Feb232026

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Syahredzan bin Johan, Bangi.

draft • 10:00 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Puan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1.

draft • 10:00 AM

1. Tuan Syahredzan bin Johan [Bangi] minta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada waktu puncak perkhidmatan Rapid Rail akan diubah bersempena dengan bulan Ramadan yang melihat perubahan pola pergerakan dan sekiranya ada, apakah waktu puncak baharu yang ditetapkan.

draft • 10:00 AM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, Selamat Tahun Baru Cina dan selamat berpuasa kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Puan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada setiap bulan Ramadan, Rapid Rail Sendirian Berhad akan memanjangkan tempoh waktu puncak hari perkhidmatan rel bagi menampung perubahan corak perjalanan pengguna.

Untuk bulan Ramadan ini, waktu puncak pagi dipanjangkan bermula 6.30 pagi sehingga 9.30 pagi, berbanding 7 pagi sehingga 9.30 pagi pada bulan biasa.

Manakala waktu puncak petang dipanjangkan dari 4 petang sehingga 8 malam, iaitu empat jam, berbanding 5 hingga 7.30 malam pada bulan-bulan yang lain.

Langkah ini dilaksanakan bagi memastikan kelancaran perkhidmatan, meningkatkan keselesaan penumpang dan menjamin kecekapan operasi, khususnya dalam mengurus pergerakan penumpang pada waktu perjalanan pulang awal untuk persediaan berbuka puasa. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bangi.

draft • 10:00 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jawapan tadi menunjukkan bahawa memang sebenarnya kementerian dan pihak Rapid cakna tentang cabaran pengguna pengangkutan awam setiap hari.

Soalan tambahan saya ialah memandangkan kita tahu sewaktu di bulan Ramadan ini pengguna pengangkutan awam yang beragama Islam sedang berpuasa, dan mungkin juga tenaga mereka tidak sama dengan hari yang biasa dan di sebelah petang pula, ramai yang ingin pulang berbuka dan sebagainya.

Jadi, sekiranya ada gangguan semasa di bulan puasa ini, ia akan memberi impak yang besar kepada pengguna pengangkutan awam. Jadi, soalan saya adakah terdapatnya persiapan khas dan juga apakah taraf kesiapsiagaan pihak Rapid bagi menangani insiden gangguan atau dengan izin, disruption di waktu bulan Ramadan untuk memastikan bahawa sekiranya ada disruption sekalipun, kesannya dapat dikurangkan. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 10:00 AM

Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Yang pertamanya, kesiapsiagaan kita dilaksanakan sepanjang masa. Bukan sahaja bulan Ramadan sahaja.

Namun begitu, sudah tentu kita mengamalkan predictive dan preventive maintenance sekarang, iaitu untuk memastikan penyelenggaraan secara berkala kepada sistem kita dan juga kepada tren— tren kita berjalan sepanjang masa untuk mengurangkan kebarangkalian berlakunya gangguan teknikal atau disruption.

Namun begitu, kadangkala memang gangguan-gangguan teknik ini sukar untuk diramalkan ataupun sukar untuk dibendung kerana kita pun tak tahu kadangkala ada teknikal isu akan berlaku.

Namun begitu, apa sahaja gangguan, perlulah diminimakan untuk memastikan gangguan kepada pengguna dapat dikurangkan. Pihak Prasarana telah pun mengambil pelbagai langkah untuk memastikan gangguan ini dapat diminimakan.

Selain daripada penyelenggaraan, kita juga ada personal-personal ataupun teknikal personal yang berada dalam tren untuk memastikan sekiranya berlaku gangguan, langkah mitigasi dapat dilaksanakan dengan cepat, dengan berkesan.

Dan pengurusan di pihak station juga telah pun diberikan latihan untuk memastikan apabila berlakunya gangguan pengurusan ataupun kawalan terhadap penumpang ataupun crowd control dan management ini dapat dilaksanakan dengan baik supaya ia dapat mengurangkan kesesakan di stesen-stesen.

Jadi, memang ada pelbagai langkah dan persediaan yang telah pun dibuat untuk memastikan gangguan ini dapat diminimakan dan sudah tentu kita harap memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jerlun.

draft • 10:00 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Menyentuh tentang LRT dan juga Rapid Rail ini, saya antara pengguna LRT pada setiap minggu ke KL Sentral dari laluan Sentral Timur.

Saya alami dan saya tahu realiti yang berlaku pengguna tren ini. Saya nampak kesesakan pada waktu puncak sama ada sebelah pagi orang nak pergi kerja ataupun sebelah petang ketika orang nak balik kerja. Isu yang ditimbulkan oleh Bangi tentang kesesakan di bulan Ramadan. Pada saya, isunya bukan setakat di bulan Ramadan.

Bahkan ia berlaku pada setiap hari pada waktu-waktu biasa ketika-ketika tertentu.

Isunya ialah kekerapan gangguan teknikal seperti signal rosak, tren terkandas dan kadang-kadang notis gangguan tidak dimaklumkan lebih awal...

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan.

draft • 10:00 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

...menyebabkan pengguna terkesan. Kelewatan jadual yang masih berlaku secara berkala telah menjejaskan kepercayaan pengguna terhadap kecekapan sistem pengangkutan rel negara...

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan.

draft • 10:00 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

...sekali gus menghalang usaha kerajaan untuk mencapai sasaran peralihan mod pengangkutan awam yang lebih tinggi.

Soalan saya, pertama, sejauh manakah keberkesanan program penyelenggaraan pencegahan, preventif maintenance dengan izin sedia ada dalam mengurangkan insiden kegagalan aset secara drastik termasuk gangguan kesesakan dan terkandas tadi.

Yang kedua, apakah komitmen kementerian untuk menetapkan KPI tempoh pemulihan perkhidmatan agar lebih pantas ya sekiranya berlaku gangguan- gangguan di luar jangka. Sekian, terima kasih.

draft • 10:00 AM

Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih. Yang pertamanya, saya rasa Yang Berhormat memberikan satu sweeping statement untuk mengatakan bahawa kegagalan sistem dan tidak ada penambahbaikan itu tidak tepat.

Yang Berhormat tidak membaca laporan saya ataupun kenyataan saya pada bulan Januari yang lalu, okey.

draft • 10:00 AM

Tuan Loke Siew Fook

Boleh refer kepada website Prasarana untuk melihat bahawa yang pertamanya, kita secara transparent memberitahu kepada orang ramai berkenaan dengan insiden. Dan dari segi jumlah insiden itu, dari tahun 2022 sehingga tahun 2025, itu telah jatuh mendadak dari segi kekerapan gangguan. Daripada 220 lebih kali insiden gangguan pada tahun 2022, jatuh tak sampai 50 pada tahun lalu.

Jadi, memang ada penambahbaikan berterusan dan ini menunjukkan bahawa langkah mitigasi yang telah diambil oleh pihak Prasarana untuk memastikan maintenance ini dibuat dengan lebih baik telah pun membuatkan hasil. Namun begitu kita tahu bahawa belum berpuas hati, kita pun belum berpuas hati.

Tetapi untuk mengatakan bahawa tidak ada penambahbaikan langsung, itu adalah satu statement yang tidak adil langsung. Mungkin Yang Berhormat menggunakan perkhidmatan sekali-sekala pada hujung minggu dan sebagainya.

Tetapi realitinya kalau tanya kepada pengguna-pengguna, kalau berbanding dengan beberapa tahun yang lalu, penambahbaikan itu cukup ketara.

Dan sudah tentu kita ada meletakkan KPI kepada Prasarana untuk memastikan bahawa apa sahaja gangguan itu dapat diminimumkan dengan kadar yang paling cepat. Kita meletakkan satu KPI bahawa gangguan kalau lebih daripada lima minit, tren itu tak berjalan, itu kira gangguan. Jadi, kita nak memastikan bahawa kalau berlaku gangguan, dia dapat dibaik pulih dengan secepat mungkin.

Memang tadi Yang Berhormat kata tak bagi notis. Macam mana nak bagi notis? Siapa tahu gangguan berlaku? Ini bukan gangguan biasa-biasa. Kalau kadangkala ada sistem atau signaling problem dan sebagainya, macam mana nak bagi notis kepada orang ramai. Tak ada siapa tahu akan ada gangguan. Jadi Yang Berhormat, ini bukannya soal kita berhentikan perkhidmatan untuk maintenance dan sebagainya. Kalau ada regular maintenance yang menyebabkan tren itu kekerapannya akan berkurangan atau punya waktu operasi akan lebih lewat, sudah tentu notis diberikan.

Memang untuk LRT Kelana Jaya umpamanya, memang notis diberikan. Ada beberapa tempoh di mana kita telah pun melanjutkan tempoh operasi itu ataupun melewatkan tempoh operasi untuk tujuan maintenance. Tetapi untuk gangguan- gangguan teknikal, sudah tentu tidak mungkin dapat memberikan notis kerana kita pun tak tahu bila akan ada gangguan. Jadi ada gangguan itu, sudah tentu akan dibaik pulih dengan secepat mungkin.

draft • 10:10 AM

Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Alarm systems maksudnya.

draft • 10:10 AM

Tuan Loke Siew Fook

Tetapi saya nak Yang Berhormat tahu...

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Jerlun.

draft • 10:10 AM

Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Notice alarm systems.

draft • 10:10 AM

Tuan Loke Siew Fook

Apa itu?

draft • 10:10 AM

Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Ada sistem alarm yang memberi maklumat, bukan notis bertulis maksud saya.

draft • 10:10 AM

Tuan Loke Siew Fook

Kalau ada gangguan, sudah tentu ada dalam social media Prasarana dan sebagainya untuk memberikan makluman kepada orang ramai supaya menggunakan alternative transport dan sebagainya. Tetapi memang kita mengambil maklum bahawa ada penambahbaikan yang perlu dilaksanakan oleh Prasarana dari segi communication dengan penumpang ataupun dari segi bagaimana mengawal penumpang ataupun crowd control dan sebagainya. Itu memang ditambah baik, tetapi untuk mengatakan bahawa kita langsung tak memberikan apa-apa maklum balas kepada orang ramai itu adalah satu kenyataan yang tidak adil kepada pihak pengurusan Prasarana.

Ada kelemahan, kita bertambah baik dan ada juga usaha berterusan untuk memastikan perkhidmatan yang lebih baik dan saya berharap Yang Berhormat dapat mengikuti dan membaca laporan-laporan yang dikeluarkan melalui Kementerian Pengangkutan dan juga pihak Prasarana berkenaan dengan apa yang telah dilaksanakan dan berapa peratusan yang telah pun kita dapat kurangkan dari segi jumlah gangguan yang dihadapi oleh rakyat dan juga pengguna. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, Kuala Langat.

draft • 10:10 AM

Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2.

draft • 10:10 AM

2. Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi [Kuala Langat] minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) berapakah jumlah terkini pesakit Thalassemia di Malaysia dan kos yang diperlukan bagi merawat seorang pesakit dari usia kanak-kanak hingga usia 40 tahun; dan

(b) adakah kerajaan akan membangunkan kaedah rawatan gene-therapy untuk pesakit di Malaysia.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

draft • 10:10 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya Kuala Langat.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam Ramadan Mubarak.

Tuan Yang di-Pertua, talasemia merupakan penyakit keturunan atau genetik yang berlaku apabila pasangan suami dan isteri adalah carrier dan satu daripada empat, 25 peratus kebarangkalian anak akan menghidap talasemia. Talasemia secara ringkasnya menjadi cabaran besar kerana pembentukan hemoglobin yang kita semua tahu, sel darah merah tidak terbentuk dengan baik.

Justeru, kerana alpha dan beta polypeptide yang menjadikan hemoglobin itu merupakan satu yang tidak terbentuk dengan baik dan kekurangan keupayaannya membawa oksigen. Langsung beta, yang dikatakan beta thalassemia itu lebih, lebih, lebih teruk dan memerlukan transfusi dan di sini yang dikatakan sebagai daripada pesakit-pesakit ini, pesakit bergantung kepada pemindahan darah ataupun transfusion dependent thalassemia. Itu the major thalassemia berlaku pada polypeptide ataupun kepada rantaian beta.

Yang perlu saya sebutkan ringkasnya, apabila hemoglobin ini tidak bentuk dengan baik, dia mengalami proses hemolysis ataupun hemolytic, dia pecah mudah lalu keupayaan untuk, maka patient akan menjadi anemic bawah daripada 9, maka dia memerlukan constantly semua, sedia maklum memerlukan transfusi. Dan inilah dia juga sekali gus apabila hemoglobin ataupun darah merah terpecah mudah, juga begitu ada zat besi yang terbentuk ataupun overloading of zat besi.

Jawapan langsung adalah dari sudut pesakit yang ada dalam registry kami adalah 9,554, Dato’ Yang di-Pertua ya, daripada hospital-hospital kami dan juga hospital-hospital universiti. Dua hospital universiti dan ringkasnya kos perbelanjaan seorang pesakit umur daripada bayi sehingga kurang lebih life span mereka dalam 40 tahun adalah tiga juta seluruhnya, setiap patient, setiap pesakit, dalam 40 tahun life span.

Dato’ Yang di-Pertua, Yang ditanyakan tentang gene therapy. Gene therapy, sebelum saya masuk kepada gene-therapy, jadi lazimnya pesakit ini mengalami melalui transfusi dan chelation terapi untuk menyahkan overload of zat besi, iron itu.

Adapun gene therapy Dato’ Yang di-Pertua merupakan satu pendekatan yang sangat terkini, namun menjadi cabaran kepada banyak negara, termasuk KKM yang mengendalikan kesihatan di negara ini, ia nya terlalu mahal ya.

Satu rawatan secara penuh or the whole regime itu adalah kurang lebih, kalau saya boleh sebutkan, kosnya ada lah RM10 juta hingga RM13 juta for one patient Dato’ Yang di-Pertua dan itu adalah rawatan secara one time curative treatment.

Gene therapy kita tahu ada dua kaedahnya. Satu adalah gene addition yang merupakan menggunakan CRISPR-Cas9 enzyme dan kedua ini adalah gene yang dikatakan sebagai gene-editing dengan— maaf, gene-editing. Gene-editing itu ada enzyme-nya yang dinamakan CRISPR-Cas9 dan juga yang menggunakan yang lebih canggih itu adalah gene addition yang menggunakan antivirus vector.

Ya, lebih Lebih bertempatan Dato’ Yang di-Pertua, dari sejak amalan kita di negara ini, KKM menggunakan stem cell ataupun kita gunakan sebagai rawatan pemindahan sel stem hematopoetik, hemopoietic stem cell therapy (HSCT) yang curative sifatnya dan menurut Clinical Practice Guidelines, ia adalah satu yang kita— yang dua hospital kita menjalankan rawatan ini. Satu di Tunku Hospital HTA, HKL, Tunku Azizah dan juga satu lagi di Likas, di hospital wanita dan kanak-kanak Sabah.

Dan ringkasnya begitu, kalau panjang kalau nak saya terangkan tetapi pembinaan sel stem hematopoetik ini merupakan kaedah yang kami dalam KKM mahu bangunkan dan telah pun menjadi satu yang kita gunakan dan kita telah merawat tak kurang daripada jumlah pesakit talasemia yang telah sembuh sepenuhnya. This is curative, bukan saja transfusi.

Curative adalah 212 pesakit sejak 2007 dengan kos perbelanjaan satu patient adalah RM100,000 hingga RM200,000 sepenuhnya hingga rawatan pemindahan stem cells, sumsum itu datangnya daripada donor, sama ada donor yang kita katakan sebagai donor yang matching, sibling donor ataupun beradik-beradik sepadan dan ataupun yang half-match unrelated ataupun dipanggil haploidentical donor.

Dato’ Yang di-Pertua, itu kurang lebih adalah daripada apa yang menjadi amalan, menjadi rawatan Clinical Practice Guidelines yang kita gunakan untuk merawat pesakit talasemia. Itu sahaja, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Langat.

draft • 10:10 AM

Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih. 2025 KKM menyebutkan bahawa satu daripada 20 rakyat Malaysia adalah pembawa dan 1.75 berisiko untuk mendapat leukemia.

draft • 10:10 AM

Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Dan, disebutkan tadi, lebih daripada 9,000 pesakit talasemia pada masa ini.

Dan, kalau kita lihat tiga juta, bermakna mungkin hampir dalam 30,000 juta ataupun 30 bilion rawatan untuk sepanjang hayat kepada pesakit-pesakit ini. Dan, saya dimaklumkan China— rawatan gene therapy ini lebih kurang dalam satu juta dan dua rakyat Malaysia telah dirawat. Dan, tadi kalau stem cell, saya ingat Universiti Malaya juga melakukan kaedah rawatan ini.

Cuma, yang saya nak tanyakan, apakah status pencapaian program saringan talasemia ini termasuk kepada pelajar-pelajar yang berusia 16 tahun ataupun Tingkatan 4, juga saringan pra perkahwinan? Begitu juga dengan perinatal― saringan ini― yang saya kira dia mungkin boleh membantu daripada sudut kaunseling dan sebagainya supaya― Dan juga, apakah kesedaran rakyat di Malaysia ini tentang berkaitan dengan talasemia? Kalau tadi pembawa dan pembawa― ibu dan bapa― berisiko untuk mendapat seorang talasemia major, saya kira ini sesuatu yang akan membebankan kewangan negara kita yang kita harapkan adalah rakyat akan hidup sejahtera dan kehidupan yang berkualiti dalam masa akan datang.

Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih sahabat saya Kuala Langat yang sentiasa peka dengan hal kesihatan.

Dato’ Yang di-Pertua, mustahak untuk saya tekankan sekali lagi ya. Inilah masanya, bagi saya dan juga saya terus terangkan kepada pendidikan kesihatan untuk mengambil peluang selepas daripada soalan daripada Kuala Langat ini, kita berikan sedikit pencerahan dan pendidikan, kecelikan ataupun literasi kesihatan tentang talasemia ini. Mustahak untuk kita tahu bahawa seorang bayi itu, dia― maaf. Kalau daripada satu keluarga yang punya carrier, ibu dan ayah both carrier― because kita tahu bahawa talasemia berada dalam yang diistilahkan sebagai penyakit genetic autosomal recessive. Maknanya ia bukan pada kromosom X atau Y. Is not sex chromosome. Ia pada gen yang lain.

Maka, mustahak untuk genetic counseling itu― ya, kita tahu. Kita tahu sudah kalau sudah berkahwin, peluang untuk satu dalam empat, 25 percent, will be one in four of the children will have thalassemia. Lalu, sangat mustahak untuk kita pergiatkan hal tentang genetic counselling supaya mereka diberi faham tentang kebarangkalian anak mereka itu talasemia dan kita perlu tahu talasemia akan berdepan dengan cabaran hidup yang all the time, sepanjang hayatnya transfusi dan, kalau tidak pun, dia go for stem cell transplant.

Ada pun yang telah ditanya tentang seramai mana murid-murid yang telah kita saring ataupun yang kita tawarkan saringan. Jumlahnya, Dato’ Yang di-Pertua, adalah 2,461,594 murid telah ditawarkan saringan talasemia di sekolah. Daripada jumlah tersebut, seramai 2,122,446 murid telah menjalani saringan. So, kita nak mereka take up this sebagai satu yang sangat mustahak untuk mereka kenal status mereka dalam carrier dalam penyakit talasemia ini dan khasnya apabila untuk for genetic counseling dan various dan sebagainya.

Seramai 57,910 murid telah disahkan sebagai pembawa talasemia yang membawa kepada prevalence pembawa talasemia di Malaysia ini kepada paras metriknya 51.1 bagi setiap― maaf― 59.1 perseribu murid yang disaring. Agak― ya, kita tahu negara kita punya prevalence ataupun tertinggi adalah, tak silap saya, etnik Melayu dan― Melayu ya. Kalau taburan mengikut kumpulan etniknya, Dato’ Yang di- Pertua...

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya. Melayu, Kadazan–Dusun dan juga Cina yang ketiga ya. Dan dari segi negeri― Sabah, Selangor dan Kedah.

Jawapan yang selainnya itu berkait dengan hal yang terkait dengan gene therapy ini, saya sebenarnya adalah bidang minat saya hal ini sejak mengajar dulu.

Gene therapy adalah precision medicine dan walaupun pada hari ini ia nya sangat exorbitant, price-nya itu sangat tinggi, tidak mampu kita buat sementara ini, tetapi yakinlah teknologi itu memang begitu. Introduce memang tinggi, but kalau kita weight sekarang dengan China, very deflationary nation yang akan menurunkan kos-kos seperti ini, sikit waktu lagi kita akan dapat akses. Dan kita pun sudah mula belajar tentang gene therapy ini. Kita punya our IMR dan juga institut-institut yang lain― PKPT― juga kita mahu sama ada dalam bentuknya yang dikatakan tadi sebagai gene addition ataupun antivirus vektor menggunakan itu ataupun yang lebih terkenal adalah ada the editing tools of genes enzyme macam CRISPR-Cas9 yang saya sebutkan tadi.

Dari segi ubatan-ubatan...

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat...

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Last sekali, kalau boleh, saya terangkan sikit. Kita memang sudah ada kalau dikatakan sebagai...

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bagi jawapan bertulis sahaja.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik. Produk-produknya pun sudah in the market but it is not accessible lagi, Dato’ Yang di-Pertua. Kita harap kita akan dapat memilikinya sedikit waktu lagi. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Balik Pulau.

draft • 10:20 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih, Timbalan Speaker. Saya meneliti jawapan yang cukup panjang daripada Menteri Kesihatan tadi. Banyak technical terms yang kita sendiri pun tak faham.

Namun begitu, saya rasa gene therapy ini merupakan satu rawatan revolutioner bagi penyakit yang disebut tadi SMA, talasemia dan sebagainya. Jadi, saya nak tanya, apakah perancangan jangka panjang untuk membangunkan ekosistem gene therapy ini? Jadi, kita tidak perlulah bergantung kepada teknologi luar ataupun masukkan kos yang tinggi dalam― tadi disebut juta-juta Ringgit untuk rawatan seorang pesakit.

Jadi, bilakah kita dapat membangunkan satu ekosistem yang sustainable untuk gene therapy di Malaysia? Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Dato’ Yang di-Pertua, dari segi pembelian ataupun perolehannya itu memanglah dia di bawah NPRA. Dan ini kalau kita ambil apa yang diistilahkan sebagai CGTP ataupun Cell and Gene Therapy Products, itu mudahlah kalau kita buat perolehan daripada apa yang, pun telah yang saya sebutkan sebentar tadi, apa yang ada dalam market. Tetapi, yang menjadi cabarannya adalah untuk kita sendiri membangunkan keupayaan ini.

Dan, Dato’ Yang di-Pertua, inilah dia cabaran untuk MOSTI bersama dengan beberapa kebolehan, keupayaan kita dalam NIH, IMR dan juga universiti-universiti researcher. Kita memang ada kepakaran-kepakaran di situ. Dan stem cell pun, kita juga ada beberapa tokoh-tokoh ataupun yang ada kepakaran dalam bidang pediatrik, onkologi dan juga di dua― HTA dan juga di hospital wanita dan kanak-kanak. Tetapi, kita mahu terus membangunkan keupayaan ini dengan kita menumpukan kepada gene therapy yang saya kira pelaburan itu perlu dibuat. It is not― ia bukan satu yang― hari ini memang expensive. Kita juga mendapat cadangan daripada beberapa, yang tak perlu saya sebutkan, international organization yang mahu, dengan istilahnya, democratize gene therapy ataupun mengurangkan kos supaya ia boleh dapat mampu capai dan mampu dimiliki oleh LMIC ataupun low middle-income countries. Balik Pulau ya. Jadi, sangat mustahak untuk kita bekerjasama dengan international effort untuk kita bangunkan gene therapy sebagai precision medicine khasnya dalam dua perkara yang saya sebutkan tadi, gene addition dan gene editing dan juga gene deletion itu.

Terima kasih. Harap-harap kita akan dapat dalam waktu yang terdekat memberikan tumpuan pembangunan gene therapy ini. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri, Betong.

draft • 10:20 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih.

Selamat Tahun Baru Cina, Puan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor tiga.

draft • 10:20 AM

3. Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri [Betong] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan bagaimana rangka kerja Malaysia Care Economy dan pelan tindakan 2026-2030 akan menangani jurang askes, kualiti dan tenaga kerja penjagaan bagi warga emas, kanak-kanak dan OKU serta apakah sasaran, peruntukan dan indikator prestasi khusus bagi tempoh 2026-2030.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:20 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat sejahtera, salam Ramadan dan selamat Tahun Baru Cina.

Tuan Yang di-Pertua, objektif Kerangka Strategik dan Pelan Tindakan Ekonomi Penjagaan Malaysia 2026–2030 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada 4 November 2025 yang lalu adalah untuk memperkukuh sistem penjagaan negara, khususnya warga emas, kanak-kanak dan orang kurang upaya (OKU) berteraskan konsep masyarakat penyayang atau, dengan izin, caring society. Dalam usaha menangani jurang akses, satu kerangka pangkalan data berpusat akan diwujudkan bagi memudahkan akses rakyat kepada maklumat yang sistematik, cekap dan teratur. Inisiatif ini sememangnya telah digariskan di bawah teras strategik lima kerangka strategik dan pelan tindakan penjagaan tersebut untuk membantu kerajaan merancang serta melaksanakan perkhidmatan penjagaan.

draft • 10:20 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Di samping itu, dalam usaha mencapai matlamat penawaran perkhidmatan penjagaan yang berkualiti, kerajaan melalui belanjawan tahun 2026 telah memperkukuhkan dan memperuntukkan sebanyak RM5 juta untuk membangunkan piawaian penjagaan nasional yang akan menjadi rujukan kepada latihan, pensijilan, pemantauan serta kawal selia perkhidmatan penjagaan di seluruh negara.

Kerajaan juga komited menjadikan tenaga kerja penjagaan sebagai satu kerjaya yang berkemahiran dan berstruktur selaras dengan sasaran Rancangan Malaysia Ketiga Belas untuk melahirkan 50,000 orang penjaga profesional menjelang tahun 2030. Dalam hal ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM3 juta khusus bagi latihan penjagaan dengan sasaran melahirkan seramai 1,700 orang penjaga warga emas dan OKU pada tahun 2026.

Pengukuhan kapasiti dan kemahiran penjaga melalui latihan ini boleh meningkatkan penawaran perkhidmatan penjagaan yang berkualiti. Ini sekali gus boleh mengurangkan kebergantungan kepada penjaga tidak berbayar ataupun unpaid carer dengan izin, unpaid carer dalam keluarga. Melalui inisiatif penyediaan sokongan penjagaan yang lebih terancang, diyakini dan mampan ini, ia juga secara langsung menyokong matlamat kerangka Ekonomi MADANI iaitu meningkatkan penyertaan wanita dalam pasaran pekerjaan kepada 60 peratus.

Selain itu, mulai tahun 2026 ini juga, KPWKM akan melaksanakan latihan pengajar atau training of the trainers bagi memperluas kapasiti latihan penjagaan melalui agensinya iaitu Institut Sosial Malaysia (ISM) dan pusat-pusat latihan penjagaan sedia ada yang berkelayakan, termasuk di lokasi terpilih berdasarkan keperluan setempat.

Pada masa yang sama, kerajaan turut menyediakan insentif cukai, termasuk pengecualian cukai dua kali atas pemberian latihan penjaga melalui institusi yang diiktiraf oleh KPWKM bagi menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam pembangunan tenaga kerja penjagaan.

Bagi membantu ibu bapa bekerja yang memerlukan tempat jagaan dan pusat transit anak selepas tamat waktu persekolahan pula, pelepasan cukai, pendapatan individu bagi perbelanjaan yuran penghantaran anak disemak semula. Ada the detail dia. Saya akan bagi dalam jawapan bertulis.

Namun begitu, kerajaan yakin menerusi pendekatan yang bersepadu, bersasar dan berasaskan keperluan sebenar ini boleh memperkukuh sistem penjagaan negara, memudahkan akses rakyat kepada perkhidmatan penjagaan, meningkatkan kualiti perkhidmatan serta memastikan tenaga kerja penjagaan yang mencukupi dan profesional untuk jangka panjang. Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Betong.

draft • 10:30 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang komprehensif yang telah diberikan.

Puan Yang di-Pertua, jika kita lihat trend beberapa tahun kebelakangan ini, peningkatan kes kanak-kanak yang didiagnosis dengan gangguan spektrum autisme, bukan lagi isu terpencil, tetapi satu realiti kesihatan awam dan sosial yang memerlukan respons dasar yang menyeluruh.

Jadi soalan saya, apakah langkah konkrit oleh kementerian untuk memperkukuhkan sokongan kepada keluarga dari segi akses intervensi awal, pengurangan tempoh menunggu dan penambahan pakar terapi dan bantuan kewangan bagi autisme ini? Adakah wujud pelan bersepadu di antara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan bagi kita memastikan kesinambungan daripada saringan awal sehingga pendidikan inklusif serta apakah sasaran dan peruntukan khusus yang ditetapkan kerajaan? Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Datoʼ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat Betong.

Ya, Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, Kerajaan MADANI melalui Belanjawan 2025 dan 2026 telah memperuntukkan dana khusus bagi memperkukuh sokongan kepada kanak-kanak dan individu autisme serta keluarga mereka sebagai sebahagian daripada agenda kebajikan orang kurang upaya.

Pertama, kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM22.9 juta khusus bagi sokongan kepada anak-anak autisme dan keluarga yang merangkumi antaranya RM15 juta bagi bantuan yuran pembelajaran anak autisme untuk meringankan kos pendidikan dan intervensi awal dan RM3 juta bagi pengoperasian dan pembangunan pusat perkhidmatan autisme ataupun PPA.

Jadi kedua, kerajaan turut menambah peruntukan untuk memperluaskan operasi pusat perkhidmatan autisme ke Labuan, Sabah dan Sarawak. Ini pertama kali. Bagi memastikan akses sokongan bersepadu dapat dinikmati lebih ramai keluarga dengan anggaran manfaat kepada kira-kira 13,000 orang individu autisme di seluruh negara.

Ketiga, selain peruntukan khusus tersebut, OKU autisme juga antara penerima manfaat daripada peruntukan kebajikan OKU yang lebih besar iaitu hampir RM1.4 bilion bagi bantuan kewangan, elaun pekerjaan dan sokongan sosial yang secara langsung membantu keluarga yang menjaga individu autisme.

Keempat, kerajaan turut meningkatkan pelepasan cukai individu bagi perbelanjaan pemeriksaan, pengesanan awal intervensi dan rawatan pemulihan kanak-kanak OKU termasuk anak-anak autisme sehingga RM10,000 setahun bagi mengurangkan beban kos penjagaan jangka panjang keluarga.

Kelima, pelepasan cukai pendapatan dinaikkan bagi penjagaan anak OKU serta pelepasan cukai RM3,000 untuk yuran pusat penjagaan.

Apa yang penting Tuan Yang di-Pertua, untuk dijelaskan, pendekatan kerajaan bukan sekadar menyediakan bantuan kewangan, tetapi membangunkan ekosistem penjagaan autisme secara menyeluruh meliputi intervensi awal, sokongan keluarga, perkhidmatan komuniti dan akses pendidikan.

Tadi Yang Berhormat juga bertanya, sama ada kita bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan juga, memang kita bekerjasama. Malah mereka ada dalam komiti kita untuk lebih kepada mengenal pasti anak-anak lebih kepada untuk diagnos.

Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tumpat.

draft • 10:30 AM

Datoʼ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya ialah adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan suatu piawaian akreditasi penjagaan warga emas, kanak-kanak dan OKU supaya kita boleh menjamin minimum standard yang identical di pusat-pusat jagaan ini? Itu yang pertama.

Yang kedua, selain daripada autisme, terdapat pelbagai kluster lagi untuk OKU yang akan berada di PDK. Kita difahamkan bahawa penyakit rare disease mewakili 15 percent of the OKU di Malaysia. Jadi, adakah kerajaan juga bercadang untuk memperkenalkan PDK khas juga bagi kes-kes yang sebegini kerana kita percaya ia memerlukan suatu kerjasama daripada pihak KKM dan juga KPM?

Berapakah sasaran kerajaan untuk pusat jagaan kanak-kanak dan juga pusat pembangunan anak-anak dalam komuniti selaras dengan sasaran ini? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Datoʼ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tumpat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, usaha-usaha yang kita ambil melalui kementerian kita dalam memperkasa sektor penjagaan, khususnya bagi meningkatkan kompetensi penjaga adalah seperti berikut. Itulah cara kita untuk standardize dengan izin, standardize kita punya cara penjagaan dan cara kita memperkukuhkan latihan dan pensijilan penjaga KPWKM melalui ISM.

Tadi saya katakan, kita adakan program ini bukan hanya untuk warga emas, bukan hanya untuk kanak-kanak, tetapi meliputi mereka yang orang OKU, kanak- kanak OKU ataupun siapa saja. Jadi kita standardize-kan cara kita dalam menjagakan mereka yang menjadi kumpulan sasar kita ini.

Dan kita terus melalui ISM, terus meningkatkan program latihan, pensijilan dan pembangunan profesional dalam bidang penjagaan. Inisiatif ini meliputi latihan penjagaan warga emas, kanak-kanak dan orang kurang upaya bagi memastikan penjaga mempunyai kemahiran teknikal, etika dan juga keselamatan penjagaan yang memenuhi piawaian nasional.

