Jun222026

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan selamat pagi, salam sejahtera. Silakan, Setiausaha.

draft10:00 AM
AKTA-AKTA YANG TELAH DIPERKENANKAN

Tuan Yang di-Pertua

Baik, kita ada panjang senarainya. Namun untuk Ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta-akta seperti berikut:

  1. Akta Perolehan Kerajaan 2025; 2. Akta Imigresen (Pindaan) 2025; 3. Akta Pasport (Pindaan) 2025; 4. Akta Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa Yang Terhasil Daripada Pengantaraan 2025; 5. Akta Rapid Transit System Link Johor Bahru–Singapura 2026; 6. Akta Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026; 7. Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026; dan 8. Akta Perbekalan Tambahan (2025) 2026.

draft10:00 AM
PERUTUSAN DARIPADA DEWAN NEGARA

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Yang di-Pertua Dewan Negara yang menyatakan persetujuan Dewan itu kepada rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat melainkan Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 dengan pindaan dalam mesyuarat yang lalu. Saya menjemput Setiausaha membacakan perutusan itu sekarang.

[Setiausaha membacakan Perutusan] “12 Mac 2026 Perutusan Daripada Dewan Negara kepada Dewan Rakyat Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dewan Negara telah meluluskan rang undang-undang yang berikut:

  1. (D.R.44/2025) Rang Undang-undang Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa Yang Terhasil Daripada Pengantaraan 2025; 2. (D.R.1/2026) Rang Undang-undang Rapid Transit System Link Johor Bahru–Singapura 2026; 3. (D.R.3/2026) Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026; 4. (D.R.6/2026) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2025) 2026; 5. (D.R.2/2026) Rang Undang-undang Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026; dan 6. (D.R.33/2025) Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 (dengan pindaan di peringkat Jawatankuasa sebuah-buah Majlis Dewan Negara).

Yang Ikhlas, t.t “YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA”

draft10:00 AM
MENIMBANG SEMULA SUATU RANG UNDANG-UNDANG RANG UNDANG-UNDANG
SISTEM INSURANS PEKERJAAN (PINDAAN) 2025

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti yang dibacakan oleh Setiausaha sebentar tadi, berkenaan dengan Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 yang telah dipersetujukan oleh Dewan Negara dengan pindaan kepada fasal 11. Kertas Pindaan tersebut telah diletak di atas meja Ahli Yang Berhormat.

Saya telah menimbangkan pindaan itu di bawah Peraturan Mesyuarat 73(1) dan saya mendapati bahawa pindaan itu adalah menepati tujuan Dewan ini dan hanya melibatkan pindaan satu fasal sahaja. Oleh yang demikian, saya dengan ini memaklumkan kepada Majlis akan hal itu dan memohon Majlis memerintahkan supaya pindaan itu terus dipertimbangkan. Saya memerintah perkara ini hendaklah dipertimbangkan pada suatu hari yang akan ditetapkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat.

draft10:00 AM
PEMASYHURAN DARIPADA TUAN YANG DI-PERTUA

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas, bersidang mulai hari ini hingga 16 Julai 2026 selama 16 hari. Antara urusan yang akan dibahas dan dipertimbangkan dalam mesyuarat ini ialah rang undang-undang dan usul-usul serta Penerangan-penerangan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan mengenai Penyata Jawatankuasa Pilihan. Pada hari ini, Dewan sekali lagi telah menempa sejarah dengan memperuntukkan masa seharian bagi sesi Penerangan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan berkaitan Kementerian.

Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti semua sedia maklum, semua Yang Berhormat bagi kawasan Pandan— saya ulang. Yang Berhormat bagi kawasan Pandan dan Setiawangsa telah menghantar surat untuk melepaskan keahlian mereka sebagai Ahli Dewan Rakyat kepada saya pada 18 Mei 2026. Saya telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai kekosongan kedua-dua kerusi Ahli Parlimen yang berkenaan selaras dengan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan.

draft10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Seterusnya pada hari esok dan Khamis ini adalah dimaklumkan bahawa Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri akan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri- menteri, memandangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan menghadiri Mesyuarat Pre-Council Majlis Raja-Raja dan seterusnya menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada minggu ini.

Ahli Yang Berhormat, selain jadual kementerian menjawab semasa sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan, bagi Mesyuarat ini juga telah diletakkan di atas meja Ahli Yang Berhormat. Seterusnya mengenai kehadiran. Ahli Yang Berhormat, saya memberi peringatan kepada Ahli Yang Berhormat akan kepentingan untuk hadir ke Persidangan Parlimen. Tindak-tanduk dan perkara seperti isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sekalian diperhatikan dan dinilai oleh rakyat di luar di sana.

Dalam pada itu, saya juga memahami terdapat beberapa Ahli Yang Berhormat yang tidak dapat hadir atas faktor-faktor tertentu seperti urusan rasmi, isu kesihatan mahupun urusan peribadi. Sehubungan itu, saya meminta agar Ahli Yang Berhormat dapat memaklumkan kepada saya atau Setiausaha Dewan Rakyat sekiranya tidak dapat hadir Persidangan Parlimen. Selaras dengan Peraturan Mesyuarat 91 yang mana ketidakhadiran ini akan dicatitkan dalam Penyata Rasmi Dewan. Hal ini bagi memastikan rakyat tidak menganggap Ahli Yang Berhormat ponteng semasa sidang Dewan Rakyat.

Selain itu, mengenai status. Saya ulang selain itu, mengenai status Ketua Pembangkang. Di bawah Peraturan Mesyuarat 4A(3) [Tepuk] terdapat beberapa perkembangan sejak Mesyuarat Pertama yang lalu dan berlandaskan dan berdasarkan pemakluman yang telah saya pertimbangkan, maka saya memutuskan seperti berikut.

Yang Berhormat Larut adalah Ketua Pembangkang setakat 20 Mei 2026.

Selepas itu Yang Berhormat Kemaman telah menjadi Ketua Pembangkang mulai 21 Mei hingga 10 Jun 2026.

[Tepuk] Dan kini Yang Berhormat Larut mulai 18 Jun 2026 telah kembali menjadi Ketua Pembangkang.

[Tepuk] Tahniah Larut.

[Tepuk]

draft10:10 AM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] [Ketawa]

draft10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tak sebut. Saya mengucapkan penghargaan kepada Yang Berhormat Kemaman atas khidmat sebagai Ketua Pembangkang dalam tempoh tersebut dan mengalu-alukan Yang Berhormat Larut untuk kembali berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang.

Seperti sedia maklum, Yang Berhormat Jasin dan isterinya telah mengalami kemalangan jalan raya pada awal Sabtu, 20 Jun 2026. Saya mendoakan agar Yang Berhormat Jasin dan isterinya diberikan...

draft10:10 AM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Oh dah kembali? Alhamdulillah. Doa saya terkabul.

Saya mendoakan Yang Berhormat dan isteri sihat ya, tak ada kecederaan apa-apa ya. Alhamdulillah. Baik, selamat bertugas.

draft10:10 AM
UCAPAN TAKZIAH
UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA YANG BERHORMAT MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

Tuan Yang di-Pertua

Dan akhir sekali, saya merakamkan rasa–– saya merakam ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atas pemergian suami pada Khamis, 18 Jun 2026. Kita berdoa semoga Allah SWT mencucuri rahmat kepada Allahyarham serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh serta lagi beriman. Sekian, terima kasih.

draft10:10 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Baik, kita mulakan Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan dengan saya menjemput Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa, Sekijang.

draft10:10 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Terima kasih Tan Sri Speaker. Salam sejahtera, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya dengan ini Tan Sri Speaker ingin mengambil juga kesempatan selaku Pengerusi Backbencher untuk mengucapkan selamat bersidang kepada semua Ahli-ahli Parlimen di sebelah sini dan di sebelah sana dan ucapan tahniah juga saya kepada Ketua Pembangkang yang baru.

[Tepuk] Terima kasih Tan Sri Speaker.

Dari Sekijang turun ke Kempas, Soalan nombor satu mohon dijawab dengan jelas. Terima kasih.

draft10:10 AM

1. Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa [Sekijang] minta Menteri Pertahanan menyatakan memandangkan PLKN 3.0 telah beroperasi sejak Januari 2025 apakah indikator prestasi utama (KPI) yang digunakan bagi mengukur pembentukan modal insan peserta merangkumi aspek integriti, disiplin dan kebolehpasaran kerja, serta apakah dapatan terkini kajian keberkesanan program tersebut diperincikan mengikut negeri termasuk Johor.

draft10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik silakan Menteri.

draft10:10 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sekijang atas persoalan yang kemukakan.

Kementerian Pertahanan telah menetapkan indikator prestasi utama atau KPI bagi mengukuh keberkesanan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 serta memastikan objektif pembentukan modal insan dapat kita capai. KPI yang ditetapkan ialah setiap pelatih mesti menunjukkan sekurang-kurangnya 80 peratus pencapaian dalam enam elemen utama iaitu:

(i) patriotisme;

(ii) perpaduan;

(iii) disiplin dan transformasi diri;

(iv) ketahanan mental dan kesiapsiagaan;

(v) pengetahuan ketenteraan; serta

(vi) semangat kesukarelawan.

Bagi menilai KPI yang ditetapkan, kaedah kaji selidik kajian impak telah dilaksanakan sebelum dan juga selepas latihan dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan juga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Dan kajian impak ini tidak dianalisa mengikut negeri, sebaliknya ia menilai keberkesanan program secara keseluruhan berdasarkan semua peserta PLKN 3.0 di seluruh negara.

Secara keseluruhannya, objektif dan KPI yang ditetapkan telah dicapai di semua latihan PLKN 3.0 dan semua indikator menunjukkan peningkatan yang positif selepas peserta mengikuti latihan. Sebagai contoh berdasarkan dapatan kajian dalam siri yang kedua bagi tahun ini 2026, kita boleh melihat dalam enam indikator itu, contohnya patriotisme. Sebelum latihan, peratus pencapaian sekitar 82 peratus.

Selepas latihan ada peningkatan 6.35 peratus iaitu 88.98 peratus. Begitulah juga dengan perpaduan ada peningkatan sembilan peratus. Disiplin daripada 77.36 peratus meningkat sehingga 92.6 peratus. Antara peningkatan yang tertinggi 15 peratus.

Begitulah juga ketahanan mental, 71 peratus meningkat kepada 83 peratus.

Pengetahuan ketenteraan kalau kita lihat sebelum memang agak rendah 56 peratus dan kini meningkat kepada 84 peratus, peningkatan tertinggi iaitu 27 peratus. Dan juga kesukarelawan daripada 75 peratus hingga ke 83 peratus.

Mengenai aspek kebolehpasaran kerja. Secara dasarnya PLKN bukanlah merupakan program latihan pekerjaan tetapi sebaliknya memberikan tumpuan kepada pembentukan sahsiah, disiplin, jati diri dan juga semangat patriotisme. Tapi dalam masa yang sama, kita melalui sukarelawan PLKN, kita juga memantau dunia pekerjaan dan juga latihan berterusan kepada anggota PLKN kita.

Dan walau bagaimanapun, kementerian melalui Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) telah bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Di mana lima pihak berkuasa melantik iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Majlis Angkatan Tentera, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah bersetuju memberikan merit tambahan kepada bekas pelatih PLKN 3.0 yang memenuhi syarat dalam proses temu duga dan juga pengambilan ke perkhidmatan awam.

Langkah ini diharap dapat memberikan nilai tambah kepada bekas pelatih di samping mengiktiraf disiplin kepimpinan dan jati diri yang dibentuk sepanjang mengikuti PLKN 3.0. Itu sahaja jawapannya Tan Sri.

draft10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Sekijang.

draft10:10 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Terima kasih Tan Sri Speaker dan terima kasih kepada Timbalan Menteri atas jawapan yang saya kira agak komprehensif.

Soalan tambahan saya Tuan Speaker, Tan Sri Speaker, apakah usaha kerajaan untuk memastikan golongan belia khususnya golongan B40 dari kawasan luar bandar seperti Sekijang ya, Segamat serta juga kawasan-kawasan pedalaman yang lain dalam mendapat akses yang sama rata kepada peluang latihan teknikal dan juga kepimpinan di bawah PLKN 3.0 ini? Terima kasih.

draft10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft10:10 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih Yang Berhormat Yang Berhormat Sekijang atas soalan tambahan yang dikemukakan. Kita tahu bahawa PLKN kita bentuk untuk pastikan bahawa lima ataupun enam teras utama ini kita laksanakan.

Dan kalau kita lihat dalam modul PLKN itu juga, kalau kita lihat antara yang kita masukkan adalah latihan yang terkait juga dengan TVET. Kerana kita tahu bahawa bila kita memberikan lebih banyak maklumat ya kepada peserta dan juga pelatih-pelatih PLKN termasuk dalam TVET dan juga kalau kita lihat tadi disiplin banyak terkait juga dengan latihan-latihan ketenteraan. Di samping membentuk jati diri, masa yang sama kita juga memberikan peluang-peluang ini.

draft10:10 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Dan kita tak mengambil kira bukan sekadar garis pendapatan dan seumpamanya kerana tujuan kita tubuhkan PLKN ini untuk mengambil kira semua belia kita, sama ada mereka berada di kem-kem latihan kita melalui ketenteraan, latihan-latihan kem Wataniah kita ataupun di institusi-institusi pengajian tinggi.

Sebab itu kalau kita lihat ya, PLKN 3.0 kita menggabungkan semua ini, sama ada lepasan SPM itu, sama ada mereka di Kem Latihan Khidmat Negara melalui Kementerian Pertahanan mahupun di institusi-institusi pengajian tinggi, semuanya akan diberikan latihan yang sama. Dengan harapan kita, dia boleh membentuk nilai tambah kepada generasi muda kita.

draft10:20 AM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

[Bangun]

draft10:20 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Itu saja jawapan.

draft10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sila Ketereh.

draft10:20 AM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya adalah berapakah jumlah pelatih yang telah dilatih oleh Program Latihan Khidmat Negara 3.0 setakat ini? Dan, berapakah ramai yang volunteer, yang datang volunteer, tidak dipanggil tapi yang datang ke kem tersebut?

Saya difahamkan memang ramai yang datang secara volunteer. Dan kepada yang tidak menghadiri latihan, bila dipanggil, apakah alasan-alasan penolakan tersebut?

Yang kedua, soalan yang kedua adalah bilakah kem-kem Latihan Khidmat Negara ini boleh digunakan? Saya adalah Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan dan saya telah melawat banyak kem-kem yang— untuk dijadikan Pusat Latihan Khidmat Negara. Jadi, saya perhatikan keadaannya memang lambat. Jadi, saya nak tahu, bila agaknya kem-kem ini boleh digunakan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Silakan Menteri.

draft10:20 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih kepada Yang Berhormat Ketereh.

Ada tiga persoalan yang dikemukakan. Yang pertama tentang jumlah ya. Sehingga kini, kalau kita lihat tahun lalu ya, kita telah melatih seramai 1,202 orang. Tahun ini sehingga siri kedua 2026 pertengahan tahun ini, kita telah menambah 2,202 orang.

Jadi, jumlah keseluruhan setakat ini adalah 3,404 orang. Dan kita menjangkakan sehingga penghujung tahun ini, kita boleh melatih sehingga 4,200 anggota pelatih di tiga kem latihan.

Dan kalau untuk makluman, kita dalam progress untuk melengkapkan sehingga sembilan lagi kem latihan buat masa ini dan kita jangka menjelang tahun hadapan, kita boleh melatih sehingga 9,200 anggota di PLKN. Adapun yang tidak hadir, kita tahu ada pelbagai. Ada sebahagiannya terkait dengan masalah kesihatan.

Ada sebahagiannya juga terkait dengan melanjutkan pelajaran dan ada sebahagiannya memang tidak hadir.

Jadi, semua proses-proses itu kita ada proses bagaimana kita pastikan bahawa kalau dia kesihatan sementara, mungkin dia boleh mengikuti latihan seterusnya. Begitulah juga, kalau kita lihat macam tadi saya sudah menjawab keseluruhan tentang kem dia dan progress-nya. Memang saya tak nafikan bahawa dalam masa yang sama, kita melalui semua proses yakni proses tender untuk pastikan progress-nya. Dan saya yakin daripada lawatan itu, kita boleh melihat keadaan semasa kem itu.

Dan kita harap, kita kena pastikan bahawa kem itu selamat, infrastrukturnya baik untuk anak-anak kita ini melalui proses latihan di PLKN. Itu sahaja jawapannya Yang di-Pertua.

draft10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang volunteer tadi. Volunteer berapa persen?

draft10:20 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Percentage secara detail itu, nanti saya maklumkan kepada Ketereh. Tapi, kita tak nafikan bahawa ada dalam beberapa kes volunteer itu datang melebihi daripada apa yang sepatutnya. Ini yang kita, kita hadapi juga cabaran itu. Kadang-kadang kita buka kepada volunteers dan kita ada senarai, tapi volunteers itu lebih. Memang ada satu kes hari itu, peserta kita lebih daripada apa yang sepatutnya. Jadi, memang ada beberapa kekecewaan mereka yang hadir itu tak dapat menyertai.

Sebab kadang-kadang kita menjangkakan, kita beri beberapa peratus, 10 sehingga 20 peratus untuk mereka untuk hadir. Tetapi masa yang sama, sebenarnya kita di kem-kem PLKN ini kita ada jumlah yang terhad. Itu telah kita perbaiki sistem itu kerana kita buat volunteers itu lebih awal supaya kita tahun jumlah sebenar yang hadir dan mereka semuanya boleh ditempatkan di kem latihan mengikut jadual yang telah kita tetapkan.

Nanti detail untuk volunteers itu saya akan kemukakan kepada Ketereh.

Terima kasih Tan Sri.

draft10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Kemaman. Silakan.

draft10:20 AM

[Dewan tepuk]

Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Sebelum saya menyebut soalan saya, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kerana mengesahkan saya sebagai Ketua Pembangkang walaupun sekejap dan saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Larut yang dilantik semula sebagai Ketua Pembangkang.

[Tepuk] Soalan Kemaman, soalan nombor 2.

draft10:20 AM

2. Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar [Kemaman] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan apakah penilaian impak menyeluruh bagi insentif fiskal dalam sektor R&D sedia ada seperti potongan cukai dan geran CRADLE atau MRANTI terhadap peningkatan kadar inovasi industri tempatan serta dasar terkini kerajaan untuk mendorong syarikat multinasional menjalankan aktiviti R&D substantif di Malaysia.

draft10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft10:20 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih atas soalan yang mencerminkan keprihatinan Yang Berhormat Kemaman terhadap agenda pembinaan masa depan negara yang dipacu oleh teknologi dan inovasi tempatan.

Tan Sri Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa menilai impak dan keberkesanan insentif fiskal dalam memperkukuh aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi R&D&C&I negara. Peranan impak menyeluruh dari aspek pembiayaan teknologi serta produk inovasi adalah seperti berikut.

Pertama, melalui Cradle Fund. Sejak Cradle ditubuhkan pada tahun 2003, syarikat ini telah membiayai lebih 1,300 syarikat pemula dengan RM280 juta. Inisiatif ini berjaya menarik pembiayaan susulan RM1.6 bilion menyumbang RM1.02 bilion kepada KDNK dan mewujudkan 82,000 peluang pekerjaan. Program pembangunan prototaipnya mencatatkan kadar pengkomersialan yang tinggi iaitu 76.2 peratus.

Kedua, melalui MRANTI, melalui program yang dilaksanakan oleh MRANTI, inisiatif 2025 seperti NTIS dan MySTI, nilai ciptaan sebanyak RM443.9 juta telah dijana pada tahun 2025. Sebanyak 113 produk atau teknologi berjaya dikomersialkan secara kumulatif.

Ketiga, adalah melalui program MySTI. Sehingga Mei 2026, sebanyak 798 produk tempatan telah diluluskan logo MySTI menjana nilai perolehan kerajaan melebihi RM70 juta bagi tempoh Jun 2023 hingga Mei 2026.

Keempat, adalah melalui program BIG. Program Bengkel Inovasi GLC atau BIG, yang diselarikan dengan inisiatif GEAR-uP ini telah dilancarkan bertujuan untuk menggandakan kolaborasi antara syarikat pemula dengan GLC atau syarikat MOF Incorporated. Pada tahun 2025, lapan GLC bekerjasama dengan 20 syarikat pemula dalam teknologi tinggi iaitu AI, IoT, blockchain. Pada tahun 2026, program ini diperluas kepada syarikat awam tersenarai atau public-listed company (PLC) melalui BIG 2.0 dengan sasaran enam syarikat baharu.

Tan Sri Yang di-Pertua, bagi menjawab mengenai insentif cukai R&D. Ingin saya maklumkan kepada Yang Amat Berhormat Kemaman bahawa proses ini adalah di bawah tanggungjawab Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Kementerian Kewangan.

Namun begitu, bagi mempercepatkan pembangunan sebuah reserve khas untuk aktiviti dan penyelidikan dan pembangunan (R&D), MOF telah meluluskan pemberian golongan— pemotongan dua kali atau double tax deduction untuk sumbangan kepada reserve Malaysia Science Endowment (MSE) yang mana senarai penyumbang ini akan diluluskan oleh pihak MOF.

Selain itu, Kementerian Kewangan juga telah meluluskan insentif Cukai Pelabur Budiman yang ditadbir oleh Pejabat Insentif Cukai Pelabur Budiman atau ATIO di bawah Cradle Fund bertujuan menggalakkan pelabur budiman melabur dalam syarikat setaraf teknologi tempatan. Inisiatif ini menawarkan pengecualian cukai ke atas pelaburan yang layak bernilai antara RM5,000 hingga RM500,000.

Sejak tahun 2018, pelaburan berjumlah lebih RM3 juta telah diluluskan di bawah insentif ini. Namun, ia nya akan tamat pada 31 Disember 2026 dan MOSTI berharap inisiatif ini dapat dilanjutkan lagi untuk tempoh sehingga tahun 2030.

Secara keseluruhannya, dasar kerajaan adalah untuk memastikan insentif fiskal dan geran R&D bukan sahaja menarik pelaburan, bahkan benar-benar meningkatkan keupayaan inovasi industri tempatan dan menjadikan Malaysia sebagai lokasi pilihan bagi aktiviti R&D bernilai tinggi. Terima kasih Tan Sri.

draft10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Kemaman.

draft10:30 AM

Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih kepada jawapan yang telah diberikan.

Jika kita melihat pada konflik antarabangsa yang telah dan sedang berlaku ini di mana kita dapati dalam perang yang baru sahaja berakhir paling tidak pada waktu ini kita dapati tenaga, kekuatan teknologi itu mampu untuk menandingi kekuatan ekonomi dan secara keseluruhannya kita dapati bahawa terdapat kepentingan yang serius kepada negara kita untuk mempunyai kepakaran teknologi yang tertentu sebagai komoditi dan juga yang berkait dengan kepentingan keselamatan dan ekonomi.

Soalan saya, maka apa perancangan MOSTI bersama dengan kementerian yang menjadi stakeholders seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan Tinggi dan pusat penyelidikan untuk membangunkan beberapa teknologi strategik yang dikenal pasti dan boleh diangkat sebagai satu agenda nasional.

Terima kasih.

draft10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft10:30 AM

Dato’ Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih atas soalan yang begitu baik dan amat relevan daripada Yang Amat Berhormat Kemaman.

draft10:30 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft10:30 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

[Bangun]

draft10:30 AM

Dato’ Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Bagi menjawab soalan daripada Yang Amat Berhormat Kemaman, saya amat bersetujulah dengan pandangan Yang Amat Berhormat bahawa dalam landskap geopolitik global yang dinamik dan semakin mencabar, penguasaan teknologi bukan lagi sekadar sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi malah telah menjadi elemen penting kepada kedaulatan dan keselamatan dan daya tahan negara kita.

draft10:30 AM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

[Bangun]

draft10:30 AM

Dato’ Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Sebagai langkah ke hadapan, MOSTI sedang menerajui usaha membangunkan Kerangka Pelaburan Kedaulatan Teknologi Negara atau National Technology Sovereignty Investment Framework

(NTSIF) sebagai pendekatan strategik kerajaan untuk mengenal pasti, membangun dan melindungi teknologi-teknologi kritikal yang penting kepada kepentingan negara.

Kerangka ini dibangunkan secara whole-of-government bersama kementerian dan agensi kerajaan berkaitan termasuk KPT, MITI MINDEF bagi memperkukuh keupayaan negara dalam bidang-bidang teknologi strategik untuk mengurangkan kebergantungan kepada teknologi luar dalam sektor-sektor kritikal serta memperkukuh daya tahan negara terhadap ketidaktentuan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan global.

Bagi memastikan agenda yang dapat kita terjemahkan kepada impak nyata, maka MOSTI turut memperkukuh kerjasama yang baik dengan KPT, institusi penyelidikan, industri dan juga syarikat strategik melalui pendekatan demand-driven research sebagai satu langkah kita untuk mengenal pasti mana satu teknologi yang perlu kita jadikan sebagai satu pendekatan strategik negara kita. Oleh itu Tan Sri Yang di-Pertua, demikian sedikit sebanyak jawapan saya kepada yang soalan amat relevan yang telah dikemukakan Yang Berhormat Kemaman. Terima kasih Tan Sri.

draft10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Kuala Pilah.

draft10:30 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri. Soalan Kuala Pilah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri MOSTI, banyak syarikat tempatan khususnya PKS berpendapat proses mendapatkan geran inovasi agak kompleks dan memakan masa. Adakah kementerian bercadang memperkenalkan mekanisme fast track atau geran padanan yang lebih mudah diakses supaya manfaat R&D tidak hanya tertumpu kepada syarikat-syarikat besar dan start-up tertentu tetapi turut memacu inovasi dalam kalangan PKS di seluruh negara. Terima kasih Yang Berhormat.

draft10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft10:30 AM

Dato’ Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Sememangnya di bawah kementerian kita, kita mempunyai berbagai usaha untuk tujuan kita memberikan ruang kepada PKS-PKS ini untuk mendapatkan peluang-peluang yang tidak akan membawa kepada mereka terpinggir oleh kerana mungkin beberapa inisiatif yang kita lakukan itu seolah-olah menjurus kepada memberi peluang kepada syarikat- syarikat yang lebih besar. Maka itu, kita akan mengambil maklum tentang apa soalan yang telah dikemukakan dan dari semasa ke semasa kita akan ambil perhatian. Kita akan insya-Allah lihat apa yang perlu ditambah baik di bawah usaha, inisiatif dan juga strategik kita. Terima kasih Tan Sri.

draft10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput Dato Dr. Richard Rapu anak Begri, Betong.

draft10:30 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Tuang Yang di-Pertua. Soalan Betong nombor 3.

draft10:30 AM

3. Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri [Betong] minta Menteri Ekonomi menyatakan penilaian impak ekonomi terkini akibat gangguan perdagangan di Selat Hormuz terhadap kos operasi industri tempatan dan kadar inflasi negara bagi suku kedua 2026 dan strategi luar jangka dalam RMK13 untuk memastikan sasaran pertumbuhan GDP kekal mampan sekiranya kemelesetan ekonomi global berlaku secara berpanjangan.

draft10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft10:30 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih pada Betong. Saya mohon kepada Tan Sri untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan nombor 43 daripada Simpang Renggam dan juga nombor 72 daripada Pekan kerana soalannya hampir serupa.

draft10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft10:30 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Sepertimana yang kita tahu, konflik yang berlarutan di Asia Barat pada masa ini telah memberi kesan kepada kestabilan bekalan tenaga dunia berikutan lebih daripada 20 peratus perdagangan minyak ini menggunakan Selat Hormuz setiap hari dan krisis ini bukan sekadar isu harga minyak tetapi juga kesannya melangkaui sektor tenaga dan turut memberi tekanan kepada kos logistik, insurans perkapalan, input pertanian, bahan mentah industri makanan dan rantaian bekalan global.

Jadi, sebagai rekod kalau kita lihat purata harga minyak Brent spot berada pada paras USD93.49 setong yang mana menunjukkan peningkatan sebanyak 27.1 peratus iaitu daripada USD60.85 setong berbanding dengan 2 Januari 2026. Jadi, sudah pasti negara Malaysia sebagai sebuah ekonomi terbuka tidak terkecuali daripada tempias ini. Namun, perkara ini kita pantau secara rapi dan juga berterusan untuk kita nilai kalau ada keperluan untuk intervensi awal di peringkat kerajaan.

Sehingga kini, kalau dari segi asas ekonomi negara kita masih menunjukkan daya tahan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) untuk suku pertama tahun 2026 berkembang sebanyak 5.4 peratus yang disokong oleh daya tahan ekonomi domestik dan juga permintaan dalam negeri yang kukuh. Kita juga beruntung bila prestasi eksport sektor elektrik dan elektronik menunjukkan dan mengimbangi kesan gangguan luar tersebut. Kadar inflasi untuk data terkini bagi bulan Mei menunjukkan angka dua peratus berbanding dengan April 1.9 peratus menunjukkan masih peningkatan yang sederhana.

Dari segi kesan terhadap industri makanan dan harga, sudah pasti yang disebut tadi sektor yang lebih terdedah termasuk logistik, pertanian, makanan, pembuatan, kimia, plastik pembungkusan dan juga farmaseutikal. Kos freight global iaitu pengangkutan marin meningkat hampir dua kali ganda dan ketika di kemuncak krisis, kos insurans meningkat sehingga 16 kali ganda.

Dalam sektor pertanian dan makanan pula, 63 peratus keperluan baja negara bergantung pada import. Berdasarkan penilaian semasa, kos baja diunjurkan meningkat antara 15 hingga 20 peratus manakala kos makanan ternakan meningkat sekitar lapan peratus. Kesan ini boleh memberi tekanan kepada kos pengeluaran makanan dalam tempoh suku tahun yang berikutnya.

Untuk dari sudut pasaran buruh pula, kadar penyertaan tenaga buruh kekal stabil pada 70.9 peratus. Kalau kita teliti dengan lebih terperinci, kadar pengangguran untuk bulan Mac adalah 2.9 peratus, manakala April tiga peratus. Yang ini kalau kita lihat kalau perkara ini berpanjangan boleh memberi kesan kepada pekerjaan, pendapatan dan keputusan pelaburan firma. Pada masa yang sama, kerajaan memperkukuhkan usaha padanan pekerjaan supaya pekerja yang terkesan dapat kembali bekerja dengan lebih cepat dan pendapatan isi rumah tidak terjejas dengan ketara.

Dari segi langkah intervensi kerajaan, Tan Sri Yang di-Pertua kalau saya boleh rumuskan. Kita menumpukan kepada empat soal pokok iaitu pertama adalah untuk perlindungan rakyat, yang mana kita terus memperkukuh bantuan dan juga subsidi bersasar bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup. Ini kita boleh teliti dari segi program-program yang kita laksanakan, termasuk juga dari segi RON95 BUDI MADANI, SKDS, SARA dan sebagainya.

Yang kedua, sudah pasti kita kena stabilkan bekalan dan juga harga yang mana memang pemantauan dilakukan secara berkala dan juga penyelarasan turut dibuat bersama dengan PETRONAS dan pemain industri untuk kita pastikan kesinambungan bekalan tenaga negara di samping kita mempelbagaikan lagi sumber bekalan bahan mentah termasuk juga untuk Program-program Jualan RAHMAH dan Agro MADANI untuk kita stabilkan bekalan atau harga kepada rakyat terbanyak.

Ketiga adalah sokongan kepada PMKS dan industri. Yang ini kerajaan telah pun umumkan bantuan pembiayaan seperti kemudahan bantuan kestabilan PKS berjumlah RM5 bilion dan juga perkara kedua adalah tambahan dari segi pemberi jaminan pembiayaan melalui SJPP sebanyak RM5 bilion dan yang keempat adalah dari soal pengukuhan daya tahan jangka sederhana dan panjang.

draft10:30 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Yang ini kita lihat dari segi peluang dan juga untuk struktur ekonomi, kita boleh restructure. Sebagai contoh, kita berpegang teguh kepada Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional ataupun NETR untuk kita terus memperluaskan penggunaan tenaga boleh baharu dan juga tenaga bersih.

Manakala, dari segi konteks RMK13, sudah pasti kita akan terus menilai usaha-usaha seperti diversifikasi perdagangan dan pelaburan seperti meningkatkan pengeluaran domestik, mempelbagaikan sumber import dan juga mempercepat peralihan kepada sektor bernilai tinggi. Selebihnya mungkin saya jawab melalui soalan tambahan selepas ini. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Betong.

draft10:40 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang begitu komprehensif. Soalan tambahan saya yang pertama, saya ingin bertanya berapakah anggaran tambahan tanggungan fiskal kerajaan bagi kita mengekalkan harga RON95 pada RM1.99 seliter berbanding andaian harga minyak yang digunakan semasa penyediaan Belanjawan 2026. Dan adakah tambahan komitmen tersebut akan menjejaskan jadual pelaksanaan projek-projek pembangunan di bawah RMK13?

Dan Tan Sri Yang di-Pertua, dalam setiap krisis, pasti wujud peluang dan oleh itu, minta Menteri perjelaskan, apakah peluang-peluang ekonomi yang boleh dimanfaatkan oleh Malaysia bagi kita menghadapi gangguan perdagangan di Selat Hormuz ketika ini? Sekian, terima kasih.

draft10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft10:40 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Yang Berhormat Betong, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Dari segi konteks, perbelanjaan subsidi ini diuruskan melalui Perbelanjaan Operasi ataupun OpEx. Manakala, dari segi perbelanjaan bangunan adalah melalui perbelanjaan DE (Development Expenditure).

draft10:40 AM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

[Bangun]

draft10:40 AM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

[Bangun]

draft10:40 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Maka sebab itu, perkara dari segi perincian berapa banyak OE yang akan perlu ditentukan adalah melalui MOF.

Sementara itu, di peringkat Kementerian Ekonomi, kita masih memastikan bahawa projek-projek pembangunan yang telah pun terlaksana kita teruskan.

Dan pada masa yang sama, sudah pasti dari segi kerangka RMK13 ini kita menilai dari segi kebolehlaksanaan projek dan juga bagaimana projek yang kita nak roll up terutamanya untuk tahun depan ini bantu mempercepatkan pemulihan sekiranya krisis ini berlarutan.

Tetapi, pada masa yang sama, bila dinyatakan soal peluang sebagai contoh, kerajaan menilai ketika satu peringkat tempohari untuk memanjangkan bekalan diesel dan ketika itu kita melihat bahawa ketersediaan pusat-pusat pengadunan biodiesel sebagai contoh, Menteri KPK ada di sini iaitu jika kita tingkatkan tahap operasi, kita boleh tingkatkan campuran biodiesel daripada B10 ke B15 dalam kadar yang segera dalam tempoh sebulan.

Tetapi, ini bukan semata-mata soal memanjangkan bekalan diesel. Dari segi soal kemampanan, memang kita menyatakan hasrat dalam RMK13 untuk meningkatkan lagi penggunaan biodiesel. Jadi, contohnya bila berlaku krisis ini, kita ambil peluang untuk meneliti dari soal daya tahan ekonomi negara, dalam soal kemampanan yang kita boleh usahakan supaya ia nya bukan hanya bersifat intervensi sementara tetapi juga untuk kita meningkatkan kompleksiti ekonomi negara. Dan sudah pasti, soal untuk terus memfokuskan kepada sektor-sektor yang lebih bernilai tinggi, HGHV ini memang sedang giat dilakukan. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tanjong Karang.

draft10:40 AM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Memandangkan peningkatan mendadak kos logistik dan insurans maritim akibat krisis Selat Hormuz, sejauh manakah ruang fiskal semasa kerajaan mampu mengekalkan mekanisme subsidi bersasar seperti BUDI MADANI tanpa mencetuskan inflasi tolakan kos, cost-push inflation yang lebih parah kepada pengguna.

Dan adakah apa-apa bentuk bantuan kecairan atau pembiayaan segera yang dirangka untuk membantu PMKS tempatan yang paling terkesan dengan lonjakan kos operasi ini? Terima kasih.

draft10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft10:40 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Bagi menjawab persoalan tersebut, kalau kita lihat dari segi apa yang kita boleh cuba kurangkan impak kepada inflasi sebagai contoh adalah Skim Diesel SKDS yang mana perkara itu dapat mengurangkan dari segi tekanan terhadap logistik yang berada di daratan inilah.

Cuma, untuk perkara yang melibatkan kos perairan yang lebih luas, memang kita akui bahawa tekanan itu bukan hanya datang dari soal Selat Hormuz berlaku penutupan tetapi juga berlaku aliran pergerakan kapal melalui jalan yang lebih jauh sebagai contoh. Jadi, perkara itu memang memberi kesan dari segi kos logistik. Dan ketika ini sebagai contoh, bila berlaku krisis, bila kita lihat intervensi dengan MTEN bersidang setiap minggu dan sebagainya, contohnya kita cuba membaca tahap simpanan ataupun inventori yang terdapat di peringkat pembekal ataupun pengeluar.

Jadi, perkara ini ada absorb ataupun yang diserap kos ketika itu kerana masih ada inventori yang terdapat di peringkat pengeluar. Dan yang kedua, sudah pasti di peringkat kita juga kita cuba mencari ruang ataupun dari segi input sumber daripada kawasan yang berbeza. Sebagai contoh, bila disebut soal baja untuk pengeluaran makanan kita, memang ada elemen baja yang kita tidak boleh keluarkan daripada dalam negara kerana ia melibatkan sumber mineral fosfat sebagai contoh.

Jadi, sebab itu hubungan yang kita jalinkan sebagai contoh dengan negara Australia yang mana mereka memberi komitmen untuk meneruskan ataupun menambah bekalan daripada sektor yang berbeza atau daripada kawasan yang berbeza berbanding dengan kebergantungan kepada Asia Barat semata-mata.

Jadi sebab itu, intervensi yang boleh kita buat itu bukan semata-mata dari segi kawalan harga tetapi juga untuk mencambahkan lagi input yang kita boleh dapati untuk membolehkan industri terus berfungsi. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft10:40 AM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Pembetulan. Tanjong Karang, bukan Hulu Selangor. Terima kasih.

draft10:40 AM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Tan Sri, soalan tambahan sikit.

draft10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ha, nanti karang...

draft10:40 AM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Soalan tambahan, dengan izin. Berkat hari pertama ini. Isu penting Tan Sri Speaker.

draft10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, saya faham. Semua penting. Terima kasih. Baik, seterusnya saya jemput Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan, Kota Bharu.

draft10:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Assalamualaikum dan salam sejahtera Tan Sri Yang di-Pertua. Sebelum saya mengemukakan soalan, izinkan saya membuat dua kenyataan ringkas sahaja. Yang pertama, sebagaimana Pengerusi Backbenchers, sebagai Ketua Whip Kumpulan Pihak Pembangkang, saya juga mengucapkan selamat bersidang kepada semua kita dalam 16 hari akan datang ini.

[Tepuk] Yang kedua, saya ingin menyatakan sebagai Ketua Whip Kumpulan Pembangkang, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia iaitu Yang Berhormat Larut bukanlah seorang MP Bebas, beliau adalah seorang MP dalam satu parti berdaftar dan ia nya tidak bercanggah dengan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.

Terima kasih.

[Tepuk]

draft10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

draft10:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Pat pat siku lipat; Soalan saya nombor empat. Terima kasih.

draft10:40 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kota Bharu, Kota Bharu. Ketua Pembangkang tiba-tiba tukar menukar macam itu. Itu adalah...

draft10:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Dia macam apa...

draft10:40 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Pergaduhan antara PAS dengan BERSATU lah.

draft10:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Macam Ketua Menteri Pulau Pinang lah. Boleh tukar-tukar. Ketua Menteri Pulau Pinang boleh tukar-tukar.

draft10:40 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

PAS buli BERSATU. Ha, PAS buli BERSATU!

draft10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik, baik.

draft10:40 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Sebab itu, Ketua Pembangkang tukar-tukar macam itu.

draft10:40 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Duduklah Kota Melaka, duduk. Sibuk buat apa?

draft10:40 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tak ada standard.

draft10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kota Melaka.

draft10:40 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tak profesional langsung.

draft10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kota Melaka.

draft10:40 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Speaker dah bagi dah.

draft10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kota Melaka.

draft10:40 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tak profesional langsung!

draft10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kota Melaka.

draft10:40 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Jangan sibuklah.

draft10:40 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Langsung tak profesional langsung.

draft10:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ketua Menteri Pulau Pinang pun tukar-tukar juga.

draft10:40 AM

[Dewan riuh]

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Duduklah, duduk.

draft10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Mengetuk tukul]

draft10:40 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Lu siapa?

draft10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kota Melaka.

draft10:40 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Saya dah— mungkin Kota Melaka datang lewat kot?

draft10:40 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

[Tepuk]

draft10:40 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya datang sebelum pukul 10 pagi.

draft10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya dah jelaskan, saya dah jelaskan, semua dokumentasi saya perhati dengan perhalusi. Dan saya confirm-kan Larut ialah Ketua Pembangkang hari ini.

[Tepuk] So, tidak ada soalan lagi.

Okey, silakan Menteri.

draft10:50 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan input yang diterima daripada Lembaga Kelayakan Profesional Undang-undang, kajian kurikulum Common Bar Course untuk menggantikan Peperiksaan Sijil Amalan Guaman atau lebih dikenali sebagai Certificate in Legal Practice (CLP) telah berjaya diselesaikan pada 31 Mac 2026 oleh CBC Taskforce yang ditubuhkan oleh Lembaga Kelayakan.

Dalam hal ini, CBC Taskforce telah mencadangkan supaya CBC dikenali sebagai New Bar Course (NBC) seperti Peperiksaan Sijil Amalan Guaman. NBC ini akan terpakai kepada bukan orang berkelayakan di bawah Akta Legal Profession Act 1976 dari luar dan dalam negara.

Berdasarkan NBC yang akan menggantikan Peperiksaan Sijil Amalan Guaman, Lembaga Kelayakan akan mengadakan dua kursus yang dikenali sebagai conversion course dan lagi satu Legal Practice Post Graduate Certificate (LPPC).

Bagi conversion course ini merupakan satu program peralihan bagi bukan orang berkelayakan dari luar negara yang memerlukan pengenalan berstruktur mengenai sistem perundangan Malaysia termasuk undang-undang substantif teras.

Conversion course ini akan dijalankan selama tiga bulan secara dalam talian (online) melalui sebuah Learning Management System (LMS) yang akan dibangunkan oleh Lembaga Kelayakan dan dinilai melalui Computer-Based Assessment (CBA).

LPPC pula merupakan satu program vokasional atau praktikal bagi bukan orang berkelayakan dari luar dan dalam negara. Kursus ini akan memberi tumpuan kepada amalan kepeguaman bagi melengkapkan graduan undang-undang dengan kemahiran undang-undang yang praktikal sebelum menjalani latihan dalam kamar

(pupillage) di Malaysia. LPPC ini diilhamkan sebagai satu pendekatan baharu yang lebih menekankan pembangunan kemahiran praktikal berbanding Peperiksaan Sijil Amalan Guaman dengan kaedah penilaian yang lebih relevan dan akan dilaksanakan secara blok selama enam bulan (six-month block).

Seterusnya, pada 27 April 2026, Lembaga Kelayakan telah menubuhkan New Bar Course Taskforce (NBC Taskforce) untuk menjalankan a study to develop the operational framework for the new bar course, conventional course and legal practice post graduate certificate, from policy to practice, kajian pelaksanaan NBC.

Tujuan utama kajian pelaksanaan NBC ini adalah untuk membangunkan kerangka operasi bagi NBC dan memastikan perancangan untuk merealisasikan NBC berjalan dengan lancar. NBC taskforce terdiri daripada pakar-pakar daripada universiti awam dan institusi pendidikan tinggi swasta serta ahli Badan Peguam Malaysia. Tempoh kajian pelaksanaan NBC ini adalah selama 12 bulan iaitu dari 1 Mei 2026 hingga 30 April 2027. Pada masa ini, NBC taskforce sedang membantu Lembaga Kelayakan membuat persediaan rapi untuk membangunkan LMS dan CBA bagi pelaksanaan NBC.

Berhubung dengan kerani berartikel. Pada 23 April 2026, Lembaga Kelayakan telah secara rasmi menubuhkan Articled Clerk Taskforce (AC Taskforce) bagi menjalankan kajian strategik dan penambahbaikan laluan kerani berartikel. AC Taskforce terdiri daripada pakar-pakar daripada universiti awam, institusi pendidikan tinggi swasta, serta ahli Badan Peguam Malaysia. Tempoh kajian ini ialah selama sembilan bulan iaitu 1 Mac 2026 hingga 30 November 2026.

