Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor] **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bismillahirrahmanirrahim.
[Membaca doa] Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta-akta seperti berikut:
Akta Insolvensi Rentas Sempadan 2025; 2. Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026; 3. Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026; 4. Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2025; 5. Akta Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 2025; 6. Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Pindaan) 2025 7. Akta Rukun Tetangga (Pindaan) 2025; 8. Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) (No.2) 2025; dan 9. Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan) 2025.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat, kita mula sesi agenda majlis dengan Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri. Ingin saya ingatkan, Yang Berhormat, Yang Berhormat, ini bulan Ramadan, jadi pertimbangkanlah apa yang baik, apa yang tidak, apa yang sepatutnya. Dengan ini, dipersilakan Tuan Ganabatirau a/l Veraman, Yang Berhormat Klang.
1. Tuan Ganabatirau a/l Veraman [Klang]: Terima kasih Tuan Speaker. Minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan jumlah keseluruhan wang dan aset yang berjaya diperolehi semula oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang tahun 2025 dalam kes-kes berkaitan rasuah dan salah guna kuasa. Nyatakan statistik perbandingan sebelum dan selepas Kerajaan MADANI.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menjawab.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Klang. SPRM mengikut Akta 694 melaksanakan tugas mengambil tindakan terhadap kegiatan rasuah dan sindiket dalam aktiviti haram yang berjalan.
Saya ingin jelaskan juga bahawa tindakan-tindakan bila diambil itu tindakan bersama. Kita melalui pasukan khas, multi-agency task force yang melibatkan SPRM, LHDN, JKDM, PDRM, KPDN, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Bank Negara dalam beberapa kes.
Tidak semua agensi ini terlibat dalam semua tindakan tetapi sebahagian besarnya terlibat bila diputuskan isu-isu yang dianggap berprofil tinggi, berprofil tinggi atau skala besar. Pada keseluruhannya dari tahun 2023 hingga 2025 ada peningkatan yang mendadak. Maknanya, walaupun tindakan ada diambil sebelumnya, tapi tindakan-tindakan itu tidak sepertimana yang berlaku setelah 2023.
Sebagai contohnya, saya sebut di sini 2018, RM37 juta pemulihan aset keseluruhannya dan 2019, RM1.2 bilion. Pada dari 2023 hingga 2025 dengan usaha SPRM dan agensi lain yang saya sebut tadi dan sudah mencecah RM15.5 bilion. Ini menyebabkan Indeks Persepsi Rasuah kita meningkat, langkah-langkah akan terus diambil tetapi melalui perkongsian maklumat dan kerjasama rapi di antara badan- badan penguatkuasaan disebutkan tadi.
Tentang tindakan pada November 95 — November 25 sehingga Februari 2026, di antara kes-kes profil tinggi termasuk pertuduhan terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah, pendakwaan terhadap bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Disember. Empat pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia yang didakwa berhubung tuduhan salah guna kedudukan, pecah amanah pada Januari 2026 dan terkini siasatan dan tangkapan terhadap Ketua Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar pada Januari 2026.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Ini menunjukkan bahawa kesungguhan kita dalam melaksanakan tugas lebih nyata dan ketara setelah ditegaskan dalam tatakelola Kerajaan MADANI.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat untuk soalan tambahan.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Saya nak ucapkan syabas kepada Kerajaan MADANI dan juga SPRM yang telah memberi— membawa tindakan yang begitu tegas.
Soalan tambahan saya Yang Amat Berhormat. Berikutan pendedahan dokumentari Bloomberg yang menimbulkan dakwaan serius mengenai kewujudan rangkaian mafia korporat serta penglibatan unsur penguatkuasaan dalam salah guna kuasa, apakah tindakan khusus dan terperinci yang boleh dijangka daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang baru dicadangkan berhubung kes ini.
Termasuk skop siasatan, kuasa perundangan, kaedah siasatan dan bilakah RCI ini akan mulakan siasatan mereka?
Selain itu, apakah mekanisme kawalan, pemantauan dan akauntabiliti yang akan dilaksanakan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia iaitu SPRM itu sendiri serta terhadap penjawat awam yang berisiko tinggi terlibat dalam rasuah bagi memastikan integriti institusi, ketulusan pentadbiran dan kepercayaan rakyat dapat dipulihkan dan diperkukuh secara berterusan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menjawab.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Pertama, saya nak jelaskan tentang laporan Bloomberg yang ada kaitan dengan soalan yang kedua kerana sementara kita boleh terima mana-mana sumber dari media, tetapi ada kaitan dengan apa yang saya akan jawab untuk soalan kedua. Jadi, saya tidak mahu berikan kredit sangat kepada satu media apabila terbabit dalam siasatan terbaru.
Walau bagaimanapun, isu dibangkitkan kalau ada asas, masih terus disiasat bukan sekadar tohmahan biasa. Kita tidak siasat ribuan tohmahan yang diberikan ke atas pimpinan atau mana-mana tokoh melainkan ada asasnya. Tapi sepertimana saya jelaskan, Yang di-Pertua, ada kaitan dengan soalan kedua.
Siasatan diteruskan, itu yang saya nak jelaskan dan satu kenyataan Yang Berhormat Klang yang tidak boleh dimungkiri ialah tindakan itu diambil dengan keras dari Pelabuhan Klang ke Kuala Lumpur ke sindiket Johor, ke Pulau Pinang yang agak skala besar sehinggalah Sabah, Sarawak. Ini tindakan diambil.
Yang di-Pertua, tindakan yang diambil hanya sejak 2023. Sindiket itu bertapak selama puluhan tahun. Sebab itu saya mulakan dengan sikap yang sangat positif meraikan dan menyatakan penghargaan kepada badan-badan penguatkuasaan kerana bila mereka ambil tindakan, dia ambil tindakan kerana komitmen dan risiko yang mereka sedia faham bila sindiket-sindiket besar ini dapat dipecahkan. Jadi sebab itu, dalam memberikan pandangan dan teguran, kita harus berlaku adil supaya jangan melangkaui semangat mahu mencari kebenaran dan melaksanakan.
Tentang soal sama ada kawalan atau tidak. Saya terima ada cadangan supaya dapat diperkemas, diperketat bentuk-bentuk kawalan. Walaupun ada tetapi ada pandangan boleh diperketat dan saya anggap ambil sikap terbuka supaya kita boleh cari jalan mana-mana kaedah dari badan penguatkuasaan yang dianggap harus diberi pemantauan yang lebih teliti.
Yang kedua tentang cadangan Suruhanjaya Diraja. Bagi kita, it got premature. Terlalu awal kerana pertama, siasatan yang diketuai oleh Peguam Negara itu akan siap minggu ini dalam beberapa hari. Jadi, kita tengok dulu apakah kemunasabahan rasional untuk melanjutkan dan dalam bidang apa yang diperlu diteliti. Jadi, saya tidak menerima atau menolak, biarlah kita ikut prosesnya.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
[Bangun]
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Pertama, mendapat dulu laporan daripada Peguam Negara yang...
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
[Bangun]
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Tidak akan tertangguh kerana Peguam Negara memaklumkan kepada saya laporan akan disediakan dalam tempoh satu, dua hari ini. Kemudian, kalau ada rasional untuk melanjutkan, itu kita akan lanjutkan.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Tambun. Terima kasih Yang Berhormat Klang atas soalan yang bagus. Cuma Yang Amat Berhormat Tambun, saya nak bertanya, apa beza pendirian Yang Amat Berhormat Tambun dahulu ketika kami kerajaan, mendesak Azam Baki pergi bercuti untuk menyiasat berhubung dengan pemilikan saham. Dan ketika ini, bukan sahaja isu saham tak selesai tapi isu korporat mafia pun tak selesai.
Ini satu pertuduhan yang berat. Kenapa Yang Amat Berhormat melindungi Tan Sri Azam Baki? Apa istimewanya Azam Baki dalam Kerajaan MADANI? Malah disambung lagi. Jadi, saya— kami rakyat tidak berapa yakin dengan pendirian kerajaan berhubung hal ini. Macam mana transparency dalam siasatan melibatkan apa yang didakwa ini? Jadi, boleh tak Yang Amat Berhormat jelaskan, apa beza?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Amat Berhormat.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Tanya apa beza, saya boleh jawab. Kita jangan buruk sangka, biar siasat, dapat fakta sama ada Anwar dulu pernah mengemukakan, masih tertakluk kepada proses yang sama. Saya tanya dan mesti ada proses siasatan yang telus termasuk pemilikan saham dan tuduhan, tohmahan tentang mafia korporat. Itu dua-duanya itu tidak ditutup. Itu bezanya.
Yang kedua, yang dibangkitkan tentang jenis bentuk siasatan saya telah jelaskan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
[Bangun]
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Biar ikut prosesnya dulu. Mengapa diberikan satu pandangan yang sangat keras terhadap satu pihak padahal kita diminta hanya ikut proses. Biasanya dalam pertuduhan terhadap mana-mana penjawat awam, ikut dulu proses laporan daripada penjawat awam dan dalam konteks ini lebih tinggi kerana kita perluaskan skop.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Bukan sahaja dari segi prosedur peraturan pentadbiran tetapi diperluaskan skop sebab itu Peguam Negara yang mempengerusikan. Dan kita lihat dulu laporannya. Dan laporan ini termasuk isu yang harus kita teliti, isu pemilikan saham dan juga soal apa yang ditohmah melalui Bloomberg yang dirujuk oleh sebagai naskhah sahih oleh Yang Berhormat Machang yang saya tidak bersetuju.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
[Bangun]
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Walau bagaimanapun, oleh sebab ada tohmahan, kita patut teliti dan siasat. Itu saya ingat cukup. Tak, dari segi itu tidak ada beza di antara pandangan saya dulu dengan sekarang. Siasat. Tapi sekarang ini siasat itu mestilah berdasarkan peraturan yang ditetapkan dan peraturan yang ditetapkan dua kaedah.
Pertama, peringkat Peguam Negara tetapi boleh dilanjutkan malah dalam Mesyuarat Jemaah Menteri kita putuskan untuk dilanjutkan sekiranya didapati siasatan itu tidak memadai dan meliputi skop bantahan yang dikemukakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Amat Berhormat.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Dato’ Speaker, dengan izin kalau...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, saya invoke kuasa saya. Saya teruskan kepada soalan yang kedua.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ini soalan penting, Yang Berhormat. Speaker. Boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk. Saya dah buat keputusan. Peraturan 43. Terima kasih. Berikut, dipersilakan untuk soalan yang kedua Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Yang Berhormat Arau.
[Tepuk]
2. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim [Arau]: Tuan Sepaker, soalan nombor 2. Minta Perdana Menteri menyatakan status siasatan PDRM berhubung dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan, ancamannya terhadap Demokrasi Berparlimen serta sama ada siasatan melibatkan unsur penyelewengan atau penyalahgunaan wang negara.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menjawab.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Arau. Soalan ini ada kaitan juga dengan apa yang disuarakan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat termasuk semalam Kota Bharu, Kubang Kerian dan kini Arau. Iaitu, apakah ada alasan yang kukuh yang membuktikan ada percubaan gugatan kuasa asing atau pihak asing dalam menggugat keselamatan dalam negara.
Mengikut siasatan awal, dari Ogos 2024 hingga ke— projek yang dikemukakan itu ditetapkan timeline-nya, dari Ogos sehingga tarikh Pilihan Raya Umum. Itu agak menarik. Berpangkalan di luar negara dengan dana yang besar, didukung oleh warga tempatan dan strateginya itu adalah untuk merencana satu kegiatan mempertikai dan keadaan kerajaan yang ada dan usaha-usaha yang dijalankan dan akan tamat pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Hal ini Yang di-Pertua, masih dalam siasatan. Jadi, sebab itu saya tidak cenderung untuk menyebut nama ataupun tempat tetapi saya umumkan berdasarkan maklumat yang telah sampai dan dalam siasatan PDRM kerana dalam laporan itu, dalam rekod itu dengan syarikat dan badan-badan dan tokoh-tokoh berkenaan itu sudah ada enam kali perjumpaan pada tahun 2025, di dalam dan di luar negara.
Untuk penjelasan, saya nak singgung di sini, beberapa cebisan sedutan dari rekod yang diperolehi tanpa menyebut nama ya, bahawa daripada Ogos itu ditekankan strategi mereka untuk mendapatkan maklumat dan mempengaruhi dan melalui international roundtable, international NGOs dan melalui itu akan menggunakan International PUSH. Kemudian, BRIEF Bloomberg untuk tindakan selanjutnya. Kemudian— mana kertas ini pula? Rekod tadi.
Tapi yang mendorong kegiatan ini adalah kerana siasatan rasuah oleh SPRM yang berskala besar. Itu yang menyebabkan mereka terpanggil untuk bertindak menggunakan kekuatan pengaruh luar dan dalam negara. Dan strategi mereka seperti mana disebut sebahagiannya, yang tadi saya quote dari rekod syarikat internasional berkenaan.
[Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Yang menyebut umpamanya untuk menghubungi semua media asing dengan strategi mempertikai usaha kerajaan, khususnya SPRM.
Kemudian menggunakan kekuatan dan konteks dengan negara-negara luar dengan tujuan memberi naratif mempertikai kewibawaan negara Malaysia dan kerajaan. Dan mengatur gerakan melalui Parlimen Malaysia. Ini yang membimbangkan kita. Disebut di situ untuk utilise the context among Parliamentarians untuk menggugat.
Berdasarkan beberapa fakta kukuh yang telah dirangka kemas dalam dokumen yang diperolehi, sebahagiannya saya bacakan tadi, pihak PDRM telah membuka kertas siasatan di bawah seksyen 124B Kanun Keseksaan.
Jadi, yang terperinci tentang jumlah saksi dan sebagainya itu, saya serah kepada polis. Tetapi yang saya nak tekankan di sini, ini sebagai rumusannya, PR company yang berkenaan akan menggunakan sebaik boleh newspaper, editors, journalist. Dua, publish illegal analysis, untuk mempertikai langkah-langkah diambil oleh negara kerajaan. Dan ketiga, menetapkan dan mempengaruhi questions to be raised in Parliament tentang isu ini.
Berikutnya, mempengaruhi melalui hubungan dengan menulis, right to bankers setting out their strategy. Maknanya ada sampaikan pengaruh melalui bankers dan question motivation of PM, itu tak apa, political.
Kemudian, memuji mencari jalan menggunakan seluruh international media network mereka, memuji tokoh-tokoh tertentu yang di dalam siasatan, termasuk rasuah yang ada sekarang dikaitkan dan diminta supaya diberikan penghormatan dan penghargaan dan dipuji. Dan ini lebih kukuh dengan menggunakan international media. Tapi dua kali disebut khusus tentang Bloomberg yang disebut dalam muka surat tiga dan empat dalam strategi mereka.
Itulah sebabnya mengapa saya katakan perkara ini tidak boleh dipandang serius. Ahli-ahli Yang Berhormat sedia juga maklum dibangkitkan. Janganlah sampai besok dah terlanjur, tak terkawal, baru kita agak ambil tindakan. Jadi, kesiapsiagaan, kewaspadaan itu perlu yang merentas kepentingan parti atau kelompok.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Arau, soalan tambahan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Amat Berhormat, yang pertama tadi, kalau dalam siasatan, ialah usahanya untuk mempertahankan maruah keluarga Tun Daim Zainuddin. Dia bukan melibatkan usaha untuk menjatuhkan negara.
Tetapi pada tahun— MalaysiaNow, ini laporan daripada MalaysiaNow, MalaysiaNow telah juga melaporkan salah satu daripada puluhan e-mel yang dilihat oleh MalaysiaNow Perseus Strategies, Perseus Strategies firma guaman dan perunding politik berpangkalan di Washington yang dipimpin oleh Peguam Jared Jensen membincangkan strategi dengan beberapa pemimpin PKR dalam usaha meyakinkan pentadbiran Presiden Barrack Obama ketika itu supaya memberikan tekanan kepada Kerajaan Malaysia, Dato’ Sri Najib ketika berlaku skandal 1MDB.
Hal yang ini melibatkan negara Yang Berhormat. Apakah yang tadi melibatkan keluarga? Dari segi perbandingan, apakah yang dibuat oleh PKR masa itu tak salah tapi orang yang cuba mempertahankan keluarga ini salah?
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Nak tanya Yang Berhormat. Bukan, bukan tak perlu terang panjang-panjang cuma nak minta penjelasan. Salah tak salah. Itu saja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Arau. Saya tidak mahu jadikan ini gelanggang politik parti ataupun kes.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
[Bangun]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bangun]
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
[Bangun]
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Ini bagi saya minta mohon Arau sabar dan meneliti laporan dulu. Ini bukan soal Tun Daim Zainuddin, peribadi. Ini soal, kalau baca report umpamanya, hubungan dengan Penasihat Menteri, untuk ada hubungan. Menteri Luar Negara, ya dan ini bukan sekadar lobi kebebasan ini mempertikai seluruh sistem negara dan mempertikai kedudukan kewibawaan kerajaan.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Jadi, saya baca setakat yang apa— kalau Yang Berhormat Arau dengar satu, ia bukan semata kes untuk pertahankan satu tokoh. Betul dia nak angkat kedudukan tokoh tersebut tetapi yang dikemukakan dalam laporan itu, itu mempertikaikan seluruh sistem dalam negara ini dan rencana untuk menjatuhkan kerajaan kerana timeline itu dari Ogos sehingga pilihan raya. Ini bukan soal sekadar membebaskan salah seorang daripada pertuduhan.
Jadi, saya mohon dalam kes ini mungkin saya tidak dapat berikan penerangan yang lebih dari itu tetapi sekurang-kurangnya dengar dahulu penjelasan Majlis Keselamatan Negara ataupun PDRM kerana yang saya baca sebahagiannya tadi kalau Arau dengarlah bahawa yang dibangkitkan itu bukan hanya specific case.
Dia bangkitkan itu, pertikai seluruh sistem dalam negara. Sebab itu, kita anggap ini satu hal yang serius, umpamanya.
Melibatkan bankers international. Ini apa dia? Untuk menjejaskan kekuatan ekonomi kita. Takkan itu pun nak sokong kerana politik berbeda. Kena ada kearifan, kewajaran memikir dan merenung di antara kepentingan parti dan kepentingan negara. Saya sebut sini sahaja. Bankers mendapatkan penyertaan ahli-ahli politik mempertikai di Parlimen. Ya, kalau soalan itu soalan tentang kes, okey. Atau tentang tidak adil, okey. Tetapi ini [Tidak jelas] and accountability and mempertikai kewibawaan sistem negara dan institusi-institusi dalam negara.