Kita juga membangunkan piawaian penjagaan nasional. Kerajaan sedang membangunkan piawaian ini bagi warga emas dan OKU yang merangkumi penjagaan di institusi, penjagaan dalam komuniti serta penjagaan di rumah.

Piawaian-piawaian ini penting bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang seragam, selamat dan berpusatkan individu.

Kita juga memperkukuhkan kerangka perundangan penjagaan di mana KPWKM sedang melaksanakan semakan dan pindaan terhadap akta-akta berkaitan penjagaan yang berkuat kuasa, termasuk Akta Pusat Jagaan 1993, Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984, Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Orang Kurang Upaya 2008.

Penubuhan entiti kawal selia sektor penjagaan. Selaras dengan RMK13, kerajaan sedang meneliti penubuhan satu entiti kawal selia sektor penjagaan bagi menyelaras piawaian, latihan, akreditasi serta pembangunan tenaga kerja penjagaan secara bersepadu di peringkat nasional. Jadi inisiatif ini Tuan Yang di-Pertua, penting memandangkan Malaysia sedang menuju ke arah negara menua dengan unjuran lebih 15 peratus penduduk berumur 60 tahun ke atas menjelang 2030.

draft • 10:30 AM

Datoʼ Sri Hajah Nancy binti Shukri

KPWKM menyasarkan pembangunan sekurang-kurangnya 50,000 penjaga profesional menjelang 2030 di samping menyokong aspirasi negara untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga buruh kepada 60 peratus menjelang 2033 melalui pengukuhan ekonomi penjagaan. Tentang rare disease tadi bukannya kita sahaja yang terlibat, kita bekerjasama dengan kementerian-kementerian, terutama sekali Kementerian Kesihatan. Jadi, saya akan bagi jawapan bertulis kerana lebih spesifik kepada rare disease. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Haji Jamaluddin bin Yahya, Pasir Salak.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Terima kasih, Puan Yang di- Pertua.

Hina besi kerana karat, Hina bangsa kerana pengkhianat; Soalan Pasir Salak nombor empat, Mohon dijawab dengan tepat. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

4. Tuan Haji Jamaludin bin Yahya [Pasir Salak] minta Menteri Kerja Raya menyatakan pelan penyelenggaraan berkala dan langkah pencegahan bagi mengelakkan kerosakan jalan berulang yang menjejaskan keselamatan awam.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan, Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya untuk menjawab.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Sekolah anak jauhnya tempat, Awal pagi buat persiapan; Pasir Salak soalan empat, Dengarkan ini diberi jawapan. Kementerian Kerja Raya sedang melaksanakan penyenggaraan Jalan Persekutuan yang merangkumi dua skop iaitu penyenggaraan rutin dan penyenggaraan berkala. Bagi penyenggaraan rutin ia merangkumi kerja-kerja penyenggaraan seperti penampalan lubang permukaan jalan (pothole), longkang, bahu jalan dan pemotongan rumput.

Penyenggaraan rutin ini dilaksanakan berdasarkan pusingan kerja yang telah ditetapkan dalam Perjanjian Penswastaan Penyenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia oleh syarikat konsesi yang dilantik juga di Sabah dan Sarawak. Peruntukan yang diberi tahun 2024 berjumlah RM2.48 bilion, tahun 2025, RM2.96 bilion dan tahun 2026, RM2.42 bilion.

Bagi memastikan pelaksanaan skop penyelenggaraan rutin ini mematuhi perjanjian penswastaan tersebut, kementerian ini melalui JKR sentiasa melaksanakan pemantauan berkala melalui program audit rutin di Jalan Persekutuan bagi memastikan kerja-kerja penyenggaraan rutin dilaksanakan berdasarkan skop perjanjian penswastaan dan mengikut jadual pelaksanaan yang disediakan untuk konsesi penyenggaraan Jalan Persekutuan.

Aplikasi aduan My...

[Batuk] Maaf. Aplikasi aduan MyJalan juga sedang digunakan. Manakala bagi kerja penyenggaraan berkala pula, ia terbahagi kepada dua iaitu penyenggaraan berkala pavement dan penyenggaraan berkala bukan pavement. Kerja-kerja penyenggaraan berkala ini akan dijalankan berdasarkan kepada kelulusan peruntukan dari semasa ke semasa. Setiap pelaksanaan kerja penyelenggaraan jalan yang dilaksanakan oleh JKR akan dipantau secara rapi bagi memastikan semua kerja yang dijalankan adalah mematuhi garis operasi standard

(SOP) selenggara jalan yang telah ditetapkan. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pasir Salak.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Terima kasih atas jawapan Timbalan Menteri. Puan Yang di-Pertua, berdasarkan laporan keselamatan jalan raya, lebih 51,000 aduan berkaitan kerosakan jalan diterima melalui aplikasi MyJalan manakala statistik PDRM menunjukkan peningkatan kes kemalangan berpunca daripada kecacatan jalan.

Antara faktor utama ialah jalan berlubang, licin dan kekurangan lampu jalan yang menyumbang ratusan kes kemalangan maut dan kecederaan. Keadaan ini turut berlaku di Jalan Persekutuan FT109 yang menghubungkan Kampung Telok Sareh, Kampung Gajah hingga ke Kuala Sungai Manik di mana permukaan jalan rosak, berlubang serta tidak diselenggara dengan sempurna sehingga menjejaskan keselamatan pengguna.

Sehubungan dengan itu, soalan tambahan Pasir Salak, bolehkah Menteri menyatakan sama ada jajaran FT109 ini telah dimasukkan dalam jadual penyelenggaraan berkala tahun semasa? Apakah tindakan segera pembaikan yang akan dilaksanakan dan adakah kementerian bercadang menaik taraf sistem saliran, turapan serta pencahayaan jalan bagi mengelakkan kerosakan berulang dan melebarkan jalan tersebut bagi mengurangkan risiko kemalangan di kawasan tersebut? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih, Pasir Salak.

Pasir Salak menyebut bahawa antara punca dalam statistik PDRM...

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

...Ialah punca kemalangan kerana kecacatan jalan. Saya ingin memaklumkan di sini yang terkini data MIROS menunjukkan bahawa kecuaian manusia ialah punca utama, 80.6 peratus kemalangan maut di Malaysia.

Contoh kecuaian manusia ini ialah pemanduan laju, kelalaian dan microsleep. Microsleep ini 20 peratus kes. Oleh itu kita bila memandu, mengantuk, berhenti dan jangan meneruskan perjalanan. Faktor lain, keadaan jalan 13.2 peratus, 13.2 peratus. Tadi Pasir Salak sebut, kita mengakuilah bahawa 13.2 peratus itu tanggungjawab kami dan faktor kenderaan, kenderaan tak diselenggara dengan baik, 6.2 peratus.

Oleh itu apa yang disebut oleh Pasir Salak ada benarnya dan kawasan yang Pasir Salak sebut itu, Pasir Salak kena check sama ada ia telah dibuat permohonan atau tidak. Jika belum dibuat jalan yang berkaitan, hendaklah bertemu dengan UPEN dan daripada UPEN maka senarai itu diangkat kepada kami dan perlu menjadi keutamaan. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tenggara.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Speaker. Soalan Tenggara adalah berkaitan dengan aplikasi MyJalan ini sejak dilancarkan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri pada 24 Ogos 2023.

Tenggara ingin mengetahui bolehkah kongsi, kementerian berkongsi dengan kita berkaitan dengan data aduan rakyat dan berapakah yang telah dapat diselesaikan? Kalau menurut Pasir Salak tadi, ada 51,000 aduan. Dan apakah kategori-kategori aduan dan bagaimanakah jika aduan melibatkan kementerian- kementerian lain dan adakah KKR akan entertain juga isu yang timbul berkaitan dengan kementerian lain itu? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Pasir Salak tadi menyebut 51,000 aduan. Ini angka yang ada di tangan saya daripada Ogos 2023 hingga Januari 2026, 54,055 aduan. Daripada itu, melibatkan Jalan Persekutuan, lebuh raya dan jalan negeri, 16,671 aduan atau 30.8 peratus.

Dan kita juga YB Tenggara, kita ada polisi yang kita panggil sebagai No Wrong Door Policy, tidak ada pintu yang silap. Kita terima semua aduan, jalan bandaran kita terima, jalan kampung, jalan pertanian, jalan Sarawak, jalan Sabah, jalan persendirian pun kita terima yang itu 37,384 kes atau 69.1 peratus. Jadi 70:30 ya, 70 peratus yang melibatkan kementerian-kementerian lain, 30 peratus melibatkan Kementerian Kerja Raya. Dalam siasatan ada 1,511 dah selesai 90 peratus, 15,160 dah selesai.

Dan kita juga walaupun bukan jalan di bawah kita, kita hantar ke kementerian yang berkaitan. Jika aduan itu mengenai jalan pertanian, kita hantar ke Kementerian Pertanian. Jika jalan itu jalan kampung, kita hantar ke KKDW. Jadi kita dalam kerajaan yang sama maka kita saling membantu untuk menyelesaikan masalah rakyat. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd Wahab, Tanjong Manis.

draft • 10:40 AM

Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd Wahab - Tanjong Manis

Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 5.

draft • 10:40 AM

5. Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd Wahab [Tanjong Manis] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan status jalan Kampung Bruit ke Sg. Nai di Pulau Bruit. Berapa kos projek dan bila projek tersebut akan mula dibina.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, projek membina jalan Kampung Nai, Kampung Tanjung Mulung, Kampung Bruit di Pulau Bruit, bahagian Mukah, Sarawak telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas dengan kos sebanyak RM94.2 juta.

Skop projek ini adalah pembinaan jalan berturap sepanjang 15.7 kilometer dengan lebar 6.0 meter. Projek ini dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya secara konvensional perunding. Projek ini telah selesai menjalani Makmal Kejuruteraan Nilai

(VE) pada 26 September 2025.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Hasil pelaksanaan VE tersebut, beberapa pindaan telah dipersetujui antaranya, kos projek disemak semula daripada 94.2 juta kepada 103.89 juta. Yang kedua, skop projek dipinda kepada pembinaan jalan berturap sepanjang 15.7 kilometer mengikut spesifikasi JKR R1 termasuk pembinaan sebuah jambatan konkrit dan nama projek dipinda kepada Membina Jalan Sungai Nai, Tanjung Gelang ke Kampung Bruit, bahagian Mukah, Sarawak.

Pada masa ini, kementerian sedang dalam proses mendapat kelulusan pindaan kos, skop dan nama projek kepada Kementerian Ekonomi. Tertakluk kepada kelulusan tersebut, projek ini dijangka dapat ditender pada suku kedua tahun 2026 dan seterusnya mula dibina pada suku keempat tahun 2026. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tanjong Manis.

draft • 10:50 AM

Dato' Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Terima kasih Timbalan Menteri di atas jawapan yang begitu menggembirakan kami di Tanjong Manis. Semoga projek ini tidak mengalami apa-apa kelewatan dan sebagainya. Saya ingin nak bertanya seterusnya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah status peruntukan yang telah diluluskan untuk pembinaan jalan Kampung Sedi- Sebako sebanyak RM60 juta di bawah KPLB ketika itu pada tahun 2021, mungkin di bawah peruntukan yang sama, pada masa yang sama. Namun, jalan tersebut telah dibina menggunakan peruntukan daripada Kerajaan Sarawak di atas sebab penyegeraan untuk projek tersebut dilaksanakan.

Jadi, RM60 juta sudah ada diluluskan. Jadi, saya nak tahu apakah 60 juta tersebut telah ataupun akan disalurkan untuk projek-projek lain di Parlimen Tanjong Manis. RM60 juta itu banyak, Timbalan Menteri. Tolonglah, Timbalan Menteri ya.

Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis atas soalan tambahan. Sepertimana Yang Berhormat sedia maklum, projek Kampung Sedi-Sebako, bahagian Mukah, Sarawak telah diluluskan pada tahun 2021, RMK12 dengan kos sebanyak 60 juta. Skop projek yang di lulus adalah membina jalan berturap sepanjang 10 kilometer dengan lebar 6.0 dengan piawaian JKR R1.

Kementerian ini juga telah melantik Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak sebagai agensi pelaksana projek pada ketika itu. Walau bagaimanapun, pada tahun 2022, pihak JPS Sarawak telah memaklumkan bahawa projek ini telah bertindih dengan projek menurap jalan Sedi-Sebako Fasa 2 Daro, bahagian Mukah yang dilaksanakan di bawah peruntukan Kerajaan Sarawak dan berjaya disiapkan pada Jun 2022. Justeru itu, projek jalan di bawah KKW ini telah dibatalkan.

Untuk makluman Yang Berhormat, adalah menjadi polisi Unit Perancang Ekonomi (EPU) ataupun Kementerian Ekonomi, bahawa projek yang dibatalkan tidak boleh ditukar ganti dengan projek-projek baru yang lain. Namun begitu Yang Berhormat, sebaliknya, KKW telah mengemukakan permohonan projek membina Jalan Tanjong Manis-Kedang-Paloh bahagian Mukah. Projek baru, bukannya menggantikan peruntukan yang tadi, ya.

Yang mana telah diluluskan dalam Belanjawan tahun 2023 dengan kos, yang ini tinggi lagi, RM267 juta. Projek ini telah pun ditender pada 26 September 2025 dan sedang menunggu perakuan oleh Lembaga Perolehan Kementerian sebelum pelantikan kontraktor dimuktamadkan di peringkat Kementerian Kewangan. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Dato' Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Terima kasih Timbalan Menteri. Daripada RM60 juta, saya dapat RM260 juta. Terima kasih Timbalan Menteri.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jerai.

draft • 10:50 AM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya, apakah mekanisme pemantauan kementerian bagi memastikan peruntukan MARRIS benar-benar dimanfaatkan untuk penyelenggaraan jalan luar bandar dan tidak tertumpu di kawasan bandar atau separa bandar? Dan adakah pihak kementerian bersedia mendedahkan senarai penuh projek sakit berkaitan jalan luar bandar di seluruh negara serta status pemilihan projek-projek tersebut agar ketelusan penggunaan peruntukan dapat dipastikan.

Dan sehubungan itu juga, apakah tindakan tegas yang telah diambil terhadap kontraktor yang gagal menyiapkan projek jalan luar bandar mengikut jadual sehingga menjejaskan mobiliti dan keselamatan penduduk setempat.

draft • 10:50 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih YB yang bertanya tadi. Untuk makluman Yang Berhormat, soalan itu tak ada kaitan dengan kementerian sebenarnya, sebab peruntukan MARRIS di bawah kementerian KKR ataupun terus di bawah MOF yang disalurkan terus kepada kerajaan negeri.

Peruntukan, apa orang kata penyelenggaraan menggunakan MARRIS ditentukan oleh kerajaan negeri dan dilaksanakan ke atas jalan-jalan yang telah didaftar termasuk jalan KKW yang telah didaftar di bawah sistem MARRIS, di bawah JKR negeri-negeri di Malaysia. Berkaitan dengan kontraktor yang tidak melaksanakan tugas tadi, banyak tindakan yang telah kita ikut. Kita mengikut— tindakan-tindakan kepada kontraktor ini, kita ambil berdasarkan prosedur-prosedur berdasarkan arahan kerja yang telah ditetapkan oleh bukan sahaja kementerian, malah garis panduan yang dikeluarkan oleh MOF. Terima kasih, Datuk Yang di- Pertua.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman, Labuan.

draft • 10:50 AM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Soalan saya soalan nombor 6, Puan Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

6. Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman [Labuan] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan adakah kementerian bercadang untuk menjadikan Labuan sebagai pangkalan bomba udara bagi keperluan kes-kes kecemasan dan logistik oil and gas di Labuan yang mana sekarang ini hanya berpangkalan di Pangkalan Udara Bomba, Miri yang mana perjalanan mengambil masa dua ke empat jam untuk sampai ke Labuan.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

*Bismilllahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Membaca selawat]* Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sentiasa berusaha untuk memastikan khidmat kebombaan terus di perkasa dan diperluaskan kepada seluruh masyarakat kita merentasi pelbagai kepelbagaian geografi dan hal ini adalah selari dengan hasrat kerajaan sedia ada melalui Kerangka Strategik Malaysia MADANI di bawah strategi meningkatkan keselamatan negara iaitu teras strategik yang ketiga.

Pada masa kini, Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia memiliki tiga buah pangkalan udara bomba yang beroperasi iaitu:

(i) Pangkalan Udara Wilayah Tengah, Subang, Selangor;

(ii) Pangkalan Udara Wilayah Utara, di Bertam, Pulau Pinang; dan

(iii) Pangkalan Udara Wilayah Sarawak, Miri, Sarawak. Dengan kekuatan aset udara sebanyak lapan buah pesawat.

Berhubung dengan cadangan menjadikan Wilayah Persekutuan Labuan sebagai lokasi pangkalan udara bomba, buat masa ini Tuan Yang di-Pertua, kementerian belum mempunyai perancangan memandangkan pangkalan udara sedia ada iaitu di Miri Sarawak mampu untuk melaksanakan keperluan penugasan kebombaan dan penyelamatan.

Pangkalan Udara Wilayah Sarawak beroperasi dengan dua buah pesawat yang mampu diatur gerak ke mana-mana lokasi bencana di negeri, sama ada di seluruh negeri Sabah, Sarawak dan juga Labuan dan kedudukan pangkalan ini adalah sangat strategik dan berada pada titik tengah iaitu antara negeri Sabah dan Sarawak, sekali gus memberikan kelebihan yang signifikan daripada segi kesiapsiagaan dan mobilisasi aset udara.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu berdasarkan statistik permohonan penerbangan operasi pangkalan udara di Wilayah Sarawak bagi tahun 2020 sehinggalah tahun 2025, sebanyak 161 jumlah permohonan pesawat telah pun diterima. Daripada jumlah tersebut, Sarawak mencatat permohonan paling tinggi iaitu dengan 130 permohonan diikuti oleh Sabah sebanyak 27 permohonan dan Labuan hanya empat permohonan dalam tempoh lima tahun.

Bagi kes-kes kecemasan melibatkan industri gas dan petroleum, Jabatan Bomba dan Penyelamat akan terus bekerjasama dengan pemain industri melalui penubuhan Labuan Emergency Mutual Aid (LEMA) bagi penyelarasan koordinasi pasukan semasa menghadapi bencana. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Labuan.

draft • 10:50 AM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Terima kasih YB Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Saya bersetuju dengan jawapan Timbalan Menteri bahawa dalam tempoh lima tahun, Labuan hanya mengguna pakai sebanyak lima kali. Apakah Yang Berhormat Timbalan Menteri menyedari bahawa jarak di antara Miri ke Labuan, Miri ke Sabah mengambil masa dua hingga tiga jam penerbangan helikopter?

Walaupun bagaimanapun, saya ingin mencadangkan sekali lagi, memandangkan Labuan merupakan Wilayah Persekutuan dan mempunyai kemudahan lapangan terbang antarabangsa, kedudukan yang strategik di tengah- tengah Kepulauan Borneo serta berhampiran laluan maritim utama, adakah KPKT bercadang untuk menubuhkan Unit Udara Bomba di Labuan sebagai hab sokongan kedua, secondary hub bagi mempercepatkan operasi kecemasan dari segi masa tindak balas, response time bagi operasi kebakaran hutan, bencana laut dan misi menyelamat serantau atau operasi yang berkaitan dengan oil and gas. Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa soalan Ahli Yang Berhormat Labuan tanyakan tadi, saya telah pun memberikan jawapan. Cuma, pertanyaan beliau berkaitan dengan adakah kita sedar tentang tempoh masa, ya. Jarak daripada Miri itu ke Labuan dalam dua jam Tuan Yang di-Pertua. Manakala daripada Miri ke Kota Kinabalu adalah dua jam setengah dan dari Miri ke Kuching tiga jam. Tapi, di Sarawak itu adalah lebih permohonannya.

Cuma apa sekali pun Yang Berhormat, kita menerima baik cadangan ini dan pandangan Ahli Yang Berhormat, maklumat-maklumat yang telah diberikan oleh Ahli Yang Berhormat untuk mewujudkan pangkalan udara kedua di Borneo pada masa akan datang adalah bergantung juga kepada ketersediaan tapak dan lokasi yang strategik.

draft • 11:00 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Dan kementerian ingin menegaskan bahawa sebarang pembinaan fasiliti kembombaan baru termasuklah pangkalan udara akan diberikan keutamaan Ahli Yang Berhormat, kepada tapak tanah yang sedia ada oleh pihak Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan ataupun dengan kadar premium nominal oleh kerajaan negeri di mana pelaksanaannya akan dilakukan secara perkongsian pintar dengan mana-mana cadangan pemajuan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bakri.

draft • 11:00 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Puan Yang di- Pertua dan terima kasih atas jawapan Menteri tadi. Izinkan saya mengambil masa sedikit untuk merakamkan...

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

Ringkaskan soalan.

draft • 11:00 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Merakamkan penghargaan kepada pasukan bomba daripada Daerah Muar, Tangkak dan Segamat dalam usaha mereka untuk menyelesaikan masalah api gambut yang berlarutan sepanjang lebih kurang tiga minggu sebelum Tahun Baru Cina.

Dan dalam operasi itu, sebenarnya ada melibatkan unit udara. Ini merupakan bagi saya, ia adalah penting terutamanya bagi kawasan-kawasan yang di mana tidak dapat akses jalan, jalan raya. Maka saya nak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, selain daripada Labuan dan pangkalan-pangkalan yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi, saya rasa dia nampaknya tidak mencukupi.

Jadi, adakah kerajaan ada rancangan untuk menubuhkan pangkalan bomba udara berdasarkan faktor geografi, risiko bencana dan industri berisiko tinggi serta keperluan masa respons kecemasan? Dan apakah perancangan kementerian bagi meluaskan lagi rangkaian pangkalan tersebut supaya kita dapat berespons dalam masa yang lebih singkat dan menyelamatkan seberapa banyak harta dan nyawa yang mampu? Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Bakri atas keprihatinan beliau terhadap usaha yang telah dilakukan oleh anggota kita, anggota wira merah kita baru-baru ini. Dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sentiasa mengambil langkah-langkah strategik dalam isu-isu yang berkaitan dengan persediaan kesiapsiagaan operasi udara, dengan kita membina dua kawasan pendaratan helikopter, helipad dan kemudahan stor bahan api pesawat, pertamanya Tuan Yang di-Pertua di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Wakaf Tapai, Terengganu iaitu bagi tujuan kesiapsiagaan operasi udara.

Dan pada masa yang sama, untuk persediaan logistik dan kawasan pendaratan juga disediakan, Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Bachok dan Balai Bomba Penyelamat Malaysia Gua Musang di Kelantan, Balai Bomba Penyelamat Malaysia di Ranau Sabah, serta kita juga dalam perancangan untuk menyediakan satu lagi kawasan pendaratan dan persediaan logistik di Balai Bomba Penyelamat Mersing, Johor untuk operasi udara.

draft • 11:00 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Bakri tak dapat?

draft • 11:00 AM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Bakri, kita bincangkan lagi.

Sepertimana saya maklumkan tadi Tuan Yang di-Pertua, tanahnya, apa mesti disediakan secara strategik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh, Bukit Gelugor.

draft • 11:00 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Dengan izin Puan Speaker, terima kasih. Soalan saya nombor tujuh.

draft • 11:00 AM

7. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada kerajaan bercadang untuk memperkenalkan undang-undang untuk mewajibkan semua balai polis di seluruh negara menerima laporan-laporan polis oleh pihak awam tanpa mengambil kira keadaan pakaian mereka. Sekiranya tidak, sila nyatakan sebab-sebabnya.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Bismillahirahmanirahim. Tuan Yang di-Pertua, susulan insiden yang melibatkan dua wanita yang terlibat dalam kemalangan jalan raya tetapi tidak dibenarkan buat laporan kerana tidak mematuhi etika pemakaian, Polis Diraja Malaysia telah menetapkan bahawa bagi kes kecemasan atau situasi yang memerlukan bantuan serta-merta, keutamaan hendaklah diberikan sepenuhnya kepada kebajikan, keselamatan dan keperluan pengadu tanpa keperluan kepada pematuhan kod etika berpakaian.

Antara contoh kes yang perlu diberikan pengecualian dan layanan keutamaan termasuklah kes-kes yang melibatkan jenayah, kemalangan jalan raya, ancaman keselamatan serta kes-kes tertentu yang berpotensi mendatangkan tekanan emosi atau trauma seperti kejadian rogol, samun, cabul, keganasan rumah tangga dan lain-lain kes seumpamanya.

Maklumat berhubung ketetapan tersebut telah pun disampaikan kepada semua Ibu Pejabat Kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah melalui Surat Edaran Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman pada 29 Disember 2025 bagi memastikan pelaksanaan adalah seragam, jelas dan difahami oleh semua pegawai yang terlibat di peringkat pelaksanaan.

Sehubungan dengan itu Yang Berhormat, pada masa ini, kementerian berpandangan bahawa arahan pentadbiran yang telah dikeluarkan ini mencukupi dan berkuat kuasa serta-merta di seluruh negara.

Arahan tersebut juga sebenarnya selari dengan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam, PKPA Bil. 1 Tahun 2025: Pemantapan Pengurusan Perhubungan Pelanggan Sektor Awam yang sebenarnya memberi ruang dan budi bicara kepada setiap kementerian dan agensi kerajaan untuk menetapkan etika pemakaian yang bersesuaian mengikut fungsi dan keperluan perkhidmatan masing- masing, khususnya bagi urusan di kaunter dan pejabat.

Yang Berhormat, pendekatan ini juga selari dengan prinsip penyampaian perkhidmatan awam yang digariskan dalam Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2005. Pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara merupakan punca kuasa pentadbiran yang mengikat semua jabatan dan agensi Persekutuan untuk melaksanakannya. Walau bagaimanapun Yang Berhormat, kementerian akan terus memantau pelaksanaan dan kita juga bersedia dan tidak teragak-agak untuk menambah baik semua yang kita lakukan ini demi kepentingan rakyat secara keseluruhan. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bukit Gelugor.

draft • 11:00 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih Timbalan Menteri kerana memberi jawapan tersebut. Isu ini adalah susulan daripada beberapa insiden. Seperti saya pasti Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar seperti di Melaka baru-baru ini di bulan Disember 2025, di mana seorang telah pun dinafikan peluang untuk membuat laporan polis akibat satu kemalangan. Ada juga insiden-insiden lain.

Tuan Timbalan Menteri telah pun menyatakan ataupun merujuk kepada beberapa arahan dan pekeliling. Adakah soalan, ada dua soalan. Pertamanya, adakah arahan-arahan dan pekeliling-pekeliling tersebut mempunyai dengan izin Tuan Speaker, the force of law? Dalam erti kata lain, adakah ia nya akan terpakai kepada semua balai di keseluruhan negara oleh kerana ini merupakan hanya arahan-arahan saja dan pekeliling-pekeliling saja, bukan undang-undang?

Itulah sebabnya saya tanya di dalam soalan saya, adakah kementerian ataupun kerajaan akan memperkenalkan undang-undang untuk menangani masalah ini? Sekiranya undang-undang itu diperkenalkan, maka ia nya akan terpakai secara uniform dan seragam kepada semua balai di keseluruhan negara. Dan sekiranya tidak diikuti, maka pengadu akan mempunyai relief, relief sekiranya undang-undang itu tidak diikuti. Jadi, itulah soalan saya. Saya berharap Timbalan Menteri boleh menjawab dengan segera. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih Yang Berhormat. Jawapan saya tadi telah pun menyebut bahawa arahan yang dikeluarkan ini untuk membolehkan pelaksanaan yang seragam, jelas dan difahami oleh semua pegawai di pelbagai peringkat. Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini, kerajaan, KDN berpandangan bahawa arahan pentadbiran yang dikeluarkan ini sudah mencukupi dan berkuat kuasa serta-merta di seluruh negara kerana ia selari dengan prinsip penyampaian perkhidmatan awam dalam pekeliling yang saya sebutkan tadi, Perkhidmatan Awam Bilangan 1, 2025.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Maknanya pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara ini merupakan satu punca kuasa pentadbiran yang mengikat semua jabatan di institusi kerajaan. Walau bagaimanapun, kita akan mengkaji dari masa ke semasa.

Yang Berhormat, sebab itu dengan arahan ini, sekiranya terdapat ketidakpatuhan terhadap arahan yang telah dikeluarkan, tindakan boleh diambil di bawah Peraturan- peraturan Pegawai Awam, Kelakuan dan Tatatertib 1993 serta mekanisme dalaman PDRM sendiri. Pematuhan ini akan dipantau melalui penyeliaan di peringkat IPD, IPK serta audit dalaman dari masa ke semasa bagi memastikan pelaksanaan kita seragam dan berintegriti.

Untuk makluman Yang Berhormat, kegagalan menjalankan mana-mana bahagian dalam arahan ini akan membolehkan pegawai atau anggota dikenakan tindakan tatatertib iaitu Ingkar Perintah Mengikut PPPA 1993. Dengan arahan terbaru ini, kesalahan bagi enggan menerima repot dari orang awam hendaklah dilihat sebagai suatu kesalahan yang berat sehingga boleh dikenakan hukuman buang kerja. Ini sangat jelas. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Langkawi.

draft • 11:10 AM

Datoʼ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya percaya Yang Berhormat Menteri bersetuju dengan saya. Akses kepada keadilan itu tidak— mungkin tidak perlu bersyarat.

Dan kalau kita melihat begini, bagaimanakah Yang Berhormat nak implementasikan pekeliling ini atau arahan ini kepada seluruh balai-balai polis di Malaysia ini sedangkan di Parlimen sendiri kalau kita melihat, ada juga rakan-rakan kita yang membawa masuk. Saya melihat sendiri. Ada yang pakai jeans, ada yang pakai t-shirt ke dalam Parlimen ini. Dan bagaimanakah kerajaan akan memastikan arahan ini sepertimana cadangan Bukit Gelugor itu akan diimplementasikan? Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Tuan Yang di-Pertua, bagi kita di KDN dan juga PDRM khususnya, kita telah pun mengeluarkan arahan berkaitan. Peringatan berkaitan Arahan Penerimaan Laporan Polis dan Pengurusan Etika Berpakaian Pengaduan di Balai Polis. Arahan itu telah pun dikeluarkan pada 29 Disember 2025 yang cukup jelas, yang disampaikan hingga ke peringkat bawah, di semua peringkat.

Maknanya, dari segi maklumat, pengetahuan memang sudah pun difahami secara detil. Dan orang awam juga, kita maklumkan apakah yang telah kita lakukan dan kita juga menyediakan mekanisme terbaik untuk orang awam membuat aduan- aduan jika ketidakpatuhan masih lagi berlaku. Dan sebab itu saya nyatakan tadi bahawa kita, penjawat awam khususnya tertakluk pada peraturan-peraturan yang telah pun dikeluarkan.

Untuk makluman sebagai tambahan, sebenarnya kalau kita ikut rekod memang PDRM sendiri menerima laporan. Saya ambil rekod tahun 2025. Laporan polis yang kita perolehi, kalau tahun 2025, setiap tahun tidak kurang daripada 300,000 laporan polis yang kita terima dalam pelbagai perkara. Dan jumlah pada tahun 2025 sahaja, 4,128,760 laporan polis. Daripada jumlah itu, empat ribu— 467,388 telah pun dibuka kertas siasatan.

Yang penting, saya nak memaklumkan bahawa kita telah pun menyebarluaskan kepada kakitangan kita di semua peringkat dan kepada rakyat apa tindakan yang telah pun kita ambil. Dan sebab itu, kita berharap rakyat faham dan tentunya, kita berharap agar pegawai-pegawai kita di semua peringkat akan mematuhi peraturan-peraturan yang telah pun ditetapkan. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya menjemput Ir. Haji Khairil Nizam bin Khirudin, Jerantut.

draft • 11:10 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ramadan Kareem. Mudah-mudahan Ramadan menjadikan kita individu yang bertakwa. Terima kasih, Puan Pengerusi— Puan Yang di-Pertua. Soalan saya, nombor 8.

draft • 11:10 AM

8. Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [Jerantut] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan strategi jangka panjang untuk memastikan industri automotif CKD Malaysia kekal kompetitif serta bagaimana kerajaan akan melindungi pembeli B40/M40 daripada beban kos kenderaan meningkat apabila pelaksanaan penuh struktur cukai OMV bagi kereta CKD dijadualkan selepas Julai 2026.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada soalan daripada sahabat saya daripada Jerantut. Sebelum saya jawab, saya ingin dengan sukacita mengumum, mengalu-alukan seramai 12 orang ketua masyarakat dari Baram yang sekarang berada dalam Dewan ya.

draft • 11:10 AM

[Dewan tepuk]

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin

Selamat datang ke Parlimen Malaysia.

Puan Yang di-Pertua, Peraturan-peraturan Eksais (Penentuan Nilai Barang- barang Dikilangkan Secara Tempatan bagi Maksud Melevi Duti Eksais) 2019 terpakai kepada semua barang dikilangkan tempatan bukan terhad kepada kenderaan sahaja. Maka, kaedah penentuan nilai berdasarkan harga pasaran terbuka adalah pendekatan umum sistem eksais dan bukannya polisi khusus untuk industri automotif.

