Feb252026

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Membaca sepotong doa] Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat pagi Yang Berhormat-Yang Berhormat. Kita mulakan Majlis tugas kita pada hari ini dengan sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan. Dipersilakan Tuan Prabakaran a/l M. Parameswaran, Yang Berhormat Batu.

draft • 10:00 AM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Terima kasih Timbalan Speaker, soalan Batu nombor 1.

draft • 10:00 AM

1. Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran [Batu] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan adakah kementerian akan membenarkan jalan raya yang dibina atas tanah milik kerajaan dijual atau diserahkan kepada pihak swasta dan apakah mekanisme untuk memastikan kepentingan rakyat iaitu akses awam tidak disekat.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam untuk menjawab.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Batu. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan tidak membenarkan jalan raya awam yang dibina di atas tanah milik kerajaan dijual atau diserahkan kepada pihak swasta, khususnya jalan utama kerana ia merupakan aset awam dan strategik negara. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, penglibatan pihak swasta adalah terhad kepada pengurusan atau penyenggaraan jalan melalui perjanjian konsesi tanpa menjejaskan pemilikan kerajaan ke atas tanah atau status jalan tersebut sebagai jalan awam.

Bagi memastikan kepentingan rakyat terus terpelihara dan akses awam tidak disekat sewenang-wenangnya, sebarang penutupan, pelupusan atau perubahan status jalan adalah tertakluk kepada pewartaan serta kelulusan pihak berkuasa berkaitan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] atau di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133] serta Kanun Tanah Negara

draft • 10:00 AM

1965 - Akta 828

.

Proses ini melibatkan penelitian oleh Jabatan Kerja Raya dan pihak berkuasa tempatan, kelulusan pihak berkuasa negeri serta keperluan penyediaan laluan alternatif yang setara atau lebih baik sekiranya melibatkan akses awam. Kerajaan kekal komited untuk memastikan setiap keputusan yang berkaitan dengan rangkaian jalan awam dibuat secara telus dan berimbang untuk memastikan kepentingan rakyat terjamin. Sekian, terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat, soalan tambahan.

draft • 10:00 AM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Terima kasih Timbalan Speaker, Timbalan Menteri untuk jawapan. Apakah mekanisme yang diguna pakai oleh kerajaan dalam mempertimbangkan sebarang perubahan laluan jalan awam bagi memastikan akses penduduk tidak terjejas dan juga peranan pihak berkuasa negeri dalam meluluskan atau menolak sebarang cadangan perubahan laluan jalan awam yang melibatkan tanah kerajaan? Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 10:00 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Terima kasih kepada Yang Berhormat Batu di atas soalan tambahan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, di bawah Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 828], sebarang perubahan laluan jalan awam yang melibatkan tanah kerajaan tertakluk kepada kuasa dan kelulusan pihak berkuasa negeri, khususnya yang berkaitan dengan pengurusan, pewartaan dan pelupusan tanah kerajaan termasuk tanah yang diperuntukkan sebagai simpanan jalan ataupun reserve.

Dalam mempertimbangkan perubahan tersebut, kerajaan mengguna pakai mekanisme penilaian yang berlapis yang merangkumi semakan status tanah di bawah Akta 828 termasuk pengesahan sama ada laluan berkenaan merupakan tanah kerajaan atau simpanan jalan, penilaian teknikal oleh Jabatan Kerja Raya

(JKR) dan pihak berkuasa tempatan berhubung keselamatan, kapasiti dan kebolehcapaian jalan serta pengenaan syarat kelulusan oleh pihak berkuasa negeri yang mewajibkan penyediaan laluan alternatif yang setara atau lebih baik sebelum sebarang perubahan laluan dilaksanakan.

Jadi dalam hal ini, kita lihat memang ada peranan yang perlu dimainkan oleh pelbagai pihak, sama ada yang saya sebut tadi, oleh pihak JKR, oleh pihak PBT, begitu juga oleh pihak PBN.

Jadi, peranan PBN ini juga penting untuk meluluskan penyediaan laluan- laluan alternatif. Kelulusan daripada mereka untuk laluan-laluan alternatif yang setara ataupun lebih baik sebelum sebarang perubahan laluan dilaksanakan.

Mekanisme ini memastikan bahawa sebarang keputusan dibuat secara terkawal berasaskan undang-undang dan tidak menjejaskan akses penduduk serta kepentingan awam. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Terima kasih Timbalan Menteri.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sila Yang Berhormat Kapar.

draft • 10:00 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Boleh?

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan.

draft • 10:00 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Dato’ Speaker. Kapar nak tahu, berapakah jumlah kilometer jalan atas tanah kerajaan yang telah dipajak, diserah urus atau dalam rundingan untuk penswastaan sejak 2018 hingga kini dan apakah nilai keseluruhan transaksi tersebut? Dan berapakah hasil sebenar yang diterima oleh kerajaan dan implikasi keselamatan dan kedaulatan? Jalan raya adalah infrastruktur kritikal negara. Jika dimiliki atau dikawal oleh entiti swasta, apakah mekanisme kawalan kerajaan sekiranya berlaku pertikaian, kegagalan operasi atau isu keselamatan nasional? Terima kasih Speaker.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 10:00 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Terima kasih Yang Berhormat Kapar.

Tuan Yang di-Pertua, pertama daripada bahagian pertama soalan itu soalan sangat spesifik berkenaan dengan statistik, jadi saya mohon akan memberikan jawapan secara bertulis.

draft • 10:00 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Tapi bahagian kedua itu berkenaan dengan mekanisme. Sebab benar, jalan raya ini adalah jalan yang strategik dan menjadi aset kepada kalau tanah itu adalah di bawah Tanah Persekutuan terutamanya. Jadi bagi kami, kita melihat bahawa mekanisme yang penting ini adalah adanya mekanisme pemantauan, di samping adanya mekanisme aduan dan juga mekanisme untuk memastikan supaya tatakelola itu sentiasa dikawal baik, dikawal ketat.

Sebab banyak segi apabila kita melihat tentang tanah terutamanya yang digunakan selain daripada tujuan Persekutuan ataupun negeri, dia ada banyak bidang kuasa dia. Maksudnya kalau di bawah Tanah Persekutuan, di bawah kita.

Persekutuan, maksudnya di bawah kementerian ini. Tapi di bawah negeri, itu tanah negeri bawah PBN, PBT dan sebagainya. Jadi, itu terserahlah kepada pihak negeri ataupun pihak PBT untuk melihat dari segi bidang kuasa mereka.

Tapi pada dasarnya Tuan Yang di-Pertua, sekiranya ada berlaku masalah dari segi tatakelola, sudah pasti kita mesti siasat dan kita mesti pantau dan kita mesti perketatkan supaya tidak berlaku masalah-masalah yang boleh menjejaskan, terutamanya kepentingan-kepentingan awam. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Majlis berikutnya ke soalan yang kedua, dipersilakan Tuan Zakri bin Hassan, Yang Berhormat Kangar.

draft • 10:10 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dari Kangar ke Kuala Muda, Kangar soalan nombor dua.* Terima kasih.

draft • 10:10 AM

2. Tuan Zakri bin Hassan [Kangar] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan bagaimana kementerian memastikan kesinambungan bekalan makanan negara ketika berlaku bencana seperti banjir dan perubahan iklim yang menjejaskan pengeluaran hasil.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menjawab.

draft • 10:10 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Dengarlah musik Ahmad Nawab, Saya sedia untuk menjawab. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sentiasa komited dalam memastikan kesinambungan bekalan makanan negara ketika berlaku bencana seperti banjir, perubahan iklim melalui Dasar Agromakanan Negara 2021–2030 dan Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2030. Strategi menyeluruh telah dirangka bagi memperkukuh daya tahan sistem agromakanan negara agar kekal mampan dalam menghadapi sebarang kes luar jangka.

Antara strategi yang dilaksanakan bagi memastikan kesinambungan bekalan makanan negara sekiranya berlaku bencana termasuklah menyediakan stok penimbal. Ini Ahli Parlimen semua sudah mengetahui. Sehingga 3 Februari 2026, stok fizikal beras semasa negara adalah 1,089,285 metrik tan.

(i) merangkumi 200,000 metrik tan stok penimbal beras dan 889,285 metrik tan stok dagangan yang mencukupi untuk menampung keperluan 5.45 bulan;

(ii) melaksanakan rintis penanaman padi lima musim untuk dua tahun yang sedang berjalan sekarang;

(iii) menaikkan taraf dan memodenkan sistem pengairan di sektor pertanian. Ini juga sedang berlaku hampir di beberapa tempat;

(iv) menyediakan Skim Takaful Tanaman Padi sehingga RM3,000 kalau berlaku kerosakan yang nyata;

(v) menyediakan Tabung Bencana Tanaman Padi. Pada tahun 2025, bantuan bencana tanaman padi sebanyak RM5.04 juta telah disalurkan kepada 2,255 orang pesawah melibatkan kawasan musnah lebih daripada 3,253 hektar;

(vi) mempergiat aktiviti penyelidikan supaya kita dapat benih- benih yang lebih baik seperti MR 333, MR 297, MR 315, MR 307, MR 284, MRQ 76 dan variety baharu tahan kemarau MR 380, MR 381 dan MR 382;

(vii) memperkukuh pelan pembangunan baka dan benih akuakultur. Ini sedang dipergiatkan iaitu program Nucleus Breeding Center serta Broodstock Multiplication Centre;

(viii) memperkasa industri lembu daging dan tujuan biak baka;

(ix) membangunkan serta memperluas sistem amaran awal untuk serangan perosak seperti bena perang, pemantauan cuaca melalui kerjasama rapat dengan Jabatan Meteorologi Malaysia;

(x) ini penting, Tuan Yang di-Pertua. Mengeratkan hubungan dengan negara-negara pembekal bahan makanan utama seperti negara-negara ASEAN, China, India, Pakistan, Brazil, Australia, New Zealand dan negara-negara sahabat yang lain.

Kalau berlaku satu perkara hal kekurangan makanan, kita kena hubungan baik dengan negara-negara sahabat ini.

Kementerian komited dalam meningkatkan daya tahan sistem agromakanan negara bagi mendepani krisis bencana, seterusnya memastikan tahap keterjaminan makanan negara kekal terpelihara demi kesejahteraan hidup rakyat. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Yang Berhormat Kangar, soalan tambahan.

draft • 10:10 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Terima kasih YB Menteri yang komited menyelesaikan masalah petani. Jadi, jawapan itu— banyaklah saya nak tanya, apa pun tak tahulah penuh apa yang dijawab oleh YB Menteri. Tapi apa pun, adakah KPKM mempunyai data sebenar kehilangan hasil padi akibat banjir di beberapa negeri baru-baru ini terutamanya di negeri Perlis?

Dan apakah tindakan proaktif kementerian dalam membantu petani yang sedang menunggu bantuan segera pada ketika ini dan mereka sedang live ni tengok apa jawapan Menteri pada pagi ini? Dan apakah jaminan petani-petani ini akan mendapat bantuan daripada kementerian? Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Peraturan 24(3) senang Yang Berhormat, terpulang kepada Yang Berhormat.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Saya boleh pilihlah. Memang khususnya negeri Perlis, di bawah Tabung Bencana Tanaman Padi, bilangan pesawah negeri Perlis, MADA dan Perlis secara keseluruhannya yang terkesan dengan bencana banjir pada 2025 adalah seramai 265 orang dengan keluasan musnah yang telah disahkan 333.82 hektar melibatkan tanaman padi bawah 70 hari.

Cadangan nilai bantuan kepada pesawah adalah RM292,426. Mesyuarat jawatankuasa induk dijangka bersidang 6 Mac ini.

Dia memanglah kita nak bagi bantuan ini dalam kemusnahan. Soal kalau berlaku kelewatan itu, soal pengesahan. Ini sedang dijalankan dan baru-baru ini Menteri Besar Perlis dan Exco Pertanian telah melawat Pejabat Menteri Pertanian dan bertemu berbincang dengan saya begitu panjang dan mesra mengemukakan apa saja tuntutan Perlis terhadap terutama sekali hal padi dan pertanian di negeri Perlis.

Terkini, bagi kejadian bencana kemarau di negeri Perlis yang berlaku pada Februari 2026 melibatkan anggaran keluasan 300 hektar. Jabatan Pertanian Negeri sedang melaksanakan siasatan dan penilaian di lapangan. Data yang telah lengkap akan dikemukakan kepada jawatankuasa teknikal. Memanglah pada hari ini banjir besar tahun ini, kemarau pun besar. Jatuh tangga ditimpa tangga, tapi belum terkena taik ayam panuh. Jangan bimbang.

Apakah usaha-usaha yang telah PKPM lakukan? Ini banyak perkaralah. Bagi kejadian bencana yang berlaku pada akhir November 2025 hingga Disember 2025, permohonan pertimbangan akan dibawa ke mesyuarat jawatankuasa induk 6 Mac ini. Dan insya-Allah lepas itu, para petani yang terkena bencana akan mendapat imbuhan mereka, insya-Allah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Terima kasih Menteri. Silakan Yang Berhormat Balik Pulau.

draft • 10:10 AM

Datoʼ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Yang di-Pertua. Saya ada sedikit rungutan daripada apa yang Menteri sebut tadi, kebanyakannya di darat. Tapi saya ada rungutan daripada nelayan-nelayan di kawasan barat daya Pulau Pinang di mana mereka merungut disebabkan tambak laut yang berlaku di selatan Pulau Pinang, telah menyebabkan kekurangan tangkapan hasil ikan. Ini berlaku di kawasan barat daya dan saya mohon kalau Menteri boleh berjumpa sendiri dengan nelayan-nelayan yang saya jumpa mereka mengatakan memang kekurangan hasil tangkap ikan. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Walaupun soalan itu tidak berkenaan dengan soalan asal, tapi oleh kerana saya juga— kampung angkat saya di Pulau Pinang, insya-Allah saya balik dan kita akan jumpa dan berbincang dengan mereka dan kita cari penyelesaian.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Di antaranya, penyelesaian yang sekarang ini, di negeri Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, kita galakkan ke arah akuakultur dengan sokongan daripada kerajaan dan dengan― apa yang berlaku di laut itu tetap kita tangani tapi pada masa yang sama, kita galakkan ke arah akuakultur untuk mereka menambahkan pendapatan mereka.

Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang ketiga. Dipersilakan Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien, Yang Berhormat Julau.

draft • 10:20 AM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 3.

draft • 10:20 AM

3. Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [Julau] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Lembaga Lada Malaysia (MPB) untuk meningkatkan bilangan penanam lada baharu serta meningkatkan hasil pengeluaran dan mengapakah Malaysia masih belum dapat mencontohi kejayaan Vietnam dalam memperluas eksport lada ke pasaran antarabangsa.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri Perladangan dan Komoditi untuk menjawab.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Datuk Julau.

Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas, kerajaan telah meluluskan Program Kemampanan Penanaman Lada berjumlah RM16 juta bagi tahun 2026 dalam memastikan industri lada negara terus kekal mampan dan berdaya saing.

Kementerian Perladangan dan Komoditi melalui Lembaga Lada Malaysia komited melaksanakan inisiatif strategik bagi memperkasakan industri lada negara, khususnya dalam menarik minat pekebun baharu dan seterusnya meningkatkan produktiviti pengeluaran. Pada tahun 2026, kementerian menyasarkan penanaman baharu lada dengan keluasan 300 hektar melibatkan anggaran 1,200 orang pekebun, pada masa yang sama membantu sekitar 1,400 pekebun mengurus dan menyelenggara tanaman lada matang seluas 350 hektar.

Dalam usaha menyokong keterlibatan pekebun baharu di samping meningkatkan produktiviti, Lembaga Lada Malaysia bakal melaksanakan aktiviti- aktiviti seperti berikut:

(i) memperkasakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dengan memberi fokus kepada penggunaan sistem fertigasi dan teknologi internet of things dalam usaha melonjakkan pengeluaran lada secara mampan;

(ii) mempergiatkan penganjuran aktiviti pengembangan seperti kursus, latihan dan pemindahan teknologi bertujuan memantapkan serta meningkatkan tahap kemahiran dan kompetensi pekebun; dan

(iii) menggalakkan pentauliahan pensijilan MyGAP bagi pekebun dalam memastikan hasil penanaman lada yang mampan dan berkualiti di samping berdaya saing dalam pasaran.

Malaysia merupakan salah satu pengeluar lada berkualiti tinggi di dunia.

Namun, negara menghadapi cabaran besar untuk bersaing dengan Vietnam dalam pasaran antarabangsa disebabkan oleh faktor-faktor berikut― Pertama, skala pengeluaran lada yang terhad di Malaysia berbanding dengan Vietnam. Sebahagian besar tanaman lada di Malaysia diusahakan oleh pekebun kecil dengan keluasan sekitar 8,234 hektar berbanding dengan Vietnam yang mempunyai keluasan tanaman lada jauh lebih besar melebihi iaitu 100,000 hektar.

Kedua, kos pengeluaran lada di Malaysia lebih tinggi, khususnya melibatkan kos input pertanian dan kos buruh.

Dan ketiga, harga lada hitam Malaysia berada pada paras sekitar USD9,000 satu tan metrik, lebih tinggi berbanding harga lada hitam Vietnam sekitar USD6,500 satu tan metrik, secara langsung menekan daya saing Malaysia dalam pasaran antarabangsa yang sentiasa sensitif kepada sebarang perubahan harga.

Malaysia mempunyai kelebihan dari segi kualiti lada yang tinggi khususnya lada Sarawak yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dari aspek aroma, kandungan piperin yang konsisten serta pematuhan kepada piawaian keselamatan makanan yang ketat. Sehubungan dengan itu, strategi yang praktikal bagi Malaysia supaya tidak bersaing secara harga dan kuantiti, sebaliknya memberi tumpuan kepada pengeluaran lada berkualiti premium, pengukuhan jenama lada Malaysia serta penerokaan pasaran bernilai tinggi sebagai pelengkap kepada usaha meningkatkan nilai eksport negara.

Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Julau. Soalan tambahan.

draft • 10:20 AM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua dan terima kasih Timbalan Menteri. Sebagai pengetahuan, terdapat peranan MPB dalam aktiviti upstream dan R&D, namun tidak banyak sebutan mengenai pembangunan downstream.

Berapa ramai perusahaan kecil dan sederhana Malaysia yang mempunyai penjenamaan dan pembungkusan sendiri untuk lada Malaysia? Soalan dua, bagaimanakah MPB memastikan lada yang dihasilkan dari Malaysia tidak dicampur dengan lada dari negara lain yang lebih murah dan berkualiti rendah? Dan, akhir sekali, adakah terdapat rancangan kerajaan untuk menggalakkan penanaman lada secara besar-besaran oleh syarikat dan bukannya terlalu bergantung kepada pekebun kecil? Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Datuk Julau.

Untuk sektor hiliran, sehingga kini, terdapat seramai 70 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di bawah bimbingan Lembaga Lada Malaysia (MPB).

Dari jumlah tersebut, seramai 45 PMKS telah mempunyai penjenamaan dan pembungkusan sendiri bagi produk lada Malaysia, sama ada dalam bentuk biji, serbuk dan produk nilai tanpa berasaskan lada.

Di samping itu, bagi memastikan lada yang dikeluarkan di Malaysia, terutamanya lada Sarawak, terus kekal berkualiti dan tidak dicampur dengan lada dari negara lain, MPB melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut.

Pertama, skim penggredan dan pensijilan gred lada berkanun berfungsi untuk menilai dan mengkategorikan lada berdasarkan standard kualiti serta spesifikasi gred yang ditetapkan.

Kedua, makmal analisis MPB yang mempunyai akreditasi MS ISO/IEC 17025 berupaya menjalankan analisis untuk menentukan tahap keselamatan dan kualiti lada sebelum dipasarkan atau dieksport. Analisis ini termasuklah pemprofilan aroma, rasa dan logam berat bagi menjejak negara asal penanaman.

Selain itu, lada Sarawak telah didaftarkan di bawah Akta Petunjuk Geografi 2000 bagi harta intelek negara bagi melindungi keaslian dan reputasi premium.

draft • 10:20 AM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Selain itu, Lembaga Lada Malaysia (MPB) telah melaksanakan pelbagai siri promosi dan aktiviti libat urus bersama syarikat-syarikat swasta dan pengusaha berskala besar yang menunjukkan minat untuk menceburi sektor huluan industri lada. Sehingga ini, terdapat lapan buah syarikat yang terlibat dalam penanaman lada di seluruh negara dengan keluasan sekitar 55 hektar.

Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Rompin.

draft • 10:20 AM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua. Walaupun lada Malaysia, khususnya lada Sarawak diiktiraf antara yang terbaik di dunia dari segi kualiti, namun Malaysia masih ketinggalan dalam penguasaan eksport berbanding Vietnam kerana perbezaan skala pengeluaran dan juga kos.

Soalan saya. Sejauh manakah kementerian bercadang untuk mewujudkan pusat pemprosesan lada bersepadu di wilayah Semenanjung, seperti di Johor, bagi membolehkan aktiviti penggredan, pembersihan dan pembungkusan dilakukan mengikut piawaian Malaysia Pepper Board (MPB) secara one stop center, sekali gus membolehkan pengeluaran lada premium dari Semenanjung menembusi pasaran antarabangsa tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada kemudahan di Sarawak?

Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas tahun 2026, Kementerian Perladangan dan Komoditi melalui Lembaga Lada Malaysia telah diluluskan projek naik taraf UDAN kepada pusat pemprosesan lada di Pejabat Wilayah Semenanjung Malaysia, Johor. Projek ini bertujuan menghasilkan produk lada berkualiti tinggi bertaraf eksport. Loji pemprosesan yang berkapasiti satu tan metrik sejam dan dijangkakan mampu menghasilkan produk lada yang bebas daripada pencemaran fizikal serta mempunyai kandungan mikroorganisma yang sangat rendah.

Pembangunan kemudahan ini dijangka dapat menggalakkan penggunaan lada tempatan di pasaran domestik dan antarabangsa serta menyokong dan membantu golongan sasar industri dalam memperkasakan pasaran hasil lada mereka. Pelaksanaan projek ini turut dijangka menarik minat pekebun di Wilayah Semenanjung Malaysia (WSM) untuk terlibat dalam aktiviti penanaman lada.

Seterusnya memastikan pembangunan sektor huluan yang lebih mampan dan mengurangkan kebergantungan negara terhadap import produk lada dari luar negara.

Projek ini akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia dan dijadualkan bermula pada tahun 2026 serta dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2029. Kerajaan juga akan meningkatkan lagi perkhidmatan pusat penggredan lada di Johor dengan penarafan MS ISO 9001:2015 untuk perkhidmatan penggredan dan sijil gred lada bagi memperkukuhkan jaminan kualiti, pemantauan, piawai serta nilai tambah keluaran industri lada negara. Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan selanjutnya. Dengan ini dipersilakan Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman, Yang Berhormat Kuala Krai.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Yang Di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, Kota Melayu jangan disekat, Perlu didukung dan dipertahankan; Soalan Kuala Krai nombor empat, Penjelasan Menteri menjadi harapan. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

4. Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan:

(a) apakah pelan tuntas pemindahan pengurusan program matrikulasi daripada KPM kepada KPT; dan

(b) adakah penyelarasan ini mampu menamatkan pertindihan birokrasi, menjimatkan kos operasi dan menjamin kualiti kemasukan ke universiti awam tanpa mengorbankan kuota sedia ada.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri Pendidikan Tinggi untuk menjawab.

draft • 10:30 AM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih. Dato' Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab soalan daripada Kuala Krai berkaitan dengan pemindahan pengurusan program matrikulasi dan Tingkatan 6 daripada KPM ke KPT. Sebagaimana telah pun dijelaskan di dalam Dewan ini semasa perbahasan Titah Diraja pada 9 Februari 2026 yang lalu iaitu Jawatankuasa Pemandu Bersama Tingkatan 6 dan Matrikulasi antara Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun ditubuhkan pada 19 Disember 2025 yang lalu.

Jawatankuasa ini berfungsi untuk meneliti proses kesinambungan pendidikan dan menilai semua aspek berkaitan ke arah mengoptimumkan sumber yang sedia ada. Dalam hal ini, langkah sewajarnya yang sedang dirangka bagi tujuan pemindahan ini termasuk urusan berkaitan perundangan, kebajikan, kewangan, perjawatan, sistem dan aset. Dalam konteks kebajikan, kementerian akan memastikan prinsip dengan izin, no less favorable akan dirujuk.

Justeru, proses pemindahan tadbir urus ini akan diperhalusi dengan teliti oleh jawatankuasa tersebut, dibantu oleh agensi-agensi pusat seperti Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan bagi memastikan pemindahan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar. KPM dan KPT juga akan mengadakan sesi libat urus dengan semua pemegang taruh dan pihak yang berkepentingan termasuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang mewakili guru-guru Tingkatan 6 bagi mendapatkan input dan maklum balas yang sewajarnya dalam usaha kita untuk memastikan pemindahan program Tingkatan 6 ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan memberi manfaat yang baik kepada semua pihak.

Dari sudut penamatan, pertindihan birokrasi dan penjimatan kos, penyelarasan di bawah KPT dijangka mengurangkan pertindihan fungsi antara KPM dan KPT, khususnya dalam aspek perancangan kurikulum, pentaksiran, pengurusan kemasukan dan pemantauan kualiti. Penyatuan tatakelola ini membolehkan perkongsian sumber, penyelarasan sistem data dan kos operasi yang optimum tanpa menjejaskan kebajikan pelajar atau kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Dari segi jaminan kualiti kemasukan ke universiti awam pula, KPT akan memastikan program matrikulasi terus berfungsi sebagai laluan kemasukan yang berwibawa, adil dan berdaya saing. Penjajaran yang lebih rapat dengan program asasi universiti awam dijangka meningkatkan kesediaan akademik pelajar, kebolehbandingan standard serta kebolehterimaan pelajar dalam program ijazah.

Pada masa yang sama, pemindahan pengurusan ini tidak bertujuan untuk mengubah atau mengurangkan unjuran yang sedia ada. Sebaliknya, memastikan supaya unjuran itu kekal selaras dengan keputusan kerajaan serta prinsip keterangkuman dan keseimbangan akses pendidikan. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Kuala Krai, soalan tambahan.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan. Pemindahan pengurusan melibatkan ribuan tenaga pengajar iaitu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di bawah KPM.

Apakah jaminan kementerian terhadap skema perkhidmatan dan senioriti pensyarah matrikulasi? Adakah mereka akan diserap ke dalam skim universiti (DS) atau kekal sebagai skim sekolah (DG)? Atau mereka akan kembali ke sekolah sedangkan kepakaran mereka yang telah lama mengajar level pra-universiti?

Dengan sebahagian besar mereka sudah mempunyai Master dan PhD, sudah tentu kerajaan akan rugi dan mungkin akan memberi kesan kepada moral serta produktiviti mereka dalam jangka masa panjang dan satu soalan penting ialah bagaimana dengan ambilan pelajar matrikulasi seterusnya iaitu pada bulan Jun nanti, adakah di bawah KPT ataupun di bawah KPM? Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, silakan.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih. Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, sebuah jawatankuasa telah pun dibentuk.

Mereka telah pun mengadakan perbincangan ini bagi memperhalusi lagi khususnya berkaitan dengan pemindahan melibatkan semua kalangan khususnya daripada KPM ke KPT ini.

Jawatankuasa ini telah pun malah semalam telah pun mengadakan perbincangan secara lanjut lagi bagi mengadakan perbincangan seterusnya dengan pihak Perkhidmatan Awam (JPA) dalam merangka skim-skim yang sedia ada di peringkat KPM itu bagi dipindahkan ke peringkat KPT. Jadi dari segi detail-nya itu akan kita umumkan nanti. Tapi apa yang saya nak sebutkan kepada Yang Berhormat, siri-siri perbincangan diadakan yang melibatkan perkara-perkara yang teknikal sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi.

Saya faham itu antara perkara-perkara yang turut dibangkitkan dalam perbincangan di peringkat awal lagi sebab skim di peringkat KPM dengan peringkat KPT itu agak berlainan sikit. Apabila kita ubah, ia juga akan melibatkan juga dari segi perubahan sama ada skim itu masih kekal ataupun sebaliknya. Baik, itu yang pertama berkaitan dengan kedudukan itu.

Bagi perkara yang kedua yang ditimbulkan itu iaitu sama ada pengambilan itu dapat dilakukan pada tahun ini ataupun tahun hadapan. Kita tidak dapat membuat jangkaan secara tepat, namun apa yang kita lakukan, ada dua fasa proses ini dilakukan iaitu pertama, melibatkan fasa perancangan dan juga fasa persediaan iaitu mulai sepanjang tahun ini. Manakala, fasa yang kedua juga melibatkan tentang fasa pelaksanaan pengoperasian program matrikulasi ini dijangkakan akan bermula pada tahun 2027. Sebab apa kita membahagikan dua fasa ini? Kerana ia melibatkan juga perubahan perundangan.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Ada banyak rupanya bila kita— bila kerajaan membuat keputusan untuk mengubah ataupun memindahkan, ia melibatkan beberapa hal yang berkaitan dengan masalah perundangan untuk kita lakukan dan saya jangkakan ia akan mengambil masa dalam tempoh satu tahun ini.

Antaranya termasuklah untuk perubahan Akta Pendidikan 1996, ada seksyen 2, seksyen 33, kemudian ada Akta Majlis Pemeriksaan Malaysia ya dan lain-lain lagi yang berkaitan dengannya dalam seksyen 4 dan sebagainya. Yang ini memerlukan pindaan itu untuk dibawa ke Parlimen terlebih dahulu untuk kita membuat pindaan- pindaan yang tersebut.

Jadi, secara ringkasnya bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat, iaitu kita tidak menjangkakan tahun ini dapat dilaksanakan program yang kita jangkakan pada tahun depan. Insya-Allah kita dapat laksanakannya. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut silakan Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Selain dari program matrikulasi yang ditimbulkan sebentar tadi, kita ada satu lagi program iaitu STPM yang akan juga berpindah daripada Kementerian PenMalaysiaMalaysia kepada pengajian tinggi.

Jadi, persoalan saya ialah adakah kerajaan akan bercadang untuk menyeragamkan kurikulum dan juga standard penilaian di antara matrikulasi, asasi yang sudah sedia ada di bawah KPT dan juga STPM? Dan kalau ketiga-tiganya ini berlaku serentak dan berbeza dari segi sudut kurikulum ataupun standard penilaian, apakah kelebihan yang ada ataupun kekurangan sekiranya keadaannya dikekalkan seperti sedia ada? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih kepada soalan tambahan Yang Berhormat itu. Dari segi penggredan, kita meletakkan proses penggredan ini pada satu sistemnya yang dipanggil sebagai Purata Nilai Gred Kumulatif atau PNGK nya. Maknanya tidak akan ada perubahan kerana kita membuat penilaian yang sama. Ini termasuklah di bawah STPM yang dalam konteks STPM ini, MajMalaysiariksaan Malaysia akan terus memastikan dari segi penilaian penggredan yang tersebut.

Dan demikian juga dalam konteks penilaian terhadap PNGK Matrikulasi yang akan diteruskan kerana ia dipantau, dikawal oleh Lembaga Penasihat Akademi Program Matrikulasi yang sedia ada. Demikian juga dalam konteks program asasi.

Jadi, dari segi mekanisme penilaian terhadap penggredan sistem yang ada itu tidak akan berubah.

Cuma, saya nak sebutkan di sini juga ialah bagaimana sistem pengurusan nanti bagi permohonan-permohonan mereka. Kalau sebelum ini kita mempunyai, dia ada sistem single window tapi dia tak ada single offer. Sebab itu kalau kita lihat ada kebiasaannya ada pelajar-pelajar yang dia mendapat juga tawaran daripada matrikulasi, dia juga mendapat tawaran daripada universiti. Pada kali ini, kita akan melaksanakan satu sistem saja iaitu yang dipanggil sebagai sistem single window dan single offer disekalikan.

Maknanya, kalau pelajar-pelajar tersebut dia memohon, dia hanya akan mendapat satu offer berdasarkan kepada keputusan yang terbaik yang berasaskan juga kepada sistem meritokrasi yang kita tetapkan selama ini. Jadi, tidak ada lagi setiap tahun kita berbahas tentang isu-isu kenapa dia dapat ini, kenapa dia tak dapat itu?

Jadi, dengan adanya satu sistem ini yang dipanggil sebagai sistem single window dan single offer ini jadi, tidak ada lagi dua sistem yang dibuat penilaian terhadap student yang akan memasuki ke universiti-universiti yang berkenaan.

Asasnya yang seperti yang saya sebutkan tadi dari segi PNGK sama, kekal.

Matrikulasi kekal dengan sistem penilaiannya, STPM kekal dengan sistem penilaiannya dan begitu juga dengan asasi kekal dengan sistem penilaian yang sedia ada yang dikendalikan oleh lembaga-lembaga yang telah dilantik untuk menguruskan sistem yang ada tersebut. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan berikutnya dipersilakan Tuan Tan Kar Hing, Yang Berhormat Gopeng.

draft • 10:40 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 5.

draft • 10:40 AM

5. Tuan Tan Kar Hing [Gopeng] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan bagaimanakah MBOT boleh memposisikan kedudukannya untuk memartabatkan industri TVET terutamanya dalam melahirkan lebih ramai tenaga pakar atau skilled workers dalam negara.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menjawab.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Gopeng.

Dato’ Yang di-Pertua, Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) sentiasa berusaha memartabatkan kualiti pendidikan TVET dan telah memainkan peranan penting terhadap pembangunan TVET di Malaysia. Ia dilaksanakan melalui–– menerusi jalinan kerjasama strategik dengan pelbagai kementerian dalam aktiviti promosi. Kedua, akreditasi program dan latihan teknikal serta ketiga pengiktirafan profesional.

Peranan-peranan tersebut telah menjadikan MBOT sebagai sebuah badan profesional khusus yang mengiktiraf graduan TVET. Graduan Lepasan TVET ini kini telah mempunyai latihan laluan profesional yang membuka peluang melanjutkan pengajian dari peringkat sijil ke peringkat tertinggi, khususnya di universiti-universiti di bawah Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) yang telah menawarkan program Sarjana Muda Teknologi atau Bachelor Technology (BTech).

Inisiatif penawaran program-program BTech ini telah melengkapkan ekosistem TVET di Malaysia, di mana laluan kerjaya yang lebih jelas akan tercipta untuk graduan-graduan dalam bidang berkaitan TVET. Ini akan memberi keyakinan kepada lebih ramai untuk menceburi bidang TVET yang sewaktu ketika dahulu dianggap sebagai kelas kedua.

MBOT juga telah memainkan peranannya sebagai sebuah badan profesional dalam bentuk bakat untuk masa hadapan dengan memastikan keboleh pasaran graduan terutamanya graduan TVET memenuhi segala keperluan industri. Langkah ini dijangka mampu memenuhi permintaan industri memandangkan perkembangan pasaran kini lebih menitikberatkan aspek kemahiran teknologi dan teknikal dalam sesuatu pekerjaan.

Peranan MBOT adalah selari dengan usaha kerajaan memperkukuh ekosistem TVET dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi. MBOT berperanan memastikan keperluan tenaga kerja teknikal sentiasa kompeten dan berkualiti serta memastikan kualiti program TVET yang diakreditasi sentiasa menepati piawaikan industri.

MBOT akan memastikan pembangunan profesional tekno logis dan juru teknik dalam bidang berasaskan pertumbuhan dan nilai tambah tinggi iaitu HGHV sentiasa diperkukuhkan termasuk memperkenalkan pengiktirafan kompetensi baharu berasaskan teknologi masa hadapan, memperluas jalinan kerjasama strategik dengan industri serta mempertingkat latihan profesional berteraskan keperluan industri dan pasaran. Langkah ini diharapkan dapat membantu membina negara yang cekap dan berkemahiran tinggi.

MBOT melalui Majlis Akreditasi Teknologi dan Teknikal (TTAC) berperanan membuat penilaian jaminan kualiti atau akreditasi program akademik dan TVET dalam bidang teknologi dan teknikal yang ditawarkan di peringkat sijil, diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda. Melalui peranan ini, MBOT telah membangunkan standard akreditasi teknologi dan teknikal sebagai garis panduan yang perlu dipenuhi oleh semua IPT, termasuklah institusi TVET yang menerima akreditasi dari MBOT.

Pematuhan kepada standard akreditasi TTAC, MBOT memastikan program TVET kekal berkualiti tinggi, relevan dan berdaya saing bukan sahaja di peringkat tempatan, malah ke peringkat antarabangsa. MBOT turut mengiktiraf dan memperkasa tenaga pengajar TVET melalui pengiktirafan profesional dan Program CBD atau dengan izin Continuous Professional Development bagi memastikan kompetensi serta kemahiran mereka sentiasa selari dengan teknologi dan standard industri terkini. Akreditasi MBOT dapat meningkatkan keboleh pasaran graduan TVET melalui penekanan kepada aplikasi praktikal, penyelesaian masalah dan penglibatan industri.

Selain itu, MBOT melalui Majlis Pembangunan Profesional Teknologi dan Teknikal (TPDC) berperanan untuk memastikan jaminan kualiti program-program pembangunan kapasiti jangka pendek, khususnya dalam bidang teknologi dan teknikal. TPDC melaksanakan akreditasi kursus pendek dalam bidang teknologi dan teknikal melalui dua bentuk pensijilan utama iaitu Professional Development Certification (PDC) dan Professional Technical Certification (PTC).

Pelaksanaan pensijilan ini adalah bertujuan untuk memastikan kursus yang ditawarkan oleh penyedia latihan adalah berkualiti, relevan dan selaras dengan keperluan semasa industri serta perkembangan teknologi terkini. Inisiatif pengiktirafan melalui TPDC, MBOT ini menyediakan satu laluan alternatif yang fleksibel dan berstruktur kepada tenaga kerja, khusus dalam sektor teknologi dan teknikal untuk mengikuti program peningkatan kemahiran secara modular dan berfasa.

Pendekatan ini membolehkan pekerja semasa, graduan TVET serta golongan belia untuk mengakses latihan jangka pendek yang relevan, diiktiraf dan terus boleh dipraktikkan dalam sektor pekerjaan. Terima kasih, Dato’.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Gopeng.

draft • 10:50 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih kepada Timbalan Menteri.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada kerajaan kerana dalam beberapa tahun ini kita menjadikan industri TVET ini ada satu lonjakan yang besar dan berada di landasan yang betul, terutamanya dalam bab kebolehpasaran dan penempatan pekerjaan untuk graduan-graduan TVET.

Cuma saya ingin nak bertanya kepada Timbalan Menteri bagaimana kita nak yakinkan lagi anak muda-anak muda di luar sana yang masih lagi tak boleh mengambil keputusan untuk mencebur diri dalam bidang TVET ini. Adakah kita mempunyai data-data gaji yang boleh kita yakinkan kepada mereka yang mana ada perbezaan tahap gaji antara graduan yang mendapat pengiktirafan MBOT ataupun berbanding dengan mereka yang tiada.

Dan keduanya adalah adakah kerajaan akan sama ada mewajibkan ataupun menggalakkan pihak swasta untuk menetapkan gaji yang lebih premium kepada mereka yang bergelar Ts. ataupun Tc., terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, silakan.

draft • 10:50 AM

Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Gopeng atas soalan tambahan.

Berdasarkan kajian impak oleh Khazanah Research Institute (KRI) bersama Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) yang dijalankan pada tahun 2025, satu perkembangan yang amat positif dapat dilihat apabila analisis dikhususkan kepada pencapaian graduan daripada program yang mendapat pengiktirafan profesional MBOT.

Perbandingan antara 2018 dan 2023 membuktikan bahawa pemilikan pengiktirafan MBOT telah berjaya memacu trajektori gaji graduan ke tahap yang lebih tinggi secara menyeluruh. Sebagai contoh bagi lepasan IPTA, kumpulan yang meraih pendapatan melebihi RM3,000 telah melonjak ketara daripada hanya 6.8 peratus pada tahun 2018 kepada 23.6 peratus pada tahun 2023.

Pada masa yang sama juga, kumpulan graduan IPTA yang berpendapatan di bawah RM2,000 Malaysia berjaya diturunkan daripada 59.1 peratus kepada 43.5 peratus.

Kesan positif ini turut dilihat lepasan MTUN di mana kumpulan berpendapatan melebihi RM3,000 meningkat pesat daripada lima peratus kepada 19 peratus. Hal ini disusuli dengan penurunan mendadak peratusan penerima gaji terendah daripada 69 peratus kepada 45.1 peratus.

Prestasi cemerlang ini tidak terhad kepada institusi awam sahaja. Graduan institusi swasta IPTS yang diiktiraf MBOT juga turut mencatatkan lonjakan tinggi bagi julat gaji RM3,000 hingga RM5,000 iaitu meningkat lebih dua kali ganda daripada 15.4 peratus kepada 35.1 peratus menjelang tahun 2023.

Malah di peringkat politeknik dan kolej komuniti juga wujud penyusutan peratusan graduan pada kelompok gaji terendah membuktikan secara jelas bahawa akreditasi MBOT memberi nilai tambah yang dihargai industri dalam usaha mengangkat martabat serta taraf pendapatan graduan TVET kita.

Kajian yang sama juga mendapati bahawa pemegang gelaran Technologies Professional atau Ts. menikmati purata pendapatan bulanan yang jauh lebih lumayan berbanding ahli MBOT yang memegang status Graduate Technologies atau GT. Sebagai bukti kelangsungan kerjaya yang cemerlang bagi kumpulan umur 30 hingga 39 tahun, pemegang status Ts. merekodkan purata pendapatan sebanyak RM8,464 sebulan berbanding dengan RM6,320 bagi kelompok Graduate Technologies. Jurang nilai tambah ini semakin melebar seiring dengan kematangan pengalaman di mana bagi kumpulan umur 40 hingga 49 tahun pemegang gelaran Ts. mampu meraih purata pendapatan mencecah RM11,759 sebulan berbanding dengan RM7,906 bagi pemegang status GT. Ini jelas menunjukkan bahawa pasaran dan industri sangat menghargai serta sanggup membayar nilai premium kepada kepakaran teknikal yang diiktiraf secara profesional.

