Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Membaca doa] Bismillahirrahmanirrahim. Sebelum saya memulakan lah sesi pertanyaan jawab lisan Perdana Menteri, Ahli-ahli Yang Berhormat dengan perasaan yang dukacita dan sedih, saya ingin mengumumkan kepada Ahli Yang Berhormat sekalian bahawa abang kandung kepada Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan, Ahli Parlimen Kota Bharu telah kembali ke rahmatullah pada malam tadi.
Saya bagi pihak Ahli-ahli Dewan ini dan bagi pihak Parlimen seluruhnya ingin merakamkan ucapan takziah kepada Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan atas pemergian abang kandungnya. Kita berdoa moga-moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh serta beriman.
Yang Berhormat, sebelum saya memulakan, saya ingin mengingatkan agar sesi pada pagi ini berjalan dengan tertib dan berhemah dan ingin juga saya mengingatkan Peraturan 35, 36 dan 37 iaitu masa dan cara bercakap, isi ucapan terutama sekali Peraturan 36(10)C sakit-menyakit hati di antara kalangan Yang Berhormat-Yang Berhormat dan cara mengganggu ucapan. Dengan ini, saya mulakan sesi pertanyaan-pertanyaan Perdana Menteri dengan mempersilakan Dato’ Sri Doris Sophia anak Bordi, Yang Berhormat Sri Aman.
1. Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sri Aman minta Perdana Menteri menyatakan penjelasan berhubung dakwaan bahawa peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri yang tidak adil dan tidak mencukupi berbanding hasil yang dikutip. Apakah usaha-usaha yang diambil oleh
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Kerajaan MADANI dalam menambah baik penyaluran peruntukan supaya memenuhi keperluan rakyat di setiap negeri. Mohon jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Yang Berhormat Perdana Menteri.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih kepada Sri Aman dan saya ambil kesempatan ini mulakan dan nyatakan bahawa perkembangan dengan negeri Sarawak membanggakan. Inilah kali pertama dalam sejarah bila ada rundingan memenuhi keperluan Perlembagaan mengiktiraf hak negeri dalam soal pelabuhan dan bila ada kesepakatan penyerahan milik kepada kerajaan negeri. Kerajaan negeri telah menyerahkan wang tunai bayaran RM1.5 bilion kepada Kerajaan Persekutuan.
Minta maaf, wang RM1.8 bilion–– saya turun RM300 juta.
Dan ini adalah rekod dalam sejarah kerana ini kali pertama satu kerajaan negeri menyerahkan wang tunai dan dia bagi cek tunai kepada saya.
[Tepuk] Terima kasih dan ini melambangkan keperluan mengadakan rundingan cara sihat. Sebab itu kadang-kadang di Dewan ini juga Ahli-ahli Parlimen telah membangkitkan isu ketidakadilan, kezaliman, haram yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Parlimen seolah-olah tidak diberikan pertimbangan.
Sebab itu saya ambil kesempatan ini untuk menjelaskan. Seluruh senarai negeri ada pada saya, saya akan bacakan. Semua negeri perolehi peruntukan yang lebih ketimbang sebelumnya dan juga ketimbang purata hasil cukai melainkan Selangor dan Pulau Pinang. Selangor dan Pulau Pinang kebetulan kedudukan yang strategik mendapat hasil yang tinggi tetapi perbelanjaan peruntukan persekutuan lebih kurang.
Umpamanya untuk purata hasil cukai Selangor tahun 2023 hingga 2025 adalah RM43.6 bilion, yang dibelanjakan oleh Selangor pada waktu yang sama adalah RM15 bilion peruntukan Kerajaan Persekutuan. Untuk Pulau Pinang, purata hasil yang diperolehi oleh Kerajaan Persekutuan 2023 hingga 2025 adalah RM10.7 bilion. Perbelanjaan adalah RM7.9 bilion. Ini tentunya bertentangan dengan dakwaan diberikan menyatakan peruntukan Pulau Pinang itu lebih.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Baik, tetapi saya berikan beberapa tumpuan kepada negeri yang memerlukan perhatian khusus dan projek-projek seperti tebatan banjir yang tidak boleh dilengahkan, naik taraf lebuh raya atau jalan baharu Pan-Borneo, Sabah, Sarawak dan beberapa pusat penting seperti saliran air baharu atau persimpangan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Maka untuk Kelantan— untuk Kelantan hasil purata 2023–2025 adalah RM946 juta. Saya harap Ahli-ahli Parlimen Kelantan catat kerana perbelanjaan persekutuan bagi 2023–2025 untuk negeri Kelantan ialah RM8.9 bilion. Untuk Kedah 2023–2025, RM3.7 bilion purata hasil yang diperolehi cukai untuk Kerajaan Persekutuan, perbelanjaan ialah RM9.5 bilion.
Untuk Terengganu, RM1.2 kita tambah RM1.2 lagi dari hasil minyak, maka dia jadi RM2.2 hingga RM2.4 bilion hasil yang dipulangkan kepada Kerajaan Persekutuan. Perbelanjaannya ialah RM7.8 bilion pada— yang sama. Perlis hasil RM419 juta, perbelanjaan RM2.2 bilion. Johor sepertimana saya umumkan baru- baru ini, hasil sekitar RM14 bilion, perbelanjaan RM16 bilion.
Dan ini semua negeri bertambah tetapi kita pertahankan keputusan ini berdasar keperluan yang mendesak iaitu sepertimana saya senaraikan beberapa projek-projek, termasuk pembasmian kemiskinan, penaikan taraf, kemudahan- kemudahan infrastruktur, sekolah dan sebagainya terutama bagi masyarakat yang miskin dan juga terpinggir. Selain daripada itu, negeri ini kita telah tambah peruntukan seperti EFT – Ecological Fiscal Transfers, pemberian tahap, capitation grant yang telah diumumkan di hadapan Premier, Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri.
Jadi, saya harap dengan penjelasan ini boleh mengundang pandangan, tambahan, cadangan tetapi tidak benar sama sekali tohmahan bahawa negeri-negeri tertentu dianaktirikan atau dipinggirkan. Kalau nak banding, saya nak tegaskan di sini bahawa Kerajaan MADANI lah di mana peruntukan tertinggi untuk negeri-negeri seperti Kedah, Terengganu dan Kelantan ketimbang sebelumnya. Jadi, saya harap penjelasan ini akan dengan sendiri memadamkan tohmahan dan fitnah yang tidak berasas. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat Sri Aman, soalan tambahan.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas jawapan yang saya rasa agak jelas. Sebelum saya mengajukan soalan tambahan saya Tuan Yang di-
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Pertua, izinkan saya dengan peluang ini merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah menyerahkan Pelabuhan Bintulu seperti yang telah dinyatakan tadi kepada Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Sarawak balas seperti yang telah disebutkan Yang Amat Berhormat Tambun tadi dengan penyerahan cek sebanyak RM1.8 bilion.
Ini bukti bahawa Kerajaan MADANI di bawah pentadbiran Tambun bukan sahaja mengiktirafkan hak kedudukan Sarawak, malah turut membuktikan komitmen Kerajaan MADANI terhadap pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963. Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, susulan keputusan kerajaan menaikkan kadar interim pemberian khas Sabah kepada RM1.5 bilion.
Jadi, soalan saya apakah Kerajaan Persekutuan turut bercadang menaikkan kadar pemberian khas untuk Sarawak juga? Kedua, adakah Sarawak turut berhak menerima pemberian khas atas sebahagian hasil yang dikutip dari Sarawak. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Perdana Menteri untuk menjawab.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Sri Aman. Kadar interim Sabah itu memang tinggi berdasarkan persefahaman dalam Perjanjian MA63. Beberapa siri rundingan diadakan di antara Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Jawatankuasa dipengerusikan oleh TPM II tetapi kita masih meneruskan rundingan dengan Sarawak dan dalam perundingan terkini dengan Premier baru-baru ini di Bintulu dan di Kuching memang kita tidak umumkan kerana kita hendak berikan tumpuan kepada RM1.8 bilion diberikan kepada Kerajaan Persekutuan.
Julung-julung kalinya dalam sejarah dan saya telah berikan jaminan rundingan diteruskan dan memang wajar diberi peningkatan berdasarkan semangat Perjanjian MA63. Jadi, ini akan diluluskan dalam masa secepat mungkin dan rundingan telah diadakan di antara Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Perdana Menteri. Silakan, Yang Berhormat Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Selamat pagi, assalamualaikum. Saya meneliti nasihati Dato' Yang di-Pertua pagi tadi berkenaan dengan keharmonian dalam Dewan ini, alhamdulillah. Insya-
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Allah kita sentiasa berpandukan kepada peraturan. Terima kasih, Dato' Yang di- Pertua.
Cuma saya nak beritahu kalau tak ada Hulu Langat dengan Jelutong itu insya-Allah harmoni. Jadi, kena ambil juga tindakan. Mereka dah melanggar beberapa kali cuma tak pernah ada tindakan sepertimana kepada saya menyebabkan mereka terus macam itu juga.
Okey, baik alhamdulillah, terima kasih Yang Berhormat Tambun. Saya dah lama tak jumpa berdepan, alhamdulillah. Saya ucap terima kasihlah di atas jawapan Yang Berhormat Tambun berkenaan dengan keadilan terhadap sistem federalisme dengan negeri ini dan kita harap benda ini berlanjutanlah selagi Yang Berhormat Tambun menjadi Perdana Menteri.
Jadi, ada benda-benda yang masih lagi tidak lengkap itu kita harap Yang Amat Berhormat Tambun ambil perhatian dan memberi nasihat kepada Menteri- menteri yang dalam Kabinet itu ada benda lagi yang masih lagi di antara negeri dengan Federal belum lagi sempurna. Saya pun terima, kita manusia bukannya sempurna seperti Tuhan, jadi insya-Allah kelemahan-kelemahan ini akan dilengkapkan oleh kita dengan kita berbincang dalam ini.
Balik kepada soalan ini, saya hendak menyentuh berkenaan dengan peruntukan dalam negeri Kedah terutamanya berkenaan dengan air. Dato' Yang di- Pertua, projek menaik taraf sebab ini berkaitan dengan hak Federal dengan state yang dibangkitkan oleh Sarawak tadi. Jadi, saya nak terus kepada hak Federal dengan state Kedah iaitu berkenaan dengan Projek Rawatan Air LRA Pelubang sebenarnya dilaksanakan melalui pinjaman Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri, bukannya geran.
Pinjaman tersebut akan dibayar semula oleh kerajaan negeri melalui operator bekalan air bersama kadar faedah sebanyak tiga peratus. Ini jelas saya pun nak bagi fakta lah sebab ada yang Menteri cakap macam ini, fasal apa tak laksanakan projek- projek di negeri Kedah— tak lengkap berapa tahun dah, sampai tujuh – lapan tahun masih lagi tak sempurna. Oleh sebab itu, ini jelas membuktikan komitmen kerajaan negeri untuk terus melabur dalam pembangunan industri air demi memenuhi keperluan rakyat serta menyokong kawasan-kawasan perindustrian yang menjadi pemacu ekonomi negara dan turut menyumbang hasil kepada Kerajaan Persekutuan.
Namun begitu, projek ini kini memerlukan kelulusan notice of change (NOC) melibatkan tambahan peruntukan sebanyak RM113 juta. Kalau nak bagi dalam
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
bentuk geran lagi baguslah tetapi pinjaman pun tak apa, yang penting projek ini dapat disiapkan dengan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Oleh sebab itu, kita tengok manakala proses penyaluran pinjaman mengambil masa hingga hampir lima bulan menyebabkan kerajaan negeri terpaksa mendahulukan bayaran projek melebihi RM40 juta bagi memastikan kerja-kerja tidak terhenti.
Dalam masa yang sama, beberapa projek persekutuan di Kedah seperti RTB Sungai Kedah Anak Bukit ini saya tak tahulah dekat 20 tahun dah tak siap sampai sekarang. Sepertimana yang kuala sungai dan juga RTB Pendang tempat saya, yang mana katanya ditangguhkan pelaksanaannya, jadi turut mengalami kelewatan pelaksanaan untuk disiapkan. Dia banyak gangguan sekarang ini, termasuk dia kesan kepada pesawah-pesawah padi yang merajuk kerana kenaikan kos sekarang ini ada yang tak nak buat bendang tak boleh sebab itu food security.
Oleh sebab itu, persoalannya memandangkan projek-projek ini bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat Kedah, malah menyokong pertumbuhan ekonomi negara, adakah kerajaan bersedia mempercepatkan kelulusan NOC, menyegerakan penyaluran pinjaman serta menyediakan mekanisme pembiayaan yang lebih cekap supaya projek-projek strategik di Kedah tidak lagi tertangguh akibat kelewatan projek di peringkat Kerajaan Persekutuan. Mohon penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Tambun.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Perdana Menteri untuk menjawab.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Pendang.
Soalan itu spesifik dan saya percaya Menteri PETRA akan memberi penjelasan terperinci.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Cuma saya nak tegaskan, bila ada notice of change ini melibatkan dana tambahan kita kena runding semula. Pertama, peranan kontraktor. Dalam kes ini permasalahan juga dengan kontraktor.
Keduanya, bila ada penambahan dia melibatkan Kerajaan Persekutuan.
Kerajaan Persekutuan tidak boleh terperangkap dengan keputusan negeri, kemudian bila ada masalah automatik harus mendapat dana sama ada peruntukan atau pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan. Sebab itu saya katakan hubungan itu harus baik dan dipercepatkan.
Jadi, saya setuju projek-projek seperti tebatan banjir, RTB, TPM II tahu kita beri keutamaan sebab itu projek-projek sepertimana yang kita lihat, yang dilaksana
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
di Kelantan. Itu fasa pertama, itu ikut jadual. Pengambilan tanah harus dipercepatkan dan hubungan dengan kontraktor, pemilihan kontraktor lebih telus dan lebih cekap dan berupaya.
Tapi khusus untuk perkara yang dibangkitkan ini, saya minta TPM nanti dalam memberikan penjelasan secara lebih terperinci. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Salam sejahtera. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun di atas kejayaan Malaysia melonjak ke kedudukan ke-15 dalam IMD World Competitiveness Ranking 2026, meningkat lapan anak tangga berbanding tahun lalu. Pencapaian ini mencerminkan keyakinan pelabur terhadap kestabilan dasar tadbir urus serta hala tuju ekonomi negara.
Soalan saya, apakah pendirian Kerajaan MADANI dalam mengimbangi tuntutan negeri-negeri terhadap perkongsian hasil dan pulangan ekonomi supaya prinsip keadilan semangat Persekutuan serta keseimbangan pembangunan antara negeri dapat terus dipelihara?
Dan keduanya, memandangkan wilayah selatan tanah air yang bersempadan dengan negara Singapura yang merupakan antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara, apakah strategi dan inisiatif baharu kerajaan bagi kita memperkukuhkan pembangunan ekonomi di wilayah tersebut termasuk menarik pelaburan berkualiti tinggi, mewujudkan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi serta manfaat yang sepenuhnya potensi kerjasama ekonomi rentas sempadan?
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Perdana Menteri untuk menjawab.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Betong. Pertama, tentang perkongsian hasil sepertimana saya dah umumkan tadi, memang ada peningkatan ketara sebelum dan selepas 2023 dan saya telah baca jumlah peningkatan itu di mana hasil bukan saja dipulangkan tapi lebih daripada— perbelanjaan lebih tinggi daripada hasil.
Dan ini menjadi trend yang biasa walaupun ada kekeluhan dari Selangor dan Pulau Pinang tetapi kebetulan Selangor mempunyai ramai yang di Selangor dan industri-industri dan juga bayaran pendapatan itu bagi orang-orang negeri lain juga bayar di Selangor. Jadi, itu menyebabkan peningkatan yang sangat tinggi. Saya
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
bacakan tadi, umpamanya di Selangor RM43.6 bilion hasil tapi belanjanya hanya 15.
Maknanya lebih rendah dari Johor. Johor kita belanja 16. Sebab itu, saya ambil kesempatan untuk memberi penjelasan angka.
Baik. Yang keduanya dibangkitkan soal— makna perkongsian hasil terus dirundingkan. Kalau ditanya mengapa beberapa kawasan sepertimana Kelantan dapat peningkatan tinggi untuk Sabah Sarawak, itu kebetulan kerana beberapa projek yang mendesak. Kalau di Kelantan tebatan banjir diberi keutamaan. Kalau di Sarawak dan Sabah, prasarana asas termasuk lebuh raya, banjir, tebatan banjir dan beberapa projek yang dianggap kritikal untuk pembangunan. Beberapa kawasan dalaman itu memerlukan perhatian dengan lebih, dia tak boleh ikut unjuran biasa.
Kalau unjuran biasa mungkin siap lima, 10 tahun lagi tapi ada sekolah-sekolah yang perlu diberikan pengiktirafan segera.
Tentang beberapa kawasan strategik, kawasan pembangunan sepertimana kita lihat Johor–Singapore Special Economic Zone dan perkembangan tumpuan sekarang ini beberapa kawasan yang ini agak baharu termasuk Kerian di Perak Utara, di Kuching dan juga Sabah. Kuching seumpamanya, walaupun ia banyak ikhtiar daripada kerajaan negeri tetapi Kerajaan Persekutuan telah memberikan tumpuan, memberi sokongan kerana beberapa aspek industri bukan saja berkait dengan tenaga, tetapi dengan teknologi baharu.
Sarawak adalah satu negeri yang agak ke depan dari segi usaha dalam data centre dan IT dan juga pembikinan cip yang diselenggarakan dengan beberapa kepakaran negara asing. Hal-hal itu kalau diberikan tumpuan sendirinya akan melonjak pertumbuhan.
Dalam soal pelaburan dan juga perdagangan dalam negara, kita dapat bertahan dari segi prestasi ekonomi di antara lain kerana pertumbuhan E&E, semikonduktor dan sekarang data centre dan AI. Ini menyebabkan kita dapat bertahan dalam keadaan gelombang dan keparahan ekonomi yang tidak menentu.
Soal IMD rating baru-baru ini memang melegakan dan saya ucap terima kasih kepada Betong tetapi saya telah tekankan bahawa ini akibat dari kesungguhan semua pihak. Bukan saja pimpinan tetapi penjawat awam yang lebih efisien dan swasta yang menekankan soal inovasi dan teknologi baharu. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Perdana Menteri.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikut, dipersilakan Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya tanya soalan tambahan itu. Soalan tambahan tentang ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, saya dah bagi empat soalan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Soalan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya persilakan soalan Yang Berhormat.
2. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Arau minta Perdana Menteri menyatakan sama ada larangan pengumuman peruntukan atau projek kerajaan selepas penamaan calon masih terpakai serta mekanisme penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan menjelang PRN Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Perdana Menteri untuk menjawab.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Arau. Keputusan kita tetap iaitu sebaik tarikh penamaan calon diumumkan. Kempen boleh diteruskan tapi tidak boleh ada penggunaan ataupun pengumuman jaminan projek baharu ataupun dasar baharu bagi negeri tersebut. Ini adalah peraturan yang saya semak dengan seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5] dan disahkan oleh SPR. Jadi, kalau ini terpakai bagi projek-projek baharu.
Ada masalah dibangkitkan kerana projek diteruskan. Itu kalau ikut peraturan memang dibolehkan. Penerusan projek yang sedia ada tidak boleh menggunakan jentera untuk mengumumkan projek baharu untuk masa kempen sama ada di peringkat bandar raya atau kerajaan negeri atau juga Kerajaan Persekutuan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Arau untuk soalan tambahan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih atas ketegasan yang luar biasa. Cuma tadi hat soalan tadi tu saya nak tanya, kenapa peruntukan Ahli Parlimen pembangkang tak dibagi sebab berdasarkan keadilan. Itu je. Okey, ada dua soalan Yang Berhormat. Benda ini kenyataan.
Yang pertama, apakah wajar dari segi etika esok pilihan raya, esok penamaan calon, hari ini— dari segi etika, bukan kesalahan lagi ya. Contohnya ialah
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat sendiri telah mengumumkan peruntukan pada 24 Jun di Johor. Kita penamaan calon 27 Jun— dari segi etika ya. Kalau Yang Berhormat kata dari segi etika tak apa, okeylah. Jadi, saya nak tanya dari segi etika, wajarkah dekat-dekat tu, macam orang dekat-dekat nak sakit. Maaf. Salah. Macam dekat-dekat benda itu, tiba-tiba kita pi umum. Jadi makna kata, memang tak masuk edah penamaan calon.
Yang keduanya, hat ini kesalahan iaitu pada 27 Jun, Menteri KPKT umum RM2.5 juta baik pulih bumbung Flat Tun Aminah, Skudai. 27 Jun ialah hari penamaan calon. Ini Menteri KPKT yang sering kali mengumumkan projek sebelum penamaan calon.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Akhir sekali Yang Berhormat, ini apa yang berlaku di Negeri Sembilan. Ini kepada Menteri Besar MADANI ini, 4 Jun diisytiharkan peruntukan, 5 Jun dibubar. 4 Jun, diisytiharkan peruntukan RM3.06 juta, seperti yang telah didedahkan oleh Ketua Pemuda Negeri Sembilan, iaitu 180,000 bagi 17 DUN PH, 14 DUN BN/UMNO tak dapat peruntukan. Jadi, saya nak tanya daripada segi kewajaran berbuat demikian.
Esok dia nak bubar, hari ini dia isytihar peruntukan, dia sempat isytihar.
Daripada segi kesalahan, saya ingat kita tak payah kira kesalahan, report dekat SPRM pun tak payah. Kita serah kepada rakyat untuk pangkah, apakah benda ini wajar dibuat? Jadi kita nak cari keadilan, maka kita pangkah kepada yang boleh menegakkan keadilan. Bukan parti KEADILAN, yang menegakkan keadilan contohnya macam kami lah. Minta Yang Berhormat, tanya tiga soalan yang untuk pandangan.
[Tepuk] Untuk Yang Amat Berhormat bagi pandangan sebab Yang Berhormat sentiasa tegas, “Kita akan umumkan perkara ini untuk diambil tindakan”. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Arau. Arau, nada hari ini sangat tenang. Terima kasih.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Maaf, Speaker.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Baik, yang bangkitkan secara spesifik kesalahan pilihan raya, saya dah jelaskan. Tidak boleh dan kita juga bentangkan dan bincang dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, mengingatkan kalau-kalau kebimbangan, ketelanjuran dan juga kepada Timbalan-timbalan Menteri dan ini juga terpakai, saya dah sebut tadi, Menteri Besar dalam masa berkempen.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Ini dibangkitkan soal etika. Etika ini ikut tafsiran siapa? Saya kalau umum sebelum penamaan calon, itu peraturan mengizinkan. Jadi, tidak melanggar etika.
Yang melanggar etika itu kalau ada sumpah seranah, hina, mencerca, menipu. Itu etika yang lebih besar.
[Tepuk] Itu yang kita kena elak. Jadi, kalau bincang etika, saya sangat setuju dengan Arau. Kalau kita bangkitkan balik soal akhlak, soal etika dalam kempen, ini sangat baik. Ini maknanya jangan terlanjur daripada itu, itu peringatan kepada semua.
Soal umpamanya yang dikhususkan kepada KPKT, saya semak, dia umumkan projek yang telah diluluskan. Jadi kalau ikut daripada segi peraturan pilihan raya, itu dibolehkan. Tidak boleh projek baru, ada projek telah diluluskan dalam belanjawan tahun lalu, kemudian kita tekankan dan ulang, itu tidak ada kesalahan daripada peraturan pilihan raya. Saya semak dari segi undang-undang dan juga pada SPR tentang Akta Kesalahan Pilihan Raya. Jadi, yang dilakukan itu.
Walaupun saya setuju dia jaga supaya jangan ada salah tafsiran kerana perlu kita patuhi.
Undang-undang ini kita lulus di sini, jadi kita cuba patuhi sahaja. Yang itu saya setuju. Cuma, untuk melihat sama ada, ada kesalahan daripada segi undang- undang, itu kalau tidak ada dalam peruntukan, sama ada dalam belanjawan yang diluluskan ataupun telah dalam kerangka kementerian masing-masing, itu memang kesalahan. Tapi kalau sekadar mengumumkan berikutnya, adalah bukan kesalahan.
Walaupun saya tidak lakukan itu, daripada segi saya, cuma nak elak supaya Arau jangan bangkitkan. Jadi dari segi saya, saya cuba elak kerana menimbulkan salah faham, tapi kalau mengatakan kita telah luluskan, itu boleh. Sepertimana dibangkitkan soal diesel, mengapa diumumkan sekarang? Kalau ada baca, diesel, kita umumkan akan dilaksanakan pada pertengahan tahun ini. Patutnya sebulan sebelum ini tapi kita buat dua tiga kali, malah praktikal di stesen-stesen minyak, takut ada pelanggaran.
Jadi, itu memang diumumkan bahawa penyasaran subsidi mula dengan RON95, diikuti dengan diesel. Itu bagi saya, tidak ada percanggahan yang diumumkan untuk seluruh negara. Terima kasih Arau.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Perdana Menteri.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Persoalan saya ialah pengumuman, bukan kira lulus, tak lulus.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Walaupun dah lulus, tapi kenapa mesti umum masa itu? Itu maksud saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, nak bercakap, tanya saya dulu ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, saya cakap dekat Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi saya kata, ini fasal pengumuman. Lulus, tak lulus nombor dua. Ini dah lulus, kenapa nak umum masa itu? Ha, itu ceritanya. Jadi tak ada apa, tak payah jawab pun tak apa, tapi saya nak bagi tahu bahawa tajuk percakapan kita pada hari ini ialah pengumuman. Lulus tak lulus, nombor dua. Jadi, umum masa pilihan raya itu, cuba mencari pengaruhlah tapi orang dah tetap dah orang akan bagi kat PN.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, terima kasih Yang Berhormat. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Sebelum saya pergi ke soalan, saya mengalu-alukan kehadiran penggerak dan kerabat MADANI Parlimen Jeli seramai 45 orang.
[Tepuk] NGO ini di bawah seliaan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jeli. Selamat datang ke Dewan Rakyat.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, selain pengumuman projek, rakyat turut memberi perhatian terhadap penggunaan aset dan kemudahan kerajaan semasa tempoh berkempen bagi memastikan padang permainan yang sama rata, sama adil kepada semua pihak.
Soalan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, adakah kerajaan bercadang untuk memperkukuhkan garis panduan mengenai penggunaan aset kerajaan seperti kenderaan, dewan, kemudahan awam serta kakitangan kerajaan sepanjang tempoh pilihan raya yang berlangsung? Dan agensi manakah yang diberikan mandat untuk memantau pematuhan garis panduan larangan tersebut serta apakah tindakan yang dikenakan sekiranya terdapat perlanggaran oleh mana-mana kementerian, agensi kerajaan ataupun pemimpin kerajaan?
Berbalik kepada Arau tadi, peruntukan kepada ADUN-ADUN PH, 4 Jun manakala ADUN BN tidak disalurkan. Kami berkata di sini, bahawa kita masih lagi
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
dalam Kerajaan Perpaduan pada hari ini. So, apakah tindakan tersebut mencerminkan keadilan, ketelusan dan akauntabiliti serta dibolehkan? Insya-Allah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, apa yang berlaku di Johor dan Negeri Sembilan, Kerajaan Perpaduan di bawah Yang Amat Berhormat Tambun, akan kekal sehingga tamat tempoh pilihan raya pada akan datang untuk kesejahteraan rakyat.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Tampin. Soal panduan ini memang terpakai ikut seperti yang saya sebut tadi, Akta Kesalahan Pilihan Raya. Ini terpakai. Penggunaan aset kerajaan, itu terpulang. Kita dah putuskan di sini, umpamanya Perdana Menteri kalau pergi ke kawasan masa pilihan raya, apakah dia pakai kenderaan sendiri atau kenderaan rasmi?
Apakah dia gunakan pasukan keselamatan pengawal kerajaan atau tidak?
Itu telah diputuskan dalam mesyuarat oleh kerajaan sebelum ini, kerana tidak difikirkan wajar untuk seorang Perdana Menteri, tak kira siapa pun untuk pergi tanpa kawalan ataupun kenderaan rasmi untuk keselamatan. Ini diputuskan sebelum saya lagi, daripada awal dan disahkan lagi pada tahun, kalau ada rundingan semasa Bera menjadi Perdana Menteri.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Jadi, saya ingat perkara itu jelas. Sama juga Menteri Besar, tetapi dia mesti ingat, dia itu adalah interim. Dia bukan— maknanya caretaker dan caretaker itu tidak boleh buat pengumuman dasar, tidak boleh membuat keputusan-keputusan dasar, terutamanya yang ada implikasi kewangan.
Kalau ada perlanggaran, saya dah dengar sendiri daripada SPR, tindakan tetap diambil. Jadi, peringatan itu terpakai.
Soal Persekutuan, peringkat Persekutuan, selagi dia, seorang Ahli Parlimen itu mendukung hasrat Kerajaan Perpaduan, maka garis panduannya sama. Kalau dia memilih untuk tidak, itu soal lain.
Soal keputusan kerajaan negeri, itu terpakai di peringkat negeri masing- masing sepertimana kerajaan Johor tidak luluskan peruntukan kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Harapan, Kerajaan Negeri Sembilan mengambil sikap yang sama. Itu keputusan kerajaan negeri, saya tidak bantah pun keputusan Kerajaan Negeri Johor walaupun secara rasminya, parti induk mereka masih dalam
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Kerajaan Perpaduan dan terima kasih kerana Kerajaan Perpaduan diminta kekal sehingga akhir penggal.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Perdana Menteri. Silakan Ketua Pembangkang.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya meneliti atas jawapan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Tambun, terutamanya tentang pemberian atau majlis-majlis yang akan dilakukan dalam musim pilihan raya.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Soalan saya adalah kerana FELDA sebagai contoh, adalah merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang diuruskan oleh Yang Amat Berhormat Tambun sendiri. Peneroka FELDA menunggu-nunggu akan sambutan hari FELDA di Kluang sebagai contoh [Dicelah] Peneroka FELDA di Johor.
Kemudian, tiba-tiba dalam dua, tiga hari sebelum majlis dianjurkan, dapat surat mengatakan harus dibatalkan.
Pada saya, peneroka ini, mereka menunggu untuk mendapat sesuatu yang berharga contohnya geran tanah. Apalah sebab benda-benda yang politik, isu politik itu menyebabkan terbatalnya majlis itu? Ini soalan saya, apakah benar? Kerana ini telah pun dimainkan dalam social media. Menunjukkan bahawa jawatan Perdana Menteri ini ada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Kedua-duanya sepatutnya boleh duduk sepakat dan benarkan FELDA Kluang meneruskan sambutan peneroka di Kluang. Ini soalan saya. Minta Yang Amat Berhormat Tambun jelaskan apa isu yang sebenarnya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Dia sekurang-kurangnya berakhir dengan— Larut dengan soalan, bukan dengan tuduhan ya. Awal-awal kata dibatalkan. Yang batalkan siapa? Di mana dibatalkan? Ini bukan semasa Larut dulu dia kalau masa kempen pilihan raya, ganas sekali. Saya tidak, saya tidak memberikan arahan. Arahannya tidak boleh ada acara menggunakan jentera kerajaan untuk— semasa kempen pilihan raya. Itu ajaran bagi kita semua.
