Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi. Kita mulakan sesi Waktu Pertanyaan- pertanyaan Menteri dengan saya menjemput Puan Hajah Rodziah binti Ismail, Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih Tan Sri Speaker.
1. Puan Hajah Rodziah binti Ismail [Ampang] minta Perdana Menteri menyatakan bagaimana RUU Tadbir Urus AI menangani isu hak cipta dan harta intelek natijah sistem AI dilatih menggunakan data dan maklumat berhak cipta termasuk teks, imej, audio dan video serta perlindungan hak pencipta dan pemegang hak akibat penggunaan karya tanpa kebenaran.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan Perdana Menteri.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, Ramadan Kareem, Kul am wa antum bikhair. Terima kasih Ampang. Soalan yang terkait dengan cadangan memperkenalkan undang-undang tadbir urus kecerdasan buatan bagi saya sangat kritikal kerana ia meliputi satu aspek yang sebelum ini belum diisi, terjawab iaitu kerangka tadbir urus yang komprehensif yang sepatutnya melibatkan keseluruhan kitaran hayat sistem AI, pembangunan, latihan, model, pelaksanaan, pemantauan serta pengurusan risiko.
Ia masih lagi di peringkat awal penggubalan di peringkat kementerian dan tentunya akan diikuti dengan libat urus, masuk jawatankuasa khas Parlimen untuk meneliti dan membincangkan aspek-aspek yang mungkin tertinggal terutama kerana ini merupakan suatu pendekatan dan ikhtiar baru bagi negara dan bagi kebanyakan
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
negara. Dan, ia juga akan memperinci isu pertanggungjawaban atau akauntabiliti, isu etika dalam penggunaan dan melibatkan juga developers, pembangun dan pelaksanaan deployers sistem AI.
Dan, oleh kerana ia merupakan satu pendekatan dan ikhtiar baru, ia juga memastikan bahawa undang-undang yang ada sekarang harus terpakai dan boleh dilaksanakan. Jadi, di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), undang- undang itu harus mampu dilaksanakan. Jadi, dua aspek. Satu, dari sudut yang ditanya oleh Yang Berhormat Ampang yang melibatkan soal masukkan atau yang ditelan dalam sistem AI.
Dan yang kedua, yang sedia ada iaitu yang dimuntahkan atau yang dikeluarkan dari apa yang dihasil kerangka dari masukkan yang sedia ada dari sistem AI itu dalam beberapa ikhtiar dan pendekatan penemuan baru. Ini memang ada dalam undang-undang yang sedia ada, iaitu Akta Hak Cipta 1987 yang mesti dilaksanakan dengan berkesan dan MyIPO diminta digerakkan supaya pantau secara lebih berkesan. Baik, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih. Terima kasih Perdana Menteri, satu jawapan yang boleh dikatakan kita memang memahami isu kemasukan ataupun isu global ini. Bagaimanapun Tan Sri Speaker, Ampang berpandangan bahawa Malaysia memang tidak boleh lagi atau sekadar menjadi pasaran penggunaan AI saja, teknologi AI. Malah kita mesti memastikan rantaian nilai digital ini kenalah dalam keadaan yang adil dan saksama kepada semua, terutama penciptanya, pencipta tempatannya, prinsip hak ciptanya mengekalkan daya saing.
Tapi memandangkan MyIPO ini, kita lihat dia berada di dalam kementerian yang berbeza. Jadi, bagaimanakah kita menyatukan perkara ini supaya dapat dilaksana dengan baik. Apa pun besar harapan Ampang untuk merasakan bahawa pertama, kita kena memastikan bahawa bila ada rang undang-undang ini, isu keadilan ekonomi dan buat para pencipta, kepastian undang-undang tanpa sebarang keraguan buat para pelabur mesti ditekan. Dan, yang ketiganya pendekatan risiko secara peringkat demi menggalakkan kreativiti dan inovasi.
Malah saya ingin bertanya, apakah kerajaan sekarang ini melihat bagaimana klasifikasi risiko yang telah pun dibuat oleh ataupun dalam EU AI Act yang demi menggalakkan beban tidak seimbang ini. Kalau inilah contoh-contoh yang diambil, mungkin kita boleh ada jaminan terhadap rang undang ini tidak membebankan PMKS
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
tempatan. Jadi, tambahan soalan saya, apakah pendekatan berperingkat tier compliance dengan izin akan diperkenalkan juga? Itu sahaja daripada saya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Perdana Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Tepat sebab itu dalam menjawab, saya ingin menyatakan bahawa AI risk and classification framework bagi menangani permasalahan dan risiko memang terangkum dalam pendekatan ini termasuk harms and incident reporting yang juga akan melihat tentang kemudaratan hasil dari penggunaan digital dan AI termasuk yang disebut tadi, pelaporan insiden AI.
Dan, ini sebenarnya melibatkan suatu etika sebenarnya. Tan Sri Yang di- Pertua, sebab kelemahan ketara dalam sistem AI dan digital yang diperkenalkan sekarang itu seolah-olah mengetepikan pertimbangan etika.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Dan bagi negara kita dalam penggubalan ini, bila kita bicara soal risiko dan AI harms and incident reporting, isu hak warga dan juga bahaya dan risiko dari sudut mengetepikan pertimbangan etika itu tentunya dimuatkan. Saya fikir pihak penggubal akan memberi perhatian yang khusus, berbeda daripada pendekatan yang diamalkan di Barat sekarang. Kerana di Barat, sementara diikut hanya dari sudut perincian aspek undang-undang, aspek akhlak dan moral itu tidak diberikan keutamaan.
Tuan Yang di-Pertua
Yes, sila Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Kalau melihat kepada jawapan daripada Yang Amat Berhormat PM, perbincangannya lebih tertumpu kepada isu hak cipta dan juga harta intelek. Namun, ada perkara berkaitan AI yang tidak kurang penting iaitu untuk ditadbir adalah penggunaan tenaga yang begitu tinggi sekarang untuk menghasilkan jana-jana AI ini.
Statistik dari Amerika Syarikat di US menunjukkan pusat-pusat data menggunakan sebanyak lebih kurang 4.4 peratus bekalan elektrik negara tersebut dan perkembangan pesat AI juga menatijahkan penggunaan bekalan air sehingga jutaan liter untuk penyejukan server. Soalan saya, adakah rang undang-undang ini akan menetapkan standard kecekapan tenaga atau dipanggil carbon footprint ceiling bagi syarikat teknologi yang ingin membina pusat data AI di Malaysia?
Jadi, di samping itu bagaimanakah kerajaan memastikan kemasukan pelaburan pusat data AI ini secara besar-besaran dan ia tidak akan menyebabkan
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
bebanan melampau iaitu overload kepada Grid Nasional yang akhirnya mungkin mengakibatkan kenaikan tarif elektrik yang sebelum ini dah naik atau gangguan bekalan kepada pengguna domestik dan juga IKS? Terima kasih Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, sila Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Besut. Saya ingat dalam perhatian kerana penggunaan tenaga dan air itu memang melonjak. Sebab itu, sejak setahun setengah, itu hampir dua tahun yang lalu, kita telah mengehadkan kemasukan data centre yang baharu yang tidak ada kaitan dengan AI.
Kalau ada manfaat dari sudut penambahan teknologi tinggi dan AI, itu mudah diluluskan. Jadi, semua permohonan baharu yang tidak ada kaitan, hanya data centre, kerana menggunakan kemudahan air yang lebih murah dan harga tenaga yang lebih murah, itu sudah pun dihentikan. Itu yang pertama.
Yang kedua, apakah ia akan jadi bebanan? Setakat ini, mengikut unjuran oleh Kementerian Tenaga, sekadar permohonan baharu untuk satu, dua tahun ini masih ada keupayaan. Walau bagaimanapun, ada usaha-usaha lain umpamanya ASEAN energy grid yang sedang disenggara dari Vietnam ke Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Singapura dan juga rencana mendapatkan energy (tenaga) dari Sarawak ke Semenanjung dan Singapura. Itu untuk jangka panjang insya-Allah akan memenuhi keperluan ini. Dan sama ada ia dapat memenuhi, kalau setakat satu dua tahun, keperluan ini memang mencukupi.
Tetapi, saya ambil perhatian gesaan Besut bahawa dalam penggubalan ini mengambil kira walaupun saya tidak fikir ia masuk dalam peruntukan perundangan ini tetapi dalam perundangan yang sedia ada ataupun membaiki peruntukan di dalam umpamanya di bawah kelolaan tenaga dan TNB. Tapi gesaan yang dibangkitkan oleh Besut itu tentunya kita harus beri perhatian yang agak serius.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya kita bergerak kepada soalan nombor 2. Dato’ Rosol bin Wahid, Hulu Terengganu.
2. Dato’ Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu]: Terima kasih Yang di-Pertua.
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Berucap dalam bahasa Arab]* Selamat berpuasa. Soalan saya nombor 2 minta Perdana Menteri menyatakan pendirian rasmi Kerajaan Malaysia terhadap keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat yang mengisytiharkan tarif yang diperkenalkan oleh Donald Trump sebagai tidak sah dan apakah implikasinya terhadap hubungan perdagangan Malaysia- Amerika. Terima kasih Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Hulu Terengganu. Seperti kita tahu, keputusan itu masih awal iaitu 20 Februari yang lalu. Fasal ini satu keputusan yang agak serius yang harus diberikan perhatian kerana Mahkamah Agung Amerika Syarikat telah menyatakan bahawa pengenaan tarif timbal balas di bawah Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa, International Emergency Economic Powers Act (IEEPA) oleh Presiden adalah tidak sah dari sudut undang-undang. Jadi, tentunya bagi negara yang mengikuti bukan sahaja Malaysia tapi semua negara- negara sedang memantau dari dekat.
Cuma, kita harus agak ambil perhatian iaitu perjanjian ini dengan Malaysia dan Amerika masih belum berkuat kuasa kerana proses ratifikasi itu kalau dalam undang-undang yang sedia ada, perjanjian sedia ada, dia tertakluk kepada proses ratifikasi. Sehingga semalam, Amerika belum mencadangkan tarikh untuk ratifikasi.
Jadi, masih tertangguh di situ.
Tetapi, kita juga mengambil kira apa implikasi dan kesan sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Tapi sepertimana yang kita tahu, perintah eksekutif ini kesan sementara bagi Malaysia itu baik kerana dia turun ke 10 peratus daripada 19 yang dahulunya. Yang kedua, ini pun maknanya dia tinggal 15 peratus daripada 19 yang di peringkat awal. Tapi, ini berkuat kuasa hanya 150 hari. Jadi, apakah kita tunggu sehingga selesai tapi kita sentiasa pantau.
Kita juga tahu bahawa Amerika Syarikat, Presidennya mungkin menggunakan seksyen 122 IEEPA ini. Jadi, kita belum tahu. Kemudian, apakah Kongres Amerika akan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Agung atau berbeda pendapat? Itu pun masih belum dipastikan. Jadi, perintah eksekutif tentang tarif global baharu ini bagi saya harus dipantau dari dekat dan melihat dari segi kepentingan ekonomi Malaysia.
Dari sudut perdagangan, kita terus dengan peringkat sekarang kerana apa yang dikenakan sebelumnya itu tidak kepada syarikat Malaysia, syarikat Amerika yang melabur. Jadi, yang dikenakan itu melibatkan syarikat mereka. Tetapi, setakat ini, sepertimana yang saya tegaskan Yang Berhormat, kita hanya mungkin pantau tetapi kita tidak mahu dalam keadaan sekarang ambil keputusan yang gopoh, yang mungkin menjejaskan kepentingan perdagangan kita kerana eksport Malaysia ke Amerika Syarikat adalah RM233.1 bilion. Ini terlalu tinggi dan perdagangan yang dua hala Malaysia–Amerika itu berjumlah RM367.5 bilion. Jadi, kita kena lihat kepentingan umum.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Walau bagaimanapun, saya setuju gesaan kita harus pantau dari dekat apa kesannya, apa tindakan susulan oleh Presiden, apakah ada lagi peruntukan- peruntukan yang akan digunakan untuk mengelak daripada pentafsiran Mahkamah Agung dan bagaimana pendirian Kongres dalam masa terdekat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, soalan tambahan. Silakan Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Yang di-Pertua.
Yang di-Pertua, semua mengetahui bahawa saya bersama lima orang Ahli Yang Berhormat dari blok pembangkang, Masjid Tanah, Pendang, Rompin dan juga Gerik akan membawa perkara ini ke mahkamah untuk menilai tindakan yang dibuat oleh kerajaan, sama ada mengikut Perlembagaan atau tidak.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ini satu sejarah yang tercatat dalam negara, di mana pertembungan antara legislatif dengan eksekutif dah ditentukan. Kita mahu supaya judiciary yang menentukan. Ini isu Perlembagaan. Kerana apa yang berlaku di Amerika, sebenarnya sama dengan yang berlaku di Malaysia. Itu pandangan kita orang.
Kerana tidak mengikut prosedur, tidak melalui Parlimen, tidak pergi ke Kabinet dan sebagainya.
Jadi, persoalan saya, Tuan Yang di-Pertua, daripada apa yang berlaku― dulu kecoh berkaitan dengan ART ini, di mana November dan Disember, Ahli Parlimen kerajaan dan juga pembangkang membakar isu ini. Kemudian, 7 November, Tambun memberitahu bahawa pembangkang tidak faham kandungan sebenarnya. Dia kata kita tak faham. Tapi, hari ini terbukti bahawa apa yang berlaku di Amerika tersebut sesuatu yang muktamad. Berertinya, tidak sah perjanjian tersebut.
Jadi, persoalan saya ialah― oleh kerana kita tunggu justifikasi ataupun ratifikasi, okey. Jadi, persoalan saya, apa yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu ataupun oleh Perdana Menteri dan juga Menteri MITI, apakah kerajaan akan mengambil tindakan kerana tergesa-gesa menandatangani perjanjian tersebut― perjanjian tersebut tidak sah? Kerana tindakan Perdana Menteri iaitu Menteri Kewangan juga dan juga Menteri MITI iaitu Tengku Zafrul kerana melakukan kesilapan dengan menandatangani perjanjian ART yang tidak sahih di bawah Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa (IEEPA), yang mana kuasa tersebut tidak― ia nya tidak memberi kuasa kepada Presiden untuk mengenakan tarif kepada Presiden.
Dan satu lagi, Yang di-Pertua, saya membaca artikel daripada Trump Trade Representative yang bernama Jamieson Greer yang mengatakan bahawa Malaysia
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
dan juga Kemboja yang menandatangani perjanjian tersebut kekal dengan 19 peratus. Apakah ini benar dan terpaksa kita hadapi dengan 19 peratus ini, bukan 10 peratus?
Terima kasih, Yang di-Pertua. Maknanya, Hulu Terengganu membuat homework.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Kita masih pertahankan keputusan dibuat peringkat awal oleh Menteri MITI itu mengambil kira kepentingan negara. Kita adalah negara dagang dan dalam peruntukan-peruntukan itu, kita boleh pertahankan termasuk peruntukan menjamin keselamatan dan ekonomi negara. Itu cukup jelas, ikut fahaman saya, iaitu to maintain― mana-mana peruntukan yang ada itu tidak akan mengenepikan national security and Malaysian economic interest.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Jadi, bagi saya, memadai. Tetapi, kalau masih dipertikai, itu tak ada masalah. Dan sekarang Yang Berhormat dan beberapa orang Ahli Yang Berhormat bawa ke mahkamah. Biar mahkamah tafsirkan. Saya tidak ada masalah sama sekali, sama ada memihak kepada tuntutan pemula ataupun pendirian kerajaan sebelum ini. Kerana, bagi kita, semua perjanjian 17 itu diluluskan dan ada peruntukan-peruntukan yang ada persamaan dan ada juga perbedaannya dan dia ada hak mempertikai.
Tetapi, soal Mahkamah Agung Amerika membuat keputusan yang mempertikai bidang kuasa tertentu Amerika, itu harus kita telitilah. Ini belum muktamad lagi. Muktamad sekadar keputusan Mahkamah Agung. Tapi, Presiden, umpamanya, menggunakan beberapa peruntukan lain yang saya baca sebahagian, ada tujuh, lapan peruntukan dia yang dia rasa itu bidang kuasa dia. Kemudian, yang Mahkamah Agung sebut itu kuasa, katanya kuasa Kongres. Maknanya boleh buat, tapi tidak Presiden tapi Kongres. Setakat ini, jawapan awal Presiden Trump adalah masih ada bidang kuasa dia dalam peruntukan-peruntukan lain.
Saya tidak mahu bahas bagi pihak Amerika. Itu keputusan dia. Keputusan kita mesti guna apa juga kaedah untuk mempertahankan kepentingan kita. Kalau dibangkitkan, umpamanya hanya kita harus bertindak berdasarkan keputusan Mahkamah Agung, saya rasa terlalu awal. Betul, keputusan Mahkamah Agung itu, Yang Berhormat, adalah sudah peringkat terakhir― Mahkamah Agung. Tetapi, kalau
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
kita lihat ulasannya, masih ada peruntukan-peruntukan yang mana digunakan yang akan mengenepikan perintah Mahkamah Agung.
Dan kalau kita lihat sistem di Amerika Syarikat, pentafsiran Mahkamah Agung itu adalah bahawa kuasa itu― mengenakan tarif― adalah kuasa Kongres. Jadi, kita tunggu dulu. Itu sahaja. Saya tidak katakan bahawa kita akan melanggar ataupun tidak bersetuju dengan Yang Berhormat. Saya hanya mengatakan kita tunggu dulu, lihat apa keadaan sebenarnya. Kerana keputusan kita apa pun, Tan Sri, saya tidak― saya bimbang kalau menjejaskan kepentingan negara. Yang penting kita— itu bukan apa yang diputuskan di Amerika tapi apakah ia dapat pertahankan kepentingan perdagangan dan ekonomi Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tan Sri Speaker. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, keputusan yang dibuat di Amerika itu terhadap perisytiharan Presiden mereka, Donald Trump, dibuat oleh Supreme Court, Mahkamah Agung. Sistem di Amerika itu macam di Malaysia juga, separation of power. Menganggap keputusan Trump itu tidak sah.
Di Malaysia kita, kita ada undang-undang kontrak. Dalam undang-undang kontrak Malaysia yang dibuat oleh Parlimen ini menyatakan apabila perjanjian itu tidak sah dari segi undang-undang, maka ia dianggap sebagai tidak sah sejak semula jadi. Dalam bahasa Latin, ia dipanggil ‘void ab initio’. Jadi, adakah kita, Kerajaan Malaysia, yang terikat dengan komitmen RM1 trilion ini mungkin kita akan meneruskan perjanjian yang tak sah ini?
Jadi, adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan bersetuju dengan cadangan saya untuk selamatkan negara ini supaya perjanjian timbal balik tarif, atau dipanggil ART ini, yang telah ditandatangani pada 26 Oktober tahun lepas kerajaan batalkan sahaja?
Terima kasih...
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Pasir Gudang. Gesaan supaya kita nilai semula berdasarkan keputusan Mahkamah Agung, itu saya setuju. Tetapi, apa keputusan kita harus dilakukan segera? Tidak boleh. Kita tunggu dulu sebab kalau kita teliti, umpamanya, pentadbiran Amerika itu masih guna, masih ada ruang guna section 232 tariffs― allows for subsector specific tariffs after Commerce Department Investigations. Section 301 allows for tariffs against countries USTR determines are engaged in unfair trading practices. Jadi― dan terus menerus begitu.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Saya tak mahu pertahankan kerana kalau kita bincang ini seolah-olah kita dok bahas tentang keputusan Mahkamah Agung. Saya cuma kata Mahkamah Agung dah buat keputusan dan apa pun keputusan yang dibuat, bila dimuktamadkan, kita tak akan pertikai. Sekarang ini dipertikai beberapa peruntukan termasuk yang saya baca tadi dan section 338 tariffs, section 201 tariffs, classified licensing fees, Congress codifies tariffs. Semua itu masih tergantung.
Dan keduanya, tentang kuasa Kongres. Apakah Kongres akan memperakui atau tidak? Jadi, yang saya nak tanya, mengapa kita nak terburu-buru? Kerana Mahkamah Agung Amerika putuskan tiga hari yang lalu, hari ini kita kena putus ikut keputusan Mahkamah Agung? Saya tidak setuju.
Saya katakan apa pun keputusan kita, kita kena teliti. Pertama, pertahankan kepentingan kita dulu. Apa kepentingan ekonomi dan perdagangan kita. Dan kedua, kita lihat juga tindakan negara-negara lain, satu dunia ini, bagaimana mereka respons. Dan ketiga, tentang kedudukan dalaman, domestic policies di Amerika itu sendiri, apakah akan selari dan setuju dan tidak dicabar beberapa peruntukan lain.
Saya tak kata saya nak galakkan atau setuju mencabar keputusan Mahkamah Agung.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Yang dibangkitkan ialah seksyen-seksyen tertentu yang boleh dipakai untuk negara-negara dalam urusan dagang yang kini tidak termasuk dalam keputusan Mahkamah Agung. Ini, peguam-peguam macam Pasir Gudang boleh bahaskanlah.
Saya hanya berikan pandangan secara umum dan sebab itu saya katakan untuk kerajaan seluruhnya, beri sedikit ruang dan masa kerana apa keputusan kita buat hari ini mungkin boleh macam kata bunyi gegak gempita hebat tetapi apa risikonya kepada ekonomi negara?
Kalau soalnya soal maruah dan kedaulatan, itu soal lain. Tapi kalau soalnya soal strategi perdagangan, kita kena ambil kira kepentingan negara. Itu sahaja yang saya minta. Saya tidak— makna nak pertikai keputusan atau pandangan Pasir Gudang. Cuma saya nak kata, beri ruang, baru keputusan ini. Mesyuarat Jemaah Menteri hanya hari Jumaat akan datang untuk kita nilai betul-betul dan MITI, terutamanya sekarang sedang meneliti semua aspek-aspek terperinci. Jadi, Menteri ditugaskan untuk berikan semua aspek supaya keputusan kita itu keputusan yang waras.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Muar berharap kerajaan tidak mengambil tindakan terburu-buru kerana walaupun sebelum ini kita telah berjaya untuk menurunkan kadar tarif kepada 19 peratus tetapi apa diumumkan, banyak negara- negara lain pun dapat 19 peratus, tetapi realitinya mengikut kajian Bank Negara, kita punya effective tariff rate sepatutnya jauh lebih baik iaitu 12 peratus jika nak dibandingkan dengan negara jiran sebagai contohnya, Thailand 17 peratus, Filipina 14 peratus, Indonesia 18 peratus.
Dengan jelas menunjukkan bahawa our effective tariff rate jauh lebih baik dan ini melalui rundingan yang baik. Saya faham walaupun the Supreme Court telah buat keputusan, tetapi baru pagi tadi, Presiden Donald Trump telah memberikan warning yang sangat jelas, mana-mana negara yang telah pun memeterai perjanjian dengan mereka dan menarik balik perjanjian tersebut boleh dihukum menggunakan pindaan undang-undang yang ada di Amerika*.
So, what we may have already gained* jika nak dibandingkan dengan our competitors sebagai contohnya Vietnam, kalau kita mengambil tindakan yang terburu-buru, mungkin kita dihukum semula dan akhirnya industri semikonduktor kita yang kian berkembang boleh dikenakan tindakan yang lebih teruk oleh pasaran terbesar kita iaitu di Amerika Syarikat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Muar. Saya tak ada nak pertikai bahawa apa pun keputusan yang berlalu sudah, yang sekarang ini, kita ambil kira.
Soal Presiden Trump bagi amaran dan sebagainya, itu urusan dia. Urusan kita itu, nak melihat apa implikasi dari sudut pelaburan dan perdagangan dalam negara kita.
Kalau keputusan umpamanya yang kita ambil itu akan memberi manfaat kepada ekonomi dan rakyat negara, kita terpaksa teruskan tapi kalau keputusan itu nak dibuat, saya katakan tadi sebab itu tak boleh gopoh, kita masih teliti. Kalau Ahli Yang Berhormat teliti sekarang perkembangan di Amerika Syarikat, hari-hari ada perbahasan yang sengit tentang peruntukan undang-undang yang menyebabkan Mahkamah Agung Amerika membuat keputusan. There's a section saya bacakan, dibacakan, kemudian perbahasan di Kongres. Itu saja saya minta.
Maknanya, kalau kita buat keputusan, Kongres berfikir lain, kemudian Trump buat beberapa keputusan tentang menggunakan peruntukan-peruntukan lain, itu belum terjangkau oleh kita sekarang. Jadi, saya hanya minta ruang untuk kerajaan memutuskan. Kalau bunyi lunak, sekarang boleh, Tan Sri Yang di-Pertua. Tapi saya
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
bimbang kalau kita buat keputusan setelah kita ada perjanjian tapi perjanjian itu pun belum dimuktamadkan kerana sepertimana yang disebut. Saya tanya Menteri sebab apa, berapa bulan dah dan belum ada proses ratifikasi iaitu Amerika belum sambut, jadi kita biarlah dulu. Jadi belum, perjanjian ini belum di-ratify, itu penting.
Yang kedua saya katakan, merujuk kepada perkembangan terkini, perlu kita tunggu sehingga kita bahas teliti semua implikasinya kerana ini soal ekonomi besar.
Ini ekonomi yang melibatkan puluhan ribu rakyat dan ratus bilion dana. Jadi kalau kita buat— kalau kita terpaksa, ini soal maruah, soal kedaulatan, soal lain. Tapi ini apakah dah sampai ke situ? Saya jawab, belum. Jadi beri ruang seketika untuk kita, terutamanya Menteri MITI untuk mendapat semua maklumat daripada rakan sejawat dia. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Bagan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang di- Pertua, berkenaan dengan keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat, jelas sekali bahawa pemenang paling besar ialah negara China yang mengambil pendekatan untuk dengan izin, stand up to the bully, that is Donald Trump. Adakah kita akan menggunakan pendekatan yang sama kerana yang dipersetujui ialah satu perjanjian yang sekarang tak sah lagi, diisytiharkan haram? So, kita janganlah berpandang belakang. Kita hanya menuju ke depan dan pendekatan ke depan.
Adakah kita tidak akan menandatangani sebarang persetujuan dengan Amerika Syarikat kerana keadaan yang amat kabur sekarang? Dan adakah Malaysia akan mengambil pendekatan di mana kita tidak akan dibuli atau ditekan dan dihimpit oleh taktik-taktik yang kurang munasabah oleh Amerika Syarikat?
Yang kedua, yang terakhir ialah apakah kerugian atau kehilangan yang dialami oleh syarikat-syarikat Malaysia berikutan dengan pelaksanaan tarif sehingga sekarang dan adakah Malaysia akan membantu mereka meminta refund tarif itu sama ada menerusi WTO atau terus secara langsung dengan Kerajaan Amerika Syarikat? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Bagan. Bagan lebih arif tentang perjanjian ini. Cuma saya nak tegaskan, pertama, isu peruntukan undang-undang, itu keputusan Amerika Syarikat. Apakah ia ada kesan sampingan kepada Malaysia?
Itu tentu kita harus pantau.
Pada setakat ini, tentunya bukan keputusan Mahkamah Agung yang harus diambil kira sekarang ini. Sebab itu saya katakan kita tengok juga bidang-bidang
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
kuasa dan punca kuasa di Amerika Syarikat. Tapi sebagai satu negara, kita tentu hormatilah keputusan undang-undang masing-masing negara. Jadi, saya boleh jawab ini secara umum, kita kena tunggu dulu, saya start awal.
Tapi aspek yang kedua itu yang ditanya oleh Bagan, itu penting. Apa kerugian kita setakat ini? Dia tidak. Apa dia tarif ini? Tarif ini dikenakan kepada syarikat Amerika yang beli atau berdagang di sini. Jadi setakat ini dari tinjauan kita, hampir tidak ada, minimum, secara tidak langsung kerana syarikat Amerika itu juga beroperasi di sini, mungkin ada kesan sedikit. Tetapi tarif itu kepada syarikat di Amerika, syarikat yang berdagang atau melabur di Malaysia. Jadi, tarif itu dikenakan kepada mereka. Sebab itu dia jadi dialog besar juga di Amerika.
Jadi, setakat ini sampai semalam, daripada maklumat MITI, belum terkesan syarikat-syarikat tempatan yang terkena kerana sekali lagi saya tekankan tarif itu adalah pada syarikat Amerika yang berdagang di negara kita kerana strategi Presiden Trump ialah memaksa syarikat-syarikat itu melabur di Amerika dan tidak di negara luar. Jadi itu yang setakat yang berlaku hari ini.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Kita mulakan dengan saya menjemput Tuan Lee Chean Chung, Petaling Jaya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua.
Pergi ke pasar membeli kurma, Singgah sebentar membeli kuih; Ramadan tiba penuh makna, Gong Xi Fa Chai rezeki bertuah melimpah ruah. Soalan saya, soalan 1.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri. Pantun. Okey, boleh-bolehlah itu.
1. Tuan Lee Chean Chung [Petaling Jaya] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan berapa jumlah kes kecurian elektrik yang berjaya dikesan melalui sistem Distribution Transformer Meter (DTM) dan meter pintar setakat ini serta berapakah anggaran kerugian kewangan yang dialami oleh TNB akibat aktiviti haram tersebut.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada soalan daripada Petaling Jaya. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air atau singkatannya PETRA dan Suruhanjaya Tenaga
(ST) bersama-sama Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited dalam membanteras aktiviti kecurian elektrik, terutamanya dalam pelombongan bitcoin atau mata wang kripto.
Aktiviti ini bukan sahaja mengancam keselamatan pengguna tetapi juga akan menjejaskan kestabilan ekonomi negara, meningkatkan risiko keselamatan awam serta kerosakan harta benda dan mencetuskan ancaman serius kepada sistem bekalan tenaga negara.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Dalam usaha mengekang aktiviti haram ini, beberapa langkah strategik seperti pelaksanaan operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan, penganjuran kempen kesedaran awam, mengadakan sesi libat urus rasmi bersama pihak berkepentingan dan melaksanakan pemantauan teknikal melalui projek rintis distribution transformer meter, dengan izin, (DTM) dan meter pintar.
Sehingga 2025, sebanyak 5.56 juta meter pintar telah dipasang di seluruh Semenanjung. Melalui pemasangan meter pintar ini, ia nya membantu untuk mengawal kes kecurian bekalan elektrik. Daripada tempoh 2021 hingga 2025, sebanyak 5,133 kes yang melibatkan pengguna meter pintar telah berjaya dikesan, yang melibatkan kerugian sebanyak RM41 juta.
Selain dari pengesanan melalui pemasangan DTM dan meter pintar oleh TNB, teknologi drone dan thermal handheld device, dengan izin, turut digunakan untuk mengesan kes kecurian elektrik. Teknologi-teknologi ini bolehkan pengesanan haba berlebihan pada premis yang disyaki untuk membantu mengenal pasti aktiviti perlombongan mata wang crypto yang dijalankan secara haram dengan lebih efektif.
Pendekatan bersepadu bersama agensi penguatkuasaan, pelaksanaan program kesedaran awam dan sesi libat urus strategik secara berterusan merupakan langkah berkesan dalam memastikan kerugian kepada industri pembekalan elektrik negara dapat diminimumkan serta keselamatan sistem tenaga terus terpelihara.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Petaling Jaya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Dari 2018 hingga Jun 2025, kerajaan mengalami kerugian sebanyak RM4.8 bilion ekoran daripada kecurian bitcoin mining secara haram. Jadi, dengan adanya sistem ini, saya jangka dan saya ucapkan tahniah kepada PETRA yang memantau dan memastikan sistem ini berada pada tempat yang strategiknya untuk memerangi isu bitcoin mining secara haram.
Soalan saya adalah, apakah jangkaan penurunan kerugian selepas sistem- sistem sebegini telah pun dipasang? Dan adakah kerajaan bercadang untuk memastikan utility company seperti TNB bertanggungjawab dan perlu membayar ganti rugi sekiranya subsidi kerajaan tersebut— perkara ini sekiranya berterusan, subsidi kerajaan ini akan terus hilang dan tiris. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Pertamanya, dengan pemasangan meter, maknanya kita akan dapat mengesan berlakunya kecurian.
Dengan adanya smart meter, dengan teknologi yang kita gunakan tadi. Sebab itu bila kita dapat mengesan, makna kalau berlakunya kecurian— kes-kes itu sebenarnya kalau kita mengikut data. Daripada tahun 2021 hingga 2025, kes semakin meningkat sebenarnya. Sebab kita dah ada teknologi untuk mengesan. Dulu tak ada teknologi untuk mengesan.
Sebab itu bila pengesanan, kita dapat mengekang berlakunya kecurian dan akhirnya, dapat mengelak daripada berlakunya kerugian. Sebab itu dengan itu juga, dari segi apa dikatakan subsidi tadi, kita sebenarnya dari segi subsidi, dari segi tarif, kita dah mengenakan tarif secara diperkenalkan di mana tarif itu sekarang ini agak munasabah kepada rakyat kita sebab kita dah agihkan dari segi kadar penggunaan.
Yang menggunakan lebih tinggi, maka dia kena bayar lebih. Manakala kalau dulu, sistemnya berlainan tapi dengan penggunaan sistem itu, kita sebenarnya dapat menjimatkan untuk pengguna dan juga untuk kerajaan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan Rompin.
Datoʼ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Kecurian elektrik, terutamanya aktiviti crypto merupakan satu aktiviti haram dan mensabotaj ekonomi negara. Walaupun sistem DTM dan meter pintar ini dipasang, ketirisannya tetap tinggi. Soalan saya, sejauh manakah keberkesanan kerjasama di antara kementerian, TNB, Suruhanjaya Tenaga dan pihak PDRM dalam melakukan serbuan yang berdasarkan data real time dari sistem DTM ini?
Memandangkan terdapat dakwaan bahawa dalang utama aktiviti perlombongan crypto haram ini masih sukar ditumpas, walaupun lokasinya dikesan.
Datoʼ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Yang keduanya, memandangkan kos pemasangan meter pintar dan sistem DTM ini merupakan— menelan belanja yang besar, adakah pihak kementerian boleh membuktikan bahawa terdapat penurunan peratusan kerugian komersial (non- technical losses) secara signifikan berbanding sebelum teknologi ini diperkenalkan?
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih Rompin. Kalau kita melihat kepada jumlah kes, bila dah ada meter dengan teknologi, 2021 kes berlaku 379, 2022 – 647, 2023 – 909, 2024 – 1,298 dan 2025 – 1,900. Maknanya, dengan ada teknologi, kita dapat mengesan. Sebab itu kes lebih banyak. Walaupun kes lebih banyak, makna bila kita mengesan, kerugian tentu bertambah.
Tapi yang lebih utama ialah tindakan yang progresif, dengan ada teknologi ini, kita akan mampu mengesan. Dan bila kita dapat mengesan, makna tindakan yang lebih efektif dapat dijalankan dengan kerjasama daripada semua pihak penguat kuasa yang terlibat. Sama ada ST, polis, TNB dan sebagainya. Tindakan agresif sekarang ini, di mana dengan ada pemantauan dapat berkesan, maka kita mengambil tindakan yang tegas.
Tapi yang lebih utama sekarang ini ialah untuk kita memberi kesedaran kepada pengguna. Terutamanya, pemilik rumah yang meter mereka, bila dia menyewakan rumah ataupun premis kediaman ataupun premis perniagaan, dia tidak tukarkan meter kepada penyewa. Itu yang banyak menjadi mangsa sekarang ini.
Yang sedang kita memberi kesedaran, pastikan bila sewakan rumah mereka, pastikan tukar nama kepada penyewa supaya mereka tidak menjadi mangsa. Itu yang kesedaran, patut semua kita bertanggungjawab.
Berikan kesedaran supaya mereka tidak menjadi mangsa, orang menyewa tapi sebenarnya menjalankan kegiatan crypto. Ini banyak berlaku sekarang ini yang kita dapat kesan juga dan kita sedang mencari jalan bagaimana kita nak bantu supaya yang betul-betul innocent ini dapat kita bantu. Kadang-kadang bil tertunggak sampai ratusan ribu, Tan Sri Yang di-Pertua. Jadi, itu yang kita nak bagi kesedaran.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput Datoʼ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man, Kubang Kerian.
Datoʼ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih Tan Sri. Saya akan kemukakan soalan nombor 2.
2. Datoʼ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man [Kubang Kerian] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan:
(a) sebab utama sasaran NRW sebanyak 31 peratus pada tahun 2025 gagal dicapai walaupun sebanyak RM2.525 bilion telah diperuntukkan di bawah Belanjawan 2025; dan
(b) langkah pembetulan yang segera dan konkrit yang diambil pihak kementerian untuk mencapai sasaran 25 peratus menjelang tahun 2030.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih Tan Sri Yang Di-Pertua, Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi mengekalkan atau menurunkan kadar air tidak terhasil ataupun NRW, inisiatif pengurangan NRW perlu dilaksanakan secara berterusan dan memerlukan pelaburan yang amat besar.
Walau bagaimanapun, kedudukan kewangan operator air yang kurang mampan berikutan keadaan tarif sedia ada yang masih tidak menggambarkan kos operasi sebenar telah mengehadkan kemampuan operator air untuk melaksanakan Program Pengurangan NRW sedia ada. Ini menyebabkan kesukaran untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
Selain itu, pandemik COVID-19 pada tahun 2020 dan 2021 juga telah menjejaskan pelaksanaan Program NRW yang telah dirancang. Sekali gus, menyebabkan sebahagian pelaksanaannya tertangguh dan menjejaskan pencapaian sasaran 31 peratus yang telah ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Yang Ke-12.
Bagi mengurangkan kadar NRW kebangsaan, PETRA telah membentangkan cadangan penambahbaikan kepada Program Pengurangan NRW Kebangsaan sedia ada. Cadangan ini telah diluluskan Jemaah Menteri pada Julai 2024 dengan peruntukan berjumlah RM2.525 bilion, mulai tahun 2025 hingga 2030. Peruntukan ini telah disalurkan kepada Kementerian di bawah Rolling Plan Yang Kelima Rancangan Malaysia ke-12 pada tahun 2025.
Sehubungan itu, berdasarkan kelulusan Jemaah Menteri tersebut, penambahbaikan terhadap program sedia ada telah dilaksanakan melalui Program NRW Kebangsaan Pendekatan I Fasa 2. Ia merangkumi program penggantian paip kritikal di seluruh negara dan penyelesaian NRW secara holistik di enam negeri iaitu negeri Pahang, Kelantan, Perlis, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Ini maknanya, NRW yang lebih 40 peratus. Selain itu, pemberian imbuhan balik kepada operator air juga diteruskan melalui Program NRW Kebangsaan Pendekatan 2, di mana kadar pro-rata untuk menggalakkan penyertaan operator air di negeri yang terlibat telah diperkenalkan. Melalui inisiatif yang dilaksanakan, adalah diharapkan NRW 28.8 peratus dapat dicapai menjelang tahun 2030.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Pendekatan dua ini yang kurang 40 peratus. Dulu dia dapat― kalau dia dapat mengurangkan dan mencapai sasaran 75 peratus, dia akan dikembalikan 75 peratus. Dapat kurangkan sehingga 50 peratus, dia akan dikembalikan kos pelaburan dia yang 50 peratus. Tetapi kalau dia tak mencapai target dia, maka kita akan bagi prorate dari segi pro-rata apa yang dibelanjakan. Itu kaedah baru yang kita perkenalkan untuk menggalakkan operator air ini berbelanja dan memastikan menguruskan NRW mereka dengan membuat investment kepada pengurangan NRW.
Sepertimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, tanggungjawab berkaitan perancangan dan pembangunan infrastruktur bekalan air di negeri termasuk mengurangkan NRW adalah di bawah operator di setiap negeri. Pelarasan tarif air tempoh pelaksanaan kedua, tariff safety mechanism (TSM) yang kedua bermula pada 1 Ogos 2025 membantu meningkatkan aliran tunai kepada operator air bagi tujuan kos operasi dan pengurangan NRW. Oleh itu, operator air perlu memainkan peranan dalam usaha mengurangkan NRW ke arah mencapai sasaran yang ditetapkan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Kubang Kerian.
Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih.
Menteri atas jawapan yang saya lihat bahawa ada beberapa perkara yang saya ingin soalan tambahan.
Kita lihat kalau kita meneliti punca utama kadar NRW yang tinggi dikenal pasti ialah kerana commercial losses ataupun kerana kehilangan komersial akibat daripada isu ketiadaan sistem automatic reading meter yang dipasang dan ini menyebabkan kerajaan gagal mengenai pasti punca sebenar, apakah kerana faktor fizikal ataupun faktor komersial berlaku kebocoran.
Soalan saya ada dua. Yang pertama, apakah kerajaan berhasrat untuk melakukan satu intervensi khusus bagi mengenal pasti supaya kita dapat kenal pasti punca NRW ini daripada faktor fizikal atau faktor meter yang lama yang tak dapat
Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
baca dengan betul ataupun kerana faktor-faktor tentang tak adanya sistem meter yang automatik yang kita pasang.
Soalan kedua, saya ucap tahniah kerana cadangan tadi untuk pro-rata kepada program NRW. Cuma, penelitian kita yang kita buat, tiga pendekatan ini, pendekatan dua ni puncanya masalah kegagalan kerana operator air tidak ada kewangan yang cukup menyebabkan mereka tak boleh advance perbelanjaan bagi mengatasi NRW.
Dia terpaksa advance duit dia dulu sedangkan kita tahu semua syarikat operator air ni dia berdepan dengan masalah kewangan yang agak serius. Saya ingin melihat apakah kerajaan bercadang untuk melakukan satu kaedah yang baru contohnya advance kepada syarikat air negeri bagi mengatasi masalah dihadapi.
Bukan kewangan dia tapi Kerajaan Persekutuan yang bagi advance kepada syarikat air negeri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, sila Menteri.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih Yang Berhormat.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
[Bangun]
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Pertamanya, untuk soalan pertama. Kalau kita melihat pada kadar NRW negeri-negeri daripada tahun 2024 sehingga 2025, apa yang kita― termasuk yang sebelum itulah. Sebab itu, apa yang diperkenalkan oleh kerajaan ialah untuk membantu peringkat operator air menggantikan meter-meter yang lama yang rosak dan sebagainya, terutamanya yang di loji.
Bila penggantian itu, sebab itu kita nampak bahawa kadar kerugian itu lebih tepat lagi. Sebab dulu mereka menggunakan anggaran sebab meter rosak, meter usang dan banyak sistem yang tidak baik. Bila dah digantikan tujuh perkara, digantikan termasuk menukarkan tangki dan sebagainya dulu, dengan meter baru ini, dan kadar sukatan di loji dengan meter-meter baru dan akhirnya kepada meter di rumah. Jadi, perbandingan itu menunjukkan bahawa sekarang ini ada— [Tidak jelas] meningkat disebabkan ia nya lebih tepat sebab dengan meter yang baru tersebut.
Sebab itu kita melihat contoh kalau di Johor— Johor dapat mengurangkan kadar NRW 24 ke 24 peratus. Tetapi kalau di Kelantan, kalau 2024, 51.1 peratus.
Tapi bila meter-meter baru dipasang di loji-loji, kita dapat melihat bahawa berlaku peningkatan, bukan pengurangan. Jadi, 51.8 peratus sebab kadar itu lebih tepat lagi ukurannya. Begitu juga banyak negeri ada yang berlaku peningkatan sebabkan kita
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
sekarang ini dapat mengukur berapa kadar NRW sebenarnya dengan kita memberi bantuan dari segi memberi meter dan sebagainya, termasuklah alat-alat lain yang disokong.
Yang kedua, bagaimana kita nak menyelesaikan dalam bengkel yang kita adakan banyak cadangan. Ada cadangan yang lebih agresif mengatakan mengapa tidak nationalize-kan operasi air ini walaupun bidang kuasanya negeri. Macam bidang tenaga. Tenaga TNB jaga. Jadi, dia lebih control, dia dapat jaga keseluruhan.
Tetapi kita tahu yang ni perkara yang agak sensitif sebab ada kuasa. Air itu bidang kuasa negeri.
Jadi, kita nak melihat bagaimana kita nak melihat sudut NRW itu saja. Boleh tak kita mengambil alih berhubung kait NRW saja iaitu menggantikan paip dan sebagainya dan cari kaedah business model bagaimana kita dapat pastikan bahawa yang ini dapat disegerakan supaya kita dapat melakukan penjimatan daripada kerugian yang begitu banyak itu. Kita cakap tentang bilion.
Tapi yang lebih penting sekarang ini ialah bagaimana kita nak pastikan pengurusan air itu sendiri kena dipertingkatkan, kecekapan mereka dan komitmen mereka. Sebab kalau kita melihat data daripada data Yang Berhormat, Yang Berhormat dulu pernah ada sini. Saya melihat, ambil contoh sahajalah Melaka.
Melaka pada satu ketika dulu, paling rendah tahun 2016, NRW ialah 19 peratus.
Begitu juga tahun 2015, tahun 2016, 2017 adalah sekitar 19 peratus. Tetapi sekarang Melaka berada pada 34 peratus. Meningkat begitu jauh sekali. Mengapa?
Jadi, kita melihat bahawa komitmen pengurusan itu sendiri. Kalau pengurusan itu baik, dapat menguruskan, saya percaya kita dapat mengurangkan NRW. Begitu juga banyaklah contoh-contoh negeri-negeri yang lain. Yang terbaik, of course yang telah mencapai sasaran yang baik ialah Johor dan juga Selangor. Sebab komitmen pengurusan itu sendiri, sokongan daripada kerajaan negeri, maka mereka dapat mengurangkan kadar NRW yang begitu baik sekali. Jadi, terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Balik Pulau.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih Tan Sri Speaker. Tadi saya meneliti jawapan daripada Menteri. Sebenarnya soalan saya berkait dengan apa yang disebut oleh Menteri kerana kita lihat bahawa kadar NRW ini masih lagi tinggi dan berbeza ketara antara negeri dengan negeri. Kita tengok lima negeri tadi yang disebut lebih daripada 50 peratus NRW seperti Kelantan, Sabah, Sarawak dan Perlis dan Pahang.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Soalan saya, adakah sudah tiba masanya kita mempertimbangkan reformasi struktur atau pendekatan baru dalam tadbir urus air supaya pastikan NRW dapat diselesaikan secara tuntas and once and for all? Sebab kita tahu isu utama ialah perbezaan antara pengurusan air negeri di antara negeri. Ada juga saya dimaklumkan bahawa negeri ini dia tidak mahu NRW rendah sebab dia nak peruntukan daripada Persekutuan. Jadi, dibiar maintain certain NRW's percentage sebab dia dapat peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Jadi, mungkin kita kena lihat semula macam Menteri sebut tadi, mungkin reformasi struktur pengurusan air dalam negara kita. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Begitulah yang bila kita bincangkan melibatkan kerajaan negeri, operator air dan semua stakeholder or the pemegang taruh dalam bengkel kita, banyak saranan dan cadangan yang dikemukakan termasuk yang saya katakan tadi sama ada Persekutuan boleh ambil alih keseluruhan operator air tetapi itu perkara yang agak sensitif.
Sebab itu, kita melihat kepada business model yang lain. Sebab nak menggantikan paip ini kita melihat pada pelaburan begitu besar sekali, sama ada satu pertamanya, ada tak pelabur yang sanggup melabur untuk menggantikan keseluruhan paip dengan kadar segera. Kalau ada, apa pula jumlah pelaburannya dan apa pula tarif yang akan dikenakan untuk recover balik pelaburan itu.
Itu yang persoalan-persoalan yang kita kena timbangkan, akhirnya, tarif ini akan dibayar oleh rakyat. Dan ini juga satu persoalan yang saya kira kita perlu perincikan lagi dan kita kena lihat dan involve-kan kerajaan negeri dan semua stakeholder melihat apa yang business model yang terbaik untuk kita selesaikan.
Kalau saya sendiri, pandangan peribadi saya ialah memang kita perlukan restructuring untuk mengatasi masalah NRW itu saja.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Tapi apa modelnya, yang itu kita kena bincang dan saya mengharapkan siapa-siapa ada pandangan dan saranan, kemukakan. Kita bersedia untuk melihat bagaimana kita nak laksanakan supaya kita dapat capaikan. Kalau tidak, puluhan tahun masalah ini tak akan selesai.
Yang Berhormat Kota Bharu pun pernah melalui perkara ini juga. Jadi, saya kira yang ini kita kena cari duduk bersama, cari jalan yang terbaik supaya tidak juga akhirnya membebankan rakyat sebab kalau kita nak buat dengan kadar yang segera,
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
tarif itu akan menjadi punca ketentuannya sama ada ia nya boleh dilaksanakan ataupun tidak. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Datoʼ Sri Dr. Wan Azizah bin Dr. Wan Ismail, Bandar Tun Razak.
Datoʼ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail - Bandar Tun Razak
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Ramadan Kareem. Soalan saya nombor 3.
3. Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail [Bandar Tun Razak] minta Menteri Pendidikan menyatakan keberkesanan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan sistem sebelum ini yang berorientasikan peperiksaan seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) atau PT3 bagi penilaian pembentukan jati diri dan masa hadapan pelajar.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Bandar Tun Razak. Kementerian Pendidikan memberi tumpuan kepada pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) melibatkan empat komponen utama iaitu Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PBSI) dan Pentaksiran Pusat.
Pentaksiran Bilik Darjah merupakan satu komponen utama dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Merupakan satu pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan secara berterusan dalam sesi pengajaran dan juga pembelajaran dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan, kemajuan, kebolehan serta tahap penguasaan murid terhadap matlamat kurikulum yang telah ditetapkan.
Pentaksiran Bilik Darjah memainkan peranan penting dalam memberikan gambaran yang jelas terhadap penguasaan murid terhadap standard pembelajaran yang digariskan dalam kurikulum. Melalui proses ini, guru dapat mengumpul maklumat secara sistematik, melakukan analisis serta refleksi yang berterusan bagi memantau kemajuan murid dalam pembelajaran.
Pentaksiran Bilik Darjah juga telah menunjukkan keberkesanannya dalam memantau perkembangan dan juga pencapaian murid secara berterusan serta memberikan asas kukuh bagi kecemerlangan akademik walaupun tanpa pemeriksaan pusat sebelum ini seperti UPSR dan juga PT3.
Kejayaan kohort murid yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022, tahun 2023, tahun 2024 yang merupakan kohort murid selepas peperiksaan PT3 dibatalkan dan dimansuhkan membuktikan keberkesanan sistem Pentaksiran
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Berasaskan Sekolah yang sedang dilaksanakan. Gred purata kebangsaan menunjukkan peningkatan berterusan daripada 4.74 pada tahun 2022 kepada 4.60 pada tahun 2023 dan seterusnya 4.49 pada tahun 2024. Manakala, peratus calon yang layak memperolehi sijil meningkat daripada 91.6 peratus tahun 2022, 93.5 peratus tahun 2023 dan 94.0 peratus 2024.
Dalam memastikan keseimbangan antara akademik dan pembangunan sahsiah, PAJSK dan PBSI turut memainkan peranan yang penting dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Melalui mekanisme ini, aspek efektif dan psikomotor murid dinilai melalui penyertaan dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan nilai murni, minat dan juga kecenderungan murid masing-masing. Data bagi sesi persekolahan 2024–2025 menunjukkan bahawa penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum meningkat kepada 99.81 peratus, berbanding dengan 84.45 peratus pada sesi 2023 dan 2024.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, mulai tahun ini, KPM akan melaksanakan matriks pembelajaran bagi murid Tahun 4 dan Tingkatan 3. Tingkatan 3 adalah pada tahun hadapan. Pelaksanaan pentaksiran ini adalah untuk melihat tahap sebenar penguasaan murid dalam kemahiran teras pembelajaran. Matriks pembelajaran ini bertujuan membantu sekolah dan guru memahami keperluan murid dengan lebih tepat supaya sokongan dapat diberikan lebih awal dan juga bersasar.
