Feb262026

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

*[Membaca sepotong doa] [Membaca selawat] Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum* dan selamat pagi Yang Berhormat-Yang Berhormat. Kita mulakan sesi Majlis pada hari ini dengan Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri. Dengan ini saya dengan segala hormatnya mempersilakan Dato' Khlir bin Mohd Nor, Yang Berhormat Ketereh.

draft • 10:00 AM

1. Dato’ Khlir bin Mohd Nor [Ketereh]: *Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Soalan saya Ketereh dituju kepada Menteri Luar. Soalannya adalah apakah penilaian Wisma Putra tentang kemungkinan berlakunya konflik bersenjata di antara Iran dan juga Amerika Syarikat serta implikasi terhadap keselamatan serantau?

Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Luar Negeri untuk menjawab.

draft • 10:00 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 10:00 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada sahabat daripada Ketereh yang bertanyakan tentang penilaian yang dilakukan oleh Kementerian Luar berkenaan dengan situasi tegang yang sekarang wujud di antara pihak Amerika dan juga Iran, Dato’ Yang di-Pertua. Ketegangan ini berpunca daripada isu-isu yang kita ketahui

draft • 10:00 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

semua berkenaan dengan arahan pihak Amerika dan juga sekutunya supaya Iran— tidak memungkinkan Iran boleh mewujudkan senjata nuklear, berkenaan dengan yang baru-baru ini dia ada cara di mana diadakan demonstrasi besar-besaran sehinggakan berpuluh buah masjid dibakar dan menyebabkan banyak nyawa yang hilang, Dato’ Yang di-Pertua. Banyak campur tangan luar.

Jadi, ketegangan yang sedang berlaku di rantau Asia Barat ini antara Iran dengan Amerika dan pihak Amerika nampaknya telah pun menambah kekuatan angkatan tentera mereka di Laut Parsi, di Teluk Parsi. Dan baru-baru, ini telah dikerahkan lagi satu kapal pengangkut kapal terbang, Gerald R. Ford yang beroperasi di Mediterranean untuk pergi menambah kekuatan di Teluk Parsi. Ini jelas menunjukkan bahawa pihak Amerika memang serius dengan apa yang mereka nyatakan supaya Iran menggugurkan dan juga membatalkan segala hasrat untuk membolehkan mereka dapat keupayaan mewujudkan senjata nuklear.

Rundingan berlaku Dato’ Yang di-Pertua, di Oman— yang diuruskan sebagai mediator facilitator-nya oleh Oman. Saya ada bersama dengan Menteri Luar Oman semasa di Washington baru-baru ini. Saya telah pun minta beliau agar menggunakan segala kebijaksanaan untuk memujuk kedua-dua pihak agar standdown, agar tidak ada apa-apa perkara yang boleh memungkinkan peperangan ataupun serangan berlaku ke atas Iran. Nampaknya perundingan yang diadakan di Oman tersebut berjaya ke tahap di mana adanya kesefahaman untuk meneruskan perundingan.

Jadi, hari ini Dato’ Yang di-Pertua, sambungan daripada rundingan di Oman tersebut diadakan di Geneva pada pagi inilah, sekarang mereka malam. Ini jelas menunjukkan bahawa ada orang kata persefahaman sedikit untuk menyambung rundingan-rundingan antara Amerika dan Iran. Peperangan jika berlaku di antara Iran dengan Amerika, dia akan mengakibatkan impak yang amat besar Dato’ Yang di- Pertua, kepada bukan sahaja kepada negara Iran tetapi di rantau Asia Barat dan juga ia akan mengakibatkan impak yang besar juga kepada dunia dan khususnya kepada Malaysia. Kerana walaupun perang di sana tetapi sekatan-sekatan akan dikenakan.

Laut Parsi akan ditutup, Selat Hormuz akan tertutup, bekalan tenaga dunia akan tersekat. Ini akan menyebabkan bekalan minyak dunia dan juga gas dunia akan menjadi berkurangan dan menyebabkan kemungkinan harga komoditi minyak dan juga gas ini akan melambung tinggi.

draft • 10:00 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Dato’ Yang di-Pertua, kita juga akan mendapat impak secara langsung dan tidak langsung. Perdagangan dunia akan terjejas, ekonomi dunia akan terjejas dan

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

disebabkan oleh peperangan ini, pengeluaran dan pengedaran juga akan terjejas.

Pengeluaran bahan-bahan makanan dunia, pengeluaran bahan galian dunia terjejas seperti perang di Ukraine dan juga di Rusia sekarang, terjejas bekalan makanan, bekalan bahan-bahan galian menyebabkan harga barang dunia meningkat.

Ini kan pula Iran merupakan negara pengeluar minyak kedua terbesar dunia, yang mana ia akan menyebabkan harga komoditi ini akan meningkat. Bila harga komoditi ini mungkin meningkat, maka impaknya kepada ekonomi dunia akan terjejas dan juga Malaysia tak terlepas daripada impak ini.

Jadi, kita punya penilaian, Dato' Yang di-Pertua di atas laporan-laporan yang dibuat oleh perwakilan-perwakilan Malaysia di rantau tersebut dan juga, daripada laporan-laporan daripada rakan-rakan dan juga penilaian-penilaian oleh badan- badan antarabangsa. Kita risau kalau ada miscalculation dengan izin, Dato' Yang di- Pertua.

Dia akhirnya menyebabkan perang kerana nampaknya pihak Amerika amat serius dengan membawa, menambah kekuatan angkatan tentera Amerika di kawasan tersebut dan kita harap supaya kedua-dua pihak terus berunding dan kedua-dua pihak menjalinkan rundingan diplomasi di meja-meja rundingan, dan kita harap supaya kekecohan ini akan dapat dikurangkan dan dunia akan tidak akan terjejas dan ekonomi dunia juga akan dapat berjalan dengan baik seperti biasa.

Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Ketereh, soalan tambahan.

draft • 10:10 AM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Terima kasih juga kepada sahabat saya kerana memberi jawapan yang begitu tuntas.

Betul kah bahasa itu? Okey. Soalan tambahan. Apakah pelan evakuasi dan juga pemindahan kecemasan bagi warganegara Malaysia yang berada di Iran dan juga negara-negara yang dijangka terlibat dalam konflik peperangan ini? Yang pertama.

Yang keduanya, sekiranya ada, berapakah jumlah bilangan warganegara Malaysia yang masih berada di Iran dan juga negara-negara yang dijangka terlibat?

Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Ketereh. Pelan evakuasi itu, kita tak sebut pelan evakuasi dah kerana kita telah pun membuat perancangan awal.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Wisma Putra, saya telah pun mengarahkan supaya keluarga kakitangan ataupun keluarga diplomat kita di Tehran telah pun kita minta keluar dan kita telah membawa keluar seramai 11 orang keluarga mereka pada 18 Januari yang lalu. Yang tinggal pada ketika itu cuma adalah pegawai-pegawai, duta dan juga pegawai- pegawai kita seramai lima orang.

Dan pada 2 Februari baru-baru ini Dato' Yang di-Pertua, kita telah memanggil pulang. Kita tak panggil evakuasi. Kita panggil— kita menggunakan perkataan iaitu kita, perundingan. Memanggil pulang untuk kita berunding dengan duta kita dan juga, dengan kakitangan duta-duta kita.

Kita tak mahu menggunakan pelan evakuasi. Kita panggil kata untuk mereka dipanggil, untuk kita berunding dengan keadaan semasa. Jadi, kakitangan kedutaan dengan keluarga mereka semua telah pun balik ke Malaysia. Keluarga pada 18 Januari dan kakitangan termasuk duta kita balik pada 2 Februari.

draft • 10:10 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Rakyat Malaysia di Iran keseluruhannya tak ramai, Dato' Yang di-Pertua. Ada 13 orang termasuk dua, tiga orang pelajar. 13 orang semuanya dan mereka ini telah pun kita bagi nasihat. Dua, tiga kali bagi nasihat.

Serupa jugalah semasa mula-mula Amerika mengebom loji-loji nuklear pada tahun lepas. Kita bagi mereka nasihat, kita bawa balik. Ada mereka yang tak nak balik. Jadi, yang 13 ini, sekarang ini pun masih lagi berada di Iran, Dato' Yang di- Pertua dan kita telah pun minta mereka menandatangani surat indemniti, bahawa mereka tidak boleh menyalahkan kerajaanlah kerana kita nak bawa balik tapi mereka tak mahu balik di atas kerelaan mereka sendiri. Jadi, mereka masih ada di sana.

draft • 10:10 AM

Tuan Wong Chen - Subang

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Dan dalam masa yang sama Dato' Yang di-Pertua, saya nak minta supaya rakyat Malaysia janganlah pergi sana. Kita dah keluar dua kali nasihat perjalanan supaya tidak ke sana jika tidak ada apa-apa yang penting.

Tapi Malaysia ini rakyat dia dogil, dogil. Ada juga yang pergi. Baru-baru ni pergi. Dia patut pergi seminggu tapi dia potong dua hari saja. Janganlah pergi ke sana kerana dalam keadaan sekarang ini, apa jua kemungkinan akan berlaku. Dan jika apa-apa berlaku, dia menyusahkan kita.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Seperti pada masa yang pertama tahun lepas, Amerika mengebom loji nuklear. Kita terpaksa membuat evakuasi. Itu kita buat evakuasi plan. Kita buat pelan evakuasi. Mereka terpaksa melalui jalan darat lebih 1,200 kilometer, Dato' Yang di- Pertua daripada Tehran pergi ke Ashgabat, ibu negara Turkmenistan.

Saya minta rakan sejawat di Turkmenistan kerana di sana mesti ada visa nak masuk. Tak ada visa, tak boleh. Kita dapatkan supaya mereka ni dikecualikan daripada visa. Kita bawa rakyat Brunei, kita bawa rakyat Singapura sekali, Dato' Yang di-Pertua sebagai negara ASEAN. Kita menjadi Pengerusi ASEAN pada ketika itu.

Jadi, kita bawa daripada Ashgabat, duduk satu hari sana transit dan sampai ke Dubai.

Dubai balik ke Malaysia.

Pada kali ini, kita tak buat pelan evakuasi. Seperti saya katakan tadi, kita dah membuat antisipasi. Kita bawa pulang awal tapi kita panggil pelan rundinganlah supaya kita nak berunding dengan duta-duta kita. Tak nampaklah kita sebagai kita buat evacuation plan. Tapi yang 13 masih ada di sana. Mereka telah pun menandatangani surat-surat indemniti, supaya apa-apa berlaku, Kerajaan Malaysia tak boleh dipersalahkan.

Dan nasihat, saya minta supaya janganlah pergi ke Iran pada ketika ini jika tidak ada apa-apa. Kalau penting sangat pun, tak usahlah berjumpa di Iran, jumpalah di kawasan di luar, sama ada di Dubai ataupun di Doha. Terima kasih, Dato' Yang di- Pertua.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan, Yang Berhormat Subang.

draft • 10:10 AM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih, Tuan Speaker. Menteri, saya nak tanya, sekiranya perang berlaku, apakah pendirian kita? Kalau kita ikut kebiasaannya, kalau bom-bom sedikit saja, kita mengutuk pihak yang bom. Tetapi, kalau perang ini memang berlaku, yang kita tak nak, adakah kita akan mengambil pendirian neutral ataupun kita ikut negara-negara majoriti di United Nations? Itu pertanyaan saya. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Dato’ Timbalan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Subang. Pendirian Malaysia memang konsisten. Dato’ Yang di-Pertua, kita secara berprinsip, kita mahukan supaya kedamaian dan keamanan.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Jika apa-apa mana-mana negara, mana negara jua pun sekali untuk mereka melakukan pencerobohan, melakukan peperangan dan melakukan keganasan, kita akan mengutuk. Kita tak kira siapa kerana kita mengamalkan dasar berkecuali, dasar keamanan dan dasar kesejahteraan.

Sesiapa sahaja yang mengamalkan dasar aggression ataupun dasar keganasan, melakukan keganasan terhadap kemanusiaan, melakukan genosid, melakukan apa jua, di atas apa jua alasan, kita akan membuat kutukan dan kita akan mengecam tindakan tersebut kerana ia membawa kemudaratan dan kemusnahan kepada kemanusiaan dan juga, kepada negara-negara yang diserang tersebut. Itu pendirian negara kita. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis berikutnya ke soalan yang kedua. Dengan ini, dipersilakan Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Yang Berhormat Tenggara.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Soalan Tenggara kepada Menteri Dalam Negeri.

draft • 10:10 AM

2. Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib [Tenggara]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Soalan Tenggara kepada Menteri Dalam Negeri, mohon menyatakan status terkini reformasi permit masuk negara terutama aspek semakan semula dasar serta prosedur permohonan bagi memastikan pengurusan permohonan tersebut lebih efisien dan teratur. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Dalam Negeri untuk menjawab.

draft • 10:10 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

: Waalaikumussalam.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

*Alhamdulillah rabbil alamin.

[Membaca selawat]* Tuan Yang di-Pertua, terima kasih rakan kita dari Tenggara. Di bawah seksyen 2 Akta Imigresen, takrif permit masuk ialah permit untuk masuk dan tinggal di Malaysia.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Di bawah Seksyen 10 Akta Imigresen, permit boleh dimohon dan dikeluarkan oleh— dimohon kepada Ketua Pengarah Imigresen dan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Imigresen.

Dan di bawah Jadual Perintah Imigresen 1963, siapa yang layak memohon permit masuk? Pertama, seorang yang memiliki kelayakan profesional atau

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

kepakaran yang membolehkan mereka memberi perkhidmatan dalam negara, tapi tidak sampai menjejaskan kepentingan warganegara yang sedia ada.

Kedua, mereka yang memiliki sijil yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri mengesahkan kemasukannya adalah untuk kepentingan ekonomi negara.

Ketiga, bagi kategori satu dan dua ini, dia ada tanggungannya, isteri dan anak-anak di bawah 18. Isteri dan anak-anak di bawah umur 18 ini pun boleh mohon permit masuk. Yang lain, isteri kepada warganegara Persekutuan yang tak pernah tinggal berasingan dengan suami untuk sekian tempoh. Lagi, mereka yang dibenarkan oleh Menteri Dalam Negeri untuk masuk ke Persekutuan di atas belas ihsan.

Tuan Yang di-Pertua, mereka yang dah ada permit masuk, sebenarnya mereka layak mohon kad pengenalan pemastautin tetap kalau mereka nak mohon.

Nak mohon pun boleh, tak mohon pun tak apa. Kalau nak mohon pemastautin tetap, dia kena dapat permit masuk ini. Baik, kalau pemastautin tetap, kad pengenalan itu dia kena mohon dengan Jabatan Pendaftaran Negara.

Baik Tuan Yang di-Pertua, apakah reformasi yang kita buat setakat ini? Yang pertama, kita clear-kan semua kes tertunggak selama ini. Bila saya masuk, saya dapati kes tertunggak mulai 2013 sehingga 2023 ada 19,205 yang belum buat keputusan, 19,205. Daripada jumlah ini, saya dan para pegawai buat ketetapan kita nak selesaikan semua sekali pada tahun lepas.

Hasilnya, daripada 19,205, ada 15,081 permohonan yang telah kita luluskan iaitu 78.5 peratus. Yang tolak, dia boleh rayu. Yang tolak, dia boleh rayu di mana rayuan itu pula dalam kes angka kes rayuan tahun 2020 hingga tahun 2024, ada 5,628. Dan sebagai Menteri Dalam Negeri, saya mengarahkan semua tunggakan itu diselesaikan pada tahun 2025. Hasilnya Tuan Yang di-Pertua, 98 peratus daripada 5,628 selesai.

Baik, reformasi yang kedua ialah saya nak disebut di sini ialah apa namanya ya, bagi isteri kepada warganegara. Sebelum itu, dia kena lima tahun usia perkahwinan dan lima tahun tinggal sekali. Kita pendekkan lima tahun kepada tiga tahun. Tiga tahun pun dah boleh mohon permit masuk.

Reformasi seterusnya adalah sebelum ini kenapa berlaku tunggakan sekian lama? Kerana tak ada satu standard operating procedure, sekarang kita adakan.

Mulai sekarang, mulai 1.9. 2025, semua permohonan baru permit masuk, KDN mengikat diri kami dalam piagam pelanggan ini, enam bulan mesti buat keputusan.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Dulu 2013 tunggu — tunggu punya tunggu punya tunggu, tak tahu hasil.

Sekarang dalam masa enam bulan mesti buat keputusan. Lain, dia nak tahu keputusan dia dapat atau tidak, dia boleh semak online. Baik, ke depan nanti permohonan permit masuk ini pun boleh dibuat secara atas talian apabila satu projek yang kami namakan National Integrated Immigration System mula berjalan sepenuhnya.

Tan Sri Yang di-Pertua, kesimpulannya adalah kerajaan sentiasa peka dengan keluhan yang diterima oleh rakyat, terutama bagi mereka yang mempunyai pasangan warga asing. Kepada kementerian dan kepada kerajaan, institusi kekeluargaan rakyat Malaysia yang mempunyai pasangan warganegara sentiasa terjaga, kebajikan anak-anak tidak terjejas dengan status ibu atau bapa mereka yang masih belum mendapat taraf pemastautin tetap. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Tenggara, soalan tambahan.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Terima kasih Yang Berhormat Menteri KDN atas jawapan dan di hujung jawapannya itu ada berkaitan dengan national integrated yang berkaitan dengan sistem digital itu.

Soalan Tenggara juga tambahan Tuan Yang di-Pertua, apakah langkah lain penambahan bagi digital yang telah atau sedang dilaksanakan oleh kementerian bagi mengurangkan kebergantungan kepada proses manual serta mengelakkan ketirisan dan salah guna kuasa serta sejauh manakah kerajaan menyelaraskan dasar permit masuk ini dengan keperluan tenaga kerja strategik negara khususnya dalam sektor berimpak tinggi dan penting? Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya dari Tenggara, soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, di KDN khususnya Jabatan Imigresen, sistem yang kita guna pakai sekarang ini namanya MyIMMs. Sistem ni dah diguna pakai sejak 2013, sekarang tahun 2025. Sistem IT kalau usianya sudah melebihi 10 tahun gitu, kita anggap sebagai satu sistem yang usang. Kita mesti perkenalkan sistem baru. Makanya, kita laksanakan sekarang projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional, sekarang sedang berjalan. Perolehan selesai, SST dah keluar kepada vendor, kontrak ditandatangani. Sekarang fasa pelaksanaannya berperingkat.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Jadi, sistem ini adalah merupakan sistem imigresen yang menyeluruh dan bersepadu yang menjanjikan teknologi tinggi, sophisticated. Tujuannya nak memastikan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan imigresen betul-betul memenuhi keperluan rakyat dan sekali gus bila dia mengurangkan urusan man-to- man, sistem yang menguruskan, kita lebih yakin sistem penyampaian kita akan jauh lebih berkesan.

Bahagian kedua soalan tambahan tadi adalah tentang bagaimana kita harmonikan di antara permit masuk yang memberikan izin kepada tenaga asing untuk bekerja yang mempunyai kepakaran dalam sektor berimpak tinggi, kita berpandukan kepada kita panggil Jadual Perintah Imigresen 1963 (Larangan Masuk). Jadual ini memperuntukkan bahawa hanya seorang yang mempunyai kelayakan profesional atau kepakaran yang membolehkan beliau memberi perkhidmatan dalam negara, tapi tidak menjejaskan bakat dan talent tempatan.

Hanya betul-betul bidang yang tak ada.

Jadi dengan adanya mereka melalui kaedah permit masuk, kita ada sistem lain lagi. Pas ikhtisas misalnya, pas ekspatriat misalnya. Tapi, pas permit masuk ini satu saja daripada beberapa jalur. Jadi bila mereka yang merupakan warga asing, ini bukan 3D sectors, kepakaran profesional mereka itu memberikan nilai tambah dan talent tempatan boleh belajar daripada kemahiran mereka.

Jadi, kita harmonikan begitu supaya kemasukannya itu tidak sampai menjejaskan bakat tempatan, tapi pada masa yang sama menyumbang kepada kepentingan ekonomi negara. Jadi berpandukan kepada garis panduan ini, permit masuk itu mesti mematuhi satu kriteria yang ketat yang menyumbang kepada sektor berimpak tinggi secara positif dalam negara kita. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Rantau Panjang.

draft • 10:20 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff, D.J.M.K. - Rantau Panjang

Ya, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih peluang untuk soalan tambahan. Saya ingin tahu tentang proses berkaitan dengan pas utama seperti professional visit pass, termasuk juga pas lawatan kerja sementara, termasuk juga visa pelajar.

Bagaimanakah prosesnya sebelum dan selepas reformasi ini?

Bagaimanakah ketetapan yang sasaran kerajaan? Dan saya ingin tahu juga, bagaimana tentang isu keselamatan pegawai kita di sempadan? Sebagaimana kes berlaku semalam iaitu tembakan terhadap komando AKPS yang di Bukit Kayu Hitam

draft • 10:20 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff, D.J.M.K. - Rantau Panjang

dan sudah tentu ia adalah satu ancaman keselamatan kepada pegawai penguat kuasa kita. Minta penjelasan.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya dari Rantau Panjang, kawasan yang memang sempadan.

Bahkan, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan kita, bila kita luluskan aktanya dalam Parlimen, kawasan pintu masuk pertama yang kita beroperasi adalah di Rantau Panjang.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Dan kalau namanya kawalan sempadan, dia punya nature of work dia memang terdedah kepada segala bentuk ancaman. Fungsinya nak memastikan peoples and goods mobility itu dengan izin seamless. Pada masa yang sama, tak ada compromise soal keselamatan dan tak boleh ada keciciran dari segi kutipan hasil.

Jadi, insiden yang berlaku semalam di Bukit Kayu Hitam adalah merupakan satu insiden yang amat kita kesali tapi kita bersyukur kerana Komander AKPS itu selamat ketika keluar awal pagi nak solat subuh, tembakan hanya kena pada kenderaannya tapi kita dah buat tangkapan ya. Tak sampai 24 jam tangkapan dan sekarang berlaku proses soal siasat.

Baik, saya nak sebut di sini bahawa yang pertama, jaminan tentang keselamatan sempadan adalah keutamaan kerajaan. Jadi, segala usaha bagi memastikan agensi yang bertanggungjawab di pintu sempadan yang berdepan dengan ancaman yang pelbagai, jenayah rentas sempadan. Penyeludupan senjata, penyeludupan dadah, penyeludupan manusia, pendatang asing tanpa izin, organized crime, jenayah bersindiket dan segala macam adalah bentuk ancaman yang berlaku di sempadan. Kerana itu, semalam juga saya mengeluarkan satu kenyataan yang jelas, kita tidak akan tunduk kepada sebarang bentuk ancaman pelakunya.

Bahagian kedua oleh Rantau Panjang, adalah tentang apakah reformasi dari segi permit, termasuk permit pelajar. Dahulu, untuk makluman Rantau Panjang Ahli Yang Berhormat, misalnya ya seorang pelajar yang belajar di universiti dalam negara kita, selesai pengajian, dia kena balik terus.

Reformasi yang kita buat adalah sekarang dia boleh berada di sini untuk tempoh 12 bulan lagi. Tujuan apa? Dia nak buat internship, dia nak buat latihan habis

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

pengajian atau dia nak cari peluang kerja bagi bidang-bidang yang graduan tempatan tak ada kepakaran misalnya. Itu antara reformasi yang kita buat dalam ini.

Kalau dari segi Pas Lawatan (Kerja Sementara) dan sebagainya, kita tentunya terikat dengan threshold atau siling oleh Kementerian Ekonomi. Iaitu dulu di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas Tan Sri Yang di-Pertua, 15 peratus daripada jumlah tenaga kerja iaitu 17 juta. 15 peratus lebih kurang 2.5 juta. Dalam RMK13 yang kita bahas dan luluskan dalam Dewan sekarang ini, Kementerian Ekonomi letakkan threshold warga asing yang boleh bekerja tak boleh melepasi threshold 10 peratus. Tapi kalau 15 terus kepada 10, kita lakukan secara tiba-tiba, abruptly dia akan mengganggu sektor bekalan tenaga kerja.

Jadi, rencana kita adalah untuk lakukan secara berdikit-dikit, staggered, soft landing, supaya sektor ekonomi yang penting tak terjejas dek kerana kekurangan tenaga kerja. Jadi, itu antara langkah reformasi dari segi sistem keimigresenan yang memberikan kelulusan permit kepada pekerja atau pelajar. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan ketiga. Dengan ini dipersilakan Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Yang Berhormat Arau.

draft • 10:30 AM

3. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Tuan Yang di-Pertua, Arau minta Perdana Menteri menyatakan pendirian JPM Wilayah Persekutuan mengenai pelaksanaan program seperti Street Dakwah yang bersifat advokasi di ruang awam dan tidak mengganggu ketenteraman awam di ibu kota Kuala Lumpur selaras dengan kedudukan Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab.

draft • 10:30 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Arau bertanyakan soalan yang senang sahaja mengenai pendirian Jabatan Wilayah Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Jabatan Wilayah Persekutuan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menyokong aktiviti dakwah dan tidak pernah menghalang aktiviti yang sehubungan dengannya, namun aktiviti seumpamanya hendaklah dilaksanakan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh semua pihak berkuasa. DBKL sentiasa bekerja rapat dengan kementerian, jabatan dan agensi lain dalam memastikan penganjuran ataupun program dan aktiviti mendapat kerjasama daripada kementerian, jabatan dan agensi yang berkenaan.

draft • 10:30 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Dalam hal ini, DBKL turut dari semasa ke semasa mendapatkan kerjasama JAKIM, Majlis Agama Islam, Wilayah Persekutuan dan JAWI. Sebagai contoh, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Dakwah dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) turut mendapatkan kerjasama dan koordinasi daripada DBKL untuk penganjuran Program Street Dakwah di Bukit Bintang.

Tuan Yang di-Pertua, ingin saya maklumkan bahawa Jabatan Wilayah Persekutuan menyokong segala usaha dakwah selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan kami akan memudahkan proses dan penganjuran aktiviti dakwah di Kuala Lumpur mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Yang Arau untuk soalan tambahan,

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih atas jawapan.

Nampaknya macam tidak ada masalah.

Tetapi baru-baru ini DBKL telah merampas Street Dakwah yang telah dilaksanakan 10 tahun dulu. Tidak ada masalah, tapi tiba-tiba Datuk Bandar yang baharu ini datang merampas bahan-bahan Street Dakwah yang tidak mengganggu lalu lintas, tidak mengganggu ketenteraman awam. Mereka berada situ hanya menyampaikan risalah. Yang mana kita tahu bahawa Islam dianggap sebagai misunderstood religion, dengan izin. Jadi, kita menyampaikan risalah.

Jadi, sekarang ni soalannya kalau sekiannya Menteri kata tidak ada masalah, tapi kenapa dirampas apa yang telah dilakukan oleh pendakwah-pendakwah termasuk Firdaus Wong yang dilakukan baru-baru ini di Bukit Bintang? Kalau jawapannya tidak ada masalah, tapi kenapa merampas bahan-bahan dakwah mereka? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri Wilayah, Jabatan Perdana Menteri.

draft • 10:30 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Terima kasih. Terlebih dahulu Yang Berhormat Arau, saya nak betulkan kenyataan Yang Berhormat bahawa Datuk Bandar yang baharu ini merampas bahan-bahan MRM. Ini adalah satu fitnah dan kita kena bersangka baik dalam bulan Ramadan.

Yang pertamanya Yang Berhormat Arau, DBKL telah mengeluarkan kenyataan media mengenai isu ini. Isu ini bukan isu dakwah, ini isu canopy. Berbeza isunya, okey. Saya tak nak mengulangi kenyataan media DBKL. Nanti saya bagi satu

draft • 10:30 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

salinan, semua dah baca. Dan untuk aktiviti dakwah ini, seperti yang saya nyatakan DBKL sentiasa bekerjasama dengan semua pihak. Dalam posting MRM, mereka ada menyatakan kenapa Menteri Agama boleh turun ke lokasi yang sama lakukan aktiviti dakwah. Kita dapatkan input daripada JAKIM dan JAWI.

Waktu program Street Dakwah yang Menteri Agama turun dipilih pada waktu malam dan pada hari Jumaat, iaitu malam minggu yang merupakan waktu rehat dan bersantai bagi sebahagian besar penduduk setempat. Kemudiannya untuk sesi advokasi, JAKIM juga mengatakan pihak penganjur memberikan sesi penerangan seperti maklumat berkaitan amalan umat Islam seperti pemakaian tudung dan sebagainya dan sesi penerangan kepada pengunjung ini bersifat santai, berhikmah, terbuka dan tidak menyentuh kepada sebarang isu sensitiviti melibatkan agama lain.

Dan mesyuarat koordinasi turut diadakan oleh JAKIM sebelum mereka turun ketapak kerana mereka nak pastikan keadaan trafik okey, ada koordinasi dengan trafik polis.

Dan satu lagi saya nak nyatakan mengenai tuduhan Yang Berhormat bahawa Datuk Bandar yang baharu ini merampas bahan-bahan MRM. Bahan-bahan MRM telah diambil balik oleh mereka dan bahan-bahan ini bukan bahan-bahan agama pun.

Seperti yang saya nyatakan tindakan operasi yang berlaku pada hari itu berdasarkan aduan oleh orang awam, satu.

Yang keduanya, barang-barang yang diambil. Sebenarnya dalam kenyataan media, mereka tunggu tapi tak ada yang datang. Selepas 30 minit, baru operasi DBKL bertindak. Perkara bahan yang telah diambil oleh DBKL, satunya kerusi, yang keduanya meja lipat, ketiganya khemah dan kanopi, keempat troli beroda. Ini adalah isu sebenar, bukan isu dakwah. Ini adalah isu aduan kanopi di tapak tersebut di mana mereka turun — pasukan turun pada hari itu untuk meninjau keadaan untuk vandalisme. Operasi yang berbeza.

draft • 10:30 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Cuma, bila dapat aduan, mereka tunggu di situ untuk tengok kanopi tersebut.

Perkara ini telah diselesaikan, perjumpaan telah diadakan. Bahan-bahan ini juga ― kerusi, meja lipat, khemah, troli beroda ― juga telah diambil balik oleh MRM. Tak ada bahan agama yang telah dirampas oleh DBKL.

Jadi, saya minta Yang Berhormat Arau, kalau nak nyatakan kerisauan, kena betulkan semua fakta ini.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jangan tuduh― perkataan ‘fitnah’. Saya tanya.

draft • 10:40 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Apa dia?

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tanya. Fitnah ini ialah saya buat pertuduhan...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, peraturan. Yang Berhormat, duduk. Peraturan. Yang Berhormat punya ― Menteri punya floor ya. Yang Berhormat akan dibenarkan Yang Berhormat berhujah.

Ini sekarang ini floor Menteri. Menteri sedang menjawab.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya minta mencelah.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Nanti dulu.

Sebentar, Yang Berhormat. Sebentar.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar.

Kita ini bulan puasa ya.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, kalau macam itu, baguslah kerana Dewan pun ada peraturan.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, saya tahu. Sebab itu saya tanya.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat tak boleh celah macam itu, kalau ikut peraturan.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau macam itu, minta pencelahan.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ha, baru betul. Nanti sat. Sekarang biar Menteri menjawab. Menteri bagi ruang nanti, saya benarkan. Ya? Kita sebut bulan puasa, jadi kita ikut peraturan. Baik, Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:40 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya bagi ruang untuk Arau untuk bertanya.

draft • 10:40 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Silakan, Arau.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ha, barulah betul.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya bertanya, terus jadi fitnah.

Yang dok buat fitnah pasal kami ini kerajaan.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tapi kami tak pernah buat fitnah kepada kerajaan. Kita tanya.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Pi angkat kerusi, meja itu ialah tempat mereka menyampaikan risalah. Bukan ― apa pun ada hubungan dengan pendakwahan yang dilakukan oleh mereka, tak payah sebut itu. Budak sekolah pun faham. Tapi mengatakan saya fitnah ― saya tak fitnah.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Menteri ini walaupun banyak kali buat kerja-kerja yang tak betul, saya tak fitnah pun. Saya hanya bertanya. Kalau tak betul, jawab tak betul.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

draft • 10:40 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Peraturan. Peraturan, Yang di-Pertua.

Peraturan.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Fitnah ini puak-puak hang pa, bukan kami ya.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, duduk. Yang Berhormat, saya guna kuasa saya 37(2), saya tidak benarkan. Duduk. Yang lain, duduk. Habis dah Menteri menjawab?

draft • 10:40 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Belum.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Okey.

draft • 10:40 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Dalam kenyataan beliau bahawa dia tak pernah fitnah. Dia kata, “Menteri ini buat perkara yang tidak betul”. Boleh Yang Berhormat Arau ulangkan?

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya boleh sebut. Yang Berhormat dah senaraikan daripada Kementerian Belia itu, masa Yang Berhormat masuk Kementerian Belia, apa Yang Berhormat buat yang tidak wajar. Menteri Belia terlibat dalam hal-hal agama. Ini saya akan sebutkan. Saya akan senaraikan kepada Yang Berhormat.

draft • 10:40 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Ini satu lagi fitnah.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 10:40 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Betul tak, Yang Berhormat Speaker?

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Arau, saya tidak benarkan pertelingkahan yang luar daripada topik yang berkenaan. Jika ada isu, sila usulkan. Selain daripada itu, saya nak balik kepada agenda mesyuarat, ya. Yang Berhormat, habis.

draft • 10:40 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Jadi, saya nak akhirkan ucapan saya, Yang Berhormat, untuk menjawab soalan ini.

Jelas Jabatan Wilayah Persekutuan menyokong usaha dakwah. Cuma, seperti yang Perdana Menteri sendiri nyatakan, kita kena ikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Isu MRM isu kanopi, bukan isu dakwah.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

draft • 10:40 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Okey, saya nak akhiri. Saya nak maklumkan kepada semua bahawa isu yang dimainkan ini telah memberi kesan kepada salah seorang pegawai DBKL yang bertugas pada hari tersebut dan pegawai tersebut telah diganggu di akaun Facebook sehingga beliau begitu terkesan dan terpaksa menutup akaun social media beliau. Dan ini yang menyedihkan saya kerana banyak persepsi yang mereka mainkan tidak wajar berlaku. Kerana pegawai penguatkuasaan bila mereka terima aduan, mereka turun ke padang, mereka kena laksanakan tanggungjawab mereka tanpa rasa takut. Jadi...

Penjawat awam jujur mencari makan,― Yang Berhormat Arau.

Seikhlas pemimpin barulah padan; Elakkan fitnah sesama rakan, Bersangka baik di bulan Ramadan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

[Tepuk]

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

Berikutnya, saya persilakan Yang Berhormat Tampin.

draft • 10:40 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua. Saya difahamkan aktiviti Street Dakwah ini dah berjalan 14 tahun di ibu kota tanpa keperluan lesen khusus. Islam negara Persekutuan dan Malaysia merupakan sebuah negara yang mendukung kebebasan beragama dan bersuara di bawah Perlembagaan Persekutuan. Namun, pada masa yang sama, perlu mengimbangi ketenteraman awam dan keselesaan komuniti di kawasan tumpuan pelancong.

Bolehkah YB Menteri menjelaskan, apakah garis panduan khusus yang digunakan oleh DBKL dalam membezakan antara aktiviti dakwah jalanan dengan aktiviti persembahan jalanan ataupun busking ataupun aktiviti promosi komersial

draft • 10:40 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

bagi memastikan tiada amalan pilih kasih dalam penguatkuasaan permit di kawasan awam? Terima kasih Datoʼ Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:40 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Terima kasih. Untuk garis panduan ataupun peraturan, saya hanya bagi beberapa contoh ya, Yang Berhormat. Satu adalah dalam usaha aktiviti dakwah, kita bekerjasama dengan JAKIM, JAWI dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kerana expert agama adalah badan berkuasa seperti mereka dan bukan DBKL.

DBKL melihat lokasi. Kalau nak pasang kanopi, dia ada akta yang mereka kena ikut. Aktanya, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974. Jadi, agensi yang berlainan melihat isu yang berlainan. Aktiviti dakwah kalau sampai atas jalan raya, traffic police pula yang akan turun.

Bagi beberapa faktor lagi― saya dapat input daripada JAKIM. Mereka lihat juga waktu. Waktu untuk menjalankan aktiviti dakwah tersebut. Satu lagi adalah sama ada aktiviti dakwah itu sentuh tak isu sensitiviti agama yang lain. Kemudian, mereka juga tengok isu kacau ganggu aliran trafik. Yang itu semua dibawa dalam pertimbangan. Itu sebab mereka adakan mesyuarat koordinasi.

Saya nak bagi contoh satu notis mesyuarat yang dipanggil oleh JAKIM.

Mereka ada jemput ― Mesyuarat Koordinasi Program Street Dakwah. Di mana, mereka jemput semua pihak untuk turun berbincang, koordinasikan aktiviti seperti itu supaya ada harmoni bila mereka turun dan selamat untuk pendakwah dan yang mendengar dakwah tersebut. Itu adalah prioriti agensi-agensi seperti itu.

Usaha 14 tahun tak ada isu, Datuk Bandar baru keluar, ada isu. Yang ini semua fitnah. Seperti yang saya nyatakan, isu dalam kes ini adalah isu kanopi, bukan isu dakwah. Bahan-bahan yang DBKL ambil adalah kerusi, meja lipat, kanopi di tapak itu yang pada masa itu tak ada orang jaga dan mereka terima aduan di junction Bukit Bintang. Okey. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk pertanyaan-pertanyaan Menteri. Jadi, dengan ini, silakan Setiausaha Dewan.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

draft • 10:40 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, kita beralih ke agenda jawapan lisan. Dengan ini, saya mulakan dengan mempersilakan Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau, Yang Berhormat Tuaran.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tinggi-tinggi gunung Kinabalu, Tengok dari jauh hati macam rindu; Sebelum naik Kinabalu perlu training dulu, Yang Berhormat Timbalan Menteri mohon jawapan soalan nombor satu.

draft • 10:40 AM

1. Datuk Seri Panglima Madius Tangau [Tuaran] minta Menteri Kerja Raya menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk menaik taraf jalan Tamparuli-Ranau menjadi lebuh raya memandangkan masalah kesesakan jalan raya yang semakin teruk.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Disilakan Menteri Kerja Raya untuk menjawab.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Jalan-jalan pakai sepatu, Di pagi hari indahnya maya; Soalan Tuaran nombor satu, Dengarkan ini jawapannya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jalan yang dimaksudkan adalah Laluan Persekutuan 22. Semakan terhadap data terkini tahun 2024 daripada stesen bancian lalu lintas di laluan berkenaan mendapati tahap perkhidmatan jalan, dengan izin, Level of Service (LOS) di Laluan Persekutuan 22 melalui stesen banci HR207 berada pada tahap LOS A di mana laluan tersebut masih mampu menampung aliran trafik sedia ada. LOS ini ada A sampai F. F yang paling sibuk, A yang paling tidak sibuk.

Kementerian Kerja Raya telah menerbitkan Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya atau, dengan izin, Highway Network Development Plan (HNDP) 2040 merangkumi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang bertujuan untuk mengenal pasti keperluan menaik taraf jalan sedia ada atau membina jalan baru yang melibatkan jalan persekutuan atau jalan utama negeri.

Kajian HNDP merangkumi pelbagai aspek seperti isi padu trafik, guna tanah, ekonomi, alam sekitar, sosioekonomi bagi mewujudkan rangkaian jalan raya yang

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

lebih efisien melibatkan negeri dan wilayah-wilayah yang berkaitan. Pelaksanaan cadangan projek yang dikenal pasti dalam HNDP ini akan dijangka dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mewujudkan rangkaian jalan raya yang lebih cekap.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Hasil semakan kementerian ini mendapati tiada cadangan projek dalam HNDP 2040 bagi menaik taraf Laluan Persekutuan 22. Walau bagaimanapun, terdapat perancangan projek jajaran alternatif Lebuhraya Pan Borneo Fasa 2 iaitu menaik taraf:

(i) Jalan Kiulu – Pahu empat lorong dengan reka bentuk R4 dengan panjang jajaran 24.8 kilometer;

(ii) Jalan Pahu – Randagong dua lorong dengan reka bentuk R4 dengan panjang 21.66 kilometer; dan

(iii) Jalan Pahu – Tamparuli dengan reka bentuk R4 dengan panjang 15.72 kilometer.

Oleh yang demikian, fokus utama kementerian pada masa ini adalah untuk memastikan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1 dan Fasa 1B yang melibatkan pembinaan infrastruktur jalan raya sepanjang 706 kilometer merangkumi 35 pakej kerja ini dapat disiapkan mengikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan.