Jadi, dalam soal hari peneroka, tidak dilarang. Kerajaan negeri nak pergi bagi geran tanah, itu hal dia. Walaupun dia tahu tentang peraturan pilihan raya, bukan larangan. Tapi untuk gunakan jentera FELDA untuk berkempen, ini tidak boleh,
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
period. Jadi tidak ada tohmahan itu yang berlaku dan tidak dibangkitkan oleh TPM kepada saya. Yang bangkit hanya Larut bagi pihak siapa, saya tidak tahu. Jadi yang— itu yang dikaitkan di Kluang.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Bagi pihak peneroka FELDA Yang Amat Berhormat.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Ya, peneroka FELDA ada hubungan. Saya tidak. Dia tahu tidak ada. Malah semasa saya, kita beri bayaran ganti RM1 bilion satu bulan kepada peneroka FELDA untuk menyelamatkan mereka. Kerenah yang dibuat sebelum ini, FELDA yang untungnya besar semasa Raja Alias memegang, dimusnahkan kerana pengurusan yang merosakkan dan sekarang kita pulihkan.
Kita yang tampung dan saya bagi perhatian banyak hal-hal yang baru kita beri. Umpamanya kawasan FELDA, dialysis centre setiap kawasan, semua jentera Kerajaan Federal masuk ke kawasan FELDA untuk bantu sekolah dan sebagainya yang sebelumnya tidak dilakukan kerana kawasan FELDA itu tertutup, terkepung dari projek-projek pembangunan desa keseluruhannya.
Jadi, saya dengan TPM I mengambil keputusan untuk memberikan kemudahan yang jauh lebih baik dibandingkan dengan sebelumnya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Speaker, saya rasa kurang tepat jawapan ini. Kurang tepat.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Jadi, itu yang saya jelaskan supaya tidak ada kekeliruan dalam hal itu. Ada yang mengatakan bahawa program yang dibatalkan itu program keputusan negeri. Cuma saya tegaskan di sini, untuk guna semasa kempen menggunakan jentera Kerajaan Persekutuan, kempen untuk negeri saya tidak izinkan tetapi untuk tidak ada halangan sama sekali untuk seorang Menteri Besar masuk ke kawasan FELDA buat program dia sendiri, tidak ada. Terima kasih.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Satu lagi Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dah tambah dah pun.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ini sensitif ni sebab dia mengaku dia buat, bagi baru dua tahun. UMNO buat dah lama dah FELDA Yang di- Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, saya dah bagi empat. Yang soalan pertama empat, soalan yang kedua.
Jadi saya rasa masa pun dah cukup. Jadi, saya tidak benarkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan- pertanyaan Perdana Menteri.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Untuk sesi berikutnya, saya mempersilakan soalan yang pertama, Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa, Yang Berhormat Sekijang.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Terima kasih Dato' Seri Speaker. Dato' Speaker, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dato' Speaker, saya juga seperti Pendanglah, saya menyambut baik teguran dan juga ingatan Speaker untuk keharmonian Dewan ini. Jadi, saya nak mulakan Dato' Speaker dengan pantun seloka sebab ini adab dan adat orang Melayu apatah lagi bangsa Johor seperti saya. Dato' Speaker, Yang mana satu pilihan hati, Bukan Wawasan, tidak juga Bersatu; Menunggu jawapan dari Menteri, Soalan saya nombor satu.
1. Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa [Sekijang] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan penilaian kerajaan terhadap keberkesanan program pemerkasaan bumiputera dalam meningkatkan pendapatan dan pemilikan aset belia serta pembaharuan yang akan diperkenalkan bagi memastikan belia bumiputera lebih berdaya saing dalam ekonomi masa hadapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menjawab.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Tuan Sim Chee Keong
Dato' Speaker, saya bukan orang Melayu. Saya setuju pantun ini satu khazanah yang cukup mendalam dan cukup bermakna, bernilai untuk orang Melayu.
Saya bukan Melayu tapi saya jawab jugalah.
*Minta papan, diberi papan, Papan dibuat kayu batu; Minta jawapan diberi jawapan, Jawapan soalan nombor satu.
[Tepuk]* Sikit-sikitlah. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ataupun KUSKOP sedang
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Tuan Sim Chee Keong
melaksanakan inisiatif PowerUp 10K ataupun PowerUp 10K dengan komitmen untuk menyediakan dana pembiayaan berjumlah sehingga RM15 bilion pada tahun 2026 untuk membantu sekurang-kurangnya 10,000 usahawan di seluruh negara di pelbagai peringkat untuk bukan sahaja terus berdaya tahan tetapi untuk berkembang dan terus maju.
Di bawah Inisiatif PowerUp 10K ini, untuk lima bulan pertama 2026, KUSKOP telah meluluskan pembiayaan bernilai RM5 bilion bagi memanfaatkan hampir 180,000 usahawan di seluruh negara merangkumi semua kaum dan kategori perniagaan.
Dalam konteks soalan yang ditanya oleh Sekijang, program khusus untuk usahawan bumiputera, seperti antaranya di bawah TEKUN Nasional, SME Corp, Institut Keusahawanan Negara ataupun INSKEN dan SME Bank, bagi tempoh tahun 2025 hingga Mei 2026, sejumlah RM1.407 bilion telah diluluskan melibatkan seramai lebih 53,000 usahawan bumiputera. Daripada jumlah tersebut, bagi tempoh yang sama, seramai 11,469 orang belia bumiputera telah menerima manfaat melalui pelbagai program khusus untuk usahawan bumiputera dengan kelulusan peruntukan berjumlah lebih RM251 juta.
Sebenarnya untuk makluman rakan-rakan Yang Berhormat, cabaran untuk sama ada belia ataupun usahawan bumiputera adalah sama dengan cabaran untuk usahawan rakyat Malaysia secara amnya, iaitu untuk saya, urus tadbir yang cekap dan juga amanah. Itulah sebabnya pada tahun ini, KUSKOP melancarkan satu misi yang jelas, hebatkan perniagaan Malaysia dengan kerangka A, B, C, D strateginya untuk melihat kepada urus tadbir yang lebih baik bagi merancakkan lagi membantu usahawan-usahawan kita, termasuk usahawan bumiputera di Malaysia.
Contohnya A, B, C, D ini adalah A – Anjakan produktiviti. Kita bantu usahawan naikkan produktiviti mereka. B – birokrasi dikurangkan. Kita kurangkan kerenah-kerenah proses-proses kerajaan, permit-permit dan sebagainya. C – capaian ke atas modal. Kita pastikan lebih banyak suntikan dana ke dalam sektor PMKS ini supaya boleh dimanfaatkan oleh usahawan-usahawan bumiputera dan D – daya akses kepada pasaran di mana kita membantu usahawan kita termasuk usahawan bumiputera, termasuk belia bumiputera untuk mendapatkan penyertaan yang lebih besar, sama ada dalam pasaran domestik mahupun luar negara. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Sekijang.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Terima kasih Dato' Speaker, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya kira itu adalah jawapan yang sangat baik dan kita lihat banyak sebenarnya inisiatif yang dilakukan oleh KUSKOP.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Soalan tambahan saya ialah berapakah jumlah keseluruhan peruntukan yang telah dibelanjakan oleh KUSKOP bagi program pemerkasaan bumiputera daripada tahun 2023 hingga 2025? Dan apakah pulangan kepada kerajaan ataupun return of investment yang diukur melalui penciptaan pekerjaan ataupun peningkatan hasil jualan serta pertumbuhan syarikat-syarikat peserta? Saya juga ingin bertanya, adakah KUSKOP telah ada program ataupun perancangan untuk mengintegrasikan program halal dalam mengembangkan perniagaan pengusaha-pengusaha kecil bumiputera ini?
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Sim Chee Keong
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada YB dari Sekijang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sepanjang tempoh 2023 sehingga 2025, KUSKOP telah membelanjakan sejumlah hampir RM3 bilion bagi pelaksanaan pelbagai program khusus untuk usahawan bumiputera melalui agensi-agensi di bawahnya. Pecahan― saya boleh berikan mungkin selepas ini secara bertulis.
Berhubung dengan pulangan ataupun return on investment, kementerian mengukur keberkesanan program ini bukan sahaja dari sudut perbelanjaan tetapi dari pelbagai outcome indicators, dengan izin, ataupun petunjuk hasil yang nyata terhadap peserta. Contohnya, pencapaian utama adalah seperti berikut― penciptaan pekerjaan. Sebanyak hampir 4,000 peluang pekerjaan baharu telah dijana oleh syarikat-syarikat peserta. Peningkatan hasil jualan. Sekurang-kurangnya ada peningkatan 20 peratus berbanding sebelum penyertaan. Dan ketiganya, pertumbuhan syarikat. Sebanyak hampir 150 buah syarikat telah berjaya naik taraf dari segi saiz perniagaan mereka.
Untuk soalan tentang halal, memang program pensijilan halal dan juga penerapan konsep halal dalam perniagaan juga dijadikan antara program utama dalam beberapa agensi di bawah KUSKOP, di mana KUSKOP dan agensi-agensi di bawah kementerian membantu para usahawan tak kiralah usahawan bumiputera ataupun bukan bumiputera yang berniat untuk mendapatkan pensijilan halal supaya
Tuan Sim Chee Keong
boleh berbuat demikian dengan kos yang rendah, dengan kaedah yang lebih cepat dan efektif.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Menteri. Silakan, Yang Berhormat Masjid Tanah.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan sebentar tadi.
Saya mengikutinya dengan usaha yang telah pun dilaksanakan oleh Kementerian KUSKOP. Cabaran terbesar pada hari ini yang harus kita akui adalah terdapatnya pertindihan fungsi antara agensi sehinggakan usahawan terpaksa memohon kepada banyak institusi ataupun platform dan juga mereka terpaksa memenuhi syarat yang berbeza dan juga pelbagai.
Demi untuk teruskan perkasakan usahawan bumiputera dan juga belia, adakah kerajaan bercadang― ataupun adakah terdapatnya usaha untuk mewujudkan satu pangkalan data nasional ataupun satu sistem single window supaya prestasi setiap penerima bantuan dapat dipantau serta dapat mengelakkan individu ataupun syarikat yang sama dapat bantuan berulang kali tanpa ada impak yang sebenar? Bolehkah beri maklum balas kepada Dewan yang mulia ini, apakah cabaran terbesar pihak KUSKOP untuk melaksanakan inisiatif ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri untuk menjawab.
Tuan Sim Chee Keong
Terima kasih Masjid Tanah dan juga terima kasih Tuan Yang di-Pertua Dewan.
Untuk makluman, sememangnya apabila saya telah diberi amanah menerajui kementerian ini, kita sedar bahawa di dalam keseluruhan kerajaan ada lebih kurang 60 agensi yang memberikan pelbagai jenis bantuan, dukungan dan juga ekosistem PMKS di negara kita. Dan itu antara cabaran yang dihadapi apabila mungkin dari segi sepanjang sejarah kita, setiap kerajaan, setiap pentadbiran dan juga setiap kementerian mempunyai niat, saya kira niat yang baik untuk memperbanyakkan lagi sistem sokongan PMKS, tetapi kesannya ialah seperti yang telah dibangkitkan oleh YB Masjid Tanah, dia ada fragmentasi ataupun fragmentation, dengan izin.
Maka, di bawah KUSKOP, kita telah mengamanahkan SME Corp. sebagai agensi penyelaras, di mana hasratnya adalah SME Corp. dijadikan satu one stop center untuk menyelaraskan 60 buah agensi di keseluruhan kerajaan. Sama ada dari
Tuan Sim Chee Keong
segi pembiayaan, dari segi geran, dari segi dana, dari segi sistem-sistem sokongan yang lain, jikalau bukan dikawal oleh KUSKOP sekalipun, SME Corp. boleh memainkan peranan untuk memudah cara dari segi memberikan maklumat, menyalurkan pemohon-pemohon dan juga PMKS yang menanya ataupun mencari sumber-sumber tersebut ke agensi-agensi yang sesuai.
Saya setuju, dengan adanya fragmentasi ini, maklumat sukar dicari. Jadi, KUSKOP juga melaksanakan satu usaha inisiatif KUSKOP untuk membangunkan sebuah laman web ataupun portal one stop center di mana kita menyenaraikan pelbagai jenis sokongan dalam― seperti yang saya maklumkan, 60 lebih agensi kerajaan. Disenaraikan di bawah satu portal yang sama supaya memudah cara pemegang taruh PMKS mendapatkan maklumat dan juga akhirnya mendapatkan sokongan yang sepatutnya.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kedua. Dipersilakan Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun, Yang Berhormat Hulu Selangor.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2.
2. Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan sama ada kementerian bercadang memperluaskan pembinaan litar sukan permotoran seperti pembinaan litar drag di Sepang ke kawasan daerah setiap negeri khususnya kawasan berkeluasan besar seperti Hulu Selangor bagi menyediakan ruang aktiviti yang lebih selamat kepada belia.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Belia dan Sukan untuk menjawab.
Menteri Belia dan Sukan - Dr. Mohammed Taufiq bin Johari
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Dr. Yang di- Pertua dan terima kasih rakan saya daripada Hulu Selangor atas soalan yang diajukan.
Tuan Yang di-Pertua, saya amat menghargai soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Hulu Selangor kerana begitu peka dan cakna berkaitan dengan ekosistem yang selamat tentang permotoran.
Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, kita perlu menilai secara menyeluruh tentang pembinaan litar sukan permotoran seperti litar drag di Sepang
Menteri Belia dan Sukan - Dr. Mohammed Taufiq bin Johari
ke setiap daerah atau negeri. Beberapa faktor penting perlu kita lihat sebelum kita mengadakan ataupun mewujudkan litar drag itu.
Yang pertamanya adalah kita lihat lokasinya. Yang kedua adalah bergantung pada bilangan penggiat dan seberapa seringkah penganjuran program di satu-satu tempat itu atau kejohanan dan tahap penggunaan kemudahan sedia ada.
Pembangunan sebuah litar drag juga perlu mengambil kira pelbagai faktor, termasuk kesesuaian tapak, kos pembinaan, penyelenggaraan, keperluan keselamatan dan yang paling penting sekali adalah impak kepada komuniti setempat.
Ahli Yang Berhormat, sebarang cadangan pembangunan perlu disokong oleh kajian keperluan yang menyeluruh termasuk juga anggaran kos, status tanah, dan yang paling penting, setelah diberikan sejumlah dana untuk pembinaan litar tersebut, siapakah yang akan menyelenggarakan, berapakah kos tersebut. Jadi, kita merangkumkan kesemua aspek-aspek tersebut barulah kita membuat penilaian secara menyeluruh.
Dan dari aspek teknikal dan keselamatan, sebarang cadangan pembangunan litar drag perlu dirujuk kepada Motorsports Association of Malaysia (MAM) dan agensi teknikal berkaitan. Sebab, apabila nak buat litar drag, kita perlu juga melihat panjang dan lebar trek. Kita juga perlu melihat jenis permukaan litar, zon untuk kita brek, kawasan keselamatan, penghadang dan sebagainya. Dan juga yang paling penting adalah pematuhan terhadap keperluan-keperluan itu tadi bagi menjamin keselamatan peserta, petugas dan juga penonton bagi memastikan litar yang dibina itu adalah litar yang selamat.
Kita juga perlu melihat selain daripada faktor-faktor tersebut adalah pencemaran bunyi. Kita perlu melihat radius pembinaan drag tersebut adakah berdekatan dengan perumahan dan sebagainya.
Berhubung dengan pembinaan litar drag di Sepang, perkara tersebut masih di peringkat kajian kebolehlaksanaan oleh Sepang International Circuit (SIC) pada Februari 2026. Jadi, dalam hal ini, KBS berpandangan bahawa pembangunan kemudahan sukan permotoran tidak seharusnya bergantung kepada Kerajaan Persekutuan semata-mata, sebaliknya yang paling penting adalah kerjasama daripada semua pihak, termasuk juga dengan pihak kerajaan negeri.
Terima kasih, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Hulu Selangor, soalan tambahan.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih YB Menteri di atas jawapan.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Jadi insya-Allah, di Hulu Selangor ini kawasannya agak luas. Kalau baru- baru ini ada 500 ekar tempat disediakan untuk penternakan babi, boleh ambil sebahagian untuk itu.
Jadi untuk seterusnya, kejayaan pelumba negara seperti Muhammad Hakim Danish yang mana membuktikan anak muda negara mampu mendunia. Jadi, di dalam persoalan yang kita hendak bangkitkan–– yang saya nak bangkitkan, sudah pasti melibatkan kos pembangunan atlet itu sendiri. Terlalu tinggi dan sebagainya, mengharapkan bantuan orang lain dan sebagainya.
Jadi, adakah kementerian mempunyai pelan pembangunan bakat yang menyeluruh, termasuk skim pembiayaan dan penajaan korporat supaya lebih ramai lagi belia yang berbakat supaya tidak tercicir? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, silakan.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan.
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
[Bangun]
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari
Saya mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada wira kita, Hakim Danish yang telah pun membanggakan negara kita di persada dunia.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
[Bangun]
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari
Dan kalau ikut sejarah, saya sempat membawa Hakim Danish untuk makan buka puasa bersama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari pelancaran Rakan Muda Ramadhan dan beliau menceritakan bagaimana kisahnya ketika berumur tujuh tahun,
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
[Bangun]
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari
Diasuh oleh ayahnya, walaupun ayahnya itu orang biasa tetapi mempunyai hala tuju yang jelas untuk anaknya. Dan kemudiannya, pada usia 13 tahun barulah kita sama-sama dengan SIC di bawah KBS, untuk kita groom dan memastikan perjalanan Hakim Danish itu sehingga ke tahap ini.
Dan sejak tahun 2021, KBS sentiasa menyokong secara berperingkat melalui laluan pembangunan bakat sukan permotoran seperti Asia Talent Cup, European
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari
Talent Cup, Red Bull Rookies Cup, Junior GP sehinggalah ke Kejuaraan Dunia Moto3. Dan dalam tempoh tersebut, sokongan yang disalurkan melalui ekosistem KBS dan SIC sentiasa membantu membina pendedahan, pengalaman, latihan dan daya saing beliau di peringkat antarabangsa.
Dan untuk makluman Yang Berhormat, fokus utama Kementerian Belia dan Sukan adalah pembangunan atlet akar umbi. Jadi, kita akan groom atlet-atlet kita di peringkat bawah, kemudian kita naik sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Dan selepas ke peringkat lebih tinggi, kita masih lagi menyalurkan dana dan kemudian, atlet tersebut perlu juga untuk mencari dana-dana tambahan dan juga sponsorship dan sebagainya.
Dan sebab itu, untuk pembangunan Hakim Danish sahaja, kerajaan— KBS telah memperuntukkan sehingga RM8.93 juta selama tempoh tersebut. Dan bagi tahun 2026, tidak ada dana yang dipotong atau pun dana itu tetap terus disalurkan kepada atlet kita, Hakim Danish iaitu sebanyak RM1.8 juta melalui geran padanan sukan dan juga melalui SIC untuk pembangunan atlet kita, khususnya untuk Hakim Danish dan juga atlet-atlet lain.
Dan dalam pada masa yang sama, bagi penyertaan khusus Hakim Danish juga dalam Moto3 World Championship 2026, SIC turut menyediakan dana awal jumlah RM453,000 melalui dana dalaman. Dan saya beri jaminan bahawa sokongan KBS ini bersifat menyeluruh untuk Hakim Danish dan berikan tumpuan juga kepada atlet-atlet yang lain seperti Qabil Irfan, Qayyim Razin, Shah Mukhriz dan bakat-bakat baharu yang sedang dibangunkan sebagai pelapis negara.
Yang paling penting adalah pembangunan atlet akar umbi sebab kita dah lahirkan seorang Hakim Danish yang hebat. Matlamat dan tujuan kita adalah untuk melahirkan 10, 20 lagi Hakim Danish untuk menjadi wakil kepada negara kita. Sebab itu di bawah beberapa program yang lain selain daripada SIC, Jabatan Belia dan Sukan Negara sebagai contoh, kita ada Program Rakan Litar yang bersama-sama dengan MAM (Motorsports Association of Malaysia) untuk kita bangunkan lebih ramai lagi bakat-bakat yang boleh kita tonjolkan.
Dan kalau kita lihat melalui Rakan Litar, KBS menyediakan platform yang lebih tersusun dan selamat kepada belia untuk menceburi pelbagai disiplin sukan permotoran seperti go-kart, drift, rally, motorcross, minibike, motorcup, push bike, track day dan cabaran 4x4. Dan ini semua adalah komitmen kita untuk memastikan bahawa atlet kita ini terus maju dan mara dalam bidang sukan.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari
Untuk makluman Yang Berhormat, dari aspek insentif daripada penyumbang pula. Sumbangan korporat kepada aktiviti sukan atau badan sukan yang diluluskan boleh dipertimbangkan bagi tujuan potongan cukai di bawah peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967, tertakluk kepada syarat pengesahan pihak berkuasa cukai yang berkaitan.
Dan KBS juga ingin menyeru anggota-anggota korporat, swasta dan sebagainya untuk turut bersama-sama dengan kerajaan untuk memberikan sumbangan kepada atlet. Bukan sahaja di bidang permotoran tetapi sukan secara keseluruhan kerana tanggungjawab untuk membangun sukan negara ini adalah tanggungjawab bersama oleh semua pihak. Sekian, terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Terima kasih Timbalan Speaker. Kita menghadapi tiga masalah. Satu, masalah di mana kita mempunyai Ahli-ahli Yang Berhormat di sini yang merasakan di setiap kawasan masing-masing, campak duit, campak peruntukan, adanya tanah, boleh bina litar. Dan dalam litar itu kita boleh wujudkan dan munculkan, lahirkan bakat-bakat, champion, champion bertaraf antarabangsa. Dan sesiapa yang pernah pegang amanah dalam eksekutif menguruskan sukan, kita tahu semua itu tidak akan jadi.
Masalah kedua, jalan raya, jalan protokol kita, jalan JKR kita dijadikan litar di tengah malam. Dan itu adalah satu masalah yang perlu kita hadapi dan juga tangani juga.
Masalah ketiga adalah apabila di Sri Iskandar, di Lambung Kanan, di Kampung Gajah di Perak mempunyai satu litar yang telah menerima homologasi dari MAM iaitu Motorsports Association of Malaysia yang memang masih ada ruang yang sangat besar untuk dijalankan, diadakan program-program bersama dengan national body, dengan PBT, dengan kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan. Adakah kapasiti itu di maksimum kan?
Dan sama ada–– soalan dia, sama ada pihak KBS dan Kerajaan Persekutuan mempunyai hasrat atau rancangan–– memang ada takwim untuk menjalankan, mengadakan lebih banyak program dengan beberapa pihak berkuasa ini untuk memartabatkan, memperkasakan sukan permotoran supaya kita boleh menyelesaikan masalah kedua dan menyahkan atau mengurangkan persepsi bina sahaja, akan ada champion. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Menteri.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari
Baik. Terima kasih sahabat saya Ipoh Timur. Beliau begitu faham sekali kerana Yang Berhormat Ipoh Timur juga pernah memegang portfolio sebagai exco belia suatu ketika dahulu. Dan saya amat bersetuju sebenarnya kerana pembangunan atlet itu tidak hanya kita menyediakan platform tetapi yang lebih penting adalah program itu sendiri.
Dan juga isu permotoran ini, kita telah pun bawa dalam Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan dan juga Pembangunan Belia berkenaan bagaimana sukan permotoran ini sebenarnya boleh mengurangkan gejala-gejala sosial apabila kita menyediakan platform yang baik untuk anak-anak muda.
Yang Berhormat Ipoh Timor, KBS sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri atau pun dengan mana-mana persatuan. Dan kalau kita lihat di bawah Perlembagaan Persekutuan juga, sukan ini merupakan senarai bersama iaitu senarai 3 dalam Jadual ke-9 bersama dengan kerajaan negeri. Dan untuk makluman Ipoh Timor, 19 litar lumba tempatan di Malaysia yang telah pun diiktiraf oleh MAM. Dan daripada jumlah tersebut, 3 litar adalah milik KBS iaitu Litar Antarabangsa Sepang, Litar Go-Kart Sepang dan Litar Lumba serta Motorcross Tangkak, Johor.
Jadi, sememangnya pendekatan semasa KBS adalah untuk memastikan kemudahan yang telah wujud ini dimanfaatkan. Dan kita boleh duduk bersama dengan kerajaan negeri, dengan persatuan-persatuan untuk kita memastikan bahawa lebih banyak lagi sukan-sukan permotoran ini dapat kita laksanakan secara menyeluruh dan secara berkala.
Jadi, dari situlah baru pembangunan atlet itu dapat dicungkil. Dan di bawah JBSN sendiri, seramai 3,600 peserta telah pun menyertai program-program permotoran bersifat akar umbi ini di seluruh Malaysia. Dan kalau kita lihat, usaha ini juga diteruskan melalui pelbagai program di bawah JBSN dan juga di bawah SIC itu sendiri. Dan matlamat akhir kementerian adalah untuk memastikan minat belia terhadap sukan permotoran ini dapat disalurkan ke platform yang betul.
Dan sekali lagi saya mengajak untuk seluruh kerajaan negeri, persatuan dan juga semua pihak untuk bersama-sama membangunkan sukan permotoran ini untuk membina sebuah generasi yang lebih baik lagi dan menyediakan platform yang baik untuk anak muda. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang ketiga. Dipersilakan Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad, Yang Berhormat Simpang Renggam.
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Terima kasih Dato’ yang di-Pertua. Soalan saya no.3.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Menteri Kewangan untuk menjawab.
3. Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad [Simpang Renggam] minta Menteri Kewangan menyatakan status terkini pelaksanaan strategi RESET dan Pelan MHIT serta pencapaian Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri sejak ditubuhkan dalam menangani inflasi perubatan.
Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam atas soalan tersebut.
Dato’ Yang di-Pertua, dalam menjawab pertanyaan ini, izinkan saya juga menyentuh pembentangan Penyata Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) baru- baru ini mengenai peningkatan premium insurans kesihatan, charge hospital swasta dan impak kepada kesihatan awam yang selari dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.
Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah proaktif bagi menangani isu inflasi kos perubatan sejak Disember 2024, bermula dengan pelaksanaan langkah- langkah interim sebagai intervensi jangka pendek.
Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Bagi menangani isu ini secara menyeluruh dalam jangka masa panjang, kerajaan seterusnya telah memperkenalkan Strategi RESET pada Jun 2025 sebagai satu kerangka strategik yang komprehensif, bersasar dan berimpak tinggi, khususnya dalam mengawal peningkatan kos penjagaan kesihatan serta kos insurans perubatan swasta. Pelaksanaan Strategi RESET diterajui oleh Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri untuk Kos Penjagaan Kesihatan Swasta
(JBMKKS) yang dianggotai oleh Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Bank Negara Malaysia serta pihak berkepentingan lain.
Cadangan yang dikemukakan oleh PAC secara umumnya adalah selaras dengan hala tuju Strategi RESET yang telah diperkenalkan oleh kerajaan. RESET merangkumi lima teras strategik dan 11 inisiatif utama. Secara ringkas, kelima-lima teras strategik tersebut meliputi penambahbaikan insurans takaful dan perubatan dan kesihatan (MHIT) menerusi pembangunan pelan MHIT asas, peningkatan
Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
ketelusan harga yang lebih meluas, pemeriksaan ekosistem kesihatan digital, pemerkasaan ekosistem kesihatan digital, peluasan peralihan perkhidmatan kesihatan yang lebih cost-effective serta transformasi mekanisme pembayaran penyediaan kepada sistem pembayaran berasaskan nilai atau melalui DRG, diagnosis related group. JBMKKS telah menunjuk kemajuan yang ketara sejak penubuhannya.
Perkembangan awal telah diumumkan pada awal tahun 2026 dan terus diperkukuh melalui inisiatif susulan seperti ini. Setakat ini, lima inisiatif penting yang telah dilaksanakan ialah pertama penerbitan kertas putih pelan MHIT asas pada Januari 2026 yang memperincikan ciri-ciri pelan MHIT asas bagi membolehkan rakyat mendapat perlindungan perubatan swasta yang lebih mampu milik, mampan dan mudah difahami. Kerajaan juga telah membentangkan kertas putih ini kepada kedua- dua Jawatankuasa Pilihan Kewangan Ekonomi serta Kesihatan Parlimen.
Kedua, penerbitan julat kos rawatan perubatan lazim di hospital swasta sebagai langkah penting ke arah ketelusan harga yang memberikan rujukan yang jelas kepada pengguna mengenai perbelanjaan rawatan.
Ketiga, penerbitan laporan Bank Dunia mengenai inflasi perubatan pada April 2026 yang menyediakan asas data dan analisis yang lebih kukuh mengenai punca serta arah aliran inflasi kos perubatan negara.
Keempat, penerbitan alat bantuan untuk pengguna membuat keputusan bagi menilai keperluan insurans, membuat tuntutan dan merancang belanjawan peribadi.
Dan kelima pemberian insentif cukai bagi dana kebajikan hospital swasta untuk menggalakkan perkhidmatan penjagaan kesihatan amal.
Susulan perkembangan inisiatif-inisiatif ini, kerajaan sedang giat menjalankan persiapan bagi fasa rintis (pilot) pelan MHIT asas yang akan bermula menjelang akhir Julai 2026. Fasa rintis dalam skala terkawal ini melibatkan beberapa penanggung insurans dan pengendali takaful serta hospital swasta terpilih di bawah— di Lembah Klang bagi menguji penerimaan produk MHIT asas serta kesediaan sistem operasinya. Pelan MHIT asas ini dijangka dilancarkan di peringkat nasional pada Januari 2027.
Selain itu, JBMKKS juga sedang merancang struktur tadbir urus jangka panjang bagi pelan MHIT asas bagi memastikan pengawasan yang berterusan dan kepentingan pengguna sentiasa terpelihara apabila pelan ini dilaksanakan dengan sepenuhnya. Pelan MHIT asas ini diperkukuh melalui langkah pengawalan kos yang lebih menyeluruh termasuk pelaksanaan DRG secara berperingkat yang akan
Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
menangani isu struktur caj hospital swasta. Melalui pendekatan ini, rundingan caj hospital swasta yang lebih adil dapat dilaksanakan secara berpusat bagi semua hospital yang terlibat.
