Feb122026

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

[Membaca sepotong doa] Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat pagi Yang Berhormat-Yang Berhormat. Untuk memulai agenda pada pagi ini, kita mula dengan Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri. Yang Berhormat Bakri ada?

draft • 10:00 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

[Bangun]

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

Sebentar, saya tak panggil lagi. Saya nak confirm Yang Berhormat ada ‘ke tak ada, pasal pemakluman sedemikian telah saya terima awal yang Yang Berhormat sangkut dalam trafik jam. Baik Yang Berhormat. Kita mula sesi pagi ini urusan Majlis dengan mempersilakan Tuan Tan Hong Pin,Yang Berhormat Bakri.

draft • 10:00 AM

1. Tuan Tan Hong Pin [Bakri] minta Menteri Digital menyatakan, apakah kerajaan bercadang mewujudkan satu aplikasi: Government Super Apps untuk menyatukan semua urusan kerajaan bagi menggantikan bermacam-macam-macam aplikasi yang digunakan secara bersendirian oleh agensi masing-masing:

(a) garis masa pelaksanaan penyatuan secara keseluruhan; dan

(b) perbelanjaan keseluruhan dan penjimatan/perbelanjaan lebih berbanding keadaan semasa.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri Digital untuk menjawab.

draft • 10:00 AM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Tuan di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat daripada Bakri. Tuan di-Pertua, kerajaan melalui

draft • 10:00 AM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Kementerian Digital telah pun membangunkan satu platform digital bersepadu yang berfungsi iaitu MyGOV Malaysia. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada agenda government technology ataupun GovTech untuk memodenkan dan menyatukan perkhidmatan digital kerajaan di bawah satu platform yang tunggal.

MyGOV berfungsi sebagai platform digital sehenti yang menghimpunkan maklumat dan juga perkhidmatan pelbagai agensi kerajaan. Kesemua dia di dalam satu aplikasi mudah alih sekaligus memudahkan akses rakyat melalui kategori- kategori tertentu seperti Tuan Yang di-Pertua, pendidikan, kerjaya, keluarga dan pengangkutan tanpa perlu melayari banyak laman web yang berbeza.

Selain daripada itu, MyGov menggantikan Identiti Digital Nasional ataupun MyDigitalID menggunakan Identiti Digital Nasional MyDigitalID dan teknologi log masuk tunggal: single sign on bagi membolehkan pengguna mengakses pelbagai perkhidmatan dengan selamat menggunakan satu identiti sahaja. Ini menjimatkan masa serta meningkatkan keselamatan data peribadi.

Tuan Yang di-Pertua, sehingga 11 Februari 2026, jumlah muat turun aplikasi MyGOV adalah sebanyak 1,567,000 pengguna berbanding daripada 437,000 pada Disember tahun 2025. Peningkatan sebanyak 200 peratus mendadak ini menunjukkan tahap penerimaan yang positif dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap aplikasi ini. Peningkatan ketara pada tahun 2026 adalah susulan hebahan mengenai fungsi semakan status STR ataupun Sumbangan Tunai RAHMAH dan semakan ruang tidak dituntut yang boleh dilaksanakan melalui aplikasi MyGOV.

Pembayaran STR yang dilaksanakan pada bulan tersebut telah mendorong orang ramai memuat turun dan menggunakan aplikasi MyGOV bagi membuat semakan kelayakan dan juga status bayaran masing-masing.

Buat soalan garis masa perlaksanaan Tuan di-Pertua, MyGOV kini sentiasa ditambah baik selaras dengan aspirasi ekonomi digital Malaysia dan ini untuk memastikan perkhidmatan kerajaan adalah digital by default.

Sehingga kini MyGOV Malaysia menyediakan sebanyak 44 perkhidmatan yang melibatkan sejumlah 16 agensi kerajaan. Proses integrasi perkhidmatan ini akan terus dilaksanakan secara berterusan dan juga berfasa. Dengan keutamaan diberikan kepada perkhidmatan yang bersifat umum, berimpak tinggi dan kerap digunakan oleh rakyat termasuk fungsi bagi permohonan dan bayaran. Kerajaan akan mengambil pendekatan secara berperingkat untuk mengintegrasikan perkhidmatan daripada aplikasi sedia ada seperti MySejahtera, MyJPJ dan MyBorderPass ke dalam aplikasi MyGov Malaysia.

draft • 10:00 AM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Tuan Yang di-Pertua, MyGOV Malaysia tidak menggantikan aplikasi kerajaan yang sedia ada namun akan terus memantau corak penggunaan serta keperluan rakyat sebelum mempertimbangkan sebarang langkah penyelarasan aplikasi kerajaan pada masa hadapan.

Bagi tahun ini 2026, sebanyak lebih daripada 30 perkhidmatan baharu telah dirancang untuk proses integrasi. Berkaitan dengan kos penjimatan pembangunan MyGOV Malaysia Tuan Yang di-Pertua, pembangunan platform ini ia nya dibangunkan secara dalaman ataupun in-house oleh pakar-pakar penjawat awam menggunakan platform dan infrastruktur di bawah inisiatif-inisiatif yang sedia ada.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Sementara itu, Bentara tolong. Tak ada tempat duduk itu, yang muda-muda itu bagilah yang tua-tua itu duduk. Kalau rasa ‘tak ada tempat ya, it is dengan izin, an annoying tempat. Cuba yang senior-senior itu bagi yang anak-anak itu bagilah yang tua-tua itu, ya. Bentara tolong tengokkan. Takkan dia ‘nak berdiri di situ sampai beberapa minit ini.

Baik, Yang Berhormat Bakri, dipersilakan soalan tambahan.

draft • 10:10 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri atas jawapan yang agak ringkas tadi. Cuma nampaknya rakyat masih [Dicelah] Perlu download beratus, berpuluh-puluh sekurang-kurangnya apps dalam handphone kita di mana satu PBT nak parking, satu apps. Pergi ke negeri lain, satu apps, JPJ satu apps, Imigresen dua, tiga apps. Ada MyBorderPass, ada imigresen dua, tiga apps. Ada MyBorderPass, ada NIISe, MyNIISe.

Jadi, saya rasa hala tujunya sepatutnya ke hala di mana— di Malaysia kita berurusan berkenaan dengan apa-apa saja urusan kerajaan, kita memerlukan satu apps sahaja. Jadi saya nak tanya Yang Berhormat Digital, Yang Berhormat Menteri sebab saya lihat Menteri memang berusaha ke arah begitu, tapi apakah cabaran, apa pun kekangan, rintangan yang Yang Berhormat Menteri hadapi untuk mewujudkan satu My Super App ini untuk meringankan atau mengurangkan kerumitan rakyat apabila berurusan berkenaan dengan segala urusan kerajaan ini.

Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:10 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih, Yang Berhormat daripada Bakri.

Sebenarnya Yang Berhormat kita ada banyak agensi dan juga jabatan-jabatan di dalam kerajaan dan teknologi pada hari ini membolehkan mereka melihat kepada bagaimana perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka itu dapat dinaik taraf dan didigitalkan...

draft • 10:10 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Jadi, dalam keadaan tersebut, kita lihat bahawa ramai daripada kementerian-kementerian dan juga jabatan dan agensi ini mereka membangunkan aplikasi-aplikasi tertentu dan itu dengan tujuan untuk menambahbaikkan proses penyampaian perkhidmatan tersebut kepada rakyat.

Masalah dia banyak daripada inisiatif ini adalah inisiatif-inisiatif yang menyebabkan berlakunya apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Kita lihat banyak sangat apps dan sebagainya dan ini membawa kepada masalah sepertimana disebut oleh Yang Berhormat tadi.

Kita ada keadaan di mana terlalu banyak apps dan sebagainya. Itu sebab kita sekarang memberikan fokus kepada MyGOV, aplikasi MyGOV. Tujuan dia adalah untuk membawa bersama semua aplikasi-aplikasi yang wujud sebelum daripada ini dan juga kita nak adakan satu keadaan di mana kalau nak bangunkan apps, apps yang baharu itu juga ianya dibangunkan dengan melihat kepada terus diintegrasikan dengan MyGOV.

Jadi cabaran yang kita ada adalah perlu untuk kita lihat ke belakang, apps, apps yang telah pun dibangunkan kerana banyak daripada apps ini Tuan Yang di- Pertua sedang digunakan. So, jadi kita tidak mahu satu keadaan di mana kita membuat satu keputusan untuk kita beli— kita membuat satu keputusan stop atau menghentikan apps, apps yang sudah wujud dan digunakan setiap hari.

Proses dia adalah proses bagaimana kita dapat mengintegrasikan. Dan selepas daripada integrasikan, kita lihat bahawa keadaan membolehkan baru di situ kita membawa kepada satu keputusan di mana apps, apps yang lama itu kita hentikan, tapi ianya memakan masa. Dan ianya juga memerlukan kita mewujudkan platform yang boleh apa ni— muat turun dan juga boleh menggunakan semua apps ini. So, itu satu perkara yang perlu dilaksanakan. Proses integrasi memakan masa.

Kemudian aspek berkaitan dengan bagaimana kita dapat mendigitalkan kerajaan. This is what we call digital transformation. Di situlah kita perlu ada satu agensi yang melihat kepada apps, apps yang baharu apa yang kita nak laksanakan

draft • 10:10 AM

Tuan Gobind Singh Deo

dan bagaimana ia nya hendak dilaksanakan. Buat tujuan itu Tuan Yang di-Pertua, kita perlu membangunkan apa disebut sebagai GovTech. GovTech ini dalam proses dibangunkan.

Saya harap kita dapat lancarkan secara rasminya dalam bulan Jun tahun ini dan ia nya berfungsi untuk melihat kepada bagaimana secara keseluruhan. Buat kerajaan kita lihat kerana perkhidmatan-perkhidmatan yang perlu disalurkan melalui apps, apps baharu dan sebagainya dan kami bangunkan apps, apps tersebut dan apps, apps tersebut dibangunkan dengan diintegrasikan terus dengan MyGOV yang saya sebutkan tadi.

Harap-harap kita ke masa depan, kita akan dapat lihat satu apps di mana semua perkhidmatan kerajaan dapat kita cari di situ untuk kebaikan dan juga untuk semua rakyat Malaysia menggunakan. Itu adalah tujuan kita. Kalau minta had masa atau jangka masa yang tetap, itu memang saya tidak boleh berikan kerana ia nya proses yang berterusan*.

New apps will come* kita kena lihat bagaimana kita integrasikan dan sebagainya, tapi apa yang penting adalah kita nak pastikan bahawa perkhidmatan yang sedia ada itu diteruskan, tapi bila masa sampai di mana kita rasa ianya digunakan, boleh digunakan dengan menggunakan atau akses kepada MyGOV.

Maka di situlah masa yang kita akan membuat keputusan untuk menghentikan apps, apps yang lama, tapi ini adalah satu proses yang kita kena lihat bergerak ke depan Yang Berhormat. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Alor Setar.

draft • 10:10 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Menteri. Kita setuju semua ini disatukan dalam satu platform. Namun isunya Yang Berhormat, saya yakin Yang Berhormat pun sedar.

Di samping kita nak bagi kemudahan kepada rakyat, kita akan berhadapan dengan isu keselamatan, keselamatan data, keselamatan apps. Aplikasi berasingan kalau satu yang di ceroboh ada banyak lagi aplikasi lain, tapi kalau semua dalam satu aplikasi, satu ceroboh maka semua jammed. Kita pernah tengok KLIA jammed.

Kita nak elak benda itu macam mana Yang Berhormat, nak seimbangkan antara kemudahan kepada rakyat dan keselamatan data aplikasi, satu.

Kedua, bagaimana pula dengan di kawasan-kawasan yang tidak ada kemudahan gajet, tidak ada kemudahan internet yang luas. Mungkin mereka ini nanti

draft • 10:10 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

suatu hari takut bimbang dia akan tertinggal bila dia tidak ada apps itu. Adakah kita masih ada manual mode ataupun berapa— macam mana Kementerian Digital nak ambil masa untuk nak transformasikan kawasan itu menjadi semua jadi digital.

Dan akhir sekali Dato' Yang di-Pertua, apa beza PADU dengan MyGOV ini?

Nanti orang persoal pula, dulu PADU dah habis banyak juta, ini buat aplikasi baharu.

Apa beza dua itu? Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, silakan.

draft • 10:10 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Ada tiga soalan di situ dalam satu soalan Yang Berhormat. Biasalah kita yang ada pengalaman. Terima kasih. Soalan yang baik.

Yang Berhormat, memang aspek keselamatan diberi keutamaan. Itu adalah satu perkara yang kita ada garis panduan yang cukup jelas di dalam Jabatan Digital Negara. Di dalam Kementerian Digital juga kita lihat kepada aspek itu dari sudut memastikan bahawa kita ada kerangka perundangan yang membolehkan kita pasti bahawa data yang digunakan dimuat turun di atas platform-platform kerajaan itu adalah selamat.

Jadi seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, dalam tahun 2024 kita telah pun meluluskan Akta Keselamatan Siber ataupun Cyber Security Act. Kemudian kita juga terlihat bagaimana kita dapat perkukuhkan perundangan berkaitan dengan data peribadi dan Akta Perkongsian Data yang diluluskan, dikuasakan tahun lalu juga membuat penekanan kalau kita nak kongsikan data, maka perlu kita lihat kepada aspek keselamatan.

Jadi, itulah satu perkara memang yang diberikan keutamaan dan saya rasa ini satu perkara yang harus dilihat secara serius oleh semua kementerian, jabatan dan juga agensi kerajaan. Itu satu perkara yang kita memberikan keutamaan.

Keduanya berkaitan dengan connectivity. Saya setuju, itu menjadi juga satu perkara yang kita lihat. Sebenarnya ditanya oleh Bakri tadi, kalau nak berikan had masa bagaimana kita boleh pastikan ianya dilaksanakan sepenuhnya. Ini adalah satu perkara yang mengambil masa kerana kekangan-kekangan ataupun cabaran sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat. Kita tidak mahu satu keadaan di mana seseorang itu tidak ada akses kepada kesalinghubungan itu dan masalah berlaku kerana kalau tidak ada akses maka tidak boleh apa ni, beliau menggunakan perkhidmatan tertentu.

draft • 10:10 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Jadi, di situ aspek-aspek kesalinghubungan itu dilihat oleh MCMC dan mereka ini— sekarang saya tidak ada angka yang tepat pada hari ini, tetapi sepanjang mana yang saya tahu, untuk 4G dan 5G, mereka lihat kepada aspek memperluaskan ke seluruh negara.

Dalam masa itu, memang kita akan pastikan bahawa mereka yang tidak ada akses kepada kesalinghubungan itu memang masih boleh menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan itu tapi ia nya akan bergerak ke satu keadaan di mana harap-haraplah semua dapat dihubungi melalui Internet dan mereka dapat menggunakan perkhidmatan MyGOV untuk perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan.

Itulah menjadi matlamat kita tapi ia nya akan mengambil sedikit masa.

Aspek PADU dan sebagainya, ianya kita lihat kepada inisiatif-inisiatif tertentu.

Jadi kita ada, misal katanya kita ada BUDI95 dan sebagainya. Kita ada inisiatif- inisiatif yang tertentu buat tujuan-tujuan yang ditetapkan dan ia nya juga melibatkan data buat tujuan inisiatif-inisiatif tersebut. Jadi, dalam keadaan tersebut, kita akan melihat beberapa inisiatif-inisiatif seperti mana yang disebutkan, dibangkitkan tadi, tapi MyGOV ini adalah untuk perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan.

Jadi kalau JPJ, kita nak memperbaharui lesen dan sebagainya, itulah apa yang perkhidmatan yang sedia ada, merangkumi semua kementerian dan matlamat adalah untuk membawa perkhidmatan-perkhidmatan itu semua kepada satu platform iaitu platform utama kerajaan di mana setiap rakyat yang hendak perkhidmatan kerajaan itu dapat mencari perkhidmatan tersebut di dalam platform MyGOV dan itulah tujuan yang hendak kita capai melalui platform MyGOV itu, tapi dalam masa sama, inisiatif-inisiatif tertentu menggunakan data-data tertentu tersebut memang kita akan lihat seperti mana disebut oleh Yang Berhormat tadi. Saya harap itu menjelaskan keadaan itu. Terima kasih Tuan Speaker.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:20 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, duduklah ya. Saya guna kuasa saya di bawah peraturan 24(3) 43, 99, 99A, 100. Duduk dan termasuk 37(2).

draft • 10:20 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Baik saya akur kepada Pengerusi.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

Saya berikutnya mempersilakan Yang Berhormat Tuan Rushdan bin Rusmi, Yang Berhormat Padang Besar.

draft • 10:20 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Terima kasih Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Dari Sungai Petani ke Padang Besar, Signboard sukan ingin dibawa; Yang Berhormat Menteri berjiwa besar, Soalan hamba nombor dua.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Belia dan Sukan untuk menjawab.

draft • 10:20 AM

Menteri Belia dan Sukan - Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Terima kasih Dato’ Dr.— tak baca soalan, ‘tak perlu?

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Maaf.

Bacakan soalan. Saya pula terlupa.

draft • 10:20 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Lupa, tak pernah dapat jawapan di MQT. Okey.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Manusia Yang Berhormat— tidak lari daripada kesilapan.

draft • 10:20 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Ya, betul. Soalan. Okey.

draft • 10:20 AM

2. Tuan Rushdan bin Rusmi [Padang Besar]: Minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, pencapaian terkini Rakan Muda 2025 termasuk output dan impak kepada belia, hasil daripada peruntukan RM20 juta serta sama ada pendekatan penganjuran akan ditambah baik agar berteraskan pembinaan sahsiah dan kemahiran, bukan hedonisme. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri, terima kasih kerana menegur.

draft • 10:20 AM

Menteri Belia dan Sukan - Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Padang Besar. Sempatlah saya nak buat pantun sikit.

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua untuk soalan itu.

Dari Padang Besar bawa harapan, Singgah Sungai Petani menyusun bakti; Soalan dibahas dengan keazaman, Demi rakyat saya jawab dengan integriti. Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, keberkesanan pelaksanaan Program Rakan Muda dinilai secara lebih menyeluruh melalui gabungan indikator output dan outcome termasuk tahap penglibatan aktif

draft • 10:20 AM

Menteri Belia dan Sukan - Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

belia, pembangunan kemahiran, pengukuhan nilai sahsiah serta keberhasilan jaringan komuniti dan kalau kita lihat Yang Berhormat, dalam konteks ini, kadar penglibatan belia bagi tahun 2025 mencapai 41.26 peratus iaitu RM3,961,000 berbanding kita sasarkan adalah hanya 25 peratus, iaitu RM2,415,000 belia daripada 9.66 juta belia secara keseluruhan dalam negara kita dan pencapaian ini menunjukkan bahawa tahap capaian program yang meluas.

Tapi Yang Berhormat, untuk tahun ini, saya meminta kementerian untuk tidak hanya menilai angka kuantiti semata-mata dan nilai ukur ini perlu dengan angka kualiti itu sendiri bukan hanya berapa ramai yang menyertai program ini, tetapi outcome-nya apa, apakah keberhasilan dan sebagainya. Jadi ini kita akan memperkukuhkan Program Rakan Muda dan pengumuman peruntukan sebanyak RM40 juta bagi Rakan Muda iaitu untuk memperkukuhkan 10 gaya hidup Rakan Muda.

Ini menunjukkan bahawa keyakinan kerajaan terhadap keberkesanan dan pelaksanaan program ini pada tahun 2025 termasuk pengurusan peruntukan RM20 juta yang dilaksanakan secara berhemah dan berfokus kepada impak pembangunan belia dan kita juga Yang Berhormat, telah pun meningkatkan lagi julat umur penyertaan Rakan Muda— turut diperluas mulai tahun 2026 kepada 15 hingga sebelum mencapai 30 tahun berbanding 15 hingga 25 tahun sebelum ini bagi memastikan lebih ramai lagi belia mendapat akses kepada program pembangunan sahsiah, kemahiran dan kepimpinan secara inklusif.

Pelaksanaan Program Rakan Muda juga diperkukuhkan melalui jaringan strategik yang melibatkan 7,594 rakan pelaksana pada tahun 2025 dan dari segi kecekapan kewangan, kita sentiasa memantau melalui saringan jawatankuasa penilaian pemantauan berkala di peringkat kebangsaan dan negeri serta keperluan pelaporan kewangan dan prestasi oleh rakan pelaksana.

Dan untuk pendekatan penganjuran Rakan Muda Yang Berhormat, sebenarnya kerajaan bukan melaksanakan program— bukan apa yang kerajaan inginkan, tetapi yang lebih penting adalah apa yang anak muda inginkan dan kemudian kita boleh translate-kan perkara tersebut supaya program-program ini berlandaskan keinginan anak muda dan juga menghasilkan suatu hasil yang lebih baik. Sebab itu konsep yang kita bawa adalah menyeronokkan, dinamik dan bermakna atau dengan izin, fun, vibrant and meaningful. Walaupun ada konsep keseronokan, tetapi juga kita ada guideline kita supaya membentuk sahsiah jati anak muda ini dengan pendekatan yang lebih

draft • 10:20 AM

Menteri Belia dan Sukan - Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

menarik lagi dan Ahli Yang Berhormat, kita juga menerapkan elemen-elemen kerohanian seperti Rakan Muda Ramadan, Iftar MADANI yang akan berlangsung tidak lama lagi, Qiamullail Rakan Muda dan pertandingan hafazan, azan dan iqamat.

Jadi secara keseluruhannya, pendekatan Rakan Muda ini akan terus ditambah baik agar ia lebih berfokus kepada pembinaan sahsiah, pemerkasaan kemahiran dan kepimpinan belia selaras dengan apa yang ingin kita bawa Agenda Malaysia MADANI. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat, soalan tambahan.

draft • 10:20 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang begitu mengujakan. Kalau dulu tahun 1994, waktu Rakan Muda dilancarkan, memang meriahlah. Hari-hari buka dalam TV tengok lagu Rakan Muda dan pencapaian dibuat sekarang ini, tapi promosi mungkin kurang lagi, mungkin boleh ditambah baik.

Okey. Soalan saya, berdasarkan daripada apa yang dilaporkan tadi, bolehkah Yang Berhormat Menteri menjelaskan, apakah indikator impak jangka sederhana dan panjang yang digunakan. Kos purata per peserta serta analysis value for money, dengan izin. Agihan manfaat antara bandar dan luar bandar termasuk Padang Besarlah dan sama ada kementerian bersedia melaksanakan penilaian bebas bagi memastikan Rakan Muda benar-benar memberi, membina sahsiah dan kemahiran belia bukan sekadar program bermusim. Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Menteri.

draft • 10:20 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Terdapat empat soalan yang ditanyakan.

Pertama, saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Padang Besar bahawa angka penyertaan semata-mata tidak mencukupi untuk menilai keberhasilan pembangunan sahsiah belia.

Jadi, penilaian rakan muda dilaksanakan secara komprehensif Yang Berhormat, melalui gabungan indikator output dan outcome dan dalam jangka masa sederhana, tumpuan diberikan kepada pengukuhan sahsiah dan pembangunan kemahiran melalui komponen seperti Rakan Mahir, Rakan Niaga manakala dalam jangka panjang, impaknya dilihat melalui pembentukan kepimpinan, tanggungjawab sosial dan keupayaan belia menyumbang secara produktif kepada negara dan pada

draft • 10:20 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

tahun 2025, di Perlis sahaja, bilangan program 60, rakan pelaksanaan 61 dan bilangan peserta 5,000 lebih.

Dan yang kedua adalah dari aspek value for money. Dengan peruntukan RM20 juta pada tahun 2025, seramai 3,961,000 belia yang terlibat. Jadi kalau kita anggarkan, satu belia itu sekitar RM5 sahaja bagi setiap peserta tapi outcome-nya itu amat-amatlah luas dan juga kita boleh lihat keberhasilannya itu dari segi program- program dan banyaknya program yang dilaksanakan.

Dan yang ketiga Yang Berhormat, dari segi keseimbangan bandar dan luar bandar, Rakan Muda dilaksanakan secara inklusif melalui rangkaian 7,594 rakan pelaksana yang melibatkan agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan NGO.

draft • 10:20 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Sekali gus memastikan capaian program meliputi kawasan luar bandar dan komuniti setempat dan kita akan memperkukuhkan lagi ya Program-program Rakan Muda ini sebab kita ‘tak nak hanya di peringkat kementerian membuat suatu kertas kerja dan juga menyuruh mereka yang di luar bandar itu melaksanakan program tersebut.

Apa yang kita buat sekarang adalah, kita meminta untuk Pejabat Belia, Sukan Daerah untuk mendapatkan segala laporan, feedback daripada peserta-peserta tahun lepas berkenaan program-program yang dilaksanakan, kemudian angkat kertas kerja tersebut dan kita review semula dan apa-apa program yang bersesuaian itu yang akan kita laksanakan di zon masing-masing atau di negeri masing-masing.

Sebab mungkin di Perlis berbeza dengan apa yang di Kuala Lumpur, di Terengganu mungkin berbeza dengan apa yang di Johor. Sebab itu penting untuk kita melaksanakan bottom-up program. Itu yang kita sedang laksanakan.

Rakan Muda akan melalui anjakan baru pada tahun ini menerusi penambahbaikan terhadap program teras. Saya juga telah pun melakukan kerjasama rentas kementerian untuk memastikan pelaksanaan atau pemerkasaan Program Rakan Muda ini. Baru-baru ini saya bersama dengan Kementerian Hal Ehwal Agama Jabatan Perdana Menteri untuk kita mengaktifkan semula Rakan Masjid dan juga adanya jawatankuasa belia di peringkat masjid supaya kita memastikan bahawa rentas kementerian ini— sebab kalau kita lihat di setiap masjid dia ada golongan muda dia.

Jadi, masjid ini bukan hanya tempat beribadah ataupun tempat berkumpul, tetapi masjid ini lebih daripada itu untuk melahirkan generasi masa depan yang lebih baik. Tidak hanya masjid, KBS ingin bersifat lebih inklusif. Kita juga akan

draft • 10:30 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

bekerjasama dengan tokong, kuil, wat siam dan sebagainya untuk memastikan di mana ada anak muda di situlah kita harus melahirkan pemimpin-pemimpin masa depan dengan adanya leadership program khususnya di bawah program-program yang berada di dalam Rakan Muda ini. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Selanjutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Batu Pahat.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.

Soalan tambahan saya ialah sejajar dengan usaha kerajaan untuk memperkukuhkan pembangunan modal insan belia secara menyeluruh, bagaimana belia sepatutnya mampu menjana pendapatan?

Soalan kedua saya, bagaimana Program Rakan Muda dapat diselaraskan dengan program lain seumpamanya seperti TVET? Sekian.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:30 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Batu Pahat. Penyelarasan Rakan Muda dengan Agenda TVET ini dan Ekonomi MADANI dilaksanakan melalui pendekatan ekosistem dalaman KBS.

Kita lihat dari aspek TVET sendiri, gaya hidup Rakan Mahir adalah pemangkin awal untuk memupuk minat dan juga pendedahan kepada kemahiran teknikal sebelum belia mengikuti latihan yang formal di bawah Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS). Di seluruh Malaysia, kita ada 21 ILKBS dan menawarkan 14 program penting sebenarnya untuk memastikan bahawa anak-anak muda ini mendapat kemahiran TVET dan keboleh pasarannya itu sehingga 96 ke 97 persen. Jadi, dengan kerjasama Rakan Muda sebagai suatu pemangkin dan juga kemudian ke ILKBS, saya rasa ini boleh mewujudkan lebih ramai lagi anak-anak muda yang mampu mencapai keboleh pasaran dunia secara keseluruhannya. Selain itu, kursus jangka pendek turut dilaksanakan bagi memberi peluang kepada belia massa termasuk luar bandar meningkatkan kemahiran secara fleksibel.

Pada tahun 2025, seramai 6,345 belia telah mengikuti latihan jangka pendek dan melebihi sasaran tahunan manakala kerjasama strategik bersama industri diperkukuh melalui 232 jalinan yang memastikan latihan sentiasa relevan dengan keperluan pekerjaan.

draft • 10:30 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Dari sudut pemerkasaan Ekonomi Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara

(JBSN) kita mengintegrasikan komponen rakan niaga melalui program digital seperti Social Entrepreneurship for Rural Youth (SERY) yang melatih belia pencipta peluang pekerjaan serta menjana pendapatan sendiri.

Kalau kita lihat sehingga 2025 Yang di-Pertua, sebanyak 32 projek sepanjang tahun yang melibatkan 273 belia. Kemudian, 273 belia ini kita memilih daripada golongan belia luar bandar. Kemudian, kita memberikan penekanan dan juga membekalkan mereka ini dengan secukup-cukupnya. Kemudian, mereka ini akan pergi ke kampung masing-masing. Kemudian, dia akan create job opportunities. Ini yang penting program ini. 273 belia telah pun melaksanakan program ini dan ini semuanya adalah belia di luar bandar.

Banyak kita lihat success stories yang boleh kita highlight. Ada belia yang dia ini datang daripada pendalaman Sabah kemudian dia boleh sehingga ke peringkat internasional. Kemudian, dia balik ke kampung dia, dia menjana pendapatan bukan untuk diri dia sendiri. Dia create satu big group untuk memastikan bahawa entrepreneurship programs itu berjalan dan dia mengajar lagi lebih ramai anak-anak muda dalam kawasan di kampung dia itu untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Juga, program ini tidak hanya program yang one-off. Kita juga ada kerjasama rentas kementerian untuk memastikan bahawa kementerian-kementerian yang lain yang mempunyai ruang dan peluang untuk anak muda berniaga dan juga TVET ini diberikan laluan yang lebih menyeluruh lagi secara keseluruhannya.

Jadi, kesimpulannya penyelarasan ini untuk memastikan Rakan Muda bukan sekadar platform aktiviti, tetapi menjadi laluan untuk pembangunan bakat daripada pendedahan awal, kemudian kita bawa anak muda tersebut dan kita navigate mereka sehingga dapat mencapai kejayaan bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi untuk komuniti setempat secara keseluruhannya. Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Majlis ke soalan yang ketiga. Dipersilakan Tuan Jimmy Puah Wee Tse, Yang Berhormat Tebrau.

draft • 10:30 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Tebrau minta Menteri Kewangan menyatakan berapa jumlah bayaran balik lebihan cukai yang telah dibayar setakat ini, berapakah baki yang masih belum diselesaikan serta apakah garis masa kerajaan untuk melunaskan sepenuhnya bayaran balik lebihan cukai tersebut.

draft • 10:30 AM

3. Tuan Jimmy Puah Wee Tse [Tebrau] minta Menteri Kewangan menyatakan berapa jumlah bayaran balik lebihan cukai yang telah dibayar setakat ini, berapakah baki yang masih belum diselesaikan serta apakah garis masa kerajaan untuk melunaskan sepenuhnya bayaran balik lebihan cukai tersebut.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri Kewangan.

draft • 10:30 AM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Yang Berhormat Tebrau, Kerajaan MADANI mewarisi jumlah lebihan bayaran cukai yang tinggi. Namun, kerajaan tetap menunaikan tanggungjawab mengendali kes-kes bayaran cukai dengan sebaik yang boleh.

Pertama, seperti termaktub dalam perundangan negara, lebihan bayaran cukai yang dikutip oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri mesti dibayar balik kepada pembayar cukai berdasarkan prosedur yang ditetapkan.

Kedua, bayaran balik lebihan cukai yang diselesaikan pada tahun 2025 adalah lebih tinggi dalam tempoh lima tahun iaitu RM22.45 bilion.

Jika dibandingkan dengan bayaran balik lebihan cukai dalam tiga tahun terkini, 2023 hingga 2025, Kerajaan MADANI telah melunaskan bayaran balik sebanyak RM56 bilion iaitu 50 peratus lebih tinggi daripada bayaran balik tahun 2020 hingga 2022 sebanyak RM37 bilion. Sebahagian bayaran balik berjumlah RM7.5 bilion telah dibuat dalam bulan Disember 2025 berbanding komitmen awal RM4 bilion yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 6 Disember 2025.

Ketiga, semua kes lebihan cukai bagi tahun 2022 dan sebelumnya yang boleh dibayar setelah di selesai pada tahun 2025. Penyelesaian balik lebihan cukai ini telah melibatkan 3.5 juta kes bagi tahun 2025 berbanding 2.7 juta kes pada tahun 2024.

Walaupun kerajaan berjanji untuk menyelesaikan kes bagi tahun taksiran 2023 pada suku pertama 2016, kita yakin dapat selesaikan lebih awal iaitu pada bulan Februari 2026.

Sehingga 10 Februari 2026, sebanyak RM5.4 bilion telah dibayar balik yang melibatkan 38,629 kes. Bayaran balik lebihan cukai pada tahun 2024 pula disasarkan untuk diselesaikan sebelum hujung tahun ini. Pada masa sama, bayaran balik tanpa mengira usia, kes akan terus dibuat kepada semua pembayar cukai selain syarikat terutama pembayar cukai individu.

Bagi memastikan bayaran balik dapat dibuat kepada pembayar cukai mengikut tempoh yang sepatutnya, pelbagai pendekatan dilaksanakan. Antaranya ialah pengagihan bayaran balik berasaskan keutamaan, usia tunggakan termasuk

draft • 10:30 AM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

penggunaan first-in, first-out, dengan izin, bayaran penuh dengan tunggakan lebihan cukai individu dan pemberian keutamaan kepada PMKS atau syarikat yang menghadapi masalah aliran tunai.

Kerajaan komited untuk terus memastikan bayaran balik lebihan cukai dapat dilaksanakan sepenuhnya secara adil, telus dan saksama dan mengambil kira kepentingan semua pembayar cukai.

draft • 10:30 AM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Langkah ini mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam memperkukuhkan kecekapan pentadbiran cukai serta memastikan hak pembayar cukai dilindungi selaras dengan agenda reformasi fiskal Kerajaan MADANI. Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat, soalan tambahan.

draft • 10:40 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan II. Jawapan yang padu, yang komprehensif. Saya rasa kita semua boleh bersetuju bahawa rancangan pembayaran balik ini ada berkait rapat dengan kejayaan reformasi fiskal yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.

Antara inisiatif reformasi fiskal yang juga dilihat berjaya, Menteri ialah penyelarasan subsidi yang merupakan antara fokus utama kerajaan dan telah dilaksanakan dengan berkesan seperti Program BUDI95 yang dilancarkan pada Oktober 2025.

Sehubungan itu, saya ingin mohon sedikit penjelasan mengenai perancangan kerajaan. Adakah kita ada rancangan untuk kita mereplikasikan lagi kejayaan mekanisme penyelarasan subsidi BUDI95 ke atas barang lain seperti minyak masak dan gula dan sebagainya. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau.

Datoʼ Yang di-Pertua, penggunaan MyKad sebagai mekanisme pengesahan kelayakan dalam penyasaran subsidi telah terbukti berkesan dan praktikal. Melalui BUDI95, rakyat menikmati harga RON95 pada kadar RM1.99 seliter secara terus di pam minyak tanpa pendaftaran baru atau proses yang rumit. Sehingga 11 Februari 2026, lebih 14.6 juta rakyat telah menikmati harga RON95 bersubsidi di bawah BUDI95.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Sistem BUDI95 memproses secara purata 3.1 juta transaksi sehari tanpa masalah gangguan. Tahap penggunaan yang tinggi menunjukkan mekanisme MyKad mudah diakses, stabil dan diterima baik oleh rakyat. Keberkesanan ini turut disokong oleh pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (SARA) 2025 yang merekodkan kadar penggunaan 99 peratus melalui MyKad.