Selain itu Laluan Persekutuan 22 kerajaan telah memberikan kelulusan bagi projek pembaikan cerun di kilometer 55.3 Jalan Kota Kinabalu–Sandakan, Laluan Persekutuan 22–Tuaran sebanyak RM8.8 juta pada Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Tuaran. Soalan tambahan.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih di atas maklumat tentang muktamadnya jajaran Pan Borneo fasa seterusnya daripada Tamparuli sampai ke Randagong, Ranau. Dengan lain perkataan, Jalan Tamparuli – Ranau tidak akan dinaik taraf sebagai sebahagian daripada Pan Borneo tetapi Jalan Tamparuli, Kiulu, Pahu dan Randagong. Terima kasih di atas jawapan tersebut.

Walau bagaimanapun, kajian berkenaan dengan keadaan trafik, kesesakan jalan Tamparuli – Ranau seperti juga yang dinyatakan oleh sahabat saya Yang Berhormat Ranau tempoh hari, kesesakan di jalan ini memang teruk. Dan saya ingin

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

bertanya apakah kajian yang dibuat oleh kementerian tentang keadaan trafik sekarang ini menepati tepat ataupun tidak sebab inilah di antara keluhan orang-orang di Tamparuli sekarang dan memang benar kesesakan ini.

Pertanyaan saya, tambahan saya ialah adakah rancangan kerajaan untuk sebagai penyelesaian sementara? Tidak ada peruntukan untuk melibatkan jalan, membuat jajaran baru dan sebagainya tapi penyelesaian sementara untuk menyelesaikan kesesakan jalan raya ini terutama sekali pada ketika ini di mana Jambatan Tamparuli pun masih ditutup kerana Jambatan Tamparuli sedang dibina semula dan setiap hari memang inilah aduan di Pekan Tamparuli. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih, Yang Berhormat Tuaran. Kajian yang dibuat ialah pada 2024. Saya kira kajian baru perlu dibuat supaya ia lebih terkini. Maka, saya akan mengarahkan JKR untuk membuat kajian terkini pada tahun ini bagi menilai LOS berapa sebenarnya jalan yang berkaitan di Pekan Tamparuli yang disebut tadi. Dari segi penyelesaian sementara, kita akan berbincang juga dengan pihak trafik untuk memastikan apakah langkah-langkah seterusnya.

Saya difahamkan ketika hujung minggu terutamanya. Saya juga ingin memaklumkan di sini setakat Januari 2026 sebagai maklumat tambahan kepada Tuaran dan mereka yang berminat mengenai Lebuhraya Pan Borneo Sabah. Pakej 1A, 15 pakej, 318 kilometer, jadual 97.55 peratus sebenar apa yang berlaku di atas tanah 86.6 peratus. Dijangka siap pakej 1A ini suku pertama 2027. Pakej 1B, 19 work packages, 388 kilometer, jadual 19.6 peratus, sebenar 13.56 peratus dan jangka siap pada suku keempat 2028.

Jadi, untuk jalan yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, setelah selesai pakej 1A, setelah selesai pakej 1B, maka jalan yang kita cadang menaik taraf Jalan Kiulu – Pahu – Tamparuli, lorong — empat lorong itu kemungkinan besar akan dilaksanakan melalui pakej kedua Pan Borneo Sabah. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Jika tidak ada silakan, Yang Berhormat Semporna.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih, Dato Speaker beri ruang walaupun ini ruang pihak sebelah. Persoalan yang saya nak tanya kepada Yang Berhormat Menteri berhubung kait dengan bukan hanya kesesakan jalan menyebabkan oleh kerana kereta ramai, banyak tapi di

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

antara penyebab. The maintenance of Federal Road termasuk Pan Borneo. Adakah benar bahawa pengagihan projek Pan Borneo baru-baru ini yang dilaksanakan dan mereka sepatutnya bukan hanya untuk menyempurnakan pembinaan Pan Borneo yang akan dalam jangkaan saya mengambil masa dari jangkaan kebiasaan.

Saya baru sahaja last week dari Tawau ke Sandakan, Sandakan ke Kota Kinabalu by road five hours from Tawau to Sandakan dan jalan raya di Gunggung khususnya. Ada Pan Borneo di situ, ada kontraktor daripada Sandakan sampai ke Kota Kinabalu, Ranau. Tapi malangnya saya dapati bahawa saya difahamkan Datuk Speaker. Projek ini dah awarded to some of the Pan Borneo company yang ada but maintenance supposed to be, done by them as well, dengan izin.

Tapi malangnya, saya tak nampak di sepanjang jalan bahawa road maintenance is done by those company who is been awarded, syarikat yang telah diberi mandat untuk melaksanakan Pan Borneo sama ada peringkat yang disebutkan Yang Berhormat tadi itu, saya tak nampak.

Ada di antara mereka yang dalam jangkaan mungkin siap 2026 ataupun 2027, 2028, saya tak jangka sebagai seorang orang lama meninjau perjalanan ini setiap bulan, you know. Sampai ke Sipitang, minggu depan saya ke Sipitang bagaimana perjalanan dia. Maintenance of road, is already terminated? Those contractor yang dahulu sepertinya ada peruntukan untuk maintenance road dah tak ada. Diberikan kepada kontraktor Pan Borneo tapi mereka tak melaksanakannya.

Saya bertanya, kenapa itu berlaku? Sama ada ini saya difahamkan diserahkan kepada pihak JKR Sabah. Pemantauan bukan lagi dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Persekutuan, tapi ini merupakan Pan Borneo, Federal authority yang ada. Perlu dipantau secara baik bagaimana pelaksanaan sampai sekarang dah berapa tahun dah. Projek Pan Borneo tak siap-siap di Sabah ini. Terima kasih banyak.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Syarikat yang diberikan kontrak untuk melaksanakan Pan Borneo, 15 pakej dan 19 pakej itu, apabila mereka melaksanakan jajaran yang berkaitan, maka jalan yang dinaik taraf daripada dua lorong kepada empat lorong, jalan sedia ada dua lorong itu mereka yang bertanggungjawab untuk menyenggara. Itu sebagaimana yang dalam kontrak.

Malangnya — saya juga pergi Yang Berhormat Semporna, saya juga lalu daripada bulan Mei sampai bulan Oktober seluruh Sabah saya pergi dan melalui

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

jalan-jalan yang berkaitan dan saya membuat beberapa pengumuman- pengumuman, pemantauan-pemantauan, teguran-teguran di mana jalan-jalan yang berkaitan tidak di-maintain dengan baik.

Saya juga memberikan amaran bahawa jika mereka tidak menyenggara jalan yang berkaitan, maka JKR Sabah berhak untuk melantik kontraktor lain untuk menyenggara jalan yang berkaitan mengikut jajaran yang mereka buat dengan memotong nilai kontrak yang mereka perolehi. Itu ada disebut dalam syarat-syarat kontrak yang kita berikan kepada mereka.

Jadi, kita akan terus memantau apa yang berlaku ini. Kenapa lambat dan sebagainya, itu kita dah jawab sebelum ini dan kita harap Pakej 1A siap suku pertama tahun depan 2027, 318 kilometer ini. Pakej 1B tak bolehlah kita nak suruh arah siap cepat sebab dia baru bermula pada tahun lepas dan dijangka siap suku keempat 2028. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Majlis ke soalan yang kedua. Dipersilakan Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah, Yang Berhormat Langkawi.

draft • 10:50 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah

Terima kasih Dato’ Dr. Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2.

draft • 10:50 AM

2. Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah [Langkawi] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan bagaimana pelaksanaan Tahun Melawat Malaysia 2026 dijangka memberi impak ekonomi secara langsung kepada penduduk Pulau Langkawi termasuk peluang pekerjaan, peningkatan pendapatan pengusaha kecil dan sederhana serta penglibatan komuniti setempat dalam program dan aktiviti pelancongan.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sila, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya untuk menjawab.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Chiew Choon Man

Terima kasih YB Langkawi atas soalan tersebut. Dato’ Yang di-Pertua, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sentiasa memperkasa dan memperkukuh pembangunan industri pelancongan di semua negeri termasuklah di kawasan Langkawi secara berterusan.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Chiew Choon Man

Bersempena Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026), MOTAC mempergiat usaha promosi, pemasaran serta kerjasama strategik bagi memastikan impaknya lebih berkesan kepada destinasi-destinasi utama negara, termasuklah Langkawi. Antara inisiatif utama ialah kerjasama strategik yang dilaksanakan oleh

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Chiew Choon Man

Tourism Malaysia bersama rakan industri dan syarikat penerbangan, termasuk pelaksanaan penerbangan sewa khas, dengan izin, charter flight terus ke Langkawi.

Pada tahun 2025, Tourism Malaysia berjaya membawa masuk IndiGo Airline dari Bangalore, India sebanyak tujuh kali seminggu, LOT Polish Airlines dari Warsaw, Poland dengan sebanyak 21 penerbangan sewa khas, Batik Air dari Tashkent, Uzbekistan sekali seminggu, AirAsia serta Scoot dari Singapura sebanyak tujuh kali seminggu ke Langkawi.

Langkah ini meningkatkan kemudahsampaian pelawat asing dan seterusnya, akan merancakkan rantaian ekonomi tempatan secara langsung. Peningkatan jumlah pelawat bukan sahaja memberi manfaat kepada sektor perhotelan, malah turut mewujudkan limpahan ekonomi kepada pengusaha makanan dan minuman

(F&B), peniaga kecil, pengusaha pelancongan, penyedia perkhidmatan pengangkutan serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana.

Menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), sektor pelancongan menyumbang sebanyak 3.5 juta peluang pekerjaan atau 21.6 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja negara, sekali gus membuktikan bahawa sektor ini merupakan antara pemacu utama ekonomi negara. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Langkawi.

draft • 11:00 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih, Dato' Dr. Yang di-Pertua. Alhamdulillah, terima kasih penerangan yang diberikan oleh Timbalan Menteri. Semuanya bagus sekali. Promosi dan airline yang begitu banyak sekali masuk.

Tetapi Yang Berhormat, akhir-akhir ini kecelakaan berlaku di Langkawi. Baru- baru ini telah pun disebarkan video, Wild dogs a daily danger to public parts of Langkawi. Dan baru-baru ini, seorang European telah pun digigit anjing dan kalau tuan-tuan tengok, bersepai dia punya dagingnya. [Sambil menunjukkan paparan video] Ini baru berlaku last week. A European tourism, tourists. Dan perkara ini telah dibangkitkan beberapa kali dalam Dewan ini dan saya berharap tidak akan berlaku kepada siapa saja dalam Parlimen ini ke Langkawi. Dan, anjing ini terlalu banyak dan fenomena ini bukan sahaja di Langkawi, malah di seluruh Malaysia ini.

Tetapi di Langkawi itu, oleh kerana dia pulau dan kita buat berbagai-bagai promosi. Tuan-tuan, baru-baru ini ada reporter daripada luar negara yang telah pun

draft • 11:00 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

bertebaran, berjalan interview rakan-rakan kita daripada luar negara di Pantai Cenang dan ini membimbangkan kepada industri pelancongan.

Hasilnya, daripada Langkawi ini berbalik kepada Persekutuan, tidak berbalik kepada Kerajaan Negeri Kedah. Jadi, apa salahnya? Saya nak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah boleh MOTAC menjadi satu badan agensi yang merangkumkan semua, KPKT dan sebagainya untuk melihat masalah-masalah anjing di Pulau Langkawi ini, untuk melenyapkan ataupun sepertimana yang dicadangkan oleh Zaid Ibrahim dalam Zaid Podcast yang menyatakan, kita cari dua island, satu letak yang jantan, satu letak yang anjing betina. Saya kasihan tuan-tuan, saya kasihan. Tapi ini adalah satu cadangan yang zalim.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, pendekkan soalan.

draft • 11:00 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih Dato' Dr. Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Tuan Chiew Choon Man

Terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Langkawi terhadap pelancong di Langkawi. Walaupun bagaimanapun, isu tentang anjing liar ini bukan di bawah bidang kuasa MOTAC dan saya berharap, mungkin YB Langkawi boleh ajukan juga aduan tersebut kepada PBT di Langkawi. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Betong.

draft • 11:00 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan asal tadi memang fokus kepada Langkawi tetapi dari segi agihan kepada wilayah-wilayah, saya ingin bertanya, apakah strategi kementerian bagi kita memastikan manfaat Tahun Melawat Malaysia 2026 ini tidak hanya tertumpu di destinasi utama seperti Langkawi, Kuala Lumpur, Melaka tetapi turut memberi impak signifikan kepada negeri-negeri yang kurang menerima pelancong seperti Pantai Timur ataupun Sabah, Sarawak.

Malah, daripada di dalam Sarawak sendiri, apakah usaha kita untuk pastikan bukan hanya tertumpu kepada bandar seperti Miri, Bintulu, Kuching dan pekan- pekan yang macam Betong yang kecil? Dan, adakah terdapat peruntukan promosi dan pembangunan produk pelancongan yang diagihkan secara seimbang mengikut wilayah, atau kita masih bergantung kepada model trickle down effect, dengan izin yang belum tentu berlaku. Mohon penjelasan. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:00 AM

Tuan Chiew Choon Man

Terima kasih soalan daripada sahabat saya, Betong. Sesungguhnya, bersempena dengan VM2026, MOTAC telah melaksanakan ataupun menyediakan pelbagai insentif ataupun geran-geran untuk memperkasakan lagi sektor pelancongan di seluruh negara, termasuklah di Sarawak dan juga, kawasan YB mungkin.

Geran-geran seperti Geran Sokongan Sektor Pelancongan (GSSP), Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) dan Geran Galakan Melancong Malaysia

(GAMELAN) dapat membantu untuk merancakkan pemasaran dan aktiviti promosi industri pelancongan di seluruh negara. Dan ini dapat untuk kita membantu industri, untuk kita meluaskan kempen tersebut.

Dan selain itu, kerajaan juga telah mengumumkan bagi tahun 2026, individu warganegara Malaysia boleh menuntut perlepasan cukai sehingga RM1,000 apabila melancong dalam negara.

Kami percaya bahawa melalui inisiatif ini, ia dapat merancakkan lagi perancangan domestik ke seluruh negara, dan MOTAC juga sentiasa memperkasakan usaha pelancongan berasaskan komuniti melalui pelaksanaan Program Pengalaman Homestay Malaysia bagi juga meningkatkan sosioekonomi masyarakat luar bandar. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang ketiga. Dipersilakan, Tuan Tan Kok Wai, Yang Berhormat Cheras.

draft • 11:00 AM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 3.

draft • 11:00 AM

3. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan apakah penilaian kerajaan terhadap kedudukan Malaysia dalam ekosistem kecerdasan buatan (AI) di peringkat ASEAN dan global, serta strategi khusus yang sedang dan akan dilaksanakan untuk menarik pelaburan AI bernilai tinggi yang melibatkan penciptaan teknologi, pemindahan kepakaran dan pekerjaan berkemahiran tinggi untuk rakyat tempatan.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada YB Cheras atas soalan yang sangat penting. Malaysia sedang dalam fasa pertumbuhan ekosistem kecerdasan buatan atau dikenali sebagai AI dengan mengukuhkan kedudukannya di ASEAN serta di peringkat global sebagai destinasi pelaburan digital.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin

Berdasar kepada indeks negara digital oleh Global System for Mobile Communications Association 2025, Malaysia berada di kedudukan kedua tertinggi di kalangan negara ASEAN. Manakala di bawah kajian Oxford, Oxford Insights Government AI Readiness 2024, Malaysia telah berada di kedudukan ke-24 di dunia dari segi kesiapsiagaan AI. Di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu, kerajaan telah menyasarkan transformasi sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar melalui penerapan Teknologi Industri 4.0 termasuk AI.

Penggunaan teknologi AI akan membantu meningkatkan produktiviti kecekapan, memaju inovasi serta menawarkan pekerjaan yang berkemahiran tinggi.

Bagi memacu ekonomi digital sebagai enjin pertumbuhan baharu negara, kerajaan telah melancarkan Scheme Digital Ecosystem Acceleration atau dikenali sebagai DSEC sebagai instrumen dasar untuk memperkukuhkan ekosistem digital di Malaysia.

Menerusi skim ini, galakan cukai ditawarkan kepada penyedia infrastruktur digital yang merangkumi aktiviti strategik seperti kabel dasar laut, pusat data, pengkomputeran awan serta penghosan data berasaskan AI.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin

Sejajar dengan peralihan industri tempatan dan global ke arah penggunaan teknologi AI, insentif ini dijangka mampu menarik pelaburan berimpak tinggi seperti AI. Secara tidak langsung, ia akan membantu menyokong pembentukan pemerkasaan ekosistem AI di Malaysia.

Sebagai usaha berterusan untuk menarik pelaburan AI ke dalam negara, kerajaan melalui Kementerian Digital sedang menggariskan hala tuju jangka sederhana dan panjang melalui Pelan Tindakan Kecerdasan Buatan Kebangsaan 2026–2030 di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang menekankan etika inovasi, pembangunan saksama disokong dengan komitmen fiskal melalui Belanjawan 2026 melalui pemerkasaan peranan NAIO di bawah Kementerian Digital.

Untuk Belanjawan 2026, Malaysia memposisikan negara sebagai negara dipacu AI menjelang 2030 dengan peruntukan RM5.9 bilion bagi aktiviti penyelidikan, pembangunan komersial dan inovasi (RDCI). Penubuhan Awan AI Berdaulat

(Sovereign AI Cloud), bernilai RM2 bilion di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk menjamin kedaulatan data, Dana Pelaburan Bersama Strategik

(CoSIF) dengan peruntukan RM200 juta untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana dan syarikat pertengahan berkembang dalam sektor-sektor bernilai tinggi

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin

serta peruntukan RM180 juta bagi dana pembangunan industri NIMP untuk membiayai program pembangunan industri berimpak tinggi termasuk AI dan digital.

Selain itu, di bawah Kerangka Insentif Baharu (NIF), yang berdasarkan keberhasilan outcome-based, insentif pelaburan telah distruktur semula untuk menekankan hasil berimpak tinggi serta penggunaan AI, automasi, pendigitalan, pemindahan teknologi, pewujudan pekerjaan berkemahiran tinggi, sekali gus menggalakkan penerimaan teknologi dalam dan inovasi bagi meningkatkan produktiviti kecekapan serta daya saing industri.

Secara keseluruhannya, kerajaan telah buat banyaklah, banyak peruntukan, banyak sokongan kepada industri dari segi AI, tetapi kita harap bahawa industri boleh take up. Sepanjang pengetahuan saya dan berkomunikasi dengan pemain industri masih ramai— tahap penerimaan AI itu masih pada tahap yang belum boleh ditingkatkan lagi kerana ramai industri masih berwaswas. Mereka tengok okey ke tak dan satu lagi mereka tidak menggunakan peruntukan daripada kerajaan untuk membantu meningkatkan teknologi. Itu dari segi pemain industri.

Dari segi kerajaan pun, dari kerajaan negeri ke, kerajaan PBT ke, mereka harus berani untuk memberikan kontrak-kontrak kepada syarikat tempatan untuk melaksanakan pembaharuan dari segi AI supaya negara kita boleh adopt AI pada semua lapisan daripada kerajaan pusat sampai ke kerajaan negeri dan juga PBT.

Kesimpulannya, Malaysia sedang mengukuhkan kedudukannya di rantau ini dan di peringkat global sebagai destinasi pelaburan digital. Strategi-strategi yang sedang dan akan dilaksanakan adalah bagi memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan AI yang berdaya saing dan inklusif serta mampan dengan limpahan manfaat teknologi serta pekerjaan berkemahiran tinggi kepada rakyat tempatan. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Cheras.

draft • 11:10 AM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberikan satu jawapan yang agak menyeluruh. Tetapi walaupun ada visi dan peruntukan daripada Kerajaan Malaysia, bagaimanakah kerajaan memastikan pelaburan AI yang masuk bukan sekadar menjadi Malaysia sebagai pusat data dan pengguna teknologi, tetapi sebagai pusat pembangunan dan penciptaan teknologi?

Dan apakah langkah kerajaan bagi menangani kebimbangan bahawa penggunaan AI yang sedang berkembang pesat ini berpotensi menjejaskan pekerja

draft • 11:10 AM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

rakyat tempatan khususnya dalam sektor perkilangan, termasuk perusahaan kecil dan sederhana? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 11:10 AM

Tuan Sim Tze Tzin

Terima kasih Tuan Yang Di-Pertua, terima kasih YB Cheras. Kerajaan telah memulakan segala usaha untuk menyediakan infrastruktur, itu langkah pertama.

Kedua, kerajaan memberi bantuan dari segi geran dan sebagainya untuk memupuk. Dan ini adalah apa yang kerajaan harus buat. Dan selepas ini, dia harus disambut oleh industri, disambut oleh semua kilang-kilang dan juga syarikat-syarikat PKS. Jadi ini adalah cara kita untuk— jadi itulah kerajaan harus buat.

Untuk menjawab soalan kedua adalah apakah langkah kerajaan menangani kebimbangan penggunaan AI? Saya ingin menegaskan bahawa naratif di mana AI akan mengganti pekerjaan rakyat secara besar-besaran adalah gambaran yang tidak tepat dan tidak mencerminkan pendekatan dasar yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan. Realitinya, jika Malaysia tidak melaksanakan transformasi digital dan mengadaptasi penggunaan AI, yang akan terjejas dahulu adalah daya saing PKS itu sendiri.

Tanpa automasi dan peningkatan produktiviti, kos operasi akan meningkat, menyebabkan margin keuntungan mengecil dan akhirnya perniagaan PKS boleh gulung tikar dan pada satu ketika itulah pekerjaan akan benar-benar hilang.

Transformasi ini bukan soal menghapuskan pekerjaan, tetapi menaik taraf struktur pekerjaan negara.

Yang lebih penting negara lain di rantau ini sedang bergerak pantas dengan agenda AI. Jika Malaysia memilih untuk berlengah atas alasan kebimbangan jangka pendek, kita berisiko kehilangan pelaburan, kehilangan daya saing dan akhirnya kehilangan lebih banyak peluang pekerjaan.

Kerajaan mengambil pendekatan yang bertanggungjawab, inklusif dan berpandangan jauh dengan memastikan transformasi AI memperkukuhkan PKS, meningkatkan produktiviti dan realitinya mewujudkan pekerjaan berimpak dan berpendapatan tinggi, bukan menjejaskan rakyat. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat.

draft • 11:10 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Kubang Pasu.

draft • 11:10 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Banyak negara di dunia sudah mula mengartikulasi strategi-strategi nasional AI bagi meletakkan kedaulatan AI ataupun sovereignty AI sebagai teras menjelang 2028.

Gartner, seorang pakar meramalkan bahawa 65 peratus daripada negara di dunia akan berjaya mengadaptasikan kedaulatan AI bagi mengehadkan pergantungan AI kepada pihak luar.

Hari ini fokusnya ialah melindungi kepentingan nasional dan memastikan keupayaan kritikal AI boleh dibangun serta diuruskan dalam negara sendiri.

Kedaulatan AI distrukturkan kepada tiga sehingga lima lapisan iaitu compute data dan model. Kalau kedaulatan compute maksudnya mengawal infrastruktur yang menggerakkan AI termasuk bekalan tenaga dan sebagainya. Kalau kedaulatan model mengawal pembangunan latihan dan adaptasi model-model AI dan kedaulatan data, mengamal dan mentadbir urusan data yang dijana di store, diproses dalam negara sendiri.

Soalan saya, Dato’ Yang di-Pertua ialah, adakah Malaysia sedang mengambil langkah yang sama dan di manakah kedudukan negara dalam kedaulatan AI ketika ini? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:10 AM

Tuan Sim Tze Tzin

Terima kasih Tuan Yang Di-Pertua, terima kasih sahabat saya Kubang Pasu. Sememangnya kerajaan sedar tentang kepentingannya kedaulatan AI. Jadi itu sebab kerajaan telah menubuhkan Sovereign AI Cloud di Malaysia dengan berbelanja RM2 bilion di bawah Suruhan Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Jadi, ini bermaksud bahawa kerajaan ingin memastikan data yang milik kerajaan atau rakyat berada dalam Malaysia, diproses dan sebagainya.

Walaupun bagaimanapun untuk pengetahuan Kubang Pasu, sebenarnya data yang penting di Malaysia ini hanya sangat-sangat kecil saja. Yang penting adalah industri kita boleh proses, boleh naikkan industri mereka ke tahap AI yang jauh lebih besar penggunaannya.

draft • 11:10 AM

Tuan Sim Tze Tzin

Jadi, adalah penting bahawa saya nak tegaskan bahawa industri dan juga PKS, syarikat PKS kita, mereka harus bekerja. Dia kena kejar tentang penggunaan

draft • 11:20 AM

Tuan Sim Tze Tzin

AI. Sekarang masih pada tahap yang boleh dipertingkatkan lagi. Jadi if we don't catches up, maka kita akan ketinggalan sebab kita nampak negara-negara jiran ya South Korea, Taiwan, Japan dan juga Singapore dan sebagainya mereka sangat berdaya maju dan Malaysia harus meningkatkan usaha kita terutamanya syarikat tempatan kita. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang keempat. Dipersilakan Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun, Yang Berhormat Hulu Terengganu.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Hulu Selangor.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Hulu, Hulu ― sorry, maaf, Hulu Selangor.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 4.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Bulan- bulan puasa ni.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

[Ketawa]

draft • 11:20 AM

4. Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan kriteria pemilihan 25 buah kampung di bawah program Desa Kirana serta menyenaraikan kampung-kampung yang terlibat termasuk bagaimana kementerian memastikan ia nya memberi manfaat langsung kepada komuniti tempatan dari segi peluang pekerjaan, penglibatan belia, usahawan mikro dan pengeluar produk tradisional.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, silakan.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dato' Yang di-Pertua, pada tahun 2025, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah telah memperkenalkan inisiatif Desa Kirana sebagai game changer dalam usaha kita meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti desa sebagai persiapan juga untuk Tahun Melawat Malaysia 2026.

Program ini telah mempakejkan tarikan dan produk pelancongan sedia ada di sesebuah kawasan desa dan seterusnya mempromosikannya dalam bentuk pakej-pakej komprehensif sebagai tarikan pelancong dari dalam dan luar negara termasuk digital nomads ataupun pengembara kerja digital. Promosi dan hebahan

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

akan dilaksanakan oleh pihak kementerian melalui pelbagai saluran media dan medium digital yang bersesuaian.

Semasa Majlis Pengumuman Pakej Lengkap Desa Kirana pada 20 Disember 2025, sebanyak 25 pakej Desa Kirana telah diperkenalkan. Antara kriteria bagi pemilihan bagi 25 kampung Desa Kirana tertakluk kepada lima jenis tarikan pelancongan dalam setiap pakej komprehensif seperti warisan kebudayaan, tarikan semula jadi, gastronomi, pengalaman kehidupan desa dan juga produk tradisional.

Bagi tahun 2025 juga, pemilihan lokasi Desa Kirana adalah berasaskan pendekatan saringan awal dengan memberi tumpuan kepada kampung-kampung yang telah menunjukkan tahap kesiapsiagaan dan pencapaian tertentu. Antara asas utama pemilihan adalah kampung-kampung yang pernah menerima pengiktirafan ataupun terlibat dalam inisiatif pembangunan desa seperti Anugerah Desa MADANI KKDW, Anugerah Kampung Sejahtera, Anugerah Kampung Ceria FELDA, program Desa Lestari dan inisiatif seumpamanya. Pemilihan turut mengambil kira ketersediaan prasarana, akses ke lokasi produk pelancongan sedia ada serta komitmen penduduk setempat.

Bagi memastikan program Desa Kirana memberi manfaat langsung kepada komuniti tempatan, pelaksanaannya berpotensi membuka peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan kepada penduduk setempat sekiranya aktiviti pelancongan desa ini berjaya dilaksanakan dengan mendapat sambutan pelancong. Peluang pekerjaan ini merangkumi peranan sebagai pengendali homestay, pemandu pelancong tempatan, fasilitator, aktiviti pelancongan dan penyedia perkhidmatan sokongan.

Dalam masa yang sama, program ini juga turut membuka ruang kepada penglibatan belia desa dalam pengurusan aktiviti pelancongan, pemasaran digital dan keusahawanan berasaskan pelancongan sekali gus menggalakkan belia kekal di desa.

Selain daripada itu juga, usaha mikro dan pengeluaran produk tradisional tempatan berpeluang memasarkan produk mereka sebagai sebahagian daripada pakej Desa Kirana yang secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan pendapatan serta kelestarian ekonomi komuniti setempat.

Bagi tahun 2026, KKDW menyasarkan 100,000 pengunjung ke 25 lokasi Desa Kirana yang menawarkan penginapan inap desa yang unik seperti yang diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KKDW.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Bagi merealisasikan sasaran ini, KKDW akan melibatkan anak-anak syarikat di bawah KKDW dalam pembangunan pakej pelancongan, pengaktifan promosi serta pemasaran bersepadu bagi semua lokasi Desa Kirana. Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan aliran pelancongan ke desa, malah dijangka menjana pertumbuhan hasil kepada anak-anak syarikat yang terlibat melalui penawaran pakej-pakej pelancongan, perkhidmatan sokongan dan juga aktiviti komersial berkaitan. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Hulu Selangor, soalan tambahan.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih kepada YB Menteri di atas penerangan dan juga penjelasan yang cukup jelas.

Cuma, sepertimana yang diterangkan tadi melibatkan 25 desa kan dan apakah ia nya akan ditambahkan lagi akan datang? Dan soalan seterusnya sebenarnya berkaitan dengan apa yang diterangkan tadi. Adakah disediakan ataupun kursus-kursus untuk orang-orang kampung ini untuk― dalam bentuk macam pengurusan homestay, pemasaran digital dan sebagainya? Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 11:20 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, terima kasih YB Hulu Selangor atas soalan tambahan.

Untuk tahun ini, memang kita merancang untuk tambahan tetapi setakat ini kita masih mengemas kini 25 kampung berkenaan supaya betul-betul memberi pulangan yang maksimum kepada 25 kampung berkenaan. Insya-Allah, kita masih membuka peluang ini kepada kampung-kampung yang lain.

Untuk makluman Yang Berhormat, di bawah inisiatif Desa Kirana ini, memang terdapat program latihan khusus dan berstruktur yang disediakan kepada penduduk kampung khususnya golongan belia dan wanita bagi membolehkan mereka mengambil peranan utama dalam operasi dan pengurusan aktiviti pelancongan desa.

draft • 11:20 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Institut Kemajuan Desa berperanan sebagai institusi latihan KKDW telah merangka modul latihan secara berfasa meliputi peringkat asas, lanjutan dan pemantapan.

draft • 11:20 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

INFRA menawarkan kursus komprehensif bagi latihan homestay dan merupakan pusat bertauliah yang unggul dalam menerajui pelaksanaan program TVET Homestay dalam melahirkan tenaga mahir berpotensi dalam sektor pelancongan desa. INFRA juga menyediakan latihan komprehensif peringkat pengenalan asas, lanjutan serta program TVET Homestay yang dilaksanakan secara strategik dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), persatuan homestay negeri dan Malaysia dan Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi tujuan persijilan kebangsaan.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, INFRA juga telah pun melahirkan sebenarnya 10,970 orang yang telah dilatih untuk tujuan latihan dari sudut homestay dan juga aktiviti ecotourism. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Batang Lupar.

draft • 11:20 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Terima kasih Dato' Speaker. Terima kasih YB Timbalan Menteri atas jawapan yang cukup padat.

Saya ingin mengetahui memandangkan tahun ini merupakan Tahun Melawat Malaysia. Walaupun telah diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi berkenaan dengan kolaborasi dengan MOTAC, tetapi itu hanya pada tahun ini Melawat Malaysia.

Saya nak tahu sejauh manakah pemantauan ataupun adakah mekanisme yang ditetapkan oleh pihak kementerian bagi memastikan manfaat ekonomi yang bersifat berterusan ataupun sustainable tidak terhenti selepas Tahun Melawat Malaysia? Terima kasih Menteri.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:20 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih YB Batang Lupar atas soalan tambahan. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya program Desa Kirana ini tidak terhad dengan program Tahun Melawat Malaysia. Program Tahun Melawat Malaysia ini merupakan salah satu booster-lah.

draft • 11:20 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Maksudnya KPI yang kita tetapkan kepada 25 kampung berkenaan. Itu sebagai orang kata awal dan pendedahan dan seterusnya tindakan yang lebih agresif dalam usaha kita memastikan pelancongan ataupun desa ini, program Desa Kirana ini dapat memberi impak ataupun peningkatan ekonomi kepada masyarakat desa.

draft • 11:30 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Untuk makluman Yang Berhormat, program ini akan kita teruskan sampai bila-bila dan ia sebenarnya seperti yang saya maklumkan tidak terhad kepada 25 kampung. Tetapi kemungkinan kita boleh tingkatkan lagi jumlah kampung sebab banyak lagi yang berpotensilah, banyak lagi kampung-kampung yang berpotensi.

Namun, untuk tujuan sambutan ataupun sokongan kepada Tahun Melawat Malaysia, kita mengehadkan 25 bagi kita memastikan orang kata impak ataupun sasaran mekanisme yang kita tetap memberi impak yang menyeluruh kepada masyarakat desa. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kelima. Dipersilakan Tuan Haji Azli bin Yusof, Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Terima kasih Dato' Yang Di-Pertua.

Soalan saya nombor 5.

draft • 11:30 AM

5. Tuan Haji Azli bin Yusof [Shah Alam] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan langkah Kerajaan menggubal undang-undang kecil atau peraturan bagi membolehkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil tindakan ke atas kenderaan yang terbiar dan sering menimbulkan masalah di kawasan kediaman berstrata.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menjawab.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

*Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Berselawat]* Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan MADANI sentiasa mendukung prinsip tadbir urus yang berintegriti, berteraskan undang-undang serta berpaksikan kesejahteraan rakyat. Justeru isu kenderaan terbiar khususnya di kawasan kediaman berstrata merupakan antara cabaran perbandaran yang memberi kesan langsung kepada kualiti hidup komuniti.

Justeru yang demikianlah, maka usaha kita untuk menambah baik rangka perundangan dan garis panduan berkaitan bukan sekadar tindakan pentadbiran, tetapi pada masa yang sama adalah manifestasi komitmen kerajaan untuk memastikan persekitaran bandar yang lebih teratur, selamat, bersih dan harmoni untuk semua.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, adalah penting untuk kita memahami kawasan kediaman berstrata yang telah menubuhkan Badan Pengurusan Bersama

(JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) adalah tertakluk sepenuhnya di bawah

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Akta Pengurusan Strata 2013 ataupun Akta 757 serta Peraturan-peraturan Pengurusan Strata (Pengurusan dan Penyelenggaraan) 2015.

Berdasarkan peruntukan akta tersebut, sebaik sahaja JMB atau MC ditubuhkan secara sah, pihak berkuasa, pihak berkenaan mempunyai kuasa penuh dan tanggungjawab undang-undang untuk mengurus, mengawal selia dan mentadbir segala perkara yang berlaku dalam kawasan hak milik bersama ataupun common property termasuk isu kenderaan terbiar di kawasan parking dan juga laluan bersama.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Pada masa ini, Tuan Yang di-Pertua pihak berkuasa tempatan tidak mempunyai sebarang peruntukan kuasa untuk mengambil tindakan penguatkuasaan di dalam kawasan strata persendirian melainkan ada permohonan rasmi atau kerjasama daripada JMB dan juga MC. Prinsip ini penting untuk kita menghormati bidang kuasa yang telah pun ditetapkan oleh Akta 757 serta hak pengurusan yang diberikan kepada komuniti strata itu sendiri.

Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan keadilan sosial, keterangkuman dan kelestarian, kerajaan beriltizam memastikan setiap peraturan yang digubal mampu menjawab keperluan semasa rakyat secara realistik dan berkesan dan dalam konteks pengurusan kenderaan terbiar, pendekatan kerajaan adalah berlandaskan prinsip kebertanggungjawaban, penguatkuasaan berhemah serta kerjasama erat di antara PBT, badan pengurusan strata dan agensi teknikal supaya penyelesaian yang dirangka akan benar-benar praktikal dan berpihak kepada kepentingan awam.

Menyedari bahawa masalah kenderaan terbiar sangat memberi kesan kepada keselamatan dan ketenteraman awam, kementerian sedang melaksanakan penambahbaikan menyeluruh terhadap garis bantuan pengurusan kenderaan terbiar oleh pihak PBT, pihak berkuasa tempatan yang dikeluarkan pada tahun 2020.

Penambahbaikan ini merangkumi beberapa langkah strategik antaranya; Pertama, penggunaan seksyen 65 Akta Pengangkutan Jalan 1987 ataupun Akta 333 sebagai instrumen tambahan bagi membolehkan pelupusan kenderaan dilakukan tanpa melalui proses mahkamah yang panjang. Kerana sebelum ini Tuan Yang di-Pertua, dia mesti melalui proses mahkamah.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Keduanya cadangan pindaan kepada peruntukan tertentu dalam Akta 33 bagi memperluaskan lagi kuasa pelaksanaan kepada semua kategori PBT serta memperjelaskan skop kawasan yang boleh dikuatkuasakan.

Dan yang ketiga, perwujudan mekanisme pelupusan kenderaan secara sukarela melalui sistem e-DeREG yang dibangunkan oleh JPJ baru-baru ini dalam Mac 2025 untuk pemilik kenderaan boleh melupuskan kenderaan usang masing- masing sebagai satu alternatif pantas dan mesra pengguna.

Dan langkah-langkah ini sedang dimuktamadkan melalui proses libat urus menyeluruh bersama dengan Kementerian Pengangkutan, JPJ, PDRM, Jabatan Alam Sekitar, kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa tempatan. Pendekatan kolaboratif ini mencerminkan semangat keterangkuman Malaysia MADANI agar segala penyelesaian, setiap penyelesaian yang dirangka akan benar-benar praktikal berkesan dan berpaksikan kepada kepentingan dan keperluan komuniti. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Shah Alam.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebutkan tentang tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak PBT. Namun saya difahamkan bahawa di antara alasan ataupun kekangan yang dihadapi oleh pihak PBT ialah dari segi punca kuasa dan siapa yang akan membiayai kos apabila sesuatu tindakan itu diambil.

Dan bagi pihak dan bagi keadaan di kediaman berstrata ini, menambah buruk keadaan lagi ialah di mana realiti yang berlaku di kawasan kediaman berstrata ini ialah bilangan kenderaan yang melebihi daripada had yang diperuntukkan bagi setiap isi rumah. Akibatnya kenderaan di parkir di bahu jalan sehingga ada yang melimpah sehingga ke kawasan perumahan, mungkin rumah teres kediaman sehingga menimbulkan rungutan dan ketidakselesaan di kawasan kejiranan. Adakah kementerian menyedari hal ini dan apakah perancangan yang dilakukan untuk mengatasi situasi seperti ini? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Silakan Menteri.

draft • 11:30 AM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang saya sebutkan tadi, sebahagian daripada yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Shah Alam, telah pun saya jawab. Kita ada dua akta yang berbeza.

Apabila kita ada Akta Strata Tuan Yang di-Pertua, JMB dan MC mesti menjalankan tugas dan pelaksanaan.

draft • 11:30 AM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Yang kedua, yang selain daripada itu, disebutkan juga selain daripada kenderaan terbiar, disebutkan pula juga kenderaan yang melebihi. Ini satu urusan yang lain pula Tuan Yang di-Pertua. Ini memerlukan kerjasama ataupun gerakan bersama the whole nation. Sama ada kita mewajibkan kah had pemilikan kenderaan— ini memerlukan bukan sahaja kementerian ini Tuan Yang di-Pertua tetapi keseluruhan.

Tetapi ada pun yang disebutkan tadi tentang kos. Banyak lagi perkara- perkara yang bukan sahaja kita nak mengalihkan kenderaan tersebut Tuan Yang di- Pertua kalau dia terbiar ataupun usang. Tetapi pada masa yang sama jangka panjang Tuan Yang di-Pertua tempat di mana kita meletakkan kenderaan-kenderaan itu tadi. Jadi saya sebutkan di sini Tuan Yang di-Pertua, ia memerlukan penelitian yang cukup tuntas dan memerlukan kerjasama semua pihak juga sepertimana yang telah saya sebutkan di dalam jawapan asal saya. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Batang Lupar.

draft • 11:30 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan saya ringkas kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apakah langkah sokongan yang disediakan oleh kementerian untuk memastikan JMB dan MC mempunyai kapasiti dari segi pengetahuan sumber dan keberanian undang- undang bagi menangani isu kenderaan terbiar khususnya di kawasan strata kos rendah dan lama. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:30 AM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa langkah yang kita ambil tertumpu kepada tiga perkara, Tuan Yang di- Pertua. Pertamanya adalah pengukuhan keupayaan ataupun capacity building melalui latihan berstruktur kepada pegawai-pegawai COB dan PBT dan pemegang taruh yang terlibat dengan strata.

