuk] Justeru, saya mencabar Jelutong untuk membuat kenyataan di luar Dewan supaya rakyat Kelantan boleh saman Jelutong. Setuju?

draft4:50 PM

Beberapa Ahli

Setuju.

draft4:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya ingin menyatakan bahawa saya menyokong hasrat kerajaan menggubal undang-undang baru ini bagi menggantikan Akta Jenayah Komputer 1997 yang sudah tidak lagi mampu menangani bentuk jenayah siber moden seperti deepfake, phishing, penipuan pelaburan, scam panggilan telefon dan penyalahgunaan identiti digital.

Objektif RUU ini untuk mewujudkan kerangka yang lebih holistik selari dengan perkembangan teknologi dan memperkukuh penyiasatan adalah sesuatu yang wajar.

Namun begitu, dalam usaha kita membanteras jenayah siber, janganlah sehingga rakyat yang tidak bersalah turut terhakis. Hari ini jenayah scam bukan lagi menyerang satu kelompok tertentu, malah mangsa terdiri daripada penjawat awam, pesara kerajaan, suri rumah, ahli perniagaan, pelajar universiti dan lain-lainnya.

Malangnya, sehingga hari ini, tiada statistik nasional yang diterbitkan mengikut kategori pekerjaan mangsa, sedangkan data ini sangat penting bagi merangka dasar pencegahan yang lebih tepat.

Justeru, saya ingin bertanya pada Menteri, adakah kerajaan mempunyai pangkalan data lengkap mengenai profil mangsa scam mengikut pekerjaan? Jika belum, bilakah ia akan diwujudkan? Supaya kempen kesedaran dapat disasarkan kepada kumpulan paling berisiko.

Dasar yang baik mestilah bermula dengan data yang baik. Berdasarkan penyata rasmi RUU ini sendiri, kes fraud telekomunikasi melonjak sehingga 31,515 kes pada tahun 2025, manakala kes penipuan komputer meningkat kepada hampir 20,000 kes. Jenayah e-kewangan pula meningkat hampir lima kali ganda berbanding tahun 2022. Ini membuktikan bahawa penjenayah sentiasa lebih pantas menyesuaikan diri dengan teknologi berbanding undang-undang.

Tuan Yang di-Pertua, jenayah scam hari ini bukan lagi menyasarkan golongan yang kurang berpendidikan atau warga emas semata-mata. Hakikatnya, setiap lapisan masyarakat kini menjadi sasaran sindiket jenayah siber. Laporan PDRM menunjukkan bahawa mangsa terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk penjawat awam, pesara kerajaan, guru, ahli peniagaan, suri rumah, pelajar serta pekerja sektor swasta.

Mengikut statistik PDRM bagi tempoh Januari hingga November 2025, sebanyak 28,698 kes jenayah telekomunikasi direkodkan dengan jumlah kerugian mencecah RM715 juta. Golongan berumur 21 hingga 40 tahun merupakan kumpulan paling ramai menjadi mangsa membuktikan bahawa jenayah scam tidak lagi menyasarkan warga emas. Tuan Yang di-Pertua, apa yang lebih membimbangkan ialah penjawat awam sendiri merupakan antara kumpulan yang paling banyak menjadi mangsa sindiket scam. Kita juga menyaksikan peningkatan job scam atau penipuan tawaran pekerjaan. PDRM merekodkan 8,911 kes dengan jumlah kerugian melebihi RM222 juta. Apa yang lebih mengejutkan ialah mangsanya bukan penganggur semata-mata.

Antara kelompok yang paling ramai ialah penjawat awam, pesara kerajaan, ahli perniagaan, guru, kerani sektor awam dan juga kerani sektor swasta.

Tuan Yang di-Pertua, saya bimbang apabila RUU ini memberikan kuasa memintas komunikasi berdasarkan kelulusan pendakwa raya tanpa keperluan mendapat waran daripada mahkamah. Persoalannya, mengapa seorang hakim yang bebas tidak dijadikan mekanisme semak dan imbang? Sedangkan komunikasi seseorang mengandungi maklumat keluarga, urusan perniagaan, data kewangan, bahkan rahsia guaman. Hari ini telefon pintar merupakan hidupan digital seseorang.

Apabila telefon disita, ia bukan sekadar menyita alat komunikasi, ia memberikan akses kepada gambar keluarga, akaun bank, lokasi harian, rekod kesihatan dan sebagainya.

Saya ingin membangkitkan fasal berkaitan penggeledahan tanpa waran.

Kuasa sebegini wajar digunakan dalam keadaan benar-benar mendesak. Saya mencadangkan alasan perlu direkodkan secara bertulis, setiap tindakan tanpa waran dilaporkan pada mahkamah dalam tempoh tertentu supaya tiada ruang penyalahgunaan kuasa.

Undang-undang boleh menghukum penjenayah, tetapi undang-undang tidak boleh menghalang seseorang daripada menekan pautan scam. Hari ini ramai terdiri daripada warga emas, pesara dan golongan yang kurang celik digital.

Saya mencadang kerajaan melaksanakan modul literasi siber nasional bermula di sekolah, latihan keselamatan digital untuk penjawat awam, program khas bersama JAKIM, masjid dan surau...

draft4:50 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Yang Berhormat. Yang Berhormat.

draft4:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

...Bahkan mendidik warga emas mengenai scam.

draft4:50 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Masa dah tamat.

Rumuskan.

draft4:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya nak gulung. Kempen berkala kepada pesara kerajaan melalui KWAP dan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, program kesedaran kepada usahawan PMKS melalui HRD Corp. dan MARA.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong usaha memperkukuh undang-undang jenayah siber kerana ancaman ini jauh lebih kompleks berbanding tahun 1997.

Namun, dalam kita memperkasakan kuasa penguatkuasaan, kita juga mesti memperkukuh perlindungan terhadap rakyat.

Dengan ini, saya menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.

draft4:50 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih, Parit Buntar.

Seterusnya, saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Shah Alam. Silakan, Yang Berhormat.

draft4:50 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.

Tuan Yang di-Pertua, kalau dahulu orang ramai mengunci pintu rumah sebelum tidur, hari ini kita perlu membuka kunci identiti digital sebelum membuka telefon. Kalau dahulu pencuri memecah masuk melalui tingkap, hari ini mereka masuk melalui pautan WhatsApp, panggilan telefon, aplikasi dan media sosial.

Penjenayah tidak lagi datang mengetuk pintu rumah kita, mereka datang mengetuk telefon pintar kita.

Peperangan abad ke-21 bukan lagi sekadar menggunakan peluru berpandu atau kereta kebal, hari ini peperangan berlaku melalui papan kekunci, algorithm dan data. Jika dahulu negara mempertahankan sempadan fizikal, hari ini kita mesti mempertahankan sempadan digital.

Sebab itulah saya melihat RUU ini bukan sahaja sekadar undang-undang untuk memerangi jenayah tetapi ia nya merupakan satu pelaburan strategik untuk mempertahankan keselamatan negara, ekonomi digital dan kesejahteraan rakyat.

Puan Yang di-Pertua, statistik yang dibentangkan amat membimbangkan kita. Pada tahun 2025 sahaja, hampir 70,000 kes jenayah siber direkodkan.

Manakala dalam tempoh lima bulan pertama tahun 2026, puluhan ribu lagi kes telah dilaporkan dengan penipuan kewangan terus menjadi kategori yang paling tertinggi.

Maknanya, scammer ini tidak pernah bercuti, mereka beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Persoalannya, adakah sistem perlindungan negara bergerak sepantas mereka?

Akta Jenayah Komputer 1997 sememangnya telah banyak berjasa kepada negara. Namun, selepas hampir tiga dekad, dunia digital berubah dengan begitu pantas sekali. Hari ini kita berdepan dengan malware as a service, phishing as a service, pencurian identiti digital, serangan terhadap infrastruktur kritikal negara dan teknologi AI, kecerdasan buatan yang mampu menghasilkan kandungan deepfake yang hampir mustahil dibezakan dengan realiti. Kalau penjenayah sudah berubah, sudah tentulah undang-undang kita juga harus berubah.

draft4:57 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan MADANI kerana membawa satu rang undang-undang yang lebih komprehensif, lebih moden dan lebih bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Pertama, RUU ini berjaya menutup kelompongan undang-undang— kelompangan undang-undang. Selama ini terdapat sindiket yang menjual malware, phishing kit dan pelbagai perisian jenayah siber tanpa kesalahan khusus di bawah undang-undang sedia ada. Melalui fasal 15, pemilikan dan pengedaran peranti tersebut bagi tujuan jenayah akhirnya menjadi satu kesalahan. Kita bukan sahaja menangkap penjenayah tetapi memutuskan rantaian bekalan jenayah siber.

Kedua, deepfake ini ibarat wang palsu. Kalau wang palsu merosakkan keyakinan terhadap mata wang, deepfake merosakkan keyakinan terhadap kebenaran. Bayangkan satu video palsu yang tular beberapa jam sebelum hari mengundi. Bayangkan seorang— wajah seorang wanita atau kanak-kanak dimanipulasi untuk tujuan pemerasan, dalam beberapa minit reputasi seorang boleh musnah walaupun kandungannya palsu. Oleh kerana itu, undang-undang boleh bergerak...

draft5:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Shah Alam, boleh sikit Shah Alam? Shah Alam? Shah Alam, boleh sikit tak? Sebab bila Shah Alam sebut tadi soal berkaitan dengan hari mengundi, pada tahun 81 dulu, Yang Berhormat Marang ada mengeluarkan satu fatwa, haram untuk mengundi UMNO ni. Tapi baru-baru ni pula kita dengar, dah halal pula. Jadi, saya tak tahu sama ada dia halal ke, haram ke ataupun halam? Jadi, minta sikit pandangan daripada Yang Berhormat Shah Alam sebab lama dulu duduk dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Terima kasih, Speaker.

draft5:00 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Fatwa ni mufti sahaja.

draft5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, ini buruk sangka. 36(6). Sangkaan jahat. Sangkaan yang buruk, jahat.

draft5:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Arau tak minta kebenaran dengan saya, Arau.

[Ketawa]

draft5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini sangkaan yang busuk, tak boleh tuduh macam tu. Dah keluar fatwa di Parlimen ni, kita tak boleh menuduh sesebuah parti itu.

draft5:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Apa pula tuduh? Eh, boleh tengok— boleh tengok fatwa tu ada. Tahun 81. Boleh tengok, boleh tengok. Tuduh apa nya?

draft5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia memang— kalau— ini, ini...

draft5:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tuduh apanya?

draft5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Awak bekas— [Tidak jelas]

draft5:00 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Dekat mana?

Dekat mana? Tunjuk. Tunjuk. Tunjuk. Mana? Mana? Tunjuk.

draft5:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tunjuk? Eh, ada.

draft5:00 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Mana? Mana?

Tunjuk.

draft5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini bekas PAS tak berguna.

Kalau orang PAS ni [Tidak jelas] Kamu bekas PAS tak berguna.

draft5:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Pergi tengoklah. Pergi tengok ChatGPT pun. Videonya pun ada lah.

draft5:00 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tak, tunjuk sekarang yang kamu baca kat mana.

draft5:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Videonya pun ada lah. Ini yang jadi masalah ni. Dia buat, lepas tu sembunyi tangan. Dia buat, lepas tu sembunyi tangan.

draft5:00 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Kamu yang masalah, bercakap tak ada fakta. Mana ada fatwa haram undi UMNO. Mana? Mana?

draft5:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ini jadi masalah. Dulu bergaduh dengan UMNO sekarang ni nak UMNO balik, cium balik. Buang BERSATU pula. Ini masalah parti sebelah sini ni. Jadi rakyat Johor, jangan undi Perikatan Nasional ni nanti dalam pilihan raya yang akan datang ni. Undi Pakatan Harapan.

draft5:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Hei, yang kau dengki buat apa siapa undi BN?

draft5:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Yang Berhormat. Sila duduk. Sila duduk.

draft5:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Dengki buat apa nak undi BN? Dengki buat apa? Takut kalah?

draft5:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Hulu Langat, Arau!

draft5:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Eh, kalah menang itu biasa.

Tak ada masalah.

draft5:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Dengki buat apa?

draft5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya...

draft5:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

81 dulu kata haram.

draft5:00 PM

Beberapa Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft5:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Dengki buat apa?

draft5:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Tunjuklah fatwa tu, tunjuk.

draft5:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Mana ada fatwa.

draft5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, 36(6).

draft5:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Dulu waktu dia jadi PAS, dialah yang menjaja rata kampung.

draft5:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Arau, sila duduk. Arau, sila duduk Arau. Sila duduk. Silakan, Shah Alam.

draft5:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Puan Yang di-Pertua, bagi saya masa lebih sikit sebab tadi gangguan...

draft5:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Saya bagi satu minit.

draft5:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

...Tanpa kebenaran saya sebenarnya.

draft5:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Teruskan. Satu minit.

draft5:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Ya, jawapan untuk Hulu Langat tadi kita serahkan kepada pengundi, Puan Yang di-Pertua.

draft5:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Teruskan.

draft5:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Ya. Mana tadi dah. Lupa dah. Okey.

MyDigital ID bakal menjadi asas kepada pelbagai urusan kerajaan dan ekonomi digital negara. Oleh kerana itu saya menyambut baik langkah kerajaan memperkukuhkan perlindungan terhadap identiti digital melalui RUU ini. Namun, saya juga ingin mengemukakan beberapa persoalan kepada kerajaan.

Yang pertamanya, RUU ini memperuntukkan kuasa penyiasatan yang lebih menyeluruh. Sebagaimana kebimbangan ramai Ahli-ahli Dewan, saya juga ingin mempersoalkan, apakah mekanisme semak dan imbang yang akan memastikan kuasa tersebut sentiasa digunakan secara profesional, telus serta menghormati hak privasi? Tetapi hak privasi ini juga ada masalah kalau kita tidak boleh mengadakan intersepsi komunikasi.

Memandangkan sebahagian besar sindiket jenayah siber beroperasi merentasi sempadan, apakah strategi kerajaan untuk memperkukuh kerjasama dengan negara-negara ASEAN dan rakan-rakan antarabangsa supaya penjenayah tidak boleh lagi berlindung di luar negara? Ini termasuk, Puan Yang di-Pertua, untuk memerangi jenayah keganasan (terrorism).

Sekarang ini kita berada dalam fasa generasi— sorry. Dalam fasa generative AI. AI yang mana kita bagi prompt, dia boleh tolong kita nak cipta pelbagai hasil yang kita perlukan.

draft5:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Sila gulung, Yang Berhormat.

draft5:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Dan kita sekarang ini dah masuk kepada satu fasa yang dipanggil sebagai agentic AI. Di mana agentic AI ini kita boleh melahirkan ejen. Saya ada ejen, Yang di-Pertua ada ejen, rakan-rakan ada ejen.