Matriks pembelajaran Tahun 4 akan menilai pencapaian murid dalam aspek literasi, numerasi, kemahiran asas saintifik. Pentaksiran ini membolehkan data digunakan untuk merangka program intervensi, intervensi semasa murid berada di Tahun 5 dan Tahun 6, sekali gus membantu mereka membuat persediaan bagi transisi ke sekolah rendah ke sekolah menengah, selain bagi persediaan menghadapi pentaksiran peringkat antarabangsa. Sekian, terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Bandar Tun Razak.
Datoʼ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail - Bandar Tun Razak
Terima kasih, Tan Sri Speaker. Terima kasih kepada Menteri yang telah menjawab.
Saya kata tahniah kerana telah menunjukkan peningkatan dan sukses dalam apa yang telah dirancangkan tetapi dalam pelaksanaannya kita nak tengok apakah, bagaimana penerimaan ibu bapa. Sebab kadang-kala dah tukar sistem-sistem ni, penerimaan ni penting.
Dan juga bagaimana kita nak terjemahkan mungkin ada blueprint, mungkin ada sistem yang baru namun penterjemahan dalam pelaksanaannya. Kita nak tahu
Datoʼ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail - Bandar Tun Razak
bahawa penciciran yang berlaku. Walaupun yang mana yang dah sukses itu, alhamdulillah bagus tetapi yang tercicir itu bagaimana kita nak tumpukan supaya mereka terus diangkat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Tun Razak. Terima kasih Tan Sri Speaker. Berkenaan dengan isu pelaksanaan program ataupun pendekatan baharu pihak KPM dalam mengangkat prestasi pendidikan kita.
Apabila kita berhujah atau berbicara berkenaan dengan keciciran yang berlaku. Keciciran kita ada beberapa segmen. Nombor satu mungkin adalah dari segi sama ada anak-anak kita dapat mengikuti pembelajaran dan PdP yang dilaksanakan. Dan dalam perkara ini seperti yang saya sebut tadi, tujuan utama bagi matriks pembelajaran Tahun 4 yang bakal dilaksanakan pada bulan Oktober tahun ini adalah untuk membolehkan pihak KPM mengesan dengan lebih awal kelemahan dan juga pencapaian anak-anak kita di Tahun 4 supaya segala intervensi dan juga langkah-langkah kita boleh selesaikan atau pun kita boleh ambil pada apabila mereka berada di Tahun 5 dan juga Tahun 6.
Dan memangnya sebelum pelaksanaan matriks pembelajaran Tingkatan 3 ini juga, dalam isu berkenaan dengan intervensi, apabila anak-anak kita masuk ke Tahun 1, setiap tahun kita ada melaksanakan program intervensi untuk anak-anak kita yang kurang berkemampuan yang menunjukkan sedikit kelemahan dari segi untuk mengikuti pembelajaran yang dilaksanakan.
Dan program-program sebegini ini akan terus dilaksanakan bagi memastikan anak-anak kita tidak akan tercicir dari segi prestasi ataupun performance, dengan izin pembelajaran masing-masing. Dan pihak KPM sentiasa juga menyediakan peluang yang sama kepada anak-anak kita, biarpun di bandar ataupun di luar bandar ataupun di kawasan pedalaman untuk memastikan isu keciciran itu dapat kita tangani.
Tahun lepas, kita telah pun meluluskan rang undang-undang bagi mewajibkan pembelajaran persekolahan ke Tingkatan 5 ataupun tempoh persekolahan sepanjang 11 tahun dan kita berharap dengan usaha-usaha seperti ini, dari segi pemantapan dan pengetatan dari segi perundangan dan pada masa yang sama secara praktikal seperti yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Bandar Tun Razak tadi, kita juga ada program-program seperti Sekolah K9 dan K11 yang sedang hangat diperluaskan oleh KPM. Kita yakin bahawa kita sedang dalam landasan yang
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
betul dalam menangani isu keciciran anak-anak kita di sekolah. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Kuala Krau.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ni, sikit sebanyak dia telah menambahlah beban baru secara tidak langsung kepada guru. Sebagai contoh, kalau sekiranya sistem itu mewajibkan 50 evident terhadap seorang pelajar, maka seorang guru ada 40 pelajar, maka beliau perlu menghasilkan 40 darab dengan 50 bersamaan dengan 2,000 penilaian itu untuk satu subjek, satu kelas. Bagaimana dengan sekiranya guru itu pegang dua, tiga kelas ataupun dua, tiga subjek.
Dalam waktu yang sama, pihak atasan mahu tahu result dengan cepat dan segera serta lengkap. Jadi, bagaimana kementerian memastikan kesetaraan standard dan objektif skor di seluruh negara bagi mengelakkan pelaporan yang tidak telus demi memenuhi KPI tersebut.
Dan yang kedua, sekiranya wujud situasi guru menghadapi tekanan berkaitan ini, adakah langkah kementerian termasuk mewujudkan saluran aduan khusus yang menjamin kerahsiaan guru. Terima kasih, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Kurau. Terima kasih, Tan Sri Speaker.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Berkenaan dengan sistem perekodan, pihak KPM telah pun memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini dengan pembangunan Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) yang telah pun kita maklumkan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 3 Tahun 2023 iaitu Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Mulai Sesi Akademik 2022/2023, yang mana ia menyatakan antara lain perekodan data PBD, PAJSK SEGAK, BMI 5-9T serta PPsi yang akan dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu ini. Maka dalam sistem ini, pihak warga pendidik kita boleh merujuk kepada standard yang ada dan juga membuat perekodan yang sewajarnya.
Apabila kita berbincang berkenaan dengan sama ada perekodan itu telus dan juga adalah mencapai KPI yang sewajarnya, dalam perkara ini saya ingat saya ingin mengingatkan kita semua bahawa biarlah kita mempunyai satu keyakinan yang tinggi terhadap prestasi dan juga kualiti warga pendidik kita. So, kita perlu
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
memberikan keyakinan terhadap keupayaan mereka dalam melaksanakan tugas dengan telus dan juga berprestij.
Pada masa yang sama, selalu dinyatakan berkenaan dengan kualiti ataupun kualiti berkenaan dengan Ujian Akhir Sesi Akademik yang selalu dibangkitkan di dalam Dewan ini dan luar Dewan ini. Suka saya sekali lagi menyatakan bahawa dalam segala perekodan ataupun penciptaan item bagi UASA, Ujian Akhir Sesi Akademik ini, kesemua ini adalah berpaksikan kepada jadual spesifikasi ujian yang telah pun ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan dan segala pentaksiran dan [Tidak jelas] itu juga adalah tertakluk kepada kualiti yang telah pun ditetapkan.
Dan berkenaan dengan soalan terakhir berkenaan dengan aduan dan sebagainya, sememangnya pihak KPM ada, amat cakna berkenaan dengan isu kesejahteraan guru dan baru-baru ini, kita telah pun memansuhkan berkenaan dengan keperluan key in bagi SPI KPM dan usaha-usaha sedang dilaksanakan untuk memastikan kesejahteraan itu dijaga.
Dan bila-bila masa ada apa-apa aduan, pihak KPM mengalu-alukan segala pandangan dan juga input khasnya daripada warga pendidik untuk supaya kita sama- sama memperkukuhkan sistem dan ekosistem pendidikan kita. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Yang di-Pertua, *Lompat jangan tak lompat, lompat cepat-cepat.
Siapa lompat, dia dapat; Sambil lompat jangan lupa berpakat, Soalan saya nombor empat.*
4. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim [Arau] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan:
(a) adakah kerajaan bercadang melaksanakan audit harga barangan asas di seluruh negara khususnya Sabah dan Sarawak bagi mendapatkan realiti sebenar kos sara hidup rakyat; dan
(b) adakah jihad memerangi kartel orang tengah bagi mengurangkan kenaikan harga barang masih diteruskan.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan pun berlipat-lipat. Silakan Menteri.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
warahmatullahi wabarakatuh dan saya ucapkan Ramadan Mubarak serta juga Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua Ahli-ahli Parlimen.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Arau di atas soalan ini. Yang Berhormat Arau, ada dua bahagian kepada soalan Yang Berhormat. Yang pertama ialah berkenaan dengan audit harga barangan asas di seluruh negara khususnya Sabah dan Sarawak.
Yang Berhormat, kita ada beberapa— kementerian ada melaksanakan beberapa langkah untuk melihat kepada isu kos harga barang ini terutamanya di Sabah dan Sarawak dan kawasan pendalaman. Pertamanya, kita ada pemeriksaan harga di mana ada 850 pegawai pemantau harga yang melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan harga setiap hari di premis-premis di seluruh negara.
Dari situ, data-data— mereka melakukan pemeriksaan di supermarket, hypermarket, mini market, pasar basah dan kedai runcit Yang Berhormat. Dan dari situ, data-data itu akan dikumpulkan dalam satu sistem dan dari situ, daripada sistem tersebut kita akan dapat melihat kepada sekiranya ada pergerakan harga.
Daripada pergerakan harga tersebut, bolehlah kita mengambil langkah- langkah intervensi. Contohnya, kalau sekiranya ada kenaikan yang tidak munasabah dari hari ke hari ataupun dari minggu ke minggu, maka bahagian penguat kuasa akan melihat, sama ada ada elemen pencatutan di situ. Jadi, itu antara langkah intervensi berdasarkan kepada maklumat ataupun data-data harga.
Di masa yang sama Yang Berhormat, kita juga akui bahawa cabaran yang besar, cabaran yang utama untuk kawasan pedalaman terutamanya Sabah dan Sarawak ialah cabaran logistik serta juga kos pengangkutan. Jadi, kita sudah pun melaksanakan Program Pengedaran Barang Perlu di seluruh negara terutamanya di Sabah dan Sarawak. Sabah ada 608 pos dan di Sarawak ada 820 pos untuk pengedaran barang perlu, point of sales untuk memastikan bahawa harga barang ini kita kekalkan stabil.
Tapi di masa yang sama, kementerian terkini telah pun menyiapkan satu kajian penstabilan harga di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan, ya dan mengesahkan bahawa komponen logistik dan pengangkutan ini merupakan penyumbang yang terbesar kepada perbezaan harga antara wilayah.
Maka antara dapatan-dapatan daripada kajian tersebut, kerajaan telah menubuhkan satu kumpulan kerja teknikal untuk penstabilan harga di Sabah Sarawak dan Wilayah Persekutuan yang melibatkan penyertaan Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri serta pemain industri.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Tujuannya ialah untuk meningkatkan kecekapan, membangunkan satu pelan tindakan komprehensif bagaimana kita nak meningkatkan kecekapan dari segi struktur kos logistik, pemantapan rantai bekalan serta mengoptimumkan penghantaran antara wilayah. Jadi, ini antara intervensi-intervensi yang telah dilakukan oleh kementerian untuk memastikan bahawa kita address dengan izin, realiti sebenar kos hidup.
Tan Sri Yang di-Pertua, bahagian kedua izinkan saya sikit lagi untuk menjawab bahagian yang kedua iaitu berkenaan dengan kartel. Yang Berhormat Arau bertanya sama ada jihad memerangi kartel orang tengah ni masih lagi diteruskan. Yang Berhormat Arau, kartel ni merupakan pakatan untuk menetapkan harga. Dan kartel ini juga menyekat persaingan. Jadi, sebab itu harga itu tidak boleh dikawal apabila berlaku kartel.
Untuk kerajaan pada hari ini, kita melihat isu kartel ini lebih luas lagi selain daripada isu kartel orang tengah kerana kewujudan kartel ini boleh berlaku di mana- mana peringkat di sepanjang rantaian bekalan mahupun di peringkat huluan ataupun hiliran. Jadi, bukan setakat memerangi kartel orang tengah tetapi memerangi kartel di dalam semua aspek.
Maksudnya sama ada pakatan untuk pakej perkhidmatan contoh pakej umrah pun ada kartel Yang Berhormat Arau. Ya kartel tipuan bida contohnya. Kartel makanan ayam contohnya. Jadi, kita melihat kepada keseluruhan apa orang kata kemungkinan kartel itu berlaku dan memeranginya. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Arau.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim - Arau
Yang Berhormat, soalan saya mudah. Jadi, saya tanya berapa banyak kes kartel atau pencatutan yang berjaya diambil tindakan di peringkat pengeluar, pengimport dan pemborong berbanding dengan peniaga kecil dan juga peruncit dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.
Jika majoriti hanya tindakan tertumpu kepada peruncit, ini menunjukkan Ops Kesan kita gagal menyentuh pemain besar sebenar yang menyentuh harga pasaran.
Berhubung dengan kartel Yang Berhormat, Yang Berhormat telah menjawab dan kita tahu bahawa hampir semua tempat ada kartel, termasuk menjual tempurung kelapa sawit. Dari kilang-kilang FELDA tu pun ada kartel, padahal kita hanya jual tempurung, tempurung kelapa sawit. Dulu tak ada harga. Sekarang ni telah ada kartel. Kalau ada orang baharu nak masuk, tak dapat membeli. Walaupun harga bagus, tak dapat beli harga bagus sebab kartel sudah control.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim - Arau
Jadi, saya nak tanya Yang Berhormat, kadang kala kerajaan nampak berkata mengambil tindakan secara menyeluruh, yang kita tak tahu adakah— apakah sebenarnya secara menyeluruh. Cuma, saya minta kerajaan sekarang ini mempertahankan peranan orang tengah ini kalau ada, iaitu dengan mengehadkan margin keuntungan atau kawalan struktur pasaran. Kerana kalau tidak, kalau kita biar, dia akan timbul masalah. Ataupun Yang Berhormat menyentuh kepada satu aspek tertentu supaya kita dapat bagi contoh kepada yang lain. Contohnya aspek tempurung kelapa sawit, aspek padi tadi, pengeluaran padi.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim - Arau
Tanam padi ada kartel. Apa tu, hantar padi ke kilang pun ada kartel. Jadi, ambil satu tindakan tertentu, akhirnya yang lain dia akan perlahan-lahan mengikuti struktur iaitu mesti kita hadkan harga, bukan menyerahkan mereka untuk menentukan harga. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Sila, Menteri.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Memang Yang Berhormat Arau ini orang yang lama di dalam memerangi jihad ini. Saya sedia maklum.
Tan Sri Yang di-Pertua, seperti yang saya katakan tadi, kita melihat kepada wujudnya kartel di sepanjang rantaian bekalan, tak kiralah industri apa. Kalau yang disebutkan oleh Yang Berhormat Arau tadi dalam industri padi beras, jadi di sepanjang rantaian― kalau dalam industri telur ayam, di sepanjang rantaian daripada harga anak ayam, harga makanan ayam.
Kita lihat kepada struktur itu dan kita lihat di setiap peringkat itu, sama ada wujudnya kartel. Sekiranya kewujudan kartel itu atau tiada wujudnya kartel itu yang menyumbang kepada kenaikan harga. Jadi, kalau kenaikan harga itu berpunca daripada kartel, maka di situ ada elemen-elemen yang kita harus lihat. Jadi, bukan satu-satu industri. Insya-Allah, saya setuju dengan Arau, di mana-mana industri pun kita nak tengok sama ada padi beras kah, ayam telur kah ataupun sayur kah dan sebagainya.
Kepada soalan Arau tadi, berapa banyak kes. Sembilan kes penetapan harga. Sembilan kes penetapan harga― susah nak baca tulisan pegawai ini. Tak apa, saya bagi jawapan bertulis kepada Arau berkenaan dengan kes ini.
Tapi, apa pun, point-nya, dalam industri apa-apa pun, memang kita tengok sepanjang rantaian dan juga kepada kawalan struktur pasaran itu. Insya-Allah, kalau Yang Berhormat Arau minat dengan tempurung, nanti kita bincang. Kartel
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
tempurung, contohnya. Nanti kita bincang lagi dan kita tengok bagaimana kita boleh buat siasatan lebih lanjut.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya ingin tanya soalan berkenaan dengan soalan tambahan. Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Menteri, Menteri dan kerajaan di dalam langkah-langkah yang diambil untuk memastikan bahawa barangan asas ini memang ada, bekalannya cukup di seluruh negara.
Baru-baru ini ada seorang Ahli Parlimen daripada Pulau Pinang dalam satu wawancara atau podcast bersama dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan mendakwa bahawa dalam kawasan Kepala Batas tidak ada bekalan beras. Boleh kah perkara ini disiasat? Adakah perkara ini benar atau tidak benar?
Kerana, berulang kali kita dengar.
Walaupun kerajaan mengambil ikhtiar pelbagai langkah-langkah untuk memastikan bahawa barangan asas ini cukup bekalan, tetapi kita mendengar rintihan, keluhan, aduan. So, saya ingin tanya, adakah tuduhan ini benar ataupun ia hanya sekadar dinyatakan untuk memburukkan persepsi terhadap kerajaan? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Silakan, Menteri. Menteri? Silakan Menteri jawab kepada soalan.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Sorry. Saya tadi ada distracted. Boleh tak ulang sikit?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tidak apa. Saya ulangi. Terima kasih Timbalan Menteri, Tan Sri Speaker.
Baru-baru ini, terdapat satu wawancara diadakan. Saya melihat wawancara itu. Kita sedar kita mengambil langkah-langkah untuk memastikan barang-barang asas cukup bekalan di seluruh negara. Di Pulau Pinang memang cukup. Saya boleh memberi syor. Tetapi, seorang Ahli Parlimen daripada Kepala Batas dalam wawancara dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan mendakwa, di Kepala Batas tak ada bekalan beras. Bagi pihak saya, tak masuk akal langsung. Adakah perkara ini benar atau hanya sekadar tuduhan untuk memburukkan kerajaan? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Itu soalannya.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Terima kasih, Jelutong. Saya ingat kes itu di mana ada aduan oleh Ahli Yang Berhormat berkenaan dengan ketiadaan beras.
Saya rasa mustahil lah tiada beras di dalam pasaran. Mungkin apa yang dimaksudkan itu kekurangan bekalan beras tempatan. Mungkin itu yang dimaksudkan.
Tapi, apa pun, Yang Berhormat, berkenaan dengan bekalan ini, saya ingin maklumkan bahawa beras ini keseluruhannya daripada A sampai Z, beras ialah di bawah Kementerian Keterjaminan Makanan. Ia bukan di bawah KPDN. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput Tuan Tan Kok Wai, Cheras.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 5.
5. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta Menteri Ekonomi menyatakan bahawa walaupun Malaysia berhasrat untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi sebelum tahun 2030, ketidaksamaan pendapatan yang masih ketara berpotensi menjejaskan matlamat kemakmuran bersama. Apakah dasar-dasar sistematik memastikan peralihan ke status negara berpendapatan tinggi ini memberi manfaat secara menyeluruh dan inklusif kepada semua lapisan rakyat Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Cheras.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Bank Dunia menggunakan indikator Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita bagi menentukan klasifikasi pendapatan sesebuah negara. Bagi tahun 2024, nilai ambang perlu melebihi USD13,935 atau sekitar RM60,000 bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi. PNK per kapita Malaysia pada tahun 2025 adalah sebanyak RM57,070.
Ahli Yang Berhormat, kerajaan komited untuk mencapai negara berpendapatan tinggi dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13
(RMK13). Kerajaan juga berpegang teguh kepada prinsip bahawa pencapaian status negara berpendapatan tinggi tidak seharusnya diukur dari sudut angka semata-mata.
Pengukuran memerlukan pendekatan yang lebih luas, termasuk kualiti pertumbuhan, penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi, peningkatan pendapatan isi rumah serta keberkesanan dasar dalam mengurangkan ketidaksamaan antara wilayah dan kumpulan rentan.
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Sehubungan itu, Tan Sri Yang di-Pertua, pelaksanaan pendekatan yang lebih menyeluruh di bawah Kerangka Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ke-13 akan dapat merealisasikan hasrat negara untuk mendepani cabaran struktur ekonomi ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi.
Penekanan berterusan akan dilaksanakan ke arah usaha untuk melonjak produktiviti dan memperkukuhkan kerencaman ekonomi melalui penghasilan produk dan perkhidmatan made by Malaysia yang berkualiti tinggi. Fokus utama, antaranya, dengan memacu industri high growth, high value serta sektor strategi seperti teknologi AI, reformasi semikonduktor dan peralihan tenaga bersih.
Pelaksanaan reformasi pasaran buruh juga akan diteruskan, Ahli-ahli Yang Berhormat. Antaranya, melalui semakan semula penetapan gaji minimum secara berkala dengan mengambil kira konsep gaji kehidupan wajar dan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif. Langkah ini bagi memastikan pekerja memperoleh pendapatan yang mencukupi untuk menampung kos sara hidup sebenar dan meningkatkan kualiti hidup seiring dengan pertumbuhan pendapatan negara.
Selain itu, Ahli Yang Berhormat, kerajaan juga komited melaksanakan reformasi pendidikan yang menyeluruh melalui pemerkasaan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta penambahbaikan ekosistem pendidikan dan latihan TVET. Pendekatan ini akan memastikan modal insan negara kompetitif dan berpeluang menguasai kemahiran teknikal yang sejajar dengan keperluan industri high growth, high value sekali gus merapatkan jurang kemahiran dan menjamin perolehan pendapatan yang lebih bermaruah.
Kerajaan juga, Ahli Yang Berhormat, akan mempergiatkan usaha untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat berdasarkan pendekatan pengukuhan pembangunan terangkum dari perspektif pelbagai dimensi ke arah meningkatkan tahap mobiliti sosial rakyat. Bagi tujuan ini, kerajaan telah dan sedang melaksanakan beberapa strategi termasuk menangani isu pengurusan kos sara hidup, kemiskinan dan kesenjangan serta menambah baik perlindungan sosial bagi jangka masa pendek, sederhana dan panjang.
Tumpuan akan diberikan dalam aspek pendidikan, kesihatan, perumahan serta peluang pekerjaan berkualiti dan peningkatan pendapatan isi rumah bagi meningkatkan kesejahteraan taraf hidup di bawah pendekatan keseluruhan negara
(whole-of-nation approach).
Ahli Yang Berhormat, Tan Sri Yang di-Pertua, mengambil kira pendekatan menyeluruh melalui pelbagai keutamaan strategi dan inisiatif dalam RMK13,
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah
kerajaan penuh keyakinan status negara berpendapatan tinggi yang akan dicapai pada akhir tempoh pelaksanaan RMK13, bakal memberi manfaat menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat Malaysia.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Cheras, silakan.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Terima kasih. Ingin saya bertanya, apakah reformasi struktur yang sedang dilaksanakan untuk mengurangkan kebergantungan kepada model ekonomi bergaji rendah? Dan bagaimanakah isu gaji graduan yang stagnant dan unemployment akan ditangani supaya jurang pendapatan tidak terus melebar dalam ekonomi berpendapatan tinggi? Terima kasih.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
mesyuarat] Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Cheras. Puan Yang di-Pertua, ada pelbagai persoalan tambahan. Dalam soalan tambahan tadi, saya jawab mana yang boleh Yang Berhormat. Isu Yang Berhormat bangkitkan tadi adalah berkaitan kadar pengangguran.
Untuk maklumat Yang Berhormat, pada tahun 2024, kadar pengangguran 3.2 peratus dan bertambah baik pada November 2025 berada pada tahap 2.9 peratus.
Cuma Yang Berhormat bangkitkan isu bagaimana kita merombak struktur ekonomi negara supaya ia kekal relevan dan kita dapat mengurangkan kesenjangan.
Untuk makluman Yang Berhormat, Rancangan Malaysia yang Kesebelas, kita letakkan sebagai connecting the people. Kita bagi keutamaan kepada penyediaan infrastruktur asas seperti jalan raya, air dan elektrik. Rancangan Malaysia lepas yang kedua belas, kita letakkan closing the gap. Kita bagi tumpuan kepada mendapatkan jurang pembangunan antara wilayah.
Dan tetapi untuk Rancangan Malaysia Ketiga Belas, kita lakukan struktur— reformasi struktur ekonomi berasaskan penciptaan nilai yang kita sebut sebagai future-proofing, terutamanya kepada ekonomi wilayah. Dan kita lihat kesan Yang Berhormat, kesannya cukup baik sekali kalau kita bandingkan dengan wilayah- wilayah yang ada kerana sasaran RMK12 kita letakkan sebagai contoh di Sabah, 5,380 penengah— pendapatan penengah bulanan isi rumah.
Dan kita lihat pencapaian Rancangan Malaysia Kedua Belas, ia berada pada kadar RM5,055 dan kita meletakkan sasaran RMK13 yang begitu signifikan kepada
mesyuarat] Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
5,780. Walau bagaimanapun, kita membandingkan semua pencapaian wilayah- wilayah ini berdasarkan kepada Wilayah Tengah kerana kita mahu keseimbangan itu berlaku. Saya bagi jaminan kepada Yang Berhormat sekiranya— walaupun keputusan untuk melabur di setiap-setiap tempat, itu adalah keputusan di pihak pelabur semata-mata dari segi komersial. Tetapi kerajaan mengambil kira untuk menambahkan infrastruktur sepertimana yang saya sebutkan tadi kerana bagi pelabur, dia akan melihat tiga perkara, Puan Yang di-Pertua.
Pertama, tahap kemudahan infrastruktur. Yang kedua, jaringan perhubungan dan ketersediaan bakat tempatan. Kita ada bakat, cumanya kita tengah perbaik dan perelokkan dari segi tahap kemudahan infrastruktur. Terima kasih Puan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Kita doakan dengan investment RM611 bilion untuk RMK13 dan Kerangka Ekonomi MADANI, kita boleh pergi kepada negara berpendapatan tinggi lebih awal, insya-Allah 2028, ya.
Melihat kepada jawapan pihak Timbalan Menteri tadi, fokusnya adalah kepada beberapa cabaran-cabaran besar untuk pergi ke arah negara pendapatan tinggi. Di antaranya meningkatkan kualiti pendidikan, kelestarian alam sekitar dan menyelesaikan masalah ketidaksamaan pendapatan seperti dalam soalan. Fokus saya ialah berkenaan dengan middle-income trap yang merupakan salah satu juga cabaran untuk menghadapi perkara ini.
Jadi, kita dilihat bergantung, terlalu bergantung kepada tenaga buruh asing.
Kemudiannya, pertumbuhan untuk teknologi kita rendah dan kerana inovasi kita juga rendah. Jadi, persoalan kepada Kementerian Ekonomi, apakah reformasi systemic yang boleh kita laksanakan untuk kita— khususnya tentang dasar teknologi dan juga pengambilan buruh asing untuk kita memastikan cabaran middle-income trap ini dapat diselesaikan dalam kerangka ekonomi ini? Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Puan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat daripada Jerantut. Perkara Yang Berhormat bangkitkan itu merupakan perkara yang signifikan dan kerajaan sedang tangani kerana berbalik kepada buruh asing adalah berbalik kepada bagaimana kita menawarkan perolehan gaji kepada masyarakat atau kepada rakyat Malaysia.
Itu sebabnya melalui Dasar Gaji Progresif yang telah kita laksanakan dan sedang laksanakan bagi tempoh sehingga 2030, kita melihat ada beberapa perkara
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
dan elemen yang kita akan tambah baik bagi memastikan Dasar Gaji Progresif ini akan dapat membantu supaya kelompok middle-trap income itu dapat kita lonjakkan.
Itu sebabnya kita juga beritahu dalam jawapan asal supaya reformasi pendidikan ini harus diberi penekanan yang menyeluruh, bukan sahaja berkaitan tentang pendidikan itu, tetapi bagaimana untuk kita mempercepatkan teknologi termaju sepertimana AI, kuantum dan pelbagai. Kalau kita ambil kira semua ekosistem ini Yang Berhormat, kita penuh keyakinan ia mesti dicapai.
Cuma persoalan yang selalu saya dengar dalam Dewan ini ialah bagaimana kita untuk address isu-isu berkaitan wilayah-wilayah ini. Itu sebabnya dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, kita meletakkan 17 indikator kepada setiap wilayah ini untuk kita lihat bukan hanya sudut gaji penengah tetapi kita melihat bagaimana pembinaan ekosistem yang berkualiti bagi setiap wilayah itu yang akan menarik pelabur-pelabur dan akan menawarkan gaji yang tinggi dan kehidupan yang berkualiti di peringkat luar bandar. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya menjemput Datuk Muslimin bin Yahaya, Sungai Besar.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Hari ini Ramadhan keenam, soalan saya nombor enam. Terima kasih.
6. Datuk Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan hala tuju pemerkasaan Usahawan Bumiputera dan PKS keseluruhannya terutamanya dalam membawa usahawan bumiputera berinovasi melalui digitalisasi.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Ramadan al-Mubarak. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar di atas soalan yang dikemukakan pada pagi ini.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sentiasa komited dalam usaha untuk memperkasa agenda pemerkasaan bumiputera. Inisiatif yang dilaksanakan adalah selaras dengan hala tuju yang telah ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) yang menjadi kerangka jangka masa panjang yang strategik bagi memperkasakan ekonomi bumiputera.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin
Dalam hal ini, peruntukan sebanyak RM1.015 bilion kepada KUSKOP dalam belanjawan tahun ini merupakan jumlah tertinggi yang pernah diterima oleh kementerian. Ini adalah komitmen jelas Kerajaan MADANI terhadap agenda pembangunan usahawan dan koperasi, khususnya usahawan bumiputera sebagai pemacu ekonomi rakyat.
Selain itu, peruntukan di bawah TEKUN Nasional khusus kepada usahawan bumiputera juga telah ditingkatkan daripada RM300 juta pada tahun lepas kepada RM500 juta pada tahun ini. Pelaksanaan program khusus kepada usahawan bumiputera juga terus diteruskan pada tahun 2026 dengan pelbagai banyak program-program yang berkaitan.
Puan Yang di-Pertua, dalam konteks pelaksanaan inisiatif berteraskan digitalisasi kepada usahawan PMKS termasuk usahawan bumiputera, KUSKOP turut melaksanakan pelbagai program digitalisasi keusahawanan seperti berikut.
Pertamanya, Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) oleh SME Corp pada tahun 2021 hingga 2025 bagi tujuan peningkatan produktiviti antaranya melibatkan aplikasi ICT.
Kedua, Program Jajahan Rakyat oleh Bank Rakyat yang merupakan inisiatif pendigitalan pasar tanpa tunai khususnya melibatkan penjaja dan peniaga kecil.
Yang ketiga, program latihan dan bimbingan e-invoice oleh SME Bank, TEKUN Nasional dan juga INSKEN.
Dan keempat, platform MyMall di bawah Pernas yang menyediakan akses pemasaran digital melalui platform e-dagang dan boleh digunakan secara percuma oleh para usahawan. Kesimpulannya, agenda bumiputera kekal sebagai nadi dan teras KUSKOP dan diperkukuh melalui PuTERA35 dan Dasar Keusahawanan Nasional 2030.
Menerusi pelaksanaan dasar dan program yang lebih bersasar, bersepadu dan serta dipacu oleh invois dan digitalisasi, KUSKOP yakin usaha pemerkasaan ekonomi bumiputera akan terus diperkukuh selaras dengan misi perhebatkan perniagaan Malaysia. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sungai Besar.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ya lah atas kita risau bila mana kementerian yang matlamat utamanya adalah melahir, memperkasa dan menjaga kepentingan usahawan bumiputera.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Jadi— malah, sejak tahun 1995, sejak ditubuhkan, kementerian ini diterajui oleh Menteri-menteri bumiputera. Cuma kali ini dia berbeza, diterajui oleh bukan bumiputera. Pastinya ada sedikit kerisauan di kalangan 647,000 usahawan bumiputera, terutamanya PMKS.
Jadi, jawapan Menteri sepatutnya, digitalisasi bawah DKN2030 bukan sekadar transformasi teknologi tetapi mempercepat penguasaan ekonomi bumiputera dalam sektor masa hadapan. Jadinya, apa jajaran masa hadapan KUSKOP untuk memastikan penguasaan bumiputera ini tidak terganggu dan keterlibatan PMKS bumiputera melebihi 30 peratus? Jadi, apa strategi dan jaminannya? Terima kasih.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar, tak payah risaulah, Yang Berhormat ya. Kita di KUSKOP akan kerja kuat.
Bersandarkan nasihat dan juga kerjasama dengan semua kita punya para pegawai yang sangat komited untuk kita mengangkat martabat usahawan bumiputera melalui KUSKOP ini.
Jadi, soalan Yang Berhormat kemukakan itu agak besar skopnya. Cuma, saya ingin sentuh soal program digitalisasi yang dipertanyakan oleh Yang Berhormat. Ada beberapa agensi yang secara khusus mengadakan program ini, Tuan Yang di-Pertua. Antaranya, INSKEN. Mereka mengadakan banyak program tetapi program yang sangat terkenal adalah program yang mereka sebut sebagai BANGKIT, yang membimbing para usahawan secara one-to-one, mentor-mentee program. Mereka akan bimbing, latih secara dekat kepada para usahawan kita mengenai perkara-perkara yang melibatkan digitalisasi.
Kemudian, apa lagi yang diakukan oleh banyak agensi kita? Antaranya Bank Rakyat, mereka juga turun ke bawah, buat program yang saya sebut tadi sebagai— program apa tadi itu? Program yang dibuat oleh Bank Rakyat. Mereka nak pastikan para usahawan kita ini, mereka tak lagi menggunakan tunai, pasar tunai.
Maksudnya, mereka gunakan— bayar secara QR code. Kita pastikan— lihat pada hari ini, ramai penjaja di tepi jalan, di pasar jual sayur, jual kuih-muih tetapi bayar secara QR code, makcik-makcik kita. Ini maknanya, antara program yang dibuat oleh agensi ya, di bawah Bank Rakyat khususnya, mengajar mereka bagaimana mereka mendalami ilmu digitalisasi dalam perniagaan mereka.
Dan kita di KUSKOP Yang Berhormat, juga seperti SME Corp, ada program yang sama juga. Apa nama— TEKUN juga ada. Dan semua agensi banyak
Datuk Mohamad bin Alamin
mengadakan program-program yang lain. Dan Pernas juga sedang mengemudi satu platform yang dinamakan MyMall. MyMall ini adalah platform di mana para usahawan boleh memasarkan Puan Speaker, produk mereka di alam maya secara digital. Tak perlu jual di kedai, tak perlu jual ke mall tetapi mereka ada MyMall, secara digital kita boleh bantu mereka pasarkan produk mereka secara online.
Sejak ditubuhkan MyMall ini Dato’ Yang di-Pertua, hampir RM30 juta hasil jualan yang terhasil daripada MyMall ini. Ini adalah program digitalisasi yang dibuat oleh KUSKOP. Jadi, banyak lagi yang kita buat. Jadi insya-Allah, berdasarkan pelan pembangunan kita yang saya sebut sebagai PuTERA35, ini adalah kita boleh jangka masa panjanglah, kita memastikan hak bumiputera terus terjamin dalam keusahawan ini. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Batang Sadong.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Terima kasih Puan Speaker.
Tadi saya mendengar Timbalan Menteri memberi jawapan, ada menyebut tentang Institut Keusahawanan Negara ataupun INSKEN. INSKEN merupakan satu agensi penting di dalam memberikan latihan dan bimbingan kepada para usahawan.
Justeru, soalan Batang Sadong ialah apakah peranan INSKEN dalam meningkatkan tahap pembangunan usahawan, terutamanya dalam aspek digitalisasi?
Dan kita semua tahu kerajaan melalui TEKUN. TEKUN Nasional telah menyalurkan dana skim pembiayaan BARAKAT sempena bulan Ramadan dan Syawal untuk para usahawan kita sebanyak 50 juta. Jadi, boleh tak YB Timbalan Menteri kongsikan atau maklumkan kepada dalam Dewan tentang perkembangan program ini? Dan selain itu, kalau boleh nyatakan jumlah serta bilangan usahawan Sarawak yang telah memanfaatkan dana ini. Kalau ada lah. Kalau tidak, boleh bagi jawapan secara bertulis, Timbalan Menteri. Terima kasih.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Seorang Ahli Yang Berhormat yang begitu komited tentang keusahawanan dan juga perkembangan koperasi di negeri Sarawak, tahniah Yang Berhormat.
Memang benar, Institut Keusahawan Negara (INSKEN) ini adalah agensi di bawah KUSKOP yang dipertanggungjawabkan untuk mengadakan program- program latihan dan bimbingan kepada para usahawan kita, termasuk juga mengajar mereka, membimbing mereka tentang ilmu-ilmu pendigitalan, digitalisasi ini. Ada satu program yang saya sebut dalam jawapan asal tadi, program latihan dan bimbingan perseorangan bumiputera dan ringkasnya BANGKIT. Ini di bawah
Datuk Mohamad bin Alamin
INSKEN. Ini adalah program yang dibuat secara perseorangan. Dia one-to-one program, mentor dan juga menti.
Kita nak pastikan mereka ini dapat— apa nama, ilmu ataupun maklumat, pengetahuan dengan secara dekat. Lepas itu, kita juga akan turun ke bawah. Mereka akan turun ke bawah bagi memastikan tentang tahap kemajuan setelah mereka diberikan ilmu-ilmu ini, bagaimana pencapaian mereka. Dan untuk Program BANGKIT ini Puan Yang di-Pertua, kerajaan telah memperuntukkan— INSKEN telah memperuntukkan sebanyak RM8.9 juta untuk mengadakan program one-to-one ini.
Kita juga ingin memastikan melalui INSKEN ini, program-program untuk yang lainnya, modul-modul yang berkaitan dengan digitalisasi, kita akan terus buat dan kita akan memberikan mereka semua beberapa siri kursus, seminar, bengkel yang matlamatnya untuk meningkatkan literasi digital. Dan setelah mereka mengikuti program ini dan untuk maklumat semua, alhamdulillah banyak terbukti kejayaan yang telah mereka capai dan melonjakkan hasil jualan mereka setelah mereka mendapat pengetahuan melalui program digitalisasi, melalui program e-dagang sebagainya. Ini adalah program yang dibuat oleh INSKEN.
Dan banyak lagi agensi yang membuat program-program di Sabah untuk makluman Yang Berhormat Batang Sadong, secara bersepadu merentasi agensi di bawah KUSKOP ini atas matlamat untuk memberikan pengetahuan digitalisasi kepada para usahawan kita.
Yang Berhormat Batang Sadong bertanyakan tentang kemajuan program...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan jawapan.
Datuk Mohamad bin Alamin
Ya, BANGKIT— sorry, bukan BANGKIT, BARAKAT. Minta maaf. Ini soal BARAKAT ini adalah skim pembiayaan untuk Ramadan dan juga Syawal. Alhamdulillah setakat hari ini, 22 Februari— setakat 22 Februari, sebanyak, seramai 2,204 orang usahawan di seluruh negara telah— yang diluluskan permohonan mereka, yang melibatkan RM29.9 juta. Dan insya-Allah, dalam proses 500 orang lagi. Kita akan proses secepat mungkin, yang melibatkan lebih kurang RM5 juta.
Jadi, mudah-mudahan ia nya akan dapat direbut peluang ini oleh para usahawan kita. Untuk Sarawak sahaja, alhamdulillah seramai 178 orang pemohon yang telah berjaya mendapatkan skim pembiayaan ini untuk mereka berniaga sepanjang Ramadan juga Syawal ini. Jadi, itulah maklumat yang saya...
[Tidak jelas] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli, Jempol.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan Jempol nombor 7. Terima kasih.
7. Dato' Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli [Jempol] minta Menteri Kewangan menyatakan langkah kerajaan bagi memastikan pelaksanaan e-Invois Fasa Keempat tidak membebankan PKS dari segi kos pematuhan seperti perisian, integrasi sistem dan latihan kakitangan serta pada masa sama mengelakkan kos tambahan ini dipindahkan kepada pelanggan melalui kenaikan harga barangan dan perkhidmatan
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah menaikkan nilai ambang jualan tahun bagi pengecualian pelaksanaan e-Invois sebanyak dua kali pada tahun 2025 iaitu daripada 150,000 kepada 500,000 pada 5 Jun 2025 dan seterusnya kepada RM1 juta pada 6 Disember 2025 seperti diumum Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Pendekatan berperingkat ini memanfaatkan lebih satu juta pembayar cukai, khususnya penjaja, peniaga kecil dan peniaga gerai tepi jalan dengan mengecualikan mereka daripada keperluan pelaksanaan e-Invois. Sebagai usaha berterusan dalam membantu peniaga melaksanakan e-Invois, kerajaan telah memperkenalkan dua kemudahan iaitu pertama, pemberian tempoh peralihan tambahan selama 12 bulan mulai 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026 bagi Fasa 4 yang membenarkan pembayar cukai mengeluarkan e-Invois disatukan dan tiada penalti atau denda dikenakan sekiranya berlaku ketidakpatuhan sepanjang tempoh tersebut.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
Dan kedua, MyInvois e-POS iaitu sebuah platform digital point of sales atau
(POS). Dengan adanya platform ini, PMKS tidak perlu melabur untuk membangunkan sistem sendiri kerana ia boleh diakses secara percuma, malah telah diperluas kepada peniaga berpendapatan tahunan sehingga RM5 juta bagi tujuan integrasi fungsi utama operasi perniagaan seperti perekodan jualan, pengurusan inventori, pelaporan kewangan dan sokongan kepada pelaksanaan e-Invois. Selain itu, sesi penerangan libat urus dan hand-holding secara percuma terus dilaksanakan oleh pihak LHDN kepada peniaga terutamanya PKS dalam membantu meningkatkan pemahaman dan memudahkan proses pelaksanaan e-Invois. Sehingga kini, LHDN telah melaksanakan lebih 2,500 sesi penerangan dan libat urus
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
kepada peniaga di seluruh negara dan kalau Yang Berhormat ingin uruskan atau rancangkan program penerangan, pihak kami bersedia untuk membantu.
Bagi peniaga yang membuat perbelanjaan untuk mendapatkan khidmat perundingan dalam melaksanakan e-Invois, kerajaan turun menyediakan potongan cukai sehingga RM50,000 setahun ke atas perbelanjaan yuran perundingan mulai tahun taksiran 2024 hingga tahun taksiran 2027. Kerajaan yakin melalui usaha berterusan yang dilaksanakan terutamanya penambahbaikan ke atas dasar pelaksanaan e-Invois, ia dapat membantu peniaga khususnya PMKS dalam menguruskan kos berkaitan dengan pelaksanaan e-Invois dan pada masa yang sama mendapat manfaat daripada proses digitalisasi perniagaan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jempol.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Soalan tambahan, sejak pelaksanaan sistem e-Invois oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri bermula 1 Ogos 2024, sejumlah besar data transaksi yang telah diterima daripada pihak perniagaan. Sehubungan itu, apakah langkah dan inisiatif yang diambil oleh kementerian bagi memastikan tahap pematuhan cukai yang adil dan saksama dalam semua perniagaan khususnya dalam menangani sebarang ketidakpatuhan atau ketirisan hasil? Terima kasih.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Pelaksanaan e-Invois telah bermula pada 1 Ogos 2024 seperti apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Dan, sejak 23 Februari 2026, sebanyak 212,543. Saya ulangi, 212,543 pembayar cukai telah mengemukakan e-Invois dan melibatkan pengeluaran lebih RM1 bilion e-Invois secara keseluruhan sejak 2024. Dan, memang ini telah memberikan keadaan yang lebih sesuai, lebih baik untuk memastikan tidak ada ketidakpatuhan atau ketirisan cukai dan memastikan tiada black market dalam keadaan ini.
Dan, saya ingin tegaskan bahawa e-Invoice ini bukan sahaja untuk memastikan tidak ada black market, tidak ada ketirisan cukai, tetapi ini juga satu proses untuk membantu syarikat-syarikat mendigitalisasikan perniagaan mereka. Ia bukan saja untuk memastikan tak ada ketirisan tetapi juga membantu syarikat- syarikat dalam proses digitalisasi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua. Saya mengambil peranan ini kerana saya melihat Lembaga Hasil Dalam Negeri ini merupakan right arm kepada kerajaan untuk mendapatkan
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
seberapa banyak revenue bagi menguruskan tatakelola terhadap sistem Federal Institution ini.
So, oleh sebab itu, saya melihat kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri di Malaysia ini memberikan tempoh kelonggaran pelaksanaan e-Invois fasa empat sehingga 31 Disember 2026. Adakah kementerian telah menjalankan simulasi impak ekonomi sekiranya PKS yang masih gagal menyesuaikan diri dikenakan kompaun selepas tempoh ini?
Adakah terdapat risiko kenaikan harga mendadak atau price shock pada tahun 2027 apabila peniaga mula memasukkan faktor kos risiko undang-undang atau legal risk cost ke dalam harga jualan mereka?
Apakah proaktif dari pihak kementerian untuk membantu PKS, PKS luar bandar terutamanya yang masih belum bersedia dengan usaha pelaksanaan e- Invois ini agar mereka tidak dipinggirkan oleh syarikat-syarikat besar yang hanya mahu berurusan dengan pembekal patuh e-Invois pada masa akan datang? Sekian, terima kasih.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Yang Berhormat. Pendekatan kerajaan atau pendekatan LHDN ialah untuk memudahkan. Dan, kerajaan telah melonggarkan sehingga RM5 juta kalau syarikat-syarikat yang menguruskan perniagaan dan pendapatan mereka kurang daripada RM5 juta, mereka boleh guna sistem e-POS secara percuma. Dan, ini adalah untuk memastikan syarikat-syarikat ini boleh menyesuaikan diri dalam tahun 2026 dengan digital tool ataupun peralatan digital terutamanya e-POS ini, sistem e-POS ini dan selepas ni mereka boleh mengguna pakai secara selesa.
Kesan negatif yang dikatakan akan berlaku, saya khuatir lah. Saya khuatir kesan negatif yang sangat besar itu akan berlaku kerana saya tinjau banyak tempat dan saya rasa kalau kerajaan boleh memudahkan lebih banyak dan juga memastikan pendigitalan kita boleh dilaksanakan secara luas, kita tidak akan ada suasana di mana ada banyak keadaan e-Invois yang mengakibatkan kenaikan harga. Terima kasih.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Puan Timbalan Yang di-Pertua, Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin, Masjid Tanah.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Puan Yang di-Pertua, boleh tak...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Bila fakta tadi dengan data minta bertulis, jawapan bertulis.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya, jawapan bertulis.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya minta Menteri jawab boleh tak? Sebab itu fakta, data itu penting.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya, jawapan bertulis. Sila.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya rekod ya, okey baik. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masjid Tanah.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Soalan Masjid Tanah nombor lapan, Silakan beri jawapan Menteri yang tampan.
8. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Haji Samsudin [Masjid Tanah] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan perancangan dan hala tuju kerajaan memperluas RPEL sebagai laluan pensijilan kemahiran dan akademik bagi usahawan Bumiputera, pekerja industri tidak formal dan pengusaha mikro berpengalaman serta langkah konkrit memastikan RPEL mudah diakses, kos rendah dan mesra usahawan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. My favourite MP. Salam Ramadan. Saya pendekkan jawapan Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) komited untuk memperluas pelaksanaan pengiktirafan pencapaian terdahulu PPT atau dengan izin, Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL) sebagai laluan pensijilan kemahiran bagi mengiktiraf pengalaman serta kemahiran individu berpengalaman khususnya usahawan bumiputra, pekerja sektor tidak formal dan pengusaha mikro kecil dan sederhana yang tidak memiliki kelayakan formal.
Dari sudut perancangan dan hala tuju kerajaan, pelaksanaan RPEL diperkukuh sebagai laluan pensijilan rasmi di bawah Kerangka Kelayakan Malaysia, Malaysia Qualifications Framework (MQF) yang membolehkan calon yang berkelayakan memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) tanpa perlu mengikuti latihan sepenuh masa. Pelaksanaan RPEL turut memfokuskan kepada sektor-sektor strategik berimpak tinggi dan bernilai tinggi (high-growth, high-value,
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
HGHV) bagi meningkatkan produktiviti, kebolehpasaran dan daya saing usahawan mikro serta bumiputra selaras dengan keperluan industri masa hadapan.
Selain itu, kerajaan juga memperkenalkan laluan micro-credential yang membolehkan calon memohon pengiktirafan bagi unit kompetensi tertentu secara modular. Pendekatan ini memberikan fleksibiliti kepada pengusaha mikro, kecil dan sederhana dan pekerja bekerja sendiri untuk mendapatkan pengiktirafan secara berperingkat mengikut keperluan industri.
Apa yang penting untuk kita jayakan RPEL, pastinya RPEL perlu melakukan tindakan yang mudah diakses dan mesra usahawan. Proses permohonan telah dipermudahkan melalui pendigitalan sepenuhnya menggunakan sistem MySPIKE termasuk kemudahan penilaian kendiri secara dalam talian sebelum pendaftaran dibuat.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Selain JPK, Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) turut melaksanakan program RPEL. Pada tahun 2025, HRD Corp telah meluluskan bantuan kewangan sebanyak RM5 juta yang memberi manfaat kepada 300, minta maaf 3,538 orang peserta khususnya pekerja berkelulusan menengah dan ke bawah bagi mendapatkan pengiktirafan kecekapan berasaskan pengalaman kerja. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masjid Tanah.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan tersebut dan saya mendengar dengan baik. Juga, sebagai lanjutan daripada soalan asal saya berhubung dengan perluasan pengiktirafan pencapaian terdahulu iaitu PPT khusus kepada usahawan bumiputera, pekerja sektor tidak formal dan juga pengurusan mikro. Boleh tak Yang Berhormat Menteri memperincikan sejauh manakah golongan-golongan yang saya sebutkan ini termasuk pekerja gig benar-benar dapat memanfaatkan inisiatif tersebut sepanjang tahun 2025, itu satu.
Yang keduanya, adakah terdapat perancangan pihak kementerian Yang Berhormat untuk memperluaskan lagi jaringan bersama dengan contohnya dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk memastikan mereka yang benar-benar berpengalaman itu dapat Sijil RPEL ini ataupun DPL dan diploma lanjutan dan sebagainya itu sebagai tiket untuk mereka melanjutkan pembelajaran mereka di peringkat yang lebih tinggi dan juga di peringkat akademik di universiti tempatan yang lain.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
Dan ini mungkin Yang Berhormat boleh bagi jawapan bertulis, berapakah jumlah keseluruhan individu yang telah berjaya perolehi, perolehi persijilan ini melalui kaedah PPT ini dan juga dalam bidang apakah permintaan yang paling ketara direkodkan untuk jadi cerminan realiti dan juga keperluan sebenar ekonomi semasa?
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
[Bangun]
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
[Bangun]
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
[Bangun]
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Berdasarkan statistik Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), sehingga 31 Januari 2026, bagi pencapaian tahun 2025, seramai 2,322 orang telah berjaya memperoleh persijilan melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Daripada jumlah 2,322 orang, 76.6 peratus adalah bumiputera bersamaan hampir 1,800 peserta.
Selain itu pula, majoriti adalah pada tahap Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 seramai 1,244 orang diikuti SKM Tahap 2 512 orang, Diploma Kemahiran Malaysia 311 orang dan juga Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia 105 orang.
Statistik ini secara jelas menunjukkan bahawa PPT dimanfaatkan secara signifikan oleh pekerja berpengalaman termasuk usahawan mikro, pekerja sektor tidak formal dan individu dalam ekonomi gig yang memerlukan pengiktirafan kompetensi secara rasmi.