Berdasarkan sesi libat urus pula yang dilaksanakan oleh pihak MBOT bersama pihak industri, terdapat syarikat atau organisasi yang memberikan elaun tambahan iaitu imbuhan khas kepada kakitangan yang diiktiraf sebagai Technologist Professional atau Ts. atau Juruteknik Bertauliah (Tc.) khususnya yang terlibat dalam melaksanakan skop perkhidmatan teknikal dan teknologi seperti yang digariskan di

draft • 10:50 AM

bawah Akta Teknologis dan Juruteknik 2015 - Akta 768

.

Perkara tersebut membuktikan pihak industri menyokong pembangunan bakat melalui pengiktirafan terhadap kompetensi serta professionalism kakitangan teknikal mereka yang diiktiraf sebagai profesional oleh MBOT. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Bagan Serai.

draft • 10:50 AM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Timbalan Speaker, terima kasih kepada Timbalan Menteri.

Soalan saya ialah adakah pernah dalam industri semikonduktor sekarang ini negara kita masih lagi bergantung dengan tenaga-tenaga pakar dari luar? Jika ya, apakah pelan konkrit yang perlu dilakukan oleh MOSTI dan juga MBOT untuk kurangkan kebergantungan ini dalam jangka masa tiga ataupun hingga lima tahun akan datang?

Dan kemudiannya pula apakah pelan khusus yang perlu dilakukan oleh MOSTI dan juga MBOT dalam melatih tenaga mahir dalam sektor semikonduktor, dalam sektor tenaga boleh baharu dan juga automasi dan kecerdasan buatan.

Terima kasih kepada Timbalan Speaker, terima kasih kepada Timbalan Menteri.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Menteri, silakan untuk menjawab.

draft • 10:50 AM

Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Padang Serai, saya rasa soalan yang dikemukakan ini bukan tak ada sangkutan langsung dengan MOSTI ataupun apa nama MBOT. Saya adalah satu yang berkaitan dengan industri. *I think come under MITI also, I think if I’m not wrong.

[Ketawa] But anyhow,* walaupun macam mana pun rasanya kita di peringkat MOSTI ini sentiasa menggalakkan pendedahan tentang kebolehpasaran ini, terutamanya dan juga untuk melahirkan kepakaran ini di negara kita melalui pelbagai usaha yang kita laksanakan secara whole-of-government approach.

Maka di bawah MOSTI, kita memang pun melihat kepada bagaimana kita boleh memperkenalkan ataupun mempertingkatkan lagi professionalism pakar tempatan kita. Supaya dengan adanya pengiktirafan seperti apa yang MBOT buat ini kepada our jurutera-jurutera pakar kita, pun teknologis pakar kita ini tentu pihak kita akan lebih confident, menimbulkan keyakinan yang mana ini juga menjadi saingan kepada pakar-pakar luar yang selama ini kita banyak bergantung.

Maka itu program yang apa dilaksanakan oleh MBOT contohnya ini adalah satu usaha ke arah kita supaya tidak lagi bergantung sangat kepada pakar-pakar di luar ini. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis selanjutnya ke soalan yang keenam.

Dipersilakan Tuan Wan Razali bin Wan Nor, Yang Berhormat Kuantan.

draft • 10:50 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Soalan saya soalan nombor 6.

draft • 10:50 AM

6. Tuan Wan Razali bin Wan Nor [Kuantan] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan langkah kementerian dalam menangani kekurangan pakar kuratorial, konservator, ahli restorasi dan penyelidik warisan yang menjejaskan usaha memelihara artifak dan dokumen bersejarah negara.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Menteri Perpaduan Negara untuk menjawab.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan yang dibangkitkan oleh Kuantan. Yang Berhormat, kementerian akui ada kekurangan dari segi staffing ataupun dari segi perjawatan berbanding dengan tugasan tetapi ia tidak menjejaskan tugas-tugas kepakaran yang sedia ada.

Pada masa ini usaha dan tanggungjawab dalam memelihara artifak serta dokumen bersejarah negara dipikul secara bersama oleh pelbagai agensi kerajaan.

Antaranya ialah Jabatan Muzium Malaysia, Jabatan Warisan Negara, Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Arkib Negara Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia serta muzium-muzium negeri.

Pendekatan ini selaras dengan prinsip whole-of-government approach yang menekankan kerjasama rentas agensi bagi memastikan pengurusan pemeliharaan dan pemuliharaan warisan negara dapat dilaksanakan secara lebih bersepadu dan berkesan. Kementerian menyedari kepentingan untuk meningkatkan tahap profesionalisme serta kemahiran khususnya pegawai-pegawai di Jabatan Muzium Malaysia dan secara strategik sentiasa mengkaji serta melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mencapai matlamat tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, dari segi perjawatan, sebanyak 247 jawatan atau 59.7 peratus daripada keseluruhan waran perjawatan JMM yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terdiri daripada skim Kurator, Penolong Kurator dan Pembantu Muzium. Pegawai-pegawai ini sentiasa diberikan pendedahan melalui latihan serta penempatan berkaitan bidang kurator termasuk penyelidikan konservasi, pengurusan koleksi, peragaan pameran dan bidang berkaitan lain.

JMM turut berusaha meningkatkan dan mengukuhkan kemahiran pegawai- pegawai menerusi program pembangunan kepakaran permuziuman melalui latihan profesional kuratorial serta program sangkutan ataupun attachment program dalam bidang-bidang khusus di beberapa institusi luar negara seperti Korea Selatan, United Kingdom dan sebagainya.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Di antara tahun 2023 hingga 2025, misalnya seramai 175 pegawai JMM telah dihantar berkursus dalam bidang permuziuman termasuk konservasi, pemeliharaan koleksi artifak di dalam dan di luar negara. Selain itu, kementerian bersama JMM juga konsisten melaksanakan pelan penggantian, pelan kemajuan kerjaya, program pembangunan kepakaran permuziuman mengikut pengkhususannya tertentu dan juga program intervensi pementoran yang bertujuan untuk melatih mentee sebagai fasilitator profesional dalam bidang permuziuman ke arah melahirkan subject matters expert (SME).

JMM terus mengadakan kerjasama strategik melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan agensi dalam negara seperti Agensi Nuklear Malaysia, Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia dan Institusi Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk meningkatkan kepakaran penyelidikan dalam bidang yang berkaitan sejarah, arkeologi dan budaya. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Kuantan. Soalan tambahan.

draft • 11:00 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih Datoʼ Timbalan Speaker. Jadi, kekurangan dana dan peruntukan memberi kesan secara langsung kepada operasi pengurusan bahan sejarah dan warisan negara termasuk kekurangan tenaga kerja mahir dalam bidang ini.

Sebagai contohnya Yang Berhormat Menteri ada sebut, kita ada banyak bahan sejarah berada di luar negara, tetapi peruntukan yang terhad memberi kesan kepada proses untuk bawa balik. Dan dalam bajet 2026, peruntukan kepada Arkib Negara adalah sekitar RM65 juta, manakala Jabatan Muzium Negara menerima RM50 juta. Jumlah ini dilihat kecil khususnya apabila kita nak bandingkan dengan peruntukan ratusan juta ringgit yang diperuntukkan bagi projek pembangunan dan pengubahsuaian tertentu.

Jadi, perbezaan ketara ini menimbulkan persoalan tentang keutamaan dalam memperkukuh pemeliharaan khazanah sejarah dan warisan negara dan ramai juga di kalangan penyelidik tempatan termasuk ahli akademik contohnya seperti Prof. Dr.

Solehah Yaakob daripada UIA, Prof. Dr. Azmi Arifin daripada USM berkongsi penemuan sejarah negara yang penting sebagai rujukan.

Namun, penemuan ini, daripada kajian penyelidik ini akan terencat jika tidak didukung dengan kewangan yang mencukupi. Jadi persoalan dia, adakah kerajaan sedia mempertimbangkan peruntukan yang lebih tinggi dan berkadaran atau apakah alternatif pihak kementerian termasuk kerjasama dengan pihak berkepentingan bagi memperkasakan sektor pengurusan bahan sejarah dan artifak negara dan akhirnya, banyak muzium kecil dan sederhana ini tidak mempunyai makmal.

Jadi, peralatan serta tenaga pakar untuk kerja konservasi yang kompleks sekali gus mendedahkan artifak yang bernilai tinggi ini kepada risiko kerosakan dan mewujudkan jurang standard pemeliharaan.

Jadi sehubungan dengan itu, memandangkan Jabatan Muzium Negara— Jabatan Muzium Malaysia mempunyai pusat konservasi, adakah kerajaan bercadang menaik taraf dengan mandat nasional yang jelas termasuk penambahan kelengkapan makmal dan standard operasi kebangsaan agar ia menjadi had rujukan utama bagi semua muzium demi memastikan warisan negara dipelihara secara konsisten dan mantap— mampan. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Terima kasih, Yang Berhormat Kuantan.

Terima kasih, Tan Sri Speaker. Soalannya panjang seperti esei , tapi walau bagaimanapun saya ingin juga menekankan beberapa poin yang diberikan oleh Yang Berhormat Kuantan. Yang pertama, kementerian mengakui...

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Sebagai panduan, bila soalan itu berangkai-rangkai atau melibatkan dua, tiga perkara, Yang Berhormat ada dua pilihan. Satu, jawab satu saja ataupun tidak jawab langsung. Saya tidak marah. Itu peraturan.

draft • 11:00 AM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Tan Sri Speaker, saya akan menjawab...

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Saya serahkan kepada budi bicara Menteri.

draft • 11:00 AM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Saya akan menjawab satu, yang lain itu saya akan bagi secara bertulis. Terima kasih, Tan Sri atas panduannya.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Baik hati Menteri.

draft • 11:00 AM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Baik, berkenaan dengan kepakaran seperti yang saya menekankan tadi, walaupun kita mempunyai kekurangan dari segi perjawatan, pegawai-pegawai yang berada dalam Muzium Negara. Saya secara peribadi membuat lawatan ke Muzium Negara, melihat semua pegawai-pegawai ini memang pakar dan dilatih.

Saya nak bagi kongsi sedikit tentang latihan mereka yang terdekat yang kita hantar adalah kepada— di negara Thailand dan juga di Singapura. Yang paling jauh kita hantar UK, Paris dan juga ke US kerana di sini kita ada pakar-pakar International Council of Museum, International Council of Monuments and Sites, International Centre for Study of Preservation and Restoration Cultural Property.

Apa yang saya ingin sampaikan adalah Yang Berhormat Kuantan, walaupun kita kekurangan dari segi kepakaran pegawai-pegawai ini tapi kita tidak sampai ke tahap terdesak ataupun ada emergency yang perlu kita perlukan tambahan ini, yang pertama.

Keduanya, dari segi dana dan peruntukan ini, saya juga akui perlu ada penambahan kerana pemuliharaan dan juga penjagaan artifak-artifak ini memerlukan angka yang begitu besar kerana kita mempunyai sebanyak 222 muzium di seluruh negara.

Dan muzium persekutuan adalah sebanyak 69, muzium negeri 93 dan muzium persendirian sebanyak 60. Memang kita perlukan dana yang besar untuk kita preserve dalam kerja-kerja restoration dan juga kerja-kerja untuk menyimpan di dalam untuk jangka masa panjang.

Untuk makluman tambahan Yang Berhormat, ada juga artifak ini setelah sejak wujud 1880 which is sebelum British itu ada, sudah ada. Maka, dia akan ambil masa yang panjang, kepakaran yang lebih untuk kita preserve and kerja-kerja restoration. Akhir saya juga jawapan-jawapan yang panjang tadi, yang rangkaian ini, kami akan menjawab secara bertulis kerana dia berkena dengan sejarah, warisan, muzium. So, kita mesti kena bagi jawapan yang tepat, tidak boleh lari di sini. Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Baik, silakan Yang Berhormat Tampin.

draft • 11:00 AM

Datoʼ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Datoʼ Yang di- Pertua. Tahun lalu, Kementerian Perpaduan Negara ada mencadangkan penubuhan Dana Wakaf Khazanah Warisan sebagai model pembiayaan baru yang lebih lestari bagi menyokong pemulihan dan pengembangan seni serta warisan negara. Dana tersebut berfungsi sebagai tabung amanah khas untuk membantu inisiatif pemuliharaan, pameran, penyelidikan dan penggunaan serta khazanah negara.

Soalan saya, apakah status terkini inisiatif tersebut dan sejauh manakah pelaksanaannya yang boleh menyokong usaha Kementerian Perpaduan Negara untuk memelihara artifak dan dokumen bersejarah negara? Adakah terdapat sektor korporat, badan berkepentingan termasuklah masyarakat umum yang telah tampil untuk memberikan bantuan kewangan ataupun sokongan material setakat ini?

Terima kasih Datoʼ Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 11:00 AM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Terima kasih Yang Berhormat Tampin.

Terima kasih Yang di-Pertua. Berkenaan dengan soalan ini, pada masa ini saya tidak mempunyai jawapan yang spesifik kerana ia berkaitan dengan peruntukan angka.

Maka, saya akan memberi jawapan bertulis kepada Yang Berhormat Tampin. Boleh, Tampin? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang ketujuh. Dipersilakan Datoʼ Ngeh Koo Ham, Yang Berhormat Beruas.

draft • 11:00 AM

Datoʼ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Datoʼ Timbalan Yang di- Pertua. Soalan saya soalan nombor 7.

draft • 11:00 AM

7. Datoʼ Ngeh Koo Ham [Beruas] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan sama ada kementerian sedar bahawa ikan Thailand boleh dieksport ke Malaysia tetapi ikan Malaysia tidak dapat dieksport ke Thailand. Apakah tindakan-tindakan yang telah dan akan diambil untuk membolehkan ikan Malaysia dapat dieksport ke Thailand?

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Dipersilakan, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengambil maklum serta memandang serius isu kekangan pengeksportan ikan Malaysia ke Thailand yang berpunca daripada peningkatan keperluan sanitari dan fitur sanitari oleh pihak berkuasa Thailand terhadap ikan siakap dari Malaysia susulan penemuan pelanggaran hal antibiotik.

Pada 1 Mac 2024, Thailand telah mengetatkan syarat pengimportan ikan siakap sejuk dingin dari Malaysia. Seterusnya, pada 1 April 2025, semua konsainan ikan siakap Malaysia tertakluk kepada pemeriksaan ketat termasuk keperluan Certificate of Analysis yang sah. Pensampelan semula di pintu masuk serta pematuhan Catch Certificate bagi sumber tangkapan laut walaupun aktiviti eksport masih dibenarkan. Langkah-langkah ini telah menjejaskan kelancaran eksport ikan Malaysia ke Thailand.

Bagi menangani isu ini, PKPM melalui Jabatan Perikanan Malaysia dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, MAQIS, Program Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia telah dan sedang melaksanakan tindakan susulan termasuklah usaha giat dijalankan oleh Ketua Setiausaha kementerian hal pengeksportan ikan siakap Malaysia ke Thailand ini.

Pengeksportan siakap Malaysia kepada pihak National Bureau of Agriculture, Community and Food Standards Thailand mengadakan pertemuan resmi dengan pihak berkuasa Thailand bagi mempertimbangkan semula mekanisme penyenaraian pengeksportan serta bersedia untuk menemui keperluan soal selidik dan proses pengauditan.

draft • 11:00 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ikan siakap ini sentiasa dipantau dan setakat ini yang mendapat sijil GAP di Pulau Pinang misalnya ada 36, di Kedah ada tiga, di Perak ada tujuh. Ada 46 yang telah mendapat sijil GAP, sepatutnya tidak menjadi masalah untuk dia eksport ke Thailand. Walau bagaimanapun kita akan terus berunding dan jawatankuasa task force pengimportan dan pengeksportan ikan serta hasilan ikan telah ditubuh bagi menyelaras tindakan antara agensi serta memperkukuh kawal selia industri akuakultur domestik.

Pihak kementerian bersedia untuk menerima pihak berkuasa Thailand dan untuk memeriksa ladang-ladang ikan siakap di negeri ini. Namun sehingga kini, masih lagi mereka tidak menunaikan. Dan kita harap melalui jawapan ini, pihak Thailand kalau nak memeriksa kolam-kolam ikan siakap kita, maka dipersilakan.

Pihak kementerian sentiasa memberi kerjasama untuk membantu penternak- penternak ikan siakap mengeksport dengan lebih besar. Bukan tak boleh sekarang, cuma nak diperbesarkan lagi ke Thailand itu. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Beruas.

draft • 11:10 AM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih. Saya ada satu soalan tambahan juga berkenaan dengan pemasaran produk pertanian Malaysia ke luar negara. Soalan tambahan saya ialah adakah kerajaan tahu bahawa ada durian daripada Thailand dan Vietnam yang masuk ke Malaysia dan kemudian dieksport ke negara China dan ada juga durian daripada Thailand dan Vietnam yang dijual terus kepada negara China tetapi di pasaran negara China dijual sebagai durian Musang King Malaysia.

Durian asal Malaysia memang lebih sedap dan berkualiti dan keadaan ini telah menjejaskan imej prestasi serta pemasaran durian Malaysia di negara China.

Soalan saya ialah apakah tindakan yang telah diambil atau akan diambil oleh pihak kerajaan supaya nama baik dan industri durian Malaysia tidak terjejas?

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Yang di-Pertua, daripada ikan ke durian.

[Ketawa] Saya pun— Beruas ini memang selalunya tertanya soal ikan, nelayan. Tetapi Beruas juga terkenal dengan pengeluaran durian.

Kita tahu di kawasan Beruas itu bukit bukau dan banyak durian di situ.

Memang kita telah mendaftar Geographical Indication (GI) bahawa Musang King adalah hak Malaysia. Negara-negara lain tidak boleh menamakan durian mereka Musang King walaupun bentuknya hampir sama, tapi kita tahu rasa Musang King Malaysia ini ada berlainan.

Sebab itu kita sentiasa berbincang dengan JACC, iaitu negeri China yang bertanggungjawab soal import atau eksport barang-barang makanan mereka dan kita mahu Musang King itu dilindungi dan Kementerian Persekutuan melalui FAMA sentiasa bekerjasama untuk meletakkan label FAMA dan durian itu MyBest.

Dalam lawatan saya ke China sama ada secara rasmi atau lawatan peribadi, saya selalu pergi tengok durian. Kadang-kadang mereka namakan Musang King, kita rasa ia nya tak rasa Musang King Malaysia. Oleh itu, pihak kita, FAMA, MAQIS dan semuanya akan memperketatkan banyak lagi dialog dengan pihak JACC dan kita juga kena beritahu kepada rakyat China dan melalui pelbagai media supaya mereka kena tahu bahawa Musang King Malaysia ada lulus daripada JACC dan ada MyBest di situ.

Ini perlu kita pertahankan kerana kita tahu eksport durian ke China ini nilainya begitu tinggi dan satu mata pencarian baharu kepada penanam durian yang perlu kita terus pelihara. Oleh itu, jenama ini akan terus dipertahankan. Musang King adalah hak Malaysia. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, silakan Yang Berhormat.

draft • 11:10 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Susulan daripada jawapan Yang Berhormat Menteri, disebut bahawa yang tak dapat dihantar ke Thailand adalah siakap. Jadi selain daripada siakap, sebenarnya apakah ikan lain yang pernah dieksport ke Thailand? Itu satu.

Yang kedua, berapakah jumlah margin AP ni yang ada di Kelantan? Seperti dia disebut tentang Perak, Pulau Pinang dan sebagainya dan Kelantan ni kita tak tahu berapa jumlah. Dan adakah kementerian akan menambah baik kemudahan pendaratan ikan di tempat sempadan sebagaimana contoh di Tumpat dan sebagainya untuk meningkatkan pengeluaran ikan ini dan eksport kepada Thailand?

Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih. Memang ternakan siakap ni yang utama sekarang yang disebut tadi di Pulau Pinang, di— yang mereka mempunyai rekod penangkapan yang tinggi. Maka, di Kelantan itu ada tapi masih ianya berskala kecil dan kita harap ada pihak di sana yang akan membuat berskala besar dan memanglah dan nak eksport ke Thailand itu hanya lintas sungai saja.

Kita harap dapat diperbesarkan ternakan ikan siakap di Thailand itu.

Memanglah kena jaga Tumpat itu banjirnya tinggi. Jadi, kalau nak buat kolam dan sebagainya mesti ukur daripada paras banjir dan sebagainya. Di kawasan Tumpat itu banjir termenung. Jadi, kalau naik air selalunya dia makan masa dua, tiga minggu baru nak surut. Jadi, kalau nak buat kolam-kolam misalnya, kena lihat juga soal bentuk muka bumi dan keadaan bencana yang mungkin mendatang.

Banyak kali bila berlaku banjir, kita pihak kementerian bagi bantuan dan gantian kepada kerosakan yang berlaku di Kelantan itu. Jadi, kita amat menggalakkan kalau ada pihak untuk membesarkan ternakan, khasnya ikan siakap yang mendapat sambutan bukan hanya di Thailand, bahkan di negara-negara lain.

Satu kesukaan mereka. Begitu juga tilapia yang juga mendapat pasaran yang di peringkat antarabangsa yang agak tinggi sekarang ini. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat menteri. Majlis ke soalan yang kelapan. Dipersilakan Ir. Ts.

Haji Khairil Nizam bin Khirudin, Yang Berhormat Jerantut.

draft • 11:10 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ramadan Kareem. Soalan saya nombor 8.

draft • 11:10 AM

8. Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [Jerantut] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan statistik kejadian di IPT yang meragut nyawa pelajar dalam lima tahun kebelakangan ini dan apakah perancangan jangka masa pendek, sederhana dan panjang kementerian bagi memastikan perlindungan serta keselamatan kampus ditambah baik secara menyeluruh.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri Pendidikan Tinggi untuk menjawab.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Tuan Adam Adli Abd Halim

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat. Tentu sekali menjadi komitmen kita untuk memastikan keselamatan dan juga kesejahteraan mahasiswa kita sepanjang mereka menuntut ilmu di kampus sentiasa terbela dan sentiasa terjaga.

Kita harus pastikan persekitaran kampus kita kekal selamat serta kondusif untuk mereka.

Jadi, untuk makluman, sepanjang lima tahun dari tahun 2021 sehingga tahun 2025, direkodkan sebanyak 37 insiden yang meragut nyawa melibatkan mahasiswa di kampus-kampus Universiti Awam. Erti kata lain, kalau kita bandingkan dengan keseluruhan jumlah mahasiswa sepanjang lima tahun, kes ini agak kecil. Namun, tentu sekali kalau boleh kita nak tidak berlaku langsung.

Kebanyakannya adalah kemalangan, iaitu sebanyak 18 kes dan kemudian kematian mengejut 19 kes. Alhamdulillah, jenayah tidak pernah direkodkan. Jadi untuk penambahbaikan di masa hadapan, kita sentiasa perkasakan langkah-langkah baharu termasuk kita keluarkan arahan rasmi kepada semua IPT awam dan juga swasta untuk laksanakan pemeriksaan keselamatan secara menyeluruh dan berkala merangkumi semakan terhadap sistem keselamatan di kampus dan kediaman juga, keberkesanan kawalan akses CCTV, pemasangan kamera CCTV serta laluan keselamatan yang terang dan selamat.

Kemudian kita juga pastikan ada semakan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang berkait dengan keselamatan dan juga kecemasan termasuk prosedur keluar masuk pelawat di asrama serta respons pantas sekiranya berlaku sebarang insiden. Misalnya, manual rujukan permohonan dan penggunaan kenderaan bukan milikan universiti KPT. Yang ini turut dibangunkan dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia serta Task Force Kebajikan Mahasiswa Universiti Awam yang hari ini sedang dibangunkan untuk kita pastikan penggunaan kenderaan dilaksanakan secara terancang, telus serta menepati piawaian keselamatan, kewangan dan juga tadbir urus.

Kita juga pastikan ada kerjasama yang rapat dengan PDRM dan juga pihak berkuasa tempatan untuk kita tingkatkan kehadiran polis komuniti dan juga rondaan keselamatan di sekitar kawasan IPT tidak terhad hanya di dalam kampus tetapi juga di kawasan sekeliling.

Ini bagi kita cegah kejadian-kejadian jenayah dan terutama sekali kita juga mainkan peranan aktif sebagai pemegang taruh strategik dalam jawatankuasa keselamatan dan kesesakan jalan raya. Yang ini yang berkait dengan kemalangan jalan raya. Untuk kita sentiasa dapat salurkan input serta maklum balas yang berkait dengan keselamatan jalan raya di universiti-universiti Awam kita.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Tuan Adam Adli Abd Halim

Semua langkah ini adalah usaha untuk kita pastikan dalam jangka masa pendek, sederhana dan juga panjang keselamatan mahasiswa terus terbela dan juga warga kampus kita sentiasa selamat. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Yang Menteri. Yang Berhormat Jerantut, soalan tambahan.

draft • 11:20 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Timbalan Menteri. Bagai sirih pulang ke gagang. Dulu sama-sama berjuang dekat universiti, sekarang ini dah jadi Timbalan Menteri. Jadi, hopefully, banyak reformasi yang kita boleh buat. Dan soalan saya juga berkaitan dengan reformasi.

Tadi Timbalan Menteri bercerita tentang bagaimana struktur pelan jangka masa pendek, sederhana dan panjang berkenaan dengan isu jenayah dan keselamatan jalan raya untuk mahasiswa kita. Pada bulan Januari yang lepas, kita dikejutkan dengan letupan kompresor HVAC system di HELP University di Bukit Damansara dan ia telah melibatkan seorang mahasiswa kita meninggal dan sembilan lagi cedera.

Jadi, soalan saya berkenaan dengan ini. Pertamanya, apakah ada audit keseluruhan yang telah dilaksanakan oleh pihak universiti ataupun kementerian ataupun kerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia? Kerana biasanya kalau letupan begini, dia akan duduk di bawah JKKP iaitu Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Jadi, apakah telah dilakukan audit keseluruhan?

Kalau telah ada, perlu dibentangkan di dalam peringkat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi. Kerana insiden Putra Heights baru-baru ini, dibentangkan dengan tuntas dalam jawatankuasa dan kita bagi input untuk penambahbaikan.

Dan apakah kementerian berani untuk membuat satu sistem atau reformasi sistem keselamatan kampus untuk jangka masa pendek bagi menangani isu semua barang-barang machinery yang ada di IPT dan juga IPTS?

Dan soalan kedua― kalau tak sempat nak jawab, boleh jawab secara bertulis― ialah berkenaan dengan apakah pelan jangka masa sederhana untuk kita pastikan kementerian buat perbandingan dengan amalan terbaik antarabangsa untuk kampus-kampus di luar sana bagi aspek keselamatan kampus dan apakah terdapat sasaran untuk Malaysia mencapai piawaian global tertentu dalam jangka masa lima hingga 10 tahun akan datang. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:20 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan, dan juga perhatian yang diberi oleh Yang Berhormat itu saya rasa sangat baik. Saya tak ada data ataupun sebarang laporan untuk kita kongsikan dalam Dewan untuk hari ini.

Tapi, tentu sekali kejadian di HELP University tersebut yang turut melibatkan pelajar daripada universiti lain sebenarnya, itu, yang pertamanya, adalah di bawah universiti swasta. Jadi, laporan dan juga cara kita mengurus kes tersebut sedikit berbeza. Tapi, laporan awal memang kita ambil dan kita minta daripada HELP University iaitu kita akan jawab secara bertulis untuk kita dapatkan fakta yang boleh dikongsi bersama dengan Yang Berhormat. Terima kasih.

Dan yang ketiga, soal standard dan sebagainya, saya kira ini semua cadangan yang boleh kita ambil maklum. Saya tidak ambil ini sebagai soalan, sebaliknya saya ambil ini sebagai satu input yang amat baik untuk kita perhatikan bersama-sama. Terima kasih, Yang Berhormat.

draft • 11:20 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Silakan, Yang Berhormat Kuala Pilah.

draft • 11:20 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Dr. Speaker. Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kementerian telah menetapkan standard keselamatan minimum yang wajib dipatuhi oleh semua IPT termasuk aspek keselamatan asrama, makmal dan prosedur kecemasan serta bagaimana pematuhan terhadap standard tersebut dipantau dan dikuatkuasakan? Dan, bagaimanakah kementerian memastikan sistem sokongan kesihatan mental di IPT diperkukuh termasuk melalui mekanisme pengesanan awal dan intervensi proaktif bagi mencegah insiden tragik dalam kalangan pelajar? Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sila Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 11:20 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Yang Berhormat, saya tak nak bagi jawapan yang tidak berisi. Jadi, saya mohon juga yang ini dijawab secara bertulis. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya terima apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi.

Baik, soalan yang terakhir untuk sesi jawapan lisan. Dipersilakan Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan, Yang Berhormat Sri Gading.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan nombor 9.

draft • 11:20 AM

9. Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan [Sri Gading] minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah proaktif kerajaan untuk memperkukuh pendidikan awam, dakwah digital dan literasi agama agar institusi mufti menjadi rujukan utama umat Islam, sekali gus menghalang pengaruh ekstremisme, radikalisme dan penyelewengan ideologi.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Puan Marhamah binti Rosli

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan MADANI sentiasa komited dalam memperkukuhkan pendidikan awam, dakwah digital dan literasi agama bagi memastikan institusi mufti kekal sebagai rujukan utama umat Islam sekali gus membendung pengaruh extremism, radicalism dan penyelewengan ideologi.

Antara langkah proaktif yang telah dan sedang dijalankan ialah, yang pertama, memperkasakan peranan institusi mufti melalui pendigitalan akses fatwa dan pandangan hukum agar mudah dicapai oleh masyarakat. Contohnya, aplikasi Mufti Care yang boleh didapati di Google Play Store, Huawei App Gallery dan Apple Play Store.

Yang kedua, memperluas pendidikan literasi agama dan kefahaman Islam berteraskan pendekatan yang wasatiyyah dan santai. Antara program baharu yang telah dirancang ialah podcast Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Kapsul Hukum ― yang ini ialah siri pencerahan soalan-soalan agama Islam yang ringkas ― dan seterusnya kelas bacaan kitab secara online. Kemudian, langkah proaktif ketiga, memperhebatkan dakwah berautoriti dengan memperkukuh platform rasmi sama ada secara digital mahupun secara bersemuka. Saya bagi contoh. Yang pertama, laman sesawang Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan yang mana isu-isu tular juga menjadi keutamaan dan dijelaskan secara berautoriti melalui ruangan Tinta Mufti, Bayan Linnas dan Irsyad Hukum bagi memastikan masyarakat mendapat penjelasan hukum yang tepat dan tidak terpengaruh dengan naratif yang tidak sahih. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, purata capaian bulanan laman sesawang ini adalah antara sekitar 1.2 juta sehingga 1.4 juta pengunjung.

Untuk contoh kedua dakwah secara berautoriti ini, laman Facebook Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang mempunyai lebih 500,000 pengikut dan aktif menyalurkan kandungan dakwah, penjelasan hukum serta kupasan isu semasa secara konsisten.

Yang ketiga, Program Temu Mesra Mufti iaitu program penganjuran secara berkala, program bual bicara Mufti di masjid-masjid terpilih di sekitar Wilayah Persekutuan.

Yang keempat, Klinik Hukum yang mana konsepnya berteraskan soal jawab agama bersama pegawai-pegawai hukum syarak iaitu pegawai penyelidik di Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan. Program ini dilaksanakan pada setiap hari Jumaat di masjid-masjid Wilayah Persekutuan.

Seterusnya, kita juga ada penerbitan buku, majalah, e-book, e-brosur secara berkala dan juga soal jawab hukum melalui talian telefon dan e-mel. Untuk makluman, secara purata, Pejabat Mufti menerima 250 hingga 300 panggilan telefon dan 200 hingga 250 e-mel yang bertanyakan tentang hukum diterima setiap bulan.

Seterusnya, pemantauan kandungan ideologi berunsur melampau serta penyediaan naratif balas dilakukan dengan kerjasama agensi keselamatan dan pengawal selia komunikasi seperti JAKIM, SKMM, KDN dan juga penglibatan daripada PDRM sendiri.

Kerajaan juga turut memperketat sistem pentauliahan melalui peperiksaan dan temu duga bagi memastikan hanya pendakwah berkelayakan diberi tauliah selaras dengan amalan di kebanyakan negeri. Untuk makluman, sehingga kini, terdapat 6,899 pemegang tauliah di Wilayah Persekutuan termasuk Labuan.

Pemantauan ini penting dan ia akan terus dilakukan bersama dengan jabatan agama Islam di negeri masing-masing.

Kesemua langkah ini dilaksanakan secara bersepadu bagi memastikan Islam difahami dan diamalkan secara seimbang, berautoriti dan berlandaskan rahmah.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih Dato’ Speaker. Berdasarkan kepada pandangan daripada Imam Syafie, perlunya kesabaran dan usaha menemui guru untuk menuntut ilmu. Belajar perlu berguru supaya ilmu yang sahih berkat dan mengelakkan kesesatan amat penting di mana terutamanya ilmu agama secara berdepan ataupun memerlukan talaqqi.

Soalan daripada Sri Gading. Bagaimanakah kerajaan merancang mendekati golongan muda yang lebih terdedah kepada kandungan agama tidak berautoriti melalui media baharu seperti TikTok, ceramah Internet ataupun dakwah digital ini supaya mereka menjadikan institusi mufti sebagai rujukan utama? Kalau jawapan daripada Menteri tadi menyatakan bahawa rujukannya banyak kepada Wilayah Persekutuan, bagaimana dengan mufti-mufti lain di negeri-negeri lain? Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 11:20 AM

Mesyuarat] Puan Marhamah binti Rosli

Terima kasih, Yang Berhormat Sri Gading.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, generasi muda adalah aset yang sangat penting pada sebuah negara. Baru-baru ini, pada 22 Februari, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melancarkan Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan yang bertujuan menghubungkan institusi masjid dengan golongan muda atau belia melalui pendekatan yang lebih segar dan inklusif.

draft • 11:20 AM

Mesyuarat] Puan Marhamah binti Rosli

Dalam konteks institusi mufti, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan sedang merangka penubuhan Kelab Mufti Muda sebagai inisiatif untuk mendampingi generasi muda dan belia. Pendekatan yang diketengahkan ini ialah secara santai dan berwibawa. Usaha ini secara tidak langsung untuk mengajak generasi muda hari ini untuk lebih dekat dengan institusi mufti.

Jabatan Mufti juga telah merancang untuk tampil dengan satu projek animasi sebagai satu platform dakwah yang santai dan kreatif dalam mendekati golongan kanak-kanak. Inisiatif ini dilihat sebagai salah satu segmen penting dalam pendidikan agama agar kefahaman hukum-hukum dapat didekatkan dengan kehidupan seharian melalui pendekatan yang lebih interaktif dan mesra generasi muda.

Melalui pendekatan visual, kreatif dan medium animasi ini, penyampaian kefahaman hukum-hukum yang bersifat kompleks dapat disampaikan dengan lebih mudah, menarik dan berkesan selaras dengan tuntutan dakwah semasa. Berkaitan dengan institusi mufti di negeri-negeri lain, kita bekerjasama baik dan setiap negeri mempunyai bidang kuasa masing-masing dan mempunyai cara tersendiri untuk memastikan institusi mufti menjadi sumber utama rujukan dan bukannya sumber kedua dan seterusnya. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kubang Kerian.

draft • 11:30 AM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ada dua perkara. Pertama sekali tentang ada kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pihak mufti ini tidak menyatukan ummah. Bahkan menimbulkan kontroversi kerana pendapat-pendapat yang diambil dalam kerangka yang berbeza-beza.

Ini menimbulkan masalah polemik di kalangan umat Islam khususnya di kalangan rakyat kita yang tidak memahami masalah tersebut. Jadi saya ingin tanya apakah mekanisme yang boleh dibuat supaya pihak mufti khususnya, institusi mufti ini dapat menyelaras, mengambil ijtihad pandangan yang muktabar dalam suatu perkara supaya tidak timbul polemik di kalangan ahli-ahli kita, rakyat kita di bawah?

Itu yang pertama.

Kedua, tentang cabaran media sosial hari ini. Kita dapati hari ini banyak sangat ajaran sesat yang masuk ke dalam media sosial diterima oleh masyarakat kita yang tanpa pegangan agama yang kukuh termasuk ajaran sesat, akidah-akidah yang bercanggah, pendapat-pendapat aliran pemikiran liberal yang songsang dan sebagainya. Kalau MCMC boleh bertindak tegas terhadap perkara-perkara ini...

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

draft • 11:30 AM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Soalan saya ialah apakah ada mekanisme di peringkat JAKIM untuk mengawasi, memantau semua aliran yang bercanggah dengan syarak ini untuk dicegah sebelum rakyat kita terpengaruh dengan pendapat tersebut? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Terima kasih Yang Berhormat. Ada dua soalan ya. Pertama menyatakan bahawa kenyataan mufti ini menimbulkan kontroversi dan polemik dan bagaimana supaya mufti ini dapat memberikan ijtihad yang lebih mendamaikanlah kan. Dia macam ini. Pihak institusi mufti merespons setiap isu yang viral, setiap isu semasa yang wujud di kalangan masyarakat. Isu-isu ini sangat laju.

Lagi-lagi bila kita sebut dalam era post-normal, media sosial sangat laju. Jadi tindakan pihak mufti menyampaikan ilmu, memberikan penerangan, itu adalah dalam bidang kuasa mereka. Mereka menyampaikan yang terbaik.

Cuma bagaimana cara penerimaan masyarakat, cara penerimaan kita semua adalah saling berbeza. Namun untuk makluman Dewan yang mulia— okey ini untuk soalan yang kedua ya. Saya jawab soalan yang pertama dulu. Pertama tadi, pihak institusi mufti menyampaikan yang terbaik namun, [Membaca sepotong ayat al- Quran]. Kita hanya menyampaikan dan tugas untuk memberikan hidayah itu bukan pada kita. Namun kita harapkan keterbukaan semua untuk menerima dulu pesanan- pesanan, ilmu-ilmu yang disampaikan dengan lapang dada. Kerana kita faham semua orang ada perbezaan pendapat dan perbezaan pandangan terhadap setiap isu dan hukum. Itu yang pertama.

Untuk yang kedua, berkaitan dengan SKMM, bagaimana hendak membendung gejala ekstremisme, ajaran sesat di media sosial. Di JAKIM melalui Bahagian Penyelidikan, kita telah melaksanakan cross-platform monitoring iaitu kita pantau media sosial dan dengan kerjasama SKMM, kita ada telah melakukan beberapa pautan, beberapa medium media sosial yang kita sudah turunkan untuk membendung gejala ini. Ini masih giat kita lakukan. Bermaksud ada tindakan daripada JAKIM sendiri dan sedang berlangsung juga.

Mudah-mudahan kita semua dapat memberi kerjasama sampaikan, beri report, beri laporan sekiranya berlaku apa-apa aktiviti ekstremisme, radikalisme di media sosial dan JAKIM akan mengambil tindakan, akan membuat kajian, membuat penelitian dan mengambil tindakan terhadap isu ini. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Puan Marhamah binti Rosli

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga selesai dibahas dan diputuskan Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekitar (Pindaan) 2026 seperti di nombor 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini. Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 26 Februari 2026.”

draft • 11:35 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Saya sokong.

draft • 11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 11:35 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

PENERANGAN MENGENAI PENYATA DARIPADA PENGERUSI-PENGERUSI JAWATANKUASA PILIHAN DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 14(1)(ia)
PEMANTAPAN DASAR PEMAKANAN DAN INTERVENSI NUTRISI DI MALAYSIA

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, terdapat dua penerangan mengenai penyata Pengerusi Jawatankuasa Pilihan yang akan dibuat iaitu;

(i) Jawatankuasa Pilihan Kesihatan; dan

(ii) Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat.

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pulai, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Kesihatan memberi penerangan berkenaan penyata bertajuk Pemantapan Dasar Pemakanan dan Intervensi Nutrisi di Malaysia.

draft • 11:35 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam MADANI.

Terima kasih kepada Speaker yang telah mengizinkan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Kesihatan untuk membentangkan penyata jawatankuasa berhubung Pemantapan Dasar Pemakanan dan Intervensi Nutrisi di Malaysia.

Pada hari yang penuh bermakna ini di hadapan Dewan yang mulia ini, saya bawakan satu perkara yang kelihatan asas dalam kehidupan seharian rakyat iaitu makanan. Namun, saya ingin tegaskan bahawa isu pemakanan bukan sekadar soal pilihan individu ataupun selera peribadi tetapi merupakan asas kepada kesihatan negara, produktiviti, ekonomi dan masa depan generasi Malaysia.

Maka itu, jawatankuasa telah mengadakan pertemuan-pertemuan dengan pakar, dengan Kementerian Kesihatan dan juga pengamal perubatan untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang dibangkitkan ini.

Hasil penelitian ini menunjukkan bahawa Malaysia kini berdepan dengan fenomena beban berganda malpemakanan yang semakin ketara dan memerlukan perhatian segera. Malpemakanan ini maknanya terlebih nutrisi ataupun terkurang nutrisi. Antara dua itu. Maknanya tidak seimbang.

Berdasarkan data Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi, (NHMS) 2023, kedudukan risiko penyakit tidak berjangkit ataupun NCD dalam kalangan dewasa masih tinggi dan berlapis. Sebanyak 54.4 peratus dewasa berumur 18 tahun ke atas berlebihan berat badan atau obesiti. Manakala, 29.2 peratus dewasa menghadapi hipertensi, 33.3 peratus dewasa mempunyai kolesterol tinggi dan 15.6 peratus dewasa menghadapi diabetes mellitus.

