Katalog Hansard
[Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ahli-ahli Yang Berhormat, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Saya jemput Puan Isnaraissah Munirah Majilis.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
*Bismillahirrahmanirrahim.
[Berselawat]* Hari ini pagi Isnin, soalan Kota Belud nombor satu.
1. Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy [Kota Belud] minta Menteri Ekonomi menyatakan sejauh mana sistem pemantauan bersepadu RMK13
(MyRMK) dapat disepadukan dengan sistem MyProjek ICU dan bagaimana sistem ini dapat membantu rakyat mengetahui punca dan faktor kelewatan memulakan projek baharu pada tahun semasa.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Menteri.
Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Kota Belud.
Sistem MyRMK ini yang kita bangunkan melalui Kementerian Ekonomi adalah satu mekanisme pemantauan bagi memastikan Pelan Pelaksanaan Dasar ataupun ringkasannya PPD yang mengandungi semua perincian Petunjuk Prestasi Utama Nasional ataupun KPI Nasional dan strategi serta inisiatif yang kita telah tetapkan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) dilaksanakan oleh agensi pelaksana.
Jadi, sistem ini dapat memastikan dasar dan strategi yang kita gariskan dalam RKM13 ini dilaksanakan mengikut KPI yang kita dah tetapkan. Jadi, pelaksanaan ini juga akan membantu agensi pelaksana membuat perancangan secara lebih teratur dan menyeluruh, terutama bagi inisiatif yang melibatkan rentas kementerian.
Jadi, bagi tujuan penyelarasan dengan sistem pemantauan yang sedia ada, data dalam sistem MyRMK ini kita akan integrasikan dengan sistem MyProjek yang terletak di bawah seliaan Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM iaitu ICU dan juga sistem MyBelanjawan yang terletak di bawah Kementerian Kewangan.
Penyelarasan ini kita memang sangat penting kerana ia nya akan memastikan setiap projek dan program yang dimohon melalui sistem MyProjek.
Pada masa yang sama juga, MyProjek ini akan terus memantau pelaksanaan projek daripada awal sehingga akhirnya dan juga MyBelanjawan ini yang memantau, terutamanya dari segi perbelanjaan mengurus dan sebagainya dijajarkan kepada KPI Nasional dan juga strategi supaya kita dapat betul-betul mencapai penyataan dasar yang kita nyatakan dalam RMK13.
Selain itu, pengintegrasian tiga sistem ini membolehkan kerajaan menyelaras pemantauan prestasi pelaksana setiap KPI dan strategi RMK13, termasuk kemajuan program, projek pembangunan secara lebih bersepadu, telus dan berkesan.
Melalui sistem MyRMK ini juga, memang kita mengharapkan semua agensi pelaksana termasuk kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa tempatan (PBT) bertanggungjawab penuh untuk mengemas kini kemajuan pelaksanaan RMK13 secara berkala bagi tujuan pemantauan dan pelaporan kepada pelbagai jawatankuasa sehinggalah ke peringkat tertinggi iaitu Jemaah Menteri.
Pemantauan yang rapi ini sebenarnya akan membolehkan supaya kerajaan melaksanakan tindakan intervensi dengan lebih pantas dan disusuli dengan follow- up dan juga follow-through dengan izin yang konsisten bagi menangani isu berbangkit. Jadi, kelewatan dalam memulakan atau menyiapkan sesuatu projek dipantau khusus melalui MyProjek yang turut dilaporkan secara berkala kepada Jemaah Menteri.
Jadi, untuk itu Kementerian Ekonomi memang mengharapkan kepada semua pihak berkepentingan terutamanya kementerian, jabatan dan agensi serta kerajaan negeri dan juga PBT dapat memberi kerjasama sepenuhnya untuk melaporkan prestasi masing-masing melalui sistem MyRMK13 ini bagi meningkatkan keberkesanan perancangan pembangunan negara serta memastikan program dan projek pembangunan yang dilaksanakan kita terjemahkan pada hasil yang nyata dan memberi kesan langsung kepada rakyat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah Majilis - Kota Belud
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu kelewatan memulakan projek di Sabah ini selalu menjadi keutamaan saya untuk diselesaikan kerana apa, itu adalah masalah dan punca utama kenapa jurang pembangunan di Sabah ini makin melebar dan kita perlu selesaikan dengan segera.
Soalan saya adalah mengenai kaedah pemantauan projek itu secara real time nya sendiri. Bagaimana MyRMK itu nanti bukan sahaja kepada kerajaan tetapi juga rakyat dapat melihat progress sebenar projek dengan online sahaja, sama ada mungkin secara video ataupun gambar terkini?
Soalan kedua saya adalah berkenaan akauntabiliti dan juga tindakan. Juga, projek RMK13 ini bermasalah dan tidak dapat dimulakan. Contoh pada tahun semasa, apakah intervensi segera yang Kementerian Ekonomi akan lakukan?
Adakah sistem MyRMK ini nanti akan dihubungkan terus dengan KPI kepada pegawai yang bertanggungjawab bagi memastikan projek RMK13 ini tidak bermasalah? Dua soalan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Kota Belud.
Bila kita melihat dari sudut projek seperti yang dinyatakan tadi, pemantauan itu dari segi pelaksanaan dan juga sehinggalah ke penghujung adalah dipantau melalui sistem MyProjek yang di bawah ICU. Jadi, MyRMK ini kita jajarkan dengan juga objektif strategi yang kita nyatakan dalam RMK13.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Maka sekiranya projek itu berlaku kelewatan, dia akan refleks kepada sasaran kita dalam mencapai RMK13 tadi. Maka sebab itu bila kita memantau bagaimana untuk kita melaporkan kepada rakyat mengenai progress kita di dalam memenuhi sasaran MyRMK13, sememangnya hasratnya adalah supaya pelaporan yang kita terima ini dapat diterbitkan secara berkala di dashboard website RMK13.
Sasarannya kita hendak mulakan pada suku ketiga supaya dalam tempoh lima tahun ini, kita dapat lihat bagaimana pencapaian terhadap strategi ataupun objektif yang kita tetapkan dalam RMK13.
Untuk soalan yang kedua, berkaitan bagaimana di manakah intervensi itu akan berlaku. Jadi, di peringkat kerajaan, apabila kita mempunyai sistem MyRMK, antara ruang yang utama kita ada adalah satu, Jawatankuasa Kumpulan Kerja Teknikal dan yang kedua, Jawatankuasa Kumpulan Perancang Antara Agensi.
Yang ini sebagai contoh apabila perkara ini kita kena susun secara berkala supaya semua pihak yang terlibat contohnya sudah pasti pihak ICU, pihak MOF, PACU, malah di peringkat Pantau MADANI untuk melihat progress yang kita ada ini kerana perkara ini akan melibatkan mungkin permasalahan di peringkat teknikal.
Maka sebab itu, tujuan sistem ini juga bukan sekadar pelaporan, ia nya juga boleh diperincikan dari segi di mana intervensi itu boleh berlaku.
Manakala kalau di peringkat yang lebih tinggi sudah pasti prestasi ini akan dilaporkan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara dan juga Majlis Tindakan Ekonomi Negara yang mana jawatankuasa tadi KSN yang pengerusikan, manakala MTEN ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri supaya perkara itu juga kita ketahui dengan lebih menyeluruh. Maka sebab itu, melalui kaedah sistem semata-mata tidak mencukupi kalau tidak dikaitkan secara langsung dengan jawatankuasa yang mempunyai ruang ataupun keupayaan melakukan intervensi yang sepatutnya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, kalau ikut Laporan Ketua Audit Negara, 157 projek sakit yang telah dilaporkan di bawah RMK12 yang membabitkan 18 kementerian.
Jadi soalan saya, melalui pengenalan sistem MyRMK ini, berapakah sasaran kementerian untuk mengurangkan jumlah projek sakit yang dilaporkan dalam RMK12?
Dan soalan yang kedua, sikit lagi Tuan Yang di-Pertua. Adakah dalam sistem ataupun Projek Inisiatif Kemudahan Rakyat di bawah Kementerian Ekonomi ada sistem seumpama MyRMK untuk memantau perjalanan projek-projek di bawah Inisiatif Kemudahan Rakyat? Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Padang Terap. Seperti yang saya nyatakan tadi, untuk sistem MyRMK, kita sebenarnya melihat secara mikro iaitu kita hendak pastikan bahawa sasaran objektif strategi yang kita dah nyatakan dalam RMK13 ini kita dapat gembleng untuk memenuhi usaha tersebut.
Bila sebut makro tadi, ia nya bukan hanya projek semata-mata. Sebagai contoh, bila kita letakkan strategi dalam RMK13, ada perkara yang melibatkan inisiatif selain projek. Contohnya mungkin melalui pelaksanaan akta. Yang kita dah luluskan dalam Dewan sebagai contohnya Akta Iltizam. Jadi, dalam sistem MyRMK tadi, kita akan trek juga sejauh mana pelaksanaan melalui Akta Iltizam ini direkodkan yang supaya penyataan dasar yang kita hendak capai dalam RMK13 itu kita dapat gembleng.
Manakala untuk memastikan isu sebagai contoh projek sakit ataupun yang menghadapi masalah dan sebagainya melalui tracking yang dibuat oleh ICU, MyProjek ini di setiap peringkat kementerian sememangnya perlu dipantau secara rapi. Yang ini kita ada Majlis Tindakan Pembangunan Peringkat Kementerian sebagai contoh yang perlu melaporkan keadaan terkini mengenai projek-projek yang mereka uruskan di peringkat kementerian.
Manakala untuk soalan yang berkaitan dengan pelaksanaan projek inisiatif kerja rakyat, yang ini memang bersifat projek kecil yang mana pelaksanaannya perlu dilaksanakan dalam tempoh semasa. Cuma sudah pasti yang menjadi pertimbangan ini adalah soal permohonan yang dikemukakan oleh orang ramai melalui laman IKR sendiri, Inisiaitf Kerja Rakyat ini yang mana kita perlu saring dari segi kelulusan kerana kita hendak mengelak sebarang pertindihan.
Sebagai contoh, permohonan itu mungkin telah dikemukakan melalui kementerian ataupun agensi kerajaan yang lain. Maka kita perlu melalui proses itu untuk mengelak pertindihan pelaksanaan projek. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Menteri. Untuk soalan nombor 2, YB Pagoh tak ada. Kita terus kepada soalan nombor 3. Saya jemput Tuan Lee Chean Chung, Petaling Jaya.
[****Soalan No. 2** - YB. Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin (Pagoh) tidak hadir]
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih Tuan Speaker yang saya kasihi. Soalan saya, soalan 3.
3. Tuan Lee Chean Chung [Petaling Jaya] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan perkembangan reformasi kawal selia Syarikat Amanah Swasta, status pindaan Akta Syarikat Amanah 1949 bagi mewajibkan pelantikan Pengurus Dana Berlesen serta jumlah kerugian rakyat akibat skim Amanah Tunai bagi mengelakkan ia menjadi kes 1MDB kedua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Menteri.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Petaling Jaya di atas soalan.
Tuan Yang di-Pertua, Suruhanjaya Syarikat Malaysia ataupun SSM yang merupakan agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001 dan bertanggungjawab terhadap pentadbiran serta penguatkuasaan beberapa undang-undang, termasuklah Akta Syarikat Amanah ataupun Akta 100.
Berdasarkan semakan terhadap Akta 100 yang telah dimulakan sejak tahun 2018, satu undang-undang baharu iaitu Rang Undang-undang Syarikat Amanah
(RUSA) berserta dasar-dasar dan polisi baharu yang lebih komprehensif dicadang untuk diperkenalkan bagi menggantikan Akta 100 yang akan dimansuhkan sepenuhnya. Rang undang-undang ini dicadangkan merangkumi empat kluster utama iaitu kluster satu, parameter aktiviti dan rejim pendaftaran mandatori.
Kluster dua, rangka kerja pelaporan pemunyaan beneficial berkaitan perniagaan atau aktiviti amanah. Ketiga, pentadbiran dan tadbir urus syarikat amanah dan keempat pemotongan nama, mekanisme penyelamat korporat, penggulungan dan pembubaran syarikat amanah. Sehubungan itu, proses consultancy awam dengan tujuan memuktamadkan RUSA telah dimulakan pada 2 April 2024 melalui edaran dokumen consultancy. Selain itu, sesi libat urus turut diadakan bersama pihak industri dan pemegang taruh termasuk kementerian, agensi serta badan berkanun yang berkaitan pada Disember 2024. Jadi, ada beberapa agensi kawal selia yang kita telah libat urus seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bank Negara Malaysia serta Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri dan sebagainya.
Oleh yang demikian, kita sasarkan, RUSA ini disasarkan untuk dibentangkan di Parlimen pada tahun ini, 2026 selepas mendapat kelulusan Jemaah Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, bahagian kedua berkenaan dengan soalan ini berkenaan dengan pelantikan pengurus dana. Saya ingin maklumkan Dewan yang mulia ini bahawa Akta 100 adalah terhad kepada pengawal seliaan entiti syarikat amanah dari sudut pendaftaran, pentadbiran dan tadbir urus dan tidak merangkumi penguatkuasaan atau pun pemantauan terhadap apa-apa tatalaku atau aktiviti transaksi pelaburan yang dijalankan oleh syarikat amanah.
Berhubungan dengan mewajibkan pelantikan pengurus-pengurus dana berlesen adalah dimaklumkan bahawa perkara tersebut melibatkan aspek pengurusan dana dan pelaburan yang melibatkan pengawal seliaan merentasi agensi kawal selia yang berkaitan di Malaysia berdasarkan aktiviti atau perniagaan yang berkaitan. Sehubungan dengan itu, akta yang terpakai untuk mengawal selia aktiviti transaksi dan tatalaku pemegang amanah ialah Akta 208 ataupun Trustee Act. Jadi Tuan Yang di-Pertua, pengawalseliaan pemantauan dan penguatkuasaan aktiviti amanah seperti Skim Amanah Tunai ya akan melibatkan pelbagai badan pengawal selia berdasarkan peranan dan aktiviti syarikat amanah tersebut. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
PJ.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Isu cash trust. Cash trust ataupun amanah swasta, tunai ini dah berlarutan.
Kita, saya buat pengiraan baik selama 14 tahun dan 12 amaran daripada empat Ahli- ahli Parlimen telah dibuat. Dan saya melihatkan saya setuju bahawa kes ini tidak perlu, tidak wajar berlandaskan kepada tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sahaja tetapi pada masa yang sama, kita nampak kadang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak SSM mengelirukan.
Contohnya, Pengarah Bahagian Siasatan SSM pada tahun 2022, berkatakan bahawa cash trust ini tidak melakukan apa-apa kesalahan walaupun pulangan tersebut setinggi 16 peratus hingga 36 peratus di dalam satu konvensi FFM dan rakaman ini digunakan oleh syarikat-syarikat tersebut untuk menarik lagi banyak pelaburan. Jadi, ini merupakan satu perkara yang perlu dilihat.
Persoalan saya adalah, adakah kenyataan tersebut harus diperbetulkan oleh kementerian dan adakah kementerian cadang untuk membentuk satu task force untuk membendung dan untuk menangani isu cash trust ini yang telah sekarang menjadi snowball dengan izin, menjadi berbilion-bilion Ringgit sekarang. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Menteri.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Okey, terima kasih di atas soalan ini. Di dalam elemen amanah tunai ataupun cash trust ini Yang Berhormat PJ, ia nya merupakan satu urusan peribadi ataupun private arrangement dengan izin, di antara pemegang amanah dan individu tersebut. Jadi, apabila individu tersebut memberikan kepada seorang individu lain, seorang trustee, jadi Akta Trustee Act itu sendiri tidak mewajibkan seorang trustee itu untuk berdaftar. Jadi, mengikut seksyen 4 di bawah Trustee Act itu...
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
[Bangun]
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Trustee ini boleh menjalankan aktiviti penjanaan kewangan ataupun wealth, penjanaan keuntungan daripada cash amanah tunai itu.
Jadi dari segi teknikalnya, tidak salah kenyataan oleh Pengarah Bahagian Siasatan SSM, dia tidak salah tetapi mungkin saya setuju dengan Yang Berhormat PJ, mungkin harus berhati-hati ada quotient di situ. Takut kerana, oleh kerana takut ada dari segi pengawalseliaan itu oleh kerana dia di bawah Trustee Act dan mungkin dalam Trustee Act itu sendiri perlu ada reform ya, mungkin ada yang terkeliru ataupun tersalah pandu.
Tapi dari segi teknikal, dari segi undang-undang, tak salah kenyataan tersebut. Mungkin dari segi, apa yang dikatakan, khidmat nasihat perlu lebih berhati- hati. Saya setuju dengan Yang Berhormat PJ. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Menteri, saya jemput Jerlun.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri.
Menyentuh tentang Trustee Act yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Di negara kita ini, terdapat skim amanah tunai, sama ada yang sah dari segi undang-undang dan sebaliknya ada yang tidak sah dari segi undang- undang. Skim ini selalu dipromosikan, sama ada berbentuk mesej peribadi, direct ke dalam telefon kita ataupun di media sosial, TikTok, Facebook dan sebagainya.
Namun, risiko utama kepada orang awam yang menerima mesej ini, dia mudah terpengaruh dengan istilah yang digunakan seperti hibah amanah, wasi, dana wakaf pelaburan, skim patuh syariah dan sebagainya.
Jadi, saya merujuk satu berita, Berita Harian Online pada 4 Januari 2026 tahun ini, dia melaporkan seorang pesara kerajaan di Pulau Pinang mengalami kerugian RM1.002 juta selepas diperdaya oleh seorang wanita agar menyertai skim pelaburan saham yang dikenali sebagai DAC Pro atas nama Syarikat Navis Management Sdn. Bhd. menerusi platform media sosial.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Soalan.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Jadi, soalan tambahan saya yang pertama, jika Akta Trustee atau Trustee Act itu dipinda, adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan suatu tribunal khas bagi mempercepatkan tuntutan mangsa skim amanah palsu? Tanpa lagi melalui proses mahkamah sebab apabila melalui proses mahkamah, dia mengambil masa yang panjang dan berlarutan.
Yang kedua, adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan pengasingan fungsi pemegang amanah bagi trustee tersebut dan pengurus pelaburan yang menjalankan aktiviti untuk mengelakkan konflik kepentingan atau conflict of interest dengan izin, jika syarikat tersebut sah di sisi undang-undang, berdaftar dengan Bank Negara Malaysia dan juga Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Menteri.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Terima kasih, Jerlun. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya jawab itu, saya nak kongsi sedikit berkenaan dengan nature of investment. Dia ada beberapa nature of investment ataupun cara kita boleh apa orang kata, kita boleh invest di antara seorang individu dan seorang pemegang amanah.
Yang pertama ni, apabila investment itu melibatkan capital market products.
Yang ini dikawal selia dengan jelas oleh Security Commission dan fund managers itu berdaftar dengan Securities Commission.
Kedua, kita ada investment oleh license financial dan banking institutions. Ini dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
Jadi, dalam dua nature of investment ini agak jelas dari segi penguatkuasaan dia dan kawal selianya. Manakala ada jenis pelaburan yang dibenarkan di bawah Trustee Act tadi. Trustee Act ni di bawah JPM ya, dia bukan di bawah SSM kerana di sini Trustee Act ni terlibat dengan conduct dan jenis-jenis pelaburan yang dibenarkan ni seperti suku, bond dan sebagainya.
Di sinilah mungkin dia punya ada loophole di situ yang boleh kita perbaiki dan sebagai, walaupun ia di bawah Jabatan Perdana Menteri sebagai whole-of- government approach, saya boleh katakan bahawa penubuhan sebuah tribunal melibat ini satu cadangan yang baik dan— tapi dia melibatkan implikasi perundangan yang besar dan memerlukan penyelarasan dengan Jabatan Peguam Negara serta sistem kehakiman yang ada.
Jadi, insya-Allah kerajaan sebagai satu kerajaan whole, whole-government- approach tentu sekali komited dan akan diajukan, disampaikan usul atau cadangan- cadangan daripada Dewan Yang Mulia ini, daripada Ahli-ahli Yang Berhormat kepada Jabatan Perdana Menteri yang menjadi owner kepada Trustee Act ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Menteri. Seterusnya saya jemput nombor 4 , Dato’ Haji Siti Zailah binti, maaf, Dato’ Hajah Siti Zailah binti Muhammad Yusoff, Rantau Panjang.
Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Ya, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Mohon jawapan soalan saya nombor 4 .
4. Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan untuk mengurus risiko banjir dan banjir termenung akibat luruan monsun yang dijangka berterusan hingga Mac 2026, apakah penambahbaikan dan jumlah peruntukan untuk perubahan iklim dan pengurusan banjir di kawan berisiko tinggi terutama di Pantai Timur termasuk Sabah dan Sarawak.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), melalui Jabatan Pengairan dan Saliran ataupun JPS, sedang melaksanakan pelbagai langkah mitigasi banjir bersepadu termasuk kawasan risiko tinggi di Pantai Timur, Sabah dan juga Sarawak dengan mengambil kira faktor perubahan iklim.
Jadi, pelbagai pendekatan kita jalankan, yang pertama ialah pendekatan bukan struktur. Pendekatan berstruktur ini di mana JPS melaksanakan perancangan bersepadu melalui Pelan Induk Tebatan Banjir atau singkatannya PITB dan bilangan PITB akan terus meningkat berdasarkan sah tempoh sah pelan, perubahan guna tanah, pertambahan penduduk, serta kekerapan dan intensiti hujan terkini. Setakat ini ada 14 PITB kawasan Pantai Timur, manakala Sabah dan Sarawak ada 12 PITB yang sedang dan telah dilaksanakan.
Untuk makluman, kalau kaedah bukan struktur ini, dia merangkumi, pertama sekali pengurusan data dataran banjir, yang kedua perancangan guna tanah, yang ketiga, kawalan pematuhan pembangunan. Yang keempat, pembangunan pelan banjir, peta banjir, peta hazard banjir dan juga peta risiko banjir, sistem kawalan dan amaran banjir serta kesedaran iaitu melalui communication, education dan juga public awareness.
Dari segi pendekatan berstruktur pula, kita melaksanakan rancangan tebatan banjir yang merangkumi struktur-struktur mitigasi banjir seperti pembangunan ban sungai, pembinaan ban sungai, tembok banjir, kolam takungan, pintu kawalan serta sistem pam.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Setakat ini 140 projek RTB telah diluluskan termasuk projek baharu dan juga projek sambungan, khususnya di kawasan Pantai Timur, sebanyak 29 projek bernilai RM9.377 bilion telah dikenal pasti dan kini berada dalam pelbagai peringkat pelaksanaan. Di Sabah ada 15 projek melibatkan perbelanjaan RM1.49 bilion, manakala Sarawak 10 projek bernilai RM3.34 bilion, juga dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.
Salah satu penambahbaikan adalah reka bentuk bagi projek-projek RTB yang juga telah mengambil kira faktor perubahan iklim ataupun climate change factor
(CCF), dalam pengiraan teknikal. Pendekatan ini bertujuan memastikan projek RTB lebih berdaya tahan terhadap impak perubahan iklim.
Dan sebagai makluman, bagi mengurangkan risiko banjir termenung, setakat ini JPS telah menempatkan 606 unit pam bergerak di seluruh negara melibatkan aset pam JPS di peringkat negeri dan juga JPS Malaysia. Ini sebagai sokongan untuk mempercepatkan proses pengepaman air semasa kejadian hujan lebat yang berterusan. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Menteri. Seterusnya Rantau Panjang.
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Ya terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri di atas jawapan yang diberi. Saya memahami kekangan yang dihadapi oleh kerajaan dalam menangani isu banjir. Tapi pelaburan ini sebenarnya memberi impak yang cukup besar masa depan negara.
Jadi, saya ingin tahu, apakah langkah segera kementerian dalam menangani isu banjir, sementara projek yang kita rancangkan ini mungkin akan siap dalam masa lima atau enam tahun akan datang dan apakah adaptasi yang dibuat berasaskan semula jadi yang banyak dilaksanakan di negara-negara maju yang boleh kita laksanakan untuk isu banjir ini.
Dan begitu juga saya ingin tahu dari sudut ARI, berapakah tempoh? Adakah 100 tahun, 200 tahun untuk kita memastikan perlindungan, sama ada dari segi struktur, sama ada dari segi benteng, ban, parit, kolam dan sebagainya yang dapat menahan kejadian seumpama ini akan berlaku untuk sekiranya berlaku banjir ekstrem untuk masa depan. Minta penjelasan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Menteri.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih Yang Berhormat.
Dari segi perancangan kita, yang saya katakan tadi berdasarkan PITB. Bila kajian dibuat, kita akan menjangka jumlah hujan. Daripada jumlah hujan itu, maka direncanakanlah apa bentuk tindakan yang kita ambil.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Ada pendekatan yang merupakan quick win ataupun pendekatan jangka pendek, ada juga merupakan tindakan jangka panjang. Dan jangka pendek yang kita laksanakan ialah sama ada kita membuat pengorekan, pengerukan dan peruntukan tahun ini saja adalah lebih kurang RM189.9 juta diperuntukkan untuk seluruh negara. Kalau kita melihat di sebelah Kelantan, Terengganu dan Pahang, jumlah yang agak besar juga termasuk Sarawak dan Sabah. Yang ini semua langkah segera yang kita laksanakan, sementara menunggu siapnya projek yang lebih besar, yang jangka panjang tersebut.
Tapi yang lebih penting, pada masa sama yang kita rencanakan juga ialah bagaimana kita nak bekerjasama dengan pihak negeri. Bila pelan ini dah diadakan, pihak negeri juga kena mengambil tindakan. Maknanya segala perancangan pembangunan yang juga menyumbang berlakunya banjir kerana perancangan yang tidak mengikut apa yang kita rencanakan.
Sebab itu kita menyediakan pelan hazard banjir misal kata, pelan risiko banjir supaya bila perancangan itu dilaksanakan, janganlah bertumpukan kepada kawasan-kawasan tidak mampu untuk menerima lagi jumlah hujan yang besar.
Kalau dilaksanakan lagi pembangunan, maka risiko banjir akan lebih besar lagi di kawasan tersebut.
Sebab inilah kerjasama erat di antara majlis daerah, di PBT, peringkat negeri dan juga Persekutuan ini amat penting. Sebab itu bila garis panduan ini dah dibangunkan, pelan itu dah dibangunkan, ikuti segala perancangan itu supaya risiko banjir ini dapat kita kurangkan. Memang kalau kita nak rencanakan sama ada 100 ARI, 200 ARI, segala perancangan itu boleh. Tapi akhirnya, sama ada boleh dilaksanakan bergantung dengan kemampuan dana kerajaan.
Yang lebih penting ialah bila kita laksanakan, kita dapat mitigate-kan dulu kemungkinan berlaku banjir dan sebagainya. Sebab itu langkah sementara, langkah sederhana, jangka panjang ini perlu direncanakan tapi mesti juga melibatkan pihak PBT, pihak majlis daerah dan juga pihak negeri supaya segala perancangan ini sesuai dengan apa yang kita rencanakan di bawah pelan PITB tersebut. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih. Saya jemput Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Fenomena banjir di Malaysia bukan lagi sekadar isu bermusim tetapi telah beralih kepada krisis iklim yang menuntut kesiapsiagaan luar biasa.
Mengambil kira unjuran cuaca sehingga Mac 2026, kita tidak lagi boleh bergantung kepada penyelesaian bersifat reaktif.
Soalan saya, daripada sejumlah peruntukan yang besar untuk menangani banjir, adakah PETRA bercadang untuk menyalurkan peruntukan terus kepada komuniti di kawasan berisiko tinggi bagi membina balai komuniti kalis banjir atau sistem simpanan makanan kecemasan, memandangkan logistik penghantaran bantuan sering terputus pada waktu musibah banjir.
Dan saya juga bertanya, adakah kementerian menyediakan peralatan- peralatan yang diperlukan semasa krisis seperti battery power, communication device dan lain-lain peralatan yang mungkin perlu semasa krisis berlaku. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Silakan Yang Amat Berhormat.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Isu yang dibangkitkan atau cadangan dibangkitkan oleh Tampin memang ada peruntukan disediakan tapi ia nya melalui NADMA dan juga kementerian kebajikan yang mana mereka menyediakan stok dan sebagainya untuk menguruskan bila berlaku bencana banjir, di mana tempat pemindahan dan sebagainya.
Tanggungjawab kita di bawah JPS ialah untuk kita menyediakan pelan, termasuklah pelan yang kita panggilkan pelan risiko banjir itu tadi dan juga evacuation, pelan evakuasi kalau berlaku, di mana kita nak letakkan tempat pemindahan supaya berlaku banjir, mereka boleh pindah ke tempat yang lebih selamat. Tindakan perlu diambil oleh NADMA dan juga Kementerian Kebajikan berhubung kait dengan pengurusan bencana banjir di peringkat komuniti.
Sebab itu kita dah ada pengurusan banjir ini, kita ada di peringkat negeri, peringkat kebangsaan dan juga di peringkat daerah iaitu pejabat daerah lah yang akan menguruskan bila berlaku banjir, di mana nak menempatkan orang, apa segala bantuan yang diperlukan untuk disediakan pada masyarakat kita. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih. Baiklah, seterusnya saya jemput nombor 5, Tuan Chong Chieng Jen, Stampin.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan saya soalan 5.
5. Tuan Chong Chieng Jen [Stampin] minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah pungutan cukai pendapatan individu dan syarikat dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan pada tahun 2025 dan apakah anggaran untuk tahun 2026.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Menteri.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Stampin. Sepertimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Kerajaan Persekutuan menerima hasil cukai langsung dan cukai tidak langsung yang masing-masing dikutip oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Hasil kutipan cukai langsung dan cukai tidak langsung ini dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan, melainkan duti hiburan yang merupakan salah satu sumber hasil yang telah diserahhakkan kepada kerajaan negeri seperti yang termaktub di bawah Bahagian III Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan.
Berdasarkan Laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2026 yang diterbitkan oleh Kementerian Kewangan, anggaran disemak bagi kutipan hasil cukai pendapatan individu dan syarikat untuk tahun 2025 adalah masing-masing sebanyak RM44.86 bilion dan RM97.03 bilion. Jumlah kutipan hasil Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan pula adalah sebanyak RM25.6 bilion dan RM30.3 bilion masing-masing.
Bagi tahun 2026, hasil kutipan cukai pendapatan individu dijangka meningkat sebanyak 9.4 peratus kepada RM49.07 bilion, manakala cukai pendapatan syarikat meningkat kepada RM103.35 bilion iaitu peningkatan 6.5 peratus berbanding kutipan hasil tahun 2025. Unjuran jumlah kutipan Cukai Jualan adalah sebanyak RM26.6 bilion dan cukai perkhidmatan sebanyak RM33 bilion.
Peningkatan unjuran kutipan hasil cukai antara lain disumbangkan oleh pertumbuhan gaji yang lebih stabil yang membawa kepada peningkatan bilangan pembayar cukai individu berdaftar sebanyak 13 peratus, di samping kadar pengangguran yang rendah serta pelarasan gaji penjawat awam di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
Selain itu, pendapatan syarikat yang lebih tinggi khususnya daripada sektor perkhidmatan dan pembuatan serta pelaksanaan e-Invois secara berfasa mulai Ogos 2024, dijangka turut menyumbang kepada peningkatan hasil cukai korporat serta mengurangkan ketirisan dan meningkatkan pematuhan cukai.
Untuk maklumat Yang Berhormat juga, data kutipan sebenar hasil cukai langsung dan cukai tidak langsung bagi tahun 2025 boleh disemak melalui Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2025 apabila ia nya diterbit dan dimuat naik ke laman web Jabatan Akauntan Negara Malaysia dalam awal suku keempat 2026.
Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Menteri. Stampin.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Ya, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dan soalan tambahan saya, ya, memang adalah baik untuk kerajaan kerana ada peningkatan dalam kutipan cukai. Tetapi, kalau kita lihat dari segi rakyat khususnya, ia merupakan bayaran tambahan, khususnya untuk SME di negara kita. Ramai daripada mereka berasa tertekan oleh kerajaan atas cukai tambahan, kos compliance tambahan dan regulation yang bertambah dan juga denda-denda yang bertambah untuk technical non-compliances. Polisi kerajaan baru dalam masa satu, dua tahun sebelum ini, satu demi satu iaitu e-Invoicing, peluasan SST, mandatori pembayaran stamp duty untuk employment contract dan segala kontrak penguatkuasaan dan pengauditan oleh IRD dan juga kastam yang meningkat dan seterusnya. Semua ini nampaknya menuju, menumpu terhadap sektor SME sampai tahap mereka rasa satu perkataan dalam, dalam bahasa Cina selalu digunakan— [Bercakap dalam Bahasa Cina] Ertinya, susah nak nafas. Satu perkataan untuk peniaga-peniaga itu, susah nak nafas.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Soalan.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Soalan saya adalah, adakah kerajaan berhasrat untuk melonggarkan penguatkuasaan dan pengauditan daripada oleh IRD dan juga kastam supaya mereka boleh— SME negara kita boleh adapt business model mereka atas polisi-polisi seperti e-Invoicing dan regulations yang baru itu?
Adakah kerajaan sudi untuk melonggarkan penguatkuasaan dan pengauditan terhadap mereka? Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Menteri.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Yang Berhormat Stampin. Soalan yang secara panjang lebar tapi khususnya saya hanya jawab khususnya berkenaan dengan e-Invois. Kalau e-Invoicing, kerajaan menurut Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kerajaan telah melonggarkan fasa untuk adaptasi daripada enam bulan sehingga setahun.
Pada pandangan saya ialah bahawa e-Invoicing telah dianggap sebagai satu beban, tapi yang penting ialah e-Invoicing juga proses untuk pendigitalan. Proses pendigitalan itu tidak ditekankan mungkin kerana sebelum ini tidak ada usaha untuk menekankan aspek pendigitalan. Tetapi untuk syarikat-syarikat yang...
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
[Bangun]
Tuan Liew Chin Tong
...SME ini, yang penting juga aspek pendigitalan ini boleh, boleh ditekankan. Dan juga berkenaan dengan e-Invois...
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
[Bangun]
Tuan Liew Chin Tong
...Apa ini, nilai ambang telah ditingkat ke satu juga dan bukan 500,000 sebelumnya. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih. Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik. Terima kasih Speaker. Soalan tambahan saya, bagaimanakah pelaksanaan e-Invois dapat membantu mencegah ketirisan hasil dan shadow economy, selanjutnya meningkatkan hasil negara? Juga, apakah faktor utama yang akan menyumbang kepada peningkatan kutipan SST daripada RM55.9 bilion pada 2025 kepada anggaran RM59.6 bilion pada tahun 2026? Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Menteri.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Yang Berhormat. Memang pelaksanaan e-Invoicing akan membantu untuk mencegah ketirisan daripada shadow economy dan ini telah dikesan di dalam peningkatan hasil. Yang penting ialah bukan saja kita nak mencegah ketirisan tetapi kita juga harap boleh menggunakan sistem yang diberikan oleh e-Invois, terutamanya e-Invois e-POS supaya membantu syarikat- syarikat melaksanakan pendigitalan.
Dan dengan pendigitalan, mereka dapat menguruskan peniagaan mereka lebih baik dan juga mengembangkan ekonomi. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih. Seterusnya, saya jemput Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B), Lumut.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Terima kasih Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 6.
6. Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) [Lumut] minta Menteri Pertahanan menyatakan adakah kementerian bercadang untuk memperluaskan penyerapan veteran TLDM ke Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Perikanan Malaysia, dengan mengambil kira kesesuaian kemahiran Veteran TLDM dalam pengendalian, operasi dan penyelenggaraan kapal serta bot sebagaimana kejayaan kerjasama strategik antara JHEV dan Jabatan PERHILITAN.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Menteri.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Lumut atas persoalan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, kementerian melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia komited untuk meningkatkan tahap sosioekonomi veteran ATM melalui pelaksanaan inisiatif Kerjaya Kedua Veteran ATM, terutamanya bagi yang masih dalam umur produktif untuk bekerja.
Dalam menjayakan usaha ini, JHEV ATM telah melaksanakan pelbagai jalinan kerjasama strategik bagi mempromosikan veteran ATM sebagai sumber tenaga kerja yang boleh diperbaharui dan dioptimumkan dalam merancakkan industri pekerjaan semasa.
Berhubung dengan cadangan untuk menyerapkan tenaga kerja veteran ATM dan perkhidmatan TLDM ke agensi-agensi berkaitan, JHEV ATM telah mengadakan beberapa siri libat urus bersama Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia
(PVTLDM) bagi cadangan menyediakan peluang kerjaya dan latihan kepada veteran ATM dalam industri maritim dan penguatkuasaan maritim.
JHEV ATM juga bekerjasama dengan pihak TalentCorp, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Markas ATM dalam mengenal pasti dan menawarkan modul micro credential untuk kursus-kursus semasa dalam perkhidmatan ATM. Penyelarasan pengiktirafan tahap kemahiran diperlukan agar veteran TLDM mendapat peluang kerjaya yang berdaya saing selepas menamatkan perkhidmatan.
Tuan Yang di-Pertua, bagi menjayakan cadangan penempatan Kerjaya Kedua Veteran ATM ini sebagaimana program Renjer Komuniti bersama PERHILITAN, ia nya memerlukan ketersediaan dasar dan tawaran pekerjaan daripada pihak-pihak yang berkenaan.
Dan JHEV ATM menyambut baik dan bersedia untuk terus menjalin hubungan dengan Kementerian Pengangkutan dan agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Perikanan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim serta mana-mana syarikat dalam industri maritim bagi memudahcarakan cadangan ini. Itu saja jawapan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya Lumut.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya seterusnya, adakah kementerian bercadang untuk mewujudkan satu sistem pentauliahan atau pemetaan kemahiran atau skill mapping dengan izin, yang selaras dengan standard Jabatan Perkhidmatan Awam bagi memastikan kepakaran teknikal veteran TLDM diiktiraf secara terus tanpa perlu melalui proses latihan asas yang panjang di jabatan baru?
Juga, soalan saya seterusnya adalah adakah kementerian bercadang untuk melantik veteran TLDM yang berpangkat tinggi dan berpengalaman sebagai tenaga pengajar atau pakar rujuk di akademi-akademi latihan di bawah Kementerian Pengangkutan atau Kementerian Sumber Manusia bagi memastikan kelestarian pemindahan ilmu iaitu knowledge transfer dalam bidang kejuruteraan marin dan navigasi kepada generasi muda? Sekian.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Menteri.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih Yang Berhormat Lumut atas soalan tambahan yang dikemukakan. Dua persoalan.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
[Bangun]
Tuan Haji Adly bin Zahari
Yang pertama adalah tentang bagaimana kita mahu memberikan pengiktirafan, terutamanya dalam bentuk pensijilan mahupun pengiktirafan dari segi akademik kepada pengalaman-pengalaman yang ada kepada veteran-veteran kita. Sebab itu kita ada beberapa program di PERHEBAT dan juga di Markas ATM. Kerana kita tahu bahawa dalam tempoh anggota-anggota kita ni berkhidmat, sebelum berpencen, kalau kita tengok lain-lain pangkat itu, sekitar 21 tahun. Ia sudah barang pasti, 21 tahun itu antara cabaran kita adalah pengiktirafan dari segi pensijilan, diploma mahupun di peringkat ijazah.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Ini kita laksanakan melalui beberapa program kita termasuk RPEL itu sendiri supaya ada pengiktirafan yang kita tahu bahawa di luar sana bila kita ingin mendapatkan kerjaya kedua itu, antara aspek yang dilihat adalah aspek-aspek ini iaitu dari segi pensijilan itu sendiri. Ini kita ambil kira.
Kedua adalah tentang kepakaran. Kita tak nafikan kita di MINDEF sentiasa kita berbincang bagaimana kepakaran-kepakaran anggota-anggota kita terutama di peringkat pegawai ini. Kita tahu mereka menamatkan perkhidmatan sehingga 60 tahun dan mereka punya banyak kepakaran dan kalau kita lihat sebahagian daripada mereka itu kita memanfaatkan di GLC kita supaya mereka boleh menyumbang sama ada dari segi teknologi ataupun kepakaran dari segi pentadbiran itu sendiri dan kita juga melihat bahawa ini dapat membantu kita untuk memastikan bahawa kepakaran itu dapat kita manfaatkan untuk negara kita dan kesinambungan untuk industri pertahanan itu sendiri.
Itu sahaja jawapan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih. Saya jemput Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Pada Timbalan Menteri, soalan tambahan saya ialah bolehkah pihak kementerian ada data atau jumlah veteran TLDM yang telah berjaya diserapkan ke agensi maritim setakat ini?
Kedua, adakah kementerian bercadang untuk mewujudkan laluan khas ataupun fast track scheme bersama pihak JPA bagi memudahkan penempatan veteran TLDM ini dalam sektor penguatkuasaan? Terima kasih.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Pahat.
Kita sebenarnya di peringkat Jabatan Hal Ehwal Veteran, kita sentiasa bekerjasama dengan PERKESO kerana antaranya adalah kita memantau data-data pekerjaan anggota veteran angkatan tentera ini adalah melalui PERKESO kerana kita tahu bahawa di situ kita punya pelbagai data, sama ada di peringkat kerajaan, mahupun terutamanya di peringkat swasta itu sendiri dalam dan yang terkait dengan industri pertahanan itu.
Kedua adalah tentang JPA ini, saya tak nafikan bahawa memang kita meneruskan lagi perbincangan kita dengan pihak JPA kerana kalau kita melihat pekeliling sedia ada, memang ada beberapa perkara yang harus kita tambah baik kerana keutamaan di peringkat perkhidmatan awam itu lebih tertumpu pada veteran- veteran kita yang tidak berpencen. Sedangkan kita tahu bahawa veteran-veteran kita yang berpencen, yang masih lagi kalau kita lihat dari segi faktor umur sekitar 40 tahun, 41 tahun. Mereka sebenarnya boleh meneruskan khidmat mereka di perkhidmatan awam.
Sebab itu, kalau kita lihat kita sudah memulakan melalui renjer hutan dan kalau kita lihat, kita juga meningkatkan melalui AKPS. Kita bawa anggota-anggota pertahanan kita untuk menjaga pintu-pintu masuk kita dan kita akan meneruskan lagi dengan beberapa agensi-agensi penguatkuasaan kerana kita tahu bahawa kita ada pelbagai agensi penguatkuasaan yang boleh kita manfaatkan dan sedikit Tuan Yang di-Pertua, antara kelebihan kita mengambil veteran angkatan tentera ini adalah kita mempunyai kelebihan dari segi latihan.
Kita dapat menjimatkan kos latihan kerana kadang-kadang bila kita mengambil penguat kuasa-penguat kuasa baru ini, kita perlu mengambil masa sehingga enam bulan dan dia melibatkan kos, dia melibatkan kepakaran dan seumpamanya. Jadi, kalau kita mengambil veteran angkatan tentera ini kita boleh menjimatkan sehingga enam bulan itu dan dia boleh berikan satu yang baik untuk masa depan kita dan juga masa depan negara kita. Itu sahaja.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Seterusnya, saya jemput Tuan Cha Kee Chin, Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya soalan 7.
7. Tuan Cha Kee Chin [Rasah] minta Menteri Pendidikan menyatakan kurikulum yang diguna pakai untuk PPKI dan apakah rancangan kementerian untuk memperkasakan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dengan bahasa ibunda masing-masing memandangkan kebanyakan kelas PPKI dilaksanakan dalam Bahasa Melayu.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Menteri.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Rasah atas soalan yang dikemukakan.
Tuan Yang di-Pertua, Murid Berkeperluan Pendidikan Khas yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi ataupun PPKI di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan mengikuti kurikulum sedia ada iaitu kurikulum standard sekolah rendah dan juga kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas. Manakala, pengajaran dan pembelajaran MBPK (Murid Berkeperluan Pendidikan Khas) di Program Pendidikan Inklusif akan menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah dalam kelas yang sama dengan rakan tipikal mereka yang lain.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas pula menawarkan pakej mata pelajaran yang disesuaikan. Contohnya, mata pelajaran Bahasa Melayu suaian untuk MBPK ketidakupayaan pendengaran. Aspek suaian adalah meliputi keperluan penggunaan bahasa isyarat disebabkan mereka tidak boleh mendengar dan juga bertutur. KSSR Pendidikan Khas juga menyediakan pakej mata pelajaran khusus iaitu:
(i) Pendidikan Khas Individu Ketidakupayaan Penglihatan;
(ii) Bahasa Isyarat Komunikasi; dan
(iii) Pengurusan Kehidupan.
Mata pelajaran khusus ini bertujuan membantu MBPK meningkatkan kesediaan mereka untuk belajar dengan mengurangkan halangan belajar atas faktor ketidakupayaan yang mereka alami. Pada ketika ini, dokumen standard kurikulum dan pentaksiran, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas disediakan dalam bahasa Melayu.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak KPM memahami keperluan menyediakan sokongan bahasa ibunda yang mempunyai nilai penting dalam perkembangan komunikasi, emosi dan juga identiti MBPK. Walaupun kurikulum sedia ada, iaitu KSSR dan juga KSSR pendidikan khas, di sekolah jenis kebangsaan menggunakan dokumen kurikulum yang sama seperti di sekolah kebangsaan, guru boleh mengintegrasikan penggunaan bahasa ibunda dalam pelbagai aktiviti pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah mengikut bahasa ibunda dan bahasa pengantar masing-masing.
Bagi mempertingkatkan pelaksanaan dan memudahkan PdP guru dan juga memperkasakan bahasa ibunda murid berkeperluan pendidikan khas ini, Kurikulum Persekolahan Tahun 2027 iaitu pada tahun hadapan akan menawarkan mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil, khusus untuk murid berkeperluan pendidikan khas.
Selain itu, dokumen Kurikulum Persekolahan 2027 bagi tiga mata pelajaran khusus yang saya sebut tadi, iaitu pendidikan asas individu ketidakupayaan penglihatan, bahasa isyarat Malaysia dan juga pengurusan kehidupan juga disediakan dalam tiga bahasa supaya ia boleh digunakan mengikut bahasa pengantar di sekolah. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri KPM yang telah memberikan satu jawapan yang saya rasa sangat bermakna khasnya untuk mereka yang terlibat di SJK(C) dan SJK(T).
Memang saya anggap ini sebagai pengumuman yang dinanti-nantikan oleh warga pendidik dan juga ibu bapa yang ada anak termasuk saya, di kelas PPKI di SJK(C). Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Cuma, saya nak sebut secara berkenaan dengan kelas PPKI. Di Daerah Seremban, data yang saya dapati adalah 27 daripada 63 SK ada kelas PPKI, 40 peratus.
Tetapi untuk SJK(C) hanya empat daripada 31, hanya sekitar 13 peratus dan trend ini saya dimaklumkan hampir sama di seluruh negara. Memang nampak ada kekurangan di SJK(C) dari segi ini yang menyebabkan purata murid di kelas PPKI bukan 6.5 atau tujuh orang, tapi 10 atau lebih.
Ketika ini memang itu hakikat yang berlaku di Daerah Seremban yang di kawasan saya. Jadi, ada tak apa-apa perancangan ataupun ada perencanaan khusus daripada KPM untuk membantu membuka lebih banyak kelas PPKI?
Sebab ada keperluan yang bagi saya mendesak sebab anak-anak dalam keadaan macam ini kalau kita letak di kelas perdana pun tak menguntungkan siapa- siapa. Tapi kalau letak di kelas PPKI, ia boleh membantu dan sesuatu yang bagi saya sangat bersesuaian dengan dasar pendidikan kita supaya zero reject untuk anak-anak kita. Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Rasah yang sentiasa prihatin terhadap isu berkenaan dengan pendidikan khas, khasnya PPKI, kelas PPKI.
Sememangnya setiap tahun pihak KPM ada membuat peluasan kelas PPKI di seluruh negara, tidak kira lah sama ada sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangsaan Tamil ataupun sekolah menengah kebangsaan.
Kita akan meneliti setiap satu permohonan yang diajukan kepada pihak JPN sebelum pihak KPM membuat keputusan untuk sama ada membenarkan atau membuat peluasan di sekolah masing-masing. Namun pihak KPM kita kena akui bahawa kita mempunyai kekangan dari segi dua perkara.
Nombor satu dari segi fasiliti dan saya difahamkan bahawa ada banyak sekolah yang sudi dan bersedia untuk membuat perluasan tanpa kos iaitu dengan menggunakan peruntukan ataupun dana sendiri. Itu sememangnya amat dialu-alukan oleh pihak KPM.
Namun kekangan yang kedua adalah berkenaan dengan ketersediaan dari segi guru.
Tuan Wong Kah Woh
Dalam beberapa tahun ini, pihak KPM sedang dalam usaha untuk meningkatkan pengambilan dan juga penempatan guru-guru PPKI, guru-guru pendidikan khas. Dan saya berharap juga supaya kesemua kita dapat memainkan satu peranan juga untuk membantu kita menguar-uarkan supaya guru-guru yang bakal kita ambil juga boleh memberikan perhatian dan fokus kepada guru-guru opsyen pendidikan khas.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
[Bangun]
Tuan Wong Kah Woh
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Rasah, pada tahun 2023, seramai 1,713 orang guru telah pun ditempatkan di seluruh negara. Tahun 2024, kurang sikit, 449. Tahun 2025, sebanyak 829 orang guru dan pada tahun ini, tahun 2026, pihak KPM dalam usaha untuk memperkasakan pendidikan khas. Kita akan menggerakkan lagi dan melantik 533 orang guru pendidikan khas yang sebelum ini diklasifikasikan ataupun dikategorikan sebagai calon simpanan bagi pendidikan khas oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan. Kita akan gerakkan dan tempatkan 533 orang ini supaya dia dapat ditempatkan ke sekolah masing-masing.
Namun, ada cabaran juga untuk kelas-kelas PPKI di SJK(C) yang mana kita masih dalam usaha untuk memastikan kita dapat satu talent pool yang lebih besar bagi kita menyediakan guru yang mencukupi bagi kelas-kelas PPKI yang bakal diperluaskan itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih. Saya jemput Kuala Kedah.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.
Soalan tambahan saya adalah, merujuk kepada perancangan Kurikulum Persekolahan 2027 (KP 2027), adakah elemen pengukuhan bahasa ibunda bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) ini diintegrasikan secara formal dalam struktur kurikulum baharu tersebut? Dan bagaimana pula kementerian bercadang untuk mengimbangi antara pemerkasaan bahasa ibunda dengan keperluan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam kalangan murid berkeperluan khas?
Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Berkenaan dengan Kurikulum Persekolahan 2027, tadi sempat saya menjawab bahawa demi untuk memperkukuhkan kedudukan dan juga pembelajaran bahasa ibunda oleh anak-anak kita khasnya dari aliran sekolah SJK(C) dan SJK(T), maka Bahasa Cina dan Bahasa Tamil akan ditawarkan sebagai satu mata pelajaran bagi murid-murid MBPK ini. Pada masa yang sama, untuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, sememangnya sepanjang masa ini kedua-dua mata pelajaran ini telah pun ditawarkan.
Dalam KP 2027, selain daripada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan tadi saya sebut Bahasa Cina dan juga Bahasa Tamil, mata pelajaran lain yang akan ditawarkan termasuk Matematik, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam, Alam dan Manusia Pembelajaran Bersepadu, Bahasa Arab dan juga pendidikan khas individual ketidakupayaan penglihatan dan juga dua mata pelajaran khusus yang saya sebut tadi iaitu Bahasa Isyarat Komunikasi serta Pengurusan Kehidupan.
Begitulah mata pelajaran-mata pelajaran yang ditawarkan dan kita pastikan bahawa peluang pembelajaran bahasa ibunda itu dapat diperkasakan dan pada masa yang sama, kedudukan ataupun pembelajaran bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris juga diberikan pendekatan dan juga fokus. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Seterusnya saya jemput Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor, Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Terima kasih Speaker.
Bulan puasa tiada sarapan, Soalan saya nombor 8.
8. Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor [Temerloh] minta Menteri Pertahanan menyatakan status terkini pegangan saham Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di dalam syarikat perladangan berkaitan kelapa sawit sama ada di Malaysia mahupun di luar negara serta berapakah jumlah nilai ekuiti yang telah dijual oleh LTAT pada tahun 2024 hingga 2025.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Menteri.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih kepada Yang Berhormat Temerloh atas persoalan yang dikemukakan.
Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) merupakan pemegang saham majoriti dalam Boustead Plantations Berhad dengan pegangan efektif berjumlah 95.75 peratus. Selain itu, LTAT turut mempunyai pegangan ekuiti dalam Ketengah Jaya Sdn. Bhd. sebanyak 29.09 peratus, Ketengah Perwira Sdn.
Bhd. sebanyak 49 peratus dan Anglo-Eastern Plantations Sdn. Bhd. sebanyak 30 peratus.
Sebagai makluman, pada masa ini LTAT tidak mempunyai sebarang pelaburan dalam syarikat perladangan kelapa sawit di luar negara. Sepanjang tempoh 2024 hingga 2025, LTAT tidak pernah membuat sebarang penjualan ekuiti dalam sektor ini. Itu saja jawapan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Seterusnya, Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey, terima kasih. Soalan tambahan saya adalah berkaitan dengan pelaksanaan penstrukturan Boustead Plantations dan juga langkah penstrukturan semula portfolio Lembaga Tabung Angkatan Tentera sejak 2024 menunjukkan bahawa usaha menyusun semula aset strategik bagi meningkatkan kualiti pelaburan serta mengurangkan risiko pulangan jangka panjang.
Langkah ini penting kerana melalui pulangan stabil dan mampan, di samping memastikan pengurusan aset dibuat secara telus dan berhikmah.
Soalannya adalah berkaitan tentang kesan daripada penstrukturan ini iaitu bolehkah Menteri menjelaskan bagaimana penstrukturan dan rasional pengambilalihan serta pelupusan aset perladangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera sejak 2024 ini memberi nilai tambah kepada dana persaraan anggota tentera. Dan apakah jaminan daripada kerajaan bahawa strategi pelaburan ini benar-benar meningkatkan pulangan tanpa menambah risiko kewangan khususnya kepada pencarum? Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih kepada Yang Berhormat Temerloh ya atas persoalan tambahan.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
[Bangun]
Tuan Haji Adly bin Zahari
Kita tahu bahawa Lembaga Tabung Angkatan Tentera antara lembaga yang diberikan amanah untuk kita menguruskan dana pelaburan ini. Dan kalau kita lihat sehingga kini, hampir RM13.8 bilion yang harus kita uruskan. Antara aspek ataupun bidang yang kita ambil tanggungjawab itu adalah dalam bidang perladanganlah. Dan macam tadi disebut, memang kita melaksanakan pelbagai penstrukturan kerana kita tahu bahawa yang paling penting bagi kita adalah bagaimana memberikan― memastikan bahawa dana ini boleh menjana keuntungan.
Dan saya ambil satu contoh, macam Boustead Plantations Berhad. Kalau kita tengok dividen yang dibayar pada tahun 2023 adalah sebanyak RM22 juta. Dan kalau kita lihat pada tahun 2025, ia adalah sebanyak RM80 juta. Jadi, dia ada peningkatan begitu.
Begitulah juga kalau kita lihat kepada dana-dana yang macam saya sebutkan tadi, dalam sektor-sektor pelaburan itu bagi Ketengah Jaya Sdn. Bhd., tahun lalu dividennya sebanyak RM2.4 juta, RM5.5 juta. Jadi, ini antara yang penting bagi kita.
Jadi, selagi pelaburan kita itu dapat menjana keuntungan dan dapat kita tingkatkan keuntungan itu, ini akan dapat memberikan kesan baik kepada semua yang terlibat dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera, terutamanya kepada anggota pertahanan kita. Itu saja jawapan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Baiklah. Saya jemput Kuala Pilah.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat Timbalan Menteri, tabungan LTAT ini merupakan simpanan anggota tentera.
Dan soalan saya ialah berkaitan dengan pelupusan ekuiti LTAT dalam sektor perladangan bagi tempoh 2004 dan 2005 dahulu. Dan apakah strategi pelaburan semula yang dilaksanakan bagi memastikan kebajikan pencarum terus terpelihara? Dan apakah kerangka penilaian risiko dan had pendedahan sektor yang digunakan oleh LTAT sebelum ini dan adakah pelupusan pegangan dalam sektor perladangan ini dibuat selaras dengan strategi diversifikasi portfolio yang lebih menyeluruh? Terima kasih.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Pilah.
Sepertimana yang saya sebutkan tadi, memang sepanjang tahun 2024 hingga 2025, kita tidak ada sebarang penjualan ekuiti.
Cuma, kalau kita lihat memang kita tahu bahawa sebelum daripada ini kita ada beberapa penstrukturan kepada kita punya GLC ataupun anak-anak syarikat di bawah LTAT itu kerana kita tahu bahawa yang paling penting bagi kita adalah untuk pastikan bahawa anak-anak syarikat ini boleh berdaya saing.
Dan lagi satu kalau kita lihat bahawa keuntungan itu banyak melibatkan juga kalau kita tahu bahawa macam sawit sebagai satu contoh, dia melibatkan juga harga semasa komoditi ini juga. Sebab itu kadang-kadang kalau kita lihat ada setengah- setengah tahun itu, ada peningkatan, ada penurunan, banyak juga bergantung beberapa faktor di samping kita melihat kepada faktor penstrukturan itu.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Tapi, yang paling penting kalau kita lihat― saya baru dua hari, hari Jumaat lepas, saya jumpa kepada Chairman Boustead Plantations. Antara yang kita bincangkan adalah bagaimana kita boleh melebar luaskan lagi. Bukan sahaja fokus kita kepada sawit itu, tapi kalau kita lihat sekarang ini pun Boustead Plantations telah melihat segmen-segmen lain, termasuk kalau kita lihat jagung untuk makanan juga terutamanya untuk ternakan dan seumpamanya, antara segmen yang sedang diteroka oleh Boustead Plantations.