Maklumat saya dinasihatkan oleh PDRM dan Jabatan Peguam Negara supaya terhad supaya jangan kaitkan nama ataupun syarikat atau negara kerana masih dalam proses siasatan. Itulah sebabnya. Kalau tidak, saya boleh anggap terbuka. Tapi yang saya nak rayu satu sahaja. Kita ambil sikap terbuka kerana sebahagian saya dengar semalam, sebahagian daripada Ahli Yang Berhormat pembangkang juga faham.
Jangan kita anggap— jangan kita naif ataupun tidak mengikuti bahawa bila mari soal kepentingan negara, ya saya soal kritik, saya terima. Saya tidak pernah lapor oleh kerana Ahli-ahli Yang Berhormat kritik Perdana Menteri, maka itu jadi isu.
Saya jawab kadang-kadang.
Tetapi, ini bukan soal kritik pada Perdana Menteri. Ini usaha sabotaj kerajaan dan negara. Apa hubungan umpamanya untuk perancangan teliti menggunakan international media dan bankers daripada masa itu sehingga pilihan raya? Itu tentu— saya tidak fikir— sekarang saya faham.
Saya tidak fikir semua ahli-ahli pembangkang akan merestui walaupun katanya ini mungkin memberi manfaat kepada mereka untuk bersekongkol dengan usaha yang sedemikian dan kalau besok tahu orang yang nak dipertahankan oleh Yang Berhormat Arau itu. Itu di antara kelompok Zionis terkemuka. Kelompok Zionis terkemuka digunakan dalam program ini, projek ini dan nanti tunggu, sabar entah seminggu, tujuh minggu bila keadaan terbongkar, boleh diceritakan.
Apa kita nak pilih nak pertahan, tak ada orang lain dalam dunia untuk pertahankan kedudukan kita selain daripada merujuk kepada tokoh Zionis memang jelas menentang Islam dan negara-negara yang mempertahankan Gaza dan apa lagi dengan kenyataan kita semalam. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang di- Pertua di atas peluang yang diberikan. Sebelum saya menujukan soalan yang kedua.
Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar dari Asrama Ramakrishna di Parlimen Jelutong yang hadir.
[Tepuk] Saya mewakili mereka juga dan berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana mereka sedar bahawa kehadiran mereka di sini semuanya ditaja oleh peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan MADANI.
[Tepuk] Yang di-Pertua, saya ingin tanya soalan tambahan kepada Perdana Menteri.
Saya dengar dengan tekun tadi bahawa rancangan ini bermula pada tahun Ogos 2024 melibatkan bank, melibatkan media massa dan juga didukung oleh warga tempatan dan dijangka akan berterusan sehingga pilihan raya yang akan datang.
Soalan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah ini merupakan isu yang amat serius, di mana ada kuasa luar yang ingin campur tangan dalam negara kita. Bagaimana kerajaan akan menjamin pilihan raya yang akan datang itu adalah pilihan raya yang tidak akan dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu yang ingin menjatuhkan kerajaan kita dan menguasai masa depan negara kita?
Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Jelutong. Saya percaya sebahagian besar daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada di sebelah sini dan juga pembangkang akan bersama saya untuk menjamin satu pilihan raya yang telus tanpa campur tangan asing. Saya yakin kerana saya juga kenal ramai tokoh-tokoh pembangkang yang mungkin tidak setuju dari segi parti dengan saya tetapi tidak akan bersekongkol. Itu saya yakin.
Satu, dua orang yang lain saya tak tahu. Saya kena tanya Arau selepas ini.
Tetapi, umumnya saya yakin. Kalau ini ada, maka perlu mungkin berdasarkan laporan ini, sebaik ada maklumat tambahan dan boleh diizinkan oleh Jabatan Peguam Negara dan PDRM dan badan-badan penguatkuasaan.
Kalau perlu, saya boleh memanggil atau biar Majlis Keselamatan Negara boleh selaraskan satu perjumpaan dengan wakil-wakil kerajaan dan wakil-wakil pembangkang kerana bagi saya ini tidak terikat dengan parti tetapi soal keselamatan atau national security dan kita tahu Malaysia sepertimana yang Yang Berhormat pembangkang bersama semalam dalam kes seperti kecaman kita terhadap Israel dan Amerika semalam. Itu satu-satu negara. Saya teliti seluruh liputan media, Malaysia itu antara yang paling keras.
Yang di-Pertua, tentunya kita tahu dia yang mengundang perhatian. Dari maklumat terkini, memang ada radar yang memantau dan mahu penjelasan mengapa Malaysia mengambil sikap yang bagi mereka terlalu keras. Saya tidak anggap keras. Saya anggap adil. Saya anggap berkemanusiaan. Saya anggap ini satu langkah yang mempertahankan hak rakyat dan kebetulan itu di Iran kita pertahankan. Tetapi yang saya nak jelaskan ialah ia tidak mudah mematikan tohmahan bahawa kita itu nampak bersekongkol dengan kelompok-kelompok yang dianggap pro pengganas yang saya tidak boleh terima tohmahan sedemikian.
Jadi kalau ini berlaku, ini juga akan mengesahkan pandangan yang saya kemukakan terkait dengan kes ini dan kenyataan-kenyataan kita dalam isu Palestin dan Gaza sebelum ini. Jadi, sebab itu saya harap Arau dan rakan-rakan beri kerjasama sekurang-kurangnya dengar penjelasan PDRM dan selepas ini saya percaya Majlis Keselamatan Negara boleh menyelaraskan perjumpaan supaya rakan-rakan daripada pembangkang juga turut hadir dan mendengar apakah kita boleh bersama bekerja membantu menyelamatkan negara dan keselamatan negara kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Yang Berhormat...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Speaker bagi lebihlah. Ini hari akhir.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Boleh saya tambah? Satu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, saya tidak benarkan. Kita terus ke agenda seterusnya.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Sebagai Ketua Pembangkang saya ingin mendapat sedikit penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya dah putuskan. Tidak ada. Yang Berhormat.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Speaker, saya mahu mohon sebab bila Yang Berhormat kata— Yang Amat Berhormat kata boleh kerjasama...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat...
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Itu adalah menunjukkan sesuatu yang...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Ketua Pembangkang, saya dah buat keputusan.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tuan Speaker boleh gunakan budi bicara bawah 43, benar atau tidak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ini Ketua Pembangkang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
...Bila Yang Berhormat duduk sini...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
...Yang Berhormat boleh buat macam tu. Ni sekarang saya. Saya punya keputusan, saya tak benarkan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Boleh je. Lantik saya duduk situ, saya boleh je buat. Boleh jemput saya duduk di situ.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat...
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Pandangan Yang Amat Berhormat tentang persetujuan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat...
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Bekerjasama tu... [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat...
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
...Saya tidak benarkan. Pohon...
Seorang Ahli
Ketua Pembangkang ni.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tahu.
Saya pengerusi. Saya faham, saya faham Yang Berhormat adalah Ketua Pembangkang.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Untuk kepentingan bersama. Ini adalah isu...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat Ketua Pembangkang boleh usulkan.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]. Ini bukan usul. Ini bukan usul, ini satu persoalan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, saya rasa saya dah buat keputusan. Jadi, Yang Berhormat sila duduk.
Terima kasih, ya.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Yang Berhormat Speaker...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Penjelasan.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] saya [Tidak jelas] betul-betul mendengar apa Yang Amat Berhormat Tambun...
Seorang Ahli
Mic, mic.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat...
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Yang ingin jelaskan kepada semua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya telah membuat keputusan.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Tunggu sekejap.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Jadi, saya tidak...
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Sekejap je.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya tidak akan tarik balik keputusan saya.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Tak tarik balik pun, saya pun nak jelaskan ini supaya kami ini dapat kerjasama.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tahu Yang Berhormat, tapi saya...
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Sebab itu Speaker punya kerja adalah untuk melihat...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya...
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
...Bahawa Dewan ini ada kerjasama.
[Dewan tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Bukan nak tunjuk ini kuasa.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Speaker tanya Perdana Menteri lah bagi laluan...
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Ya.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
...Atau tidak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat, duduk. Saya telah...
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Saya, saya, saya amat— macam semalam.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bentara...
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Bila...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tangguh lima minit.
[Mengetuk tukul]
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 10.42 pagi]
[Mesyuarat bersambung semula pada pukul 10.48 pagi]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan akan dimulakan.
Dipersilakan Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias, Yang Berhormat Jelebu.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Dato’ Yang di-Pertua, soalan Jelebu nombor 1. Terima kasih.
1. Datuk Seri Jalaluddin bin Alias [Jelebu] minta Perdana Menteri menyatakan bagaimanakah kerajaan memastikan kualiti penggubalan undang- undang sentiasa tinggi dan tidak tergesa-gesa, khususnya bagi undang-undang yang mempunyai implikasi besar kepada hak rakyat dan ekonomi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Yang Berhormat Perdana Menteri untuk menjawab atau wakilnya Menteri.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Dato’ Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan MADANI memberi keutamaan kepada penambahbaikan kaedah penggubalan rang undang-undang bagi memastikan kualiti ketelusan dan keterangkuman yang lebih tinggi sebelum dibentangkan di Parlimen.
Bagi tujuan tersebut, kerajaan melalui Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri secara konsisten melaksanakan sesi libat urus dan perbincangan awal secara berfasa dan berstruktur melibatkan kementerian dan agensi pelaksana, pakar bidang, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan masyarakat sivil (CSO), pihak industri serta ahli akademik.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Pendekatan ini telah diterapkan dalam penggubalan beberapa rang undang- undang dan akta utama termasuk Rang Undang-undang Ombudsman, Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat, Rang Undang-undang Pendanaan Politik serta akta penting yang diluluskan pada tahun 2025 seperti Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 dan Akta Antibuli 2026, yang kesemuanya melalui proses libat urus komprehensif sebelum pembentangan.
Berkenaan proses libat urus yang diadakan, sebagai contoh bagi Rang Undang-undang Pendanaan Politik yang sedang diteliti, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan sebanyak 20 siri sesi libat urus bersama-sama pihak berkepentingan pada peringkat akar umbi.
Daripada jumlah itu, 12 siri SLU peringkat negeri melibatkan penyertaan 1,544 peserta merangkumi pegawai Kerajaan Persekutuan dan negeri, parti politik, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan, wakil Dewan Perdagangan, persatuan, perniagaan, NGO, CSO, ahli akademik dan golongan belia.
Siri libat urus ini bertujuan mendapatkan pandangan dan input akar umbi terhadap cadangan dasar rang undang-undang yang dicadangkan. Pendekatan menyeluruh ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan MADANI dalam memastikan suara semua pihak berkepentingan, khususnya masyarakat di peringkat akar umbi diambil kira dalam proses penggubalan rang undang-undang.
Ia mencerminkan komitmen kerajaan pada hari ini untuk memperkukuh amalan demokrasi melibatkan penyertaan rakyat dengan izin, participatory democracy, meningkatkan ketelusan serta memastikan setiap dasar dan perundangan yang dirangka mengambil kira realiti dan keperluan rakyat.
Selain itu, penglibatan Ahli-ahli Parlimen dalam fasa pra penggubalan rang undang-undang turut diperkukuh di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI melalui pelbagai mekanisme berterusan termasuk sesi taklimat bersama Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi memastikan kefahaman awal terhadap hala tuju dasar dan kandungan perundangan.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau perkara khusus berkaitan dengan mana-mana rang undang-undang, Ahli Yang Berhormat adalah dialu-alukan untuk mengemukakan terus kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas rang undang-undang berkenaan bagi penjelasan lanjut. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Jelebu, soalan tambahan.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Dato’ Yang di-Pertua, saya ada pertanyaan dua soalan berkaitan dengan isu ini. Yang pertama Dato’ Yang di-Pertua, antara menjadi isu dikalangan Yang Berhormat Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang ialah sewaktu perbahasan sesuatu RUU ini, mengapa— persoalannya, mengapa RUU ini tidak dibawa kepada jawatankuasa khas ataupun select committee terlebih dahulu?
Ketika ini dia bukan— memangnya tak menjadi satu kewajipan bagi pihak kerajaan untuk membawa isu ini kepada select committee. Tetapi sebagai salah satu langkah reformasi Parlimen dan juga memastikan kelancaran sesi perbahasan ini, soalan saya adakah pihak kerajaan memikirkan terdapat keperluan untuk memastikan bahawa RUU ini yang ingin dipinda ini wajib dibawa kepada select committee? Yang pertama, Dato’ Yang di-Pertua ya.
Soalan yang saya, yang kedua ialah berkaitan dengan pandangan rakyat.
Tadi Yang Berhormat Menteri sebut, pelbagai sesi libat urus dilakukan kepada pelbagai entiti dan juga komuniti masyarakat untuk mendapatkan pandangan rakyat.
Tetapi sekarang ini Dato’ Yang di-Pertua, oleh kerana sekarang ini dasar-dasar pindaan rang undang-undang mendapat perhatian di kalangan majoriti rakyat melalui siaran secara langsung ketika sesi Parlimen.
Soalan saya, adakah terdapat sebarang kemungkinan pada masa akan datang, kerajaan akan melakukan satu pendekatan poll secara atas talian bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas rakyat sebelum sesuatu keputusan untuk melakukan pindaan terhadap sesuatu undang-undang itu dilakukan? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Sebenarnya pada dasarnya, kerajaan ingin merujuk kepada jawatankuasa, tetapi ada beberapa sebab ia tidak dirujuk dan bawa terus ke Parlimen. Tetapi walaupun dibawa ke Parlimen, ia boleh dirujuk. Ahli-ahli Parlimen pun boleh menanya supaya ia dirujuk kepada jawatankuasa.
Tapi kita perlu faham dalam libat urus ini, ada ramai di antara Ahli Parlimen pun terlibat. Bukan sahaja in isolation, dia bukan sahaja NGO atau beberapa sektor saja. Jadi, kita perlu faham bahawa semua pihak diberi peluang dan keutamaan. Dan kalau ada jalan yang lebih baik, saya percaya bahawa merujuk kepada jawatankuasa adalah satu di antara prosesnya. Saya percaya ini akan dibuat dalam beberapa siri yang akan datang.
Untuk makluman, public poll sememangnya dilakukan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri untuk rang undang-undang.
Sebagai contoh, untuk pemansuhan hukuman mati mandatori, pindaan kepada peruntukan bertukar parti dan baru-baru ini pindaan perlembagaan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri, public poll sememangnya telah dilakukan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-undang untuk memastikan pandangan rakyat diambil kira dalam usaha penggubalan undang-undang. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, soalan ini saya bagi sebelah kiri ya. Silakan Yang Berhormat Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya. Terima kasih. Menteri ya, daripada jawapan Menteri tadi— Timbalan Menteri tapi tak apa, saya panggil Menteri sebab jawab bagi pihak Menteri. Okey?
Jadi, kita tengok daripada jawapan, nampaknya beban kerja di jabatan gubalan ini semakin banyak. Ada tak apa-apa langkah yang diambil dalam memastikan bahawa apa yang dilakukan adalah selaras dengan hasrat kerajaan itu sendiri, impak dia ya? Dan berapa masa, jangka masa yang diambil untuk kita— kita sebagai pembuat undang-undang ini, Ahli Parlimen semua pembuat undang- undang.
Berapa masa yang diambil untuk diberi kepada, diserah kepada Ahli Parlimen ini untuk meneliti supaya lebih lagi mudah untuk meneruskan dengan perbahasan dan meluluskan undang-undang ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih Yang Berhormat Besut. Sebenarnya bebannya— ini boleh diatasi dengan kualiti civil service yang kita ada sekarang. Tapi Yang Berhormat, penggubal undang-undang ini bukan satu perkara yang boleh dibuat serta-merta. Kita perlu faham dia perlu ada kebolehan, kepintaran dan sebagainya.
Dan Yang Berhormat, jangan lupa, walaupun menggubal satu undang- undang itu nampaknya adalah inisiatif oleh kerajaan, tetapi saya sendiri ada menerima banyak cadangan dari CSO, dari NGO dan kita mengadakan perjumpaan dengan mereka. Dan itu adalah satu di antara sebab kenapa kita membawa— dalam tempoh ini tiga tahun kalau Yang Berhormat tengok, ada banyak undang-undang yang telah dibawa.
Ini adalah kerana dengan perjumpaan dan libat urus dengan pihak-pihak berkenaan. Jadi, ini adalah satu di antara prosesnya dan kita percaya proses ini akan menambahbaikkan sistem yang sedia ada. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kedua. Dipersilakan Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah, Yang Berhormat Rompin.
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan Rompin nombor 2.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri Kesihatan untuk menjawab.
2. Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah [Rompin] minta Menteri Kesihatan menyatakan statistik terkini penyakit tidak berjangkit non-communicable diseases
(NCD) dalam kalangan penduduk luar bandar dan langkah proaktif kementerian bagi membendung peningkatan kos rawatan dialisis melalui penambahan pusat satelit dialisis di daerah kecil.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Rompin.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Ramadan MADANI.
Dato’ Yang di-Pertua, sekali lagi kita bercakap tentang penyakit-penyakit tidak berjangkit dalam bahasa hari ini, non-communicable diseases (NCDs), yang hari ini telah menjadi satu pandemik. Seluruh dunia ini yang mana empat jenis penyakit itu adalah kencing manis, darah tinggi, tinggi kolesterol dan tinggi berat badan ataupun obes. Yang dalam konteksnya berbeza dengan pandemik, penyakit seperti COVID, infection disease dia datang dan dia pergi. Dia episodic acute and it go. Tetapi kalau pandemik NCD Dato’ Yang di-Pertua, adalah lifelong cost, akan berada kepada setiap pesakit sehinggalah dia mati. Dan akibat itu juga, kalau boleh saya tekankan dahulu Dato’ Yang di-Pertua, NCDs merupakan killer yang pertama dalam kematian di Malaysia ini.
Kurang lebih 200,000 meninggal setiap tahun, 70 peratus daripada itu adalah diakibatkan oleh NCDs, penyakit-penyakit tidak berjangkit yang saya sebutkan tadi, kencing manis, darah tinggi, tinggi kolesterol dan juga obes.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Dan juga, perlu saya sebutkan, kalau begitu 70 peratus, bermakna 145,000 kematian setiap tahun. NCDs— maaf, COVID-19 terkorban 37,000 dalam dua tahun.
Boleh kita bayangkan, dari segi kos dan juga impaknya, Dato’ Yang di-Pertua.
Ditanya tentang prevalence, segera saya jawab. Prevalence kalau diabetes luar bandar, luar bandar kita 76— maaf. Luar bandar adalah 17.6, bandar 15.7, itu diabetes, kencing manis. Darah tinggi, luar bandar 33.7, bandar 27.9. Tinggi kolesterol, 36.8 luar bandar dan bandar 32.3, dan begitu juga, tinggi juga di luar bandar, obes dan berat badan 22.9 berbanding 21.5, Dato’ Yang di-Pertua.