Keadaan ini menunjukkan beban NCD bukan lagi bersifat terpencil, sebaliknya telah menjadi pola kesihatan populasi yang memerlukan pembetulan struktur secara segera. Situasi ini turut diperkukuh oleh penemuan bahawa 35.9 peratus dewasa mengalami sindrom metabolik dan lebih daripada setengah juta dewasa dikenal pasti hidup dalam empat NCD serentak iaitu obesiti, diabetes, hipertensi dan hiperkolesterolemia.

draft • 11:37 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Pada masa yang sama, hampir 2.3 juta dewasa dilaporkan hidup dalam tiga NCD serentak. Sekali gus menjejaskan produktiviti, kualiti hidup dan menambah beban perkhidmatan kesihatan secara berpanjangan. Yang lebih membimbangkan terdapat jurang kesedaran diagnosis dalam masyarakat.

Satu daripada lima dewasa yang menghadapi kencing manis tidak menyedari penyakit tersebut. Maknanya dia tak tahu. Dia dah menghadapi diabetes itu. Dia menghadapi kencing manis. Tapi dia tak tahu yang dia adalah menghadapi penyakit tersebut.

Satu daripada dua dewasa dalam kolesterol tinggi tidak mengetahui status mereka. Lebih 80 peratus dewasa muda berumur 18 hingga 29 tahun tidak menyedari mereka mengalami tekanan darah tinggi. Ini menggambarkan risiko senyap yang semakin membeban, membesar. Beban penyakit sebelum intervensi dapat dilakukan.

Dalam kalangan warga emas pula, 59.8 peratus warga emas berumur 60 tahun ke atas mengalami risiko ataupun masalah berkaitan pemakanan yang menuntut pengukuhan intervensi nutrisi dan pemantauan lebih rapi di peringkat komuniti serta fasiliti kesihatan.

Bagi kumpulan kanak-kanak dan remaja berdasarkan data NHMS 2024, peratus berlebihan berat badan dan obes 28.28 peratus bagi kumpulan 15 hingga 19 tahun. Ini menunjukkan hampir satu daripada tiga remaja kita berada dalam kategori berisiko dan memerlukan intervensi awal yang lebih berkesan.

Bagi kanak-kanak lima tahun, penilaian Matlamat Pembangunan Mampan SDG 2: Kelaparan Sifar (Zero Hunger), bagi tahun 2019 dan 2022 menunjukkan bahawa peratus bantut menurun sedikit daripada 21.8 peratus kepada 21.2 peratus.

Walaupun menurun, tetapi angka 20 peratus ini besar. Jika 10 kanak-kanak, dua mengalami bantut ini. Peratus susut meningkat daripada 9.4 peratus kepada 11.1 peratus dan peratusan berlebihan berat badan obes meningkat daripada 5.2 peratus kepada 5.6 peratus.

Isu anemia kekal kritikal dengan 29.9 peratus wanita berumur reproduktif 15 hingga 49 tahun mengalami anemia. NHMS 2022 menunjukkan satu daripada dua kanak-kanak bawah lima tahun dan satu daripada lima wanita hamil mengalami anemia. Manakala satu daripada tiga kanak-kanak berumur enam hingga 36 bulan berisiko anemia merentas kawasan bandar dan juga luar bandar. Bandar dan luar bandar menghadapi masalah yang sama.

Isu anemia dalam kalangan kanak-kanak memberi kesan langsung kepada perkembangan kognitif dan potensi intelektual generasi masa depan. Kegagalan menangani anemia secara sistematik bermakna negara sedang merisikokan kapasiti modal insan dalam jangka masa panjang. Kerana bila anemia ini mereka terjejas dari segi pembangunan, pembentukan ataupun pembesaran mereka. Ini boleh menjejaskan potensi mereka pada masa akan datang.

Dari segi sudut gaya hidup pula, gaya hidup remaja, 41.8 peratus, Speaker, mengambil makanan lebih lewat malam sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tiga daripada lima remaja tidak aktif secara fizikal dan 63.1 peratus mengambil gula bebas melebihi paras yang disyorkan.

Satu lagi Speaker, pengambilan sayuran dan buah kekal rendah apabila hanya 5.2 peratus remaja mencapai saranan pengambilan sayur. Makan sayur sikit pula, 5.2 peratus. Juga yang ambil buah, 12.8 peratus sahaja, Speaker. Manakala bagi dewasa, 12.2 peratus untuk sayur, 17.1 peratus untuk buah-buahan. Maknanya terlalu rendah pengambilan makanan-makanan yang sihat ini.

Pematuhan pengambilan susu juga sangat rendah dengan hanya tiga peratus remaja dan satu peratus dewasa mencapai kadar yang mencukupi.

Maknanya, mereka ini minum susu sekadar tiga peratus untuk remaja, satu peratus untuk dewasa. Mereka tak minum susu. Dia minum susu pekat. Itu susu pekat, bukan susu. Itu gula.

Keadaan ini menunjukkan bahawa walaupun bekalan makanan mencukupi, kegagalan membentuk keseimbangan nutrisi dan persekitaran makanan yang sihat telah menyumbang kepada peningkatan berlebihan berat badan yang obes sebagai faktor risiko utama NCD seperti diabetes, hipertensi dan penyakit kardiovaskular yang akhirnya membebankan sistem kesihatan negara secara berpanjangan.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama penyakit berkaitan malnutrisi, disease-related malnutrition atau DRM dalam kalangan pesakit kronik semakin ketara dan sering tidak disedari. Penyakit kanser dan warga emas merupakan kumpulan yang berisiko tinggi dengan peratus risiko DRM yang boleh mencecah sehingga 70 peratus. Beban DRM turut ketara dalam kalangan warga emas apabila 7.3 peratus mengalami malnutrisi dan 23.5 peratus berada dalam kategori berisiko, manakala di hospital, antara 10 hingga 21 peratus pesakit gastrik mengalami malnutrisi dan lebih 50 peratus pesakit berisiko DRM.

DRM juga memberi implikasi ekonomi yang besar termasuk dua kali ganda risiko kemasukan semula ke hospital dan meningkatkan kos rawatan antara 20 hingga 30 peratus bagi pesakit yang terlibat. Maknanya, dari segi hospital, akan menerima pesakit yang lebih ramai dan kos rawatan pula kita terpaksa tanggung dengan lebih banyak lagi akibat daripada masalah ini.

Walau bagaimanapun, pengesanan dan rawatan DRM memerlukan pengukuhan tenaga kerja. Terdapat kira-kira 1,100 klinik kesihatan. Namun 55 peratus sahaja yang mempunyai akses kepada Pegawai Dietetik.

Pada masa yang sama, hanya 120 Pegawai Dietetik aktif di penjagaan premier. Dengan nisbah seorang Pegawai Dietetik bagi lima hingga 10 klinik kesihatan, sekali gus mengehadkan capaian rawatan dietetik menyeluruh. Maknanya pegawai-pegawai ini kekurangan di peringkat klinik kesihatan dan mereka tak boleh nak membantu di peringkat klinik kesihatan daerah-daerah, di kampung dan sebagainya.

Isu pemakanan tidak boleh terus dilihat secara terpisah daripada struktur sosial ekonomi negara termasuk faktor harga makanan, lambakan pemasaran produk tinggi gula serta ketidakseimbangan akses kepada makanan sihat. Selagi persekitaran makanan rakyat dipengaruhi oleh dasar yang longgar dan pendekatan yang tidak selari, selagi itulah usaha intervensi akan menjadi kurang berkesan.

Sememangnya sekolah merupakan medan strategik untuk intervensi awal melalui pemantauan pertumbuhan dan pendidikan pemakanan, namun harus diakui bahawa intervensi di sekolah semata-mata tidak akan cukup tanpa komitmen serius melalui kerangka whole-of-government ataupun whole-of-society yang benar-benar menyelaras peranan kementerian, agensi, industri dan juga komuniti.

Tanpa perubahan struktur yang jelas, segala usaha berisiko kekal bersifat kosmetik dan tidak membawa impak jangka panjang yang mampan terhadap pemakanan rakyat. Banyak perasmian-perasmian dibuat, tetapi makanan yang bernutrisi itu tidak dikawal.

Sehubungan itu, jawatankuasa mengemukakan 10 syor strategik yang melibatkan kementerian, agensi, pertubuhan bukan kerajaan, serta pihak berkepentingan lain sebagai langkah memperkukuh dasar dan pelaksanaan agenda pemakanan negara secara menyuruh dan bersepadu.

Iaitu pertamanya, disyorkan memperkukuh pelaksanaan Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia 3.0 termasuk pengukuhan literasi pemakanan, inovasi makanan yang lebih sihat, kawalan gula, galakan pengambilan susu, buah-buahan dan sayur-sayuran serta promosi gaya hidup aktif secara menyuruh.

Kedua, memperkukuh dasar mekanisme fiskal bagi menyokong formulasi dan reformulasi produk pilihan yang lebih sihat termasuk pelaksanaan cukai minuman bergula serta pemansuhan subsidi gula dengan penyaluran peruntukan tersebut kepada agenda kesihatan awam.

draft • 11:40 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Ketiganya, memperkukuh pendidikan pemakanan termasuk kawalan terhadap kandungan media sosial yang negatif dan mengelirukan. Banyak dalam kandungan media sosial ini menunjukkan makanan-makanan yang viral. Semua terpengaruh tapi tak sihat. Keempat, memperkukuh pengawasan. Ketiga, memperkukuh pendidikan makanan. Sorry minta maaf.

Keempat, memperkukuh pengawasan dan intervensi pemakanan awal kanak-kanak melalui pengukuhan silibus kesihatan pemakanan, penglibatan ibu bapa dan pemantauan tinggi dan berat badan serta penempatan Pegawai Dietetik.

Yang kelima, mengkaji lebih mendalam keperluan untuk ibu bapa meneruskan program intervensi pemakanan dan kesihatan kanak-kanak selepas fasa 1,000 hari kehidupan pertama mereka ya. Maknanya 1,000 hari, alhamdulillah sudah ada intervensi yang baik tetapi selepas 1,000 hari itu masih lagi kurang intervensinya.

Keenam memperkukuhkan program pemakanan di sekolah termasuk penstrukturan semula kantin, Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah, Rancangan Makanan Tambahan, Program Susu Sekolah bagi memastikan pemakanan sihat dalam kerangka murid sejak awal usia.

Ketujuh, menilai dan memperluas mekanisme sokongan produk makanan bersubsidi atau bantuan pemakanan termasuk penyediaan peruntukan kewangan, pakej makanan seimbang, dan integrasi intervensi nutrisi khususnya untuk golongan rentan.

Kelapan, memperluas pelaksanaan saringan diagnosis dan pengurusan DRM di hospital serta penjagaan premier melalui pendekatan saringan, nasihat, rawat dengan penglibatan Pegawai Dietetik.

Kesembilan, mengintegrasikan modul medical nutrition therapy ataupun oral, clinical, nutrition formula ke dalam sistem penjagaan premier dengan penglibatan Pegawai Dietetik. Dan kesepuluh, menambahkan bilangan perjawatan Pegawai Sains Pemakanan untuk advokasi pemakanan komuniti manakala Pegawai Dietetik bagi liputan intervensi pemakanan klinikal di fasiliti kesihatan premier dan hospital secara berfasa dan terancang.

Reformasi pemakanan memerlukan keberanian dasar dan komitmen berterusan. Jika negara gagal menangani beban berganda mal pemakanan termasuk peningkatan berlebihan berat badan dan obesiti secara menyeluruh negara akan mewariskan kepada generasi akan datang satu sistem kesihatan yang terbeban dan potensi insan yang terjejas.

Jawatankuasa berharap penyata dan syor ini menjadi pemangkin kepada tindakan yang lebih strategik, berani dan bertanggungjawab demi masa depan Malaysia yang sihat dan berdaya saing. Sekian, penerangan saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Kesihatan bagi penyata berhubung Pemantapan Dasar Pemakanan dan Intervensi Nutrisi di Malaysia.

Dan saya ucapkan terima kasih kepada semua Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan Parlimen Malaysia yang sangat komited menjayakan ataupun menghasilkan penyata ini juga, kepada pegawai-pegawai yang penuh dedikasi menyediakan bahan-bahan ini. Kita dalam Jawatankuasa Kesihatan kita tak berbalah, kita bersatu untuk memastikan rakyat Malaysia sihat. Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, penerangan daripada Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Kesihatan ini terbuka untuk Ahli-ahli meminta penjelasan dan memberikan pandangan.

Senarai pembahas, YB Kampar, YB Kapar, YB Seputeh dan YB Sabak Bernam. Setiap pembahas diberi lima minit. Saya jemput Yang Berhormat Kampar.

draft • 11:50 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih Timbalan Puan Yang di- Pertua. Malaysia kini menghadapi satu ancaman kesihatan awam yang lebih besar daripada apa yang kita sedari. Obesiti bukan sahaja isu gaya hidup, ia kini diiktiraf oleh komuniti saintifik global sebagai pandemik tiga serangkai ataupun triple pandemic kerana ia berkait rapat dengan diabetes, penyakit jantung dan kanser.

Kajian antarabangsa yang diterbitkan dalam Jurnal Perubatan Pediatrik Global menyifatkan obesiti sebagai penyakit yang boleh dicegah tetapi sangat mahal kosnya kerana ia membawa kepada sindrom metabolik diabetes jenis 2 yang lebih agresif, komplikasi kesihatan sepanjang hayat dan juga kesan kepada generasi seterusnya melalui perubahan biologi dan epigenetic. Ini bermakna, obesiti bukan sahaja memendekkan hayat seseorang tetapi boleh mewariskan risiko penyakit kepada anak-anak mereka.

Timbalan Puan Yang di-Pertua, di Malaysia krisis ini sudah berada pada tahap yang amat membimbangkan dan merupakan satu krisis nasional yang memerlukan respons yang agresif. Penyata Jawatankuasa Pilihan Kesihatan menunjukkan bahawa 54.4 peratus rakyat dewasa Malaysia mengalami berat badan berlebihan ataupun obesiti dan 15.6 peratus menghidap diabetes. Ini bermakna lebih separuh rakyat Malaysia sedang hidup dengan risiko penyakit kronik.

Lebih membimbangkan, laporan tersebut juga menyatakan bahawa ramai rakyat tidak sedar bahawa mereka menghidap penyakit ini menjadikan satu krisis senyap ataupun silent crisis yang meletup dalam bentuk kos kesihatan yang amat besar pada masa hadapan. Kita mesti memahami skala sebenar krisis ini. Laporan yang sama memberikan amaran bahawa tanpa tindakan segera, kos ekonomi akibat obesiti boleh meningkat sehingga kira-kira empat peratus KDNK negara.

Berdasarkan saiz ekonomi negara hari ini, ini bersamaan kira-kira 70 bilion setiap tahun. Untuk membagi satu perspektif, keseluruhan bajet tahunan 2026 Kementerian Kesihatan Malaysia adalah sekitar 46.5 bilion. Ini bermaksud kos obesiti dan penyakit berkaitan diet sahaja adalah hampir dua kali ganda daripada keseluruhan bajet Kementerian Kesihatan negara.

Timbalan Speaker, jika kita bandingkan dengan krisis COVID yang pernah melanda negara kita, Kerajaan Malaysia membelanjakan kira-kira 90 bilion hingga 100 bilion secara keseluruhan melalui pakej rangsangan dan perbelanjaan kesihatan sepanjang tempoh pandemik tetapi, obesiti menelan kos 70 bilion setiap tahun. Ini adalah kos yang hangus setiap tahun, saban tahun tanpa henti.

Ini bermakna dalam tempoh hanya dua tahun, kos obesiti boleh menyamai kos keseluruhan pandemik COVID yang kita hadapi sekali dalam satu generasi.

Namun tidak seperti COVID, obesiti adalah pandemik yang boleh dicegah.

Timbalan Speaker, namun, terdapat satu fakta yang sangat penting. Laporan Jawatankuasa Kesihatan menunjukkan bahawa intervensi pemakanan dan rawatan pemakanan yang betul boleh menjanakan pemakanan kos kesihatan sehingga enam kali ganda daripada pelaburan yang dibuat.

Ini bermakna setiap RM1 yang kita laburkan dalam kesedaran kesihatan boleh menjimatkan RM6.00 dalam kos rawatan. Jika kita melabur hanya lima bilion setahun dalam pencegahan, kita berpotensi menjimatkan 30 bilion kos rawatan masa hadapan. Ini adalah pelaburan strategik negara dan pulangan pelaburan yang amat tinggi, jauh lebih tinggi daripada mana-mana projek fizikal.

Timbalan Speaker, salah satu punca utama ialah diet harian rakyat Malaysia.

Kita terlalu bergantung kepada karbohidrat halus khususnya nasi putih yang menyebabkan lonjakan gula darah yang cepat dan meningkatkan risiko diabetes.

Kita perlu membina kesedaran awam yang tuntas bahawa nasi putih adalah karbohidrat ringkas yang mencetuskan lonjakan gula drastik dalam darah yang menjadi pemacu utama kepada rintangan insulin, diabetes dan obesiti.

Apabila ini berlaku setiap hari selama bertahun-tahun badan akhirnya kehilangan keupayaan untuk mengawal gula darah dengan baik. Oleh itu, saya cadangkan satu kempen revolusi diet nasional untuk menggalakkan rakyat menggantikan sebahagian nasi putih dengan alternatif yang lebih sihat seperti beras perang dan ubi keledek. Makanan ini mengandungi lebih banyak serat, membebaskan tenaga lebih perlahan dan membantu menstabilkan paras gula darah.

Kerajaan boleh memperkenalkan subsidi, kempen kesedaran dan reformasi menu di sekolah, hospital dan kantin kerajaan.

Namun, daya sahaja tidak mencukupi. Kita juga mesti menangani satu lagi masalah besar iaitu kehilangan jisim otot ataupun dalam nama saintifik, sarcopenia dalam kalangan rakyat Malaysia. Laporan kesihatan menunjukkan bahawa kehilangan otot boleh bermula seawal umur 40 tahun dengan kehilangan tiga peratus sampai lima peratus setiap dekad dan ini meningkatkan risiko komplikasi kesihatan serta kemasukan hospital.

Inilah sebab kita perlu melancarkan kempen nasional latihan kekuatan. Hari ini, ramai rakyat Malaysia melakukan senaman kardio seperti berjalan atau berjoging. Walaupun ini baik untuk jantung, kardio sahaja tidak mencukupi untuk meningkatkan metabolisme jangka panjang.

draft • 11:53 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Latihan kekuatan membina jisim otong, otot dan untuk meningkatkan kadar metabolisme asas badan.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 12:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Lagi dua perenggan habis. Ini bermakna badan membakar lebih banyak kalori sepanjang masa walaupun ketika duduk atau tidur. Dengan lebih banyak otot, badan menjadi lebih cekap membakar lemak.

Timbalan Speaker, kini kita berhadapan dengan satu pilihan jelas. Kita boleh terus membayar RM70 bilion setiap tahun untuk merawat penyakit atau kita boleh melabur sebahagian kecil daripada jumlah untuk mencegah penyakit. Kita mesti melancarkan revolusi diet nasional dan kempen nasional latihan kekuatan. Kita mesti mempromosikan makanan yang lebih sihat seperti beras perang dan ubi keledek dan kita mesti membudayakan latihan kekuatan di seluruh negara. Membina rakyat yang lebih kuat, lebih sihat dan lebih produktif.

Jika kita gagal bertindak, kos akan terus meningkat. Tetapi jika kita bertindak sekarang, kita boleh kurangkan diabetes, kurangkan obesiti, jimatkan berbilion-bilion ringgit dana awam dan meningkatkan produktiviti negara. Setiap ringgit yang kita laburkan dalam pencegahan akan memberikan pulangan berkali ganda. Tetapi paling penting, kita akan memberikan rakyat Malaysia sesuatu yang tidak ternilai iaitu kehidupan yang lebih panjang, lebih sihat dan lebih bermaruah. Sekian, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Kampar. Saya menjemput Yang Berhormat Kapar.

draft • 12:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Timbalan Speaker.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya bangun membahaskan isu yang sangat serius kepada masa depan negara iaitu krisis pemakanan dan penyakit tidak berjangkit berdasarkan dapatan NHMS 2023. Sebelum itu, kita dah dengar Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan tadi telah membentangkan angka-angka.

Tahniah, cantik dia punya presentation ni, dengan visuals dan sebagainya.

Dan satu lagi yang saya nak kaitkan selain kepada NCDs atau penyakit non- communicable diseases itu ialah mengenai paradoks Malaysia yang Malaysia hadapi. Ada yang terlebih itu terlebih garam, terlebih kolesterol dan sebagainya. Ada satu lagi pula paradoksnya, bantut.

Ini saya nak tunjukkan gambar [Sambil menunjukkan senaskah dokumen] daripada WHO 2025, di mana kalau kita bandingkan childhood stunting in Malaysia, di mana dalam 25 tahun yang lepas, rates meningkat 20 peratus hingga 24 peratus, tapi Bangladesh, Cambodia, Philippine semua turun. Malaysia pula naik. Ha, itu.

Lebih makan tapi bantut. Ini paradox je Menteri.

Jadi, kita— persoalannya. Malaysia ni syurga makanan sebenarnya. Dan orang kampung saya kata, you are what you eat. Dan apa masalah true north kita ni? Kompas kita, magnetic compass kita nak tunjuk makan supaya kenyang. Isi perut kan. Tapi nutrition compass kita betul ke tak betul? Apa yang kita makan? Soalannya, apa yang kita makan? Kenapa orang yang tidak miskin, dia macam-macam ada makanan, macam-macam perisa dan perasa tetapi dia pula berpenyakit banyak.

Saya tak ni kan segala angka-angka yang disebutkan tadi.

Jadi, adakah— bersetujukah Kementerian Kesihatan ini adalah masalah herd nutritional male alignment, dengan izin or atau pun mungkin kita perlu menukarkan whole herd nutritional compass ini. Sebab kalau kita tengok di bandar-bandar besar, banyak tempat makan. Macam-macam ada. Itu syurga apa. Dan ini hanya boleh dicapai untuk menjaga NCDs ini kurang supaya ekonomi kita tidak terbeban kerana penyakit acquired yang kerana budaya kita sendiri, pilihan kita sendiri, bukan kerana genetik dan sebagainya. Tetapi ini melibatkan—ini saya pulang balik kepada menteri, whole government and whole society yang membuat polisi, yang budget controllers dan sebagainya. Dan juga sudah tentulah— so pertanyaan saya kepada kementerian, kepada Menteri.

Saya setuju dengan apa yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Kesihatan dan soalannya, practical, solutions-nya. Adakah ini tadi whole of government, whole of society ini sudah pun duduk bersama Kementerian Ekonomi, Kementerian –– apa, Kewangan, Kementerian Pendidikan, KPDNK, Jabatan Pertanian sekali, Kementerian Pertanian sekali lah. Semua ini ya terlibat. Kementerian Komunikasi.

Adakah sama-sama mengambil kira betapa seriusnya masalah budaya kita dalam Malaysia ini di mana kita ini tidak— macam tak tahu kita makan untuk apa. What is the objective kita makan? Bila kita tahu kenapa kita makan, insya-Allah kita akan makan makanan yang buat kita sihat. Tetapi kalau kita tengok budaya, kita tengok merata-rata, minta maaf, ya. Sensitif sikit. Kadang-kadang kita tengok orang makan macam dia nak tempah penyakit. Itu yang disebut segala angka-angka yang begitu membimbangkan tadi.

Jadi Menteri, saya nak tanya bagaimanakah persiapan untuk yang saya sebutkan tadi, herd nutritional knowledge dan budaya pemakanan ini yang sihat.

Adakah ia telah pun dirancang, dah ada blueprint dan bagaimana nak menghadapi double burden of malnutrition, kekurangan zat makanan tadi sebutkan. Anaemia dalam kalangan wanita usia reproductive kita, satu dalam tiga orang. Mereka ni reproductive, tak cukup zat besi dan sebagainya. Dan apakah sasaran pengurangan stunting jelas menjelang 2030? Kalau sekarang ni kita lihat begitu-begitu tinggi, sebab nanti pun saya select committee wanita, ni juga ada juga apa ni laporan mengenai bantut ini.

Jadi daripada KKM itu sendiri, lebih 50 peratus rakyat dewasa Malaysia adalah obes— minta sikit satu minit, Speaker. Dan Malaysia antara kadar obesiti tertinggi di Asia Tenggara. So, saya nak letak satu saja ini kepada kementerian. What is the real problem? Apa isu sebenarnya? Core isunya apa? Kita tak cukup makanan ke? Kita tak pandai nak makan ke? Dan satu lagi yang apa, yang saya rasa tidak disebutkan lagi ialah makanan ultraprocess. Kita dapat lambatkan makanan yang bukan sahajanya dia ini telah dimasak, disiapkan begitu tetapi telah diproses sehingga dia jauh berbeza dari dengan makanan asal. Jadi, saya...

draft • 12:01 PM

Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat, boleh celah sikit?

draft • 12:01 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Celah? Okey, sila.

[Ketawa]

draft • 12:01 PM

Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Makanan ultraprocess tadi saya nak bangkitkan juga kalau boleh kementerian lihat bagaimana trend minuman dan juga ais krim yang manis yang available dalam pasaran pada harga yang amat murah. Ini kita tengok ini terlalu banyak. Balik sekolah saja penuh kedai-kedai ais krim ini. Kalau berterusan untuk satu tempoh jangka masa panjang, kita akan lihat kesan besar pada generasi yang ada pada hari ini. Ini trend ketagihan pada gula. Jadi, bagaimana pandangan kementerian berkaitan dengan trend ketagihanpada gula ini? Terima kasih.

draft • 12:01 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih.

draft • 12:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kapar, masa sudah tamat.

draft • 12:01 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Okey, okey. Saya apakan. Jadi tubuhkan National Nutrition Security Council. Wujudkan dashboard nutrisi nasional dan label amaran tadi hadapan bungkusan. Bukan kecil-kecil, Menteri ya. Ada kita tengok kecil sampai tak boleh baca. Tolong letak di depan supaya orang jelas dan faham. Jadi, saya— dan bagi insentif cukai kepada pengeluar makanan sihat tempatan. You have to give incentive. Mahal nak buatkan makanan sihat ni. Jadi, kerajaan mesti bantu.

Terima kasih, Speaker.

draft • 12:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Kapar. Saya menjemput Yang Berhormat Seputeh.

draft • 12:01 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Pilihan Kesihatan dan KKM kerana membentangkan laporan yang komprehensif berkenaan pelbagai isu yang berkaitan dengan masalah kesihatan dan isu-isu berkaitan dengan pemakanan dalam laporan ini. Sesetengah isu yang dibangkitkan dalam laporan ini memang memeranjatkan.

Misalnya dalam surat 17 dalam laporan ini, pembentangan daripada Malaysian Association for the Study of Obesity (MASO) melalui data Strategies for the Prevention of Obesity Malaysia (SPOM) dan juga tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) menunjukkan obesiti di negara kita telah semakin meningkat di mana 5.6 hingga 6.4 peratus kanak-kanak bawah lima tahun mengalami berat badan berlebihan. 30 peratus kanak-kanak dan remaja berumur lima hingga 17 tahun berlebihan berat badan atau obese dan 54.4 peratus dewasa, orang dewasa berumur 18 tahun ke atas berlebihan berat badan atau obese dengan trend yang terus meningkat dalam kalangan warga emas.

draft • 12:08 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Berlebihan berat badan dan badan gemuk adalah berkaitan dengan isu pemakanan dan kegemukan adalah pintu yang terbuka kepada banyak jenis penyakit.

Puan Yang di-Pertua, dapatan NHMS 2024 menunjukkan corak pemakanan dan gaya hidup warga Malaysia yang tidak sihat yang meluas yang menyumbang kepada berlebihan berat badan.

Laporan ini menyatakan lebih 50 peratus orang dewasa tidak mencapai tahap aktiviti fizikal yang disarankan, 59 peratus dewasa dan 63 peratus remaja mengambil lebih satu hidangan minuman bergula setiap hari dan 68 peratus orang dewasa dan 75 peratus remaja mengambil lemak melebihi saranan dan separuh kanak-kanak berumur 5 hingga 9 tahun tidak mencapai pengambilan minimum lima kumpulan makanan harian.

Puan Yang di-Pertua, laporan Jawatankuasa Kuasa Pilihan Khas ini mendedahkan dua daripada tiga remaja dan satu daripada dua remaja dewasa mengambil gula bebas melebihi paras disyorkan, iaitu 37.5 gram sehari. Lebih membimbangkan, hanya tiga peratus remaja dan satu peratus dewasa mengambil susu pada kadar mencukupi. Ini ada dalam muka surat 23.

Puan di-Pertua, laporan ini juga mengenal pasti faktor utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, iaitu:

(i) sebahagian besar ibu bapa tidak menyedari status obesiti anak mereka kerana menganggap tubuh montel sebagai tanda sihat;

(ii) kekeliruan pengguna terhadap pelabelan dan maklumat pemakanan pada produk makanan;

(iii) pengaruh promosi produk kesihatan berasaskan testimoni di media sosial berpotensi mengelirukan pesakit; dan

(iv) kekangan ekonomi yang dihadapi oleh keluarga berpendapatan rendah sehingga mengehadkan kemampuan mereka untuk mendapatkan makanan yang sihat dan berkhasiat.

Saya amat bersetuju dengan pemerhatian Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan— Pilihan. Jawatankuasa Pilihan Kesihatan dalam muka surat 38 dalam laporan ini iaitu, negara kita haruslah mencontohi amalan beberapa negara yang berjaya membudayakan gaya hidup sihat seperti di Qatar, Korea Selatan, Jepun dan Perancis, melalui kepimpinan teladan, budaya kerja yang mengutamakan kecergasan, amalan berjalan kaki 10 ribu langkah sehari serta budaya makan secara perlahan dan seimbang.

Puan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh syor Jawatankuasa Pilihan Kesihatan agar KKM, KPKM, KPDN dan MOF memperkukuh dasar fiskal termasuk perlaksanaan pemansuhan subsidi terhadap gula. Saya difahamkan setakat Februari 2024, kerajaan memperuntukkan kira-kira RM504 juta satu tahun sebagai subsidi kepada dua pengeluar gula utama negara. Jumlah subsidi ini bermaksud kerajaan memberi subsidi RM1 kepada setiap kilogram gula putih yang dihasilkan untuk pembungkusan 1kg dan 2kg.

Dalam masa yang sama, Kementerian Kesihatan Malaysia membelanjakan kira-kira RM4.9 bilion setahun untuk merawat diabetes. Kos tertinggi dalam kalangan penyakit tidak berjangkit (NCD), iaitu 227 peratus lebih tinggi daripada kanser, yang mana kanser kerajaan membelanjakan RM1.3 bilion dan 11 peratus lebih tinggi daripada penyakit kardiovaskular, iaitu RM3.9 bilion.

Walaupun pemakanan gula— gula yang banyak tidak semestinya menyumbang kepada diabetes. Tetapi tibalah masanya bagi kerajaan untuk melancarkan kempen pengurangan pemakanan gula. Subsidi kerajaan terhadap gula secara tidak langsung menggalakkan pengambilan gula yang berlebihan di kalangan rakyat.

Saya juga menyokong syor Jawatankuasa Pilihan Kesihatan agar KKM bekerjasama dengan kementerian-kementerian lain termasuk KPM, KPWKM, Kementerian Digital dan Kementerian Komunikasi serta NGO untuk memperkasa pendidikan pemakanan dan kempen kesedaran kesihatan melalui sosial media untuk menggalakkan rakyat mengurangkan pengambilan gula seperti apa yang dilancarkan di beberapa negara yang lain.

Saya memuji Speaker Dewan Rakyat yang pernah menetapkan hari Rabu, hari ini ya sebagai hari tanpa gula. Tetapi seruan Tan Sri Speaker tidak diambil serius oleh pihak kantin dan kafeteria di Parlimen. Pada hari Rabu, kita masih dapat kopi, kopi, kopi tarik dan juga teh tarik yang sangat, sangat, sangat manis. Saya menyeru KKM dan Jawatankuasa Pilihan Kesihatan dan pihak pengurusan Parlimen bekerja sama memberi pendidikan kepada pihak kafeteria di Parlimen dan mengadakan kempen pengurangan penggunaan gula di Parlimen.

Saya juga menggesa KKM bersama dengan Jawatankuasa Pilihan Kesihatan, melancarkan kempen kesedaran tentang khasiat pemakanan dan pengurangan pengambilan gula secara berperingkat, bermula di semua agensi kerajaan dan lepas itu kepada semua sekolah dan ke seluruh masyarakat rakyat.

Sekian, terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Saya jemput Yang Berhormat Sabak Bernam.

draft • 12:10 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan selamat pagi. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, terlebih dahulu saya merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa Pilihan Kesihatan atas pembentangan RUU DR3/2026 yang amat signifikan ini, iaitu Pemantapan Dasar Pemakanan dan Intervensi Nutrisi.

Patah tumbuh hilang berganti, Adat pusako jangan dilupo, Tubuh sihat anugerah Ilahi, Dasar kukuh negara terjaga. Yang Berhormat, Orang Minangkabau berpesan, “Alam terkambang jadi guru, alam yang berterbentang luas mengajar tentang keseimbangan, maka, makanlah berpada-pada, hidup bersederhana dan menjaga kesihatan sebelum datangnya penyakit”.

Hari ini, lebih 70 peratus kematian di negara kita berpunca daripada penyakit tidak berjangkit seperti sakit jantung, diabetes, kanser dan sebagainya. Ini bukan angka kecil Yang Berhormat Yang di-Pertua. Ini syarat yang jelas bahawa kita perlu bertindak meluluskan RUU ini di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, kepentingan RUU ini ialah memperkukuhkan kerangka undang-undang pemakanan negara, melindungi kanak-kanak dan golongan rentan, mengurangkan beban kos rawatan kesihatan negara, menggalakkan pendidikan nutrisi secara menyeluruh, termasuk ke sekolah dengan melibatkan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum serta menubuhkan contohnya kelab pendidikan nutrisi.

Peribahasa Minang menyebut, “Elok rumah kerana tukang, elok negeri kerana undang”. Baiknya negeri kerana undang-undang. Jika dasar ini dasar yang kukuh dan perlaksanaannya tegas, insya-Allah rakyat akan dapat manfaatnya.

Pengajaran daripada negara lain. Negara-negara seperti negara Chile telah lama memperkenalkan label amaran jelas pada makanan tinggi gula dan tinggi garam. Colombia pula melaksanakan cukai terhadap makanan ultra proses yang mengandungi pewarna, pengawet dan sebagainya. Tadi ya dan apabila cukai tinggi, harga pun mahal, orang pun tak beli. Jepun— waktu menyerang negara kita perang dunia kedua, askarnya pendek-pendek ya. Sekarang pasukan bola sepak Jepun bermain bola sepak di Malaysia, pemain mereka lebih tinggi daripada Faizal Halim dan Arif Aiman. Ini kerana mereka telah pun mengamalkan makanan seimbang dan diet yang baik.

Langkah ini bukan bertujuan menghukum tetapi mendidik dan membentuk pilihan pengguna. Kita tidak perlu meniru sepenuhnya, tapi boleh menyesuaikan dengan konteks Malaysia. Cadangan penambah baik Yang Berhormat sekalian.

Izinkan saya mengumpulkan beberapa cadangan iaitu pelabelan. Pelabelan hadapan bungkusan yang lebih tegas. Maklumat kandungan gula, garam, lemak perlu lebih tegas dan mudah difahami.

Yang kedua, pendidikan nutrisi wajib di sekolah sepertimana yang saya sebutkan tadi. Bak kata orang-orang Minang, “Kok indak dipupuk, indaklah tumbuh”. Jika kesedaran tidak dipupuk dari kecil, sukar membentuk generasi sihat pada masa akan datang. Dan saya juga...

draft • 12:16 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sabak Bernam.

draft • 12:16 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Saya juga sebagai cikgu,

draft • 12:16 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Boleh mencelah sedikit?

draft • 12:16 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Saya juga sebagai cikgu suatu ketika dulu menghadapi kesukaran untuk memilih pelajar-pelajar saya mewakili sekolah dalam acara lompat tinggi, lompat jauh kerana murid badannya gemuk- gemuk.

draft • 12:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sabak Bernam, boleh?

draft • 12:20 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Berikan galakan kepada syarikat yang mengurangkan kandungan gula dan garam dalam produk mereka.

Sistem pemantauan nasional.

draft • 12:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sabak Bernam, boleh tak?

draft • 12:20 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Sedikit saja.

draft • 12:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara].

draft • 12:20 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Tak boleh sikit.

draft • 12:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sikit saja. Sikit saja.

draft • 12:20 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Tak boleh, tak boleh.

draft • 12:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, okey. Tak apa, tak apa. Tak nak kawanlah macam ini.

draft • 12:20 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Buat soalan secara bertulis...

[Ketawa] Tanpa data dan pemantauan berkala, dasar ini mungkin menjadi sekadar dokumen di atas kertas. Kursus wajib untuk― ini penting ini, Tuan Yang di-Pertua.

Kursus wajib untuk pengusaha katering dan pengusaha kantin dan sebagainya. Saya ingin memberi penekanan khusus kepada satu cadangan penting. Pengusaha katering dan majlis rasmi kerajaan, sekolah, hospital, institusi awam wajar mewajibkan menghadiri kursus pemantapan dasar pemakanan dan intervensi nutrisi.

Mengapa? Kerana makanan di majlis rasmi sering tinggi gula, minyak berlebihan.

Jika katering dilatih yang menu seimbang― contohnya, pecal. Makanan orang Jawa. Itu makanan yang seimbang, Tuan Yang di-Pertua, kerana dalam pecal ada sambal kacang― ada lemak; nasi― ada karbohidrat; sayur― ada vitamin C.

Dan vitamin C ini apabila bercampur dengan air, dia ada menghasilkan asid askorbik yang boleh menguatkan sistem imunisasi. Sebab itu haiwan yang makan rumput macam kambing tak pernah demam...

[Ketawa] Sebab sistem imunisasi dia kuat.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 12:20 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Pilihan rendah kalori boleh disediakan. Konsep pinggan sihat boleh dipraktikkan. Bayangkan kalau kita tidak amalkan dari sekarang ya, murid-murid kita badan gemuk-gemukkan dan mereka nanti akan jadi wakil rakyat, semua wakil rakyat dalam Dewan ini gemuk-gemuk.

Jadi, suasana tak berapa menarik. Kalau hari ini kita ada Yang di-Pertua badan slim, cantik, kita pun seronok. Akan datang, kalau kita tidak jaga, mungkin kita akan memiliki Yang di-Pertua yang badannya besar, tak berapa sihat.

Jadi, bayangkan jika setiap program rasmi kerajaan menjadi contoh teladan makanan seimbang. Perubahan budaya mula daripada kepimpinan. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Kerana penggubal dasar pengusaha mesti makanan sihat, rakyat boleh membuat pilihan yang bijak.

Sedikit lagi, Tuan Yang di-Pertua. Matlamat jangka panjang kita ialah mengurangkan obesiti yang boleh dicegah, menurunkan kes diabetes baharu, kawalan penyakit berjangkit. Bak kata orang Melayu, “Mencegah lebih baik daripada mengubati”. Dalam konteks Ramadan, di bulan Ramadan ini, kita diajar tentang kesederhanaan. Namun, realiti ini, kadang-kadang juadah berbuka puasa terlalu berlebihan macam semalam.

Izinkan saya untuk selitkan pantun.

Anak merpati terbang ke hulu, Hinggap sebentar di dahan jati; Jika kesihatan dijaga dahulu, Negara makmur rakyat diberkati. Yang di-Pertua, jangan kita menjadi bangsa yang sudah terhantuk baru tengadah. Dasar ini sekadar tentang makanan tapi tentang masa depan negara.

Rakyat yang sihat adalah aset ekonomi negara. Generasi yang sihat adalah jaminan kemakmuran. Marilah kita berganding bahu bagai aur dengan tebing demi memastikan dasar ini benar-benar memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dengan itu, saya menyokong RUU D.R.3/2026 dengan cadangan penambahbaikan yang telah saya kemukakan. Terima kasih, Yang di-Pertua.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Sabak Bernam. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kuala Langat, Ahli Jawatankuasa Pilihan Kesihatan untuk menjawab. Saya bagi masa tujuh minit.

draft • 12:20 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

Terlebih dahulu, saya ucapkan terima kasih kepada semua ahli yang berucap, Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang saya kira cukup concern untuk turut hadir pada hari ini untuk mendengar cadangan-cadangan dan juga pandangan-pandangan daripada rakan- rakan semua.

Saya kira ini adalah satu yang penting kerana kita melihat pada hari ini bagaimana kerajaan terpaksa menggunakan jumlah kewangan yang cukup besar untuk menangani masalah NCD di dalam negara kita dan sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh masalah pemakanan.

Saya kira sudah ada dasar pemakanan dalam negara yang― cuma, saya lihat adalah bagaimana kita dapat memantapkan dan mungkin ada intervensi- intervensi yang tertentu berkaitan dengan nutrisi di Malaysia ini. Saya kira dengan empat pembahas yang terlibat tadi, sebenarnya gambaran saya melihat sebahagian besar daripada Ahli-ahli Parlimen ini telah faham dan saya melihat bahawa penyata ini boleh menjadi rujukan kita sebagai Ahli Parlimen bila kita berhadapan dengan masyarakat untuk membawa mesej bahawa pemakanan ini adalah sangat penting dalam kita mengubah bagaimana corak kesihatan di dalam negara kita yang berkaitan dengan NCD itu sendiri.

Dan saya melihat tadi bahawa ketidakseimbangan pemakanan yang akhirnya menyebabkan ketidakseimbangan berat badan, sama ada obesiti ataupun kelebihan berat badan ataupun bantut itu, ia nya adalah sangat realistik. Dan saya melihat adalah bagaimana mungkin sudah ada dasar di peringkat kerajaan sendiri― seribu langkah sehari.

draft • 12:23 PM

Seorang Ahli

10,000.

draft • 12:23 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

10,000 langkah sehari yang saya kira tidak menjadi praktikal pun di dalam masyarakat kita dan kita juga sebagai Ahli Parlimen. Kekurangan daripada segi aktiviti ini, akhirnya makanan yang kita makan itu tidak menjadi tenaga dan dia menjadikan penyimpanan lemak badan kita dan menyebabkan obesiti.