Jadi, kalau kita lihat di anak-anak syarikat LTAT ini, termasuk Boustead Plantations juga, kita melihat apa prospek ke depan, apa keupayaan yang kita ada dan yang paling penting adalah bagaimana kita menjaga dana pelaburan ini supaya dia boleh memberikan keuntungan terutamanya kepada anggota pertahanan negara kita.
Itu sahaja jawapan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Seterusnya, saya jemput Tuan Suhaizan bin Kaiat, Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan Pulai nombor 9.
9. Tuan Suhaizan bin Kaiat [Pulai] minta Menteri Komunikasi menyatakan apakah kerajaan akan menggunakan kuasa deeming di bawah Akta 588 untuk mendakwa Mark Zuckerberg dan Elon Musk jika platform mereka seperti Facebook, WhatsApp, Instagram dan X melanggar undang-undang negara sedang mereka beroperasi di luar negara.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Terima kasih, Tuan Speaker yang bijaksana. Terima kasih, Ahli Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, bermula 1 Januari 2026, mana-mana pemberi perkhidmatan pesanan Internet dan juga media sosial yang mempunyai lapan juta atau lebih pengguna di Malaysia adalah disifatkan berdaftar sebagai pemegang Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi (ASP) Golongan C melalui pengetepian formaliti pendaftaran, deeming provision, dengan izin, di bawah seksyen 46A Akta Komunikasi
dan Multimedia 1998 - Akta 588
.
Langkah ini bertujuan memastikan semua pemberi perkhidmatan pesanan Internet dan juga media sosial yang menawarkan perkhidmatan kepada pengguna di Malaysia beroperasi selaras dengan rangka kerja perundangan dan juga kawal selia tempatan. Pendekatan ini juga adalah selaras dengan langkah kerja pelesenan bagi pemberi perkhidmatan pesanan internet dan juga media sosial yang telah berkuat kuasa pada 1 Januari 2026 bagi memperkukuh akauntabiliti dan juga pematuhan undang- undang tempatan.
Tindakan pengetepian formaliti pendaftaran menurut seksyen 46A Akta 588 membolehkan pemberi perkhidmatan yang disifatkan sebagai dilesenkan, tertakluk kepada kewajipan pemegang lesen kelas di bawah akta tersebut, walaupun mereka beroperasi di luar negara. Peruntukan ini adalah selaras dengan seksyen 4 Akta 588 yang memperuntukkan pemakaian luar wilayah, extraterritorial applications, dengan izin, iaitu terpakai kepada mana-mana pihak yang merupakan pemegang lesen di bawah Akta 588 atau yang memberikan perkhidmatan berkaitan di Malaysia.
Setelah disifatkan sebagai dilesenkan, pemberi perkhidmatan tersebut tertakluk kepada semua obligasi yang terpakai kepada pemegang lesen kelas termasuk pematuhan kepada peruntukan undang-undang, syarat lesen dan juga arahan pengawalseliaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
(MCMC).
Tindakan penguatkuasaan boleh diambil oleh MCMC selaras dengan peruntukan Akta 588 dan juga Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 [Akta 866] serta instrumen-instrumen kawal selia yang berkaitan sekiranya pemberi perkhidmatan tersebut gagal mematuhi arahan atau kewajipan yang dikenakan.
Berhubung persoalan liabiliti individu, seksyen 244 Akta 588 memperuntukkan bahawa sekiranya suatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta 588 atau perundangan subsidiarinya, mana-mana pengarah, ketua pegawai eksekutif, pengurus atau pegawai lain yang bertanggungjawab terhadap pengurusan hal ehwal pertubuhan perbadanan tersebut boleh didakwa secara berasingan atau bersama-sama dengan pertubuhan perbadanan itu.
Akta 866 juga turut mengandungi peruntukan yang serupa iaitu di bawah seksyen 73. Sekiranya pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah, individu tersebut hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan yang sama melainkan jika beliau membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuan, kebenaran atau pembiarannya dan bahawa beliau telah mengambil semua langkah berjaga-jaga yang munasabah serta menjalankan usaha yang wajar untuk mengelakkan perlakuan kesalahan tersebut.
Sehubungan dengan itu, peruntukan di bawah Akta 588 atau Akta 866 ini membolehkan tindakan diambil terhadap individu yang bertanggungjawab dalam pengurusan sesuatu platform sekiranya elemen-elemen yang diperuntukkan dipenuhi.
MCMC akan sentiasa memastikan semua platform yang menawarkan perkhidmatan kepada pengguna di Malaysia mematuhi undang-undang negara dan tanggungjawab yang diperuntukkan di bawah Akta 588 dan juga Akta 866.
Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih. Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Timbalan Menteri atas jawapan tadi.
Dari segi penguatkuasaan ini, baru sahaja― 1 Januari 2026― dari segi deeming provision ini. Maknanya, baru sangat, baru lebih kurang dalam dua bulan ini. Dari segi itu, apakah ada peningkatan dari segi pematuhan pelaksanaan ini di kalangan penyedia perkhidmatan? Juga, kita nak tahu dari segi apakah ada trend penurunan dari segi content ini? Dan kalau boleh dapat diberikan dari segi statistik perbandingan dari segi kesan itu antara sebelum dan selepas peruntukan ini dilaksanakan. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Menteri.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih, Dato’ Speaker. Terima kasih, Ahli Yang Berhormat.
Pertama, tentang kadar penurunan. Dari 1 Januari sehingga 28 Februari tahun ini, sebenarnya permohonan yang telah kita kemukakan kepada platform adalah 32 dan antaranya, 31 telah diturunkan. Kalau saya boleh bagi satu breakdown. Penipuan kewangan― empat permohonan. Semua telah diturunkan. Gangguan ataupun unsur lucah ada enam dan semua telah diturunkan. Kandungan sumbang― tiga. Semua diturunkan.
Dan juga gangguan yang bersifat ugutan, mengacau, menghina, kita telah kemukakan 11 permohonan, 10 telah diturunkan. Dan juga ucapan kebencian yang mengganggu ketenteraman awam, lapan telah dikemukakan dan lapan kesemua telah diturunkan. Jadi, out of 32, memang 31 telah diturunkan.
Tetapi, oleh sebab ONSA hanya cover sembilan kategori sahaja, jadi sebenarnya banyak lagi permohonan telah dikemukakan kepada platform iaitu di bawah CMA, Akta 588 dan bukan di bawah ONSA. Kalau kita merujuk kepada angka ataupun permohonan yang kita telah kemukakan di bawah CMA, kami telah mengemukakan 115,161 permohonan kepada platform tetapi yang diturunkan adalah 103,986 iaitu kadar pematuhan adalah sampai 90 peratus.
Jadi, saya rasa terlalu awal untuk kita menampak satu trend penurunan daripada kandungan yang bersifat 3R, ucapan kebencian kerana tempoh masa sangat singkat.
Setakat ini, hanya lebih kurang dua bulan sahaja. Tetapi, MCMC akan terus pantau dan juga monitor situasi pada masa yang akan datang.
Terima kasih, Ahli Yang Berhormat.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Saya jemput Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih, Menteri. Saya cuba nak faham apa yang disebutkan oleh Timbalan Menteri tadi pelaksanaan peruntukan deeming di bawah seksyen 46A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ini.
Jadi, adakah sudah wujud platform digital asing ini mewujudkan entiti yang berdaftar tempatan supaya segala tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan tanpa terhalang oleh isu bidang kuasa rentas sempadan? Bukan sahaja individu, tetapi dia dalam keadaan geopolitik kita yang tidak stabil sekarang ini, so bagaimana tanpa― boleh ke tidak perundangan diambil tindakan tanpa kehadiran fizikal syarikat di Malaysia? So, entiti yang berdaftar tempatan itu, adakah ianya wujud?
Atau adakah tidak terpakai? Dan bagaimana pandangan Peguam Negara, kebolehkuasaan kuat kuasa deeming terhadap entiti luar negara? Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Yang Berhormat Menteri.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih, Ahli Yang Berhormat. Satu soalan yang sangat bagus.
Puan Teo Nie Ching
Memang kita nak guna pakai deeming provision itu supaya kita boleh kenakan syarat-syarat sebagai seorang licensee. Jadi salah satu syarat yang telah dikenakan di bawah deeming provision ini, salah satu syarat sebab dalam lesen adalah mereka perlu lantik wakil tempatan sama ada individu ataupun syarikat di Malaysia untuk menerima apa-apa courts paper ataupun to accept service of any legal actions yang dimukakan oleh lah autoriti ataupun Kerajaan Malaysia.
Jadi, memang ini telah dimasukkan dalam lah sebagai satu syarat di bawah ini, deeming provision dan setakat ini kami ada lima licensee iaitu META yang merupakan META Services iaitu entiti yang mengendali operasi platform seperti Facebook dan juga Instagram dan juga WhatsApp dan juga Google, Telegram Messenger dan juga TikTok.
Jadi, kelima-lima ini telah mematuhi dengan provision tersebut iaitu telah melantik syarikat ataupun wakil tempatan supaya pada masa yang akan datang, sekiranya Kerajaan Malaysia memang berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang, sama ada mendakwa mereka ataupun nak bawa civil suit, mereka boleh menghubungi wakil tempatan ini untuk accept service. Sekian, jawapan saya. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Baiklah seterusnya, saya menjemput Datoʼ Hajah Mumtaz binti Md Nawi, Tumpat.
Datoʼ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan saya nombor 10.
10. Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi [Tumpat] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan:
(a) langkah menaik taraf infrastruktur IKS berasaskan ikan seperti industri keropok, satar dan produk sejuk beku di Kelantan khususnya di Tumpat; dan
(b) adakah kerajaan bercadang mewujudkan Hab Industri Makanan Berasaskan Ikan Pantai Timur atau skim khas pembiayaan mikro berasaskan komuniti nelayan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Tumpat di atas pertanyaan yang dikemukakan pada pagi ini. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, cadangan menaik taraf infrastruktur industri kecil dan sederhana (IKS) berasaskan ikan seperti industri keropok, satar dan produk sejuk beku di Kelantan, khususnya di Tumpat adalah tertakluk di bawah bidang kuasa kementerian dan agensi lain, terutama yang berkaitan dengan pembangunan infrastruktur dan industri asas tani.
Walau bagaimanapun, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
(KUSKOP) sentiasa bersedia untuk menyokong dari aspek pembangunan usahawan melalui penyediaan akses kepada pembiayaan program bimbingan dan latihan serta inisiatif peningkatan kapasiti bagi membantu usahawan terlibat meningkatkan produktiviti kualiti produk dan daya saing perniagaan.
Ia seiring dengan penekanan KUSKOP dan melalui strategi ABCD, iaitu A – anjakan produktiviti, B – birokrasi dipermudah, C – capaian modal dan D – daya akses pasaran yang menjadi teras dalam melaksanakan inisiatif keusahawanan secara komprehensif dan pantas.
Dalam konteks Daerah Tumpat yang terkenal dengan industri berasaskan ikan seperti keropok, satar dan produk sejuk beku, KUSKOP sedia membantu usahawan berpotensi melalui penyediaan akses kepada pembiayaan melalui agensi seperti TEKUN Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), SME Corp, SME Bank dan Bank Rakyat bagi membolehkan usahawan memperoleh mesin pemprosesan peti sejuk beku serta menaik taraf premis dan kemudahan penyimpanan.
Yang keduanya, program bimbingan dan latihan melalui SME Corp dan INSKEN bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran kualiti produk dan aspek pembungkusan.
Yang ketiga, sokongan akses pasaran dan pemasaran termasuk penyertaan dalam ekspo program pemadanan peniagaan dan penggunaan platform digital bagi membantu usahawan memperluas pasaran.
Tuan Yang di-Pertua, di bawah KUSKOP diadakan program Satu Daerah Satu Industri yang telah mengiktiraf keropok lekor sebagai produk Satu Daerah Satu Industri berpotensi untuk dibangunkan bagi meningkatkan pendapatan serta kesejahteraan komuniti melalui pembangunan industri berasaskan keunikan dan kekuatan produk tempatan.
Berkenaan cadangan mewujudkan hab industri makanan berasaskan ikan Pantai Timur, perkara ini memerlukan penelitian lanjut oleh kementerian ini dengan kerjasama kerajaan negeri serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi memastikan kesesuaian, keperluan dan impak pelaksanaan kepada ekosistem industri tempatan.
Tuan Yang di-Pertua, bagi cadangan mewujudkan skim pembiayaan mikro khas berasaskan komuniti nelayan, sehingga kini tiada skim khusus yang disediakan oleh agensi pembiaya di bawah KUSKOP. Walau bagaimanapun, TEKUN Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia pada tahun 2025 telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM205,000 kepada tujuh orang usahawan yang terlibat dalam aktiviti berkaitan industri hasil laut di kawasan Tumpat sebagai sokongan kepada pembangunan perniagaan komuniti setempat. Sekian dan terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Seterusnya saya jemput...
Datoʼ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Tuan Yang di-Pertua, sebelum itu izinkan saya nak mengalu-alukan ahli-ahli perniagaan daripada Langkawi, operator-operator pelancongan daripada Langkawi yang di hujung sana. Selamat datang.
[Tepuk]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya, lain kali kita bagi nota kepada Tumpat ya. Jangan bangun macam itu sahaja. Baiklah, seterusnya. Tumpat.
Datoʼ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya, berapakah jumlah koperasi berasaskan kepada industri seperti ikan ini yang ada di seluruh negara? Itu yang pertama. Dan yang kedua, sekiranya selepas ini, sebagaimana yang disebut oleh YB Menteri, kemungkinan besar boleh memperkenalkan skim khas untuk komuniti nelayan.
Adakah kerajaan secara automatik akan memperkenalkan juga sistem moratorium kepada mereka kerana khususnya di Pantai Timur, MTL ini terlalu lama, Monsun Timur Laut terlalu lama? Jadi, perlukan moratorium secara berjadual yang dibuat oleh pihak kerajaan supaya mereka tak perlu minta sendiri. Sekiranya berlaku, mereka dapat pembiayaan daripada Tekun ataupun daripada Bank Rakyat. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Rekod koperasi terlibat dengan industri usahawan-usahawan berkaitan dengan nelayan atau produk-produk berasaskan nelayan. Di Kelantan sahaja ada satu yang begitu aktif, Koperasi Penternak Akuakultur Pantai Kundor Kelantan Berhad. Koperasi ini Tuan Yang di-Pertua, ia nya masih dalam program vendor. Di mana, di supermarket Aeon di Kota Bharu.
Kalau Yang Berhormat pergi sana, bahagian jual-jual ikan itu diuruskan oleh koperasi ini. Maknanya koperasi ini sangat aktif bergiat dalam usahawan yang berasaskan perikanan. Jadi, ini salah satu contoh bahawa koperasi ini kita boleh gunakan untuk kita membangun keusahawanan berasaskan— walaupun dia tidak secara terus kepada nelayan yang turun ke laut tapi dia mengusahakan produk-produk berasaskan ikan. Jadi, koperasi ini banyak kita bantu. Bahkan di seluruh negara juga banyak.
Jadi, insya-Allah isu yang berkaitan dengan moratorium itu— sebelum ini pun memang kita dah umumkan apabila ada bencana alam, kita bagi moratorium yang bersesuai tetapi ia nya case-to-case basis. Maknanya kita lihat kalau ada keperluan ini kita akan putuskan, kita akan bincang di peringkat kementerian dulu. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya jemput Yang Berhormat Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Bentong ke Betong?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Bentong, Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Bentong. Terima kasih Tuan Speaker. Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Adakah KUSKOP sedia membantu komuniti usahawan yang fokus dalam sektor perikanan ini untuk menceburi bidang koperasi dan apakah sebenarnya inisiatif yang dapat disediakan oleh SKM dalam menggalakkan penubuhan seperti ini? Baik.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Bentong ada nelayan tak? Tak ada. Tapi dia boleh mengusahakan walaupun tak ada nelayan, Tuan Yang di-Pertua, dia boleh mengusahakan produk-produk yang berasaskan ikan.
Saya baru balik daripada Kuching dua minggu lepas, kita pergi satu kedai itu, dia mengusahakan produk sambal garing ikan terubuk. Berasaskan ikan tapi dia bukan turun ke laut. Maknanya banyak koperasi ini juga boleh membuat usaha bisnes atau perniagaan.
Jadi, di bawah KUSKOP untuk makluman Yang Berhormat, kita ada beberapa program-program yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia, SKM ini.
Kita beri mereka Tabung Modal Pusingan. Bagi mereka yang telah aktif lama, kita bagi mereka Tabung Modal Pusingan tanpa cagaran, sehingga RM200,000 kita bagi. Apa yang kita bagi lagi? Kita bagi lagi kemudahan pembiayaan di bawah produk pembiayaan modal pusingan AgroMakanan.
Koperasi yang berkelayakan boleh memohon pembiayaan sehingga RM3 juta.
Mengusahakan bermacam-macam produk pengeluaran makanan utama, upstream, pemprosesan, pengilangan, agromakanan atau satu atau aktiviti hiliran makanan juga kita bagi kepada mereka.
Datuk Mohamad bin Alamin
Yang lain lagi apa? Kemudahan bantuan pembangunan perniagaan koperasi di bawah Program Transformasi Ekonomi Koperasi, Pertanian, Perladangan, TEKAD namanya, sehingga RM190,000 kepada koperasi yang layak dan memenuhi syarat.
Jadi, kita banyak menyediakan insentif kepada penggerak kepada koperasi kita yang menceburkan diri perniagaan mereka dalam bidang pertanian ataupun perikanan yang berasaskan ikan.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Jadi, bukan hanya yang turun ke laut tetapi yang berasaskan ikan juga kita bantu.
Yang turun ke laut juga boleh kita bantu sebagai contoh, mereka wujudkan koperasi keluarga, koperasi berkelompok yang turun ke laut. Jadi, mereka boleh mendapatkan dana pinjaman untuk membiayai pembelian bot umpamanya, enjin sangkut umpamanya, pukat, macam-macam. Ini perlu kita bantu dan insya-Allah, SKM atau KUSKOP akan terus komited membantu kita punya penggerak koperasi seterusnya.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan.
Menteri ada usul?
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Datoʼ Sri Azalina binti Othman Said
Tan Sri Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari dan akan bersidang seterus sehingga selesai di bahas dan diputuskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2026. Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi pada hari Selasa, 3 Mac 2026.”
Tuan Yang di-Pertua
Ada yang menyokong?
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya iaitu Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dipersilakan memberikan penerangan mengenai situasi keselamatan di Iran dan Rantau Timur. Silakan, Yang Berhormat.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Datoʼ Seri Anwar bin Ibrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tan Sri Yang di- Pertua, izinkan saya terlebih dahulu merakamkan takziah kepada Republik Islam Iran, terutama atas pemergian syahid Ayatullah Ali Khamenei, seluruh keluarga mangsa, para pemimpin, serta komuniti pendidikan terbunuh akibat serangan bom oleh rejim Zionis Israel dan Amerika Syarikat.
Ini termasuk General Aziz Nasirzadeh, Menteri Pertahanan dan Mahmoud Ahmadinejad, bekas Presiden Iran, Pemimpinan Angkatan Bersenjata. Maka, kepada mereka termasuk rakyat serta 180 kanak-kanak di Minab yang terkorban, saya mohon Dewan menghadiahkan al-Fatihah dan kepada rakan-rakan yang lain untuk bermenung sejenak.
Tuan Yang di-Pertua
Al-Fatihah.
Datoʼ Seri Anwar bin Ibrahim
Tan Sri Yang di-Pertua, tidak boleh dipertikai kenyataan bahawa tindakan ganas menyerang negara berdaulat dan merdeka adalah tindakan biadab melanggar prinsip piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan melanggar semua peraturan ketetapan dalam tatanan hukum undang-undang dunia.
Oleh itu, Malaysia dengan ini mengutuk keras serangan rejim zionis Israel dan Amerika Syarikat terhadap Iran. Dan kita berpandangan bahawa tindakan ketenteraan yang berterusan ke atas negara bebas dan merdeka Iran, betapa pun perbedaan dasar dan sikap terhadap negara tersebut, bertentangan dengan prinsip yang disepakati oleh dunia.
Dan tindakan ketenteraan berterusan itu tentunya berisiko malah telah bermula menyebabkan ketegangan eskalasi lebih besar menggugat kestabilan serantau, terutama di negara-negara Teluk yang semuanya atau kebanyakan yang diheret dalam kancah peperangan akibat dari serangan yang dimulakan oleh Israel yang bersekongkol dengan Amerika Syarikat.
Tentunya sebagai negara bebas dan merdeka, Malaysia hanya mampu menyeru supaya gencatan senjata berlaku tanpa syarat dengan serta-merta dan kalau pun ada asas pertikaian, ia harus kembali ke meja rundingan secara konstruktif. Tatanan dunia termasuk PBB dengan kenyataan Setiausaha Agung Guterres baru-baru ini, jelas mengikat negara anggota supaya mematuhi undang-undang antarabangsa.
Namun, Israel salah satu-satunya negara yang terus-menerus melanggar ketetapan antarabangsa. Hari ini Iran, semalam Lubnan sebelumnya, Iraq, Syria dan pembantaian terhadap umat dan rakyat Palestin dan Gaza berterusan hingga kini.
Sebab itu, kita tidak ada pilihan, melainkan untuk menyatakan dengan tegas dan jelas bahawa tindakan ini adalah tindakan yang bertentangan dengan peraturan tatanan dunia dan harus dibantah dengan keras. Pilihan lain tentunya selain daripada perdamaian ialah untuk mendapatkan kerjasama dengan negara Teluk supaya kembali bersatu mengadakan rundingan, pertahankan kebebasan dan kemerdekaan rantau.
Jika tidak, seperti yang boleh dijangka, giliran satu negara ke negara yang lain akan terus berlaku sepertimana yang pernah diungkapkan oleh beberapa pemimpin Israel dan yang terkini memberi amaran kepada pemerintah Turkiye bahawa mereka juga tidak terlepas daripada kemungkinan serangan Israel.
Tan Sri Yang di-Pertua, selain dari ketetapan tersebut, tentunya sebagai kerajaan, kita bertanggungjawab untuk memelihara dan menjamin keselamatan rakyat Malaysia supaya keberadaan mereka di sana dapat dijamin keselamatan. Ramai yang terkandas akibat penutupan ruang udara dan gangguan penerbangan dan sebahagiannya memang sudah menetap dan bekerja di sana.
Sebahagian lagi adalah pelancong dan jemaah umrah. Jumlah yang besar adalah yang berdaftar bertugas di rantau Timur Tengah yang mencecah lebih 29,112 orang di kalangan yang berdaftar dan tidak berdaftar. Paling ramai dari Qatar dan UAE, Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi dan Jordan.
Kita, terutamanya Wisma Putra sedang memantau dari dekat sebahagian yang dibantu oleh kedutaan dan menghubungi sekiranya memerlukan kerjasama membawa pulang walaupun terbantut sekarang kerana tersekat penerbangan.
Datoʼ Seri Anwar bin Ibrahim
Penerbangan dibolehkan dari Arab Saudi tapi negara-negara lain masih lagi belum mendapat kepastian. Selain itu, saya ingin menggunakan kesempatan ini, Tan Sri Yang di-Pertua untuk juga mengumumkan bahawa dalam kesibukan ini, jangan kita lupakan nasib rakyat Palestin, khususnya di Gaza. Kerana, sebaik sahaja peperangan meletus atau serangan daripada Israel itu dimulakan, maka pintu masuk Rafah–Gaza juga ditutup di bulan Ramadan ini dan menyebabkan bantuan makanan, perubatan kepada rakyat terbantut dan keadaan mereka tentu jauh lebih gawat.
Pada 1 Mac semalam, kita telah melancarkan misi bantuan kemanusiaan Sumud Darat. 30 kontena Malaysia ke Gaza yang akan membawa sebanyak 30 kontena bersaiz besar dengan muatan sebanyak 374 tan bahan makanan dan kit kebersihan ke Gaza sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia. Sumud Darat menandakan komitmen kita kerana kita–– dan saya bangga dengan anak-anak kita yang tidak lentur semangat mereka untuk mempertahankan hak maruah dan kelangsungan hidup rakyat Palestin.
Pelancaran Sumud Darat juga membuktikan bahawa solidariti rakyat melangkaui kaum, agama dan latar belakang politik dan kita konsisten untuk berdiri teguh mempertahankan hak rakyat Palestin dan dalam keadaan sekarang membantu meringankan beban hidup akibat kezaliman rejim Zionis Israel.
Pihak Kementerian Luar tentunya akan terus mengaktifkan bilik gerakan, memantau dari dekat dan kita menjamin kita akan lakukan apa yang munasabah dan mampu untuk membantu termasuk melalui bantuan konsulat, nasihat perjalanan bagi rakyat Malaysia sama ada yang terkandas dan memilih untuk pulang ke negara mereka.
Akhir kalam Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menjelaskan bahawa untuk Malaysia sebagai negara berkembang kecil, tidak mudah memberikan ketetapan begini kerana bila berhadapan dengan Israel, apalagi Amerika Syarikat, tidak banyak negara yang tegas menyatakan pendirian mereka. Tapi, saya berunding dengan rakan-rakan saya, kita mengambil keputusan dan ketetapan untuk menyatakan yang hak dan yang konsisten dengan dasar kita selama ini. Menghormati kebebasan dan menentang segala bentuk pencerobohan oleh mana-mana negara terhadap negara lain.
Dalam kes ini, tidak boleh kita pertikai bahawa apa yang dilakukan oleh Israel dengan dukungan Amerika Syarikat itu sudah nyata pelanggaran prinsip tatanan dunia.
Dan oleh itu, Malaysia mengulangi pendirian kita, mengutuk serangan dan menuntut supaya dihentikan perbalahan dan mencari kedamaian di Rantau Teluk dan juga di Iran.
Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, penerangan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu kini terbuka untuk ahli-ahli meminta penjelasan dan memberikan pandangan. Saya telah pun menetapkan supaya tiga orang setiap sebelah sini dan belah sana juga akan mengambil bahagian.
Oleh demikian, saya membacakan nama-nama mereka yang akan mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Yang pertama ialah YB Sekijang, diikuti dengan Larut, Ipoh Timor, Kota Bharu, Pulai dan Indera Mahkota. Dan selepas itu, Perdana Menteri ataupun Menteri yang akan memberikan penjelasan. Untuk itu saya jemput Sekijang, lima minit dari sekarang. Silakan.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kerana memberi peluang kepada Sekijang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini dan hari ini, Dewan yang mulia ini wajib bangkit dan menzahirkan ketegasan kita. Saya mengulangi apa yang telah diucapkan oleh Perdana Menteri, YAB Tambun tadi. Kita mesti mengutuk sekeras-kerasnya kegilaan dan kezaliman yang berterusan oleh pakatan Israel dan Amerika Syarikat ini.
Nyawa manusia kita lihat sekarang sedang diratah di hadapan mata dunia dan tindakan Amerika dan Israel ini membedil sebuah negara berdaulat, memijak lumat undang-undang antarabangsa. Ironinya, di pentas antarabangsa, mereka inilah juga yang melaungkan retorik hak asasi manusia. Sebaliknya, realiti di lapangan, tangan mereka berlumuran darah orang yang tidak berdosa. Ini adalah hipokrasi dan dwistandard yang melampau.
Undang-undang antarabangsa dicabul secara terang-terangan demi memuaskan nafsu hegemony mereka. Sekiranya kita terus berdiam diri dan membiarkan prinsip undang-undang ini dicabul secara terang-terangan, maka kita sedang menghantar satu mesej yang sangat berbahaya. Tan Sri Yang di-Pertua, ini sama sekali tidak boleh diterima.
Tan Sri Yang di-Pertua, hati siapa yang tidak luluh? Semalam kita dikejutkan dengan pembantaian yang tidak berhati perut. Seramai 153 nyawa awam terkorban akibat serangan udara Amerika dan Israel ke atas sebuah sekolah perempuan di bandar Minab dan angka ini terus meningkat. Pagi tadi saja, 20 orang lagi terkorban di Dataran Niloofar, kawasan yang padat dengan penduduk. Bayangkan nyawa-nyawa ini, mereka ini bukan kombatan. Mereka bukan tentera yang memegang senjata dan mereka hanyalah anak-anak gadis, pelajar sekolah yang mempunyai cita-cita dan impian masa depan mereka.
Apakah ancaman yang dibawa oleh anak-anak kecil ini sehingga sekolah mereka jadi sasaran? Ini bukan lagi peperangan tapi ini adalah jenayah kejam, keji dan tidak boleh dimaafkan, [Tepuk] sedangkan Konvensyen Geneva menetapkan pelindungan kepada orang awam dan institusi pendidikan. Serangan terhadap sasaran sedemikian memerlukan siasatan bebas serta pertanggungjawaban yang telus bagi memastikan undang-undang antarabangsa terus dihormati.
Tan Sri Yang di-Pertua, krisis ini juga telah memberi kesan langsung kepada kestabilan global melalui gangguan rantaian bekalan, tekanan harga tenaga serta juga ketidaktentuan ekonomi antarabangsa. Negara membangun menanggung kesan yang besar walaupun tidak terlibat dalam pertikaian tersebut. Dalam konteks Malaysia, kestabilan antarabangsa mempunyai kaitan langsung dengan keselamatan ekonomi negara, perdagangan dan juga kesejahteraan rakyat.
Kita tidak boleh melihat krisis ini dengan sebelah mata. Kerajaan Malaysia mesti menggembleng tenaga memimpin suara negara-negara ASEAN, OIC dan juga pergerakan negara-negara berkecuali di pentas PBB. Kita perlu mendesak gencatan senjata serta-merta, menuntut laluan kemanusiaan dibuka tanpa syarat dan mengheret penjenayah perang ini ke muka pengadilan. Sekian, Sekijang mohon menyokong.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Seterusnya, saya jemput Larut.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Pertamanya, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada Republik Islam Iran di atas syahidnya pemimpin besar mereka, begitu juga dengan ramai pemimpin-pemimpin besar mereka dalam serangan yang dilakukan oleh rejim Zionis dan Amerika dalam serangan yang dilakukan pada baru-baru ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan terutamanya Yang Amat Berhormat Tambun di atas satu kenyataan yang tegas, kenyataan yang pertama kalinya, [Tepuk] yang kita nampak begitu bersemangat sekali untuk menentang kezaliman Zionis ini.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Tahniah dan syabas sekali lagi kepada kerajaan. Ini apa pasal dia orang ni?
Sokong salah, tak sokong pun salah. Saya beranggapan, kalaulah sebuah negara seperti Amerika yang hanya melihat tentang kepentingan untuk rejim Zionis saja semata- mata, itu adalah merupakan satu kesalahan yang besar kerana di kawasan itu sebenarnya merupakan satu kawasan yang bukan hanya boleh membantu dunia dari segi kedudukan ekonomi dunia, terutamanya dengan pengeluaran minyak yang begitu besar tetapi juga membantu Amerika selama ini.
Mengapakah mereka tidak melihat bahawa kepentingan negara-negara Teluk juga harus diambil kira. Maka sebab itu apabila Yang Amat Berhormat bangkitkan dengan satu kenyataan yang keras dan dengan mengatakan mengutuk sekeras- kerasnya Israel dan USA, kami pembangkang menyokong kenyataan Yang Amat Berhormat itu. Sekali lagi.
Betul. Kita melihat apa yang dilakukan oleh Presiden Trump ini adalah sesuatu yang kita fikir hanya untuk mengambil kepentingan untuk beliau semata-mata. Tidak melihat tentang kedudukan dunia. Sebab itulah ramai kenyataan-kenyataan yang kita dengar bahawa Trump hari ini sudah pun menjadi seorang yang begitu angkuh, yang begitu sombong, seolah-olah hanya dia yang boleh menentukan masa depan dunia.
Cuba kita lihat 12 hari apabila Amerika atau Israel menyerang atau peperangan di antara Iran dan Israel baru-baru ini, Trump kata dibenarkan kerana nak menghapuskan nuklear. Itu dalam masa 12 hari dan akhirnya dia kata kenyataan Trump sendiri yang mengatakan bahawa sudah selesai, tidak ada lagi masalah nuklear.
Tapi hari ini isu yang sama. Apa dah jadi ini? Sebab itu saya bukan hanya menyokong kerajaan, tetapi juga memohon kepada kerajaan untuk menjadi satu- satunya kerajaan, pemimpin untuk membantu negara-negara Teluk ini bersatu untuk menentukan kedamaian di sekitar kawasan itu kerana kebanyakan daripada negara di sekitar Teluk itu adalah merupakan negara-negara Islam.
Kita sebagai sebuah negara Islam sepatutnya menyokong untuk menentukan kedamaian itu berlaku. Sebab itulah, saya juga ucapkan terima kasih kerana tindakan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat mengatakan semua rakyat Malaysia akan kita tentukan mereka selamat. Itu pertama, terima kasih banyak.
Yang keduanya, apabila bantuan diberikan kepada rakyat Palestin. Saya bukan hanya menyokong tapi juga mahu kalau boleh kita bantu lagi. Kita berikan bantuan secukup-cukupnya. Insya-Allah, bantuan itu nanti bukan hanya membantu mereka.
Tetapi juga dapat membantu Yang Amat Berhormat di masa akan datang. Insya-Allah dunia dan akhirat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Larut.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Ya.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Larut minta mencelah. Terima kasih Larut. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya sangat setujulah dengan apa yang dibangkitkan oleh Larut dan Yang Amat Berhormat Tambun.
Jadi kita tengok, boleh tak kita melalui Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita supaya menyeru negara-negara Islam di Teluk ini tidak menyokong Amerika dan Israel untuk menyerang Iran dan bersatu untuk membantu umat Islam ataupun umat rakyat Palestin yang sedang ditimpa kezaliman ini dengan tidak ada makanan dan sebagainya. Ini saya minta, boleh tak Yang Berhormat Larut dengan pandangan ini?
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Terima kasih Pendang. Itulah yang ingin saya sampaikan. Yang penting kepada kita adalah untuk membantu rakyat Palestin yang selama ini telah pun hidup dalam keadaan menderita kerana kekejaman kerajaan Zionis yang ada hari ini. Terima kasih banyak, Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Larut. Seterusnya, saya jemput Ipoh Timor.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Terima kasih Tan Sri. Pada hujung abad ke-19, sewaktu Meiji Restoration di negara Jepun, untuk agenda memulakan menyemai benih Military Industrial Complex di Amerika Syarikat, Amerika Syarikat telah jual senjata-senjata, malah telah menyampaikan latihan kepada panglima-panglima perang kepada Jepun pada ketika itu, sampai hantar depa ke West Point untuk menerima latihan.
Dan pada penghujungnya, selepas orang panglima-panglima dilatih, Perang Dunia Pertama berlaku. Jepun serang dengan kepakaran yang telah diterima daripada Amerika Syarikat, serang Korea, serang Manchuria, serang China. Sampai embargo minyak dikenakan kepada Jepun, embargo getah, embargo besi dikenakan kepada Jepun sampai aset-aset Jepun dibekukan.
Kemudian apa yang berlaku? Pearl Harbor. 50-an sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara demokratik di Iran telah diturunkan daripada takhta kuasa kerana kerajaan itu di bawah Mossadegh menyatakan satu idea yang radikal kepada United States dan kepada Britain pada ketika itu.
Minyak di bawah tanah Iran adalah milik rakyat Iran. British tak suka, depa pi ajak kawan-kawan di US serang Iran dan telah overthrow dengan izin kerajaan Mossadegh dan gantikan dengan Shah of Iran. Rakyat tak suka Shah of Iran. Apa berlaku? The Islamic Revolution took place. Ayatollah naik dan itulah yang telah berlaku sampai sekarang. Dan sampai sekarang memang kelam kabutlah.
Kita fast forward sikit 70-an. Sebab Amerika Syarikat tak suka Soviet nak menang di Afghanistan. Jadi, Amerika Syarikat memberi kepakaran kepada sekumpulan orang Afghanistan. CIA latih dia orang buat guerilla warfare, terrorist tactics, nak buat bom apa semua. Didanakan oleh CIA yang saya ingat saya nak ulang dan apa yang berlaku di Afghanistan ketika itu kita semua tahu.
Selepas perang itu selesai, habis, Mujahidin evolve dengan izin menjadi Al- Qaeda. Kita tahu apa berlaku selepas itu. 9/11 happened. 1980-an, Iran kembali menjadi satu ancaman kepada Middle East dan Amerika Syarikat rasa ada perlunya untuk ada tukang pukul kepada Iran. Dia buat apa? US bagi funding, bagi latihan, bagi persenjataan kepada Saddam Hussein, naikkan Saddam Hussein dan Iraq menjadi tukang pukul bagi pihak Amerika Syarikat pada peringkat awal lawan Iran.
Iraq lawan Iran. Pada waktu yang sama, Ronald Reagan juga bagi dana ke Iran untuk lawan balik Saddam Hussein. Itu namanya Iran-Contra Scandal. Pada satu ketika pada waktu itu, Sadam Hussein atau Iraq mempunyai kuasa tentera keempat terbesar di dunia. Gulf War happened. Akhirnya, dia serang Kuwait. We saw the second Gulf War. Selepas itu, 9/11 happened. Dan kita nampak US kembali ke Afghanistan. Again.
Kita nampak US kembali ke Iraq, again. Dan sekarang, kita nampak US dengan Israel masuk Iran, again. Sekali lagi.
Sejarah berulang dengan naratif penipuan, tapi sebenarnya apa yang dia nak adalah regime change untuk what? Untuk natural resources. Untuk nak menyekat Hormuz Straits seperti apa yang dia buat di Venezuela, sampai nak tangkap pemimpin negara. Sampai bila kita nak terima perangai samseng dunia seperti ini? Regime change has never been a solution, it only exacerbates wars.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Baru saya habis mesyuarat dengan JKPK Hal Awal Antarabangsa dan rakan- rakan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas telah membuat satu kenyataan dan telah menyatakan pendirian yang sangat tegas dan jelas. Kita mengutuk― bukan sahaja mengutuk, tetapi kita nak menyuarakan kepada multilateral platform seperti United Nations dan juga multilateral platform yang lain bahawasanya forced regime change tanpa demokrasi adalah sesuatu yang kita tolak bulat-bulat dan tidak boleh diterima sama sekali di dunia moden pada zaman ini.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ipoh Timor, boleh sikit?
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Bolehlah.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih, Ipoh Timor. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Ipoh Timor tadi. Cuma, persoalan saya, setuju tak Ipoh Timor bahawa segala huru-hara, kebobrokan dan apa yang berlaku di dunia hari ini, belakangnya adalah Zionis Israel?
Apa pandangan Ipoh Timor? Terima kasih.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Sudah tentu Zionis Israel memain satu peranan yang sangat-sangat besar dalam semua ini khususnya apa yang sedang berlaku di Iran. Tetapi, prinsip di sebaliknya, kita tak boleh terima lagi. Tak boleh terima lagi regime change atas penipuan dan cerita dongeng untuk terus menjadi alasan dan asas untuk mana-mana negara hantar tentera untuk melakukan regime change. Itu saya rasa rakyat seisi Malaysia dan ahli-ahli seisi Dewan boleh terima dan kita harus kutuk, kita harus tolak dan kita mesti menyuarakan ini secara berani dan tegas.
Jadi, dengan itu, masa sudah habis. Saya mohon menyokong usul daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Tan Sri Speaker, dengan izin, kalau boleh mencelah sedikit.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Okeylah, okeylah. Baik, baik.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Terima kasih, Ipoh Timor. Saya ingat penting kepada kita bukan setakat suarakan kelantangan kita untuk memastikan supaya apa yang berlaku di peringkat dunia ini dapat kita urus sebaik mungkin. Pasal, banyak rakyat yang innocent people, dengan izin, anak-anak, ibu-ibu yang sedang mengandung menjadi korban. But, kita sedar juga suara kita, perlu kita utarakan. Kebulatan tindakan kita harus. Bukan setakat dari segi suara.
Saya rasa seperti yang kita sedia alami, any vessel passing sama ada daripada Jepun, South China Sea through Strait of Malacca, kebiasaan dia mereka akan menggunakan minyak untuk refuel all the vessels, military vessels yang ada. Dan ada di antara ini juga kita bagi bekalan minyak tanpa kita sedar bahawa― saya tahu bukan easy bagi kita untuk nak questions military vessel passing by our Strait of Malacca.
Kadang-kadang dia beli minyak but tujuan, kita dah tahu dah― building up the capacity yang ada. Tapi, bagaimana untuk memastikan supaya tindakan juga harus kita lihat walaupun dia peringkat yang kecil tapi dia bermakna. Kalau tak ada minyak, vessel itu tak akan sampai ke lautan Middle East di situ.
Jadi, Tan Sri Speaker, ada beberapa perkara saya ingat kita perlu lihat di masa akan datang bagaimana untuk mengelakkan supaya kejadian seumpama ini tidak akan berleluasa. Ini baru Iran, baru Venezuela. Tak tahu Greenland pula. Dan ini akan membangkitkan keadaan dunia semakin― dan saya harap jangan pula berlaku di antara Taiwan dengan China, and that will be disaster for the region, Southeast Asia in particular. Dan ini penting kepada kita, Tan Sri Speaker, supaya kita mempunyai maklumat yang begitu lengkap untuk memastikan supaya jangan ada war zone.
Setakat ini, saya bimbang jemaah haji yang akan datang, umrah yang akan datang ini. No fly zone akan berlaku. Kebimbangan kita ya, Tan Sri Speaker. Terima kasih banyak.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Terima kasih, Semporna. Saya setuju apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Semporna dan saya ingin tarik balik ahli seisi Dewan kembali ke teater Malaysia. Jangan kita benarkan, jangan kita wujudkan ruang supaya tragis dan perang dan serangan yang berlaku di Iran menjadikan penyakit dan sakit kepada kita di Malaysia.
Sebab, sudah mula kita nampak di social media, sudah kita mula dengar ada naratif-naratif di luar sana yang menjadikan perkara ini sebagai polemik dan polarisasi pandangan rakyat Malaysia, di mana ada yang menyatakan bahawa ini adalah satu serangan ke atas umat Islam yang telah dilakukan oleh bukan Islam.
Dan naratif itu kita tidak boleh terima sebagai begitu saja dan kita perlu faham sejarah yang telah membawa kita. Itulah sebabnya saya mulakan perbahasan saya dengan konteks history. Ini adalah satu serangan terhadap kedaulatan sesebuah negara. Ini adalah satu serangan terhadap kemanusiaan manusia di sana yang juga merupakan serangan ke atas setiap satu rakyat dunia dan setiap satu manusia di dunia ini...
[Tepuk] Jadi, jangan kita hanya tunnel vision dengan bahawasanya ini adalah satu serangan US dan Zionis Israel terhadap Iran. This is an attack on humanity and the sovereignty of a nation which is an attack of all sovereign nations. Jadi, saya harap jangan kita bawa sakit yang berlaku di sana dijadikan sakit dan penyakit di Malaysia dan rakyat Malaysia. Itu sahaja. Sekian, terima kasih. Saya menyokong usul.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua. Saya mulakan ucapan saya dengan baca sepotong ayat al-Quran, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Surah al-Baqarah, ayat 120 yang bermaksud, “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada mu (wahai Muhammad) sehinggalah engkau menurut telunjuk mereka”.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga bersama-sama dengan Dewan ini mengucapkan takziah kepada negara Iran dan juga seluruh rakyat Iran di atas musibah dan juga satu kecelakaan yang berlaku ke atas negara, pemimpin utama mereka, rakyat mereka pada 28 Februari yang lalu, iaitu beberapa hari yang lalu, di mana suatu serangan yang tidak berperikemanusiaan dan penuh kecelakaan telah dilakukan, tidak lain dan tidak bukan oleh sebuah negara yang mendakwa mereka adalah hero dunia ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, dengan menghantar 13 kapal perang ditempatkan di Asia Barat, kapal pengangkut pesawat USS Abraham Lincoln dan dalam perjalanan kapal pengangkut terbesar di dunia, USS Gerald Ford, menunjukkan bahawa niat dan juga intention yang begitu buruk telah dizahirkan oleh Amerika Syarikat terhadap, bukan saja Iran, tetapi juga kepada negara-negara sekitar itu.
Saya ingin memetik kepada satu laporan dan juga rencana yang berbunyi, “US killed every single powerful person who was a potential threat to them”. Ini adalah satu rencana yang menggambarkan bagaimana peristiwa penglibatan kebejatan Amerika Syarikat membunuh pemimpin-pemimpin utama di dunia yang dikira memberikan risiko ataupun satu ancaman, threat kepada mereka.
Tahun 2011, Amerika terlibat dalam pembunuhan Muammar Gaddafi di Libya, dan digulingkan oleh pemberontak yang disokong dengan serangan udara NATO yang dipimpin oleh Amerika. Tahun 2003, Saddam Hussein di Iraq telah ditangkap oleh tentera Amerika, telah dihukum gantung pada 30 Disember 2006 dengan kejamnya kerana, sebagaimana Ipoh Timor sebut tadi, Iraq mempunyai kekuatan yang begitu terserlah yang mungkin dianggap ancaman kepada Amerika.
Lama dulu, tahun 1960-an di Vietnam, Presiden Vietnam Selatan, Ngo Dinh Diem telah digulingkan dan dibunuh pada 2 November 1963. Rampasan kuasa tentera yang disokong oleh Amerika Syarikat. Pentadbiran Kennedy memberi lampu hijau dan sokongan dan menganggap Diem sebagai halangan akibat pemerintahan kuku besi dan sebagainya.
Begitu juga di Kongo, Perdana Menteri Kongo, Patrice Lumumba, Perdana Menteri Republik Demokratik Kongo dibunuh pada tahun 1961 dan ianya mendapat sokongan daripada CIA yang bimbang dengan pendirian nasionalis Perdana Menteri Kongo pada masa itu yang hanya bertindak untuk melindungi sumber mineral Kongo daripada terus dieksploitasi oleh bekas penjajah. Beliau telah dibunuh.
Begitu juga satu masa dulu di Iran, Mohammad Mosaddegh, Perdana Menteri Iran telah dijatuhkan juga oleh pemberontak kudeta militer yang didukung oleh Amerika Syarikat kerana Mosaddegh menasionalisasikan industri minyak Iran pada tahun 1951 sehinggalah naiknya rejim Shah Reza Pahlavi, Shah Iran itu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Begitu juga di Guatemala, Presiden Guatemala, Arbenz telah dijatuhkan kerana polisi cukai terhadap plantation ataupun perladangan Amerika di sana. Di mana presidennya telah digulingkan melalui kudeta yang juga didukung oleh CIA pada tahun 1954. Begitulah juga saya tak nak panjangkan lagi, di Cuba, bagaimana Ipoh Timor sebut tadi pelibatan US di Afghanistan, kemudian di Chile, di Ghana dan juga di Grenada.
Ini adalah contoh-contoh kebejatan dan juga kebiadaban Amerika Syarikat yang telah campur tangan di dalam pemerintahan negara yang dipilih secara demokratik tak kira macam manapun, Amerika akan kill every single powerful person who was a potential threat to them. Inilah.
Namun demikian, saya ingin menyentuh juga dalam negara kita. Kita, walaupun pembangkang, kita bimbang dengan keselamatan negara kita sendiri dalam keadaan kita memikirkan keselamatan negara-negara jiran. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, mengenai suatu berita yang meletup baru-baru ini.
Ketua Polis Negara menyatakan bahawa polis sedang menyiasat dakwaan konspirasi jatuhkan kerajaan, sabotaj negara. Apakah ini satu berita yang amat malang kepada rakyat Malaysia kerana kita bimbang kalau di Iran, Amerika Syarikat boleh campur tangan, apakah tidak mungkin mereka sebagai penjenayah ataupun sebagai penjahat, penyangak antarabangsa ini boleh campur tangan di dalam negara kita ini?
Dan satu perkara lagi saya nak tahu dari segi dasar kita, kita mengutuk dasar- dasar kezaliman Amerika dan negara-negara lain. Apakah dasar ataupun pendirian Malaysia terhadap negara-negara terutamanya negara Islam yang membenarkan negara mereka dijadikan pangkalan Tentera Amerika yang akhirnya menyebabkan mereka sendiri menerima akibatnya.
Negara-negara di sekitar Iran apabila Iran memberi respons kepada serangan itu, yang turut menjadi tempat sasarannya adalah negara-negara itu yang dianggap bersekongkol dengan Amerika Syarikat ini. Saya nak tahu pendirian kerajaan ini kita dalam hal ini.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Kota Bharu, saya mohon mencelah sikit. Sik belakang.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam MADANI. Pulai mewakili rakyat Malaysia dan seluruh Ahli Dewan pada hari ini merasakan rasa yang sangat sedih atas syahidnya pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei yang terbunuh semasa serangan daripada US dan Israel beberapa hari yang lalu.
Ia adalah satu serangan yang tidak adil dilakukan terhadap sebuah negara berdaulat sepertimana Iran. Kalau Iran boleh diserang tanpa sebarang resolusi daripada PBB, maka negara-negara lain juga akan boleh juga diserang oleh Amerika dan juga Israel. Inilah sesuatu yang sangat bahaya di atas muka bumi ini apabila tatacara, tatanan dunia ini sudah tidak boleh dipercayai.
Jadi Speaker, Pulai merasakan sangat sedih tentang peristiwa ini dan Iran sememangnya berhak untuk mempertahankan negaranya, untuk mempertahankan maruahnya. Seperti firman Allah SAW dalam Surah al-Baqarah, [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Dan perangilah orang-orang yang memerangimu di jalan Allah tetapi janganlah melampaui batas.” Maka itu Iran...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
...Bukannya memulakan serangan ini.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Pulai boleh sikit?
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Tapi Iran diserang oleh negara Israel dan Amerika ini.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Pulai, boleh saya mencelah sikit?
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Saya habiskan ini dulu, nanti last sikit boleh.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Boleh ya.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Jadi Speaker, oleh kerana kita melihat kesannya adalah besar, juga kesan ekonomi yang akan berganda apabila Selat Hormuz terpaksa ditutup dan ia nya menjejaskan minyak sebanyak 21 hingga 22 peratus, maka kesan itu juga akan terkesan kepada seluruh dunia. Juga kita melihat bahawa ia nya tidak akan berlangsung peperangan ini dalam masa singkat. Mungkin berlanjutan masanya. Mungkin lebih memakan masa berbulan-bulan. Kita bimbang perkara ini.
Dan kalau ini berterusan, mungkin negara kita juga terkesan, rakyat-rakyat kita yang ingin menunaikan fardu haji beberapa bulan lagi akan terjejas. Mereka tidak boleh pergi menunaikan haji dan juga menunaikan umrah. Ini satu kesan yang sangat besar, selain daripada ekonomi, juga kesejahteraan.
Maka itu, kita juga melihat bahawa peranan PBB sudah tidak berperanan lagi.
Dahulunya apabila kita melihat serangan-serangan ini dibuat, mestilah berasaskan kepada keputusan daripada resolusi PBB. Tapi kali ini tidak ada sebarang resolusi. Juga tidak boleh diharap juga OIC ini kerana negara OIC juga terlibat. Jadi, bagaimana? Apa lagi peluang yang kita ada dalam perkara ini untuk menyelesaikan perkara ini?
Maka harapan kita kepada PMX untuk menyatukan suara-suara yang tidak terlibat dengan peperangan ini untuk memberhentikan peperangan ini atas nama kedamaian, keadilan dan kesejahteraan ekonomi dunia ini. Kerana kita bimbang kalau tidak ada pihak yang serius untuk menyelesaikan masalah ini, ia akan merebak ke seluruh dunia dan menjejaskan semua dalam dunia kita ini.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Yang Berhormat Pulai, boleh mencelah?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sik.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Silakan.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Ya Yang Berhormat Pulai. Kita lihat tadi penerangan daripada pembahas yang menyatakan sebenarnya Trump dah bersedia untuk berunding tapi tetap dia melaksanakan perang ini. Apakah Yang Berhormat Pulai beranggapan ada pengaruh fail Epstein itu ke atas keputusan Trump yang menyebelahi Netanyahu ini? Apa pandangan?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Pulai bagi Sik juga kena jawab sekali ya.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Sila, sila.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ya terima kasih Pulai. Ya Pulai menyebut tadi serangan US dan Israel ini tidak mendapat langsung mandat khususnya daripada United Nations Security Council dan bercanggah dengan Piagam PBB itu sendiri. Dan adakah Yang Berhormat Pulai setuju bahawa kita Kerajaan Malaysia di peringkat United Nations sama ada mendesak sidang tergempar perhimpunan agung di bawah yang disebut mekanisme Uniting for Peace atau resolusi bersama negara-negara berkecuali bagi memastikan tindakan unilateral US dan Israel ini perlu dibahaskan dan tidak dibiarkan menjadi norma yang baru kepada hubungan antarabangsa dan bagaimana kerakusan USSR ini dia dengan kehausan darah nak membunuh rakyat di negara-negara lain itu?
Adakah bersetuju Yang Berhormat Pulai?
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Saya bersetuju.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Okey sila.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Pulai. Kalau kita dengar tadi Pulai sebut, PBB pun kita tak boleh harapkan dah. OIC pun kita tak boleh harapkan dah. Jadi, kepada siapa lagi yang kita nak harapkan untuk membantu masyarakat dan juga warga yang ditindas, khususnya di Iran dan juga di Palestine?
Adakah masyarakat antarabangsa sekarang ini kita boleh harapkan?
Maksudnya, masyarakatlah yang bangkit untuk sama-sama bagi menghalang peperangan pembantaian terhadap apa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat–Israel terhadap Iran dan juga Palestin ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Pulai, boleh saya pula nak mencelah?
Pulai, saya rasa kita sebagai Ahli-ahli Dewan ini pun kita pun ada peranan. Saya sebelum ini ada cakap untuk yang Menteri-menteri ini mungkin mereka ada tanggungjawab dan sebagainya. Tapi kita backbencher ini, saya rasa kita kena buat sesuatu. Kita boikotlah Kedutaan Amerika Syarikat punya event ini. Sebab saya rasa tahun lepas mereka dah buat dengan tarif menjejaskan ekonomi kita. Sekarang ini mereka buat dengan perang ini, sudah tentu akan jejaskan ekonomi kita.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Jadi, mungkin apa kita boleh buat, kita ambil pendirian sebagai ahli-ahli backbencher yang tak ada jawatan dalam kerajaan ini, kita tak payah pergilah. Dapat jemputan untuk Independence Day ke apa tak payah pergi, kita tunjukkan bahawa kita tak boleh lagi terima apa yang mereka lakukan. Apa pandangan Pulai?
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Setuju semua pandangan yang dikemukakan tadi. Sebenarnya Iran adalah satu-satunya negara di Timur Tengah yang menjadi ancaman kepada Israel ini kerana cita-cita Israel adalah untuk melebarkan kekuasaannya sampai ke bumi Madinah. Itulah cita-citanya.
Maka, ada negara, satu-satunya negara yang menjadi ancaman kepada Israel ini adalah Iran sebab itulah tindakan dibuat terhadap Iran untuk memastikan cita-cita itu.
Oleh itu juga, saya menyeru kepada negara-negara Arab ini yang banyak berada di kawasan ini supaya memutuskan hubungan dengan Israel ini dan keluar daripada Abraham Accords kerana mereka ini terasa sendiri negara mereka diserang, rakan- rakan mereka diserang.
Mungkin pada waktu ini, memanglah Iran menyerang kawasan mereka, tapi serangan itu bukanlah serangan kepada negara, serangan itu adalah serangan kepada pangkalan tentera Amerika untuk melemahkan Amerika, bukannya untuk melemahkan negara mereka.
Maka itu, saya menyeru supaya negara-negara Arab ini bersatu untuk keluar— putuskan hubungan dengan negara Israel ini supaya kita dapat satu kesepaduan menentang kezaliman ini.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Sikit.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Sila.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Adakah isu tentang mazhab yang menyebabkan pertempuran negara Arab menyokong Israel berbanding dengan tidak menyokong Iran? Terima kasih.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Isu yang lebih besar adalah kezaliman itu.
Maksudnya, sebenarnya tak kira Syiah ke, Sunni ke, yang menentang itu adalah Israel dan juga Amerika. Maknanya, yang lebih utama itu dalam konteks ini adalah kezaliman.
Yang lebih utama adalah kesejahteraan ini, keadilan ini sebenarnya. Maka, isu-isu yang berkaitan dengan mazhab ini tidak perlu dipanjangkan kerana keutamaan pada waktu ini adalah untuk menentang kezaliman yang dilakukan oleh Israel dan juga Amerika.
Sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Pulai. Seterusnya, saya jemput Indera Mahkota.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya berserta teman-teman tentunya senada untuk bersama dengan suara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya kita semua mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadab dan zalim, kebinatangan oleh Amerika Syarikat dan Israel yang menyerang Iran dan kita mengucapkan takziah dan bersolidariti dengan teman-teman kita rakyat Iran.
Apabila Trump melancarkan perang yang terbaru ke atas Iran, beliau menyatakan dua matlamat. Pertama, ialah untuk menghapuskan aset nuklear Iran, tetapi itulah juga seperti disebut oleh Larut tadi dalam perang 12 hari dulu, itu juga alasannya dan selepas itu dia kata kita selesai, dah habis dah. Tapi, sekarang dia menggunakan alasan yang sama.
