Feb112026

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Kita mulakan Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan ini dengan saya menjemput Tuan Fong Kui Lun, Bukit Bintang.

draft • 10:00 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1.

draft • 10:00 AM

1. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Menteri Kewangan menyatakan, jumlah penjimatan dicapai melalui pelaksanaan BUDI MADANI (BUDI95) sepanjang tahun 2025 dan unjuran penjimatan bagi tahun 2026 serta bagaimana penjimatan tersebut dimanfaatkan, adakah disalurkan semula untuk meringankan kos sara hidup rakyat dan memperkukuh bantuan bersasar kepada golongan B40 dan M40.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Perdana Menteri.

draft • 10:00 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Bukit Bintang.

Saya jelaskan saya memilih untuk jawab hari ini sebab semalam dan juga hari Khamis itu standby untuk Sidang Khas Majlis Raja-Raja Melayu dan sidang penuh pada esok. Sebab itu, saya pilih jawab hari ini. Saya terima kasih kepada Bukit Bintang.

So, RON95 ini alhamdulillah adalah berita baik bagi negara kerana tak banyak negara yang mengambil pendirian untuk melaksanakan penyasaran subsidi kerana risiko dan juga penerimaan rakyat itu sepertimana kita sedia maklum agak mencabar, tapi alhamdulillah bila dilaksanakan, diterima baik.

draft • 10:00 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Pertama, kita tidak ada banyak pilihan kerana ketirisan akibat daripada subsidi yang tidak bersasar ini terlalu tinggi dan kedua, kita telah akui bahawa kenyataan sekarang ini adalah lebih baik sekiranya dilaksanakan secara berfasa, tetapi tidak menjejaskan kebajikan rakyat terbanyak. Itu prinsip yang diterima. Jadi, sepertimana saya pernah tegaskan di Parlimen sebelum ini, kita tidak memilih untuk menerima pendekatan Bank Dunia dan beberapa pakar ekonomi yang mahu kita laksanakan cara pengapungan dan bila kita apungkan harga, katalah sekitar RM13,000 satu keluarga, yang selebihnya itu mesti akan diberikan bantuan, tapi kita fikir, itu akan membebankan rakyat terbanyak.

Daripada hasil ini umpamanya, berdasarkan pengalaman kita dengan elektrik, kita selamatkan 85 peratus rakyat dan RM6 bilion. Untuk diesel, RM5 bilion.

Jadi dengan BUDI95, harga ditetapkan pada RM1.99. Walaupun yang diuar-uarkan itu RON97 sebagainya yang dijadikan dalam media sosial, tapi kita masih menekankan penggunaan di kalangan rakyat terbanyak. Alhamdulillah juga kerana penggunaan itu licin, teratur, kaedah yang diperkenalkan dan saya mengucapkan tahniah kepada semua pegawai-pegawai— penjawat awam dan juga penguat kuasa yang menjalankan dengan begitu baik. Ini satu success story yang membanggakan kita.

Umpamanya, transaksi satu hari Tan Sri Yang di-Pertua ialah 3.1 juta. Makna transaksi 3.1 juta orang satu hari, tapi dia jalan dengan baik dan sebab itu, penggunaannya pun rakyat Malaysia umumnya lebih bertanggungjawab. Kalau lihat ada kenderaan asing menggunakan, dia melaporkan. Jadi, semangat kebangsaan dan pertanggungjawaban rakyat itu membanggakan. Kegunaan sekarang ini sekitar 100 liter, average. Walaupun kita pergi sampai 300 dan 90 peratus rakyat guna tidak lebih daripada 200 liter sebulan.

Jadi, kadang-kadang dalam perbahasan mengatakan tak cukup, sebenarnya terbukti dari segi pelaksanaan kita tidak begitu. Setakat ini penyasaran subsidi RON95 untuk 2026 dijangka menjimatkan RM25 bilion.

Jadi, alhamdulillah dalam kerana kejayaan itu, kita boleh perkenalkan beberapa program membantu rakyat termasuk STR dan juga SARA dan dua hari lalu, 22 juta rakyat Malaysia, 18 tahun ke atas menerima RM100 setiap individu melalui MyKad. Ini SARA untuk semua dan bayangkan Tan Sri Yang di-Pertua, dua hari, kita ada belanja RM200 juta dan 2 juta rakyat boleh menggunakan, dalam dua hari. Ini satu kejayaan di kalangan penjawat awam dengan dasar yang lebih telus.

Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Bukit Bintang. Soalan tambahan.

draft • 10:00 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Amat Berhormat, BUDI MADANI 95 merupakan langkah awal kerajaan untuk ketirisan subsidi di bahagian perbelanjaan.

Adakah kerajaan melihat pengkerasan operator perjudian haram atau illegal number focus operator sebagai langkah pelengkap untuk menutup ketirisan di bahagian hasil negara supaya usaha konsultasi fiskal tidak hanya bergantung kepada pengurangan subsidi? Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sila Perdana Menteri.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Okey, kerana isu subsidi tentunya bukan satu-satunya langkah yang diambil oleh kerajaan. Kita juga ambil tindakan umpamanya mengawal dari sudut penyeludupan dan juga ketirisan. Dan Tawau, di Perlis, Rantau Panjang— itu tiga tempat yang dikenal pasti ketirisan tertinggi dan pengawasan dan pengawalan lebih tertumpu ke kawasan itu untuk mengelak daripada kehilangan hasil, tapi untuk menjawab masalah penyeludupan dan juga perjudian haram ini, sepertimana kita telah umumkan, tindakan telah diambil.

Rampasan sudah mencecah bilion Ringgit, kita telah umumkan dan ini akan tentunya satu program yang berterusan. Cuma tidak mudah kerana medium online kadang-kadang berpangkalan luar negara dan keduanya, dia mekanisme elektronik itu sangat canggih. Dia boleh buka dan tutup dalam kadar yang segera. Dia melibatkan dua langkah...

draft • 10:10 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

...Pertama, penguatkuasaan. Kedua, juga kepertanggungjawaban dan kesedaran rakyat.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Jerlun.

draft • 10:10 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Penjelasan tentang BUDI95 iaitu inisiatif kerajaan untuk memberikan subsidi secara bersasar untuk menangani ketirisan dan mencegah penyeludupan minyak ke negara jiran. Sejak dilaksanakan tahun 2025, BUDI95 ini dia melibatkan seluruh Warganegara Malaysia tanpa mengira kategori, sama ada B40, M40 dan T20 atau lebih tepat lagi tanpa mengira sama ada kaya atau miskin.

Soalan saya di sini, adakah kerajaan bercadang untuk mengkaji semula pelaksanaan BUDI95 ini, hanya dengan menumpukan kepada golongan yang benar-

draft • 10:10 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

benar layak iaitu miskin ataupun miskin tegar, selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menoktahkan miskin dan miskin tegar dalam negara kita?

Yang kedua, kerajaan menyatakan pelaksanaan BUDI95 ini dapat melakukan penjimatan dan membantu mengurangkan defisit fiskal negara. Jika benar berlaku penjimatan, mengapa harga barang masih melambung tinggi dan kos sara hidup rakyat meningkat? Dan adakah terdapat mekanisme kawalan harga barang selepas pelaksanaan subsidi minyak bersasar ini? Sekian, terima kasih Tan Sri.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sila Perdana Menteri.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Jerlun. Pertama, saya nak jelaskan bahawa dalam pendekatan BUDI95 ini, kita berikan kepada semua. Ini berbeda dengan semua langkah-langkah lain. Umpamanya, elektrik. BUDI95 itu penggunaannya itu di kalangan rakyat biasa, menggunakan kenderaan. Elektrik itu yang dinaikkan itu bagi syarikat-syarikat. Jadi, kategorinya berbeza. Sebab itu dalam kes diesel dan elektrik, itu dibezakan umumnya kepada syarikat perniagaan dan perbezaannya itu jauh lebih tinggi.

Dalam kes BUDI95 ini, kita ambil perkiraan. Ada cadangan awal seperti saya sebut, DOSM statistik menetapkan pendapatan RM15,000 untuk melayakkan mereka ataupun yang ke bawah supaya dikecualikan ataupun tidak dinaikkan harga, tetapi bila perkiraan, RM13,000 itu terlalu rendah. Nasib baiklah kita Jemaah Menteri masa itu menolak cadangan itu kerana kalau kita ambil RM13,000, masalah penjawat awam, petani, peladang terlalu ramai yang mendapat pendapatan RM13,000 ke bawah. Dan kemudian kerenah kita kena bayar pula, mengganti jumlah dana untuk menggantikan lompongan itu. Jadi, kita memilih untuk menolak.

Jadi, kalau kita naikkan RM25,000 sebulan, itu agak munasabah diberikan pertimbangan. Maknanya, siapa pendapatan RM25,000 sebulan, itu dia kena bayar kos minyak sepenuhnya. Tidak ada subsidi, tetapi bila kita buat perkiraan, dia hanya dua peratus saja pengguna. Jadi, “tak berbaloi” orang Kedah kata. Maknanya setelah dengan segala mekanisme, kemudian nak selamatkan hanya dua peratus jumlah pengguna.