Begitu juga saya kira dasar pemakanan yang ada di dalam negara kita soal hidangan pemakanan. Dulu kita melihat kepada piramid makanan yang dasar itu adalah karbohidrat yang begitu besar dan kemudian keperluan protein dan akhirnya soal sayur-sayuran dan juga buah-buahan sebagai sumber mineral dan vitamin.

Tetapi, hari ini sudah berubah. Suku, suku separuh. Separuh adalah sayur- sayuran dan juga buah-buahan, suku karbohidrat, suku protein yang saya kira masih tidak menjadi lagi praktikal di dalam masyarakat pada hari ini. Sebab itu saya melihat bagaimana antara agensi, kementerian dalam negara ini harus memainkan peranan terutamanya dalam perkara-perkara yang saya sebutkan tadi.

Perbahasan hari ini memperlihatkan bahawa isu pemakanan bukan sahaja rutin kesihatan awam tetapi telah menjadi persoalan struktur yang menyentuh daya tahan dan masa depan negara. Realitinya, negara sedang berhadapan dengan cabaran kesihatan yang terbentuk secara perlahan namun berimpak terhadap kestabilan ekonomi dan kesejahteraan sosial jangka panjang.

Masalah berlebihan berat badan dan obesiti, penyakit tidak berjangkit serta beban berganda mal pemakanan bukan saja sekadar angka dalam laporan tahunan kementerian, ia merupakan petunjuk jelas bahawa ekosistem makanan negara memerlukan pembetulan dasar yang lebih berani dan systemic dan menyeluruh tanpa kompromi.

Sekiranya keadaan ini terus menerus secara berperingkat tanpa perubahan struktur yang konkrit, sistem kesihatan negara kita akan terus menanggung beban rawatan yang meningkat saban tahun, manakala produktiviti tenaga kerja akan terjejas secara beransur-ansur dan berpanjangan.

Isu ini tidak boleh ditangguhkan dengan alasan sensitiviti pasaran dan pertimbangan ekonomi jangka pendek dan bersifat sementara. Kesihatan awam mesti diberi keutamaan mengatasi kepentingan komersial yang tidak selari dengan kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.

Penggulungan ini menegaskan bahawa tanggungjawab reformasi pemakanan tidak boleh dipusatkan kepada satu kementerian sahaja secara terhad.

Kementerian Kesihatan Malaysia perlu menjadi peneraju dasar yang tegas tetapi pelaksanaan menuntut pengaktifan, penglibatan aktif Kementerian Pendidikan, Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, pihak berkuasa tempatan serta sektor industri makanan dan minuman.

Pendekatan whole-of-government dan whole-of-society bukan sekadar retorik ataupun ucapan rasmi, sebaliknya menuntut penyelarasan fizikal yang berani reformasi persekitaran makanan, kawalan pemasaran yang ketat serta pendidikan awam yang konsisten merentasi generasi. Sekiranya agensi bergerak secara berpisah tanpa koordinasi berpusat yang kukuh, hasilnya akan terbatas dan tidak menyeluruh.

Negara tidak boleh berada dalam keadaan separa tegas dan mengelirukan pasaran dan masyarakat kerana keputusan dasar yang tidak jelas hanya memberikan ruang kepada industri untuk memanipulasikan kelemahan pengawalseliaan demi kepentingan komersial.

Reformasi makanan memerlukan ketegasan kepimpinan serta kejelasan hala tuju nasional yang tidak berubah. Negara-negara lain telah menunjukkan bahawa perubahan struktur sistem makanan mampu dilaksanakan apabila kepentingan kesihatan awam dijadikan asas utama setiap keputusan dasar.

draft • 12:23 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Isu penyakit berkaitan malnutrisi dan anemia dalam kalangan kanak-kanak pula menuntut tindakan klinikal yang lebih sistematik dan menyeluruh. Pengesanan lewat serta intervensi yang tidak berterusan akan terus meningkatkan risiko komplikasi kesihatan dan kos rawatan jangka panjang. Generasi akan datang berhak mewarisi sistem makanan yang menyokong kesihatan dan pembangunan fizikal, bukan sistem yang menyumbang kepada penyakit kronik sejak usia yang semakin muda.

Secara ringkasnya, jawatankuasa telah mengemukakan syor strategik yang melibatkan kementerian, agensi dan NGO bagi memperkukuhkan pelaksanaan Dasar Pemakanan Kebangsaan 3.0, memperkemas mekanisme fiskal termasuk cukai minuman bergula serta rasionalisasi dan pemansuhan subsidi gula dengan penyaluran semula peruntukan kepada agenda kesihatan awam.

Penyata jawatankuasa ini tidak seharusnya berakhir sebagai dokumen arkib ataupun sekadar rekod perbahasan Dewan. Ia merupakan garis tindakan nasional yang menuntut pelaksanaan segera serta komitmen dasar berpanjangan merentas penggal pentadbiran. Kumpulan ini menyeru agar segala dapatan dan syor yang telah dikemukakan diterjemahkan kepada tindakan yang nyata, terukur serta berimpak kepada seluruh lapisan masyarakat masa depan Malaysia yang sihat, produktif dan berdaya saing bergantung kepada keberanian dasar dan ketegasan pelaksanaan yang ditunjukkan mulai saat ini hingga penggulungan.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya melihat raut muka Yang Berhormat Menteri, saya ingat dia bersedia untuk menjawab pelbagai persoalan-persoalan yang dikemukakan. Cuma mungkin apabila kita bentangkan penyata ini di peringkat penggulungan, diberikan ruangan kepada Menteri untuk menggulung dan menjawab beberapa persoalan ataupun mungkin menyelesaikan sekurang-kurangnya dapat kita selesaikan buat masa ini dan ia memberikan kepuasan kepada semua.

Saya ingat menjadi amalan di peringkat negeri pun apabila penyata dibahaskan, maka Exco akan menggulung dan ia akan memberikan impak yang baik dalam sistem semak dan imbang dalam negara kita. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua di atas perbahasan penggulungan penyata ini. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Saya seterusnya meminta Yang Berhormat Puchong, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat yang akan memberi penerangan berkenaan penyata bertajuk bantut dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia.

draft • 12:30 PM
BANTUT DALAM KALANGAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Terima kasih Puan Timbalan Speaker kerana izinkan Puchong selaku Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat untuk membuat penerangan Penyata Bantut Dalam Kalangan Kanak-kanak di Malaysia yang telah pun kita bentangkan pada 24 Februari 2026 pada hari Selasa.

Secara kebetulan saya tengok hari ini Jawatankuasa Kesihatan juga telah pun memberi penerangan berkenaan dengan dasar pemakanan dan juga intervensi nutrisi di Malaysia dan saya kira adalah sangat baik, saya juga setuju dengan YB Kuala Langat di mana kita gembira tengok YB Menteri yang sudi duduk di sini untuk dengar sebab kedua-dua penyata ini adalah berkaitan dengan Dasar Pemakanan di Malaysia.

Dan juga yang hari ini penerangan dan pembentangan penyata juga menunjukkan bahawa dasar pemakanan Malaysia perlu dikaji semula dan direvolusi.

Terima kasih kepada Menteri kerana sudi duduk, hadir dan dengar dan saya juga berharap bahawa bukan sahaja dengar syor-syor kami tetapi untuk syor yang boleh digunakan, kita implementasi dan dilaksanakan di peringkat KKM.

Balik kepada penyata yang bantut ini. Secara keseluruhannya, penyata ini adalah hasil libat urus dan dapatan daripada sesi pendengaran bersama dengan KKM, sekretariat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), United Nations Children’s Fund (UNICEF) dan juga Nutrition Society of Malaysia (NSM).

Sebelum saya pergi lebih jauh lagi, saya Puchong ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini kepada dua statistik dan satu fakta yang berkaitan dengan masalah bantut di dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia. Statistik pertama di mana telah pun dibentangkan oleh juga Jawatankuasa Kesihatan di mana berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2022, kadar bantut dalam kalangan kanak-kanak bawah lima tahun di Malaysia ialah 21.2 peratus. Ini bermakna bahawa satu daripada lima kanak-kanak di bawah lima tahun adalah bantut. Yang lebih membimbangkan lagi, kadar ini meningkat daripada 17.7 peratus pada tahun 2015 kepada 21.2 pada tahun 2022.

Statistik kedua yang Puchong ingin menarik tumpuan Dewan yang mulia ini adalah perbandingan kadar bantut antara Malaysia dengan negara-negara ASEAN lain. Puan Yang Timbalan Speaker, mengikut Our World in Data, Malaysia adalah satu-satunya negara di ASEAN yang merekodkan peningkatan kadar bantut iaitu daripada 19.3 peratus pada tahun 2000 ke 24.3 peratus pada tahun 2024.

Pada tempoh yang sama, semua negara-negara ASEAN lain menunjukkan penurunan. Ada juga yang menunjukkan penurunan yang amat ketara. Saya bagi satu contoh, Vietnam menurun daripada 41.1 peratus pada tahun 2000. Pada ketika itu, dia adalah dua kali ganda kadar bantut Malaysia. Tetapi sekarang 24 tahun kemudian, mereka telah pun diturunkan 19.2 peratus pada tahun 2024, lebih rendah daripada kita.

Pada tahun 2000, kadar bantut di Malaysia adalah ketiga terendah di ASEAN selepas Singapura dan Thailand. Tetapi pada tahun 2024, kadar bantut di Malaysia ialah keempat tertinggi di ASEAN selepas Laos, Filipina dan Myanmar. Ini adalah pencapaian-pencapaian yang tidak membanggakan.

Puan Timbalan Speaker, fakta utama— tadi saya telah pun huraikan dua statistik, sekarang saya nak huraikan satu fakta utama untuk yang saya nak tegaskan di Dewan Yang Mulia ini ialah ramai yang tengok masalah bantut ini sekadar ketinggian, fizikal, kecil, anak kecil cute tetapi ia adalah lebih daripada itu. Ia memberi kesan yang mendalam terhadap struktur dan fungsi otak kanak-kanak.

Dalam infografik yang kita bekalkan dalam penyata kita dan hari ini saya pun print satu otak kanak-kanak di bawah lima antara mereka yang bantut dan mereka yang sihat. Kalau kita tengok yang bantut, isi padu otak adalah lebih kecil, bilangan neuron lebih rendah, sambungan neuron lebih terhad. Tetapi kalau kita tengok, ini adalah otak mereka yang sihat.

Ini bermaksud apa? Ini bermaksud bahawa bantut bukan sekadar saiz sahaja. Bukan sekadar dia cute. Tetapi kalau seseorang kanak-kanak itu bantut, ia akan menjejaskan fungsi dan juga kognitif otak. Tahap IQ akan menjadi lebih rendah.

Kemahiran bahasa dan juga motor halus, fine motor skills akan menjadi lebih rendah, daya tumpuan akan menjadi lebih lemah.

Dari segi individu, dia akan menjadi pencapaian akademik akan terjejas, produktiviti masa depan akan terjejas. Dan secara agregat dalam jangka masa panjang, untuk negara kita, daya saing negara kita akan terjejas kerana productivity workforce kita terjejas akibat bantut masa mereka adalah di masa kanak-kanak. Itu kenapa jawatankuasa ini memandang sangat berat tentang masalah bantut di kalangan kanak-kanak dan kita telah pun membuat taklimat dan membentangkan penyata ini.

Di sini, Puchong hanya ingin merumuskan tiga perkara yang paling penting, yang saya kira paling penting, penemuan utama dan juga syor-syor yang berkaitan dengan itu. Yang lain, YB-YB sekalian boleh baca.

Yang pertama, penemuan utama yang saya ingin bangkitkan ialah jawatankuasa mendapati bahawa masalah bantut di kalangan kanak-kanak di Malaysia menjadi lebih sukar dikesan selepas umur 18 bulan iaitu selepas tamat jadual imunisasi rutin sehingga mereka hadir ke tadika pada umur lima. Kenapa?

Kerana untuk pengetahuan Dewan Yang Mulia ini. Kira-kira 80 peratus bayi yang lahir di Malaysia, mereka mendapat suntikan imunisasi dari fasiliti KKM.

Dan setiap kali mereka pergi suntikan, untuk ibu bapa-ibu bapa di sini kita memang tahu, setiap kali kita pergi suntikan imunisasi, kita juga kira ketinggian dan berat badan. Dan di klinik kesihatan dia akan plot. Dia plot lepas itu dia akan tengok pertumbuhan itu sihat ke tidak. So, untuk mereka yang pergi KKM, berdasarkan data KKM, mereka kata dalam masa 18 bulan ini, peratusan bantut yang dikesan adalah rendah. Ini bermaksud apa? Bermaksud bahawa bantut yang kita kesan.

draft • 12:32 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Bantut berlaku selepas 18 bulan bagi mereka yang pergi klinik kerajaan ataupun mereka yang pergi klinik swasta ataupun mereka yang tidak mendapat imunisasi sekalipun. Jurang ini perlu ditutup dan dari segi pemantauan dan juga intervensi.

YB. Menteri, jawatankuasa mengesyorkan supaya KKM dengan kerjasama KPWKM dan semua kementerian dan agensi yang terlibat satu, untuk memperkenalkan mekanisme pemantauan wajib bagi setiap kanak-kanak bawah lima tahun di Malaysia sama ada mereka yang menggunakan perkhidmatan kesihatan swasta atau pun kerajaan untuk memastikan pertumbuhan setiap kanak- kanak di Malaysia dipantau dengan sistematik dan intervensi boleh diberikan dengan segera.

Kedua, jawatankuasa difahami bahawa KKM sudah ada usaha untuk 1,000 hari pertama tetapi kita di sini ingin mengesyorkan KKM untuk memanjangkan skop intervensi pemakanan dan kesihatan anak-anak daripada 1,000 hari pertama kehidupan iaitu sehingga usia kedua, ke 2,000 hari pertama iaitu sehingga usia lima tahun. Ini adalah kerana jurang yang kita tengok tadi. Sebab bantut berlaku selepas 18 bulan dan bukan dalam usia lingkungan 1,000 hari pertama itu.

Penemuan utama kedua, Puan Timbalan Speaker yang jawatankuasa dapati ialah kesedaran berkenaan dengan impak negatif bantut dan literasi pemakanan antara ibu bapa masih adalah sangat rendah secara keseluruhannya. Masih ada ramai ibu bapa di luar sana anggap bahawa bantut ini bukan masalah besar. Itu masalah saiz, dia akan besar. Tetapi, mereka tidak tahu bahawa itu berkaitan dengan kognitif otak.

Dengan itu, jawatankuasa mengesyorkan KKM dengan kerjasama Kementerian Komunikasi untuk mengadakan kempen kesedaran mengenai implikasi bantut bukan sahaja kepada pertumbuhan fizikal semata-mata tetapi juga kepada pertumbuhan dan perkembangan otak.

Kami juga mengesyorkan KKM untuk satu mengubah protokol bagi mewajibkan konsultasi pemakanan untuk bayi berusia enam bulan, 12 bulan, 18 bulan di klinik dan hospital kerajaan serta swasta. Setiap kali kanak-kanak pergi dapatkan suntikan imunisasi, kalau masa enam bulan mereka juga mendapat sikit sesi konsultasi dengan pegawai pemakanan untuk bagaimana untuk suapkan anak mereka.

Kedua, menyediakan risalah pelbagai yang standard, pelbagai bahasa berkenaan dengan pendidikan pemakanan bagi bayi berusia enam bulan, 12 bulan, 18 bulan bagi memastikan komponen pendidikan pemakanan asas diberikan kepada ibu bapa semasa lawatan bayi dan kanak-kanak di kerajaan dan di swasta adalah distandardkan.

Untuk membuat satu dan dua, kita kira KKM perlu meningkatkan pegawai pemakanan yang lebih lagi seperti apa yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Kesihatan juga.

Yang ketiga, seterusnya kita juga difahami bahawa sekarang KKM sedang dalam rancangan untuk melaksanakan sistem pelabelan hadapan pek, Nutri-Grade A to D. So, kita di sini sangat setuju. Hanya nak mengesyorkan supaya kita boleh mempercepatkan lagi pelaksanaan sistem pelabelan ini, Nutri-Grade secara mandatori bagi produk makanan dan minuman.

Ini adalah kenapa? Ini adalah kerana bukan semua orang, bukan semua pengguna ataupun ibu bapa, kita ada pemahaman ataupun ada knowledge yang mencukupi untuk tengok apakah makanan yang sihat. Oleh itu, adalah sangat penting kalau KKM boleh membuat pelabelan supaya kita tengok, okey kalau A itu sihat, kita beli sahaja semua A. Itu senang untuk ibu bapa supaya kita tidak salah.

Puan Timbalan Speaker, penemuan ketiga jawatankuasa ialah walaupun susu ialah antara sumber nutrien yang efektif dan mudah bagi memastikan pertumbuhan sihat kanak-kanak, bekalan dan harga susu tidak mendapat perhatian yang mencukupi daripada pihak kerajaan. Seperti minyak masak yang mendapat subsidi RM2 bilion hingga RM4 bilion setiap tahun ataupun gula yang mengakibatkan obesiti juga dapat subsidi RM500 juta.

Justeru, jawatankuasa mengesyorkan supaya MOF dengan kerjasama KPKM, KPDN dan KKM membuat penyasaran semula subsidi pemakanan negara supaya susu dan mungkin lagi nutrien-nutrien, sumber-sumber protein yang lain juga diberi keutamaan untuk memastikan setiap kanak-kanak boleh mengakses kepada nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan yang sihat.

Secara keseluruhannya, jawatankuasa ingin mengesyorkan kerajaan untuk belajar daripada pengalaman Indonesia dan ini adalah cadangan daripada UNICEF.

Mereka menunjukkan contoh pengalaman kepada kita kerana they have a success story. Indonesia telah berjaya menurunkan kadar bantut mereka sebanyak 11 peratus dalam masa enam tahun sahaja, daripada 30.8 peratus pada 2018 ke 19.8 peratus pada tahun 2024.

Ini membuktikan bahawa penurunan yang ketara boleh dicapai. Dalam Indonesia satu negara yang begitu kompleks, yang begitu besar, kalau mereka boleh lakukan, maka Malaysia juga boleh lakukan. Antara faktor kejayaan Indonesia yang saya nak menarik perhatian Dewan yang mulia ini, ialah inisiatif menangani bantut digerakkan oleh mandat undang-undang di peringkat tertinggi, melalui Peraturan Presiden No.72 tahun 2021 mengenai percepatan penurunan bantut.

Sehubungan dengan itu, jawatankuasa mengusulkan BHEUU bersama dengan KKM untuk mengkaji keperluan dan bagaimana kita juga boleh mewujudkan mandat undang-undang pada peringkat tertinggi supaya kita boleh mempercepatkan penurunan kadar bantut di Malaysia.

Tuan Timbalan Speaker, sikit lagi. Berdasarkan pengalaman Indonesia, jawatankuasa juga ingin mengesyorkan supaya KKM mengenal pasti dan memfokuskan intervensi kepada daerah dan komuniti berisiko tinggi seperti kawasan orang asli, perumahan kos rendah melalui pendekatan bersasar berasaskan data tempatan. Let it be data oriented, dengan izin. Jawatankuasa juga mengesyorkan supaya KKM bersama dengan MOF dan Kementerian Ekonomi mewujudkan peruntukan khusus yang bersasar dan berstruktur. Sekarang kita tak ada peruntukan khusus untuk menangani bantut.

Saya di sini nak mengesyorkan supaya kita memang ada satu peruntukan yang khusus untuk menangani bantut yang boleh turun di peringkat akar umbi, komuniti tempatan melalui agensi kerajaan ataupun peruntukan bagi NGO secara sistematik, menghubungkan peruntukan dengan liputan sasaran, jenis program intervensi dan juga impak terhadap kadar bantut.

Puan Speaker, sebagai penutup, Puchong ingin tegaskan sekali lagi bahawa bantut bukan sekadar isu ketinggian ataupun anak kecil, ia menjejaskan perkembangan otak, pencapaian akademik, produktiviti masa depan dan paling penting daya saing negara pada masa depan. Setiap kanak-kanak yang gagal mencapai potensi pertumbuhan hari ini adalah kerugian kepada negara pada masa hadapan. Itu sahaja pembentangan dan penerangan saya. Sekian terima kasih.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak dapat berada di dalam Dewan semasa penerangan penyata ini dan mereka telah mengarahkan pegawai kanan daripada kementerian dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk berada di dalam Dewan sekarang untuk sesi penerangan penyata JKPK ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat, penerangan daripada Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat ini terbuka untuk Ahli-ahli meminta penjelasan dan memberikan pandangan. Senarai pembahas, YB. Bentong, YB. Kepala Batas, YB. Jelutong dan YB. Merbok. Saya jemput Yang Berhormat Bentong, lima minit setiap pembahas.

draft • 12:40 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Hari ini kita membahaskan penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat mengenai isu bantut dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia. Isu ini bukan sekadar soal fizikal atau ketinggian badan semata-mata tetapi ia merupakan penanda ketidaksamaan pembangunan manusia yang serius dan memberi implikasi jangka panjang terhadap masa depan negara.

Bantut adalah manifestasi kegagalan sistem, kegagalan dalam pemakanan, kesihatan awam, pendidikan, perlindungan sosial dan juga tadbir urus. Ia mencerminkan jurang antara dasar dan pelaksanaan serta antara kemajuan ekonomi negara dengan realiti kehidupan rakyat di peringkat akar umbi.

Puan Yang di-Pertua, jika kita merujuk kepada laporan ini, data yang dibentangkan amat membimbangkan. Berdasarkan National Health and Mobility Survey (NHMS) 2022, kadar bantut dalam kalangan kanak-kanak bawah lima tahun di Malaysia adalah 21.2 peratus. Bermakna satu daripada lima orang anak Malaysia mengalami bantut.

draft • 12:48 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Angka ini bukan sahaja tinggi, malah jauh melepasi sasaran SDG 2030 iaitu 14.2 peratus. Lebih membimbangkan, dalam tempoh hampir 25 tahun, kadar bantut di Malaysia tidak menunjukkan penurunan yang signifikan. Malah, terdapat peningkatan daripada sekitar 20 peratus kepada hampir 25 peratus dalam tempoh tertentu. Ini adalah satu paradoks pembangunan. Negara semakin maju dari segi infrastruktur dan pendapatan, namun kualiti pertumbuhan anak-anak kita semakin terjejas.

Sebagai perbandingan, negara jiran kita Indonesia berjaya menurunkan kadar bantut mereka sebanyak 11 peratus dalam tempoh enam tahun melalui pendekatan menyeluruh, berfokus dan berakauntabiliti. Mereka menjadikan isu nutrisi sebagai agenda nasional, disokong oleh kempen kesedaran awam berskala besar, advokasi berterusan dan kepimpinan politik yang jelas. Kita dapat melihat papan iklan kempen media massa dan platform digital yang secara konsisten mendidik rakyat tentang kepentingan nutrisi. Malangnya, pendekatan sedemikian masih belum dilaksanakan secara agresif di Malaysia.

Puan Yang di-Pertua, di Malaysia antara isu yang paling hampir dengan rakyat ialah jurang dalam pemantauan pertumbuhan kanak-kanak. Realitinya, kebanyakan ibu bapa berhenti membawa anak ke klinik kesihatan selepas jadual imunisasi wajib berakhir sekitar 18 bulan. Akibatnya, pemantauan berat dan ketinggian badan terhenti dan masalah bantut hanya dikesan apabila anak memasuki alam persekolahan. Ketika itu, peluang untuk intervensi awal telah terlepas.

Isu bantut hari ini juga bukan lagi isu kemiskinan tegar semata-mata dan ia tidak terhad kepada kawasan luar bandar. Ia semakin ketara dalam kalangan keluarga bandar, berpendapatan rendah dan sederhana yang terperangkap dengan kos sara hidup yang tinggi, literasi pemakanan yang rendah serta pendedahan berlebihan kepada pemasaran pemakanan tidak sihat.

Tanpa kita sedari, harga makanan berkhasiat seperti susu, telur, ikan, buah- buahan dan sayur-sayuran terus meningkat, sekali gus mengehadkan akses keluarga berpendapatan rendah kepada nutrisi berkualiti. Dalam masa yang sama, makanan ultraproses yang murah, tinggi gula dan garam, lebih mudah diperoleh dan dipasarkan secara agresif, terutamanya kepada anak-anak.

Sebagai Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, kami juga telah beberapa kali membangkitkan keperluan untuk pemantapan dasar pemakanan dan intervensi nutrisi yang lebih menyeluruh, termasuklah keperluan menilai semula keberkesanan program sedia ada agar tidak bersifat berselerak dan reaktif.

Puan Yang di-Pertua, sehubungan dengan itu saya menyokong sepenuhnya syor-syor jawatankuasa yang perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan.

Pertama, mengambil iktibar daripada kejayaan Indonesia, jawatankuasa mencadangkan penggubalan akta kebertanggungjawaban terhadap kanak-kanak bagi memastikan tindakan merentas kementerian dilaksanakan secara mandatori, bersepadu dan berakauntabiliti bukan sekadar atas kertas sahaja.

Kedua, mewujudkan mekanisme pemantauan pertumbuhan wajib bagi kanak-kanak berusia 18 bulan sehingga lima tahun sama ada melalui klinik kesihatan, pusat jagaan kanak-kanak atau institusi pendidikan awal bagi menutup jurang pemantauan sedia ada.

Ketiga, menamatkan pendekatan silo iaitu isu bantut memerlukan kerjasama erat antara KKM, KPWKM, KPM dan KPKM termasuklah aspek keterjaminan makanan bernutrisi, pendidikan pemakanan dan perlindungan sosial yang menyeluruh.

Keempat, memperkukuhkan pendidikan makanan kepada ibu bapa khususnya ibu yang hamil dan keluarga muda dengan pendekatan yang mudah difahami, bersifat komuniti dan sensitif kepada realiti kos sara hidup.

Kelima, menguatkuasakan sekatan pemasaran makanan tidak sihat kepada kanak-kanak terutamanya di platform digital yang kini menjadi medium utama pendedahan kanak-kanak kepada iklan makanan.

Keenam yang terakhir, saya mohon agar Kementerian Kewangan menyediakan peruntukan yang khusus serta bersasar serta menambah perjawatan pakar pemakanan dan dietitian di peringkat daerah supaya intervensi ini dapat dilaksanakan lebih awal dan lebih dekat dengan komuniti.

Puan Yang di-Pertua, sebagai kesimpulan, pelaburan awal dalam pemakanan anak-anak kita bukan perbelanjaan tetapi pelaburan strategik untuk masa depan Malaysia. Jika kita gagal bertindak sekarang, kita sedang membiarkan generasi membesar dengan potensi kognitif dan fizikal yang terjejas, yang akhirnya membebankan sistem kesihatan, pendidikan dan ekonomi negara.

Saya menyeru agar semua syor penyata jawatankuasa ini dilaksanakan dengan segera, menyeluruh dan berkesan agar anak-anak Malaysia berhak mendapat permulaan hidup yang terbaik dan adalah menjadi tanggungjawab kita di Dewan yang mulia ini untuk memastikan hak tersebut dilindungi. Sekian terima kasih.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Saya jemput Yang Berhormat Kepala Batas.

draft • 12:50 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Yang di-Pertua, Ramadan Kareem kepada semua yang beragama Islam.

Puan Yang di-Pertua, bantut ataupun dalam bahasa utaranya kita sebut ketot, bukan sekadar isu ketinggian fizikal tapi ialah tujuan petunjuk kepada kekurangan zat kronik yang memberi kesan kepada perkembangan otak, tahap pembelajaran, kesihatan jangka panjang serta produktiviti apabila dewasa kelak.

Namun, isu bantut ini sebenarnya akan memberi impak terhadap perkembangan dan kemajuan negara dari sudut kualiti kesihatan dan masa depan negara, bahkan kepada survival modal insan negara. Jika kita bercakap tentang transformasi ekonomi IR 4.0 dan negara berpendapatan tinggi, bagaimana kita tidak mempunyai sasaran nasional yang jelas dan boleh diukur untuk menurunkan kadar bantut? Adakah kita benar-benar melihat isu bantut ini sebagai isu keselamatan ekonomi negara ataupun hanya sekadar isu kebajikan?

Puan Yang di-Pertua, punca utama bantut ialah ketidakseimbangan nutrisi dalam pemakanan seharian, kurangnya pendidikan pemakanan dalam kalangan ibu bapa ataupun penjaga. Maka, kita melihat isu ketidakseimbangan nutrisi ini bukan hanya melibatkan jenis makanan, tetapi gaya hidup yang dibawa oleh kehidupan seharian.

Mengambil contoh bagaimana kehidupan berkeluarga pada hari ini yang menyebabkan ibu bapa dan anak-anak jarang ada masa makan untuk bersama.

Sibuk bekerja bagi anak duit, janji kenyang tanpa pantauan pengambilan dan kawalan makanan anak yang ambil.

Ibu bapa lebih mudah mencadangkan untuk anak-anak ambil makanan segera sebagai diet ataupun cara pemakanan yang pada hemah mereka lebih mudah, kenyang dan cepat, terutamanya anak-anak yang picky eater, dengan izin.

Ramai tidak sedar bahawasanya santap bersama ini sangat penting dalam membantu diet seisi keluarga. Malah ramai ibu bapa terlepas pandang tentang umur kritikal perkembangan anak-anak adalah di bawah usia lima tahun.

Kepala Batas juga melihat sebelum ini sebagaimana isu ini disebutkan sugar attack, dengan izin yang pernah ditanya sebelum ini yang turut menyumbang kepada ketidakseimbangan nutrisi anak-anak. Anak-anak mungkin dilihat cukup makan, tapi sebenarnya kekurangan zat yang penting.

Justeru, Kepala Batas mencadangkan supaya elemen pendidikan pemakanan sihat diperkukuh dalam kursus praperkahwinan. Topik berkaitan keseimbangan nutrisi makanan mestilah disampaikan oleh pakar pemakanan daripada pihak Kementerian Kesihatan. Matlamat kempen ini adalah bagi memastikan pendidikan awal keseimbangan nutrisi kepada bakal ibu bapa mesti bermula daripada sebelum pernikahan lagi.

Puan Yang di-Pertua, akses kepada makanan sihat terutama dalam kalangan keluarga yang berpendapatan rendah. Jika masalah beras pun masih ada yang berjimat dan bercatu, bagaimana pula dengan makanan yang sihat. Hari ini semua protein seperti telur, ayam, ikan, susu sering kali dilihat harganya agak tinggi berbanding dengan makanan segera ataupun makanan yang diproses. Harga sayur- sayuran segar, harga buah-buahan segar ada kalanya tidak stabil.

Maka, inilah sebab mengapa keluarga berpendapatan rendah cenderung memilih makanan yang mengenyangkan berbanding makanan yang lebih berzat.

Akibatnya, anak-anak mungkin cukup kalori tetapi kekurangan zat seperti zat besi, zink dan juga protein yang sangat penting untuk pembesaran fizikal dan perkembangan otak.

Sehubungan itu, Kepala Batas cadangkan agar program bantuan seperti MyKasih dan BUDI MADANI turut memasukkan senarai khusus buah-buahan dan juga sayur-sayuran segar sebagai barangan yang layak dapat diberi dan dipertimbangkan. Pada kebanyakan masa makanan proses sejuk beku ini sering menjadi pilihan, namun dengan tersenarainya buah-buahan dan juga sayur-sayuran ini sedikit sebanyak membantu golongan yang memerlukan untuk memilih makanan yang lebih berkhasiat dan juga segar. Bantuan bukan sekadar mengenyangkan perut tetapi memastikan zat mencukupi.

Puan Yang di-Pertua, menurut pakar perunding pediatrik endokrinologi...

draft • 12:55 PM

Dato' Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Kepala Batas.

draft • 12:55 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Pusat Perubatan Universiti Malaya...

draft • 12:55 PM

Dato' Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Boleh tak?

draft • 12:55 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Profesor Madya Dr.

Azriyanti Anuar Zaini, sebahagian besarnya berpunca daripada keyakinan ibu bapa terhadap anak-anak mereka yang akan tinggi kelak. “Tak apa, ketot sekarang tak apa. Nanti besaq dia akan tinggi”. “Tak apa, mak pun rendah. Mak pun ketot. Ayah pun ketot. Nanti anak tak apa akan tinggi”. Tapi anggapan-anggapan sedemikian, menganggap ketinggian itu bukanlah masalah kritikal berikutan fizikal mereka sendiri yang rendah.

draft • 12:55 PM

Dato' Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Kepala Batas, ringkas.

draft • 12:55 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Maka, Kepala Batas simpulkan di sini isu bantut tidak hanya berlaku dalam kalangan masyarakat dan golongan di kawasan kampung dan pedalaman, tapi lebih kepada cara fikir dan juga mindset.

Maka dengan itu, kalau kita lihat iklan sebelum ini di televisyen, seorang budak nama Ali, main bola selincah sebagaimana kawan-kawannya. Bila kawan- kawan baling bola tinggi, tak dapat tangkap. Minta maaf, saya bercakap dalam bahasa utara lebih mudah faham. “Kecil-kecil cili padi”, bagus kita sebut tetapi realitinya kelebihan fizikal itu mungkin impaknya lebih berbeza macam pemain- pemain warisan yang ada sekarang. Apa yang disampaikan oleh iklan tersebut, pada waktu rehat...

draft • 12:55 PM

Dato' Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Kepala Batas, ringkas sahaja Kepala Batas.

draft • 12:55 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Rakan-rakan dan buah- buahan— pada waktu rehat, rakan-rakannya makan buah-buahan. Sedangkan ibunya sediakan sosej dan juga nuget sebagai diet kesihatan.

draft • 12:55 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Ini adalah sebahagian realiti yang perlu kita sama-sama baiki. Minta maaf, saya nak habiskan saya punya...

draft • 1:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ringkas, ringkas. Sedikit sahaja.

Berapa saat sahaja.

draft • 1:00 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Maka kalau kita lihat negara Thailand memperkenalkan National Life Programme, dengan izin...

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Terengganu sila duduk.

draft • 1:00 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

...Pada tahun 1993 yang membekalkan makanan sihat kepada para pelajar dengan menjadikan buah-buahan sebagai salah satu hidangan. Mungkin kerajaan boleh libatkan pihak universiti untuk lakukan kajian terlebih dahulu bagi mengkaji sejauh mana kebolehlaksanaan perkara ini dan mungkin kah ada inisiatif lain yang akan dicadangkan seperti polisi makanan sihat sekolah.

[Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 1:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ringkas, ringkas. Ringkas. Sikit.

Beberapa saat sahaja.

draft • 1:00 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Tuan Yang di-Pertua, untuk izin satu minit.

draft • 1:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tak apa, satu minit. Ringkas sahaja. Setuju tak Kepala Batas, bahawa isu bantut ini kerajaan telah lama terlepas pandang? Itu saja. Terima kasih.

draft • 1:00 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Terima kasih kepada Hulu Terengganu. Saya mohon masukkan ke dalam teks saya.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya Malaysia tidak kekurangan makanan tetapi sebahagian rakyat kekurangan akses kepada makanan yang berzat. Bantut adalah cerminan ketidaksamaan ekonomi negara kita. Maka pelaburan dalam nutrisi awal bukan perbelanjaan semata-mata tetapi perbelanjaan jangka panjang untuk memastikan generasi akan datang lebih sihat, lebih cerdas dan produktif.

Jika isu ini tidak ditangani secara menyeluruh dan juga serius, Malaysia berisiko menghadapi apa yang kita sebut sebagai lost generation productivity, generasi yang potensi penuhnya tidak dapat dimaksimumkan akibat kekurangan nutrisi pada peringkat awal kehidupan. Realitinya, Tuan Yang di-Pertua dan juga sahabat-sahabat dari kementerian khususnya, negara makin menua, perkahwinan makin kurang, kelahiran makin kurang. Yang lahir, bantut pula.

Justeru, Kepala Batas menyeru agar kerajaan yang berada di peringkat top down khususnya memberi keutamaan serius terhadap isu ini dalam dasar kesihatan dan belanjawan negara. Menjadi ibu bapa, bukanlah hanya sekadar berikan makan dan kemudahan yang cukup buat anak-anak, tetapi kita berusaha memastikan makanan yang dihidangkan adalah berkhasiat.

Kita sama-sama berperanan menyediakan generasi yang sihat dan kuat di masa hadapan. Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana nasihat Saidina Ali bin Abi Talib kepada kita semua, untuk melihat generasi pada masa depan— untuk melihat masa depan negara, lihatlah generasi pada hari ini. Sekian, terima kasih.

draft • 1:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih, Yang Berhormat Kepala Batas.

Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Jelutong. Lima minit, Yang Berhormat.

draft • 1:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Speaker di atas peluang diberikan. Saya bangun untuk bahas dan memohon beberapa perkara diperjelaskan. Saya dengar tadi Yang Berhormat Puchong yang telah membentangkan laporan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh beliau.

Persoalannya adalah bagaimana— saya sebelum itu ingin berterima kasih kepada Yang Berhormat Puchong dan jawatankuasa beliau yang telah membuat kajian dan membentangkan satu kertas di atas pendapatan-pendapatan yang telah dibuat oleh mereka. Cumanya, saya mengambil pendekatan bahawa bantut ini merupakan, bukannya selalu boleh dilihat sebagai satu kekurangan.

Saya ingin beri contoh seorang pemain bola sepak yang terkenal di dunia.

Diego Maradona umpamanya. Adalah seorang yang bukannya setinggi saya, tetapi mempunyai kelebihan-kelebihan untuk bermain bola. Kebanyakan pemain-pemain bola sepak kita lihat daripada pasukan-pasukan, semuanya adalah yang mempunyai ciri-ciri yang tidak begitu tinggi ataupun boleh dikatakan ketot.

Namun demikian, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan yang mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan bahawa perkara ini tidak menjadi satu masalah kesihatan yang akan membelenggu negara pada masa yang akan datang. Cumanya, saya ingin tanya bagaimana kerajaan ingin memastikan bahawa syor-syor yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Puchong ini sebenarnya dilaksanakan, terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar, di kawasan perkampungan ataupun di kawasan-kawasan orang asli?

Kerana kita lihat rata-rata daripada statistik yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Puchong tadi, kebanyakan kejadian-kejadian bantut ini berlaku di kawasan luar bandar dan juga yang terkesan kebanyakannya adalah orang-orang asli. Jadi, apakah pendekatan, bagaimana kerajaan ingin mengambil satu langkah inisiatif untuk memastikan bahawa ibu bapa yang baru melahirkan anak akan melaksanakan kewajipan mereka dan sama ada sekiranya mereka gagal melaksanakan kewajipan mereka, bagaimanakah kerajaan ingin mengambil pendekatan? Sama ada tindakan undang-undang diambil terhadap mereka ataupun sebelum itu mereka diberi kursus dan sebagainya?

Sekarang kita lihat bahawa rata-rata sebelum kita bernikah, bukan sahaja di kalangan orang-orang beragama Islam, yang bukan beragama Islam juga diwajibkan untuk melalui kursus untuk mereka diberi tunjuk ajar berkenaan dengan pelbagai perkara yang melibatkan rumah tangga mereka.

Persoalannya adalah, adakah kementerian— kementerian-kementerian yang terlibat juga akan mengambil pendekatan memastikan bahawa wanita-wanita yang hamil akan melalui kursus bukan sahaja melalui pemeriksaan kesihatan di hospital ataupun klinik kesihatan tetapi pada masa yang sama juga diberi tunjuk ajar berkenaan dengan makanan-makanan berkhasiat yang perlu diberikan.

Satu lagi fenomena yang kita lihat adalah syor atau saranan yang diberikan berkenaan dengan perkara-perkara melibatkan ketot ini adalah untuk mengelakkan makanan proses. Kita lihat bahawa fast food dengan izin, makanan proses merupakan sesuatu yang menjadi— Hulu Terengganu. Bangun lagi? Silakan kawan saya.

draft • 1:02 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Hulu Terengganu. Boleh? Okey, dua perkara. Terima kasih, Jelutong, sahabat saya. Terima kasih, Pengerusi. Apa pandangan Jelutong? Bahawa apa yang berlaku di Indonesia telah berjaya? Kita copycat saja apa yang dilakukan oleh Kerajaan Indonesia. Itu pertama.

Kedua, setuju tak Jelutong bahawa makanan warisan, bukan sahaja Bak Kut Teh dan lain-lain itu perlu diisytiharkan dengan nutrisi-nutrisi yang bagus? Apa pandangan Jelutong? Terima kasih.

draft • 1:02 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau ia boleh menyumbang kepada pengurangan kadar ketot ini, kita terima satu cadangan yang bernas daripada kawan saya Hulu Terengganu. Tetapi pada masa yang sama, kita juga perlu lihat bahawa menjadi satu amalan sekarang, merata tempatlah.

Saya tidak mahu menyebutkan mana-mana syarikat tertentu tetapi kita lihat bahawa menjadi— seperti yang dihantarkan oleh rakan saya daripada Kepala Batas tadi, kali pertama saya setuju bahawa menjadi fenomena untuk ibu bapa membawa anak-anak mereka kepada umpamanya McDonald's, KFC hanya untuk membeli hidangan untuk memberi kegembiraan, menceriakan mereka kerana mereka tidak mempunyai masa untuk diluangkan bersama-sama dengan keluarga.