Alasan yang kedua ialah perubahan kerajaan atau regime change yang tadi diungkap oleh Ipoh Timor. Persoalannya Tuan Yang di-Pertua ialah kita tahu bahawa Amerika Syarikat telah masuk lebih 80 buah negara dengan alasan regime change ataupun perubahan kerajaan tetapi yang sebenarnya tujuannya bukan perubahan kerajaan tetapi perubahan harta yang dikaut daripada negara tersebut, sama ada namanya petroleum, sama ada namanya nadir bumi, sama ada namanya uranium atau sebagainya ke Amerika Syarikat. Itu yang sebenarnya bukan perubahan kerajaan tetapi perubahan hasil daripada negara yang dijajah, yang diceroboh ke Amerika Syarikat.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Indera Mahkota.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Dan tidak ada sejarah yang menunjukkan, tidak ada rekod yang menunjukkan apabila ada campur tangan luar, khususnya oleh Amerika dia akan menghasilkan stabiliti atau menghasilkan demokrasi yang menjadi lebih matang, sebaliknya dia menghasilkan kehuru-haraan.
Sebagai contohnya, Afghanistan diceroboh pada tahun 2002, Iraq diceroboh pada tahun 2003, Libya diceroboh pada tahun 2011. Ini saya guna negara-negara yang berdekatan dengan wilayah tersebut. Tidak ada yang menjadi lebih stabil selepas pencerobohan Amerika Syarikat, sebaliknya semuanya menjadi lebih teruk selepas pencerobohan itu. Ipoh Timor.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Indera Mahkota, setuju atau tidak Indera Mahkota bahawasanya Oman yang sedang menerajui satu perundingan di antara Iran dengan Amerika Syarikat, malah pada hari serangan berlaku iaitu sebenarnya hari ketiga perundingan yang nampak seolah-olah, nyaris-nyaris Iran dah setuju sepenuhnya, hampir sepenuh apa yang diminta oleh Amerika Syarikat tentang penyahan nuklear.
Adakah setuju sekiranya saya sebut, atas dasar apa yang berlaku, atas dasar apa yang telah dinyatakan oleh Menteri Luar Oman, nak serang sebab dia nyaris-nyaris dah ada nuclear weapon sebenarnya adalah penipuan semata-mata dan penipuan yang terbesar dalam abad ini?
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Saya setuju Tuan Yang di-Pertua. Oman sehingga hari ini masih berusaha sedaya upaya untuk di-escalate menggunakan diplomasi mereka. Bukan itu sahaja, ada juga— saya faham apabila kita bicara negara-negara Teluk, ini kompleks, terutamanya apabila wujudnya pangkalan- pangkalan tentera Amerika di sana.
Tetapi, intensiti— maaf, kegunaan ataupun habit negara-negara Teluk itu, kalau ada lima negara Teluk yang ada pangkalan tentera, dia tak sama. Yang Amat Berhormat Tambun faham, Yang Berhormat Menteri Luar faham. Dia tak sama. Betul, katalah ada lima negara Teluk yang ada pangkalan tentera di negara mereka, tetapi cara mereka, habit mereka, tabiat mereka itu tak semestinya sama.
Jadi, kalau Ipoh Timur sebut Oman, saya nak sebut Qatar kerana Qatar diberitahu bahawa yang diserang hanya pangkalan tentera, tetapi ada unintended consequences yang berlaku, yang menjadi berbahaya kepada rakyat Qatar. Jadi, saya berharap Yang Amat Berhormat apabila Malaysia memainkan peranan, saya percaya kita boleh memainkan peranan, kita harus melihat satu persatu, jangan kita campur semua negara Teluk, semua fiilnya sama sebab masing-masing ada kaedah-kaedah tertentu yang boleh kita hubungi satu persatu, sebab yang paling utama, yang paling kita takut Tuan Yang di-Pertua ialah dia escalate. Perang ini jadi perang rantau.
Kita tahu Iran ada strategi dia untuk melibatkan “negara-negara tertentu”. Tetapi, yang kita bimbang ialah negara-negara yang terlibat secara tak langsung itu. Dua disebutkan dalam Dewan ini, sebagai contoh ya. Takut dia backlash, dia counterproductive. Iran ada strategi lain, tetapi dia jadi counterproductive akibat unintended consequences yang berlaku sehari dua hari yang lalu.
Sebab itu, saya ingin menyeru kepada kerajaan. Cubalah main peranan sedaya upaya untuk cuba menghentikan perang ini supaya dia tidak escalate kerana yang kita bimbang, yang kita dah hadap ini memang Amerika, Israel lawan Iran, ini kita dah hadap dah, yang ini kita tahu dah, ini memang parah dah ini.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Indera Mahkota.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Tetapi, yang kita bimbang ialah ia merebak ke negara-negara Teluk yang lain, yang saya percaya dengan hubungan baik Wisma Putra dan Kerajaan Malaysia selama ini dengan mereka, ada kaedah-kaedah tertentu yang boleh kita laksanakan, kita hentikan perang ini dan kita cubalah sedaya upaya untuk mencari sedikit sebanyak perdamaian di sana. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik duduk, baik, terima kasih kepada enam orang dan celahan-celahan. Sekarang saya jemput Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memberikan respons kepada pandangan-pandangan Yang Berhormat. Silakan.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Saya tentunya amat menghargai pandangan rakan-rakan yang memberikan ulasan dan juga beberapa cadangan.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tapi ternyata ada kesepakatan dan sebagai seorang rakyat biasa, saya agak terharu kerana dalam menghadapi kemelut begini yang menjejaskan kehidupan keselamatan negara seperti Iran dan juga keselamatan Wilayah Teluk, ada kesepakatan yang saya ingat satu petanda yang baik bagi negara kita.
[Tepuk] Maknanya, kita boleh berbeda pendapat dalam banyak hal tetapi dalam soal maruah, soal digniti negara, soal kemerdekaan, kemaslahatan bersama tidak ada perbedaan. Jadi, bagi pihak kerajaan saya ingin mengucap terima kasih dan [Tidak jelas] kepada ketua dan juga rakan-rakan di sebelah sini juga, sebelah pembangkang yang telah menyuarakan pandangan mereka.
Memang ia menyentuh perasaan saya dan bila saya dengar hujah-hujah ini, kita bayangkan di dunia ini, walaupun dilakarkan sejarah Pinushi dan kekejaman beliau dan kemudian dari zaman Patrice Lumumba sehingga Ngo Dinh Diem, tetapi tak terjangkau pada hemat saya dalam dunia sekarang boleh berlaku lagi kekejaman seperti ini.
Bayangkan seorang kepala negara boleh secara paksa dipindahkan dan dalam kes terkini dibunuh dengan kejam.
Ini bukan lagi dunia yang ada tamadun. Kita boleh berbeda pendapat tentunya.
Kita boleh menyerang dari sudut idea dan ideologi sepertimana ketika hangat perang dingin dulu. Tetapi tidak terfikir boleh kita guna kekuatan ketenteraan dengan targeted, precision killing.
Pertama, tokoh-tokoh negara dan juga anak-anak kecil sekolah tanpa menimbulkan keresahan di kalangan sebahagian dari masyarakat mereka. Sebab itu dalam beberapa pertemuan saya dengan pimpinan Amerika dan juga di Eropah, saya kurang senang mereka beri kuliah tentang hak asasi dan demokrasi kerana tidak boleh kita upaya menelan lagi hujah-hujah begitu dan terkini sepertimana kita sebut apa yang berlaku di Iran. Apa yang dibangkitkan juga oleh beberapa rakan-rakan kita termasuk Kulai dan Indera Mahkota, Sekijang, sebentar tadi Ipoh Timor tentang force regime change.
Ini juga dari segi keangkuhan kuasa. Merasakan satu negara boleh menetapkan siapa yang harus dipilih, siapa yang harus ditolak. Kita yang mengikuti perkembangan sejarah tahu kisah Mosaddegh. Seorang pejuang kebangsaan yang sangat dihormati.
Tapi dijatuhkan untuk mengangkat Rejim Shah yang kemudian ternyata di antara yang paling korup dalam sejarah Iran.
Tetapi, kita masih anggap ini satu perkembangan sejarah. Tak mungkin berulang. Bukan sekadar berulang Yang di-Pertua, dia berulang dengan tahap yang lebih ganas, kejam lagi dan sebab itu kita— sekali lagi saya hargai suara rakan-rakan yang tentunya berani kerana kalau kita lihat perkembangan beberapa hari ini, dalam peta politik dunia, tidak banyak...
[Tidak jelas] Parlimen, tidak banyak pimpinan, tidak banyak Ahli-ahli Parlimen, baik kerajaan atau pembangkang yang sanggup menyuarakan pandangan tegas begini dan tahu risiko yang mungkin berlaku. Jadi...
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Yang Amat Berhormat Tambun. Boleh saya celah sikit? Kita lihat sekarang ini, di antara perkara yang dasar yang telah menggoncangkan dunia ialah tindakan Zionis Israel dengan Amerika Syarikat menyerang Iran dan kita diberitahu baru-baru ini, baru dikeluarkan proof daripada pelbagai pihak bahawa PWTC itu bukan diserang oleh yang dikatakan teroris Islam tapi sebenarnya adalah perancangan.
Tuan Yang di-Pertua
Bukan PWTC. Bukan, bukan.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
WTC itu. Minta maaf.
Tuan Yang di-Pertua
World Trade Center.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Minta maaf. Orang Malaysia. WTC itu diserang, bukan diserang oleh orang luar, oleh Islamic terrorist yang dikatakan itu tetapi adalah perancangan sendiri.
Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Ibu pejabat UMNO diserang tak?
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Perancangan sendiri oleh pihak Zionis. Apa komen daripada Yang Amat Berhormat kerana itu adalah penipuan berdekad-dekad sehingga semua orang seolah-olah menerima penipuan itu dan mungkin ini akan dijadikan cover up kepada alasan menyerang Iran.
Tuan Yang di-Pertua
Alright. Terima kasih.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Tentunya ia harus membuka ruang untuk kita terus teliti walaupun sehingga kini belum ada suatu bukti yang jelas untuk mempertahankan mana-mana hujah. Jadi, saya ingat ulas setakat itu cukup.
Tapi yang saya nak bangkitkan tadi ialah tentang apa yang disuarakan oleh beberapa rakan supaya kita faham apa yang kita suarakan hari ini bukan suara biasa.
Kita suarakan pandangan yang berbeda daripada suara pimpinan negara-negara di dunia dan kita sedar bahawa bila kita memberanikan diri menyatakan hak pertahankan kebenaran dan keadilan, kita juga mungkin mengundang sedikit sebanyak masalah selain daripada masalah ekonomi akibat perkembangan geopolitik dan juga peredaran dan pengangkutan minyak dan sebagainya.
Sebab itu, saya terkesan dan hargai kerana kalau suara itu hanya suara terpencil, ia tentunya lebih mempersulitkan. Tapi nampaknya suara ini sudah merupakan suara rakyat Malaysia dan apa pun kita hadapi bersama.
Ada yang kaitkan umpamanya dengan kenyataan bahawa siapa sahaja yang dianggap ancaman, akan menerima dan sudah terbukti. Bukan puluhan bahkan lebih daripada puluhan negara, yang disebut juga oleh Indera Mahkota. Tapi diulas lebih teliti oleh Kota Bharu sebentar tadi.
Saya tentunya...
[Tidak jelas] dan bila dikaitkan dengan ancaman-ancaman terbaru yang masih dalam siasatan. Tetapi kita berbeda pendapat di sini. Bertempur, berperang dalam pilihan raya, di sidang. Tapi tidak harus mengizinkan umpamanya, untuk digunakan umpamanya, negara asing atau syarikat asing untuk sabotaj dan ini sebab itu saya hargai pendirian rakan-rakan. Tapi jangan kita menafikan kemungkinan ini berlaku atau terus berlaku.
Saudara Yang Berhormat Kota Bharu bangkitkan dan saya hanya boleh beri jaminan, kita akan tentu waspada. Kewaspadaan itu perlu, kesiapsiagaan itu perlu.
Menganggap bahawa semuanya teratur dan terselamat itu suatu kelemahan besar dalam pemikiran kita. Jadi sebab itu, soal kedaulatan negara, maruah rakyat, itu bagi kita harus ada kesepakatan walaupun sama-sama tahu akan risikonya. Maka, saya ingin bagi jaminan kepada rakan-rakan termasuk Kota Bharu...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
...Dalam kes yang dikaitkan itu, tentu ia memerlukan siasatan yang sangat rapi kerana angka-angka data-data menunjukkan ke arah itu dan sangat membimbangkan. Dalam negara kita, pada peringkat awal merdeka memang ada ancaman komunis oleh Parti Komunis Malaya yang juga menerima bantuan sisipan dari luar yang dibantah oleh rakyat sehingga menewaskan mereka.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Moga jangan ada kemungkinan-kemungkinan begitu berlaku yang akan mengancam keselamatan negara kita.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Perdana Menteri, sikit. Saya tertarik berkaitan dengan bagaimana kita nak mengukuhkan hubungan baik dengan Iran yang sekarang ni menjadi mangsa hegemoni ni.
Pada 10 Februari yang lalu, beberapa Ahli Dewan kita di sini dijemput oleh Kedutaan Iran di Kuala Lumpur menyambut 47 tahun Revolusi Islam Iran termasuk Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya juga hadir dalam majlis ini.
Jadi, adakah Yang Berhormat setuju bahawa kita nak zahirkan lagi sokongan kita selain membuat kenyataan media dan sebagainya, kita berkunjung, bertemu dengan Kedutaan Iran di Kuala Lumpur, memberikan sokongan solidariti kepada mereka bahawa kita bersama dengan rakyat mereka di sana? Terima kasih, Yang Berhormat.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Sebentar. Terima kasih. Saya nak dapat penjelasan.
Pada Mac 2024, negara kita dikejutkan dengan insiden tangkapan ejen Mossad yang bertugas di Malaysia. Sehubungan dengan itu, beberapa tangkapan telah pun dibuat. Saya ingin dapat penjelasan Yang Berhormat Perdana Menteri. Sejauh mana ancaman ejen-ejen asing ini yang berkeliaran dalam negara kita sebagaimana beberapa buah negara kita tahu, banyak ejen asing yang bekerja, khususnya ejen bagi pihak Israel dalam negara kita? Terima kasih.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Hubungan dengan Iran, itu kita masih ada hubungan yang baik. Dua kali saya hubungi Presiden Republik Islam Iran, sekali pertemuan dengan dia, tatkala kita berjumpa di Beijing. Dan kita bagi pengakuan untuk terus adakan hubungan walaupun terbatas, kadang-kadang sukar kerana peraturan keputusan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan juga sanctions. Tetapi kita malah bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dan hubungan, termasuk kemudahan- kemudahan pendidikan dan juga perniagaan dan perdagangan.
Jadi, tentang memberikan mesej kepada Duta Iran, memang ada wakil yang sudah sampaikan. Tetapi saya ingat kenyataan Parlimen ini yang mewakili semua pihak, itu tentunya lebih kukuh, lebih kuat daripada apa yang kita jangkakan. Dan tentunya ini juga akan mendapat liputan menyeluruh di negara Iran kerana ini satu-satu negara yang memulakan pendirian yang tegas dan berani.
Mengenai soalan Kubang Kerian tentang ejen Mossad, memang disahkan ada yang sudah ditangkap dan ada sudah yang didakwa. Ada juga dikaitkan dengan beberapa orang lain termasuk pasangan lelaki dan wanita Islam yang menjadi tali barut pada ejen Mossad ini.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
[Bangun]
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Dan maknanya, cukup bukti bahawa kita harus pantau dari dekat terutama bila suara rakyat dan kita jauh lebih lantang menentang keganasan rejim Israel. Mulanya kita bicara banyak terkait Gaza dan Palestin dan sekarang ke Iran.
Tapi juga saya panjangkan isu ini kerana isu ini berlarutan kerana ada bukti yang terkini yang menunjukkan bahawa ada usaha dari luar yang bekerjasama dengan kelompok di dalam untuk menggunakan dana dan pengaruh untuk menjejaskan kepentingan kerajaan dan juga negara Malaysia.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Terima kasih. Prabowo telah mengeluarkan statement untuk menawarkan diri menjadi orang tengah dalam peperangan yang sedang berlaku ini. Adakah Kerajaan Malaysia akan membuat tawaran dan menjadi orang tengah untuk menyelesaikan? At least to de-escalate apa yang sedang berlaku di Iran sekarang ini.
Keduanya, Dato’ Speaker, apa pun kehendak kita untuk melihat peperangan ini akan diberhentikan secepatnya, tetapi jika keadaan itu tidak tercapai, dia akan memberi impak kepada seluruh dunia termasuk Malaysia. Apa langkah-langkah awalan sekarang ini yang sedang diambil oleh Malaysia, melihat tentang implikasi ekonomi, implikasi rantaian makanan dan sebagainya yang boleh difikir sekarang ini supaya kesannya terhadap negara ini dapat diminimumkan? Apa perancangan kerajaan jika perang ini berlaku berterusan dalam tempoh yang agak lama? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Semporna, kalau sekalikan. Semporna.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal
Terima kasih Tan Sri Speaker, dengan izin Yang Amat Berhormat. Dan terima kasih banyak atas pandangan dan ketegasan pendirian kita terhadap perkara ini.
Apa yang penting bagi pandangan saya ialah mengatasi masalah ini kerana kita sedar dan tahu banyak suara-suara negara-negara yang ada tapi negara-negara ini beriktiraf seakan-akan negara kecil yang ada. Tapi saya tidak nampak peranan yang dimainkan oleh negara-negara besar khususnya untuk mengatasi masalah ini dengan tujuan bukan kita nak escalate supaya there will be a third war.
Tapi saya dapati bahawa contohnya Rusia, contohnya China sebagai sebuah negara yang Security Council dan United Nations, kalau atas rundingan, mungkin Yang Amat Berhormat boleh bawa untuk mengatasi masalah ini, suara mereka yang kerana ini Tan Sri Speaker, sebenarnya is about hegemony.
Siapa yang superpower di peringkat dunia ni sama ada— ada hadis yang menyatakan ada tanda-tanda kiamat bila mana manusia bergaduh, berperang oleh kerana kekayaan di bawah bumi itu. Bukan hanya emasnya, bukan hanya minyaknya, akan berlaku. Sungainya kering, akan berlaku. Tapi bukan kita nak sebut tentang dekat kiamat, tidak.
Tapi bagaimana mengatasi masalah ini kalau tiada pembabitan negara-negara yang besar, rundingan di antara China, Rusia dan negara-negara lain. Mungkin kalau kita dapat gabungkan supaya suara yang kecil bagi kita mungkin dilihat oleh Amerika Syarikat tak begitu berkesan. Kerana saya bimbang contohnya, kerana mereka juga terbabit.
Saya sebutkan tadi antara China dengan Taiwan, you know itu akan berlaku kalau kita tak urus dengan baik. Tapi bagaimana negara-negara ini perlu memainkan peranan tak akan berlarutan pembinasaan manusia yang tidak berdosa ini. Kalau China ataupun Rusia hanya boleh bercakap tapi kalau ada gabungan di antara perkara-perkara ini, negara-negara yang ada kuasa besar ini, saya yakin kita boleh sedikit sebanyak meredakan ataupun menghentikan gejala ini berleluasa pada masa-masa akan datang.
Terima kasih banyak.
Tuan Yang di-Pertua
Kita ambil satu lagi. Tumpat. Yang Berhormat, silakan.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Amat Berhormat Menteri Perdana Menteri.
Dalam hal ini kita melihat kepada isu keselamatan rakyat kita berada di negara- negara yang mengalami krisis ini. Bilakah ataupun adakah kerajaan akan mengadakan evakuasi segera kepada mereka untuk dibawa balik ke Malaysia? Kerana kita kira dalam sesetengah negara itu 100 kali diserang sehari pun, walaupun sekarang ini tumpu kepada pangkalan tentera, tapi kita bimbang soal keselamatan rakyat kita. Itu yang pertama.
Yang kedua, adakah Malaysia akan menjadi peneraju untuk memulakan tindakan secara koalisi khususnya di peringkat ASEAN dan juga OIC dalam isu membabitkan Iran ini di peringkat antarabangsa? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan.
Datoʼ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Beberapa Ahli Yang Berhormat sebelum ini pun menanyakan tentang peranan kita untuk bantu dalam bentuk rundingan.
Itu tentunya saya akan runding dengan Menteri Luar, dengan kekuatan Kementerian Luar tapi kita tahu keterbatasan kita kuat terutama bila melibatkan Israel dengan Amerika Syarikat.
Yang dibangkitkan juga tadi Beluran tentang inisiatif atau ikhtiar rakan kita, Presiden Indonesia. Itu tentu kita serahkan. Tetapi Malaysia, sikap kita agak lebih tegas.
Kita tidak iktiraf Israel dan Israel tidak menunjukkan sedikit pun tanda kesopanan, hormat, kemanusiaan dan tatasusila. Oleh itu, pendirian kita dan saya hargai dari dulu pemimpin kita sejak zaman pimpinan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj tidak mengiktiraf Israel.
Dan mungkin ada yang mengatakan kalau ada perubahan, tapi bukan ada perubahan, perubahan ke arah lebih buruk itu ada. Oleh demikian, sukar kita mainkan peranan selain daripada menjaga keharmonian hubungan baik kita dengan negara- negara Arab, Iran dan negara Islam selain ASEAN.
Jadi, bangkitkan juga tentang — jadi rundingan kita terbatas.
[Tidak jelas] menyatakan tentunya kita akan hubungi terus Rusia, China kerana hubungan diplomatik kita baik dengan dua-dua negara itu. Dan Menteri Luar tentu akan boleh terus menghubungi rakan-rakan sejawat mereka meminta supaya mereka terus memberikan dukungan menghentikan serangan ganas dan zalim ke atas Iran.
Datoʼ Seri Anwar bin Ibrahim
Setakat ini kenyataan-kenyataan telah dikeluarkan oleh kedua-dua negara, Rusia dan negara China. Kita akan membantu walaupun saya dengan tawaduk menyatakan ada keterbatasan kita.
Pertama kerana kita tidak mahu ada hubungan apa pun dengan Israel.
Keduanya, kita tahu keupayaan kita mungkin tidak terjangkau ke peringkat itu. Tetapi apa juga cara lain sama ada melalui besok ASEAN ataupun negara-negara Islam, OIC dan juga hubungan baik kita dengan Arab, apa sahaja yang perlu kita lakukan, kita sentiasa akan berikan kerjasama.
Tumpat menanyakan tentang keselamatan rakyat. Seperti mana saya sebut tadi, memang dipantau. Ahli-ahli kedutaan kita bertugas sepenuh masa dan mencari jalan bagi menyelamatkan mereka. Pertama yang mahu pulang, itu akan urus urusan penerbangan. Walaupun masih belum dapat laluan lagi kerana kawasan itu tidak dianggap kawasan selamat.
Ini zon perang yang boleh beberapa penerbangan dari Arab Saudi itu pun melalui Turkiye dan melalui Asia dan kembali ke sini dengan kos yang jauh lebih tinggi. Tetapi, keputusan kita ialah mencari jalan membantu membawa pulang rakyat Malaysia yang berhasrat untuk pulang walaupun penerbangan di Teluk itu masih terhalang. Dan saya tidak boleh beri jawapan lebih daripada itu sehingga keadaan lebih reda.
Tapi mereka dipantau, sebahagiannya itu semua menyerbu duduk di kedutaan agak terbatas, ada beberapa kedutaan itu agak sesak kerana mereka menerima anak- anak Malaysia yang merasakan perlu perlindungan di kedutaan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Bangun]
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Sekali lagi, Tumpat, terima kasih. Tapi untuk ASEAN dan sepenuhnya, saya lihat ada beberapa negara yang mengeluarkan kenyataan yang agak positif, maknanya minta dihentikan serangan tetapi Malaysia berpendirian agak lebih tegas dalam bidang ini.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Yang Berhormat sekalian, sekarang selesailah sesi penerangan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, sikit saja, sikit.
Sikit saja. Saya tak dapat berucap tadi, saya nak tanya sikitlah. Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, saya jangkakan yang Arau akan mencelah tadi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Arau nak mencelah. Saya mencelah. Saya dah bangun...
Tuan Yang di-Pertua
Ini dah habis dah Yang Berhormat Arau ni.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya. Saya kena sebut yang benda ini sebab benda ini penting. Sebab saya dapat phone call daripada seorang rakyat Malaysia tadi berhubung dengan kedudukan mereka di Qatar...
Tuan Yang di-Pertua
Okey, kerana ada telefon daripada rakyat Malaysia kepada Arau...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya. Dia telefon— ya.
Tuan Yang di-Pertua
Arau sebutlah apa yang nak sebut sekarang.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang pertama sekali, Yang Berhormat, saya kena cakap macam ini. Market kita panik tadi. Pagi tadi. Panik. Tiba- tiba market sekarang ini turun balik dan berada dalam zon yang agak selamat. Tahniah PMX.
Tapi soalan saya ialah apakah persediaan kerajaan untuk intervene, intervensi kalau sekarang market kita berlaku ke keadaan yang lebih teruk. Sebab apa, pagi tadi saya ingat semua rakyat Malaysia dah panik. Bukan— yang berniagalah panik kalau tengok market kita jatuh dengan teruknya tapi sekarang dah melambung naik. Jadi, saya cakap tahniah yang itu.
Yang keduanya, Yang Berhormat. Ini ucapan yang hebat, tegas dan disokong dengan hebat dan dahsyat oleh puak-puak kita semua sini ya. Jadi, Yang Berhormat ada sebut tentang bulan Ramadan dihalang makanan dan...
[Dewan ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, yang itu saya tak mahu tanyalah. Yang Berhormat pun faham. Tapi ingat-ingatlah perkara itu supaya kehebatan bersama ini hendaklah dilihat keadilan bersama. Jadi, saya nak ucap tahniah di atas keberanian Yang Berhormat untuk mengeluarkan kenyataan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang kedua Yang Berhormat, Amerika ini dengan Israel perangainya mudah. Dia berunding bukan untuk berunding.
Dia berunding untuk menunggu kapal dia datang. Bila kapalnya semua datang, baru dia buat serangan. Berunding itu adalah satu perkara biasa. Dan saya mencadangkan supaya Yang Berhormat mencadangkan supaya Trump dirujuk kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
[Dewan tepuk]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia mesti dihukum. Netanyahu dihukum, dia overrule. Tapi dia sendiri tak pernah dibicarakan. Saya ingat Yang Berhormat boleh cadangkan benda itu. Yang keduanya, ini Saudi ini. Ini Saudi...
Tuan Yang di-Pertua
Yang ketiganya, yang ketiga dah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang ketiganya, Saudi telah beritahu bahawa dia akan mempertahankan membela negaranya, dia akan buat serangan balas. Apakah boleh kita hantar Menteri yang ada di sini, bukan― ikut jalan lainlah sebab tengah perang sana, supaya memujuk negara-negara Teluk yang diserang oleh Iran bukan serangan kepada negara tersebut. Dia serang pangkalan Amerika.
Jadi, kalau Saudi mengisytiharkan untuk menyerang balas, akan jadi pandangan yang berbeza kita di sini. Sudah pasti Kota Raja akan menentang dengan hebatnya ya.
Jadi, akhir sekali Yang Berhormat, akhir sekali, akhir sekali.
Tuan Yang di-Pertua
Yang keempat ini ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Akhir sekali, akhir sekali. Saya bukan nak cakap pasal kami tak dapat peruntukan. Tak mahu itu ya. Saya juga tidak mahu cakap pasal EPF, dividen EPF patut dibagi. Saya tak mahu cakap. Esok saya akan cakap sebab ada soalan kepada PMX.
Tetapi, saya melihat bahawa kebersamaan ini tidak dilihat sebagai sesuatu petanda kepada yang lebih besar di masa datang. Kami tak pernah kompelin dengan— tak pernah membuat apa-apa yang merunsingkan negara. Kami cuma check and balance. Kami pegang kepada kata-kata Perdana Menteri India, Modi. Kerajaan yang kuat mesti mempunyai pembangkang yang kuat. Kami kuat, bila kami kuat, Yang Berhormat semua akan jadi hebat.
Kalau kami semua diam, tak— duduk di luar, Yang Berhormat hanya bercakap sorang-sorang. Kalau Johor kuat, tak ada orang lawan. Dia tak kuat. Tapi sebab ada orang lawan, dia jadi kuat. Jadi, tuan-tuan jadi hebat sebab kami tegur. Jadi, kalau kami tegur itu bukan di atas niat untuk mengacau. Tapi lebih kepada check and balance. Jadi, lihat balik keadilan itu ditegakkan kepada kami, termasuk dividen EPF. Itu tak payah jawab, jawab besok. Terima kasih.
[Dewan ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Yang di-Pertua, terima kasih atas kenyataan untuk menyokong pendirian Malaysia, mengecam kezaliman Israel yang bersekongkol dengan Amerika Syarikat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Setiausaha.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mengemukakan rang undang-undang ini.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2026 dibacakan untuk kali ketiga— untuk kali yang kedua sekarang.
Tan Sri Yang di-Pertua, hari ini Dewan bukan sekadar menimbangkan satu pindaan undang-undang tetapi melakar satu tradisi kenegaraan yang akan membentuk dan memberi corak masa depan kepimpinan negara. Perlembagaan Persekutuan merupakan amanah perundangan tertinggi bukan sahaja sekadar mengatur kuasa, tetapi mengehadkan kuasa demi melindungi rakyat dan menjamin kelangsungan demokrasi.
Tanpa mengira perbezaan politik, kita memikul tanggungjawab untuk memastikan sistem demokrasi berperlembagaan negara kekal stabil dan matang. Dalam salasilah demokrasi, kematangan sesebuah negara tidak pernah diukur pada lamanya seseorang memegang tampuk kuasa. Ia diukur pada kekuatan institusi yang menjamin kesinambungan dasar dan pentadbiran negara melangkaui individu.
Jadi, pengehadan tempoh jawatan bukanlah penafian terhadap peluang kepimpinan. Sebaliknya, satu ikhtiar untuk memastikan negara ini terus dipandu oleh institusi yang kukuh, berfungsi dan tidak terikat pada mana-mana insan semata-mata.
Ia juga perkara-perkara yang baru kerana ini berlaku di rantau kita. Had jawatan Presiden di negara-negara jiran, di Afrika Selatan, dihadkan tempoh pasca Aparteid susulan penubuhan kerajaan baru di bawah Pimpinan Nelson Mandela.
Jadi, pembentangan rang undang-undang ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan MADANI untuk memperkukuh institusi dan memartabatkan tatakelola negara. Pendekatan ini selari dengan kerangka Malaysia MADANI yang menuntut kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat dan keyakinan. Nilai-nilai yang hanya dapat dipelihara apabila kuasa diurus dengan integriti, institusi diperkasa dan kepercayaan rakyat kepada sistem kenegaraan dijunjung.
Nilai yang dikongsi merentas agama dan tamadun serta — kerana setiap masyarakat menuntut pemimpinnya berlaku adil dan bertanggungjawab. Apalagi kalau diteraskan kepada prinsip Islam yang menekankan tentang amanah, diserahkan kepada yang berhak dan urusan manusia dilaksanakan dengan adil yang difirmankan oleh Allah SWT dalam Surah an-Nisa’, ayat 58.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Dalam satu hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad SAW mengingatkan tentang kita, peranan kita― setiap kita sebagai pemimpin, [Membaca sepotong hadis] Jadi, mesej dan inti pati nilai menekankan keterbatasan kuasa dan pertanggungjawaban atau akauntabiliti. Jadi, pindaan ini dengan mengehadkan tempoh jawatan bukanlah tertumpu pada individu tetapi memastikan kuasa kekal di bawah disiplin Perlembagaan dan kepimpinan negara sentiasa diperbaharui secara tertib demi kestabilan.
Syariat Islam juga turut menekankan prinsip sadd al-dhara'i iaitu menutup jalan yang boleh membawa kepada kemudaratan. Penetapan had tempoh jawatan boleh dilihat sebagai satu usaha mencegah penumpuan kuasa, penerusan dan mengurangkan risiko tersebut selari dengan tuntutan supaya kepimpinan sentiasa dipelihara dalam kerangka aman, keadilan dan pertanggungjawaban.
Mengehadkan tempoh ini bukan perkara baru. Ia telah menjadi wacana reformasi yang panjang. Kita telah mengambil langkah untuk menterjemahkan wacana tersebut melalui pindaan ini sebagai suatu tekad politik untuk melaksanakan reformasi secara konsisten. Jadi, rasionalnya adalah menetapkan kaedah atau mekanisme tadbir urus yang diiktiraf dalam demokrasi moden, memastikan peralihan kuasa dan kepimpinan berlaku secara tertib, teratur berlandaskan undang-undang.
Dalam kerangka perlembagaan, pelantikan Perdana Menteri bergantung kepada kepercayaan majoriti Dewan Rakyat. Namun, perlembagaan tidak menetapkan had tempoh jawatan tersebut, walaupun jawatan ini memegang peranan yang amat besar dalam pentadbiran negara.
Maka, cadangan ini dirangka selaras dengan kerangka Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada. Ia tidak mengubah asas demokrasi berparlimen, tidak menjejaskan kuasa prerogatif wewenang Yang di-Pertuan Agong dan tidak mengurangkan peranan Dewan Rakyat dalam menentukan kepercayaan kepada kerajaan. Malah, pindaan ini memperkukuh struktur Perlembagaan melalui satu peruntukan yang jelas bagi mengukuhkan sistem semak dan imbang negara.
Terdapat negeri yang telah melaksana pendekatan ini dan terdapat juga negeri yang sedang meneliti cadangan seumpama. Ini mencerminkan kesedaran yang semakin meningkat dan meluas tentang kepentingan memperkukuh institusi-institusi serta menetapkan had kuasa secara berprinsip.
Di peringkat Persekutuan, cadangan ini mengambil pendekatan had tempoh secara agregat bagi mengekalkan keseimbangan antara pembaharuan kepimpinan dan kestabilan pentadbiran negara.
Dalam rangka cadangan ini, kerajaan telah melaksanakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, wakil masyarakat serta pakar dalam bidang tadbir urus dan perlembagaan. Kerajaan turut mengambil kira pandangan awam yang menunjukkan sokongan terhadap usaha memperkukuh pertanggungjawaban atau akauntabiliti pimpinan melalui penetapan had tempoh jawatan.
Cadangan rang undang-undang ini mempunyai lapan fasal. Sebagaimana yang dinyatakan dalam naskhah biru yang telah diedar kepada Yang Berhormat pada 23 Februari 2026, iaitu meminda perlembagaan bagi memperuntukkan pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri, termasuk kaedah pengiraan jawatan, tempoh jawatan serta perkara berkaitan.
Fasal 1 rang undang-undang bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi tajuk ringkas dan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.
Fasal 2 rang undang-undang bertujuan untuk meminda Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan. Fasal baharu (2A) perlembagaan memperuntukkan bahawa seorang Perdana Menteri yang dilantik di bawah perenggan (2)(a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan tidak boleh memegang jawatan Perdana Menteri selama tempoh yang pada agregatnya berjumlah 10 tahun, sama ada terus-menerus atau selainnya.
Fasal baharu (4A) hingga (4D) juga dimasukkan dalam Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan. Dalam hal ini, fasal baharu (4A) Perkara 43 Perlembagaan memperuntukkan bahawa Perdana Menteri hendaklah terhenti memegang jawatan apabila tempoh yang ada pada agregat berjumlah 10 tahun, manakala fasal baharu (4B) Perkara 43 Perlembagaan memperuntukkan bahawa anggota Jemaah Menteri hendaklah terhenti memegang jawatan berbangkit daripada pemberhentian jawatan Perdana Menteri.
Fasal baharu (4C) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kesinambungan pentadbiran kerajaan dengan membenarkan Perdana Menteri dan anggota Jemaah Menteri yang telah terhenti memegang jawatan untuk terus menunaikan fungsi mereka sehingga seorang Perdana Menteri baharu dilantik menurut kuasa perenggan (2)(a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.
Fungsi yang ditunaikan oleh Perdana Menteri dan anggota Jemaah Menteri yang telah terhenti memegang jawatan di bawah fasal baharu (4A) dan (4B) Perkara 43 Perlembagaan terhad kepada memastikan perjalanan pentadbiran harian kerajaan sehingga seorang Perdana Menteri dan anggota Jemaah Menteri yang baru dilantik.
Fasal baharu (4D) Perkara 43 Perlembagaan memperuntukkan pengiraan tempoh yang pada agregatnya berjumlah 10 tahun sepertimana disebut dalam fasal baharu (2A) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan dan bahawa apa-apa tempoh orang yang melaksanakan fungsi Perdana Menteri berikutan pembubaran Parlimen di bawah fasal (2) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan tidak akan diambil kira.
Sebagai tambahan, pindaan berangkit juga dibuat pada fasal (5) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan berikutan kemasukan baharu fasal (4A) dan (4B) Perkara 43 perlembagaan mengenai pemberhentian jawatan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.
Tan Sri Yang di-Pertua, pengehadan tempoh ini dikemukakan bukan bertujuan melemahkan institusi eksekutif tetapi untuk memperkukuhkan legitimasi, kepercayaan awam dan kestabilan sistem demokrasi negara ini. Ia merupakan satu pelaburan untuk generasi akan datang agar kepimpinan negara sentiasa berteraskan mandat rakyat dan prinsip akauntabiliti.
Saya menyeru agar Dewan yang mulia memberi perhatian dan memberi sokongan yang penuh dari dua-dua blok, bukan sahaja sekadar meluluskan satu pindaan tapi meninggalkan satu legasi tatakelola bahawa Malaysia memilih untuk memperkukuh kuasa tertinggi eksekutif melalui had dan memperkukuh kepimpinan melalui pertanggungjawaban atau akauntabiliti.
Jadi, dengan yang demikian, saya menyeru Ahli-ahli Yang Berhormat tanpa mengira haluan politik untuk memberikan sokongan penuh kepada Rang Undang- undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2026 demi memperkukuh kerangka Perlembagaan, memantap tata kelola negara dan memastikan kepimpinan sentiasa berteraskan prinsip akauntabiliti.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Semoga langkah ini menjadi sebahagian daripada legasi kenegaraan bahawa Malaysia memilih untuk memperkukuh demokrasi melalui kekuatan institusi dan Keluhuran Perlembagaan. Semoga Allah SWT memberikan restu dan doa kita agar kita beroleh kejayaan seterusnya.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih Perdana Menteri. Ada yang menyokong?
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Saya menerima senarai panjang untuk Yang Berhormat yang akan mengambil bahagian. Dan sekarang saya bacakan nama-nama tersebut dan setiap Ahli Berhormat mempunyai lima minit untuk berbahas.
Dimulakan dengan Yang Berhormat Sekijang, Larut, Batu Kawan, Besut, Sri Aman, Masjid Tanah, Kota Melaka, Pasir Mas, Selayang, Indera Mahkota, Bakri, Alor Setar, Kota Belud, Kapar, Jelutong, Muar, Tenggara, Machang, Pasir Gudang, Kuala Krau, Bangi, Pengkalan Chepa, Beaufort, Kangar, Tampin, Parit Buntar, Rasah, Kuala Krai, Bentong, Pendang, Jempol, Kubang Pasu, Bukit Bendera, Rantau Panjang, Kampar, Puchong, Putrajaya, Seputeh, Bukit Gelugor, Arau dan akhir sekali Hulu Langat.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tan Sri, di bulan yang baik, hari yang baik dan kesefahaman seperti yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat tadi, saya mohon agar pembahas utama Sekijang dengan Larut dibagi 10 minit, Tan Sri. The rest itu *maintain five minutes.
[Tepuk]*
Tuan Yang di-Pertua
Okey, dengan kuasa yang saya ada, saya berikan 10 minit.
[Tepuk] Baik, untuk itu saya jemput Sekijang. Silakan.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Yang di-Pertua, Sekijang mengucapkan ribuan terima kasih atas peluang membahaskan pindaan rang undang-undang yang sangat penting ini terkait dengan had tempoh jawatan Perdana Menteri.
Pada pandangan saya, Tan Sri Yang di-Pertua, pindaan ini adalah merupakan satu anjakan paradigma yang menyentuh asas demokrasi, reformasi institusi dan juga tatakelola di negara kita secara menyeluruh. Keberanian kerajaan pada hari ini di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun untuk membawa usul ini wajar diberi pujian dan membuktikan bahawa agenda reformasi Kerajaan MADANI pada hari ini diterjemahkan melalui tindakan dan bukan hanya retorik politik semata-mata.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Puan Yang di-Pertua, apabila kita bercakap tentang meminda dan mendaulatkan perlembagaan ini, ia menuntut satu kejujuran moral atau dengan izin, moral high ground daripada setiap Ahli Dewan Yang Mulia ini. Namun, Sekijang melihat satu ironi apabila ada pihak yang pada hari ini begitu lantang dan rancak menanamkan keraguan serta mempersoalkan komitmen tatakelola yang digerakkan oleh kerajaan, sedangkan Parlimen ini pernah menyaksikan episod krisis melibatkan beliau sendiri sebagai Menteri pada ketika itu yang melibatkan pembatalan Ordinan Darurat sehingga mengundang murka Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Oleh itu, Sekijang ingin memberikan peringatan secara berhemah. Adalah kurang manis untuk pihak yang dulunya pernah mencalarkan Keluhuran Perlembagaan dan membelakangkan institusi nombor satu negara, kini tiba-tiba tampil seolah-olah mahu menjadi juara pula. Kesetiaan kepada Raja dan Kedaulatan Undang-undang bukanlah sepersalinan pakaian yang boleh ditukar ganti mengikut keadaan politik. Ia adalah prinsip yang wajib dijunjung oleh semua pihak tanpa mengira kedudukan.
Puan Yang di-Pertua, pada pandangan saya, naratif dangkal yang cuba dibawa oleh pihak pembangkang kononnya pindaan ini akan menghakis atau bercanggah dengan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong adalah sama sekali meleset. Pindaan ini tidak sedikit pun menyentuh, apatah lagi mencabar kuasa mutlak Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Sebaliknya, penetapan hal ini hanya meletakkan satu syarat kelayakan perlembagaan yang baru bagi pemegang jawatan Perdana Menteri. Ia sama konsepnya dengan syarat bahawa seorang Perdana Menteri itu perlulah seorang warganegara Malaysia dan merupakan Ahli Dewan Rakyat. Selagi mana seseorang itu memenuhi syarat kelayakan perlembagaan ini, maka pada hemat baginda mendapat kepercayaan majoriti, kuasa pelantikan itu kekal 100 peratus di tangan Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sekijang, boleh saya tanya sikit?
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Maafkan saya. Sebentar.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Bolehkah Ahli Dewan Rakyat bukan warganegara Malaysia?
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Soalannya apa tadi?
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sekijang kata, sama seperti syarat seorang Ahli Dewan Rakyat dan warganegara Malaysia. Seorang Ahli Dewan Rakyat sudah semestinya seorang warganegara Malaysia dan Ahli Dewan Rakyat itu telah termaktub di dalam perlembagaan. Apa pandangan Sekijang?
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Jadi, seperti yang saya sebut tadi lah, kalau syarat itu telah diletakkan sebagai warganegara dan Ahli Dewan Rakyat, maka kita kena kekal dengan perkara itu. Saya teruskan Puan Yang di-Pertua. Malah jika kita teliti secara lebih mendalam lagi, peruntukan ini sebenarnya bertindak melindungi institusi diraja. Ia bagi mengelakkan istana daripada terus diheret ke dalam kemelut percaturan ahli politik yang mahu berpaut pada kuasa tanpa kesudahan.
Apabila perlembagaan telah menetapkan garis penamat yang jelas, peralihan kuasa akan berlaku secara tertib, teratur dan tidak lagi membebankan Seri Paduka Baginda untuk merungkai krisis politik yang sengaja dicipta oleh individu tertentu demi kelangsungan kuasa peribadi.
Berbalik kita kepada inti pati rang undang-undang ini, ia tidak seharusnya dilihat melalui lensa politik kerajaan ataupun kepartian yang sempit. Pengehadan tempoh jawatan ini digubal demi menjamin kelangsungan dan juga kestabilan sistem pentadbiran negara dalam jangka masa yang panjang. Parti mana pun yang berjaya membentuk kerajaan kelak, peruntukan ini akan menjadi benteng bagi memastikan tiada lagi pemimpin yang boleh mengakar umbi terlalu lama sehingga berisiko melahirkan amalan dictatorship ataupun kuku besi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Sekijang, boleh sikit? Ada 10 minit tadi.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Sila.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Okey. YB Sekijang tadi ada sentuh tentang keperluan untuk menjadi warganegara dalam lantikan sebagai Perdana Menteri dan sebagainya. Tadi ada disebut oleh rakan saya berkenaan dengan perlunya seorang itu menjadi warganegara sebelum boleh bertanding untuk menjadi Ahli Dewan ini. Tetapi kalau kita tengok dalam Perkara 43 itu, dalam melantik Perdana Menteri, seorang warganegara itu haruslah tak boleh menjadi warganegara melalui naturalisasi ataupun pendaftaran.
Jadi, di situ pun dah memang ada syarat tambahan kepada menjadi warganegara, dalam menentukan sama ada seseorang itu boleh dilantik menjadi Perdana Menteri. Jadi, kalau ada syarat seperti yang telah kita cadangkan ini, sebenarnya bukanlah satu perkara baru dan ia tidak langsung mengurangkan prerogatif Yang di-Pertuan Agong.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Terima kasih, Bangi. Jadi, saya bersetuju dengan Bangi dan saya mohon untuk masukkan dalam teks ucapan saya.
Puan Yang di-Pertua, menyentuh soal fasal (4C) dalam pindaan ini iaitu (4C) menyatakan bahawa seseorang yang terhenti memegang jawatan sebagai Perdana Menteri di bawah fasal (4A) dan anggota-anggota Jemaah Menteri yang terhenti memegang jawatan di bawah fasal (4B) hendaklah terus menunaikan fungsi jawatan mereka sehingga seseorang Perdana Menteri yang baharu dilantik menurut kuasa perenggan (2)(a).
Dalam bahasa mudahnya, fasal ini membenarkan Perdana Menteri dan anggota Jemaah Menteri untuk terus menunaikan fungsi jawatan sehingga Kabinet baharu dilantik. Sekijang memohon pencerahan daripada Menteri iaitu yang pertamanya, semasa menunaikan fungsi terhad ini, adakah akan diwujudkan satu garis panduan yang jelas mengenai had sebenar kuasa eksekutif caretaker, selaras dengan prinsip dan konvensyen sedia ada dalam sistem demokrasi Westminster?
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Ini agak kritikal Puan Yang di-Pertua, bagi mengelakkan keputusan yang melibatkan implikasi kewangan negara yang besar ataupun tender awam dibuat semasa ketiadaan Kabinet yang berfungsi sepenuhnya.
Kedua, bagaimana pula sekiranya tempoh perkhidmatan Perdana Menteri pada ketika itu tamat pada waktu negara sedang bergelut dengan krisis luar jangka seperti ancaman keselamatan negara mahupun pandemik? Adakah kerangka ini menawarkan fleksibiliti kepada kes-kes kecemasan seperti ini?
Puan Yang di-Pertua, secara prinsipnya Sekijang amat menyokong semangat pindaan peruntukan ini, namun dari sudut practicality kelancaran sistem demokrasi, Sekijang berpandangan bahawa pengiraan berasaskan tahun itu, saya lihat berpotensi untuk mengundang ketidakstabilan dan juga krisis secara teknikal. Sekijang ingin mencadangkan agar penetapan ini diukur berdasarkan penggal. Sebenarnya ada beberapa negara seperti Indonesia, dia gunakan tahun. Amerika tentunya penggal.
Jadi, kalau diukur berdasarkan penggal penuh Parlimen ataupun complete terms ya, yakni memaksimumkan dua penggal penuh dan bukannya dikira secara agregat jumlah tahun. Sejarah mengajar kita bahawa tempoh satu penggal itu tidak semestinya genap lima tahun. Jadi, kita bayangkan sekiranya seseorang itu ataupun seorang Perdana Menteri secara teknikalnya genap tempoh 10 tahun beliau pada tahun ketiga penggal pentadbirannya.
Contoh, adakah beliau perlu meletakkan jawatan serta-merta di pertengahan penggal? Jadi, kalau mengikut akta, ya. Ini akan memaksa juga Jemaah Menteri terbubar dan mencetuskan kemungkinan ketidakstabilan struktur pentadbiran secara tiba-tiba.
Oleh itu cadangan saya, sekiranya seorang Perdana Menteri itu mentadbir kurang daripada satu penggal penuh atas apa-apa sebab sekalipun, tempoh tersebut tidak wajar diambil kira sebagai telah menghabiskan kuota satu penggal perkhidmatannya dan formula ini berasaskan penggal. Pada pandangan saya, jauh lebih kemas dan juga logik dan menjaminkan kelancaran pentadbiran.
Kalau kita menggunakan format penggal ini dalam kes yang― mungkin Yang Berhormat Pagoh umpamanya, beliau secara teknikalnya belum dihitung sebagai menghabiskan satu penggal penuh. Maknanya, Pagoh masih boleh lagi jadi Perdana Menteri pada masa akan datang, mungkin dan masih ada lagi kota dua term itu. Jadi, itu pun kalau mungkin Larut ke bersetuju dengan perkara ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sekijang, Sekijang, Sekijang. Yang Berhormat Sekijang, sikit sahaja, sikit sahaja. Berkenaan dengan Pagoh itu, ada saya berpandangan, ada perbezaan kerana Pagoh tidak dipilih oleh Dewan Rakyat ini. Cara Pagoh merampas kuasa adalah dengan cara masuk ikut pintu belakang. Jadi, beliau mungkin tidak boleh ditafsirkan sebagai seorang Perdana Menteri yang dilantik oleh Dewan Rakyat. Itu pandangan saya. Terima kasih.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Jelutong, adakah Jelutong kata Agong silap masa itu?
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Saya jawab dulu Jelutong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sila gulung.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Baik, saya gulung.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sila gulung.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Tapi, ya lah, itu pandangan Jelutong, pandangan peribadi yang mungkin boleh diterima.
Baik, di sebalik apa yang kita bincangkan tadi, tersirat satu hakikat besar yang perlu kita akui, dinamika politik akan sentiasa berubah mengikut percaturan kuasa, kawan dan juga lawan. Namun, perlembagaan negara tidak boleh dibiarkan terus menjadi mangsa atau tebusan kepada cita-cita peribadi mana-mana pemimpin.
Sebab itulah semangat pindaan rang undang-undang ini mencerminkan kematangan demokrasi Malaysia. Pengehadan tempoh kuasa ini bukanlah bermaksud kita menidakkan atau menafikan mana-mana tokoh politik yang ada dalam negara kita.
Sebaliknya, ia memberi tekanan kepada setiap parti politik di negara kita untuk membina dan juga merancang transisi dan juga succession plan yang jauh lebih teratur.
Jadi dalam kerangka ini, setiap parti politik akan didorong untuk membangunkan pelapis kepimpinan secara berterusan manakala pemimpin yang diberi amanah pula akan terdorong untuk memaksimumkan tempoh khidmat mereka dengan fokus kepada hasil dan juga legasi kepada rakyat dan negara.
Terakhir, Sekijang yakin pindaan ini jika diperkemaskan pelaksanaannya dengan konsep penggal penuh ataupun mungkin kalau kita terima 10 tahun agregat itu tetapi dengan ada mekanisme yang tertentu akan memastikan kelangsungan pentadbiran yang jauh lebih cemerlang demi negara yang kita cintai ini. Sekian, Sekijang memohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Saya menjemput Yang Berhormat Larut.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Hari ini kita nak membahaskan satu rang undang-undang untuk menentukan pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri. Saya mendengar apa yang Yang Amat Berhormat Tambun telah bentangkan tadi. Cuma, saya nak membangkitkan beberapa perkara supaya dapat kita bincang di sini secara yang baik.
Jawatan tertinggi sebagai Ketua Kerajaan adalah sesuatu yang ada dalam sistem demokrasi kita dan sudah wujud dalam perlembagaan kita. Sudah tentu kita semua mahukan seorang Ketua Kerajaan yang baik dari segi integritinya, kredibilitinya, moralnya, semuanya yang baik, apa yang telah pun disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Tambun tadi. Alhamdulillah, jawatan Perdana Menteri ini kita masukkan dalam perlembagaan kita dan kita juga mempunyai perlembagaan yang sama-sama kita junjung dalam negara kita ini.
Pertamanya, kita mempunyai Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Ini juga tercatat dalam perkara dalam perlembagaan kita dan saya nak petik satu perkara dalam perlembagaan tersebut, iaitu perkara 43(2)(a).
“Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri, seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat itu”. Ini tercatat dalam Perlembagaan kita dan sudah tentulah saya nak lihat juga tentang apa yang ada dalam perkara 42(a)— 40(2)(a). Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi (a), iaitu melantik seorang Perdana Menteri. Apa yang ingin saya bangkitkan adalah kerana― juga dalam Perlembagaan, Perkara 38(4), tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan dan panjang lagi, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-raja.
Saya bangkitkan ini adalah kerana saya fikir perbezaan kita dengan contoh yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Tambun tadi berbeza. Dia kata, di Indonesia dia ada tempoh. Tetapi, perbezaannya adalah Ketua Negara itu yang dilantik oleh rakyat manakala kita di sini, kita adalah melantik seorang Ketua Kerajaan, di mana di atasnya adalah Ketua Negara iaitu Yang di-Pertuan Agong. Itu bezanya antara kita dengan South Africa, Mandela sebagai contoh. Ini semua contoh-contoh melantik seorang Ketua Negara. Yang kita ini adalah melantik Ketua Kerajaan di mana check and balance-nya ada dipertanggungjawabkan kepada Ketua Negara. Ada— dalam perlembagaan kita juga ada, yang tercatat di dalam...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat Larut, Larut.
Belakang, Kota Bharu.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Ya.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Saya ingin mendapat satu penjelasan juga daripada Yang Berhormat Larut dan saya tuju juga kepada Sekijang tadi. Dia kata saya ini memutar belitkan, dia tuju kepada saya lah itu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Cuba tengok, kita bukan tak sokong cadangan pindaan ini, tapi sesuatu pindaan itu perlulah memenuhi kehendak-kehendak Perlembagaan, the requirement of the constitution. Saya nak merujuk kepada Perkara 159 fasal 5 Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi, saya baca “sesuatu undang-undang yang membuat pindaan kepada beberapa fasal, termasuk fasal 38 tidaklah boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja”. Itu 1595. Kita tengok 38. 38 (4) yang disebut oleh Yang Berhormat Larut tadi berbunyi begini. “Tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, privileges, kedudukan, position, kemuliaan, honest dan kebesaran raja- raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja”. Jadi itu 38.
Bermakna, consent of the Conference of Rulers. Jadi, saya nak tanya kepada kerajaan, mungkin melalui Larut. Perkara 43 pelantikan Perdana Menteri yang di- Pertuan Agong boleh melantik siapa saja asalkan dia Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Agong mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat tidak ada apa-apa syarat-syarat lain. Tiba-tiba sekarang ini syaratnya mestilah orang itu bukan Perdana Menteri yang sudah berkhidmat 10 tahun. Jadi, dikecualikan. Maknanya it is a sort of limiting the prerogative power of Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri.
[Tepuk] Jadi, itu saya nak minta penjelasan kepada kerajaan melalui Larut.
Terima kasih.
Datoʼ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Terima kasih Kota Bharu. Puan di- Pertua, inilah yang ingin saya sampaikan bahawa Perkara 38 itu adalah keistimewaan yang kita berikan kepada Yang di-Pertuan Agong. Itu dalam perlembagaan. Sekarang ini, kita kata Yang di-Pertuan Agong hanya boleh lantik dia— katalah dia tinggal tempohnya dua tahun. Hanya boleh lantik dua tahun saja, tak boleh nak lantik sampai cukup masa. Sudah hilang keistimewaan yang telah pun awalnya kita berikan kepada Yang di-Pertuan Agong. Sebab itu saya bukan tak bersetuju untuk adakan tempoh ini.
Tetapi cuba kita fikirkan kembali bagaimana untuk kita tentukan keistimewaan yang ada dalam Perkara 38 ini juga harus diambil kira. Ini yang saya dan Kota Bharu ingin fikirkan.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Larut.
Datoʼ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Jadi— ya.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Kalau perkara sedemikian diniatkan oleh kerajaan, mengapa tidak niat itu dimasukkan sebagai salah satu daripada amendment yang kita buat sekarang ini? Masukkan bahawa kuasa Agong itu tertakluk kepada mereka yang tidak melangkaui tempoh 10 tahun supaya kita tidak melanggar kuasa privilege Agong. Ada tiga kuasa privilege Agong, pelantikan itu.
Datoʼ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Inilah cadangan yang ingin saya bawakan. Kalau begitu caranya, kita tambah lagi ayatnya supaya kuasa itu, kecuali mengikut apa yang telah pun kita nak bentangkan hari ini sebab itu saya kata benda itu baik. Cuma saya minta, kalau boleh kerajaan menilai semula tentang perkara-perkara ini supaya jangan nanti Majlis Raja-Raja merasakan seolah-olah mereka ini dah tak ada keistimewaan dah. Jadi, sebab itu kita nak berikan secara jelas supaya tempoh itu seperti apa yang ingin kita, kita bangkitkan.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Larut. Terima kasih. Saya baca kenyataan media daripada Menteri Jabatan Perdana Menteri, antara ayatnya berbunyi, cadangan pengehadan tempoh jawatan ini bertujuan untuk mengelakkan penumpuan kuasa berlebihan. Jadi, apa pandangan Larut bahawa Perdana Menteri menjadi Menteri Kewangan atau tidak, berbentuk penumpang kuasa berlebihan? Apa pandangan Larut?
Terima kasih.
Datoʼ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
[Ketawa] Puan Yang di-Pertua. Inilah, saya tahu Hulu Terengganu ni tiap-tiap kali saya bangkit, dia cuba nak suruh saya bergaduh dengan rakan-rakan sebelah sana. Ini yang saya pun nak ada baca tapi Hulu Terengganu dah bangkitkan, yang kenyataan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang- Undang dan Reformasi Institusi).