Dengan ini, DRG mewujudkan satu kerangka dan penanda aras yang telus untuk mengurus caj hospital sekali gus melindungi kepentingan pengguna.
Pelaksanaan pelan MHIT asas dan pembayaran asas DRG ini akan menyediakan platform dan pemangkin yang boleh mengekalkan pembaharuan jangka panjang untuk ekosistem penjagaan kesihatan swasta yang lebih mampan. Ini seterusnya akan memastikan penjajaran yang lebih baik antara kepentingan pesakit, hospital dan pembayar dengan memberi fokus utama kepada hasil penjagaan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan kesihatan.
Kerajaan akan terus komited untuk memastikan sistem penjagaan kesihatan negara kekal inklusif, mampan dan berdaya tahan. JBMKKS akan terus memantau perkembangan Strategi RESET dan mengumumkan kemajuan pelaksanaan dari masa ke semasa. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat, soalan tambahan.
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Tahniah kepada kerajaan dan juga kepada Yang Berhormat Menteri di atas pengumuman strategi-strategi tentang transformasi kesihatan ini.
Kita juga mengambil maklum Yang Berhormat bahawa inflasi untuk sektor kesihatan ini lebih tinggi daripada base inflation rate. Maka kesegeraan kejayaan dalam pelaksanaan inisiatif dan strategi ini amat penting. Lebih-lebih lagi bila peruntukan untuk kementerian itu dikurangkan. Kementerian Kesihatan salah satu selain daripada Kementerian Pendidikan.
Jadi saya ingin bertanya sama ada kerajaan mengambil kira usaha-usaha bila pengurangan peruntukan kepada kementerian untuk menjayakan inisiatif ini.
Antaranya ialah sama ada usaha untuk menubuhkan tabung kebajikan hospital swasta antaranya, contoh. Adakah sambutan atau pun apakah ia nya juga antara inisiatif rintis yang akan dilaksanakan pada hujung Julai ini macam mana Yang Berhormat sebut tadi?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya terlebih dahulu bahawa penjelasan perbelanjaan mengurus hanya melibatkan perbelanjaan yang tidak kritikal. Semua perbelanjaan teras termasuk perkhidmatan asas, keselamatan, kesihatan dan pendidikan akan terus diteruskan seperti yang diluluskan dalam Belanjawan 2026.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
[Bangun]
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Langkah ini bertujuan mewujudkan ruang fiskal sikit bagi menampung sebahagian daripada peningkatan mendadak perbelanjaan subsidi akibat krisis Asia Barat. Dari cadangan asal penyasaran perbelanjaan kepada KKM, MOF telah mempertimbangkan setakat RM500 juta sahaja berbanding dengan angka yang berlegar dalam media sosial RM3.1 bilion.
Jumlah ini tidak melibatkan perbelanjaan-perbelanjaan utama seperti emolumen, bekalan ubat, elaun masa termasuk on call dan sebagainya. Peruntukan ubat-ubatan juga terus dipertingkat untuk tahun 2026 kepada RM6.5 bilion.
Bagi tahun 2026, KKM terus mensasar mengambil lebih 18,000 petugas kesihatan tanpa sebarang pengurangan berbanding tahun sebelumnya. Keadaan fiskal juga penting kerana agenda RESET juga mengambil peranan untuk melihat macam mana kita nak mengawal kenaikan kos di masa depan.
Seperti saya terangkan tadi inisiatif teras yang kita adakan akan turut memberi kita peluang untuk mengawal kenaikan dengan memberi ketelusan, memberi cara-cara baru seperti DRG agar memastikan kita dapat mengawal kenaikan kos. Dan ketelusan itu juga satu benda yang penting. Kita harap pengguna juga dapat melihat kos yang ada. Namun kita juga terus kena melihat dengan cara- cara lain.
Antara cara-cara yang dibuat oleh kerajaan ialah Akta Perolehan Kerajaan yang dibuat pada tahun lalu di mana kita berharap kita dapat mengurangkan ketirisan, pembaziran yang ada. Jadi, bila kita dapat mengurangkan, kita juga dapat meningkatkan perbelanjaan pada benda-benda yang lebih penting dan lebih asas dalam negara ini.
Untuk konteks-konteks penggunaan inisiatif seperti cukai, bila diumumkan pada tahun lalu inisiatif di mana hospital swasta dibenarkan untuk inisiatif cukai untuk tabung amal yang diadakan, kita telah berbincang dengan beberapa hospital swasta yang telah pun menubuhkan tabung mereka dan tabung ini akan digunakan untuk menampung mereka daripada golongan B40 untuk treatment yang akan dibuat di hospital tersebut. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik. Terima kasih, Dato’ Speaker. Yang Berhormat Menteri, soalan tambahan dari saya. Apakah kelebihan dan— kelebihan utama pelan MHIT asas berbanding pelan insurans kesihatan sedia ada di pasaran khususnya dari segi perlindungan, keterjangkauan, premium dan juga manfaat pada rakyat?
Juga, apakah jaminan serta mekanisme kawalan yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan premium pelan MHIT asas kekal stabil dan mampan agar pelan ini tidak mengulangi keadaan pelan insurans sedia ada di pasaran yang mengalami lonjakan premium pada masa hadapan sehingga membebankan rakyat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih, Yang Berhormat Kulim- Bandar Baharu. Dato’ Yang di-Pertua, matlamat pelan MHIT adalah untuk menawarkan perlindungan yang mampu milik, mampan dan mudah difahami. Seperti yang diperkatakan tadi, pelan ini turut diperkukuh melalui langkah pengawalan kos yang lebih menyeluruh termasuk pelaksanaan DRG secara berperingkat serta pembelian strategik perkhidmatan hospital oleh kerajaan.
Di samping itu, pelan ini juga memberi peluang yang lebih meluas kepada individu yang mempunyai penyakit-penyakit sedia ada ataupun dipanggil pre-existing condition yang stabil dan terkawal untuk mendapat perlindungan insurans atau takaful, tertakluk kepada syarat-syarat dan terma yang diadakan. Ini penting kerana pada masa ini individu yang ada penyakit sedia ada lazimnya dikecuali secara automatik daripada mendapat perlindungan daripada banyak produk insurans yang ada sekarang kecuali sebahagian daripada produk yang di klasifikasi dengan secara premium.
Dalam MHIT asas ini, kita juga telah melebarkan sebagai base product. Jadi, pool risiko yang kita ada lebih besar. Ini akan menolong kita untuk mengawal premium yang akan dikenakan juga mengambil kira kenaikan tahap umur dan di- design untuk meringankan beban bila orang itu menjadi lebih berusia nanti. Kita juga berusaha melalui MHIT ini untuk memastikan ia adalah produk asas, bermakna kita
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
tidak membenarkan MHIT di-link dengan produk investment link. Jadi, risiko daripada pelaburan tidak lagi akan dikenakan kepada premium yang ada untuk MHIT asas.
Kita harap dengan pendekatan yang beberapa cara macam ini kita dapat mengawal kenaikan harga premium di masa depan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Berikut, Majlis ke soalan yang keempat. Dipersilakan Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid, Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Dipersilakan, Yang Berhormat.
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar
Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh dan salam sejahtera.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar
Soalan saya nombor 4.
4. Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid [Kuala Kangsar] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan jumlah pelaksanaan terkini Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) mengikut kawasan dewan undangan negeri (DUN) di seluruh negara dan sejauh manakah kesediaan kementerian untuk meningkatkan kekerapan pelaksanaan PJRM bagi meringankan kos sara hidup rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk menjawab.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Dato’ Yang di-Pertua, bagi tahun 2026 bermula 1 Januari hingga 30 Jun, KPDN telah melaksanakan sebanyak 15,881 program Jualan RAHMAH MADANI di seluruh negara. Dalam tempoh sama, sebanyak 1,304 pelaksanaan PJRM telah dianjurkan di negeri Perak dan sebanyak 43 siri di peringkat Parlimen Kuala Kangsar melibatkan 21 siri bagi DUN Bukit Chandan dan 22 siri DUN Manong. Secara keseluruhannya, pelaksanaan PJRM telah meliputi kesemua 600 dewan undangan negeri dan seluruh 40 zon di Wilayah Persekutuan iaitu Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Kerajaan komited untuk meningkatkan kekerapan penganjuran PJRM di seluruh negara. Ini adalah sejajar dengan maklum balas positif yang diterima daripada pelbagai pihak. Susulan daripada itu, saban tahun KPDN dapat melaksanakan jumlah kekerapan PJRM yang semakin meningkat melalui peruntukan tambahan yang disalurkan. Pada tahun 2023, keseluruhan sebanyak 6,870 siri PJRM telah dilaksanakan. Meningkat kepada 12,419 siri pada tahun 2024 dan 25,708 siri bagi tahun 2025.
Bagi tahun 2026, sasaran awal adalah pelaksanaan sebanyak 23,040 PJRM.
Sasaran ini telah ditingkatkan apabila pada Mei 2026, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa sebanyak 30,000 siri PJRM perlu dilaksanakan sepanjang tahun ini sebagai langkah intervensi kepada krisis tenaga dan bekalan yang tercetus akibat konflik Asia Barat.
Selain daripada jumlah kekerapan, bermula tahun 2023 di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI, penganjuran program-program jualan murah yang melibatkan kerajaan telah diperkukuhkan melalui lima pendekatan.
Pertama, menginstitusikan program Jualan RAHMAH MADANI sebagai program tetap kerajaan. Berbeza dengan program-program jualan murah melibatkan kerajaan sebelum ini, bermula tahun 2024 PJRM telah dijadikan sebagai satu program tetap di dalam belanjawan tahunan kerajaan dengan butiran kod aktiviti dan peruntukan khusus di bawah agenda Payung RAHMAH.
Kedua, menetapkan sasaran tahunan dan jumlah kekerapan mengikut dewan undangan negeri dan zon bagi pelaksanaan PJRM. Ini berbeza dengan penganjuran jualan-jualan murah kerajaan sebelum ini yang dilaksanakan secara ad hoc mengikut keperluan.
Ketiga, membuka ruang penglibatan syarikat perniagaan dan koperasi bagi subsektor peruncitan dalam pelaksanaan PJRM. Sehingga 29 Jun 2026, sebanyak 2,695 rakan strategik peruncitan terlibat di seluruh negara.
Keempat, memperluaskan akses rakyat kepada penganjuran tiga kaedah iaitu dalam premis, luar premis dan PJRM bergerak serta penganjuran bertema seperti PJRM musim perayaan, hari gaji dan musim buka sekolah meliputi kawasan bandar, luar bandar dan perumahan— dan pedalaman. Minta maaf.
Dan yang terakhir, kelima, memperkenalkan takwim PJRM bermula tahun 2025 yang memberikan maklumat awal kepada rakyat berhubung butiran penganjuran PJRM mengikut— meliputi tarikh, masa dan tempat di setiap DUN dan zon di seluruh negara. Ini membolehkan rakyat menyemak penjadualan PJRM di
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
kawasan sekitar dan membuat perancangan pembelian lebih awal. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan, Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Soalan tambahan.
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar
Terima kasih, Yang Berhormat. Sebelum saya mengemukakan soalan tambahan saya, saya mengalu-alukan kehadiran pemimpin-pemimpin masyarakat daripada Parlimen Tenom.
[Tepuk] Yang Berhormat, kita hari-hari mendengar rintihan kos sara hidup dan juga masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat. Soalan saya, bagaimana kementerian menilai keberkesanan program Jualan RAHMAH MADANI dan implikasinya dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat? Dan apakah strategi jangka panjang kementerian untuk memperkukuhkan dan memastikan program Jualan RAHMAH MADANI kekal mampan dan dapat dilaksanakan secara lebih meluas? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Kangsar. Pertama, kaedah penilaian dan kedua, strategi jangka panjang.
Yang pertama, Dato’ Yang di-Pertua, melihat kepada maklum balas positif yang kita terima daripada rakyat tentang penganjuran PJRM. Atas sebab itu, kita telah melaksanakan Kajian Impak Pelaksanaan Program Payung Rahmah yang laporannya telah dikeluarkan pada bulan Disember 2023.
Dan antara dapatannya, responden telah memberikan maklum balas daripada keseluruhan inisiatif-inisiatif yang terkandung di bawah program Jualan RAHMAH, inisiatif yang menerima maklum balas yang paling baik adalah program Jualan RAHMAH. Itu dari segi respons berdasarkan kajian impak yang dilaksanakan oleh pihak ketiga.
Yang kedua, kita juga boleh melihat daripada nilai transaksi. Maksudnya kebersamaan dan sambutan daripada rakyat. Nilai transaksi kalau kita lihat daripada tahun 2023, direkodkan sebanyak 9,244,504 transaksi pembelian dan 2024 meningkat kepada 12,826,708 transaksi dan 2025 mencecah 27,534,770 transaksi pembelian di program Jualan RAHMAH.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Ini juga kita melihat bahawa sambutan daripada rakyat itu semakin meningkat. Dan kalau kita lihat PJRM musim hari gaji, tiap-tiap hari bilamana penjawat awam khususnya menerima gaji, kita laksanakan PJRM, sambutan amat luar biasa. Maksudnya, bahawa rakyat melihat ini adalah program intervensi yang boleh membantu mengurangkan beban sara hidup.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Tuan Tan Hong Pin - Bakri
[Bangun]
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
[Bangun]
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Dan untuk jangka panjang Yang Berhormat, apa yang kita cadangkan, kita akan sentiasa tambah baik dan terima kasih kepada Kementerian Kewangan kerana di bawah PJRM kini berbeza daripada dahulu telah menjadi satu program tetap dengan kod khusus, ada butiran khusus dalam belanjawan yang membolehkan kementerian membuat perancangan dan menambah baik. Dan antara perancangan yang kita ingin laksanakan selain daripada jumlah yang tetap di setiap DUN, kita melihat juga secara bersasar. Ada DUN-DUN tertentu yang jumlah–– dari segi pengundilah ya contohnya, apatah lagi dari segi kependudukan 20,000, tetapi ada DUN yang mencecah lebih 100,000.
Jadi, dalam kawasan-kawasan DUN tertentu kita melihat perlu ditambah kekerapan Program Jualan RAHMAH ini. Apatah lagi jika mana kawasan DUN tersebut sebahagian besarnya adalah pada golongan yang berpendapatan rendah.
Kita mengalu-alukan maklum balas daripada semua Ahli Yang Berhormat bagaimana kita dapat terus untuk menambah baik PJRM pada masa-masa yang mendatang, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tadi. Yang Berhormat Menteri, saya ingin membawa satu senario di lapangan di mana kita tahu memang Jualan RAHMAH ini dia mendapat sambutan. Itu satu perkara yang tidak boleh di nafikan.
Pada masa yang sama, apabila terlalu kerap diadakan Jualan RAHMAH ini, kedai-kedai runcit ataupun peniaga perniagaan-perniagaan runcitan kecil-kecilan di komuniti, di kampung, mereka berasa terhimpit di mana apabila kebanyakan
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
pelanggan sebelum ini pergi berbelanja di Jualan RAHMAH, maka secara tidak langsung telah menyebabkan perniagaan di kedai-kedai runcit komuniti di kampung di setempat itu, dia— perniagaan mereka terjejas.
Jadi, apakah strategi pihak kementerian untuk mencapai satu keseimbangan di mana pada satu masa kita membantu rakyat untuk mengurangkan kos sara hidup tanpa memberikan impak negatif yang terbesar pada kedai-kedai runcitan setempat ini. Jadi, adakah kerajaan ada strategi untuk membantu kedai-kedai seperti ini?
Ataupun mungkin kita memberikan satu ruang untuk melibatkan kedai-kedai runcit komuniti ini?
Saya minta mungkin pihak kementerian untuk mengkaji perkara ini.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Terima kasih Yang Berhormat Bakri dan sememangnya ini merupakan antara kebimbangan dan suara-suara yang dipanjangkan kepada kementerian. Namun, sebagaimana objektif asas kepada penganjuran Program Jualan RAHMAH ini yang menjadi satu mekanisme intervensi untuk membolehkan rakyat kita mempunyai akses dan pilihan kepada harga barang yang lebih rendah daripada pasaran.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
[Bangun]
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Untuk memastikan juga dalam konteks pemasaran kita tahu supply and demand dengan adanya mekanisme intervensi ini kita mengharap dari segi harga di pasaran itu juga berada pada kadar yang stabil.
Namun, saya amat bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Bakri bahawa kita perlu menyeimbangkan juga. Walaupun, matlamat utamanya adalah mekanisme intervensi akses kepada harga barang yang rendah, tetapi kita juga mengambil kira juga nasib para peniaga runcit. Dan ia melibatkan kerjasama semua pihak dengan bidang kuasa masing-masing.
Namun di peringkat KPDN, apa yang kita laksanakan. Contohnya, kita ingin melibatkan lebih banyak stakeholders, atas sebab itu, kita tidak memilih untuk mewujudkan satu kedai khusus untuk melaksanakan PJRM, tetapi kita melibatkan lebih banyak pihak koperasi, kedai runcit, pasar raya yang terlibat dalam subsektor peruncitan. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi antara penambahbaikan kita.
Data terkini telah ada sebanyak 2,695 rakan strategik daripada pasar raya, kedai runcit, koperasi dan sebagainya yang kita libatkan sebagai pelaksana kepada PJRM.
Namun, antara kriterianya adalah kedai-kedai runcit, pasar raya ini boleh menawarkan SKU yang pelbagai kerana kita mahu bilamana rakyat datang ke PJRM itu, mereka ada akses kepada SKU barang-barang yang pelbagai. Tetapi, kita ambil
Datuk Armizan bin Mohd Ali
kira Yang Berhormat, kita telah mulakan dengan membuka ruang yang lebih besar kepada penglibatan pelbagai pihak sebagai pelaksana kepada PJRM, bukan dimonopoli oleh pihak-pihak tertentu dan insya-Allah, kita usaha untuk tambah baik untuk memastikan mereka tidak terkesan dalam pelaksanaan program ini, terima kasih.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Speaker, satu soalan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Bera.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, soalan saya nombor 5.
5. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera] minta Menteri Komunikasi menyatakan langkah kerajaan bagi memperkukuh literasi media dan digital rakyat dalam menghadapi penyebaran kandungan janaan kecerdasan buatan (AI), termasuk video palsu atau deepfake yang hampir menyerupai video asal, serta apakah mekanisme pengesahan, pelabelan kandungan AI dan tindakan kawal selia yang akan dilaksanakan bagi mengelakkan rakyat terpedaya dengan maklumat palsu, fitnah dan manipulasi visual di media sosial.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Timbalan Speaker, terima kasih Ahli Yang Berhormat ataslah soalan ini.
Puan Yang di-Pertua, sebarang isu penyalahgunaan kecerdasan buatan AI, langkah kawal selia yang diambil adalah tertakluk kepada bidang kuasa kementerian ataupun agensi penguat kuasa yang berkaitan bergantung kepada sifat kesalahan tersebut. Walau bagaimanapun, sekiranya AI digunakan untuk menghasilkan kandungan yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik melampau atau merupakan kandungan memudaratkan, tindakan boleh diambil di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] atau Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 [Akta 866] yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Bagi memperkukuh keselamatan dalam talian, kerajaan melalui MCMC antara lain telah pun menguatkuasakan Kod Pengurangan Risiko, Risk Mitigation Code (RMC) mulai 1 Jun 2026 di bawah Akta 866. Obligasi di bawah RMC ini terpakai kepada Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP) dan juga Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan (CASP) yang berlesen, pemberi perkhidmatan berlesen di bawah Akta 866.
Di bawah RMC, pemberi perkhidmatan berlesen mempunyai kewajipan untuk melaksanakan langkah-langkah bagi mengurangkan risiko pengguna didedahkan
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
kepada kandungan memudaratkan melalui reka bentuk pengendalian dan juga sistem perkhidmatan mereka termasuk pelaksanaan pelabelan dan juga penandaan kandungan. Ini turut meliputi kandungan yang dijana atau di manipulasi menggunakan kecerdasan buatan atau AI seperti deepfake, manipulasi imej dan juga suara.
Usaha menangani kemudaratan dalam talian dan penyalahgunaan kecerdasan buatan memerlukan pendekatan kerajaan secara menyeluruh melalui kerjasama pelbagai agensi. Dalam hal ini, MCMC menyokong siasatan agensi penguatkuasaan dengan menyediakan bantuan teknikal termasuk pembekalan maklumat, profiling serta analisis forensik digital.
MCMC juga melaksanakan pemantauan proaktif terhadap penyalahgunaan media sosial bagi mengesan kandungan yang mempunyai unsur jenayah, ancaman terhadap keselamatan dan ketenteraman awam serta penyebaran maklumat palsu termasuk kandungan yang dijana atau di manipulasi menggunakan AI. Kerjasama strategik dengan penyedia platform media sosial dan juga agensi penguatkuasaan turut diperkukuh bagi memastikan tindakan yang lebih pantas dan berkesan dapat diambil. Sekian, jawapan saya, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bera.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jelas daripada jawapan tadi menunjukkan penyalahgunaan AI ini sangat serius di negara kita. Jadi soalan saya, adakah pihak kerajaan bercadang untuk mewujudkan akta khusus bagi menangani masalah AI ini.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Dan kalau ada dalam perancangan, apakah status terkini? Ya. Adakah status terkini, sudah pun di— bersedia untuk dibentangkan atau tidak? Ya. Dari segi— Dari segi yang lain, saya nak tanya, setakat hari ini, saya dengar tadi, hanya satu kementerian yang mengawalnya iaitu Kementerian Komunikasi. Jadi, saya nak tahu, berapakah jumlah sehingga kini, penyalahguna AI ini diambil tindakan oleh kerajaan? Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Puan Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat atas soalan tersebut. Memang tidak boleh dinafikan bahawa penyalahgunaan AI, memang ini telah menjadi satu isu yang semakin serius. Kalau saya boleh bagi sedikit angka, pada tahun 2024, aduan yang kita terima oleh MCMC tentanglah penggunaan kandungan deepfake yang telah diterima oleh lah MCMC adalah 917 kes.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
[Bangun]
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Bangun]
Puan Teo Nie Ching
Untuk tahun yang lalu, 2025, aduan yang telah lah diterima tentang lah kandungan deepfake meningkat kepada 3,612 kes. Dan untuk tahun ini, setakat 15 Jun sahaja, aduan yang telah diterima oleh lah MCMC adalah sebanyak 7,967 kes. Jadi, untuk dua tahun setengah sahaja, kes secara keseluruhan, kes yang telah diterima oleh MCMC adalah 12,496 dan antaranya selepas lah permohonan dihantar oleh MCMC kepada platform, 11,677 telah diturunkan.
Seperti yang saya sebut tadi, di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian, MCMC telah kemukakan satu kod iaitu Risk Mitigation Code dan di bawah Risk Mitigation Code ini, memang ini merupakan satu kewajipan terhadap platform provider yang berlesen untuk label kandungan-kandungan yang ada kemungkinan adalah di-generated mengguna pakai AI. Sekarang MCMC telahlah engage denganlah platform provider yang berlesen ini untuk tengok bagaimana pelaksanaan kewajipan tersebut oleh lah platform-platform product provider. Selain daripada Kementerian Komunikasi, saya percaya Kementerian Digital yang juga mempunyai satu National AI Office, pejabat AI dan juga telah dibawalah MOSTI juga mungkin adalah rangka framework tentang AI. Jadi, Kementerian Komunikasi bersedia untuk lah bekerjasama dengan agensi-agensi ataupun kementerian-kementerian tersebut untuk pastikan bahawa undang-undang kita adalah mencukupi untuk menghadapi cabaran-cabaran yang dikemukakan oleh AI.
Sekian sahaja jawapan saya. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Puan Speaker. Sejak tiga tahun yang lepas, mangsa scam negara telah meningkat lebih dua kali ganda daripada 34,000 kes ke lebih 66,000 kes dan jumlah kerugian pun meningkat dua kali ganda. Daripada RM1.2 bilion kepada RM3 bilion. Kini dengan AI yang lebih canggih. Ini bukan lagi soal love scam. Kini, kadangkala apabila kita dapat panggilan, panggilan itu bukan setakat mirip suaranya, tetapi video call itu, sama seperti ibu saya atau ayah saya sendiri.
Dengan the complex city of AI yang berlaku, khususnya bukan setakat, tadi kita dengar rentas kementerian yang perlu diambil tindakan tapi rentas negara di mana ia berpusat di Cambodia, di Myanmar dan akhirnya kerugian yang rakyat lalu itu, jumlahnya berbilion and the complexity is ever in creasing dan kadar kajian yang
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
dilakukan oleh universiti-universiti terkemuka menunjukkan bahawa syarikat-syarikat media sosial mendapat keuntungan berjumlah berbilion ringgit apabila mereka pasarkan atau buat pick advertising bersama dengan syarikat-syarikat scam ini.
Persoalan saya, adakah Malaysia akan mengambil tindakan sivil atau mungkin tindakan jenayah ke atas syarikat-syarikat media sosial ini yang membiarkan khususnya apabila sudah ditegur, membiarkan perkara ini berlaku sampai ke tahap di mana, nyawa hilang seperti apa yang berlaku di China ataupun rugi berbilion yang berlaku rentas negara. Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Puan Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Muar. Good to see you here. Wish you, all the best on the 13 of July.
Saya rasa soalan yang dibangkit oleh Yang Berhormat Muar, sebenarnya sangat— sangat tepat. Kita nampak bahawa sebenarnya sekarang platform media sosial ini telah menjadi satu pembantu ataupun membantulah scammer untuk lah scam rakyat Malaysia dan jugalah penduduk-penduduk ataupun rakyat di seluruh dunia dan oleh sebab itu, Risk Mitigation Code yang telah diterbitkan olehlah MCMC pada 1 Jun juga meletakkan satu kewajipan terhadap platform media sosial supaya kita nak pastikan bahawa mereka mengenal pasti identiti siapa yang sebenarnya buat iklan dekat platform mereka. Kerana masalah yang kita hadapi sekarang adalah satu akaun palsu yang diwujudkan. Mereka tak pernah buat apa-apa pengesahan tetapi mereka boleh guna seperti lah imej Yang Berhormat Muar, imej Yang Berhormat Bera untuk nak buat content, untuk lah scam pengguna-pengguna dekat Malaysia dan sebagainya.
Oleh sebab itu, saya harap bahawa kita sama-sama letaklah tekanan ini terhadap platform provider supaya mereka memang— jangan kerana mereka nak mengugut, nak dapatlah keuntungan tetapi mereka mengabaikan kebajikan pengguna-pengguna mereka. Memang di bawah Risk Mitigation Code sekarang adalah satu kewajipan platform untuk mengenal pasti siapa advertiser. Mereka perlulah buat pengesahan denganlah agensi kerajaan seperti lah SSM dan sebagainya untuk pastikan yang buat iklan itu adalah satu identiti yang boleh dipercayai. Jadi, marilah kita sama-sama letaklah tekanan ini terhadap platform dan kita harap bahawa platform akan lah comply secepat mungkin. Dan kalau mereka gagal untuk comply dengan lah kewajipan-kewajipan yang telah diwujudkan di bawah Risk Mitigation Code. Untuk makluman Yang Berhormat, pertama, kalau mereka didakwa ke mahkamah disabit salah, bersalah, mereka bolehlah dikenakan penalti hukuman
Puan Teo Nie Ching
denda sebanyak lah RM1 juta ataupun mereka juga boleh dikena penalti financial ataupun financial penalty yang berjumlah RM10 juta oleh MCMC.
Sekian jawapan saya. Terima kasih Yang Berhormat Muar.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Minta satu lagi Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput...
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kuala Krai, satu lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
...Datuk Haji Awang bin Hashim, Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih. Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi peluang saya. Soalan saya, nombor 2 .
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Nombor?
Seorang Ahli
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Soalan saya, nombor 6 . Minta maaf.
[Ketawa] Dok teringat 2. Teringat 2.
6. Datuk Haji Awang bin Hashim [Pendang] minta Menteri Kewangan menyatakan tahap keberkesanan skim mySalam dalam membantu golongan B40 mendapatkan perlindungan kesihatan khususnya bagi penyakit kritikal dan kos hospitalisasi.
Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Nasib baik dan bukannya soalan nombor 2 tadi kan.
[Ketawa] Puan Yang di-Pertua, dana perlindungan nasional B40 atau lebih dikenali dengan mySalam merupakan satu skim perlindungan kesihatan percuma yang dilancarkan pada 2019. Dengan jumlah dana permulaan sebanyak RM2 bilion yang disumbangkan oleh Great Eastern Holdings Limited.
mySalam bertujuan untuk menyediakan perlindungan kesihatan takaful secara percuma kepada golongan B40 yang merupakan penerima bantuan, program bantuan tunai kerajaan iaitu Sumbangan Tunai RAHMAH, berumur antara 18 hingga 65 tahun serta pasangan mereka.
Pada asalnya, skim mySalam dilaksanakan bagi tempoh lima tahun, dari 2019 ke 2023. Namun, selaras dengan komitmen kerajaan untuk membantu golongan B40 yang berdepan dengan risiko kesihatan dan penyakit kritikal, pelaksanaannya telah dilanjutkan sehingga tahun 2026 melalui Belanjawan 2024
Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
dan Belanjawan 2026. Skim ini menyediakan bantuan kewangan kepada penerima yang layak dan disahkan menghadapi salah satu daripada 50 penyakit kritikal yang disenaraikan seperti kanser, penyakit buah pinggang dan penyakit jantung.
Berdasarkan kriteria-kriteria kelayakan semasa, maaf. Berdasarkan kriteria kelayakan semasa Sumbangan Tunai RAHMAH pada tahun 2026, seramai 9,151,849 penerima STR layak dapat manfaat di bawah mySalam. Sejak awal perlaksanaan mySalam, bermula tahun 2019 sampai 30 Disember 2025, sebanyak 1.880 juta orang telah menerima manfaat dengan jumlah tuntutan yang dibayar sebanyak RM1.4 bilion.
Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Selain itu, baki dana berjumlah RM490 juta sehingga 31 Disember 2025 menunjukkan skim ini masih berupaya untuk terus memberi manfaat kepada kumpulan sasar. Oleh itu, mySalam boleh dianggap berkesan dalam meringankan beban kewangan golongan B40 yang terjejas akibat masalah kesihatan.
Skim mySalam terbukti berkesan dengan membantu golongan B40 mendapat perlindungan kesihatan, khususnya bagi penyakit kritikal dan kos hospitalisasi. Kadar penggunaan skim ini menunjukkan trend yang memberangsangkan. Pada tahun 2025 hampir 300,000 telah menerima manfaat dengan jumlah tuntutan RM276 juta berbanding 190,000 pada tahun 2024.