Fasa satu kajian yang melibatkan antara lain audit forensik, statutori dan benchmark terhadap 10 negara telah selesai pada Mei 2026. Pada masa ini AC Taskforce sedang melaksanakan fasa dua yang merangkumi kaji selidik dalam talian

(online survey) dengan pihak-pihak berkepentingan seperti Badan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara dan Majlis Peguam serta mengadakan focus group discussion yang melibatkan universiti awam, institusi pengajian tinggi swasta, Badan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam dan Jawatankuasa- jawatankuasa Peguam Negeri.

Selain itu, AC taskforce turut mengadakan sesi temu bual dengan alumni graduan kerani berartikel bagi mendapatkan pandangan mengenai pengalaman mereka di dalam sebagai alumni sepanjang menjalani latihan kerani berartikel, cabaran yang dihadapi serta cadangan bagi menambah baik laluan tersebut. Cukup Kota Bahru, terima kasih.

draft10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Kota Bahru.

draft10:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih, my learned friend Ipoh Barat Menteri yang memberi jawapan. Ya, saya meneliti jawapan Yang Berhormat. Nampaknya saya menumpukan kepada kerani berartikel ataupun articled clerks. Nampaknya dengan penubuhan taskforce pada bulan April untuk kajian articled clerks ini dan diberi sembilan bulan. Nampaknya lama lagilah articled clerk punya program ini baru boleh dilaksanakan, mungkin satu tahun. Sembilan bulan mulai April, satu tahun baru boleh.

Saya harap ini bukanlah niat kerajaan untuk melewat-lewatkan pelaksanaan program ini kerana articled clerk punya isu ini telah diluluskan, telah diputuskan oleh court of appeal dan juga Federal Court bahawa ia satu program yang perlu dilaksanakan di Malaysia ini.

Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, untuk articled clerk ini model negara manakah yang ingin diteliti oleh pihak kerajaan kita, UK kah? Australia kah? Ataupun negara-negara yang ada articled clerkship, Kanada, India, Sri Lanka dan sebagainya? Pertama.

Yang keduanya, saya nak bertanya kepada pihak kerajaan selain daripada staf firma guaman yang biasanya diberi peluang untuk memohon menjadi kerani berartikel ini. Adakah kerajaan bercadang, jika sekiranya belum lagi, membuka peluang kepada staf mahkamah (court clerks) yang mengendalikan sebagai kerani sivil, kerani jenayah yang mereka cukup berpengalaman.

Selain daripada itu, registrar sessions court juga pegawai mahkamah peringkat bawah yang berpengalaman dan juga jurubahasa mahkamah. Adakah kerajaan bercadang, jika belum ataupun jika sudah adakah ingin meneruskan penglibatan kumpulan ini untuk mereka layak memohon mengikuti program kerani berartikel (articled clerk) ini? Terima kasih.

draft10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft10:50 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Satu soalan yang tepat pada perkara ini, saya rasa I want to answer soalan yang kedua itu. Saya rasa itu adalah satu pandangan yang baik di mana ruangan diberi lebih, diluaskan dari— pada masa ini hanya ditempatkan kepada kerani-kerani peguam sahaja. Kepada kerani-kerani dan registrar sessions court yang bekerja dengan kerajaan. Saya rasa itu satu cadangan yang bagus dan kalau boleh ia boleh diimplementasikan seberapa cepat yang boleh.

Saya rasa ini memberi peluang kepada kakitangan kerajaan yang fasih. Kita semua tahu dalam mahkamah mereka ini fasih. Mereka sekali-sekali dengan respect Tan Sri Yang di-Pertua, sekali-sekali mereka lebih fasih daripada peguam. They’re such an expert because mereka bekerja di sana dan selalu tahu hal ehwal regulations, undang-undang. Ini perkara yang akan diambil kira dan saya akan dengan sendiri memberi pandangan Yang Berhormat kepada board itu supaya dengan seberapa cepat ia diimplementasikan.

Selain dari itu, Yang Berhormat perkara-perkara yang dibangkitkan masih dalam kajian dan perkara itu akan diambil tindakan dalam beberapa masa yang sebelum— seberapa cepat yang boleh.

draft10:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Model mana yang dipilih oleh Malaysia?

draft10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Negeri mana, model?

draft10:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Model negara mana yang dipilih?

draft10:50 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat, sebenarnya ini adalah kursus articled clerkship ini sangat unik kerana ini dimulakan— kalau kita tengok Tan Sri Yang di-Pertua, barristers dari UK, 200 tahun dulu mereka tidak ada peperiksaan. How do they become a barrister? Kamu belajar dari seniors. All the time articled clerkship dan sebagainya datang.

Di Malaysia, kita mulakan dah lama dah dekat 50 tahun kerana pada masa itu hanya ada Universiti Malaya. Itu sebab saya pergi ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran saya tak dapat chance seperti Kota Bharu melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya kerana a very— hanya satu universiti sahaja pada masa itu.

draft10:50 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Tapi sekarang untuk articled clerkship, kita juga mempelajari lain-lain negara yang setanding seperti Malaysia. Tetapi tidak satu keputusan muktamad yang telah dibuat, belum lagi untuk satu keputusan muktamad.

Saya setuju bahawa ini perlu disegerakan kerana lagi-lagi apatah ini dengan tak sengaja telah diberhentikan oleh board itu pada tahun 1984. There’s no basis. Ini dikatakan oleh court of appeal and Federal Court. Saya setuju kepada keputusan mahkamah rayuan dan mahkamah Federal Court dan saya harap articled clerkship ini dapat diimplementasi dengan seberapa segera yang boleh.

Yang Berhormat, mengenai masa sembilan bulan itu. Yang Berhormat pun dulu Menteri, kita tahu. Tapi kita perlukan masa itu, take an holistic view untuk mendapat pandangan dari semua all stakeholders sebelum sesuatu keputusan muktamad dibuat. Terima kasih.

draft11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kota Melaka.

draft11:00 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Tan Sri Speaker. Tan Sri Speaker, soalan saya kepada Timbalan Menteri adalah berkaitan dengan laluan kemasukan, di mana kita lihat pra syarat yang dikenakan sebelum ini. Adakah kerajaan ini mereka juga akan melihat semula? Contohnya, saya beri satu yang saya rasa yang penting ialah sungguhpun seorang— sebelum ini ya, sungguhpun seorang calon yang memiliki degree perundangan.

Apabila dia nak ambil peperiksaan CLP, mereka akan lihat kepada keputusan SPM mereka atau kepada mereka yang mengambil foundation peperiksaan di luar negara. Mereka akan lihat kepada keputusan mereka, sungguhpun dia ada degree holder dalam law. Jadi, adakah ini akan dikaji semula sebab degree law mereka itu di-recognize? Kenapa pula mereka tidak diberi peluang untuk ambil peperiksaan CLP ini?

Begitu juga sebelum ini mereka kata seseorang calon hanya boleh ambil peperiksaan empat kali sahaja. Adakah ini juga akan dikaji semula dan kenapa kadar kegagalan dalam peperiksaan CLP ini agak tinggi sebelum ini? Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Menteri.

draft11:00 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih. Ini pun— terima kasih. Satu soalan yang tepat. Yang Berhormat, pada pandangan saya, saya setuju penuh-penuh bahawa there’s no relevant to look at the SPM. Kalau dia sudah ada satu degree dalam jurusan undang-undang, kenapa alih kepada SPM, lepas itu internal exam dan sebagainya. Ini semua satu birokratik punya stage-lah.

Saya difahamkan mereka mengatakan bahawa kita perlukan peguam- peguam yang ada kelas atau pengajian yang sangat tinggi supaya mereka boleh menjadi peguam yang bagus dalam mahkamah. There’s no relevant-lah. Saya minta maaf. Saya dengan saya ada banyak— ramai Tan Sri Yang di-Pertua, yang dapat first class, dia still seventh class down there. Dia tidak aktif dalam mahkamah langsung.

Jadi, untuk menjawab soalan Yang Berhormat, saya setuju bahawa perlu ada satu pemindahan pemikiran yang lebih ikhlas dan relevan, nak mengatakan jika ada kelulusan jurusan undang-undang, itu cukuplah, memadailah, cukup. Tak perlu dalam Form 5 dia perlu adakan lima kredit dan tiga kredit.

Kenapa saya kata sedemikian Tan Sri Yang di-Pertua, saya sendiri telah dihubungi ramai di antara pelajar. Kita bila muda Tan Sri Yang di-Pertua, dalam Form 5, Form 6, kita ingin membuat bukan dalam pelajaran. Our heart is not in the study. Ada lain keperluan macam main bola dan sebagainya. When you go to the Form 6, baru rasa, “Eh, yang ini kita perlu memberi perhatian”. Jadi, janganlah kita selekoh atau jangan kita merendah-rendahkan kualifikasi mereka pada permulaan, lebih fokus kepada jurusan undang-undang. Kalau mereka layak dalam jurusan undang-undang, bagilah mereka. Let them fight it out in the court. Pelanggan akan tahu adakah ini peguam baik, bagus atau tidak. Terima kasih.

draft11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput Tuan Onn bin Abu Bakar, Batu Pahat.

draft11:00 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Tan Sri Speaker.

Buah kedondong buah delima, Soalan saya nombor lima.

draft11:00 AM

5. Tuan Haji Onn bin Abu Bakar [Batu Pahat] minta Perdana Menteri menyatakan langkah penambahbaikan sistem pengurusan haji pada tahun 2027 termasuk isu kos, tempoh menunggu dan perlindungan kebajikan serta kesihatan.

draft11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri .

draft11:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Puan Marhamah binti Rosli

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat.

[Dicelah] [Ketawa] Tan Sri Yang di-Pertua, sebelum menjawab soalan ini, suka untuk saya membawa perhatian Ahli Yang Berhormat semua bahawa alhamdulillah, Tabung Haji sekali lagi telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia apabila berjaya merangkul Anugerah Diamond Labaytum daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

[Tepuk] Pengiktirafan tertinggi ini diterima buat kali kedua berturut-turut, menjadikan lima pengiktirafan antarabangsa telah diterima sejak tahun 2023. Kejayaan ini adalah hasil perancangan yang teliti dan berterusan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengurusan haji merupakan satu operasi skala besar yang mana setiap kali musim haji berakhir, Tabung Haji akan melaksanakan penilaian pasca haji secara menyeluruh dan mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkuasa serta penyedia perkhidmatan di Arab Saudi dengan objektif untuk menambah baik aspek kebajikan, penginapan, pengangkutan, kesihatan serta bimbingan bagi jemaah haji di musim yang seterusnya.

Bagi musim haji 1447 Hijrah/2026 Masihi, Tabung Haji telah berjaya mengekalkan kos haji pada kadar RM33,300 bagi seorang jemaah. Ini adalah untuk tahun ketiga walaupun berdepan peningkatan kos operasi di Tanah Suci dan kos penerbangan. Pada masa yang sama, Tabung Haji telah menyalurkan bantuan kewangan haji iaitu dikenali sebagai HAFIS berjumlah RM210 juta bagi membantu bakal jemaah haji secara bersasar di samping memastikan kelestarian dana Tabung Haji untuk jangka masa panjang.

Berkaitan dengan perlindungan kebajikan dan kesihatan pula, Kerajaan Arab Saudi telah memperketatkan beberapa syarat berkaitan kesihatan dan keselamatan jemaah bagi memastikan kelancaran ibadah haji. Tabung Haji sentiasa patuh dan membuat penyesuaian yang diperlukan dengan kadar segera bagi memastikan perlindungan kebajikan dan kesihatan sentiasa di tahap yang optimum.

Mengenai tempoh giliran haji pula, cabaran utama ialah jumlah pendaftaran yang kini melebihi empat juta orang, berbanding kuota haji Malaysia yang kekal sekitar 31,600 orang setahun. Keadaan ini menyebabkan mereka yang baru mendaftar perlu menunggu dalam tempoh yang sangat panjang.

Tabung Haji sedang meneliti penambahbaikan sistem pengurusan giliran haji yang lebih sistematik dan adil kepada pendeposit yang telah membuat persediaan awal khususnya mereka yang konsisten menyimpan dan mempunyai simpanan yang cukup. Langkah ini juga dapat mengurangkan keperluan untuk membuat tawaran gantian berulang bila mana terdapat bakal haji yang memohon penangguhan atas alasan kewangan. Kerajaan dan Tabung Haji insya-Allah, akan terus komited meningkatkan mutu perkhidmatan, kebajikan dan keselamatan jemaah haji dengan aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebagai negara peneraju dunia dalam pengurusan dan perkhidmatan haji. Sekian, terima kasih.

draft11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Batu Pahat.

draft11:00 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang diberi. Soalan tambahan saya ialah apakah kerajaan atau Tabung Haji akan meningkatkan jumlah bantuan kepada jemaah, terutamanya golongan B40 sekiranya kos sebenar haji meningkat pada tahun hadapan? Terima kasih.

draft11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Menteri.

draft11:00 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Tan Sri Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, seperti yang dimaklumkan sebelum ini, untuk musim haji yang kali ini, Tabung Haji menyediakan bantuan kewangan haji bersasar untuk golongan B40 walaupun kos haji terus meningkat dan kadar bayaran haji untuk B40 ditetapkan lebih rendah berbanding kos yang sebenar. Secara khususnya, daripada kos bernilai RM33,300 itu yang perlu dibayar, jemaah daripada golongan B40 hanya perlu membayar RM15,000 sahaja. Manakala Tabung Haji memberi bantuan bernilai RM18,300 bagi menampung kos sebenar.

Dan untuk menjawab soalan ini, suka untuk saya membawa perhatian semua Ahli Yang Berhormat, bantuan kewangan haji ini dibiayai daripada keuntungan pelaburan Tabung Haji yang dijana daripada simpanan para pendeposit. Sehubungan itu, pemberian bantuan kewangan haji perlu dibuat secara bersasar dan berhemah dengan mengambil kira keperluan bakal haji serta kepentingan para pendeposit Tabung Haji secara keseluruhannya.

Namun insya-Allah, Tabung Haji akan memperhalusi cadangan daripada YB Batu Pahat untuk menambah bantuan kepada golongan B40 ini bagi musim haji yang akan datang. Doakan semoga lebih banyak keuntungan di pihak Tabung Haji selepas ini, insya-Allah.

draft11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Kuala Krai.

draft11:00 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tabung Haji menetapkan simpanan minima RM15,000 dalam akaun Tabung Haji adalah antara syarat baharu bagi membolehkan bakal jemaah haji menerima tawaran haji atas alasan pada tahun 2025, separuh bakal jemaah yang menerima tawaran telah menangguhkan giliran kerana kekurangan simpanan.

draft11:00 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Soalan saya, adakah pihak Tabung Haji tidak bercadang untuk mengemukakan tawaran kepada bakal jemaah lebih awal sebagai peringatan kepada mereka? Mungkin setahun ataupun dua tahun lebih awal? Contoh, dengan mengatakan bahawa tuan ataupun puan bakal terpilih untuk menunaikan haji pada tahun 2027 ataupun 2028. Bukannya tawaran diberikan pada tahun semasa sekitar tiga bulan atau kurang ataupun mungkin dalam tempoh 14 hari masa yang diberikan agar mereka bersedia dengan kewangan yang mencukupi. Akhirnya terpaksa menolak tawaran giliran yang telah mereka tunggu selama bertahun-tahun kerana TH sudah pun tahu berapa anggaran kuota yang ditetapkan setiap tahun oleh pihak kerajaan Arab Saudi kecuali dalam tempoh pandemik. Terima kasih, Tan Sri.

draft11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sila Menteri.

draft11:10 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Terima kasih Yang Berhormat. Adakah Tabung Haji akan menawarkan lebih awal sekiranya penggiliran ini diberikan keutamaan kepada mereka yang mempunyai simpanan minimum RM15,000?

Untuk makluman Yang Berhormat aspek ini sedang diteliti dan pihak Tabung Haji sedang memberikan yang terbaik untuk memastikan penggiliran ini dapat diberikan sewajarnya seperti yang sedang dilaksanakan sekarang. Sesiapa yang mempunyai simpanan RM15,000 secara minimum akan mendapat giliran haji pada haji tahun semasa. Insya-Allah cadangan ini adalah satu cadangan yang baik dan insya-Allah Tabung Haji akan mengenal pasti, akan menilai, sama ada akan membuat tawaran lebih awal seperti yang dicadangkan namun buat masa ini kita masih memberikan tawaran pada tahun semasa terlebih dahulu. Insya-Allah terima kasih.

draft11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik saya jemput Puan Wong Shu Qi, Kluang.

draft11:10 AM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan nombor lima daripada Batu Pahat, bina iman, jiwa pun kuat. Soalan Kluang nombor enam pula, teknologi maju, akhlak terjaga iaitu soalan saya nombor enam. Terima kasih.

draft11:10 AM

6. Puan Wong Shu Qi [Kluang] minta Menteri Digital menyatakan sama ada Rang Undang-undang Tadbir Urus Kecerdasan Buatan (AI) yang sedang digubal akan menangani secara jelas penyalahgunaan AI termasuk penghasilan bahan eksploitasi seksual kanak-kanak berbentuk palsu tulen (deepfake), penyamaran identiti dan penyebaran kandungan intim tanpa persetujuan.

draft11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

draft11:10 AM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat daripada Kluang.

Soalan nombor enam.

Tuan Yang di-Pertua, soalan nombor 6 berkaitan dengan AI dan khususnya Rang undang-undang Tadbir Urus Kecerdasan Buatan yang sedang digubal. Bagi menjawab pertanyaan yang tersebut, khususnya dari sudut perlakuan jenayah, siasatan, penguatkuasaan dan pendakwaan adalah ditangani secara lebih jelas di bawah kerangka perundangan jenayah siber termasuk Rang Undang-undang Jenayah Siber 2026 yang akan dibentangkan pada sesi ini.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, bila kita sebut berkenaan dengan Undang-undang Tadbir Urus AI pula, ia sedang digubal dan adalah dirangka dan ia untuk menangani risiko secara sistemik merangkumi keseluruhan kitar hayat sistem AI dan bukan sekadar pada peringkat kandungan terhasil. Pendekatan ini membolehkan ancaman seperti deepfake dan kandungan sintetik dikawal di peringkat awal melalui penetapan, pentadbiran urus data, ketelusan, penilaian risiko serta akauntabiliti pihak pembangun dan pelaksana sistem.

Tuan Yang di-Pertua, melalui pendekatan ini RUU Tadbir Urus AI akan memperkukuhkan tanggungjawab pihak yang membangunkan dan menggunakan sistem AI supaya mereka melaksanakan langkah-langkah tadbir urus yang bersesuaian bagi mengurangi risiko penyalahgunaan AI dan ini daripada peringkat awal, sebelum berlakunya satu keadaan di mana sistem digunakan secara meluas atau membawa kemudaratan kepada orang awam.

Pada masa yang sama, sebarang penyalahgunaan AI yang menghasilkan kandungan, seterusnya ya, ataupun perbuatan menyalahi undang-undang tetap tertakluk kepada tindakan penguatkuasaan di bawah perundangan sedia ada. Bagi kes yang melibatkan bahan eksploitasi seksual kanak-kanak, tindakan boleh diambil di bawah Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 [Akta 792] termasuk perbuatan menghasilkan, mengedar, menjadikan tersedia, mengakses atau memiliki bahan tersebut.

Selain daripada itu Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 [Akta 866] dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] turut menyediakan mekanisme bagi menangani penyebaran kandungan, memudaratkan, menyalahi undang-undang atau disalahgunakan melalui perkhidmatan dalam talian, termasuk kandungan yang dijana atau dimanipulasi menggunakan teknologi AI.

Kerajaan menerapkan pendekatan dua lapis melalui penggunaan undang- undang sedia ada untuk mendakwa pihak yang menyalahgunakan kandungan serta penggubalan RUU Tadbir Urus AI bagi memperkukuhkan lagi pencegahan dan akauntabiliti sepanjang kitar hayat AI. Langkah ini memastikan risiko teknologi berkeupayaan tinggi seperti deepfake, kandungan sintetik dan manipulasi identiti dapat dikawal lebih awal.

Kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, kerajaan komited untuk memastikan pembangunan dan penggunaan AI di Malaysia dilaksanakan secara selamat, beretika dan bertanggungjawab. Strategi berlapis ini memastikan tindakan undang- undang sedia ada dan RUU Tadbir Urus AI saling melengkapi dalam mengimbangi inovasi dan kawalan risiko sistem. Langkah proaktif ini amat penting bagi memacu pemanfaatan AI secara bertanggungjawab tanpa mengkompromikan keselamatan awam, kepentingan negara serta perlindungan menyeluruh terhadap hak mangsa, maruah individu dan juga kanak-kanak. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Kluang.

draft11:10 AM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih atas jawapan terperinci dari Yang Berhormat Menteri. Jadi, sekiranya penyalahgunaan AI seperti deepfake, penyamaran identiti dan juga kandungan sintetik yang menyalahi undang-undang masih boleh ditangani di bawah undang-undang sedia ada, dan juga Rang Undang- undang Jenayah Siber 2026 yang akan dibentangkan nanti, apakah keperluan ataupun fungsi Rang Undang-undang Tadbir Urus AI yang sedang digubal dalam menangani risiko-risiko tersebut? Adakah rang undang-undang yang sedang dalam proses penggubalan ini adalah untuk tetapkan satu kerangka industri untuk pembangunan AI di negara kita ini? Terima kasih.

draft11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft11:10 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih, Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, ini soalan yang baik dan tepat pada tempatnya. Kita kena lihat AI secara keseluruhan. AI adalah satu yang merangkumi semua sektor. Jadi, kita kena lihat kepada bagaimana kita boleh mengawal selia prosesnya daripada permulaan sehingga akhir di mana kandungan misalnya dikeluarkan yang perlu kita tangani sekiranya ia dalam apa jua cara melanggar undang-undang.

Di dalam negara kita, kita sudah ada sistem ataupun mekanisme perundangan sedia ada yang melihat kepada sektor-sektor tertentu misalnya kalau kita lihat kepada aspek kanak-kanak, kita ada undang-undang jenayah yang sudah wujud, yang perlu diperkukuhkan untuk melihat keadaan-keadaan di mana ada eksploitasi terhadap kanak-kanak misalnya. Ada isu berkenaan dengan serangan seksual terhadap kanak-kanak misalnya yang berlaku akibat daripada AI.

Jadi, dalam keadaan tersebut undang-undang sedia ada itu perlu kita lihat bagaimana kita dapat kembangkan untuk merangkumi sekali apa yang menjadi ancaman baru hasil daripada AI kepada sektor-sektor tertentu dan juga kepada lapisan-lapisan masyarakat tertentu misalnya kanak-kanak seperti saya sebut tadi.

Itu untuk hasil ataupun kandungan yang dihasilkan dengan menggunakan AI.

Tapi kita juga kena lihat bagaimana kita dapat mewujudkan satu mekanisme yang dapat memastikan bahawa apabila AI itu digunakan dalam sektor-sektor tersebut daripada permulaan sudah wujud kerangka yang menunjukkan sebenarnya apakah had-had yang perlu kita laksanakan untuk memastikan bahawa produk- produk AI tersebut itu adalah selamat untuk digunakan.

Jadi, ia ada dua pendekatan. Satu, kita nak pastikan bahawa kita ada mekanisme di mana kita ada kerangka yang memastikan bahawa AI itu daripada permulaan dia. Ia dibina dengan kaedah-kaedah yang selamat seperti ia tidak menghasilkan kandungan yang mengeksploitasikan, yang boleh menjadi serangan seksual dan sebagainya. Tapi kita juga kena terima hakikat dia bahawa akan berlaku keadaan di mana kita melihat keadaan-keadaan hasil yang memang melanggar undang-undang.

Di situ kita lihat bagaimana kita boleh kembangkan undang-undang sedia ada untuk kita memastikan bahawa undang-undang yang sedia ada itu dapat merangkumi perubahan-perubahan yang bakal kita lihat dengan teknologi baru seperti AI bergerak ke depan. Inilah maksud pendekatan dua lapisan yang saya sebut dalam jawapan asal saya tadi, Yang Berhormat Kluang. Terima kasih.

draft11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik saya jemput Machang.

draft11:10 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Baru-baru ini Anthropic mematikan akses warga asing ke atas model Cloude punya Fable 5 and Mythos 5 dan China juga menghalang penjualan manusia genetik AI model kepada Meta.

draft11:10 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Jadi, apakah Rang Undang-undang Tadbir Urus AI yang bakal dibentangkan nanti dan sedang digubal ini mengambil kira, memberi penumpuan penuh kepada kedaulatan AI? Sebab kalau mana kita lihat banyak modul-modul termaju AI ini mudah sahaja kerajaan-kerajaan asing ini batalkan. Dan apakah rang undang- undang yang bakal digubal ini bersifat omnibus?

Dan saya mungkin minta jasa baik Menteri juga untuk libatkan pakar-pakar agama, mufti sebab kalau kita lihat baru-baru ini, Pope Leo sendiri mengeluarkan Magnafica Humanitas berkenaan ethics dalam AI. Jadi, saya harap orang-orang agama juga dilibatkan dalam perbincangan etika tentang AI. Terima kasih.

draft11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft11:20 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Machang berkaitan soalan yang lanjutan tersebut. Yang Berhormat Machang, bila kita melihat kepada undang-undang, khususnya undang-undang— saya balik kepada soalan awal tadi ya. Soalan itu, melihat kepada aspek perlakuan jenayah. Kalau kita ada jenayah, maksudnya kita tahu apa masalah yang bakal timbul itu dan kita mewujudkan kerangka undang-undang untuk mengatasi masalah tersebut.

Untuk tujuan tersebut, kita ada agensi penyiasatan. Kalau kita nak laksanakan Kanun Keseksaan misalnya, kita ada pihak polis yang ada kuasa di bawah Kanun Acara Jenayah dan untuk tujuan menyiasat apa yang disebut sebagai kesalahan di bawah Kanun Keseksaan. Kemudian, aspek-aspek penguatkuasaan juga kita kena lihat.

Selepas sudah ada siasat, kita kena kuatkuasakan dan kalau perlu juga ada keperluan untuk pendakwaan, maka di situ kita perlu ada Jabatan Pendakwa Raya dan sebagainya. Itu ekosistem yang kita kena bina untuk kita pastikan bahawa kita ada satu struktur yang selamat untuk sebarang ekosistem seperti AI.

Kita berbalik kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi, entropic. Kita lihat kepada modul-modul yang disebutkan tadi. Dan apa yang kita lihat daripada situ adalah pendekatan, sepertimana saya sebut tadi. Pendekatannya kena melihat kepada pelbagai lapisan. Kalau lihat kepada soal asal tadi dan saya sebut dari sudut penguatkuasaan dan sebagainya, ia nya adalah hasil ya. Kalau berlaku satu keadaan di mana kita gunakan AI yang menghasilkan satu produk yang membawa kepada sebarang perlanggaran undang-undang, di situ kita kena ambil tindakan.

Kita perlu ada prosesnya, kita perlu ada yang boleh siasat, kita perlu ada yang boleh kuat kuasa, kita perlu ada yang boleh membawa pendakwaan dan sebagainya. So, we have to build ecosystem. Di situ saya sebut bahawa undang- undang sedia ada itu yang sudah kita laksanakan sekian lama boleh kita perketatkan, kita perkembangkan untuk merangkumi semua ini dan kita membawa pembaharuan yang diperlukan supaya pasti bahawa bukan sahaja AI tetapi teknologi baharu itu dapat kita tangani. Baik, itu satu.

Keduanya, kita berbalik kepada modul-modul. Kita nak pastikan bahawa modul-modul yang didirikan itu adalah modul-modul yang selamat, di mana keselamatan data dan sebagainya itu terjamin dan juga produk-produk yang dihasilkan itu juga dapat kita pastikan, kita dapat nilaikan, kita dapat telitikan sebelum ia nya dikeluarkan. Dan di situlah saya rasa tindakan yang kita dapat lihat yang berlaku kepada entropic itu. Ia nya daripada tumpuan itu.

Jadi, di Malaysia juga kita lihat kepada aspek ini dengan mendalam dan itu sebab kita ini nak mendirikan atau Institutionalised National AI Office dalam bulan Julai iaitu bulan depan ya. Kerana kita perlu mengadakan satu institusi yang ada juga mekanisme-mekanisme untuk kita menguatkuasakan prosesnya. Kita perlu ada resources, kewangan, kepakaran dan sebagainya di dalam satu institusi yang boleh memberi tahu atau memberi nasihat kepada kerajaan berkenaan dengan apa yang kita lihat sebagai kemungkinan kita ada risiko-risiko tertentu yang berbangkit dengan dibangunkan yang modul-modul baharu dan sebagainya.

Itu sebabnya di Malaysia kita ambil pendekatan dua hala ini ya. Jadi, saya setuju dengan Yang Berhormat Machang. Kita kena lihat kepada aspek-aspek bagaimana kita pastikan bahawa modul-modul yang dibina dan akan digunakan oleh rakyat Malaysia itu adalah modul-modul yang selamat. Dalam masa yang sama, saya juga setuju bahawa kita kena lihat kepada semua sektor.

Saya lihat kepada sektor akademia. Banyak profesor yang memberikan saya pandangan-pandangan yang sangat baik, yang kita ambil juga di dalam proses penilaian undang-undang tersebut. Kita juga ada memang ambil pandangan daripada pengamal-pengamal agama dan sebagainya. Ini saya rasa sangat penting.

Ini berbalik kepada sektor-sektor yang ingin kita kembangkan dari sudut undang- undang dan ekosistem yang akan menyediakan negara kita untuk AI dan juga teknologi baharu yang bakal akan datang.

So, jadi saya tidak ada masalah dengan itu. Yang Berhormat Machang kalau ada mana-mana pihak yang juga ingin bersama dengan kita dalam proses perbincangan ini, please let me know. Kita akan pastikan bahawa kita menghubungi pihak tersebut dan kita ambil pandangan mereka juga. Terima kasih Yang Berhormat Machang.

draft11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Menteri. Seterusnya saya jemput Dr. Radzi Jidin, Putrajaya.

draft11:20 AM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor 7.

draft11:20 AM

7. Datuk Dr. Radzi Jidin [Putrajaya] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan langkah intervensi jangka pendek, sederhana serta panjang yang telah dan akan diambil kerajaan dalam mendepani kesan krisis perang di Timur Tengah kepada keterjaminan makanan negara.

draft11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft11:20 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sentiasa komited dalam memastikan keterjaminan makanan negara kekal stabil dan berdaya tahan, terutamanya dalam mendepani kesan krisis geopolitik dan perang di Timur Tengah.

Konflik ini telah mencetuskan kejutan ekonomi global yang memberi impak langsung kepada lonjakan kos bahan api serta input pertanian utama seperti baja dan racun sekali gus meningkatkan risiko gangguan bekalan makanan domestik.

Bagi mendepani krisis tersebut, beberapa strategi utama telah dilaksanakan yang melibatkan langkah jangka pendek, sederhana serta panjang seperti berikut.

Langkah jangka pendek. Memberikan pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sementara bagi baja pertanian seperti rock phosphate dan magnesium sulfate bermula 1 Januari 2026 sehingga 31 Disember 2027 bagi mengurangkan tekanan harga.

Kedua, memperuntukkan insentif pembajakan kepada pesawah IPKP bagi musim penanaman 2026 yang dinaikkan daripada RM160 kepada RM300 satu hektar. Kenaikan ini melibatkan tambahan dana yang sekitar RM40 juta yang memanfaatkan hampir 200,000 pesawah padi. Sebagai bantuan tambahan, Kerajaan turut memperkenalkan insentif penuaian sebanyak RM50 untuk satu hektar satu musim pada tahun 2025 bagi meringankan beban kenaikan kos input.

Bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi dan BUDI Diesel Individu dinaikkan daripada RM300 kepada RM400 satu bulan mulai bulan April 2026. Inisiatif ini merupakan kali kedua dan bantuan tersebut telah dinaikkan susulan krisis ini.

Keempat, mengekalkan pemberian Subsidi Diesel Nelayan dengan kadar RM1.65 liter kepada vesel Zon A, B dan C. Menerusi langkah ini, kerajaan dapat memastikan agar kapasiti tangkapan ikan dikekalkan dan kebajikan nelayan adalah dilindungi.

Untuk langkah jangka sederhana, mengoptimumkan produktiviti aset-aset pengeluaran makanan sedia ada seperti Taman Kekal Pengeluaran Makanan

(TKPM), Taman Kekal Pengeluaran Ruminan (TKPR), Zon Industri Akuakultur (ZIA), Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) dan program di bawah Pertubuhan Peladang.

Kedua, melaksanakan Program SARA Diri Rakyat seperti program komuniti, Program Kebun Dapur Isi Rumah dan menggalakkan amalan pertanian regeneratif.

Ketiga, penjajaran semula Program Pemerkasaan Agromakanan Negara

(PPAN) 2026 dengan meletakkan keutamaan tinggi kepada pelaksanaan projek- projek utama berimpak tinggi berbanding projek sampingan.

Untuk langkah jangka panjang, merangka perundangan khusus seperti Akta Keterjaminan Makanan Negara untuk memastikan jaminan bekalan makanan berterusan, kestabilan harga, pengurangan kebergantungan import serta akses kepada makanan yang sihat dan berkhasiat.

Yang kedua, cadangan untuk mewujudkan sistem stok penimbal baja negara yang lebih mampan dan sistematik bagi menghadapi krisis masa depan.

Ketiga, mengisytiharkan zon pengeluaran makanan negara dan dana gazet melalui kolaborasi strategik bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Perancangan Guna Tanah Kawasan Sumber Makanan Negara (KAGUMN). KPKM amat menitikberatkan kesiapsiagaan negara dalam mendepani krisis global.

Melalui pelaksanaan langkah mitigasi yang holistik dan penjajaran semula Program Agromakanan, KPKM optimis mampu membantu kumpulan sasar dalam pengurusan kos pengeluaran dan meminimumkan gangguan pasaran demi menjamin kelangsungan keterjaminan makanan negara. Sekian, terima kasih.

draft11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Putrajaya.

draft11:20 AM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi sewaktu Yang Berhormat Menteri Ekonomi menjawab, beliau menjelaskan bahawa kenaikan kos baja ini sekitar 15 hingga 20 peratus. Tetapi jika kita turun di bawah, saya dapati kenaikan boleh mencecah sampai 40 peratus. Dan soalan saya, pertama berkaitan dengan baja ini adalah setakat mana ataupun berapa peratus kah jumlah baja yang diimport dan juga input untuk kita buat baja yang diimport? Itu soalan pertama.

Yang kedua tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut bahawa sebagai langkah jangka panjang, Kerajaan akan buat stok penimbal baja. Mengapakah ini diambil sebagai langkah jangka panjang? Mengapakah tidak dilaksanakan segera kerana kita tahu bahawa perang US–Iran ini mungkin akan berterusan.

draft11:20 AM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Jadi, sekiranya untuk mengambil langkah jangka panjang, maknanya bekalan baja dalam negara akan menjadi satu isu besar pada petani-petani. Itu berkaitan dengan baja, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Yang kedua, saya ingin menyentuh tentang tekanan yang dihadapi oleh pekebun dan juga penanam-penanam sayur akibat daripada sayuran import, lambakan sayuran import. Mereka ini merupakan kumpulan yang paling banyak terkesan dengan kos input pertanian yang tinggi, kos buruh yang tinggi, kos pembajakan yang tinggi, segala kos meningkat pada masa yang sama mengambil kira cuaca Super El Nino ini mereka akan terus terkesan.

Tetapi apabila kos meningkat, hasil makin mengecil ada yang sampai rugi dan pada masa yang sama, lambakan daripada sayuran import ini berterusan. Jadi, apakah langkah kerajaan untuk menangani perkara ini. Bagus, lambakan ini menurunkan harga tetapi jangka masa yang panjang, ramai petani-petani dan pekebun-pekebun akan terkesan dan ia nya akan menjejaskan keterjaminan makanan negara. Terima kasih Menteri.

draft11:30 AM

Datuk Chan Foong Hin

Terima kasih kepada Putrajaya. Okey, soalan panjang. Okey, saya cuba jawab. Yang untuk yang pertama ini untuk kos baja ini, dia bukan semua jenis baja dia akan naik harga. Ada yang naik, ada yang tidak naik.

Ada supplier atau pembekal yang naik, ada pembekal yang tidak naik, bergantung kepada stok mereka yang ada.

Cuma secara puratanya, kita adakan sesi libat urus, okey, bersama dengan ini pertubuhan pembekal-pembekal atau pengilang-pengilang baja dan dimaklumkan bahawa sepatutnya bahawa stok memang cukup untuk menampung keperluan sembilan bulan. So, maksudnya kalau kita kira bermula 28 Februari apabila perang berlaku, ada cukupnya stok yang cukup untuk baja untuk di negara ini sampai ke akhir tahun ini.

So, kenapa yang jawapan dia kenapa kita tidak letak ini sebagai langkah jangka pendek untuk stok penimbal ini, kerana ia melibatkan kos-kos yang tertentu kerana siapa yang ditanggungjawabkan untuk menjaga stok tersebut untuk bagaimana hendak menyediakan yang udang ini semua ini kita harus mengambil persediaan dan juga pertimbangan yang sewajarnya dan memandangkan kita memang ada bekalan yang cukup buat masa ini. So, kita meletakkan target kita, cadangan untuk mewujudkan stok penimbal itu pada jangka yang panjang kerana jangka pendek memang tiada masalah.

Cuma yang dari segi kenaikan kos itu kan, yang penting itu saya hendak menitikberatkan untuk tanaman padi. Untuk tanaman padi kita hendak memastikan bekalan baja untuk tanam padi memang cukup melalui Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) kerana NAFAS ini yang akan menjaga Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP), Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) dan juga Skim Baja dan Racun Padi Bukit (SBRPB) Yang kesemua ini kalau kita jaga padi yang ini yang tanaman yang paling utama di negara ini untuk memastikan bekalan makanan memang yang cukup. So, melalui NAFAS ini kita dapat mencapai yang matlamat yang inilah. Yang untuk tanaman sayur-sayuran, sekarang, mulai 1 Jun bulan ini, kita adakah ini satu requirement, okey. Keperluan untuk pengimport-pengimport untuk mematuhi Certificate of Analysis (COA). Apabila kamu hendak membawa masuk sayur-sayuran dengan harga yang lebih murah berbanding dengan harga yang tempatan.

So, kita nak melindungi para petani kita untuk penanam sayur-sayuran tempatan ini melalui kita memerlukan COA daripada pengimport. Kerana ini dia mencapai matlamat yang pertama yang kononnya yang semua lambakan harga ini yang pertama tidak compromise quality, kualiti atau food security untuk produk sayur- sayuran yang tersebut.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Yang kedua, kita memberikan ruang kepada petani-petani dan penanam sayur-sayuran tempatan kerana COA ini dia yang pengimport itu dia harus mematuhi.

So, kita tambah syarat untuk memasuki ke pasaran tempatan ini. So, dan secara tak langsung kita memberi satu ruang supaya petani tempatan ini adalah sedikit perlindungan daripada lambakan harga yang tersebut. Sekian, terima kasih.

draft11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Rasah.

draft11:30 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri KPKM ketika menjawab soalan asal dan juga soalan tambahan pertama. Saya menyambut baik inisiatif daripada kerajaan untuk mendepani apa yang berlaku di Timur Tengah dalam memastikan kos petani tidak meningkat.

Cuma, saya hendak sebut secara spesifik isu berkaitan dengan baja dan racun. Walaupun tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut untuk pengecualian SST. Itu saya, kita menyambut baik. Kita percaya untuk jangka pendek ia membantu.

Cuma, bagaimana? Sebab baja ini banyak jenis. Saya tak mahu dalam keadaan di mana ada pihak tertentu menyatakan bahawa bila ada isu krisis di luar, baja yang dibekalkan kepada petani kurang sesuai.

Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada sebut tadi dengan penanaman padi. Itu bajanya sangat bagi saya sangat mustahak, sangat kritikal sebab kita tak nak SSR kita terus menurun, berkurangan tahun demi tahun. Jadi, bagaimana baja ini boleh membantu memastikan produktiviti hasil pertanian kita kekal dalam keadaan yang stabil malahan meningkat SSR tanpa melibatkan kos ataupun tanggungan kos tambahan kepada petani. Itu sahaja, terima kasih, Yang di-Pertua.

draft11:30 AM

Datuk Chan Foong Hin

Okey, untuk menjawab soalan dari Rasah, memang soalan ini amat tepat. Macam mana kita memastikan kualiti? Kualiti baja di pasaran ini akan terjamin? Sekarang, kita tengah proses penggubalan rang undang-undang baja dan saya dimaklumkan bahawa dia lebih kurang 70 peratus dan 80 peratus untuk RUU ini yang draf dia kita tengah dan kita telah capai dan RUU baja ini adalah penting untuk mengawal selia standard kualiti rantaian pengedaran dan serta memastikan kestabilan bekalan baja.

So, ini sesuatu yang penting saya harap nanti bentang semua Ahli-ahli Parlimen di sini kita menyokong RUU ini. Selain untuk memastikan penggubalan RUU untuk baja ini sesuatu yang penting itu kita hendak menggalakkan, kita hendak mengurangkan kebergantungan baja kimia. So, yang baja kimia yang sekarang ini yang baja kimia yang ada mineral yang ada terdapat di bumi Malaysia, ada yang tidak tapi untuk baja organik. Baja organik dia rata-rata dia, sumber-sumber bahan mentah itu memang diperoleh dari Malaysia, dari yang domestik.

So, kita hendak menggalakkan, kita hendak mengurangkan kebergantungan baja kimia dengan menggalakkan transisi kepada baja organik, baja bio dan Effective Microorganisms (EM) dan seumpamanya. Dan kita juga hendak memperkasakan pembangunan industri kompos tempatan melalui penyediaan insentif bagi menyokong pembangunan industri baja organik dan kompos yang berasaskan sisa pertanian. Seperti contoh, untuk reban-reban ayam dia ada sisa-sisa yang boleh di- convert atau ditukarkan kepada baja organik dan juga bio-fertilizer ini melalui proses composting. So, inilah yang kita tengah nak melakukan. Terima kasih.

draft11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng, Tanjung Piai.

draft11:30 AM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjung Piai

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 8.

draft11:30 AM

8. Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng [Tanjung Piai] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan apakah strategi kementerian bagi memacu soal pembangunan penyelidikan (R&D) yang berimpak tinggi di institusi pengajian tinggi awam, dasar pembiayaan, mekanisme pemindahan penyelidikan ke industri dan KPI pengkomersialan inovasi dalam tempoh tiga tahun terakhir ini.

draft11:30 AM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Dato' Yang di-Pertua, izinkan saya bagi menjawab soalan nombor 8. Kementerian Pendidikan Tinggi sentiasa memastikan ekosistem penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi di Institusi Pendidikan Tinggi Awam kekal dinamik, berimpak tinggi dan sejajar dengan agenda negara.

Dalam tempoh tiga tahun terakhir ini, KPT telah melaksanakan anjakan strategik dengan turut memberi fokus kepada penyelidikan berasaskan impak yang mampu menyelesaikan cabaran industri dan masyarakat dan ia nya tidak lagi sepenuhnya bergantung semata-mata kepada penyelidikan yang berasaskan kepada output akademik.

Semua IPTA dan khususnya kepada lima buah universiti penyelidikan terus diperkasakan untuk menerajui penyelidikan bertaraf global dalam bidang-bidang kritikal seperti keterjaminan makanan, teknologi hijau, kecerdasan buatan dan kejuruteraan termaju atau advanced technology dan juga advanced engineering.

Selain itu melalui pembentukan konsortium penyelidikan, KPT dan pemantapan peranan Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi, institusi-institusi ini memfokuskan kepakaran rentas universiti bagi menyelesaikan isu-isu kritikal negara seperti keterjaminan makanan, peralihan tenaga hijau, keselamatan siber serta rantaian bekalan teknologi semikonduktor peringkat tinggi.

draft11:30 AM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Kerjasama strategik dengan industri dan rakan antarabangsa turut dilancarkan. Manakala, pelbagai dana dan geran penyelidikan ditawarkan dan ini termasuk daripada Rancangan Malaysia Kesembilan hinggalah ke Rancangan Malaysia Kedua Belas dan ia nya berterusan seperti skim-skim geran penyelidikan fundamental, geran penyelidikan pembangunan prototaip, geran penyelidikan transdisiplinari, geran penyelidikan jangka panjang.

Walau bagaimanapun, selaras dengan anjakan baharu di bawah Lonjakan 6 RPTM, KPT ada menawarkan geran penyelidikan eksploratori dan juga transformatif yang menumpukan kepada penyelidikan kolaboratif serta inovasi yang memperkukuhkan ekosistem penyelidikan negara.