Saya nak baca, dia kata cadangan pengehadan tempoh jawatan ini bertujuan mengelakkan penumpuan kuasa berlebihan. Kalau itu tujuannya, saya nak mencadangkan, Hulu Terengganu, saya nak mencadangkan, kalau itulah, apa kuasa yang berlebihan? Bukan tempoh. Jawatan itu.
[Tepuk] Yang Amat Berhormat jadi Perdana Menteri. Dah jadi, ada kuasa penuh melantik semua anggota Jemaah Menteri. Dah lantik dah. Kemudian lantik diri sendiri sebagai Menteri Kewangan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datoʼ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Pada saya, itu dipersoalkan oleh rakyat. Ini sudah berlebih-lebihan kuasanya. Mengapa tidak kita asingkan supaya Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu tidak boleh bersama? Maknanya kalau dia nak jadi Perdana Menteri, dia tidak boleh pegang Menteri Kewangan. Dia boleh pegang jawatan-jawatan yang lain. Tapi bukan Menteri Kewangan kerana kuasa Menteri Kewangan juga adalah suatu kuasa yang besar. Sebab itu banyak negara-negara banyak jadi masalahnya sebab Menteri Kewangan itu, saya tak katalah Yang Amat Berhormat. Yang Berhormat Tambun mungkin tak lakukan kesalahan....
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
YB Larut.
Datoʼ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Tetapi saya takut nanti, di masa hadapan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datoʼ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Tapi ini masalah yang besar ni. Boleh tambah lima minit?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak boleh.
Datoʼ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Kalau tak boleh, bagi injury time dua minit saja.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datoʼ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Jadi, apa yang saya nakkan supaya Yang Amat Berhormat Tambun fikirkan di masa hadapan nanti, inilah yang akan timbul masalah-masalahnya. Jadi sebab itu, kalau Menteri Kewangan tu orang lain, jadi Perdana Menteri tu boleh tentukan kalau dia dah lebih-lebih sangat, dia boleh tukar jawatan Menteri Kewangan ni, dia kata tak boleh bagi dah orang ni, ganti orang lain.
Sebagai contohlah sebab itu saya fikir, ini kenyataan ni, tak berapa baik Hulu Terengganu. Nanti mungkin selepas ini, menteri ada kat belakang tu buat yang lain sebab yang saya dengar tadi, apa yang Yang Amat Berhormat Tambun bangkitkan, lain.
Dia kata, ianya melangkaui individu. Ianya adalah merupakan, kita ukur mengikut institusi itu supaya diperkukuhkan.
Alhamdulillah, saya bersetuju. Jadi, cuma yang saya tak bersetuju, dia sambung tadi dia kata seperti had Presiden. Had Presiden itu yang saya nak, tadi telah pun saya jelaskan, Presiden itu dia ketua negara. Manakala, Yang Perdana Menteri adalah Ketua Kerajaan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Larut, Larut.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pendang, sila duduk.
Saya tak bagi laluan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendan
: Ini Pasal 2/3 ni, Puan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Penting ni. Nak dapat kelulusan 2/3.
Kalau tidak, tak boleh ni.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk, sila duduk. Kalau tak mahu duduk, boleh keluar.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tak nak keluar, saya nak duduk, saya nak duduk, saya tak nak keluar*.
[Ketawa]*
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk, ya. Larut, sila gulung.
Datoʼ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Speaker tak bagi. Duduklah. Kita bulan Ramadan baik-baiklah. Jadi, bila Yang Amat Berhormat sebut tadi, kita nak memperkukuhkan institusi ini, kita nak supaya individu tersebut, kita persoalkan dari segi integritinya, kepercayaan rakyat kepadanya, supaya dia menjadi satu pemimpin yang adil dan bertanggungjawab, penuh dengan tanggungjawab, dengan amanah yang telah pun diberikan.
Jadi, kita persoalkan dari segi accountability dan juga tatakelola. Itu yang dibangkitkan oleh Yang Amat Berhormat. Jadi, dia melangkaui sesuatu yang hanya difikirkan dari segi politik semata-mata. Dia tidak mahu itu. Cuma, ini menjadi permintaan kami, kalau boleh, tangguh sikit, fikirkan balik tentang apa yang telah kita bangkitkan.
Ramai kawan-kawan kami ini bukan tak bersetuju, tapi fikirkan keistimewaan tadi, apa yang kita bangkitkan dari segi accountability supaya asingkan Perdana Menteri bukan untuk masa ini, untuk masa hadapannya lebih baik. Sekarang ini dah jadi Yang Berhormat Perdana Menteri, dah jadi Menteri Kewangan. Baik, dah lulus ini, asingkan.
Maklumkan kepada rakyat, saya bersetuju dan saya akan asingkan jawatan Perdana Menteri saya, jawatan apa ni jawatan Menteri Kewangan saya beri lantik orang lain.
Saya ingat kami semua sokong. Terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Larut. Saya jemput Yang Berhormat Batu Kawan.
Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan
Terima kasih Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Batu Kawan membahaskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2026 yang bertujuan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri. Batu Kawan ingin memulakan perbahasan dengan penegasan bahawa sesebuah kerajaan yang bermaruah adalah kerajaan yang berpegang kepada janji.
Maka, pindaan Perlembagaan Persekutuan yang dibentangkan hari ini membuktikan bahawa janji Manifesto Pakatan Harapan untuk melaksanakan pembaharuan institusi secara menyeluruh kini sedang ditepati.
[Tepuk] Suka untuk Batu Kawan mengingatkan bahawa prinsip had tempoh jawatan Perdana Menteri merupakan satu pembaharuan institusi yang amat penting dalam memperkukuh Demokrasi Berparlimen.
Langkah ini bukan sahaja dapat memperteguh semangat kebertanggungjawaban, malah memastikan proses peralihan kuasa berlaku secara teratur, sihat dan berlandaskan undang-undang. Pembaharuan ini juga adalah selari dengan langkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menjadi negeri pertama dan satu- satunya dalam negara ini yang melaksanakan had tempoh lantikan Ketua Menteri.
Susulan pindaan Perkara 7, fasal 2(a)(ii), Perlembagaan Negeri Pulau Pinang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 16 November 2018, sekali gus menzahirkan komitmen tegas terhadap agenda reformasi institusi demi memperkukuh ketelusan dan integriti dalam pentadbiran negeri.
Sebagai makluman Dewan yang mulia ini, terdapat satu keunikan dalam pelaksanaan di Pulau Pinang, iaitu undang-undang tersebut dilaksanakan mengikut kiraan penggal dan bukannya tempoh 10 tahun sepertimana dicadangkan dalam rang undang-undang ini. Tadi Yang Berhormat Sekijang telah mengulas isu ini. Namun begitu, Batu Kawan melihat perlaksanaan berdasarkan penggal mempunyai sedikit kekurangan dan perbezaan apabila satu penggal itu tidak mencapai tempoh penuh lima tahun.
Contohnya, sekiranya pilihan raya diadakan lebih awal daripada tempoh sepatutnya penggal itu berakhir, maka tempoh sebenar pentadbiran boleh menjadi lebih singkat daripada tempoh yang dijangka. Justeru, berdasarkan pengalaman inilah Batu Kawan berpendapat, bahawa pendekatan menetapkan tempoh 10 tahun sebagaimana yang diperuntukkan dalam rang undang-undang ini adalah lebih jelas dan tidak menimbulkan kekaburan tafsirannya. Hal ini kerana tempoh masa adalah ukuran yang objektif dan tidak bergantung kepada kitaran pilihan raya atau percaturan politik yang membawa kepada pembubaran Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua, Batu Kawan juga ingin menyentuh mengenai kesan undang-undang retrospektif atau berkuat kuasa ke belakang dalam RUU ini. Dalam konteks pembaharuan institusi seperti ini, keberanian politik adalah amat penting. Batu Kawan berpandangan bahawa sekiranya rang undang-undang ini dikuatkuasakan dengan mengambil kira tempoh perkhidmatan lalu, Yang Amat Berhormat Tambun sebenarnya sedang membuktikan keikhlasan beliau sebagai seorang pemimpin yang berwibawa serta mencerminkan komitmen tulus terhadap prinsip akauntabiliti dan reformasi institusi walaupun langkah ini mungkin memberi kesan kepada beliau sendiri.
Pendekatan ini juga menunjukkan kesediaan Yang Amat Berhormat untuk meletakkan kepentingan negara dan keluhuran sistem perundangan mengatasi kepentingan peribadi, sekali gus memperkukuh keyakinan rakyat terhadap integriti proses demokrasi serta tadbir urus negara. Menyentuh tentang kebimbangan ahli-ahli pembangkang tentang kuasa Yang di-Pertuan Agong, Batu Kawan berpendapat sebaliknya pindaan ini bakal memberikan satu garis panduan yang lebih jelas, berhubung dengan kelayakan pelantikan seorang sebagai Perdana Menteri yang mana ia boleh dijadikan satu prinsip asas kukuh selain daripada kelayakan sokongan majoriti Ahli-ahli Dewan yang diperolehnya.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup bicara, Batu Kawan ingin menyatakan rasa bangga kerana berjaya menunaikan manifesto serta janji pembaharuan institusi di negeri Pulau Pinang walaupun langkah ini telah mengehadkan tempoh pentadbiran saya sebagai Ketua Menteri. Penting untuk diingatkan bahawa kepimpinan bukan tentang berapa lama kita duduk di kerusi kuasa, tetapi apa yang ditinggalkan apabila kita bangun daripadanya.
Justeru, dengan sistem 10 tahun yang jelas dan keberanian kesan retrospektif ini, Batu Kawan yakin bahawa kita sebenarnya sedang membina sebuah institusi yang lebih kuat. Biarlah pindaan ini menjadi saksi bahawa di bumi Malaysia yang bertuah ini, prinsip telah mengatasi kepentingan peribadi dan mandat rakyat sentiasa menjadi keutamaan tertinggi. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Saya menjemput Yang Berhormat Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih Puan Pengerusi. Bila kita menyebut pindaan kepada Perkara 43, persoalan yang mula-mula kita boleh soalkan adalah apakah asas penetapan had 10 tahun ini memandangkan ia tidak terkait langsung dengan aspek lain yang lebih mustahak seperti prestasi pentadbiran dan juga pilihan pengundi semasa pilihan raya. Dua perkara.
Jadi, jika seseorang itu disokong oleh rakyat dan mendapat kepercayaan Ahli- ahli Parlimen, berintegriti dan memiliki sahsiah yang baik, kenapa tempoh 10 tahun ini pula yang mesti menjadi penghalang untuk terus mentadbir? Jadi, di sampai yang itu saya memandangkan pelantikan PM ini berkait rapat dengan kuasa prerogatif Yang Tuan Agong disebut oleh Ketua Pembangkang sejak tadi. Adakah pindaan ini telah dirundingkan dengan Baginda Yang di-Pertuan Agong dan juga mendapat perkenan Majlis Raja-Raja?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya rasa tak ada mungkin.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Boleh tak Besut? Sebab saya nak betulkan satu perkara Besut. Boleh? Sebagai lawyer to lawyer. Boleh?
[Dicelah] Boleh- boleh, sekejap saja saya cakap.
Besut, tadi Besut ada sentuh tentang adakah perkara ini telah dirundingkan dengan Yang di-Pertuan Agong dan sebagainya. Saya ada rujuk Titah Diraja untuk penggal ini, pembukaan dan kalau saya boleh baca cepat-cepat Titah Diraja tersebut, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan di perenggan 14, “saya turut mengalu-alukan usaha untuk mengukuhkan undang-undang berkaitan pilihan raya, institusi demokrasi dan pendanaan politik”. “Ini termasuk usaha untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal atau 10 tahun, mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya”. “Pengenalan Akta Kebebasan Maklumat dan Institusi Ombudsman”. Jadi, bukankah ini menunjukkan bahawa...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tak, dah lama sangat Bangi.
Saya nak jawab begini.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sekejap, saya belum habis lagi.
Bukankah ini menunjukkan bahawa...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang mana lagi, time saya tak ada. Minta tambahan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
...Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah pun bersetuju dengan cadangan pindaan di dalam RUU ini? Besut, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Bangi.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Apa yang saya beritahu sekarang ini, mungkin dalam pengetahuan, tapi tidak— saya tanya adakah dirujuk, dirunding. Itu yang persoalan saya. Ini yang masalah ini. Jadi, sepatutnya pindaan ini memfokuskan kepada faktor yang lebih penting ya yang sebenarnya ya. Integriti, moral dan bebas daripada perbuatan jenayah dan juga rekod jenayah. Itu penting.
Yang biasanya nak jadi calon ini bukanlah suatu yang luar biasa untuk dalam perlembagaan kita, sesebuah negara menetapkan syarat-syarat tersebut. Kita lihat di Thailand, Thailand dia kata dalam perlembagaan dia, tingkah laku yang baik dan integriti yang jelas terbukti— kena ada dalam perlembagaan. Di Pakistan, kita lihat, tidak dikenali sebagai individu yang melanggar ajaran Islam. Tengok negeri lain ada.
Jadi, kalau nak ada reformasi pun, okeylah Perdana Menteri ini tak bolehlah pegang jawatan Menteri Kewangan kalau nak— banyak reformasi lain lagi. Yang pegang jawatan Menteri Kewangan itu bukan reformasi.
Jadi, seterusnya, saya ingin sebut sedikit ya. Seterusnya berkenaan dengan perkara baharu (4A) yang menyebut kepada Perdana Menteri ini hendaklah terhenti memegang jawatan baik sahaja mencapai 10 tahun. Tapi dalam tengah-tengah itu, dia dah terhenti. Macam mana itu? Jadi, dia akan jadi kerajaan caretaker. Jadi, keadaan kerajaan masa itu secara tiba-tiba di tengah-tengah penggal itu, dirisaukan akan mengganggu kelicinan pentadbiran dan hal ehwal lain berkaitan dengan dasar kerajaan. Jadi selain itu juga, kalau kita lihat, juga perlu mempertimbangkan risiko kestabilan pasaran, ekonomi apabila seorang PM terpaksa berhenti bukan kerana hilang kepercayaan, bukan juga kerana pilihan raya tetapi semata-mata kerana waktu teknikal.
Garis masa dalam perlembagaan.
Dan saya ingin merujuk ini, kalau kita tidak menetapkan dari segi integriti dan sebagainya, kita lihat pegawai kerajaan. Pegawai kerajaan dalam GO, dalam Perintah Am. Kita lihat, sesiapa yang ada rekod jenayah, cap jari je, tak boleh nak dilantik sebagai pegawai. Pegawai kerajaan dan juga kalau disabit masa dia pegang jawatan, boleh diberhentikan. Ini untuk pegawai kerajaan ya, digantung.
Tapi kita tengok Pesuruhjaya SPRM akhir-akhir ini. Dah memang melanggar pun peraturan am. GO. Kalau dalam bahasa orang putihnya, GO. Tak ada apa-apa tindakan.
Sepatut digantung.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sebab dah melakukan kesalahan. Kemudian, yang terakhir. Kita tengok, okey. Kita tak nak jadi macam Trump.
Tengok dia ini terlibat dengan Jeffrey. Jeffrey apa? Epstein. Dia terlibat. Terlibat sebagai apa? Seks kanak-kanak. Dah disebarkan. Gay dengan Clinton. Yang seks itu, dah tahulah, nampak.
Jadi, orang yang macam ini kita dah tahu perangainya, masih dilantik jadi sebagai Presiden. Dan apa perangainya dia buat? Apa dia buat dengan Kerajaan Iran sekarang? Dia serang macam tu je. Sebab dia orang yang tidak bermoral. Ini yang saya nak sebutkan. Dan satu lagi...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dan masa sudah tamat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Okey, satu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sikit saja.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak boleh, tak boleh, tak boleh. Sila duduk. Yang Berhormat, sila duduk.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Nepotism tak perlu ada dalam kerajaan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Sri Aman.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih Puan Yang di- Pertua kerana memberi ruang dan peluang untuk Sri Aman membahaskan Rang Undang-undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri. Sri Aman pula Puan Yang di-Pertua melihat pindaan ini bukan sekadar dari aspek had tempoh jawatan Perdana Menteri tetapi sebagai reformasi institusi penting yang akan mempengaruhi hala tuju tadbir urus, kestabilan politik serta keyakinan ekonomi negara ini secara long-term atau dalam jangka panjang.
Prinsipnya jelas Puan Yang Berhormat, kuasa adalah amanah sementara, bukan hak seumur hidup dan institusi itu sendiri mesti lebih kukuh daripada seorang individu.
Maka kita harus, kita semua harus sentiasa mengingat prinsip ini bahawa dalam kehidupan manusia Puan Yang di-Pertua, nothing is permanent and nobody is indispensable dengan izin.
Oleh demikian, Sri Aman melihat pindaan Akta Perlembagaan ini yang mengehadkan 10 tahun secara agregat tempoh jawatan Perdana Menteri akan membuka ruang kepada pembaharuan kepimpinan dan regenerasi idea dan sekali gus membolehkan pembangunan negara tidak terlalu bergantung kepada seorang pemimpin sahaja.
Namun Puan Yang di-Pertua, Sri Aman juga berpandangan bahawa pembangunan ini yang berskala besar, begitu juga dengan reformasi institusi dan transformasi ekonomi semua ini, memerlukan kesinambungan dasar agar peralihan kepimpinan itu boleh berlaku secara stabil dan lancar kerana tanpa pelan transisi yang tersusun, momentum pembangunan strategi negara boleh terjejas. Jadi, Sri Aman amat mengharapkan perkara ini diambil kira dan dipertimbangkan dengan sewajarnya.
Dari sudut tadbir urus pula, Sri Aman percaya had tempoh ini boleh ataupun mampu memperkukuh akauntabiliti serta semak dan imbang kuasa. Jika mengimbau ataupun kita melihat pada sejarah, tempoh kepimpinan yang terlalu panjang boleh menjadikan pengaruh terlalu dominan sehingga institusi menyesuaikan diri dengan individu dan bukan sistem. Ia seumpama ataupun terubah seperti akar Puan Yang di- Pertua yang menjadi terlalu besar, terlalu mengakar sehingga ruang sekelilingnya terikat, terbelit dan dicengkam.
Namun Puan Yang di-Pertua, Sri Aman juga sedar bahawa had tempoh yang terlalu ketat juga berisiko menyebabkan negara kehilangan kepimpinan yang betul-betul genuine dengan izin, yang betul-betul profesional, berintegriti dan terbukti berkesan.
Dalam kes atau situasi begini, agenda transformasi jangka panjang 10 tahun mungkin terlalu singkat. That’s my view, dengan izin. Justeru, pendekatan lebih seimbang termasuk kemungkinan had sehingga 15 tahun dalam keadaan tertentu wajar dipertimbangkan.
Puan Yang di-Pertua, Sri Aman juga ingin meluahkan dan membangkitkan beberapa kebimbangan yang dirasa praktikal. Pertama, pengiraan tempoh. Pengiraan tempoh sebelum kuatkuasa memerlukan kejelasan tafsiran undang-undang.
Kedua, penamatan serentak iaitu Jemaah Menteri apabila Perdana Menteri mencapai had tempoh, juga berisiko mewujudkan kekosongan dasar ataupun polisi vakum sekiranya pelantikan baharu mengambil masa. Selain itu, mekanisme kerajaan sementara dan tempoh interim selepas pembubaran Parlimen perlu diperincikan dan ini penting bagi mengelakkan manipulasi tafsiran. Sri Aman rasa semua perkara ini harus diambil kira.
Puan Yang di-Pertua, dari perspektif ekonomi pula, Sri Aman percaya pindaan ini tidak akan menimbulkan impak negatif, bahkan yakin ia nya boleh meningkatkan keyakinan pelabur kerana ia dilihat mengurangkan centralization of power.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sri Aman, boleh saya tanya sikit boleh?
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Namun, namun...
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
So, kalau, kalau cadangan Sri Aman 15 tahun tadi tidak diterima, adakah Sri Aman dan JRS akan menolak rang undang-undang ini?
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Apa tu?
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Adakah JRS akan tolak, kalau tidak diterima?
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Kita tak akan tolak tapi ini cuma cadangan. Okey.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Dia GPS lah.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sorry, sorry. GPS.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Namun, kesinambungan dasar fizikal dan pelaburan mesti dipastikan merentas kepimpinan.
Kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, Sri Aman mengakui bahawa pindaan ini pada zahirnya berpotensi memperkukuh akauntabiliti serta memperkemas institusi demokrasi negara. Namun, dalam kerangka Keluhuran Perlembagaan dan doktrin pengasingan kuasa, persoalan utama ialah sama ada pindaan ini benar-benar menangani isu substantif atau sekadar menambah lapisan normatif tanpa membetulkan kelemahan struktur sedia ada.
Pada pandangan Sri Aman, reformasi yang mampan bukan sekadar dilihat progresif pada buku atau teks undang-undang itu sendiri tetapi mesti dapat atau mampu diuji dalam pelaksanaan selaras dengan prinsip check and balance. Kita tidak mahu atas nama pembaharuan berlaku penumpuan kuasa dalam bentuk baharu atau penghakisan peranan institusi yang menjadi asas keseimbangan Demokrasi Berparlimen.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Dan lebih membimbangkan, jika perubahan itu berlaku secara tergesa-gesa berisiko mengorbankan kesinambungan, kepimpinan berkualiti serta pengalaman institusi yang masih diperlukan dalam negara kita ini. Dalam menghadapi cabaran yang semakin kompleks, justeru Sri Aman berpandangan bahawa setiap pindaan perlu ditimbang secara teliti berlandaskan prinsip perundangan yang kukuh dan kepentingan jangka panjang negara. Jadi, fikir-fikirkanlah. Walau bagaimanapun, Sri Aman menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sri Aman. Saya jemput Yang Berhormat Masjid Tanah.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Pindaan perlembagaan dalam Perkara 43 dengan memasukkan beberapa fasal. Jadi, pindaan ini menyentuh tentang prerogatif Yang di- Pertuan Agong. Perkara 43(2) sebenarnya memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri berasaskan keyakinan majoriti rakyat. Tetapi, sekiranya kita mengehadkan tempoh secara rigid dengan izin, maknanya kita sedang mengikat budi bicara Yang di-Pertuan Agong dan kita sedang mengehadkan fungsi Raja Berperlembagaan sebagai penimbang tara.
Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, soal satu penggal ke, dua penggal ke, empat penggal ke ataupun 10 penggal sebenarnya bukanlah penyelesaian yang mutlak.
Tetapi, yang paling penting pada pandangan Masjid Tanah adalah seorang PM itu haruslah mempunyai ciri-ciri yang baik dan ada nilai kepimpinan yang bagus.
Masalahnya, masalah negara kita ini bukanlah kerana tempoh semata-mata. Masalah negara kita ini adalah disebabkan oleh salah guna kuasa, konflik berkepentingan, budaya untuk melindungi individu yang dipersoalkan integritinya. Kalau pemimpin tidak berintegriti dan tidak mempunyai akauntabiliti, satu penggal pun sudah cukup untuk merosakkan negara.
Contohnya, yang nyata sedang hangat diperkatakan, isu integriti kepimpinan institusi penguatkuasaan SPRM. Bila rakyat persoalkan, bila Ahli Parlimen persoalkan, Perdana Menteri kita cuba pertahankan dengan alasan, “Oh, dia rajin bekerja”. Adakah dengan rajin bekerja itu menjadi satu tiket untuk dia kebal di sisi undang-undang dan juga kebal dari segi mereka untuk disoal siasat? Jadi, krisis yang dihadapi oleh SPRM ini cuba dipertahankan oleh Yang Amat Berhormat Tambun adalah amat serius dan ini bukan sahaja permainan persepsi kerana sekiranya tidak ditangani dengan baik, ia nya boleh menggugat kestabilan negara.
Dakwaan konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan oleh ahli keluarga Allahyarham Tun Daim juga yang telah pun disoal siasat juga timbul persoalan bahawa kerajaan ini sebenarnya membudayakan penguatkuasaan selektif dengan menggunakan tindakan penguatkuasaan sebagai alat perkakas politik. Kerana kesannya nanti bukanlah terhadap individu tersebut, tetapi yang akan terjejas adalah kepercayaan rakyat terhadap sistem keadilan negara kita. Dan tidak munasabah untuk simpulkan pendedahan rasuah ataupun salah gunaan kuasa di peringkat tertinggi kerajaan sebagai cubaan untuk menjatuhkan kerajaan yang ada pada hari ini.
Ini bukan sahaja melibatkan isu undang-undang, tetapi ianya adalah lebih daripada itu dan ini adalah isu dasar awam. Kalau mereka fitnah, maka samanlah mereka secara sivil dan bawalah kepada mahkamah. Bukan menggunakan agensi kerajaan untuk menuduh mereka dengan tuduhan jenayah besar, kononnya mereka berpakat untuk menyiasat dan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia dan juga Kerajaan Malaysia. Tidakkah ini membazirkan wang rakyat dan juga telah melebihi garisan salah gunaan kuasa? Dan kalau itu berlaku, maka terbukti bahawa sistem demokrasi ini pincang di tangan kerajaan yang ada pada hari ini.
Oleh yang demikian, Masjid Tanah menyokong cadangan KRPPM, Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia dan juga yang berkenaan dengan integriti, governans dan juga antirasuah untuk membuat reformasi secara menyeluruh yang mana mereka baru sahaja membuat kenyataan media sebentar tadi, termasuklah penstrukturan semula mekanisme pemantauan SPRM, termasuk reformasi pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM agar lebih bebas daripada pengaruh eksekutif.
Tuan Yang di-Pertua, *Bila pemimpin penuh muslihat, Suara rakyat dikatakan melalak; Ayuh rakyat kita bangkit muafakat, Agar rakyat tolak pemimpin yang penuh lagak.
[Tepuk]* Tuan Yang di-Pertua, apabila hantaran Perdana Menteri di Thread yang melabelkan kemarahan rakyat sebagai “Melalak” telah pun mencetuskan kemarahan rakyat bertambah-tambah meluap, di dalam kes seorang pemuda yang memijak al- Quran. Ini soal kemarahan rakyat terhadap isu yang menyentuh maruah agama yang perlu ditangani dengan baik, dengan serius dan bukannya melayan rakyat seperti anak- anak kecil.
Oleh yang demikian, Masjid Tanah ingin mencadangkan, termasuk dengan perkara-perkara yang telah pun dibahaskan oleh Ahli Yang Berhormat sebentar tadi bahawa had dua penggal ini sebagai prinsip, tetapi Yang di-Pertuan Agong boleh membuat pengecualian dalam beberapa pengecualian yang tertentu. Ini sebagai untuk memastikan fleksibiliti, jika berlakunya dalam keadaan krisis. Yang kedua, demi kestabilan politik negara kita dan ketiga prerogatif Raja Berperlembagaan itu kekal dapat terpelihara.
Dan juga, saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat Larut berkenaan dengan Perdana Menteri tidak boleh memegang jawatan Menteri Kewangan kerana ini bagi memperkuatkan lagi tadbir urus yang lebih baik dan memperelakkan daripada berlakunya konflik berkepentingan. Itu sahaja daripada Masjid Tanah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Timbalan Speaker.
Pertama sekali, saya ingin ucapkan tahniah dan saya nak puji kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana membentangkan Rang Undang-undang Perlembagaan Had Tempoh Perdana Menteri ini. Sebab Perdana Menteri sendiri yang bentangkan rang undang-undang ini di mana rang undang-undang ini akan mengehadkan tempoh untuk Yang Amat Berhormat menjadi Perdana Menteri. Ini satu sifat yang berjiwa reformasi.
Tahniah kepada Tambun.
[Tepuk] Dan, saya menyokong sepenuhnya rang undang-undang ini atas empat faktor.
Yang pertama, sudah pasti dengan adanya had tempoh Perdana Menteri 10 tahun ini ia dapat mengelak tumpuan kuasa terlalu lama kepada seseorang dan ini dapat mencegah daripada seseorang memegang Perdana Menteri terlalu lama seperti yang pernah berlaku apabila Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri lebih daripada 20 tahun.
Dan, ini adalah supaya kita dapat mengelakkan salah guna kuasa sehingga melemahkan sistem institusi semak dan imbang. Sudah pasti, dengan adanya mengehadkan tempoh Perdana Menteri ini, dia akan menjaminkan satu prinsip tadbir urus yang lebih baik dapat diwujudkan dan seterusnya dapat membentuk satu demokrasi moden yang lebih matang. Dan, kita dapat memberi satu mesej kepada semua bahawa kuasa eksekutif selepas ini hanyalah sekadar bersifat sementara dan bukannya tidak boleh diganti.
Faktor kedua kenapa saya sokong akta ini ialah kerana akta ini dapat memperkukuhkan amalan demokrasi dan juga akauntabiliti, di mana dengan had 10 tahun ini, sesiapa yang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, mereka perlu menunjukkan prestasi yang baik dalam masa 10 tahun.
Dan, ini akan memastikan kepimpinan yang lebih bertanggungjawab dan tidak akan berlakunya bahawa jawatan eksekutif ini adalah secara seumur hidup di mana individu itu dia akan membuktikan. Bila dia membuktikan dalam masa 10 tahun ini, maka dia akan fokus kepada pencapaian ataupun hasil ataupun result dan ini akan memberi manfaat kepada negara kita.
Seterusnya, faktor ketiga yang saya setuju dengan akta ini ialah dia dapat menggalakkan pembaharuan dan juga pengagihan kepimpinan. Dengan adanya hak 10 tahun ini, sudah pasti dia akan memberi ruang, membuka ruang kepada pemimpin baru di mana ini bermakna pemimpin-pemimpin yang baru mereka ada peluang untuk menjadi Perdana Menteri. Dan dengan sudah pasti, bila ada orang baru menjadi Perdana Menteri, mereka akan mengemukakan idea dan juga pendekatan pentadbiran yang baru dan ini akan membawa pembaharuan kepada pembangunan negara kita.
Jadi, sudah pasti setiap parti politik, mereka akan menyediakan pelan peralihan kuasa dengan terancang. Mereka akan mengenal pasti bakal pengganti dengan lebih awal dan juga melatih lapisan kedua untuk mereka menjadi, bakal menjadi Perdana Menteri. Jadi, satu contoh yang terbaik ialah yang kita boleh lihat daripada Kerajaan Pulau Pinang, di mana mereka telah meluluskan rang undang-undang ini terlebih dahulu, di mana kita lihat agihan kuasa, agihan pemilihan Ketua Menteri yang baru itu dijalankan dengan lancar.
Contohnya, Batu Kawan yang akan tamat tempoh 10 tahun dan kita sudah mula ID siapakah bakal calon-calon yang akan menjadi Ketua Menteri. Jadi, dia akan ada satu transformasi yang stabil.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Faktor keempat yang saya ingin sokong akta ini ialah di mana akta ini telah menunaikan janji reformasi politik. Ini adalah satu agenda reformasi institusi dan saya harap supaya apa yang― sungguhpun kita bukan yang terawal meluluskan akta ini tetapi adalah Pulau Pinang merupakan negeri yang terawal mengamalkan dasar had tempoh.
Saya akhiri ucapan saya dengan memberikan ringkasan bahawa ini adalah satu alat institusi untuk mengelak daripada penumpuan kuasa; kedua, dia dapat mengukuhkan demokrasi yang sebenar; dan juga akhirnya, mengubah landskap politik negara kita daripada kita banding siapa yang akan menjawat jawatan Perdana Menteri yang paling lama kepada siapa yang menjadi Perdana Menteri yang terbaik dan berkesan. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Kota Melaka. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua di atas peluang yang diberikan.
Saya bangkit sebagai mewakili pembangkang pada petang ini juga turut mengulangi komitmen yang telah disebut oleh rakan-rakan saya sebentar tadi bahawa pihak kami pembangkang boleh menyokong usul ini tetapi dengan syarat adanya pindaan-pindaan tertentu iaitu yang melibatkan kuasa Yang di-Pertuan Agong seperti yang telah disebut oleh pembahas-pembahas sebelum daripada ini dan saya tidak ingin mengulanginya.
Cuma, apabila tadi Bangi ada menyebut berkenaan bahawa isu ini telah disentuh oleh Yang di-Pertua Agong di dalam ucapan titahnya, pada saya, ucapan titah tersebut tidaklah membuktikan bahawa isu ini telah dirujuk kepada Majlis Raja-Raja. Boleh jadi bahawa― boleh juga kita katakan bahawa ia belum dirujuk kerana di antara titah tersebut sehingga sekarang masih ada sebulan masa yang telah pun ada dan mungkin apa yang nak dibentang pada hari ini masih belum dirujuk yang sepatutnya dirujuk dalam tempoh masa sebulan ini. Jadi, apa yang cuba dibuktikan oleh Bangi tadi, saya rasa tidak membuktikan bahawa ia telah dirujuk kepada Majlis Raja-Raja.
Puan di-Pertua, saya ingin menyentuh bahawa pindaan hari ini merupakan pindaan kosmetik dan ia tidak membawa apa-apa makna. Kerana apa? Kerana soal dua penggal ini tidak pernah berlaku dalam masa 20 tahun kebelakangan ini. Kali terakhir Perdana Menteri memegang jawatan lebih dua penggal ialah pada tahun 2003 iaitu Tun Dr. Mahathir, seperti disebut oleh Kota Melaka. Tetapi, yang hairannya, ketika Tun Dr.
Mahathir pegang jawatan melebihi dua penggal, 23 tahun, Pakatan Harapan mengangkat kembali Tun Dr. Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri tahun 2018...
[Tepuk] Jadi, persoalan yang pelik sikit pada saya ialah adakah ketika mengangkat Tun Dr. Mahathir tahun 2018, ketika itu Tun Dr. Mahathir pada masa itu suci daripada penompokan kuasa dan sekarang barulah, “Oh, rupanya baru terfikir bahawa lebih dua penggal itu akan menyebabkan penompokan kuasa.” Jadi, ini logik yang saya rasa agak perlu untuk dijawab oleh penyokong-penyokong usul ini.
Saya pergi kepada data, Puan Yang di-Pertua. Bahawa sepatutnya kalau nak kira pindaan yang perlu dibawa ke Dewan ini dalam tawaran, Kita boleh ini... [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Banyak lagi perkara-perkara yang menyentuh poket rakyat. Sebagai contoh, pengurangan tol secara beransur-ansur. Kenapa tak bawa ke dalam Dewan ini? Pengasingan Menteri Kewangan daripada Menteri. Kenapa tak bawa ke dalam Dewan ini dengan segera?...
[Tepuk] Peruntukan sama adil terhadap Ahli Parlimen. Boleh bawa dalam Dewan ini dan kita menyokong sepenuhnya 200 peratus. Banyak lagi yang kalau saya boleh sebut perkara-perkara yang ada dalam manifesto ini... [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Tiba-tiba dibawa manifesto yang tidak berlaku dan saya yakin tidak akan berlaku dalam negara kita ini dalam desa warsa kebelakangan ini.
Sebab itulah manifesto ini merupakan manifesto yang agak— pindaan ini merupakan pindaan yang kosmetik yang membuang masa Dewan ini untuk kita bahaskan. Dia tidak perlu untuk dibawa. Rakyat tidak menganggap ia sebagai suatu keperluan.
Puan Yang di-Pertua, saya nak memetik data yang saya bawa― Worldwide Government Indicator (WGI) 2023 oleh World Bank. Negara-negara yang tidak mengehadkan tempoh Perdana Menteri terus mencatat prestasinya itu sangat tinggi.
Sebagai contoh, Singapura berada sekitar percentile 99 ke 100 bagi government effectiveness.
New Zealand― 97 ke 98. Kanada― 95 ke 96. Australia dan United Kingdom masing-masing melebihi percentile 90. Dalam komponen rule of law, kelima-lima negara ini kekal dalam kelompok teratas dunia dan mereka tidak mengehadkan penggal ketua negara mereka. Data ini menunjukkan dengan jelas bahawa kualiti tadbir urus yang tinggi boleh dicapai tanpa mengenakan had tempoh ke atas Ketua Kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, dari sudut bukti empirikal, had penggal bukanlah faktor penentu kestabilan politik. Berdasarkan Worldwide Government Indicators ini, 2023, indikator political stability and absence of violence, dengan izin, New Zealand berada sekitar percentile 96; Australia― 80; United Kingdom, Kanada― kelompok tertinggi dunia. Ini menunjukkan negara demokrasi parlimen yang tidak mengehadkan tempoh Perdana Menteri masih mampu mencapai tahap kestabilan politik yang kukuh. Tidak ada kaitan dengan had tempoh Parlimen.
Begitu juga dengan Corruption Perception Index (CPI), Tuan Yang di-Pertua, yang kita sering perkatakan. Negara-negara yang tidak mengehadkan tempoh Perdana Menteri seperti New Zealand, skornya 85; Singapura, skornya 83; Kanada― 76; Australia― 75; dan United Kingdom― 71. Semuanya tidak mengehadkan tempoh ketua negara mereka.
Mari kita melihat negara-negara yang mengehadkan tempoh ketua negara mereka. Seperti Brazil, skor 36. Indonesia― 34. Filipina― 34. Mexico― 31. Dan Peru― 33. Semuanya mengehadkan tempoh penggal ketua negara mereka. Malaysia berada pada skor 50.
Ertinya, kalau kita nak baiki Corruption Perception Index, bukan ini ubatnya. Ini seperti ubat luka, kita bagi telan Panadol. Kena cari ubat luka untuk nak menyembuhkan luka.
Dan lebih menghairankan, Tuan Yang di-Pertua, Perdana Menteri yang kita kata memegang jawatan lebih dua penggal, 23 tahun, sampai ke hari ini tidak diheret ke mahkamah untuk isu-isu penyalahgunaan kuasa. Tetapi yang dibawa ke mahkamah, dengan maaf, ialah Ketua-ketua Negara yang berkhidmat tidak melebihi dua penggal.
Bahkan Ketua Negara hari ini pun tak sampai satu penggal pun, kalau tiba-tiba beralih kerajaan, kita tak tahu berapa lagi kisah akan dibawa ke mahkamah. Kalaulah.
Maksudnya kalau. Kita tidak tahu.
Jadi, Puan Yang di-Pertua, sebab itu saya nak mengajak kita berfikir secara logik. Pindaan ini pindaan kosmetik. Tidak ada keperluan dan membuang masa. Kami akan menyokong sekiranya ada pindaan.
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua...
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Mas. Saya menjemput Yang Berhormat Selayang.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Speaker. Saya menyambut baik dan menyokong usaha kerajaan dalam memperkenalkan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun secara agregat, selaras dengan semangat reformasi institusi di bawah Malaysia MADANI.
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI atas keberanian serta iltizam politik untuk membentangkan pindaan Perlembagaan ini. Saya menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan pindaan ini.
Saya bersetuju sepenuhnya dengan objektif pindaan iaitu untuk mengukuh institusi demokrasi dan menambah baik tadbir urus negara.
Pengenalan had tempoh 10 tahun ini merupakan satu perubahan yang signifikan daripada sistem tradisi Westminster yang lazimnya tidak menetapkan had tempoh tetap bagi jawatan Perdana Menteri. Sekiranya diluluskan, Malaysia akan menjadi antara negara Komanwel terawal yang mengenakan had tempoh secara Perlembagaan ke atas jawatan Perdana Menteri. Ini merupakan satu reformasi yang berani dan progresif.
Had tempoh jawatan Perdana Menteri ini jarang dilaksanakan bagi sebuah sistem Demokrasi Berparlimen Westminster. Rakan Komanwel kita tidak mengenakan had rasmi terhadap tempoh jawatan Perdana Menteri. Rasionalnya adalah jelas bahawa mana-mana sistem berparlimen, seseorang Perdana Menteri haruslah mendapat kepercayaan Dewan dan boleh digugurkan melalui usul undi tidak percaya. Mekanisme ini secara teorinya dianggap sebagai sebuah bentuk kawalan yang cukup.
Adalah benar juga bahawa dengan pengenalan RUU ini, kita secara tidak langsung mengecilkan ruang pilihan kepimpinan yang sedia ada kepada mengundi dan berkemungkinan kehilangan khidmat pemimpin yang berpengalaman yang dapat menyumbang besar kepada pimpinan negara. Namun begitu, pengalaman sejarah menjadi saksi bagaimana RUU ini perlu dilaksanakan dan harus disokong. Bukan saja kita melihat pengalaman di negara kita tetapi di seluruh dunia.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Alasan-alasan di mana kita perlu untuk memberikan sokongan kepada pindaan ini adalah seperti berikut. Pertama, had tempoh tetap dapat mengelakkan penumpuan kuasa yang berlebihan kepada seseorang individu dalam tempoh yang terlalu lama, yang mengurangkan risiko dominasi terhadap cabang eksekutif dan melindungi keseimbangan institusi. Sejarah telah membuktikan kebenaran kata-kata Lord Acton, “Kuasa cenderung untuk membawa kepada rasuah dan kuasa mutlak membawa kepada rasuah yang mutlak”. Dengan izin, “Power corrupts and absolute power corrupts absolutely”. Kedua, tempoh terhad akan memupuk rasa pertanggungjawaban dan keperluan untuk menunjukkan prestasi. Seorang Perdana Menteri yang mengetahui bahawa tempoh perkhidmatan terhad akan lebih terdorong untuk melaksanakan pembaharuan yang bermakna dalam tempoh yang ditetapkan dan tidak menangguhkan reformasi penting semata-mata demi kelangsungan politik jangka panjang.
Ketiga, pemerintahan terlalu lama boleh mewujudkan budaya naungan dan jaringan kepentingan yang berakar umbi. Dengan mengehadkan tempoh jawatan, kita dapat mengurangkan risiko kronisme dan rasa sistematik. Peralihan kepimpinan secara berkala akan meningkatkan akauntabiliti, pembaharuan landskap politik dan memastikan tadbir urus yang lebih responsif.
Satu perkara yang saya meminta penjelasan ialah dalam perkiraan masa 10 tahun, pengisytiharan darurat perlu diambil kira kerana dalam sejarah kita, kita telah ada beberapa pengisytiharan darurat di mana pilihan raya dapat dijalankan dan pentadbiran demokratik diadakan. Dan saya meminta ini dijelaskan supaya tidak — bahawa kalau ada darurat diisytiharkan, ini tidak diambil kira.
Akhirnya atas sebab-sebab tersebut, saya menyokong rang undang-undang pindaan ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Saya menjemput Yang Berhormat Indera Mahkota.
Datoʼ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya merujuk yang baru diucapkan oleh Selayang tentang pengisytiharan darurat. Saya rasa itu satu poin yang wajar untuk dilihat dengan teliti kerana dia boleh mengganggu pengiraan agregat.
Saya tidak menolak soal mengehadkan tempoh masa seorang Perdana Menteri.
Tetapi saya mengulang apa yang disebut oleh Ketua Pembangkang, yang utama ialah Perdana Menteri itu tidak terpusat pada dirinya kuasa yang keterlaluan dan contoh terbaik ialah mesti diasingkan jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Yang kedua, kalau kita ingin melakukan reset, di sebelah sana [Merujuk kepada blok kerajaan] mungkin menggunakan reformasi. Kami guna ‘reset’, pembaikan keadaan. Maka pembaikan keadaan itu seperti yang disebut oleh Pasir Mas tadi.
Penyakitnya itu mesti diubat dengan ubatnya yang tepat, bukan dengan ubat yang berbeza kerana ia boleh melahirkan atau mengakibatkan unintended consequences, dengan izin. Dituju lain tetapi kesan dia lain.
Dan yang ketiganya, apa sebenarnya yang hendak dicapai? Apakah the higher objectives of the amendment, dengan izin? Apakah maqasid nya? Apakah dia matlamat yang lebih tinggi daripada sekadar mengehadkan kuasa? Pada saya yang paling tinggi yang mesti dilihat ialah soal budaya politik kerana kuasa seorang Perdana Menteri sama ada dihadkan atau tidak dihadkan tempohnya bergantung kepada budaya politik, di mana dia beroperasi sebagai seorang Perdana Menteri.
Saya sejak dulu menganjurkan kita harus ada usaha untuk membangun, membina demokrasi Malaysia yang lebih matang, demokrasi politik baru menghentam, membasmi politik wang, memastikan politik yang bersih, adanya governance baru yakni musyawarah, adanya menjaga soal kepelbagaian kaum dan moderate atau moderation dalam politik. Itu yang harus kita laksanakan. Maksud saya ialah meletakkan usaha mengehadkan tempoh masa Perdana Menteri dalam framework itu dengan izin, dalam kerangka itu sebab Perdana Menteri tidak beroperasi dalam hampagas.
Bagi orang Islam, soalnya ialah bukan apabila sudah ada had, maka dia obses pula nak jadi Perdana Menteri, Ledang. Dia tak boleh obses menjadi Perdana Menteri kerana kita ada hadis Rasulullah SAW yang maksudnya, *“Wahai Abdul Rahman bin Samurah, janganlah engkau meminta-minta jawatan. Jika engkau meminta permasalahan, yakni jawatan, maka engkau akan menanggung beban itu sendirian.
Tetapi jika engkau diberi permasalahan atau perjawatan itu tanpa meminta-minta, maka engkau akan dibantu padanya oleh Allah SWT”.* Ini riwayat daripada Abu Daud.
Jadi, persoalan yang harus kita lihat Tuan Yang di-Pertua ialah di mana kita hendak letak pindaan ini, apa matlamatnya yang lebih tinggi, mengelakkan unintended consequences dan bagaimana kita membangun, membina suatu budaya politik yang bersih, satu budaya politik yang baru, yang selepas itu barulah kita lihat ada kesannya.
Saya bagi contoh unintended consequences. Ini meminda Perlembagaan negara. Ada sebuah parti politik dulu— tak payah sebut namanya, Ledang. Dia meminda perlembagaan parti kerana penyakitnya ialah politik wang. Orang boleh bagi rasuah untuk mengundi seorang presiden, timbalan presiden, naib presiden, ahli majlis tertinggi dan sebagainya. Sebab apa boleh? Sebab tak ramai yang mengundi. Perwakilannya katalah contohnya 3,000 orang saja. Jadi, sesiapa ada wang sikit, boleh pergi kepada 3,000 orang perwakilan ini, beli undi mereka dan menanglah awak.
Maka, menyedari penyakit itu, dipindalah perlembagaan parti itu. Tidak lagi 3,000 orang mengundi, tapi semua bahagian di seluruh Malaysia yang mengundi. Maka, berpuluh-puluh ribulah, mungkin beratus ribulah orang yang akan mengundi untuk presiden, timbalan dan sebagainya.
Apa unintended consequences? Niat tadi baik. Unintended consequences-nya ialah hanya orang kaya saja boleh menang, Tuan Yang di-Pertua sebab kalau dulu dia kena beli 3,000, sekarang dia kena beli berpuluh-puluh ribu. Ini yang saya maksudkan.
Kita mungkin ada pindaan yang baik. Mengehadkan tempoh masa seorang Perdana Menteri tetapi tanpa kawalan-kawalan seperti tidak boleh memegang jawatan Menteri Kewangan, itu belum kira lagi anak pinak boleh tak pegang jawatan di sana, konsultan di sini dan sebagainya. Maka, tidak akan dapat menyelesaikan penyakit itu, malahan mungkin penyakit itu jadi lebih berleluasa. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Saya jemput Yang Berhormat Bakri. Yang Berhormat Bakri.
Seorang Ahli
Tidur. Bakri tidur.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih Yang Berhormat Puan Yang di- Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan ke atas kerajaan, atas niat murni di sebalik cadangan ini. Ia lahirnya daripada keinginan untuk mencegah penyalahgunaan kuasa dan kita semua berkongsi hasrat yang sama untuk melihat tadbir urus yang lebih baik.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Kita tidak mahu melihat sejarah hitam berulang, sama ada era kepimpinan selama 22 tahun yang menyaksikan hakisan institusi, mahupun skandal mega seperti 1MDB yang berpunca daripada pemusatan kuasa melampau di tangan eksekutif.
Namun dari segi teknikal, pindaan ini masih belum cukup kukuh dan memerlukan penelitian yang lebih mendalam.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Dato’ Yang di-Pertua, negara kita mengamalkan sistem Westminster. Perdana Menteri dilantik berdasarkan kepercayaan majoriti di dalam Dewan yang mulia ini. Bukan melalui undian langsung daripada rakyat. Dalam sistem sebegini, legitimasi Perdana Menteri berpunca daripada sokongan Dewan, bukannya daripada tempoh masa berapa lama jawatan ini dipegang.
Maka, menetapkan had tempoh yang ketat tanpa mengambil kira sama ada sokongan majoriti masih wujud atau tidak adalah bertentangan dengan semangat Westminster itu sendiri. Bayangkan senario ini Dato’ Yang di-Pertua, apabila negara sedang berdepan dengan krisis ekonomi ataupun keselamatan dan Perdana Menteri masih mendapat kepercayaan penuh Dewan yang mulia ini, apakah kita sanggup membiarkan tampuk pimpinan negara terpaksa bertukar tangan semata-mata hanya kerana seseorang itu telah tamat tempoh 10 tahun itu?
Dato’ Yang di-Pertua, lihatlah rakan-rakan kita dalam Komanwel yang mengamalkan sistem yang sama seperti UK, Australia, Kanada dan New Zealand. Tiada satu pun negara-negara ini yang mengehadkan tempoh jawatankuasa ketua kerajaan— minta maaf, tempoh jawatan ketua kerajaan mereka. Mengapa? Kenapa mereka faham?
Atau kerana mereka faham bahawa dalam sistem berparlimen, mekanisme untuk menukar pemimpin ada iaitu melalui undi tidak percaya ataupun melalui pilihan raya umum.
Mengehadkan tempoh jawatan adalah amalan sistem Presiden seperti Amerika Syarikat yang mempunyai struktur kuasa yang sangat berbeza dengan kita. Dengan pindaan ini, kita sedang cuba mengimport budaya politik yang berlainan ke dalam sistem kita tanpa menimbang kesan jangka panjangnya terhadap kestabilan eksekutif negara.
Dato’ Yang di-Pertua, had kumulatif 10 tahun ini akan mewujudkan fasa ‘lame duck’ yang berbahaya. Menjelang tahun kesembilan dan tahun ke-10, pengaruh politik Perdana Menteri dijangkakan akan merosot dan fokus akan beralih daripada tadbir urus kepada soal penggantian iaitu siapakah Perdana Menteri akan datang. Realiti pasti akan pergi, akan mencetuskan perlumbaan kuasa dalaman parti dan gabungan lebih awal. Ini adalah dinamik politik yang lazim.
Bayangkan pada tahun kesembilan tempoh kepimpinannya, jentera kerajaan dan pelabur asing sudah mula berteka-teki tentang siapakah penggantinya. Kedudukan Perdana Menteri dalam rundingan antarabangsa akan terhakis dan wibawanya dalam Kabinet pun akan mula dipersoalkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat tolong gulung. Tolong gulung. Kita kekangan masa.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Ringkasnya, kita mencipta sendiri tempoh kelemahan berulang yang boleh dieksploitasi. Sistem Westminster sepatutnya fleksibel, bukan terikat dengan garis masa yang menjemput ketidakstabilan.
Dato’ Yang di-Pertua, pengalaman kita menunjukkan bahawa isu pemusatan kuasa dan skandal besar seperti 1MDB lebih banyak berpunca daripada institusi semak dan imbang yang tidak berfungsi sepenuhnya. Bukannya semata-mata daripada tempoh jawatan yang panjang.
Justeru, reformasi yang lebih mendasar haruslah turut dipertimbangkan seperti memastikan peruntukan kawasan yang adil kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti.
[Tepuk] Mengasingkan kuasa Peguam Negara daripada pengaruh eksekutif, mengukuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen serta menjadikan proses pelantikan jawatan utama seperti Pengerusi SPRM dan SPR lebih telus melalui penelitian Parlimen bukan semata-mata di bawah budi bicara cadangan Perdana Menteri. Untuk menegakkan prinsip Keluhuran Perlembagaan, kita perlu pastikan institusi sentiasa berfungsi dengan baik bukan sekadar menambah lapisan yang merumitkan tadbir urus negara. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Yang Berhormat-Yang Berhormat ambil maklumlah, disebabkan kekangan masa dan jika kalau kita tidak tepati lebih kurang masa, kita akan habis waktu berbuka puasa. Jadi, kekangan itu amat berat. Jadi, saya pohon dalam pertimbangan.
Saya bagi ruang seminit kah apa tapi please. Dengan ini saya persilakan Yang Berhormat Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Salam sejahtera. Mendengar perbahasan daripada Yang Berhormat Bakri sebentar tadi, nampak beliau senada dengan kami di sebelah sini.
[Tepuk] Saya harap pihak kerajaan mengambil kira pandangan beliau dan saya harap YB Bakri nanti masa mengundi tak sokong usul ini.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat, kita ni sistem *Westminster.
Westminster* ada disiplin dia, ada prinsip dia.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Ya, baik.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Jadi saya akan ikut Whip, arahan Whip. Itu sudah tentu ya.
[Dewan ketawa]
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Kita sekarang bincangkan sistem Westminster.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
[Ketawa] Baik. Terima kasih Yang Berhormat. Itu semua talian hayat Yang Berhormat ya.
Dato’ Yang di-Pertua, kita hari ini berbincang tentang had tempoh Perdana Menteri 10 tahun. Ini satu cadangan struktur. Saya sebenarnya pada asas tidak ada masalah dengan cadangan ini. Tapi izinkan saya bertanya dalam Dewan yang mulia ini.
Adakah masalah negara hari ini benar-benar berpunca daripada tempoh semata-mata?
Sama seperti Yang Berhormat Bakri bangkitkan tadi. Ataupun adakah sebenarnya masalah dalam negara ini berpunca daripada bagaimana kuasa itu digunakan? 10 tahun tidak menjadikan seseorang itu zalim. 10 tahun juga tidak menjamin seseorang itu adil.
Yang menentukannya ialah nilai. Kalau ada integriti, tempoh menjadi wasilah untuk terus melakukan kebaikan. Tapi kalau tidak ada integriti, tempoh itu akan menjadi alat untuk terus melakukan kerosakan. Kita boleh hadkan tempoh 10 tahun. Tapi jika dalam tempoh itu janji tak ditepati, teguran tak diterima, kritikan rakyat dianggap melalak tanpa faedah, kuasa digunakan untuk menyekat lawan politik, maka had masa tempoh jawatan itu hanyalah akan dianggap sebagai kosmetik dalam demokrasi.
Dato’ Yang di-Pertua, Islam tak pernah menetapkan had tempoh khusus dalam memimpin. Tapi Islam menetapkan nilai amanah dalam kepimpinan. Sejarah membuktikan Khalifah Umar Abdul Aziz yang satu masa dulu begitu diagung-agungkan oleh Yang Berhormat Bagan sebelah saya ini. Baginda, Khalifah Umar ini hanya memerintah sekitar dua tahun lebih sahaja. Tapi reformasinya dikenang berabad-abad.
Kenapa? Kerana takut kepada Allah SWT. Kerana amanah dijaga. Kerana kuasa tidak dipeluk tapi dipikul sebaiknya. Itu bezanya.
Dato’ Yang di-Pertua, kalau kita benar-benar mahu mengekalkan pemusatan kuasa, maka satu perkara yang lebih penting daripada had tempoh ialah pengasingan kuasa dalam struktur eksekutif itu sendiri. Seperti yang disebut oleh kebanyakan Ahli- ahli Yang Berhormat di sebelah sini, Perdana Menteri tidak sepatutnya memegang jawatan Menteri Kewangan secara serentak. Inilah sepatutnya reformasi yang dibawa pada hari ini seperti disebut oleh Pasir Mas dan Larut sebentar tadi.
Kenapa? Kerana Perdana Menteri menentukan hala tuju kerajaan. Menteri Kewangan mengawal perbendaharaan negara. Apabila dua kuasa ini berada pada orang yang sama, kita bukan sahaja bercakap tentang tempoh, tapi kita bercakap tentang tumpuan kuasa yang terlalu besar pada satu tangan. Maka, apa yang berlaku pada hari ini sebenarnya bercanggah dengan kenyataan media yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Bharu sebelum ini oleh Menteri Undang-undang.
Menteri Undang-undang kata untuk mengelakkan pemusatan kuasa terlalu banyak. Tapi dalam masa yang sama, diteruskan amalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan adalah orang yang sama. Dilihat kontradik. Kerajaan kontradik dalam melaksanakan prinsip mereka pada hari ini. Kalau kita benar-benar mahukan reformasi, pisahkan jawatan itu. Biar ada semak dan imbang dalam Kabinet sendiri. Biar kewangan negara diawasi oleh individu yang berbeza. Itulah reformasi yang lebih substantif daripada sekadar angka 10 tahun.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Sebagai akhirnya Dato’ Yang di-Pertua, jika pihak penyokong kerajaan, sebilangan daripadanya menyatakan ini adalah rang undang-undang yang kononnya sebagai satu kejayaan pelaksanaan manifesto mereka, saya ingin tegaskan dalam Dewan yang mulia ini, ukuran kejayaan manifesto bukan pada berapa lama seorang Perdana Menteri boleh pegang jawatan. Tapi ukuran kejayaan manifesto sepatutnya ialah rakyat boleh hidup dengan baik, rakyat boleh makan, ada rumah untuk berteduh, boleh pergi ke sekolah dengan selamat, harga barang terkawal dan pentadbiran yang adil.
Negara ini tidak kekurangan undang-undang, negara ini memerlukan kepimpinan yang takut kepada Tuhan. Lebih baik dua tahun yang penuh keberanian membuat perubahan daripada 10 tahun yang penuh dengan alasan. Lebih baik pemimpin yang boleh ditegur daripada pemimpin yang hanya mahu dipuji kerana akhirnya yang akan menilai bukan sekadar rakyat di peti undi tapi Allah yang akan menilai di hari perhitungan. Pantun penutup Dato' Yang di-Pertua.