Sehingga Mei, anggaran seramai 123,000 penerima menerima manfaat melibatkan bayaran RM108 juta. Prestasi ini menunjukkan bahawa skim mySalam terus dimanfaatkan secara aktif oleh kumpulan sasar. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Saya nak minta Menteri tolong jawab bertulis sikit dari segi fakta-fakta yang dijawab tadi ni. Jadi, soalan seterusnya. Terima kasih Yang di-Pertua kerana memberi peluang sekali lagi saya untuk menanyakan berkenaan dengan skim mySalam ini.
Soalan saya begini, kos rawatan dan premium insurans kesihatan terus meningkat sehingga ramai dalam kalangan B40 dan M40 tidak lagi mampu mendapatkan perlindungan kesihatan yang mencukupi. Kosnya sangat tinggi sekarang ni.
Orang B40 ataupun orang kampung tidak kerja pun tidak mampu nak pergi ke hospital mendapatkan rawatan. Contoh, kardiologi ataupun pembedahan dan
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
sebagainya yang melibatkan kos puluhan ribu. Jadi mereka tak mampu, tunggu sahaja lah. Kalau mati, matilah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey baik. Seterusnya justeru itu, adakah kerajaan bercadang menambah baik skim mySalam dengan memperluaskan liputan penyakit kritikal, meningkatkan kadar manfaat hospitalalisasi serta menyemak semula had kelayakan?
Jadi, itu tanggungjawab kerajaan dari segi kesihatan. Jadi saya tak setuju la kalau tarik balik peruntukan untuk Kementerian Kesihatan tu.
Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
[Bangun]
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Very wrong strategies la for your info our Minister. Pada masa yang sama, bolehkah Perdana Menteri menyatakan jumlah penerima manfaat dan tuntutan yang telah diluluskan sejak skim ini diperkenalkan, termasuk berapakah kadar keciciran dalam kalangan mereka yang layak tetapi tidak membuat tuntutan untuk kurang kesedaran atau proses permohonan yang rumit.
Saya mohon penjelasan. Jangan jadikan kesihatan rakyat sebagai satu urusan perniagaan ataupun bisnes. Sekarang ni kita nampak semua insurans- insurans semua sudah jadi urusan perniagaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Jadi, yang ni kerajaan kena melihat balik dari segi tanggungjawab yang utama kepada rakyat. Sekian, terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Pendang untuk soalan susulan itu. Puan Yang di-Pertua, sebenarnya kalau kita tengok dari segi mySalam— mySalam ialah satu skim perlindungan takaful percuma yang disediakan oleh kerjaan untuk golongan B40. Matlamat dia adalah untuk memberi perlindungan untuk mereka untuk mengganti saraan hidup semasa mereka sakit.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
[Bangun]
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Kalau kita tengok dari segi apa yang kita cover, kita dah cover 50 jenis penyakit yang kritikal.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
[Bangun]
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Dan sebanyak RM8,000 diberikan sekali gus kalau mereka tu mendapat penyakit tersebut dan sebagai allowance hospitalisasi sebanyak RM50 sehari diberikan untuk 14 hari. Ini menolong mereka
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
untuk mendapatkan tampungan terutama mereka yang mungkin tidak bekerja dengan permanent job, dia kerja harian. Jadi, ini dapat melindungi kehidupan harian mereka.
Seperti yang saya katakan tadi, saya akan bagi butiran detail yang diperlukan secara bertulis, walaupun saya dah jawab dan soalan pertama tadi. Tapi matlamat kita adalah untuk menolong golongan ni dan insya-Allah kalau kita ada lagi balance yang dapat daripada sumbangan yang kita ada tadi, kita akan panjangkan untuk di masa depan.
Dan usaha untuk menambah baik adalah antara benda yang kita sentiasa melihat dalam skim mySalam ini. Tapi seperti jawapan saya masa jawapan nombor 3 tadi. Kita telah pun menerangkan yang bahawa dari segi penjimatan yang kita buat dari segi bajet Kementerian Kesihatan, kita hanya dapat meluluskan, mengurangkan sebanyak RM500 juta.
Ini tidak menjejaskan perkhidmatan asas oleh Kementerian Kesihatan dan tidak mengganggu pembayaran on-call allowance tak mengganggu perjawatan, tak mengganggu juga perubatan yang ada. Jadi, kerajaan ini sentiasa peka tentang apa yang boleh dan matlamat untuk menjaga rakyat, namun bila kita ada ruang untuk menjimatkan agar duit tu boleh digunakan dengan cara lain, kita meminta kementerian berkenaan bekerjasama mengurangkan ketirisan yang berlaku ataupun penjimatan untuk benda yang tidak kritikal. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Timbalan Speaker.
Menteri, skim mySalam ini kita lancarkan pada 2019 waktu Kerajaan Pakatan Harapan menjadi Kerajaan. Terima kasih lah kepada Pendang ya. Yang puji dan juga sokong skim yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.
Jadi, soalan saya daripada jawapan yang diberikan oleh Menteri tadi mengatakan skim mySalam ini dilanjutkan sehingga hujung tahun ini sahaja, 2026.
Jadi, soalan saya ialah adakah kementerian akan membuat kajian semula supaya kita lanjutkan skim mySalam ini?
Dan juga memandangkan tabung yang sedia ada bakinya dalam tabung itu ada RM400 juta lebih, bagaimanakah kementerian akan memastikan supaya kelangsungan mySalam ini dapat dilanjutkan dengan menyediakan dana yang secukupnya? Terima kasih Timbalan Speaker.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Kota Melaka. Puan Yang di- Pertua, seperti saya katakan tadi, skim mySalam ini telah menunjukkan
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
keberkesanan untuk menolong, terutamanya golongan B40. Untuk menampung tanggungan mereka semasa mereka sakit dan memberi sikit insurans takaful di masa sama.
Baki yang kita ada pada penghujung tahun lalu ialah lebih kurang RM490 juta.
Setelah penggunaan sampai setengah tahun ini, kita masih ada RM290 juta lebih di dalam tabung yang ada dan insya-Allah kita akan melihat untuk melanjutkan skim mySalam ini untuk tahun depan.
Yang pastinya kerajaan sentiasa peka kepada keperluan untuk melindungi secara sosial golongan yang terkesan dan kita akan melihat cara-cara untuk menambah baik seperti apa yang kita telah buat di masa-masa sebelum ini. Dulu masa kita buka mySalam, kita hanya dapat coverage untuk 35 penyakit. Sekarang dah 50. Jadi, mana kita ada ruang untuk menambah baik dengan negotiation yang baik dengan takaful insurans kita akan juga melihat, membaiki skim yang ada. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Syahredzan bin Johan, Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Soalan saya yang kedua, naik dalam sidang ini. Soalan saya nombor 7.
7. Tuan Syahredzan bin Johan [Bangi] minta Menteri Pendidikan menyatakan kadar tebusan Baucar Buku MADANI bagi tahun 2024 dan 2025 di seluruh negara serta impak program ini kepada pelajar dan mahasiswa, penerbit serta penjual buku tempatan.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Program Baucar Buku MADANI merupakan satu pelaburan strategik dan inisiatif Kerjaan MADANI melalui Kementerian Pendidikan yang bermatlamat untuk meluaskan akses kepada bahan bacaan berkualiti, membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat serta menyokong pertumbuhan industri pembukuan tempatan.
Ia juga mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk menyuburkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat, terutamanya generasi muda. Inisiatif ini juga bertepatan dengan usaha KPM menjadikan amalan membaca sebagai keutamaan dalam kalangan pelajar yang dapat meningkatkan penguasaan bahasa dan juga ilmu pengetahuan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Program Baucar Buku MADANI telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sempena perasmian Pesta
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024. Dan inisiatif ini mencatatkan kejayaan yang memberangsangkan. Pada tahun 2024 , program ini telah memanfaatkan seramai 3,566,544 murid sekolah rendah dan menengah melibatkan peruntukan sebanyak RM286 juta.
Memandangkan inisiatif ini mendapat sambutan yang baik, kerajaan telah memperluaskan pelaksanaannya pada tahun 2025 melalui pemberian e-baucar bernilai RM100 seorang kepada 428,027 pegawai perkhidmatan pendidikan.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Selain melahirkan budaya membaca yang sihat, inisiatif ini juga telah membawa limpahan ekonomi yang signifikan.
Pada tahun 2024, nilai penebusan melebihi RM286,008,900 dan telah direkodkan dengan penglibatan 1,077 penjual buku tempatan merangkumi 7.6 juta naskhah. Pada tahun 2025, 1.5 naskhah buku yang melibatkan 238,186 judul telah berjaya dimiliki oleh para pendidik kita, di seluruh negara dengan nilai penebusan 42,802,700. Maka jumlah keseluruhan yang diterima adalah sebanyak 9.198 juta naskhah buku bagi tempoh pelaksanaan Baucar Buku MADANI sepanjang masa 2024 dan 2025.
Pelaksanaan penebusan secara digital sepenuhnya menggunakan platform Book Capital untuk menyaksikan pertumbuhan mendadak sebanyak 640 peratus. Di mana bilangan penjual berdaftar yang berdaftar dengan Book Capital meningkat daripada hanya 168 syarikat pada bulan Mei 2024, kepada 1,238 syarikat penjual dan ini membuka pasaran yang lebih luas kepada para penerbit, pengedar, kedai buku, penulis dan juga ilustrator tempatan.
Transaksi menerusi platform digital ini secara tidak langsung juga membolehkan kerajaan membina satu ekosistem ataupun Pengkalan Data Industri Buku Nasional secara masa nyata, untuk dijadikan asas penting dalam pembangunan dashboard papan pemuka Malaysia membaca, yang dapat memantau corak pembacaan rakyat secara analitik. Kerajaan yakin pendekatan ini bukan sekadar bantuan pembelian, tetapi manifestasi pelaburan strategik negara ke arah membina sebuah masyarakat Malaysia yang benar-benar berteraskan ilmu, maju, berdaya saing dan juga bertamadun. Sekian, terima kasih Puan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
merakamkan penghargaan saya kepada pihak Kerajaan MADANI dan juga KPM atas inisiatif Baucar Buku MADANI yang telah pun kita dengar tadi memberi impak yang cukup besar kepada rakyat. Ini apa yang kita panggil, dengan izin government as a force for good. Saya juga ambil maklum Puan Yang di-Pertua, pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini, iaitu pada bulan Mei, yang mana baucar buku ini dinyatakan akan diteruskan untuk tahun ini dan saya difahamkan ia nya boleh ditebus tidak lama lagi.
Jadi, soalan tambahan saya Puan Yang di-Pertua, untuk tahun ini apakah jenis penambahbaikan yang dilaksanakan ke atas program ini dan juga berapakah jumlah pelajar dan pengajar yang dijangka akan menerima manfaat daripada Program Baucar Buku MADANI untuk tahun 2026 ini? Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Bangi. Dengan izin daripada Puan Yang di-Pertua, seperti Yang Berhormat Bangi telah pun sebut tadi. Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026, Perdana Menteri, PMX kita telah pun mengumumkan bagi pemberian Baucar Buku MADANI sekali lagi bagi tahun ini. Dan pengumuman tersebut akan memanfaatkan, bagi peringkat KPM – Kementerian Pendidikan, sejumlah murid seramai 2.2 juta orang atau dengan lebih tepat 2,217,579 orang pelajar dari kelas peralihan sampailah Tingkatan 6, kolej vokasional, matrikulasi, Institut Pendidikan Guru Malaysia di bawah KPM. Dan setiap satu akan menerima Baucar Buku MADANI bernilai RM100 seorang dan jumlah peruntukan adalah sebanyak RM221.76 juta disediakan.
Penebusan seperti tahun-tahun lepas akan dikendalikan dengan platform Book Capital yang sekarang, tadi ada ditanya berkenaan dengan penambahbaikan.
Sekarang kita telah pun mempunyai 1,238 syarikat penjual yang telah pun berdaftar dengan Book Capital, yang mana buku-buku tersebut dapat dibeli.
Pada tahun ini juga, pihak Kementerian Pendidikan juga ada menyenaraikan fokus judul khas MADANI, yang mana merangkumi karya kesusasteraan dan juga karya agung, buku umum dan bukan fiksyen yang memberikan fokus kepada subjek kritikal seperti Sejarah, falsafah, ekonomi, geopolitik dan pembangunan modal insan dan satu lagi fokus adalah sains teknologi masa hadapan berkenaan dengan AI, teknologi maklumat, bidang STEM, pendigitalan dan sebagainya.
Tuan Wong Kah Woh
Dan setiap satu pembelian salah satu bukunya harusnya dari fokus judul khas MADANI dan selainnya boleh dipilih seperti yang ada dalam platform Book Capital.
Dan pembukaan untuk penebusan bagi Baucar Buku MADANI 2026 3.0 ini, akan bermula pada hari esok jam pukul 11.00 pagi sehinggalah 31 Oktober 2026. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey, terima kasih Speaker. Soalan tambahan, adakah kementerian telah melaksanakan kajian pasca pelaksanaan bagi mengenal pasti kelemahan inisiatif Baucar Buku MADANI, termasuk akses kepada platform pilihan bahan bacaan, liputan penerbit, serta kadar penebusan. Jika ya, apakah dapatan utama kajian tersebut?
Memandangkan inisiatif ini bertujuan memupuk budaya membaca dalam kalangan mahasiswa. Adakah kementerian mempunyai mekanisme untuk menilai sama ada Baucar Buku MADANI ini benar-benar meningkatkan kadar pembacaan dan pemilikan bahan ilmiah atau sekadar mencapai sasaran penebusan baucar semata-mata? Terima kasih.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Yang Berhormat Temerloh, atas soalan tambahan. Saya jawab bahagian kedua terlebih dahulu Puan Yang di-Pertua.
Berkenaan dengan impak kepada mahasiswa. Apa yang saya jawab tadi adalah bagi pihak Kementerian Pendidikan dan penebusan atau pun penyaluran Baucar Buku MADANI untuk mahasiswa adalah di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi.
Walau bagaimanapun, berkenaan dengan impak untuk mahasiswa yang kita ada, saya akan meminta input daripada Kementerian Pendidikan Tinggi dan kita akan memberikan jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat Temerloh.
Dan berkenaan dengan secara keseluruhannya, pelaksanaan Program Inisiatif Baucar Buku MADANI ini sejak tahun 2024, apa yang saya sebut tadi, kita nampak bahawa pelaksanaan ini adalah 100 peratus dibuat secara online melalui Book Capital yang mana selepas dua tahun pelaksanaan Baucar Buku MADANI ini, sememangnya kita ada melaksanakan kajian selidik daripada penerima dan sebagainya. Suka untuk saya sebut di sini bahawa, kajian impak telah pun dilakukan oleh Institut Darul Ehsan, yang mana sebanyak 97.5 peratus responden bersetuju bahawa inisiatif ini amat membantu pelajar, khususnya daripada golongan berpendapatan rendah.
Manakala 92.2 peratus mengakui bahawa ia membantu mereka membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Dan respons ini adalah satu respons yang
Tuan Wong Kah Woh
amat memberangsangkan dan juga berkenaan dengan kadar penebusan tadi, sememangnya dalam— tadi saya sudah sebut berkenaan dengan kadar penebusan tahun 2024 dan tahun 2025 yang mana penebusan 100 peratus telah pun dicapai pada tahun 2024.
Dan apa yang kita nak pastikan, satu soalan yang baik berkenaan dengan bagaimana kita pastikan, akses itu sampai kepada anak-anak kita di peringkat pedalaman dan inilah keindahan dan juga keunikan kita apabila kita laksanakan secara pembelian online, yang mana penebusan baucar buku itu secara online dengan Book Capital, pembelian dengan vendor-vendor yang ada di Book Capital secara online, dan dihantar pun secara online.
Dan maka, apa yang kita telah pun capai beberapa tahun ini adalah 100 peratus penebusan, 100 peratus ketelusan, dan kosong peratus ketirisan. Dan apa yang kita juga capai adalah, buku yang sama, peluang yang sama, masa depan yang sama untuk semua anak Malaysia, tidak kiralah sama ada di kawasan bandar ataupun di kawasan pedalaman. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Datuk Muslimin bin Yahaya, Sungai Besar.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Yang di-Pertua saya nak bacakan pantun yang diberikan oleh Tenggara.
Carikan satu [Tidak jelas] tanjung, Jalan ke pasar di alur papan; Wanita ibu kita sanjung, Salam senyum soalan nombor lapan. Terima kasih.
8. Datuk Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan sejauh mana keberkesanan talian bantuan dan pusat sokongan bagi mangsa keganasan rumah tangga termasuk kadar kes yang berjaya menerima intervensi susulan.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat. Pusat panggilan Talian Kasih 15999,merupakan satu inisiatif di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang berfungsi sebagai saluran bantuan bersepadu bagi menangani pelbagai isu sosial, kebajikan dan keselamatan masyarakat, termasuk isu keganasan rumah tangga.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying
Talian Kasih menyediakan khidmat aduan, pra-kaunseling dan juga maklumat berkaitan dengan isu-isu keganasan rumah tangga. Talian Kasih: 15999 menyediakan akses kepada orang awam untuk mendapatkan bantuan atau membuat aduan pada bila- bila masa tanpa perlu hadir secara fizikal ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.
Perkhidmatan ini boleh diakses melalui tiga saluran utama, iaitu Talian: 15999, aplikasi WhatsApp di talian 019-2615999 dan juga aplikasi mudah alih Talian Kasih.
Setiap aduan yang diterima akan direkodkan dan disalurkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berkaitan untuk siasatan intervensi dan tindakan susulan yang sewajarnya. Berdasarkan rekod bagi tempoh tahun 2022 sehingga Mei 2026, Talian Kasih telah menerima sebanyak lebih daripada 127,000 panggilan dan daripada jumlah tersebut, 9,327 panggilan atau bersamaan dengan 7.36 peratus melibatkan isu keganasan rumah tangga.
Panggilan berkaitan bantuan kebajikan merupakan kategori yang tertinggi dengan lebih kurang 60,000 panggilan, lebih kurang 47 peratus diikuti oleh permohonan kaunseling, isu kanak-kanak dan juga dengan— bersamaan dengan lain-lain kategori.
Berdasarkan panggilan yang berkaitan dengan kes keganasan rumah tangga, Talian Kasih: 15999 telah menerima aduan kes keganasan rumah tangga sebanyak 323 aduan pada tahun 2022, 393 aduan pada tahun 2023, 477 aduan pada tahun 2024 dan 750 aduan pada tahun 2025. Manakala bagi tahun 2026, sebanyak 470 aduan telah diterima sehingga Mei 2026.
Daripada jumlah tersebut, kesemua aduan yang diterima pada tahun 2022 sehingga 2025, telah berjaya diselesaikan. Sementara itu, sebanyak 406 aduan yang diterima pada tahun ini, telah diselesaikan. Manakala ada baki 64 aduan sedang dalam tindakan. Antara tindakan susulan yang diambil termasuklah pelbagai bentuk bantuan seperti mendapatkan Perintah Perlindungan Kecemasan atau dengan izin, Emergency Protection Order (EPO), Perintah Perlindungan Sementara, Interim Protection Order
(IPO) dengan izin atau penempatan ke tempat perlindungan yang selamat serta bantuan kebajikan, kaunseling dan sokongan psikososial mengikut keperluan.
Selain daripada panggilan untuk melaporkan aduan kes, Talian Kasih: 15999 turut menerima panggilan dari orang awam untuk mendapatkan maklumat mengenai kes keganasan rumah tangga seperti prosedur aduan, hak yang dimiliki oleh pengadu serta perlindungan yang ditawarkan dari sudut perundangan kepada mangsa. Ini secara tidak
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying
langsung menjadikan Talian Kasih sebagai salah satu platform untuk menyebar luas maklumat dan kesedaran mengenai isu keganasan rumah tangga dalam kalangan orang ramai.
Untuk maklumat Yang Berhormat, pada tahun 2022 hingga Mei 2026, sebanyak lebih daripada 2,000 panggilan telah diterima oleh Talian Kasih bagi mendapatkan maklumat dan kefahaman mengenai keganasan rumah tangga. KPWKM menyeru masyarakat agar memanfaatkan Talian Kasih ini sebagai satu saluran utama untuk mendapatkan bantuan, membuat aduan dan memperoleh maklumat berkaitan keganasan rumah tangga.
KPWKM juga menggalakkan orang ramai supaya tidak berdiam diri serta segera menghubungi Talian Kasih sekiranya memerlukan bantuan atau mengetahui berlakunya kes keganasan rumah tangga agar tindakan dan intervensi dapat dilaksanakan dengan segera. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sungai Besar.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Terima kasih Puan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Cumanya Yang Berhormat Menteri, kita melihat trend bilangan keganasan rumah tangga yang dilaporkan menunjukkan trend peningkatan yang sangat membimbangkan dan mungkin angka sebenar jauh lebih tinggi daripada apa yang dilaporkan.
Walaupun mungkin kita ada akta iaitu Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 [Akta 521], cuma persoalan saya, ini kes tetap semakin meningkat. Cuma persoalan saya, apa bentuk pendidikan berterusan yang disediakan oleh KPWKM kepada kaum wanita juga mungkin kepada kaum lelaki dalam memberi kesedaran berkaitan perkara ini? Ataupun akta digubal semula bagi hukuman lebih berat supaya ada kegentaran kepada pelaku serta saya nak tanya, peranan kaunselor berdaftar bawah KPWKM dalam membantu menangani permasalahan ini.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat. Memang kita banyak— ada banyak program untuk pelbagai program advokasi dan intervensi yang berkaitan dengan keganasan rumah tangga, kesejahteraan psikologi dan juga hak wanita. Antaranya adalah Program Aku Wanita@KRT, ada Program MATAHARI, Program IRIS, Program Skuad Waja dan
Puan Lim Hui Ying
Program PUSPANITA yang semua ini boleh didapati di setiap negeri bukan hanya di pusat sini.
Jadi, program-program ini, kita banyak lakukan program dan kita telah mendapatkan sambutan yang amat baik. Sebagai contoh, Program Aku Wanita@KRT, sehingga Jun 2026 tahun ini, sebanyak 1,708 peserta telah menyertai program ini.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
[Bangun]
Puan Lim Hui Ying
Dan juga, antaranya 94 pemandiri atau survivor telah juga menyertai sesi intervensi psikologi yang kita namakan sebagai Care Check. Jadi, untuk mereka berkongsi pengalaman mereka dan sebagainya. Dan juga kita ada Program MATAHARI dan sehingga Mei, sebanyak lebih daripada 100 program yang melibatkan lebih daripada 130,000 peserta telah mengambil bahagian dan juga ada IRIS tentang apakah hak setiap wanita– apakah hak mereka.
Jadi, dari sini juga, kita ada melalui Jabatan Pembangunan Wanita juga memainkan peranan untuk menyelaras jawatan kerja advokasi dan pembangunan kapasiti melalui platform jawatankuasa untuk menjalankan pelbagai program advokasi dalam menangani keganasan rumah tangga.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
[Bangun]
Puan Lim Hui Ying
Jadi juga, kita ada adakan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita Antarabangsa atau EVAW yang merupakan kita menyambut pada 25 November setiap tahun untuk memperingati perjuangan dan usaha advokasi untuk menghentikan diskriminasi dan keganasan terhadap wanita seluruh dunia. Walaupun sekarang memang juga ada mangsa yang bukan hanya wanita, mangsa yang merupakan lelaki juga berlaku dalam KRT kes ini. Tapi tentulah jumlahnya lebih kurang, tetapi ini kita ada nampak ada kes peningkatan juga.
Jadi, di sini kita bukan hanya jaga golongan wanita, kita jaga semua kaum.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih. Puan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan Rang Undang-undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2026 dan Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 seperti di nombor 1 dan 2 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini. Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 1 Julai 2026.” Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Puan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Puan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kerajaan melalui Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri sedang giat menerajui usaha pembaharuan undang-undang komersial negara melalui kajian menyeluruh terhadap Akta Kontrak 1950 [Akta 136].
Akta 136 merupakan perundangan utama yang mengawal selia prinsip pembentukan, pelaksanaan dan pembatalan kontrak serta hak dan tanggungjawab pihak-pihak yang berkontrak di Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Akta ini yang selanjutnya dikenali sebagai Ordinan Kontrak 1950 mula berkuat kuasa pada 23 Mei 1950 di negeri-negeri Tanah Melayu sebelum disemak semula dan pemakaiannya diperluaskan ke Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak pada 1 Julai 1974. Sebahagian besar kandungan akta ini mengambil daripada Akta Kontrak India 1872 yang berasaskan prinsip, dengan izin, English Common Law.
Sejak dikuatkuasakan pada tahun 1950, Akta 136 yang mengandungi 191 seksyen hanya mencatatkan tiga kali pindaan utama iaitu pada tahun 1967, 1974 dan kali terakhir pada tahun 1976. Sebagai contoh, Puan Yang di-Pertua, beberapa, dengan izin, statutory illustration dalam Akta 136 ini sendiri masih menggunakan beberapa perkataan yang agak kebelakangan seperti perkataan ‘gantang’ di dalam seksyen 19 dan seksyen 66 dalam akta ini, satu ukuran yang sudah lama tidak digunakan pakai dalam negara kita. Ini sekadar satu petunjuk kecil bagaimana akta ini yang berusia lebih daripada 75 tahun, memerlukan semakan menyeluruh agar selaras dengan realiti perniagaan masa kini.
Puan Yang di-Pertua, dalam hal ini, kerajaan tidak sekadar mengenal pasti kelemahan akta ini, malah telah mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan semakan dan pembaharuan secara menyeluruh. Sehubungan dengan itu, pada 14 Januari 2025, saya telah menubuhkan Jawatankuasa Semakan dan Kajian
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Pembaharuan Undang-undang Kontrak bagi menerajui kajian ini serta mengemukakan syor-syor pembaharuan terhadap akta ini.
Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Yang Arif Dato' Seri Vazeer Alam bin Mydin Meera, Hakim Mahkamah Persekutuan, dan dianggotai oleh 20 orang ahli yang lain. Komposisi Jawatankuasa ini dibentuk secara inklusif yang merangkumi badan kehakiman, ahli akademik tempatan dan antarabangsa, pengamal undang-undang sektor perniagaan serta pegawai kerajaan, termasuk wakil daripada Sabah dan Sarawak bagi memastikan setiap perspektif wilayah dan bidang kepakaran diambil kira dalam proses pembaharuan ini.
Bagi meneliti kesemua 191 peruntukan dalam Akta 136 ini secara menyeluruh, Jawatankuasa telah menubuhkan lapan kumpulan kerja, dengan izin, working groups yang masing-masing diketuai oleh satu ataupun dua ahli Jawatankuasa dan dianggotai lapan hingga 10 pakar pelbagai sektor. Laporan akhir yang merangkumi lebih 500 muka surat lengkap dan syor, dasar, analisis, perbandingan dan draf undang-undang berkaitan, kini saya telah letakkan di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat untuk makluman dan rujukan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.
Puan Yang di-Pertua, laporan akhir yang dikemukakan ini sebenarnya menghimpunkan tiga kajian utama Jawatankuasa ke dalam satu naskhah yang komprehensif. Pertama, kajian semakan dan pembaharuan Akta 136 ini sendiri yang menggariskan cadangan pemodenan bahasa, struktur dan doktrin sedia ada.
Kedua, cadangan Rang Undang-undang Kontrak (Hak Pihak Ketiga) bagi mengiktiraf hak pihak ketiga untuk menguatkuasakan terma kontrak yang dirangka untuk manfaat mereka, sesuatu yang tidak pernah diperuntukkan secara jelas dalam Akta 136 sehingga hari ini.
Ketiga, cadangan Rang Undang-undang Agensi bagi menggantikan Bahagian X Akta 136 dengan kerangka agensi yang lebih moden, termasuk mengambil kira isu-isu baru seperti penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam urusan meniaga komersial.
Ketiga-tiga kajian ini, walaupun berasingan dari segi skop, saling berkait dan disusun bersama dalam satu laporan akhir bagi memberikan gambaran menyeluruh kepada Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai hala tuju pembaharuan undang-undang kontrak negara secara seluruhnya.
Puan Yang di-Pertua, memandangkan skop dan dalaman teknikal kajian ini, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan satu
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said
sesi taklimat khas kepada semua Ahli-ahli Parlimen yang akan disampaikan secara langsung oleh ahli-ahli jawatankuasa itu sendiri. Tarikh sesi ini akan dimaklumkan kelak dan ia bertujuan memberi ruang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mendapatkan penjelasan lanjut serta mengemukakan soalan secara terus kepada mereka yang menerajui kajian ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, reformasi ini dijangka meningkatkan kepastian undang-undang, mengurangkan kos transaksi dan pertikaian komersial, memperkukuh keyakinan pelabur serta menyelaraskan kerangka komersial Malaysia dengan piawaian ASEAN dan global dalam era ekonomi digital. Usaha pembangunan undang-undang kontrak ini merupakan langkah strategik Kerajaan MADANI dalam memurnikan ekosistem perundangan komersial negara.
Tertakluk kepada keputusan Jemaah Menteri, cadangan rang undang-undang ini akan disasar dalam pembentangan di Dewan Rakyat pada Mesyuarat yang akan datang.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sekarang selesailah sesi penerangan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi).
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” [29 Jun 2026]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menyambung menjawab. Masa 30 minit.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Sebelum ini, saya mengalu-alukan kedatangan 44 orang dari Sitiawan Methodist Church yang diketuai oleh Encik Jason Ling...
[Tepuk] Puan Yang di-Pertua, semalam saya telah mula menggulung dalam topik yang sama. Saya ingin memberi sedikit penerangan mengenai dual criminality merupakan aspek pelaksanaan kerjasama antarabangsa dan bukannya penentu kepada kewujudan bidang kuasa jenayah Malaysia. Kerajaan mengakui bahawa isu tersebut mungkin timbul dalam kes tertentu, namun ia tidak menjejaskan keperluan untuk Malaysia terlebih dahulu mempunyai akses perundangan yang jelas bagi melindungi kanak-kanak yang mempunyai hubungan substantif dengan negara lain. Pindaan ini menyediakan akses tersebut. Manakala aspek pelaksanaan rentas sempadan akan terus diuruskan melalui mekanisme kerjasama antarabangsa yang berkuat kuasa.
Pindaan seksyen 3 yang dicadangkan bertujuan memperluaskan bidang kuasa jenayah Malaysia secara pemakaian luar wilayah terhadap kesalahan yang dilakukan di luar Malaysia. Dalam hal ini, keadaan yang diperuntukkan. Dengan adanya peruntukan ini, sesuatu kesalahan yang dilakukan di luar Malaysia akan dianggap telah dilakukan di Malaysia dan boleh dituduh di Malaysia. Ini bermakna, dari perspektif undang-undang Malaysia, kesalahan tersebut merupakan satu kesalahan yang boleh dihukum walaupun berlaku di luar negara.