Kedua, pemerkasaan pematuhan melalui standardisasi undang-undang kecil

(by-laws) panduan dan juga rujukan prosedur.

Dan yang ketiganya adalah akses kepada remedi undang-undang yang cepat dan berpatutan melalui Tribunal Pengurusan Strata supaya JMB dan MC tidaklah buntu ataupun takut dalam mengambil tindakan yang sah.

Dan langkah-langkah ini, Tuan Yang di-Pertua akan membantu JMB dan MC bertindak secara lebih berdisiplin sekali gus mengurangkan konflik dalam komuniti dan memastikan tindakan yang diambil itu boleh dipertahankan daripada sudut undang-undang.

draft • 11:30 AM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Dan selain daripada itu, Ahli-ahli Yang Berhormat juga bolehlah pada masa yang sama memberikan kesedaran kepada setiap warga dan penduduk kita di tempat masing-masing supaya memahami dan dapat menggunakan hak dan kuasa mereka dalam memilih kepimpinan JMB dan MC yang benar-benar dapat memainkan peranan di peringkat masing-masing. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik seterusnya saya jemput Kapten Azhari bin Hasan, Padang Rengas.

draft • 11:30 AM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Soalan saya nombor 6.

draft • 11:30 AM

6. Kapten Azahari bin Hasan [Padang Rengas] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan pelan konkrit Kerajaan bagi memastikan insentif latihan kemahiran dan penjanaan pekerjaan di bawah Belanjawan 2026 diwujudkan di kawasan luar bandar seperti Padang Rengas bagi mengurangkan penghijrahan belia ke bandar.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:40 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Terima kasih YB Padang Rengas atas soalan enam.

Tan Sri Yang di-Pertua, fokus KKDW dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas adalah memberi penekanan terhadap pembangunan luar bandar secara menyeluruh. Segala usaha ke arah menyediakan peluang latihan kemahiran dan penjanaan pekerjaan untuk masyarakat desa termasuk golongan belia akan dilaksanakan melalui inisiatif-inisiatif berikut.

Yang pertama, pemerkasaan TVET. Iaitu dengan menjadikan TVET sebagai laluan utama untuk melahirkan tenaga kerja yang relevan dan kompetitif. Fokus yang diberikan kepada pelaksanaan inisiatif strategik di sektor high growth, high value dan teknologi termaju termasuk di sektor pertanian.

Untuk melaksanakan inisiatif ini, sebanyak 281 institusi TVET di bawah KKDW menawarkan 529 program merangkumi 15 kluster bidang kemahiran. Antara petunjuk paling jelas keberkesanan pelaksanaan TVET di KKDW adalah tahap kebolehpasaran sehingga 95 peratus bagi tempoh dua tahun berturut-turut.

Yang kedua, pemerkasaan program keusahawanan. Bagi menyokong ekosistem keusahawanan belia itu sendiri, KKDW mempergiatkan Program Start Right sebagai platform utama untuk melahirkan usahawan muda yang kompetitif dan berdaya maju dari peringkat awal lagi. Inisiatif ini diperkukuhkan lagi melalui program sokongan pengukuhan keusahawanan luar bandar yang menyediakan bantuan

draft • 11:40 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

teknikal serta peralatan bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran produk belia tersebut.

Inisiatif ini juga turut merangkumi usaha meningkatkan kualiti produk melalui persijilan seperti halal di samping menggalakkan penggunaan teknologi serta aplikasi digital dalam operasi perniagaan. Pendekatan ini juga secara tidak langsung membantu usahawan belia memperluaskan akses pasaran dan meningkatkan potensi pertumbuhan perniagaan secara mampan.

Yang ketiga, KKDW juga memperkenalkan kerjasama strategik merentas wilayah bagi mempercepatkan pembangunan kawasan kurang membangun dan menyeimbangkan kemajuan ekonomi wilayah. Pihak Berkuasa Koridor dan Lembaga Kemajuan Wilayah telah menjalinkan kerjasama strategik merentas wilayah.

Sebanyak 15 projek berimpak tinggi dikenal pasti dengan jangkaan pelaburan sebanyak RM1.253 bilion yang mewujudkan 5,621 peluang pekerjaan, meningkatkan ekonomi setempat sebanyak RM142.45 juta setahun. Memberi manfaat kepada 582,000 usahawan dan pelancong.

Dan yang keempat, pemanfaat tanah terbiar melalui program-program berimpak tinggi seperti PROSPEK. Selain itu, KKDW melaksanakan projek bersepadu pembangunan ekonomi kampung, PROSPEK yang mengoptimumkan penggunaan tanah terbiar menjana aktiviti ekonomi produktif. Pelaksanaan program ini disokong oleh bimbingan teknikal dan akses pasaran bagi memastikan pulangan mampan selaras dengan Agenda Sekuriti Makanan Negara.

Bagi tahun 2026 hingga 2030, terdapat lima projek PROSPEK baharu yang akan dilaksanakan. Untuk negeri Perak sendiri akan diadakan PROSPEK di Kerian, Perak hasil laut, di samping meneruskan PROSPEK yang sedia ada yang berada di Lenggong, agritourism, ternakan rusa, dan Bagan Datuk, tanaman kelapa di Perak.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Padang Rengas.

draft • 11:40 AM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri di atas jawapan. Banyak insentif-insentif yang dinyatakan. Cuma saya nak tahu berapakah jumlah peruntukan khusus di bawah Belanjawan 2026 untuk latihan kemahiran dan penjanaan pekerjaan luar bandar? Dan berapa peratus yang benar-benar diperuntukkan di kawasan Padang Rengas? Serta apakah insentif yang konkrit kepada syarikat serta pelabur untuk membuka peluang pekerjaan di luar bandar agar beliau tidak berhijrah ke kawasan bandar. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:40 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih atas soalan tambah tadi. Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat di bawah Belanjawan 2026, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM7.9 bilion bagi memperkasakan agenda TVET Nasional yang merangkumi inisiatif latihan kemahiran dan peningkatan keboleh1pasaran yang melibatkan 12 kementerian penyedia TVET termasuk Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Dalam hal ini, manfaat bagi kawasan Padang Rengas disalurkan secara langsung melalui pengoperasian institusi-institusi TVET di bawah KKDW yang menerima agihan dana keseluruhan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, agihan peruntukan pembangunan KKDW adalah berasaskan kepada keperluan projek dan permohonan yang diluluskan mengikut keutamaan. Secara prinsipnya, peruntukan tidak dipecah mengikut peratusan tetap bagi setiap kawasan Parlimen.

Namun penduduk di Padang Rengas mendapat manfaat secara langsung melalui institusi kemahiran berhampiran seperti projek prasarana asas dan GIATMARA Padang Rengas. Bagi GIATMARA Padang Rengas, peruntukan operasi tahun 2026 berjumlah kira-kira RM230,000 yang memfokuskan kepada bidang teknikal berimpak tinggi seperti Sijil Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam dan Sijil Teknologi Kimpalan Arka.

Selain daripada itu, Kolej RISDA Perak turut memainkan peranan penting dalam menjana ekonomi setempat melalui penawaran Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang pembuatan pakaian wanita, pembuatan pastri dan operasi pengeluaran tanaman dengan peruntukan berjumlah RM50,000 untuk tahun 2026.

Keberadaan institusi-institusi ini membuktikan bahawa penduduk Padang Rengas mendapat akses terus kepada latihan kemahiran dan peluang pekerjaan yang dibiayai dengan peruntukan dalam belanjawan tahun 2026 yang mana sekali gus membantu memacu transformasi ekonomi luar bandar di kawasan berkenaan.

Berkaitan dengan soalan terakhir tadi mekanisme ataupun insentif yang diperolehi oleh — apa nama? Inisiatif...

draft • 11:40 AM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Oleh syarikat atau pelabur.

draft • 11:40 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Syarikat atau pelabur. Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat, khususnya MARA telah membuat kerjasama dengan industri-industri ataupun pelabur-pelabur di pasaran melalui satu Program Cost Sponsorship yang mana pelajar TVET itu separuh pembiayaan ditaja oleh MARA dan separuh lagi ditaja oleh industri berkenaan.

draft • 11:40 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Jadi, pelatih-pelatih yang telah pun habis secara tidak langsung akan menjadi tenaga kerja mahir kepada industri-industri berkenaan. Itu salah satu daripada yang kita laksanakan Yang Berhormat. Banyak lagi insentif lain yang kita berikan kepada rakan-rakan strategik kita dalam membantu kita memberi latihan kemahiran dan juga menyedia peluang-peluang pekerjaan tenaga mahir kepada negara kita secara keseluruhan. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Betong.

draft • 11:40 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Berhubung dengan isu penghijrahan belia ke bandar, banyak telah dijelaskan oleh Timbalan Menteri secara komprehensif tapi fokus kepada dimensi padanan industri tempatan di Sarawak umpamanya lah.

Apakah sektor ekonomi yang telah dikenal pasti sebagai pemacu utama luar bandar bagi kita di Sabah Sarawak? Adakah ia hanya berfokus kepada agromakanan, ekonomi biru, tenaga boleh di baharu, pelancongan komuniti atau ekonomi digital? Dan sekiranya ada maklumat mungkin boleh dijawab secara bertulis, berapa peratus kah ataupun graduan-graduan latihan kemahiran luar bandar yang benar-benar mendapat pekerjaan dalam sektor yang sama dengan latihan mereka dalam tempoh enam bulan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:50 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih YB Betong atas soalan tambahan. Secara keseluruhannya, aspek-aspek ataupun bidang-bidang yang disebut oleh YB Betong tadi ya, yang merangkumi agropertanian, begitu juga ecotourism, begitu juga dari sudut apa nama, tenaga. Ini antara sektor-sektor yang banyak melibatkan belia dalam latihan dan juga pekerjaan. Maksudnya, dari sudut peningkatan pekerjaan.

Hari ini saya tak ada data, mostly kebanyakan— pada masa ini kalau di Sarawaklah, lebih kepada industri tenaga. Yang pergi ke IKM, yang pergi ke GIATMARA dan sebagainya lebih dalam format berkenaanlah. Namun begitu, saya tak ada data setakat ini, tak ada itu. Insya-Allah, saya akan jawab secara bertulis.

Terima kasih Tan Sri.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput Tuan Wong Chen, Subang.

draft • 11:50 AM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih Tan Sri. Soalan saya nombor 7.

draft • 11:50 AM

7. Tuan Wong Chen [Subang] minta Menteri Pengangkutan menyatakan sehubungan dengan cadangan pembangunan LTSAAS sebagai hab penerbangan, apakah kerangka dasar, pelan mitigasi bunyi serta mekanisme pemantauan dan penguatkuasaan Kerajaan bagi memastikan pematuhan curfew jam 10 malam, khususnya dalam menangani aduan penduduk mengenai operasi penerbangan selepas waktu tersebut.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Jemaah Menteri pada 28 Jun 2023 telah bersetuju terhadap pembangunan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang yang akan dilaksanakan berasaskan kepada Subang Regeneration Plan ataupun SARP yang disediakan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad dan polisi-polisi semasa kerajaan yang berkaitan.

Perkembangan LTSAAS tersebut memberi fokus kepada tiga komponen utama iaitu ekosistem aeroangkasa ataupun aerospace ecosystem, operasi penerbangan perniagaan (business aviation), dan juga city airport terminal. Dalam hubungan ini, strategi utama penerbangan LTSAAS melibatkan penyusunan semula susun atur kawasan udara, airside dan darat, landside serta mengoptimumkan kawasan operasi penerbangan perniagaan, pembangunan semula kawasan industri aeroangkasa sedia ada dengan memperkukuhkan infrastruktur dan membuka ruang baharu untuk segmen maintenance, repair and overhaul (MRO) bernilai tinggi serta pemodenan dan pembesaran LTSAAS menjadi new green city airport terminal yang lengkap bagi pengendalian perkhidmatan penerbangan berjadual menggunakan pesawat jet.

Pembangunan new city airport terminals melibatkan tiga fasa. Pembangunan fasa interim bagi operasi jet di Terminal 3 ini sedia ada LTSAAS melibatkan peningkatan kapasiti pengendalian penumpang daripada 1.5 juta penumpang setahun kepada 3.0 juta setahun. Selanjutnya, pembangunan fasa pertama akan melibatkan pembinaan bangunan airside terminal yang baharu dan berupaya mengendali pergerakan penumpang dengan kapasiti lima juta MPPA. Fasa kedua pula yang merupakan fasa terakhir yang akan meningkatkan kapasiti maksimum pengendalian penumpang di lapangan ini kepada lapan MPPA dan pada masa ini masih dalam rangka apa nama, di peringkat interim.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, pihak Malaysia Airports Berhad telah menyiapkan pembangunan fasa interim ini pada 30 Julai 2024 dengan peningkatan kapasiti pengendalian penumpang dari 1.5 juta penumpang setahun kepada 3.0 juta

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

setahun. Antara syarikat penerbangan jet yang beroperasi di lapangan terbang ini adalah Batik Air, Scoot Airline, TransNusa Airline dan juga Hong Kong Express dan juga Firefly Turboprop.

Untuk makluman Yang Berhormat, bagi menangani isu bunyi di lapangan terbang ini, pihak MAB menggariskan syarat-syarat seperti berikut. Masa operasi lapangan terbang dihadkan daripada pukul 6.00 pagi sehingga 10.00 malam bagi fasa interim. Manakala waktu operasi bagi fasa pertama adalah dihadkan daripada pukul 6.00 pagi sehingga pukul 12.00 malam.

Dan keduanya, mewujudkan zero noise window ataupun quiet window bermula pukul 10.01 malam sehingga 5.59 pagi. Pelaksanaan inisiatif-inisiatif tersebut perlu dipatuhi oleh syarikat-syarikat penerbangan dalam memastikan pengoperasian pesawat jet di lapangan terbang ini dapat dilaksanakan dengan lancar serta memastikan kesan bunyi dan operasi penerbangan terhadap penduduk tempatan adalah pada tahap yang minima.

Untuk maklumannya Yang Berhormat juga, secara umumnya terdapat dua jenis ujian engine ground run (EGR) yang dijalankan oleh pengendali MRO iaitu satu ialah EGR kuasa melahu, ideal power dan keduanya ialah EGR kuasa penuh, full power. Bagi ujian kuasa melahu, ideal power test, tempoh masa bagi pelaksanaan ujian telah ditetapkan antara 7.00 pagi hingga 7.00 malam dan dibuat di lokasi yang dibenarkan iaitu di parking bay dan taxiway sahaja.

Sebelum ini bagi ujian kuasa penuh, full power test, ujian telah pun dibenarkan antara 12.00 malam hingga 6.00 pagi sahaja. Dan atas faktor keselamatan, ia nya hanya terhad di penghujung landasan 33. Namun yang landasan 33 ini iaitu kawasan yang jauh dari kawasan kediaman dan semua ujian adalah tertakluk kepada kelulusan daripada CAAM sebelum sebarang ujian dibuat. Ini dulu, dulu ya.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, fasiliti EGR bagi pesawat penumpang telah mula beroperasi pada sepenuhnya pada 5 Januari 2026. Selain itu, operasi EGR bagi Tentera Udara Diraja Malaysia pula dijalankan dalam pangkalan tentera udara UTM. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Subang.

draft • 11:50 AM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Timbalan Menteri. Jawapan panjang, tapi ya lah, bagi saya kita telah mengamalkan satu curfew. Jadi, saya tak faham sama ada curfew itu sampai ke pukul 12.00 ke

draft • 11:50 AM

Tuan Wong Chen - Subang

pukul 10.00 sekarang, pada hari ini. Tapi kalau kita ikut curfew 10.00 malam tahun lalu 2025, saya nak minta data.

Pertama, berapa kali kesalahan langgar curfew ini berlaku? Siapa yang lakukan? Penalti yang dikenakan berapa? Dan lebih penting, semua ini data saya mintalah Timbalan Menteri kalau boleh bagi kita secara bertulis pun okey. Tapi, yang penting ialah apakah tindakan yang lebih serius boleh dilakukan sebab penduduk di kawasan itu sengsara, Tan Sri Speaker. Rumah itu bukannya murah, satu, dua juta.

Tiap-tiap malam ada complain.

Jadi saya mintalah Menteri, adakah kita akan mengambil tindakan yang lebih, penalti yang lebih tinggi. Dan juga, satu undertaking daripada kementerian sama ada melalui badan-badan untuk turun jumpa penduduk buat townhall yang betul. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Silakan Menteri.

draft • 11:50 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Terima kasih. Pertama sekali, yang hujung itu tadi, bahawa fasal townhall itu saya difahamkan sudah ada dibuatlah sebelum ini. Sebab soalan ini juga pernah ditanya di Kamar Khas oleh Petaling Jaya ya, secara detail sudah dijawab sebenarnya. Jadi sepanjang tahun 2025, dari segi data yang ada lah yang setakat ini iaitu bahawa syarikat penerbangan mematuhi syarat-syarat ditetapkan di mana CAAM hanya memberikan kebenaran slot pada waktu-waktu yang telah ditetapkan ini. Sekatan ini bermaksud syarikat penerbangan hanya boleh beroperasi pada masa yang ditetapkan.

Namun, Kementerian Pengangkutan bersama-sama pihak berkuasa, CAAM dan juga daripada MAHB dari masa ke semasa sudah pastinya akan memantau perkara ini. Tetapi ada kalanya memang berlaku di mana iaitu kelulusan slot ini ya, tadi yang enam hanya — dibenarkan beroperasi 6.00 hingga 10.00 malam. Cuma, sekiranya berlaku kelewatan pesawat melebihi 10.00 pm adalah mungkin di atas yang pernah berlaku atas faktor cuaca, faktor operasi dan teknikal, pihak airport masih membenarkan pesawat tersebut lalu, turun. Kalau ada kes-kes tertentu, memang ada dibenarkan pesawat tersebut mendarat atau berlepas di airport Subang sekiranya berlaku keadaan ini dan dipohon oleh pihak airlines yang terlibat.

Dan secara prinsipnya, MAB tidak bercadanglah setakat ini untuk apa nama, belum ada penalti yang dibuat. Tetapi, I will go back to ask them secara terperincilah kalau ada data-data yang menunjukkan dan yang melebihi pukul 10.00 malam itu dan apa sebabnya. Apakah sebab teknikal ataupun you know, whatever other reasons. I will give you in writing. Terima kasih YB.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Sabak Bernam.

draft • 12:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Terima kasih Tan Sri Yang Di- Pertua. Saya meneliti soalan dan jawapan yang diberikan oleh Menteri yang berkenaan. Soalan saya apakah kemungkinan berlaku di kawasan komuniti tersebut penurunan nilai hartanah atau pun susut nilai disebabkan perkara-perkara yang berlaku tadi. Saya hanya perlukan jawapan ya atau tidak. Kalau tidak tak payahlah penjelasan. Tapi kalau ya, soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk memberikan pampasan, rebat cukai atau insentif khas kepada pemilik harta tanah yang terjejas di kawasan komuniti tersebut? Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Menteri.

draft • 12:00 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Terima kasih Yang Berhormat.

Mungkin tentang susut nilai itu saya tak dapatlah nak bagi apa nama, jawapannya di sini. Mungkin boleh ditanyakan kepada apa nama― mungkin kita boleh membantu untuk menanyakan kepada mungkin JKPTG ke dan sebagainya bahagian tanahlah melihat keadaan di sana. Tetapi, sebagaimana yang disebut oleh YB Subang tadi, nampaknya sekarang ni banyak rumah-rumah yang tumbuh baru juga yang bernilai tinggilah. Jadi, secara apa nama umumnya kita akan merujuklah. Kita akan tanya keadaan sekeliling itu untuk― dengan agensi-agensi yang berkenaan untuk memberi jawapan yang lebih tepat. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh, Besut.

draft • 12:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Tan Sri Yang Di-Pertua. Nampak tenang hari ini ya. Puasa Tan Sri ya. Tan Sri, saya pohon izin untuk mengalu-alukan kedatangan rombongan daripada Parlimen Paya Besar.

Minta izin.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Paya Besar.

draft • 12:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya, Paya Besar. Saya ingin mengalukan kehadiran rombongan mahasiswa dan mahasiswi daripada Parlimen Paya Besar seramai 70 orang. Selamat datang ke Dewan Rakyat, institusi yang terpenting negara kita. Ini disebut oleh Ahli Parlimen Paya Besar ya.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tukang baca saja.

draft • 12:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya?

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tukang baca saja.

draft • 12:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ha, saya tukang baca saja. Angkat tangan semua, boleh? Okey, tengok ramai.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, soalan.

draft • 12:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey. Tan Sri, sebelum saya teruskan dengan soalan saya, saya minta izin untuk berpantun sikitlah.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 12:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Bergolak sudah Pakatan Harapan, Ada diminta menjadi khadam; (Ada juga ni.) Kalau tak percaya tanyalah Pandan, (Oh Pandan tak ada.) Soalan saya nombor lapan.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] Silakan Menteri.

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Saya tak jawablah itu pantun itu.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau nak jawab pun boleh, tak jawab pun tak apa.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Tak jawab, tak jawab.

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia sentiasa komited dalam memelihara ketenteraman awam dan kedaulatan undang-undang.

Maknanya sebarang tindakan siasatan mahupun tangkapan yang dilakukan adalah berlandaskan kepada peruntukan undang-undang sedia ada tanpa niat untuk menyekat kebebasan bersuara yang dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan selagi mana ia tidak melangkaui batas yang menggugat ketenteraman negara.

Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan statistik penguatkuasaan bagi Akta Hasutan 1948, berikut adalah perbandingan bagi tahun 2024 dan 2025.

Tahun 2024, jumlah kertas siasatan 96, tuduhan 11, jumlah tangkapan 32. Bagi tahun 2025, kertas siasatan 97, tuduhan 3, tangkapan 58. Secara keseluruhan, kalau kita lihat dua tahun ini jumlah kes ialah 193, tuduhan 14, tangkapan ialah 90.

Justifikasi, peningkatan jumlah tangkapan bagi tahun 2025 Yang Berhormat, berbanding 2024 adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut. Antaranya, peningkatan tangkapan adalah manifestasi ketegasan PDRM dalam menangani penyebaran kandungan sensitif yang melibatkan elemen agama, raja, kaum yakni 3R. Tindakan pantas juga diambil untuk mengekang naratif yang boleh memutuskan ketegangan kaum atau penghinaan terhadap institusi diraja sebelum ia menular secara ekstrem.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Walaupun peningkatan jumlah kertas siasatan adalah kecil Yang Berhormat, jumlah tangkapan mencatat peningkatan yang ketara berikutan penglibatan kumpulan atau individu yang bertindak secara kolektif dalam penyebaran kandungan berunsur hasutan. Penurunan jumlah pertuduhan pula menunjukkan kerajaan amat berhati-hati dalam meneruskan pendakwaan.

Setiap kes akan dinilai dengan begitu teliti oleh Pejabat Peguam Negara bagi pastikan hanya kes yang mempunyai bukti kukuh di bawah mahkamah. Manakala, selebihnya diselesaikan melalui kaedah amaran atau pemantauan yang berterusan, Yang Berhormat.

Dan, peningkatan tangkapan sebenarnya bertujuan untuk memberi isyarat jelas kepada masyarakat bahawa kebebasan bersuara bukan lesen untuk memfitnah atau menghasut dan kerajaan sentiasa mengimbangi antara hak asasi individu dengan keperluan menjaga keselamatan nasional. Apa pun undang-undang dan hak rakyat serta kepentingan negara tetap diberikan keutamaan. Terima kasih Tan Sri.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, soalan tambahan dari Besut.

draft • 12:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Melihat kepada jawapan daripada Menteri, saya perhatikan bahawa banyak tangkapan daripada tuduhan.

Maknanya, kurang buktilah. Sepatutnya tangkapan tak ada dibuat sebab perkara begini, pada zaman kita dulu sebagai kerajaan. Masih ingat? Sebelum 2018 tangkapan tak banyak. Sampai ada yang daripada pembangkang pada masa itu, disebut, siap sebut “Kita hasut rakyat” tak ada tangkapan pun.

Tapi sekarang ni, contoh-contoh yang saya bagi. Zamri Vinoth lah, Cikgu Chandra semua. Hanya mempersoalkan pasal kuil. Kuil― tak boleh disebut haram, semua tak boleh disebut tapi berada di tanah orang lain sebelum dan selepas mengikut Kanun Tanah Negara, seksyen 340 ada mengatakan bahawa kuasa adalah mutlak. Maknanya, dia tidak boleh disangkal. Maknanya, hak dia tak boleh disangkal.

Jadi, saya nak katakan bahawa siapa-siapa yang duduk atas tanah yang tak boleh disangkal, ia tak boleh― maknanya dia dikira sebagai penceroboh. Tak kira duduk dulu ke, sekarang ke, mengikut ekuitinya tak boleh mengatasi Kanun Tanah Negara, seksyen 340. Jadi, mereka ni yang mempersoalkan pasal kuil kena tangkap.

Dan Cikgu Chandra, cerita pasal botol kicap pun diminta ditangkap. Botol kicap apalah apa ada pada botol kicap. Yang hitam itu kicap. Botol tak hitam pun. Ini yang saya nak terangkan. Jadi...

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Maka soalannya ialah...

draft • 12:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Soalannya― begitulah.

Apa sebenarnya ha tangkapan dibuat ini hanya kerana adanya arahan-arahan ataupun agenda politik. Itu yang saya nak tahu. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Tan Sri, saya dah sebut tadi bahawa kita amat berhati-hati dalam setiap kes. Bermakna kita menilai secara teliti oleh Pejabat Peguam Negara. Sangat teliti dan berlandas dengan undang- undang.

Yang Berhormat, saya nak sebut bahawa PDRM yakni kerajaan, kita bagi jaminan bahawa penguat kuasa undang-undang berkaitan dengan 3R ini, kita laksana secara adil, telus, konsisten, tanpa ada sebarang unsur pilih kasih atau pengaruh mana-mana badan politik. Ini sangat jelas. Kalau yang disebut oleh Yang Berhormat itu persepsi. Tapi hakikatnya yang saya sebutkan tadi.

Maknanya, setiap individu atau kumpulan yang disyaki melakukan kesalahan, kita akan siasat berdasarkan peruntukan dan undang-undang yang berkuat kuasa tanpa kita ambil kira latar belakang, kedudukan atau status politik masing-masing.

Dan PDRM sendiri, perlu kita beri kepercayaan untuk menjalankan siasatan dengan telus tanpa gangguan.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Justeru itu, Yang Berhormat, semua pihak kita ingatkan, termasuk diri saya, tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh elemen 3R. Mana-mana pihak, tak kiralah sebelah sana kah, sebelah sini kah, di atas kah, di luar, yang menyentuh isu ini, tidak ada kompromi, kekal diambil tindakan berlandaskan undang- undang yang ada.

Yang Berhormat, saya nak sebut. Kalau dibandingkan zaman dulu, zaman sekarang, kenapa dulu tak ada, sekarang banyak? Saya nak sebut. Ini semuanya persepsi, saya sebut. Kalau kita lihat― peningkatan ini perlu kita lihat secara objektif dan kita lihat berdasarkan data. Peningkatan yang dilaporkan tidak semestinya mencerminkan pertambahan sentimen tetapi juga kita harus lihat, antaranya, dipengaruhi oleh beberapa faktor.

Satu faktor ialah faktor keterbukaan dan capaian social media. Hari ini, kalau dilihat, perkembangan platform digital menjadikan penyebaran kandungan berlaku dengan lebih pantas, lebih meluas. Dulu tak macam ini. Tapi, hari ini terbuka. Social media yang terbuka luas dan perkara yang dahulu trend dalam kelompok kecil kini telah tular dalam bentuk yang sangat singkat. Ini menyebabkan lebih banyak laporan

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

diterima dan lebih banyak laporan dibuka. Termasuklah lagi soal peningkatan tahap kesedaran dan pelaporan. Rakyat mulai sedar, dia buat laporan dan sebagainya.

Dan tentulah ketegasan penguatkuasaan― maknanya, kerajaan melalui PDRM mengambil pendekatan tegas dan konsisten tanpa mengira latar belakang yang saya sebutkan tadi. Maknanya, kes-kes akan disiasat di bawah peruntukan undang-undang seperti Akta Hasutan, Kanun Keseksaan atau Akta Komunikasi dan Multimedia.

Ini antara jawapan yang saya boleh jawab, Yang Berhormat. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Semporna.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih. Terima kasih, Tan Sri Speaker. Sebenarnya saya dah berdiri awal daripada ― terima kasih atas ruang yang diberikan.

Dan saya ingin bertanya berhubung dengan justifikasi ini, asas dia sama ada siasatan ataupun tangkapan dilakukan. Tan Sri Speaker, saya mengalami sendiri.

Tak ditangkap, siasat. Pasal apa dia siasat? Ada saya diundang untuk satu acara rasmi dan saya tonton video. Bukan saya buat video. Lepas itu, saya disiasat.

“Adakah Datuk Seri terlibat dalam pembuatan video ini?” Lepas itu, ada lagi ucapan. Bukan berhubung kait dengan 3R. Kita orang matang, bukannya orang tak matang. Tahu lama dah Artikel 10 Perlembagaan negara kita, freedom of speech. We know the limitation, Tan Sri Speaker, tentang had-had ucapan kita. Tapi, mengapa ada seakan-akan arahan pihak tertentu kah?

Saya bertanya. Ataupun ada sesuatu perkara berhubung kait― sampai saya bagi tahu, “Saya sibuk sikit. Banyak kerja ini.” Nak jalan sana, nak buka puasa, nak ini.

“Boleh tak, Datuk Seri?” Lepas itu― “Okey, nanti saya pergi Tawau.” Sampai di Tawau, siasat di Tawau. Sampai ke rumah saya pun kena siasat. I said, “Apa sebenarnya ini?” Adakah ini satu agenda tertentu, justifikasi terhadap individu tertentu? Bila orang ini buat laporan, siasatan dilakukan oleh pihak polis. Bila kita buat laporan kepada polis― nauzubillah, ini bulan puasa, Tan Sri Speaker― tak ada satu pun diambil tindakan terhadap bila kita nyatakan bukan setakat penggunaan― ini kita PTI. Itu bangsa, race. Tapi, ini saya sebut tentang ucapan peluang pekerjaan anak- anak kita di Sabah terpaksa berhijrah sampai 200,000 ke Semenanjung. Pekerjaan yang mereka terlibat. Persoalan tentang kehidupan anak-anak saya. Di Sabah ini, peluang pekerjaan tak ada tapi kena siasat juga.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Saya minta ruang. Saya bagi tahu, “Bagilah masa sikit.” “Tak. Datuk Seri, ada arahan kena bagi laporan sikit.” Ada tempoh dia pula.

Terima kasih, Tan Sri Speaker.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Menteri.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Tan Sri, saya ingin tegaskan bahawa apa juga tindakan yang dibuat oleh pihak polis, kita berlandaskan undang-undang dan peraturan. Dan tidak ada apa-apa arahan-arahan daripada pihak tertentu, tapi ia nya berlandaskan peraturan kita ada. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih, Yang Berhormat. Mungkin kita boleh bagi satu lagi. Saya jemput Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi, Igan.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua kerana memberi kesempatan yang amat bermakna ini. Soalan Igan nombor 9.

draft • 12:10 PM

9. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi [Igan] minta Menteri Kesihatan menyatakan status terkini pelaksanaan dan pembinaan projek Klinik Pergigian dan Klinik Kesihatan Daro. Bila projek ini dimulakan dan tempoh ia disiapkan.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Tan Sri Yang di-Pertua.

Status terkini projek pembinaan Klinik Kesihatan Jenis 4 Daro di Parlimen Igan adalah surat setuju terima (SST) telah dikeluarkan kepada kontraktor yang dilantik pada 21 Januari 2026 dan tarikh milik tapak adalah pada 4 Februari 2026.

Jangka masa pelaksanaan projek ini adalah selama 30 bulan dan dijangka siap pada suku ketiga tahun 2028. Lokasi klinik kesihatan baru adalah di Lot 3683, Blok 18, Jemoreng Land District, sejauh 5.3 kilometer daripada klinik kesihatan sementara sekarang. Agensi pelaksanaan projek ini adalah Jabatan Kerja Raya Sarawak.

Apabila siap kelak, fasiliti ini akan dilengkapi dengan perkhidmatan dan kemudahan seperti yang berikut:

(i) klinik pesakit luar;

(ii) klinik kecemasan;

(iii) klinik kesihatan ibu dan anak;

(iv) unit pendaftaran dan rekod perubatan;

(v) unit farmasi;

(vi) unit survelan kesihatan;

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

(vii) unit pengimejan diagnostik;

(viii) unit rehabilitasi;

(ix) unit patologi;

(x) unit pendidikan kesihatan;

(xi) pejabat pentadbiran;

(xii) kuarters;

(xiii) kemudahan awam;

(xiv) kemudahan staf;

(xv) stor; dan

(xvi) kafeteria.

Bagi projek pembinaan Klinik Pergigian Daro, Parlimen Igan, KKM sedang dalam peringkat akhir memuktamadkan pelantikan kontraktor penyiap. Surat setuju terima (SST) dijangka akan dikeluarkan pada suku tahun ketiga 2026 dengan tempoh pelaksanaan projek selama 24 bulan dan dilaksanakan di bawah KKM sendiri.

Apabila siap kelak, klinik ini akan menyediakan perkhidmatan pergigian premier serta pusat bagi pasukan pergigian bergerak kepada penduduk setempat di daerah Daro dan Matu. Pada masa ini, perkhidmatan Klinik Kesihatan Daro dan Klinik Pergigian Daro beroperasi secara sementara di dalam kawasan Hospital Daro.

Untuk maklumat Yang Berhormat juga, berdasarkan status perjawatan terkini, jumlah jawatan sedia ada di Klinik Kesihatan Daro adalah sebanyak 54 jawatan, manakala di Klinik Pergigian Daro adalah sebanyak enam jawatan. Setelah kedua- dua fasiliti baharu ini siap dibina, anggaran pertambahan sebanyak 50 jawatan bagi Klinik Kesihatan Daro dan 20 jawatan bagi Klinik Pergigian Daro.

Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Igan.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Igan.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan.

Alhamdulillah, mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, pasti rakyat saya di Daerah Daro amat gembira mendengar berita ini yang telah menanti selama 11 tahun, Dato’ Yang di-Pertua. Sebenarnya klinik kesihatan ini terbakar 6 Oktober 2015. Jadi, di bulan Ramadan yang mulia ini, ini adalah satu berita yang amat menggembirakan. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan juga Kementerian Kesihatan.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Untuk soalan tambahan klinik kesihatan, tidak ada, Dato’ Yang di-Pertua.

Cuma, untuk Klinik Pergigian Daro, soalan tambahan saya, Dato’ Yang di-Pertua, ialah berdasarkan keadaan semasa tapak pembinaan Klinik Pergigian Daro yang telah lama terbengkalai, bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan memaklumkan langkah-langkah yang sedang atau akan diambil bagi memastikan projek ini tidak terus sakit agar aset kerajaan dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat?

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Silakan Menteri.

draft • 12:10 PM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Igan, KKM akan membuat pemantauan secara rapi di peringkat daerah, negeri dan Persekutuan melalui mesyuarat pemantauan projek. Contohnya, Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri di mana Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak sendiri, dari segi tentang Klinik Pergigian Daro, akan membentangkan status terkini setiap projek dan perbincangan langkah intervensi, sekiranya perlu, dan pemantauan di lapangan bersama pelbagai agensi. Dari segi ini adalah dari segi ICU JPM, JKR dan JKN tadi.

Selain daripada itu, KKM juga akan memantau melalui sistem pemantauan digital, iaitu MyProjek, mengenai status terkini pelaksanaan projek bagi membolehkan tindakan intervensi diambil dan juga memastikan bahawa tiada sebarang pindaan need statement atau keperluan tambahan sepanjang tempoh pelaksanaan kerana perubahan skop dan keperluan akan memberi ruang kepada kelewatan projek.

Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Igan.

Sekian, terima kasih. Tan Sri Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Igan.

draft • 12:10 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

[Bangun]

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Kapar.

draft • 12:20 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Tan Sri Speaker. Semalam kita berbahas di sini mengenai NCDs yang disebabkan oleh isu pemakanan sebagai di antara faktor utama yang menyebabkan penyakit-penyakit ini dan juga isu pemakanan ini juga seperti lebih gula, ultra-processed, pemakanan ultra-processed dan sebagainya akan menyebabkan bukan sahaja NCDs tetapi juga masalah gusi dan gigi. Jadi persoalan Kapar, apakah persiapan kerajaan untuk menangani trend

draft • 12:20 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

ini? Trend penyakit NCDs berserta orang yang sama, pesakit yang sama berserta penyakit pergigian ini, makna gusi dan sebagainya.

Dan untuk makluman kalau orang sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya dia tak boleh cabut gigi, cabut gitu sahaja. Dia kena stabil dahulu barulah dia buat rawatan. Jadi ada tak blueprint untuk rawatan pergigian nasional ini supaya kita boleh mengawal? Sebab dia daripada kanak-kanak sampai warga emas yang penyakit NCD itu, bukannya yang tua-tua sangat sekarang, 40 tahun dah ada dah.

Jadi, adakah Hospital Kapar bakal yang tadi Igan tanya yang akan dapat, Kapar, Hospital Kapar yang akan mendapat pakar pergigian dan pakar NCD kerana kita di antara yang paling ramailah, Tan Sri Speaker? Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri, dari Igan kita ke Kapar. Silakan.

draft • 12:20 PM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Tan Sri Yang di-Pertua, mohon maaf saya akan memberikan maklum balas secara bertulis. Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 12:20 PM
USUL
WAKTU MESYURAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Tan Sri Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari dan akan bersidang seterus sehingga selesai dibahas dan diputuskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2025) 2026 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2025 seperti di Nombor 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini. Selepas itu Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Isnin, 2 Mac 2026.”

draft • 12:22 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, ada yang menyokong?

draft • 12:22 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 12:22 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya iaitu Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 12:22 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2025) 2026 Bacaan Kali Yang Kedua

Tuan Yang di-Pertua

Saya persilakan Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk mengemukakan rang undang-undang ini. Dipersilakan.

draft • 12:22 PM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Tan Sri Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2025 dan bagi peruntukan jumlah wang itu untuk maksud yang tertentu bagi tahun itu. Dibaca kali kedua sekarang.

Tan Sri Yang di-Pertua, peruntukan tambahan perbelanjaan mengurus pertama tahun 2025 ini dibentangkan mengikut Perkara 101 Perlembagaan Persekutuan iaitu bagi memperolehi kelulusan terhadap perbelanjaan yang tidak diperuntukkan atau tidak diperuntukkan sepenuhnya dalam Belanjawan 2025 yang telah diluluskan terdahulu oleh Dewan yang mulia ini. Anggaran perbelanjaan mengurus tambahan pertama 2025 yang dibentangkan adalah berjumlah RM7,938,212,000 untuk membiayai perbelanjaan bekalan yang boleh diringkaskan seperti berikut.

Sebanyak RM5,293,447,300 adalah untuk pindahan lebihan daripada Akaun Hasil Disatukan 2025 ke kewangan Wang Pembangunan. Pindahan ini dicaj sebahagian daripada perbelanjaan di bawah maksud B.12 peruntukan kepada kumpulan wang terkanun. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pindahan ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 10(1) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] dan bukan satu perbelanjaan baru tetapi merupakan sebahagian daripada keperluan kewangan untuk menampung perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2025 yang berjumlah RM81,920,526,113.

draft • 12:23 PM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Dan sebanyak RM7,938,212,000 adalah merupakan peruntukan tambahan langsung kepada kementerian, jabatan yang telah diberikan kebenaran untuk berbelanja melebihi daripada peruntukan bagi membiayai perkara-perkara yang komited pada tahun 2025. Manakala sebanyak RM5,293,447,300 adalah untuk merupakan pindahan hasil kepada Kumpulan Wang Pembangunan.

Tan Sri Yang di-Pertua, kementerian-kementerian yang terlibat di dalam anggaran perbelanjaan tambahan ini adalah seperti berikut. Pertama, Kementerian Kewangan sebanyak RM6,686,676,300. Kedua, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sebanyak RM993,943,800. Dan ketiga, Kementerian Pendidikan Tinggi sebanyak RM257,591,900.

Butiran dan penjelasan lanjut mengenai peruntukan tambahan bagi anggaran perbelanjaan mengurus tambahan pertama tahun 2025 adalah seperti dalam penyata anggaran tambahan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 16 tahun 2026 dan Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 16A tahun 2026.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin mengemukakan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama tahun 2025 berjumlah RM990,912,700. Dari jumlah tersebut sebanyak RM135,000,100 juta adalah merupakan pendahuluan yang telah dikeluarkan daripada simpanan luar jangka.