Bermakna, prevalence-nya tinggi lagi di luar bandar menjadikan rawatan, menjadikan penjagaan itu lebih perlu kita tekankan. Langkah antara kalau saya segera menjawab soalan tentang langkah proaktif kementerian berkenaan perkhidmatan rawatan dialisis.
Ya, dialisis memerlukan antara— maaf, Dato’ Yang di-Pertua kalau saya backtrack sikit. Antara kesan daripada kegagalan mengurus NCD adalah kegagalan buah pinggang yang memerlukan dialisis. Soalan ini terkait dengan dialisis, Dato’ Yang di-Pertua. Dua penyakit diabetes dan juga apa yang dikatakan sebagai hypertension ataupun darah tinggi, kedua-duanya berakhir dengan antara lainnya adalah kegagalan buah pinggang.
Dan, kegagalan buah pinggang antara lain itu tinggi gula, merosakkan penapisan buah pinggang dan tinggi tekanan darah ini juga merosakkan saluran darah di buah pinggang. Maka, buah pinggang adalah antara sasaran utama end- stage renal failure ataupun dikatakan sebagai kronik. Penyakit kronik, penyakit kegagalan buah pinggang, CKD, chronic kidney disease, dan mereka perlu dilawat dengan dialisis, ya.
Dato’ Yang di-Pertua, kalau saya boleh sebutkan, perkhidmatan rawatan dialisis terutamanya di luar bandar, KKM telah memperkenalkan unit hemodialisis yang disediakan untuk, yang disediakan di klinik-klinik kesihatan, yang dipanggil Unit Dialisis Komuniti ataupun UDK, ya. Bertujuan memberikan perkhidmatan dialisis kepada penduduk-penduduk di luar bandar dengan lebih mudah serta mengurangkan bebanan untuk mereka berulang-alik jauh, Dato’ Yang di-Pertua.
Kita dengar sikit waktu dahulu, bagaimana Yang Berhormat Tenom menyebutkan rakyatnya meninggal kerana tidak punya keupayaan untuk membuat dialisis kerana kos transportation. Begitu, Dato’ Yang di-Pertua ya.
Jadi, begitu juga kalau saya boleh sebutkan, di samping hemodialisis, kita juga, sebelum daripada itu, berapa UDK, unit yang kita telah bangunkan? Ya, yang dikatakan Unit Dialisis Komuniti ini, kita ada 33 unit dialisis seluruhnya ditubuhkan di seluruh negara. Sudah 28 beroperasi. Lima masih ada dalam in the pipeline, dalam waktu yang terdekat, Dato’ Yang di-Pertua. Saya ingat, begitu dahulu. Kita tunggu soalan tambahan. Terima kasih Dato’.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat. Soalan tambahan.
Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan itu tadi.
Peningkatan prevalence NCD di luar bandar, terutamanya diabetes dan hipertensi, kini berada di tahap yang kritikal.
Strategi satelit dialisis di daerah kecil bukan hanya sekadar isu akses, malah ia sebenarnya langkah yang proaktif dalam usaha mengurangkan kos jangka panjang rawatan komplikasi di tahap akhir, yang kini mencecah 10,000 kes baharu setahun.
Memandangkan kos operasi rawatan dialisis meningkat akibat inflasi, kos barangan yang saban tahun meningkat dan ketidaktentuan ekonomi global, adakah kementerian bercadang untuk menyemak semula kadar subsidi sedia ada hari ini iaitu RM1,630 sebulan bagi pesakit luar bandar yang dirawat di pusat dialisis NGO agar pusat-pusat ini tidak gulung tikar dan terus mampu bertahan dan beroperasi di daerah kecil?
Dan, apakah pelan tindakan drastik kementerian untuk mewajibkan saringan awal chronic kidney disease (CKD) di peringkat klinik-klinik desa di pendalaman supaya kerosakan buah pinggang ini dapat dikesan di peringkat awal? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri Kesihatan.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Sangat mustahak persoalan itu dibangkitkan yang terkait dengan subsidi kepada NGO-NGO. Kita ada 120 lebih NGOs dan juga, badan-badan yang menjalankan kegiatan-kegiatan dialisis ini, Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
[Bangun]
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
[Bangun]
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya, pastinya kita mahu melihat bukan saja dari sudut kosnya itu, yang mustahaknya itu adalah transportation cost itu. Ya, kita tahu kerajaan seperti Sabah dan Sarawak memberikan sedikit imbuhan untuk kos perjalanan itu, dan bukan sangat kepada kos dialisis itu, tetapi perjalanan itu, Dato’ Yang di-Pertua especially di remote area, di Sabah dan Sarawak, ya.
Ya, saya telah tekankan tentang CKD ataupun chronic kidney disease.
Kegagalan buah pinggang ini satu yang preventable sifatnya, Dato’ Yang di-Pertua dan kalau kita mengambil pendekatan reaktif setelah sakit, itulah. Kita always be in crisis. Kita sentiasa dalam krisis menangani CKD.
Tetapi, kalau kita sedar bahawa CKD itu berpunca daripada dua yang saya sebutkan tadi, diabetes dan juga hypertension, kencing manis dan juga tekanan darah, maka kita perlu menekankan tentang hal yang terkait dengan kepentingan saringan.
Sebab itu, saya datang. Penggal pertama lagi saya telah tekankan tentang kepentingan saringan, dan kita akan meletakkan persoalan saringan ini sebagai usaha yang kita lakukan adalah NHSI kita, National Health ataupun kita letakkan sebagai *our National Screening Health Initiative.
National Health Screening Initiative* yang telah pun seluruhnya kita telah saring sejumlah 6.2 juta dan setiap tahun, 1.8 juta kita saring sebagai usaha mustahak untuk mengenal pasti awal, Dato’ Yang di-Pertua, yang mana kita tahu kegagalan buah pinggang ini dia ada empat tahap. 1, 2, 3, 4, 5, dan 4 masuk 5, 5 baru kita buat dialisis.
Dan juga begitu dialisis kita, kita telah ambil polisi merubah daripada hemodialisis menggunakan darah dan mesin kepada peritoneal dialysis yang menggunakan peritoneal cavity ini dengan pendekatan peritoneal dialysis sama ada ia— ataupun yang dikatakan CAPD dan APD.
Jadi, antara lainnya juga, kita beralih kepada beberapa pendekatan therapeutics. Our AGL2I Inhibitors itu pun satu yang lebih baik dan lebih mustahak, Dato’ Yang di-Pertua, kami datang dengan ANMS, Agenda Nasional Malaysia Sihat yang pertama-tama mesti menekankan tentang aspek kecelikan kesihatan dahulu yang dikatakan sebagai literasi. Agenda literasi ataupun Dasar Literasi Kebangsaan Kesihatan-kesihatan Kebangsaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, pendekkan jawapan.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya, jadi itulah antara pendekatan- pendekatan yang multipronged sifatnya. Adapun, persoalan Rompin sebentar tadi, tentang apa tadi dikatakan sebagai subsidi itu boleh kita pertimbangkan tetapi saya katakan lebih penting adalah kos pengangkutan dan perjalanan mereka. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Ayer Hitam.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik mendengar Yang Berhormat mengatakan bahawa antara yang menyumbang kepada hemodialisis adalah kerana menghadapi diabetes. Ini memang benar.
Apakah red line ataupun apa yang menjadi prinsip asas kementerian ini?
Apabila berdepan dengan satu situasi di mana pernah berlaku minuman bergula dikenakan test kerana nak kurangkan minum. Tetapi pada waktu yang sama, kita bagi subsidi pada CSR, pada MSM, kita bagi subsidi pula. Nampaknya campur dengan tolak, akhirnya neutral. Ini— apakah peranan agensi seperti Kementerian Kesihatan yang memang sedar kos rawatannya terlalu tinggi, kalau kita bagi, dia akan membawa padah kepada kita?
Kedua, hemodialysis centre ini kita tahu tak cukup. Selain daripada mereka yang merupakan pencarum dalam PERKESO, mereka dapat. Ini satu perkara yang baik, mereka boleh buat rawatan hemodialisis. Tetapi, bagi mereka yang tidak mencarum, boleh tak maklumkan kepada wakil rakyat?
Apa bantuan yang pihak kementerian boleh bagi, sama ada dia perlu melakukan apa— dia kena sediakan tapak sebelum dia buat hemodialisis? Adakah itu juga dirangkumi? Ataupun apakah jenis bantuan yang mereka boleh mohon?
Memandangkan kemampuan ekonomi kita tidaklah seberapa dahulu? Jadi, apakah jawapan daripada Menteri kepada wakil rakyat? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih. Pertama, Dato' Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya, Ayer Hitam ya.
Dato' Yang di-Pertua, mustahak untuk saya tekankan peranan utama Ahli-ahli Parlimen dan ahli wakil rakyat adalah untuk membawa mesej yang saya sebutkan tadi, mesej ANMS kami, Agenda Nasional Malaysia Sihat dan terutamanya adalah Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan. Itu utama, bagi saya, Dato' Yang di-Pertua.
Maknanya, kita mesti bermula dengan pengetahuan, knowledge first. Dan di sinilah kita perhatikan bahawa, terutamanya di luar bandar, Dato' Yang di-Pertua, undiagnosed― kalau kita kata undiagnosed, bagi setiap satu yang ada diabetes ataupun darah tinggi, one is not diagnosed. Bermakna, they are walking time bomb. Surprise? Saya pernah juga membuat on ground work, kita dapati bahawa sometime their BPs sangat tinggi, begitu juga their glucose punya reading, tapi they are still working. They are really time bomb. Jadi, sebab itu kita dengar hari ini berlaku CVA atau cardiovascular accident, strok, IHD. Itu punca utama kematian pramatang adalah serangan jantung.
Jadi, kesemua ini, saya kira adalah tanggungjawab bersama rakan-rakan Ahli Yang Berhormat untuk mendidik rakyat yang mereka sayangi di kawasan masing- masing.
Apa pun yang nak saya sebutkan dari sudut fiskal, dari sudut mengenakan dan menguatkuasakan subsidi dan sebagainya, mungkin boleh saya katakan dalam konteksnya semangat collective responsibility dalam Kabinet, kita saling ingat mengingatkan ya. Saya punya― this is certainly above my pay grade dari segi nak menentukan apa. Sebab, it is not my― bukan punca kuasa saya.
Tetapi, kami dalam Kabinet, kita bekerja as a collective effort, as a teamwork. Kita saling mengingatkan dari sudut bagaimana untuk mengenakan cukai dari sudut to incentivize ataupun de-incentivize cukai kepada gula dan sebagainya itu, pada saya, sentiasa saya mengingatkan kerajaan dan Kabinet. Sebab, berakhir dengan apa yang kita sebutkan, jangan kita...
[Ketawa] Ya, sukar untuk saya sebutkan secara tepat tetapi saya sentiasa mengingatkan keperluan untuk not to subsidize sugar to the extent yang kita tahu kesannya sepertimana yang disebutkan oleh sahabat saya, Yang Berhormat Ayer Hitam sebentar tadi.
Ya, kita juga memerlukan― hari ini, kita juga ada satu National Action Plan for Healthy Kidneys. Itu satu pelan baru yang saya akan lancarkan― 2026–2030 ya.
Dan juga NGO-NGO juga membantu kami. Ada 120 NGO― National Kidney Foundation dan sebagainya. Mereka tolong membantu dan mengurangkan kos dan kesengsaraan, khasnya di luar-luar bandar ya, untuk reduce the cost of getting tiga kali seminggu untuk go and get dialysis done.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang ketiga. Dipersilakan Tuan Syahredzan bin Johan, Yang Berhormat Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Dato' Yang di-Pertua...
Hari ini Chap Go Meh, Soalan saya nombor tiga.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Pengangkutan untuk menjawab.
3. Tuan Syahredzan bin Johan [Bangi] minta Menteri Pengangkutan menyatakan jumlah nilai liquidated and ascertained damages (LAD) yang akan dikenakan terhadap kontraktor Setia Utama LRT3 Sdn Bhd setakat 31 Disember 2025 kerana tidak menepati jadual penyiapan projek LRT3 dan adakah kelewatan melibatkan kegagalan Siemens untuk menyediakan perisian yang memuaskan mengikut jadual, seperti laporan media.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, nilai liquidated and ascertained damages (LAD) harian yang dikenakan ke atas kontraktor utama bagi projek LRT3 adalah sebanyak RM2.7 juta atau RM2.729 juta, 0.024 peratus dari jumlah harga kontrak bagi setiap hari kelewatan. Jika dikira dari tamat lanjutan masa nombor 2 iaitu pada 11 Julai 2025, jumlah hari kelewatan sehingga 31 Disember 2025 adalah sebanyak 174 hari. Ini bermakna pihak kontraktor berhak dikenakan LAD secara kontraktual sebanyak RM474,894,729.
Pihak kontraktor utama sedia maklum berkenaan LAD tersebut dan pihak Prasarana telah pun mendapat jaminan daripada pihak kontraktor utama untuk mengurus dan menyelesaikan kesemua masalah yang berbangkit dalam tempoh masa terdekat.
Selain kegagalan pihak pembekal sistem semboyan iaitu Siemens dalam menyediakan perisian yang memuaskan mengikut jadual yang telah ditetapkan, kelewatan projek juga disumbang oleh beberapa faktor seperti kelewatan pelaksanaan ujian-ujian kritikal, pakej sistem yang lain seperti sistem komunikasi, ujian-ujian integrasi ataupun sistem integration test yang kini telah pun selesai dan beberapa siri kegagalan semasa pengujian larian tanpa gagal atau pun fault-free run.
Fokus utama pihak Prasarana buat masa ini adalah bagi menyelesaikan pengujian FFR yang berbaki lapan set tren. Dan selepas itu, kita akan memulakan proses untuk pentauliahan daripada pihak APAD dan seterusnya dapat dibuka kepada orang ramai. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Bangi untuk soalan tambahan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya fikir ramai warga kota yang menunggu- nunggu bila LRT3 ini akan mula beroperasi. Tetapi, dalam kita melihat ke hadapan, Yang Berhormat Menteri, penting juga untuk kita belajar daripada apa yang telah berlaku. Bak kata sahabat saya, YB Kapar, apa dia lesson learned daripada episod ini.
Maka, saya nak mohon YB Menteri untuk menyatakan, sama ada terdapatnya sekarang ini kawalan dalaman yang akan diperketatkan untuk memastikan bahawa kelewatan projek pengangkutan awam berskala besar seperti LRT3 ini tidak berulang dalam projek yang akan datang supaya kita tak akan melalui situasi yang sama untuk projek-projek di masa hadapan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Sudah tentu setiap projek berskala besar ini ada pengajaran dia ataupun lesson learned. Sudah tentu untuk projek LRT3 ini dia ada banyak faktorlah. Memang mengambil masa yang cukup panjang, tetapi juga perlu lihat bahawa dia disebabkan kelewatan itu berpunca daripada semasa Covid-19, dua tahun itu, memang banyak gangguan terhadap kerja-kerja LRT3.
Tetapi, apa yang untuk LRT3 ini, dia lebih kepada sistem semboyan, sistem signal dan sebagainya dan beberapa ujian kritikal yang tidak dapat diselesaikan ataupun tidak lulus dari segi ujian teknikal. Itu sebabnya kita tidak boleh mengambil risiko untuk membuka perkhidmatan itu kepada orang ramai sehinggalah pihak berkuasa ataupun pihak kerajaan berpuas hati terhadap semua ujian yang telah pun dilakukan.
Ini sesuatu yang sangat penting untuk keselamatan dan juga keselesaan orang ramai. Walaupun saya faham bahawa ini akan memberikan kehampaan kepada orang ramai kerana setiap kelewatan itu, ramai yang telah menunggu sejak tahun lepas, tetapi kita perlu mengambil langkah-langkah yang lebih berhati-hati dan berwaspada.
Apa yang disebabkan kelewatan itu akan sudah tentu akan ada tindakan yang akan diambil terhadap pihak kontraktor. Selepas projek ini siap nanti, sudah tentu ada pelbagai tuntutan dan sebagainya akan dibuat. Ini merupakan pengajaran juga kepada pihak kontraktor supaya dapat merancang dan juga untuk melaksanakan projek mereka mengikut kontrak yang telah pun ditetapkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Timbalan Speaker. Untuk makluman Menteri, Bangi dan Kapar ini ahli PAC. Jadi, tentang projek lewat, kos meningkat, rakyat susah.
Jadi, soalan tambahan saya. Sebagai pengajaran kepada apa yang telah berlaku di LRT Laluan Kelana Jaya, adakah kementerian boleh menyatakan secara terperinci jumlah peruntukan penyelenggaraan tahunan yang tersedia untuk LRT3 apabila ia nya mula beroperasi? Ataupun, adakah model kewangan dan struktur subsidi semasa membolehkan operator membina rizab penyelenggaraan jangka panjang yang mencukupi?
Dan mungkin boleh dijelaskan sedikit dalam Dewan yang mulia ini kepada hasil dapatan awal kenapa kerap berlaku breakdown di LRT Laluan Kelana Jaya.
Adakah kerana memang peruntukan tidak mencukupi atau pun ada perkara lain yang tidak lagi didedahkan kepada umum?
Dan saya ada gambar Menteri di sini, cantik di sini... [Sambil menunjukkan sekeping kertas bergambar] Juga berkenaan dengan 26 set tren baharu LRT yang Laluan Kelana Jaya.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Kos RM1 bilion itu untuk train sahaja atau merangkumi penyelenggaraan?
Terima kasih Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan.
Tuan Loke Siew Fook
Yang pertamanya, tidak ada soal, tidak kita memotong kos untuk penyelenggaraan. Ini sesuatu yang saya di peringkat Kementerian Pengangkutan amat menitikberatkan kepada pihak Prasarana. Pihak Prasarana ini dia merupakan sebuah syarikat GLC yang dipunyai oleh Kementerian Kewangan ataupun MOF Incorporated. Syarikat kerajaan lah dan bukannya dia sebuah syarikat swasta. Itu pertama yang perlu difahami.
Yang keduanya, memang tidak ada mana-mana perkhidmatan pengangkutan awam, terutama dalam negara kita termasuklah Prasarana yang boleh berdikari dari segi kewangan. Maksudnya dari segi pungutan tambang itu mencukupi untuk perbelanjaan operasi pihak Prasarana.
Yang pertamanya, kerajaan melabur banyak dari segi untuk membina infrastruktur. Kita ada pelbagai model untuk membina infrastruktur. Ada sebahagian infrastruktur dibina melalui DE ataupun peruntukan pembangunan seperti yang diluluskan dalam Parlimen melalui anggaran pembangunan. Tetapi ada banyak projek-projek juga dibiayai melalui off-balance sheet ataupun seperti dalam kes LRT3 dan sebagainya ini, ini melalui sukuk yang dijamin oleh kerajaan. Jadi, itu pertama.