Perkara ini adalah selaras dengan proviso kepada penerangan perenggan 6(2)(b) Akta Ekstradisi 1992 [Akta 479] yang memperuntukkan bahawa bagi kesalahan pemakaian luar wilayah, syarat dual criminality dipenuhi jika hal kesalahan itu boleh dihukum di bawah undang-undang Malaysia sekiranya ia berlaku dalam hal keadaan yang bersamaan di luar Malaysia. Oleh itu, pindaan seksyen 3 ini membantu memenuhi komponen undang-undang Malaysia bagi prinsip dual criminality kerana undang-undang Malaysia kini secara nyata memperuntukkan bahawa kesalahan-kesalahan tersebut juga merupakan kesalahan walaupun dilakukan di luar wilayah Malaysia.
Walau bagaimanapun, pindaan ini tidak menghapuskan prinsip dual criminality.
Dalam prosiding ekstradisi, negara pemohon masih perlu menunjukkan bahawa perbuatan yang dipersoalkan juga merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang negara yang diminta (requested state). Dengan kata lain, kedua-dua bidang kuasa
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
masih perlu mengiktiraf perlakuan tersebut sebagai satu kesalahan walaupun tidak semestinya di bawah nama atau peruntukan yang sama.
Dato’ Yang di-Pertua, peruntukan yang dicadangkan sudah memadai untuk memperluaskan bidang kuasa pemakaian luar wilayah. Isu dual criminality akan dinilai pada peringkat prosiding ekstradisi di bawah Akta Ekstradisi 1992 dan bukan pada peringkat penentuan bidang kuasa jenayah di bawah akta ini. Ini juga merupakan pendekatan yang lazim digunakan dalam undang-undang jenayah Malaysia yang mana peruntukan extraterritorial jurisdiction dan peruntukan ekstradisi dikawal oleh akta yang berasingan.
Sebagai tambahan, Malaysia telah menjadi negara pihak kepada Convention on the Rights of the Child (CRC) serta Optional Protocol on the Involvement of Children in Armed Conflict (OPAC) dan Optional Protocol on the Sale of Children, Child Prostitution and Child Pornography melalui penyertaan accession pada 12 April 2012.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Sebagai sebuah negara pihak, Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kerangka perundangan domestik sentiasa selaras dengan obligasi antarabangsa yang telah diterima pakai, tertakluk kepada reservasi yang dikekalkan oleh Malaysia terhadap CRC. Sehubungan dengan itu, pindaan yang dicadangkan merupakan antara langkah kerajaan untuk memperkukuh undang-undang negara, selaras dengan komitmen antarabangsa dengan melindungi kanak-kanak daripada eksploitasi dan penderaan seksual, termasuk yang melibatkan elemen rentas sempadan.
Isu berkaitan dengan takrif pemastautin lazim...
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat, boleh saya tanya sedikit?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Banyak pun boleh.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Boleh. Banyak pun boleh, okey. Pertama sekali, saya nak tanya soalan yang sama semalam, dari sudut pelaksanaan. Tadi Yang Berhormat menyebut, bila dah ada tuduhan tetapi dari sudut pelaksanaannya di peringkat laporan, sebagai contoh. Apabila ada kes yang berlaku, katakanlah dilaporkan di luar negara, di negara tersebut dan juga nak dilapor di Malaysia.
Apakah ruang yang ada untuk ibu bapa ataupun penjaga kanak-kanak ini untuk membuat laporan kalau nak laporkan di Malaysia dalam konteks penyiasatan sebelum
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
dia pergi pada pertuduhan? So, dalam konteks itu apakah— bagaimanakah peruntukan ini akan digunakan? Terima kasih.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, kita perlu fikir— perlu tahulah yang bila ada laporan, katakan di luar negara— macam di Alaska lah, dikatakan kejadian itu berlaku. Jadi, soalan Yang Berhormat kalau saya dengar dengan betul, laporan boleh dibuat di sini.
Penyiasatan pun boleh dibuat di sini tetapi masalah yang kita hadapi sekarang ialah walaupun dia berasal dari Malaysia atau dia bermastautin di sini atau dia ada sebab-sebab untuk berada di sini, tindakan mengambil terhadap dia dihadkan.
We do not have that kind of full power to investigate. Tetapi dengan ini, kita ada— katakan negara lain yang meminta dia diekstradisi, sekarang ia memberi sangat luas untuk mereka untuk membuat proses tersebut.
Tetapi walaupun sedemikian Yang Berhormat, walaupun the safeguard adalah apa jadi pun, ada penyiasatan atau tidak, muktamad— keputusan untuk membenarkan dia atau dihantar ke luar negara dan sebagainya akan dibuat oleh mahkamah. Bukan oleh kerajaan.
Kita hanya facilitate perkara tersebut. Saya harap itu akan dapat memberi sedikit keterangan. Cuma kita juga akan menggunakan, kalau Yang Berhormat ingat lebih kurang setahun dulu, saya telah membawa beberapa pindaan kepada mutual legal assistance dan ini terpakai.
Ini adalah satu di antara proses kita supaya kita menjadi satu negara yang progresif. Bukan sahaja digesa dengan ekonomi kita tetapi juga dengan tidak melakukan jenayah-jenayah dan melarikan diri. Don’t be a safe haven di Malaysia.
Ada soalan lagi, Yang Berhormat?
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Maknanya, dalam sudut ini— because, saya dah tengok perbahasan semalam, ramai yang bercakap tentang penyiasatan sama ada kita ada kapasiti untuk menyiasat dan sebagainya. Tetapi jawapan Menteri tadi menunjukkan bahawa penyiasatan ini bukan lagi ruang utama untuk dilaksanakan. Betul tak? Kalau saya boleh dapatkan sebab kita kena bagi jelas dekat— di luar sana itu.
Kita tak tahu apa yang berlaku di luar sana, di negara lain. Jadi, katakanlah ada rakyat Malaysia, anaknya terlibat atau kena menjadi mangsa kepada kes-kes sebegini.
Jadi, kalau dilaporkan di Malaysia sekalipun, tindakannya tidak akan diambil. Jadi, saya
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
nak dapat penjelasan itu, di peringkat siasatan, kalau ikut jawapan Timbalan Menteri tadi, kan? Maknanya, tindakan di peringkat siasatan ini...
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
...adakah akan diambil ataupun macam mana?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Saya nak— Bukan, saya tidak menyatakan bahawa penyiasatan tidak akan dilakukan. Kita perlu faham, penyiasatan akan dilakukan. Itu hak oleh pihak— mana-mana pihak berkuasa untuk menyiasat.
There is no compromise dalam hal itu.
Yang saya menekankan adalah di mana walaupun ada penyiasatan, apa akan jadi selepas itu? Selepas itu, satu keputusan akan dibuat oleh mahkamah. Itu bukan seolah-olah saya tak suka Putrajaya, saya melaporkan, lepas itu, terus diekstradisi dan sebagainya. It’s not as simple as that. Ada mahkamah yang akan— mahkamah yang bebas yang akan membuat keputusan serupa.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang satu lagi Yang Berhormat, topik yang sama berkaitan dengan saluran laporan tadi. Saluran pelaporan. Katakanlah rakyat Malaysia di luar negara nak laporkan, adakah melalui konsulat direct pada polis ataupun apa? Sebab tak jelas ini di luar sana. Maknanya, peruntukannya bagus tetapi dari sudut pelaksanaannya. Jadi, bagaimanakah pendekatan yang disebut kalau boleh dijelaskan?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, penyiasatan kalau katakan dibuat di negara tersebut, third country. Pihak polis lah yang akan membuat penyiasatan. Tetapi kita juga ada beberapa persamaan exchange of department ke department. Polis ke polis, kementerian luar negara ke kementerian luar negara. Dan mereka akan memberitahu kepada pihak-pihak yang berkenaan dan lepas itu, penyiasatan yang menyeluruh dapat dibuat di Malaysia dan ia boleh dirujuk— mesti dirujuk kepada mahkamah sebelum dia dihantar ke luar negara.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat...
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, saya ada sedikit jawapan.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Pasir Mas ini, Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Sebelum Pasir Mas, minta maaf. Saya nak jawab kepada Yang Berhormat Putrajaya kerana kalau tak jawab, dia akan tanya soalan yang sama macam semalam dan, dengan izin, just be patient a bit. Berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Putrajaya.
Pindaan ini tidak bermaksud bahawa Malaysia akan secara automatik mengambil alih semua kes yang berlaku di luar negara. Negara tempat kesalahan dilakukan, kekal mempunyai bidang kuasa utama yang menyiasat dan mendakwa mengikut undang- undang mereka.
Sekiranya laporan dibuat di kedua-dua negara, pihak berkuasa akan berunding dan bekerjasama melalui saluran kerjasama antarabangsa bagi menentukan tindakan yang paling sesuai berdasarkan fakta kes, keterangan, lokasi saksi dan kepentingan keadilan. Matlamatnya adalah untuk mengelakkan pertindihan prosiding dan memastikan berlaku tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.
Sekiranya seorang warganegara Malaysia ditahan di luar negara, termasuk di lapangan terbang negara berkenaan, Yang Berhormat memberitahu semalam, tindakan awal adalah tertakluk kepada undang-undang negara tersebut.
Jika individu itu kemudiannya dibawa pulang ke Malaysia, sebarang pendakwaan di Malaysia akan bergantung kepada semua— kepada sama ada syarat-syarat pemakaian luar wilayah di bawah akta dipenuhi, kecukupan, keterangan serta keputusan pendakwa raya. Ini jawapan Yang Berhormat.
Yang Berhormat...
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat, sedikit ya. Saya nak penjelasan tentang kes yang ditahan di Airport Australia tersebut, because bila dia ditahan itu, dia jumpa bahan-bahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak ini, dihantar balik terus. Jadi, bila sampai di airport, apakah prosedur dia? Itu saya tanya tadi. Adakah dia ditahan untuk disiasat ataupun dibiarkan keluar balik macam gitu?
Sebab saya nak tanya spesifik kes itu, apakah sebenarnya tindakan yang telah diambil? Jadi, kita nak tahu sebab sekarang ini seluruh dunia membuat penyelidikan ataupun membuat pemeriksaan yang lebih rapi terhadap digital punya gajet ini. Jadi, ada— tentunya ramai akan berlaku kes lagi yang dihantar balik tetapi apakah prosesnya? Kerana ini isu besar ini. Kalau dah di sana dah dibuktikan ada bahan-bahan begini tetapi kalau sampai di Malaysia, sampai di airport, dia balik rumah macam gitu sahaja. Maknanya kita tidak ada satu mekanisme.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Jadi soalan saya, apakah yang telah dibuat kepada mereka yang disebutkan dalam laporan itu dan apakah mekanisme yang akan digunakan oleh kerajaan? Terima kasih.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, kita perlu asingkan.
Nombor satu, di luar negara dan dalam negara. Yang Berhormat khuatir bahawa bila ada penyiasatan di luar negara dan selepas habis, dia balik ke Malaysia, apa akan jadi?
Yang Berhormat, selalunya pada pengetahuan saya lah, semestinya ada investigasi yang lanjut yang akan dibuat di negara ini. Kerana kalau katakan kes-kes yang dikenalilah, di antaranya yang kita tahu, kerajaan tak akan lepaskan mereka sewenang- wenangnya.
Pihak polis, dia— mereka tahu apa yang terjadi dan jika perlu, dia akan ditahan dan investigasi lanjutan akan dibuat. Itu tidak ada kompromi— mana-mana pun tidak ada kompromi lah supaya justice is served.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat, kalau boleh saya nak minta jawapan bertulis untuk kes tersebut. Jawapan bertulis, tindakan terhadap mereka— orang yang ditahan di Australia, dihantar balik terus itu. Apakah...
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang kes baru ini?
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
...kes tindakan?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Kes baru ini.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
That’s specific case. Saya nak tengok jawapan bertulis.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
[Tidak jelas] Yang Berhormat Tanah Merah ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pasir Mas.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Tanah Merah, adakah?
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Pasir Mas, saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Okey, terima kasih Timbalan Menteri. Saya sebab tadi topik yang agak berbeza.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Cuma saya nak minta penjelasan Timbalan Menteri, adakah Timbalan Menteri akan turut menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong semalam yang membangkitkan tentang kenapa di Kelantan banyak kes seksual kanak-
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
kanak dan menjadi liputan meluas di dalam media. Sebab kalau Yang Berhormat Menteri nak bangkit, nak turut menjawab, saya akan menunggu untuk dibangkitkan pada ketika itu.
Sebab kalau tak bangkit, saya rasa itu perlu diperbetulkan kerana perbahasan ini ialah di peringkat kementerian Yang Berhormat dan ia mengandungi fakta yang sangat mengelirukan Dewan dan jelas Yang Berhormat Jelutong cuba untuk berbohong di dalam Dewan Rakyat ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, semalam...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri, dengan izin.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Jelutong sudah jadi Menteri, dia boleh jawab.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Belum, belum.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Oh, belum?
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, seperti yang saya katakan tadi — kelmarin Yang Berhormat, ini adalah satu tuduhan yang dibuat terhadap saya. Bila saya berbahas kelmarin, sebab itu saya nyatakan — Yang Berhormat tidak hadir. Pasir Mas tidak hadir, mungkin ponteng Parlimen. Beliau sepatutnya...
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Yang Berhormat, kalau saya hadir pun, Yang Berhormat tak bagi orang lain bangun. Orang lain nak bangun, Putrajaya nak bangun, Masjid Tanah nak bangun, Yang Berhormat bukan bagi pun.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya, saya bangun kelmarin dan berbahas, ketika itu saya telah merujuk kepada laporan-laporan yang telah diterbitkan bukan oleh The Rocket. Satu adalah oleh New Straits Times, satu adalah Free Malaysia Today yang menunjukkan kepada statistik perlakuan kes-kes seksual di Kelantan yang makin meningkat. Dan ini ialah sesuatu yang tidak boleh diputarbelitkan.
Jadi, pertanyaan saya kepada Timbalan Menteri adalah kenapa kerajaan tidak memberi tumpuan untuk kita mengurangkan kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang begitu makin berleluasa di Kelantan. Apa tindakan kerajaan? Itu persoalan saya, bukan berbohong.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sebab itu Yang Berhormat Timbalan Menteri— terima kasih Yang Berhormat, sebab saya datang ke di sini ialah statistik kanak-kanak yang dikeluarkan oleh DOSM sendiri Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri— saya nak bantu Timbalan Menteri untuk nak jawab tuduhan, tohmahan daripada Jelutong. Tak pernah dalam statistik ini Kelantan muncul sebagai negeri tertinggi dalam apa jua jenayah seksual yang membabitkan kanak-kanak.
Memetik media sana, sini tanpa ada sebarang statistik adalah satu jenayah akademik yang tak boleh dilakukan oleh seorang Ahli Parlimen.
[Tepuk] Dan ini merupakan politik murahan yang dilakukan oleh Jelutong untuk berkempen untuk PRN Johor. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat, sebelum Besut, Besut...
Yang Berhormat Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Menteri, Menteri.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Sebelum sebut— sebelum Besut masuk dalam arena ini, biar saya jawab.
Yang Berhormat Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Menteri, Menteri, Menteri.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ini Besut dia akan tarik ke tempat lain, kita jawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Besut.
Yang Berhormat Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya nak tanya Jelutong...
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Sekejap, sekejap. Saya tak mahu bagi Pendang sama Besut cakap. Sekejap, sekejap. Sekejap...
[Ketawa] Saya jawab Yang Berhormat.
Yang Berhormat Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Menteri, Menteri, saya nak tanya Jelutong...
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Sekejap, sekejap. Minta maaf, sekejap.
Yang Berhormat Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Rujukan yang dibuat pada tahun bila? Ha, apa masalah?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya nak tanya...
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, semalam...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Besut.
Yang Berhormat Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Rujukan yang dibuat kepada New Straits Times...
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, Yang Berhormat, sekejap, sekejap.
Yang Berhormat Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Merujuk pada tahun bila...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Besut, biar Timbalan Menteri yang jawab.
[Dewan riuh]
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, Yang Berhormat, perkara yang dibacakan oleh Yang Berhormat semalam— oleh Jelutong adalah dari online website. Itu tidak boleh dinafikan dan angka-angka telah diberi...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Bangun]
Yang Berhormat Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Itu laporan pada tahun bila?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Sekejap Yang Berhormat. Sekejap Yang Berhormat.
Yang Berhormat Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Disebut Jalil Hassan. Jalil Hassan itu bila? Ketua Jenayah...
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Dia ada bagi tahu tahun pun, bukan— not...
Yang Berhormat Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dia tak bagi tahu tahun bila laporan itu dibuat.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ada Yang Berhormat.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Timbalan Menteri, biar saya bantu betulkanlah. Jelutong, semalam saya betulkan dah. Laporan Jelutong ambil tajuk dia, “Kelantan antara negeri yang tertinggi kesnya”...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bangun]
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Kejap, kejap Jelutong, sabarlah. Cuba bawa bertenang, okey.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Itu bertarikh 16 Mac 2023, saya ada laporan Jelutong. Jadi, saya kongsikan semalam. Kejap, kejap ya. Saya kongsikan semalam...
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
New Straits Times. Yang Berhormat Rayer mengatakan New Straits Times.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Sekejap. Saya kongsikan semalam, laporan 15 Mei 2024, “Selangor catat jenayah seksual tertinggi”. Kerana apa, kerana populasinya tinggi. Jadi, jangan politikkan benda ini. Benda jenayah seksual kanak- kanak ini letak tepi negeri. Dekat negeri mana pun berlaku. Kita fokus macam mana nak selesaikan, tak payahlah nak politikkan. I think Jelutong tutup buku. Terima kasih.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, terima kasih. Terima kasih.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey, Yang Berhormat Menteri sekejap.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Sekejap, sekejap. Minta maaf, minta maaf.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhomat Menteri, saya nak buat satu persoalan...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya rasa cukuplah. Biar Timbalan Menteri yang jawab, hanya tinggal 11 minit sahaja.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tak apa, saya ambil satu minit.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak apa, tak boleh.
Sila duduk.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tak boleh ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Timbalan Menteri, sila jawab.
Yang Berhormat Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Standard lawyer ini, Guan Eng.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Mikrofon.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Menteri.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Jangan mempolitikkan perkara ini.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Biar, biar, biar saya mengalihkan...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Masalah dia, mangkuk ayun itu politik.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pendang.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
...Saya ditugaskan untuk menjawab seberapa banyak soalan-soalan yang ditanya. Kalau saya tidak menjawab, semua rugi.
Ini perkara yang kita sekarang debate adalah politik sahaja.
Yang Berhormat Putrajaya semalam specifically dia membawa— I appreciate Yang Berhormat. Lepas Yang Berhormat memberitahu mana-mana you baca, semua kita membuat penyiasatan then. That’s correct. Jadi, kita mengalihlah. Biar— outside, Yang Berhormat boleh bercakap dengan saya di luar. Terima kasih.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tidak. Saya fasal tuduhan itu...
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih Pendang. Pendang, saya setuju, Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kalau DOSM okey, fakta DOSM...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, ikut peraturan. Sila duduk.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya duduk.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Mikrofon.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Puan Yang di-Pertua, kerajaan berpandangan bahawa istilah permanent resident lazimnya tidak ditakrifkan secara khusus dalam akta bagi tujuan untuk mengekalkan fleksibiliti dalam menentukan terma tersebut berdasarkan fakta dan keadaan unik setiap kes. Penentuan tersebut lazimnya melibatkan pertimbangan pelbagai faktor termasuk tempoh tinggal, pusat kehidupan keluarga, pendidikan, pekerjaan serta tahap integrasi seseorang dengan Malaysia.
Sekiranya satu takrif yang terlalu terperinci dimasukkan di dalam akta ini, ia berpotensi mengehadkan budi bicara serta mewujudkan takrifan-takrifan yang terlalu sempit.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Puan Yang di-Pertua, peraturan Dewan.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Sekejap, boleh, boleh— minta maaf.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
36, peraturan Dewan Menteri. Kena layanlah sebab ini undang-undang kita buat. Kalau tak mahu pakai, kita lempar buang buku ini. Okey, baik. Terima kasih Puan Yang di-Pertua, 36(12) berkenaan dengan fakta yang mengelirukan yang dikeluarkan oleh YB Jelutong sebab dia sudah menjadi Hansard. Jadi, kita kena perbetulkan keadaan ini supaya tidak menjadi angka rasmi yang disebut sebab saya minta...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, Yang Berhormat Pendang, sila...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Jadi saya nak minta, saya nak buat usul supaya...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya, buat usul.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
...Fakta yang dikeluarkan oleh Jelutong, saya tak nak minta dia tarik supaya dia perbetulkan, yang dikeluarkan oleh DOSM itu yang sah. Setakat staggered figure yang diambil oleh ketua-ketua polis negeri ini, saya boleh katakan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Adakah seorang pemimpin DAP ada kaitan dengan tauke...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Pendang...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Pendang, kalau nak buat usul, buat usul.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ini peraturan Dewan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Penentuan tersebut lazimnya melibatkan pertimbangan pelbagai faktor seperti yang saya kata...
Yang Berhormat Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Peraturan juga.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Sekiranya satu takrif yang terlalu terperinci...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kalau Peraturan 36(12), sila buat usul kepada Tan Sri Speaker.
Yang Berhormat Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Bukan
(12), 36(1). Dia menyentuh kepada bukan pindaan. Pindaan hanya kepada seksyen 3 sahaja. Bermakna di luar daripada itu tak boleh, tak boleh menyentuh langsung.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Itu pun semalam, kenapa tidak...
Yang Berhormat Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya, semalam.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
...Bangkitkan semalam. Sila duduk.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, Yang Berhormat, kita bukan di sini untuk scoring points.
Yang Berhormat Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Oh, masalah.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Kita berbahas macam Putrajayalah, straight to the point.
Yang Berhormat Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Standard peguam ini...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukuplah Ahli-ahli Yang Berhormat. Kalau tak mahu dengar jawapan dari Timbalan Menteri, boleh keluar rehat sekarang. Timbalan Menteri.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Sedikit, tiga minit.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Menteri, fasal dia mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan. Kita tak nak benarkan...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Pendang, saya sudah kata kalau mahu buat usul, buat usul kepada Tan Sri Speaker.
Kalau Yang Berhormat berdiri sekali lagi, saya akan rehatkan Yang Berhormat.
[Tepuk] Sambung.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Sekiranya satu takrif yang terlalu terperinci dimasukkan dalam akta ini, ia berpotensi mengehadkan budi bicara serta mewujudkan tafsiran yang terlalu sempit sekali gus menjejaskan objektif utama akta untuk memberikan perlindungan yang menyeluruh kepada kanak-kanak. Oleh itu, kerajaan berpandangan bahawa pendekatan ini adalah lebih sesuai bagi memastikan setiap kes dapat diputuskan secara adil berdasarkan merit dan keadaan masing-masing.
Takrifan bagi pemastautin tetap tidak ditafsirkan dalam cadangan pindaan kerana takrifan tersebut akan merujuk kepada mana-mana perundangan sedia ada.
Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Sri Aman, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Putrajaya membangkitkan mengenai isu pelaksanaan dan penguatkuasaan. Perkara ini saya telah jawab sebelum ini.
Saya mengalih terus ke isu berkenaan dengan latihan kepada guru, staf, murid di institusi pendidikan berkenaan dengan kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak- kanak. Yang Berhormat Tumpat dan beberapa Ahli Parlimen telah membangkitkan berkenaan dengan perlunya untuk diwujudkan latihan kepada guru, staf, murid di
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
institusi pendidikan berkenaan dengan kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak- kanak.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Dato’ Yang di-Pertua, kerajaan turut menekankan kepentingan kerjasama semua pihak dalam aspek pencegahan, pendidikan dan kesedaran bagi melindungi kanak- kanak daripada eksploitasi seksual dalam talian. Kerajaan turut menyarankan agar penekanan kepada usaha mengukuhkan pendidikan dan keselamatan digital di sekolah- sekolah bagi meningkatkan kesedaran murid terhadap risiko dalam talian termasuk jenayah seperti online grooming serta memperkasakan amalan penggunaan Internet yang selamat dapat dibuat melalui kerjasama antara agensi, terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kementerian Komunikasi dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Memandangkan skop tersebut di bawah kawal selia kementerian tersebut.
Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri terus melaksanakan pelbagai sesi perkongsian mengenai inti pati-inti pati kesalahan- kesalahan seksual terhadap kanak-kanak bagi meningkatkan tahap kesedaran berhubung dengan perkara ini.
Pihak SUHAKAM melalui pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak juga turut bekerjasama memastikan sesi perkongsian dilakukan dengan kerap kali di seluruh Malaysia.
Selain ini, ada beberapa Ahli Parlimen membangkitkan mengenai keberkesanan penguatkuasaan. Ini telah saya jawab sebelum ini.
Isu mutual legal assistance. Kerajaan MADANI pada hari ini mengambil makluman kepentingan mutual legal assistance dalam menangani jenayah-jenayah kompleks di Malaysia. Malaysia mempunyai pelbagai saluran kerjasama termasuk mutual legal assistance INTERPOL, bekerjasama polis ke polis, saluran diplomatik, kerajaan akan terus memperkukuh kerjasama rentas sempadan dengan negara-negara.
Selain itu, Malaysia mempunyai keupayaan untuk mendapatkan maklumat daripada luar negara melalui mekanisme kerjasama antarabangsa yang sedia ada termasuk kerjasama antara agensi penguatkuasaan, mutual legal assistance serta saluran polis antarabangsa dan rangkaian kerjasama.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Walau bagaimanapun, akses tersebut, maklumat tersebut adalah tertakluk kepada undang-undang negara yang berkenaan, perjanjian antarabangsa yang terpakai dan tahap kerjasama pihak berkuasa asing.
Sehubungan dengan itu, pindaan ini menyediakan asas perundangan yang lebih kukuh untuk tindakan penguatkuasaan. Manakala, keberkesanan turut bergantung kerjasama berterusan dengan negara lain dan penyiasatan dan perkongsian maklumat.
Isu stateless child telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Parlimen, mengenai isu stateless child sama ada kanak-kanak tanpa kewarganegaraan akan termasuk dalam ruang lingkup, ruang pindaan ini.
Tujuan utama fasal 2 rang undang-undang ini adalah untuk memperluaskan pemakaian luar wilayah Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 bagi memastikan pelaku yang mempunyai kaitan dengan Malaysia dan tidak mengekalkan tindakan undang-undang hanya kerana kesalahan itu dilakukan di luar negara.
Berhubung isu kanak-kanak tanpa kewarganegaraan, stateless child. Fasal 2 dengan jelas menggunakan frasa mana-mana kanak-kanak bagi kesalahan yang dilakukan oleh seseorang warganegara Malaysia, permanent resident Malaysia atau seorang yang mempunyai permanent resident lazimnya di Malaysia.
Ini menunjukkan bahawa fokus pindaan ini adalah untuk melindungi kanak-kanak sebagai mangsa serta memastikan pelaku tidak terlepas daripada undang-undang hanya disebabkan isu bidang kuasa dan sempadan negara.
Ringkasnya, pindaan bukan bertujuan mengehadkan perlindungan kepada mana-mana kategori kanak-kanak sekiranya pindaan ini memperluaskan bidang kuasa Malaysia supaya tidak— pelaku jenayah seksual yang mempunyai kaitan dengan Malaysia dapat menjadikan sempadan negara sebagai tempat berlindung daripada keadilan. Itulah matlamat dari semangat fasal 2 rang undang-undang ini.
Perlindungan digital terhadap kanak-kanak. Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Padang Serai telah membangkitkan perkara ini. Berhubung dengan cadangan supaya diwujudkan satu undang-undang khusus bagi berkaitan kesalahan seksual digital terhadap kanak-kanak. Kerajaan berpandangan bahawa Akta Kesalahan- Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak telah pun menyediakan kerangka perundangan yang komprehensif bagi menangani bentuk-bentuk eksploitasi seksual kanak-kanak.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung, masa sudah tamat.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ya, sebagai contoh seksyen 4 Akta 792 mentakrifkan bahawa seksual kanak-kanak secara luas sebagai apa-apa representasi sama ada visual, audio, bertulis atau gabungannya melalui apa-apa cara termasuk cara elektronik, digital, mekanikal, optik atau magnetik serta turut merangkumi imej realistik atau grafik secara kanak-kanak— seorang kanak-kanak atau seorang yang kelihatan seperti kanak-kanak tersebut dalam berlakunya seksual secara eksploitasi.
Takrif yang luas ini digubal secara teknologi neutral bagi memastikan ia kekal relevan meskipun teknologi terus berkembang termasuk dalam persekitaran digital. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.
Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Komunikasi (Puan Teo Nie Ching) dan diluluskan]
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 12.59 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Mengikut P.M. 73(1) Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat-Yang Berhormat, bagi sesi petang ini Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerja (Pindaan) 2025 telah dipersetujukan oleh Dewan Negara dengan pindaan kepada fasal 11. Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menimbangkan pindaan itu di bawah Peraturan Mesyuarat 73(1) dan mendapati bahawa pindaan itu adalah menepati tujuan Dewan ini dan hanya melibatkan satu fasal sahaja.
Oleh yang sedemikian, saya dengan ini memaklumkan kepada Majlis akan hal itu dan memohon Majlis memerintahkan supaya pindaan ini terus dipertimbangkan.
Saya dengan ini meminta Yang Berhormat Menteri mengemukakan pindaan tersebut.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memaklumkan bahawa Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan 2025 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 2 Disember 2025. Antara pindaan yang telah diluluskan pada ketika itu ialah cadangan pengenalan penalti maksimum sebanyak RM10,000 terhadap majikan yang gagal mematuhi kewajipan pelaporan kekosongan jawatan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 45F Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 [Akta 800].
Walau bagaimanapun, selepas kelulusan tersebut, kementerian telah menerima pelbagai pandangan dan maklum balas daripada pihak majikan, pertubuhan majikan serta pihak berkepentingan yang berpandangan bahawa kadar penalti tersebut adalah agak tinggi khususnya bagi kesalahan yang bersifat pentadbiran dan melibatkan ketidakpatuhan kali pertama.
Kebimbangan ini turut dibangkitkan oleh golongan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berpendapat bahawa kadar penalti tersebut boleh memberi
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
implikasi kewangan yang besar kepada mereka. Setelah menerima kira maklum balas yang diterima, Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 27 Februari 2026 telah bersetuju supaya rang undang-undang ini dipinda bagi memperkenalkan kadar denda yang lebih bersifat progresif berdasarkan kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh majikan.