Walau bagaimanapun, kerajaan telah memberi pengecualian selama lima tahun ya sehingga 30 Jun 2026 bagi membolehkan nilai eksais kenderaan dikilangkan secara tempatan dikira berdasarkan kos pengilangan. Langkah ini merupakan tempoh peralihan agar syarikat pengeluar dapat menyesuaikan model perniagaan secara— serta struktur kos mengikut ketetapan semasa.

Kerajaan mengambil maklum kebimbangan rakyat bahawa penentuan nilai eksais berdasarkan harga pasaran terbuka berbanding kos pengilangan boleh memberi implikasi kepada kos kenderaan. Kerajaan memandang serius perkara ini dan komited untuk memastikan sebarang impak terhadap pengguna, khususnya golongan B40 dan M40 adalah pada tahap yang paling minima. Dalam masa yang sama, kerajaan perlu memastikan struktur pencukaian industri adalah adil dan saksama serta tidak bersifat menguntungkan mana-mana pihak tertentu.

Sebelum ini, kaedah berasaskan kos penghilangan berpotensi mewujudkan keadaan di mana syarikat pengeluar yang telah mengeluarkan pelaburan yang besar untuk menjalankan pemasangan sendiri termasuk menanggung kos fasiliti, tenaga kerja dan overhead berada dalam keadaan yang kurang kompetitif ya.

Mereka dalam keadaan yang melabur, yang buat bajet macam-macam untuk meningkatkan industri automotif negara, mereka dalam keadaan yang tidak adil ya.

Jadi, kita nak selaraskan supaya yang betul-betul buat kerja itu mereka dalam tahap yang adil. Yang ada-ada sesetengah syarikat yang, yang menggunakan pelbagai cara yang kreatif, mereka dapat cukai yang lebih rendah.

Jadi, ini yang kita nak pastikan supaya keadaan yang adil, supaya kita memupuk orang yang melabur dalam sektor industri tempatan. Bagi memastikan syarikat yang membuat pelaburan tinggi dan mewujudkan limpahan ekonomi yang lebih luas, mereka tidak dalam keadaan yang worse off.

Kaedah New Customized Incentive Mechanism telah diperkenalkan di mana melalui NCM ini, syarikat yang menunjukkan komitmen pelaburan yang signifikan, meningkatkan kandungan tempatan atau local content, ya, sebenar, yang local content yang sebenar serta menjana pembangunan vendor dan eksport layak menerima kadar pengecualian duti eksais yang lebih tinggi. Pendekatan ini bertujuan untuk meminimumkan impak daripada pelaksanaan peraturan berkenaan khususnya bagi model-model kenderaan baharu.

Bagi model sedia ada dalam pasaran, kerajaan juga akan memastikan bahawa more than 90 percent tiada kenaikan harga ya. Kenaikan harga atau impak kenaikan harga kenderaan ada berada dalam tahap yang paling minimum, khususnya kerajaan akan pastikan bahawa kenderaan mampu milik untuk golongan B40 dan M40 berdasarkan insentif cukai yang telah diluluskan. Mereka, majority more than 90 percent tidak terjejas.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin

Secara keseluruhannya, pendekatan ini bukan bertujuan membebankan pengguna tetapi untuk memastikan sistem percukaian yang lebih telus, adil dan menyokong pembangunan industri automotif yang lebih mampan dan berdaya saing.

Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jerantut.

draft • 11:10 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri, sparring partner badminton saya.

draft • 11:10 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Tahniah sebagai Timbalan Menteri. Tadi kita dengar jawapan daripada pihak Timbalan Menteri berkenaan dengan protection yang diberikan khusus kepada pihak pengeluar kerana pelaksanaan AIRB ini dia akan melibatkan kedua-duanya, pengguna dan juga pengeluar.

Dan kerajaan telah memberikan jaminan yang ia tidak akan membebankan rakyat.

Jadi, persoalan saya ialah apakah indikator konkrit daripada pihak kementerian untuk menentukan kenaikan ataupun ketidaknaikan kenderaan ini yang mengganggu- gugat golongan B40 dan juga lower fear of M40?

Dan apakah penilaian impak ini boleh dibentangkan terlebih dahulu ke peringkat jawatankuasa dan kemudiannya ditularkan kepada rakyat untuk pemahaman seperti rakyat tidak terkesan dengan pelaksanaan ini yang telah ditangguhkan daripada tahun 2019 lagi? Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Sim Tze Tzin

Terima kasih. Okey kerajaan telah membuat simulation ya tentang pelaksanaan cukai ini dan— dan telah mendapati bahawa sebenarnya bas majoritilah lebih daripada 90 percent. Dia tidak impak kepada khususnya M40 dan B40.

Yang ada sedikit impak adalah kereta-kereta yang berjenama very look yang luxury cars ya, luxury cars mungkin ada sedikit peningkatan tapi itu tidak melibatkan B40 dan M40. B40 dan M40 jarang-jarang beli luxury cars ya. Jadi, itu adalah sesuatu yang kerajaan telah buat analisis yang sebaik mungkin dan kalau jawatankuasa minta kementerian bagi, itu satu cadangan yang baik.

Saya mengalu-alukan dan kita boleh memberi penerangan kepada Jawatankuasa (JKP) supaya semua Ahli-ahli Parlimen faham tentang yang dasar.

Sebenarnya dasar ini bukan dasar yang baru ya, dia telah dilaksanakan tapi kerajaan memberi lima tahun pengecualian supaya syarikat-syarikat kereta itu dia boleh adjust. Lima tahun sudah, sudah tamat tempoh pada 1 Jun 2026. Jadi kita, maksudnya 30 Jun ya, pengecualian sampai 30 Jun 2026. Jadi, dia sudah lima tahun tamat tempoh— apa ni, tamat tempoh untuk pengecualian.Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Pilah

draft • 11:20 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih di atas jawapan yang komprehensif.

Soalan Kuala Pilah ialah apakah anggaran peningkatan harga kenderaan CKD selepas pelaksanaan penuh struktur cukai (OMV) pada Julai 2026? Serta apakah instrumen dasar atau mekanisme mitigasi yang akan dilaksanakan bagi memastikan pembeli B40, B40 dan M40 tidak terkesan secara tidak seimbang dan akses kepada mobiliti asas rakyat tidak terjejas.

Dan apakah prinsip dan pertimbangan dasar yang diguna pakai oleh kerajaan dalam menyeimbangkan keperluan memperkukuh industri automotif CKD dengan tanggungjawab melindungi kebajikan pengguna, khususnya golongan B40 dan M40 dalam pelaksanaan penuh struktur cukai OMV selepas Julai 2026. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Sim Tze Tzin

Terima kasih sahabat saya Kuala Pilah kerana menanya soalan yang bagus. Seperti tadi saya telah terangkan bahawa sebenarnya kerajaan telah melaksanakan New Customized Incentive Mechanism ya, memperkenalkan New Customized Incentive Mechanism. Di mana melalui NCM ini syarikat yang menunjukkan komitmen pelaburan yang signifikan, meningkatkan kandungan tempatan atau local content serta menjana pembangunan vendor dan eksport layak menerima kadar pengecualian cukai akses yang lebih tinggi dari segi dia akan dia— dia akan, apa tu, dia akan, dia akan menurunkan cukai exercise duty.

Maka dari segi itu, siapa yang betul-betul lakukan pelaburan, mereka akan mendapat insentif. Jadi, dari segi dia akan cancel off lah dari segi cukai yang OMB ini. Jadi, saya rasa bahawa kerajaan memang tahu kita akan jaga B40 dan M40 supaya kadar kenaikan itu sangat pada tahap yang minima seperti saya terangkan tadi. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Chong Zhemin, Kampar.

draft • 11:20 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya soalan no. 9.

draft • 11:20 AM

9. Tuan Chong Zhemin [Kampar] minta Menteri Kesihatan menyatakan tahap kesiapsiagaan hospital kerajaan menghadapi peningkatan penyakit tidak berjangkit seperti diabetes dan penyakit jantung serta peruntukan khusus untuk pencegahan awal.

draft • 11:20 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya, YB Kampar.

Beban ekonomi akibat penyakit tidak berjangkit, yang dikatakan penyakit tidak berjangkit dengan hari ini istilahnya non-communicable diseases dengan izin,

(NCDs). Seperti penyakit kardiovaskular, jantung, kanser, diabetes dan penyakit- penyakit paru-paru di Malaysia dianggarkan dalam kurang lebih RM64.2 bilion. Ia melibatkan kos direct RM12.4 bilion. Itu kos rawatan langsung, direct cost dan kos yang lain itu adalah kos yang dikatakan sebagai tidak langsung melibatkan RM51.8 bilion. Yang terkait dengan hal tak mari kerja, absenteeism, mari kerja tak boleh buat kerja semuanya, presentism dan akhir sekali adalah mati secara pra matang. That is the loss of productivity di negara ini.

Beban ini akan terus meningkat sekiranya NCDs dengan izin tidak dikesan dan dikawal dengan rapi, dikawal dengan berkesan, kerana penyakit ini boleh menyebabkan pelbagai komplikasi yang telah pun saya sebutkan kurang lebih ya.

Dan contohnya diabetes kalau tak dirawat ia akan berakhir dengan penyakit- penyakit yang terkait dengan makrovaskular seperti jantung serangan jantung, strok dan komplikasi microvascular seperti kegagalan buah pinggang, end stage renal failure dan sebagainya, kebutaan, retinopati dan sebagainya. Amputasi, semuanya mengakibatkan kos dan produk di negara. Peruntukan khusus bagi pencegahan. Hal yang terkait dengan pencegahan awal. Pertamanya, sehubungan dengan itu KKM telah menyediakan peruntukan khusus buat tahun 2026.

Pertama, RM10 juta khas untuk kita lakukan dan jalankan Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) kami, National Health Screening Initiative yang bertujuan memperluaskan saringan awal, mengenal pasti faktor risiko penyakit tidak berjangkit. Bermula kepada umur 18 tahun dan ke atas.

Kedua, kita pergiatkan Program PKB40 dengan peruntukan RM80 juta, menyediakan saringan kesihatan percuma kepada golongan berpendapatan rendah.

Ketiga adalah perang ke atas gula, war on sugar. RM1.7 juta kita peruntukkan advokasi pemakanan telah pun kita jalankan dalam tahun 2026. Pada tahun 2026 akan kita perkembangkan advokasi ini kepada 74 kawasan Parlimen kita.

Dan juga KKM akan mengukuhkan invokasi perang atas sugar ini melalui program di sekolah-sekolah. Ya, kita bermula awal ya “Sekolah Ku Sihat, Style kita”, ini gen Z punya bahasalah ini di 119 daerah seluruh Malaysia.

Ke seterusnya Dato’ Yang di-Pertua, adalah peruntukan RM45.4 juta. RM45.4 juta bagi perluasan akses kepada ubat SGLT2 Inhibitors yang merupakan satu yang rawatan diabetes dan yang mengurangkan sekali gus risiko komplikasi seperti penyakit buah pinggang kronik dan sebagainya dan juga bekalan jantung sebagainya.

Jadi, tahap kesiapsiagaan hospital kami ya hospital KKM sentiasa bersedia.

Dengan pertamanya memperkukuhkan perkhidmatan sedia ada dan peluasan pelbagai perkhidmatan kepakaran dan sub kepakaran kepada hospital-hospital KKM berkaitan rawatan NCDs dan komplikasinya dengan penempatan pakar-pakar residence. Kedua adalah Inisiatif Special Interest Group yang kami bina ya. Pelaksanaan lebih berstruktur ya bagi mana, di mana kita wujudkan akses yang kita berikan tumpuan kepada pegawai-pegawai perubatan kita untuk mereka mendapat sub kepakaran ataupun mendapat mewujudkan kepakaran atau pun credential dan privileging mereka dalam perkhidmatan kepakaran tertentu dalam hospital-hospital KKM. Yang mana hospital yang tidak ada pakar resident, kita replace dengan MO yang ada keupayaan ini.

Ketiga adalah sistem rujukan berstruktur melalui konsep Inisiatif Kluster ya, di mana kita buat rujukan bukan saja di sistem rujukan di mana hospital, lead hospital dengan hospital-hospital daerah dan juga lead hospital dengan klinik-klinik kesihatan kami. Jadi, seamless care. Dia tak tertumpu kepada hospital type 1 ataupun jenis 1 yang 14 hospital seluruh yang besar-besar itu, they can also now go to the smaller hospital.

Dan akhir sekali, pengukuhan infrastruktur dan kapasiti rawatan invasif jantung ya melalui pembinaan. Ini kita nak timbulkan sikit, challenge on the jantung masih lagi merupakan pembunuh pertama premature death, pembinaan makmal inisiatif ICL di Hospital Melaka, ini orang Melaka dengar ini Hospital Melaka, Hospital Miri, Hospital Sibu dan Hospital Tawau yang akan beroperasi pada tahun 2027 ICL atau Makmal Invasive Cardiology.

draft • 11:20 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Dengan kita menambahkan dua lagi makmal invasive care (IC) di Hospital Sultan Idris dan juga satu lagi di— dan penambahan dua lagi ICL daripada tujuh yang sedia ada. Jadi begitu lebih kurangnya Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kampar.

draft • 11:30 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih jawap..an Menteri. Soalan tambahan saya. Saya berterima kasih kepada Kementerian Kesihatan kerana ada kempen “War on Sugar” tapi saya rasa salah satu lagi faktor untuk obesiti ialah pengambilan makanan nasi putih. Banyak rakyat Malaysia tidak sedar bahawa pengambilan nasi putih secara berlebihan sebenarnya juga menyumbang kepada kandungan glukosa yang tinggi dalam badan.

Jadi, sejauh manakah KKM bersedia untuk menerajui satu kempen kesedaran nasional yang agresif seperti “War on Sugar” bagi menggalakkan satu peralihan alternatif yang lebih sihat daripada nasi putih kepada sumber karbohidrat alternatif seperti ubi keledek, ubi kayu mahupun beras perang demi menjamin kesihatan rakyat Malaysia.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

draft • 11:30 AM

mempengerusikan Mesyuarat] Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik terima kasih Yang Berhormat Kampar. Sangat peka dengan hal ini. Kita tahu Dato' Yang di-Pertua nasi putih ataupun makanan ruji kita beras adalah merupakan cabaran utama kerana ia adalah the biggest contribution of carb ataupun karbohidrat. Kita mengalih kepada satu yang lebih easily digestible adalah satu yang lebih baik. Saya yakin perkara ini dalam perancangan Bahagian Nutrisi dan Makanan untuk kita lihat. Saya yakin perkara itu bukan sahaja perlu kita rancang tetapi telah pun kita rancang dan kita akan cuba laksanakan dan kita akan mempergiatkan.

Ini bukan satu yang mudah saya sebut terus terang. Merubah tingkah laku Dato' Yang di-Pertua adalah satu yang paling mencabar. Sebab itu lah kami melihat kembali apa yang katakan sebagai pendekatan behavioral insight bagi kita mendapatkan outcome yang lebih baik dalam semua kempen-kempen kami.

Kempen untuk merubah daripada nasi kepada satu yang sifatnya sama ada disebutkan roti ataupun— satu yang lebih less of complex carbohydrate itu adalah satu yang sangat baik. Saya kira kita akan melihat dan merancang dengan lebih baik untuk kita kurangkan carbohydrate intake yang merupakan kunci utama dalam obesiti di negara kita ini. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Kapar.

draft • 11:30 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Timbalan Speaker. Tadi Kampar tanya. Ini Kapar tanya soalan tambahan ini. YB Menteri boleh tak menyatakan secara terperinci statistik terkini kadar prevalence diabetes, penyakit jantung dan hipertensi–– NCDs lah mengikut negeri bagi tempoh lima tahun kebelakangan ini dan termasuk kadar peningkatan tahunan serta unjuran beban penyakit menjelang 2030. Kalau tak ada boleh bagi tulisan.

Daripada yang saya baca di sini, daripada WHO website dia. Transforming Health Malaysia RM30 billion NCDs Strategy [Tidak jelas] sendiri Disember 2024.

Saya nak tahu berapa peratus kah rakyat dewasa Malaysia yang telah menjalani saringan kesihatan berkala dalam tempoh dua tahun terakhir ini because we have to get the database, baseline. Adakah kerajaan mempunyai sasaran liputan saringan nasional yang tadi saya dengar YB kata kumpulan B40 dan sebagainya luar bandar.

Berapa peratus yang telah pun tercapai dan daripada yang disebutkan RM30 bilion NCDs Strategy ini apa pencapaian sebab yang ini Disember 2024. Ini dah setahun dua bulan. Saya nak ingatkan Menteri suka guna perkataan sistemik.

Substantif. Jadi saya mahu tahu your smart goals, specific measurable, achievable, realistic and timeframe. Terima kasih Menteri.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Sebentar tadi Kampar juga menanya soalan yang kurang lebih tumpuan dan keprihatinan yang sangat baik daripada Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan ini. Saya kira kita semua akan mengambil peranan kita membuat apa yang dikatakan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) bermula dengan literasi kesihatan ataupun celik kesihatan. Saya harap sangat Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Parlimen mengambil peranan untuk membuat pencerahan kepada rakyat di kawasan masing- masing.

Apa pun yang nak saya sebutkan, pertamanya sejak saya datang mengemudi KKM ini pada tahun 2018, kita telah memulakan saringan ini sebab pendekatan saya adalah untuk benar-benar mendapat apa yang dikatakan sebagai baseline. PeKa B40 itu adalah merupakan inisiatif saya dalam perkara pertama lagi. Semua yang ditanya oleh Ahli Yang Berhormat Kapar tadi sebenarnya sudah sedia. Data-data itu ada pada saya tetapi mungkin tidak dapat saya kerana tidak ada pada saya secara lebih— the fact is not with me dengan izin.

Jadi, insya-Allah saya akan pastinya boleh menjawab soalan ini secara bertulis dan juga saya akan mendedahkan dalam Twitter, dalam sosial-sosial media saya dan juga pihak UKK juga akan memberi. Kita ada beberapa saringan yang sangat kita tegaskan adalah PeKa B40 dan National Screening Health Initiatives

(NSHI) kami. Berapa juta telah pun kita saring dan kita tahu dari sudut taburannya, dari sudut insidennya. Saya sangat peka dalam hal ini.

Saya juga ada dashboard yang mengawal ataupun memantau Dato' Yang di- Pertua akan NCDs seluruh negara yang kita sangat pentingkan supaya NCDs perlu pendekatan healthcare, promotive, preventive daripada hanya membuat rawatan penyakit which is the sick care yang saya selalu sebutkan. Insya-Allah soalan-soalan yang ditanya oleh Kapar itu akan saya bekalkan dengan terperinci, pendetilan data- data mengikut negeri. Ada sikit diberikan oleh pegawai tadi.

National Screening Health Initiatives (NHSI) kami 2025 ini latest yang telah kita saring, 1.8 juta individu telah disaring. Antaranya yang ini satu penemuan yang baru Dato' Yang di-Pertua. Kita tahu dulunya NHMS dan kita tahu nombor satu killer pembunuh pertama pramatang di negara kita masih lagi ischemic heart disease

(IHD), serangan jantung. Dulunya 16.5 peratus.

Hari ini saya diberikan data ini antaranya 17.9 peratus darah tinggi dan sembilan peratus tinggi ataupun tinggi gula ataupun— this is yang mempunyai data yang terkini yang saya boleh sebutkan daripada our National Screening Health Initiatives (NHSI) yang telah kami lakukan.

Saya akan berikan banyak lagi data-data yang secara lebih terperinci, secara sistematik yang dikehendaki. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat sekarang tamatkan sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Chiew Choon Man

Dato' Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahaskan dan diputuskan Rang Undang-undang Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026 seperti di Nombor 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 24 Februari 2026.”

draft • 11:38 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ada Yang Berhormat menyokong?

draft • 11:38 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Saya mohon menyokong.

draft • 11:38 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik. Ahli- ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang tolong dikemukakan tadi hendaklah disetujukan oleh Majlis.

draft • 11:38 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Dr. Timbalan Speaker yang saya hormati. Isu peraturan.

draft • 11:38 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan.

draft • 11:38 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya bangun kerana saya yakin Timbalan Speaker akan memberi petua yang betul. Saya bangun di atas Peraturan Mesyuarat 4A(1), (3).

draft • 11:38 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ketua pembangkang, berhubungan dengan Majlis Mesyuarat. Ahli Majlis Mesyuarat yang sedang menjadi ketua kumpulan pihak pembangkang. Saya bangun di bawah Peraturan 4A(3) dan 4A(4) yang berbunyi seperti berikut.

“Jika berbangkit apa-apa keraguan...

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar, Yang Berhormat.

draft • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, peraturan jelas. Bila ada Yang Berhormat bercakap, Yang Berhormat yang lain itu, kalau saya boleh dengar daripada sini— baik Yang Berhormat?

Amaran. Silakan, sambungan.

draft • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Timbalan Speaker di atas ruang dan peluang diberikan.

“Jika berbangkit apa-apa keraguan atau pertikaian tentang siapakah yang sedang atau telah menjadi Ketua Pembangkang pada bila-bila masa yang matan, masalah itu hendaklah diputuskan oleh Tuan Yang di-Pertua dan keputusannya diperakui secara bertulis di bawah tandatangannya adalah muktamad dan konklusif.” Itu adalah peraturannya. Saya bangun, Timbalan Speaker, di bawah Peraturan 4A(3), 4A(4) kerana kita dengar minggu lalu bahawa Yang Berhormat Larut dan beberapa Ahli Parlimen telah pun dipecat daripada parti BERSATU dan Yang Berhormat Larut juga telah membuat satu deklarasi bahawa beliau adalah musuh nombor satu kepada Pagoh.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Soalan saya, soalan.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Get to the point of the law.

draft • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya. Soalan saya adalah— adakah pejabat Speaker atau Timbalan Speaker telah menerima apa-apa makluman dan mampukah pihak pembangkang melaksanakan tanggungjawab sebagai pembangkang yang berhemah kalau bergaduh di antara mereka sendiri?

Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

Yang Berhormat Jelutong, dengan izin, this comes to the point of the law, dengan izin, berkaitan peraturan dan sebagainya.

Yang paling utama kalau kita lihat dalam membuat keputusan agar tidak bercanggah di antara Speaker dan Timbalan-timbalan Speaker adalah apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Speaker Dewan Rakyat ya.

Setakat ini, walaupun saya di sini dan soalan ini telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat pada ketika saya mempengerusikan sidang, ia melibatkan kepada struktur asas Dewan Rakyat ini ya iaitu Ketua Pembangkang, isu Ketua Pembangkang. Jadi setakat ini, saya dan saya percaya Timbalan Speaker yang seorang lagi pun belum menerima apa-apa arahan dan saya percaya belum ada lagi hitam putih yang diusulkan daripada pihak sebelah kiri atau pembangkang untuk menyatakan kekosongan tersebut. Ini perlu secara hitam putih to codify dalam perspektif perundangan dalam Dewan Rakyat.

draft • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Timbalan Speaker.

[Tepuk]

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, kita balik kepada urusan Majlis kita.

draft • 11:40 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dato’ Yang di-Pertua, peraturan.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Peraturan berapa?

draft • 11:40 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Peraturan 2(3). Kerusi-kerusi...

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

2?

draft • 11:40 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

(3).

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

3? Ini tak selalu jumpa ini. Jadi, kurang kita ini. Jadi, dulu saya lihat kepada isu ini.

draft • 11:40 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ya lah, Bila ada orang pelik, jadi peraturan pelik pun akan bangkitlah.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Alright, silakan.

draft • 11:40 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey, baik. Kerusi-kerusi untuk dimuat, diuntukkan mengikut timbangan Tuan Yang di-Pertua dan keputusannya dalam perkara ini adalah muktamad. Jadi, bila ini hanya keputusan Tuan Yang di- Pertua, termasuklah Timbalan-timbalan Speaker dan sebagainya. Jadi, orang lain tak perlu campur tangan. Masalah pergaduhan yang dibangkitkan ini perkara biasa dalam pengurusan tetapi kebijaksanaan pemimpin menguruskan krisis ini, itu yang penting.

[Tepuk] Jadi, ada pula pihak lain dok campur tangan hak pihak organisasi yang lain.

Jadi tak betul lah. Selagi Tuan Yang di-Pertua tak dapat surat apa-apa daripada pihak— katalah di sini pembangkang atau di pihak kerajaan, jadi orang lain tak boleh masuk campur. Itu adalah hak Tuan Yang di-Pertua ataupun Speaker, Timbalan Speaker pada ketika itu. Kenapa orang lain sibuk? Dia ini sakitkah?

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Get to the point.

draft • 11:40 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Sebab dia orang pun ada masalah juga. Selesailah masalah.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, saya faham.

draft • 11:40 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dia team A ke, team B ke. Ada, tapi kita tak pernah campur tapi dia orang ini selalu campur. Ini yang saya nak bangkitkan. Ini orang pelik, dia balik kepada peraturan yang pelik juga, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebagai mana yang saya nyatakan tadi, semasa mengulas apa yang Yang Berhormat Jelutong telah nyatakan, ia berpandu kepada buku kita [Sambil menunjukkan Buku Peraturan Mesyuarat] Peraturan dalam Dewan ini dan dengan sedemikian juga, saya ingin mengingatkan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat ya, peraturan 36(10) ya, bahagian sakit menyakit hati di antara kita di dalam Dewan ini ya. Ingat, ini bulan puasa. Jadi kita janganlah melalut. Ya? Hadkanlah ya. Go to the point.

Bila membangkitkan satu isu itu, terus ke poin yang berkenaan. Kita tak nak buang masa dalam Dewan ini. Ingat Yang Berhormat, ini masa dalam Dewan ini adalah masa untuk rakyat. Kita berbincang, berbahas kepentingan rakyat. Itu paling besar. Saya sebagai Pengerusi, saya akan memastikan perkara itu berlaku. Baik, kita balik kepada tugas-tugas kita.

[Tepuk] Baik, seterusnya SUDR.

draft • 11:40 AM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN) (NO.1) 2026 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri

(Undang-undang dan Reformasi Institusi) [Dato’ Sri Azalina binti Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

draft • 11:40 AM
RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN) (NO.2) 2026 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri

(Undang-undang dan Reformasi Institusi) [Dato’ Sri Azalina binti Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

Insya-allah minggu depan.

draft • 11:40 AM
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2025) 2026 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2025 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud yang tertentu bagi tahun itu dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri

draft • 11:40 AM

Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

draft • 11:40 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PEMBERIAN MENGIKUT BILANGAN ORANG 2026 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Dengan

itu, saya mempersilakan Menteri untuk mengemukakan rang undang-undang tersebut.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Dato' Yang di- Pertua, cadangan pembentangan Rang Undang-undang Pemberian Mengikut Bilangan Orang ini merupakan satu inisiatif di bawah Kerajaan MADANI untuk menyemak semula pemberian mengikut bilangan orang (capitation grant) yang diperuntukkan di bawah Bahagian I Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan.

Kali terakhir pindaan kepada kadar pemberian ini dibuat adalah 24 tahun yang lepas iaitu pada tahun 2002. Pindaan kadar pemberian ini lahir daripada persetujuan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri hasil rundingan yang dimuktamadkan melalui Mesyuarat Kewangan Negara, bertarikh 4 April 2024 dan Mesyuarat Kewangan Negara pada 6 Mac 2025 juga telah bersetuju dengan cadangan pindaan kadar baharu bagi pemberian mengikut bilangan orang.

Pada masa yang sama, Kerajaan Persekutuan telah memutuskan supaya kadar pemberian ini akan disemak semula setiap 10 tahun bagi memastikan ia kekal relevan dan selari dengan keperluan semasa supaya kita tidak ulangi apa yang berlaku iaitu kita tidak semak selama 24 tahun.

Penggubalan akta yang dicadangkan adalah bersifat pentadbiran atau administratif bagi tujuan untuk menguatkuasakan kadar pemberian mengikut bilangan orang yang baharu. Bahagian I Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda untuk membolehkan kadar baharu tersebut dilaksanakan.

Selain itu, untuk membatalkan atau repeal Akta Pemberian Mengikut Bilangan Orang

draft • 11:47 PM

2002 - Akta 622

.

draft • 11:47 PM

2002 - Akta 622

Secara keseluruhan, rang undang-undang ini mengandungi dua fasal iaitu fasal pertama bertajuk “Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa” dan fasal kedua bertajuk “Pindaan Bahagian I Jadual Kesepuluh kepada Perlembagaan Persekutuan”. Fasal 1 adalah untuk menetapkan nama akta dan tarikh kuat kuasa akta seperti berikut:

(i) akta ini bolehlah dinamakan Akta Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026; dan

(ii) akta ini mula berkuat kuasa pada 1 April 2026.

Fasal 2 adalah untuk meminda subseksyen 1(1) Bahagian I Jadual Kesepuluh kepada Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan menggantikan perenggan (a), (b), (c) dan (d) dengan perenggan yang berikut:

*“(a) bagi 100,000 orang yang pertama mengikut kadar RM102.00 bagi tiap-tiap orang;

(b) bagi 500,000 orang yang berikutnya mengikut kadar RM14.00 bagi tiap-tiap orang;

(c) bagi 500,000 orang yang berikutnya mengikut kadar RM13.50 bagi tiap-tiap orang;

(d) bagi selebihnya mengikut kadar RM13.00 tiap-tiap orang.”* Secara keseluruhannya, pindaan pada pemberian mengikut bilangan orang menggunakan struktur kadar baru ini bertujuan untuk menambah baik pemberian kepada negeri-negeri bersesuaian dengan usaha Kerajaan MADANI untuk terus menyokong kerajaan negeri dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Kerajaan bersedia untuk mendengar pandangan dan cadangan untuk menambah baik sistem federalisme kita.

Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Ada Yang Berhormat menyokong?

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin

Saya menyokong.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Baik, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda peruntukan Bahagian I Jadual Kesepuluh kepada Perlembagaan Persekutuan dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.

Mengikut pemakluman kepada Pengurusan Dewan, terdapat seramai 22 Yang Berhormat yang akan berbahas. Dan dengan ini, ambil maklum ya, dan Yang Berhormat, Yang Berhormat berkenaan bersedia ya. Masa ditetapkan lima minit.

Walau bagaimanapun, terpulang kepada budi bicara Pengerusi yang mempengerusikan Majlis masa dan ketika itu.

Baik, ini adalah senarainya. Pembuka tirai ― Yang Berhormat Sekijang. Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Beluran, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Padang Besar, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Kota Belud dan penutup tirai ― Yang Berhormat Ipoh Timor.

Yang Berhormat, Yang Berhormat, sebelum saya panggil Yang Berhormat untuk berbahas, saya akan mengingatkan beberapa peraturan. Peraturan 36 ― dalam perbahasan ya. Dalam peraturan 36, 37, 41, 42, 43, 44, 99, 99A dan 100.

Yang Berhormat, selain daripada itu, ingat-ingatlah, ini bulan puasa. Kita tak nak ― bukan secara sinis. Puasa kita batal. Sebagai ingatan.

Baik. Dengan ini, saya mempersilakan Yang Berhormat Sekijang untuk membuka tirai perbahasan.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Bismillahirrahmanirrahim.

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dato’ Yang di-Pertua, Sekijang mengucapkan ribuan terima kasih atas peluang yang diberikan untuk membahaskan RUU ini iaitu satu RUU yang, pada pandangan saya, menyentuh asas hubungan fiskal antara Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri yang telah lama tidak disemak― kita dengar tadi 24 tahun secara menyeluruh. Ia turut menyentuh soal keseimbangan tanggungjawab dalam sistem demokrasi berperlembagaan di negara kita iaitu tentang bagaimana Persekutuan dan negeri saling bergantung untuk memastikan rakyat menerima perkhidmatan yang sewajarnya.

Hakikatnya, rakyat tidak membezakan siapa yang memegang kuasa.

Sebaliknya, mereka hanya mahu perkhidmatan asas berjalan, kemudahan diselenggarakan dengan baik dan juga pembangunan dilaksanakan secara adil dan saksama. Dalam konteks itu, reformasi capitation ini, pada pandangan saya, harus dilihat sebagai usaha untuk memperkukuhkan kerjasama, bukannya mewujudkan lebih banyak lagi ketegangan ataupun polemik yang tidak berkesudahan.

Saya yakin reformasi ini kita dapat laksanakan kerana kedudukan fiskal Persekutuan ini semakin kukuh hasil pengurusan kewangan yang lebih berdisiplin, peningkatan kutipan hasil serta penekanan terhadap tata kelola yang baik. Maka, ruang fiskal yang terhasil inilah yang membolehkan kerajaan menilai semula kadar pemberian kepada negeri melalui RUU yang sedang dibahaskan hari ini.

Dato’ Yang di-Pertua, dalam sistem negara kita, Persekutuan mempunyai tanggungjawab Perlembagaan untuk menyalurkan pemberian kepada negeri berdasarkan bilangan penduduk. Negeri pula bertanggungjawab melaksanakan sebahagian besar perkhidmatan yang bersentuhan langsung kepada rakyat. Justeru, apabila kadar tidak disemak selama lebih dua dekad lamanya, maka jurang antara keperluan sebenar dan kemampuan kewangan mula melebar. Jadi, RUU ini tepat pada masanya untuk merapatkan kembali jurang tersebut.