Sebab itu, pertimbangan kita sekarang adalah untuk minyak. Soal subsidi— penyasaran subsidi minyak ini kita rasa lebih baik lagi berjalan ini dan kerana yang kalau nak jimatkan itu dua peratus dengan kerenah pentadbirannya, kos lagi dan sebagainya dan akan juga mengundang terlalu banyak masalah kerana minyak ini digunakan hampir oleh semua rakyat.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Yang dikaitkan dengan harga barang dan kos sara hidup, memang dipantau walaupun ini isu lain. Dengan turun harga minyak, tentunya kos juga turun, tetapi harga barang ini, melalui SARA dibantu. Mengapa kita turut membantu melalui SARA, melalui STR? Dan STR ni, Tunai RAHMAH ni, mencecah RM15 bilion. RM15 bilion tu harus dilihat bersama dengan kos sara hidup.

Bila kos meningkat, kita tambah RM15 bilion kepada rakyat. Naik gaji penjawat awam RM15 bilion. Jadi, makna RM30 bilion tambahan itu kerana mengambil kira kenyataan memang harga barang masih juga merunsingkan walaupun langkah-langkah diambil, tapi tidak mampu kita selesaikan semua sepertimana beberapa kos barangan import yang masih tinggi.

Cuma kenyataan Yang Berhormat Jerlun, itu dari soal kemiskinan. Dari estimate masalah kemiskinan tegar umpamanya, itu memang jumlahnya turun. Dari kalau 2022 – 0.2 peratus, untuk 2024 – 0.09 peratus. Ini hampir menoktahkan kemiskinan tegar.

Begitu juga inflasi. Apakah ada inflasi? Ya, jawapannya ada. Apakah dia menjadi satu isu besar dalam negara oleh Jemaah Menteri? Jawabnya, ya, tetapi kenyataannya apa? Penurunan kadar inflasi, segi— 1.8 peratus 2024 kepada 1.4 peratus 2025. Maknanya dalam— kalau dilihat dari segi trajektorinya, dia beroleh tambah baik, tetapi dia masih belum merupakan penyelesaian yang menyeluruh kerana ada tempat-tempat dan daerah dan harga barang-barang yang dianggap masih tinggi yang harus dikawal.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih. Kita bergerak ke soalan nombor 2. Saya jemput Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh, Pasir Puteh.

draft • 10:10 AM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Assalamualaikum warahmatullah. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2.

draft • 10:10 AM

2. Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh [Pasir Puteh] minta Menteri Ekonomi menyatakan, komitmen dan perancangan pihak kerajaan dalam memastikan kemajuan ekonomi rakyat dan negeri Pantai Timur terus dipertingkat bagi mengimbangi kepesatan pelbagai pembangunan dan kemudahan infrastruktur di Pantai Barat.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:10 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pasir Puteh bertanyakan mengenai komitmen dan perancangan pihak kerajaan untuk kita pastikan kemajuan ekonomi

draft • 10:10 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

rakyat dan negeri Pantai Timur terus dipertingkatkanlah berbanding dengan Pantai Barat.

Jadi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, memang kerajaan komited untuk memastikan kemajuan ekonomi rakyat dan negeri Pantai Timur terus dipertingkat bagi mencapai pertumbuhan yang inklusif dan juga seimbang.

Dasar pembangunan ini adalah berpaksikan kepada Kerangka Ekonomi MADANI yakni memperkasa rakyat yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas untuk tempoh 2026 hingga 2030. Jadi, strategi ini juga kita bertujuan untuk merapatkan jurang antara pembangunan wilayah, di samping meningkatkan daya saing setempat.

Dalam RMK12 sebelum ini, liputan bekalan air bersih, elektrik dan capaian internet di kawasan berpenduduk telah mencatatkan peningkatan yang baik. Jadi, keutamaan juga diberikan kepada projek yang menjana pertumbuhan ekonomi, meningkatkan kemudahan asas seperti sekolah, hospital dan jalan raya yang memberi manfaat besar kepada rakyat, terutamanya di kawasan desa.

draft • 10:10 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Untuk RMK13, kerajaan juga akan terus memastikan pembangunan infrastruktur yang lebih seimbang antara negeri Pantai Timur dan juga Pantai Barat melalui pengukuhan jaringan logistik, mobiliti rakyat dan juga akses utiliti.