Ini membuktikan pendekatan MyKad berfungsi baik dan mesra pengguna tanpa memerlukan aplikasi tambahan. Pendekatan ini tidak memerlukan sistem baru kerana rakyat hanya menggunakan kad pengenalan yang sedia ada. Pada masa yang sama, pengesahan berasaskan identiti warganegara membantu mengurangkan ketirisan kepada bukan warganegara.

Selain memastikan integriti sistem melalui pengesahan masa nyata, penggunaan MyKad juga mengangkat peranannya sebagai dokumentasi rasmi yang melambangkan status kewarganegaraan. Subsidi dinikmati kerana hak sebagai rakyat Malaysia yang sah. Seperti yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 11 Februari lalu, keprihatinan rakyat dalam menegur cubaan penyalahgunaan subsidi oleh warga asing mencerminkan semangat kenegaraan dan jati diri. Melangkah ke hadapan, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang mengkaji penggunaan MyKad untuk Sistem Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS).

Penelitian selanjutnya sedang dilaksanakan untuk meluaskan ekosistem sedia ada berasaskan MyKad termasuk integrasi dengan sistem Sumbangan Asas Rahmah bagi memperkukuhkan pengesahan identiti dalam pemantauan penjualan minyak masak bersubsidi. Pendekatan ini dapat memanfaatkan infrastruktur yang sedia ada tanpa mengenalkan kaedah tambahan yang membebankan rakyat sekali gus memastikan hanya warganegara yang layak menikmati subsidi.

Kementerian Kewangan akan terus bekerjasama rapat dengan KPDN dalam pendekatan seluruh negara – a whole-of-nation approach dengan izin, bagi memperkukuhkan integriti sistem subsidi dan membendung ketirisan secara bersepadu. Kerajaan juga akan terus menambah baik dan mengkaji kesesuaian peluasan penggunaan MyKad secara berhemah pada masa hadapan di samping memperkukuhkan penguatkuasaan bagi memastikan ketirisan dapat dibendung dan subsidi disalurkan secara mudah, adil dan tepat kepada golongan sasar. Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat.

draft • 10:40 AM

Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi saya dengar penjelasan Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa submission yang dihantar pada 2023 akan cuba diselesaikan dalam awal tahun ini.

Jadi, kalau boleh kongsikan data daripada submission 2023 ini, berapa banyak diselesaikan dalam tahun submission? Berapa banyak diselesaikan dalam tahun kedua dan dalam tahun ketiga dan seterusnya? Itu yang pertama.

Yang kedua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah sebenarnya yang menyebabkan terdapat kelewatan dalam bayaran balik cukai ini?

Apa yang berlaku di luar sana, bila cukai ini lewat dibayar, peniaga-peniaga menghadapi tekanan aliran tunai khususnya peniaga-peniaga kecil dan sederhana ini ramai yang menghadapi tekanan aliran tunai yang cukup besar. Jadi, kesian kepada mereka dan tentunya ramai di luar sana tanya, apakah punca sebenarnya yang menyebabkan kelewatan ini.

Seterusnya Yang Berhormat Menteri, satu lagi adalah berkaitan dengan trend ini. Jika trend kelewatan ini berterusan, apakah peniaga akan mengambil pendekatan untuk membuat anggaran cukai yang lebih rendah dalam julat 30 peratus, seterusnya membayar sedikit penalti berbanding dengan membuat anggaran yang tinggi, tetapi perlu menunggu bayaran dalam tempoh yang panjang dan mendapat dua peratus faedah daripada bayaran tersebut.

Adakah kementerian melihat terdapat trend dalam konteks ini peniaga dah beralih kepada membuat estimation yang lebih rendah, sanggup bayar penalti dalam julat 30 peratus berbanding ‘nak tunggu empat tahun because kalau ada berlaku itu trend, maknanya ini merupakan satu kesan yang besar kepada peniaga-peniaga di luar sana. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih, Yang Berhormat Putrajaya atas soalan itu. Ada banyak soalan yang ditanyakan. Pasal ada banyak sub-sub soalan yang ditanyakan juga. Jadi, saya akan cuba memberi penerangan sebaik mungkin. Mungkin ada beberapa data saya akan bagi secara bertulislah kerana mungkin tak ada dengan saya buat masa sekarang, tapi kita mula dengan pendekatan.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Apa yang saya tegaskan tadi dalam jawapan saya yang pertama tadi. Yang pertamanya, kerajaan telah buat komitmen yang untuk tahun 2023, kita akan selesaikannya sebelum bulan Mac tahun ini dan insya-Allah, kita akan dapat mempercepatkannya juga agar dapat diselesaikan dalam bulan Februari. Itulah apa yang kita jangkakan sekarang. Kalau kita tengok daripada segi cukai, yang ada lebihan cukai yang harus dibayar balik. Kerajaan mewarisi lebihan cukai yang tinggi.

Jadi, apa yang kita usahakan untuk mempercepatkan lagi. Seperti saya katakan tadi, dalam tahun 2023 ke 2025, tiga tahun yang terkini ini, kita telah meningkatkan pembayaran cukai dengan tahap yang banyak sekali di mana RM56 bilion telah dibayar balik dalam tempoh tiga tahun ini. Ini 50 peratus lebih pada compare dengan tahun 2020 sampai 2022.

Jadi, ada peningkatan untuk meningkatkan lagi untuk membayar balik dengan lebih cepat. Tahun lalu juga, bulan Disember saja kita bayar balik RM7.5 bilion. Ini pun lebih pada apa yang dijanjikan oleh kerajaan juga. Jadi, saya rasa ini telah usaha yang baik oleh kerajaan untuk menangani isu yang ada untuk mengurangkan lebihan cukai yang harus dibayar balik.

Kita harap untuk tahun ini kita akan melaksanakan di mana cukai untuk tahun 2024 tahun taksiran akan dihabis bayar balik lebihannya penghujung tahun ini. Jadi, usaha untuk kerajaan sekarang adalah untuk meningkatkan lebihan bayaran cukai dan kita telah nampak dalam bulan Januari hingga sekarang, kita telah pun melangsaikan RM5.4 bilion pembayaran dan itulah kita dapat mempercepatkannya lagi.

Kalau kita tengok dari segi kenapa ia jadi, kalau kita tengok tahun 2020, 2021, 2022, ada banyak juga kaedah yang diberikan oleh kerajaan untuk mengurangkan cukai di mana ada menangani isu-isu yang datang daripada COVID-19. Jadi, tahun 2023, 2024, kita nampak cukai yang dimasukkan adalah lebih banyak lagi kerana pulang kepada situasi semasa. Jadi, kenaikan itu dah memang nampak. Jadi untuk kerajaan, kita juga mengambil tindakan di mana kita memberi peluang kepada pembayar cukai untuk buat adjustment kepada assessment-nya di mana kita membenarkan assessment di-adjust bulan November.

Jadi, kalau dia adjust dalam November, then dia tidak dikehendak membayar lebih apa dia sepatutnya. Daripada trend yang kita nampak sekarang, tak nampaklah orang yang sahaja nak membayar lebih dan nak mendapat balik pulangan dua peratus itu.

Daripada segi kerajaan juga, kita tak nak mencari duit di mana kita penalize...

draft • 10:40 AM

Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Speaker, saya nak betulkan sedikit takut nanti terdapat kekeliruan. Maksud saya tadi, trendnya orang memilih untuk membuat assessment yang kurang supaya mereka sanggup bayar dalam julat 30 peratus, sanggup bayar penalti berbanding takut assessment lebih, tetapi kena menunggu banyak tahun. Adakah terdapat trend seperti itu? Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

So, kita nampak tak ada trend yang menunjukkan yang orang sengaja mengurangkan— kita memberi peluang untuk mereka mengurangkan assessment route tahun bila dia buat adjustment bulan November, tapi pengurangan kita nampak ada mereka dah adjust kerana dia memahami yang tanggungan cukai untuk tahun itu dah berkurangan, so dia tak payah bayar lebih.

So itu tak apa itu betul-betul menolong mereka untuk mengurangkan pengeluaran cash flow yang dia ada, tapi dari segi dasarnya, tak nampaklah orang itu sengaja tak nak membayar dan dia tunggu kerana takut dia terbayar lebih, dapat pulangan lebih lambat lagi. Jadi yang penting kita ingat, kerajaan telah mengambil tindakan, telah mengurangkan juga beban yang ada daripada lebihan cukai dan akan terus komited untuk melangsaikan cukai seperti apa yang dijanjikan. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

draft • 10:50 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Agenda berikut dimulakan dengan memanggil Majlis memanggil Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad Yang Berhormat Setiawangsa.

draft • 10:50 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Tuan Yang di-Pertua, soalan nombor 1.

draft • 10:50 AM

1. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa] minta Perdana Menteri menyatakan, pendirian kerajaan terhadap syor Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melantik Ahli Majlis sebagaimana pihak-pihak berkuasa lain di seluruh negara sebagai semak dan imbang kepada kuasa Datuk Bandar.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Silakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Lo Su Fui

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa.

Bunga raya indah persona, Cantik berseri hiasan pentas; Kuala Lumpur kota buana, Makmur di bawah maju ke atas. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan mengambil maklum dan menghormati syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melantik Ahli Majlis sebagai mekanisme semak dan imbang. Cadangan ini juga telah diusulkan melalui Rang Undang-undang Persendirian yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Parlimen Kuala Lumpur untuk meminda Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.

Jabatan Wilayah Persekutuan mengambil perhatian akan keperluan untuk mengkaji mana-mana undang-undang untuk diselarikan dengan hasrat merealisasikan reformasi institusi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebagai tindakan, JWP telah menubuhkan taskforce pada 7 November 2025 untuk meneroka kebolehlaksanaan pindaan Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.

Melalui satu kajian, ini bertujuan untuk menyantuni penemuan dan syor oleh PSC ke arah pengurusan pembangunan dan pembandaran di Kuala Lumpur yang lebih baik dan berkesan. Struktur sedia ada ialah hal ehwal perbandaran Bandaraya Kuala Lumpur ditadbirkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur. Manakala pihak berkuasa tempatan BBT lain dibawa Kerajaan Negeri ditadbir oleh Ahli Majlis.

Perbezaan ini kerana Kuala Lumpur merupakan Ibu Kota Persekutuan yang berkehendakkan suatu pentadbiran istimewa sebagaimana yang diperjelaskan dalam Penyata Rasmi Parlimen semasa pembentangan Rang Undang-undang Ibu Kota Persekutuan pada 12 September 1960 di Dewan Rakyat.

Di samping itu, Lembaga Penasihat yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong berperanan menasihati Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam membuat apa-apa keputusan dan ketetapan. Berpandukan struktur ini, kajian yang diterajui oleh pasukan penyelidik yang terdiri daripada pelbagai kepakaran seperti undang-undang perancangan bandar dan sains politik turut meneliti perbandingan kaedah pelantikan Datuk Bandar dan Ahli Majlis Kuala Lumpur dengan beberapa ibu negara terpilih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Lo Su Fui

Penemuan kajian ini akan diteliti bersama pandangan pelbagai pemegang taruh yang berkepentingan dan sebarang cadangan pindaan akta di bawah Wilayah Persekutuan akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan.

Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Setiawangsa.

draft • 10:50 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya follow-up daripada kenyataan yang dibuat oleh sahabat saya Yang Berhormat Kota Bharu yang mana ini merupakan— mengapa kajian ini dibuat dan ini juga mengapa RUU ini dibentangkan. Bermaksud ada laporan PAC yang dipengerusikan oleh Pembangkang sendiri yang mengesyorkan supaya dibuat semak semula kepada Akta Ibu Kota.

Yang itu sebagai satu penjelasan dan antara tindakan yang diambil oleh Jabatan Wilayah untuk melaksanakan Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar dan ini baru kajian. Ia dah merupakan satu amalan biasa di banyak demokrasi. Presiden Jokowi, Presiden Erdogan mereka bermula daripada menjadi Datuk Bandar.

Jadi, adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri bersetuju kerana ini masih lagi satu kajian yang terbuka bahawa sistem sekiranya pun ia dilaksanakan, sistem itu boleh direka supaya memastikan ia bukan sistem first-past-the-post sebagaimana kita amalkan sekarang, betul. First-past-the-post 10 daripada 11 Parlimen di Kuala Lumpur ini dimenangi oleh Pakatan Harapan, tetapi kalau ikut sistem proportional, Perikatan Nasional mempunyai perwakilan yang lebih tinggi daripada sekarang iaitu kosong kerana dia sekarang first-past-the-post di Kuala Lumpur.

Jadi atas dasar itu, adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri bersetuju kita boleh buat satu sistem proportional yang banyak dibuat di negara-negara lain dan memastikan sistem ini inklusif untuk semua parti, semua kaum, malah semua jantina sebab kita punya misi 30 peratus untuk wanita pun ‘tak tercapai di kebanyakan negeri dan juga di Parlimen sendiri. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:50 AM

Datuk Lo Su Fui

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Setiawangsa.

Untuk makluman Yang Berhormat, kajian pelaksanaan pindaan Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 yang dilaksanakan oleh kumpulan penyelidik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kini masih dijalankan dan belum ada ketetapan dasar secara

draft • 10:50 AM

Datuk Lo Su Fui

jelas disebut, tetapi bagi saya, itu bukan sekadar cadangan, tetapi satu kewajipan untuk kita merangkumi semua unsur-unsur yang baik bukan hanya perwakilan etnik dan gender dan kita sepatutnya merangkumi juga seperti ini golongan rentan, OKU, ibu tunggal, belia dan sebagainya supaya kita boleh mendapat maklumat yang komprehensif, baru kita boleh menjalani satu jawapan dan pelaksanaan yang baik.

Sekiranya ini diluluskan.

Untuk makluman sekarang, dalam kajian saja. Belum ada lagi keputusan.

Jadi dalam hal ini, kesejahteraan warga Wilayah Persekutuan adalah menjadi faktor utama merealisasikan reformasi institusi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sekian terima kasih.

draft • 10:50 AM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Padang Serai.

draft • 10:50 AM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Terima kasih Yang Di-Pertua.

Terima kasih Menteri yang memberikan jawapan yang saya ingat satu kajian yang perlu difikirkan secara terbuka. Cuma saya ada beberapa angle yang saya nak ambil kepada— untuk ditanya kepada Menteri lah. Jadi sekiranya kerajaan bersetuju dengan syor PAC tersebut, apakah model pelantikan yang diguna pakai?

Adakah kerajaan akan memastikan komposisi ahli majlis DBKL terdiri daripada golongan profesional, pakar perancang bandar dan wakil badan bukan Kerajaan NGO tempatan bagi mengelakkan DBKL hanya menjadi platform ganjaran politik semata-mata. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:50 AM

Datuk Lo Su Fui

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.

Pasang pelita di tepi titi, Cahaya terang nampak di mata; Buka telinga mata dan hati, Pandangan membina penyuluh cita. Satu soalan yang sangat membina, cadangan membina. Jadi, untuk makluman, sekarang saya tidak boleh memberikan keputusan atau jawapan seperti yang disebut iaitu kajian sedang dilaksanakan, tetapi apa yang komitmen yang jabatan atau kerajaan terkini yang boleh memberikan kita akan memastikan Usul untuk dipertimbangkan seperti ini yang tadi Yang Berhormat Setiawangsa, kita akan memasukkan ini perwakilan daripada ini etnik, ini bangsa, ini golongan rentan seperti

draft • 10:50 AM

Datuk Lo Su Fui

OKU, belia dan sebagainya kerana hanya— kita mendapat ini maklumat dan informasi yang lengkap dan konklusif, inklusif, baharu kita boleh membuat satu dasar yang bermanfaat untuk keseluruhan, khususnya di Kuala Lumpur, okey. Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Satu lagi boleh Yang Berhormat.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 10:50 AM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Soalan tambahan yang kedua.

Jika diizinkan.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Saya ‘tak benarkan. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Baik, Majlis ke soalan yang berikutnya. Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Haji Kamal bin Ashaari, Yang Berhormat Kuala Krau.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Speaker. Soalan saya nombor 2.

draft • 11:00 AM

2. Tuan Haji Kamal bin Ashaari [Kuala Krau] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan, langkah kerajaan mengawal kenaikan kos makanan ternakan sehingga 25 peratus akibat kebergantungan 70 peratus bahan mentah import serta strategi mengoptimumkan penggunaan palm kernel expeller

(PKE) bagi menstabilkan harga.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kos input makanan ternakan merupakan komponen terbesar yang menyumbang sehingga 70 peratus daripada jumlah kos operasi keseluruhan, sama ada dalam industri bukan ruminan atau ruminan. Hasil sampingan dari industri sawit yang diproses seperti palm kernel expeller dan palm kernel cake dapat dimanfaatkan sebagai makanan ternakan.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan buat masa ini telah berusaha untuk mengurangkan import bahan mentah makanan ternakan melalui inisiatif-inisiatif berikut― Pertama, melaksanakan projek tanaman jagung bijian secara berfasa dengan keluasan tanaman sehingga 136,527 hektar. Program ini dijangka dapat

draft • 11:00 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

mengeluarkan jagung bijian tempatan 1.25 juta tan metrik sehingga 1,252 hektar kawasan penanaman jagung bijian telah dibangunkan melibatkan 143 petani dan 21 syarikat atau koperasi yang mampu menghasilkan 6,656 metrik tan pengeluaran jagung bijian.

Yang kedua, kerajaan turut menjalankan kajian dan inisiatif bagi meningkatkan penggunaan bahan tempatan seperti sumber tenaga dan protein alternatif dalam penghasilan makanan ternakan termasuk hasil sampingan sawit iaitu PKC dan PKE; hasil sampingan industri padi― dedak, dedak beras, beras patah dan temukut; mil ikan dan mil ofal ikan tempatan― black soldier fly; agroindustri yang lain seperti hampas soya, sisa nanas dan mil daun dan, terkenal sekarang untuk makanan, di antaranya daun moringa, daun indigofera, daun kenaf bagi membantu mengurangkan kebergantungan industri ternakan negara terhadap makanan ternakan import.

Yang ketiga, menyediakan insentif penanaman rumput napier seperti pembangunan infrastruktur perolehan input-input pertanian, perolehan mesin jentera dan peralatan ladang di bawah Jabatan Pertanian Malaysia.

Yang keempat, menyediakan kawasan untuk mengeluarkan pastura― ini nama rumput ya― seperti penanaman rumput napier kepada penternak-penternak di rizab padang ragut taman kekal pengeluaran makanan dan taman kekal pengeluaran ruminan.

Yang kelima, memberikan khidmat nasihat dan perundingan teknikal kepada para penternak melalui ejen-ejen pengembangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar

(DVS) dan DOA dalam aspek penanaman rumput dan penghasilan makanan ternakan menggunakan sumber tempatan.

Pada masa ini, tiada intervensi yang dilakukan oleh kerajaan kerana harga PKE masih stabil dan keperluan PKE juga mencukupi dalam negara. MARDI telah membuat kajian formulasi untuk menghasilkan formulasi makanan berasaskan PKE yang berkualiti dan juga memproses penggunaan PKE melalui ejen pengembangan DVS. Ini sedang dibuat kajian secara intensif oleh pihak MARDI. Itu jawapan setakat ini, Yang Berhormat Kuala Krau.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan. Silakan Yang Berhormat.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih Menteri atas jawapan. Cuma, saya ‘nak dapat pengesahan, antara punca makanan ini kerana

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

bahan-bahan sebagai ramuan itu yang terlalu mahal sedangkan kita adalah pengeluar sawit dan— tadi disebut juga, dengan jagung dan sebagainya.

Satu lagi. Justeru, adakah kementerian berhasrat untuk bersama dengan Kementerian Perladangan dan Komoditi memeterai kontrak bekalan jangka panjang antara kilang sawit dan pengilang suapan serta mewujudkan hab logistik PKE di seluruh negara bagi menurunkan kos pengangkutan, menetapkan sasaran kadar campuran minimum PKE dalam makanan ternakan?

Yang kedua, iaitu kita dimaklumkan bahawa MPOB ini telah ada benda ini sehingga, yang dimaklumkan, PKE sendiri telah pun dieksport keluar ke Korea dan juga New Zealand. Jadi, kenapa makanan itu masih kekal tinggi untuk kegunaan tempatan? Terima kasih, Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Mic tak jalan tadi...

[Dicelah] Ini ‘tak boleh baling sebab dia melekat...

[Ketawa] Bahan PKE sawit ini digunakan di tempatannya lima peratus, 95 peratus dieksport. Bahan sisa sawit ini, kalau digunakan dalam makanan ayam, hanya lima persen. Cuma 20 persen sahaja baru digunakan di ayam saga yang diternak di Pahang, iaitu ayam kampung. Ayam kampung dia ada daya ketahanan yang lain sikit daripada ayam biasa. Daripada ayam biasa ini hanya lima persen.

Oleh itu, campurannya itu yang menyebabkan harga bahan makanan itu meningkat, tetapi kebelakangan ini, harga jagung import memang turun. Turun begitu banyak yang menyebabkan harga bahan makanan sepatutnya dapat kurang lebih banyak, tetapi banyak pengimport ini menghadapi masalah.

Di antaranya, import daripada Brazil dan dengan itu melalui perjalanan yang mereka kena tambah di sudut pembayaran insurans dan sebagainya yang menyebabkan harga bahan import ini, walaupun harga jagung turun, tapi penurunan harga barang import itu tidak begitu ketara yang kita harapkan.

Dan kita memanglah sumber-sumber yang lain, kita akan terus berusaha terutama sekali black, apa ini― lalat itulah. Kita mahu memperbesarkan pada masa akan datang. Buat masa ini, kerjasama dengan pihak Kementerian Komoditi berjalan

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

lancar. Dan sisa sawit itu banyak dihantar ke Australia, New Zealand dan juga di negara-negara Eropah dan jualannya sampai 1.6 bilion pengeksport itu.

Sebab, penggunaan untuk bahan makanan itu dia kena campur dengan makanan yang lain, dan sekarang ini ayam kampung, ayam saga sahaja yang boleh menggunakan 20 peratus daripada PKE itu. Yang lain-lain itu belum dan sedang dibuat penyelidikan dengan rapi. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Pasir Gudang.

draft • 11:00 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Dato’ Speaker. Saya sebagai salah seorang Anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Pertanian dan Keterjaminan Makanan memang bersetuju dengan jawapan Yang Berhormat Menteri tentang tanaman jagung bijirin yang telah dimulakan untuk ternakan kita supaya dapat mengurangkan import berbilion ringgit daripada Argentina dan Brazil.

Soalan saya Yang Berhormat Menteri, adakah kementerian dan juga kerajaan bercadang dalam pembukaan tanah ini untuk bijirin jagung ini, bukan saja tanah yang baru nak dibuka, tapi libatkan jugalah agensi seperti FELDA, FGV, RISDA, FELCRA, kita pun ada Sime Darby dan kawasan wilayah seperti KEJORA, Sabah dan Sarawak? Ertinya, tanaman jagung bijirin ini― sebab, saya telah mendengar taklimat daripada ahli-ahli sains Kementerian Pertanian dan pegawai- pegawai Kementerian Pertanian amat meyakinkan. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih. Tanaman jagung bijian ini mempunyai kos yang agak tinggi. Oleh itu, di peringkat awal ini, kerajaan akan cuba membantu berbagai insentif yang lain. Di antaranya, soal cukai dapat diminimumkan seminimum mungkin untuk membuka ladang-ladang jagung ini.

Setakat ini, 15 syarikat swasta yang bersedia dan sekarang kita mulakan secara besar-besaran di Perlis, lebih 2,000 hektar tanaman jagung bijian.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Adapun FELDA, FELCRA dan seterusnya, kita akan membuat rundingan terus supaya dapat diperbanyakkan ladang jagung ini. Kerana kita tahu, jagung ‘tak dapat lari buat masa sekarang adalah makanan utama kepada sama ada binatang ternakan ataupun ikan. Satu lagi yang kita tak dapat buat tempatan buat masa ini

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

ialah soya. Soya masih lagi perlu import hampir 100 persen, tapi jagung insya-Allah, dalam masa dua, tiga tahun lagi, kita akan capai— menjelang 2030 sekurang-kurangnya, kita dapat capai— harapan kita 30 persen mengurangkan import jagung itu.

Saranan daripada Pasir Gudang, kita amat ambil perhatian dan kita alu- alukan kerjasama daripada semua agensi kerajaan untuk kita mengeluarkan jagung bijian. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Bagi soalan 3— yang ke-3, Yang Berhormat Petaling Jaya tidak hadir dengan izin.

Saya terus ke soalan yang ke-4. Dipersilakan Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary, Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

draft • 11:10 AM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 4.

draft • 11:10 AM

[Soalan No.3 – YB. Tuan Lee Chean Chung (Petaling Jaya) tidak hadir]

4. Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary [Pengkalan Chepa] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan, langkah segera menangani kos sara hidup pelajar IPT termasuk isu Latihan Industri tanpa elaun serta sama ada kerajaan akan menetapkan dasar minimum elaun Latihan Industri merentas sektor dan garis masa pelaksanaannya.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Pendidikan Tinggi untuk menjawab.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Tuan Adam Adli Abd Halim

Dato’ Yang di-Pertua, kerajaan kita sedar beban kewangan yang ditanggung oleh pelajar IPT, khususnya kos sehari hidup sepanjang mereka bergelar mahasiswa dan lazimnya kos sara hidup pelajar ini selalunya merangkumi apa— yuran pengajian, lagi? Penginapan, makan, minum dan juga pengangkutan. Maka, dalam kita menghadapi cabaran ini, kita komited untuk bukan sahaja memastikan akses kepada pendidikan tinggi itu terus terjamin, malah kita mahu pastikan supaya pelajar kita dapat mengikuti pengajian mereka dengan selesa.

Untuk kita kawal elemen yang pertama, yuran pengajian— kerajaan kita telah pun mengekalkan kadar yuran tanpa sebarang kenaikan untuk pelajar-pelajar di bawah saluran perdana. Dan di samping itu, kita turut wujudkan lebih banyak lagi bantuan kewangan untuk tampung yuran pengajian ini. Ini termasuklah pinjaman, biasiswa, derma siswa dan sebagainya.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Tuan Adam Adli Abd Halim

Malah, kita juga menerusi Yayasan Perkasa Siswa ada sediakan bantuan khusus pada pelajar kita. Bantuan awal pengajian tinggi kepada pelajar B40 untuk mereka masuk ke universiti. Dan selain itu juga, untuk mereka tampung perbelanjaan jika tidak cukup. Mereka boleh adukan atau sampaikan kepada Yayasan Perkasa Siswa ini.

Kemudian, kita masuk kepada soal kos makan minum. Jadi, KPT sekarang kita telah pun perkenalkan satu inisiatif, namanya Dapur Siswa MADANI ataupun kita juga ada food bank IPT. Sebanyak RM26.9 juta telah pun kita peruntukkan. Dan baru-baru ini turut diumumkan tambahan sebanyak RM15 juta lagi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk kita berikan kepada inisiatif Dapur Siswa ini. Dan Dapur Siswa ini kalau boleh saya tarik perhatian adalah satu inisiatif yang amat menarik.

Ia bukan hanya soal untuk kita pastikan ada makanan yang cukup dan pastikan pelajar kita tidak kelaparan. Ianya juga dirangka untuk kita pastikan pelajar- pelajar kita boleh ada satu elemen pembangunan kendiri. Di mana Dapur Siswa ini bukan semata-mata food bank, tapi sebaliknya adalah satu— seolah-olah soup kitchen yang boleh dikongsi bersama oleh pelajar dan kita pastikan ianya sustainable.

Ketiga, kita masuk juga pada aspek pengangkutan. Kerajaan kita telah pun perkenalkan inisiatif, misalnya FLYsiswa untuk pelajar laluan domestik melibatkan perjalanan Semenanjung, Sabah, Sarawak. Kemudian kita juga jangan lupa ada beberapa inisiatif, terutama sekali seperti Rapid Pelajar, KTM i-Card untuk ETS dan sebagainya. Dan untuk kukuhkan lagi sokongan pembelajaran, Baucar Buku MADANI turut kita sediakan dan wifi kampus percuma bawah pelan prabayar khas Mysiswa 35 turut ditawarkan.

Masuk kepada Latihan Industri. Untuk maklumat Yang Berhormat, Kerajaan MADANI melalui Rancangan Malaysia Ketiga Belas telah pun menggariskan satu inisiatif skim praktikal wajib berbayar sebagai salah satu usaha untuk kita tangani isu dan perkukuhkan Latihan Industri.

Dan fokus utama kerajaan adalah antara lainnya, melaksanakan kajian dan membangunkan Dasar Latihan Industri baharu, mencadangkan pindaan kepada Akta Kerja 1955 untuk melibatkan pelatih industri dan melindungi kebajikan pelajar kita, ini bawah KESUMA. Dan menyediakan inisiatif untuk menarik lebih ramai pemain industri menawarkan Latihan Industri.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Tuan Adam Adli Abd Halim

Dan pada masa ini, KPT turut terlibat dalam usaha kolaboratif bersama Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi National Structured Internship Programmed (MySIP) yang diterajui oleh TalentCorp.

Menerusi MySIP, syarikat atau organisasi yang menawarkan Latihan Industri kepada pelajar dihendaki untuk bayar elaun minimum RM500 kepada Pelatih Diploma atau SKM Tahap 1 hingga Tahap 5 dan RM600 bagi pelatih tahap Ijazah Sarjana Muda. Jadi secara keseluruhan, kita akan terus pantau dan tambah baik inisiatif sedia ada dan kita komited untuk pastikan tiada pelajar kita yang tercicir daripada pengajian akibat kekangan kewangan dan juga kos sara hidup mereka.

Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Pengkalan Chepa, silakan.

draft • 11:10 AM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita— kalau ikutkan data, ada sekitar 250,000 hingga 300,000 pelajar-pelajar yang terlibat dengan Latihan Industri ini pada setiap tahun— 65 hingga 70 persen mereka ini pergi kepada entiti swasta dan ada 30 persen lagi kepada entiti kerajaan.

Kita sering bercakap tentang TalentCorp, MySIP dan sebagainya yang menawarkan insentif kepada syarikat yang bayar elaun tadi, baru mereka layak dapat pengecualian cukai berganda, tapi soalnya, banyak aduan yang diterima, mereka ini kadang tak dibayar, mereka diberi kerja yang bukan dalam skop dan bidang mereka, ada yang seakan-akan dijadikan buruh kasar dan sebagainya, satu.

Yang kedua Yang Berhormat, kalau yang terlibat dengan MySIP, yang tadi mungkin mereka dibayar elaun. Macam Yang Berhormat sebut untuk Degree RM600, untuk Diploma RM500, tapi kalau yang terlibat dengan latihan di entiti-entiti kerajaan, bagaimana insentif kepada itu nak dibuat? Adakah mereka dibayar menggunakan tabung ataupun wang zakat? Kalau GLC, mungkin mereka bayar pakai— apa nama, CSR mereka. Minta komen Yang Berhormat.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:10 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Terima kasih Yang Berhormat...

draft • 11:10 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

...Saya ikut soalan yang diberi itu dengan cukup teliti. Saya kira antara perkara yang harus kita beri penekanan adalah

draft • 11:10 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

bagaimana penglibatan industri dan kerjasama strategik itu boleh dipergiatkan menerusi pelbagai— bukan sekadar memorandum sefahaman, tapi sebaliknya juga perancangan strategik ataupun praktik strategik yang turut melibatkan— what we call it, inisiatif yang turut diikat dengan sedikit perundangan.

Kita lihat, contohnya kalau dalam sektor Latihan Industri untuk pelajar yang masuk kepada sektor swasta yang tidak terlibat dengan MySIP, mungkin kita perlu pertingkatkan, contohnya kawalan dan juga pemantauan.

Kedua, perlu juga pihak universiti terutama sekali, memastikan bahawa kebajikan pelajar ini boleh dijamin dengan memastikan setiap penempatan bagi Latihan Industri tersebut tidak hanya sewenang-wenangnya. Ikut apa yang ada di depan mata pelajar, sebaliknya turut boleh dibantu dengan cukup panduan dan juga kerjasama-kerjasama yang lebih rapat.

Erti kata lain, penglibatan industri dengan universiti itu harus dipergiat dan pemantauan, termasuk jika perlu ada diikat dengan perundangan, itu juga boleh kita lihatkan bersama-sama. Saya akui bahawa ini masalah yang masih berterusan.

Kalau di bawah Latihan Industri itu melibatkan sektor-sektor dan agensi di bawah kerajaan, kita tidak risau, tapi bila melibatkan pada sektor swasta, persendirian yang sangat luas di luar sana, memang kita masih lagi merakamkan isu-isu ini terus berlaku. Pemantauan harus dibuat dan kita harus acknowledge masalah ini sebagai perkara yang perlu diberi perhatian yang lebih khusus. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Pilah.

draft • 11:10 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Dr. Timbalan Speaker. Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, jika dasar minimum elaun Latihan Industri ditetapkan, bagaimanakah mekanisme penguasaan dan pematuhan akan dilaksanakan merentas sektor supaya dasar ini tidak sekadar bersifat galakan, tetapi benar-benar dipatuhi?

Dan seterusnya, bagaimana peranan dan tanggungjawab IPT akan diperkasakan dalam memastikan syarikat penempatan Latihan Industri mematuhi standard elaun dan kebajikan pelajar supaya akauntabiliti ini tidak terletak kepada pihak industri sahaja? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat.

draft • 11:10 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Buat masa sekarang, tentu sekali kita tidak menyediakan elaun itu daripada peringkat kerajaan. Dan memang kita bergantung harap kepada persetujuan oleh pihak industri.

draft • 11:10 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Jadi, seperti yang kita sebut tadi, di bawah RMKe13, kita telah pun pastikan bahawa satu skim praktikal wajib berbayar itu boleh dilaksanakan bagi kita memperkukuhkan isu latihan industri ini agar bukan sekadar kita punya pelajar atau graduan kita dapat pendedahan seperti yang mereka perlukan sebaliknya juga memastikan kebajikan mereka terus terbela sewaktu mereka bergelar mahasiswa.

Kita harus lihat pada perkara yang paling pokok iaitu dasar latihan industri baharu. Itu yang harus kita percepatkan dan saya harap bahawa kita boleh dapat penyelesaian dalam jangka masa yang diberi ini di bawah RMK13. Insya-Allah. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Selanjut, Majlis ke soalan yang ke-5. Dipersilakan Datuk Jonathan Yasin, Yang Berhormat Ranau.

draft • 11:20 AM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor 5.

draft • 11:20 AM

5. Datuk Jonathan Yasin [Ranau] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, perang yang telah berlaku antara negara Thailand dan Kemboja telah mencemarkan imej ASEAN sebagai kawasan zon damai, bebas dan berkecuali sehingga visi ZOPFAN yang diimpikan pada tahun 1971 itu tidak lagi dapat dipertahankan. Apakah langkah kerajaan untuk memperbaiki keadaan ini?