*Air tenang dalam perigi, Jernih warnanya tenang nyaman; Rakyat bersuara tanda peduli, Bukan menyalak mencari perhatian.
Cahaya pelita menyuluh desa, Terang bukan kerana lamanya; Kuasa mulia kerana takwa, Bukan kerana panjang masanya.* Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Selanjut, dipersilakan Yang Berhormat Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Bismillahirrahmanirrahim. Tuan Yang di-Pertua, sebagai Ahli Parlimen, kita telah bersumpah di sini untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Maksudnya, apa sahaja proses yang melibatkan pindaan kepada undang-undang tertinggi negara ini, kami Ahli Parlimen sebagai penggubal undang-undang utama negara diberikan tanggungjawab yang besar oleh rakyat untuk memastikan setiap aturan dibuat adalah dibuat dengan penuh tertib, teliti dan paling penting keutamaan kepada rakyat dan negara sentiasa diletakkan di tempat yang tertinggi.
Namun Tuan Yang di-Pertua, apa yang berlaku pada hari ini adalah satu proses yang sama dilakukan seperti sebelum-sebelum ini seolah-olah tidak berlaku pun reformasi Parlimen. Mengapa saya cakap begitu?
Pertama, mesyuarat kali ini ada 20 hari persidangan dan daripada jumlah ini, 12 hari ditetapkan untuk urusan Titah Diraja, manakala baki lapan hari bagi urusan Majlis yang lain. Dan daripada lapan hari ini, hanya ditetapkan dua hari sahaja untuk kita, kami, Ahli-ahli Parlimen untuk berbahas dua pindaan besar melibatkan undang-undang tertinggi negara. Sudahlah hanya dua hari sahaja ditetapkan, malah pindaan perlembagaan ini diletakkan di hari-hari akhir persidangan.
Tuan Yang di-Pertua, ini bukan RUU potong pokok atau cabut rumput ini adalah Perlembagaan Persekutuan. Mengapa kita mahu kekalkan tabiat ini walaupun kita laung-laungkan reformasi institusi. Apa susah sangat mahu bentangkan pindaan ini daripada awal persidangan. Contoh dalam mesyuarat kali ini sepatutnya boleh sahaja kita bentangkan selepas selesai urusan titah diraja tempoh hari. Berikanlah masa seluas-luasnya kepada semua Ahli Parlimen untuk berbahas.
Tuan Yang di-Pertua, rakyat di bawah diberikan gambaran seolah-olah reformasi Parlimen telah berlaku apabila kita luluskan Akta Perkhidmatan Parlimen sebelum ini.
Rakyat tidak mahu tahu pengurusan perjawatan di Parlimen dan sebagainya. Apa yang rakyat mahu tahu, apa perubahan, apa ketelusan, apa kebebasan yang diberikan kepada Ahli Parlimen untuk menyuarakan suara rakyat di dalam Dewan ini. Ini belum lagi saya sentuh mengenai jawapan kepada soalan lisan, perbahasan kami yang tidak menjawab soalan, jawapan yang tidak lengkap dan sebagainya.
Adakah Parlimen ini benar-benar bebas dan mencerminkan pemisahan kuasa atau Parlimen masih lagi ikut kehendak eksekutif. Kesimpulan dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, kalau kita mahu buat reform, buat betul-betul. Jangan hanya retorik. Kalau pun ada tindakan, tetapi tindakan sekadar optik yang memahukan pujian, saya rasa tidak perlulah dibuat.
Tuan Yang di-Pertua, berbalik kepada pindaan perlembagaan yang kita mahu luluskan hari ini, walaupun saya menyokong pindaan ini, saya punya pandangan sedikit berbeza mengenai tempoh jawatan seorang Perdana Menteri. Bagi saya, jika majoriti rakyat masih mahukan seorang pemimpin kerana beliau cemerlang dan bagus, undang- undang tidak sepatutnya menghalang pilihan mereka. If you are good, you are good. Sebagai contoh sekiranya rakyat mahu Yang Amat Berhormat Tambun untuk terus memimpin negara, even buat kali ketiga, mengapa kita mahu halang rakyat dari terus memilih beliau nanti? Bagi saya yang penting sekarang adalah kerajaan mengutamakan pengukuhan institusi perkhidmatan awam kita. Perlu neutral, cekap sekali gus dapat membolehkan sebarang peralihan kuasa berlaku dengan lancar tanpa perlu paksaan undang-undang seperti yang kita bentangkan hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sentuh mengenai fasal (4D)(a) yang jelas menyatakan bahawa tempoh perkhidmatan sebelum pindaan ini berkuat kuasa hendaklah diambil kira dalam pengiraan had 10 tahun tersebut.
Saya secara peribadi beranggapan Undang-undang baru bersifat prospektif dan bukannya retrospektif. Mengapa? Pertama, status semasa undang-undang. Seorang pemimpin yang berkhidmat pada masa lalu melakukannya berdasarkan peraturan dan undang-undang yang sah pada waktu itu. Kedua, diskriminasi atau targeting. Jika kita lihat kesan kepada retrospektif ini sering dilihat sebagai usaha untuk menyekat individu tertentu daripada kembali berkuasa.
Bagi saya, jika matlamat kerajaan adalah reformasi institusi, ia sepatutnya bermula dengan lembaran baru ataupun clean slate tanpa menghukum khidmat bagi pemimpin masa lalu yang telah disahkan dan terbukti dengan mandat diberikan rakyat pada waktu itu. Ketiga, kedaulatan Parlimen. Parlimen sepatutnya menghormati pilihan rakyat dalam setiap kitaran pilihan raya tanpa disekat oleh rekod sejarah yang telah pun berlalu.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan dan kita semua di sini perlu belajar daripada sejarah. Kita jangan biarkan kelompongan pindaan Perlembagaan tahun 2022 berulang.
Pada waktu itu, kita mahukan semua pindaan dibuat dengan segera. Nah, sekarang kita tengok, masih boleh melompat tanpa melompat. Mudah di manipulasi dan memberikan kelebihan kepada parti yang memerintah negara.
Dan untuk rekod, saya sokong apa yang telah diutarakan oleh Bakri tadi iaitu berkenaan memberikan peruntukan yang sama rata kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira kerajaan atau pembangkang. Itu bah reformasi yang kita mahukan. Itu saja Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Dipersilakan Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Dato' Timbalan Speaker.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Sikit pantun.
Bulan Ramadhan bulan puasa, Agar kita semakin bertakwa; RUU Perlembagaan 2026 mahu dipinda, Kapar syor fiqh aulawiyat panduan utama. Yang lain bolehlah kira ambilkan. Tuan Yang di-Pertua, kita membincangkan had tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun. Prinsipnya baik, kuasa tidak wajar terlalu lama tertumpu pada seorang individu. Namun, izinkan saya tegaskan, isu sebenar negara ini bukan hanya tempoh, tetapi struktur kuasa.
Jika struktur itu tidak berubah, jika pemusatan kuasa terus berlaku, maka had 10 tahun hanyalah perubahan kosmetik. Hari ini kita melihat satu realiti membimbangkan di mana Perdana Menteri juga memegang jawatan Menteri Kewangan. Ini bermaksud kuasa menentukan dasar negara dan kuasa mengawal perbendaharaan negara berada pada individu yang sama.
Buatlah 10 tahun ke, lima tahun ke, dua tahun ke, tiga tahun tapi orangnya sama.
Dari sudut tadbir urus moden, ini adalah konsentrasi kuasa yang terlalu besar. Jadi yang pantun saya fiqh aulawiyat ni mana? Pinda yang ini dulu, biar PM bukan— tidak akan menjadi Menteri Kewangan. Jadi, kita belajar daripada pengalaman dahulu, yang lalu.
Apabila kuasa politik dan kuasa fiskal bergabung, tanpa semak imbang yang kuat, risiko salah guna dan konflik kepentingan meningkat.
Negara seperti UK memisahkan jelas peranan Perdana Menteri dan Chancellor of the Exchequer. Di Jepun, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan juga berasingan.
Mengapa? Kerana pengurusan fiskal memerlukan semakan dalaman dalam Kabinet itu sendiri. Pengasingan jawatan ini bukan soal kepercayaan kepada individu, tetapi soal membina sistem yang tahan uji.
Kedua, jika benar kita mahu perubahan sistemik, maka pemisahan fungsi Peguam Negara dan Pendakwa Raya mesti dilaksanakan. Okey, esok kita insya-Allah ada RUU nya. SPRM dan SPR perlu benar-benar bebas dengan pelantikan melalui Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Bukan Perdana Menteri yang melantik, Ketua SPRM dan SPR ni. Had tempoh tanpa kebebasan institusi hanya menukar orang, bukan membetulkan sistem.
Ketiga, pengukuhan Parlimen. Parlimen mesti menjadi benteng semak imbang.
Jawatankuasa Pilihan Khas diberi kuasa sebenar memanggil saksi. Laporan fiskal dan hutang negara dibentang secara berkala dan terperinci.
RUU berkaitan kewangan diberi masa perbahasan yang mencukupi. Kita tak cukup masa untuk bahas tentang kewangan, apatah lagi jika Perdana Menteri juga adalah Menteri Kewangan. Maka pengawasan Parlimen mesti lebih kuat bukan lebih lemah.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Yang keempatnya, selagi dana politik tidak telus lagi, itu integriti keputusan fiskal boleh dipersoalkan. Akta Pembiayaan Politik perlu digubal segera dengan pendedahan sumbangan dan had perbelanjaan kempen.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, jika kerajaan benar-benar mahu meninggalkan legasi reformasi, maka lakukan perubahan struktur yang berani. Hadkan tempoh jawatan itu hanya satu juzuk. Asingkan jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu aulawiyat. Pecahkan pemusatan kuasa, perkukuh institusi bebas. Jadi reformasi bukan sekadar berapa lama seseorang memerintah tetapi bagaimana kuasa itu diimbangi.
Kita tidak mahu sistem yang bergantung kepada keperibadian seseorang pemimpin. Kita mahu sistem yang kuat, telus dan bertanggungjawab walaupun siapa pun yang menjadi Perdana Menteri. Poin pokok yang melibatkan jawatan Perdana Menteri sebagai Ketua Kerajaan. Integriti, akauntabiliti, kejujuran, kebolehpercayaan.
Kita nak mengelakkan penyalahgunaan kuasa, good governance. Jadi, kita mahu penambahbaikan sistemik dan struktur, structural.
Jadi Yang di-Pertua, rumusannya. Pindaan ini memperuntukkan masa yang sebelum dikuatkuasa pindaan itu sudah diambil kira dalam pengiraan sepuluh tahun.
Tak apa lah yang apa 10 tahun ni. Ini bermakna kesan retrospektif dari segi tempoh perkhidmatan. Walaupun tidak bersifat menghukum, kesan ini perlu diperjelaskan daripada sudut prinsip keadilan dan kestabilan politik. Apakah rasional dan dasar untuk mengambil kira tempoh lampau dan adakan ini selari dengan semangat kepastian undang-undang?
Akhirnya Speaker, saya berpendapat bahawa had tempoh Perdana Menteri adalah satu langkah ke hadapan dari sudut prinsip tadbir urus. Ia menghantarkan mesej bahawa kepimpinan adalah amanah bukan hak milik kekal. Namun keberkesanannya bergantung kepada keseluruhan ekosistem demokrasi.
Yang terpenting bukan had empirikal tempoh seorang Perdana Menteri memegang jawatan sebagai ketua kerajaan tetapi good governance, rule of law, kedaulatan undang-undang dan sebagai qudwah hasanah dengan izin kepada seluruh rakyat Malaysia, supaya negara kita ini boleh menjadi negara yang bertamadun, makmur, sejahtera serta diampuni serta diberkati oleh Allah SWT yang telah jelas termaktub dalam Surah Saba’ ayat 15, [Membaca sepotong ayat al-Quran] , itulah yang kita nak capai. Dato’ Timbalan Speaker, terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Selanjutnya dipersilakan Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang di- Pertua. Saya bangun untuk menyokong pindaan ini Yang di-Pertua. Saya dengar dengan tekun tadi pembentangan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan saya merasakan bahawa ini adalah di antara reformasi yang telah dijanjikan oleh Pakatan Harapan dan di antara reformasi yang kita uar-uarkan semasa kita dalam kancah pilihan raya.
Dan saya di sini menyokong penuh pindaan ini kerana ia mencegah penumpuan kuasa kepada Perdana Menteri. Ia juga akan memastikan bahawa tidak berlakunya salah guna kuasa seperti apa yang berlaku pada tahun 1987. Saya masih di bangku sekolah ketika itu. Seorang Perdana Menteri yang boleh dikatakan memerintah negara kita dengan menggunakan cara kuku besi. Ketika itu tahun 1987, kita masih lagi ingat Operasi Lalang, di mana ketika itu Tun Dr. Mahathir menangkap lebih kurang 106 orang tanpa dibicarakan. Tun Dr. Mahathir sekarang kita tahu menjadi penasihat terhormat sebelah sana.
Ketika berlakunya Operasi Lalang, kebanyakan pemimpin-pemimpin DAP ditahan tanpa dibicara. Mendiang Karpal Singh, mendiang P. Patto, Tan Sri Lim Kit Siang, Yang Berhormat Bagan ada di sini. Kita merasakan bagaimana seorang yang menggunakan pendekatan kuku besi, menggunakan polis untuk menangkap, menyumbat, menyumbat semua Ahli-ahli Parlimen pembangkang tanpa dibicarakan. Ini akan memastikan bahawa pindaan pada hari ini akan memastikan bahawa...
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Jelutong, boleh minta laluan sikit tak?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya akan bagi lepas saya habis.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Baik, terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Baru take-off saja. Saya akan bagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Yang Berhormat-Yang Berhormat, saya guna kuasa saya 37(2) saya tidak benarkan pencelahan. Teruskan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih, terima kasih. Terima kasih Yang di-Pertua.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tuan Yang di-Pertua, nak minta pencerahan Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang di- Pertua.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Sebab tuduhan yang berat itu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri tadi, ini merupakan wacana reformasi, menunjukkan tekad politik, menunjukkan kesungguhan beliau untuk tidak memegang kepada kuasa, menunjukkan bahawa beliau adalah seorang yang memegang kepada prinsip. Prinsip reformasi yang dilaung-laungkan supaya apa yang berlaku...
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
[Bangun]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Hulu Terengganu, saya ikut titah— saya ikut arahan Yang di-Pertua.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tuan Yang di-Pertua, tuduhan yang berat tu. Diktator dia kata, saya rasa tak betul.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Yang Berhormat, ada jalan lain, usulkan. Terima kasih. Teruskan Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang di-Pertua, terima kasih Yang di-Pertua. Saya juga ingin merujuk kepada sesuatu yang berlaku dalam sejarah baru-baru ini. Baru-baru ini berlaku dalam sejarah. Kita tahu bagaimana kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi dicuri oleh seorang individu, Langkah Sheraton. Pada pendapat Jelutong, pindaan dalam perlembagaan ini akan memastikan bahawa Langkah Sheraton atau kalau ikut Yang Berhormat, dia kata langkah syaitan tidak berlaku lagi. Saya ingin merujuk kepada kejadian itu sebab...
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang di-Pertua, Peraturan Dewan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Yang Berhormat
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Peraturan Dewan, Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Saya dah guna kuasa saya...
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
36(6).
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Tahu. Saya dah guna. Baca 37(2) itu, all right. Line dua saya pakai itu.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tuan Yang di-Pertua patutnya— okey, terima kasih, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Yang Berhormat, laluan ada, usul kalau tak puas hati. Okey teruskan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kita tahu bagaimana selepas kerajaan ini dicuri, Parlimen telah digantung selama lebih kurang enam bulan.
Kita tidak bersidang. Ketika itu COVID, seorang Perdana Menteri yang tidak dipilih secara demokrasi mencuri kerajaan, menggantungkan Parlimen, tidak membenarkan kita bersidang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tan Sri Yang di-Pertua.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
36(6) Yang di-Pertua. Ini banyak tuduhan jahat ini Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Peraturan, Yang Berhormat.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Peraturan Dewan, Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Saya dah gunakan...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dia sudah buat tuduhan. Dia fitnah kepada Yang di-Pertuan Agong.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tuduhan banyak, berat sangat itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Saya dah nyatakan tadi.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Berat sangat tuduhan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang melantik Perdana Menteri, itu Yang di-Pertuan Agong. Dia sudah fitnah tu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Yang Berhormat...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Fitnah Yang di-Pertuan Agong...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Duduk Yang Berhormat.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang Berhormat, berat tuduhan itu Yang Berhormat. Bulan puasa ni.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Yang Berhormat Hulu Terengganu, Yang Berhormat Pendang, saya guna kuasa saya di bawah Peraturan 37(2). Kalau Yang Berhormat tak bersetuju, usulkan untuk tindakan dan sebagainya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan di-Pertua, terima kasih.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang di-Pertua, Yang di- Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Saya akan bagi masa.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang di-Pertua...
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Tegurlah Yang Berhormat, kalau kami tak boleh bercakap, Tuan Yang di-Pertua tegur dia.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Yang Berhormat, nak duduk ke tak nak?
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Saya duduk.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Hah, duduk.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Tapi saya bagi tahu itulah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Yang Berhormat, bangun lagi, saya akan guna kuasa saya 44. Saya nak perjalanan Dewan ni...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat, dia buat tuduhan tu teruk.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Yang Berhormat. Reti tak...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Quran dengan hadis je tak boleh pinda. Muktamad itu. 37(1) itu, boleh dipinda lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Yang Berhormat. Saya guna kuasa saya 37(2) tu. Kalau Yang Berhormat tak setuju, kuasa Peraturan 43 itu ada, usulkan. Kalau rasa nak ambil tindakan kepada Yang Berhormat Jelutong, usulkan. Tuliskan kepada Speaker.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang di-Pertua, minta petua.
Minta petua daripada Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Saya dah petualah ni.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya lah. Saya pun nak minta petua lain daripada Yang di-Pertua. Kalau pelanggaran kepada 36(1), adakah kuasa kepada Yang di-Pertua untuk meng-stop-kan dia daripada bercakap, 36(1). Kalau (2),
(3), (4), (5), itu saya fahamlah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Yang Berhormat, 37(2) jelas. Ya, kalau katakan ada yang tak puas hati, balik pada Peraturan 43. Jika rasa itu tak cukup, usulkan. Jadi, tak ada masalah.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tapi pelanggaran daripada awal ada masalah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Yang Berhormat, jadi yang saya duduk kat sini kayu ke?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya lah, 36(1) dia langgar masalah. Itu yang saya rasa terkesan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Saya dah buat ruling 37(2) itu. Nak ruling macam mana lagi Yang Berhormat? Ya, duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Datoʼ Speaker...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sebab dia lari daripada sepatutnya....
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Yang Berhormat...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Jadi sebab itu kita kena clear. Tak boleh macam itu. Tuduhan dia berat bulan puasa ni.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Tahu pun, sebab bulan puasalah...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya pun tak mahu nak bising. Tapi kurang-kurangnya kita bangkit Peraturan Dewan.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Pendang, Jelutong tak puasa.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Yang Berhormat...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dia tak puasalah. Kita puasa.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Yang Berhormat, Sebab saya puasalah ini. Kalau saya ikut...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dia tak apa lah. Dia boleh kata ikut dan. Tapi, kalau benda ini begini, dia beri satu impak yang tak baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Consequences dia sangat berat bila dia tuduh Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri pada ketika itu, dia tuduh pula kata kita tebuk ataplah, apa semua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey, baik. Saya hormat Dato' Yang di-Pertua. Saya hormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, saya dah bagi petua. Nak petua macam mana lagi? Kalau rasa tak puas hati, ada Peraturan 43. Kalau kata rasa tak lagi, usulkan untuk tindakan terhadap Yang Berhormat Jelutong. Jadi, kita jalankanlah.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dia belasah kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat pun bukan tak biasa belasah sebelah sini pun.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Jadi, Yang Berhormat, sudah ya. Saya nak berjalan. Kalau lagi sekali― recording semua ada. Saya akan turun lima minit, saya akan masuk balik. Berapa orang tadi, saya akan bagi pertuduhan.
[Dicelah] Saya bagi pertuduhan. Kalau hendak, boleh. Tak jadi masalah.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ha? Betul?
Yang Berhormat bangun. Yang Berhormat Jelutong, cakap, teruskan. Yang Berhormat teruskan. Yang Berhormat Pendang bangun, saya akan ambil tindakan kuasa saya, 44.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Mana boleh buat macam itu dekat kami.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bukan masalah itu. Saya sekarang...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang di-Pertua kena hormat kami juga. Kami sebagai Ahli Parlimen, itu yang boleh mesyuarat sini. Tapi... [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat tak setuju, kan saya dah berulang kali cakap. Saya suruh duduk kan? Yang Berhormat bangun kan?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bentara...
[Mengetuk tukul] Saya tempohkan sidang sebentar lima minit untuk menyediakan pertuduhan.
Sebentar. Yang Berhormat Pendang, saya keluar. Kalau Yang Berhormat tidak ada di dalam Dewan, saya akan laksanakan perjalanan di bawah in-absentia.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 3.02 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 3.08 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Pendang, sila berdiri. Sila berdiri.
Yang Berhormat, saya akan bacakan pertuduhan. Yang Berhormat ada pilihan sama ada untuk mengaku salah ataupun tidak. Jika Yang Berhormat memilih untuk tidak mengaku salah, saya bagi tiga pilihan. Yang Berhormat boleh berdiri dari tempat Yang Berhormat untuk membela diri. Ataupun kedua, mewakilkan mana-mana Ahli Parlimen untuk bercakap bagi pihak Yang Berhormat. Yang ketiga, Yang Berhormat boleh berdiam diri dan saya membuat keputusan. Dengar pertuduhan ini.
Bahawa kamu, Yang Berhormat Pendang, pada jam 1501 pada hari ini telah tidak mengikut arahan Yang di-Pertua di dalam Dewan dan telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 44(2) iaitu tidak mengendah arahan Pengerusi. Dengan itu, saya persilakan untuk mendengar plea Yang Berhormat, mengaku salah ataupun tidak. Yang Berhormat faham pertuduhan itu?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ada tiga pilihan. Berdiam diri, memberi keterangan dari tempat duduk Yang Berhormat atau memilih mana-mana Ahli Yang Berhormat untuk membela diri. Ada tiga pilihan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Pilihan ketiga. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat pilih siapa?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Pilihan ketiga, berdiam diri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Baik. Oh, maaf. Pilihan tiga. Kalau dengan sedemikian, saya dapati Yang Berhormat bersalah, walaupun sebelum saya menjatuh hukum, Yang Berhormat boleh membuat rayuan.
Silakan, jika ada rayuan. Tidak ada rayuan, saya akan terus menjatuh hukum.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey, baik. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana membuka satu ruang untuk kita berbincang. Cuma saya tadi, saya minta hukuman ini dielakkanlah sebab apa, 37(2) yang Dato’ Yang di-Pertua buka tadi itu, dia hanya untuk menghentikan mana-mana dan juga untuk mencukupi masa tapi tidak boleh untuk nak meng— apa kita tadi, menghalang peraturan dalam Dewan.
Itu saya faham begitulah. Itu sebab itu saya ambil pilihan ketiga untuk berdiam diri dan saya minta kalau nak jatuh hukum pun jatuhlah. Saya tak ada masalah lah.
Tapi kalau boleh, elakkanlah sebab kita ini dalam perbahasan ini ada khilaf dia.
Saya pun ada khilaf, Dato’ Yang di-Pertua pun ada khilaf dalam keadaan ketika tengah tegang macam itu. Jadi, itu sajalah jawapan saya. Jadi, terpulang kepada Datoʼ Yang di- Pertua. Terima kasih.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Peraturan, Yang di-Pertua.
Yang di-Pertua, peraturan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Peraturan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Yang Berhormat, saya nak selesaikan prosiding ini.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tidak, perkara yang sama berkenaan dengan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Yang Berhormat, tahu saya sekarang tengah menjalankan prosiding terhadap Yang Berhormat Pendang. Kalau Yang Berhormat nak bercakap, saya benarkan selepas ini.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Selepas ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Baik.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Yang Berhormat, setelah mengambil kira rayuan Yang Berhormat tadi, saya ingin sebelum saya menjatuhkan hukuman— Yang Berhormat duduk sekejap. Menjatuhkan hukuman sebagaimana di kuasa saya di bawah Peraturan 44, maksimum 10 hari. Yang jika saya tak puas hati, saya boleh rujuk Yang Berhormat kepada jawatankuasa. Walaupun sedemikian, saya mengambil kira keadaan sekeliling, masa dan ketika perdebatan berkenaan dan memikirkan ini bulan puasa. Saya mengambil pertimbangan sewajarnya.
Dengan ini, saya mengarahkan Yang Berhormat untuk keluar daripada Dewan sehingga jika masa pengundian sebentar lagi. Baik, silakan. Itu saja hukuman saya.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya nak minta jasa baik Datoʼ Yang di-Pertua. Sekejap lagi saya nombor 30, dah berbahas. Boleh tak saya masuk bahas, lepas itu saya keluar? Boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Baik. Dengan syarat. Yang Berhormat, jangan buat kecoh lagi.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey. Baik, terima kasih. [Dewan ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Pergi rehat, Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey, ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Kalau tak bulan puasa ini saya ingat nak bagi maksimum dah ini.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tak apa lah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Jadi pikiaq bulan puasa. Baik. Silakan Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih, nah. Okey, baik. Saya keluar dulu.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang di-Pertua, sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Silakan keluar. Sebentar, Yang Berhormat. Saya tak selesai. Dalam mahkamah pun, majistret bercakap, nantilah, janganlah ganggu. Bagi habis dulu.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Dah habis dah, dah habis dah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat, peraturan. Selain daripada peraturan, saya tidak akan layan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Peraturan. Saya merujuk kepada peraturan 37(1) dan (2). Okey, kalau kita lihat, Yang di-Pertua merujuk kepada 37(2). Kalau ikut ayat kepada 37(2) itu jelas. "Pengerusi boleh tidak membenarkan mana-mana Ahli meminta penjelasan." Okey, kita tengok 37(1)(a) dan (b). (1)(a) mengenai dengan mengeluarkan teguran. Point of order. Maknanya, yang terpakai hanya kepada (b). 37(2) hanya terpakai kepada (b) iaitu "jika hendak meminta penjelasan mengenai apa-apa perkara...".
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Baik.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang (a) tak terpakai untuk 37(2). Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Baik. Yang Berhormat, saya qualify-kan keputusan saya berpandu kepada perkara 37(2). Jadi, itu keputusan saya. Kalau dalam mahkamah pun Yang Berhormat tak setuju, mahkamah tinggi ada, mahkamah rayuan ada, Mahkamah Persekutuan ada. Jadi, itu keputusan saya.
Saya teruskan Yang Berhormat Jelutong, dua minit.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang di- Pertua. Saya menumpukan perbahasan saya kepada dua perkara yang berlaku dalam sejarah kerana saya selalu ikut petua Yang di-Pertua dan saya tidak menyebut mana- mana pihak individu. Tapi dua perkara saya kurang pasti kenapa pihak di sebelah sana membantah dan terasa sangat. Hanya saya merujuk kepada dua kejadian dalam sejarah untuk mengingatkan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
[Tidak jelas] Untuk pasti saya boleh beritahu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk. Saya tidak benarkan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya merujuk kepada dua.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tak, ini Peraturan Dewan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Yang Berhormat, saya dah buat keputusan. Janganlah langgar.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tak, dia kata, kita tak tahu apa yang— itu masalah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Astaghfirullahalazim.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya faham tapi perkataan yang digunakan ini melampau.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Janganlah bagi saya charge seorang lagi pada hari ini.
Yang ini tak ada bagi timeout dah. Tolong duduk. Yang Berhormat, bangun lagi, saya tidak ada option lain. Silakan Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang di- Pertua. Kedua, kejadian yang telah saya rujuk tadi, satu adalah semasa pemerintahan Tun Dr. Mahathir, Operasi Lalang dan kedua adalah kejadian yang berlaku pada tahun 2020, 2020, apabila kerajaan yang dipilih oleh rakyat itu dirampas dan berlakunya satu pimpinan di mana Parlimen digantung. Maka, saya merasakan pindaan yang telah dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun hari ini akan memastikan bahawa kedua-dua insiden gelap yang berlaku dalam sejarah kita ini tidak akan berulang.
Kerana pindaan perlembagaan ini memastikan dalam peruntukan-peruntukan yang telah dibentangkan supaya seorang Perdana Menteri yang dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong itu akan memegang kuasa untuk tempoh yang telah dinyatakan dengan jelas dalam pindaan ini. Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Tuan Speaker. Dengan izin, power corrupts, absolute power corrupts absolutely. Musuh utama sistem demokrasi Malaysia adalah sistem yang memusatkan kuasa kepada satu ataupun segelintir pihak. Walaupun saya sedar bahawa pindaan undang-undang ini sedikit sebanyak akan mengurangkan proses pemusatan kuasa tersebut, tetapi saya percaya ada lagi 14 reforms yang wajib dilakukan sepatutnya lebih awal yang jauh lebih penting.
Saya nak mendedikasikan ucapan saya kepada salah satu reform yang saya rasa jauh lebih penting iaitu ketiadaan Akta Pendanaan Politik di Malaysia. Before we discuss about limiting the power of the Prime Minister, hadkan tempoh Perdana Menteri, sepatutnya kita sudah memperkenalkan Akta Pendanaan Politik ini. Kenapa saya katakan ini? Malaysia merupakan salah sebuah negara, one of the only countries in the world yang masih tidak ada langsung Akta Pendanaan Politik. Apa maksudnya?
Dengan tiadanya Akta Pendanaan Politik ini, kita menghambakan politik, ahli politik, rakyat kepada mereka yang berduit kerana mereka yang berduit ini membuat pelaburan kecil sebelum pilihan raya. Mereka berikan RM100,000, RM1 juta, RM10 juta.
Mungkin bukan hanya kepada satu pihak, mungkin kepada semua parti dengan jaminan jika mereka menang, dan tidak ada transparency dan ketelusan ini, sesiapa pun jadi Perdana Menteri, mana-mana parti pun yang menang, perlu memberikan kontrak yang jumlahnya jauh lebih lumayan, berbilion Ringgit Malaysia. Perlu melanjutkan tempoh konsesi, monopoli yang jumlahnya berbilion Ringgit.
Sebab itu di dalam Dewan ini kita sudah lihat pertukaran Perdana Menteri berkali-kali. Kita sudah lihat pertukaran parti berkali-kali. Tapi tidak kira Perdana Menteri atau parti, sampai ke hari ini kita masih tidak ada Akta Pendanaan Politik. It shows that there is a systemic problem. Masalah yang sistemik yang menjerat budaya politik di Malaysia.
Mengapa ia berkaitan dengan akta pada hari ini? Kerana kita memperkenalkan akta ini untuk mengurangkan kuasa Perdana Menteri. Tetapi Perdana Menteri yang masih memegang jawatan Menteri Kewangan, yang menjaga GLC-GLC yang mengagih kontrak berbilion-bilion ringgit. Itu tetap merupakan pemusatan kuasa yang luar biasa.
Sampai ke hari ini, Tuan Yang di-Pertua, kalau ada mana-mana syarikat gergasi multi-billion dollar company yang culas atau tidak mahu membayar cukai, jumpa dengan Menteri Kewangan, boleh dapat pengecualian khas. Dan pengecualian khas itu tidak didedahkan kepada Parlimen atau kepada umum.
Saya bangkitkan persoalan ini dalam Parlimen. Sampai ke hari ini masih belum dapat jawapan. Mana syarikat yang dapat? Berapa jumlahnya? Kerana hari ini kita harapkan rakyat kecil di luar sana. Mungkin gajinya tak cecah RM5,000, kelas pertengahan.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Oh, you need to declare your taxes. Tax deductible bagi individu hanya sampai RM9,000. Dah lebih 10 tahun kita tak kaji semula. Ini orang kecil ni. Nak dapat tax deductible bukan main susah lagi. Tetapi syarikat maha kaya, individu bilionair ni boleh dapat pengecualian sebegini. Apa masalahnya? Ia berkaitan dengan pemusatan kuasa di tangan seorang ataupun segelintir pihak.
Sebab itu harapan saya, walaupun sebagai Ahli Parlimen Muar, saya menyokong pindaan perlembagaan untuk mengurangkan kuasa Perdana Menteri melalui hadkan tempoh pemerintahnya, tetapi saya juga berharap dan rakyat di luar sana masih menilai dan akan membuat keputusan bila tibanya pilihan raya. It is not enough to only forward one cosmetic constitutional amendment. Tak cukup kalau kita tidak susuli, mungkin kalau bukan pada hari ini, pada sidang yang akan datang, kita pisahkan PM dengan MOF, kita perkenalkan Akta Pendanaan Politik. Kita pastikan bahawa reformasi lain yang lebih struktural dapat dilakukan sekali dan kita kurangkan pemusatan kuasa tersebut.
Malaysia perlu fokus untuk menjadi negara maju tetapi salah satu sikap utama untuk jadi negara maju adalah pemerkasaan institusi yang melangkaui politik kepartian dan politik personaliti. Dan harapan saya adalah dengan adanya undang-undang ini, walaupun saya faham ada pihak kata oh kita tak perlu sokong sampai 15 lagi pindaan di laku. We cannot do that. Saya perlu adil dalam bab ini. Betul, ada banyak lagi pindaan yang penting tetapi pindaan ini lebih baik daripada mudaratnya. Let’s start with this tapi saya harap akan ada banyak lagi pindaan-pindaan lain yang turut dilakukan selepas ini.
Saya rumuskan ucapan saya dengan satu mesej. Ini adalah pindaan yang wajar disokong, tetapi pindaan ini perlu didatangi dengan pelbagai jenis reforms yang lain, khususnya Akta Pendanaan Politik dan harapan saya ia dapat diluluskan sebelum Parlimen dibubarkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Muar. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Tenggara.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Terima kasih Dato' Speaker.
Audzubillahiminassyaitanirajim. Bismillahirrahmanirrahim. Untuk perbahasan pada petang ini, bagi ruang kepada Tenggara. Macam yang disebut oleh Muar jugalah, memang ada banyak lagi perkara yang dinamakan reformasi ya Ahli Parlimen Muar hendak dibuat tetapi sesuatu lebih baik daripada tidak melakukan apa-apalah. Jadi ini adalah satu langkah yang walaupun agak lewat, tapi sebenarnya kita bersama-sama dalam Dewan ini boleh bersepakatlah untuk melihat kebaikan daripada pindaan yang bakal kita lakukan.
Tuan Yang di-Pertua, kita mengharapkan satu pindaan yang besar ini bukan benda yang— bukanlah kecil, bukanlah kosmetik sebenarnya, bergantung kepada kita lah bagaimana untuk ia dilaksanakan kelak. Tapi reformasi struktur kuasa negara untuk mengehadkan tempoh perjawatan Perdana Menteri maksimum 10 tahun atau dua penggal, Tenggara yakin keputusan yang dibuat ini bukanlah serangan terhadap mana- mana individu tapi dia adalah langkah pembaikan.
Dalam sejarah negara, wujud pentadbiran paling lama, lebih dua dekad. Kita pun tahu siapa dan yang paling pendek pun ada juga 15 bulan pun kita tahu juga tempoh Perdana Menteri ini. Dan pindaan ini yang dibawakan ke dalam Dewan ini, hari ini telah dilakukan sesi townhall, libat urus dan sebagainya sehingga akhir Januari 2026 dan hampir 90 peratus responden sokong wujudnya had tempoh. Cuma kita tak tahu berapa banyak angka responden yang telah dilibatkan.
Bagi Tenggara Tuan Yang di-Pertua, prinsipnya jelas dan dalam Islam pun hadis menyebut kuasa perlu ada hadnya, bukan mutlak dan kuasa itu adalah satu amanah bukan kebanggaan dan memikul tanggungjawab ini adalah bukan kerja dunia saja, malah kerja akhirat, yang sempena dengan bulan puasa.
Jadi— dan saya juga memetik juga tadi pandangan Ahli Parlimen Bakri, setuju bahawa pindaan ini sebenarnya bila melihat kepada tempoh had pentadbiran Perdana Menteri yang dihadkan ini biasanya berlaku di negara-negara yang merupakan sistem presiden. Kalau kita tengok di Amerika Syarikat pun presiden, kita tengok di negara jiran kita pun presiden dan kalau kita tengok sejarah telah membuktikan kuasa tanpa had juga berisiko melahirkan budaya patronage, kronisme...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tenggara.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Ya.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Speaker, kalau saya minta laluan daripada Tenggara, dia benarkan. Speaker boleh benarkan saya?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Silakan Hulu Langat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Kalau Tenggara benarkan, silakan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ah, Tenggara, saya nak tanya, saya nak tanya pandangan daripada Tenggara tadi tu. Kalau kita dengar daripada Muar tadi, dia sebutkan soal berkaitan dengan pemisahan kuasa di antara Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan. Apa pandangan Tenggara tentang Perdana Menteri, Perdana Menteri je, Menteri Kewangan tu kena bagi kepada orang lain. Terima kasih Dato' Speaker.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Baik, terima kasih Hulu Langat.
Kalau tanya pendapat peribadi saya, saya nak respons lah. Perdana Menteri ni sebenarnya Menteri Perdana lah dan dilantikkan jawatan-jawatan Kabinet ni untuk membantu dia mentadbirkan negara ini. Jadi bergantunglah kepada Perdana Menteri.
Kalau saya Perdana Menteri, saya nak jadi Menteri Kewangan sebab mudah untuk uruskan banyak perkara. Nak memudahkan urusan bukan nak memudahkan penyamun ya.
Kita nak memudahkan menguruskan. Sebab kalau tidak, dia akan berlaku perkara-perkara yang susahlah. Ni ha, Bangi pun ketawa Bangi tapi kalau kita duduk dekat situ, kita tahu betapa, ha kan.
Seorang Ahli
Dah la.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Tapi kalau tidak pun, jadi kena ada Menteri jugalah. Mungkin Menteri Luar Bandar ke kan supaya kita boleh dapat menggunakan bukan kedudukan Perdana Menteri itu tapi untuk kita boleh memudahkan lagi urusan pertadbiran. Itu pandangan peribadi Tenggaralah kan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tenggara.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Hulu Langat boleh Hulu Langat jawapan macam tu. Jangan trap sangatlah kan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tenggara.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Saya jujur ni bulan puasa. Ya, Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Boleh? Terima kasih. Terima kasih Yang di-Pertua. Setuju tak Tenggara bahawa kerana pemusatan Perdana Menteri dengan Menteri Kewangan lah, maka terjadinya tragedi 1MDB— 1MDB di Malaysia?
Setuju? Apa komen Tenggara? Terima kasih.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Saya ni sampai sekarang memang tak percaya 1MDB ni satu malapetaka pada negara. Ini saya jawapan peribadi saya. Dia adalah satu, apa nama tu, kejeleketan, persepsi yang dibentuk dan sebagainya. Kalau diuruskan betul-betul, sumbernya hendak memacu perkara itu dengan baik, dia akan jadi baik ya. Tetapi, 1MDB bukan kerana pemusatan kuasa, 1MDB kerana terlalu baik untuk melakukan kepada rakyat.
Di bawah 1MDB tu pun berlaku ada banyak perkaralah. 1MDB ni 1Malaysia Development Berhad. Tapi di bawah flag 1Malaysia tu, Dato' Speaker ada banyak benda baik. Ni saya dah tulis tadi dah, Kedai Rakyat 1Malaysia dah tak ada dah sekarang, Klinik Rakyat 1Malaysia dah tak ada dah sekarang, Bantuan Rakyat 1Malaysia yang banyak itu dah tak ada dah sekarang. Jadi kalau kita nak sebutkan tu, banyaklah Hulu Terengganu.
Biarlah saya teruskan kepada perbahasan ni. Daripada kita berlarut-larutan tentang perkara-perkara yang lalu. Kita nak melihat ke hadapan ya. Saya teruslah Tuan Yang di-Pertua dan kemustahakan kepada tinggal kepada sembilan saat. Saya minta satu minit. Okey.
Jadi yang paling mustahak sekali adalah dalam dah dikacau-kacau ini, yang paling mustahak sekali adalah pengenalan kepada rang undang-undang ini niatnya baik tapi against kita adalah perlu kepada pengkhususan kepada pelaksanaannya. Proses peralihan itu selepas 10 tahun, kesinambungan peralihan itu perlulah kita lakukan dan ekosistemnya itu mestilah ataupun mekanismenya untuk melantik pengganti itu mestilah dilakukan dengan lebih kemas.
Dan pindaan had tempoh PM ni, Tenggara nak kongsikan sikit satu minit ni, turut memiliki risiko kepada rakyat dan kestabilan dasar negara, perlu pendekatan dan langkah strategik yang berhati-hati sebelum digazetkan. Pindaan ini mampu akibatkan projek-projek strategik, rancangan jangka panjang tergendala dan ia juga boleh memberi gentar pada hati pelabur-pelabur mungkin apabila nak bertukar kerajaan, tukar Perdana Menteri itu, dia akan berlaku sesuatulah. Dan fenomena lame duck boleh berlaku di mana pengaruh Perdana Menteri berkurang, dasar, agenda kepentingan mula dah lari dan ketika dilaksanakan akibatnya pelaburan strategik terganggu.
Kajian antarabangsa menunjukkan projek pelaburan berbilion ringgit menghadapi risiko 15 hingga 20 peratus, kos tambahan apabila kepimpinan berada dalam fasa lame duck dan begitu juga gangguan kepada pasaran saham dan sebagainya. Persoalannya yang Tenggara nak tanya, apakah perancangan kerajaan pastikan peralihan kepimpinan kuasa berlaku dengan harmoni, hindari risiko perebutan kuasa dan kelemahan pentadbiran. Dan apakah mekanisme untuk pastikan program transformasi strategik seperti Rancangan Malaysia, projek infrastruktur dapat diteruskan dengan baik.
Dan kita perlu menilai implikasi ini dengan serius sebelum sebarang undang- undang digazetkan. Tenggara menyokong pindaan Rang Undang-undang Perlembagaan ini sekiranya kerajaan mengambil langkah yang bertepatan serta berhati- hati bagi meminimumkan kesan negatif yang mungkin merugikan negara dan rakyat.
Sekian, terima kasih. Tenggara menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Berikutnya saya persilakan Yang Berhormat Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mendengar banyak hujah-hujah yang baik dan bernas daripada rakan-rakan Ahli Parlimen. Cuma saya minta dalam kita berhujah yang menyokong khususnya, kita perlu berpijak pada bumi yang nyata dan jujur. Al-umur bimaqasidiha, dalam usul. Sesuatu perkara itu dinilai berdasarkan maqasid, matlamatnya. Apa matlamat pindaan Perlembagaan yang dibuat pada hari ini? Ia nya melibatkan usaha Kerajaan Malaysia MADANI untuk menegakkan reformasi. Tetapi apakah benar reformasi yang dibuat pada hari ini benar-benar diperlukan oleh negara dan rakyat kita.
Tuan Yang di-Pertua, kita bukan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi yang berasaskan sistem presidential dengan izin.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Tetapi jawatan Perdana Menteri kita sebenarnya memiliki kuasa yang bersifat presidensial. Kuasa Perdana Menteri di Malaysia ketika ini memang cukup luas. Banyak institusi-institusi kerajaan memang dipegang oleh Perdana Menteri. Tetapi, yang menjadi persoalannya ialah macam mana hujah yang Alor Setar bawa tadi isu dia yang dibawa oleh Menteri Undang-undang objektif utama adalah pengehad kuasa, mengehadkan kuasa Perdana Menteri.
Dan mengehadkan kuasa Perdana Menteri sebenarnya tiada kaitan dengan apa yang disebut sebagai tempoh. Tempoh tidak menjahanamkan akhlak ataupun integriti seorang Perdana Menteri. Kalau mana Perdana Menteri itu mempunyai hati yang baik, akhlak yang baik, dia berjaya kawal nafsu dia, insya-Allah akan kekal. Ini hadis Nabi SAW tentang segumpal hati, itu yang menentukan kredibiliti dan integriti seseorang pemimpin.
Jadinya, yang menjadi persoalan reformasi yang dilaungkan oleh Pakatan Harapan juga selama hari ini ialah bagaimana kita ingin memperkukuhkan institusi check and balance dengan izin. Bagaimana kita ingin memastikan Perdana Menteri yang berkuasa seperti presiden ini dapat didisiplinkan dengan teguran-teguran, dapat diperingatkan oleh rakyat, oleh Parlimen, oleh judiciary dan sebagainya.
Dan soal utama kepada hari ini Tuan Yang di-Pertua sebenarnya, sepertimana yang ditekankan oleh Ketua Pembangkang, kami boleh bersetuju dengan pindaan ini kalau mana Yang Amat Berhormat Tambun bersetuju beliau letak jawatan Menteri Kewangan dahulu, [Tepuk] Itu red line utama yang kami boleh sokong kalau mana dia betul-betul ikut apa yang kami minta. Kerana itulah janji dalam Manifesto Pakatan Harapan. Dan itulah antara punca kenapa skandal 1MDB berlaku dahulu. Kerana apa? Tak ada siapa berani tegur Dato' Sri Najib ketika itu yang mendapat nasihat Jho Low dan sebagainya.
Dan pada hari ini tuan-tuan, rakan-rakan Ahli Parlimen khususnya daripada Pakatan Harapan, I want to remind you in this August Hall, the 1MDB of your MADANI government is Azam Baki corporate scandal mafia ini, ya.
[Tepuk] Jangan main-main.
We are the tip of the iceberg tentang laporan Bloomberg ini. Apa yang dulu berlaku pada Matthias Chang...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Pada Khairuddin Abu Hassan, sebenarnya sedang berlaku kepada keluarga Almarhum Tun Daim Zainuddin.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
The same script. Skrip layar yang sama. Watak yang berbeza. Ya Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ringkas saja Machang, Tuan Yang di-Pertua. Setuju tak Machang bahawa pindaan perlembagaan ini sekadar nak mengubah tajuk persepsi rakyat daripada isu MACC dan pihak [Tidak jelas] kepada isu ini? Nak tutup, nak cover. Apa pandangan Machang? Terima kasih.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Saya setuju benar dengan apa yang Hulu Terengganu katakan. Ini adalah hanya diversion ya. Satu taktik mengalih perhatian rakyat. Konon-konon Kerajaan MADANI buat reform. Tetapi yang ada hanyalah deform. Dah banyak teguran dibuat oleh civil society, oleh pembangkang.
Kita boleh sokong reform yang genuine, yang ikhlas. Tetapi reform yang separa masak, yang sebenarnya hanya untuk pull the wool from the eyes of the people, kita tidak boleh terima sama sekali. Tuan Yang di-Pertua, jadi saya mohon rakan-rakan daripada Pakatan Harapan khususnya. Stick to your principle and minta rang undang- undang ini ditimbang balik dia punya butiran. Masukkan janji yang Yang Berhormat Tambun akan letakkan jawatan Menteri Kewangan.
Sebab apa saya katakan penting hal ini kerana kalau kita lihat laporan Bloomberg baru-baru ini, tak disebut pun nama Yang Berhormat Tambun. Tetapi kenapa Yang Amat Berhormat Tambun bermati-matian pertahankan Azam Baki yang dulu, dia sendiri suruh Azam Baki bercuti. Betul?
Tuan-tuan yang di belakang saya ini dulu, pergi buat protes untuk suruh Azam Baki bercuti. Tapi kenapa sekarang berbeza pula nada dan skripnya? Ini perkara yang saya sifatkan sebagai kemunafikan politik, ya. Tak boleh terima sama sekali dalam Dewan ini. Jadi saya menolak rang undang-undang ini. Saya minta dibaiki, masukkan frasa atau butiran jawatan Menteri Kewangan dan Perdana Menteri mesti dipisahkan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Machang. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Dato Speaker.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Saya menyokong rang undang-undang mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.
Kenapa saya sokong? Jawapannya kerana ini adalah langkah ke hadapan bagi menjamin demokrasi dan mencegah berulangnya zaman kediktatoran seorang Perdana Menteri yang melalui pilihan raya yang telah berkuasa melebihi 20 tahun melalui pilihan raya yang tidak bersih dan tidak adil, menggunakan ISA dan melancarkan Operasi Lalang menahan lebih 100 orang pemimpin politik, pemimpin NGO, wartawan dan aktivis sosial. Jadi bila ada rang undang-undang ini, ini adalah perkara yang baik.
Yang kedua, Dato’ Speaker, izinkan saya menyangkal dan menolak dakwaan Ketua Pembangkang YB Larut, YB Kota Bharu dan YB Masjid Tanah antara lain dari kalangan sahabat saya di pihak pembangkang yang mendakwa RUU hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri 10 tahun menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong.
Pada pendapat saya, hujah pembangkang itu silap. Jawatan Perdana Menteri ialah jawatan berperlembagaan seperti diperuntukkan dalam Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan dari aspek pelantikan. Adakah Perkara 43(2)(a) itu tidak boleh dipinda? Dan jika dipinda, maka ia menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong?
Jawapannya Perkara 159(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan tertakluk kepada perkara-perkara tertentu, peruntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda. Apa yang tak boleh dipinda? Ini dinyatakan oleh Perkara 159(5).
Menyenaraikan perkara-perkara yang tidak boleh dipinda oleh Parlimen tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.
Apakah perkara itu? Yang pertama, kedudukan Islam, kedudukan istimewa orang Melayu, kedudukan bahasa kebangsaan, hal-hal kewarganegaraan. Ini yang tidak boleh dipinda sewenang-wenang oleh Parlimen ini melainkan ada persetujuan Majlis Raja-Raja.
Saya ingin bertanya kepada rakan-rakan sahabat saya di pihak pembangkang, adakah Perkara 43(2)(a) termasuk di bawah Perkara 159(5)? Jawapannya tidak. Jadi pindaan Perlembagaan yang ingin dibawa oleh kerajaan melalui RUU ini tidak menjejaskan kuasa seperti yang ada di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Tuan Speaker, saya bagaimanapun dalam perkara yang lain, tidak sepenuhnya bersetuju dengan pandangan pihak kerajaan yang menyatakan pindaan Perkara 43(2)(a) ini untuk menghalang pemusatan kuasa Perdana Menteri bagi tempoh lama.
Pada pandangan saya, kalau hendak halang pemusatan kuasa Perdana Menteri, mudah saja iaitu kita mulakan satu amalan atau konvensyen Perlembagaan yang diterima semua tanpa perlu ada pindaan Perlembagaan iaitu — yang ini saya bersetuju dengan kawan-kawan di pihak pembangkang.
Jawatan Perdana Menteri tidak boleh digabung bersama dengan jawatan Menteri Kewangan.
[Tepuk] Ertinya PM tidak boleh pegang jawatan Menteri Kewangan.
Jika boleh, sekiranya boleh, dalam susunan Kabinet Kerajaan yang baru, selepas PRU16 akan datang, lebih baik konvensyen jawatan dipisahkan ini antara Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Misalnya, ada konvensyen yang diamalkan sejak zaman Almarhum Tuanku Abdul Rahman sampai Perdana Menteri ke-10. Jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak ada dalam perlembagaan tapi dipersetujui.
Jadi kita buat begini, bila nanti bentuk kerajaan lepas pilihan raya, ertinya Perdana Menteri jadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan orang lain. Izinkan sahabat saya, Kuala Terengganu, saya ada tak sampai satu minit nak habis ya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ringkas sahaja, ringkas saja.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Seorang ahli sejarah British yang juga seorang ahli politik bernama Lord Acton menulis pada tahun 1887 dengan izin, “power tends to corrupt and absolute power corrupt absolutely”.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
[Bangun]
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Dato’ Speaker, kita semuanya di dalam Parlimen ini, daripada Parlimen Penggal Pertama sampai yang ke-15 ini adalah manusia biasa, ahli politik biasa. Kita semuanya bukan maksum. Jadi, janganlah kuasa terlalu tertumpu. Perlulah dipisahkan.
Tapi, apa pun juga ucapan saya ini, saya kembali kepada permulaan tadi, saya akan sokong. Kalau ada undi hari ini, saya akan menyokong rang undang-undang ini.
Terima kasih.
[Tepuk]
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Laluan. Laluan. Tak boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk. Yang Berhormat, saya ulas sikitlah ya.
Saya rasa pindaan Perlembagaan ini amat besar because impak dia berat kepada seluruhnya. Tapi, saya bagi pihak diri saya, saya bersetuju dengan apa diputuskan dalam kes Mahkamah Persekutuan iaitu Phang Chin Hock v. Public Prosecutor (No. 2) 1 MLJ 213 di mana mahkamah menjelaskan bahawa keperluan persetujuan Majlis Raja-Raja di bawah Perkara 38(4) terpakai apabila sesuatu undang- undang secara langsung menyentuh kedudukan, keistimewaan atau maruah raja-raja.
Jadi, benda ini tak terlibat dalam perkara itu. I believe tak perlu pun ya.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Yang Pasir Gudang atas alignment. Berikutnya, saya silakan Yang Berhormat Kuala Krau.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Sebagaimana Yang Berhormat berdiri yang lain untuk membahaskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2026 berhubung cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum dua penggal atau 10 tahun.
Sistem kita yang sedang berlangsung ini bukanlah sistem presidensial seperti yang berlaku di Amerika Syarikat dan beberapa negara yang lain, yang mana kedua- dua negara― yang termasuk Indonesia― ketua eksekutif dipilih secara langsung oleh rakyat dan mempunyai tempoh tetap. Sebab itu mereka menetapkan had dua penggal secara jelas dalam perlembagaan masing-masing.
Namun, di Malaysia lebih dekat dengan negara sistem Westminster, iaitu seperti United Kingdom, Australia, Kanada, yang mana negara-negara ini tidak menetapkan had tempoh rasmi bagi Perdana Menteri. Seseorang boleh terus berkhidmat selagi mendapat sokongan majoriti Parlimen.
Justeru, adakah ini kita benar-benar yakin untuk mengambil satu ciri daripada sistem presidensial dan memasukkannya ke dalam sistem raja berperlembagaan kita?
Jangan sampai kita wujudkan satu bentuk hibrid yang tidak selari dengan falsafah asal kepada perlembagaan.
Keduanya, kita perlu juga menilai dari sudut kesinambungan dasar negara.
Memang benar, sejarah telah menunjukkan ada Perdana Menteri yang berkhidmat terlalu lama dan ada juga yang berkhidmat terlalu singkat. Dan kita juga melalui fasa ketidakstabilan selepas 2018 di mana Perdana Menteri silih berganti dalam tempoh satu penggal Parlimen.
Namun, persoalannya bukan sekadar had masa. Isu sebenar ialah kestabilan politik dan kekuatan institusi. Jika kita mengehadkan tempoh secara rigid, ada kemungkinan dasar-dasar jangka panjang seperti reformasi ekonomi, transformasi pendidikan atau pelan pembangunan luar bandar akan sedikit terganggu setiap kali berlakunya peralihan kepimpinan wajib.
Dari sudut prinsip demokrasi, had penggal memang boleh dilihat sebagai mekanisme mencegah pemusatan kuasa. Namun, dalam sistem Parlimen, mekanisme semak dan imbang sudah wujud, cuma perlu diperkasakan agar Parlimen betul-betul berfungsi sebagai check and balance kepada Perdana Menteri ataupun jawatan-jawatan yang lain. Ini perlu direformasi. Jika seseorang Perdana Menteri hilang sokongan, beliau boleh digugurkan pada bila-bila masa. Itulah kelebihan sistem kita― fleksibel dan responsif. Berbeza dengan sistem presidensial yang memerlukan proses yang jauh lebih rumit.
Yang keempat, kita juga perlu memastikan bahawa pindaan ini tidak menjejaskan budi bicara Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 40 dan 43.
Pelantikan Perdana Menteri adalah prerogatif Seri Paduka Baginda berdasarkan sokongan majoriti Dewan Rakyat. Jangan sampai pindaan ini secara tidak langsung menyempitkan ruang perlembagaan yang telah diperuntukkan.
Akhir sekali, saya ingin tekankan bahawa reformasi institusi tidak boleh dibuat secara simbolik. Jika matlamatnya untuk mengelakkan pemusatan kuasa, maka isu seperti pemisahan kuasa, pengukuhan Parlimen, pengasingan jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta pemerkasaan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara juga perlu diberikan perhatian secara menyeluruh dalam melakukan reformasi secara menyeluruh.
Tuan Yang di-Pertua, kesimpulannya, cadangan ini punya niat yang baik, iaitu untuk memperkukuhkan demokrasi dan meningkatkan akauntabiliti, namun kita mesti berhati-hati agar tidak merombak struktur asas yang telah menjadi tunjang negara sejak daripada negara mencapai kemerdekaan. Reformasi perlu dibuat dengan mengambil kira konteks Malaysia, sistem raja berperlembagaan, realiti politik berbilang parti dan keperluan kestabilan dasar jangka panjang. Yang penting bukan sekadar berapa lama seseorang memegang jawatan, tetapi sejauh mana mereka merasakan jawatan itu amanah yang akan dipersoalkan oleh setiap yang dizalimi di atas ketidakpatuhan kepada undang-undang.
Sekian, terima kasih Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk membahaskan Rang Undang-undang Perlembagaan
(Pindaan) 2026 ini.