Yang kedua, dari segi perbelanjaan ataupun kos yang telah pun diluluskan itu, itu untuk projek. Tetapi untuk penyelenggaraan, sudah tentu akan ada perbelanjaan lain yang perlu dipohon oleh pihak Prasarana kepada pihak Kementerian Kewangan untuk mendapat kelulusan untuk sukuk, dibiayai sepenuhnya, hampir sepenuhnya melalui sukuk.
Jadi, kita menghadapi masalah dari segi kewangan itu memang sesuatu yang sangat berat kepada pihak Prasarana kerana dari segi jumlah hasil ataupun jumlah kutipan tambang itu memang tak mencukupi. Dia perlu dibiayai melalui tambahan melalui sukuk yang dibenarkan. Tetapi walaupun kita menghadapi pelbagai kekangan kewangan itu, tetapi dari segi penyelenggaraan tidak dikompromikan.
Tidak ada apa-apa potongan terhadap isu penyelenggaraan.
Dan untuk projek-projek yang akan datang, sudah tentu kita juga akan melihat dari segi skop keseluruhan kos tersebut. Bukan sahaja untuk membiayai pembelian train set tersebut, tetapi juga akan melihat kepada aspek long-term service agreement. Ini sesuatu yang merupakan lumrah atau banyak practice, best practices oleh operator-operator di luar negara, di mana dari segi kos penyelenggaraan itu telah pun diletakkan secara long-term ataupun satu kontrak yang lebih panjang.
Sebelum ini memang tidak ada long-term service agreement. Dia belanja untuk mendapatkan penyelenggaraan, kadangkala dalam in-house juga ada team penyelenggaraan dia dan sebagainya. Tetapi sekarang ini kita juga nak berunding dengan pihak OEM. Semasa mereka membekalkan set train itu, mereka juga membekalkan long-term service agreement. Itu untuk menjamin satu sistem ataupun satu rejim penyelenggaraan yang lebih komprehensif.
Jadi, saya nak sekali lagi memberikan jaminan bahawa dalam aspek walaupun kewangan itu sukar untuk kita recover cost, tetapi dalam aspek penyelenggaraan, saya sentiasa memberikan arahan kepada Prasarana supaya tidak sesekali memotong apa-apa peruntukan untuk penyelenggaraan kerana kalau kita berkompromi dari segi penyelenggaraan, masalah dan musibahnya lebih besar kepada pihak pengguna. Dan memang dalam perkara ini, kita amat-amat berhati-hati dan amat serius dan komited untuk memastikan pihak Prasarana dan juga operator- operator pengangkutan awam lain memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Dan juga dari segi gangguan-gangguan itu, dia bukan disebabkan oleh potongan dari segi penyelenggaraan. Untuk LRT Kelana Jaya lain, memang kita mengakui bahawa dalam beberapa hari yang lalu ini, memang ada beberapa gangguan yang telah pun memberikan kesusahan kepada orang ramai.
Dan itu disebabkan yang pertamanya, kita punya sistem LRT ini memang ada sebahagian tren itu memang ya lah tren yang telah pun lama, yang sepatutnya telah pun perlu ditukar. Dan memang tindakan telah diambil. Pembelian atau procurement untuk set tren yang baru telah pun dibuat. Tetapi dia akan mengambil masa dalam dua tahun lagi baru sebahagian besar tren baru itu akan sampai.
Jadi, saya nak memberikan sekali lagi satu jaminan kepada Dewan Yang Mulia ini bahawa Kementerian Pengangkutan sentiasa akan meletak prioriti kepada keselesaan dan keselamatan pengguna. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang keempat. Dengan ini dipersilakan Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib, Yang Berhormat Parit. Silakan Yang Berhormat.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 4.
4. Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib [Parit] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan strategi menangani peningkatan jenayah kecil dan jenayah harta benda di kawasan perumahan rakyat terutamanya di kawasan yang berkepadatan tinggi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Dalam Negeri untuk menjawab soalan ini.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Parit. Parit ingin tahu, apakah langkah yang pihak polis ambil untuk menangani isu jenayah kecil dan jenayah harta benda di kawasan yang penduduk padat. Baik, bila penduduk padat, hubungan kejiranan itu longgar. Bila kawasan itu padat, kawalan sosial menjadi kurang. Bila kawasan padat, maka risiko berlaku jenayah itu tinggi. Itu dia punya problem statement dia.
Sebelum kita nak atur strategi atau pendekatan nak atasi, kita set dulu apa kita nak buat. Yang pertama, kita mesti mengukuhkan kawalan sosial. Yang kedua, kita mesti mengurangkan ruang berlaku jenayah, tutup ruang. Dan yang ketiga adalah kita mesti meningkatkan kepercayaan antara masyarakat dengan polis. Jadi, apa pendekatan kita gunakan? Kita gunakan pendekatan kepolisan berteraskan komuniti.
Baik, ada tiga perkara kita nak capai dari segi strateginya. Yang pertama, kita tekankan penglibatan dan kerjasama komuniti. Boleh jadi KRT, SRS, persatuan penduduk, NGO, sekolah, pemimpin tempatan, bahkan kita ada program 1 Masjid 1 Polis, macamlah PPS di sekolah. Baik.
Yang kedua, adalah strategi pencegahan berasaskan masalah. Masalahnya apa? Kawasan penduduk padat misalnya ada kawasan lorong-lorong gelap ataupun berlaku insiden dadah yang tinggi ataupun kes pengangguran yang tinggi. Itu semua masalah yang boleh mendorong kepada berlaku jenayah. Jadi, pihak polis akan kerjasama dengan PBT. Kalau kawasan gelap, PBT tolong pasang lampu misalnya ataupun polis tingkatkan rondaan.
Yang ketiga adalah omnipresent. Polis itu dilihat hadir dan berada di kawasan itu. Jadi, melalui Unit Rondaan Bermotosikal (URB), ataupun Mobile Patrol Vehicle
(MPV) atau Unit Polis Pelancong. Tak cukup dengan itu, kita ada lagi inisiatif yang kita sebut Volunteer Smartphone Patrol.
Sekarang ini Yang Berhormat, ada 1.6 juta orang awam yang berdaftar dalam program volunteer ini dengan phone dia, tapi dia akan jadi mata dan telinga, melaporkan maklumat tentang potensi berlaku jenayah atau sudah berlaku, dia orang pertama sampaikan. Dan ini penting, 1.6 juta kalau lagi tinggi lagi bagus.
Maknanya tak ada insiden jenayah akan terlepas, melainkan akan dapat dikesan oleh public sendiri, orang awam sendiri. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Parit untuk soalan tambahan.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Terima kasih kepada YB Menteri. Terima kasih Yang di-Pertua. Soalan saya, adakah kementerian mempunyai data khusus berkaitan dengan profil pelaku ini? Adakah kebanyakan mereka daripada kumpulan yang terancang atau individu-individu atas faktor ekonomi dan sebagainya?
Soalan saya kedua berkaitan dengan adakah pihak kementerian bercadang untuk menambah atau mewujudkan CCTV? Tadi Menteri dah sebut memasang lampu-lampu. Tapi di kawasan hotspot mungkin perlu CCTV. Jadi, adakah kerajaan bercadang untuk memasang CCTV-CCTV? Kalau kita tengok di negara-negara luar, banyak CCTV di merata tempat, tapi memadai dengan kawasan-kawasan hotspot ini, sebaiknya ada CCTV. Jadi, adakah kerajaan bercadang untuk melakukan demikian? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih Yang Berhormat Parit. Tentunya, bila kita cakap tentang jenayah kecil dan juga jenayah harta benda dalam soalan asal, Tan Sri di-Pertua faham, bekas pegawai polis, yang ini kita merujuk kepada kes curi motokar, curi motosikal, curi van, curi lori, curi kenderaan berat ataupun pecah rumah. Ini dalam klasifikasi pihak polis, ini kita anggap sebagai di bawah jenayah harta benda.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Dan berpandukan kepada statistik ini, pihak polis akan membuat pemetaan
(mapping) negeri mana, kawasan mana, daerah polis mana yang paling tinggi kes ini. Misalnya, kalau saya ambil dua statistik yang terbaru dua tahun ini 2024–2025.
Tahun 2024–2025. Seluruh negara, kalau jenayah harta benda yang saya sebut tadi, paling tinggi adalah Terengganu bagi data tahun 2024. Terengganu tinggi, 11,910. Kemudian tahun 2025 sepanjang 2025, Terengganu meningkat kepada 12,528, itu paling tinggi. Diikuti dengan Melaka, kemudian Perlis, kemudian Kedah, kemudian Selangor. Ini jenayah harta benda.
Jenayah harta benda ini selalunya pelakunya tidak bersifat sebagai kumpulan jenayah terancang (organized crime). So, dari segi statistik data ini penting sebab dia memandu kita.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
[Bangun]
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
[Bangun]
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Barulah kita nak padankan strategi pencegahan. Di Bukit Aman, tugas hakiki di bawah tajuk yang sedang kita bercakap ini adalah di bawah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bangun]
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Jadi, berpandukan kepada angka yang saya tunjukkan tadi, trend 2024 dan 2025 ini, trend dia menurun. Jadi, saya bolehlah katakan sikit sebanyak adalah kesan daripada inisiatif yang tadi saya kemukakan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Mengenai jenayah kecil ini, bukan sahaja di kawasan perumahan yang padat tapi juga di kampung-kampung di luar bandar, Menteri.
Dari segi dimensi pemulihan dan pencegahan yang berulang, kalau kita lihat statistiknya, menunjukkan peningkatan sebanyak 28.4 peratus dalam bilangan banduan ataupun yang pesalah yang telah dimasukkan dalam penjara yang disabitkan kepada kesalahan.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Dan apabila mereka telah keluar daripada penjara, saya ingin bertanya, apakah program intervensi spesifik di luar penjara yang dilaksanakan untuk kita memastikan bahawa bekas pesalah ini apabila mereka kembali ke kawasan perumahan rakyat ataupun balik ke kampung, mereka tidak terjebak semula dalam menjalankan aktiviti jenayah-jenayah kecil. Mohon penjelasan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih rakan saya dari Betong. Apabila pelaku jenayah itu telah diberikan proses keadilan sewajarnya, maknanya dia ditangkap, disiasat, dibawa ke muka pengadilan, kemudian dijatuhkan hukuman sabitan, kemudian dia telah selesai semua proses merayu, maka dia akan ditempatkan di penjara.
Baik, saya mohon untuk membetulkan angka Yang Berhormat sebut tadi. Ini angka residivisme. Residivisme maknanya apabila seorang itu selesai menjalani hukuman dalam tembok penjara, dalam julat tiga tahun selepas dia dibebaskan, dia patah balik tak? Jadi, kita sekarang ini adalah pada kadar 11 peratus, sekarang.
Tapi, bagi kategori mereka yang telah disabitkan hukuman, tapi kita ada beberapa program yang mereka tak ditempatkan dalam institusi, terutama bagi kesalahan kecil. Di bawah kesalahan kecil, katalah hukuman tiga tahun ke bawah, okey dia berada dalam tembok penjara sekian tempoh, kemudian di hujung-hujung tempoh pembebasan, dia tak ada dalam penjara. Kita letak dia di luar melalui pelbagai inisiatif program lah dan kita padankan dia dengan majikan dan majikan mengambil mereka bekerja.
Misalnya, Tan Sri Yang di-Pertua, kita sewa Pusat Latihan Khidmat Negara yang masih banyak lagi kosong. Kita bayar. Sewa, kita tempatkan mereka ini di situ.
Kemudian pagi, mereka pergi bekerja. Kerjalah kilang pemasangan body motosikal kah, dia kerja di kilang kah, tempat cuci kereta kah, petang dia balik. Begitulah rutin dia sehingga dia bebas. Bagi kategori ini, yang di hujung-hujung tempoh pembebasan, kita letakkan dia di luar dan bekerja, bagi setiap 800 orang yang bebas, satu saja patah balik melakukan kesalahan.
Yang ini kadar residivisme dia sangat-sangat kecil. Kerana itu, Yang Berhormat ingin tahu, apakah langkah intervensi bagi memastikan mereka tidak kembali terjebak. Cerita dia, apabila pintu penjara dibuka sekali pun, Jabatan Penjara masih lagi menjalankan inisiatif untuk mengasuh mereka ini.
Sepatutnya, Jabatan Penjara dah selesai dah, masyarakat patut ambil. Tetapi stigma masyarakat ini kadang-kadang mereka melihat pelaku ini sebagai tak ada tempat. Sebab itu, saya sebut bahawa jangan sampai masyarakat menwujudkan penjara kedua pula untuk mereka. Bila mereka merasa tersisih, itu akan menjadi push factor kepada mereka untuk kembali melakukan jenayah. Itu yang cuba kita kurangkan dan itu menjadi tanggungjawab kita semua. Terima kasih.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tan Sri Speaker, boleh bagi jawab satu soalan lagi?
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput...
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Boleh tambah satu soalan?
Tuan Yang di-Pertua
Tak boleh Yang Berhormat.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Dato Anyi Ngau, Baram, silakan.
Dato Anyi Ngau - Baram
Terima kasih. Tan Sri Speaker, soalan saya nombor 5.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
5. Dato Anyi Ngau [Baram] minta Menteri Kewangan menyatakan perancangan kementerian berkenaan perkhidmatan perbankan di pekan-pekan luar bandar di Sarawak yang sedang berkembang pesat seperti Pekan Long Lama, Beluru dan Bario di kawasan Baram.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Yang Berhormat Baram. Pihak kerajaan dan Bank Negara Malaysia sentiasa peka terhadap keperluan mendapatkan akses kewangan di kawasan luar bandar. Perkhidmatan kewangan yang lazimnya ditawarkan termasuk pertama, cawangan bank dan Mesin Terminal Layan Diri (SST).
Kaedah kedua, ejen bank yang menawarkan perkhidmatan perbankan asas seperti penyimpanan dan pengeluaran deposit, khidmat pemindahan dana, pembukaan akaun, pembayaran balik pembiayaan dan pembayaran bil utiliti, terutamanya di kawasan pedalaman yang jauh dari cawangan bank. Ejen bank terdiri daripada entiti perniagaan seperti kedai runcit, stesen minyak, pejabat pos dan koperasi yang dilantik oleh pihak institusi perbankan.
Kaedah ketiga ialah Inisiatif Bank Bergerak (BBI) yang menawarkan perkhidmatan perbankan asas termasuk penyimpanan dan pengeluaran wang serta khidmat nasihat mengenai perbankan secara digital. Kerajaan juga menggalakkan rakyat untuk melakukan urusan perbankan secara digital di mana transaksi perbankan boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa secara selamat.
Antara kemudahan perkhidmatan kewangan di sekitar kawasan Parlimen Baram termasuk:
(i) dua lokasi ejen bank dan satu lokasi ATM di Long Lama;
(ii) dua cawangan bank dan satu lokasi ejen bank dan satu lokasi ATM di Beluru; dan
(iii) dua lokasi ejen bank dan satu lokasi ATM di Bario.
Kerajaan sentiasa berusaha untuk merapatkan jurang bagi memastikan perkhidmatan kewangan dan dapat diperluaskan kepada kawasan-kawasan luar bandar. Sebarang permohonan atau cadangan pembukaan cawangan institusi perbankan di kawasan tertentu boleh terus diajukan kepada bank-bank yang berkenaan. Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Baram.
Dato Anyi Ngau - Baram
Terima kasih Tan Sri Speaker dan terima kasih kepada Timbalan Menteri atas jawapan yang saya rasa cukup lengkap. Namun, saya nak cadangkan kepada kementerian supaya perkhidmatan ATM ini yang sedia ada di Pekan Long Lama dan juga di Pekan Beluru ditambahkan dengan perkhidmatan untuk mendepositkan tunai. Ini adalah oleh kerana di kedua-dua kawasan ini sekarang ada ATM yang ada dekat situ untuk mengeluarkan duit saja.
Dan di samping itu, saya juga mohon pertimbangan dan penjelasan daripada pihak kementerian, sama ada kementerian dapat mewujudkan perkhidmatan yang sama di Pekan Lapok. Sebab Pekan Lapok ini adalah pusat pentadbiran daerah kecil dan saya yakin bahawa dengan perkhidmatan yang serupa, maka penduduk- penduduk di kawasan sekitar ini dapat menikmati perkhidmatan bank kerana jarak mereka dari pusat bank adalah di Miri ataupun Marudi.
Mohon penjelasan dan pencerahan daripada pihak Timbalan Menteri.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Yang Berhormat Baram. Memang ini adalah cadangan-cadangan yang sangat baik. Saya akan bincang dengan Bank Negara dan juga saya akan juga bincang dengan Bank Simpanan Nasional yang lazimnya memberi perkhidmatan di kawasan luar bandar.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Berkaitan dengan perkhidmatan perbankan luar bandar seperti di Sarawak. Di Sarawak ni saya nak kait dengan kawasan sayalah kawasan Padang Terap yang juga kawasan di luar bandar. Kita lihat mutakhir ni, perbankan luar bandar semakin bergantung kepada perkhidmatan digital seperti e-dompet, QR code, perbankan mudah alih.
Jadi, soalan saya, bagaimanakah pihak kementerian menyelaras pelaburan dalam infrastruktur digital, termasuklah aspek liputan Internet 4G, 5G kerana cabaran di luar bandar ni ialah liputan Internet yang lemah dan pengetahuan tentang digital.
Jadi, bagaimanakah pihak kementerian menyelaras pelaburan dalam infrastruktur digital untuk perbankan luar bandar. Terima kasih.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih. Nampaknya Yang Berhormat sama dengan saya. Kita harap ada perkembangan pengliputan digital di seluruh negara, terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar supaya membantu rakyat mengguna pakai perkhidmatan bank melalui pendigitalan. Kerajaan akan memastikan ini berlaku dan walaupun ini di bawah bidang kuasa Kementerian Digital, tapi secara whole-of-government ini memang satu usaha yang kerajaan ingin laksanakan.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed, Kuala Terengganu.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Terima kasih Tan Sri. Assalamualaikum, soalan saya nombor 6.
6. Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan gambaran kapasiti penyelidikan pertanian negara terkini daripada segi trend peruntukan R&D, bilangan penyelidik dan bidang keutamaan serta tindakan konkrit kerajaan menangani persaraan penyelidik senior, jurang kepakaran kritikal dan kelewatan pemindahan teknologi supaya inovasi sampai ke ladang secara telus berkala.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Yang di-Pertua. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sentiasa mempergiatkan aktiviti Penyelidikan, Pembangunan Pengkomersialan dan Inovasi (R&D&C&I) sebagai pemangkin dalam sektor agromakanan. Ia nya diberi tumpuan melalui inisiatif penyelidikan kementerian, terutama sekali Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
(MARDI), Penyelidikan Veterinar dan Institut Penyelidikan Perikanan.