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Menteri Luar Negeri.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Datoʼ Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Ranau, pertanyaan yang dikemukakan. Izinkan saya menjawab pertanyaan Yang Berhormat Ranau bersekali dengan pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Keningau dan Yang Berhormat Marang bertarikh 25 Februari 2026 kerana pertanyaan-pertanyaan tersebut menyentuh isu yang sama.

Tuan Yang di-Pertua, seperti Dewan ini sedia maklum, isu sekitar Kuil Preah Vihear di antara Kemboja dan Thailand merupakan isu persempadanan yang masih belum dimuktamadkan antara kedua-dua pihak. Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2025 telah memainkan peranan yang konstruktif dan seimbang sebagai pemudah cara antara kedua-dua negara.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Malaysia telah menggerakkan usaha-usaha diplomatik secara intensif untuk meredakan keadaan serta memperkukuhkan kesatuan negara-negara ASEAN dalam menangani isu ini secara aman. Antara pencapaian utama Malaysia adalah persetujuan gencatan senjata pada 28 Julai 2025 diikuti dengan Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Sempadan atau dengan izin, 1st Special General Border Committee (GBC) pada 7 Ogos 2025 serta mesyuarat empat hala antara Malaysia, Kemboja, Thailand dan Amerika Syarikat pada 12 dan 17 Oktober bagi memuktamadkan Perjanjian Damai Kuala Lumpur atau dengan izin, Kuala Lumpur Peace Accord yang telah ditandatangani pada 26 Oktober 2025 oleh Perdana Menteri Kemboja dan Thailand serta disaksikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Presiden Amerika Syarikat.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia juga turut menyambut baik keputusan Mesyuarat Ketiga Jawatankuasa Sempadan atau dengan izin, 3rd General Border Committee Kemboja-Thailand pada 27 Disember 2025 dan hasil mesyuarat tiga hala Kemboja-Thailand-China pada 28 Disember 2025 di mana kedua-dua pihak menzahirkan komitmen untuk meneruskan perjanjian damai yang dipersetujui dengan sokongan kemanusiaan dari China.

Tuan Yang di-Pertua, usaha damai antara kedua-dua negara tersebut merupakan langkah penting dalam usaha ASEAN untuk terus memelihara keamanan, kestabilan dan kemakmuran bersama rantau ini. Tindak balas kolektif ASEAN termasuk penganjuran Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN pada 22 Disember 2025 di Kuala Lumpur membuktikan bahawa ASEAN kekal relevan dan berkeupayaan untuk menangani krisis secara aman dan bersama. Pada tahun ini, Malaysia akan terus menyokong sepenuhnya usaha-usaha yang digerakkan di bawah kepimpinan Filipina sebagai Pengerusi ASEAN. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Ranau, sila. Soalan tambahan.

draft • 11:20 AM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Terima kasih kepada jawapan daripada Timbalan Menteri. Salah satu punca utama yang boleh menggugat imej ASEAN sebagai zon damai, bebas dan berkecuali jika persempadanan di antara negara- negara ASEAN dan juga tuntutan daripada negara-negara lain atas tanah di kawasan negara-negara ASEAN ini. Jika itu tidak diselesaikan dengan tuntas, ia bakal mengundang masalah yang besar di masa akan datang.

draft • 11:20 AM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Jadi, apakah peranan yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengambil tindakan secara agresif supaya mengadakan rundingan menyelesaikan perkara ini supaya kita dapat mengelakkan masalah yang lebih besar di masa akan datang?

Soalan saya kepada Menteri.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:20 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat Ranau berkenaan tentang isu yang dibangkitkan. Sememangnya kita sentiasa mengambil peranan yang neutral di dalam apa-apa perbincangan dan juga dispute, dengan izin, berkenaan tentang sempadan dan juga isu-isu seperti persempadanan maritim dan juga tanah besar adalah merupakan isu-isu yang kerap kali dibangkitkan.

Juga, kita menggunakan ASEAN ini sebagai satu platform dan pada tahun lepas, pada tahun 2025, Kepengerusian ASEAN adalah dipegang oleh Malaysia maka kita mengguna pakai sepenuhnya dan juga menggunakan karisma Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menyelesaikan beberapa perkara.

Walaupun demikian terdapat permasalahan berterusan, kita akan sentiasa memberikan komitmen sepenuhnya berbincang dan apa yang ingin kita elakkan adalah persengketaan yang mencetuskan satu masalah yang besar yang menyebabkan isu kemanusiaan yang berlaku maka neutrality yang diamalkan oleh negara-negara ASEAN ini sentiasa perlu diperkukuhkan Yang Berhormat.

Kita juga akan cuba untuk mengelak pertelingkahan dan juga hubungan baik peribadi dan juga antara negara akan kita perkukuhkan dan mekanisme ASEAN ini akan sentiasa diperkembangkan dan kita berharap agar Kepengerusian ASEAN pada Filipina ini juga akan meneruskan usaha-usaha yang telah dibuat.

Juga, persengketaan antara Thailand dan Kemboja ini adalah merupakan satu contoh untuk usaha kita untuk mengelakkan sesuatu perkara yang lebih serius berlaku pada masa akan datang. Kita perlu perkukuhkan hubungan antara semua negara ASEAN kerana kita adalah merupakan sebuah wilayah ataupun sebuah kawasan yang perlukan kerjasama yang baik dan juga usaha diplomasi. Itu saja Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Menteri. Silakan Yang Berhormat Kubang Pasu.

draft • 11:20 AM

Datoʼ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Apa yang saya ‘nak tanyakan ini ialah ada hubung kait dengan menjadikan ASEAN zon bebas, berkecuali dan juga aman. Ia mengenai apa

draft • 11:20 AM

Datoʼ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

yang kita namakan Treaty of Southeast Asia Nuclear Weapon-Free Zone. Ini ada hubung kait dengan keamanan Asia Tenggara yang bebas daripada senjata nuklear yang ditandatangani di Bangkok pada tahun 1995.

SEANWFZ memerlukan negara-negara yang mempunyai senjata nuklear, terutamanya lima kuasa besar yang menjadi Ahli Tetap Majlis Keselamatan Bangsa- Bangsa Bersatu iaitu Amerika Syarikat, Britain, China, Perancis dan Rusia memberikan komitmen mereka bagi menjadikan ianya berkesan. Berhubung dengan itu, pada 10 Julai 2025, Yang Berhormat Menteri Luar menyatakan China akan memberikan komitmen dan akan menandatangani triti ini ataupun protokol ini bagi mengharamkan senjata nuklear di wilayah ASEAN.

Soalannya ialah bilakah negara China akan menandatangani triti ini dan bagaimana pula dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Rusia, Perancis dan Britain? Bilakah mereka akan memberi komitmen sedemikian?

Keduanya, adakah Kementerian Luar Negeri berpegang kepada dasar equidistant dan neutrality dalam mengendalikan-mengendalikan dasar luar negara? Terima kasih Datoʼ Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 11:20 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat. Dasar besar kita adalah Malaysia akan sentiasa bersikap neutral, tetapi tegas dalam isu- isu tentang soal keamanan dan juga kemanusiaan berlandaskan undang-undang antarabangsa yang sentiasa dipandang tinggi dan juga diiktiraf oleh negara-negara ASEAN ketika ini.

Malaysia juga akan sentiasa prihatin dengan isu-isu masalah yang dibangkitkan dan juga berkenaan tentang isu spesifik yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi berkenaan tentang Perjanjian Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara ataupun Southeast Asia Nuclear Weapon-Free Zone dan bilakah negara- negara besar tersebut akan menandatangani. Saya tidak dapat memberikan satu jawapan yang terperinci. Walaupun demikian, kita akan memberikan satu penjelasan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang ke-6. Dipersilakan Dr. Siti Mastura binti Muhammad, Yang Berhormat Kepala Batas.

draft • 11:20 AM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 6.

draft • 11:20 AM

6. Dr. Siti Mastura binti Muhammad [Kepala Batas] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan:

(a) Dasar Dewan Bahasa dan Pustaka dalam pengeluaran ISBN dan PDP; dan

(b) kriteria dalam menentukan tempoh proses nombor ISBN dan PDP dikeluarkan.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Diminta Menteri Perpaduan Negara untuk menjawab.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Terima kasih Kepala Batas. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian menerusi Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) adalah agensi yang bertanggungjawab menguruskan pemberian International Standard Book Number

(ISBN) di Malaysia sejak tahun 1982.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Pemberian ISBN dan PDP adalah percuma kepada penerbit berdaftar di Malaysia dengan syarat permohonan memenuhi ketetapan yang digariskan dalam garis panduan ISBN Edisi Antarabangsa 2017. Dokumen wajib yang perlu disediakan permohonan ISBN adalah seperti berikut:

(i) muka surat hadapan;

(ii) muka surat judul;

(iii) muka surat isi kandungan;

(iv) muka surat hak cipta; dan

(v) prakata sinopsis ataupun pendahuluan.

Tempoh proses bagi permohonan ISBN adalah tahun— maaf, adalah satu hari bekerja, manakala tempoh proses bagi PDP adalah tiga hari bekerja.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Walau bagaimanapun, tempoh ini adalah tertakluk kepada giliran serta jumlah permohonan semasa yang diterima melalui sistem permohonan dalam talian.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kepala Batas.

draft • 11:30 AM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Terima kasih diucapkan kepada Timbalan Menteri di atas jawapan yang ringkas dan padat. Soalan tambahan saya berkait dengan ISBN tadi.

draft • 11:30 AM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Persoalan dan juga aduan yang dibangkitkan oleh para penerbit dan mereka- mereka berkaitan, berkenaan kenapa syarat itu diubah sebelum ini apabila ada ISBN dimohon ia boleh terus digunakan tanpa perlu menunggu dalam tempoh tiga bulan.

Sebab perkara ini menjadi satu kekangan kepada pihak penerbit khususnya terutama mereka ingin mengeluarkan buku terutama apabila nak laksanakan di pesta buku dan ini menyebabkan berlakunya tergendala dari sudut perancangan untuk melancarkan buku, itu yang pertama.

Yang kedua mungkin kalau tak dapat jawab secara lisan boleh jawab secara bertulis sebab agak ringkas— berkenaan dengan memandangkan terdapat dakwaan wujudnya ketidakseragaman dan juga tafsiran yang berubah-ubah terhadap kandungan karya fiksyen sehingga timbulkan ketidakpastian perniagaan. Jadi, adakah kementerian bersedia tetapkan garis panduan yang lebih bertulis dan lebih jelas dan boleh diakses secara umum?

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:30 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

[Bangun]

draft • 11:30 AM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Terima kasih Kepala Batas atas soalan tambahan dan juga aduan itu. Saya jawab dulu tentang aduan itu, kita ambil maklum berkenaan dengan fiksyen ini dan saya akan minta kita bagi secara bertulis.

Dan berkenaan dengan ISBN ini dan berkenaan tiga bulan ini, ISBN ialah nombor antarabangsa, piawaian antarabangsa standard, international standard yang telah ditetapkan. Saya yakin perkara ini tidak perlukan masa yang panjang untuk diluluskan. Kadang-kadang apa yang kita terima adalah contohnya, setiap bulan kita mempunyai hampir 3,000 permohonan untuk mendapat kelulusan ISBN.

Dan kekangan yang jarang kita ada adalah apabila penerbit itu besok nak terbitkan buku dan hari ini mereka hantar kepada untuk mendapat kelulusan. Itu menjadi kekangan, tapi selain daripada itu, saya rasa permohonan itu biasanya diluluskan dalam satu hari ataupun tiga hari. Itu yang paling lewat yang kita tahu kerana kriteria dia sangat jelas bahawa ada lima kriteria saja permohonan mungkin benda itu terus terang dan tiada perlu apa-apa masa yang diperlukanlah.

Dan keduanya tentang fiction edition itu saya akan mendapatkan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat Kepala Batas. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Betong.

draft • 11:30 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Dalam konteks kriteria penilaian dan tapisan kandungan, apakah kriteria substantif yang digunakan untuk menilai permohonan PDP ini dan adakah ia

draft • 11:30 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

bersifat teknikal semata-mata atau ada melibatkan pertimbangan kandungan dan ideologi?

Dan bagaimanakah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini memastikan proses tapisan tidak bercanggah dengan prinsip kebebasan akademik dan kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perlembagaan? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

draft • 11:30 AM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Terima kasih Yang Berhormat Betong.

Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya ingin juga ulang semula tentang dokumen yang wajib.

Yang pertama adalah seperti yang disebut muka surat hadapan, muka surat judul, muka surat isi kandungan, muka surat hak cipta dan pra kata. Ini adalah perkara yang asas yang perlu kita submit untuk mendapat kelulusan ISBN. Walaupun bagaimanapun, berkenaan dengan content, dia adalah di letak di bawah Kementerian KDN.

Saya ingin jawab juga bagaimana kita mengawal koleksi dan penyimpanan pemuliharaan warisan ini. Selaras dengan akta yang kita ada ini pusat— maaf, maaf ya. Akta Penyerahan Bahan 1986. Setiap kali penerbit itu dapat mengeluarkan buku, mereka wajib menghantar lima naskhah kepada untuk simpanan. Dan kawalan ini dibuat oleh sebenarnya di bawah KDN, bukan di bawah perpustakaan ataupun di bawah selia oleh Kementerian Perpaduan.

Akta Penyerahan Bahan 1986 ialah undang-undang yang mewajibkan penerbit dan pencetak menyerahkan lima naskhah bahan terbitan yang diterbit dalam negara kepada Perpustakaan Negara Malaysia.

Tujuan utama akta ini adalah untuk memastikan semua hasil penerbitan negara dikumpul, direkod dan dipelihara sebagai warisan intelektual dan serta dokumentasi kebangsaan bagi rujukan generasi kini dan akan datang.

Berkenaan dengan content yang ada ini, biasanya kita tidak terima content itu. Kita hanya terima sinopsis saja, muka surat dan juga apakah isi kandungan itu hanya kita dapat selepas mereka menerbit. Walaupun bagaimanapun, pihak KDN juga setiap minggu berada di-repository kita untuk semak dan juga check content, content untuk— seperti yang saya kata, untuk membuat tapisan kandungan adalah disebut tanggungjawab bidang kuasa KDN.

Selain dari itu, akta ini juga telah catit dan juga untuk kita pusatkan pada Pemusatan 1984. Maksud saya memang akta-akta ini adalah di bawah— maaf, content, content ini memang dikawal oleh KDN. Kalau ada laporan yang dibuat atau

draft • 11:30 AM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

pihak-pihak yang kata unsur-unsur dokumen ini atau buku atau majalah ini ada bercanggah dengan apa-apa yang di bawah kepercayaan Malaysia, maka kementerian juga perlu— Kementerian KDN akan mengambil tindakan. Sama ada ‘nak banned ataupun nak teruskan dan mereka selepas menerima aduan, KDN juga akan semak dengan pihak perpustakaan, sama ada dokumen yang mereka serah itu betul atau tidak. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Seterusnya, saya jemput Tuan Pang Hok Liong, Labis.

draft • 11:30 AM

Tuan Pang Hok Liong - Labis

Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan Labis nombor 7.

draft • 11:30 AM

7. Tuan Pang Hok Liong [Labis] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan, kerajaan telah menaja pelajar Palestin untuk menuntut di universiti awam kita:

(a) berapa jumlah keseluruhan pelajar Palestin yang sedang menuntut di universiti awam kita; dan

(b) berapa jumlah keseluruhan yuran dan kos yang ditanggung oleh kerajaan?

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Tuan Adam Adli Abd Halim

Tan Sri Speaker, Malaysia secara konsisten menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin melalui sokongan diplomatik, bantuan kemanusiaan serta akses pendidikan tinggi.

Dalam konteks pendidikan, kerajaan pastikan bahawa pelajar Palestin yang berada di negara ini dapat teruskan pengajian mereka tanpa gangguan selaras dengan prinsip kemanusiaan dan komitmen Malaysia selama ini terhadap nasib rakyat Palestin.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sehingga 30 September 2025 terdapat seramai 558 orang pelajar Palestin yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam di Malaysia. Berhubung dengan jumlah kos yang ditanggung, kerajaan melalui kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Luar Negeri telah melaksanakan satu inisiatif bantuan khas secara one-off pada tahun 2024 selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 24 November 2023. Bantuan ini disalurkan melalui Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin

(AAKRP) kelolaan Kementerian Luar Negeri yang dikumpulkan daripada sumbangan sektor korporat dan juga orang ramai.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Tuan Adam Adli Abd Halim

Sehingga 31 Disember 2024, seramai 375 orang pelajar daripada Palestin yang aktif di IPT Malaysia telah menerima bantuan melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM4.3 juta, merangkumi bantuan yuran pengajian dan juga sara hidup.

Penyaluran ini adalah berdasarkan kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh KPT iaitu garis panduan dan terma penyaluran bantuan sara hidup kepada pelajar warganegara Palestin di universiti awam.

Untuk penjelasan, dana ini merupakan inisiatif khas untuk meringankan beban pelajar yang terkesan secara langsung akibat konflik dan bukan tajaan penuh kerajaan kepada semua pelajar Palestin yang berada di universiti awam. Kerajaan kita akan pastikan bahawa segala bentuk bantuan yang diluluskan akan disalurkan secara telus, berakauntabiliti dan berlandaskan pada prinsip kemanusiaan selaras dengan komitmen Malaysia terhadap keadilan sejagat serta kedudukan kita sebagai sebuah negara yang mendukung pendidikan sebagai jambatan kepada keamanan dan pembangunan. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Labis.

draft • 11:30 AM

Tuan Pang Hok Liong - Labis

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapannya. Soalan tambahan saya senang saja. Apakah rasional dasar kerajaan untuk meneruskan tajaan pelajar asing yang sedangkan masih terdapat pelajar tempatan khususnya daripada golongan B40 yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bantuan kewangan. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:40 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Terima kasih Yang di-Pertua. Itu yang kita jelaskan tadi bahawa bantuan yang kita wujudkan ini adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada November 2024. Dan untuk pengetahuan Yang Berhormat, sekali lagi ditegaskan bahawa bantuan ini tidak melibatkan dana kerajaan, sebaliknya adalah bantuan yang disalurkan kepada mereka selepas ia nya dikutip daripada masyarakat awam dan juga sektor korporat. Dan dana ini dikelola oleh Kementerian Luar Negeri untuk pastikan bahawa ia boleh disalurkan secara telus dan juga boleh dikutip secara telus.

Untuk pengetahuan, antara badan-badan yang membantu termasuklah Yayasan Raja Zarith Sofiah, Pejabat Menteri Besar Johor, Majlis Agama Islam Johor, Malaysian Relief Agency, yayasan di bawah IPT, Yayasan Albukhary, Yayasan Bujang dan banyak lagi. Dan harus juga saya tegaskan bahawa yang menerima bantuan ini jumlah penyaluran itu 4.3 juta.

draft • 11:40 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Bantuan yuran pengajiannya adalah hanya 1.2 juta, selebihnya ada 3.1 juta itu sara hidup. Dan sekali lagi saya kena ulang balik bahawa ia bukan datang daripada belanja kerajaan seperti yang disalurkan kepada pelajar-pelajar tempatan, sebaliknya adalah bantuan khas one-off yang dikutip menerusi tabung yang diwujudkan oleh KLN. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Pokok Sena.

draft • 11:40 AM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Tan Sri Yang di- Pertua, terima kasih atas ruang yang diberikan. Saya dan kami lah menyokong usaha untuk membantu pelajar-pelajar di Palestin, dari Palestin. Cuma, apa yang kita suka untuk ketengahkan ialah apakah bidang pengajian yang ditawar kepada pelajar Palestin ini dan adakah penempatan mereka dibuat berdasarkan keperluan strategik negara Palestin bagi tujuan pembangunan semula negara nanti?

Dan yang kedua, adakah kementerian mempunyai pelan susulan selepas tamat pengajian di atas tujuan untuk memastikan graduan yang ditaja ini dapat kembali menyumbang kepada negara mereka selepas ini? Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:40 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Terima kasih. Yang Berhormat Tan Sri, saya kira itu satu perkara yang baik. Saya akan cuba dapatkan fakta atau maklumat yang lebih tepat agar kita boleh pastikan bahawa tidak ada kecelaruan dalam jawapan yang diberi. Tapi kita akan sentiasa sokong, tidak hanya terhad kepada macam yang disebut tadi, soal memastikan mereka dapat pendidikan, sebaliknya juga dapat bangunkan kembali negara mereka menerusi apa yang telah pun mereka mungkin dapat, sumbangan pendidikan dan sebagainya, sokongan yang diterima ketika mereka berada di negara kita. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Dato' Azman bin Nasrudin, Padang Serai.

draft • 11:40 AM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Minggu depan bermula Ramadan. Pagi-pagi tak boleh sarapan. Mohon jawapan nombor 8.

draft • 11:40 AM

8. Dato' Azman bin Nasrudin [Padang Serai] minta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi menangani penularan ajaran sesat dan meragukan yang semakin berleluasa di platform media sosial seperti TikTok, YouTube dan sebagainya.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Puan Marhamah binti Rosli

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Maaf saya tidak bersedia dengan jawapan pantun.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

(JAKIM) mengambil pelbagai langkah bersepadu dalam menangani dan membendung penyebaran kandungan berunsur ajaran sesat dan penyelewengan, sama ada yang disampaikan secara fizikal mahupun melalui platform media sosial seperti Facebook, Threads, WhatsApp dan lain-lain.

Memandangkan trend penyebaran fahaman dan ajaran menyeleweng kini semakin tersebar luas dan berlaku secara atas talian, maka JAKIM melalui cawangan kajian media bahagian pendidikan― penyelidikan, minta maaf— penyelidikan sentiasa memantau dan memperkukuh jalinan kerjasama strategik dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tindakan sekatan atau penurunan kandungan juga dilaksanakan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, khususnya terhadap kandungan yang telah difatwakan haram atau dikenal pasti membawa unsur penyelewengan akidah. Mekanisme ini membolehkan tindakan diambil secara pantas dan terselaras.

Di samping langkah-langkah ini, pendekatan lain juga telah diambil dan sedang dilaksanakan oleh JAKIM dengan kerjasama pihak berkuasa negeri.

Antaranya termasuklah yang pertama, melaksanakan kajian secara menyeluruh sebelum sesuatu ajaran atau doktrin diberikan pandangan hukum oleh Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia iaitu MKI termasuk menilai implikasi sosial, keselamatan dan keharmonian umat Islam.

Yang kedua, langkah yang seterusnya, memperkasa kefahaman kemahiran dan kecekapan Pegawai Penguatkuasa Agama melalui latihan berterusan agar tindakan yang diambil lebih profesional, berlandaskan undang-undang dan berkesan.

Yang ketiga, memastikan tenaga pengajar agama memiliki tauliah mengajar yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama bagi menjamin kesahihan ilmu yang disampaikan kepada masyarakat.

Yang keempat, mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap ancaman dan undang-undang berkaitan ajaran sesat dan unsur ekstremisme melalui program advokasi, wacana ilmiah, khutbah Jumaat, kempen pendidikan dan lain-lain platform yang berterusan.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Puan Marhamah binti Rosli

Selain daripada itu, JAKIM dengan kerjasama agensi agama turut memperbanyakkan penghasilan kandungan dakwah digital yang sahih, berautoriti dan mudah diakses sebagai naratif alternatif bagi menangkis serta membetulkan fahaman yang menyimpang di ruangan siber.

Sebagai penutup untuk soalan ini, kerajaan mengambil serius ya dan dalam masa yang sama mengambil pendekatan yang seimbang antara penguatkuasaan undang-undang dan pendidikan masyarakat. Isu ajaran sesat bukan sahaja melibatkan pelanggaran peruntukan undang-undang, malah berkait rapat dengan pemantapan akidah serta pemikiran umat Islam dalam mendepani cabaran era digital. Justeru, usaha yang dilaksanakan adalah bersifat menyeluruh, bersepadu dan berterusan bagi memastikan kesucian ajaran Islam sentiasa terpelihara. Sekian, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Padang Serai.

draft • 11:40 AM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih Menteri atas jawapan yang cukup komprehensif tentang langkah-langkah yang telah diambil. Saya ingin memberikan sedikit soalan tambahan.

Merujuk kepada inisiatif penempatan pegawai kader JAKIM di MCMC sebagai pakar rujuk, bagaimanakah kerajaan memastikan pemantauan ini merangkumi trend ajaran sesat moden yang kini berselindung di sebalik kandungan motivasi dan perubatan alternatif? Sejauh manakah teknologi AI, kecerdasan buatan digunakan bersama kepakaran kader ini untuk memintas ataupun intercept kandungan sebelum ia menjadi tular dan merosakkan akidah golongan muda?

Dan yang keduanya, yang menjadi kerisauan hari ini Timbalan Menteri, adalah kebimbangan masyarakat kita tentang adanya unsur-unsur dakwah secara halus yang apabila ditonton video itu diterapkan unsur-unsur ketuhanan dan nilai murni. Tetapi di hujung-hujung video itu ada unsur dakyah agama selain daripada Islam yang mengakibatkan kebimbangan ibu bapa yang boleh mengakibatkan kekeliruan kepada pengguna media sosial tersebut. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Sila Menteri.

draft • 11:40 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Terima kasih Yang Berhormat untuk soalan tambahan dan keprihatinan ya. Ada dua soalan. Yang pertama tentang kepakaran pegawai-pegawai kader yang berada di MCMC. Dan bagaimana pula kemahiran AI ini diguna pakai atau diperkasakan dalam memastikan kita dapat mengawal penyebaran ajaran-ajaran menyeleweng di media sosial dan platform digital.

draft • 11:40 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Pertamanya, kita perlu faham platform digital ini bersifat global dan dinamik ya, sentiasa berkembang dan tidak ada batasnya. Akaun boleh diwujudkan secara pantas dan terlalu banyak perkara yang kita perlu kenal pasti. Justeru, pendekatan kerajaan bukan semata-mata bersifat reaktif, bukan semata-mata menunggu tetapi sentiasa proaktif dengan memberikan latihan, memberikan kecekapan, kemahiran kepada pegawai-pegawai ini untuk sentiasa― minta maaf, up-to-date dengan teknologi dan ilmu-ilmu digital semasa ya.

Jadi insya-Allah, perkara ini sentiasa ditambah baik, sentiasa diperkasakan di peringkat JAKIM melalui cawangan yang saya sebutkan tadi di bawah Unit Penyelidikan JAKIM. Insya-Allah, saya rasa saya boleh bantu dengan jawapan bertulis untuk memastikan apa yang diminta oleh pihak YB, okey, mendapat jawapan yang lebih komprehensif lagi.

Dan untuk soalan kedua, berkenaan dengan unsur dakwah secara halus.

Sama juga seperti tadi, ha. Okey, sama juga seperti tadi. Gelombang digital berlaku dengan sangat luas dan sangat laju. Okey? Jadi, pegawai JAKIM sentiasa membantu untuk menyelaras sebarang aduan yang berkaitan. Kemudian, JAKIM dan MCMC sentiasa bekerjasama untuk bina kompetensi pegawai penguat kuasa agar unsur dakwah secara halus di dalam dunia media massa dan digital ini dapat kita tangani dengan sewajarnya, insya-Allah. Semoga jawapan saya membantu.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Sri Gading.

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih Tan Sri Speaker. Pengembangan kehidupan manusia ini dia mengikut kadang-kadang budaya ataupun apa yang dia dapat lihat, sedangkan kita sedia maklum bahawa media yang baru ini, media sosial ini memang ramai yang menonton.

Antaranya, apa yang dipaparkan dalam satu Facebook, saya sebut sinilah Muhammad Asri bin Yusoff, di mana dia melihatkan tentang satu kumpulan, sekumpulan warga asing yang membuat ritual ajaran sesat yang telah diwartakan oleh Kerajaan Malaysia.

Apakah ada undang-undang di negara kita bahawa— apabila ajaran-ajaran yang dibawa oleh warga asing ini, bagaimana untuk ambil tindakan? Adakah boleh diambil tindakan dan apakah langkah yang sewajarnya untuk menyekat daripada budaya-budaya warga asing yang mengamalkan ritual, sedangkan dalam warta kerajaan ia nya adalah ajaran sesat. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:50 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk isu ini, berkaitan warga asing, sewajarnya kita melihat skop yang lebih luaslah, bukan sahaja ritual yang dibuat oleh warga asing tetapi warga Malaysia sendiri ya. Di pihak JAKIM, perkara pertama yang kita perlu kenal pasti ialah aduan daripada masyarakat itu sendiri.

Pihak JAKIM dan agensi perlu menerima aduan terlebih dahulu untuk mengenal pasti dan mempunyai punca kuasa untuk menyiasat, menilai setiap isu yang wujud di sekitar masyarakat. Jadi, berkaitan dengan undang-undang, apakah ada undang-undang atau adakah akan undang-undang yang akan diguna pakai isu- isu seperti ini? Insya-Allah, pihak JAKIM sentiasa terbuka dengan sebarang cadangan dan bersedia untuk mengkaji undang-undang yang lebih baik untuk kita memastikan isu ajaran sesat ataupun ajaran menyeleweng ini dapat kita banteras dan sekat, insya-Allah.

Dan sedikit lagi Yang Berhormat Yang di-Pertua, apabila ada aduan barulah pihak JAKIM dan agensi boleh melaksanakan sebarang kajian, tindakan, siasatan dan seterusnya mengambil tindakan ke atas sebarang aduan yang disampaikan. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Tuaran.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dari Tamparuli menuju ke Tuaran, Singgah sebentar di Pekan Tenghilan; Mohon jawapan, mohon penjelasan, Soalan Tuaran soalan nombor sembilan.

draft • 11:50 AM

9. Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau [Tuaran] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan apakah mandat dan peranan Kerajaan Persekutuan dalam pembangunan industri perikanan di Sabah.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:50 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Baik Tuaran yang bertanya. Pantun kah tadi itu?

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Gurindam itu.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Tak bunyi pantun pun. Dalam pembangunan industri perikanan di Sabah, mandat dan peranan Kerajaan Persekutuan dah tertumpu kepada penggubalan dasar, penyelarasan perancangan, penyediaan peruntukan, pemindahan teknologi serta pengurusan dan pemuliharaan

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

sumber perikanan bagi menjamin keterjaminan makanan dan kelestarian sumber negara.

Kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan Jabatan Perikanan Sabah melaksanakan pembangunan akuakultur moden, termasuk ternakan ikan bernilai tinggi seperti kerapu dan siakap serta pembangunan industri rumpai laut sebagai sumber pendapatan mampan.

Sehingga tahun 2024, sebanyak 137 projek akuakultur telah dilaksanakan di negeri Sabah melibatkan 612 orang penerima manfaat meliputi kawasan seluas 5,800 hektar dengan pengeluaran hasil sebanyak 233,805 tan metrik bernilai RM421 juta, sekali gus menyumbang kepada lebih 45 peratus pengeluaran akuakultur negara. Dan, terima kasihlah Sabah, antara yang tertinggi dalam akuakultur ini bagi negara kita Malaysia.

Selain itu, Kerajaan Persekutuan telah memberikan empowerment pelesenan perikanan laut, laut dalam kepada negeri Sabah berkuat kuasa 26 November 2021 bagi membolehkan pengurusan dan penerokaan perairan melebihi 30 batu nautika dilaksanakan secara lebih tersusun.

Hasil daripada pelaksanaan ini, pendaratan ikat marin di negeri Sabah 2024 merekodkan 200,812 tan metrik bernilai RM1.3 bilion, seterusnya menyumbang secara signifikan kepada bekalan ikan negara. Di antara pelancong yang gemar ke Sabah sekarang ini di antaranya seafood, makanan laut yang segar dan juga harga yang berpatutan.

Dalam aspek pengurusan dan pemuliharaan sumber perikanan, Kerajaan Persekutuan memperkukuhkan ekosistem marin melalui pemasangan 2,444 tukun tiruan di 97 lokasi. Program pelepasan benih ikan dan udang serta pembangunan industri rumpai laut yang memberi manfaat kepada 1,200 orang pengusaha.

Bagi meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti nelayan, Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah melalui Rancangan Malaysia Kedua Belas dan belanjawan negeri Sabah telah memperuntukkan sebanyak RM38 juta bagi menyediakan peralatan moden, pemindahan teknologi serta perlindungan insurans perikanan di samping menggalakkan aktiviti hiliran seperti pemprosesan, pemasaran dan produk sejuk.

Hubungan Kementerian Pertanian Sabah dengan KPKM amat erat, selalu diadakan perbincangan bersama dan usaha ini akan diteruskan dari masa ke semasa. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Tuaran, soalan tambahan.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hal perikanan ini dalam Perjanjian Malaysia Tahun 1963, khususnya dalam Perlembagaan Persekutuan adalah dalam Senarai Bersama.

Jadi, oleh sebab itu bila dah bersama, hal urus tadbir sektor perikanan, negeri pun buat, Persekutuan pun buat. So, soalan di sini ialah bagaimanakah Kerajaan Persekutuan memastikan agar dasar-dasar Kerajaan Persekutuan dapat dilaksanakan di peringat negeri dalam hal-hal perikanan. Itu yang pertama.

Yang kedua, Sabah seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi memang negeri pengeluar tertinggi dari segi perikanan, malah mengeksport ke Semenanjung. Tetapi dari segi pendaratan ikan laut dalam, dia satu sahaja.

Semenanjung ada 42 yang dibina oleh Kerajaan Persekutuan.

Jadi, dalam hal ini, saya ingin tahu, berapakah sebenarnya selain daripada RM38 juta yang disebut tadi, berapa lagi peruntukan yang diberi oleh Kerajaan Persekutuan kepada Sabah melalui Jabatan Perikanan Sabah dan adakah rancangan Kerajaan Persekutuan untuk membina lebih banyak lagi kompleks- kompleks pendaratan ikan di seluruh Sabah? Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Menteri, silakan.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih, soalan itu memang kita dapati pendaratan ikan yang lebih baik akan didirikan, di antaranya di Sandakan.

draft • 11:50 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

[Bangun]

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ini dalam proses sekarang ini sudah di peringkat kajian tapak dan akan dibuat yang satu lagi iaitu pendaratan ikan di Semporna. Ikan-ikan yang didaratkan di tempat ini, di antaranya berkualiti tinggi tetapi dia makan secara raw, tidak pemprosesan. Sebab itu kita bercadang di antaranya, kita akan berusaha bersama kerajaan negeri untuk ‘memprosesan’ ikan tuna, terutama sekali di Semporna kerana ikan tuna ini yang ditangkap di perairan di sebelah situ, dijual dengan harga raw yang begitu rendah, sedangkan bila diproses dan boleh dieksport dengan harga yang begitu tinggi.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Dan kita juga bercadang untuk membuat satu simpanan peti sejuk yang besar di Sandakan, supaya terutama sekali ikan itu kalau tidak ke luar negara, sekurang- kurangnya ke Semenanjung supaya dapat kita membantu para nelayan di sana. Kita tengok misalnya harga ikan rakyat, di Sandakan dan Semporna, kadangnya RM2 satu kilo. Dan mereka kalau dapat 50 kilo, maka mereka tak lepas daripada sehari untuk modal dan sebagainya.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Dan ikan itu kalau di Semenanjung ini, harganya sekarang sampai RM15 hingga RM20. Jadi, perkara itu kita sedang berbincang, termasuklah dengan syarikat penerbangan. Kita akan bincang secara serius bagaimana untuk membawa ikan itu dengan segera untuk membantu pengguna di sini dan membantu nelayan di Sabah.