Bila kita berbicara tentang kuasa, seorang Perdana Menteri di Malaysia adalah antara orang yang paling berkuasa di dalam negara kita. Perdana Menteri Malaysia mempunyai kuasa dan prerogatif dalam menentukan, contohnya, nama-nama untuk diajukan dan dilantik sebagai Jemaah Menteri. Perdana Menteri juga menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam lantikan-lantikan bagi jawatan-jawatan seperti Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Pengerusi SPR. Beliau juga sudah tentu akan mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri iaitu badan eksekutif yang menentukan dasar-dasar negara.
Selain daripada kuasa yang termaktub dalam undang-undang, terdapat juga pengaruh dan juga tekanan yang boleh dikenakan oleh seorang Perdana Menteri untuk memastikan bahawa things go his way, dengan izin.
Dato’ Yang di-Pertua, dalam siri Game of Thrones, watak Lord Varys ada menyebut, dengan izin, “Power resides where men believe it resides. It’s a trick. A shadow on the wall. And a very small man can cast a very large shadow.” Petikan ini saya fikir relevan kerana ia membayangkan bahawa kuasa itu berkait dengan wewenang, dan wewenang itu bukan sekadar pada jawatan sahaja tetapi juga pada persepsi di mana orang rasa kuasa itu ada, di situlah kuasa sebenar terletak. “Power resides where men believe it resides.” Apabila seorang Perdana Menteri itu kuat dan menyandang jawatan terlalu lama, kuasa itu secara semula jadi akan berpusat pada sosok Perdana Menteri tersebut.
Selepas penggal pertama, seorang itu jika masih memegang tampuk kuasa, semakin besar bayang dia, kuasanya. His shadow on the wall, dengan izin, semakin besar, bak kata Lord Varys. Jika dilantik sebagai Perdana Menteri, orang yang dijubahkan dengan kuasa yang terlalu lama dan terlalu luas, individu itu akan menjadi cukup-cukup berkuasa.
Dato’ Yang di-Pertua, apa yang kita buat apabila kita dianugerahkan dengan kuasa? Ini persoalan yang perlu dijawab oleh setiap ahli politik. Ada yang apabila dapat kuasa, mereka kumpul kekayaan. Ada yang apabila mereka dapat kuasa, mereka, dengan izin, consolidate kuasa itu supaya mereka lebih berkuasa. Tidak ramai yang apabila mereka dijubahkan dengan kuasa, mereka mempunyai nekad politik untuk mengurangkan kuasa tersebut atau mencairkan kuasa tersebut.
Apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri mengisytiharkan bahawa had tempoh jawatan Perdana Menteri harus bermula dengan diri beliau sendiri, malahan membentangkan rang undang-undang ini untuk bacaan kali kedua, maka ia membuktikan sekali lagi bahawa Perdana Menteri ini dan Kerajaan MADANI ini terus memartabatkan reformasi institusi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tindakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI untuk membentangkan rang undang-undang ini untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri adalah satu tindakan yang wajar dipuji, Dato’ Yang di-Pertua.
Saya ingin menyentuh sedikit dengan perkara yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang mengenai sama ada perkara ini sudah dirujuk kepada Yang di-Pertuan Agong kerana ia dikatakan menyentuh kepada budi bicara Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam melantik Perdana Menteri.
Izin saya ingatkan semua dalam Dewan ini, bahawa dalam Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, baginda sendiri telah menzahirkan titah mengalu-alukan usaha pengukuhan undang-undang termasuk usaha mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri.
Maka, saya fikir ini bukanlah satu isu dan telah pun diselesaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Kerajaan MADANI ini. Dato’ Yang di-Pertua, pindaan di hadapan kita pendek sahaja. RUU ini hanya ada dua fasal. Yang ingin dipinda hanya satu perkara. Tetapi implikasinya cukup besar, Dato’ Yang di-Pertua.
Pertama, seorang Perdana Menteri yang kita dah dengar tadi, apabila mengetahui bahawa tempoh jawatannya terhad, dia akan melaksanakan apa yang sepatutnya dilaksanakan untuk memastikan legasi dia ada dalam jawatan tersebut. Saya minta satu atau dua minit lagi, Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Kedua, bagi parti politik atau gagasan parti politik, mereka juga harus menyediakan succession plan dengan izin, bagi jawatan Perdana Menteri. Kalau kita ambil gagasan Pakatan Harapan contohnya, selepas Yang Amat Berhormat Tambun, insya-Allah dapat penggal kedua nanti, siapa selepas Yang Amat Berhormat Tambun? Maka, pindaan ini sudah tentu akan memaksa parti-parti politik untuk mengubah budaya politik dan memastikan bahawa mereka mempunyai calon Perdana Menteri untuk masa hadapan.
Akhir sekali, Dato’ Yang di-Pertua, seperti yang telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita, apabila kita luluskan pindaan ini, kita mencorak tradisi kenegaraan yang baru. Kita akan menjadi satu negara yang mengamalkan sistem klasik Westminster yang pertama kalau kita luluskan, yang berjaya meletakkan had bagi tempoh jawatan Perdana Menteri. Maka, saya merayu kepada Ahli-ahli Dewan ini untuk bersama-sama menjadi sebahagian daripada sejarah. Be a part of history. Malahan, be on the right side of history, dengan izin.
Saya menyeru kepada Ahli-ahli Dewan ini untuk menyokong pindaan ini supaya kita dapat jadikan Malaysia sebagai satu negara perintis kepada dunia dalam sistem klasik Westminster. Kita sokong rang undang-undang ini, kita luluskan demi demokrasi, demi rakyat, demi pertiwi dan demi Malaysia yang lebih baik. Insya-Allah. Sekian, Bangi mohon menyokong usul — rang undang-undang ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Dipersilakan Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Terima kasih kepada Dato’ Dr. Speaker, bismillahirrahmanirrahim. Memberi ruang kepada saya untuk berbahas Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2026, pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2026 ini mencadangkan suatu reformasi struktur terhadap Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan had agregat 10 tahun bagi seorang yang memegang jawatan Perdana Menteri sama ada secara terus menerus atau selainnya. Ini adalah suatu pindaan yang menyentuh architecture constitutional negara, menyentuh prinsip constitutional limitation of executive power dan continuity of government serta keseimbangan antara kestabilan politik dan pencegahan pengukuhan kuasa secara berlebihan.
Namun, izinkan saya untuk mengangkat perbahasan ini kepada persoalan yang lebih mendasar iaitu falsafah kepimpinan itu sendiri yang sepatutnya membina negara ini. Yang pertama dalam perspektif Islam, kepimpinan ataupun al-Imarah bukan hak istimewa politik, bukan simbol dominasi tetapi amanah berat yang dipersoalkan di hadapan Allah SWT. Kata Nabi SAW, [Membaca sepotong hadis] “Sesungguhnya kepimpinan itu adalah amanah dan pada hari kiamat, ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali bagi orang-orang yang mengambilnya dengan haknya dan menunaikan tanggungjawabnya”. Hadis ini menjadi asas kepada doktrin akauntabiliti moral dan institutional dalam Islam. Islam tidak menilai kepimpinan berdasarkan panjang atau pendek tempoh, yang menjadi ukuran ialah al-‘Adalah, keadilan substantif, al-Amanah, integriti, al-Kafaah, kompetensi dan juga pertanggungjawaban. Maka sama ada 10 tahun atau lima tahun, persoalan utamanya ialah adakah tempoh itu membawa maslahah kepada rakyat atau sebaliknya?
Zaman Khalifah Umar Abdul Aziz. Sejarah mencatatkan pemerintahan Umar Abdul Aziz hanya sekitar dua tahun setengah sahaja. Namun, sejarah membicarakan beliau, seolah-olah beliau memerintah selama puluhan tahun. Mengapa? Kerana dalam tempoh yang singkat itu, beliau mengembalikan harta yang diperoleh secara tidak sah kepada pemiliknya, menamatkan budaya nepotisme, kronisme, bermewah-mewah di kalangan kepimpinan negara, memperkemaskan tadbir urus fiskal dan kebajikan, mengukuhkan prinsip keadilan tanpa kompromi terhadap kepentingan keluarga sendiri, memberi keadilan kepada semua tidak mengira sesiapa dan tidak mengambil kira latar belakang apa.
Tempoh singkat tapi kesannya panjang, membawa kepada keberkatan yang berpanjangan. Inilah hakikat kepimpinan yang dikehendaki Islam. Legasi ditentukan oleh keadilan, bukan durasi sesebuah jawatan. Modal pemerintah yang dikehendaki Islam tidak bersifat autokratik, berasaskan syura dan partisipasi, tertakluk kepada undang- undang dengan keadilan, bertanggungjawab secara moral dan juga spiritual.
Al-Quran menyatakan, [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Tidaklah seorang itu mengucapkan suatu perkataan, melainkan ada di sisinya malaikat yang sentiasa mencatat”. Ini bermakna seorang pemimpin bukan sahaja akan dipersoalkan dengan dasar dan keputusan, bahkan setiap kata yang diucapkan dalam Dewan, di luar Dewan, musim kempen, dalam manifesto dan ini akan dipertanggungjawabkan apabila diberikan amanah dalam pemerintahan.
Apakah benar-benar dikota apa yang dikata ataupun sekadar hanya menjadi pemanis di bibir sahaja? Seorang tabi’in besar, Ibrahim An-Nakha’i menyatakan, [Berucap dalam Bahasa Arab] Dia kata, “Aku ada dalam diriku ini untuk bercakap tentang sesuatu perkara. Nak menegur, nak mencadang, nak berpidato, nak meluahkan cadangan. Tetapi tidak ada yang menghalang aku melainkan kerana aku takut aku akan diuji dengan perkara tersebut”. Sebab itu Islam melarang kita untuk meminta jawatan. Kerana kata Nabi SAW, “Siapa-siapa yang dapat jawatan dengan dia tidak meminta-minta, dia akan ditolong oleh Allah SWT untuk melaksanakan jawatan amanah tersebut. Barang siapa yang dapat jawatan kerana meminta-minta dan akhirnya dia dapat jawatan tersebut, maka dia tidak akan ditolong oleh Allah SWT”. Kita mendengar banyak retorik-retorik sebelum daripada kerajaan sekarang ini menjadi kerajaan. Namun apabila menjadi kerajaan, kita melihat bagaimana dia mengulangi benda yang sama. Kalau dulu kita dalam Dewan ini, semenjak penggal 13, saya dengan rakan-rakan yang lain, kita sentiasa mendengar ucapan, power tends to corrupt and absolute power corrupt absolutely. Sekarang kita dah tak berapa nak dengar dah ungkapan tersebut.
Kerana apa? Kerana orang yang sama bercakap dan orang yang sama dulu tak mahu bagi jadi Perdana Menteri pegang Menteri Kewangan, sekarang dia pegang Menteri Kewangan dan pelbagai lagi yang tak perlu lagi kami di sini untuk bercakap kerana dah ada Pandan dan kawan-kawan bercakap bagi pihak kami.
Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya nak simpulkan had tempoh masa reformasi struktur lain hanya akan menjadi simbolik. Islam sendiri mengajarkan bahawa kekuasaan mesti tertakluk kepada keadilan. Kita boleh menyokong prinsip bahawa kuasa perlu dibatasi bagi mengelakkan penumpuan kuasa melampau. Namun, saya tegaskan bahawa had masa tidak boleh menjadi kosmetik reformasi.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Reformasi sebenar ialah reformasi tatakelola, reformasi integriti dan budaya pertanggungjawaban. Seorang pemimpin akan dihisab bukan atas tempoh yang dipegangnya tetapi atas amanah yang ditunaikannya. Jika 10 tahun membawa keadilan, ia adalah rahmat.
Jika dua tahun, tiga tahun kezaliman, ia tidak menjadi penyesalan, penafian berterusan, peruntukan Ahli-ahli Parlimen insya-Allah akan bagi kut kali ni selepas dengar khabar baik kononnya yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri. Mestilah melaksanakan prinsip-prinsip ini dan mestilah mengotakan apa yang telah pun dikata terutama dalam manifesto yang dibentangkan sebelum ini.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Kita menggubal undang-undang bukan untuk membatasi tempoh namun yang lebih utama ialah membatasi nafsu kuasa. Mudah-mudahan pindaan ini menjadi permulaan kepada pembinaan kepimpinan yang lebih berintegriti, lebih berakauntabiliti dan lebih takut kepada pengadilan Tuhan daripada sorakan dan juga gegak gempita politik. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Saya jemput Yang Berhormat Beaufort.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Bismillahirrahmanirrahim.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua atas ruang yang diberikan kepada Beaufort untuk turut serta membahaskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2026 yang bertujuan meminda Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun secara agregat sama ada berterusan ataupun tidak.
Pindaan ini memperkenalkan pasal baharu 43(2A) yang dengan jelas menyatakan bahawa seseorang yang dilantik sebagai Perdana Menteri tidak boleh memegang jawatan tersebut melebihi 10 tahun. Pasal 43(4A) hingga 43(4D) pula memperincikan kesan pemberhentian secara automatik setelah cukup tempoh tersebut termasuk pemberhentian Jemaah Menteri serta peruntukan kesinambungan pentadbiran sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.
Puan Yang di-Pertua, Beaufort melihat pindaan ini mempunyai rasional yang kukuh dalam konteks politik Malaysia hari ini. Realitinya, landskap politik negara telah berubah. Tiada lagi satu parti dominan yang mampu membentuk kerajaan secara bersendirian. Sejak Pilihan Raya Umum Ke-14, kita menyaksikan era kerajaan campuran dan kerajaan perpaduan. Dalam suasana ini, kestabilan tidak lagi bergantung kepada kekuatan satu parti tetapi kepada persefahaman dan tadbir urus yang berasaskan institusi.
Had tempoh 10 tahun ini adalah maksimum institusi untuk memastikan pembaharuan kepimpinan berlaku secara terancang dan aman tanpa perlu menunggu krisis politik. Ia mengurangkan risiko pemusatan kuasa terlalu lama pada seorang individu serta menggalakkan budaya akauntabiliti dan persaingan sihat dalam parti dan juga gabungan politik.
Puan Yang di-Pertua, amalan mengehadkan tempoh kepimpinan bukan sesuatu yang asing dalam demokrasi. Di Amerika Syarikat, presiden dihadkan kepada dua penggal melalui pindaan ke-22 perlembagaan. Di Indonesia, presiden juga dihadkan kepada dua penggal lima tahun. Malah di Filipina, presiden hanya boleh memegang satu penggal enam tahun. Had tempoh ini diwujudkan bagi menjamin semak dan imbang serta mengelakkan kecenderungan kepimpinan mutlak.
Walaupun Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen, prinsip asasnya tetap sama, kuasa perlu dihadkan supaya institusi lebih kuat daripada individu. Dengan mengehadkan tempoh Perdana Menteri kepada 10 tahun, kita memperkukuh demokrasi berinstitusi dan bukan demokrasi berpersonaliti.
Namun begitu, saya juga ingin mengulas beberapa perkara penting dalam pindaan ini. Yang pertama, fasal 43(4D) dan (A) memperuntukkan bahawa tempoh yang telah dipegang sebelum kuat kuasa pindaan ini turut diambil kira. Dari sudut prinsip perundangan, ini memberi kesan retrospektif terhadap tempoh perkhidmatan terdahulu.
Walaupun ia tidak bersifat menghukum, Parlimen wajar memperhalusi implikasinya agar tidak menimbulkan pertikaian tafsiran pada masa hadapan.
Kedua, fasal 43(4C) membenarkan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang telah tamat tempoh untuk terus menjalankan fungsi secara terhad sehingga pelantikan baharu dibuat. Peruntukan ini penting untuk mengelakkan kekosongan kuasa dan memastikan kelangsungan pentadbiran harian. Namun, had fungsi terhad itu perlu diperjelaskan melalui garis panduan agar tidak berlaku penyalahgunaan kuasa dalam tempoh peralihan.
Yang ketiga, dalam konteks kerajaan campuran, had 10 tahun ini juga boleh menjadi mekanisme rundingan politik yang lebih sihat. Ia membuka ruang kepada peralihan kepimpinan dalam gabungan tanpa perlu menumbangkan kerajaan melalui langkah politik yang tidak stabil. Ini secara tidak langsung mengurangkan risiko lompat parti dan krisis keyakinan yang pernah kita alami.
Dari sudut implikasi kewangan, walaupun rang undang-undang ini menyatakan kemungkinan perbelanjaan tambahan hakikatnya, kos tersebut adalah kecil berbanding manfaat jangka panjang berupa kestabilan politik dan keyakinan pelabur. Pasaran dan komuniti antarabangsa lebih yakin kepada negara yang mempunyai aturan peralihan kuasa yang jelas dan teratur.
Puan Yang di-Pertua, saya melihat pindaan ini sebagai langkah reformasi institusi yang matang. Ia bukan ditujukan kepada mana-mana individu tetapi kepada sistem. Dalam era politik yang semakin kompetitif dan terfragmentasi, kita memerlukan mekanisme yang memastikan kesinambungan dasar tanpa mengorbankan prinsip akauntabiliti. Malaysia sedang bergerak daripada politik luminasi kepada politik konsensus.
Dalam fasa ini, had tempoh Perdana Menteri selama 10 tahun adalah satu kesinambungan yang munasabah. Cukup panjang untuk melaksanakan agenda pembangunan tetapi tidak terlalu lama sehingga menutup ruang pembaharuan.
Akhirnya, pindaan ini harus dilihat sebagai komitmen Parlimen untuk memperkukuh demokrasi, memperkemas peralihan kuasa dan membina tradisi politik baharu yang lebih berintegriti.
Dengan itu, saya menyokong Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2026 ini dengan beberapa penambahbaikan yang telah saya nyatakan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
...Demi memastikan semangat yang benar-benar memperkukuh sistem Demokrasi Berparlimen negara kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Sekian, terima kasih.
Beaufort menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat petang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan yang dihormati.
Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan untuk mengecam Amerika dengan rejim Zionis yang menyerang Republik Islam Iran dan mencabar kedaulatan negara- negara yang merdeka atas arahan Presiden Donald Trump. Iran mempunyai hak untuk mempertahankan diri. Jadi, kita jangan seronok sangat bila boleh berbaik-baik dengan Donald Trump yang diktator.
Seterusnya, Kangar mengambil kesempatan untuk berbahas berkaitan akta pindaan Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2026. Perbahasan pindaan ini amat menarik kerana ia menimbulkan pandangan awam sama ada pro dan kontra. Ada yang sokong, ada yang menentang.
Tun Mahathir memegang jawatan paling lama sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan ketujuh, lebih 22 tahun untuk kali pertama. Ada juga Perdana Menteri Malaysia memegang jawatan yang paling singkat. Sebagai Perdana Menteri paling lama di Malaysia, banyak pembaharuan dilaksanakan oleh Tun Mahathir. Rakyat Malaysia memerhati segala bentuk pembaharuan tersebut. Ada yang suka, ada yang tak suka.
Tapi yang pasti, Tun Mahathir adalah seorang Perdana Menteri yang amat berkebolehan dalam memimpin negara dan beliau berjaya mengubah landskap pemodenan negara.
Dalam tempoh pemerintahan yang panjang dengan gaya kepimpinan yang berkesan, maka Tun Mahathir berjaya dalam pimpinannya. Walaupun banyak isu-isu panas pada zaman pentadbiran beliau, tetapi beliau berjaya mengekalkan kuasa, kuasanya selama 22 tahun. Maka, pentadbirannya sentiasa menjadi perbandingan yang tidak adil dengan Perdana Menteri-Perdana Menteri Malaysia seterusnya yang mempunyai tempoh pentadbiran yang pendek.
Mungkin itu juga sebab pindaan ini dibahaskan sebab masa pentadbiran Tun Mahathir begitu lama. Di saat pemimpin-pemimpin dunia sudah jatuh, dia masih terbertahan. Pemimpin-pemimpin lain terpaksa turun kerana Perlembagaan di negara masing-masing mengehadkan 10 tahun pentadbiran sebagai ketua negara. Antaranya ialah George Bush, Presiden Amerika Syarikat, Margaret Thatcher, Perdana Menteri Britain. Jadi, gaya kepimpinan Tun Mahathir yang agresif dan berani terus diikuti oleh anak-anak murid dia dalam pentadbiran negara sejak dua menjak ini.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Tuan Yang di-Pertua, suasana politik di Malaysia pada hari ini tidak memerlukan pindaan ini memandangkan Perdana Menteri tidak akan dapat bertahan begitu lama.
Kalau mampu menjadi Perdana Menteri lebih 10 tahun, kita anggap sebagai hebat. Parti- parti politik Malaysia pada hari ini adalah dinamik dan sentiasa terdedah kepada perubahan. Lagipun, Malaysia mengamalkan sistem pelbagai parti ataupun multi-party system dengan izin, yang mana Perdana Menteri tidak akan mampu untuk berkuasa lebih 10 tahun kecuali kepimpinan negara mendapat sokongan yang luar biasa daripada parti-parti komponen untuk membentuk kerajaan.
Pada hari ini, pembentukan kerajaan campuran ataupun coalition government dengan izin, di Malaysia pun berlaku selepas pilihan raya. Tidak seperti zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri Keempat. Lagi pun, sistem di negara kita tidak mengamalkan dan mempertandingkan calon Perdana Menteri sebagai calon pilihan raya dan ia nya tidak sama dengan negara yang mengamalkan sistem pemilihan Presiden seperti di Indonesia dan Amerika Syarikat, yang mana Presiden adalah Ketua Negara manakala Ketua Negara bagi negara Malaysia adalah Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, apakah rasional pindaan Perkara 43 ini? Adakah ia nya untuk mengukuhkan kuasa eksekutif Perdana Menteri atau adakah ia bertujuan untuk mengehadkan kuasa Perdana Menteri? Adakah usaha ini dapat memantapkan tata kelola kerajaan? Adalah lebih baik kita memperkenalkan undang-undang yang mengawal tatakelola dan peranan Perdana Menteri sepertimana Thailand yang mana terletak di bawah pemerintahan Raja Berperlembagaan seperti juga Malaysia.
Kita perlu ingat bahawa sebarang perubahan pindaan ini akan menyebabkan Perlembagaan ini akan dijalankan berterusan untuk sekian lama. Perlembagaan bukannya dokumen politik jangka pendek, ia adalah kontrak sosial dan undang-undang tertinggi negara. Setiap pindaan akan memberi kesan jangka panjang bukan sahaja kepada kerajaan hari ini, malah kepada kerajaan yang menunggu, government in waiting atau kerajaan masa depan dan adakah pindaan ini akan mengukuhkan kebertanggungjawaban Perdana Menteri atau sekadar memudahkan peranan kuasa eksekutif dalam urusan pentadbiran negara.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Adakah ia bertujuan untuk menyekat kuasa berlebihan Perdana Menteri yang terpilih untuk menjadi Perdana Menteri? Jadi, sama- sama kita renungkan demi kebaikan kepada negara pada masa depan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Saya menjemput Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang Jempol mengambil bahagian membahaskan Rang Undang- undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 2026 yang bertujuan menetapkan tempoh had perkhidmatan Perdana Menteri selama 10 tahun. Jempol ingin menyentuh tiga perkara berhubung dengan pindaan ini.
Pertama, had penggal Perdana Menteri dan kesesuaian dengan sistem Westminster Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Jempol menyambut baik usaha kerajaan ke arah reformasi institusi. Namun, reformasi Perlembagaan mesti kembali kepada struktur asal Perlembagaan itu sendiri di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. Perdana Menteri dilantik berdasarkan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat. Peruntukan ini tidak memperuntukkan sebarang konsep penggal atau tempoh masa. Sebaliknya menjadi kepercayaan Parlimen sebagai asas tunggal legitimasi eksekutif.
Tuan Yang di-Pertua, ketiadaan konsep penggal ini bukan satu kecacatan tetapi satu ciri asas sistem Westminster Malaysia. Perdana Menteri Malaysia tidak memegang mandat peribadi daripada rakyat sebaliknya berfungsi sebagai dengan izin, primus inter pares ataupun first among equals yang hanya kekal selagi mendapat sokongan Dewan.
Malahan, negara-negara sistem Westminster yang matang seperti United Kingdom, Kanada dan Australia tidak mempunyai sistem limitasi tempoh perkhidmatan Perdana Menteri.
Konsep had penggal merupakan mekanisme kawalan yang lahir daripada sistem berpresiden ia seperti negara Amerika Syarikat dan Indonesia. Dalam sistem tersebut, Ketua Eksekutif dipilih secara langsung memiliki mandat peribadi dan tidak boleh digugurkan oleh legislatif kecuali melalui proses luar biasa seperti dengan izin, impeachment. Persoalan Jempol mengapa kita meniru konsep had penggal daripada sistem berpresiden yang mempunyai mandat eksekutif panjang berjangka tetap sedangkan sistem Perlembagaan kita sendiri telah menyediakan mekanisme semak dan imbang yang lebih sesuai.
Kedua, risiko lame duck leadership dan juga kemerosotan keberkesanan pentadbiran yang mana telah pun disentuh oleh rakan saya daripada Bakri. Kerajaan juga mempertimbangkan implikasi praktikal had penggal khususnya risiko melahirkan fenomena dengan izin, lame duck leadership pada penghujung tempoh perkhidmatan.
Apabila diketahui secara Perlembagaan bahawa seorang Perdana Menteri tidak lagi boleh meneruskan jawatan selepas tempoh tertentu, autoriti politik beliau akan mula terhakis sebelum tempoh tersebut tamat.
Dalam keadaan ini, jentera pentadbiran parti pemerintah dan pihak berkepentingan akan mula menumpukan perhatian kepada pengganti bukannya kepada Perdana Menteri yang sedang berkhidmat. Keadaan ini berpotensi melemahkan pelaksanaan dasar, mengurangkan keberanian membuat keputusan suka dan menjejaskan kesinambungan polisi jangka panjang.
Persoalan Jempol, apakah langkah yang boleh diambil bagi memastikan keberkesanan kepimpinan Perdana Menteri dan mengurangkan risiko lame duck leadership dengan izin, apabila perlembagaan menetapkan tempoh had perkhidmatan dan yang ketiga, keperluan pindaan dilaksana secara retrospektif berbanding prospektif.
Tuan Yang di-Pertua, satu persoalan asas yang perlu diperjelaskan kepada Dewan ialah mengapa pindaan ini dipilih untuk berkuat kuasa secara retrospektif dan bukan prospektif. Dalam prinsip undang-undang, undang-undang lazimnya digubal untuk berkuat kuasa ke hadapan iaitu prospektif supaya semua boleh memahami kesannya dan merancang tindakan mereka berdasarkan peraturan yang sedia ada.
Dalam isu pindaan secara retrospektif, persoalan yang munasabah ialah mengapa kepimpinan ataupun Perdana Menteri-Perdana Menteri terdahulu turut terkesan oleh pindaan ini sedangkan mandat pada masa mereka mentadbir negara diperoleh di bawah kerangka perlembagaan yang tidak pernah menetapkan had tempoh.
Prinsip retrospektif ini tidak wajar digunakan sewenang-wenangnya tanpa justifikasi yang kukuh. Jempol merujuk prinsip undang-undang dalam sebuah kes klasik di United Kingdom, Philip versus Eyer (1870) di mana mahkamah memutuskan dengan izin. “Retrospective law is a questionable policy as it changes the character of past transaction which are carried out based on fits in the existing law.” Persoalan Jempol, mengapakah kerajaan memilih pendekatan retrospektif yang memberi kesan kepada kepimpinan ataupun Perdana Menteri-Perdana Menteri sebelum ini sedangkan pendekatan prospektif sahaja sudah memadai untuk mencapai tujuan reformasi?
Jempol mohon agar persoalan-persoalan yang diutarakan dijawab dengan teliti agar sebarang pindaan yang dibuat tidak bertentangan dengan semangat demokrasi berparlimen yang menjadi asas pentadbiran negara kita. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Saya jemput Yang Berhormat Parit Buntar.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.
Bismillahirrahmanirrahim.
Saya mulakan dengan membaca petikan ayat Allah SWT dalam al-Quran [Membaca sepotong ayat al-Quran] Maksudnya, “Sesungguhnya pemimpin kamu hanyalah Allah dan Rasulnya serta orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat sedang mereka rukuk yang ini tunduk dan sujud kepada Allah SWT.” Dalam maksud menjunjung semua perintah Allah SWT.
Sebenarnya pemimpin itu adalah bersifat sama ada mutlak ataupun muqayyad.
Mutlak itu hanya Rasul, hanya Allah dan Rasul yang tidak boleh dicanggahi walaupun berat macam mana sekalipun perintahnya, tidak boleh dicanggahi. Manakala manusia itu, pemimpin yang bersifat muqayyad, wajib taat selagi mana pemimpin itu taat kepada Allah dan Rasul dan tidak mengajak melakukan maksiat.
Hari ini kita bicarakan persoalan berkaitan dengan pemimpin nombor satu negara yang bergelar PM yang dicadangkan dalam RUU supaya dihadkan tempoh 10 tahun. Dalam satu segi, itu suatu usaha yang kita boleh anggap baik dan bagus.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Tapi sebenarnya, pemimpin itu oleh kerana ia manusia dan manusia itu bersifat tidak sempurna dan tidak kekal, sebagaimana firman Allah SWT... [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Tiap-tiap umat itu ada tempohnya, ada ajalnya.” Termasuk pemimpin.
Sampai ketika, tempohnya habis, habislah. Tempoh itu sama ada tidak lagi dipercayai oleh rakyat, partinya tidak diundi oleh rakyat, dengan sendiri dia tidak boleh dilantik untuk menjadi pemimpin pada sesi yang berikutnya. Sebab, dia tidak mutlak dan dia muqayyad dan dia juga tidak kekal selama-lamanya.
Jadi, kalau kita berpegang kepada keyakinan ini, tak perlu ada suatu RUU mengehadkan tempoh pemimpin, PM sehingga 10 tahun ataupun lebih kurang lebih daripada itu, ataupun lebih kurang daripada itu lagi. Kalau rakyat dididik dengan didikan politik, yang celik politik dan sebagainya, dia tahu parti politik yang memerintah tidak menjalankan amanah dengan penuh tanggungjawab, pemimpin terlibat dengan rasuah dan sebagainya, sudah tentulah pada pilihan raya akan datang tidak lagi diundi oleh rakyat dan sudah tentulah PM tidak akan terus berkuasa untuk memimpin rakyat kerana partinya kalah.
Begitu juga kalau semua Ahli-ahli Parlimen mempunyai sikap yang terbuka, kalau hilang kepercayaan dan keyakinan kepada pemimpin yang dilantik, sama ada boleh buat usul undi tak percaya ataupun tarik ada sokongan. Di sini, tak sampai 10 tahun PM akan tumbang dan dengan semua Kabinet pun akan tumbang. Itu kalau semua Ahli Parlimen mempunyai sikap dan pemikiran yang terbuka, dia tidak taksub.
Hanya kerana pemimpin itu daripada partinya, akan sokong walaupun melakukan penyelewengan dan sebagainya.
Saya juga nak ingatkan diri saya dan semua yang bergelar pemimpin. Walaupun kita diminta, dituntut untuk mentaati pemimpin, tapi selagi pemimpin itu masih lagi menjalankan kewajipan terhadap perintah Allah SWT dan rasulnya, selagi itulah kita taat. Tapi, kalau pemimpin membuat maksiat, menganjurkan program maksiat, menggalakkan program maksiat, maka kewajipan untuk mentaati ditarik balik.
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang berbunyi... [Membaca sepotong Hadis] “Wajib bagi setiap Muslim patuh dan taat kepada pemimpin pada apa yang dia suka dan dia benci, selagi mana dia tidak diperintah melakukan maksiat. Justeru, apabila dia diperintah melakukan maksiat, maka tiada lagi kewajiban untuk patuh dan taat.” Seterusnya, apabila tempoh PM dihadkan, negara dan rakyat akan kehilangan PM yang benar-benar berfungsi dan disenangi oleh rakyat. Jadi, satu kerugian kepada rakyat dan negara. Apa akan berlaku dengan idea-idea realistik oleh PM yang mungkin akan diketepikan oleh PM yang lain akibat parti lain yang memerintah? Maka, tidak ada kesinambungan terhadap dasar-dasar negara yang bersifat realistik kepada rakyat.
Had tempoh Perdana Menteri 10 tahun juga bukan jaminan semua masalah negara, masalah politik, masalah rakyat akan dapat diselesaikan. Apabila tempoh tamat PM sudah semakin hampir, maka dibimbangi prestasi PM akan merosot sebab menunggu hari atau menghitung tamat tempoh.
Akhir sekali― saya nak gulung. Ada satu tanggungjawab pemerintah dalam Islam ini. Bukan sekadar mengurus negara, mengurus ekonomi dan sebagainya tetapi ada juga kewajipan yang lain yang menjadi kewajiban rohani yang mesti di bawah tanggungjawab pemimpin.
Sebagaimana yang disebut oleh seorang ulama besar yang bernama Hasan Al- Basri, dia kata...
[Berucap dalam bahasa Arab] Maksudnya, “Mereka, yakni pemerintah, menguruskan lima perkara. Pertama, berkaitan dengan solat Jumaat. Yang kedua, solat jamaah. Yang ketiga, solat hari raya. Yang ketiga, perbatasan ataupun menegakkan hukum Allah SWT...”― ini yang panggil hudud. “Demi Allah, tidak tegak agama kecuali dengan mereka, walaupun mereka berlaku zalim. Demi Allah, kebaikan yang Allah lakukan menerusi mereka lebih banyak berbanding kerosakan mereka. Walaupun mentaati mereka itu benar-benar menyakitkan hati, namun memberontak terhadap mereka benar-benar satu kekufuran.”
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat. Masa sudah tamat. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Sekian, terima kasih. Satu perenggan lagi.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan yang melibatkan Akta Perlembagaan (Pindaan) 2026 untuk buat pindaan terhadap Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.
Saya anggap ini sebagai salah satu reformasi institusi yang pernah dijanjikan, pernah disebutkan bertahun-tahun dan akhirnya hari ini, tanggal 2 Mac 2026, kita dapat melaksanakannya demi memastikan bahawa institusi kita diletakkan di tahap yang lebih baik daripada apa yang kita ada pada hari ini. Dan bagi saya, pertama, saya nak ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan khususnya Yang Amat Berhormat PMX selaku Pengerusi Pakatan Harapan yang membentangkan bacaan kedua rang undang- undang ini pada pagi ini.
Ia jelas menunjukkan komitmen daripada Kerajaan Perpaduan Malaysia MADANI terhadap janji untuk mereformasi institusi khususnya ini sebagai salah satu janji dalam manifesto Pakatan Harapan ketika pilihan raya yang lepas.
Saya dengar perbahasan daripada ada di kalangan rakan-rakan Yang Berhormat yang lain, ada yang bimbang 10 tahun dan sebagainya. Saya rasa macam inilah. Kalau 10 tahun itu kita berjaya meletakkan institusi yang kita ada dalam keadaan yang teratur, stabil di mana institusi itu menguasai manusia, bukan manusia menguasai institusi, kita tiada kebimbangan. Tidak perlu bimbang siapa jadi Perdana Menteri.
Walaupun Perdana Menteri tempoh maksimum hanya 10 tahun, tetapi kalau institusinya institusi yang kita ada― yang sebelum ini, sebab kita bergantung kepada seorang. Kita pernah diperintah oleh pemimpin lama yang berkuasa lebih 20 tahun dan kembali berkuasa. Sebab itulah yang mewujudkan pelbagai masalah yang boleh merosakkan, yang meletakkan manusia lebih tinggi dari institusi. Itu yang pentingnya ada pindaan ini. Dan sudah tentu kita akan melihat satu permulaan kepada demokrasi berparlimen yang lebih bermakna dan Parlimen diangkat ataupun demokrasi diangkat ke tahap yang lebih tinggi dengan adanya pindaan ini.
Saya nak sebutkan, saya merujuk kepada draf yang telah diberikan kepada kami, banyak perkara telah jelas. Iaitu, yang pertama, ia akan berkuat kuasa retrospektif.
Walaupun ia mungkin bukan sesuatu yang biasa, tetapi bagi saya, ia adalah sesuatu yang bersesuaian dengan dinamik politik semasa. Di mana, tak kiralah sesiapa, tempoh maksimum 10 tahun. Maknanya, Yang Amat Berhormat PMX ini dah lebih tiga tahun, beliau boleh menjadi Perdana Menteri ada enam tahun lebih lagi. Inilah dinamik politik yang kita kena akui dan saya anggap ini sesuatu yang sangat baik.
Yang keduanya adalah berkaitan dengan tempoh apabila Parlimen dibubarkan, ia tidak dikira. Cuma, satu saya nak bangkitkan pada petang ini. Bagaimana keadaannya sekiranya ada seorang Perdana Menteri― sudah tentu bukan Yang Amat Berhormat Tambun, sudah tentu bukan PMX. Sebab, saya rasa beliau tidak akan berbuat demikian.
Sebab, kita pernah ada Perdana Menteri yang pernah melakukannya iaitu mengisytiharkan darurat.
Kita pernah mengalami darurat di mana Dewan ini digantung, tiada persidangan.
Saya ada di Dewan ini pada penggal lepas. Bermula dengan 12 Januari 2021 sehingga 1 Ogos 2021, Dewan tidak bersidang. Patutnya Dewan kena bersidang. Tak boleh ada gap lebih enam bulan. Tetapi, disebabkan darurat.
Jadi, sekiranya satu hari nanti kita dapat Perdana Menteri yang perangai macam Yang Berhormat Pagoh dulu― ini Yang Berhormat dari BERSATU ini mungkin setujulah bila saya sebut Yang Berhormat Pagoh pernah mengumumkan perkara ini. Jadi, kalau satu hari nanti kita dapat Perdana Menteri macam ini, macam mana? Dikira atau tidak tempoh darurat tersebut? Jadi, saya minta jawapan daripada kerajaan nanti menggulung nanti.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Rasah, bukankah pada masa itu –– Rasah, bukankah pada masa itu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong minta supaya Parlimen bersidang, tapi mereka ingkar, mereka tidak patuh, mereka langgar arahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Jadi, minta pandangan daripada Rasah sikit.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Pagoh–– kita fahamlah. Itu tak payah buang masa, bang. You know, I know, everybody know. Rakyat Malaysia tahu perangai Yang Berhormat Pagoh dalam hal ini.
Dato’ Yang di-Pertua, saya nak sebutkan satu lagi. Bagaimana dengan negeri- negeri? Hari ini, ya, saya yakin kita boleh meluluskan RUU ini untuk memastikan demokrasi di peringkat Persekutuan diangkat ke tahap yang lebih baik. Bagaimana dengan negeri? Saya berikan satu contoh. Yang Berhormat Port Dickson yang merupakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan pernah membentangkan RUU yang sama di Dewan Undangan Negeri Sembilan pada penggal lepas ketika Kerajaan Pakatan Harapan dulu tetapi ditolak oleh pembangkang ketika itu.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya mohon secara terbuka kepada kerajaan-kerajaan negeri yang mendukung, yang menyokong Kerajaan Perpaduan kita di sebelah sini supaya melakukan langkah yang sama sepertimana yang telah dilakukan oleh kerajaan Pulau Pinang. Yang Amat Berhormat Batu Kawan ada sini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Kita rasa Pulau Pinang itu yang terbaik. Minta sedikit, landing. Negeri lain yang bersamaan dengan Kerajaan Perpaduan — yang tak nak itu tak apa lah. Yang bersama dengan Kerajaan Perpaduan, kita harap boleh lakukannya supaya di peringkat negeri, keadaan yang sama boleh berlaku, nampak ada kebersamaan antara Persekutuan dengan negeri.
Jadi, dengan kata-kata tersebut, saya menyokong sepenuhnya RUU ini dan saya berharap rakan-rakan yang lain supaya ketepikan kepentingan politik kepartian masing- masing sebab ini adalah untuk kepentingan bersama sistem demokrasi berparlimen di negara kita. Sekian, terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Kuala Krai untuk bahas RUU (Pindaan) Perlembagaan 2026, pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, RUU ini bukan pindaan kecil dan main-main. Ia menyentuh struktur asas eksekutif negara. Justeru, kita tidak boleh melihatnya sebagai reformasi simbolik tetapi sebagai perubahan seni bina Perlembagaan, seni bina Perlembagaan.
Di bawah Perlembagaan Persekutuan, sebarang pindaan yang menyentuh kedudukan Raja-raja Melayu perlu persetujuan Majlis Raja-Raja di bawah Perkara 159(5) dan sudah tentunya memerlukan sokongan dua pertiga Ahli Parlimen. Maka persoalannya jelas, adakah ini secara langsung atau tidak langsung telah menyentuh kuasa dan budi bicara Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong?
Isu kuasa dan budi bicara, kita mesti jujur tentang hakikat berikut. Yang di- Pertuan Agong mempunyai tiga kuasa budi secara utama. Pertama, melantik Perdana Menteri. Yang kedua, membubarkan Parlimen. Dan yang ketiga, memanggil mesyuarat Majlis Raja-Raja. Apabila kita menetapkan had 10 tahun secara automatik, kita sebenarnya mengehadkan ruang kebijaksanaan Seri Paduka Baginda untuk melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda masih mendapat kepercayaan majoriti.
Jika seseorang masih mendapat majoriti kukuh pada tahun ke-11 tetapi Perlembagaan menghalangnya, maka secara praktikal kita telah mengehadkan ruang pertimbangan Agong. Adakah ini tidak menyentuh struktur kuasa sedia ada?
Kemudian, Dato’ Yang di-Pertua ialah bagaimana tempoh 10 tahun dikira? RUU ini juga menimbulkan persoalan teknikal yang sangat serius kerana tempoh 10 tahun dikira dari awal pelantikan pertama. Ambil contoh YB Bera, beliau telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri kira-kira 15 bulan.
Jika beliau dapat kembali menjadi Perdana Menteri, maka beliau hanya mempunyai masa selama lapan tahun sembilan bulan. Jika beliau berkhidmat lima tahun selepas PRU akan datang, maka PRU selepas itu hanya berbaki tiga tahun lebih sahaja.
Ini bermakna beliau perlu berhenti di tengah-tengah penggal Parlimen.
Kita bakal mewujudkan situasi Perdana Menteri dipaksa meletak jawatan bukan kerana hilang majoriti tetapi kerana jam Perlembagaan tamat tempoh. Bagaimana pula jika seorang Perdana Menteri adalah yang cukup berkaliber membangun negara, tidak mempunyai sebarang salah laku sama ada moral dan salah guna kuasa, serta disayangi oleh rakyat? Tidakkah dengan pindaan ini telah menyekat beliau daripada terus memimpin negara?
Dato’ Tuan Yang di-Pertua, implikasi terhadap ekonomi. Pelabur antarabangsa menilai kestabilan politik sebagai faktor utama risiko negara. Jika seorang Perdana Menteri yang memegang mandat terpaksa berhenti di tengah penggal, akan berlaku peralihan kuasa, polisi ekonomi mungkin berubah, Kabinet akan disusun semula, sentimen pasaran terjejas. Kita perlu sedar bahawa ketidaktentuan kepimpinan memberi kesan langsung kepada FDI, pasaran bon dan penarafan kredit. Adakah kita bersedia menanggung risiko forced transition dalam keadaan ekonomi tidak menentu?
Tuan Yang di-Pertua, penyokong pada RUU sedang sering berhujah bahawa negara seperti Indonesia dan Filipina mengehadkan tempoh kepimpinan walaupun itu adalah sistem presiden. Benar, tetapi kita juga mesti mengakui sejarah mereka. Di Indonesia, had tempoh diperkenalkan selepas era authoritarian Suharto.
Di Filipina, had tempoh lahir selepas kejatuhan diktator Ferdinand Marcos.
Mereka memperkenalkan had kerana pengalaman dictatorship dalam sistem presidential. Malaysia pula mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Perdana Menteri boleh tumbang bila-bila masa jika hilang majoriti. Adakah konteks kita sama?
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi persoalan penting jika pindaan ini dibuat semata- mata untuk memenuhi janji manifesto, maka konsistensi mesti ditegakkan. Janji berkaitan dengan peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen termasuk pembangkang tidak memerlukan pindaan Perlembagaan, hanya keputusan dasar eksekutif PM umum sekejap lagi masa penggulungan, esok dah boleh dilaksanakan dan kami dah boleh bantu rakyat yang memerlukan dalam bulan Ramadan ini dan juga menjelang Aidilfitri nanti. Mengapa perkara yang tidak memerlukan pindaan tidak dilaksanakan sepenuhnya tetapi perkara besar yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja ingin dipercepatkan?
Jika benar kerajaan ikhlas, aktakan ataupun masukkan dalam pindaan Perlembagaan peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen supaya siapa pun menjadi kerajaan, peruntukan Ahli Parlimen dijamin oleh undang-undang. Insya-Allah, selepas PRU-16 nanti, kami perlu menjadi kerajaan, maka pihak sana juga akan dapat peruntukan. Kalau tidak, kongkalikung bak kata Menteri, balik asal. Kita tidak boleh memilih reformasi secara selektif.
Poin terakhir, Tuan di-Pertua ialah soalan paling asas, adakah 10 tahun menjamin tidak berlaku salah guna kuasa? Jawapannya tidak. Salah guna kuasa boleh berlaku dalam tempoh lima tahun, empat tahun, malah setahun pun boleh berlaku.
Rasuah boleh berlaku dalam tempoh tiga tahun, skandal boleh berlaku dalam tempoh satu penggal. Masalah sebenar bukan tempoh tetapi integriti, akauntabiliti dan amanah serta keberkesanan institusi semak imbang. Jika Parlimen lemah, jika pendakwaan tidak bebas, jika pembiayaan politik tidak telus, had 10 tahun hanya angka yang tidak berguna.
Sebagai penutup, Tuan Yang di-Pertua, tindakan yang tergesa-gesa untuk menampakkan itulah reformasi boleh mencipta masalah baru yang lebih besar daripada masalah yang ingin diselesaikan. Kita tidak boleh mengorbankan kestabilan demi simbol. Jika benar kita mahu memperkukuh demokrasi, maka kukuhkan institusi bukan sekadar mengehadkan individu. Saya juga sebagaimana kawan-kawan saya yang telah terdahulu berbahas bahawa menyokong pindaan ini dengan beberapa syarat yang telah dinyatakan.
Raja berdaulat payung negara, Perlembagaan asas paling utama; Kuasa raja kita pelihara, Institusi kukuh negara bahagia. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Krai. Saya jemput Yang Berhormat Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua di atas peluang dan ruang perbahasan yang diberikan kepada saya hari ini. Bentong bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini bagi menyatakan sokongan penuh terhadap Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2026.
Pindaan ini bukan sekadar bersifat teknikal atau kosmetik tetapi merupakan satu anjakan paradigma yang signifikan dalam agenda untuk memastikan dalam agenda reformasi institusi Malaysia MADANI, khususnya dalam usaha memperkukuhkan asas demokrasi dan tadbir urus negara.
Puan Yang di-Pertua, seperti yang telah digariskan dalam latar belakang pindaan ini, komitmen yang dizahirkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 5 Januari 2026 serta titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong ke-17 pada 19 Januari 2026 jelas mencerminkan kesepakatan nasional bahawa pembaharuan ini adalah keperluan mendesak, bukan lagi satu pilihan. Had tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun atau dua penggal secara agregat merupakan langkah proaktif bagi mengelakkan penumpuan kuasa eksekutif secara berpanjangan.
Sejarah baik di peringkat global mahupun domestik, telah mengajar kita bahawa kuasa yang tidak dibatasi cenderung melemahkan akauntabiliti. Dengan adanya had tempoh ini, kita membuka ruang kepada peralihan kepimpinan yang teratur, dinamik dan berlandaskan prinsip demokrasi matang.
Puan Yang di-Pertua, saya turut menyambut baik peruntukan fasal (4D) yang mengambil kira tempoh perkhidmatan sebelum kuat kuasa pindaan ini. Pendekatan ini mencerminkan ketegasan dan keikhlasan kerajaan dalam memastikan prinsip integriti, keadilan dan kesaksamaan dilaksanakan tanpa pengecualian yang terpilih. Walau bagaimanapun— walaupun saya menyokong penuh rang undang-undang ini, terdapat beberapa perkara yang wajar diperincikan oleh pihak kementerian bagi memastikan pelaksanaan yang jelas dan tidak menimbulkan kekeliruan.
Merujuk pada fasal (4C) yang menetapkan bahawa Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang terhenti jawatan hanya boleh melaksanakan urusan pentadbiran harian, saya mencadangkan agar satu garis panduan pentadbiran kerajaan interim yang lebih komprehensif digubal dan diterbitkan. Ini penting bagi mengelakkan sebarang kekosongan kuasa, ketidakpastian pentadbiran atau penyalahgunaan sumber kerajaan dalam tempoh peralihan.
Puan Yang di-Pertua, bagi memastikan semangat reformasi ini benar-benar menyeluruh, saya turut menyarankan agar Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Raja- Raja serta kerjasama kerajaan negeri mempertimbangkan penyelarasan pindaan serupa di peringkat perlembagaan atau Undang-undang Tubuh Negeri bagi jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri. Langkah ini akan memastikan kesinambungan prinsip demokrasi di semua peringkat pentadbiran sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Pulau Pinang.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Dalam tempoh peralihan pelantikan Perdana Menteri baharu di bawah fasal (4C), peranan semak dan imbang oleh Parlimen juga wajar diperkukuhkan agar urusan pentadbiran harian negara terus dipantau secara telus, berkesan dan bertanggungjawab.
Puan Yang di-Pertua, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian berhubung beberapa perkara berikut.
Pertama, bagaimanakah kerajaan menjamin ketepatan pengiraan tempoh 10 tahun sekiranya seseorang Perdana Menteri memegang jawatan dalam tempoh yang singkat, contohnya beberapa bulan di antara beberapa penggal?
Kedua, merujuk kepada prinsip memastikan kepastian undang-undang dan keadilan dalam peruntukan peralihan, sejauh manakah perundingan dengan pakar Perlembagaan telah dilaksanakan bagi memastikan kesan retrospektif pindaan ini tidak terdedah kepada cabaran undang-undang masa hadapan.
Dan yang ketiga, apakah Jemaah Menteri terhenti memegang jawatan secara automatik sebaik sahaja Perdana Menteri mencapai had 10 tahun? Apakah pelan jangka panjang yang telah disediakan bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan awam dan keselamatan negara tidak terjejas sepanjang proses pelantikan Perdana Menteri baharu?
Puan Yang di-Pertua, sebagai kesimpulan, pindaan ini merupakan reformasi penting bagi memberi nafas baharu kepada sistem demokrasi negara. Ini bukan sahaja meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan, malah memastikan Malaysia terus kekal sebagai sebuah negara Demokrasi Berparlimen yang sihat, stabil dan matang.
Ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan ini bukan sekadar satu perubahan teknikal undang-undang, ia adalah satu perakuan moral dan politik bahawa Malaysia sedang melangkah ke arah demokrasi yang lebih berintegriti, berakauntabiliti dan berdaya tahan. Sekian, terima kasih. Bentong menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Saya menjemput Yang Berhormat Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2026 yang mencadangkan pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri.
Malaysia mengamalkan sistem Westminster. Dalam sistem ini, Perdana Menteri berkhidmat selagi mendapat kepercayaan majoriti Dewan Rakyat. Maka persoalan utama ialah adakah had tempoh benar-benar diperlukan dalam sistem yang telah menyediakan mekanisme semak dan imbang politik?
Puan Yang di-Pertua, sistem Parlimen kita sendiri telah menyediakan kawalan terhadap kuasa Perdana Menteri. Perdana Menteri boleh digugurkan melalui undi tidak percaya, sokongan parti boleh ditarik balik, gabungan kerajaan boleh berubah, kedudukan Perdana Menteri sentiasa tertakluk kepada realiti politik. Berbeza dengan sistem presiden, Perdana Menteri tidak menikmati tempoh kuasa tetap. Oleh itu, had tempoh berpotensi menjadi langkah berlebihan serta menafikan hak rakyat untuk mengekalkan pemimpin yang masih berkesan.
Puan Yang di-Pertua, cadangan had tempoh 10 tahun berpotensi menjejaskan prerogatif perlembagaan Yang di-Pertuan Agong. Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mendapat kepercayaan majoriti Dewan sebagai Perdana Menteri.
Sekiranya had tempoh berkenaan dikenakan meskipun seseorang masih mendapat sokongan majoriti dan diyakini mampu memimpin, Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak lagi mempunyai kebebasan penuh untuk melantik individu tersebut. Ini secara prinsipnya menyempitkan budi bicara Perlembagaan Seri Paduka Baginda dan mengubah keseimbangan antara institusi Raja Berperlembagaan dan proses politik.
Puan Yang di-Pertua, semangat kepada Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja hendaklah dirujuk bagi pindaan yang menyentuh kedudukan dan peranan raja-raja. Apabila pindaan ini memberi kesan terhadap budi bicara Yang di-Pertuan Agong dalam pelantikan Perdana Menteri, ia wajar dilihat sebagai isu perlembagaan yang signifikan dan memerlukan perundingan yang teliti.
Selain itu, kita tengok dalam perlembagaan, had tempoh juga boleh diwujudkan fenomena kepimpinan penggal terakhir atau lame duck leadership. Apabila seorang pemimpin mengetahui bahawa tempohnya tidak boleh dilanjutkan, insentif politik untuk mempertahankan sokongan jangka panjang akan berkurang. Ini boleh mendorong keputusan berisiko tinggi tindakan populis atau langkah kontroversial pada masa hadapan.
Sebagai contoh, semasa penggal kedua, Presiden Donald Trump daripada US Amerika, United States of America, pemerhati politik antarabangsa melihat peningkatan tindakan confrontative dan keputusan kontroversi dalam dasar domestik dalam dan luar negara. Apabila seorang pemimpin masuki penggal terakhir tanpa peluang pemilihan semula, ruang politik berubah. Ia menjadi peluang terakhir untuk melaksanakan agenda sebenar tanpa tekanan pengundi pada masa hadapan.
Fenomena ini dikenali dalam sains politik sebagai second term effect atau lame duck effect di mana pemimpin pada penggal terakhir lebih cenderung kepada membuat keputusan berisiko tinggi, mengutamakan warisan politik peribadi, mengabaikan kompromi politik jangka panjang, melaksanakan agenda ideologi secara lebih agresif.
Kita tengoklah Donald Trump, penggal terakhir, dia dah jadi penggal pertama, dia tak ada kesan lagi kepada rakyat.
Dia tidak ada apa lagi sama ada untuk menang ataupun kalah sebab dia tidak boleh bertanding mengikut sistem Amerika ini iaitu sistem presiden sebab itu dia menjadi gila dan gila-gila. Penggal pertama dulu tak ada, dia hanya ugut tapi tidak bertindak.
Tapi penggal ini dia tidak ugut, dia terus bertindak macam sekarang sedang berlaku.
Inilah kesan kepada sistem yang ada tetapi mereka berlainan dengan kita yang Westminster iaitu first-past-the-post iaitu presiden dipilih, kita tidak. Kita berdasarkan demokrasi yang ada hak raja kita sebagai ketua.
Puan Yang di-Pertua, jika kita melihat negara-negara sekiranya had tempoh diperkenalkan, risiko dinamika kepimpinan seperti ini tidak boleh ditepikan. Tambahan pula, had tempoh tidak mestinya menghapuskan pengaruh politik. Bekas pemimpin masih boleh mempengaruhi pentadbiran melalui struktur parti atau pengganti proksi sekali gus mewujudkan kuasa tidak rasmi yang kurang telus.
Jika kita melihat negara Komanwel mengamalkan sistem Westminster, United Kingdom contohnya tidak mengehadkan tempoh Perdana Menteri, kedudukan bergantung kepada sokongan Parlimen. Australia contohnya mengekalkan prinsip yang sama, perubahan kepimpinan melalui proses politik dalaman. Kanada membenarkan Perdana Menteri berkhidmat selagi mendapat rakyat dan kepercayaan Dewan.
New Zealand juga mengekalkan kestabilan melalui mandat pilihan raya dan sokongan dengan Parlimen bukan had tempoh. Saya mudah saja, kita tengok, bukan masalah tempoh yang lain, tempoh 10 tahun. Tetapi kalau kita tengok dalam pembentangan hari ini, tempoh 10 tahun itu, dia segi teknikalnya boleh dilibatkan.
Katalah sekarang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tambun, tiga tahun setengah, dia akan bubar parlimen. Penggal yang kedua, tiga tahun setengah juga dia akan bubar Parlimen. Dia sudah dua penggal, jadi tujuh tahun. Dia masuk penggal yang ketiga, penggal yang ketiga, dia ada lagi tiga tahun. Masuk tahun yang ketiga, terpaksa dia meletak jawatan, terbubar habis Kabinet. Jadi, hak Yang di-Pertuan Agong untuk nak melantik pada ketika itu sudah tidak ada lagi, tak ada peluang.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Jadi, itu sebab. Oleh sebab itu, kita minta penggal adalah lebih baik daripada 10 tahun. Penggal maksudnya kalau dua term...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Pendang, Pendang minta penjelasan. Kalau terbubar, bermakna kuasa kembali kepada Agong untuk melantik.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, Yang Berhormat Kampar, sila duduk.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Pendang boleh kata kuasa tiada di Agong.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ini, ni apa ini Kampar?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kampar–– Cukuplah Yang Berhormat Pendang, masa pun sudah tamat. Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya jemput Yang Berhormat Kubang Pasu.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya, Menteri sudah dengar. Ya.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Bukan jemput dulu ke?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan yang amat penting bagi negara kita ini iaitu Rang Undang-undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 2026. Rang undang-undang yang mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun secara agregat ini sedang dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Ada yang bersetuju, terdapat juga yang tidak bersetuju. Perdana Menteri ialah jawatan berperlembagaan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan dari sudut menjalankan amanah dan fungsi termasuk aspek pelantikan. Perkara 159(1) memperuntukkan Perlembagaan sememangnya boleh dipinda meskipun Perlembagaan 159(1) boleh dipinda, tetapi mengikut Perkara 159(5) pula menjelaskan secara spesifik peruntukan-peruntukan khas yang tidak boleh dipinda iaitu perkara yang melibatkan kepentingan Islam, hak istimewa bumiputera, bahasa kebangsaan dan kewarganegaraan.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Tujuan pindaan Perkara 43 perlembagaan ini ialah untuk menghalang pemusatan kuasa Perdana Menteri bagi tempoh lama. Ini kenyataan Menteri Undang- undang. Pindaan ini memasukkan pasal fasal baru 2(a) yang peruntukkan seorang Perdana Menteri yang dilantik mengikut perenggan (2)(a) Perkara 43 tidak boleh bila- bila masa memegang jawatan itu selama tempoh pada agregatnya berjumlah lebih daripada 10 tahun sama ada terus menerus atau selainnya.