Ini merupakan satu fenomena. Makanan seperti burger, makanan seperti ubi kentang yang diproses, ayam dan sebagainya menjadi satu perkara yang juga boleh menyumbang kepada fenomena ini. Jadi, saya ingin tanya penjelasan bagaimana kerajaan dan perkara yang penting yang ingin saya katakan adalah Kerajaan MADANI menunjukkan inisiatif yang begitu jelas, yang begitu ikhlas, yang begitu serius untuk menangani perkara ini.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Puchong dan juga jawatankuasa, ahli-ahli jawatankuasa yang telah menjalankan pelbagai pendekatan, mungkin kajian dan sebagainya untuk membentangkan kerja ini. Jadi, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan memohon penjelasan bagaimana kita ingin mengamalkan perkara-perkara yang telah disyorkan, sama ada melalui kita meluluskan satu undang-undang baru untuk memastikan bahawa ibu-ibu yang hamil akan memastikan anak-anak yang dilahirkan itu tidak mengalami fenomena ini pada masa yang akan datang. Terima kasih Speaker di atas peluang yang telah diberikan.

draft • 1:02 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Merbok.

draft • 1:02 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Baik. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Saya bangun hari ini untuk membahaskan satu isu yang sering dipandang sepi, tetapi implikasinya sangat besar terhadap masa depan negara, iaitu masalah bantut atau stunting dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia.

Menurut Laporan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022 dan tinjauan kebangsaan sebelum ini, kadar bantut di Malaysia masih berada pada tahap yang membimbangkan, iaitu 21.2 peratus atau satu daripada lima kanak-kanak berbanding sasaran SDG 2030 yang ditetapkan pada 14.2 peratus atau kurang.

Malah dalam sesetengah komuniti B40 dan kawasan luar bandar, kadar bantut ialah sebanyak 23.8 peratus berbanding kawasan bandar sekitar 20.2 peratus.

draft • 1:09 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Manakala di kalangan kanak-kanak orang asli di bawah lima tahun pula, angkanya jauh lebih tinggi, iaitu 43.8 peratus berbanding populasi umum dan purata nasional. Kadar bantut di Malaysia mencatatkan peningkatan daripada 20 hingga 25 peratus sejak 25 tahun lepas, berbanding negara Asian yang menunjukkan penurunan seperti negara Jepun, Korea Selatan dan Vietnam.

Malah di Bangladesh sendiri, kadar bantut mereka menurun daripada 50 peratus lebih kepada 25 peratus, sama macam sejak 25 tahun yang lepas. Jadi, mungkin kita boleh belajar daripada negara Bangladesh. Ini amat memalukan dan membimbangkan bagi sebuah negara yang bercita-cita menjadi negara maju dan berkepadatan tinggi.

Persoalannya, di manakah silap dasar dan pelaksanaannya? Tuan Yang di- Pertua, bantut bukan sekadar isu fizikal kanak-kanak rendah daripada usia sebenar.

Ia adalah petunjuk kekurangan zat makanan yang kronik, kelemahan sistem sokongan ibu dan anak terutamanya pada 1,000 hari pertama selepas kelahiran serta kegagalan intervensi awal malah sebelum kelahiran lagi. Ia bukanlah hanya berpunca daripada iron deficiency, sebaliknya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti ketidakcukupan protein, ketidakcukupan vitamin D dan kalsium semasa fasa tumbesaran.

Lebih membimbangkan, kadar bantut bukan sahaja memberikan kesan terhadap ketinggian tetapi juga perkembangan kognitif, prestasi akademik, kebolehanpasaran kerja pada masa hadapan dan akhirnya produktiviti negara.

Dalam konteks ini, kerajaan sering mengumumkan pelbagai pelan tindakan pemakanan seperti Program Susu Sekolah, Bantuan Bakul Makanan. Namun persoalan yang perlu dijawab ialah mengapa kadar bantut masih tidak menunjukkan penurunan yang signifikan?

Jika kerajaan serius dalam menangani perkara ini, kenapakah kerajaan masih memberikan RM500 juta setahun untuk subsidi gula berbanding tiada subsidi untuk susu? Mencegah bantut memerlukan intervensi sejak bayi dalam kandungan lagi. Malah termasuk penjagaan ibu hamil dengan pemberian asid folik dan juga memperbaiki kualiti makanan pelengkap selepas umur enam bulan bagi mencegah masalah ini.

Antara usaha lain yang boleh dilaksanakan ialah saringan anemia, pendidikan pemakanan dan sokongan kesihatan mental ibu. Malangnya, dasar sedia ada lebih menumpukan kepada rawatan selepas berlaku sesuatu.

Kedua, ibu— isu kos sara hidup yang terus meningkat turut menyumbang kepada masalah ini. Apabila harga barang makanan asas meningkat, keluarga berpendapatan rendah terpaksa memilih makanan yang murah tetapi kurang berkhasiat. Sebagai contoh, duit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diberikan oleh kerajaan akan digunakan untuk membeli makanan yang tidak sihat seperti mi segera yang berada di tangga teratas dalam senarai barang yang wajib dibeli oleh penerima SARA.

Dalam perkara ini, mungkin kerajaan tidak dapat mengawal kenaikan harga makanan yang berkhasiat secara berkesan dan gagal memastikan akses kepada makanan berzat pada harga mampu milik. Ini bukan sekadar isu kesihatan tapi isu keadilan sosial. Terdapat kelemahan penyelaras antara kementerian. Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga serta agensi kebajikan. Tanpa pangkalan data bersepadu dan mekanisme pengesanan awal yang sistematik, ramai kanak-kanak berisiko tercicir daripada intervensi awal.

Tuan Yang di-Pertua, Merbok ingin mengemukakan beberapa cadangan alternatif iaitu peluasan subsidi bersasar untuk makanan berprotein tinggi seperti telur, susu, ikan, kekacang kepada keluarga B40 yang mempunyai anak kecil dan menggunakan pangkalan data yang disepadukan secara digital untuk mengelak ketirisan. Memperkukuhkan peranan klinik kesihatan komuniti dan sukarelawan kesihatan setempat dengan latihan khusus pengesanan awal bantut serta pemantauan berkala. Pendekatan komuniti ini selari dengan prinsip tadbir urus yang dekat dengan rakyat.

Mengintegrasikan pendidikan makanan, pemakanan keibubapaan dalam model pra-perkahwinan dan kelas antenatal secara lebih sistematik. Kita tidak boleh hanya menyalahkan ibu bapa tanpa menyediakan ilmu dan sokongan yang mencukupi. Pembentangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen seperti ini perlulah diteruskan dan laporan tahunan khusus mengenai status pemakanan kanak-kanak supaya isu ini tidak tenggelam dalam statistik umum kesihatan.

Tuan Yang di-Pertua, isu bantut ini bukanlah sekadar angka di atas kertas.

Ia adalah soal masa depan generasi negara kita. Jika hari ini kita gagal memastikan kanak-kanak membesar dengan sihat dan cerdas, maka 10 atau 20 tahun lagi, kita akan menanggung kos sosial dan ekonomi yang jauh lebih besar. Negara yang kuat bermula dengan keluarga yang sihat. Keluarga yang sihat bermula dengan ibu dan anak yang cukup zat dan sokongan. Kita tidak boleh berpuas hati dengan program bersifat kosmetik atau pengumuman populis semata-mata.

draft • 1:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Merbok, ringkas. Boleh?

draft • 1:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak boleh dah, masa dah habis dah.

draft • 1:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ringkas sahaja, Pengerusi.

Setuju tak Merbok bahawa isu bantut ini bukan melibatkan Kementerian Kesihatan sahaja? Malah ia merupakan semua kementerian. Pendidikan, Pelancongan, Kementerian Pengajian Tinggi dan sebagainya. Setuju tak Merbok?

draft • 1:10 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Setuju apa yang dikatakan oleh Kuala Terengganu tadi. Terima kasih. Hulu Terengganu.

Akhir kata, saya mendesak agar kerajaan mengambil isu ini sebagai agenda nasional yang mendesak dan bukan sekadar projek perintis atau kempen bermusim.

Generasi masa depan negara tidak boleh dibantutkan oleh kelemahan dasar hari ini.

Sekian, terima kasih.

draft • 1:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat, seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Rantau Panjang, Ahli Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat untuk menjawab. Yang Berhormat.

draft • 1:10 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membuat penggulungan terhadap Sesi Penerangan Jawatankuasa Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat berkaitan dengan isu bantut dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia. Terima kasih.

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi dan semua ahli jawatankuasa memberi peluang kepada saya untuk penggulungan pada hari ini dan saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pembahas yang terlibat, yang telah memberi pandangan, saranan yang cukup baik untuk sama-sama kita melihat ke depan dalam isu bantut ini, termasuk juga celahan daripada Yang Berhormat Hulu Terengganu.

Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Kepala Batas, Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Merbok, terima kasih diucapkan. Kami sangat menghargai kepada— terhadap semua saranan dan pandangan yang telah diberi.

Tuan Yang di-Pertua, isu bantut ini merupakan isu yang sangat besar dan ia adalah satu persoalan masa depan negara. Jadi, saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan, yang sudi datang mendengar sendiri isu ini ada kaitan langsung dengan kementerian dan juga pegawai-pegawai daripada kementerian-kementerian yang berkaitan.

Kerajaan perlu memandang serius isu bantut di kalangan kanak-kanak bukan sekadar isu fizikal semata-mata dan memandang isu ini membawa kepada implikasi jangka panjang yang mendalam terhadap pelbagai aspek kehidupan individu dan ekonomi negara. Bayangkan kalau satu daripada lima kanak-kanak kita gagal mencapai potensi pertumbuhan yang optimal, maka kita sedang berdepan dengan isu pembangunan negara yang mendasar. Ini sangat bahaya untuk masa depan negara.

Jadi, jawatankuasa kita mengenal pasti bagaimana dalam— selepas tempoh 18 bulan merupakan titik kelemahan sistem dan perkara ini perlu diberi perhatian oleh kementerian dan kerajaan supaya perkara ini dinilai balik, supaya pemantauan anak-anak ini bukan setakat hanya 18 bulan. Apabila hubungan berkala dengan sistem kesihatan yang longgar, risiko kanak-kanak terlepas daripada pemantauan meningkat dalam tempoh yang sepatutnya menjadi fasa pengukuhan pertumbuhan hingga kita kehilangan sentuhan intervensi.

Inilah menyebabkan kita tidak dapat data ataupun maklumat apa yang jadi pada anak selepas daripada tempoh 18 bulan fasa pemantauan oleh Kementerian Kesihatan.

Jadi, walaupun kita ada peruntukan bertambah dan sebagainya tetapi tidak menunjukkan penurunan yang konsisten. Jadi, saranan-saranan daripada Yang Berhormat ini amat-amat kita hargai, terutama saya ingin menyentuh berkaitan dengan saranan daripada Yang Berhormat Kepala Batas iaitu berkaitan dengan bantut yang memberi kesan terutama punca daripada isu ekonomi dan juga isu pendidikan terhadap ibu bapa dan elemen pemakanan sepatutnya dimasukkan dalam kursus pra-perkahwinan.

Kami, jawatankuasa bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat dan kita mohon kepada semua kementerian yang berkaitan supaya meneliti perkara ini, supaya perkara ini diberi perhatian yang serius.

Begitu juga apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat daripada Bentong dan Yang Berhormat daripada Jelutong dan Yang Berhormat daripada Merbok. Saya mengucapkan terima kasih di atas cadangan yang diberi.

draft • 1:06 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Semua isu-isu ini saya harap diberi perhatian, terutamanya berkaitan dengan bantuan. Bantuan subsidi makanan. Kita tahu kerajaan— ratusan juta memberi subsidi kepada gula dan banyak lagi subsidi-subsidi yang lain tetapi sayang subsidi kepada makanan yang sangat penting untuk pembesaran anak-anak kita tidak ada dalam senarai, terutama susu untuk kanak-kanak.

Jadi, sebab itulah kita harapkan supaya perkara ini dinilai balik untuk memastikan supaya subsidi ataupun bantuan susu ataupun bahan makanan yang bernutrisi tinggi ini dapat diberi perhatian terutamanya dalam membentuk masa depan anak-anak kita yang lebih sihat, insya-Allah. Dan kita lihat juga bagaimana faktor budaya, kepercayaan dan persekitaran digital yang mempengaruhi amalan pemakanan generasi muda.

Jadi, tanpa pengukuhan literasi makanan dan penyeliaan pasaran makanan yang tidak sihat membiarkan keluarga berdepan dengan tekanan komersial yang kuat tanpa pelindungan yang mencukupi. Jadi makanan seperti yang tidak bernutrisi seperti jajan dan sebagainya harus dikawal, termasuk iklan-iklan dan sebagainya.

Jadi, saya harapkan supaya perkara ini diberi perhatian oleh semua kementerian.

Begitu juga tentang keperluan tenaga pakar terutama tenaga pakar pemakanan yang belum jauh lagi daripada kita mencukupi. Jadi, kita mengharapkan supaya tenaga pakar terutama berkaitan dengan pemakanan ini berada untuk memperbaiki lagi terutama protokol di pemakanan, di klinik, pusat jagaan, taska dan sebagainya semua peringkat.

Dan begitu juga di pedalaman termasuk perkampungan orang asli, di kantin- kantin sekolah dan juga termasuk komuniti supaya dapat memberi pendidikan kepada masyarakat dan ibu bapa supaya menjadi–– dapat menyokong pilihan makanan yang lebih sihat.

Begitu juga Tuan Yang di-Pertua, perbincangan kita tidak hanya meneliti masalah, kita juga meneliti penyelesaian yang telah terbukti berkesan di peringkat serantau. Seharusnya kita mengambil iktibar daripada pengalaman-pengalaman negara serantau kita bagaimana mereka melaksanakan dalam menangani isu yang berkaitan dengan bantut. Ia juga bukan setakat menurunkan angka tetapi ialah mestilah kita ada komitmen.

Contohnya, pengalaman di Indonesia. Satu pengajaran dalam tempoh enam tahun sahaja kadar bantut Indonesia berjaya diturunkan daripada 30.8 peratus kepada 19.8 peratus. Penurunan 11 mata peratusan dalam tempoh singkat ini tidak berlaku secara kebetulan. Ia didorong oleh kepimpinan politik tertinggi, mandat undang-undang yang jelas melalui peraturan Presiden, begitu juga penyasaran daerah yang mempunyai beban tinggi serta mekanisme yang merentas sektor yang diwajibkan.

Jadi, saya harap perkara ini juga diambil perhatian dalam negara kita. Ini menunjukkan bahawa perubahan yang mungkin kita akan laksanakan ini tidak akan berlaku tanpa komitmen politik yang diterjemahkan dalam struktur pelaksanaan yang konkrit.

Malaysia mempunyai dasar, pelan tindakan dan komitmen antarabangsa.

Namun dasar sahaja tidak mencukupi tanpa penyelarasan yang tegas, pemantauan yang telus dan peruntukan yang benar-benar berasas dan mempunyai hasil yang optimum. Begitu juga Jawatankuasa berpandangan bahawa Malaysia perlu bergerak ke arah pengukuhan mandat pelaksanaan yang lebih jelas merentas kementerian.

Yang kedua, penyasaran daerah dan komuniti berisiko tinggi secara sistematik. Mesti kita kenal pasti daerah-daerah bukan sahaja di luar bandar, malah kajian UNESCO menunjukkan bahawa di bandar, termasuk juga di Putrajaya, di antara kawasan yang berisiko dalam isu bantut. Begitu juga mekanisme pemantau yang kerap yang boleh diakses oleh umum.

Peruntukan yang meletakkan sehingga hasil impak yang tinggi dan begitu juga hendaklah kita mempunyai kepimpinan yang konsisten daripada peringkat Pusat hingga ke peringkat negeri dan daerah. Pelarasan antara dasar-dasar–– dasar yang selaras antara peringkat Persekutuan dan negeri. Begitu juga kita mengharapkan supaya bantut ini tidak boleh dilihat sebagai isu yang boleh ditangguhkan. Setiap tahun yang berlalu tanpa pembetulan struktur bermakna satu lagi kohot kanak-kanak yang berisiko kehilangan potensi penuh mereka akan terus berlaku.

Jadi, jika negara yang lebih besar dan lebih kompleks boleh mengurangkan kadar bantut, dasar drastik melalui reformasi tadbir urus dan penyasaran berasaskan data maka Malaysia juga mampu dengan syarat kita berani membuat penyesuaian yang diperlukan. Dengan itu Jawatankuasa mengharapkan segala syor-syor yang dikemukakan diberi pertimbangan serius dan diterjemahkan kepada tindakan yang berstruktur, bersasar dan boleh diukur. Sebab ini sangat penting kita tidak boleh menganggap ini adalah satu perkara yang remeh dan ringan.

Sebagaimana ramai disebut oleh Yang Berhormat tadi, kita jangan anggap ini hanya pandang sebelah mata ataupun tidak mengambil serius. Jadi, saya harapkan daripada hasil pembentangan daripada Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa, hasil daripada cadangan, saranan daripada semua pembahas-pembahas penyata ini, saya harapkan supaya perkara ini diberi perhatian oleh Kerajaan Malaysia untuk melahirkan generasi yang sihat, yang bukan bantut dari sudut fizikal tapi yang paling bimbang kita ialah memberi kesan yang besar untuk membina kepimpinan generasi masa depan.

Sebab kesan bantut ini sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Pengerusi tadi iaitu mempunyai kesan kepada pemikiran daya IQ dia dan ini sudah tentu merugikan aset yang sangat berharga yang akan merugikan masa depan negara. Itu saja, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

draft • 1:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang.

[Tepuk] Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang selesailah sesi penerangan daripada Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Pilihan pada hari ini.

draft • 1:20 PM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG KUALITI ALAM SEKELILING (PINDAAN) 2026 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk kemukakan rang undang-undang ini.

draft • 1:20 PM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Selamat tengah hari, salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon untuk mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dibaca kali yang kedua sekarang.

Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dihormati untuk membentangkan Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 juga dikenali sebagai Akta 127 merupakan suatu akta yang digubal untuk mencegah, menghapus, mengawal pencemaran, membaiki alam sekeliling dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya.

Akta 127 ini terpakai di seluruh negara. Pindaan pada kali kelapan ini bertujuan untuk membolehkan pelaksanaan keputusan Kerajaan Persekutuan berhubung dengan pemakaian Perkara 95C Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa perundangan kepada Sabah dan Sarawak dalam pelaksanaan peruntukan tertentu di bawah akta ini khususnya yang berkaitan dengan pengurusan buangan terjadual.

Rang undang-undang ini mengandungi dua fasal yang melibatkan satu seksyen di bawah Akta 127. Perkara penting dalam pindaan ini adalah seperti berikut.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan dan fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 1 Akta 127 dengan memasukkan subseksyen (3) baharu untuk memberikan Menteri kuasa untuk menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan akta ini di bahagian-bahagian yang berlainan di Malaysia.

Sebagai makluman kepada Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang saya hormati, Mesyuarat Khas Majlis Perjanjian Malaysia 1963 atau MKMA63 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 14 April 2022 telah dipersetujui antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak berhubung dengan pemberian kuasa bagi pengurusan dan kawal selia sisa buangan terjadual di darat atau ke dalam perairan negeri masing-masing melalui pemakaian Perkara 95C di bawah Perlembagaan Persekutuan.

draft • 1:26 PM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63 adalah dokumen penting yang menjadi asas kepada pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 di mana Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bersatu menjadi satu Persekutuan baru atas prinsip kepercayaan, kerjasama dan keadilan.

Hak-hak dan kuasa-kuasa autonomi yang diperuntukkan khas kepada wilayah Sabah dan Sarawak akan sentiasa dipelihara, malah ditambah baik selaras dengan perkara-perkara yang telah dipersetujui semasa pembentukan suatu ketika dahulu.

MA63 juga telah diberi pengiktirafan undang-undang yang paling tinggi melalui Perlembagaan Persekutuan. Justeru pindaan kepada Akta 127 ini adalah selari dengan semangat federalisme dalam Perlembagaan Persekutuan yang sama- sama kita junjung. Bagi merealisasikan semangat ini, terdapat keperluan daripada segi perundangan untuk memindah Akta 127 ini bagi memberikan kuasa kepada menteri untuk menggantung pemakaian Akta tersebut.

Sama ada secara keseluruhan atau sebahagian di bahagian-bahagian tertentu dalam Malaysia, bagi memastikan proses pemberian kuasa dapat dilaksanakan secara teratur.

Bagi memastikan proses penurunan kuasa dapat dilaksanakan secara terancang dan berkesan, pelbagai gerak kerja telah dimulakan sejak tahun 2022 melalui penganjuran sesi libat urus, bengkel dan mesyuarat yang melibatkan penyertaan aktif Kerajaan Sabah dan Sarawak.

Di samping itu, pemantauan secara berkala turut dilaksanakan menerusi mesyuarat Jawatankuasa Teknikal di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963, yang terus bersidang sehingga kini bagi memastikan pelaksanaan pemberian kuasa ini berjalan lancar dan mencapai matlamat yang ditetapkan.

Taklimat khas kepada Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Parlimen yang ke-15 Bilangan 3 Tahun 2026 pada 28 Januari 2026 juga telah dilaksanakan. Rang undang-undang ini telah dipersetujui oleh Jabatan Peguam Negara pada 19 November 2025 dan seterusnya diluluskan oleh Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 30 Januari 2026.

Secara keseluruhannya, cadangan rang undang-undang ini telah melalui proses perundangan serta sesi libat urus yang menyeluruh dan teratur dengan semua pihak yang berkepentingan menyatakan sokongan terhadap usaha ini.

Pindaan yang dicadangkan bukan sahaja bertujuan untuk memperkukuh tabir urus pengurusan pembuangan sisa terjadual, malah mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam menunaikan obligasi serta memperkasa semangat Perjanjian Malaysia 1963.

Akhir kata, kelulusan bagi rang undang-undang ini amatlah penting serta memerlukan sokongan semua pihak dan Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini untuk memastikan hak-hak kepada Sabah dan Sarawak dapat dikembalikan sepertimana yang telah termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Yang Dihormati, akhir kata, kelulusan bagi rang undang-undang ini amatlah penting dan memerlukan sokongan semua pihak dan Ahli Dewan Yang Mulia Ini. Sekian dan terima kasih.

draft • 1:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Baiklah, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada siapa yang menyokong?

draft • 1:30 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 1:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Saya ada senarai pembahas, ada 21 pembahas semua sekali. Setiap pembahas akan diberikan 5 minit. Saya akan panggil nama.

Pembahas pertama, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Mersing, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Bakri dan yang terakhir Yang Berhormat Arau.

Saya jemput Yang Berhormat Kubang Kerian untuk mulakan dulu.

draft • 1:30 PM

Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih Yang di-Pertua. *Bismillahirrahmanirrahim.

[Membaca selawat]* Tuan di-Pertua, saya ucap terima kasih kerana memberi peluang untuk saya mengambil bahagian dalam bahas RUU Kualiti Alam Sekeliling Pindaan 2026 Akta 127.

RUU ini pernah dipinda sebelum ini dengan memfokus kepada peningkatan hukuman serta denda yang lebih berat untuk mencegah jenayah alam sekitar.

Namun pada kali ini, ia dipinda dengan tujuan menambahkan subseksyen baru 1(3), iaitu “memberi, Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam warta menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan Akta ini di bahagian-bahagian yang berlainan di Malaysia”.

Pindaan ini kelihatan ringkas tetapi implikasi yang sangat besar kerana ia membuka ruang legal curve out ataupun penggantungan terpilih, di mana Akta 127 di wilayah-wilayah tertentu. Walaupun secara amnya pindaan akta ini ada manfaat yang nyata, namun ia perlu diberi penelitian yang cermat kerana ada implikasi perundangan dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, saya melihat pindaan ini sebenarnya lebih kepada memberikan ruang dan memudahkan pelaksanaan MA63 dan autonomi negeri. Di peringkat negeri sebagai contoh Sarawak, sudah bergerak secara berfasa mengambil alih kawal selia alam sekitar, mempunyai ordinan negeri yang mantap seperti Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar 2024 (NREO).

Penggantungan terpilih Akta 127 boleh mengelakkan pertindihan dua undang-undang dan birokrasi berganda. Sebagai contoh, kita berdepan dengan isu tragedi pencemaran Sungai Kim Kim satu masa dahulu di mana kita lihat bila penguatkuasaan tindakan perundangan berlaku, dia akan menimbulkan sedikit birokrasi perundangan dalam bahagian ini.

Saya fikir ini roh kepada tujuan akta ini diwujudkan supaya tidak berlaku pertindihan bidang kuasa di antara persekutuan dengan negeri. Pindaan ini juga saya dapat melihat fleksibiliti untuk menyelaraskan penguatkuasaan antara daratan, perairan wilayah dan kerangka-kerangka lain seperti Akta ZEE (Zon Ekonomi Eksekutif), 1984 Akta 311, termasuk operasi rentas negeri atau rentas agensi supaya tindakan terhadap pencemaran luar persisiran, luar pesisir dan rentas sempadan boleh lebih tegas dan terus dapat dilaksanakan. Ini sedia di antara objektif pindaan ini dibuat.

Namun Tuan Yang di-Pertua, masalah ialah kuasa budi bicara Menteri dalam teks 1(3) terlalu luas dan tidak berparameter, ini kita bimbang, sebab RU ini tidak menyatakan tujuan khusus. Penggantungan itu apa tujuannya kita gantung? Tak clear. Jadi Menteri ada kuasa bebas untuk declare mana-mana kawasan untuk terus gantung mana-mana akta. Jadi saya fikir ini di antara isu yang besar.

Kriteria yang objektif, kewajipan berunding dengan kerajaan negeri, kuasa menteri boleh terus kuat kuasakan gantung tanpa ada perundingan dengan kerajaan negeri dan sebagainya. Badan penasihat akta Jabatan Alam Sekitar tak perlu dirunding sebab ini kuasa kepada menteri serta had masa penggantungan tak ada tempoh, berapa lama nak digantung suatu akta itu. Jadi, ini antara kesaksian yang berlaku.

Jadi, di bahagian-bahagian yang berlainan, dalam fasa ini ada saat disebut di bahagian-bahagian yang berlainan di Malaysia, dia terlalu umum, boleh ditafsirkan seluas-luasnya, bukan terdekat dengan MN63. Bererti dia boleh dikeluarkan di mana-mana bahagian di Malaysia, tak semestinya Sabah Sarawak.

Jadi, rang undang ini saya fikir terlalu luas sampai boleh menimbulkan konflik undang-undang satu masa nanti kalau kita tidak teliti perkara ini. Tanpa parameter yang jelas, mekanisme ini terdedah kepada tekanan politik dan ekonomi.

draft • 1:35 PM

Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Contohnya, kawasan industri strategik atau zon ekonomi khas mendesak penggantungan standard pematuhan atas nama mempercepatkan kelulusan atau mengurangkan kos ya. Dalam keadaan ini, alam sekitar akan menjadi perundingan, bukan lagi suatu yang berprinsip. Kita bimbang kerana kepentingan negeri nak luluskan projek, akhirnya desakan itu menyebabkan beberapa peraturan terpaksa tidak dipatuhi dan kesannya ialah kepada alam sekitar.

Selain daripada itu, dapat risiko teknikal perlu juga diberi perhatian. Sebagai contoh ketiadaan penetapan piawaian minimum nasional. Tanpa floor standard, wujudnya risiko perlumbaan menurunkan piawaian di peringkat negeri-negeri. Ini kita bimbang. Kalau-kalau negeri untuk tarik pelabur, dia terpaksa— dia turunkan piawaian yang sepatutnya dipatuhi. Kenapa? Untuk tarik pelabur. Kalau dia kekal standard itu, mungkin pelabur akan cari tempat lain. Akan timbul risiko di mana alasan negeri melonggarkan standard ini untuk menarik pelaburan sedangkan kesan pencemaran akhirnya ditanggung oleh rakyat. Soal kesihatan, sumber air, perikanan, pertanian dan.

[Tidak jelas]

draft • 1:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat, masa dah habis tapi sebagai mantan Menteri saya bagi dua minit lagi.

draft • 1:40 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih. Saya rasa ada dua, tiga perkara yang penting saya nak senarai. Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua.

Selain itu, hubungan dengan akta lain dan obligasi antarabangsa juga perlu diperjelaskan. Bagaimana hierarki undang-undang diputuskan apabila sebahagian Akta 127 digantung tetapi Akta ZE 1984 dan ordinan negeri berjalan. Dia akan timbul konflik pada waktu itu. Satu, kita gantung peraturan tapi akta ordinan ini kita terus berjalan. Kita tak gantung sebab dia tak ada kuasa untuk menggantung akta tersebut.

Jadi, ini di antara masalah yang akan timbul.

Justeru Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan beberapa penambahbaikan yang realistik yang boleh dipertimbangkan oleh pihak kerajaan. Ini cadangan saya. Yang pertama, had kuasa penggantungan secara eksplisit yakni tepat dan jelas perlu dinyatakan ya. Jangan terlalu terbuka. Misalnya, bagi mengelak double regulation ataupun peraturan berganda, undang-undang Persekutuan lain seperti undang-undang bawah Akta ZE.

Yang kedua, mohon pindaan diperincikan maksud bahagian-bahagian berlainan di Malaysia. Kita perlu perincikan supaya tidak disalahgunakan nanti dan saya mohon Menteri menyatakan sama ada ia bermaksud negeri, zon pentadbiran tertentu, kawasan industri yang ditakrif atau perairan. Ini bertujuan mengelak berlakunya tafsiran secara ad hoc.

Yang ketiga, masukkan sunset clause yakini tarikh luput sesuatu kawasan itu dan semakan berkala kepada penggantungan tersebut. Mesti ada semakan. Tak boleh kita gantung sampai bila tak tahu, semakan pun tak buat. Akhirnya, akan timbul masalah kepada pihak negeri dan pihak industri ya. Ia mesti bertempoh dengan kewajipan laporan kepada Parlimen sebelum...

[Tidak jelas] Keempat, mewajibkan konsultasi sekurang-kurangnya dengan agensi terlibatlah Jabatan Alam Sekitar, panel teknikal dan piawaian minimum nasional.

Akhir sekali, saya menyokong pada prinsip Federal, sistem federalism kita untuk memastikan supaya alam sekitar kita terus dijaga dan terpelihara dan mudah- mudahan pindaan ini akan menambah matlamat kebaikan kepada alam sekitar kita.

Terima kasih.

draft • 1:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Batang Sadong. Lima minit, Yang Berhormat.

draft • 1:40 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Batang Sadong menyokong RUU Kualiti Alam Sekitar (Pindaan) 2026 yang memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan Akta 127 di bahagian tertentu di Malaysia.

Pindaan ini bukan sekadar teknikal. Ia adalah asas perundangan penting bagi melaksanakan pemindahan kuasa berkaitan pengurusan buangan terjadual kepada Sabah dan Sarawak, selaras dengan Perkara 95C Perlembagaan Persekutuan.

Dalam konteks Sarawak, langkah ini mencerminkan penghormatan terhadap kedudukan negeri dalam struktur Persekutuan serta selari dengan semangat Perkara 77 berkaitan residual powers dan komitmen di bawah MA63. Ia membuka ruang kepada tadbir urus alam sekitar yang lebih responsif, cekap dan berkesan berasaskan realiti serta keperluan dan konteks tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan taklimat kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Alam Sekitar, Sains dan Perladangan baru-baru ini ya bulan lepas, kementerian memaklumkan bahawa hampir 90 peratus telah diselesaikan sebelum pelaksanaan pemberian kuasa dimuktamadkan. Ini menunjukkan Sarawak berada pada tahap kesiapsiagaan yang baik dari segi institusi, teknikal dan pentadbiran. Namun begitu, Batang Sadong ingin mendapatkan beberapa penjelasan lanjut daripada pihak kementerian.

Yang pertama, cabaran rentas wilayah seperti penyeludupan sisa plastik dan e-waste memerlukan penyelarasan bersepadu serta perkongsian data secara masa nyata antara Kerajaan Persekutuan dan negeri. Apakah mekanisme khusus yang akan diwujudkan bagi memastikan pemantauan pergerakan sisa, operasi penguatkuasaan dan tindakan pendakwaan dapat dilaksanakan tanpa berlaku pertindihan bidang kuasa?

Yang kedua, apakah perkara berbaki yang masih belum dimuktamadkan sebelum pelaksanaan penuh pemberian kuasa? Apakah kekangan utama yang masih wujud dan bilakah ia nya dijangka diselesaikan?

Dan ketiga, berhubung sistem data pengurusan sisa buangan terjadual.

Adakah ia akan diintegrasikan sepenuhnya dengan sistem negeri atau dibangunkan secara berasingan tetapi diselaraskan? Apakah cabaran utama dari segi keselamatan data, kapasiti teknikal dan kewangan?

Dan yang keempat, berdasarkan tahap kesediaan Sarawak yang telah dinyatakan, bilakah kementerian akan melaksanakan pemberian kuasa penuh kepada negeri? Dan adakah pelaksanaannya masih disasarkan tahun ini? Dan apakah garis masa rasmi yang boleh dimaklumkan kepada Dewan?

Tuan Yang di-Pertua, sama seperti pandangan Kubang Kerian, Batang Sadong menegaskan bahawa kuasa penggantungan melalui perintah Menteri hendaklah dilaksanakan dengan parameter yang jelas serta mekanisme semak dan imbang yang kukuh. Standard nasional minimum perlu dikekalkan bagi memastikan prinsip pelindungan alam sekitar terus terpelihara di seluruh negara.

Pemindahan kuasa juga mesti disertai pemindahan fasiliti dan kapasiti termasuk sumber manusia terlatih, kepakaran teknikal, peruntukan kewangan dan sistem pemantauan bersepadu. Hanya dengan pendekatan menyeluruh ini, matlamat memperkukuh tadbir urus alam sekitar dapat dicapai secara berkesan.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini adalah langkah yang amat penting dalam memperkukuh takbir urus alam sekitar negara serta memperjelas pembahagian kuasa dalam kerangka Persekutuan. Pelaksanaannya hendak dibuat secara telus, terancang dan menepati garis masa yang jelas agar keyakinan semua pihak dapat dipelihara.

Batang Sadong berharap pelaksanaan ini benar-benar meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan, memperkukuh kerjasama Persekutuan Negeri dan menjamin kelestarian alam sekitar demi kesejahteraan generasi akan datang.

Sekian, terima kasih.

draft • 1:43 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kangar.

draft • 1:43 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan. Jadi, terima kasih kepada semua yang sabar ataupun setia mendengar perbahasan pada tengah hari ini bagi meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Saya menyuarakan sedikit kebimbangan terhadap pindaan akta ini, yang mana Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam warta menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan akta ini di bahagian-bahagian yang berlainan di Malaysia. Ini Akta 174 ini menjadi asas kepada perlindungan alam sekitar negara kita sejak berpuluh tahun yang lalu.

Jadi, alam sekeliling ini merangkumi tanah, air, udara, bunyi, bau, fizikal, kimia, biologi dan sebagainya. Walaupun begitu, ini penting kerana di bawah MA63, Sabah Sarawak mempunyai hak dan autonomi tertentu berkaitannya dengan, khususnya berkaitan dengan sumber asli dan alam sekitar. Namun begitu, pelaksanaannya mesti menghormati kuasa negeri seperti yang dijamin oleh MA63.

draft • 1:48 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Sabah dan Sarawak merupakan dua buah wilayah. Jadi, kita ada tiga wilayah― Sabah, Sarawak dan juga wilayah Semenanjung. Namun, kalau kita perincikan balik, dia lebih pada negeri-negeri dari Perlis sampai ke Sabah. Jadi, Sabah dan Sarawak telah diberi kawalan yang lebih besar ke atas sumber asli.

Namun, pencemaran yang menjejaskan kepentingan Persekutuan tetap boleh dikawal oleh undang-undang Persekutuan. Ini bagi mewujudkan keseimbangan kuasa Persekutuan dan negeri.

Jadi, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 merupakan satu undang-undang Persekutuan yang bertujuan melindungi alam sekitar melalui kawalan pencemaran dan penguatkuasaan pentadbiran. Namun, pelaksanaan di Sabah dan Sarawak perlu dinilai secara kritis kerana MA63 menjamin kedudukan khas dan autonomi tertentu kepada kedua-dua negeri di dalam Malaysia.

Jadi, ini yang selalu diperjuangkan oleh wakil-wakil daripada Sabah dan Sarawak yang berkaitannya dengan MA63. Jadi, Akta 127 memperuntukkan kuasa yang luas kepada Kerajaan Persekutuan. Jadi, soalan saya, setakat manakah Akta 127 ini dapat selari dari segi jaminan autonomi negeri di bawah MA63?

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan berhujah bahawa pindaan ini diperlukan untuk memberi fleksibiliti dalam keadaan tertentu. Mengapakah fleksibiliti ini perlu dicapai dengan cara melemahkan undang-undang? Jika benar terdapat situasi luar biasa, mengapakah tidak diperkenalkan mekanisme lain seperti semakan bebas atau tempoh masa yang ketat? Mengapakah kuasa perlu diletakkan di bahu Menteri semata-mata?

Kita tidak boleh menutup mata terhadap realiti apa yang berlaku. Namun, kita juga tidak mahu menyaksikan pelbagai insiden pencemaran sungai, udara, tanah yang akhirnya memberi kesan kepada kehidupan rakyat. Kita juga tidak mahu insiden seperti banjir besar yang berlaku di Aceh dan beberapa kawasan di Sumatera Barat yang menyebabkan berlakunya banjir lumpur, larian tanah, gelongsoran tanah, kehilangan jiwa yang banyak, kerosakan harta awam kerana kurangnya penguatkuasaan ke atas alam sekeliling. Jadi, kerajaan sepatutnya lebih fokus kepada undang-undang bagi menjaga alam sekitar.

Tuan Yang di-Pertua, dalam keadaan penguatkuasaan sedia ada pun masih longgar, apakah jaminan bahawa pemberian kuasa untuk menggantung undang- undang tidak akan disalahgunakan? Lebih membimbangkan, pindaan ini tidak menetapkan secara jelas tempoh penggantungan syarat-syarat ketat sebelum kuasa digunakan. Adakah keperluan laporan ke Parlimen dan adakah ada perkhidmatan awam atau komuniti dalam isu ini? Ketiadaan elemen semak dan imbang menjadikan pindaan ini bertentangan dengan prinsip tadbir urus yang baik.

draft • 1:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Masa dah habis, Yang Berhormat.

draft • 1:50 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Tuan Yang di-Pertua, untuk akhirnya, penilaian impak alam sekitar, kesihatan diwajibkan sebab di akhirnya rakyat atau penduduk yang tinggal di negara ini akan terkesan dengan apa yang berlaku. Terima kasih.

draft • 1:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih, Yang Berhormat.

Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Beaufort. Lima minit.

draft • 1:50 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Beaufort ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan atas pembentangan Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 iaitu pindaan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ataupun Akta 127. Walaupun pindaan ini melibatkan penambahan subseksyen baharu di bawah seksyen 1, implikasinya amat besar kerana ia menyentuh struktur federalisme negara, pelaksanaan komitmen Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta hala tuju tadbir urus alam sekitar Malaysia.

Sebagai Ahli Parlimen dari Sabah, saya menyokong pindaan ini setelah meneliti rasional dan implikasi jangka panjangnya terhadap hubungan Persekutuan dan negeri serta kelestarian alam sekitar.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia sebagai sebuah Persekutuan membahagikan kuasa melalui Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Sekiranya berlaku percanggahan undang-undang, Perkara 75 menetapkan bahawa undang-undang Persekutuan mengatasi setakat percanggahan tersebut. Namun, dalam pelaksanaan, isu alam sekitar sering melibatkan pertindihan kuasa antara Persekutuan dan negeri, khususnya berkaitan tanah, sungai, sumber air dan pembangunan industri.

Jabatan Alam Sekitar melaksanakan Akta 127 di peringkat Persekutuan, manakala negeri mengawal selia sumber air dan tanah. Tanpa penyelarasan jelas, kekeliruan penguatkuasaan dan kelewatan tindakan boleh berlaku. Dalam konteks ini, penambahan subseksyen (3) yang memberi kuasa kepada Menteri untuk menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan Akta 127 di bahagian tertentu melalui warta adalah satu mekanisme fleksibel. Ia mewujudkan laluan sah bagi membolehkan undang-undang negeri beroperasi secara inklusif dalam skop dipersetujui sekali gus mengurangkan pertindihan kuasa.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini juga selari dengan kerangka MA63. Di bawah Perkara 9C, Parlimen boleh memperluas kuasa kepada negeri melalui perintah. Kita telah melihat model penyerahan kuasa kawal selia elektrik kepada Sabah secara berfasa. Pendekatan serupa kini diterapkan dalam bidang alam sekitar. Sarawak, misalnya, telah memperkukuh Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) bagi mengambil alih pengurusan buangan terjadual. Ini menunjukkan kesiapsiagaan dari sudut struktur dan peraturan.

Saya melihat pindaan ini sebagai cerminan kematangan federalisme.

Autonomi yang diperkukuh bukan pemisahan daripada Persekutuan tetapi pengiktirafan terhadap kepelbagaian realiti Sabah dan Sarawak yang berbeza dari segi geografi dan cabaran pembangunan. Pengurusan sisa di pedalaman Sabah tidak boleh disamakan sepenuhnya dengan kawasan perindustrian di Semenanjung.

Dari sudut pentadbiran, pindaan ini berpotensi menghapuskan double regulation, dengan izin, yang membebankan industri dan melambatkan kelulusan.

Dalam era persaingan global, kejelasan perundangan amat penting untuk menarik pelaburan.

Namun, dalam memperkukuh autonomi, kita tidak boleh berkompromi terhadap piawaian perlindungan alam sekitar. Malaysia terikat dengan komitmen antarabangsa berkaitan kawalan pencemaran laut dan sisa berbahaya.

Penguatkuasaan di luar pesisir dan zon ekonomi-ekonomi eksklusif mesti selaras dengan Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 serta instrumen antarabangsa seperti MARPOL. Pencemaran tidak mengenal sempadan. Tumpahan minyak atau sisa toksik boleh memberi kesan rentas negeri dan rentas negara.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini mempunyai rasional politik, perundangan, ekonomi dan sosial yang kukuh. Namun, terdapat cabaran yang perlu ditangani, khususnya perbezaan kapasiti teknikal antara agensi Pusat dan juga negeri.

Sistem pemantauan digital, kepakaran forensik alam sekitar dan teknologi masa nyata memerlukan pelaburan berterusan. Sehubungan itu, saya ingin mengemukakan beberapa persoalan kepada kementerian.