Sekijang menyokong pelarasan ini kerana ia akan memberi ruang fiskal yang lebih stabil kepada negeri. Namun, dalam masa yang sama, Sekijang berpandangan bahawa reformasi ini mesti dilihat sebagai pengukuhan ekosistem keseluruhan, tidak hanya terhad kepada menaikkan kadar tetapi mesti disertai dengan pembaharuan struktur hubungan fiskal secara lebih menyeluruh.

Maka, Sekijang ingin mendapatkan penjelasan daripada Menteri Kewangan sama ada langkah ini adalah sebahagian daripada kerangka jangka panjang untuk memperkukuh hubungan fiskal Persekutuan-negeri supaya lebih tersusun, berasaskan data dan dinamik mengikut perubahan ekonomi. Dan Sekijang juga ingin mengetahui sama ada kerajaan bercadang mewujudkan mekanisme tetap bagi menilai keperluan fiskal negeri secara berkala supaya kita tidak lagi berdepan situasi kadar menjadi statik untuk tempoh terlalu panjang.

Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya membawa isu di kawasan saya sendiri iaitu di Parlimen Sekijang. Antara cabaran utama adalah isu penyelenggaraan jalan negeri dan kampung, pengurusan sistem perparitan dan tebatan banjir dan juga tekanan kos sosial akibat penuaan penduduk. Semua ini berada di bawah bidang kuasa negeri atau pihak berkuasa tempatan yang bergantung kepada kedudukan fiskal negeri.

Saya bersuara juga bagi pihak negeri Johorlah. Saya anak negeri Johor, bangsa Johor yang ada kira-kira 4.2 juta rakyat kini. Namun, harapan saya apabila mempunyai ruang fiskal yang lebih baik melalui pelarasan capitation ini, secara langsung ia memberi kesan kepada keupayaan menyelesaikan isu-isu yang saya sebutkan tadi.

Dalam masa yang sama, tambahan ruang fiskal ini mestilah disertai dengan pengurusan yang cekap dan keutamaan yang jelas di peringkat negeri. Soalan saya kepada Menteri Kewangan. Adakah terdapat mekanisme pemantauan atau pelaporan impak untuk memastikan pelarasan ini benar-benar diterjemahkan kepada peningkatan perkhidmatan di lapangan ataupun di negeri?

Dato’ Yang di-Pertua, seperti perbahasan saya sebelum ini, saya ingin tekankan sekali lagi bahawa Sekijang sedang berdepan perubahan demografi yang nyata. Golongan muda mula berhijrah ke bandar, manakala warga emas pula kekal di kampung. Ini mewujudkan tekanan kesihatan dan juga sosial yang lebih besar berbanding apa yang tercermin dalam angka populasi kasar.

Apabila pemberian ini ditentukan berdasarkan bilangan penduduk semata- mata, persoalan yang timbul adalah sama ada bilangan itu mencerminkan beban sebenar yang ditanggung oleh rakyat, di mana kos rawatan penyakit kronik semakin meningkat, keperluan penjagaan jangka panjang juga bertambah dan tekanan terhadap fasiliti kesihatan primer juga semakin ketara. Maka, Sekijang ingin mencadangkan agar dalam semakan akan datang, dimensi demografi dan kesihatan rakyat turut dipertimbangkan sebagai faktor tambahan dalam model agihan.

Sekijang juga ingin mendapatkan penjelasan Menteri Kewangan sama ada kerajaan bercadang untuk membangunkan pendekatan agihan yang lebih dinamik dengan mengambil kira indikator-indikator yang saya sebutkan tadi.

Dato’ Yang di-Pertua, dalam membahaskan RUU ini, Sekijang ingin menarik perhatian kepada satu dimensi yang jarang disentuh iaitu kedudukan Wilayah Persekutuan dalam struktur hubungan fiskal negara. Ini penting kerana Wilayah Persekutuan menaungi Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia dan juga Putrajaya selaku pusat pentadbiran negara.

draft • 11:54 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

RUU ini memberi justifikasi kuat kepada negeri berdasarkan peningkatan kos pentadbiran termasuk implikasi pelaksanaan SSPA. Namun Wilayah Persekutuan seperti Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan berada dalam kedudukan yang sedikit berbeza. Wilayah Persekutuan tidak menanggung struktur emolumen negeri seperti SSPA tetapi menanggung beban yang jauh lebih kompleks iaitu beban perkhidmatan bandar berskala nasional.

Kita lihat Kuala Lumpur sahaja, populasinya dua juta orang. Apalagi pada hari-hari bekerja, jumlah pengguna harian meningkat jauh lebih tinggi kerana kemasukan pekerja dari negeri-negeri yang sekitar termasuklah Selangor, Negeri Sembilan dan juga negeri-negeri lain.

Tekanan mobiliti, kesihatan, keselamatan dan perumahan bandar, juga intervensi sosial di ibu kota Kuala Lumpur berlaku dalam skala metropolitan yang tidak setara dalam dibandingkan dengan negeri-negeri lain. Namun dalam masa yang sama, Pemberian Khas Wilayah Persekutuan (PKWP) kekal julat sekitar RM27 hingga RM29 juta setahun dan tidak melalui semakan struktur untuk tempoh yang agak panjang iaitu melebihi satu dekad. Dalam tempoh yang sama, urbanisasi meningkat pesat dan kos penyelenggaraan bandar juga melonjak. Maka soalan yang timbul adalah adakah pendekatan yang sama juga akan digunakan untuk menilai semula PKWP ini?

Dalam konteks ini, saya mencadangkan agar satu kerangka penilaian semula PKWP dibangunkan. Jadi saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Kewangan dan mungkin juga dipersetujukan oleh Jabatan Wilayah Persekutuan tentang perkara ini, adakah reformasi capitation ini akan diperluaskan kepada kerangka penilaian PKWP supaya selari dengan beban sebenar Wilayah Persekutuan sebagai pusat perkhidmatan?

Tuan Yang di-Pertua, reformasi fiskal seperti ini tidak dipisahkan daripada realiti politik negara kerana persepsi keadilan agihan sering menjadi polemik utama dalam hubungan di antara Persekutuan dan juga negeri. Selama ini kita sering mendengar tuduhan bahawa Kerajaan Persekutuan menganaktirikan negeri-negeri pembangkang, tidak adil dalam agihan dan mempolitikkan isu-isu peruntukan.

Namun apabila kita lihat RUU ini, angka-angka yang dibentangkan bercakap dengan cukup jelas. Negeri-negeri pembangkang Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan antara yang menerima kenaikan peratus tertinggi di bawah formula baru ini.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Ini fakta, bukan auta. Jika kita teliti data, Perlis menerima peratusan kenaikan tertinggi itu 40.8 peratus. Begitu juga dengan Terengganu, Kelantan dan Kedah juga akan menerima kenaikan yang signifikan. Terengganu 31.5 peratus, Kelantan 27.1 peratus dan Kedah 25.7 peratus.

Ironinya kenaikan ini tidak berlaku pun zaman Pagoh tetapi ini zaman Perdana Menteri sekarang.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, 30 saat, saya tutup mic.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Baik, Dato' Yang di-Pertua, sedikit sahaja lagi. Tetapi berlaku zaman Tambun sebagai Perdana Menteri. Jadi ini mesej jelas bahawa Kerajaan MADANI tidak menggunakan formula fiskal sebagai alat politik. Agihan ini tidak ditentukan oleh siapa yang mentadbir negeri sebaliknya berdasarkan prinsip dan data.

Yang terakhir Dato' Yang di-Pertua, RUU ini bagi saya memperkukuhkan asas fiskal negeri dan akan memberi ruang kepada penyelesaian banyak isu-isu di lapangan, termasuk di Parlimen Sekijang sendiri. Namun reformasi fiskal memerlukan kesinambungan dan keberanian untuk menilai semula modul sedia ada secara berterusan.

Justeru, Sekijang turut ingin mencadangkan agar pelaporan impak tahunan kepada Parlimen dilaksanakan bagi memastikan pelarasan fiskal ini benar-benar meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat. Sekian, Sekijang mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih. Yang Berhormat Bachok, dipersilakan.

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada Bachok untuk membahaskan Rang Undang-undang Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026 iaitu satu akta yang bertujuan untuk memastikan keadilan agihan Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri selaras dengan prinsip federalisme yang diamalkan dalam negara kita.

Saya mulakan dengan firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan yang keji, mungkar dan kezaliman. Dia mengajarkan kamu supaya kamu mengambil peringatan dan mematuhinya.” Surah an-Nahl, ayat 90.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengimbau kembali antara ucapan terawal saya di dalam Dewan Yang Mulia ini iaitu pada 27 Februari 2023 berkenaan pemberian Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri yang merangkumi 15 jenis pemberian dan geran. Ketika itu saya, Bachok ada bangkitkan saranan supaya kerajaan menyemak semula kadar pemberian mengikut kepala geran per kapita di bawah Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan yang kali terakhir disemak pada 2002 iaitu 24 tahun yang lalu bagi menyesuaikan dengan keadaan dan keperluan kewangan semasa yang dihadapi oleh negeri-negeri, khususnya peningkatan kadar inflasi dan pertambahan populasi serta belanja mengurus yang semakin tinggi di pihak kerajaan negeri.

Perkara ini saya bangkitkan bukan sekadar melihat kepada keperluan kewangan yang dihadapi oleh negeri-negeri tetapi lebih besar daripada itu adalah ketulusan Kerajaan Persekutuan dalam menghormati hak negeri-negeri dan menjunjung semangat federalisme seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Justeru, semakan pada tahun 2026 ini amatlah disambut baik dan pastinya memberikan sedikit kelapangan di pihak kerajaan negeri dalam menyusun perbelanjaan dan pembangunan demi kesejahteraan rakyat seluruhnya.

Di kesempatan ini Dato' Yang di-Pertua, izinkan saya memberikan beberapa pandangan balas berkaitan RUU ini untuk perhatian dan pertimbangan pihak kerajaan. Yang pertama, jumlah pemberian. Kerajaan Persekutuan hendaklah merangka formula kenaikan pemberian yang munasabah, mengambil kira kenaikan kadar inflasi, pertumbuhan ekonomi dan pertumbuhan penduduk yang tidak seimbang antara negeri-negeri.

Yang kedua, tempoh semakan. Kerajaan Persekutuan hendaklah menetapkan julat masa kajian semula setiap 10 tahun bersandarkan kepada had tempoh banci penduduk yang wajib dijalankan setiap 10 tahun oleh pihak Jabatan Perangkaan (DOSM). Difahamkan Majlis Kewangan Negara telah pun bersetuju supaya pemberian ini dikaji semula bagi tempoh setiap 10 tahun. Justeru Bachok berpandangan pematuhan terhadap tempoh 10 tahun ini hendaklah dikuatkuasakan dalam bentuk undang-undang yang lebih mengikat, binding dengan izin, supaya ia nya lebih jelas dan teratur.

Untuk rekod, sejak penubuhan Malaysia pada tahun 1963, banci penduduk dan perumahan Malaysia telah dijalankan sebanyak enam kali iaitu pada 1970, 1980, 1991, 2000, 2010 dan 2020. Adapun pemberian geran per kapita ini hanya disemak sebanyak dua kali sebelum ini iaitu 1993 dan 2002. Tahun ini semakan yang ketiga.

Yang ketiganya, jadual pembayaran. Kerajaan Persekutuan hendaklah memastikan penyaluran kepada negeri-negeri dibuat mengikut jadual yang ditetapkan, difahamkan dua kali setahun, Januari dan juga Jun. Maknanya tidak boleh dilengah-lengah ataupun dilewat-lewatkan bagi memudahkan anggaran perbelanjaan dan aliran tunai di pihak kerajaan negeri. Itu komitmen di pihak MOF.

Dan yang keempat, peranan Majlis Kewangan Negara. Kerajaan Persekutuan hendaklah menjadikan Majlis Kewangan Negara sebagai sebuah medium rundingan negeri-Persekutuan bagi menyelesaikan sebarang pertikaian mahupun permintaan yang melibatkan hal kewangan hasil dan pembangunan negeri. Perkara ini Dato' Yang di-Pertua, amat fundamental dalam konteks amalan federalisme di Malaysia, khususnya dalam menilai semula keupayaan negeri untuk mengurus kewangan dan merancang pembangunan yang bersifat responsif terhadap keperluan tempatan di samping merapatkan jurang wilayah antara negeri- negeri supaya kita kembali kepada niat asal pembentukan Malaysia iaitu perpaduan dan hormat menghormati serta kerjasama erat antara negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Saya akhiri dengan serangkap pantun Dato' Yang di-Pertua.

*Tahniah Kemaman Pengurus PN baharu, Terima kasih Pagoh atas khidmat bakti; Hak negeri dijamin selalu, Demi keadilan tanah pertiwi.

[Tepuk]* Sekian, Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih.

draft • 12:04 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Selanjutnya, dipersilakan Yang Berhormat Batu Kawan.

draft • 12:04 PM

Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan kepada Batu Kawan untuk membahas rang undang- undang ini. Batu Kawan menyokong peningkatan geran capitation di bawah rang undang-undang ini yang mana sebarang tambahan pembiayaan kepada negeri- negeri adalah amat dialu-alukan. Tambahan pula kali terakhir kadar ini disemak adalah 23 tahun dahulu.

Walau bagaimanapun, kita perlu meneliti dengan lebih dekat struktur yang disemak semula. Bagi negeri yang mempunyai populasi yang lebih besar, ini bermakna kebanyakan penduduk dibiayai pada kadar marginal antara RM13 hingga RM14 dan bukan RM100 dan RM2 bagi penduduk 100,000 yang pertama.

draft • 12:09 PM

Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan

Formula ini memberi manfaat yang besar kepada 100,000 penduduk pertama tetapi menurun dengan cepat selepas itu. Saya rasa ini perlu dikaji semula.

Tuan Yang di-Pertua, Batu Kawan ingin menarik perhatian semua kepada pertimbangan menerusi realiti ekonomi. KDNK per kapita Negeri Pulau Pinang melebihi RM72,000 setahun. Berdasarkan kepada DOSM, KDNK Pulau Pinang adalah berjumlah kira-kira RM130 bilion. Dengan hasil Persekutuan secara purata, sekitar 15 hingga 18 peratus daripada KDNK di peringkat nasional. Ini bermakna secara konservatif, Pulau Pinang menjana kira-kira RM20 bilion hasil kepada Persekutuan setiap tahun atau sekitar RM11,000 bagi setiap penduduk. Dengan kata lain, bagi setiap RM11,000 yang dijana oleh setiap penduduk negeri Pulau Pinang, di bawah formula capitation grant ini, seorang penduduk Pulau Pinang hanya dapat RM13 sahaja Dato’ Yang di-Pertua.

Boleh dirumuskan bahawa formula sedia ada adalah semata-mata berdasarkan demografi dan sama sekali tidak mengambil kira faktor-faktor berikut.

Sumbangan KDNK, cukai yang dijana untuk Persekutuan, intensiti eksport, tekanan terhadap infrastruktur, kos kepadatan bandar. Walaupun jumlah pemberian ini menunjukkan peningkatan pada tahun-tahun tertentu, khususnya pada tahun 2023, namun peningkatan tersebut sebahagian besarnya dipacu oleh komponen bukan berkanun seperti MARRIS dan peruntukan khas yang lain bukan oleh pemberian berkanun yang menjadi asas hubungan fiskal Persekutuan dan negeri.

Hakikatnya, pemberian berkanun di bawah Perlembagaan Persekutuan merupakan mekanisme struktur yang dirangka untuk menjamin kestabilan kewangan negeri yang merangkumi pemberian mengikut bilangan orang, bayaran perkhidmatan 10 peratus, pemberian tambahan hasil, pembiayaan perbelanjaan mengurus di bawah senarai bersama serta pemberian pelancongan.

Namun secara relatifnya, peratusan sumbangan pemberian berkanun terhadap jumlah keseluruhan adalah semakin mengecil. Keadaan ini menunjukkan bahawa pertumbuhan jumlah pemberian keseluruhan tidak mencerminkan pengukuhan asas fiskal negeri, sebaliknya lebih bergantung kepada komponen pembangunan yang bersifat dasar semasa dan boleh berubah mengikut keutamaan tahunan Kerajaan Persekutuan.

Dari sudut dasar awam, keadaan ini menimbulkan beberapa pertimbangan penting iaitu satu, struktur pemberian berkanun sedia ada perlu dinilai semula agar lebih responsif kepada realiti semasa termasuk pertumbuhan penduduk, tahap urbanisasi, kos penyelenggaraan infrastruktur serta sumbangan negeri kepada ekonomi negara.

Dan kedua, formula pemberian yang lebih dinamik dan berasaskan indikator objektif akan memperkukuh prinsip keadilan fiskal ekuiti antara negeri-negeri. Dan ketiga, pengukuhan komponen berkanun akan memberikan kestabilan jangka panjang dan mengurangkan kebergantungan kepada peruntukan khas yang tertakluk kepada perubahan dasar tahunan.

Batu Kawan ingin menekankan bahawa formula pindahan ini tidak memberi ganjaran kepada prestasi, tidak memberi insentif kepada pertubuhan, tidak prinsip pelaburan semula, tiada logik perkongsian hasil dan tidak memberi ganjaran kepada negeri yang mengembangkan KDNK negara. Sebaliknya, ia hanya mewujudkan model pengagihan pasif dan bukannya sebuah Persekutuan yang dipacu oleh prestasi.

Ironinya, pembiayaan capitation grant ini adalah berasaskan populasi, statik serta tidak dikaitkan dengan output atau hasil yang mana ia hanya menggalakkan penyelenggaraan pentadbiran semata-mata dan bukan dinamisme ekonomi. Batu Kawan ingin mengingatkan bahawa beberapa negeri termasuk Pulau Pinang memainkan peranan besar dalam menjana pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan hasil negara. Maka adalah wajar Dato’ Yang di-Pertua, untuk kita meneroka mekanisme jangka panjang yang dapat memastikan perkongsian hasil dibuat secara lebih mampan...

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 12:10 PM

Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan

...Dan seimbang. Sekian, terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, terima kasih. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Beluran.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua. Dikatakan bahawa negeri Perlis akan mendapat perolehan yang lebih tinggi, 40.8 peratus daripada perkiraan pemberian mengikut bilangan orang yang dikemukakan oleh kerajaan pada ketika ini. Tetapi dari segi jumlah wang ringgitnya, ia nya cuma sekadar RM3.07 juta. Berbanding dengan Negeri Sembilan yang dikatakan hanya akan memperoleh 25.90 peratus jumlah dari segi wang ringgit, RM5 juta, Kelantan 27 peratus tetapi jumlah dari segi wang ringgitnya, RM7.79 juta.

Jadi mananya Dato’ Seri, capitation grant yang ada, asas perkiraan yang ada pada ketika ini, dia memberi disadvantage kepada negeri-negeri yang mempunyai bilangan orang, penduduk yang kurang seperti yang berlaku pada negeri Perlis, walaupun dari segi peratusnya meningkat tinggi disebabkan oleh the new calculation ini tetapi dari segi jumlah ringgitnya kurang.

Sebab itu saya ingin mencadangkan agar sama ada kerajaan akan mengambil faktor lain selain daripada faktor bilangan orang dalam membuat capitation grant ini. Faktor keluasan negeri, faktor indeks kemiskinan dan juga faktor tahap pembangunan, antara faktor yang boleh diambil kira sebagai asas kepada perkiraan capitation grant yang akan diberikan oleh kerajaan pada ketika ini.

Jika kita bandingkan dengan formula yang sama ataupun geran yang sama di beberapa luar negara, di luar negara contohnya di Australia, ada dipanggil sebagai equalisations yang mengambil kira kapasiti fiskal negeri-negeri masing-masing. Dia ada equalisation, grant equalisation. Begitu juga di Kanada, equalisation payment. Di Indonesia, negara jiran kita mempunyai pendekatan yang dipanggil sebagai dana alokasi umum yang mengambil kira gabungan populasi, kemiskinan dan juga keluasan-keluasan wilayah. Banyak faktor-faktor lain selain daripada bilangan orang, harus diambil kira sebagai asas perkiraan untuk memberi keadilan fiskal kepada negeri-negeri di bawah sistem federalisme yang kita amalkan.

Jadi, saya minta agar kerajaan melihat ini supaya diambil bersama input ini, faktor ini, agar negeri-negeri walaupun dikatakan mempunyai percentage increment yang tinggi, tapi dari segi nilai ringgitnya, tidak seperti yang kita jangkakan. Saya juga bersetuju bahawa langkah mengemaskinikan capitation grant ini perlu dibuat secara satu kala, satu period yang dimaktubkan di dalam Perlembagaan.

It cannot be budi bicara kerajaan. Tadi Menteri ketika membentang, dia kata ini adalah usaha Kerajaan MADANI. Fine, betul. Tetapi kalau besok tak ada MADANI, nanti apa ini mengemaskinikan, proses mengemaskinikan capitation grant ini tidak berlaku sebab itu dia tidak boleh budi bicara kerajaan harus dimaktubkan di dalam Perlembagaan.

draft • 12:16 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Saya melihat bil ini, tapi tidak disentuh tentang keperluan ini untuk memaktubkan, mainkan, kerajaan either MADANI kah, Perikatan Nasional kah or the future Government of Malaysia untuk terus mengikat kerajaan-kerajaan yang ada ke hadapan ini agar satu parodical review harus dilaksanakan tanpa budi bicara dan kebaikan kerajaan itu.

Jadi, ini perlu diambil kira di dalam mengemaskinikan pindaan Perlembagaan terhadap keperluan ini. Saya juga ingin melihat kerajaan melihat keseluruhan isu peruntukan ini, bukan saja melalui capitation grant tetapi dari segi kementerian- kementerian. Banyak peruntukan pembangunan yang disalurkan kementerian- kementerian. Kita lihat walaupun Perlis mendapat capitation grant yang kecil, Negeri Sembilan capitation grant yang kecil, tetapi dari segi perolehan pembangunan, air, lampu, electricity, sekolah, klinik kesihatan, they are better. Jalan raya, jalan kampung, they are better than certain district negeri contohnya di Sabah dan di Sarawak.

Sebab itu the whole discipline of allocation ini perlu dilihat secara adil. Dia tidak boleh lihat, oh negeri ini away daripada capital Kuala Lumpur dan tumpuan harus diberikan kepada Kuala Lumpur, tidak boleh. Ataupun negeri ini adalah negeri yang ditadbir oleh pembangkang, “Oh, they are not friendly to the Federal Government...”, it cannot be. Perlu ada keadilan yang universal dari segi allocation kerana kita mengamalkan sistem federalisme.

So, whoever the Federal Government, dia mesti ada keadilan dari segi agihan-agihan peruntukan dan kewangan untuk semua negeri, sama ada negeri itu sahabat ataupun satu parti, satu kerajaan dengan mereka. Tetapi harus dilihat dari segi– kerana kita tidak mahu melihat negara Malaysia tidak maju disebabkan oleh ada negeri-negeri yang ke belakang dari segi KDNK nya, pencapaian ekonominya yang menghambat negara Malaysia keseluruhan untuk menuju ke negara yang maju. Jadi semua ini harus dilihat oleh kerajaan pada hari ini.

draft • 12:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Beluran, Beluran laluan, boleh?

Laluan.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Ya.

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Laluang.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, satu soalan saja.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Ya, ya.

draft • 12:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Satu soalan saja. Saya setuju dengan apa dikatakan oleh Beluran tadi, tanpa mengira pembangkang atau tidak.

Isunya ialah apa yang dialami oleh di negeri Terengganu berkenaan dengan wang ihsan atau dana khas yang– oleh kerana royalti, oleh kerana diperintah oleh pembangkang ia menyusahkan kerajaan untuk mendapatkannya. Apa pandangan?

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Beluran, sila jawab dan gulung.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Ya. Dan habiskan. Ya terima kasih Yang Berhormat. Ya memang betul, that’s another matter soal kekayaan spesifik untuk negeri. Minyak yang ada di Terengganu, di Sabah dan di Sarawak.

Sebab itu, Sabah dengan Sarawak ini dia ada special allocation di bawah perjanjian MA63, 40 peratus di Sabah perlu dipulangkan kepada negeri Sabah. Yang itu juga sudah pun dibuat di mahkamah dan saya ingin tahu apa progress perbincangan antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan over the payment, the return of 40 percent of the Sabah, revenue whatever is collected from Sabah kepada negeri Sabah.

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Beluran, minta laluan sikit.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Ya. Habis dah.

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Boleh?

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Dah habis dah ya?

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Satu soalan saja Yang Berhormat. Saya dah...

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Boleh? Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, duduk. Saya dah kata tadi satu soalan.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Dah habis dah kan. Tak apalah Yang Berhormat. Saya tamatkan dan saya ingin tahu apa progress tentang MA63, 40 percent yang telah pun diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dan sama ada ia nya dalam proses akhir 180 days yang dikatakan oleh mahkamah bahawa satu persetujuan harus dicapai antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan. What is the progress? Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Beluran. Selanjut, dipersilakan Yang Berhormat Beaufort.

draft • 12:20 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI. Dato' Yang di-Pertua, terlebih dulu izinkan saya untuk mengalu- alukan kehadiran rombongan mahasiswa mahasiswi daripada Parlimen Paya Besar, seramai 80 orang pada hari ini.

[Tepuk] Selamat datang ke Dewan Rakyat, institusi demokrasi terpenting negara. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada Beaufort untuk turut serta membahaskan Rang Undang-undang Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026. Beaufort menyokong sepenuhnya terhadap langkah dan usaha Kerajaan MADANI yang mengambil inisiatif menyemak semula kadar pemberian ini selepas lebih dua dekad tidak disemak secara menyeluruh.

Pindaan ini dibuat berasaskan Perkara 109(1)(a) Perlembagaan Persekutuan serta Bahagian I, Jadual Kesepuluh yang menjadi asas penting dalam hubungan fiskal antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Setelah 24 tahun, sejak semakan terakhir pada tahun 2002 adalah wajar kadar lama ini dikaji semula agar selari dengan perubahan nilai mata wang, peningkatan kos pentadbiran serta cabaran ekonomi semasa.

Dato' Yang di-Pertua, pemberian mengikut bilangan orang atau capitation grant merupakan instrumen penting yang mencerminkan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk memastikan setiap negeri menerima sokongan kewangan yang adil berdasarkan jumlah penduduk masing-masing. Melalui pindaan ini, kadar bagi 100,000 orang pertama dinaikkan daripada RM72 kepada RM122 seorang, iaitu peningkatan sebanyak 42 peratus. Manakala bagi kategori seterusnya, kenaikan adalah antara 15 hingga 37 peratus.

Secara keseluruhannya, implikasi kewangan pada tahun 2026 mencecah hampir RM548 juta dengan tambahan lebih RM109 juta berbanding tahun sebelumnya bersamaan peningkatan sekitar 25 peratus.Ini bukan jumlah yang kecil.

Ini menunjukkan kesungguhan Kerajaan Persekutuan dalam memperkukuh kedudukan fiskal negeri-negeri agar mampu meneruskan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat secara berkesan.

Dato' Dr. Yang di-Pertua, sebagai wakil rakyat dari Sabah, saya melihat pindaan ini dalam konteks yang lebih luas iaitu realiti cabaran pembangunan, infrastruktur dan jurang kemiskinan wilayah. Sabah merupakan antara negeri dengan jumlah penduduk tertinggi di Malaysia dan pada masa yang sama masih berhadapan dengan kadar kemiskinan yang lebih tinggi berbanding purata nasional.

Pertambahan penduduk membawa implikasi langsung terhadap keperluan pendidikan, kesihatan, kemudahan asas, jaringan jalan raya, bekalan air dan juga elektrik. Kos penyampaian perkhidmatan di Sabah jauh lebih tinggi berbanding negeri-negeri di Semenanjung kerana faktor keluasan geografi, keadaan muka bumi serta taburan penduduk yang berselerak.

Sehubungan dengan itu, kenaikan kadar pemberian ini amat dialu-alukan.

Namun demikian, saya ingin menegaskan bahawa usaha mengukuhkan kedudukan fiskal Sabah tidak boleh bergantung kepada capitation grant semata-mata. Dalam semangat Perjanjian Malaysia 1963 dan prinsip federalisme yang adil, keperluan pelaksanaan kadar 40 peratus hasil bersih yang dikutip daripada Sabah perlu diberi perhatian serius sebagai sebahagian daripada penyelesaian jangka panjang bagi mengurangkan kadar kemiskinan serta merapatkan jurang pembangunan.

Jika pendekatan ini dapat dilaksanakan secara tuntas dan berkesan ia akan memberi ruang fiskal yang lebih besar kepada Sabah untuk mempergiat program pembasmian kemiskinan, meningkatkan pelaburan dalam pendidikan dan kesihatan luar bandar, mempercepat pembangunan infrastruktur asas serta memperkukuh peluang ekonomi rakyat. Ini bukan soal tuntutan politik semata-mata, tetapi soal keadilan ekonomi dan kesejahteraan rakyat yang telah sekian lama menyumbang kepada pembangunan negara.

Dato' Yang di-Pertua, saya juga menghargai keputusan supaya pemberian ini dikaji semula setiap 10 tahun. Walau bagaimanapun, saya mencadangkan agar kajian tersebut turut mengambil kira faktor tambahan selain jumlah penduduk semata-mata. Antaranya ialah indeks nombor penyampaian perkhidmatan antara wilayah, tahap kemiskinan relatif negeri, keluasan geografi serta tahap pembangunan infrastruktur. Pendekatan asas berasaskan keperluan sebenar ini akan menjadikan sistem pemberian lebih responsif dan inklusif.

Selain itu, peningkatan pemberian penyelenggaraan jalan negeri, peruntukan Ecological Fiscal Transfer serta pemberian tahap juga amat signifikan bagi negeri seperti Sabah. Di kawasan Beaufort misalnya, isu jalan rosak, hakisan dan banjir setiap bulan masih menjadi cabaran utama.

draft • 12:24 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Peruntukan tambahan ini perlu diterjemahkan kepada projek fizikal yang nyata dan memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat.

Akhir sekali, apabila pemberian meningkat, tanggungjawab tadbir urus juga mesti diperkasakan. Setiap Ringgit yang disalurkan hendaklah diurus secara cekap, telus dan berintegriti. Rakyat mahu melihat hasil yang nyata, penurunan kadar kemiskinan, kemudahan asas yang lebih baik, peluang pekerjaan yang meningkat dan kualiti hidup yang lebih seimbang dan antara wilayah.

Secara keseluruhannya, Rang Undang-undang Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026 ini adalah satu langsung positif dan progresif. Ia mengukuhkan hubungan fizikal antara Persekutuan dan negeri serta memberikan nafas baharu kepada keupayaan kewangan negeri. Bagi Sabah, ia merupakan satu permulaan yang baik. Namun, reformasi fiskal yang lebih menyeluruh termasuk pelaksanaan kadar 40 peratus hasil bersih negeri perlu terus diperjuangkan demi memastikan pembangunan yang adil dan saksama.

Dengan harapan agar pindaan ini menjadi titik tolak kepada sistem pemberian yang lebih responsif, lebih adil dan benar-benar berpaksikan keperluan rakyat di setiap negeri termasuk Sabah Dato' Yang di-Pertua, Beaufort menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Padang Besar.

draft • 12:30 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua kerana memberi ruang dan peluang untuk saya berbahas tentang Rang Undang-undang Pemberian Mengikut Bilangan Orang atau capitation grant.

Dato' Yang di-Pertua, pertama kalinya izinkan saya menyatakan dengan jelas bahawa pengumuman kenaikan kadar pemberian mengikut bilangan orang sebanyak 25 peratus melalui keputusan Majlis Kewangan Negara 2025 adalah satu langkah yang amat saya alu-alukan. Ia wajar dipuji, ia juga satu pembetulan dan ia juga satu isyarat bahawa Kerajaan Pusat akhirnya mendengar suara negeri-negeri.

Namun dalam semangat negarawan dan kejujuran fiskal, izinkan saya juga untuk menyatakan bahawa langkah ini amat dialukan walaupun ia tiba agak lewat daripada yang sepatutnya.

Dato' Yang di-Pertua, pada Mac 2023, saya telah membangkitkan isu ini di Dewan yang mulia ini bahawa kadar pemberian ini tidak disemak sejak 2002. Dalam tempoh itu, saya umpamakan seperti seorang bayi yang baru lahir ketika kadar ini mula diguna pakai. Kini sudah dewasa dan sudah mula bekerja, tapi formula pemberian kewangan kepada negeri masih belum berubah. Maka apabila diumumkan kenaikan 25 peratus kepada jumlah keseluruhan 548 juta, saya melihat sebagai satu pengiktirafan membuktikan bahawa sistem lama memang perlu diperbetulkan. Cuma persoalannya, adakah 25 peratus selepas 23 tahun mencukupi berbanding dulu sembilan tahun?