Sukacita saya maklumkan juga, dalam konteks Global Innovation Index, Malaysia pada ketika ini berada di kedudukan 34 daripada 133 buah negara. Ini merupakan satu pencapaian yang baik untuk negara kita. Malah menerusi inisiatif berimpak tinggi seperti Skim Laboratories for Academia-Business Collaboration

(MyLAB), geran Industri Matching Program dan geran Public-Private Research Network, syarat kolaborasi dan pembiayaan bersama dengan pihak industri telah diwajibkan dan dasar ini berupaya mengurangkan kebergantungan penuh kepada dana kerajaan serta menjadi bukti penyelidikan yang dijalankan di IPTA mampu memberi penyelesaian kepada industri, mempunyai nilai komersial yang nyata dan memenuhi permintaan pasaran.

Sehubungan dengan itu juga, saya ingin memaklumkan bahawa bagi memastikan hasil penyelidikan universiti dapat dipindahkan secara efektif ke sektor industri, KPT memanfaatkan pelbagai mekanisme pemindahan teknologi atau technology transfer dengan izin, misalnya melalui kolaborasi strategik yang membolehkan teknologi ciptaan tempatan diuji dan diguna pakai secara langsung dalam rantaian bekalan industri, memperkukuh keupayaan Technology Transfer Office di IPTA melalui latihan dalam aspek perlindungan harta intelek dengan pelesenan dan strategi pemasaran teknologi, melaksanakan program mobiliti penyelidik ke industri serta memperluaskan inisiatif Industri on Campus bagi mempercepatkan proses penterjemahan dan juga pengkomersialan hasil penyelidikan.

Keberkesanan seluruh rantaian strategi, termasuk pembiayaan dalam bidang research dan development ini termasuk dalam bidang innovation bagi setiap universiti awam diukur juga melalui Pentaksiran Penyelidikan Malaysia. Berdasarkan data kementerian, dalam tempoh tahun 2022 hingga 2024, lebih 200 produk hasil daripada penyelidikan dan pembangunan telah dikomersialkan dan 286 teknologi pengetahuan yang dilesenkan oleh universiti awam.

Pada September ini, KPT akan menganjurkan Universiti Research Innovation and Investment Summit (URIIS) iaitu sidang kemuncak nasional yang menghubungkan industri pelabur dan universiti untuk menghasilkan penyelidikan yang boleh dilaburkan serta memacu inovasi barisan hadapan sekali gus memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab pelaburan teknologi dan inovasi ASEAN. Terima kasih.

draft11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tanjung Piai.

draft11:40 AM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjung Piai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan. Apakah justifikasi pihak kementerian terhadap peruntukan besar yang telah disalurkan kepada aktiviti penyelidikan di IPTA sedangkan kaedah pengkomersialan hasil penyelidikan negara masih rendah berbanding negara serantau serta mengapakah masih wujud jurang yang ketara antara hasil penyelidikan universiti dengan keperluan sebenar industri sehingga banyak hasil penyelidikan berakhir sebagai penerbitan akademik semata-mata tanpa berjaya diterjemahkan kepada produk atau teknologi memberi nilai tambah kepada ekonomi negara. Sekian, terima kasih.

draft11:40 AM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

[Bangun]

draft11:40 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Sebahagian daripada pertanyaan itu telah pun saya jawab sebentar tadi. Namun, kita mengambil maklum akan keberadaan kita dalam konteks R&D dan khususnya ada satu lagi aspek yang berkaitan dengan untuk ekonomi pengkomersialannya dan itu yang sering kali menjadi persoalan yang dibincangkan di peringkat kementerian dan juga di peringkat dasar kerajaan.

Maka, beberapa langkah telah pun dilakukan untuk pengetahuan Yang Berhormat. Ini termasuklah dengan mempertingkatkan lagi usaha sebagai contoh, hubungan antara universiti dan juga industri melalui beberapa perkara yang dilakukan termasuk dengan menganjurkan program-program bersama, penyelidikan bersama, matching grant bersama bagi membolehkan perkara-perkara yang berkaitan dengan penyelidikan yang dilakukan di universiti itu dapat juga dilaksanakan dan diterjemahkan di peringkat industri.

Saya ambil contoh yang terbaik, bagaimana dalam bidang semi konduktor telah memberikan impak yang sangat besar. Kalau kita pergi ke Pulau Pinang sebagai contoh, USM berperanan sebagai centre atau pusat yang mengembangkan dalam teknologi semikonduktor khususnya, termasuklah dalam bidang advanced packaging dan perkara ini kita lakukan dengan kerjasama industri dan pelbagai industri yang terlibat. Begitu juga dalam konteks universiti teknikal yang ada seperti UniMAP dan UTeM di Melaka. Ini juga melibatkan industri-industri yang berada di kampus.

Jadi, dengan usaha-usaha yang begini, kita harapkan ia nya dapat kita lakukan dengan lebih baik bagi memastikan hasil-hasil penyelidikan yang ada itu dapat diterjemahkan dalam bentuk pengkomersialan.

Selain daripada itu juga, untuk pengetahuan Yang Berhormat, memang benar sebelum ini, latihan-latihan akademik, kajian-kajian akademik lebih bersifat kepada publication driven yang disebutkan tetapi kini, kita memberikan penekanan kepada impact driven. Bagaimana output yang akan dihasilkan daripada penyelidikan yang dibuat dan pendekatan ini telah pun dirubah termasuk daripada segi mewujudkan ekosistem yang lebih baik dalam hubungan antara industri dan juga universiti. Terima kasih.

draft11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Krau.

draft11:40 AM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih Speaker. Saya mendengar jawapan tadi tentang kajian yang telah dikomersialkan. Ada ke satu kajian yang telah dibuat tentang berapakah pulangan ekonomi yang telah diperolehi negara berbanding dengan pelaburan yang telah dibuat. Itu satu.

Yang keduanya, berapakah jumlah syarikat pemula ataupun start-up dan spin off university yang telah berjaya diwujudkan hasil penyelidikan IPTA dalam tempoh tiga tahun terakhir serta berapa yang masih beroperasi sehingga kini. Terima kasih.

draft11:40 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Pertanyaan yang memerlukan, saya akan memberikan jawapan bertulis untuk menyediakan berapakah impak tapi berdasarkan kepada dua tahun yang lalu, ia nya lebih daripada 100 juta berdasarkan kepada kajian-kajian yang telah dikomersialkan oleh pihak universiti. Walau bagaimanapun, saya akan dapatkan jumlah yang tepat untuk rujukan Yang Berhormat sekalian.

Kita sedia maklum juga seperti yang telah saya sebutkan tadi, ratusan kajian yang telah dibuat tetapi ada kajian-kajian tertentu yang boleh dijadikan sebagai penyelidikan-penyelidikan yang boleh dikomersialkan. Saya ambil contoh sepertimana yang dilakukan di peringkat UPM sekarang ini. Ini yang berasaskan kepada teknologi tinggi iaitu yang berdasarkan kepada teknologi-teknologi yang berasaskan kepada AI sebagai contoh, sekuriti dan ini akan membangkitkan lagi daripada segi keberkesanan dan juga penglibatan pelbagai pihak untuk memastikan supaya program-program seperti ini dapat dilakukan dengan lebih inovatif lagi.

Saya ambil contoh semalam, dalam konteks yang saya sebutkan tadi, ViTrox sebagai contoh. Antara yang terbaik daripada sebagai start-up program yang bermula dengan hanya RM10,000 sahaja, sekarang ini sudah pun mempunyai nilainya sebanyak RM2 bilion. Ini contoh-contoh daripada hasil inovasi daripada penyelidik-penyelidik tempatan dan pelajar-pelajar tempatan sendiri yang menghasilkan kejayaan yang cemerlang ini.

Ini contoh yang saya sebutkan termasuk juga di UPM, kuantum kriptologi yang sedang dilakukan dan ia merupakan satu lagi pencapaian besar di peringkat dunia yang dianya sekarang ini berada dalam lingkungan antara nombor 10 ke nombor 12, dia bergantung dari masa ke semasa. Dan ini merupakan satu lagi kejayaan besar untuk negara kita. Terima kasih.

draft11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft11:50 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) [Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson]: Dato’ Yang di-

Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai penerangan mengenai penyata daripada Pengerusi Jawatankuasa Pilihan seperti di Nombor 1 hingga 3 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini. Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 23 Jun 2026.” Terima kasih.

draft11:50 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Saya menyokong.

draft11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft11:50 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG JENAYAH SIBER 2026 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mencegah dan memerangi jenayah siber yang terdiri daripada kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan di bawah Bahagian III hingga VI akta ini dan kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang dilakukan dengan menggunakan sistem komputer dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Perdana Menteri dan

draft11:50 AM

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

; dibaca kali yang pertama, akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

draft11:50 AM
RANG UNDANG-UNDANG PENGANGKUTAN JALAN (PINDAAN) 2026 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Pengangkutan [Tuan Loke Siew Fook]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

draft11:50 AM
PENERANGAN MENGENAI PENYATA DARIPADA PENGERUSI-PENGERUSI JAWATANKUASA PILIHAN DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 14(1)(ia)
PENGUKUHAN SISTEM KESIHATAN MENTAL DI MALAYSIA

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, terdapat tiga penerangan mengenai penyata daripada Pengerusi Jawatankuasa Pilihan yang akan dibuat iaitu:

(i) Jawatankuasa Pilihan Kesihatan;

(ii) Jawatankuasa Pilihan Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian; dan

(iii) Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat.

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pulai, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Kesihatan memberi penerangan berkenaan penyata bertajuk Pengukuhan Sistem Kesihatan Mental di Malaysia.

draft11:50 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,* salam sejahtera, salam MADANI.

Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada Pengerusi Jawatankuasa Khas Kesihatan untuk menerangkan berhubung Pengukuhan Sistem Kesihatan Mental di Malaysia.

Pasa sebulan yang lalu, dalam Parlimen Pulai, satu kes telah berlaku pada 20 Mei 2026, di mana seorang ibu yang baru melahirkan anak menyampakkan— campak anak dia daripada tingkat 10 jatuh ke bawah sehingga meninggal dunia. Ini menunjukkan kesan salah satu daripada masalah kesihatan mental dalam negara kita. Itulah seriusnya masalah mental yang ada di negara kita. Jadi, peluang ini, kesempatan ini yang terbaik untuk saya menerangkan berkenaan dengan Pengukuhan Sistem Kesihatan Mental di Malaysia.

Pada hari ini saya bangun membawa satu isu yang semakin dekat dengan kehidupan rakyat iaitu kesihatan mental. Isu ini tidak lagi boleh dianggap sebagai isu kecil ataupun isu peribadi semata-mata. Ia menyentuh kesejahteraan rakyat, kekuatan keluarga, produktiviti negara dan daya tahan sosial masyarakat.

Jawatankuasa Pilihan Khas telah membentang penyata D.R. 4/2026 berhubung Pengukuhan Sistem Kesihatan Mental di Malaysia di Dewan Rakyat pada 23 Februari 2026. Penyata ini disediakan setelah jawatankuasa meneliti cabaran kesihatan mental negara yang semakin kompleks dan memerlukan tindakan yang lebih tersusun, bersepadu dan berani.

Dalam menyediakan penyata ini, jawatankuasa telah mengadakan tiga mesyuarat bersama pihak berkepentingan iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia, National Coalition for Mental WellBeing dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hasil penelitian tersebut menunjukkan bahawa isu kesihatan mental tidak boleh diserahkan kepada sebuah kementerian atau sebuah agensi sahaja. Ia menuntut pendekatan whole-of-government dan whole-of-society yang merentas sektor kesihatan, pendidikan, kebajikan, pekerjaan, komuniti, keluarga dan juga media.

Puan Yang di-Pertua, jawatankuasa mengambil maklum bahawa kesihatan mental bukan sekadar kesihatan— ketiadaan penyakit mental, ia merujuk kepada kesejahteraan yang membolehkan seseorang mengurus tekanan hidup, menyedari potensi diri, belajar bekerja dan menyumbang kepada komuniti. Namun, masyarakat masih sering keliru antara kesihatan mental, masalah kesihatan mental dan penyakit mental. Kekeliruan ini membawa kepada stigma salah faham dan kekeliruan kelewatan mendapatkan bantuan. Justeru, literasi kesihatan mental perlu diperkukuh secara lebih jelas, konsisten dan mudah difahami.

Jawatankuasa dimaklumkan bahawa beban ekonomi, masalah kesihatan mental di Malaysia dianggarkan boleh mencecah 25.3 bilion pada tahun 2030 sekiranya tiada tindakan berkesan diambil. Angka ini menunjukkan bahawa kesihatan mental bukan sahaja isu rawatan tapi juga isu ekonomi, produktiviti dan masa depan negara yang kita cintai ini. Dari sudut populasi umum, prevalent atau kadar kemurungan dalam kalangan penduduk Malaysia berumur 16 tahun ke atas meningkat daripada 2.3 peratus pada tahun 2019 kepada 4.6 peratus pada tahun 2023 bersamaan kira-kira 1 juta orang telah terkesan dengan isu kesihatan mental ini.

Dalam kalangan kanak-kanak pula, masalah kesihatan mental meningkat daripada 7.9 peratus kepada 16.5 peratus bagi tempoh yang sama. Bagi remaja berumur 13 hingga 17 tahun pula, satu daripada empat remaja mengalami kemurungan. Ini bukan sekadar angka tapi gambaran tekanan yang sedang dihadapi oleh generasi muda negara kita.

Jawatankuasa juga mengambil maklum bahawa 11.2 peratus bagi ibu hamil dan ibu selepas bersalin mengalami kemurungan selepas melahirkan anak mereka.

Manakala hampir sembilan daripada 10 ibu yang terkesan tidak menyedari keadaan tersebut. Dia sakit, dia ada masalah tapi dia tak sedar yang mereka menghadapi masalah ini. Keadaan ini menunjukkan pentingnya pengesanan awal, sokongan keluarga dan intervensi komuniti yang lebih dekat dengan rakyat.

Puan Yang di-Pertua, antara cabaran utama yang dikenal pasti adalah stigma literasi kesihatan mental yang rendah, tekanan sosioekonomi, pengaruh media sosial, kekangan sumber manusia serta kekurangan jaringan keselamatan di peringkat komuniti. Stigma ini menyebabkan orang takut mendapatkan bantuan, stigma menyebabkan keluarga menyembunyikan masalah, stigma juga menyebabkan masyarakat lebih cepat menghukum daripada memahami. Perkara ini mesti diubah sekiranya kita benar-benar mahu membina masyarakat yang lebih sihat dan prihatin.

Pada masa yang sama, perkhidmatan kesihatan mental sedia ada perlu diperkukuh. Walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan perkhidmatan psikiatri, saringan, kaunseling, rehabilitasi serta talian bantuan krisis dan sokongan emosi, persoalannya adalah sama ada bantuan ini benar-benar sampai kepada rakyat yang memerlukan khususnya di peringkat akar umbi.

Jawatankuasa turut mengambil maklum kekangan sumber manusia termasuklah pakar psikiatri, ahli psikologi klinikal, kaunselor berdaftar, pegawai psikologi, penolong pegawai psikologi dan pegawai sosial masyarakat.

Keperluan ini tidak boleh dibiarkan berpanjangan sekiranya negara mahu membina sistem kesihatan mental yang kukuh dan responsif.

draft11:53 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Sehubungan itu, jawatankuasa mengemukakan 12 syor strategik di bawah tiga aspek utama iaitu:

(i) penumpuan intervensi kritikal dan tindakan segera;

(ii) pengukuhan ekosistem sokongan dan pencegahan; dan

(iii) pemantapan tadbir urus dan penyelarasan pelaksanaan.

Bagi penumpuan intervensi kritikal dan tindakan segera, jawatankuasa mengesyorkan supaya KKM dan KPWKM memperkukuhkan kapasiti liputan dan kesinambungan perkhidmatan sokongan kesihatan mental di peringkat primer dan komuniti termasuk mempertingkatkan keupayaan talian bantuan krisis dan sokongan emosi serta rujukan kecemasan bagi kes berisiko tinggi.

KKM juga diminta memperkemaskan komunikasi awam dan memperkukuhkan literasi kesihatan mental melalui penjelasan yang jelas dan konsisten mengenai perbezaan antara kesihatan mental, masalah kesihatan mental dan penyakit mental bagi mengurangkan kekeliruan serta meningkatkan kecenderungan rakyat mendapatkan bantuan awal.

Seterusnya, KKM, KPWKM dan Kementerian Komunikasi memperluas kempen anti stigma secara bersepadu melalui penglibatan media massa, institusi pendidikan dan komuniti setempat bagi mengubah norma sosial serta menggalakkan pencarian bantuan secara lebih awal dan selamat.

KKM, Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital memperkukuhkan pematuhan amalan pelaporan media yang selamat bagi mengurangkan risiko penularan tingkah laku berisiko termasuk kawalan terhadap kandungan yang berpotensi mencetuskan peniruan serta menjejaskan kesihatan keluarga mangsa.

Bagi memperkukuhkan ekosistem sokongan dan pencegahan, Jawatankuasa mengesyorkan supaya KKM dan KPM memperkukuh pencegahan dan pengesanan awal kesihatan mental di sekolah melalui pendidikan literasi kesihatan mental, latihan kepada guru dan kaunselor serta pemantapan mekanisme rujukan yang jelas bagi pengendalian kes berisiko tinggi.

KKM dan KPM memperkukuhkan penyelarasan pelaksanaan melalui mekanisme perkongsian data yang lebih tersusun bagi menyokong pengesanan awal serta memastikan kesinambungan intervensi terhadap kanak-kanak dan juga remaja.

KKM, KPWKM, KPM dan Kementerian Digital memperkasa pendigitalan perkhidmatan kesihatan mental melalui pembangunan platform digital yang selamat, mesra pengguna dan berfokus kepada belia bagi menyokong akses bantuan.

Kerajaan negeri dengan sokongan KKM, JKM dan NGO memperkukuhkan model perkhidmatan kesihatan mental berasaskan komuniti melalui perluasan out reach, perluasan kaunselor bergerak, pelaksanaan task shifting, termasuklah latihan psychological first aid kepada fasilitator komuniti, serta pemerkasaan penjenamaan positif perkhidmatan bagi meningkatkan penerimaan masyarakat dan mengurangkan stigma.

Dan KKM dan Agensi Pengurusan Bencana Negara memperkukuhkan kesiapsiagaan intervensi psikologi semasa krisis dan bencana melalui pemantapan pelaksanaan intervensi krisis dan sokongan psikologi, pengukuhan penguasaan psychological first aid sebagai kompetensi wajib, serta penyelarasan mobilisasi pasukan di pusat pemindahan sementara bagi mengoptimumkan kepakaran dan mengelakkan pertindihan peranan antara agensi.

Bagi pemantapan tadbir urus dan penyelarasan pelaksanaan, Jawatankuasa mengesyorkan supaya JPA, KKM, KPM dan JKM memperkukuhkan struktur profesional perkhidmatan kaunseling di seluruh negara, termasuklah penetapan nisbah keperluan, pemantapan laluan kerjaya dan pengukuhan standard kompetensi bagi mengatasi kekangan perjawatan serta ketidakseimbangan penempatan. Kita maklum bahawa kaunselor ini masih kurang lagi dalam negara ini dan perlu diperkasakan lagi.

KKM menerajui pendekatan whole-of-government melalui pengarusperdanaan sistem kesihatan mental merentasi semua kementerian, agensi dan komuniti, di samping memperkukuhkan peranan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan sebagai pusat penyelaras nasional ke arah penubuhan sebuah agensi kesihatan mental nasional yang berfungsi untuk pembangunan dasar, penyelarasan perkhidmatan bersepadu, pembangunan modal insan serta penyelidikan berasaskan bukti.

Badan ini dinamakan sebagai NCHEM – National Centre of Excellence for Mental Health― di mana ia telah ditubuhkan pada 21 Oktober 2022. Setelah tiga tahun setengah diwujudkan tetapi perjawatannya masih terhad. Hanya ada 13 orang sahaja pegawai tetap di tempat ini. Jadi, kalau begitu, hanya satu orang pegawai bagi sebuah negeri sahaja. Tiga belas bahagi tiga belas negeri dalam negara kita.

Jadi, ini sangat kurang dan perlukan kepada penambahan jawatan tetap ini ya.

Kerajaan melalui KKM, Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia meneliti perluasan perlindungan insurans sosial bagi perkhidmatan kesihatan mental di samping memperkukuhkan dasar atau peruntukan perundangan bagi melarang diskriminasi terhadap individu dan isu kesihatan mental.

Jawatankuasa ingin menegaskan bahawa pengukuhan sistem kesihatan mental bukan sekadar menambah program atau kempen, ia memerlukan perubahan cara kita melihat isu ini, iaitu daripada stigma kepada sokongan, daripada pendekatan reaktif kepada pencegahan, daripada kerja persendirian kepada penyelarasan nasional. Jika kita serius mahu membina Malaysia yang sihat, berdaya tahan, maka kesihatan mental mesti menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan negara kita. Rakyat bukan sahaja memerlukan rawatan apabila sakit, tetapi juga sistem yang membantu mereka bertahan dan bangkit serta terus berfungsi dalam kehidupan.

Jawatankuasa berharap penyata dan syor ini menjadi pemangkin kepada tindakan yang lebih tegas, tersusun, berakauntabiliti demi kesejahteraan mental rakyat serta masa depan Malaysia yang lebih sihat, inklusif dan berdaya tahan.

Sekian sahaja penerangan saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Kesihatan berhubung pengukuhan sistem kesihatan mental di Malaysia. Sekian, terima kasih.

draft12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Pulai. Ahli-ahli Yang Berhormat, penerangan daripada Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Kesihatan ini terbuka untuk Ahli-ahli meminta penjelasan dan memberikan pandangan.

Senarai pembahas adalah seperti berikut― YB Jelutong,YB Machang, YB Kepong, YB Putrajaya, YB Jerlun, YB Pengkalan Chepa, YB Ipoh Timor, YB Pendang, YB Permatang Pauh dan YB Seputeh. Setiap pembahas diberi lima minit sahaja. Saya jemput pembahas pertama― Yang Berhormat Jelutong.

draft12:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih, Timbalan Speaker. Selamat pagi, salam Malaysia MADANI dan salam perpaduan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat.

Sebelum saya menyentuh perkara yang telah dibentangkan oleh rakan saya Yang Berhormat Pulai, saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah mengumumkan penurunan harga diesel bersubsidi untuk rakyat Malaysia kepada RM2.10 seliter di seluruh negara mulai Julai 2026 menerusi pembaharuan penyasaran subsidi diesel yang lebih seragam dan bersasar.

Saya menyentuh sebab kenaikan harga diesel ini juga memberi tekanan emosi kepada banyak...

draft12:08 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Jelutong, boleh saya tanya sikit? Yang menaikkan ini siapa, Jelutong? Yang naikkan harga diesel ini.

draft12:08 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sahabat saya Pasir Mas, saya minta bertenang, saya akan selesaikan dan beri ruang dan peluang.

Okey?

draft12:08 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Jelutong, dia itu ada masalah mental itu. Ada masalah mental dia itu...

[Dicelah] Ada masalah mental. Apa?

draft12:08 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tarik balik.

draft12:08 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat.

draft12:08 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan

Eh, Jelutong. Buli ni pun— buli ni pun, buli parti dalam pakatan masing-masing ni pun, ini pun masalah emosi juga ni.

draft12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Hulu Langat.

draft12:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ini pun masalah emosi. Buli, buli.

draft12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya ingat apa ni— Hulu Langat pun kita kena check juga mental dia tu sebab dia bangkit terus, dia tak minta kebenaran pun. Tu pun mental juga tu.

draft12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Semua perlu di check.

draft12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ha, ha, ya, ya, baik.

draft12:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bukan minta dengan Pendang, sekarang ni floor Jelutong.

draft12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukuplah Yang Berhormat.

draft12:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Hulu Langat, sila duduk.

draft12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Timbalan Pengerusi. Terima kasih Timbalan Speaker. Isu yang saya sentuh ini adalah isu yang penting kerana kenaikan dalam harga diesel juga memberi tekanan emosi kepada segelintir masyarakat di luar sana. Dan pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini telah diterima baik rata-rata oleh semua pengusaha- pengusaha, perniagaan, industri dan juga pengguna-pengguna kenderaan berat.

Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, Polis Diraja Malaysia mengumumkan pada tahun 2025, terdapat kes membunuh diri sebanyak 1,079 orang individu yang telah pun membunuh diri. Dua hari yang lalu kita dikejutkan dengan kejadian seorang pelajar perempuan Tingkatan 4 yang terjatuh dari bangunan sekolah di Sendayan, Seremban.

Kelmarin, saya melihat satu video seorang lelaki yang menunggang motosikal, memberhentikan motosikalnya, duduk di tepi jalan, menangis. Ditemui dalam keadaan kemurungan oleh anggota-anggota bomba di Meru Raya di Ipoh.

Saya cuma ingin menyatakan bahawa kesihatan mental ini adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan. Dan saya menerima baik pembentangan yang telah dibuat oleh sahabat saya, Yang Berhormat Pulai. Memang beliau mempunyai kelayakan, boleh jadi Menteri pada masa yang akan datang.

Pada masa yang sama, saya ingin tanya. Bagaimanakan kerajaan ingin membuka ruang untuk individu-individu atau pun warganegara Malaysia yang mempunyai masalah kesihatan untuk memperolehi bantuan dari masa ke semasa?

Setakat sekarang, kita mempunyai beberapa talian. Timbalan Speaker yang saya hormati, saya difahamkan bahawa kita ada talian HEAL. HEAL bermaksud Help With Emphathy and Loneliness yang boleh dihubungi melalui talian 15535 dari 8:00 pagi sehingga 12:00 tengah malam.

Befrienders Kuala Lumpur, taliannya boleh dihubungi, nombor telefon 03- 76272929 dan Talian Kasih yang boleh dihubungi pada nombor telefon yang sama, 15999 dan talian (MHPSS) Mental Health and Psyhological Support. Cumanya, saya ingin juga menyeru kepada kerajaan, kalau boleh dipertimbangkan di setiap DUN dan juga kawasan-kawasan Parlimen. Klinik-klinik kesihatan juga menyediakan pegawai-pegawai perubatan atau pun jururawat yang boleh ditemui dari masa ke semasa untuk mendapat rawatan atau yang boleh memberi kaunseling kepada warganegara Malaysia yang menghadapi pelbagai tekanan emosi dan kemurungan.

Untuk menjawab soalan sahabat saya daripada Pasir Mas yang bangun tadi.

draft12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, itu tidak berkaitan, sila duduk.

draft12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Cuma, saya ingin mengatakan bahawa buat masa sekarang, kita masih tidak menghadapi sebarang masalah yang serius seperti yang dihadapi di antara PAS dan BERSATU. Terima kasih.

draft12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya jemput Yang Berhormat Machang.

draft12:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, kita bukan sahaja berdepan dengan krisis kesihatan mental, kita berdepan dengan krisis peradaban. Dan jika kita hanya merawat simptom tanpa memahami punca yang lebih mendalam, dasar kita akan terus gagal. Tidak kira berapa banyak pelan tindakan yang kita gubal.

Saya ingin bawa ke hadapan Dewan ini, perspektif daripada dua pemikir terkemuka dunia dan satu perspektif yang jauh lebih tua iaitu perspektif tamadun Islam untuk membingkai lima lompong dasar yang perlu kita tutup segera.

Yang pertama, izinkan saya menyentuh tentang keperluan Malaysia untuk memperuntukkan lebih banyak bajet kesihatan melibatkan kesihatan mental. Ketika ini hanya dua peratus daripada belanjawan kementerian. WHO menetapkan piawaian tujuh peratus. Jurang ini bukan teknikal, ia mencerminkan priority politik yang salah. Gabor Mate, salah seorang psychologist atau pun psychiatrist yang terkenal, mengingatkan kita. Kos terbesar bukan rawatan. Kos terbesar ialah pengabaian. Setiap Ringgit yang kita gagal laburkan hari ini akan memerlukan sepuluh kali ganda untuk menangani keciciran sosial yang timbul kemudian.

Jenayah, kemiskinan, keluarga yang hancur.

Salah seorang penulis dan juga profesor psikologi sosial di New York University (NYU) yang menulis karya ‘The Anxious Generation’ telah membuat kesimpulan dan cadangan yang saya fikir amat penting untuk kerajaan teliti. Telefon pintar dan media sosial telah merampas zaman kanak-kanak, mencipta generasi yang rapuh secara psikologi, terputus daripada hubungan nyata dan terdedah kepada perbandingan sosial yang tidak berkesudahan.

draft12:14 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekejap. Ahli-ahli Yang Berhormat, bersama-sama kita di Dewan Yang Mulia ini ialah delegasi Indigenous Youth Leaders dari Kanada bersama Tuan Yang Terutama, Puan Jodi Robinson, Pesuruhjaya Tinggi Kanada. Dewan ini mengalu-alukan kehadiran-kehadiran delegasi ke Dewan Yang Mulia ini. Semoga kehadiran Tuan Yang Terutama dan delegasinya akan mengukuhkan lagi tali persahabatan dan hubungan Malaysia dan Kanada. Sekian. Teruskan Yang Berhormat.

draft12:14 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bonsoir. Jonathan Haidt dalam ‘The Anxious Generation’ mendokumentasikan dengan teliti bagaimana kadar kemurungan, kebimbangan dan bunuh diri dalam kalangan remaja melonjak secara dramatik bermula sekitar 2012, tepat ketika telefon pintar menjadi meluas.

Di Malaysia, 70 peratus remaja berusia 13 hingga 17 tahun mengakses media sosial lebih empat jam sehari. Namun, dasar kita tak mempunyai satu pun peruntukan khusus berkenaan kesan digital terhadap kesihatan mental kanak-kanak.

draft12:14 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Machang.

draft12:14 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya, silakan.

draft12:14 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey, kita sedang— terima kasih. Machang, terima kasih. Tuan Timbalan Yang di-Pertua— Puan, terima kasih.

Lama tak jumpa. Okey, baik. Kita sedang membincangkan berkenaan dengan sakit mental. Adakah ini ada kaitan dengan kita kekurangan pakar psikiatri atau pun kita ada psikologi teknikal? Yang mana profesional ini perlu kita garapkan, termasuk nak tarik balik semua peruntukan untuk Kementerian Kesihatan sampai berapa bilion baru ini. Adakah ia memberi kesan?

Kita tak nak la berlaku sepertimana pergaduhan di antara UMNO dengan DAP menyebabkan sehingga terbubarnya DUN Johor dan juga DUN Negeri Sembilan kan. Jadi, kita tak sampai tahap tu.

draft12:14 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Bagaimana dengan Perlis? Perlis bagaimana? Perlis, siapa dengan siapa gaduh?

draft12:14 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tak gaduh, cuma... [Pembesar suara dimatikan]

draft12:14 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukuplah Ahli- ahli Yang Berhormat. Pendang. Pendang, itu tak ada kaitan dengan penerangan.

draft12:14 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft12:14 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Pendang. Masukkan dalam hansard. Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan apa yang dicadangkan oleh Pendang ya. Tak sepatutnya kerajaan memotong belanjawan melibatkan Kementerian Kesihatan. Ini akan memberi kesan kepada mereka yang benar-benar memerlukan, khususnya kanak-kanak yang sedang berdepan dengan tekanan mental yang serius.

Jadi, saya merujuk balik kepada cadangan Jonathan Haidt tadi. Tangguhkan pemilikan telefon pintar sehingga sekolah menengah. Larang media sosial bawah 16 tahun. Okey, bagus. Ini saya setuju dengan kerajaan. Haramkan telefon dalam sekolah dan pulihkan permainan bebas tanpa pengawasan. Kita perlu berfikir secara berani seperti ini, bukan menunggu tragedi seterusnya.

Gabor Mate, seorang lagi psychologist terkenal juga mengajar kita bahawa environment shapes the condition of the mental. Our mental health, dengan izin. Jadi, keperluan kita meneliti sosioekonomi yang ada di bandar, di kampung, turut memberi kesan kepada tumbesaran kesihatan mental kanak-kanak. Jadi, perlu ada dasar yang khusus menangani dan menjalinkan hubungan antara psikososial dan juga mental health kanak-kanak, dengan izin.

draft12:14 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Dan yang paling saya rasa mungkin perlu kita libatkan juga dalam penyata inilah mungkin kita boleh tambah baik sebagainya. Lompong yang di bicara tentang keperluan kita mengangkat maqasid syariah dengan izin kerana dalam maqasid al- shariah, the higher objective syariah or Islamic Law ada diperuntukkan Hifz al-'Aql, iaitu memelihara akal dan ini juga termasuk dalam apa yang kita bincang tentang mental health melibatkan kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Jadi, untuk itu saya fikir keperluan para mufti, para ulama juga untuk terlibat dalam menggubal dasar-dasar ataupun peruntukan khas bagaimana kita ingin merawat cabaran sakit mental di kalangan kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Jadi, janganlah kita hanya bataskan sistem rawatan kesihatan mental dengan model Pasca-Freudian dengan izin. Seolah-olah buta warisan terhadap keilmuan yang cukup kaya di timur ini. Jadi, saya dengan ini menyeru kerajaan mengambil serius cadangan-cadangan yang kami cadangkan ini, khususnya melibatkan pertambahan peruntukan yang semakin dikurangkan akibat kesan ekonomi yang meleset dan saya fikir janganlah kita korbankan keperluan asas rakyat Malaysia melibatkan pendidikan dan kesihatan berbanding dengan keperluan cukong-cukong yang ada dalam Kerajaan MADANI pada hari ini. Terima kasih.

draft12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Machang, saya jemput Yang Berhormat Kepong.

draft12:20 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun menyokong Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan mengenai pengukuhan sistem kesihatan mental di Malaysia. Laporan ini bukan dokumen untuk dibentangkan, dipuji dan disimpan. Ia adalah amaran bahawa masalah kesihatan mental semakin serius, sedangkan sistem kita masih belum cukup pantas dan dekat untuk membantu rakyat sebelum keadaan menjadi krisis.

Puan Yang di-Pertua, pagi ini berlaku seorang wanita Cina warga emas, dia bunuh diri di kawasan Parlimen Kepong di Pangsapuri Permata Fadason. Kesihatan mental bukan isu golongan tertentu, ia berkait dengan tekanan hidup, masalah kewangan, pekerjaan, perumahan, konflik keluarga, buli, kesunyian dan ketidaktentuan masa depan. Apabila seseorang tidak mampu mengurus tekanan berpanjangan, kesannya bukan hanya kepada diri dia, ia menjejaskan keluarga, sekolah, tempat kerja, komuniti dan keselamatan masyarakat.

Data dan laporan ini amat membimbangkan prevalence kemurungan dalam kalangan rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas, meningkat daripada 2.3 peratus pada tahun 2019 kepada 4.6 peratus pada tahun 2023. Iaitu daripada kira-kira 500,000 kepada satu juta orang. Dalam kalangan kanak-kanak, masalah kesihatan mental meningkat daripada 7.9 peratus kepada 16.5 peratus. Bagi remaja, satu daripada empat dilaporkan mengalami kemurungan, manakala idea bunuh diri, perancangan bunuh diri dan cubaan bunuh diri turut meningkat.

Kemurungan selepas bersalin juga tidak boleh dipandang ringan. Ramai ibu mengalami tekanan emosi, tetapi tidak menyedari keadaan mereka atau tidak tahu ke mana hendak mendapatkan bantuan. Ini menunjukkan bahawa sistem kita masih terlalu banyak bertindak selepas krisis berlaku, bukannya mengesan masalah lebih awal.

Kerajaan telah memperkenalkan talian HEAL 15555, Program MySAVE, perkhidmatan psikiatri di hospital, klinik kesihatan dan Pusat MENTARI, semua ini wajar dihargai. Namun, ukuran sebenar bukan jumlah kempen atau majlis pelancaran, ukurannya ialah sama ada bantuan benar-benar sampai kepada orang yang memerlukan.

Adakah pelajar yang dibuli, tahu saluran yang selamat untuk mendapatkan bantuan? Adakah pekerja yang mengalami tekanan melampau berani tampil tanpa takut kerja mereka terjejas? Adakah ibu selepas disaring dan dibantu awal? Adakah keluarga miskin, warga emas yang tinggal bersendirian dan pesakit kronik menerima susulan yang mencukupi?

Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin menegaskan isu gelandangan.

Kerajaan masih gagal menangani golongan gelandangan yang mengalami masalah kesihatan mental secara menyeluruh. Kita masih lihat mereka tidur di kaki lima, bawah jejambat, sekitar pasar dan pengangkutan awam. Mereka sering dipindahkan dari satu lokasi ke lokasi lain, tetapi rawatan, perlindungan dan susulan yang konsisten masih tidak mencukupi. Tidak memadai menghantar mereka ke pusat transit untuk beberapa hari, kemudian membiarkan mereka kembali ke jalanan tanpa tempat tinggal stabil, rawatan susulan atau sokongan keluarga.

Dalam masa yang sama, kita perlu sedar tentang ancaman berlaku persendirian atau lone wolf attackers. Ada individu bertindak sendiri setelah dipengaruhi kebencian, ideologi ganas, kandungan ekstremis dan rasa terasing daripada masyarakat. Yang perlu diberi perhatian ialah ancaman nyata, tingkah laku berisiko, pengaruh ekstremisme dan hasutan keganasan bukannya diagnosis kesihatan mental semata-mata.

Puan yang di-Pertua, laporan ini telah memberi syor yang penting, kerajaan kini mesti menunjukkan tindakan:

(i) bentangkan pelan pelaksanaan yang mempunyai garis masa. Kementerian yang bertanggungjawab, peruntukan dan petunjuk prestasi yang jelas;

(ii) isi segera kekosongan jawatan kritikal dan tambah tenaga kerja kesihatan mental mengikut keperluan daerah;

(iii) memperkasakan pengesanan awal di sekolah dan komuniti;

(iv) memperluaskan Pusat MENTARI serta pasukan intervensi untuk gelandangan dan kumpulan rentan; dan

(v) pastikan bantuan krisis dan rujukan kecemasan berfungsi dengan pantas tanpa birokrasi yang melambatkan tindakan.

Sekian, terima kasih.

draft12:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat kepong, saya jemput Yang Berhormat Putrajaya.

draft12:01 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya tekuni penyata berkaitan kesihatan mental yang dibentangkan serta perbahasan yang berlangsung.

Ramai yang menyentuh tentang kemudahan di hospital, khususnya berkaitan pakar psikatri, kaunselor dan perkhidmatan rawatan. Kita semua setuju bahawa semua perkara tersebut adalah penting. Namun begitu, sekiranya kita benar-benar ingin meningkatkan kesejahteraan mental, kita sewajibnya memahami keadaan yang boleh menyumbang kepada tekanan yang dihadapi oleh rakyat.

Kesihatan mental bukan semata-mata berkait dengan ketahanan individu atau faktor peribadi. Sebaliknya kesihatan mental turut dipengaruhi oleh persekitaran, tempat seseorang itu membesar, bekerja dan menjalani kehidupan seharian.

Apabila seorang anak sekolah dibuli, apabila graduan menghadapi kesukaran mendapatkan pekerjaan, apabila sebuah keluarga bergelut dengan peningkatan kos sara hidup, apabila seorang bapa bimbang dibuang kerja atau telah hilang kerja, apabila suami isteri serabut dengan tekanan kewangan serta hutang, apabila ibu bapa sedih memikirkan nasib anak-anak dan apabila peniaga kecil terpaksa menutup perniagaan kerana mengalami kerugian akibat kos perniagaan yang meningkat, tekanan yang dihadapi bukan lagi sekadar berpunca daripada individu.

Sebaliknya, tekanan ini turut disumbangkan oleh keadaan persekitaran sosioekonomi rakyat. Kita sering bertanya mengapa semakin ramai rakyat mengalami tekanan, kebimbangan dan kemurungan. Tetapi, kita juga perlu bertanya sama ada keadaan sosioekonomi pada hari ini menjadi punca tercetusnya tekanan ketidaktentuan dan rasa tidak selamat dalam kalangan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, suka atau tidak, keadaan ekonomi dan kewangan keluarga adalah antara faktor utama yang mempengaruhi kesejahteraan mental.

Ramai yang bekerja keras siang dan malam untuk membina keluarga dan memberikan yang terbaik buat anak-anak. Ada yang terpaksa membuat dua, tiga kerja sehari untuk memenuhi keperluan keluarga. Di Putrajaya, di kawasan saya, ramai kakitangan awam selain daripada tugas hakiki, terpaksa menjadi penghantar makanan, pemandu e-hailing dan peniaga kecil-kecilan untuk menambah pendapatan.

Di sebalik segala usaha mereka ini, peningkatan kos sewa rumah, kos penjagaan kanak-kanak, kos perbelanjaan harian, kos kesihatan dan kos pendidikan anak-anak terus mencengkam kehidupan mereka. Ini menyebabkan ramai yang merasakan seolah-olah harapan untuk memberikan yang terbaik kepada keluarga semakin gelap apabila pendapatan tidak dapat menampung keperluan hidup. Maka, ramai yang terpaksa berhutang.

Ada yang terpaksa menggunakan kemudahan pembayaran beli sekarang, bayar kemudian atau buy now, pay later (BNPL) untuk membeli barang keperluan.

draft12:06 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Ini akan terus menambah kepada tekanan bayaran balik hutang sedia ada termasuk hutang kereta, hutang pendidikan, hutang perumahan dan hutang peribadi.

Tekanan yang berpanjangan akibat ketidaktentuan ekonomi dan kewangan keluarga memberi kesan yang mendalam terhadap kesihatan mental, hubungan kekeluargaan dan produktiviti ekonomi negara.

Tuan Yang di-Pertua, persoalannya bukan sama ada rakyat Malaysia cukup tabah untuk menghadapi tekanan hidup, persoalannya ialah sama ada kerajaan telah mewujudkan keadaan yang membolehkan rakyat hidup dengan bermaruah, selamat dan penuh harapan. Isu kesihatan mental berkait rapat dengan dasar-dasar kerajaan termasuk dasar ekonomi, dasar pelaburan, dasar pekerjaan, dasar pendidikan dan dasar pelindungan sosial.

Perkara berkaitan dengan dasar pelindungan sosial ini telah banyak kali saya bangkitkan di Dewan ini. Kita lihat bahawa kerajaan menyatakan bantuan dan demi bantuan terus diberi kepada rakyat, tetapi selagi mana kaedah penyaluran bantuan itu tidak tepat dan berkesan, maka kesannya tidak akan optimum. Sebab itu, saya telah bangkitkan bahawa kerajaan seharusnya wujudkan sebuah pusat sehenti bagi memastikan bantuan kepada rakyat dapat diselaras dan disalurkan dengan lebih berkesan berasaskan data dan keperluan.

Saya selalu sebut, boleh lihat contoh Centrelink di Australia. Melalui agensi ini, setiap keluarga yang memerlukan bantuan akan dinilai secara menyeluruh, bukan sekadar sama ada mereka B40, sebaliknya ramai kumpulan M40 di luar sana yang menghadapi tekanan kewangan dan ekonomi keluarga yang cukup besar di mana ruang dan tempat untuk mereka kerana sistem yang ada pada hari ini hanya melihat dari sudut pendapatan isi rumah. Sebaliknya ada M40 yang mempunyai anak yang ramai tinggal di bandar, kos sewa rumah yang tinggi, kos penjagaan kanak- kanak yang tinggi. Ini terus memberi tekanan pada mereka, tetapi mereka seolah- olah dipinggirkan.

draft12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft12:30 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Sebab itu saya rasa, dalam kita bercakap tentang kesihatan mental, kerajaan perlu melihat bagaimanakah pelindungan sosial ini dapat ditingkatkan. Ini belum termasuk mereka yang tiba-tiba hilang pekerjaan, isteri yang tiba-tiba kehilangan suami dan mereka ini pun wajib dipertimbangkan dalam sistem pelindungan sosial negara.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apa yang paling penting, isu kesihatan mental ini bukan sahaja isu Kementerian Kesihatan, tetapi isu seluruh kerajaan dan rakyat Malaysia. Terima kasih.

draft12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Saya jemput Yang Berhormat Jerlun.

draft12:30 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kesihatan mental kini menjadi cabaran kesihatan awam yang semakin serius di Malaysia. Gangguan mental merupakan antara penyumbang utama kepada kehilangan produktiviti dan kecacatan, menyumbang kira-kira 8.6 peratus daripada jumlah disability-adjusted life year (DALY) negara.

Menurut Pelan Strategik Kesihatan Mental Kebangsaan 2020–2025, kadar kemurungan dalam kalangan remaja pernah mencapai sekitar 18 peratus sekali gus mendorong kerajaan menetapkan sasaran untuk mengurangkannya kepada 10 peratus.

Meneliti laporan setebal 208 muka surat ini, saya ingin mengupas enam isu yang penting. Pertama, peningkatan beban penyakit mental. Kajian menunjukkan masalah kebimbangan (anxiety) dan kemurungan dalam kalangan remaja Malaysia meningkat dengan ketara. Malah, dianggarkan antara 20 peratus hingga 40 peratus remaja mengalami simptom berkaitan.