Berikutan itu, Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan 2025 telah diluluskan oleh Dewan Negara pada 12 Mac 2026 dengan pindaan terhadap fasal 11 yang melibatkan subseksyen 45F(4) iaitu mengenakan denda tidak melebihi RM1,000 bagi kesalahan pertama, denda tidak melebihi RM3,000 bagi kesalahan kedua dan denda tidak melebihi RM5,000 bagi kesalahan ketiga atau yang berikutnya. Bagi kegagalan untuk memberitahu Pertubuhan Keselamatan Sosial secara bertulis tentang kekosongan jawatan atau jawatan baharu sebelum pengambilan pekerja untuk mengisi kekosongan jawatan atau jawatan baharu itu.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan berpandangan bahawa pindaan ini akan mewujudkan keseimbangan antara keperluan penguatkuasaan undang-undang dan keperluan untuk tidak membebankan majikan secara berlebihan. Pada masa yang sama, pindaan ini tidak menjejaskan tujuan asal peruntukan seksyen 45F iaitu untuk memperkukuh pematuhan majikan terhadap kewajipan pelaporan kekosongan jawatan, meningkatkan keberkesanan perkhidmatan pekerjaan serta memastikan maklumat pasaran buruh yang lebih tepat dan komprehensif dapat disediakan.
Kerajaan juga yakin bahawa pendekatan yang lebih seimbang dan progresif ini akan menggalakkan pematuhan secara sukarela dalam kalangan majikan di samping mengekalkan keberkesanan mekanisme penguatkuasaan yang diperlukan bagi memastikan objektif Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2025 terus tercapai. Sehubungan dengan itu, saya memohon Ahli-ahli Yang Berhormat untuk menyokong penuh pindaan ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah pindaan ke atas Rang Undang- undang Sistem Insurans Pekerja (Pindaan) 2025 yang dibuat oleh Dewan Negara mengikut Peraturan Mesyuarat 73(1) terbuka untuk dibahaskan.
Senarai yang ada di hadapan saya ini adalah seperti berikut. Dimulai dengan Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Sipitang, Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Sik, Yang
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berhormat Betong, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Raub, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Padang Rengas dan akhir Yang Berhormat Jempol. Masa diberi tujuh minit.
Walau bagaimanapun, tertakluk kepada budi bicara Pengerusi. Oleh yang sedemikian, saya persilakan Yang Berhormat Bakri untuk memulakan perbahasan.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Dato' Yang di- Pertua, Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) telah melabelkan tahun 2026 sebagai zon survival bagi PKS. Itu bukannya satu retorik tetapi adalah satu isyarat kecemasan.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Hari ini, majoriti PKS kita beroperasi dalam keadaan yang disifatkan sebagai nyawa-nyawa ikan dengan margin keuntungan yang sangat kecil iaitu sekitar 10 hingga 15 peratus. Di tengah-tengah himpitan kos operasi dan pelbagai kos pematuhan, pengenalan seksyen 45F dilihat bukannya sebagai satu talian hayat tetapi ia nya batu pemberat yang bakal menenggelamkan mereka.
Dato’ Yang di-Pertua, fokus kritikan adalah pada birokrasi tegar seksyen 45F.
Kita maklum bahawa kerajaan telah melakukan sedikit pengubahsuaian dalam fasal 11 melalui seksyen 45F(4) dengan memperkenalkan kadar denda bersiri iaitu tidak melebihi RM1,000 untuk kesalahan yang pertama, RM3,000 untuk kesalahan kedua dan RM5,000 untuk kesalahan ketiga atau berikutnya. Namun, persoalan dasar di sini ialah― mengapakah instrumen jenayah dan hukuman denda masih dijadikan jalan penyelesaian untuk urusan pentadbiran perniagaan? Bagi sesebuah PKS mikro atau kedai runcit keluarga di luar bandar, denda RM1,000 ini tetap satu tamparan besar kepada aliran tunai mereka yang semakin sempit.
Kewajipan untuk melaporkan setiap kekosongan jawatan secara bertulis kepada PERKESO sebelum sebarang pengambilan pekerja dibuat berserta dengan ancaman denda berlapis ini adalah satu pendekatan yang amat tidak mesra perniagaan. Adakah logik untuk menghukum majikan hanya kerana kelewatan dalam melaporkan jawatan kosong?
Dato’ Yang di-Pertua, Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menegaskan bahawa amalan antarabangsa tidak menggunakan pendekatan sebegini.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Saya bagi satu contoh. Di UK, melalui portal Find a job, data kekosongan jawatan disebut secara automatik dan di-synchronize daripada portal swasta. Tiada paksaan, tiada denda. Lihat pula Australia. Mereka menggabungkan notifikasi jawatan kosong dengan insentif, seperti subsidi gaji, sekiranya majikan mengambil pekerja dalam kalangan pencari kerja berdaftar. Kerajaan mereka telah memberikan carrot tetapi bukannya kayu pemukul.
Bagi Singapore pula, instrumen yang digunakan adalah sekatan pentadbiran ataupun, dengan izin, administrative restriction dalam kelulusan pas kerja di bawah Fair Consideration Framework, bukannya dengan memenjarakan atau mengenakan denda komposit wang Ringgit ke atas kegagalan untuk membuat laporan.
Negara lain telah menggunakan ekosistem digital untuk memberi insentif dan memudahkan urusan. Tetapi, negara kita telah memilih untuk membebankan PKS dengan ugutan untuk denda komposit bertingkat daripada RM1,000 hingga RM5,000 hanya untuk isu pelaporan. Mengapakah kita mengambil pendekatan sebegini? Saya mohon Menteri memberikan penjelasan kepada Dewan yang mulia ini apabila penggulungan nanti.
Dato’ Yang di-Pertua, ini tidak dilihat sebagai sesuatu reformasi pasaran buruh.
Ini adalah sesuatu birokrasi yang dilihat berjalan mundur ke belakang. Peniaga-peniaga kecil terutamanya, pada hari ini sudah terhimpit dengan beban sistem pematuhan yang datang bertubi-tubi. Sebagai contoh, ada e-PCB Plus, ada jadual CP500, ada e-Invois, ada MBRS oleh SSM. Setiap pelaporan ini, setiap sistem ini memerlukan kos, masa dan tenaga kerja yang khusus. Kalau kita tambah lagi satu lapisan dalam SIP ini, dia telah menukarkan slogan “ease of doing business” menjadi “hardship of doing business”. Maka, Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin tegaskan di sini, kita tidak pernah menolak agenda untuk kebajikan pekerja. Peningkatan elaun bantuan mobiliti kepada RM1,000 serta peluasan had yuran latihan pada RM7,000 adalah satu pembaharuan yang progresif yang kita alu-alukan.
Bagaimanapun, formula ekonomi yang sihat tidak boleh bersifat berat sebelah.
Kebajikan pekerja tidak akan mampan sekiranya ekosistem yang menyediakan peluang pekerjaan itu menerima hukuman secara bertingkat-tingkat sehingga di kalangan mereka terpaksa gulung tikar. Perlindungan sosial sepatutnya dibina atas semangat kolaborasi, bukannya paksaan perundangan yang menjerut leher majikan.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Oleh itu, saya menyeru supaya kerajaan menggantikan pendekatan untuk memberikan hukuman denda komposit ini kepada satu sistem insentif digital yang lebih inklusif dan mesra pengguna. Jangan kita biarkan dasar yang baik ini menjadi gagal hanya kerana cara pelaksanaannya tidak memahami kesulitan yang dihadapi oleh terutamanya peniaga-peniaga kecil dan mikro di lapangan.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Selanjut, saya mempersilakan Yang Berhormat Pendang. Silakan Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Saya bangun memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Akta Sistem Insurans Pekerjaan pada asasnya berpunca daripada, punca kuasa daripada Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017, yang mana Akta 800 ini disebut akta ibu, dan akan dipinda dalam tajuk panjang dengan memasukkan selepas perkataan, “Sekiranya...” ― ini bahasa undang-undang― “Sekiranya berlaku kehilangan pekerjaan”, perkataan “Dan perkhidmatan pekerjaan untuk mana-mana orang” yang bermula daripada seksyen― pindaan ini seksyen 1 sehingga seksyen 88― seksyen baharu yang disebut― seksyen baharu 81A dan 81B.
Tapi, dalam pindaan ini banyak menyentuh fasal 11. Rang undang-undang dipinda dengan menggantikan subseksyen 45F(4) yang dicadangkan dengan subseksyen berikut― “Mana-mana majikan yang melanggar subseksyen (1) melakukan satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan...”― kesalahan.
Pada prinsipnya, Dato’ Yang di-Pertua, saya menyokong pindaan yang dibuat oleh kerajaan khususnya cadangan untuk menyemak semula kadar denda terhadap majikan yang gagal memaklumkan kekosongan jawatan kepada PERKESO sebelum membuat pengambilan pekerja. Ini adalah baik kepada para pekerja. Jadi, seharusnya kita menyokong. Tetapi, masih lagi ada perkara-perkara yang perlu kita pinda untuk menambahbaikkan protection atau pun perlindungan kepada para pekerja dalam negara kita ini.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dato’ Yang di-Pertua, pindaan ini sebenarnya mengurangkan kadar denda daripada maksimum RM10,000 kepada denda secara berperingkat iaitu RM1,000 bagi kesalahan pertama dan RM3,000 bagi kesalahan kedua dan RM5,000 bagi kesalahan ketiga serta berikutnya.
Dato’ Yang di-Pertua, cadangan ini adalah saya melihat kepada pendekatan ini lebih seimbang kerana hukuman seharusnya mengambil kira tahap kesalahan serta memberi ruang kepada majikan. Khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana untuk memperbaiki pematuhan mereka kerana— ya lah, bila kita sebut perusahaan mikro kecil dan sederhana ini, mereka bermula— baru bermula.
Dengan modalnya, dengan pelaksanaan pengurusannya, dengan mereka menghadapi sistem-sistem perniagaan yang mereka terpaksa hadapi. Jadi, yang ini kita harap kerajaan boleh membantu mereka. Dan juga dengan pindaan sistem insurans pekerjaan ini, kita harap mereka...
[Batuk] Mereka akan lebih ringan dan lebih cepat bergerak untuk mereka maju dalam perusahaan mikro, kecil dan sederhana ini.
Namun begitu Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan beberapa perkara yang wajar diberikan perhatian oleh kementerian. Pertama, tujuan utama peruntukan ini bukanlah untuk mengutip denda tetapi memastikan setiap rakyat— memastikan setiap kekosongan pekerjaan dapat salurkan kepada rakyat Malaysia terlebih dahulu.
Persoalannya, sejauh manakah keberkesanan sistem padanan pekerjaan yang dikendalikan oleh PERKESO pada hari ini? Jika majikan diwajibkan melaporkan kekosongan jawatan, kerajaan juga perlu memastikan sistem itu benar-benar berfungsi, tempoh padanan mestilah pantas. Pangkalan data dan pencari kerja sentiasa dikemaskini dan proses pengambilan pekerja tidak menjadi lebih rumit. Apatah lagi kita tengok sekarang, lambakan pengangguran semakin meningkat daripada yang disasarkan oleh kerajaan. Maknanya, peluang pekerjaan itu semakin sedikit tetapi permohonan pekerja-pekerja-pekerja kita yang unemployed in the market ini sangat, dengan izin, meningkat. Yang ini perlu diberi perhatian oleh kerajaan dalam perkara ini.
Keduanya, jika tidak, majikan mungkin melihat kewajipan ini sebagai satu lagi beban pematuhan, bukannya satu mekanisme yang membantu mereka mendapat pekerja. Kedua, saya berharap kementerian mengambil pendekatan mendidik sebelum menghukum. Ramai majikan kecil kita tidak mempunyai jabatan sumber manusia yang
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
lengkap ataupun yang terurus. Ada yang tidak memahami sepenuhnya kewajipan di bawah akta ini. Oleh itu, selain penguatkuasaan, kementerian perlu memperluaskan kempen penerangan, latihan serta sistem peringatan automatik supaya kadar pematuhan dapat dipertingkatkan.
Dato’ Yang di-Pertua, matlamat kita ialah meningkatkan pematuhan secara sukarela, bukannya bergantung semata-mata kepada tindakan penguatkuasaan.
Ketiga, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai keberkesanan pelaksanaan peruntukan sedia ada— peruntukan sedia ada ya. Berapakah jumlah majikan yang gagal memaklumkan kekosongan jawatan kepada PERKESO sepanjang tempoh peruntukan ini dilaksanakan? Daripada jumlah tersebut, berapa ramai yang akhirnya berjaya mematuhi undang-undang selepas diberi notis atau tindakan penguatkuasaan?
Dato’ Yang di-Pertua, data ini penting kerana ia akan menunjukkan sama ada masalah sebenar berpunca daripada kadar denda yang terlalu tinggi ataupun daripada kelemahan pelaksanaan dan kesedaran. Saya harap Dewan ini dapat membahaskan dengan baik. Ini adalah untuk melindungi pekerja-pekerja kita dan juga sekiranya mereka menghadapi segala musibah.
Seterusnya Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Dewan yang dimuliakan sekalian.
Sistem insurans pekerjaan diwujudkan untuk melindungi pekerja dan memperkukuhkan pasaran buruh negara. Oleh itu, setiap pindaan yang dibuat perlu mencapai keseimbangan atau antara kepentingan pekerja, keperluan majikan dan objektif kerajaan untuk meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. We’re going to zerorize our unemployed in Malaysia, dengan izin.
Saya berharap pindaan ini bukan sahaja mengurangkan beban hukuman terhadap majikan tetapi turut disusuli dengan penambahbaikan terhadap sistem padanan pekerjaan, kecekapan digital PERKESO serta pendekatan penguatkuasaan yang lebih bersifat mendidik. Dengan itu Dato’ Yang di-Pertua, saya menyokong rang undang-undang ini untuk kebaikan para pekerja kita di Malaysia. Sekian, terima kasih.
Wabillahitaufiq walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Selanjut, dipersilakan Yang Berhormat Sipitang.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Helikopter turun ke padang, Banyak askar bawa senapang; Saya pembahas dari Sipitang, Demi pekerja negara gemilang. Mengawali ucapan, Sipitang ingin merakamkan penghargaan yang setinggi- tingginya kepada Kementerian Sumber Manusia atau ringkasnya KESUMA, di atas langkah tegas dan tindakan proaktif membentangkan Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan atau ringkasnya SIP, di Dewan Yang Mulia ini. Yang mana ia menjadi payung perlindungan kepada mereka-mereka yang satu hari nanti mungkin kehilangan payung tempat berteduh dalam dunia pekerjaan.
Ini penting kerana di dalam dunia yang serba mencabar ini, tidak mustahil ada kemungkinan dan kebarangkalian pintu pekerjaan di sektor-sektor tertentu akan tertutup. Apabila pintu syarikat tertutup dan pekerja diberhentikan, yang gugur bukan sekadar pekerjaan dan yang mencurah bukan sekadar air mata tetapi keyakinan, maruah dan masa depan akan hilang dan terpadam tiba-tiba. Di saat itulah kerajaan mesti hadir bukan sebagai penonton tetapi sebagai pelindung dan penyelamat.
Sistem Insurans Pekerjaan atau SIP yang diperkenalkan melalui PERKESO membuktikan bahawa kerajaan tidak meninggalkan pekerjanya begitu sahaja ketika mereka jatuh terkulai layu. Elaun mencari pekerjaan, bantuan latihan kemahiran, khidmat penempatan semula dan juga bantuan pendapatan merupakan jambatan yang menghubungkan seorang pekerja daripada kegagalan menuju harapan yang baharu.
Justeru, Sipitang yakin dan percaya bahawa rang undang-undang ini dapat memperkukuhkan lagi jaringan keselamatan sosial di negara kita. Ia merupakan sebuah mercu tanda kemanusiaan.
Dato’ Yang di-Pertua, dalam konteks negeri Sabah, berdasarkan laporan terkini daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang kini diterbitkan pada Mei dan Jun 2026. Pasaran buruh di negeri kami menunjukkan trend pemulihan yang positif. Kadar pengangguran di Sabah pada suku tahun pertama 2026 telah turun kepada 5.5 peratus berbanding 6.0 peratus pada suku tahun keempat 2025.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Meskipun kadar ini masih dikira tinggi jika dibandingkan dengan kadar purata nasional sekitar 2.9 peratus, namun ia merupakan penurunan yang agak ketara bagi negeri Sabah dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
Misalnya, pada tahun 2021 pasca pandemik, kadarnya berada pada paras 8.2 peratus, kemudiannya turun kepada 7.6 peratus pada tahun 2024. Manakala pada suku keempat tahun 2025 yang mencatat enam peratus pada suku pertama dan tahun ini turun lagi kepada 5.5 peratus.
Bagi mendepani isu pengangguran ini, Kerajaan Negeri Sabah melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ataupun KSTI Negeri Sabah tidak berpeluk tubuh. Ia sedang giat menjalankan program padanan kerja dan menjelajah pendidikan perburuhan di seluruh negeri. Ini kerana cabaran utama sekarang adalah jurang antara kemahiran pencari pekerja, khususnya belia dan graduan dengan kehendak industri digital serta industri bernilai tinggi yang sedang berkembang di Sabah.
Sehubungan dengan itu, Sipitang ingin bertanya. Apakah perancangan KESUMA untuk mengurangkan kadar pengangguran di Sabah? Lebih-lebih lagi dengan ketidak tentuan dinamika politik global yang membawa kepada pasang surut ekonomi dunia.
Dato’ Yang di-Pertua, Sipitang melihat pembentangan rang undang-undang ini sebagai sangat bertepatan sekali.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Ia bukti bahawa dasar yang baik bukan sahaja membina ekonomi tetapi juga membina harapan. Ia memastikan bahawa apabila seorang pekerja terjatuh, kerajaan menghulurkan tangan untuk mengangkat dan membangunkannya kembali.
Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan ini adalah ilham baharu umpama sinar bagi mereka yang kehilangan cahaya dan harapan seperti bait-bait lagu Kau Ilhamku oleh Man Bai yang menyebut tentang bintang, yang menghilang dalam kelam bagi menggambarkan perasaan mereka yang kehilangan harapan dalam pekerjaan misalnya, mereka bukan sekadar kehilangan pendapatan tetapi kehilangan arah dan harapan. Dan dalam kegelapan itu, kerajaan hadir sebagai sinar cahaya muncul dan menghidupkan kembali harapan.
Lagu itu sebenarnya membawa makna yang cukup mendalam. Biarpun secara zahirnya ia kelihatan seperti lagu cinta biasa-biasa, Dato’ Yang di-Pertua. Namun, mesej
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
tersirat jauh lebih luas. Terima kasih kerana undang-undang ini menjadi kerdipan bintang-bintang yang bersinar.
[Menyanyi] Beribu bintang di langit kini menghilang, Meraba aku dalam kelam, Rembulan mengambang, Kini makin suram, Pudar ilhamku tanpa arah, Sedetik wajahmu muncul dalam diam, Ada kerdipan, ada sinar, Itukah bintang ataupun rembulan, Terima kasih kuucapkan. Sekian, Sipitang mohon menyokong. Terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Sipitang ni unik sikit.
[Ketawa] Dia orang seni. Baik, terima kasih Yang Berhormat Sipitang. Baik, selanjutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Saya tak pandai nyanyi macam Sipitang.
[Ketawa] Suara base.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberikan laluan kepada Padang Terap untuk membahaskan Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 yang mana hari ini kita memfokuskan untuk membincangkan tentang pindaan fasal 11 seksyen 45F(4), yang mana fasal 11 ini mengenakan denda secara berperingkat mengikut bilangan kesalahan. Kesalahan yang pertama RM1,000, kesalahan yang kedua RM3,000 dan kesalahan yang ketiga RM5,000 dan seterusnya.
Saya melihat pindaan ini sangat penting kerana melalui hasrat utama PERKESO ialah untuk memastikan sekiranya wujud satu peluang pekerjaan, maka semua pencari kerja dalam Malaysia berhak untuk mengetahui kekosongan jawatan tersebut.
Keterlihatan kekosongan jawatan kosong ini adalah satu keadilan asas yang perlu diberikan kepada semua rakyat Malaysia yang sedang mencari pekerjaan.
Dato’ Yang di-Pertua, kalau mengikut apa yang dicapai oleh MYFutureJobs ataupun satu portal PERKESO yang majikan perlu mendaftarkan jawatan kosong yang
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
mereka ada. Tahun 2024, 200,000 penempatan pekerjaan daripada 1.5 juta kekosongan yang diiklankan dalam MYFutureJobs. 2025, 200,000 juga— 200,000 peluang pekerjaan, penempatan pekerjaan daripada 1.3 juta kekosongan yang telah diiklankan.
Jadi, hasrat seksyen 45F ini saya lihat ialah matlamat ialah untuk memastikan kekosongan jawatan pekerjaan tidak tersembunyi dan mesti diketahui oleh semua pencari kerja di Malaysia.
Cuma Dato’ Yang di-Pertua, dalam pindaan ini saya melihat ada sedikit flip-flop dalam kerajaan. Membuktikan bahawa kerajaan ini membuat keputusan yang tidak masak, membuat cadangan yang tidak masak. Saya sendiri terlibat dalam perbahasan RUU Sistem Insurans Pekerjaan pada bulan 12, 2025, saya tak sangka pada hari ini saya akan bangun sekali lagi untuk membahaskan pindaan fasal 11.
Flip-flop ini bermaksud kerajaan membuat keputusan yang separuh masak. Bila mendapat pelbagai pandangan ataupun mendapat pelbagai reaksi bantahan, maka kerajaan tarik balik brek, buat bincang balik dan ubah. Tapi tak apa. Cuma, saya harap dasar flip-flop ini tidak berulang pada masa akan datang kerana memberikan beberapa kesan. Antaranya ialah mengelirukan pasaran dan operasi di peringkat bawahan, memberikan imej yang tidak baik kepada kerajaan kerana dilihat tidak membuat kajian impak dan tidak membuat konsultansi awam awal dan juga menjejaskan keyakinan para pelabur.
Ini bukan kali pertama kerajaan flip-flop dalam keputusan penting kerajaan. Saya boleh senaraikan lima contoh flip-flop kerajaan. Pembatalan penajaan biasiswa JPA, penarikan subsidi ayam telur, eksport ayam ke luar negara, kad diskaun menu rahmah dan beras putih Malaysia MADANI. Ini contoh-contoh flip-flop dan saya harap supaya pihak kerajaan selepas ini pastikan cadangan-cadangan untuk rang undang-undang ini dilibatkan kesemua stakeholder, stakeholder supaya keputusan yang lahir itu masak dan memberikan manfaat kepada rakyat.
Yang terakhir iaitu tentang pematuhan 45F(4) ini. Saya mengharapkan supaya pihak KESUMA ataupun pihak PERKESO memberikan penekanan kepada kesedaran pendidikan dan pengetahuan tentang akta ini terutamanya majikan yang berkaitan PKS ataupun perniagaan mikro supaya mereka ini mengetahui tentang adanya undang- undang ini. Saya bimbang kalau orang-orang yang berniaga di Padang Terap, syarikat- syarikat kecil contoh di kampung-kampung yang tidak mengetahui tentang akta ataupun seksyen 45F kalau mereka tidak mendaftarkan kekosongan jawatan kepada
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
MYFutureJobs ataupun PERKESO, mereka dikenakan undang-undang, denda sehingga RM5,000.
Jadi, saya mengharapkan supaya pihak KESUMA dan PERKESO membuat libat urus yang mengambil tempoh sepertimana yang dicadangkan oleh PERKESO pada 4 Disember 2025, PERKESO telah mencadangkan untuk melaksanakan moratorium selama dua tahun sebelum penguatkuasaan undang-undang ini. Ketika itu, denda ialah RM10,000 sebelum adanya pindaan ini.
Denda RM10,000. PERKESO cadangkan supaya adakan moratorium selama dua tahun sebelum penguatkuasaan ini. Saya bersetuju dengan moratorium itu kerana saya fikir peniaga-peniaga kecil di kampung-kampung perlukan lebih masa untuk mengetahui kesan daripada ketidakpatuhan ataupun tidak mendaftar kekosongan jawatan dalam MYFutureJobs atau kepada PERKESO.
Yang terakhir ialah saya berharap supaya pihak KESUMA dan PERKESO memperkasakan portal MYFutureJobs. Yang pertama, pemerkasaan itu yang pertama ialah iklan kerja yang tidak aktif dalam MYFutureJobs supaya tidak ada lagi ribuan ataupun banyak senarai jawatan kosong dalam MYFutureJobs, pencari kosong melihat jawatan kosong, melihat iklan itu tidak aktif.
Yang kedua, kelewatan respons daripada pihak majikan. Ramai pencari-pencari kerja yang mendaftar dalam MYFutureJobs memohon pekerjaan tetapi respons yang diterima daripada majikan, e-mel yang diterima lambat ataupun mungkin tidak ada. Yang ini perlu ditambah baik oleh pihak PERKESO.
Yang ketiga, saya mengharapkan supaya dominasi pihak ketiga iaitu agensi pekerjaan third party yang menyiarkan iklan jawatan dalam MYFutureJobs dapat diatasi.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkan pindaan fasal 11 walaupun tadi ada daripada Bakri menyebut bahawa pindaan ini walaupun RM1,000, RM3,000 dan RM5,000 adalah untuk memastikan pematuhan tetapi ia tetapi memberikan kesan khususnya kepada syarikat-syarikat kecil ataupun peniaga-peniaga kecil yang wajib mendaftarkan. Kalau tak daftar kena denda sehingga RM5,000 tetap memberikan kesan tetapi saya juga bersetuju sepertimana Pendang supaya daripada RM10,000 turun kepada RM1,000 secara berperingkat, RM2,000 — RM3,000 ke RM5,000 dan saya mengharapkan penambahbaikan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa untuk memastikan pihak majikan dan juga pekerja mendapat manfaat bersama.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Selanjut, dipersilakan Yang Berhormat Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Jadi, cuba bayangkan seorang anak muda di Kampung Tanjung Bungah, ada kelayakan, ada semangat, ada impian tapi setiap malam dia menatap skrin telefonnya mencari kerja tetapi peluang itu tidak pernah sampai ke matanya. Bukan kerana kerja itu tak ada tapi kerana kekosongan itu tidak pernah diiklankan kepada sesiapa. Kerja ada, cuma ia tidak sampai kepada rakyat biasa dan itulah masalah yang kita cuba selesaikan dalam pindaan ini dan dari sudut niat serta prinsip. Jadi, Bukit Bendera melihatnya sebagai satu langkah yang wajar diberi perhatian yang serius.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Dato’ Yang di-Pertua, apabila majikan menyuarakan kebimbangan bahawa denda RM10,000 terlalu berat, kerajaan mendengar lalu menurunkannya kepada kadar berperingkat. Itu langkah yang wajar dan saya menghargai pendekatan kementerian serta PERKESO yang mendengar dahulu, bukan menghukum dahulu.
Namun begitu, saya mohon agar Yang Berhormat Menteri mempertimbangkan semua struktur penalti dengan lebih teliti. Saya tidak menolak penguatkuasaan, undang- undang tanpa penguatkuasaan hanya menjadi hiasan tetapi penalti yang terlalu berat, terlalu cepat dan juga terlalu kaku boleh mencipta kesan yang kita tidak ingini ataupun diniatkan.
Jadi pertama, penalti mesti membezakan antara majikan yang sengaja ingkar dengan majikan kecil yang tersilap kerana kurang faham. Sebuah syarikat besar ada jabatan sumber manusia, pegawai pematuhan dan sistem pentadbiran lengkap tetapi pemilik warung di Padang Tembak, kedai dobi keluarga di Pulau Tikus ataupun bengkel kecil di Tanjung Bungah menguruskan hampir kesemuanya sendiri. Mereka mungkin tidak mahu mengelak undang-undang, mereka mungkin sekadar tidak tahu prosedur, terlepas pandang ataupun tidak cukup kapasiti pentadbiran.
Jadi kedua, penalti yang terlalu menghukum boleh menimbulkan ketakutan, bukan pematuhan. Apabila perniagaan kecil melihat undang-undang ini sebagai risiko denda, bukan sebagai alat membantu pencarian pekerja, mereka mungkin menjadi lebih defensif. Ada yang mungkin memilih untuk tidak mengambil pekerja baharu, ada yang
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
mungkin kembali bergantung kepada rangkaian yang tidak rasmi, akhirnya niat asal untuk membuka peluang pekerjaan boleh terjejas.
Ketiga, kita mesti memastikan penguatkuasaan tidak menjadi beban birokrasi.
Jadi, matlamat pindaan ini perlu memastikan peluang kerja diiklankan secara telus kepada rakyat Malaysia. Tetapi, jika prosesnya rumit, sistemnya perlahan atau panduannya tidak jelas maka penalti akan menghukum kelemahan sistem, bukan semestinya kesalahan majikan.
Maka saya mencadangkan agar kementerian mempertimbangkan pendekatan yang lebih seimbang. Amaran pertama, tempoh pembetulan, bimbingan teknikal dan juga penalti mengikut saiz syarikat dan tindakan tegas hanya terhadap kesalahan yang berulang-ulang atau penipuan yang disengajakan. Dengan cara ini, undang-undang ini bukan sahaja tegas, tetapi juga adil.
Jadi Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya jelaskan mengapa pindaan ini tetap mempunyai asas yang penting. Selama ini, kerja yang terbaik sering bergerak melalui kabel, kini ia mesti bergerak melalui MYFutureJobs supaya anak orang biasa pun dapat melihat peluang yang sama. Itulah keadilan ya, keadilan peluang dan itulah maksud sebenarnya Malaysia milik kita bersama.
Dan faedahnya nyata, hilang kerja bukan penamat, elaun bekerja semula dinaikkan 50 peratus supaya seorang bapa di Padang Tembak yang baharu diberhentikan kerja mampu bertahan sementara mencari peluang yang baharu. Ingin belajar kemahiran baharu tetapi bimbang periuk nasi keluarga terganggu, elaun latihan RM30 sehari dan yuran sehingga RM7,000 boleh membantu seorang penganggur menimba kemahiran baharu tanpa menggadaikan kelangsungan keluarganya.
Dan berapa lagi ramai anak-anak Pulau Pinang terpaksa menolak kerja yang baik semata-mata mereka tidak mampu menanggung kos berpindah. Jadi di sini, elaun mobiliti RM1,000 itu mungkin nampak kecil di atas kertas, tetapi bagi anak muda daripada keluarga biasa ia boleh menjadi pintu yang akhirnya terbuka.
Namun, niat baik tidak boleh menjadi alasan untuk tutup mata terhadap risiko pelaksanaan. Maka saya kemukakan tiga persoalan yang saya harap Yang Berhormat Menteri jawab dengan jelas.
Nombor satu, pertama, beban terhadap perniagaan kecil. Saya menghargai moratorium dua tahun untuk PKS tetapi moratorium ini hanyalah penangguhan, bukan
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
penyelesaian. Jadi, dapat kah Menteri menjamin proses ini benar-benar ya, Jadi, [Tidak jelas] itu bukan sahaja beban borang tetapi sistem dan birokrasi.