Anggaran tambahan diperlukan bagi membiayai projek-projek pembangunan bagi maksud-maksud berikut. Pertama, sebanyak RM479,960,200 untuk Kementerian Kewangan. Kedua, sebanyak RM375,952,400 untuk Kementerian Pertahanan dan sebanyak RM135 juta untuk Kementerian Kerja Raya.

Selain daripada itu, anggaran tambahan ini juga mengandungi permohonan peruntukan tanda atau token sebanyak RM100 bagi beberapa kementerian.

Peruntukan tanda ini adalah bagi mewujudkan butiran baru untuk membolehkan pindahan peruntukan dilakukan antara butiran. Penerangan dan penjelasan lanjut mengenai Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2025 adalah seperti yang dinyatakan dalam Penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama tahun 2025 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 17 tahun 2026 dan Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 17A tahun 2026.

draft • 12:23 PM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Tan Sri Yang di-Pertua, perlu saya maklumkan di sini bahawa anggaran perbelanjaan tambahan yang dipohon ini berjumlah RM7,938,212,000 untuk

draft • 12:30 PM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

perbelanjaan bekalan dan RM990,912,700 untuk perbelanjaan pembangunan adalah sebahagian daripada jumlah perbelanjaan sebenar tahun 2025.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya akan mengemukakan usul mengenai anggaran perbelanjaan pembangunan tambahan pertama tahun 2025 selepas ucapan ini.

Saya mohon mencadangkan.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, ada siapa yang menyokong?

draft • 12:30 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Saya menyokong.

Terima kasih Tan Sri.

draft • 12:30 PM
USUL
ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN TAMBAHAN PERTAMA 2025

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Tan Sri Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa usul di atas nama Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diserahkan kepada Jawatankuasa sebuah- buah Majlis.

*“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] , membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak sembilan ratus sembilan puluh juta sembilan ratus dua belas ribu tujuh ratus Ringgit

(RM990,912,700) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2025 bagi Maksud dan Butiran

(Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua Penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama Tahun 2025 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 17 Tahun 2026 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut”.* Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada siapa yang menyokong?

draft • 12:30 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Tan Sri, saya mohon menyokong.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah bahawa rang undang-undang bernama Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2025 dan bagi peruntukkan jumlah wang itu untuk maksud yang tertentu bagi tahun itu dan masalah bahawa usul di atas nama Yang Berhormat Menteri Kewangan di nombor 1 dalam Aturan Urusan

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis sekarang.

Kedua-dua masalah tersebut terbuka untuk dibahaskan.

Saya mempunyai senarai yang panjang. Saya akan bacakan nama-nama mereka yang akan mengambil bahagian. Namun sebelum itu, saya nak memberikan sedikit pesanan bahawa hari ini merupakan perbahasan bagi Rang Undang-undang Perbekalan Tahun (2025) untuk 2026 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Tahun 2025.

Selaras dengan Peruntukan Mesyuarat 67(5), saya ingin mengingatkan kepada semua Ahli Yang Berhormat untuk mengehadkan perbahasan di peringkat dasar kepada dasar-dasar am dan pentadbiran kerajaan yang berkaitan dengan rang undang-undang ini dan usul ini sahaja. Jadi, jangan masuk benda-benda yang lain ya.

Untuk itu, saya bacakan nama-nama mereka yang telah pun menghantar nama-nama untuk terlibat. Yang pertama, YB Pekan diikuti dengan Pendang, Bakri, Kubang Pasu, Petaling Jaya, Setiu, Rasah, Tuaran, Dungun, Beruas, Keningau, Pengkalan Chepa, Beaufort, Betong, Arau dan Sipitang. Setiap pembahas akan diberikan lima minit dan saya mulakan dengan Pekan. Silakan.

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Pekan untuk menyertai perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2025.

Maksud B.25 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, tambahan sebanyak RM993.9 juta bagi menampung keperluan subsidi program penstabilan harga minyak masak. Pada tahun 2025, threshold yang telah ditetapkan bagi harga RBD Palm Olein sebanyak RM2,300 per metrik tan tetapi harga telah naik kepada RM4,524 per metrik tan.

Meskipun langkah kerajaan menangani ketirisan minyak masak bersubsidi menerusi pembangunan program atau aplikasi skim penstabilan harga minyak masak iaitu bagi mengawal dan memantau rantaian bekalan, iaitu minyak masak bersubsidi dapat dinikmati oleh mereka yang layak, menggelakkan ketirisan terutamanya pembelian oleh warga asing dan penyeludupan ke negara jiran, menampakkan kejayaan.

draft • 12:34 PM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Tetapi, isunya masih berlaku iaitu penyalahgunaan oleh peniaga yang membeli dalam jumlah dengan kadar yang besar. Keduanya ialah penggunaan aplikasi eCOSS menyukarkan penggunaan yang tidak mempunyai telefon pintar terutama sekali bagi penduduk luar bandar dan warga emas dan mereka yang buta IT. Seterusnya, pembelian secara manual melalui buku log juga melambatkan proses pembelian dan ada kedai yang enggan menggunakannya. Manakala pemindahan minyak masak bersubsidi ke dalam botol dan tong industri supaya dapat dijual pada harga yang tinggi juga menjadi suatu perkara yang dilakukan.

Oleh itu, Pekan mencadangkan agar pelaksanaan audit penguatkuasaan berjadual dan yang mengejutkan, agar lebih kerap turun padang bagi memastikan terhadap kilang pembungkusan, pemborong dan peruncit, terutama di kawasan panas dan sering alami ketirisan menjalankan kewajipan mereka yang sewajarnya.

Keduanya, memperkukuhkan kerjasama rentas agensi seperti Kastam, PDRM, APMM bagi membanteras penyeludup minyak bersubsidi ke negara jiran.

Keduanya, Maksud B.64 Kementerian Pengajian Tinggi iaitu tambahan sebanyak RM257.6 juta bagi menampung keperluan kos operasi universiti awam, meliputi kontrak fasiliti, kos utama, kos utiliti, kos penyenggaraan, peralatan dan fasiliti pembelian alatan pembelajaran. Cabaran universiti awam ialah janaan pendapatan sendiri tidak mencukupi untuk menampung kos operasi. Universiti masih bergantung secara signifikan kepada peruntukan kerajaan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2024, tiga universiti awam iaitu UMS, UiTM dan USIM merekodkan jurang kewangan ketara yang tidak dapat menampung perbelanjaan operasi tahunan secara berkesan. Contoh UiTM, pada tahun 2023 pendapatan sebanyak RM3.5 bilion, perbelanjaan sebanyak RM3.8 bilion dan mengalami defisit sebanyak RM212 juta. UMS, defisit sekadar RM141 juta. USIM, defisit 2023, RM44.02 juta.

Oleh itu, pihak universiti mestilah secara realistik mengambil kira perubahan demografi pelajar serta peningkatan kos operasi yang berlaku dari tahun ke tahun.

Keduanya, pihak universiti mestilah mencari sumber pendapatan sendiri seperti pengukuhan penyelidikan dan inovasi bagi mengurangkan kebergantungan penuh kepada kerajaan.

Maksud B.21 Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, di mana sektor ini menyumbangkan sebanyak RM45.5 bilion atau 11 peratus kepada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar pada suku tahun 2025. Secara

draft • 12:34 PM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

teknikalnya, cabaran utama sektor ini ialah peningkatan kos input, ketidaktentuan hasil akibat iklim, rantaian nilai yang tidak efisien.

draft • 12:34 PM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Oleh itu, bekalan masih didominasi oleh orang tengah dan orang tengah memainkan peranan yang penting di dalam perkara ini. Oleh itu, petani dan nelayan masih menghadapi cabaran peningkatan kos input dan operasi yang tidak setara dengan kadar subsidi atau bantuan dan hasil pendapatan.

Pemberian insentif berdasarkan produktiviti perlu ditukar kepada skim pembiayaan kadar rendah untuk pembelian jentera moden, speed drone, sensor tanah, navigasi moden dan lain-lain. Ini bermaksud mengalihkan daripada bersifat kebajikan sepenuhnya kepada bersifat pembangunan kapasiti.

Pekan ingin menegaskan bahawa peruntukan ini bukan sekadar angka tetapi menyentuh secara langsung kesejahteraan rakyat dan masa depan negara.

Peruntukan tambahan bukan sekadar pelarasan peruntukan, tetapi peluang untuk memperkukuhkan keberkesanan setiap sen yang dibelanjakan oleh kerajaan secara bersasar dan berkesan. Pekan mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Seterusnya saya menjemput Pendang.

draft • 12:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua memberi peluang kepada saya untuk membahaskan RUU Perbekalan Tambahan 2026. Saya akan menyentuh dua perkara.

Pertamanya, berkenaan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri iaitu kos sara hidup dan yang kedua iaitu kos operasi Universiti Awam di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi.

Tan Sri Yang di-Pertua, kita nak menyentuh berkenaan dengan subsidi minyak masak dan juga integriti sistem subsidi. Sebanyak RM93.9 juta tambahan diperlukan bagi skim penstabilan harga minyak masak. Susulan kenaikan harga RBD Palm Oil kepada purata RM4,524 satu tan, jauh melepasi paras ambang iaitu RM2,300. Ini menunjukkan tekanan pasaran global terhadap komoditi asas yang memberi kesan langsung kepada kos sara hidup.

Ini terdapat paradoks yang perlu kita renungkan. Malaysia ialah pengeluar utama minyak sawit dunia tetapi rakyat masih memerlukan subsidi besar untuk membeli minyak masak. Ini menimbulkan persoalan struktur. Adakah rantaian

draft • 12:41 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

bekalan domestik terlalu panjang sehingga kos meningkat sebelum sampai kepada pengguna? Adakah mekanisme kawalan harga cukup responsif terhadap turun naik pasaran global? Adakah subsidi benar-benar sampai kepada kumpulan sasaran?

Ketirisan dan penyelewengan minyak masak bersubsidi bukan perkara baru.

Kita sering mendengar tentang penyeludupan, penyorokan dan penjualan semula kepada sektor industri. Jika kebocoran ini berterusan, negara bukan sahaja membazir wang rakyat, malah mensubsidi pihak yang tidak layak. Saya harap pihak kerajaan memberi perhatian terhadap ini bila kita membuat rang undang-undang tambahan bekalan ini.

Tuan Sri Yang di-Pertua, saya ini mendapat penjelasan, apakah kadar kebocoran sebenar subsidi minyak masak berdasarkan operasi terkini? Berapakah jumlah rampasan dan pendakwaan yang direkodkan tahun lalu? Sejauh manakah teknologi penjejakan rantai bekalan digunakan bagi memastikan subsidi sampai kepada pengguna?

Tan Sri Yang di-Pertua, kita melihat subsidi ini adalah membantu sektor pengangkutan, logistik, nelayan dan sebagainya. Tetapi berlaku ketirisan disebabkan oleh penyeludupan rentas sempadan, penyalahgunaan sektor tidak layak, manipulasi kuota bersubsidi dan penjualan semula pada harga pasaran. Ketirisan ini saya ingat sangat amat merugikan negara.

Saya ingin bertanya kepada Menteri yang terlibat, apakah pelaksanaan subsidi diesel bersasar terhadap pengurangan ketirisan setakat ini? Berapakah jumlah penjimatan yang sebenar yang telah kita capai? Apakah penguatkuasaan rentas agensi bagi mengekang penyeludupan di sempadan dan pengairan negara?

Iaitu mekanisme untuk menghalang daripada berlaku ketirisan ini. Apakah mekanisme yang digunakan?

Tambahan hampir RM1 bilion untuk satu komoditi asas menimbulkan persoalan kelestarian fiskal. Jika harga global kekal tinggi, adakah kerajaan akan terus menambah subsidi setiap tahun? Adakah kita menuju ke arah subsidi bersasar sepenuhnya berasaskan pangkalan data rakyat?

Subsidi ialah instrumen pelindungan sosial yang penting, namun subsidi yang bocor dan tidak direformasi. Kita dapat kutipan cukai, kita kurangkan subsidi, kita pulangkan balik kepada rakyat untuk kesejahteraan rakyat, itu reformasi yang kita perlukan. Jangan subsidi ditarik, tetapi menekan rakyat menjadi kesusahan kepada rakyat.

draft • 12:41 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tan Sri Yang di-Pertua. RUU tentang— saya nak menyentuh berkenaan Universiti Awam. Universiti Awam dan juga daya saing negara ini turut memohon tambahan RM257.6 juta bagi menampung kos operasi universiti awam, termasuk penyelenggaraan fasiliti usang, kos utiliti, penyelenggaraan makmal dan pembelian peralatan PDP. Antara universiti terlibat ialah UIAM, UIA, UNIMAS, UMS, UiTM dan USIM. Tambahan ini mendedahkan realiti sebenar iaitu infrastruktur universiti yang semakin menua ataupun aging infrastructure.

Peralatan penyelidikan memerlukan pembaharuan selain kos operasi meningkat. Saya ingin membangkitkan beberapa soalan penting— saya minta sikit lagi Tan Sri Yang di-Pertua, berapakah backlog penyelenggaraan fasiliti universiti di seluruh negara? Mengapakah penyelenggaraan berkala tidak dilaksanakan lebih awal sehingga kos menjadi lebih tinggi sekarang? Adakah sistem pengurusan aset universiti cukup cekap dan telus? Adakah model pembiayaan universiti awam masih mampan? Sejauh manakah universiti diberi autonomi menjana pendapatan sendiri?

Bagaimanakah kerajaan memastikan peruntukan tambahan meningkatkan kualiti pendidikan dan penyelidikan?

Kita tak nak kita lulus, tapi perbelanjaan dia masih lagi di tahap lama yang berlaku, salah guna kuasa sepertimana yang sedang dibangkitkan sekarang ini. Kita sedang menghadapi untuk memerangi rasuah dan sebagainya yang bermula daripada atas hingga ke bawah. Jika ini dapat kita atasi, maka kita akan mendapat satu hasil yang sangat berkualiti dan bagi memajukan negara, akhirnya menguntungkan rakyat. Itulah reformasi yang kita tuntut.

Last sekali, saya memohon penjelasan Menteri untuk— habis dah Tan Sri Yang di-Pertua, minta maaf. Apakah pelan tambahan peruntukan ini, adakah perlu?

Namun reformasi struktur adalah lebih penting. Negara kita memerlukan sistem subsidi yang bersasar dan bebas. Saya memohon Menteri, apakah pelan menyeluruh kerajaan untuk menutup ketirisan subsidi diesel dan memastikan subsidi negara benar-benar sampai kepada golongan sasaran? Dan apakah reformasi jangka masa panjang bagi memastikan universiti awam kekal berdaya saing tanpa bergantung kepada suntikan dana tambahan setiap tahun?

Akhirnya, kestabilan ekonomi rakyat dan kekuatan ilmu negara adalah asas masa depan Malaysia. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 12:41 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Bakri.

draft • 12:41 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya ingin menarik perhatian tentang perbelanjaan DE untuk Kementerian Kerja Raya, iaitu berapakah di dalam DE kali ini akan memanfaatkan kawasan Bakri?

Di dalam kawasan Bakri, ada satu projek yang amat penting, tetapi telah lama diminta-minta tapi tak dapat. Iaitu projek jalan pintas (Simpang Sungai Terap – Jorak – Paya Panjang), Laluan J32 Muar atau kadangkala dikenali sebagai Bukit Pasir Bypass ke Muar Furniture Park (MFP).

Tan Sri Yang di-Pertua, sejak saya mula memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen pada tahun 2022, saya telah berulang kali membangkitkan perkara ini di dalam Dewan yang mulia ini dan sentiasa menegaskan bahawa keperluan yang mendesak berkenan dengan kepentingan projek ini. Namun, amat dikesali sehingga sekarang projek ini masih belum dimasukkan di mana-mana belanjawan tahunan ataupun mana-mana belanjawan tambahan. Justeru, dia bermaksud bahawa tiada sebarang perkembangan yang bermakna setakat ini.

draft • 12:48 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Dan pada 15 November 2023, saya pernah mengemukakan cadangan dalam sesi penggulungan kepada Menteri Kerja Raya supaya satu laluan baru dirancang bagi mengelakkan kebergantungan kepada laluan persekutuan FT5 dan laluan negeri J32 yang kini menghubungkan Lebuhraya Utara Selatan. Ini penting bagi mengelakkan kesesakan teruk di pusat bandar Bandar Maharani setelah Taman Perindustrian Perabot beroperasi sepenuhnya.

Selain itu, saya juga mengemukakan soalan lisan pada 5 November tahun lepas sama ada projek ini telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia yang Ketiga Belas, serta jangka masa pelaksanaannya. Namun, jawapan yang diterima sebanyak dua kali menunjukkan bahawa Kerajaan Pusat masih belum meluluskan projek ini disebabkan keutamaan pelbagai projek yang lain dan kekangan fiskal semasa.

Sehubungan itu, saya memohon penjelasan daripada kerajaan, apakah projek-projek mega yang sedang diberikan keutamaan di negeri Johor pada masa ini? Adakah jalan pintas ini akan masuk dalam bajet tahun ini?

Tan Sri Yang di-Pertua, ini bukanlah satu projek jalan biasa. Ia adalah infrastruktur yang penting, yang kritikal yang akan menentukan daya saing industri, kelangsungan perusahaan dan kestabilan pekerjaan. Muar Furniture Park amat bergantung kepada pengangkutan jalan raya setiap hari, sama ada untuk membawa masuk bahan mentah atau menghantar keluar produk siap dengan kenderaan berat melalui kawasan ini dalam jumlah yang tinggi.

draft • 12:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Ketidakcukupan rangkaian jalan akan memaksa kenderaan berat terutamanya menggunakan laluan memutar, meningkatkan kos logistik dan memburukkan lagi kesesakan terutamanya di kawasan bandar dan secara tidak langsung akan mewujudkan risiko keselamatan.

Kita perlu berhadapan dengan realiti bahawa dengan perkembangan pesat aktiviti perindustrian, tekanan lalu lintas akan semakin bertambah. Sekiranya peningkatan infrastruktur terus ditangguhkan, maka para pengusaha akan menanggung kos operasi yang lebih tinggi, kecekapan logistik akan terus merosot dan keyakinan pelabur mungkin terjejas.

Tan Sri Yang di-Pertua, ini bukan sekadar isu ekonomi tetapi juga isu keselamatan awam. Tanpa laluan alternatif yang efektif, apabila berlakunya kebakaran atau kecemasan dalam MFP, kenderaan penyelamat berisiko terperangkap dalam kesesakan seterusnya melengahkan masa penyelamat yang kritikal. Kita tidak boleh menyesal setelah kejadian telah berlaku. Dalam perspektif makro pula, infrastruktur jalan yang lengkap akan meningkatkan daya tarikan pelaburan ke kawasan perindustrian MFP. Dalam membuat keputusan pelaburan, keadaan infrastruktur adalah antara faktor utama yang dinilai.

Kelancaran lalu lintas akan menggalakkan syarikat sedia ada untuk mengembangkan operasi, menarik pelaburan baharu dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan merancakkan pembangunan ekonomi setempat. Kita juga perlu berpandangan jauh. Dengan pertambahan penduduk dan pertumbuhan ekonomi di wilayah ini, permintaan terhadap pengangkutan akan terus meningkat.

Jika perancangan dan pembangunan tidak dimulakan dengan lebih awal, kos akan menjadi lebih tinggi pada masa hadapan dan masalah akan semakin sukar untuk diatasi.

Pembinaan jalan pintas ini adalah satu keputusan berwawasan dan bertanggungjawab. Saya juga ingin menegaskan bahawa manfaat projek ini bukan sahaja dapat dirasai oleh pihak industri malah oleh para pekerja yang akan melalui laluan lebih mudah ke tempat kerja dan masyarakat setempat yang akan mengalami pengurangan kesesakan serta peningkatan kualiti hidup. Ini mencerminkan bahawa pembangunan infrastruktur perlu berpaksikan kepada kebajikan rakyat.

Tan Sri Yang di-Pertua, kelewatan dalam membuat keputusan membawa kos yang nyata dan semakin meningkat. Setiap hari yang berlalu akan menambah kos dan memperbesarkan risiko. Kita perlu bertindak pragmatik dan tegas dalam melaksanakan projek ini. Oleh itu, sekali lagi saya dalam Dewan yang mulia ini, saya

draft • 12:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

ingin menyeru kepada kerajaan supaya meletakkan projek jalan pintas Muar Furniture Park ini sebagai projek keutamaan dan segera meluluskan peruntukan serta memulakan pembinaan.

Ini bukan sahaja menyokong industri, malah merupakan langkah penting dalam menjaga kesejahteraan hidup rakyat dan memajukan wilayah terutamanya pembangunan di wilayah utara negeri Johor. Sekian, terima kasih.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Kubang Pasu.

draft • 12:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Kubang Pasu mengambil peluang untuk sama-sama berbahas mengenai RUU Akta Perbekalan Tambahan 2025.

Sememangnya telah menjadi kelaziman, perbekalan tambahan akan dibawakan Parlimen untuk di bahas dan diluluskan setelah didapati anggaran perbelanjaan yang diluluskan dalam bajet tahunan tidak mencukupi. Perbelanjaan tambahan bagi tahun 2025 yang dimohon di bawah akta bertajuk Akta Perbekalan Tambahan 2025 ialah tidak melebihi RM7,938,212,000 yang akan dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan.

Perbelanjaan tambahan yang dipohon kali ini ialah anggaran perbelanjaan mengurus dan anggaran perbelanjaan pembangunan. Namun, yang dibawa untuk kelulusan dalam Dewan ini ialah khusus untuk pengurusan ataupun perbekalan perkhidmatan. Bila permohonan dibuat untuk peruntukan bagi perbelanjaan tambahan, tentulah Ahli-ahli Parlimen nak tahu untuk maksud apa tambahan yang diperlukan.

Kubang Pasu setelah memperincikan anggaran perbelanjaan tambahan yang diperlukan mengikut Kertas Perintah 16 dan 17A bagi tahun ini. Perbahasan saya ini akan ditumpukan secara straight to the point kepada penjelasan yang akan dipohon daripada Menteri yang berada dalam Dewan pada hari ini. Menteri sendiri datang.

Kadang-kadangnya semua kementerian Menteri tak datang, Timbalan Menteri saja datang. Tahniahlah Menteri Kewangan II. Saya tak mahu melelong merata Tan Sri Yang di-Pertua sebab ini bulan puasa. Kalau silap cakap berdosa dan terutamanya bulan Ramadan ini kita kena jaga juga tak mahu silap berkata.

Anggaran perbelanjaan mengurus Tan Sri Yang di-Pertua, kalau kita lihat, saya nak bertanya saja dengan pihak Menteri di bawah Perbendaharaan T12 ya, pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri yang berjumlah RM250 juta.

draft • 12:56 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Kemudiannya mengenai tuntutan pampasan mahkamah Tan Sri Yang di-Pertua iaitu RM222 juta dan jumlah besar keduanya ialah RM472 juta. Kubang Pasu minta penjelasan daripada Menteri terhadap kedua-dua perkara ini. Pemberian hasil negeri ini kalau kita fikirkan kita dah tahu berapa banyak kita nak bagi kepada negeri-negeri mengikut bilangan orang dan sebagainya.

Mungkin ada sedikit kenaikan dan sebagainya, tapi tidaklah sampai sebanyak itu. Kemudiannya, bayaran tuntutan pampasan di atas perintah mahkamah. Ini pun kita nak tahu juga apa perintah mahkamah yang kita perlu bayar. Kemudian, saya nak tanya tentang di bawah — ini di bawah Perbendaharaan — Perbendaharaan B.10 iaitu apa dipanggilkan Program Khusus Fi Agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Sejumlah ni banyak ni, RM1.393 bilion. Sebelum ini RM2 bilion ya bajet asal.

draft • 12:56 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Minta Menteri tolong perjelaskan, apa, apa,apa sebenarnya fi agensi LHDN dan jumlah yang begitu tinggi ini.

Kemudian, peruntukan kepada Kumpulan Wang Berkanun tadi Yang Berhormat Menteri telah pun perjelaskan. Dia tak payah sebut lagi. Sini ialah sebenarnya dipindah wang daripada hasil 2025. Jadi, ini tiada masalah.

Seterusnya mengenai KPDN, program khusus KPDN iaitu Program Penstabilan Harga Minyak Masak ataupun COSS. Yang ini saya sebenarnya amat memahami tentang perkara ini. Dalam PAC pun, mesyuarat PAC pun kita banyak membincangkan tentang bagaimana kita nak mengurangkan ketirisan ini.

Jadi, jumlah 993.9 bilion telah diperuntukkan sebagai tambahan kepada 916 — bukan bilion, RM993 juta ya, bukan bilion ya dan berbanding dengan asalnya, RM916 juta. Ini satu program Tan Sri Yang di-Pertua, Dato’ Yang di-Pertua, adalah satu program yang amat baik bagi menghapuskan ketirisan ataupun mengurangkan ketirisan minyak masak bersubsidi.

Saya tahu bahawa projek awal atau pilot project dimulakan di negeri Johor untuk perkara ini. Dan penyeludupan minyak masak subsidi Malaysia — tetapi penyeludupan-penyeludupan minyak masak subsidi Malaysia masih lagi berterusan berlaku di sempadan Thailand. Kami sendiri Ahli-ahli PAC pergi ke sana. Setiap kedai yang ada di situ, kedai runcit, semuanya ada minyak masak kita yang harganya satu kilogram yang RM4.50 dan sebagainya.

draft • 1:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Kemudian, di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi. Yang ini saya pun nak bertanya, macam UIAM, Universiti Islam RM21.1 juta, RM19 juta; UNIMAS RM43.3 juta; Universiti Sabah, Universiti Sabah RM25.3 juta; UiTM sehingga RM143 juta.

Dan persoalannya, apakah sebenarnya yang membuatkan universiti-universiti ini minta peruntukan tambahan daripada kerajaan, daripada Kementerian Kewangan?

Apa sebenarnya yang berlaku? Sebab banyak juga, sejumlah sampai RM257.6 juta yang perlu kita belanjakan. Dan kenapakah dia tidak dimasukkan dalam bajet asal yang dibentangkan pada tahun 2025 dulu? Minta Menteri perjelaskan.

Dan jumlah keseluruhan untuk pengurusan ini ialah perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam RUU Perbekalan Tambahan ialah RM7.94 bilion dan jumlah besar keseluruhan, kalau kita masuk sekali dengan tanggungan ialah RM8.4 bilion.

Persoalannya ialah apakah, dari manakah sumber jumlah wang yang diperlukan ini akan diperolehi? Tambahan ini akan memberikan kalau kita kena — kalau kita perlu, ia akan meningkatkan defisit fiskal negara dan peningkatan hutang negara kalau kita ambil hutang, pinjaman untuk membiayai semua perkara-perkara yang saya sebutkan tadi. Minta Menteri memberikan penjelasan di Dewan yang mulia ini.

Saya ingat masa saya dah habis. Saya tak mahu — saya ada lagi tentang perkara tentang perbelanjaan pembangunan tambahan pertama 2025, tapi setakat itu dah sebab masa sudah tamat. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Petaling Jaya. Yang Berhormat Petaling Jaya. Tak ada? Okey, selanjutnya saya ke Yang Berhormat Setiu.

draft • 1:00 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya ingin menyentuh berkenaan peruntukan tambahan sebanyak RM135 juta di bawah Maksud P.27 Kementerian Kerja Raya, bagi tujuan menaik taraf jalan-jalan baharu dan membina jalan-jalan baharu iaitu projek baharu.

Dato’ Yang di-Pertua, berhubung naik taraf jalan ini, saya ingin menarik perhatian Dewan mengenai keutamaan terhadap isu kegagalan penyelenggaraan jalan raya yang memberi kesan langsung kepada keselamatan pengguna. Statistik rasmi PDRM Bukit Aman merekodkan 2,367 kes kemalangan jalan raya disebabkan

draft • 1:04 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

kecacatan jalan pada tahun 2024. Daripada jumlah ini, 706 kes diklasifikasikan sebagai kemalangan maut.

Angka ini sangat membimbangkan kita. Ia menunjukkan bahawa kecacatan jalan seperti lubang, permukaan tidak rata dan kerosakan struktur bukan sekadar faktor kecil, malah ia menjadi penyumbang nyata kepada kehilangan nyawa di jalan raya negara. Terdapat juga selekoh-selekoh berbahaya yang perlu diluluskan, di mana kemalangan maut sering berlaku.

Peruntukan tambahan amat mendesak dan perlu diberi keutamaan bagi kerja-kerja penyelenggaraan bukan berkala jalan persekutuan terutama untuk mengecat garisan jalan yang pudar, membaiki penghadang jalan dan kerja-kerja pembersihan rizab jalan. Saya juga memandang serius isu pelaksanaan projek blackspot di sempadan Setiu – Kuala Nerus yang saya ucapkan dalam perbahasan tahun lepas yang bernilai RM400,000.

Berdasarkan spesifikasi, ia sepatutnya merangkumi laporan amaran amber light dan flexible post, namun ia hanya mampu hanya — namun hanya lampu amaran dipasang dan malangnya ia kerap rosak. Cadangan lebih tuntas untuk meluluskan jalan ini, jalan berbahaya ini masih lagi belum diluluskan. Selain itu, kerajaan perlu segera menjalankan audit ke atas kawasan gelap yang ketiadaan lampu jalan serta melebarkan jalan sempit tanpa bahu jalan yang sering menjadi punca kemalangan maut ini.

Yang kedua Dato’ Yang di-Pertua, di bawah peruntukan tambahan sebanyak RM479.9 juta di bawah Maksud B.10 Perbendaharaan, bagi tujuan pelbagai suntikan modal. Peruntukan ini adalah untuk disalurkan kepada Malaysia Development Holding Sendirian Berhad (MDH), sebuah syarikat bertujuan khas (SPV) untuk melindungi ekosistem industri minyak dan gas tempatan.

Tanpa menafikan kepentingan strategik sektor ini, saya ingin mempersoalkan mengapa hampir 400 juta— 480 juta wang rakyat perlu digunakan? Dan apakah jaminan bahawa langkah ini benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, bukan sekadar menyelamatkan sebuah syarikat korporat?

Justeru, penjelasan tuntas sangat diperlukan berhubung isu ini. Pertama, adakah suntikan dana ini mewujudkan risiko moral iaitu sebuah syarikat besar boleh gagal, tetapi tetap diselamatkan dengan dana awam? Apakah punca sebenar masalah kewangan syarikat ini? Dan apakah reformasi pengurusan yang diwajibkan sebelum bantuan diberikan?

draft • 1:04 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Kedua, dari sudut ke ketelusan dan akauntabiliti. Apakah mekanisme pemantauan terhadap penggunaan dana melalui SPV? Apakah petunjuk prestasi yang jelas dalam tempoh berapa lama dan kejayaan pelan pemulihan akan dinilai?

Ketiga, adakah dana ini pelaburan yang memberi pulangan atau sekadar suntikan tanpa jaminan hasil? Jika pelan pemulihan gagal, siapakah yang akan menanggung risikonya? Penjelasan terhadap persoalan ini sangat penting bagi memastikan akauntabiliti dan justifikasi ekonomi kekal kukuh kerana melibatkan sejumlah wang yang besar.

Yang akhir sekali adalah butiran peruntukan tambahan sebanyak RM375.9 juta di bawah Maksud B.60 Kementerian Pertahanan, bagi tujuan kelengkapan tentera udara. Peruntukan ini adalah untuk membiayai perbelanjaan penyelenggaraan untuk pesawat TUDM. Berhubung isu ini, pertama sekali, Dewan ini perlu diberikan ketelusan yang lebih terperinci. Antara perkara yang wajar diperjelaskan ialah jenis pesawat yang terlibat dan tahap kesiapsiagaan semasa Armada TUDM.

Faktor utama peningkatan kos penyelenggaraan sama ada disebabkan konteks penyelenggaraan perlu dinilai semula dari segi kos keberkesanan dan adakah langkah— apakah langkah kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan kerajaan kepada penyelenggaraan luar negara atau [Tidak jelas] . Tanpa maklumat ini, Dewan hanya diminta meluluskan sejumlah besar dana tanpa gambaran menyeluruh tentang keberkesanan penggunaannya. Sekian, terima kasih.

draft • 1:04 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Dipersila Yang Berhormat Rasah.

draft • 1:04 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk ambil bahagian dalam membahaskan anggaran perbelanjaan mengurus tambahan untuk tahun 2025 yang telah dibelanjakan pada tahun lepas. Saya seperti biasa, saya merujuk kepada perbelanjaan mengurus. Saya ada dua perkara.

draft • 1:09 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Perkara pertama yang saya nak sebutkan adalah untuk maksud B.25 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup khusus berkaitan dengan subsidi program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) ataupun eCOSS ketika ini. Saya, pertamanya saya memuji ya langkah kerajaan

draft • 1:10 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

memperkenalkan eCOSS sebab bagi saya ia adalah antara usaha untuk kita lawan ketirisan dan juga untuk membolehkan subsidi yang diberikan hanya membawa manfaat ataupun dinikmati oleh warga negara Malaysia. Sebab kita dah dengar banyak dah, banyak berita-berita bahawa warga asing mendapat, dapat beli minyak paket RM2.50 ini.

Cuma saya nak tanya berkenaan dengan pelaksanaan eCOSS ini. Adakah ia benar-benar membawa kesan secara keseluruhan dan membawa manfaat kepada golongan sasar? Yang pertamanya, saya nak sebut, saya nak tanya secara terbuka, bagaimana dengan peniaga mikro. Sebab peniaga mikro, penjaja, termasuk peniaga di bazar Ramadan ketika ini dibenarkan untuk beli minyak masak ini. Adakah mereka dapat beli dengan pendaftaran seperti ini? Apakah ada limit tertentu khas untuk peniaga mikro?

Yang kedua, bagaimana dengan warga emas? Saya berikan satu contoh.

Sekiranya warga emas itu dia suami isteri, dia tak duduk dengan anak-anak dia.

Anak-anak mungkin di bandar, dia di luar bandar. Macam mana dia nak beli? Katakan dia ini mungkin tidak celik digital, dia tak ada smartphone, sebab golongan ni yang memang menjadi golongan sasar kita. Tapi golongan ni lah yang mungkin akan hadapi masalah. Ada tak buku log khas untuk mereka ni? Sebab saya tak mahu ada golongan yang layak dan tercicir. Disebabkan niat kita baik, tapi cuma dari segi mekanisme pelaksanaan. Saya memang setiap tahun saya membahaskan perkara ini.

Dan saya nak tanya kerajaan. Apakah dengan pelaksanaan eCOSS, tahun depan tak perlu lagi kita bincang topik yang sama. Saya rasa ini tahun keempat berturut-turut saya bahaskan topik yang sama untuk perkara yang sama. Sebab pada tahun lepas, belanja dia lebih bilion, RM1 bilion lebih. Tahun ini kurang sikit tadi RM1 bilion, RM993 juta.

Jadi, apakah kesannya dengan perlaksanaan secara menyeluruh? Saya difahamkan eCOSS akan dilaksanakan secara menyeluruh pada mungkin dalam tahun ini. Mohon penjelasan daripada kerajaan. Jadi, ada tak dengan pelaksanaan eCOSS, kerajaan mungkin akan mengurangkan kuota minyak paket bersubsidi daripada 60,000 metrik tan kepada jumlah lain? Mohon penjelasan daripada kerajaan.

Dan saya nak tegur sikit berkenaan ini. Saya nampak dalam Kertas Perintah 16A yang diedarkan. Dikatakan bahawa belanja tambahan RM993 juta ini diminta disebabkan harga purata harga pasaran RBD Palm Olein pada tahun 2025 tinggi.

draft • 1:10 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Puratanya RM4,524 berbanding dengan unjuran RM2,300. Saya rasa kenapa kita buat unjuran RM2,300? Ia tak masuk akal. Kenapa saya kata tak masuk akar?

Kita kalau lihat tahun 2024, 2023, 2022, tak pernah ada harga purata RBD Palm Olein ni dalam RM2,000 lebih. Dia semua dalam purata RM3,000 lebih ke RM4,000 lebih. Kalau kita buat bajet, kita buat belanjawan, kita buat unjuran, kena berdasarkan fakta statistik yang betul. Dan bukan letak rendah sangat. Lepas tu minta belanjawan yang cukup tinggi. Sebab belanjawan tambahan yang kita minta ni, lebih tinggi daripada belanjawan asal. Ini sesuatu yang saya nak tegur dan saya mohon supaya perkara ini tidak berlaku setiap tahun.

Dan perkara kedua saya nak sebut secara ringkas Dato’ Yang di-Pertua adalah berkenaan dengan Maksud B.64 sebanyak RM257 juta untuk KPT, untuk lima universiti. Saya nak tanya. Saya nampak dalam itu ada— dalam huraian dia sebut, pembelian alatan pengajaran dan perbelanjaan. Kenapa pembelian alatan dibawa belanja mengurus? Ia patut dibawa perbelanjaan pembangunan.

Saya mohon penjelasan daripada mungkin MOF ataupun KPT berkenaan dengan perkara ini. Sebab kalau kita beli, alatan untuk pengajaran dan pembelajaran, ia adalah sesuatu yang tambah aset. Patutnya ia bawah DE bukan OE. Jadi, saya mohon penjelasan.

Dan saya nak tanya, kenapa hanya lima universiti IPTA yang terlibat?

Bagaimana dengan IPTA yang lain, terutamanya lima universiti penyelidikan yang utama. Kenapa tak ada bajet tambahan untuk lima universiti tersebut. Apakah bajet asas yang diberikan itu cukup dan bersesuaian dengan kedudukan lima universiti tersebut sebagai universiti penyelidikan? Itu saja dua perkara yang saya bangkitkan dalam masa yang ditetapkan ini. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Selanjutnya dipersilakan Yang Berhormat Tuaran.

draft • 1:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk berbahas Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2026 yang memohon kelulusan Dewan untuk membelanjakan RM7.938 bilion daripada kumpulan wang disatukan melibatkan perbelanjaan mengurus dan pembangunan yang tidak diperuntukkan dalam bajet asal 2025. Namun kita dimaklumkan bahawa perbelanjaan sebenarnya telah mencecah RM9.64 bilion. Cumanya yang dibahaskan cuma RM7.938 bilion sebab

draft • 1:15 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

yang lain itu di bawah tanggungan. Dan semua duit ini sudah pun dibelanjakan pada tahun lepas.

Angka ini bukan kecil Tuan Yang di-Pertua. Ini wang rakyat. Ini amanah negara. Dari sudut fiskal, persoalan pertama ialah kredibiliti belanjawan. Belanjawan tahunan sepatutnya berasaskan unjuran yang munasabah, pertumbuhan KDNK, harga minyak, inflasi dan hasil cukai. Maka Dewan ini berhak bertanya, adakah tambahan hampir RM8 bilion ini benar-benar akibat kejutan luar jangka atau kelemahan dalam perancangan dan disiplin unjuran fiskal?

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberi perhatian pada pinjaman besar yang diberikan kepada entiti korporat, termasuk Vantris Energy Berhad yang dahulunya dikenali sebagai Sapura Energy Berhad, hampir RM480 juta, serta EKVE Sdn. Bhd. Berhad sebanyak RM135 juta. Secara perakaunan, ia mungkin di klasifikasikan sebagai aset kewangan kerajaan. Tetapi realitinya, ia membuat risiko.

Risiko gagal bayar, risiko kemerosotan nilai, risiko liabiliti kontinjen yang akhirnya ditanggung pembayar cukai.

Soalan Tuaran jelas dan tegas, apakah penarafan risiko kredit yang diberikan kepada syarikat-syarikat ini? Adakah Kementerian Kewangan melaksanakan stress test terhadap aliran tunai mereka? Apakah andaian harga minyak dan kadar faedah yang digunakan? Jika syarikat ini sebelum ini dalam kedudukan kewangan yang lemah, maka keputusan ini bukan keputusan teknikal semata-mata. Ia keputusan berisiko tinggi menggunakan wang rakyat.

Kerajaan sering menegaskan komitmen kepada konsolidasi fiskal, mengurangkan defisit dan nisbah hutang kepada KDNK. Maka, kita mesti bertanya dengan jujur, adakah langkah ini meningkatkan keperluan pembiayaan kerajaan?

Adakah ia memberi tekanan kepada had hutang statutori? Adakah ia memberi isyarat yang membimbangkan kepada penerapan kredit negara?