Dari sudut bidang yang diminati seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Masjid Tanah, saya bersyukur kebetulan saya ada rekod di sini. Jadi, soalan yang hujung itu saya bagi jawapan bertulis, yang ini saya bagi sedikit jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan jawapan.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Saya akan ringkaskan jawapan dengan segera. Dalam kod bidang Malaysia Standard Industrial Classification
(MSIC), sektor aktiviti kesihatan dan kerja sosial antara sektor yang paling tinggi iaitu sebanyak 413 orang diikuti pembuatan 267 orang, aktiviti perkhidmatan lain 249 orang berserta pengangkutan dan penyimpanan 220 orang. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Pilah.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bagaimanakah kementerian memastikan RPEL ini disepadukan secara menyeluruh dalam ekosistem TVET sedia ada supaya pensijilan yang diperolehi mempunyai kesetaraan standard dan laluan perkembangan kerjaya yang jelas selaras dengan hala tuju memperluas akses kepada pensijilan kemahiran? Terima kasih.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Terima kasih Yang Berhormat.
Semestinya apa pun tindakan dilakukan oleh program ataupun rancangan yang melibatkan RPEL, sebelum sebarang penilaian ataupun pembentukan program itu dilaksanakan, kita sememangnya mengadakan sesi libat urus dengan pemain- pemain industri, itu pertama.
Kedua juga kita perlu juga memahami pasaran apakah bentuk dan juga jenis yang perlu kita fokuskan supaya RPEL ini tidak lari daripada perkara-perkara yang perlu kita fokuskan. Kedua juga saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat, apakah strategik-strategik ataupun apakah langkah-langkah yang perlu kita ambil supaya RPEL ini diangkat dan juga sentiasa dianggap relevan. Itu sebabnya kita perlu lakukan rentas kementerian seperti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Masjid Tanah tadi untuk kita mencari satu formula, bagaimana satu perkara yang baik itu mampu kita selarikan supaya ia dapat kita angkat selari dengan keadaan semasa. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan seterusnya, Yang Berhormat Serian tidak hadir. Saya jemput Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Tanah Merah.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Perfect 10, soalan nombor 10.
10. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Pertahanan menyatakan pelaksanaan eksesais bilateral dan multi-lateral spesifik melibatkan Malaysia Defence Intelligence Organisation (MDIO) bersama tentera dari negara-negara Five Eyes (Amerika Syarikat, United Kingdom, New Zealand, Canada dan Australia) dalam usaha meningkatkan aspek profesionalisme anggota MDIO.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Bismillahi rahmani rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Salam Ramadan Kareem. Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah atas soalan yang dikemukakan, di mana pelaksanaan eksesais bilateral dan multilateral melibatkan Malaysia Defence Intelligence Organisation (MDIO) dilaksanakan secara terpilih bersama rakan pertahanan
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
strategik, termasuk negara-negara Five Eyes dalam kerangka kerjasama pertahanan sedia ada dan selaras dengan strategik utama dalam Kertas Putih Pertahanan Negara. Pihak MDIO ketika ini hanya menyertai eksesais bilateral dan multi-lateral yang dianjurkan di peringkat markas ATM dengan menghantar peserta berdasarkan perjawatan, eksesais yang dimohon.
Antara eksesais yang telah disertai adalah seperti berikut, Eksesais Cobra Gold bersama dengan Amerika Syarikat, yang kedua Eksesais Bersama Warrior Amerika Syarikat secara bilateral. Cobra Gold tadi secara multi-lateral dan Eksesais BERSAMA LIMA iaitu United Kingdom, Australia, New Zealand, Malaysia dan juga Singapura dan juga Indo-Pacific Intelligence Chiefs Conference Table Top Exercise dan juga, kalau kita lihat penglibatan ATM khususnya MDIO dalam eksesais ini memberikan penekanan kepada perkongsian kepakaran, peningkatan keupayaan analisis perisikan, pematuhan standard profesionalisme serta pendedahan kepada amalan terbaik antarabangsa.
Pendekatan ini bertujuan memperkukuh kompetensi dan juga profesionalisme anggota ATM tanpa menjejaskan kedaulatan, kerahsiaan dan kepentingan keselamatan negara. Itu sahaja jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tanah Merah.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Terima kasih Timbalan MENHAN. Saya sebenarnya rasa kecewalah Timbalan MENHAN apabila pegawai kanan MDIO telah dibawa ke mahkamah kerana terlibat masalah rasuah malah TMJ sendiri lapor masalah salah laku pegawai risik kita kepada SPRM kerana membocorkan maklumat rondaan laut dan udara kepada pihak penyeludup.
Sepatutnya perkara ini tak berlaku. Cuma, kebelakangan ini saya lihat MDIO kita ini lebih cenderung melaksanakan tugas risikan perkara yang tidak begitu penting seolah menjadi ejen kepada panglima tertinggi untuk mencari kesalahan pegawai kanan ATM, bukan menilai situasi ancaman terhadap kedaulatan negara.
Sepatutnya MDIO mencari perisik luar yang ingin menggugat keselamatan dan kedaulatan negara. Soalan tambahan saya, apakah MDIO kini masih lagi melaksanakan tugas mengumpul maklumat dan mengukur sentimen politik rakyat terhadap kerajaan, membuat kerja yang dipanggil seranta untuk kepentingan parti kerajaan yang memerintah? Mohonlah, ini bulan puasa. Jawab direct, ya atau tidak.
Terima kasih.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Soalan bukan main panjang ini dihurai dan terima kasih kepada Yang Berhormat Tanah Merah. Puan Yang di-Pertua, kita tahu bahawa
Tuan Haji Adly bin Zahari
antara ketegasan kita, tanggungjawab kita dalam Kerajaan Malaysia MADANI ini bila kita laksanakan tugas kita terutama yang terkait dengan integriti ini memang kadang-kadang ia merupakan satu cabaran kepada kita. Seolah-olah bila kita bertindak itu kita membuka segala kelemahan-kelemahan kita.
Jadi, kita tidak harus menganggap begitu. Bila kita dalam Kerajaan Malaysia MADANI, bila kita bertindak, itu adalah amanah dan tanggungjawab yang harus kita ambil dalam kerajaan ini. Kita tidak boleh menganggap bila kita bertindak itu, itu sebagai satu kelemahan kepada pihak yang didakwa dan kita harus juga mengambil satu ketetapan. Bila ada pendakwaan, mereka yang didakwa itu diberikan hak di mahkamah itu untuk mereka membuktikan dan mendapatkan keadilan.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Ini harus juga menjadi prinsip kita dan jangan kita mudah merasakan bahawa bila ada tuduhan itu, maka kita membuat hukuman begitu sahaja. Sebab itu bila kita bertindak, sedikit masa Puan Yang di-Pertua kerana Tanah Merah sering memberikan satu persepsi dalam setiap persoalan dia. Jadi, saya juga harus menjawab persepsi-persepsi itu kerana sebahagiannya adalah tidak betul ya dan sebab itu kalau kita lihat, ini adalah satu tanggungjawab asas kepada kita.
Sebab itu di MDIO, sama ada dia terkait dengan integriti, tugas asas kita adalah untuk memastikan keselamatan dan kedaulatan negara kita melalui ruang perisikan ini. Sebab itu dalam soalan asal itu adalah kita memberikan ruang kepada anggota-anggota kita, bukan sahaja meningkatkan kepakaran peribadi mereka tetapi dalam masa yang sama, kita juga melihat kepada aspek teknologi. Teknologi terkini untuk mendapatkan maklumat yang lebih baik dan dalam masa yang sama, kita juga membuat pembentukan nilai kerana kita tahu kalau kita punya teknologi yang terbaik pun, tapi kita tidak punya anggota yang punya nilai yang baik, dia akan memberi kesan yang buruk juga kepada kita.
Sebab itu macam disoalkan tadi, apa sahaja yang terkait dengan keselamatan dan kedaulatan negara kita, terutamanya dalam isu-isu yang melibatkan 3R, memang kita bekerjasama dengan pihak PDRM untuk pastikan bahawa segala maklumat-maklumat ini kita gunakan untuk kestabilan dan keselamatan dan kedaulatan negara kita. Itu sahaja jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Terima kasih Puan Speaker. Terima kasih Menteri atas jawapan yang begitu tuntas. Soalan saya pendek sahaja. Memandangkan Five Eyes ini merupakan sekutu rapat Barat, sejauh
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
manakah kementerian memastikan kerjasama perisikan ini tidak menjejaskan dasar berkecuali Malaysia, terutamanya dalam mengekalkan hubungan baik dengan kuasa besar lain seperti China dan adakah eksesais multilateral ini merangkumi elemen pemindahan teknologi atau akses kepada perisian signal dan analisis big data yang dimiliki oleh negara Five Eyes bagi memperkasakan keupayaan aset MDIO sendiri.
Terima kasih.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih kepada Yang Berhormat Batang Lupar atas persoalan yang dikemukakan. Saya ingin merujuk balik kepada persoalan asal kita, walaupun persoalan asal kita kepada Five Eyes ini tapi kita tahu bahawa kerjasama bilateral dan multilateral kita dengan negara-negara kuasa besar yang lain, termasuk kalau kita lihat dengan China, memang kita sentiasa wujudkan termasuk dengan Russia, for example ya.
Jadi, kita melihat bahawa dalam konteks ini, sebenarnya Malaysia sebagai sebuah negara berkecuali, kita sentiasa bekerjasama, sama ada dalam eksesais secara bilateral ataupun multilateral dan macam kita sebutkan tadi, dalam eksesais kita ini kita memanfaatkannya bukan sahaja dari segi kepakaran anggota kita tapi dari segi penggunaan teknologi juga.
Kerana kita tahu bahawa kita sebagai sebuah negara berkecuali tapi dari segi aset-aset pertahanan kita, kita banyak menggunakan aset-aset daripada negara- negara maju ini. Sudah barang pasti penggunaan teknologi itu harus kita ke depan dan kita harus punya pendedahan kepada anggota-anggota kita dengan teknologi- teknologi semasa, terutamanya dalam aspek-aspek perisikan apa yang terkait dengan MDIO itu sendiri. Itu sahaja jawapan.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Speaker, 36(5), 36(6). Semasa Timbalan menjawab dia membuat satu persepsi. Dia kata Tanah Merah ini memberi, selalu membuat persepsi. Saya bukan buat persepsi. Saya hanya bertanya sebab itu tugas kita check and balance. Jadi, bila dia menggambarkan saya cuba memberi persepsi yang negatif, saya minta beliau menarik balik isu yang persepsi sebab beliau tak menjawab pun soalan saya. Saya kata apakah MDIO ini, tugas MDIO sekarang ini mengumpul, mengukur sentimen politik rakyat terhadap kerajaan, itu tidak dijawab. Terima kasih.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Puan Yang di-Pertua, tak ada apa yang perlu saya tarik balik kerana saya sebut apa yang disebut oleh— Sebab itu kalau Dewan ini sepatutnya digunakan untuk bertanya soalan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Bangun]
Tuan Haji Adly bin Zahari
Jadi, sebelum Tanah Merah bertanya soalan, dia sudah merangka pandangan dia sendiri. Jadi, saya minta supaya bila kita nak tanya soalan, kita tanyalah soalan itu direct sahaja, tapi kalau kita membina satu persepsi, lepas itu kita bertanya soalan, itu bagi saya, saya harus menjawab bagi pihak kerajaan, itu sahaja jawapannya.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Puan Yang di-Pertua, masih lagi Peraturan Dewan 36(6) iaitu “Seseorang Ahli tidak dibenarkan menyebut atau seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa Ahli lain”. Saya melihat tadi, ini bekas Menteri Pertahanan. Dia tak boleh sebut persepsi— eh bekas Timbalan Menteri Pertahanan. Sebelum dia bangkitkan soalan di sini, dia tentu dia buat homework. Jadi, bukan persepsi cuma dia datang sini, bangkitkan soalan untuk menyatakan, adakah benar maklumat yang dia dapat itu, itu sahaja. Ya atau tidak je. Mana boleh dok tuduh kawan ini persepsi. Bekas Timbalan Menteri Pertahanan you, macam you juga apa ini Timbalan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukup.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tak boleh buat macam itu. Jadi, ini sangkaan jahat. Jadi, tarik baliklah yang itu saya minta bulan-bulan puasa ini.
[Pembesar suara ditutup]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan, Timbalan Speaker saya juga bangun di atas peraturan yang sama.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Bulan Ramadan.
[Dewan riuh]
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tapi dia nak pastikan bahawa itu benar atau tidak, dia bangkit dalam Dewan, tanya kepada Kementerian Pertahanan.
Tak boleh sebut persepsi. Persepsi itu adalah [Tidak jelas] [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Bangun]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker.
Merujuk kepada peraturan yang telah dirujuk kepada dua-dua Ahli Parlimen tadi, saya minta Pendang duduk dulu.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Eh, siapa... [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya bangun di atas peraturan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tak, Speaker tak suruh saya duduk lagi.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukuplah.
[Dewan riuh]
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Saya tak dengar cakap Ahli Parlimen macam saya sahaja. Dia bukan*...
[Tidak jelas]*
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya, sila duduk.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya bangkit peraturan. Saya duduk?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya, sila duduk.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker, saya pun tak mahu layan Pendang. Berkenaan dengan peraturan Dewan yang dibangkitkan tadi, soalan ditanya oleh Yang Berhormat Tanah Merah. Jadi, pada fikiran saya, Timbalan Menteri sepatutnya diberi ruang dan peluang untuk memberi penjelasan yang sepenuhnya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Jelutong. Saya sudah dengar penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan saya rasa saya terima penjelasan, itu sahaja.
[Tepuk] Beres di sini, sila duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jadi, maksudnya penjelasan Timbalan Menteri diterima.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Diterima, ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Okey, baik terima kasih Timbalan Speaker. Kita terima penjelasan Timbalan Menteri. Saya bangun untuk membela Timbalan Menteri untuk balun sebelah sana.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih, Puan Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan Usul Menteri di Jabatan Perdana Menteri seperti di Nombor 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini. Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 25 Februari 2026.” Terima kasih.
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya iaitu usul seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri itu tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Puan Yang di-Pertua, “MENYEDARI bahawa dalam sistem akauntabiliti negara, Institusi Ketua Audit Negara merupakan agensi penyeliaan yang berperanan untuk mengesahkan semua aktiviti dan kewangan yang telah diluluskan oleh Parlimen dilaksanakan oleh cabang badan eksekutif dengan penuh akauntabiliti. Ketua Audit Negara hendaklah menentukan sama ada pada pendapatnya wang telah digunakan untuk maksud yang diperuntukkan atau dibenarkan dan aktiviti yang
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
berhubungan dengannya, dijalankan atau diuruskan dengan cara yang cekap, dengan memberi perhatian sewajarnya terhadap pengelakan pembaziran atau keborosan seperti termaktub dalam Akta Audit 1957 [Akta 62].
MENYEDARI Ketua Audit Negara dalam menjalankan mandat dan tanggungjawabnya, memerlukan perhatian yang serius daripada pihak berkaitan supaya isu yang dibangkitkan diberi perhatian sewajarnya manakala syor-syor utama yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dilaksanakan dengan berkesan.
MENYEDARI bahawa LKAN telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin, 23 Februari 2026 iaitu LKAN 1/2026 (Kertas Perintah 1 Tahun 2026) Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2024 dan LKAN 1/2026 LKAN 1/2026 (Kertas Perintah 2 Tahun 2026) mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan/Badan-badan Berkanun Persekutuan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan.
MEMAHAMI bahawa LKAN membangkitkan isu-isu berkaitan penjagaan wang awam atau simpanan awam yang memerlukan tindakan berkesan daripada kementerian, jabatan dan agensi yang diaudit.
MEMPERAKUI bahawa kerajaan memandang serius isu yang dibangkitkan dalam LKAN, dan YAB Perdana Menteri sendiri sudah mengarahkan agar Menteri terlibat meneliti isu dibangkitkan. Segala isu yang melibatkan ketirisan, ketidakpatuhan kepada peraturan, tidak mematuhi syarat dan kelemahan dalam perancangan perlu diteliti dan diambil tindakan pembetulan. Semua teguran seharusnya menjadi pengajaran supaya tidak berulang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
BAHAWA dalam Ketua Audit Negara melaksanakan mandatnya, Dewan yang mulia ini menyeru agar semua pihak bersatu hati dan menyokong kerajaan agar dapatan audit dan syor yang terkandung dalam laporan tersebut dapat diambil tindakan yang serius oleh pihak terlibat untuk mengatasi kelemahan yang ditemui daripada terus berlaku.” Puan Yang di-Pertua, usul yang di hadapan ini oleh kerajaan bukan sekadar sesuatu formaliti membincangkan Laporan Ketua Audit Negara tetapi melambangkan komitmen kerajaan terhadap prinsip keterbukaan, akauntabiliti dan tadbir urus berintegriti yang menjadi tunjang dasar Kerajaan MADANI.
Mandat pengauditan Ketua Audit Negara jelas dinyatakan dalam Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 yang mengehendaki Ketua Audit Negara mengaudit penyata kewangan, pengurusan kewangan serta aktiviti kementerian, jabatan, agensi kerajaan. Laporan mengenai pengauditan yang dijalankan hendaklah disediakan dan dikemukakan laporan mengenainya kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan supaya laporan ini dibentangkan di dalam Dewan Rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Peranan Jabatan Audit Negara bukan sahaja dari segi audit kewangan tetapi audit dari segi pematuhan kepada peraturan dan prinsip bagi mengelak daripada kecurangan sama ada dalam bentuk rasuah, ketirisan atau kecuaian. Perkara ini telah ditegaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang turut menyatakan Jabatan Audit Negara adalah teras dalam menjamin integriti, ketelusan dan keyakinan terhadap institusi negara.
Kerajaan yakin bahawa pembentangan Laporan Audit Negara tanpa perbahasan yang telus dan terbuka adalah tidak mencukupi kerana tadbir urus yang baik hanya akan terhasil apabila semua pihak dapat berbahas, memberi pandangan dan melakukan pengawasan secara kolektif. Perbahasan ini bukan tanda kelemahan tetapi bukti bahawa kerajaan tidak mempunyai apa-apa yang disorokkan kerana kita percaya bahawa ketelusan memperkukuh keyakinan awam, bukan sebaliknya.
Keterbukaan untuk berdebat adalah manifestasi prinsip asas kerangka akauntabiliti MADANI di mana semak dan imbang dipraktikkan dan bukan sekadar slogan.
Sejak LKAN mula dibentangkan di Dewan Rakyat, ia telah dibahaskan sebanyak tujuh kali termasuk laporan ini. Ini menunjukkan komitmen Dewan untuk tidak hanya mendengar laporan tapi benar-benar memahami, mempersoalkan dan menilai setiap dapatan yang dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara selari dengan tanggungjawab semak dan imbang yang diamanahkan kepada Parlimen.
Tindakan susulan audit yang dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara telah meninggalkan impak kewangan yang sangat signifikan. Sehingga 31 Disember 2025, kerajaan telah berjaya mengutip hasil dan mendapat bayaran balik berjumlah RM316.68 juta, antaranya melalui tuntutan penalti, sewa tertunggak, kutipan liquidated ascertained damages, dengan izin, tunggakan pajakan tanah, kutipan duti dan cukai.
Tindakan susulan dan reformasi terhadap isu yang dilaporkan dalam LKAN ini juga selaras dengan arahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada semua menteri-menteri untuk meneliti dan mengambil tindakan terhadap teguran yang dibangkitkan dalam LKAN. Beliau menekankan bahawa LKAN perlu terus dibahaskan di Parlimen agar semua pihak memberi perhatian serius terhadap isu- isu yang dibangkitkan. Ini juga sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan entiti awam.
Puan Yang di-Pertua, dalam konteks tadbir urus dan integriti, Malaysia telah mencatat peningkatan dalam Indeks Persepsi Rasuah, Corruption Perception Index
(CPI) 2025, dengan izin, di mana negara kita berada di kedudukan ke-54 daripada
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
182 negara dengan menaiki tiga anak tangga berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menempatkan Malaysia dalam kelompok negara yang menunjukkan momentum pembaharuan positif. Peningkatan ini bukanlah sesuatu kebetulan tetapi hasil daripada langkah reformasi struktur yang dilaksanakan secara berkonsisten oleh Kerajaan MADANI dalam memperkukuh akauntabiliti fiskal dan tadbir urus awam.
Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan skor CPI ini termasuklah pengenalan Akta Kewangan dan Tanggungjawab Fiskal 2023 yang memperkukuh disiplin fiskal serta meningkatkan ketelusan dalam pengurusan kewangan negara; pindaan kepada Akta Audit 1957 yang memperluas bidang kuasa Ketua Audit Negara termasuk terhadap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) sekali gus menutup ruang kelompongan pengawasan; pelaksanaan ketelusan beneficial ownership melalui pindaan kepada Akta Syarikat 2016 yang memastikan pemilik manfaat sebenar entiti korporat dikenal pasti dengan jelas bagi mengelakkan penyalahgunaan struktur syarikat; penggubalan Akta Perolehan Kerajaan 2025; serta pindaan kepada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 pada tahun 2025 yang bertujuan memperkukuh integriti dalam perolehan awam serta melindungi individu yang tampil mendedahkan salah laku.
Dan tidak kurang pentingnya, perbahasan yang berterusan dan terbuka terhadap Laporan Ketua Audit Negara ini di dalam Dewan yang mulia ini yang mencerminkan budaya pengawasan demokratik dan komitmen terhadap semak dan imbang secara institutional, dengan izin.
Puan Yang di-Pertua, kesemua langkah-langkah ini membuktikan bahawa peningkatan CPI bukan sekadar perubahan persepsi tetapi cerminan terhadap reformasi sistematik yang sedang berjalan. Ia menunjukkan bahawa pendekatan keterbukaan, ketelusan dan keberanian untuk membenarkan penelitian awam termasuk melalui perbahasan LKAN memberikan hasil yang nyata.
Puan Yang di-Pertua, namun begitu, akauntabiliti bukanlah tanggungjawab kerajaan sahaja. Kejayaan membina sistem tadbir urus yang berintegriti adalah hasil gabungan usaha pelbagai pihak. Rakyat Malaysia yang bersedia bertanya, menyoal dan menegur. Media yang memainkan peranan sebagai pemerhati, pendedah dan pemantau. Pertubuhan masyarakat sivil, pakar dan pihak akademik yang mempertajamkan perbincangan tadbir urus.
Keberanian rakyat untuk mengangkat isu, kecekapan media dalam menyiarkan temuan dan peranan aktif masyarakat secara keseluruhan dalam
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
mengawasi penggunaan dana awam adalah sebahagian daripada bukti bahawa akauntabiliti bukan monopoli kerajaan tetapi hak dan tanggungjawab bersama rakyat secara kolektif. Untuk itu, pihak kerajaan merakamkan penghargaan kepada semua pihak-pihak yang memainkan peranan besar ini dalam memperkukuh sistem akauntabiliti negara.
Puan Yang di-Pertua, Laporan Ketua Audit Negara telah dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini pada Isnin, 23 Februari 2026, LKAN 1/2026 mengenai Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2024 dan mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan/Badan-badan berkanun Persekutuan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan.
LKAN kali ini mengandungi dua naskah yang mana naskah pertama melaporkan hasil pengauditan, pengesahan penyata kewangan agensi Persekutuan, analisis penyata kewangan dan fokus utama audit. Manakala naskah kedua mengandungi hasil pengauditan prestasi terhadap dua program aktiviti kementerian/jabatan/agensi, satu pengauditan pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan dan satu analisis pengauditan syarikat Kerajaan Persekutuan melalui sistem e-SelfAudit.
Akhir kata, Puan Yang di-Pertua, dirakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan seluruh anggota Jemaah Menteri atas perhatian mereka dalam mengambil serius semua dapatan dan syor yang dibangkitkan dalam LKAN 1/2026 serta mengarahkan tindakan pembetulan dan penambahbaikan proses pentadbiran. Arahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa semua Menteri perlu meneliti isu berulangan dan terus memperbaiki proses kerajaan mencerminkan semangat dan akauntabiliti MADANI, memastikan sumber dan dana awam digunakan secara efisien, bertanggungjawab dan selari dengan matlamat kesejahteraan rakyat.
Oleh itu, Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Saya mohon mencadangkan.
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Menyokong. Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini ialah Usul Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini terbuka untuk dibahas.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Senarai pembahas adalah seperti berikut. Seramai 35 orang pembahas. YB Kota Melaka, YB Pendang, YB Jelebu, YB Arau, YB Batu Pahat, YB Temerloh, YB Jelutong, YB Kulim-Bandar Baharu, YB Pasir Gudang, YB Jerlun, YB Beaufort, YB Kuala Krai, YB Tanjong Karang, YB Shah Alam, YB Merbok, YB Parit, YB Rasah, YB Kuala Terengganu, YB Padang Terap, YB Tenggara, YB Pasir Salak, YB Permatang Pauh, YB Bentong, YB Maran, YB Hulu Selangor, YB Betong, YB Rantau Panjang, YB Sik, YB Bakri, YB Tangga Batu, YB Mersing, YB Batang Sadong, YB Pengkalan Chepa, YB Besut dan YB Kalabakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Setiap pembahas dibagi lima minit sahaja, saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Timbalan Speaker.
Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina, [Berucap dalam Bahasa Mandarin] dan juga kepada rakan-rakan beragama Islam, selamat berpuasa.
Timbalan Speaker, seperti yang kita maklum, fungsi jawatan Audit Negara ialah untuk memastikan pengurusan kewangan dan juga pentadbiran sektor awam berjalan secara hemah, telus dan juga mengikut undang-undang. Dan kita lihat Jabatan Audit, mereka akan mengaudit akaun kerajaan, mereka juga akan memastikan dana awam dibelanjakan mengikut undang-undang dan juga peraturan dan juga mereka akan memastikan supaya dana awam ini belanja secara cekap, berkesan dan juga menjimatkan.
Jabatan Audit kita juga tahu mereka akan cuba mengesan kelemahan dan juga ketirisan yang berlaku untuk mengenal pasti pembaziran, untuk memastikan supaya kecekapan dicapai. Dan mereka juga akan mengesyorkan tentang penambahbaikan supaya pembaziran salah urus dan juga ketidakpatuhan dapat diatasi.
Begitulah juga Jabatan Audit mereka akan sediakan Laporan Ketua Audit Negara dan akan dibentangkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan juga dibentangkan di Parlimen dan di bawah Kerajaan MADANI sekarang, kita bahaskan laporan audit tersebut. Jadi, mereka memainkan peranan semak dan imbang untuk melindungi kepentingan awam dalam pengurusan kewangan negara kita.
Jadi kita lihat, ya Ketua Audit laporan pada kali ini di mana Ketua Audit Negara telah memberitahu kepada kita bahawa kali ini mereka telah dedahkan 273
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
isu baru dan Jabatan Audit, mereka juga akan memantau dan ambil tindakan susulan audit yang berterusan untuk memastikan kelemahan tersebut dapat diperbaiki.
Contohnya, projek MyDigital ID di bawah MIMOS Berhad, di mana Jabatan Audit mereka dapat mengesan bahawa di mana sebanyak RM28.13 juta telah dibelanjakan tanpa kelulusan jawatankuasa yang ditetapkan. Ini adalah contoh dan seperti yang disebut oleh Menteri tadi, di mana kerajaan hari ini kita berpegang kepada prinsip integriti, akauntabiliti.
Jadi kita nak meyakinkan kepada semua termasuk penjawat awam supaya apabila mereka melaksanakan kerja mereka mengikut undang-undang, ikut peraturan dan juga ada pihak berkuasa yang akan mengambil tindakan terhadap mereka yang salah laku. Tetapi dalam bab ini, kita perlu memberi keyakinan kepada semua pihak bahawa memang kerajaan hari ini memang serius tentang integriti, tentang antirasuah.
Akan tetapi apabila kita lihat kepada laporan Bloomberg, dua laporan yang berkaitan dengan SPRM kita, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Laporan pertama mengatakan bahawa Ketua Pesuruhjaya, SPRM memiliki saham yang lebih daripada yang dibenarkan. Laporan kedua mengatakan ada mafia korporat yang bersekongkol dengan unit siasatan atau lebih dikenali sebagai seksyen D dalam SPRM.
Jadi, Timbalan Speaker, Bloomberg ini adalah satu media antarabangsa. Dia bukannya media di tepi jalan. Bukannya cakap-cakap di kedai kopi. Ini adalah satu media antarabangsa yang telah membongkarkan, mendedahkan yang berkaitan dengan SPRM. Tadi ada mengatakan bahawa indeks CPI, indeks persepsi rasuah negara kita telah meningkat tiga anak tangga, 54. Berada di tangga ke-54.
Saya risau tahun depan dia akan jatuh kerana dua laporan ini yang kita lihat hari ini, ya kita cuma kata kita akan tubuhkan satu pasukan petugas khas untuk menyiasat tentang pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM. Akan tetapi tentang mafia korporat tersebut sampai hari ini masih tidak ada apa-apa lagi...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Tindakan daripada kerajaan. Jadi, saya menyeru, saya ingin mencadangkan supaya kita perlu menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja (RCI) untuk kita menyiasat laporan kedua-dua laporan ini.
Suruhanjaya Siasatan Diraja ini perlu diadakan untuk kita membersihkan nama SPRM.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Dan bagi saya, ini bukan kali pertama Ketua Pesuruhjaya SPRM melakukan kesalahan. Pada tahun 2022...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya, saya ringkaskan. Pada tahun 2022, Ketua Pesuruhjaya SPRM pada ketika itu juga memiliki saham lebih daripada yang dibenarkan. Ini merupakan kali kedua dibongkarkan. Jadi saya minta supaya kerajaan mengambil tindakan yang tegas, Azam Baki perlu letak jawatan.
[Tepuk] He have to go dengan izin. Either he have to go or we have to go. He go or we go. Itu adalah pesanan saya. Kerana sekiranya kita membenarkan beliau terus memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM, pilihan raya akan datang. pengundi akan hukum kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Saya harap masa bahas saya tamat tapi jangan tempoh kita jadi kerajaan tamat selepas pilihan raya akan datang. Itu saja daripada saya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka, saya jemput Yang Berhormat Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Puan Pertua. Buat pertama kali saya menyokong Kota Melaka untuk menubuhkan RCI, whether you go or we go. You go or we go. Saya sokong. Okey baik.
Saya nak membahaskan berkenaan dengan Lembaga Laporan Ketua Audit Negara ini. Sebagai opposition yang bertanggungjawab, peranan kami bukan sekadar mengkritik tetapi memastikan pentadbiran negara sentiasa berlandaskan akauntabiliti, ketelusan dan integriti pengurusan kewangan awam. Yang inilah yang disebut oleh Kota Melaka tadi. Jadi, alhamdulillah. Jadi, laporan audit ini mempunyai instrumen penting dalam memastikan wang rakyat diurus secara amanah dan berhemat.
Puan Yang Di-Pertua, audit bukan sekadar a procedure technical ataupun mekanisme yang membolehkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. Namun, dapatan audit menunjukkan masih terdapat ruang penambahbaikan dalam pengurusan kewangan awam termasuk kelewatan penyerahan penyata kewangan.
Hari ini baru kita bincang, sepatutnya dah awal lagi. Subsidi— subsidiari mencatatkan kerugian pinjaman baharu agensi dalam jumlah besar serta isu
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
ketidakpatuhan tatakelola. Jadi, ini yang perlu kita bangkitkan dan kita tegur lagi kelemahan-kelemahan yang ada walaupun Lembaga Audit Negara ini telah buat yang terbaik tapi masih ada lagi kelemahan.
Saya nak mencadangkan supaya agar semua GLC dan entiti yang menerima dana atau jaminan kerajaan diwajibkan memperakui audit oleh Jabatan Audit Negara. Laporan audit tentang GLC juga wajar dibentangkan kepada PAC dan ringkasan awam disediakan bagi meningkatkan ketelusan. Jika wang rakyat digunakan, rakyat berhak mengetahui bagaimana ia diurus.
Laporan audit hanya bermakna jika tindakan susulan dilaksanakan, setiap teguran audit perlu disertakan pelan tindakan pembetulan dan kemajuan pelaksanaannya dilaporkan kepada Parlimen. Bila habis siap audit, dia ada exit clause yang mana di situlah cadangan-cadangan daripada audit atau daripada kita untuk pembetulan penambahbaikan. Izinkan saya nak menyentuh pelaksanaan MyDigital ID.
Puan Yang di-Pertua, satu projek yang melibatkan keselamatan identiti rakyat, kedaulatan data negara dan keselamatan siber. Setiap keputusan berkaitan projek ini mesti dilaksanakan dengan ketelusan dan integriti yang tertinggi, khususnya pelaksanaan projek MyDigital ID. Khususnya dapatan yang dibangkitkan oleh Jabatan Audit Negara, projek MyDigital ID bukan sekadar projek ICT biasa, ia menyentuh aspek keselamatan identiti rakyat, kedaulatan dan data negara.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Antara yang dibangkitkan dalam dapatan Audit ialah perbelanjaan oleh MIMOS yang melibatkan pembayaran gaji pekerja syarikat tujuan khas atau SPV, vehicle company. Dalam MyDigital ID Sendirian Berhad. Perkara ini menimbulkan persoalan penting dari sudut pematuhan dan tata kelola kewangan.
Setahu saya— setahu Pendang, berdasarkan Buku Anggaran Belanjawan Mengurus Kerajaan Persekutuan Bagi Tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026, tiada peruntukan belanja mengurus diberikan kepada syarikat MyDigital ID Sendirian Berhad. Justeru itu, saya ingin mendapatkan penjelasan. Yang pertama, bagaimana syarikat tersebut membiayai pembayaran gaji pekerja, pentadbiran, kos pengurusan harian dan perbelanjaan operasi?
Kedua, pembayaran tersebut dibuat melalui dana projek pembangunan yang disalurkan kepada MIMOS atau Projek MyDigital ID.
Ketiga, sekiranya benar data pembangunan digunakan, adakah kerajaan— penggunaan tersebut mematuhi peraturan kewangan, tatakelola kerajaan—
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kementerian Kewangan? Saya ingin menyentuh isu pembatalan sistem Certificate of Authority (CA) kerajaan. Laporan Audit turut menyentuh pembelian cage keselamatan bagi sistem Certificate of Authority yang merupakan komponen kritikal dan infrastruktur digital ID kerana setiap identiti digital memerlukan pengesahan sijil dan keselamatan.
Berdasarkan maklumat saya, terdapat cadangan awal supaya MIMOS mewujudkan sistem Certificate of Authority kerajaan, mempunyai pengalaman membangunkan sistem CA ini. Cadangan tersebut dikatakan bertujuan menjimatkan kos pelaksanaan. Namun, cadangan itu kemudiannya dibatalkan. SPV MyDigital ID tidak lagi bernama MIMOS dalam aspek tersebut dan fungsi CA kemudiannya melibatkan pembekal swasta. Inilah yang perlu Audit masuk, semak balik wang amanah negara ini, yang mana diberi kepada kerajaan untuk menguruskan oleh rakyat.
Okey, saya nak menyentuh satu lagi. Saya ada banyak sebenarnya tapi masa tak ini, last sekali. Saya nak minta berkenaan dengan supaya Audit masuk untuk buat semakan atau buat auditing pengambil alihan IJM oleh Sunway. Di mana saya habaq, terhadap IJM ditangguhkan supaya pengambil alihan ini ditangguhkan kerana siasatan dan semakan terhadap IJM ini perlu dilakukan oleh Audit Negara. Oleh sebab itu, ini adalah kerana kekuatan negara dan juga bukan boleh diukur pada saiz bajetnya.
Sunway ambil alih IJM, di mana syarikat awam dalam itu termasuk LHDM, Khazanah, KWSP, Amanah Saham Nasional, Urus Harta Jemaah. Pada 17 Januari 2026, Persatuan Perdagangan dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) mendakwa telah menolak dengan tegas dan terbuka, tidak berkompromi pengambilalihan dan pertukaran saham antara Sunway dengan IJM Corporation Berhad yang jelas merugikan negara, merendahkan nilai sebenar IJM serta mengancam kedudukan ekuiti bumiputera dan dana awam yang diamanahkan kepada institusi pelaburan hak milik rakyat ini.
Jadi, saya harap dalam apa yang saya bangkitkan berkenaan dengan ini adalah semua perkara penting terhadap satu, berkenaan dengan MIMOS. Yang kedua, berkenaan dengan pengambil alihan saham oleh Sunway terhadap IJM ini, yang mana melibatkan RM11 bilion pertukaran ini berlaku. RM1 bilion saja melibatkan cash, yang lainnya saya difahamkan, hanya melibatkan aset dan ekuiti yang ada kepada IJM. Jadi, saya minta penjelasan daripada pihak yang berkenaan
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
untuk menjawab apa yang saya bangkitkan hari ini. Sekian, terima kasih Puan di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya jemput Yang Berhormat Jelebu.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Lama betul Pendang ambil masa.
Puan Yang di-Pertua, terima kasih banyak. Saya tak nak sebut banyak perkara. Saya nak sebut hal yang berkaitan dengan menjadi kepentingan rakyat. Seperti yang disebut oleh Kota Melaka dan Pendang, saya nak memberi penekanan secara lebih spesifik berkaitan dengan MyDigital ID Sendirian Berhad.
Saya nak baca kronologi, Dato' Speaker. Pada 21 Julai, MIMOS Berhad telah dilantik sebagai agensi pelaksana bagi projek pembangunan MyDigital di bawah KDN dan JPN. Kemudian pada 15 Januari, MIMOS menubuhkan MyDigital Sendirian Berhad iaitu SPV, special purpose vehicle bagi melaksanakan Projek MyDigital setelah menerima arahan daripada KDN dan JPN.
Pada 20 Februari, Datuk Speaker ya, MIMOS telah memindahkan penyaluran pertama RM80 juta, yang mana kepada MyDigital Sendirian Berhad. Pada awal penubuhan MyDigital ini, banyak pihak telah terlibat secara langsung iaitu MIMOS, KDN, JPM, MKN dan juga special purpose vehicle iaitu SPV itu sendirilah. Tetapi dalam Laporan Ketua Audit Negara, dinyatakan bahawa pengauditan dilaksanakan di MIMOS, NACSA, MKN, JPM dan juga KDN dan Kementerian MOSTI.
Persoalan yang saya nak tanya di Dewan hari ini ialah kenapa Jabatan Audit Negara menjalankan audit berkenaan dengan Projek MyDigital ID ke atas MIMOS dan tidak ke atas syarikat tujuan khas ataupun SPV MyDigital ID tersebut? Pertama.
Yang keduanya ialah, saya ingin timbulkan berapa sebenarnya peruntukan yang diberi dan diluluskan untuk pelaksanaan MyDigital ini? Pertama, saya dah sebut RM80 juta dan daripada RM80 juta, iaitu RM28.13 telah dibelanjakan tidak mengikut keputusan Jawatankuasa PEMANDU dan tatakelola. Maknanya, telah dipertikaikan oleh Ketua Audit Negara.
Saya dapat maklum yang mengatakan bahawa kerajaan bakal ataupun telah memperuntukkan RM460 juta kepada— bagi tujuan keseluruhan projek ini. Adakah ini perkara - satu jumlah perkara yang benar atau tidak? Saya minta penjelasan daripada pihak kerajaan kerana jumlah yang diperuntukkan, kalau betul RM460 juta ini, ia nya adalah merupakan jumlah yang besar dan perlu dijelaskan kepada rakyat.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Selain itu Dato' Yang di-Pertua, perkara yang dibangkitkan oleh Jabatan Audit Negara ialah perbelanjaan peruntukan MIMOS untuk bayar gaji seperti Pendang sebut. Betul daripada anggaran, daripada research ataupun berdasarkan kepada buku Anggaran Belanjawan Mengurus Kerajaan sejak 2023, 2024, 2025 dan 2026 tidak ada peruntukan belanja mengurus kepada syarikat MyDigital Sendirian Berhad untuk membayar gaji atau pun perbelanjaan mengurus.
Soalan saya, bagaimana syarikat MyDigital Sendirian Berhad ini membayar gaji dan juga lain-lain kos pengurusan syarikat daripada awal penubuhan sampai ke hari ini? Dalam laporan ini juga menyatakan bahawa peruntukan pembangunan projek tidak boleh dibayar atau digunakan untuk pembayaran gaji dan juga lain-lain kos. Dan saya mohon penjelasan daripada pihak kerajaan berkenaan perkara yang berkenaan perkara yang berkenaan.
Satu lagi Dato' Yang di-Pertua, seperti yang disebut juga iaitu Certificate of Authority yang mana setiap digital ID, dia keluar dan memerlukan CA ataupun Certificate of Authority. Maklumat yang telah pun diperolehi, Yang Amat Berhormat Tambun sendiri, mahukan MIMOS mewujudkan Certificate of Authority ini kerana kerajaan telah pun membangunkan oleh MIMOS dahulu dan dapat menjimatkan pelaksanaan MyDigital ID. Itu adalah merupakan matlamat yang pertama, yang dimaksudkan oleh pihak kerajaan.
Walaupun bagaimanapun, keputusan itu telah dibatalkan, seperti yang kita semua sedia maklum tetapi demi menjaga kepentingan syarikat swasta supaya menjadi pembekal kepada Certificate of Authority ini. Soalannya ialah kenapa ini berlaku? Mohon penjelasan sekiranya pembatalan kewujudan sistem Certificate of Authority ini dilakukan kerana konflik kepentingan pihak tertentu yang telah mengambil alih Projek MyDigital ID daripada MIMOS.
Akhir sekali Dato' Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan.
Apa sebenarnya sasaran dan hala tuju MyDigital ID ini? Adakah kerajaan mensasarkan sampai satu masa nanti, rakyat Malaysia hanya akan berpaksikan kepada satu sistem sahaja dan aplikasi? Ketika ini, rakyat disajikan dengan pelbagai sistem seperti MySejahtera, MySPR, MyJPJ, eCOSS dan itu belum lagi ditambah dengan sistem-sistem lain seperti pemberian bantuan dan subsidi, yakni Budi MADANI, SARA, PADU, Sumbangan Tunai Rahmah dan sebagainya.
Adakah MyDigital ID ini mampu dan sememangnya disasarkan untuk menggantikan semua sistem sedia ada yang ada pada hari ini? Mohon kerajaan jelaskan, setakat hari ini, berapa juta rakyat Malaysia yang telah daftar dalam sistem
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
MyDigital ID ini? Dan adakah jumlah pendaftaran ini menepati sasaran dan mengikut timeline yang ditetapkan oleh pihak kerajaan? Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Saya jemput Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Allah berfirman dalam Surah al- Anfal, ayat 27 yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul serta janganlah kamu mengkhianati amanah yang dipercayakan kepada mu, sedangkan kamu mengetahui” Yang Berhormat, Laporan Audit berhubung dengan Universiti Kebangsaan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kita sedia maklum, RM50.74 dikutip oleh koperasi tanpa kuasa yang sah, RM50 juta yuran pelajar yang dikutip oleh koperasi, RM21.2 juta lewat diserahkan kepada UKM, RM32.36 juta daripada RM60.77 juta hasil yuran pelajar tidak direkodkan sebagai pendapatan universiti, RM5.94 juta komisen kepada ejen yang tidak layak. Jadi, di sini kita dapati laporan audit menyebutkan di sini bahawa tidak ada penyelewengan. Yang ada ialah ketidakaturan pengurusan wang.
Jadi, kita minta yang pertama sekali bayar balik. Yang keduanya, kita kena siasat dengan Kementerian Pendidikan Tinggi kerana saya dapati terdapat juga beberapa universiti yang mengutip yuran ini untuk koperasi, atas nama koperasi tetapi wang itu kemudiannya dibayar balik kepada universiti. Kenapa ini berlaku?
Jadi, dia bukan daripada universiti sahaja. Saya percaya pihak kementerian perlu ambil tanggungjawab kerana perkara ini telah berlalu begitu lama. Kita bukan nak suruh hukum. Kita nak minta perbetulkan aturan dan bayar balik di mana yang selayaknya.
Kemudian yang kedua, yang oleh kerana tadi sahabat saya telah pun bercakap melanggar 36(1) iaitu tidak mengikut apa laporan audit. Dia cakap pasal SPRM, saya juga nak cakap berhubung dengan audit tetapi bukan bawah teguran audit iaitu berhubung dengan kartel sebab Menteri kartel ada di sini. Kartel di sini ialah bukan melibatkan orang tengah tapi dia melibatkan orang dalaman.
Contohnya, penjualan tempurung kelapa sawit daripada kilang-kilang FELDA. Dia bukan melibatkan orang tengah saja. Sudah pasti, orang-orang dalam juga terlibat. Dengan itu, kita minta supaya audit melihat perkara ini supaya kartel ini
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
kita mansuhkan sepenuhnya daripada mana-mana tempat yang boleh merugikan kita. Kartel menentukan harga tetapi ...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker.
Arau, cuba tanya, adakah Arau mengatakan Menteri kartel ada di sini tadi? We heard.
Datoʼ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ada sebut tadi? Saya nak tanya kepada Timbalan Speaker, Yang Berhormat Arau merujuk kepada siapa sebagai Menteri kartel? Saya dengar adakah itu benar dan Arau mengesahkan ada mengeluarkan kenyataan itu. Jadi saya nak tanya, kepada siapa Yang Berhormat Arau menunjukkan kenyataan Menteri kartel?
Datoʼ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, audit, menyiasat, apa itu, kilang-kilang FELDA. Itu saya maksudkan, FELDA supaya perkataan kartel yang disebut menguasai penjualan tempurung kelapa sawit sebagai pakai contoh ya, supaya tidak berlaku. Sebab sekarang ini kita lihat pasaran tinggi, permintaan tinggi kepada tempurung ini ialah daripada Jepun yang menawarkan harga yang tinggi.
Tetapi harga yang tinggi tak dapat― pihak kilang tak dapat kerana telah dikuasai oleh kartel. Saya minta supaya audit melihat perkara ini untuk...
[Tidak jelas]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker, bolehkah saya minta Yang Berhormat Arau untuk tarik balik kenyataan tersebut kerana...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Arau.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya tak menggunakan peraturan Dewan.
Datoʼ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, tadi apa ni, bercakap pasal SPRM. SPRM pun tak masuk dalam audit. Awat kamu tak bangun? Cukup, cukup, cukup. Rugikan masa. Jangan cari publisiti murahan dengan mengambil masa orang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker, saya rasa perkataan itu tidak teratur. Sebagai backbencher, saya minta dia tarik balik.
Datoʼ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, saya minta supaya kerajaan menyiasat perkara ini dan kalau boleh buat audit.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Arau. Tadi Yang Berhormat Arau sebut Menteri kartel di sini. Siapa yang dirujukkan?
Datoʼ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Oh, Menteri kartel. Oh, sorry, sorry. Menteri yang menjawab pasal kartel tadi ada sini. Jadi, Menteri kartel ni Timbalan Menteri lah ya. Dia tak marah pun. Marahkah saya kata Menteri yang menjaga, yang memahami tentang pengurusan kartel?
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Tarik baliklah, Arau.
Datoʼ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tak marah?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Arau tarik balik dan...
Datoʼ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Oh, tarik balik. Tarik balik Menteri kartel? Pasal apa? Apa salah Menteri kartel Yang Berhormat?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker, Speaker telah beri peringatan. Bulan puasa. Janganlah kita buat tuduhan. Saya pun telah tarik balik kenyataan tersebut. Jadi, saya minta supaya Arau bertaubatlah.
Datoʼ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia menyebut perkataan “kartel”.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bulan puasa, tarik balik kenyataan itu.
Datoʼ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Baiklah, tapi niat saya baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, tarik balik sajalah.
Datoʼ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tapi saya menyebut bukan kata dekat dia, saya menyebut menguruskan kartel.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya, sila membetulkan ayat. Membetulkan ayat.
Datoʼ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Perkataan “kartel” kena tarik balik? Kelmarin tarik perkataan “zalim”, hari ni tarik perkataan “kartel”. Baiklah tapi niat saya bagus supaya dia faham tentang konsep kartel tadi. Dia itu Menteri yang menguruskan hal kartel. Bagus, apa. Kalau saya tak tarik dah, lagi seronok orang panggil Menteri kartel.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker, beliau mengulangi kenyataan menguruskan kartel. Itʼs the same thing, Tuan Speaker.
Datoʼ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, baiklah. Okey, tarik balik.
Kemudian yang akhir sekali ialah saya menyetujukan cadangan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Fokuslah kepada isu yang dibahaskan. Kenapa nak isu mengulangi perkataan menguruskan kartel. Itu adalah tuduhan. Tolonglah Arau. Bahas secara teraturlah.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Datoʼ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya dah tarik balik. Eh, jangan jadi penyangak.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apa eh, eh? Apa penyangak?
[Pembesar suara dimatikan]
Datoʼ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Cop apa ini manusia? Kacau orang, cari publisiti murah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Datoʼ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Hari-hari, hari-hari kacau orang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya minta Arau tarik balik perkataan tersebut, Speaker. Its too much! Arau sudah berlebihan.
Datoʼ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia *too much!
[Pembesar suara dimatikan]*
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat. Sila duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Apa lagi?
Cukuplahlah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
: Speaker, saya minta maaf Speaker. Saya bangun sebab you cannot allow this to go on, Speaker. Melalut daripada tadi. Menteri kartel, menguruskan kartel. Kita nak dengar dia bahas macam ni?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ini tak ikut aturan ini.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, cukuplah. Masa Arau pun sudah tamat. Saya jemput Yang Berhormat― saya minta Yang Berhormat Arau untuk menggulung.
Datoʼ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya akan gulung. Okey, saya gulung. Saya ucap terima kasih kepada Menteri. Kalau saya tersalah tadi saya minta maaf tapi memang niat saya ikhlas sebab saya tanya soalan pagi tadi berhubung dengan kartel. Yang orang ni tak hadir, dia tak tahu mana-mana. Itu sebab lebih hubungan kepada soalan pagi tadi, ya. Jadi, kartel di sini saya minta...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya hadir dari pagi tadilah.
Datoʼ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya, kita — Cukuplah! Saya dah tarik balik. Menyibuklah. Apa kamu menyibuk? Apa masalah?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat. Cukuplah. Saya jemput Yang Berhormat Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua. Batu Pahat ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Ketua Audit Negara dan seluruh pasukan Jabatan Audit Negara atas laporan yang cukup komprehensif, telus dan berintegriti. Laporan ini bukan sekadar dokumen kewangan tetapi cerminan tahap akauntabiliti dan ketelusan pengurusan kewangan negara.
Datuk Yang di-Pertua, pada tahun 2024 sebanyak 100 daripada 143 agensi Persekutuan telah menerima geran daripada kerajaan dengan nilai sejumlah RM30.490 bilion. Daripada jumlah tersebut, RM16.609 bilion adalah geran untuk mengurus, manakala RM13.881 bilion adalah geran untuk pembangunan. Dan apa yang menarik perhatian Batu Pahat ialah lima agensi sahaja menerima RM12.339 bilion iaitu hampir 40 peratus daripada keseluruhan geran. Ini menunjukkan satu jumlah yang besar dan signifikan kepada agensi-agensi utama.
Datuk Yang di-Pertua, kalau kita gabungkan, MARA menerima RM4.011 bilion, UiTM RM3.114 bilion, PTPTN menerima RM2.058 bilion, jumlahnya melebihi RM9 bilion. Ini jelas menunjukkan bahawa sektor pendidikan dan pembiayaan pendidikan menyerap bahagian terbesar daripada geran kerajaan. Batu Pahat ingin mohon penjelasan dan pencerahan. Apakah indikator prestasi utama (KPI) yang digunakan untuk mengukur pulangan sosial dan ekonomi daripada pelaburan yang sangat besar ini? Dan adakah terdapat analisis keberkesanan jangka panjang terhadap kebolehpasaran graduan daripada pelaburan besar ini?