Saya tidak mahu mempertikaikan angka, tetapi dalam ekonomi kita tidak boleh lari daripada hakikat nilai masa kewangan atau time value of money, dengan izin. RM1 pada tahun 2002 tidak mempunyai kuasa beli yang sama pada 2026. Inflasi kumulatif dalam dua dekad telah menghakis nilai tersebut dengan ketara. Kos bahan binaan meningkat, kos kontrak pengangkutan ataupun perkhidmatan meningkat, kos tenaga kerja meningkat, kos utiliti meningkat.

Kerajaan negeri menanggung semua kenaikan ini saban tahun sedangkan asas pemberian per kapita masih hampir tidak berubah. Justeru, kenaikan 25 peratus sebelum ini sebenarnya bukanlah satu lonjakan yang besar, tapi satu langkah awal untuk menampung hakisan nilai yang telah lama berlaku. Namun demikian, langkah awal tersebut tetap baik dan daripada tidak melangkah langsung.

Dato' Yang di-Pertua, sebagai wakil rakyat daripada Perlis, negeri terkecil dalam Persekutuan, saya ingin memberi perspektif yang mungkin jarang difahami sepenuhnya oleh negeri-negeri besar. Terima kasih untuk pindaan tahun ini bagi Perlis yang mungkin dilihat agak tinggi berbanding negeri-negeri lain. Apabila formula bergantung kepada bilangan penduduk semata-mata, negeri kecil secara automatik menerima jumlah yang kecil, tapi kos pentadbiran asas sebuah negeri tidak mengecil selari dengan jumlah penduduk.

Negeri masih tetap memerlukan sistem pentadbiran tanah, penyelenggaraan jalan, pengurusan perparitan dan tebatan banjir, program kebajikan, pengurusan infrastruktur luar bandar, penguatkuasaan di kawasan sempadan dan juga pengorbanan kami untuk negeri-negeri sempadan yang menjadi laluan utama untuk perdagangan antarabangsa.

Kos tetap tidak separuh hanya kerana populasi yang lebih kecil, malah negeri seperti negeri sempadan Perlis memikul tanggungjawab strategik yang lebih luas iaitu isu keselamatan rentas sempadan, ekonomi sempadan, perdagangan kecil rentas negara serta kos pengawasan dan penyelarasan agensi. Semua itu menuntut kapasiti kewangan yang stabil. Oleh itu, kenaikan ini memberi ruang nafas kepada negeri kecil tetapi kita harus bertanya kepada jujur, adakah ruang nafas ini cukup panjang untuk membawa negeri ke tahap pembangunan yang lebih seimbang.

Saya ingin menekankan Dato' Yang di-Pertua, saya ingin menkankan bahawa sokongan saya terhadap langkah ini bukanlah sokongan kosong. Ia adalah sokongan bersyarat atas prinsip bahawa reformasi fiskal mesti bersifat berterusan.

Jika 25 peratus ini adalah permulaan, maka kita mesti melihat sebagai permulaan kepada penstrukturan semula yang lebih menyeluruh.

Dalam semangat federalisme yang matang, hubungan Pusat–negeri bukan sekadar hubungan pentadbiran, tetapi hubungan perkongsian tanggungjawab. Jika Kerajaan Pusat mengharapkan negeri mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat, mempercepatkan pembangunan luar bandar, meningkatkan kesejahteraan sosial, maka asas kewangan negeri perlu setara dengan harapan tersebut.

Dalam nada jujur, janganlah kita menganggap bahawa 25 peratus selepas 23 tahun sudah memadai untuk menutup perbahasan ini selama 23 tahun yang akan datang. Reformasi fiskal ini tidak boleh bersifat episodik, ia lebih bersifat sistematik.

Saya ingin menyentuh cadangan agar cadangan ini dipertimbangkan untuk dinaikkan sehingga 100 peratus kepada peringkat bagi negeri-negeri yang kecil. Ini bukan tuntutan melampau jika kita mengambil nilai penyusutan nilai wang dan peningkatan kos pentadbiran sejak 2002, kenaikan berganda mungkin lebih mencerminkan realiti ekonomi sebenar.

Sudah tentu ia boleh dilaksanakan berdasarkan fasa yang tidak membebankan kewangan kerajaan. Tapi yang penting ialah ada pengiktirafan bahawa asas fiskal negeri memerlukan pengukuhan yang lebih baik.

Sebagai Ahli Parlimen pembangkang, saya percaya bahawa peranan kami bukan sekadar membangkang tapi memastikan dasar yang lebih baik kepada semua rakyat. Hari ini saya menyokong langkah tersebut, tapi dalam masa yang sama ingin mengingatkan bahawa langkah ini adalah pembetulan minimum terhadap kelompongan yang terlalu lama.

Saya percaya kerajaan mempunyai peluang menjadikan keputusan menjadi titik tolak pada reformasi federalisme fiskal yang lebih progresif. Semoga kenaikan ini bukan sekadar episod, tetapi permulaan kepada pendekatan baharu yang lebih adil, lebih dinamik dan lebih selari dengan realiti ekonomi semasa. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 12:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Selanjut dipersilakan Yang Berhormat Jelutong.

draft • 12:31 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker yang saya hormati dengan izin. Saya turut serta dalam perbahasan rang undang- undang ini kerana saya merasakan bahawa rang undang-undang ini yang dibentangkan pada hari ini adalah sesuatu yang bersejarah kerana ia sekali gus akan menamatkan segala tohmahan yang dibuat terhadap Kerajaan Persekutuan bahawa selama ini Kerajaan Persekutuan menganaktirikan negeri-negeri yang tidak sehaluan dengan pentadbiran Persekutuan.

Pada masa yang sama, saya mengambil maklum apabila rang undang- undang ini dibentangkan oleh Timbalan Menteri tadi, bahawa kali terakhir pindaan dibuat adalah pada tahun 2002 iaitu 24 tahun yang lalu. Dan hari ini walaupun Kerajaan MADANI tidak mendapat sokongan penuh daripada beberapa negeri, keterbukaan kerajaan untuk membentangkan rang undang-undang ini dengan tujuan memastikan bahawa rakyat di seluruh Malaysia termasuklah Perlis, Kedah, Terengganu, Kelantan mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada pemberian peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan-kerajaan negeri masing-masing.

Di Pulau Pinang, saya mendengar tadi perbahasan Yang Berhormat Batu Kawan. Saya setuju bahawa peruntukan yang kalau kita lihat diterima oleh rakyat di Pulau Pinang hanyalah lebih kurang RM13 sahaja untuk seorang penduduk kalau kita menggunakan formula yang telah dinyatakan dalam rang undang-undang ini.

Untuk makluman Timbalan Speaker, Pulau Pinang sejak tahun 2008 telah mengalami pembangunan yang begitu pesat hasil daripada pentadbiran competency, accountability dan transparency di bawah pimpinan ketika itu Yang Berhormat Bagan, YB Lim Guan Eng yang juga menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Saya ingin menyokong rang undang-undang ini kerana saya percaya bahawa rang undang-undang ini apabila diluluskan nanti akan membenarkan kerajaan-kerajaan negeri juga menyediakan kemudahan-kemudahan di bawah kerajaan-kerajaan negeri, kemudahan yang lebih baik untuk rakyat yang tinggal di negeri masing- masing.

Untuk makluman Timbalan Speaker, saya mendapat maklum bahawa Pulau Pinang merupakan negeri kedua terbesar yang menyumbang kepada kutipan Lembaga Hasil Dalam Negeri selepas Sarawak.

draft • 12:36 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya difahamkan bahawa pada tahun 2022, kutipan yang diterima oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri daripada Pulau Pinang adalah lebih kurang RM6.8 bilion berbanding dengan tahun 2023 di mana ia telah mencecah RM7 bilion. Pulau Pinang juga menerima ramai daripada penduduk-penduduk yang datang daripada Kedah dan Perlis untuk mencari pendapatan.

Maka, saya merasakan bahawa rang undang-undang ini adalah sesuatu yang sudah tiba masanya untuk diluluskan dan dibincangkan. Dibincangkan dan diluluskan kerana saya merasakan bahawa pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang begitu jelas, telus, ikhlas memastikan bahawa semua negeri-negeri di Persekutuan Tanah Melayu diberi keutamaan untuk pembangunan tercapai di negeri masing- masing. Walaupun ada daripada negeri-negeri yang tidak memberi sokongan penuh kepada pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Sebelum saya mengundur diri, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan tahniah dan syabas kepada kerajaan kerana walaupun telah menerima pelbagai rintangan, pelbagai cabaran termasuklah cabaran daripada pihak pembangkang yang telah mencuba untuk menjatuhkan pentadbiran ini. Namun, sikap keterbukaan kerajaan untuk membentangkan rang undang-undang ini dan meluluskannya untuk memberikan peruntukan-peruntukan kepada semua negeri- negeri menunjukkan bahawa kita memang bukan sahaja hanya setakat menyatakan Malaysia MADANI, tetapi juga mengamalkannya untuk memberi keutamaan kepada semua rakyat jelata tidak kira negeri dari mana mereka datang.

Terima kasih Timbalan Speaker dia atas peluang diberikan. Jelutong mohon menyokong.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Selanjutnya, dipersila Yang Berhormat Bagan Serai.

draft • 12:40 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Speaker. Saya ingin membahaskan dan menyertai perbahasan Rang Undang- undang Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026.

Pertama ialah perkara asas yang kita nak rujuk ialah semangat Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam Perkara 109 yang memperuntukkan untuk peruntukan kepada negeri-negeri. Pemberian ini berdasarkan kepada bilangan penduduk. Kalau kita dapat lihat secara matematiknya memang nampak adil. Namun begitu, saya mengharapkan supaya rang undang-undang ini diperhalusi supaya ia benar-benar memenuhi dengan semangat Persekutuan dan keadilan sosial.

Kerana kena melihat isu-isu pemberian per kapita ini, berdasarkan sama ada adil atau saksamanya ialah dari segi aspek populasi semata-mata. Adakah ia adil ataupun saksama kerana ada negeri-negeri yang luas, tetapi penduduknya sedikit.

Maka, sudah tentulah bantuan yang akan diterimakan itu akan kurang. Sudah tentu dari segi aspek penyelenggaraan infra akibat kekurangan peruntukan daripada Persekutuan ini akan berlaku.

Contohnya di Selangor, sudah tentulah mereka akan dapat banyak kerana penduduknya padat berbanding dengan di Perlis, penduduknya kecil sedangkan kos pentadbiran negeri bukan sahaja sekadar bergantung kepada jumlah manusia kerana di sana ada kos tetap sepertimana pentadbiran, penyelenggaraan infrastruktur asas, utiliti, pengurusan tanah dan sumber. Ini adalah merupakan kos yang memerlukan kewangan yang banyak sedangkan penduduk yang ada di sana sedikit dan dia mendapat peruntukan berdasarkan per kepala agak kecil. Jika formula ini terlalu simplistik, maka negeri kecil ini akan terperangkap dan kitaran kekurangan sumber kewangan yang akan diperoleh oleh mereka.

Yang kedua, walaupun dinyatakan perbandingan oleh kerajaan bahawa pemberian per kapita ini meningkat antara 15 hingga 42 peratus pada tahun 2026 berbanding dengan tahun 2022, 2002. Namun, wajar untuk kita mengetahui sejauh mana peningkatan cukai individu yang dicukai terhadap penduduk yang berada di negeri-negeri yang terdapat di negara ini.

Saya perlukan kepada perincian mengikut negeri-negeri di mana cukai individu yang dibayar oleh cukai individu daripada Kelantan, daripada Selangor, daripada ― dan negeri Perak dan sebagainya untuk kita dapat melihat. Dan kita melihat juga rang undang-undang ini melibatkan kewangan kerajaan iaitu sebanyak RM109.2 juta. Daripada manakah pula sumber kewangan ini akan diperolehi?

Isu yang ketiga ialah adakah rang undang-undang ini mengambil kira indeks kemiskinan? Kerana negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang lebih tinggi, adakah ia diberikan pemberat tambahan? Erti dalam ― erti kata yang lain, negeri- negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi, mereka itu mempunyai pemberat tambahan yang lain untuk memastikan formula keadilan itu dapat diwujudkan.

Akhir sekali, kita tidak mahu peruntukan negeri ini dilihat sebagai ihsan politik tetapi perlu dilihat sebagai hak Perlembagaan. Maka, tidak kira siapa yang memerintah maka hendaklah diberikan. Inilah yang kita nak daripada roh konsep yang dikatakan konsep federalisme yang perlu dihormati. Kita tak nak apabila negeri pembangkang yang memerintah, maka ada beberapa perkara-perkara yang menjadikan halangan untuk negeri-negeri ini memperolehi peruntukan-peruntukan sebagainya.

Anggaplah kita walaupun mana-mana negeri ini diperintah sama ada pembangkang ataupun daripada mana-mana parti, ia dipilih dengan secara sah melalui demokrasi. Bukan kita perintah dengan secara revolusi ataupun bukan dengan secara tidak demokrasi. Maka, kita harapkan apa yang kita bincang pada hari ini, peruntukan yang diberikan ini, kita lihat bukan dari segi ihsan politik tetapi perlu lihat sebagai hak Perlembagaan.

Terima kasih kepada Dato’ Speaker. Wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 12:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Selanjut dipersilakan Yang Berhormat Puncak Borneo.

draft • 12:42 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih Yang di-Pertua Speaker. Saya bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang- undang bagi meminda Bahagian I, Jadual Kesepuluh kepada Perlembagaan Persekutuan berhubung Cadangan Penambahbaikan Pemberian Mengikut Bilangan Orang.

Tuan Yang di-Pertua, secara prinsipnya saya menyokong rang undang- undang ini kerana hasratnya jelas untuk menambah baik pemberian kepada negeri- negeri dan memastikan agihan yang lebih adil. Negeri yang kurang penduduk dibantu melalui kadar permulaan yang lebih tinggi, manakala negeri yang ramai penduduk tetap menerima peningkatan keseluruhan yang signifikan.

Namun begitu dalam semangat menyokong, izinkan saya mengemukakan beberapa perkara penambahbaikan.

Pertama, kita dimaklumkan bahawa Majlis Kewangan Negara bersetuju supaya kadar pemberian ini dikaji setiap 10 tahun. Saya berpendapat tempoh tersebut adalah wajar dan munasabah. Tetapi persoalannya adalah adakah ia dasar pentadbiran atau satu kewajipan undang-undang? Saya mencadangkan supaya tempoh kaji semula 10 tahun ini dimasukkan secara jelas dalam RUU ini supaya ia bukan bergantung kepada budi bicara kerajaan semasa, tetapi menjadi obligasi yang terikat kepada mana-mana kerajaan yang memerintah. Ini soal ketelusan, kepastian kepada negeri-negeri.

Kedua, asas pertimbangan pindaan ini adalah berdasarkan kemampuan kewangan Persekutuan dan data semasa daripada Jabatan Perangkaan Malaysia.

Struktur tier populasi juga dikekalkan kerana masih relevan dengan komposisi penduduk negara.

draft • 12:47 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Jika kita lihat, kenaikan kadar adalah antara 15 peratus sehingga 42 peratus mengikut peringkat. 100,000 orang pertama meningkat 42 peratus, 500,000 berikutnya 37 peratus, kemudian 25 peratus dan selebihnya 15 peratus. Implikasi kewangan pada tahun 2026 bakal mencecah RM548 juta dengan peningkatan sekidar, sekitar 25 peratus. Ini satu komitmen fiskal yang besar. Namun, Tuan Yang di-Pertua, persoalannya adalah adakah pendekatan per kapita mata-mata benar- benar mencerminkan keadilan yang sebenar.

Dalam realiti Malaysia, kos pembangunan tidak sama antara negeri.

Membina sebuah klinik di kawasan bandar padat jauh lebih murah berbanding membina klinik di pendalaman Sabah atau Sarawak yang memerlukan jalan akses, jambatan dan juga kos logistik tambahan. Kos sebenar per orang tidak sama walaupun jumlah penduduk digunakan sebagai asas pengiraan. Data menunjukkan pada tahun 2026, jika RUU ini diluluskan, Semenanjung menerima hampir 80 peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan manakala Sabah dan Sarawak 20 peratus.

Walaupun dari segi peratusan kenaikan negeri kecil mendapat lonjakan lebih tinggi, jurang wilayah secara agregat masih ketara. Justeru, saya berpendapat dan berpandangan kerajaan perlu melangkah lebih jauh daripada sekadar formula populasi. Kita perlu bergerak ke arah konsep horizontal fiscal equalization, dengan izin. Memastikan setiap negeri mampu menyediakan tahap perkhidmatan awam yang hampir setara kepada rakyat mereka.

Oleh itu, saya mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan model campuran yang lebih komprehensif. Sebagai contoh, 45 peratus berdasarkan populasi, 25 peratus berdasarkan kadar kemiskinan, 15 peratus keluasan dan faktor geografi, lima peratus inflasi, 10 peratus tahap pembangunan dan infrastruktur sedia ada. Model ini lebih seimbang. Ia menjaga prinsip keadilan individu melalui per kapita tetapi dalam masa yang sama mengambil kira keadilan wilayah dan juga realiti kos sebenar pembangunan.

Saya landing, Yang di-Pertua. Saya ingin menegaskan bahawa saya menyokong RUU ini kerana ia satu langkah ke hadapan. Namun, kita tidak boleh berhenti pada pembetulan angka semata-mata. Kita mesti memastikan formula yang digunapakai benar-benar mencerminkan realiti di lapangan. Dari bandar, di Selangor dan Johor, hinggalah ke pendalaman Sabah dan Sarawak, keadilan fiskal bukan sekadar soal pembagian tetapi soal kemampuan setiap negeri memberi perkhidmatan yang adil kepada rakyatnya. Dengan penegasan dan cadangan tersebut, saya menyokong rang undang-undang ini tetapi saya juga menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan cadangan-cadangan dan juga pandangan yang telah saya utarakan.

Dengan itu, sekian, terima kasih. Tuhan berkati.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Puncak Borneo. Pembahas yang akhir sebelum berehat, saya mempersilakan Yang Berhormat Pokok Sena.

draft • 12:50 PM

Datoʼ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, mewakili negeri Kedah. Pindaan terhadap bilangan satu Pemberian Ikut Kepala di bawah Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan ini dialu-alukan. Ini kerana pindaan ini sedikit sebanyak akan memberikan kelegaan terhadap ruang fiskal khususnya di negeri Kedah dalam menghadapi situasi kewangan negeri yang mencabar ketika ini.

Pindaan ini seharusnya menjadi titik asas bagi memperkukuh amalan fiskal federalisme dalam negara.

Datoʼ Sri Yang di-Pertua, saya berpandangan sudah sampai masanya untuk kita melakukan suatu semakan secara menyeluruh terhadap struktur fiskal federalisme. Perkara ini melibatkan perkongsian serta pembahagian kewangan fiskal antara persekutuan dan negeri yang lebih teratur, adil dan saksama. Jika kita lihat dari sudut pandangan secara menyeluruh, pemberian dan serahan kepada negeri di bawah perbelanjaan mengurus adalah sekitar 2.8 peratus KDNK.

Pada tahun 2025, pemberian dan serahan kepada negeri dianggarkan RM9.3 bilion dengan RM7.2 bilion daripadanya sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Manakala bagi tahun ini, anggaran pemberian dan serahan kepada negeri adalah RM9.8 bilion dengan RM7.7 bilion daripadanya sudah termaktub dalam perlembagaan.

Kedudukan hasil negeri juga diunjurkan mengalami penurunan pada tahun 2025 iaitu sekitar RM38.4 bilion berbanding RM41.5 bilion pada tahun 2024. Hasil janaan kerajaan negeri menurun sehingga 7.1 peratus. Kalau angka ini dibandingkan dengan hasil Kerajaan Persekutuan, ternyatalah jauh berbeza. Hasil Kerajaan Persekutuan pada tahun 2025 dianggarkan RM334 bilion berbanding hasil kerajaan negeri yang disatukan hanya RM38.4 bilion.

Tuan Yang di-Pertua, angka-angka yang dibentangkan ini menunjukkan suatu direction yang jelas terhadap kedudukan kewangan negeri yang semakin terhimpit. Jurang hasil di peringkat Persekutuan dan negeri mencatatkan jurang yang sangat jauh. Malah, sesama negeri juga menunjukkan janaan hasil yang berbeza antara satu negeri dengan satu negeri.

Sebagai contoh, hasil janaan bagi negeri seperti Sarawak, Sabah, Johor, Perak dan Selangor merangkumi kira-kira 84 peratus daripada keseluruhan hasil kerajaan negeri dalam Persekutuan Malaysia. Manakala bakinya 16 peratus dijana oleh baki-baki negeri yang ada. Ini menggambarkan jurang perbezaan ketara di antara negeri.

Tuan Yang Di-Pertua, Kedah antara yang mengalami ruang fiskal yang terhad kerana penggunaan tanah bersyarat pertanian yang tinggi di negeri ini sedangkan dalam masa yang sama tiada pampasan timbal balas diberikan kepada kerajaan negeri sejak sekian lama. Kita boleh bayangkan, kutipan hasil bagi kira-kira 220,000 hektar tanah bersyarat padi di Kedah hanyalah sekitar RM2.6 juta sahaja.

Nilai kutipan RM2.6 juta itu pula hanya melibatkan 10 hektar tanah jika tanah tersebut adalah tanah komersial. Di sini kita boleh menilai jurang kewangan yang terlalu melebar dan sebuah negeri seperti Kedah terpaksa kekal miskin secara terancang oleh kerana pembahagian kewangan fiskal yang tidak adil dan seimbang ini.

Tuan Yang di-Pertua, soal kedua yang wajar dipertegaskan seiring dengan pindaan ini adalah pemberian hasil galian dan kawalan atas usaha cari gali yang terletak di bawah bidang kuasa negeri supaya hasil ini dikembalikan kepada negeri secara saksama. Ia juga sebahagian daripada kerangka struktur fiskal federalisme yang wajar ditekuni bersama. Saya bercakap dalam konteks ini, dalam konteks bercakap ini dalam konteks mineral kontemporari nadir bumi (REE).

Kita sedia maklum mengenai peranan Majlis Mineral Negara yang menjadi platform utama kepada penyelarasan dasar hala tuju dan tadbir urus yang dibuat melibatkan kerajaan negeri. Asasnya, bagaimana penjanaan hasil galian mineral ini boleh dioptimumkan kepada negeri-negeri. Bagaimana Kementerian Kewangan boleh facilitate dalam suatu kerangka yang jelas untuk pembangunan fiskal dan hasilnya disumbangkan terus kepada negeri. Oleh sebab itu, saya berpandangan hasil negeri di bawah galian mineral ini tidak boleh dilemahkan atau dihakis dengan cara dan kaedah yang tidak patut.

Kedah telah meletakkan peratus royalti dalam galian REE ini. Sejauh mana di peringkat Persekutuan akan menerimanya sebagai salah satu daripada hasil yang wajib diiktiraf dan diberikan kepada negeri. Ironinya, selepas lima hingga 10 tahun isu REE ini dibangkitkan, Kerajaan Persekutuan masih tidak boleh menoktahkan prinsip fiskal federalisme yang jelas terhadap industri REE ini. Saya mengharapkan agar penilaian semula secara menyeluruh terhadap struktur fiskal federalisma akan dijadikan agenda berterusan selari dengan semangat pindaan Perlembagaan Persekutuan yang dibentangkan kepada kita pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Pengerusi Perikatan Nasional yang baharu ke Dewan Rakyat pada hari ini, [Tepuk] Yang Berhormat Kemaman. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 12:54 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pekan Sena. Dengan sedemikian, Majlis berehat untuk solat zohor dan akan bersambung semula pada jam 2.30 petang.

[Mengetuk tukul]

draft • 12:54 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Kita teruskan perbahasan berkenaan Rang Undang-Undang Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026 dengan saya menjemput Betong. Betong ada lima minit. Betong.

draft • 2:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Dengan izin...

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Betong.

draft • 2:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Speaker, ada peraturan mesyuarat.

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan mesyuarat berapa tu?

draft • 2:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

18(1).

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya.

draft • 2:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

18(1), “Siapa ahli selain Menteri boleh berdiri di tempatnya dan meminta kebenaran hendak merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan dengan membaca teks usul yang diluluskan oleh Tuan Yang di-Pertua”. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, saya telah pun mengemukakan ataupun menghantar satu surat dengan teks yang dicadangkan di bawah peraturan tersebut, di Pejabat Speaker pada 12 bulan 2, jam 1.35 petang. Isunya di sini adalah berkenaan dengan yang telah pun saya cadangkan untuk dibincangkan di dalam surat saya dan teks saya tersebut adalah berkenaan dengan isu shareholding dengan izin, Commissioner of the MACC, Azam Baki.

Di dalam surat saya tersebut, Tuan Speaker, saya telah pun menyatakan alasan-alasan saya kenapa saya telah pun ataupun berpendapat bahawa perkara ini adalah satu perkara tertentu, berkehendak disegerakan dan berkenaan kepentingan orang ramai.

Jadi, saya ingin mendapat penjelasan daripada Tuan Speaker, sama ada draft text tersebut telah pun diteliti oleh Pejabat Tuan Speaker dan apakah statusnya pada masa ini. Saya bersedia untuk membahas perkara ini dan membawa kepada Dewan, undang-undang ini, isu-isu dan faktor-faktor yang berkenaan. Terima kasih.

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih Yang Berhormat. Saya telah pun mengesahkan dengan ini bahawa saya telah mendapat usul yang telah Yang Berhormat kemukakan kepada saya pada 12 Februari dan saya telah pun menjalankan siasatan.

Saya difahamkan bahawa satu jawatankuasa khas siasatan bagi isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

(SPRM) dan jawatankuasa khas itu dipengerusikan oleh Peguam Negara, telah ditubuhkan bagi melaksanakan siasatan secara terperinci mengenai isu itu.

Oleh kerana jawatankuasa itu telah pun ditubuhkan dan siasatan akan ataupun sedang dilaksanakan, maka usul Yang Berhormat itu terpaksa saya tolak dan saya telah pun menjawab pada 23 hari bulan. Mungkin ada atas meja Yang Berhormat, mungkin.

draft • 2:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Minta maaf. Apa, jawab bila?

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

23, hari inilah.

draft • 2:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Yes.

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

draft • 2:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Ya, hari ini. Itu jawapan Tuan Speaker?

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

draft • 2:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Bahawa ia ditolak. Oleh kerana saya— ini just untuk dalam pandangan saya.

Tuan Speaker, walaupun terdapat satu jawatankuasa yang menyiasat, ia nya bukanlah satu court of law pada masa ini. Ia nya hanya satu jawatankuasa. Tidak menghalang Dewan ini dalam membincangkan perkara ini. Seperti yang Tuan sedia maklum, ini adalah satu isu yang–– memang satu isu yang telah pun mendapat headlines dan perlu dibincang dengan segera oleh kerana ia nya merupakan satu isu yang melibatkan Ketua SPRM.

Jadi, itu pandangan saya dan itulah sebabnya saya telah pun mengemukakan usul ini dalam masa yang secepat mungkin daripada bila–– dari masa kami menerima berita ini iaitu seminggu sebelum Hari Raya Cina. So that is the reason why dengan izin Tuan Speaker, we say that it is extremely urgent for it to be debated, Tuan Speaker.

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya faham. Tetapi oleh kerana jawatankuasa itu telah pun ditubuhkan, eloklah seperti juga kes-kes yang lain, kita memberikan peluang untuk jawatankuasa itu menyiasat supaya tidak ada gangguan yang berlaku terhadap siasatan dan apa juga keputusan itu, mungkin dalam masa terdekat ini, mungkin setelah kita mendapat keputusan, apa-apa juga keputusan yang dicapai oleh jawatankuasa itu mungkin saya akan membenarkan perbahasan akan berlaku.

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat.

Baik, silakan Betong. Lima minit daripada sekarang.

draft • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, sikit lagi bawah 18(1) tadi.

draft • 2:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Yang di- Pertua.

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

draft • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya memohon supaya interaksi di antara Bukit Gelugor dengan Speaker ini dijadikan precedent. Saya sampai nak buka mulut pun tak boleh. Jadi, saya minta Speaker, minta supaya Speaker lain membenarkan saya membaca tajuk je. Hari ini dia bukan saja tajuk, dia membuat argument lagi. Alhamdulillah, ini satu yang terbaik di bulan puasa yang Speaker buat. Kita akan kenang sampai mati.

Tapi saya minta supaya kes ini dibawa untuk yang lain. Yang Berhormat, saya dah bawa 18 usul. Sampai nak buka mulut pun tak boleh. Sedihnya luar biasa. Tapi di bulan puasa ini nampak Speaker telah membuat satu peraturan yang membenarkan 18(1) itu dibaca tajuk supaya rakyat tahu apa yang kita nak minta itu telah pun diketengahkan.

Contohnya macam dividen KWSP lima persen, sebagai contoh. Kita minta supaya— Maaf. Dividen KWSP dimasukkan 100 peratus kepada Akaun 3. Biar orang yang mendengar ini tahu bahawa kita dah bawa usul ini dan Speaker sedang menunggu libat urus daripada Menteri sebab Menteri jawab “libat urus”.

Jadi, kalau Menteri ni tak jawab dengan sebenarnya, saya akan panggil dia “Menteri libat urus” walaupun bulan puasa tak sebutlah. Lepas puasa saya akan sebut. Sebab semua libat urus, jadi sampai bila tak boleh selesai. Terima kasih Speaker.

Jadikan precedent bahawa kami orang-orang marhaen ini yang telah pun dizalimi supaya dibenarkan untuk mengeluarkan sepatah dua kata. Terima kasih.

Welcome Ketua Pembangkang.

draft • 2:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri.

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya ingat perkataan “dizalimi” tu tak berapa cantiklah Ramadan ni.

draft • 2:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya.

draft • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Di bulan Ramadan yang mulia ini, ditariklah ya.

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

draft • 2:30 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Sila Jelutong.

draft • 2:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker, terima kasih Tan Sri Speaker. Selamat berpuasa dan salam Ramadan al-Mubarak.

Saya juga ucapkan kepada Tan Sri dan semua kaum Muslimin dan Muslimat.

Tan Sri, saya bangun kerana pagi tadi saya telah membangkitkan perkara ini. Secara kebetulan Yang Berhormat Larut pun hadir dalam Dewan.

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Isu apa tu Yang Berhormat?

draft • 2:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Isu berkenaan dengan Ketua Pembangkang.

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan berapa mesyuarat?

draft • 2:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan 4A dan peraturan 4A(1), 4A(4).

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 2:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tak mahu Yang Berhormat Larut ingat saya tak menyokong dia lah. Saya sokong dia sebab dia balun Pagoh baru-baru ini.

draft • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

4A ya.

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Itu isu lain. Itu isu lain.

draft • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

4A(1) ya?

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

4A(1) yang berbunyi seperti berikut― “Maka hendaklah ada seorang Ketua Majlis Mesyuarat dan sekurang-kurangnya seorang Timbalan Ketua Majlis dan seorang Ketua Pembangkang.”

draft • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Isunya apa itu?

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Dan 4A(4), Tan Sri Speaker, dengan segala hormatnya, saya rujuk. “Jika berbangkit apa-apa keraguan atau pertikaian tentang siapakah yang sedang atau telah menjadi Ketua Pembangkang, pada bila-bila masa yang matan, masalah itu hendaklah diputuskan oleh Tuan Yang di-Pertua dan keputusannya diperakui secara bertulis di bawah tandatangannya adalah muktamad dan konklusif.” Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua tahu baru-baru ini, Pagoh telah menzalimi Larut dengan memecat Larut.

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Ini nak berpolitik ini, Tan Sri Speaker. Cakap baik-baiklah.

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bagi saya habis dulu.

Bagi saya habis dulu. My floor.

draft • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya dengar dulu. Saya dengar. Cuma, Jelutong...

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya.

draft • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Seperti saya tegur Arau juga, jangan gunakan perkataan dizalimi.

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Baik, okey.

draft • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bulan puasa...

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tarik balik.

Walaupun saya tahu Pagoh ini orang yang zalim, saya tarik balik perkataan zalim.

draft • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, tarik balik.

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tapi, saya sokong Ketua Pembangkang. Jadi, saya nak tanya. Dan Ketua Pembangkang juga saya gunakan ungkapan, saya kata Ketua Pembangkang kata...

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tan Sri, 36(6), 36(6).

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...Bahawa Pagoh ini, dia adalah musuh pertama untuk Pagoh. Bagi saya habis dulu. Bagi saya habis dulu.

draft • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya selesai ini dulu, kemudian saya akan layan Pendang pula.

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya, bagi saya habis dulu. Bukan saya kata tapi saya sokong juga Yang Berhormat Pembangkang. Ketua Pembangkang kata, Pagoh ini dia adalah― Ketua Pembangkang adalah musuh nombor satu untuk Pagoh. Begitu juga dengan saya sendiri.

draft • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, straight to the point, Jelutong.

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sebab dia tebuk atap dulu.

draft • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Apa isunya, Jelutong?