Menurut sumber Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (National Health Morbidity Survey) 2023, sebanyak 4.6 peratus daripada orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas mengalami kemurungan. Ini menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding 2.3 peratus yang dicatatkan pada tahun 2019.

Ini bermakna di luar sana terdapat hampir satu juta rakyat Malaysia yang hidup dalam kemurungan.

Selain itu, 35.5 peratus daripada orang dewasa Malaysia mengalami masalah kurang tidur. Soalnya ialah pertama, apakah langkah konkrit Kementerian Kesihatan untuk menangani peningkatan masalah kesihatan mental pasca pandemik?

Kedua, adakah kerajaan bercadang menggubal Pelan Strategik Kesihatan Mental Kebangsaan 2026–2030 dengan sasaran yang lebih jelas?

Isu yang kedua, kekurangan pakar psikiatri dan psychological clinical. Negara kita masih berdepan kekurangan tenaga pakar kesihatan mental berbanding piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). WHO menetapkan tanda aras standard iaitu seorang pakar psikiatri bagi setiap 10,000 orang penduduk. Namun di Malaysia, kita hanya ada sekitar 500 orang pakar psikiatri untuk 34 juta penduduk.

Selain itu, masalah yang sering dibangkitkan ialah tempoh menunggu rawatan yang panjang. Saya menerima rungutan sesetengah ibu bapa yang terpaksa menunggu antara enam bulan hingga setahun selepas mendapat surat rujukan dari klinik kesihatan untuk mendapatkan temu janji untuk kali pertama.

Kedua, ketidakseimbangan agihan pakar di bandar dan luar bandar.

Kebanyakan pakar psikiatri kanak-kanak sama ada di sektor awam atau swasta hanya tertumpu di kawasan bandar seperti Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Ibu bapa yang tinggal di luar bandar perlu melakukan perjalanan yang jauh, mengambil cuti kerja, mengeluarkan kos pengangkutan yang tinggi semata-mata untuk membawa anak berjumpa doktor pakar.

Kekurangan kaunselor dan psikologi klinik di sekolah dan universiti. Setakat ini dilaporkan terdapat sekitar 18 hingga 20 orang sahaja pakar psikiatri kanak-kanak dan remaja yang berkhidmat di bawah KKM. Walaupun KKM menyasarkan peningkatan jumlah kepada 30 orang pakar psikiatri menjelang 2027, angka tersebut masih terlalu kecil untuk menampung ratusan ribu kanak-kanak yang memerlukan rawatan di seluruh negara.

Selanjutnya, saya ingin menekankan tentang contoh-contoh yang berkaitan dengan kesihatan mental. Antaranya ialah tekanan pasca bencana. Kajian 2025 terhadap penduduk kawasan banjir mendapati 8.0 peratus mengalami kemurungan dan 12.4 peratus mengalami gangguan kebimbangan (anxiety). Ini menunjukkan keperluan menyediakan pasukan sokongan psikososial selepas bencana.

Golongan belia, kajian MyMHI'23 mendapati tahap kesihatan mental belia Malaysia berada pada tahap sederhana dan memerlukan intervensi berterusan. Di kawasan saya pernah berlaku satu kejadian, seorang lelaki berusia 38 tahun telah menetak abang iparnya sehingga putus kepala. Hospital Alor Setar mengesahkan suspek mengalami kemurungan sejak tahun 2021. Polis pula mengesahkan kejadian berlaku disebabkan suspek mengalami halusinasi, selain enggan makan ubat dan tidak mahu meneruskan rawatan psikiatri di hospital.

Ke arah menambahbaikkan untuk mengukuhkan sistem kesihatan mental di negara kita, Jerlun mengesyorkan kepada kerajaan:

(i) menggubal Pelan Strategik Kesihatan Mental Kebangsaan 2026–2030;

(ii) meningkatkan peruntukan kesihatan mental kepada sekurang- kurangnya dua peratus daripada bajet kesihatan;

(iii) menambah bilangan pakar psikiatri, psikologi klinikal dan kaunselor;

(iv) memperluaskan klinik mentari ke semua daerah;

(v) memperkenalkan akta kesihatan mental komuniti yang lebih komprehensif;

(vi) memperkasa penggunaan teknologi digital dan telepsikiatri; dan

(vii) memperluaskan program intervensi awal di sekolah, IPT dan tempat kerja.

Akhirnya ...

draft12:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft12:33 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Saya tegaskan bahawa kesihatan mental bukan lagi isu pinggiran, tetapi merupakan agenda nasional yang memberi kesan kepada produktiviti negara, kesejahteraan keluarga dan pembangunan modal insan. Justeru, sistem kesihatan mental negara perlu diperkukuh melalui peningkatan peruntukan, penambahan tenaga pakar serta akses rawatan yang lebih mudah dan menyeluruh agar tiada rakyat Malaysia yang tercicir daripada menerima bantuan yang sewajarnya. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft12:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Saya jemput Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

draft12:33 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.

draft12:39 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Secara asasnya, saya bersetuju dengan banyak dapatan yang dikemukakan dalam laporan ini. Namun pada pandangan saya laporan ini masih terlalu tertumpu kepada aspek pengurusan kesan dan rawatan sedangkan perbahasan mengenai punca-punca struktural yang melahirkan krisis kesihatan mental masih belum diberikan perhatian yang sewajarnya.

Sebagai contoh, apabila kita berbicarakan soal kesihatan mental kita sering meletakkannya dalam kerangka perubatan semata-mata, seolah-olah masalah ini bermula apabila seseorang memasuki klinik atau hospital. Sedangkan persoalan yang lebih besar ialah apakah persekitaran yang sedang kita bina sehingga semakin ramai manusia memerlukan rawatan.

Ironinya antara sektor yang paling banyak membicarakan tentang kesihatan mental ialah sektor kesihatan itu sendiri. Tetapi dalam institusi perubatan kita masih wujud rungutan yang berpanjangan mengenai budaya kerja yang toksik, penyalahgunaan hierarki, tekanan kerja yang melampau dan kegagalan mewujudkan persekitaran kerja yang mempunyai psychological safety kepada petugas kesihatan khususnya doktor-doktor muda, saya nak fokuskan ke situ sebab masa yang singkat.

Seorang pelajar perubatan sebagai contoh, menghabiskan masa lima hingga enam tahun untuk menuntut ilmu. Namun apabila melangkah masuk ke hospital sebagai houseman, dia bukan sahaja berdepan dengan cabaran klinikal bahkan terpaksa berhadapan dengan budaya kerja yang kadangkala menghakis maruah, keyakinan dan kesejahteraan mental mereka sendiri.

Kita pernah dikejutkan dengan kes doktor muda yang mengalami burnout yang serius. Ada yang bertugas dalam tempoh yang terlalu panjang sehingga menjejaskan kesihatan fizikal dan mental. Ada yang memandu pulang dalam keadaan keletihan yang melampau sehingga berlaku kemalangan maut. Ada yang mengalami tekanan psikologi yang berat, malah terdapat kes yang menggemparkan negara kita apabila doktor muda ditemui meninggal dunia dalam keadaan yang amat menyedihkan.

Persoalannya bagaimana sebuah sistem yang bertanggungjawab menjaga kesihatan boleh terus membiarkan budaya yang menjejaskan kesihatan mental petugasnya sendiri. Siapakah yang memantau kerja ini? Siapakah yang bertanggungjawab apabila aduan demi aduan dikemukakan? Tetapi perubahan yang berlaku terlalu perlahan. Dan sampai bilakah budaya lama yang diketahui umum ini akan terus dianggap sebagai sebahagian daripada proses latihan profesional?

Sebab itu saya ingin menyebut secara terus kepada kementerian, sekiranya pendekatan kementerian hanya sekadar meneruskan dasar sedia, menguruskan keadaan secara business as usual dan membiarkan budaya yang telah lama dikenal pasti ini terus berakar. Maka saya fikir pegawai-pegawai kementerian lebih layak untuk mentadbir kementerian, tak perlu ada Menteri, tak perlu ada kementerian.

Seorang Menteri tidak diukur berdasarkan keupayaannya mengekalkan sistem yang sedia ada.

Seorang Menteri diukur berdasarkan keberaniannya melakukan reform terhadap sistem yang diketahui mempunyai kelemahan. Jika seluruh negara sudah mengetahui kewujudan budaya kerja yang tidak sihat, yang toksik seperti ini dalam sebahagian institusi kesihatan tetapi pembaharuan yang benar-benar berkesan masih gagal dilaksanakan maka persoalan yang perlu dibangkitkan bukan lagi tentang kesedaran terhadap masalah tetapi soal political will daripada Menteri, daripada kerajaan yang ada pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, laporan ini juga dengan tepat menyatakan bahawa kesihatan mental bukan sekadar isu perubatan, ia berkait rapat dengan pendidikan, pekerjaan, keluarga, komuniti dan kebajikan sosial. Sebab itu saya melihat terdapat satu percanggahan yang agak ketara, pada satu sisi laporan ini mengakui bahawa semakin ramai rakyat memerlukan bantuan dan sokongan.

Namun pada satu sisi yang lain lebih satu pertiga daripada Ahli Parlimen pembangkang dalam Dewan ini dinafikan peruntukan. Sedangkan rakyat yang datang kepada kita bukan nak minta projek yang besar-besar, mereka datang dengan tekanan, mereka datang dengan keperluan yang perlu disantuni oleh wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat dalam Dewan ini. Semua ini adalah faktor risiko yang secara langsung mempengaruhi kesejahteraan mental masyarakat.

Justeru, saya hairan apabila laporan ini mengiktiraf kepentingan pendidikan, pekerjaan, keluarga, komuniti dan kebajikan sosial sebagai faktor penentu kesihatan mental tetapi dalam masa yang sama sebahagian wakil rakyat dinafikan instrumen asas untuk membantu masyarakat berhadapan dengan tekanan tersebut.

Jika kerajaan benar-benar mahu melihat kesihatan mental sebagai agenda nasional maka pendekatannya mestilah konsisten, komprehensif dan menyelesaikan akar permasalahan. Jangan pada satu ketika kita mengakui rakyat memerlukan bantuan yang lebih besar tetapi pada ketika yang lain kita menyempitkan saluran bantuan kepada rakyat atas pertimbangan politik.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kalau tak beri juga peruntukan pada tahun ini, yang perlu disaring kesihatan mentalnya ialah bukan rakyat tetapi Menteri- menteri dan juga Perdana Menteri serta Kabinet yang ada di sini. Wallahualam.

draft12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Saya jemput Yang Berhormat Seputeh.

draft12:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya nak ucapkan, menyampaikan penghargaan saya terhadap Jawatankuasa Pilihan Kesihatan atas usaha jawatankuasa ini membentangkan laporan tentang pengukuhan sistem kesihatan mental di Malaysia kerana ini satu isu yang sangat semakin penting dan serius di negara kita.

Dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 menunjukkan bahawa kira-kira sejuta ataupun 4.6 peratus rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas mengalami kemurungan ataupun depression. Angka ini meningkat dua kali ganda daripada tahun 2019 hingga 2023 di mana hampir separuh daripada mereka telah berfikir untuk mencederakan diri atau membunuh diri. NHMS 2023 turut mendedahkan satu daripada enam kanak-kanak berusia lima tahun hingga 15 tahun mengalami masalah kesihatan mental dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengunjurkan peratusan tersebut dijangka akan terus meningkat.

Kita hanya mempunyai dua hospital psikiatri utama di semenanjung Malaysia iaitu Hospital Bahagia Ulu Kinta di Tanjung Rambutan, Perak dan Hospital Permai di Johor Bahru. Memandangkan masalah kesihatan mental semakin kritikal di masyarakat kita, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, berapakah jumlah pesakit yang sedang menerima rawatan di hospital psikiatri dan fasiliti kesihatan Malaysia pada masa ini?

Apakah kapasiti maksimum hospital-hospital tersebut dan sejauh manakah kepakaran serta sumber sedia ada mencukupi bagi menangani peningkatan kes masalah kesihatan mental yang semakin membimbangkan? Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk membina atau menambah bilangan hospital psikiatri, pusat rehabilitasi psikiatri, rumah perlindungan atau rumah jagaan bagi pesakit kesihatan mental dalam Rancangan Malaysia yang akan datang?

Puan Yang di-Pertua, selain itu selepas pindaan Akta Kesihatan Mental pada tahun 2023 khususnya pindaan terhadap seksyen 11, pegawai perubatan KKM telah dikeluarkan daripada senarai pegawai intervensi krisis yang diberi kuasa untuk menjalankan penangkapan terhadap pesakit mental.

Dalam situasi yang melibatkan individu yang dipercayai mengalami gangguan mental tetapi enggan mendapatkan rawatan terutamanya apabila mereka menimbulkan kacau bilau yang mungkin menjejaskan keselamatan awam, pegawai perubatan KKM tidak lagi mempunyai kuasa untuk menahan atau membawa individu tersebut untuk mendapatkan rawatan di bawah akta berkenaan.

Jadi, bila anggota polis ataupun pegawai Jabatan Kebajikan atau pegawai PBT mengambil tindakan untuk menahan individu yang kurang siuman tersebut mereka tak tahu macam mana menangani individu tersebut kerana mereka tidak berpengalaman dan dalam bidang perubatan psikiatri.

Jadi, saya ingin menyeru KKM meminda akta tersebut dan mengembalikan pegawai KKM dalam seksyen 11 dalam Akta Kesihatan Mental 2023. Walaupun KKM telah menubuhkan Pusat Kesihatan Mental Masyarakat ataupun MENTARI yang berperanan memperluaskan akses rawatan dan membantu integrasi semula pesakit mental ke dalam komuniti, keberkesanannya bergantung kepada kesediaan individu tersebut untuk mendapatkan rawatan secara sukarela.

draft12:45 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Keadaan menjadi lebih mencabar apabila individu yang berpenyakit mental enggan menerima rawatan. Justeru, usaha pendidikan awam tentang rawatan psikiatri dan perkhidmatan kaunseling memainkan peranan yang sangat penting dalam menangani stigma masyarakat serta meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap penjagaan kesihatan mental.

Menurut ucapan Menteri Kesihatan pada 7 November 2024, Malaysia hanya mempunyai kira-kira 623 orang pakar psikiatri berdaftar untuk memenuhi keperluan rakyat. Jumlah ini sangat rendah berbanding dengan keperluan sebenar negara.

Kekurangan ini memberi kesan kepada tempoh menunggu rawatan bagi pesakit, ia juga menjejaskan keberkesanan sistem kesihatan untuk menangani peningkatan kes-kes masalah mental.

Saya menyeru KKM menggalakkan lebih pelajar perubatan ataupun doktor untuk mengambil kursus psikiatri demi mengatasi masalah kekurangan pakar psikiatri di negara kita memandangkan kes-kes masalah mental tengah meningkat.

Akhirnya, saya mencadangkan kerajaan mewujudkan lebih banyak fasiliti penjagaan perantaraan ataupun step-down care, rumah jagaan komuniti dan pusat rehabilitasi psikiatri di luar hospital untuk mengurangkan kebergantungan kepada institusi psikiatri serta memperkukuhkan penjagaan pesakit mental berasaskan komuniti. Langkah ini dapat membantu menangani kesesakan kapasiti di hospital dan jabatan psikiatri. Di samping memastikan pesakit yang telah stabil dapat menjalani proses rehabilitasi serta integrasi semula ke dalam masyarakat dengan lebih berkesan. Sekian, terima kasih.

draft12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Seputeh. Saya jemput Yang Berhormat Pendang.

draft12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih semua Ahli-ahli Dewan. Jadi, saya ingin menyentuh berkenaan dengan perbincangan kita pada pagi ini berkenaan dengan mental iaitu perbahasan Penyata Dewan Rakyat Bilangan 4 berhubung pengukuhan sistem kesihatan mental di Malaysia.

Isu ini amat penting dan kita rasa satu yang signifikan dalam kehidupan seharian yang berlaku di dalam negara kita sekarang ini. Kesihatan mental bukan lagi sampingan dalam sistem kesihatan negara. Ia telah menjadi cabaran nasional yang memberi kesan langsung kepada produktiviti negara dalam semua keseluruhan sektor yang terlibat ini. Kita melihat perubahan mental rakyat Malaysia sekarang ini menjurus ke arah yang lebih parah.

Kita tengok berlaku pembunuhan, perogolan dan juga isu-isu yang melibatkan ekonomi, berlaku rasuah dan semua ini adalah ada kaitan dengan isu mental. Jadi, kita rasa sangat terkilan apabila kerajaan mengumumkan bahawa baru- baru ini peruntukkan untuk Kementerian Kesihatan telah ditarik balik, telah dikurangkan kepada kalau tak silap dua ke tiga bilion. Kalau saya silap tolong perbetulkan tetapi diumumkanlah peruntukkan Kementerian Kesihatan ditarik balik dan juga Kementerian Pendidikan yang mana ini melibatkan pembinaan modal insan.

Inilah yang nak menjana pemikiran rakyat supaya tidak terlibat dalam perkara-perkara yang unhealthy practice ataupun yang tidak sihat ini. Tetapi kerajaan menarik perkara ini dan meneruskan rasanya pembinaan LRT di Pulau Pinang sehingga 16 bilion. Ini satu perkara yang kita harus melihat kepentingan semasa. Apakah keperluan kerajaan? Kita tengok sekarang, kerajaan mengumumkan penurunan harga minyak. Ini juga satu penyakit mental kerana kerajaan juga mengumumkan kenaikan minyak dan umum turun pun orang yang sama juga. Jadi, nak melihatkan satu kita dipuji apa ini adalah satu penyakit mental tau. Buat kerja kalau kerana bukan lillahi taala, akan menyebabkan beginilah jadinya.

Jadi kita harap, kita harap supaya perkara-perkara begini, modal insan ini dibina di peringkat pra persekolahan hinggalah ke peringkat universiti. Walaupun dia doktor, walaupun dia lawyer, tetapi dia mempunyai penyakit mental. Baru-baru ini kita tengok di Jalan Raja Laut. Bagaimana penangkapan dibuat, yang melibatkan profesional PTD, doktor, lawyer melakukan kerja-kerja LGBT yang tidak sihat dalam negara kita ini.

Ini adalah satu bala, satu penyakit yang harus kita lihat. Jadi kita harap, Kementerian Kesihatan bukan setakat mengurangkan ataupun mengurangkan peruntukkan malah menambah dan membuat satu kajian yang spesifik, empirical study berkenaan dengan mental rakyat Malaysia yang sekarang semakin parah, dan semua sektor termasuk sektor industri, sektor ekonomi, sektor sosial, sektor politik termasuk juga dalam Parlimen ini.

Kita tengoklah benda yang sepatutnya mengikut peraturan, bangkit bercakap begitu saja. Tak mintak langsung. Ini juga penyakit mental yang harus diberi perhatian, apa ni, Puan Yang di-Pertua. Penyakit mental ni bukan sahaja berlaku di luar, di dalam juga penyakit mental. Kita tengok cabaran terbesar kesihatan mental negara ini adalah kekurangan pakar psikiatri ataupun kita tengok psikologi klinikal dan juga kaunselor profesional yang mana ini juga menyebabkan tidak berlaku satu perkhidmatan kepada rakyat bagaimana untuk nak menghadapi situasi yang tidak sihat kerana mereka menghadapi masalah-masalah peribadi, masalah kekeluargaan, masalah sosial, masalah ekonomi, masalah politik.

Mereka ini juga harus diberi satu kaunselor profesional supaya mereka dapat balik, apa ni align otak mereka tu menjadi apa ni, jalan yang— tindakan yang di ambil di luar jangkaan. Ini yang harus kita tengok. Jika kita berhadapan dengan penghijrahan tenaga pakar ke sektor swasta dan juga di luar negara. Oleh itu, kerjaan perlu memperkukuhkan skim perjawatan dalam kerjaya dan insentif yang memastikan tenaga pakar terus berkhidmat dalam sistem.

draft12:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Pendang, boleh bagi sikit Pendang?

draft12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey, okey, sila.

draft12:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Pendang. Yang ajak orang bertumbuk dalam Parlimen tu pun, itu pun sakit mental juga. Itu pun kalau boleh pun nak minta pergi jumpa dengan doktor. Dalam Parlimen ni ajak orang bertumbuk.

Memang tak ada akal.

draft12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey, saya bagi. Itu yang kata persepsi mental tu. Ini salah satunya contoh mental. Saya nak pergi jumpa Jelutong, saya nak bincang bukan nak bertumbuk pun. Tapi persepsi ni dibina macam nak bertumbuk. Tak apa lah, duduk lah.

draft12:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Eh, Pendang.

draft12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kejap, saya tak bagi. Saya tak bagi. Cukup.

draft12:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ajak bincang. Macam tu ajak bincang eh? Macam itu bincang eh?

[Sambil menunjukkan gerakan tangan]

draft12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Itu sebagai sign.

draft12:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ini joget ke bincang ini?

draft12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dua-dua boleh.

draft12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

Ahli-ahli Yang Berhormat. Sila ikut peraturan.

draft12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ini memang satu contoh mental yang agak kritikal lah ni yang kita perlu lihat. Oleh sebab itu, kita harap bila melibatkan bebanan hutang, ketidakstabilan pekerjaan dan cabaran dalam kehidupan ekonomi, ini menyebabkan dia akan hilang kewarasan. Bila hilang kewarasan, kita harap kita ada satu kaunselor yang boleh nak memberi perkhidmatan supaya ia boleh bertenang dalam keadaan ujian yang dihadapi ini.

Sebab tu kalau kita beragama Islam, kita tau benda ini takdir. Takdir Allah Taala. Bagaimana kita menghadapi takdir ini. Kita balik kepada Allah Taala, mohon pada Allah Taala supaya Allah tunjukkan kita jalan yang benar. Bersihkan hati kita, ikhlaskan hati kita bila kita hadapi begini. Tetapi bagi mereka yang bukan agama Islam nak bergantung macam mana? Lagipun yang agama Islam pun, berlaku juga.

Ya, sila. Ingat nak tanya.

Oleh sebab itu, pada masa yang sama kita tengok stigma terhadap individu yang mengalami masalah kesihatan mental masih wujud. Saya, seperti mana yang dibangkitkan oleh Hulu Langat tadi kata kita mental, ya, insya-Allah. Kita tak tahu benda macam ni sebab kaunselor bahagian psikiatri ni tak ada nak check kita satu demi satu. Jadi, mungkin ada, mungkin tidak. Jadi, kalau tuduhan tanpa satu bukti empirical itu adalah niat jahat.

draft12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Memanglah orang yang niat jahat ni pun mental juga.

draft12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jadi, kita tak apa, benda macam tu kita back to the square balik. Jadi, kita harap apa yang berlaku sekarang.

Pengukuhan Sistem Kesihatan Mental tidak boleh diukur melalui jumlah kempen atau program semata-mata. Ukuran sebenar ialah sejauh mana rakyat dapat mengakses rawatan dengan cepat menerima sokongan yang mencukupi dan kembali menjalani kehidupan yang produktif.

Justeru itu, saya menggesa kerajaan memberi perhatian serius terhadap pengukuhan tenaga pakar, perluasan akses perkhidmatan, pengurangan stigma serta intervensi dalam kalangan generasi muda. Jadi maknanya kesihatan mental bukan sekadar isu perubatan. Ia adalah isu kesejahteraan rakyat, pembangunan modal insan dan juga masa depan negara. Sekian terima kasih, Puan Yang di- Pertua.

draft12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat, Pendang. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menangguhkan mesyuarat sekarang dan mesyuarat akan bersambung semula jam 2.30 petang.

draft12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 12.59 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kita sambung semula perbahasan. Saya jemput Yang Berhormat Permatang Pauh.

draft2:30 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Datuk Timbalan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan. Hari ini kita berbicara berkaitan dengan kesihatan mental dan saya rasa kita semua sedia maklum keadaan kesihatan mental yang berlaku dalam negara kita ini sekarang berada pada keadaan yang sangat kritikallah.

Mengikut sumber-sumber rasmi, statistik kesihatan mental sekarang ini menunjukkan bahawa satu daripada tiga rakyat Malaysia menghadapi masalah kesihatan mental. Manakala rakyat Malaysia ada 33 atau 34 juta, hampir 11 juta berhadapan dengan masalah ini. Ini adalah satu perkara yang sangat berat yang perlu untuk kita sama-sama lihat.

Perlu ditegaskan bahawa stres ataupun hidup dalam keadaan tertekan ini bukan bermaksud seseorang itu gila. Bukan. Tetapi dia menggambarkan kecelaruan hidup yang sedang dihadapi dan yang menariknya data tahun 2023 menunjukkan bahawa berlaku peningkatan hampir dua kali ganda isu berkaitan kesihatan mental ini berbanding tahun 2019. Jadi, perkara ini sebenarnya perlu diambil perhatian oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, sahabat-sahabat kita tadi telah memaklumkan berkaitan dengan punca kenapa berlaku kesihatan mental ini. Banyaklah faktor- faktor yang disebutkan tetapi saya merasa kerana antara faktor besar yang menyebabkan kesihatan mental ini mencecah jumlah yang agak besar ini adalah berkaitan dengan isu kos sara hidup. Kita tak boleh nafikan walaupun ada mengatakan isu masalah pelajar dan sebagainya tetapi dia berpunca asalnya daripada isu kos sara hidup.

Seorang bapa terpaksa bekerja sehingga lebih masa untuk menampung kehidupan sehingga kadang-kadang dia terpaksa mengabaikan keluarga. Anak-anak duduk di rumah tidak mendapat kasih sayang daripada ibu dan bapa, perhatian daripada ibu bapa akhirnya menyebabkan dia berlaku masalah ketika mana di luar.

Tekanan pekerjaan juga menyebabkan perkara yang sama berlaku.

Jadi, kalau kita tengok di antara punca-punca permasalahan ini dia juga datang daripada kos sara hidup, satu. Dan yang kedua, hari ini juga kita tengok pengaruh negatif media sosial juga kritikal khususnya apabila dia membawa gejala FOMO, dengan izin fear of missing out sekarang ini. Gejala merasa ketinggalan kerana gagal mengikut trend semasa seperti food hunting, percutian, pemilikan gajet dan juga kenderaan idaman seperti yang dipaparkan secara meluas dalam media sosial memberi impak secara langsung tak langsung kepada kesihatan mental anak muda kita. Fenomena FOMO ini juga perlu diberikan perhatian kerana dia boleh membuka pintu kepada gangguan mental yang lain seumpama narsisistik dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, saya secara peribadi menghargai usaha kerajaan dalam memperkukuhkan perkhidmatan kaunseling, meningkatkan literasi kesihatan mental, memperluaskan program-program untuk memperkukuhkan penyelesaian kepada masalah ini tetapi saya berpandangan bahawa kerajaan masih lagi belum berjaya menangani punca sebenar masalah ini berlaku. Kita sering bercakap kesihatan mental ini seolah-olah ia masalah individu. Hakikatnya, ramai hari ini tertekan bukan kerana kurang kaunselor tapi seperti mana yang saya sebut tadi isu berkaitan dengan kos sara hidup.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, jika kerajaan benar-benar mahu mengurangkan masalah kesihatan mental ini saya merasakan yang pertama sekali selain daripada kita bicara tentang kaunselor yang tidak cukup selain daripada hospital yang tidak lengkap, selain daripada sistem kesihatan yang perlu ditambah baik, saya merasakan kerajaan mesti menangani punca tekanan ini terlebih dahulu. Antaranya saya merasakan kerajaan sekarang ini perlu berubah dengan menetapkan dasar- dasar yang menguntungkan rakyat untuk jangka masa panjang.

Dasar kewangan saya merasakan perlu diubah supaya dasar tersebut memberikan keuntungan kepada rakyat bukan memberikan keuntungan kepada kapitalis. Dasar ekonomi juga perlu diutamakan kepada rakyat bukan kepada kapitalis. Dasar perumahan juga sama, bukan kepada kapitalis. Dasar pendidikan, dasar pengangkutan, dasar komunikasi dan juga beberapa dasar lain yang perlu fokus kepada rakyat kerana sekarang ini kalau kita lihat kebanyakan dasar ini memberikan kelebihan kepada kapitalis berbanding kepada rakyat.

Dan sekarang pada masa yang sama juga, saya merasakan kerajaan perlu juga untuk mempertimbangkan pelbagai bentuk cukai dan caj yang membebankan, yang akhirnya kalau kita lihat cukai tersebut akhir sekali dia akan berada di atas bahu rakyat. Rakyat yang perlu membayar cukai tersebut. Pendek kata, sudah sampai masa kerajaan perlu benar-benar membela rakyat dan tidak terlalu menjaga hati para kapitalis.

Tuan Yang di-Pertua, dalam menyelesaikan masalah ini, saya merasakan Islam tidak hanya memberikan solusi untuk merawat simptom tetapi Islam memberikan solusi untuk menyelesaikan masalah. Jadi, saya merasakan apa yang disampaikan, apa yang dibawa oleh ajaran Islam ini, saya rasa boleh dipraktikkan di dalam sebuah negara.

Sebab itu saya ingin menyatakan bahawa tidak ada guna kita bercakap tentang memperkukuhkan kesihatan mental tapi pada masa yang sama rakyat terus dibebani dengan tekanan hidup yang tidak berkesudahan. Selagi punca tekanan ini tidak diselesaikan, selagi itulah kita hanya akan merawat kesan tanpa menyelesaikan masalah. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya jemput Yang Berhormat Ipoh Timur.

draft2:32 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Saya nak mula dengan membuat sedikit peringatan dan teguran kepada sahabat-sahabat Yang Berhormat. Apabila nak tegur ke, mengejek ke, janganlah guna ejekan-ejekan seperti hilang akal dan memang-memang teguran dan ejekan yang bodohlah sebab sakit mental dan tekanan mental ini bukan sesuatu yang boleh digurau-guraukan. Saya nak buat peringatan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sini dan sebelah sana. Ini bukan benda yang kita boleh main dan gurau- gurau.

Baik, kita berbicara tentang sebuah perkhidmatan awam, keperluan kemanusiaan yang di bawah jagaan KKM dan juga KPWKM. Apabila kita bicara tentang sakit mental, OKU mental, learning difficulties dan sebagainya yang memang adalah di bawah bidang kuasa yang sama iaitu kedua-dua kementerian ini, sebenarnya kita perlu lihat dia dari sudut pandangan dan jendela yang berasingan daripada semata-mata nak bincang tentang faktor dan implikasi penjagaan perubatan tetapi penjagaan jangka panjangnya.

draft2:38 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Akta 615 yang kalau kita rujuk specifically kepada seksyen 11 yang disebutkan oleh sahabat saya daripada Seputeh tadi berkenaan dengan kuasa untuk apprehend, dengan izin, atau kuasa untuk membawa mereka memasuki ke dalam institusi seperti Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) dari lapangan, kebiasaannya kes- kes seperti ini adalah kes bagi mereka yang tidak secara sukarela hendak dimasukkan ke dalam institusi. Saya setuju hanya sebahagian daripada apa yang disampaikan oleh Seputeh.

Bahawasanya ia perlu seolah-olah beri kuasa sahaja kembali kepada KKM.

Tetapi, perlu juga dilihat dari segi apabila KKM tidak mempunyai kapasiti untuk apprehend, dengan izin, kuasa itu diberi dan dipanjangkan kepada JKM, diberi kepada JPAM, diberi kepada pihak polis dan sebenarnya ini adalah provisi di bawah seksyen 11 Akta 615― ia adalah satu pelengkap dan bukan semata-mata hanya kembalikan kepada KKM semata-mata.

Kenapa saya sebut begini? Sebab, saya nak ceritakan tentang satu kisah― dia bukan kisah. Ia satu kes yang baru-baru ini saya menangani di kawasan saya di mana― ini bukan cerita dongeng ya. Ini memang kes yang paling kompleks pernah saya tangani dalam kerjaya sebagai seorang wakil rakyat, sebagai seorang yang berkhidmat di lapangan. Dalam 14 tahun perkhidmatan saya, inilah kes yang paling kompleks.

Bayangkan, seorang ibu tunggal berumur 81― orang lama. Dia mempunyai empat orang anak. Sulung dia― dia sebenarnya asalnya lima orang anak. Sulung dia dah meninggal. Sulung yang sekarang, sebenarnya dia dah pergi ke luar negara, pergi ke US. Nak kembali ke Malaysia, financial dia tak kuasa, tak mampu. Dan yang baki tiga orang anak dia ― saya tak nak sebut yang di US itu dia patut ke tak patut pulang tetapi dia memang tak mampu untuk jaga, tak mampu untuk pulang ke Malaysia pun.

Tiga orang anak lagi, seorang berumur 54 tahun, seorang berumur 50 tahun, seorang berumur 46 tahun. Ketiga-tiga ini adalah OKU. Yang nombor dua itu, yang berada di Malaysia, yang paling tua yang berumur 54 tahun itu, dia adalah OKU mental. Yang paling bongsu itu OKU mental. Yang dekat tengah-tengah ini, yang berumur 40 tahun itu, dia learning difficulties, dengan izin. Maksudnya, pengkategorian ketiga-tiga adik-beradik ini, dia lain. Dua, satunya, telah dikategorikan sebagai skizofrenia. Diagnos skizofrenia. Maksudnya, kalau bawah 615 dan juga bawah Akta 685 pun, sebenarnya dia perlu dijaga di bawah institusi- institusi psikiatrik seperti Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK).

Akan tetapi, yang kedua itu, yang memang learning difficulties sahaja, sebenarnya dia tak perlu masuk dan dia tak patut masuk pun. Tetapi, apabila ibunya meninggal dua minggu yang lepas, maksudnya orang tunggal yang jaga tiga adik- beradik ini meninggal, siapa yang nak jaga ketiga-tiga yang memang perlukan penjagaan sepenuh masa? Dan apabila ada tiga orang, dua kategori, bermaksudnya tiga adik-beradik ini yang tidak pernah dijaga selain daripada oleh ibunya yang baru meninggal, maksudnya sekiranya mengikut institusi dan undang-undang yang sekarang, mereka harus dipisahkan.

Bayangkan, untuk tiga adik-beradik ini yang sepanjang hayat mereka tak pernah dipisahkan, tiba-tiba dipisahkan daripada ibu dia dan tiga adik-beradik terpaksa dipisahkan― dua dengan satu― tak ada orang nak jaga kerana yang OKU mental dua orang hanya boleh dijaga di bawah institusi-institusi psikiatrik.

draft2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft2:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Dan saya rasa ini adalah satu titik buta atau blind spot, di mana undang-undang kita, praktis-praktis kita yang sedia ada, institusi JKM dan institusi KKM kita, tidak ada satu cara yang sangat holistik yang menyeluruh untuk menjaga keluarga-keluarga yang ditimpa dengan sesuatu keadaan yang begitu malang seperti ini.

Saya mohon dalam gulungan kepada sahabat-sahabat Yang Berhormat, dalam gulungan ini, haraplah boleh kita dibincangkan dan dalam laporan ini, apabila disampaikan kepada kementerian-kementerian yang berkaitan khususnya KPWKM dan juga KKM, kita rangkakan dan rungkaikan satu dasar untuk pastikan ada institusi-institusi yang khusus untuk menjaga ini kerana, pada ketika ini, golongan ini memang tersorok dan masih tersorok di belakang titik buta dasar kebajikan dan kesihatan negara kita.

Sekian, terima kasih.

draft2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Ipoh Timor. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kuala Langat, Ahli Jawatankuasa Pilihan Kesihatan untuk menjawab. Masa 10 minit.

draft2:40 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Pertamanya, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam perbahasan Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan berkaitan dengan Pengukuhan Sistem Kesihatan Mental di Malaysia. Beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat telah terlibat dalam perbahasan ini termasuklah Jelutong, Machang, Kepong, Putrajaya, Jerlun, Pengkalan Chepa, Seputeh, Pendang, Permatang Pauh dan juga Ipoh Timor.

Perbahasan ini menunjukkan satu perkara yang sangat jelas― isu kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh ditangani melalui pendekatan biasa, bersifat kecil- kecilan dan bergantung pada kempen bermusim. Ia memerlukan perubahan cara kerajaan merancang, menyelaras dan menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.

Banyak pandangan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat memperlihatkan bahawa persoalan sebenar bukan semata-mata sama ada dasar telah wujud atau program telah dilaksanakan. Persoalan yang lebih besar adalah sama ada dasar dan program tersebut benar-benar sampai kepada rakyat yang memerlukan pada masa yang tepat melalui saluran yang mudah dicapai dan dengan susulan yang berkesan.

Saya kira semua perbahasan-perbahasan ini mempunyai ulasan, pandangan, cadangan yang saya kira cukup bernas. Sebahagian besar daripada data-data yang ada dalam penyata ini pun, saya ingat boleh dibaca dan ianya cukup jelas. Dan saya kira tidak perlulah mengulas setiap daripada perbahasan- perbahasan yang dibahaskan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Cuma, beberapa perkara yang saya hendak sentuh tadi. Yang penting di dalam penyata ini adalah berkaitan dengan soal kesihatan mental. Makna, perkara- perkara yang sifatnya ringan, dia bukanlah penyakit mental. Yang biasa kita tahu ini penyakit mental skizofrenia, manic depressive disorder. Tapi, ini yang berkaitan dengan anxiety, yang berkaitan dengan depression yang saya kira perlu jelas kepada kita semua untuk kita sebagai wakil rakyat menyampaikan kepada masyarakat supaya ia tidak menjadi taboos kepada rakyat di bawah.

Bila dirujukkan sahaja kepada pegawai kesihatan mental ataupun kaunselor, orang dah ada dalam pemikiran ini, “Dia ini gila”. Jadi, kita nak betulkan persepsi ini bahawa yang kita bincangkan ini bukan hanya sekadar penyakit yang kita tidak rawat daripada awal ataupun yang kita pasti daripada awal sehingga ia boleh menjadi penyakit yang kita sebut penyakit mental tetapi kita boleh rawat di peringkat bawah.

Tadi saya melihat banyak pandangan-pandangan dan saranan-saranan yang cukup baik, termasuklah punca-punca yang menyebabkan persekitaran ini, akhirnya rakyat berdepan dengan keadaan ini. Begitu juga perbahasan sepertimana daripada Putrajaya dan juga daripada Permatang Pauh tadi menyebutkan dasar-dasar yang kerajaan harus lihat. Bagaimana dasar-dasar ini meletakkan kepentingan supaya kesihatan mental ini juga di dalam pertimbangan setiap apa juga dasar dan polisi yang kita buat. Saya ingat ini antara perkara yang sangat penting.

Tuan Yang di-Pertua, saya nak sebutkan tadi berkaitan dengan yang disebutkan juga oleh Ipoh Timor dan juga Seputeh berkaitan dengan pindaan Akta 615 tahun 2023 yang kita jelas di situ ianya adalah berkaitan dengan kuasa untuk menangkap ataupun menahan yang nak bunuh diri ataupun mungkin yang kita tidak dapat kawal dan yang― pegawai perubatan telah dikeluarkan daripada kuasa itu.

Sekarang, dia hanya kepada pihak PDRM, pegawai PDRM, pegawai kebajikan dan juga pegawai perkhidmatan awam Malaysia yang saya kira memang mereka ini telah dibimbing, telah dilatih untuk menangkap dalam keadaan-keadaan yang tertentu terutamanya keadaan-keadaan yang di luar kawal.

Jadi, kalau kita nak melibatkan lagi, nak masukkan lagi pegawai perubatan di dalam akta ini, saya kira pegawai perubatan tidak mempunyai kapasiti ataupun tidak dilatih untuk menangkap.

draft2:45 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Jadi, saya ingat dalam saya terlibat dalam pendidikan perubatan pun, dalam masa menjadi student pun tidak diajar, dalam tempoh kita praktik pun kita tidak ajar.

Saya ingat memang ini adalah kuasa yang sebaiknya kita serahkan kepada pegawai intervensi krisis (crisis) ni, yang tiga itu tadi. Dan mereka ini bertanggungjawab untuk menyerahkan kepada pegawai perubatan psikiatri dalam masa 24 jam. Yang ini yang perlu mereka lakukan. Dan saya ingat itu— saya ingat, tidak timbullah untuk kita memasukkan semula, pada pandangan peribadi saya. Jadi...

draft2:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Setuju, setuju.

draft2:50 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, jawatankuasa berpandangan bahawa cabaran utama kesihatan mental negara terletak pada tiga perkara besar iaitu akses, kesinambungan dan kepercayaan rakyat terhadap sistem sokongan.

Daripada segi akses, rakyat perlu tahu di mana mereka boleh mendapatkan bantuan. Bantuan itu mesti dekat dengan komuniti, mudah dicapai, tidak membebankan dan tidak menakutkan untuk mereka tampil. Daripada segi kesinambungan, seseorang yang mendapatkan bantuan, tidak hanya boleh diberi nasihat sekali lalu, kemudian putus daripada sistem. Perlu ada laluan rujukan, susulan, pemantauan dan sokongan yang jelas antara sekolah, klinik kesihatan, hospital, perkhidmatan kaunseling, Jabatan Kebajikan Masyarakat, komuniti dan juga keluarga. Tetapi yang penting saya sebutkan tadi, kefahaman berkenaan kesihatan mental ataupun penyakit mental itu harus kita sampaikan kepada rakyat — seluruh rakyat di dalam negara kita.

Dari segi kepercayaan, rakyat hanya akan tampil mendapatkan bantuan apabila mereka percaya bahawa sistem ini selamat, tidak menghukum, menjaga maruah dan tidak menyebabkan mereka dilabel sebagai negatif oleh masyarakat.

Oleh itu, usaha memperkukuh sistem kesihatan mental tidak boleh hanya dilihat daripada bilangan program ataupun jumlah kempen. Ukuran sebenarnya, keberhasilan ialah sama ada rakyat yang tertekan, anak-anak yang berisiko, ibu-ibu yang memerlukan sokongan, pekerja yang mengalami tekanan dan keluarga yang buntu benar-benar dapat dibantu sebelum keadaan menjadi lebih serius lagi.

Dalam konteks ini, Jawatankuasa menegaskan bahawa stigma masih menjadi halangan besar. Stigma bukan sekadar masalah persepsi. Stigma menyebabkan rakyat diam. Stigma menyebabkan keluarga menangguhkan rawatan.

Stigma menyebabkan anak-anak tidak bercakap. Stigma menyebabkan pekerja menyembunyikan tekanan kerana bimbang masa depan kerjaya mereka terjejas.

Maka, kempen anti stigma perlu digerakkan lebih jauh daripada slogan.

Pada masa yang sama, Jawatankuasa menegaskan keperluan komunikasi awam yang lebih cermat dan bertanggungjawab. Isu kesihatan mental tidak boleh disensasikan. Pelaporan media dan kandungan digital mesti dikendalikan dengan beretika kerana kesannya bukan sahaja kepada individu tetapi juga kepada komuniti, keluarga, masyarakat yang sedang menghadapi tekanan. Inilah sebabnya mengukuhkan literasi pelaporan selamat dan kawalan kandungan berisiko perlu dilihat sebagai sebahagian daripada perlindungan kesihatan awam, bukan sekadar isu komunikasi.

Tuan Yang di-Pertua, dalam perkara sumber manusia, Jawatankuasa telah menegaskan bahawa sistem yang baik tidak akan berfungsi tanpa tenaga kerja yang mencukupi dan terlatih. Kekurangan pakar, ahli psikologi klinikal, kaunselor, pegawai psikologi dan pegawai sosial masyarakat akan terus mengehadkan keupayaan negara untuk bertindak awal dan berkesan.

Justeru, isu perjawatan, laluan kerja, nisbah keperluan dan penempatan yang tidak boleh dilihat sebagai satu pentadbiran dalaman semata-mata. Seperti mana saya ingat di antara pembahas-pembahas tadi banyak menyebutkan soal kekurangan tenaga di dalam Kementerian Kesihatan, khususnya untuk penyakit mental ini sendiri dan juga dalam jabatan-jabatan di negara kita.

Ia sebenarnya menentukan sama ada rakyat mendapat bantuan tepat pada waktunya ataupun sebaliknya. Dalam situasi krisis dan bencana, keperluan ini menjadi lebih mendesak. Sokongan psikososial perlu digerakkan dengan cepat dan diselaraskan, khususnya kepada mangsa bencana, kanak-kanak, warga emas, keluarga yang kehilangan orang yang tersayang dan kumpulan rentan yang lain.

Secara ringkasnya, Jawatankuasa telah mengumpulkan 12 syor strategik yang perlu diterjemahkan untuk tindakan pelaksanaan. Saya kira pihak kerajaan harus melihat syor-syor ini tadi dan ditambah dengan pandangan-pandangan dan juga cadangan-cadangan daripada pembahas-pembahas supaya akhirnya, penyata yang kita bahaskan dan akhirnya, hasil untuk isu berkaitan dengan kesihatan mental di negara kita ini, kita dapat uruskan dengan sebaik mungkin dan memberikan kepada seluruh rakyat di dalam negara kita.