Datuk Yang di-Pertua, bagi MARA, sebanyak 80 peratus daripada geran pembangunan adalah untuk program pinjaman pelajaran. Bagi PTPTN pula, geran
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
pembiayaan RM2.058 bilion adalah untuk menampung kos dana dan dasar pelupusan serta diskaun pinjaman. Persoalannya, adakah model pembayaran sedia ada ini mampan dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang? Dan sejauh mana kadar bayaran balik dapat mengurangkan kebergantungan kepada geran tahunan?
Batu Pahat juga ingin memohon pencerahan daripada kerajaan tentang strategi jangka panjang bagi memastikan dana pendidikan ini ke arah lebih lestari.
Datuk Yang di-Pertua, geran mengurus berjumlah sebanyak RM16.60 bilion adalah lebih tinggi daripada geran pembangunan. Ini memberi gambaran bahawa kos operasi semakin membesar. Batu Pahat ingin mendapatkan penjelasan apakah langkah rasionalisasi kos operasi yang sedang dilaksanakan dan apakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan model pembayaran berasaskan prestasi
(performance-based funding).
Datuk Yang di-Pertua, manakala SWCorp menerima RM5.167 bilion manakala Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menerima RM1.486 bilion.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Bagi LPP ini, RM1.059 bilion diperuntukkan untuk skim inisiatif padi. Bagi saya yang bertanya adakah subsidi ini benar-benar meningkatkan hasil pengeluaran dan tahap sara diri beras negara. Bagi SWCorp pula, berapa peratus geran disalurkan kepada konsesi dan adakah penilaian value for money dengan izin, telah dilaksanakan secara berkala?
Datuk Yang di-Pertua, Batu Pahat ingin mencadangkan keberkesanan audit hendaklah berasaskan impak sosial dan ekonomi, bukan sekadar pematuhan kewangan dan juga mencadangkan penerbitan laporan impak tahunan perlu dilaksanakan bagi setiap agensi yang menerima geran melebihi RM1 bilion.
Datuk Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian daripada Dewan yang mulia ini terdapat dapatan serius dalam laporan Ketua Audit Negara iaitu prestasi syarikat subsidi dari agensi persekutuan. Menurut laporan tersebut, 24 daripada 40 syarikat subsidi di bawah agensi persekutuan ini telah merekodkan kerugian 3 tahun berturut-turut dari tahun 2022 hingga 2024 dengan jumlah kerugian pada tahun 2024 telah mencecah hampir kepada RM466 juta.
Daripada jumlah itu, 10 syarikat yang beroperasi dalam negara, manakala 14 lagi beroperasi di luar negara. Lebih membimbangkan Dato’ Yang di-Pertua, terdapat sembilan syarikat subsidiari yang masih membayar dividen berjumlah RM936 juta walaupun telah merekodkan kerugian.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Batu Pahat ingin memohon penjelasan kepada pihak kerajaan dan kementerian, apakah punca utama kerugian berterusan selama tiga tahun ini?
Mengapa syarikat yang telah rugi masih membayar dividen? Setakat 31 Disember 2024, sejumlah RM15.322 bilion pinjaman dan jumlah terhutang diberikan oleh subsidiari. Apakah risiko dan keboleh bayaran dan adakah kerajaan telah membuat pelan tekanan kewangan?
Datuk Yang di-Pertua, kita tidak boleh menang ringan bahawa subsidi ini berada di bawah entiti yang sangat penting seperti KWSP, FELDA, KWAP, LTS dan LTAT. Institusi ini yang menguruskan amanah rakyat. pesara, peneroka, pendeposit dan anggota tentera. Sekiranya kerugian berterusan tanpa pelan pemulihan yang jelas, ia sangat berisiko. Iaitu, menghakiskan nilai pelaburan jangka panjang, menjejaskan keyakinan pencarum dan pendeposit.
Walaupun 105 agensi persekutuan mencatat lebihan semasa iaitu RM87.213 bilion, kita tidak boleh menutup mata terhadap 38 agensi yang mencatat kerugian berjumlah RM1.248 bilion.
Oleh itu Datuk Yang di-Pertua, wang dalam agensi-agensi ini bukan kegunaan korporat semata-mata. Ia adalah amanah rakyat, wang pencarum, wang pesara, wang pendeposit haji, wang anggota tentera.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Oleh itu, saya berharap kerajaan akan mengambil pendekatan lebih berhati-hati, melakukan penilaian menyeluruh terhadap subsidi dari yang bermasalah dan memastikan setiap ringgit dana awam diuruskan dengan penuh berintegriti. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Ahli-ahli Yang Berhormat mesyuarat ditangguhkan sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang nanti.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum, Yang Berhormat-Yang Berhormat. Kita balik kepada urusan Majlis. Sambung balik perbahasan. Kita cuba sebaik mungkin
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
selesaikan pada waktu― kerana petang ini kita ada majlis berbuka puasa di Parlimen.
Dengan ini, saya persilakan Yang Berhormat Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Temerloh ingin turut serta membahas Laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan satu pola yang membimbangkan. Pola kelemahan tadbir urus, ketidakpatuhan kewangan dan kekurangan ketelusan dalam pengurusan dana awam. Temerloh akan menyentuh tiga perkara utama iaitu projek MyDigital ID, kegagalan penyerahan penyata kewangan oleh KESEDAR dan kelewatan proses audit MPOB.
Projek MyDigital ID adalah projek strategik negara yang menyentuh identiti digital setiap rakyat Malaysia. Projek MyDigital ID merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia untuk mewujudkan sistem identiti digital nasional yang membolehkan pengesahan identiti secara dalam talian bagi urusan perkhidmatan kerajaan dan swasta. Projek ini diselia oleh Kementerian Digital dan dilaksanakan oleh MyDigital ID Sdn. Bhd. sebagai entiti operasi.
Namun, fokus besar yang menjadi perhatian ialah penubuhan syarikat tujuan khas SPV bagi menguruskan pelaksanaan projek ini. Mengapa projek strategik negara tidak dikendalikan terus oleh jabatan kerajaan sedia ada? Adakah penubuhan SPV membuka ruang kepada pengurangan pengawasan Parlimen?
Bagaimana mekanisme audit dalaman dan luaran terhadap SPV dijalankan?
Tuan Yang di-Pertua, kebimbangan yang utama juga adalah SPV yang berstatus syarikat mungkin tertakluk kepada Akta Syarikat tetapi tidak sepenuhnya kepada ketelusan kewangan sektor awam seperti agensi kerajaan. SPV sering digunakan dalam projek infrastruktur untuk mengurus pembiayaan di luar belanjawan kerajaan. Persoalan yang kritikal adalah adakah komitmen kewangan SPV dijamin kerajaan? Jika projek gagal, siapakah yang menanggung liabiliti? Adakah ia berpotensi menjadi liabiliti tersembunyi kepada negara?
Pada asalnya, projek ini dikaitkan dengan kepakaran MIMOS Sdn. Bhd..
Persoalan besar yang timbul adalah mengapa perlu wujud SPV sedangkan MIMOS sudah mempunyai kepakaran teknologi. Adakah rasional memindahkan pelaksanaan kepada entiti berstatus sendirian berhad? Adakah keputusan itu melalui
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
analisa kos faedah yang telus? Persoalan juga perlu dibangkitkan, siapakah pemegang saham sebenar SPV? Adakah wujud pegangan swasta dalam sistem identiti digital nasional? Jika ya, apakah implikasi terhadap kedaulatan data negara?
Identiti digital melibatkan data peribadi rakyat. Maka, sebarang penglibatan pihak swasta perlu dinilai secara ketat dari sudut keselamatan dan konflik kepentingan.
Tuan Yang di-Pertua, kita juga dimaklumkan mengenai peruntukan RM460 juta. Dewan ini berhak mengetahui apakah pecahan kos sebenar. Adakah tender dibuat secara terbuka? Adakah RM460 juta termasuk kos operasi jangka panjang?
Lebih penting lagi, bagaimana MyDigital ID Sdn. Bhd. membayar gaji kakitangan dan menampung kos operasi? Adakah ia bergantung sepenuhnya kepada suntikan dana kerajaan? Jika ya, berapakah kos operasi tahunan?
Adakah terdapat jaminan kerajaan terhadap sebarang liabiliti syarikat? Jika syarikat ini rugi dan gagal mencapai sasaran, siapa yang akan menanggung beban?
Identiti digital bukan projek komersial biasa. Ia menyentuh keselamatan, kedaulatan data negara. Maka, tahap ketelusan mesti lebih tinggi, bukannya yang begitu rendah.
Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua melibatkan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) yang gagal mengemukakan penyata kewangan kepada Jabatan Audit Negara. Ini satu pelanggaran serius prinsip akauntabiliti.
Dewan inginkan penjelasan, sudah berapa lama kelewatan ini berlaku? Mengapa kementerian penyelia tidak bertindak lebih awal?
Adakah pegawai yang bertanggungjawab dikenakan tindakan? Jika penyata kewangan pun tidak dapat diserahkan, bagaimana kita mahu yakin tiada ketirisan berlaku dan tiada penyalahgunaan kuasa? Kelewatan sebegini tidak boleh dianggap perkara biasa dan sewajarnya tidak berulang pada masa hadapan.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya isu melibatkan Malaysia Palm Oil Board
(MPOB) adalah agensi penting yang mengurus industri sawit negara, penyumbang utama ekonomi kita. Namun, laporan menyatakan proses pengauditan masih belum selesai. Mengapa ini berlaku? Adakah dokumen ini lengkap? Adakah dokumen itu tidak lengkap?
Adakah terdapat penemuan audit yang serius? Adakah wujud kelewatan daripada pihak pengurusan? Kelewatan audit terhadap agensi strategik seperti MPOB boleh menjejaskan keyakinan industri dan pelabur. Audit bukan formaliti.
Audit adalah mekanisme semak dan imbang bagi memastikan integriti kewangan negara terpelihara.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, apabila kita melihat ketiga-tiga isu ini secara bersama, kita melihat satu pola. Pertama, projek strategik dilaksanakan melalui SPV dengan persoalan bagaimana ketelusan sebenarnya. Bagaimana badan berkanun gagal menyerahkan penyata kewangan. Dan yang ketiga, agensi utama negara lewat menyelesaikan audit. Ini bukan satu isu terpencil. Ini adalah isu sistematik tuntutan bagi kami pihak Temerloh.
Sebagai pembangkang yang bertanggungjawab, saya menuntut supaya penjelasan terperinci mengenai RM460 juta projek MyDigital ID, pendedahan struktur, pemilikan dan sumber pembiayaan MyDigital ID Sdn. Bhd., garis masa jelas penyelesaian penyata kewangan KESEDAR, tarikh muktamad penyelesaian audit MPOB dan, yang terakhir, tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai yang cuai atau gagal mematuhi undang-undang kewangan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Dipersilakan Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Timbalan Speaker di atas peluang yang diberikan. Saya ingin menyentuh beberapa perkara.
Pertamanya, saya ingin tanya sama ada Jabatan Audit Negara telah memulakan audit terhadap Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang kerana saya difahamkan bahawa satu audit telah dimulakan ke atas Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang. Apakah makluman terkini?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Keduanya, saya ingin menyentuh berkenaan dengan SUHAKAM, di mana dalam Laporan Ketua Audit Negara telah dinyatakan seperti berikut.
“Baki tunai dan baki berjumlah 750,000 atau 0.75 juta setakat 31 Disember 2024 tidak dapat disahkan...”. Dalam muka surat 17.
Saya ingin beralih juga kepada dua, tiga perkara. Kita lihat bahawa Tuan Yang di-Pertua, Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis juga telah disiasat oleh Lembaga Audit Negara. Cuma persoalan saya adalah, kalau kita ada Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis untuk menyelia tugasan polis, bagaimana pula dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia?
Baru-baru ini kita dengar pelbagai perkara yang telah diberi tumpuan, liputan, bukan saja surat khabar dan media massa tempatan tetapi juga oleh surat khabar dan media massa di luar negara, iaitu termasuklah Bloomberg. Di mana kita dengar bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah pun dicop sebagai
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
corporate mafia. Saya tertanya-tanya, sama ada adakah keperluan untuk negara kita juga mewujudkan sebuah suruhanjaya untuk memantau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia?
Kalau kita ada sebuah Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis, kenapa kita tidak menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk memantau kerja-kerja dan tugasan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia? Saya membangkitkan perkara ini Speaker, kerana baru-baru ini ada laporan yang menyatakan seperti berikut, dengan izin Yang di-Pertua. Tajuknya, “MACC colluded with business persons to strong arm rivals – Bloomberg”. Dan saya memuji pendekatan yang diambil oleh Setiausaha Agung Parti DAP yang juga merangkap Menteri Pengangkutan yang akan menuntut satu RCI diadakan untuk menyiasat tohmahan-tohmahan dan tuduhan-tuduhan ini terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana ia sedikit sebanyak memberikan kesan buruk kepada kerajaan yang ada sekarang.
Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, saya lihat— saya baca juga, audit juga telah dibuat terhadap perbadanan iaitu Perbadanan Menteri Besar Incorporated, Perbadanan Menteri Besar. Dan saya ingin menyentuh di sini berkenaan dengan satu perbadanan iaitu Perbadanan Menteri Besar Kedah. Di mana terdapat laporan polis yang telah saya terima melibatkan 150 ekar tanah. Saya ingin perbetulkan, saya tidak membuat sebarang tuduhan.
Soalan saya adalah, adakah terdapat apa-apa skandal dalam perkara ini?
Kerana saya difahamkan, tanah ini yang terletak di Bandar Aman Jaya, Daerah Kuala Muda Kedah. 150 ekar tanah telah pun diserahkan kepada sebuah syarikat persendirian oleh Menteri Besar Incorporated Kedah. Di mana syarikat tersebut, sebuah syarikat pendirian, telah pun menerima tanah tersebut.
Tanah ini adalah melibatkan tanah seluas 150 ekar tanah di bandar— mukim Bandar Aman Jaya, Daerah Kuala Muda, Kedah. Dan ini adalah tanah yang telah diserahkan kepada Menteri Besar Incorporated Kedah, Perbadanan Kemajuan— Perbadanan Menteri Besar Kedah. Tetapi sekarang terdapat tuduhan atau tohmahan bahawa tanah ini telah diserahkan kepada sebuah syarikat persendirian dengan hanya menerima RM2 juta. Di mana tanah itu difahamkan bernilai lebih kurang 40 hingga 50 juta. Kenapa perkara ini tidak disiasat? Ini adalah soalan saya.
Jadi, saya tanya sebab kita tahu Yang di-Pertua, baru-baru ini ada ramai juga, termasuk Menteri Besar Kedah yang sering kali menuntut Pulau Pinang. Tetapi kalau tanah di Kedah sendiri, 150 ekar telah digadai, diberi kepada syarikat persendirian,
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
tak boleh dijaga. Macam mana pula mereka nak tuntut Pulau Pinang? Jadi, ini adalah di antara perkara-perkara yang ingin disoal oleh saya. Saya mohon penjelasan.
Skandal tanah melibatkan Menteri Besar Kedah ini adalah skandal yang besar. Dan ia patut dan wajib disiasat oleh Audit Negara untuk kita bongkarkan perkara dan apa yang sebenarnya berlaku kepada 150 ekar tanah ini di Bandar Aman Jaya, Kuala Muda, Kedah. Sekian, terima kasih Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih Dato’ Speaker. Saya dapat berita baru daripada Rayer ni, kena check juga. Baik. Apa-apa pun, Bismillahirrahmanirrahim, terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua atas ruang bagi membahaskan Laporan Ketua Audit Negara 1/2026.
Laporan ini, hemat saya bukan sekadar dokumen teknikal kewangan tetapi laporan moral tentang bagaimana kita menguruskan amanah rakyat. Dalam kita berbicara tentang Malaysia MADANI, tentang tatakelola yang baik, tentang integriti dan reformasi institusi. Laporan ini adalah cerminan, sejauh manakah komitmen itu diterjemahkan dalam tindakan sebenar.
Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Jabatan Audit Negara yang kini mencecah 120 tahun penubuhannya. Peranan audit bebas adalah benteng terakhir kepada ketirisan dan salah guna kuasa. Tanpa audit yang tegas dan profesional, Parlimen tidak mempunyai asas kukuh untuk melaksanakan fungsi semak dan imbang.
Dato’ Speaker, kita juga perlu berlaku adil. Laporan ini menunjukkan kemajuan. Sebanyak 94.4 peratus isu audit terdahulu telah diambil tindakan. Lebih penting, sejumlah RM316.68 juta berjaya dipulihkan. Ini satu pencapaian yang signifikan. Perlaksanaan Auditorial General Dashboard (AGD) juga harus dipuji kerana membantu mempercepatkan penyelarasan tindakan pembetulan. Ini menunjukkan apabila ada sistem pemantauan yang jelas dan telus, hasilnya dapat dilihat.
Namun begitu Dato’ Speaker, di sebalik angka pemulihan itu, terdapat isu-isu mendasar yang perlu diberi perhatian serius. Pertamanya, berkaitan dengan program R&D& C&I berjumlah RM7.1 bilion. Matlamatnya adalah untuk melonjakkan inovasi negara. Tetapi Laporan Audit menunjukkan kelewatan projek, kelemahan pemantauan dan yang lebih membimbangkan, kita kehilangan 19 prototaip dalam
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Projek I-BRID serta kegagalan mendaftarkan harta intelek atas nama kerajaan. Ini bukan satu isu kecil dalam ekonomi berasaskan pengetahuan, harta intelek adalah aset strategi negara.
Jika ia tidak dilindungi, kita bukan sahaja berisiko kehilangan pelaburan kewangan, malah kehilangan kelebihan daya saing. Persoalannya, di manakah kawalan dalaman? Mengapakah pengurusan aset dan IP tidak dijadikan keutamaan sejak awal?
Kedua, Projek MyDigital ID. Sebanyak 28.13 juta dibelanjakan tanpa kelulusan sewajarnya. Kita sedang membina infrastruktur identiti digital negara, satu sistem yang akan menjadi tulang belakang pada transaksi kerajaan dan ekonomi digital. Tetapi bagaimana kita boleh meyakinkan rakyat tentang keselamatan dan integriti sistem ini jika prosedur perolehan dan kelulusan pun tidak dipatuhi. Transaksi digital tidak boleh berjalan dengan budaya laksana dahulu, lulus kemudian. Ini bukan reformasi, itu adalah risiko.
Tuan Speaker, isu seterusnya menyentuh tadbir urus syarikat milik kerajaan dan badan berkanun. 60.6 tidak memenuhi mandat sepenuhnya, 141 berdepan risiko going concern, 116 syarikat tidak aktif tetapi masih menanggung kos audit berjumlah 0.55 juta, kadar pembayaran dividen pula hanya 15.4 peratus. Ini menunjukkan terdapat masalah struktur dalam pemantauan prestasi dan akauntabiliti lembaga pengarah.
Syarikat milik kerajaan ditubuhkan untuk tujuan strategik menjana pulangan, melaksana mandat sosial dan memperkukuhkan ekonomi. Jika ia tidak berfungsi dengan cekap, beban akhirnya kembali kepada kerajaan dan pembayaran cukai.
Dalam kes pembangunan seperti Lot 61 Bangsar di bawah PHB, berlaku kelebihan kos sehingga RM159 juta akibat kelemahan perancangan. Bagi projek yang membawa inspirasi pemerkasaan bumiputera, kegagalan perancangan sebegini ini bukan sahaja isu kewangan tapi juga isu kredibiliti dasar.
Dato’ Speaker, laporan ini memberi mesej jelas masalah utama bukan kekurangan dasar tetapi kelemahan pelaksanaan dan pengawasannya. Oleh itu, saya ingin mengemukakan beberapa cadangan konstruktif. Yang pertama, kerajaan perlu mempertimbangkan penggunaan sistem pemantauan digital masa nyata berasas teknologi AI untuk tujuan berisiko tinggi. Semua perbelanjaan dan kemajuan projek perlu disepadukan dengan AGD supaya amaran awal dapat dikesan sebelum masalah menjadi besar.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Kedua, latihan tadbir urus setahun wajib bagi ahli lembaga pengarah GLC dan pengurusan tertinggi, khususnya dalam pengurusan risiko, perolehan dan projek digital. Tanggungjawab lembaga bukan sahaja simbolik, ia mestilah bersifat substantif.
Ketiga, penubuhan mekanisme semak berlaku melalui Jawatankuasa Pilihan Parlimen bagi projek strategik bernilai tinggi supaya pemantauan berlaku secara berterusan, bukan hanya setiap kerugian berlaku.
Keempat, memperkukuhkan pelindungan pemberi maklumat dan saluran aduan dalaman yang selamat. Banyak kegagalan tadbir urus boleh dikesan lebih awal jika kakitangan berani bersuara tanpa takut.
Akhir sekali, saya mencadangkan agar kerajaan membentangkan pelan tindakan susulan terhadap dapatan audit ini dalam tempoh tiga bulan lengkap dengan garis masa pelaksanaan dan indikator prestasi yang jelas.
Dato’ Speaker, audit bukan tujuan memalukan mana-mana pihak. Audit adalah alat pembetulan. Sebagai Ahli Parlimen, tanggungjawab kita bukan sekadar membaca angka, tetapi memastikan angka itu diterjemahkan kepada tindakan pembaharuan. Setiap Ringgit yang dibazirkan adalah peluang yang hilang akan— untuk rakyat.
Setiap kelewatan projek adalah kos kepada masa depan negara. Jika kita serius mahu membina negara yang berintegriti dan berdaya tahan, maka dapatan audit ini mestilah dijadikan titik tolak kepada reformasi yang lebih tegas dan bersistematik. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Dato’ Speaker. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebanyak 13 buah syarikat milik kerajaan tidak bayar dividen kepada kerajaan pusat walaupun mereka membuat keuntungan. Demikian didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan di Parlimen semalam, 23 hari bulan Februari dan dibahaskan hari ini.
Yang sedihnya, 13 buah syarikat itu berada di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, MOF (Incorporated). Namun demikian, saya mengucapkan syabas kepada Kerajaan Persekutuan yang berani membentangkan Laporan Ketua Audit Negara ini sebagai menghormati peranan semak dan imbang Parlimen.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Dato’ Speaker, saya cadangkan kepada kerajaan supaya membuat peraturan undang-undang memaksa syarikat-syarikat kerajaan supaya membayar dividen kepada kerajaan jika mereka untung kerana Laporan Ketua Audit Negara menyatakan tidak ada peraturan undang-undang sedemikian. Jadi, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Pada tahun 2023—2022, hanya 15 buah syarikat kerajaan yang bayar secara langsung kepada Kerajaan Persekutuan.
Jumlah syarikat ini banyak, ada 100 lebih, tapi yang bayar 15 buah syarikat sahaja.
Dalam Laporan Ketua Audit Negara itu Dato’ Speaker, jumlah dividen terbesar kepada kerajaan datangnya daripada PETRONAS, berjumlah RM50 bilion pada tahun 2022 dan RM40 bilion pada tahun 2023. PETRONAS ini adalah sebuah syarikat milik kerajaan yang betul-betul sangat patriotik dan cinta negara dan rakyat.
Bagi saya, PETRONAS seperti angsa bertelur emas. Setiap tahun ia menyumbang kepada hasil Kerajaan Persekutuan. Oleh demikian, saya berharap PETRONAS perlulah diselamatkan.
Isu kedua Dato’ Speaker, mengenai cadangan pengambilan syarikat IJM Corporation oleh Sunway Berhad. Walaupun cadangan takeover IJM ini isu urusan korporat dengan korporat, tetapi ia mempunyai kesan besar terhadap berjuta rakyat negara Malaysia ini. 43.8 peratus saham IJM Corporation secara kolektif dipegang oleh syarikat-syarikat pelaburan milik kerajaan, GLIC.
Contohnya, EPF pegang 20.4 peratus. EPF ini adalah tabung pencen, persaraan 15 juta rakyat Malaysia. Begitu juga Kumpulan Wang Amanah Pencen ada 9.63 peratus, Kumpulan Wang Amanah Pencen untuk pesara penjawat- penjawat awam. Jadi, saya berharap Laporan Ketua Audit Negara tahun-tahun akan datang memantau dan mengaudit syarikat-syarikat GLIC seperti EPF, KWAP, PNB dan lain-lain.
Akhir sekali Dato’ Speaker, mengenai SPRM sebagai agensi, Ketua Pesuruhjaya SPRM, saya rasa kerajaan dengarlah tuntutan rakyat, termasuk Ahli Parlimen, bentuklah RCI, Suruhanjaya Siasatan negara. Kalau boleh, lantiklah Ketua Hakim Negara yang dah pencen yang berintegriti seperti Tun Tengku Maimun mengetuai suruhanjaya ini.
Siasatlah laporan-laporan Bloomberg ini mengenai mafia korporat dan juga isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya. Walaupun dah ada jawatankuasa sementara ini, khas ini, tetapi tidak memadai. Skopnya sangat kecil, jadi RCI diperlukan. Dan saya cadangkan ini kepada kerajaan yang berkuasa sekarang.
Kalau tak dengar cadangan ini, saya tak tahulah.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Dan akhir sekali Tuan Speaker, adalah berkaitan dengan SPRM ini. Yang perlu disiasat dalam hal ini ialah Ketua Pesuruhjaya SPRM sebab ada kes, ada evidence, ada documentary itu. Bukannya YB Pandan, bukan, ini salah.
[Tepuk] Ini intimidation, ini ugutan. Tak boleh macam gitu. Kalau dah jumpa di safe house YB Pandan ada jongkong-jongkong emas, ada ribu-ribu ketul, duit banyak-banyak, ada beg mahal, ada cincin permata, loket itu lainlah. Tak ada, hanya satu, dua report itu terus cepat bertindak. Jadi, bukan kerana dia sahabat saya atau kawan atau tidak, tetapi biarlah keadilan ini betul-betul nampak. Jangan SPRM dijadikan alat.
[Tepuk] Terima kasih Tuan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Jerlun.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua. Jerlun juga turut serta membahaskan Laporan Ketua Audit Negara 1/2026 berhubung penyata kewangan agensi Persekutuan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, khususnya berkaitan kutipan hasil yuran pelajar dan perbelanjaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Laporan Ketua Audit Negara bukan sekadar dokumen teknikal kewangan, ia adalah cerminan tahap akauntabiliti, integriti dan kecekapan pengurusan dana awam. Dalam konteks UKM sebagai universiti awam yang menerima peruntukan kerajaan, setiap sen yang dikutip dan dibelanjakan adalah amanah rakyat.
Meneliti laporan ini, saya ingin mengupas empat isu penting. Pertama, kelemahan kawalan dalaman kutipan yuran. Penemuan audit mendapati kutipan yuran pelajar oleh koperasi tanpa kuasa berjumlah RM50.74 juta dan perjanjian kerjasama antara Koperasi B-5-1788 yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan UKM tidak mendapat kelulusan daripada Menteri Kewangan Malaysia.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Sekiranya laporan audit menunjukkan kelemahan dalam proses kutipan, penyelarasan dan pelaporan yuran pelajar, ini adalah satu perkara yang sangat serius yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan. Kelemahan kawalan dalaman boleh membuka ruang kepada pertama, ketirisan hasil. Kedua, kelewatan merekodkan kutipan yuran. Ketiga, perbezaan antara rekod sistem pelajar dan rekod kewangan.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Persoalannya, adakah mekanisme semakan silang dan pemantauan tunggakan dilaksanakan secara konsisten dan berkesan? Jika kelemahan ini berulang, ia menunjukkan tindakan pembetulan sebelum ini tidak memadai dan perlu diberi buat penambahbaikan.
Isu yang kedua, tunggakan yuran pelajar. Penemuan audit juga menyentuh tentang yuran pelajar tidak di rekod sebagai hasil UKM berjumlah RM32.36 juta daripada keseluruhan hasil yuran pelajar berjumlah RM60.77 juta. Daripada RM50.74 juta yuran pelajar yang dikutip oleh koperasi, agihan RM21.02 juta lewat diserah kepada UKM dan yuran pelajar berjumlah RM5.32 juta masih belum diserahkan kepada UKM antara satu hingga tiga tahun.
Tunggakan yuran yang tinggi ini memberi implikasi besar kepada aliran tunai universiti. Ia boleh menjejaskan pertama, keupayaan membayar komitmen operasi.
Kedua, penyelenggaraan kemudahan. Ketiga, penyediaan perkhidmatan kepada pelajar. Namun, dalam masa yang sama, kita juga perlu melihat faktor kebajikan pelajar. Adakah universiti menyediakan pelan bayaran secara fleksibel? Adakah sistem peringatan dan tindakan susulan dibuat secara sistematik dan adil?
Kita harus faham bahawa rata-rata Pelajar Sarjana Pendidikan (SPEND) dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) masih belum mempunyai pekerjaan lagi bahkan sebahagian daripada mereka datang daripada keluarga B40 dan M40 antara miskin dan miskin tegar. Oleh itu, dalam mengutip yuran pendekatan haruslah seimbang antara ketegasan kewangan dan keprihatinan sosial terhadap kelompok keluarga pelajar berkenaan.
Isu yang ketiga, perbelanjaan tidak optimum dan ketidakpatuhan prosedur.
Laporan audit lazimnya menegur perkara seperti berikut. Pertama, perbelanjaan melebihi peruntukan. Kedua, dokumen sokongan tidak lengkap. Ketiga, bayaran dibuat tanpa kelulusan sewajarnya. Jika perkara ini berlaku, ia menunjukkan kelemahan dalam perancangan bajet dan pematuhan kepada tatacara kewangan.
Kita tidak boleh berkompromi dalam soal value for money, dengan izin. Setiap perbelanjaan mesti pertama, diluluskan mengikut had kuasa yang diberikan. Kedua, disokong oleh dokumen yang lengkap dan ketiga, memberi manfaat yang jelas kepada universiti itu sendiri dan pelajar.
Isu yang terakhir yang keempat, tadbir urus dan akauntabiliti. Penemuan audit juga mendapati wujud konflik kepentingan (conflict of interest) dengan izin di mana terdapat lima pegawai UKM memegang jawatan penting dalam koperasi...
[Batuk] Yang bertanggungjawab mengutip yuran daripada pelajar. Bagaimana ia
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
boleh berlaku? Tidakkah sebarang keputusan yang dibuat memberi kelebihan kepada mereka yang ada kepentingan?
Ini soal integriti yang perlu dititik beratkan oleh penjawat awam khususnya pegawai UKM itu sendiri. Soal utama di sini bukan sekadar kesilapan prosedur tapi budaya tadbir urus. Dan persoalan yang ingin saya utarakan di sini ialah pertama, adakah audit dalaman berfungsi secara bebas atau terikat dengan ketua jabatan yang ada kepentingan tertentu? Yang kedua, adakah jawatankuasa kewangan universiti memantau laporan secara berkala atau bertahap? Ketiga, adakah tindakan tata tertib diambil jika berlaku kecuaian supaya tidak berlaku lagi kejadian yang seperti itu?
Jika kelemahan yang sama ditegur saban tahun oleh Laporan Ketua Audit Negara sama ada universiti UKM ataupun universiti awam yang lain, maka wujud persoalan tentang komitmen pengurusan tertinggi dalam melaksanakan penambahbaikan itu. Bagi memastikan isu ini tidak berulang saya mencadangkan.
Pertama, pengukuhan sistem kewangan bersepadu antara sistem akademik dan sistem perakaunan. Kedua, pemantauan tunggakan yuran secara berkala.
Ketiga, audit dalaman berkala mesti lebih tegas dan bebas daripada kongkongan pentadbiran di peringkat jabatan tertinggi universiti. Ketiga, audit dalaman berkala.
Yang keempat, latihan pematuhan kewangan kepada semua pegawai yang diberi kuasa untuk meluluskan perbelanjaan agar mereka ini bertindak mengikut kuasa yang diberikan. Dan yang terakhir, pelaporan berkala kepada Lembaga Pegawai Universiti ataupun LPU dan Kementerian Pengajian Tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, saya membangkitkan isu ini bukanlah untuk menghukum mana-mana pihak sama ada Universiti Kebangsaan Malaysia ataupun koperasi yang disebutkan dalam Laporan Audit Negara ini. Tujuannya adalah untuk memperkukuhkan integriti dan memulihkan keyakinan awam.
UKM dan universiti awam yang lain adalah institusi ilmu dan amanah negara.
Justeru pengurusan kewangan yang telus, cekap dan berakauntabiliti adalah tuntutan yang tidak boleh dikompromi. Oleh itu, saya berharap pihak pengurusan UKM mengambil serius setiap teguran audit yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan dan memastikan tindakan pembetulan dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan.
Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikut dipersilakan Yang Berhormat, Beaufort.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada Beaufort untuk turut serta membahaskan Laporan Audit Ketua Audit Negara Bilangan 1 2026. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Jabatan Audit Negara atas komitmen profesional dalam memastikan pengurusan kewangan negara kekal telus, berintegrasi dan berakauntabiliti.
Dato' Yang di-Pertua, laporan yang jelas menunjukkan bahawa walaupun dasar yang dirangka adalah baik dan peruntukan kewangan yang besar telah disediakan, kelemahan dalam tadbir urus, pemantauan dan pematuhan peraturan masih menjadi cabaran utama. Isunya bukan kekurangan dana semata-mata tetapi keberkesanan pengurusan dan impak sebenar kepada rakyat.
Dalam konteks program pendidikan, penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi, audit mendapati prestasi perbelanjaan kasar, R&D negara masih jauh daripada sasaran 2.5 peratus KDNK seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Pencapaian sekitar 1.1 peratus menunjukkan kita masih belum mencapai tahap negara berteknologi tinggi yang kita cita-citakan.
Lebih membimbangkan ialah baki geran RM183.11 juta yang tidak dipulangkan oleh 11 agensi pelaksana ketidakpatuhan syarat perjanjian berjumlah RM107.71 juta penggunaan peruntukan R&D untuk perbelanjaan mengurus projek fasiliti yang tidak siap dan prototaip yang tidak dapat dikesan.
Ini menggambarkan kelemahan disiplin, kewangan dan juga pemantauan projek. Jika dana R&D tidak diurus dengan cekap, kita bukan sahaja kehilangan wang rakyat tetapi juga kehilangan peluang inovasi, peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan peluang memperkukuh daya saing ekonomi negara.
Dato' Yang di-Pertua, Beaufort ingin menegaskan bahawa dana penyelidikan mesti dimanfaatkan untuk menyelesaikan masalah sebenar rakyat di lapangan. Di Parlimen Beaufort, isu banjir berulang setiap bulan dan memberi kesan besar kepada keselamatan penduduk serta ekonomi tempatan. Dana R&D seharusnya digunakan untuk menjalankan kajian saintifik mengenai sistem ketahanan banjir termasuk pemetaan risiko berasaskan data, sistem amaran awal yang lebih tepat, reka bentuk tebatan banjir yang sesuai dengan struktur geografi setempat serta penggunaan teknologi pintar dalam pemantauan paras air.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Pelaburan dalam penyelidikan seperti ini bukan sahaja mengurangkan kerugian akibat bencana, malah menjimatkan kos jangka panjang dan meningkatkan ketahanan komuniti. Inilah contoh bagaimana R&D perlu diterjemahkan kepada penyelesaian praktikal yang memberi impak langsung kepada rakyat.
Dato’ Yang di-Pertua, laporan audit terhadap projek MyDigital ID oleh MIMOS Berhad turut menunjukkan kelemahan ketara dalam tadbir urus dan kawalan dalaman. Terdapat perbelanjaan tanpa kelulusan berjumlah RM28.13 juta serta penggunaan RM14.9 juta peruntukan pembangunan bagi perbelanjaan operasi termasuk emolumen dan kos sumber. Keadaan ini mencerminkan kelemahan kawalan kewangan dalam projek strategik negara.
Projek identiti digital menghimpunkan data peribadi rakyat untuk urusan pengesahan identiti dalam ekosistem kerajaan dan swasta. Sebarang kelemahan tadbir urus boleh membuka risiko kebocoran data, pencerobohan siber, penyamaran identiti dan penyalahgunaan maklumat peribadi. Jika keyakinan rakyat terhakis, transformasi digital negara akan terjejas.
Beaufort juga mencadangkan agar tadbir urus projek diperkukuhkan melalui pemisahan jelas antara peranan pelaksana dan pengawal selia, pelaksanaan audit keselamatan serta teknologi secara bebas dan perwujudan pelaporan berkala kepada Parlimen bagi projek digital berimpak nasional.
Dato’ Yang di-Pertua, secara keseluruhannya, laporan ini memberi peringatan bahawa kejayaan tidak boleh diukur berdasarkan jumlah peruntukan yang dibelanjakan semata-mata. Kejayaan sebenar ialah apabila hasil dan manfaatnya dirasai oleh rakyat. Sebagai wakil daripada Parlimen Beaufort, saya melihat setiap kelemahan pengurusan kewangan memberi kesan langsung kepada pembangunan wilayah termasuk di Sabah.
Setiap ketirisan bermakna peluang pembangunan yang tertangguh. Justeru, reformasi struktur mesti dilaksanakan secara menyeluruh, memperkukuh kawalan kewangan, memantapkan tadbir urus korporat, memanfaatkan teknologi dalam pemantauan dan memastikan penilaian impak dibuat secara sistematik.
Saya menyeru agar semua kementerian dan agensi mengambil serius setiap teguran serta syor dalam laporan ini demi memastikan pengurusan kewangan negara lebih cekap, telus dan berakauntabiliti. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Dato' Yang di-Pertua, saya juga mengambil peluang untuk membahaskan Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 1/2026. Apabila meneliti Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 1/2026, saya merumuskan bahawa banyak lagi isu dan projek di bawah kementerian dan agensi yang perlu diaudit segera kerana sedang mengalami penyakit kebocoran wang yang kronik. Rakyat di bawah terpaksa mengikat perut, berbelanja dengan penuh berhemah kerana kekangan kos sara hidup tetapi di peringkat atasan, kementerian dan agensi berbelanja wang berbilion Ringgit seolah-olah wang itu jatuh dari langit.
Ini bukan isu golongan profesional ataupun tidak yang menguruskan agensi dan badan terlibat tetapi isu amanah dan integriti yang amat diperlukan dalam menjalankan tugas. Jangan pula nanti diletakkan kesalahan kepada golongan agama kerana berapa ramai golongan bukan agama yang terlibat menyelewengkan dana negara. Sebarang salah guna kuasa dan penyelewengan, walaupun atas nama apa sekalipun seperti duit kopi, hadiah, ganjaran dan lain-lain adalah rasuah yang wajib dihentikan dan wang yang diperolehi tersebut adalah haram di sisi agama.
Pemberi dan penerima adalah perasuah yang dilaknat oleh Allah. Dalam masa yang sama, pemilihan kontraktor juga amat penting dalam memastikan semua projek berjalan dengan baik. Mana-mana kontraktor yang buat onar ataupun gagal atau nama syarikat, nama pemilik syarikat berkenaan perlu disenaraihitamkan.
Jangan sama sekali luluskan sebarang projek kepada mereka.
Dato’ Yang di-Pertua, kepincangan mega Pelaburan Hartanah Berhad ataupun PHB. PHB di bawah Jabatan Perdana Menteri, pengurusan projek mega mereka bukan setakat gagal, tapi satu malapetaka kewangan. Contoh projek Lot 61 Bangsar, projek ini lewat sehingga 1,731 hari. Bukan itu saja, kos projek telah meningkat secara melampau iaitu sebanyak RM313.4 juta.
Apa yang lebih mengejutkan, kos membina tempat letak kereta sahaja telah melonjak naik sebanyak RM144.35 juta, menjadikan kos tempat letak kereta itu berjumlah RM362.73 juta. Buat parking kereta pun kos lari ratusan juta Ringgit.
Projek Mayang Mall, kosnya meningkat RM274.38 juta. Paling malang, PHB melepaskan kontraktor yang gagal melalui penamatan bersama ataupun mutual termination, menyebabkan PHB terlepas peluang menuntut ganti rugi ataupun LAD sebanyak RM12.8 juta. Duit rugi, kontraktor dilepaskan begitu sahaja.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Selain daripada kelewatan projek-projek yang dilaporkan dalam LKAN Bilangan 1/2026 ini, masih terdapat banyak projek-projek sedang berjalan di luar sana yang mengalami kelewatan yang melampau. Saya bagi contoh ialah projek penggantian Jambatan Sungai Durian, Jambatan Pasir Kelang dan projek LTU Pakej 3B dan 3C. Selain merugikan duit rakyat, yang lebih menyakitkan ialah sangat menyusahkan rakyat. Harap audit masuk segera. Jika ketirisan yang berjumlah ratusan juta ringgit, bahkan bilion dapat diagihkan kepada kami Ahli Parlimen sebelah sini, berapa banyak kami boleh bantu rakyat.
[Tepuk] Dato’ Yang di-Pertua, biayai syarikat tidur dan rompakan peruntukan pembangunan. Menteri Kewangan perlu menjawab kenapa kita masih membela syarikat-syarikat yang sudah mati? LKAN mendedahkan terdapat 62 buah syarikat kerajaan yang berstatus dormant ataupun tidak aktif lebih lima tahun tetapi masih menghabiskan wang kerajaan sebanyak RM92 juta. Semua ini hanyalah semata- mata untuk membayar kos pentadbiran, fi audit dan caj kewangan. Syarikat dah tak beroperasi bertahun-tahun tapi kerajaan masih tabur RM92 juta. Kenapa tak dibubarkan sahaja?
Kedua, salah guna peruntukan pembangunan secara terang-terangan.
Contoh, MARDI didapati telah mengambil RM33.8 juta daripada geran pembangunan R&D tetapi digunakan untuk membayar belanja mengurus. Daripada jumlah itu, lebih RM12 juta dihabiskan untuk tuntutan perjalanan dan selebihnya untuk gaji staf kontrak.
Dato’ Yang di-Pertua, berkaitan dengan apa yang disebut oleh bekas Menteri Ekonomi. YB Pandan sendiri pernah mengakui kepincangan kerajaan dalam podcast YBM episod 34 baru-baru ini. Beliau mempertikaikan bagaimana kos untuk membina satu bilik darjah sekolah, nilainya dah sama macam beli tiga buah rumah teres, malah bersembang kencang soal tatakelola.
Namun dalam podcast yang sama, beliau sinis menyentuh isu rundingan Perdana Menteri dan Tengku Zafrul bersama US. Mahkamah Agung AS dah isytihar tarif Donald Trump tidak sah dan hanya 10 peratus. Negara jiran seperti Vietnam dan Thailand tak payah bayar lebih tetapi PM dan mantan Menteri MITI tergesa-gesa memeterai perjanjian bodoh untuk tarif sebanyak 19 peratus semata-mata untuk penuhi syarat sambut Trump ke Malaysia. Saya harap Jabatan Audit Negara perlu mengauditnya segera dan bentangkan di Parlimen dalam laporan terdekat.
Mana-mana laporan awam, saya kira ada meritnya yang perlu dipertimbangkan segera oleh pihak berwajib seperti SPRM, di mana Tan Sri Azam
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM? Kenapa SPRM tak siasat Perdana Menteri dan Tengku Zafrul yang menandatangani perjanjian tergesa-gesa sehingga merugikan negara ini?
Yang terakhir Dato’ Yang di-Pertua ialah berkaitan dengan pengesahan penyata kewangan agensi Persekutuan. Bagi pengesahan penyata kewangan agensi Persekutuan sehingga 9 Januari 2026, sebanyak 143 penyata kewangan telah selesai diaudit dan dikeluarkan sijil Ketua Audit Negara, manakala satu dalam proses pengauditan iaitu Lembaga Minyak Sawit Negara.
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan satu agensi Persekutuan masih belum mengemukakan penyata kewangan iaitu Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan ataupun KESEDAR. Apa tindakan Jabatan Audit Negara jika agensi ini tidak mengemukakan penyata kewangan? Bukankah ini terikat dengan hal perundangan?
Dato’ Yang di-Pertua sebagai akhirnya, ratusan juta ringgit tiris akibat projek kelewatan PHB. Syarikat dormant menelan belanja puluhan juta Ringgit. Rakyat menanggung sakit akibat projek lewat. Dana pembangunan dibuat tuntutan perjalanan dan Perdana Menteri sendiri buat perjanjian tarif yang menekan negara.
Rakyat Kuala Krai dan seluruh Malaysia menuntut jawapan.
Tongkang karam di luar muara, Anak kelasi berenang ke darat; Rasuah haram di sisi agama, Hasil diperolehi tidak berkat. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Tanjong Karang.
Kapten Datoʼ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tanjong Karang berdiri hari ini untuk menegaskan satu prinsip asas dalam pentadbiran negara bahawa setiap sen wang rakyat mesti dipertanggungjawabkan dengan telus, berintegriti dan tanpa kompromi.
Tuan Yang di-Pertua, dalam laporan LKAN terbaru, antara yang menarik perhatian ialah isu berkaitan Projek Identiti Digital Nasional. Sejumlah RM80 juta
Kapten Datoʼ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
telah disalurkan oleh KDN kepada MIMOS Berhad sebelum dipindahkan pula sepenuhnya kepada MyDigital ID Sdn. Bhd., namun, audit mendapati lebih RM28 juta telah dibelanjakan tanpa kelulusan jawatankuasa yang ditetapkan. Ini bukan isu teknikal kecil. Ini soal pematuhan prosedur, soal disiplin kewangan dan soal integriti sistem kawalan dalaman.
Persoalannya, bagaimana sejumlah besar wang awam boleh dibelanjakan tanpa kelulusan yang sewajarnya? Di mana sempadan kawalan dalaman? Di mana peranan lembaga pengarah dan jawatankuasa audit?
Tuan Yang di-Pertua, lebih membimbangkan, audit hanya memfokuskan kepada MIMOS, sedangkan pelaksanaan dan perbelanjaan sebenarnya berlaku di peringkat syarikat MyDigital ID Sdn. Bhd. Jika dana dipindahkan sepenuhnya kepada entiti lain, maka secara logiknya penelitian audit juga perlu menembusi hingga ke peringkat pelaksana sebenarnya. Kita tidak boleh mewujudkan struktur berlapis-lapis yang akhirnya menggaborkan akauntabiliti. Wang rakyat tidak boleh hilang dalam struktur.
Difahamkan juga, MyDigital ID Sdn. Bhd. kini berada di bawah penyelarasan langsung oleh Majlis Keselamatan Negara. Jika rasionalnya adalah keselamatan negara, okey, kita boleh faham dan boleh terima. Tetapi, keselamatan tidak boleh dijadikan alasan untuk mengurangkan ketelusan kewangan itu sendiri. Dalam negara demokrasi matang, keselamatan dan akauntabiliti mestilah berjalan seiring.
Tuan Yang di-Pertua, isu ini bukan soal menyerang mana-mana pihak. Ini soal sistem. Jika terdapat kelemahan dalam pemindahan dana, kelulusan perbelanjaan dan pemantauan projek, maka kita mesti berani melakukan pembetulan secara menyeluruh.
Tanjong Karang ingin mencadangkan tiga perkara penting. Pertamanya, semua projek strategik nasional yang menggunakan model SPV― special purpose vehicle― atau syarikat khas mesti tertakluk secara jelas kepada audit penuh Ketua Audit Negara termasuk audit forensik, jika perlu.
Yang kedua, perlu ada pendedahan berkala kepada Parlimen mengenai kemajuan fizikal dan kewangan projek-projek yang berimpak tinggi supaya Parlimen tidak hanya mengetahui selepas berlaku ketidaktentuan.
Ketiga, kerajaan perlu memperkukuhkan tatacara pemindahan dana antara agensi supaya setiap pindahan mempunyai garis akauntabiliti yang jelas, siapa yang meluluskan, siapa membelanjakan dan siapa yang memantau.
Kapten Datoʼ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua, rakyat hari ini berdepan dengan tekanan kos sara hidup. Setiap ringgit amat bernilai. Apabila laporan audit menunjukkan kelemahan pengurusan ratusan juta Ringgit, keyakinan rakyat terjejas jika kita tidak bertindak dengan tegas. LKAN sepatutnya menjadi alat pembaikan, bukan sekadar ritual tahunan. Jika kita benar-benar komited kepada reformasi institusi, maka teguran audit mesti disusuli tindakan, bukan sekadar prosedur.
Akhirnya, Tanjong Karang ingin tegaskan di sini sekali lagi bahawa Projek Identiti Digital Nasional adalah projek masa depan negara. Ia menyentuh keselamatan data, urus niaga ekonomi dan kepercayaan rakyat. Justeru, tadbir urusnya mestilah berada pada tahap tertinggi, bukan sekadar memadai. Kita tidak boleh membina negara digital dengan asas pengurusan analog yang terlalu longgar.
Sekian, terima kasih. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Ramadan Kareem. Terima kasih Datoʼ Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada saya untuk membahaskan Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 1 Tahun 2026.
Saya ingin menumpukan perbahasan kali ini kepada Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2024 melibatkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), khususnya berhubung dengan kutipan hasil yuran pelajar dan perbelanjaan.
Datoʼ Yang di-Pertua, institusi pendidikan tinggi ialah gedung ilmu. Ia bukan sekadar tempat melahirkan graduan, tetapi medan membentuk integriti, amanah dan nilai kepimpinan masa depan negara. Universiti diberi kepercayaan oleh rakyat, oleh ibu bapa yang membayar yuran, oleh pelajar yang menaruh harapan dan oleh kerajaan yang menyalurkan dana. Sebab itulah universiti sewajarnya menjadi contoh yang terbaik dalam tadbir urus dan pengurusan kewangan.
Malangnya, dapatan LKAN ini memberi gambaran yang sangat membimbangkan. Pertama, isu kutipan yuran pelajar yang tidak teratur melibatkan jumlah keseluruhan RM60.77 juta. Daripada jumlah itu, RM50.74 juta dikutip oleh koperasi tanpa kuasa yang jelas dan sebahagiannya lewat atau masih belum diserahkan kepada universiti.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Lebih membimbangkan, sejumlah RM32.36 juta tidak direkodkan sebagai hasil UKM daripada keseluruhan kutipan tersebut. Ini bukannya isu teknikal semata- mata. Ini soal akauntabiliti dan ketelusan. Wang yuran pelajar adalah amanah. Ia bukan milik mana-mana individu atau entiti lain. Ia milik institusi untuk dimanfaatkan bagi kebajikan dan pembangunan akademik pelajar.
Yang kedua, laporan turut menyentuh perbelanjaan tidak teratur di bawah UKMShape berjumlah RM6.69 juta daripada keseluruhan RM57.67 juta perbelanjaan pada tahun 2024, termasuk komisen kepada ejen yang tidak layak, perbelanjaan ke luar negara melibatkan individu bukan kakitangan, elaun yang tidak layak, pendahuluan tanpa kelulusan yang sah serta perolehan yang tidak melalui Jawatankuasa Sebut Harga.
Datoʼ Yang di-Pertua, apabila universiti yang mengajar kursus tadbir urus, undang-undang dan integriti akhirnya gagal mematuhi prinsip yang sama dalam pengurusan dalaman, di sinilah timbulnya persoalan yang besar. Kita tidak mahu menjadi seperti ketam mengajar anak berjalan lurus. Kita tidak boleh bercakap tentang integriti di dalam dewan kuliah, mengajar ilmu pengurusan, memberi panduan tentang sistem pentadbiran yang terbaik tetapi pada masa yang sama membiarkan kelemahan tatakelola berlaku tanpa tindakan yang tegas.
Saya percaya kebanyakan tenaga pengajar dan pentadbir adalah daripada kalangan pekerja yang ikhlas, yang amanah, yang bertanggungjawab. Tetapi, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Mahasiswa memerhatikan, rakyat menilai. Kita tidak mahu reputasi institusi pendidikan awam dipertaruhkan.
Oleh itu, saya ingin mencadangkan beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan dan dilaksanakan dengan tegas. Pertama, Kementerian Pendidikan perlulah memastikan bahawa semakan menyeluruh dibuat terhadap semua perjanjian kutipan yuran melibatkan pihak ketiga di IPTA.