Dalam kes lebuh raya konsesi seperti EKVE, kita juga perlu telus tentang struktur pembiayaan. Adakah terdapat jaminan pulangan minimum? Adakah kerajaan menanggung risiko permintaan jangka panjang? Jika projek berdaya maju, pasaran sepatutnya mampu membiayai tanpa sokongan fiskal langsung. Jika tidak berdaya maju, kita mesti berani menilai semula rasional ekonominya.

Tuan Yang Di-Pertua, sebagai wakil rakyat daripada Sabah, saya tidak boleh berdiam diri tentang dimensi pengagihan fiskal. Hampir RM8 bilion tambahan ini, berapa yang benar-benar menyentuh kehidupan rakyat di Sabah dan Sarawak?

draft • 1:15 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Bekalan air luar bandar masih bermasalah. Klinik kesihatan masih daif.

Bangunan makmal kesihatan dibina tetapi tidak diberi peralatan dan kakitangan untuk mengoperasi kemudahan itu. Jalan perhubungan desa masih berlubang- lubang dan tidak selamat dan Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah, seperti yang sudah balik-balik kita nyatakan di Dewan yang mulia ini termasuk pada pagi tadi, masih tertangguh bertahun-tahun.

Jika kegagalan kontraktor masih menjadi alasan, bukankah pemilihan dan pelantikan itu di bawah tanggungjawab Kementerian Kewangan? Apakah kriteria yang digunakan untuk memilih kontraktor-kontraktor yang tidak berwibawa ini yang tidak dapat melaksanakan tanggungjawab mereka?

Tuaran mahu kerajaan menyatakan dengan jelas kedudukan kewangan kontraktor-kontraktor yang terlibat dalam pelaksanaan Projek Pan Borneo di Sabah.

Adakah aliran tunai mereka kukuh? Atau kita bakal menyaksikan campur tangan fiskal sekali lagi? Tetapi, biasanya, hanya apabila projek di Semenanjung terjejas.

Kalau terjejas di Sabah, saya belum dengar lagi ada syarikat yang telah diberi pembiayaan kerana gagal, kalau di Sabah. Ataupun, saya ingin bertanya jugalah, pernahkah sebuah syarikat di Sabah diberi bantuan kewangan seperti apa yang diberikan kepada syarikat-syarikat di Semenanjung? Itu pertanyaan Tuaran.

Tuan Yang di-Pertua, disiplin fiskal bukan sekadar angka defisit. Ia soal keutamaan. Ia soal pengurusan risiko. Ia soal integriti dalam membelanjakan wang rakyat. RM7.9 bilion bukan angka di atas kertas. Ia cukai peniaga kecil, ia sumbangan pekerja biasa, ia harapan rakyat di kampung dan di bandar.

Maka, saya mencadangkan kerajaan membentangkan kepada Dewan yang mulia ini― yang pertama, analisis risiko fiskal yang terperinci tentang pemberian kewangan kepada dua syarikat tadi; jadual pembayaran balik pinjaman; penilaian sensitiviti terhadap perubahan kadar faedah dan juga harga komoditi; dan seterusnya strategi keluar yang jelas ataupun exit strategy yang jelas. Sebab, ini melibatkan duit yang besar.

Tuaran tidak menolak bantuan kepada industri. Kita tidak menolak pembangunan, malah kita menyokong pembangunan dan kita mahu industri membangun. Tetapi, setiap sen yang diluluskan di Dewan ini mesti disertai dengan ketelusan dan akauntabiliti yang setimpal. Amanah rakyat tidak boleh diurus dengan andaian. Ia mesti diurus dengan disiplin, ketegasan dan keberanian membuat keputusan yang betul.

draft • 1:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Tuan Yang di-Pertua, saya akhiri dengan dua rangkap pantun.

*Pergi ke tamu mencari pinang, Tak dapat pinang terbeli nangka; Bilion dibelanja bukanlah alang-alang, Amanah rakyat wajib dipelihara.

Kalau ditegur janganlah memanas, Surat dihantar tersalah alamat; Wang rakyat diurus adil dan ikhlas, Amanah terjaga negara pun selamat.* Sekian, terima kasih. Tuaran mohon menyokong.

draft • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Silakan, Yang Berhormat Dungun.

draft • 1:20 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

draft • 1:24 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 1:24 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Terima kasih Dato' Timbalan Yang di-Pertua atas keizinan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2025) 2026.

Tuan Yang di-Pertua, perkara pertama yang ingin untuk saya bangkitkan ialah berkait dengan Butiran B.10 Perbendaharaan, fi agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri. Tambahan RM1.393 bilion adalah bagi menampung komitmen bayaran fi agensi kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Persoalan saya. Berapakah jumlah kutipan hasil sebenar LHDN bagi tahun 2025? Kerana, sebagai ejen kutipan hasil yang dilakukan hasil dalam negeri, Lembaga mendapat dua peratus daripada keseluruhan kutipan. Jadi, pohon diketahui jumlah kutipan hasil sebenar LHDN bagi tahun 2025 dan berapakah unjuran kutipan bagi tahun 2026.

Yang kedua, berdasarkan kepada fi ejen kutipan ini, adakah terdapat perkara yang penting jika kutipan hasil terlebih bayar kepada LHDN? Pembayar cukai berhak untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan sistem percukaian diperkukuhkan untuk pulangan balik. Sama ada ia nya benar-benar mencerminkan nilai tambah pengurusan LHDN untuk kepentingan pembayar cukai?

Yang ketiga, apabila kita melihat kepada semakan yang dilakukan untuk LHDN mengutip hasil yang lebih banyak supaya lebih mendapat fi sebagai ejen

draft • 1:24 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

kutipan, cuma timbul juga kebimbangan, kadang-kadang, ialah timbul kegusaran daripada penyiasatan yang dilakukan untuk mendapatkan hasil kutipan. Ini menyebabkan timbul ketakutan kepada pembayar-pembayar cukai. Pohon penjelasan.

Seterusnya ialah dalam perkara P.10 Perbendaharaan. Tambahan RM479,960,200 bagi disalurkan kepada Malaysian Development Holding Sdn Bhd, SPV untuk pelan pemulihan Vantris Energy Berhad atau Sapura Energy Berhad.

Kerajaan menyifatkan sebagai pelaburan strategik tetapi dari sudut prinsip fiskal, rakyat melihatnya sebagai bentuk penyelamatan korporat menggunakan dana awam.

Soalan saya. Apakah struktur pulangan kepada kerajaan? Apakah pegangan ekuiti atau instrumen kewangan yang diperoleh sebagai balasan? Apakah exit strategy yang jelas supaya wang rakyat tidak terperangkap tanpa pulangan munasabah? Apakah audit forensik telah dimuktamadkan sebelum suntikan ini dibuat? Kita tidak boleh bercakap tentang reformasi tata kelola tetapi pada masa yang sama membiarkan risiko korporat dipindahkan kepada pembayar cukai.

Yang seterusnya ialah B.12, peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun, RM5.293 bilion. Jumlah lebihan daripada Akaun Hasil Disatukan dipindahkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan dan dicaj sebagai perbelanjaan. Kerajaan menyatakan ini bukan perbelanjaan baharu tetapi pemindahan kewangan.

Persoalannya, jika ia lebihan hasil, mengapa perlu dipindahkan dalam bentuk ini? Dan apakah justifikasi struktur perakaunan tersebut? Yang ketiga, adakah pemindahan ini berkaitan keperluan menampung defisit pembangunan atau untuk melaraskan kedudukan fiskal tertentu? Ketelusan dalam struktur kewangan negara sama penting dengan jumlahnya.

Terima kasih, Dato' Timbalan Yang di-Pertua.

draft • 1:24 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Dungun. Dipersilakan, Yang Berhormat Beruas.

draft • 1:24 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di- Pertua kerana membenarkan saya membahas Rang Undang-undang D.R.6/2026 mengenai untuk menggunakan wang perbelanjaan tambahan daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi perkhidmatan tahun 2025.

draft • 1:29 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Dato' Timbalan Yang di-Pertua, boleh dikatakan Kerajaan MADANI sekarang ini boleh dianggap sebagai sebuah kerajaan yang terbaik dalam sejarah Malaysia.

Dalam pentadbirannya mendatangkan banyak faedah dan bantuan kepada rakyat, memberikan jumlah wang yang terbesar dalam sejarah Malaysia kepada rakyat dan ekonomi pun baik di mana jumlah perniagaan telah mencecah lebih daripada RM3 trilion. Dan, kita pun tahu bahawa inflasi pun kurang daripada dua peratus dan dari berbagai perkara inilah, kerajaan yang terbaik.

Tetapi di lapangan, ramai rakyat Malaysia marah kepada kerajaan ini. Sebab utama yang saya dapat ilham dan dapat ilham apabila bergaul dengan rakyat jelata, perkataan ialah kerana cara pelaksanaan polisi-polisi kerajaan telah membimbangkan rakyat dan menyusahkan rakyat.

Saya mohon kepada semua kementerian dan semua pegawai kerajaan supaya apabila melaksanakan apa-apa polisi kerajaan, ingatkan satu perkataan saja.

Perkataan ini ialah empati. Bagi saya inilah yang akan menentukan sama ada pemimpin-pemimpin sekarang dalam kerajaan yang memang sangat rajin bekerja akan dipilih semula untuk menerajui kerajaan pada Pilihan Raya ke-16.

Saya ingin bagikan tiga contoh di mana rakyat sangat marah kepada kerajaan. Contoh pertama ialah majikan nelayan yang menggaji pekerja asing dan kemudian juga diperlukan untuk membayar dua peratus contribution KWSP. Saya mencabar kepada mana-mana pegawai daripada Kementerian Kewangan, Kementerian Sumber Manusia dan KDN, kalau mana-mana pegawai daripada tiga- tiga kementerian ini boleh menjadi majikan nelayan untuk dua tahun dan tidak melakukan apa-apa kesalahan, saya memberikan satu hadiah RM100,000 kepada mereka.

Saya mahu menekankan bahawa it is an impossibility to employ a foreign worker in the fishing industry to comply with all the laws. Saya nak bagi― kenapa ini berlaku? Pertama, tempoh permit untuk menggaji seorang pekerja asing hanya untuk enam bulan saja. Dan proses memohon untuk mendapat kelulusan menggaji pekerja asing ini sangat rumit. Dan pekerja asing ini senantiasa bertukar-tukar majikan. Jadi, untuk memohon mungkin dapat― perlu berbulan-bulan pula. Belum habis lagi tempoh, mesti mohon lagi. Dan juga dengan masalah perlunya membayar dua peratus ini sangat susah kerana pekerja bertukar-tukar.

Jadi, saya juga mohon kalau boleh untuk meringkas― memohon supaya kalau boleh jangan membebankan rakyat lagi dengan majikan dengan dua peratus

draft • 1:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

contribution KWSP ini atas berapa sebab. Sebenarnya dua peratus contribution ini melanggar niat Akta KWSP kerana pekerja-pekerja ini boleh mengambil wang itu balik ke negara asal, padahal KWSP ini adalah untuk simpanan hari tua.

Jadi, sebenarnya inilah tambahan dua peratus saja gaji. Bagi saya ini tak perlu lagi kerana peningkatan nilai Ringgit ini telah memberikan gaji yang bertambah dengan banyaknya kepada pekerja-pekerja asing ini.

Saya bagi satu contoh, bagi pekerja Bangladesh, gaji mereka sudah naik 50 peratus dalam tiga tahun ini kerana wang Ringgit yang mengukuh. Dan kita tahu juga bahawa pekerja asing ini diberikan tempat kediaman yang selesa dan dengan melalui embassy mereka, mereka diberikan, dimestikan majikan memberikan tiket penerbangan pergi balik setiap dua tahun.

Bagi rakyat Malaysia, kalau dapat air ticket untuk melancong ke luar negara, itu hanya kita dapat untuk pekerja Malaysia dalam lucky draw grand prize saja. Jadi, bagi pekerja asing setiap dua tahun mereka dapat air ticket. Jadi, kita memang melayan mereka dengan baik. Kalau boleh, kerajaan haruslah memikirkan dari pihak kesusahan yang menimpa majikan rakyat Malaysia.

Saya dengan ringkas bagi satu minit, saya hanya bagi dua contoh lagi. Satu lagi contoh yang memarahkan rakyat Malaysia ialah e-Invoicing. Memang selepas saya menanya Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, dikatakan e-Invoicing tidak terpakai bagi transaksi bukan komersial untuk organisasi keagamaan.

Tapi Lembaga Hasil Dalam Negeri memberitahu semua organisasi agama termasuk masjid, gereja dan kuil bahawa honorarium, bayaran yang dibayar untuk penceramah-penceramah speaker sebagai honorarium ini pun mesti― ini sangat menyusahkan semua masjid, gereja dan kuil-kuil kerana masjid, kuil dan gereja ini merupakan di tempat-tempat kecil, mereka tidak tahu bagaimana membuatnya. Dan, ini sudah menyebabkan kekhuatiran.

Akhir sekali, ialah tentang self-assessment of stamp duty. Dalam hal ini, dikatakan kerajaan tidak nak mengambil tanggungjawab untuk menilai, minta rakyat menilai tapi LHDN minta mesti dapat seorang professional valuer. Ini akan melengahkan sesuatu transaksi dan menjadi kos tambahan kepada rakyat.

Jadi, harap-haraplah pegawai kerajaan dan kementerian untuk kita menyokong memastikan kerajaan, pemimpin-pemimpin kerajaan sekarang yang begitu baik ini terus menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya ke-16. Ingatlah satu perkataan, empati. Ingat dari kaca mata rakyat jelata. Saya dengan― akhir ini dengan menyokong usul rang undang-undang ini. Terima kasih.

draft • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Silakan Yang Berhormat Keningau.

draft • 1:30 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Terima kasih Dato' Speaker. Tahniah kepada Kerajaan MADANI kerana berjaya mengutip hasil tambahan sebanyak RM11.5 bilion membolehkan peruntukan tambahan RM9.4 bilion pada tahun 2025–2026. Namun, rakyat Sabah masih terkilan dan kecewa kerana tidak diambil kira di dalam bajet tambahan ini sedangkan memerlukan peruntukan untuk pembangunan, menyelesaikan masalah-masalah kemiskinan, kemunduran, air, elektrik, jalan raya dan sebagainya.

Dan, hasil hak 40 peratus masih lagi belum dibayar, masih tergantung sedangkan ini telah pun dipersetujui dan juga telah diputuskan di dalam mahkamah tinggi baru-baru ini. Saya percaya dan saya mintalah kerajaan supaya memberikan keutamaan kepada penyelesaian kepada hak hasil 40 peratus ini kerana dia akan dapat memberi banyak manfaat kepada negara.

Pertama, dia akan menyelamatkan Malaysia. Dia akan memberikan kepuasan hati kepada rakyat Sabah dan sudah tentunya kerajaan yang ada sekarang akan mendapatkan sokongan untuk kembali menjadi kerajaan sekiranya ini berlaku. Dan masalah-masalah yang saya sebutkan tadi dapat ditangani dan dibiayai oleh kerajaan negeri itu sendiri.

draft • 1:38 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Namun, saya melihat sikap penyelesaian ini terlalu negatif. Technical committee dan jawatankuasa-jawatankuasa yang ada, lebih mencari alasan untuk tidak membayar, tidak menyelesaikan sedangkan we should, dengan izin be pro solution. Dan penyelesaian ini boleh dibahagikan kepada dua. Satu, selesaikan apa yang ada sekarang dan dia akan menyelesaikan pembayaran di masa-masa yang akan datang. We set aside dulu. The lost years itu kita boleh runding dan selesaikan kemudian.

Jadi, saya mintalah kerajaan fokus kepada solution. We have a solution actually. Keningau bersedia untuk memberikan taklimat, memberikan cadangan, memberikan tenaga untuk membantu supaya akhirnya, hak hasil 40 peratus ini, kewajipan kerajaan untuk membayar dalam Perlembagaan dalam MA63 dapat diselesaikan. Dan ini boleh membawa kebaikan juga untuk membangunkan negara, menyelesaikan masalah yang saya sebutkan tadi.

draft • 1:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Dan saya cadangkan supaya Keningau diberi peluang untuk memberikan taklimat cadangan ini supaya dalam enam bulan ini, kita akan ada pembayaran dan penyelesaian terhadap hak hasil 40 peratus yang telah menjadi dan akan menjadi satu isu besar lagi di masa yang akan datang di dalam pilihan raya ini sekiranya diabaikan sebelum masa pilihan raya.

Maka dengan itu, Keningau menyokong. Terima kasih.

draft • 1:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat dari Keningau. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

draft • 1:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih kepada Dato’ Dr. Speaker. Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan ini bukan hanya sebagai tambahan angka.

Ia adalah saat Perlembagaan dan demokrasi berparlimen kita sedang diuji.

Tiada satu sen pun wang awam boleh dikeluarkan tanpa mandat Dewan ini.

Dan Dewan ini apabila melaksanakan mandat fiskal ataupun kewangan, ia nya mestilah dilaksanakan secara adil, menyeluruh tanpa meminggirkan, tanpa menganakemaskan mana-mana kelompok dan tanpa menganaktirikan mana-mana kelompok.

Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa apabila jumlah wang diperuntukkan dalam Akta Perbekalan tidak mencukupi atau timbul keperluan baharu yang belum diperuntukkan, maka anggaran tambahan hendaklah dibentangkan melalui Rang Undang-undang Perbekalan. Prinsip ini bukan prosedur semata-mata.

Ia adalah semak imbang kepada kuasa eksekutif.

Dan hari ini, kita diminta meluluskan pengeluaran sebanyak RM7 bilion lebih dan hampir RM8 bilion. Perbendaharaan RM1.39 bilion, Kumpulan Wang Terkanun RM5.29 bilion, Kementerian Kos Sara Hidup RM993 juta hampir RM1 bilion, Kementerian Pengajian Tinggi RM257 bilion. Angka ini bukan kecil kerana mencecah hampir RM8 bilion, mungkin lima tahun ataupun empat tahun bajet negeri-negeri seperti di Pantai Timur.

Tuan Yang di-Pertua, dalam disiplin kewangan moden, supplementary budget sepatutnya bersifat exceptional, bukan habitual. Jika saban tahun kita bergantung kepada peruntukan tambahan dalam jumlah besar, maka ada isu struktur dalam perancangan, pelaksanaan dan juga kawalan sistem itu sendiri.

draft • 1:42 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Akta 850 Public Finance Fiscal Responsibility Act telah menetapkan prinsip yang jelas, akauntabiliti, tanggungjawab, ketelusan dan keadilan antara generasi. Ia mewajibkan pendedahan maklumat kewangan tepat pada masanya dan pelaporan prestasi pertengahan tahun termasuk perbelanjaan tambahan. Ringkasnya, jika kerajaan minta RM7.9 bilion tambahan maka rakyat berhak menuntut RM7.9 bilion tambah dalam ketelusan.

Semalam kita membahaskan— beberapa hari kita membahaskan Laporan Ketua Audit Negara. Teguran demi teguran, isu pematuhan Arahan Perbendaharaan, kelemahan kawalan dalaman, kelulusan tidak mengikut prosedur, projek lewat, perolehan tidak cekap, kita tidak boleh memisahkan perbekalan tambahan daripada rekod audit.

Apabila dilaporkan RM28.13 juta dalam projek MyDigital ID yang tidak mendapat kelulusan jawatankuasa ditetapkan, tapi telah dibelanjakan. Ini satu kesalahan yang sangat ketara dan perlu diambil tindakan yang sewajarnya. Dan apabila Ketua Audit Negara saban tahun membangkitkan isu pematuhan yang sama, maka masalahnya bukan individu tetapi masalah sebenarnya adalah kepada sistem itu sendiri.

Di luar Dewan ini, rakyat sedang berdepan dengan kos sara hidup. Kerajaan mengumumkan Pelan Tindakan Nasional, meneliti struktur harga gula, melaksanakan kawalan harga bermusim. Semua itu baik tetapi persoalannya, adakah tambahan RM1 bilion kepada kementerian yang berkaitan dengan kos sara hidup benar-benar menutup ketirisan subsidi atau kita sekadar menambah peruntukan tanpa memperbaiki kebocoran struktur? Keadilan sejagat bermula dengan keadilan domestik. Jika peruntukan besar tidak mengubah realiti rakyat kecil, maka yang rosak bukan angka tetapi legitimasi.

Tuan Yang di-Pertua, kita berdepan dengan krisis keyakinan institusi Integriti.

Indeks Persepsi Rasuah 2025 meletakkan Malaysia pada skor 52 daripada dan kedudukan 54 daripada 182 negara. Ada peningkatan yang sederhana tetapi jauh daripada memadai.

Apabila masyarakat sivil menuntut kebebasan institusi penguatkuasaan, pemisahan kuasa, pendakwaan, perlindungan pemberi maklumat dan juga reformasi pembiayaan politik, ini bukan serangan terhadap kerajaan. Itu tanda rakyat mahu sistem yang matang.

draft • 1:42 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

SPRM sering disebut anchor of integrity tetapi sauh hanya berfungsi jika ia benar-benar bebas dan diyakini. Jika persepsi penguatkuasaan selektif tidak ditangani secara struktural, maka kepercayaan akan terus terhakis.

Kerajaan telah membentangkan pindaan Perlembagaan untuk mengasingkan jawatan Peguam Negara, Pendakwa Raya dan sebagainya. Tetapi itu peruntukan tambahan hanyalah— tetapi ia mesti disusuli dengan reform pelantikan.

Tanpa jawatan dan mekanisme semak imbang yang telus, maka ia tidak akan membawa apa-apa perubahan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam kerangka Islam, tatakelola bukan retorik tetapi amanah. Allah memerintahkan agar amanah diserahkan kepada ahlinya dan menghukum dengan secara adil. Dan Rasulullah SAW pun memberi peringatan yang sangat tepat dalam konteks perbahasan kita pada hari ini.

Kata Nabi, [Membaca sepotong hadis] Allah sangat tak suka kepada banyaknya cakap retorik sia-sia, sembang-sembang yang tidak boleh membawa kepada pembinaan yang bagus dan kehilangannya harta kekayaan negara itu. Maka, mensia-siakan harta dalam konteks negara termasuk ketirisan, pembaziran, kelemahan perolehan dan kegagalan kawalan dalaman.

Bagaimana Piagam Madinah menuntut bahawa pemerintahan dibina atas kontrak sosial yang jelas, perlindungan terhadap golongan lemah dan pengurusan kuasa melalui keadilan. Bagaimana pula kita belajar daripada sirah Umar Abdul Aziz, beliau bukan sahaja mengurangkan perbelanjaan tetapi membetulkan struktur cukai, menutup pembaziran, memulihkan integriti sistem. Hasilnya bukan sekadar angka fiskal yang lebih baik, tetapi keyakinan rakyat kembali bertambah.

Maka saya mengemukakan empat tuntutan.

Yang pertama, setiap komponen perbekalan tambahan mesti disertakan indikator prestasi yang jelas. Outcome, garis masa dan laporan kemajuan berkala kepada Parlimen itu sendiri.

Kedua, teguran audit mesti menjadi pencetus kepada reform sistemik. Bukan sekadar jawapan Menteri datang di sini, dengar dan dia gulung akhirnya dia balik tidur lena. Mesti menjadi pencetus kepada reform secara lebih sistemik.

Ketiga, reformasi institusi Integriti mesti dipercepatkan dan distrukturkan secara menyeluruh.

Keempat, disiplin fiskal mesti berteraskan prinsip maqasid syarak iaitu menjaga harta (hifz al-mal), menegakkan adil dan juga mengelakkan pembaziran ataupun israf.

draft • 1:42 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Saya tidak menolak perbekalan tambahan jika benar-benar perlu tetapi saya menolak budaya, kelulusan tanpa pembaikan, peruntukan tanpa reform, hanya menangguhkan masalah. Wang ini adalah amanah dan amanah itu bukan sahaja untuk dipersoalkan oleh rakyat tetapi kena ingat dipersoalkan di hadapan Allah SWT.

Jika kerajaan serius memulihkan keyakinan, maka biarlah rang undang- undang ini menjadi titik pembaikan struktur bukan sekadar penambahan kepada sebuah angka. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Beaufort.

draft • 1:50 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua atas ruang dan peluang yang diberikan kepada Beaufort untuk terus serta mengambil bahagian dalam Perbahasan Rang Undang-undang Akta Perbekalan Tambahan

(2025) 2026 yang melibatkan tambahan sebanyak RM7.93 bilion.

Dato’ Yang di-Pertua, pada prinsipnya Beaufort melihat perbekalan tambahan ini bukannya sebagai tanda kelemahan fizikal, sebaliknya sebagai bukti kebertanggungjawaban kerajaan memastikan setiap perbelanjaan dibentangkan dan diluluskan secara telus di Dewan ini. Lebih penting, defisit negara berjaya dikurangkan kepada sekitar 3.7 peratus daripada KDNK berbanding 4.1 peratus tahun sebelumnya. Ini menunjukkan disiplin fiskal terus dipelihara melalui peningkatan hasil serta pengurusan kewangan yang lebih berhemah dan tersusun.

Dato’ Yang di-Pertua, Beaufort ingin memberi tumpuan kepada tambahan RM257.59 juta kepada Kementerian Pendidikan Tinggi yang melibatkan universiti awam seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Teknologi MARA dan juga Universiti Sains Islam Malaysia. Peruntukan ini penting, namun persoalannya bukan sekadar jumlah tetapi impak yang terhasil.

Isu kewangan operasi dan penyelenggaraan perlu diberi perhatian serius.

Banyak universiti berdepan peningkatan kos utiliti serta penyelenggaraan bangunan, asrama dan juga makmal. Jika peruntukan tambahan ini hanya menampung kos rutin tanpa pelan naik taraf yang jelas dan mampan, masalah yang sama akan terus

draft • 1:50 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

berulang. Penyelenggaraan kampus mesti dilaksanakan secara menyeluruh dan terancang dengan perancangan jangka sederhana yang berkesan.

Selain itu, kebolehpasaran graduan perlu diperkukuh. Universiti harus memperluas kerjasama strategik bersama industri, meningkatkan peluang latihan industri berkualiti dan menyusun kurikulum selaras dengan keperluan ekonomi, digital serta teknologi baharu supaya graduan benar-benar memenuhi kehendak pasaran kerja.

Dalam masa yang sama, kebajikan pelajar tidak boleh dipinggirkan. Kenaikan kos sara hidup memberi tekanan besar kepada mahasiswa khususnya golongan B40. Bantuan kewangan dan kemudahan asas mesti disalurkan secara bersasar dan berkesan agar pelajar dapat menumpukan sepenuhnya kepada pengajian tanpa dibebani tekanan kewangan.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga menyentuh peruntukan RM993.3 juta bagi subsidi minyak masak di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Langkah mensyaratkan pembelian minyak masak paket satu kilogram kepada warganegara Malaysia adalah wajar bagi mengelakkan ketirisan dan juga penyeludupan. Namun, apakah mekanisme pemantauan dari peringkat pengilang hingga peruncit bagi memastikan subsidi benar-benar sampai kepada rakyat dan adakah data agihan serta penggunaan akan dibentangkan secara berkala kepada Parlimen demi ketelusan?

Dato’ Yang di-Pertua, akhir sekali di bawah peruntukan kepada Kumpulan Wang Pembangunan, saya ingin menyentuh sedikit perihal pembangunan di Beaufort yang telah banyak musnah akibat banjir berterusan. Dan saya ingin menegaskan bahawa keperluan merancang dan melaksanakan sistem ketahanan banjir secara menyeluruh di Parlimen Beaufort bukan lagi pilihan, tetapi sesuatu keutamaan yang sangat mendesak.

Kelmarin saya baru saja dimaklumkan bahawa Beaufort sekali lagi dilanda banjir yang besar, menyebabkan kediaman, sekolah, jalan perhubungan serta sumber pendapatan rakyat. Kejadian berulang ini membuktikan bahawa isu banjir di Beaufort bukan lagi bermusim sebaliknya bersifat struktur dan memerlukan penyelesaian jangka panjang. Kerajaan perlu memberi keutamaan kepada pelaksanaan projek tebatan banjir yang komprehensif, penaiktarafan sistem saliran serta pembinaan infrastruktur kawalan air yang benar-benar berdaya tahan terhadap perubahan iklim.

draft • 1:50 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Rakyat Beaufort tidak boleh terus dibiarkan menanggung kerugian dan penderitaan yang sama saban tahun tanpa penyelesaian tuntas. Kita di Dewan yang mulia ini membahaskan peruntukan berbilion Ringgit dengan penuh yakin. Namun di Beaufort, hampir setiap bulan rakyat terpaksa beratur memohon bantuan bencana seolah-olah bergantung kepada simpati untuk meneruskan kehidupan selepas air surut.

Jika kitaran ini terus berulang, sampai bila rakyat Beaufort harus hidup dalam keadaan reaktif menunggu bantuan selepas musibah? Di manakah maruah kami sebagai warganegara yang berhak kepada perlindungan, perancangan dan juga pembangunan yang bermaruah? Saya berharap tindakan segera dan tuntas dilaksanakan demi kebajikan serta maruah rakyat Beaufort. Sekian dan terima kasih.

Beaufort mohon menyokong.

draft • 1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Disilakan Yang Berhormat Betong.

draft • 1:50 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Yang Dato’ Yang di-Pertua. Betong bangun untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2025) 2026 khususnya bagi mendapatkan penjelasan yang tuntas daripada Yang Berhormat Menteri.

Pertamanya mengenai kedudukan fiskal. Memang benar lah defisit berjaya diturunkan kepada 3.7 peratus daripada KDNK, tahniah. Namun Betong mohon penjelasan Menteri, sejauh manakah pengurangan ini berpunca daripada peningkatan hasil yang mampan dan sejauh mana ia disumbangkan oleh perbelanjaan yang tidak direalisasikan sepenuhnya. Adakah terdapat projek pembangunan yang tertangguh? Jika ada, apakah implikasinya kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat?

Dato’ Yang di-Pertua, tambahan perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM94 bilion bukan jumlah yang kecil. Jadi, Betong ingin mohon penjelasan khususnya daripada Kementerian Kewangan mengapa ketepatan unjuran awal masih memerlukan pelarasan tambahan yang signifikan saban tahun?

Apakah langkah pembaikan sistem unjuran perbelanjaan supaya kebergantungan kepada RUU tambahan dapat dikurangkan? Dan jika trend ini berterusan setiap tahun, adakah ia menunjukkan kelemahan dalam perancangan awal?

draft • 1:56 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Seterusnya, Dato’ Yang di-Pertua berhubung dengan peruntukan sebanyak hampir RM1 bilion bagi skim penstabilan harga minyak masak di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Betong mohon penjelasan berikut.

Pertamanya, apakah kadar ketirisan sebenar skim ini bagi tahun 2025?

Berapakah kos pentadbiran berbanding manfaat langsung kepada pengguna?

Dan ketiga, bilakah kerajaan akan menjangkakan peralihan sepenuhnya kepada subsidi bersasar dilaksanakan?

Kita perlu pastikan bahawa setiap Ringgit subsidi benar-benar sampai kepada kumpulan yang disasarkan dan bukan bocor di sepanjang rantaian bekalan.

Dato’ Yang di-Pertua, tambahan perkara yang— seterusnya ialah tambahan kepada universiti awam yang melibatkan institusi seperti antaranya UNIMAS di Sarawak dan juga Universiti Malaysia Sabah, menandakan satu tekanan kos operasi yang berterusan.

Jadi, soalan Betong ialah apakah punca utama defisit operasi universiti ini?

Adakah ia berpunca daripada struktur perbelanjaan yang tidak mampan dan apakah pelan reform pembiayaan universiti dalam tempoh lima tahun yang akan datang?

Kita tidak boleh terus menampung defisit operasi tanpa pembaharuan model kewangan yang lebih lestari.

Dato’ Yang di-Pertua, isu yang paling memerlukan penjelasan terperinci ialah komitmen hampir RM480 juta berkaitan pelan pemulihan Sapura Energi Berhad melalui instrumen RCLS. Betong mohon Menteri menjelaskan apakah analisis risiko fiskal yang telah dijalankan sebelum komitmen ini dipersetujui?

draft • 1:56 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Kedua, apakah jaminan pulangan atau perlindungan kepada kerajaan sekiranya pelan pemulihan yang tidak mencapai sasaran dan ketiga apakah tempoh matang dan strategi luar kerajaan. Memandangkan dana awam terlibat, Parlimen memang berhak mengetahui tahap pendedahan risiko sebenar. Seterusnya, tambahan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia bagi penyelenggaraan ataupun maintenance aset termasuk komitmen acara seperti Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025.

Yang di-Pertua mohon penjelasan, pertama apakah jumlah keseluruhan liabiliti Carried Forward Liability (CFL) dengan izin semasa bagi aset pertahanan.

Adakah kementerian mempunyai pelan penggantian aset jangka panjang yang jelas dengan unjuran cost life cycle? Dan ketiga, berapa peratus kah bajet pertahanan ini diperuntukkan untuk penyelenggaraan berbanding dengan perolehan baharu? Kita

draft • 2:00 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

perlu memastikan bahawa perbelanjaan pertahanan bersifat strategik dan bukan sekadar respons kepada aset yang semakin usang.

Dato' Yang di-Pertua, berkenaan dengan RM475 juta di bawah tanggungan yang tidak dibahaskan. Saya mohon Menteri memperincikan apakah pecahan utama tuntutan mahkamah dan pampasan tersebut. Adakah ia berpunca daripada kelemahan kontrak, kegagalan projek ataupun kecuaian pentadbiran? Dan apakah langkah pencegahan supaya liabiliti seumpama ini tidak berulang? Tanpa pendedahan terperinci, Parlimen sukar menilai sama ada isu ini bersifat luar jangka ataupun sistemik.

Dato' Yang di-Pertua, sebagai kesimpulannya, Betong tidak menolak keperluan RUU tambahan ini namun sebagai badan legislatif, kita bertanggungjawab untuk memastikan unjuran yang lebih tepat, risiko fiskal difahami sepenuhnya, subsidi lebih bersasar, komitmen korporat lebih telus dan liabiliti luar jangka dikawal dengan rapi. Betong amat berharap agar Menteri dapat memberikan satu jawapan yang jelas berasaskan data dan komitmen pembaharuan yang konkrit. Sekian, mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 2:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Betong. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Arau.

draft • 2:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih. Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertama sekali saya nak maklumkan di sini bahawa saya pegang prinsip yang cukup tegas bahawa saya nak tingkatkan sebanyak mungkin pahala di bulan Ramadan ini dan saya tak mahu pahala ini boleh kepada orang. Kalau saya melakukan fitnah, mengumpat, pahala boleh dekat dia. Tapi bila saya cakap di Parlimen ini saya ialah untuk dalam konsep check and balance kepada Menteri-menteri, bertanya.

Jadi janganlah tuduh, fitnah dan sebagainya. Tidak akan berlaku benda itu sebab kita tidak akan berbuat demikian ya. Kita bertanya, contohnya macam di DBKL tadi, kita bertanya setelah berbelas tahun berada di sana kenapa sekarang baru nak rampas kanopi, kerusi meja? Lepas itu dah bagi balik pula. Jadi apa perlu dirampas kalau nak bagi balik? Ya Allah ya Tuhan ku, tak faham benda itu. Kata saya nak buat fitnah. Fitnah apa? Nak fitnah Datuk Bandar, kawan baik saya. Tapi kalau buat tak betul, saya tegur ya.

Okey Tuan Yang di-Pertua, kita nak bincang pasal B.12 peruntukan kepada Kumpulan Wang Berkanun, Butiran 50500 dan 050100 – Kumpulan Wang

draft • 2:02 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Pembangunan dan juga Butiran 400 – Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap.

Berdasar anggaran perbelanjaan mengurus tambahan 2025, kerajaan tanpa ragu- ragu memindahkan RM5.293 bilion ya Menteri ya. Menteri, kita berkawan ya iaitu lebih daripada 60 peratus daripada keseluruhan anggaran tambahan ke bawah peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun, Maksud B.12, ya.

Ini adalah satu lebihan akaun hasil disatukan, satu tindakan yang hanya boleh berlaku jika kedudukan fizikal kerajaan benar-benar selesa. Namun Menteri yang dikasihi, Menteri, saya berniat ikhlas, Yang Berhormat Menteri boleh jawab sikitlah.

Namun ironi besar timbul apabila isu beralih kepada dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Apabila kerajaan mengurus wang lebihan miliknya sendiri, berbilion Ringgit boleh digerakkan dengan pantas, tetapi bila rakyat meminta dividen hasil pelaburan wang mereka sendiri, kerajaan tiba-tiba berselindung di sebalik hujah keselamatan persaraan.

Inilah adalah satu naratif yang mengelirukan dan kurang jujur sikitlah Yang Berhormat. Jadi hakikatnya, tuntutan rakyat bukan menyentuh caruman asal, tidak minta keluarkan simpanan pokok, tidak minta usik bagi persaraan, tidak minta pengeluaran khas luar biasa. Yang diminta hanyalah dividen tahun semasa iaitu keuntungan pelaburan dimasukkan 100 peratus ke Akaun 3, iaitu akaun fleksibel.

Yang Berhormat sedia maklum bahawa 2024, kerajaan telah bagi apa tu bagi faedah sebanyak 6.3 dan juga 6.3 simpanan syariah. 2025 belum di rasmi tetapi dijangka 6.3 peratus. Maka saya minta Yang Berhormat supaya yang dibida ni tak kacau apa Yang Berhormat. Kita tak mahu KWSP jual pelaburannya di mana-mana, tak perlu hanya dividen. Dividen tak melibatkan pelaburan. Adakah kerajaan melaburkan dividen sebagai pelaburan?

Jadi bagi balik di masa dalam keadaan kita terdesak. Maka hujah bahawa langkah ini akan menjejaskan pasaran jangka panjang langsung tidak berasas kerana caruman asal kekal utuh. Prinsip simpanan wajib tidak tergugat hanya agihan dividen diberi secara fleksibel. Lebih sedih Yang Berhormat, bila kerajaan sendiri mengaku bahawa tekanan kos sara hidup tinggi.

Tapi kerajaan mampu untuk mengembangkan perbelanjaan mengurusnya seperti yang berlaku pada hari ini, tapi gagal untuk menggunakan instrumen paling berkesan untuk bantu rakyat iaitu membantu membenarkan rakyat menggunakan dividen mereka sendiri. Jadi sekali lagi Yang Berhormat, walaupun saya mengulangi berkali-kali, di Parlimen yang mulia ini berhubung dengan dividen KWSP.

draft • 2:02 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, sebenarnya saya nak maklum kepada Speaker, saya tak akan berhenti, lagi tak bagi sikit. Bagi sikit tak apa, kurang-kurangnya 90 peratus kah atau...

draft • 2:02 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Arau? Arau laluan?

draft • 2:02 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

draft • 2:02 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Hulu Terengganu? Ringkas.

draft • 2:02 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya sila.

draft • 2:02 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Setuju tak Arau, saya setuju dengan apa yang kata Arau tersebut dan kalau boleh esok diberi sebelum hari raya.

Setuju atau tidak Arau?

draft • 2:02 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sebelum Raya? Tak, dia nak bagi dividen ni pada bulan tiga. Berapa hari tinggal lagi? Itu sebab saya agak macam resah sikit. Bulan tiga sedang menjelang, takut kerajaan umum bahawa dia hanya bagi 10 percent kepada Akaun 3. Tak boleh begitu Yang Berhormat. Saya minta dipertimbangkan 100 peratus.

Hari raya, walaupun peruntukan Ahli Parlimen kata nak bagi, tak bagi. Dalam apa ni— dalam apa itu, dalam perbelanjaan tambahan ini pun tak dimasuk, tapi duit kami belum dibelanjakan lagi. Kalau nak bagi, saya ingat bagilah. Tak bagi pun, tak yah bagilah tapi semua kita beriktikaf di masjid. Tangan kita angkat kepada Allah SWT tanpa hijab. Kami memohon supaya berubahlah hati-hati yang keras itu, lembut untuk melihat supaya dibagi balik hak kepada kami.

Kami tidak akan gunakan perkataan zalim. Tapi kalau tak bagi apa pilihan kami yang ada. Tapi kami nak gunakan selepas raya lah sebab kami nak jaga puasa kami. Jadi Yang Berhormat, saya minta dipertimbangkan perkara ini.