Itu yang kita sedang usahakan.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Kuala Kedah.

draft • 12:00 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, adakah kementerian mempunyai pelan induk untuk mengintegrasikan hasil perikanan dari Sabah ke dalam rantaian bekalan di Semenanjung secara lebih sistematik bagi menangani isu kekurangan bekalan bermusim seperti musim tengkujuh di Pantai Timur dan sejauh manakah insentif logistik diberikan agar harga ikan di kedua-dua wilayah dapat distabilkan tanpa membebankan pengguna? Sekian, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih, Kuala Kedah masih tertanya-tanya hak nelayan. Memang kita tahu bahawa harga ikan, terutama sekali saya sebut, kalau saya pergi ke Sabah, di antaranya saya pergi melawat pasar borong di sana, Semporna dan juga Tawau. Saya dapati misalnya ikan sembilang.

Di sana harga RM3. Barangkali orang Sabah kurang makan ikan sembilang. Tapi di sini, harganya berbelas Ringgit.

Jadi, bayangkan nelayan kalau dapat tangkap ikan sembilang dengan jual RM3 di pasar mereka. Itu harga kita beli. Kalau harga borong mungkin bawah daripada RM2. Sekarang kita mencari jalan, perbincangan secara khusus dengan serius. Sekarang ini, KPKM dengan Jabatan Perikanan Kementerian Pertanian Sabah, Perikanan Sabah supaya bagaimana kita nak bawa ikan itu ke Semenanjung ini. Sebab di Semenanjung ini harga ikan memang fluctuate. Begitu juga terutama menjelang Ramadan dan menjelang perayaan.

Sebab itu, soalan daripada Kuala Kedah kita ambil perhatian serius dan kita akan usaha. Peruntukan keseluruhan Kerajaan Persekutuan kepada DOF Sabah RM85 juta, jadi pembangunan pelabuhan sekarang ini dalam proses satu tuna di Sandakan dan satu lagi di Kota Kinabalu. Tuna yang sedia ada, kita tahu adalah di Labuan. Jadi, kita akan berusaha supaya tuna ini bukan dijual raw tapi dijual dalam bentuk proses ia akan meningkatkan harga yang begitu tinggi untuk membantu para nelayan dan juga pengusaha penangkap ikan. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput seterusnya Tuan Abdul Latif bin Abdul Rahman, Kuala Krai.

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya memulakan soalan dengan pantun.

*Haiwan liar tidak boleh dibunuh.

Mengganggu rumah rakyat jelata; Soalan Kuala Krai nombor 10; Mohon jawapan yang berfakta.* Terima kasih Tan Sri.

draft • 12:00 PM

10. Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan:

(a) apakah strategi tuntas PERHILITAN dalam menangani serangan kera dan monyet yang semakin di luar kawalan; dan

(b) adakah kementerian akan memberikan kelonggaran kepada pihak tertentu bagi melupuskannya.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Kuala Krai. Sejak jadi Timbalan ini tak boleh nak jawab pantun sangatlah, minta maaf. Tapi saya memahami soalan yang disebutkan ataupun ditanya oleh Yang Berhormat Kuala Krai dan sebenarnya saya rasa soalan ini sentiasa ditimbulkan di dalam Dewan ini dan menjadi perhatian kepada ramai wakil-wakil rakyat dan juga rakyat di luar sana. Jadi dengar baik- baiklah jawapan ini, insya-Allah.

Pertama, yang kita perlu memahami apabila kita sebut tentang konflik manusia dan kera ini ialah, apakah sebenar puncanya? Jadi, saya suka untuk sebutkan antara punca kepada konflik ini ialah pertamanya pengecilan habitat dan juga pembukaan serta pembangunan di kawasan berdekatan dengan habitat hidupan liar. Jadi, maknanya habitat mereka makin kecil dan juga ada pembangunan yang berlaku.

Yang kedua adalah kerana pengurusan sisa sampah yang kurang sistematik.

Jadi, dia menyumbang kepada peningkatan aduan konflik di penempatan penduduk.

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Yang ketiga kerana kadar pembiakan spesies primate yang tinggi. Jadi, ia menyebabkan populasi hidupan liar ini bertambah setiap tahun dan mereka juga, merekalah, kera dan haiwan-haiwan ini mereka ni adalah mudah beradaptasi. Jadi, pandai beradaptasi dengan persekitaran, ada kemandirian, kelangsungan hidup, survival. Sebab itu, dia kera spesies manusia lebih kurang. Dia pandai hidup untuk survive. So, itu menyumbang juga kepada kadar pembiakan yang tinggi.

Di samping itu juga, puncanya adalah kerana tindakan segelintir masyarakat yang memberi makanan kepada primate ini untuk menjadi faktor yang menggalakkan berlakunya konflik antara manusia dan kera.

Jadi, apakah strategi kita ataupun jangka masa panjang— penyelesaian jangka masa panjang? Sebab saya tahu perkara ini sentiasa berulang dan berulang dan kita masih tak nampak satu jalan keluar.

Antara penyelesaian jangka panjang ialah untuk kita kemaskinikan dan kita laksanakan Pelan Pengurusan Kera. Kita ada Pelan Pengurusan Kera. Kera ini jenis macaca fascicularis. Maknanya kera yang ekor panjang. Pelan Pengurusan Kera ini, kita jadikan sebagai panduan untuk mengatasi masalah gangguan kera, termasuklah mengenalpasti taburan populasi kera, memberikan khidmat nasihat, pemantauan, menangkap pindah dan juga menggunakan teknologi terkini untuk kita jalankan kajian untuk menguruskan kera yang bermasalah.

Selain itu, jabatan juga mengadakan pelbagai kaedah hebahan dan sebagainya, di samping untuk mengadakan penyelidikan dengan kerjasama universiti tempatan supaya kita tahu bagaimana kaedah untuk menguruskan kera dan juga menggunakan teknologi yang terkini.

Kalau dari segi jangka masa pendek Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Krai, banyak perkara yang telah dilaksanakan antaranya ialah Program Penakaian Kera ataupun dalam bahasa Inggeris ini dengan izin culling di mana dilakukan di depan kawasan-kawasan yang berisiko konflik manusia dan hidupan liar, menjalankan program bersepadu dengan agensi seperti PBT dan juga penduduk kampung memberi khidmat nasihat kepada penduduk setempat dan pemegang taruh untuk mengambil langkah mengelakkan gangguan dan kehadiran hidupan liar, menjalankan program perangkap komuniti, di mana setiap kawasan DUN akan menyumbangkan perangkap kera untuk menangkap kera yang menimbulkan konflik.

Ada pun bahagian yang kedua kepada soalan Yang Berhormat berkenaan dengan adakah kementerian memberikan kelonggaran kepada pihak tertentu untuk melupuskannya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengurusan pelupusan

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

hidupan liar termasuk kera adalah tertakluk di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] di mana merujuk kepada seksyen 9 Akta 716 iaitu tiada seorang pun boleh memburu atau menyimpan serta melupuskan mana-mana hidupan liar yang dilindungi tanpa lesen. Oleh itu, pelupusan hidupan liar termasuk spesies primate, kera tadi itu masih tertakluk kepada bidang kuasa Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Kuala Krai.

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker atas jawapan yang telah diberikan, Timbalan Menteri. Saya ucap tahniah atas pelantikan sebagai Timbalan Menteri yang sepatutnya dah lama dilantik, bahkan sebagai Menteri pun, kami sama-sama dalam kaukus Parlimen, Yang Berhormat Tan Sri.

Soalan tambahan saya ialah berkaitan dengan kera dan monyet sekarang ini lebih agresif. Bukan sahaja merosakkan tanaman, malah mengganggu penduduk dan juga kanak-kanak. Pihak PERHILITAN pula mempunyai kakitangan yang amat terhad dan peralatan seperti perangkap yang amat kurang, khususnya di Kuala Krai yang kawasannya cukup luas.

Jadi, adakah kementerian bersedia untuk menambah kakitangan tetap ataupun kontrak ataupun mewujudkan pasukan khas dan menambah jumlah perangkap haiwan liar di kawasan berisiko tinggi khususnya di kawasan ataupun daerah panas seperti di Kuala Krai dan Gua Musang, serta melaksanakan program pengurusan populasi kera dan monyet secara sistematik melalui kaedah pemindahan atau pun pensterilan?

Apakah mekanisme koordinasi antara PERHILITAN dan pihak BBT serta Jabatan Pertanian Veterinar dalam menangani isu serangan kera dan adakah terdapat SOP yang jelas untuk tindakan pantas apabila menerima aduan daripada penduduk ataupun para petani? Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Menteri.

draft • 12:00 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Terima kasih Kuala Krai atas soalan tersebut dan saya pun faham bahawa antara masalah besar di Kuala Krai ialah masalah kera ini kerana dilaporkan pada bulan Mei tahun lepas, sudah ada gangguan di Kampung Kubang Lebur, Kampung Batu Lada dan Taman Berkat Jaya yang mengakibatkan seramai 300 orang penduduk.

draft • 12:00 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Jadi, maknanya perkara ini perlu mendapat perhatian dan pihak kementerian mengambil serius untuk kita melaksanakan tindakan-tindakan yang sewajarnya.

Berkenaan dengan logistik perjawatan juga yang berkaitan dengan peruntukan untuk kita melihat dari segi keberkesanan operasi tangkapan dan pemindahan. Untuk makluman Yang Berhormat memang terdapat kekangan. Logistik, perjawatan dan juga peruntukan.

Dalam hubungan ini maka kementerian sedang dalam proses untuk membuat pengukuhan perjawatan dan memohon peruntukan tambahan dalam projek pembangunan RMK13 iaitu program pengukuhan tindakan mitigasi konflik dan road kill hidupan liar yang berjumlah RM8.7 juta.

draft • 12:10 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

[Bangun]

draft • 12:10 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Jadi, nanti kita lihat secara khusus mungkin YB boleh rujuk juga kepada PERHILITAN, apakah peruntukan ataupun perjawatan yang mereka ada, boleh juga maklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya.

Selain itu, untuk makluman Yang Berhormat juga apabila kita lihat berkenaan dengan kerosakan tadi yang disebutkan juga kerosakan dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat, anggaran kerugian ekonomi yang ditanggung penduduk dan petani akibat daripada kerosakan tanaman ataupun harta benda oleh kera dan monyet ini ialah daripada 2020 hingga 2025 berjumlah RM4.99 juta.

Jadi, memang agak besar tapi ini yang daripada 2020 hingga 2025 iaitu dalam tempoh lima tahun. Oleh kerana itu, pihak kerajaan terutamanya pihak kementerian melihat kita perlu ada memperkenalkan skim pampasan ataupun insentif kepada komuniti yang terjejas.

Melalui Jabatan PERHILITAN Tan Sri Yang di-Pertua, Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Sarawak Forestry Corporation kita telah melaksanakan inisiatif bantuan kerugian harta benda dan tanaman akibat daripada serangan hidupan liar sejak tahun 2024. Dan, setiap tahun memang ada penambahan permohonan yang dilakukan 2024, 246 – pemohon melibatkan RM987,000, 2025 – 314 pemohon melibatkan RM1.49 juta. Untuk tahun 2026 kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan inisiatif BKHT ini dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta.

Secara khusus bagi negeri Kelantan sebanyak 145 permohonan telah diluluskan dengan jumlah bantuan sebanyak RM379,000. Kita akan memberikan

draft • 12:10 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

perhatian supaya menangani perkara ini dengan lebih tuntas. Namun spesies ini memang juga adalah spesies sepertimana juga manusia. Dia ada survival instict. Dia boleh biak. Jadi, perkara ini adalah satu perjuangan yang berterusan tapi insya-Allah akan mendapat perhatian daripada pihak kementerian. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Gopeng.

draft • 12:10 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih kepada Tuan Speaker. Terima kasih Timbalan Menteri. Selalunya kalau konflik manusia dengan haiwan hidupan liar ini adalah berlaku di kampung ataupun di bandar umpamanya, di kawasan saya di Gopeng. Salah satu tempat yang hotspot-nya adalah di Taman Desa Pinji. Populasi hidupan liar ini semakin meningkat. Punca daripada tempat itu berlakunya konflik yang semakin meningkat ini adalah tempat-tempat pembuangan sampah, orang bagi makan dan sebagainya.

Sejauh manakah pihak PERHILITAN berkerjasama dengan mungkin PBT- PBT yang mengenal pastikan kalau umpamanya Ipoh. Ada 1,000 lebih hotspot yang berada di sekitar kawasan bandar raya. Bukan di luar bandar. Bagaimana kerjasama itu terbina? Itu pertama.

Kedua, kalau kita rujuk kepada hujah daripada Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) mereka mengatakan bahawa pendekatan untuk menggunakan perangkap sarang itu kurang efektif dalam keadaan ini dan saya boleh sahkan juga.

Perangkap itu kalau dia— sekali dua, dia buat lepas itu dia dah tahu lah sepertimana yang sikap manusia, dan dia ada minda itu. Dia tahu dia tak akan terperangkap dua kali. Selalunya akan balik dengan tangan kosong ataupun sangkar kosong. So, adakah kementerian ataupun pihak PERHILITAN akan mengkaji semula pendekatan-pendekatan baharu yang boleh kita mengatasi masalah ini secara tuntas. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sila Menteri.

draft • 12:10 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Terima kasih Yang Berhormat Gopeng.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Jelas, memang masalah konflik manusia dan kera ini menjadi perhatian dan menjadi masalah di banyak tempat juga. Pertama tadi soalan berkenaan dengan kerjasama dalam jawapan asal tadi saya telah sentuh sedikit bahawa memang antara penyelesaiannya adalah untuk kita memperkasakan bukan sahaja PBT tetapi juga rakyat, taman, persatuan-persatuan penduduk dan sebagainya untuk mengambil tindakan dan kebertanggungjawaban secara bersama.

draft • 12:10 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Untuk tujuan PBT, secara khususnya kita ada program bersepadu dengan agensi dan penduduk kampung untuk melaksanakan program pelupusan kera bagi membasmi musuh tanaman. Kalau Tan Sri Yang di-Pertua— kawasan saya sendiri pun saya percaya banyak juga yang telah melakukannya. Kita melakukan operasi- operasi kerjasama dengan pihak PERHILITAN, pihak PBT. Kita pasang perangkap dan kita terus serahkan kepada pihak PERHILITAN.

Di samping itu, kita juga ada program perangkap komuniti. Saya syorkan supaya pihak Yang Berhormat wakil-wakil rakyat juga boleh melaksanakan program bersama. Mungkin kita panggil kumpulan petugas khas untuk melaksanakan perkara ini secara bersama dan tangkap kera dan dilaksanakan secara yang sebaik-baiknya di bawah PERHILITAN.

Berkenaan dengan cara-cara baharu ini, sebab saya faham kita juga pencinta haiwan. Kita tak boleh mudah-mudah untuk membunuh ataupun membuang dan sebagainya kerana ia juga terkait dengan tekanan-tekanan daripada pihak NGO juga daripada pihak antarabangsa. Kita terikat juga dengan Convention of International Trade on Endangered Species (CITES).

Jadi, perkara-perkara macam itu menjadi pertimbangan dan perkiraan yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan. Cuma secara lebih tuntasnya saya tahu kita juga nak lihat apakah kaedah-kaedah yang boleh kita gunakan, kaedah-kaedah baharu.

Sebab itu, untuk makluman Yang Berhormat Gopeng secara khususnya satu kajian dan ujian telah dijalankan bersama-sama dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia iaitu kajian penghasilan kaedah kontraseptif tidak invasif sebagai alternatif untuk kawalan populasi kera macaca fascicularis tadi untuk kita kaji penggunaan hormon kontraseptif melalui makanan tiruan yang merupakan alternatif yang boleh digunakan dalam pengurusan hidupan liar dan berpotensi untuk mengawal populasi kera.

Jadi, kajian ini dan ujian ini telah pun dijalankan di Bukit Jalil. Kita harap insya- Allah dalam tahun ini kita lihat kalau misalnya berkesan maka ia boleh dilaksanakan di kawasan-kawasan yang lain terutamanya kawasan hotspot. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik Yang Berhormat. Sementara ada tajuk kera ini.

Di kawasan Parlimen ni pun makin banyak kera.

[Dicelah] Di luar di sana ini, di luar.

Dia dah masuk ke dalam kawasan kita. Jadi, kawasan rumah Speaker Dewan Rakyat pun sama, Dewan Negara pun sama, di luar pun sama. Tembak tak boleh kena caj.

Saya nak cadangkan usaha pemandulan ini dipercepatkan.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kita mandulkan kera-kera ini sama ada vaksin, makanan ataupun injection whatever it is supaya ia lebih humane-lah daripada kita membunuh. Sebab kita tangkap di kawasan A, dia lepas kawasan B. Selesai masalah kawasan A. Masalah kawasan B tak selesai. Jadi, saya harap khususnya di kawasan Parlimen lah. Tolong selesaikan masalah kera ini. Di luar. Dalam tak apa. Di luar.

draft • 12:10 PM

[Dewan ketawa]

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya minta pencelahan sikit Tan Sri.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tajuk apa itu?

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tajuk ini lah. Alam sekitar.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tajuk kera juga?

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tak. Lebih kurang kera juga.

Boleh ya?

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh lah satu.

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya sangat setuju dengan Tan Sri Yang di-Pertua. Saya ucap terima kasih kerana Tan Sri telah mengarahkan kepada semua Ahli Parlimen kita supaya buat pemeriksaan kesihatan. Saya juga kalau Tan Sri boleh arahkan untuk juga kelestarian alam ini, satu pemeriksaan mental ataupun kita panggil bipolar mental disorder ini kalau boleh buat kepada semua termasuk kera di luar pun kita juga dalam chamber ini pun kita jaga supaya kita lihat orang akan lebih. Kalau kena dekat saya pun saya terima Tan Sri. Tidak ada masalah. Jadi, kalau boleh buat keluar arahan apa ni— untuk check thoroughly bipolar mental disorder ini saya rasa saya akan sokong Tan Sri.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, kita akan pertimbangkan pandangan Pendang.

Mungkin juga kita mulakan dengan Pendang dulu ya.

draft • 12:10 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya teruskan dengan menjemput Tuan Suaizan bin Kaiat, Pulai.

draft • 12:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan Pulai nombor 11.

draft • 12:20 PM

11. Tuan Suhaizan bin Kaiat [Pulai] minta Menteri Digital menyatakan bagaimana Rang Undang-undang Tadbir Urus AI akan menangani isu hak cipta dan harta intelek yang timbul daripada sistem AI yang dilatih menggunakan data hak cipta termasuk teks, imej, audio dan video.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 12:20 PM

Timbalan Menteri Digital - Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Terima kasih sahabat saya Pulai. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Hal [Tidak jelas] ini, ini hal teknologi baharu ya Yang di-Pertua. Rang Undang- undang Tadbir Urus Kecerdasan Buatan (AI) yang sedang digubal oleh Kementerian Digital bertujuan menyediakan satu kerangka tadbir urus nasional yang menyeluruh bagi keseluruhan kitar hayat sistem.

Jadi, ia merangkumi pembangunan latihan model dan penggunaan pemantauan serta juga pengurusan risiko dan impaknya. Kerangka ini menetapkan prinsip asas struktur penyelarasan antara agensi serta peranan dan akauntabiliti pihak berkepentingan termasuk pembangunan, penyediaan dan pelaksanaan dan penggunaan sistem AI ini.

Berhubung dengan itu, secara khususnya dengan isu hak cipta dan harta intelek, dalam latihan AI menggunakan data seperti teks, imej, audio dan juga video yang berhak cipta. RUU Tadbir Urus AI tidak menggantikan atau mengetepikan Akta Hak Cipta 1987 dan undang-undang hak intelek yang sedia ada juga.

Sebaliknya, RUU ini berfungsi sebagai undang-undang kerangka atau framework law yang memastikan semua pihak yang terlibat dalam pembangunan dan penggunaan AI terikat kepada pematuhan undang-undang hak cipta sedia ada serta juga tertakluk kepada akauntabiliti yang jelas sepanjang kitar hayat sistem AI ini.

Melalui peruntukan tadbir urus ini juga Tan Sri Yang di-Pertua, RUU Tadbir Urus AI akan mewajibkan pihak yang membangunkan dan juga menggunakan sistem AI untuk mengurus risiko perundangan dan etika termasuk risiko pelanggaran hak cipta akibat penggunaan data latihan yang tidak sah atau tidak berlesen.

Mekanisme seperti penilaian risiko, keperluan ketelusan, audit dan pematuhan akan membolehkan pihak berkuasa mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap sistem AI yang berpotensi melanggar hak harta intelek ini.

Pada masa yang sama juga, penguatkuasaan [Tidak jelas] terhadap hak cipta dan harta intelek kekal di bawah rangka perundangan sedia ada khususnya Akta Hak Cipta 1987 dan juga undang-undang berkaitan yang ditadbir oleh Perbadanan Hak Intelek Malaysia (MyIPO) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan juga Kos Sara Hidup. Ini memastikan pemilik karya kreatif, data dan kandungan digital terus dilindungi walaupun teknologi AI yang sangat berkembang.

Sebagai kesimpulan Tan Sri Yang di-Pertua, RUU Tadbir Urus AI mewujudkan satu lapisan tadbir urus dan juga akauntabiliti tambahan yang

draft • 12:20 PM

Timbalan Menteri Digital - Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

memastikan pembangunan dan juga penggunaan AI, termasuk latihan model penggunaan data berhak cipta dilaksanakan secara bertanggungjawab, telus dan patuh undang-undang sekali gus mengimbangi keperluan inovasi teknologi dengan perlindungan hak cipta dan harta intelek negara kita. Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Pulai, soalan tambahan.

draft • 12:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Tan Sri Speaker. Teknologi AI ni berkembang dengan pantas. Jadi, terlalu banyak hak cipta ataupun design, design yang akan dibentuk di luar sana tanpa kawalan. Jadi, macam mana dari segi penguatkuasaan itu boleh dilaksanakan dalam keadaan teknologi AI yang berkembang begitu pesat? Itu soalan saya. Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Menteri.

draft • 12:20 PM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Terima kasih sahabat saya Kulai. Jadi, saya ingat Rang Undang-undang Tadbir Urus seperti kata AI ini, tidak bermaksud bahawa pengguna data berhak cipta bagi latihan AI adalah dibenarkan secara automatik sekarang Yang Berhormat Pulai. Jadi, rang undang-undang dirangka sebagai satu undang-undang kerangka tadbir urus kita melengkapi kerangka perundangan yang sedia ada dan tidak bertujuan juga untuk mengatasi penggantian atau mengenepikan Akta Hak Cipta 1987 serta juga undang-undang hak intelek yang sedang berkuat kuasa.

Saya ingat Yang Berhormat Pulai dan setakat ini, kerajaan kita mengambil maklum bahawa penggunaan AI ini termasuk dalam penjanaan kandungan, mengambil...

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

[Bangun]

draft • 12:20 PM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

...Menimbulkan cabaran pematuhan hak cipta yang semakin kompleks dan khususnya dari segi ketelusan dan juga sumber input pengurusan data latihan, jejak audit dan juga tadbir urus pihak yang membangunkan serta juga menggunakan sistem AI ini nanti.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Pasir Salak.

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, Timbalan Menteri. Perkembangan AI dilatih menggunakan kandungan berhak cipta, menimbulkan isu serius berkaitan hak pencipta, ketelusan sumber data dan tanggungjawab menyedia sistem AI.

Soalan tambahan Pasir Salak, bolehkah Menteri jelaskan, sama ada RUU Tadbir Urus AI akan mewajibkan pendedahan set data latihan, audit pematuhan hak cipta serta penalti jelas jika berlaku pelanggaran? Adakah ia akan diselaraskan

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

dengan Akta 332, Akta Hak Cipta 1987 serta piawaian antarabangsa bagi melindungi hak cipta tempatan? Bagaimanakah RUU Tadbir Urus AI akan memastikan pematuhan terhadap undang-undang hak cipta sepanjang proses pembangunan dan latihan sistem AI? Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sila Menteri. Panjang soalan.

draft • 12:20 PM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

[Ketawa] Panjang betul, Tan Sri Yang di-Pertua. Inilah teknologi yang baharu. Jadi bagi saya dalam konteks ini, kerajaan menegaskan bahawa pendekatan bergantung semata-mata kepada garis panduan dan tidak lagi mencukupi. Jadi, bagi garis panduan punya peranan.

Namun, dalam menghadapi ancaman yang semakin kompleks ini Tan Sri Yang di-Pertua, berisiko tinggi, negara kita Yang Berhormat, memerlukan satu kerangka undang-undang yang kukuh seperti yang saya katakan tadi bersifat kukuh dan juga bersifat meningkat. Kerangka ini perlu Yang Berhormat bagi mengawalseliakan kandungan jenama AI ini dan melindungi integriti maklumat serta juga memastikan Yang Berhormat iaitu bahawa keselamatan keseluruhan ekosistem digital negara kita terus dipelihara, Yang Berhormat. Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput Tuan Mohd Misbahul Munir bin Masduki, Parit Buntar.

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Sikit pantun.

Ada isteri kena sayang, Belikan gelang emas lagi bertambah sayang; Isu beras tempatan sering berulang-ulang, Soalan nombor 12, mohon Menteri jawab dengan tenang.

draft • 12:20 PM

12. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan mengapa masalah beras tempatan masih lagi sukar didapati di pasaran sama ada di bandar-bandar atau kampung dan apakah langkah mengatasinya.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 12:20 PM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Soal kekurangan beras tempatan telah dijawab beberapa kali dalam Dewan Yang Mulia ini. Usaha-usaha kita untuk ke arah seperti ditetapkan oleh dasar negara, Dasar Agromakanan Negara, Dasar Sekuriti Makanan iaitu kita menuju ke arah 70 peratus. Itu harapan dan usaha dibuat secara gigih sekarang ini dengan kerjasama semua kerajaan-kerajaan negeri.

draft • 12:20 PM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Isu yang ditanya di sini ialah nak beli beras putih tempatan itu, tak ada. Kajian dibuat selama enam bulan. Kerajaan memberi peruntukan untuk beras putih tempatan yang harga RM26 untuk 10 kilo itu dijual, tapi yang laku hanya di sekitar 10 hingga 15 percent sahaja. Sebab orang ramai sudah biasa dengan harga yang dia beli dan selesa dengan RM30, RM33 dan sebagainya.

Kita berkempen supaya beli beras, mula sekampit, kita minta beli dua.

Kemudian, kita izinkan beli lima. Didapati banyak tempat-tempat yang menjual beras itu, dia hantar balik kerana kurang laku. Sebab itu kita akan buat suatu perkara anjakan tak lama lagi dikemukakan dalam Parlimen ini tentang dasar hal beras ini.

Dan kalau ada mana-mana tempat yang tak ada beras itu, tolong kemukakan secara spesifik. Sebab kita sekarang ini kita dapati enam bulan kita buat kajian, ia nya kurang dapat sambutan yang harga yang RM26 itu.

draft • 12:20 PM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Sehingga yang didapati dibeli hanya di sekitar 10 hingga 15 peratus sahaja.

Dan inilah yang akan diteruskan sekarang ini yang berharga RM26 itu. Sebab itu kalau ada mana-mana kedai tempat particular, boleh beri dan kita boleh hantar dengan segera di tempat yang berlaku kekurangan itu. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Parit Buntar.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Terima kasih.

Kerajaan sering memberi jaminan bekalan beras tempatan mencukupi. Kerajaan juga sering membuat kajian demi kajian terhadap beras tempatan. Namun, beras putih tempatan masih sukar didapati di banyak kedai bandar dan kampung. Marilah Menteri turun ke Parit Buntar, Bagan Serai, kita melawat kedai-kedai, kita melawat kilang-kilang, kita berdialog dengan pesawah supaya Menteri boleh memberi jawapan yang memuaskan hati para pesawah itu sendiri.

Keadaan ini menimbulkan persoalan sama ada kekangan berpunca daripada edaran, ketirisan, beras bercampur antara tempatan dan import ataupun label. Beras tempatan label beras import atau insentif pasaran yang tidak memihak kepada peniaga dan pembekal beras putih tempatan. Justeru, soalan saya adakah kerajaan bercadang menaikkan harga beras putih tempatan bagi menampung kehendak peniaga dan jika ya, apakah analisis impak ke atas pengguna, terutamanya B40 dan langkah mitigasi sama ada jangka pendek atau jangka panjang.

Di samping itu, bilakah kerajaan akan mengemukakan rancangan untuk menyediakan jejak digital rantaian bekalan dengan dashboard awam agar isu ketiadaan beras putih tempatan benar-benar diselesaikan tanpa memindahkan

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

beban kepada rakyat. Saya lagi— akhir sekali, saya mintalah sekali-sekali Menteri turunlah ke Parit Buntar, turun Bagan Serai. Saya sedia menunggu bila-bila masa boleh datang, insya-Allah.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Insya-Allah, aku akan turun. Tapi jangan turunkan aku*.

[Ketawa]*

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Aku tunggu mu datang.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Memang saya sebut tadi, soal beras tempatan tak ada ini ditimbulkan di Parlimen ini berkali-kali. Kerajaan cuba menyediakan dengan memberi subsidi untuk mengekalkan RM26. Saya sebut tadi, yang laku hanya 10 hingga 15 persen. Sebab itu Yang Berhormat cakap secara umum, kalau ada particular tempat dan kedai misalnya, kita akan menghantar pegawai, sama ada BERNAS atau pegawai pihak kementerian, akan cek dengan segera.

Sebab kita dapati bahawa ia nya sampai kita galakkan jual kepada lima kampit, untuk menghabiskan beras itu, masih juga tidak berjalan. Kerana kita tahu untuk B40 nak ubah harga beras itu yang paling sukar sekali nak ubah struktur harga beras ini Perdana Menteri kita sebab dia cukup concern terhadap B40 ini.

Oleh itu kalau ada particular tempat di mana, kedai mana, kita akan bertindak sebab sekarang ini kita dapati bahawa hanya laku 10 hingga 15 peratus saja. Itu angka yang dikeluarkan oleh pihak kementerian yang membuat kajian di seluruh negara. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Baik, isu beras?

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tak ada, okey.

draft • 12:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Boleh?

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Terengganu, silakan.

draft • 12:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih, terima kasih Menteri. Harap Menteri tak turunlah. Cuma semalam kita mesyuarat select committee berkaitan dengan keterjaminan makanan. Apa yang mengejutkan kami di mesyuarat tersebut ialah laporan daripada pegawai baru HSR untuk beras tempatan menurun daripada 69 peratus menjadi 52 peratus, kalau tak silap saya, ini boleh dibetulkan oleh Pasir Gudang lah, ada bersama saya ketika itu.

Jadi persoalan saya, apakah tindakan kerajaan untuk pastikan HSR ini, daripada nombor sembilan turun 50 peratus ni satu perkara yang amat mengejutkan kita Tuan Yang di-Pertua. Bimbang kalau terjadi lagi COVID-19 atau perkara

draft • 12:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

sebagainya COVID-19 untuk masa ke depan ini, apa persoalannya ialah persiapan kita? Jadi, apakah usaha yang dilakukan oleh kementerian untuk pastikan HSR ni tidak terus menurun daripada yang ada sekarang. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Kalau Yang Berhormat bimbang, saya lagi bimbang dan kita semua bimbang sebab kita tahu sekarang ini kita selamat dengan harga import begitu rendah. Tapi kita tak tahu sampai bila dengan perkembangan geopolitik yang sekarang ini kita lihat tidak menentu dan keadaan cuaca yang tidak menentu, sebab itu kita kena ambil langkah yang serius.

Dalam lawatan saya ke bawah, turun ke bawah, hampir separuh daripadanya saya tumpu hal padi ini kerana ia adalah masalah yang besar untuk masa hadapan.

Sekarang kita selamat dengan harga beras import yang murah, Yang Berhormat tapi kita tak tahu sampai bila sebab itu di antaranya saya melihat di Setiu itu, yang 1,500 ekar ada di situ perlu kerjasama dengan kerajaan negeri kita kena bangunkan kawasan itu.

Begitu juga soal di Sarawak, Premier nya sendiri memang mengambil tumpuan hal ke arah supaya Sarawak satu hari self-sufficient HSR nya. Tapi kalau Sarawak cukup, maka dia juga membantu Malaysia ini. Begitu juga di Sabah.

Kawasan-kawasan terbiar juga.

Sekarang kita cuba bangunkan dengan bentuk, kalau dibangunkan biar dalam bentuk berkelompok. Dalam bentuk berskala besar, kurang-kurangnya 40 ekar, 50 ekar dapat diusahakan dengan cara yang lebih moden, mekanisasi dan sebagainya supaya hasilnya meningkat.

Pengeluaran hasil ini kita harap dengan siap, siapnya MADA nanti dan sebagainya, lima musim untuk dua tahun itu akan menambahkan pendapatan dengan kita kena tumpu semua dalam bentuk teknologi baru. Sebab itu kita galakkan kepada berskala besar, sambutan hanya baru dua persen. Dan skala besar ini lebih baik untuk mengawal pembajaan, pengairan dan sebagainya. Hasilnya kita mahu mesti kalau bolehlah tujuh tan ke atas untuk per hektar, barulah kita pergi ke arah sekurang-kurangnya kita boleh capai 70 peratus pada masa yang akan datang.

Tumpuan mestilah diberi oleh semua pihak, termasuk kerajaan negeri. Kalau ada tanah lapang kita cari memang kerajaan bersedia untuk menambahkan— kita yakinlah Kementerian Kewangan akan bersedia untuk melihat soal kewangan supaya kita dapat membuka kawasan-kawasan baru. Memang 50 hingga 55 peratus

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

HSR kita memang tidak berapa baik untuk Malaysia. Yang kita tahu, makanan rujinya ialah beras. Terima kasih perhatian daripada Hulu Terengganu.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Tuan Hassan bin Abdul Karim, Pasir Gudang.

draft • 12:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tan Sri.

Soalan saya nombor 13.

draft • 12:30 PM

13. Tuan Hassan bin Abdul Karim [Pasir Gudang] minta Menteri Luar Negeri menyatakan kejayaan-kejayaan besar yang dicapai oleh ASEAN sepanjang Malaysia menjadi pengerusinya pada tahun 2025.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 12:30 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Gudang atas pertanyaan yang dikemukakan.

Tan Sri Yang di-Pertua, seperti Dewan yang mulia ini sedia maklum, sepanjang Malaysia memegang amanah sebagai Pengerusi ASEAN 2025, pelbagai kejayaan telah berjaya dicapai di bawah tema “Keterangkuman dan kemampanan”. Secara keseluruhannya, Malaysia telah berjaya mengemudi ASEAN sebagai sebuah platform yang neutral dan berprinsip sekali gus memastikan kepusatan ASEAN atau dengan izin ASEAN centrality kekal utuh dalam mendepani cabaran geopolitik dan geoekonomi global yang semakin kompleks.