Jawatankuasa tidak mahu penyata ini menjadi satu lagi dokumen yang baik daripada sudut kandungan tetapi lemah daripada sudut tindakan. Isu kesihatan mental memerlukan keberanian dasar, disiplin, pelaksanaan dan komitmen rentas agensi yang konsisten. Kita tidak boleh menunggu sehingga lebih ramai lagi yang terputus daripada sokongan. Kita tidak boleh menunggu lagi tekanan di dalam keluarga, sekolah, tempat kerja menjadi lebih berat lagi. Kita tidak boleh hanya bertindak selepas krisis berlaku.

Penggulungan ini menyeru agar kerajaan mengambil penyata ini sebagai asas kepada memperkukuhkan sistem sokongan kesihatan mental negara secara lebih menyeluruh, lebih dekat dengan rakyat dan lebih bertanggungjawab. Kesihatan mental adalah asas kepada masyarakat yang berdaya tahan. Tanpa rakyat yang sejahtera daripada segi emosi, psikologi, dan sosial, agenda pembangunan negara tidak akan dapat bergerak dengan kekuatan yang sebenarnya.

Maka, Jawatankuasa berharap segala dapatan dan syor yang dikemukakan dapat diterjemahkan dengan tindakan yang berani, tersusun, terukur dan berimpak, demi kesejahteraan rakyat serta masa depan negara yang lebih sihat, inklusif dan manusiawi.

Saya juga mengharapkan agar kementerian dan juga kerajaan melihat pemotongan ataupun pengurangan bajet ini dapat dilihat semula supaya bukan sahaja isu-isu yang besar yang sedang kita hadap sama ada dari sudut tenaga kerja, infrastruktur dan keperluan-keperluan lain tetapi ia juga melibatkan soal kesihatan mental ini dapat ditangani dengan sebaik mungkin. Terima kasih Yang di-Pertua, di atas kesempatan untuk saya menggulung bagi pihak Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan. Terima kasih.

draft2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Selesai sesi penerangan yang pertama. Sekarang kita ke sesi penerangan yang kedua. Saya seterusnya meminta Yang Berhormat Rasah, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian, akan memberi perangan berkenaan penyata bertajuk Mekanisme Penyertaan Rakan Niaga dan Agensi Pelaksana Dalam Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

draft2:50 PM
MEKANISME PENYERTAAN RAKAN NIAGA DAN AGENSI PELAKSANA DALAM PROGRAM SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya. Sebelum saya memulakan sesi penerangan saya, saya ingin mengalu-alukan kehadiran rombongan dari Sekolah Tinggi Chung Hwa dari Muar yang diatur oleh Yang Berhormat Bakri.

Selamat datang ke Parlimen.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya pertamanya bagi pihak Jawatankuasa Pilihan Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Speaker dan juga Parlimen atas peluang yang diberikan kepada kami, pihak Jawatankuasa untuk memberikan penerangan ke atas Penyata DR.10 Tahun 2026 yang diterbitkan oleh Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian yang bertemakan Mekanisme Penyertaan Rakan Niaga dan Agensi Pelaksana Dalam Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Penyata ini sebenarnya telah dibentangkan iaitu dengan diletakkan di atas meja semua Yang Berhormat pada 3 Mac yang lepas. Yang Berhormat Yang di- Pertua, saya mohon jam itu dibetulkan. Saya difahamkan ada 15 minit. Bukan 5 minit.

Betul ke?

draft2:57 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jam pun tak bergerak.

draft2:57 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Bukan, tak bergerak. Kalau boleh, biar 15.

draft2:57 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Ada masalah.

draft2:57 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Tidak berfungsi. Ini susah ni. Kalau macam tu, kadang mungkin dia tambah 15, tambah 15.

draft2:57 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya akan hentikan Yang Berhormat semasa 15 minit nanti.

draft2:57 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Okey, nanti minta tolong ingatkan, ya. Sebab kita orang politik ni kadang cakap dia kena ada peringatan.

[Ketawa] Okey, saya teruskan dengan ini.

Yang pertamanya, saya nak sebutkan bahawa penerangan pada hari ni berkisar kepada penyata yang telah dibentangkan. Dan sedikit update iaitu maklumat status terkini sebab ia diterbitkan - dibentangkan pada 3 Mac. Selang tiga, empat bulan ni ada sedikit perkembangan baru yang akan saya maklumkan dalam Dewan yang mulia ini.

Kenapa Jawatankuasa Pilihan saya mengambil berat berkenaan dengan isu ini? Sebenarnya, satunya kami memandang serius pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang mula dilaksanakan pada tahun 2024 dan ditambah dengan inisiatif yang bagi kami sangat baik daripada Kementerian Kewangan.

draft2:57 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Pada 5 Januari awal tahun ini, iaitu pengumuman daripada kementerian yang menyatakan bahawa sasaran penyertaan peniaga kecil perlu dinaikkan daripada ketika itu, tiga ribu peniaga kecil ke sepuluh ribu menjelang akhir tahun 2026. Jadi ini satu peningkatan yang kami sokong dan saya memberikan kredit kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, yang mempunyai inisiatif yang bukan sahaja membantu penerima Sumbangan Rahmah tetapi untuk membantu peniaga- peniaga kecil terutamanya di kawasan luar bandar dan pendalaman.

Jadi, penerangan pada hari ini dia bukan berkisar kepada pelaksanaan SARA tersebut secara keseluruhan, tetapi lebih kepada pelaksanaan atau pun penyertaan keterlibatan peniaga-peniaga kecil ke dalam Sumbangan Asas Rahmah iaitu sebagai rakan niaga yang diiktiraf dan boleh mendapat impak perniagaan mereka melalui skim kerajaan ini.

Menyedari isu ini dan sebagaimana yang saya sebutkan dengan pengumuman daripada Kementerian Kewangan, jawatankuasa ini telah mengadakan tiga mesyuarat. Yang pertamanya pada 20 Januari kami telah berjumpa dengan tiga NGO dan juga ANGKASA untuk mendengar pandangan dan juga komen masing-masing. Iaitu yang pertama ANGKASA (Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad). Yang keduanya, Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA). Yang ketiga, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kaum India Malaysia (MAICCI) dan yang keempat, Persekutuan Persatuan-Persatuan Peniaga Barang-Barang Runcit Malaysia (FSGMAM).

Selepas mendengar pandangan dan juga luahan masing-masing, kami telah mengadakan sesi dengan Kementerian Kewangan, yang ketika itu telah memberikan maklum balas kepada kami pada 26 Januari 2026 dengan taklimat diberikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri KSP ketika itu. Seterusnya pada 12 Februari 2026 kami telah mengadakan sesi bersama dengan Yayasan MyKasih, iaitu entiti atau pun pihak yang dilantik untuk melaksanakan SARA ini.

Tuan Yang di-Pertua, Program SARA telah diperkenalkan oleh Kerajaan Perpaduan Malaysia MADANI pada tahun 2024 sebagai satu kaedah, bantuan kos sara hidup yang lebih bersasar berbanding dengan bantuan tunai seperti Sumbangan Tunai RAHMAH (STR). Bantuan SARA hanya boleh digunakan untuk membeli barangan asas yang diluluskan di bawah kategori yang ditetapkan. Kalau sebelumnya empat belas pada awal tahun ini ditambah kategori ke-lima belas untuk memastikan bantuan kerajaan dimanfaatkan sepenuhnya untuk keperluan asas isi rumah.

Pada tahun 2024, sejumlah 700 sahaja penerima SARA setiap bulan, meningkat pada tahun 2025 kepada lima juta dan pada tahun ini sebanyak 8.1 juta rakyat Malaysia layak menerima bantuan bulanan di bawah Skim SARA ini selain daripada semua rakyat Malaysia yang dianggarkan yang berusia 18 tahun yang dianggarkan 22 juta orang layak mendapat SARA untuk semua. Untuk tahun ini telah dikreditkan ke dalam MyKad semua rakyat Malaysia, termasuk Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini pada awal bulan Februari yang lepas.

Jawatankuasa dimaklumkan bahawa pada tahun ini jumlah keseluruhan peruntukan Kerajaan Perpaduan Malaysia MADANI untuk STR dan SARA adalah RM15 bilion. Dan daripada RM15 bilion ini, lima bilion di bawah STR, 10 bilion lagi, satu jumlah yang sangat besar untuk Sumbangan Asas Rahmah atau pun SARA.

Sebab itu kami sangat prihatin dan berharap bahawa, berharap SARA ini benar-benar boleh manfaatkan para penerima. Jawatankuasa mengambil maklum bahwa penggunaan SARA sehingga 31 Disember 2025 menunjukkan kadar penggunaan yang sangat tinggi di seluruh negara, di semua negeri iaitu sebanyak 96 hingga 98 peratus penerima telah manfaatkan penggunaan SARA melalui MyKad masing- masing.

Keadaan ini menunjukkan bahawa kadar penyaluran bantuan melalui MyKad adalah kaedah yang efektif dan wajar dilaksanakan pada masa-masa akan datang kerana ia berkesan dalam membatu semua rakyat Malaysia tanpa mengira mereka berada di bandar atau pun di luar bandar.

Mulai Februari tahun 2026, sepertimana saya sebutkan tadi terdapat 15 kategori barangan asas yang diluluskan di bawah— diluluskan untuk para penerima SARA boleh membelinya. Ia termasuk beras, roti, biskut, tepung, telur dan sebagainya.

Jawatankuasa turut dimaklumkan bahawa, pihak Kementerian Kewangan sentiasa pragmatis dan bersedia untuk mempertimbangkan penambahan kategori.

Yang terkini pada Februari tempoh hari, apabila barangan beku sejuk (frozen food), dimasukkan sebagai kategori ke-15.

Tuan Yang di-Pertua, kita menyokong penuh pelaksanaan SARA, tetapi apa yang lebih mustahak adalah kami amat prihatin terhadap cabaran yang dihadapi.

Dan kami difahamkan, kedai runcit kecil mengalami kemerosotan perniagaan apabila Skim ini dilaksanakan. Kenapa merosot, persoalannya? Saya memberikan satu contoh. Di luar bandar, katakan keluarga A, setiap bulan melanggan atau pun beli barang keperluan daripada kedai runcit B, purata dalam RM200 setiap bulan.

Disebabkan ada SARA ini, gunakan MyKad, dan kedai runcit itu tidak termasuk dalam rakan niaga untuk SARA, jadi keluarga A itu, dia tidak boleh nak gunakan MyKad itu dengan kedai runcit B, dia kena pergi pasar raya. Jadi dengan begitu, sudah tentunya kedai runcit kecil, kedai runcit B di kampung merosot perniagaan. Keluarga itu mungkin setakat beli RM100 atau pun mungkin kurang lagi daripada kedai runcit.

Jadi, itu yang kami tak nak sebab kami yakin SARA ini bukan setakat untuk penerima, satu bantu penerima, kedua kami nak bantu semua peniaga- peniaga kecil. Sebab itu kami adakan sesi libat urus dengan semua yang terlibat dan kami telah meneliti beberapa masalah yang diutarakan.

Saya sebutkan di sini, antaranya adalah peniaga- peniaga hendaklah memenuhi kriteria-kriteria berikut; mesti diusahakan kedai runcit yang berlesen, iaitu ada lesen perniagaan daripada PBT dan yang kedua kedai tersebut mesti menjual sekurang- kurangnya 7 barangan makanan asas seperti susu, tepung, beras, minyak masak. Seterusnya kedai tersebut mesti mempunyai pendaftaran SSM yang sah dan lesen perniagaan premis yang sah. Mempunyai nombor pengenalan cukai dan seterusnya boleh mengguna pakai sistem Point of Sales (POS).

Antara cadangan yang dikemukakan oleh pihak peniaga kecil, peruncit dan koperasi adalah, mereka berharap kelonggaran syarat penyertaan dalam proses permohonan. Menyediakan dana sokongan dan subsidi untuk membeli stok barangan dan seterusnya untuk menerima latihan pengurusan daripada pihak yang berkenaan.

Sehubungan itu pihak jawatankuasa telah mengenal pasti beberapa masalah utama. Yang pertamanya, adalah penyertaan kedai runcit yang sangat kurang. Ketika itu hanya tiga ribu daripada berpuluh ribu kedai runcit kecil di seluruh negara menjadi rakan niaga untuk SARA dan untuk koperasi hanya 104 koperasi yang terlibat padahal kita ada lebih kurang 3600 koperasi yang terlibat dalam sektor peruncitan.

Keduanya, syarat kelayakan dan keperluan teknikal menjadi Rakan Niaga SARA dianggap sebagai membenakan kerana ada peniaga tidak diberikan latihan atau tunjuk ajar yang secukupnya.

Ketiga, proses permohonan dan kelulusan Rakan Niaga SARA dikatakan rumit dan mengambil masa walaupun ditetapkan SOP nya hanya dua minggu. Ada yang mengadu lebih daripada dua minggu.

Keempatnya, keadaan kewangan dan modal pusingan, sebab untuk peniaga kecil, mereka tidak mempunyai keadaan kewangan yang kukuh dan selepas menjual barangan untuk membuat tuntutan itu, ia perlukan masa untuk terima bayaran daripada Skim SARA ini.

draft3:00 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Dan yang kelimanya, penggunaan sistem point of sale (POS) dan pembayaran secara digital menjadi halangan utama kepada penyertaan peruncit kecil terutamanya di luar bandar kerana mereka tidak mempunyai kelengkapan dan juga pengetahuan teknikal yang secukupnya.

Maka dengan itu, pihak jawatankuasa selepas menerima pandangan semua pihak dan berlibat urus dengan pihak yang berkenaan, kami telah mengemukakan 17 cadangan syor penting di dalam penyata tersebut yang mana saya boleh kategorikannya di bawah tiga aspek. Yang pertama, di bawah penambahbaikan proses, yang kedua, pengukuhan kawal selia dan yang ketiganya, penguatkuasaan program SARA serta pemantapan tadbir urus oleh agensi pelaksana.

Yang pertama, di bawah penambah baik proses penyertaan rakan niaga SARA, kami berharap, kami mencadangkan MOF boleh memperluaskan penyertaan operasi khususnya Coop Mart dan peniaga kecil sebagai rakan niaga SARA khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman melalui pendekatan yang lebih produktif, proaktif dan juga progresif dengan kerjasama agensi-agensi yang berkenaan agar semua kawasan yang diduduki di mana penduduk tidak perlu bergerak lebih 10km ke kedai yang menjadi rakan niaga SARA.

Kedua, MOF perlu menyemak semula syarat kelayakan untuk membolehkan peniaga kecil mudah menjadi rakan niaga.

Ketiga, MOF dan MyKasih perlu menyediakan bentuk sokongan, bimbingan, tunjuk ajar yang bersesuaian kepada peniaga kecil.

Keempat, MOF dan Yayasan MyKasih perlu memastikan semua bekalan barangan adalah boleh diperolehi dengan mudah oleh peniaga kecil di kawasan pedalaman.

Kelima, MOF dan MyKasih perlu menambah baik atau pun menambahkan lagi sesi kesedaran kepada semua peniaga untuk membolehkan mereka menyertai skim ini.

Seterusnya yang keenam, MOF perlu menilai semula mekanisme pelaksanaan supaya apa-apa kesulitan yang berlaku boleh kita atasi.

Yang ketujuh, MOF perlu menyelesaikan tuntutan bayaran balik kepada, ah ini sangat penting, kepada rakan niaga SARA dalam masa tidak lebih daripada seminggu daripada tarikh transaksi berlangsung.

Kelapan, MOF perlu bekerjasama dengan KPDN untuk mengenal pasti rakan niaga yang berpotensi di seluruh pelosok negara.

Kesembilan, MOF dan Yayasan MyKasih perlu memperhebatkan promosi kepada peniaga kecil. Sebab ada peniaga kecil yang mungkin tidak tahu berkenaan dengan perkara ini.

Yang kesepuluh, MOF mempertimbangkan penyertaan program SARA — memohon MOF mempertimbangkan penyertaan SARA kepada penjaja kecil termasuk penjaja di pasar tani, pasar malam dan sebagainya.

Kesebelas, MOF perlu mempertimbangkan kemungkinan menggunakan senarai negatif, negative list. Maknanya apa-apa yang tersenarai dalam negative list tu tak boleh, yang lain itu boleh untuk memperbanyakkan kategori.

draft3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft3:10 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Saya minta dua, tiga minit lagi, ada sedikit.

draft3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak. Sila gulung.

draft3:10 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ada lagi ini. Seterusnya kami juga mencadangkan MOF supaya mempermudahkan pembayaran ya, proses permohonan. Sebab ada dikatakan walaupun dua minggu sebenarnya ambil masa yang lebih dari itu.

Saya nak ambil peluang ini juga untuk maklumkan bahawa pihak jawatankuasa sentiasa prihatin. Saya sebenarnya banyak saya singkatkan ikut arahan Puan Yang di-Pertua.

Saya nak berikan sedikit maklumat terkini yang saya terima daripada MyKasih iaitu berkenaan dengan ada peningkatan yang jelas. Peningkatan yang jelas adalah setakat 16 Jun, peniaga kecil yang menjadi rakan niaga SARA telah meningkat daripada 3,000 kepada hampir 6,000 iaitu 5,893. Tetapi untuk mencapai sasaran 10,000 menjelang hujung tahun ini masih ada banyak tambah baik yang perlu dilaksanakan dan kami berharap supaya sasaran 10,000 tersebut dapat dicapai menjelang hujung tahun ini.

Dan Puan Yang di-Pertua, satu perkara terakhir yang saya nak sebutkan adalah berkenaan dengan satu inisiatif khas baharu yang saya terima daripada pihak MyKasih iaitu POS terminal deployment yang baru saja dilaksanakan beberapa hari lepas. Setakat ini 14 kedai runcit di kawasan pedalaman telah dilengkapi dengan POS terminal deployment ini dengan yang pertamanya dilaksanakan di kawasan Kuching, Sarawak.

Kami berharap dengan adanya POS terminal deployment ini, lebih banyak peniaga khususnya kawasan pedalaman akan mengambil peluang ini. Saya difahamkan pihak MyKasih telah menyediakan 2,000 set. Stok itu ada. Setakat ini hanya 14 yang baru saja dilaksanakan sejak beberapa hari lepas. Jadi, saya berharap dengan adanya inisiatif khas ini ia boleh membantu kita untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Saya nak ambil kesempatan pada petang ini nak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan yang hadir sendiri untuk mendengar penerangan daripada saya sebab ini adalah pandangan bukan peribadi, daripada jawatankuasa itu sendiri.

Dan saya juga nak ambil peluang ini untuk ucapkan terima kasih kepada semua anggota dalam jawatankuasa, Yang Berhormat Tenggara, Timbalan Pengerusi yang akan menggulung nanti, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Selangau, Yang Berhormat Hulu Terengganu, Yang Berhormat Sungai Besar, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Tanjung Piai, Yang Berhormat Pasir Puteh dan sahabat saya Yang Berhormat Kulim Bandar- Baharu yang sama-sama walaupun berlainan ya, dari segi parti politik tapi kami sama-sama mempunyai pandangan, komitmen yang sama untuk memastikan lebih banyak peniaga kecil, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman mendapat peluang atau pun impak positif perniagaan mereka di bawah SARA ini.

Bayangkan, kerajaan memperuntukkan 10 bilion tahun ini.

draft3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft3:10 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Kita tak nak peniaga besar je dapat untung.

Kita nak semua rakyat Malaysia mendapat impak positif daripada sistem sumbangan SARA ini. Jadi, sekian saja. Saya sebenarnya banyak lagi.

draft3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat.

draft3:10 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ya, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang saya diberikan dan saya mengalu-alukan segala pandangan dan juga apa-apa cadangan. Untuk makluman, jawatankuasa bersedia untuk terus mengambil berat isu ini sekiranya ada pandangan yang bernas yang belum kami bincangkan. Sekian, terima kasih. Salam Malaysia MADANI.

draft3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Ahli-ahli Yang Berhormat, penerangan daripada Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian ini terbuka untuk ahli-ahli meminta penjelasan dan memberikan pandangan. Senarai pembahas adalah seperti berikut.

YB Kota Melaka, YB Sabak Bernam, YB Batang Lupar, YB Rantau Panjang, YB Pasir Gudang, YB Kuala Krai, YB Temerloh, YB Bakri, YB Arau, YB Padang Serai dan YB Batang Sadong. Setiap pembahas diberi lima minit sahaja. Saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka.

draft3:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Timbalan Speaker.

Timbalan Speaker, SARA ini satu inisiatif yang baik di mana dia lebih bersasar untuk memastikan bantuan yang diberikan kepada penerima itu mereka akan membeli barangan keperluan asas.

Maka, di sini bagi saya apabila kita laksanakan SARA, kita nak bantu rakyat untuk mengurangkan beban kos sara hidup mereka. Daripada masa yang sama kita juga harus bantu peniaga setempat supaya peniaga-peniaga kerja yang kecil ini mereka dapat juga mendapat peluang daripada 10 bilion tersebut.

Dan apa yang kita lihat hari ini ya, agensi pelaksana SARA ialah Yayasan MyKasih di mana Yayasan MyKasih mereka mengenakan satu peratus ke atas syarikat atau pun peniaga yang mengambil bahagian. Ertinya kalau hasil jualan satu bulan daripada kedai tersebut ialah RM100,000, maka mereka perlu bayar RM1,000 kepada Yayasan MyKasih.

Kalau satu tahun seperti yang disebut oleh Rasah ialah RM10 bilion dah disediakan melalui SARA, ertinya MyKasih ini akan mendapat RM100 juta satu tahun melalui satu peratus komisen tersebut. Jadi, saya rasa sudah tiba masanya untuk kerajaan mengambil langkah timbang semula sama ada ia nya harus diteruskan melalui MyKasih.

Kenapa kita perlu beri dia satu peratus? Kalau kata dia telah menyediakan platform sistem tersebut, maka saya rasa mereka mula daripada 2023 sampai sekarang. Sudah cukup masa, sudah cukup untuk mereka dapatkan pulangan tersebut.

draft3:18 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Jadi, kenapa kita masih lagi hendak bagi dia satu peratus? Jadi, itu kita perlu lihat ya. Bagi saya itu penting. Kenapa hendak bagi dia satu peratus? Jadi, itu kita perlu lihat ya, bagi saya itu penting kenapa? Sebab kadang-kadang apabila barang yang dijual contohnya, minyak subsidi yang dijual oleh kedai runcit untung mereka kurang daripada satu peratus, tetapi mereka perlu bayar satu peratus kepada MyKasih. Sebab ada banyak barang bukannya untungnya margin dia tinggi. Adanya kurang daripada satu peratus.

Jadi, ini saya fikir kita perlu lihat dan juga hari ini kita menggunakan konsep MyKasih syarikat perlu memohon menyertai menjadi peserta. Jadi, saya nak tahu berapa peratus pengguna SARA yang pergi ke pasar raya besar berbanding dengan mereka pergi ke peniaga tempatan.

Sebelum ini saya pernah kata, saya pernah sebut pasar raya besar, tauke tersebut dia marah, tetapi itu adalah hakikat. Saya minta supaya MOF boleh bagi kita statistik tersebut supaya kita boleh lihat jurang tersebut. Ramai — seperti yang disebut oleh Rasah. Ramai akan pergi ke pasar raya besar sebab sana dia boleh beli semua keperluan tersebut. Sebab MySARA ini dia tentukan ada 14 kategori. Bukan semua peruncit kecil dia boleh memenuhi 14 kategori tersebut. Akhirnya, pengguna dia akan pergi ke pasar raya besar.

Jadi, ini satu isu yang saya harap— saya harap supaya kita perlu meneliti.

Supaya kita nak pastikan, Makcik Fatimah yang cucuk tanam di kampung, hasil daripada sayur-sayur itu, dia boleh jual. Dan pembeli itu, mereka boleh gunakan MySARA untuk beli sayurnya. Bukannya semua kerana nak beli sayur terpaksa pergi ke pasar raya besar.

Begitu juga Abang Ali, kalau dia seorang nelayan, hasil tangkapan ikan dia, dia jual di tepi jalan. Sudah pasti kita nak bantu dia di mana pelanggan dia boleh gunakan MySARA untuk beli ikan dia dan bukannya mereka terpaksa pergi ke pasar raya besar untuk beli ikan.

Jadi dalam bab ini, saya lihat sebenarnya kita sudah ada satu platform untuk kita gunakan. Kita lihat, pada waktu 2018/2019, waktu itu Bagan menjadi Menteri Kewangan. Untuk menggalakkan semua orang gunakan digital, dia bagikan RM30 e-wallet kepada warganegara Malaysia yang umurnya lebih daripada 18 tahun pada waktu itu dan laksanakan berjaya.

Jadi sebenarnya bagi saya, kalau kita nak berikan SARA ni, kita boleh gunakan platform e-wallet. Semua e-wallet, mereka boleh gunakan e-wallet untuk belanja. Daripada kita hanya hadkan kepada MySARA saja. Ya, seperti yang disebut oleh Rasah, yang ambil bahagian hanya tidak lebih daripada 20,000 pekedai.

Sedangkan di Malaysia ini mengikut statistik, ada lebih daripada 200,000 peniaga kecil. Hanya sekadar 5,000 peniaga kerja yang terlibat dalam MySARA. Ada banyak lagi yang tertinggal untuk mendapat peluang melalui MySARA. Ini yang kita perlu jaga mereka.

draft3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft3:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Jadi, saya lihat platform yang ada memang sudah cukup untuk kita buka ruang kepada semua peniaga untuk ambil bahagian ya, termasuk kalau kita lihat BUDI95. BUDI95 satu platform yang bagus, yang boleh digunakan. Kita gunakan— saya minta lagi satu minit. BUDI95, di mana platform tersebut kita boleh beli minyak RON95 melalui sistem BUDI95. Sistem tersebut kita boleh gunakan supaya semua kedai, semua kedai boleh gunakan platform BUDI95 itu. Supaya mereka boleh jual barang mereka dan penerima SARA boleh membeli dari kedai-kedai tersebut.

Jadi, saya harap itu adalah tambah baik yang kita perlu buat supaya dalam masa kita bantu penerima SARA mengurangkan beban mereka, pada masa yang sama kita bantu peniaga kecil terutamanya mereka dari luar bandar dan separa bandar. Itu saja daripada saya Timbalan Speaker.

draft3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Saya jemput Yang Berhormat Sabak Bernam.

draft3:20 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera, selamat petang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya bangun membahaskan program Sumbangan Asas RAHMAH (SARA), satu inisiatif yang amat-amat penting dalam membantu golongan miskin dan B40 menghadapi tekanan kos sara hidup.

Tuan Yang di-Pertua, bantuan SARA mungkin tidak menyelesaikan semua masalah rakyat yang saya sebutkan tadi. Tetapi ia ibarat pelita yang menerangi kegelapan. Orang Minangkabau berpesan, nang lamah ditupuak, nang condong ditopang. Yang lemah dibantu, yang condong disokong. Itulah semangat yang sepatutnya menjadi asas program ini.

Saya mengalu-alukan mekanisme penggunaan kad MyKad yang membantu mengurangkan ketirisan. Namun, masih terdapat ruang penambahbaikan khususnya dalam memperluaskan penyertaan rakan niaga di luar bandar, kawasan pedalaman.

Jangan sampai bantuan tersedia tetapi sukar dicapai oleh rakyat. Orang Minangkabau juga ada mengingatkan, duduak sama randah, tagak sama tinggi. Ertinya setiap rakyat berhak menikmati kemudahan yang sama tanpa mengira sama ada mereka tinggal di bandar ataupun di kampung.

Selain itu, agensi pelaksana perlu memastikan sistem yang lebih cekap dan mesra pengguna. Aduan berkaitan transaksi gagal dan kesukaran mendapatkan maklumat tidaklah ditangani dengan segera. Bak kata pepatah Minang, alam terkambang jadi guru. Setiap kelemahan yang berlaku perlu dijadikan pengajaran untuk memperbaiki pelaksanaan.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga perlu sentiasa mengkaji keperluan sebenar rakyat. Keadaan hidup setiap kawasan berbeza. Bak kata orang Minang, lain lubuak, lain ikannyo, lain padang, lain bilalangnyo. Dasar yang baik adalah dasar yang memahami realisasi rakyat di lapangan.

Di sebalik angka yang statistik, masih ramai keluarga yang hidup serba kekurangan. Ada yang bekerja keras, namun pendapatan masih tidak mencukupi.

Ibu tunggal, warga emas dan keluarga B40 yang amat bergantung kepada bantuan ini. Justeru, saya menyeru agar program SARA diteruskan dan diperkasakan.

Lupakan hasrat kita nak menyifarkan kemiskinan kerana kemiskinan ini tidak boleh disifarkan. Ia akan sentiasa ada.

Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan kemasukan senarai barang yang boleh dibeli oleh mereka seperti lampin bayi, lampin dewasa. Bagi keluarga yang mempunyai bayi, warga emas atau pesakit terlantar, perbelanjaan ini bukan pilihan tetapi satu keperluan yang berulang setiap bulan. Bayangkan, apabila tiba masanya dia memerlukan tetapi dia tidak mampu untuk membeli kerana ada keperluan lain seperti barang makanan yang lebih perlu. Jadi, saya rasa kehidupannya tidak selesa walaupun makanan di dapur cukup.

Selain itu, susu formula bayi dan produk kebersihan wanita seperti tuala wanita juga wajar dimasukkan. Keperluan ini menyentuh soal kesihatan dan maruah keluarga, khususnya golongan wanita dan kanak-kanak. Wanita adalah tulang belakang satu keluarga yang mana membantu suami menguruskan keluarga ketika suami bekerja. Penghargaan kepada wanita, sekiranya cadangan saya ini diterima.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mencadangkan agar gas masak LPG dibenarkan di bawah SARA. Apalah ertinya beras, minyak dan bahan mentah jika rakyat tidak mampu menyediakan makanan untuk keluarga mereka kerana kehabisan gas dan tidak mampu nak beli gas. Dalam peribahasa Minangkabau menyebut, nang lapang, jangan disampitkan, nang sampit, jangan dipatahkan. Ruang yang ada, hendaklah digunakan untuk kemudahan rakyat...

draft3:24 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Sabak Bernam, minta ruang sikit boleh?

draft3:24 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

...Bukan untuk menyukarkan mereka.

draft3:24 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Sabak.

draft3:24 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Di samping itu...

draft3:24 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Kuala Terengganu, boleh?

draft3:24 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Ya, silakan.

draft3:24 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Sebab apa pepatah— saya hendak tanya sebab apa pepatah Minang sahaja hari ini.

Adakah hendak pilihan raya di Negeri Sembilan? Terima kasih.

draft3:24 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Saya baru balik melawat Minangkabau.

[Ketawa] Di samping itu, sayur-sayuran, buah-buahan tempatan, ikan, ayam dan sumber protein segar juga perlu diberi pertimbangan sepertimana yang disebutkan oleh Pengerusi Rasah tadi. Bantuan yang tidak baik— yang baik bukan sekadar mengenyangkan perut, tetapi memastikan rakyat memperoleh nutrisi yang mencukupi.

draft3:24 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Saya turut mencadangkan keperluan pembelajaran digital serta asas peralatan kebersihan rumah dimasukkan di dalam senarai yang dibenarkan. Hari ini, akses pendidikan dan kebersihan bukan lagi kemewahan tetapi keperluan asas kehidupan.

Peribahasa Minangkabau ada menyebut, kok hidup samo makan, kok mati samoku buah. Maksudnya, susah dan senang ditanggung sama.

draft3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, masa sudah tamat.

draft3:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Inilah yang kita perlu terapkan dalam kehidupan kita sehari-hari.

draft3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat Sabak Bernam. Masa sudah tamat.

draft3:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Ya. Terima kasih sama.

draft3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Batang Lupar.

draft3:30 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Terima kasih, Puan Timbalan Speaker. Saya juga pada hari ini mohon untuk membahaskan Penyata Dewan Rakyat 10 Tahun 2026 berkenaan dengan penyertaan rakan niaga dan agensi pelaksana dalam Program Sumbangan Asas RAHMAH (SARA).

Puan Timbalan Speaker, saya ingin berterima kasih kepada Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana tetap konsisten dalam usaha untuk mengurangkan beban rakyat, khususnya mereka yang kurang berkemampuan, melalui bantuan pembelian barangan runcit asas melalui program SARA Bulanan dan SARA Untuk Semua walaupun berdepan dengan pelbagai implikasi fiskal akibat ketidaktentuan keadaan ekonomi dan geopolitik dunia.

Pada masa yang sama, Puan Speaker, saya melihat masih ada ruang untuk penambahbaikan bagi memastikan objektif dan hasrat bantuan SARA ini benar- benar tercapai kepada golongan sasar khasnya penduduk-penduduk di kawasan luar bandar.

Saya berpandangan bahawa kerajaan perlu meneruskan usaha untuk memperbanyakkan outlet, outlet ataupun kedai di kawasan luar bandar, di mana rakyat boleh membeli barangan runcit menggunakan kemudahan bantuan SARA.

Kita juga perlu melibatkan penjaja-penjaja kecil, pasar malam, pasar minggu, koperasi-koperasi masjid dan koperasi-koperasi keluarga yang terdapat di luar bandar.

Ini kerana, Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan kedai-kedai yang berdaftar untuk program SARA ini terletak di kawasan bandar ataupun pekan. Penduduk yang tinggal jauh di kawasan kampung dan pedalaman terpaksa turun jauh ke pekan atau bandar berdekatan untuk membeli barangan menggunakan kemudahan SARA. Ada kalanya kos untuk turun ke pekan melebihi jumlah bantuan yang diterima dalam SARA.

Sebagai contoh, di pekan Lingga di kawasan saya di Batang Lupar, hanya ada satu sahaja kedai runcit berdaftar yang menawarkan kemudahan bantuan SARA. Penduduk di kawasan ini terpaksa ke bandar terdekat iaitu bandar Sri Aman yang terletak sejam perjalanan untuk membeli barangan berikutan stok barangan asas yang amat terhad.

Justeru itu, saya ingin menyarankan agar kuota pembelian barangan asas dapat dilaksanakan di kedai runcit berdaftar untuk program bantuan SARA bagi mengelakkan masalah ketiadaan stok barangan asas seperti beras, telur, minyak dan sebagainya.

Oleh itu, saya memohon agar pendekatan yang lebih efektif dapat dilaksanakan bagi membolehkan lebih ramai kedai-kedai runcit di kawasan luar bandar berdaftar sebagai rakan niaga di bawah program bantuan SARA agar rakyat di kawasan luar bandar dapat menikmati manfaat di bawah bantuan ini.

Dan akhir sekali, Puan Timbalan Speaker, saya juga ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya dapat mempertimbangkan bantuan program SARA ini dapat juga ditebus pada masa yang akan datang melalui platform digital selaras dengan usaha pendigitalan negara yang dipacu oleh MyDigital.

Sekian Puan Speaker. Terima kasih.

draft3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Batang Lupar. Saya jemput Yang Berhormat Rantau Panjang.

draft3:30 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan penyata jawatankuasa pilihan berkaitan mekanisme penyertaan rakan niaga dan agensi pelaksana dalam Program Sumbangan Asas RAHMAH ataupun SARA.

Saya ingin merakamkan penghargaan kepada jawatankuasa yang telah melaksanakan sesi libat urus bersama dengan Kementerian Kewangan, Yayasan MyKasih, koperasi, persatuan peniaga dan lain-lain pihak yang berkepentingan.

Sebagai Ahli Parlimen, saya menyokong usaha membantu rakyat yang terkesan dengan kos hidup. Namun, tanggungjawab kita bukan sekadar menyokong bantuan tetapi memastikan pelaksanaannya adil, telus, cekap dan tidak meminggirkan golongan tertentu.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin penjelasan. Berapakah jumlah sebenar kedai runcit yang aktif sebagai rakan niaga SARA setakat ini? Dan apakah mekanisme untuk memastikan sasaran 10,000 peruncit kecil ini dapat terlibat dalam program SARA? Dan berapa peratus transaksi SARA berlaku di pasar raya besar, berbanding dengan peruncit kecil? Dan mengapa hanya 104 koperasi daripada 3,600 koperasi peruncitan berjaya menyertai program ini? Yang mana, kalau kita kira, hanya lebih kurang tiga peratus sahaja koperasi yang terlibat.

Adakah kerajaan bersedia mempermudahkan syarat penyertaan bagi kawasan luar bandar? Supaya lebih ramai lagi, terutama pemain ekonomi runcit ini, yang supaya dapat berpeluang untuk menyertai program ini. Adakah kerajaan bersetuju pembayaran kepada rakan niaga diselesaikan dalam tempoh maksimum hanya tujuh hari? Sebab, kita dapat makluman banyak berlaku kelewatan. Dan setakat ini, berapakah aduan kelewatan yang telah diterima? Adakah kerajaan bersedia melantik lebih daripada satu agensi pelaksana? Sebab, dengan satu agensi ini, sudah tentulah banyak kelemahan yang kita hadapi.

Dan apakah jaminan keselamatan data di mana 8.1 juta penerima SARA pada tahun 2026? Jadi, kita tidak mahu penggunaan data peribadi ini dipergunakan terutama oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Adakah audit keselamatan siber dilakukan secara berkala? Apakah langkah sekiranya berlaku kebocoran data melalui penggunaan MyKad ini?

Dan saya ingin mencadangkan juga iaitu sekurang-kurangnya kuota minimum peruncit ini sekurang-kurangnya 50 peratus penambahan rakan baru niaga ini mestilah terdiri daripada koperasi dan kedai runcit kecil. Dan juga, saya mencadangkan supaya mewujudkan dana khas mikro kredit tanpa faedah untuk rakan niaga kecil supaya menjadikan dana modal pusingan SARA. Begitu juga permohonan rakan niaga diluluskan dalam tempoh maksimum hanya 14 hari. Dan begitu juga mencadangkan supaya mengurangkan risiko monopoli pelaksanaan supaya tidak bergantung hanya satu agensi sahaja.

Dan kita juga mencadangkan supaya diwujudkan audit tahunan bebas untuk mengaudit operasi, kewangan, keselamatan data dan dilaporkan kepada Parlimen setiap tahun. Dan kita juga mencadangkan supaya pemerkasaan ekonomi komuniti untuk menjadikan koperasi kampung, desa termasuk pasar tani, pasar malam sebagai sebahagian daripada ekosistem SARA.

Tuan Yang di-Pertua, pada dasarnya, kita menyokong matlamat untuk membantu rakyat menghadapi kos sara hidup. Namun, kejayaan SARA tidak boleh diukur semata-mata melalui jumlah peruntukan RM15 bilion atau jumlah penerima yang meningkat. Kejayaan sebenar ialah apabila bantuan sampai kepada rakyat yang memerlukan, peniaga kecil tidak ada yang terpinggir. Maklumat yang kita terima, banyak peniaga kecil yang gulung tikar kerana kehilangan pelanggan.

Dan kita hendaklah memperkasakan koperasi. Tiga peratus penglibatan koperasi sangat-sangat rendah. Jadi, sejauh mana usaha untuk memperkasakan koperasi supaya dapat dijadikan ekosistem melalui SARA ini?

Dan data rakyat mesti dilindungi. Penggunaan MyKad ini sangat besar kesannya sekiranya data ini disalahgunakan oleh pihak yang tak bertanggungjawab.

Dan tadbir urus dijamin, telus dan berintegriti.

Jadi, jika kelemahan-kelemahan ini tidak diperbaiki, kita mungkin membantu rakyat hari ini tapi melemahkan ekonomi komuniti pada masa hadapan. Bantuan yang baik bukan sahaja membantu penerima tetapi turut menguatkan ekosistem ekonomi rakyat secara keseluruhannya.

Sekadar itu sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft3:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Rantau Panjang. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.

draft3:34 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih, Puan Speaker. Berkenaan mekanisme penyertaan rakan niaga dan agensi pelaksana dalam Program Sumbangan Asas Rahmah, saya ingin menyatakan bahawa program SARA ini, Sumbangan Asas Rahmah ini satu program yang baik dan di kalangan rakyat, amat popular.

draft3:39 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Ia membantu untuk mengurangkan kos sara hidup dan rakyat suka program- program seperti Jualan Rahmah ini, itu yang baiklah. Tetapi saya ingin nyatakan di sini, untuk tujuan memperbaiki Program Sumbangan Asas Rahmah ini berkenaan rakan niaga. Saya dapati semua orang pun nampak, syarikat-syarikat pasar raya yang besar yang banyak terlibat. Rakyat kini berbelanja barang-barang keperluan harian di pasar-pasar raya. Kesannya, pekedai-pekedai runcit dipinggir bandar dan di kampung-kampung terjejas. Ini bermakna, dalam usaha kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat tujuan yang baik tetapi menyebabkan banyak kedai-kedai runcit gulung tikar dan tutup kedai.

Yang kedua Puan Speaker, mekanisme jual beli dan pembayaran dalam Program SARA ini ialah dengan penggunaan sistem digital, teknologi yang moden.

Bayaran melalui penggunaan MyKad pada kad pengenalan, sistem pembayaran wang tunai sudah tidak lagi digunakan. Ini satu kemajuan, tidak dapat dinafikan.

Tetapi isunya, hanya syarikat-syarikat besar pasar raya yang ada sistem digital yang lengkap.

Maka, sekali lagi Program SARA ini dimonopoli oleh syarikat-syarikat korporat besar, manakala kedai-kedai runcit tradisional akan pupus sedikit demi sedikit. Jadi, kesimpulan yang saya lihat dengan kerajaan terlibat aktif dalam Program Sumbangan Asas RAHMAH ini yang tujuannya baik untuk keperluan kehidupan golongan B40 dan golongan bawahan tetapi tanpa disedari, kerajaan membunuh syarikat-syarikat kecil iaitu kedai-kedai runcit.

Puan Speaker, saya tidaklah menentang penglibatan syarikat-syarikat besar pasar raya dalam Program Sumbangan Asas RAHMAH ini. Namun begitu, penglibatan mereka perlu dihadkan. Kerajaan perlu menggalakkan lebih banyak syarikat-syarikat koperasi menyertai dalam Program Sumbangan Asas RAHMAH ini.

Saya pernah melihat di Jepun di mana koperasi di negara Jepun terlibat aktif dalam aktiviti pasar raya dalam menjual barang-barang keperluan harian kepada rakyat di sana. Syarikat koperasi di negara kita ini ada yang mempunyai modal yang besar, boleh mengadakan ekosistem digital untuk menyelenggara Program Sumbangan Asas Rahmah.

Akhirnya Puan Pengerusi, ini sedikit berkenaan agensi pelaksanaan iaitu kerajaan— jabatan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. Saya melihat agensi pelaksanaan— tempat lain saya tak tahu tapi di Johor Bahru, di mana Pasir Gudang terletak. Dalam Program Asas RAHMAH, termasuk Jualan RAHMAH, nampaknya pelaksanaan itu tidak adil. Sesetengah tempat selalu ada Program Jualan RAHMAH tetapi di kawasan Pasir Gudang— di kawasan Parlimen Pasir Gudang dianaktirikan. Saya Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Tentang Kos Sara Hidup, malah saya diberi sijil oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri sebagai Friend of Ministry KPDN.

draft3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft3:40 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Ya, tetapi permohonan— Satu minit je. Tetapi permohonan pejabat Parlimen Pasir Gudang merayu diadakan Jualan Rahmah tidak diberi perhatian. Ini kawasan Ahli Parlimen kerajaan, penyokong tegar kerajaan. Bagaimana kawasan-kawasan Ahli Parlimen pembangkang?

[Tepuk] Jadi, kat Pasir Gudang ramai rakyat miskin. Di kawasan-kawasan sahabat- sahabat saya pun ramai orang miskin, kalau nak tolong, tolonglah bersungguh- sungguh, jangan pilih-pilih. Sekian, terima kasih.

draft3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.

draft3:40 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang dan kesempatan pada Kuala Krai untuk turut bersama dalam mengemukakan pertanyaan kepada penyata JKPK Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian iaitu berkaitan dengan mekanisme penyertaan rakan niaga dan agensi pelaksana dalam program Sumbangan Asas RAHMAH (SARA).

Tuan Yang di-Pertua, pada prinsipnya saya menyokong segala usaha kerajaan untuk membantu golongan miskin dan rentan. Bantuan yang sampai terus kepada rakyat yang memerlukan adalah suatu tanggungjawab yang mesti dipikul oleh mana-mana kerajaan yang prihatin. Namun begitu, bantuan yang baik mesti disertai dengan mekanisme yang adil, telus dan tidak menimbulkan kesan sampingan yang merugikan pihak lain. Sebab itu perbahasan hari ini bukan sekadar mengenai penyaluran bantuan kepada rakyat tetapi juga mengenai keadilan kepada peniaga kecil. Ketelusan pemilihan rakan niaga, perlindungan data rakyat serta keberkesanan penggunaan wang awam.