Akhir sekali Speaker, sebagai ini sebab Yang Berhormat daripada Cameron Highlands. Cameron Highlands di antara kawasan yang kita lihat berlaku penerokaan haram dan juga lain-lain lagi tetapi masih sungai tempat Yang Berhormat dilahirkan itu sungainya masih biru. Saya cukup gembira melihat sungai di sana. Saya minta supaya sungai-sungai di Malaysia macam sungai di Cameron Highlands. Tapi penerokaan haram berlaku dan tempat-tempat lain penerokaan haram berlaku bila kerajaan buat tebatan banjar— tebatan banjir. Banjar pula, maaf ya.

draft • 2:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Banjar.

draft • 2:02 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bukan Jowo ni. Tebatan banjir ya. Kerajaan langsung tak masukkan faktor punca air. Tidak tengok tebatan banjir, dia cerita ini berharga RM1 bilion, RM2 bilion, tapi tak pernah di masuk punca air,

draft • 2:02 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

punca kepada air itu mengalir. Puncanya daripada hutan. Alir air– dulu di Kelantan sebagai contoh, air mengalir perlahan maka banjir pun berlakulah perlahan-lahan.

Tapi sekarang ni hutan tak ada, air berlaku dengan air bergerak dengan laju menyebabkan banjir berlaku dengan cepat.

Jadi, kerajaan dan juga konsultan minta lihat balik punca masalah, punca kepada masalah banjir kerana air bergerak laju. Jadi saya cadangkan kerajaan bagi peruntukan yang hebat dan dahsyat untuk memulihkan hutan. Yang ini tak termasuk dalam tebatan banjir, dia tak sebut sepatah pun. Dia cerita buat longkang besar ini satu bilion. Tapi kalau dia belanja satu bilion untuk tanam pokok, sudah pasti air tidak boleh mengalir dengan begitu laju ke peringkat bawah.

Ini beberapa perkara yang saya rasa peruntukan tambahan ni boleh difikirkan. Tapi tajuk saya yang besar yang saya ingat mungkin Yang Berhormat tak mahu jawab.

Jawab sikit, Yang Berhormat. Bulan yang mulia ini.

draft • 2:02 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya cuma tak sempat dengar Yang Berhormat jawab sebab saya kena jadi speaker di Kamar Khas, macam Speaker inilah. Jadi, saya datang balik, saya ingin mendengar bahawa Yang Berhormat kata, “Kerajaan akan mempertimbangkan dengan sewajarnya”. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Saya doakan semua pihak sentiasa dirahmati oleh Allah SWT.

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 2:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Arau*.

[Ketawa]* Aduhai. Terima kasih. Bulan-bulan puasa ini kita sabar sikitlah.

[Ketawa] Berikut, saya mempersila pembahas yang terakhir iaitu Yang Berhormat Sipitang.

draft • 2:10 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Bismillahirrahmanirrahim.

draft • 2:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, bulan puasa ini jangan menyanyi ya.

[Ketawa]

draft • 2:11 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Lagu nasyid boleh kan?

[Ketawa] Terima kasih saya ucapkan kepada Dato’ Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya berdiri pada hari ini mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan Kementerian Kewangan.

draft • 2:11 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Sipitang bangkit berdiri dengan tekad dan tawaduk menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap rang undang-undang Anggaran Perbelanjaan Tambahan ini. Sesungguhnya, belanjawan bukan sekadar helaian angka dan jadual, tetapi denyut nadi sebuah negara yang hidup mengalirkan harapan rakyat di desa dan kota, menyuburkan ladang ekonomi dan menguatkan akar kesejahteraan rakyat.

Tambahan peruntukan ini adalah suatu keperluan yang rasional dan berhemat bagi memenuhi ketuntutan perbelanjaan mengurus (OE) dan perbelanjaan pembangunan (DE). OE menjamin kelangsungan perkhidmatan awam, gaji yang menyara keluarga penjawatnya, utiliti yang menerangi pejabat dan sekolah, ubat yang merawat luka dan derita. Manakala DE pula adalah jambatan masa depan membina kemudahan dan memperkasa prasarana yang menyatukan wilayah. Tanpa imbangan bijaksana antara OE dan DE, nescaya jentera pentadbiran akan pincang dan cita-cita pembangunan akan terencat.

Tambahan ini juga bertepatan pada waktunya. Kita maklum bahawa ruang fiskal semakin menguncup berikutan langkah kawalan perbelanjaan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Disiplin kewangan yang diperketatkan menuntut setiap kementerian berbelanja dengan cermat, memotong lebihan dan memaksimumkan nilai bagi setiap Ringgit. Maka apabila tambahan ini dibentangkan, ia bukanlah suatu pemborosan, tetapi suatu penyusunan semula keutamaan agar yang mendesak tidak terabai dan yang penting tidak tertangguh.

Kita juga harus mengakui bahawa tahap defisit yang dicapai adalah hasil tadbir urus yang berhati-hati. Pertambahan perbelanjaan ini tidak berdiri tanpa sandaran. Ia ditampung melalui peningkatan hasil negara yang semakin mengukuh.

Hasil yang berkembang mencerminkan ekonomi yang bernafas, pelaburan yang bertunas dan kepatuhan cukai yang bertambah baik. Maka tambahan ini bukan menambah beban hutang secara melulu, tetapi digalas dengan kemampuan fiskal yang semakin mampan.

Walaupun jumlah perbelanjaan sebenar OE dan DE bagi tahun 2025 adalah lebih rendah daripada peruntukan asal, hakikatnya terdapat pertambahan peruntukan kepada pelbagai agensi di bawah Kementerian Kewangan yang perlu dilunaskan secara teratur dan sah di sisi perundangan. Perubahan keperluan, peluasan fungsi serta penstrukturan semula program menuntut kelulusan tambahan agar perjalanan pentadbiran tidak tersangkut di celah birokrasi. Rang undang- undang ini adalah jambatan perundangan yang memastikan setiap perbelanjaan bersandar pada mandat Dewan yang mulia ini.

draft • 2:11 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Dato’ Yang di-Pertua, mendalami inti pati rang undang-undang ini, juga saya ingin selitkan dan bangkitkan berkaitan sebuah prasarana asas yang memerlukan usin tambahan, dengan izin, iaitu istilah bahasa tempatan, berkaitan bangunan sebuah sekolah daif dan uzur di kawasan Sipitang.

Pada 18 Disember tahun lalu, kira-kira jam 10 pagi, sebuah blok bangunan kayu di Sekolah Kebangsaan Luagan, Sanginan, berhampiran dengan rumah saya, yang menempatkan murid Tahun 1 hingga Tahun 4 patah tetulangnya. Justeru, berbahaya untuk digunakan. Atas faktor keselamatan, ia ditutup penggunaannya.

Saya juga ucap terima kasih dan sekalung budi di atas keprihatinan Ustaz Gani Senang, PPD Beaufort yang segera datang ke lokasi kejadian sejurus dihubungi oleh Guru Besar, Tuan Haji Zulkifli Haji Bidul.

Lebih dua bulan telah berlalu dan minggu ini sisi persekolahan bersambung semula selepas cuti panjang Tahun Baharu Cina. Namun, murid-murid di situ masih belajar dalam keadaan yang tidak selesa di tempat yang tidak sesuai. Kelas-kelas dipindahkan ke pusat sumber, makmal, bilik pemulihan, malah menumpang di bilik darjah lain. Sebahagian pula terpaksa mengikuti pembelajaran di dewan terbuka sekolah.

Kita difahamkan bahawa pihak PPD sudah memohon untuk menggantikan bangunan sekolah tersebut, tetapi hingga kini ia masih menunggu jawapan. Jadi, Sipitang memohon supaya peruntukan segera untuk menggantikan bangunan berkenaan dapat disegerakan.

Keadaan ini bukan kisah terpencil. Ia adalah cerminan nasib banyak sekolah luar bandar di Sabah. Justeru, saya memohon agar Kementerian Kewangan menyediakan peruntukan khas bagi membaik pulih dan menaik taraf sekolah- sekolah daif.

Mengamati butiran rang undang-undang ini, juga saya terpanggil mengemukakan rayuan dan saranan kepada Kementerian Kewangan agar dapat kiranya menyediakan peruntukan tambahan khas luar jangka untuk menangani isu bencana alam yang kerap terjadi khususnya di negeri Sabah.

Awal minggu ini, bencana banjir kembali melanda Sabah. Di daerah Pitas, Kota Marudu, Paitan dan Beluran, lebih 10,000 penduduk terjejas dan lebih 5,000 orang telah dipindahkan. Hari ini sebahagian mereka masih berada di pusat pemindahan, manakala kesan bencana itu sedang ditangani.

Awal bulan ini, banjir turut melanda kawasan Sipitang dan Beaufort memaksa ribuan penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan kekal di

draft • 2:11 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

beberapa lokasi. Ketika saya sedang berucap pada saat ini pun, banyak jalan-jalan telah terputus hubungannya seperti jalan Bukau-Luagan Sanginan khususnya di kawasan Parlimen Sipitang yang berendam dengan air banjir.

Sipitang merupakan satu daripada lima daerah diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir pada hari kelmarin, Rabu, 25 Februari. Empat lagi daerah lain adalah Beaufort, Sook, Tenom dan Membakut. Banjir seolah-olah menjadi musim tetap di negeri kami, khususnya di kawasan Sipitang yang merangkumi daerah Sipitang dan Beaufort. Setiap tahun, malah beberapa kali setahun, air bah datang tanpa jemu. Yang terbaru, sedang berlaku sejak dua hari yang lalu.

Justeru, Sipitang memohon agar Kementerian Kewangan agar dapat kiranya menambah peruntukan tambahan khas luar jangka khususnya untuk bencana banjir supaya bantuan segera dapat disegerakan dan digerakkan setiap kali musibah melanda seperti kali ini.

Dato’ Yang di-Pertua, sebagai penutup, Sipitang menyimpulkan bahawa rang undang-undang ini bukan sekadar angka dan peruntukan. Ia adalah cerminan komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap seluruh rakyat dan wilayahnya. Ia bukti kesediaan menilai semula, menyesuaikan langkah dan memperkukuh asas fiskal demi kesejahteraan rakyat, demi Malaysia yang terus gagah dan melangkah seimbang antara cita dan upaya.

Sekian. Sipitang mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 2:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat. Dengan kesempatan dalam membahas rang undang- undang Akta Perbekalan Tambahan (2025) 2026, Yang Berhormat Menteri, saya lihat ― atas kapasiti Ahli Parlimen Cameron Highlands ya. Saya lihat di bawah Maksud Pembangunan P.6, Kepala 03400 ini, ternyata kompleks latihan Islam, tahfiz, pusat komuniti orang asli yang disebut sini berharga lebih kurang RM1.1 juta.

Jadi, apa yang saya nak tahu sebagai Ahli Parlimen dan juga sebagai orang asli Semenanjung Malaysia yang beragama Islam, di manakah bangunan ini akan dibina? Dan bermula bila? Itu saja. Saya rasa pegawai-pegawai Menteri boleh maklumkan. First time I am looking, dengan izin, melihat perkara ini. Terima kasih.

Dengan itu, habis perbahasan Yang Berhormat, Yang Berhormat. Sekarang tibalah masa Menteri untuk menjawab. Jadi, dengan itu, diberi Menteri 30 minit untuk menjawab. Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 2:11 PM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI.

Dato’ Yang di-Pertua, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2025) 2026.

draft • 2:19 PM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Secara ringkasnya, Anggaran Perbelanjaan Tambahan Pertama 2025 yang dibawa untuk dibentangkan berjumlah RM8.4 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM900.9 juta bagi perbelanjaan pembangunan. Daripada RM8.4 bilion perbelanjaan tambahan mengurus, RM7.9 bilion dibentangkan untuk kelulusan di bawah RUU Perbekalan Tambahan 2025. Manakala, sejumlah RM472 juta adalah maksud tanggungan dan ia tidak dibahaskan di dalam Parlimen.

Jumlah peruntukan tambahan ini telah dibelanja sepenuhnya pada tahun 2025 dan ia tidak menjejaskan sasaran defisit fiskal yang ditetapkan pada tahun 2025 iaitu 3.8 peratus. Malah kadar defisit fiskal terkini telah mencatat penurunan kepada 3.7 peratus. Walaupun jumlah perbelanjaan mengurus sebenarnya adalah lebih rendah berbanding peruntukan asal yang diluluskan pada tahun 2025, terdapat beberapa kementerian yang memerlukan peruntukan yang melebihi jumlah asal yang diluluskan.

Anggaran perbelanjaan mengurus tambahan pertama 2025 sebanyak RM8.4 bilion disediakan bagi menampung tujuan tersebut. Dan jumlah tambahan ini telah termasuk dalam perbelanjaan mengurus sebenar tahun 2025 yang berjumlah RM330.8 bilion iaitu masih bawah peruntukan asal yang diluluskan pada tahun 2025 yang berjumlah RM335 bilion.

Pada hari ini, seramai 15 orang Ahli Yang Berhormat telah berbahas memberi pandangan, teguran dan cadangan melibat pelbagai isu. Sepertimana panduan yang diterima daripada Tan Sri Yang di-Pertua tadi, ingin saya memaklumkan bahawa jawapan dalam sesi penggulungan ini adalah bagi perkara-perkara yang dinyatakan dalam Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2025 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan 2025 sahaja, selaras dengan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat di bawah perkara 67(5).

Sekarang izinkan saya menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan.

Walaupun berdepan dengan ketidaktentuan global, permintaan domestik kekal

draft • 2:20 PM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

kukuh dalam menerajui pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan KDNK suku keempat 2025 mencatat 6.3 peratus iaitu tertinggi dalam tempoh tiga tahun serta mengatasi anggaran awal. Ini mendorong pertumbuhan KDNK 2025 pada tahap 5.2 peratus melepasi unjuran rasmi kerajaan antara empat hingga 4.8 peratus Untuk dua tahun berturut-turut, Kerajaan MADANI berjaya mengatasi sasaran defisit fiskal yang mencatat 3.7 peratus pada 2025 berbanding unjuran awal 3.8 peratus. Indikator mikroekonomi yang kukuh turut memberi manfaat kepada rakyat, khususnya kadar pengangguran 2025 pada tahap 2.9 peratus iaitu yang terendah sedekad serta kadar inflasi 2025 yang rendah pada 1.4 peratus. Malahan penjimatan hasil reformasi fiskal dapat diperuntukkan semula bagi bantuan sosial seperti Sumbangan Tunai RAHMAH dan Sumbangan Asas RAHMAH (SARA), di samping komitmen berterusan terhadap projek infrastruktur awam yang meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Peruntukan STR dan SARA telah meningkat tertinggi dalam sejarah kepada RM15 bilion berbanding RM8 bilion semasa zaman Bantuan Keluarga Malaysia dan RM6 bilion Bantuan Rakyat 1Malaysia. Bilangan penerima bantuan turut meningkat daripada tujuh juta kepada sembilan juta orang. Reformasi fiskal memberi kesan positif kepada pengurusan kewangan negara apabila jumlah peruntukan tambahan Kerajaan Persekutuan telah berkurangan.

Pembekalan tambahan 2005 adalah jauh lebih rendah berbanding tahun- tahun sebelumnya iaitu tahun 2022 sebanyak RM70 bilion; tahun 2023, RM33 bilion; pada tahun 2024 sebanyak RM26 bilion dan tahun ini hanya setakat hampir RM9 bilion. Kerajaan akan terus melaksanakan pengurusan fiskal yang lebih terkawal dan berdisiplin.

Yang Berhormat Pekan, Pendang, Kubang Pasu, Pengkalan Chepa, Beaufort, Betong dan Rasah telah membangkitkan berhubungan peruntukan tambahan COSS dengan isu ketirisan minyak masak bersubsidi dan impak kepada pelaksanaan eCOSS. Keperluan tambahan COSS adalah untuk memastikan bekalan minyak masak paket bersubsidi sebanyak 60,000 tan sebulan dapat disediakan walaupun terdapat berlaku peningkatan harga minyak sawit mentah dan diedar mengikut harga yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu RM2.50 sen sekilogram.

Harga pasaran bagi refined, bleached and deodorized palm oil olein minyak masak telah meningkat melebihi nilai ambang yang ditetapkan iaitu RM2,300 per tan.

Purata harga pasaran refined, bleached and deodorized palm oil olein pada tahun

draft • 2:20 PM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

2025 adalah RM4,523.79 per tan iaitu RM2,223.79 lebih daripada tinggi daripada nilai ambang yang ditetapkan.

Bersasarkan unjuran asal, peruntukan sebanyak RM916 juta telah disediakan semasa perbelanjaan Belanjawan 2025. Oleh demikian, tambahan sebanyak RM993.9 juta perlu disediakan bagi menampung peningkatan harga ini. Kerajaan melalui KPDN berusaha untuk menangani kes ketirisan minyak masak bersubsidi.

Dari segi pengeluaran, kuota pengeluaran untuk negeri mengikut keperluan sebenar negeri berkenaan. Manakala dari segi aspek pengedaran, antara langkah yang dilaksanakan termasuklah kawalan pengedaran minyak masak paket bersubsidi melalui mekanisme pelaksanaan zoning serta perundangan di bawah Peraturan 12A, Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

KPDN terus memperhebatkan penguatkuasaan secara bersepadu melalui kerjasama dengan agensi-agensi penguat kuasa lain melalui Ops Tiris, Kita Gempur.

Berdasarkan statistik tindakan penguatkuasaan di bawah Ops Tiris 3.0 bermula 1 Januari 2024 hingga 25 Februari 2026, sebanyak 63,829 pemeriksaan telah dilaksanakan dan sejumlah 940 kes melibatkan minyak masak dengan nilai rampasan sebanyak RM4.46 juta. Tindakan terus diambil melibatkan penarikan dan penggantungan lesen Controlled Substance Article (CSA) Borong dan Runcit serta penggantungan kuota COSS terhadap syarikat pembungkus yang melanggar peraturan.

Had pembelian minyak masak paket polybag juga ditetapkan sebanyak tiga paket di bawah Arahan Pengawal Bekalan merujuk kepada Peraturan 12A, Peraturan Kawalan Bekalan 1974 untuk memastikan lebih ramai pengguna pasaran tempatan mendapatkan bekalan. Hanya rakyat Malaysia layak membeli minyak masak berpaket subsidi. Manakala, warga asing dilarang secara rasmi melalui pewartaan peraturan baru yang kekal berkuat kuasa sepenuhnya mulai 1 Mac 2026.

Penggunaan eCOSS memberi impak positif dalam usaha untuk menyasarkan subsidi kepada golongan yang layak. Ia juga dapat membendung ketirisan dan penyelewengan melalui pemantauan rantaian bekalan daripada pengilang hingga peruncit secara digital.

Melangkah ke hadapan, kerajaan melalui KPDN sedang mengkaji penggunaan MyKad untuk COSS. Penelitian lanjut sedang dilaksanakan untuk meluaskan penggunaan ekosistem sedia ada berasaskan MyKad termasuk integrasi ke dalam sistem SARA bagi memperkukuhkan pengesahan identiti dalam pemantauan penjualan minyak masak bersubsidi.

draft • 2:20 PM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Pendekatan ini dapat memanfaatkan infrastruktur sedia ada tanpa memperkenalkan kaedah tambahan yang membebankan rakyat, sekali gus memastikan hanya warganegara yang layak menerima subsidi yang mendapatnya.

Ini juga akan dapat membantu golongan rakyat yang ada kekangan untuk menggunakan kod QR ataupun telefon bimbit semasa membuat pembelian.

Secara keseluruhannya penyelesaian subsidi yang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI berjaya membawa penjimatan dana kerajaan sehingga RM15.5 bilion meliputi pengapungan harga telur ayam serta subsidi bersasar bagi petrol, diesel dan elektrik.

draft • 2:20 PM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Yang Berhormat Pekan, Pendang, Kubang Pasu, Beaufort, Betong dan Rasah ada menyentuh mengenai keperluan tambahan bagi membiayai operasi universiti awam di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi. Geran mengurus yang diluluskan oleh kerajaan kepada Universiti Awam dan hospital pengajar universiti sebagai badan berkanun Persekutuan adalah untuk membiayai keseluruhan perbelanjaan emolumen dan sebahagian daripada perbelanjaan yang diperlukan untuk bekalan dan perkhidmatan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Dengan peningkatan kos operasi, peruntukan tambahan sebanyak RM257.6 juta atau 2.79 peratus dari peruntukan RM9.38 bilion yang diluluskan adalah untuk menampung perbelanjaan mengurus di beberapa Universiti Awam yang mengalami kekurangan baki tunai iaitu UIAM, UNIMAS, UMS, UiTM dan USIM.

Keperluan tambahan operasi Universiti Awam merangkumi pelbagai perbelanjaan. Antaranya, tambahan kos operasi pusat kesihatan guna sama Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, contract facility, kos utiliti, penyelenggaraan fasiliti usang, penyelenggaraan peralatan makmal, peluasan program akademik dan pembelian alatan pengajaran dan pembelajaran di universiti awam. Kesemua peruntukan tambahan ini yang disediakan adalah untuk meringankan beban kewangan di semua universiti awam serta menyokong pelaksanaan program dan operasi seperti yang dirancangkan.

Walau bagaimanapun, universiti awam turut boleh menjana pendapatan sendiri melalui yuran pengajian, program profesional, penyelidikan, perundingan dan

draft • 2:30 PM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

kerjasama industri. Sumber tersebut tidak sepenuhnya mencukupi untuk menampung peningkatan kos operasi semasa.

Secara purata, tahap kebergantungan universiti awam kepada pembiayaan kerajaan adalah sekitar 75 hingga 80 peratus, khususnya bagi menampung komitmen emolumen dan kos operasi asas. Sehubungan dengan itu, sokongan kewangan kerajaan kekal penting bagi memastikan kelestarian dan kesinambungan fungsi universiti awam.

Beberapa Ahli Yang Berhormat, antaranya Setiu dan Betong ada menyentuh mengenai keperluan tambahan Kementerian Pertahanan iaitu untuk menyelenggara pesawat tentera udara dan isu ketirisan dan penyelewengan melibatkan perolehan MINDEF.

Keperluan tambahan adalah untuk menampung keperluan selenggara pesawat berjadual, selenggara tidak berjadual serta carry forward liability yang dijangka diterima. Aset usang merupakan antara penyumbang utama peningkatan kos operasi dan penyelenggaraan aset penerbangan, khususnya bagi pesawat melebihi jangka hayat perkhidmatan yang ditetapkan, keperluan pembaikan luar jangka bernilai tinggi dan menjadi semakin kerap dan kompleks.

Keperluan tambahan ini juga lebih kritikal memandangkan Malaysia merupakan tuan rumah Mesyuarat ASEAN 2025, selain menganjur Pameran Maritim dan Angkasa (LIMA) Tahun 2025. Kedua-dua acara berprofil tinggi ini melibatkan kehadiran ketua-ketua kerajaan dan pemimpin negara anggota ASEAN serta rakan dialog strategik, sekali gus menuntut tahap kesiagaan keselamatan udara bagi menjamin keselamatan negara, delegasi antarabangsa dan ruang udara Malaysia.

Faktor sekatan ataupun sanction ke atas Rusia akibat ketegangan geopolitik juga telah memberi impak langsung kepada kewangan TUDM, khususnya dalam aspek pengurusan rantaian bekalan dan kos operasi. Setakat ini, ia mengehadkan akses kepada pembekal asal, laluan logistik dan perkhidmatan sokongan teknikal bagi pesawat buatan Rusia seperti Su-30MKM. Akibatnya, proses perolehan dan penghantaran komponen terpaksa melalui pihak ketiga serta laluan alternatif yang lebih panjang dan kompleks, sekali gus meningkatkan kos logistik dan tempoh lead time.

Sebagaimana Yang Berhormat semua sedia maklum, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengarahkan perolehan membabitkan Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan agensi berkaitan di beku bagi membolehkan proses perolehan diteliti semula dan ditambah baik.

draft • 2:30 PM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Dalam meningkatkan akauntabiliti dan ketelusan perolehan ketenteraan dan pertahanan bagi perolehan sebut harga dan tender terbuka, Kementerian Kewangan telah mencadangkan beberapa penambahbaikan kepada MINDEF, Kementerian Dalam Negeri bagi PDRM dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia melalui surat yang dikeluarkan MOF bertarikh 12 Februari 2026.

Antaranya, pertama, keanggotaan lembaga perolehan ditambah supaya merentas kementerian. Contohnya, Lembaga Perolehan MINDEF turut dianggotai oleh pegawai KDN yang dinamakan oleh Ketua Setiausaha KDN. Begitu juga Lembaga Perolehan KDN perlu dianggotai oleh pegawai MINDEF yang dinamakan oleh Ketua Setiausaha MINDEF. Pegawai dilantik perlu berpengetahuan dan berpengalaman dalam perolehan strategik.

Kedua, menilai semula semua perolehan aset strategik yang telah dilaksanakan secara tender terbuka dan masih belum dikeluarkan surat setuju terima dengan keanggotaan jawatankuasa penilaian teknikal dan jawatankuasa penilaian kewangan yang baru turut melibatkan wakil daripada perkhidmatan lain dan wakil KDN ataupun MINDEF.

Ketiga, membatalkan perolehan aset strategik yang dilaksanakan secara sebut harga dan di iklan semula dengan spesifikasi yang disediakan oleh jawatankuasa penyedia spesifikasi baru dianggotai oleh wakil daripada rentas perkhidmatan dan rentas kementerian antara KDN atau MINDEF.

Keempat, perolehan selain daripada aset strategik boleh diteruskan berdasarkan tatacara perolehan semasa yang berkuat kuasa.

Kelima, pengesyoran pelantikan pembekal yang melibatkan satu atau dua petender sahaja hendaklah dikemukakan kepada MOF untuk pertimbangan.

Keenam, perolehan yang melibatkan pengilang luar negara hendaklah dilaksanakan secara tender terbuka antarabangsa yang dikhususkan penyertaannya bagi melibatkan penglibatan pengilang secara terus tanpa melibatkan ejen.

Ketujuh, perolehan sebut harga strategik melebihi RM300,000 sehingga RM500,000 bagi perolehan bekalan atau perkhidmatan dan melebihi RM300,000 hingga RM3 juta bagi perolehan kerja hendaklah diputuskan oleh lembaga perolehan yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha kementerian.

Dan kelapan, Ketua Setiausaha MINDEF dan KDN perlu menetapkan kawalan dalaman bagi memastikan pelaksanaan perolehan kerajaan di kementerian masing-masing mematuhi tatakelola pengurusan kewangan yang baik dan dapat

draft • 2:30 PM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

memberi nilai faedah terbaik kepada kerajaan bagi memastikan kepentingan kerajaan sentiasa terpelihara.

Yang Berhormat Tuaran dan Setiu ada menyentuh mengenai peruntukan tambahan DE tahun 2025 mengenai syarikat Malaysia Development Holding Sdn.

Bhd. yang memegang saham dalam Vantris Energy yang dulunya dikenali sebagai Sapura Energy. Ia dibuat kerana kita nak melindungi ekosistem industri gas dan minyak tempatan.

Tambahan DE 2025 kepada MDHSB adalah untuk membiayai langganan saham pinjaman boleh tukar boleh tebus ataupun redeemable convertible loan stocks (RCLS) berjumlah RM1.1 bilion yang diterbitkan oleh VTEB. Pembiayaan ini meliputi dana DE berjumlah RM480 juta dalam bentuk pinjaman dan bakinya dari sumber dalaman MDHSB.

Penglibatan kerajaan dalam pelan pemulihan VTESB bukan satu bentuk penyelamatan kewangan ataupun bail out. Sebaliknya, ia adalah langkah strategik bagi menyelamat ekosistem industri gas dan minyak tempatan, melibatkan hampir 59,000 orang pekerja yang berkemungkinan akan kehilangan pekerjaan sekiranya VTEB memberhentikan operasinya.

Selain itu, vendor yang kebanyakan pembekal domestik dalam syarikat bumiputera juga akan terjejas. Peruntukan disalurkan oleh MDHSB kepada VTEB berjumlah 1.1 bilion dihadkan penggunaannya untuk VTEB menyelesaikan pembayaran kepada vendor. Sehingga kini, jumlah vendor yang telah selesai dibuat pembayaran ialah melebihi 1,400 vendor.

draft • 2:30 PM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Kerajaan melalui MDHSB telah menetapkan syarat bahawa pelaburan daripada MDHSB kepada VTEB adalah terhad untuk penyelesaian atau pembayaran liabiliti yang terhutang oleh kumpulan VTEB kepada penyedia perkhidmatan tempatan Malaysia yang beroperasi dalam atau menyokong sektor minyak dan gas di Malaysia tanpa memberi manfaat kepada mana-mana pemegang saham VTEB atau pemiutang kewangan sedia ada.

Setelah pelaksanaan pentaksiran semula, Vantris Energy telah mengambil langkah yang menyeluruh bagi memperkukuhkan kerangka tadbir urus, meningkatkan tahap akauntabiliti serta memastikan pengawasan yang lebih berkesan di semua peringkat organisasi.

Antara langkah yang telah diambil ialah mengubah komposisi lembaga pengarah melalui pelantikan pengerusi serta tiga orang ahli lembaga pengarah baru

draft • 2:40 PM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

bagi menggantikan mereka yang telah meletak jawatan atau bersara. Langkah ini bertujuan untuk memperkukuhkan keberkesanan pengawasan, meningkatkan kepelbagaian kepakaran serta memperkukuhkan fungsi semak dan imbang di peringkat lembaga.

Selain itu, syarikat telah mewujudkan jawatan baharu iaitu Ketua Pegawai Integriti dan Tadbir Urus. Pegawai berkenaan melapor secara terus kepada Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah. Struktur pelaporan ini dirangka sedemikan bagi memperkukuhkan semak dan imbang serta mengelakkan sebarang konflik kepentingan dalam pelaksanaan fungsi integriti dan pematuhan.

Yang Berhormat Tuaran telah membangkit soal keperluan tambahan bagi menampung pelaksanaan Projek Lebuh Raya Lembah Klang Timur (EKVE).

Keputusan untuk memperuntukkan tambahan RM135 juta kepada Kementerian Kerja Raya adalah untuk menampung pinjaman mudah kerajaan tambahan, Government Soft Loan (GSL) 2.0 bagi Projek Lebuhraya Klang Timur (EKVE).

Tambahan ini adalah bagi menampung peningkatan kos pembinaan RM134.7 juta disebabkan penambahan dan perubahan reka bentuk pembinaan yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan yang melibatkan kerja naik taraf Jalan Ukay Perdana. Projek EKVE merupakan projek penswastaan Kerajaan Persekutuan di bawah RMK10 yang dilaksanakan oleh EKVE Sendirian Berhad.

Perjanjian konsesi ditandatangani pada Februari 2013 dan bagi tempoh 50 tahun. Perjanjian ini berkuat kuasa pada 2015 dan tamat 2065. Jajaran bermula daripada Sungai Long menghala ke Kuala Lumpur dan berakhir di Jalan Lingkaran Tengah 2 MRR2 melalui Jalan Ukay Perdana.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Oktober 2023 bersetuju untuk meluluskan cadangan pemberian pinjaman mudah kerajaan tambahan GSL kepada syarikat konsensi EKVE sebanyak RM135 juta iaitu pembayaran GSL ini yang akan digunakan belanja pembangunan yang disifatkan pinjaman.

Yang Berhormat Setiu dan Bakri ada menyentuh mengenai pemberian penyelenggaraan jalan negeri yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui MOF di bawah peruntukan Perkara 109(1) Perlembagaan Persekutuan bagi membantu kerajaan untuk menyelenggara semua jalan negeri yang didaftar dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).

Peruntukan pemberian penyelenggaraan jalan negeri pada tahun 2026 disediakan sebanyak RM5.6 bilion yang ditentukan berdasarkan pengiraan dibuat

draft • 2:40 PM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

menggunakan data panjang dan kategori jalan yang didaftarkan oleh kerajaan negeri yang disahkan oleh JKR di dalam sistem MARRIS.

Pemberian disalurkan secara bulanan kepada kerajaan negeri. Di bawah garis panduan pemberian penyelenggaraan jalan negeri, pegawai kewangan negeri merupakan pegawai pengawal ke atas pemberian penyelenggaraan jalan dan agihan peruntukan adalah di bawah kawalan agensi pelaksana di negeri masing-masing.

Yang Berhormat Dungun ada menyentuh berhubungan penyaluran fi agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri, bayaran cukai pendapatan dan invois. Untuk makluman Yang Berhormat, fi agensi digunakan untuk membiayai operasi LHDN dan dikira daripada hasil kutipan cukai.

Fi agensi yang diperuntukkan kepada LHDN adalah bayaran berdasarkan prestasi pengutipan cukai iaitu LHDN menerima sejumlah bayaran sebanyak 1.85 peratus daripada kutipan cukai langsung kasar. Bermula tahun 2023, peruntukan fi agensi diberikan kepada LHDN mengikut keperluan sebenar perbelanjaan operasi dan pembangunan yang tidak ada bayaran lebihan untuk simpanan LHDN. Kalau kita kira untuk tahun lalu, ia hanyalah 1.65 peratus bukan 1.85 peratus.

Yang Berhormat Kubang Pasu telah membangkitkan mengenai agihan peruntukan kepada kerajaan negeri. Memandangkan perbelanjaan pemberian tambahan hasil ini adalah di bawah maksud perbelanjaan tanggungan, makna perbelanjaan tambahan ini tidak perlu dibahaskan.

Namun saya akan beri sikit penjelasan. Peruntukan tambahan RM250 juta bagi pemberian pertambahan hasil kepada kerajaan negeri adalah kerana terdapat peningkatan hasil Kerajaan Persekutuan. Pemberian tersebut berdasarkan keputusan Majlis Kewangan Negara pada tahun 2025 yang dikuatkuasakan melalui Akta Pemberian Pertambahan Hasil (Pindaan) 2007.

Ini berasaskan prinsip perkongsian keuntungan iaitu apabila ada pertambahan hasil Kerajaan Persekutuan bagi satu tahun kewangan berbanding dengan tahun kewangan sebelumnya, ia akan juga diagihkan kepada negeri-negeri.

Pemberian hasil tambahan ini dapat membantu negeri-negeri yang memerlukan sokongan kewangan, mengurangkan ketidakseimbangan hasil dalam antara negeri, serta menyokong pembangunan infrastruktur, ekonomi dan kebajikan negeri tersebut.

Yang Berhormat Arau telah menyentuh mengenai pindahan lebihan Hasil Akaun Disatukan sebanyak RM5.29 bilion. Pindahan hasil ini bukan merupakan perbelanjaan baru. Tetapi pindahan lebihan hasil daripada Akaun Hasil Disatukan

draft • 2:40 PM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Persekutuan kepada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2025. Pindahan ini akan mengurangkan jumlah pinjaman baru yang diperlukan oleh Kerajaan Persekutuan bagi membiayai perbelanjaan pembangunan pada tahun 2025.

Yang Berhormat Tuaran dan Keningau ada menyentuh mengenai pembangunan Sabah. Pertama, saya percaya Yang Berhormat Tuaran selaku bekas Pengerusi Sabah Electricity tahu bahawa Sabah terus disokong dengan subsidi bahan api oleh Kerajaan Persekutuan. Walaupun kerajaan negeri mengambil kuasa alih kawal selia bekalan elektrik sejak Januari 2024, bahkan jumlah subsidi bahan api kian meningkat daripada RM663 juta pada tahun 2024 kepada RM698 juta pada tahun 2025 dan dia telah disediakan RM880 juta untuk tahun 2026.

Jadi tak betul lah kita tak menyokong apa yang diadakan di Sabah. Kerajaan juga telah memperuntukkan pinjaman kepada SESB yang keseluruhannya bernilai RM2.6 bilion, RM5 bilion bagi pinjaman belum selesai— dari pinjaman itu, jumlah yang belum selesai adalah sebanyak RM1.9 bilion. Ini untuk menyokong, mengukuhkan sistem electricity yang ada di negeri Sabah.

Puan Yang di-Pertua, mengakhiri penggulungan ini, sukacita saya sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas pandangan dan input-input yang dikongsikan oleh Yang Berhormat-yang Berhormat semua sepanjang tempoh perbahasan ini.

Kerajaan mengambil maklum segala cadangan yang dikemukakan dan akan menelitinya secara terperinci, sebahagiannya akan dipertimbangkan dalam kerangka menyediakan Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada penghujung tahun ini.

Tertakluk kepada kondisi fiskal dan keutamaan semasa kerajaan. Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kewangan. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang- undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah bahawa Usul di atas nama Yang

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.

draft • 2:50 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

*[Diputuskan, Bahawa Usul yang berikut ini dirujukkan kepada Jawatankuasa sesebuah-buah Majlis:

“Bahawa Dewan ini, mengikut subsekyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] , membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak sembilan ratus sembilan puluh juta sembilan ratus dua belas ribu tujuh ratus Ringgit (RM990,912,700) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2025 bagi Maksud dan Butiran

(Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua Penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2025 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 17 Tahun 2026 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran

(Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.”* [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 2:50 PM

Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Minta Yang Berhormat Menteri Kewangan mengemukakan anggaran perbelanjaan bagi semua kementerian.

draft • 2:50 PM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Puan Pengerusi, saya ingin mengemukakan supaya wang sejumlah tidak lebih daripada RM7,938,212,000 yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama Tahun 2025 bagi Maksud Bekalan B.10, B.12, B.25 dan B.64 untuk kementerian-kementerian dan jabatan yang berkenaan dijadikan jadual dan wang sejumlah tidak lebih daripada RM990,912,700 yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama Tahun 2025 bagi Maksud-maksud pembangunan P.6, P.10, P.21, P.23, P.27, P.28, P.43, P.45, P.48, P.60 dan P.62 untuk kementerian-kementerian dan jabatan yang berkenaan seperti yang ditunjukkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 16 Tahun 2025 dan Kertas Perintah 17 Tahun 2025 masing-masing dijadikan anggaran perbelanjaan.

draft • 2:50 PM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Puan Pengerusi, keperluan bagi mengadakan peruntukan-peruntukan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Tahun Pertama 2025 dan juga Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Pertama Tahun 2025 telah pun dibentangkan terdahulu. Di samping itu penjelasan lanjut mengenai cadangan-cadangan anggaran peruntukan tambahan ini juga diberi dalam Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 16A Tahun 2026 bagi Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2025 dan Perintah 17A tahun 2026 bagi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama Tahun 2025. Oleh itu, saya tak berhajat untuk memberi apa-apa penerangan tambahan lagi. Puan Pengerusi, saya mohon mencadangkan.

draft • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat diingatkan untuk turut mematuhi Peraturan Mesyuarat 67(9) yang mengehadkan perbahasan peringkat Jawatankuasa kepada butir-butir yang terkandung dalam anggaran belanja yang diminta diuntukkan belanja tambahan.

Oleh itu, Ahli-ahli Yang Berhormat semasa berbahas peringkat Jawatankuasa ini perlu menyebut secara spesifik butiran kementerian yang Ahli Yang Berhormat ingin bangkitkan. Sebanyak lima kementerian yang terlibat dalam perbahasan rang undang-undang ini manakala lapan lagi kementerian hanya melibatkan token yang tidak perlu dibahaskan. Peringkat Jawatankuasa yang melibatkan lima kementerian setiap pembahas diberi lima minit bagi setiap kementerian.

draft • 2:50 PM

Kepala P.6 - Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2025] – Tuan Pengerus

Bagi P.6 hanya token sahaja. Jadi tidak perlu dibahas.

[Tiada perbahasan]

draft • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masalah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.6 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2025 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.6 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2025]

draft • 2:50 PM
Kepala B.10 dan B.12 [Jadual] – Kepala P.10 [Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2025] –

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kepala Bekalan B.10 dan B.12 dan Kepala Pembangunan P.10 di bawah Kementerian Kewangan terbuka untuk di bahas. Ada dua pembahas, YB Kampar dan YB Arau. Setiap pembahas lima minit sahaja. Saya jemput Yang Berhormat Kampar.

draft • 2:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih, Timbalan Speaker. Saya terus masuk kepada Butiran P.10 Perbendaharaan berkaitan komitmen kewangan melalui Malaysia Development Holdings Sdn Bhd bagi membantu pelan pemulihan Vantris Energy Berhad yang sebelum ini dikenali sebagai Sapura Energy Berhad melibatkan langganan Redeemable Convertible Loan Stocks (RCLS) yang berjumlah RM1.1 bilion. Isunya jelas, ini melibatkan wang rakyat dalam jumlah yang amat besar. Maka ia mesti dinilai daripada sudut kepentingan awam, disiplin fiskal dan kebertanggungjawaban.

Yang pertama, mengapa kerajaan perlu bentangkan butiran ini di bawah perbekalan tambahan? Sebab pelan ini memang sudah lama kita tahu. Mengapa perbelanjaan ini tidak diperincikan dan dirancang secukupnya dalam belanjawan asal? Yang kedua, kerajaan menyatakan bahawa RM1.1 bilion ini bukan bail out secara langsung tetapi berbentuk pinjaman melalui instrumen yang dipanggil RCLS, Redeemable Convertible Loan Stock. Kerajaan juga jelaskan bahawa ia adalah pinjaman dan bukan pemberian hangus.