Ejen-ejen ini dia boleh berkomunikasi di antara satu sama lain tanpa kita bagi prompt. Ini sangat bahaya, Puan Yang di-Pertua. Jadi, saya ingin bertanya kepada kerajaan.

Setakat manakah kita juga bersedia untuk menghadapi the future of AI ini, kecerdasan buatan termasuklah agentic AI ini?

Akhirnya, saya berpandangan bahawa jika dahulu kita menjaga pintu sempadan negara, hari ini kita mesti menjaga pintu masuk data negara. RUU ini bukan tujuan menyekat teknologi tetapi RUU ini memastikan teknologi terus menjadi pemangkin kemajuan, bukannya senjata kepada penjenayah. Dengan itu Shah Alam menyokong sepenuhnya Rang Undang-undang Jenayah Siber 2026. Terima kasih.

draft5:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Shah Alam.

Seterusnya, Yang Berhormat Kuala Krai. Silakan, Yang Berhormat.

draft5:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan...

draft5:00 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Speaker, sebelum Kuala Krai berucap, saya nak bawa Point of Order 36(6). Tuduhan daripada...

draft5:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Stop, stop dulu.

draft5:00 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

...Kawasan mana tadi?

draft5:00 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Hulu Langat.

draft5:00 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Hulu Langat.

Saya— kalau orang macam ini saya mudah lupa. Tuduhan sangat dahsyat dan berat tu. Dia kata ada fatwa daripada Marang, haram undi UMNO. Saya minta dia tunjuk, bawa, kalau betul-betul dia bercakap itu perkara yang benar. Jadi, kalau dia tak boleh bawa sekarang makna kena tarik balik, Speaker. Itu tuduhan yang berat. Tunjukkan, tunjukkan. Fatwa, tuduhan yang berat.

draft5:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tarik balik.

Tarik balik, Hulu Langat.

draft5:00 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tarik balik.

draft5:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tarik balik.

draft5:00 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tunjuk bukti, tunjuk bukti.

draft5:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tarik balik, Hulu Langat.

draft5:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Sembang bolehlah.

draft5:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tarik balik.

draft5:00 PM

Beberapa Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft5:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tuduhan berat. Mana ada fatwa.

draft5:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya tak tarik.

draft5:00 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Fatwa mana?

draft5:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya tak tarik. Bawa usul lah.

Bawa usul. Hadapkan saya ke Jawatankuasa Khas. Bawa usul.

draft5:00 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tak, tunjuk dulu.

draft5:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tunjuk apa? Bawa usul lah.

draft5:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Okey. Cukuplah.

draft5:00 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Bawa usul pun kamu tak boleh tunjuk juga.

draft5:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bawa usul, bawa usul. Kalau berani bawa usul. Kita jumpa di Jawatankuasa Hak dan Kebebasan nanti. Bawa usul.

draft5:00 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Bawa usul pun kamu tak boleh tunjuk juga sebab menipu. Berbohong.

draft5:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tak ada bohongnya. Tak ada bohongnya.

draft5:00 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Bercakap lawan fitnah. Kamu memfitnah secara terbuka.

draft5:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Hulu Langat.

draft5:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Aku dulu pun duduk dalam PAS lah. Aku baca benda tu lah. Aku tahulah benda tu.

draft5:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Bohong, bohong.

draft5:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Hulu Langat.

draft5:00 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang dulu okey, sekarang bila keluar PAS lagi teruk ni.

draft5:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Buat tapi sembunyi tangan, itu jadi masalah. Itu jadi masalah.

draft5:00 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Bila keluar PAS lagi teruk ni. Dulu okey.

draft5:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bawa usul, bawa usul kalau berani.

draft5:00 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tak apa, kita bawa...

[Pembesar suara dimatikan]

draft5:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Pembesar suara dimatikan] Ha, bawa usul ini kawasan mana? Batam?

draft5:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Hulu Langat ni macam lalat.

draft5:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Sila duduk.

draft5:00 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Speaker, apa ruling Speaker? Sebab bila dah point of order kena ada ruling.

draft5:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Sila duduk. Hulu Langat, adakah— Hulu Langat, betul ke? Adakah itu maksud Hulu Langat tadi?

draft5:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kalau— kawasan mana tadi?

Cempedak, apa? Ha, Pengkalan Chepa.

draft5:00 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Pengkalan Chepa.

draft5:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha, Pengkalan Chepa. Kalau dia tak puas hati, saya minta Speaker bawa usul ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Terima kasih.

draft5:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih.

draft5:00 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tak menjawab soalan, Speaker.

draft5:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Itu bukan jawapan.

draft5:00 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Itu bukan jawab soalan Speaker tu.

draft5:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Saya buat keputusan. YB Kuala Krau. YB Batang Sadong. Maaf. YB Batang Sadong berucap sekarang. Yang Berhormat—

draft5:00 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Kuala Krai.

draft5:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Kuala Krai. Kuala Krai, ya.

Yang Berhormat Kuala Krai, ya? Pengkalan Chepa. Yang Berhormat Pengkalan Chepa, kalau tak setuju dengan keputusan saya, Yang Berhormat bawa usul. Terima kasih, ya.

draft5:00 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Apa keputusan Speaker? Dia tarik balik ke, dia tunjuk bukti?

draft5:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Dia tak tarik balik. Dia kata kalau Yang Berhormat tak puas hati dengan apa yang dia kata, Yang Berhormat buat usul. Keputusan saya, Kuala— Batang Sadong terus berucap.

draft5:00 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Kuala Krai.

draft5:00 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Kuala Krai.

draft5:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Eh, Kuala Krai. Maksud saya Kuala Krai.

draft5:00 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang dia tak boleh tunjuk bukti tu?

draft5:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Dia tak tarik balik, dia tak tarik balik. Jadi, keputusan...

draft5:00 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tapi dia tak boleh tunjuk bukti, yakni dia bohonglah.

draft5:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Keputusan saya sebagai Speaker, saya kata Kuala Krai berucap sekarang. Jadi Yang Berhormat...

draft5:00 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Okey. Terima kasih, Speaker.

draft5:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Kuala Krai, silakan.

draft5:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat, masa saya dah bergerak tu. Minta ulang balik.

draft5:09 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Lima minit. Saya bagi lima minit.

draft5:09 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan dan ruang kepada Kuala Krai untuk sama turut sama dalam perbahasan Rang Undang-undang Jenayah Siber 2026. RUU ini untuk memansuhkan Akta Jenayah Komputer yang telah digubal pada tahun 1997. Waktu itu dunia belum kenal apa itu artificial intellegent (AI), belum tahu apa itu deepfake dan belum wujud istilah- istilah ngeri dalam dunia digital.

draft5:09 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh Bahagian V fasal 19 berkaitan perkhidmatan identiti digital negara ataupun MyDigital ID. Kerajaan perlu sedar apabila kita memusatkan seluruh data identiti rakyat ke dalam satu ekosistem, maka sebenarnya sedang meletakkan seluruh telur negara di dalam satu bakul. Apakah MyDigital ID kubu utama atau perangkap masa? Jika kubu MyDigital ID ini bocor, impak ini bukan lagi sekadar melibatkan seorang atau dua orang mangsa. Ini melibatkan pencabulan keselamatan jutaan rakyat Malaysia serentak secara masa.

Justeru, apakah jaminan keselamatan mutlak daripada kerajaan? Adakah sistem MyDigital ID ini di audit secara berkala oleh pakar kriptografi bebas? Adakah ujian tekanan siber dilakukan setiap minggu untuk mencari kelemahan sebelum ia dijumpai oleh penggodam asing? Jangan kita ghairah mempromosikan pendigitalisasi tetapi rupa-rupanya kita sedang menghantar leher rakyat ke parang penjenayah siber.

Tuan Yang di-Pertua, saya satu perkara yang merobek hati. Mangsa scam ini bukan sekadar hilang duit, ada warga emas yang hilang keseluruhan simpanan hari tua sehingga terpaksa makan biskut kering di hujung usia. Ada bapa yang hilang wang pendidikan anak sehingga si anak terpaksa melupakan impian ke menara gading. Malah ada yang mengambil keputusan tragis membunuh diri kerana menanggung malu dan beban hutang.

Namun naratif pihak berkuasa dan bank sering kali sangat mengecewakan.

Setiap kali berlaku kes, mangsa yang dituduh sebagai cuai, tamak dan mudah terpedaya. Saya ingin membalikkan hujah ini kepada institusi perbankan. Bank-bank di Malaysia mengaut keuntungan berbilion Ringgit setahun. Mempunyai sistem keselamatan AI yang kononnya paling canggih. Tetapi mengapa transaksi luar biasa pemindahan wang secara bertubi-tubi dalam masa beberapa minit ke akaun keldai langsung tidak mencetuskan red flag ataupun amaran awal. Mengapa akaun keldai begitu mudah dibuka seperti membeli pisang goreng di tepi jalan?

Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada fasal 28 dan 36. Apabila telefon disita, individu terpaksa menyerahkan kata laluan atau kod penyahsulitan. Hari ini telefon bukan lagi sekadar alat komunikasi, telefon ialah diari kehidupan seseorang.

Di dalamnya terdapat gambar keluarga, rekod kewangan, maklumat kesihatan, lokasi pergerakan, dokumen syarikat, perbualan peribadi malah urusan guaman dan sebagainya. Persoalannya ialah apakah had kepada akses tersebut?

RUU ini tidak menjelaskan bahawa pegawai hanya boleh mengakses data yang berkaitan dengan siasatan. Ini bermakna atas satu dakwaan kecil sekalipun seluruh kehidupan digital seseorang boleh dibuka kepada pihak berkuasa. Saya mencadangkan supaya prinsip relevan dan berkadaran dimasukkan secara jelas ke dalam RUU ini agar hanya data yang benar-benar berkaitan dengan siasatan sahaja boleh diperiksa.

Tuan Yang di-Pertua, fasal 29 membolehkan pegawai melakukan penggeledahan hanya berdasarkan keyakinannya sendiri bahawa kelewatan mendapatkan waran boleh menjejaskan siasatan. Persoalannya siapakah yang menentukan bahawa keadaan itu benar-benar mendesak? Jika pegawai itu sendiri tanpa hakim, tanpa majistret maka dibimbangi tiada semakan bebas. Lebih membimbangkan lagi fasal 30 membenarkan waran yang mempunyai kecacatan prosedur terus dianggap sah. Apabila dua fasal ini dibaca bersama, ia mewujudkan ruang yang terlalu besar untuk menyalahgunakan kuasa.

Saya bukan mengatakan pegawai akan menyalahgunakan kuasa tetapi undang-undang yang baik tidak dibina atas andaian bahawa semua manusia sentiasa sempurna. Undang-undang dibina kerana kita memahami bahawa kuasa tanpa semakan akhirnya boleh membawa kepada ketidakadilan.

Oleh sebab itu, saya mencadangkan setiap penggeledahan tanpa waran dihadkan kepada keadaan kecemasan yang benar-benar mendesak sahaja dan pegawai wajib merekodkan secara bertulis alasan mengapa waran tidak dapat diperolehi serta diwajibkan dilaporkan kepada mahkamah dalam tempoh tertentu untuk mendapatkan pengesahan selepas tindakan diambil. Lebih membimbangkan lagi RUU ini turut memperuntukkan bahawa waran yang mempunyai kecacatan atau kesilapan masih boleh dianggap sah.

Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir ialah fasal 48. Pada pandangan saya merupakan antara peruntukan paling luas dan paling berbahaya dalam keseluruhan rang undang-undang ini. Pada asalnya kerajaan berhujah bahawa kuasa luar biasa ini diperlukan untuk memerangi jenayah siber.

Namun melalui fasal 48 kuasa tersebut diperluaskan kepada hampir kesemua kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang melibatkan penggunaan sistem komputer. Hari ini, hampir semua urusan menggunakan telefon, e-mel dan WhatsApp. Tetapi jika tafsiran ini diterima, maka hampir semua siasatan jenayah boleh menggunakan kausa pemintasan yang luar biasa. Ini bermaksud sebuah akta jenayah siber secara tidak langsung telah menjadi pintu belakang kepada kuasa pemintasan jenayah secara umum.

Saya berpandangan fasal ini mesti dipinda. Kuasa luar biasa hendaklah dihadkan kepada kesalahan yang benar-benar serius dan dinyatakan secara khusus dalam undang-undang. Jangan dijadikan kuasa yang sepatutnya luar biasa sebagai sesuatu yang biasa.

Yang terakhir, penutup Tuan Yang di-pertua, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa kebimbangan yang dibangkitkan pada hari ini bukan kerana kita tidak mempunyai pegawai penguasa. Sebahagian besar mereka daripada mereka menjalankan amanah dengan penuh integriti. Tetapi sejarah di seluruh dunia menunjukkan bahawa undang-undang mesti dibina bukan berdasarkan kepercayaan semata-mata tetapi berdasarkan prinsip semak dan imbang.

Isunya bukan sama ada kuasa itu akan disalahgunakan tetapi mengapa undang-undang membenarkan untuk penyalahgunaan itu berlaku. Undang-undang ibarat pagar yang diwujudkan justeru untuk hari apabila seseorang mungkin suatu hari tidak bertindak dengan suci hati, maka waktu itulah pagar itu berfungsi.

Kita mahu sebuah undang-undang yang mampu menangani...

draft5:10 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Sila gulung, Yang berhormat.

draft5:10 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Jenayah tanpa menjadikan setiap rakyat sebagai suspek. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft5:10 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Batang Sadong. Silakan Yang Berhormat.

draft5:10 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Jenayah siber kini semakin kreatif, canggih dan berkembang pantas seiring dengan perkembangan teknologi digital dan AI. Justeru Batang Sadong menyambut baik pembentangan RUU ini sebagai langkah penting untuk memperkukuh kerangka perundangan negara.

Menurut Ketua Polis Negara sepanjang tahun 2025 sebanyak 66,204 kes penipuan dalam talian direkodkan di Malaysia melibatkan kerugian hampir RM3 bilion meningkat hampir 87 peratus berbanding 35,368 kes pada tahun 2024. Statistik ini amat membimbangkan kerana ia mewakili puluhan ribu mangsa yang kehilangan simpanan hidup, mata pencarian dan masa depan. Jelas sekali jenayah siber kini merupakan krisis yang memerlukan tindakan yang lebih menyeluruh dan berkesan.