Yang di-Pertua, isu pertama saya ingin bertanya ialah SARA bantu rakyat tetapi siapa bantu kedai ataupun peruncit di kampung? Berdasarkan laporan ini, jelas bahawa pelaksanaan SARA menyebabkan sebahagian besar penerima tertumpu berbelanja di pasar raya besar. Akibatnya, kedai runcit kecil di kampung dan pekan mengalami kemerosotan perniagaan.

Persoalan saya mudah, adakah kerajaan sedang membantu satu kelompok rakyat miskin dengan mengorbankan kelompok rakyat yang lain iaitu peniaga kecil yang bergantung kepada pelanggan tempatan untuk meneruskan kehidupan?

Apakah kajian impak ekonomi telah dibuat terhadap kedai-kedai runcit kecil selepas pelaksanaan program ini?

Isu yang kedua, penyertaan koperasi masih terlalu rendah. Juga berdasarkan laporan ini, terdapat kira-kira 3,600 koperasi peruncitan dalam Malaysia ini. Namun sehingga kini, hanya sekitar 104 koperasi berjaya menjadi rakan niaga SARA. Angka ini amat membimbangkan. Koperasi sepatutnya menjadi instrumen utama pembangunan ekonomi komuniti, khususnya di luar bandar. Jika hanya segelintir yang berjaya menyertai program ini, maka jelas terdapat halangan yang perlu diperbetulkan. Apakah punca sebenar kadar penyertaan koperasi yang begitu rendah? Dan berapakah sebenarnya koperasi yang telah memohon untuk menjadi rakan niaga tetapi tidak diluluskan?

Isu yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, soal tempoh kelulusan penyertaan.

Kerajaan menyatakan sasaran kelulusan adalah dalam tempoh dua minggu tetapi laporan Jawatankuasa sendiri menunjukkan ramai peniaga menghadapi kelewatan dan kesukaran dalam proses permohonan. Maka, saya ingin bertanya. Berapa ramai peniaga yang masih menunggu kelulusan pada hari ini dan berapakah tempoh purata sebenar yang diambil dari permohonan sehingga kelulusan diberikan?

Yang keempat, corak pembelian yang menimbulkan persoalan. Data menunjukkan antara pembelian tertinggi melalui SARA ialah:

(i) gula;

(ii) mi segera; dan

(iii) biskut.

Sebaliknya, pembelian beras dengan bahan makanan asas yang lebih berkhasiat tidak berada pada kedudukan teratas. Soalan saya, adakah objektif program ini semata-mata memastikan wang dibelanjakan atau memastikan rakyat mendapat pemakanan yang lebih baik?

Yang kelima Tuan Yang di-Pertua, cabaran rakyat di pedalaman. Kita sering bercakap mengenai akses bantuan tetapi bagi penduduk pedalaman, akses itu mempunyai kos. Ada penerima yang terpaksa menempuh perjalanan jauh dan mengeluarkan perbelanjaan tambahan semata-mata untuk menebus bantuan bulanan. Jika kos perjalanan menjadi beban yang besar, maka sebahagian manfaat bantuan sebenarnya telah hilang sebelum sempat digunakan. Apakah langkah kerajaan untuk memastikan rakyat di kawasan pedalaman tidak tercicir dan tidak menanggung kos yang tidak munasabah?

draft3:45 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang keenam Tuan Yang di-Pertua ialah perlindungan data penerima.

Program ini mengumpulkan data pembelian jutaan rakyat Malaysia. Data tersebut mempunyai nilai yang sangat tinggi dan sensitif. Siapakah yang mempunyai akses kepada data ini? Bagaimanakah data disimpan? Adakah audit keselamatan siber dilakukan secara berkala? Adakah pihak berkuasa seperti Jabatan Perlindungan Data Peribadi terlibat secara langsung dalam pemantauan? Rakyat perlu diyakinkan bahawa maklumat mereka tidak akan disalahgunakan.

Yang ketujuh Tuan Yang di-Pertua ialah isu kewajaran kadar satu peratus cas transaksi sebagaimana laporan. Saya menyokong syor jawatankuasa supaya kerajaan dapat memperkukuh aspek tadbir urus dan dapat memperjelaskan asas cas tersebut supaya rakan niaga tidak terbeban khususnya peniaga kecil di kampung.

Yang terakhir, kelapan yang terakhir, ialah matlamat sebenar SARA. SARA mesti menjadi program membasmi kemiskinan dan memperkukuh ekonomi tempatan. Ia tidak boleh menjadi mekanisme yang akhirnya memusatkan keuntungan kepada segelintir rangkaian dan punca besar. Kita mahu manfaat ekonomi ini turut dirasai oleh kedai di kampung, koperasi kecil-kecil di kampung, pasar tani, pasar komuniti dan usahawan kecil yang menjadi nadi ekonomi tempatan.

Jika tidak, wang bantuan mungkin sampai kepada rakyat, tetapi kesan penggandaan ekonomi yang sepatutnya berlaku dalam komuniti setempat akan hilang.

Tuan Yang di-Pertua, atas asas tersebut, saya memohon kerajaan memberikan penjelasan yang tuntas terhadap isu-isu yang dibangkitkan, walaupun mungkin akan dijawab oleh jawatankuasa juga, tapi kerajaan juga perlu mengambil perhatian yang serius. Kita semua mahu melihat program SARA berjaya, namun kejayaan yang sebenar bukan hanya diukur melalui jumlah bantuan yang disalurkan tetapi sejauh mana ia membantu rakyat miskin memperkasa peniaga kecil, melindungi data rakyat dan memastikan setiap ringgit wang awam, dibelanjakan dengan penuh integriti, ketulusan dan keberkesanan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

draft3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Saya jemput Yang Berhormat Temerloh.

draft3:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Temerloh setuju dengan cadangan daripada Jawatankuasa Pilihan Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan dan Kos Hidup dan Pertanian yang dinyatakan 17 cadangan.

Walau bagaimanapun, saya mendengar segala perbahasan daripada Ahli Parlimen yang lain, saya bersetuju dengan apa yang dicadangkan.

Temerloh ingin berfokus kepada pemberian kepada golongan yang tidak memerlukan. 18 tahun yang ada MyKad diberikan RM100, tidak kira apa pun statusnya. Soalnya, mengapakah, adakah ini dikatakan adil? Adakah adil itu sama rata? Kita tahu bahawa golongan berpendapatan tinggi, golongan Menteri, Perdana Menteri menerima RM100 juga. Sedangkan mereka tidak memerlukan.

Begitu juga, sedangkan dalam masa yang sama, fokus kita adalah membantu golongan yang miskin. Kenapakah peruntukan itu tidak ditambah untuk B40 yang sangat memerlukan dengan nilai RM100? Berapa sangat barang yang boleh mereka dapat beli?

Dalam situasi hari ini, harga barang yang sangat mahal dan fokus pula tadi kepada beberapa barang tertentu sahaja, tidak termasuk barang keperluan asas seperti sayur, ikan dan sebagainya. Di manakah fokus bantuan ini sebenarnya?

Yang kedua, saya juga ingin menyentuh tentang berapa ramaikah lagi sebenarnya golongan yang tidak menuntut RM yang diberikan iaitu SARA, terutamanya bagi pelajar kita yang berada di luar negara? Bagi mereka, mungkin tak boleh nak tuntut, tapi apakah imbalan ataupun balasan daripada yang dituntut ini habis begitu sahaja dan berapakah jumlahnya?

Jadi kedua, kita tadi mendengar bagaimana terjejasnya kedai runcit kecil- kecilan, penerima SARA akan pergi ke pasar raya. Di sana ada barang-barang yang disenaraikan dan saya juga rasa kesal kerana kita melihat dalam masa yang sama, sebenarnya kita membunuh pendapatan dan juga mengurangkan pendapatan golongan kecil, terutamanya kedai runcit kecil-kecilan di kampung-kampung.

Kerajaan memaklumkan bahawa terdapat lebih 10,400 kedai yang dilantik sebagai rakan niaga di seluruh negara. Sudah tentu ini satu perkembangan yang baik, namun kejayaan program tidak boleh diukur berdasarkan jumlah kedai semata- mata. Apa yang lebih penting ialah keberkesanan pelaksanaannya. Adakah rakan niaga ini diedarkan secara seimbang mengikut keperluan penduduk?

Adakah semua penerima, khususnya di luar bandar dan kawasan pedalaman mempunyai akses yang mudah kepada kedai yang mengambil bahagian? Adakah taburan rakan niaga ini benar-benar memenuhi keperluan rakyat di semua kawasan?

Contohnya, kawasan pedalaman yang terpaksa melalui perjalanan yang jauh, terpaksa menaiki bot untuk keluar bagi menunaikan SARA yang hanya bernilai RM100. Dengan jenis barang tertentu sahaja, sudah pasti ini menyusahkan mereka.

Adakah semua premis yang dijadikan rakan niaga mempunyai bekalan yang mencukupi, sistem yang berfungsi dengan baik dan keupayaan mengendalikan transaksi secara konsisten?

Tadi disebutkan hanya 14 buah yang baharu ditambah, disediakan untuk kawasan pedalaman khususnya untuk rakan niaga SARA. Berbanding dengan kawasan pedalaman yang masih banyak, khususnya dalam negara kita. Adakah ini sudah memenuhi keperluan penduduk yang kita ingin bantu?

Lebih mengecewakan lagi ialah penglibatan koperasi yang amat rendah daripada kira-kira 3,600 koperasi peruncitan di seluruh negara, hanya 104 koperasi dilantik sebagai rakan niaga SARA. Bermakna, lebih 97 peratus koperasi yang berpotensi masih berada di luar sistem ini, sedangkan koperasi merupakan institusi ekonomi rakyat yang mempunyai rangkaian yang luas, kepercayaan komuniti dan keupayaan untuk menyalurkan manfaat bantuan secara lebih menyeluruh.

Saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan instrumen. SARA perlu menjadi instrumen yang bukan sahaja membantu rakyat membeli barang asas dan dapat membeli barang-barang mentah seperti sayuran, ikan, ayam dan lain-lain, tetapi hanya kepada barang tertentu sahaja. Penglibatan lebih banyak koperasi akan menjadikan program ini lebih inklusif, lebih mampan dan lebih dekat dengan rakyat yang memerlukan.

Selain isu penyertaan rakan niaga, perhatian juga perlu diberikan kepada keupayaan agensi pelaksana iaitu Yayasan MyKasih. Kekurangan tenaga kerja untuk menguruskan pemantauan dan sokongan di lapangan, berpotensi menjejaskan kelancaran pelaksanaan program. Bagaimana kerajaan memastikan masalah ini tidak berlaku?

Begitu juga dengan penetapan barang. Kita mengharapkan barang ini perlu diperluaskan lagi berdasarkan keperluan rakyat yang sebenar. Saya kira, kita juga ingin melihat, pertama, isu keciciran penerima yang layak. Masih terdapat golongan miskin bandar, warga emas, ibu tunggal dan pekerja sektor tidak formal yang menghadapi kesukaran untuk dikategorikan dalam pangkalan data sedia ada.

Akibatnya, ada yang benar-benar memerlukan bantuan tetapi tidak menerima manfaat yang sepatutnya.

Dalam masa yang sama pemberian SARA ...

draft3:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft3:51 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

...Kepada...

draft3:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft3:51 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey. Yang terakhir, saya masuk satu nilai bantuan yang mungkin tidak seiring dengan peningkatan kos sara hidup. Harga makanan, barang dapur dan keperluan harian terus meningkat.

Justeru, kerajaan perlu menilai semula nilai RM100 itu untuk diberikan supaya impaknya lebih besar dan dirasai oleh rakyat. Sekian, terima kasih.

draft3:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Saya jemput Yang Berhormat Bakri.

draft3:51 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Tahniah kepada JKP atas penyata yang dibentangkan tadi. Di sini, saya ingin menyentuh tiga perkara. Jadi, saya tak nak panjang lebar. Straight to the point.

Yang pertama, beban MDR ke atas perniagaan kecil iaitu Merchant Discount Rate sebanyak satu percent . Banyak Ahli-ahli Yang Berhormat telah menyentuh perkara ini, tapi ini penting. Saya nak ingatkan Dewan yang mulia ini, kita perlu memandang serius ke atas perlaksanaan ini, di mana satu percent itu nampak sangat kecil dari segi peratusan tetapi dia memberi impak kepada rakan-rakan niaga terutamanya kedai-kedai runcit yang kecil. Apatah lagi, apabila jumlah keseluruhan peruntukan adalah RM10 bilion. Satu percent adalah RM100 juta.

Apabila kita mengatakan bahawa, saya sentiasa, saya minta untuk naik taraf Hospital Muar, tiada peruntukan yang cukup. Tetapi sekarang ini, satu percent sudah RM100 juta. Banyak kerja yang boleh dibuat, dilaksanakan untuk Hospital Muar.

Maka, kerajaan digesa untuk mempertimbangkan ia semula, mengkaji semula, sama ada perlu lagi berikan satu persen ini kepada satu yayasan, pihak ketiga. Ya? Adakah perlu ya?

Dan, kedua ya. Apabila kita memberikan SARA. Niat dia baik, tetapi pemberian SARA ini secara tidak langsung ataupun sebenarnya secara langsung telah mengubah cara amalan tabiat membelanja orang kampung.

draft3:58 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Di mana selalunya orang kampung membeli di kedai runcit Pak Hamid, sekarang ini dia pergi kedai-kedai pasar raya-pasar raya rangkaian. Makna yang memberi impak negatif adalah kedai runcit Pak Hamid dan sampai hari ini isu ini belum selesai. Saya masih ingat lagi apabila penyata ini dibentangkan pada 3 Mac yang lalu, kebetulan hari itu ada soalan lisan, Timbalan Menteri ada, beliau yang jawab tetapi sampai hari ini tiada penyelesaian.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Jadi, saya harap perkara ini kita perlu memberikan perhatian yang serius supaya kita dapat mengurangkan impak negatif niat baik kerajaan untuk memberikan SARA ini kepada kedai-kedai runcit kecil-kecilan iaitu kedai-kedai runcit di kampung, di komuniti sebab banyak lagi kedai-kedai runcit Pak Hamid yang mereka tidak mendapat ataupun tidak dapat menjadi rakan niaga SARA, program SARA ini dan berapa tahun dah mereka menerima impak itu. Sampai hari ini kita tidak memberikan satu penyelesaian yang boleh membantu mereka supaya mereka juga mendapat manfaat daripada program yang baik ini.

Perkara yang kedua, data peribadi rakyat dan cadangan untuk menggunakan eWallet. Dato' Yang di-Pertua, setiap transaksi SARA ini, dia direkodkan dalam sistem Yayasan MyKasih. Satu yayasan swasta tetapi bukannya agensi kerajaan.

Jawatankuasa telah mengesyorkan bahawa data penerima perlu dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi dan peranan MyKasih perlu diambil alih secara berperingkat oleh agensi kerajaan.

Jadi sejajar dengan syor ini, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan untuk menimbangkan penggunaan infrastruktur eWallet sebagai alternatif atau pelengkap kepada sistem MyKasih. Pendekatan ini berpotensi untuk mengurangkan MDR bagi peniaga-peniaga kecil untuk memperluaskan rangkaian rakan niaga tanpa memerlukan sistem POS baharu, mempercepatkan bayaran balik secara masa nyata dan memastikan data peribadi rakyat kekal di bawal kawalan kerajaan dan secara tidak langsung dapat sedikit sebanyak menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kedai runcit Pak Hamid yang saya sebutkan tadi.

Perkara yang ketiga Dato' Yang di-Pertua, ada keluar sedikit daripada SARA tetapi dia berkaitan kerana impak negatifnya sama, kena kepada kedai-kedai runcit komuniti, kedai-kedai runcit kampung seperti kedai runcit Pak Hamid tadi iaitu kami sebenarnya banyak terima aduan daripada peniaga kecil yang berhadapan dengan tekanan daripada program-program jualan yang berdiskaun daripada subsidi kerajaan. Saya akui bahawa inisiatif Jualan RAHMAH ini dia membantu rakyat untuk mendapatkan bekalan barangan keperluan pada harga yang lebih rendah.

Di sini saya ingin sorot sedikit situasi di negeri Johor, di mana selain daripada inisiatif Jualan RAHMAH ini, Kerajaan Negeri Johor juga melancarkan program dia sendiri iaitu dinamakan Jualan Kasih Johor, di mana kesemua 56 DUN diperuntukkan pada tahun 2024, RM5 juta. 2025, RM6.6 juta. 2026 tahun ini saya tak tahu ada kaitan dengan pilihan raya negeri atau tidak, angka ini melonjak kepada RM45.4 juta.

Niat dia baik. Niat dia baik tetapi apabila terlalu kerap ada pesta-pesta, karnival-karnival Jualan RAHMAH ini ataupun Jualan Kasih Johor ini, siapa yang melalui impaknya? Kedai-kedai runcit seperti kedai runcit Pak Hamid lah. Mereka bergantung kepada perbelanjaan kecil-kecilan daripada orang-orang kampung tetapi apabila terlalu kerap ada jualan-jualan diskaun, berdiskaun daripada subsidi kerajaan, maka orang-orang seperti kedai runcit ini mereka tidak mendapat apa-apa subsidi, maka perniagaan mereka akan merosot.

Dan dia memberikan impak kepada ini perniagaan-perniagaan kecil ini merupakan tulang belakang kepada ekonomi setempat. Itu satu hakikat yang selalu kita terlupa. Saya tidak mempertikaikan, saya tak mempertikaikan langsung niat kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan ataupun kerajaan negeri untuk membantu rakyat supaya mereka ada satu saluran untuk mendapat bekalan barangan keperluan yang lebih murah tetapi apabila setiap kali program ini diadakan, peniaga runcit kecil-kecilan setempat yang tidak menerima sebarang subsidi, mereka nak mencari perniagaan dari mana. Ini sesuatu perkara yang perlu kita fikirkan.

Adakah kita nak minum racun semata-mata kita nak menghilangkan haus kita? Rakyat yang mendapat harga murah pada hari ini, akhirnya ekosistem perniagaan kecil-kecilan di komuniti di kampung, mereka yang menghadapi masalah, mereka yang menghidupkan ekonomi setempat semakin terhakis.

draft4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

draft4:00 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Apabila kedai-kedai di komuniti ini terpaksa tutup, terpaksa gulung tikar pada hari esok, siapakah yang akan menyokong pertumbuhan ekonomi setempat? Jadi Dato' Yang di-Pertua, di sini saya ada tiga syor. Harap dapat dipertimbangkan oleh pihak kerajaan.

Yang pertama, kita menetapkan sasaran minimum 50 peratus peserta dalam setiap program Jualan Rahmah, dia perlu terdiri daripada peniaga kecil-kecilan setempat, peniaga pasar dan koperasi.

Kedua, supaya kerajaan membentangkan kepada Dewan yang mulia ini pecahan peruntukan Rahmah mengikut negeri bagi tahun 2024, 2025 dan 2026 khususnya untuk negeri Johor, bagi kita membuat sesuatu penilaian yang lebih menyeluruh dan lebih telus.

Dan ketiga, memberikan garis masa yang jelas untuk melaksanakan syor- syor daripada jawatankuasa berhubung dengan pengambilalihan peranan MyKasih oleh agensi kerajaan. Kerajaan tidak boleh terus berbicara tentang cara-cara memperkasakan peniaga kecil selagi mana mekanisme yang ada pada hari ini secara tidak langsung telah menyempit ruang-ruang peniaga-peniaga kecil ini.

Saya harap cadangan dan syor daripada jawatankuasa dapat dipertimbangkan dengan serius dan kita dapat tambah baik apa yang berlaku pada hari ini supaya semua pihak termasuk peniaga-peniaga kecil mendapat manfaat daripada niat baik kerajaan ini. Sekian, terima kasih.

draft4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Arau.

draft4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Pertama sekali ialah laporan jawatankuasa ya.

[Tidak jelas] Jawatankuasa yang telah menyebutkan bahawa pasar raya besar dan rangkaian peruncit utama menerima manfaat yang lebih besar.

Penyertaan koperasi dan kedai runcit masih rendah hanya sekitar 104 daripada 3,600 koperasi peruncitan daripada diluluskan sebagai rakan niaga SARA.

draft4:09 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini laporan jawatankuasa dan kita tahu bahawa kerajaan bila memperkenalkan SARA, nama yang dibaharukan ya, SARA. Matlamatnya ialah untuk tolong rakyat. Dalam proses nak tolong rakyat, kita juga ingin melihat supaya agensi yang membantu untuk menolong rakyat itu mendapat manfaat. Makna kata, kalau sekiranya yang akan membantu, menolong rakyat itu ialah koperasi, koperasi dapat manfaat, rakyat dapat manfaat. Ini serampang pelbagai mata ya, bukan lagi serampang dua mata.

Tetapi kita tahu bahawa daripada peruntukan, saya tak dapat peruntukan yang sebenarnya ya, RM8 bilion peruntukan yang mana kadar penggunaannya adalah 96 sampai 98 peratus. Dia agensi pelaksana itu, kita lihat hanya satu iaitu Yayasan MyKasih. Bila saya menyebut perkara ini, saya minta maaf kepada Tan Sri Dr. Ngau Boon Keat selaku pengerusi, Tan Sri Datuk Dr. Rebecca Fatima Sta Maria dan juga lain-lain, termasuk Idris Jala.

Saya tegur ini bukan untuk mengkritik tetapi untuk menambah baik. Yayasan MyKasih caj satu persen. Satu persen ialah RM8 bilion. Makna kata kalau RM8 bilion ini, RM8 ribu juta. Satu persen perkiraannya, setiausaha, ialah RM80 bilion. Kalau 10 persen, RM800 bilion. Jadi satu persen, RM80 million. RM80 juta.

Jadi, Yayasan MyKasih ini menjalankan pelbagai aktiviti yang nampaknya dia juga salah satu daripada agensi perniagaan. Dia NGO tapi kalau satu persen daripada RM8 bilion, banyak itu, RM80 juta. Jadi saya nak cadangkan, yang Tan Sri dengan kawan-kawan yang laksanakan itu sudah bagus. Saya nak cadangkan supaya kerajaan tidak bergantung kepada satu agensi seperti kawan-kawan saya cadangkan tadi, supaya kita bagi perhatian kepada pelbagai agensi. Sebab kalau kita bergantung kepada satu agensi, kita akan menghadapi masalah. Kalau sekiranya sistem itu gagal, maka kita akan menghadapi masalah.

Ada dicadangkan supaya satu agensi kerajaan. Ya, sekarang ini mungkin, sekarang ini MyKasih, mungkin MySayang agensi kerajaan. Jadi, tujuannya ialah supaya kerajaan dapat menyimpan data penerima, data transaksi rekod pembelian.

Jadi, seharusnya di samping MyKasih ataupun MySayang nanti, BSN, Pos Malaysia, koperasi sebagai contoh, di antara agensi yang turut sama melaksanakan sistem SARA sebab kalau kita bergantung kepada satu, dia akan timbul masalah, pelbagai masalah sebab agensi ini bukan agensi kerajaan. Ini ialah NGO.

Kemudian yang berikutnya, tujuan kita, saya sebut pelbagai mata tadi. Tujuan kita untuk meningkatkan ekonomi tempatan, ekonomi komuniti tetapi oleh kerana sistem ini berdasarkan barcodes yang mana keluaran komuniti tempatan sudah pasti tidak ada barcodes. Jadi, kita cadangkan supaya kerajaan memberi perhatian kepada perusahaan komuniti tempatan seperti yang dibuat di Brazil.

Program Programa de Aquisicao de Alimentos iaitu program membeli hasil pertanian kecil kemudian diberi, agihkan kepada masyarakat. Jadi, kerajaan beli dan kerajaan agihkan. Jadi SARA, kalau boleh ambil pendekatan demikian rupa. Kita beli hasil tempatan selepas itu dimasukkan dalam sistem tetapi kalau sekiranya kita nak tunggu supaya dia masuk dalam sistem, ada barcodes dan sebagainya, sekali lagi peniaga kecil akan menghadapi dua lagi masalah.

Peniaga kecil sekarang menghadapi masalah sebab kedai-kedai serbaneka yang sekarang tumbuh merata tempat dan barang mereka lebih murah daripada barang-barang yang dijual di luar contohnya macam penjual ikan. Penjual ikan sekarang ini tak boleh jual ikan sebab barang yang dijual di kedai serbaneka lebih murah daripada penjual ikan.

Semua penjual ikan dah tutup sebab dalam kedai serbaneka, kita boleh dapat barang-barang yang lebih murah termasuk kalau kita nak beli sayur, lebih murah sayur dalam kedai serbaneka daripada sayur yang dijual di kedai runcit. Kedai runcit menghadapi tekanan kerana mungkin kerajaan tak sempat fikir pun fasal banyak masalah politik. Jadi, tak sempat fikir bahawa membenarkan kedai-kedai ini bercambah, kita telah membunuh kedai runcit.

Sekarang ini kedai runcit lagi tertekan apabila SARA ini langsung tak bagi perhatian kepada mereka, hanya bagi kepada supermarket besar dan juga kedai besar-besar. Jadi, mencadangkan supaya jawatankuasa melihat benda ini dan minta kerajaan memberi perhatian yang serius. Laksanakan serta-merta supaya SARA ini bukan sahaja menolong rakyat tetapi juga menolong agensi yang membantu rakyat tadi tetapi dipelbagaikan bukan dia bergantung pada satu.

Yang kedua, memberi perhatian supaya keluaran tempatan itu dimasukkan barcodes ataupun apa-apa yang boleh kita— keluaran tempatan itu dapat dimanfaatkan oleh rakyat. Jadi, terima kasih, assalamualaikum.

draft4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Padang Serai.

draft4:10 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

Saya juga bangun hari ini bukan sekadar untuk memenuhi ruang perbahasan tetapi untuk menjadi suara kepada jutaan rakyat di luar sana yang sedang bergelut dengan kos sara hidup yang semakin menghimpit.

Saya berdiri di sini bagi pihak BERSATU— Perikatan Nasional untuk menyuarakan rintihan para penjaja kecil, peniaga pasar malam, pengusaha warung dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang seolah-olah dipinggirkan dalam naratif RAHMAH yang dilaungkan oleh pihak kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, apabila kita berbicara mengenai mekanisme penyertaan rakan niaga dalam program Sumbangan Asas RAHMAH (SARA), kita sedang melihat kepada satu rantaian agihan ekonomi yang besar. Program SARA ini melibatkan dana berbilion Ringgit yang disalurkan kepada rakyat untuk membeli barangan keperluan asas.

Namun persoalan besar yang wajib kita tanyakan pada hari ini ialah siapakah yang benar-benar mendapat laba daripada mekanisme pelaksanaan ini? Sila lihat realiti di lapangan, setakat hari ini, rakan niaga yang dipilih, majoritinya terdiri daripada rangkaian pasar raya besar, pasar raya rantaian gergasi dan agensi pelaksana yang sudah mempunyai kapital yang kukuh. Di manakah kedudukan pakcik yang menjual runcit di kampung? Di manakah ruang untuk makcik yang menjual dan membuka gerai di pinggir jalan?

Kerajaan hari ini sering melaungkan keadilan sosial, namun mekanisme SARA yang ada sekarang memperlihatkan satu bentuk ketidakadilan ekonomi yang sistematik. Dengan mengehadkan rakan niaga kepada pelakon-pelakon industri berskala besar, kerajaan secara tidak langsung memperkukuhkan monopoli kapitalis yang membiarkan peniaga kecil terus layu di tepi jalan.

Tuan Yang di-Pertua, mari kita dedah mekanisme sedia ada untuk menjadi rakan niaga program SARA. Agensi pelaksana menetapkan syarat-syarat teknikal yang ketat seperti keperluan sistem point of sale (POS) yang bersepadu, pendaftaran SST dan kapasiti logistik yang besar. Betul kita mahukan ketelusan dan kecekapan, efficiency tetapi adakah adil untuk kita meletakkan penanda aras yang sama tinggi kepada seorang penjaja kecil di Pasar Tani Keramat atau pasar malam di Bukit Mertajam dan di Padang Serai?

Penyisihan digital dan infrastruktur. Peniaga mikro tidak mempunyai sistem inventori komputer yang canggih apabila kerajaan mewajibkan sistem penyemakan kad pengenalan ataupun dompet digital yang rumit tanpa bimbingan. Kerajaan sebenarnya sedang menutup pintu rezeki mereka daripada limpahan ekonomi program SARA.

Ketidakseimbangan aliran tunai. Rangkaian pasar raya besar mampu menunggu bayaran tuntutan (reimbursement) daripada agensi pelaksana dalam tempoh 30 hari sehingga 60 hari namun bagi seorang penjaja kecil, modal pusingan mereka adalah harian. Jika modal mereka tersangkut dalam sistem birokrasi SARA, perniagaan mereka boleh gulung tikar dalam masa seminggu.

Sebab itu, kami mendesak agar agensi pelaksana seperti Yayasan MyKasih atau mana-mana badan yang dilantik merombak semula ekosistem ini.

Pembahagian kek ekonomi mestilah adil. Jika RM1 bilion diperuntukkan untuk SARA, RM1 bilion itu tidak sepatutnya masuk ke kantung konglomerat semata-mata tetapi sekurang-kurangnya 40 peratus mesti dialirkan terus ke dalam ekosistem tempatan (local economy) melalui penjaja PKS dan mikro.

Tuan Yang di-Pertua, pihak kerajaan di sana selalu menuduh pihak pembangkang hanya tahu mengkritik tanpa memberi solusi. Kami ingin membawa suara rakyat berserta dengan cadangan reformasi yang konstruktif. Kami menuntut tiga anjakan paradigma dalam mekanisme penyertaan rakan niaga SARA.

draft4:16 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Pertama, mewujudkan kuota khas untuk penjaja dan peruncit mikro. Agensi pelaksana mesti meletakkan KPI yang khusus. Setiap daerah wajib mempunyai sekurang-kurangnya 50 peratus rakan niaga daripada kalangan penjaja kecil dan peniaga runcit komuniti. Ini bagi memastikan wang bantuan SARA berputar dalam komuniti setempat, bukan mengalir keluar ke ibu pejabat syarikat gergasi.

Yang kedua, mempermudahkan sistem transaksi teknologi mesra penjaja.

Mengapa perlu menyusahkan penjaja dengan mesin terminal yang mahal?

Menggunakan mekanisme hibrid. Gunakan kod QR seperti DuitNOW yang sedia ada atau aplikasi telefon pintar yang ringkas yang boleh disahkan terus oleh agensi pelaksana. Jika Makcik Kiah yang menjual goreng pisang boleh menggunakan QR, kenapa sistem SARA tidak boleh diintegrasikan secara meluas ke arah itu?

Ketiga, skim pendahuluan modal atau pun pembayaran ekspres. Bagi rakan niaga berskala kecil, agensi pelaksana mesti mewujudkan terma pembayaran ekspres, express settlement dalam tempoh 48 jam atau memberikan geran mudah modal pusingan barangan RAHMAH sebanyak RM2,000 hingga RM5,000 sebagai deposit permulaan.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Sumbangan Asas RAHMAH ini datangnya daripada duit cukai rakyat, duit cukai yang dibayar oleh semua golongan, termasuklah golongan para peniaga kecil ini. Oleh itu, amatlah zalim sekiranya hasil mahsul negara ini dalam bentuk program yang akhirnya hanya menguntungkan jerung-jerung besar, manakala anak-anak bilis di laut kering kekontangan.

Sebagai wakil daripada BERSATU— Perikatan Nasional, saya ingin mengingatkan kerajaan, Ekonomi MADANI atau apa sahaja jenama yang digunakan tidak akan berjaya sekiranya acuan yang digunakan adalah acuan kapitalis tegar.

Keadilan ekonomi bermaksud kita mengangkat mereka yang berada di bawah, memberi mereka peluang bersaing dan memastikan meritokrasi tidak membunuh peniaga kecil, “berdiri sama tinggi, duduk sama rendah”.

Jangan biarkan program SARA ini bertukar menjadi sumbangan asas konglomerat. Bukalah seluas-luasnya kepada rakan niaga berskala kecil.

Permudahkan syarat mereka, bimbing mereka dan libatkan agensi pelaksana tempatan seperti pihak penguasa tempatan (PBT) dan persatuan penjaja untuk menguruskan penyertaan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon agar usul dan mekanisme program SARA ini disemak semula demi kelangsungan hidup marhaen, demi keadilan penjaja kecil, demi masa depan ekonomi yang lebih inklusif. Saya menyokong untuk disemak semula program SARA ini. Sekian, terima kasih.

draft4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Batang Sadong.

draft4:20 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Walaupun program SARA telah membantu golongan sasar menghadapi tekanan kos sara hidup, masih terdapat cabaran pelaksanaan yang perlu diberi perhatian khususnya dari segi akses penerimaan kepada bantuan ini di Sarawak.

Laporan jawatankuasa sendiri mengakui masih terdapat kekangan dari segi capaian rakan niaga SARA di kawasan luar bandar dan pedalaman. Bagi Sarawak, isu ini lebih mencabar kerana sebahagian besar penempatan penduduk terletak jauh dari pusat bandar. Manakala, kemudahan jalan raya serta pengangkutan sesetengah kawasan masih terhad. Akibatnya, ramai penerima tidak dapat menggunakan bantuan SARA secara bulanan seperti yang dirancang. Sebaliknya, mereka mengumpulkan baki bantuan selama beberapa bulan sebelum ke bandar atau ke pekan untuk membeli keperluan harian.

Dalam keadaan tersebut, mereka perlu menanggung kos pengangkutan yang tinggi termasuk tambang bot, van tambang dan kos perjalanan yang bukan sedikit.

Ini menyebabkan nilai sebenar bantuan yang diterima menjadi berkurangan kerana sebahagian wang dimiliki terpaksa dibelanjakan untuk mendapatkan akses kepada bantuan tersebut, sedangkan golongan inilah yang sepatutnya menerima manfaat secara langsung dan menyeluruh daripada inisiatif kerajaan.

Bagi rakyat di bandar, cabarannya mungkin harga barang tetapi bagi sebahagian rakyat di pedalaman Sarawak, cabarannya ialah untuk sampai ke tempat membeli barang itu sendiri. Saya menyambut baik syor jawatankuasa supaya penyertaan koperasi, kedai runcit kecil dan premis komuniti diperluaskan sebagai rakan niaga SARA khususnya di Sabah dan Sarawak. Saya sama seperti Ahli Parlimen yang lain, mempersoalkan penyertaan koperasi, di mana hanya hampir tiga peratus sahaja yang terlibat daripada koperasi peruncitan yang wujud. Angka ini menunjukkan masih terdapat ruang yang besar untuk diperluaskan.

Saya juga menyokong cadangan supaya penyertaan diperluaskan kepada penjaja kecil, peruncit luar bandar, pasar tani dan pasar malam. Saya juga menerima maklum balas bahawa terdapat kedai runcit kampung yang kehilangan sebahagian pelanggan kerana tidak menjadi rakan niaga SARA menyebabkan jualan harian mereka merosot secara mendadak. Pendekatan ini bukan sahaja memudahkan penerima bantuan mendapatkan barangan keperluan, malah membolehkan manfaat SARA beredar dalam ekonomi setempat dan membantu usahawan mikro meningkatkan pendapatan mereka.

Pada masa yang sama, kerajaan perlu melihat kaedah yang lebih fleksibel dan kos efektif berbanding kebergantungan kepada sistem POS konvensional yang mahal. Batang Sadong mencadangkan agar dibangunkan aplikasi SARA mudah alih atau pun terminal pembayaran mudah alih yang boleh digunakan melalui telefon pintar. Pendekatan ini membolehkan penjaja kecil, koperasi kampung dan peruncit luar bandar menyertai program SARA dengan lebih mudah, murah tanpa perlu menanggung kos sistem POS yang tinggi.

Selain itu, Batang Sadong turut mencadangkan inisiatif ikhtiar MADANI bergerak diintegrasikan dengan pelaksanaan program SARA. Pasukan bergerak ini boleh mengenal pasti kawasan mana yang belum mempunyai rakan niaga SARA, membantu pendaftaran peruncit kecil, menyediakan latihan penggunaan sistem digital dan memastikan tiada kumpulan sasar yang tercicir akibat kekangan geografi.

Dato’ Yang di-Pertua, cabaran pelaksanaan SARA di Sarawak bukan soal kelayakan penerima tetapi soal akses kepada bantuan tersebut serta kesannya terhadap ekonomi komuniti setempat. Jika kerajaan benar-benar mahu memastikan SARA sampai kepada golongan yang paling memerlukan, maka perluasan rakan niaga, penggunaan teknologi yang lebih fleksibel dan pendekatan bergerak ke kawasan pedalaman perlu diberi perhatian. Hanya dengan cara itu, manfaat SARA dapat dinikmati sepenuhnya oleh rakyat yang memerlukan di samping menyokong kelangsungan peniaga kecil di luar bandar dan pedalaman. Sekian, terima kasih.

draft4:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Batang Sadong. Sebelum saya memanggil Yang Berhormat Tenggara untuk menggulung apa yang telah dibahaskan dalam Jawatankuasa Pilihan Perdagangan Dalam Negeri, Usahawan, Kos Sara Hidup dan Pertanian, pohon Yang Berhormat sebentar ya.

Pada petang yang syahdu ini, saya ingin mengalukan empat orang yang bermakna dalam hidup saya, yang membentuk siapa saya pada hari ini. Mereka adalah guru-guru saya yang kini berumur hampir 80 tahun dan juga seorang rakan kerja yang sama-sama berjuang.

[Tepuk] Saya mempersilakan Encik Oh Wee Sun untuk bangun, please stand up. Encik Oh Yew Hock, sila bangun. Dato' Malek Jeremiah bin Abdullah. Mereka ini adalah guru-guru yang telah mengajar saya semasa saya di Kolej Sultan Abdul Hamid di Alor Setar. Sedikit sebanyak, apa yang mereka telah turunkan kepada saya membentuk siapa diri saya. Manakala, gentleman yang terakhir, keempat adalah mantan Superintendent Mohinder Singh a/l Amar Singh, rakan seperjuangan saya semasa saya di dalam PDRM dan kami banyak kenangan manis.

[Tepuk] Welcome, Sir. Thank you for your services and your thoughts. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat untuk teruskan penggulungan.

draft4:22 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Auzubillahminashaitannirajeem, bismillahirahmanirahim. Terima kasih kepada Dato’ Speaker dan sebelum saya mulakan ni, saya pun sebenarnya— rasanya semualah yang ada dalam Dewan ini, kalau ada peluang nak bawa mereka yang berjasa kepada kita untuk berada melihat kita sebagaimana sekarang.

draft4:29 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Syabas Dato’ Speaker kerana menghargai jasa para pendidik dan orang yang mendirikan diri kita. Jadi, berbalik kepada penggulungan ini, saya selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa diberi amanah untuk menggulung dan menjawablah serba sedikit apa yang diutarakan oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang terlibat dengan perbahasan.

Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Antaranya Kota Melaka, Sabak Bernam, Batang Lupar, Rantau Panjang, Pasir Gudang, Kuala Krai, Temerloh, Bakri, Arau, Padang Serai dan yang terakhir sekali, Batang Sadong.

Secara keseluruhannya, banyak disentuhlah oleh rakan-rakan Yang Berhormat berkaitan dengan Yayasan MyKasih, tentang mekanisme pelaksanaan, perluasan jajaran perluasan, penglibatan peruncit-peruncit kecil dan juga jumlah barangan, jenis-jenis barangan yang boleh terlibat dengan SARA ini.

Dan, tadi ada disebut oleh Sabak Bernam berkaitan dengan modes, tuala wanita. Tuala wanita sebenarnya ada dalam senarai SARA itu, tetapi yang gas masak disebut tadi oleh Sabak Bernam memang tidak ada.

Itu kita ambil maklum dan antara lain adalah tentang keselamatan data. Oleh kerana ia diuruskan SARA ini oleh Yayasan MyKasih, bukan badan kerajaan, jadi itu ada sedikit kebimbangan dan disentuh juga tentang RM10 bilion untuk SARA 2026 ini, yang akan diberikan satu peratus kepada— dengan nilai RM100 juta kepada MyKasih. Yang itu juga kita take note.

Dan, aplikasi SARA mudah alih tadi, Batang Sadong sebut dan kita pun mengambil maklum tentang kepayahan Makcik Kiah tadi, kedai runcit Pak Hamid dan sebagainya, dan bagi Sabah dan Sarawak, ada lain isu iaitu diberi RM100 tetapi akses pedalaman akan— duit itu nanti dengan jumlah yang diberi itu hampir sama.

Dia jadi macam zero–some gain. Dapat RM100, kena pergi bandar untuk dapatkan barangan. Jadi, penat dekat perjalananlah. Lebih kurang begitu ya, Batang Sadong? Lebih kurang.

Jadi, saya dah diberikan nota ini dan teks jawapan. Jadi, saya akan pergi ke situ, Dato’ Speaker. Cuma, kadang-kadang kita teringat juga ya. Tadi, ada yang menyebut tentang kalau boleh, barangnya diperluaskan. Kalau boleh, mekanismenya dipermudahkan.

Suatu ketika, kita pernah ada satu sistem. Namanya BR1M – Bantuan Rakyat 1Malaysia. Saya suka nak baca dekat sini sedikit. Pelaksanaan 2017. Dia ada melibatkan tiga kategori, isi rumah warga emas, isi rumah biasa dan juga individu bujang 21 tahun. Ada dapat RM1,200, ada dapat RM900, ada dapat RM450. Diberi dalam tiga fasa dan untuk 2017, 6.3 juta penerima, peruntukan RM5.41 bilion, 3.24 juta terima RM1,200, 291,918 menerima RM900, 2.79 juta individu bujang menerima RM450.

Dapat duit dalam akaun pada fasa-fasa yang telah ditetapkan, maka berbelanjalah. Nak buat tayar masa itu, tidak ada senarai barangan. Apa yang kita nak beli, kedai bawah pokok sukun pun sebenarnya boleh gunakan bantuan berkenaan tetapi, itu suatu ketikalah, ketika BR1M dilaksanakan di bawah Kerajaan Barisan Nasional.

Tetapi, yang ini adalah mekanisme baharu yang mungkin untuk memberikan kekhususan supaya betul-betul keperluan asas diberikan kepada rakyat yang memerlukan. Jadi, saya kira sebelum saya pergi kepada SARA ini, itulah mukadimah saya, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya masuk kepada ini.

Sekali lagi, saya ucapkan terima kasih kepada semua pembahas dan saya ucap terima kasih juga kepada rakan-rakan jawatankuasa yang sebenarnya sealiran pemikiran dengan Ahli-ahli Yang Berhormat kerana jawatankuasa kita maklum terdiri daripada blok kerajaan dan juga pembangkang.

Jawatankuasa ingin menegaskan bahawa Program SARA merupakan antara inisiatif untuk menangani kos sara hidup terbesar. Jumlah keseluruhan peruntukan STR dan SARA sebanyak RM15 bilion bagi tahun 2026, termasuk RM8 bilion khusus untuk program SARA. Program ini bukan lagi bersifat kecil atau bersifat percubaan tetapi, telah menjadi instrumen utama kerajaan dalam membantu rakyat menghadapi kos sara hidup.

Peningkatan bilangan penerima daripada sekitar 700 ribu pada tahun 2024 kepada lima juta orang pada tahun 2025 dan seterusnya, 8.1 juta penerima bulanan pada tahun 2026 menunjukkan komitmen kerajaan.

Oleh itu, jawatankuasa berpandangan bahawa perluasan sekarang ini perlu diseimbangkan dengan peningkatan kualiti pelaksanaan. Semakin besar sesuatu program, semakin besar tanggungjawab untuk memastikan tadbir urusnya mantap dan sistem penyampaiannya sentiasa diperkemas, sebagaimana yang disebut oleh rakan-rakan pembahas tadi.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan dapatan jawatankuasa, kadar penggunaan Program SARA mencecah antara 96 hingga 98 peratus di kebanyakan negeri seperti Terengganu, Kedah dan Kelantan.

Ini merupakan petunjuk yang amat positif dan membuktikan bahawa majoriti penerima memahami kaedah penggunaan bantuan melalui MyKad dan dapat memanfaatkan bantuan tersebut untuk membeli barangan keperluan asas.

Jawatankuasa mengiktiraf bahawa kaedah ini berjaya mengurangkan ketirisan serta memastikan bantuan digunakan untuk tujuan yang sepatutnya.

Namun demikian, kadar penggunaan yang tinggi tidak bermakna tiada kelemahan yang perlu diperbaiki. Sebaliknya, kejayaan inilah yang mewajarkan usaha penambahbaikan supaya manfaat Program SARA dapat dinikmati secara lebih menyeluruh oleh semua lapisan masyarakat.