Yang pertama, apakah kriteria khusus yang akan digunakan oleh kementerian sebelum sesuatu peruntukan Akta 127 digantung kuat kuasa sebuah negeri?

Minta masa sedikit?

draft • 1:54 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Satu minit, Yang Berhormat.

draft • 1:54 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Yang kedua, adakah setiap perintah penggantungan akan disertakan pelan pelaksanaan yang jelas termasuk pembinaan kepakaran, latihan pegawai dan peruntukan kewangan?

Ketiga, bagaimana kerajaan memastikan standard perlindungan alam sekitar kekal setara di seluruh negara walaupun bidang kuasa berbeza?

Dan empat, apakah mekanisme semakan berkala yang akan diwujudkan bagi menilai keberkesanan pelaksanaan selaras penggantungan dibuat?

draft • 1:54 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Dan terakhir, bagaimana penyelarasan penguatkuasaan akan dilakukan dalam kes pencemaran rentas sempadan atau melibatkan kawasan luar pesisir.

Saya mencadangkan agar setiap penggantungan disertai pelan pelaksanaan komprehensif, penilaian berkala serta laporan impak yang telus kepada umum.

Penyerahan kuasa mestilah berasaskan prinsip perkongsian tanggungjawab, bukan pelepasan tanggungjawab.

Beaufort melihat isu alam sekitar sebagai soal kelangsungan hidup rakyat.

Pencemaran sungai menjejaskan nelayan dan petani, manakala sisa toksik memberi kesan kepada kesihatan anak-anak kita. Apa jua pengagihan kuasa mesti berteraskan kelestarian dan tanggungjawab antara generasi.

Tuan Yang di-Pertua, kesimpulannya, pindaan ini merupakan langkah signifikan dalam evolusi federalisme Malaysia. Ia memperjelas bidang kuasa, memperkukuh autonomi negeri dan mengekalkan integriti kerangka Persekutuan.

Dengan pelaksanaan yang berhati-hati, telus dan berfasa, saya yakin ia mampu memperkukuh tadbir urus alam sekitar negara. Dengan penuh tanggungjawab, Beaufort menyokong rang undang-undang ini untuk diluluskan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 2:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat.

Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Kuala Nerus. 5 minit, Yang Berhormat.

draft • 2:00 PM

Datoʼ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Kuala Nerus untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026.

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin menyatakan bahawa saya menghormati semangat Perjanjian Malaysia 1963 dan peruntukan Perkara 95C Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas kepada pengagihan kuasa tertentu kepada negeri Sabah dan Sarawak. Tuntutan ini bukan perkara baharu. Ia sebahagian daripada proses memperkukuh federalisme yang matang dan saling menghormati.

Dalam konteks pengurusan buangan terjadual, kita memahami bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai keperluan geografi, logistik dan pembangunan industri yang berbeza. Justeru, hasrat untuk memberikan kuasa pelaksanaan yang lebih besar kepada negeri adalah sesuatu yang boleh dipertimbangkan secara konstruktif. Namun, saya mempunyai beberapa kebimbangan yang perlu diberi perhatian supaya pindaan ini tidak menimbulkan implikasi yang lebih luas daripada yang dimaksudkan.

Pertamanya berkaitan dengan sifat asal Akta 127. Tuan Yang di-Pertua, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 merupakan Undang-undang Persekutuan yang sejak awal digubal untuk berkuat kuasa secara seragam di seluruh Malaysia. Prinsip asasnya jelas iaitu standard alam sekitar nasional, penguatkuasaan berpusat melalui Jabatan Alam Sekitar serta keseragaman kawalan pencemaran udara, air dan tanah.

Dengan pindaan ini, kuasa diberikan kepada Menteri untuk menggantung pemakaian mana-mana peruntukan akta di mana-mana bahagian Malaysia.

Persoalannya, adakah kuasa ini akan dihadkan secara jelas hanya kepada pengurusan buangan terjadual di Sabah dan Sarawak sahaja ataupun ia diberi ruang yang lebih luas?

Yang kedua, kuasa budi bicara Menteri. Tuan Yang di-Pertua, RUU ini melibatkan pindaan kepada seksyen 1 dengan memasukkan subseksyen baharu (3) yang memperuntukkan kuasa yang luas kepada Menteri yang mana membolehkan Menteri menggantung pemakaian mana-mana peruntukan melalui perintah yang diwartakan. Namun dalam teks pindaan ini, saya tidak melihat perincian berkaitan had masa penggantungan, mekanisme semakan berkala atau syarat statutori yang mesti dipenuhi sebelum sesuatu penggantungan dibuat.

Pihak kementerian dalam dokumen penjelasan bahawa terdapat sembilan syarat yang perlu dipatuhi oleh negeri sebelum kuasa diberikan. Tetapi persoalannya ialah di manakah kedudukan sembilan syarat ini di dalam rang undang-undang ini?

Jika ia hanya berdasar pentadbiran, ia tidak dimasukkan dalam akta atau perintah yang mengikat, maka kawalan tersebut bergantung sepenuhnya kepada budi bicara eksekutif. Dalam makna-makna sistem tadbir urus yang baik, kuasa perlu diimbangi dengan mekanisme semak dan imbang yang jelas.

Seterusnya, standard alam sekitar nasional. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia terikat dengan pelbagai komitmen antarabangsa berkaitan alam sekitar, termasuk pengurusan buangan berbahaya dan pencemaran rentas sempadan. Jika berlaku perbezaan standard atau kelemahan penguatkuasaan antara wilayah, kesannya bukan sahaja kepada negeri tersebut tapi kepada reputasi dan tanggungjawab negara secara keseluruhan. Jadi, bagaimana kita memastikan standard minimum nasional terus terpelihara?

Berhubung dengan zon ekonomi eksklusif (ZEE) negara yang menjangkau sehingga 200 batu nautika dari garis pantai, Malaysia mempunyai hak berdaulat untuk meneroka dan mengurus sumber semula jadi serta melindungi alam marin daripada pencemaran termasuk aktiviti luar pesisir seperti minyak dan gas. Justeru, apabila pindaan ini memberi kuasa kepada Menteri untuk menggantung mana-mana peruntukan akta di bahagian tertentu Malaysia.

Persoalannya ialah bagaimana ia akan beroperasi dalam kawasan ZEE tanpa mewujudkan kekeliruan bidang kuasa antara Akta ZEE 1984, komitmen antarabangsa seperti MARPOL dan Akta Kualiti Alam Sekeliling itu sendiri. Kita tidak mahu berlaku jurang perundangan atau ketidakpastian penguatkuasaan yang boleh melemahkan kredibiliti negara dalam melindungi perairan kita.

Oleh itu, saya memohon jaminan bahawa sebarang penggantungan yang melibatkan ZEE akan dibuat secara terhad, telus dan dengan mekanisme pelaporan yang jelas supaya hak berdaulat dan kepentingan alam sekitar negara sentiasa dipelihara. Dua minit, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 2:01 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Satu minit diberikan.

draft • 2:01 PM

Datoʼ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Yang kedua, implikasi kepada negara-negara lain.

draft • 2:01 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB, satu minit sahaja.

draft • 2:01 PM

Datoʼ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mendapatkan penjelasan. Adakah pindaan ini hanya terhad pada Sabah dan Sarawak berdasar Perkara 95C atau secara teorinya boleh digunakan kepada negeri lain pada masa hadapan? Kita perlu memastikan bahawa pindaan ini tidak mewujudkan ketidaktentuan perundangan khususnya bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai ordinan ataupun enakmen alam sekitar mereka sendiri.

Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, alam sekitar tidak mengenal sempadan politik. Pencemaran tidak terhenti di sempadan negeri. Apa yang berlaku di satu wilayah boleh memberi kesan kepada wilayah yang lain. Oleh itu, dalam melaksanakan semangat MA63, kita juga mesti memastikan bahawa struktur undang-undang kekal kukuh, telus dan bertanggungjawab. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 2:01 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat.

Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Shah Alam. 5 minit, Yang Berhormat.

draft • 2:01 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia MADANI, salam Ramadan Kareem. Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kerana memberikan ruang kepada saya untuk membahaskan usul Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 kerana ia penting bagi memastikan keanjalan federalisme dan keberkesanan tadbir urus alam sekitar negara.

RUU ini meminda seksyen 1 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan memasukkan subseksyen baharu yang memberi kuasa kepada Menteri untuk menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan akta ini di bahagian-bahagian berlainan di Malaysia.

Peruntukan ini membuka ruang fleksibiliti perundangan dan dalam konteks Sabah dan Sarawak, ia sememangnya membawa implikasi yang sangat besar. Kita sedar bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai kedudukan istimewa di bawah kerangka Persekutuan dan MA63, manakala alam sekitar pula berkait rapat dengan tanah, hutan, air dan sumber asli yang dalam praktiknya berada di bawah bidang kuasa negeri.

Tuan Yang di-Pertua, Sabah dan Sarawak merangkumi hampir 60 peratus keluasan tanah negara dan menempatkan sebahagian besar hutan serta biodiversiti Malaysia. Geografi dan ekologi di Sabah dan Sarawak juga jauh berbeza. Realiti ini menuntut pendekatan perundangan dan pengawalseliaan yang lebih fleksibel dan responsif kepada keadaan setempat.

Dengan pindaan ini, Kerajaan Persekutuan mempunyai mekanisme yang sah untuk menyesuaikan pelaksanaan Akta 127 mengikut keperluan wilayah, membolehkan pengiktirafan rangka kerja alam sekitar negeri yang setara atau lebih ketat, penyelarasan kuasa penguatkuasaan antara Jabatan Alam Sekitar, Persekutuan dan agensi negeri dan kemungkinan pemindaan ataupun pelaksanaan bersama fungsi tertentu kepada kerajaan negeri.

draft • 2:07 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Jika RUU ini tidak dipinda, kita akan berhadapan dengan beberapa cabaran yang serius. Yang pertama, kekangan struktur perundangan. Akta sedia ada terpakai secara seragam di seluruh Persekutuan tanpa ruang penyesuaian. Ini boleh menimbulkan pertindihan kuasa antara agensi Persekutuan dan negeri sekali gus mewujudkan konflik pentadbiran dan kelewatan dalam kelulusan sesuatu projek.

Yang kedua, risiko ketidakselarasan dasar. Tanpa mekanisme penggantungan atau pelaksanaan yang berbeza, negeri mungkin menggubal peraturan sendiri yang tidak disepadukan secara jelas dengan akta Persekutuan. Ini boleh menyebabkan kekaburan bidang kuasa dan membuka ruang kepada litigasi.

Yang ketiga, isu keyakinan antara Kerajaan Persekutuan dan negeri dalam konteks MA63 yang sedang diperkukuhkan, kegagalan memberi ruang fleksibiliti boleh dilihat sebagai kurang sensitif terhadap autonomi Sabah dan Sarawak.

Yang keempat, cabaran penguatkuasaan. Struktur pentadbiran dan keupayaan agensi di Sabah dan Sarawak berbeza daripada Semenanjung. Tanpa fleksibiliti perundangan, pelaksanaan mungkin tidak efisien dan tidak responsif kepada keadaan tempatan.

Dan akhirnya, dari sudut pelaburan dan pembangunan lestari. Ketidakjelasan bidang kuasa boleh menjejaskan kepastian dasar kepada pelabur khususnya dalam sektor tenaga perhutanan, perlombongan dan infrastruktur.

Namun Tuan Yang di-Pertua, kuasa fleksibiliti ini mesti datang bersama dengan prinsip yang jelas iaitu konsultasi wajib dengan kerajaan negeri sebelum apa- apa perintah penggantungan dibuat. Prinsip non-regression iaitu tiada berlakunya kemerosotan standard perlindungan alam sekitar dan ketelusan dan akauntabiliti melalui pewartaan yang disertai justifikasi dasar. Kita tidak mahu pindaan ini menjadi ruang melonggarkan kawal selia, sebaliknya ia harus menjadi instrumen memperkukuh perlindungan alam sekitar melalui pendekatan federalisme yang matang dan koperatif.

Tuan Yang di-Pertua, dalam era perubahan iklim dan tekanan pembangunan kita memerlukan model tadbir urus yang anjal dan bertanggungjawab. RUU ini sudah pasti memberi ruang kepada Malaysia untuk mengimbangi keseragaman dasar nasional dengan keperluan setempat Sabah dan Sarawak. Jika tidak dilakukan pindaan ini, kita risiko kekal dalam kerangka lama yang kaku, kurang responsif dan berpotensi menimbulkan ketegangan struktur dalam Persekutuan.

Sebaliknya jika dilaksanakan dengan semangat kerjasama, dengan hormat kepada prinsip Persekutuan, pindaan ini boleh memperkukuhkan kelestarian alam sekitar dan dalam masa yang sama mewujudkan kestabilan hubungan di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Dengan itu saya menyokong rang undang-undang ini demi tadbir urus alam sekitar yang lebih efektif, lebih inklusif dan selari dengan semangat Persekutuan Malaysia. Sekian, Shah Alam mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 2:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat.

Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Langkawi. Lima minit, Yang Berhormat.

draft • 2:10 PM

Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya merujuk kepada rang undang-undang biru D.R.3/2026 fasal 2 di mana RUU ini memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk bergantung kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan Akta 127 di mana-mana bahagian di Malaysia. Walaupun kerajaan jelaskan bahawa mekanisme ini bertujuan memberi ruang peralihan kuasa kepada Sabah dan Sarawak, teks undang-undang yang digubal tidak secara jelas mengehadkan kuasa tersebut hanya kepada konteks itu.

Persoalannya bukan kepada niat tetapi kepada cara kuasa itu digubal dan sejauh mana ia dikawal.

Di sini kebimbangan saya sebagai Ahli Parlimen pembangkang apabila sesuatu undang-undang memberi kuasa yang luas tanpa garis sempadan yang jelas, ia membuka ruang kepada tafsiran dan pelaksanaan yang berisiko. Jadi, ada persoalan mengenai jaminan bahawa kuasa menggantung kuasa-kuasa akta ini tidak ada digunakan di luar konteks Sabah dan Sarawak atau di luar tujuan asal yang dinyatakan.

Walaupun kerajaan memberi jaminan kepada bahawa pengurusan alam sekitar tidak akan terjejas kerana ada pemantauan berterusan dan pendekatan hand holding oleh Kerajaan Persekutuan, namun Tuan Yang di-Pertua pemantauan dan niat baik sahaja tidak mencukupi tanpa perlindungan perundangan yang jelas dan tegas. Dalam sistem demokrasi berparlimen, undang-undang tidak boleh dibina atas asas kepercayaan semata-mata. Sebaliknya, mesti disandarkan kepada kuasa semak imbang dan mekanisme pengawasan yang jelas.

Dalam isu alam sekitar, kelemahan undang-undang walaupun kecil boleh membawa kesan yang besar dan tidak dapat dipulihkan. Pencemaran tidak menunggu proses peralihan kuasa dan kerosakan alam sekitar tidak boleh ditebus dengan alasan pentadbiran atau keperluan tempatan semata-mata.

RUU ini juga tidak memperincikan secara jelas bagaimana sembilan syarat kesiapsiagaan negeri itu akan diaudit, dinilai dan dilaporkan kepada Parlimen. Di manakah mekanisme semak dan imbang Parlimen dalam proses ini? Apakah Dewan ini hanya diminta mempercayai bahawa semuanya akan berjalan dengan baik?

Tuan Yang di-Pertua, sebagai pembangkang, tugas kami bukan menolak desentralisasi secara membuta tuli tetapi memastikan bahawa setiap pindaan undang-undang tidak melemahkan perlindungan alam sekitar negara secara keseluruhan dan tidak membuka ruang kepada kompromi yang akhirnya merugikan rakyat.

Saya ingin mendapat penjelasan yang lebih tuntas daripada pihak kerajaan apakah garis panduan yang jelas dan bertulis yang akan mengawal penggunaan kuasa ini supaya ia benar-benar terhad kepada tujuan pengagihan kuasa dan tidak disalah tafsir sebagai kuasa untuk melonggarkan perlindungan alam sekitar. Apakah mekanisme semak dan imbang Parlimen sekiranya terdapat kegagalan atau kelemahan ketara di peringkat negeri selepas kuasa ini diberikan?

Kerajaan menyebut sembilan prasyarat kesiapsiagaan negeri. Adakah penilaian terhadap prasyarat ini akan dibentangkan ke Parlimen atau sekurang- kurangnya didedahkan kepada umum demi ketelusan? Saya berharap agar autonomi ini disertai dengan keupayaan akauntabiliti dengan piawaian yang konsisten agar rakyat tidak menjadi mangsa kepada kelemahan sistem peralihan kuasa.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil sedikit kesempatan untuk membawa sedikit isu-isu berkaitan alam sekitar di Langkawi. Untuk makluman, Tapak Pelupusan Sanitari Belanga Pechah telah mencapai tahap kritikal dan meruncing dengan penjanaan kira-kira 150 tan sisa sehari. Pada 2020, berlaku pencerobohan tanah rizab hutan paya bakau di Bukit Malut dan Langkawi oleh penempatan-penempatan haram. Bukit Malut terkesan dengan juga isu sampah yang dibuang ke dalam laut sekali gus mencemar kualiti laut.

Langkawi juga tidak sunyi dengan isu pencerobohan hutan-hutan bakau di kawasan di seluruh Langkawi antaranya Tanjung Rhu, Kuala Keriang, Kubang Badak serta kepulauan Tuba. Saya memohon agar kerajaan lebih bertegas dalam berdepan dengan ancaman pencerobohan ini.

Saya juga ingin memohon pemulihan sistem pengairan di Sungai Kuala Melaka. Kawasan ini sering kali berlaku banjir yang berpunca daripada masalah sistem pengairan sungai. Berdasarkan aduan orang awam, ada pengusaha- pengusaha dobi 24 jam yang membuang sisa kimia ke dalam longkang, saliran awam, sungai dan parit. Keadaan ini menyebabkan ikan-ikan air tawar mula berkurangan. Kilang simen di Teluk Ewa, Mukim Air Hangat Langkawi pengusaha- pengusaha kilang menjalankan operasi buang batu. Ini mengakibatkan sebahagian penduduk hilang daya kedengaran.

draft • 2:13 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat, masa dah habis Yang Berhormat.

draft • 2:13 PM

Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Saya dimaklumkan oleh Yang Berhormat ADUN di Langkawi bahawa ramai rakan-rakan kita di kawasan kilang tersebut yang pekak, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 2:13 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Sandakan.

draft • 2:13 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sandakan bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan RUU berkaitan dengan pelaksanaan pemberian kuasa mengenai alam sekitar khususnya pengurusan buangan terjadual kepada negeri Sabah dan Sarawak melalui pemakaian Perkara 95C di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Jadi, pindaan bukan sekadar soal teknikal perundangan. Ia menyentuh semangat pembentukan Malaysia dan juga komitmen kita terhadap pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Jadi, kami perlu menghormati semangat MA63.

draft • 2:19 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Tuan Speaker, sejak sekian lama Sabah dan Sarawak menuntut agar perkara berkaitan dengan alam sekitar dipindahkan daripada kuasa residu Persekutuan di bawah Perkara 77 kepada Senarai Bersama.

Keputusan Mesyuarat Khas MA63 pada 14 April 2022 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah membuka satu jalan ke arah realisasi tuntutan ini. Jadi, hari ini, kita sedang membahaskan satu langkah yang penting untuk menterjemahkan persetujuan itu kepada bentuk undang-undang yang konkrit.

Jadi, ini adalah soal kepercayaan antara Persekutuan dan negeri. Apabila kita bercakap tentang pemberian kuasa, kita sebenarnya bercakap tentang pengiktirafan hak dan juga keupayaan Sabah dan Sarawak untuk mengurus sumber serta alam sekitar mereka sendiri dengan lebih berkesan.

Jadi, Tuan Speaker, realiti di Sabah dan Sarawak berbeza daripada Semenanjung Malaysia. Faktor geografi yang luas, kepelbagaian biodiversiti, industri minyak dan gas serta kawasan pesisir dan zon ekonomi eksklusif menjadikan pengurusan buangan terjadual adalah satu cabaran yang sangat unik.

Jadi, apabila berlaku pencemaran atau pelanggaran peraturan, agensi negeri adalah pihak yang paling hampir dengan lokasi kejadian. Maka, pemberian kuasa ini adalah berpotensi mempercepatkan tindakan penguatkuasaan dan juga pemantauan. Namun demikian, saya ingin menegaskan bahawa pemberian kuasa mesti disertai dengan pemberian sumber.

Tuan Speaker, sebelum pelaksanaan sepenuhnya, beberapa perkara perlu diperhalusi.

Yang pertama, pindaan enakmen dan juga ordinan negeri. Kedua, pembangunan peraturan yang jelas dan juga menyeluruh. Ketiga, adalah penyediaan kemudahan pelupusan buangan yang terjadual yang mencukupi. Keempat adalah pembangunan sistem pelaporan dan pemantauan atas talian yang bersepadu.

Kelima juga peningkatan upaya teknikal dan sumber manusia.

Jadi, tanpa peruntukan kewangan yang mencukupi ataupun pelan peralihan yang jelas, pemberian kuasa ini adalah berisiko dan akan menjadi satu beban kepada kerajaan negeri. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah terdapat dana peralihan khusus bagi memastikan Sabah dan Sarawak tersedia dari segi infrastruktur dan juga latihan pegawai dan juga aset penguatkuasaannya?

Jadi Tuan Speaker, Malaysia adalah pihak kepada beberapa perjanjian antarabangsa berkaitan dengan bahan berbahaya termasuk Basel Convention dan juga Stockholm Convention, dengan izin. Pemberian kuasa kepada negeri tidak boleh menjejaskan obligasi negara di peringkat antarabangsa. Oleh itu, perlu ada satu standard minimum nasional yang dipatuhi oleh semua negeri bagi memastikan keseragaman dan juga integriti sistem.

Cadangan daripada Sandakan untuk penambahbaikan. Saya ingin berharap pelaksanaan ini dijalankan secara berfasa dengan garis panduan yang jelas.

Penubuhan satu jawatankuasa penyelarasan tetap antara Persekutuan dan juga negeri. Banyak kali polisi yang sangat bermanfaat memang ada, tetapi koordinasi dan juga kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri tidak ada.

Ketiga adalah penetapan standard nasional minimum bagi pengurusan buangan terjadual. Akhirnya adalah peruntukan khas untuk pembangunan kemudahan dan juga latihan teknikal. Kita mahu autonomi yang bertanggungjawab, bukan pemisahan yang melemahkan sistem.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, RUU ini merupakan satu langkah yang penting dalam memperkukuhkan hubungan Persekutuan dengan negeri serta menghormati semangat MA63. Namun, kejayaannya bergantung kepada kejelasan mekanisme, kecukupan sumber dan komitmen bersama untuk memastikan alam sekitar negara kita dilindungi dengan standard yang tertinggi.

Jadi, Sandakan menyokong prinsip pemberian kuasa ini dengan syarat, pelaksanaannya dilakukan secara tersusun, berfasa dan juga berlandaskan kepentingan rakyat serta kelestarian alam sekitar.

Jadi, saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan dan juga selamat menunaikan ibadah puasa buat semua Islam yang saya sayangi. Semoga bulan Ramadan ini penuh keberkatan dan kesejahteraan. Sekian dan terima kasih.

draft • 2:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Sandakan juga atas ucapan tadi. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Masjid Tanah. Lima minit, Yang Berhormat.

draft • 2:20 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Masjid Tanah ingin menyentuh bahawa pindaan ini sebenarnya memberikan kuasa yang sangat luas dan juga kuasa yang sangat besar untuk Menteri menggantungkan pelaksanaan keseluruhan ataupun mana-mana peruntukan yang terdapat di bawah Akta 127 ini dan terdapat persoalan yang timbul terhadap cadangan pindaan ini. Adakah sebenarnya pindaan ini sebenar-benarnya ingin memperkukuhkan bagi melindungi alam sekitar atau sekadar hanya nak memberi kuasa yang luas kepada pihak Menteri tanpa ada kaedah semak imbang yang jelas?

Tuan Yang di-Pertua, fasal 2 RUU yang dicadangkan di bawah pindaan seksyen 1 ini sebenarnya sangat luar biasa dan ia nya sangat berisiko. Saya ingin bertanya dan ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, yang mana dalam keadaan mana Yang Berhormat Menteri boleh menggantung ataupun pelaksanaan undang-undang alam sekitar ini? Apakah jenis kriteria, apakah jenis garis panduan ataupun mekanisme yang akan diguna pakai?

Ketiga, adakah terdapat threshold yang jelas di dalam nak menggantung sesuatu pelaksanaan ini? Adakah ia nya perlu kepada kelulusan Parlimen ataupun sekurang-kurangnya laporan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Malaysia?

Tuan Yang di-Pertua, kerana dengan peluasan kuasa yang luas diberikan kepada Yang Berhormat Menteri ini akan memberi ruang dan juga risiko kepada penyalahgunaan kuasa. Kita tengok saja hari ini realiti yang berlaku, terdapat tekanan bagi mendapatkan pelaburan. Terdapat tekanan terhadap projek-projek mega, terdapat tekanan terhadap kepentingan ekonomi dalam jangka masa pendek.

Dalam keadaan tekanan-tekanan ini, tidak mustahil boleh berlakunya kepada risiko kepada penyalahgunaan kuasa yang boleh disalah ertikan oleh rakyat dan dalam mereka nak meluluskan projek tanpa penilaian impak alam sekitar (EIA) yang diberikan dan mungkin boleh berlaku menutup sebelah mata saja terhadap pencemaran-pencemaran yang ada nanti.

Isu juga terdapat sebagaimana yang telah disentuh oleh sahabat-sahabat lain berkenaan dengan implikasi terhadap kuasa federal dan juga kuasa negeri. Apakah pihak Exco Kerajaan Negeri boleh memberikan pandangan mereka dan juga adakah pandangan mereka itu diambil kira? Terdapat konflik apabila ia melibatkan kuasa undang-undang tanah ini melibatkan kuasa di pihak negeri.

Pindaan ini juga, walaupun tidak nampak pada implikasi kewangan, tetapi kepada implikasi kepentingan sosial sebenarnya, ia nya amat tinggi. Dalam dunia, membincangkan— dalam keadaan dunia hangat pada hari ini, membincangkan tentang isu soal pencemaran alam sekitar, tetapi kita pula ingin menjadi juara memberikan ruang yang luas kepada Yang Berhormat Menteri bagi kebocoran kelestarian alam sekeliling ini.

Jadi, saya cadangkan perlunya ada had masa yang jelas diberikan dalam pelaksanaan sekiranya dibuat dan yang keduanya, laporan kepada pihak Parlimen mungkin boleh melalui JKPK itu juga haruslah diberikan dalam setiap penggantungan yang Menteri ingin lakukan. Dan yang ketiga, diwajibkan kepada konsultasi dengan pihak negeri mana yang terlibat.

Jadi, Masjid Tanah benar berharap supaya ia nya dapat diteliti dan saya juga, Masjid Tanah juga berpandangan bahawa agar pindaan ini dapat dilihat semula kerana saya bersetuju dengan JKPK Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan yang mana mereka juga mohon agar ia nya dapat dilihat semula sebelum dapat dilaksanakan supaya ada berlaku semak dan imbang.

Jadi, saya rasa itu saja daripada Masjid Tanah. Terima kasih.

draft • 2:24 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih, Yang Berhormat Masjid Tanah. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Batu Pahat. Lima minit, Yang Berhormat.

draft • 2:24 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Terima kasih kerana memberi ruang kepada Batu Pahat untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Alam Sekeliling (Pindaan) 2026.

RUU ini telah dibentangkan untuk bacaan pertama pada 11 Februari yang lepas dan bacaan kedua pada 25 Februari. Pindaan ini amat signifikan kerana ia bukan sekadar pindaan teknikal terhadap Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, tetapi membawa dimensi baru dalam hubungan Persekutuan dan negeri-negeri, khususnya yang melibatkan Wilayah Sabah dan Sarawak.

Dato’ Yang di-Pertua, izinkan Batu Pahat memohon pencerahan daripada pihak Menteri. Pindaan ini bertujuan membolehkan agihan kuasa perundangan alam sekitar kepada Sabah dan Sarawak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia, khususnya Perkara 95C.

draft • 2:29 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Soalan Batu Pahat, apakah garis masa penuh pelaksanaan kuasa ini selepas perintah penggantungan dibuat? Dan adakah terdapat jadual peralihan yang jelas bagi mengelakkan pertindihan kuasa antara Jabatan Alam Sekitar Persekutuan dan pihak berkuasa negeri? Bagaimana mekanisme penyelarasan dasar nasional dan komitmen antarabangsa akan diterjemahkan dalam pelaksanaan di peringkat nanti?

Batu Pahat berpandangan bahawa kejelasan pelaksanaan ini amat penting bagi memastikan tiada lacuna perundangan, tiada [Tidak jelas] penguatkuasaan dan tiada pertindihan bidang kuasa.

Datuk Yang di-Pertua, Batu Pahat menyatakan sokongan terhadap prinsip pindaan ini. Keputusan ini adalah selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), khususnya susulan persetujuan bersama dalam mesyuarat MKMA63 pada 14 April 2022 untuk mengguna pakai perkara 95C. Ini menunjukkan Kerajaan Persekutuan komited melaksanakan pendekatan federalism dynamic, memberi ruang kepada negeri mengurus hal ehwal tertentu mengikut keperluan tempatan tanpa menjejaskan dasar nasional.

Wilayah Sabah dan Sarawak ini mempunyai konteks geografi, biodiversiti serta struktur industri yang sangat berbeza. Kuasa hutan hujan tropika yang sangat luas, aktiviti perladangan yang berskala besar, industri minyak dan gas. Oleh itu, memberi ruang kepada negeri untuk menguruskan penguatkuasaan buangan terjadual secara lebih autonomi adalah langkah yang sangat pragmatik.

Datuk Yang di-Pertua, RUU ini meminda seksyen 1 Akta 127 dengan memasukkan subseksyen (3) baharu untuk memberi kuasa untuk memberi kepada Menteri untuk menentukan kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan akta di bahagian-bahagian tertentu Malaysia. Batu Pahat ingin memohon penjelasan lanjut.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Pertama, adakah kuasa penggantungan ini bersifat sementara atau kekal?

Adakah ia tertakluk kepada semakan Parlimen? Dan apakah mekanisme semak dan imbang bagi memastikan kuasa ini tidak disalah tafsir pada masa hadapan? Kita menyokong pemberian kuasa kepada negeri atau wilayah. Namun pada masa yang sama, perlu memastikan prinsip akauntabiliti dan ketelusan sentiasa dipelihara.

Tan Sri Yang di-Pertua, kerajaan menyatakan bahawa pindaan ini tidak akan menjejaskan pengurusan alam sekitar kerana sistem pemantauan berterusan akan diteruskan. Kerajaan Persekutuan akan terus melaksanakan pendekatan handholding. Oleh itu, Batu Pahat ingin menyokong pendekatan ini. Namun Batu Pahat ingin bertanya, apakah bantuan bentuk teknikal yang telah dan bakal disalurkan? Adakah peruntukan kewangan khas yang disediakan? Bagaimana kesiapsiagaan sembilan perkara yang ditetapkan akan dinilaikan dan adakah melalui audit bebas atau penilaian dalaman?

Tan Sri Yang di-Pertua, pindaan ini adalah sebahagian dari tuntutan MA63.

Maka, Batu Pahat ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa pelaksanaan MA63 ini tidak bersifat separuh jalan. Rakyat Sabah dan Sarawak sedang menunggu dengan penuh harapan. Maka, Batu Pahat menyeru supaya semua isu tertunggak MA63 diberi garis masa yang jelas, laporan kemajuan hendaklah dibentangkan secara berkala kepada Parlimen dan perundingan bersama negeri dibuat secara institutional dan konsisten.

Tan Sri Yang di-Pertua, Malaysia terikat dengan pelbagai komitmen antarabangsa seperti berkaitan perubahan iklim, biodiversiti dan pengurusan sisa berbahaya. Oleh itu, soalan Batu Pahat, bagaimana penyelarasan antara negeri dan Persekutuan dalam laporan antarabangsa akan dibuat? Dan siapakah yang akan bertanggungjawab sekiranya berlaku pelanggaran piawaian antarabangsa?

Kita menyokong autonomi tapi kita juga mesti mempertahankan reputasi Malaysia di peringkat global. Batu Pahat menyokong rang undang-undang ini atas dasar, pertama, ia selaras dengan Perkara 95C Perlembagaan Persekutuan. Kedua, ia memenuhi sebahagian tuntutan MA63 dan ketiga ia memperkukuhkan prinsip federalisme yang matang.

Akhirnya, Batu Pahat ingin menegaskan bahawa alam sekitar bukan isu politik wilayah, ianya isu kelangsungan generasi. Memberi kuasa kepada wilayah Sabah dan Sarawak bukanlah bermaksud melepaskan tanggungjawab Persekutuan, sebaliknya ia memperkukuhkan perkongsian kuasa demi kelestarian Malaysia.

Semoga pindaan ini menjadi langkah penting ke arah mempercepatkan pelaksanaan MA63 secara menyeluruh dan adil. Batu Pahat mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Masjid Tanah.

draft • 2:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Sudah, sudah Tan Sri.

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Oh, sudah eh? Kulim-Bandar Baharu kalau begitu.

draft • 2:30 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Kulim.

[Ketawa] Tak apa, puasa-puasa.

draft • 2:35 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, silakan.

draft • 2:35 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Jarang Speaker ingat Masjid Tanah ini, alhamdulillah.

draft • 2:35 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ya.

draft • 2:35 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Kalau Masjid Tanah hendak, saya nak bagi. Baiklah, terima kasih Tan Sri Speaker memberi ruang untuk membahas rang undang-undang Akta Kualiti Alam Sekitar (Pindaan) 2025. Pada hemat saya, RUU ini bukan sekadar pindaan teknikal kepada Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 tetapi merupakan langkah dasar yang signifikan dalam memperkukuhkan struktur federalisme negara serta menzahirkan komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.

Tan Sri Yang di-Pertua, pindaan ini adalah susulan keputusan Mesyuarat Khas Majlis Perjanjian Malaysia 1963 pada 14 April 2022 yang bersetuju untuk menggunakan, mengguna pakai Perkara 95C Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa perundangan Persekutuan berkaitan alam sekitar kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak bermula dengan pengurusan buangan terjadual. Ini adalah satu perkembangan penting menunjukkan bahawa tuntutan MA63 tidak lagi dibicarakan tetapi diterjemahkan melalui mekanisme perundangan yang sah dan tersusun.

Melalui fasal 2 RUU ini, subseksyen (3) baharu dimasukkan ke dalam seksyen 1, Akta 127 untuk memberi kuasa kepada Menteri menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan akta tersebut di bahagian-bahagian yang berlainan di Malaysia. Kuasa ini menjadi prasyarat penting bagi membolehkan pelaksanaan Perkara 95C dibuat secara teratur. Namun Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan agar RUU ini benar-benar bersifat komprehensif dan berdaya tahan dalam jangka panjang.

Pertama, berkaitan kuasa penggantungan yang diberikan kepada Menteri.

Kuasa untuk menggantung keseluruhan atau mana-mana peruntukan akta di mana- mana bahagian Malaysia adalah satu kawasan yang luas. Walaupun ia diperlukan bagi melaksanakan pemindahan kuasa di bawah Perkara 95C, saya berpandangan bahawa RUU ini boleh diperkukuhkan dengan mempermasukkan elemen ketelusan dan akauntabiliti tambahan.

Sebagai contoh, pertimbangan boleh diberikan supaya setiap perintah penggantungan dibentangkan untuk makluman Dewan dalam tempoh tertentu atau disertakan dengan laporan justifikasi yang memperincikan tahap kesiapsiagaan negeri berdasarkan sembilan syarat yang ditetapkan. Ini bukan untuk mengehadkan kuasa eksekutif tetapi untuk memastikan keyakinan awam dan Parlimen terhadap proses tersebut terus terpelihara.

Kedua, berhubung sembilan prasyarat yang perlu dipenuhi oleh negeri sebelum memberi kuasa dilaksanakan. Saya menyambut baik pendekatan bersyarat ini. Syarat-syarat seperti pindaan enakmen, ordinan negeri, pembangunan, peraturan, memperkasakan penguatkuasaan di Zon Ekonomi Eksklusif, penyediaan kemudahan pengurusan buangan terjadual, pembangunan sistem atas talian serta keupayaan teknikal dan sumber manusia menunjukkan bahawa kerajaan mengambil pendekatan serius.

Namun bagi menjadikan pelaksanaan lebih mantap, saya mencadangkan agar satu mekanisme penilaian bersama atau audit teknikal antara Persekutuan dan negeri diwujudkan secara formal. Ini boleh membentuk jawatankuasa teknikal tetapi laporan penilaian kesiapsiagaan yang didokumentasikan sebelum penggantungan dikuatkuasakan. Langkah ini penting bagi mengelakkan sebarang persepsi bahawa pengesahan pematuhan dibuat secara unilateral atau sekadar berdasarkan perakuan dalaman.

Ketiga, berkaitan risiko kekosongan perundangan atau lacuna. Saya menyokong pendekatan perintah penggantungan dan perintah di bawah Perkara 95C hendaklah dikuatkuasakan secara serentak dengan kuat kuasa undang-undang negeri bagi mengelakkan kekosongan. Namun dalam praktik pelaksanaan risiko kelewatan pewartaan atau perbezaan tarikh kuat kuasa sentiasa wujud. Justeru, wajar dipertimbangkan satu peruntukan peralihan yang secara jelas memperuntukkan bahawa selagi undang-undang negeri belum berkuat kuasa sepenuhnya, peruntukan Persekutuan terus terpakai.

draft • 2:35 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Ini akan menjadi safety net perundangan yang memastikan tiada undang- undang langsung untuk sebarang aktiviti buangan terjadual beroperasi di luar kerangka kawal selia.

Keempat, berkaitan obligasi antarabangsa. Syarat kesembilan menegaskan keperluan pematuhan terhadap perjanjian antarabangsa dan penyediaan atau pindaan undang-undang domestik yang berkaitan. Oleh itu, saya mencadangkan agar mekanisme laporan berkala antara negeri dan Persekutuan diperincikan khususnya dalam aspek pematuhan kepada konvensyen atau perjanjian antarabangsa berkaitan dengan buangan berbahaya. Dengan adanya laporan bekalan yang tersusun, Kerajaan Persekutuan dapat memastikan bahawa reputasi dan tanggungjawab antarabangsa negara sentiasa dipelihara.

Tan Sri Yang di-Pertua, walaupun terdapat cadangan penambahbaikan, saya ingin menegaskan bahawa secara prinsipnya RUU adalah satu langkah yang tepat.

Ini berteraskan dengan konsep koperatif federalisme di mana Persekutuan dan negeri bukan bersaing tetapi saling melengkapi. Peranan Persekutuan sebagai penyelaras dasar, penjaga kepentingan nasional dan pemegang tanggungjawab antarabangsa tetap dikekalkan.

Tan Sri Yang di-Pertua, dalam era pembangunan mampan dan peralihan kepada ekonomi yang lebih hijau, pengurusan buangan terjadual bukan isu pinggiran. Ia menyentuh soal kesihatan awam, keselamatan makanan, kualiti air dan kelestarian generasi akan datang. Jika RUU ini dilaksanakan dengan disiplin, pemantauan rapi dan semangat kerjasama antara kerajaan boleh menjadikan model bagaimana tuntutan Perlembagaan dan agenda kelestarian boleh diseiringkan.

Justeru, dengan mengambil kira kepentingan menunaikan komitmen di bawah MA63, keperluan memperkukuhkan tadbir urus alam sekitar serta ruang penambahbaikan yang boleh dipertimbangkan di peringkat jawatankuasa, saya menyokong Rang Undang-undang Akta Kualiti Alam Sekitar (Pindaan) 2026 ini untuk diluluskan. Sekian, terima kasih.

draft • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Tenom.

draft • 2:40 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Terima kasih Tan Sri Speaker.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada Tenom untuk membahaskan Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling

(Pindaan) 2026. Izinkan saya menyatakan dari awal bahawa Tenom menyokong prinsip pindaan ini kerana ia menyentuh soal keadilan struktur Persekutuan, penghormatan terhadap Perjanjian Malaysia 1963 dan usaha memperkukuh kedudukan Sabah dalam kerangka Persekutuan Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, RUU ini memberi kuasa kepada Menteri untuk menggantung pemakaian akta melalui warta bagi membolehkan negeri seperti Sabah dan Sarawak melaksanakan undang-undang alam sekitar mereka sendiri secara lebih autonomi. Dari sudut sejarah dan Perlembagaan, langkah ini selari dengan semangat MA63 dan Perkara 95C Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan peluasan kuasa perundangan negeri melalui perintah. Maka, usaha memperluas kuasa negeri dalam bidang alam sekitar adalah langkah yang selari dengan aspirasi autonomi yang telah lama diperjuangkan.

Namun, persoalan besar yang perlu kita hadapi ialah sejauh manakah pindaan ini telah menyediakan landasan institusi yang kukuh sebelum kuasa ini digantung dan diserahkan. Perkara ini perlu diberikan perhatian kerana autonomi tanpa kesiapsiagaan yang mencukupi berisiko menyebabkan menimbulkan kegagalan operasi dan ketidakmampuan menangani situasi kecemasan.

Tuan Yang di-Pertua, di wilayah Sarawak, kerajaan negeri telah mengambil langkah proaktif dengan membangunkan institusi khusus dengan izin, Natural Resources and Environment Board (NREB) bagi mengambil alih fungsi-fungsi tertentu secara berperingkat dalam pengurusan dan kawal selia alam sekitar.

Namun demikian, konteks di Sabah adalah berbeza dan jauh lebih kompleks kerana biodiversiti yang pelbagai dan bernilai strategik.

Sehubungan itu, ia melibatkan keseimbangan antara keperluan pembangunan ekonomi dan tuntutan kelestarian alam sekitar. Sebarang perubahan struktur pentadbiran atau penggantungan fungsi tanpa persediaan rapi berisiko menjejaskan kedua-dua aspek ini secara serentak.