Keperluan RUU ini juga terbukti melalui perkembangan Teknologi AI. PDRM telah mengesan penggunaan teknologi deepfake bagi menghasilkan video palsu yang menggunakan imej tokoh negara untuk memperdaya orang ramai menyertai skim pelaburan tidak wujud. Malah video deepfake yang memaparkan wajah beberapa pemimpin negara pernah disalahgunakan bagi tujuan penipuan kewangan.

Perkembangan ini membuktikan bahawa teknologi AI bukan sahaja membawa manfaat malah boleh menjadi senjata baharu kepada penjenayah siber.

Fenomena ini menunjukkan bahawa undang- undang perlu sentiasa bergerak seiring dengan perkembangan teknologi agar penguatkuasaan tidak ketinggalan daripada modus operandi penjenayah.

Justeru, Batang Sadong menyambut baik peruntukan fasal 23 yang memperuntukkan kesalahan khusus berkaitan kandungan visual atau audio yang dijana atau di manipulasi menggunakan sistem komputer bagi tujuan melakukan atau memudahkan sesuatu jenayah. Peruntukan ini amat relevan dalam menutup kelompongan undang-undang bagi menghadapi ancaman teknologi baharu.

Dato’ Sri Speaker, menurut United Nation Office on Drugs and Crime, jenayah siber kini bersifat rentas sempadan. Sindiket menggunakan identiti palsu, pelayan komputer di luar negara dan rangkaian digital yang kompleks sehingga menyukarkan proses pengesanan, penyiasatan dan pendakwaan.

Justeru, cabaran utama hari ini bukan lagi kekurangan undang-undang tetapi keupayaan negara mengenal pasti identiti pelaku, menjejak bukti digital serta memastikan bukti tersebut dapat diterima di mahkamah.

Sehubungan itu saya ingin mengemukakan tiga cadangan kepada kerajaan.

Yang pertama, saya menyambut baik pengukuhan kuasa penyiasatan melalui fasal 34 hingga 41. Namun kuasa ini perlu disokong dengan peningkatan kepakaran forensik digital, latihan pegawai penyiasat serta penggunaan teknologi yang mencukupi agar siasatan dapat dilaksanakan lebih pantas dan berkesan.

Yang kedua, kerajaan wajar mempercepatkan pembangunan ekosistem, identiti digital nasional dan mengkaji pelaksanaan konsep “know your digital user” bagi platform digital berisiko tinggi.

draft5:16 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Langkah ini dapat meningkatkan akauntabiliti pengguna, mengurangkan penyamaran identiti, serta memudahkan siasatan sebagaimana diamalkan di Singapura dan Estonia.

Ketiga, pengukuhan kuasa penguatkuasaan mestilah sentiasa seimbang dengan perlindungan hak privasi rakyat. Sebarang akses kepada data peribadi, hendaklah tertakluk kepada proses undang-undang yang jelas, serta diaudit bagi mengelak penyalahgunaan kuasa. Selain penguatkuasaan, kerajaan juga perlu memperkukuh pendidikan serta literasi keselamatan siber secara berterusan, khususnya kepada warga emas, belia dan masyarakat luar bandar yang sering menjadi mangsa ataupun sasaran sindiket penipuan.

Bagi negeri seperti Sarawak, program kesedaran perlu diperluaskan hingga ke sekolah, rumah panjang dan kampung di pendalaman, agar rakyat lebih peka terhadap penipuan dalam talian, penyalahgunaan identiti dan ancaman teknologi AI.

Penutup Dato’ Sri Speaker, akhir sekali Batang Sadong berharap, jawatankuasa memerangi jenayah siber yang diwujudkan di bawah RUU ini, dapat memperkukuh penyelarasan antara agensi dalam menangani ancaman siber yang sentiasa berkembang, berubah dengan lebih berkesan. Pada masa yang sama, Batang Sadong berharap jawatankuasa ini turut melibatkan wakil dari Sabah dan Sarawak, agar pelaksanaan strategi serta tindakan yang diambil mengira ataupun mengambil kira cabaran dan keperluan di seluruh negara.

Dengan itu, Batang Sadong menyokong RUU Jenayah Siber 2026 ini, terima kasih.

draft5:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Okey. Baiklah, terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Sekarang Majlis ingin menjemput Yang Berhormat Gerik. Silakan, Yang Berhormat.

draft5:20 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Gerik bangun, bagi mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang- undang Jenayah Siber 2026 ini. Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin menyatakan bahawa jenayah siber kini sebenarnya bukan lagi ancaman pada masa depan. Sebaliknya ia merupakan ancaman yang sedang berlaku dan sering berlaku setiap hari pada rakyat Malaysia.

Statistik yang dibentangkan juga menunjukkan peningkatan ketara, kes-kes penipuan telekomunikasi, e-kewangan, e-dagang, phishing, scam, pelaburan, jenayah seksual dalam talian dan pelbagai bentuk jenayah digital yang semakin kompleks.

Maka saya bersetuju, bahawa Akta Jenayah Komputer 1997 sebenarnya sudah tidak relevan atau tidak memadai bagi sesebuah negara seperti Malaysia dan kita memerlukan kerangka undang-undang baharu yang lebih menyeluruh, sebagaimana dicadangkan melalui RUU ini. Namun sebagai Ahli Parlimen pembangkang yang bertanggungjawab, tugas kami bukan sekadar hanya menyokong atau menolak, tetapi memastikan setiap fasal baharu yang ingin diberikan, benar-benar melindungi rakyat dan tanpa membuka ruang penyalahgunaan.

Puan Yang di-Pertua, pertamanya penguatkuasaan mestilah disertai dengan semak dan imbang. RUU ini memberi kuasa yang luas kepada pegawai, diberi kuasa untuk mengakses sistem komputer. Mendapatkan data trafik, masa nyata, memelihara data komputer serta memintas data kandungan dalam siasatan.

Persoalannya, apakah mekanisme semakan bebas ini terhadap penggunaan kuasa-kuasa ini. Saya mencadangkan supaya semua tindakan yang mengakibatkan akses kepada kandungan komunikasi atau data sensitif diwajibkan mendapat kebenaran kehakiman. Kecuali dalam keadaan yang benar-benar darurat, yang kemudiannya mesti dilaporkan kepada mahkamah dalam tempoh tertentu.

Yang keduanya, lindungi penggodam beretika ataupun ethical hacker. RUU ini memperkenalkan kesalahan berkaitan pemilikan malware, exploit kit dan peranti tertentu. Saya menyokong soal ini untuk membanteras jenayah siber. Namun, kita masih juga mempunyai penyelidik-penyelidik keselamatan siber. Universiti, syarikat keselamatan ICT dan sebagainya, yang merupakan penggodam beretika yang menggunakan peralatan yang sama. Tetapi, bagi tujuan untuk menguji kelemahan sistem.

Justeru, kerajaan perlu memberi jaminan bahawa mereka yang menjalankan penyelidikan secara sah dengan kebenaran pemilik sistem tidak akan di-criminal- kan.

Ketiganya, deepfake perlu ditangani dengan lebih menyeluruh. Saya mengalu-alukan peruntukan undang-undang berkaitan deepfake. Namun, kita semua sedar teknologi AI berkembang jauh lebih pantas, dari apa kita sangka. Dan undang-undang ini haruslah sentiasa dapat menangani masalah deepfake.

Hari ini deepfake digunakan bukan sahaja untuk penipuan kewangan, tetapi juga untuk mencemarkan reputasi individu, mengganggu pilihan raya, memeras ugut serta memanipulasi sentimen awam. Kerajaan perlu mewujudkan pusat kepakaran forensik AI kebangsaan bagi membantu penyiasatan serta mempercepatkan proses pengesahan bukti digital.

Dan yang keempatnya adalah fokus kepada mangsa, bukan sekadar menghukum pesalah. Ramai mangsa scam kehilangan seluruh simpanan hidup, selepas laporan polis dibuat, mereka sering tidak mengetahui perkembangan siasatan dan proses mendapatkan semula wang yang mereka hilang.

Jadi, saya mencadangkan supaya, sistem pembekuan segera akaun yang disyaki dilakukan. Kemudian mekanisme pemulangan aset yang lebih pantas, unit bantuan mangsa jenayah siber di setiap negeri dalam tempoh masa tertentu bagi agensi memberikan perkembangan siasatan kepada mangsa.

Puan Yang di-Pertua, pada akhirnya Puan Yang di-Pertua, saya ingin memberikan cadangan. Cadangan usul yang spesifik kepada kerajaan, yang mungkin memberi impak yang tinggi kepada perubahan RUU ini.

Pertamanya adalah penubuhan mahkamah siber ataupun cyber court atau sekurang-kurangnya Kamar Khas Mahkamah Sesyen untuk mempercepatkan sebarang kes perbicaraan berkenaan kes jenayah siber.

Yang keduanya adalah menubuhkan dana pampasan mangsa scam, yang dibiayai melalui pelucut hak aset hasil jenayah-jenayah siber, atau hasil penjenayah.

Hasil ini digunakan kembali untuk membayar kepada mangsa scam.

Yang ketiga adalah membentangkan laporan tahunan jenayah siber kepada Parlimen supaya Ahli Parlimen boleh menilai keberkesanan penguatkuasaan ini dan trial ancaman dan yang keempat adalah mewujudkan jawatankuasa bebas, semakan kuasa penyiasatan siber bagi memastikan kuasa penyiasatan tidak disalahgunakan.

Saya berharap kerajaan akan mempertimbangkan cadang-cadangan penambahbaikan ini demi menghasilkan satu Akta Jenayah Siber yang benar-benar bertaraf antarabangsa dan menjadi benteng kukuh kepada keselamatan digital negara. Sekian, Puan Yang di-Pertua.

draft5:22 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Baiklah, terima kasih Yang Berhormat Gerik. Sekarang saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Raub.

Silakan Yang Berhormat.

draft5:22 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Terima kasih Puan Speaker. Menurut data MEASAT, sebanyak 7,616 insiden siber direkodkan pada tahun 2025. Ia melibatkan kebocoran data, spam, penipuan, penyalahgunaan data, pelanggaran hak cipta, jenayah kewangan digital malah teknologi deepfake yang semakin sukar dibendung.

Tuan Speaker, dalam usaha melindungi rakyat daripada jenayah siber, jangan sampai hak rakyat pula yang terjejas. Saya ingin membangkitkan tiga perkara. Pertama, kuasa memintas komunikasi mesti ada kawalan kehakiman. Di bawah seksyen 40 dan 41, pendakwa raya boleh membenarkan pemintasan data komunikasi dan kandungan komunikasi secara masa nyata iaitu real time atas permohonan pegawai penguat kuasa. Jika data itu dipercayai berkaitan dengan sesuatu siasatan.

Ini bukan sekadar data trafik, ini melibatkan mesej suara, video dan teks seseorang yang boleh dipintas secara langsung. Puan Speaker, ini telah menyentuh hak privasi rakyat. Kuasa sebesar ini tidak sepatutnya bergantung kepada keputusan pihak pendakwaan semata-mata. Ia sepatutnya memerlukan waran atau kelulusan daripada hakim atau majistret. Apabila kebebasan rakyat disentuh, mesti ada semak dan imbang daripada badan kehakiman.

Kedua, jangan beri kuasa terlalu luas tanpa sempadan yang jelas. Di bawah seksyen 38 dan 39, seorang pegawai diberi kuasa boleh mengarahkan seseorang menyimpan atau menyerahkan data komputer, hanya kerana beliau berpuas hati data tersebut mempunyai kaitan dengan siasatan. Persoalannya, apalah maksud berpuas hati?

RUU ini langsung tidak memberikan tafsiran yang jelas. Ini bermakna ukuran ini bergantung pada tafsiran pegawai sendiri. Kuasa tanpa ukuran yang jelas sentiasa membuka ruang kepada penyalahgunaan. Sebab itu, saya berpandangan setiap arahan untuk mendapatkan atau mendedahkan data perlu tertakluk kepada pengawasan mahkamah. Lebih membimbangkan lagi, subseksyen 38(2)(b) melarang penerima notis memaklumkan kewujudan notis tersebut kepada mana- mana pihak, jika ingkar, hukumannya denda sehingga RM1 juta.

draft5:27 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Bagaimana seseorang mahu mempertahankan haknya jika dia sendiri tidak boleh mendapatkan nasihat peguam?

Ketiga, di bawah seksyen 57, Menteri, jawatankuasa, ketua eksekutif dan pegawai diberi kuasa diberikan imuniti daripada tindakan undang-undang terhadap apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan tanpa niat jahat semasa menjalankan tugas. Setiap penjawat awam mempunyai duty of care terhadap rakyat.

Mereka bukan sahaja perlu menunjukkan bahawa mereka tidak berniat jahat tetapi juga perlu membuktikan bahawa mereka telah mengambil segala rangka yang munasabah sebelum meminta data rakyat dan bahawa data tersebut benar-benar diperlukan.

Dalam keputusan Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa kebebasan diri di bawah Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan turut merangkumi hak terhadap privasi. Justeru, pemberian imuniti yang terlalu luas dalam RUU ini merupakan satu langkah ke belakang dari sudut perlindungan hak asasi.

Sebagai penutup, Puan Speaker, saya ingin tegaskan bahawa kita semua mahu melihat jenayah siber dibanteras tapi keselamatan dan kebebasan mesti bergerak seiring. Kita tidak boleh melindungi data dengan mengorbankan hak rakyat.

Aktiviti kewartawanan yang sah, perlindungan pemberi maklumat, komunikasi yang dilindungi undang-undang serta hak rakyat mendapatkan nasihat guaman secara sulit mesti terus dipelihara.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Matlamat RUU ini ialah membanteras jenayah siber. Saya menyokong matlamat ini tapi dalam melaksanakan undang-undang ini kita juga mesti memastikan hak asasi rakyat terus dipelihara. Sekian, terima kasih Speaker.

draft5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat-Yang Berhormat, selanjutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Masjid Tanah.

draft5:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin, - Masjid Tanah

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya mengambil bahagian di sini sebagai tanda sokongan penuh terhadap Rang Undang-undang Jenayah Siber 2026 kerana negara kita ini amat memerlukannya. Hari ini landskap ancaman telah pun berubah dengan secara sepenuhnya. Hari ini kita berhadapan— negara kita berhadapan dengan tsunami jenayah siber. Satu demi satu kes terbongkar mengisi dada akhbar dan juga sosial media yang amat menakutkan.

Tuan Yang di-Pertua, angka yang diumumkan oleh pihak PDRM juga amat membimbangkan. Tahun 2025, sebanyak 66,204 kes penipuan dalam talian kerugian bahawa RM2.97 bilion, peningkatan 87 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya dan kes penipuan pelaburan palsu saja menyebabkan kerugian RM1.47 bilion. Ini bermaksud hampir 181 rakyat Malaysia menjadi mangsa scam hampir setiap hari dan setiap jam hampir lapan orang menjadi mangsa dan setiap tujuh minit seorang yang menjadi mangsa.