Di bawah tonggak politik dan keselamatan, Malaysia telah memberi keutamaan kepada usaha memelihara keamanan dan kestabilan serantau yang berkekalan serta memperkukuhkan keyakinan strategik melalui dialog, diplomasi dan kerjasama.

Antara kejayaan utama adalah seperti berikut, peluncuran Visi Komuniti ASEAN 2024 atau dikenali dengan izin, ASEAN 2045 Our Shared Future pada sidang Kemuncak ASEAN ke-46. Malaysia merupakan peneraju utama atau dengan izin permanent shepherd bagi memperbentukkan Visi komuniti ASEAN 2045.

Penyertaan rasmi Timor-Leste sebagai negara anggota ASEAN ke-11 pada sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Pemeteraian Kuala Lumpur Peace Accord yang dimudah cara Malaysia ditandatangani oleh Perdana Menteri Kemboja dan Thailand dengan disaksikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Presiden Amerika Syarikat di Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Di bawah tonggak ekonomi, Malaysia telah memberi penekanan kepada usaha memperkukuhkan daya tahan ekonomi serantau melalui peningkatan

draft • 12:30 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

perdagangan intra-ASEAN, penaiktarafan kerjasama ekonomi sedia ada dengan rakan dialog serta memupukkan perkongsian baharu dengan rakan luar lain. Antara pencapaian utamanya adalah penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China 2025 pada Mei 2025 bagi meluaskan kerjasama ekonomi ASEAN dengan blok ekonomi di luar rantau.

Penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 yang menghasilkan Joint Declaration of Economic Cooperation bagi memacukan kerjasama jangka panjang dalam perdagangan, pelaburan, tenaga dan teknologi baru. Pemeteraian protokol kedua untuk meminda Perjanjian Perdagangan Barang ASEAN (ATIGA) atau protokol bagi menaik taraf Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China 3.0 (ACFTA 3.0) dan pemuktamadan serta secara substantial rundingan perjanjian Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN ataupun ASEAN Digital Economy Framework Agreement (DEFA) ke arah pembentukan ekonomi digital ASEAN yang bersepadu.

draft • 12:30 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Selain itu, bagi meluaskan jaringan ASEAN dan meningkatkan profil di persada global, Malaysia telah mengambil beberapa langkah strategik. Antaranya, memperkukuhkan rangkaian kerjasama strategik dengan rakan luar melalui inisiatif menjemput tetamu pengerusi iaitu Brazil dan South Africa selaku Pengerusi BRICS dan G20 bagi membentuk perkongsian baharu ataupun forming new partnership antara ASEAN dan organisasi serantau yang lain serta meletak ASEAN sebagai jambatan antara pelbagai kuasa global; menganjur mesyuarat bersama Menteri- menteri Luar Negara ASEAN dan Menteri-menteri Ekonomi ASEAN bagi memastikan koordinasi yang lebih teratur dan bersepadu dalam merangka maklum balas ASEAN terhadap cabaran geopolitik dan geoekonomi semasa.

Tan Sri Yang di-Pertua, secara keseluruhannya, kejayaan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 membuktikan bahawa negara bukan sahaja melaksanakan amanah tersebut dengan cemerlang, malah berjaya memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju serantau yang berkeupayaan, berwibawa dan dihormati.

Kejayaan ini turut mencerminkan komitmen Malaysia dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN, memelihara keamanan dan kestabilan serantau serta mempertingkatkan integrasi dan kerjasama ekonomi demi memastikan ASEAN kekal terangkum, mampan dan berdaya tahan.

Sekian, terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Pasir Gudang.

draft • 12:40 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih atas jawapan yang detil daripada Timbalan Menteri. Saya Pasir Gudang mengucapkan terima kasih atas kejayaan Wisma Putra, Perdana Menteri dan kerajaan. Kejayaan menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN ini bukan sahaja kejayaan kerajaan tapi negara kita dan rakyat keseluruhannya.

Yang Berhormat Timbalan Menteri ada sebut dalam jawapan tadi berkenaan Timor-Leste. Jadi, soalan saya, apakah bantuan Malaysia atau ASEAN kepada anggota ASEAN yang terbaru, negara Timor-Leste, untuk kemajuan dan pembangunan negara dan rakyatnya iaitu anggota ke-11 pertubuhan ASEAN ini?

Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 12:40 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Gudang. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua anggota- anggota kerajaan dan juga sukarelawan-sukarelawan dan juga semua masyarakat yang memberikan kerjasama untuk menjayakan Kepengerusian ASEAN pada tahun 2025. Adalah menjadi satu tanggungjawab dan kami berbesar hati dan juga kita dapat menunjukkan bahawa Malaysia mampu memikul tanggungjawab yang besar.

Dan juga, apa yang kita bantu melalui penyertaan Timor-Leste sebagai anggota yang ke-11 adalah melalui pelbagai program. Di bawah Wisma Putra sendiri juga kita mempunyai sedikit peruntukan di mana kita boleh melantik diplomat- diplomat melalui institut diplomatik yang kita ada dan juga kita mempunyai program seperti MTCP, di mana program-program yang kita bawa masyarakat ataupun anggota-anggota kerajaan untuk dilatih berkenaan tentang perkara-perkara yang tertentu.

Dan juga, ini bukan hanya dilakukan oleh Wisma Putra sendiri. Pengalaman saya berada di Kementerian Kesihatan juga, kita melatih anggota-anggota kesihatan untuk memberikan tanggungjawab ataupun preparedness program berkenaan tentang kecemasan, berkenaan tentang ketersediaan untuk berdepan dengan krisis- krisis yang tertentu.

Program-program sebegini juga akan dibantu melalui platform ASEAN dan kita akan sediakan pelbagai program kepada pihak Timor Leste sekiranya bersedia untuk datang dan juga menerima latihan. Ataupun kita daripada semasa ke semasa melalui platform ASEAN untuk memantau bagaimana perjalanan anggota baru kita untuk bekerjasama dan juga mengamalkan sikap centrality ini dan juga memperkukuhkan, sentiasa berkomunikasi dan juga Malaysia akan membimbing

draft • 12:40 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

yang kita anggap sebagai anggota baru di dalam ASEAN ini. Insya-Allah, kita akan membantu Timor-Leste dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Parit.

draft • 12:40 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya nak bertanyakan Timbalan Menteri tentang Myanmar yang tidak bersama dalam persidangan ASEAN baru-baru ini. Bagaimanakah perancangan masa hadapan negara kita Malaysia dalam hubungan dua hala antara Malaysia- Myanmar yang baru saja menyelesaikan pilihan raya mereka baru-baru ini? Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 12:40 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih, Yang Berhormat Parit.

Kita sentiasa menekankan bahawa sesuatu pemilihan adalah berasaskan demokrasi dan juga pilihan raya itu haruslah diikuti oleh semua pihak tanpa mengamalkan sikap selektif dalam penyertaan pilihan raya tersebut.

Malaysia telah pun menghantar pemerhati dan juga kita masih menekankan bahawa humanitarian aids itu perlu disalurkan ke Myanmar. Dan juga, kita sedar bahawa tanggungjawab ini adalah satu tanggungjawab yang besar dan juga pilihan raya yang dijalankan haruslah bersikap terbuka, berprinsip dan juga bukan hanya memenangkan kumpulan-kumpulan tertentu sahaja.

Itu adalah prinsip Malaysia ketika ini. Kita akan mengalu-alukan Myanmar untuk menyertai mesyuarat ataupun kita akan membentuk hubungan dua hala yang lebih damai. Dan juga, selain daripada itu, pemerhatian kita terhadap apa yang berlaku di Myanmar ini adalah satu sikap serius kita kepada proses demokrasi negara tersebut.

Sekian, terima kasih.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih, Menteri. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan. Sila, Menteri. Usul.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 12:40 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Digital - Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Tan Sri Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan Rang Undang-undang Rapid Transit System Link baruBahru-Singapura 2026 seperti di Nombor 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul- usul hari ini. Selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 23 Februari 2026.” Terima kasih.

draft • 12:46 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Ada yang menyokong?

draft • 12:46 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 12:46 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 12:46 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG RAPID TRANSIT SYSTEM LINK JOHOR BAHRU–SINGAPURA 2026 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” [11 Februari 2026]

draft • 12:46 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Kita sambung perbahasan tentang Rang Undang-undang Rapid Transit System Link Johor Bahru–Singapura 2026. Saya mempunyai senarai 12 orang Yang Berhormat yang akan berbahas. Saya akan bacakan kesemua nama-nama ini. Bermula dengan Tebrau, diikuti dengan Mersing, Padang Serai, Bakri, Kapar, Muar, Beaufort, Pasir Salak, Arau, Pulai, Jerantut dan Sabak Bernam.

draft • 12:46 PM

Tuan Yang di-Pertua

Setiap pembahas akan diberikan 10 minit dan kita mulakan dengan Tebrau.

Silakan, Tebrau.

draft • 12:46 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi Tebrau peluang untuk terlibat dalam perbahasan pagi ini.

Pada 21 November 2025 sehingga 1 Januari 2026, dalam hanya 40 hari sahaja, 22 juta orang keluar masuk merentas sempadan melalui Johor–Singapura.

Hanya dalam 40 hari saja, hampir dua pertiga jumlah populasi rakyat Malaysia merentas sempadan. Dan dia mencapai kemuncak, Tan Sri Speaker, pada 19 Disember 2025 bila pada satu hari saja 588,000 orang keluar masuk rentas sempadan melalui BSI dan KSAB di antara Johor dengan Singapura.

Tan Sri Speaker, kita jangka RTS ini akan mula beroperasi pada awal tahun 2027. Saya jangka dengan jumlah ini, tidak mustahil kalau sehari kita boleh mencatat 600,000 hingga 700,000 orang keluar masuk Johor-Singapura saja. Saya rasa checkpoint, checkpoint Johor ini merupakan checkpoint paling sesak di dunia. Bukan Asia. Di dunia, pada pandangan saya.

draft • 12:48 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Maka, kita kena fikir juga implikasi dan limpahan itu. RTS ini, dia beroperasi mungkin— saya tidak tahu, satu jam dia boleh bawa 10,000 orang keluar/masuk.

Jarak dia baru lima minit. Bayangkan Tan Sri Speaker, mungkin satu jam dia boleh masuk setiap 10 minit, 15 minit, pintu RTS buka, beribu-ribu orang keluar. Adakah kerajaan ada keupayaan untuk kita handle begitu ramai orang yang keluar daripada RTS?

Pertama, isu auto gate. Bila orang itu keluar, dia kena melepasi imigresen.

Saya— apakah jaminan daripada kerajaan bahawa mereka boleh keluar daripada RTS, melepasi imigresen dalam masa yang paling pantas? Saya tidak mahu satu insiden, di mana bila orang belum clear imigresen, kereta kedua sudah sampai.

Lepas itu, macam stampede lah, dia tak habis-habis. So, itu penting. Kena ada cukup auto gate. Satu.

Kedua, baru minggu lepas saja, kita ada breakdown lagi auto gate di Johor Bahru. Ini bukan insiden yang in isolation, Tan Sri Speaker. Benda ini berlaku dan pernah berlaku dan saya khuatir dia akan berlaku lagi pada masa hadapan. Kalaulah sekarang, tiap-tiap kali auto gate itu ada rosak, orang viral. Bayangkan kalau RTS ini sudah mula beroperasi, berapa lagi kali benda ini berlaku, saya rasa maruah Malaysia ini kita kena jaga.

draft • 12:50 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

So— maka, saya pun tertanya-tanya juga, apakah sebenarnya backup plan, SOP pihak kerajaan untuk memastikan sekiranya auto gate itu yang bakal dipasang itu, dia ada system issue ke ataupun mungkin pun ada cyber ransom ke? Apakah manual backup plan yang kita sedia ada untuk memastikan kita boleh clear imigresen secepat mungkin?

Baik, bila auto gate kita selesai, orang turun, dia lepas Imigresen. Lepas itu, apa jadi? Beribu-ribu orang, mereka nak pergi destinasi mereka. Ada nak pergi Skudai, ada nak pergi Tebrau, ada nak Kulai. Bagaimana kita nak mengalihkan, disburse begitu ramai orang di Bukit Chagar?

Saya punya cadangan dan ini disokong bukan oleh saya sahaja, Tan Sri Speaker. Ini concern warga Johor Bahru, oleh Ahli-ahli Parlimen lain. Ini semua orang tengah fikir ini. Kita sekarang pun Bandar Johor Bahru sudah jammed.

Kalaulah RTS buka, bayangkan. Semua orang takut masuk bandar sekarang.

So, saya cadangkan kita melarang kenderaan masuk zon, di mana RTS dan JB Sentral–Bukit Chagar itu beroperasi. Tak boleh bagi kereta masuk. Kalau tidak, bapa nak pickup anak, suami nak pickup isteri, semua itu akan melambatkan operasi.

Itulah saya cadangkan, kita guna shuttle bus EV ya. Shuttle bus EV itu kita set tiga check point dekat dengan RTS, dekat dengan Bukit Chagar.

Satu, untuk mereka yang ingin menghala ke sebelah barat, kepada Iskandar Puteri ya, kepada Bukit Indah. Kita hantar shuttle bus itu pergi ke sana, supaya dari sanalah mereka boleh disperse guna Grab ke, guna bas ke, apa itu, dari sana.

Kedua, satu check point lagi yang untuk menghala ke utara, ke Skudai, ke Kulai ya.

Satu lagi ke sebelah timur, ke Pasir Gudang, ke Tebrau. Shuttle bus ini dia gerak setiap lima minit, 10 minit. Tak payah tunggu sebab dia dekat saja.

Cara ini saja Tan Sri Speaker, kita boleh mengelak isu kesesakan jalan. Kalau tidak, kita kerajaan ini fikirkan isu ini dan memberi sedikit jaminan kepada rakyat, isu ini tengah bising ini, Johor Bahru. Semua orang takut. Kalaulah kita nampak benda ini berlaku, saya takut reputasi Kerajaan Malaysia MADANI akan tercalar.

Ketiga, saya nak bawa isu sedikit teknikal tentang apa yang saya baca dalam RUU ini. Saya rasa RUU ini adalah unik sebab dia ada elemen reciprocity.

Maknanya, bukan sahaja kita kena ada RUU sini, rakan kita di Singapura juga kena ada. Maka, isu pertama yang saya ingin membawa perhatian kepada kementerian ialah kita kena pastikan apa yang kita tulis di dalam RUU kita ini, dia adalah seumpama juga di Singapura. Saya takut kalaulah kita tulis sesuatu ‘A’ di sini, dia beza di sana pula.

draft • 12:50 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Contoh saya bagi, kalau saya merujuk kepada seksyen atau fasal 14(a), di sini tertulis, “Kerajaan Malaysia hendaklah bertanggungjawab untuk menguruskan insiden itu jika perjalanan kereta api Rapid Transit System Link disempurnakan di dalam wilayah Malaysia” atau (b), “Kerajaan Singapura pula kena bertanggungjawab sekiranya disempurnakan di wilayah Republik Singapura”. Maka, bayangkan kalaulah versi Singapura itu beza dengan kita, apa akan jadi? So, benda-benda itu saya rasa kita kena perlihatkan.

Dan kedua, juga dalam isu interpretasi kalau bercanggah. Saya juga bagi satu contoh, di sama juga, fasal 14, seksyen (4)(a) dan (b). Di sini dia kata, “Jika muncung kereta api RTS...”, maknanya the nose of the RTS itu. Bayangkan Tan Sri Speaker, kalau kita ada interpretasi teknikal yang berbeza, mungkin pihak Malaysia rasa muncung kereta itu kena lebih separuh ataupun pihak Singapura rasa dia lebih sikit pun boleh.

Di dalam RUU ini, tidak ada apa-apa kandungan klausa yang membolehkan kita merujuk kepada satu jawatankuasa sekiranya ada interpretasi yang bercanggah dalam isu-isu di dalam RUU ini. Saya rasa itu penting untuk kita mengelakkan daripada apa-apa isu yang tidak diinginkan.

Ketiga, isu juga dari isu sekuriti, Tan Sri Speaker. Dalam RUU ini, kita akan beri banyak kekebalan, imuniti kepada ejen-ejen imigrasi daripada Singapura.

Sebagai rakyat Malaysia, walaupun Singapura itu rakan kita, kita kena mesti menjaga kedaulatan negara.

Banyak maklumat mungkin sulit itu kita kena jaga untuk pastikan benda ini sentiasa tidak jatuh ke tangan ejen ataupun orang yang tidak diingini untuk mendapat itu. So, apakah jaminan kerajaan yang memastikan pekerja— ejen-ejen imigresen yang diletak di Johor Bahru ini dia tidak ada akses atau tidak mungkin pun ada peluang untuk akses kepada maklumat-maklumat sulit negara?

Keempat dan akhir sekalinya Tan Sri Speaker, ini satu isu yang pun difikirkan di luar juga. Ramai orang juga fikir, sekiranya RTS ini dia mula operasi, kita mungkin akan mempercepatkan satu isu di Johor Bahru iaitu isu brain drain iaitu talent, talent kita ini, pekerja kita ini lebih cepat dia pergi Singapura sebab sudah dekat.

Daripada sejak merdeka Tan Sri Speaker, 1.8 juta rakyat Malaysia telah surrender IC biru kita untuk menjadi warga di negara lain. Daripada 1.8 juta itu, 1.1 juta atau 60 peratus dia dari Malaysian, dia pilih untuk jadi Singaporean. So, ada orang juga kata, kalau RTS ini dia mula, mungkin lebih banyak orang lebih cepat boleh sampai ke Singapore kerja, maka sebenarnya dia tidak menguntungkan Johor.

draft • 12:50 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Tapi saya ingin mengambil peluang dalam Dewan yang mulia ini untuk kita membentangkan satu idea baru. Sebenarnya, RTS kita boleh lihat dengan lebih optimistik. Dia bukan mempercepatkan brain drain tapi sebenarnya dia reversed brain drain. Mengapa saya kata sedemikian? Bayangkanlah dengan ada RTS, kita boleh ada satu sistem perniagaan yang baru. A new business model, Tan Sri Speaker.

Sebab kos untuk menyewa atau beroperasi di Singapura sangat mahal, kita boleh dengan konsep JS–SEZ, tarik Kerajaan Singapura— syarikat-syarikat Singapura untuk kita menubuhkan pejabat operasi (operation office) di Johor Bahru.

Lepas itu, pekerja kita tak perlulah pergi daripada tiap-tiap pagi perlu - pagi kita pukul empat, pukul lima pergi Singapura kerja. Let them stay in Johor Bahru. Ha, senang saja. Kos lagi rendah, pekerja di sini.

Dan apa-apa benda pun, sebenarnya dia boleh berurus di Johor Bahru. Kalau perlu, dia Zoom ya, boleh. Kalau betul-betul perlu, dia pergi Singapura untuk meeting, for example, untuk mesyuarat. Tan Sri Speaker, dari Bukit Chagar sampai Woodlands North, baru lima minit saja. Dari Johor Bahru sampai Orchard, saya rasa lebih cepat daripada Jurong sampai Changi atau Pasir Ris di Singapura. So, kita boleh guna idea ini untuk menarik pelaburan sebenarnya. Tapi itu kena ada usaha daripada semua pihak.

Dan sebenarnya saya nampak Tan Sri Speaker, RTS itu bagus. Sebagai orang Johor, IC 01, saya menyokong 10 jari. Tapi isu-isu yang kita fikirkan itu, terutamanya isu auto gate, sekuriti, trafik, saya harap kerajaan jangan main-main dengan isu ini. Saya takut kalau isu ini tidak diselesaikan dengan baik, terutamanya isu trafik, nanti saya rasa Johor Bahru akan tenggelam dengan ribuan protes daripada rakyat. Dengan itu, Tebrau menyokong penuh RUU ini. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih Tebrau dan waktu juga menunjukkan pukul satu. Kita berhenti rehat dan kita sambung semula pada jam 2.30 petang. Terima kasih.

draft • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

draft • 2:30 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

[Membaca sepotong doa] Assalamualaikum dan selamat petang Yang Berhormat- Yang Berhormat. Kita mulakan sesi kita, sambung balik perbahasan. Dipersilakan YB Mersing.

draft • 2:30 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Datoʼ Yang di-Pertua. Terima kasih atas peluang yang diberikan untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Rapid Transit Sistem Link Johor Bahru–Singapura 2026.

Sebagai anak Johor, saya menyatakan sokongan terhadap usaha memperkukuh kesalinghubungan ekonomi dan mobiliti rentas sempadan antara Johor Bahru dan Singapura. Projek RTS Link yang dijangka mula beroperasi pada Januari 2027 dengan kapasiti sehingga 10,000 penumpang sejam setiap hala beroperasi mengurangkan kesesakan kronik di Tambak Johor dan Laluan Kedua, meningkatkan produktiviti tenaga kerja rentas sempadan serta merancakkan pertumbuhan ekonomi Johor khususnya dalam konteks Zon Ekonomi Khas Johor- Singapura.

Namun demikian, projek ini bukan sekadar projek rel. Ia adalah projek dwinegara yang menyentuh soal kedaulatan, kawalan sempadan, bidang kuasa jenayah, perlindungan data serta penempatan pegawai penguat kuasa asing di Wilayah Malaysia. Justeru, sebagai Ahli Parlimen dari Johor, menjadi tanggungjawab saya memastikan setiap peruntukan dalam RUU ini benar-benar memelihara kepentingan negara dan rakyat.

Perbahasan saya akan memfokus kepada tiga aspek utama: pertama, bidang kuasa dan kuasa penguatkuasaan; kedua, perlindungan undang-undang dan akauntabiliti; ketiga, keselamatan retas sempadan serta perlindungan data.

Datoʼ Yang di-Pertua, pembangunan fizikal RTS kini menghampiri fasa akhir.

Namun sehingga kini, Dewan ini belum diberikan gambaran menyeluruh tentang kesiapsiagaan sumber manusia dan struktur operasi penguatkuasaan. Saya mohon penjelasan kerajaan— berapakah jumlah pegawai penguat kuasa Malaysia yang

draft • 2:33 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

akan ditempatkan di Woodlands North dan berapa pula pegawai Republik Singapura yang akan ditempatkan di Bukit Chagar? Apakah pecahan mengikut agensi Imigresen, Kastam, PDRM, Agensi Kawalan dan Pelindungan Sempadan Malaysia

(AKPS) serta lain-lain agensi yang diperuntukkan di bawah Jadual RUU ini? Adakah perjawatan baru diwujudkan atau sekadar memindahkan pegawai sedia ada dari CIQ Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar?

Saya bimbang pendekatan yang diambil hanyalah memindahkan keletihan dari satu fasiliti ke fasiliti lain. Dengan sasaran 40,000 penumpang sehari pada fasa awal, RTS memerlukan struktur operasi yang benar-benar baharu dan berdaya tahan, bukan bergantung kepada sistem lama yang sudah terbeban.

Datoʼ Yang di-Pertua, bahagian empat RUU ini memberi kuasa luas kepada Pegawai Penguat Kuasa Republik Singapura di kawasan ditempatkan di Bukit Chagar. Di bawah peruntukkan tersebut, pegawai Singapura diberi kuasa untuk menahan dan menyekat individu, menjalankan pemeriksaan badan, menggunakan kekerasan yang munasabah, membawa alat penahanan dan dalam konteks pengurusan insiden rentas sempadan, termasuk membawa senjata api serta peralatan tertentu.

Walaupun prinsip timbal balik dinyatakan, persoalannya adalah, sejauh manakah mekanisme kawalan Malaysia terhadap pelaksanaan kuasa tersebut di wilayah kita sendiri? Adakah terdapat SOP bersama yang diperincikan secara bertulis? Siapakah pegawai penyelaras tertinggi di pihak Malaysia? Apakah saluran aduan sekiranya berlaku salah laku? Kerjasama dwi negara mesti berpaksikan prinsip kesaksamaan dan saling hormat, bukan sehingga rakyat kita berasa kuasa negara asing dilaksanakan tanpa sempadan yang jelas di tanah air sendiri.

Saya juga ingin menyentuh peruntukan perlindungan undang-undang di bawah Bahagian VII, khususnya seksyen 22 yang memberikan kekebalan daripada tindakan di mahkamah Malaysia terhadap pegawai penguat kuasa Republik Singapura bagi tindakan dalam tugas rasmi. Memang dinyatakan bahawa tindakan boleh diambil di Singapura.

Namun persoalannya, adakah rakyat Malaysia mempunyai akses praktikal kepada proses keadilan tersebut? Apakah jaminan ketelusan? Adakah terdapat mekanisme aduan bersama dua hala atau tribunal bebas? Imuniti tanpa mekanisme akauntabiliti yang jelas akan menimbul persepsi ketidakseimbangan. Mersing mencadangkan agar diwujudkan mekanisme pemantauan bersama serta laporan

draft • 2:33 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

tahunan kepada Parlimen mengenai sebarang aduan atau insiden yang melibatkan pegawai asing.

Datoʼ Yang di-Pertua, dari sudut bidang kuasa jenayah pula, seksyen 19 memperuntukkan hak utama kepada kerajaan tertentu berdasarkan lokasi penyempurnaan perjalanan atau tanggungjawab pengurusan insiden. Saya ingin bertanya, apakah protokol masa yang ditetapkan sekiranya kedua-dua negara mempunyai asas bidang kuasa? Adakah terdapat risiko kelewatan pendakwaan?

Bagaimanakah kepentingan mangsa warga Malaysia dilindungi sekiranya kes diambil alih oleh negara jiran? Kita tidak mahu konflik teknikal bidang kuasa akhirnya melemahkan keadilan substantif.

Selain itu, isu yang tidak kurang pentingnya ialah perlindungan data. Di bawah seksyen 24, data yang dikumpul oleh pegawai Singapura di Bukit Chagar dianggap seolah-olah dikumpul di wilayah Singapura dan tertakluk kepada undang- undang Singapura. Ini termasuk data biometrik, maklumat perjalanan dan maklumat sensitif rakyat Malaysia.

Soalan saya, adakah salinan data tersebut disimpan di pelayan Malaysia?

Adakah audit keselamatan siber bersama dilaksanakan? Apakah jaminan bahawa data rakyat Malaysia tidak dipindahkan atau tidak digunakan bagi tujuan selain daripada kawalan sempadan? Dalam era ancaman siber dan kebocoran data, kedaulatan digital adalah sebahagian daripada kedaulatan negara.

Datoʼ Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh kuasa Menteri di bawah seksyen 27 dan 28 yang membolehkan peraturan dibuat dan jadual dipinda melalui warta. Memandangkan jadual melibatkan pelbagai undang-undang utama termasuk Kanun Keseksaan, Akta Dadah Berbahaya dan AMLA, saya berpandangan sebarang pindaan yang meluaskan skop bidang kuasa wajar dibentangkan semula ke Parlimen untuk kelulusan, bukan sekadar melalui perintah pentadbiran. Semak dan imbang Parlimen mesti diperkukuh. Bukan diketepikan.

Selain itu, dari sudut operasi, saya dimaklumkan Stesen Bukit Chagar akan dilengkapi sekitar 100 e-gate. Namun, kita telah menyiasat gangguan autogate sebelum ini menyebabkan ribuan pengguna terkandas. Apakah pelan kontigensi sekiranya berlaku kegagalan sistem serentak? Adakah kapasiti manual mencukupi?

Adakah ujian tekanan dan audit keselamatan siber telah direncanakan sepenuhnya terhadap integrasi sistem Malaysia-Singapura? Kecekapan tidak boleh mengorbankan keselamatan, Datoʼ Yang di-Pertua.

draft • 2:33 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Saya ingin tegaskan bahawa kita menyokong integrasi ekonomi dan mobiliti rakyat. RTS boleh menjadi pemangkin pertumbuhan Johor dan simbol kematangan hubungan dua hala. Namun, RTS tidak boleh menjadi pintu kompromi terhadap kedaulatan, pelindungan rakyat dan integriti sistem perundangan kita. Kita mahu sejarah mencatatkan bahawa RTS Link adalah jambatan kemajuan, tetapi dalam masa yang sama ia adalah benteng kedaulatan yang tidak boleh dikompromi.

Sekian, terima kasih Datoʼ Yang di-Pertua.

draft • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Mersing. Silakan, Yang Berhormat Padang Serai.

draft • 2:40 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua Dewan. Terima kasih kerana memberikan ruang kepada saya untuk turut membahaskan Rang Undang-undang Rapid Transit System Link Johor Bahru- Singapura 2026.

Pihak pembangkang tidak menafikan bahawa ketersambungan: connectivity antara Johor Bahru dan Singapura adalah nadi ekonomi Selatan. Namun sokongan kami tidak boleh diberikan secara cek kosong.

RUU yang dibentangkan hari ini walaupun teknikalnya, bersifatnya untuk membolehkan operasi Kastam dan Imigresen bersama— co-located CIQ— masih meninggalkan banyak persoalan besar yang perlu dijawab oleh pihak kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, mari kita bercakap tentang angka. Kerajaan menyatakan kos projek ini bagi bahagian Malaysia adalah sekitar RM5.2 bilion.

Persoalan saya, adakah angka ini noktah? Kita tahu projek ini melibatkan komponen sistem yang kompleks, sejauh mana kerajaan telah melakukan mitigasi terhadap risiko kenaikan kos penyelenggaraan masa hadapan yang akan ditanggung oleh rakyat melalui subsidi ataupun harga tiket.

Jangan sampai akhirnya projek ini menjadi gajah putih yang hanya boleh dinaiki oleh golongan ekspatriat ataupun mereka yang bergaji Dolar Singapura sahaja. Sementara rakyat marhaen di Johor Bahru hanya mampu melihat tren lalu di atas kepala mereka.

Tuan Yang di-Pertua, RTS Link ini ibarat lebuh raya di awan jika sistem sokongan di bawahnya lumpuh. Stesen Bukit Chagar bakal menerima lebih kurang 10,000 penumpang setiap jam. Persoalannya di manakah pelan integrasi yang

draft • 2:40 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

holistik. Bas transit Rapid Iskandar sejauh manakah kemajuannya? Kesesakan bandar, bagaimana kerajaan mahu memastikan Bukit Chagar tidak menjadi titik sesak, choke point yang baharu di Johor Bahru? Tanpa integrasi bas pengantara, feeder bus yang efisien, pengguna tetap akan menggunakan kereta ke stesen dan akhirnya kita hanya memindahkan kesesakan dari Tambak ke tengah Bandaraya Johor Bahru.

Tuan Yang di-Pertua, RUU ini menyentuh tentang operasi CIQ bersama. Kita membenarkan Pegawai Imigresen negara jiran bertugas di bumi kita dan pegawai kita di bumi mereka. Ini adalah langkah drastik dalam sejarah kedaulatan kita. Saya mohon penjelasan Menteri, bidang kuasa undang-undang jika berlaku jenayah di dalam tren yang sedang bergerak tepat di garisan sempadan, undang-undang negara manakah yang terpakai?

Daripada sekuriti data, bagaimana dengan perkongsian data biometrik rakyat Malaysia? Adakah kedaulatan data kita terjamin di bawah perjanjian operasi ini? Kita mahukan kecekapan, tetapi jangan sampai kita menggadaikan maruah dan kedaulatan sempadan demi kelajuan 5 minit perjalanan.

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang jarang disentuh adalah impak sosial.

RTS akan memudahkan rakyat kita bekerja di Singapura. Ya, itu hak mereka untuk mencari rezeki. Namun adakah kerajaan sedar bahawa RTS akan mempercepatkan proses brain drain ataupun pelarian bakat? Dengan akses yang begitu mudah, Johor Baru berisiko menjadi bandar tidur: dormitory town untuk Singapura. Apakah strategi kerajaan untuk memastikan industri tempatan di Johor juga mendapat limpahan ekonomi dan bukan sekadar menjadi penyedia tenaga kerja murah untuk negara jiran?

Tuan Yang di-Pertua, sebagai kesimpulan, pihak saya ingin mendesak agar harga tiket— dari segi harga tiket, kerajaan memberikan komitmen bahawa harga tiket mestilah mampu milik untuk pengguna harian: daily commuters. Audit yang telus, laporan berkala mengenai kos dan impak ekonomi dibentangkan di Parlimen setiap tahun dan kami tidak mahu melihat RTS Link ini sekadar menjadi jambatan emas untuk mereka yang berbelanja besar, tetapi menjadi beban tambahan buat warga Johor yang sedia terhimpit dengan kos sara hidup. Selagi persoalan kedaulatan, integrasi dan kos ini tidak dijawab dengan tuntas, kami akan menuntut akauntabiliti yang lebih tinggi daripada pihak kerajaan. Mohon perbahasan ini diterima. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Padang Serai. Selanjut, dipersilakan Yang Berhormat Bakri.

draft • 2:40 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di- Pertua. Sebagai anak jati bangsa Johor, saya mengalu-alukan dan ingin memberikan sokongan penuh ke atas penggubalan Rang Undang-Undang RTS Link Johor Bahru–Singapura 2026. RUU ni bukan sahaja telah— akan memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura, malah saya melihat dengan adanya RTS Link ini, ia dapat mengubah secara keseluruhan landskap sosial ekonomi di negeri Johor secara amnya dan di sekitar Daerah Johor Bahru secara khususnya.

Dato' Yang di-Pertua, kesesakan di Tambak Johor merupakan satu isu lama dan telah lama menghantui rakyat terutamanya bagi ratusan ribu pekerja yang terpaksa berulang-alik setiap hari ke Singapura untuk mencari— mata pencarian seharian. RTS Link yang mampu membawa sebanyak 10,000 penumpang sejam dengan masa perjalanan hanya 5 minit, bukan sahaja dapat memudahkan perjalanan, tetapi saya lihat ianya akan mengembalikan maruah masa kepada rakyat kita. Apabila masa perjalanan dipendekkan, rakyat kita akan mendapat masa rehat yang lebih dan ini akan mengurangkan risiko kemalangan akibat microsleep dan meningkatkan kesejahteraan mental.

Lebih penting lagi, rakyat kini tidak akan lagi dibebankan dengan perjalanan ulang-alik yang memakan masa panjang dan akan mempunyai masa dan tenaga untuk berekreasi, berbelanja di sebelah Johor Bahru. Sama ada makan malam di restoran tempatan, membeli-belah di sekitar Johor Bahru ataupun beristirahat di sekitar Daerah Johor Bahru. Ditambahkan dengan kemasukan pelancong daripada Singapura yang kini boleh sampai dalam masa 5 minit, kita bakal melihat lonjakan kuasa beli yang signifikan. Inilah yang kita mahukan, rakyat yang lebih sihat dan selamat dan ekonomi setempat yang lebih rancak.

Dato' Yang di-Pertua, walaupun RUU ini telah menyelesaikan halangan perundangan secara de jure, kerajaan mempunyai tanggungjawab besar untuk memastikan bahawa infrastruktur secara de facto supaya manfaat RTS ini dapat dimaksimumkan sepenuhnya. Saya ingin mengingatkan bahawa insiden serius pada Julai 2025, di mana kegagalan integrasi pangkalan data MyIMMs telah melumpuhkan sistem autogate negara sehingga menjejaskan lebih 380,000 pelawat dalam tempoh 2 hari sahaja. Insiden tersebut bukan satu kejadian terpencil. Kita

draft • 2:45 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

masih ingat lagi gangguan serupa pada Disember 2024 dan baru-baru ini pada Januari 2026 di mana lonjakan trafik hujung minggu sekali lagi melumpuhkan sistem.