Baik, jika ia berbentuk pinjaman maka Dewan ini berhak mengetahui sifat dan risikonya secara terperinci. RCLS mempunyai tiga elemen utama. Pertama, elemen pinjaman. Syarikat mempunyai obligasi untuk bayar balik jumlah tersebut. Kedua, elemen boleh ditukar. Kerajaan boleh menukar pinjaman kepada saham pada syarat tertentu jika syarikat itu gagal untuk membayar balik jumlah tersebut. Yang ketiga, elemen boleh tebus. Jika tidak ditukar kepada saham syarikat wajib menebusnya dalam tempoh matang. Di atas kertas ia kelihatan lebih selamat berbanding suntikan terus tetapi persoalan sebenar ialah risiko kepada wang rakyat.

Mari kita lihat beberapa senario. Senario pertama, jika syarikat pulih dan bayar balik hutang itu senario terbaik, tak ada masalah. Kedua, jika ia ditukar kepada saham dan nilai saham meningkat mungkin kerajaan juga ada untung. Tetapi, jika syarikat gagal tidak mampu menebus pinjaman dan nilai saham merosot maka

draft • 2:55 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

kerajaan berdepan risiko kerugian. Dalam keadaan itu, wang pembayar cukai mungkin tidak dapat dipulihkan sepenuhnya.

Jadi dalam erti kata rakyat lain, risiko korporat ini sedang dipindah kepada rakyat. Maka ingin saya bertanya, adakah penggunaan terbaik RM1.1 bilion ketika rakyat masih bergelut dengan kos sara hidup? Apakah mekanisme perlindungan sebenar sekiranya pelan pemulihan Sapura Energy ini gagal? Kerajaan menyatakan audit forensik telah dijalankan. Betul, itu langkah yang bagus tetapi audit itu apa yang telah berlaku bukan masa hadapan.

Apa yang Dewan ini kita tahu, kita mahu jaminan ke hadapan macam mana syarikat ini mampu bayar balik RM1.1 bilion. Dan apakah syarat reformasi tadbir urus yang dikenakan dan adakah terdapat apa-apa perubahan dalam pengurusan? Dan adakah ada wakil kerajaan di dalam lembaga pengarah yang mempunyai mandat yang jelas untuk melindungi kepentingan awam? Adakah terdapat sasaran prestasi yang terukur dalam garis masa yang jelas dan jika sasaran ini gagal dicapai, adakah kerajaan akan terus menyuntik dana ataupun akan menghentikan sokongan?

Kita juga perlu tanya, mengapa risiko ini perlu ditanggung oleh rakyat dan bukan terlebih dahulu ditanggung oleh pemegang saham yang sedia ada ataupun pemiutang komersial. Dalam prinsip kewangan yang adil, mereka yang menikmati keuntungan sewajarnya menanggung risiko. Jangan sampai keuntungan diswastakan tetapi kerugian disosialkan. Sampai hari ini keuntungan dinikmati oleh pemegang-pemegang saham yang ada tetapi risiko sekarang ditanggung oleh rakyat.

Saya tidak menolak kepentingan sektor minyak dan gas atau kepentingan membantu vendor tempatan tetapi kita mesti bezakan antara melindungi vendor kecil dengan menyelamatkan struktur korporat yang bermasalah. Jika objektifnya untuk membantu vendor tempatan maka berapa peratus dana ini benar-benar sampai kepada semua vendor-vendor kecil ini? Apakah jadual pembayaran dan siapa yang akan memantau?

Timbalan Speaker, RM1.1 bilion boleh digunakan untuk bina sekolah, boleh menaik taraf hospital ataupun membantu pelajar B40. Maka setiap Ringgit mesti dipertahankan dengan hujah yang kukuh. Saya cadangkan supaya satu laporan berkala kepada Parlimen mengenai kemajuan pelan pemulihan pendedahan terma utama RCLS termasuk tempoh matang dan kadar pulangan serta pelan keluar yang jelas ataupun satu exit plan supaya kerajaan tidak terperangkap sebagai pemegang saham jangka masa panjang tanpa apa-apa strategi pelepasan.

draft • 2:55 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ini bukan soal politik. Ini soal integriti fiskal negara. Jika struktur ini betul-betul benar kukuh dan melindungi kepentingan rakyat, bentangkan semua maklumat ini secara telus kepada Dewan. Kita bertanggungjawab bukan sahaja kepada rakyat hari ini, juga kepada generasi akan datang yang akan menanggung akibat keputusan kewangan kita. Sekian, terima kasih.

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Saya difahamkan bahawa Yang Berhormat Arau masih berada di Kamar Khas. Jadi, saya jemput Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk menjawab. Masa lima minit.

draft • 3:00 PM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat Kampar yang memberikan pertanyaan yang betul-betul mendalam pasal Vantris Energy. Dan seperti saya katakan dalam penggulungan dasar saya tadi, kita menolong untuk memberi RCLS ini untuk menolong menyokong industri minyak tempatan. Kerana, apa kita tak nak ialah walaupun Malaysia ialah satu negara yang mengeksport minyak dan gas, tapi limpahan yang apa kita ada tidak ada dalam negara ini. Dan Vantris adalah antara satu syarikat yang besar dalam negara ini yang menjana pekerjaan yang besar. Kalau kita tengok dari segi ekosistem Vantris, ada lebih kurang 59,000 orang pekerja yang bergantung secara terus ataupun melalui vendor-vendor yang ada di dalam Vantris.

Jadi, masa kita melihat untuk cara terbaik untuk kita menolong isu ini, kita mengambil pendekatan untuk memberi pinjaman RCLS ini. Kerana pinjaman, bermakna kita akan dapat balik. Ia bukan sekadar one grant yang menolong.

Yang keduanya, kita hanya menetapkan yang pemberian kita bagi RCLS ini adalah untuk kegunaan untuk membayar balik vendor saja. They control daripada segi pelepasan wangnya untuk membayar terus vendor-vendor yang dia...

draft • 3:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

100 percent? 100 peratus?

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Vendor-vendor tempatan sahaja. Tak ada digunakan untuk vendor luar negara. Jadi, saya rasa yang penting ialah kerana kita dapat pendekatan itu, kita dah menolong untuk menyelamatkan vendor-vendor yang kecil yang ada dalam negara. Itulah pendekatan yang pertama kerajaan.

Keduanya, kita faham yang mungkin kalau kita tengok dari segi performance yang ada daripada Vantris di masa lalu, ada isu-isu yang ada. Kerana itulah kita ada membuat rombakan dari segi lembaga pengarah dan kita menggantikan lembaga

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

pengarah. Dan pemegang saham utama yang dulu, yang entrepreneur, tidak dibenarkan masuk dalam Lembaga Pengarah Vantris ke hadapan. Jadi, itulah satu permintaan yang ditunaikan oleh pemegang saham Vantris. Jadi, dia pun dah keluar daripada lembaga pengarah. Itu satulah jaminan yang telah diberikan dan ditunaikan juga.

Dari segi risk sharing, kerana Vantris juga ada banyak hutang yang diminta, pinjaman daripada sektor perbankan, jadi semua mereka yang memberi hutang perbankan juga ambil haircut daripada penstrukturan semula yang kita adakan.

Tanpa haircut itu, Kerajaan Pusat tak masuk. Jadi, itulah condition yang kita letakkan dan mereka pun menerima cadangan itu dan mereka juga menerima cadangan yang ranking apa yang kita ada daripada segi RCLS itu lebih tinggi daripada dia orang punya mekanisme. Jadi, ini menjamin. Prioriti yang penting.

Kita juga mengambil tindakan yang kita buat penyiasatan untuk mencari jalan untuk memperkukuhkan kawalan selia atas Vantris. Kita appoint Pricewaterhouse dan selepas itu Ernst & Young untuk membuat cadangan-cadangan penambahbaikan dan kita akan mengambil cadangan itu untuk diketatkan.

Dan dari segi wakil yang ada daripada segi kerajaan, kerajaan juga ada wakil dalam Lembaga Pengarah Vantris yang baru ini. Jadi, dari segi pendekatan itu, saya rasa kita juga telah menguatkan lagi ekosistem governance, tata kelola yang ada untuk mengawal ke hadapan.

Jadi, peningkatan kerajaan ialah, yang pertama, kita harus memastikan ekosistem itu terpelihara. Dengan sokongan yang kita berikan, kita telah memelihara ekosistem industri oil and gas. Kedua, kita memastikan apa yang kita berikan betul- betul sampai kepada mereka yang memerlukan. Bukan untuk pemegang saham, tapi untuk vendor-vendor yang ada impak daripada apa yang terjadi kepada Vantris.

Yang itu pun kita telah melakukan. Dan ketiga, kita memperkukuhkan tata kelola agar ke depan, dia ada lebih baik untuk mengawal risiko-risiko ke hadapan.

Jadi, saya rasa itulah penambahbaikan yang telah kita buat dan kita berharap dengan apa yang kita buat, kita akan dapat bukan sahaja menyelamatkan isu yang ada sekarang, tapi juga membina satu entiti yang akan berkembang di bawah pengawasan yang baru.

draft • 3:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Menteri, saya minta tanya sikit. Untuk senarai vendor tempatan, siapakah yang tentukan siapa yang boleh dibayar dan siapa yang akan dapat haircut? Dan siapa yang akan memantau jadual pembayaran itu kepada vendor tempatan?

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Bila Vantris masuk dalam PN70 punya status dan ada proof of debt dibuat, kita menggunakan proof of debt itu untuk memastikan amaun yang sepatutnya dibayar dan bila kita, dari segi Kementerian Kewangan, memastikan penyaluran wang, dia based on the proof of debt yang ditunjukkan.

draft • 3:00 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Dia tidak lebih pada apa yang dibubuhkan dan apa dah ― validated debt sahaja. Dan untuk ― dia tidak termasuk pembayaran kepada banking system.

draft • 3:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tapi, siapa yang tentukan dia masuk kepada kena bayar dalam jadual itu ataupun dia kena haircut? Macam mana tentukan siapa dapat haircut?

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Dari segi pendekatan yang kita ambilkan, the recommendation daripada semua pemiutang yang ada, kita kumpulkan.

Daripada data yang kita ada dan dari apa yang dikumpulkan, kita asingkan yang mana kita dapat pinjaman daripada bank dan pinjaman daripada bank semua diminta haircut kerana dia ada pulangan yang dia dapat daripada pinjaman yang diberikan.

Jadi, kita demand dia kena ambil haircut. Yang kredit yang daripada mereka yang menjadi supplier kepada Vantris, itu kita bayar penuh.

draft • 3:00 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Menteri, boleh dapat satu penjelasan? SapuraKencana ini, yang dulu ada lebih kurang 10,000 pekerja di Kampung Acheh, kawasan saya, hampir semua pekerja telah diberhentikan. Dan saya nak tanya, adakah kilang itu, yang sangat besar itu, apakah rancangan dia akan ditutup untuk selama-lamanya atau akan dipulihkan?

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Buat masa sekarang, itu masih dalam pengawasan management daripada Vantris sekarang. Dia harus melihat apakah yang diperlukan untuk menjana ke depan. Dan daripada yard yang ada di Lumut itu, buat masa sekarang tidak ada keperluan untuk yard diadakan. Namun, untuk pekerja-pekerja, mereka diberikan hak mereka seperti dijamin dalam perundangan.

Terima kasih.

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Masalah iaitu wang sejumlah RM6,686,676,300 untuk Kepala B.10 dan B.12 Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2025 jadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Kepala B.10 dan B.12 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masalah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.10 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2025 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.10 diperintahkan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2025]

draft • 3:00 PM

Kepala P.21 - Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2025] – Tuan Pengerus

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Kepala Pembangunan P.21 di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Oleh sebab P.21 hanya token sahaja, P.21 tidak perlu dibahas.

[Tiada perbahasan]

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masalah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.21 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2025 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.21 diperintahkan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2025]

draft • 3:00 PM

Kepala P.23 - Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2025] – Tuan Pengerus

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Kepala Pembangunan P.23 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

draft • 3:00 PM

Kepala P.23 - Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2025] – Tuan Pengerus

Oleh sebab P.23 hanya token sahaja, P.23 tidak perlu dibahas. Masalah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.23 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2025 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.23 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan]

draft • 3:10 PM

Kepala B.25 - Jadual] – Tuan Pengerus

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Kepala Bekalan B.25 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup terbuka untuk dibahas. Terdapat tiga pembahas. YB Rasah, YB Bagan Serai dan YB Temerloh. Yang Berhormat Rasah tidak ada di dalam Dewan. Saya jemput Yang Berhormat Bagan Serai, lima minit.

draft • 3:10 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terima kasih kepada Timbalan Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk menyertai Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2025 bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, di mana kerajaan telah mencadangkan peruntukan sebanyak RM993,943,800 untuk Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak ataupun singkatannya (COSS). Selepas kenaikan purata harga RBD palm olein, yakni minyak yang telah ditapis, diluntur warna dan dinyahkan bau, harga ambangnya dahulunya ialah RM2,300 per metrik tan. Tetapi sekarang sudah naik sebanyak RM4,524 per metrik tan.

Kesenjangan, ertinya kenaikan berlaku sebanyak RM2,224. Justeru itu, saya nak bertanya beberapa persoalan bagi mendapat penjelasan yang tuntas. Pertama, siapakah penerima sebenarnya subsidi ini? Adakah pembayaran subsidi ini diberikan kepada pengimport, kepada pengilang ataupun terus kepada peniaga kecil? Dan apakah langkah proaktif yang dilakukan oleh pihak kementerian dalam memastikan subsidi ini sampai kepada pengguna dan bukannya keuntungan tambahan atas angin kepada syarikat-syarikat besar? Dan di sana, adakah kementerian mempunyai satu sistem dashboard tanpa bergantung kepada laporan manual supaya dapat kita mengelak subsidi ketirisan minyak ini tidak berlaku?

Yang kedua, bagaimana RM993.94 juta ini dikira? Mohon penjelasan daripada kementerian. Berapa anggaran kuantiti metrik tan yang disubsidi, kadar subsidi per metrik tan dan tempoh subsidi dengan harga yang dinyatakan? Sejauh manakah kesan peningkatan ini kepada risiko defisit dan juga kepada hutang negara kita?

draft • 3:11 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Yang ketiga, berapa lamakah tempoh bagi subsidi ini akan berlaku? Adakah ia nya bersifat sementara sehingga harga turun kembali ataupun akan berlanjutan jika harga di peringkat antarabangsa kekal tinggi?

Isu yang keempat, apakah langkah yang dilaksanakan oleh kementerian untuk mencegah ketirisan dan penyalahgunaan barangan subsidi ini? Contohnya, bagaimana kita nak elakkan subsidi yang disalurkan ini melalui saluran yang tidak disalurkan pada tempat yang sepatutnya ataupun disimpan oleh pengedar sebagai margin keuntungan mereka.

Sejauh manakah koordinasi yang dilakukan oleh kementerian dengan kerajaan negeri, dengan pihak PBT untuk memastikan akses dan pengagihan ini berlaku dengan adil terutama kepada peniaga kecil dan juga pengguna di sana?

Yang kelima, apakah impak jangka panjang terhadap belanjawan negara jika harga komoditi ini terus kekal tinggi? Apakah anggaran beban berulang ke atas perbelanjaan mengurus kerajaan? Sejauh manakah kementerian menyediakan satu analisis terhadap sensitiviti untuk senario harga yang lebih tinggi pada masa akan datang, memandangkan suasana geopolitik yang tidak menentu pada hari ini.

Yang keenam, bagaimana usaha kerajaan terhadap peniaga kecil? Adakah langkah khusus untuk memastikan kedai kecil runcit di bandar dan luar bandar mendapat bekalan pada harga yang munasabah?

Akhir sekali, saya mengharapkan mendapat satu jawapan yang tuntas bagi pihak kerajaan terhadap persoalan-persoalan yang dikemukakan tadi. Terima kasih kepada Timbalan Speaker. Wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 3:11 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya jemput Yang Berhormat Temerloh.

draft • 3:11 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang untuk saya sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat jawatankuasa pada hari ini.

Saya merujuk kepada laporan jawatankuasa pilihan berkaitan dengan tanaman strategik jagung bijian, kelapa dan kopi di Malaysia untuk saya bahas.

Sebab saya melihat bahawa ini adalah juga punca kenaikan bagi barang utama, khususnya ayam. Saya ingin menyentuh berkaitan tanaman jagung bijian pada masa ini, negara masih bergantung hampir 100 peratus kepada import jagung bijian.

draft • 3:16 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Untuk industri makanan ternakan, pengeluaran tempatan sangat rendah iaitu kira-kira tiga peratus sahaja. Kebergantungan ini memberi kesan langsung kepada kos pengeluaran ayam dan seterusnya harga ayam di pasaran yang akhirnya membebankan rakyat. Harga ayam, telur dan daging sering naik kerana kos makanan termasuk jagung dipengaruhi oleh harga global dan kadar tukaran Ringgit Malaysia.

Temerloh ingin bertanya, mengapakah hingga hari ini, zero eksport dan 100 peratus import jagung sedangkan penanaman ini sudah bermula sejak 1980-an?

Apakah usaha-usaha yang dilakukan supaya harga ini tidak terus meningkat terutamanya harga makanan?

Temerloh mencadangkan agar kementerian memperluaskan program penanaman ini di negara kita, terutamanya pembangunan kluster berskala besar, khususnya untuk kawasan jelapang pertanian. Termerloh mencadangkan agar ladang-ladang getah yang terbiar dan tanah terbiar bersesuaian dijadikan ladang supaya usaha kita terus dilaksanakan.

Kita tidak mahu kita sudah tahu ada punca kenapakah harga ayam meningkat tetapi usaha yang dilakukan hanyalah sekadar kita mengimport. Sejauh mana agaknya usaha-usaha dilakukan untuk ladang-ladang jagung diusahakan secara besar-besaran?

Yang kedua, Insentif Benih Hibrid dan juga Mekanisasi termasuk subsidi jentera, menuai dan sistem pengairan moden perlu dilaksanakan demi kita memastikan harga utama dapat lebih rendah dan stabil. Seterusnya, kontrak ladang antara penternak dan pengusaha jagung bagi menjamin pasaran serta harga lantai yang stabil.

Tuan Pengerusi, Temerloh juga ingin mencadangkan supaya kita benar- benar mengambil serius tentang usaha dan meninggalkan kesan, menetapkan sasaran bertahap untuk kementerian. Contohnya 20 hingga 30 peratus pengeluaran domestik jagung dalam tiga hingga lima tahun supaya program insentif industri lebih fokus dan kos dikawal. Dalam laporan jawatankuasa pilihan, saya dapat melihat bahawa usaha-usaha ini agak ditinggalkan.

Galakan teknologi— yang kedua, galakan teknologi pertanian dan juga mekanisme, khususnya mekanisme contohnya teknologi penyiraman, varieti cepat matang, input baja cekap dan kurangkan kos.

draft • 3:16 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Seterusnya, saya juga ingin melihat bagaimana kerjasama perlu dilaksanakan dengan MARDI untuk menghasilkan jagung bijirin yang tahan cuaca dan berdaya hasil tinggi.

draft • 3:16 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Seterusnya Tuan Pengerusi, kebergantungan import kelapa tua dari negara jiran menyebabkan harga santan dan minyak kelapa meningkat tinggi. Akhirnya kita lihat, harga santan mahal, makanan mahal, memberi tekanan kepada teknologi isi rumah. Apakah usaha-usaha yang dilakukan untuk memastikan harga makanan khususnya kos sara hidup di negara ini dapat dikurangkan? Sebahagian besar kita lihat ladang-ladang, pokok tua tidak lagi praktis, tidak lagi produktif, kekurangan tenaga kerja untuk menguruskan ladang, kekangan rantaian bekalan.

Tuan Pengerusi, saya juga ingin merujuk yang terakhir kepada yang saya lihat dalam laporan itu adalah berkaitan tentang kopi. Kita tahu bahawa realitinya Malaysia bukan pengeluar utama kopi global, pengeluaran domestik kecil berbanding dengan permintaan dan import kopi. Isunya, walaupun rakyat membayar harga kopi tinggi di kafe, industri tempatan tidak semestinya mendapat manfaat yang tinggi. Kenapa ini berlaku?

Malaysia mempunyai varieti seperti Liberica yang unik dan semakin mendapat tempat di pasaran supaya ia menjadi pasaran premium. Kawasan seperti Johor dan Sabah potensi menjadi hab kopi tempatan yang berdaya saing.

Persoalannya, sejauh manakah usaha-usaha dilakukan dengan memberikan skim pembiayaan untuk memastikan usahawan kopi muda melalui agensi seperti TEKUN Nasional?

Saya juga mengharapkan supaya bila kita menyebutkan tentang kos sara hidup ini, kita tidak boleh membiarkan ia terus meningkat. Walaupun disebut laporannya inflasinya rendah, sebenarnya harga makanan terus meningkat, terutamanya harga makanan yang sudah siap diproses.

Jadi, saya kira sekadar itu untuk saya sampaikan. Semoga kita sama-sama melaksanakan usaha-usaha untuk meningkatkan, mengembangkan lagi tanaman yang sepatutnya dapat memberikan pulangan tinggi dalam mengurangkan kos sara hidup di negara kita. Sekian, terima kasih.

draft • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Masa lima minit.

draft • 3:20 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Saya pohon memaklumkan bahawa saya hanya akan menjawab kepada Yang Berhormat Bagan Serai kerana Yang Berhormat Temerloh, perbahasan itu di luar butiran ya.

Kepada soalan Yang Berhormat Bagan Serai, siapakah merupakan penerima jumlah subsidi ini, dia ada dua kategori Yang Berhormat Padang Serai— Bagan Serai, maaf ya.

[Ketawa] Yang pertama ialah pengilang dan yang kedua ialah pembungkus ataupun repacker. Pengilang ini mereka akan dibayar harga beza tadi.

Beza antara threshold RBD tadi, RBD Palm Olein tadi harga itu dengan harga sebenar. Jadi, itu yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bagan Serai tadi. Manakala, repacker pula akan dibayar RM600 per metrik tan, terhad kepada kuota ataupun enam sen per kilogram. Jadi, dua kategori ini sahaja yang layak untuk menerima subsidi ini.

Manakala, apabila kita ada minyak masak paket itu yang sudah pun dengan— akan dijual dengan RM2.50 sekilo iaitu harga yang telah disubsidi, untuk memastikan ia nya sampai kepada pengguna yang benar-benar layak, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah pun memperkenalkan satu sistem yang kita panggil eCOSS iaitu satu sistem pendigitalan yang di mana kita boleh trace, dengan izin Pengerusi ya, kita boleh trace daripada pengilang kepada repacker sehingga pemborong, peruncit. Ini diperkenalkan pada tahun 2023.

Jadi, di mana pengilang keluarkan banyak mana, repacker pack banyak mana, pemborong beli banyak mana dan peruncit beli banyak mana. Jadi, repacker boleh jual terus kepada pemborong ataupun jual terus kepada peruncit. Jadi, kita memang ada sistem eCOSS ini, di mana ia perlu dimasukkan data daripada semua tadi— pengilang; repacker; pemborong; peruncit itu. Peruncit sekarang ada 26,000 yang berdaftar dengan eCOSS. Pemborong ada lebih kurang 2,000 lebih.

Jadi daripada sini, dia live real time, Bagan Serai. Real time dia kena key in.

Jadi, apa yang berlaku ialah kita boleh trace minyak masak ni tadi pengilang claim dia pergi ke mana, dia pergi ke repacker yang mana. Repacker ni pula pergi kepada pemborong yang mana atau peruncit terus. Jadi, tapi pada ketika itu, apabila kita sampai kepada peruncit, kita ada disconnect, dengan izin dengan pengguna. Jadi, apabila disconnect dengan pengguna itu, maka kita pada tahun 2025 bulan Mei, memperkenalkan pula aplikasi mobile eCOSS, mobile apps eCOSS di mana

draft • 3:22 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

pengguna perlu on board menggunakan QR code sebelum mereka boleh membeli minyak masak.

Ini kita mulakan pada tahun lepas, Mei 2025. Belum lagi dilaksanakan seluruh negara, tapi sudah pun ada lebih tiga juta rakyat Malaysia yang dah on board. Manakala hujung tahun nanti, insya-Allah apabila kita boleh integrate dengan sistem MyKasih, maka kita boleh guna IC pula ya. IC pula dan gunakan terminal MyKasih untuk warganegara Malaysia membeli minyak masak itu menggunakan terminal MyKasih dan IC. Jadi, ini dalam perancangan. Sementara itu kita guna QR code tadi ya yang kita akan laksanakan, sedang melaksanakan untuk memastikan bahawa pembelian itu kepada warganegara.

Di masa yang sama, kementerian juga telah pun mewartakan satu larangan pembelian minyak masak paket ini yang bersubsidi ini kepada warga asing dan bermula 1 hari bulan Mac iaitu pada hari Ahad ini, maka hukuman akan dikenakan kepada peniaga-peniaga ataupun peruncit-peruncit yang menjual kepada bukan warganegara Malaysia. Hukumannya itu di bawah seksyen 22 Akta Kawalan Bekalan 1961. Jadi, ini adalah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk memastikan ia sampai, subsidi ini sampai kepada yang betul-betul layak dan tidak disalahgunakan.

Bagaimana, berapa banyak— okey. Soalan lagi, usaha kerajaan memastikan peniaga kecil dapat minyak ini. Pertama Yang Berhormat Bagan Serai, peniaga kecil ini mesti berdaftar dengan kementerian di bawah sistem eCOSS. Kalau mereka tidak berdaftar, mereka tak boleh beli daripada pemborong ataupun mereka tak boleh beli daripada repacker. Mereka tak boleh beli saja-saja dan mereka perlu ada Lesen CSA, mereka perlu ada kuota.

Jadi, apabila diluluskan lesen itu berserta dengan kuota, jadi barulah mereka boleh beli hadnya ikut kuota yang mereka boleh beli daripada pemborong ataupun daripada repacker. Jadi itu cara kita memastikan bahawa peruncit-peruncit ini, peniaga ini boleh dapat. Ya, saya sebut tadi boleh dapat bekalan minyak masak paket ini. Jadi saya sebut tadi, lebih daripada 26,000 sudah pun berdaftar dalam sistem eCOSS kita, Yang Berhormat.

draft • 3:22 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Menteri. Menteri, boleh tak?

draft • 3:22 PM

Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Okey.

draft • 3:22 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Speaker, minta penjelasan sikit. Setakat hari ini, berkenaan dengan dashboard, dah ada atau belum untuk nak memastikan? Kadang-kadang ni kita tahu macam pemboronglah, kadang-kadang

draft • 3:22 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

dia jual pada orang lain dan sebagainya. Kalau kita ada dashboard ni, senang untuk dipantau oleh pihak kementerian sendiri,supaya kita tahu kenapa minyak ni tidak ada di tempat itu sedangkan benda itu dah ada.

draft • 3:22 PM

Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Betul. Terima kasih soalan tu. Tadi, saya sebut tadi, dia real time. Dia dashboard dan real, real time. Jadi kalau misalannya dia cuba— pemborong eh. Kata pemborong ataupun repacker ataupun peruncit ni cuba hantar ke tempat lain ya, jadi kalau dalam sistem kita, penguat kuasa boleh check dan kalau kita tengok ada perkara-perkara yang tidak wajar, maka siasatan akan dibuat.

Saya nak maklumkan sebab bermula daripada 1 Januari 2024 hingga hari ini 24 Februari 2026, sebanyak 940 kes telah pun disiasat di bawah Ops Tiris 3.0 berkaitan dengan minyak masak dan tangkapan sejumlah 755 tangkapan telah pun dibuat, di mana nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM48 juta, lebih RM48 juta this year.

draft • 3:22 PM

Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Jadi, memang kita ada dashboard, kita ada live real time, boleh key in real time dan kalau mereka culas ya, jadi kita― penguat kuasa kita akan ambil buat siasatan dan ambil tindakan yang sewajarnya. Terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah iaitu wang sejumlah RM993,943,800 untuk Kepala B.25 Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan 2025 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.25 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 3:30 PM

Kepala P.27 - Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2025] Tuan Pengerus

Kementerian Kerja Raya.

Kepala Pembangunan P.27 di bawah Kementerian Kerja Raya terbuka untuk dibahas. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Langat, lima minit.

draft • 3:30 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ramadan Kareem. Terima kasih Yang Berhormat Puan Pengerusi.

draft • 3:31 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Saya merujuk kepada Butiran Projek 09260 – Naik Taraf Jalan-jalan (II)

(Baharu), 81000 – Pembinaan Jalan-jalan Baru (Projek Baru). Peruntukan tambahan sebanyak RM135 juta adalah menampung pinjaman mudah kerajaan tambahan Government Soft Loan) 2.0 bagi projek Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) kepada EKVE Sdn Bhd. Projek Lebuhraya Lembah Klang Timur ini saya kira sudah mula diperbincangkan semenjak, seawal 2013 lagi semasa saya diberikan amanah untuk menjadi Exco Infrastruktur di negeri Selangor.

Dan projek ini sepatutnya siap pada tahun 2019. Dan, kos awal yang saya dimaklumkan adalah 1.55 bilion dan kos semasa adalah 2.07 bilion. Bermakna ada pertambahan sejumlah RM520 juta untuk projek ini disiapkan. Dan, berlaku tergendala ataupun kelewatan yang tadi juga disebutkan oleh Timbalan Menteri Kewangan adalah disebabkan oleh reka bentuk oleh PBT yang menyebabkan kelewatan penyiapan projek ini dan seksyen daripada Ampang ke UK Perdana. Dan, saya melihat bahawa kalau sepatutnya siap 2019 bermakna mungkin dia tidak memerlukan peruntukan-peruntukan ataupun di luar daripada tanggungan yang mungkin di luar daripada tanggungan EKVE Sdn Bhd sebagai pembangunan projek EKVE ini.

Saya nak dapat maklumat, apakah ia nya disebabkan oleh perubahan reka bentuk itu sendiri ataupun mungkin apabila berlaku kelewatan selepas 2019 ini, juga mungkin disebabkan oleh COVID-19 sebagai contoh yang menyebabkan juga kos meningkat dan mungkin harga-harga barangan dan tenaga kerja juga meningkat.

Adakah itu ataupun apa punca yang sebenarnya berlaku kenaikan sehingga kerajaan terpaksa memberikan soft loan kepada EKVE Sdn Bhd ini?

Dan saya nak dapat penjelasan juga, tadi disebutkan oleh Timbalan Menteri Kewangan bahawa keperluan 134.7 juta dan kita memberikan kelulusan 135 juta ini.

Apakah justifikasi-justifikasi kepada kelulusan ini dan berapa lama kalau daripada peringkat awal permohonan mereka untuk mendapatkan soft loan ini sehinggalah di kelulusan― diluluskan untuk mereka membuat kerja-kerja penyiapan ini? Saya khuatir kalau lulusan itu memakan masa yang terlalu lama mungkin akan menyebabkan kelewatan yang sehinggakan meningkatkan juga kos yang sepatutnya berlaku itu.

Dan selain daripada itu, saya nak minta, nak mohon kepada Menteri supaya pengurusan lebuh raya ini terutamanya daripada sudut pencahayaan termasuklah di kawasan saya yang ada WCE, SKVE dan juga ELITE Highway ini supaya pencahayaan ini harus daripada semasa ke semasa dilihat. Selain daripada lebuh

draft • 3:31 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

raya kebanyakan ini dibina di atas marine clay yang saya tengok WCE pun banyak dah tempat-tempat yang ada baik pulih disebabkan berlaku mendakan dan sebagainya.

Khusus untuk pencahayaan ini, saya nak minta supaya dilihat SKVE daripada Pulau Indah yang merupakan West Port. SKVE ini yang melalui Pulau Carey, dia terlalu gelap dan kenderaan yang lalu situ adalah kenderaan-kenderaan yang berat dan sebahagian daripada pekerja-pekerja ini bermotosikal. Dan waktu hujan, dia sangat bahaya dengan kenderaan-kenderaan berat yang laju ini supaya diberikan pertimbangan lampu-lampu pencahayaan ini akan dapat dipertingkatkan.

Begitulah juga dengan Jalan Persekutuan yang lain, termasuklah kesinambungan daripada WCE ini menuju ke KLIA. Begitu juga daripada Jalan Federal FT05 daripada Morib sehingga ke Tanjung Sepat dan ke Sepang sana kerana jalan ini terlalu gelap dan garisan jalan itu juga terlalu pudar. Sangat bahaya waktu malam dan juga waktu hujan. Terima kasih Timbalan Pengerusi.

draft • 3:31 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, lima minit.

draft • 3:31 PM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Kuala Langat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan dan menyentuh isu di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya sebentar tadi.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan butiran yang terlibat adalah berkaitan Lebuhraya EKVE ya, pinjaman mudah kerajaan GSL ya, Government Soft Loan berjumlah RM135 juta. Saya akan memberi penerangan dan latar belakang mengenai projek ini. Tuan Yang di-Pertua...

draft • 3:36 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pengerusi.

draft • 3:36 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Projek Lebuhraya Lembah Klang Timur, East Klang Valley Expressway (EKVE) merupakan salah satu projek penswastaan Kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi EKVE Sdn Bhd. Jadi, perjanjian konsesi telah ditandatangani pada 13 Februari 2013 dulu di antara Kerajaan Malaysia dengan EKVESB ya.

Jadi, untuk mereka bentuk membina, mengurus dan mengendali serta menyelenggara Lebuhraya EKVE bagi tempoh selama 50 tahun. Perjanjian konsesi

draft • 3:36 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

ini berkuat kuasa pada 12 Februari 2015 dan akan tamat pada 2065. Jajaran EKVE ini bermula dari Sungai Long Kajang menghala ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melalui pinggir kawasan Bandar Mahkota, Cheras dan merentasi Jalan Hulu Langat B.52 dan seterusnya merentasi hutan simpang― Hutan-hutan Simpan Ampang dan berakhir di Jalan Lingkaran Tengah 2 jadi Middle Ring Road (MRR2) melalui Jalan Ukay Perdana.

Lebuh raya ini direka bentuk sebagai lebuh raya dua hala dan dua lorong dengan pembahagi jalan serta panjang keseluruhan lebuh raya adalah 39.6 kilometer. Kerja-kerja pembinaan di tapak telah bermula pada 10 September 2015 dan tarikh siap asal adalah pada 24 Ogos 2019 di mana yang disebut Yang Berhormat sebentar tadi.

Kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Oktober 2023 yang lalu, antara lain telah bersetuju untuk meluluskan cadangan pemberian pinjaman mudah kerajaan (GSL) kepada syarikat konsesi EKVE Sdn Bhd iaitu EKVESB lah yang berjumlah 135 juta sebagai penyelesaian kepada isu-isu pelaksanaan yang menjejaskan kemajuan pembinaan di tapak. Peruntukan GSL ini akan digunakan untuk menampung sebahagian kos pembinaan bagi menyiapkan pakej kerja yang tertangguh.

Projek Lebuhraya EKVE ini tidak dapat disiapkan dalam tempoh asal pembinaan disebabkan oleh beberapa perkara utama yang berlaku seperti yang diminta oleh Yang Berhormat sebentar tadi iaitu kerana isu pengambilan tanah milik Pristine Power Sdn Bhd di Ukay Perdana sehingga melibatkan proses mahkamah yang panjang.

draft • 3:36 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Dan sebagai alternatif bagi memastikan projek ini tidak tergendala terlalu lama, reka bentuk baharu telah dicadangkan EKVESB dan dipersetujui oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Dan yang kedua, yang arahan kerja menaik taraf, arahan menaik taraf Jalan UK Perdana oleh Majlis Pembandaran Ampang Jaya (MPAJ) menyebabkan perubahan kepada reka bentuk awalan. Juga, arahan henti tugas daripada Jabatan Alam Sekitar pada tahun 2020 kerana didapati gagal mematuhi syarat Kajian Impak Alam Sekitar, Environmental Impact Assessment (EIA) berdasarkan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan) 2012 dan kerana juga pandemik COVID-19 yang menyebabkan kerja-kerja pembinaan dihentikan, seterusnya memberi kesan ketara kepada tempoh dan kos penyiapan projek.

draft • 3:40 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Tuan Yang di-Pertua, pertimbangan Jemaah Menteri pada ketika itu adalah berdasarkan kepada perkara-perkara berikut. EKVESB pada ketika itu berada dalam kedudukan kewangan yang telah mengizinkan akibat— yang tidak mengizinkan yang tidak mengizinkan akibat peningkatan kos pembinaan dan ketidakcukupan dana, sekali gus mengakibatkan EKVESB tidak berupaya menyiapkan baki kerja-kerja pembinaan tanpa tambahan bantuan pinjaman mudah daripada kerajaan.

Jadi, selain itu, UKAS JPM berpandangan bahawa pendekatan kerajaan untuk membantu syarikat konsesi adalah perlu memandangkan kemajuan kerja pembinaan fizikal pada ketika itu telah sampai ke peringkat akhir iaitu melebihi 90 peratus dan sekiranya tidak dibantu, adalah dikhuatiri projek EKVE ini menjadi projek gajah putih ya, yang boleh menimbulkan persepsi negatif oleh pembiaya dan pengguna kepada kerajaan.

Dan, walaupun terdapat peningkatan kepada kos keseluruhan pembinaan Lebuhraya EKVE, ia tidak menyebabkan peningkatan kadar tol dan tempoh konsesi yang telah ditetapkan di dalam perjanjian asal.

Tuan Yang di-Pertua, terkini, Seksyen 1 Lebuhraya EKVE sepanjang 16.8 kilometer dari Sungai Long ke Ampang telah dirasmikan dan dibuka kepada pengguna, di mana majlis perasmian pembukaan ini disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 30 Ogos 2025 yang lalu.

Peratus kemajuan pembinaan semasa ketika ini telah mencapai sebanyak 91 peratus untuk tempoh berakhir pada 25 Januari 2026 dan pihak syarikat konsesi optimis untuk menyiapkan baki Projek Seksyen 2 iaitu Ampang hingga UK Perdana pada 31 Disember 2026. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat...

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan, Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:40 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Ya, sebab ada pasal lampu jalan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pemasangan lampu jalan di lebuh raya adalah berdasarkan Guideline for Malaysia Toll Expressway System Design Standards, Mechanical and Electrical Services. Jadi, berdasarkan kepada garis panduan berkenaan, lokasi yang ditetapkan dipasang lampu jalan adalah seperti di persimpangan bertingkat, terowong, plaza tol, kawasan rehat dan rawat dan juga, hentian sebelah.

Jadi, untuk Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) yang disebut tadi, jajaran di antara persimpangan UNITEN sehingga Plaza Tol Air Hitam yang

draft • 3:40 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

merupakan jalan utama menuju ke Putrajaya telah sedia ada dipasang lampu jalan.

Jadi, manakala di setiap persimpangan bertingkat dan susur masuk ke kawasan rehat dan rawat di Lebuhraya SKVE juga telah dipasang lampu jalan sebagaimana yang ditetapkan dalam garis panduan ya.

draft • 3:40 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Speaker, boleh nak minta penjelasan boleh?

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat stop bahas, sila duduk. Masa pun sudah tamat.

draft • 3:40 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Jadi, Lembaga Lebuhraya Malaysia dan syarikat konsesi telah melaksanakan Audit Keselamatan Jalan Raya di peringkat lima lah, secara berkala di Lebuhraya SKVE dan tindakan mitigasi dilaksanakan mengikut saranan oleh Juru Audit Keselamatan Jalan Raya bagi meningkatkan aspek keselamatan pengguna lebuh raya termasuklah pengguna motosikal.

Jadi, berdasarkan kepada analisa data kemalangan jalan raya bagi tahun 2023 sehingga 2025 di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), juga mendapati tiada lokasi black spot atau kerap berlaku kemalangan direkodkan di laluan lebuh raya di antara Teluk Panglima Garang ke Pulau Indah yang pada masa ini beroperasi dengan konfigurasi dua lorong, dua hala.

Jadi, cadangan pemasangan lampu jalan di seluruh keseluruhan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) akan melibatkan implikasi kewangan yang tinggi kepada kerajaan berikutan ia nya di luar daripada skop asal perjanjian konsesi.

Walau bagaimanapun, LLM dan syarikat konsesi akan sentiasa memantau dan mengkaji serta mengambil pendekatan yang diperlukan untuk meningkatkan tahap keselamatan pengguna, termasuklah penunggang motosikal ya serta pengurangan risiko kemalangan di lebuh raya. Sekian, terima kasih.

draft • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Masalah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.27 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2025 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.27 diperintahkan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2025]

draft • 3:40 PM

Kepala P.28 - Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2025] – Tuan Pengerus

Kementerian Pengangkutan. Kepala Pembangunan P.28 di bawah Kementerian Pengangkutan.