Lebih membimbangkan, mangsa bukan saja warga emas sebagaimana yang telah disebut oleh rakan Ahli Yang Berhormat. Pelbagai latar belakang juga terkena.

Malah, Ahli Yang Berhormat juga menjadi mangsanya dan hari ini kita telah melihat bahawa suara ibu bapa pun sudah digunakan sebagai AI dan juga video Menteri juga dipalsukan sampai pun kita keliru yang mana satu AI yang mana satu betul. RUU ini memang memasukkan elemen kandungan yang dimanipulasikan menggunakan AI dan juga deepfake tetapi teknologi AI berkembang jauh lebih pantas daripada proses pindaan undang-undang.

Tuan Yang di-Pertua, ramai pesara yang telah pun kehilangan wang simpanan persaraan akibat investment scam, dengan izin. Dan ia memberikan kesan kepada ekonomi sebenar dan kalau kita tengok contoh negara luar, contoh, negara Singapura. Undang-undang di Singapura bukan sahaja menghukum tetapi mereka membina keseluruhan ekosistem.

Antaranya Singapura telah pun mewujudkan pusat tindak balas scam nasional, mengadakan kerjasama yang baik antara pihak polis dan juga pihak bank dalam real time, pembekuan akaun dalam tempoh yang sangat pantas, perkongsian data antara agensi, kempen pendidikan digital secara berterusan.

Hasilnya kadar pemulihan wang mangsa menjadi jauh lebih baik berbanding banyak negara lain. Dan contoh satu lagi negara adalah negara Filipina yang sedang bergelut dan juga berdepan dengan lambakan pusat scam rentas sempadan, sindiket pemerdagangan manusia yang terpaksa menjadi scammer dan kelemahan penyelarasan penguatkuasaan.

Sebab itu negara kita harus mengambil iktibar dan saya ingin membangkitkan beberapa perkara. Yang pertamanya berkenaan dengan perlindungan privasi dan juga kuasa penyertaan sebagaimana dalam fasal 28 ke 47 yang mana Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong keperluan memberi kuasa yang mencukupi kepada pihak penguat kuasa untuk membanteras jenayah siber.

Namun, apabila RUU ini memberikan kuasa seperti penggeledahan, penyitaan, pemintasan data kandungan, pengumpulan data trafik real time dalam keadaan tertentu tanpa waran, kita juga mesti pastikan hak privasi rakyat tidak terjejas secara tidak seimbang. Dan saya cadangkan supaya setiap pemberi kuasa luar biasa ini disertai dengan mekanisme akauntabiliti yang jelas.

Contohnya, semakan ataupun pengesahan kehakiman dalam tempoh tertentu apabila berlakunya tindakan tanpa waran diberikan. Rekod audit yang boleh disemak supaya tidak ada dakwa-dakwi di kemudian hari, berlakunya penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana pihak.

Yang keduanya, definisi perlu lebih jelas dengan menggunakan istilah yang boleh ditafsirkan secara luas dalam rang undang-undang ini. Sebagai contoh, kandungan yang dijana ataupun dimanipulasikan yang boleh menimbulkan persoalan dari segi kepastian undang-undang.

Persoalannya, bagaimanakah pegawai penyiasat, pendakwa raya ataupun mahkamah nak membezakan antara yang mana satu parodi, yang mana satu satira, yang mana satu kandungan kreatif, yang mana satu penyelidikan keselamatan siber yang sah dan yang mana satu perbuatan jenayah. Jadi, undang-undang jenayah mestilah cukup jelas supaya rakyat tahu mana satu yang definisi tepat dan yang mana satu yang bukan.

Seterusnya, mekanisme semak dan imbang pelaksanaan. Ramai Ahli Parlimen telah menyentuh tentang perkara ini. RUU ini memberi kuasa untuk menubuhkan jawatankuasa memerangi jenayah siber. Tapi, saya tidak melihat perkara ini menjadi kewajipan yang jelas dan dicadangkan supaya dapat dibuat laporan secara berkala kepada JKPK Parlimen supaya kita dapat menilai jawatankuasa ini, dapat menilai dari segi KPI dan juga statistik mengenai penggunaan kuasa penyiasatan ini dapat didedahkan.

Dan seterusnya, pertindihan peranan antara agensi. Tuan Yang di-Pertua, jenayah siber ini melibatkan banyak agensi. PDRM, MMC, National Cyber Security Agency, Cyber Security Malaysia, Bank Negara Malaysia, institusi kewangan dan juga syarikat telekomunikasi. Persoalannya, siapakah agensi peneraju apabila berlaku siber berskala besar? Kalau tidak ada penyelarasan yang jelas, kita bimbang akan berlakunya pertindihan kuasa.

Dan yang kelima, kesan kepada industri dan juga kos pematuhan. RUU ini menggunakan pelbagai kewajipan kepada penyedia perkhidmatan. Soalan yang perlu dijawab, adakah kerajaan telah menjalankan Regulatory Impact Assessment

(RIA) terhadap implikasi kos kepada industri?

Pematuhan RUU ini mungkin memerlukan pelaburan dalam sistem keselamatan baru, penyimpanan data tambahan, peningkatan keupayaan pemantauan, latihan kakitangan audit keselamatan, pematuhan ke arah pihak berkuasa dalam tempoh yang singkat yang akan memberi kesan secara direct kepada syarikat telekomunikasi, penyediaan perkhidmatan Internet (ISP), bank, syarikat teknologi penyediaan platform digital malah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menawarkan perkhidmatan digital.

Kita sokong keselamatan siber tapi kita juga perlu pastikan kos pematuhan adalah munasabah, berkadar proportionate dan tidak membebankan yang mana akhirnya nanti akan dikenakan kepada rakyat khususnya kepada PKS. Jika kos pematuhan terlalu tinggi, akhirnya ia dipindahkan kepada pengguna melalui kenaikan harga perkhidmatan.

Jadi, soalan saya yang terakhir kepada Yang Berhormat Menteri, apakah KPI yang akan digunakan untuk mengukur keberkesanan RUU ini dalam tempoh lima tahun? Adakah kerajaan akan mensasarkan laporan kes ke, pengurangan kerugian ke ataupun peningkatan kadar sabitan?

Yang kedua, adakah kerajaan bercadang dalam jangka masa pendek keperluan kepada pengukuhan pakar digital forensik? Kerajaan perlu tambahkan modal insan ini bagi menambah pakar AI, block chain, cryptocurrency dan juga dark web?

Yang ketiga, mengapa RUU ini tidak mengenakan tanggungjawab yang lebih jelas kepada platform media sosial dan juga penyedia perkhidmatan digital yang menjadi medium utama penyebaran scam?

Dan yang keempat, bagaimanakah kerajaan memastikan kuasa akses data tanpa waran tidak disalahgunakan? Adakah terdapat mekanisme semakan kehakiman setelah tindakan diambil?

Yang kelima, adakah kerajaan bercadang untuk mewajibkan pelaporan insiden siber oleh syarikat dan juga agensi kerajaan dalam tempoh tertentu sebagaimana amalan di negara-negara maju?

Dan yang terakhir, kenapa RUU ini tidak memasukkan kewajipan audit keselamatan siber berkala bagi operasi infrastruktur, maklumat kritikal negara sedangkan pencegahan itu jauh lebih murah daripada pemulihan serangan?

Secara dasarnya, Masjid Tanah merasakan bahawa RUU ini adalah langkah yang tepat dan sangat diperlukan kerana ia boleh memodenkan kerangka undang- undang Malaysia. Kalau ada aspek-aspek ini yang sebagaimana dicadang ini dapat ditambah baik, RUU ini berpotensi untuk menjadi antara undang-undang jenayah siber yang paling komprehensif di rantau ASEAN. Itu saja, terima kasih.

draft5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Masjid Tanah. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Kuala Krau.

draft5:32 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

draft5:32 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih Yang di-Pertua atas kesempatan untuk membahaskan Rang Undang-undang Jenayah Siber 2026 yang saya kira amat tepat pada waktunya.

Dilihat kepada statistik yang di bentang dalam sesi taklimat menunjukkan trend jenayah siber negara semakin membimbangkan. Bagi kategori fraud telekomunikasi sahaja jumlah kes meningkat daripada 7,732 kes pada tahun 2022 kepada 31,515 pada tahun 2025.

Manakala bagi tempoh Januari hingga Mei 2026 sahaja sudah mencatatkan lebih daripada 10,000 kes. Begitu juga kes penipuan e-kewangan yang meningkat daripada 7,232 kes pada tahun 2022 kepada hampir 20,000 kes pada tahun 2025.

Oleh itu, saya bersetuju bahawa Akta Jenayah Komputer 1997 sudah tidak lagi memadai bagi menangani kes ini. Kita memang memerlukan satu undang-undang yang lebih moden, komprehensif dan selari dengan perkembangan teknologi serta obligasi antarabangsa negara.

Namun dalam keghairahan kita memperkukuh kuasa penguatkuasaan, kita juga mesti memastikan hak rakyat tidak terpinggir, undang-undang yang baik bukan sahaja berkesan menghukum pesalah tetapi turut mempunyai mekanisme semak dan imbang yang mencukupi supaya kuasa luar biasa tidak disalahgunakan.

RUU ini membenarkan pengumpulan data trafik dan pemintasan kandungan komunikasi dibuat hanya dengan kebenaran Pendakwa Raya tanpa perlu mendapatkan waran daripada mahkamah. Oleh itu, saya ingin menimbulkan persoalan secara prinsip, Pendakwa Raya ini adalah pihak yang bertanggungjawab menjalankan pendakwaan maka adalah lebih wajar keputusan untuk membenarkan pemintasan komunikasi ini dibuat oleh pihak yang benar-benar bebas seumpama hakim ataupun majistret.

Lebih membimbangkan fasal 41 juga tidak menetapkan had tempoh pemintasan tersebut. Ini bermakna dari sudut undang-undangnya pemintasan boleh berlanjutan tanpa satu garis masa yang jelas sedangkan di bawah undang- undangnya jauh lebih berat seperti SOSMA contohnya, terdapat semakan kehakiman dan had masa tertentu bagi langkah pengawasan ini.

Justeru, tiga cadangan yang saya bawa. Pertama, pemintasan data kandungan hendaklah tertakluk kepada kelulusan mahkamah sebagai prinsip asas kecuali dalam kecemasan dan mendesak. Yang kedua, akta ini perlu menetapkan tempoh maksima sesuatu pemintasan dan sebarang lanjutan hendaklah mendapat kebenaran daripada mahkamah. Bahkan kerajaan juga wajar mewajibkan laporan tahunan kepada Parlimen mengenai jumlah permohonan pemintasan, jumlah yang diluluskan serta kategori kes tanpa menjejaskan siasatan supaya wujud akauntabiliti terhadap penggunaan kuasa luar biasa ini.

Tuan Yang di-Pertua, hari ini telefon pintar bukan lagi sekadar alat komunikasi namun di dalam tersimpan berbagai-bagai maklumat seperti rekod kewangan dan sebagainya. Apabila sesuatu telefon disita dan pemilik diwajibkan menyerahkan kata laluan atau kod penyahsulitan, persoalannya ialah apakah terdapat had yang mengehadkan akses pegawai kepada data yang benar-benar dengan siasatan? Setakat yang saya teliti, RUU ini tidak memperuntukkan batasan tersebut secara jelas.

Kita semua bersetuju bahawa penguatkuasaan perlu mendapat bahan bukti tetapi mendapatkan bukti tidak seharusnya bermaksud membuka keseluruhan kehidupan digital seseorang tanpa had yang munasabah. Bagi isu ini saya mencadangkan pertama, akta ini hendaklah memperuntukkan dengan jelas bahawa asas kepada telefon atau peranti hanya boleh dibuat pada data yang munasabah dan yang berkaitan.

Yang kedua, diwujudkan prosedur pengasingan data supaya maklumat peribadi yang tidak berkaitan tidak diperiksa atau disimpan oleh pihak penyiasat.

Yang ketiga, komunikasi yang bersifat istimewa seperti peguam, anak guam, rekod perubatan dan maklumat profesional yang dilindungi undang-undang hendaklah diberi perlindungan secara khusus.

Tuan Yang di-Pertua, saya memahami bahawa terdapat keadaan tertentu yang memerlukan tindakan segera bagi mengelakkan bukti dimusnahkan. Namun dalam fasal ini pegawai diberi kuasa boleh bertindak tanpa waran apabila beliau sendiri berpuas hati bahawa kelewatan mendapatkan waran akan menjejaskan siasatan. Persoalannya ialah siapakah yang membuat penilaian tersebut?

Jawapannya ialah pegawai yang sama yang menjalankan siasatan.

Pada hemat saya, kuasa seperti ini mesti disertai dengan akauntabiliti yang jelas, pegawai perlu merekodkan sebab waran tidak sempat diperoleh dan melaporkan tindakan tanpa waran itu kepada mahkamah untuk semakan. Saya mencadangkan kuasa penggeledahan tanpa waran hendaklah benar-benar dihadkan kepada keadaan yang mendesak dan luar biasa, bukan menjadi amalan biasa.

Kedua, pegawai hendaklah diwajibkan merekodkan secara bertulis alasan mengapa waran tidak sempat diperolehi. Dan yang ketiga, setiap tindakan tanpa waran hendaklah dilaporkan ke mahkamah dalam tempoh yang munasabah.

Buat akhirnya Tuan Yang di-Pertua, jenayah siber sememangnya ancaman yang semakin serius dan negara memerlukan undang-undang yang tegas untuk menanganinya. Tetapi dalam membina sebuah negara yang selamat, kita juga tidak boleh mengorbankan prinsip keadilan. Matlamat kita bukan sekadar memberikan lebih banyak kuasa kepada penguat kuasa tetapi memastikan kuasa tersebut digunakan secara telus, bertanggungjawab dan sentiasa tertakluk kepada pengawasan yang sewajarnya kerana kuasa yang berlebihan akan mudah disalahgunakan.

Dengan beberapa penambahbaikan terhadap peruntukan ini saya percaya RUU ini bukan sahaja mampu melindungi negara daripada ancaman siber malah pada masa yang sama dapat memelihara hak dan kebebasan rakyat yang kita semua di Dewan ini bertanggungjawab untuk mempertahannya. Buat akhirnya melangkaui undang-undang dan peraturan, benteng terbaik yang perlu diperkukuhkan adalah menanamkan keyakinan dalam keimanan iaitu keyakinan terhadap adanya dosa dan pahala dalam setiap tingkah laku.