Rekod ini menunjukkan bahawa wujudnya masalah sistemik dalam integrasi pangkalan data kita. Oleh itu, persoalan daripada saya kepada kementerian adalah yang pertama, apakah usaha kerajaan untuk memastikan bahawa RTS tidak mengalami kegagalan sistemik yang sama? Kedua, adakah kerajaan bersedia mewujudkan sistem redundancy ataupun fail-safe yang berasingan dan khusus untuk RTS Link ini?

draft • 2:45 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Ketiga, bolehkah operasi di Bukit Chagar berfungsi secara offline sekiranya pangkalan data utama di Putrajaya mengalami gangguan?

Dato' Yang di-Pertua, apabila RTS siap pada akhir tahun 2026, Bukit Chagar akan menerima kemasukan penumpang yang sangat ramai padahal sekarang ini ‘dah ramai dah.

Setiap hari lebih daripada 300,000— antara immigration yang paling sesak di seluruh dunia.

Jadi, tanpa perancangan yang rapi, kawasan ini akan menjadi berisiko tinggi untuk mengalami kesesakan yang lebih teruk. Justeru, saya menyeru supaya kerajaan untuk mempercepatkan projek Elevated Automated Rapid Transit (E-ART). E-ART adalah sambungan jarak akhir yang akan menghubungkan stesen RTS ke kawasan-kawasan perumahan dan komersial. Kita tidak mahu bahawa penumpang RTS terperangkap dalam kesesakan jalan raya sebaik sahaja mereka keluar dari stesen.

Dato’ Yang di-Pertua, perancangan yang rapi juga perlu merangkumi pembangunan berorientasikan transit di Bukit Chagar. Kawasan ini tidak seharusnya menjadi pulau kemewahan yang terasing di tengah-tengah kawasan bandar yang kini nampak semakin menua. Kejayaan RTS bukan sahaja sekadar diukur melalui ketepatan jadual, tetapi perlu juga dilihat dari segi transformasi di persekitarannya.

Saya menyeru supaya pelan pembaharuan bandar yang menyeluruh dilaksanakan.

Kita tidak mahu melihat bangunan pencakar langit yang megah bersebelahan dengan lorong- lorong gelap yang mengundang jenayah. Kita juga tidak boleh berpeluk tubuh di mana kawasan sekitar Jalan Wong Ah Fook dan Jalan Tun Abdul Razak masih lagi kerap dilanda banjir kilat. Begitu juga dengan kestabilan bekalan elektrik. Adakah infrastruktur sedia ada mampu menampung projek-projek mega seperti Coronation Square tanpa gangguan.

Walaupun isu perparitan, pencahayaan awam dan bekalan elektrik bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri, namun ia adalah komponen yang sangat berkait rapat.

Oleh itu, saya berharap supaya the whole-of-government approach akan diambil.

Kementerian Pengangkutan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kerajaan negeri serta Majlis Bandaraya Johor Bahru mestilah bekerjasama secara erat untuk memastikan pembangunan di sekitar Bukit Chagar itu kukuh dari segi infrastruktur asasnya.

draft • 2:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Dato’ Yang di-Pertua, salah satu kelebihan utama RUU ini adalah pelaksanaan fungsi pelepasan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) yang terletak bersama ataupun co-located CIQ di Stesen Bukit Chagar dan Stesen Woodlands North. Konsep ini serupa dengan sistem yang diamalkan di Stesen West Kowloon, Hong Kong di mana penumpang hanya perlu melalui pemeriksaan untuk kedua-dua negara di satu stesen.

Melalui fasal 11, pegawai imigresen Singapura diberikan kuasa untuk menjalankan tugas di Bukit Chagar, manakala pegawai imigresen kita pula bertugas di Woodlands North.

Ini adalah satu inovasi pengurusan sempadan yang sangat cekap. Ada pihak yang mungkin bimbang tentang kehadiran pegawai asing di bumi Malaysia. Namun, RUU ini sebenarnya digubah atas prinsip timbal balas.

Mengikut fasal 5, setiap kuasa yang diberikan kepada pegawai imigresen Singapura adalah bersandingan dengan kuasa yang dinikmati oleh pegawai imigresen Malaysia di Singapura. Kedaulatan kita kekal terpelihara melalui penetapan kawasan ditetapkan di bawah fasal 2 yang mengehadkan kuasa Pegawai Imigresen asing hanya di kawasan yang sangat spesifik.

Ia diperkukuhkan lagi melalui peruntukan bidang kuasa jenayah dalam fasal 19 hingga fasal 21 yang menjamin Malaysia tetap mempunyai hak utama untuk mengendalikan kes jenayah yang berlaku di dalam wilayah kita atau mengikut prinsip negara destinasi.

Tambahan pula, perlindungan data di bawah fasal 24 memastikan bahawa maklumat yang dikumpul oleh pegawai kita di Woodlands North kekal tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Manakala, data yang dikumpulkan oleh pegawai imigresen di Singapura, di Bukit Chagar tertakluk kepada undang-undang mereka secara timbal balas.

Dato’ Yang di-Pertua, sebagai penutup, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Seremban kerana beliau begitu komited untuk menjayakan dan meneruskan projek RTS ini. Walaupun kita tahu pada tahun 2018, pelbagai cabaran termasuk projek ini hampir dibatalkan oleh Perdana Menteri pada waktu itu.

Jadi, sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri atas kerangka perundangan yang komprehensif ini. Saya harap RUU ini bukan saja dapat diluluskan tetapi dia menjadi satu keutamaan yang mendesak supaya ekonomi negara kita akan terus maju dan kesejahteraan hidup rakyat terus terjamin. Sekian perbahasan saya, saya mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Kapar.

draft • 2:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Timbalan Speaker.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Speaker atas peluang untuk saya membahas cadangan Rang Undang-undang Rapid Transit System Link Johor Bahru–Singapura 2026. Rang undang-undang bernama

draft • 2:57 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

satu akta untuk menguatkuasakan kewajipan Kerajaan Malaysia di bawah peruntukan tertentu dalam perjanjian-perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Republik Singapura mengenai Rapid Transit System Link Johor Bahru–Singapura yang berhubungan dengan pelaksanaan fungsi pelepasan Kastam, Imigresen dan Kuarantin dan fungsi keselamatan di kemudahan Kastam, Imigresen dan Kuarantin terletak bersama di dalam kawasan ditetapkan di Stesen Bukit Chagar, Johor Bahru di Malaysia dan Stesen Woodlands North di Republik Singapura dan pengurusan insiden rentas sempadan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan.

Saya rujuk blue bill ini, muka surat 6, Bahagian I, 1(1). Akta ini bolehlah dinamakan Akta Rapid Transit System Link Johor Bahru–Singapura 2026. Tahniah atas kejayaan kerajaan untuk mencadangkan RUU ini dan satu, saya tidak ada masalah bahkan saya menyokong apa sahaja yang akan memperkembangkan pembangunan ekonomi khususnya di antara Johor dan Singapura dan sudah tentulah ia akan melibatkan, menguntungkan Malaysia secara amnya, tetapi Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian pihak kerajaan kepada perkara asas. Very simple, mudah, penting dan berkekalan sifatnya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan satu perkara fundamental dalam jati diri negara Malaysia, tetapi seolah-olah tidak diambil serius oleh kerajaan iaitu nama undang-undang itu sendiri. Sebab yang saya baca itu tadi, kita sedang membahaskan satu RUU yang dinamakan Rang Undang-undang Rapid Transit System Link Johor Bahru– Singapura 2026 iaitu nama bahasa campur, bukan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu.

Khususnya ‘Rapid Transit System Link’, bahasa orang putih, bahasa Inggeris. “Singapura”, betul pula bukan “Singapore.” Kita baru mendengar Titah Tuanku masa perasmian sidang Parlimen kali ini, bulan Februari inilah.

draft • 2:57 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Yang di-Pertua ini bukan soal remeh, ini soal prinsip. Lebih-lebih lagi apabila Titah Yang di-Pertuan Agong ini tadi jelas menzahirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama kerana ia bahasa kebangsaan. Dua-dua negara ini dikatakan bahasa kebangsaannya adalah bahasa Melayu. Jadi tidak ada masalah sepatutnya. Dua- dua faham ya, tak ada masalah. Di dalam bil ini juga, bahasa Inggerisnya saya rasa 50 peratus kot.

So, tak ada masalah pada segi kefahaman kita sebagai Ahli Dewan nak meluluskan ini, tetapi nama itu akan dicatatkan di dalam Hansard dan akan menjadi nama akta rang undang-undang sampai bila-bila. Kita sebagai Ahli Dewan Rakyat sebagai contoh kepada seluruh negara, maka kita sepatutnya lebih dahulu mengutamakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu. Dewan Rakyat dan kemudian Dewan Negara yang meluluskan mana-mana RUU perlu teliti isu jati diri negara Malaysia ini.

draft • 3:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Jadi, Kerajaan Malaysia tak bolehlah malas gunakan ahasa Melayu. Bukan susah pun. Susah sangat tanya AI ChatGPT ke apa ke. Start it right. Start with the right name. “Bahasa Jiwa Bangsa.” Gunalah bahasa kebangsaan kita— 69 tahun dah merdeka.

Poin kedua saya, yang saya nak tekan ialah integriti dan kedaulatan serta keselamatan negara. Oleh kerana RUU ini melibatkan urusan pihak kerajaan lain khususnya urusan keluar-masuk dua negara, Stesen Bukit Chagar dan Stesen Woodlands, North Singapura dan jelas mengundang risiko untuk keselamatan dan kedaulatan negara.

Saya mengesyorkan semua kakitangan terutama pegawai penguat kuasa yang akan terlibat dalam operasi sebenar seperti yang dinyatakan dalam bahagian roman – (iii), (iv), (v), (vi), (vii), hingga (viii), mestilah dipastikan patriotisme yang tinggi dan berintegriti. Bukan mana-mana saja. Bukan just tangkap muat. Saya cadang ada latihan khas sebelum menjalankan tugas yang berat ini supaya mereka cekap, efektif, berkesan dan mampu menjaga kepentingan negara. Mungkin sekarang okey, tapi untuk masa panjang.

Poin ketiga saya— saya merujuk bahagian roman – (v). Pengurusan Insiden Rentas Sempadan. Mengenai insiden rentas sempadan atau insiden lain yang berlaku di atas lintasan atau landasan Rapid Transit System Link atau pun kalau boleh di bahasa Malaysia-kan, Melayu-kan, “sistem hubungan transit pantas”, ini cadangan saya. Teknokrat di pihak kerajaan sepatutnya lebih, lebih apalah kalau boleh dibahasa-kebangsaan-kan.

Kapar mahu tahu, apakah benchmarking atau rujukan yang telah kerajaan ambil yang telah diguna pakai oleh kerajaan-kerajaan di dunia yang telah terbukti berjaya. Best practice negara mana, consultant mana? Kerana kami, kita mendengar masalah di luar sana— Myanmar dengan Thailand, masalah-masalah lain di Middle East dan sebagainya. Jadi, kita mahu kerajaan kongsikan— kita bersama supaya ianya telus dan kita sebagai rakyat boleh menyokong apa yang telah sedang dibuat oleh kerajaan.

Jadi, Kapar mahu kerajaan benar-benar bersedia untuk mengelakkan sindrom lepas pandang atau kita ‘tak ada pengalaman kerana Kapar bimbang pengalaman negatif luar negara, keadaan geopolitik yang dinamik dan volatile kerana kedua-dua negara yang terlibat Malaysia dan Singapura adalah transit pelancong atau pengunjung luar negara yang favorite, yang melibatkan scam keldai-

draft • 3:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

keldai dadah, sindiket jenayah dan sebagainya. Eloklah kita berhati-hati sebelum tengadah. Sebelum apa, terantuk baru ‘nak tengadah.

Jadi, kita ‘tak mahu selepas siap nanti timbul persoalan siapa untung, siapa tanggung risiko dan sebagainya. Pembangkang tidak menolak RTS, tapi pembangkang tidak akan memberi cek kosong. Kita mahu daripada kita punya pengalaman sendiri ya, projek mega lain yang mengalami lebih kos ada aerotrain kadang rosak, ada sebagainya. Kita punya LCS. Jadi, RTS mesti menjadi model baru, zero defect dari segi teknikal, zero kompromi terhadap masalah kedaulatan negara, zero toleransi terhadap ketirisan.

Tengok apa yang disebut oleh Blomberg sehari dua ini tentang SPRM dan sebagainya. Jadi, jika kerajaan benar-benar mahu projek ini menjadi kebanggaan negara, maka jadikan ia projek paling telus dan paling dipantau dalam sejarah Malaysia, Singapura. Saya setuju dengan rakan saya daripada Mersing, Padang Serai tadi. Di mana laporan ke Parlimen ini harus dibuat berkala.

Soalan Kapar, apakah langkah-langkah proaktif untuk mencegah isu-isu yang saya sebut tadi? Terutama, saya ulang, zero defect dari segi teknikal, jangan ‘dah separuh berapa persen dah apa, baru lah ada— oh ini tak cukup, itu tak cukup, delay lagi macam LCS yang sedang dipantau oleh PAC, zero kompromi terhadap masalah kedaulatan, zero toleransi terhadap ketirisan.

Tuan Yang di-Pertua, kita menyokong RTS kerana ia strategik, tapi sejarah mengajar kita bahawa projek mega tanpa disiplin tadbir urus akan merosak keyakinan rakyat. Itu yang saya sebut ini, defisit kepercayaan. Kelewatan penggantian sistem, kos meningkat, gangguan operasi berkesan langsung kepada reputasi Malaysia sebagai hab penerbangan antarabangsa, tapi yang ini pulanya, rel pula ya, mengenai rel pula.

Jadi, kita mahu— adakah kontrak termasuk kewajipan life cycle maintenance bukan sekadar bina dan serah. Siapa bertanggungjawab jika sistem gagal selepas beberapa tahun? Apa implikasinya daripada segi perundangan dan sebagainya kepada kita? Daripada segi kos dan sebagainya? Adakah butiran kontrak boleh diteliti? Adakah audit bebas diumumkan kepada umum? Bagaimana konflik kepentingan dicegah?

Jadi, rumusannya Yang di-Pertua, biarlah apa sahaja projek mega yang besar yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia, terutama bersama dengan negara lain, perlu lah diberi segala detail, detail nya, segala exit clause ke segala apa seperti yang disebut ART dan sebagainya, this is the time Dato’ Timbalan Speaker. Terima kasih.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Selanjutnya, dipersilakan Yang Berhormat Muar.

draft • 3:00 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih untuk Pengerusi. Saya tak mahu cakap berbelit-belit. Saya mahu terus terang sahaja. RTS kalau disekalikan dengan rangkaian pengangkutan awam yang baik di JB dan Bukit Chagar boleh jadi pemangkin ekonomi Johor dan penyelamat masa rakyat, tetapi kalau tidak disekalikan dengan penyuraian trafik melalui mod pengangkutan awam yang baik, boleh menyebabkan Bukit Chagar jadi “Bukit Sesak” dan Johor Bahru terkenal sebagai “Johor Jam.” The devil is always in the details, dengan izin.

Kalau kita lihat RTS, setiap jam ia boleh membawa 10,000 rakyat daripada satu lokasi ke lokasi yang lain. Kalau kita lihat peak hour di JB, tidak kira di belah Singapura ataupun di belah Bukit Chagar, selalunya dalam tempoh masa dua jam, di belah pagi ataupun di belah petang. Maksudnya, pada setiap peak hour, kita akan lihat kemasukan 20,000 orang melalui kaki menggunakan RTS. Ia bukan setakat 20,000 semata-mata. Kini sudah ada yang masuk, pejalan kaki melalui pengangkutan awam bas dan juga teksi dalam anggaran 10,000 orang semasa peak hour. Maksudnya dalam satu masa Dato’ Pengerusi, kita akan ada 30,000 orang rakyat terkumpul di satu tempat dan kalau kita tidak ada sistem penyuraian trafik yang efektif, ia bermaksud jam bukan akan lebih baik, tapi makin teruk. Apa perbandingannya? Kalau pada hari ini banyak kereta masuk daripada Singapura atau ramai pekerja kita balik daripada Singapura ke JB, mereka tidak berpusat di Bukit Chagar.

Ada yang pergi ke Iskandar Puteri, ada pergi ke Second Link, ada yang mungkin nak makan dia terus drive ke Muar, tapi ada sedikit penyuraian trafiknya, tetapi pada hari ini, at its peak hour kita akan ada 30,000 orang tertumpu di satu tempat. Ini kalau kita anggap at the best case scenario, tak akan ada masalah Imigresen.

Bukan seperti yang kerap sekali berlaku sampai Menteri Besar Johor yang saya sokong, sangat positif sentiasa turun padang, tapi itu pun tetap ada masalah di peringkat imigresen. Bayangkan tak ada masalah pasport, tak ada masalah kena tunggu lama di peringkat Imigresen. Keluar sahaja kamu daripada Bukit Chagar, jem manusia ke manusia seperti lautan manusia, bahu ke bahu, shoulder to shoulder kerana sistem penyuraian trafik itu tidak ada.

draft • 3:07 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Saya mengikut setiap satu perkembangan terbaru daripada Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Persekutuan. Mereka mencadangkan untuk bina, dengan izin, skybus, tetapi cadangan itu sampai ke hari ini tertangguh. Dan kalau dilihat best case scenario pun, akan bermula pada tahun 2029 dan dianggarkan siap pada tahun 2035. Walhal RTS ini dah siap, tinggal nak dimulakan sahaja. Maksudnya, bagi empat tahun pertama, dianggarkan akan ada kesesakan lalu lintas yang luar biasa di peringkat Bukit Chagar.

Kenapa ini sangat bermasalah? Ia bermasalah kerana― khususnya dalam bab menjaga imej Malaysia. Kita lihat mengapa pemimpin di Singapura, the late Lee Kuan Yew, melaburkan berbilion Sing Dollar atau US Dollar untuk memastikan bahawa Lapangan Terbang Changi itu adalah tercanggih, terbaik di dunia. Kerana, the first point of entry bagi warganegara luar ke Singapura― sampai, turun kapal tebang― adalah Changi Airport. Keluar daripada Changi Airport, dilihat jalan sangat bersih, pembangunan sangat teratur, pokok-pokok sangat besar and well kept. Itu ingin memastikan bahawa imej prestij Singapura terjaga dan terbela.

Saya tak mahu alternatif berlaku di Bukit Chagar di mana pelancong masuk datang ke Johor, keluar daripada Bukit Chagar terus ada lautan manusia puluhan ribu orang perlu tunggu berjam-jam untuk dapat naik, tidak kira teksi, Grab ataupun bas yang tersedia kerana tidak ada sistem penyuraian trafik yang baik. Akhirnya, jammed bahu ke bahu, berpeluh, panas terik, akhirnya lewat, lambat dan hancur imej negara kerana kegagalan kita untuk merancang dalam tempoh masa terdekat ini.

Ia tidak bermaksud saya menolak RTS. Saya sokong 110 peratus kerana jelas daripada sudut jammed di Causeway Link, ia banyak membantu. Kerana dianggarkan peak time, kita ada dalam 400,000 orang yang ulang-alik daripada Johor ke Singapura. Kalau ini dapat menyelesaikan walaupun 15 peratus, that is a huge benefit, tetapi apa yang saya ‘tak nak berlaku adalah kita menggerakkan pusat jammed daripada Causeway empat kilometer, kita move the traffic kepada Bukit Chagar di mana ia tidak menyelesaikan masalah, tetapi menyebabkan masalah itu lebih teruk.

Bukan itu saja. Kalau kita lihat juga daripada sudut kos. Masa peak hour di mana mereka sudah datang, peak hour dua jam tersebut, puluhan ribu berpusat di satu tempat, jelas kalau tidak ada mod pengangkutan awam yang baru, kos pun makin meningkat. ‘Nak harapkan bas yang tersedia, selalu lewat, infra tidak begitu baik, basnya sangat uzur. Dia tidak ikut kekerapan masa yang telah pun dijanjikan. I

draft • 3:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

donʼt want that to be the first image. Akhirnya, mereka terpaksa naik teksi ataupun Grab. Nak tunggu Grab semasa peak hour bertumpu di satu tempat, kita berebut- rebut, ribuan orang order pada satu masa. Itu ‘dah kita kena tunggu masa yang lama.

Bukan setakat masa yang lama― kos. Grab, kerana dia ada dynamic pricing, sama seperti teksi, dynamic pricing, akhirnya harga nak ambil masa peak hour ini sangat membebankan. So, walaupun kerajaan boleh subsidikan kos RTS, tiket RTS itu, tetapi akhirnya kerana kekurangan mod penyuraian trafik di Bukit Chagar itu akhirnya situasi makin teruk dan makin mencemaskan.

Sebab itu, saya ingin mencadangkan kerajaan tidak boleh lagi kick this can down the road. Kita dah lihat kenyataan daripada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, kita dah lihat kenyataan Kerajaan Negeri Johor, kita perlu menyegerakan projek besar penyuraian mod trafik. Kalau tidak, saya risau projek baik akhirnya akan dilihat daripada sudut negatif apabila kita menggerakkan trafik daripada satu lokasi ke lokasi yang lain dan akhirnya imej Malaysia itu terbeban.

Bukan itu saja. Kita lihat di kawasan Bukit Chagar itu, ada banyak pembangunan bersama, transit-oriented development together, di peringkat tersebut di mana banyak syarikat-syarikat telah melabur jumlah berbilion Ringgit termasuk kerajaan negeri dan syarikat-syarikat GLC. Sekarang― betul, pegangan saham naik, kos naik, tetapi kalau akhirnya kesesakan lalu lintas ini tidak dikendalikan dengan baik, all the investments will go to waste, dengan izin. Pelaburan itu habis dibazirkan kerana kegagalan kita untuk merancang awal yang akhirnya menyebabkan masalah ini makin lama makin teruk.

Saya sangat risau kerana sampai ke hari ini saya masih menunggu...

draft • 3:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Muar, Muar.

draft • 3:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

...Cadangan alternatif dari kerajaan supaya ada penyuraian trafik. Ha, ini sahabat saya.

draft • 3:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Muar, Muar. Boleh sikit, Muar?

draft • 3:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Boleh. Tak ada masalah.

draft • 3:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya pun tak tahulah, Muar kan, tapi ya lah, Muar sekarang ini dua, tiga menjak ini kita nampak asyik pakai baju Melayu saja kan, baju kebangsaan kan, maksudnya dah dekat sangatlah itu, tapi tak apa.

draft • 3:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Soalan saya, cadangan saya beginilah Muar. Saya rasa kalau dalam kawasan Bukit Chagar itu, empat ataupun lima kilometer tadi itu, maksudnya kita tak benarkan kenderaan individu masuk dekat situ, maksudnya kita benarkan kenderaan awam saja. Itu yang pertama.

Kemudian, yang keduanya, kalau kita pergi ke Jakarta, Indonesia ini― di Malaysia ni tak ada. Saya nampak macam di Indonesia itu, kenderaan guna motor ini. Maksudnya kan, dia guna motor saja. Dalam itu pun dia guna motor. Maksudnya, kalau andai kata orang nak pergi keluar ataupun nak masuk, dia guna motor, maksudnya mungkin capaian dia itu cepatlah. Itu di antara pandanganlah. Saya tak tahu keadaan di Bukit Chagar itu macam mana, Muar kan. Cuma ini pandangan sepuluh sen daripada sayalah untuk Muar.

Selamat pengantin baru Muar.

draft • 3:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Ya Allah. Jangan risau. Nanti saya keluar kad jemputan.

Yang penting, kalau kita ‘nak hanya hadkan kepada kenderaan awam, pertama sekali, kita memerlukan kenderaan awam yang mencukupi, bas-bas yang mencukupi. Sebab itu cadangan daripada Kerajaan Negeri Johor supaya ada elevated highway lane khas ataupun skybus ini sangat penting, tetapi masalahnya saya dimaklumkan, sampai ke hari ini cadangan tersebut belum diluluskan walhal kosnya tidaklah setinggi pembinaan LRT baru, tetapi sampai ke hari ini belum diluluskan. Saya cadangkan kerajaan perlu luluskan secepat yang mungkin.

Kedua, bukan setakat bas. Kalau kita lihat kenderaan awam seperti Grab ataupun teksi, itu tidak akan menyelesaikan masalah kerana penyuraian trafik itu tetap pada jumlah yang sangat besar. Kalau nak motor― di Malaysia, kita tidak ada lah. Malangnya, kita bukan di Indonesia di mana kita ada Gojek ataupun Grab motor, tetapi di Malaysia, kita masih tidak benarkan, walaupun sebelum ini bila kita sama kerajaan, kita pernah cadangkan perkara ini, tapi itu perbincangan yang lagi panjang nantilah.

So, masalahnya adalah kalau kita take best case scenario pun, jalan yang terbaik, ia tidak mencukupi selagi kerajaan tidak melaburkan dana yang besar untuk ada sistem alternatif penyuraian trafik untuk memastikan 30,000 lautan manusia datang pada sekali masa ini boleh disuraikan dan tidak tertumpu begitu lama sampai akhirnya imej negara terjejas dan akhirnya benda baik seperti RTS akhirnya dilihat daripada sudut yang negatif.

draft • 3:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Saya ingin rumuskan ucapan saya dengan ini. Saya perlu berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Persekutuan kerana meluluskan dana lebih RM5 bilion― dan Kerajaan Singapura, their end of the bargain― untuk meluluskan projek RTS. Saya setuju dan saya sokong. Saya sendiri lihat bagaimana nasib— dengan izin, seminit saja, nasib ayah saya yang setiap hari berulang-alik daripada JB ke Singapura untuk mencari rezeki yang halal untuk membiaya saya dan keluarga saya. Saya pernah ikut dulu setiap hari.

Bila ikut ayah nak pergi ke Singapura, traffic jammed di Causeway kadangkala memakan masa dua jam. Balik lagi dua jam. Empat jam hanya di atas jalan raya. Sebab itu saya ingin ucapkan terima kasih kerana projek RTS ini, tetapi yang saya ‘tak nak lihat berlaku adalah projek yang baik, tetapi kerana tidak ada pelaksanaan yang baik akhirnya menyebabkan jammed di Causeway dipindahkan kepada Bukit Chagar dan akhirnya Bukit Chagar dilihat sebagai ‘bukit sesak’ dan Johor Bahru sebagai ‘Johor jammed’.

Kita perlu menyelesaikan masalah ini. Kita perlu berikan suntikan dana kepada penyuraian trafik alternatif di Bukit Chagar sebelum isu baik jadi isu yang kurang baik. Terima kasih.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Muar. Selanjutnya, dipersilakan Yang Berhormat Beaufort.

draft • 3:10 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Datoʼ Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan ruang dan peluang kepada Beaufort untuk turut serta mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Rapid Transit System Link Johor Bahru–Singapura 2026.

Pada prinsipnya, saya menyokong rang undang-undang ini kerana ia merupakan satu langkah strategik dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan juga Republik Singapura, khususnya dalam aspek mobiliti rakyat, keselamatan sempadan serta integrasi ekonomi serantau yang semakin mencabar dan juga kompetitif.

Rang undang-undang ini bukan sekadar berkisar tentang pembinaan sebuah sistem rel moden yang merentasi Selat Johor tetapi ia merupakan instrumen perundangan penting untuk menguatkuasakan kewajipan Malaysia di bawah perjanjian dua hala 2018 dan juga perjanjian tambahan 2025 yang telah dipersetujui

draft • 3:18 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

antara kedua-dua negara. Tanpa peruntukan undang-undang yang jelas seperti ini, pelaksanaan fungsi pelepasan kastam, imigresen dan juga kuarantin secara bersama serta pengurusan keselamatan di kawasan yang ditetapkan tidak dapat dilaksanakan secara sah, tersusun dan juga berkesan.

draft • 3:18 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Justeru, rang undang-undang ini memberikan asas perundangan yang kukuh bagi memastikan sistem RTS dapat beroperasi dengan lancar serta mematuhi prinsip kedaulatan undang-undang. Dato’ Yang Di-Pertua, dalam meneliti peruntukan-peruntukan yang terkandung, khususnya berkaitan kuasa pegawai penguat kuasa kedua-dua negara di kawasan ditetapkan, saya memahami bahawa mungkin timbul kebimbangan dalam kalangan rakyat berhubung isu kedaulatan.

Namun, rang undang-undang ini secara jelas memperuntukkan prinsip timbal balik iaitu sebarang kuasa, perlindungan dan keistimewaan yang diberikan kepada pegawai penguat kuasa Republik Singapura di kawasan ditetapkan Malaysia adalah tertakluk kepada peruntukan yang sama dan bersaling terhadap pegawai penguat kuasa Malaysia di Singapura.

Ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak sekali-kali berkompromi dalam soal kedaulatan negara. Sebaliknya, kerjasama ini dibina atas asas kesamarataan, saling menghormati serta had bidang kuasa yang ditetapkan secara spesifik. Selain itu, peruntukan berkaitan pengurusan insiden rentas sempadan yang dihuraikan dengan begitu terperinci dalam rang undang-undang ini adalah satu langkah yang realistik dan berpandangan jauh.

Dalam mana-mana sistem pengangkutan rentas negara, risiko berlakunya insiden seperti kebakaran, kecemasan perubatan, ancaman keselamatan atau insiden bahan berbahaya tidak boleh diketepikan. Rang undang-undang ini dengan jelas menetapkan tanggungjawab utama pengurusan insiden berdasarkan lokasi dan keadaan tertentu, termasuk apabila kereta api berada dalam transit antara kedua- dua negara.

Kejelasan ini amat penting bagi mengelakkan kekeliruan bidang kuasa ketika krisis berlaku. Dalam situasi kecemasan, setiap saat amat berharga dan keputusan yang pantas serta terkoordinasi mampu menyelamatkan nyawa dan mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk. Dari sudut bidang kuasa jenayah pula, rang undang- undang ini menyediakan mekanisme yang tersusun untuk menentukan negara mana yang mempunyai hak utama menjalankan pendakwaan terhadap kesalahan yang berlaku semasa transit atau di kawasan lintasan yang ditetapkan.

draft • 3:20 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Kepastian undang-undang seperti ini amat penting untuk mengelakkan pertindihan siasatan atau kekosongan bidang kuasa yang boleh menjejaskan keadilan.

Dato’ Yang di-Pertua, saya melihat elemen kepastian ini sebagai faktor penting dalam meningkatkan keyakinan pelabur. Pelabur asing bukan sahaja menilai insentif ekonomi tetapi juga kestabilan sistem perundangan, kejelasan bidang kuasa serta kecekapan penguatkuasaan apabila membuat keputusan pelaburan.

Datuk Yang di-Pertua, walaupun Projek RTS ini terletak di Johor dan memberi manfaat langsung kepada rakyat di selatan tanah air, impaknya sebenarnya bersifat nasional. Malaysia sebagai sebuah negara Persekutuan, mempunyai banyak sempadan antarabangsa, termasuk di Sabah dan bersempadan dengan Indonesia dan juga Filipina. Sabah berdepan cabaran keselamatan rentas sempadan yang kompleks, termasuk isu penyeludupan dan pergerakan keluar/masuk yang memerlukan pengurusan cekap serta kerjasama antarabangsa yang berkesan.

Rang undang-undang ini boleh menjadi model perundangan sekiranya pada masa hadapan Malaysia membangunkan kemudahan CIQ bersama satu sistem pengangkutan rentas sempadan di wilayah lain, termasuk di Sabah dan juga Sarawak. Dalam masa yang sama, saya berharap pembangunan infrastruktur strategik seperti ini turut diseimbangkan dengan keperluan negeri-negeri di Borneo, termasuk pemodenan sistem kereta api di Sabah, penambahbaikan pelabuhan dan pengukuhan infrastruktur keselamatan sempadan.

Keseimbangan pembangunan antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak mesti terus menjadi komitmen Kerajaan Persekutuan. Saya juga mengambil perhatian terhadap peruntukan berkaitan perlindungan dan keistimewaan yang diberikan kepada pegawai penguat kuasa Republik Singapura semasa melaksanakan tugas rasmi di kawasan ditetapkan. Walaupun peruntukan seperti ini adalah amalan lazim dalam kerjasama antarabangsa dan penting bagi memastikan pegawai dapat menjalankan tugas tanpa gangguan yang tidak wajar.

Pelaksanaannya perlu sentiasa dipantau dengan teliti. Mekanisme pemantauan dan aduan perlu jelas supaya tidak berlaku salah guna kuasa serta memastikan setiap tindakan yang diambil sentiasa mematuhi undang-undang dan prosedur operasi yang ditetapkan. Perlindungan yang diberikan hendaklah di fahami sebagai perlindungan dalam menjalankan tugas secara sah dan bukannya kekebalan mutlak daripada pertanggungjawaban.

draft • 3:20 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Dato’ Yang di-Pertua, secara keseluruhannya Rang Undang-undang Rapid Transit System Link Johor Bahru–Singapura 2026 ini merupakan satu langkah progresif yang menguatkuasakan kewajipan antarabangsa Malaysia, memperkukuh keselamatan sempadan, menyediakan kepastian undang-undang dan menyokong integrasi ekonomi antara dua negara jiran yang mempunyai hubungan dagang yang amat erat.

Saya menyokong rang undang-undang ini dengan harapan bahawa semangat kerjasama strategik ini akan terus diperluas dan dalam masa yang sama, pembangunan infrastruktur serta keselamatan sempadan di negeri-negeri lain, termasuk Sabah, turut diberi perhatian yang adil dan saksama. Dengan itu, Beaufort menyokong rang undang-undang ini untuk diluluskan. Sekian, terima kasih.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Pasir Salak.

draft • 3:20 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi taʼala wabarakatuh.

[Membaca sepotong doa]* Terima kasih Dato’ Dr. Yang di-Pertua kerana memberikan keizinan kepada Pasir Salak untuk berbahas dalam Rang Undang-undang Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura 2026. Pasir Salak bukanlah orang Johor, tetapi menantu Pasir Salak adalah orang Johor, Nurul Izzati binti Zainuddin.

draft • 3:26 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua, kawalan sempadan negara merupakan satu hal yang mustahak dan penting dalam pembangunan negara. Ini juga merupakan satu amanah besar dalam menjaga Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Dalam masa yang sama, tiada campur tangan negara asing. Bagi menjaga kedaulatan ini, perlunya undang-undang yang jelas dan tegas.

Namun demikian, dalam meneliti rang undang-undang ini, Pasir Salak berpendirian bahawa manfaat strategik tidak boleh mengatasi keperluan undang- undang serta perlindungan kedaulatan negara. Undang-undang yang baik bukanlah hanya memudah cara operasi tetapi mesti menjamin keadilan dan melindungi hak rakyat, terutamanya rakyat Malaysia.