Sekiranya penggantungan dilaksanakan tanpa perjawatan teknikal yang mencukupi, tanpa kemudahan makmal forensik alam sekitar yang lengkap dan berfungsi, tanpa sistem pemantauan digital yang bersepadu serta beroperasi secara masa nyata dan tanpa peruntukan dana peralihan yang jelas serta mencukupi, maka risiko berlakunya kelemahan dalam aspek penguatkuasaan adalah sesuatu yang nyata.

Kelemahan ini bukan sahaja boleh membuka ruang kepada ketidakpatuhan dan pencemaran yang tidak terkawal malah boleh menjelaskan keyakinan pelabur, kesejahteraan rakyat dan kelestarian sumber alam negeri untuk generasi akan datang. Oleh itu, sebarang langkah reformasi institusi perlu dilaksanakan secara berperingkat berasaskan penilaian risiko yang menyeluruh dan disokong oleh kerangka perundangan, sumber manusia serta kewangan yang benar-benar mantap agar keseimbangan antara pembangunan dan pemuliharaan dapat terus dipelihara.

Tuan Yang di-Pertua, Sabah mempunyai perairan yang luas dan strategik termasuk operasi minyak dan gas luar pesisir. Justeru itu walaupun di dalam rang undang-undang ini menyentuh berkaitan penyelarasan di Zon Ekonomi Eksklusif, namun ia nya tidak memperincikan beberapa perkara iaitu yang pertama, siapakah agensi peneraju jika berlaku pencemaran besar di perairan Sabah.

Kedua, bagaimana koordinasi antara agensi negeri dan Persekutuan. Ketiga, bagaimana mekanisme perkongsian hasil kompaun dan penalti. Justeru itu tanpa kejelasan ini, pertindihan kuasa yang ingin diselesaikan mungkin akan terus berulang dalam bentuk yang baharu.

Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan itu sebagai langkah konstruktif, saya ingin mencadangkan beberapa penambahbaikan iaitu pertama, memasukkan klausa standard minimum kebangsaan. Kedua, menetapkan mekanisme audit kesiapsiagaan sebelum penggantungan. Ketiga, melaksanakan peralihan secara berfasa.

Keempat, mewajibkan laporan tahunan kepada Parlimen mengenai keberkesanan penggantungan kuasa. Saya percaya menerusi penambahbaikan ini pindaan yang kita bincangkan ini boleh menjadi reformasi yang benar-benar memperkukuh federalisme dan bukannya sekadar simbol politik.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini boleh menjadi titik tolak baharu dalam sejarah tadbir urus alam sekitar negara. Namun, beberapa pandangan yang telah dibahaskan seharusnya dijadikan panduan oleh pihak kementerian di dalam memastikan matlamat utama pindaan ini dibuat mencapai objektifnya.

Mengakhiri ucapan, Tenom memohon agar semua Ahli-ahli Yang Berhormat terutamanya daripada Sabah dan Sarawak untuk memberikan sokongan agar RUU ini dapat diluluskan untuk kembalikan kuasa kepada Sabah dan Sarawak selaras dengan MA63. Sekian, terima kasih. Tenom mohon menyokong.

draft • 2:42 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Betong.

draft • 2:42 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Selamat petang, salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Betong bangun untuk membahaskan RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 yang kelihatan ringkas kerana hanya meminda subseksyen 1(3) di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Namun hakikatnya, pindaan ini menyentuh asas hubungan Persekutuan, negeri serta roh Perjanjian Malaysia 1963.

RUU ini memberi kuasa kepada Menteri Persekutuan untuk menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan Akta 127 di mana-mana bahagian Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Secara prinsip ia membuka ruang untuk mengelakkan pertindihan dengan undang-undang Sarawak seperti Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar 2024. Persoalan pokoknya, adakah ini pemindahan kuasa yang substantif atau sekadar penggantungan bersyarat yang masih bergantung kepada budi bicara Menteri?

draft • 2:48 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Tan Sri Yang di-Pertua, jika kuasa boleh digantung melalui perintah eksekutif maka secara prinsip ia juga boleh dipulihkan pada bila-bila masa. Autonomi yang matang tidak boleh bersifat sementara. Sarawak dan Sabah bukan sekadar sebuah negeri. Sabah dan Sarawak adalah rakan pengasas Persekutuan. Maka, kestabilan dan kepastian perundangan mesti menjadi asas kepada pindaan ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, Sarawak mempunyai realiti yang unik. Keluasan geografi pada fasiliti, hutan hujan tropika, industri minyak dan gas, perlombongan serta tenaga boleh diperbaharui. Pengurusan alam sekitar di Sarawak memerlukan pendekatan yang responsif kepada keadaan tempatan. Maka, dari sudut itu Betong menyokong prinsip desentralisasi. Namun sokongan ini datang bersama beberapa tuntutan kejelasan yang kritikal.

Pertama, kejelasan parameter kuasa. Subseksyen 1(3) memberi kuasa luas tanpa memperincikan syarat dan prosedur. Apakah kriteria objektif sebelum sesuatu peruntukan digantung? Adakah terdapat audit kapasiti, penilaian keupayaan teknikal dan sistem pemantauan yang setara dengan standard Persekutuan tanpa parameter yang jelas? Kuasa ini terlalu bergantung kepada pertimbangan eksekutif.

Kedua, penyelarasan piawaian nasional dan komitmen antarabangsa.

Malaysia terikat kepada pelaporan global termasuk kepada UNFCCC, United Nations Framework Convention on Climate Change. Walaupun penguatkuasaan sesuatu peruntukan digantung di Sarawak ataupun Sabah, tanggungjawab antarabangsa tetap terletak pada Malaysia sebagai satu entiti.

Bagaimanakah penyatuan data pelepasan karbon, pengurusan buangan terjadual dan pelaporan pencemaran akan diselaraskan? Adakah akan diwujudkan jawatankuasa penyelarasan tetap Persekutuan Sabah Sarawak dan kredibiliti negara tidak boleh terjejas akibat fragmentasi data.

Tan Sri Yang di-Pertua, yang ketiga iaitu pemindahan sumber dan kapasiti.

Autonomi tanpa sumber adalah beban. Jika Sabah Sarawak mengambil alih fungsi penguatkuasaan tertentu adakah terdapat pemindahan fiskal, kepakaran teknikal dan juga integrasi sistem digital secara formal? Pemindahan kuasa mesti disertai pemindahan tanggungjawab kewangan yang jelas.

Keempat, risiko lakuna perundangan juga dibangkitkan oleh ahli yang terdahulu. Kerajaan menyatakan penggantungan dan pelaksanaan undang-undang negeri akan berlaku serentak. Namun dalam realiti pentadbiran, penyelarasan tarikh kuat kuasa bukan perkara yang kecil. Apakah pelan kontingensi jika berlaku kelewatan pewartaan atau gangguan sistem perlesenan? Siapakah pihak yang memikul tanggungjawab sekiranya berlaku insiden pencemaran dalam tempoh peralihan?

Yang kelima, standard penguatkuasaan. Kita telah menyaksikan peningkatan penalti di bawah Akta 127 bagi memperkukuh pencegahan penyebaran. Maka, penggantungan di Sabah dan Sarawak tidak boleh menimbulkan persepsi bahawa standardnya lebih longgar. Sebaliknya, autonomi ini mesti menjadi ruang untuk kita menetapkan piawaian yang sekurang-kurangnya setara jika tidak lebih tinggi.

Tan Sri Yang di-Pertua, RUU ini berpotensi menjadi model kerjasama federalisme yang matang. Jika disokong oleh jaminan perundangan yang jelas, mekanisme penyelarasan tetap dan komitmen fiskal yang telus. Tetapi tanpa elemen tersebut ia berisiko menjadi simbol autonomi bersyarat. Maka, Betong ingin menegaskan tiga pendirian.

Pertama, autonomi Sabah Sarawak mesti bersifat substantif dan stabil bukan bergantung kepada budi bicara sementara. Piawaian pelindungan alam sekitar negara tidak boleh di kompromi atas nama desentralisasi. Pemindahan kuasa mesti disertai pemindahan sumber, kepakaran dan mekanisme penyelarasan nasional yang berinstitusi.

Sebagai rakan pengasas Persekutuan di bawah MA63, Sabah, Sarawak tidak menuntut keistimewaan. Sabah, Sarawak menuntut pengiktirafan terhadap hak yang telah dipersetujui sejak 1963. Maka Betong menyokong pindaan ini secara prinsip tetapi menuntut penjelasan yang terperinci daripada Menteri supaya Dewan ini diyakinkan bahawa autonomi yang diberikan benar-benar tulen, terancang dan berjangka panjang. Sekian, terima kasih.

draft • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Seterusnya saya menyebut Mersing.

draft • 2:50 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 bukan sekadar pindaan teknikal terhadap Akta 127. Ia menyentuh soal struktur kuasa, prinsip federalisme, keseimbangan antara pembangunan dan kelestarian serta yang lebih penting soal semak dan imbang dalam sistem demokrasi kita. Pada prinsipnya, usaha memperkukuh peranan Sabah dan Sarawak dalam pengurusan alam sekitar selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 adalah sesuatu yang wajar.

Desentralisasi yang terancang boleh menjadikan tadbir urus lebih responsif terhadap realiti tempatan. Dalam kerangka Persekutuan yang matang, kuasa diagihkan bersama tanggungjawab dan tanggungjawab mesti datang bersama akauntabiliti.

Namun begitu, dalam kita menyokong prinsip pengagihan kuasa ini, terdapat satu aspek besar dalam pindaan ini yang memerlukan perhatian serius Dewan yang mulia ini, iaitu pemberian kuasa kepada Menteri untuk menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan akta ini di bahagian-bahagian berlainan di Malaysia melalui perintah warta.

Tan Sri Yang di-Pertua, kuasa untuk menggantung keseluruhan atau sebahagian undang-undang bukan perkara kecil. Ia bukan soal pertadbiran biasa. Ia menyentuh prinsip kedaulatan Parlimen. Rang undang-undang ini tidak menetapkan had masa penggantungan, tidak mewajibkan pembentangan semula kepada Parlimen dan tidak memperincikan kepada keadaan khusus seperti darurat atau ancaman keselamatan yang membolehkan kuasa ini digunakan.

Persoalannya, adakah kita sedang mewujudkan satu bentuk governance by executive order dalam undang-undang alam sekitar? Saya tidak menolak keperluan fleksibiliti dasar. Tetapi, fleksibiliti tanpa sempadan berisiko membuka ruang penyalahgunaan kuasa. Hari ini mungkin untuk tujuan pentadbiran, esok mungkin untuk melonggarkan syarat EIA bagi projek mega tertentu atas alasan kepentingan ekonomi.

Dalam konteks global hari ini, pelabur antarabangsa semakin menilai komitmen sesebuah negara terhadap prinsip ESG, environmental, social and governance. Malaysia juga telah menyatakan komitmen terhadap agenda perubahan iklim dan kelestarian. Jika undang-undang asas dan alam sekitar boleh digantung melalui kuasa eksekutif tanpa semakan Parlimen, apakah mesej yang kita hantar kepada komuniti antarabangsa? Pelabur mahukan kepastian dasar bukan ketidaktentuan undang-undang.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin mengemukakan beberapa persoalan khusus kepada pihak kementerian.

Pertama, apakah rasional sebenar pemberian kuasa penggantungan yang begitu luas ini? Adakah pernah berlaku situasi di mana Akta 127 menghalang tindak balas kecemasan sehingga memerlukan kuasa menggantung keseluruhan akta?

Kedua, adakah terdapat had masa maksimum bagi penggantungan tersebut?

Jika tidak, adakah kerajaan bersedia mempertimbangkan sunset clause supaya setiap penggantungan mesti dibentangkan dan diluluskan semula oleh Dewan Rakyat dalam tempoh tertentu?

Ketiga, adakah Kabinet secara kolektif perlu meluluskan perintah tersebut atau memadai dengan keputusan seorang Menteri?

Keempat, dalam konteks Sabah dan Sarawak, bagaimana kerajaan memastikan tidak wujud dua standard alam sekitar yang berbeza sehingga menjejaskan hak rakyat untuk menikmati persekitaran yang bersih dan selamat? Kita tidak mahu ada negeri yang menjadi zon kelonggaran demi pelaburan jangka pendek tetapi menanggung kesan pencemaran jangka panjang.

Tan Sri Yang di-Pertua, berhubung penguatkuasaan pula, isu pelupusan buangan terjadual secara haram masih menjadi cabaran besar negara. Berdasarkan Laporan Jabatan Alam Sekitar kebelakangan ini, kes pencemaran sungai dan pelupusan haram masih berlaku dan sebahagiannya melibatkan sindiket terancang.

Saya mohon kementerian menyatakan statistik terkini tahun 2025 mengikut negeri, jumlah aduan diterima, kes disiasat, pendakwaan dibuat dan sabitan diperoleh. Undang-undang yang kuat tidak bermakna tanpa penguatkuasaan yang tegas. Rakyat mahu melihat tindakan bukan sekadar pindaan.

Seterusnya, mengenai integrasi sistem pelaporan elektronik sisa buangan terjadual. Dalam era digital dan data raya, pemantauan masa nyata amat penting.

Sejauh mana keupayaan sistem ini mengesan pergerakan sisa end — secara end to end? Adakah sistem ini akan diintegrasikan sepenuhnya dengan Sabah dan Sarawak bagi mengelakkan silo data? Data yang terpisah akan menghasilkan penguasaan yang terpecah.

Dalam aspek kawalan sempadan pula, dengan peningkatan perdagangan rentas sempadan dan risiko sindiket sisa antarabangsa, apakah bentuk koordinasi strategik antara JAS, Kastam Diraja Malaysia dan agensi negeri? Kita tidak mahu Malaysia dilihat sebagai destinasi pelupusan sisa kerana kelemahan koordinasi.

Jika kerajaan benar-benar komited, saya mencadangkan beberapa penambahbaikan. Pertama, mengehadkan kuasa penggantungan hanya kepada keadaan luar biasa yang diperincikan dengan jelas.

Kedua, mewajibkan pembentangan perintah penggantungan di Parlimen dalam tempoh tertentu untuk tujuan semakan.

Ketiga, menetapkan had masa penggantungan dengan mekanisme pembaharuan yang telus.

Keempat, mewajibkan laporan impak dan konsultasi awam sebelum mana- mana penggantungan dilaksanakan, kecuali dalam situasi kecemasan yang nyata.

Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 2:54 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput Bentong.

draft • 2:54 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Saya bangkit untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026.

Pindaan ini walaupun nampak ringkas dengan hanya melibatkan Seksyen 1 Akta 127, sebenarnya ia membawa impak yang amat besar kepada struktur federalisme dan autonomi negeri-negeri di Malaysia. Pindaan ini adalah manifestasi jelas komitmen kerajaan dalam memenuhi tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) melalui penambahan subseksyen (3) pada seksyen 1, Menteri diberi kuasa untuk menggantung pemakaian Akta 127 di bahagian-bahagian tertentu di Malaysia. Ini akan membuka jalan kepada pemberian kuasa perundangan alam sekitar kepada Sabah dan Sarawak secara berfasa. Bermula dengan pengurusan pembuangan terjadual, kita tidak mahu lagi melihat birokrasi berlapis antara Persekutuan dan negeri yang sering kali melambatkan tindakan penguatkuasaan.

Tan Sri Yang di-Pertua, kita harus belajar daripada tragedi pencemaran Sungai Kim Kim di mana kecelaruan bidang kuasa antara kerajaan negeri dan Persekutuan menyebabkan kelewatan tindakan awal yang drastik. Dengan adanya mekanisme pergantungan ini, undang-undang negeri seperti enakmen atau ordinan negeri boleh beroperasi secara eksklusif dalam skop yang digantung sekali gus menghapuskan kekeliruan agensi mana yang, agensi mana yang patut bertindak segera. Namun Tan Sri Yang di-Pertua, terdapat beberapa perkara yang perlu diperincikan oleh pihak kementerian bagi memastikan tidak berlaku kepincangan atau kecelaruan dalam pelaksanaan RUU ini.

Persoalan pertama saya adalah penyelarasan standard alam sekitar. Apabila kuasa diberikan kepada negeri untuk menggubal undang-undang sendiri, sejauh manakah kementerian dapat menjamin bahawa standard dan piawaian alam sekitar adalah konsisten di seluruh negara. Kita tidak mahu wujud syurga pencemaran di negeri-negeri yang mungkin mempunyai undang-undang yang lebih longgar berbanding Akta 127.

Seterusnya, ketersediaan sumber manusia dan teknologi. Berdasarkan data, terdapat perbezaan tahap teknologi antara agensi pusat dan negeri yang boleh menjejaskan keberkesanan pemantauan real time, dengan izin. Adakah proses handholding, dengan izin yang dilakukan sejak 2022 telah benar-benar memastikan Sabah dan Sarawak mempunyai tenaga kerja pakar yang mencukupi untuk mengendalikan sisa toksik yang kompleks?

Pindaan ini juga menyebut tentang pemerkasaan penguatkuasaan di zon ekonomi eksklusif. Bagaimanakah penyelarasan antara Jabatan Alam Sekitar dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia akan dilakukan setelah kuasa ini didelegasikan kepada negeri memandangkan zon ekonomi eksklusif ini sering kali melibatkan isu kedaulatan perairan negara. Tan Sri Yang Di-Pertua, memandangkan pindaan ini memberikan kuasa besar kepada Menteri untuk menggantung akta melalui warta, apakah mekanisme semak dan imbang yang ada bagi memastikan penggantungan ini tidak disalahgunakan untuk kepentingan industri tertentu di kawasan-kawasan tertentu.

Tan Sri Yang di-Pertua, sekiranya pemusatan kuasa terjadi, maka ia perlu disokong oleh kapasiti fiskal, teknikal dan teknologi bagi negeri-negeri supaya mereka mempunyai keupayaan untuk menjalankan dasar-dasar tersebut. Apakah kementerian bersedia mewujudkan dana khusus bagi pembangunan kapasiti penguatkuasaan negeri untuk membiayai pembangunan makmal, peralatan pemantauan dan sistem forensik alam sekitar serta menyokong latihan pegawai teknikal, penguatkuasaan dan pendakwaan? Selain itu, ia hanya dapat digunakan untuk membangunkan sistem pemantauan digital dan data real time, dengan izin di negeri.

Pihak kementerian juga perlu menyelaraskan pembiayaan dengan sasaran kelestarian dan perlindungan alam sekitar. Kementerian juga perlu mewujudkan sunset clause atau review clause, dengan izin bagi memastikan reformasi berstruktur perlu dinilai secara berkala bagi mencapai impak yang berkekalan dan maksimum.

Perlu juga menetapkan tempoh semakan dasar selepas lima tahun pelaksanaan dan menilai keberkesanan dari segi penguatkuasaan, masa respons serta pematuhan industri.

Tan Sri Yang di-Pertua, pindaan ini adalah satu langkah progresif ke arah pemusatan kuasa. Namun, kelestarian alam sekitar tidak mengenal sempadan negeri. Sempadan politik boleh digariskan tetapi udara yang kita sedut dan air yang mengalir tetap dikongsi bersama. Kita tidak mahu RUU ini menjadi titik mula sebarang salah laku tadbir urus dan salah guna kuasa.

Kita juga tidak mahu RUU ini menjadi medan mereka untuk menjarah hasil bumi. Bumi ini bukan pusaka yang diwariskan kepada kita tetapi amanah yang dipinjam oleh cucu-cicit kita. Setiap keputusan kita hari ini adalah warisan yang ditinggalkan untuk masa depan agar esok mereka mewarisi harapan, bukan kehancuran. Bentong menyokong. Sekian, terima kasih.

draft • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya jemput Kota Belud.

draft • 3:00 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Bismillahirrahmanirrahim. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mulakan, ingin saya tegaskan pendirian saya mengenai RUU ini. Saya menyokong penuh usaha untuk mengembalikan semula roh dan semangat Perjanjian Malaysia 1963 yang menjadi objektif utama kepada pindaan ini. Usaha untuk menyerahkan kuasa kawalan selia alam sekitar, khususnya pengurusan buangan terjadual kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak merupakan satu langkah ke arah desentralisasi yang telah lama ditunggu- tunggu.

Namun Tuan Yang di-Pertua, saya perlu menarik perhatian Dewan ini dengan beberapa perkara yang perlu diberikan penjelasan oleh kerajaan. Pertama, kita lihat kepada matlamat pindaan RUU ini. Matlamatnya adalah untuk mengiktiraf kuasa perundangan alam sekitar Sabah dan Sarawak di bawah Perkara 95c, Perlembagaan Persekutuan.

Seterusnya, kita lihat dalam RUU ini pindaan dalam Seksyen 1 yang berbunyi; "Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam warta menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan ini di bahagian-bahagian yang berlainan di Malaysia." Pertama saya sentuh mengenai diksi atau pemilihan kata di bahagian- bahagian yang berlainan di Malaysia. Soalan saya, mengapa tidak diletakkan terus Sabah dan Sarawak sedangkan objektif atau matlamat utama RUU ini adalah untuk Sabah dan Sarawak dan Perjanjian Malaysia 1963. Saya bersangka baik dengan kerajaan namun sebagai Ahli Parlimen kerajaan, saya tidak bahawa kita dituduh memberi kuasa pintu belakang kepada Menteri untuk menggantung akta ini di negeri- negeri Semenanjung pada masa akan datang. Justeru, apa justifikasi frasa yang begitu luas digunakan?

Tuan Yang di-Pertua, saya sokong autonomi namun autonomi tidak seharusnya datang dengan dakwaan memberikan blanket power kepada eksekutif.

Saya ada mendengar beberapa pandangan mengenai fasal 2 yang mana Menteri melalui perintah dan warta menggantung kuat kuasa mana-mana peruntukan Akta 127 ini.

Kalau kita lihat negara luar seperti Kanada melalui Canadian Environmental Protection Act 1999 atau pun SEPA atau negara Australia melalui Environment Protection and Biodiversity Conservation Act 1999, terdapat pengecualian atau kuasa menggantung undang-undang oleh Menteri melalui perintah eksekutif seperti warta dan ianya wujud. Namun, ianya disertakan dengan mekanisme imbangan, check and balance yang ketat.

Memandangkan isu alam sekitar ini serius dan tidak mengenal sempadan negeri, seharusnya perintah dalam warta sahaja tidak mencukupi dan ianya perlu mengambil kira proses check and balance yang lebih berkesan, khususnya di Parlimen melalui apabila RUU ini diluluskan.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan memberikan jaminan melalui sembilan syarat kesediaan sebelum kuasa diserahkan termasuk kesediaan perundangan negeri dan kepakaran teknikal. Namun, ada kebimbangan jika penggantungan dibuat secara tergesa-gesa tanpa standard yang setaraf, Sabah dan Sarawak berisiko menjadi syurga pencemaran atau pollution heaven.

Saya juga difahamkan bahawa perintah penggantungan akan dibuat serentak dengan kuat kuasa undang-undang negeri yang mengelakkan lakuna. Namun, siapakah yang akan mengesahkan bahawa undang-undang negeri itu benar-benar siap dan setaraf?

Terakhir, Tuan Yang di-Pertua mengenai mekanisme tarik balik. Sekiranya berlaku pencemaran luar biasa atau kegagalan penguatkuasaan di peringkat negeri selepas Akta 127 digantung, apakah kuasa intervensi yang masih ada pada Kerajaan Persekutuan?

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya tegaskan, saya sangat menyokong autonomi yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak, namun autonomi yang berkesan dan bagus perlu datang dan diiringi dengan akauntabiliti. Sekian, terima kasih.

draft • 3:05 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya menyebut Machang.

draft • 3:05 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Ramadan Kareem kepada semua. Saya masih lagi seorang Ahli Parlimen bebas yang menyokong Perikatan Nasional.

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik kerajaan untuk menunaikan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 melalui Perkara 95c Perlembagaan Persekutuan.

draft • 3:09 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Pemberian kuasa perundangan pengurusan buangan terjadual kepada Sabah dan Sarawak adalah satu langkah yang adil selaras dengan semangat autonomi serantau yang telah lama dituntut oleh rakyat kedua-dua negeri tersebut.

Namun Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengingatkan Dewan yang mulia ini bahawa autonomi tanpa kapasiti adalah beban dan desentralisasi tanpa ekologi adalah bahaya. Maka soal yang perlu kita tanya hari ini bukanlah semata-mata siapa yang berkuasa mengurus buangan terjadual tetapi bagaimana pengurusan itu akan dilaksanakan demi memelihara alam sekitar Sabah dan Sarawak yang menjadi paru-paru dunia.

Tuan Yang di-Pertua, Sabah dan Sarawak adalah negeri yang kaya dengan sumber asli, minyak, sawit, petroleum, kayu balak dan perlombongan. Namun, kekayaan ini telah lama datang dengan harga yang tidak kelihatan dalam kira-kira ekonomi kita. Harga kepada bumi, kepada sungai dan kepada udara yang dihirup oleh anak-anak kita.

Karl Marx pernah menulis bahawa kapitalisme mengganggu interaksi metabolik antara manusia dan alam. Bahawa kita mengekstrak daripada alam tetapi apa yang kita pulangkan semula, bukanlah nutrien mahupun pemulihan, sebaliknya ialah sisa racun dan pencemaran. Konsep ini yang dikenali sebagai, dengan izin metabolic reef atau retak metabolik menjelaskan dengan tepat mengapa negeri- negeri kaya sumber seperti Sabah dan Sarawak turut menghadapi pencemaran air, tanah, udara yang serius akibat aktiviti industri yang tidak terurus.

Buangan terjadual adalah manifestasi fizikal daripada retak metabolik ini.

Apabila kilang memproses kelapa sawit, loji petroleum mengeluarkan sisa kimia.

Apabila industri pembalakan meninggalkan bendungan lumpur, kesemua ini adalah pertanda bahawa gelung ekologi antara pengeluaran dan pemulihan telah diputuskan. Sisa itu tidak kembali kepada tanah sebagai nutrien. Ia terkumpul sebagai pencemaran yang meracuni ekosistem. Maka Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, RUU ini perlu difahami bukan sekadar sebagai pindaan prosedur tetapi sebagai peluang untuk memulihkan retak ekologi yang telah lama terbentuk di bumi Borneo.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengiktiraf bahawa kementerian telah menetapkan sembilan syarat yang mesti dipenuhi oleh Sabah dan Sarawak sebelum kuasa ini diserahkan. Ini termasuk pindaan enakmen alam sekitar, pembangunan sistem pemantauan atas talian, penguatkuasaan di zon ekonomi eksklusif dan pematuhan obligasi antarabangsa.

Syarat-syarat ini pada dasarnya adalah peta jalan untuk menutup retak metabolik yang saya sebutkan tadi. Namun saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah mekanisme pengesahan bebas yang akan memastikan kesembilan syarat ini bukan sekadar dipenuhi atas kertas tetapi dilaksanakan secara substantif di lapangan.

Sistem pemantauan alam sekitar secara berterusan yang dimandatkan dalam syarat ketujuh adalah penting kerana tanpa data yang telus dan boleh diakses awam, kita tidak dapat mengukur sama ada retak metabolik itu sedang dipulihkan atau semakin melebar. Pemantauan bukan sekadar alat pentadbiran, ia adalah cara kita menjadikan kerosakan alam sekitar itu kelihatan dan boleh dipertanggungjawabkan.

Tuan Yang di-Pertua, adalah silap besar jika Dewan ini membincangkan pengurusan buangan terjadual tanpa menghubungkannya dengan krisis perubahan iklim global. Kerajaan Persekutuan telah berkomitmen untuk memenuhi obligasi di bawah Perjanjian Paris dan konvensyen antarabangsa yang lain, sebagaimana yang termaktub dalam syarat kesembilan RUU ini.

Saya ingin mengingatkan Dewan bahawa komitmen antarabangsa ini bukan sekadar kewajipan diplomatik. Ia adalah ikrar kepada generasi akan datang bahawa kita tidak akan mewarisi kepada mereka sebuah bumi yang lebih rosak daripada kita warisi. Maka, pengurusan buangan terjadual di Sabah dan Sarawak mestilah selari dengan matlamat penurunan karbon nasional.

Jika kita memindahkan kuasa penguatkuasaan tanpa memastikan keserasian dasar iklim, kita berisiko mewujudkan dua standard. Satu untuk Semenanjung, satu untuk Borneo yang akhirnya melemahkan seluruh komitmen iklim Malaysia di mata dunia.

Jadi Tuan Yang Di-Pertua, sebagai rumusan saya menyokong prinsip RUU ini, khususnya pemenuhan tuntutan MA63 dan pemberian autonomi kepada Sabah dan Sarawak. Namun, sokongan saya adalah sokongan bersyarat dan saya ingin merakamkan gesaan-gesaan seperti saya sebutkan tadi. Dan semoga dengan adanya pindaan ini, Sabah dan Sarawak bukan saja hak rakyat mereka sahaja, ia adalah warisan generasi yang belum lahir, yang akan lahir di Sabah dan Sarawak.

Semoga Dewan yang mulia ini dengan meluluskan RUU ini turut meluluskan satu komitmen moral kepada ekologi Borneo, antara ekologi yang paling-paling diverse dengan izin, dan sangat penting kepada iklim global dan masa depan Malaysia yang lebih lestari. Maka, saya menyokong dan saya harap kerajaan mengambil kira semua teguran yang dibuat oleh Ahli-ahli Dewan yang membahaskan rang undang-undang ini pada hari ini. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Salam Ramadan.

draft • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Seterusnya saya jemput Tuaran.

draft • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya bangun di bawah 18(1).

draft • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Berapa?

draft • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya dah hantar, tapi saya terpaksa bercakap Tan Sri sebab dividen EPF akan dikeluarkan dalam bulan Mac.

Beberapa hari lagi, jadi saya minta supaya usul ini — sebab tiga kali saya hantar.

Tuan Yang di-Pertua minta supaya saya memberi beberapa contoh lapangan. Saya telah lampirkan 20 lampiran untuk membuktikan bahawa penyimpan-penyimpan KWSP sangat-sangat memerlukan. Terutamanya mereka minta supaya akaun tiga mereka itu diisi.

Kita minta supaya kerajaan tidak perlu buat apa. Dividen yang akan dibagi bulan April ini— bulan Mac ini, supaya dimasukkan semuanya kepada akaun tiga.

Sekarang dia bagi syarat hanya dimasuk kepada akaun satu dan sedikit saja kepada akaun tiga, akaun dua dan akaun tiga.

Kita minta 100 peratus daripada dividen EPF dimasukkan kepada akaun tiga.

Ini kita mohon. Tan Sri baik dengan Menteri Kewangan, Menteri Kewangan pun baik dengan kami. Kami mintalah di bulan Ramadan ini supaya mempertimbangkan.

Sebab mereka berpuasa dan mereka juga nak balik raya, pertimbangkan dividen saja.

Contohnya macam ada seorang pegawai saya itu, dia ada simpanan RM300,000. Tapi tak boleh keluar sebab umur dia terlampau muda. Tapi dividen dia dekat RM10,000. Dia kata kalau dapat itu cukup menolong. Jadi Tan Sri yang saya kasihi, supaya tolong menengok perkara ini dan kita boleh minta supaya kerajaan mempertimbangkannya sebelum dividen ini dimasukkan akaun satu dan akaun dua yang agak sukar untuk kita akan keluarkan.

Jadi kalau boleh, sebelum keluarkan — sebelum dimasukkan akaun satu, akaun dua, dipastikan dividen dimasuk kepada akaun tiga. Terima kasih Tan Sri.

Semoga Allah berkati. Selamat puasa.

draft • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya, saya jemput Tuaran.

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk turut membahas rang undang-undang Akta Kualiti Alam Sekitar (Pindaan) 2026 yang kelihatan ringkas dan straight forward sebab dia hanya meminda seksyen 1 untuk memberi kuasa Perdana Menteri menggantung penguatkuasaan keseluruhan atau sebahagian akta ini di mana-mana tempat di Malaysia contohnya di Sabah.

Namun di sebalik rangka yang kelihatan teknikal ini, tersirat satu persoalan besar tentang kuasa, tentang hak dan tentang masa depan negeri kami. Tuaran bangun menyokong pindaan ini dengan satu kesedaran yang mendalam bahawa saya bukan sekadar seorang Ahli Parlimen. Saya berdiri di Dewan yang mulia ini sebagai suara rakyat Sabah.

Sebagai wakil kepada tanah yang hutannya menjadi paru-paru negara, sungainya menjadi nadi kehidupan masyarakat pedalaman dan buminya menjadi sumber rezeki ribuan keluarga yang bergantung hidup kepada alam. Saya mengambil bahagian dalam perbahasan ini dengan satu prinsip yang tegas dan tidak berganjak. Perlindungan alam sekitar mesti diperkukuh. Namun dalam keghairahan memperkukuh undang-undang, semangat Perjanjian Malaysia 1963 tidak boleh sama sekali diketepikan.

Tan Sri Yang di-Pertua, Tuaran perlu ulangi di Dewan yang mulia ini. Sabah bersetuju membentuk Malaysia bersama-sama Sarawak, Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura pada tahun 1963 bukan sebagai negeri bawahan ditadbir sepenuhnya daripada Putrajaya. Sabah menyertai Pembentukan Malaysia atas jaminan yang termeterai dalam 1963, jaminan autonomi dalam hal tanah, kerajaan tempatan, perhutanan dan sumber asli.

Jaminan ini bukan sekadar catatan sejarah. Ia diperkukuh dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya melalui Jadual Kesembilan. Ini bukan isu politik sempit. Ini soal maruah. Soal amanah sejarah, soal janji yang dimeterai antara pengasas sebuah negara.

Apabila kita membahaskan pindaan yang berpotensi memperluaskan kuasa Persekutuan dalam bidang yang berkait rapat dengan tanah dan sumber negeri, maka sebagai wakil Sabah, saya wajib bertanya dengan penuh tanggungjawab.

Adakah pindaan ini benar-benar menghormati bidang kuasa negeri? Adakah Sabah dirunding secara bermakna atau sekadar dimaklumkan selepas keputusan dibuat?

Adakah persetujuan rasmi Kerajaan Negeri Sabah telah diperoleh? Rakyat di luar sana mahu jawapan yang jujur, bukan sekadar penjelasan prosedur.

draft • 3:17 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Hutan di Sabah bukan sekadar angka dalam laporan karbon. Ia adalah warisan nenek moyang. Ia adalah kampung halaman masyarakat peribumi yang pertahankan adat dan identiti mereka turun menurun. Sungai yang tercemar pula bukan sekadar bencana bacaan kimia di makmal, ia adalah air minuman anak-anak kami, ia adalah sumber protein keluarga di pedalaman. Kami di Sabah hidup bersama tanah dan hutan itu. Kami menyaksikan sendiri kesannya apabila ia rosak.

Maka, suara kami tidak boleh dipinggirkan dalam menentukan bagaimana ia diurus.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin tegaskan dengan sejelas-jelasnya, saya tidak menolak undang-undang alam sekitar yang tegas, malah Sabah sering menjadi mangsa eksploitasi dan pencemaran. Kami mahukan perlindungan yang lebih kuat.

Kami mahu penguatkuasaan yang lebih berkesan. Tetapi, perlindungan itu mesti dilaksanakan melalui kerjasama yang tulen, bukan melalui pemusatan kuasa yang berlaku sedikit demi sedikit tanpa disedari.

Sabah perlu empowerment, bukan sekadar pelaksanaan dari atas ke bawah, termasuk dalam perkara yang berada dalam Concurrent List Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Janganlah atas nama standard kebangsaan, kita secara perlahan menghakis kuasa yang telah dijamin sejak hari pertama Malaysia dibentuk.

Jika terdapat kuasa luas kepada Menteri untuk menggantung atau mengubah pelaksanaan undang-undang, maka mestilah ada mekanisme konsultasi wajib dengan Kerajaan Negeri Sabah. Tanpa itu, persepsi akan timbul bahawa keputusan dibuat di Putrajaya tanpa memahami realiti kehidupan di pedalaman seperti kawasan Yang Berhormat Menteri di Pensiangan, Kinabatangan ataupun di Nabawan sendiri, tempat di mana jalan raya masih mencabar, apatah lagi akses kepada keadilan alam sekitar.

Tan Sri Yang di-Pertua, sebagai Ahli Parlimen daripada Sabah, saya memikul amanah rakyat sentiasa bertanya dengan nada yang harapan dan kerisauan.

Adakah hak Sabah benar-benar dihormati dalam Malaysia hari ini?

Maka, saya mencadangkan― pertama, diwujudkan peruntukan jelas bahawa apa-apa pelaksanaan kuasa di Sabah hendaklah melalui perundingan rasmi dengan Kerajaan Negeri Sabah seperti polemik sempadan di Sebatik yang telah dibangkitkan baru-baru ini.

Kedua, ditubuhkan jawatankuasa bersama Persekutuan-negeri bagi penguatkuasaan di Sabah supaya semangat perkongsian benar-benar dizahirkan.

Ketiga, dimasukkan klausa yang secara nyata menyatakan pindaan ini tidak menjejaskan kuasa negeri dalam hal tanah, perhutanan dan sumber asli sebagaimana dijamin dalam MA63.

Malaysia hanya akan benar-benar kukuh apabila setiap rakan dalam Persekutuan merasa dihormati, didengar dan dilibatkan. Sabah bukan sekadar negeri pengeluar sumber. Sabah adalah rakan pengasas Malaysia. Dan rakan pengasas tidak seharusnya merasa terpinggir di tanah sendiri.

Saya menyokong usaha melindungi alam sekitar negara ini dengan sepenuh hati. Tetapi, saya berdiri teguh memastikan bahawa dalam proses tersebut, hak dan autonomi Sabah terus dihormati, bukan sekadar dalam ucapan tetapi terjamin kukuh dalam undang-undang yang kita luluskan hari ini.

Autonomi ini juga bererti bahawa Kerajaan Sabah mesti juga mengambil tanggungjawab bersedia meminda Enakmen Perlindungan Alam Sekitar 2002 untuk memuatkan kesemua peruntukan dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1975, khususnya yang berkaitan dengan standard dan keupayaan untuk melaksanakannya.

Tan Sri Yang di-Pertua, izinkan saya akhiri dengan dua rangkap pantun.

*Di hutan hijau alam berani, Sungai Tuaran mengalir pemecah sepi; Hak negeri jangan diabaikan lagi, Sabah berdaulat terus berani berdiri.

Sabah bumi indah dan nyaman, Hutan dan laut sumber utama; Tuntutan hak jangan dilupakan, Sabah berdiri setara bersama.* Sekian. Tuaran mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih Tuaran. Saya jemput Bakri.

draft • 3:20 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Tan Sri Yang di-Pertua, seperti yang telah dibahas oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, pindaan kali ini sebenarnya menimbulkan kebimbangan yang serius tentang pemusatan kuasa Menteri. Melalui penambahan subseksyen (3) dalam seksyen 1, Menteri telah diberikan kuasa budi bicara yang luas untuk menggantung kuat kuasa Akta 127 ini di mana-mana bahagian negara melalui perintah warta semata-mata tanpa perlu kembali ke Parlimen. Ini adalah fasa Henry VIII.

Saya menyokong semangat Perjanjian Malaysia 63 dalam memberikan autonomi kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak mahupun negeri-negeri yang lain.

Namun, Tan Sri Yang di-Pertua, pindaan kali ini perlu menyatakan dengan jelas bagi merealisasikan matlamat ini, tetapi bukan apa yang kita lihat pada hari ini.

Ketiadaan semak dan imbang dalam teks perundangan ini berisiko menjadikan piawaian alam sekitar tidak seragam, bergantung kepada pertimbangan politik tetapi bukannya teknikal. Dewan yang mulia ini membuat sesuatu undang- undang yang tidak menepati matlamatnya, malah menimbulkan kebimbangan masyarakat terhadap Kerajaan MADANI seolah-olah kerajaan berhasrat menumpukan semua kuasa, termasuk kuasa perundangan, di dalam tangan seorang Menteri.

Tan Sri Yang di-Pertua, selain daripada pindaan yang tidak menepati matlamat ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan Dewan yang mulia ini bahawa ada satu perkara yang tidak kurang pentingnya berbanding dengan MA63. Perkara yang saya maksudkan ini adalah berkenaan dengan reformasi ke atas proses penilaian impak alam sekitar (EIA) sebagai benteng pelindung alam yang benar-benar memberikan perlindungan kepada khazanah alam semula jadi dan memastikan kemampanan alam sekitar sentiasa terjamin.

Hakikat sekarang, EIA tidak lagi berfungsi sebagai benteng pelindung, tetapi ia nya hanya merupakan satu dokumen untuk memenuhi syarat kelulusan projek pembangunan secara formaliti sahaja sehingga sesetengah pihak telah menyifatkan secara sindiran bahawa EIA seolah-olah tiket laluan pantas untuk mendapatkan kelulusan.

Tan Sri Yang di-Pertua, kelemahan pertama proses penilaian EIA sekarang adalah sikap tebang dahulu, mohon kemudian. Ramai pemaju membersihkan tapak sebelum laporan EIA diluluskan secara penuh. Mereka memberikan alasan bahawa kerja-kerja awal perlu dijalankan. Namun, realitinya, ekosistem asal sudah pun musnah.

Dalam projek REE Kenering, Perak, Sahabat Alam Malaysia telah mendedahkan bukti melalui imej satelit dan tinjauan dron yang menunjukkan bahawa pembukaan tanah dan pembinaan kilang hidro metalurgi telah pun siap dibina sebelum laporan EIA diluluskan pada 11 Mei 2022. Ketidakselarasan prosedur ini menimbulkan dua masalah.

Yang pertama, kehilangan data asas rujukan. Apabila tanah dibersihkan sebelum EIA diluluskan, data ekosistem asal tidak sempat direkod. Tanpa titik rujukan sebelum yang sahih, sebarang penilaian pencemaran atau kerosakan biodiversiti di masa hadapan telah kehilangan asas saintifiknya.