Jadi yang kedua, adakah ini benar-benar mewujudkan pekerjaan atau sekadar mewujudkan jejak audit? Mewajibkan iklan satu perkara, memastikan rakyat Malaysia benar-benar diambil bekerja perkara yang lain. Jadi, berapa ramai rakyat Malaysia yang Menteri sasarkan untuk ditempatkan melalui MYFutureJobs setiap tahun?
Dan yang ketiga, tadbir urus data dan iklan palsu. Siapakah yang mengesahkan bahawa iklan itu tulen dan bukan sekadar ghost job dengan izin, untuk memenuhi kehendak undang-undang?
Jadi, bagaimanakah data peribadi pencari kerja dilindungi? Dan adakah pelaporan di bawah seksyen 45F akan dikaitkan dengan kelulusan kuota pekerja asing.
Jika ya, rakyat berhak mendengarnya dengan jelas.
Dato’ Yang di-Pertua, pindaan ini lahir daripada niat yang murni, tetapi niat baik semata-mata tidak pernah mengenyangkan sesiapa. Maka pendirian saya jelas, saya menyokong rang undang-undang ini kerana prinsipnya betul, ia mahu membuka peluang pekerjaan yang lebih telus dan adil kepada rakyat Malaysia.
Namun, sokongan ini datang dengan beberapa tanggungjawab untuk memastikan pelaksanaan diperhalusi. Penalti mesti adil, proses mesti mudah dan penguatkuasaan mesti mendidik sebelum menghukum. Kita perlu tegas terhadap penipuan, tetapi tidak menakutkan mereka yang benar-benar mahu patuh.
Kerana di satu sudut di Kampung Tanjung Bungah masih lagi ada seorang anak muda yang menunggu telefonnya berdering. Dia tidak minta belas kasihan, dia hanya meminta peluang dan tanggungjawab kita di Dewan yang mulia ini adalah untuk memastikan panggilan itu akhirnya tiba. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Selanjut dipersilakan Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullah dan selamat petang. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Saya juga bersama dalam petang ini untuk perbahasan Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 yang saya yakin rang undang-undang ini akan memberi kesan besar kepada seluruh anak-anak muda kita yang sedang mencari pekerjaan di
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sik, di Pulau Pinang tadi, di seluruh negara. Dan sudah pasti RUU ini penting untuk dilihat sebagai penanda aras kepada keperluan untuk kita mengawal di pihak majikan jika mereka ingin mengambil peluang yang tidak baik di atas keperluan rakyat untuk mencari peluang pekerjaan.
Pada asasnya, Tuan Yang di-Pertua saya menyokong usaha kerajaan memperkukuhkan Sistem Insurans Pekerjaan ini kerana tujuan SIP ini adalah melindungi pekerja yang kehilangan pekerjaan dan juga mempercepatkan mereka kembali bekerja serta memastikan pasaran buruh negara lebih stabil. Namun demikian, saya ingin menegaskan bahawa perlindungan pekerja bukan hanya bergantung kepada pembayaran faedah selepas mereka diberhentikan, bahkan yang lebih penting ialah ketelusan maklumat pasaran pekerjaan yang menjadi asas kepada keseluruhan sistem SIP ini. Di sini saya melihat ada beberapa perkara yang perlu diperhalusi oleh pihak kementerian sendiri.
Yang pertama, persoalan saya adakah pengurangan denda ini akan melemahkan pematuhan majikan itu sendiri? Adakah pindaan ini, ketika kita menurunkan penalti daripada maksimum RM10,000 kepada hanya RM1,000 bagi kesalahan pertama. Jadi, apakah justifikasi ekonomi dan dasar yang menyebabkan kerajaan berpendapat RM10,000 itu terlalu tinggi.
Adakah terdapat kajian impak dan persoalannya adakah terdapat konsultasi bersama PERKESO? Adakah terdapat statistik bahawa denda sedia ada menyebabkan majikan enggan mengambil pekerja? Jika tiada analisis tersebut, pindaan ini berisiko menghantar mesej yang salah bahawa kegagalan mematuhi kewajipan melaporkan kekosongan jawatan adalah satu kesalahan kecil.
Sedangkan, kegagalan melaporkan kekosongan pekerjaan akan menyebabkan di antaranyalah peluang pekerjaan gagal dipadankan kepada pencari pekerja, data pasaran buruh menjadi tidak tepat, keberkesanan MYFutureJobs yang terjejas seperti yang disebut para Ahli Parlimen tadi dan juga kadar pengangguran menjadi lebih sukar ditangani.
Tuan Yang di-Pertua, yang kedua isunya saya ingin membangkitkan ialah denda yang sama, tidak memberi kesan yang sama ya. RM1,000 mungkin besar bagi perusahaan mikro yang kecil di desa-desa di Sik dan sebagainya. Tetapi, kepada syarikat besar yang mempunyai ribuan pekerjaan, RM1,000 hampir tidak memberi apa- apa kesan. Ini menyebabkan hukuman menjadi tidak seimbang, prinsip keadilan bukan
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
bermaksud semua orang didenda pada kadar yang sama, prinsip keadilan ialah hukuman memberi kesan yang setimpal kepada semua.
Banyak negara telah menggunakan pendekatan ini, termasuklah dilihat dari segi di antaranya ialah penalti mengikut saiz syarikat, juga penalti mengikut bilangan pekerja, juga berkaitan penalti yang mengikut nilai gaji tahunan. Jadi, saya mencadangkan pihak kerajaan, pihak kementerian mula mempertimbangkan pendekatan ini untuk dilaksanakan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Isu yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, hukuman semata-mata tidak mencukupi.
Masalah sebenar bukan semua majikan sengaja melanggar undang-undang, ramai majikan kecil tidak memahami proses pelaporan. Ada yang gagal kerana kekurangan pegawai HR, pegawai human resource-nya, dengan izin. Kelemahan sistem digital di desa-desa ini mereka mungkin tidak ada talian Internet yang baik dan sebagainya, begitu juga soal kekeliruan prosedur.
Maka, kerajaan tidak boleh hanya bergantung pada hukuman semata-mata bahkan kerajaan perlu memastikan termasuklah sistem pelaporan yang lebih mudah, notifikasi automatik, begitu juga integrasi dengan sistem HR dan bantuan kepada perusahaan kecil ini.
Seterusnya isu yang keempat yang saya ingin bangkitkan ialah ― iaitu bagaimana MYFutureJobs masih belum dimanfaatkan sepenuhnya. Tujuan kewajipan melapor kekosongan ialah supaya peluang pekerjaan dapat dipadankan dengan pencari kerja. Namun, sehingga ke hari ini masih ramai majikan lebih suka memilih untuk mengiklankan pekerjaan itu sama ada di Facebook ataupun di Jobstreet ataupun platform swasta berbanding menggunakan MYFutureJobs.
Persoalannya adakah masalah sebenar berpunca daripada majikan yang tidak melapor atau sistem pemadanan pekerjaan sendiri masih belum cukup efisien. Jika sistem ini masih lambat maka menurunkan denda tidak akan menyelesaikan isu sebenar.
Isu yang kelima Tuan Yang di-Pertua iaitu melindungi majikan yang bertanggungjawab. Saya juga ingin berlaku adil kepada majikan. Tidak semua majikan melakukan kesalahan. Sebahagian besar majikan menghormati undang-undang.
Mereka membayar caruman, mereka mengisytiharkan pekerjaan, mereka menghantar laporan, mereka menyediakan latihan tetapi mereka akhirnya bersaing dengan majikan
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
yang tidak mementingkan undang-undang. Ini mewujudkan persaingan yang tidak adil.
Justeru pindaan ini tidak boleh dilihat sekadar mengurangkan denda, ia perlu memastikan majikan yang patuh tidak menjadi mangsa kepada majikan yang culas ini.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Sik. Boleh sikit?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ya, sila.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Sik tadi Tuan Yang di-Pertua. Cuma, bersetuju tak Sik bahawa mana majikan-majikan yang mematuhi peraturan kita sediakan reward ataupun hadiah, bagi yang melanggar kita denda? Itu maknanya mendorong mereka untuk ― supaya mematuhi apa yang telah diputuskan oleh undang-undang. Terima kasih.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ya, saya bersetuju dengan pandangan Hulu Terengganu, masuk dalam ucapan saya.
Yang keenam Tuan Yang di-Pertua, isunya ialah tiada mekanisme audit berkala.
Saya tidak melihat pindaan ini mengukuhkan aspek penguatkuasaan. Berapa ramai majikan sebenarnya diperiksa setiap tahun? Berapa ramai yang gagal melaporkan kekosongan? Berapa ramai didakwa? Berapa jumlah kompaun yang dikenakan? Jika kadar pemeriksaan sendiri rendah maka sebesar mana pun jumlah denda tidak akan memberi kesan? Dalam ekonomi moden, kepastian dikesan lebih berkesan daripada hukuman yang tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, maka saya memberikan beberapa cadangan maklum balas untuk pihak kementerian melihat beberapa aspek penambahbaikan termasuklah saya ingin mengemukakan beberapa prinsip iaitu ― dalam soal pengurangan denda ini bagi kesalahan pertama tetap hanya kepada iaitu perusahaan mikro, syarikat-syarikat kecil dan juga kesalahan teknikal yang tidak disengajakan iaitu untuk kesalahan yang pertama dilakukan.
Yang kedua, bagi syarikat yang besar yang berulang kali gagal mematuhi undang-undang denda hendaklah lebih tinggi malah mereka boleh dikaitkan dengan bilangan pekerja di bawah majikan tersebut.
Dan yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, PERKESO hendaklah mengeluarkan laporan tahunan kepada Parlimen yang mengandungi sama ada jumlah kekosongan yang dilapor, jumlah majikan gagal mematuhi, jumlah tindakan penguatkuasaan serta kadar kejayaan penempatan pekerjaan melalui MYFutureJobs. Jadi, Parlimen mesti
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
mempunyai data untuk menilai keberkesanan SIP ini yang sangat penting kepada keseluruhan rakyat kita, pekerja-pekerja kita.
Yang keempat, kerajaan perlu mewajibkan integrasi digital iaitu sama ada di antara sistem HR syarikat, PERKESO dan MYFutureJobs itu sendiri serta pangkalan data pasaran buruh supaya setiap pelaporan berlaku secara automatik tanpa membebankan majikan.
Dan yang kelima, terakhir Tuan Yang di-Pertua, majikan yang konsisten mematuhi undang-undang selama lima tahun berturut-turut hendaklah diberikan insentif sama ada pengiktirafan majikan patuh SIP seperti yang disebut tadi Yang Berhormat Hulu Terengganu ya, keutamaan dalam program latihan, potongan fi tertentu dan akses kepada sistem peningkatan kemahiran. Maka pendekatan ini akan menggalakkan budaya pematuhan secara positif bukan sekadar bergantung pada hukuman. Tuan Yang di-Pertua, itu perbahasan saya dan saya ucap terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Selanjutnya dipersilakan Yang Berhormat Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua di atas peluang untuk bahaskan Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025. Jadi, Betong menyokong fasal 11 yang memperkenalkan pendekatan hukuman secara berperingkat. Jadi pada hemat saya, pendekatan ini lebih kepada bersifat mendidik dan mengambil kira kemampuan perusahaan kecil dan sederhana. Namun, Dato’ Yang di-Pertua, terdapat beberapa persoalan penting yang memerlukan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Yang di-Pertua, pertamanya berhubung rasional penurunan kadar denda.
Rang Undang-undang asal yang mencadangkan denda sehingga RM10,000. Namun, kini diturunkan kepada RM1,000 bagi kesalahan pertama, RM3,000 bagi kesalahan kedua dan maksimum RM5,000 bagi kesalahan ketiga serta berikutnya.
Dato’ Yang di-Pertua, apakah asas atau kajian yang mendorong kerajaan menurunkan hukuman maksimum ini? Adakah terdapat bukti bahawa suatu denda RM10,000 itu terlalu tinggi sehingga menjejaskan pematuhan atau menyukarkan penguatkuasaan?
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Dato’ Yang di-Pertua, yang lebih penting adakah kementerian mempunyai bukti empirikal bahawa hukuman yang lebih rendah mampu meningkatkan kadar pematuhan?
Jika objektif utama pindaan ini adalah untuk memastikan semua kekosongan jawatan dilaporkan kepada PERKESO, mengapa pada masa yang sama penalti terhadap ketidakpatuhan pula dikurangkan?
Dato’ Yang di-Pertua, yang kedua Betong ingin mendapatkan penjelasan mengenai maksud kesalahan kedua dan kesalahan ketiga. Adakah sesuatu kesalahan hanya dikira selepas majikan disabitkan oleh mahkamah atau memadai berdasarkan rekod kesalahan yang direkodkan oleh PERKESO? Bagaimana pula jika sebuah syarikat gagal melaporkan lima kekosongan jawatan dalam satu tempoh? Adakah itu dikira satu kesalahan atau lima kesalahan yang berasingan?
Dato’ Yang di-Pertua, selain itu adakah rekod kesalahan ini kekal selama- lamanya atau terdapat tempoh tertentu sebelumnya dianggap sebagai kesalahan baharu? Sebagai contoh, jika kesalahan itu berlaku pada tahun ini 2027 Dato’ Yang di- Pertua dan tiada lagi pelanggaran selama 10 tahun sebelum berlaku sekali lagi pada tahun 2037 nanti, adakah ia masih dianggap kesalahan kedua?
Yang ketiga Dato’ Yang di-Pertua adalah mengenai mekanisme penguatkuasaan. Bagaimanakah PERKESO mengesan majikan yang tidak melaporkan kekosongan jawatan tetapi mengiklankannya di media sosial, portal pekerjaan atau pun platform pengambilan pekerja yang lain? Adakah penguatkuasaan yang dibuat melalui audit pemeriksaan berkala, aduan orang awam ataupun padanan data dengan agensi lain? Dato’ Yang di-Pertua, sekiranya penguatkuasaan hanya bergantung pada satu kaedah sahaja, adakah kementerian yakin bahawa kadar pematuhan boleh dipertingkatkan sedangkan saluran pengambilan pekerja pada hari ini semakin pelbagai?
Yang keempat, Betong mohon data mengenai tindakan penguatkuasaan.
Persoalannya berapakah jumlah notis, jumlah kompaun, jumlah pendakwaan dan juga sabitan yang telah direkodkan setakat ini? Jika jumlah tindakan masih rendah mungkinkah isu sebenarnya bukanlah kadar denda tapi kelemahan penguatkuasaan.
Dato’ Yang di-Pertua, Betong juga ingin mengetahui sama ada kementerian telah menjalankan analisis kos faedah penguatkuasaan? Dalam kadar tertentu kos menyiasat dan mendakwa mungkin lebih tinggi daripada nilai denda yang dikenakan. Jika demikian,
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
apakah strategi kementerian untuk memastikan bahawa penguatkuasaan ini terus kekal berkesan?
Dato’ Yang di-Pertua, yang kelima dan yang terakhir Betong ingin mendapatkan data mengenai kadar pematuhan majikan.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Adakah kementerian mempunyai statistik mengenai kadar pematuhan mengikut negeri dan sektor industri seperti pembinaan, pembuatan, perladangan, logistik dan juga perhotelan?
Dato’ Yang di-Pertua, data ini penting bagi kita mengenal pasti sektor mana ataupun negeri mana yang berisiko tinggi supaya pendidikan ataupun pemantauan dan penguatkuasaan dapat kita laksanakan secara lebih bersasar. Sebagai contoh, daripada keseluruhan kekosongan jawatan yang diwujudkan setiap tahun, berapa peratus sebenarnya dilaporkan kepada PERKESO melalui sistem yang diwajibkan?
Dato’ Yang di-Pertua, Betong memang menyokong hasrat kerajaan untuk meningkatkan pematuhan melalui pendekatan yang lebih progresif. Namun kejayaan pindaan ini bukan hanya bergantung kepada kadar denda semata-mata tetapi kepada kejelasan tafsiran undang-undang, keberkesanan penguatkuasaan serta ketelusan data yang dikongsikan kepada Dewan.
Jadi, Betong berharap Yang Berhormat Menteri dapat menjawab persoalan- persoalan ini secara terperinci agar pindaan yang diluluskan ini benar-benar mencapai objektif bagi kita meningkatkan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat melalui sistem pelaporan kekosongan jawatan yang lebih berkesan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Betong. Selanjut dipersilakan Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Saya bangun untuk menyokong pindaan yang dicadangkan oleh Dewan Negara terhadap Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025. Untuk rekod, rang undang-undang ini telah pun diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 2 Disember 2025 tetapi hari ini kita bukan lagi membahaskan dasar keseluruhannya tetapi hanya untuk mempertimbangkan pindaan yang dicadangkan oleh Dewan Negara berhubung kadar denda ke atas majikan.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Namun Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa kepada satu dimensi dan perspektif yang lebih besar. Saya melihat pindaan ini sebagai peluang untuk mengubah falsafah penguatkuasaan negara. Matlamat undang-undang bukanlah untuk mengutip sebanyak mungkin denda daripada rakyat. Matlamat undang-undang ialah membina budaya pematuhan.
Dalam ilmu pengawalseliaan moden, pendekatan ini dikenali sebagai responsive regulation iaitu penguatkuasaan yang bermula dengan pendidikan, bimbingan dan galakan. Manakala hukuman dikenakan kepada mereka yang terus menerus ingkar kepada arahan ataupun hukuman tersebut.
Begitu juga dalam bidang behavioural economics, pemenang Hadiah Nobel Ekonomi, Profesor Richard Thaler membuktikan bahawa manusia lebih mudah mengubah tingkah laku apabila diberikan galakan dan dorongan. Bukan semata-mata ancaman hukuman.
Tuan Yang di-Pertua, ini sebenarnya selari dengan fitrah manusia itu sendiri.
Allah Taala dah sebut dalam Quran, Allah Taala sebut [Membaca sepotong ayat Al- Quran] “Demi masa sesungguhnya semua manusia ini akan rugi” dimulakan dengan perkataan itu tetapi kalau tak mahu rugi, [Berbahas dalam bahasa Arab] orang yang tak rugi adalah orang yang beriman dan orang yang buat segala kebaikan dan amal yang soleh.
Ini adalah satu dorongan kerana fitrah manusia secara semula jadi tidak mahu terlepas dan rugi terhadap sesuatu perkara yang boleh menguntungkan. Maka inilah falsafah yang sepatutnya dibawa oleh kerajaan, bukan sekadar untuk meneruskan dengan meningkatkan denda-denda yang banyak tetapi yang lebih penting ialah dorongan untuk manusia itu sendiri supaya melaksanakan apa yang diarahkan dan mengikut segala prosedur kerana untuk mendapat rewards ataupun insentif daripada kerajaan.
Sebab itu apabila kita menggubal dasar, kita bukan hanya bertanya berapa tinggi dendanya tetapi kita juga perlu tanya, apakah manfaat yang diperoleh oleh mereka yang sentiasa patuh.
Tuan Yang di-Pertua, di United Kingdom sistem penalti pentadbiran cukai telah beralih kepada pendekatan yang lebih berperingkat. Melalui sistem mata penalti, matlamatnya ialah untuk membina pematuhan jangka panjang. Bukan menghukum setiap kesilapan pentadbiran.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Di Australia, Fair Work Ombudsman memberi penekanan kepada pendidikan, khidmat nasihat dan pematuhan secara sukarela, khususnya kepada pengusaha kecil sebelum tindakan penguatkuasaan yang lebih berat diambil. Di Singapura sebagai contoh, kerajaan mereka bukan sahaja menguatkuasakan undang-undang malah menyediakan latihan, pensijilan seperti bizSAFE, bantuan pendigitalan dan geran produktiviti bagi membantu syarikat mencapai standard pematuhan yang lebih tinggi.
Ini antara apa yang mereka buat untuk mendorong rakyat secara sendiri supaya patuh kepada setiap peraturan dan juga ketetapan yang telah pun ditentukan oleh kerajaan. Ini menunjukkan bahawa negara maju tidak hanya membina culture of punishment, tetapi membina culture of compliance.
Tuan Yang di-Pertua, sebab itu saya ingin mencadangkan supaya PERKESO tidak hanya melihat aspek penguatkuasaan. Mengapa tidak diwujudkan Sijil Majikan Patuh PERKESO? Ini antara yang boleh dibuat oleh kerajaan kepada syarikat-syarikat yang mempunyai rekod pematuhan cemerlang selama lima tahun, selama 10 tahun. Kita boleh buat begitu.
Mengapa tidak diberikan keutamaan kepada mereka dalam program latihan pekerja, geran pendigitalan ataupun insentif lain? Mengapa tidak diwujudkan sistem compliance rating supaya syarikat yang sentiasa mematuhi undang-undang mendapat pengiktirafan rasmi? Sekarang ini kita boleh cek rating itu dalam secara online contoh kita nak beli barang online pun kita akan tengok platform ataupun syarikat digital itu berapa rating dia.
Jadi, syarikat itu akan terkejar-kejar untuk mendapat rating itu dengan secara automatik mematuhi segala keperluan yang telah pun ditetapkan oleh kerajaan.
Akhirnya, kita dapat manfaat bukan semata-mata memfokuskan kepada punishment. Mengapa tidak diwujudkan sistem compliance rating?
Pendekatan seperti ini akan mewujudkan persaingan sihat. Majikan akan berlumba-lumba mengekalkan rekod pematuhan kerana ada nilai ekonomi dan reputasi yang boleh diperoleh.
Saya sering menyatakan dalam perbahasan sebelum ini. Beberapa hari lalu pun kita berbahas tentang peningkatan denda kesalahan rutin lalu lintas daripada RM300 kepada RM500, kita sangat tak setuju. Kita sangat tak setuju kerana pelbagai faktor di antaranya tidak akan menyelesaikan masalah.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tunggakan saman pun dah hampir RM1 bilion yang tak dibayar, kalau tambah saman sampai RM500, saya yakin lepas ini lebih daripada RM1 bilion orang tak akan bayar saman. Sepatutnya kita lihat juga kepada mereka yang bertahun-tahun mematuhi undang-undang.
Orang yang kata lima tahun tak pernah kena saman, tak langgar lampu isyarat, bayar road tax tepat, patuh kepada arahan lalu lintas, kita bagi beberapa penghargaan kepada mereka. Mengapa tidak?
Contohnya mereka diberikan diskaun. Kalau lima tahun tak kena saman bagi diskaun, bagi insentif kepada mereka, pembaharuan lesen memandu diberikan secara percuma. Pembaharuan cukai jalan diberikan secara potongan 50 peratus kerana rekod 10 tahun dia tak pernah pun melanggar lalu lintas. Ini adalah dorongan yang sepatutnya dilihat oleh kerajaan. Mengapa tidak diberikan semua ini?
Tuan Yang di-Pertua, majikan yang sentiasa menghantar maklumat tepat pada masanya, membayar caruman, melaporkan kekosongan jawatan, menjaga rekod pekerja dan tidak pernah disabitkan dengan pelanggaran undang-undang wajar diberi nilai tambah contohnya diskaun fi latihan.
Keutamaan menyertai program peningkatan kemahiran, akses lebih mudah kepada geran digitalisasi HR atau pengiktirafan sebagai majikan patuh yang boleh digunakan dalam tender kerajaan dan GLC. Apabila kerajaan menghargai kepatuhan, masyarakat akan berlumba-lumba untuk terus patuh. Itulah psikologi manusia. Mereka bukan sekadar takut didenda, mereka tidak mahu kehilangan manfaat yang ditawarkan.
Akhirnya, kita bukan sahaja mengurangkan pelanggaran undang-undang bahkan berjaya membina satu budaya yang lebih matang di mana rakyat dan majikan memilih untuk patuh kerana mereka melihat nilai pada kepatuhan itu. Atas pertimbangan itu saya menyokong pindaan yang dicadangkan oleh Dewan Negara ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Selanjut dipersilakan Yang Berhormat Raub.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya mulakan ucapan saya, saya ingin mengalu-alukan rombongan dari SMK Saint Andrew, Muar yang dibawa oleh YB Bakri.
[Tepuk] Selamat datang ke Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap mengenai pindaan Akta Sistem Insurans Pekerjaan ini. Pertama sekali, saya mahu memberi pujian kepada kerajaan menaikkan had yuran latihan daripada RM4,000 kepada RM7,000. Pengenalan elaun bantuan mobiliti sebanyak RM1,000 menaikkan kadar elaun pekerja semula awal daripada 25 persen kepada 50 persen.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan Bahagian VIA yang membolehkan PERKESO bekerjasama dengan agensi pekerjaan swasta berlesen merupakan langkah wajar bagi mengoptimumkan proses pemadanan pekerjaan. Pendekatan kolaborasi antara sektor awam dan swasta ini berpotensi meningkatkan kecekapan pengurusan pasaran tenaga kerja semasa, sekali gus memperluas akses peluang pekerjaan kepada rakyat.
Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, saya tetap rasa sangat confused dengan pengenalan seksyen 45F. Sebelum ini, pada Disember 2025, Jemaah Menteri sudah membuat keputusan yang sangat dipuji oleh semua pihak iaitu mahu memansuhkan hukuman denda dalam isu melaporkan jawatan kosong kepada PERKESO.
Persatuan majikan seperti FMM pun sudah keluar kenyataan, menyokong dan gembira dengan keputusan kerajaan waktu itu. Peniaga-peniaga sudah boleh tarik nafas lega. Tetapi, kerajaan nampaknya telah sekarang membuat U-turn. Daripada keputusan asal untuk memansuhkan terus denda tersebut, sekarang tukar fikiran dan hanya membuat pindaan sahaja. RUU ini menukar denda ini kepada denda bertingkat. Ia dulu RM1,000 untuk kesalahan pertama, RM3,000 untuk kesalahan kedua dan RM5,000 untuk kesalahan seterusnya.
Persoalannya, kenapa denda ini masih perlu wujud? Bagi sebuah kedai kecil atau peniaga kecil, walaupun denda RM1,000 sahaja tetapi itu tetap satu jumlah wang yang besar kepada mereka. Ini akan membebankan mereka. Kenapa kami tidak boleh berpegang kepada janji asal pada Disember lepas, untuk membuang terus denda ini?
Kenapa daripada mahu mansuh, tiba-tiba hari ini, berubah menjadi pinda dan kekalkan denda?
Peniaga kita mahu perniagaan jadi lebih mudah. Bukan mahu dihukum dengan denda, jika terlewat hantar surat atau laporan jawatan kosong. Oleh itu, Raub memohon
Tuan Chow Yu Hui - Raub
penjelasan daripada pihak Menteri, mengapa janji untuk memansuhkan denda ini berubah di tengah jalan? Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Raub. Kita terus kepada pembahas yang berikutnya, Yang Berhormat Padang Serai.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya bangkit hari ini selaku Ahli Parlimen Perikatan Nasional daripada Parti BERSATU untuk menyatakan pendirian serta kupasan kritikal berhubung pindaan Rang Undang- undang Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) 2025 dengan menimbang teliti pindaan yang telah dibuat di Dewan Negara mengikut ketetapan Peraturan Mesyuarat 73(1).
Sebagai blok pembangkang yang membina, konstruktif opposition, komitmen kita adalah untuk memastikan, setiap baris ayat dan fasal yang dipinda, bukan sekadar indah di atas kertas tetapi kalis laksana, execution proof demi membela nasib pekerja dan masa yang sama, tidak mencekik sektor perniagaan yang menjadi nadi ekonomi negara.
Perkara pertama, impak positif pindaan Dewan Negara terhadap kebajikan para pekerja. Pindaan ini yang diusulkan oleh Dewan Negara, khususnya yang melibatkan peluasan skop takrifan, kehilangan pekerjaan (loss of employment) serta peningkatan kadar Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) merupakan satu anjakan yang wajib kita puji secara objektif.
Peluasan skop perlindungan, pindaan ini merangkumi situasi pemberhentian sukarela bersyarat seperti kes gangguan di tempat kerja atau pelanggaran kontrak oleh majikan dan penutupan syarikat akibat penstrukturan semula untuk teknologi, automasi dan AI. Ini adalah satu kemenangan moral untuk pekerja.
Sistem sokongan yang lebih kukuh, dinamika pasaran buruh tahun 2026 menuntut jaring keselamatan yang tidak rigid. Pindaan peningkatan jaringan peratusan gaji ganti rugi daripada purata 50 peratus kepada struktur progresif yang lebih tinggi pada tiga bulan pertama, memberi ruang bernafas, resting room yang tulen kepada pekerja yang terkesan untuk menyusun semula hidup mereka tanpa jatuh muflis seketika.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Namun kritikan kita di pihak BERSATU adalah dari sudut kecekapan penyaluran.
Apa guna angka, angka pampasan dinaikkan, jika birokrasi kelulusan PERKESO masih mengambil masa berminggu-minggu. Pekerja yang hilang mata pencarian memerlukan wang tunai semalam, bukan dua bulan yang akan datang.
Perkara kedua, implikasi pindaan terhadap komuniti majikan. Roda ekonomi yang terbeban. Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh melihat kebajikan pekerja dalam acuan vakum. Di seberang meja pekerja, ada majikan yang membayar gaji. Kami ingin mengingatkan kerajaan bahawa sebarang peluasan manfaat SIP, biasanya akan disusuli dengan tekanan kos, sama ada melalui kenaikan kadar caruman ataupun kos pentadbiran syarikat.
Tekanan kos PKS. Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) membentuk lebih daripada 97 peratus daripada ekosistem perniagaan di Malaysia. Di kala kos utiliti, cukai dan kos bahan mentah pada tahun 2026 ini semakin mencabar. Pindaan ini berisiko menjadi jerami terakhir yang memetahkan belakang unta sekiranya mekanismenya memaksa majikan menanggung liabiliti tambahan.
Risiko pengecilan operasi. Jika kos pematuhan (compliance cost) dan pelindungan ini terlalu menekan, majikan mungkin mengambil jalan pintas dan membekukan pengambilan pekerja baharu atau beralih kepada kontrak jangka pendek.
Pekerja gig yang terlepas daripada caruman SIP. Niat asal mahu melindungi pekerja.
Akhirnya, menyekat peluang pekerjaan baharu. Kerajaan mesti menyediakan insentif cukai ataupun subsidi silang (cross subsidization) kepada PKS yang patuh.
Sejauh manakah pindaan ini memberikan pelindungan menyeluruh? Persoalan fundamental yang perlu kita jawab hari ini. Adakah pindaan ini di bawah Peraturan Mesyuarat 73(1) ini benar-benar menyeluruh, komprehensif atau sekadar menampal plaster pada luka yang parah?
Yang pertama, keciciran sektor informal dan ekonomi gig. Statistik menunjukkan jutaan rakyat Malaysia kini, bergantung kepada ekonomi gig dan sektor tidak formal.