Yang kedua, garis panduan yang jelas dan seragam perlu diwujudkan supaya semua hasil pelajar direkod dan diaudit secara terus oleh universiti tanpa lapisan yang mengundang pelbagai konflik kepentingan.
Yang ketiga, tindakan pembetulan. Dan jika perlu, tindakan tatatertib hendaklah dilaksanakan dengan telus agar mesejnya jelas, tiada kompromi terhadap amanah kewangan awam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Dan yang keempat, jawatankuasa audit dalaman universiti perlu diperkasa supaya berfungsi secara bebas dan efektif. Tidak perlulah setiap kali agensi ataupun
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
institusi kerajaan ini hendak menunggu laporan dari LKAN untuk membetulkan sebarang kepincangan yang berlaku.
Tuan Yang di-Pertua, universiti ialah institusi membina masa depan negara.
Jika asas tadbir urusnya rapuh, kita sedang menghantar mesej yang salah kepada mahasiswa dan generasi muda yang akan mewarisi negara pada masa yang akan datang. Kita mahu graduan yang berintegriti, berani dan bertanggungjawab. Maka institusi yang mendidik mereka mestilah terlebih dahulu menunjukkan contoh yang baik.
Audit bukan untuk menghukum tetapi untuk membetulkan. Saya berharap dapatan LKAN ini menjadi titik tolak kepada reformasi tadbir urus di institusi pendidikan tinggi supaya universiti benar-benar menjadi menara gading yang tinggi ilmunya dan juga tinggi integritinya. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Merbok.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Sebelum saya meneruskan perbahasan saya, saya mengalu-alukan kehadiran Muslimat daripada Tumpat.
[Tepuk] Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Dato' Yang di-Pertua, Merbok bangun untuk membahaskan Laporan Ketua Audit Negara yang menyentuh tiga perkara penting yang pertama itu tadbir urus dan kawalan dalaman MIMOS dalam pelaksanaan awal projek MyDigital ID. Kedua, pengurusan kewangan yang berkaitan kutipan hasil yuran pelajar daripada UKM dan yang ketiga, berkenaan peruntukan perbelanjaan pembangunan untuk MARDI. Isu ini bukan sekadar isu teknikal dan prosedur. Ia menyentuh kepercayaan rakyat terhadap integriti sistem digital negara dan pengurusan dana awam di institusi pengajian tinggi dan Institut Penyelidikan Pertanian Malaysia.
Dato' Yang di-Pertua, MyDigital ID merupakan infrastruktur kritikal negara. Ia berkait langsung dengan keselamatan data peribadi rakyat, akses kepada perkhidmatan kerajaan dan masa depan ekonomi digital Malaysia. Justeru itu, tahap tadbir urus, kawalan dalaman dan ketelusan perbelanjaan mestilah pada tahap yang tertinggi. Dapatan audit yang menimbulkan persoalan terhadap iaitu tatacara perolehan dan kelulusan perbelanjaan, kejelasan skop kerja dan pemantauan kontrak, kawalan dalaman dalam peringkat awal pelaksanaan dan juga dokumentasi serta justifikasi kos.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Merbok ingin menegaskan bahawa kelemahan pada fasa awal projek digital berskala nasional boleh membawa risiko jangka panjang, termasuk pembaziran long in vendor dengan izin dan risiko keselamatan siber. Persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan, apakah penilaian risiko dilakukan terhadap menyeluruh sistem sebelum perlaksanaan dilaksanakan?
Mengapa kelemahan kawalan dalaman hanya dikenal pasti selepas audit dan bukan mekanisme audit dalaman agensi itu sendiri? Apakah peranan kementerian sebagai penyelia dalam memantau pelaksanaan dan perbelanjaan MIMOS dan syarikat SPV MyDigital ID Sendirian Berhad di mana, semua aktiviti pelaksanaan projek termasuk perbelanjaannya dibuat melalui syarikat tersebut?
Syarikat MyDigital ID Sendirian Berhad tersebut seterusnya diletakkan di bawah kawalan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan di bawah kelolaan JPM.
Persoalan saya, kenapa Jabatan Audit Negara menjalankan audit berkenaan projek MyDigital ID ini ke atas MIMOS sahaja dan tidak ke atas syarikat tujuan khas SPV MyDigital ID Sendirian Berhad tersebut secara bersama? Kita tidak mahu projek digital nasional menjadi seperti projek lampau yang menelan kos belanja yang besar tetapi gagal memberi pulangan nilai kepada rakyat.
Beberapa cadangan perlu diambil kira, iaitu penubuhan jawatankuasa pemantauan bebas bagi projek digital strategik nasional melibatkan pakar keselamatan siber dan audit teknologi. Pelaksanaan digital project governance framework dengan izin, yang wajib merangkumi audit teknologi berkala bukan hanya audit kewangan. Pendedahan berkala kepada Parlimen mengenai kos sebenar, perubahan skop dan kemajuan pelaksanaan. Dalam era IR4.0, kegagalan tadbir urus bukan sahaja merugikan wang rakyat tapi boleh mendedahkan negara kepada risiko keselamatan strategi.
Yang kedua iaitu tadbir urus kewangan UKM. Kutipan yuran dan perbelanjaan. Dato' Yang di-Pertua, universiti awam bukan sekadar pusat akademik.
Ia adalah amanah rakyat. Kutipan yuran pelajar sama ada daripada pelajar tempatan atau antarabangsa mesti diurus secara telus dan berintegriti.
Dapatan audit berkaitan terdapat beberapa kelemahan dalam proses kutipan dan pemantauan tunggakan yuran, kawalan dalaman terhadap pelarasan akaun, prosedur perbelanjaan dan pematuhan kepada garis panduan kewangan, dokumentasi dan rekod sokongan.
Kelemahan ini memberikan gambaran bahawa sistem kawalan dalaman tidak cukup kukuh untuk memastikan akauntabiliti yang menyuruh dan persoalan yang
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
perlu dijawab, mengapa sistem pemantauan yang tidak bersepadu dan the real time?
Adakah terdapat ketirisan atau risiko manipulasi dalam penyelarasan yuran?
Bagaimana pihak kementerian memastikan universiti awam mematuhi standard tadbir urus kewangan yang seragam? Kita harus ingat setiap ringgit yang dibelanjakan oleh universiti awam daripada pembayar cukai dan juga pelajar yang berkorban demi pendidikan.
Beberapa cadangan perlu diambil kira iaitu pelaksanaan sistem kewangan bersepadu berasaskan digital dashboard yang boleh diaudit secara nyata oleh kementerian, pengasingan tugas yang lebih ketat dalam proses pelarasan yuran dan kelulusan perbelanjaan, audit forensik berkala bagi universiti yang punya isu berulang dan pendapatan KPI tadbir urus kewangan untuk naib canselor dan pengurusan tertinggi.
Yang terakhir iaitu Merbok juga ingin menyentuh sedikit berkenaan MARDI, iaitu peruntukan pembangunan dan penyelidikan pembangunan, pengkomersialan dan inovasi yang digunakan untuk perbelanjaan mengurus. Garis panduan RMK12 menetapkan bahawa kementerian dan agensi perlu mematuhi klasifikasi pembiayaan peruntukan berdasarkan pembiayaan projek di bawah perbelanjaan pembangunan (DE) dan perbelanjaan OE.
Hasil analisis mendapati MARDI telah menggunakan sejumlah RM33 juta daripada peruntukan R&D dan CNI yang diterima daripada KPKM untuk tujuan perbelanjaan mengurus berbanding RM114.15 juta yang telah dibelanjakan.
Perbelanjaan mengurus ini adalah bertentangan dengan belanja OE dan DE dalam garis panduan penyediaan iaitu dari RMK12 tersebut.
Oleh itu, dalam konteks ini, tugas hakiki MARDI adalah sangat kritikal kerana masih bergantung― kita masih bergantung kepada eksport makanan yang― import makanan yang tinggi iaitu perubahan iklim menjejaskan hasil tanaman, kos input pertanian semakin meningkat. Jika tidak kepatuhan seperti ini berulang, bagaimana kah MARDI mampu untuk menjamin kelangsungan nasib petani, pengusaha industri, pemproses makanan dan pengusaha syarikat agroteknologi. Merbok ingin penjelasan, apakah tindakan pembetulan yang telah diambil oleh KPKM dalam usaha memastikan peruntukan pembangunan dan belanja mengurus yang mencukupi kepada MARDI supaya perkara seperti ini tidak berulang lagi.
Akhirnya, tadbir urus yang baik bukan sekadar memenuhi kehendak audit, ia adalah tuntutan moral dan agama. Amanah ini akan dipersoalkan bukan saja di dunia tapi juga akhirat. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang, saya mempersilakan Yang Berhormat Parit.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Assalamualaikum dan selamat petang. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan.
Parit berdiri bukan hanya untuk memberikan kritikan konstruktif tetapi untuk menuntut akauntabiliti yang lebih tegas. Laporan ini mendedahkan ketirisan yang amat dikesalkan dalam beberapa kluster utama yang melibatkan berbilion wang rakyat.
Isu pertama, kegagalan syarikat subsidiari dan beban hutang yang menggunung. Dato' Yang di-Pertua, data menunjukkan 285 syarikat mencatatkan keuntungan. Namun, jumlah keuntungan itu menurun sebanyak 8.5 peratus pada tahun 2023. Apa yang lebih membimbangkan adalah 175 syarikat yang merekodkan kerugian terkumpul sebanyak RM32.42 bilion pada tahun 2023.
PTPTN kini memikul beban pinjaman institusi kewangan yang amat besar iaitu RM41.45 bilion. FELDA pula menanggung pinjaman berjumlah RM7.35 bilion.
Anak syarikat seperti FIC Property Sendirian Berhad terus rugi akibat kos kewangan dan penjejasan nilai pelaburan. Sampai bila kita harus menanggung syarikat-syarikat yang makan modal ini?
Isu kedua, isu usaha berterusan (going concern) kes PPHM. Dato' Yang di- Pertua, kita perlu bercakap jujur mengenai Perbadanan Perwira Harta Malaysia
(PPHM). Audit mendapati liabiliti semasa bersihnya mencecah RM21.95 juta, di mana hutang lebih jauh tinggi daripada aset yang ada. Syor audit adalah jelas, hentikan operasi PPHM pada 31 Mei 2025. Saya menuntut penjelasan, apakah pelan mitigasi untuk memastikan obligasi kepada pemiutang dan kebajikan anggota tentera tidak terabai selepas penutupan ini?
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Isu ketiga, pembaziran dan ketidakpatuhan Projek MyDigital ID. Dato’ Yang di-Pertua, Projek MyDigital ID adalah contoh klasik bagaimana tadbir urus yang lemah membawa kepada pembaziran.
Audit mendapati perolehan peralatan dibuat tanpa kelulusan dan lebih malang lagi, peralatan tersebut tidak digunakan. Struktur tadbir urus projek tidak berfungsi dan perbelanjaan tidak mengikut tujuan— tidak mengikut tujuan peruntukan (purpose of vote). Ini bukan sekadar kesilapan teknikal, ini adalah kecuaian pengurusan yang melibatkan dana awam yang besar.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Isu keempat, pelaksanaan projek pengauditan program penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I). Dato’ Yang di-Pertua daripada 8,556 projek penyelidikan yang dijalankan, hanya 34.1 peratus sahaja iaitu 2,915 projek sahaja yang berjaya disiapkan sehingga Jun 2025. Sebanyak 64 peratus yakni 5,539 projek masih dalam perlaksanaan, malah 1,476 daripadanya terpaksa diberikan lanjutan masa (EOT).
Isu baki geran yang tidak dipulangkan selepas projek tamat juga adalah sangat serius. Kita mahu hasil penyelidikan yang boleh dikomersialkan untuk ekonomi negara, bukan sekadar laporan di atas rak yang memakan perbelanjaan berbilion Ringgit.
Isu kelima Dato’ Yang di-Pertua, tentang ketidakstabilan Pelaburan Hartanah Berhad (PHB). Dato’ Yang di-Pertua isu Lot 61, Bangsar di bawah PHB adalah satu skandal kelewatan. Peningkatan kos projek telah mencecah RM881 juta iaitu tambahan RM313.44 juta daripada peruntukan asal. Peningkatan kos tempat letak kereta sahaja mencecah 66 peratus. Kegagalan mendapatkan sijil siap dan pematuhan (CCC), bermakna aset ini tidak memberikan pulangan pelaburan, ini adalah kegagalan perancangan strategik yang amat nyata.
Justeru Dato’ Yang di-Pertua, Parit mendesak dengan beberapa desakan.
Yang pertamanya, tindakan sewajarnya hendaklah dilakukan kepada mereka yang bertanggungjawab atas perolehan tanpa kelulusan dalam Projek MyDigital ID.
Kedua, audit forensik hendaklah dijalankan terhadap syarikat-syarikat subsidiari yang rugi tiga tahun berturut-turut, untuk menentukan sama ada ia perlu distruktur semula atau ditutup terus.
Ketiga, pemantauan KPI. Kementerian mesti memastikan geran R&D tidak menjadi lubang hitam yang hanya menyerap dana tanpa output yang jelas.
Rakyat Parit bertanya, ke mana pergi wang kami? Jawapan ada dalam laporan ini dan tugas kita adalah memastikan setiap sen yang hilang atau dibazirkan itu dipertanggungjawabkan. Sekian, Dato’ Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong dan dengan teguran. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Selanjut dipersilakan Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk saya terlibat dalam Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 1/2026.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Sebelum saya memulakan perbahasan saya, saya ingin mengambil peluang pada petang ini untuk mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan keturunan Cina dan selamat berpuasa kepada rakan-rakan yang beragama Islam.
Sekali lagi kita menampakkan komitmen yang cukup tinggi daripada Kerajaan Malaysia MADANI yang membentangkan Laporan Ketua Audit Negara dan membenarkan Ahli-Ahli Yang Berhormat membahaskannya dengan mengemukakan pelbagai teguran, kritikan, pandangan terhadap masalah yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara. Ini adalah antara reformasi institusi yang sangat baik, yang wajar dipuji di bawah Kerajaan Malaysia MADANI, pimpinan yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Dan ia juga menunjukkan bahawa institusi Ketua Audit Negara yang diberikan kuasa undang-undang di bawah Artikel 106, Perlembagaan Persekutuan dan di bawah Akta Audit 1957 sentiasa diperkasakan di bawah Kerajaan Malaysia MADANI yang kita ada pada hari ini.
Saya nak— pertamanya, nak ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan sebab indeks persepsi rasuah (CPI) kita terus meningkat ke tahap yang lebih baik.
Daripada 50 mata di kedudukan 57 pada tahun 2024, melonjak ke 52 mata di kedudukan 54. Daripada keseluruhan 182 buah negara. Namun, masih banyak peluang dan ruang untuk kita maju ke hadapan, untuk terus melonjakkan kedudukan kita di persada antarabangsa.
Saya nak memfokuskan perbahasan saya kepada isu yang berlaku, yang saya rasa ramai sudah bincangkan, yang berkaitan dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Saya sebagai Alumni UKM, berasa terpanggil untuk terlibat sama, untuk membahaskan secara khusus isu yang melibatkan Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (UKMShape) iaitu sebuah entiti yang diberikan autonomi oleh Lembaga Pengarah Universiti untuk uruskan kewangannya sendiri, mencapai objektif yang ditetapkan, selari dengan agenda jangka panjang strategik UKM.
Tetapi dalam Laporan Ketua Audit Negara jelas menunjukkan banyak kelemahan, banyak pelanggaran terhadap tata kelola yang sepatutnya yang saya rasa perlu ada satu tindakan yang tegas dan segera supaya perkara ini tidak berlaku kepada IPTA yang lain. Saya mohon Kementerian Pendidikan Tinggi ambil ini sebagai satu iktibar, pengajaran supaya ia tidak berlaku di mana-mana IPTA yang lain.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya berikan contoh. Dia disebutkan lima perkara, lima kelemahan. Yang pertamanya, kutipan oleh pihak yang tidak diberi kuasa iaitu sebuah koperasi yang dinamakan B51788, sebanyak RM57 juta untuk dua program dia. Satunya, yang berkaitan dengan Program Sarjana Pendidikan (SPEND).
Yang keduanya, diploma pendidikan lepasan ijazah (DPLI). Kenapa kita kutip RM50 juta? Mana pergi duit dia?
Kedua, buat perjanjian dengan entiti, pihak yang lain tanpa bidang kuasa. Ia sesuatu yang merupakan pelanggaran yang jelas. Kenapa boleh benarkan? Benda- benda ini patut dikesan dan diambil tindakan sebelum Ketua Audit Negara step in untuk ambil tindakan. Patutnya ada tatakelola dalaman universiti sendiri untuk membetulkan kesilapan ini.
Sama juga keadaannya, hasil yuran pelajar RM32.36 juta tidak direkodkan sebagai hasil yuran pelajar. Apa jadinya? Jadi, pelajar yang telah membayar, apa status mereka? Sebab kalau yuran itu tak dianggap sebagai yuran pelajar kepada UKM, macam mana status pelajar tersebut?
Perkara sebegini sangat memalukan dan perlukan satu tindakan yang drastik supaya tidak berlaku lagi di mana-mana tempat. Dan begitu juga berlaku konflik kepentingan yang cukup jelas. Pegawai UKM sendiri terlibat dengan koperasi.
Sesuatu yang saya rasa tidak boleh kita benarkan dan tindakan yang tegas perlu diambil.
Begitu juga daripada 6.69 juta, perbelanjaan yang tidak teratur. Sebanyak hampir 6 juta, 5.94 juta diberikan kepada agen pengambilan pelajar yang tidak layak.
Jadi, duit ini macam mana? Ada tak dituntut balik dan tindakan diambil terhadap pegawai terlibat? Jadi, saya mohon supaya tindakan tegas. Bukan untuk UKM saja, kita nak kena siasat, kena pantau semua IPTA lain supaya masalah yang berlaku di UKM tidak berlaku di IPTA lain.
Dan saya juga mohon supaya Ketua Audit Negara gunakan kuasa yang ada.
Sebab selepas pindaan Akta Audit 19— 2024, 2 tahun dulu, yang mana gunakan prinsip follow the public money. Mana-mana institusi swasta yang mendapat dana daripada kerajaan juga wajib dipantau, diaudit oleh Ketua Audit Negara supaya dana kerajaan digunakan dengan sebaiknya.
Dan perkara yang terakhir, yang saya nak sebutkan Datuk Yang di-Pertua, berkenaan dengan masalah yang berlaku di MARDI. MARDI kita tahu ia institut penyelidikan pertanian yang utama di negara kita. Kenapa belanja ataupun dana untuk pembangunan digunakan untuk pengurusan? Sesuatu yang memang
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
menyebabkan kita tak fokus kepada R&D. Itu yang menyebabkan banyak hasil pertanian kita, SSR dia asyik jatuh saja sebab kita gagal dalam penyelidikan, dalam menghasilkan baka yang lebih baik.
Sebab itu hasil kita sentiasa menjunam. Padahal, negara-negara lain, negara yang jauh— satu ketika jauh terkebelakang dari kita macam Vietnam. Hari ini, hasil pertanian mereka melonjak tinggi, jauh lebih baik dari kita. Jadi, tindakan seperti ini patut diambil. Tatkala kita minta kerajaan menambahkan dana pembangunan penyelidikan untuk MARDI, kenapa MARDI pula buat kerja macam ini? Jadi, saya mohon pihak KPKM ambil tindakan tegas terhadap perkara seperti ini.
Jadi bagi saya, segala teguran daripada rakan-rakan semua perlu diambil tindakan yang serius oleh pihak berwajib, oleh kementerian, oleh agensi yang terbabit. Supaya akhirnya, kita bukan nak cari siapa-siapa punya kesalahan tetapi lebih kepada memperbaiki kesilapan yang sedia ada supaya negara kita menuju ke arah yang lebih baik dari segi tatakelola dan juga institusi yang kita ada.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Jadi, sekian sahaja ucapan saya. Saya ucapkan terima kasih kepada Datoʼ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Terengganu ada? Silakan.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum, salam sejahtera. Terima kasih Datoʼ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Laporan Ketua Audit Negara pada hari ini.
Datoʼ Yang di-Pertua, Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan bukan sekadar helaian kertas audit. Ia adalah satu wakeup call terhadap kelemahan tata kelola dan pencapaian strategik negara khususnya dalam sektor sains, teknologi dan inovasi yang sepatutnya menjadi pemacu utama ekonomi Malaysia.
MOSTI sepatutnya menjadi nakhoda yang membawa Malaysia ke arah negara berteknologi tinggi menjelang 2030. Namun, apa yang didedahkan adalah satu jurang yang amat membimbangkan. Sasaran perbelanjaan R&D GERD berbanding KDNK ditetapkan pada 2.5 peratus, tapi realitinya kita pada tangga satu peratus saja. Kita sasarkan 130 orang bagi setiap 10,000 tenaga buruh tapi kita capai 54 orang sahaja. Ini adalah defisit bakat yang amat kritikal. Tanpa pemikir dan
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
pencipta yang mencukupi, bagaimanakah kita mahu membina ekonomi berasaskan pengetahuan, knowledge-based economy, dengan izin?
Lebih mengecewakan, permohonan paten yang sepatutnya mencecah 2,000 setahun, yang ada cuma 968 permohonan bagi tempoh empat tahun. Persoalannya, apakah langkah drastik yang akan diambil oleh MOSTI untuk merapatkan jurang GERD ini dalam tempoh dua tahun akan datang serta apakah insentif baru untuk memaksa penglibatan sektor swasta dalam pelaburan R&D?
Saya ingin menyentuh tentang ketidakpatuhan syarat perjanjian dan pengurusan dana R&D. Datoʼ Yang di-Pertua, audit mendedahkan beberapa ketidakpatuhan serius agensi pelaksanaan dari segi pengurusan dana. MIMOS Berhad, dana berjumlah RM65.78 juta tidak diurus melalui akaun bank berasingan seperti yang disyaratkan bagi dana penyelidikan strategik.
Sebaliknya, dana disalurkan ke akaun sedia ada, sekali gus menyukarkan penjejakan dan jelas boleh membuka ruang kepada risiko penyalahgunaan.
Sehingga 30 Jun 2025, baki RM20.17 juta masih belum dibelanjakan. Ini menimbulkan persoalan besar tentang keberkesanan pemantauan projek serta kecekapan pelaksanaan.
Dalam projek MyDigital ID yang dilaksanakan oleh MIMOS Berhad, perbelanjaan RM28.13 juta antara Disember 2023 hingga Mac 2025 telah dibuat tanpa pengesahan daripada jawatankuasa pemandu mahupun jawatankuasa teknikal. Ini bukan sekadar isu audit, ia merupakan risiko keselamatan nasional kerana projek identiti digital melibatkan kedaulatan dan keselamatan data rakyat.
Projek strategik seperti ini sepatutnya dilaksanakan dengan disiplin dan pemantauan tertinggi.
Persoalan saya, bagaimana perbelanjaan sebesar ini boleh diluluskan tanpa semakan dan pengesahan badan pemantau yang tertinggi? Adakah kita sedang berkompromi dengan keselamatan data rakyat demi mempercepatkan proses perbelanjaan?
Datoʼ Yang di-Pertua, audit juga mendapati baki geran penyelidikan di empat kementerian yang tidak dipulangkan berjumlah RM183 juta melibatkan 7,904 projek.
Ini adalah dana beku yang mematikan ekosistem inovasi. Bayangkan, Datoʼ Yang di- Pertua, berapa ramai penyelidik muda dan syarikat start-up yang dinafikan peluang kerana duit RM183 juta ini tersekat di dalam projek yang tidak produktif. Mengapakah mekanisme pengawasan begitu lemah sehingga membiarkan dana sebesar ini terbiar tanpa tindakan kutipan yang tegas?
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Datoʼ Yang di-Pertua, isu integriti di Cradle Fund amat mengejutkan.
Bagaimana sebuah agensi boleh sewenang-wenangnya mengutip caj pentadbiran dan success trigger berjumlah RM2.5 juta tanpa kelulusan daripada Kementerian Ekonomi, tanpa kelulusan daripada MOSTI? Ini adalah satu tindakan yang melangkaui mandat― ultravirus. Bagaimana kementerian boleh terlepas pandang kutipan yang menyalahi prosedur ini dalam jumlah jutaan? Apakah tindakan tatatertib atau perundangan yang telah diambil terhadap pihak yang meluluskan kutipan tersebut?
Begitu juga dengan baki projek tamat berjumlah RM5.58 juta yang masih belum dikutip. Adakah kementerian hanya bergantung kepada peringatan e-mel untuk mengutip dana rakyat? Di mana ketegasan, di mana SOP dan penguatkuasaan di dalam menguruskan akaun belum terima?
Itu sahaja, Datoʼ Yang di-Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Selanjutnya, saya persilakan Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Datoʼ Yang di-Pertua.
Saya ingin menarik isu yang pertama ialah berkenaan dengan Pelaburan Hartanah Berhad (PHB). Menurut Laporan Audit Negara Bilangan 1/2026, walaupun PHB secara keseluruhan menunjukkan prestasi kewangan kumpulan yang positif, terdapat kelemahan ketara dalam pengurusan projek pembangunan hartanah yang telah menyebabkan projek lewat disiapkan, peningkatan kos serta kegagalan mendapatkan perakuan penyiapan dan pematuhan.
Bagi projek Mayang Mall, audit merekodkan kelewatan penyiapan sebanyak 369 hari bagi Pakej 1 dan 1,254 hari bagi Pakej 2 dengan kenaikan kos mencecah RM274.38 juta. Lebih membimbangkan, terdapat kelulusan tuntutan Loss and Expenses berjumlah RM13.57 juta yang tidak selaras dengan kontrak walaupun projek hanya siap dan beroperasi pada 5 Disember 2024.
Manakala bagi satu lagi projek, Bangsar 61, laporan audit menyatakan berlaku kelewatan penyiapan selama 1,818 hari dengan kenaikan kos pembinaan tempat letak kereta sebanyak RM144.35 juta. Dan sehingga tarikh audit, projek ini masih belum siap sedangkan sepatutnya siap pada 15 Jun 2024.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Tuan Yang di-Pertua, jika digabungkan peningkatan kos akibat kelewatan bagi kedua-dua projek ini sahaja berjumlah RM418.73 juta. Satu angka yang sangat besar dan memberikan implikasi langsung kepada dana Amanah Hartanah Bumiputera serta kepercayaan rakyat terhadap pengurusan syarikat milik kerajaan.
Sehubungan itu, saya mendesak kerajaan supaya mengarahkan audit forensik khusus ke atas kedua-dua projek tersebut iaitu Mayang Mall dan Bangsar 61. Yang kedua, menilai tanggungjawab kontraktor, perunding dan pengurusan PHB termasuk kemungkinan tuntutan ganti rugi ataupun penalti. Yang ketiga, memperketatkan rangka kerja tadbir urus dan kawalan projek bagi semua pembangunan akan datang.
Wang rakyat tidak boleh terus dibazirkan akibat kelemahan pengurusan. PHB ini adalah di bawah pemilikan Yayasan Pelaburan Bumiputera yang mana pengerusinya ialah Perdana Menteri sendiri. Dapatan audit ini menunjukkan kelemahan yang sangat besar. Adakah ini menunjukkan kelemahan kepada Perdana Menteri?
Yang kedua ialah isu MARDI. Kita semua sedia maklum bahawa MARDI merupakan antara institusi terpenting dalam menjamin sekuriti makanan negara. Di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas, agensi ini telah diamanahkan dengan peruntukan pembangunan bernilai ratusan juta ringgit bagi membangunkan varieti tanaman baharu, meningkatkan produktiviti padi serta memacu inovasi dalam sektor agromakanan. Namun demikian, dalam laporan audit ini mendedahkan sejumlah RM33.80 juta daripada dana pembangunan telah digunakan untuk menampung perbelanjaan mengurus yang lazimnya dibiayai melalui peruntukan operasi tahunan.
Persoalan yang saya ingin bangkitkan ialah bagaimana peraturan kewangan dalaman (PKM) sesebuah agensi boleh mengandungi peruntukan yang seolah-olah membenarkan perkara yang tidak selari dengan garis panduan RMK12 yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Ekonomi? Kita merujuk secara khusus kepada perenggan 5.5.5 (a) dan (m) dalam peraturan kewangan dalaman (PKM) yang membenarkan perbelanjaan mengurus dicajkan kepada peruntukan pembangunan.
Sejauh manakah pegawai pengawal kementerian menyedari kewujudan peraturan dalaman tersebut?
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Adakah mekanisme semakan dan penyelarasan antara agensi dengan peraturan pusat dilaksanakan secara berkala bagi mengelakkan sebarang ketidakselarasan? Perkara ini penting supaya tidak timbul persepsi bahawa wujud
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
ruang autonomi yang terlalu luas sehingga boleh menjejaskan prinsip kawalan kewangan yang telah ditetapkan oleh Perbendaharaan Malaysia.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, jumlah RM33.80 juta bukanlah angka yang kecil.
Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan sama ada pengalihan dana ini memberi sebarang kesan kepada kemajuan fizikal 14 projek pembangunan R&D dan C&I yang sedang dilaksanakan. Adakah skop tempoh pelaksanaan atau quality output penyelidikan terjejas akibat penyusunan semula peruntukan tersebut?
Terakhir ialah isu FELDA dan FELCRA. Berkaitan dengan kedudukan kewangan subsidiari di bawah FELDA dan FELCRA yang telah memberi implikasi langsung kepada masa depan peneroka, laporan audit merekodkan bahawa syarikat Felda Investment Corporation Sdn. Bhd. mempunyai baki sokongan kewangan RM1.828 bilion. Manakala FELCRA Properties Sdn. Bhd. mempunyai baki sokongan kewangan RM893.38 juta. Ini menunjukkan baki sokongan kewangan ini terdiri daripada pendahuluan, jumlah hutang dan sumbangan modal daripada agensi atau syarikat induk.
Tuan Yang di-Pertua, ini menunjukkan kebergantungan besar syarikat- syarikat kerajaan kepada suntikan dana, bukannya kekuatan operasi sendiri. Dalam syor audit jelas kementerian pengawal atau agensi syarikat induk perlu merangka pelan pemulihan strategik yang komprehensif dan juga bagi memastikan kelestarian, syarikat perlu menetapkan KPI pemulihan yang berfokus.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin menegaskan bahawa kerajaan kalau betul-betul mahu membela peneroka, pendekatan suntik dana berulang kali mesti dikaji semula dan digantikan dengan reformasi struktur disiplin tadbir urus dan sasaran prestasi yang ketat. Saya mencadangkan agar kerajaan mewajibkan pelan pemulihan tiga ke lima tahun FELDA dan FELCRA bagi menerima sokongan kewangan selari dengan syor audit. Suntikan dana baharu hanya dibenarkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
...Selepas pencapaian KPI pemulihan disahkan oleh Kementerian Kewangan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Saya jemput Yang Berhormat Tenggara.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Bismillahirrahmanirrahim.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua bagi ruang pada Tenggara bahas Laporan Ketua Audit Negara 1/2026 ini. Tuan Yang di-Pertua, laporan telah didedahkan 273 isu baharu berkaitan tadbir urus dan pengurusan kewangan di peringkat Persekutuan, negeri dan melibatkan agensi kerajaan, kementerian, jabatan, syarikat milik kerajaan. Laporan ini bukan hanya nak melaporkan kelemahan tetapi juga adalah sebagai satu semak dan imbang. Sangat penting bagi memperkukuh agenda reformasi tatakelola kerajaan.
Daripada 143 penyata kewangan agensi Persekutuan yang diaudit, 128 menerima pendapat tanpa teguran (unmodified opinion), 15 menerima pendapat diubahsuai (modified opinion) dan ini menjadi bukti majoriti agensi berada pada landasan baik. Kelemahan ketara tetap juga perlu diperbaiki. Jadi Tenggara ucapkan tahniah usaha Jabatan Audit Negara berjaya luaskan skop audit, laksana sistem e- SelfAudit yang merangkumi 1,856 entiti termasuk syarikat yang menerima kepentingan awam yang merupakan langkah penting dalam meningkatkan ketelusan dan tadbir urus kewangan kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, dapatan audit tidak harus dipandang ringan. Hasil audit telah membantu kerajaan memulihkan dan mengutip kembali sejumlah RM316.68 juta melalui tuntutan penalti, sewa tertunggak serta kutipan hasil lain. Ini membuktikan bahawa audit bukan sekadar proses semakan tetapi mampu menghasilkan hasil nyata bagi mengurangkan ketirisan dana awam. Jumlah ini bukan kecil. Ini adalah wang rakyat untuk pembangunan dan kebajikan.
Persoalannya, mengapakah hasil ini tidak dipungut lebih awal? Adakah kelemahan sistem kecuaian pentadbiran atau kurangnya tindakan penguatkuasaan?
Dalam keadaan fiskal negara yang mencabar, setiap ringgit amat bermakna.
Kegagalan pengutipan hasil menjejaskan aliran tunai kerajaan. Tenggara mendesak kerajaan tetapkan garis masa jelas pemulihan penuh dan bagi memperkukuhkan sistem pematuhan tunggakan dan wang rakyat mesti diurus dengan amanah, tegas dan telus.
Tuan Yang di-Pertua, Tenggara juga ingin menyentuh isu projek berimpak tinggi, lewat siap dan mengakibatkan kos meningkat. Kita bercakap tentang projek bernilai ratusan juta dan ada yang mencecah berbilion ringgit. Hospital, sekolah, highway, jalan raya, infrastruktur, bekalan air dan sebagainya. Ini bukan— ya
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Pontian, terima kasih. Ini bukan projek kecil tetapi penentu kualiti hidup, rakyat dan daya saing negara.
Namun apabila projek lewat, kos meningkat. Kena ada peruntukan tambahan. Dana daripada wang rakyat. Kena buat NOC dan sebagainya. Persoalan jelas, mengapa perancangan awal tidak mengambil kira risiko kenaikan harga dan kelewatan. Mengapa kontraktor yang gagal menepati jadual masih diberikan lanjutan tanpa tindakan tegas dan di mana pemantauan rapi bagi projek berimpak tinggi ini?
Tenggara ingin menambah sikit Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya dalam amalan berkerajaan, projek-projek kerajaan ini cenderung untuk dipotong peruntukannya. Kadang-kadang menggunakan satu angka ubah yang telah lama dah 10, 20 tahun pun dia punya penilaian.
Jadi, saya kira kerajaan sebenarnya untuk mengelakkan daripada berlakunya laporan berkaitan dengan ketidakberkesanan pengurusan projek ini, sepatutnya kena menilai pada keperluan dan penilaian harga baharu satu-satu projek itu.
Kadang-kadang kita cenderung nak memperjimatkan tapi at the end of the day sebenarnya kita kena buat juga NOC dan akhirnya melengahkan projek sekejap dan kos juga tetap bertambah. Keperluan rakyat tetap juga hendak dipenuhi.
Seterusnya adalah kelemahan projek bukan sekadar isu teknikal, ia isu tadbir urus, isu disiplin kewangan, isu integriti pelaksanaan dan tidak boleh membiasakan budaya lanjutan masa dan kos tambah yang saya sebut tadi. Jangan jadikan norma ini dalam projek kerajaan. Kena ada sedikit perubahan. Tenggara cadangkan setiap projek berimpak tinggi dipantau secara langsung di peringkat kementerian dengan laporan kemajuan dibentangkan secara berkala, penalti kelewatan mestilah dikuatkuasakan tanpa kompromi. Kontraktor gagal mesti dinilai semula kelayakan mereka dan rakyat menilai kerajaan bukan pada pengumuman projek tetapi pada kemampuan menyiapkan projek tepat pada masanya dan mengikut kos yang telah ditentukan.
Kalau boleh saya sentuh 14 Februari lalu saya ke Parlimen Dato Henry Sum Agong. Kebetulan tengok pekebun kecil getah dekat sana. Ada satu projek sakit, Sekolah Kebangsaan Long Sukang, Lawas, Sarawak. Dulu masa saya di Unit Perancangan Ekonomi sekarang Kementerian Ekonomi, saya menguruskan NOC sekolah kebangsaan ini. Jadi bila saya ke sana, saya ingat projek itu dah siap.
Rupanya masih terbengkalai dan menyakitkan mata, malah sekolah kebangsaan yang sekarang ini sepatutnya beroperasi ditarik dia punya kelayakan. Jadi, budak- budak ini kena bersekolah dekat satu sekolah yang temporary. Lebih kurang macam
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
sorry to say, macam kandang kambing juga sekolah itu. Jadi ini salah satu projek bila projek itu gagal, nak di-NOC dan melibatkan pengurusan yang tidak baik sehingga berbelas-belas tahun pun Sekolah Kebangsaan Long Sukang ini tetap tidak terjadi.
Contoh lain sikit Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Baik. Saya sebut kesekian kalinya projek RUMAWIP di Residensi Hektar Gombak ini. Ini pun kerajaan kena tengok juga. Ini ada Laporan Ketua Audit tengok projek-projek yang sebegini yang memberikan impak yang tidak baik kepada rakyat. Yang meninggal pun dah ada tapi rumah tak dapat-dapat.
Akhirnya di Tenggara sendiri, saya sebut sekali lagi Jambatan Pasir Salam di Kampung Orang Asli Pasir Intan yang peruntukannya diberikan oleh KKDW.
RM500,000 tak cukup. Dimohon NOC dapat RM850,000 tetapi masih gagal lagi disiapkan. Dana disalurkan kepada KEJORA, dilaksanakan oleh JPS tapi belum siap. Mungkin yang ini pun juga kerajaan kena tengok-tengokkan. Itu sahaja daripada Tenggara, Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Puan Yang di-Pertua, [Membaca sepotong ayat al-Quran] Maksudnya, “Bulan Ramadan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan al- Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza di antara yang benar dan yang batil”. Puan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada Pasir Salak untuk sama berbahas. Membaca Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 1/2026 ini, Pasir Salak sendiri tidak pasti sama ada mahu ketawa atau menangis atau sedih. Hari ini kita dibentangkan dengan pelbagai angka ketirisan, salah guna kuasa dan tatakelola yang entah ke mana di peringkat agensi tetapi apa lah sangat kepincangan di peringkat bawah jika di peringkat Perdana Menteri dan Menteri MITI sendiri membuat keputusan semberono yang lebih merugikan negara.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Puan Yang di-Pertua, kerajaan hari ini siang dan malam berzikir tentang tatakelola tetapi Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 1 2026 ditangan kita ini adalah bukti nyata bahawa tatakelola itu hanyalah retorik kosong. Namun, sebelum Pasir Salak pergi kepada ketirisan berbilion ringgit dalam laporan ini, Pasir Salak ingin menyentuh satu ketirisan mega yang tidak tercatat dalam laporan audit tetapi sedang menjadi bahan ketawa di seluruh Asia Tenggara, kepincangan perjanjian tarif Trump.
Puan Yang di-Pertua, baru-baru ini Mahkamah Agung Amerika Syarikat memutuskan bahawa tarif yang dikenakan oleh Presiden Trump ke atas negara luar adalah tidak sah. Susulan itu tarif baharu diperkenalkan dengan kadar seragam sekitar 10 peratus.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Pasir Salak, Pasir Salak.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Yang lucunya, negara- negara jiran...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Pasir Salak, Pasir Salak.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
...Kita di Asia Tenggara langsung tidak terjejas.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Pasir Salak, boleh bagi ruang Pasir Salak?
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Mereka hanya perlu membayar 10 peratus tanpa menggadaikan...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tak Speaker saya nak minta penjelasan sikit Speaker.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
...Apa-apa kedaulatan dasar tetapi Malaysia kerana terlalu gelojoh dan tergesa-gesa.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Speaker, Peraturan Dewan 36(6). Tadi Pasti Salak ada menyebutkan soal berkaitan dengan Menteri MITI dan juga Perdana Menteri yang merugikan negara. Jadi, kalau boleh saya nak penjelasan daripada Pasir Salak. Maksudnya disebutkan tadi tu Perdana Menteri dan juga Menteri MITI yang merugikan negara. Kalau boleh saya nakkan penjelasan daripada Pasir Salak.
Dan soal berkaitan dengan ART tu, pagi tadi dah dijawab oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, pagi tadi dalam PMQT. Soal berkaitan dengan keputusan Mahkamah Agung di Amerika Syarikat tu telah dijawab. Jadi, sepatutnya
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
tak perlu diulang lagilah persoalan berkaitan dengan perkara yang telah dijawab oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada pagi tadi. Cuma, saya nakkan penjelasan soal berkaitan dengan disebutkan tadi itu Perdana Menteri dan juga Menteri MITI menyebabkan negara rugi. Terima kasih, Datuk Speaker.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Biarlah saya ni dulu, berbahas dulu. Okey kerana terlalu gelojoh dan tergesa-gesa, PMX dan Menteri MITI telah memeterai perjanjian yang mengikat Malaysia dengan tarif 19 peratus iaitu hampir dua kali ganda. Susah payah Menteri MITI meyakinkan rakyat kononnya tarif 19 peratus ini...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Speaker, Speaker, Speaker, Peraturan Tetap 36(6) tu saya minta dijelaskan. Peraturan tetap ni, 36(6) ni tadi tu.
Jawab tu dulu, saya minta tu jawab tu dulu. Terima kasih Speaker.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Okey Puan Yang di-Pertua, susah payah Menteri MITI meyakinkan rakyat kononnya tarif 19 peratus ini bersama syarat bahawa kita perlu merujuk Amerika Syarikat...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tak, Speaker.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
...Sebelum membuat keputusan tertentu...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Speaker.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
...Merupakan hasil rundingan terbaik.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ini merupakan satu fitnah, Speaker kepada kerajaan yang ada pada hari ini, Perdana Menteri ini dan juga Menteri MITI ini. Dia sebut tadi tu dengan jelas. Saya nak minta dia jawab dulu penjelasan daripada Pasir Salak ni. Ini peraturan tetap.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pasir Salak nak buat penjelasan dulu?
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Tak perlu. Saya ingin teruskan perbahasan saya.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Boleh kata [Tidak jelas] suruh kita kata tak perlu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Baik, rundingan terbaik apa yang kita...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Tak bolehlah, kena jelas dulu.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
...Apa jika kita membayar hampir dua kali ganda berbanding dengan negara jiran...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Speaker dah buat petua minta penjelasan, kena...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sila duduk. Pasir Salak, sila buat penjelasan dahulu.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Apa yang perlu saya jelaskan?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Hulu Langat?
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Tentang apa?
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Macam mana rugi, macam mana rugi.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Speaker, apa yang dia sebut pun dia tak tahu ni. Eh, dia setakat baca teks je ni. Teks ni pun tak tahu siapa yang buat tu teks tu.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Dak saya kata saya...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tadi Pasir Salak sebut Perdana Menteri dan juga Menteri MITI.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Sangkaan jahat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sangkaan jahat merugikan negara. Apa dia yang Perdana Menteri dan juga Menteri MITI ni yang merugikan negara? Yang itu yang kita nakkan penjelasan. Kalau tidak, ini merupakan satu fitnah dan kita minta supaya tarik balik!
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Puan Yang di-Pertua, Perdana Menteri dan Menteri MITI telah membuat satu keputusan awal sebelum apa ini Amerika menyatakan― Mahkamah Agung menyatakan bahawa apa ni 10 peratus tentang ini tadi.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Sebab itu bila tak tahu, jangan sebut. Tarik balik Pasir Salak, sangkaan jahat.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
36(6), kalau disebutkan merugikan, butiran mana yang rugi, syarikat GLC mana yang rugi, syarikat mana yang rugi...
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tunggulah Menteri jawab, tunggu Menteri jawab. Kenapa sibuk?
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
...Kementerian mana yang rugi, apa rugi dan berapa ruginya?
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Eh! Tunggu Menteri...
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk dulu. Yang Berhormat Pasir Salak, hari ini kita adalah perbahasan untuk Laporan Ketua Audit Negara dan ini tak ada berkaitan. Jadi, saya rasa pun tak perlu bahas lagi kerana masa pun sudah tamat.
Jadi Yang Berhormat Pasir Salak, sila duduk, terima kasih. Saya menjemput Yang Berhormat Permatang Pauh.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Speaker saya nak minta dia minta maaf Speaker dan dia yang tarik kenyataan dia tadi tu. Saya nak minta dia tarik. Tak, sebab itu merupakan satu fitnah. Saya nak minta dia tarik balik speaker.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Tarik balik Speaker, minta
tarik balik. Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tak, kalau tak rugi pun Menterilah jawab. Kalau tak rugi Menteri jawab...
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Itu sangkaan jahat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tak, tarik balik, tarik balik, tarik balik. Perdana Menteri dah jawab dah pagi tadi.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Walaupun Perdana Menteri sudah jawab pagi tadi.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
...Kenapa sibuk nak jawab.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Perdana Menteri dah jawab pagi tadi. Tarik balik!
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Pasir Salak...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ini merupakan satu fitnah.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukuplah. Cukup Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Permatang Pauh.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Baju dah sama.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pengkalan Chepa, sila duduk. Yang lain sila duduk.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Baju sama warna jangan gaduh.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Permatang Pauh untuk membahaskan Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 1/2026. Laporan ini sebenarnya bukan sekadar angka. Dia mencerminkan tahap integriti, disiplin kewangan, keikhlasan kerajaan dalam menguruskan wang rakyat.
Daripada keseluruhan penyata kewangan yang diaudit, ada 128 menerima pendapat tanpa teguran. Tahniah kepada penjawat awam yang melaksanakan amanah dengan baik. Namun, ada 15 menerima pendapat diubah suai dan satu belum dikemukakan. Ini bukan angka kecil. Dari sudut kewangan, aset keseluruhan yang terlibat adalah hampir 2.838 Trilion. Liabiliti adalah 0.871 Trilion dan pinjaman melibatkan 130.188 bilion.
Yang membimbangkan, lima agensi sahaja yang menanggung hampir 101.878 bilion pinjaman LPPSA, PTPTN, FELDA, PR1MA dan juga LTAT. Jadi persoalan saya, apakah pelan mitigasi risiko sekiranya berlaku kegagalan bayaran balik? Berapakah jumlah jaminan kerajaan yang boleh bertukar menjadi liabiliti langsung kepada Perbendaharaan?
Puan Yang di-Pertua, isu yang kedua, penemuan audit terhadap UKM ini amat membimbangkan. 50.74 juta yuran dikutip tanpa kuasa, 32.36 juta tidak ada direkodkan, 21.02 juta lewat diserahkan, 31 hingga 291 hari, 5.32 juta belum diserah lebih pada tiga tahun. Dan ada isu lima pegawai UKM memegang jawatan dalam koperasi. Jadi ini bukan isu teknikal. Ini adalah isu kawalan dalaman dan juga integriti. Saya ingin bertanya, apakah siasatan tatatertib telah dimulakan? Dan apakah ada kawalan terhadap koperasi universiti awam yang mengurus dana yang sebesar seumpama ini?
Puan Yang Di-Pertua, seterusnya prestasi R&D negara menunjukkan jurang yang sangat ketara. Sasaran perbelanjaan kasar R&D adalah 2.5 percent daripada KDNK tetapi setakat 2022 yang hanya dicapai adalah 1.01 peratus sahaja. Nisbah penyelidik juga jauh daripada sasaran. Asalnya 30― 130 bagi setiap 10,000 tetapi sekarang kita hanya dapat 54 sahaja.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Permohonan paten, sasarannya 2,000 tapi dicapai tidak mencecah 1,000.
Global Innovation Index dengan izin, disasarkan top 20 di dalam dunia tetapi kedudukan kita masih lagi di tangga 34. Lebih serius lagi, ada lebih kurang 183 juta geran tidak dipulangkan kepada agensi pelaksana, 107 juta dibelanja tak patuh syarat perjanjian dan ada 19 prototaip tidak dapat dikesan. Jadi soalan saya sekarang, apakah pelan reformasi menyeluruh untuk R&D negara? Adakah kerajaan ada pelan pemulihan jelas berdasarkan indikator prestasi yang lebih ketat ataupun kita akan terus membaca kelemahan yang sama setiap tahun.
Puan Yang Di-Pertua, bagi projek MyDigital ID seperti yang disebut oleh MP, MP yang lain, ini projek melibatkan data rakyat. Jadi soalan saya, apakah jaminan keselamatan data kita ini berada pada tahap tertinggi? Bagaimanakah kerajaan untuk mengelakkan pertindihan dan pembayaran yang tidak mengikut tatakelola dan juga tadbir urus yang betul?
Berkaitan dengan tatakelola dan tadbir urus syarikat kerajaan pula, seperti yang dibentangkan oleh laporan audit, ada hampir 52 syarikat tak capai komposisi lembaga yang disarankan. Ada empat syarikat tidak selaras dengan objektif.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Ada 113 syarikat tiada pengarah bebas. Ada 119 syarikat tiada jawatankuasa audit dan ada hampir 62 syarikat dorman lebih daripada lima tahun. Jadi soalan saya, apakah perancangan kerajaan terhadap syarikat-syarikat yang tak aktif ini? Mengapa masih wujud syarikat tanpa jawatankuasa audit? Adakah wujud unsur pelantikan politik mengatasi kepakaran dalam pelantikan di dalam syarikat ini?
Puan Yang di-Pertua, Audit Negara telah melaksanakan tanggungjawab dan sekarang tanggungjawab ini terletak kepada pihak kerajaan. Jadi, saya mohon pihak kerajaan untuk mengambil tindakan tegas terhadap apa yang telah didedahkan oleh Audit ini dan juga mengambil tindakan terhadap beberapa skandal yang disebut oleh ramai Ahli Parlimen sebentar tadi seperti skandal IJM, skandal Ketua Pesuruhjaya SPRM, mafia korporat.
Dan juga saya nak sentuh juga, mungkin juga boleh disiasat juga ataupun diberikan penekanan terhadap isu salah guna kuasa pengurusan dan tatakelola berkaitan dengan Timbalan Ketua Menteri I Negeri Pulau Pinang berkaitan dengan isu zakat. Jadi, mudah-mudahan kerajaan dapat mengambil tindakan. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya jemput Yang Berhormat Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, salam perpaduan, salam Malaysia MADANI. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 1/2026 mendedahkan satu realiti pahit, jurang yang membimbangkan antara aspirasi Kerajaan MADANI dengan pelaksanaan di lapangan. Tatakelola, ketirisan dan pelbagai permasalahan yang wujud di dalam pelbagai sektor, termasuklah pendidikan dan ini sangat menggusarkan dan tidak boleh diterima kerana ia membabitkan dana awam atau wang rakyat.
Puan Yang di-Pertua, dilaporkan sebanyak 15 agensi Persekutuan telah diberikan modified opinion, dengan izin, ia nya meningkat berbanding tahun sebelumnya. “Gajah di depan mata” bukan lagi kiasan tetapi realiti ketirisan dalam agensi kita. Sistem e-SelfAudit mendedahkan 52 syarikat kerajaan tidak mencapai saranan komposisi lembaga pengarah. Mengapa agensi strategik seperti Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dibiarkan beroperasi dengan hanya seorang wakil kerajaan, sedangkan terma rujukan (TOR) mewajibkan tiga orang? Adakah ketiadaan pengawasan ini sengaja dibiarkan untuk memudahkan keputusan yang membelakangkan keputusan kepentingan awam?
Puan Yang di-Pertua, walaupun RM3.563 bilion diperuntukkan di bawah RMK12 untuk R&D&C&I, objektif strategik untuk memperkukuhkan ekosistem digital masih belum dicapai sepenuhnya. Pelajar universiti dan penyelidik muda bergantung kepada dana ini untuk inovasi. Apabila pelaburan penyelidikan dan pembangunan negara masih rendah dan pengkomersialan kurang memberi impak, ia mengehadkan peluang belia untuk bersaing di peringkat global. Kita perlukan penyelarasan berpusat bagi ekosistem R&D and C&I ini untuk mengelakkan pembaziran dan memastikan setiap Ringgit sampai kepada sasaran iaitu inovasi rakyat dan pembangunan bakat belia.