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Soalan saya. Saya sokong Larut jadi Ketua Pembangkang. Tapi, persoalannya, selepas beliau dipecat, bolehkah beliau masih lagi duduk di tempat tersebut? Adakah Tan Sri Speaker menerima apa-apa makluman? Itu adalah soalan saya, tapi saya sokong Larut lah untuk dia kekal sebagai Ketua Pembangkang.

draft • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, ini jawapan saya. Pendang, saya akan jawab sebentar. Jelutong, apa yang berlaku di luar Dewan ini, apa juga perbahasan berlaku dalam mana-mana parti, sebelah kanan saya atau sebelah kiri saya, apa juga keputusan yang berlaku di luar, selagi tidak ada hitam putih yang datang kepada saya, tidak ada pemakluman yang datang pada saya, saya anggap tidak ada apa- apa yang terjadi...

[Tepuk] Selagilah keputusan mana-mana pihak yang menghantar kepada saya inilah keputusan mereka, maka waktu itu saya akan buat siasatan dan kalau saya dapati benar, maka saya akan buat satu keputusan. At the moment, at the moment, tidak ada apa-apa yang berlaku. Jadi, saya anggap tidak ada apa-apa yang berlaku.

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih, Tan Sri Speaker.

draft • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Pendang, apa dia?

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

36(10)― menyakitkan-nyakitkan hati. Tadi ini, dia sebut― Jelutong sebut tadi dia tarik balik perkataan zalim tetapi dia kata memang dia kata, “Pagoh seorang yang zalim”. Tak bolehlah macam itu.

draft • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dah dia tarik dah. Saya terima...

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dia tarik perkataan zalim tapi dia ulang. Dia kata, “Pagoh seorang yang zalim.” “Saya tarik balik perkataan zalim walaupun saya tahu Pagoh seorang yang zalim.” Tak bolehlah macam itu. Nak tarik zalim, tariklah. Tak payahlah bagi contoh kata dia seorang yang zalim. Itu yang pertama.

draft • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Keputusan saya, perkataan zalim itu telah pun ditarik balik.

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang kedua, saya nak ucap terima kasih kepada Tan Sri Speaker kerana buat satu keputusan yang tepat. Orang lain tak payah campurlah hal Speaker. Masalah pembangkang ini, selagi tak dapat surat apa semua, itu hak Speakerlah. Pasai apa pula dok kacau bawa bangkit peraturan pula untuk menentukan Ketua Pembangkang? Itu hak kami. Kami akan bagi surat dekat Speaker untuk buat keputusan.

draft • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jadi, terima kasih Tan Sri Speaker buat keputusan. Jadi, jangan bangkit lagi perkara ini.

draft • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik. Sama-sama. Sama-sama kasih. Terima kasih. Baik, Betong, silakan lima minit.

draft • 2:40 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Betong bangkit untuk membahaskan RUU Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026 yang meminda Bahagian I Jadual Kesepuluh kepada Perlembagaan Persekutuan selaras dengan kuasa di bawah Perkara 109(2).

Pertama sekali, kita harus akui bahawa pemberian ini bukanlah satu ihsan politik. Ia adalah tanggungjawab perlembagaan di bawah Perkara 109(1)(a) dan hakikatnya kadar ini tidak disemak secara menyeluruh sejak tahun 2002 melalui Akta 622, hampir 24 tahun. Jadi, dalam tempoh itu, beberapa perkara yang berlaku, inflasi meningkat, kos pengurusan melonjak dan kini pelaksanaan SSPA juga menambah beban emolumen penjawat awam di negeri. Maka, pindaan ini memang perlu.

Namun, bagi kita di wilayah Sabah dan Sarawak, isu ini jauh lebih besar daripada sekadar kenaikan kadar antara 15 peratus hingga 42 peratus.

Tan Sri Yang di-Pertua, struktur baru yang memperkenalkan empat tier ini seperti yang di dalam blue bill ini iaitu bersifat progresif yang membantu negeri kecil sekadar tinggi pada 100,000 yang pertama dan bagi negeri yang besar melalui jumlah keseluruhan yang lebih tinggi. Tapi, bagi wilayah Sabah dan Sarawak, persoalannya ialah adakah formula berasaskan bilangan orang ini semata-mata mencerminkan realiti kos sebenar di wilayah yang luas dan berpenduduk jarang.

Jadi, bagi Sarawak yang mempunyai keluasan lebih 124,000 kilometer persegi dan Sabah pula 73,000 kilometer persegi, kos membina satu sekolah di pedalaman, contohnya di Kapit, Sarawak ataupun di Pensiangan di Sabah, bukan sama dengan juga kita membina satu sekolah di kawasan metropolitan.

Jadi, kos logistik pengangkutan sungai, jalan balak, jarak antara penempatan semua ini menjadikan kos per kapita sebenarnya jauh lebih tinggi daripada negeri- negeri yang padat di Semenanjung ini. Jadi, jika kita hanya mengira kepala tanpa mengira keluasan dan kepadatan, kita juga akan berisiko mengekalkan ketidaksimbangan struktur.

Jadi, Tan Sri Yang di-Pertua, RUU ini menyatakan tambahan implikasi kewangan RM109.21 juta yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM547.95 juta pada 2026. Itu satu komitmen yang besar daripada Persekutuan. Namun, saya ingin menegaskan, bagi wilayah Sabah dan Sarawak, pemberian ini mesti dilihat dalam kerangka yang lebih besar iaitu termasuk semangat Perjanjian Malaysia 1963.

Sabah dan Sarawak bukan sekadar wilayah penerima, kedua-duanya adalah rakan pengasas Persekutuan. Jadi, maka, struktur fiskal mesti juga mencerminkan kedudukan tersebut.

Jadi, Betong ingin mencadangkan tiga penegasan. Yang pertamanya, walaupun kadar progresif ini wajar, kerajaan juga perlu mempertimbangkan elemen pelarasan geografi dalam semakan 10 tahun yang dicadangkan. Jadi, kos wilayah luas tidak boleh diabaikan dalam formula masa hadapan. Yang keduanya, mekanisme kajian berkala setiap 10 tahun mesti melibatkan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak secara institutional, bukan sekadar konsultasi simbolik.

Jadi, yang ketiga, pemberian ini juga tidak boleh menggantikan atau mengurangkan komitmen di bawah pemberian khas dan geran pembangunan yang lain. Capitation grant, dengan izin, hanyalah sebahagian daripada keseluruhan ekosistem fiskal Persekutuan–negeri.

Tan Sri Yang di-Pertua, Betong menyokong RUU ini kerana ia membetulkan satu kadar yang telah lapuk selama dua dekad. Ia membantu negeri menampung segala kos SSPA dan memastikan kesinambungan perkhidmatan awam. Tetapi, sokongan ini datang dengan pendirian yang tegas bahawa Sabah dan Sarawak, keadilan fiskal tidak boleh hanya diukur berdasarkan bilangan orang, ia mesti mengambil kira keluasan, kepadatan dan juga tanggungjawab sejarah dalam pembentukan negara.

Jadi, jika RUU ini dilaksanakan dengan komitmen untuk terus menambah baik formula secara progresif, maka ia boleh menjadi asas kepada federalisme yang lebih matang dan adil. Jadi, Sabah dan Sarawak tidak menuntut keistimewaan. Yang dituntut hanyalah keadilan yang setara dengan realiti.

Sekian, terima kasih.

draft • 2:44 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya, saya jemput Tuaran.

draft • 2:44 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan di- Pertua kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang geran mengikut bilangan orang ataupun geran kapitasi.

Terlebih dahulu, izinkan saya menyatakan pendirian dengan jelas dan terus terang. Isu geran kapitasi menyentuh soal prinsip dan keadilan dalam hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan negeri. Lebih 20 tahun kadar geran kapitasi tidak disemak secara menyeluruh. Dalam tempoh itu, kos sara hidup meningkat, tanggungjawab negeri bertambah dan keperluan rakyat menjadi semakin kompleks.

Namun, kadar asas kewangan negeri kekal pada tahap yang tidak lagi mencerminkan keadaan semasa.

Oleh itu, Tuaran menyokong agar geran kapitasi ini disemak setiap 10 tahun iaitu sejajar dengan banci penduduk yang diadakan setiap 10 tahun dan Tuaran juga menyokong Yang Berhormat Puncak Borneo supaya keperluan semakan setiap 10 tahun ini dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

draft • 2:49 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Tuan Yang di-Pertua, Perkara 109 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan geran kapitasi sebagai salah satu bentuk perkongsian kewangan antara Kerajaan Persekutuan dan negeri dalam sistem Persekutuan Malaysia.

Malah, peruntukan ini merupakan asas penting dalam struktur federalisme negara kita atas semangat memastikan setiap negeri mempunyai sumber minimum untuk mentadbir dan memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Namun hari ini, kadar sedia ada tidak lagi selari dengan realiti. Ia tidak mengambil kira tekanan inflasi, pertambahan fungsi negeri dan peningkatan kos pentadbiran moden. Oleh sebab itu, Kerajaan Persekutuan hendaklah melaksanakan setiap kehendak Perlembagaan Persekutuan dan jangan lagi lari daripada kewajipan dan tanggungjawab.

Ambil iktibar daripada kegagalan Kerajaan Persekutuan melaksanakan pemberian khas di bawah Perkara 112C dan 112D serta Jadual Kesepuluh selama lebih 50 tahun sehingga rakyat bangkit menuntut perintah mahkamah memaksa Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakannya.

Tuan di-Pertua, kita harus bercakap dengan jujur. Sumber hasil utama negara seperti cukai pendapatan, cukai korporat dan duti eksais berada di bawah kewajipan Kerajaan Persekutuan. Pada masa yang sama, negeri memikul tanggungjawab pembangunan yang masih luas dengan asas hasil yang terhad kerana kapitasi sepatutnya menjadi mekanisme imbangan yang kukuh. Namun dalam keadaan sekarang, peranannya belum memberi impak yang mencukupi untuk memperkukuhkan kewangan negeri.

Kita memberi negeri tanggungjawab abad ke-21 dari segi pembangunan tapi sumbernya masih terikat kepada pendekatan lama. Cadangan menaikkan kadar kepada 25 peratus adalah langkah pembetulan terhadap ketidakseimbangan fiskal yang telah sekian lama wujud.

Tuan Yang di-Pertua, ada pandangan menyatakan peningkatan ini akan memberi tekanan kepada kewangan Persekutuan. Namun, kita perlu melihat keseluruhan sistem. Apabila negeri kekurangan dana, projek pembangunan tertangguh, penyelenggaraan asas dilewatkan dan akhirnya Kerajaan Persekutuan juga yang menyalurkan peruntukan tambahan.

Keadaan ini menimbulkan kos yang lebih besar dalam jangka panjang.

Dengan kadar geran kapitasi yang lebih munasabah, negeri dapat merancang belanjawan secara lebih tersusun dan bertanggungjawab. Kebergantungan kepada geran budi bicara dapat dikurangkan dan pengagihan sumber menjadi lebih telus. Ini adalah soal kecekapan dan perancangan yang lebih matang.

Tuan Yang di-Pertua, formula berasaskan populasi telah lama dibincangkan, namun selagi jumlah asasnya rendah, perbahasan tentang formula tidak membawa kesan yang ketara pada kehidupan rakyat. Peningkatan kadar kepada 25 peratus merupakan langkah awal sebelum kita melaksanakan penambahbaikan yang lebih menyeluruh termasuk mengambil kira keluasan geografi, kos penyampaian perkhidmatan dan tahap pembangunan negeri.

Dalam perkara ini, Tuaran berterima kasih kepada kerajaan kerana meletakkan Sabah sebagai penerima di tangga kedua selepas negeri Selangor.

Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, ramai rakyat Sabah kurang berpuas hati dan tidak gembira kerana pemberian itu turut merangkumi orang-orang Sabah jadian. Orang-orang Sabah jadian yang telah mendapat kerakyatan melalui projek IC.

Terkait dengan projek IC ini, ia telah dibuktikan wujud sepertimana yang dilaporkan oleh keputusan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah pada tahun 2012. Banyak bukti-bukti dan saksi-saksi telah tampil memberikan keterangan dan daripada keputusan itu telah diberikan beberapa syor untuk tujuan menangani dan langkah penyelesaian projek IC ini.

Justeru, Tuaran ingin bertanya kepada kerajaan, mengapa syor-syor RCI mengenai pendatang asing di Sabah ini tidak dilaksanakan sehingga kini? Tuaran tidak mengharapkan jawapan dari Kementerian Kewangan tentang projek IC, namun oleh kerana Menteri Kewangan juga adalah juga Perdana Menteri, maka pihak kerajaan perlu dan barangkali Perdana Menteri perlu menyelesaikan kemelut ini secara tuntas sebab kehadiran warganegara jadian ini selain ancaman kepada kedaulatan negara, ia juga menambah beban kerajaan yang terpaksa menampung perbelanjaan yang tidak perlu untuk golongan pemilik projek IC ini.

Ia juga satu ketidakadilan kepada rakyat orang asal Sabah. Oleh itu, Tuaran meminta agar syor-syor atau rekomendasi daripada laporan RCI mengenai PTI di Sabah dilaksanakan sepenuhnya. Sebagai penutup, Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya akhiri dengan serangkap pantun.

Patah galah dalam perahu, Boleh menuju muara; Jika adil kita pertahankan selalu, Tetapi kalau yang tidak betul, Tuaran bangkit untuk rakyat Sabah. Sekian, Tuaran menyokong.

[Tepuk]

draft • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Seterusnya, saya menjemput Ampang.

draft • 2:50 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ramadan Kareem kepada semua.

Ampang bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai beberapa perkara pindaan terhadap Bahagian I Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan. Ampang yakin ini bukan sekadar soal kadar pembayaran per kapita, malah terkait reka bentuk dan pelaksanaan hubungan fiskal di antara Kerajaan Persekutuan dan negeri juga wilayah.

Dengan itu, ingin Ampang menegaskan bahawa tiga objektif utama dalam teori ekonomi fiskal antara kerajaan adalah pertamanya, untuk keseimbangan fiskal menegak (vertical fiscal balance) dengan izin, keduanya penyamaan fiskal mendatar.

Yang ketiganya, adalah kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.

Meskipun Tan Sri Speaker, kita tidak kurang pentingnya objektif ini adalah untuk memastikan kemampanan fiskal, insentif ekonomi, pertumbuhan wilayah dan juga keadaan sosial dan mengurangkan ketaksamaan wilayah, kestabilan mikroekonomi dan tadbir urus yang baik.

Oleh itu, Ampang ingin bertanya, sama ada Malaysia telah pun atau pun akan mengguna pakai formula equalization dengan izin, kesetaraan secara eksplisit seperti di mana negara-negara yang membangun seperti Australia dan Kanada yang mana matlamatnya adalah memastikan setiap negeri atau wilayah mampu menyediakan tahap perkhidmatan awam setara dengan cukai yang dikenakan.

Tan Sri Speaker, saya tengok cadangan kenaikan kadar pemberian di antara 15 peratus hingga 42 peratus setiap tier menyebabkan jumlah keseluruhan agak besar iaitu sebanyak RM109.21 juta ataupun 25 peratus ini. Secara peratusan, kita tak nafikan ia satu pengembangan yang baik, namun adakah kenaikan ini benar- benar dapat memberikan kesetaraan dalam pembahagian ke negeri-negeri?

Sebagai contoh, sebagaimana jadual yang telah dimaksudkan sini, saya juga sebagaimana yang lain, saya ingin mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan orang yang disebut di dalam undang-undang ini. Apakah orang itu dirujuk kepada penduduk tetap yang memiliki aset, yang tinggal di dalam negeri ataupun penduduk yang menyewa, yang tidak punya aset ataupun lain-lain?

Jadi, saya ingat kerajaan perlu menyediakan ataupun memberikan penjelasan tentang perkara ini kerana sebagai contoh di Selangor kita tengok pernah dibuat satu kajian pada tahun 2023 yang lepas, minta maaf, 2020 yang lepas, bahawa setiap 100,000 orang yang masuk ke Selangor, 10,000 saja pulang ke negara masing-masing atau ke negeri masing-masing. Maknanya 90,000 itu kekal.

Jadi, 10 tahun yang digunakan untuk semakan ini akan mengakibatkan negeri Selangor kekurangan beberapa peruntukan mengikut per kapita atau capitation value yang disebut ini.

Jadi, saya mengharapkan supaya perkiraan yang dibuat oleh pihak kerajaan betul-betul mewakili jumlah penduduk yang ada di negeri masing-masing. Barulah ia nya jadi adil dan dengan itu, saya mencadangkan supaya semakan bukan 10 tahun, saya mencadangkan semakan dibuat lima tahun supaya ia nya selari dengan RMK, perancangan Malaysia yang biasa dibincangkan di dalam fiskal negara juga.

Oleh itu seterusnya, Tan Sri Speaker, saya lihat dengan anggaran lebih 80 peratus hasil percukaian utama dikutip oleh Kerajaan Persekutuan, tahap pemusatan kutipan hasil di Malaysia amat tinggi sedangkan negeri ataupun wilayah memikul tanggungjawab besar juga. Sedangkan negeri, kadang-kadang kita tengok hasil yang dapat adalah hasil daripada tanah dan beberapa cukai sahaja.

Oleh itu, kita lihat di sini, persoalannya, apakah kita sedang cuba mengurangkan vertical fiscal imbalance dengan izin, dengan memperkukuhkan autonomi fiskal negeri atau menginstitusikan kebergantungan fiskal? Itu soalan daripada saya. Sebagai contoh, saya lihat daripada jadual yang diberikan di sini, tadi Penang bercakap tentang kalau ikut per kapita, kita dapat macam lebih kurang RM13 sahaja kenaikan setiap orang di Penang tetapi Selangor lebih teruk.

Selangor hanya dapat RM12.20 tapi dengan kenaikan ini, kita dapat RM14.49, adalah dalam RM2.20 kenaikan. Bagus ada kenaikan tetapi ia nya tidak dapat memberi satu negeri paling maju di Malaysia yang telah pun menyumbang KDNK melebihi 25 peratus ataupun lebih tepatnya 26.5 peratus pada tahun 2025 iaitu sebanyak RM417 bilion kepada Persekutuan untuk hanya kita bergantung kepada capitation grant dan juga MARRIS dan beberapa perkara saja.

draft • 2:55 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Oleh itu, saya nak mencadangkan kepada kerajaan. Sebelum itu saya nak cakap Perlis sebenarnya dapat paling tinggi Tan Sri iaitu 44.89 sen. Jadi, tak ada isu negeri kecil dapat kecil, negeri besar dapat banyak. Sebenarnya tidak. Dalam jadual ini, saya nampak ada pertimbangan-pertimbangan tertentu.

Tetapi saya mengharapkan Selangor walaupun kita besar, negeri yang banyak, taburan penduduknya ramai, tapi kita tengok hasil pendapatan hanya 3 bilion. Jadi dengan ini, saya nak mencadangkan supaya kerajaan, sudah sampai masanya Kerajaan Persekutuan memikirkan satu lagi mungkin satu rang undang- undang pemberian kepada negeri. Contoh, daripada setiap yang dipulangkan kepada Kerajaan Persekutuan daripada hasil kutipan cukai ini, satu peratus diberikan dalam KDNK yang dipulangkan.

Contoh, kalau Selangor tadi 417 bilion ataupun lebih kurang satu percent sahajalah kita minta, maka Kerajaan Selangor ada kelebihan 4 bilion tambahan daripada 3 bilion yang ada. So, agak bernafas lah sikit Kerajaan Selangor untuk— ataupun bergerak tetapi saya bercakap ini bagi pihak semua negeri. Kalau ada ini, saya harap ada rang undang-undang tambahan yang akan datang, saya harap ia boleh dipertimbangkan.

Dengan itu akhirnya Tan Sri Speaker, walaupun saya menyokong penuh rang undang-undang ini secara prinsip, Ampang juga mengharapkan supaya reformasi formula perlu diperbuatkan sepenuhnya dalam kita merangka satu pemberian mengikut apa yang lebih setara. Kita perlu juga menubuhkan— keduanya, menubuhkan satu badan bebas seperti Suruhanjaya Fiskal antara kerajaan dengan kuasa dan tanggungjawab lebih luas berbanding hanya Majlis Kewangan Negara.

Itu juga cadangan yang ingin saya cadangkan. Dan kalau boleh, kita ada juga beberapa perkara iaitu mekanisme semakan sebagaimana yang saya sebut tadi.

Bukan 10 tahun tetapi lima tahun. Itu sahaja daripada Ampang. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput seterusnya Arau.

draft • 3:00 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Rakyat Malaysia, orang muda. Allah berfirman dalam Al-Quran Ayat 90, Surah Al-Nahl, “Sesungguhnya Allah SWT menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan keji dan mungkar serta kezaliman”. Kalau kita sebut perkataan zalim ini di Parlimen, tetapi Al-Quran menyebut, kata tak boleh, tetapi Al-Quran perkataan kezaliman untuk memberi ingatan kepada semua. Tan Sri Yang di-Pertua, yang pertama saya terima kasih kepada rang undang-undang ini iaitu pemberian berdasarkan orang. Saya ucap terima kasih.

Boleh dapat banyak sedikit itu, saya ingat itu nombor dua.

Nombor satu benda yang besar sekarang ini perkara ini telah diluluskan oleh Majlis Kewangan Negara. Semua Menteri-menteri Besar ada di situ, Ketua Menteri ada di situ. Mereka dah lulus, kita di Parlimen kita cadang penambahbaikan. Kita dan Menteri-menteri Besar kita dah setuju. Kita tambah baik saja.

Penambahbaikannya ialah saya setuju dengan cadangan supaya mula-mula kita buat pindaan 2002 dulu yang lepas-lepas. Sekarang ini, 2026. Dah dekat 24 tahun. Sekarang ini dicadangkan 10 tahun. Maka saya cadangkan seperti yang telah dicadangkan oleh sahabat saya tadi, dicadangkan lima tahun berdasarkan pilihan raya lima tahun sekali Tan Sri termasuk kajian Malaysia.

Tetapi yang paling penting di sini ialah politik kehidupan sekarang dinamik.

Speaker dulu pembangkang. Sekarang jadi Speaker. Dinamik. Bekas— apa? bukan bekas. Bekas— bukan. Suami bekas Timbalan Perdana Menteri, sekarang jadi Perdana Menteri. Dinamik. Anak Speaker yang dulu masih baby sekarang dah jadi Menteri. Dinamik. Jadi dengan itu, kita cadangkan supaya dilihat lima tahun sekali.

Lima tahun sekali ini bukan nak buat perubahan. Kalau perlu buat perubahan sikit, buat. Tapi tak buat pun tak apa. Sekurang-kurangnya kita boleh check apa yang sewajarnya harus dilakukan.

Tan Sri Yang di-Pertua, permasalahan besar yang berlaku sekarang ini yang kita tak perasan, wang ini masuk ke negeri di bawah akaun mana? Dia masuk di bawah akaun disatukan. Akaun disatukan ini dia jadikan pendapatan. Maka di situlah digunakan untuk bayar gaji dan sebagainya. Padahal ini ialah pemberian berdasarkan orang. Kita kena gunakan sepenuhnya pemberian berdasarkan orang ini untuk manfaatkan orang.

Jadi, saya cadangkan satu pemberian terus. Macam Perlis kata 100— pemberian terus, yang tak mungkin, kita tak mungkin kita buat benda itu. Kita buat yang keduanya pemberian tidak terus. Makna kata dibelanjakan khusus semua peruntukan yang telah dibagi ini khusus ditandakan dalam wang disatukan ini bahawa ini untuk perbelanjaan khusus.

Contohnya, membina sekolah dan lain-lain lagi ataupun jalan dan sebagainya yang boleh bagi manfaat kepada semua. Sebab duit ini bukan duit pendapatan. Ini ialah duit pemberian berdasarkan orang.

Jadi, saya minta supaya wang yang telah dimasukkan dalam akaun disatukan itu ditanda. Jadi, untuk membolehkan kawan-kawan kita tegur, Naib Presiden tegur.

Kita cadangkan supaya— yang ini tak payah kacau. Ini dah tetap dah. Saya terima kasih kepada kerajaan kerana telah memberi kenaikan yang cukup, cukup baik. Saya terima kasih. Tapi kita cadangkan supaya bagi negeri-negeri yang luas seperti Sabah, Sarawak, negeri-negeri yang miskin seperti Perlis dijadikan, dimasukkan di bawah ini ataupun di mana-mana ataupun dibuat rang undang-undang baharu wang ihsan tetap.

Wang ihsan ini bukan dia bagi tetap. Dia bagi ikut seronok kita nak bagi, kita bagi. Wang ihsan tetap ini juga berbentuk wang pemberian kepada orang tadi.

Contohnya, wang ihsan untuk Sabah dan Sarawak kita bagi 100 peratus, sebagai contoh. Orang Sabah, Sarawak sokong tak? Tak ada? Sokong Puncak Borneo. 100 peratus bagi.

Okey Perlis 200 peratus lebih kurang macam itulah sebab negeri miskin. Ini sebagai contoh, wang ihsan tetap. Timbalan Menteri tolong tengok wang ihsan tetap bukan berdasarkan ihsan tetapi nama lain tak dapat digunakan. Nama itu digunakan iaitu wang ihsan tetap untuk negeri-negeri yang kita lihat perkataan miskin, sosioekonominya rendah dan juga kawasan yang terlampau luas.

Yang keduanya ialah bancian. KIta nak tanya bancian ini dibuat berapa?

Walaupun Selangor menyebut bahawa orang dia ramai, tapi dia jangan lupa sebahagian daripada orang Perlis datang ke Selangor. Jadi, masa bancian dibuat itu mereka ada di sana. Tapi masa mengundi dia datang balik Perlis, sebagai contoh.

Jadi, yang itu saya nak tanya. Bilakah bancian dibuat? Tetapi kalau dibuat orang Perlis ada di Selangor, alhamdulillah. Cuma saya harap orang Selangor gunakan ini untuk kemudahan untuk semua orang ya. Bilakah bancian itu dibuat?

Akhir sekali ialah kita nak buat beberapa cadangan di sini iaitu tentang ayat Al-Quran itu Tan Sri. Jangan berlaku zalim. Jadi, jangan berlaku zalim ini Yang Berhormat fahamlah. Memulakan pemberian wang untuk negeri-negeri ini. Kita adil kepada semua. Jangan kita mulakan bagi peruntukan tapi kita ada benda yang kita tak adil. Sekarang kita bagi adil. Saya tak sebut zalim.

Saya sebut kena bagi adil. Keadilannya apa Tan Sri? Di bulan puasa yang mana semua kita iktikaf masjid, angkat tangan tengah malam, Allah SWT makbul doa kita. Tidak ada hijab kita dengan Allah SWT. Kita berdoa. Kita minta doa kita ialah supaya kerajaan bagi peruntukan kepada Ahli Parlimen.

draft • 3:02 PM

Tuan Ahmad Tamizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Arau...

draft • 3:02 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya minta esok hari PMQT, saya minta Perdana Menteri boleh umumkan sesuatu yang terbaik. Ini untuk pahala.

Kalaupun kita politik tak payah kira dah nombor dua sebab politik juga dinamik. Kami pun dah lantik Pengerusi PN. Ini semua cukup dinamik sekarang.

draft • 3:02 PM

Tuan Ahmad Tamizi bin Sulaiman - Sik

Arau, sikit. Saya nak tanya sikit.

draft • 3:02 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya silakan.

draft • 3:02 PM

Tuan Ahmad Tamizi bin Sulaiman - Sik

Belakang ini. Ya, tadi Yang Berhormat Arau sebut bahawa formula pemberian [Tidak jelas] negeri ini tidak hanya berdasarkan populasi atau penduduk itu ya. Jadi, maknanya kita setuju bahawa RUU ini perlu dilihat juga supaya kerajaan menetapkan tahap kemiskinan setiap negeri itu dan juga keluasan geografi itu juga diambil kira sebagai formula untuk pemberian tambahan ini. Adakah Arau bersetuju begitu?

draft • 3:02 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya setuju tapi pemberian untuk orang ini kita jangan ganggu dah. Sebab itu dia termasuk dalam Perlembagaan. Tak payah ganggu dah. Kita biarkan benda itu berlalu. Sekarang ini tambahan ini saya cadangkan wang ihsan tetap. Macam Perlis banyak. Kedah banyak. Kelantan, Terengganu banyak. Contoh. Sabah, Sarawak lagi banyak kita bagi sebagai contohlah. Ini berdasarkan sosioekonomi dan sebagainya dan juga saiz yang begitu besar.

Jadi, yang itu kita masuk di bawah wang ihsan tetap. Sebab yang ini kalau kita ganggu nanti dia formula berkecamuk sebab formula ini telah pun diputus dengan baik. Kita menyokong formula ini. Tapi untuk membolehkan negeri itu dapat mengimbangkan apa yang berlaku di negara ini supaya pemberian itu biar nampak sama rata sikit. Kalau tidak Tan Sri Yang di-Pertua, bukanlah kami nak kata kalau kami memerintah tapi kalau boleh mana-mana pemerintahan, jangan lagi sebut Perlis negeri miskin. Tak boleh.

draft • 3:02 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kami dalam Malaysia, macam Sabah Sarawak dah sebut dah. Kita dok dalam Malaysia, tak boleh negeri ni miskin. Mana boleh miskin? Kita ada harta yang banyak, PETRONAS. PETRONAS bawah 200— tiga kilometer sehingga 200 batu nautika ialah hak federal. Perkataan miskin tak boleh, kena tampung kemiskinan tu supaya jadi perkataan tak miskin, jangan sebut miskin.

Apakah kami harus berada dalam negeri ini sampai bila-bila? Anak-anak kita trauma, kami ini negeri miskin. Mana boleh sebut macam tu. Kita negeri sama.

Jangan kalau Sarawak baru ni bagi wang ihsan RM1,000 dan juga bantuan kepada anak-anak yang pergi belajar pengajian tinggi, semua negeri kena buat. Nak duit di mana nak dapat, Federal Government bagi. Sebab kalau negeri itu mula menunjukkan contoh yang baik— tahniah Abang Joe. Contoh yang baik, negeri- negeri lain akan ikut. Tidak ada masalah.

Jadi, yang paling penting ialah kita nak lihat bahawa perkataan miskin jangan diwujudkan mana-mana negeri. Sebab kalau tidak, anak-anak sekolah kita berkata, berkata kami negeri miskin, tidak. Kurang-kurangnya kita kaya ilmu, kaya budi bahasa. Siapa yang datang Perlis akan ulang-ulang datang ke Perlis sebab budi bahasa orang Perlis luar biasa, boleh tahan. Walaupun merujuk Ahli Parlimen ini nampak garang sikit tapi kalau datang Perlis, kita akan bagi layanan yang terbaik.

Ya, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Kita menyokong dan kita minta wang ihsan tetap, bancian dan juga pemberian kepada Ahli Parlimen ini jangan lagi berdolak-dalik lagi dah, bagi. Tak bagi banyak pun, sikit. Bukan, maaf. Tak bagi banyak pun bagi sama rata. Lebih kurang macam tu kepada semua. Jadi, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullah.

draft • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumussalam warahmatullah. Baik, seterusnya saya jemput Bakri.

draft • 3:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI atas usaha untuk membentangkan pindaan ini selepas 24 tahun kadar pemberian ini tidak berubah sejak pindaan yang terakhir pada tahun 2002.

Langkah menyemak semula keadaan ini adalah satu tindakan keadilan fiskal yang sudah lama dinanti-nantikan. Dan RUU ini, struktur 4-tier adalah satu langkah yang baik. Kenaikan sebanyak 42 peratus bagi 100,000 orang pertama telah memberi nafas kepada kerajaan-kerajaan negeri yang mempunyai populasi yang rendah seperti Perlis dan Melaka. Namun begitu Tan Sri Yang di-Pertua, kita perlu melihat realiti sebenar di sebalik angka ini.

Jika kita mengira inflasi kumulatif secara kompaun selama 24 tahun, kadarnya mencecah sekitar 65 peratus. Secara matematiknya, nilai RM72 pada tahun 2002 sepatutnya bersamaan dengan sekurang-kurangnya RM118 pada hari ini untuk mengekalkan kuasa perbelanjaan yang sama. Dan ini bermakna kadar baru sebanyak RM102 yang dicadangkan masih menghadapi defisit kuasa beli sebanyak 14 peratus.

Walaupun angka di atas kertas ini bertambah, nilai sebenar peruntukan bagi setiap rakyat telah menyusut. Pindaan ini bukan satu bonus. Sebaliknya, ia hanyalah satu usaha untuk mengejar kadar inflasi yang masih belum mencapai garis penamat terutamanya bagi kerajaan-kerajaan negeri yang perlu menanggung kenaikan kos emolumen di bawah skim SSPA.

Tan Sri Yang di-Pertua, kerajaan telah berjanji untuk melaksanakan kajian semula setiap 10 tahun. Ini satu komitmen yang baik. Saya berharap janji dan komitmen ini dapat diinstitusikan dan diikat dengan undang-undang yang akan memberikan kesan perundangan sekiranya kerajaan akan datang gagal berbuat demikian.