Antara intipati RUU ini turut memasukkan juga fasal baharu iaitu (4A), (4B), (4C) dan (4D). (4A), jika Perdana Menteri dilantik di bawah fasal 2, telah memegang jawatannya selama tempoh yang pada agregatnya berjumlah 10 tahun, Perdana Menteri itu hendaklah terhenti memegang jawatan itu.
Bagi (4B) jika Perdana Menteri terhenti memegang jawatan itu, menurut fasal
(4A) anggota Jemaah Menteri terhenti, hendaklah terhenti memegang jawatan.
Bagi (4C), seseorang yang terhenti memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dan anggota-anggota Jemaah Menteri yang terhenti memegang jawatan di bawah (4B) hendaklah turut terus menunaikan fungsi jawatan mereka sehingga seorang Perdana Menteri dilantik menurut kuasa yang ada.
Di samping itu, di bawah Standing Order 54(1) dan 55(1) Dewan Rakyat, Jawatan Dewan Rakyat, Jawatankuasa Pilihan Khas sepatutnya diberikan ruang untuk scrutinize dengan izin dahulu sebelum dibawa ke Dewan Rakyat untuk bacaan yang kedua.
Tempoh penggal Parlimen yang tetap ataupun fixed term Parlimen di bawah Artikel 55(b) adalah lima tahun kecuali dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.
Di bawah Artikel 40(2), Baginda punya discreation untuk tidak menerima nasihat Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, banyak kes-kes sebelum ini, nasihat Perdana Menteri diterima. Ini bermakna bahawa Perdana Menteri mendapat advantage yang tidak adil untuk memilih tarikh timing pilihan raya. Ketiadaan fixed term Parlimen juga complicate dengan izin pelaksanaan peraturan 10 tahun tempoh menjadi Perdana Menteri. Maka Kubang Pasu mencadangkan agar fixed term Parlimen iaitu lima tahun dilaksanakan seperti mana dilakukan oleh beberapa negara seperti Amerika Syarikat.
Seperti yang diperkatakan oleh rakan-rakan sebelum ini, khususnya Ketua Pembangkang, Kubang Pasu mencadangkan agar dimasukkan juga dalam pindaan ini iaitu Perdana Menteri tidak boleh dalam masa yang sama memegang jawatan Menteri Kewangan yang sekarang ini tak apalah tetapi di masa hadapan amalan ini harus dihentikan.
Isunya ialah jika Menteri Kewangan dan juga Perdana Menteri tidak mencapai prestasi yang sebaiknya, ia tidak boleh ditukar kerana yang boleh menukarnya hanyalah Perdana Menteri sendiri. Kebanyakan Presiden atau Perdana Menteri negara-negara di dunia tidak ada yang dalam masa yang sama memegang jawatan Menteri Kewangan.
Jika Perdana Menteri juga, Menteri Kewangan matlamat menghalang pemusatan kuasa bagi pindaan ini tak mungkin tercapai. Tidak ada semak dan imbang.
Terakhir, Puan Yang di-Pertua ingin saya sebutkan di sini bahawa Malaysia adalah Negara Komanwel yang mengikuti sistem Westminster yang pertama di Asia mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri. Saya tak pasti sama ada keputusan ini baik atau tidak. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Saya jemput Yang Berhormat Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera. Salam Ramadan.
Terima kasih Puan Speaker atas ruang dan peluang yang diberikan kepada saya untuk sama turut mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2026 iaitu mengehadkan tempoh Jawatan Perdana Menteri.
RUU ni cukup penting untuk kita bahaskan dengan jujur dan amanah kerana RUU ni bukan hanya sekadar soal tempoh masa jawatan Perdana Menteri semata-mata tetapi ia nya adalah soal prinsip asas demokrasi, keseimbangan kuasa dan masa depan tadbir urus negara.
Puan Yang di-Pertua, Pindaan Perlembagaan merupakan isu yang sangat sensitif dan fundamental kepada negara. Sebarang pindaannya menyentuh asas sistem politik, pentadbiran dan hak rakyat. Setiap huruf yang diubah, setiap fasa yang ditambah membawa implikasi besar dalam masa depan negara.
Oleh itu, ia mudah menimbulkan perdebatan, perbezaan pandangan dan reaksi kuat daripada pelbagai pihak. Sungguh pun cadangan pengehadan tempoh jawatan PM telah dialu-alukan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong semasa bertitah sempena pembukaan Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas pada tanggal 19 Januari lalu.
Namun, selaku kerajaan yang mengambil, mengamalkan prinsip good governance, ketelusan dan penglibatan awam tidak boleh dipandang sepi oleh kerajaan bagi mengelakkan persepsi yang tidak baik terhadap usaha murni ini.
Pengubahan pindaan seperti ini sepatutnya perlu melalui proses konsultasi yang menyeluruh bersama rakyat. Hal ini bagi memastikan suara masyarakat sivil, ahli akademik, pakar undang-undang dan rakyat marhaen didengari dan diambil kira sebelum RUU itu dibawa ke dalam Dewan ini.
Justeru itu saya mencadangkan agar setiap pindaan perlembagaan pada masa hadapan hendaklah diwajibkan untuk melalui proses libat urus awam yang lebih formal dan berstruktur. Mungkin dengan penubuhan jawatankuasa khas bipartisan yang melibatkan pakar-pakar dan wakil yang berbilang parti politik untuk tempoh yang munasabah.
Puan Yang di-Pertua, secara dasarnya, saya menyokong penuh prinsip utama pindaan ini. Had masa selama 10 tahun selaras dengan semangat demokrasi moden yang menolak penguatkuasaan terlalu lama oleh seorang individu. Saya fikir, penghargaan yang sewajarnya layak diberikan kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana had tempoh selama 10 tahun ini sebagai mana cadangan dalam pindaan ini turut terpakai kepadanya yang kini telah menyandang jawatan Perdana Menteri selama lebih tiga tahun.
Tambahan pula, had masa ini juga bakal menggalakkan budaya kepimpinan yang bergilir dan sekali gus akan melenyapkan risiko politik berasaskan individu.
Sungguh pun begitu, kebimbangan saya hanya satu iaitu perlaksanaan dasar jangka panjang yang mungkin boleh terganggu apabila setiap kali berlakunya peralihan kuasa.
Perkara ini cukup penting kerana tempoh had jawatan Perdana Menteri selama 10 tahun secara agregat tersebut adalah bersifat seumur hidup dan berbeza dengan amalan demokrasi negara-negara lain seperti di Amerika Syarikat dan Indonesia.
Sehubungan itu, saya mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan majlis dasar negara yang berfungsi merentasi kepimpinan Perdana Menteri supaya setiap dasar jangka panjang yang diperkenalkan mempunyai kesinambungan dan terjamin.
Dengan adanya institusi sedemikian, kelegaan rakyat dapat diwujudkan kerana segala dasar jangka panjang kerajaan tidak akan tergugat dengan sebarang peralihan kuasa atau pertukaran kerajaan itu sendiri.
Puan Yang di-Pertua, jika kita menerima hakikat bahawa pemusatan kuasa yang terlalu lama di peringkat Kerajaan Persekutuan boleh menjejaskan keseimbangan demokrasi, maka persoalan yang sama juga wajar kita tanyakan kepada peringkat negeri.
Apakah bezanya kuasa yang terlalu lama tertumpu di Kerajaan Persekutuan dengan kuasa yang terlalu lama tertumpu di Kerajaan Negeri? Adakah prinsip tadbir urus yang baik ini hanya terpakai kepada jawatan Perdana Menteri tetapi tidak kepada jawatan Menteri Besar ataupun Ketua Menteri.
Pada kesempatan ini saya mencadangkan dan menggesa agar semangat reformasi ini diikuti dan dicontohi oleh kerajaan-kerajaan di negeri di seluruh negara.
Kita tidak mahu reformasi ini bersifat separuh jalan. Jika kita benar-benar komited untuk mengukuhkan demokrasi, maka pembaruan mesti dilakukan dan kekal konsisten di semua peringkat.
Cadangan ini perlu dilihat sebagai isu politik kepartian tetapi bukan sebagai isu politik kepartian tetapi perlu dilihat sebagai legasi institusi. 10 atau 15 tahun dari sekarang rakyat mungkin tidak lagi mengingati siapa yang memegang jawatan tetapi mereka akan merasai kesan sistem yang sedang dibina pada hari ini.
Jika kita berani menetapkan had tempoh jawatan di peringkat tertinggi negara, kita juga hendaklah menggalakkan negeri-negeri untuk mencontohi semangat yang sama demi memastikan kuasa sentimen seimbang, kepimpinan sentiasa diperbaharui dan demokrasi sentiasa segar.
Puan Yang di-Pertua, sekian saja daripada saya setakat ini. Saya menyokong RUU ini dan berharap agar pandangan dan cadangan yang telah dikemukakan mendapat perhatian kerajaan. Semoga perbahasan hari ini tidak terhenti pada soal tempoh had jawatan semata-mata dan hanya terhad kepada Kerajaan Persekutuan sahaja tetapi hendaklah menjadi titik tolak kepada pembaharuan yang menyeluruh dan turut melibatkan kerajaan negeri. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Tampin. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Saya akan bermula dengan satu soalan. Sampai bila kuasa harus dibiarkan bertakhta sebelum ia berhenti berkhidmat kepada rakyat dan mula melindungi diri sendiri?
Jadi, pindaan ini bukan tentang individu, bukan tentang parti, bukan tentang politik. Ia tentang sesuatu yang lebih besar, tentang bagaimana kuasa distrukturkan dalam negara kita. Sejarah telah berulang menunjukkan bahawa kuasa tidak perlu berniat jahat untuk menjadi bahaya.
Kuasa tidak merosakkan dalam sehari. Ia rosak secara perlahan-lahan melalui masa, melalui ketidaktergantian. The greater the power, the more dangerous the abuse, dengan izin.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Apabila kepimpinan kekal tanpa had masa, institusi tidak lagi berpaksikan prinsip tetapi mula berpaksikan individu, pembaharuan tidak lagi menjadi keperluan tetapi sekadar pilihan. Dan sinilah pentingnya pindaan ini. Ia memperkenalkan satu sempadan Perlembagaan yang jelas― 10 tahun. Ia bukan menghalang seseorang daripada terus berkhidmat kepada negara. Ia hanya memastikan bahawa jawatan kuasa eksekutif tertinggi tidak boleh dipegang tanpa had masa.
Di dalam dunia demokrasi yang matang, had tempoh kepimpinan bukan lagi sesuatu yang kontroversial. Ia adalah satu pengiktirafan bahawa kepimpinan mesti direjuvenisasikan supaya demokrasi kekal segar, dinamik dan relevan. Sistem tidak boleh bergantung kepada keabadian seseorang individu. Sistem mesti mampu berdiri sendiri secara independent. Jadi, persoalan yang kita perlu tanyakan kepada diri sendiri adalah jelas― adakah kita benar-benar percaya bahawa seseorang harus dibenarkan memerintah tanpa had masa?
Tengok Pulau Pinang. Pulau Pinang telah membuktikan keberanian politik sejak tahun 2018 apabila mengehadkan tempoh jawatan ketua menteri kepada dua penggal melalui pindaan perlembagaan negeri.
Jadi, cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal bukan sekadar pindaan teknikal. Ia adalah pembaharuan institusi yang menguatkan asas tadbir urus negara. Ia menjawab aspirasi rakyat yang mahukan kepimpinan yang bertanggungjawab, tidak terperangkap dalam pengumpulan kuasa tambahan.
Jadi, langkah ini memperkukuh semak dan imbang sambil membina budaya ketelusan. Jadi, seorang Perdana Menteri yang sedar bahawa tempoh terhad akan memimpin dengan rasa tanggungjawab dan juga keutamaan kepada hasil, bukan sekadar tempoh masa.
Ada juga yang bimbang bahawa pindaan ini akan mengganggu kesinambungan pentadbiran. Namun, pindaan ini telah mengambil kira perkara tersebut dengan menyediakan mekanisme pentadbiran sementara. Kerajaan tetap berfungsi sehingga kepimpinan baharu dilantik. Yang terganggu bukanlah pentadbiran negara, yang dihentikan adalah kecenderungan untuk kekal terlalu lama.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Dan kepada mereka yang menyatakan bahawa pindaan ini bermotifkan politik, jika benar ia untuk menyasarkan individu, mengapakah ia dikenakan kepada semua termasuklah yang telah berkhidmat sebelum ini? Jika benar ia melemahkan kepimpinan, mengapa kesinambungan pentadbiran dilindungi? Jika benar ia mengukuhkan kuasa, mengapakah kita secara sukarela mengehadkannya?
Pindaan ini bukan usaha untuk melemahkan kuasa eksekutif tetapi untuk mematangkannya. Kepimpinan yang memahami had tempohnya adalah kepimpinan yang memahami amanah. Ia tahu bahawa kuasa adalah tanggungjawab, bukan hak milik. Jadi, pindaan ini tidak melemahkan Malaysia. Ia memperkukuh masa depan negara.
Jadi, jika kita benar-benar percaya bahawa demokrasi mesti kekal hidup dan tidak sekadar bertahan, maka kita mesti menyokong satu sistem di mana tiada siapa yang menjadi terlalu lama dan tiada siapa yang menjadi terlalu penting untuk digantikan.
Kuasa mesti sentiasa berkhidmat kepada rakyat, bukan untuk berdiri di atas rakyat tetapi bersama rakyat.
Dengan itu, Bukit Bendera menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput Rantau Panjang.
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana turut memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2026 iaitu mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri.
Daripada pindaan Perlembagaan 2026 ini, di mana kita dapati had maksimum 10 tahun agregat tempoh jawatan Perdana Menteri dihadkan sama ada secara terusan atau tidak, dan begitu juga pemberhentian automatik Kabinet. Apabila Perdana Menteri mencapai had 10 tahun, seluruh Jemaah Menteri turut terhenti jawatan serta-merta. Dan begitu juga iaitu di inti patinya berkaitan dengan caretaker government, iaitu di mana Perdana Menteri dan Menteri hanya menjalankan tugas pentadbiran harian sehingga pelantikan baru dibuat.
Ini adalah satu perubahan falsafah yang besar dalam sistem negara kita. Saya ingin tahu, apakah kewajaran kuat kuasa ini dilaksanakan dalam tempoh perkhidmatan yang telah dilaksanakan? Sebab, pindaan ini sepatutnya dilihat sebagai dasar yang mana individu tertentu tidak seharusnya dimotifkan, terutama apabila meletakkan pengiraan tempoh retroaktif ini iaitu di mana tempoh perkhidmatan sebelum pindaan ini berkuat kuasa akan diambil kira dalam pengiraan 10 tahun. Jadi, apa tujuan pindaan ini dibuat?
Saya ingin tahu juga berkaitan dengan risiko fenomena lame duck yang mana potensi kehilangan pengaruh politik dan ketentuan pelaburan pada tahun-tahun akhir tempoh jawatan. Jadi, macam mana kah mekanisme yang akan ditangani oleh kerajaan bagi berdepan dengan tempoh tahun yang kesembilan, tahun yang ke-10 di mana pelabur mungkin menangguhkan keputusan pelaburan dan ahli politik pula mula berkempen lebih awal untuk merebut kuasa. Ini jangkaan yang mungkin akan berlaku.
Dan begitu juga saya ingin penjelasan berkaitan dengan garis panduan yang jelas berkaitan dengan had kuasa pentadbiran harian untuk mengelakkan wujudnya ruang kelabu yang seharusnya ketetapan yang ada iaitu melarang kerajaan sementara daripada membuat keputusan dasar besar, meluluskan kontrak yang bernilai tinggi serta membuat pelantikan penting dalam tempoh caretaker government. Jadi, saya ingin tahu sejauh mana perkara ini disyaratkan dan apa panduannya, apa had masanya. Sebab, tidak ada dijelaskan dengan jelas dalam akta ini.
Dan kita ingin tahu juga sejauh mana pandangan Majlis Raja-Raja diambil kira selaras dengan Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan. Apakah telah mendapat perkenan duli tuanku? Sebab, kita tidak nak meletakkan institusi raja berada dalam keadaan tertekan dengan tempoh had masa yang ditentukan untuk melantik kepimpinan baru kerajaan. Dan apa jaminan supaya tidak berlaku salah guna kuasa dan tidak wujud demokrasi yang berwajahkan kawalan dalam pindaan ini?
Dan kita ingin penjelasan juga bagaimana sekiranya seorang Perdana Menteri itu yang kalau diambil rekod sebelum ini dia sudah memegang jawatan Perdana Menteri lapan tahun, apabila dikira hitungan agregat 10 tahun, maknanya dia hanya ada dua tahun, sedangkan dia hanya baru dipilih oleh rakyat menjadi Perdana Menteri. Dan bagaimanakah dia terpaksa bersara secara automatik kerana dia sudah ada tempoh lapan tahun sebelum ini. Sebab, dalam akta ini meletakkan supaya tempoh itu berkuat kuasa diambil kira dengan hitungan sebelum ini. Jadi, saya ingin tahu, bagaimanakah perkara ini akan dilaksanakan?
Begitu juga saya ingin penjelasan, bagaimana sekiranya Perdana Menteri yang tamat tempoh bertugas sebagai Perdana Menteri, sekiranya berlaku bencana ataupun perang dalam suasana yang tak menentu, berlakunya darurat dan sebagainya, wujudnya vakum kerajaan dan yang sudah expired date, macam mana dalam suasana begini menyebabkan pelantikan baru mungkin tidak mengizinkan untuk dilaksanakan dalam masa yang segera? Jadi, macam manakah pelaksanaan ini akan dilaksanakan terutama sekiranya melibatkan isu-isu besar negara?
Jadi, saya harapkan persoalan-persoalan ini hendaklah diperjelaskan supaya tidak timbul kekeliruan. Sebab, sekiranya Perlembagaan atau pelaksanaan undang- undang ini, sekiranya tidak ada panduan yang jelas, prinsip yang jelas dan tuntas dan dilaksanakan secara gopoh, sudah tentu dia akan memberi risiko yang besar dan impak yang besar kepada negara.
Itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Hari ini kita tidak membahaskan perkara kecil, kita membahaskan asas struktur kuasa negara.
Cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun adalah reformasi institusi yang jelas, tegas dan berprinsip.
Rang undang-undang ini memasukkan fasal (2A) ke dalam Perkara 43 bagi menetapkan bahawa seseorang yang dilantik sebagai Perdana Menteri tidak boleh memegang jawatan melebihi tempoh agregat 10 tahun. Ini soal sistem. Ini soal memastikan tiada seorang pun, walaupun sehebat mana, tak boleh memegang kuasa eksekutif terlalu lama.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Namun, apa yang kita dengar daripada sebahagian pembangkang, mereka cuba gagalkan pindaan ini dengan pelbagai alasan. Ada yang mengikatnya dengan isu Menteri Kewangan, ada pula yang menuduh kononnya pindaan ini menghakis kuasa Yang di-Pertuan Agong. Saya katakan di sini dengan tegas, hujah ini lemah dan bersifat politik sempit.
Pertama, dakwaan bahawa had tempoh ini menghakis kuasa Yang di-Pertuan Agong adalah langsung tidak berasas sama sekali. Kuasa melantik Perdana Menteri di bawah Perkara 43(2) kekal sepenuhnya pada Seri Paduka. Pindaan ini tidak memindahkan kuasa itu kepada Parlimen, tidak memindah kuasa kepada parti politik, tidak ke mana-mana individu. Yang kita lakukan hari ini hanyalah menetapkan satu syarat masa sebagai sebahagian daripada kerangka Perlembagaan. Sama seperti syarat umur, kelayakan seperti Ahli Dewan Rakyat dan keperluan mendapat kepercayaan majoriti.
Dalam sistem Raja Berperlembagaan, perlembagaan ialah undang-undang tertinggi. Apabila perlembagaan menetapkan had, ia bukan mengurangkan kuasa raja, ia menjelaskan kerangka pelaksanaannya. Apabila pembangkang mengatakan had tempoh ini menghakis kuasa Agong, bermakna pembangkang tidak memahami konsep Raja Berperlembagaan itu sendiri.
Kedua, saya ingin bertanya kepada pembangkang. Jika benar mereka mempertahankan institusi raja, mengapa mereka tidak melihat bahawa had tempoh ini sebenarnya mengukuh peranan Seri Paduka? Setiap kali berlaku peralihan selepas 10 tahun, kuasa melantik Perdana Menteri baru kembali dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong. Peranan baginda menjadi lebih aktif dan lebih berkala, bukan semakin terpinggir.
Saya menyeru kepada pihak pembangkang supaya menyokong pindaan Perlembagaan yang akan mengukuhkan peranan Seri Paduka. Jangan derhaka, jangan membangkang demi membangkang.
Ketiga, mengikat sokongan kerana pindaan ini dengan isu pemisahan jawatan Menteri Kewangan adalah taktik yang jelas untuk melengah dan mensabotaj reformasi.
Had tempoh ialah prinsip struktur jangka masa panjang. Susunan portfolio Kabinet adalah soal pentadbiran semasa. Mengapakah satu reformasi besar perlu dijadikan tebusan kepada perbahasan lain? Jika benar pembangkang komited kepada had kuasa, sokonglah had 10 tahun tanpa syarat. Jika tidak, jangan berselindung di sebalik alasan teknikal.
Tuan Yang di-Pertua, fasal (4A) hingga (4D) akan— yang dicadangkan juga memastikan kestabilan pentadbiran Perdana Menteri yang tamat tempoh tetap menjalankan fungsi terhad sehingga pelantikan baru dibuat. Ini bukan pindaan gopoh, ini pindaan yang dirangka dengan mengambil kira kesinambungan kerajaan dan kepentingan negara.
Pembangkang harus jujur kepada rakyat. Jika mereka menolak had 10 tahun, katakan dengan jelas bahawa mereka tak setuju dengan had kuasa. Jangan cipta naratif palsu kononnya kuasa raja terancam. Jangan alihkan isu kepada perkara lain. Rakyat hari ini semakin matang, mereka lihat dengan jelas siapa yang benar-benar mahu memperkukuhkan institusi, siapa yang lebih selesa dengan ruang kuasa tanpa apa-apa had.
Had 10 tahun bukan hukuman kepada mana-mana pemimpin. Ini adalah perlindungan kepada negara. Ia mengelakkan pemusatan kuasa yang terlalu lama. Ia membuka ruang pembaharuan kepimpinan yang menguatkan keyakinan bahawa sistem kita lebih besar daripada mana-mana individu.
Jika pindaan ini gagal, ia bukan kerana prinsipnya salah. Ia gagal kerana ada pihak yang memilih untuk meletakkan syarat tambahan demi percaturan politik jangka pendek. Sejarah akan mencatat siapa yang menyokong had kuasa secara konsisten dan siapa akan menentangnya atas alasan yang berubah-ubah.
Tuan Yang di-Pertua, ini bukan masa politik untuk bermain. Ini masa untuk menunjukkan keberanian politik. Jika kita benar-benar percaya kepada semak dan imbang, kepada tadbir urus yang baik, kepada pengukuhan institusi Raja Berperlembagaan, maka sokonglah pindaan ini. Jangan kita sia-siakan peluang bersejarah ini. Apabila rakyat bertanya siapa yang sokong had kuasa dan siapa menghalangnya, jawapannya akan kekal tercatat dalam Hansard Dewan ini.
Dengan ini, Kampar menyokong. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya menjemput Puchong.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Terima kasih Tan Sri Speaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan pindaan Perlembagaan yang begitu penting ini. Puchong menyokong penuh pindaan ini atas tiga sebab utama. Tetapi sebelum saya pergi lebih jauh lagi, saya ingin mengupas satu hujahan yang di mana YB Pendang dan juga YB-YB yang lain yang katakan hujahan lame duck Perdana Menteri itu.
Saya anggap kita perlu tengok tempoh had ini kepada two sides of the coin. Pada satu adalah fokus kepada di mana orang-orang, pemimpin-pemimpin akan fokus kepada successor, kepada pemimpin seterusnya. Tetapi the other side of the coin ialah orang yang— Perdana Menteri akan berani untuk membuat keputusan yang tidak popular.
Yang ini kerana dia sudah tidak risau sama ada dia akan terus berkuasa. Oleh itu, saya rasa had tempoh ini bukan satu lame— tak akan create satu lame duck Prime Minister tetapi satu Prime Minister encourages dan yang akan nak tinggalkan legasi politik dia.
Tan Sri Speaker, kita kembali kepada tiga sebab utama kenapa Puchong ingin sokong pindaan ini. Yang pertama, pindaan ini membantu mencegah skandal mega yang berkali-kali menghantui negara kita. Sejarah telah menunjukkan bahawa absolute power corrupts absolutely. Apabila seseorang pemimpin berada di puncak terlalu lama, mereka boleh membina rangkaian entrenched interest yang menguasai kontrak-kontrak kerajaan.
Walaupun YDPA boleh melantik Prime Minister, Perdana Menteri berdasarkan sokongan majoriti, tetapi kita perlu tanya adakah majoriti tersebut dibina melalui politic patronage kerana seseorang boleh menjadi pemimpin selama tak ada had, maka politic patronage itu sangat senang untuk dibuat.
Selain itu, kalau ada wujudnya tanggapan bahawa pemimpin tersebut akan berkuasa selama-lamanya dan menjadi pemutus utama dalam lantikan jawatan-jawatan utama institusi semak dan imbang seperti SPRM, Ketua Audit Negara, Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan badan kehakiman, ini akan meningkatkan risiko di mana institusi-institusi ini akan dikompromi dan tunduk kepada pemimpin supremo ini.
Oleh itu, dengan had 10 tahun ini, kita boleh memastikan tiada sesiapa pun yang merasa sendiri untouchable atau lebih besar daripada undang-undang. Bagi Puchong, had tempoh Perdana Menteri tidak menyekat kuasa raja, ia menyekat kuasa ahli politik.
Ia menghalang mana-mana individu daripada menjadi lebih berkuasa daripada institusi negara sekali gus memelihara kesucian dan kedaulatan Raja Berperlembagaan itu sendiri.
Tan Sri Speaker, sebab kedua, Puchong menyokong pindaan ini ialah kita perlu — sudah tiba masanya Malaysia mengalih politik kita dan pentadbiran kerajaan di Malaysia daripada personality-centric kepada institution-centric. Good leaders come and go or they will change but good institutions remain. Hanya institusi yang baik dan kukuh yang akan memberi impak berpanjangan kepada negara.
Jika seseorang pemimpin boleh memegang kuasa tanpa had, fokus beliau mungkin lebih cenderung kepada bagaimana untuk membina personanya supaya boleh terus berkuasa. Sebaliknya apabila terdapatnya had, mereka akan tumpu perhatian kepada apakah legasi yang mereka akan tinggalkan selepas 10 tahun melalui reformasi institusi, pindaan undang-undang dan juga dasar kerajaan.
Dan kalau ada had masa, terdapat juga urgency untuk merealisasikan harapan dan visi beliau di negara ini. Tan Sri Speaker, sebab ketiga Puchong sokong pindaan ini adalah mengenai dinamik kepimpinan. Kita perlu fresh blood dan idea-idea baru. 10 tahun adalah tempoh yang sangat mencukupi untuk mana-mana pemimpin untuk menterjemahkan visi mereka.
Kalau kita lihat Indonesia, selepas era reformasi, mereka menetapkan had 10 tahun. Hasilnya, peralihan kuasa dari Susilo Bambang Yudhoyono ke Jokowi berjalan dengan lancar dan ekonomi mereka tidak turun tetapi melonjak tinggi kerana pelabur yakin kepada kestabilan sistem dan bukan bergantung kepada satu-satu individu.
Puchong berpendapat bahawa pemimpin yang benar-benar hebat bukan pemimpin yang berkuasa selama-lamanya tetapi pemimpin yang berjaya menyediakan succession plan yang mantap.
Seterusnya, Tan Sri Speaker, saya nak menyentuh sikit apa yang saya sokong dengan klausa ini. Saya rasa saya sokong penuh klausa yang sangat penting dalam pindaan ini iaitu pindaan ini 10 tahun ini adalah sama ada secara berturut-turut atau sebaliknya.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Ini adalah sangat penting supaya kita menutup sebarang bottleneck di mana— or loophole ya, di mana pihak cuba menggunakan pemimpin proksi. Kalau kita boleh berturut-turut ataupun selain satu pemimpin dia boleh buat 10 tahun, lapan tahun, lepas itu kalau adalah berturut-turut, dia akan kosongkan lima tahun. Bagi proksi, lepas itu balik berkuasa. Oleh itu, apa pindaan ini, wording yang digunakan oleh pindaan ini saya sangat sokong supaya 10 tahun itu adalah bersifat mutlak. Itu sahaja yang saya ingin bangkitkan dan Puchong mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya Putrajaya.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Terima kasih, Tan Sri Speaker. Pertama sekali kita berada di sini pada hari ini membahaskan satu rang undang-undang penting kerana ianya melibatkan pindaan kepada perlembagaan negara. Pagi tadi saya mendengar hujahan yang diberikan oleh Yang Berhormat Kota Bharu berkaitan perkara-perkara teknikal tentang perlembagaan yang menyentuh kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam konteks pelantikan Perdana Menteri.
Jika diteliti perkara ini, saya nak sentuh satu perkara sahaja dan saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, iaitu Perkara 38(4). Disebut di sini bahawa "tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja." Dan saya mahu direkodkan di Dewan ini, jawapan daripada Yang Berhormat Menteri.
Adakah rang undang-undang ini telah dibentang dan mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja sebelum dibawa ke Parlimen? Sekiranya ini tidak dilakukan, saya mohon justifikasi, mengapa pihak kerajaan tidak berbuat demikian. Kerana sepertimana yang disebut dalam Perkara 38(4), perkara yang kita bincangkan pada hari ini, pindaan yang kita bincangkan pada hari ini adalah menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan serta atau kebesaran raja-raja di Malaysia ini. Jadi, saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan perkara tersebut.
Yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, poin kedua yang saya ingin sentuh adalah berkaitan dengan hujahan yang digunakan oleh kerajaan dalam memberi justifikasi kepada pengenalan rang undang-undang ini. Dan kita tengok tadi ramai yang berhujah bahawa pengehadan jumlah jawatan kepada 10 tahun ini bertujuan untuk mengelakkan pemusatan kuasa ataupun penumpuan kuasa kepada individu-individu tertentu jika kekal sebagai Perdana Menteri untuk satu tempoh yang panjang.
Secara umumnya, saya secara umumnya menerima yang asas bahawa bila dipendekkan tempoh, boleh mengekang sedikit sebanyak pemusatan kuasa. Namun begitu, saya ingin ingatkan bahawa jika kita lihat skandal kewangan yang paling besar dalam sejarah dunia. Antara skandal kewangan yang paling besar dalam sejarah dunia iaitu skandal kewangan 1MDB. Dan jika kita lihat, teliti satu persatu kronologi kes melibatkan 1MDB ini, kita boleh lihat bahawa ia nya berlaku dalam tempoh belum pun sampai lima tahun Perdana Menteri pada waktu itu memegang jawatan.
Jadi, apa yang paling penting kita kena faham di sini, bahawa mengehadkan pada tempoh 10 tahun dengan mengharapkan kita mendapat satu sistem yang baik dan dapat mengelakkan apa yang berlaku sepertimana berlaku pada 1MDB dahulu tidak lagi berlaku merupakan satu prinsip atau asas yang, yang, yang agak longgar. Sebab itu saya amat bersetuju apabila saya melihat kembali satu dokumen yang diberi nama Buku Harapan: Membina Negara Memenuhi Harapan. [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Ini Buku Harapan yang dilancarkan sebelum Pilihan Raya Umum 2018, di muka surat 37. Disebut bahawa— antara perkara yang disebut bahawa tempoh jawatan Perdana Menteri akan dihadkan kepada dua penggal sahaja. Ini bukan dua penggal tetapi 10 tahun. Dan poin yang seterusnya, Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan Menteri lain, terutama jawatan Menteri Kewangan. Ini dinyatakan dalam buku Pakatan Harapan sendiri.
Satu dah sedang dibuat dan saya nak tanya di sini, mengapa kerajaan dah tahu sejarah apa yang berlaku pada sistem negara, apabila Perdana Menteri terlalu berkuasa, di mana apabila Perdana Menteri turut menjadi Menteri Kewangan, risikonya terlalu besar. Tak kira lah siapa Perdana Menteri, saya tak nak kata Tambun ke, siapa- siapa sahaja dalam konteks tersebut, terdedah kepada risiko yang amat-amat besar.
Dan sejarah telah membuktikan perkara ini dan pihak Pakatan Harapan pun ramai saya ingat Pandan, Segambut pernah membangkitkan bahawa Perdana Menteri tidak boleh menjadi Menteri Kewangan. Dalam konteks yang kita faham ini, kita tahu mudaratnya cukup besar. Jadi, saya nak tanya pada kerajaan, mengapa tidak dimasukkan sekali kalau betul-betul nak mengurangkan pemusatan kuasa, maka masukkan sekali untuk memastikan supaya Perdana Menteri tidak menjadi Menteri Kewangan.
Kenapa begitu sukar untuk dibuat demikian? Dah janji lama, kenapa dalam keadaan kita membuat pindaan ini, tidak mengambil kesempatan? Jadi, saya mohon penjelasan berkaitan dengan perkara itu dan ingatlah, bahawa kita di sini bersama-sama ingin membina sebuah negara yang jauh lebih baik untuk anak cucu kita dan kita belajar apabila Perdana Menteri turut menjadi Menteri Kewangan dan dengan adanya Akta Perolehan Kerajaan yang memberi kuasa cukup besar kepada Menteri Kewangan, kita mendedahkan sistem kenegaraan kita pada satu risiko yang amat tinggi, yang mana kita telah melalui satu pengalaman pahit sewaktu kita menangani krisis 1MDB. Sekian, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Gombak.
Datoʼ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Terima kasih Tan Sri Speaker dan terima kasih kerana Gombak diberikan peluang untuk terlibat dalam sejarah, dalam usaha kita untuk meminda Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2026 berkenaan dengan tempoh memegang jawatan, kuasa Perdana Menteri dalam tempoh 10 tahun.
Gombak menyokong usaha kerajaan untuk membuat perubahan begitu besar dan antara yang paling penting, Yang Amat Berhormat Tambun menjadi Perdana Menteri pada bulan November 2022. Pindaan kepada Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan ini adalah bukti terbaru komitmen kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada proses reform yang terkait dalam sudut ekonomi serta struktur negara.
Sebelum ini, Dewan telah meluluskan beberapa pindaan yang penting.
Antaranya Akta Perkhidmatan Parlimen yang telah hilang sekian lama. Kedua, mengembalikan kebebasan pergerakan dan aturan Dewan sebagaimana yang telah mula kita nikmati dan kita rasai. Kemudian kita ada Fiscal Responsibility Act ataupun Akta Kebertanggungjawaban Fiskal ,di mana usaha supaya negara lebih cermat dan berhati-hati dalam mengurus hal ehwal kewangan negara.
Daripada sudut ekonomi pula, kita dapat lihat bagaimana kerajaan melaksanakan beberapa pensasaran subsidi walaupun mendapat pertimbangan dan juga mendapat peroleh dan mendapat bantahan daripada pelbagai pihak. Namun begitu, kesannya kita dapat rasai dan kita nikmati pada hari ini. Begitu juga berapa pelan induk yang telah dikemukakan seperti Pelan Induk Perindustrian Baru 2030, juga NETR dan beberapa hala tuju yang dibangkitkan oleh pihak kerajaan.
Ahli Yang Berhormat, saya dapat melihat, secara sejarahnya sejak daripada tahun 1951 apabila Amerika Syarikat mula menetapkan secara formal two-term policy ini disebabkan oleh kemenangan FDR Roosevelt. Sebelum itu, Washington hanya mengadakan hal ini dalam bentuk convention ataupun dalam bentuk amalan biasa.
Tetapi apabila FDR memenangi secara empat penggal berturut-turut, ia telah melahirkan satu kebimbangan kepada pemikir politik Amerika bahawa akan berlaku pemusatan kuasam lalu muncullah two- term policy yang telah dimuktamadkan dalam Perlembagaan Amerika Syarikat.
Dalam sejarah negara kita Yang Berhormat, apabila saya semak dan semak- semak, rupanya daripada tahun 99, pelbagai parti telah mensasarkan atau mengemukakan two-term policy ini. PAS ketika bersama barisan alternatif tahun 99, mengemukakan dasar supaya pada waktu itu diadakan had dua tahun ataupun dua penggal pemerintahan Perdana Menteri untuk mengelakkan sejarah Perdana Menteri yang terlalu lama, yang seolah-olah boleh menguasai segala-galanya.
Pada tahun 2004, ketika DAP tidak bersama dengan barisan alternatif, dengan KEADILAN saja, PAS juga setuju supaya had two-term Perdana Menteri ditetapkan. Dan pada tahun 2018, ketika BERSATU bersama dengan KEADILAN dan juga DAP, dan juga MUDA—ah, masa itu MUDA tak ada lagi. Kita juga telah menetapkan bahawa adanya two-term policy dan tahun 2019, kerajaan pada PH 1.0 telah membawakan bentangan usul itu sebelum Kota Bharu menangguhkan pada tahun 2020 selepas Sheraton Move untuk satu kajian yang menyeluruh.
Ahli Yang Berhormat sekalian, maknanya pada hari ini, kerajaan meneruskan satu proses yang panjang. Sejak gesaan daripada tahun 99, tahun 2004, tahun 2018, tahun 2019. Dan kena ingat, Pagoh pernah menawarkan kepada PH, selepas UMNO dan Barisan Nasional tarik balik sokongan kepada Pagoh, antara tawaran daripada Pagoh ialah untuk kembalikan two-term policy di dalam pentadbiran kerajaan. Jadi, pada hari ini Yang Berhormat, tidak ada usul-usul ataupun perkara yang pelik apabila usaha kita untuk mengehadkan tempoh pentadbiran Perdana Menteri dalam tempoh dua tahun kerana semua parti yang saya rasa mempunyai pengalaman.
Datoʼ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Beza dia apa? Beza dia, kita buat dan kita tak tangguh kerana kita nak laksanakan reform untuk masyarakat dan rakyat yang ada pada hari ini.
Isu kedua yang selalu dibangkitkan di dalam sidang ini adalah tentang pemusatan kuasa dalam bentuk yang lain, iaitu bagaimana kuasa Perdana Menteri bersama dengan Menteri Kewangan. Juga sebagaimana disebut oleh sahabat saya daripada Putrajaya sebentar tadi. Saya percaya langkah yang kita buat ini adalah langkah pertama dan langkah-langkah susulan itu boleh diteruskan oleh Tambun.
Dan Tambun membuktikan dengan beberapa track record kita― dasar tentang Akta Parlimen, dasar kebertanggungjawaban fiskal dan sekarang dasar had dua tahun ataupun dua penggal ini. Saya percaya Perdana Menteri kalau diberikan penggal yang kedua nanti, kita boleh tamatkan dan kita boleh laksanakan reform menyeluruh, termasuk memisahkan kuasa Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan sebagaimana yang disebut.
Tetapi, kita juga kena lihat tentang beberapa keadaan. Keadaannya, kita sedang ingin pulih daripada proses pemulihan selepas pandemik. Dan natijah daripada pemusatan kuasa yang disebut oleh rakan-rakan daripada opposition pada hari ini tidak menunjukkan peristiwa-peristiwa dan peristiwa yang buruk ataupun keadaan-keadaan yang buruk. Antaranya, Ringgit makin mengukuh, ekonomi makin baik. Walaupun ada pemusatan kuasa, tapi saya percaya had tertentu perlu ditetapkan tapi pada waktu ini, kita perlu untuk...
[Tidak jelas] Perdana Menteri dengan Menteri Kewangan kerana result-nya adalah result yang baik kepada masyarakat dan rakyat.
Jadi, terima kasih. Saya ada masa beberapa saat, Yang Berhormat. Saya tahu bahawa ini sejarahnya cukup panjang. Rakan-rakan di sana pernah mengusulkan, pernah bersama-sama dengan kita usulkan. Mari sama-sama kita lakukan reform untuk sejarah dalam negara kita. Terima kasih...
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Bukit Gelugor.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi saya peluang untuk menyertai perbahasan yang cukup bersejarah ini. Satu pindaan yang dicadangkan yang konsisten dengan reformasi yang telah pun dijanjikan oleh kerajaan ataupun unity government, terutamanya Pakatan Harapan.
Dan kita lihat bahawa ini bukannya kali pertama bahawa pindaan sebegini telah pun dibuat. Ini telah pun berlaku di Pulau Pinang, di mana isu ataupun pelaksanaan dua penggal ini diamalkan, di mana sejak November 16, 2018 apabila Artikel 7 di dalam Perlembagaan Pulau Pinang telah pun dipinda pada masa itu. Ini menunjukkan bahawa ini merupakan amalan yang telah pun tested and proven di negeri yang lain, yang boleh dilaksanakan di peringkat Persekutuan juga.
Dan seperti yang telah pun dikatakan oleh rakan saya dari Gombak tadi, ini bukannya satu perkara yang baru. Ini perkara yang telah pun disokong oleh pihak parti PAS dulu sejak 99, kalau tak silap saya, ataupun awal 2000-an. This is nothing new. Jadi, saya ingin menyeru agar semua Ahli Parlimen di Dewan ini menyokong pindaan ini yang sudah memang kita perlu ingat, ia nya mempunyai banyak kebaikan.
Antaranya, memandangkan terdapatnya masa ataupun tempoh yang terhad, terdapat kebarangkalian yang tinggi bahawa seorang Perdana Menteri itu akan menetapkan beberapa polisi dasar-dasar yang tertentu dan spesifik supaya dasar-dasar tersebut akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat.
Keduanya, sudah tentunya kita akan mendapat satu succession plan yang baik, di mana the successor ataupun seorang Perdana Menteri akan kebarangkalian yang tinggi akan meneruskan dengan polisi-polisi dan dasar-dasar his predecessor. Kita perlu ingat, Tuan Speaker, bahawa Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad dalam tempoh pertamanya telah pun menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Ini merupakan satu penggal yang amat luar biasa, amat panjang di mana semasa tempoh tersebut, terdapat banyak kontroversi semasa pentadbiran beliau pada masa tersebut.
Yang harus kita ingat, judicial crisis yang telah pun berlaku dalam tahun 1988.
Ini merupakan satu perkara yang mungkin ataupun, dalam pandangan saya, saya yakin tidak akan berlaku sekiranya terdapatnya term limit pada masa tersebut oleh kerana tiada keperluan untuk ia nya berlaku pada masa tersebut.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Bukit Gelugor, penjelasan. Boleh?
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Cepat.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ringkas sahaja. Saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Bukit Gelugor tersebut. Cuma, apa yang dikatakan tadi, 22 tahun, tiada satu kes pun di mahkamah. Tetapi, dua penggal sebagaimana yang berlaku di Penang, ada kes terowong. Apa pandangan Jelutong? Apa pandangan Bukit Gelugor berkenaan hal tersebut?
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Apa soalan dia?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apa kena mengena dengan kes terowong? Apa kena mengena?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
22 tahun Tun Mahathir jadi Perdana Menteri, tiada satu kes pun. Rasuah ke, apa ke, berlaku, didakwa di mahkamah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Banyak. Salah guna kuasa banyak.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tapi dua penggal, dua penggal di Pulau Pinang, ada kes perbicaraan terowong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dia guna ISA tangkap.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Eh, apa itu Jelutong? Apa pandangan Bukit Gelugor? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Ini bukannya berkenaan kes. Ini berkenaan keyakinan. Kita lihat dalam masa 22 tahun pada masa Dr.
Mahathir menjadi Perdana Menteri, terdapat banyak kontroversi yang berbangkit pada masa itu. Ini merupakan― inilah sebabnya kita perlu akur. We have to remember, kita kena ingat, Tuan Speaker, bahawa absolute power corrupt. Dan sekiranya diberi masa yang terlalu lama, maka terdapat kemungkinan besar ataupun lebih tinggi bahawa skandal-skandal tersebut akan berlaku, seperti yang telah pun berlaku dalam tahun 1988, yang mana krisis kehakiman ataupun judicial crisis telah pun berlaku.
Saya tidak ada banyak masa remaining, Tuan Speaker, tapi saya ingin mencadangkan bahawa walaupun saya telah pun menyatakan di sini bahawa ini merupakan satu pindaan yang baik. Semangat di belakang pindaan ini adalah untuk memastikan ataupun mengelakkan abuse of power. Saya ingat itu adalah satu perkara yang kita semua boleh bersetuju.
Dan sama ada semangat tersebut juga akan diteruskan ataupun dikenakan, dilaksanakan terhadap ketua-ketua lain seperti Ketua MACC, di mana tempohnya juga sepatutnya dihadkan. Kita lihat Azam Baki sekarang ada banyak pertikaian berkenaan dengan pelantikan beliau. Sama ada ia nya akan dilanjutkan tempohnya untuk the fourth term. Ini semuanya perkara-perkara yang harus dikaji oleh kerajaan supaya kita boleh konsisten dengan semangat di belakang pindaan-pindaan di dalam pindaan perlembagaan ini.
Akhirnya, Tuan Speaker, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan dalam melaksanakan reformasi yang bersejarah ini. Saya menyokong. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, sebelum diteruskan― sebab tadi saya bertanya soalan tergantung ya. Jadi, Menteri Luar ada di sini. Nama pengadu ialah Dr. Maryam Abdul Rashid. Alamat tempat tinggal― Building 55, Floor 2, Apartment 6, Block 11, Street 3, Salwa, Kuwait. Dia telah menelefon 03-88874769. Masa luar pejabat telefon, tak angkat. Masa di waktu pagi, tak angkat dan seterusnya, tidak angkat. Dan dia berada dalam keadaan kritikal kerana diarahkan duduk di rumah.
Mereka disuruh beli barang-barang keperluan tapi supermarket, barang dah habis. Jadi, dia mengadu kepada keluarga di sini dan saya sampai kepada Yang Berhormat bahawa kita minta supaya talian kita itu, cari jalan untuk dijawab kerana orang berkeperluan tentang peperangan yang berlaku di sana.
Yang nombor dua, Tan Sri. Contoh― Menteri ya, saya akan bagi maklumat penuh kejap lagi. Contoh yang kita bagi ini, dia sebab berlaku sesuatu peristiwa, dia berlaku contoh. Tadi Gombak sebut, di Amerika Syarikat, bila Presiden Roosevelt pegang empat penggal, maka pada tahun 1947 dibincang, 1951 baru dicadangkan dua penggal. Dibincangkan benda itu.
Di Indonesia, selepas authoritarian government selama 20 tahun lebih, lepas itu dicadangkan dua penggal. Kemudian, di Korea Selatan, Presiden Park Chung Hee yang telah ditembak mati pada tahun 1979. Selepas itu, pada tahun 1987, melalui suara rakyat, dicadangkan hanya lima tahun.
Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, berhubung dengan tempoh masa, kita― 10 tahun itu, kalau nak kira, okey, jangka masa yang panjang juga sewajarnya.
Kita ambil contoh dalam sejarah. Pemerintahan Umar Abdul Aziz yang Bagan cuba nak ikut tapi tak dapat ikut selama dua tahun lima bulan. Tapi, sampai hari ini, sejarah mengingati satu pemerintahan yang bertaraf Khulafa’ Ar-Rasyidin― Umar Abdul Aziz.
Dua tahun lima bulan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, bagi saya tempoh itu adalah sesuatu masa yang kita dah hadkan tidak ada masalah, tetapi Umar Abdul Aziz, dua tahun lima bulan telah memecah rekod sehingga dia digelar salah seorang daripada Khulafa Ar-Rasyidin. Di antara perkara pembaharuan yang beliau bawa ialah beliau menolak keistimewaan diri dan keluarga dalam pentadbiran, reformasi fiskal dan sosial, memulangkan hak rakyat dan mengurangkan cukai yang memberatkan. Batas kuasa walaupun sebagai khalifah, beliau menekankan prinsip semak dan imbang pentadbiran yang berlandaskan syariah.
Yang Berhormat, di sini hari ini kita nak beritahu, kita sokong rang undang- undang ini. Bagus. Terbaik. Tetapi, kita tengok bahawa terdapat perkara-perkara yang perlu dibuat pembetulan. Kita menyokong dengan pindaan. Di antara perkara yang telah saya— pindaan ini ialah yang telah disebut oleh kawan-kawan tadi.
Kalau nak kira-kira Yang Berhormat, kuasa Menteri Kewangan lebih hebat daripada Perdana Menteri. Dia ada sembilan rang undang-undang yang menunjukkan kuasa Menteri Kewangan itu lebih hebat. Kalau orang tanya, tanya saya lah kan nak jadi Menteri Kewangan ke Perdana Menteri? Baik jadi Menteri Kewangan.
Sebab Menteri Kewangan ada lapan rang undang-undang yang punya kuasa yang cukup dahsyat. Di antaranya yang terbaru ialah Rang Undang-undang Perbekalan ataupun Perolehan yang kita baru lulus baru-baru ini mempunyai kuasa yang cukup tinggi kepada Menteri Kewangan. Kemudian rang undang-undang yang ditakuti iaitu RUU bersifat sementara yang memberi kuasa luar biasa kepada Menteri Kewangan.
Contoh sewaktu pandemik dan sebagainya.
Jadi, kuasa Menteri Kewangan lebih hebat. Sebab itu kita pinda Menteri Kewangan, lepas itu kita pinda Perdana Menteri. Kita menyokong dengan beberapa pembaharuan yang perlu dibuat. Tujuan kita ialah untuk mengurangkan penumpuan kuasa. Tetapi yang sebenarnya yang kita nak ialah sistem. Yang ada dalam sistem itu yang perlu dibuat pembaharuan. Had yang kuasa itu datang nombor dua. Sistem ini ialah kuasa yang ada sekarang ini perlu dibuat perubahan. Contohnya, pelantikan institusi utama perlu melalui pengesahan Parlimen. SPR, SPRM, Peguam Negara sebagai contoh.
Kemudian hak kuasa pelantikan politik. Kurangkan pelantikan politik dalam GLC dan juga agensi kerajaan. Ini sistem. Kalau kita buat perubahan sistem, jadi Perdana Menteri tidak ada masalah, dia akan ikut sistem. Tapi kalau kita ubah dua penggal, sistem ini masih berjalan. Masa kuasa Perdana Menteri selama 10 tahun itu, macam- macam dia boleh lakukan. Jadi dengan itu, pada pandangan saya, Ketua Whip ada sini.
Ketua Whip akan bagi pandangan tentang pendirian kami. Kita menyokong dengan pindaan. Jadi, kalau sekiranya tidak dibuat pindaan, kami tak boleh sokong sementara pada hari ini. Jadi, buat pindaan, kita akan menyokong. Tidak ada masalah sebab ini ialah reformasi.
Tapi reformasi ini kita ingat, reformasi yang besar ialah bagi adil kepada Ahli Parlimen, Tan Sri. Ini Ahli Parlimen pun ada dua darjat. Kalau kerajaan, Tan Sri lain.
Kalau kami pembangkang, lain. Dewan Bankuet kami book hari ini. Tapi kami ditolak, dah booked lebih awal dua minggu ditolak kerana kerajaan nak pakai. Jadi, apa beza?
Parlimen ini hak bersama. Ada perbezaan di antara Parlimen dan juga pembangkang.
Buat reformasi itu, hak sama rata, sama rasa di antara semua Ahli Parlimen.
Yang kedua, bagi peruntukan sama rata, sama rasa. Kalau bagi peruntukan hari ini, saya ingat tidak ada masalah untuk kita menyokong beramai-ramai. Tapi kalau kita buat dua darjat— macam pagi tadi, kami menyokong sepenuhnya. Semua orang menyokong dan memberi kepercayaan kepada PMX yang telah yang condemned Amerika dan juga Israel berhubung dengan peperangan dengan Iran.
Kami sokong sebab ini bila menghadapi hal luar, kita akan bersama. Tak ada masalah. Tapi saya menuntut supaya bagilah sedikit keadilan. Jadilah Umar Abdul Aziz di Parlimen ini untuk memberi hak keadilan bersama kepada semua pihak. Terima kasih Tan Sri, itulah pandangan kami iaitu minta buat pindaan sedikit. Kalau tak dapat buat pindaan, kita akan menangguhkan sokongan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Akhir sekali saya jemput Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, salam perpaduan, salam rahmah. Tan Sri Speaker, kalau saya jadi Perdana Menteri, ini bulan puasa ini saya sebut ini, mampus saya tak buat pindaan. Soal berkaitan dengan untuk mengehadkan kuasa Perdana Menteri ini. Sebab, saya jadi Perdana Menteri. Kuasa saya nombor satu. Keistimewaan ada pada saya. Orang akan pandang saya, orang akan lihat saya. Saya diberi keutamaan dalam negara ini. Tapi itu kalau saya. Menteri Agama, itu kalau saya.
Tapi Perdana Menteri kita ini, Yang Amat Berhormat Datoʼ Seri Anwar Ibrahim ni, dia tak fikir keladak dia, dia tak fikir diri dia tetapi dia fikir persoalan berkaitan dengan kehidupan warga dan juga masyarakat rakyat dalam negara kita Malaysia ini. Tadi kita dah dengar dah.
Pemusatan kuasalah, nak mengehadkan. Kalau kita dengar daripada sebelah sana tadi, macam-macam. Nak mengheret Majlis Raja-Raja lah. Nak mengheret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong lah. Kita nak bagi tahu, kita dalam Kerajaan MADANI, Kerajaan Perpaduan ini, institusi raja ini akan kita pertahan dan juga kita perkasakan institusi raja dalam negara kita ini.
Tak timbul persoalan berkaitan dengan nak melantik Perdana Menteri ini kita nak menghakis kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tak benar. Tak betul itu. Sebab syarat nak jadi Perdana Menteri ini, dia mesti dapat 112. Itu simple majority mendapat kepercayaan daripada Ahli-ahli dalam Dewan Rakyat ini. Kalau Pasir Gudang beri kepercayaan kepada saya, kalau Pasir Gudang dia nakkan saya sebagai Perdana Menteri, Tebrau tak sokong saya, contohnya, kemudian Klang pun tak sokong saya, tak boleh. Kita kena dapat 112.
Ini dah kalau kita dengar tadi, Gombak dia pun tadi masalah juga. Sebab saya duduk tulis tadi itu, saya ingatkan point itu saya seorang jer tahu, rupanya Gombak dah cilok saya punya modal. Soal berkaitan dengan pada tahun 1999 dulu, saya dulu ini Arau, ah Arau, saya ini dulu dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tahu. Arau ini baru je lagi. Budak hingusan. Tahu tak? Pada tahun 1999 dulu itu. Tengok. Kota Bharu pun dia tergelak dengar hujahan saya itu.
[Ketawa] Dulu barisan alternatif dulu juga mencadangkan. Tempoh dua penggal 10 tahun ini tak lepas tahun 1919.
Datoʼ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Penjelasan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya tak bagilah Arau.
Datoʼ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Boleh.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sebab saya ini bagi yang akhir.
Saya ini penggulungan.
Datoʼ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Speaker akan bagi masa.
Speaker akan bagi masa.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Bagilah, saya bagilah. Kalau tak bagi nanti kata, kita ini tidak demokratiklah. Kita ini tidak berpihaklah. Masalah peruntukan itu, Arau kena bincang dengan Timbalan Perdana Menteri II tu. Masalah bila tak bincang, tak dapatlah. Ini jadi masalah Arau ini.
Datoʼ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, baiklah, terima kasih. Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat bekas orang PAS, tak cakap macam ini di Parlimen bulan puasa ini. Cakap lembut-lembut, cari jalan nak pujuk kami sokong. Ini kamu bangkit hentam kami, lepas itu kami nak minta kami nak sokong. Nak sokong kat mana Tan Sri? Kena maki kiri kanan. Dah peruntukan tak bagi.
Jadi, cakap elok-elok. Kalau asal orang PAS, jangan mengaku orang PAS kalau cakap macam bukan orang PAS. Orang PAS cakap macam saya. Orang PAS ini macam saya, lemah-lembut dan sentiasa berhati mulia kepada orang. Jadi, saya minta kalau nak suruh kami sokong, cakap lembut-lembut, pujuk kami. Kalau nak hentam, macam mana kami nak sokong?
Yang keduanya, biar Menteri jawab, bukan Yang Berhormat. Yang Berhormat belum apa-apa lagi. Biar Menteri jawab. Yang kami cakap tadi, yang lain.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Bakal. Bakal tak jadi masalah, Arau. Angan-angan tak salah. Saya, nada saya itu, dia keras sikit. Tapi saya tak fitnah.
Tadi kalau saya dengar tadi itu maksudnya, ada Ahli-ahli Parlimen daripada pembangkang sebut, jangan fitnah semasa kempen pilihan raya. Tapi kalau sebut dalam kempen pilihan raya, kalau Pakatan Harapan jadi kerajaan, nanti Cina akan jadi Perdana Menteri. Itu fitnah daripada sebelah sana. Nanti anak-anak kita di sekolah nanti tak boleh pakai tudung, tak boleh pakai baju kurung. Itu fitnah itu. Adakah perkara itu berlaku dalam negara kita pada hari ini? Tak berlaku, Arau.