Puan Yang di-Pertua, laporan juga menyentuh mengenai isu kutipan hasil tanpa kelulusan pihak berkuasa yang berkaitan serta penggunaan peruntukan pembangunan untuk tujuan belanja mengurus di agensi tertentu seperti MARDI dan Cradle Fund. Hal ini sering berlaku apabila keputusan kewangan dibuat tanpa melalui jawatankuasa kewangan atau teknikal yang sepatutnya memberikan perakuan sebelum kelulusan akhir diberikan.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Persoalan besar saya hari ini, mengapa wujud budaya membelakangkan jawatankuasa dalam membuat keputusan yang besar? Adakah jawatankuasa- jawatankuasa ini hanya sekadar hiasan di atas kertas, manakala keputusan sebenar dibuat di bilik belakang tanpa mandat yang sah? Rakyat perlu tahu mengapa ini berlaku.
Di MARDI, dana daripada 14 projek pembangunan dengan siling RM137.50 juta dikesan digunakan untuk perbelanjaan mengurus seperti emolumen dan utiliti yang menyalahi garis panduan peruntukan pembangunan. Sedangkan peruntukan perbelanjaan mengurus telah ada. Ini merupakan trick, dengan izin, untuk menutup ketirisan yang berlaku. MARDI sepatutnya menjadi organisasi yang proaktif serta sistematik dalam mengurus belanja. Namun, Audit menunjukkan sebaliknya dan situasi ini amat membimbangkan.
Puan Yang di-Pertua, institusi pendidikan merupakan wadah pembentukan insan, tempat akal diasah, nilai dibentuk dan masa depan yang dirintis. Ia bukan sekadar ruang pembelajaran tetapi medan membina jati diri, kepimpinan dan peradaban sebuah bangsa. Namun, terdapat ketirisan dan tatakelola berlaku di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Laporan juga mendedahkan bahawa perjanjian kerjasama untuk memungut yuran bagi program-program tertentu seperti SPEND dan DPLI tidak mendapat kelulusan lembaga pengarah universiti (LPU) dan hanya diluluskan di peringkat mesyuarat pengurusan universiti. Malah, senarai lima orang pegawai UKM memegang jawatan tertinggi di dalam koperasi yang bertanggungjawab mengutip yuran pengajian ini.
Hal ini menyebabkan kutipan yuran berjumlah 50.74 juta oleh koperasi tersebut diklasifikasikan sebagai tidak sah dan tiada mandat yang diberikan untuk mengutip hasil universiti. Implikasinya, pendapatan universiti bagi tahun 2024 terkurang sebanyak 19.88 juta kerana dana tersebut masih berada di tangan koperasi dan tidak diakaunkan kepada hasil UKM. Perkara ini tidak boleh dimaafkan, perlu ada reformasi segera dan untuk mengelak ia berulang lagi.
Saya mencadangkan agar semua IPT melakukan mandatory audit bagi mengelak dari berlakunya perkara sebegini berulang kembali. Kita tidak mahu institusi pendidikan yang sepatutnya membina anak bangsa, malah menjadi lubuk sesetengah pihak mengaut keuntungan.
Puan Yang di-Pertua, yang terakhir, saya memuji Kerajaan MADANI kerana berani dan telus, tiada yang disembunyikan di bawah karpet. Ini jelas kecenderungan
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
kerajaan dalam melawan salah laku, mahupun ketirisan. Kita tidak mahu perkara ini berlaku dan berulang lagi. Dan saya percaya Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mempunyai resepi yang baik melaksanakan reformasi demi kesejahteraan dan negara yang lebih baik. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Saya jemput Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana turut memberi ruang kepada saya, Maran untuk turut membahaskan Laporan Ketua Audit Negara 1/2026.
Walaupun Yang Berhormat Menteri telah menjelaskan pembentangan laporan ini serta perbahasan yang diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen menunjukkan kerajaan cukup terbuka tetapi apakah kerajaan telah membuat penelitian terhadap kesalahan-kesalahan berulang yang dilakukan oleh agensi dan kerajaan juga anak- anak syarikat walaupun ia melibatkan agensi yang berlainan?
Apakah kerajaan meneliti sejauh mana agensi mengambil perhatian, ingatan dan pengajaran daripada kesalahan ini? Kesalahan dan laporan kelemahan yang dibentangkan oleh pihak Audit. Ini seolah-olah laporan demi laporan dikeluarkan tetapi tidak memberi apa-apa kesan dan pengajaran kepada kita untuk membuat perubahan dan penambahbaikan. Justeru, di awalnya saya ingin bertanya. Berapa banyakkah tindakan yang telah diambil terhadap mereka yang terlibat, hasil daripada pembentangan atau pelaporan audit ini?
Dan saya mengucapkan terima kasih banyak kepada Jabatan Audit Negara kerana telah banyak membantu kerajaan bagi mengelakkan kerugian dan juga kerugian kepada rakyat dan negara. Tapi jika tindakan tidak dilakukan, ini bermakna kita mensia-siakan jasa dan khidmat yang telah dilakukan oleh Jabatan Audit Negara.
Kita semua bersetuju bahawa melahirkan penyelidik PhD bukan sekadar urusan universiti tetapi tanggungjawab besar negara. Mereka inilah sepatutnya menjadi nadi inovasi mengisi sasaran 130 penyelidik dan memacu penciptaan paten untuk negara. Namun, Laporan Audit mendedahkan kita sedang gagal melahirkan produk penyelidikan dan tenaga penyelidik yang diharapkan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Bagaimana mungkin wang yang sepatutnya boleh membiayai ratusan projek PhD dan menaik taraf makmal kini tergantung dalam sistem tanpa beri apa-apa impak hampir satu dekad. Projek terbengkalai kerana pelajar tidak menyambung pengajian, ketua projek meletak jawatan dan 26 peratus projek terpaksa dilanjutkan hanya kerana kelewatan mendapatkan calon pelajar yang sesuai, seolah-olah geran diluluskan dulu, pelajar difikirkan kemudian, sedangkan kita ada ramai pelajar berminat.
Masalah sebenar yang mungkin— kegagalan memadankan pelajar dengan projek dari awal, ditambah pula infrastruktur penyelidikan yang daif seperti 201 projek bernilai 41.06 juta di UKM yang terjejas akibat bangunan berkulat sejak 2010 dan hanya mula dinaikkan taraf pada 2023 tapi masih belum siap. Apakah tindakan yang diambil dalam kes ini? Persoalan saya, di mana punca utama masalah ini berlaku?
Apakah tidak terdapat panel khas yang berintegriti untuk menilai dan memproses serta membuat kelulusan cadangan ini? Apakah tindakan tegas kerajaan dalam hal ini?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Dato’ Yang di-Pertua, lebih membimbangkan, dalam perlumbaan paten global, Malaysia semakin tercicir. China memfailkan lebih sejuta paten setahun, Amerika Syarikat ratusan ribu dan ASEAN sendiri menyaksikan peningkatan hampir 70 peratus dalam pemfailan paten dengan pelaburan R&D sekitar puluhan bilion dolar.
Sedangkan, Malaysia hanya purata sekitar 900 hingga 1,000 paten setahun dan 70 hingga 85 peratus permohonan datang daripada pemohon asing, bukannya pencipta tempatan. Paten tempatan pula tertumpu kepada bidang tradisional sementara dalam AI, robotik dan bioteknologi lanjutan, Malaysia hampir tidak kelihatan dalam peta global sehingga MyIPO sendiri mengakui sasaran 2,000 paten setahun sukar dicapai.
Saya ingin bertanya, apakah strategi nasional untuk membaiki insentif pembiayaan dalam kerangka kolaborasi industri universiti supaya gelombang startup tempatan benar-benar diterjemahkan kepada lebih banyak paten bernilai tinggi dalam bidang— [Tidak jelas] seperti AI, robotik dan bioteknologi? Adakah kerajaan bersedia melaksanakan reform institusi yang menyeluruh dengan menguatkuasakan peranan MOSTI melalui satu unit pemantauan RDCI bersepadu yang mempunyai kuasa jelas merentas KPT, MITI dan KPKM?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Adakah kerajaan mengakui bahawa kegagalan memadankan pelajar dengan projek baki geran RM183.11 juta yang tertahan dan makmal berkulat di universiti bukan sekadar isu pelaksanaan di peringkat kampus tetapi petunjuk bahawa reka bentuk dan tadbir urus ekosistem latihan PhD negara sendiri sedang bermasalah dan memerlukan reformasi menyeluruh di peringkat dasar?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terakhir, Yang di- Pertua, legasi dan kelewatan projek Pelaburan Hartanah Berhad yang menjejaskan pelaburan Bumiputera. Projek Lot 61, Bangsar mengalami kelewatan sehingga 1,771 hari, hampir lima tahun dan masih belum siap sepenuhnya. Apa yang lebih membimbangkan, projek ini masih gagal mendatangkan Certificate of Completion and Compliance kerana gagal menyiapkan terowong bawah tanah. Sedangkan, projek-projek yang lain yang lebih penting seperti pembinaan Hospital Maran dah diluluskan tetapi ditinggalkan begitu sahaja. Ini menunjukkan bahawa kita tidak serius dalam melaksanakan projek-projek tanah seperti ini.
Saya ingin minta kerajaan bertindak tegas terhadap apa sahaja penyelewengan dan kesilapan ini yang dilakukan oleh jabatan-jabatan kerajaan, kementerian dan agensi-agensi melalui laporan audit yang telah pun dikeluarkan ini.
Dan saya meminta supaya tindakan dikenakan kepada mereka yang bertanggungjawab melakukan penyelewengan di atas apa juga penipuan-penipuan yang telah terlibat sehingga dilahirkan oleh Jabatan Audit atas kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh pihak-pihak yang berkenaan.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Maran. Saya jemput Yang Berhormat Hulu Selangor.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Puan Yang di-Pertua, perkara pertama saya nak menyentuh berkaitan pengauditan Program Penyelidikan Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi.
Saya melihat kepada Laporan Ketua Audit Negara, antara isu utama adalah ketidakpatuhan terhadap garis peruntukan dan tadbir urus yang lemah menjadi punca kepada pembaziran yang turut menjejaskan sistem pengurusan dan projek penyelidikan yang ada. Terdapat baki geran penyelidikan yang tidak dipulangkan
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
melibatkan beberapa kementerian termasuk Kementerian Pendidikan Tinggi yang mencatat jumlah paling besar iaitu sebanyak RM110.6 juta.
Dana awam adalah dana yang diluluskan bagi tempoh dan skop tertentu.
Seharusnya ia dikembalikan untuk digunakan bagi projek-projek penyelidikan yang lain. Adakah setiap kementerian yang terlibat mempunyai mekanisme automatik untuk mengesan baki dana selepas tamatnya tempoh sesuatu projek atau hanya bergantung kepada laporan manual daripada penerima geran? Perkara ini perlu diteliti semula.
Seterusnya Puan Yang di-Pertua, isu penyalahgunaan peruntukan R&D tetapi digunakan untuk pengurusan dalam Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang melibatkan RM33.8 juta juga perlu diberikan perhatian yang serius.
Kementerian sewajarnya memperjelaskan tindakan dan jaminan yang diberikan supaya perkara yang sama tidak lagi berulang pada masa akan datang.
R&D ialah pelaburan jangka panjang negara. Tetapi, pelaburan ini hanya bermakna jika setiap ringgit diuruskan dengan ketelusan dan berintegriti. Saya amat berharap agar setiap kementerian yang terlibat iaitu KPT, MITI, MOSTI dan juga KPKM dapat memberikan penjelasan dan pelan tindakan konkrit untuk memastikan kelemahan tadbir urus diatasi dan pelaburan besar negara dalam R&D dapat menghasilkan impak yang setimpal.
Puan Yang di-Pertua, perkara kedua yang ingin saya sentuh adalah berkaitan dengan pengauditan pematuhan perbelanjaan projek pembangunan MyDigital ID oleh MIMOS Berhad. MyDigital ID bukan satu projek yang kecil dan merupakan komponen kritikal dalam agenda pendigitalan negara. Ia berkait langsung dengan keselamatan data rakyat dan integriti sistem digital kerajaan.
Laporan audit mendedahkan kelemahan yang cukup serius yang mana struktur tadbir urus projek tidak berfungsi sebagaimana yang ditetapkan. Bila struktur tidak berfungsi, maka risiko salah guna peruntukan, pembaziran dan ketirisan menjadi semakin tinggi. Kita boleh lihat dalam laporan audit menyatakan RM28.13 juta dibelanjakan tanpa kelulusan jawatankuasa yang ditetapkan.
Begitu juga dengan RM14.09 juta peruntukan pembangunan tetapi digunakan untuk perbelanjaan operasi. Ini isu yang sama dengan apa yang berlaku dalam audit R&D yang saya sebutkan sebentar tadi. Peruntukan pembangunan tersebut sepatutnya digunakan untuk mengukuhkan sistem, meningkatkan keselamatan data dan kapasiti teknikal, bukan digunakan untuk operasi.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Saya mohon kerajaan dan kementerian yang terlibat segera memperkemaskan struktur jawatankuasa kelulusan projek dan membentangkan pelan pemulihan bagi menyelesaikan isu yang telah dibangkitkan dalam Laporan Audit Negara ini.
Puan Yang di-Pertua, perkara seterusnya yang ingin saya sentuh adalah berkaitan inisiatif sistem e-SelfAudit yang telah diperkenalkan untuk membolehkan proses pengauditan dilaksanakan sepenuhnya terhadap entiti yang diwartakan. Ia nya adalah satu inisiatif yang baik dari sudut dasar. Namun, peluasan sistem ini mestilah disertai pemeriksaan kualiti dan integriti data. Sekiranya e-SelfAudit dilaksanakan dengan berkesan, kita sepatutnya melihat penurunan dalam teguran audit berulang, pengurangan ketidakpatuhan dan peningkatan disiplin pengurusan kewangan di peringkat kementerian dan jabatan.
Jadi, saya ingin mendapatkan penjelasan. Apakah kadar keberkesanan sebenar sistem e-SelfAudit yang telah diperkenalkan ini? Berapa banyak isu yang berjaya diperbetulkan sebelum proses audit luar dilaksanakan? Dan, apakah langkah penambahbaikan yang sedang dirancang bagi memastikan perubahan yang lebih baik dalam pengurusan kewangan kerajaan pada masa akan datang?
Puan Yang di-Pertua, yang terakhirnya, saya menyeru agar semua syor audit yang telah dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara ini diambil secara serius oleh semua kementerian yang terlibat sebagai komitmen untuk melaksanakan reformasi sebenar dalam memastikan integriti kewangan negara terus terpelihara.
Sekian, terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Hulu Selangor. Saya jemput Yang Berhormat Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Salam sejahtera.
Laporan Ketua Audit Negara 1/2026 bukan sekadar dokumen tahunan. Ia adalah cermin yang memantulkan segala kelemahan serius dalam sistem pengurusan kewangan negara. Sebanyak 273 isu baharu didedahkan dalam LKAN ini. Soalnya, mengapa angka ini terus berulang setiap tahun? Jika teguran audit saban tahun tidak membawa perubahan ketara, maka masalahnya bukan pada prosedur, tetapi pada komitmen dan keberanian untuk kita menentukan akauntabiliti.
Kita tidak boleh lagi berpuas hati dengan jawapan seperti “Akan ditambah baik”,
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
“Dalam proses siasatan” atau “Sedang diteliti”. Rakyat di luar sana mahukan tindakan, bukan alasan.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Soalannya, sampai bila teguran audit hanya menjadi satu ritual tahunan tanpa pembetulan sistematik? Puan Yang di-Pertua, isu pertama yang banyak dibangkitkan oleh pembahas terdahulu UKMShape dan shadow banking dengan izin dalam IPTA. Penemuan melibatkan Universiti Kebangsaan Malaysia melalui UKMShape amat mengejutkan. RM50.74 juta yuran pelajar dikutip oleh koperasi tanpa kuasa bertulis LPU. RM32.36 juta juga tidak direkodkan dalam penyata kewangan. Ini bukan kecuaian yang kecil, Tuan Yang di-Pertua. Ini sistem kewangan selari dengan shadow banking dengan izin, dalam institusi awam.
Bagaimana sebuah entiti luar boleh mengutip dana pelajar tanpa kelulusan formal? Bagaimana konflik kepentingan lima pegawai universiti dalam koperasi tersebut boleh berlaku tanpa pengawasan? Betong mendesak, satu audit forensik bebas dilaksanakan ke atas semua unit perniagaan strategik IPTA, bukan hanya UKM. Kedua, dasar pemisahan fungsi yang tegas antara universiti dan juga entiti berkaitan diwajibkan. Ketiga, tindakan tata tertib dan surcharge perlu dikenakan kepada pegawai yang didapati bersalah yang terlibat. Sebab integriti institusi pengajian tinggi tidak boleh dikompromi. Saya menegaskan, jika tindakan hanya bersifat pentadbiran ringan, mesej yang dihantar ialah salah guna tadbir urus tidak akan membawa akibat serius.
Puan Yang di-Pertua, perkara yang kedua iaitu dana R&D syarikat dormant dan juga risiko fiskal. LKAN kali ini turut mendedahkan RM183.11 juta geran R&D tidak dipulangkan oleh 11 agensi pelaksanaan. Ada yang tertunggak lebih 10 tahun, Puan Yang di-Pertua. Ini bukan isu teknikal, ini kegagalan disiplin kewangan.
Kedua, sasaran Perbelanjaan Kasar Penyelidikan dan Pembangunan
(GERD), 2.5 percent gagal dicapai. Hanya dapat mencapai 1.01 percent. Bagaimana kita mahu bercakap soal ekonomi berinovasi jika pengurusan dana penyelidikan sendiri pun kita tidak dapat dikawal? 13 syarikat milik MKD mencatat keuntungan tetapi tidak membayar dividen. 36 syarikat dormant menanggung liabiliti RM1.248 bilion. 141 syarikat kerajaan berdepan isu kelangsungan operasi. BERNAMA pula gagal merekodkan sumbangan RM4.28 juta kerana kelemahan integrasi sistem.
Ini bukan kes terpencil, ini adalah pola kelemahan tadbir urus korporat kerajaan. Soalnya, mengapa dana pendidikan tidak dipantau sehingga perlu ditegur audit? Mengapa syarikat untung tidak menyumbang pulangan kepada kerajaan
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
sebagai pemegang saham? Adakah Kementerian Kewangan bersedia merasionalisasikan atau menutup semua syarikat dormant yang membebankan fiskal negara? Kita tidak boleh terus mempertahankan struktur yang tidak produktif atas alasan birokrasi.
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang ketiga yang terakhir ialah PTPK. Risiko insolvensi dan masa depan TVET. Status kewangan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) amat membimbangkan. Dilaporkan baki pinjaman mencecah RM3.52— RM5 bilion dengan peruntukan hutang ragu yang tidak mencukupi. Risiko insolvensi ini bukan lagi teori, ia nya satu kemungkinan yang nyata.
Jika dana pusingan PTPK runtuh, siapa yang terkesan? Bukan birokrat, tetapi anak-anak luar bandar yang bergantung kepada TVET untuk mobiliti sosial. Jadi Betong yang ingin bertanya kepada kementerian, apakah pelan pemulihan konkrit untuk menstabilkan aliran tunai PTPK? Adakah penstrukturan semula model kutipan balik pinjaman sedang dilaksanakan dan mengapakah amaran risiko kewangan tidak dikesan lebih awal melalui pemantauan dalaman? Kita tidak boleh bercakap soal memperkasakan TVET jika dana pembiayaannya sendiri rapuh.
Puan di-Pertua, berdasarkan kepada penemuan-penemuan ini, Betong mencadangkan tiga tindakan tegas. Yang pertama, automatic clawback mechanism dengan izin, di mana baki geran yang tidak digunakan didebit secara automatik selepas enam bulan.
Kedua, pengisytiharan tahunan kawalan dalaman dengan liabiliti peribadi pegawai pengawal. Ketiga, kuasa PAC mencadangkan pemotongan bajet kepada kementerian yang gagal menutup teguran audit berulang. Tanpa penalti fiskal, teguran audit hanya menjadi ritual tahunan.
Tuan Yang di-Pertua, dalam ekonomi global, reputasi tadbir urus menentukan kos pinjaman penarafan kredit dan aliran FDI. Jika kelemahan ini berulang, keyakinan pelabur akan terhakis. Kita tidak boleh bercakap tentang Ekonomi MADANI dan disiplin fiskal jika asas tadbir urus masih rapuh.
LKAN 1/2026 ialah amalan keras. Jika kerajaan benar-benar komited kepada reformasi, tindakan mesti menyusul, bukan sekadar kenyataan media. Jadi Puan di- Pertua, rakyat kita menilai kita berdasarkan ucapan tetapi berdasar — bukan menilai berdasarkan ucapan tetapi berdasarkan keberanian kita menghukum salah laku dan membetulkan sistem yang salah. Sekian, mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Betong, saya menjemput Yang Berhormat Rantau Panjang.
Datoʼ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Laporan Ketua Audit Negara untuk tahun 2026 ini.
Dan di mana dalam Tuan Yang di-Pertua, kita melihat banyak isu-isu yang telah didedahkan termasuk iaitu melaporkan mengenai sistem e-SelfAudit ke atas syarikat Kerajaan Persekutuan di mana terdapat satu pendedahan yang sangat mengejutkan mengenai syarikat yang berstatus dormant, tidak aktif di mana 62 syarikat yang telah berstatus dormant ini melebihi lima tahun, namun kerajaan masih membelanjakan RM9.206 juta. Jadi saya ingin penjelasan mengapa perkara ini masih terus berlaku.
Lebih parah lagi, 36 syarikat zombi ini mempunyai liabiliti bersih mencecah RM1.248 bilion dan terpaksa bergantung kepada talian hayat, merupakan suntikan dana daripada kerajaan atau syarikat induk untuk membayar hutang. Persoalannya, mengapa kerajaan masih menyimpan syarikat-syarikat yang telah lama mati tetapi terus memakan hampir RM100 juta wang rakyat? RM1.2 bilion hutang syarikat mati ini sebenarnya akan ditanggung oleh siapa? Mohon penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua, Laporan Ketua Audit Negara juga mendapati MARDI telah menggunakan sejumlah RM33.80 juta iaitu bersamaan dengan 29.6 peratus daripada peruntukan pembangunan RDCI untuk tujuan perbelanjaan mengurus.
Daripada RM114.15 juta yang dibelanjakan di bawah 14 projek RDCI ini dengan dua projek khas dalam Rancangan Malaysia yang Kedua Belas, hampir satu pertiga sebenarnya digunakan untuk kos operasi harian di mana MARDI melihat ini adalah kos yang sah dan penting untuk menjalankan penyelidikan. Apakah perbelanjaan tersebut?
Jadi 38.2 peratus untuk tuntutan perjalanan pegawai penyelidik, 32.3 peratus untuk emolumen dan elaun kakitangan kontrak termasuk pembantu penyelidik dan penolong pegawai penyelidik. Servisnya adalah perbelanjaan operasi lain yang tidak dapat dielakkan. Tuan Yang di-Pertua, ini bukan pembaziran. Ini adalah kos sebenar menjalankan penyelidikan pertanian. Penyelidik MARDI perlu turun ke lapangan, ke ladang, ke kebun, ke stesen penyelidikan ke seluruh negara. Mereka memerlukan
Datoʼ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
bantuan kakitangan sokongan. Fasiliti perlu diselenggara. Tanpa semua ini, penyelidikan tidak mungkin dapat dijalankan.
Persoalannya melalui jawapan balas MARDI dalam laporan ini menunjukkan bahawa pihak pengurusan MARDI telah lama menyedari bahawa peruntukan operasi yang diberikan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan tidak mencukupi untuk menampung kos operasi sebenar sebuah institusi penyelidikan pertanian nasional.
MARDI terpaksa meminjam dari peruntukan R&D semata-mata untuk memastikan mesin penyelidikan terus berfungsi. Ini bukan niat untuk menyeleweng.
Ini adalah simptom daripada kekurangan dana operasi yang kronik dan sistematik.
Malah, MARDI sendiri telah akur dengan penemuan audit ini dan telah merangka...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Rantau Panjang, mencelah.
Datoʼ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Masa sikit jer.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sikit, soalan pendek je. Saya nak tanya Rantau Panjang, setuju tak MARDI tadi ini, dormant company yang disimpan tak dimansuhkan dormant company ini, adakah company, company ini ada kaitan dengan pihak-pihak tertentu dalam kementerian? Sekian, terima kasih.
Datoʼ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Ya, saya minta apa yang ditanya oleh Yang Berhormat Pendang ini dimasukkan dalam ucapan saya dan minta Menteri jawab. Kita melihat bagaimana pertimbangan ini harus dikira.
Jadi, saya ingin tahu apakah inisiatif masa depan bagi menutup kelompongan kos yang akan datang. Isu ini perlu diletakkan dalam konteks yang lebih besar dan bagaimana laporan juga mendedahkan bahawa pada 30 Jun 2025, lima daripada enam objektif RDCI dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas masih belum dicapai.
Datoʼ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Perbelanjaan kasar R&D hanya 0.01 peratus daripada KDNK, jauh daripada sasaran 2.5 peratus. Jadi saya ingin tahu, berapakah jumlah peruntukan mengurus yang diterima oleh MARDI setiap tahun daripada KPKM berbanding dengan keperluan sebenar yang dianggarkan oleh MARDI? Adakah kerajaan bersedia melalui Rancangan Malaysia Ketiga Belas untuk mengkaji semula formula peruntukan operasi kepada MARDI secara realistik dan sekali gus, menghapuskan keperluan untuk memindahkan dana R&D ke operasi? Laporan Audit juga menyatakan MARDI perlu membentangkan kertas kerja penambahbaikan pada 5 Februari 2026.
Datoʼ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Apakah keputusan mesyuarat tersebut? Adakah peraturan kewangan MARDI kini telah diselaraskan sepenuhnya dengan peraturan Perbendaharaan? Sebagai penanda aras, kita lihat dalam Laporan Global Innovation Index 2025 sendiri mengenal pasti bahawa pelaburan BERD dan GERD ini dan hasil penyelidikan Malaysia tidak setanding dengan negara maju sebagai kelemahan utama ekosistem inovasi negara. Ini hanya boleh diperbaiki jika institusi seperti MARDI beroperasi dengan sumber yang mencukupi, bukan dengan tangannya diikat di belakang.
Tuan Yang di-Pertua, penemuan audit Ketua Audit Negara ini sepatutnya kita baca bukan sebagai pendakwaan terhadap institusi-institusi seperti MARDI tetapi sebagai pengakuan bahawa negara kita masih terlalu berkira untuk membiayai operasi penyelidikan. Kemudian terkejut apabila penyelidik terpaksa mencari jalan lain. Jika kita serius tentang Malaysia sebagai negara berteknologi tinggi menjelang 2030, kita mesti berani memperuntukkan dana operasi yang sepadan dengan cita- cita penyelidikan kita.
Saya harap perkara ini diambil tindakan yang serius oleh pihak kerajaan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Saya jemput Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullah, salam Ramadan. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya juga bangun bersama untuk membahaskan Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 1/2026 yang membentangkan kedudukan Penyata Kewangan Agensi Persekutuan bagi tahun 2024. Sepertimana yang disebut oleh rakan-rakan pembahas sebelum ini, laporan ini tidak sekadar dokumen teknikal tetapi wajah integriti tadbir urus kewangan negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya membangkitkan ada lima perkara penting yang ingin disentuh dalam perbahasan ini. Yang pertama, penurunan prestasi tadbir urus kewangan. Daripada 145 agensi, hanya 128 menerima pendapat tanpa teguran berbanding 135 pada tahun sebelumnya. Ini menunjukkan kemerosotan kualiti tadbir urus kewangan. Sebanyak 15 agensi menerima pendapat diubah suai dan semuanya pendapat yang berteguran. Pertanyaan saya kepada pihak kerajaan, yang pertama, mengapakah berlaku peningkatan ketara dalam pendapat diubah suai?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang kedua, apakah pelan intervensi khusus Kementerian Kewangan untuk memperbaiki agensi yang berisiko tinggi? Dan yang ketiga, adakah KPI ketua jabatan dikaitkan dengan status audit ini? Jika audit semakin bertambah baik dari segi kuasa melalui pindaan Akta Audit 1957, mengapa kualiti penyata kewangan pula menurun?
Yang kedua, isu ketidakpatuhan yang serius iaitu kes Universiti Kebangsaan Malaysia yang banyak dibahaskan oleh rakan-rakan tadi. Dan saya ingin membangkitkan perkara ini, sangat penting untuk diambil dengan serius oleh pihak kerajaan. Bagaimana penemuan audit di UKM itu yang sangat-sangat merisaukan kita dan menyedihkan kita. Di antara dapatan yang diperoleh dalam laporan ini iaitu RM50.74 juta yuran pelajar dikutip koperasi tanpa kuasa sah dan RM21.02 juta yuran lewat diserah, termasuk RM5.32 juta yuran masih belum diserah dan juga komisen RM5.94 juta kepada agen tidak sah dan konflik kepentingan melibatkan lima pegawai universiti.
Persoalan saya, adakah ini juga ada kaitan dengan kuasa autonomi yang diberikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kepada universiti-universiti awam untuk membuat satu pendaftaran terbuka, termasuklah pelajar-pelajar daripada luar negara dan pelajar-pelajar tempatan? Dan bagaimana juga kita menyatakan apa yang berlaku di UKM ini memberi kesan kepada keseluruhan institusi-institusi pengajian tinggi yang lain?
Di ketika mana rakyat melihat secara kasarnya, kenapa sebuah institusi pengajian tinggi yang mempunyai fakulti perakaunan, fakulti ekonomi telah menghadapi soal integriti dan juga tadbir urus yang lemah ini? Ini bukan kesalahan teknikal, bahkan ini isu integriti dan pelanggaran tatakelola yang serius.
Jadi, persoalan saya, adakah siasatan tatatertib dan forensik telah dimulakan? Dan yang kedua, mengapa perjanjian tidak mendapat kelulusan Menteri Kewangan? Dan yang ketiga, adakah Kementerian Pengajian Tinggi akan menilai semula model pengurusan yuran di semua universiti awam? Yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, iaitu berkaitan risiko kewangan dan isu going concern, dengan izin.
Audit turut menekankan isu usaha berterusan di Perbadanan Perwira Harta Malaysia yang fakta menunjukkan aset sebanyak RM57.54 juta, liabiliti semasa RM79.49 juta dan defisit bersih RM21.95 juta. Dilaporkan bahawa Perbadanan Perwira Harta Malaysia operasinya dihentikan pada 31 Mei 2025 dan diambil alih oleh Jabatan Hartanah Lembaga Tabung Angkatan Tentera.
Jadi persoalan saya, berapakah jumlah liabiliti sebenar yang akhirnya terpaksa ditanggung oleh kerajaan? Dan apakah pengajaran dasar bagi
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
mengelakkan agensi pertahanan menghadapi krisis kewangan sebegini? Dan seterusnya Tuan Yang di-Pertua, iaitu berkaitan skala pendedahan kewangan yang sangat besar. Jumlah keseluruhan aset 123 agensi mencecah RM2.838 trilion, manakala liabiliti RM0.871 trilion.
Sebanyak 21 agensi menerima pinjaman berjumlah RM130.188 bilion dan lima agensi sahaja menanggung RM101.878 bilion pinjaman dijamin kerajaan, termasuklah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan juga Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam. Jadi persoalan saya dalam soalan dasarnya, apakah tahap risiko fiskal luar jangka kepada kerajaan sekiranya berlaku kegagalan bayaran balik? Dan yang kedua, adakah kerajaan mempunyai had siling jaminan yang jelas dan dilaporkan secara telus kepada Parlimen ini?
Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, isu kelewatan dan ketidakpatuhan serius yang mana masih terdapat agensi yang gagal mengemukakan penyata kewangan mengikut tempoh Akta 240, termasuk Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan
(KESEDAR). Ini bukan isu kecil, ia melibatkan keupayaan merekod dan melapor penggunaan wang awam. Jadi persoalan saya, mengapa tindakan tegas tidak diambil terhadap agensi yang lewat atau gagal menyerahkan penyata?
Seterusnya, saya juga membangkitkan bagaimana kerajaan bersedia memperkenalkan penalti pentadbiran atau pemotongan geran bagi agensi yang gagal mematuhi undang-undang? Sebagai yang akhirnya, ingin saya memberikan satu rangkap pantun, Tuan Yang di-Pertua.
Pergi ke Pekan bertemu Cik Minah, Singgah sebentar di Kota Bestari; Jika wang rakyat jadi musnah, Integriti rebah, negara rugi sendiri. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Saya jemput Yang Berhormat Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Laporan Ketua Audit Negara Siri 1/2026 bukan sekadar dokumen teknikal tetapi ia merupakan satu loceng amaran bahawa ekosistem penyelidikan dan pembangunan negara kita sedang mengalami sesuatu kegagalan sistemik.
Puan Yang di-Pertua, sasaran gross domestic expenditure on R&D (GERD) kita, adalah 2.5 peratus daripada KDNK. Namun, pencapaian sebenar hanyalah lebih
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
sedikit daripada 1 peratus iaitu 1.01 peratus dan ini jauh ketinggalan kalau berbanding dengan negara-negara maju seperti Korea Selatan yang telah mencecah 5.5 peratus. Minta maaf, 5.2 peratus. Lebih membimbangkan lagi, penglibatan sektor swasta melalui business enterprise research and development (BERD) hanyalah 51.37 peratus, sedangkan sasaran yang ditetapkan adalah 70 peratus kalau mengikut tahap negara maju.
Mengapakah sektor swasta tidak berminat untuk melabur dalam aktiviti R&D ini? Jawapannya mudah. Pelaburan yang besar ini tidak dijamin dengan pulangan yang setimpal. Selagi syarikat tempatan tidak nampak jalan keluar yang menguntungkan, mereka akan terus memilih untuk menjadi reseller teknologi berbanding menanggung risiko untuk melabur dalam inovasi tempatan. Kita akan kekal sebagai negara pengguna, bukannya negara pencipta.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Kerajaan perlu memainkan peranan yang lebih proaktif dalam memberikan lebih motivasi kepada sektor swasta untuk melabur dalam bidang R&D. Justeru, saya menyeru kerajaan untuk menggubal formula perolehan yang menjadikan inovasi sebagai satu tiket kemenangan.
Puan Yang di-Pertua, MySTI sekarang hanyalah sebuah direktori statik yang tidak mempunyai kuasa beli. Punca masalahnya terletak pada kaedah perolehan itu sendiri. Dalam sistem double envelope yang kita amalkan sekarang, penilaian teknikal dilakukan dahulu diikuti dengan penilaian dari segi harga. Namun, ambang teknikal yang ditetapkan adalah terlalu longgar menyebabkan hampir semua peserta akan lulus dalam penilaian ini.
Malah berdasarkan Laporan Ketua Audit yang lalu, terdapat kes-kes di mana syarikat-syarikat yang gagal dalam penilaian teknikal ini mereka masih berjaya mendapat tender kerajaan. Namun apabila sesuatu― seseorang syarikat calon dianggap layak secara teknikal, penilaian harga hanyalah menjadi satu formaliti dan harga paling murah akan menang tanpa mengambil kira tahap inovasi yang ditawarkan.
Syarikat tempatan yang bersusah payah untuk mendapatkan sijil MySTI tetapi apabila tibanya waktu tender, sijil itu seolah-olah tidak memberikan sebarang kelebihan daya saing. Mereka mempunyai pengiktirafan tetapi pengiktirafan itu tidak memberikan apa-apa kelebihan apabila bersaing untuk mendapatkan kontrak.
Apakah ertinya sijil itu sekiranya ia tidak menjamin kejayaan pemasaran.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Puan Yang di-Pertua, kita lihat contoh jiran kita iaitu Singapura. Melalui kaedah harga kualiti iaitu dengan izin, price quality method. Mereka tidak lagi memburu harga terendah semata-mata. Sebagai contoh, Lembaga Bangunan dan Pembinaan (BCA) Singapura memperuntukkan 60 peratus daripada wajaran penilaian tender khusus kepada komponen kualiti dan inovasi termasuk elemen mandatori seperti DFMA, Design for Manufacturing and Assembly. Kontraktor yang melabur dalam teknologi dan R&D diberikan kelebihan daya saing yang mutlak.
Manakala mereka yang enggan berinovasi akan tersisih dengan sendirinya.
Singapura tidak sekadar menggalakkan inovasi, mereka telah memperkukuhkan dorongan ini melalui syarat perolehan. Inilah sebabnya BLD di Singapura begitu mampan sebab di sana inovasi bukan lagi pilihan atau sekadar sijil hiasan, ia adalah syarat wajib yang mempunyai nilai komersial yang nyata dalam setiap penganugerahan kontrak kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Puan Yang di-Pertua, inilah sesuatu model yang boleh kita contohi. Jadi, saya menyeru supaya kerajaan meminda Akta Perolehan Kerajaan supaya sekurang-kurangnya 20 peratus pembelian aset setiap kementerian diwajibkan kepada produk bersijil MySTI dan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada produk buatan tempatan. Bukan sekadar memberikan keutamaan tetapi wajibkan secara mandatori tanpa pengecualian.
Di samping itu, kerajaan perlu mencontohi program Small Business Innovation Research Amerika Syarikat di mana agensi Persekutuan diwajibkan memperuntukkan peratusan tetap daripada bajet R&D mereka khusus bagi syarikat kecil tempatan. Ini bukan sahaja bantuan ihsan atau subsidi tetapi adalah kontrak pemberian yang memberikan kepastian pemasaran.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, masa sudah tamat. Terima kasih, Yang Berhormat Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Akhirnya...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Saya jemput Yang Berhormat Tangga Batu.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Tangga Batu merujuk kepada isu berkaitan dengan pengauditan Program Penyelidikan
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Pembangunan Pengkomersialan dan Inovasi yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara Siri 1 2026 yang didedahkan kepada umum semalam terutama sekali berkaitan penekanan bahawa kerajaan harus memberikan peruntukan yang besar berbanding nilai KDNK bagi tujuan R&D selaras dengan apa yang dilakukan oleh negara-negara maju lain.
Malangnya perbelanjaan kasar R&D ataupun GERD kepada Keluaran Negara Kasar (KDNK) hanya 1.01 peratus berbanding dengan 2.5 peratus yang telah ditetapkan dalam RMK12 dan perbelanjaan R&D oleh sektor swasta kepada GERD hanya 51.37 peratus berbanding sasaran 70 peratus yang telah ditetapkan.
Sehingga 30 Jun, lima daripada enam objektif RMK12 dan kesemua tiga indikator SDG 9.5 belum dicapai di mana secara keseluruhannya prestasi perbelanjaan kasar R&D dan pelaksanaan projek yang rendah sekitar 34.1 peratus serta wujud kelemahan tadbir urus dan pemantauan telah menjejaskan keberkesanan program walaupun peruntukan signifikan dilaburkan oleh kerajaan untuk memperkukuhkan ekosistem R&D C&I.
Agensi kerajaan diberi peruntukan dan terlibat dalam aktiviti R&D C&I sepatutnya menggunakan peruntukan itu dengan kaedah yang betul untuk melakukan penyelidikan agar hasil dapat dioptimumkan. Antara yang mendukacitakan dalam laporan ini mendedahkan bahawa MARDI telah menggunakan sejumlah RM33.8 juta ataupun 29.6 peratus daripada peruntukan R&D yang diterima daripada KPKM untuk tujuan perbelanjaan mengurus berbanding sejumlah RM114.15 juta yang telah dibelanjakan.
Ini menunjukkan bahawa kita bukan sahaja menghadapi masalah untuk memberikan bajet yang besar kepada R&D tetapi kita juga menghadapi masalah dalam menggunakan bajet yang telah disediakan secara optimum untuk memperkukuhkan outcome yang maksimum. Oleh itu Tangga Batu menyarankan agar bajet R&D untuk MARDI dapat dinaikkan agar hala tuju untuk mengurangkan import bahan makanan yang berjumlah hampir RM75 bilion setahun dapat dicapai sesuai dengan target.
Tangga Batu juga ingin bertanya apakah dasar Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan terhadap penanaman ketum dan kanabis sebagai tujuan perubatan dan komersial memandangkan maklum balas KPKM diterima pada 28 November 2025 dan 2 Januari 2026 dalam laporan ini menunjukkan bahawa MARDI telah menyelesaikan pemulangan sebanyak RM2.1 juta kepada bagi projek
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
kanabinoid kepada KPKM selaras kelulusan Ketua Setiausaha dan MOF dan jumlah tersebut telah dikreditkan ke akaun Program Subsidi Ayam Penelur 3.0.
Rakyat juga ingin tahu mengapa dana kerja tersebut dialihkan kepada pengeluar telur melalui Program Subsidi Penelur 3.0 dan bukannya disalurkan bagi penyelidikan herba tempatan yang lain yang boleh dibangunkan untuk tujuan komersial seperti kayu putih atau saintifik melaleuca cajuputi yang hanya tumbuh di Kepulauan Nusantara sedangkan terdapat kajian oleh penyelidik di UniSZA, Dr.
Samhani Haji Ismail yang berjaya menghasilkan kajian minyak kayu putih yang dapat memberikan kelegaan kepada kesakitan.
Situasi ini berlaku― situasi yang berlaku ini menimbulkan kebimbangan bahawa pihak kerajaan tidak mempunyai political will yang kuat untuk membantu penyelidik tempatan mengkomersialkan hasil-hasil penyelidikan mereka. Sebagai contoh, negara masih bergantung kepada import jagung sebanyak dua hingga empat juta metrik tan setahun dan hampas soya 1.5 juta metrik tan dengan nilai RM8 hingga RM9 bilion setahun sebagai makanan kepada industri ternakan.
Negara menghasilkan sekitar 2.3 juta metrik tan palm kernel expeller ataupun palm kernel cake di mana 98 peratus darinya dieksport ke luar negara. MPOB telah berjaya menemukan teknologi bagaimana crude fiber yang tinggi dalam PKE dan PKC boleh diturunkan melalui proses fermentasi agar boleh digunakan sebagai makanan industri pertanian ayam, lembu dan ikan. Namun, kita tidak melihat hasil penemuan ini betul-betul digunakan dan dikomersialkan secara besar-besaran.
Seperti MARDI, dana ataupun gerak R&D MPOB perlu ditambah agar MPOB akan lebih fokus meningkatkan R&D bagi menghasilkan penemuan-penemuan baharu yang pastinya bermanfaat kepada negara ketimbang mencari ketimbang memikirkan bagaimana cara untuk mencari dana bagi menampung keperluan operasi MPOB itu sendiri.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Tangga Batu sangat konsisten dengan pendapat yang pernah dilontarkan sebelum ini bahawa peruntukan R&D mesti digunakan dengan betul dan efisien untuk menghasilkan kajian yang boleh dikomersialkan dan bukan untuk tujuan kenaikan pangkat. Kita juga tidak mahu berlaku situasi sesetengah penyelidik yang telah berjaya menghasilkan inovasi dengan baik tetapi menjadi lemah semangat kerana hasil penyelidikan mereka tidak dapat diketengahkan dalam dunia komersial kerana kegagalan pihak kerajaan dan agensinya dalam mengkomersialkan hasil penyelidikan tersebut.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Dan, yang akhirnya, apakah sebenarnya halangan yang dihadapi kerajaan dalam usaha untuk mengkomersialkan hasil-hasil penyelidikan ini untuk diterima oleh industri dan seterusnya memasuki pasaran sebenar? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tanggal Batu. Saya jemput Yang Berhormat Mersing.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin menarik perhatian terhadap isu pengauditan projek MyDigital ID, iaitu Projek Identiti Digital Nasional yang sepatutnya menjadi asas keselamatan dan kepercayaan dalam ekosistem digital negara.
Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan beberapa kelemahan serius dalam kawalan dalaman projek ini. Pertama, sebanyak RM28.13 juta telah dibelanjakan tanpa kelulusan jawatankuasa yang ditetapkan. Ini bukan isu teknikal kecil. Ini adalah pelanggaran asas tatacara kewangan. Ibarat seorang pekerja menggunakan kad kredit syarikat untuk membuat pembelian besar tanpa tandatangan atau kebenaran majikan terlebih dahulu. Perbelanjaan tanpa kelulusan formal bermakna tiada semak dan imbang yang sewajarnya.
Kedua, sebanyak RM14.09 juta kos operasi telah dibayar menggunakan dana pembangunan. Dana pembangunan sepatutnya digunakan untuk membina dan memperkukuh sistem, bukan menampung kos operasi harian. Penggunaan sedemikian menunjukkan kegagalan dalam perancangan kewangan dan pemisahan fungsi perbelanjaan.
Ketiga, pembelian peralatan certificate authority bernilai RM79,000 dilakukan tanpa kelulusan Makmal Kajian Nilai dan peralatan tersebut pula tidak digunakan.
Barang sudah dibeli tetapi disimpan tanpa dimanfaatkan. Ini mencerminkan kelemahan dalam analisis keperluan teknikal serta pengurusan aset ICT kerajaan.
Penemuan-penemuan ini menunjukkan bahawa struktur tadbir urus projek tidak berfungsi secara efektif. Kawalan kewangan gagal pada peringkat awal pelaksanaan projek strategik negara. Jika kawalan perbelanjaan pun longgar, bagaimana rakyat boleh yakin bahawa kawalan keselamatan data dan infra digital berada pada tahap terbaik?
Sehubungan itu, saya menuntut penjelasan kerajaan terhadap beberapa perkara utama. Pertama, apakah langkah segera yang telah diambil untuk menentukan liabiliti pihak yang meluluskan atau membenarkan perbelanjaan
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
RM28.13 juta tanpa kelulusan rasmi? Adakah audit forensik dijalankan? Adakah tindakan surcaj atau tindakan tatatertib sedang dipertimbangkan? Apakah mekanisme untuk memulihkan data yang telah disalah urus atau dibelanjakan tanpa mematuhi prosedur? Jika berlaku kecuaian atau pelanggaran garis panduan kewangan, adakah kerajaan akan memastikan wang rakyat dipulihkan sepenuhnya?
Berhubung pembatalan perwujudan sistem certificate authority, saya juga memohon penjelasan sama ada keputusan tersebut dibuat atas pertimbangan teknikal semata-mata atau terdapat faktor lain termasuk kemungkinan konflik kepentingan susulan perubahan struktur pelaksanaan projek. Kerajaan mesti memberi jaminan bahawa tiada pihak berkepentingan mendapat manfaat tidak wajar daripada penstrukturan semula ini.
Tuan Yang di-Pertua, isu kedua yang saya ingin bangkitkan ialah berkenaan Laporan Ketua Audit Negara melibatkan Universiti Kebangsaan Malaysia. Memang benar, beberapa universiti awam ditegur, namun yang ditonjolkan secara meluas di media hanyalah UKM dan lebih spesifik tertumpu kepada UKMShape. Soalannya, adakah ini isu terpencil atau sebenarnya mencerminkan kelemahan sistem pemantauan yang lebih luas dalam universiti awam?
Untuk rekod, UKMShape bukan entiti baru. Ia ditubuhkan sejak 1995 dan menjadi strategic business unit yang menyumbang hampir RM60 juta setahun khususnya melalui program DPLI. Ini bermaksud struktur dan operasi ini telah berjalan hampir tiga dekad. Namun, laporan audit menyebut kelemahan yang berlaku sejak 2017.
Persoalan saya mudah, mengapa hanya sekarang perkara ini ditegur secara terbuka? Adakah audit dalaman universiti gagal berfungsi dan berkesan? Atau adakah mekanisme pemantauan Kementerian Pengajian Tinggi tidak cukup ketat terhadap entiti perniagaan universiti awam? Kita perlu jawapan yang jujur. Jangan nanti kelemahan sistemik ditutup dengan menyalahkan individu semata-mata.
Laporan menyatakan jumlah kutipan yuran program SPEND dan DPLI ialah RM60.77 juta. Daripada jumlah itu, hanya RM2.43 juta direkodkan oleh UKM, RM50.74 juta dikutip oleh pihak koperasi, RM7.6 juta pula masih belum diterima universiti. Lebih membimbangkan, kutipan RM50.74 juta itu dibuat tanpa kuasa yang jelas dan tanpa kelulusan Menteri Kewangan sebagaimana dikehendaki peraturan kewangan.
Setakat laporan ini, ia adalah isu tadbir urus dan kelemahan prosedur. Belum ada bukti jenayah atau rasuah yang disabitkan. Tetapi, persoalan besar ialah
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
bagaimana urusan kewangan berskala puluhan juta ringgit boleh berjalan bertahun- tahun tanpa kelulusan yang sepatutnya? Di mana peranan kementerian sepanjang tempoh tersebut? Adakah KPT mempunyai dashboard pemantauan kewangan bagi semua entiti komersial universiti awam atau kementerian hanya bertindak selepas Laporan Audit Negara diterbitkan?
Kita juga tidak boleh mengabaikan konteks yang lebih luas. Tahun lalu, seorang Naib Canselor UKM meletak jawatan secara mengejut. Pelbagai spekulasi berlegar sehingga mencemarkan reputasi individu dan institusi. Saya ingin mendapatkan penjelasan rasmi, apakah status akhir siasatan tersebut? Adakah terdapat unsur jenayah? Jika tiada, mengapa penjelasan awal tidak dibuat bagi mengelakkan kerosakan reputasi yang tidak perlu?
Audit mesti membawa reformasi, bukan sensasi. Teguran mesti membawa penambahbaikan sistem, bukan sekadar headline. Sehubungan itu, saya menuntut dua perkara. Pertama, kementerian mengeluarkan kenyataan rasmi yang jelas membezakan antara kelemahan prosedur dan jenayah kolar putih. Jika tiada rasuah, nyatakan dengan jelas. Jika ada, ambil tindakan dengan serius.
Kedua, kementerian memperincikan pelan reformasi tadbir urus bagi semua aktiviti peniagaan universiti awam termasuk kewajipan kelulusan MOF, pemantauan audit dalaman yang bebas dan pelaporan berkala kepada kementerian. Kita mahu universiti diperkukuh, bukan dilemahkan oleh kelemahan sistem pemantauan.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Mersing. Saya jemput Yang Berhormat Batang Sadong.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Terima kasih, Puan Yang di- Pertua. Seperti pembahas yang lain, Batang Sadong juga mengambil perhatian terhadap Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 1/2026 kali ini yang mendedahkan sebanyak 273 isu baharu melibatkan pengurusan kewangan serta tadbir urus di peringkat Persekutuan dan negeri. Antaranya, melibatkan aktiviti kementerian/jabatan dalam program penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi atau RDCI yang melibatkan beberapa kementerian iaitu MOSTI, KPT, MITI, KPKM, KE dan MOF.
Saya ingin merujuk kepada RDCI di bawah MOSTI. Adakah sasaran yang tidak dicapai telah dikenal pasti strategi sewajarnya dan apakah impaknya? Laporan audit menunjukkan bahawa prestasi perbelanjaan kasar R&D negara ataupun GERD
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
dan pelaksanaan projek masih rendah serta terdapat kelemahan tadbir urus dan pemantauan yang menjejaskan keberkesanan program. Sasaran GERD kepada KDNK di bawah RMK12 ditetapkan pada kadar 2.5 peratus, namun pencapaiannya hanya sekitar 1.01 peratus pada tahun 2022. Begitu juga sasaran 130 penyelidik bagi setiap 10,000 tenaga buruh pula hanya mencapai 54 orang. Selain itu, sebanyak 50 peratus inisiatif jangka pendek dan 58 peratus inisiatif jangka pertengahan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi masih belum dicapai.