Isu pertama yang Pasir Salak usulkan ialah bidang kuasa jenayah di kawasan peralihan, fasal 15 dan fasal 19. Dato’ Dr. Yang di-Pertua, merujuk kepada fasal 15(1) dan fasal 19(3), bagi insiden yang berlaku di kawasan antara tiang 47 dan tiang 48 di atas jambatan, bidang kuasa jenayah ditentukan berdasarkan pihak yang

draft • 3:26 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

bertanggungjawab menguruskan insiden tersebut. Penentuan tanggungjawab itu pula bergantung kepada pegawai penguat kuasa yang tiba terlebih dahulu di lokasi kejadian.

Mekanisme ini pada asasnya mewujudkan satu keadaan yang boleh ditafsir sebagai race to jurisdiction iaitu penentuan bidang kuasa berdasarkan faktor siapa yang sampai dahulu, bukan semata-mata prinsip wilayah atau kedaulatan. Persoalan yang timbul ialah adakah sistem keadilan jenayah negara wajar bergantung kepada faktor logistik dan kepantasan operasi?

Undang-undang jenayah memerlukan kepastian: legal certainty dan kejelasan prinsip, bukan ketidakpastian yang boleh dipertikaikan di mahkamah pada masa hadapan. Lebih membimbangkan ialah kemungkinan konflik definisi jenayah antara kedua-dua negara. Jika sesuatu perbuatan dianggap kesalahan di Malaysia, tetapi tidak di Singapura atau sebaliknya dan insiden tersebut berlaku di zon yang kabur. Dari sudut penentuan bidang kuasa, individu yang terbabit mungkin dibicarakan di bawah kerangka undang-undang yang berbeza daripada sistem negaranya sendiri.

draft • 3:26 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Dalam konteks warganegara Malaysia, isu ini menyentuh hak untuk dibicarakan di bawah undang-undang negara sendiri bagi kesalahan yang berlaku di kawasan yang berkait secara langsung dengan kedaulatan Malaysia.

Pasir Salak juga ingin mendapatkan penjelasan berhubung definisi operasi tiba dahulu. Adakah ia ditentukan berdasarkan kehadiran fizikal pegawai di lokasi atau berdasarkan permulaan tindakan penguatkuasaan? Tanpa SOP yang terperinci dan dimuktamadkan, potensi pertikaian operasi di lapangan adalah nyata dan boleh menjejaskan keberkesanan penguatkuasaan serta hubungan dua hala.

Yang keduanya, isunya kedaulatan data peribadi fasal 24. Dato’ Dr. Yang di- Pertua, fasal 24(1) memperuntukkan bahawa data yang dikumpulkan oleh pegawai Singapura di Bukit Chagar dianggap seolah-olah dikumpul di Singapura dan tertakluk sepenuhnya kepada undang-undang negara tersebut. Ini termasuk data sensitif seperti biometrik, cap jari, imbasan retina dan rekod pergerakan sebagaimana yang dirujuk dalam fasal 11(1)(a), implikasinya jelas.

Akta 709, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, Malaysia tidak terpakai ke atas data tersebut walaupun ia dikutip di Johor Bahru. Ini bermakna sekiranya berlaku kebocoran atau penyalahgunaan data, rakyat Malaysia tidak mempunyai remedi di bawah kerangka undang-undang negara sendiri.

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Dalam era keselamatan siber dan geopolitik data hari ini, data bukan hanya maklumat, ia nya merupakan salah satu daripada aset strategik negara. Oleh itu, pemindahan bidang kuasa terhadap rakyat, data rakyat mesti disertakan dengan jaminan yang kukuh, mekanisme pemantauan yang jelas dan pelindungan timbal balik yang setara.

Pasir Salak juga ingin mengetahui sama ada terdapat peruntukan yang eksplisit mengehadkan perkongsian data tersebut dengan mana-mana pihak ketiga tanpa persetujuan Malaysia, khususnya dalam konteks keselamatan atau perisikan antarabangsa. Tanpa pelindungan yang jelas, kita berisiko kehilangan kawalan terhadap data biometrik jutaan rakyat.

Sebagai penutup, Dato’ Dr. Yang di-Pertua, Pasir Salak sekali lagi menegaskan bahawa projek RTS adalah penting dan strategik. Namun dalam meluluskan rang undang-undang ini, Parlimen bertanggungjawab memastikan bahawa setiap peruntukan yang melibatkan bidang kuasa jenayah dan data rakyat diteliti dengan cermat.

Sehubungan dengan itu, Pasir Salak mohon penjelasan daripada Menteri.

Adakah SOP terperinci mengenai mekanisme penentuan bidang kuasa di kawasan zon kelabu telah muktamadkan dan dipersetujui sebelum RUU ini diluluskan?

Apakah jaminan bertulis bahawa data biometrik rakyat Malaysia yang dikutip di Bukit Chagar tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga tanpa persetujuan Malaysia memandangkan Akta 709 tidak terpakai di zon tersebut?

Undang-undang mestilah menyeimbangkan antara kemudahan operasi dan prinsip kedaulatan. Kita boleh mengorbankan kepastian undang-undang, uncertainty dan perlindungan rakyat atas nama kecekapan semata-mata. Sekian, terima kasih Dato' Dr. Yang di-Pertua.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Silakan Yang Berhormat Arau.

draft • 3:30 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Pertama sekali, saya ingin menjelaskan bahawa kami tidak menolak projek RTS Link Johor Bahru–Singapore. Dari segi kesinambungan ekonomi, pengurangan kesesakan mobiliti- mobiliti rakyat, RTS adalah merupakan satu keperluan strategik yang kami sokong, kalau boleh dibuat sedikit pindaan sebagaimana yang saya akan sebutkan di sini. Ini adalah sifat pembangkang, sifat pembangkang ini ialah

draft • 3:34 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

menyokong mana yang betul, menegur mana yang salah dan minta diperbetulkan, menjadikan pembangkang ini ialah pembangkang yang terbaik di abad ini.

Jadi, saya simpulkan sifat pembangkang ini dalam satu gurindam. “Dituduh tak melatah, dinista tak melompat, kami terus hidup berpakat, biar kami lelah kerana peruntukan tak dapat, namun kami tetap berjuang membela rakyat”.

draft • 3:34 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bajet kami tak sokong.

draft • 3:34 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Isu kedaulatan dengan penguasa pegawai-pegawai ICQ iaitu Pasir Salak telah sebut sebahagian besar, saya kira ucapannya, saya setengahnya saya ulang, tetapi sebahagian ucapannya ialah ucapan saya. Perkara 11, fasal 11, Pegawai Penguat Kuasa Republik Singapore diberi kuasa sangat luas di kawasan Bukit Chagar, stesen Bukit Chagar termasuk kuasa menahan, menangkap, menggunakan kekerasan munasabah, membawa alat penahanan dan menjalankan pemeriksaan badan.

Jadi seperti yang kawan-kawan saya tanya tadi ialah apakah mekanisme semak dan imbang terhadap penggunaan kuasa ini, kepada siapa pegawai ini harus bertanggungjawab secara langsung jika berlaku salah guna kuasa di wilayah Malaysia? Walaupun dinyatakan bahawa kuasanya terhad kepada kawasan ditetapkan, hakikatnya kawasan tersebut secara fizikal berada di Malaysia. RUU ini berpotensi mewujudkan satu zon kelabu kedaulatan di mana undang-undang asing dikuat kuasa ke atas rakyat Malaysia.

Contoh kes Yang Berhormat. Ini benda ini bukan benda baru, ini berlaku di semua tempat yang ada pembangunan di sempadan. Train Eurostar, UK, Perancis dan juga Belgium. Pegawai Imigresen Perancis beroperasi di London, St. Pancras, Pegawai Imigresen UK beroperasi di Paris dan juga Brussels. Sistem ini dipanggil juxtaposed controls. Untuk Pegawai Parlimen, j-u-x-t-a-p-o-s-e.

Isu timbul bila kes W v. Secretary of State United Kingdom, penumpang mempersoalkan tangkapan dan layanan pegawai asing di wilayah UK. NGO menentang habis-habisan. Mangsa sukar menyaman kerana kekebalan yang terhad.

Maka akhirnya, UK dan Perancis telah membuat perjanjian iaitu menetapkan bidang kuasa mahkamah yang jelas, memperkenalkan mekanisme aduan bersama, hadkan kekebalan pegawai asing di kawasan masing-masing.

Yang ketiganya ialah perlindungan yang tidak seimbang. Tuan Yang di- Pertua, fasal 22 yang memberikan kekebalan daripada tindakan guaman dan prosiding mahkamah Malaysia terhadap pegawai penguat kuasa Republik Singapore atas perbuatan yang dilakukan semasa menjalankan tugas rasmi mereka. Ini

draft • 3:34 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

menimbulkan persoalan besar, mengapa rakyat Malaysia terkesan, tidak mempunyai akses kepada keadilan di mahkamah Malaysia? Mengapa perlindungan ini diberikan secara menyeluruh tanpa dinyatakan had yang jelas?

Walau apa pun dinyatakan tindakan boleh diambil di Singapore, ini adalah beban yang tidak munasabah kerana rakyat Malaysia yang biasa dari segi kos, akses guaman dan juga bidang kuasa. Contoh kes Yang Berhormat, US-Canada preclearance agreement. Imigresen Amerika di lapangan terbang Canada. Pegawai Immigration, Customs and Border Protection beroperasi di Toronto, Vancouver dan juga Montreal di Canada. Mereka boleh menyoal dan menahan penumpang.

Kes kontroversi telah berlaku bila wanita Canada telah ditahan dan telah digeledah oleh pegawai Amerika Syarikat. Tindakan balas Canada ialah Canada telah meminda undang-undang tertakluk kepada Canadian Charter of Rights. Rakyat Canada boleh mencabar di mahkamah Canada walaupun ditahan oleh pihak Amerika tetapi mereka boleh mencabar di mahkamah Canada. Ini telah berlaku.

Saya harap kementerian, kerajaan mengambil perhatian perkara ini yang boleh berlaku.

Yang berikutnya ialah perkara keempat, isu pelindungan data kedaulatan seperti yang telah disebutkan oleh Pasir Salak tadi. Jadi kita ingin bertanya, apakah data biometrik rakyat Malaysia ini, maklumat perjalanan dan juga data keselamatan tidak dilindungi sepenuhnya oleh undang-undang Malaysia kerana mereka mendapat akses kepada semua maklumat data peribadi? Apakah jaminan bahawa data ini tidak disalah guna? Apakah mekanisme audit bersama? Apakah hak rakyat Malaysia untuk mencabar data mereka?

Yang kelima ialah kecemasan yang terlalu luas seperti yang telah disebutkan tadi melalui fasal 9. Dalam keadaan luar biasa, pengerahan pegawai penguat kuasa boleh dibuat tanpa kelulusan awal kerajaan satu sama lain dan pegawai asing boleh memasuki wilayah Malaysia bagi pengurusan insiden rentas sempadan. Tarif, hal keadaan luar biasa ini terlalu luas dan terbuka kepada tafsiran yang berisiko. Jadi, ia nya mungkin boleh digunakan oleh pihak lain di luar konteks sebenar kecemasan, menjadi langkah awal untuk penyelarasan kuasa di masa akan datang.

draft • 3:34 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akhir sekali ialah bidang kuasa jenayah dan juga kekeliruan. RUU ini memperuntukkan bidang kuasa jenayah yang kompleks bergantung kepada lokasi train, tiang sempadan yang telah disebutkan tadi dan negara yang menyempurnakan.

draft • 3:40 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi soalnya ialah tentang — saya tanya sekali lagi, di mana — di mahkamah mana mereka akan dibicarakan. Seperti yang telah disebutkan tentang tangkapan di tiang. Tiang ini Singapore, tiang ini Malaysia. Kerana kalau tangkap ini, di mahkamah mana mereka akan dibicarakan, undang-undang mana yang akan terpakai, hak guaman negara mana boleh digunakan. Sebab kita tahu bahawa orang Malaysia ini jelas dengan sistem perundangan di sini dan sudah biasa dengan peguam dan juga pegawai di sini.

Penutupnya Tan Sri Dato’ Yang di-Pertua ialah saya mencadangkan supaya kuasa perlindungan pegawai asing dihalusi dengan mekanisme akauntabiliti bersama. Hak rakyat Malaysia di mahkamah Malaysia dipelihara sekurang- kurangnya bagi tuntutan sivil. Perlindungan data diperketatkan dengan audit bersama dan juga hak aduan yang jelas. RUU ini dirujukkan kepada jawatankuasa pilihan khas walaupun diluluskan, kena rujuk untuk penganalisis seterusnya.

RTS adalah projek masa depan tetapi kedaulatan undang-undang tidak boleh di kompromi. Tuan Yang di-Pertua, saya juga minta supaya— saya tidak perlu timbulkan bawah jawatankuasa tapi jawapan Menteri di peringkat awal akan meneliti cadangan-cadangan yang telah dibuat dan saya syukur alhamdulillah ucapan saya oleh kerana berbentuk teknikal, Hulu Langat tak mampu untuk mencabar apa-apa sebab kalau dia cabar pun dia hanya cabaran kosong tapi kita bagi fakta dengan contoh jelas yang berlaku di negara-negara sempadan, UK and Canada, sorry USA, Amerika Syarikat dan UK dan juga Perancis.

Ini semua contoh-contoh yang harus diambil kira pada semasa pembentangan dibuat. Tapi saya tengok pembentangan dibuat tidak diambil kira kepada perkara yang berlaku di negara-negara yang menjalankan pembangunan bersama. Terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saya tak pernah buat kerja ini seumur hidup. Habis sebelum masa.

[Tepuk]

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Arau. Alhamdulillah. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Pulai.

draft • 3:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,* salam sejahtera, Salam Madani.

Terima kasih kepada Dato’ Timbalan Speaker yang telah memberikan ruang kepada Pulai untuk membahaskan Rang Undang-undang Rapid Transit System Johor Bahru–Singapore 2026.

draft • 3:42 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Sebenarnya RTS ini bila sampai sahaja ke Johor Bahru, masuk ke dalam kawasan Pulai. Jadi, ianya memang memberikan kesan khususnya kepada warga di kawasan Parlimen Pulai ini. Jadi dengan itu, Pulai menyokong rang undang-undang Rapid Transit System ini untuk kesejahteraan warga Pulai dan seluruh negara yang kita akan nikmati bersama.

RUU ini adalah manifestasi kerjasama strategik dua negara jiran yang saling bergantung dari segi sudut ekonomi dan tenaga kerja. RTS dijangka mengurangkan kesesakan di Tambak Johor dan meningkatkan mobiliti pekerja rentas sempadan sehingga ribuan penumpang sejam.

Ia menyokong pertumbuhan ekonomi Johor dan Zon Ekonomi Khas (JS- SEZ). 10,000 penumpang kereta api dalam masa sejam akan melintasi dua negara.

Walau bagaimanapun, pekerja Malaysia di Singapura ini tertanya-tanya dengan pihak kerajaan, berapa sebenarnya fi ataupun harga tiket RTS ini. Sebab mereka nak membuat perancangan.

Sebab mereka nak tahu tiket ini macam mana. Kalau tiket itu lebih mahal daripada yang biasa mereka lalui semasa mereka memandu, maka tak praktikal untuk mereka menggunakan RTS ini. Dan kebimbangan kita kalau terlalu mahal, ia menyebabkan penumpang-penumpang kenderaan ini atau motosikal dan kereta ini akan menggunakan perkhidmatan yang sedia ada dan sanggup bersesak seperti mana yang ada pada waktu ini.

Selama puluhan tahun, isu kesesakan Tambak Johor membebankan rakyat dan ekonomi. RTS menawarkan penyelesaian berkapasiti tinggi dan lebih cekap berbanding pengangkutan jalan raya. RUU ini menyediakan asas undang-undang supaya operasi dapat berjalan lancar tanpa konflik bidang kuasa. Kedua-dua negara menyediakan akta-akta masing-masing tetapi mempunyai matlamat yang sama untuk menjayakan RTS ini.

Jika tiada RUU ini, maka kita terpaksa meminda puluhan akta berkaitan termasuklah imigresen, kastam, polis, pengangkutan awam dan lain-lain. RUU ini satu akta yang khusus, lebih efisien dan tersusun. Satu untuk semua. Ia memberi kepastian perundangan kepada pelabur dan juga operator. RUU ini boleh memberikan keyakinan kepada pelabur untuk melabur di negara kita dan tentulah bila pelaburan ini banyak memberikan ruang peluang kerja kepada rakyat negara kita.

Konsep Co-located CIQ telah digunakan di beberapa negara lain yang kita akan gunakan di RTS ini. Umpamanya di Hong Kong dan Mainland China dan juga

draft • 3:42 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

di negara-negara Eropah. Ia memudahkan penumpang dan mengurangkan masa pemeriksaan dua kali. Di mana satu tempat ada CIQ, kalau Bukit Chagar kita ada CIQ Malaysia dan lepas itu ada CIQ Singapura dan tanpa halangan terus masuk ke Singapura. Ianya akan memudahkan proses keluar dan masuk ke negara kita.

RTS ini berpotensi meningkatkan nilai harta tanah dan pelaburan di Selatan Johor. Contoh yang jelas di dalam Parlimen Pulai sendiri, pada waktu ini ada 13 projek perumahan pangsapuri yang berada di kawasan ini, hasil daripada RTS. Juga merangsang peniaga runcit dan perkhidmatan, lebih banyak kedai akan dibuka dan lebih banyak perkhidmatan akan ditawarkan kepada rakyat yang bekerja di Singapura dan juga rakyat Singapura yang akan berada di Johor Bahru juga pelancong-pelancong yang akan datang ke Johor Bahru.

Seterusnya adalah menjadikan Johor sebagai hab ekonomi serantau di mana Singapura, Johor, Malaysia dan juga Indonesia boleh menggunakan ruang yang ada ini.

Pulai juga ingin membangkitkan beberapa kebimbangan dari segi pelaksanaan RUU ini, pemberian kuasa tertentu kepada pegawai Singapura di Bukit Chagar boleh menimbulkan persepsi bahawa terdapat penguatkuasaan asing di tanah air kita. Bagaimana jika berlaku satu tangkapan di CIQ — kita cakap di Bukit Chagar dulu. CIQ Malaysia, lepas tetapi malangnya bila masuk CIQ Singapura, tak lepas. Dia tertangkap di CIQ Singapura yang sebelah sahaja.

Kalau ini berlaku, akan memberi satu imej yang tidak baik kepada negara kita. Seolah-olah negara kita lemah, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya. Itu satu tohmahan. Nanti ada satu tohmahan balik kalau kita nampak rakyat kita pula tertangkap di Singapura, ada satu tohmahan pula dia kata bahawa Singapura ini anti orang Melayu, anti Islam dan macam-macam lagi ya.

So kita nak dapat satu kepastian kalau ianya berlaku, apakah ada ruang penyelarasan ini dilaksanakan untuk mengelakkan perkara-perkara ini yang akan berlaku dan Pulai juga meminta data yang lepas dalam laluan Tambak Johor ini.

Apakah kes-kes seperti ini pernah berlaku dan beberapa tahun yang dahulu pernah berlaku dengan banyaknya perkara ini. Berapa dari segi statistiknya dalam kes-kes yang serupa ini. Satu lepas, satu tak lepas yang berlaku di negara kita dan Singapura. Kalau ada data yang berkaitan boleh diberikan kepada kita.

Seterusnya dari segi penguatkuasaan undang-undang ini, jika berlaku pelanggaran di kawasan grey area ini, di sempadan Malaysia–Singapura ini, pihak

draft • 3:42 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

berkuasa mana yang akan bertindak. Dan mohon juga kepada KDN menyediakan satu statistik pelanggaran di kawasan grey area yang pernah berlaku sebelum ini.

Dan yang terakhir, Pulai berkongsi apa yang disebut oleh rakan-rakan tadi.

Seperti mana Bakri, Tebrau, Padang Serai, Muar dan beberapa rakan-rakan Ahli Parlimen tadi yang menyatakan tentang isu kesesakan lalu lintas ini.

draft • 3:42 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Ini memang serius. Kerana pada waktu ini, kesesakan itu memang berlaku.

Dan kita tidak nampak dengan jelas walaupun telah digambarkan kepada kita dalam taklimat-taklimat, adanya perancangan untuk membina apa namanya, apa nama, transport awam ini. Tetapi kita tidak begitu jelas apakah sempat ini dilaksanakan dalam tempoh tak sampai pun setahun lagi. Jadi, kebimbangan kita kesesakan ini akan menjejaskan reputasi kita kerana berkumpul terlalu ramai dan tak boleh dihuraikan dengan yang baik. Itu yang pertama.

Yang tidak disentuh oleh rakan-rakan yang lain tadi adalah isu brain drain ini.

Pengaliran tenaga keluar daripada negara kita. Khususnya dari Johor Bahru ke Singapura. Apabila sistem ini menjadi lebih efisien, maka— dan juga bayaran yang lebih mahal di Singapura, bayaran gaji yang lebih mahal. Sudah tentulah tarikan itu lebih banyak ke Singapura.

Saya bagi contoh sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan. Terdapat para doktor kita dan nurse kita yang telah migrate atau pindah bertugas di Singapura ini ya. Jadi dengan adanya RTS ini, mungkin lebih mudah lagi untuk mereka bergerak ke sana. Dengan beban ya, kesihatan yang kita ada pada waktu ini mungkin menyebabkan mereka hilang kesabaran dan mereka keluar daripada negara kita.

Jadi, apakah— walaupun ini bukan berkaitan dengan KDN, tetapi ini adalah kebimbangan yang nak disuarakan hasil daripada RTS itu. Jadi, di situ mesti ada satu polisi untuk mengelakkan daripada lebih ramai lagi rakyat kita keluar dan kita kehilangan sumber tenaga, kepakaran mereka untuk berkhidmat dalam negara kita.

Dan yang ketiga adalah berkaitan dengan kenaikan hartanah di kawasan Johor Bahru. Walaupun saya sebut ada 13 projek perumahan pangsapuri yang dilaksanakan di kawasan Johor Bahru, tapi apakah rakyat kita mampu untuk membeli?

Saya difahamkan satu unit rumah minimum RM500,000.00. Setengah jutalah maknanya. Jadi, bagaimana rumah-rumah mampu milik? Apakah ada usaha-usaha pihak kerajaan untuk memastikan rumah mampu milik ini ada di kawasan Johor Bahru ini? Saya nyatakan ini penting kerana kita nak kestabilan, keharmonian rakyat

draft • 3:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

dalam negara kita ini. Kita tak mahu orang kaya saja yang berpeluang untuk berada di kawasan Johor Bahru ini. Kita nak semua, semua bangsa. Melayu, Cina, India, Bumiputera boleh duduk di kawasan Johor Bahru ini. Tidak hanya sesuatu golongan saja yang berada di kawasan Johor Bahru ini.

Maka di situ saya juga menuntut walaupun ia bukan bawah KDN, tetapi yang jelas untuk memastikan bahawa rakyat dapat memiliki rumah. Rakyat di Johor Bahru dapat memiliki rumahnya di Johor Bahru. Bukannya mereka, pembangunan datang menggunakan dana rakyat, berbilion dihabiskan tetapi mereka terpaksa keluar dari Johor Bahru kerana tidak mampu memiliki rumah di kawasan strategik ini. Itulah sedikit sebanyak ya, perbahasan yang ada yang dikemukakan oleh Pulai untuk perhatian pihak kerajaan. Terima kasih.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Selanjutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Jerantut.

draft • 3:50 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada Jerantut untuk membahaskan Rang Undang-undang Rapid Transit System Link Johor Bahru–Singapura 2026.

Baru-baru ini kami melaksanakan program sambutan CNY kepada penduduk kaum Tionghoa di Jerantut. Dan bila kami sambil-sambil makan, borak-borak tu cerita fasal anak-anak. Ramai juga anak-anak kami di Jerantut ni yang bekerja di Singapura. Dan di antara concern-nya ialah tentang bagaimana kita meningkatkan efficiency pengangkutan supaya tidak ada price of nonconformance, dengan izin Tuan Yang di-Pertua iaitu masa yang terhabis di peringkat di atas jalan.

Jadi, apa yang berlaku pada hari ini adalah satu berita baik kepada anak- anak Jerantut yang bekerja di sana dan mudah-mudahan ia dapat memberikan masa yang lebih banyak untuk mereka pulang ke kampung khususnya dalam menyambut sambutan Chinese New Year tahun kuda pada tahun ini.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini penting kerana ia membincangkan tentang konsep kedaulatan fungsian atau pun functional severity yang di mana kita faham bahawa RTS Link ini merupakan satu infrastruktur kritikal negara dari sudut pertahanan. Dan ia juga merupakan salah satu daripada penanda aras kejayaan JSSEZ yang di mana sekurang-kurangnya ia akan mengurangkan kos

draft • 3:54 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

logistik pekerja Malaysia yang berada di Singapura. Sebab itu ia perlu difahami dan perlu dilihat secara telus oleh setiap ahli legislatif untuk memastikan perbahasan kita ini meraikan hubungan diplomatik di antara kedua-dua buah negara.

Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa perkara pokok yang ingin saya sentuh dalam perbahasan pada kali ini. Pertama tentang kuasa pengasingan atau pun kuasa pegawai asing di wilayah Malaysia dan isu kedaulatan. RUU ini membenarkan pegawai Singapura menjalankan fungsi imigresen dan keselamatan di stesen Bukit Chagar, Johor Bahru. Termasuk pemeriksaan badan, penahanan, membawa peralatan kawalan dan menggunakan kekerasan yang munasabah.

Saya maklum prinsip ini adalah prinsip timbal balik. Di mana, pegawai Malaysia juga mempunyai kuasa yang sama. Namun bezanya Tuan Yang di-Pertua ialah, di Malaysia pegawai Malaysia tertakluk sepenuhnya kepada undang-undang Singapura dan sistem kehakiman mereka. Tetapi di Malaysia, pegawai Singapura menjalankan kuasa terhadap rakyat kita di tanah air kita sendiri dengan perlindungan tertentu daripada penguatkuasaan undang-undang semasa mereka menjalankan tugas rasmi.

Jadi, persoalan yang perlu di jawab oleh pihak kementerian adalah bukan sekadar soal timbal balik tetapi apakah mekanisme akauntabiliti terhadap pegawai asing yang beroperasi di dalam wilayah Malaysia? Itu yang pertama.

Yang kedua apakah pula saluran aduan rakyat Malaysia ke atas pegawai- pegawai ini? Yang ketiga siapakah pihak penyiasat bebas untuk memastikan ada keadilan kepada semua. Jerantut tidak pernah mempertikaikan tentang hubungan yang baik di antara Singapura dan juga Malaysia. Tetapi, sebagai ahli legislatif kita mahukan rang undang-undang ini memberikan keadilan kepada semua dan keadilan yang jelas kepada rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua adalah berkenaan dengan perlindungan data rakyat Malaysia. RUU ini juga membolehkan akses kepada data penumpang termasuk dokumen perjalanan dan juga maklumat biometrik. Sekali lagi saya faham akses ini bersifat dua hala. Namun, data rakyat Malaysia dikumpul di Malaysia, digunakan di Malaysia ke atas rakyat Malaysia.

RUU ini tidak memperincikan pertama, di manakah data itu disimpan? Kedua, berapa lama ia disimpan? Ketiga, mekanisme audit keselamatan dan keempat, kewajipan laporan sekiranya berlaku kebocoran.

Maka saya mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan. Pertama, audit keselamatan data tahunan oleh pihak bebas yang dilantik oleh pihak kerajaan.

draft • 3:54 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Kedua, SOP pemberitahuan kepada rakyat jika berlakunya pelanggaran data. Sekali lagi, ini bukan soal tidak percaya tetapi soal tanggungjawab negara terhadap hak peribadi warganya.

Ketiga, Tuan Yang di-Pertua, kuasa luar biasa dalam hal keadaan luar biasa.

Di seksyen 9 RUU ini, iaitu berkenaan pengarahan tugas pegawai penguat kuasa dalam hal keadaan luar biasa di mana ia memperuntukkan bahawa dalam keadaan tertentu, pegawai kedua-dua negara boleh dikerahkan melaksanakan fungsi keselamatan dan imigresen tanpa kelulusan awal sehingga tiga hari.

Namun, takrif hal keadaan luar biasa dalam RUU ini adalah agak luas.

Termasuk gangguan sistem atau keadaan operasi tertentu. Dan ini membuka ruang kepada penggunaan kuasa kecemasan secara pentadbiran tanpa semakan awal legislatif. Maka dengan ini saya mengemukakan beberapa persoalan kepada pihak Kementerian.

Pertama, siapa pihak yang berautoriti mengisytiharkan sesuatu situasi itu sebagai hal keadaan luar biasa? Apakah ia keputusan unilateral mana-mana pihak atau mesti dipersetujui bersama oleh Malaysia dan juga Singapura?

draft • 3:54 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Kedua, apakah kriteria objektif yang digunakan? Adakah ia berdasarkan ancaman keselamatan, kegagalan teknikal atau sekadar pertimbangan operasi?

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Dan yang ketiga Puan Yang di-Pertua, adakah terdapat dokumentasi?

Keperluan dokumentasi rasmi setiap kali klausa ini digunakan termasuk tempoh justifikasi dan skop kuasa yang dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua, dalam pengalaman kami bekerja dalam bidang kami minyak dan juga gas, ada perkara- perkara sebegini, namun apabila dilaksanakan dia ada SOP yang tertentu yang ketat supaya ia tidak boleh dilaksanakan dengan mudah oleh pegawai-pegawai terbabit.

Jadi, persoalan-persoalan saya ini adalah sama seperti apa yang kita ingin maklumkan. Apakah tindakan, hal luar biasa yang boleh diguna pakai oleh pegawai- pegawai penguat kuasa?

Yang keempat Tuan Yang di-Pertua, bidang kuasa jenayah dan risiko kelompongan keadilan. RUU ini memperuntukkan bahawa sekiranya sesuatu kesalahan berlaku dalam kawalan, dalam kawasan kawalan RTS, negara tempat kesalahan itu berlaku mempunyai hak pertama untuk menjalankan pendakwaan

draft • 4:00 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

tetapi juga diberi budi bicara untuk tidak berbuat demikian dan menyerahkan kes tersebut kepada negara yang satu lagi. Secara prinsipnya, ini mungkin kelihatan munasabah, namun dari sudut keadilan jenayah, peruntukan ini membuka risiko kepada kelompongan pelaksanaan. Saya ingin mengemukakan beberapa persoalan kepada pihak kementerian.

Pertama, apakah terdapat garis masa maksimum untuk menentukan negara mana yang akan mendakwa atau adakah seseorang suspek boleh berada dalam keadaan tergantung tanpa pendakwaan kerana menunggu keputusan di antara kedua-dua kerajaan?

Yang kedua Puan Yang di-Pertua, apakah mekanisme sekiranya kedua-dua negara pada awalnya enggan mengambil tindakan. Siapa yang akan menjadi penentu akhir dan apakah keputusan untuk tidak mendakwa oleh sesuatu negara itu disertakan justifikasi bertulis atau sekadar keputusan pentadbiran?

Ketiga, bagaimana kedudukan mangsa dalam tempoh ketidakpastian ini?

Adakah terdapat prosedur interim untuk melindungi hak mangsa sementara kuasa itu ditentukan?

Dan keempat, apakah jaminan bahawa pertimbangan diplomatik tidak mengatasi kepentingan keadilan jenayah?

Tuan Yang di-Pertua, keadilan yang tertangguh adalah keadilan yang dinafikan. Dalam kes-kes rentas sempadan seperti ini, kejelasan proses adalah sama penting dengan kerjasama dua hala. Jerantut berpandangan bahawa Parlimen wajar diberikan jaminan bahawa tidak wujud ruang kelabu di mana kesalahan berlaku tetapi tidak ada pihak yang segera untuk bertindak.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya implikasi kepada KTMB dan pengangkutan awam sedia ada. Saya ingin membangkitkan satu persoalan penting, KTMB telah pun lama menghubungkan di antara Johor dan juga Singapura. Namun sehingga hari ini, penumpang masih lagi melalui pemeriksaan imigresen dua kali seperti mana SOP sekarang, di Malaysia dan juga Singapura kerana terikat dengan kerangka undang-undang yang sedia ada.

Justeru, jika RUU RTS Link ini mampu mewujudkan sistem pemeriksaan bersama yang lebih cekap maka kerajaan wajar juga mempertimbangkan pendekatan yang sama dikenakan kepada KTMB dan juga di sempadan yang lain.

Di antara sempadan contohnya kita dengan Thailand, untuk memastikan ecotourism ataupun memudahkan rakyat Malaysia yang sama ada bekerja ataupun bercuti melalui kedua-dua buah negara ini.

draft • 4:00 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Maka, ini adalah peluang untuk menyelaras keseluruhan ekosistem mobiliti antarabangsa negara, bukan hanya satu projek yang terasing. Sekian, Jerantut mohon mencadang dan menyokong RUU ini. Terima kasih.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Saya jemput Yang Berhormat Sabak Bernam.

draft • 4:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Izinkan saya untuk menyatakan bahawa saya menyokong terlebih dahulu. Bimbang saya bahas nanti lupa untuk mengatakan saya menyokong pembangunan yang baik untuk negara ini nanti.

Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri pada hari ini untuk membahaskan RUU Rapid Transit Sistem Johor Bahru-Singapura 2026 yang selepas ini saya akan sebut sebagai RTS sahaja. Dengan sikap yang seimbang, menyokong kemajuan tetapi menuntut ketelitian. Kita tidak menolak pembangunan, namun kita juga tidak mahu tersilap langkah sehingga yang dikejar tak dapat yang digendong keciciran.

RTS ini digambarkan sebagai penyelesaian kepada kesesakan Tambak Johor buat masa ini dan pemangkin ekonomi negeri Johor. Namun, kita harus bertanya dengan jujur, siapakah yang akan mendapat keuntungan terbesar daripada projek ini? Singapura melalui kerjasama fizikal sebelum ini, melalui rundingan dan sebagainya, lebih menguntungkan kepada mereka kerana Singapura lebih kepada berpegang kepada pepatah orang Minangkabau, “Berhimpit biar di ateh, terkurung biar di luar.”

draft • 4:04 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Minta laluan.

draft • 4:04 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Ini bukannya satu yang...

draft • 4:04 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sabak Bernam, boleh saya sambung sikit Sabak Bernam?

draft • 4:04 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Tak boleh.

draft • 4:04 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Boleh?

draft • 4:04 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Tak boleh.

draft • 4:04 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tak. Minang tadi itu, bajalan sorang wae nak kadapan bajalan baduo wae nak tangah-tangah. Terima kasih Sabak Bernam.

draft • 4:04 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Terima kasih Hulu Langat, tapi jangan masukkan di dalam ucapan saya.

[Ketawa] Maksudnya ialah, cerdik, licik, bijak...

draft • 4:04 PM

Seorang Ahli

Baru ini.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:04 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Dan melepaskan diri daripada kesulitan. Ia menggambarkan sikap berusaha untuk mendapat kedudukan terbaik dan selamat walaupun dalam situasi yang terdesak. Singapura, dia mempunyai pemimpin-pemimpin kerajaan yang hebat dalam rundingan untuk menyelesaikan masalah dan pentadbiran negara. Kita hanya ada seorang sahaja pemimpin yang level Tun Mahathir tetapi mereka mempunyai ramai.