Oleh sebab P.28 hanya token sahaja, P.28 tidak perlu dibahas.

[Tiada perbahasan]

draft • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masalah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.28 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2025 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.28 diperintahkan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2025]

draft • 3:40 PM

Kepala P.43 - Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2025] – Tuan Pengerus

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kepala Pembangunan P.43 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Oleh sebab P.43 hanya token sahaja, P.43 tidak perlu dibahas.

[Tiada perbahasan]

draft • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masalah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.43 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2025 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.43 diperintahkan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2025]

draft • 3:40 PM

Kepala P.45 - Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2025] – Tuan Pengerus

Kementerian Belia dan Sukan. Kepala Pembangunan P.45 di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Oleh sebab P.45 hanya token sahaja, P.45 tidak perlu dibahas.

[Tiada perbahasan]

draft • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masalah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.45 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2025 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

draft • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Kepala P.45 diperintahkan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2025]

draft • 3:40 PM

Kepala P.48 - Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2025] – Tuan Pengerus

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kepala Pembangunan P.48 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Oleh sebab P.48 hanya token sahaja, P.48 tidak perlu dibahas.

[Tiada perbahasan]

draft • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masalah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.48 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2025 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Kepala P.48 diperintahkan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2025]

draft • 3:40 PM

Kepala P.60 - Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2025] – Tuan Pengerus

Kementerian Pertahanan.

Kepala Pembangunan P.60 di bawah Kementerian Pertahanan terbuka untuk dibahas. Dua pembahas, YB Tanah Merah dan YB Sik. Saya jemput Yang Berhormat Tanah Merah, lima minit.

draft • 3:40 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Yang di-Pertua yang penuh sabar dan cukup dedikasi.

Butiran 00600 – Kelengkapan Tentera Udara. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Squadron ke-12 iaitu Lt. Kol. Fairul bin Mohd Rustham, nickname call-sign (Gillett) dan Mejar Muhammad Safwan bin Abdul Jalil, call-sign

(Bolex) yang memandu Pesawat Sukhoi yang diberi nama Toruk Makto kerana telah memberikan persembahan udara yang sangat hebat sewaktu pelaksanaan Singapore Airshow 2026 baru-baru ini.

draft • 3:49 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Persembahan mereka memandu Sukhoi 30MKM berkenaan merupakan jewel of the show. Sekali lagi membuktikan bahawa juruterbang yang dikeluarkan oleh TUDM ini semuanya hebat-hebat belaka. Tahniah, well done sekali lagi.

Yang di-Pertua, saya nak mohon beberapa penjelasan daripada Kementerian Pertahanan mengenai ketetapan yang telah dibuat sejurus selepas lawatan rasmi Tuan Yang Terutama Narendra Modi, Perdana Menteri India ke Malaysia pada awal Februari yang lalu. Salah satu persetujuan yang dicapai adalah kemungkinan pesawat Sukhoi milik TUDM akan dihantar ke India bagi menjalani proses maintenance, repair dan overhaul, atau singkatan MRO, untuk 18 pesawat yang sudah berusia 23 tahun.

Pertama, saya nak minta MINDEF menjelaskan, sejauh manakah TUDM bersedia untuk menghantar 18 buah pesawat Sukhoi ini untuk menjalani MRO di India? Kenapa saya tanya perkara ini adalah kerana semua maklum bahawa pelaksanaan MRO pesawat Sukhoi ketika ini dilaksanakan oleh pihak ATSC Sdn.

Bhd.. Saya difahamkan bahawa enjin pesawat memang tidak mampu disenggara oleh pihak ATSC kerana ia memerlukan alat ganti khas. Tetapi, kerja-kerja MRO yang lain sepatutnya kekal dilaksana oleh pihak ATSC bagi menyokong pembangunan keupayaan anak-anak tempatan selari dengan Dasar Industri Pertahanan Negara.

Saya juga ingin membawa perhatian Ahli-ahli Dewan bahawa pesawat Sukhoi kita ini yang sudah berusia 23 tahun dan sudah tentulah airframe integrity pesawat berkenaan sudah lusuh dan lemah. Sekiranya TUDM ingin melaksana Service Life Extension Programme (SLEP) terhadap 18 buah pesawat Sukhoi ini, sudah tentu airframe pesawat perlu diganti baru. Apakah syarikat HAL India mampu melaksanakan perkara berkenaan?

Kos untuk menggantikan airframe pesawat ini juga sangat mahal iaitu hampir sama mahal dengan kos perolehan pesawat baru generasi keempat. Jadi, bukankah lebih baik MINDEF terus menumpukan usaha supaya pesawat Sukhoi ini diganti dengan pesawat baru dari generasi kelima, berbanding membazirkan wang untuk melaksanakan program SLEP terhadap pesawat Sukhoi yang kini berdepan dengan cabaran kritikal untuk mendapatkan spare part daripada pengeluar utama di Rusia.

Saya juga memohon penjelasan dari MINDEF mengenai status terkini perolehan pesawat Hornet dari Kuwait. Kerana jika TUDM berjaya mendapatkan sekurang-kurangnya dua skuadron atau pun bersama 36 buah pesawat Hornet dari Kuwait, saya kira bolehlah kita pencenkan sahaja pesawat Sukhoi menjelang tahun

draft • 3:50 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

2030, kerana pesawat Hornet dari Kuwait, walaupun bersifat preloved, ia mampu terbang sehingga 20–50 sebagaimana pesawat F-15SG milik Tentera Udara Republik Singapura yang telah dinaik taraf secara berkala menggunakan airframe sama dengan integrasi teknologi baru sebagaimana teknologi pesawat generasi kelima.

Saya dimaklumkan bahawa cabaran utama pesawat Sukhoi milik TUDM adalah penggunaan radar AESA dan integrasi radar dari western platform yang tidak boleh dibuat disebabkan sekatan ekonomi dan juga undang-undang CAATSA iaitu Countering America’s Adversaries Through Sections Act dari Amerika Syarikat. Saya khuatir nanti selepas tahun 2030, juruterbang TUDM akan terbang seakan blind menggunakan radar sedia ada yang sudah lapuk ataupun outdated.

Akhir sekali, saya nak minta penjelasan juga daripada MINDEF, sejauh mana TUDM berjaya mendaftarkan pembelian pesawat MRCA baru di bawah RMK13 mengambil kira keperluan pesawat tempur TUDM kini berada pada paras kritikal selepas sebuah pesawat Hornet terhempas baru-baru ini dan pembelian alat-alat ganti pesawat Sukhoi pula mengalami masalah berikutan sekatan ekonomi negara- negara barat terhadap Rusia.

Saya harap Timbalan MenHan yang akan menjawab kali ini, tolonglah jangan kata ini persepsi seperti dua hari lepas, dia kata ini persepsi. Bagilah penjelasan yang dibangkitkan oleh saya direct to the point. Terima kasih.

draft • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Tanah Merah. Saya jemput Yang Berhormat Sik.

draft • 3:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Ramadan Kareem. Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Pengerusi.

Saya juga bangun untuk membahaskan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan peringkat jawatankuasa ini di bawah Maksud P.60 – Kementerian Pertahanan khususnya Butiran 00600 – Kelengkapan (Tentera Udara).

Berdasarkan Kertas Perintah 17 Tahun 2026 ini, peruntukan tambahan sebanyak RM375,952,400 dipohon bagi pembiayaan bayaran penyelenggaraan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia. Secara keseluruhan, siling projek kelengkapan tentera udara meningkat daripada RM21.01 bilion kepada RM22.29 bilion, manakala anggaran bagi tahun semasa meningkat daripada RM4.06 bilion kepada RM4.96 bilion.

draft • 3:55 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Jadi, saya ingin membangkitkan lima perkara penting dalam sudut kritikal dan strategik bagi mengukuhkan pertahanan udara kita. Yang pertama, isu kesiapsiagaan operasi, dengan izin, operational readiness. Iaitu, yang pertama, soal tambahan hampir RM370 juta ini menunjukkan bahawa kos penyelenggaraan semakin meningkat. Jadi, soalannya, adakah kadar serviceability pesawat TUDM benar-benar berada pada tahap optimum?

Malaysia mengawal ruang udaranya yang luas merangkumi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak termasuk kawasan strategik seperti perairan berhampiran Laut China Selatan yang kini semakin tegang dari sudut geopolitik. Kita pernah menyaksikan insiden pencerobohan ruang udara oleh pesawat asing beberapa tahun lalu. Jadi, apakah jaminan kementerian bahawa dengan tambahan peruntukan ini, tahap kesiapsiagaan armada tempur dan pengangkut benar-benar meningkat, bukan hanya sekadar menampung tunggakan kontrak penyelenggaraan?

Yang kedua, Yang Berhormat Pengerusi dan Timbalan Menteri, iaitu struktur armada usang dan kos kitar hayat, dengan izin, lifecycle cost. TUDM masih mengoperasikan pelbagai jenis pesawat dengan usia yang berbeza. Antaranya, FA- 18D, Sukhoi 30MKM, Hawk dan helikopter Nuri yang sebahagiannya telah ditamatkan perkhidmatan secara berperingkat.

Saya ingin bertanya. Yang pertama, berapakah purata usia armada yang sedia ada? Yang kedua, adakah peningkatan kos penyelenggaraan ini berpunca daripada faktor, dengan izin, aging fleet? Dan, yang ketiga, adakah lebih ekonomik untuk mempercepatkan rasionalisasi armada berbanding terus membayar kos penyelenggaraan tinggi setiap tahun? Tanpa pelan pelupusan dan peremajaan yang jelas, kita mungkin terperangkap dalam perangkap kos penyelenggaraan yang berulang dan meningkat setiap tahun.

Perkara ketiga iaitu ketelusan kontrak dan tadbir urus. Yang Berhormat Tuan Pengerusi, dalam laporan Ketua Audit Negara sebelum ini, isu kelewatan alat ganti, kontrak payung yang tidak kompetitif dan kebergantungan kepada pembekal luar sering dibangkitkan.

Jadi, persoalan saya kepada Yang Berhormat Menteri. Yang pertama, adakah RM375 juta ini melibatkan kontrak sedia ada atau rundingan terus? Yang kedua, berapa peratus komponen penyelenggaraan ini dilaksanakan oleh industri tempatan? Dan, yang ketiga, apakah mekanisme pemantauan bagi memastikan tidak berlaku, dengan izin, kos overrun atau, dengan izin, variation order yang

draft • 3:55 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

melampau? Kita tidak mahu peruntukan pertahanan ini yang melibatkan wang rakyat terdedah kepada ketirisan atau pembaziran.

Yang keempat, soal keupayaan industri pertahanan tempatan. Dalam era ketidaktentuan global hari ini, negara tidak boleh terlalu bergantung kepada rantaian bekalan luar. Adakah tambahan ini turut memperkukuhkan keupayaan MRO, dengan izin, maintenance, repair and overhaul di peringkat tempatan? Apakah peranan syarikat tempatan dalam ekosistem aeroangkasa pertahanan?

Jika RM375 juta ini hanya dibayar kepada vendor luar negara tanpa pembinaan teknologi, maka kita gagal membina kemandirian strategik. Saya mencadangkan agar setiap kontrak penyelenggaraan utama disyaratkan dengan komponen, dengan izin, local contents dan pemindahan kepakaran.

Dan yang terakhir, yang kelima, iaitu keseimbangan antara pertahanan konvensional dan ancaman baharu. Yang Berhormat Tuan Pengerusi, dunia hari ini bukan saja berdepan dengan ancaman konvensional tetapi juga peperangan siber, dron tanpa pemandu dan peperangan elektronik. Adakah tambahan peruntukan ini turut meliputi peningkatan sistem avionik, radar dan pertahanan elektronik atau kita masih tertumpu kepada penyelenggaraan mekanikal semata-mata?

draft • 3:55 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Dalam konteks keselamatan serantau yang semakin kompleks termasuk ketegangan kuasa besar di Indo-Pasifik, Malaysia perlu memastikan TUDM bukan sekadar mampu terbang tetapi mampu beroperasi secara dominan dan bersepadu.

Dan penutupnya, saya ingin menegaskan bahawa saya menyokong pengukuhan pertahanan negara. Keselamatan bukan tempat untuk berjimat secara membuta tuli.

Namun, setiap Ringgit mesti menjawab tiga persoalan asas iaitu yang pertama, adakah ia meningkatkan kesiapsediaan sebenar? Yang kedua, adakah ia mengurangkan kebergantungan luar dalam jangka panjang? Dan yang ketiga, adakah ia ditadbir dengan penuh integriti dan ketelusan?

Saya mohon Yang Berhormat Menteri memberikan penjelasan dalam Dewan ini, bukan hanya sekadar kita meluluskan angka ini tetapi memahami hala tuju strategik pertahanan udara negara kita. Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih.

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sik. Saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan untuk menjawab. Masa lima minit.

draft • 4:00 PM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Pengerusi kerana memberi ruang dalam kita di peringkat Jawatankuasa bagi Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2025.

Dan terima kasih kepada Yang Berhormat Tanah Merah dan Yang Berhormat Sik kerana membangkitkan perkara dalam P.60 ini di mana dalam bajet tambahan ini sebanyak RM375 juta peruntukan tambahan kita perlukan di peringkat Kementerian Pertahanan.

Tadi ada dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sik permulaan kerana Yang Berhormat Sik memang ada banyak persoalan, tapi sebahagian daripada persoalan sama ada perolehan tadi telah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan II.

Tapi ingin saya sebut, tak kita nafikan bahawa tujuan kita mengadakan bajet tambahan ini adalah untuk penyelenggaraan pesawat-pesawat kita di mana banyak disebut oleh Yang Berhormat Sik juga dan Yang Berhormat Tanah Merah. Itu untuk pesawat A400 kita, hampir 22 peratus kita gunakan untuk tujuan itu, pesawat C130H dan yang banyak diungkapkan oleh Yang Berhormat Tanah Merah adalah Sukhoi yang hampir berjumlah RM64 juta kita belanjakan untuk bajet tambahan ini di samping lain-lain sistem pesawat dan sistem sokongan yang dilaksanakan.

Sedikit saya ingin menambah kepada Yang Berhormat Sik tadi bila membangkitkan tentang peratus komponen dan seumpamanya. Keseluruhan daripada bajet tambahan ini melibatkan kontrak yang sedia ada. Dan kalau kita lihat, hampir 50 peratus komponen-komponen ini dihantar ke negara OEM. Ini untuk maklumat Yang Berhormat Sik.

Ada pun yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanah Merah, terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah kerana membangkitkan ada empat perkara saya difahamkan dibangkitkan. Pertama, tentang 18 buah pesawat Sukhoi untuk menjalani MRO di India, yang kita tahu bahawa laporan akhbar ada membangkitkan persoalan itu di mana TUDM kini berada pada peringkat kajian dan pertimbangan awal bagi pelaksanaan program penyelenggaraan dan pembaikan pesawat Sukoi melalui kerjasama dengan Hindustan Aeronautics Limited (HAL) India sebagai alternatif kepada OEM.

Kajian ini mengambil kira faktor kos efektif, ketersediaan alat ganti, turnaround time serta pulangan pelaburan jangka masa panjang. Cadangan kerjasama tersebut masih di peringkat perbincangan dan belum dimuktamadkan.

draft • 4:00 PM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Selaras dengan laporan bahawa Malaysia sedang mempertimbangkan penghantaran pesawat Sukhoi ke India bagi tujuan MRO dan peningkatan keupayaan.

Yang kedua adalah berkaitan dengan HAL ini juga, apakah HAL ini mampu melaksanakan perkara-perkara yang terkait dengan penyelenggaraan kita.

Sepertimana kita tahu syarikat HAL ini mempunyai keupayaan teknikal dan pengalaman luas dalam penyelenggaraan serta naik taraf pesawat Sukhoi milik Indian Air Force dan HAL telah melaksanakan pelbagai modifikasi dan program peningkatan avionik, radar ESA dan sistem peperangan elektronik serta integrasi komponen melalui program Super Sukhoi. Dan pengalaman tersebut menunjukkan HAL berpotensi menjadi rakan strategik yang berkemampuan.

Namun kesesuaian teknikal terhadap konfigurasi unit Sukhoi MKM TUDM ini masih memerlukan penilaian lanjut. Sepertimana kita tahu bahawa tadi pada permulaan ucapan Yang Berhormat Tanah Merah, kita tahu keupayaan Sukhoi dan tentera udara kita ini memang kita tak dapat nafikan. Dia bukan sahaja keupayaan jentera itu, tapi yang paling utama adalah aset kita adalah tentera udara kita.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] Jadi kalau kita lihat di LIMA, begitulah juga kalau kita lihat di Singapura sendiri, kita tahu keupayaan itu. Dan itu adalah aset utama kita. Dan sudah mana pasti, bila kita nak mengambil ketetapan sama ada dari segi penyelenggaraannya, dua aspek ini harus kita ambil kira. Yang pertama adalah dari segi sistem itu sendiri.

Kadang-kadang kita buat masa ini boleh membuat ketetapan untuk membuat penyelenggaraan, tapi kita harus lihat masa depan juga. Dan dalam masa yang sama, yang kita tidak ada toleransi dengan itu adalah aspek keselamatan kepada anggota-anggota kita. Jadi sebelum kita buat keputusan itu, semua faktor teknikal dan faktor-faktor kewangan itu kita ambil kira dalam kita membuat keputusan.

Dan dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat Tanah Merah berhubung dengan perolehan pesawat Hornet dari Kuwait. Sedikit masa Tuan Pengerusi.

Seperti yang telah diputuskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada 6 Februari 2026 yang lalu, mesyuarat telah memutuskan bahawa perancangan ini tidak akan diteruskan. Ini setelah mengambil kira hasil penilaian teknikal ke atas pesawat F/A-18 Hornet oleh Team Penilaian TUDM yang telah melaksanakan penilaian dari 11 hingga 27 November 2025.

draft • 4:00 PM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Dan hasil penilaian mendapati sekiranya perolehan ini diteruskan, ia akan mempunyai kesan dan cabaran kepada, pertama tempoh penerimaan pesawat.

Yang kedua, tarikh mula beroperasi serta kesinambungan sokongan senggaraan dalam jangka masa panjang di mana ia nya di luar daripada kawalan TUDM dan Kerajaan Malaysia. Ini antara pertimbangan-pertimbangan kita setelah keputusan itu dibuat oleh Kabinet itu sendiri.

Dan antara persoalan yang dibangkitkan adalah tentang sejauh mana TUDM nak mendaftarkan pesawat kesan daripada keputusan kita terhadap Hornet itu. Kita tahu bahawa MRCA kita termasuk dalam Rancangan Malaysia Keempat Belas.

Walau bagaimana pun kita tahu bahawa setelah keputusan Jemaah Menteri berkaitan Hornet ini, TUDM akan membuat kajian sama ada perolehan MRCA ini perlu diawalkan ke Rancangan Malaysia Ketiga Belas berdasarkan keperluan dan situasi semasa.

Dan sekiranya kajian ini menunjukkan ada keperluan mendesak, ia nya akan didaftarkan mengikut proses tatacara permohonan dalam rolling plan yang akan datang. Ini antara perkara-perkara yang saya fikir dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanah Merah dan juga Yang Berhormat Sik tadi.

Walaupun saya fikir ada banyak juga Yang Berhormat Sik bangkitkan dengan perkara-perkara asas, tapi macam tadi disebut tentang keupayaan industri tempatan, kita tidak nafikan Yang Berhormat Sik bahawa kita memang akan terus mengupayakan industri-industri tempatan kerana berdasarkan apa yang telah kita laksanakan, bahawa pelan dan dasar pelaksanaan industri tempatan kita yang telah kita lancarkan baru-baru ini Dasar Industri Pertahanan Negara kita, kita yakin bahawa kita akan dapat meningkatkan lagi keupayaan industri pertahanan negara, terutamanya bagi memastikan bahawa setiap daripada pemilikan aset-aset baru, kita mengharapkan 30 peratus daripada aset-aset itu menggunakan bahan-bahan tempatan. Di samping kita memastikan keupayaan-keupayaan tempatan itu dimanfaatkan bagi industri pertahanan negara kita. Itu saja jawapannya, Tuan Pengerusi.

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih Menteri. Masalah ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.60 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2025 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.60 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

draft • 4:00 PM

Kepala P.62 - Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2025] – Tuan Pengerus

Kementerian Dalam Negeri. Kepala Pembangunan P.62 di bawah Kementerian Dalam Negeri. Oleh sebab P.62 hanya token sahaja, P.62 tidak perlu dibahas. Masalah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.62 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2025 hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.62 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2025]

draft • 4:00 PM
Kepala B.64 [Jadual] – Kepala P.64 [Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2025] –

Tuan Pengerusi

Kementerian Pendidikan Tinggi. Kepala Bekalan B.64 di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi terbuka untuk dibahas. Saya terima dua Ahli Yang Berhormat yang akan bahas. Saya jemput dahulu Maran. Silakan.

draft • 4:00 PM

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Pengerusi kerana turut mengizinkan saya untuk turut membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2025) 2026 bagi B.64 – Kementerian Pendidikan Tinggi.

Setelah meneliti Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2025, Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2025 dan saya nak rujuk sekali kepada Laporan Ketua Audit Negara 1/2026 yang mendapati wujud lompang yang besar dalam pengurusan kewangan dan aset Kementerian Pendidikan ‘Pengajian’ Tinggi.

Saya ingin menumpukan kepada tiga teras utama. Teras pertama ialah kegagalan perancangan kewangan dan bajet pemadam api. Kementerian Pendidikan ‘Pengajian’ Tinggi memohon lonjakan bajet mengurus B.64 sebanyak RM257.6 juta plus minus, yang bersifat reaktif untuk menampung kos asas seperti utiliti, kontrak fasiliti dan menyelenggara aset kritikal fasiliti dan makmal usang.

Ketidakseimbangan bajet. Dalam bajet pembangunan (CapEx) asal ataupun cadangan asal, hanya RM41.6 juta diperuntukkan untuk naik taraf fasiliti. Namun, kini permohonan tambahan operasi adalah enam kali ganda, enam kali lebih besar

draft • 4:10 PM

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

daripada peruntukan naik taraf asal. Ini memberi isyarat jelas bahawa kerajaan gagal meramal jangka hayat aset secara komprehensif.

Tan Sri Pengerusi, unjuran kos tetap tersasar. Kos utiliti dan kontrak fasiliti lazimnya adalah perbelanjaan tetap yang boleh diramal lebih awal, termasuk mengambil kira unsur susut nilai dan keperluan dana tambahan berskala besar ini menimbulkan tanda tanya mengenai ketepatan unjuran perancangan bajet asal.

Teras kedua, Tan Sri Pengerusi, percanggahan strategi peluasan program versus kapasiti infrastruktur. Terdapat percanggahan strategi yang ketara, di mana dana tambahan RM257.6 juta ini digabungkan sekali gus untuk menyenggara fasiliti usang dan juga membiayai peluasan program akademik tanpa pecahan kos yang jelas. Tindakan meluaskan program ini sangat tidak wajar kerana makmal dan facilities sedia ada terbukti gagal menampung kapasiti semasa.

Berdasarkan teguran Laporan Ketua Audit Negara 1/2026, sebanyak 1,306 projek penyelidikan terpaksa diberikan lanjut masa (EOT) akibat masalah fasiliti ruang dan makmal. Malah, kegagalan projek naik taraf bangunan berkulat bernilai RM43.28 juta telah menjejaskan aktiviti R&D. Kenapa masalah ini boleh terjadi?

Teras ketiga, Tan Sri Pengerusi ialah pengurusan aset secara silo yang membazir. Laporan Ketua Audit Negara, 1/2026 menegaskan perlunya reformasi struktur berikutan pengurusan aset R&D yang tidak di selaras dengan baik. Audit secara jelas menyarankan sistem berpusat bagi perkongsian fasiliti. Namun, permohonan dana kecemasan untuk membaiki peralatan makmal ini seolah-olah mengulangi amalan lama, di mana aset dibiarkan usang tanpa penyenggaraan berkala.

Saya ingin bertanya, apakah pihak pusat pengajian tinggi atau Kementerian Pengajian Tinggi tidak mempunyai kakitangan penyenggaraan ataupun technician ataupun bahagian teknikal dan juga lain-lain? Atau adakah terdapat apa-apa kecuaian dan penyelewengan yang berlaku? Jika ada, berapakah kes dan apakah tindakan yang telah diambil?

Berdasarkan hujah di atas, saya mohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri, mengapakah peruntukan asal pembangunan untuk naik taraf fasiliti hanya berjumlah RM41.6 juta sedangkan keperluan operasi mendesak kini memakan belanja tambahan hampir RM297.6 juta? Adakah ini petanda berlakunya pemeteraian kontrak konsesi baru secara ad-hoc di pertengahan tahun?

Selaras dengan teguran lembaga Audit Negara mengenai pembaziran pengurusan aset secara silo, mengapakah Kementerian Pengajian Tinggi tidak

draft • 4:10 PM

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

menggunakan dana tambahan RM297.6 juta itu untuk membangunkan hab fasiliti dan perkongsian makmal berpusat? Jika tanpa pengasingan nisbah peruntukan yang jelas, bagaimanakah Kementerian Pengajian Tinggi menjustifikasikan penggunaan dana ini untuk keperluan program akademik baru?

Ini pastinya akan memburukkan lagi tekanan kepada ekosistem infrastruktur sedia ada yang telah pun menyebabkan 1,306 projek pendidikan tertangguh akibat ketiadaan makmal yang kondusif.

Di atas sebab-sebab di atas dan banyak kelemahan-kelemahan yang berlaku, saya minta pihak kementerian mengambil tindakan tegas bagi memastikan supaya wang ini tidak hilang begitu saja dan tidak berlaku kerugian yang boleh menjejaskan pembangunan negara. Bahkan wang ini boleh digunakan bagi membantu anak-anak di pusat pengajian tinggi yang terdiri daripada pelajar-pelajar keluarga B40.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin mencadangkan.

draft • 4:10 PM

Tuan Pengerusi

Baik, seterusnya saya jemput Padang Terap.

draft • 4:10 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera dan salam Ramadan. Terima kasih Tan Sri Pengerusi di atas ruang diberikan kepada saya untuk membahas Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2025) 2026.

Saya rujuk kepada Kepala B.64 Kementerian Pendidikan Tinggi, Butiran 9020000 yang memohon peruntukan tambahan sebanyak RM257.6 juta untuk menampung keperluan kos universiti awam. Yang terlibat ialah UIA, UNIMAS, UMS, UiTM, USIM, di mana UiTM menerima peruntukan yang terbesar iaitu RM143 juta.

Soalan saya yang pertama ialah, apakah penerangan ataupun perincian daripada kementerian tentang faktor pertambahan permohonan perbekalan tambahan ini bagi setiap universiti awam tersebut secara umumlah, termasuklah dari sudut peruntukan untuk kontrak fasiliti, utiliti, penyelenggaraan, peralatan makmal, peluasan program akademik bagi setiap universiti. Penjelasan ini penting supaya Dewan dapat menilai sama ada permohonan tambahan ini berpunca daripada peningkatan kos yang tidak dijangka, kelemahan unjuran belanjawan asal atau keperluan mendesak yang timbul selepas belanjawan diluluskan.

Soalan yang kedua ialah berkenaan dengan UiTM, RM143 juta yang terbesar menerima peruntukan tambahan ini. Soalan saya, RM143 juta ini, apakah perincian

draft • 4:16 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

peruntukan ini? Adakah khusus untuk UiTM induk ataupun diperuntukkan untuk semua kampus UiTM, 34 di seluruh negara? Itu soalan yang kedua.

Yang ketiga, saya juga nak sambung apa yang sahabat saya, Maran sebut tadi tentang Laporan Audit Bilangan 1/2026 terhadap KPT iaitu berjumlah RM110.67 juta jumlah geran penyelidikan yang tidak dipulangkan. Besar jumlah ini dan melibatkan 7,800 projek penyelidikan daripada UKM, UTM, USM, UPM dan UM. Jadi soalan saya, isu ini menunjukkan kelemahan dalam pengurusan kewangan, kawalan kewangan, pemantauan projek dan tatacara penutupan projek. Jadi, apakah dengan permohonan peruntukan tambahan ini signifikan terhadap laporan teguran Audit Negara?

Perkara yang lain ialah berkaitan dengan permohonan peruntukan tambahan ini, Tan Sri Pengerusi dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apakah program atau inisiatif bagi memberikan kefahaman dan kesedaran kepada mahasiswa tentang larangan menghina mana-mana agama di dalam negara kita?

Saya merujuk kepada kes yang terbaru. Pelajar Universiti Malaysia Pahang Sultan Abdullah yang telah ditangkap kerana memuat satu gambar memijak al- Quran, Tan Sri. Pijak al-Quran, bawa masuk dalam platform Threads. Yang kita sebagai umat Islam memang tak boleh terima perbuatan tersebut, telah melanggar garis merah umat Islam.

Dan saya menggesa pihak Kementerian KPT supaya mengambil tindakan tegas walaupun telah disebut oleh Yang Berhormat Menteri kelmarin bahawa kementerian akan menyelesaikan perkara ini dengan segera, tapi dalam masa 24 jam ini saya tidak melihat walaupun kita ada peruntukan undang-undang untuk menghukum, tapi rakyat, umat Islam mendesak supaya UMS memberhentikan segera pelajar mahasiswa yang tidak layak untuk digelar sebagai mahasiswa kerana telah menghina Islam, telah menghina al-Quran.

draft • 4:16 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Kita mendesak kepada KPT untuk memberhentikan pelajar ini daripada UMS dan melarang pelajar ini untuk menjadi mahasiswa di mana-mana universiti di dalam Malaysia ini. Terakhir, Tuan Yang di-Pertua. Tan Sri Pengerusi, yang terakhir ialah dengan peningkatan jumlah perbelanjaan tambahan KPT ini, berapakah sasaran KPT secara signifikan untuk kadar meningkatkan kadar kebolehpasaran mahasiswa? Adakah perincian peluasan program akademik dalam perbekalan tambahan ini akan melonjakkan merit kadar kebolehpasaran graduan? Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Sekarang saya jemput Menteri untuk menjawab.

draft • 4:20 PM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Tuan Adam Adli Abd Halim

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Pertama kali, bismillahirrahmanirrahim. Saya ucap terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Maran dan Padang Terap yang telah menyertai perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2025–2026 di peringkat jawatankuasa pada kali ini.

Dalam masa yang agak terhad ini, saya akan cuba untuk jawab dan ulas beberapa isu yang telah pun dibangkitkan berkait dengan rang undang-undang yang dibahaskan. Saya harap jika tidak dapat dijawab secara dalam Dewan, kita akan berikan jawapan secara bertulis.

Secara keseluruhannya Tan Sri Yang di-Pertua, peruntukan mengurus atau operating expenditure (OE) tambahan kepada KPT sebanyak RM257,591,900 ini diluluskan untuk kegunaan bagi lima universiti, bukan satu universiti. Dan ia nya adalah peruntukan tambahan yang membolehkan pelaksanaan program serta pengoperasian sebagaimana yang dirancang terutamanya untuk menampung beberapa perkara tersebut:

(i) peluasan skop pengajaran dan pembelajaran dan juga pengenalan program akademik baharu di universiti;

(ii) berkait dengan peningkatan perbelanjaan dalam utiliti disebabkan peningkatan kadar tarif elektrik dan air secara keseluruhannya;

(iii) peningkatan nilai kontrak yang disebabkan oleh kenaikan kadar cukai SST daripada enam peratus kepada lapan peratus serta pelaksanaan gaji minimum; dan

(iv) pelaksanaan segera, penyelenggaraan dan juga pembaikan kecil.

Peruntukan ini melibatkan Butiran 020000 untuk Pendidikan Tinggi sebanyak lima universiti awam iaitu:

(i) 020700 untuk Universiti Islam Antarabangsa, 25.5 juta;

(ii) 02800 untuk Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), RM47.3 juta;

(iii) 020900 untuk Universiti Malaysia Sabah (UMS), RM25.3 juta;

draft • 4:21 PM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Tuan Adam Adli Abd Halim

(iv) 02110 untuk Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebanyak RM143 juta; dan

(v) 021300 untuk Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), RM20.8 juta.

Peruntukan tambahan ini yang berjumlah RM257,591,000 ini adalah mewakili 2.79 peratus berbanding keseluruhan peruntukan untuk 20 Universiti Awam yang bernilai RM9.383 bilion. Tuan Yang di-Pertua, secara umumnya perlu kita tekankan sekali lagi bahawa kita tidak menolak pendapat ataupun hujah yang telah pun dikemukakan oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat bahawa ada keperluan bagi kita untuk merancang dan juga memastikan pemantauan yang berkala dan lebih rapat terhadap pelaksanaan projek serta perancangan-perancangan dan unjuran yang dibuat.

Dan perkara ini sentiasa diberi perhatian malah menerusi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia, kita menganjurkan supaya new funding formula dan juga model-model pembiayaan baharu untuk masa hadapan universiti ini agar universiti dapat kekal mampan dan perancangan kewangan dapat dikawal ataupun dapat dilaksanakan dengan betul dan juga bertepatan dengan ekspektasi ataupun harapan kita semua.

Bagi beberapa universiti yang disebut oleh terutama sekali Padang Terap, kalau boleh saya ulas dahulu UiTM. Bagi Universiti Teknologi Mara ini, kita ingin jelaskan bahawa peruntukan tambahan geran mengurus jumlah RM143 juta yang diterima pada 23 Disember 2025 ini, telah pun disalurkan untuk tampung komitmen kewangan universiti yang bersifat kritikal dan berterusan dan ini melibatkan pelbagai kampus bukan hanya satu kampus induk.

Ini termasuklah penyelenggaraan kontrak fasiliti, RM56.24 juta, bayaran bil elektrik, RM26.7 juta, hospital pengajar, RM14.73 juta, komitmen berkontrakkan sewaan, RM11.16 juta, komitmen berkontrak alat dan bahan makmal, RM18.95 juta serta komitmen-komitmen lain, RM15.92 juta.

Semua komitmen ini bersifat keperluan asas operasi dan tidak boleh dielakkan. Ini termasuk pertambahan bagi menampung kenaikan tarif elektrik dan juga pelaksanaan SST ke atas kontrak perkhidmatan fasiliti. Sehubungan dengan itu, kita beri jaminan bahawa peruntukan tambahan ini hanya digunakan secara tertumpu, disiplin dan telus bagi memastikan operasi universiti termasuk hospital pengajar universiti terus berjalan lancar tanpa menjejaskan kebajikan pelajar serta kualiti penyampaian perkhidmatan pendidikan tinggi.

draft • 4:21 PM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Tuan Adam Adli Abd Halim

Kemudian kalau kita lihat juga kepada satu lagi yang perlu kita beri perhatian, dua universiti yang berada di Sabah dan Sarawak, UNIMAS dan juga UMS. Memang kita harus melihat bahawa kos yang diperlukan untuk pengoperasian terutama sekali jauh lebih tinggi berbanding universiti-universiti di negeri-negeri Semenanjung Malaysia.

Namun, kita juga memerhatikan ada beberapa situasi kewangan yang memerlukan suntikan segera agar mereka dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik dan juga memastikan bahawa ada beberapa preventive maintenance yang boleh dilakukan. Misalan untuk UMS, penyelenggaraan pencegahan instrumen makmal secara berpusat. Ini adalah langkah-langkah awal yang diambil supaya di masa hadapan kita tidak lagi berdepan dengan situasi-situasi di mana kita memerlukan perbelanjaan-perbelanjaan luar jangka yang tidak terkawal.

Kita juga memastikan ada penggantian perabot usang universiti. Yang ini sangat diperlukan sebenarnya untuk universiti-universiti di sana. Ini merangkumi perbelanjaan sejumlah RM3.5 juta dan kita akui juga bahawa contohnya ada satu lagi perbelanjaan besar iaitu peruntukan tambahan ini merangkumi bayaran cukai tanah untuk geran Universiti Malaysia Sabah di Sungai Batang, Sandakan. Ini berjumlah RM10.3 juta.

Jadi, peruntukan-peruntukan yang dikemukakan ini adalah untuk kegunaan yang tepat bukan untuk kegunaan yang disebabkan oleh pengurusan yang tidak efficient. Namun demikian, kita mahu pastikan bahawa kita terus memberi khidmat yang terbaik dan untuk universiti-universiti yang di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi ini telah pun kita bangkitkan agar ada unjuran-unjuran yang lebih progresif dan kita harus ambil maklum bahawa kos-kos mengurus ini memang akan sentiasa meningkat. Emolumen, sewaan bangunan, utiliti dan komitmen-komitmen lain ini.

Dan di sinilah kita perlukan tekad dan disiplin reformasi untuk mempastikan setiap sen yang dibelanjakan itu secara berhemah, cekap dan memberi pulangan terbaik kepada negara. Antara yang kita laksanakan adalah untuk kita perkukuhkan universiti awam ini melalui unjuran kewangan yang lebih awal dan juga progresif.

Perancangan yang lebih rapi untuk membolehkan kawalan perbelanjaan ini dipertingkatkan dan sumber diagihkan mengikut keutamaan sebenar.

Dan seperti yang saya sebut di awal tadi, melihat kehadapan di bawah Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia, kita akan meneliti pelaksanaan new funding

draft • 4:21 PM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Tuan Adam Adli Abd Halim

formula di bawah RPTM nanti dan memberi tumpuan kepada model pendanaan yang berasaskan kepada bilangan pelajar atau per student funding sebagai sebahagian daripada reformasi menyeluruh struktur pendanaan pendidikan tinggi negara agar kapasiti dan perbelanjaan satu-satu universiti itu lebih tepat.

Insya-Allah, kita akan terus perkukuhkan usaha-usaha kita dan saya juga mohon maaf ada beberapa isu yang turut dibangkitkan contohnya berkait dengan Laporan Ketua Audit. Itu saya tidak akan gunakan masa sekarang. Saya harap ia nya boleh dibahaskan di masa hadapan.

draft • 4:21 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau boleh respons sikit pasal hina al-Quran itu?

draft • 4:21 PM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Yang mana?

draft • 4:21 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Yang hina al-Quran.

draft • 4:21 PM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Yang hina al-Quran, kita...

draft • 4:21 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

UMS.

draft • 4:21 PM

Tuan Adam Adli Abd Halim

...Tentu sekali telah pun menerima laporan bahawa tindakan oleh PDRM dan juga semua pihak-pihak yang berwajib telah pun diambil. Kita akan rujuk kepada universiti untuk tindakan seterusnya berkait dengan undang-undang universiti itu sendiri. Terima kasih.

draft • 4:21 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Bukankah wajar kita minta UMS, kita syorkan kepada UMS supaya pelajar tersebut diberhentikan serta merta daripada universiti? Tak layak untuk dipanggil mahasiswa.

draft • 4:21 PM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Itu kita akan serahkan kepada UMS. Itu kita akan serahkan kepada universiti untuk ambil tindakan sebaiknya mengikut lunas undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Kita ada undang-undang dan hukum yang boleh digunakan. Jadi, kita gunakan dengan sebaiknya. Terima kasih.

Kita tentu sekali menolak dan dalam bulan Ramadan yang mulia ini, kita agak kecewa dan amat berduka dengan kejadian ini dan kita harap, ia dijadikan satu pengajaran untuk semua orang. Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Terima kasih Menteri. Masalah iaitu wang sejumlah RM257,591,900 untuk Kepala B.64 Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan 2025 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.64 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual] [****Fasal 1 dan 2** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi

Menteri.

draft • 4:30 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan rang undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2025) untuk 2026 dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2025) 2026 dimaklumkan kepada Majlis sekarang]

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi

Masalah ialah bahawa usul di nombor 1 nama Yang Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Usul Anggaran Pembangunan Tambahan (2025) 2026 dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik Menteri.

draft • 4:30 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Tan Sri Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk Perbelanjaan Tambahan bagi Perkhidmatan Tahun 2025 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud yang tertentu bagi tahun itu telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujukan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

draft • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

draft • 4:30 PM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Tan Sri Yang di-Pertua, saya menyokong.

draft • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]

draft • 4:30 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Tan Sri Yang di- Pertua, saya mohon memaklumkan iaitu Jawatankuasa telah menimbang usul yang diedarkan kepadanya dan bersetuju dengan usul itu. Saya mencadangkan supaya.

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan RM990,912,700 diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2025 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua Penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama tahun 2025 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 17 Tahun 2026 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran

(Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.” Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada siapa yang menyokong?

draft • 4:30 PM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Tan Sri Yang di-Pertua, saya menyokong.

draft • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Masalahnya ialah bahawa usul di nombor 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat hendaklah disetujukan.

draft • 4:30 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10.00 pagi, hari Isnin, 2 Mac 2026.

draft • 4:30 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 4.35 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026