Puan Yang di-Pertua, laporan audit turut membangkitkan beberapa isu di bawah MOSTI, antaranya akaun bank berasingan tidak diwujudkan melibatkan RM65.78 juta, baki projek tamat berjumlah RM5.58 juta belum dikutip semula dan kutipan hasil oleh Cradle Fund Sdn. Bhd. tanpa kelulusan berjumlah RM2.55 juta.
Perkara ini menyentuh prinsip asas kawalan kewangan dan pematuhan peraturan.
Apakah tindakan pembetulan dan pengukuhan kawalan dalaman yang telah diambil bagi mengelakkan kelemahan yang sama berulang?
Berkaitan Cradle Fund Sdn. Bhd. iaitu isu kutipan tanpa kelulusan. Apakah justifikasi meletakkan success trigger dan yuran pengurusan kepada syarikat pemula? Mandat utama agensi ini adalah membantu syarikat pemula berkembang dan menembusi pasaran, bukan membebankan mereka pada peringkat awal pertumbuhan.
Oleh itu, Batang Sadong berpandangan tidak wajar satu kutipan di awal perkembangan syarikat dilaksanakan kerana ia nya mampu menjejaskan keupayaan syarikat tersebut. Mohon kementerian memberikan penjelasan
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Juga berkaitan Cradle Fund Sdn. Bhd., mengenai syarikat untung tidak membayar dividen, padahal telah mencapai keuntungan dan telah disyaratkan untuk membayar sewajarnya. Mohon penjelasan juga dan apakah tindakan pemantauan yang diambil?
Puan Yang di-Pertua, seterusnya Batang Sadong turut merujuk kepada projek pembangunan COVID-19 screening and monitoring tool (i-Breath) oleh UTM di mana 19 unit prototaip dilaporkan tidak dapat dikesan dan hak cipta tidak didaftarkan atas nama kerajaan. Persoalannya, apakah peranan MOSTI sebagai pemberi dana dapat memastikan projek-projek RDCI berpotensi dikomersialkan yang seterusnya dapat menjana pendapatan ekonomi negara?
Seterusnya, Batang Sadong menyokong usaha memperkukuh ekosistem R&D negara. Namun, penambahbaikan tadbir urus, kawalan kewangan dan
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
pemantauan impak mesti dilaksanakan secara menyeluruh agar kita tidak sekadar mencatat output tetapi mencapai outcome ekonomi sebenar.
Akhir sekali, mohon kementerian menyatakan garis masa penambahbaikan status tindakan susulan audit serta langkah konkrit memastikan projek berimpak tinggi benar-benar dikomersialkan. Reformasi ini penting bagi memastikan setiap ringgit dana awam menghasilkan pulangan ekonomi yang optimum dan memperkukuh daya saing negara. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Saya menjemput Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya mulakan dengan 24 subsidiari syarikat yang rugi melibatkan angka RM466.57 juta. Ini satu kerugian yang sangat besar, hampir setengah bilion kerugian wang negara. Dan kalau kerugian ini satu perkara biasa dalam bisnes tetapi apabila didapati kerugian itu tiga tahun berturut-turut bermula 2022 sehingga 2024 melibatkan beberapa agensi induk seperti Lembaga Tabung Haji, Lembaga Angkatan Tentera dan beberapa agensi pelaburan dan Badan Berkanun Persekutuan, maka ini adalah satu perkara yang perlu dilontarkan kebimbangan dan kerisauan.
Kerana kalau kerugian disebabkan pasaran, mungkin setahun kemudian dia akan pulih tetapi bila tiga tahun berturut-turut ini ada struktur yang tak kena dalam pentadbiran sesebuah GLC ataupun GLIC tersebut, terutamanya melibatkan perkara paling dasar iaitu berkaitan dengan management, pengurusan dan juga attitude yang melibatkan pengurusan yang sedia ada, maka kerugian yang berturut-turut ini perlu diberikan perhatian yang sangat serius.
Tambah melibatkan Lembaga Tabung Haji menjadi perkara sensitif kerana ada pendeposit yang menunggu giliran untuk mengerjakan ibadat haji. LTAT melibatkan tentera dan juga veteran, maka kerajaan perlu memperincikan senarai subsidiari yang mencatat kerugian berulang dan ada pelan rasionalisasi atau pelupusan aset yang tidak berdaya maju.
Yang ketiga, penilaian semula kompetensi lembaga pengarah subsidiari. Ini paling penting kerana kita tahu Tuan Yang di-Pertua, kalau seorang dilantik sebagai CEO mana-mana GLC, dah dekat enam bulan lagi nak habis, dia dah fikir macam
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
mana nak cari kerja dekat mana, kontrak dah nak habis. So, performance akan mempengaruhi dan akhirnya, syarikat yang terpaksa menanggung rugi.
Satu lagi, kalau dia kerja kuat pun gaji dia banyak itu juga. Kalau dia tak kerja pun gaji dia banyak itu juga. Buktinya, bila kita tengok di sini, yang peliknya, syarikat- syarikat yang rugi ini tetap membayar dividen kepada induk. Ada sembilan syarikat yang rugi ini, membayar dividen kepada induk. Jadi, pelik daripada mana dia ambil duit sedangkan rugi tiap-tiap tahun, tiba-tiba boleh bayar dividen kepada parent company. Tuan Yang di-Pertua, yang kedua saya nak sebutkan tentang dana penyelidikan RM183.11 juta yang melibatkan universiti, yang laporan audit mendedahkan 7,904 projek penyelidikan di bawah empat kementerian mencatat baki geran tidak dipulangkan. Ini apa ini duit kerajaan tak dihantar balik? Kita kalau — ini RM183 juta ini, banyak ini. Kalau bagi kami seorang sejuta belah pembangkang ini, dah boleh bantu rakyat banyak. Ini tak dipulangkan ini, ini duit rakyat. Jadi kena bagi tahu kepada yang ambil duit ini, kena pulangkan. Ini dana penyelidikan yang mendapat teguran daripada audit melibatkan beberapa universiti.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Pengkalan Chepa, sikit.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ya, ya.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Bila disebut duit yang lebihan tak dipulangkan itu, saya teringat tatakelola kerajaan. Kementerian-kementerian, sekiranya sampai— bajet yang diluluskan sampai bulan 10 tak dihabis belanja, terpaksa dipulangkan balik kepada Treasury untuk diatur balik. Jadi kalau begini, kenapa tak dipulangkan balik? Itu adalah satu kesilapan. Boleh tak kita anjurkan kepada audit supaya buat semakan dan siasatan, dapatkan dapatan itu, adakah berlaku salah laku dalam hal ini? Terima kasih.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ya, saya setuju.
Setuju dengan cadangan Pendang dan Pendang kalau jadi kerajaan lepas ini, layak jadi Menteri Kewangan dan panggil semua pegawai-pegawai ini untuk betulkan keadaan ini.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Mimpilah.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Mimpi? Tuan Yang di-Pertua, kemudian saya nak sentuh berkaitan dengan MyDigital ID. RM28.13 juta dibelanjakan tanpa kelulusan lembaga pengarah. Ini pun satu lagi amalan yang cincailah, boleh dikatakan bila satu jumlah RM28.13 juta boleh diluluskan, boleh dibelanjakan tanpa kelulusan yang betul daripada lembaga pengarah. Ini satu
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
perkara yang tak boleh dijadikan satu budaya. Kita bimbang ini menjadi perkara dah jadi kebiasaan zaman kerajaan ini.
Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua saya nak sebutkan, banyak mana pun laporan audit yang kita bahaskan, apa sahaja yang kita bentangkan di sini, kita jangan lupa satu isu yang sangat besar berkaitan dengan bukan Laporan Ketua Audit Negara tapi laporan Bloomberg yang mengaibkan SPRM dengan diceroboh oleh mafia-mafia ini. Apa sahaja kita buat kalau tak dibetulkan, entiti yang paling akhir yang menjaga integriti negara ini, maka apa saja dibentang kepada rakyat, diucapkan di sini, dibahaskan di sini, rakyat tetap akan mengingati bahawa ini adalah mereka memandang dengan secara skeptikal. Sebab itu ini perlu diperbetulkan.
Saya nak mencadangkan kepada kerajaan, kerana ia berkaitan juga dengan laporan audit ini, supaya saman Bloomberg ini kalau tak betul. Bukan sahaja Ahli Parlimen di sebelah sana sebut, Azam Baki kena pergi, kalau tak kami pergi. Bagus kalau kamu pergi, Azam Baki pergi, PMX pergi, kami akan masuk, insya-Allah.
[Tepuk] Itu yang insya-Allah rakyat harapkan daripada kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat. Sila gulung.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Saya menjemput Yang Berhormat Besut.
Beberapa Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Panas, panas.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya terus kepada penelitian wajar iaitu due diligence kepada Pelaburan Hartanah Berhad iaitu PHB iaitu sebuah anak syarikat Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera iaitu satu entiti yang ditubuh di bawah kementerian diselia oleh Kementerian Kewangan. Jadi, LKAN ini ada menyebut bahawa PHB ini telah menetapkan keperluan, keperluan pelaksanaan due diligence ini merangkumi empat aspek semuanya.
Namun demikian didapati, due diligence ini tidak dibuat secara menyeluruh yang merangkumi semua aspek-aspek tadi, empat-empat aspek walaupun selepas SOP dah diwujudkan pada tahun 2016 lagi. Jadi, daripada Jadual 8 yang disediakan,
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
hanya ada sebuah bangunan sahaja yang dilaksanakan secara due diligence untuk lebih daripada satu aspek.
Jadi, bangunan-bangunan lain, kebanyakan hanya dibuat penilaian untuk aspek struktur sahaja, fizikal. Itu pun tak semua aspek. Jadi, tiada satu pun bangunan yang dibuat secara due diligence ini untuk aspek hasil bangunan dan juga kewangan dan penilaian risiko. Sedangkan kedua-dua ini merupakan aspek-aspek yang sangat signifikan dalam konteks pelaburan hartanah yang menjadi satu dipanggil core business kepada PHB ini.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Jadi, Laporan LKAN ini juga memperincikan masalah-masalah yang dihadapi sebahagian bangunan tersebut seperti ada kebocoran air pada laluan tangga kecemasan, keluasan pejabat yang terlalu besar sehingga menyebabkan kurangnya permintaan dan unit tidak dilengkapi dengan sistem pendingin hawa dan juga sistem saluran ventilasi. Jika semua ini merupakan perkara yang mampu mempengaruhi permintaan dan juga prospek keuntungan aset-aset tersebut.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Jadi persoalannya, adakah kegagalan melaksanakan due diligence ini secara menyeluruh menjadikan satu faktor bangunan-bangunan tersebut diperoleh walaupun ketika sedang menghadapi masalah sebagaimana yang ditemukan semasa lawatan audit? Jadi di samping itu, sebanyak manakah modal yang diperuntukkan untuk membiayai inisiatif pengekalan, tukar tujuan, jual aset atau peningkatan nilai untuk aset-aset tersebut?
Seterusnya Puan Yang di-Pertua, berkenaan dengan Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) yang diberhentikan operasi pada bulan Mei tahun lepas.
Jadi, perkara utama yang diketengahkan adalah Laporan Audit adalah amount liability PPHM ini yang melebihi aset sehingga menjejaskan keupayaannya menyelesaikan obligasi kewangan. Jadi, masalah ini akhirnya membawa pada pemberhentian operasi dan penamatan perkhidmatan seramai 23 orang kakitangan PPHM itu sendiri. Hal ini menunjukkan ada rakyat yang terjejas secara langsung akibat isu kewangan perbadanan ini.
PPHM ini adalah merupakan perbadanan di bawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang mempunyai peranan besar dalam perlindungan persaraan
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
anggota tentera. Maka, kepentingan anggota tentera sebagai pemegang taruh mestilah diberikan perhatian.
Oleh yang demikian, mohon satu penjelasan tentang langkah yang diambil oleh LTAT untuk memastikan isu kewangan PPHM ini tidak memberi kesan negatif kepada pulangan dividen atau keterjaminan dana pencen angkatan tentera.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua— dah bertukar. Analisa Audit juga mendapati bahawa perbelanjaan pengurusan MARDI adalah bertentangan dengan ketetapan belanja OE dan juga DE dalam garis panduan penyediaan RMK12.
Laporan Audit merumuskan bahawa penggunaan peruntukan pembangunan bagi membiayai pelbagai perbelanjaan mengurus yang berulang dan bersifat pentadbiran memberi kesan kepada kemajuan projek serta tidak selaras dengan objektif asal pembiayaan peruntukan.
Jadi persoalannya, sejauh manakah pengalihan peruntukan pembangunan ke perbelanjaan ini, operasi seperti dilaporkan Audit menjejaskan keupayaan penyelidikan MARDI ini sendiri menghasilkan inovasi-inovasi baru?
Sebelum ini, kita lihat MARDI boleh dibanggakan dengan pengeluaran varieti buah-buahan yang berkualiti. Pada satu masa Tuan Yang di-Pertua, ingat betik?
Betik eksotika. Tuan Yang di-Pertua, betik eksotika manis, sedap. Tetapi sekejap saja, begitu juga dengan mangga. Mangga pun ada. Mangga mana? Mangga daripada Perlis ke? Harum manis. Harum manis ada. Tetapi sekarang saya tak tahu.
Bagaimana pula sekarang ni? Adakah inovasi pertanian MARDI ni sudah lebih maju?
Ke hadapan ataupun masih di takuk lama? Belanja banyak tetapi pencapaian kita tidak pasti. Jadi, mohon pencerahan.
Akhirnya, adalah berkenaan dengan peruntukan pembangunan diguna untuk pembayaran emolumen MIMOS, ada disebut oleh rakan-rakan yang lain. Cuma, pendekatan saya berbeza sedikit. Laporan meletakkan accountability kepada MIMOS sebagai pemegang tanggungjawab fiduciary dalam perkara ini. Ringkasnya, struktur tadbir urus projek didapati tidak berfungsi sebagai mana ditetapkan.
Namun demikian, dalam maklum balas pada November tahun 2025, MIMOS menyatakan tidak mempunyai bidang kuasa dalam membuat keputusan berhubung dengan pengurusan MyDigital ID Sdn Bhd. Memandangkan perkara tersebut adalah tertakluk kepada limits of authority (LOA) yang diluluskan oleh lembaga pengarah.
Jadi, pihak MIMOS ni hanya menguruskan proses pembayaran gaji sahaja bagi pihak MIMOS, bagi pihak MyDigital ID sebagai mana shared service provider, dengan izin. Seperti yang diluluskan oleh pihak pengurusan MyDigital ID. Jadi,
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
seakan-akan ada percanggahan di sini berkenaan dengan struktur tadbir urus oleh entiti yang terlibat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Besut, Besut. Minta mencelah.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Oleh demikian — Nanti, saya habiskan. Oleh demikian, saya meminta penjelasan. Siapakah sebenarnya yang memegang kewajipan fiduciary ini sepatutnya diaudit berdasarkan struktur tadbir urus yang sewajarnya?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya nak dapat penjelasan ataupun setuju kah dengan saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
...Sistem CA mewujudkan sistem CA kerajaan melalui...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, saya tak cakap apa pun.
[Dewan ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Mintalah izin saya juga, pasal masa Yang Berhormat dah habis. Jadi Yang Berhormat, kita ni kejar masa. Saya tak benarkan, kuasa saya 37(2) tu. Saya teruskan dengan Yang Berhormat Kalabakan.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Assalamualaikum dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Kalabakan?
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Untuk turut membahaskan Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 1/2026 yang telah dibentangkan di Dewan ini. Laporan ini amat penting kerana ia menilai tahap tadbir urus kewangan negara, keberkesanan pelaksanaan dasar dan disiplin pengurusan dana awam.
Antara dapatan utama ialah berkaitan program penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi yang melibatkan enam kementerian utama dengan peruntukan pembangunan berjumlah RM7.099 bilion di bawah RMK12. Namun, prestasi pelaksanaannya hanya sekitar 34.1 peratus. Lebih membimbangkan, perbelanjaan kasar R&D kepada KDNK hanya 1.01 peratus berbanding sasaran 2.5 peratus. Baki geran berjumlah RM183.11 juta tidak dipulangkan oleh agensi
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
pelaksana dan terdapat ketidakpatuhan syarat perjanjian melibatkan lebih RM100 juta. Ini menunjukkan bahawa isu sebenar bukan sekadar kekurangan dana tetapi kelemahan pemantauan, ketirisan dalam pengurusan dan juga kegagalan memastikan pulangan terhadap pelaburan awam.
Selain itu, Projek MyDigital ID yang diuruskan oleh MIMOS Berhad melibatkan perbelanjaan RM28.13 juta tanpa kelulusan jawatankuasa ditetapkan.
Peruntukan pembangunan pula digunakan untuk menampung perbelanjaan operasi, termasuk emolumen. Ini jelas bertentangan dengan prinsip asas pengurusan kewangan.
Dalam bahagian dua Laporan Audit turut mendapati kelemahan tadbir urus dalam syarikat kerajaan, termasuk kegagalan melantik pengarah bebas dan menubuhkan jawatan kuasa audit. Terdapat juga syarikat berstatus dorman serta berdepan isu usaha berterusan. Kesemua dapatan ini memberi mesej yang jelas bahawa setiap keputusan kewangan melibatkan dana awam mesti disokong analisis yang telus, kawalan dalaman yang kukuh dan strategi jangka panjang yang jelas.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan laporan media yang telah diterbitkan secara umum serta maklumat yang terdapat di domain awam, terdapat perbincangan mengenai semakan strategik portfolio oleh Permodalan Nasional Berhad ataupun PNB. Termasuk kemungkinan pelupusan, penstrukturan semula atau pengenalan rakan strategik bagi beberapa aset infrastruktur utama seperti lebuh raya di bawah Kumpulan PROLINTAS.
Laporan media turut menyentuh spekulasi pasaran berkaitan aset lain dalam sektor kewangan dan takaful. Termasuk Takaful Ikhlas yang disebut dalam konteks penilaian strategik portfolio pelaburan. Memandangkan maklumat ini telah dibincangkan secara terbuka di ruang awam, saya ingin mendapatkan penjelasan rasmi demi memperkukuh ketelusan serta keyakinan pemegang unit terhadap institusi pengurusan dana amanah negara.
Dan dalam masa yang sama juga, pembangunan mercu tanda nasional, Merdeka 118 yang dilaporkan menelan kos berbilion ringgit turut menjadi perhatian umum dari sudut implikasi kewangan dan strategi pelaburan jangka panjang.
Sehubungan itu, timbul persoalan sama ada cadangan pelupusan atau penstrukturan aset strategik yang dilaporkan mempunyai sebarang kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan pengimbangan portfolio atau keperluan pembiayaan berkaitan projek pembangunan berskala besar seperti Merdeka 118.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Oleh itu, mohon penjelasan berkaitan beberapa persoalan iaitu yang pertama, rasional strategik di sebalik sebarang semakan atau cadangan pelupusan aset infrastruktur seperti PROLINTAS serta aset strategik lain yang dilaporkan. Dua, sama ada analysis comprehensive retain versus diverse telah dijalankan dengan mengambil kira nilai ekonomi jangka panjang.
Ketiga, sama ada terdapat hubungan antara strategi pelupusan aset dengan keperluan pembiayaan projek pembangunan berskala besar termasuk Merdeka 118.
Dan keempat, bagaimana keputusan strategik tersebut dijangka memberi kesan kepada kestabilan dividen dan pulangan pemegang unit dalam jangka masa sederhana dan panjang.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, Laporan Ketua Audit Negara mengingatkan kita bahawa amanah kewangan tidak boleh dipandang ringan kerana akhirnya ini bukan soal transaksi korporat dan ini adalah soal amanah rakyat. Sekian daripada saya.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Maka selepas 35 orang Yang Berhormat berbahas berkaitan Laporan Ketua Audit Negara, kini tiba masalah kementerian dan Menteri-menteri menjawab. Daripada apa yang dilihat dan didapati ada kementerian yang langsung tidak perlu menjawab. Dan soalan-soalannya pun tidak begitu banyak. Kementerian pertama yang saya akan panggil adalah Kementerian Kewangan, 12 minit sahaja.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI dan salam Ramadan.
Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Laporan Ketua Audit Negara 1/2026 sebentar tadi.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Ketua Audit Negara dan Jabatan Audit Negara di atas pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 1/2026 meliputi penyataan kewangan agensi Persekutuan tahun 2024 dan aktiviti kementerian, jabatan, badan-badan berkanun Persekutuan dan pengurusan syarikat kerajaan.
Saya difahamkan bahawa laporan ini buat pertama kalinya meliputi pengauditan yang turut melibatkan badan lain termasuk syarikat yang menerima
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
kepentingan dalam bentuk jaminan kerajaan dan pengauditan melalui pendekatan follow the public money atas dasar kepentingan awam selaras dengan mandat dan kuasa Ketua Audit Negara yang telah diperluaskan melalui pindaan Akta Audit 1997 pada tahun 2024.
Dato' Yang di-Pertua, izinkan saya merumuskan dan menjawabkan beberapa perkara yang telah dibangkit oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung dapatan audit terhadap pengurusan program penyelidik, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (RDCI).
MOF berpandangan bahawa pemantauan yang berterusan berfokus dan bersifat outcome-based perlu dipertingkatkan bagi memastikan pelaksanaan projek dan program RDCI benar-benar mencapai sasaran yang ditetapkan. Penekanan ini adalah selaras dengan tanggungjawab pegawai pengawal di bawah seksyen 15A Akta Tatacara Kewangan 1957 serta peruntukan Arahan Perbendaharaan (AP 13B) dan (AP 13C) berkaitan pelaksanaan dan pemantauan projek.
Dalam masa yang sama, kaedah pemantauan hendaklah mengambil kira nature RDCI yang menekankan inovasi dan memerlukan tempoh pengujian yang lebih panjang sebelum dikomersialkan. Berkaitan pengurusan peruntukan, MOF menegaskan bahawa sebarang baki yang terima kasih dapat dioptimumkan penggunaannya hendaklah diisytiharkan dan dimaklumkan kepada MOF atau Kementerian Ekonomi untuk tindakan lanjut. Peruntukan tidak boleh dibelanjakan di luar skop asal. Keputusan terhadap baki tersebut adalah di bawah kuasa Menteri Kewangan sama ada untuk dipulangkan sebagai hasil kerajaan, diguna semula
(repurpose) atau tindakan lain yang bersesuaian.
MOF menyambut baik syor-syor Jabatan Audit Negara agar pemantauan unit pengurusan penyelidik berpusat diperkasa bagi memperkemas dan memperkukuh tadbir urus RDCI di samping penyediaan garis panduan kebangsaan mengenainya.
Perkongsian fasiliti, kemudahan dan peralatan dari institusi-institusi penyelidikan, universiti dan industri untuk penyewaan, khidmat analitik dan nasihat teknikal wajar ditingkatkan bagi mengoptimumkan penggunaan aset negara dan mengurangkan kos pelaksanaan penyelidikan.
Fokus juga perlu diberikan kepada usaha menjajarkan R&D yang berimpak tinggi bagi pertumbuhan ekonomi dan daya saing negara secara mampan. Dan, MOF janji di sini bahawa MOF akan ambil pendekatan whole-of-MOF supaya secara keseluruhan MOF akan ada pendekatan bersama atau bersepadu di peringkat MOF
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
dan juga dengan kerjasama dengan kementerian-kementerian lain. Kami harap selepas ini kita ada RDCI atau pendekatan RDCI yang whole-of-government.
Seterusnya, izinkan saya merumuskan dan menjawab beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang dan Yang Berhormat Betong mengenai prestasi kewangan syarikat terutamanya daripada aspek pembayaran dividen oleh subsidiari.
Secara keseluruhannya keputusan untuk tidak mengisytiharkan dividen oleh beberapa subsidiari termasuk entiti di bawah PETRONAS dibuat berdasarkan pertimbangan Lembaga Pengarah terhadap keperluan aliran tunai, komitmen pelaburan, penyelenggaraan aset serta pengukuhan modal walaupun merekodkan keuntungan keutamaan diberi kepada kelestarian operasi dan pelaburan semula.
Pada masa yang sama, PETRONAS melalui syarikat induk Petroleum Nasional Berhad telah membayar dividen sebanyak RM32 bilion kepada kerajaan bagi tahun kewangan 2024 menunjukkan sumbangan kumpulan dinilai secara menyeluruh.
Bagi Cenviro Sendirian Berhad dan Craddle Fund Sendirian Berhad, keputusan tidak membayar dividen adalah selaras dengan polisi dividen masing- masing serta kedudukan tunai sebenar. Cenviro menggunakan keuntungan dan tunai tersedia bagi penebusan (redeemable convertable preference share, RCPS) berjumlah RM100 juta dan mengekalkan tunai mencukupi untuk keperluan operasi serta komitmen modal.
CFSP pula berdepan kekangan aliran tunai operasi, kebergantungan kepada geran dan sebahagian keuntungan bersifat tidak direalisasikan. Justeru, dividen tidak diisytiharkan pada tahun 2022 dan 2023 dengan kelulusan lembaga dan dimaklumkan kepada Kementerian Kewangan mengikut garis panduan MKD 2024.
Bagi IJN International Sendirian Berhad, keuntungan adalah tidak signifikan berbanding sumbangan anak syarikat utama iaitu Institut Jantung Negara Sendirian Berhad dan dana diperlukan bagi peluasan operasi. Namun syarikat mengambil maklum keperluan memohon pengecualian dividen dan akan menambah baik polisi.
Manakala SIRIM Calibration Sendirian Berhad dan SIRIM Academy Sendirian Berhad pula menangguhkan dividen ketiga fasa pemulihan kewangan dan pelaburan semula aset bagi tahun kewangan 2023 SIRIM Academy telah kembali stabil dan mengisytiharkan dividen dengan kelulusan lembaga.
Ada juga cadangan mewajibkan syarikat untung bayar dividen. Pembayaran dividen adalah merupakan keputusan Lembaga Pengarah berdasarkan penilaian menyeru terhadap keperluan tunai, komitmen pelaburan dan risiko pasaran.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
Keuntungan perakaunan dan nisbah kewangan yang baik menunjukkan kestabilan semasa syarikat tetapi keputusan agihan turut mengambil kira komitmen jangka sederhana dan juga jangka panjang syarikat seperti perbelanjaan pembangunan, penyelenggaraan, keperluan modal kerja dan berikutnya.
Pendekatan sedia ada sepertimana di dalam Buku Garis Panduan Tadbir Urus dan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat MKD 2024 memberi fleksibiliti kepada Lembaga Pengarah untuk membuat pertimbangan komersial yang bersesuaian dan tidak menjejaskan kedudukan kewangan syarikat bagi memastikan syarikat kekal mampan dan berdaya saing selaras dengan prinsip tadbir urus korporat dan kerangka undang-undang syarikat.
Walau bagaimanapun, mengambil kira perkara ini dibangkitkan mengenai pembayaran dividen ini melibatkan transparency dan konsistensi layanan terhadap syarikat milikan kerajaan, kerajaan bersedia menilai penambahbaikan kepada garis panduan sedia ada supaya terdapat keseimbangan antara disiplin fiskal dan kelestarian kewangan syarikat milikan kerajaan.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
Ini bagi memastikan autonomi komersial yang diberikan kepada syarikat berjalan seiring dengan akauntabiliti kepada pemegang saham dan juga pemegang taruh secara keseluruhan.
Ada juga berbincang terhadap― berkenaan isu syarikat dorman melebihi lima tahun. Bagi perkara yang telah dibangkitkan Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Kuala Krai dan Yang Berhormat Rantau Panjang mengenai tindakan kerajaan dalam menguruskan syarikat berstatus dorman melebihi tempoh lima tahun.
Walaupun syarikat kerajaan MKD menjadi dorman iaitu tidak aktif atau tidak ada aktiviti komersial dan tiada pengurusan, sebahagian syarikat tersebut tidak dapat dibubarkan disebabkan terdapat obligasi kewangan seperti hutang yang perlu dilunaskan. Selain itu, terdapat juga syarikat yang dalam proses likwidasi atau menghadapi tuntutan perundangan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Sekiranya isu-isu tersebut ini telah diselesaikan, syarikat tersebut akan dibubarkan.
Dato’ Yang di-Pertua, suka untuk saya meneruskan sesi penggulungan ini dengan menjawab kenyataan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Pahat dan Yang Berhormat Parit berkaitan soalan analisis penyata kewangan kumpulan agensi Persekutuan di bawah Kementerian Kewangan iaitu KWSP dan KWAP terutamanya mengenai kerugian yang dicatatkan oleh syarikat subsidiari.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
Saya ada dua, tiga muka surat. Kalau boleh bagi sedikit masa, Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan.
Tuan Liew Chin Tong
Okey. Terima kasih Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan.
Tuan Liew Chin Tong
Bagi KWSP, perlu saya jelaskan di sini bahawa pada tahun 2024, KWSP menerima dividen sebanyak RM1.841 bilion dan faedah RM429.50 juta daripada syarikat subsidiari menjadikan jumlah keseluruhannya RM2.271 bilion yang telah diisytiharkan bagi dividen kepada ahli.
Pencapaian ini membuktikan bahawa secara keseluruhan pelaburan subsidiari terus menyumbang secara signifikan kepada pulangan dana persaraan ahli sekali gus mengukuhkan kedudukan kewangan dan keupayaan KWSP untuk memenuhi mandatnya dalam jangka panjang.
Berhubung kerugian yang direkodkan oleh 12 syarikat subsidiari, KWSP telah melaksanakan penilaian menyeluruh dan mengkategorikan kerugian tersebut kepada lima kategori utama berdasarkan faktor asas perniagaan dan pelaburan.
Kategori pertama adalah berkaitan struktur modal. Dalam modal ini, penggunaan pinjaman pemegang saham kepada subsidiari membolehkan KWSP memperoleh pulangan dalam bentuk faedah yang lebih efisien dan sudut percukaian dan pengurusan aliran tunai.
Walau bagaimanapun, apabila keuntungan subsidiari dinilai selepas mengambil kira kos faedah, ia menyebabkan kerugian direkodkan di peringkat entiti.
Walaupun begitu, perlu ditegaskan bahawa nilai pasaran aset bagi subsidiari terlibat adalah lebih tinggi daripada kos pemerolehan. Ini menunjukkan bahawa asas pelaburan kekal kukuh dan kerugian yang dilaporkan adalah bersifat perakaunan dan bukan mencerminkan kemerosotan nilai sebenar pelaburan.
Kategori kedua melibatkan syarikat dalam fasa awal pelaburan atau tempoh yang lazimnya dirujukkan sebagai J-curve. Dalam fasa ini, kerugian awal merupakan keadaan biasa sebelum pelaburan mencapai tahap matang dan mula menjana pulangan yang lebih stabil. Pelaburan ini dijangka memasuki tempoh pelupusan dan merealisasikan pulangan yang lebih ketara bermula sekitar tahun 2027 dan tahun- tahun yang berikutnya selaras dengan strategi pelaburan jangka panjang yang telah dijangka.
Kategori ketiga adalah kesan...
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Menteri. Jerlun, Jerlun. Minta laluan sikit tentang hal KWSP.
Tuan Liew Chin Tong
Tak apa, saya tak ada masa. Minta maaf, ya.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Okey.
Tuan Liew Chin Tong
Kategori ketiga adalah kesan penilaian nilai saksama yang tidak direalisasikan. Kerugian yang direkodkan di bawah kategori ini adalah bersifat perakaunan dan tertakluk kepada turun naik keadaan pasaran semasa. Ia tidak melibatkan aliran keluar tunai sebenar dan dijangka akan pulih selari dengan penambahbaikan sentimen dan keadaan pasaran pada masa hadapan.
Kategori keempat pula berkaitan struktur perniagaan. Terdapat keadaan di mana entiti tertentu merekodkan kerugian, namun secara keseluruhan pelaburan berkenaan telah menjana pulangan dalam bentuk faedah dan dividen kepada KWSP.
Malah, nilai saksama pelaburan adalah jauh lebih tinggi berbanding kos pelaburan asal. Ini menunjukkan kedudukan nilai bersih yang positif serta daya tahan pelaburan walaupun terdapat tekanan di peringkat entiti tertentu.
Kategori kelima adalah kerugian operasi iaitu situasi di mana pendapatan semasa tidak mencukupi untuk menampung kos komersial. Dalam beberapa kes, faktor luaran seperti kadar penghunian yang rendah, usia aset yang semakin meningkat serta cabaran dalam sektor hartanah telah memberi kesan kepada prestasi kewangan. Namun begitu, terdapat juga aset yang menunjukkan peningkatan nilai berbanding kos pemerolehan sekali gus mencerminkan potensi pemulihan nilai dalam jangka sederhana.
Bagi aset yang berdepan cabaran, pelbagai langkah proaktif sedang dilaksanakan. Antaranya, termasuk promosi lebih agresif untuk meningkatkan kadar penghunian, penambahbaikan komponen komersial, pelancaran inisiatif baru bagi menarik pengunjung dan penyewa serta penelitian opsyen pelupusan aset sekiranya ia lebih menguntungkan dana.
Saya sebenarnya ada dua muka lagi. Kalau boleh― ini berkenaan dengan Kumpulan Wang Persaraan. KWAP mempunyai jumlah pelaburan sebanyak...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri perlu berapa minit?
Tuan Liew Chin Tong
Mungkin lagi kalau lima minit boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Boleh.
Lima minit.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. KWAP mempunyai jumlah pelaburan sebanyak RM7.836 bilion dalam 19 syarikat subsidiari, merangkumi 17 syarikat aktif sedia ada serta dua syarikat aktif baharu dengan nilai pelaburan nominal. Daripada keseluruhan subsidiari tersebut, sembilan syarikat telah mencatatkan keuntungan berjumlah RM252 juta, manakala 10 syarikat merekodkan kerugian jumlah RM93 juta.
Daripada 10 syarikat tersebut yang mengalami kerugian, enam daripadanya merekodkan kerugian bagi tempoh tiga tahun berturut-turut dan keadaan ini bukannya berpunca daripada satu faktor tunggal, sebaliknya didorong oleh tiga faktor utama iaitu kadar penghunian yang rendah, struktur model dan juga struktur pelaburan bersifat strategik.
Sebagai contoh, Capsquare Tower Sendirian Berhad yang memiliki Menara Capsquare di Kuala Lumpur telah merekodkan kadar penghunian sekitar 42 peratus pada tahun 2024. Kadar ini memberi kesan langsung kepada hasil sewaan dan seterusnya prestasi kewangan syarikat.
Kedua, terdapat subsidiari yang mencatatkan kerugian disebabkan bayaran faedah ke atas pinjaman pemegang saham daripada KWAP. Namun begitu, dari sudut operasi, syarikat tersebut sebenarnya mencatat prestasi penghunian yang baik, malah mencapai kadar 100 peratus dan menjana keuntungan sebelum mengambil kira kos faedah.
Seterusnya, empat subsidiari ditubuhkan dengan mengambil kira kecekapan cukai khususnya bagi membolehkan pengecualian cukai keuntungan modal sekiranya pelupusan aset hartanah dilaksanakan pada masa hadapan. Pendekatan ini merupakan strategi pelaburan jangka panjang untuk mengoptimumkan pulangan bersih kepada dana dan melindungi nilai pelaburan secara menyeluruh.
Dato’ Yang di-Pertua, saya secara penutup, MOF memandang serius segala penemuan audit yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara dan akan mengambil langkah-langkah penambahbaikan sewajarnya melalui kaedah whole of MOF, whole of government dan whole-of-nation approach. Pendekatan whole-of- MOF, whole-of-government dan whole-of-nation bagi mengukuhkan tata kelola dan prestasi.
Dato’ Yang di-Pertua, mengakhiri penggulungan ini, sukacita sekali lagi saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pandangan dan input- input yang dikongsikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Majlis ada lagi 11 kementerian nak dilalui, masa ada dalam sejam saja. Jadi, Menteri-menteri try to stick to the time dengan izin, ya. Dan kalau perlu tambahan pun, saya akan pertimbangkan, tapi tidak lebih daripada yang berpatutan. Selanjutnya, dipersilakan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, lima minit.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Sebelum saya memulakan sesi penggulungan, izinkan saya terlebih dahulu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Laporan Ketua Audit Negara 1/2026. Pandangan yang dikemukakan amat dihargai dan mencerminkan komitmen bersama sebagai salah satu langkah reformasi institusi kepada pengukuhan tatakelola dan pengurusan wang awam negara. Dalam hal ini, segala penemuan, teguran dan syor yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara akan diberikan perhatian yang serius dan tindakan penambahbaikan telah dan akan diambil untuk mencegah isu yang sama untuk berulang.
Seramai empat orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian semasa perbahasan Laporan Ketua Audit Negara berkaitan dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah iaitu Yang Berhormat Batu Pahat, Temerloh, Yang Berhormat Kuala Krai dan juga Yang Berhormat Sik.
Perkara yang pertama, Majlis Amanah Rakyat. Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batu Pahat telah membahaskan mengenai status geran sektor pendidikan dan pembiayaan pendidikan MARA yang merupakan sebahagian besar daripada geran kerajaan. Seterusnya bertanya, apakah petunjuk prestasi utama bagi mengukur pulangan sosial dan ekonomi daripada pelaburan yang sangat besar ini.
Dan adakah terdapat analisis kebolehpasaran, keberkesanan jangka panjang terhadap graduan daripada pelaburan yang besar ini. Dan apakah model pembiayaan pendidikan mampan dalam masa 10 ke 15 tahun. Dan bagaimana kadar bayaran balik dapat mengurangkan kebergantungan kepada geran kerajaan.
Untuk makluman Yang Berhormat, keberkesanan program pendidikan dan pinjaman pelajaran MARA dapat diukur melalui kadar kebolehpasaran graduan
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
MARA yang mencatat sebanyak 97.2 peratus pada tahun 2025, melebihi sasaran nasional berjumlah 86 peratus.
Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan. Antaranya melalui program Career Crafting, Ensuring Employability Program, Industrial Boot Camp dan inisiatif penajaan bersama, co-sponsorship yang dirangka khusus untuk meningkatkan kesiapsiagaan kerjaya serta membuka peluang pekerjaan dalam sektor berimpak tinggi.
Modal pembiayaan yang sedia ada masih mampu menyokong aktiviti pinjaman pelajaran MARA dengan memperkukuhkan kerjasama strategik bersama pemain industri menerusi model penajaan bersama, co-sponsorship yang menggabungkan pembiayaan pengajian dan jaminan pekerjaan selepas tamat belajar.
Pendekatan ini memastikan graduan bukan saja cemerlang akademik, tetapi mempunyai kebolehpasaran yang tinggi selaras keperluan industri. Antara rakan strategik yang terlibat ialah Telekom Malaysia, Malaysia Rail Link Sdn Bhd, Malaysia Professional Accountancy Centre, Malaysia International Shipping Corporation, PricewaterhouseCoopers International Limited, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Sehubungan dengan itu, pada tahun ini juga, MARA akan memberi keutamaan dalam memperluaskan lagi kerjasama dengan lebih banyak agensi dan industri berimpak tinggi bagi mengurangkan jurang padanan kemahiran serta menjamin kerjaya bumiputera yang lebih mampan. Inisiatif yang— ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kebergantungan kepada geran kerajaan.
Seterusnya, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Kuala Krai dan Yang Berhormat Sik telah meminta penjelasan berkaitan dengan kelewatan KESEDAR mengemukakan penyata kewangan 2024 pada tempoh masa kelewatan dan garis masa penyelesaian. Untuk makluman Yang Berhormat, kelewatan memuktamadkan penyata kewangan 2024 disebabkan KESEDAR perlu membuat penambahbaikan isu-isu teguran utama dalam penyata kewangan 2023 yang telah diberi sijil penafian pendapat.
Perkara ini berpunca daripada peralihan piawaian perakaunan APES kepada MPSAS pada tahun 2021 tidak dilaksanakan secara menyeluruh. Hal ini memberi kesan kepada perekodan aset biologi, penilaian semula tanah, pelunasan geran tertunda, pelarasan tahun lepas dan akaun penyatuan kumpulan anak syarikat.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Bagi memastikan penyata kewangan 2024 mematuhi piawaian MPSAS, KESEDAR telah mengambil tindakan dengan menyediakan pelan pemulihan komprehensif ke atas semua teguran tersebut dan melantik perunding profesional untuk membimbing dan membantu dalam penyediaan penyata kewangan tahun 2024.
Dato’ Yang di-Pertua, KKW memberi perhatian yang serius terhadap segala input dan pandangan laporan audit negara. Sebarang kelemahan yang telah dikenal pasti akan ditangani secara tuntas, bukan sekadar sebagai tindak balas kepada laporan, tetapi sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjang KKW dalam memperkukuhkan kesejahteraan rakyat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut dipersilakan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, lima minit. Dipersilakan Yang Amat Berhormat.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Dato’ Yang di-Pertua, untuk PETRA tidak ada isu dibangkitkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tidak ada?
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Tapi saya akan menggulung bagi pihak untuk JPM nanti.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Berikut saya persilakan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin
Salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua dan semua Ahli Yang Berhormat.
Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat terutama kepada YB Batu Pahat, Kuala Krai, Rasah, Merbok, Padang Terap, Bentong, Hulu Selangor, Rantau Panjang, Tangga Batu, Mersing dan juga Besut yang telah membahaskan isu-isu yang berkaitan dengan KPKM, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin
Sehubungan itu, izinkan saya untuk menjawab isu-isu yang dibangkitkan. So, pihak KPKM merakamkan penghargaan kepada Ahli-ahli Parlimen atas keprihatinan dalam hal pembangunan dan pengurusan berkenaan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang disentuh di dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Penggunaan peruntukan pembangunan (DE) MARDI dalam tempoh RMK12 2021–2025 adalah untuk perbelanjaan operasi projek yang bersifat kritikal dan khusus serta mempunyai hubungan langsung dan jelas dengan pelaksanaan komponen penyelidikan dan pembangunan serta permintaan teknologi yang telah diluluskan.
Sebagai contoh, transaksi perbelanjaan seperti tuntutan perjalanan pegawai penyelidik untuk sesuatu projek bagi pengambilan data kajian, pemantauan di lapangan dan aktiviti penyelidikan dan pembinaan teknologi berkaitan. Bayaran tuntutan ini menggunakan kod projek khusus yang turut disertakan dengan dokumen sokongan semasa bayaran dibuat. Dan merujuk kepada maklum balas Kementerian Ekonomi kepada pihak Jabatan Audit Negara pada 19 November 2025, kebenaran diberikan kepada tuntutan perjalanan atau emolumen bagi sesuatu projek dan hanya dibenarkan untuk projek tersebut sahaja dan tiada ketirisan berlaku seperti yang didakwa.
Perbelanjaan menggunakan DE yang dibuat oleh MARDI adalah untuk menyokong pelaksanaan aktiviti projek RTCI dan bukan merupakan kos operasi dalam pengertian perbelanjaan mengurus atau pentadbiran am institut. So, ini maksud dia tiada syarikat atau kompeni yang terlibat. Semua ini adalah emolumen dan bayaran elaun untuk Pegawai Penyelidikan MARDI secara dalaman.
Dan dari segi pencapaian output projek yang disasarkan, secara keseluruhannya, penggunaan peruntukan DE bagi tujuan operasi projek RTCI MARDI tidak menjejaskan pencapaian output projek. Sehingga 31 Disember 2025, kesemua 17 projek pembangunan RMK12 MARDI berjaya mencapai 201 output yang disasarkan dengan 166 teknologi baru yang berjaya dijana merentasi pelbagai komoditi tanaman, ternakan dan disiplin teknologi.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin
Sebagai contoh, tiga varieti bawang merah, BAW-1, BAW-2, BAW-3 yang telah dilancarkan oleh YB Kota Raja, Datuk Seri Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada Ogos 2023. 10 varieti padi, tiga varieti kelapa hibrid, tiga klon kopi
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin
Liberika dan lima pakej mekanisasi bersepadu untuk tembikai, padi, ubi keledek, halia dan cili telah berjaya dijana.
Namun demikian, setelah mengambil kira teguran pihak Jabatan Audit Negara, pihak MARDI juga telah melaksanakan tindakan penambahbaikan ke atas Peraturan Kewangan MARDI dan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengelola MARDI pada 9 Mac 2026. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut, saya persilakan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya akan menggulung berhubung kait dengan tugasan saya di bawah Timbalan Perdana Menteri yang menyentuh berhubung kait dengan PHB.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas keprihatinan lima orang Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan Laporan Ketua Audit Negara.
Saya juga ingin menekankan bahawa pembentangan Laporan Ketua Audit Negara dalam Dewan Rakyat ini merupakan amalan yang harus diteruskan bagi menyuburkan demokrasi dan menggalakkan amalan semak dan imbang yang lebih sistematik dan terbuka. Jabatan Perdana Menteri mengambil serius isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat dalam perbahasan hari ini.
Dato’ Yang di-Pertua, isu kelewatan Projek Lot 61, Bangsar telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai, Padang Terap dan Maran. Untuk makluman, peningkatan kos pembinaan berlaku kerana skop projek berkembang berbanding kelulusan asal, termasuk penambahan komponen tempat letak kereta, sebahagian menara tiga serta kerja infrastruktur seperti jalan bawah tanah ataupun underpass, dengan izin.
Selain itu, perlaksanaan projek dalam tempoh pasaran pembinaan yang tidak stabil menyebabkan peningkatan kos bahan binaan serta penyelesaian teknikal tambahan ditapak. Kos umum pula meningkat selaras dengan perlanjutan tempoh
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
projek, di mana caj kewangan terakru sepanjang tempoh pembinaan belum disiapkan sepenuhnya.
Apabila jadual pelaksanaan memanjang melebihi unjuran awal, kos pembinaan meningkat secara berkadar terus dan memberi kesan pada jumlah keseluruhan kos projek. Sehubungan itu, penilaian semula struktur kos dan strategi pelaksanaan kini diperlukan bagi memastikan kesinambungan projek dapat diteruskan secara mampan dan terurus.
Dato’ Yang di-Pertua, pihak PHB telah mengadakan perbincangan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung cadangan untuk menangguhkan pembinaan jalan bawah tanah serta melaksanakan pelebaran jalan masuk dari Jalan Bangsar ke Jalan Maarof sebagai langkah penyuraian trafik sementara. Langkah ini bertujuan untuk menambah baik aliran trafik di sekitar tapak projek.
Sehubungan itu, pihak One Stop Center DBKL telah menerima cadangan tersebut bagi tujuan pelonggaran sijil perakuan siap dan pematuhan secara berasingan bagi pengoperasian tempat letak kereta. Pada masa— untuk makluman, kelulusan bersyarat untuk partial CCC oleh DBKL telah pun diterima pada 23 Februari 2026 iaitu semalam.
Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Krai dan Padang Terap juga membangkitkan isu Projek Mayang Mall iaitu projek meningkat sebanyak RM274.38 juta dan juga PHB melepaskan kontraktor yang gagal melalui mutual termination menyebabkan PHB terlepas peluang menuntut ganti rugi.
Keputusan penamatan bersama dengan kontraktor utama dibuat bagi mengurangkan risiko kelewatan operasi Mayang Mall yang dianggarkan menjejaskan potensi pendapatan sekitar RM20 juta setahun serta mengelakkan pendedahan kepada risiko timbang tara berjumlah RM353.49 juta. Langkah ini dianggap paling strategik bagi memastikan keseimbangan projek dan melindungi nilai pemegang unit berbanding proses litigasi yang berpanjangan.
Berhubung tuntutan kos tambahan atau loss and expenses, dengan izin, berjumlah RM13.57 juta, Lembaga Pengarah telah melaksanakannya setelah menilai cadangan pengurusan dan profil risiko secara menyeluruh, selaras dengan prinsip business judgment rule, dengan izin.
Keputusan ini mengambil kira kepentingan memaksimumkan potensi pendapatan daripada penyewa utama, impak peningkatan kos pembinaan pasca
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
COVID-19 serta keperluan memastikan kestabilan aliran pendapatan dan reputasi projek.
Walaupun rundingan telah dimulakan sejak November 2022, tiada keputusan muktamad dapat dicapai selepas lebih sembilan bulan, sekali gus menjejaskan keupayaan PHB untuk merancang semula jadual projek dan menanggung risiko kelewatan tambahan. Jadi, beberapa siri mesyuarat telah diadakan sebelum keputusan penamatan bersama (mutual termination) dicapai dengan kontraktor utama.
Dato’ Yang di-Pertua, isu berkaitan hanya seorang sahaja wakil kerajaan dilantik dan pengoperasian PHB telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bentong.
Tuan Yang di-Pertua, Perenggan 21, Terma Rujukan. Lembaga Pengarah PHB menetapkan bahawa Lembaga hendaklah dianggotai oleh seorang Pengerusi, Pengarah Urusan atau pun Ketua Pegawai Eksekutif PHB, tiga wakil kerajaan dan dua wakil sektor swasta.
Pelantikan wakil kerajaan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan melalui Kementerian Kewangan dan setakat ini, pihak kementerian hanya menghantar seorang wakil untuk menganggotai Lembaga Pengarah PHB. Sekarang ini akan diangkat pada Yayasan Pelaburan Bumiputera untuk dimajukan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan pelantikan tambahan oleh pihak kerajaan agar pematuhan sepenuhnya terhadap TOR dapat dipastikan.
Selanjutnya, PHB akan membuat susulan secara berkala dengan Kementerian Kewangan berhubungan cadangan penambahan dua lagi wakil kerajaan dalam Lembaga Pengarah PHB.
Dato’ Yang di-Pertua, isu berkenaan due-diligence exercise tidak dibuat secara menyeluruh untuk pengurusan aset telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Besut. PHB telah mengemas kini dan membangunkan Rangka Kerja Pelaburan Harta Tanah serta Dasar Pelaburan Harta Tanah pada 26 Jun 2024 dan Garis Panduan Pelaburan Harta Tanah pada 31 Julai 2024 serta membangunkan SOP bagi evaluation and initial approval, due-diligence approval and investment execution, dengan izin.
PHB telah menjalankan feasibility study dan due-diligence yang komprehensif merangkumi aspek perundangan, teknikal dan penilaian bagi cadangan pemerolehan PTP Mersing dan juga kemudahan pembuatan squat glass.
Hasil kajian ini telah dibentangkan dalam kertas masing-masing kepada Lembaga Pengarah. Maknanya, ada penambahbaikan untuk masa depan.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Jadi Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian. Teguran akan diambil secara serius dan kita akan mengambil kepastian bahawa PHB dengan pengurusan yang baru ini akan mengambil tindakan untuk tidak mengulang apa saja teguran dan menambah baik dari segi governance PHB tersebut. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Silakan.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Membaca selawat] Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyambut baik serta memberikan sokongan padu terhadap langkah reformasi Kerajaan MADANI dalam membentangkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 1, Tahun 2026 di Dewan yang mulia ini.
Langkah ini mencerminkan keberanian, tekad dan juga komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkukuhkan tadbir urus yang bersih, menjulang prinsip integriti dan akauntabiliti serta memastikan pengurusan hasil dan perbelanjaan negara dapat dilaksanakan berlandaskan tatakelola fiskal yang kukuh tanpa sebarang kompromi.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, dua agensi di bawah KPKT telah pun memperolehi Sijil Ketua Audit Negara bagi Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2024 dengan jenis Pendapat Audit Tanpa Teguran ataupun Audit Sijil Bersih. Pencapaian ini mencerminkan pengurusan kewangan yang mematuhi sepenuhnya peraturan serta amalan tadbir urus yang baik.