Masalah kedua, pertindihan bidang kuasa. Keizinan perlombongan di peringkat negeri sering kali mendahului kelulusan teknikal Jabatan Alam Sekitar di peringkat Persekutuan. Apabila dua lapis kerajaan ini tidak selaras, EIA terpaksa berfungsi sebagai formaliti untuk mengesahkan keputusan yang telah pun dilaksanakan di lapangan.

Masalah ini menjadi lebih teruk apabila struktur pelantikan konsultan, iaitu pemaju melantik dan membayar konsultan EIA mereka sendiri.

draft • 3:24 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Conflict of interest yang ketara ini berpeluang tinggi akan menghasilkan satu laporan yang bersifat tick-box exercise untuk menandai segala kehendak pemaju supaya projek akan diluluskan tetapi bukan bertindak untuk melindungi alam sekitar dan komuniti.

Tan Sri Yang di-Pertua, kelemahan kedua adalah seranta awam yang bersifat kosmetik. Proses EIA sepatutnya telus untuk orang ramai tetapi hakikatnya, ia nya direka untuk mengecualikan penglibatan rakyat. Di Penang South Island, beribu nelayan merayu dan berdemonstrasi. Namun, pandangan mereka diketepikan dengan statistik yang dimanipulasi oleh konsultan pihak pemaju.

Laporan setebal 500 muka surat dalam bahasa teknikal dengan tempoh maklum balas yang singkat. Ini bukan proses konsultasi tetapi ia lebih kepada penindasan melalui proses birokrasi. Sesi pendengaran awam pula sering kali diadakan di hotel-hotel mewah di bandar, jauh daripada komuniti terjejas. Ini bukan konsultasi. Ini adalah sandiwara untuk melengkapi proses semata-mata.

Tan Sri Yang di-Pertua, isu yang ketiga adalah kegagalan pemantauan selepas kelulusan EIA yang mungkin nampak cantik di atas kertas tetapi pada pelaksanaannya adalah hancur. Tragedi Sungai Kim Kim, Pasir Gudang adalah salah satu bukti. Sisa kimia dibuang secara haram dengan mudah walaupun kawasan industri sepatutnya tertakluk dalam kawalan ketat. Namun, akibat sistem pemantauan kita yang bersifat pasif, kerajaan bertindak hanya selepas tragedi ini berlaku.

EIA juga gagal menilai cumulative impact iaitu saya bagi satu gambaran, kilang A, kilang B dan kilang C diluluskan secara berasingan kerana EIA dijalankan secara berasingan tanpa penilaian kesan gabungan terhadap sesuatu kemusnahan yang mungkin berlaku ke atas alam sekitar.

Tan Sri Yang di-Pertua, kelemahan yang keempat adalah EIA kita masih menggunakan data cuaca 20 tahun lalu untuk merancang projek masa hadapan.

Bagi projek REE Hulu Perak, teknologi in-situ leaching diuar-uarkan sebagai selamat, namun risiko jangka panjangnya terhadap air bawah tanah mungkin terabai sepenuhnya kerana masalah kesesuaian teknologi terpindah. Teknologi ISL ini yang dibawa daripada Gannan, Jiangxi dibangunkan dalam konteks geologi dan iklim subtropika dengan taburan hujan tahunan sekitar 1,600 milimeter.

Persoalannya, adakah parameter teknikal ini telah diuji secara menyeluruh dalam konteks iklim dan hidrologi Malaysia yang menerima hujan hampir dua kali ganda? Dengan intensiti hujan tropika yang ekstrem, risiko sisa kimia ammonium sulfat meresap dan mengalir ke dalam sistem air bawah tanah adalah jauh lebih tinggi. Tanpa bukti saintifik yang mengambil kira ciri hidrogeologi tempatan termasuklah kewujudan batuan khas, adakah kita sekadar menyalin teknologi ini tanpa menilai risiko pencemaran jangka panjang terhadap lembangan Sungai Perak? Justeru, saya menyeru supaya kerajaan mengambil tindakan berikut.

Yang pertama, mewujudkan dana penilaian bebas iaitu pemaju membayar kepada tabung pusat. Seterusnya, kerajaan melantik konsultan secara rawak dan bebas supaya pengaruh daripada paymaster iaitu pemaju dikurangkan kepada tahap yang paling minimum.

Kedua, menyediakan laporan versi rakyat marhaen iaitu ringkasan EIA ditulis dalam bahasa yang mudah difahami, diedarkan kepada penduduk-penduduk yang terjejas di dalam zon terkesan.

Ketiga, audit iklim secara mandatori dengan menolak mana-mana EIA tanpa simulasi bencana iklim bagi tempoh 50 tahun. Saya harap pindaan RUU kali ini, ia perlu berfungsi untuk lebih melindungi alam sekitar tetapi bukan hanya untuk secara formaliti dan teknikal sahaja. Dengan ini, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

draft • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Arau.

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Yang pertama sekali, rang undang-undang ini yang dipinda untuk memberi kuasa kepada Menteri untuk menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan dalam akta ini yang lebih kepada untuk memberi kuasa kepada Sabah dan Sarawak berhubung dengan alam sekitar. Kita menyokong.

Kedudukan— ini bukan di atas dasar sentimen lain, Sabah dan Sarawak ialah Malaysia. Jadi, kita menyokong sebab berdasarkan kepada keluasan Sabah dan Sarawak dan berdasarkan juga pencemaran yang berlaku sekarang ini, kita berharap dengan pemindahan kuasa ini akan membolehkan penguatkuasaan dibuat dengan lebih baik, mantap dan bila kita pergi ke Sabah nanti, ke Sarawak nanti, air sungai tidak lagi berwarna kopi susu tapi berwarna biru.

Sebab apa? Kita tahu di antara punca air kita bertukar warna ialah apabila sumber air itu tercemar, kawasan hutan dibuka tanpa kawalan dan sebagainya. Jadi kita berharap yang paling penting ialah sama ada apa pun kita buat, kita dapat pulihkan keadaan kembali kepada normal.

Jadi, saya nak mulakan perbincangan kita yang ringkas ini ialah, pertama nak ucap terima kasih, menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang telah menzahirkan keprihatinan dengan baginda berhubung dengan isu ladang babi. Junjung kasih Tuanku.

Kerana keprihatinan baginda, sekali gus menggemparkan suasana semua pihak sehingga banyak pihak sekarang ini dah tengok bahawa kita harus buat sesuatu yang terbaik supaya pemeliharaan khinzir ini dibuat dengan cara yang sewajarnya supaya tidak menimbulkan pencemaran. Jadi, selama ini kita mendengar dan kita kompelin begitu sahaja tapi sekarang ini, pihak kerajaan dan semua pihak akan mengambil tindakan memastikan supaya pencemaran ialah perkara utama yang harus diberi perhatian.

Jadi Tan Sri Yang di-Pertua, bila kita sebut benda-benda haram ini, di antara benda haram ini mudah dilakukan, saya tak maksud benda-benda lain. Untuk alam sekitar sahaja. Yang lain pun mudah dilakukan.

Pertamanya, penguatkuasaan. Kalau penguatkuasaan lemah, jadi orang mudah lakukan sesuatu benda haram.

Yang keduanya, disiplin diri. Disiplin manusia, rakyat itu sendiri yang sebagai contoh, Tan Sri, kalau orang tak nampak dia pegang sampah, dia akan campak, dia akan campak begitu saja. Saya pernah tengok bot yang sedang lalu, kemudian minyak hitam ke saya ingat dia bubuh minyak. Kemudian, dia campakkan botol keluar begitu sahaja dan pernah zaman-zaman dulu, zaman moden sekarang tak berlakulah di mana orang naik kereta, minum air dalam botol. Bila dicampak botol keluar kereta, dia menyebabkan kemalangan sebab terkena kereta lain dan sebagainya.

Jadi, kalau ada disiplin diri, maaf cakap, kena sebut buat perbandingan sikit seperti yang berlaku di negara Jepun sebagai contohnya ialah bila kita masuk bilik airnya, kita tak mampu untuk membuat, meninggalkan air pun. Sebab apa, kadang- kadang di airport, kalau sekiranya kita masuk, kita melaksanakan tanggungjawab kita di sana. Lepas itu, kita keluar dengan meninggalkan air. Orang yang jaga itu nanti dia panggil kita. Dia panggil kita, dia sebut bahawa kita tak cuci bilik air itu.

draft • 3:36 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi siapa yang pergi ke negara yang suka bersihkan bilik air ni, kita akan tahu bahawa yang pertama kita pergi kita kena pastikan, kita masuk bilik air yang bersih, kita keluar bersih. Tapi sekarang ini kita sendiri di Parlimen ini kita cuci selalulah tapi orang kadang dia melepaskan tanggungjawab dia lepas itu dia tinggal begitu sahaja, kadang-kadang lupa nak flush pun, jadi disiplin diri.

Okey, yang pertama tadi fasal penguat kuasa. Penguat kuasa ni lemah menyebabkan orang membuat perkara yang haram. Dia ada hubung kait, Tan Sri.

Penerokaan haram ini Akta Tanah dan juga Akta Alam Sekitar. Saya setuju dengan Bakri tadi yang menyebut tentang kesukaan rakyat Malaysia ini ialah melanggar EIA.

Contohnya macam kita mesti bersyarat mesti mendapatkan kelulusan EIA baru boleh mulakan kerja tapi dia akan mulakan kerja sebab dia menganggap EIA ini adalah satu proses biasa yang mesti diluluskan dan sebagainya tetapi perbuatan tersebut menyebabkan kesan kepada alam sekitar.

Pembukaan tanah yang berleluasa akan menimbulkan kesan kepada alam sekitar. Sekarang ini di Semenanjung, saya ambil contoh ya, ada negeri-negeri yang tak mampu untuk membuat penguatkuasaan di kawasan-kawasan yang telah diteroka dengan begitu luas dan dahsyat. Saya bagi contoh Cameron Highlands.

Cameron Highlands, Kerajaan Pusat telah ambil tindakan untuk menguatkuasakan undang-undang tentang penerokaan tanah haram. Kalau kita tengok penerokaan tanah haram ini bukan dibuat oleh orang tempatan, orang tempatan mungkin ada dalam 40 percent. Tapi kebanyakannya dibuat oleh tauke- tauke besar daripada luar, daripada negara jiran, daripada Tanah Besar.

Tanah Besar sekarang ni bukan sahaja mereka meneroka hutan secara haram dan menanam Musang King. Kita dok ingat Musang King ini dibuat oleh petani tempatan Yang Berhormat tetapi dibuat oleh petani daripada Tanah Besar. Dia mari meneroka secara haram, tanam sebab apa dia ada nampak keuntungan yang hebat maka dia pun tanam sendiri sekarang, dia sendiri yang tanam. Dulu dia upah orang tempatan tanam, dia beli tapi sekarang dia sendiri yang tanam dan oleh kerana terlampau banyak mungkin harga jatuh dan sebagainya.

Tetapi penguatkuasaannya tak dapat dibuat oleh kerajaan negeri maka kerajaan negeri telah minta tolong dan kita buat penguatkuasaan dan saya dengan— maaf Tan Sri, kena sebut sikit saya mengetuai penguatkuasaan di Cameron Highlands. Saya robohkan habis semua, hampir semua kawasan penerokaan haram walaupun telah disabotaj oleh pelbagai pihak seperti mengenakan jentolak tu yang kita sewa dalam RM1,000 sehari dia caj sampai RM15,000 supaya kita tak dapat jentolak. Tapi kita berjaya, kita berjaya robohkan dan kita mula tanam pokok-pokok tempatan untuk membolehkan kawasan hutan, untuk membolehkan ia nya dipulihkan semula.

Tapi apa jadi sekarang Tan Sri? Apabila Kerajaan Pusat mungkin terhenti kah ataupun minta maaflah sebab sekarang ini Kerajaan MADANI saya tak tahu apa dia orang buat tapi tempat yang kita robohkan sekarang ini dibina balik. Jadi penerokaan haram kedua telah berlaku mungkin halallah kot sekarang ini sebab yang pertama haram, yang kedua mereka bina balik tempat yang sama.

Demikian juga di Lojing di Kelantan. Kita lihat penerokaan haram berlaku sehingga tanah kubur orang asli pun mereka ambil dan ia nya menimbulkan pencemaran. Sebab apa, mereka buat penerokaan haram, tanam sayur, bubuh baja, bubuh racun akhirnya air mengalir dalam sungai datang ke bawah, datang ke Janda Baik kita bermandi-manda tetapi kita ingat sumber airnya ialah daripada tempat yang tercemar. Itu sebab kadang-kadang balik daripada berkelah, mandi-manda badan kita gatal-gatal dan sebagainya kerana air yang telah tercemar.

Jadi kita minta bagi perhatian perkara ini dan Sabah dan Sarawak tolong tengok perkara apa yang saya sebutkan tadi. Kalau pun telah pun diberikan kuasa sepenuhnya tapi Kerajaan Persekutuan tidak boleh meninggalkan sepenuhnya.

Kalau sekiranya mereka memerlukan pertolongan kita kena bantu.

Kalau sekiranya pegawai-pegawai yang melibatkan urusan negara kot ada negara-negara luar yang mungkin datang untuk cuba dumping dengan izin bahan- bahan tercemar, kita kena halang benda ini. Sebab apa banyak negara-negara sekarang menghadapi masalah nak menyimpan bahan-bahan tercemarnya dan mereka mencari negara-negara ketiga untuk disimpan sebagaimana yang berlaku kepada kita baru-baru ini.

Jadi Tan Sri Yang di-Pertua, kita tidak ada masalah menyokong rakan-rakan kita di Sabah dan Sarawak tapi kita minta supaya penguatkuasaan dalam–– ambil kesempatan ini penguatkuasaan hendaklah ditingkatkan tanpa tolak ansur. Tidak ada kajian EIA tak boleh, kita kena ambil tindakan macam itu. Kalau kita bertegas sudah pasti orang hormat tapi kalau kita lemah lembut dan sebagainya dan tidak bertegas, orang tak hormat kepada kita. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullah.

draft • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih dan yang terakhir saya jemput Beruas.

draft • 3:40 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk saya membahas RUU meminda Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Saya difahamkan pindaan ini berbangkit akibat permintaan daripada Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak untuk memindahkan perkara berkenaan dengan alam sekitar kepada Senarai Bersama IIIA, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan melalui Mesyuarat Khas Majlis Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah pada 14 April 2022 bersetuju mengenakan pemberian kuasa bagi sisa buangan terjadual melalui pemakaian Perkara 95C di bawah Perlembagaan Persekutuan kepada Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak.

Saya tidak ada bantahan kepada persetujuan yang telah dicapai malah menyokong keputusan tersebut jika itulah kehendak rakyat Sabah dan Sarawak.

Walau bagaimanapun, RUU pindaan yang dicadangkan sekarang ini terlalu luas hinggakan Yang Berhormat Menteri boleh menggantungkan sebahagian atau keseluruhan peruntukan-peruntukan dalam Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 ini. RUU pindaan yang di bawa hendaklah mengikut niat dan kehendak pihak Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak seperti yang telah dinyatakan di atas.

Pindaan yang dicadangkan memberikan kuasa mutlak kepada YB Menteri.

Kita mesti senantiasa diingatkan dengan kata-kata Lord Acton yang dibuat pada tahun 1887, “Power tends to corrupt and absolute power corrupts absolutely”. Saya memohon agar RUU ini ditarik balik dan dipinda untuk mencerminkan kehendak pihak Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak dan dibawa semula untuk kelulusan Dewan yang mulia ini.

Saya ingin mengakhiri dengan empat persoalan Perlembagaan untuk kerajaan menjawab. Dengan izin, kalau boleh saya menggunakan bahasa Inggeris untuk meringkaskan empat persoalan undang-undang ini. *Four constitutional issues.

Under our Federal constitution. Number One, is it constitutional to delegate legislative power to the executive?* Kerana di sini Menteri diguna–– diberikan kuasa mutlak dia boleh gantung sebahagian undang-undang, dia boleh buat undang-undang atau batalkan undang-undang. Adakah hak untuk membuat undang-undang ini Parlimen boleh memberikan Menteri kuasa membuat undang-undang?

Kedua, is it a violation of the doctrine of separation of powers? Parlimen, Eksekutif dan Kehakiman di bawah konsep sistem demokrasi kita mesti dipisahkan.

Di sini, Parlimen memberikan kuasa mutlak kepada Menteri. Adakah ini melanggar sistem Westminster kita? The third question is, the contravene Article 66 the procedure to of legislative power and Article 74(1) of The Federal Constitution where Parliament holds power to make laws. Dan akhir sekali, fourthly, the contravene the rule of the quality before the law under Article 8 to federal constitution. Can the Minister decide certain area the law applied, certain area the law doesn’t apply and it’s discriminatory with regard to different, different states.

draft • 3:45 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Di bawah Artikel 8 ini, dikatakan undang-undang terpakai kepada semua rakyat Malaysia dan tidak boleh ada diskriminasi sama ada seseorang itu datang dari sebuah negeri atau wilayah yang lain.

Itulah sahaja perkara-perkara yang harap saya dapat penjelasan dan pencerahan daripada pihak kerajaan. Seperti yang saya katakan tadi, saya harap rang undang-undang ini kalau boleh dikaji semula dan dibentangkan mengikut kehendak dan niat Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak dan bukannya memberikan secara mutlak kuasa sepenuhnya kepada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

draft • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih. Kita telah mendengar 21 orang Yang Berhormat telah memberikan pandangan masing-masing. Sekarang saya dengan ini menjemput Menteri untuk menjawab. Silakan, Menteri.

draft • 3:50 PM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato' Sri Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 21 Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026. Kami menghargai segala pandangan dan cadangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan izinkan saya untuk menjawab mengikut bidang fokus kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Yang pertamanya, secara menyeluruh, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) merupakan kementerian peneraju agenda kelestarian negara yang meliputi pengurusan alam sekitar, tindakan adaptasi dan mitigasi perubahan iklim, pemuliharaan serta perlindungan hutan dan kepelbagaian biologi di samping memperkukuh kecekapan tadbir urus tanah dan sumber semula jadi bagi menjamin keseimbangan pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar secara mampan.

Seiring dengan peranan strategik ini, NRES turut bertanggungjawab untuk menggubal, menyelaras dan menambah baik kerangka perundangan yang berkaitan alam sekitar agar sentiasa relevan, berkesan dan selaras dengan keperluan semasa serta komitmen nasional dan antarabangsa. Pendekatan ini penting bagi memastikan setiap dasar dan undang-undang yang dilaksanakan mampu menyokong tadbir urus alam sekitar yang cekap, responsif dan berimpak tinggi.

Dalam konteks ini, Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan sebagai langkah strategik kerajaan untuk memperkukuh kerangka perundangan alam sekitar negara selaras dengan prinsip federalisme, tadbir urus baik serta komitmen terhadap pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.

Pindaan ini merupakan sebahagian usaha berterusan kerajaan bagi memastikan sistem pengurusan alam sekitar negara kekal responsif, fleksibel dan berdaya tahan dalam mendepani cabaran semasa.

Ramai Ahli-ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu ataupun kerisauan tentang semak yang imbang. Sebagai contoh, YB Kubang Kerian, YB Batang Sadong, Kangar, Kuala Nerus, YB Langkawi, Sandakan, Masjid Tanah, Kulim- Bandar Baharu, Betong, Mersing, Bentong, Bakri dan juga Beruas.

Pertamanya, saya ingin merakamkan penghargaan dan keprihatinan daripada Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan yang juga telah mengemukakan pandangan serta syor yang juga berkait rapat dengan isu ini.

Jawatankuasa tersebut telah menekankan mekanisme berkaitan semak dan imbang yang lebih jelas yang perlu diperincikan berhubung kaedah penurunan kuasa bagi memastikan ia tidak dilaksanakan secara menyeluruh, sebaliknya terhad kepada peruntukan atau kawasan yang tertentu sahaja.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kementerian sememangnya mengambil berat dalam pelaksanaan prinsip semak dan imbang khususnya yang berkaitan dengan kuasa Menteri untuk menggantung kuat kuasa akta bagi mana- mana bahagian di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, sebarang keputusan dasar berkaitan dengan penggantungan kuat kuasa Akta 127 sememangnya perlu disemak oleh Jabatan Peguam Negara serta mendapat ketetapan dan persetujuan Jemaah Menteri sebelum apa-apa tindakan selanjutnya boleh dibuat. Ini bagi memastikan kepentingan rakyat dan keseragaman undang-undang dalam negara dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Selain itu, asas kepada penyerahan kuasa kepada Sabah dan Sarawak ini adalah berdasarkan kepada Mesyuarat Khas Majlis Perjanjian Malaysia 1963 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 14 April 2022.

Adalah menjadi keutamaan Kerajaan MADANI dalam memelihara hak-hak dan kuasa autonomi yang diperuntukkan khas kepada wilayah Sabah dan Sarawak yang telah dipersetujui semasa pembentukan Malaysia suatu ketika dahulu. MA63 juga telah diberi pengiktirafan undang-undang tertinggi melalui Perlembagaan Persekutuan.

Maka, kesimpulannya, mekanisme semak dan imbang dalam pelaksanaan penyerahan kuasa ini adalah jelas dan teratur serta tidak dilaksanakan secara sewenang-wenangnya. Pelaksanaannya tertakluk kepada penelitian undang-undang dan pertimbangan dasar kerajaan. Oleh itu, pendekatan ini bukan sahaja menjamin prinsip semak dan imbang, malah memastikan pemakaian akta ini dilaksanakan secara terhad, secara bersasar dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ada juga isu pertindihan kuasa yang dibangkitkan oleh YB Beaufort, YB Sandakan, YB Batu Pahat, Betong, Kangar dan Kuala Nerus. Untuk makluman Ahli- ahli Yang Berhormat, pindaan ini bertujuan untuk memberi kuasa kepada Menteri hanya untuk menggantung kuat kuasa di mana-mana peruntukan Akta 127 di bahagian berlainan di Malaysia yang telah diluluskan.

RUU ini mengandungi dua fasal utama iaitu fasal pertama berkaitan tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa serta fasal pindaan kepada seksyen 1 akta bagi memasukkan subseksyen baharu yang memperuntukkan kuasa penggantungan tersebut. Cadangan pindaan ini dikemukakan bagi membolehkan pelaksanaan keputusan Kerajaan Persekutuan berhubung pemakaian Perkara 95C Perlembagaan Persekutuan untuk memberi kuasa perundangan kepada Sabah dan Sarawak dalam pengurusan buangan terjadual.

Pengurusan buangan terjadual pada ketika ini dikawal selia oleh Akta Kualiti

draft • 3:51 PM

Alam Sekeliling 1974 - Akta 127

. Penggantungan ini perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum enakmen atau ordinan negeri masing-masing boleh dikuatkuasakan.

Ini bagi mengelakkan pertindihan undang-undang dan memastikan kelancaran peralihan kuasa.

Pindaan ini dicadangkan memandangkan Akta 127 tidak mempunyai peruntukan yang memberi kuasa pada ketika ini kepada Menteri untuk menggantung kuat kuasa Akta 127. Klausa seperti ini juga merupakan klausa standard yang boleh didapati dalam akta-akta yang lain. Akta-akta yang lain adalah seperti berikut.

Akta Arkitek 1967 atau juga dikenali sebagai Akta 117, di mana klausa penggantungan dalam akta ini disebut suspend the operation, dengan izin, iaitu peruntukan seksyen 1(3) telah wujud sejak akta ini mula berkuat kuasa pada 1973.

draft • 3:51 PM

Yang kedua, Akta Bekalan Elektrik 1990 - Akta 447

di mana akta ini telah digantung di negeri Sarawak berkuat kuasa dari 1 September 1990 selaras dengan kuasa Menteri di bawah seksyen 1(2).

draft • 3:51 PM

Yang kedua, Akta Bekalan Elektrik 1990 - Akta 447

Yang ketiga, Akta Bekalan Gas 1993 atau Akta 501 di mana klausa penggantungan di bawah seksyen 1(2) telah wujud sejak akta diluluskan pada tahun 1993 dan mula berkuat kuasa pada tahun 1997.

Dan yang keempat, Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 atau Akta 520 di mana klausa penggantungan termaktub di bawah seksyen 1(2) juga telah wujud sejak akta ini diluluskan secara rasmi pada tahun 1994 dan juga Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 ataupun Akta 725 di mana klausa penggantungan ini iaitu seksyen 1(3) hanya dimasukkan seterkini oleh Dewan Yang Mulia ini juga pada tahun 2023 melalui pindaan *Act A1689.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)* **mempengerusikan Mesyuarat****] Dalam hal ini, akta ini telah digantung di negeri Sabah berkuat kuasa dari 3 Januari 2024. Soalan, apakah implikasi perundangan pindaan RUU ini ditanya juga oleh YB Kubang Kerian, Kangar dan juga Kuala Nerus. Melalui pindaan ini, Menteri boleh mengeluarkan perintah penggantungan kuat kuasa Akta 127 berkaitan pengurusan buangan terjadual sahaja bagi Sabah dan Sarawak sahaja.

Setelah penggantungan berkuat kuasa, pematuhan serta penguat kuasa berkaitan pengurusan buangan terjadual di kedua-dua negeri akan tertakluk kepada perundangan negeri dan dilaksanakan oleh agensi negeri masing-masing. Buat masa ini, pindaan ini tidak memberi implikasi kepada negeri-negeri lain.

Berkaitan dengan soalan bagaimana tahap ketersediaan kedua-dua Sabah dan Sarawak untuk menerima pemberian kuasa yang baru ini telah dibangkitkan oleh YB Batang Sadong, YB Kuala Nerus, YB Sandakan, YB Masjid Tanah, YB Batu Pahat, YB Langkawi, YB Tenom, YB Machang dan YB Tuaran.

draft • 4:00 PM

Datoʼ Ngeh Koo Ham - Beruas

Menteri, boleh dapat penjelasan?

draft • 4:00 PM

Datoʼ Sri Arthur Joseph Kurup

Silakan.

draft • 4:00 PM

Datoʼ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih. Tuan Timbalan Yang di- Pertua, tadi Menteri menyatakan ada banyak peruntukan yang telah dibuat di mana Menteri diberikan kuasa untuk menggantungkan peruntukan-peruntukan. Tapi bagi dalam kes ini, kita memberikan kuasa kepada Menteri untuk menggantungkan keseluruhan akta ini. Saya nak tanya, adakah mana-mana penghakiman mahkamah yang telah dibuat berkenaan dengan kuasa mutlak yang boleh Parlimen berikan kepada Menteri untuk menggantungkan keseluruhan akta? Adakah ini— is this constitutional yang kita nak tahu? Thank you.

draft • 4:00 PM

Datoʼ Sri Arthur Joseph Kurup

Yang pertama, kuasa ini bukan untuk menggantung keseluruhan akta. Dia bagi mana-mana bahagian yang relevan sahaja. Dan sebelum kita exercise kuasa itu pun, kita perlu melalui Jemaah Menteri dan juga adakan konsultasi dengan pihak-pihak sebagai kerajaan negeri yang terlibat. Berkaitan pula dengan soalan pernah kah soalan ataupun klausa ini di hadapan ke mahkamah. Setakat ini setahu saya belum lagi klausa ini telah dicabar di mahkamah. Maka dengan itu belum lagi ada precedent.

Saya balik kepada ketersediaan Sabah dan Sarawak. Kerajaan Sabah dan Sarawak telah terlibat secara aktif sejak awalnya pada tahun 2022 melalui pelbagai sesi libat urus, sesi konsultasi, perbincangan teknikal dan mesyuarat penyelarasan.

Kedua-dua negeri ini juga sedang melaksanakan pelan tindakan yang merangkumi keperluan seperti berikut. Terdapat sembilan perkara.

(i) membuat pindaan kepada enakmen atau ordinan berkenaan;

(ii) untuk membangunkan peraturan-peraturan bagi menyokong enakmen dan ordinan;

(iii) untuk memperhalusi mekanisme penglibatan kerajaan negeri dalam pengurusan dan pengendalian buangan terjadual;

(iv) memperkasakan penguatkuasaan di zon ekonomi eksklusif;

(v) mewujudkan kemudahan bagi mengurus dan mengendalikan buangan terjadual;

(vi) menyediakan peralatan bagi menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan pengawasan;

(vii) membangunkan sistem atas talian bagi pelaporan pemantauan alam sekitar secara berterusan dan pengendalian buangan terjadual;

(viii) keupayaan teknikal dan sumber manusia serta aset berkaitan pengurusan alam sekitar; dan

(ix) pematuhan obligasi negara terhadap perjanjian antarabangsa dan menyediakan pindaan undang-undang secara domestik.

Ada beberapa isu berkaitan dengan sembilan perkara ini yang telah dibangkitkan khusus oleh beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat. Izinkan saya untuk menyentuh hanya kepada isu-isu yang telah dibangkitkan. Yang pertama berkaitan dengan pindaan kepada enakmen ataupun ordinan yang berkenaan.

Status yang paling terkini bagi negeri Sarawak sehingga 25 Februari 2026, Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar 2024 telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 12 November tahun 2024. Dan ordinan ini bertujuan untuk memberikan peruntukan yang lebih baik bagi pemuliharaan sumber asli, kawalan pencemaran dan pengurusan alam sekitar di Sarawak.

Bagi negeri Sabah pula, kerajaan negeri melalui Jabatan Perlindungan Alam Sekitar ataupun JPAS sedang memuktamadkan lapan draf perundangan. Satu pindaan utama melibatkan Enakmen Perlindungan Alam Sekitar 2002 dan pindaan ini paling terkini disasarkan untuk dibentangkan di Dewan Undangan Negeri pada November 2026.

Yang kedua berkaitan membangunkan peraturan-peraturan bagi menyokong enakmen ataupun ordinan bagi negeri Sarawak. Negeri Sarawak telah menyediakan pelbagai garis panduan, senarai semak dan proses kerja termasuk kelulusan bertulis dan pelesenan, garis panduan pembungkusan, pelabelan dan penstoran buangan terjadual.

Dan yang ketiga garis panduan berkaitan pengurusan tanah sisa klinikal dan pengurusan khas buangan terjadual.

Bagi negeri Sabah pula, ada dua pindaan subsidiari yang melibatkan Perintah Aktiviti Yang Ditetapkan dan Kaedah-kaedah Fi Alam Sekitar tahun 2005. Akan ada lima peraturan baru pada tahun ini termasuk peraturan khusus mengenai buangan terjadual, premis ditetapkan, kenderaan pengangkutan dan pelesenan dan enam prosedur tetap operasi ataupun SOP yang berkaitan dengan pengurusan buangan terjadual oleh JPAS yang akan dimuktamadkan pada April tahun ini. Dan satu garis panduan pengurusan dan pengendalian buangan terjadual di Sabah yang merangkumi sembilan jenis aktiviti yang akan dimuktamadkan juga pada bulan April tahun ini.

Bagi isu memperkasakan penguatkuasaan di zon ekonomi eksklusif yang merupakan perkara yang keempat. Di Sarawak, NREB akan bertindak sebagai koordinator di bawah pengurusan bencana untuk pengurusan tumpahan minyak dan buangan terjadual. Bagi Kerajaan Sabah pula, telah mengambil kira perkara ini dalam pindaan undang-undang dengan memasukkan definisi Sabah waters mengikut Land Ordinance. Saya beralih kepada perkara yang ketujuh berkaitan keperluan untuk membangunkan sistem atas talian bagi pelaporan pemantauan alam sekitar secara berterusan dan pengendalian buangan terjadual secara spesifik telah dibangkitkan oleh YB Mersing dan YB Batang Sadong.

Bagi negeri Sarawak, Scheduled Waste Management System ataupun SWMS telah dibangunkan di bawah platform Environmental Information Sarawak ataupun ENVIS di mana ia nya lengkap dibangunkan pada tahun 22 Januari 2025.

Beberapa siri sesi latihan sistem telah dianjurkan kepada semua pegawai dan wakil industri yang berkaitan bagi memberi pendedahan dan persediaan.

Bagi negeri Sabah pula, sistem eSWIS, Sabah Electronic Scheduled Waste Information System (eSWIS) telah 90 peratus siap setakat Februari 2026. Dan sistem ini akan menggantikan sistem eSWIS daripada JAS untuk pemantauan pergerakan

draft • 4:00 PM

Datoʼ Sri Arthur Joseph Kurup

Berkaitan pula dengan isu keupayaan teknikal dan sumber manusia serta aset berkaitan pengurusan alam sekitar.

Bagi negeri Sarawak, Negeri Sarawak telah melaksanakan pengambilan kakitangan: 97 jawatan baru telah diluluskan; 58 jawatan teknikal; dan 39 jawatan bukan teknikal. Temu duga telah bermula sejak Oktober 2024 dan seramai 11 orang staf baru bagi jawatan Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C9 dan 14 orang staf baru bagi jawatan Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C5 untuk pengisian jawatan kosong dalam tahun 2024 dan 2025 telah melapor diri setakat Disember 2025.

Bagi negeri Sabah pula, pengisian jawatan akan melibatkan tujuh jawatan Gred C5 sedia ada yang telah diisi, manakala 22 jawatan baru telah diluluskan pada tahun 2025 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan sedang dalam proses pengisian.

Berkaitan pula dengan isu pematuhan obligasi negara terhadap perjanjian antarabangsa, juga berkait rapat dengan isu piawaian yang telah dibangkitkan oleh YB Kubang Kerian, Kuala Nerus, Batu Pahat.

Bagi Negeri Sarawak, Sarawak telah memohon untuk dilantik sebagai pihak berkuasa kompeten bagi perjanjian dan konvensyen antarabangsa berkaitan alam sekitar. Bagi Sabah pula, Sabah memohon untuk dilibatkan secara aktif dalam rundingan masa depan seperti Konvensyen Basel dan JAS akan kekal sebagai competent authority negara, manakala JPAS akan bertindak sebagai autoriti rujukan bagi pengurusan buangan di Sabah.

Maksud dan kesimpulan kita di sini adalah pada masa yang sama, kita sentiasa memberi laporan berkala kepada Jawatankuasa Teknikal MA63. Kita tidak akan lepaskan tangan begitu saja dan perintah untuk menggantungkan kuat kuasa ini hanya akan dikeluarkan apabila kita yakin kedua-dua Sabah dan Sarawak itu sudah lengkap dan bersedia untuk menerima penurunan kuasa yang baru ini.

Ada sedikit maklumat tambahan.

draft • 4:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Sedikit soalan.

draft • 4:10 PM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Dipersilakan.

draft • 4:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Tentang obligasi kita dengan peringkat antarabangsa.

Kita tahu bahawa biasanya urusan negara ini ialah diurus antara badan antarabangsa ialah melibatkan negara, tidak di peringkat negeri. Kalau sekiranya bidang kuasa itu diberi kepada negeri, contohnya Sabah dan Sarawak sebagaimana yang dijawab tadi, apakah implikasi dari segi pelaporan kita kepada badan-badan antarabangsa? Sebab pelaporan kita melibatkan laporan satu negara, bukan di peringkat negeri.

Yang kedua, implikasi dari segi perundanganlah. Saya fikir kalau-kalau sekiranya ada berlaku timbul isu-isu yang berbangkit selepas itu, maka kalau mandat itu diberi pada peringkat negeri, maka bagaimana pula negeri-negeri lain yang juga akan menuntut hak yang sama nanti? Terima kasih.

draft • 4:10 PM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Terima kasih. Satu soalan perundangan yang agak kompleks tetapi sangat relevan.

Daripada segi pelaksanaan pematuhan obligasi negara, memang perjanjian antarabangsa ini dia terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri perlu mematuhi obligasi ataupun piawaian yang telah ditetapkan. Maka, kita tidak risau kalau kuasa ini diturunkan kepada kerajaan negeri.

Kerisauan bahawa piawaian ataupun standard itu akan diturunkan, isu itu tidak wujud sebab Kerajaan Persekutuan masih akan kekal sebagai national focal point bagi negara. Tapi pada masa yang sama, kerajaan negeri sentiasa dilibatkan bagi memberikan input dan pandangan yang berkaitan.

Untuk maklumat juga, Sabah dan Sarawak mempunyai kawasan hutan simpan dan juga carbon credit yang paling besar dan menjadi penyumbang antara yang paling besar kepada negara kita. Maka, kita yakin bahawa ia penting bagi kedua-dua negeri tersebut untuk memastikan standard atau piawaian mereka sentiasa pada peringkat yang paling optimum untuk menjadi contoh yang terbaik kepada negeri-negeri yang lain.

Saya ingin menambah sedikit maklumat tambahan berkaitan isu Zon Ekonomi Eksklusif yang telah dibangkitkan oleh YB Beaufort, Sandakan, Betong dan Kuala Nerus.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, penguatkuasaan oleh Kerajaan Sabah dan Sarawak hanya sehingga sempadan yang melibatkan perairan wilayah.

Manakala Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 atau Akta 311 pada Bahagian V adalah memfokuskan kepada perlindungan dan pemeliharaan persekitaran marin dan Jabatan Alam Sekitar melalui kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah Alam Sekeliling, yang mempunyai kuasa untuk mengawal pencemaran dan melindungi ekosistem maritim di dalam kawasan ZEE.

Dalam hal ini, Jabatan Alam Sekitar menguatkuasakan larangan pembuangan sebarang sisa termasuk minyak, campuran minyak atau bahan pencemar lain ke dalam ZEE daripada sebarang aktiviti seperti kapal, pelantar dan lain-lain yang dinyatakan dalam seksyen 10 Akta ZEE dan boleh menjalankan pendakwaan kes yang mana penalti kesalahan adalah berdasarkan seksyen 11 akta yang sama tanpa merujuk kepada AKAS 1974.

Ada juga soalan Puan Yang di-Pertua, yang dibangkitkan juga berkaitan dengan isu piawaian. Adakah akta ini masih akan terpakai bagi Sabah dan Sarawak?

Jabatan Alam Sekitar masih dikekalkan dan menguatkuasakan akta ini dan peraturan-peraturan di bawahnya kecuali yang melibatkan pengurusan buangan terjadual sahaja.

Antara peraturan-peraturan yang masih berkuat kuasa adalah seperti berikut:

(i) Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014;

(ii) Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009;

(iii) Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009;

(iv) Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pencemaran Daripada Stesen Pemindahan Sisa Pepejal dan Kambus Tanah) 2009; dan

(v) Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kandungan Petrol dan Diesel) 2007.

Yang Berhormat Batang Sadong, saya berterima kasih masih setia kekal dalam Dewan, juga telah mohon penjelasan mengenai apakah mekanisme khusus untuk memastikan pemantauan pergerakan, sisa operasi, penguatkuasaan dan tindakan pendakwaan dilakukan tanpa pertindihan bidang kuasa.

Dalam hal ini, mekanisme tindakan bersepadu oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri sedia ada akan diteruskan dan dilaksanakan merentasi pelbagai agensi seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia, PDRM, Jabatan Alam Sekitar dan kerjasama agensi negeri seperti Natural Resources and Environment Board (NREB) Sarawak dan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah (JPAS).

Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Mersing juga telah mohon penjelasan, adakah terdapat pemindahan kepakaran teknikal dan integrasi sistem sedia ada.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Sabah dan Sarawak telah membangunkan sistem yang serupa sebagaimana sistem yang digunakan oleh Jabatan Alam Sekitar, di mana sistem ini berupaya untuk diintegrasikan dengan sistem yang digunakan oleh Jabatan Alam Sekitar. Kos bagi membangunkan sistem ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

Dari segi sistem, Kerajaan Negeri Sarawak telah bersedia dengan SWMS seperti yang saya sebut tadi, telah dibangunkan di bawah platform EnvISS di mana ia nya lengkap dibangunkan sejak Januari tahun lalu. Dan bagi Kerajaan Negeri Sabah dengan eSWIS telah 90 peratus siap setakat Februari tahun ini.

Berkaitan, ada satu soalan juga yang telah ditanya khusus oleh YB Kota Belud tentang minta jaminan supaya tidak ada kekosongan ataupun lakuna sekiranya undang-undang ini digantungkan.

Kerajaan Sabah dan Sarawak telah menyatakan komitmen untuk menyediakan kerangka perundangan masing-masing.

draft • 4:10 PM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Dan sepertimana yang kita telah memberi perkembangan yang terkini tadi, Sarawak sudah meluluskan enakmen sejak hujung tahun lalu dan Sabah disasarkan untuk dibentangkan di Dewan Undangan Negeri pada bulan November tahun ini dan saya sekali lagi memberikan jaminan bahawa kita tidak akan melepaskan tangan begitu sahaja. Perintah itu hanya akan keluar apabila kita yakin bahawa kedua-dua Sabah dan Sarawak sudah bersedia dan lengkap untuk menerima penurunan kuasa yang baru ini.

Sebagai penutup, Puan Yang di-Pertua, RUU Kualiti Alam Sekitar (Pindaan) ini sekali lagi bukan sekadar pindaan teknikal tetapi merupakan langkah strategik kerajaan dalam memperkukuh sistem tadbir urus alam sekitar negara agar lebih cekap, responsif dan selaras dengan semangat federalisme serta komitmen Perjanjian Malaysia 1963.

Kerajaan yakin bahawa dengan adanya peruntukan kuasa penggantungan ini, pelaksanaan peralihan bidang kuasa dapat dilaksanakan secara teratur, telus dan berfasa sekali gus mengelakkan pertindihan undang-undang serta memastikan tiada kekosongan perundangan berlaku. Pendekatan ini menzahirkan komitmen berterusan kerajaan dalam memartabatkan prinsip tadbir urus yang baik, memperkukuh kerjasama Persekutuan negeri, serta menjamin kelestarian alam sekitar sebagai teras pembangunan negara.

Sehubungan dengan itu, saya memohon sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian untuk meluluskan pindaan RUU ini demi kepentingan negara, kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar untuk generasi masa kini, akan datang dan yang akan datang. Sekian dan terima kasih.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] *[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam

(Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh) dan diluluskan]*

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 26 Februari 2026.

[Mengetuk tukul]

draft • 4:20 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 4.24 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026