Sebab itu Arau ni usrah pun baru sekali dua je ini. Dah nak berlagak kononnya duduk lama dalam PAS ini Arau ini. Dulu Arau ini daripada UMNO, Arau. Tak tahulah rumah besar ke rumah kecil dia nak masuk balik ke. Kalau masuk balik, Rembau, Rembau, jangan terima dia Rembau, ini.
[Ketawa] Jangan terima dia Arau ini.
Menteri Luar Negeri - Datoʼ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
[Bangun]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Rembau, silakan. Kalau Rembau, saya bagi laluan. Rembau.
Datoʼ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Speaker, ini bulan puasa.
Hulu Langat ini cakap macam orang tak beriman.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Ya betul-betul, sokong- sokong.
[Dewan Ketawa]
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
[Tepuk]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Bukan tak beriman. Sembahyang terawih tetap, insya-Allah. Tak lapan rakaat, dua puluh rakaat. Witir tiga rakaat, insya- Allah. Subuh tetap dua rakaat lagi, Rembau, insya-Allah. Cuma nak lawan amalan fitnah ini tak betul. Sebab kawan-kawan sebelah sana itu ya lah cakap ini biarlah berdasarkan kepada fakta. Hujah kita lawan hujah. Bukan hujah kita lawan dengan fitnah.
Habis sidang kita boleh balik, Bila balik, duduk di jeti; Pindaan ini sangatlah baik, Kita sokong sepenuh hati.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Jadi, yang sebelah sana tu cakap masa taklimat dekat Dewan tu bukan main lagi itu hari cakap sokong, sokong, sokong. Lepas tu keluar kenyataan pula tidak menyokong. Yalah sebab dia orang dia pun jadi masalah. Nak lantik pengerusi PN pun terpaksa makan berbulan-bulan. Sehingga hari ini pun, Ketua Pembangkang pun kita tak tahu. Tapi saya tengok Ketua Pembangkang, saya nak cadangkan Putrajaya layak untuk jadi Ketua Pembangkang ha ataupun Kota Bharu. Jadi Tuan Sri Speaker, saya menyokong.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Masa dah tamat.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat. Yang Berhormat, Yang Berhormat, kalau...
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Arau lagi, dah lah Arau saya ni beriman.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kalau kami nak sokong, jadi tak jadi sokong.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Tidak, masalah ni memang Arau tak nak sokong.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Seperti Rembau sebut tadi, Yang Berhormat.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Tak apalah, Arau, Arau, Rembau. Rembau ni pun saya ingat macam abang saya jugalah. Dia tu berseloroh dengan saya, tak jadi masalah Rembau tu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Beriman.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Tapi Arau ni baru setahun masuk PAS. Kena kerap masuk usrah lagi ni, Arau ni.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Tan Speaker, saya mohon menyokong dan kita semua menyokong. Terima kasih Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya saya jemput Menteri untuk respons.
Silakan. 20 minit Menteri boleh?
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Terima kasih.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyertai sesi perbahasan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2026 berkenaan dengan cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri.
Perbahasan yang telah berlangsung telah menunjukkan kesungguhan Dewan Mulia ini walaupun di dalam bulan Ramadan tetapi penuh dengan api, dengan pujukan, dengan perlian tetapi yang penting semuanya kerana kita sayangkan negara kita. Jadi, terima kasih kepada semua.
[Tepuk] Sebagaimana semua yang Ahli Yang Berhormat sedia maklum, cadangan hari ini, tempoh jawatan Perdana Menteri ini selaras dengan Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong yang ke-17 masa Istiadat Pembukaan Penggal Ke-5 Parlimen Ke-15 pada 19 Januari 2026 yang secara jelas mengalu-alukan usaha mengehadkan tempoh Jawatan Perdana Menteri sebagai sebahagian daripada agenda memperkukuhkan institusi demokrasi.
Justeru itu, inisiatif ini bukan sahaja berlandaskan prinsip perlembagaan, disiplin tafsiran yang mantap, malah menjunjung titah dan aspirasi Seri Paduka Baginda dalam memperkukuh tatakelola serta integriti sistem pemerintahan negara. Saya amat menghargai pandangan, teguran dan juga cadangan yang dikemukakan, sebahagiannya telah disentuh semasa ucapan pembukaan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, namun izinkan saya menjawab dengan lebih terperinci mengenai isu- isu yang dibangkitkan.
Seramai 41 orang Ahli Yang Berhormat telah membahaskan— Sekijang, Larut, Batu Kawan, Besut, Sri Aman, Masjid Tanah, Kota Melaka, Pasir Mas, Selayang, Indera Mahkota, Bakri, Alor Star, Kota Belut, Kapar, Jelutong, Muar, Tenggara, Machang, Pasir Gudang, Kuala Kurau, Bangi, Pengkalan Chepa, Beaufort, Kangar, Parit Buntar, Rasah, Kuala Krai, Bentong, Pendang, Tampin, Jempol, Kubang Pasu, Bukit Bendera, Rantau Panjang, Kampar, Puchong, Putrajaya, Gombak, Bukit Gelugor, Arau dan tentunya Hulu Langat.
Tan Sri Yang di-Pertua, bagi memastikan perbahasan ini dijawab secara tersusun dan menyeluruh, izinkan saya menjawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat secara berkelompok mengikut isu utama. Pendekatan ini bertujuan memberikan penjelasan terhadap kedudukan perlembagaan, rasional dasar, implikasi institusi serta keselarasan dengan prinsip nilai yang menjadi teras reformasi ini. Izinkan saya juga menjawab mengikut beberapa tema utama supaya setiap persoalan dapat ditangani secara sistematik dan berfokus.
Pertamanya, berkenaan dengan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan kerangka perlembagaan serta kedudukan Majlis Raja-Raja dan prosedur perlembagaan. Ahli-ahli Yang Berhormat, terutama sekali Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Larut dan kemudian diikuti dengan sahabat-sahabat daripada pembangkang iaitu Kota Bharu dan semuanya dan juga daripada pihak kerajaan, telah membangkitkan berkaitan sama ada pindaan had tempoh 10 tahun ini menjejaskan atau mengehadkan kuasa Yang di- Pertuan Agong di bawah Perkara 43(2)(a) dengan budi bicara baginda di bawah Perkara 42A.
Dan persoalannya mengenai kedudukan Majlis Raja-Raja dalam proses pindaan ini khususnya sama ada cadangan had tempoh jawatan Perdana Menteri ini memerlukan pertimbangan atau persetujuan Majlis Raja-Raja selaras dengan Perkara 38 dan Perkara 159 perlembagaan kita.
Yang Berhormat sekalian, pertama sekali dakwaan bahawa pindaan ini menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong adalah tidak tepat dari sudut struktur perlembagaan. Perkara 43(2)(a) memberikan kuasa pada baginda untuk melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda berkemungkinan mendapat kepercayaan majoriti. Pindaan ini tidak menggubal fasal tersebut, tidak memindahkan kuasa pelantikan kepada Parlimen dan tidak mengehadkan pertimbangan baginda dalam menentukan sokongan majoriti. Kuasa ini kekal sepenuhnya. Apa yang dipinda hanyalah kelayakan maksimum seseorang untuk memegang jawatan sama seperti perlembagaan sejak awal menetapkan syarat kelayakan dan tidak kelayakan.
Perkara 43(7) mengehadkan siapa boleh dilantik sebagai Perdana Menteri berdasarkan status kewarganegaraan. Perkara 43(2)(a) sendiri mensyaratkan bahawa Perdana Menteri mestilah seorang Ahli Dewan Rakyat, bererti Dewan Negara tak boleh, yang pada hemat baginda berkemungkinan mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan tersebut. Perkara 48 pula mengehadkan kelayakan sebagai Ahli Parlimen, termasuk dalam keadaan sabitan jenayah tertentu, kebankrapan atau memperoleh kewarganegaraan asing.
Perkara 43(4) pula menyebabkan jawatan Perdana Menteri terhenti jika hilang kepercayaan majoriti. Semua ini adalah had perlembagaan yang mentakrifkan ruang operasi jawatan tetapi tidak pernah dianggap sebagai mengurangkan kuasa baginda.
Kuasa budi bicara di bawah Perkara 42(A) sentiasa beroperasi dalam kerangka perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi di bawah Perkara 41. Kuasa tidak wujud dalam izin, vakum. Ia sentiasa tertakluk kepada teks dan struktur perlembagaan.
Menetapkan had tempoh tidak menyentuh prerogatif baginda tetapi mentakrifkan parameter kelayakan individu yang boleh dipertimbangkan.
Maka isu ini bukan soal mengurangkan kuasa Yang di-Pertuan Agong, ia soal memperkemaskan prinsip akauntabiliti dalam jawatan eksekutif tertinggi tanpa mengubah struktur pelantikan. Kuasa melantik kekal kepada baginda. Sokongan majoriti kekal kepada Dewan Rakyat. Had tempoh hanya menentukan bahawa kuasa itu tidak boleh dipegang tanpa batas.
Kedua, kerajaan sentiasa menjunjung tinggi kedudukan Majlis Raja-Raja sebagai institusi penting dalam struktur perlembagaan dan pada masa yang sama terikat untuk mematuhi secara tepat prosedur pindaan yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Perlembagaan Persekutuan secara jelas memperuntukkan bahawa pindaan tertentu sahaja memerlukan persetujuan Majlis Raja- Raja, sebagaimana dinyatakan secara khusus dalam Perkara 1595.
Perkara 1595 terpakai apabila sesuatu pindaan menyeluruh perkara-perkara berikut secara nyata dan langsung, antaranya ialah Perkara 70 mengenai keutamaan Raja-Raja dan Yang di-Pertua Negeri. Perkara 71 mengenai jaminan Persekutuan terhadap perlembagaan negeri dan kedudukan raja sebagai ketua negeri.
Perkara 72(4) mengenai keistimewaan Dewan Undangan Negeri. Perkara 152 mengenai bahasa kebangsaan. Perkara 153 mengenai kedudukan keistimewaan orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain, peruntukan tertentu dalam Bahagian III berkaitan kewarganegaraan.
Ini merupakan senarai yang spesifik berkenaan. Pindaan kepada Perkara 43 berhubung had tempoh jawatan Perdana Menteri tidak menyentuh mana-mana perkara yang dinyatakan tersebut. Ia ada antara lain tidak mengubah keutamaan raja-raja, tidak menjejaskan jaminan perlembagaan negeri, tidak menyentuh bahasa kebangsaan, tidak menyentuh Perkara 153 dan tidak melibatkan kewarganegaraan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
[Bangun]
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Oleh itu, dari sudut teks yang nyata, pindaan ini tidak termasuk dalam lingkungan Perkara 1595. Perkara 38(4) pula...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah?
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
...terpakai apabila sesuatu undang- undang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja. Pindaan had tempoh jawatan Perdana Menteri adalah pindaan mengenai kelayakan dan tempoh memegang jawatan dalam cabang eksekutif. Ia tidak mengubah prerogatif Yang di-Pertuan Agong, tidak meminda kuasa pelantikan di bawah 43(2)(a) dan tidak menjejaskan bidang budi bicara baginda di bawah perkara 42(A).
Oleh itu, ia tidak jatuh dalam ruang lingkup Perkara 38(4). Tafsiran ini selaras dengan pendekatan Mahkamah Persekutuan dalam kes Phang Chin Hock lawan public prosecutor, nombor 2 [1981] MLJ213. Dalam kes tersebut, cabaran terhadap kesahihan sesuatu pindaan perlembagaan atas alasan kononnya memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja telah ditolak. Mahkamah menegaskan bahawa kedudukan Yang di-Pertuan Agong dalam kapasiti Persekutuan adalah terpisah secara berperlembagaan daripada kedudukan raja-raja negeri dan bahawa keperluan persetujuan di bawah Perkara 38(4) dan 1595 hanya terpakai dalam keadaan yang dinyatakan secara jelas dalam teks perlembagaan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Pengerang.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Penghakiman telah dibuat oleh Lord Presiden, Raja Azlan Shah yang menegaskan perbezaan antara Yang di-Pertuan Agong dengan raja-raja negeri. Dengan izin, in all his functions, the Yang di-Pertuan Agong is not a ruler within the meaning of a Ruler of a Constitutional State of the Federation.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Sehubungan dengan itu, keperluan persetujuan di bawah Perkara 38(4) dan 159(5) hanya terpakai dalam keadaan yang dinyatakan secara jelas dalam teks perlembagaan dan tidak boleh diperluaskan melalui tafsiran yang longgar. Maka, pindaan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri tidak menyentuh kedudukan peribadi raja-raja atau keistimewaan mereka dan tidak mencetuskan keperluan persetujuan tambahan yang tidak diperuntukkan secara nyata.
Oleh yang demikian, kerajaan menegaskan bahawa pindaan...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Menteri.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
...Ini dirangka dan dibentangkan sepenuhnya...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Depan ini tak nampak ya?
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
...Dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dan dengan penghormatan yang tidak berbelah bagi terhadap institusi raja- raja.
Perlembagaan sendiri telah diperuntukkan secara jelas kategori pindaan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja di bawah Perkara 159(5) dan Perkara 38(4).
Pindaan ini tidak termasuk dalam mana-mana kategori tersebut dan tidak menyentuh kedaulatan, prerogatif atau kedudukan raja-raja.
Justeru itu, kerajaan bertindak selaras dengan prosedur yang ditetapkan oleh perlembagaan iaitu melalui mekanisme Perkara 159(3). Pendekatan ini bukan sahaja mematuhi teks undang-undang tertinggi negara, malah mengekalkan keseimbangan antara reformasi institusi dan prinsip Raja Berperlembagaan yang menjadi asas sistem kenegaraan Malaysia.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Penjelasan, Menteri.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Oleh yang demikian, pengenalan had 10 tahun di Malaysia merupakan satu pembaharuan institusi yang bersifat progresif tanpa mengubah struktur asas Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan serta tanpa menjejaskan kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong dalam melantik Perdana Menteri berdasarkan kepercayaan majoriti Dewan Rakyat.
Kejap ya. Tan Sri Yang di-Pertua, saya tinggal sembilan minit lebih, saya banyak nak jawab. Saya terima kasih kepada pembangkang yang masih nak bertanya soalan.
Tetapi, saya minta maaf sebab tadi dah 41 pembahas daripada pihak kerajaan dan pembangkang. Anggapan saya, semua isu telah dibawa dan saya nak menjawab.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Penjelasan perlu, Menteri.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Jadi, biar saya habis. Kalau saya ada masa, saya buka untuk penjelasan. Tapi, kita sekarang dah pukul 6.01.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Menteri boleh minta masa tambahan.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Ini pindaan perlembagaan. Jadi, kita buka pada 7.26. Jadi, saya nak minta, boleh tak saya habiskan teks? Then, ada masa, silakan.
Kedua ialah berkenaan isu Perdana Menteri tidak boleh memegang portfolio Menteri Kewangan. Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Larut, Besut, Masjid Tanah, Indera Mahkota, Alor Setar, Muar, Machang, Putrajaya dan beberapa lagi tambahan Ahli-ahli Yang Berhormat mengatakan mengapa rang undang-undang ini hanya mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri tetapi tidak turut memperuntukkan bahawa Perdana Menteri tidak boleh memegang portfolio Menteri Kewangan.
Cadangan pindaan ini berfokus secara khusus kepada kedudukan Perdana Menteri sebagai ketua eksekutif yang menyelaras dan memimpin keseluruhan Jemaah Menteri. Had 10 tahun dipilih kerana ia merupakan ukuran masa yang objektif, seragam dan selaras dengan struktur perlembagaan yang tidak mengikat jawatan Perdana Menteri kepada penggal tetap memandangkan Parlimen boleh dibubar lebih masa.
Pendekatan ini mengelakkan ketidakpastian tafsiran mengenai penggal, di samping mengekal ruang yang mencukupi untuk kesinambungan dasar dan kestabilan pentadbiran tanpa membenarkan penumpuan kuasa yang terlalu lama.
Isu pemegangan portfolio tertentu, termasuk portfolio kewangan, adalah persoalan susulan pentadbiran Jemaah Menteri yang tertakluk kepada Perkara 43(2)(b) dan budi bicara pelantikan mengikut kerangka perlembagaan. Ia bukan sebahagian daripada objektif pindaan ini yang bertujuan memperkukuh struktur institusi melalui had masa yang jelas terhadap jawatan tertinggi eksekutif, bukan melalui pengkhususan atau pengasingan portfolio.
Pemegangan portfolio tambahan oleh ketua kerajaan bukanlah satu amalan yang luar biasa dan ia juga wujud di beberapa negeri, termasuk negeri-negeri di bawah pentadbiran pembangkang, di mana, sebagai contoh, Ketua Menteri ataupun Menteri Besar turut memegang portfolio kewangan.
Justeru itu, soalan pengasingan portfolio bukanlah satu prinsip perlembagaan yang ditetapkan secara mutlak tetapi satu pertimbangan pentadbiran semasa ataupun keputusan dasar, manakala rang undang-undang ini memberi tumpuan kepada pembaharuan yang lebih berasas dan berimpak jangka panjang iaitu mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri bagi mengelakkan penumpuan kuasa terlalu lama pada satu individu dan memperkukuh institusi negara.
Cadangan ini dimaktubkan satu prinsip asas bahawa kepimpinan tertinggi negara tertakluk kepada had yang munasabah dan terukur. 10 tahun adalah tempoh yang berimbang, mencukupi untuk melaksanakan mandat rakyat, namun tidak tanpa batas, demi menjamin kekuatan institusi dan kesinambungan masa depan.
Ketiganya ialah kaedah pengiraan pengecualian tempoh dan isu retrospektif iaitu ke belakang. Tan Sri Yang di-Pertua, beberapa Ahli Yang Berhormat iaitu Sri Aman, Besut, Masjid Tanah, Selayang, Indera Mahkota, Kota Belud, Kapar, Beaufort dan selanjutnya telah membangkitkan isu-isu teknikal berhubung dengan kaedah pengiraan tempoh masuk perisytiharan proklamasi darurat, skop pengecualian serta retrospektif pindaan ini. Izinkan saya menjawabnya secara tersusun berdasarkan struktur perlembagaan itu sendiri.
Had 10 tahun adalah had mutlak yang dipersetujui sebagai prinsip dasar reformasi. Sekiranya tempoh tersebut genap sebelum Parlimen dibubarkan atau dalam apa-apa keadaan yang menyebabkan Perdana Menteri terhenti memegang jawatan, mekanisme caretaker memastikan kesinambungan pentadbiran sehingga seorang Perdana Menteri baru dilantik.
Tiada kekosongan kuasa berlaku dan kuasa pelantikan Yang di-Pertuan Agong kekal utuh di bawah Perkara 43(2)(a). Pendekatan ini selaras dengan prinsip caretaker government yang diiktiraf oleh mahkamah dalam kes Abdul Ghani Ali @ Ahmad versus public prosecutor yang menegaskan bahawa Jemaah Menteri mesti sentiasa wujud untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong.
Struktur Perlembagaan tidak membenarkan kekosongan kuasa eksekutif. Dalam konteks ini, fasal 43(4C) yang dicadangkan dirangka secara umum dan menyeluruh. Ia terpakai dalam semua keadaan apabila seorang Perdana Menteri terhenti memegang jawatan di bawah fasal (4A) tanpa perlu mewujudkan kategori khas bagi situasi tertentu.
Perlembagaan lazimnya digubal dalam bentuk prinsip umum yang merentas pelbagai keadaan, bukan melalui perincian terlampau yang boleh menimbulkan implikasi tafsiran tidak disengajakan. Pendekatan umum ini mengekalkan keutuhan struktur Perlembagaan, mengelakkan risiko kekosongan atau percanggahan tafsiran dan memastikan reformasi ini beroperasi secara jelas, konsisten dan menyeluruh.
Skop fungsi semasa, dalam izin, caretaker government adalah terhad kepada fungsi pentadbiran harian sahaja dan tidak melibatkan keputusan dasar besar atau implikasi kewangan. Ini adalah seperti konsep caretaker government yang lazimnya dilaksanakan apabila pembubaran Parlimen berlaku menurut Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan.
Bagi tujuan ini, kerajaan telah pun menggubal garis panduan bagi kerajaan caretaker dan garis panduan ini akan ditambah baik untuk diguna pakai kelak setelah undang-undang ini diluluskan dan dikuatkuasakan. Melalui garis panduan ini, perincian perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilaksanakan akan dinyatakan bagi memudahkan pelaksanaan tempoh, dengan izin, caretaker government.
Bagi isu retrospektif dan keadilan, rang undang-undang ini beroperasi secara prospective dari tarikh kuat kuasa. Ia tidak membatalkan pelantikan terdahulu dan tidak mengisytiharkan mana-mana tempoh lalu sebagai tidak sah. Walau bagaimanapun, bagi memastikan prinsip keseragaman dan kesaksamaan, tempoh perkhidmatan sebelum kuat kuasa akan diambil kira dalam pengiraan agregat.
Ini bukan undang-undang retrospektif dalam erti kata menghukum atau mengubah kesan undang-undang lalu. Ia adalah penepatan syarat berkelayakan masa hadapan yang mengambil kira fakta objektif perkhidmatan terdahulu. Prinsip ini selaras dengan kepastian undang-undang dan tidak menimbulkan ketidakadilan.
Seterusnya, ia berhubung dengan persoalan tempoh semasa proklamasi darurat di bawah Perkara 150 atau pelaksanaan fungsi secara sementara. Rang undang- undang ini memperuntukkan secara jelas satu pengecualian khusus iaitu tempoh selepas pembubaran Parlimen sebagaimana dinyatakan dalam fasal 43(4D)(b). Selain daripada pengecualian yang diperuntukkan secara nyata tersebut, perkiraan tempoh hendaklah dibuat berasaskan teks perlembagaan yang dipinda.
Walau bagaimanapun, sebarang keadaan luar biasa termasuk yang melibatkan proklamasi darurat atau pelaksanaan fungsi secara sementara hendaklah dinilai berdasarkan fakta kes dan keseluruhan kerangka Perlembagaan Persekutuan yang berkuat kuasa pada masa tersebut. Pendekatan ini selaras dengan prinsip Demokrasi Berparlimen dan sistem Raja Berperlembagaan serta membolehkan tafsiran dibuat secara bertanggungjawab mengikut lunas perlembagaan. Sekiranya timbul persoalan tafsiran, mahkamah sebagai penjaga Perlembagaan mempunyai bidang kuasa untuk memberikan penentuan muktamad.
Dan keempat adalah had tempoh dan jaminan kestabilan visi jangka panjang negara. Tan Sri Yang di-Pertua, beberapa Ahli Yang Berhormat membangkitkan kebimbangan bahawa had tempoh 10 tahun mungkin menjejaskan pertumbuhan dan visi jangka panjang negara.
Pertama, pertumbuhan negara tidak ditentukan oleh lamanya seorang individu memegang kuasa tetapi oleh kepastian undang-undang, keboleh jangkaan dasar, integriti proses keputusan dan keberkesanan institusi. Dalam penilaian pertumbuhan negara, pelabur menuntut, dengan izin, rules-based governance yang fokus kepada dasar yang konsisten, kontrak yang dihormati, proses kelulusan yang tulus, penguatkuasaan yang saksama serta akses kepada keadilan apabila berlaku pertikaian.
Ekosistem ekonomi yang kukuh dibina melalui institusi dan undang-undang, bukan melalui tempoh peribadi seorang pemimpin. Had tempoh 10 tahun ini pada hakikatnya memperkukuh ekosistem tersebut kerana ia menetapkan satu parameter Perlembagaan yang jelas bahawa kuasa eksekutif tertinggi tidak boleh berpanjangan tanpa had. Ia menguatkan prinsip semak dan imbang, mengurangkan risiko penumpuan kuasa dan meningkatkan keyakinan bahawa keputusan negara dibuat melalui proses institusi yang boleh diaudit dan dipertanggungjawabkan.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Kedua, sekiranya seorang Perdana Menteri telah berkhidmat dengan cemerlang sepanjang tempoh maksimum tersebut, pengalaman dan pakar kepakarannya tidak terhenti daripada menyumbang kepada negara, beliau boleh terus berkhidmat sebagai Ahli Dewan Rakyat atau dilantik ke jawatan lain dalam Jemaah Menteri seperti Menteri kanan.
Dan seterusnya menurut Perkara 43, tertakluk kepada proses pelantikan yang sah, ia memastikan bahawa kesinambungan pengalaman sementara kepimpinan tertinggi tetap beredar secara berinstitusi. Dengan kata lain, rakyat menentukan kerajaan melalui pilihan raya, manakala perlembagaan menentukan batas kuasa individu. Gabungan kedua-duanya memperkukuhkan tadbir urus yang baik, memupuk persaingan idea ekonomi yang sihat dan memastikan sistem kenegaraan kita bergerak atas asas institusi yang stabil, berintegriti dan berakauntabiliti. Inilah asas kepada ekonomi yang berdaya tahan dan kepimpinan yang teratur dalam jangka panjang.
Kelima, keselarasan dengan prinsip Islam dan nilai kepimpinan. Tan Sri Yang di- Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat banyak membangkitkan persoalan, sama ada cadangan had tempoh 10 tahun bagi jawatan Perdana Menteri ini selaras dengan prinsip kepimpinan dalam Islam, khususnya konsep amanah, syura dan kestabilan pemerintahan.
Mereka juga mempersoalkan sama ada penepatan had masa ini bercanggah dengan tradisi kepimpinan Islam yang tidak menetapkan tempoh tertentu dengan merujuk pada contoh sejarah kepimpinan Islam seperti zaman para khalifah yang memerintah tanpa had masa yang ditetapkan.
Dalam Islam, kepimpinan adalah amanah dan tanggungjawab, bukan hak mutlak. Prinsip asasnya ialah keadilan, akauntabiliti dan pencegahan penyalahgunaan kuasa. Al-Quran dan as-Sunnah menekankan bahawa pimpinan tertakluk kepada hisab dan semakan masyarakat dan kuasa tidak bersifat tanpa batas. Islam juga tidak menetapkan tempoh pemerintahan tertentu tetapi juga tidak menggalakkan penumpuan kuasa tanpa sempadan yang boleh membawa kepada kezaliman atau ketidakadilan ataupun kemudaratan.
Sejarah pemerintahan Islam sendiri menunjukkan mekanisme syura, nasihat, teguran dan peralihan kepimpinan sebagai sebahagian daripada amalan siasah yang bertanggungjawab. Oleh itu Tan Sri Yang di-Pertua, sebagaimana yang dipetik oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebentar tadi daripada Surah An-Nisa, Islam menuntut agar amanah diserahkan kepada yang berhak dan setiap urusan diputuskan dengan keadilan.
Inti pati ayat tersebut jelas, kepimpinan adalah amanah yang mesti ditadbir secara adil dan bertanggungjawab, bukan sesuatu kedudukan yang dipegang tanpa batas waktu. Tambahan pula, sejarah menunjukkan bahawa dasar yang baik tidak semestinya memerlukan puluhan tahunan untuk dilaksanakan. Reformasi yang jelas, hala tuju disokong institusi yang kukuh dan tadbir urus yang cekap boleh membuahkan hasil dalam tempoh yang munasabah.
Had tempoh 10 tahun ini bukan menafikan kepimpinan yang baik. Ia menetapkan parameter institusi supaya kuasa tertinggi negara sentiasa beredar dalam kerangka yang teratur. Prinsip ini selari dengan maqasid syariah dalam memelihara maslahat umum dan mencegah kemudaratan akibat penumpuan kuasa yang terlalu lama.
Oleh yang itu, pindaan ini tidak bercanggah dengan prinsip Islam, sebaliknya ia menzahirkan nilai amanah, akauntabiliti dan keseimbangan kuasa yang menjadi asas kepimpinan yang adil dan berintegriti. Jadi, di sini Tan Sri sebelum saya tutup, saya bukalah kalau Tan Sri izin untuk soalan ke. Silakan.
Tuan Yang di-Pertua
Tak ada?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Boleh lagi?
Datoʼ Sri Azalina binti Othman Said
Silakan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Untuk rekod, kami pembangkang bukanlah tidak bersetuju dengan pindaan yang dibuat ini. Tapi yang disarankan oleh kami ialah apa pun pindaan, terutamanya perlembagaan dibuat, termasuk atas arahan daripada Yang di-Pertuan Agong, mesti dilakukan in accordance to the law, in accordance to the constitution kerana kegagalan ini mungkin akan satu masa menyebabkan undang-undang ini dicabar di mahkamah sebagai unconstitutional.
Sebagai secara spesifiknya, saya nak menarik perhatian Yang Berhormat Menteri supaya memberi sedikit penjelasan kepada kami. Saya memetik Perkara 43(2)(a) yang disebut oleh Yang Berhormat. "Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat itu". Itu matannya.
Jika dilihat Perkara 38(4), saya mengatakan bahawa peruntukan 43(2)(a) ini adalah satu keistimewaan kepada Yang di-Pertuan Agong. Orang lain tak boleh buat.
Yang keduanya, kemuliaan Yang di-Pertuan Agong. Yang ketiganya, kebesaran Yang di-Pertuan Agong sebagai raja. Yang di-Pertuan Agong dalam 43(2)(a) ini boleh melantik siapa saja di kalangan Ahli Dewan Rakyat yang pada pandangan baginda mendapat kepercayaan majoriti di kalangan Ahli-ahli Dewan Rakyat walaupun daripada parti yang sama kah, parti lain tak kira. Itu keistimewaan kepada Yang di-Pertuan Agong. Siapa saja.
Tiba-tiba pindaan ini memasukkan hanya orang yang seorang Ahli Dewan Rakyat, kecuali orang yang telah served 10 tahun. Mengecualikan di situ. Jadi, ia nya keistimewaan asal kepada Yang di-Pertuan Agong, siapa saja. Tapi tiba-tiba dipinda menjadi "kecuali orang yang telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri 10 tahun". Bagi saya, ini adalah keistimewaan kepada Yang di-Pertuan Agong. Ini adalah satu kemuliaan, satu kebesaran kepada Yang di-Pertuan Agong. 38(4) mengatakan, "tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, kebesaran raja-raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja".
Yang tadi keistimewaan kepada Yang di-Pertuan Agong, nak pinda keistimewaan Yang di-Pertuan Agong itu kepada yang kurang daripada itu. Sebelum ini boleh lantik siapa saja. Tapi dengan pindaan dua capital A ini, ia nya hanya Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mendapat majority support tapi bukan yang telah berkhidmat 10 tahun.
Jadi, telah menarik keistimewaan penuh Yang di-Pertuan Agong. Jadi di sinilah pandangan kami kalau nak buat pindaan ini boleh sangat. Tidak susah bagi kerajaan untuk merujuk kepada Majlis Raja-Raja, kecuali pihak kerajaan merasakan raja-raja tidak bersetuju dengan cadangan ini. Itu andaian yang boleh dibuat.
Kenapa tidak rujuk kepada Majlis Raja-Raja? Kalau rujuk kepada Majlis Raja- Raja, disahkan Majlis Raja-Raja bersetuju dalam 38(4) ini, diluluskan tanpa persetujuan.
Tak boleh diluluskan without the consent of Conference of Rulers. It is not consultation.
Consent. Jadi consent. Kena bawa kepada Majlis Raja-Raja. Bagi contohnya apa berlaku.
Kalau berlaku satu masa seorang yang telah served sebagai Perdana Menteri 10 tahun, tiba-tiba dia tidak dipilih walaupun mendapat sokongan majoriti. Dia cabar undang-undang ini di mahkamah. Bahawa undang-undang yang dipinda ini, 43(2A) ini unconstitutional kerana dipinda tanpa dirujuk kepada Majlis Raja-Raja. Inilah concern kami. Bukannya tidak bersetuju.
Sebagaimana Gombak kata, memanglah dulu pun kita setuju lah. Dua term ke ataupun satu term ke. Kita boleh setuju tapi *whatever amendment you want to make must be made in accordance to the procedure set out in the constitution.
[Tepuk]* Itu saja.
Jadi kalau tak boleh selesaikan ini, payah sikitlah nak sokong macam mana. Tak jelas.
Bagi kami, that is my concern. Must get the consent of the Conference of Rulers. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Datoʼ Sri Azalina binti Othman Said
Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
YB Menteri, Pasir Gudang. Isu yang sama, sebelum YB menjawab hujahan YB Kota Bharu, mungkin saya menawarkan diri untuk menjawab isu yang dibangkitkan.
Speaker, yang nak dipinda, RUU ini, yang nak dipinda ialah Perkara 43(2A).
Bukan kita nak pinda perkara 38(4). Perkara 38— yang kalau kita nak pinda Perkara 38(4), itu memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja. Kita tak pinda itu. Yang nak dipinda, seksyen 43(2A). Dan seksyen 43 ini tidak termasuk dalam perkara yang tak boleh dipinda. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Walau bagaimanapun, Menteri, sila.
Datoʼ Sri Azalina binti Othman Said
Terima kasih. Macam ini, Pasir Gudang kena jadi Timbalan Menteri lah.
[Ketawa] Prerogatif PM, saya, saya nak berbuka ini, pening sikit.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Kena bagi Menterilah, dia jawab.
Datoʼ Sri Azalina binti Othman Said
Tan Sri Yang di-Pertua, sahabat saya Yang Berhormat Kota Bharu, mantan Menteri Undang-undang yang cukup arif dan senior saya di universiti. Kita mesti jangan salah― seolah-olah macam kita tak begitu perasan apa yang kita buat. Takkanlah kerajaan tak tahu apa yang kita buat?
Datoʼ Sri Azalina binti Othman Said
Pertama sekali, yang mana Yang Berhormat Kota Bharu, kakanda saya, dalam bulan puasa ini, menyebut dalam Perkara 38(4) itu― 38(4) ini kalau kita nak baca, kita kena baca menyeluruh iaitu dalam Bab 2 – Majlis Raja-Raja. Tajuk dia― Majlis Raja- Raja – Bab 2. 38(4) merujuk kepada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, kebesaran raja-raja yang boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Betul, saya tak menafikan. Kita tidak menyentuh langsung.
Keduanya, saya nak tekankan di sini bahawa― kalau saya sebut tadi pada kes Phang, yang mana begitu terkenal dalam menginterpretasikan― izinkan saya. Ini dibuat keputusan oleh Federal Court, Lord President, seorang keturunan raja, Raja Azlan Shah.
Dia menyatakan bahawa kalau kita rujuk kepada perkara ini, in all functions, dia mengatakan tentang Yang di-Pertuan Agong is not a ruler within the meaning of a Ruler of a Constitutional State of the Federation. When a ruler becomes the Yang di-Pertuan Agong, he cannot hold at the same time his position as a ruler but he is required to appoint a region. At the Conference of the Rulers, the region attends as a ruler but the Yang di-Pertuan Agong is not entitled to attend as a ruler and for this reason, he does not attend on the first day when the ruler exercise the function set out within their discussion. Law and procedure, therefore, are matters which cannot come within the honors of the rulers. Maknanya, Tan Sri Yang di-Pertua, ia dikatakan― kes Phang itu kita baca dengan perkara yang disebut iaitu 159, yang mana Pasir Gudang sebut itu ialah katakan bahawa bila nak bercakap tentang menyentuh mana-mana undang-undang yang kena mengena pindaan perlembagaan di bawah 159, apa-apa undang-undang di bawah 159 yang kita nak sentuh, 159(5) mesti dibaca bersama kalau kita nak bercakap tentang Majlis Raja-Raja.
Saya dah sebut tadi dalam perbahasan saya, saya kata sesuatu undang-undang yang membuat sesuatu pindaan kepada Fasal (4) dalam Perkara 10, apabila undang- undang yang diluluskan di bawahnya, peruntukan Bahagian III – Kewarganegaraan, Perkara 38, 63(4), 70, 71(1), 72(4), 152, 153 atau kepada fasal ini tidaklah boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-raja.
Maknanya, yang mana Kota Bharu cakap itu separa betul dan separa tak betul.
Yang betulnya memang kita tak boleh sentuh hak Raja-raja Melayu melalui proses yang mana kita mendapat kebenaran daripada dia. Betullah, ini hak dia. Tetapi, dalam perkara ini, kita menyentuh tentang syarat-syarat Perdana Menteri yang mana pelantikan Perdana Menteri hanya diberi kepada kuasa Yang di-Pertuan Agong, budi bicara yang di-Pertuan Agong. Jadi, pada hari ini, kita tak sentuh Majlis Raja-Raja.
Itu sebabnya yang ketiga, Tan Sri Yang di-Pertua, tidak ada langsung dalam Perlembagaan ini menyentuh Ketua-ketua Menteri ke, Menteri Besar. Tak ada kena mengena. Sebab, Menteri Besar dengan Ketua-ketua Menteri ialah keputusan yang perlu dibuat oleh kerajaan negeri tersebut, iaitu dia kena persembahkan kepada raja- raja dan bawa ke dalam Dewan Undangan Negeri.
Tentang apa yang tadi banyak Yang Berhormat katakan bahawa, “Oh, Menteri Kewangan...”― “Nak buatkan reformasi mula dengan Perdana Menteri tak boleh pegang jawatan Menteri Kewangan”. Sebab, seolah-olah kalau pegang, sebenarnya akan mewujudkan tidak adanya sebenarnya reformasi. Tapi, kita tahulah― saya dah jawab tadi. Pertama sekali, tentang apa yang disebut sebagai keputusan dasar sesebuah negara.
Keduanya, kalau kita nak mengata orang pun, kita tengok diri kita dulu. Saya nak tanya dekat sinilah, Yang Berhormat semua, Kedah. Menteri Besar Kedah memegang exco juga kewangan...
[Tepuk] Saya baca ya. Punyalah banyak. Ha, enam. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Negeri, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah, Mineral, Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Pengerusi Jawatankuasa Syarikat Berkaitan Kerajaan, Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Pengerusi Pembangunan Kedah, Jawatankuasa Kerjasama Luar.
Lebih kurang tujuh. *Pi mai pi mai tang tu...
[Tepuk]* Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Yang Berhormat Menteri, minta laluan sikit. Minta laluan sikit. Boleh saya nak sebut tadi? Exco tak ramai, 10 orang sahaja. Menteri ramai.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Kewangan, Pelaburan, Tanah dan Sumber Asli. Kewangan pun dia pegang― Terengganu. Apa hal ini? Saya ini bulan puasa, kalau boleh tak nak naik angin. Tapi, sabar je lah.
Last sekali, Menteri Besar Kelantan. Mu ore Kelate.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Menteri, nak tanya. Exco setiap negeri berapa orang? Menteri Kabinet berapa orang?
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Pentadbiran Awam, Kewangan Ekonomi dan Tanah. Pengerusi jawatankuasa itu Exco lah, Yang Berhormat. Kalau ya pun, agak-agak.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Menteri jawab jujur. Exco setiap negeri berapa orang? Menteri Kabinet berapa orang?
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Saya tak nak cakap apa lagi. Jadi, Yang Berhormat, Yang Berhormat― Tan Sri Yang di-Pertua...
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Eh, duduklah.
Sudah tahu, tanya lagi.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Ini masalahnya, mengata orang boleh, kita nak menjawab kena marah. Macam mana ini? Pertama sekali, saya nak kata bahawa di negeri-negeri pembangkang sendiri...
Tuan Yang di-Pertua
Okey, kita nak buka puasa ini.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
...Memerintah berapa kali jadi Menteri Besar, dia pun pegang lebih daripada satu portfolio. Tak ada masalah pun. Bila nak bercakap bahawa, “Oh, reformasi, Perdana Menteri tak boleh pegang Menteri Kewangan”, terpulang kepada Perdana Menteri lah nak jadikan siapa Menteri Kewangan. Lepas ini kalau dia nak jadikan saya Menteri Kewangan, saya Menteri Kewangan lah. Betul tak? Tapi, memang tak bolehlah sebab saya punya parti 30 percent je dalam Kerajaan Perpaduan...
[Ketawa] Maksud saya, sebenarnya yang saya nak cakap ialah, prerogatif Perdana Menteri, takkan itu pun kita nak bawa dalam pindaan perlembagaan? Tak ada kena mengena dengan perlembagaan. Jadi, saya pun rasa saya dah jawab. Sebab, kuasa raja-raja, kita tak sentuh.
And then lepas itu last sekali tentang kategori Perdana Menteri, yang mana Perdana Menteri nak lantik tak boleh. Dalam perlembagaan, Tan Sri Yang di-Pertua, saya nak sebut, orang bankrap tak boleh jadi Perdana Menteri, orang yang mendapat kewarganegaraan melalui sistem nationalization, maknanya dia ada PR negara lain, dia tak boleh. Sampai seorang Dewan Negara pun tak boleh jadi Perdana Menteri. Jadi, macam mana mengatakan tak adanya syarat? Dia ada syarat— yang syarat ini memang sentiasa wujud dalam perlembagaan.
Dan last sekali, Tan Sri Yang di-Pertua, sebelum saya duduklah. Bila ada VOC― kalau kita kata Agong dah pilih, tak boleh kacau, jadi kenapa kita ada VOC, vote of confidence dalam Parlimen? Jadi, kalau orang itu Agong lantik sampai lima tahun, tak boleh tukarlah. Tapi, kita ada sistem di Parlimen yang kita boleh tolak Perdana Menteri atas undi tak percaya. Bukankah itu bererti bahawa walaupun Yang di-Pertuan Agong dah lantik, tetapi masih boleh ditolak oleh Ahli-ahli Parlimen sebab dibenarkan oleh perlembagaan?...
[Tepuk] Jadi, saya pun tak nak cakap banyak, Tan Sri Yang di-Pertua. Dah pukul 6.26.
Saya mengakhiri dengan mengucapkan semua terima kasih. Kalau tak sempat, saya buat jawapan secara bertulis. Kalau saya tak sempat lagi berhadapan dengan semua Yang Berhormat, saya mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin. Kosong- kosong. Tetapi, yang penting, ingat, perlembagaan ini sebenarnya adalah untuk masa depan negara.
Dan akhir, akhir sekali, Tan Sri Yang di-Pertua, kalau dia orang tak berkenanlah pada pindaan ini, tak apa. PRU16, kalau dia dah menang majoritilah lebih daripada dua pertiga, tukarlah perlembagaan ini. Letaklah Perdana Menteri di bawah mereka selama- lamanya sampai kiamat sekalipun. Wallahualam. Terpulanglah.
Dengan itu, saya mohon menyokong. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Dan oleh sebab mengikut peruntukan Perkara 159 Perlembagaan, Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2026 ini memerlukan sokongan kepada bacaan kali yang kedua dengan undi sebanyak tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan Ahli Majlis Dewan ini. Maka, mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 46(5), saya memerintahkan supaya satu belah bahagian diadakan sekarang.
Setiausaha, sila bunyikan loceng― tidak dua minit, satu minit sahaja. Silakan.
[Loceng dibunyikan]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Yang Berhormat, sebelum kita mulakan pengundian, saya ingin membacakan mereka yang terlibat dalam urusan pengundian ini.
Untuk blok A – penghitung undi ialah Lenggong, pemerhati ialah Kubang Pasu.
Untuk blok B – penghitung undi ialah Kapit, pemerhati ialah Indera Mahkota.
Untuk blok C – penghitung undi ialah Tanjong, pemerhati ialah Alor Setar.
Untuk blok D – penghitung undi ialah Selayang, pemerhati ialah Maran. Maran ada? Okey.
Blok E – penghitung undi ialah Arau, pemerhati ialah Tawau.
Untuk blok F – penghitung undi ialah Sungai Besar, pemerhati ialah Limbang.
Untuk blok G – penghitung undi ialah Kota Bharu, pemerhati ialah Alor Gajah.
Mengikut amalan biasa, kita akan bunyikan loceng sekali lagi untuk masa lima minit. Saya yakin semua telah pun berada dalam Dewan hari ini. Kita teruskan pengundian sekarang. Silakan.
[Dewan berbelah bahagi]
Tuan Yang di-Pertua
[Pengundian dijalankan]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sekarang saya bacakan keputusan belah bahagian.
Daripada jumlah Ahli Yang Berhormat, Yang tidak hadir― 32; Yang tidak mengundi― 44; Tetapi bersetuju― 146.
Oleh yang demikian jadi, keputusannya ialah kurang daripada dua pertiga majoriti yang bersetuju.
[Tepuk]
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, YAB. Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim (Tambun) 2. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hami di (Bagan Datuk) 3. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, YAB.
Dato’ Amar Haji Fadillah bin Yusof (Petra Jaya) 4. Menteri Pengangkutan, YB. Tuan Loke Siew Fook (Seremban) 5. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB. Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
(Kota Raja) 6. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB. Datuk Chang Lih Kang (Tanjong Malim) 7. Menteri Komunikasi, YB. Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil (Lembah Pantai) 8. Menteri Perpaduan Negara, YB. Datuk Aaron Ago Dagang (Kanowit) 9. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), YB. Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang) 10. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB. Puan Hannah Yeoh
(Segambut) 11. Menteri Digital, YB. Tuan Gobind Singh Deo (Damansara) 12. Menteri Kesihatan, YB. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor) 13. Menteri Ekonomi, YB. Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Haji Mohd Nasir (Johor Bahru) 14. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB. Dato Sri Tiong King Sing (Bintulu) 15. Menteri Sumber Manusia, YB. Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan (Sungai Buloh) 16. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), YB. Datuk Ts. Mustapha Sakmud (Sepanggar) 17. Menteri Belia dan Sukan, YB. Dr. Mohammed Taufiq bin Johari (Sungai Petani) 18. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB. Datuk Chan Foong Hin
(Kota Kinabalu) 19. Timbalan Menteri Pertahanan, YB. Tuan Haji Adly bin Zahari (Alor Gajah) 20. Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, YB. Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad (Lipis) 21. Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB. Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
(Lenggong) 22. Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB. Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
(Cameron Highlands) 23. Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB. Puan Alice Lau Kiong Yieng (Lanang) 24. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB. Datuk Mohamad Alamin
(Kimanis) 25. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB. Tuan Nga Kor Ming (Teluk Intan) 26. Menteri Luar Negeri, YB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan (Rembau) 27. Menteri Kerja Raya, YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi (Kapit) 28. Menteri Pertahanan, YB. Dato' Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin (Kota Tinggi) 29. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, YB. Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
(Titiwangsa) 30. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB. Datuk Armizan bin Mohd Ali (Papar) 31. Menteri Pendidikan, YB. Puan Fadhlina binti Sidek (Nibong Tebal) 32. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB. Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri (Santubong) 33. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB. Tuan Sim Chee Keong (Bukit Mertajam) 34. Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, YB. Dato' Sri Arthur Joseph Kurup
(Pensiangan) 35. Menteri Perladangan dan Komoditi, YB. Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad (Parit Sulong) 36. Timbalan Menteri Kerja Raya, YB. Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan (Pontian) 37. Timbalan Menteri Pengangkutan, YB. Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah (Limbang) 38. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YB. Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
(Kota Samarahan) 39. Timbalan Menteri Kesihatan, YB. Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib (Mukah) 40. Timbalan Menteri Kewangan, YB. Tuan Liew Chin Tong (Iskandar Puteri) 41. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB. Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal (Lahad Datu) 42. Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, YB. Dato' Sri Huang Tiong Sii (Sarikei) 43. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB. Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu (Sepang) 44. Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB. Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan (Batu Sapi) 45. Timbalan Menteri Komunikasi, YB. Puan Teo Nie Ching (Kulai) 46. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB. Puan Lim Hui Ying (Tanjong) 47. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB. Tuan Adam Adli bin Abd Halim (Hang Tuah Jaya) 48. Timbalan Menteri Ekonomi, YB. Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) 49. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), YB. Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson (Ipoh Barat) 50. Timbalan Menteri Luar Negeri, YB. Dato Lukanisman bin Awang Sauni (Sibuti) 51. Timbalan Menteri Pendidikan, YB. Tuan Wong Kah Woh (Taiping) 52. Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, YB. Tuan Sim Tze Tzin (Bayan Baru) 53. Timbalan Menteri Digital, YB. Datuk Wilson Ugak anak Kumbong (Hulu Rajang) 54. Timbalan Menteri Perpaduan Negara, YB. Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj (Segamat) 55. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, YB. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh (Ledang) 56. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB. Tuan Mordi Bimol (Mas Gading) 57. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB. Tuan Chiew Choon Man (Miri) 58. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB. Datuk Lo Su Fui (Tawau) 59. YB. Ir. Ts. Zahir bin Hassan (Wangsa Maju) 60. YB. Tuan Tan Kar Hing (Gopeng) 61. YB. Tuan Chow Yu Hui (Raub) 62. YB. Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy (Kalabakan) 63. YB. Datuk Matbali bin Musah (Sipitang) 64. YB. Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya (Putatan) 65. YB. Tuan Lee Chean Chung (Petaling Jaya) 66. YB. Tuan Ganabatirau a/l Veraman (Klang) 67. YB. Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) 68. YB. Puan Hajah Rodziah binti Ismail (Ampang) 69. YB. Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib (Tenggara) 70. YB. Tuan Haji Azli bin Yusof (Shah Alam) 71. YB. Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar (Kinabatangan) 72. YB. Tuan Tan Hong Pin (Bakri) 73. YB. Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa (Tampin) 74. YB. Dato' Haji Adnan bin Abu Hassan (Kuala Pilah) 75. YB. Dato' Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli (Jempol) 76. YB. Tuan Roy Angau anak Gingkoi (Lubok Antu) 77. YB. Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri (Betong) 78. YB. Tuan Chong Zhemin (Kampar) 79. YB. Puan Young Syefura binti Othman (Bentong) 80. YB. Puan Syerleena binti Abdul Rashid (Bukit Bendera) 81. YB. Tuan Haji Onn bin Abu Bakar (Batu Pahat) 82. YB. Tuan Mohd Sany bin Hamzan (Hulu Langat) 83. YB. Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Tebrau) 84. YB. Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli (Batang Lupar) 85. YB. Tuan Lee Chuan How (Ipoh Timor) 86. YB. Tuan Edwin anak Banta (Selangau) 87. YB. Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail (Bandar Tun Razak) 88. YB. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Bera) 89. YB. Tuan Lim Guan Eng (Bagan) 90. YB. Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal (Semporna) 91. YB. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam) 92. YB. Dato’ Sri Dr. Richard Riot anak Jaem (Serian) 93. YB. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) 94. YB. Dato' Seri Mohd Rafizi bin Ramli (Pandan) 95. YB. Tuan Chow Kon Yeow (Batu Kawan) 96. YB. Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun (Port Dickson) 97. YB. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh (Bukit Gelugor) 98. YB. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad (Setiawangsa) 99. YB. Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (Batu Gajah) 100. YB. D ato' Seri Amirudin bin Shari (Gombak) 101. YB. D atuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa (Sekijang) 102. YB. D atuk Seri Panglima Madius Tangau (Tuaran) 103. YB. T uan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) 104. YB. D atuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias (Jelebu) 105. YB. T uan Tan Kok Wai (Cheras) 106. YB. T uan Chong Chieng Jen (Stampin) 107. YB. D atuk Ewon Benedick (Penampang) 108. YB. D ato' Sri Doris Sophia anak Brodi (Sri Aman) 109. YB. P uan Yeo Bee Yin (Puchong) 110. YB. P uan Isnaraissah Munirah binti Majilis (Kota Belud) 111. YB. D ato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik (Balik Pulau) 112. YB. T uan Hassan bin Abdul Karim (Pasir Gudang) 113. YB. T uan Wong Chen (Subang) 114. YB. D ato' Sri Dr. Wee Jeck Seng (Tanjung Piai) 115. YB. D r. Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching) 116. YB. D atuk Willie anak Mongin (Puncak Borneo) 117. YB. P uan Wong Shu Qi (Kluang) 118. YB. P uan Vivian Wong Shir Yee (Sandakan) 119. YB. D atuk Hajah Siti Aminah binti Aching (Beaufort) 120. YB. Ir . Haji Yusuf bin Abd Wahab (Tanjong Manis) 121. YB. D atuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad (Simpang Renggam) 122. YB. T uan Oscar Ling Chai Yew (Sibu) 123. YB. D atuk Jonathan bin Yasin (Ranau) 124. YB. T uan William Leong Jee Keen (Selayang) 125. YB. D ato’ Ngeh Koo Ham (Beruas) 126. YB. D ato Anyi Ngau (Baram) 127. YB. T uan Kesavan a/l Subramaniam (Sungai Siput) 128. YB. T uan Lim Lip Eng (Kepong) 129. YB. T uan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji (Jelutong) 130. YB. T uan Suhaizan bin Kaiat (Pulai) 131. YB. T uan Haji Aminolhuda bin Hassan (Sri Gading) 132. YB. T uan Khoo Poay Tiong (Kota Melaka) 133. YB. T uan Pang Hok Liong (Labis) 134. YB. T uan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi (Igan) 135. YB. T uan Cha Kee Chin (Rasah) 136. YB. T uan Prabakaran a/l M. Parameswaran (Batu) 137. YB. D ato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali (Pekan) 138. YB. D ato' Verdon bin Bahanda (Kudat) 139. YB. P uan Rodiyah binti Sapiee (Batang Sadong) 140. YB. D atuk Wetrom bin Bahanda (Kota Marudu) 141. YB. T uan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman (Muar) 142. YB. D atuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid (Kuala Kangsar) 143. YB. K apten Datuk Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) (Tanjong Karang) 144. YB. T uan Mohd Azizi bin Abu Naim (Gua Musang) 145. YB. T uan Zahari bin Kechik (Jeli) 146. YB. D ato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman (Labuan)
YB. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim (Arau) 2. YB. Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden (Alor Setar) 3. YB. Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib (Maran) 4. YB. Tuan Sabri bin Azit (Jerai) 5. YB. Tuan Haji Kamal bin Ashaari (Kuala Krau) 6. YB. Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin (Tangga Batu) 7. YB. Kapten Azahari bin Hasan (Padang Rengas) 8. YB. Dr. Haji Abd Ghani bin Haji Ahmad (Jerlun) 9. YB. Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah (Rompin) 10. YB. Tuan Zakri bin Hassan (Kangar) 11. YB. Tuan Rushdan bin Rusmi (Padang Besar) 12. YB. Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) (Lumut) 13. YB. Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib (Parit) 14. YB. Tuan Kalam bin Salan (Sabak Bernam) 15. YB. Tuan Wan Razali bin Wan Nor (Kuantan) 16. YB. Tuan Haji Jamaludin bin Yahya (Pasir Salak) 17. YB. Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad (Bagan Serai) 18. YB. Dr. Radzi Jidin (Putrajaya) 19. YB. Dato' Sri Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) 20. YB. Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya (Pokok Sena) 21. YB. Datuk Muslimin bin Yahaya (Sungai Besar) 22., YB. Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary (Pengkalan Chepa) 23. YB. Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff (Rantau Panjang) 24. YB. Dato' Khlir bin Mohd Nor (Ketereh) 25. YB. Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh (Besut) 26. YB. Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi (Tumpat) 27. YB. Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi (Kuala Langat) 28. YB. Tuan Zulkifli bin Ismail (Jasin) 29. YB. Dato' Dr. Haji Alias bin Razak (Kuala Nerus) 30. YB. Tuan Nurul Amin bin Hamid (Padang Terap) 31. YB. Tuan Roslan bin Hashim (Kulim Bandar Baharu) 32. YB. Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan (Kota Bharu) 33. YB. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Haji Samsudin (Masjid Tanah) 34. YB. Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman (Bachok) 35. YB. Dato' Rosol bin Wahid (Hulu Terengganu) 36. YB. Datuk Haji Awang bin Hashim (Pendang) 37. YB. Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman (Kuala Krai) 38. YB. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman (Sik) 39. YB. Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail (Kubang Pasu) 40. YB. Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan (Permatang Pauh) 41. YB. Dato’ Azman bin Nasrudin (Padang Serai) 42. YB. Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun (Hulu Selangor) 43. YB. Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin (Jerantut) 44. YB. Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas (Mersing)
YB. Datuk Suhaimi bin Nasir (Libaran) 2. YB. Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein (Sembrong) 3. YB. Datuk Seri Saravanan a/l Murugan (Tapah) 4. YB. Datuk Seri Panglima Dr. Gapari bin Katingan @ Geoffrey Kitingan (Keningau) 5. YB. Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (Julau) 6. YB. Dato’ Henry Sum Agong (Lawas) 7. YB. Tuan Riduan bin Rubin (Tenom) 8. YB. Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal (Machang) 9. YB. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli (Dungun) 10. YB. Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah (Langkawi) 11. YB. Dr. Hajah Halimah Ali (Kapar) 12. YB. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir (Setiu) 13. YB. Dr. Siti Mastura binti Muhammad (Kepala Batas) 14. YB. Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor (Temerloh) 15. YB. Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) 16. YB. Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar (Kemaman) 17. YB. Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan (Tasek Gelugor) 18. YB. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki (Parit Buntar) 19. YB. Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi (Kuala Kedah) 20. YB. Tuan Fathul Huzir bin Ayob (Gerik) 21. YB. Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin (Larut) 22. YB. Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Mohd. Yassin (Pagoh) 23. YB. Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang (Marang) 24. YB. Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man (Kubang Kerian) 25. YB. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Beluran) 26. YB. Datuk Ali anak Biju (Saratok) 27. YB. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz (Tanah Merah) 28. YB. Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh (Pasir Puteh) 29. YB. Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim (Kuala Terengganu) 30. YB. Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari (Pasir Mas) 31. YB. Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan (Merbok) 32. YB. Tuan Hassan bin Saad (Baling)
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 hari Selasa, 3 Mac 2026.
[Mengetuk tukul]
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.45 petang]
Tuan Yang di-Pertua
.