Perlu diperbanyakkan peringatan mengenai dosa dan pahala di semua ruang digital ini agar ia dapat menjadi peringatan dan menyelamatkan serta sentiasa mengingatkan kepada akhirat terutamanya bagi orang-orang Islam yang beriman kepada Allah SWT. Sekian, Yang di-Pertua, *assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Tepuk]*

draft5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam. Berikutnya dipersilakan, Yang Berhormat Keningau.

draft5:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokong usaha kerajaan membanteras jenayah siber yang semakin berleluasa dan memberi kesan besar kepada keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat. Dalam era digital yang semakin canggih ini ancaman siber bukan sahaja melibatkan penipuan kewangan malah turut merangkumi penyebaran maklumat palsu, pencerobohan data peribadi serta serangan terhadap infrastruktur kritikal negara.

Mengikut atau menurut Laporan Diraja Malaysia, kes jenayah siber di negara ini mencatat lebih daripada 30,000 kes pada tahun 2023 dengan kerugian mencecah ratusan juta termasuk kes penipuan dalam talian seperti scam pelaburan dan penyamaran pegawai bank. Termasuk ini— pada tahun 2025 pula laporan ini mencatat lebih daripada 66,200 online fraud dengan kerugian hampir RM3 bilion. Ini yang dilaporkan, tidak termasuk yang tidak dilaporkan.

Terdapat kes sebenar di mana mangsa kehilangan simpanan seumur hidup akibat diperdaya melalui panggilan telefon palsu yang juga memberi kuasa yang lebih jelas kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap pelaku jenayah siber di samping melindungi hak dan keselamatan pengguna. Kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada menjadi mangsa jenayah siber. Mengikut Statistik Kanak-kanak Malaysia 2024 sebanyak 1,567 kes kesalahan seksual melibatkan kanak-kanak direkodkan pada tahun 2023 dan meningkat kira-kira 26.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Kes ini termasuk serangan seksual fizikal, kesalahan seksual tanpa sentuhan fizikal dan kes bahan penderaan seksual kanak-kanak. Pihak berkuasa juga melaporkan peningkatan mendadak dalam eksploitasi seksual kanak-kanak secara dalam talian dalam beberapa operasi antara 2024 hingga April 2026.

draft5:47 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Lebih daripada 1.4 juta fail digital yang berkaitan dengan bahan penderaan seksual kanak-kanak telah dikesan. Antaranya ialah grooming. Penjenayah membina hubungan dengan kanak-kanak melalui media sosial atau permainan dalam talian sebelum mengeksploitasikan mereka, sextortion, memeras ugut kanak- kanak menggunakan gambar atau video intim, penyebaran dan penjualan bahan penderaan seksual kanak-kanak, siaran langsung penderaan seksual atau live streaming sexual abuse, pemerdagangan kanak-kanak yang diatur melalui platform digital, penyamaran identiti kanak-kanak menggunakan AI untuk menghasilkan imej atau video lucah palsu melalui deepfake yang akan digunakan untuk ugutan dan eksploitasi.

Tan Sri Speaker, dengan itu, saya mencadangkan supaya Parlimen mempertimbangkan beberapa perkara, iaitu: menjadikan grooming dalam talian sebagai satu kesalahan yang jelas walaupun belum berlaku sentuhan fizikal; memberi kuasa kepada polis untuk mendapatkan perintah segera bagi menurunkan kandungan penderaan seksual kanak-kanak daripada platform digital; mewajibkan syarikat media sosial dan penyedia perkhidmatan Internet melaporkan serta menghapuskan kandungan penderaan seksual kanak-kanak dalam tempoh yang ditetapkan; meng-criminal-kan penghasilan, pemilikan dan penyebaran imej atau video AI yang mengeksploitasi kanak-kanak walaupun kandungan dijana secara sintetik; memperuntukkan hukuman yang lebih berat kepada pesalah berulang dan sindiket yang beroperasi merentas sempadan; menyediakan perlindungan menyeluruh kepada mangsa termasuk kaunseling, bantuan guaman dan juga kerahsiaan identiti.

Saya juga mencadangkan satu lagi elemen penting iaitu meletakkan tanggungjawab undang-undang ke atas platform digital jika sesuatu platform mengetahui atau sepatutnya mengetahui bahawa kandungan penderaan seksual kanak-kanak berada di platform mereka tetapi gagal untuk bertindak dengan segera.

Platform tersebut juga wajar dikenakan liabiliti dan penalti. Ini akan menggalakkan syarikat teknologi memainkan peranan yang lebih proaktif dalam melindungi kanak- kanak.

Namun begitu, saya ingin menekankan bahawa dalam usaha memperkukuhkan undang-undang ini, kita juga perlu memastikan keseimbangan antara keselamatan dan kebebasan individu sentiasa terpelihara. Pendidikan dan kesedaran awam mengenai keselamatan siber juga perlu dipertingkatkan agar rakyat lebih bersedia menghadapi ancaman ini.

Dato' Speaker, sebelum mengakhiri ucapan ini, saya ingin menambah.

Penjenayah siber ini bukan lagi ancaman masa hadapan, ia adalah realiti pada hari ini. Oleh itu, undang-undang yang kita gubal mestilah bukan mampu menghukum penjenayah tetapi juga melindungi rakyat, mempertahankan keselamatan negara, memelihara maruah kanak-kanak, menggalakkan inovasi yang bertanggungjawab serta menjamin bahawa kemajuan teknologi sentiasa berpaksikan nilai kemanusiaan dan kedaulatan undang-undang.

Saya ingin bertanya juga, apakah peranan Jawatankuasa Membanteras Jenayah Siber? Apakah kuasa jawatankuasa ini dan siapakah anggota-anggotanya?

Dengan itu, Keningau menyokong. Sekian, terima kasih.

draft5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Keningau. Selanjut, dipersilakan Yang Berhormat Arau.

draft5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, rakyat Malaysia, orang muda.

draft5:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft5:55 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Hari ini bill ini telah dibahaskan dengan begitu besar― 49 orang. Saya ucap tahniah sebab yang akan membentangkannya ialah Timbalan Perdana Menteri― tahniah― juga Presiden UMNO. Okey, terima kasih. Apa khabar rakyat Malaysia semua?

Yang pertama sekali kita nak sentuh― jadi, yang ini pertama sekali, Yang Berhormat, seperti kawan-kawan saya yang lain, hari ini tak payah fikir pasal apa dah. Bila ditanya tadi ahli yang bersetuju, kami akan kata setuju. Tidak ada orang yang akan kata tidak setuju lagi dah. Tidak perlu gangguan daripada mana-mana pihak, kut mungkin belah sana, yang cuba mewujudkan keadaan tegang supaya ada orang tak bersetuju. Kami setuju. Ini adalah rang undang-undang yang baik, dibentang oleh seorang manusia yang baik― Presiden UMNO.

Tapi, saya nak cakap di sini adalah beberapa perkara sebagai cadangan penambahbaikan, check and balance. Yang pertama ialah Jawatankuasa Memerangi Jenayah Siber (JMJS). Ini fasal 4 hingga 8.

Yang Berhormat, kita lihat jawatankuasa ini terdiri daripada 22 orang daripada pelbagai pihak. Timbalan Pengerusinya ialah Ketua Pengarah MKN. MKN― grednya lebih rendah daripada Peguam Negara. Kemudian, Peguam Negara― apa ini. Juga kementerian. Kalau tak silap saya, MKN cuma gred A. Jadi yang lain ini TURUS II, TURUS III dan sebagainya.

Jadi, saya cadangkan supaya gred MKN sekarang ini ditinggikan supaya setaraf haknya untuk menjadi timbalan pengerusi. Tapi, di kalangan orang ramai yang hadir ini memanglah dia timbalan pengerusi, tapi grednya rendah daripada jawatankuasa yang nak dibentuk. Itu cadangan saya supaya grednya ditingkatkan.

Yang keduanya, cadangan dilantik dua orang jawatankuasa bebas. Yang melantiknya ialah Ketua Setiausaha Negara. Jadi, kita minta kalau boleh perkataan itu digunakan mungkin menteri yang lantik, bukan Ketua Setiausaha Negara. Dan dua itu tidak mencukupi untuk semua sekali jawatankuasa itu terdiri daripada anggota kerajaan. Sekurang-kurangnya lima. Saya cadangkan supaya lima ataupun tujuh dilantik daripada wakil profesional ataupun wakil bebas ini.

Jadi, yang keduanya, Yang Berhormat, ialah berhubung dengan jawatankuasa ini― kuorum. Kuorum jawatankuasa ialah lima. Kalau lima, yang kita lantik ramai-ramai ini, kita nak tahu yang mana satu yang mesti hadir lima ini. Dia mesti hadir. Kalau saya kira di sini, jawatankuasa yang dilantik itu daripada pelbagai agensi itu, sekurang-kurangnya 10 itu penting.

Jadi, saya cadangkan supaya kuorumnya ditetapkan 10 dan dimestikan orang yang hadir. Contohnya macam Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Peguam Negara, Ketua Polis, KDN, kemudian MCMC, kemudian ketua Kementerian Luar. Ini sebagai contoh ya. Kemudian termasuk yang lain-lain yang ditetapkan, termasuk Gabenor Bank Negara. Yang ini kita nak pastikan supaya 10 kuorum itu mesti― lima itu saya cadang dinaikkan ke 10 dan 10 itu mesti ahli tetap yang itu. Hat yang lain itu boleh hadir dari semasa ke semasa.

Jadi, pembaikan jawatankuasa ini penting sebab dia akan membolehkan jawatankuasa ini bergerak dengan lebih baik. Sebab, yang ini, rang undang-undang ini yang dipersetujukan dengan hebatnya oleh semua pihak, lebih-lebih lagi saya kata dibentang oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO.

Nombor dua, Yang Berhormat, iaitu berhubung dengan fasal 8, membenarkan JMJS menubuhkan jawatankuasa kecil. Kita tak nampak suara daripada Parlimen. Semua pihak bersetuju supaya jawatankuasa kecil yang dibentuk ini biarlah menggambarkan suara daripada Parlimen.

Ataupun jawatankuasa kecil yang kita tak nampak― kita ini wakil rakyat, mewakili rakyat. Dan sentiasa di kalangan kita juga adalah penggiat media sosial yang hebat. Jadi, kita tak nampak suara kita boleh diketengahkan di sana. Padahal di sanalah tempat yang paling penting kita menggubal, melaksanakan undang- undang yang telah digubal di Parlimen.

Yang berikutnya ialah penyebaran imej intim dan juga deepfake. Yang Berhormat, hat yang ini perkara fasal 22 ini, kita lihat bahasa mudahnya AI lah.

draft5:55 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kita tahu bahawa AI sekarang ini banyak mengelirukan orang. Saya ingat AI ini dia akan masuk di bawah itu, dia ada AI. Tapi sekarang ini, AI ada yang tak dimansuhkan. Seperti orang-orang yang cantik daripada Indonesia yang saya tahu dia dah tukar wajah beberapa kali. Orang ingat betul, padahal itu AI, termasuk yang kemudian ini, yang pandai membaca Al-Quran. Itu juga AI. Jadi, oleh kerana AI itu dah pergi ke hadapan dan kita tahu bahawa AI ini dibuat oleh seseorang ataupun individu ataupun mana-mana pihak tetapi kita tak dapat mengesankannya dengan baik.

Saya bagi contoh, kerana AI, orang boleh hilang pekerjaan. Ada seorang pegawai daripada Universiti Malaya, namanya Aimar bin Adam. Saya sebut nama kamu di sini ya. Dia ini ialah Penolong Pendaftar Universiti Malaya tapi orang curi identitinya untuk bergambar intim dengan orang lain dan universiti telah pecat dia terus tapi dia sendiri telah buat laporan polis. Polis kata pergi MCMC, MCMC kata pergi balik kepada polis.

Akhirnya, tindakan telah pun diambil oleh pihak universiti di atas alasan mereka tak dapat maklumat daripada polis dan juga MCMC tetapi hanya berdasarkan AI tadi. Kalau macam ini terjadi, banyak orang yang jadi mangsa sekarang, termasuk daripada Universiti Utara pun ada, termasuk beberapa universiti lain.

Banyak orang jadi mangsa sekarang ini ialah pegawai, anak-anak yang masa pilihan raya student itu, dia menyokong UMNO tetapi sekarang ini bila nak bekerja, mereka telah terpinggir. Saya minta supaya diberi perhatian. Jangan didasarkan kepada parti dan kenapa dipilih UMNO untuk mereka ambil tindakan? Kenapa–– sebagai contohnya, pegawai tadi.

Dalam Jawatankuasa UMNO Bukit Bintang, kena pecat dan beberapa lagi yang saya tak payah sebut nama tetapi kenapa UMNO dimangsakan? Kenapa tidak puak-puak lain? Yang kami memanglah, kami memang dah terkeluar lama dah tapi yang latest ini ialah kenapa UMNO yang dikeluarkan? Itu sebagai contoh.

Akhir sekali Yang Berhormat, oleh kerana undang-undang ini undang-undang yang baik, kita hendak lihat sekiranya diundi RUU ini dan disetujukan dengan hebat sekejap lagi dan saya sedang menunggu dengan tabah untuk Timbalan Perdana Menteri yang saya tengok telah tunggu daripada 2.30 tadi sampai sekarang. Pusing balik, pusing balik, berada di sini, alhamdulillah.

Undang-undang ini ialah undang-undang yang bagus, Yang Berhormat. Dan kita tahu bahawa kuasa yang besar telah dibagi kepada pihak kerajaan. Kita minta pihak kerajaan berhemah, berjiwa besar. Kita membenarkan kebebasan bersuara di atas dasar yang sewajarnya. Orang yang paling–– pada pandangan sayalah, saya tak tahulah, kajian belum dibuat, dibenci kerana kecelaruan peperangan antarabangsa sekarang ini ialah Trump. Orang benci, saya bencilah. Orang lain saya tak tahu tapi saya benci sebab dia menyebabkan orang Palestin jadi mangsa, orang Lebanon jadi mangsa. Walaupun dia tidak buat tetapi dia biarkan Israel melakukannya dengan semberono.

Dia ini cukup ini, cukup–– kawan saya bagi poin tadi. Dia tidak disukai tapi bila dia ditemu duga oleh wartawan, orang tanya–– soalan sampai, kalau kita dengar soalan itu, kita sudah pasti lepas ini pemberita ini akan ditangkap. Akan tetapi kita lihat, dia ini jiwa yang besar. Dia kadang-kadang sampai marah kerana orang tanya soalan yang begitu teruk tapi dia biarkan. Esok kita tengok ada lagi interview, pegawai itu, pemberita itu ada lagi.