Dari sudut ekonomi, Singapura bakal menikmati aliran tenaga kerja yang lebih lancar, konsisten dan efisien. Tak ada pekerja yang datang lambat. Produktiviti mereka meningkat tanpa perlu menanggung kos sosial seperti perumahan, pendidikan dan kebajikan pekerja yang sebahagian besarnya ditanggung oleh pihak kita. Malaysia perlu memastikan bahawa pembangunan sekitar Bukit Chagar, bukan Bukit Tagar. Bukit Chagar di Johor benar-benar menjadi hab komersial dan ekonomi baharu, bukan sekadar stesen transit. Jika tidak, kita bimbang keadaan menjadi besar pasak daripada tiang.

Kedua, kita mesti meneliti kos dan pulangan pelaburan. Projek mega sering berdepan risiko lebihan kos dan kelewatan. Sekiranya pulangan tidak mencapai sasaran, rakyatlah yang akhirnya menanggung beban. Jangan sampai projek ini indah khabar daripada rupa. Tuan Yang di-Pertua, apabila membincangkan — Puan Yang di-Pertua, apabila membincangkan hubungan fiskal Malaysia–Singapura, kita tidak boleh melupakan sejarah pembinaan Tambak Johor pada tahun 1924 yang kekal hingga sekarang, yang mana tambak tersebut telah menutup aliran semula jadi selat Tebrau.

Isu ini bukan sahaja menyentuh alam sekitar, tetapi juga simbol kedaulatan dan struktur hubungan dua hala. Mungkin ramai yang tidak tahu yang mana satu Selat Johor, yang mana satu Selat Tebrau. Tambak di tengah-tengah, yang di sebelah barat tu ialah Selat Tebrau. Sementara yang ke timur itu adalah Selat Johor dan apa yang membimbangkan Singapura pada ketika itu, apabila aliran selat itu boleh dilalui oleh kapal-kapal maka kapal-kapal akan mengambil dan menggunakan pelabuhan di Tanjung Pelepas dan juga di sebelah barat iaitu apa? Tanjung Pelepas dan?

draft • 4:04 PM

Seorang Ahli

Pengerang.

draft • 4:04 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Bukan. Tolong orang Johor.

[Ketawa] Ini tempat menantu saya ini. Ada Bukit Pasir dan semua, tu apa?

draft • 4:04 PM

Seorang Ahli

Kulai?

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:04 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Bukan? Sebelah barat. Tak apa, masa ada panjang lagi, kan? Nanti saya ingat saya sebut nanti. Pasir Gudang. Ha, tempat YB Hassan kita. Menantu saya orang Johor, asal Pasir Gudang.

draft • 4:04 PM

Seorang Ahli

Samalah.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:04 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Jadi...

draft • 4:04 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tak sebut nama ke?

draft • 4:04 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Apabila Singapura kehilangan kapal-kapal yang selalunya berlabuh di pelabuhan mereka, beralih ke Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang, ini sudah merugikan mereka dan mereka hanya mengharapkan kepada aktiviti itu saja.

draft • 4:04 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Kerana Singapura adalah sebuah negara yang tidak ada hasil komoditi. Hasil pertanian, minyak dan sebagainya. Dia diharap kepada pelabuhan saja dan lapangan terbang dia. Selain dari itu, tidak menyumbang ekonomi kepada mereka.

Jadi oleh sebab itu, Singapura mengambil sikap supaya jambatan bengkok itu tidak dibina.

Walaupun kita nak bina di sebelah kita sahaja, kenapa bengkok sebab kita nak ambil dari segi sudut kejuteraan, perlu dibengkokkan untuk memberi laluan kepada kapal-kapal lalu di bawahnya. Tetapi kerajaan kita telah pun bertukar pada waktu itu dan tidak dilaksanakan dan akhirnya kerajaan terpaksa menanggung rugi, terpaksa membayar RM200 juta kepada syarikat yang mendapat konsensi tersebut.

Jadi, saya ulang ini supaya cadangan RUU ini juga hendaklah diteliti berhati-hati supaya mengambil kira kesan semasa, jangka pendek, pertengahan dan juga jangka panjang.

Puan Yang di-Pertua, cadangan jambatan bengkok satu ketika dahulu bertujuan membolehkan air Selat Tebrau kembali mengalir dengan lebih besar dan laluan kapal perdagangan di laluan tersebut. Bagaimanapun, pelaksanaannya tidak teruskan. Ia membawa mesej bahawa Malaysia berhak membangunkan wilayahnya sendiri dan memperbaiki struktur sedia ada demi kepentingan negara.

Dalam konteks RTS, kita perlu memastikan projek ini tidak mengikat kita, dalam kerangka yang menyukarkan kebebasan membuat keputusan pada masa hadapan. Kerjasama dua hala, memang penting tetapi ia mesti berasaskan prinsip kesaksamaan. “Menang sorak, kampung tergadai” bukanlah pilihan yang kita mahu.

Ketiga, dari sudut sosial dan penempatan, pembangunan pesat berpotensi meningkatkan harga hartanah dan kos sara hidup di Johor Bahru. Peniaga kecil dan

draft • 4:10 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

penduduk asal mungkin terhimpit. RTS seharusnya membawa limpahan ekonomi kepada rakyat tempatan. Peluang pekerjaan, perniagaan dan pelaburan bukan sekadar memudahkan aliran keluar tenaga kerja daripada negara kita.

Keempat, soal kedaulatan dan perundangan. Projek rentas sempadan memerlukan perjanjian yang jelas dan telus. Kita tidak mahu terikat dengan syarat yang merugikan dalam jangka panjang. Bak kata peribahasa, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”, Puan Yang di-Pertua. Setiap klausa perjanjian mesti memelihara kepentingan negara.

Puan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan bahawa saya tidak menolak RTS secara total jika dirancang dengan teliti. Projek ini mampu menjadi jambatan kemakmuran bersama, namun keuntungan mesti seimbang. Malaysia tidak boleh sekadar menjadi laluan atau pembekal tenaga kerja, sebaliknya perlu muncul sebagai pusat pertumbuhan ekonomi serantau yang berdaya saing dan menguntungkan kedua-dua negara.

Kita mahu pembangunan yang memacu ekonomi, memelihara alam sekitar, memperkukuh kedaulatan dan menjaga kebajikan rakyat. Itulah tanggungjawab kita sebagai pembuat dasar. Akhirnya, biarlah keputusan yang kita ambil hari ini menjadi bukti bahawa Malaysia mampu menentukan masa depan sendiri dengan berani, bijaksana dan maruah. Tuan Yang di-Pertua, Sabak Bernam menyokong. Terima kasih.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Sekarang saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Masa 30 minit.

draft • 4:10 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Bismillahirrahmanirrahim. Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Kementerian Dalam Negeri, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Berhormat, Tebrau, Mersing, Padang Serai, Bakri, Kapar, Muar, Beaufort, Pasir Salak, Arau, Pulai, Jerantut dan yang terakhir tadi adalah Sabak Bernam yang terlibat dalam perbahasan rang undang-undang yang sangat penting iaitu Rapid Transit System Link Johor Bahru–Singapura 2026.

Jadi bagi pihak Kementerian Dalam Negeri, saya merakamkan ucapan terima kasih atas pelbagai pandangan dan juga beberapa syor tadi dan saya ambil peluang untuk menjawab dan kebanyakan daripada perbahasan tadi hampir keseluruhannya

draft • 4:14 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

menjurus kepada isu-isu yang sama. Jadi saya tidak akan menjawab mengikut Ahli- ahli Yang Berhormat tetapi saya akan pergi secara keseluruhan.

Ahli Yang Berhormat, serta prinsipnya Rang Undang-undang RTS ini berdiri atas tiga tunjang yang sangat jelas. Pertamanya memperkasa memberi asas perundangan khusus untuk membolehkan operasi RTS Link yang kompleks dan rentas sempadan. Ia juga bersifat melengkapi yakni bertindak sebagai tambahan kepada undang-undang bertulis lain dan bukan menggantikannya.

Ia juga bertunjangkan prinsip melindungi yakni menjamin kuasa, keselamatan dan kedaulatan negara serta pegawai kita yang bertugas di luar negara. Dan tentunya kita tahu bahawa ia semuanya adalah untuk membina asas perundangan yang khusus yakni operasi unit RTS Link memerlukan kerangka perundangan yang melangkaui undang-undang sedia ada.

Dua tujuan utama penggubalan RUU RTS ini Ahli-ahli Yang Berhormat, pertamanya membolehkan pemakaian undang-undang domestik secara luar wilayah dan memberi kuasa perlindungan undang-undang dan kekebalan kepada pegawai penguatkuasa Malaysia di Singapura dan sebaliknya atas dasar timbal balas.

Ahli Yang Berhormat, kalau kita lihat projek RTS Link ini merupakan satu game changer yang bakal mengubah lanskap kehidupan rakyat di Johor Bahru terutama bagi mereka yang berulang-alik ke Republik Singapura. Fokus utama adalah memudahkan 80 peratus pengguna sedia ada yang merupakan rakyat Malaysia. Bukan sahaja rakyat Malaysia berasal negeri Johor, tapi juga daripada negeri lain di seluruh Malaysia.

Dan tentunya ia memudahkan 80 peratus, saya sebutkan tadi pengguna sedia ada yang merupakan Malaysia yang bekerja di Singapura. Jadi kesejahteraan rakyat ini merupakan demensi yang dititik beratkan. Terutama dalam aspek peningkatan kualiti hidup, impak paling besar Yang Berhormat adalah penjimatan masa yang drastik melalui rang undang-undang ini.

Kalau kita lihat pada masa ini, pengguna terpaksa bangun seawal 3.00 atau 4.00 pagi untuk mengelakkan kesesakan di Tambak Johor dan sering pulang lewat malam. Masa perjalanan yang panjang daripada dua hingga empat jam sehala pada waktu puncak tentunya menyebabkan stres kronik. Kegelisahan kerana bimbang lambat ke tempat kerja dan menjadi punca isu-isu kemarahan di jalan raya dan sebagainya.

Jadi kita harap dilema ini boleh dikurangkan dengan pengoperasian projek RTS Link, maknanya perjalanan menaiki tren RTS hanya mengambil masa lima

draft • 4:14 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

minit, mempunyai jadual yang teratur dan tempat masa untuk menyeberangi selat.

Jadi dengan kapasiti 10,000 penumpang sejam, ia memulangkan semula masa berharga rakyat yang terlibat. Maknanya pekerja boleh tidur cukup, kurang keletihan fizikal, yang paling penting mempunyai banyak masa berkualiti bersama keluarga.

Saya percaya ia tentu akan meningkatkan lagi keupayaan kekuatan dari segi pekerja. Ini antara perkara-perkara yang penting dalam [Tidak jelas] ini. Yang Berhormat, ramai tadi yang menyentuh aspek berkaitan dengan penguatkuasaan sumber manusia. Mersing ada sebut, Jerantut, Arau dan ramai lagilah.

Saya nak sebut bahawa sebanyak 794 jawatan baru telah diwujudkan yang terdiri daripada pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia akan ditempatkan di RTS Link Bukit Chagar dan Woodlands. Penempatan rasmi di RTS Link akan bermula pada 1 Oktober 2026.

Yang Berhormat rang undang-undang ini memperuntukkan Kerajaan Republik Singapura perlu mendapatkan— ini Arau ada bangkitkan tadi, dah keluar dah Arau. Tapi tak apa, tentu dia dengar dekat luar tu. Juga dibangkit oleh ramai tadi, rang undang-undang ini memperuntukkan Kerajaan Republik Singapura perlu mendapat kelulusan bertulis daripada Kerajaan Malaysia bagi penempatan pegawai.

Seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian dua hala.

draft • 4:14 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Rang undang-undang hanya memperuntukkan kuasa-kuasa yang terhad seperti yang disenaraikan sahaja kepada pegawai-pegawai Singapura iaitu kuasa yang perlu untuk melakukan fungsi CIQ di kawasan yang telah ditetapkan sahaja.

Seterusnya, mana-mana individu— tadi ada dibangkitkan― yang ditahan oleh pegawai Singapura akan diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia untuk tindakan undang-undang seterusnya. Kerajaan Malaysia boleh, pada bila-bila masa, menghendaki Kerajaan Republik Singapura untuk memanggil balik mana-mana pegawai yang dikerah bertugas di RTS Link. Ini sangat jelas dalam peraturan ini.

Dan sebagai jaminan kepada penjawat awam yang bertugas, RUU RTS ini memperuntukkan bahawa pegawai penguat kuasa menikmati kekebalan daripada didakwa di mahkamah negara jiran bagi sebarang perbuatan yang dilakukan semasa menjalankan tugas rasmi. Sebagai contoh, Yang Berhormat, pegawai Malaysia yang bertugas di Stesen Woodlands tidak boleh didakwa di mahkamah Singapura atas tindakan tugas rasmi mereka. Namun, pegawai penguat kuasa Malaysia tetap

draft • 4:20 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Maknanya, ia kekal di bawah peraturan- peraturan sedia ada.

Jadi, sebagai langkah keselamatan bagi pihak Malaysia, fasal 5 rang undang- undang ini, kalau kita lihat, secara jelas memperuntukkan mekanisme perkiraan bersilang, istilahnya, yakni fasal ini menetapkan syarat ketat bahawa sekiranya Singapura gagal atau tidak memberikan perlindungan imuniti atau keistimewaan yang sama kepada pegawai Malaysia, maka peruntukan di bawah undang-undang Malaysia ini tidak akan terpakai kepada pegawai mereka. Ini sangat jelas, Yang Berhormat.

Ini adalah mekanisme automatik yang menjamin kedaulatan negara dan perlindungan kepada pegawai Malaysia. Ini kita ambil kira pelbagai perkara.

Kedaulatan dan undang-undang dan keutamaan rakyat Malaysia kekal kita jaga.

Namun, pegawai kita juga tertakluk kepada undang-undang.

Sebagai tambahan lagi, RUU RTS telah juga memperuntukkan dengan jelas mekanisme yang terpakai dalam keadaan kedua-dua negara mempunyai bidang kuasa jenayah. Sebagai contoh, dalam situasi jenayah yang dilakukan dalam tren, misalnya. Sekiranya perjalanan tren berakhir di Stesen Bukit Chagar, maka Kerajaan Malaysia mempunyai tanggungjawab utama melaksanakan bidang kuasa perundangan ke atas sebarang insiden yang berlaku di dalam tren tersebut.

Sebaliknya, jika perjalanan tren tersebut berakhir di Stesen Woodlands, tanggungjawab utama untuk melaksanakan bidang kuasa terletak kepada Kerajaan Singapura.

Walau bagaimanapun, RUU RTS ini turut memperuntukkan fleksibiliti― flexible― di mana kerajaan mempunyai hak utama boleh, tertakluk kepada persetujuan bersama, menyerahkan kes tersebut kepada kerajaan satu lagi untuk tindakan lanjut. Sebagai contoh, kes yang mempunyai elemen kepentingan awam bagi kerajaan yang berhasrat melaksanakan bidang kuasa tersebut. Ini termasuk.

Jelas.

Tadi banyak yang bercakap berkaitan dengan data. Untuk makluman, semua data sulit termasuk data biometrik disimpan di pusat data Kerajaan Malaysia yang diluluskan dan dikawal selia sepenuhnya oleh kerajaan. Infrastruktur penyimpanan adalah berada dalam persekitaran yang selamat dengan kawalan keselamatan fizikal dan siber yang sangat ketat.

Data tersebut, Yang Berhormat, disimpan dalam server yang dilindungi menggunakan teknologi bertaraf industri, tidak disimpan atau dikawal oleh pihak luar

draft • 4:20 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

tanpa kebenaran kerajaan, tidak dipindah ke pelayan luar negara tanpa kelulusan rasmi kerajaan. Dan sudah tentunya audit keselamatan siber, yakni pengurusan keselamatan siber bagi kedua-dua negara diselaraskan melalui Joint Cyber Security WG di bawah joint security sub-committee. Kedua-dua negara akan berbincang di bawah kumpulan kerja ini bagi isu-isu yang melibatkan keselamatan siber.

Jadi, Yang Berhormat, saya percaya soal-soal berkaitan dengan data ini sangat kita pelihara. Kerana rang undang-undang ini menetapkan bahawa semua dokumen, peranti dan data rasmi Kerajaan Malaysia yang berada di Stesen Woodlands adalah ditadbir sepenuhnya di bawah undang-undang Malaysia. Pihak berkuasa negara jiran tidak mempunyai akses atau bidang kuasa ke atas pangkalan data atau aset rasmi kita di sana. Jaminan yang sama juga diberikan kepada data Singapura yang berada di Bukit Chagar.

Selain itu, kedaulatan data turut terpelihara di mana semua dokumen dan peranti rasmi Kerajaan Malaysia yang berada di Stesen Woodlands North, Singapura adalah kekal ditadbir di bawah undang-undang Malaysia. Jadi, tidak ada isu berkaitan dengan keselamatan data kerana ia terlindung dan dilindungi oleh undang- undang dan juga kredibiliti pegawai-pegawai kita yang akan cukup terlatih.

Tuan Yang di-Pertua, banyak juga tadi dibangkitkan berkaitan dengan isu keupayaan RTS untuk mengendali aliran jumlah penumpang yang ramai. Penyuraian trafik ini, adakah kerajaan boleh menyelesaikan isu kesesakan Tambak Johor. Ini isu-isu yang hampir kebanyakan membangkitkan isu ini. Dalam sesi taklimat pun kita dah sebut. Ini dibangkitkan oleh Tebrau, oleh Yang Berhormat Muar, Padang Serai, Bakri dan juga lain-lain.

Ahli Yang Berhormat, Projek RTS Link ini merupakan, saya sebutkan tadi, satu game changer yang mengubah kehidupan rakyat Malaysia, terutamanya. Dan tentunya Projek RTS Link Johor Bahru–Singapura yang menyasarkan kapasiti penumpang seramai 10,000 orang bagi setiap arah dengan masa perjalanan selama lima minit di antara kedua negara adalah untuk mengurangkan kesesakan sedia ada bagi perjalanan rentas sempadan Malaysia dan Singapura. Jadi, RTS Link ini, Yang Berhormat, dirancang dan direka bentuk dengan mengambil kira cabaran pelepasan rentas sempadan pada masa kini, sekali gus menjadi penyelesaian jangka panjang untuk mengurangkan kesesakan.

Untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan RTS Link, ia menggunakan konsep pemeriksaan dan pelepasan di satu lokasi atau secara tunggal di pintu masuk Malaysia-Singapura yang merupakan antara inisiatif kerajaan untuk menangani isu

draft • 4:20 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

kesesakan Tambak Johor. Konsep ini bermaksud penumpang hanya perlu melalui proses pemeriksaan imigresen dan kastam di titik pelepasan sahaja.

Contohnya, jika penumpang daripada Singapura hendak ke Malaysia, penumpang tersebut akan menyelesaikan pelepasan imigresen dan kastam Singapura dan kemudian terus menjalani pemeriksaan imigresen dan kastam Malaysia di Stesen Woodlands, Singapura.

Apabila tiba di Stesen Bukit Chagar, Johor, penumpang boleh terus keluar tanpa melalui pemeriksaan lagi. Penumpang dari Singapura yang tiba di Malaysia ini dikategorikan sebagai tidak berisiko kerana tapisan dari segi keselamatan telah selesai dilaksanakan dan membolehkan aliran keluar penumpang yang lancar dan mengelakkan kesesakan di pintu ketibaan stesen RTS.

Ahli Yang Berhormat, bagi melaksanakan pelepasan imigresen dengan efisien, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak masing-masing 100 unit e-gate di Stesen Bukit Chagar dan Stesen Woodlands, Singapura untuk menampung pemeriksaan penumpang di kedua-dua stesen. Penggunaan sistem e-gate berasaskan kecerdasan buatan (AI) di Bukit Chagar dan Woodlands ini membolehkan pelepasan penumpang dalam tempoh maksimum tujuh saat dan pengecaman dilakukan dengan lebih tepat dan pantas.

Untuk makluman Yang Berhormat, operasi akan beralih kepada penggunaan teknologi setanding atau lebih baik daripada sistem yang digunakan di KLIA, BSI atau KSAB. Sistem berkapasiti tinggi ini, untuk makluman Yang Berhormat, direka khusus untuk melancarkan pergerakan penumpang dan pengurangan kesesakan terutamanya ialah pada waktu-waktu puncak. Jadi, penambahan teknologi e-gate akan dilaksanakan seiring dengan perubahan teknologi dari semasa ke semasa selain daripada kecekapan bantuan teknikal dan penyelenggaraan berkala.

Jadi, kelebihan utama sistem pelepasan RTS Link ditekankan dari segi kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem yang akan membantu pengguna merancang perjalanan dengan lebih teratur dan mengelakkan kelewatan yang tidak dijangka.

draft • 4:20 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Dengan perancangan kapasiti e-gate yang lebih besar dan sistem... [Tidak jelas] bersepadu, kita yakin— kerajaan yakin dengan kesediaan dan keupayaan perancangan sedia ada untuk mengendali infrastruktur rentas sepadan dengan lebih baik. Jadi, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor dan agensi berkaitan sebenarnya telah merangka strategi penyuraian trafik. Ini menjawab banyak isu yang

draft • 4:30 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

dibangkitkan tadi, yang lebih holistik dengan menggabungkan strategi jangka pendek dan jangka panjang bagi menangani aliran penumpang di kawasan Stesen Bukit Chagar menjelang operasi penuh RTS Link pada 2027.

Jadi, pelan penyuraian trafik ini, untuk makluman Yang Berhormat, bertujuan menangani kesilapan kritikal di pusat bandar raya Johor Bharu apabila RTS Link beroperasi. Untuk makluman, strategi ini disarankan untuk operasi sepenuhnya menjelang 1 Januari 2027 melalui pendekatan-pendekatan yang kalau boleh saya sebut, satu ialah strategi penyuraian penumpang adalah dengan memperkasakan perkhidmatan rangkaian bas perantara di bawah Program SBST dan penyediaan infrastruktur khusus iaitu satu peluasan liputan laluan bas di luar kawasan RTS Link bagi memastikan ketersambungan yang lebih jauh.

Maknanya, daripada 18 laluan sedia ada, jumlah akan ditingkat kepada 21 laluan dan pada tahun 2026 dan seterusnya, mencapai 28 laluan menjelang suku pertama 2027. Dari segi bilangan bas yang beroperasi juga oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, akan ditingkatkan secara berperingkat untuk menampung jumlah pertambahan penumpang. Operasi semasa yang melibatkan 128 unit bas, dia akan ditambah kepada 162 unit pada tahun 2026 dan akhirnya, dia akan mencapai kapasiti maksimum 254 unit bas menjelang tahun 2027.

Dan satu lagi, bagi mengelakkan bas terperangkap dalam kesesakan lalulintas umum, lorong-lorong khas bas sedang disediakan. Langkah ini Yang Berhormat, menjamin kelancaran pergerakan pengangkutan awam masuk dan keluar dari stesen RTS, memberikan keutamaan perjalanan pengguna bas.

Selain dari itu, kalau kita lihat, bagi mengurangkan kebergantungan kepada jalan raya, stesen rel sedia ada akan dioptimumkan untuk menyuraikan penumpang daripada destinasi yang lebih jauh sebelum mereka memasuki pusat bandar yang padat. Ini sangat jelas dan kita mengambil kira semua perkara-perkara yang dibangkitkan tadi.

Begitu juga kapasiti train elektrik akan ditingkatkan kepada 10 set train dengan kekerapan perjalanan setiap dua jam dari Kuala Lumpur–Johor Bahru serta pengenalan sistem bas Rapid Transit. Strategi penyuraian ini melibatkan train berhenti di enam bandar utama di Johor. Makna, membolehkan penumpang turun di lokasi-lokasi strategik tanpa tertumpu di JB Central semata-mata. Banyak lagi langkah-langkah lain dan tentunya kerajaan juga sedang memuktamadkan perjanjian pajakan sebanyak 10 set train komuter daripada negeri China.

draft • 4:30 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Perkhidmatan ini dijangka mula operasi dalam tempoh dua tahun selepas perjanjian dimeterai. Ia memberikan perkhidmatan alternatif berkapasiti tinggi untuk penduduk tempatan. Dan banyak lagi Yang Berhormat, kalau saya nak sebut satu persatu pelan ini. Yang penting, apa juga yang kita— dibangkitkan tadi, sebenarnya di peringkat jawatankuasa, kita telah meneliti satu persatu hasil daripada kajian yang kita buat, libat urus yang kita lakukan dan— Namun, apa yang dibangkitkan tadi juga kekal kita jadikan peringatan kepada kita untuk pastikan apa yang kita lakukan ini benar-benar memberi manfaat kepada ahli.

draft • 4:30 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

[Bangun]

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Satu lagi Yang Berhormat, sebelum saya bagi kepada— saya akan sampai sebenarnya kepada...

draft • 4:30 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Menteri.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

...daripada Yang Berhormat tadi, Kapar tadi sebut. Tak apa saya dulukan tu sebab dia bangun. Kapar tentu pejuang bahasa tadi. Ini berkaitan dengan mengapa rang undang-undang ni tidak dinamakan penuh dalam bahasa Melayu? Yang Berhormat, saya pun Diploma Pengajian Melayu, Yang Berhormat. Sebenarnya, prinsip am selaras dengan kehendak Akta Bahasa Kebangsaan 1963 [Akta 32], suatu rang undang-undang kehendaklah digubal dalam dua bahasa iaitu bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris.

Oleh itu, segala istilah dan terma dalam bahasa Inggeris hendaklah diterjemah dalam bahasa kebangsaan bagi maksud penggubalan teks bahasa kebangsaan. Namun begitu, bagi istilah Rapid Transit System Link Johor Bahru– Singapura, di bawah rang undang-undang ini dikekalkan dalam teks bahasa Inggeris kerana ia merupakan suatu kata nama khas yang telah...

[Tidak jelas] Satu nama khas yang signifikan kepada perjanjian-perjanjian yang ditandatangani antara kedua- dua negara dan sebutan perkataan ini bukan sahaja terhad kepada wilayah Malaysia tapi digunakan juga oleh warganegara Republik Singapura.

Jadi itu, kata nama khas ini dikekalkan dalam teks bahasa Inggeris tanpa diterjemah ke dalam bahasa kebangsaan. Selanjutnya Yang Berhormat, turut dinyatakan bahawa naskhah sahih bagi rang undang-undang ini juga ditetapkan dalam teks bahasa Inggeris, mengambil kira sifat dan penggunaan rentas sempadan RUU ini. Jadi, penetapan nasihat sahih tersebut dapat dilihat melalui penetapan siaran sebagai PUB 55/260.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Dalam erti kata lain Yang Berhormat, kata nama khas seperti ini pernah juga diguna pakai dalam banyak rang undang-undang lain. Semalam juga kita bincangkan dalam rang undang-undang yang dibentangkan oleh JPM juga membincangkan perkara-perkara berkaitan perjanjian. Jadi, apa yang diguna pakai oleh kementerian ini bukanlah baru tapi ia juga terpakai— banyak rang undang-undang lain yang boleh saya kongsi dengan Yang Berhormat secara bertulis.

draft • 4:30 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Menteri, boleh jelas sikit ni? Saya tak ada masalah dengan daripada segi hubungan dengan Singapura atau luar negara yang di mana mungkin orang luar daripada negara, pelancong ke, pengunjung ke, yang nak pergi daripada Malaysia ke, daripada Johor ke Singapura tu. Saya tak ada masalah yang tu. Yang saya maksudkan ialah nama akta itu sendiri sepatutnya dibahasa Malaysia kan. Kemudian nak letak yang Rapid Transit itu juga supaya orang faham, saya tak ada masalah. Tapi nak buat akta baru, lagi-lagi 2026, kenalah buat reformasi, Timbalan Speaker dan Menteri. Saya rasa this is the time, lagi-lagi dengan Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong. Nak kena utamakan bahasa kebangsaan kita.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Baik. Saya ambil maklum tapi saya sebutkan tadi bahawa Rapid Transit System Link Johor Bharu-Singapura ni kita kekalkan kerana ini merupakan kata nama khas yang signifikan dengan perjanjian-perjanjian yang ditanda tangani oleh...

[Tidak jelas] Ini nama khas, Yang Berhormat. Okey.

draft • 4:30 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Akta ini digunakan sekali-sekala je, bukannya setiap hari. Yang Rapid Transit tu nak sebut, okey. Tapi akta ni sendiri, bukan pakai hari-hari. Bukan nak sebut hari-hari.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Okey, Yang Berhormat.

Saya ambil maklum perkara itu. Yang Berhormat Bagan Serai tadi ada bangkitkan berkaitan dengan kos projek, RM5.25 bilion. Apakah kos ini tetap? Apakah kos bagi menaiki tren ini munasabah? Ini dibangkitkan. Untuk makluman Dewan, kos RTS Link ini meliputi kos infrastruktur iaitu RM5.285 bilion dan kos sistem berharga RM754 juta. Ini selaras dengan hasrat memudahkan urusan rakyat.

Jadi, kerajaan sentiasa komited untuk memastikan harga tiket adalah mampu milik, munasabah dan tidak membebankan rakyat. Maknanya, apa juga yang dilakukan dan diputus oleh kerajaan, keutamaan kita melihat kepada impak dan kesan kepada rakyat dan tentunya kita akan memberi keselesaan kepada rakyat dalam semua perkara.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Bakri membangkitkan berkaitan dengan apakah usaha kerajaan untuk memastikan bahawa RTS tidak mengalami kegagalan yang sama dari segi sistem dan sebagainya? Untuk makluman Yang Berhormat, bagi tujuan pengoperasian RTS Link, kerajaan telah melantik RTS Operation Private Limited. RTS Operation Private Limited (OPCO) melalui perjanjian konsesi bertarikh 30 Julai 2020.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

OpCo adalah sebuah syarikat usaha sama atau JV antara Malaysia dan Singapura. Skop perjanjian OpCo adalah tertakluk bagi kos operasi dan penyelenggaraan akan ditanggung oleh kedua-dua negara. Bagi melaksanakan pelepasan imigresen dengan efisien, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak masing-masing saya sebutkan tadi 100 unit e-gate di Stesen Bukit Chagar dan Woodlands, Singapura untuk menampung pemeriksaan penumpang di kedua-dua stesen.

Penggunaan sistem e-gate kita berasaskan kecerdasan buatan (AI) di Bukit Chagar dan Woodlands bagi membolehkan pelepasan penumpang tempoh maksimum tujuh saat dan pengecaman dilakukan dengan lebih tepat dan pantas. Ini elemen yang sangat penting untuk mengawal kelancaran. Jika kita gagal mengurus dengan berkesan, dia akan menjejaskan. Sebab itu satu minit, satu saat, dua saat juga penting bagi kita. Jadi pemeriksaan penumpang melalui e-gate turut disokong dengan penyediaan kaunter hibrid yang membolehkan pemeriksaan manual dilaksanakan dengan dilaksanakan sebagai langkah mitigasi sekiranya sistem e-gate mengalami gangguan.

Yang Berhormat, tadi dibangkitkan juga berkaitan dengan bidang kuasa jenayah di kawasan peralihan fasal 15(9), 15(1) 1993 bagi insiden berlaku di kawasan antara Tiang 47, 48. Jadi penentuan yang saya nyatakan tadi bergantung kepada pegawai yang tiba terlebih dahulu di kawasan tersebut. Apakah sistem keadilan negara bergantung kepada logistik dan kepantasan operasi?

Yang Berhormat, penentuan bidang kuasa ini diperlukan untuk memastikan terdapat kepastian undang-undang memandangkan ia melibatkan isu rentas sempadan. Jadi penentuan bidang kuasa berdasarkan prinsip pegawai yang sampai terlebih dahulu. Ia nya telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak dalam perjanjian dua hala yang telah ditandatangani. Tiba dulu itu maksud pegawai pengurusan insiden rentas sempadan yang tiba dahulu di kawasan insiden di antara Tiang 47, 48. Ini adalah tertakluk kepada tiba secara fizikal bagi mengurus insiden tersebut.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Yang Berhormat, saya nak sebut bahawa keseluruhan kepada kerangka perundangan RTS ini kita bina atas prinsip timbal balas. Saya dah sebut juga tadi, jaminan ini kita sokong kepada empat asas utama. Saya nak sebut bahawa prinsip kesetaraan sebagai asas hubungan perundangan ini tertakluk pada perjanjian dua hala yang telah pun ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Singapura pada tahun 2018 lagi.

Kedua-dua negara telah bersetuju secara prinsip bahawa undang-undang yang diguna pakai mestilah berkonsepkan apa juga kuasa dan perlindungan yang diberikan kepada pegawai penguat kuasa Singapura di Stesen Bukit Chagar wajib diberikan setara kepada pegawai penguatkuasaan kuasa Malaysia di Woodlands. Ini sangat jelas.

RUU RTS yang dibentangkan ini adalah terjemahan langsung daripada perjanjian tambahan yang dimeterai pada 4 Disember 2025. Perjanjian tambahan ini memperincikan tata cara kerja serta menjamin pemberian imuniti dan perlindungan undang-undang pada pegawai penguat kuasa bagi kedua-dua negara semasa bertugas di seberang sempadan. Oleh itu, Singapura juga sedang dalam proses meminda undang-undang domestik mereka untuk memenuhi komitmen yang sama.

Untuk makluman Yang Berhormat, sebagai langkah keselamatan bagi pihak Malaysia, fasal 5 Rang Undang-undang RTS secara jelas memperuntukkan mekanisme perkiraan bersilang iaitu fasal ini menetapkan syarat ketat bahawa sekiranya Singapura gagal atau tidak memberi perlindungan, imuniti atau keistimewaan sama ada kepada pegawai Malaysia, maka peruntukan di bawah undang-undang Malaysia ini tidak akan terpakai kepada pegawai mereka. Ini adalah mekanisme automatik untuk menjamin kedaulatan negara dan perlindungan kepada pegawai Malaysia dan kedua-dua negara terikat dengan garis masa yang ketat dengan SA tersebut.

Malaysia dan Singapura perlu memuktamad dan mewartakan perundangan domestik masing-masing selewat-lewatnya pada 30 Jun 2026. Ini adalah bagi memastikan segala aspek perundangan siap sedia untuk dikuatkuasa sepenuhnya pada 30 September 2026. Kesimpulannya, tidak timbul isu berat sebelah sebagaimana kekhuatiran yang dibangkitkan tadi kerana Singapura terikat di bawah perjanjian antarabangsa untuk mewujudkan perjanjian setara demi melindungi pegawai Malaysia yang bertugas. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 28 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [****Jadual** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] *[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

(Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad) dan diluluskan]*

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum tamatnya persidangan pada hari ini, saya memaklumkan bahawa tiada persidangan pada minggu hadapan. Pada kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang menyambut [Tepuk] dan salam Ramadan kepada semua umat Islam yang akan menjalani ibadah puasa bermula pada minggu hadapan.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Isnin, 23 Februari 2026.

draft • 4:40 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 4.50 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026