Justeru, mencontohi semangat Perkara 112D yang memperuntukkan kajian semula pemberian khas bagi Sabah dan Sarawak secara berkala, saya mencadangkan kerajaan perlu menginstitusikan proses kajian semula ini dengan meminda fasal 2 Perkara 109 Perlembagaan supaya mekanisme kajian semula setiap 10 tahun ini dimaktubkan secara jelas bagi mengelakkan isu pelarasan kadar yang dibekukan selama 24 tahun ini berulang kembali.

Tan Sri Yang di-Pertua, negara kita merupakan sebuah negara Persekutuan.

Di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, setiap negeri mempunyai kuasa perundangan yang jelas di bawah Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

Namun, kuasa ini sering kali tidak dapat dilaksanakan kerana ruang kewangan yang terlalu sempit.

Satu perbandingan, bajet tahunan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM470 bilion pada tahun 2026 adalah 470 kali ganda berbanding dengan bajet tahunan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan 235 kali ganda bajet tahunan Kerajaan Negeri Johor walaupun kedua-dua negeri ini merupakan antara pemangkin utama pertumbuhan ekonomi negara kita.

Ketidakseimbangan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dari segi sumber pendapatan ini telah menyebabkan semangat Persekutuan tidak dapat dihayati sepenuhnya dan kadangkala menyebabkan berlahirlah sentimen pemisahan di kalangan rakyat di pelbagai wilayah sehingga dapat menjejaskan keharmonian masyarakat kita.

Tan Sri Yang di-Pertua, punca hasil yang paling besar seperti cukai pendapatan, cukai syarikat dan SST, semuanya dikuasai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan. Kerajaan-kerajaan negeri pula hanya bergantung kepada hasil yang terhad seperti cukai tanah dan royalti yang dikutip atas sumber asli. Akibatnya, apabila kerajaan negeri ingin memacu pembangunan yang berskala besar, mereka sangat berhadapan dengan jurang kewangan yang sukar diatasi dengan kapasiti kerajaan negeri itu sendiri. Mari kita lihat beberapa realiti.

Projek LRT di Pulau Pinang yang bernilai RM16.8 bilion adalah hampir 15 kali ganda bajet tahunan negeri tersebut. Di Johor pula, projek E-ART Johor Bahru pula menelan kos sebanyak RM8 bilion iaitu lebih daripada tiga kali ganda bajet tahunan negeri Johor. Ini bukan sahaja kerajaan negeri tidak dapat berupaya untuk membangunkan projek-projek berskala besar, namun lebih menyedihkan lagi autonomi negeri turut terhakis secara perlahan-perlahan.

Urusan seperti bekalan air dan pengurusan sisa pepejal yang sepatutnya berada di bawah bidang kuasa negeri iaitu di bawah Senarai Negeri dan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, kini pun terpaksa diserahkan kepada agensi-agensi Kerajaan Persekutuan semata-mata, hanya kerana kerajaan negeri tidak dapat menampung kos infrastruktur yang tinggi.

Ini sekali lagi menunjukkan bahawa model federalisme negara kita sedang menghantui kerajaan negeri dalam kekangan kewangan yang berterusan. Oleh itu, saya melihat pindaan ini sebagai satu langkah pertama yang baik, namun kita perlu melangkah lebih jauh ke arah federalisme rakan kongsi yang sebenar. Kerajaan- kerajaan negeri haruslah diiktiraf sebagai rakan kongsi yang setara, bukan sekadar penerima bantuan yang menanti-nanti ihsan dan kelulusan daripada kerajaan Putrajaya.

Kerajaan negeri pula perlu diberikan autonomi untuk menguruskan sektor- sektor penting seperti pengangkutan, perumahan dan kebajikan masyarakat mengikut keperluan setempat setiap negeri. Sudah tentu perlu disokong dan berlandaskan kekuatan kewangan yang kukuh dan mencukupi. Kerajaan Persekutuan perlu menerokai cara dan mekanisme yang baik untuk menyalurkan sebahagian daripada hasil cukai pendapatan dan cukai syarikat sebagai hasil terus kepada negeri seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Ampang tadi.

draft • 3:11 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Hanya dengan autonomi fiskal yang sebenar, kerajaan-kerajaan negeri tidak perlu lagi menadah tangan ke Putrajaya mahupun mengorbankan hutan atau khazanah asli yang lain semata-mata untuk mencari dana yang lebih bagi membiayai pembangunan yang diingini.

Sekali lagi, saya ingin menyatakan sokongan ke atas RUU ini. Tetapi saya harap RUU ini hanyalah sebagai satu titik permulaan, namun dia menjadi satu pencetus kepada reformasi yang lebih tuntas demi masa depan Malaysia yang lebih mampan. Sekian Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Kuala Kedah.

draft • 3:20 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama membahaskan RUU berkenaan meminda peruntukan Bahagian I Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan, Akta Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026.

Tan Sri Yang di-Pertua, seperti yang dimaklumi bahawa undang-undang ini telah dipinda kali pertama pada tahun 1993, Akta 503 dan kali kedua iaitu pada tahun 2002, Akta 622. Sejak dari tahun berkenaan, undang-undang ini tidak disemak dan dipinda sehingga menjangkau tempoh 24 tahun, satu tempoh yang amat lama.

Persoalannya, adakah wajar semakan atau pindaan kadar ini mengambil masa sehingga 24 tahun atau memandai dilakukan setiap 10 tahun atau kita perlu beralih kepada kitaran lima tahun, tak perlu tunggu 10 tahun?

Pada saya, tempoh lima tahun adalah jauh lebih mampan dan adil. Saya berkata demikian dengan bersandarkan kepada tiga faktor utama. Pertama, dinamika demografi yang pantas. Dalam tempoh 10 tahun, sesebuah negeri boleh mengalami ledakan populasi yang drastik akibat penghijrahan dan perbandaran. Jika kita mengekalkan kadar lama selama sedekad, negeri-negeri yang pesat membangun akan menanggung beban kewangan yang tidak seimbang untuk menyediakan perkhidmatan asas kepada rakyat. Lima tahun adalah tempoh yang lebih munasabah, mencerminkan statistik penduduk semasa.

Kedua, keselarasan dengan Rancangan Malaysia, RMK. Negara kita bergerak mengikut kitaran lima tahun melalui Rancangan Malaysia. Adalah pelik jika perancangan pembangunan dibuat setiap lima tahun, tetapi instrumen kewangan utama untuk negeri disemak hanya setiap 10 tahun. Dengan menyelaraskan semakan ini kepada lima tahun, kerajaan negeri boleh menyusun bajet operasi mereka selari dengan strategi pembangunan nasional yang dibentangkan di Dewan yang mulia ini.

Yang ketiga, tekanan inflasi dan kos pentadbiran. Justeru, saya tegaskan bahawa pihak kerajaan wajar mengadakan semakan pemberian per kapita ini setiap lima tahun berbanding pihak kerajaan mengambil masa bertahun-tahun untuk berbuat demikian.

Tan Sri Yang di-Pertua, apabila berbicara mengenai negeri Kedah, kita tidak boleh menafikan fakta tentang lonjakan populasi iaitu satu hal yang tidak boleh dinafikan. Mengikut data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), populasi Kedah kini telah mencecah sekitar 2.16 juta orang. Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini, kita melihat pertumbuhan penduduk yang konsisten.

Memandangkan jumlah pemberian ini bergantung kepada statistik penduduk, bagaimana kekerapan pengesahan data populasi dilakukan antara Jabatan Perangkaan (DOSM) dan Kementerian Kewangan? Adakah terdapat ruang untuk pelarasan interim atau interim adjustments dengan izin, dalam tempoh lima tahun jika berlaku migrasi penduduk yang mendadak ke sesebuah negeri bagi mengelak ketidakadilan fiskal?

Tan Sri Yang di-Pertua, isu pemberian per kapita bukan sekadar soal formula, tetapi soal ketepatan data. Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada unjuran statistik yang mungkin tidak mencerminkan realiti penghijrahan penduduk yang dinamik di lapangan.

Saya menggesa agar mekanisme pengumpulan statistik oleh DOSM diperkasakan melalui integrasi data pentadbiran, administrative data dengan izin, yang lebih real time daripada agensi seperti JPN dan KKM. Janganlah disebabkan kelewatan kemas kini bilangan kepala, ada negeri yang terkurang terima hak rakyatnya, sedangkan beban perkhidmatan awam di negeri tersebut sudah pun meningkat berkali ganda.

Tan Sri Yang di-Pertua, rakyat meneliti kadar kenaikan peratus pemberian ikut kepala ini. Ada kenaikan berjumlah 15 peratus, ada 25 peratus, ada 37 peratus dan tertinggi 42 peratus. Sebagai contoh, Kedah memperolehi kenaikan sejumlah anggaran RM36.6 juta mengikut kadar baharu berbanding kadar semasa anggaran RM32.2 juta, bersamaan peningkatan 25.7 peratus.

Dengan kenaikan yang pelbagai peratus ini, bolehkah Yang Berhormat Menteri menyatakan adakah mekanisme penyaluran ini akan dilakukan secara berperingkat, staggered atau sekali gus, lump sum pada awal tahun kewangan? Dan sejauh manakah kementerian memastikan tiada kelewatan penyaluran waran peruntukan yang boleh menjejaskan aliran tunai kerajaan negeri untuk pembayaran emolumen dan kos operasi?

Selain itu, memandangkan pemberian ini dibuat di bawah perkara 109(1)(a) untuk membantu perbelanjaan mengurus, apakah garis panduan atau tatacara kewangan baharu yang ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara bagi memastikan data tambahan ini tidak terperangkap dalam birokrasi, sebaliknya sampai terus kepada unit-unit penyampaian perkhidmatan di peringkat daerah, khususnya di negeri-negeri pertanian seperti Kedah?

Tan Sri Yang di-Pertua, yang terakhir. Selaras dengan kuasa Ketua Audit Negara di bawah perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan, bagaimanakah mekanisme audit pengesahan dijalankan untuk memastikan setiap Ringgit pemberian per kapita ini dibelanjakan mengikut maksud asal peruntukan? Adakah kerajaan bersedia untuk membentangkan laporan prestasi pemberian Persekutuan secara berasingan bagi menilai impak dana ini terhadap kualiti hidup rakyat di negeri penerima?

Tan Sri Yang di-Pertua, sebagai kesimpulan, biarlah RUU ini dapat diimplementasi sebaiknya dari sisi integriti mekanisme penyaluran, efficiency tatacara kewangan dan audit, legitimasi data populasi serta semakan dalam tempoh lima tahun. Kelewatan membuat semakan dan pindaan pemberian ini akan memberi kesan mendalam kepada pembangunan negeri-negeri dalam federal.

Semua tahu bahawa salah satu punca pendapatan negeri adalah geran per kapita ini. “Bagi cepat, jangan lambat”. Sekian, terima kasih.

draft • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Sri Gading.

draft • 3:20 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tan Sri Speaker. Pertamanya, Sri Gading bangun pada hari ini untuk menyatakan sokongan penuh terhadap Rang Undang-undang Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026, di mana Sri Gading melihat ia satu langkah reformasi fiskal yang signifikan, matang dan bertanggungjawab.

Pemberian mengikut bilangan orang ini bukan satu perkara baru dan bukan juga satu bentuk ihsan politik, ia adalah kewajipan Perlembagaan. Perkara 109(1)(a) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan bahawa Kerajaan Persekutuan hendaklah membuat pemberian kepada setiap negeri pada setiap tahun kewangan berdasarkan jumlah penduduk. Ini bermakna pemberian ini adalah asas kepada hubungan fiskal antara Persekutuan dan negeri. Ia merupakan nadi operasi pertadbiran negeri bagi membiayai pengurusan harian, penyediaan perkhidmatan awam dan pembangunan setempat.

Namun, kita harus jujur mengakui bahawa kadar ini kali terakhir disemak secara menyeluruh pada tahun 2002 melalui Akta 622, sudah 24 tahun berlalu.

Dalam tempoh tersebut, negara kita telah melalui pelbagai perubahan ekonomi, krisis kewangan, pandemik, implikasi global, kenaikan kos bahan binaan, kenaikan kos pengurusan dan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam.

Persoalannya, adakah kadar 2022 masih mencerminkan realiti 2026? Tentu tidak. Adakah kos mentadbir negeri hari ini sama seperti dua dekad lalu?

Jawapannya tentu tidak. Maka, RUU ini memperkenalkan struktur kadar yang perlu lebih progresif dan realistik. Kenaikan antara 15 hingga 42 peratus menunjukkan bahawa kerajaan benar-benar mengambil kira hakikat bahawa nilai wang telah berubah dan keperluan negeri semakin meningkat. Struktur ini tidak dibuat secara sembarangan.

draft • 3:27 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Tahniah kepada Kementerian Kewangan. Ia progresif dan berasaskan prinsip keadilan fiskal. Namun, negeri berpendudukan kecil mendapat manfaat besar dari segi peratus kenaikan. Negeri berpendudukan ramai pula menerima jumlah keseluruhan yang lebih tinggi kerana asas kiraannya berdasarkan populasi. Jumlah keseluruhan pemberian bagi tahun 2026 dianggarkan meningkat dengan tambahan sekitar 25 peratus berbanding kadar sebelumnya. Ada yang melihat tambahan ini sebagai beban kepada Kerajaan Persekutuan tetapi Sri Gading melihatnya sebagai pelaburan dalam kestabilan negara.

Apabila negeri mempunyai ruang fiskal yang lebih kukuh, mereka dapat menampung peningkatan kos emolumen penjawat awam, memastikan penyelenggaraan jalan negeri berjalan lancar, memperkukuh kesiapsediaan menghadapi bencana alam dan memastikan perkhidmatan asas kepada rakyat tidak terganggu.

Jika negeri lemah, negara juga lemah. RUU ini juga disandarkan kepada data unjuran populasi terkini serta mengambil kira kemampuan kewangan semasa Persekutuan. Ia bukan keputusan tergesa-gesa. Ia telah melalui pertimbangan Majlis Kewangan Negara dan juga Jemaah Menteri sebelum dibentangkan di Dewan ini.

Sebagai wakil rakyat Sri Gading, Johor, Sri Gading amat memahami betapa pentingnya kestabilan kewangan negeri. Johor sebagai negeri berpenduduk besar akan menerima jumlah pemberian yang lebih tinggi selaras dengan populasinya.

Pada waktu yang sama, Johor adalah merupakan tempat mencari rezeki daripada penduduk ataupun warga negeri-negeri lain kerana berjiran dengan Singapura, tempat pembangunan dan juga negeri yang maju di sebelah selatan.

Di sinilah sebenarnya keperluan untuk negeri Johor dapat lebih berbanding dengan negeri lain kerana rakyat negeri-negeri lain duduk mencari rezeki di tanah bumi Johor. Namun pada masa yang sama, seperti negeri Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis turut menerima kenaikan yang signifikan dalam struktur baru ini. Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan hari ini tidak membezakan negeri berdasarkan parti yang memerintah.

Di bawah semangat Malaysia MADANI prinsipnya jelas, adil dan saksama kepada semua negeri. Kerajaan tidak melihat warna politik negeri, kerajaan melihat keperluan rakyat dalam Malaysia. Sri Gading juga menyokong cadangan supaya pemberian ini dikaji semula secara berkala, bukan 10 tahun. Yang terbaiknya adalah lima tahun. Kita tidak mahu lagi situasi di mana kadar menjadi lapuk dan tidak relevan. Tadbir urus yang baik memerlukan semakan berkala dan fizikal yang konsisten.

Tan Sri Speaker, sebagai tambahan kepada struktur pemberian yang dinyatakan dalam RUU ini, Sri Gading ingin mencadangkan agar kerajaan juga mempertimbangkan formula baru pemberian lanjutan yang mengambil kira faktor- faktor lain selain penduduk yang menjadi asasnya. Kita semua maklum bahawa jumlah penduduk penting dalam menentukan keperluan asas negeri.

Namun, dalam ekonomi yang semakin kompleks hari ini, terdapat beberapa faktor lain yang turut wajar diambil kira sebagai penambahbaikan kepada sistem pemberian. Antaranya, pertama, faktor sumbangan negeri kepada KDNK negara.

Sesetengah negeri bukan sahaja mempunyai jumlah penduduk yang tinggi, tetapi juga menyumbang secara besar kepada ekonomi negara. Aktiviti perindustrian, perkhidmatan dan perdagangan, sumbangan ini mencerminkan kepentingan negeri tersebut kepada keseluruhan ekonomi Malaysia.

Sebagai contoh, Johor mencatatkan KDNK pada tahun 2024 sebanyak RM158 bilion dan mencatat kadar pertumbuhan tertinggi di antara semua negeri dalam Malaysia iaitu 6.4 peratus. Merujuk kepada Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri Johor, melepasi pertumbuhan purata pertumbuhan negara sebanyak 5.1 peratus. Jika Johor menyumbang kira-kira― Johor juga menyumbang kira-kira 9.6 peratus KDNK Malaysia menjadikannya salah satu penyumbang terbesar kepada ekonomi selain Selangor dan Kuala Lumpur.

Data ini menunjukkan bahawa Johor bukan sahaja penting dari segi jumlah penduduk, tetapi juga sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara. Oleh itu, pengiraan pemberian mengikut bilangan orang perlu dipertimbangkan juga faktor sumbangan KDNK negeri sebagai satu indikator produktiviti, kapasiti hasil dan peranan negeri dalam sistem ekonomi negara.

Yang kedua, faktor keluasan geografi negeri. Negeri-negeri yang mempunyai keluasan wilayah yang besar seperti Sabah, Sarawak dan Pahang menghadapi kos penyampaian perkhidmatan yang lebih tinggi berbanding negeri kecil kerana infrastruktur perlu dibina merentasi kawasan yang luas. Faktor keluasan negeri ini juga wajar dipertimbangkan sebagai satu kriteria pemberian tambahan supaya negeri-negeri tersebut tidak terbeban sekiranya hanya berdasarkan jumlah penduduk.

Yang ketiga, faktor kemiskinan dan kadar pembangunan sosioekonomi. Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh menafikan bahawa kadar kemiskinan berbeza antara negeri. Negeri-negeri yang lebih tercabar dari segi indikator kemiskinan, pembangunan sosioekonomi dan akses perkhidmatan asas seharusnya menerima perkhidmatan tambahan melalui pemberian untuk membantu memanjangkan menangani jurang pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Mengambil kira ketiga-tiga faktor ini, populasi, sumbangan ekonomi, KDNK, keluasan negeri dan kadar kemiskinan, Sri Gading mencadangkan agar ia dimasukkan sebagai komponen ataupun formula pemberian di masa hadapan.

Formula ini bukan untuk menghentikan pemberian mengikut bilangan orang tetapi sebagai elemen penyelaras yang memberi gambaran yang lebih adil mengenai keperluan dan sumbangan setiap negeri kepada negara.

Dengan mengambil sumbangan daripada KDNK negara, kita bukan sahaja mengiktiraf peranan negeri sebagai penggerak ekonomi, tapi juga membolehkan pemberian diselaraskan dengan negeri-negeri yang menyokong pertumbuhan nasional secara berterusan. Terima kasih, Sri Gading menyokong.

draft • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Bukit Bendera.

draft • 3:30 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih Tan Sri Speaker. Jadi, apabila kita bercakap tentang keadilan dalam sesebuah Persekutuan, kita sebenarnya sedang membincang sama ada setiap suara rakyat mempunyai nilai yang sama. Dan inilah sebab mengapa RUU Pemberian Mengikut Bilangan Orang begitu penting. Sesebuah negara bukan sekadar garisan di atas peta. Ia adalah tentang manusia dan formula peruntukan harus mencerminkan jumlah sebenar rakyat yang dilayani.

Apabila agihan kewangan diselaraskan mengikut saiz populasi, ia memperkukuh prinsip keadilan, ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan sumber awam. Ia juga memastikan negeri-negeri yang berkembang pesat tidak terus terbeban dengan sumber yang terhad untuk memenuhi keperluan komuniti yang semakin bertambah. Jadi pada asasnya, rang undang-undang ini menyelaraskan sistem fiskal kita dengan satu prinsip demokrasi yang jelas, rakyat itu penting, maka bilangannya juga mesti diambil kira.

Tan Sri Yang di-Pertua, selama 24 tahun, kadar pemberian mengikut bilangan orang kepada negeri tidak bergerak. Selama 24 tahun, inflasi tidak pernah berhenti. Kos sara hidup meningkat. Emolumen penjawat awam pun meningkat. Kos penyenggaraan sekolah, jalan raya, klinik dan juga sistem perparitan terus meningkat. Tetapi formula pemberian kita kekal pada logik tahun 2002.

Itulah realiti yang sedang kita betulkan hari ini. RUU ini wajar dan perlu.

Perkara 109, Perlembagaan Persekutuan bukan sekadar peruntukan teknikal. Ia adalah amanah. Ia adalah prinsip asas federalisme kita bahawa negeri mesti mempunyai sumber untuk mentadbir dan juga memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Struktur baharu yang memperkenalkan empat peringkat kadar termasuk kenaikan 42 peratus bagi 100,000 penduduk pertama adalah satu pembetulan yang signifikan.

Negeri kecil mendapat lonjakan peratusan yang bermakna. Negeri besar menerima jumlah keseluruhan yang lebih tinggi selaras dengan populasi mereka.

Jadi, ini bukan soal belas ihsan. Ini adalah soal keadilan fiskal. Namun Tan Sri Speaker, jika kita cukup berani untuk membetulkan kelewatan selama 24 tahun, kita juga mesti cukup berani untuk memastikan kelewatan seperti itu tidak berlaku lagi.

Kebimbangan pertama saya jelas. Mengapa kita menetapkan semakan setiap 10 tahun?

draft • 3:37 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Kita baru sahaja melihat akibat apabila formula fiskal dibiarkan begitu lama tanpa semakan. Jadi. dalam ekonomi hari ini, 10 tahun adalah tempoh yang panjang.

Nilai wang boleh susut dengan pantas. Inflasi tidak menunggu kita. Krisis global tidak pula memberi notis yang awal. Jadi, saya menyeru agar kerajaan mempertimbangkan mekanisme pelarasan yang lebih dinamik, mungkin semakan setiap lima tahun ataupun indeksasi automatik berdasarkan kadar inflasi. Kita tidak boleh membina sebuah sistem yang memerlukan satu dekad untuk diperbetulkan semula.

Dan yang kedua, isu kebergantungan struktur. RUU ini menambah jumlah pemberian tetapi tidak menyentuh persoalan yang lebih besar. Adakah negeri benar- benar diperkasa atau sekadar terus bergantung dengan pemindahan Persekutuan?

Negeri berpopulasi kecil akan terus memerlukan sokongan. Itulah realitinya tetapi reformasi fiskal sebenar bukan hanya menaikkan kadar. Ia memerlukan perbincangan yang lebih mendalam tentang autonomi hasil perkongsian cukai dan juga daya tahan kewangan negeri. Jika tidak, kita hanya membesarkan saluran bantuan, bukan membina kekuatan dalaman.

Dan yang ketiga, kemampanan fiskal Persekutuan. Tambahan lebih RM109 juta menjadikan jumlah keseluruhan hampir RM548 juta pada tahun 2026. Dalam keadaan ekonomi global yang tak tentu, harga komoditi yang berubah, mata wang yang terdedah kepada tekanan luar dan juga risiko geopolitik, kita mesti bertanya, apakah pelan sekiranya hasil Persekutuan menyusut? Dan adakah terdapatnya mekanisme pelaporan tahunan kepada Parlimen supaya kita boleh menilai impak dan juga keberkesanan pemberian ini secara telus?

Tan Sri Speaker, menyokong RUU ini tidak bermaksud kita menggantung pertimbangan kritikal. Mengukuhkan negeri dan juga menjaga disiplin fiskal Persekutuan bukan dua agenda yang bercanggah. Ia sebenarnya adalah dua sisi tanggungjawab yang sama. Jadi, jika rakan-rakan media mahu satu tajuk, jadi biarlah tajuknya berbunyi begini, “24 tahun kesilapan diperbetulkan. Jangan ulangi kesilapan dengan wajah baharu”. Jadi, hari ini kita membetulkan angka, esok kita mesti memastikan sistem ini cukup anjal, cukup responsif dan cukup telus untuk menghadapi dekad yang lebih mencabar daripada dekad yang lalu. Sekian Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya, saya jemput Tumpat.

draft • 3:40 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Geran per kapita merupakan ciri lazim negara Persekutuan berbanding dengan negara unitari. Geran per kapita merupakan instrumen asas kepada tanggungan federalisme. Memastikan per kapita yang betul akan menyebabkan kukuhnya hubungan di antara federal dan negeri-negeri.

Dalam hal ini, kita melihat bila berlaku pindaan ataupun penggubalan akta pada hari ini, saya mengharapkan bukan hanya berlaku pertukaran perubahan kadar, tapi juga berlaku perubahan formula untuk menentukan kadar tersebut. Saya ingin tahu dari pihak kerajaan, apakah justifikasi yang digunakan untuk mendapatkan asas RM102 untuk 100,000 pertama kerana kita lihat kalau daripada sudut pengiraan untuk SARA pun, satu individu dapat RM100.

Sekarang ini untuk per kapita, kita lihat, di RM500,000 yang kedua mendapat RM14, RM13.50 dan juga RM13. Jadi ini hanya melibatkan implikasi RM548 juta.

Jadi apakah justifikasi yang digunakan kerana kita lihat, kalau kita umpamakan negara ini ataupun negeri ini sebuah rumah, geran per kapita merupakan nafkah wajib iaitu menjamin operasi minimum negeri itu terjalan.

Manakala untuk development expenses ataupun perbelanjaan pembangunan, ia merupakan suatu perubahan ataupun pelaburan untuk renovasi untuk membina asas atau pun naik taraf struktur rumah itu sendiri. Jadi dalam hal ini kita melihat firman Allah SWT yang bermaksud, “Hendaklah orang-orang yang mampu memberikan nafkah menurut kemampuannya”. Surah At-Talaq, ayat nombor 7. Jadi dalam hal ini, kita melihat bagaimana dalam pindaan pada akta ataupun semakan pada hari ini sepatutnya merangkumi formula pengiraan pemberian berdasarkan kepada statistik dengan penduduk.

Soalnya ialah, kalau negeri Kelantan tahun 2018, kita mendapat lebih kurang RM25.7 juta untuk geran per kapita, tahun 2025 kita mendapat RM28.39 juta. Dalam tempoh lebih kurang tujuh tahun ini kita lihat berlaku hanya kenaikan lebih kurang RM3 juta sahaja. Jadi, dalam keadaan ini, kita kena lihat juga tentang kadar kesuburan dan juga kadar penuaan. Malaysia sedang menuju status negara menua.

Bila kadar kesuburan turun, kita lihat ia akan menyebabkan perbelanjaan kesihatan, kebajikan meningkat, tanggungan bertambah, hasil negeri mungkin tertekan. Dalam hal ini, kita lihat pemberian kadar kepada geran per kapita dikira berdasarkan bilangan keseluruhan bukan struktur umur.

Jadi, dalam hal ini kita ingin bertanya kepada pihak kerajaan, adakah kita tidak boleh mengubah formula untuk penentuan kadar per kapita ini dengan melihat juga negara-negara persekutuan yang matang yang menggunakan unsur equalization untuk memastikan bahawa mengambil kira kapasiti hasil negeri, kos penyampaian, jurang pembangunan. Jadi, tadi kita dengar beberapa orang daripada negeri Johor, daripada negeri Pulau Pinang, Selangor menyebut tentang ramai di kalangan rakyat ini yang berada tak sama antara jumlah sebenar dengan jumlah yang betul-betul ada dalam negeri.

Dalam hal ini, kita melihat ini berlaku kerana jurang pembangunan tidak sama. Jadi bagaimana hari ini kita harus baiki dan saya mencadangkan supaya kerajaan membuat audit jurang pembangunan per kapita peringkat negeri supaya kita boleh merumus formula baru berdasarkan kepada bukan hanya bilangan penduduk kerana bilangan penduduk akan makin mengecil kerana kadar kesuburan menurun, kemiskinan, beban bencana, kos logistik dan juga struktur demografi.

Jadi dalam hal ini kita perlu melihat bagaimana semangat federalisme ini akan memperkukuhkan dan ini mestilah berdasarkan kepada data dan amanah.

Sudah tiba masanya Malaysia berubah dengan model baru dengan menubuhkan suruhanjaya agihan fiskal negeri supaya ia menjadi suruhanjaya yang bebas, yang akan memberikan hak yang sama ataupun yang adil bukan hanya berdasarkan kepada jumlah kurang penduduk atau ramai penduduk tapi lebih adil dalam bentuk kemakmuran yang sebenar-benarnya yang patut diterima oleh sebuah negeri.

Jadi, dalam hal ini kita mencadangkan supaya bukan hanya kita memperundangkan, tadi cadangan ada yang sebut 10 tahun, ada yang cadangkan lima tahun. Dalam hal ini, saya bersetuju dengan cadangan lima tahun, perlu diperundangkan supaya menjamin hak negeri-negeri. Dalam masa yang sama, bukan hanya memperundangkan tentang agihan geran per kapita kepada rakyat, tapi juga memperundangkan peruntukan untuk Ahli-ahli Parlimen kerana ini merupakan asas demokrasi yang tadi merupakan asas kepada federalisme.

Jadi, indeks kemiskinan negeri, beban bencana perlu dilihat supaya kita boleh benar-benar mendapat manfaat daripada agihan geran per kapita yang diluluskan oleh kerajaan kerana kita perlu lihat, kerana kita perlu faham bahawa DE adalah keputusan tahunan projek spesifik, manakala pindaan kepada akta berkenaan dengan kadar ini menyentuh tentang struktur asas hubungan fiskal. Jadi, jika asasnya tidak berubah, jurang relatif boleh kekal walaupun perbelanjaan untuk pembangunan itu mungkin bertambah. Sekian, terima kasih.

draft • 3:43 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya, saya jemput Kota Belud.

draft • 3:43 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Bismillahirrahmanirrahim. Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada Bahagian 1 Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan ini adalah satu langkah yang sudah lama dinantikan memandangkan kali terakhir kadar ini disemak adalah pada tahun 2002.

Perlu juga difahami bahawa pemberian mengikut bilangan orang ini bukan ihsan dari Kerajaan Pusat tetapi ia nya adalah hak statutori negeri-negeri di bawah Perkara 109(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Umumnya, saya menyambut baik kenaikan kadar ini kerana ia nya sangat bermakna bagi negeri-negeri berpenduduk kecil untuk menampung kos pengurusan mereka. Namun ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian oleh Dewan ini dan juga penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, saya rujuk buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan Bagi Tahun 2026 yang telah dibentangkan pada bulan Oktober 2025, muka surat 61 di bawah maksud Tanggungan 12 Perbendaharaan. Di situ dinyatakan butiran 010100, anggaran pemberian mengikut bilangan orang bagi tahun 2025 adalah sebanyak RM434.6 juta dan bagi tahun 2026 pula, sebanyak RM547.56 juta.

Pertama, jumlah yang dianggarkan yang dibentangkan dalam RUU ini telah pun dimasukkan di dalam anggaran perbelanjaan tahun 2026. Maksudnya di sini, secara asasnya kita telah pun bersetuju dengan kenaikan kadar ini sewaktu kita meluluskan Belanjawan 2026 tahun lalu. Apa yang kita lakukan hari ini adalah untuk memastikan setiap pembayaran yang dibuat yang telah dipersetujui mengikut proses undang-undang yang sepatutnya.

draft • 3:48 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Seterusnya, saya rujuk pula Lampiran E di dalam dokumen yang sama yang mana pada tahun 2024, Sabah menerima RM51.59 juta iaitu kedua tertinggi selepas Selangor dan jumlah ini mencerminkan bahawa Sabah mempunyai bilangan penduduk kedua tertinggi di Malaysia.

Dalam isu bilangan penduduk ini, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Saya rujuk pada dua dokumen iaitu, satu, daripada buku Anggaran Penduduk Semasa yang dikeluarkan oleh DOSM pada bulan Julai 2025 dan satu daripada slaid pembentangan oleh MOF dua minggu yang lalu.

Pertama, bilangan penduduk di Sabah adalah berjumlah 3.759 juta pada tahun 2025 manakala bilangan orang berjumlah 4.13 juta. Terdapat penambahan kira-kira 371,000 untuk di Sabah dan pada kadar 4.13 juta itu digunakan bagi mengira jumlah pemberian yang perlu diberikan kepada Sabah.

Saya lihat data di Selangor pula yang mana jumlah bilangan penduduk bagi tahun 2025 adalah 7.4 juta manakala jumlah bilangan orang adalah 6.453 juta orang.

Terdapat pengurangan kira-kira satu juta. Berdasarkan angka yang diberikan, pemberian kepada Selangor dikira pada kadar yang lebih rendah berbanding jumlah penduduk mereka iaitu berbeza dengan Sabah.

Justeru, saya ingin dapatkan penjelasan, apakah sebenarnya formula yang digunakan?

Apakah faktor-faktor yang diambil kira? Saya difahamkan definisi antara kadar bilangan orang dan kadar bilangan penduduk adalah berbeza, yang mana bilangan yang merujuk kepada jumlah individu secara umum manakala bilangan penduduk merujuk kepada jumlah orang yang menetap secara sah ataupun tetap di sesebuah kawasan termasuk warganegara dan bukan warganegara. Jika definisi ini benar, sememangnya kerajaan wajib memberikan penjelasan mengenai formula yang diguna pakai.