Tuan Yang di-Pertua, isu paling utama yang diberi perhatian oleh jawatankuasa ialah penyertaan koperasi dan peruncit kecil sebagai Rakan Niaga SARA yang masih rendah. Kita perlu mengakui bahawa kedai runcit kecil bukan sekadar entiti perniagaan di banyak kawasan luar bandar dan pedalaman, mereka merupakan institusi komuniti.

Merekalah tempat penduduk membeli beras apabila hujan lebat. Merekalah tempat warga emas mendapatkan keperluan harian tanpa perlu menempuh perjalanan yang jauh. Malah, ada antara mereka yang memberi kemudahan hutang kepada pelanggan yang dikenali apabila berdepan kesempitan hidup.

Justeru, Program SARA tidak dapat disertai— justeru, apabila Program SARA tidak dapat disertai secara meluas oleh kumpulan ini, timbul persoalan tentang kesaksamaan akses kepada manfaat program.

Jawatankuasa berpandangan bahawa perlu ada pendekatan yang lebih agresif untuk membawa koperasi khususnya Coop Mart serta peruncit kecil menyertai Program SARA. Usaha mengenal pasti rakan niaga tidak boleh bersifat pasif dengan hanya menunggu permohonan diterima, sebaliknya kementerian dan agensi pelaksana perlu turun padang, mengenal pasti premis yang berpotensi dan membantu mereka memenuhi syarat penyertaan.

Perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat turut menyentuh kebimbangan bahawa pelaksanaan Program SARA dilihat lebih menguntungkan pasar raya besar dan rangkaian peruncit utama.

Jawatankuasa memahami bahawa perkara ini berlaku kerana pemain besar mempunyai kelebihan dari segi teknologi, modal, logistik dan sumber manusia.

Namun begitu, jika keadaan ini dibiarkan berterusan, ia boleh menyebabkan limpahan ekonomi daripada peruntukan bantuan kerajaan tertumpu pada segelintir pihak sahaja, sedangkan peniaga kecil yang menjadi nadi ekonomi setempat tidak mendapat manfaat yang sepatutnya. Kita tidak mahu program yang bertujuan membantu rakyat, akhirnya memberi kesan sampingan yang melemahkan daya tahan perusahaan kecil.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi isu yang kerap dibangkitkan semasa sesi libat ialah kelewatan proses kelulusan permohonan. Sebahagian peniaga memaklumkan bahawa mereka terpaksa menunggu dalam tempoh yang panjang tanpa kepastian status permohonan.

Keadaan ini menyebabkan ramai yang hilang minat untuk menyertai program.

Jawatankuasa berpandangan bahawa sasaran kelulusan— ini pun ada disebut oleh Ahli Yang Berhormat, mestilah dalam tempoh dua minggu perlu dipatuhi dan tidak boleh lebih. Yang ini, mesti konsisten.

Penggunaan platform digital kerajaan sedia ada serta penyelarasan antara agensi perlu diperkukuh bagi mengurangkan kerenah birokrasi. Bagi peniaga kecil, masa adalah wang. Semakin lama kelewatan berlaku, semakin tinggi kos yang terpaksa ditanggung.

Jawatankuasa juga ingin menarik perhatian Dewan terhadap isu modal pusingan, disebut juga oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang berbahas. Bagi peruncit besar menyediakan stok dalam jumlah yang besar mungkin tidak mendatangkan masalah, tetapi bagi peniaga kecil, ia adalah satu masalah.

Sekiranya bayaran balik mengambil masa yang lama, mereka mungkin berdepan kesukaran untuk menambah stok, membayar pembekal atau menampung kos operasi harian. Justeru, syor supaya tuntutan bayaran balik diselesaikan dalam tempoh tidak melebihi satu minggu perlu diberikan perhatian serius. Pembayaran yang cepat bukan sahaja membantu aliran tunai, malah meningkatkan keyakinan peniaga untuk terus menjadi Rakan Niaga SARA.

Tuan Yang di-Pertua, kita juga tidak boleh menafikan bahawa transformasi digital merupakan keperluan masa kini. Penggunaan sistem point of sales (POS) dan pembayaran digital dapat meningkatkan kecekapan dan ketelusan transaksi.

Namun, transformasi digital hendaklah dilaksanakan secara inklusif.

Masih terdapat peniaga kecil yang kurang mahir menggunakan teknologi.

Masih terdapat kawasan yang mengalami kecapaian Internet yang lemah. Oleh itu, jawatankuasa mencadang supaya latihan bantuan teknikal dan subsidi perolehan peralatan disediakan bagi memastikan tiada pihak yang tercicir dalam arus pendigitalan.

Tuan Yang di-Pertua, isu tadbir urus turut mendapat perhatian yang meluas.

Program yang melibatkan jutaan penerima dan peruntukan berbilion ringgit memerlukan tahap akauntabiliti yang tinggi, aspek pelantikan agensi pelaksana, kadar cas transaksi dan mekanisme pemantauan hendaklah sentiasa dinilai dari masa ke semasa. Tujuannya bukan untuk mencari kesalahan tetapi untuk memastikan nilai terbaik.

draft4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan.

draft4:40 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Jawatankuasa berpandangan bahawa kerajaan perlu mempertimbangkan mekanisme pelaksanaan yang lebih berdaya tahan termasuk kemungkinan melibatkan lebih daripada satu agensi pelaksana. Pendekatan sedemikian boleh mengurangkan kebergantungan kepada satu pihak serta meningkatkan daya tahan sistem dalam jangka panjang.

Beberapa Ahli Yang Berhormat turut membangkitkan isu mengenai peranan Yayasan MyKasih. Jawatankuasa berpandangan bahawa pengalaman dan kepakaran yang dimiliki dalam pelaksanaan program SARA perlu dihargai. Namun begitu, memandangkan skala program yang semakin membesar serta melibatkan fungsi kebajikan awam yang kritikal― tadi ada yang sebut proses peralihan daripada MyKasih kepada agensi kerajaan― kerajaan perlu meneliti secara berperingkat ke arah memperkukuhkan kapasiti agensi kerajaan untuk mengambil alih peranan tersebut pada masa hadapan. Langkah ini penting bagi menjamin kelestarian, kesinambungan serta kawalan strategik kerajaan terhadap pelaksanaan program bantuan berskala nasional.

Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya Jawatankuasa tidak melihat 17 syor yang dikemukakan ini sebagai kritikan terhadap mana-mana pihak, sebaliknya syor- syor ini merupakan manifestasi semangat semak dan imbang yang konstruktif demi memperkukuh dasar kerajaan. Program yang baik perlu sentiasa ditambah baik.

Pelaksanaan yang berjaya perlu sentiasa diperkasakan. Keperluan rakyat yang berubah perlu sentiasa diambil kira.

Akhirnya, kejayaan program SARA bukan sekadar diukur melalui jumlah peruntukan atau bilangan penerima. Kejayaannya diukur melalui kemampuan seseorang ibu menyediakan makanan untuk keluarganya. Kejayaan diukur melalui kemudahan seorang warga emas mendapatkan keperluan asasnya tanpa perlu menempuh perjalanan yang jauh. Kejayaan juga diukur melalui keupayaan seseorang peniaga kecil meneruskan kelangsungan perniagaan hasil limpahan manfaat program kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, dengan mengambil kira semua dapatan, pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat dan syor yang telah dikemukakan, Jawatankuasa berharap agar program SARA akan terus diperkukuh sebagai instrumen perlindungan sosial yang lebih inklusif, cekap, telus dan mampan. Semoga segala usaha yang dilaksanakan akan memberikan manfaat yang sebenar kepada rakyat, memperkukuh ekonomi komuniti setempat serta meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan institusi negara dalam menyampaikan bantuan secara berkesan.

Dengan itu, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Jawatankuasa dan semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini serta semua pihak yang telah memberi kerjasama sepanjang menyediakan penyata Jawatankuasa ini.

Sekian. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat, dengan selesainya Yang Berhormat Tenggara menjawab, maka selesai sesi penerangan yang kedua. Sekarang kita ke sesi penerangan yang terakhir untuk hari ini.

draft4:40 PM
30 PERATUS PENGLIBATAN WANITA DI MALAYSIA

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya seterusnya meminta Yang Berhormat Kangar, Ahli Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat akan memberi penerangan berkaitan penyata bertajuk Kesaksamaan Gender Dalam Politik Malaysia ke Arah Sasaran 30 Peratus Penglibatan Wanita di Malaysia. Silakan, Yang Berhormat Kangar.

draft4:40 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat petang, Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli yang Berhormat.

Terima kasih kerana saya diberi peluang untuk mewakili Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat Parlimen Malaysia bagi membentangkan Penyata Kesaksamaan Gender dalam Politik Malaysia ke Sasaran 30 Peratus Penglibatan Wanita di Malaysia. Satu penyata yang amat menarik minat kaum lelaki dan wanita untuk membahaskannya. Tahniah kepada wanita-wanita yang memimpin di dalam Dewan ini...

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, Penyata Kesaksamaan Gender dalam Politik Malaysia ke Arah Sasaran 30 Peratus Penglibatan Wanita di Malaysia adalah hasil libat urus dan dapatan daripada segi pendengaran bersama universiti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti berikut:

(i) Centre of Reseach on Women and Gender (KANITA);

(ii) Universiti Sains Malaysia (USM);

(iii) Kempen Projek 30 peratus;

(iv) Fair Play Funding; dan

(v) Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia Pendanaan Politik.

Tuan Yang di-Pertua, fokus utama Jawatankuasa adalah untuk meneliti kedudukan semasa penyertaan wanita dalam politik Malaysia, mengenal pasti halangan struktur yang masih wujud serta menilai pilihan dasar yang boleh dilaksanakan bagi mencapai sasaran minimum 30 peratus perwakilan wanita dalam institusi politik negara.

Jawatankuasa mengambil maklum bahawa isu kesaksamaan gender dalam politik bukan semata-mata soal jumlah wanita yang bertanding atau dipilih dalam pilihan raya. Ia merupakan isu struktur, budaya dan institusi yang telah lama berakar umbi.

Walaupun wanita mempunyai tahap pencapaian yang baik dalam pendidikan dan kesihatan, penyertaan mereka dalam ekonomi dan politik masih jauh ketinggalan. Data yang dikemukakan kepada Jawatankuasa menunjukkan bahawa perwakilan wanita di Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri masih berada jauh di bawah sasaran minimum 30 peratus.

Bagi Parlimen Kelima Belas, wanita hanya mewakili sekitar 13.5 peratus di Dewan Rakyat dan 12.8 peratus di Dewan Negara. Di peringkat Dewan Undangan pula, perwakilan wanita juga masih rendah dan tidak menunjukkan peningkatan yang konsisten. Keadaan ini menunjukkan bahawa kemajuan yang dicapai setakat ini masih perlahan, tidak seimbang dan belum mencukupi untuk mencerminkan komposisi sebenar masyarakat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, antara dapatan utama Jawatankuasa ialah halangan kepada penyertaan wanita dalam politik tidak boleh dijelaskan hanya melalui faktor individu seperti minat, kemampuan atau keyakinan diri. Sebaliknya, halangan tersebut banyak berpunca daripada struktur parti politik yang masih didominasi oleh lelaki, budaya politik yang tidak mesra wanita, beban tanggungjawab domestik yang tidak seimbang, kekurangan sumber kewangan, stereotaip gender, gangguan seksual serta kecenderungan parti meletakkan calon wanita di kerusi yang sukar dimenangi.

Jawatankuasa turut mengambil maklum bahawa pendekatan sukarela bagi mencalonkan wakil-wakil wanita oleh parti-parti politik belum berjaya menghasilkan perubahan yang bermakna. Walaupun sasaran 30 peratus telah lama disebut dalam dasar, deklarasi dan manifesto, realitinya angka perwakilan wanita masih kekal rendah.

Oleh itu, Jawatankuasa berpandangan bahawa sekiranya negara benar- benar serius untuk mencapai 30 peratus, pendekatan yang lebih tersusun, berfasa dan mempunyai mekanisme pelaksanaan yang jelas perlu dipertimbangkan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam sesi libat urus, beberapa cadangan dasar telah dikemukakan kepada Jawatankuasa. Antaranya ialah cadangan penggubalan Akta Pariti Gender Dalam Perwakilan Politik (GPPRA) yang bertujuan menggalakkan parti politik mencalonkan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita. Cadangan ini turut melibatkan penubuhan Jawatankuasa Pariti Gender, penggunaan struktur sedia ada Suruhanjaya Pilihan Raya serta mekanisme dana insentif bagi menggalakkan pencalonan dan kemenangan bagi calon wanita.

Jawatankuasa juga meneliti cadangan insentif pendanaan politik yang memberi ganjaran kepada parti berdasarkan bilangan wakil wanita yang berjaya dipilih. Pendekatan ini penting kerana ia tidak hanya menilai jumlah calon wanita yang diletakkan tetapi memberi dorongan kepada parti untuk menempatkan wanita di kerusi yang benar-benar boleh dimenangi. Ini dapat mengelakkan keadaan di mana wanita dicalonkan semata-mata untuk memenuhi kuota tetapi ditempatkan di kawasan yang tidak strategik atau kerusi korban.

Tuan Yang di-Pertua, Jawatankuasa juga menegaskan bahawa sasaran 30 peratus tidak seharusnya terbatas kepada pilihan raya semata-mata. Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri mempunyai ruang yang lebih segera untuk melaksanakan sasaran ini dalam pelantikan jawatan membuat keputusan. Ini termasuk pelantikan Ahli Dewan Negara, Jemaah Menteri, pengurusan tertinggi perkhidmatan awam, ahli majlis pihak berkuasa tempatan, jawatan kepimpinan negeri dan daerah serta jawatankuasa pembangunan peringkat akar umbi.

draft4:43 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Dalam hal ini, pelaksanaan sasaran 30 peratus melalui pelantikan merupakan langkah yang lebih praktikal dan boleh digerakkan lebih awal, sementara reformasi pilihan raya dan pendanaan politik terus diperhalusi.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan dapatan tersebut, Jawatankuasa mengemukakan beberapa syor utama seperti berikut. Jawatankuasa mengesyorkan supaya BHEUU dan Kementerian Kewangan merangka satu mekanisme pendanaan politik berasaskan insentif kewangan bagi menggalakkan peningkatan pencalonan dan pemilihan wanita. Termasuklah satu, insentif pembiayaan kempen pilihan raya.

Dana 1, peruntukan sekali bayar ataupun one-off, dengan izin, disalurkan selepas setiap pilihan raya.

Jumlah peruntukan bergantung kepada bilangan calon wanita yang layak dan undi yang mereka peroleh. Pengagihan sama ada secara sama rata RM5,000 untuk calon Parlimen, RM2,500 untuk calon Dewan Undangan Negeri dan atau RM1.00 bagi setiap undi dengan had maksimum RM50,000 bagi setiap calon yang layak dan jumlah tidak melebihi perbelanjaan yang diisytiharkan.

Yang kedua, insentif pembiayaan tahunan bagi calon wanita, Dana 2.

Peruntukan tahunan yang diberikan kepada setiap calon wanita berjaya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Yang ketiga, insentif pembiayaan tahunan bagi politik— bagi parti politik, Dana 3. Peruntukan tahunan dengan jumlah maksimum sebanyak RM10.5 juta. Jumlah tetap RM10 juta, tambah bonus dengan kadar maksimum lima peratus.

Peruntukan diberikan kepada parti-parti politik Pusat berdasarkan kerusi, sekurang-kurangnya seorang wakil wanita Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri. Dan yang keempat, pelarasan jumlah dana berdasarkan indeks inflasi, peratusan tetap daripada Belanjawan Persekutuan atau KDNK dan atau faktor-faktor lain yang berkaitan.

Jawatankuasa mengesyorkan supaya Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri melaksanakan sasaran minimum 30 peratus wanita dalam pelantikan jawatan yang membuat keputusan. Termasuklah pelantikan Ahli Dewan Negara, pelantikan Jemaah Menteri Kabinet, pelantikan Pengurusan Tertinggi KSU dan juga Ketua Perkhidmatan ataupun Ketua Pengarah. Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan...

draft4:50 PM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Air, air.

draft4:50 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Minum sekejap.

[Meneguk air] [Ketawa] Okey, jalan balik. Yang Dipertua ataupun YDP Datuk Bandar, pegawai daerah, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), MPKK dan lain- lain jawatan pelantikan negeri. Semakan Perlembagaan atau enakmen berkaitan hendaklah diteliti bagi membolehkan pelaksanaan ini secara sah dan telus.

Jawatankuasa mengesyorkan supaya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Undang-undang meneliti keperluan Pindaan Perlembagaan Persekutuan dan pengukuhan dasar wanita negara bagi memasukkan sasaran kuantitatif minimum 30 peratus wanita dalam jawatan pembuat keputusan di semua peringkat kerajaan selaras dan komitmen Malaysia di bawah CEDAW.

Jawatankuasa mengesyorkan supaya KPWKM dengan kerjasama parti politik agensi berkaitan di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia (KESUMA) seperti TalentCorp. untuk melaksanakan program pembangunan kapasiti dan saluran kepimpinan wanita secara berstruktur melalui peruntukan khas kepada sayap wanita parti politik bagi latihan kepimpinan, penggubalan dasar, pengurusan kempen dan lain-lain. Memperkukuh sokongan sistemik seperti kemudahan penjagaan anak dan dasar kerja fleksibel bagi mengurangkan halangan penyertaan wanita dalam kepimpinan politik.

Jawatankuasa mengesyorkan supaya JPA atau Jabatan Perkhidmatan Awam menjalankan kajian menyeluruh mengenai halangan kenaikan pangkat wanita dalam sektor awam. Memperkukuh sokongan sistemik seperti kemudahan penjagaan anak dan aturan kerja fleksibel bagi penjawat awam wanita yang mempunyai anak di bawah 12 tahun untuk mengurangkan halangan kerjaya.

Menyediakan laluan kerjaya berstruktur bagi penjawat awam wanita mencapai jawatan tertinggi dan meletakkan garis masa untuk mencapai 30 peratus wanita menyandang jawatan KSU dan KP.

Tuan Yang di-Pertua, jawatankuasa mengesyorkan supaya BHEUU dengan kerjasama KPWKM, Jabatan Peguam Negara dan SPR menggubal serta membentangkan satu Rang Undang-undang Pariti Gender dalam perwakilan politik yang mewajibkan sekurang-kurangnya 30 peratus pencalonan wanita bagi Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Negeri.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan boleh dijalankan secara berfasa melalui sasaran interim yang realistik serta mekanisme insentif kewangan kepada perintis.

Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mewajibkan parti politik mengemukakan laporan tahunan komposisi keahlian dan kepimpinan mengikut jantina pelbagai peringkat. Jawatankuasa mengesyorkan supaya KPWKM dengan kerjasama BHEUU dan ROS melaksanakan konsultasi bersama kepimpinan parti politik, sayap wanita parti, NGO serta wakil rakyat bagi memastikan pelaksanaan sasaran minimum 30 peratus perwakilan wanita.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya, Jawatankuasa berpandangan bahawa agenda kesaksamaan gender dalam politik bukan agenda wanita semata-mata, ia adalah agenda demokrasi, tadbir urus dan keadilan perwakilan.

Negara tidak boleh terus menerima keadaan di mana hampir separuh populasi rakyat masih kurang diwakili dalam institusi pembuat keputusan. Perwakilan yang lebih seimbang akan memperkukuhkan kualiti perbahasan, memperluas perspektif dasar dan memastikan keputusan negara lebih mencerminkan keperluan semua lapisan masyarakat.

Sehubungan itu, Jawatankuasa berpandangan, kerajaan, parti-parti politik, Suruhanjaya Pilihan Raya dan semua pihak berkepentingan memberikan perhatian yang lebih serius terhadap syor-syor yang dikemukakan dalam penyata ini.

draft4:50 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Sasaran 30 peratus tidak wajar terus menjadi aspirasi tanpa mekanisme. Ia perlu diterjemahkan kepada tindakan yang jelas, berfasa dan boleh diukur. Sekian, pembentangan dari saya, mewakili JKPK Wanita, Kanak-kanak dan Masyarakat.

Terima kasih.

draft5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Ahli-ahli Yang Berhormat, penerangan daripada Yang Berhormat Kangar, ahli Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat ini, terbuka untuk ahli- ahli meminta penjelasan dan memberi pandangan. Senarai yang ada pada saya, ada lapan orang Yang Berhormat akan membahas.

Berikut mereka adalah bermula dengan Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Sri Aman, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Bentong dan akhirnya Yang Berhormat Pendang. Masa diberi lima minit walau bagaimanapun, terpulang kepada pengerusi yang mempengerusikan majlis. Sekian saya mulakan dengan mempersilakan Yang Berhormat Bukit Bendera.

draft5:00 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Jadi, separuh daripada rakyat negara Malaysia ni adalah wanita namun di dalam Dewan yang mulia ini suara kami hanya 13.5 peratus. 30 kerusi daripada 222, iaitu inilah dikatakan realiti Parlimen kita hari ini. Dan itulah ukuran sebenarnya kesaksamaan gender dalam politik kita hari ini.

Jadi, Bukit Bendera bangkit untuk menyokong laporan penyata jawatankuasa ini kerana angka di dalamnya bukan sekadar statistik. Ia sebuah cermin dan apa yang dipantulkan adalah sesuatu yang tidak menyenangkan. Jadi, dalam indeks gender global, Malaysia berada di tangga ke 114 daripada 146 negara. Tetapi dalam aspek pemerkasaan politik, kuasa membuat keputusan, kita terhumban ke tangga ke 134. Jadi, lihat jiran-jiran kita, Tuan Yang di-Pertua, Indonesia melepasi 21 peratus, Vietnam mencapai 30 peratus, Timor-Leste sebuah negara yang jauh lebih muda daripada kita menembusi 35 peratus. Filipina, Thailand semua mendahului kita.

Dalam kalangan ASEAN, Malaysia hampir di dasar carta. Kita berada di kelompok paling bawah bersama Brunei dan Kemboja. Jadi, kita gah bercakap tentang Malaysia MADANI di persada dunia, tetapi pada kadar sekarang laporan ini memberitahu kita, jurang ini akan mengambil masa 135 tahun untuk ditutup. 135 tahun. Anak-anak kita akan beruban. Cucu-cicit mereka akan beruban. Saya pun akan beruban. Jadi, sebelum negara ini mencapai keadilan yang sepatutnya.

Jadi, mengapakah kita ketinggalan? Jadi, di sini marilah kita jujur selama 30 tahun sejak Deklarasi Beijing, kita bergantung kepada janji sukarela parti politik. 30 tahun, hasilnya calon wanita meningkat daripada 8 orang pada tahun 1982 kepada 127 orang pada 2022, tetapi yang berjaya menang masih tersekat pada 14, jatuh lebih rendah daripada 14 peratus sahaja. Maknanya, kita rajin meletakkan nama wanita di atas kertas pencalonan tetapi kita meletakkan mereka di kerusi yang sukar dimenangi. Kadang-kadang orang menyebutnya sebagai kerusi korban.

Halangnya berlapis-lapis, dominasi lelaki di dalam bilik gerakan parti, stereotaip yang menganggapkan wanita hanya layak menjaga dapur, kempen dan seumpamanya. Beban kerja rumah tangga yang tidak terbayar dan kos politik yang melambung tinggi. Jadi, sistem first-past-the-post kita perlu cenderung melindungi penyandang lelaki.

Ini bukan kebetulan Tuan Yang di-Pertua, ini struktur. Namun izinkan Bukit Bendera berkata dengan jujur. Kuota ni semata-mata bukannya, orang kata tongkat yang ajaib. Laporan ini sendiri memberi amaran jika kita hendak, ataupun kalau kita lah nak mengejar angka pencalonan, parti boleh memanipulasikan kuota dengan meletakkan wanita di kerusi yang memang susah nak menang.

Insentif kewangan pula boleh disalah gunakan sehinggalah ada yang menubuhkan parti wanita semata-mata untuk menuntut dana. Maka dasar ini mesti memberi ganjaran kepada kemenangan yang sebenarnya. Bukan sekadar pencalonan kepada kerusi-kerusi yang strategik. Bukan kerusi korban dan mestilah di audit dengan rapi dan ketat.

Keadilan yang dilaksanakan secara sambil lewa bukanlah keadilan. Maka apa perjalanan nya? Bukit Bendera berbangga kerajaan perpaduan telah pun bergerak menubuhkan jawatankuasa ini, dan juga menubuhkan APPGM, gender kualiti. Jadi, program-program seperti PERANTIS, komitmen reformasi MADANI.

Tapi izinkan saya menggesa kerajaan saya sendiri. Marilah kita habiskan kerja ini dengan izin we have a lot of work to continue and we must finish this. Pertama, peganglah parti-parti politik bertanggungjawab bukan atas bilangan calon wanita sahaja tetapi atas penempatan mereka. Berhentilah menjadikan calon wanita ni sebagai korban. Kalau kita serius letakkan wanita ni di kerusi yang boleh menang. Kedua, kita perlu berani memulakan perbincangan tentang reformasi sistem pilihan raya. Jadi laporan ini menunjukkan jalan raya, unsur perwakilan berkadar dan juga sistem campuran.

Ya, ia memerlukan pindaan Perlembagaan. Ya, ia memerlukan perjalanan jangka panjang tetapi negeri seperti Pulau Pinang dan Selangor, saya yakin sudah bersedia untuk menjadi perintis. Dan yang ketiga, apa yang kerajaan kawal terus iaitu tetap 30 peratus dalam Kabinet, Dewan Negara. Ahli majlis dalam pihak berkuasa tempatan dan seterusnya. Di sini tiada lagi alasan ya, kerusi susah jadi kita boleh menunjukkan teladan.

Jadi Dato’ Speaker, di seluruh negara terdapat lebih 600 kerusi DUN tetapi hanya 74 diduduki wanita. Bukan kerana wanita tak layak tetapi kerana terlalu lama kita beri mereka peperangan yang sudah kalah. Jadi, wanita Malaysia sebenarnya tidak meminta kerusi yang dihadiahkan. Wanita Malaysia hanya meminta peluang yang adil bukan dihantar ke medan untuk tewas.

Jadi, 30 peratus bukannya siling, ia sebenarnya lantai. Lantai yang minimum dan selagi kita terus menghantar wanita ke kerusi korban, kita bukan sahaja mengecewakan mereka. Kita mensia-siakan separuh bakat negara kita sendiri. Jadi, di sini Bukit Bendera menyokong penuh laporan ini. Sudah tiba masanya kita berhenti lah, dan kita masanya untuk kita bermula untuk melakukan sesuatu yang adil untuk semua kerana Malaysia ini adalah milik kita bersama. Terima kasih.

draft5:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Rompin.

draft5:01 PM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Semalam kita semua baru sahaja menyambut Hari Bapa. Selamat Hari Bapa kepada semua bapa yang ada dalam Dewan ini dan juga yang berada di luar Dewan. Kita semua tidak boleh menjadi bapa tanpa seorang wanita. Jadi, wanita amat penting dalam kehidupan kita semua.

Sebab tu saya nak bagi tahu hari ini, Dato’ Yang di-Pertua yang berbahas tentang wanita ini daripada kami pembangkang semua lelaki belaka. Apabila kita bercakap mengenai sasaran 30 peratus penglibatan wanita dalam politik, sebenarnya kita sedang bercakap tentang bagaimana Malaysia mahu memanfaatkan keseluruhan bakat, kebolehan dan potensi rakyatnya.

Malaysia mempunyai lebih kurang 17 juta wanita, iaitu hampir separuh daripada keseluruhan penduduk negara. Di institusi pengajian tinggi pula, wanita membentuk lebih 60 peratus daripada enrolmen pelajar universiti di negara ini. Bila tamat pengajian mereka mungkin menjadi doktor, peguam, jurutera, akauntan, saintis, usahawan dan penjawat awam yang cemerlang. Tetapi bila bab membuat keputusan politik negara, kita melihat penyertaan mereka masih berada pada kadar 13 hingga 14 peratus sahaja di Dewan Rakyat ini.

Bayangkanlah Malaysia adalah antara negara yang terendah di Asian. Dato’ Yang di-Pertua dalam ekonomi moden, negara yang berjaya bukan lagi ditentukan oleh keluasan tanah atau kekayaan sumber semata-mata. Negara yang berjaya yang berjaya memanfaatkan seluruh bakat rakyatnya.

draft5:07 PM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah

Laporan antarabangsa oleh World Economic Forum menunjukkan negara- negara yang mempunyai tahap kesaksamaan gender yang lebih tinggi lazimnya mempunyai tahap daya saing ekonomi, inovasi dan produktiviti yang lebih tinggi. Ini kerana lebih ramai individu berbakat diberi peluang untuk menyumbang kepada pembangunan negara. Justeru itu, sasaran 30 peratus bukanlah angka simbolik, ia adalah strategi pembangunan negara yang perlu kita semua sokong dan lakukan segera.

Dato’ Yang di-Pertua, sebagai seorang lelaki, saya juga ingin menegaskan bahawa memperkasakan wanita tidak bermaksud ia nya akan melemahkan lelaki. Ini bukan permainan jumlah sifar apabila lebih ramai wanita menyertai kepimpinan politik. Saya nak pesan kepada lelaki-lelaki dan yang berada dalam Dewan dan luar Dewan ini, kita jangan takut, kita orang lelaki tidak akan kehilangan hak kita, sebaliknya negara mendapat lebih banyak pemimpin yang berkualiti. Ha, Tumpat.

Kita harus keluar dari pemikiran bahawa politik adalah pertandingan antara lelaki dan wanita. Politik sepatutnya menjadi pertandingan idea, integriti dan keupayaan.

Jika seseorang wanita mempunyai kemampuan terbaik untuk memimpin maka negara perlu memberi ruang kepada mereka. Jika seseorang lelaki lebih layak maka mereka juga harus diberi peluang. Prinsip yang perlu dipertahankan ialah merit dan peluang yang adil. Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin cadangkan beberapa langkah praktikal.

Pertama, semua parti politik perlu membangunkan program pengkaderan dan pelapis wanita secara sistematik bermula di peringkat akar umbi.

Kedua, mewujudkan akademi kepimpinan rentas parti yang memberi latihan, dasar awam, komunikasi strategik, perundangan dan kepimpinan kepada wanita muda.

Ketiga, menggalakkan lebih ramai wanita dilantik ke dalam jawatankuasa pilihan khas Parlimen, pihak berkuasa tempatan, syarikat berkaitan kerajaan dan badan berkanun sebagai platform pembangunan kepimpinan.

Keempat, memperkenalkan laporan tahunan mengenai penyertaan wanita dalam institusi politik dan pentadbiran supaya kemajuan dapat diukur secara objektif.

Kelima, membudayakan politik yang lebih profesional dan berasaskan dasar supaya lebih ramai golongan profesional wanita tertarik untuk menyertai politik.

Dato’ Yang di-Pertua, sebagai seorang Ahli Parlimen lelaki, saya menyokong usaha memperkasakan penglibatan wanita bukan kerana saya ingin membantu wanita semata-mata, saya menyokongnya kerana saya mahu Malaysia menjadi lebih kuat dan relevan dengan situasi dunia kini. Lebih berdaya saing, lebih inklusif dan lebih bersedia menghadapi cabaran masa depan. Saya nak akhiri dengan satu lagu saya ingat Dato’ Yang di-Pertua. Lagu daripada Irwansyah.

Aku memang pencinta wanita, Namun ku bukan buaya. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Ketawa] Baik Yang Berhormat Rompin, terima kasihlah ya. Baik, berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Tumpat.

draft5:10 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk turut sama membahaskan penyata jawatankuasa pilihan khas pada hari ini yang sebenarnya pada awalnya memang semua diwakili oleh lelaki daripada Perikatan Nasional. Jadi, saya terpaksa memohon dan alhamdulillah diberikan peluang oleh rakan saya daripada Sik untuk bercakap pada hari ini.

Ini kerana kita melihat bahawa dalam suara untuk melihat wanita berada di Parlimen melebihi ataupun paling minimum 30 peratus. Ia perlu dilihat daripada satu aspek iaitu pelaburan masa depan negara. Memperkasakan wanita bukan berertinya melemahkan lelaki sebagaimana yang disebut oleh Rompin tadi kerana wanita bukan kelompok minoriti dalam negara ini. Mereka merupakan separuh daripada institusi keluarga, pendidikan, ekonomi, profesional, perkhidmatan awam dan komuniti masyarakat. Jadi wajar diberikan peluang yang sama rata atau sekurang- kurangnya 30 peratus.

Persoalannya ialah, adakah di Malaysia kita mengalami kekurangan wanita yang mampu berada dalam politik atau kegagalan sistem politik hingga menyebabkan laluan untuk wanita sampai ke Parlimen adalah sukar? Sebab ini perlu dijawab dengan jujur. Kita melihat dalam Islam sendiri mengangkat dan memartabatkan wanita di mana dalam al-Quran dalam Surah At-Taubah ayat 71 menyebut bahawa “Dan orang-orang yang beriman lelaki dan wanita, setengah mereka menjadi pemimpin bagi setengah yang lain”.

Ini merupakan ayat dalam al-Quran yang jelas diturunkan kepada kita bahawa ramai tokoh wanita disebut dalam al-Quran bercakap soal politik terutamanya kalau kita melihat tentang peranan Puteri Balqis dan juga Asiah. Begitu juga dengan peranan wanita dalam hadis yang menyokong perkara yang sama. Jadi wanita adalah saudara lelaki, wanita adalah pasangan lelaki. Soalnya mereka sama tetapi keperluan, keutamaan, kecenderungan mereka tidak sama.

Apakah yang berlaku dalam hal ini kita perlu dalam penyata ini kita melihat pada halangan struktur dan sistem politik mesti dimulakan dan dipecahkan daripada politik ataupun parti yang pertama. Iaitu proses pencalonan dan pendedahan kepada politik dalaman peringkat parti perlu bermula daripada pihak cawangan kerana wanita perlu mendapat akses latihan dan pendedahan supaya mereka akhirnya boleh melihat kepada gatekeeping yang utama.

Akses politik yang tidak seimbang ini telah menyebabkan wanita kurang terlibat terutamanya pada usia yang muda untuk menjadi pipeline kepada pencalonan. Ramai lelaki mendapat pendedahan melalui jaringan tidak formal, mentor politik dan pengenalan awal di peringkat lapangan. Manakala, wanita kurang berada di sana kerana mereka kurang terlibat pada peringkat awal.

Jadi hari ini satu tindakan political will perlu ditunjukkan oleh semua pemimpin daripada semua parti terutamanya di peringkat tertinggi supaya jurang pendedahan awal di kalangan lelaki dan wanita dapat kita rapatkan khususnya di kalangan NGO, kampus dan juga jaringan sosial politik. Hari ini tiada undang-undang khusus dan tiada mekanisme sistematik antara parti-parti politik, SPR dan NGO untuk melatih, membimbing dan menjadikan calon wanita secara berstruktur secara bertarget ke arah 30 persen dalam negara kita.

Oleh itu, tadi kami telah pun menerima satu memorandum daripada kumpulan 30 peratus untuk memastikan bahawa kerajaan mampu untuk membuat perubahan pada kali ini dan mereka telah menyerahkan kepada kami satu draf. Satu draf akta yang lengkap yang ada lebih kurang dalam 43 seksyen yang memberikan peluang sekiranya pihak kerajaan benar-benar serius mempunyai political will untuk membuat Gender Parity in Political Representation Bill 2026. Ini sebuah satu langkah yang sangat ke depan oleh pihak NGO kerana mereka melihat tanpa undang-undang dan ditunggu secara sukarela ia nya lambat berlaku.

Yang kedua ialah berkenaan dengan akses kepada sumber kewangan politik.

Hari ini kos politik sangat tinggi. Kita telah lihat dalam penyata ini mencadangkan tiga bentuk ataupun berapa dana dan tabungan yang boleh dibuat sebelum bertanding, semasa bertanding dan selepas bertanding untuk memberikan sokongan kepada calon-calon wanita dan parti-parti yang memberikan peluang kepada wanita untuk bertanding.

Satu kajian telah dibuat oleh pihak gender APPGM kepada pemimpin masyarakat Ahli Parlimen di mana akhirnya mendapat satu dapatan yang boleh dibuat segera oleh pihak Parlimen iaitu melaksanakan kod tatakelakuan Parlimen berkenaan gangguan dan diskriminasi.

Yang kedua, mengkhususkan latihan sensitiviti gender dan kepimpinan inklusif kepada Ahli Parlimen, sekretariat jawatankuasa, pegawai-pegawai Parlimen, semua JKP dipastikan mempunyai representasi wanita juga perlu satu latihan kepada pasangan-pasangan Ahli Parlimen. Ini penting kerana ia mesti memahami tentang satu-satu gender dan pengurusan di rumah dan tempat kerja setelah mereka dilantik menjadi pemimpin.

Yang seterusnya dari segi beban penjagaan keluarga. Bila mana undang- undang ini dipinda ataupun digubal, ia harus bergerak selari dengan Akta Kerja Fleksibel kerana kedua-dua pihak yang terlibat dalam kepimpinan mesti menjaga bukan hanya politik tapi rumah tangga mereka.

Seterusnya berkaitan dengan bagaimana kita melihat CEDAW yang telah pun kita tandatangani dan kita setujui tidak ada mekanisme wajib untuk pelaksanaan secara konsisten. Saya mencadangkan pada pihak kerajaan supaya bukan hanya Kementerian Wanita tapi Kementerian Ekonomi dan Kewangan mesti dipandu secara tersusun supaya mencapai ke arah tujuan ini. Seterusnya kita melihat negara lain yang telah melaksanakan ini secara kuota wajib, insentif berstruktur dan reformasi sistem mereka lebih awal mencapai sasaran ini.

Yang seterusnya, saya ingin menyebut bahawa dalam penyata kini kita tidak mencadangkan ataupun mungkin tidak mendapat satu maklumat tentang bagaimana kita nak pastikan representasi wanita dalam Parlimen ini bukan hanya diwakili oleh wanita bandar tetapi juga wanita desa kerana kita percaya wanita di FELDA, wanita di FELCRA, wanita di pedalaman Sabah, Sarawak juga mempunyai kepimpinan. Jadi perlu suatu akta ataupun suatu garis panduan supaya diwujudkan pelan pembangunan kepimpinan wanita nasional di luar bandar dan di bandar supaya bergerak serentak suara mereka sama-sama didengar di Parlimen.

Dan yang terakhir saya ingin mencadangkan pada pihak kerajaan supaya Parlimen mempunyai mekanisme pemantauan tahunan bagi menilai kemajuan sebenar sasaran ini dan memastikan setiap syor dikemukakan tidak berakhir sebagai laporan semata-mata.

draft5:13 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Audit gender dalam pembinaan bajet dan pelaksanaan bajet secara terperinci perlu dikemukakan dan kita mahu melihat satu hari audit gender ini juga dilihat dalam laporan kewangan dan audit negara supaya semua kementerian, cross kementerian, merentasi kementerian akan melihat isu ini sebagai isu yang tertinggi. Kerana kita percaya, apa pun yang kita cadangkan di sini, sekiranya pihak Perdana Menteri hanya menyerahkan ini kepada Kementerian Wanita, ia nya tidak akan menjadi kenyataan.

Jadi, perlu kerjasama daripada semua kementerian kerana kalau kita— diberi peluang kepada wanita untuk menguasai dasar, keluarga menjadi lebih stabil, kanak- kanak mendapat perhatian lebih seimbang, dasar sosial menjadi lebih inklusif dan masyarakat lebih sejahtera. Ini bukan teori, ini realiti yang dibuktikan di banyak negara. Sekian, terima kasih.

draft5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Sri Aman.

draft5:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk turut mengambil bahagian dalam intervensi terhadap penyata Kesaksamaan Gender Dalam Politik Malaysia: Ke Arah Sasaran 30 Peratus Penglibatan Wanita di Malaysia yang telah dibentangkan oleh sahabat saya yang pencinta dan penyokong wanita iaitu YB Kangar bagi pihak JKPK Wanita.

Sebagai seorang Ali Parlimen wanita dan Pengerusi Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia mengenai kesaksamaan gender, saya menyokong penuh aspirasi untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam kepimpinan dan proses membuat keputusan negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa sebuah Parlimen yang mewakili seluruh rakyat tidak boleh membiarkan hampir separuh penduduk negara terus terpinggir daripada proses membuat keputusan. Ini bukan sekadar isu wanita tetapi soal kualiti demokrasi, keadilan dan keberkesanan tadbir urus negara.

Baru-baru ini, kajian penilaian sensitif gender terhadap Parlimen Malaysia yang dilaksanakan oleh APPGM Gender Equality telah mendapati bahawa kekurangan wanita dalam politik, bukan berpunca daripada kekurangan kebolehan atau kepimpinan. Sebaliknya, Tuan Yang di-Pertua, masih wujud halangan struktur yang mengehadkan akses wanita kepada peluang dan kedudukan kepimpinan politik.

Tuan Yang di-Pertua, kita semua sedia maklum bahawa Malaysia kini berada di kedudukan ke-128 daripada 148 negara dalam Indeks Jurang Gender Global 2025 bagi pemerkasaan politik wanita dan antara yang tersorot di ASEAN. Walaupun sasaran minimum 30 peratus penyertaan wanita dalam jawatan pembuat keputusan telah diperkenalkan sejak Deklarasi Beijing 1995, kemajuan kita ataupun kemajuan Malaysia masih perlahan.

Pada kadar semasa atau trajektori semasa, Malaysia dianggarkan memerlukan lebih 135 tahun lagi untuk mencapai 30 peratus wanita di Dewan Rakyat. This is too slow, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Lambat sangat-sangat, Tuan Yang di-Pertua. Keadaan ini menunjukkan bahawa cabaran sebenar bukanlah kekurangan wanita yang berkelayakan, tetapi kekurangan akses kepada peluang.

Persoalannya ialah siapa yang mencalonkan? Siapa yang dicalonkan? Siapa yang diberi peluang bertanding di kerusi yang boleh dimenangi seperti yang telah dikatakan oleh sahabat-sahabat saya yang dulu berbahas tadi. Dan siapa yang mempunyai akses kepada sumber, kepada latihan serta rangkaian politik?

Maka, saya beranggapan, di sinilah parti-parti politik memainkan peranan penting sebagai gatekeeper. Jika wanita hanya dicalonkan dalam jumlah yang kecil atau ditempatkan di kerusi yang sukar dimenangi maka ketidakseimbangan itu telah berlaku sebelum pengundi membuat pilihan.

Tuan Yang di-Pertua, sedarkah kita bahawa kini lebih 70 negara telah melaksanakan pelbagai mekanisme yang meningkatkan penyertaan wanita dalam politik. Pengalaman antarabangsa menunjukkan bahawa kemajuan hanya berlaku apabila terdapat sasaran yang jelas, pemantauan yang berterusan dan komitmen politik yang nyata.

Oleh itu, saya menyeru, saya menyeru agar kerajaan dan semua parti politik mempertimbangkan langkah yang lebih berani dan tersusun termasuk mengadakan polisi yang relevan bagi memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus calon wanita ditempatkan di kerusi yang mempunyai peluang munasabah untuk dimenangi.

Disokong oleh proses pencalonan yang lebih telus termasuk bantuan dana rentas parti untuk calon wanita bertanding serta pembangunan kepimpinan wanita yang berterusan.

Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, perwakilan semata-mata tidak mencukupi. Wanita juga perlu diberi peluang memegang jawatan kepimpinan dalam bidang strategik seperti ekonomi, seperti kewangan, keselamatan, teknologi digital dan reformasi institusi. Bukan hanya tertumpu kepada portfolio sosial dan kebajikan sahaja.

Pada masa yang sama, saya juga berpendapat bahawa Parlimen perlu terus memperkukuh usaha menjadi institusi yang lebih sensitif gender, melalui persekitaran kerja yang lebih inklusif, bebas daripada gangguan dan diskriminasi serta lebih mesra keluarga.

Tuan Yang di-Pertua, sudah menjadi lazimnya bahawa apa yang kita ukur, apa yang diukur akan diberi perhatian. Oleh itu, saya mencadangkan agar data berkaitan penyertaan wanita dalam jawatan kepimpinan, jawatankuasa, perbahasan dan akses kepada sumber Parlimen dilaporkan secara berkala. Ketelusan adalah asas kepada akauntabiliti dan penambahbaikan. Kesaksamaan gender bukanlah satu konsesi kepada wanita, tetapi satu keperluan demokrasi.

Wanita bukan sekadar pengisi kuota ya, kami bukan pengisi kuota. Kami ataupun mereka adalah pemimpin, pembuat dasar, penggubal undang-undang dan pembina negara. Ambang ataupun threshold 30 peratus bukanlah siling kepada cita- cita kita tetapi lantai kepada tanggungjawab demokrasi kita. Daripada hampir 35 juta rakyat Malaysia, hampir separuh adalah wanita. Namun, separuh rakyat itu masih belum mempunyai suara, Tuan Yang di-Pertua, yang setara dalam proses membuat keputusan negara. Jurang inilah yang mesti kita perbetulkan.