Saya minta supaya kita melihat, ini bukan contoh yang baik, contoh yang tak berapa baiklah tapi contoh, orang yang kita nampak itu orang yang tak dapat laporan coverage yang sebenarnya. Dia walaupun orang yang tak bagus tapi dia juga berjiwa besar. Tidak menghukum orang sebegitu rupa, dia bagi kebebasan bersuara.

draft6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung dan tamatkan.

draft6:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, saya minta supaya kebebasan bersuara ini dilihat daripada aspek yang sewajarnya. Terima kasih dan saya menyatakan bahawa saya menyokong rang undang-undang ini dengan hebat dan dahsyatnya.

[Tepuk]

draft6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Batu Gajah.

draft6:00 PM

Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Jenayah Siber 2026 ini. Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI kerana membawa satu rang undang-undang yang bukan sahaja penting daripada sudut perundangan tetapi juga sangat dekat dengan kehidupan harian rakyat.

Hal ini demikian kerana ancaman jenayah siber hari ini tidak lagi berada di luar sana. Ia berada dalam telefon bimbit kita, dalam akaun bank kita, dalam data peribadi kita, dalam identiti digital kita dan kadang-kadang dalam kepercayaan kita terhadap orang yang menyamar di sebalik skrin.

Hari ini, penjenayah tidak semestinya perlu memecah pintu rumah, ada yang masuk melalui telefon bimbit kita. Sebagai contoh, mangsa scam hari ini bukan sahaja melibatkan rakyat biasa tetapi juga warga emas, golongan profesional dan individu berpendidikan tinggi. Ini menunjukkan bahawa scam hari ini bukan lagi penipuan biasa tetapi jenayah terancang yang menggunakan psikologi penyamaran identiti dan teknologi digital.

Lebih membimbangkan, sindiket masih mampu mengeksploitasi akaun keldai untuk menerima dan memindahkan wang hasil penipuan sebelum tindakan pembekuan dapat diambil. Maka, saya mohon penjelasan tentang langkah kerajaan bersama Bank Negara Malaysia, institusi kewangan dan agensi penguatkuasaan untuk mengesan transaksi mencurigakan lebih awal serta membendung penyalahgunaan akaun keldai.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya, menurut statistik NACSA pada tahun 2025, fraud telekomunikasi mencatatkan 31,515, kes. Penipuan komputer 19,828 kes, manakala e-dagang 16,186 kes. Lebih membimbangkan, jenayah e-kewangan meningkat daripada 1,257 kes pada tahun 2022 kepada 6,206 kes pada tahun 2025 iaitu hampir lima kali ganda. Bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, jumlah kes masih tinggi. Fraud telekomunikasi sudah mencatat 10,272 kes. E-dagang 8,882 kes dan penipuan komputer 7,833 kes.

Namun begitu, angka-angka ini bukanlah sekadar nombor. Di sebalik setiap kes, ada rakyat yang kehilangan wang simpanan, ada keluarga yang tertekan, ada peniaga kecil yang kehilangan modal dan ada mangsa yang kehilangan keyakinan terhadap sistem digital negara.

Dalam hubungan ini, Akta Jenayah Komputer 1997 digubal dalam suasana teknologi yang sangat berbeza. Ketika itu, telefon pintar belum menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat. Perbankan digital belum menjadi rutin harian dan deepfake belum menjadi ancaman. Namun hari ini, dunia telah berubah. Jenayah siber bukan lagi sekadar computer crime, hal ini sudah menjadi satu industri jenayah.

Di mana ada operator, ada skrip, ada teknologi, ada akaun keldai, ada data peribadi yang dijual dan ada mangsa yang kehilangan simpanan seumur hidup. Maka, undang-undang kita hari ini mesti diubah. Kita tidak boleh melawan jenayah abad ke- 21 dengan kerangka abad ke-20.

Tuan Yang di-Pertua, sehubungan itu, saya menyambut baik fasal 15 berkaitan penyalahgunaan peranti dan fasal 17 berkaitan penipuan komputer. Hal ini penting kerana jenayah siber tidak bermula hanya apabila mangsa menjawab panggilan scam. Dalam banyak keadaan, ia bermula lebih awal dengan malware, spyware, keylogger, exploit kit, kata laluan curi dan akses tidak sah.

Kalau kita hanya menangkap scammer yang bercakap dengan mangsa tetapi membiarkan pembekal perisian jahat bergerak bebas, kita hanya menangkap frontliner penjenayah, bukan arkiteknya. Oleh itu, apabila sistem komputer digunakan untuk mengubah data, menyembunyikan maklumat, mengganggu sistem atau memperdaya seseorang sehingga menyebabkan kehilangan harta, hukuman yang tegas adalah wajar.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya menyambut baik fasal 23 berkaitan dengan deepfake dan fasal 24 berkaitan dengan penyebaran imej intim. Saya juga mengambil maklum bahawa fasal 23 merujuk kepada regulation EU 2024/1689 iaitu EU AI Act. Pada hemat saya, ini satu pendekatan yang baik kerana ia menunjukkan bahawa penggubalan RUU ini mengambil kira perkembangan standard antarabangsa berkaitan kecerdasan buatan dan teknologi deepfake. Dahulu kita kata seeing is believing tetapi hari ini, apa yang kita lihat pun boleh direka. Suara boleh dipalsukan, wajah boleh dimanipulasi, video boleh dicipta seolah-olah seseorang benar-benar berkata atau melakukan sesuatu. Dalam konteks ini, deepfake boleh digunakan untuk penipuan kewangan, pemerasan, fitnah politik, gangguan seksual dan manipulasi maklumat awam.

Tuan Yang di-Pertua, dalam RUU ini, saya juga ingin menyentuh secara khusus fasal 40 berkaitan dengan pengumpulan data trafik masa nyata.

draft6:04 PM

Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Saya memahami keperluan fasal ini kerana jenayah siber bergerak dengan sangat pantas. Bukti digital boleh dipadam. Akaun boleh ditutup dan wang hasil penipuan boleh dipindahkan dalam beberapa minit. Maka, pihak berkuasa memerlukan keupayaan untuk bertindak dengan cepat dan berkesan. Namun demikian, saya turut mengambil maklum kebimbangan yang dibangkitkan oleh Majlis Media Malaysia berhubung aspek privasi, kewartawanan yang sah, kerahsiaan sumber media dan komunikasi terlindung.

Sehubungan itu, dalam semangat memperkukuhkan perlaksanaan RUU ini, saya mohon penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri terhadap dua perkara berikut. Pertama, apakah garis panduan perlaksanaan fasal 40 bagi memastikan kuasa pengumpulan data trafik masa nyata digunakan secara profesional, berhemah dan hanya apabila benar-benar diperlukan?

Dan yang kedua, apakah mekanisme semak dan imbang yang akan diwujudkan bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa khususnya untuk melindungi kewartawanan yang sah, sumber media, komunikasi profesional yang terlindung dan penyelidikan keselamatan siber yang dijalankan secara sah dan bertanggungjawab?

Saya percaya, penjelasan ini penting supaya RUU ini bukan saja tegas terhadap penjenayah, tetapi juga diyakini oleh rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, kesimpulannya, saya menyokong Rang Udang-undang Jenayah Siber 2026 ini kerana ia mencerminkan keseriusan kerajaan dalam melindungi rakyat daripada ancaman jenayah siber yang semakin licik dan merentasi sempadan. Sekian, terima kasih.

draft6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Langkawi.

draft6:10 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato' Dr. Yang di-Pertua dan kerana mengizinkan saya mengambil bahagian di dalam Rang Undang-undang Jenayah Siber.

Sebelum itu Yang Berhormat Dato' Dr., izinkan saya untuk memaklumkan kepada Dewan ini sebagai pengetahuan bahawa negara pakar yang paling banyak mengeluarkan pakar keselamatan siber yang sah ini adalah Amerika Syarikat, Israel, India, United Kingdom dan Singapura. Dan saya juga melihat negara yang paling banyak menghasil penjenayah siber mengikut kajian World Cybercrime Index, meletakkan di nombor satu Rusia, diikuti dengan Ukraine, China, Amerika Syarikat, Nigeria dan Romania. Jadi, kalau kita melihat kepada makluman ini yang itulah penyangak dan yang itulah juga yang nak membetulkan penyangak.

Kita sedang melalui zaman artificial intelligence yang mana teknologi AI juga digunakan oleh para penjenayah untuk mengumpan mangsa agar terjerat dalam pembuatan jenayah mereka. Kebiasaannya, ia membabitkan wang yang berada di dalam bank atau e-wallet. Kita semua maklum akan keseriusan jenayah siber sama ada scam, sindiket penipuan, pencurian identiti, eksploitasi seksual kanak-kanak, serangan ransomware ataupun perisian tebusan dan sebagainya.

Kerap kali kita dikejutkan dengan laporan kebocoran data melibatkan pelbagai sistem dan pangkalan maklumat. Kita bercakap tentang jutaan rekod yang mengandungi nama, nombor telefon, alamat, maklumat kewangan dan juga nombor kad pengenalan. Akibatnya scammer hari ini tidak lagi beroperasi secara rambang.

Malah mereka menelefon mangsa dengan mengetahui alamat rumah, nombor MyKad, maklumat bank, malah sejarah transaksi. Sebab itulah kadar penipuan semakin meningkat sehingga kerugian dilaporkan mencecah berbilion ringgit setahun.

Persoalannya, jika data rakyat sudah bocor dari sumber yang sepatutnya dilindungi, mengapa fokus utama kerajaan adalah menghukum pihak yang menyalahgunakan data tersebut tetapi bukan menghukum pihak yang gagal menjaganya? Di sinilah saya melihat kelompongan besar dalam pendekatan kerajaan.

RUU ini memberikan perhatian kepada pelaku jenayah siber tetapi di manakah peruntukan yang mewajibkan akauntabiliti terhadap agensi kerajaan, vendor teknologi maklumat atau pengendali sistem yang cuai sehingga menyebabkan data rakyat terdedah? Jika sebuah bank membiarkan sistem keselamatannya runtuh dan wang pelanggan hilang, bank itu boleh dikenakan tindakan.

Tetapi apabila jutaan data peribadi rakyat bocor daripada sistem yang berkaitan dengan sektor awam, kita jarang melihat mana-mana pegawai kanan dipertanggungjawabkan. Bahkan seingat saya, data dalam sistem PADU atau Pangkalan Data Utama itu juga tidak dimasukkan dalam PDPA.

Dr. Yang di-Pertua, saya menyokong Bahagian I, fasal 2 yang mana RUU ini dengan jelas menyatakan bahawa akta ini terpakai kepada mana-mana orang walau apa pun kerakyatan atau kewarganegaraannya, kita sedia maklum mengenai jenayah siber yang dilakukan atau berkemungkinan dilakukan dari luar negara. Kita tahu teknologi siber ini tidak ada batasan sempadan fizikal. Ia bermakna individu dari negara lain boleh melakukan jenayah siber di Malaysia. Ini memerlukan proses ekstradisi jika pelaku jenayah berpangkalan di luar negara.

Di bawah sebahagian besar fasal kesalahan seperti fasal 14, 15, 17 dan 18, elemen jenayah, mens rea atau niat bersalah atau guilty mind diikat dengan fasal secara sengaja atau mengetahui takrifan. Takrifan ini berisiko menghukum mangsa yang tidak bersalah atau menggunakan media sosial yang naif. Sebagai contoh, di bawah fasal 18, penyebaran alat kandungan berniat jahat. Jika seorang mak cik di kampung berkongsi atau share satu pautan dan aplikasi di WhatsApp tanpa menyedari ia mengandungi perisian hasad atau malware, adakah beliau boleh dituduh di bawah akta ini kerana dianggap sepatutnya mengetahui?

Saya fikir, kerajaan boleh memasukkan peruntukan pengecualian bagi niat baik atau good faith exemption atau due diligence defense bagi melindungi pengguna awam digital yang buta IT daripada menjadi mangsa pendakwaan.

Kemudian, kuasa geledah tanpa waran yang keterlaluan. Fasal 27 dan 28 yang memberikan kuasa amat luas kepada pegawai penguat kuasa untuk memasuki premis, menggeledah dan menyita peranti digital tanpa waran. Ini sangat terdedah kepada salah guna kuasa atau abuse of power. Saya menyarankan agar kuasa tanpa waran mesti dihadkan hanya untuk kes-kes yang melibatkan ancaman keselamatan negara serta keselamatan fizikal nyawa atau keganasan siber bukan untuk semua kesalahan cyber arm.

Saya juga mahu membawa perhatian Dewan ini kepada penalti yang mana contohnya fraud komputer membawa denda sehingga satu juta dan kecurian identiti denda sehingga 500,000. Kadar denda ini walaupun amat disokong untuk sindiket siber terancang, ia tidak membezakan antara mereka yang menjadi keldai akaun yang mana mereka bukan golongan yang mahir. Aspek ini boleh ditambah baik menerusi two-tiers, satu untuk individu pesalah kali pertama dan satu lagi khusus untuk entiti korporat atau sindiket jenayah terancang.

Dato’ Dr. Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan beberapa perkara.

Pertama, setiap insiden kebocoran data yang melibatkan agensi kerajaan atau kontraktor kerajaan mesti diwajibkan menjalani audit bebas dan laporan audit tersebut dibentangkan kepada Parlimen untuk tindak pemecatan pegawai bertanggungjawab jika ada kes-kes kebocoran dari dalam.

Kedua, perlu diwujudkan mekanisme penalti yang jelas terhadap mana-mana agensi atau vendor yang gagal mematuhi piawaian keselamatan data sehingga menyebabkan kebocoran berskala besar.

Ketiga, rakyat yang menjadi mangsa kebocoran data perlu diberikan hak mendapatkan pampasan atau remedi yang munasabah bahkannya sekadar menerima notis bahawa data mereka telah terdedah.

Keempat, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen hendaklah diberikan kuasa semakan berkala terhadap pelaksanaan undang-undang ini bagi memastikan kuasa yang diberikan tidak disalahgunakan dan hak privasi rakyat terus dipelihara.

Akhir sekali, isu keselamatan siber bukan sekadar soal kita mahu menangkap penjenayah selepas serangan berlaku. Keselamatan siber bermaksud pencegahan serangan. Saya fikir kita tidak boleh terlalu berdiplomasi dalam soal jenayah siber.

Dalam beberapa laporan, kita dapati jenayah ini membabitkan warga China.

draft6:11 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

Dalam satu serbuan dalam pada 9 April di Tawau, Sabah, pihak polis menahan 80 warga asing yang terlibat dalam sindiket penipuan yang menyasarkan warga Amerika Syarikat. Ini bermaksud mereka melakukan jenayah di Malaysia tetapi sasarannya di Amerika Syarikat. Tidak mustahil, scammer ini berpangkalan di negara lain tetapi menyasarkan warga Malaysia. Justeru, warga asing ini juga wajar dikenakan hukuman yang jauh lebih berat berbanding rakyat Malaysia. Ini sebagai satu signal kepada warga asing agar mereka gerun untuk meneruskan jenayah siber mereka di negara ini.