Strategi ini dipacu oleh Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2030 yang menggariskan (R&D&C&I) dan teknologi sebagai pemangkin kepada transformasi sistem agromakanan Malaysia yang cekap, berdaya tahan mampan dan terangkum menjelang 2030. Dana R&D&C&I merupakan salah satu faktor kritikal bagi merealisasikan keperluan penyelidikan yang mampan.
Di bawah Rancangan Malaysia ke-12, RM246.79 juta bagi pelaksanaan 31 program yang diperlaksanakan secara kolaborasi. Di bawah Rancangan Malaysia ke-13, lebih RM200 juta diperuntukkan bagi aktiviti (R&D&C&I) tadi. Antara pencapaian yang signifikan telah— ialah pembangunan variety dan baka baru dan berdaya tahan untuk menyokong perkembangan industri bekalan benih dan pembiak baka tempatan, termasuk varieti padi MRQ103 Maria.
Kawasan tadahan hujan MR326 Kesidang, variety kelapa rendah, hasil tinggi Malayan Brown Drought. Ini MKL-8, MKL-9, MKL-10. Re-circulating agriculture system termasuk pembangunan benih ikan berkualiti bagi menyokong industri agrikultur negara. Ini banyaklah penyelidikan yang dibuat. Di samping itu, tahap kesediaan pengeluar makanan untuk mengguna pakai teknologi telah dipertingkatkan melalui program pemindahan teknologi yang berstruktur, pembimbingan teknikal, latihan praktikal, serta sokongan dalam peningkatan kualiti produk, pemanjangan jangka hayat dan pematuhan pensijilan.
Tumpuan penyelidikan semasa diberi kepada Pemodenan Agromakanan merangkumi komuniti padi, buah-buahan, sayur-sayuran, tanaman industri dan subsektor ternakan serta perikanan. Untuk mempercepatkan pembinaan teknologi, proses ini berlaku secara berterusan untuk menfaat golongan sasar. Kementerian melalui jabatan dan agensi di bawahnya telah memperkemas ekosistem pembinaan teknologi agar seluruh dengan memperkukuh peranan agensi pembangunan dan menggalakkan penglibatan, penglibatan awal industri dan komuniti tani bagi memastikan teknologi yang dibangunkan adalah praktikal, economic dan mudah digunapakai.
Seramai 684 orang penyelidik sedang berkhidmat di kementerian dan Institut- Institut Penyelidikan Kementerian di pelbagai peringkat kepakaran, dengan kapasiti pengisian 93 peratus daripada jumlah perjawatan. Kementerian melaksanakan pelan pergantian dan pembangunan bakat sebagai satu pendekatan berstruktur yang membolehkan pembinaan ilmu, bimbingan dan latihan dilaksanakan secara berperingkat bagi mengelakkan jurang kepakaran penyelidik.
Seterusnya, memastikan kesinambungan fungsi penyelidikan secara mampan selain itu aktiviti pemilihan ilmu dipergiatkan dengan pengukuhan kerjasama dengan universiti, industri dan rakan antarabangsa. PKKM komited dalam memastikan kepasaran penyelidikan pertanian akan terus relevan dan mampan di negara kita ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Kuala Terengganu, soalan tambahan.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Terima kasih Menteri. Memandangkan sektor pertanian negara sepertimana yang disebut tadi, baguslah ada rancangan apa ini dengan bilangan apa ini pegawai R&D yang ramai tetapi kita berhadapan dengan masalah isu tenaga kerja pendidik yang menua makin orang lama ramai yang apa ni ageing workforce dan persaraan pakar- pakar yang senior di agensi berkaitan.
Adakah kerajaan bercadang mewujudkan skim mentor-mentee pakar penyelidik yang formal atau melantik semula pakar yang pesara sebagai resident fellow untuk tempoh transisi bagi memastikan jurang kepakaran kritikal seperti bioteknologi benih dan kecerdasan buatan di dalam pertanian dapat dipindahkan kepada penyelidik muda sebelum mereka bersara secara wajib. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih. Itu satu soalan yang baik dan perlu kita menghadapi perkara ini. Memang dalam perkara ini Yang Berhormat, kita lihat case by case sebab misalnya seorang penyelidik nak sampai ke peringkat pakar itu, memanglah dia ada ilmu yang cukup tinggi dan perbelanjaan ke hadap orang itu untuk berkursus pelbagai peringkat. Oleh itu, case by case kalau ada orang- orang seperti itu, kita akan memohon kepada pihak Kementerian Kewangan atau dan sebagainya untuk mereka dilanjutkan sebab pakar ini dia tak bergantung sangat kepada umur.
Kadang 60 tahun dia kena bersara, tapi dia masih lagi sihat. Macam saya, lebih 60 tahun, masih sihat.
[Ketawa] Saya harap Kuala Terengganu pun akan jadi macam itu. Tapi kita case by case sebab saya amat penting misalnya hal benih, hal penyelidikan, hal semuanya itu. Kadang-kadang 60 tahun itu baru peringkat baru nak matang dalam hal research. Melainkanlah kalau kerja-kerja fizikal yang lain sebab itu kita akan lihat case by case. Saya terima kasih di atas soalan itu.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih kepada Tan Sri Speaker atas peluang yang diberikan. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Menteri ketika menjawab soalan asal daripada Yang Berhormat Kuala Terengganu tadi. Saya menghargai peranan komitmen kerajaan dengan pendanaan yang besar. Saya memetik apa yang Yang Berhormat Menteri sebut tadi, variety padi untuk ialah antara yang menjadi target ataupun fokus kepada penyelidikan kita.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya nak tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Adakah baka atau benih variasi padi yang baharu itu boleh membantu kita untuk mengekang kemerosotan SSR kadar sara diri yang semakin hari semakin merudum hari— saya gunakan perkataan ini. Sebab saya difahamkan lima tahun dulu, kita di tahap 70 peratus SSR.
Hari ini hanya sekitar 50 peratus. Dah lah nasi itu makanan ruji rakyat Malaysia. Itu makanan nombor satu. Jadi, mohon pandangan daripada Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Isu padi, isu berulang kali dijawab di Parlimen ini. Masa 71 peratus, kita berada di kemuncak. Kemudian, kita hilang lebih 20,000 hektar akibat daripada pembangunan, perumahan, yang lain-lain ditukar kawasan sawah kepada perkara-perkara lain. Hal padi ini dia tidak boleh bertindak secara solo. Semua kerjasama kerajaan negeri perlu, terutama soal tanah yang perlu kita— yang diperlukan untuk membuka kawasan-kawasan baharu.
Sekarang ini kerjasama memang nampak tetapi nak dapat hasil meningkat itu dia akan mengambil masa. Memang MARDI mengeluarkan hasil-hasil padi yang hasil tinggi, tetapi teknologi penjagaan juga perlu. Misalnya kita lihat secara bulanan, secara tahunan dia tetap tinggi misalnya di Sekinchan dan di Selangor, dia pergi hingga tujuh hingga 12 tan. Tetapi di kawasan-kawasan lain, masih lagi di peringkat 4.5 atau 5.5 tan. Ini yang perlu kita tingkatkan.
Hal padi, kita kata semua dalam tanggungjawab bersama. Terutama kerajaan negeri, kita minta kalau ada permohonan hal-hal tanah yang sesuai, naklah diberi supaya kita hilang lebih 20,000 hektar dan alhamdulillah sekarang Sarawak, Sabah di antara yang bersedia untuk menyediakan tanah-tanah yang tidak diusahakan untuk dipulihkan kawasan padi ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya kita bergerak kepada Tuan Chong Zhemin, Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 7.
7. Tuan Chong Zhemin [Kampar] minta Menteri Pendidikan menyatakan langkah kementerian menangani masalah keciciran murid sekolah menengah khususnya dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Kampar. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-undang Pendidikan 2025 melibatkan pindaan kepada Akta Pendidikan 1996 yang antaranya memasukkan seksyen 32A, bertujuan memberikan kuasa kepada Menteri untuk menetapkan pendidikan menengah menjadi pendidikan wajib. Justeru, dasar pendidikan wajib sedia ada akan dilanjutkan daripada pendidikan rendah sehinggalah ke pendidikan menengah.
Penetapan pendidikan menengah menjadi pendidikan wajib merupakan satu komitmen Kerajaan MADANI berteraskan nilai Ihsan bagi memastikan tiada anak warganegara yang terpinggir dalam arus pendidikan. Usaha memperkenalkan pendidikan wajib sehingga peringkat menengah adalah langkah strategik bagi menjamin setiap murid mendapat pendidikan yang berkualiti dan tidak tercicir dari sistem persekolahan.
Bagi memastikan faktor kemiskinan tidak menjadi penghalang pendidikan, KPM menyediakan 18 jenis bantuan sekolah yang terdiri daripada 13 jenis bantuan khusus dan lima jenis bantuan umum. Bagi murid sekolah menengah daripada keluarga berpendapatan rendah, bantuan seperti Biasiswa Kecil Persekutuan, Bantuan Awal Persekolahan diperkukuh untuk meringankan beban keluarga dan memotivasi murid untuk kekal bersekolah. Selain sokongan kewangan, kemudahan asrama harian disediakan bagi murid yang tinggal jauh dari sekolah, termasuklah murid daripada keluarga berpendapatan rendah.
KPM memberi tumpuan khusus kepada fasa kritikal iaitu transisi dari sekolah rendah ke sekolah menengah serta transisi dari sekolah menengah rendah ke menengah atas. Khusus bagi kawasan pendalaman dan luar bandar, program Sekolah Komprehensif 9 (K9), dan program Sekolah Model Khas Komprehensif 11
(K11) dilaksanakan bagi mengurangkan risiko keciciran transisi dengan membolehkan murid kekal di sekolah yang sama dari Tahun 1 hingga Tingkatan 3 bagi sekolah K9 dan sehingga Tingkatan 5 bagi program K11.
Bagi kawasan pedalaman yang mempunyai kekangan geografi unik, inisiatif inovatif seperti program Sekolah Terapung Tasik Banding dilaksanakan agar pendidikan tetap dapat disampaikan walaupun di lokasi yang sukar dicapai. Usaha ini diperkuatkan lagi di peringkat akar umbi melalui program outreach murid cicir di semua Pejabat Pendidikan Daerah dengan kerjasama komuniti setempat.
Bermula tahun 2025, Sistem Pengesanan Murid KPM (SiPKPM) telah pun ditambah baik bagi meramal laluan pendidikan dan juga kerjaya murid khususnya bagi golongan berisiko cicir dan juga golongan cicir. Keupayaan ramalan ini membolehkan guru bimbingan dan kaunseling melaksanakan intervensi yang lebih bersasar, cekap dan juga berkesan.
Mulai sesi persekolahan tahun 2026, KPM akan terus menambah baik SiPKPM dengan membangunkan Modul Intervensi Murid Cicir Dan Murid Berisiko Cicir berintegrasi kecerdasan buatan (AI). Modul tambahan ini akan menganalisis data penting seperti corak kehadiran, pencapaian ekonomi dan sebagainya dan berdasarkan analisis terperinci ini, sistem ini akan mengesyorkan bentuk intervensi yang paling sesuai untuk memastikan tindakan susulan adalah lebih berfokus, tepat dan juga berkesan. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Kampar untuk soalan tambahan.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya kepada Timbalan Menteri, apakah indikator prestasi utama yang ditetapkan oleh kementerian untuk mengukuh keberkesanan langkah untuk menangani keciciran murid sekolah terutama di kalangan keluarga yang berpendapatan rendah dan apakah jangka masa panjang yang kita boleh nampak tempoh hasilnya dapat dilihat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sila Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Yang Berhormat Kampar atas soalan tambahan yang telah pun diajukan. Tadi dalam jawapan saya, saya tersebut berkenaan dengan Sistem Pengesanan Murid KPM (SiPKPM) yang mana sistem ini telah pun dibangunkan dan juga di mula gunakan pada tahun lepas, mulai pada awal tahun lepas. Yang mana dalam sistem ini kita mempunyai satu dashboard yang mana datanya akan dikemas kini setiap hari dan datanya adalah bersifat dinamik.
Dan berkenaan dengan indikator prestasi. Dalam sistem ini kita ada merekodkan berkenaan dengan data keciciran dan juga data murid yang berisiko cicir dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kampar, secara keseluruhannya pada tahun 2024 peratusan keciciran bagi anak-anak kita di sekolah KPM adalah sebanyak 0.31 peratus dan ia telah pun menurun kepada 0.29 peratus pada tahun 2025 dan kami yakin bahawa dengan usaha yang dilaksanakan, usaha berpanjangan yang dilaksanakan, peratusan keciciran ini dapat kita tangani da dapat kita kurangkan setiap tahun dan dengan bantuan dan juga pemantauan dalam Sistem Pengesanan Murid KPM yang dikemas kini dan ditambah baik dari semasa ke semasa. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya menyebut Kuala Krau.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Speaker.
Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), telah mendedahkan satu realiti yang amat menggerunkan bagi masa depan modal insan di mana dianggarkan sebahagian besar daripada 1.12 juta tenaga gig adalah belia seawal usia 15 tahun.
Ini adalah pertunjuk jelas di mana murid sekolah menengah terutamanya di kalangan B40 memilih untuk meninggalkan bangku sekolah tanpa sebarang sedia kelulusan demi mengejar pendapatan harian yang sementara.
Jadi soalan saya, sejauh manakah keberkesanan mekanisme pemantauan kementerian dalam menjejaki kaitan langsung antara trend gigification ini dengan kadar keciciran murid bagi memastikan mereka tidak terperangkap dalam kategori buruh yang tidak mahir semua hidup? Dan adakah kerajaan bersedia untuk memperkenalkan suatu intervensi atau insentif tertentu kepada keluarga miskin tegar ini sebagai langkah drastik bagi mengurangkan keciciran pendidikan agar anak-anak ini tidak merasa terpaksa mengorbankan masa depan mereka demi kelangsungan kehidupan keluarga mereka sendiri? Terima kasih Yang di-Pertua.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau atas soalan yang dikemukakan. Nombor satu, berkenaan dengan usaha daripada KPM untuk memastikan bahawa anak-anak kita mempunyai peluang untuk ke sekolah dan juga dapat meneruskan persekolahan masing-masing. Nombor satu, selalu kita tekankan adalah berkenaan dengan bantuan persekolahan yang telah pun KPM sediakan.
Tadi saya ada sebut 18 jenis bantuan diberikan termasuklah elaun murid berkeperluan pendidikan khas, rancangan makanan— bantuan dan pakaian seragam beruniform, Bantuan Awal Persekolahan, bantuan perjalanan dan pengangkutan murid asrama, bantuan makanan prasekolah, Bantuan Geran Per Kapita dan sebagainya.
Tuan Wong Kah Woh
Ini adalah bantuan-bantuan yang telah pun disediakan dan pendidikan yang kita sediakan itu adalah pendidikan percuma. Itu nombor satu.
Nombor dua, dari segi bagaimana kita dapat memastikan data atau pemantauan yang kita laksanakan itu adalah straight to the point ataupun tetap pada sasarannya. Dalam sistem SiPKPM yang telah pun saya sebut tadi, sememangnya apabila kita meneliti isu keciciran, kita mempunyai satu carta berkenaan dengan indikator cicir iaitu dari segi kehadiran, pencapaian akademik, salah laku disiplin, jarak rumah, pendapatan isi rumah, status ibu bapa dan status OKU.
Maka, pendapatan isi rumah merupakan salah satu indikator bagi pihak KPM dalam sistem SiPKPM untuk meneliti dan menentusahkan pelajar-pelajar mana yang berisiko untuk cicir. Yang berkenaan dengan berisiko cicir itu kita ada. Asingkan kepada berisiko rendah, berisiko sederhana dan berisiko tinggi. Dan daripada ke semua kategori ini dan daripada indikator cicir ini, maka KPM melalui SiPKPM, turut akan menyediakan ataupun menentukan langkah-langkah intervensi yang kita kena ambil.
Setiap keciciran itu ada isu dan juga faktornya sendiri dan untuk setiap murid dalam sistem itu, ini kita dapat mengesan setiap murid yang berisiko cicir dan murid yang cicir dan bagaimana kita mengembalikan mereka dan memastikan mereka balik ke sekolah untuk mengikuti pembelajaran dan usaha ini akan diteruskan. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Datuk Idris bin Haji Ahmad, Bagan Serai.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tan Sri Speaker.
*Naik perahu menuju ke seberang, Singgah sebentar di Kota Tampan; Saya mahu jawapan dari Menteri dengan terang, Soalan saya nombor 8.
[Tepuk]*
8. Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad [Bagan Serai] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan tindakan kementerian menyelaras dan menambah baik silibus kurikulum supaya selari dengan keperluan semasa industri bagi memastikan sistem pendidikan tinggi terus relevan dalam era IR4.0 dan integrasi serantau serta langkah kerajaan menterjemahkannya ke dalam semua 20 universiti di bawah kelolaan KPT.
Tuan Yang di-Pertua
Itu pantun hari raya.
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Itu tak dan. Tak dan nak prepare jawab.
Terima kasih, Yang Berhormat sahabat saya daripada Bagan Serai. Berkaitan dengan soal pendidikan tinggi khususnya dalam usaha kita untuk mendepani cabaran revolusi perindustrian keempat atau IR 4.0 serta pengukuhan integrasi ini, pihak Kementerian Pendidikan Tinggi berterusan menjalankan langkah-langkah yang responsif, relevan dan selari bagi memastikan agar kurikulum pendidikan tinggi kita itu dapat berada di hadapan bagi mendepani perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat, soalan yang kemukakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi.
Oleh yang demikian, pihak KPT berterusan menjalinkan kerjasama merentas kementerian dan agensi serta industri dalam pembangunan kurikulum dan setiap kurikulum baharu yang dibangunkan oleh universiti awam khususnya perlu melalui mekanisme untuk mendapat kelulusan daripada mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi yang dianggotai oleh wakil pelbagai kementerian dan agensi serta wakil industri dan badan profesional termasuk TalentCorp, MIDA, Lembaga Jurutera Malaysia, Majlis Perubatan Malaysia dan lain-lain lagi.
Manakala di peringkat universiti awam, Industry Advisory Panel, dengan izin merupakan platform rasmi untuk mendapatkan input daripada pihak industri dalam pembangunan dan semakan semula kurikulum program. Jadi, selain itu pakar industri turut dijemput menyampaikan kuliah dan syarahan seperti yang kita amalkan di sebahagian universiti ada Professor in Practice dan juga Professor Adjung.