Justeru, kita mesti bergerak daripada aspirasi kepada tindakan. Sasaran 30 peratus penyertaan wanita bukan sekadar angka atau simbolik semata-mata tetapi merupakan langkah penting. Langkah penting ke arah memastikan proses membuat keputusan lebih inklusif, lebih seimbang dan mewakili realiti masyarakat Malaysia.

Perjuangan ini bukan agenda wanita semata-mata ya tetapi agenda nasional yang memerlukan komitmen semua pihak demi membina Malaysia yang lebih adil, yang lebih menyeluruh, makmur dan sejahtera untuk generasi akan datang. Sebagai anak dan rakyat Malaysia, kita juga harus dan mesti ingat bahawa Perkara 8, Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa semua, semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan menyatakan bahawa tidak boleh wujud sebarang diskriminasi terhadap warganegara, semata-mata atas alasan agama, kaum, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan ke mana-mana jawatan atau pekerjaan di bawah suatu pihak berkuasa awam. Sekian, terima kasih.

draft5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Sri Aman. Selanjut, dipersilakan Yang Berhormat Kulim- Bandar Baharu.

draft5:20 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Kita ini.

draft5:28 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, silakan.

draft5:28 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Juga saya nak ucapkan terima kasih kepada Kangar, YB yang pencinta wanita. Ke mana-mana saja, mesti ada wanita bersama dia.

[Ketawa] Saya bangun untuk membahaskan Penyata DR.7 berhubung Kesaksamaan Gender Dalam Politik Malaysia ke arah mencapai sasaran minima 30 peratus penglibatan wanita dalam proses membuat keputusan politik negara.

Tuan Yang di-Pertua, isu ini bukan sekadar isu wanita, isu yang penting, isu yang sangat penting. Ia adalah isu demokrasi, tadbir urus dan masa depan negara.

Hakikatnya, wanita membentuk hampir separuh daripada penduduk Malaysia dan lebih 50 peratus daripada pengundi berdaftar negara. Namun, apabila kita melihat kepada kerusi membuat keputusan, sama ada di Dewan Rakyat, Dewan Negara, Exco kerajaan negeri mahupun kepimpinan parti-parti politik, perwakilan wanita masih jauh daripada sasaran 30 peratus yang telah diperjuangkan sejak Deklarasi Beijing 1995 dan diterima oleh Malaysia sejak lebih dua dekad yang lalu.

draft5:28 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, hari ini hanya sekitar 28 orang Ahli Parlimen wanita daripada 222 kerusi Dewan Rakyat, bersamaan kira-kira 13.5 peratus sahaja. Ini bermakna hampir 86 peratus kerusi Dewan Rakyat masih diwakili oleh lelaki.

Lebih membimbangkan, selepas hampir 70 tahun kemerdekaan, Malaysia masih belum pernah mencapai 15 peratus perwakilan wanita di dalam Dewan Rakyat, sedangkan sasaran minimum antarabangsa ialah 30 peratus. Di peringkat global pula, purata wanita dalam Parlimen kebangsaan telah mencapai 27.5 peratus pada tahun 2026. Malaysia masih jauh di purata dunia.

Persoalannya, mengapakah perkara ini berlaku? Masalahnya ialah akses dan peluang wanita amat ramai yang berbakat. Wanita Malaysia hari ini merupakan majoriti graduan universiti. Mereka memimpin syarikat, menjadi hakim, peguam, doktor, profesional dan usahawan yang berjaya. Namun, apabila tiba di arena politik, mereka berhadapan dengan pelbagai halangan yang tidak dialami oleh lelaki pada tahap yang sama.

Pertama, kos politik yang semakin tinggi. Kajian menunjukkan kos kempen dan kos mengekalkan pengaruh politik menjadi antara faktor utama yang menghalang kemasukan wanita ke dalam politik. Faktor kewangan ini merupakan kekangan yang besar.

Kedua, budaya politik yang masih bersifat maskulin. Wanita sering dinilai berdasarkan penampilan, status keluarga dan kehidupan peribadi. Sedangkan lelaki dinilai berdasarkan idea serta kepimpinan mereka. Ini cukup tidak adil.

Ketiga, beban berganda. Ramai wanita perlu mengimbangi tanggungjawab sebagai pemimpin, ibu, isteri dan juga penjaga keluarga pada masa yang sama.

Kajian mengenai wanita dalam parti politik di Malaysia menunjukkan faktor budaya dan tanggungjawab keluarga masih menjadi cabaran utama penyertaan wanita dalam politik. Sebab itu, ramai wanita terpaksa mengalah di pertengahan jalan.

Tuan Yang di-Pertua, namun saya ingin menegaskan bahawa perjuangan 30 peratus bukanlah perjuangan untuk memberi kelebihan kepada wanita semata-mata, sebaliknya ia adalah usaha memastikan proses pembuat keputusan negara lebih inklusif dan mencerminkan realiti masyarakat Malaysia.

Banyak kajian antarabangsa menunjukkan bahawa apabila lebih ramai wanita dalam bidang legislatif, lebih banyak perhatian diberikan kepada isu pendidikan, kesihatan, kesejahteraan keluarga, keselamatan kanak-kanak, kebajikan warga emas, dan pembangunan komuniti. Mereka ini lebih prihatin dan cakna. Di Malaysia sendiri, sejarah membuktikan bahawa ramai Ahli Parlimen wanita telah memainkan peranan penting memperjuangkan undang-undang berkaitan keganasan rumah tangga, keselamatan, perlindungan kanak-kanak, kesihatan wanita dan pelbagai agenda sosial yang memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya.

Justeru, saya ingin mengemukakan beberapa cadangan. Pertamanya, semua parti politik perlulah menetapkan sasaran minimum 30 peratus calon wanita di kawasan mempunyai peluang menang, bukan sekadar di kawasan yang sukar dimenangi. Ini tidak. Mana yang rasa kawasan yang hendak kalah itu diletakkan calon wanita. Ini rasanya tidak patut. Kita tidak mahu wanita dijadikan angka statistik dicalonkan semata-mata, tetapi kita hendak wanita itu dicalonkan dan menang.

Kedua, kerajaan perlu mempertimbangkan mekanisme pembiayaan politik yang lebih mesra wanita termasuk dana latihan, kepimpinan, pembangunan kapasiti dan sokongan kempen kepada wanita itu. Ini agak penting bagi mengadakan calon- calon wanita yang berdaya saing.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia hari ini kekurangan keberanian politik untuk membuka lebih banyak ruang kepada mereka. Jika negara-negara lain mampu mencapai 30 peratus, 40 peratus, 50 peratus penyertaan wanita dalam bidang legislatif mereka, saya tidak nampak kenapa dan mengapa Malaysia harus berpuas hati dengan angka sekadar 13 peratus sahaja. Ini soal memastikan separuh daripada rakyat Malaysia mempunyai suara yang setara dalam menentukan masa hadapan negara. Kerana, apabila wanita diberi peluang untuk memimpin, bukan wanita sahaja yang mendapat manfaat, keluarga mendapat manfaat, masyarakat mendapat manfaat dan negara mendapat manfaat.

Dengan itu, Kulim menyokong usaha memperkasakan kesaksamaan gender dalam politik dan menggesa kerajaan mengambil langkah lebih berani serta konkrit bagi memastikan sasaran minimum 30 peratus penglibatan wanita dalam politik Malaysia dapat direalisasikan dalam masa yang terdekat. Kita semua tahu mereka ataupun wanita itu tidak meminta layanan istimewa. Mereka hanya menuntut peluang yang adil kerana separuh daripada rakyat Malaysia adalah wanita. Maka, suara wanita tidak boleh terus kekal hanya 13 peratus di Dewan yang mulia ini.

Sekian, terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua.

draft5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat. Selanjutnya, dipersilakan Yang Berhormat Pasir Salak.

draft5:30 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. [Membaca sepotong doa] Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada Pasir Salak untuk berbahas pada kali ini. Perbahasan kali ini penting kerana melibatkan women empowerment terutamanya dalam aspek politik di Malaysia.

Pada pandangan Pasir Salak, adalah penting untuk memberi kelebihan tentang kesaksamaan gender dalam pelbagai aspek yang terpilih. Dalam aspek politik kini, wanita mampu menjadi pemimpin. Walaupun Malaysia masih belum ada sejarah wanita menjadi Perdana Menteri, tetapi Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri di kalangan wanita telah menunjukkan prestasi yang baik sebagai ahli politik.

Yang kedua, wanita juga mampu menjadi Menteri atau Timbalan Menteri yang kompeten. Namun, isunya bukan soal lelaki atau wanita, tetapi soal kompetensi yang ditunjukkan oleh ahli politik dalam melaksanakan tugas-tugas sebagai pemimpin yang berkaliber.

Dato’ Yang di-Pertua, berdasarkan penyata berkaitan kesaksamaan gender ini terutamanya berkaitan dengan insentif kewangan yang bakal diberikan kepada calon-calon Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli-ahli Parlimen wanita, Pasir Salak bersetuju dengan perkara ini. Namun, persoalannya, adakah kerajaan mampu dan sudah ada pelan implikasi kewangan jangka panjang? Sedangkan peruntukan kepada Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang di dalamnya ada wanita juga susah untuk diberi. Pelbagai alasan dan syarat-syarat mengarut yang dikeluarkan. Pasir Salak tidak pasti sama ada ini adalah gula-gula pilihan raya yang kerajaan sedang rancang untuk menarik minat golongan wanita mengundi parti-parti kerajaan sebagai pembela nasib wanita.

Yang kedua, Dato’ Yang di-Pertua, galakan untuk wanita menyertai politik semestinya adalah satu langkah positif yang patut disokong oleh semua pihak.

Namun, pengundi-pengundi tidak memilih berdasarkan gender atau jantina, tetapi pengundi memilih siapa yang mampu menjaga kebajikan mereka dan menyuarakan hak-hak mereka. Kita tidak boleh memaksa pengundi memilih wanita atas alasan kesamarataan gender. Kalau kita boleh memaksa, sudah tentu anak Perdana Menteri kita sudah menang di Permatang Pauh.

Isunya di sini usaha untuk menggalakkan wanita menjadi pemimpin adalah salah satu perkara yang baik. Namun, memaksa pengundi untuk memilih calon wanita itu adalah hak pengundi masing-masing. Kompetensi yang menjadi penilaian pengundi, bukan lelaki mahupun wanita. Ahli-ahli Parlimen wanita PAS pun ramai yang kompeten. Jadi, perkara ini tidak menjadi isu.

Dato’ Yang di-Pertua, Pasir Salak juga ingin menyentuh cadangan untuk mewajibkan parti politik meletakkan sekurang-kurangnya 30 peratus calon wanita melalui undang-undang seperti yang dicadangkan dalam Projek 30 peratus. Pasir Salak berpandangan bahawa usaha membuka lebih banyak ruang kepada wanita dalam politik adalah suatu yang baik dan wajar disokong. Namun, apabila kuota ini dijadikan satu kewajipan sehingga SPR diberikan kuasa menolak senarai calon sesebuah parti yang tidak memenuhi syarat tersebut, maka kita perlu meneliti implikasinya terhadap amalan demokrasi negara.

Justeru, Pasir Salak ingin bertanya kepada pihak kerajaan, adakah kerajaan bercadang untuk melaksanakan kuota mandatori ini melalui pindaan undang-undang pilihan raya? Jika ya, bagaimana kerajaan menjamin bahawa hak parti politik untuk menentukan calon serta hak pengundi untuk membuat pilihan secara bebas tidak akan terjejas akibat pelaksanaan kuota tersebut?

draft5:36 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Pasir Salak mahu lebih ramai wanita menjadi pemimpin tetapi biarlah ia dicapai melalui perluasan peluang pembangunan bakat dan latihan kepimpinan, bukannya melalui pendekatan yang boleh menimbulkan persepsi bahawa demokrasi sedang dihadkan atas nama kesaksamaan gender.

Dato’ Yang di-Pertua, akhir sekali, rakyat memilih wakil berdasarkan keupayaan, integriti, khidmat dan keberanian menyuarakan nasib mereka. Sama ada lelaki atau wanita, yang penting ialah pemimpin itu kompeten, amanah dan dekat dengan denyut nadi rakyat. Maka, kita sokong usaha membuka lebih banyak ruang kepada wanita dalam politik, tetapi hak memilih tetap mesti dihormati sebagai hak mutlak pengundi. Jangan atas nama kesaksamaan gender, demokrasi pula diketepikan. Sekian, terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

draft5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Salak. Selanjut, dipersilakan Yang Berhormat Bentong.

draft5:40 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Bentong berdiri di sini untuk menyokong penuh laporan Jawatankuasa Pilihan Khas ini.

Dato’ Yang di-Pertua, laporan ini mengemukakan satu realiti yang tidak boleh lagi kita abaikan. Setelah lebih enam dekad merdeka, perwakilan wanita dalam politik negara masih lagi berada pada tahap yang membimbangkan. Contohnya di Dewan yang mulia ini, wanita hanya diwakili sekitar 13 hingga 14 peratus sahaja, daripada keseluruhan Ahli Parlimen. Manakala di peringkat Dewan Undangan Negeri, keadaannya lebih rendah dan membimbangkan.

Ini bukan sekadar statistik, ini adalah gambaran bahawa separuh daripada rakyat Malaysia masih belum diberikan ruang yang setara dalam proses membuat keputusan negara. Separuh daripada rakyat Malaysia adalah wanita. Mustahil kita bercakap tentang demokrasi yang matang jika separuh rakyatnya masih kurang diwakili. Sasaran minimum 30 peratus yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu bukanlah satu angka simbolik. Ia merupakan satu tahap kritikal yang membolehkan suara wanita, benar-benar mempengaruhi dasar dan hala tuju negara.

Justeru, sudah tiba masanya kita beralih daripada komitmen retorik kepada reformasi yang berani dan bersifat institutional. Saya juga ingin menyentuh cadangan fair play funding yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Bersama, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang dan Kementerian Kewangan. Kita mesti mengakui bahawa salah satu halangan terbesar yang dihadapi wanita untuk menceburi politik adalah akses kepada sumber kewangan dan jaringan sokongan yang sering kali tidak seimbang. Oleh itu, Bentong menggesa, agar tiga bentuk insentif kewangan yang dicadangkan dilaksanakan secepat mungkin.

Ada yang kata wanita ini manja. Dato’ Yang di-Pertua, ini bukan soal manja ataupun permintaan yang berlebih-lebihan. Tetapi kita memerlukan perubahan struktur yang lebih besar melalui penggubalan undang-undang yang menjamin penyertaan wanita secara mampan dan sistematik. Dan saya menyokong usaha projek SAMA, KANITA dan Women Lawyers dalam merangka akta prioriti gender dalam perwakilan politik. Pelaksanaannya boleh dibuat secara berperingkat menjelang PRU 16, diperkukuhkan pada PRU 17 dan akhirnya kita mencapai pariti yang seimbang pada menjelang PRU 18.

Demokrasi yang matang tidak lagi bergantung kepada insan, ihsan atau kesediaan mana-mana parti politik semata-mata. Ia perlu disokong oleh kerangka undang-undang yang jelas dan mengikat. Negara juga tidak rugi apabila wanita diberikan peluang. Negara rugi apabila bakat wanita terus dipinggirkan.

Dato’ Yang di-Pertua, kerajaan juga mesti memimpin melalui teladan.

Sasaran minimum 30 peratus tidak boleh hanya terhad kepada pilihan raya semata- mata. Sasaran ini mesti diterjemahkan, dalam pelantikan Ahli Dewan Negara, Jemaah Menteri, Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Perkhidmatan Awam, Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan, Agensi Kerajaan dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung.

Dato’ Yang di-Pertua, dari parti saya sendiri, Parti DAP, kita mempunyai 33 orang ahli wakil rakyat wanita yang terdiri daripada Ahli Parlimen dan Dewan Negeri.

Dan 10— kalau kita lihat, sepuluhnya Ahli Parlimen datang daripada ahli Parti DAP itu. Dan ini menunjukkan daripada 33 peratus dari 130 wakil rakyat wanita dari seluruh negara dari Parti DAP, 25 peratus telah kita capai. Dan ini juga menunjukkan bermaksud DAP konsisten mencatatkan peratusan perwakilan wanita tertinggi sehingga hari ini.

Dan juga kalau kita nak maklumkan, untuk Pilihan Raya Negeri Johor, DAP telah mencalonkan lebih, iaitu lapan orang daripada 17 calon untuk bertanding pada pilihan raya kali ini. Ini menunjukkan kesediaan kita dari Parti DAP untuk memberi peluang dan ruang kepada wanita itu sendiri. Dan jika kita benar-benar percaya kepada kepimpinan wanita, maka wanita mesti diberikan ruang di tempat kerja, mesti diberikan ruang untuk membuat keputusan dan bukan sekadar hadir, dijemput dalam majlis mesyuarat semata-mata.

Dato’ Yang di-Pertua, kita juga perlu membina ekosistem yang membolehkan wanita berjaya dan terus kekal dalam kepimpinan. Saya menyokong penuh cadangan kerjasama antara KPWKM, KESUMA, TalentCorp dan JPA bagi menyediakan latihan kepimpinan, penggubalan dasar, komunikasi strategik dan pengurusan kempen yang lebih tersusun untuk wanita.

Dalam masa yang sama, sokongan sistemik, seperti kemudahan penjagaan anak, dasar kerja fleksibel dan perkongsian tanggungjawab penjagaan kerjaya juga perlu diperkukuhkan. Kita tidak boleh terus meminta wanita terus memikul tanggungjawab sepenuhnya sebagai pemimpin, pekerja dan juga menjaga keluarga secara serentak tanpa menyediakan sokongan yang sewajarnya.

Dato’ Yang di-Pertua, sebagai Ahli Parlimen Bentong, dan sebagai wanita dalam politik, saya ingin menegaskan bahawa perjuangan ini bukan sekadar isu wanita semata-mata. Ini adalah soal isu demokrasi, ini adalah soal isu keadilan, ini adalah isu hak asasi manusia dan ini adalah tentang isu kemajuan negara. Apabila lebih ramai wanita dalam proses membuat keputusan, dasar yang dihasilkan menjadi lebih inklusif, lebih seimbang dan lebih mencerminkan realiti kehidupan rakyat.

Negara tidak akan kehilangan apa-apa dengan memberikan lebih banyak ruang kepada wanita. Sebaliknya, negara akan kehilangan potensi yang besar jika terus dibiarkan bakat kepimpinan dan kebijaksanaan wanita terpinggir daripada proses menentukan masa depan negara. Oleh itu, Bentong menyeru semua Ahli Parlimen untuk menyokong agenda kita ini. Jangan biarkan generasi anak perempuan dan cucu perempuan kita memandang Dewan ini lalu merasakan bahawa tiada suara mereka di dalam ruang ini.

Sudah tiba masanya kita bergerak dan bukan hanya sekadar bercakap semata-mata tetapi kita harus bergerak memastikan kesaksamaan dan juga melaksanakannya. Daripada sekadar menyokong wanita kepada kita memperkasakan wanita itu sendiri. Dan daripada sekadar kita menetapkan sasaran kepada memastikan sasaran itu benar-benar kita capai. Sekian, terima kasih.

Bentong menyokong.

draft5:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Bentong. Kita ke pendebat yang terakhir. Dipersilakan Yang Berhormat Pendang.

draft5:41 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Sebelum kedatangan Islam, wanita ini dianggap tidak memberi kehidupan yang harmoni kepada keluarga itu dan anak-anak perempuan, ada yang dibunuh dan sebagainya. Itu zaman jahiliyah, tetapi bila Islam datang, Islam mengangkat wanita ni ke tahap yang lebih tinggi sehingga sekiranya ada anak-anak derhaka kepada ibunya, tidak mencium syurga.

Ini, punya tingginya, bukan setakat Bentong arah kita hari ini minta kita sokong. Islam dah arah 1400 tahun dahulu. 1447 tahun dahulu, bahawa martabat wanita ini diangkat setinggi-tingginya dan dimuliakan. Jadi, oleh sebab itu, tengok dalam surah Al-Baqarah ayat 71 yang mana— *“Dan orang-orang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain.

Mereka menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar”.* Gabungan lelaki dan perempuan, akhirnya saya, Dato’ Yang di-Pertua dan juga semua yang ada di sini, adalah termasuk 8.3 bilion penduduk dunia sekarang.

Itulah, gabungan ini penting. Lelaki dan juga wanita. Ayat ini menunjukkan bahawa lelaki dan wanita mempunyai tanggungjawab bersama dalam membangunkan masyarakat dan negara mengikut kemampuan dan peranan masing-masing. Justeru itu, usaha memperluaskan penglibatan wanita dalam politik dan proses membuat keputusan negara merupakan satu usaha yang wajar dan diberi perhatian.

Namun persoalannya, setelah sekian lama sasaran 30 peratus ini dibincangkan, mengapa penglibatan wanita masih belum mencapai tahap yang dihasratkan? Ini punca dia. Kita kena fikir kenapa selepas kita merdeka hampir lebih daripada— hampir 70 tahun, penglibatan wanita tidak capai ke 30 peratus, sedangkan Islam dah sarankan kepada kita 1447 tahun yang lalu.

draft5:47 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Apa puncanya? Saya ada tiga perkara utama yang saya nak cadangkan, Dato' Yang di-Pertua.

Yang pertamanya, memperluaskan ruang dan peluang penyertaan wanita dalam politik. Jika kita benar-benar serius mahu mencapai sasaran 30 peratus penglibatan wanita dalam politik, maka perkara paling asas ialah memperluaskan ruang dan peluang kepada wanita untuk terlibat dalam proses politik itu sendiri.

Hakikatnya, wanita merupakan antara kelompok yang paling aktif dalam masyarakat.

Mereka menggerakkan program kebajikan, pendidikan dan pendidikan memanglah. Saya ingat majoriti di kalangan kaum wanita yang sedang–– orang laki- laki tak boleh nak didik. Dia cepat marah, dia perengus tapi wanita, dia sabar. Budak- budak prasekolah ini kencing, berak dia. Betul, Dato' Yang di-Pertua. Kita kena hargai wanita.

draft5:50 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Yang Berhormat.

draft5:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ya, silakan.

draft5:50 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Boleh ya?

Sikit, satu minit.

draft5:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey.

draft5:50 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Adakah Yang Berhormat bersetuju, apabila berlaku kempen pilihan raya, sebenarnya jentera yang paling banyak membantu kempen adalah jentera wanita.

draft5:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya sangat setujulah sebab wanita ini kalau pergi rumah ke rumah, Dato' Yang di-Pertua, kena maki ke kena apa, dia tak apa, dok sabaq lagu itu. Dia boleh, dia boleh. Yang ini kehebatan yang ada kepada wanita, sebab itu dia boleh mendidik anak-anak. Walaupun buas macam mana, dia ajar buat macam ini, pergi sekolah PASTI ka, sekolah prasekolah lah.

Dia ajar A, B, anak dok main kereta, dok sorong. Ambil dalam poket, bawa kereta mai pergi sekolah tapi dia sabaq. Kalau kita Dato' Yang di-Pertua noh, eh tak tahulah. Bolehlah dua kali, tiga kali larang, lepas itu kali-kali dengan kita dok di tingkap itu lah. Ha, itu peranan yang wanita ini penting. Itu yang pertama yang saya cadangkan.

Yang keduanya Dato' Yang di-Pertua, kita perlu membina ekosistem politik yang mesra wanita dan institusi negara. Sistem kita dalam negara kita ini pun tak welcome wanita, that’s why we’re not achieve 30 percent our target. That is a problem also. Minta wanita sokong saya lah yang ini. Sistem kita yang ada ini, kita put the target is 30 percent, but sorry, bila dia nak hangin itu, dia nak cakap omputeh sahaja, macam P. Ramlee lah. Bila dia marah, dia cakap omputeh.

Jadi oleh sebab itu, Islam mengajar bahawa keluarga merupakan asas. Yang kedua na, dalam kita bercakap mengenai penyertaan wanita, politik juga tidak boleh mengabaikan kepentingan institusi keluarga. Islam mengajar bahawa asas kepada pembinaan masyarakat dan negara, sebarang dasar yang memperkasakan wanita mesti berjalan seiring dengan usaha memperkukuhkan institusi keluarga, bukannya meletakkan kedua-duanya dalam keadaan bertembung.

Ha, ini juga kita perlu ingat. Sebab itulah kita— masyarakat kita dalam negara kita, PAS selalunya yang membawa wadah Islam, mempertekankan institusi keluarga ini, sangat penting. Bila eloknya institusi keluarga, eloklah negara, eloklah wanita. Siapa yang nak mendidik modal insan, institusi keluarga ini adalah wanita.

Saya nak minta sikit lagi sebab yang ketiga, Dato' Yang di-Pertua. Yang ketiganya, tadi saya sebut dah tadi. Oleh itu, kita harap kerajaan membina ekosistem sokongan yang lebih mesra wanita dan keluarga melalui kemudahan penjagaan anak yang berkualiti, dasar kerja yang lebih fleksibel dan pelbagai bentuk bantuan yang membolehkan wanita menyumbang kepada negara tanpa mengabaikan amanah keluarga. Memperkasakan wanita tidak seharusnya bermaksud melemahkan institusi keluarga. Kedua-duanya mesti diperkasakan secara serentak.

Yang ketiga Dato' Yang di-Pertua, memperkasakan politik wanita mesti bermula dengan pemerkasaan ekonomi. Kita tidak boleh bercakap tentang penyertaan politik tanpa melihat realiti kehidupan. Ramai wanita hari ini masih berhadapan dengan tekanan kos sara hidup, ketidakstabilan pekerjaan, cabaran membesarkan anak-anak dan pelbagai kesukaran ekonomi yang lain dan masalah institusi keluarga.

Sehingga kadang-kadang wanita menanggung, bukan takat wajib suami menanggung wanita. Wanita yang bekerja ini menanggung suami. Ada suami-suami yang ada masalah, ada yang sampai penagih dadah, ini kena tanya KDN lah.

Isterinya bersabar dengan perangai, sikap suami ini. Inilah kehebatan wanita yang perlu kita–– mereka banyak pengalaman dan kesabaran inilah yang menjadi punca kepada kekuatan wanita ini.

Sebab itu pemerkasaan politik wanita mesti bermula dengan pemerkasaan ekonomi wanita. Dato' Yang di-Pertua, kerajaan perlu memperluaskan akses kepada pendidikan, latihan kemahiran, keusahawanan, peluang pekerjaan dan bantuan ekonomi yang mampu meningkatkan taraf hidup golongan wanita ini supaya mereka bukan hanya dijadikan produk pengeluaran manusia dan juga mendidik anak-anak.

Mereka juga merupakan sebahagian daripada pembangunan ekonomi.

Yang kita tengok sekarang, banyak dalam jabatan-jabatan kerajaan, dalam GLC, dalam syarikat-syarikat swasta diketuai oleh wanita yang ada potensi, very credibility to handle, to enhance the skill, how to manage the GLC company, multinational company dan sebagainya. This one, kita perlu lihat kebolehan wanita kalau diberi peluang. Oleh sebab itu Dato' Yang di-Pertua, yang terakhir dah, habis dah. Apabila wanita mempunyai kekuatan ekonomi dan keyakinan diri, mereka akan lebih bersedia untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam masyarakat, termasuk dalam kepimpinan politik.

Pihak kami, Dato' Yang di-Pertua, menyokong sangat aspirasi untuk meningkatkan penglibatan wanita dalam politik Malaysia. Namun, apa yang lebih penting daripada angka ini ialah memastikan penyertaan tersebut berlaku secara bermaruah, berkesan dan memberi manfaat kepada rakyat serta negara. Kita melihat lebih banyak peluang dibuka kepada wanita, lebih banyak sokongan diberikan kepada institusi keluarga dan lebih banyak usaha dilakukan untuk memperkukuhkan kedudukan ekonomi negara.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Imran, Ayat 195 yang saya nak tutup ini, “Sesungguhnya aku tidak mensia-siakan amal orang-orang yang beramal dalam kalangan kamu sama ada lelaki atau pun perempuan”. Islam ini dia tak kira lelaki ke perempuan ke, kalau dia hebat, macam mana pun Allah ambil kira. Jadi, tak ada perbezaan daripada segi gender di sini. “Sebahagian kamu adalah daripada sebahagian yang lain”. Oleh sebab itu, ini surah Al-Imran, Ayat 195, boleh semak.

Mudah-mudahan dengan apa yang saya bangkitkan ini memberi satu rangsangan kepada Kerajaan Malaysia untuk memperbaiki sistem yang ada dan juga sistem ekonomi, sistem institusi keluarga yang saya cadangkan tadi ini. Mudah- mudahan memperkasakan wanita ini menjadi satu agenda dasar negara dan dilaksanakan dengan seimbang, adil dan selaras dengan nilai agama, budaya serta keperluan masyarakat. Sekian. Wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam. Yang Berhormat-Yang Berhormat, maka tamatlah pembahas- pembahas. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Ampang, Ahli Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat untuk menjawab. Silakan, Yang Berhormat.

draft5:50 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih.

Bismilllahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Dato' Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi ruang untuk saya menggulung bagi pihak Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat berhubung kesaksamaan gender dan politik Malaysia ke arah 30 peratus penglibatan wanita.

Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah pun berbahas tadi seramai lapan orang. Dan saya nampak semuanya telah pun menyokong dan semuanya bersetuju tentang perkara-perkara yang telah pun dilontarkan oleh Jawatankuasa sebanyak syor yang telah pun kita berikan, lapan perkara tersebut.

Dan juga saya nak ucapkan terima kasih ataupun merakamkan terima kasih kepada Jawatankuasa seperti kementerian-kementerian, agensi kerajaan, institusi pengajian, pertubuhan masyarakat sivil, pakar dasar awam dan pengamal politik.

Segala input yang diberikan ini, saya mengharapkan supaya semua di sini meneliti dan juga boleh nanti diteliti oleh pihak luar.

Dan saya ingin tegaskan, bukan sekadar dari sudut angka perwakilan semata-mata kita berbincang tetapi juga dari aspek struktur politik, pilihan raya, pembiayaan politik, pembudayaan organisasi parti, dasar penjagaan, mobiliti kepimpinan dan norma sosial yang mempengaruhi penyertaan wanita dalam proses membuat keputusan.

Dato' Yang di-Pertua, saya lihat dalam perbahasan tadi, banyak telah pun menyentuh tetapi selari ya. Memang kebanyakannya selari dengan apa syor yang telah dikatakan tetapi ingin saya jelaskan sini bahawa sasaran minimum 30 peratus penglibatan wanita dalam politik bukanlah tindakan ataupun tuntutan simbolik atau pun sekadar ukuran kosmetik.

Ia merupakan ambang minimum antarabangsa ataupun, dengan izin, critical mass yang diiktiraf bagi diterjemahkan secara bermakna dalam proses pembuatan dasar dan pentadbiran negara. Kenapa saya sebutkan perkara ini? Saya rasa, saya dan rakan-rakan wanita yang selalu ataupun perwakilan daripada Parlimen yang selalu terlibat sebagai perwakilan mewakili Parlimen Malaysia ke mesyuarat- mesyuarat persidangan antarabangsa di luar negara.

Satu perkara yang saya tidak dapat nak lari bila dibangkitkan bahawa Malaysia masih lagi didapati ataupun dipersoalkan di dalam indeks gender yang kita nampak jauh terendah.

draft5:57 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Apatah lagi dalam ASEAN sendiri kita lihat kita berada di tempat 11 daripada 12. Jadi dalam masa yang sama saya harap indeks-indeks lain— kalau kita lihat indeks lain kalau diukur jauh tinggi dan dipuji. Oleh itu, saya rasa dokumen penyata ini yang kita syorkan ini perlulah kita teliti dengan baik supaya nanti kita tidak lagi dilihat sebagai tidak gender sensitif di dalam isu-isu pembangunan ini.

Oleh itu, Yang di-Pertua saya dari perbahasan rakan-rakan tadi, saya juga ingin membangkitkan empat perkara besar iaitu pertamanya, rangkuman daripada apa yang disebut adalah berdasarkan keterangan dan dapatan yang diterima.

Jawatankuasa mendapati bahawa isu keterwakilan wanita tidak hanya berlaku dalam politik semata-mata, malah turut diperhatikan dalam sektor korporat dan juga sektor pentadbiran awam.

Kalau kita lihat di sini ada banyak, wanita ada banyak bakat-bakat di semua- semua tempat. Kalau dalam contohnya dalam sektor korporat, kemajuan yang dicapai dalam penyertaan wanita di peringkat lembaga pengarah kita lihat walaupun katanya telah mencapai peratusan yang diberikan tetapi belum sepenuhnya diterjemah kepada penyertaan dan setara dalam jawatan eksekutif tertinggi yang memegang kuasa membuat keputusan harian.

Begitu juga dalam perkhidmatan awam, kita lihat kat sini bilangan wanita dalam kumpulan pelaksana dan pengurusan adalah tinggi. Ramai pekerja-pekerja ataupun kakitangan wanita tetapi perwakilan tersebut semakin berkurangan apabila melibatkan jawatan tertinggi seperti JUSA, Turus dan Premier. Lagi tinggi jawatan itu lagi susah kita nampak wanita untuk naik.

Dan juga tidak ketinggalan lebih-lebih lagi kita lihat dalam politik. Wanita yang berkelayakan sememangnya wujud dalam jumlah yang besar. Bukan kita bukan semata-mata ramai dalam konteks menjadi pekerja ataupun petugas-petugas tetapi ramai dari sudut boleh memimpin sebenarnya, namun akses kepada proses pencalonan, peluang bertanding di kerusi kompetitif, pembiayaan kempen, jaringan politik dan laluan kepimpinan masih berlaku secara tidak seimbang.

Ini yang kita kata berlapis-lapis ini, Dato' Yang di-Pertua. Maknanya kalau wanita hendak pergi itu banyak lapisan yang dia kena lalui dan halangan ini yang perlu kita lihat. Justeru, jawatankuasa dan juga pembahas tadi ramai juga mengatakan bahawa pandangan kegagalan mencapai 30 peratus bukan berpunca daripada kekurangan kemampuan, bakat ataupun merit dalam kalangan wanita tetapi lebih banyak dipengaruhi oleh halangan struktur dalam sistem politik dan institusi sedia ada yang kita sekarang ini harap sangat pihak kerajaan akan menyelesaikan dalam konteks dasar dan institusi yang lebih baik, berani dan lebih sistematik.

Yang keduanya Yang di-Pertua, kita lihat di sini perbahasan-perbahasan tadi juga menyentuh tentang perkara yang sama pandangan dengan jawatankuasa iaitu bahawa pendekatan sukarela semata-mata telah menunjukkan kemajuan yang terlalu perlahan. Kalau kita buat macam apa kita buat sekarang Yang di-Pertua, 135 tahun akan datang baru kita capai 30 peratus minima ini.

Jadi oleh itu, kita harap negara perlu mempertimbangkan pendekatan yang lebih menyeluruh dan iaitu melalui gabungan sasaran berfasa, insentif pendanaan, reformasi proses pencalonan, pembangunan bakat kepimpinan wanita serta mekanisme pemantauan yang telus.

Saya bagi contoh sedikitlah, contoh ya. Kalau kita tengok beberapa negara di luar tidak boleh mana-mana parti politik itu terlibat di dalam pilihan raya kalau tidak ada 30 peratus nama yang dihantarkan oleh parti-parti politik tersebut kepada Suruhanjaya Pilihan Raya mereka. Jadi, itu benda yang bila kita lihat, boleh dilakukan dan insya-Allah dengan ini saya rasa bolehlah langkah yang boleh kita pertimbangkan nanti kita harap dengan adanya perkara itu boleh mensegerakan.

Selain daripada itu, saya yakin juga, saya rasa alhamdulillah penggal ini kita ada Jawatankuasa Pilihan Wanita.

Sebelum ini kita tidak ada sebab itu kita nampak tidak ada yang ingin melaporkan perkara ini di peringkat yang tertinggi tetapi dengan harapan kita supaya bukan sahaja kewujudan proses reformasi yang kita nak lakukan di institusi tersebut, kita mengharapkan juga ada kewajipan pelaporan berkala mengenai komposisi gender dalam kepimpinan organisasi.

Kita mengharapkan juga keduanya pembangunan pangkalan data nasional yang boleh membolehkan kemajuan dipantau secara terbuka dan juga pelaksanaan audit gender secara berkala serta pengukuhan program pembangunan bakat wanita merentasi sektor politik, korporat dan perkhidmatan awam. Lagi-lagi mesti kita ukur kalau kita bersetuju untuk memberi pendanaan politik kepada mana-mana calon dan juga parti-parti politik.

Yang ketiganya Yang di-Pertua, berkaitan dengan perbahasan tadi saya rumuskan iaitu kita dapat bahawa ada memang di dalam syor juga bahawa Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri sebenarnya telah pun mempunyai ruang yang lebih segera untuk menunjukkan komitmen politik terhadap sasaran ini melalui pelantikan- pelantikan perjawatan. Kita tahulah kalau dia sebagai Ahli Parlimen ia nya perlukan ataupun ADUN, dia perlukan satu proses untuk menang pilihan raya.

Tetapi dalam dua kategori yang kita boleh bezakan iaitu lantikan politik yang tidak memerlukan undian dan sebagainya atau pun di peringkat pentadbiran awam, kita boleh laksanakan. Contoh kalau kita tengok di dalam Parlimen ini sahaja, kita tengok pelantikan Ahli Dewan Negara. Kalau tadi saya nampak Batang Sadong memberikan satu— Sri Aman, minta maaf, memberikan satu statistik Ahli Parlimen ataupun Ahli Dewan Rakyat kita baru mencecah 13.85 peratus tetapi Ahli Dewan Negara lebih kurang, lebih rendah maksudnya 12.5 peratus.

Tetapi kalau kita lihat, dua ini berbeza. Satu dipilih, satu dilantik. Jadi, kalau kita nak laksanakan perkara ini dengan lebih cepat, kita boleh meletakkan syarat ini kepada pelantikan-pelantikan yang ada. Selain daripada Ahli Dewan Negara, ahli- ahli Exco Kerajaan Negeri, ahli-ahli Majlis PBT, Jawatankuasa Pembangunan Kampung, lantikan-lantikan negeri, banyak benda yang boleh kita masukkan elemen yang sama supaya minimum peratus itu dapat dilaksanakan.

Kalau di peringkat pentadbiran awam juga, saya lihat di peringkat JUSA contohnya, KSU – Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Pentadbiran juga kita kena lihat. Saya ada buat contoh di sini dahulu kalau kita tengok kementerian-kementerian yang selalunya dominan bagi oleh orang lelaki seperti Kementerian Kerja Raya dan sebagainya, ada wanita ke tahap yang tinggi dari sudut Timbalan Pengarah dan sebagainya tetapi bila pendakian pangkat masih lagi didominasi oleh kaum lelaki.

Kita bukan iri tetapi kita mohon supaya isu ini dilihat sebagai isu merit dan isu ini sebenarnya ruangan itu tak perlu ditahan kalau mereka itu layak, seseorang wanita itu layak. Begitu juga di peringkat Datuk Bandar, Pegawai Daerah dan sebagainya. Saya rasa Selangor dan Pulau Pinang telah pun melaksanakan dengan baik dan patut dicontohi.

Yang seterusnya yang keempat, daripada apa yang saya lihat perbahasan ini adalah dari sudut sistem sokongan. Saya nampak juga banyak bangkit supaya kita tekankan bahawa penyertaan wanita dalam politik tidak boleh dipisahkan dari konteks isu care economy dengan izin, ataupun penjagaan kerana kita tahu ramai wanita yang berpotensi untuk menyertai politik berdepan cabaran untuk mengimbangi keluarga, kerjaya, komuniti dan aktiviti politik. Oleh itu, reformasi institusi politik perlu disertai dengan dasar yang lebih mesra keluarga termasuk kemudahan penjagaan anak, sokongan penjagaan tanggungan, pengaturan kerja yang lebih fleksibel dan budaya organisasi yang lebih inklusif.

Dato' Yang di-Pertua, ada juga yang menyatakan bahawa masih dalam perbincangan kami apakah mungkin kita boleh tengok, lihat tentang allowance, allowance untuk wanita yang berada di peringkat yang tertinggi ini tidak boleh disamakan dengan elaun biasa yang kita perolehi. Mungkin kalau mereka termasuk lelaki yang berada di tingkat tinggi kalau mereka ada bebanan-bebanan ini mereka perlu dipertimbangkan diberi sedikit sistem sokongan yang lebih lain.

Akhirnya saya sebagai penggulungan kesimpulan ini Dato' Yang di-Pertua, jawatankuasa ingin menegaskan lima pendirian utama selain daripada lapan syor yang ada iaitu sasaran minimum 30 peratus ini dalam politik ini relevan, mendesak dan belum tercapai, itu pertama.

Yang keduanya, kegagalan mencapai sasaran tersebut bukan berpunca daripada kekurangan kemampuan wanita tetapi daripada halangan struktur dalam proses pencalonan, pembiayaan politik, budaya organisasi dan akses kepada peluang kepimpinan.

Dan yang ketiganya, pendekatan sukarela semata-mata tidak lagi memadai, enough, cukup sebenarnya. Ia perlu dilengkapkan dengan mekanisme yang lebih jelas, berfasa, telus dan boleh diukur.

Dan keempatnya, sebarang insentif atau pendanaan awam hendaklah tertakluk kepada prinsip akauntabiliti, audit dan juga impak yang boleh dibuktikan.

Dan yang kelimanya, Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan semua parti politik perlu menunjukkan kepimpinan melalui tindakan serta komitmen yang nyata, bukan sekadar sokongan kepada peringkat prinsip sahaja. Semua kata saya sokong secara prinsip tetapi tidak dengan keadaan yang lebih teratur.

Oleh itu, saya rasa sudah sampai masanya Dato' Yang di-Pertua, kita, penyata ini juga dan kerajaan yang ada untuk mengambil satu pendekatan yang teramat penting daripada apa yang semua yang saya telah pun gulungkan tadi iaitu satu rang undang-undang kesaksamaan ataupun kesamarataan gender perlu disegerakan. Saya sebut perlu disegerakan tadi Tumpat sebut ada satu NGO tadi, kami terima tadi daripada kumpulan 30 peratus itu mereka telah pun sedia membuatkan satu draf untuk kita boleh teliti.

Ini bukan apa, untuk mereka nampak ada kesungguhan kita dan kesegeraan itu boleh dibuat. Kalau kita hendak start daripada kosong mungkin susah tetapi mereka telah pun buat ini dan saya ingin ucapkan terima kasih kepada mereka kerana kerja yang mereka usahakan ini Dato' Yang di-Pertua, bukannya baru semalam ataupun sebulan, bertahun-tahun. Saya ingat saya jadi wakil rakyat pun dah 20 tahun, di situlah mereka juga telah bermula.

Jadi sudah sampai masanya rang undang-undang ini diwujudkan kerana ia lebih jelas dan lebih mengikat. Kalau tidak semua orang kata pada prinsipnya dia sokong tetapi akhirnya tidak menjadi. Jadi tak mahulah tunggu 135 tahun lagi kita harap kita hanya akan dapat tengok keputusan ini pada PRU16 insya-Allah akan datang. Peningkatan daripada 13.5 peratus kepada peningkatan yang lebih tinggi.

Oleh itu saya harap demokrasi yang kita laungkan ini bukan sekadar memberi hak untuk mengundi tetapi juga memastikan peluang yang adil untuk dipilih kepada kaum-kaum wanita, insya-Allah. Oleh itu saya nak tutup dengan satu ungkapan Dato' Yang di-Pertua. Bila wanita memimpin, keluarga makmur, insya-Allah. Komuniti juga berkembang, negara juga maju. Kepimpinan wanita membawa impak berantai dari rumah ke negara. Jadi ini perkara-perkara yang perlu kita lihat secara tuntas dan kalau kita laksanakan dengan baik, saya yakin— bukan saya harap juga Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah pun berbahas tadi bukan berbahas dalam Dewan ini sahaja terus memperjuangkan suara ini kerana apa yang saya sebut ungkapan tadi ia dapat diterjemahkan kepada yang realiti.

Jadi oleh itu saya menggesa pihak Jabatan Perdana Menteri di bawah BHEUU, KPWKM, MOF, KESUMA, Jabatan Perkhidmatan Awam, semua parti-parti politik mengambil serius penyata yang dibentangkan dan insya-Allah sama-sama kita dokong dan akhirnya kita pastikan ia nya dilaksanakan dengan segera. Terima kasih Yang di-Pertua. Saya menggulung penyata yang telah pun dikemukakan oleh jawatankuasa. Terima kasih.

[Tepuk]

draft6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sekarang telah selesai sesi penerangan daripada Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Pilihan pada hari ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Selasa, 23 Jun 2026. [Mengetuk tukul]

draft6:00 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.13 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026