Bahagian VI fasal 25 memperuntukkan penjara antara 30 hingga 40 tahun atau denda tidak melebihi RM2 juta. Saya ingin membawa perhatian Dewan ini bahawa di Myanmar, kerajaan mereka mencadangkan hukuman mati kepada scammer. Sudah tiba masanya kita juga mengambil langkah sama dengan melaksanakan sekurang-kurangnya penjara seumur hidup kepada warga asing yang terlibat dalam siber ini.

Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, saya menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih, Dato’ Dr. Yang di-Pertua.

draft6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Langkawi. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Bukit Gelugor.

draft6:20 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih, Tuan Speaker. Rang undang-undang ini telah pun diperbahaskan sejak pagi ini dan ramai yang telah pun menimbangkan ataupun menimbulkan kebimbangan- kebimbangan yang wujud berkenaan dengan rang undang-undang ini, Tuan Speaker.

Walaupun rang undang-undang ini memangnya berniat baik dan kami menyokongnya tetapi adalah perlu untuk kami menekankan di sini beberapa isu yang perlu ditambahbaikkan bagi tujuan menambah baik RUU ini. Oleh kerana RUU ini penting dan mempunyai far-reaching consequences, dengan izin Tuan Speaker, yang juga merangkumi lebih kurang ataupun 61 klausa.

Rang undang-undang ini adalah untuk bertujuan untuk menggantikan the Computer Crime Act 1997 dengan peruntukan yang lebih luas untuk menangani masalah berkaitan cyber crime seperti fraud digital, deepfake content dan juga hacking, dengan izin. Seperti yang saya katakan tadi, Tuan Speaker, walaupun niatnya baik, adalah perlu untuk kami menekankan atau menimbulkan isu-isu tertentu bagi tujuan penambahbaikan. Dan pada outset-nya, saya adalah berpandangan bahawa rang undang-undang ini sepatutnya dirujuk semula kepada satu jawatankuasa Parlimen ataupun Parliamentary Select Committee bagi tujuan tersebut.

Tuan Speaker, rang undang-undang ini memperuntukkan beberapa perkara seperti membenarkan, dengan izin raid installations of devices di dalam rumah- rumah yang boleh dibuat dengan keizin–– izin yang diberi oleh seorang pendakwa (public prosecutor) sahaja tanpa judicial scrutiny, dengan izin ataupun judicial oversight. Ini merupakan satu perkara yang bahaya.

Oleh kerana seperti yang kita semua tahu bahawa tanpa judicial scrutiny, dengan izin Tuan Speaker, sudah tentunya terdapat kemungkinan bahawa tidak akan berlakunya penyalahgunaan ataupun abuse of powers bestrode on this individual ataupun dengan izin, officers which are entrusted with such powers. Saya perlu menekankan di sini beberapa aspek lain seperti pemantauan, bukan sahaja adalah terpakai kepada jenayah-jenayah siber tetapi juga kepada jenayah-jenayah yang tidak kena mengena ataupun berkaitan dengan jenayah- jenayah bersifat siber ataupun yang seperti jenayah-jenayah bersifat politik yang boleh kita lihat dalam klausa 48 di dalam RUU ini.

Soalan yang timbul, Tuan Speaker adalah bukankah ini akan memberi ruang kepada kerajaan untuk memantau alat-alat ataupun devices, dengan izin oleh pengguna-pengguna yang bukan disyaki melakukan jenayah siber tetapi jenayah- jenayah politik lain seperti hasutan, criminal defamation, jenayah-jenayah ini yang mungkin ataupun dikatakan berlaku ataupun dibuat dengan menggunakan komputer.

Bukankah akta ini boleh merangkumi kesalahan-kesalahan tersebut dan sekiranya ya, bukankah ini mampu menyekat, dengan izin Tuan Speaker, isu-isu seperti kebebasan bersuara yang terjamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Dan seperti yang saya katakan tadi, tanpa judicial oversight, bukankah ini mampu disalahgunakan.

Ketiga Tuan Speaker, adalah pihak berkuasa juga boleh intercept, dengan izin actual messages, videos dan lain-lain dan pembekal-pembekal perkhidmatan iaitu service providers adalah diwajibkan di dalam— di bawah undang-undang ini untuk tidak mendedahkan hal ini kepada pengguna-pengguna. Persoalan obvious yang timbul, persoalan jelas yang timbul adalah bukankah ini jelasnya akan menimbulkan kebimbangan bahawa pihak berkuasa boleh mengintip ataupun dengan izin, spy on activities of users of devices tanpa pengetahuan pengguna- pengguna tersebut.

Isu seterusnya Tuan Speaker, adalah pegawai-pegawai lebih daripada pangkat inspektor diberi kuasa untuk menyemak alat-alat ataupun device pengguna- pengguna dan sekiranya mereka berpendapatan terdapat kelewatan akan menjejaskan siasatan. Kita tahu bahawa mungkin ada keperluan of urgency, dengan izin Tuan Speaker tetapi persoalan yang timbul adakah ini adalah satu perkara akan bergantung semata-matanya wholely kepada pendapat pegawai tersebut. Bukankah ini akan menimbulkan, Tuan Speaker, kemungkinan besar bahawa pegawai tersebut akan menyalahgunakan kuasa ini dan juga meminta rasuah untuk tidak mengambil tindakan.

It can give rice to corruption— corruptor— corrupt activities, dengan izin Tuan Speaker. Seperti saya katakan tadi, the lack of judicial oversight adalah satu perkara yang kita perlu menyemak semula terutamanya seksyen-seksyen 40 dan 41 rang undang-undang ini yang memberi kuasa kepada public prosecutor dan ini adalah amat luas tanpa sebarang judicial oversight. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya Tuan Speaker, saya juga ingin menyentuh dengan seksyen 4 RUU ini. Dan dari segi ini iaitu berkenaan dengan jawatankuasa yang akan ditubuhkan untuk memerangi jenayah siber. Persoalan saya yang timbul, Tuan Speaker adalah adakah penglibatan sektor swasta dipertimbangkan untuk dimasuki di dalam jawatankuasa ini khususnya wakil daripada institusi-institusi perbankan, penyedia telekomunikasi seperti iaitu telco operators dan industri berkaitan yang menjadi saluran atau platform berlakunya jenayah siber contohnya melalui kad kredit dan rangkaian telefon.

Industri-industri ini merupakan barisan hadapan di mana kebanyakan jenayah ini bermula dan berlaku. Dengan mekanisme tertentu, mereka dalam kedudukan terbaik untuk mengesan ataupun mencegah aktiviti penipuan sebagai langkah pre-emptive sebelum ia memerlukan campur tangan pihak polis ataupun penguatkuasaan.

Jadi, saya menyeru agar perkara ini juga diambil perhatian oleh pihak kementerian. Dengan itu Tuan Speaker, Bukit Gelugor memohon agar RUU ini dipertimbangkan semula dan disemak oleh satu jawatan— Parliamentary Select Committee. Terima kasih, Tuan Speaker.

draft6:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Gelugor. Pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

draft6:21 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang- undang Jenayah Siber 2026. Saya menyambut baik dan menyokong usaha kerajaan untuk memansuhkan Akta Jenayah Komputer 1997 dan menggantikannya dengan satu kerangka undang-undang yang lebih komprehensif, moden dan bersesuaian dengan landskap digital masa kini.

Hakikatnya, dunia digital yang kita nikmati hari ini turut membuka ruang kepada bentuk jenayah yang jauh lebih kompleks berbanding dua atau tiga dekad yang lalu. Hari ini bukan sahaja individu menjadi mangsa.

draft6:29 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Malah, syarikat institusi kewangan, agensi kerajaan dan ekonomi negara sendiri, boleh terjejas akibat serangan siber. Melihat kepada peningkatan kes fraud telekomunikasi yang mencecah lebih 31,000 kertas siasatan jenayah e-kewangan yang meningkat berkali ganda pada tahun lalu, jelas menunjukkan bahawa tindakan memperkukuhkan undang-undang tidak lagi boleh ditangguhkan.

Saya juga memuji beberapa peruntukan baharu yang amat relevan dengan cabaran semasa, antaranya menjadikan penawaran malware services sebagai satu kesalahan. Memperkukuhkan kesalahan terhadap manipulasi kandungan menggunakan teknologi deepfake serta mengiktiraf penyebaran imej intim tanpa persetujuan sebagai satu jenayah khusus.

Peruntukan seperti ini menunjukkan bahawa undang-undang kita mula bergerak seiring dengan perkembangan teknologi. Ini adalah langkah yang tepat dan wajar diberikan sokongan. Namun Tuan Yang di-Pertua, beberapa perkara perlu diteliti sebelum kita meluluskan RUU ini.

Pertamanya, mengenai jawatankuasa memerangi jenayah siber. Saya bersetuju jawatankuasa penyelaras ini diwujudkan, tetapi komposisinya masih terlalu tertumpu kepada agensi kerajaan. Bagi meningkatkan ketelusan dan keyakinan awam, saya mencadangkan supaya penyertaan pakar teknologi, akademia, dan NGO yang memperjuangkan hak privasi digital diperluaskan secara lebih bermakna, bukan sekadar bergantung kepada beberapa pelantikan yang dibuat oleh pengerusi.

Kedua, berkaitan dengan fasal 19 mengenai perkongsian kata laluan identiti digital. Kita semua bersetuju bahawa identiti digital perlu dilindungi, tetapi saya bimbang pelaksanaan fasal ini akan memberi kesan kepada golongan yang tidak berniat melakukan jenayah.

Bayangkan seorang ibu atau bapa warga emas di kampung yang meminta anak membantu mengakses bantuan kerajaan menggunakan MyDigital ID atau seorang OKU yang memerlukan bantuan penjaga untuk menguruskan urusan dalam talian. Adakah mereka ini juga boleh dianggap melakukan kesalahan? Sebab itu saya memohon supaya kerajaan mempertimbangkan satu klausa pengecualian

(exemption clause) yang dimaksudkan bagi melindungi golongan rentan ini daripada menjadi mangsa keadaan teknikal perundangan.

Ketiga mengenai kuasa mendapatkan data masa nyata (real time) di bawah fasal 38 dan fasal 40. Saya memahami keperluan pihak penguat kuasa untuk bertindak pantas kerana jenayah siber tidak mengenal sepadan dan bergerak dalam masa yang beberapa saat. Walau bagaimanapun kuasa memperoleh data secara masa nyata yang diberikan melalui arahan pendakwa raya ini perlu diseimbangkan dengan proses pengawasan kehakiman. Saya mohon agar, kerajaan mempertimbangkan syarat pematuhan waran mahkamah yang lebih spesifik agar hak privasi rakyat awam terbela.

Akhir kata, di bawah fasal 51 dan 52, pemberian perkhidmatan yang gagal mematuhi notis pencegahan atau perintah pengekalan data bagi berdepan hukuman denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara sehingga 10 tahun.

Saya menyokong bahawa syarikat teknologi mesti bertanggungjawab, namun hukuman blanket penalty menyeluruh sebesar ini, berisiko membantutkan pertumbuhan industri syarikat pemula tempatan yang berkurangan dana guaman.

Saya mencadangkan agar penalti ini disusun atur secara berperingkat berdasarkan saiz syarikat dan tahap keseriusan ketidakpatuhan agar Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan digital yang mesra industri.

Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya saya menyokong semangat dan objektif RUU ini. Namun, oleh kerana undang-undang ini bakal menjadi asas kepada landskap keselamatan siber negara untuk tahun-tahun akan datang, saya berpandangan agar wajar dirujuk terlebih dulu kepada jawatankuasa pilihan khas bagi memperhalusi beberapa peruntukan penting. Matlamat kita sama, kita mesti mahu semua undang-undang yang bukan saja tegas membanteras jenayah siber, tetapi juga adil kepada rakyat dan mematuhinya. Sekian, terima kasih.

draft6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Berikutnya saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk menjawab.

draft6:30 PM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft6:35 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft6:35 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Salam sejahtera. Dato’ Speaker, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Kesemuanya 48 Ahli Yang Berhormat. yang telah mengemukakan tidak kurang daripada 108 pertanyaan, isu, cadangan, pandangan dan beberapa teguran yang telah dilontarkan.

Tanpa hilang hormat saya kepada seluruh 48 Ahli-ahli Parlimen yang membangkitkan isu-isu berkenaan. Saya tentunya amat tertarik dengan puji-pujian dari Arau [Tepuk] yang pada hemat saya, saya tidak perlu balas apa-apa kecuali persahabatan harus diperkukuhkan.

[Tepuk] Begitu juga saranan daripada Bukit Gelugor, supaya far-reaching consequences dengan izin, dan juga cadangan supaya dielakkan abuse of power dan mengelakkan supaya pemantauan devices dan juga intercept. Bahan-bahan itu harus diberikan perhatinan oleh kita. Manakala saranan agar rang undang-undang ini akan turut dirujuk kepada Parlimen khususnya select committee boleh dipertimbangkan setelah rang undang-undang ini diluluskan. Kalau itu dapat diterima ya.

Dato’ Yang di-Pertua, saya telah mendengar dengan penuh teliti bersama- sama dengan pegawai saya, dan mencatatkan semua isu, pandangan dan cadangan yang telah saya sebutkan tadi, dan tentu saya amat tertarik dengan pandangan- pandangan yang memperlihatkan kebersamaan kita, iaitu pihak kerajaan dan pihak rakan-rakan di sana. Ini merupakan semangat sepasukan Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini. Ini sesuatu yang amat membanggakan, *alhamdulillah.

[Tepuk]* Untuk itu, saya ingin memfokuskan kepada tujuh isu utama yang telah dibangkitkan, dan isu-isu ini tentunya dirujuk oleh hampir kesemua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah melontarkan pelbagai pandangan.

Isu pertama adalah mengenai jaminan hak asasi, privasi dan semak dan imbang (check and balance). Saya tahu bahawa pandangan-pandangan itu adalah pandangan yang mewakili rakyat yang kita wakili. Tentunya pihak kerajaan mengambil maklum kebimbangan-kebimbangan yang telah disebutkan itu, malah keseimbangan di antara keperluan penguatkuasaan dengan perlindungan hak asasi telah menjadi prinsip utama dalam penggubalan undang-undang ini.

Tentunya kerajaan ingin memberi jaminan bahawa tiada satu pun kuasa yang diperuntukkan di bawah rang undang-undang ini bersifat mutlak dan tanpa kawalan.