KPT juga melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah membangunkan standard program sebagai salah satu panduan yang boleh menjadi rujukan kepada institusi pendidikan tinggi. Standard program ini menjelaskan penyertaan pengamal industri dan aktiviti pembangunan kurikulum, pengajaran, penilaian pelajar dan serta semakan semula kurikulum. Dan akreditasi MQA juga menuntut untuk IPT membuat semakan dan penambahbaikan secara berkala serta berterusan.
Bagi tujuan tersebut, IPT perlu melaksanakan proses penambahbaikan kualiti berterusan atau dalam bahasa Inggerisnya dengan izin, Continuous Quality Improvement (CQI) terhadap program pengajian menerusi beberapa pendekatan ini termasuklah dalam pendekatan PdP nya iaitu pengajaran dan juga proses pembelajaran.
Sepertimana Yang Berhormat juga sedia maklum, dunia hari ini berubah dengan sangat pantas, begitu juga dengan perkembangan teknologi, dalam sektor TVET sebagai contoh, juga menjadi tunjang kepada keperluan industri ini.
Pendekatan kita perlu lebih responsif dan berpandangan jauh supaya tidak ketinggalan dalam arus perubahan ini.
Jadi, KPT dalam hal ini sentiasa bekerjasama dengan industri melalui platform Majlis Pekerjaan Negara, Majlis TVET Negara dan Government Industry TVET Coordination Body. Untuk membincangkan kalau sekiranya ada masalah mismatch tenaga kerja, peluang pekerjaan graduan serta merancang keperluan tenaga kerja masa hadapan yang sejajar dengan kehendak pasaran sebenarnya.
Malah untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, kita bukan lagi berada di landasan IR 4.0, malah kita sedang merangka ke hadapan iaitu perubahan daripada IR 4.0 kepada industri 5.0 pada hari ini seperti termaktub dalam pelan pembangunan pendidikan tinggi negara untuk 2026–2035 nanti. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Bagan Serai.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Terima kasih kepada Tan Sri Speaker, terima kasih kepada Menteri ya. Kerana dalam wacana pelbagai peringkat, kita dapat melihat bagaimana cadangan-cadangan untuk mengatasi masalah yang berlaku pada hari ini. Kerana di kalangan graduan pada hari ini, mereka bukan sahaja bertanya di mana mereka nak bekerja tapi persoalan hari ini adakah mereka bersedia untuk bekerja di tempat tersebut?
Justeru itu, dah tentulah memastikan graduan yang benar-benar, maksud dia job-ready. Apakah kementerian bercadang untuk mewajibkan elemen seperti pembelajaran berasaskan kerja yang menggabungkan pembelajaran teori di universiti dan juga tempat kerja yang sebenar? Ataupun dengan memperkenalkan juga atau mewajibkan macro-credential serta persijilan profesional industri sebagai sebahagian daripada keperluan mereka untuk bergraduasi.
Tujuan dia ialah untuk mengatasi masalah-masalah yang kritikal pada hari ini, terutamanya antara graduan mereka yang belajar di universiti ataupun pusat pengajian mereka dengan pasaran kerja mereka. Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Kalau Yang Berhormat semak pelan pembangunan pendidikan tinggi kita, itulah yang kita rangka kan pada hari ini.
Iaitu konsep belajar di universiti atau dalam bahasa Inggeris brick and mortar ada kampusnya, masih relevan tetapi itu bukanlah satu-satunya tempat untuk kita belajar untuk pengetahuan Yang Berhormat.
Seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, salah satu daripada pendekatan penting ialah apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi iaitu work- based learning iaitu mereka berada di tempat industri, di situ lah juga tempat mereka belajar sebenarnya. Dan ini telah pun dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi kita.
Saya ambil contoh program yang kita laksanakan melalui pendekatan MOHE atau M-O-H-E kita dengan Intel Elite Internship. Begitu juga kalau kita lihat dalam program semiconductor yang ada di USM. Kita meletakkan pelajar-pelajar ini, baru- baru ini saya berada di satu industri yang nama ViTrox. Pelajar-pelajar USM berada di situ, di industri yang berkenaan, kita letakkan mereka supaya akhirnya nanti seperti yang disebutkan masalah mismatch dalam pekerjaan itu tidak berlaku lagi.
Kita sudah pun memberi tumpuan kepada bidang-bidang yang memerlukan kepakaran yang juga pasaran dalam bidang-bidang tertentu. Sebagai contoh hari ini, kita tahu bahawa bidang-bidang yang berkaitan dengan software developer, data analysis dan cybersecurity specialist dan juga dalam bidang-bidang yang lain. Bukan hanya dalam bidang tersebut, termasuk juga dalam bidang kejururawatan sebagai contoh, dalam bidang kesihatan yang diperlukan.
Jadi, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat termasuklah dalam program micro- credential learning. Micro credential ini untuk Yang Berhormat lebih kepada bagaimana kita nak menambahkan lagi upskilling kepada mereka untuk apabila mereka keluar nanti, mereka sudah pun menjalani latihan, dia ada certificate kepada dia, boleh dia keluar nanti untuk mendapatkan bidang pekerjaan. Jadi, pendekatan- pendekatan ini kita lakukan. Itu yang pertama.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Yang kedua, termasuk dalam konsep universiti itu, telah pun kita kembangkan. Seperti yang saya sebutkan, ada empat kuadran. Yang itu boleh disemak dalam Pelan Pendidikan Tinggi kita. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Kuala Pilah.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri. Yang Berhormat Menteri, sebenarnya soalan saya berkisar kepada micro credential tetapi telah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi dengan begitu baik sekali.
Jadi, saya seterusnya melontarkan soalan, apakah KPI yang ditetapkan bagi mengukur keberkesanan penyelarasan kurikulum terhadap kebolehpasaran graduan termasuk kadar pekerjaan dalam bidang berkaitan dan tempoh masa mendapatkan pekerjaan serta bagaimana pencapaian ini dipantau merentas semua universiti awam? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Seperti yang saya sebutkan tadi, pendekatan kita perlu bersifat fleksibel. Dia tidak hanya terkhusus kepada satu- satu bidang saja. Kepelbagaian dalam multi-disciplinary, sebagai contoh, adalah pendekatan baru pada hari ini untuk mendapatkan pekerjaan.
Jadi, apa yang kita lakukan, termasuklah yang saya sebutkan tadi, bagi pelajar-pelajar yang mengambil jurusan tertentu tetapi kita tahu bahawa untuk memastikan mereka berada dalam pasaran, mereka perlukan kepakaran untuk dinaikkan dari segi skil mereka itu dalam bidang-bidang itu. Itu yang disebutkan sebagai micro credential learning.
Tapi, pada kali ini, kita tidak lagi tertakluk kepada MQA semata-mata. Dan pendekatan yang kita buat lebih luas pada hari ini ialah untuk memastikan supaya pihak universiti pun kena buat, memastikan supaya program-program yang ditawarkan itu akhirnya mereka juga perlu membuat penilaian dengan sebaik- baiknya supaya kursus yang diikuti itu dapat akhirnya memberikan peluang kepada pelajar-pelajar ini, bila keluar nanti mendapat pekerjaan mereka.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput Tuan Tan Hong Pin, Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih, Yang Berhormat Tan Sri.
Program MySARA memberikan bantuan, Soalan saya soalan kesembilan.
9. Tuan Tan Hong Pin [Bakri] minta Menteri Kewangan menyatakan:
(a) jumlah penerima program MySARA setakat kini dan nilai dana
(RM) yang telah digunakan oleh rakyat; dan
(b) adakah kerajaan bersedia meluaskan senarai jenama barangan keperluan dan mewajibkan maklum balas bertulis dalam tempoh 14 hari bagi permohonan rakan niaga MyKasih yang ditolak agar peniaga dapat menambah baik kelemahan.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Tan Sri dan terima kasih Yang Berhormat Bakri.
Untuk makluman Yang Berhormat, Sumbangan Asas RAHMAH (SARA) merupakan bantuan tanpa tunai yang disalurkan dalam bentuk kredit melalui kad pengenalan atau MyKad. Ia boleh digunakan di kedai-kedai yang berdaftar sebagai rakan niaga SARA bagi pembelian 15 kategori barangan keperluan asas termasuk barangan kebersihan diri, barangan kebersihan rumah, ubat-ubatan, selain barangan makanan asas. Pendekatan ini membolehkan kerajaan memantau pelaksanaan program secara berkesan dan memastikan golongan sasar benar-benar memanfaatkan bantuan bagi tujuan dinyatakan.
Peningkatan peruntukan untuk Sumbangan Tunai RAHMAH (STR) dan SARA dari tahun ke tahun ialah komitmen kerajaan dalam memperkukuh jaringan keselamatan sosial. Pada tahun 2026, RM15 bilion disediakan untuk STR dan SARA berbanding RM10 bilion pada tahun 2024 untuk manfaat lebih lapan juta penerima.
Bantuan ini, khususnya SARA, merupakan mekanisme bantuan bersasar yang membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup.
Pada tahun 2026, penerima SARA bulanan yang direkodkan adalah lebih 8.1 juta penerima dan sehingga 1 Mac 2026, hampir 6.7 juta penerima telah menggunakan MyKad mereka untuk membeli barangan asas di premis berdaftar mencerminkan kadar penggunaan sebanyak 82 peratus secara keseluruhan dengan nilai perbelanjaan hampir RM1 bilion.
Bagi SARA Untuk Semua kepada lebih 22 juta rakyat Malaysia dewasa pula telah menyaksikan lebih 12.1 juta rakyat telah berbelanja atau 54 peratus daripada keseluruhan jumlah penerima dengan nilai perbelanjaan hampir RM1 bilion.
Mulai 9 Februari 2026, kerajaan telah meluaskan kategori barangan SARA kepada makanan sejuk beku (frozen food) sebagai kategori baru menjadikan 15 kategori barangan, berbanding 14 kategori barangan sebelum ini. Kerajaan juga telah menambah bilangan jenis barangan yang boleh dibeli kepada 140,000 barangan berbanding 100,000 barangan sebelum ini.
Berhubung aduan mengenai kelewatan meluluskan permohonan rakan niaga SARA, setakat ini memang banyak permohonan diterima dan setiap permohonan diproses mengikut prosedur ditetapkan. Kerajaan akan terus memudahkan cara proses kelulusan dengan sasaran dua minggu tempoh kelulusan setelah dokumen lengkap diterima.
Adalah penting untuk memastikan kriteria lantikan rakan niaga SARA dipatuhi. Antara lain, pendaftaran perniagaan yang sah, lesen perniagaan premis yang sah serta menggunakan sistem point of sales. Langkah ini bagi melindungi kepentingan rakyat di samping memastikan integriti dan ketelusan pelaksanaan program SARA terus terpelihara.
Terima kasih, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Bakri. Soalan tambahan.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih, Tan Sri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tersebut. Dan terima kasih dengan program ini yang sedikit sebanyak telah membantu rakyat jelata, terutamanya bagi golongan B40.
Tan Sri Yang di-Pertua, kita tahu bahawa transaksi ini dikenakan caj satu percent. Dan saya nak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, mengapakah satu percent ini? Sebab, satu percent ini mencecah RM150 juta. Dan mengapakah program ini diberikan kepada satu yayasan, kepada pihak ketiga, dan ia bukan untuk dilaksanakan oleh agensi kerajaan seperti yang disyorkan ataupun diutarakan dalam, kebetulan hari ini, Penyata Jawatankuasa Pilihan Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian?
Dan sebenarnya, mekanisme sekarang bukan sahaja telah menghalang sebahagian besar daripada peniaga-peniaga kecil, terutamanya penjaja-penjaja kecil yang ingin menyertai program ini, malah peniagaan mereka terjejas di mana penerima MySARA ini mereka pergi berbelanja di kedai-kedai rakan niaga di dalam komuniti mereka. Maknanya, ini telah menyebabkan perubahan cara perbelanjaan rakyat ataupun konsumer dan menjejaskan, memberi impak kepada perniagaan- perniagaan dalam komuniti.
Jadi, soalan saya. Adakah kerajaan bersedia untuk memberikan bantuan secara terus seperti yang dibuat pada tahun 2019, 2020 di mana bantuan itu diberikan melalui e-wallet dan rakyat bebas membelanja di mana-mana saja kedai- kedai di dalam komuniti mereka dan memberikan manfaat secara terus kepada peniaga-peniaga mikro, terutamanya seperti penjaja seperti di pasar-pasar di dalam komuniti. Dengan ini, saya rasa ia lebih membantu merancakkan ekonomi setempat.
Saya mohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih, Yang Berhormat Bakri. Saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat bahawa ada satu laporan― saya baru nampak selepas Yang Berhormat berucap― bahawa ada satu penyata oleh Jawatankuasa Pilihan Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian berkenaan dengan mekanisme penyertaan rakan niaga dan agensi pelaksana dalam program Sumbangan Asas RAHMAH (SARA). Saya terima dengan― bersedia untuk mempertimbangkan dan Kementerian Kewangan akan mempertimbangkan apa yang dicadangkan oleh jawatankuasa. Ini maklum balas yang penting.
Dari segi e-wallet, mungkin e-wallet tidak dikira sebagai pendekatan yang sesuai kerana ia terlalu terbuka kepada semua perbelanjaan. Tapi, di antara e-wallet dan mekanisme buat setakat ini, mungkin ada jalan tengah yang kita boleh cuba.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Bagaimana dengan caj yang satu percent itu, Yang Berhormat Menteri?
Tuan Yang di-Pertua
Ya. Yang itu, Yang Berhormat boleh tanya sebentar lagilah. Belakanglah ya.
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi...
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Soalan tambahan?
Tuan Yang di-Pertua
Oh, minta maaf Yang Berhormat. Minta maaf. Silakan.
Silakan Tumpat. Silakan.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya ialah berikutan daripada pembentangan tentang pelan pemakanan negara dan juga meruncingnya kes terbantut di kalangan rakyat yang melibatkan juga B40. Selain daripada yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi berkenaan dengan pembelian makanan sejuk beku, adakah kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan pemberian atau pembelian yang berkaitan dengan ikan segar juga dan ayam dan bekerjasama dengan pasar-pasar supaya SARA ini dapat digunakan oleh rakyat untuk mendapat makanan yang berkhasiat?
Itu pertama.
Yang kedua, susulan daripada apa yang berlaku di Timur Tengah, adakah kerajaan mempunyai pelan kontigensi dana krisis bagi membantu golongan ini kerana kita tahu bahawa ia nya akan mengakibatkan kenaikan kos di pelbagai tempat dan juga bukan hanya yang terlibat ini melibatkan B40 tapi juga keseluruhan rakyat?
Apakah tindakan kerajaan? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Yang Berhormat. Isu apa kesan Timur Tengah, perang di Timur Tengah akan ada terhadap ekonomi kita, kita masih teliti.
Tapi untuk meluaskan program ini ke pasar ataupun barangan basah itu Kementerian Kewangan akan mempertimbangkan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan. Silakan Menteri, usul.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Tan Sri Yang di- Pertua.
“Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari hari ini dan akan bersidang secara terus sehingga selesai diputuskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 2026 seperti di Nombor 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini. Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga satu tarikh yang tidak ditetapkan.” Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ada siapa yang menyokong?
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Saya mohon menyokong, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Saya.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Dengan hormat dan izin, saya mohon merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 36(12) Tan Sri iaitu yang berkaitan dengan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Yang Berhormat Tan Sri, sebagaimana yang Yang Berhormat Tan Sri maklum bahawa pada tahun lepas iaitu 22 Oktober tahun 2025 semasa pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan 2026, saya turut serta mengambil bahagian dalam perbahasan itu, khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri. Dipendekkan cerita, ekoran daripada perbahasan atau ucapan saya itu, saya telah dihadapkan dengan satu usul yang telah dikemukakan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk penggantungan.
Namun demikian, dalam siri-siri perbahasan Dewan ini, selepas 22 Oktober 2025 iaitu pada 30 Oktober 2025 semasa penggulungan Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri telah memberikan penjelasan yang jelas dalam perkara ini dan ia nya telah memberikan jawapan kepada persoalan yang saya bangkitkan iaitu berkaitan dengan SOP latihan agensi penguat kuasa termasuk APMM yang berlaku di Rusila.
Ekoran daripada itu dengan suci hati, saya telah mengemukakan permohonan maaf dan juga memberikan penjelasan ia nya disebabkan oleh salah faham dan juga sedikit kekeliruan maklumat dan sebagainya. Dan secara jelas pula pada 4 Disember tahun 2025, sekali lagi perkara ini saya telah bekalkan satu bundle of document kepada Yang Berhormat Tan Sri berkaitan dengan empat— tiga Hansard yang berkaitan ini.
Jadi Yang Berhormat Tan Sri, sempena dengan bulan yang mulia ini. Kita telah masuk 10 yang kedua yang dipanggil maghfirah, pengampunan.
[Ketawa] Saya dengan rendah diri sebagai Ahli Dewan ini memohon ihsan daripada Yang Berhormat Tan Sri supaya meneliti kembali kes saya ini yang mana kalau boleh dianggapkan apa yang saya sebutkan ini adalah sebagai mitigasi (mitigation). Kalau sekiranya saya, biasanya saya depan dengan Yang Arif Hakim, kali ini dengan Yang Berhormat Tan Sri, juga sebagai hakim dalam Dewan ini, untuk mempertimbangkan kembali apa-apa cadangan untuk menghadapkan saya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Saya rasa dengan keadaan itu ia nya menjimatkan masa Dewan, menjimatkan kos yang perlu dikeluarkan. Saya dapati Ahli Jawatankuasa ini pun ada daripada Sarawak, daripada Sabah. Menyebabkan banyak kos juga itu. Jadi, dengan saya, plead guilty lah dan juga mitigate untuk perkara ini. Saya mohon pertimbangan Yang Berhormat Tan Sri dalam hal ini dan saya ingin tekankan saya tidak ada langsung niat untuk mempertikaikan, merendah-rendahkan, apalagi menghina penjawat awam kerana saya sendiri pun pernah jadi penjawat awam. Pernah menjaga penjawat awam masa jadi Menteri dulu. Jadi, tidak ada niat saya untuk perkara yang tidak baik kepada kawan-kawan kita, ahli-ahli pentadbiran ini.
Jadi, dengan itu saya dengar rendah diri, sekali lagi apa pun Yang Berhormat nak katakan amaran dan dilepaskan atau caution and discharge ke untuk kes saya ini, saya amat menghormati perkara ini. Terima kasih Yang Berhormat.