Pindaan RUU SIP 2025 ini, jika dilihat masih bersifat formal sentrik, tegar kepada majikan dan pekerja berstruktur. Bagaimana nasib penghantar makanan, pemandu pusingan dan pekerja bebas, freelancers jika mereka kehilangan kontrak secara tiba- tiba? Pelindungan menyeluruh tidak wujud selagi ada diskriminasi struktur-struktur pekerjaan.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Program latihan semula, upskilling yang lesu. SIP bukan sekadar skim sedekah yang wang tunai. Roh asal SIP adalah Active Labour Market Policies (ALMPs). Pindaan Dewan Negara sepatutnya meletakkan KPI yang ketat kepada agensi pelaksana untuk memastikan pekerja yang menerima faedah wajib dipadankan dengan latihan berkemahiran berimpak tinggi seperti analisis data teknologi hijau dalam tempoh 60 hari.
Bukannya membiarkan mereka hanyut dalam pasaran kerja lama yang kian pupus.
Pindaan kepada RUU ini, kesan kepada makroekonomi dan sosial ekonomi pekerja. Dari segi ekonomi, kuasa beli dana SIP bertindak sebagai automatic stabilizer dalam ekonomi. Apabila pekerja mengekalkan kuasa beli minimum, kitaran tunai domestik tidak merudum jatuh ketika kadar pengangguran mikro meningkat.
Dari sudut moralnya, jika bantuan terlalu selesa tanpa pemantauan pencarian kerja yang agresif, ia boleh mencetuskan sindrom kebergantungan, di mana pekerja memilih untuk tidak bekerja, selagi elaun SIP masih berjalan.
Dari segi kestabilan mental dan institusi keluarga. Kehilangan pekerjaan adalah punca utama keretakan rumah tangga , tekanan mental, keciciran pendidikan anak- anak, jaringan keselamatan yang lebih tebal mengurangkan panik sosial ini. Stigma pasaran kerja, pindaan mesti memastikan rekod tuntutan SIP tidak menjadi red flag ataupun tanda amaran kepada majikan baharu yang skeptikal terhadap produktiviti pekerja tersebut di masa hadapan.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya kami menerima pindaan yang dibuat daripada Dewan Negara ini demi maslahat pekerja, namun menetapkan syarat pelaksanaan yang ketat. Kerajaan tidak boleh sekadar berpuas hati meluluskan undang-undang. Kita menuntut supaya ketelusan penuh dalam tadbir urus dana SIP.
Yang kedua, penyederhanaan birokrasi melalui pendigitalan penuh proses tuntutan-tuntutan wajib diluluskan dalam masa tujuh hari bekerja. Yang ketiga, mekanisme perlindungan kontigensi bagi pihak majikan PKS agar mereka tidak terbeban dengan kos operasi yang baru. Jangan biarkan pindaan ini menjadi sekadar retorik politik sang penguasa untuk meraih undi. Sedangkan di realiti bumi yang nyata pekerja terus melarat dan majikan terus menggulung tikar. Sila ambil maklum teguran kritikal ini demi Malaysia yang adil dan berdaya saing. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Selanjut dipersilakan Yang Berhormat Kepong.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Pindaan RUU ini yang mengurangkan denda maksimum asal sehingga RM10,000 digantikan dengan denda tidak melebihi RM1,000 bagi kesalahan pertama, RM3,000 bagi kesalahan kedua, dan RM5,000 bagi kesalahan ketiga atau berikutnya.
Saya menyokong prinsip denda yang lebih setimpal ini. Bukan semua kesalahan perlu terus dihukum dengan denda sehingga RM10,000. Perusahaan kecil, peniaga mikro dan majikan yang baru menyesuaikan diri dengan sistem baharu tidak patut menerima hukuman yang terlalu berat bagi pelanggaran pentadbiran.
Tetapi, pindaan ini masih belum cukup kemas. Pertama, pindaan menggunakan istilah kesalahan pertama, kesalahan kedua dan kesalahan ketiga atau yang berikutnya.
Kerajaan perlu menjelaskan dengan terang. Adakah denda lebih tinggi hanya dikenakan selepas majikan telah disabitkan bagi kesalahan terdahulu. Ini penting supaya seorang majikan tidak terus dianggap melakukan kesalahan kedua atau ketiga hanya kerana beberapa pertuduhan difailkan pada masa yang hampir sama.
Undang-undang jenayah mesti jelas. Majikan mesti tahu bila sesuatu pelanggaran dianggap kesalahan pertama, bila ia menjadi kesalahan berulang dan apakah tindakan yang perlu diambil untuk mematuhi undang-undang.
Kedua, fasal 11 hanya mengurangkan denda. Ia tidak membaiki kelemahan pada subseksyen 45F yang dicadangkan. Subseksyen 45F(1) mewajibkan majikan memaklumkan kekosongan jawatan atau jawatan baharu kepada PERKESO sebelum pengambilan pekerja. Tetapi perkataan kekosongan jawatan dan jawatan baharu tidak dihuraikan dalam peruntukan ini.
Kerajaan perlu menjelaskan melalui undang-undang atau peraturan, apakah bentuk pemberitahuan yang sah? Bila pemberitahuan dianggap lengkap dan bagaimana majikan mendapat bukti bahawa laporan telah diterima oleh sistem PERKESO? Kalau sistem gagal, portal tergendala, atau majikan tidak menerima pengesahan, adakah majikan masih boleh didakwa. Jangan wujudkan kewajipan undang-undang tanpa prosedur yang mudah, jelas dan boleh dipatuhi.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Ketiga, terdapat satu jurang yang nyata subseksyen 45F(3), mewajibkan majikan memaklumkan PERKESO dalam tempoh tujuh hari apabila jawatan itu telah diisi. Tetapi subseksyen 45F(4) hanya menjadikan pelanggaran subseksyen 45F(1) sebagai kesalahan. Ini bermakna majikan boleh melaporkan kekosongan pada awalnya tetapi gagal mengemas kini bahawa jawatan itu sudah diisi tanpa kesalahan khusus di bawah subseksyen 45F(4).
Akibatnya, sistem PERKESO boleh terus memaparkan jawatan yang sebenarnya sudah tidak wujud. Ini menjejaskan pencari kerja. Mereka mungkin memohon jawatan yang telah lama diisi. Ia juga menjadikan data pasaran buruh tidak tepat. Kalau tujuan RUU ini ialah membina sistem padanan kerja yang baik, data mesti tepat dari awal hingga akhir.
Oleh itu, kerajaan perlu pertimbangkan supaya kewajipan di bawah subseksyen 45F(3) juga diberi mekanisme penguatkuasaan yang sesuai. Dato’ Yang di-Pertua, saya setuju denda RM10,000 dikurangkan tetapi jangan sekadar menukar angka.
Fasal 11 perlu memastikan tiga perkara termasuk kesalahan berulang mesti jelas, prosedur pematuhan mesti mudah dan maklumat jawatan yang sudah isi mesti dikemas kini secara berkesan. Undang-undang yang baik bukan hanya menetapkan denda. Undang-undang yang baik mesti jelas, praktikal dan benar-benar membantu pencari kerja. Sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Padang Rengas.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di- Pertua, terima kasih memberi peluang kepada Padang Rengas untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan
(Pindaan) 2025 bagi mengimbangkan pindaan yang telah dibuat oleh Dewan Negara.
Pada prinsipnya, saya menyokong pindaan ini kerana ia bertujuan memperkukuhkan pelaksanaan sistem insurans pekerjaan di negara kita. Di samping memastikan keseimbangan antara keperluan penguatkuasaan dengan kemampuan majikan untuk mematuhi peruntukan undang-undang.
Pindaan yang dibuat oleh Dewan Negara melibatkan fasal 11 iaitu penggantian subseksyen 45F(4) yang memperkenalkan kadar denda secara berperingkat terhadap
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
majikan yang gagal mematuhi kewajipan memaklumkan kekosongan jawatan atau jawatan baharu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial sebelum pengambilan pekerja dibuat.
Melalui pindaan ini, bagi kesalahan pertama majikan boleh didenda tidak melebihi RM1,000, kesalahan kedua tidak melebihi RM3,000 dan bagi kesalahan ketiga serta seterusnya tidak melebihi RM5,000. Tuan Yang di-Pertua, saya berpandangan pendekatan ini adalah lebih adil dan pragmatik berbanding dengan cadangan asal yang mengenakan denda sehingga RM10,000 bagi setiap kesalahan.
Kita perlu mengakui bahawa sebahagian besar majikan di negara ini terdiri daripada perusahaan mikro kecil dan sederhana yang kadangkala berhadapan dengan kekangan pertadbiran serta kekurangan kefahaman terhadap keperluan pelaporan yang baharu. Pendekatan denda secara bertingkat ini memberi peluang kepada majikan untuk memperbaiki kelemahan pematuhan tanpa menjejaskan matlamat kerajaan untuk meningkatkan ketelusan pasaran buruh negara.
Pada masa yang sama, saya ingin menegaskan bahawa kewajipan memaklumkan kekosongan jawatan kepada PERKESO bukan sekadar proses pentadbiran biasa. Ia merupakan satu mekanisme penting bagi membolehkan kerajaan memperoleh data pasaran buruh yang lebih tepat, membantu proses padanan pekerjaan, mengurangkan kadar pengangguran serta meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Dalam keadaan ekonomi yang sentiasa berubah, maklumat yang tepat mengenai kekosongan pekerjaan amat penting bagi membolehkan dasar tenaga kerja dirancang dengan lebih berkesan.
Namun demikian, saya ingin mencadangkan agar pihak kerajaan dan PERKESO memperhebatkan usaha advokasi serta pendidikan kepada majikan khususnya perusahaan kecil dan sederhana supaya mereka memahami kewajipan ini dan tidak hanya mengetahui tentang perkara ini apabila tindakan penguatkuasaan diambil. Selain itu, kerajaan juga perlu memastikan sistem pelaporan kekosongan jawatan yang digunakan adalah mudah, mesra pengguna, cepat dan tidak membebankan majikan.
Dato’ Yang di-Pertua, pindaan yang dibuat oleh Dewan Negara ini memperlihatkan keseimbangan antara aspek penguatkuasaan dan prinsip keadilan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan mesyuarat****]
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Ia masih mengekalkan unsur pencegahan terhadap ketidakpatuhan, namun pada masa yang sama mengambil kira realiti operasi perniagaan dan cabaran yang dihadapi oleh majikan.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Justeru, saya menyokong pindaan yang dicadangkan oleh Dewan Negara terhadap Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 ini demi memperkukuhkan ekosistem pasaran buruh negara, meningkatkan keberkesanan sistem insurans pekerjaan serta memastikan perlindungan sosial pekerja terus diperkasakan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Saya jemput Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,* salam sejahtera dan juga selamat petang. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Fasal 11, Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 [Akta 800] bertujuan memperluaskan fungsi PERKESO bagi memperkukuh perkhidmatan pekerjaan serta menyokong pembangunan pasaran buruh yang lebih aktif.
Pindaan susulan seksyen 45F, Akta 800 ini berfokus kepada mengurangkan penalti RM10,000 kepada suatu jumlah yang lebih rendah secara berperingkat. Sukacita Jempol ingin membahaskan tiga perkara berhubung dengan pindaan ini.
Pertama, beban pematuhan terhadap majikan. Seksyen 45F mewajibkan setiap majikan memaklumkan kepada PERKESO secara bertulis mengenai kekosongan jawatan atau jawatan baharu sebelum pengambilan pekerja dibuat. Dari sudut dasar, langkah ini boleh membantu mewujudkan pangkalan data kekosongan jawatan yang lebih menyeluruh.
Walau bagaimanapun, realiti operasi syarikat khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana sering memerlukan pengambilan pekerja dibuat dalam tempoh yang singkat bagi memastikan operasi tidak terganggu.
Kewajipan tambahan ini berpotensi meningkatkan beban pematuhan sekiranya proses pelaporan tidak dipermudahkan. Persoalan Jempol kepada pihak kerajaan,
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
apakah mekanisme pengecualian atau prosedur khas akan disediakan bagi kes pengambilan pekerja yang bersifat segera dan adakah proses pelaporan ini akan dilaksanakan sepenuhnya secara digital bagi mengurangkan beban pentadbiran majikan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Jempol, Jempol nak minta pandangan sikit Jempol, boleh?
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Sila.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tadi saya dengar sahabat saya daripada Padang Serai.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Ya.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Dia bahas tadi, dia kata, dia katalah, dia cakap, kan? Rang undang-undang ini kerajaan yang ada pada hari ini jadikan modal untuk politik. Saya rasa tak betul itu. Kemudian di akhir ayat-ayat dia tadi Jempol, dia ada sebut, dia kata pekerja dekat Malaysia ini derita, sengsara, merana.
Jadi, saya nak tahu Jempol, apa yang sengsaranya, apa yang deritanya, kan? Sebab kalau kita tengok, saya check tadi ini, maksudnya pekerja asing yang berdaftar dalam negara kita ini hampir mencecah 2.1 juta.
Maksudnya, sektor pekerjaan dalam negara kita ini ada, kerja ada. Mungkin rakyat dalam negara kita ini mungkinlah kita boleh nasihatlah kepada warga dan juga masyarakat yang terdapat dalam negara kita ini, maksudnya ya lah faktor nak pilih kerja ini memang kena pilihlah tapi jangan memilih sangat lah saya rasa Jempol, sebab kerja ada. Sebab 2.1 rakyat asing yang kita minta untuk bekerja di pelbagai sektor yang terdapat di dalam negara kita. Saya minta pandangan daripada teman dan juga sahabat saya, Jempol. Terima kasih Speaker.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih Hulu Langat.
Sudah semestinya. Kalau kita lihat bahawa negara kita ini merupakan syurga pekerjaan bagi masyarakat di seluruh dunia— daripada Bangladesh, daripada Indonesia dan juga negara-negara lain.
Jadi, dari segi penderitaan itu, saya rasa tidak berapa tepat dan mesti ada angka- angka, bukti-bukti yang menunjukkan bahawa sistem yang ada dalam negara kita ini memberi bebanan kepada pekerja di negara kita. Terima kasih Hulu Langat.
Perkara yang kedua ialah keberkesanan kadar penalti baharu. Jempol menyokong pindaan jawatankuasa yang mengurangkan kadar penalti daripada denda
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
maksimum RM10,000 kepada denda berperingkat iaitu kesalahan pertama sebanyak RM1,000, kesalahan kedua sebanyak RM3,000 dan kesalahan ketiga sebanyak RM5,000. Pendekatan ini lebih seimbang dan mengambil kira prinsip keadilan.
Namun demikian, timbul persoalan sama ada kadar penalti tersebut masih mempunyai kesan pencegahan yang mencukupi khususnya terhadap syarikat berskala besar yang mempunyai kapasiti kewangan lebih tinggi. Penalti yang terlalu rendah dikhuatiri hanya dianggap sebagai kos pematuhan dan bukan satu bentuk penguatkuasaan yang berkesan. Justeru, apakah asas atau kajian impak yang digunakan oleh kerajaan dalam menentukan kadar penalti baharu ini dan adakah kadar tersebut akan disemak semula selepas tempoh tertentu berdasarkan tahap pematuhan majikan?
Puan Yang di-Pertua, seterusnya yang terakhir iaitu perkara yang ketiga, keberkesanan pelaksanaan dan penguatkuasaan. Pindaan seksyen 45F hanya bergantung kepada kewujudan peruntukan undang-undang tapi juga kepada keberkesanan pelaksanaannya. PERKESO perlu mempunyai sistem digital yang cekap, mudah digunakan dan mampu mengendalikan pelaporan kekosongan jawatan secara pantas.
Di samping itu, aspek penguatkuasaan juga perlu dijelaskan tanpa mekanisme pemantauan yang jelas, sukar untuk memastikan semua majikan mematuhi kewajipan baharu ini secara konsisten.
Sehubungan itu, Jempol ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apakah mekanisme penguatkuasaan yang akan digunakan ya bagi mengesan ketidakpatuhan majikan serta apakah petunjuk prestasi utama KPI yang akan digunakan untuk mengukur kejayaan pelaksanaan pindaan seksyen 45F ini?
Puan Yang di-Pertua, Jempol menyokong pindaan ini dengan harapan pelaksanaannya bersifat praktikal, berkesan dan tidak membebankan majikan. Jempol mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Sekarang saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Masa 30 minit.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Terima kasih Tuan Timbalan Yang di-Pertua. Bagi pihak Kementerian Sumber Manusia, saya mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai pindaan kepada fasal 11, RUU Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 iaitu mengenai cadangan subseksyen 45F(4).
Kementerian Sumber Manusia dan PERKESO amat mengalu-alukan setiap persoalan, pandangan dan cadangan yang telah dikemukakan. Kementerian Sumber Manusia akan memastikan pelaksanaan RUU ini khasnya subseksyen 45F(4) kelak dapat mengoptimumkan penyampaian perkhidmatan pekerjaan dengan lebih berkesan sepertimana aspirasi yang ada di setiap Ahli-ahli Dewan Rakyat kita pada petang ini.
Yang Berhormat Bakri membangkitkan persoalan berkaitan hukuman di bawah subseksyen 45F(4) mengenai kewajaran mengenakan kewajipan ini kepada PMKS.
Sebelum kita membicarakan berkenaan dengan subseksyen 45F(4), perlu kita fahami kenapa wujudnya perkara ini dan kenapa ada pindaannya.
Subseksyen ini sebenarnya digubal pertama bukan untuk menghukum tetapi lebih ke arah pendidikan dan juga pengenalan dan yang paling penting bagaimana kita mahu pastikan ekosistem peluang pekerjaan itu dapat disusun dengan rapi, dengan kemasnya dan yang paling penting pelaksanaannya itu memberi faedah pulangan yang cukup baik kepada masyarakat kita di negara ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Sesi bimbingan dan penerangan dilakukan, dilaksanakan bagi— untuk kita pastikan majikan boleh memenuhi kriteria yang telah digariskan dan ditetapkan. Majikan akan diberikan notis pematuhan untuk tindakan pembetulan sebelum sebarang kompaun ditawarkan.
Ertinya, sebelum kompaun itu ditawarkan ataupun diberikan, ada satu notis pematuhan yang akan dimaklumkan. Bukannya pihak PERKESO akan memberikan notis kompaun dengan serta-merta. Ini berkenaan dengan kompaun yang pertama. So, langkah untuk ke kompaun itu pun sebenarnya perlu melalui pelbagai proses. Tindakan pendakwaan sebenarnya hanya akan diambil sebagai langkah yang paling akhir. Saya sebut paling itu maksud dia jauhlah betul itu, mungkin ramai daripada kita tidak akan nampak.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Mengambil pandangan dan kerisauan orang ramai mengenai impak terutamanya kepada PMKS, KESUMA akan mempertimbangkan kewajaran jika perlu pengecualian melalui perintah Menteri Sumber Manusia di bawah seksyen 83 Akta 800 untuk kita mengecualikan mana-mana majikan daripada memberitahu kekosongan jawatan melalui perintah yang disiarkan dalam warta.
KESUMA mengambil maklum di atas cadangan menggunakan sistem insentif digital. Kita percaya dengan adanya insentif digital ini, maka lebih ramai syarikat-syarikat di luar sana boleh bersama-sama dengan pihak KESUMA melalui PERKESO untuk kita merancakkan lagi peluang pekerjaan dan yang paling penting sekali bagaimana kita mahu pastikan ekosistem itu sentiasa berada dalam keadaan yang kondusif.
Negara-negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman dan Perancis dan India sebenarnya ada memperuntukkan tindakan penguatkuasaan terhadap majikan yang gagal mematuhi keperluan tersebut, sama ada dalam bentuk penalti kewangan ataupun tindakan pentadbiran.
Sebelum kita melakukan pelaksanaan seksyen 45F(4), sebenarnya ia disesuaikan dengan ekosistem pasaran buruh Malaysia kerana di bawah PERKESO ada Jabatan Penyelidikan. Jabatan ini merangkumi dan juga melihat dalam setiap sudut dan aspek, apakah cara yang terbaik untuk kita pastikan ekosistem pekerjaan itu di dalam keadaan yang subur.
Tatacara kriteria pengiklanan jawatan. Saya akan bacakan, ada lima penentu kriteria pengiklanan jawatan yang dikecualikan supaya— maaf, ada tiga sebenarnya, bukan lima. Lima, lima, lima, betul. Supaya setiap yang ada di Dewan pada hari ini mendapat pencerahan yang lebih baik.
Pertama, majikan dalam sektor pembuatan yang mempunyai pekerja kurang 75 orang dan ke atas mengikuti definisi SME Corp. tidak perlu melakukan pengiklanan berkenaan dengan kekosongan jawatan.
Kedua, majikan dalam sektor selain dari pembuatan yang mempunyai pekerja kurang 30 pekerja dan ke atas mengikut definisi SME Corp, mana-mana jawatan seperti dalam Kumpulan Piawaian Penyelarasan Pekerjaan Malaysia (MASCO), iaitu kumpulan lima, pekerja perkhidmatan dan jualan. Kumpulan enam, pekerja pertanian, perhutanan, penternakan dan perikanan. Kumpulan tujuh, pekerja kemahiran dan pekerja pertukangan yang berkaitan. Kumpulan lapan, operator mesin dan loji dan pemasang dan kumpulan sembilan, pekerja asas.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Ketiga, mana-mana jenis pekerjaan domestik yang ditawarkan dalam kediaman persendirian. Dan, terakhir yang keempat sebenarnya, mana-mana jawatan yang bertempoh sementara atau kontrak pendek tidak melebihi tiga bulan. Mana-mana yang difikirkan perlu kita tokok tambah, ia boleh dilakukan di bawah tatacara kriteria. Dan ini sentiasa kita akan perhalusi dari semasa ke semasa melalui sesi libat urus yang sering kali dilakukan oleh pihak PERKESO. Untuk makluman Dato’ Yang di-Pertua, sekarang saya dapat lihat Dato’ Yang di-Pertua begitu suka dengan perkara ini. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Pendang membangkitkan persoalan berkaitan pendekatan mendidik lebih baik daripada pendekatan menghukum. Sekali lagi saya perlu tekankan subseksyen 45F(4), digubal bukan untuk menghukum tetapi memberikan kesedaran dan juga pendidikan yang paling penting, hasilnya itu yang kita mahu lihat boleh membawa kebaikan kepada seluruh masyarakat kita.
Sesi bimbingan dan penerangan akan kita kerapkan supaya majikan-majikan di luar sana tahu bagaimana untuk memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Majikan akan diberikan notis pematuhan dan pastinya tindakan pendakwaan hanya akan diambil sebagai langkah yang paling terakhir.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Sipitang atas soalan berkaitan pengangguran di Sabah. PERKESO tahu dan sedar berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sipitang. Maka, dengan itu kita akan umumkan satu inisiatif khas, terutamanya di negeri Sabah untuk kita memastikan permasalahan yang ada pada ketika ini dapat kita meminimumkan masalah tersebut. Saya percaya dengan pelaksanaan subseksyen 45F(4), akan memastikan tiada hidden job kepada pencari kerja dan akan meningkatkan lagi pemadanan pekerjaan.
Yang Berhormat Padang Terap membangkitkan isu berkaitan libat urus dan moratorium. Kerajaan sentiasa mengambil pendekatan libat urus secara menyeluruh dengan pihak berkepentingan dan pemegang taruh dalam sebarang pembangunan serta pelaksanaan dasar termasuk berkaitan seksyen 45F di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).
Mengambil kira makluman dan pandangan diterima daripada pihak majikan khususnya SME, kadar denda telah diturunkan kepada maksimum RM5,000 daripada asal cadangan iaitu RM10,000 dan dikenakan secara berperingkat pula termasuk beberapa pengecualian seperti yang saya telah terangkan sebentar tadi.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Berkenaan denda secara berperingkat iaitu mengikut bilangan kesalahan oleh majikan dirangka untuk memberikan langkah pencegahan, deterrent effect yang progresif. Fokus utama kerajaan adalah untuk memastikan pematuhan, compliance, bukannya untuk menghukum majikan. Oleh itu, majikan akan diberikan peluang untuk melaksanakan pembetulan terlebih dahulu.
Pihak kementerian akan mengutamakan sesi advokasi dan bimbingan kepada pihak majikan melalui pelbagai siri libat urus dan hebahan sebelum menguatkuasakan kewajipan pelaporan kekosongan jawatan. Kerajaan juga akan meneliti keperluan pelaksanaan tempoh peralihan atau moratorium yang bersesuaian berdasarkan tahap kesiapsiagaan majikan dan keberkesanan pelaksanaan supaya objektif pematuhan dapat dicapai.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Yang Berhormat Bukit Bendera membangkitkan tentang PMKS dan moratorium yang telah saya jawab daripada soalan atau perbahasan Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Pendang dan Yang Berhormat Padang Terap. Saya berharap penjelasan yang telah dilakukan sebentar tadi dapat memenuhi cita rasa Yang Berhormat Bukit Bendera.
Yang Berhormat Sik, membangkitkan mengenai keberkesanan hukuman secara berperingkat. PERKESO telah melaksanakan pelbagai sesi libat urus dan advokasi bersama pihak majikan di seluruh Malaysia, mengikut zon bermula pada Disember 2025.
Secara keseluruhan, 653 majikan daripada pelbagai sektor telah menyertai sesi tersebut bagi mendapatkan penjelasan mengenai pelaksanaan seksyen 45F, di samping berkongsi pandangan, cadangan dan maklum balas terhadap pelaksanaannya.
Pengurangan denda ini sebenarnya telah diambil kira berdasarkan hasil daripada maklum balas tersebut. Juga di mana kadar penalti bagi kesalahan pertama telah disemak semula dan diturunkan daripada RM10,000 kepada RM1,000, sebagai pendekatan yang lebih berfasa dan mesra pematuhan.
Yang Berhormat Betong, membangkitkan mengenai rasional hukuman berperingkat dan bagaimana kesalahan akan ditentukan? Sekali lagi, asal kadar penalti daripada maksimum RM10,000 dibuat berdasarkan pertimbangan dasar pada ketika itu.
Hasil daripada cadangan, kita telah terima banyak dapatan, banyak maklum balas dan yang paling penting, apabila dilakukan sesi libat urus itu dengan lebih luas, kita merasakan perlu penurunan RM10,000 kepada RM1,000.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Maklum balas sesi ini, sebenarnya telah diambil kira dan diperhalusi di setip aspek dari penurunan kadar denda, mekanisme pelaksanaan, termasuk juga proses pengiklanan pengecualian bagi kategori majikan dan jawatan tertentu serta pendekatan penguatkuasaan yang dilaksanakan secara berfasa.
Setelah pertimbangan lanjut dibuat, kerajaan berpandangan bahawa struktur penalti berperingkat adalah lebih sesuai dan mesra. Berhubung dengan penentuan kesalahan, sekiranya kegagalan melaporkan kekosongan itu dilakukan pada masa yang sama, ia akan dianggap sebagai satu kesalahan, bukannya berdasarkan bilangan kekosongan yang tidak dilaporkan.
Yang Berhormat Padang Serai, terima kasih di atas soalan berkaitan dengan Gig LINDUNG Kendiri dan Upskilling. Sebenarnya tidak terlibat secara langsung di bawah isu yang saya bangkitkan ini.
Saya maklum dan saya mengambil baik cadangan yang dikemukakan. Untuk makluman Yang Berhormat Padang Serai, sebenarnya di kementerian kita, kita menggunakan pendekatan cross agency ataupun cross jabatan. Kita ada HRD, kita ada JTK, kita ada JPK, kita ada Talent Corp. Di mana tanggungjawab untuk memastikan reskilling dan upskilling itu dilakukan merentasi kementerian dan jabatan.
Dan sebenarnya, setiap syarikat yang mahukan latihan, supaya latihan itu bersesuaian dengan permintaan pada ketika itu, ia boleh dilakukan di bawah KESUMA dengan pelaksanaan dan bantuan jabatan-jabatan yang ada di bawah KESUMA, termasuklah agensi-agensi yang saya sebutkan tadi.
Malahan, apabila akta ini juga dipinda baik, kita telah memberikan ruang kepada mana-mana yang mahu melakukan latihan supaya diri mereka mendapat latihan yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Kadar latihan itu telah dinaikkan kepada RM7,000, dulu RM4,000. So, persoalan Yang Berhormat Padang Serai, terima kasih di atas keprihatinan itu dan kita ambil maklum dan kita sedar, perlunya kita wujudkan rangkaian latihan itu, sering kali supaya bersesuaian dengan kadar permintaan semasa.
Yang Berhormat Kepong telah membangkitkan persoalan mengenai takrifan di dalam subseksyen 45F(4). Subseksyen 45F(4) sebenarnya telah dirangka dengan skop yang jelas bagi memastikan majikan memaklumkan peluang pekerjaan yang diisi melalui portal MyFutureJobs, sebelum proses pengambilan pekerja dilaksanakan.
Istilah kekosongan jawatan ataupun jawatan baharu akan diperincikan melalui garis panduan. Ia akan diperincikan melalui garis panduan ataupun tatacara
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
pelaksanaan yang disediakan oleh PERKESO bagi memastikan tafsiran yang seragam dan memudahkan pematuhan oleh majikan.
Tanggungjawab PERKESO selepas ini adalah untuk memastikan setiap maklumat itu sebenarnya sampai kepada pihak majikan untuk kita mengelakkan sebarang kekeliruan dan untuk kita pastikan cadangan ini dapat dilakukan dalam keadaan yang baik. Setuju Tuan Yang di-Pertua? Terima kasih.
Pendekatan ini memberikan fleksibiliti untuk penambahbaikan dari semasa ke semasa, mengikut keperluan pasaran buruh dan mengurangkan kekeliruan dalam pelaksanaan subseksyen 45F(4) ini.
Yang Berhormat Padang Rengas, terima kasih di atas pelaporan membangkitkan mengenai pelaporan secara digital. Pelaporan kekosongan jawatan akan dilaksanakan dalam talian, online melalui portal MYFutureJobs yang dimiliki oleh pihak kerajaan.
Majikan hanya perlu mengemukakan maklumat asas sahaja, berkaitan kekosongan jawatan seperti jawatan, lokasi pekerjaan, kadar gaji dan kelayakan.
Pendekatan digital ini, kita setuju akan dilakukan dan pastinya juga akan menghasilkan satu keputusan yang lebih cekap, mengurangkan urusan secara manual dan meminimumkan beban pematuhan kepada majikan.
Sekali lagi, saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, yang turut serta dalam perbahasan sebentar tadi. Marilah kita bersama-sama untuk menyokong pindaan ini, demi kebaikan masyarakat kita di luar sana. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa pindaan ke atas Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 yang dibuat oleh Dewan Negara mengikut Peraturan 73(1) Hendaklah dipersetujukan.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi, hari Rabu, 1 Julai 2026.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 4.28 petang]