Sebaliknya setiap kuasa, khususnya mengenai penyiasatan insya-Allah akan disertakan dengan mekanisme semak dan imbang yang cukup jelas, serta tertakluk kepada prosedur perundangan yang ketat, sebagaimana yang sedang berjalan dan akan kita lakukan pengetatannya di dalam pelaksanaan rang undang-undang ini.

Berhubung dengan kuasa mengakses sistem komputer dan data komputer.

Saya ingin menjelaskan, Dato’ Yang di-Pertua, bahawa kuasa tersebut tidak boleh dilaksanakan secara sewenang-wenangnya.

draft6:35 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Pegawai penyiasat perlu mematuhi tatacara yang ditetapkan di bawah sistem perundangan. Begitu juga dengan kuasa pemeliharaan data komputer, notis pemeliharaan data dan semuanya itu hanya boleh dikeluarkan sekiranya pegawai penyiasat berpuas hati bahawa data tersebut munasabah dan diperlukan bagi tujuan penyiasatan dan terdapat risiko data tersebut akan dipadam, diubah atau dimusnahkan sekiranya tindakan segera tidak diambil, itu akan dipertahankan insya- Allah. Perlu saya tegaskan bahawa kuasa ini bukanlah kuasa mutlak untuk mengakses keseluruhan sistem atau semua maklumat seseorang. Skop adalah terhad kepada data yang dinyatakan secara khusus dalam notis yang dikeluarkan.

Mengenai penzahiran data komputer, kerajaan ingin menegaskan bahawa ia hanya boleh dilaksanakan melalui notis bertulis.

Saya ulangi ini ya, notis bertulis kepada pihak yang mempunyai milikan atau kawalan ke atas data tersebut dan tertakluk kepada keperluan penyiasatan yang sah.

Ya, saya ingin menggaris bawah di situ ya. Keperluan tertakluk kepada keperluan penyiasatan yang sah.

Rang undang-undang ini juga tidak mengatasi mana-mana rang undang- undang lain yang melindungi maklumat sensitif negara termasuk Akta Rahsia Rasmi atau Akta 88. Sebarang data yang tertakluk kepada perlindungan undang-undang lain akan terus menikmati perlindungan tersebut.

Ia hendaklah dibaca secara harmoni dengan Akta 88 yang saya nyatakan dan bukannya sebagai suatu kuasa mutlak untuk mengakses atau mendedahkan maklumat. Malah pendekatan ini, Dato’ Yang di-Pertua adalah bagi memastikan keseimbangan antara keperluan bagi memperkukuhkan keselamatan siber negara dengan pemeliharaan kerahsiaan maklumat serta kedaulatan institusi kerajaan.

Itu perkara pertama, isu pertama yang saya ingin sentuh. Ya, yang saya telah sentuh dan detail nya, detail nya saya telah minta pegawai-pegawai saya setiap 48 daripada Ahli Parlimen saya akan berikan jawapan bertulis dalam tempoh sejam dari sekarang.

[Tepuk] So, boleh direct ya. Okey, perkara yang kedua adalah mengenai kebebasan bersuara dan skop rang undang-undang. Saya ingin menyebutkan bahawa rang undang-undang ini bukan suatu rang undang-undang untuk mengawal perbezaan pendapat. Kita mesti ada adab ada.

[Berucap dalam bahasa Arab] Kalau ini dapat kita tangani dengan baik, bahawa pandangan politik atau kebebasan bersuara insya-Allah turut terpelihara kerana undang-undang ini tidak akan pernah menyekat. Sebaliknya, ialah tumpuan kepada aspek keselamatan dan aspek jenayah siber. Itu mesti diberikan penekanan dan insya-Allah perkara ini akan dilaksanakan. Yang penting meminjam mafhum daripada Arau mesti ada wahdatul fikr, wahdatul qalb, wahdatul ama itu, sebab beliau lebih alim dari saya. Jadi, saya perlu belajar.

Perkara ketiga adalah mengenai deepfake, kecerdasan buatan dan juga teknologi baharu. Dalam perkara ini kerajaan mengakui bahawa perkembangan AI membawa manfaat yang besar kepada kita semua. Dan mempertingkatkan produktiviti, inovasi dan pertumbuhan ekonomi digital. Namun, teknologi yang sama juga berpotensi disalahgunakan bagi tujuan jenayah.

Kita tahu berlaku penipuan, pemerasan, penyamaran, eksploitasi, penyebaran maklumat palsu, dan manipulasi dalam pelbagai bentuk. Untuk itu, kerajaan ingin menegaskan bahawa sesuatu kandungan yang dijana menggunakan AI tidak menjadi suatu kesalahan semata-mata kerana ia dihasilkan oleh AI.

Sebaliknya pihak pendakwaan tetap perlu membuktikan elemen-elemen kesalahan termasuk niat jenayah atau criminal intent dan tujuan penggunaan serta kesan yang terhasil daripada perbuatan tersebut. Dan perkara ini kita harus merujuk kepada beberapa tindakan kerajaan seperti menubuhkan Cyber Security and Cryptology Development Centre yang telah di establish kan pada 3 Jun yang lalu yang menggabungkan CyberSecurity Malaysia dan juga Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia.

Dan ia nya diletakkan di bawah kawal selia NACSA, Majlis Keselamatan Negara dan akan memainkan peranan untuk memberikan perkhidmatan kepakaran termasuk forensik AI dengan menghimpunkan pakar daripada universiti, industri dan juga agensi penguatkuasaan. Itu perkara ketiga.

Perkara yang keempat ialah soal perlindungan kepada mangsa wanita, kanak-kanak dan warga emas. Saya ingin menyebutkan bahawa kerajaan berkongsi sepenuhnya kebimbangan yang di nyatakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Statistik semasa menunjukkan bahawa golongan rentan semakin menjadi sasaran utama sindiket jenayah siber ini. Sama ada melalui penipuan kewangan, eksploitasi seksual, penyebaran imej intim tanpa kebenaran mahupun manipulasi kandungan digital.

Dalam konteks ini, RUU yang kita telah perbahaskan tadi memperuntukkan kesalahan-kesalahan khusus yang sebelum ini tidak diperuntukkan secara jelas di bawah undang-undang sedia ada sekali gus memperkukuhkan perlindungan kepada mangsa. So, dalam perkara ini jaminan undang-undang ini memang cukup jelas.

Mengenai cadangan agar tindakan penurunan kandungan atau take down supaya dilaksanakan dengan lebih pantas. Insya-Allah, kerajaan akan terus memperkukuhkan kerjasama dengan SKMM atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Penyedia platform digital serta rakan antarabangsa bagi memastikan kandungan yang menyalahi undang-undang yang dapat ditangani dengan lebih cepat dan berkesan mengikut bidang kuasa masing-masing.

Di samping itu, kita juga menyedari bahawa kerajaan telah menubuhkan National Scam Response Centre sebagai pusat penyelarasan nasional yang beroperasi 24 jam sehari. Twenty-four seven disebutkan tadi yang menghimpunkan kerjasama strategik antara PDRM, Bank Negara, SKMM, institusi kewangan, penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan agensi-agensi berkaitan dan diurus setia kan oleh NACSA di bawah MKN.

So, dalam perkara ini kerajaan akan terus memperkukuhkan supaya badan ini melalui penambahbaikan mekanisme perkongsian maklumat secara masa nyata atau real time information sharing dan juga pengukuhan kerjasama antara agensi dapat terus diperluaskan.

Isu yang kelima adalah mengenai penguatkuasaan bersepadu dan keupayaan negara. Dato’ Yang di-Pertua, PDRM kekal sebagai agensi penguatkuasaan utama. Secara spesifik saya sebutkan bahawa commercial crime.

PDRM menjadi peneraju utama dalam penyiasatan jenayah siber ini ya.

NACSA akan terus memainkan peranan sebagai penyelaras strategik dan SKMM, Bank Negara saya sebutkan tadi institusi kewangan dan agensi-agensi teknikal yang lain akan turut bekerjasama mengikut bidang kuasa masing-masing.

Yang keenam, mengenai hukuman pencegahan dan literasi siber. Kerajaan bersetuju dengan pandangan-pandangan tadi yang di lontarkan di mana kerajaan menekankan bahawa hukuman yang lebih berat bukanlah satu-satunya penyelesaian.

Pengurangan jenayah siber memerlukan pendekatan yang menyeluruh merangkumi penguatkuasaan yang berkesan, peningkatan keupayaan penyiasatan, melakukan penyelidikan masyarakat, kerjasama sektor swasta serta literasi digital yang tinggi.

Begitu juga dari segi keperluan memperkukuhkan hukuman ini adalah berasaskan realiti semasa di mana statistik PDRM menunjukkan bahawa jumlah jenayah siber telah meningkat daripada 25,479 kes pada 2022 kepada 66,204 kes pada tahun lalu iaitu peningkatan lebih 160 peratus dalam tempoh empat tahun.

draft6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Begitu juga, saya ingin menyentuh isu penting yang terakhir iaitu mengenai MyDigital ID. MyDigital ID berfungsi sebagai mekanisme pengesahan identiti melalui Single Sign-On atau SSO bagi mengelakkan pertindihan data identiti rakyat di pelbagai agensi.

Sistem bantuan kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah, Sistem Skim penstabilan Harga Minyak, MyKasih dan sebagainya, menggunakan MyDigital ID sebagai pintu masuk atau gateway yang selamat dan insya-Allah MyDigital ID tidak menyimpan maklumat peribadi pengguna. Semua maklumat peribadi ini tetap berada dalam pangkalan data di Jabatan Pendaftaran Negara dan pelaksanaan MyDigital ID bukan bertujuan untuk mengumpul data peribadi sebaliknya adalah untuk mengukuhkan sistem keselamatan supaya data rakyat tidak mudah disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Akhirnya Dato’ Yang di-Pertua, dengan tidak mengetepikan pandangan- pandangan yang sangat-sangat bernas daripada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, saya harapkan rang undang-undang ini adalah aturan rang undang-undang yang dianggap sebagai...

draft6:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

[Bangun]

draft6:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Game changer bagi memastikan sistem perundangan negara sentiasa relevan dengan perkembangan teknologi dan insya-Allah berjaya memperkukuhkan keupayaan penguatkuasaan serta melindungi rakyat daripada ancaman jenayah siber yang semakin kompleks.

draft6:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Yang Berhormat, mencelah sikit?

draft6:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sekali lagi saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ketua Pemuda PAS.

[Ketawa] Untuk mencelah, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya memohon supaya Rang Undang-undang Jenayah Siber 2026 ini dapat dipersetujukan dan diluluskan oleh Dewan yang mulia ini.

draft6:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Sikit, sikit penjelasan.

draft6:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

*Assalamualaikum warahmatullah.

[Ketawa] [Tepuk]*

draft6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

draft6:50 PM

Fasal-fasal 1 hingga 61 – Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat hendak bertanya?

draft6:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak, yang Jawatankuasa?

draft6:53 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Itu yang saya tanya ini, Yang Berhormat nak berbahas?

draft6:53 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya.

draft6:53 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, saya benarkan, tiga minit.

draft6:53 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya, sikit sahaja. Fasal 7, “Jawatankuasa boleh melantik, boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa bagi menasihati Jawatankuasa mengenai apa- apa perkara yang sedang di bincang.” Begitu juga fasal 8(2), boleh melantik, “Jawatankuasa boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana- mana jawatankuasa kecil yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).” Jadi siapa sebenarnya? Mana-mana orang ni siapa? Sebab tidak jelas. Kalau mengikut fasal 4 dinyatakan dengan jelas di (r) ya, “Tidak lebih daripada dua orang hendaklah dilantik oleh Pengerusi dalam kalangan orang yang mempunyai kedudukan...” Kedudukan ada, pengalaman ada, pengetahuan ada dan kepakaran dalam perkara yang berhubung dengan jenayah siber. Maknanya kalau mana-mana orang pun biarlah yang disebut yang pengalaman, berpengalaman dan sebagainya.

Kalau tidak mana-mana orang, sesiapa boleh.

Ke seterusnya 53, saya rujuk kepada fasal 53. Ia bertujuan untuk memperuntukkan bahawa mana-mana pemberi perkhidmat— no, no, 50. Ha, betul.

Mana-mana pemberi perkhidmatan atau mana-mana pekerjanya tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding jenayah ataupun sivil sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati, itu maksud saya. Suci hati ini bila nak ditentukan? Kalau dah bawa ke mahkamah susah kita nak tentukan suci hati. Sama dengan seksyen 63 bawah Akta Penjara itu hari, dah ditarik balik dan dirujuk kepada jawatankuasa. Boleh Menteri jelaskan?

Dan saya nak jawab sikitlah fasal dikatakan orang yang dituduh, dituduh daripada [Tidak jelas] parti tetapi Jelutong lupa P. Ramasamy telah dituduh dan telah disaman dan telah membayar saman fitnah tersebut kepada Zakir Naik dan juga yang ada dalam Parlimen. Lim Lip Eng juga telah kalah saman fitnah yang difailkan oleh Syarikat MonSpace Sdn. Bhd. dan diperintahkan membayar ganti rugi melebihi RM2 juta. Faham-fahamlah maksud saya, jangan kamu mengata orang aje lebih.

draft6:53 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

draft6:53 PM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sahabat saya Besut, saya amat tahu bahawa beliau mempunyai latar belakang perundangan yang sangat dihormati dan untuk penjelasan di Dewan yang mulia ini maksud yang disebut oleh Yang Berhormat Besut tadi ingin saya jelaskan ia adalah merujuk kepada perkara 7 dan 8(2) di mana, mana-mana orang itu rujuk kepada pakar dari pihak swasta mahupun pakar daripada agensi kerajaan. Maknanya specifically ke arah itu.

draft6:57 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

draft6:57 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Fasal 53, suci hati tadi. Kita semua suci hati. Yang paling suci hati Besut lah.

[Ketawa] .Suci hati dalam fasal 53 ini adalah bagi maksud niat baik atau bona fide yang dibuat semasa melaksanakan pertanggungjawaban. It’s very loud and clear and very crystal clear.

draft6:57 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Dituduh pun ataupun dalam penyiasatan? Itu maksud saya.

draft6:57 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sewaktu, dua-dua sekali, sewaktu penyiasatan dan sewaktu pertuduhan ya. Jadi supaya perimbangan itu dapat dilakukan.

draft6:57 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

[****Fasal-fasal 1 hingga 61** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (Datuk Hajah Rubiah binti Wang) dan diluluskan]

draft6:57 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Alhamdulillah. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat hari ini di tangguh sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 2 Julai 2026.

draft6:57 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.01 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026