[Tepuk]
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Sikap berjiwa besar kerajaan pernah ditunjukkan dalam kerajaan yang lalu, 26 November 2016, Ahli Parlimen Segambut pada Parlimen yang lalu, juga dirujuk ke Hak dan Kebebasan. Tetapi pada hari rujukan, hari prosiding itu, rujukan itu. Satu perbincangan telah diadakan. Saya mengetuai perbincangan bagi pihak Speaker ketika itu dan dihadiri oleh beberapa wakil daripada DAP, Bagan ada dan akhirnya, kita persetujuan, kita minta Ahli Parlimen Segambut untuk menarik balik ungkapan-ungkapan yang menghina Speaker. Ini lagi dahsyat Speaker.
Ungkapan yang digunakan Segambut pada ketika itu terhadap Speaker. You are a disgrace to Parliament. We are elected and you are appointed. Saya tak ada— ungkapan dan ditarik balik oleh Ahli Parlimen Segambut. Dalam ungkapan yang singkat, tarik balik dan kita menerima baik dan pada ketika itu Menteri jaga undang- undang, Ahli Parlimen Pengerang menarik balik usul yang dibawa oleh kerajaan dan kita selesaikan masalah Segambut dan dalam keadaan yang harmonis dibandingkan dengan mitigasi yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kota Bharu sekarang ini, panjang lebar hampir satu page penuh berbanding dengan Ahli Parlimen Segambut.
Cuma menarik ungkapan ‘tarik balik’ sahaja perkataannya tapi telah dipersetujui kerana ada sifat jiwa besar yang ditunjukkan oleh kerajaan pada ketika itu. Saya yakin Yang Berhormat Speaker seperti yang saya katakan dalam perbahasan pada sesi yang lalu terhadap usul ini, boleh memainkan peranan dan kerajaan boleh mengambil dan mengkaji semula usul yang akan dibentang selepas ini. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih Beluran dan Kota Bharu. Setelah saya menerima bundle daripada Kota Bharu dan setelah saya juga telah pun berjumpa dengan semua pihak, termasuk Ketua Pengarah APMM, CPO Terengganu dan OCPD Marang. Juga setelah pun meneliti semua transaksi ataupun discussion yang berlaku di dalam Dewan termasuklah apa yang tercatat dalam Hansard dan terungkap juga pada 4 hari bulan Disember 2025 yang mana Kota Bharu juga sebenarnya telah memohon maaf.
Masa itu bukan saya preside dan saya putuskan ada kekhilafan. Maknanya hari ini juga Kota Bharu juga telah memohon maaf. Saya rasa dalam bulan Ramadan yang baik ini, saya terima baik permohonan maaf itu.
[Tepuk] Jadi, saya juga akan bercakap, berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri untuk apa juga yang saya putuskan ini akan menjadi pertimbangan mereka. Itu sahaja saya boleh buat. Saya ucapkan terima kasih.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Tan Sri.
Terima kasih kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Silakan Setiausaha.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tan Sri, Tan Sri sebelum Bacaan Kedua, saya nak minta sedikit Pertua daripada Tan Sri.
Semalam, Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia– Integriti, Governans dan Anti Rasuah telah mengadakan satu PC ya, sidang media di bilik media. Seperti yang Tan Sri maklum, APPGM ini ditubuh atas kelulusan Tan Sri sebagai Speaker dan anggotanya termasuk wakil daripada CSO ataupun ahli pakar daripada pelbagai bidang.
Jadi, apabila kita adakan sidang media tersebut, pegawai daripada Bahagian Komunikasi Korporat melarang wakil daripada CSO ataupun ahli akademik untuk bersama dengan kita untuk adakan sidang media tersebut. Jawapan yang diberikan ialah kononnya itu adalah arahan daripada Pejabat Speaker.
Jadi, saya nak minta penjelasan sama ada betulkah itu adalah arahan daripada Pejabat Speaker. Sebab mereka itu adalah lantikan daripada Speaker sendiri. Mereka yang turut menjadi anggota dalam APPGM tersebut. Dan ini under hanya sekadar kita adakan satu sidang media. Kenapa kita nak halang mereka daripada turut sama dalam sidang media tersebut untuk mengeluarkan satu kenyataan atas nama APPGM tersebut?
Jadi, saya nak minta Pertua daripada Tan Sri Speaker sebab sebelum itu juga kata kalau nak adakan sidang media perlu maklum tiga hari sebelum untuk kita adakan sidang media. Lepas itu, kita bangkitkan isu tersebut, barulah bahagian tersebut kata sekarang kalau ada urgency tak perlu bagi notis tiga hari. Tapi sekarang pula keluarkan arahan kononnya hanya Ahli Parlimen saja boleh adakan sidang media di bilik media. Saya rasa itu sesuatu yang bercanggah dengan reformasi yang kita katakan. Saya minta Pertua daripada Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, saya tidak tahu apa yang berlaku dan saya akan buat kajian dan penelitian apa yang berlaku. Namun pun begitu, arahan saya amat jelas terhadap penggunaan bilik media. Bilik media ini milik semua orang, Ahli- ahli Parlimen dalam Dewan ini. Cumanya harus ada peraturan, kalau tidak akan berlaku kekecohan. Sebab itu bilik media ini hanya boleh digunakan atas kelulusan.
Sebab saya tidak nak orang-orang luar yang tidak ada kaitan dengan urusan kita menggunakan bilik ini.
Tetapi kalau ia nya ada kaitan, dengan urusan Parlimen, dengan urusan rakyat dan ada kaitan dengan apa yang kita bincangkan, tak ada masalah. Cuma maklumkan kepada kita dan seeloknya diiringi oleh seorang MP. Sebab MP mesti bertanggungjawab. Sebab kalau tidak, tidak akan ada orang yang bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Sebab di bilik media itu, dia ada jata. Kalau dia nak bincang lain daripada itu, di luar bilik media, to me is okay. Nak pergi mana-mana, mungkin di bilik dekat dengan medan luar, asalkan jangan ada jata. Sebab di bilik media tu ada jata. Itu menunjukkan bahawa ianya berlaku dalam Parlimen. Jadi sebab itu, saya minta supaya maklumkan kepada kita, pertama, kita akan bertanggungjawab apabila kita memberikan kelulusan. Dulu saya kata tiga hari dan kita cut down. Kalau dua jam pun, as long as you beritahu supaya kita tahu apa yang akan berlaku.
Yang keduanya, haruslah seeloknya diikuti ataupun diiringi oleh seorang MP.
Sebab kita nak supaya MP itu bertanggungjawab apa yang berlaku. Itu saja. Lain- lain itu saya akan kaji apa yang berlaku. Insya-Allah.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Untuk maklumat Tan Sri, semalam ada tiga MP yang turut sama.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Ada MP okey.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya saya Kota Melaka, Tampin dan juga Shah Alam.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tetapi tidak dibenarkan. Saya minta supaya...
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Saya akan, saya akan, saya akan nasihatkan mereka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ya, Jelutong?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker, saya telah bangun semasa permulaan sidang di bawah Peraturan 4A mengenai siapa yang sah sebagai ketua pembangkang. Dan Tan Sri Speaker telah beritahu bahawa tidak menerima sebarang makluman. Saya dengar khabar angin bahawa Kota Bharu telah dicadangkan. Cuma, saya nak tanya penjelasan, sudahkah...
Tuan Yang di-Pertua
Yang— baik...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sudahkah, sudah terima atau belum terima lagi?
Tuan Yang di-Pertua
Jelutong, Jelutong. Baik, Jelutong. Itu bukan urusan Dewan. Bukan urusan Dewan. Itu ialah urusan parti masing-masing yang saya tak mahu campur. Selagi saya tak dapat surat, maka YB Larut masih Ketua Pembangkang.
[Dewan tepuk]
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Jangan dengar khabar angin Jelutong.
Tuan Yang di-Pertua
Esok saya tak tahu. Esok saya tak tahu. Ya. Untuk itu, saya jemput— ada lagi? Kalau tak ada, kita bergerak kepada Menteri untuk bacakan atau kemukakan rang undang-undang ini. Silakan. Silakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2026 dibacakan untuk kali kedua sekarang.
Tan Sri Yang di-Pertua, sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, Kerajaan MADANI telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif dan Pasukan Petugas Teknikal bagi meneliti secara menyeluruh cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan pendakwa raya. Sejak tahun 2023, kajian empirikal telah dilaksanakan melalui lawatan rasmi ke Kanada, Australia dan United Kingdom.
Kajian empirikal yang telah dilaksanakan memberikan tumpuan kepada lima aspek utama iaitu kaedah pelantikan, tempoh pelantikan, kelayakan, mekanisme pemecatan serta akauntabiliti dengan izin, Director of Public Prosecutions of United Kingdom, Australia dan Canada. Kajian empirikal ini tidak dilaksanakan secara tertutup, sebaliknya dimulakan melalui siri perbincangan meja bulat pakar yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, University College of London, University of Ottawa dan Monash University Australia.
Sesi-sesi ini menghimpunkan lebih 50 orang pakar dari Malaysia, United Kingdom, Kanada dan Australia termasuk tokoh Perlembagaan dan akademik terkemuka di samping penglibatan aktif Pertubuhan Masyarakat Sivil dan badan bukan kerajaan seperti SUHAKAM, Bersih C4 Center, IDEAS, Transparency International, Projek SAMA serta CSO Platform for Reform. Selain itu, kerajaan turut melaksanakan kajian doctoral secara perbandingan dengan beberapa negara serta kajian sains kemasyarakatan yang melibatkan 7,257 responden, sesi temu bual mendalam dan perbincangan kumpulan fokus di seluruh negara. Apa yang terkandung dalam rang undang-undang ini adalah hasil kajian- kajian dan dialog komprehensif tersebut yang telah diolah mengikut acuan tempatan dan keunikan struktur kenegaraan Malaysia.
Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif yang telah memberikan komitmen dan kepakaran mereka iaitu Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Senator Puan Rita Sarimah, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Besut serta Tuan Berhormat Mohamad Ezri Abdul Wahab, Presiden Majlis Peguam Malaysia.
Sejak pindaan pada tahun 60-an, peranan dwifungsi Peguam Negara sebagai penasihat undang-undang kerajaan dan pada masa sama sebagai pendakwa raya telah berterusan dalam bentuk yang sama. Struktur tersebut telah wujud selama kira-kira lebih 66 tahun tanpa apa-apa perubahan.
Oleh itu, kerajaan berhasrat untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk mengadakan peruntukan bagi pelantikan seorang pendakwa raya selaras dengan pengasingan peranan pendakwa raya daripada Peguam Negara.
Pengasingan antara Peguam Negara dan pendakwa raya akan memperjelas peranan institusi mengukuh neutrality pendakwaan serta meningkatkan keyakinan awam bahawa keputusan dibuat berasaskan bukti dan undang-undang, bukan pertimbangan politik.
Jika distrukturkan dengan teliti, langkah ini akan memperkukuh kebebasan sebenar dan persepsi terhadap fungsi pendakwaan. Penjelasan lanjut serta perincian teknikal kepada kesemua sembilan fasal ini juga boleh dirujuk dalam naskhah biru dengan izin, blue bill yang telah diedarkan pada 23 Februari 2026 khusus dalam huraian fasal yang memperincikan maksud dan kesan setiap fasal pindaan.
Setelah rang undang-undang ini dibacakan kali pertama pada 23 Februari yang lalu, kerajaan mengambil maklum pelbagai pandangan dan isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, Pertubuhan Masyarakat Sivil, ahli akademik serta pengamal undang-undang.
Isu-isu tersebut secara umumnya boleh dihimpunkan kepada lima kelompok utama iaitu berkenaan dengan:
(i) pelantikan pendakwa raya;
(ii) kelayakan;
(iii) tempoh jawatan dan had umur;
(iv) penamatan; dan
(v) akauntabiliti kepada Parlimen.
Isu pertama, merujuk kepada mekanisme pelantikan pendakwa raya di bawah pindaan ini. Perkara baru 145A(1) memperuntuk pewujudan jawatan pendakwa raya di mana pelantikan beliau akan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong menurut budi bicaranya atas syor Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Persoalan yang sering diungkapkan dalam konteks ini adalah mengapa pelantikan pendakwa raya ini tidak melalui proses Parlimen atau confirmation hearing seperti di Amerika Syarikat dan adakah mekanisme yang dicadangkan oleh kerajaan itu betul-betul bebas, telus dan absah.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita harus merujuk kembali kepada semangat dan prinsip pemisahan kuasa. Perkara 44 Perlembagaan menyatakan dengan izin, *“the legislative authority of the Federation shall be vested in a Parliament, which shall consist of the Yang di-Pertuan Agong and two Majlis (House of Parliament) to be known as The Dewan Negara, (Senate) and The Dewan Rakyat
(The House of Representatives)”*. Ini sudah jelas menyatakan Yang di-Pertuan Agong turut membentuk komposisi legislatif di samping Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Ini sememangnya diperuntukkan di bawah Perkara 66, di mana peranan Parlimen adalah untuk menggubal undang-undang Persekutuan.
Di samping itu, Parlimen menjalankan fungsi semak dan imbang melalui pertanyaan sering serta penelitian terhadap dasar dan tindakan kerajaan. Tambahan pula, Perkara 43(3) memperuntuk Jemaah Menteri adalah bertanggungjawab kepada Parlimen. Ini jelas mencerminkan semangat asas perlembagaan di mana Jemaah Menteri yang dipertanggungjawabkan ke atas urusan hal awal pentadbiran negara dapat disemak dan diimbang tindakannya oleh Parlimen. Inilah fungsi teras cabang legislatif dalam kerangka pemisahan kuasa yang kita amalkan, bukan untuk menjalankan kuasa pelantikan tetapi untuk menggubal undang-undang dan memastikan pertanggungjawaban kerajaan kepada rakyat.
Persoalan seterusnya, mengapa fasal menurut budi bicaranya dimasukkan.
Jawapannya terletak kepada struktur perlembagaan itu sendiri di mana titik tolaknya ialah Perkara 40(1) dan 40(1A). Perkara 40(1) memperuntukkan bahawa Yang di- Pertuan Agong bertindak atas nasihat Jemaah Menteri atau seorang Menteri yang diberi kuasa kecuali jika perlembagaan memperuntukkan sebaliknya. Kerajaan sedia maklum bahawa perlembagaan kita jelas memperuntukkan dua struktur pelantikan berbeza apabila ia melibatkan peranan Yang di-Pertuan Agong.
Mekanisme pertama adalah pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri dan mekanisme kedua merujuk kepada keadaan di mana perlembagaan secara nyata memperuntukkan bahawa Yang di- Pertuan Agong bertindak menurut budi bicaranya atau bertindak atas syor atau selepas berunding dengan pihak tertentu, sebagaimana yang dinyatakan dalam perlembagaan. Dan dalam keadaan tersebut, nasihat itu tidak datang daripada Jemaah Menteri tetapi beroperasi menurut struktur khusus yang diperuntukkan.
Sebagai contoh dalam beberapa pelantikan di bawah Perkara 43(2)(b), 43A(1), Perkara 105(1), Perkara 122B(1), Perkara 145(1). Perlembagaan secara jelas menyatakan bahawa pelantikan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Peruntukan-peruntukan ini mencerminkan mekanisme pertama iaitu keadaan di mana Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat selaras dengan Perkara 40(1) dan 40(1A).
Dalam mekanisme kedua, perlembagaan memperuntukkan keadaan tertentu di mana Yang di-Pertuan Agong bertindak menurut budi bicaranya atau bertindak atas syor atau selepas berunding dengan badan tertentu, sebagaimana yang dinyatakan secara nyata dalam perlembagaan. Ini dapat dilihat dalam pelantikan di bawah Perkara 139(4), Perkara 141A(2), 143(1).
Peruntukan ini mencerminkan struktur yang telah sedia wujud dalam kerangka Perlembagaan yang bertujuan memastikan sesuatu pelantikan itu dilindungi atau dengan izin, insulated daripada campur tangan politik. Justeru itu, cadangan Perkara 145A(1) sebagaimana yang terkandung dalam rang undang- undang ini adalah selaras struktur kedua dan tidak menyimpang daripada prinsip sedia ada perlembagaan.
Kajian perbandingan yang telah dilaksanakan menunjukkan bahawa di United Kingdom dan Australia, pelantikan Director of Public Prosecution tidak distrukturkan melalui confirmation hearing di Parlimen sebagai syarat sah pelantikan.
Model Kanada pula perlu dilihat dalam konteks berbeza kerana peguam negaranya merupakan ahli politik yang masih mempunyai kuasa statutori tertentu terhadap Director of Public Prosecutions.
Struktur Malaysia adalah berbeza secara asas. Model yang dicadangkan melalui Perkara 145A meletakkan pelantikan oleh Ketua Negara iaitu Yang di- Pertuan Agong atas syor sebuah badan berperlembagaan bebas serta melalui rundingan dengan Majlis Raja-Raja. Ini merupakan satu bentuk semak dan imbang institusi yang berperlembagaan dan profesional, bukan semak dan imbang yang bersifat politik kepartian.
Oleh yang demikian, ketiadaan mekanisme confirmation hearing Parlimen bukanlah satu kelemahan. Sebaliknya, ia adalah pilihan dasar yang selaras dengan struktur Perlembagaan negara dan objektif utama reformasi iaitu memastikan pelantikan pendakwa raya berasaskan merit profesional serta dilindungi daripada pengaruh partisan.
Tentang persoalan mengapa SPKP perlu memainkan peranan, ia berbalik kepada Laporan Suruhanjaya Reid. Laporan ini pada perenggan 153 dan 154 menekankan bahawa perkhidmatan awam mesti dilindungi daripada pengaruh politik dan dijamin melalui suruhanjaya bebas.
Dari sudut reka bentuk institusi, menyerahkan saringan kepada SPKP adalah lebih selaras dengan semangat Laporan Suruhanjaya Reid berbanding menyerahkannya kepada proses politik. Perkara 139(4) sendiri memperuntukkan bahawa anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dilantik oleh Yang di- Pertuan Agong menurut budi bicara baginda selepas menimbangkan nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
SPA tersebut menjalankan fungsinya secara institusi dan tidak tertakluk kepada arahan eksekutif dalam melaksanakan kuasa perkhidmatannya. SPKP pula beroperasi dalam falsafah yang sama iaitu dengan izin, merit profesionalisme, political impartiality dan security of tenure.
Dari segi perkembangan sejarah, susulan persetujuan dalam Federation of Malaya Constitutional Conference 1956, tiga suruhanjaya perkhidmatan telah ditubuhkan termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.
Struktur ini dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957.
Walaupun berlaku perubahan pada tahun 1960, SPKP diwujudkan semula pada tahun 1963 melalui Malaysia Act 1963 berikutan pembentukan Malaysia dan keperluan penyelarasan perkhidmatan kehakiman dan perundangan bagi Sabah dan Sarawak. Sejarah ini menunjukkan bahawa SPKP bukan satu ciptaan baru, tetapi sebahagian daripada reka bentuk asal negara untuk memastikan profesionalisme dan neutrality perkhidmatan undang-undang.