Sehubungan dengan itu, bagi menjawab perbahasan yang dibangkitkan berkaitan Laporan Ketua Audit Negara pada hari ini Tuan Yang di-Pertua, saya akan memfokuskan penjelasan kepada isu-isu yang terkandung di bawah LKAN Bil. 1, Tahun 2026 sahaja. Dan untuk itu, saya mengucapkan terima kasih kepada dua orang Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian iaitu Yang Berhormat Batu Pahat dan juga Yang Berhormat Permatang Pauh.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Yang Berhormat Batu Pahat telah pun membangkitkan perkara berhubung peratus penyaluran ataupun bayaran yang dibuat oleh SWCorp kepada syarikat konsesi dan adakah setimpal ataupun value for money, dengan izin.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, berdasarkan Penyata Kewangan SWCorp Tahun 2024, perkhidmatan yang telah pun diberikan oleh syarikat konsesi melibatkan jumlah RM2.05 bilion.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Pembiayaan perkhidmatan tersebut adalah melalui sumbangan daripada Kerajaan Persekutuan dan pihak berkuasa tempatan iaitu secara amnya, 65 peratus melalui peruntukan geran pembangunan manakala baki 35 peratus ditanggung oleh melalui sumbangan PBT. Pembayaran kepada syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dilaksanakan melalui prinsip bayaran berasaskan perkhidmatan. Ini bermakna setiap sen dana awam yang dibayar adalah berasaskan kepada output sebenar iaitu perkhidmatan yang telah pun diberikan oleh syarikat konsesi di lapangan dan bukan berdasarkan kepada anggaran.
Mekanisme ini merangkumi dua teras utama perkhidmatan yang menjamin value for money atas geran yang telah disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan iaitu pertama, kutipan sisa domestik. Pembayaran dibuat mengikut pematuhan jadual kutipan yang ditetapkan iaitu setiap pergerakan jentera dipantau secara masa nyata
(real time) dan tuntutan mestilah disokong dengan laporan tematik di lapangan sebagai bukti kerja telah pun disempurnakan.
Dan yang kedua, pembersihan awam. Melibatkan kepada 11 aktiviti pembersihan awam sepertimana pembersihan longkang, pemotongan rumput dan juga sapuan jalan dan bayaran hanya akan diproses setelah aktiviti tersebut disahkan melalui laporan siap kerja yang terperinci dan disahkan oleh SWCorp.
Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan akauntabiliti dan merujuk kepada ketetapan perjanjian konsesi, kerajaan mengamalkan prinsip tiada perkhidmatan maka tiada bayaran iaitu sekiranya syarikat konsesi gagal mematuhi petunjuk prestasi utama KPI yang telah pun ditetapkan maka tindakan penalti akan dijatuhkan.
Amaun penalti akan dipotong secara terus daripada bayaran syarikat konsesi dan mana-mana perkhidmatan yang tidak dilaksanakan tidak akan dibayar.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan tidak akan menanggung kerugian sekiranya kerja tidak dilaksanakan dan inilah yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Batu Pahat tadi tentang value for money di mana rakyat mendapat persekitaran yang bersih manakala kerajaan memastikan kecekapan perbelanjaan tanpa pembaziran.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Sehubungan dengan itu Tuan Yang di-Pertua, kerajaan akan terus melabur dalam pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam negara ini kerana ia adalah tanggungjawab sosial kerajaan yang amat penting kepada rakyat.
Seterusnya Yang Berhormat Permatang Pauh telah membangkitkan pertanyaan mengenai pelan mitigasi risiko sekiranya berlaku kegagalan bayaran balik bagi pinjaman yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan melibatkan Perbadanan PR1MA Malaysia bagi memastikan kelangsungan pembayaran balik pinjaman ini yang dijamin oleh kerajaan ini Tuan Yang di-Pertua, PR1MA telah pun melaksanakan pemantauan kewangan secara berkala, termasuklah penilaian aliran tunai unjuran hasil jualan dan analisis keupayaan pembayaran balik hutang.
Dan PR1MA juga sedang meneliti struktur pembayaran balik prinsipal secara berperingkat bagi memastikan penjajaran dengan profil aliran tunai semasa serta mengurangkan risiko tekanan kewangan.
Dalam jangka masa sederhana Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang menyasarkan pembangunan 25,000 unit rumah dijangka memperkukuhkan asas hasil dan meningkatkan kemampanan kewangan PR1MA yang akan disokong oleh peruntukan pembangunan kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, akhir kalam, saya ingin mengucapkan penghargaan kepada Ketua Audit Negara atas pengauditan yang telah pun dilaksanakan dan ucapan terima kasih kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan semoga sinergi di antara kita akan menjadi pemacu kepada tadbir urus kewangan yang lebih telus demi mendaulatkan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kementerian seterusnya, KDN tiada isu.
Kita ke Kementerian Pertahanan, dipersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Dato' Yang di-Pertua, pertamanya saya ucap terima kasih kepada tiga Ahli Yang Berhormat yang membahaskan Laporan Ketua Audit Negara terkait dengan Kementerian Pertahanan iaitu Ahli Yang Berhormat Parit, Ahli Yang Berhormat Sik dan juga Ahli Yang Berhormat Besut. Ketiga-tiganya menyentuh secara umum terkait dengan Perbadanan Perwira Hartanah Malaysia (PPHM). Jadi, saya jawab sekali gus untuk tiga soalan ini.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Dibangkitkan tentang pelan mitigasi oleh Yang Berhormat Parit, dibangkitkan juga tentang liabiliti oleh Yang Berhormat Sik dan juga dibangkitkan tentang dividen terkait kepada LTAT daripada Yang Berhormat Besut. Dan untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kita tahu bahawa Perbadanan Perwira Hartanah Malaysia (PPHM) asalnya ditubuhkan untuk melaksanakan aktiviti dalam sektor perumahan serta pengurusan hartanah dan fasiliti bagi pihak LTAT. Dan kalau kita lihat ada tiga perkhidmatan utama, pengurusan hartanah dan fasiliti bertindak sebagai kontraktor bagi projek pemindahan Pangkalan Udara Sungai Besi, TUDM dan PDRM dan perkhidmatan pengurusan projek.
Sebab itu LTAT pada tahun 2023, LTAT telah melantik penasihat profesional untuk melaksanakan penilaian ke atas kedudukan kewangan dan hala tuju PPHM dan hasil daripada penilaian tersebut Mesyuarat Khas Lembaga PPHM pada 13 Februari 2025 telah bersetuju untuk memberhentikan operasi PPHM pada 31 Mei 2025 dan sehubungan dengan itu, operasi PPHM telah diambil alih oleh Jabatan Hartanah LTAT.
Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Parit, LTAT telah melaksanakan pelan penutupan syarikat ini secara terancang dan juga terkawal sepertimana saya sebutkan tadi melalui kajian yang telah dibuat dan sehingga kini majoriti kontraktor telah bersetuju dengan tawaran penyelesaian dan bayaran yang telah dibuat. Manakala baki yang masih belum dilunaskan adalah minimum dan sedang diuruskan secara langsung oleh LTAT.
Ini juga terkait dengan soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Sik tentang liabiliti ini. Dan kalau kita lihat pada tahun 2024, 31 Disember, pemiutang projek PUKL adalah sejumlah RM45.7 juta yang melibatkan 48 kontraktor tapi akhirnya melalui rundingan yang dibuat oleh LTAT dan juga Lembaga PPHM ini bertarikh 13 Februari, kita telah menyelesaikan 47 daripada 48 kontraktor itu yang berjumlah RM26.85 juta. So, daripada itu kita dah runding dan kita selesaikan tinggal satu saja kontraktor yang belum diselesaikan dan jumlahnya adalah sebanyak RM40,000.
Jadi kalau kita lihat, apakah ada liabiliti daripada pihak kerajaan, dia tidak.
Dia menggunakan dana sedia ada di peringkat PPHM itu untuk menyelesaikan hutang-hutang. Cuma kita nego hutang itu daripada RM45 juta jadi dapat dikurangkan sehingga RM26 juta supaya dapat diselesaikan. Dan dalam masa yang sama tadi dikaitkan oleh Besut tentang dividen. Dan kita tahu bahawa ingin saya tegaskan bahawa langkah penutupan aktiviti ekonomi ini yang kurang berdaya saing
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
merupakan sebahagian daripada pendekatan strategik kita di atas rasa tanggungjawab kita untuk memperkukuhkan kedudukan kewangan, terutamanya kewangan LTAT itu sendiri.
Dan kalau kita lihat dari segi rekod semenjak 2015 dividen PPHM tidak dibayar kepada LTAT. Jadi, kalau kita lihat kita tahu dah kemampuan kewangan syarikat ini dan masalah-masalah untuk membayar hutang. So, akhirnya kita mengambil beberapa kaedah ini kita buat penilaian dan kita buat beberapa keputusan kerana akhirnya kita tahu bahawa kita tak mahu risiko ini terkait dengan dividen kepada LTAT itu sendiri.
Itu saja jawapan-jawapan yang saya ingin berikan yang terkait dengan PPHM ini dan kita mengharapkan supaya tadbir urus kita ini, kita mengambil kira semua risiko-risiko itu. Dan kita tahu bahawa walaupun syarikat ini kita bangunkan untuk menjaga utiliti ataupun facilities kita, tapi kadang-kadang kalau kita lihat eh, kenapa syarikat ini jadi begini, kalau kita lihat contohnya dalam dia mengambil projek bandar Malaysia itu dan perpindahan Pangkalan Udara Kuala Lumpur, Sungai Besi itu projek itu bernilai hampir RM2 bilion sedangkan kalau kita tengok PPHM ni secara puratanya projek yang dia kelolakan hanya sekitar maksimum pun sehingga RM50 juta.
Jadi, kadang-kadang keupayaan itu tak ada akhirnya kita tertanggung dengan hutang. Tapi akhirnya, oleh kerana LTAT mengambil tanggungjawab ini di bawah LTAT, dia mengambil tanggungjawab untuk menstruktur semula dan akhirnya menamatkan operasi walaupun kita tahu bahawa kita terpaksa memastikan bahawa memang ada melibatkan pekerja dan petugas itu tetapi kalau kita lihat memang kita juga membayar pampasan kepada pekerja-pekerja itu sebanyak hampir RM2.32 juta kepada 23 orang kakitangan PPHM. Itu saja jawapan saya di kementerian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke kementerian berikutnya, dipersilakan Yang Berhormat Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Chang Lih Kang
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya mewakili Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada 19 orang Ahli Yang Berhormat yang telah membentangkan, membahaskan isu dan dalam isu yang berkaitan dengan MOSTI pada sesi perbahasan tadi.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Chang Lih Kang
MOSTI mengambil maklum terhadap semua isu-isu yang dibangkitkan. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang mengambil bahagian.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Chang Lih Kang
Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana kesuntukan masa, saya akan menyentuh satu isu yang mana ramai Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh iaitu tentang isu tadbir urus dan perbelanjaan MIMOS Berhad sebagai agensi pelaksana projek pembangunan MyDigital ID seperti yang ditanya oleh Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Temerloh dan lain-lain.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, teguran audit telah menegaskan perbelanjaan sebanyak RM28.13 juta tidak mendapat kelulusan jawatankuasa yang ditetapkan. MOSTI mengambil maklum bahawa perbelanjaan Projek Identiti Digital Nasional (IDN) perlu mendapat pengesahan daripada jawatankuasa yang diberi mandat melalui surat bertarikh 12 Disember 2023.
Sebenarnya, perbelanjaan Projek IDN ini telah pun dibentangkan di mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (JKP) IDN dan juga Jawatankuasa Teknikal
(JKT) IDN pada Februari 2024. Masa itu, kedua-dua jawatankuasa telah mengambil maklum bahawa perbelanjaan Projek IDN ini. Selepas itu, dalam bulan Mac, Projek IDN ini telah pun diserahkan kepada MKN sebagai penyelia projek.
Antara faktor yang menyumbang kepada kelemahan tadbir urus ialah kekeliruan akibat perubahan dalam struktur jawatankuasa yang telah menyebabkan ketidakselarasan dalam proses membuat keputusan dalam pelaksanaan projek.
Namun begitu, MOSTI ingin menegaskan bahawa tidak berlaku sebarang ketirisan dalam tadbir urus atau perolehan yang dilaksanakan. Projek MyDigital ID telah beroperasi dan dilaksanakan di bawah pemantauan Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri.
Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah pendaftaran MyDigital ID meningkat kepada 9.7 juta pendaftaran sehingga kini. MyDigital ID juga telah berjaya diintegrasikan dengan 92 aplikasi kerajaan dan swasta merentasi pelbagai sektor termasuk telekomunikasi, kewangan dan kesihatan.
Bagi teguran audit berkaitan perbelanjaan operasi sebanyak RM14.09 juta menggunakan peruntukan pembangunan projek, MOSTI mengambil maklum dan akur bahawa peruntukan pembangunan tidak boleh digunakan untuk menampung
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Chang Lih Kang
perbelanjaan operasi seperti yang ditetapkan dalam garis panduan pelaksanaan projek pembangunan di bawah RMK12.
Walau bagaimanapun, MyDigital ID Sdn. Bhd. selaku anak syarikat MIMOS pada ketika itu telah membentangkan perbelanjaan Projek IDN termasuk perbelanjaan emolumen dan perolehan aset ataupun project management dalam mesyuarat JKT IDN bertarikh 6 September 2024 yang seterusnya telah disahkan di mesyuarat JKP IDN pada 25 Oktober 2024.
Sehubungan itu, merujuk kepada pertanyaan oleh Yang Berhormat Jelebu sebentar tadi, adalah dimaklumkan bahawa MyDigital ID Sdn. Bhd. sedang...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dato Yang di-Pertua, minta penjelasan sikit saja. Tadi...
Datuk Chang Lih Kang
Just habiskan ayat ini.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Boleh? Boleh?
Datuk Chang Lih Kang
Adalah dimaklumkan bahawa MyDigital ID Sdn.
Bhd. sedang dalam proses permohonan untuk mendapatkan peruntukan mengurus daripada Kementerian Kewangan bagi pembiayaan kos operasi termasuk emolumen.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Satu soalan sahaja, Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih, Timbalan Menteri. Tadi saya bangkitkan berkenaan dengan apabila sistem CA dibatalkan, adakah pembatalan ini menyebabkan kerajaan bergantung kepada pembekal swasta dengan kos yang lebih tinggi dalam jangka masa yang panjang? Okey, sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sila, Menteri.
Datuk Chang Lih Kang
Terima kasih. Pendang tadi sebut tentang CA ya.
Sebenarnya saya belum sampai. Tapi, tak apa, saya jawab dulu.
Bagi teguran berkaitan dengan perolehan peralatan CA― certificate authority― sebanyak RM79,000, ia tidak akan mendatangkan sebarang kerugian kepada kita. Apa yang audit tegur adalah tentang tatacara ataupun prosedur.
Sebenarnya sekarang, peralatan CA itu masih di bawah milik MyDigital ID yang bertempat di MIMOS sekarang, yang digunakan oleh beberapa kementerian. So, dia tidak mendatangkan sebarang risiko di mana data kita diuruskan oleh syarikat lain.
Datuk Chang Lih Kang
Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan penambahbaikan dilaksanakan secara menyeluruh, MOSTI akan memastikan MIMOS mematuhi sepenuhnya kelulusan serta struktur kos projek dengan memastikan setiap perbelanjaan memperoleh kelulusan berasaskan mekanisme tadbir urus dan tatakelola yang telah ditetapkan serta selaras dengan struktur kos dan tujuan peruntukan yang telah diluluskan.
Untuk makluman juga, MOSTI sentiasa memantau projek yang di bawah peruntukan belanja pembangunan di bawah MIMOS melalui mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK) yang diadakan pada setiap bulan. Sebagai langkah penambahbaikan berterusan, MOSTI akan memastikan tadbir urus semua projek tersebut pada masa akan datang adalah teratur dan selaras dengan mandat yang diberikan.
Sebelum saya mengakhiri penggulungan ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Jabatan Audit Negara atas teguran yang profesional dan juga penemuan yang konstruktif yang membantu kerajaan memperbaiki kelemahan dan juga memperkukuhkan integriti dalam menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam dari semasa ke semasa. Segala cadangan dan teguran akan diambil perhatian sewajarnya oleh pihak kementerian. Jadi, seperti yang saya sebut tadi, isu yang saya tidak sempat jawab, saya akan jawab secara bertulis.
Tuan Yang di-Pertua, dengan itu, sekian saja ucapan penggulungan saya yang menyentuh tentang Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Majlis ke kementerian yang berikutnya, Kementerian Pendidikan Tinggi. Silakan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terlebih dahulu, izinkan saya rakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Laporan Ketua Audit Negara berkait dengan sektor pendidikan tinggi negara. Perbahasan pada kali ini memperlihatkan kesungguhan Dewan yang mulia ini dalam memastikan institusi pendidikan tinggi kita sentiasa berada pada landasan integriti, akauntabiliti dan kecemerlangan.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Kementerian Pendidikan Tinggi menerima dapatan audit ini dengan sikap terbuka, bertanggungjawab dan komited untuk melakukan penambahbaikan yang berterusan. Teguran audit tidak harus dilihat semata-mata sebagai kelemahan tetapi sebagai sebahagian daripada proses memperkukuh sebuah reformasi besar yang telah pun kita laksanakan secara berperingkat sejak beberapa dekad yang lalu.
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang berbangkit dalam Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 1/2026, sehingga 30 Jun 2025, terdapat baki geran penyelidikan di empat kementerian yang tidak dipulangkan berjumlah RM183.11 juta melibatkan 7,900 projek. Untuk Kementerian Pendidikan Tinggi, baki geran penyelidikan yang tidak dipulangkan melibatkan lima universiti penyelidikan (RU) sejak tahun 2006 sehingga Jun 2025 berjumlah RM110.67 juta. Baki tersebut melibatkan 7,129 projek R&D&C&I di mana 2,328 projek telah pun siap, 4,784 dalam pelaksanaan mengikut jadual dan hanya 17 projek yang tamat atau dibatalkan.
Untuk memahami perkara ini secara adil, jumlah baki dana Kementerian Pendidikan Tinggi melibatkan lima universiti awam yang mempunyai struktur yang kompleks, berskala besar dalam menguruskan ribuan projek merentasi fakulti, pusat kecemerlangan, makmal khusus serta jaringan kolaborasi kementerian dan rakan antarabangsa.
Penting untuk kita perjelaskan bahawa lebihan dana penyelidikan ini berlaku disebabkan, antara lainnya, seperti projek penyelidikan telah pun selesai dan tamat tempoh masa dengan penggunaan perbelanjaan yang optimum, ataupun projek penyelidikan itu dibekukan atau tidak mencapai milestone seperti yang dijangkakan, ataupun disebabkan oleh faktor luar jangkaan (force majeure) seperti penyelidik meninggal, bersara, berhenti kerja atau pandemik dan sebagainya. Dan ini melalui keputusan panel semasa pemantauan geran penyelidikan.
Ketiga, kita juga melihat pada kolaborasi penyelidikan serta penggunaan fasiliti guna sama nasional dan antarabangsa yang menyumbang kepada penjimatan kos operasi juga dan menyumbang kepada lebihan geran tersebut. Contohnya, kemajuan teknologi yang telah pun menurunkan kos penyelidikan. Misalan, penjujukan genom yang dahulu sekitar RM500,000 setiap sampel, hari ini hanya bernilai RM3,500.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Jadi, berlaku penjimatan, maka berlaku juga lebihan dana dan penjimatan bayaran kepada pembantu penyelidik serta kekangan peraturan kewangan yang mengehadkan penggunaan dana pada skop yang diluluskan. Saya ingin menarik
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Adam Adli Abd Halim
perhatian Ahli Dewan yang mulia ini bahawa geran pendidikan jumlah RM110.67 juta di lima RU ini adalah untuk tempoh 20 tahun.
Maka secara purata berbaki sebanyak RM1.16 juta ringgit setahun bagi setiap RU dan dibahagikan dengan jumlah projek, nilainya hanyalah akhirnya secara purata baki setiap projek adalah sekitar RM15,524 sahaja. Yang penting baki ini perlu juga dilihat bersama dengan nilai pulangan pendidikan seperti pembangunan kepakaran negara dan sebagainya.
Tindakan yang telah pun kita ambil di pihak KPT termasuklah untuk kita mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kewangan melalui surat bertarikh 4 Disember 2025 untuk menggunakan baki dana tidak dipulangkan ini dengan tujuan untuk repurpose dan MOF telah pun memohon maklumat tambahan.
Dan seterusnya, pada 2 Januari, kita mengemukakan semula permohonan kepada MOF dan untuk makluman bagi tujuan penggunaan baki dana tidak dipulangkan tersebut, garis panduan dan terma rujukan juga telah pun dibangunkan sejak Ogos 2025 dan dikemukakan kepada MOF.
MOF telah pun memberi kelulusan permohonan untuk menggunakan baki dana penyelidikan Jabatan Pendidikan Tinggi di IPT kepada KPT melalui surat bertarikh 11 Februari 2026 dan kelulusan ini meliputi semua baki dana penyelidikan.
Maka, saya maklumkan juga bahawa beberapa lawatan kerja rasmi Menteri ke Indonesia hasilnya, kita telah juga membincangkan satu konsortium penyelidikan antara Malaysia dan Indonesia yang dapat kita kembangkan menggunakan baki dana penyelidikan ini juga menerusi IPTA yang mempunyai bidang tujahan yang sama dan juga bersesuaian. Maka, erti kata lain, baki dana ini akan kita repurposekan semula dan ia nya pada satu sisi yang lain, boleh dilihat juga sebagai satu langkah penjimatan, bukannya melibatkan ketirisan.
Saya tahu kalau KPT ada banyak isu, maka saya minta izin untuk sambung sedikit lagi, Tuan Yang di-Pertua, saya masuk kepada isu UKM. Mengenai keseluruhan isu audit berbangkit di Universiti Kebangsaan Malaysia, saya tegaskan bahawa setiap teguran telah pun kita teliti dengan penuh tanggungjawab dan ditangani melalui pendekatan yang menyeluruh, berstruktur dan berteraskan prinsip akauntabiliti. Ada beberapa isu yang telah dibangkitkan, projek naik taraf bangunan, facility berkulat dan sebagainya. Namun yang paling diberi perhatian antara lainnya adalah kutipan hasil yuran pelajar yang tidak teratur.
Perkara ini tindakan pembetulan segera yang telah pun kita laksanakan secara menyeluruh demi memastikan tadbir urus kewangan yang telus
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Adam Adli Abd Halim
berakauntabiliti dan berintegriti. Antara tindakan yang kita ambil adalah kutipan hasil oleh pihak yang tidak diberi kuasa, UKM tidak lagi menggunakan khidmat koperasi bagi pengambilan pelajar.
Mulai kohort 7 semester 1 sesi 2025/2026, proses pengambilan dan kutipan yuran bagi program DPLI dilaksanakan sepenuhnya oleh universiti. Bagi program SPEND pula, UKMShape merancang untuk melaksana pengambilan dan kutipan hasil sepenuhnya mulai kohort 10 semester 2 sesi 2025.
Kemudian, kedua berkait dengan perjanjian kerjasama yang tidak sah, siasatan sedang dijalankan oleh Pusat Integriti dan Ombudsman UKM. Kemudian, untuk hasil yuran yang tidak diperakaunkan, pelarasan semula telah pun dibuat dengan mengiktiraf hasil berjumlah RM2.27 juta bagi SPEND dan RM30.09 juta bagi DPLI untuk tahun 2024 serta RM27.67 juta bagi kohort terdahulu untuk tahun 2025.
Semua hasil yuran pelajar DPLI kohort 7 ini juga telah pun diperakaunkan sepenuhnya. Agihan yuran lewat atau belum diserahkan surat tuntutan dan letter of demand telah dikeluarkan kepada koperasi tersebut dan tindakan susulan berjaya mendapatkan semula setakat ini RM1.83 juta. Usaha pemulihan baki tertunggak sedang diteruskan melalui saluran perundangan.
Dan pada semua, satu jaminan yang kita boleh beri adalah— ini termasuk bayaran komisen, isu bayaran perbelanjaan keluar negara enam individu bukan kakitangan universiti, mengenai bayaran elaun pelajar sangkutan industri kepada individu yang tidak layak. Ini semua adalah perkara yang telah pun kita beri perhatian yang amat serius dan sebagai langkah pengukuhan seterusnya, kita sedang mempertimbangkan pembatalan status Strategic Business Unit serta melaksanakan tindakan pemulihan dan punitif terhadap pihak-pihak yang terlibat.
Kita juga telah memastikan bahawa pihak UKM memberi kerjasama yang penuh kepada pihak berkuasa termasuk PDRM daripada Bukit Aman untuk memastikan siasatan dapat dijalankan secara telus dan juga menyeluruh. Pendirian kita jelas, salah guna kuasa dan penyalahgunaan dana awam tidak boleh dikompromi. Ini wang rakyat, ini amanah awam. Wang ini mesti diuruskan dengan integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban.
Semua kes-kes ini sedang disiasat oleh pihak Bukit Aman, setiap sen yang didapati telah disalah guna akan dituntut dan tindakan sewajarnya akan diambil. Kita komited bersama dengan UKM untuk membanteras isu tatakelola dengan memperkukuh kepimpinan serta barisan pengurusan universiti yang baru.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Dan pada itu, saya masuk pula kepada isu kedua ataupun ketiga iaitu UTM.
Projek iBreath di UTM untuk pengetahuan, audit melibatkan projek iBreath di UTM ini, kementerian menegaskan bahawa tindakan pembetulan telah pun diambil secara menyeluruh merangkumi aspek keselamatan aset, tadbir urus kewangan, pematuhan regulator serta pengurusan harta intelek.
Secara ringkasnya, UTM telah pun mengklasifikasikan kehilangan prototaip ini sebagai kehilangan aset kerajaan dan meletakkannya di bawah mekanisme keselamatan sektor awam. Dan kes ini juga telah pun kita laporkan kepada PDRM dan Jawatankuasa Kehilangan Aset. Pada masa yang sama, sistem kawalan prototaip telah diperkukuhkan melalui pendaftaran yang lebih jelas garis panduan baru serta pemantauan bersepadu antara pusat penyelidikan dan unit pengkomersialan.
Dan isu terakhir iaitu berhubung dengan kedudukan kewangan dan pinjaman melibatkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN). Kementerian ingin jelaskan bahawa baki pinjaman berjumlah RM41.45 bilion tersebut adalah selaras dengan fungsi utama PTPTN sebagai agensi pembiayaan pendidikan nasional. Jumlah RM41.45 bilion ini adalah sebenarnya 55.6 peratus baki pembiayaan dan pengeluaran sukuk daripada keseluruhan RM74.5 bilion yang dibuat oleh PTPTN daripada tahun 2003 sehingga Januari 2026.
Ini bermakna PTPTN sebenarnya telah pun berjaya melunaskan pembiayaan dan pengeluaran sukuk yang telah pun mereka buat sebanyak RM32.05 bilion atau sebanyak 44.4 peratus. Model pembiayaan PTPTN tentulah berasaskan konsep revolving fund, di mana sumber utama dana datang daripada kutipan bayaran balik pinjaman.
Maka kebergantungan kepada pinjaman berinstitusi atau penerbitan sukuk dengan jaminan kerajaan ini adalah hanya untuk menampung kekurangan sementara bagi memastikan ada kesinambungan pembiayaan kepada pelajar baharu dan sedia ada. Dan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pembiayaan baharu, PTPTN akan terus mempertingkat usaha kutipan melalui pendekatan kesedaran, pemakluman berperingkat, rundingan serta tindakan penguatkuasaan terhadap peminjam yang gagal mematuhi jadual bayaran balik.
Namun kita yakin bahawa melalui pendekatan dan inisiatif baru yang sedang dan akan dilaksanakan, terutamanya pendekatan meningkatkan hasil melalui kutipan balik pinjaman serta kawalan perbelanjaan yang lebih berhemah serta berkeperluan kepada dana tambahan melalui pembiayaan atau pengeluaran sukuk ini, dengan
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Adam Adli Abd Halim
jaminan kerajaan oleh PTPTN, akan dapat kita kurangkan dari tahun ke tahun, seterusnya menjadikan PTPTN sebagai agensi yang mampan atau self-sustaining.
Dan dari segi geran Kerajaan Persekutuan, peruntukan yang diterima hanyalah untuk bagi menampung kos pelaksanaan dasar kerajaan seperti pelupusan pinjaman dan juga pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar. Secara keseluruhannya, kita komited untuk pastikan PTPTN selain dapat beroperasi secara mampan, berdisiplin dari segi kewangan, mereka juga dapat menjadi salah satu pemangkin kepada generasi bebas hutang yang boleh membiayai pendidikan mereka di masa hadapan.
Dan Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi rakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas peluang dan masa yang diberi. Terima kasih pada semua Ahli Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Laporan Ketua Audit Negara dan telah pun menunjukkan keprihatinan yang tinggi terhadap isu-isu berkait dengan Pendidikan Tinggi Negara. Bagi semua isu yang tidak sempat dijawab, sekiranya ada, saya akan beri jawapan secara bertulis. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Selanjutnya, dipersilakan Menteri Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Untuk menjawab soalan daripada YB Hulu Selangor, sahabat saya dan juga YB Batang Sadong yang membangkitkan isu baki geran yang tidak dipulangkan berkenaan program penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi atau lebih dikenali sebagai R&D and C&I yang melibatkan MITI.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin
Terlebih dahulu, MITI menerima teguran daripada Ketua Audit dengan secara— dengan hati yang— dengan apa, dengan lapang dada kerana ini adalah sesuatu yang membantu MITI dan juga agensi-agensi di bawah MITI untuk memperbaiki tata kelola dan juga governance ya. Jadi, merujuk kepada Jadual 5, LKAN. Peruntukan siling perbelanjaan yang diluluskan kepada MITI bagi RMK12 hingga 30 Jun 2025 adalah berjumlah sebanyak RM402 juta.
Bagaimanapun, peruntukan yang diterima MITI adalah berjumlah RM374 juta sahaja. Daripada jumlah ini, RM335 juta atau 89.6 peratus telah dibelanjakan setakat
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin
30 Jun 2025. Nilai baki geran tidak dipulangkan adalah sebanyak RM55.64 juta. Di antaranya adalah RM33.97 juta di bawah dana projek berimpak tinggi atau (HIF) high impact fund oleh MIDA dan RM21.67 juta oleh program pembangunan pengeluaran produk nilai tambah tinggi dan kompleks atau lebih dikenali sebagai high value-added market development oleh MIDF yang merupakan program sumbangan oleh kementerian.
Jumlah peruntukan ini adalah program sumbangan oleh Kementerian Ekonomi seperti dinyatakan dalam kelulusan dalam sistem MyProjek. Nilai RM55.64 juta tersebut tidak dipulangkan kerana antaranya:
(i) RM33.97 juta di bawah HIF telah digunakan untuk membayar komitmen projek HIF yang telah diluluskan dan masih dalam pelaksanaan,
(ii) baki HVAD, telah digunakan bagi membiayai 28 projek baharu yang diluluskan dalam RMK12 hingga 31 Oktober 2025 yang masih dalam pelaksanaan, berjumlah RM20.7 juta.
MITI mengambil maklum bahawa kelulusan melalui sistem MyProjek adalah tidak memadai dan tadbir urus perlu dikemaskan. Selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan PA3.2 seperti saranan Jabatan Audit Negara. Sehubungan itu, MITI akan mendapatkan kelulusan khas secara menyeluruh bagi Program HIF dan HVAD ini daripada Kementerian Ekonomi dan juga Kementerian Kewangan sebagai projek sambungan untuk membayar komitmen sedia ada sehingga selesai, yang mana tempoh pembayaran projek adalah melangkaui tempoh RMK yang ditetapkan.
Secara ringkasnya, duit itu masih ada, intact. Cuma, program itu masih berjalan dan kita perlu membayar mengikut komitmen. Walaupun dia melangkaui RMK. Walaupun tempoh RMK sudah tamat tapi komitmen kita dengan kontrak itu masih berjalan. Jadi, kita terus bayar. Cuma, kita kena perbetulkan dari segi pelaporan kepada Kementerian Ekonomi dan juga Kementerian Kewangan.
Sebarang baki peruntukan program ini akan dipulangkan jika ada penjimatan atau ada apa-apa yang tertinggal setelah program ini selesai sepenuhnya. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada lagi tiga kementerian dan kita ada lebih kurang 35 minit lagi nak buka puasa. Selanjutnya, dipersilakan Menteri Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Datuk Dr. Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu berkaitan Kementerian Perladangan dan Komoditi dalam perbahasan Laporan Ketua Audit Negara ini.
KPK memandang serius setiap teguran yang dibangkitkan dan komited memastikan tadbir urus kewangan agensi di bawah seliaan kementerian sentiasa berada pada tahap yang telus, berintegriti dan mematuhi piawaian perakaunan yang ditetapkan. Berkaitan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Temerloh, untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, MPOB telah mengemukakan penyata kewangan pada 21 November 2025 dan kelewatan ini berpunca daripada isu teknikal yang tidak dijangka semasa fasa pembangunan sistem perakaunan dan kewangan MPOB yang baru iaitu MPOB MyFAS.
Masalah teknikal ini telah menyebabkan gangguan dalam proses penyediaan penyata kewangan mengikut piawaian yang ditetapkan. Pihak MPOB telah mendapat kelulusan pelanjutan had masa bagi penghantaran penyata kewangan sehingga 30 September 2025 melalui surat Kementerian Kewangan Malaysia ataupun MOF yang bertarikh 16 Julai 2025.
Dato' Yang di-Pertua, bagi memastikan perkara ini tidak berulang bagi penyata kewangan tahun 2025, langkah-langkah proaktif sedang dan akan diambil seperti berikut, sebagai langkah segera, MPOB berhasrat untuk melantik syarikat atau vendor luar yang mempunyai kepakaran khusus untuk membantu mempercepatkan penyediaan penyata kewangan bagi tahun 2025.
Keduanya, pemantauan rapi MPOB akan menyediakan Gantt chart bagi memastikan penyata kewangan tahun 2025 dapat disiapkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan dan komitmen— MPOB akan memberikan komitmen penuh untuk mengemukakan penyata kewangan tahun 2025 sebelum atau pada 30 Jun 2026 selepas pembentangan kepada Mesyuarat Lembaga, dijangka pada 14 Mei 2026, selaras dengan tempoh enam bulan yang ditetapkan di bawah Akta 240.
Saya nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Tangga Batu atas cadangan supaya kerajaan menambah peruntukan dana R&D, terutamanya di MPOB. KPK bersetuju bahawa R&D adalah nadi kepada daya saing industri komoditi dan industri ini tidak harus terus bergantung
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
kepada model lama tetapi cabaran juga menuntut produktiviti tinggi, mekanisme dan produk bernilai tambah. Dan MPOB sebenarnya mempunyai banyak hasil R&D yang berpotensi tinggi. Walaupun tidak semua teknologi boleh terus dikomersialkan secara automatik kerana proses pengkomersialan berbeza daripada proses penyelidikan.
Apabila kita nak komersialkan hasil R&D, kita perlu tengok beberapa faktor seperti kesediaan teknologi, daya maju pasaran, kos pengeluaran pada skala industri, keupayaan rakan industri dan lain-lain. Dan antara cabaran nak komersialkan hasil R&D ini adalah faktor jurang antara makmal dan pasaran ataupun lab to market gap dan banyak teknologi memerlukan pelaburan besar.
Dan pendekatan ke hadapan MPOB adalah untuk menumpukan kepada teknologi yang mempunyai impak industri yang jelas, kebolehskalaan dan potensi pulangan yang mampan supaya sumber dan peruntukan dapat digunakan secara optimum. Dan KPK sangat menggalakkan kerjasama strategik dengan industri ataupun GLC. Dan KPK akan pastikan inovasi beri tambah nilai kepada ekonomi negara.
Tapi untuk makluman Dewan juga, setakat tahun 2025, sebanyak 1,416 R&D telah selesai dilaksana. Daripada jumlah itu, sebanyak 240 R&D MPOB dikomersialkan, yang menyumbang hasil kutipan royalti berjumlah RM48.8 juta dan sebanyak 364 teknologi sedia untuk dikomersialkan.
Jadinya Dato' Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Jabatan Audit Negara di atas teguran yang telah diberikan.
Sebagai penutup, izinkan saya menegaskan bahawa Kementerian Perladangan dan Komoditi sentiasa memandang serius setiap teguran yang dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 1/2026. Dan teguran ini bukan sekadar laporan pematuhan, malah merupakan mekanisme semak dan imbang yang penting dalam memperkukuh tadbir urus kewangan sektor awam. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Selanjut, Kementerian Ekonomi. Dipersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Dato' Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada kesemua 11 orang Ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan usul Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 1/2026 yang menyentuh perkara-perkara yang melibatkan tanggungjawab saya di Kementerian Ekonomi.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberi penjelasan mengenai hala tuju R&DCI negara yang dibangkitkan oleh Beaufort, Kuala Terengganu, Permatang Pauh, Maran, Tangga Batu dan Kalabakan. Secara keseluruhannya, prestasi perbelanjaan kasar R&D memerlukan reformasi struktur meliputi aspek kewangan, garis panduan dan pengurusan fasiliti dan aset R&D serta penilaian impak projek agar objektif strategik negara dalam inovasi dan teknologi tinggi dapat dicapai menjelang tahun 2030 selaras dengan strategi dan inisiatif yang digariskan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas.
Empat fokus strategi R&DCI yang telah dinyatakan:
(i) pertama, menambah baik model pelaburan;
(ii) penciptaan nilai harta intelek;
(iii) memastikan kesetiaan bakat; dan
(iv) memantapkan tadbir urus.
Selain itu, Kementerian Ekonomi melalui Unit Pengurusan Penyelidikan
(RMU) telah melaksanakan tindakan responsif dan proaktif bagi menstruktur dan memperkukuhkan ekosistem R&DCI dengan memperkemaskan dan memperkukuhkan tadbir urus R&DCI. Antaranya dengan mengadakan penyelarasan dengan kementerian, institusi penyelidikan, universiti industri untuk menjejak kejayaan projek dan program bagi memastikan keberkesanan penggunaan wang awam dan kejayaan pelaksanaan inisiatif penyelidikan negara.
Kementerian Ekonomi juga telah melaksanakan usaha awal bersama MOSTI bagi memperkukuhkan sistem berpusat bagi perkongsian fasiliti, kemudahan dan peralatan daripada institusi pendidikan, universiti dan industri bagi mengoptimumkan penggunaan aset negara dan mengurangkan kos pelaksanaan pendidikan.
Selain itu Dato' Yang di-Pertua, Kementerian Ekonomi bersama dengan kementerian pelaksana juga menjajarkan R&D yang berimpak tinggi untuk pengkomersialan, pemindahan teknologi, peningkatan harta intelek dan ahli saintis
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah
serta mewujudkan peluang pekerjaan dan keusahawanan bagi pertumbuhan ekonomi dan peningkatan daya saing negara di peringkat global.
Seterusnya Dato' Yang di-Pertua, mengenai isu kawalan dan pemantauan projek R&DCI yang dibangkitkan oleh Kulim-Bandar Baharu, Beaufort, Parit, Hulu Selangor dan Kalabakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Ekonomi menyokong penuh keempat-empat syor yang diberikan oleh Jabatan Audit Negara terutamanya untuk memperkasakan Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU) sebagai agensi tunggal dalam pengurusan dana R&D.
Pemusatan ini adalah selaras dengan amalan antarabangsa seperti Scientific and Technology Research Council of Turkiye (TUBITAK) dan US National Science Foundation (NSF). Usaha ini akan memastikan RMU dapat berfungsi dengan lebih efektif dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.
Selain itu, sebagai langkah awalan untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, ke arah memastikan tadbir urus serta kawalan kewangan pengurusan dana awam yang lebih teratur, KE, Kementerian Ekonomi akan mengeluarkan satu Garis Panduan Kebangsaan Pengurusan Dana R&D pada tahun ini sebagai rujukan induk yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh kementerian dan agensi pelaksana.
Saya kira Garis Panduan Kebangsaan Pengurusan Dana R&D ini akan memastikan tadbir urus itu dapat dimantapkan kerana garis panduan ini antara lain akan meliputi perkara berikut:
(i) peranan dan tanggungjawab kementerian dan agensi;
(ii) pemantauan dan pelaporan; dan
(iii) kawalan dan penalti.
Seterusnya, Beaufort juga telah mencadangkan supaya dana R&DCI sewajarnya difokuskan untuk menyelesaikan permasalahan rakyat seperti banjir.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Beaufort, Kementerian Ekonomi bersetuju dan menyokong bahawa penyelidikan perlu mengambil kira masalah setempat bagi memastikan manfaat kepada rakyat.
Sehubungan itu, pemerkasaan dan pengukuhan Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU) akan dapat memperkemas dan memantapkan tadbir urus R&DCI serta mengadakan penyelarasan dengan kementerian, institusi penyelidikan, universiti dan industri untuk pengumpulan data, memastikan keberkesanan penggunaan wang awam serta kejayaan pelaksanaan inisiatif penyelidikan negara.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup, Kementerian Ekonomi komited melaksanakan reformasi R&DCI secara menyeluruh selaras dengan keutamaan
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah
RMK13 meliputi penambahan baik model pelaburan, pengukuhan harta intelek, pembangunan bakat dan pemantapan tadbir urus, pemerkasaan Unit Pengurusan RMU, penggubalan Garis Panduan Kebangsaan Pengurusan Dana R&D serta penyelesaian bersepadu akan terus dipertingkatkan bagi memastikan kawalan, akauntabiliti dan impak penyelidikan. Fokus juga akan diberikan kepada penyelidikan berimpak tinggi yang menyelesaikan isu rakyat, memacu pengkomersialan dan memperkukuhkan daya saing negara.
Dato' Yang di-Pertua, setakat ini sahaja penjelasan saya terhadap isu-isu yang dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan yang melibatkan Kementerian Ekonomi. Sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan usul ini.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kementerian yang terakhir, saya persilakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi). Silakan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Dato' Yang di- Pertua, Laporan di bentang penuh tertib, Isu dibahas secara terbuka; Teguran diterima dengan adab, Demi Malaysia makmur sejahtera. Bagi pihak Kerajaan MADANI dan Jabatan Audit Negara, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan ke atas usul Laporan Ketua Audit Negara 1/2026 mengenai Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2024 dan aktiviti kementerian, jabatan, badan-badan berkanun Persekutuan dan pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan dan menyentuh berkenaan dengan Jabatan Audit Negara dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
(SUHAKAM).
Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Temerloh, dan Yang Berhormat Kuala Krai, dan Yang Berhormat Mersing telah mengambil bahagian dalam perbahasan hari ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat Jelebu, Tanjong Karang, Merbok dan Mersing membangkitkan mengenai mengapa Jabatan Audit Negara membuat audit ke atas MIMOS dan tidak ke atas syarikat tujuan khas Special SPV iaitu MyDigital ID Sendirian Berhad.
Dato' Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat-Yang Berhormat, MyDigital ID Sendirian Berhad ditubuhkan pada 15 Januari 2024 sebagai satu syarikat tujuan khas (special purpose vehicle, SPV) untuk menguruskan projek ini secara khusus iaitu selepas MIMOS menerima peruntukan pertama sebanyak RM80 juta merujuk kepada surat Kementerian Dalam Negeri bertarikh 12 Disember 2023.
Skop pengauditan pematuhan projek pembangunan MyDigital ID, projek MyDID adalah untuk menilai sama ada perbelanjaan penyaluran pertama RM80 juta oleh MIMOS bagi projek MyDID dibuat secara teratur mengikut tadbir urus dan skop perjanjian. Skop pengauditan hanya menjurus kepada perbelanjaan penyeluruhan pertama sahaja. Projek MyDID masih dalam perlaksanaan (ongoing). Justeru, Jabatan Audit Negara boleh pada bila-bila masa melaksanakan pengauditan secara keseluruhan bagi menilai impak projek di bawah seksyen 5, Akta Audit 1957.
Yang Berhormat Batu Pahat membangkitkan bahawa keberkesanan
(effectiveness) audit hendaknya berdasarkan impak sosial dan ekonomi dan bukan sekadar pematuhan kewangan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Batu Pahat, susulan pindaan Akta Audit 1957 tahun 2024 oleh Kerajaan MADANI, Jabatan Audit Negara telah memperluaskan skop pengauditan bagi semua jenis pengauditan sama ada pematuhan prestasi atau syarikat supaya lebih menyeluruh merangkumi aspek sosial dan ekonomi selain pengurusan kewangan dan juga prinsip follow the public money audit.
Yang Berhormat Jelutong, ada? Yang membangkitkan mengenai...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sentiasa ada.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, tidak ada?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ada, ada.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Sangat diam-diam ya, bagus.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat Jelutong membangkitkan mengenai baki tunai dan bank milik SUHAKAM berjumlah RM775 juta setakat 31 Disember 2024 yang tidak dapat disahkan.
Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Jelutong, terlebih dahulu SUHAKAM telah pun mengeluarkan satu kenyataan media sebentar tadi untuk menjelaskan mengenai perkara ini. SUHAKAM diberikan sijil Ketua Audit
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Negara dengan pendapat berteguran kerana baki tunai dan bank berjumlah RM754,000,592 setakat 31 Disember 2024 tidak dapat disahkan disebabkan unreconciled disbursement sebanyak RM13 juta lebih dan unreconciled receipt sebanyak RM12.88 juta yang tidak dikenali pasti sejak tahun 2022.
Dato’, boleh saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ya, please, please.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ya, terima kasih. Perkara ini telah berbangkit apabila pada penghujung tahun 2022, SUHAKAM telah beralih kepada sistem aplikasi kewangan baru yang dipertingkatkan berasaskan sistem perakuan standard bagi agensi kerajaan yang mengabungkan piawaian dan amalan pelaburan perakaunan sektor awam yang terkini.
Dalam proses peralihan ini, rekod tunai dan bank terlebih dahulu telah dipindahkan ke dalam modul penyata penyesuaian bank dalam sistem baru tersebut.
Seperti yang dinyatakan dalam dapatan audit, terdapat beberapa transaksi yang melebihi tempoh penyesuaian yang ditetapkan. Transaksi ini melibatkan cacatan jurnal semasa proses peralihan pelarasan jurnal terkumpul serta pembatalan pembayaran terkumpul yang dilaksanakan sejak tahun 2022.
Berikutan itu, baki tunai dan bank berjumlah RM754,590 setakat 31 Disember 2024 tidak dapat disahkan semasa audit disebabkan oleh perbezaan yang dijana sistem melibatkan unreconciled disbursement berjumlah tersebut. Keadaan ini mewujudkan varians pelaporan apabila Jabatan Audit Negara dalam penyata akaun bank SUHAKAM dengan laporan penyesuaian bank yang dijana oleh sistem baru.
Walaupun bagaimanapun, bank tunai dan bank sebenar kekal. Varians tersebut tidak menjejaskan kedudukan kewangan keseluruhan SUHAKAM mahupun integriti aset yang dilaporkan.
SUHAKAM telah mengambil langkah-langkah pembetulan bagi menangani perkara ini serta memperkukuh proses penyesuaian dan pelaporan kewangan.
Perbezaan sedang dijalankan secara berperingkat. Proses kawalan dalaman telah diperkukuh dan penambahbaikan akan dapat dilihat dalam penyata kewangan 2025.
Yang Berhormat Jelutong juga bangkitkan mengenai status pengauditan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang (LPQB). Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penyata kewangan LPQB bagi tahun 2008 hingga 2012 dan 2013 hingga 2016 telah dikemukakan kepada Jabatan Audit Negara pada 16 Januari 2026 dan 24 Februari 2026. Jabatan Audit Negara sedang melaksanakan
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
pengauditan terhadap penyata kewangan tersebut. Laporan pengauditan terhadap penyata kewangan LPQB dijadual akan dibentangkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 1-2/2027.
Yang Berhormat Pasir Gudang membangkitkan mengenai Jabatan Audit Negara hendak melaksanakan pemantauan dan pengauditan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Menteri Kewangan Diperbadankan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional (PNB), Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan dan sebagainya.
Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengauditan Jabatan Audit Negara ke atas GLC seperti, antara lain, KWSP, PNB, KWAP, Khazanah Nasional Berhad dan Lembaga Tabung Haji dilaksanakan setiap tahun dan dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Yang Berhormat Temerloh dan Yang Berhormat Kuala Krai membangkitkan mengenai Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), iaitu apakah masa yang jelas bagi menjelaskan pengauditan penyata kewangan KESEDAR.
Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Temerloh dan Kuala Krai, berdasarkan Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan), jika sesuatu badan berkanun tidak dapat mengemukakan penyata akaunnya untuk audit dalam tempoh enam bulan selepas berakhirnya tahun kewangan bagi akaun itu, maka badan berkanun itu hendaklah, sebelum tamatnya had masa itu, memohon secara bertulis kepada Menteri untuk pelanjutannya dan hendaklah juga menyatakan sebab memohon pelanjutan tersebut.
KESEDAR telah memperoleh kelulusan daripada MOF bagi pelanjutan mengemukakan Penyata Kewangan Tahun 2024 sehingga 30 September 2025.
Namun, sehingga kini, KESEDAR masih belum mengumumkan penyata kewangan pada tahun 2024 kepada Jabatan Audit Negara untuk diaudit. Jabatan Audit Negara akan menyelesaikan pensijilan penyata kewangan KESEDAR dalam tempoh enam bulan selepas penyata kewangan diterima.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dato’ Sri, Peraturan 35(7). “Tuan Yang di-Pertua atau Pengerusi boleh menghadkan masa bagi Ahli-ahli berucap, jika perlu.” Saya nak minta Menteri jawab bertulis yang mana disebut itu. Boleh tak?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Pendang, saya jawab itu dengan Peraturan 37(2).
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Jadi, itu kuasa saya nak bagi atau tidak.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sebab itu saya bangkit. Memang saya tahu kuasa Dato’ Yang di-Pertua. Sebab itu saya bangkit.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ya. Dan saya memaklumkan...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sebab saya bangkit, saya bangkit 35(7). Jadi, Dato’ Yang di-Pertua ada hak untuk nak mengehadkan. Kita ada benda yang kita nak hadapi. Dia tak apalah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, 35 itu pun saya tahu. Tapi, bagaimanapun, saya guna kuasa saya.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey. Nampak itu sorak itu.
Saya pun guna peraturan untuk nak bagi tahu dekat Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Dan Yang lain duduk. Jangan bising. Saya pun guna kuasa saya juga dalam ini. Kata saya putus. Silakan. Habiskan.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Temerloh membangkitkan mengenai bilakah tarikh muktamad penyelesaian audit Malaysian Palm Oil Board.
Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Temerloh, penyata kewangan MPOB tahun 2024 telah lewat dikemukakan kepada Jabatan Audit Negara pada 21 November 2025. Kelewatan mengemukakan penyata kewangan adalah disebabkan isu yang dihadapi oleh MPOB dalam pembangunan sistem perakaunan dan kewangan yang baru iaitu MPOB MyFAS. Sehingga kini, pengauditan penyata kewangan MPOB tahun 2024 telah selesai dilaksanakan dan persijilan dijangka selesai pada bulan Mac 2026.
Dato’ Yang di-Pertua, saya terima baik kepada teguran-teguran, kepada perkara-perkara yang telah dibangkit. Saya minta maaf jika tidak menjawab apa-apa soalan yang dibangkit. Saya memberi aku janji bahawa semua perkara yang dibangkit akan diberi jawapan tulis dan jika tidak menerima, boleh jumpa dengan saya untuk mendapat jawapan tersebut.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih...
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Maka dengan kementerian yang terakhir ini, kita kepada agenda seterusnya.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Nombor 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul hendaklah disetujui.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum tamatnya persidangan pada hari ini, saya jemput Ahli-ahli Yang Berhormat ke Majlis Ramah Mesra bersama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk majlis berbuka puasa di Dewan Bankuet pada petang ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 25 Februari 2026.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.19 malam]