Tuan Yang di-Pertua, peningkatan kadar dari 15 sehingga 42 peratus sememangnya diperlukan khususnya kepada negeri-negeri yang berpenduduk kecil seperti Perlis yang menerima kenaikan setinggi 40.8 peratus. Saya tiada isu dan saya alu-alukan. Dan peningkatan dua peratus daripada jumlah peruntukan keseluruhan bagi tahun 2026 juga saya alu-alukan. Namun, pada masa yang sama, adakah formula satu saiz untuk semua ini benar-benar mencerminkan semangat layanan yang lebih adil seperti yang dinyatakan di dalam huraian RUU ini? Mengapa negeri yang lebih luas seperti Sabah mendapat peratusan kenaikan yang jauh lebih rendah berbanding negeri kecil di Semenanjung?

Bagi saya, formula sedia ada ini sangat tidak memihak kepada negeri yang mempunyai wilayah yang luas. Di bawah pindaan ini, bagi baki penduduk melebihi 1.1 juta orang, kadarnya hanyalah RM13 seorang. Ini bermaksud, bagi Sabah dengan unjuran populasi 4,186,400 orang, ini bermaksud lebih dua juta orang di Sabah hanya bernilai RM13 seorang.

Saya ingin bertanya kepada kerajaan, adakah RM13 ini cukup untuk menyelenggarakan infrastruktur di pedalaman Sabah atau kos logistik untuk menghantar perkhidmatan di Beluran atau di Kinabatangan mahupun Kota Belud?

Pekan-pekan yang saya sebutkan ini tidak boleh disamakan dengan kos di Shah Alam ataupun Georgetown. Belum lagi disebut harga barang, bahan binaan dan sebagainya yang jauh lebih mahal berbanding Semenanjung.

Justeru, saya ingin mencadangkan agar sudah sampai masanya kerajaan mengambil kira regional weightage dalam formula pemberian ini pada masa hadapan. Ia nya perlu mengambil kira keluasan tanah ataupun land mass dan bukannya sekadar bilangan kepala semata-mata.

Tuan Yang di-Pertua, mengikut data DOSM setakat Julai 2025, daripada 3.759 juta penduduk di Sabah, warganegara di Sabah berjumlah 2.72 juta orang atau mewakili 72 peratus daripada penduduk di Sabah. Bukan warganegara pula mewakili 28 peratus atau satu juta orang. Kadar peratusan bukan warganegara di Sabah ini jauh lebih tinggi berbanding negeri yang paling ramai penduduknya dan paling banyak aktiviti ekonominya iaitu Selangor. Di Selangor, daripada 7.4 juta penduduk, 90 peratus atau 6.67 juta penduduknya adalah warganegara, manakala 10 peratus atau 727,000 penduduknya bukan warganegara.

Saya mungkin boleh faham kalau negeri yang aktiviti ekonominya yang rancak seperti Selangor memerlukan ramai warga asing bagi memenuhi permintaan tenaga kerja. Tetapi, di Sabah, jumlah bukan warganegara langsung tidak mencerminkan realiti ekonomi kami di Sabah. Mungkin ada yang cakap isu ini bukan isu baru, isu ini isu lama. Ya, tapi sampai bila? Yang kita berada di sini, apa kita buat untuk selesaikan isu ini once and for all? Isu ini bukan sahaja merugikan Sabah, tetapi merugikan Kerajaan Persekutuan yang perlu membelanjakan kos yang besar setiap tahun seperti kesihatan, keselamatan, infra dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini juga saya ingin tegaskan bahawa kenaikan pemberian ini tidak boleh dan tidak akan sekali-kali dijadikan alasan untuk melengah-lengahkan atau mengurangkan tuntutan pemberian khas 40 peratus hak Sabah di bawah Perkara 112C dan 112D. Ini adalah dua perkara yang berbeza. RUU ini hak perlembagaan untuk semua negeri dan 40 peratus adalah janji yang masih kekal di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963.

Sebagai penutup, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan agar pindaan perlu dibuat dengan memasukkan klausa semakan berkala automatik setiap lima tahun. Kita tidak mahu lagi perkara yang sama berulang, tunggu lagi 24 tahun untuk melihat kadar ini disemak semula. Hak rakyat Sabah dan negeri-negeri lain tidak harus terhakis oleh inflasi.

Sekian, terima kasih.

draft • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput pembahas terakhir― Ipoh Timor.

draft • 3:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih Tan Sri. Satu pembetulan yang lama tertangguh― rang undang-undang ini― dan saya akan menyokong dengan sepenuh penuhnya. Tapi, namun, dalam menyokong, saya ingin memastikan kita tidak sekadar menambah angka tetapi memperkasakan atau memperkukuhkan falsafah di sebalik agihan antara Persekutuan dengan negeri.

Saya nak mula dengan beberapa penanda aras antarabangsa. Kapita tambah keperluan tambah kapasiti. Di Kanada, Canada Health Transfer, prinsipnya jelas. Setiap warganegara bernilai sama dalam pembiayaan asas atau dia punya lantainya. Dia beri kestabilan dan ketelusan. Dan capitation yang telus dan seragam adalah penting sebagai lantai minimum dan rang undang-undang ini bergerak ke arah itu. Syabas, tahniah.

Keduanya, Afrika Selatan. Provincial Equitable Share. Provinsi dia, province dia macam negeri kitalah. Dia menggunakan formula berwajaran di mana komponen populasi asas digabungkan dengan komponen kesihatan dan faktor-faktor lain yang mencerminkan kos perkhidmatan sebenar. Ramai Ahli-ahli Yang Berhormat seisi Dewan telah menyentuh ini. Dan pengajaran kepada Malaysia ialah kepalanya dikira, tetapi beban di sebalik kepala juga dikira.

Ketiganya, Germany. Kita tadi dengar Kuala Lumpur atau Selangor yang besar. Di mana, Berlin di Jerman, dia menerima weighting populasi atau pemberat populasi yang lebih tinggi kerana kos penyediaan perkhidmatan bandar adalah lebih mahal. Kononnyalah. Pengajarannya adalah tak semua populasi mempunyai kos yang sama.

Keempat, Switzerland. Di mana, dia ukur resource potential setiap canton, atau equivalent negeri kitalah, kapasiti hasil per kapita itu sebelum menentukan aliran perimbangan fiskal.

Pengajaran kepada Malaysia, keadilan fiskal bukan sekadar soal bilangan orang tetapi juga keupayaan menjana hasil dan kos penyediaan perkhidmatan.

Tan Sri Speaker, jika kita lihat Malaysia pada hari ini, struktur umur yang berbeza antara negeri-negeri, migrasi keluar atau pemindahan atau hijrah keluar masuk, perbezaan rural dan urban, dengan izin, risiko bencana, jurang kapasiti fiskal, kita tengah bergerak dalam realiti yang sama kerumitan dan kompleksiti dia. Maka, capitation adalah asas lantainya yang baik tetapi kita mesti melengkapkannya.

Sokongan saya kepada RUU ini adalah berdasarkan ia menaikkan kadar selepas tempoh yang terlampau lama tanpa semakan bermakna. Keduanya, ia mengekalkan struktur bertingkat yang memberi lantai kepada negeri-negeri kecil.

Bukan miskin ya. Saya tak guna istilah miskin. Tadi ada orang kata jangan guna istilah miskin. Ketiganya, ia memberi kepastian dan ketelusan supaya ia mudah difahami dan diaudit. Ini adalah langkah betul. Sekali lagi, betul tak bermaksud mencukupi.

Faktor penuaan penduduk atau agedness atau aging society sesuatu― saya bukan kata dia mudarat, tetapi sesuatu yang sedang melanda bukan sahaja Malaysia tetapi benua kita.

draft • 3:56 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Malaysia sedang menua tetapi tak semua negeri menua pada kadar yang sama. Negeri dengan peratusan warga emas yang tinggi akan menanggung kos kesihatan kronik yang lebih tinggi, keperluan penjagaan luar jangka panjang, fasiliti komuniti warga emas, latihan tenaga kerja penjagaan dan berbagai-bagai lagi faktor dan jika kita hanya mengira kepala tanpa mengira umur kepala tersebut, maka kita berisiko mencipta ketidakseimbangan fiskal yang halus tetapi mendalam.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Negeri yang lebih menua mungkin memerlukan lebih banyak peruntukan per kapita berbanding negeri-negeri yang lebih muda. Faktor migrasi atau penghijrahan bersih atau net migration antara negeri, bukan hijrah ke Singapore, bukan pergi Thailand, bukan Hong Kong. Migrasi antara negeri, net migration, ada negeri yang menjadi penerima bersih migrasi.

Ini meningkatkan tekanan infrastruktur pada perkhidmatan. Ada negeri yang mengalami migrasi keluar yang bersih, khususnya golongan muda dan tenaga kerja dan ini meninggalkan struktur umur yang lebih berat, asas hasil yang lebih kecil dan kos perkhidmatan yang tidak berkurang secara linear.

Jadi tiada pelarasan— tanpa pelarasan, negeri yang kehilangan modal insan akan terus kehilangan kapasiti fiskal tanpa sokongan yang sepadan. Dan saya ambil sedikit masa lagi Tan Sri, service population dan kos sebenar adalah sesuatu yang perlu juga dipertimbangkan. Penduduk rasmi bukan satu-satunya pengguna fasiliti negeri. Pelancong, komuter rentas negeri, pelajar luar, pekerja sementara, semua menggunakan jalan negeri, kemudahan kesihatan dan perkhidmatan kebersihan dan keselamatan.

Ada negeri yang menanggung beban jauh lebih besar daripada angka banci rasmi dan ini wajar dipertimbangkan dalam reka bentuk keseluruhan geran Persekutuan dan kapasiti fiskal dan kos struktur yang disebut oleh ramai Ahli-ahli Yang Berhormat. Tak semua negeri mempunyai asas ekonomi dan keupayaan hasil yang sama. Persekutuan lain mengukur resource capacity. Tadi saya sebut Switzerland, sebelum membuat perimbangan.

Selain itu, faktor kos struktur seperti rurality atau keluar bandaran dan keluasan geografi, risiko bencana berulang, backlog infrastruktur yang uzur, tahap kemiskinan dan kerentanan sosial, semua ini mempengaruhi kos sebenar penyediaan perkhidmatan awam dan capitation memberi asas needs-based adjustment dengan izin, juga perlu diperlukan untuk memberi keadilan.

Cadangan kerangka Malaysia saya nak sampaikan di atas penyokongan saya terhadap RUU ini, saya nak cadangkan supaya kekalkan capitation sebagai lantai asas yang telus, wujudkan geran pelarasan keperluan berformula yang mengambil kira penuaan migrasi bersih, rurality dan kos geografi, risiko bencana, kapasiti fiskal negeri dan tetapkan semakan indikator sekurang-kurangnya setiap tiga sehingga lima tahun, tiga sehingga lima tahun supaya formula tidak ketinggalan realiti demografi. Dan ini bukan soal politik negeri atau Persekutuan. Ini bukan nak pit one against the other dengan izin, ini soal keadilan struktur dalam sebuah Persekutuan.

Saya nak sampaikan lima soalan. Saya panggil lockdown questions lah kepada Yang Berhormat Menteri dan juga kementerian. Adakah kerajaan bersedia memperkenalkan komponen pelarasan berdasarkan peratusan umur 65 ke atas atau old age dependency ratio dalam mana-mana geran Persekutuan? Jika ada, bila?

Kedua, adakah kerajaan akan mengiktiraf dan mengukur penghijrahan bersih atau net migration antara negeri sebagai faktor pelarasan fiskal? Apakah indikator yang akan digunakan sekiranya ada?

Adakah konsep service population termasuk komuter dan pelancong akan dimasukkan dalam pertimbangan formula geran pada masa hadapan?

Keempat, adakah kerajaan bercadang membangunkan kerangka pengukuran kapasiti fiskal negeri seperti yang diamalkan di Switzerland atau di Australia?

Kelimanya, bolehkah Menteri memberi komitmen atau komited bahawa semakan demografi kritikal tidak akan menunggu 10 tahun tetapi akan disemak secara berkala dalam tempoh tiga ke lima tahun— tiga sehingga lima tahun?

Dato’ Speaker, RUU ini memperbaiki paip utama aliran fiskal antara Persekutuan dan negeri. Tetapi kita mesti memastikan tekanan ayor diagihkan mengikut keperluan sebenar setiap tingkat dalam bangunan Persekutuan kita ini.

Saya menyokong RUU ini dan saya berharap ia menjadi permulaan kepada satu sistem perimbangan fiskal yang lebih matang, lebih berasaskan data dan lebih adil kepada semua negeri dalam Persekutuan Malaysia kita yang tercinta. Dengan ini, Ipoh Timor menyokong. Sekian, terima kasih.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, seramai 21 kalau tidak silap saya pembahas dan sekarang tiba masa untuk Menteri menjawab. Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 4:00 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 4:05 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

30 minit.

draft • 4:05 PM

Tuan Liew Chin Tong

Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, salam Ramadan dan juga Selamat Tahun Baru Cina kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Dato' Yang di-Pertua, mewakili Kementerian Kewangan, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam pembahasan berkaitan Rang Undang-undang Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026. Banyak cadangan telah diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya rasa sedikit sunyilah kerana semua mewakili negeri tapi saya kena jawab bagi pihak kerajaan pusat.

Saya sebenarnya saya juga mendukung dan menyokong prinsip bahawa kita memberi peranan dan lebih banyak sumber kepada kerajaan-kerajaan negeri supaya federalisme kita lebih kukuh. Tapi di sini saya rasa usaha yang kita jalankan buat kali ini ialah usaha yang sangat penting. Usaha ini kita telah memulakan satu proses untuk memperbetulkan apa yang tidak betul iaitu terlalu lama kita tidak semak lagi bilangan capitation grant atau pemberian bilangan orang dan ini adalah salah satu mekanisme.

Mekanisme ini ialah di mana pemberian bilangan orang adalah salah satu pemberian kepada kerajaan negeri dan bukan semuanya. Ia salah satu mekanisme dan ada mekanisme lain yang dimaktubkan dalam perlembagaan ataupun secara pentadbiran. Ada MARRIS, ada pemberian lain, ada peruntukan secara melalui agensi-agensi Kerajaan Pusat dan pelbagai.

Saya juga mengambil maklum cadangan-cadangan dari semua rakan di sini seperti apa yang saya kata awal semasa saya bentangkan usul ini, kerajaan bersedia untuk mendengar pandangan dan cadangan untuk menambah baik sistem federalisme kita.

Cadangan, ada banyak cadangan yang baik yang boleh dipertimbangkan dalam proses-proses yang akan datang, mungkin dalam Majlis Kewangan Negara ataupun dengan apa sahaja mungkin Jawatankuasa Parlimen boleh meninjaukan asas-asas baru seperti demografi, rural-urban migration, isu geografi kawasan yang besar ataupun kawasan yang kecil.

Ada yang sebut tentang masyarakat menua juga satu asas. Ada juga asas seperti iklim. Bagaimana kita ada asas federalisme, pemberian federalisme yang lebih baik, lebih memihak mempeliharakan iklim. Ada juga tadi Sekijang sebut tentang Wilayah Persekutuan, pemberian kepada Wilayah Persekutuan.

Tapi apa yang saya nak khususkan jawapan saya ialah bahawa asas yang ditetapkan untuk pemberian ini dan untuk kali ini yang ditetapkan dalam Majlis Kewangan Negara dan juga ditekankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah bahawa negeri-negeri kecil diberikan lebih banyak peruntukan dan ini adakah ini adil tak adil, keadilan yang disebutkan dalam pemberian ataupun ruang undang- undang ini ialah berasas bahawa negeri kecil, negeri dengan penduduk yang kurang diberikan pemberian yang lebih tinggi. So, ini asas dia.

Memang ada setiap pihak ada negeri besar kata negeri besar, negeri yang menyumbang KDNK yang lebih besar harus dapat peruntukan yang lebih banyak.

Ada negeri yang lebih kecil kata dia perlukan peruntukan yang lebih kecil tapi asas yang ditetapkan buat kali ini ialah untuk memberikan pemberian kepada negeri- negeri kecil.

draft • 4:05 PM

Tuan Liew Chin Tong

So, John Rawls, saya memetik ahli falsafah John Rawls berkata, “Justice required maximum attention to the needs of the least fortunate”. Ini asas dia dan dalam keadaan kita, cadangan kenaikan kadar berubah berdasarkan struktur bilangan orang ini akan memberi manfaat yang optimum kepada semua negeri di mana akan membantu negeri-negeri yang mempunyai bilangan orang sedikit dan hasil negeri terhad yang terhad di samping negeri yang mempunyai bilangan orang ramai akan turut mendapat peningkatan pemberian tahunan lebih tinggi.

Cadangan pindaan kadar pemberian akan meningkatkan jumlah pemberian mengurus kepada negeri per kapita terutamanya kepada negeri yang mempunyai bilangan penduduk yang sedikit. Ini membolehkan negeri-negeri tersebut menerima peruntukan yang besar bagi bilangan penduduk dalam kumpulan ini.

Fakta. Fakta ialah saya dengar Beluran, Bukit Gantang kata, “Oh, negeri kecil seperti Perlis tidak dapat peruntukan yang setimpalnya”. Tapi seperti apa yang dimaklumkan oleh Arau— Arau kata ini memang adillah ada kepada Perlis kerana Perlis dapat, kalau setiap orang kira penduduk dia, Perlis ada penduduk seramai 285,000 orang dan Perlis dapat RM12,790,000 bermaksud setiap kepala dapat RM44.88. So, bermakna negeri kecil seperti Perlis memang dapat manfaat yang tinggi dalam keadaan ini. So, fakta ini saya nak betulkan.

Dan juga ada isu berkenaan dengan DOSM. Dengan apa yang tadi Kuala Kedah kata, adakah— apa asas dia? Sebenarnya ini jumlah penduduk atau orang dalam negeri adalah berasaskan kepada data bancian penduduk dan unjuran penduduk yang dijalankan oleh DOSM pada setiap 10 tahun sekali. Mengikut kaedah bancian, definisi penduduk adalah individu yang telah menetap di sesuatu tempat duduk iaitu bermastautin selama tempoh enam bulan atau lebih. So, ini memang termaktub dalam proses ataupun pengiraan, pengukuran yang ditetapkan oleh DOSM melalui banci. Banci bermakna setiap rumah akan dibancikan setiap 10 tahun.

Dan kenapa 10 tahun digunakan? Diputuskan oleh Majlis Kewangan Negara bersama dengan Jemaah Menteri, besar kemungkinan kerana berasaskan banci.

Berasaskan banci dan setiap tahun— setiap 10 tahun kita boleh mengira lagi. Tapi saya tidak kata tidak boleh kita bincang, ada asas yang lain tapi 10 tahun ini ada asasnya. Asasnya ialah bahawa dia berasas kepada banci.

Yang Berhormat Kuala Kedah juga sebut berkenaan dengan tempoh masa.

Berkaitan tempoh masa penyaluran pemberian ini, untuk maklumat, pemberian mengikut bilangan orang disalurkan dua kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai setiap tahun iaitu sebagaimana diputuskan oleh Majlis Kewangan Negara pada 23 Februari Tahun 1991.

Yang Berhormat Batu Kawan, Jelutong, Beaufort, Tuaran dan Ampang dan ramai lagi telah membangkitkan mekanisme perkongsian hasil cukai antara Kerajaan Persekutuan dan negeri. Pembahagian hasil antara Persekutuan dengan negeri dalam Perlembagaan Persekutuan adalah berasas konsep federalisme yang menjadi teras utama dalam pembentukan negara Malaysia dan diamalkan dalam sistem pentadbiran negara ini.

Pengagihan senarai dan bidang tanggungjawab antara Persekutuan dan negeri juga jelas dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk memperuntukkan pengiraan kewangan antara Persekutuan dan negeri. Antaranya, termasuk pemberian kepada negeri, kutipan hasil dan cukai serta penyerahan cukai dan fees kepada negeri.

Dalam hal ini, Persekutuan sentiasa melaksanakan tanggungjawab melalui pemberian-pemberian kepada negeri dan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta lain-lain peruntukan undang-undang yang berkaitan termasuk keperluan pembangunan di setiap negeri untuk menggalakkan kemakmuran yang sama rata di semua negeri demi manfaat dan kesejahteraan kepada rakyat sepertimana pemberian mengikut bilangan orang ini.

Bagi negeri Sabah, Kerajaan Persekutuan menghormati prinsip pemberian khas ini sebagaimana diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan dan komited untuk bersama dengan Kerajaan Sabah mengamalkan semula pemberian khas kepada Sabah untuk mengambil kira kadar 40 peratus daripada hasil.

Kerajaan Persekutuan telah mengadakan beberapa siri rundingan bersama Kerajaan Sabah untuk melaksanakan semakan semula amaun pemberian khas di bawah Perkara 112C dan 112D, Perlembagaan Persekutuan. Rundingan tersebut akan disahkan ke arah memuktamadkan semakan dalam ketetapan pemberian khas kepada Sabah supaya selaras dengan garis masa ditetapkan mahkamah. Walaupun bagaimanapun, ia merupakan pemberian khas di bawah kategori lain yang tidak berkaitan dengan RUU ini memandangkan RUU ini hanya menyemak kadar pemberian mengikut bilangan orang.

Dan saya ingin mengakhiri dengan jawapan kepada...

draft • 4:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

YB Menteri, sebelum akhir...

draft • 4:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Ya.

draft • 4:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

...Saya ada berbahas tadi, boleh saya?

draft • 4:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Ya, silakan.

draft • 4:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih YB Timbalan Menteri. Semasa perbahasan, saya ada menyebut bahawa apa ini kajian itu haruslah dilakukan setiap 10 tahun. Saya bersetuju dengan kadar itu dan amat munasabah tetapi kajian itu hendaklah dimaktubkan dalam RUU ini supaya setiap kerajaan yang memerintah, ia boleh diambil sebagai obligasi untuk mereka membuat review terhadap penambahbaikan dan rate yang dikenakan.

Dan yang kedua, saya juga ada mencadang supaya kita jangan sahaja melihat apa kapital basis untuk peruntukan ini tetapi kita juga melihat apa daripada segi inflasi, tahap kemiskinan, reka bentuk bumi, keluasan dan sebagainya. Kerana daripada 538 juta yang bakal diberi, 80 peratus akan dinikmati oleh semenanjung, negeri-negeri semenanjung. Dan, manakala Sabah dan Sarawak cuma 20 peratus.

Dan, ini telah berterusan sejak penubuhan Malaysia. Jadi, kita melihat ini sebagai dana terlalu banyak ditabur di semenanjung tetapi tidak di Sabah, Sarawak. Jadi, mohon penjelasan daripada Timbalan Menteri.

draft • 4:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Yang Berhormat Puncak Borneo, untuk maklumat Yang Berhormat, Perlembagaan Persekutuan tidak menetapkan satu tempoh masa tertentu untuk kerajaan menyemak semula kadar pemberian. Kadar semula— kajian semula atau semakan kadar adalah tertakluk kepada rundingan dan keputusan dalam peringkat kerajaan. Dalam hubungan ini, Kerajaan MADANI berpandangan bahawa pemberian ini wajar disemak memandangkan ia tidak pernah disemak selama 24 tahun iaitu kali terakhir disemak pada tahun 2002.

Untuk Menjawab soalan Yang Berhormat, kalau perlu dimaktubkan, dia perlu dimaktubkan dalam Perlembagaan, tidak boleh hanya dimaktubkan dalam rang undang-undang. Maka, kalau ada cadangan untuk memaktubkan tempoh itu dalam Perlembagaan, itu terpulang kepada cadangan atau Majlis Mesyuarat Kewangan Negara yang akan datang ataupun cadangan-cadangan daripada pihak yang lain.

draft • 4:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Tapi apa yang keputusan sekarang ialah ia telah diputuskan bahawa ia akan dikaji semula setiap 10 tahun. Ini adalah keputusan sekarang. Tapi untuk memaktubkan keputusan ini dalam apa bentuk perundangan, dia harus dimaktubkan dalam bentuk Perlembagaan.

draft • 4:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

[Bangun]

draft • 4:20 PM

Tuan Liew Chin Tong

Untuk jawab soalan berkenaan dengan inflasi.

Kenaikan inflasi, jumlah inflasi dari tahun 2002 hingga tahun 2023 adalah sebanyak 47.6 peratus. So, ini mengambil kira kenaikan yang secara purata ialah 25 peratus dan untuk semua, untuk pemberian semua ialah 45 peratus itu mengambil kira apa ni kadar inflasi.

Memang ada banyak kemungkinan seperti apa yang saya kata tadi geografi ataupun masyarakat menua dan semua yang lain. Tetapi yang penting ialah buat setakat ini, kali ini apa ni, mekanisme ini ialah untuk membantu negeri-negeri kecil dan ini bukan hanya dengan satu kaedah, ada kaedah-kaedah yang lain. Dan saya boleh jelaskan sikit berkenaan dengan kaedah-kaedah yang telah dilaksanakan untuk perkongsian dari Persekutuan kepada negeri yang idea seperti idea-idea baru seperti di antara tahun 2023 hingga tahun 2025.

Kerajaan MADANI telah menambah baik pemberian kepada kerajaan negeri iaitu pertama, pemberian berdasarkan tahap pembangunan ekonomi, infrastruktur dan kesejahteraan hidup. Tahap telah dinaikkan kepada RM400 juta setahun bermula tahun 2023 berbanding peruntukan sebanyak RM330 juta pada tahun-tahun sebelumnya.

Kedua, pemberian penyelenggaraan jalan negeri dinaikkan setiap tahun iaitu sebanyak RM5.2 bilion pada tahun 2023 dan RM5.36 bilion pada tahun 2024, RM5.49 bilion pada tahun 2025 dan dinaikkan sehingga RM5.6 bilion pada tahun 2026 selain perluasan skop penggunaan di bawah pemberian penyelenggaraan jalan negeri pada 2024 dan 2026.

Ketiga dan saya rasa ini idea baru yang penting ialah pemberian Ecology Fiscal Transfer (EFT) dinaikkan setiap tahun iaitu sebanyak RM150 juta pada tahun 2023, RM200 juta pada tahun 2024 dan RM250 juta bermula tahun 2025. Sebanyak RM50 juta merupakan hasil kepada negeri. Okey.

draft • 4:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya nak nyatakan, saya juga cakap bagi pihak Persekutuan juga. Sebab kalau kita boleh dan mampu dan dengan rang undang-undang ini memperkasakan negeri- negeri yang lebih kecil dan negeri-negeri yang lebih terdedah kepada penghijrahan atau migrasi, ini sebenarnya adalah satu pemerkasaan kepada Persekutuan kita.

Baik, saya nak guna istilah negeri kecil yang semakin kecil kerana dia semakin kecil, anak-anak mudanya, Menteri Belia dan Sukan ada. Negeri-negeri kecil ni acap kali kita nampak migrasi lebih ketara kerana negeri kecil peluang- peluang mereka bukan semua tetapi peluang mereka lebih sedikit atau lebih kecil dari sudut pandangan peluang pekerjaan dan ekonomi.

Maka pelaburan atau perbelanjaan negeri-negeri ke atas infrastruktur yang digunakan bagi mereka pergi sekolah, malah bantuan kerajaan negeri kepada sekolah-sekolah, sebenarnya kapasiti yang dibina daripada pendidikan dan penggunaan infrastruktur itu, kapasiti, resource kapasiti itu selepas pendidikan, selepas dididik, selepas membesar, mereka pergi ke negeri-negeri yang lebih maju dan kapasiti itu, resource kapasiti itu dieksport ke negeri-negeri yang lain dalam bentuk erti kata lain dia adalah penghijrahan.

Jadi, kepada negeri-negeri yang kecil yang sebegini yang semakin menua bukan sahaja kerana anak-anak muda dia hijrah tetapi orang tua yang kekal di sana, kos untuk menyelenggara fasiliti yang menjaga atau fasiliti penjagaan mereka adalah makin lama makin tinggi. Jadi, saya rasa wajar sedangkan kita sedang bicara tentang pemberian kepala. Kepala itu atau capitation atau kapita itu perlu dipertimbangkan faktor umur, faktor kos penjagaan dan faktor migrasi seperti yang saya sebut.

Saya sekali lagi saya ulang, saya sokong ini sebab ini adalah asas yang sangat penting. Tapi adakah pihak kementerian dalam proses pertimbangkan olahan pindaan atau gubalan atau tambah nilai kepada rang undang-undang ini atau melalui geran yang lain untuk mengambil kira bantuan kepada negeri-negeri yang kalau tak miskin ke, tak kecil ke, yang memang terkenal dengan eksport utamanya iaitu sumber manusia dengan melalui penghijrahan dan juga apa dengan kos penjagaan yang sering kali ditelan, kena telan, kena terima, ditanggung oleh bahu negeri-negeri yang kecik yang semakin menua. Sekian.

draft • 4:20 PM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih kepada Ipoh Timur. Dato' Yang di- Pertua, memang saya setuju bahawa faktor-faktor seperti yang dikatakan oleh Ipoh Timur boleh diambil kira dalam proses perundingan ataupun idea proses yang akan datang supaya kita mengambil kira apa yang dicadangkan seperti impak migrasi, masyarakat menua dan pelbagainya.

Tapi untuk a note of caution, a note of caution dalam pembincangan ataupun perbahasan tadi ada banyak yang mengguna pakai contoh-contoh negeri lain. Dia ada perbezaan sikit seperti kalau kita memetik contoh di Kanada atau Australia ataupun tadi ada Australia, ada Kanada, ada Germany, dia ada sikit perbezaan kerana di sini di negara kita polis adalah polis Persekutuan tapi di Australia, di Kanada, polis is actually a state function, policing is a state function.

Kalau pendidikan, pendidikan di Australia, di Kanada is a state function, fungsi negeri. Kalau kita kata hospital kerana Ipoh Timor kata kepala dengan badan atau beban. Sistem di Australia ataupun sistem di Kanada kenapa dia ada transfer semacam itu kerana hospital di Australia itu adalah bidang kesihatan adalah bidang kuasa negeri, bukan bidang kuasa Persekutuan.

Maka, ini adalah perbezaan federalisme kita berbanding dengan negeri- negeri yang lain ataupun contoh-contoh yang telah diberikan oleh Ahli Yang Berhormat. Tapi, saya setuju memang kita boleh usahakan untuk membawa idea- idea baru seperti kata Sekijang, idea-idea yang lebih dinamik ataupun cara atau pendekatan atau formula yang lebih dinamik dan kerajaan bersedia untuk mendengar. Dan saya cadang kepada Ahli-ahli Parlimen di sini boleh usahakan untuk membincangkan idea-idea baru untuk kita mengadakan federalisme yang lebih sempurna. Ya, silakan.

draft • 4:20 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Okey, terima kasih YB. Saya ucapkan terima kasih kerana ada kenaikan, barangkali. Cuma saya nak tanya, soalan saya tadi tentang justifikasi. Apakah justifikasi RM102 dan juga Ringgit-ringgit seterusnya tu? Apakah kadar yang digunakan itu berdasarkan pada formula apa supaya kita boleh lebih mudah faham tentang per kapita ini? Terima kasih.

draft • 4:20 PM

Tuan Liew Chin Tong

Seperti yang saya sebut apabila saya bentangkan rang undang-undang ini, bagi 100,000 orang yang pertama mengikut kadar RM102 bagi tiap-tiap orang. Bagi 500 orang yang berikutannya mengikut kadar RM14 bagi tiap-tiap orang. Bagi 500,000 orang yang berikutan mengikut kadar RM13.50 bagi tiap-tiap orang dan bagi yang selebihnya mengikut kadar RM13 tiap-tiap orang. Dan ini berasas kadar inflasi yang saya sebut tadi apa ni secara jumlah kadar inflasi 47 peratus dalam 20 tahun di antara tahun 2002 sehingga 2023.

draft • 4:20 PM

Tuan Liew Chin Tong

Ini asas pengiraan ini. Terima kasih.

Kalau tak ada apa, seperti apa yang saya kata tadi, saya harap ini undang- undang— rang undang ini boleh dipersetujui oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan ini adalah titik permulaan untuk kita memastikan semakan semula yang lebih berkala iaitu setiap 10 tahun. Dan kerajaan mengalu-alukan apa saja cadangan dan saya juga harap Ahli-ahli Parlimen boleh melalui proses-proses jawatankuasa memberi cadangan baru untuk mewujudkan atau memastikan federalisme kita selalu dinamik dan federalisme kita boleh menguruskan perubahan masyarakat, perubahan demografi dan juga kehendak ataupun keperluan negeri-negeri di seluruh federalisme kita. Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pengangkutan (Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah) dan diluluskan]

draft • 4:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sokong.

[Ketawa]

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Yang Berhormat Hulu Langat nak bercakap? Kalau Yang Berhormat rasa nak melawak- melawak itu, ini bukan masanya ya. Saya serius dalam buat kerja.

Alhamdulillah. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga jam 10.00 pagi hari Selasa, 24 Februari 2026.

[Mengetuk tukul]

draft • 4:30 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 4.35 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026