Sehubungan dengan itu, cadangan memperkukuh peranan SPKP dalam konteks pelantikan pendakwa raya adalah selaras dengan trajektori sejarah dan struktur Perlembagaan negara serta konsisten dengan prinsip memisahkan fungsi pendakwaan daripada pelantikan politik langsung dengan izin, direct political appointment.
SPKP berfungsi sebagai satu badan institusi yang bebas dan profesional dalam melaksanakan peranannya termasuk dalam konteks pelantikan pendakwa raya. Ini kerana perkara 145A(17) yang dicadangkan, ia nya memperuntukkan komposisi khas SPKP bagi maksud pelantikan pendakwa raya, di mana ia tidak melibatkan peranan Perdana Menteri secara langsung untuk menasihati mencalonkan atau menentukan calon. Struktur ini memastikan pelantikan dibuat dalam kerangka institusi yang profesional dan berperlembagaan, sekali gus menegaskan pemisahan daripada pengaruh politik langsung.
Perkara 386B Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf peranan Majlis Raja- Raja dalam memberikan nasihat mengenai pelantikan apabila perkara tersebut diperuntukkan oleh Perlembagaan. Sehubungan dengan itu, keperluan berundingan Yang di-Pertuan Agong seperti dicadangkan dalam perkara 145A(1) dengan Majlis Raja-Raja dalam pelantikan pendakwa raya ini adalah selaras dengan mekanisme Perlembagaan yang sedia ada wujud dan bukan sesuatu tambahan yang asing kepada struktur perlembagaan kita.
Justeru itu, rang undang-undang ini secara jelas tidak memperuntukkan sebarang peranan secara langsung kepada Perdana Menteri dalam menentukan atau menasihati pelantikan calon pendakwa raya. Saringan dibuat oleh SPKP dan pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Tan Sri Yang di-Pertua, isu kedua, kelayakan. Berkenaan soal kelayakan, dua pertanyaan yang sering dibangkitkan. Pertama, mengapa syarat kelayakan adalah litigasi dan bukan litigasi jenayah. Dan kedua, mengapa terdapat larangan yang hanya terpakai kepada Ahli Parlimen dan bukan juga kepada Ahli Dewan Undangan Negeri.
Bagi persoalan pertama, penggunaan istilah “litigasi” adalah satu pilihan dasar yang disengajakan bagi memastikan kelayakan pendakwa raya tidak dihadkan kepada pengalaman dalam litigasi jenayah semata-mata. Fungsi pendakwaan negara pada masa kini merangkumi bidang yang sangat luas, termasuk jenayah komersial dan kewangan, penggubalan wang haram, kesalahan siber, keselamatan negara, undang-undang kawal selia serta rayuan di peringkat mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan yang sering melibatkan isu tafsiran perlembagaan dan undang-undang pentadbiran.
Buat masa ini, terdapat 878 undang-undang Persekutuan yang berkuat kuasa di Malaysia dan sebahagian besarnya mengandungi peruntukan kesalahan dan penalti jenayah yang memerlukan kefahaman mendalam terhadap struktur perundangan substantif dan perlembagaan. Oleh itu, pengalaman litigasi yang luas termasuk dalam bidang komersial, kewangan, perlembagaan dan rayuan adalah sama penting dengan kepakaran prosedur jenayah.
Syarat minimum 10 tahun pengalaman litigasi memastikan calon yang dipilih mempunyai keluasan kompetensi dan kematangan profesional untuk memimpin institusi pendakwaan negara kita dalam landskap perundangan yang semakin kompleks, sejajar dengan standard United Kingdom dan Kanada serta lebih tinggi daripada ambang minimum daripada negara Australia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Merujuk kepada soal kedua, iaitu larangan terhadap Ahli Parlimen untuk memegang jawatan pendakwa raya, perkara ini jelas sekali dalam Perkara 145A(3) yang dicadangkan bagi memastikan pemisahan antara legislatif dan institusi pendakwaan.
Selain itu, pindaan ini memasukkan jawatan Pendakwa Raya dalam takrif office of profit di bawah Perkara 160. Jawatan tersebut menjadi satu office of profit under the Federation bagi maksud Perkara 48(1)(c). Kesannya, mana Ahli-ahli Parlimen yang dilantik sebagai Pendakwa Raya akan hilang kelayakan sebagai Ahli Dewan Rakyat.
Prinsip yang sama turut terpakai di peringkat negeri melalui Perenggan 6(1)(c) Jadual Kelapan. Langkah ini memastikan tiada pertindihan antara fungsi legislatif dan fungsi pendakwaan serta memperkukuh pemisahan peranan secara institusi.
Tan Sri Yang di-Pertua, isu ketiga, tempoh jawatan dan had umur. Tempoh tujuh tahun yang dicadangkan adalah selaras dengan amalan beberapa bidang kuasa Komanwel seperti Kanada dan Australia dan telah diterima sebagai piawaian institusi bagi menjamin kestabilan, kesinambungan dan kebebasan kepimpinan pendakwaan.
Tempoh ini dipilih secara dasar untuk melepasi kitaran politik lima tahun supaya jawatan Pendakwa Raya tidak terikat kepada kerajaan semasa. Tempoh tetap ini juga membolehkan pelaksanaan dasar pendakwaan yang konsisten, khususnya dalam bidang kes jenayah berat, kewangan dan komersial yang kompleks, jenayah siber dan prosiding rayuan yang lazimnya berlanjutan bertahun- tahun.
Berhubung dengan pembaharuan lantikan dengan izin renewal, prinsipnya ialah tujuh tahun sebagai tempoh ideal dan bukan automatik untuk diperbaharui.
Sebarang lanjutan jika perlu demi kesinambungan kes besar atau peralihan kepimpinan yang teratur, hendaklah melalui saringan semula oleh SPKP berasaskan merit dan keperluan institusi, bukan pertimbangan politik. Ketiadaan had umur persaraan pula mencerminkan keutamaan kepada pengalaman, kebijaksanaan dan integriti profesional, selagi kelayakan dan keupayaan untuk melaksanakan fungsi terus dipenuhi.
Tan Sri Yang di-Pertua, isu keempat, penamatan. Berhubung dengan mekanisme penamatan, terdapat pandangan bahawa keperluan tribunal bagi penamatan dan mungkin menyukarkan tindakan sekiranya berlaku salah laku.
Cadangan dalam rang undang-undang ini memperuntukkan bahawa pendakwa raya hanya boleh dipecat melalui mekanisme yang diperincikan dalam Perkara 145A(9) hingga (13), iaitu melalui representasi oleh SPKP dan siasatan oleh satu tribunal yang bebas.
Tribunal tersebut dianggotai oleh tokoh-tokoh yang mempunyai latar belakang institusi tertinggi, termasuklah bekas Peguam Negara, bekas Pendakwa Raya, bekas Ketua Setiausaha Negara dan tidak kurang daripada tiga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan.
Struktur ini menunjukkan dua perkara penting, Tan Sri Yang di-Pertua.
Pertama, penamatan tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya oleh mana-mana cabang politik. Jika pelantikan telah dipisahkan daripada eksekutif dan tidak lagi berada di bawah nasihat Perdana Menteri, maka penamatan juga mesti konsisten dengan prinsip tersebut. Kebebasan pelantikan tanpa perlindungan penamatan akan menjadikan reformasi ini tidak bermakna.
Dan kedua, komposisi tribunal yang dicadangkan bukan bersifat politik tetapi profesional dan berteraskan pengalaman kehakiman serta pentadbiran tertinggi negara. Ini memastikan bahawa sebarang keputusan penamatan dibuat atas asas salah laku, ketidakupayaan atau pelanggaran serius dan bukannya atas perbezaan dasar atau tekanan politik.
Perbandingan dengan Kanada juga perlu difahami. Dalam konteks keseluruhan struktur di bawah Director of Public Prosecution Act 2006 Canada, Director of Public Prosecution boleh dipecat oleh Governor in Council dengan sokongan resolusi House of Commons. Nama pelantikan di Kanada sendiri berpunca daripada syor Attorney General Peguam Negara mereka yang merupakan seorang ahli politik. Maka, mekanisme penamatan melalui Parlimen adalah sebahagian daripada imbangan politik dalam model tersebut.
Struktur Malaysia yang dicadangkan adalah berbeza secara asas. Pelantikan dibuat menurut budi bicara Yang di-Pertuan Agong atas syor SPKP dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja tanpa peranan Perdana Menteri. Oleh itu, imbangan yang konsisten mestilah bersifat institusi dan profesional, bukan politik.
Tan Sri Yang di-Pertua, isu kelima, akauntabiliti kepada Parlimen. Dasar kerajaan adalah jelas bahawa Pendakwa Raya hendaklah menjalankan fungsinya secara bebas tanpa sebarang tekanan politik sebagai penjaga kepentingan awam dan kedaulatan undang-undang.
Namun, kebebasan institusi tidak bererti ketiadaan akauntabiliti. Dalam sebuah demokrasi berperlembagaan, tiada siapa pun berada di atas undang- undang. Dengan izin, no one is above the law sama ada Menteri ke, Perdana Menteri ke, Peguam Negara ke, Pendakwa Raya ke, mahupun mana-mana penjawat awam.
Prinsip asas sistem keadilan kita kekal utuh iaitu seorang dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah yang ada bidang kuasa. Ertinya, a person is innocent until proven guilty, dengan izin.
Pada masa yang sama, perlindungan jawatan tidak pernah ditafsirkan sebagai kekebalan mutlak daripada dipertanggungjawabkan. Mahkamah Persekutuan di Malaysia pada tahun 2021 telah menegaskan dengan izin, *Article 145(3) of the Federal Constitution provides the AGPP with a white discretion to institute, conduct or discontinue any proceeding from criminal offense.
This white discretion means the AGPP has a sole and exclusive discretion in that only he or she can exercise such power. However, the AGPP does not have absolute or unfettered discretion under Article 145(3) of the Federal Constitution in appropriate, rare and exceptional cases, such discretion is amenable to judicial review.* Ini bermaksud kebebasan fungsi tidak menjadikan sesuatu keputusan itu kebal daripada pengawasan kehakiman. Inilah manifestasi sebenar kedaulatan undang-undang. Kerajaan MADANI ini tidak akan berkompromi dalam soal akauntabiliti. Reformasi institusi adalah sebahagian daripada kerangka Akauntabiliti MADANI yang lebih menyeluruh.
Dalam konteks tersebut, kerajaan kekal komited untuk memperkukuh ketelusan institusi antara lain, termasuk melalui pembaharuan undang-undang kebebasan maklumat dan pengukuhan mekanisme ombudsman pada sesi yang akan datang. Saya harap pihak pembangkang dan backbencher akan sama-sama menyokong.
Isu perkukuhan mekanisme akauntabiliti telah menjadi sebahagian daripada pertimbangan sepanjang proses reformasi institusi dilaksanakan, termasuk pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat merentasi parti dan pertubuhan masyarakat sivil. Reformasi institusi yang matang menurut penelitian yang rapi dan kesediaan untuk memperhalusi selaras dengan prinsip demokrasi berparlimen. Amalan di bawah bidang kuasa Komanwel menunjukkan pendekatan yang seimbang, antara kebebasan dan akauntabiliti.
Di United Kingdom, seksyen 9 Prosecution Offences Act 1985 memperuntukkan kewajipan laporan tahunan kepada Parlimen. Di Kanada, seksyen 16 Director of Public Prosecution Act 2006 menetapkan mekanisme pelaporan melalui Attorney General. Di Australia, seksyen 46 Director of Public Prosecution Act 1983 turut memperuntukkan kewajipan yang sama.
Dalam sistem tersebut, mekanisme akauntabiliti kepada Parlimen diperuntukkan melalui undang-undang khas. Undang-undang, and Act of Parliament.
Ini menunjukkan bahawa akauntabiliti institusi boleh dirangka dan diperkukuh melalui perundangan pelaksanaan yang khusus, iaitu mungkin melalui satu akta khas tanpa menjejaskan kebebasan fungsi pendakwaan.
Kerajaan hari ini kekal terbuka untuk memperhalusi mekanisme tersebut.
Sehubungan dengan itu, kerajaan akan mengemukakan usul selepas ini untuk merujuk rang undang-undang ini kepada Jawatankuasa Pilihan Khas bagi meneliti rang undang-undang ini, termasuk mekanisme akauntabiliti, pendakwa raya dan mengemukakan syor yang bersesuaian.
[Tepuk] Langkah ini memastikan reformasi institusi memperkukuh kebebasan institusi secara bertanggungjawab dan pada masa yang sama, mempertegaskan ketelusan kepada Parlimen. Pendekatan ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk memperkukuh institusi negara secara berperingkat, berprinsip dan berteraskan kedaulatan undang-undang.
Tan Sri Yang di-Pertua, sebelum saya duduk, saya ingin mengakhiri ucapan, untuk mengizinkan saya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada reformasi institusi ini, termasuk kepimpinan tertinggi negara, Jemaah Menteri, Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, agensi kerajaan serta semua pihak yang terlibat dalam sesi libat urus dan perbincangan.
Reformasi institusi adalah satu komitmen bersama untuk memperkukuh kedaulatan undang-undang dan memastikan institusi negara kita kekal bebas, berwibawa dan diyakini rakyat dan kerajaan akan terus melaksanakan agenda pembaharuan ini secara teratur, berinstitusi dan selaras dengan perlembagaan, demi kepentingan negara serta generasi yang akan datang.
Insya-Allah, segala baiknya datang daripada Allah SWT. Dengan itu, Tan Sri Yang di-Pertua, saya dengan ini mohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Ada usul? Oh belum, minta maaf. Ada sokongan daripada...
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat.
Saya pun excited saya nak balik awal.
[Dewan ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Saya difahamkan ada usul dari Menteri, sila Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
“Bahawa berdasarkan kepada Peraturan 54(2) dan Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas di bawah Peraturan 81(1) satu usul bagi menyerahkan rang undang-undang ini Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 2026 kepada Jawatankuasa Pilihan yang dinamakan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai pindaan Perlembagaan berkaitan pengasingan peranan Peguam Negara dan pendakwa raya. Jawatankuasa Pilihan Khas ini akan meneliti rang undang-undang tersebut termasuk berkenaan mekanisme akauntabiliti pendakwa raya dan mencadangkan apa-apa pindaan yang difikirkan perlu berhubung perkara tersebut serta menyediakan satu penyata yang mengandungi cadangan pindaan terhadap rang undang-undang tersebut dalam tempoh tiga bulan. Jawatankuasa Pilihan Khas boleh sekiranya perlu melanjutkan tempoh tersebut.
Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut hendaklah terdiri daripada anggota-anggota berikut:
(i) Yang Berhormat Azalina binti Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagai Pengerusi;
(ii) Yang Berhormat Tuan William Leong dari Selayang;
(iii) Yang Berhormat Tuan Syahredzan bin Johan dari Bangi;
(iv) Yang Berhormat Tuan Haji Adly bin Zahari dari Alor Gajah;
(v) Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad dari Parit Sulong;
(vi) Yang Berhormat Tuan Roy Angau anak Gingkoi dari Lubok Antu;
(vii) Yang Berhormat Datuk Lo Su Fui dari Tawau;
(viii) Yang Berhormat Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh dari Bukit Gelugor;
(ix) Yang Berhormat Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin dari Larut, Ketua Pembangkang;
(x) Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan dari Kota Bharu;
(xi) Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee dari Beluran; dan akhirnya
(xii) Yang Berhormat Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman dari Muar, Johor.
Bagi tujuan tersebut di atas Jawatankuasa Pilihan Khas boleh menjemput mana-mana pihak seperti Ahli-ahli Parlimen, pakar-pakar perundangan dan perlembagaan, badan-badan bukan berkepentingan seperti badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat MADANI serta individu yang lain untuk hadir dalam persidangan Jawatankuasa Pilihan Khas dari semasa ke semasa.
Dengan itu, saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Mengikut Peraturan Mesyuarat 54(2) Usul ini hendaklah diputuskan dengan tidak boleh dipinda dan dibahas.
Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk meletakkan dalam rekod, to put on record that semua pembangkang bersetuju dengan usul yang dibawa oleh Menteri.
[Tepuk] Jadi, inilah amalan terbaik yang sepatutnya dibuat oleh pihak kerajaan, kami sebagai check and balance. Terima kasih.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, tahniah Menteri. Ahli Yang Berhormat, sabar, sabar, Yang Berhormat nak balik dah, nak balik dah.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Ada gaya Ketua Pembangkang.
Tuan Yang di-Pertua
Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas telah berlangsung selama 20 hari mulai hari Isnin, 19 Januari 2026 hingga hari Khamis, 3 Mac 2026 dan terdapat hari persidangan yang berlangsung secara terus tanpa rehat dan tamat pada lewat malam.
Mesyuarat Pertama ini menyaksikan Dewan Rakyat telah meluluskan Usul Menjunjung Kasih di atas Titah Diraja dan lima rang undang-undang serta beberapa usul termasuk usul membahaskan Laporan Ketua Audit Negara 1/2026, Usul Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara 1/2026 dan menyaksikan seramai 35 orang Ahli Yang Berhormat telah berbahas dan sebanyak 12 kementerian telah menggulung.
Keseluruhan perbahasan dan penggulungan ini telah diputuskan dalam tempoh sehari, tahniah. Selain itu, tiga penerangan daripada Menteri-menteri dan dua penerangan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan mengenai penyata-penyata yang dibentangkan telah diadakan di Dewan ini.
Pada Mesyuarat ini, kita juga menyaksikan Persidangan Kamar Khas telah diadakan di Dewan Persidangan iaitu Dewan yang baru kita renovate. Pelaksanaan persidangan khas di Dewan Persidangan ini telah memberikan keselesaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan pegawai-pegawai, pelawat-pelawat serta pihak media untuk mengikuti persidangan khas kita ini.
Ahli Yang Berhormat, saya dan Timbalan-timbalan saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan kerjasama yang baik dan membolehkan perjalanan mesyuarat dapat disempurnakan sepanjang tempoh persidangan ini.
Saya juga mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai kerajaan, warga Parlimen Malaysia khususnya Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat, wakil media massa serta semua pihak yang turut terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pengendalian urusan Majlis Mesyuarat sepanjang tempoh persidangan Dewan ini.
Saya mengucapkan kepada semua selamat pulang dan selamat sampai ke destinasi masing-masing. Semoga Ahli Yang Berhormat sentiasa sihat walafiat di samping keluarga tersayang. Akhir kata, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa untuk tempoh berbaki dalam bulan Ramadan ini dan sebelum terlambat, Selamat Hari Raya.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Selamat Hari Raya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tanpa peruntukan.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan.
[Mengetuk tukul] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 1.06 tengah hari]