Dalam hal ini, pelaksanaan projek infrastruktur strategik seperti Laluan Rel Pantai Timur ataupun ECRL akan menjadi pemangkin pembangunan berorientasikan transit. Maksudnya, kita bukan hanya melihat kepada jajaran rel semata-mata, tapi bagaimana pembangunan di sepanjang jajaran yang dapat meningkatkan kesalinghubungan logistik dan memacu pertumbuhan industri di wilayah Pantai Timur.

Penekanan juga turut diberikan kepada pengukuhan rantaian bekalan makanan termasuk inisiatif melalui pengoperasian Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali, pembangunan Ladang Nanas Bersepadu Rompin dan juga Lembah Tenusu Jemaluang di Mersing.

Manakala tarikan baharu pelancongan diwujudkan melalui pembangunan industri pelancongan seperti Jambatan Angkat Kuala Terengganu, Santuari Penyu, Cherating dan juga Pantai Geting. Kesemua langkah ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk memastikan Wilayah Pantai Timur menikmati pembangunan yang seimbang sekali gus meningkatkan kemakmuran ekonomi dan juga kesejahteraan rakyat tempatan. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Pasir Puteh, soalan tambahan.

draft • 10:20 AM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tan Sri. Pertamanya, saya rakamkan jutaan terima kasih di atas perhatian yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri di kawasan Pantai Timur. Saya memerhatikan jawapan yang dijawab oleh Menteri berkenaan dengan ECRL, jambatan gantung, penanaman, pertanian seperti nanas dan seumpamanya, semua ini adalah program-program yang dilaksanakan sebelum daripada Kerajaan MADANI.

Soalan saya, di zaman Kerajaan MADANI ini, apakah program-program pembangunan yang besar? Pelancongan ke pembinaan kilang yang besar ke yang diluluskan oleh Kerajaan MADANI kepada negeri-negeri di kawasan Pantai Timur?

Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Menteri.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Puteh. Cerita semua nak yang besar-besarlah. Jadi, untuk sebagai contoh bila kita berbicara soal ECRL, sementara pelaburan itu telah dibuat untuk supaya jaringan pengangkutan itu diwujudkan, sudah pasti cabaran seterusnya adalah untuk membangunkan kawasan-kawasan yang melalui jajaran tersebut.

Jadi, kalau sebagai contoh antara pendekatan yang saya nyatakan tadi adalah supaya kita tumpukan juga kepada TOD, ada pembangunan di kawasan- kawasan yang sepanjang jajaran tersebut supaya limpahan ekonomi itu turut dirasai oleh masyarakat tempatan dan perkara ini perlu disambut oleh kerajaan negeri, oleh agensi-agensi yang berkaitan.

Contoh yang kita ada, yang sememangnya ada dalam perkara yang kita baru luluskan dalam Rolling Plan Pertama dalam RMK13 adalah untuk kita membina kemudahan sokongan pelancongan rail tourism trail di Kampung [Tidak jelas] Setiu Wetlands.

Jadi, perkara itu adalah untuk kita memberi galakan dan juga sebagai pemula supaya jajaran itu digunakan dan juga ada manfaat untuk penduduk dan juga tarikan kepada orang awam supaya manfaat itu melimpahi bukan semata-mata untuk tujuan pengangkutan. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Beberapa Orang Ahli

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tebrau.

draft • 10:20 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Saya ada sebuah soalan yang lebih kepada pembangunan kemajuan ekonomi rakyat Malaysia secara umum Menteri. Seperti sedia maklum, dalam pertumbuhan ekonomi negara, Kerajaan Malaysia MADANI ini kita sentiasa pegang kepada prinsip naikkan siling, naikkan lantai. Maka soalan saya kepada Menteri, apa usaha kerajaan untuk kita naikkan lantai iaitu naikkan pendapatan rakyat Malaysia baik mereka yang bekerja atau berniaga supaya mereka ada lebih banyak kuasa untuk beli. Itu satu.

Dan dua, Malaysia akan dijangka untuk mencapai status high-income nation dalam satu hingga dua tahun lagi. Soalan saya, adakah kita masih on track untuk mencapai status tersebut? Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Tebrau. Luas soalannya.

Apabila kita berbicara soal prinsip yang digunakan, memang kita tumpukan sebagai contoh menaikkan siling itu, menaikkan lantai dan juga dari segi good governance. Bila kita sebut soal menaikkan lantai, sudah pasti ia tertumpu juga kepada social mobility supaya rakyat itu ada kekuatan untuk meneruskan kehidupan dalam suasana yang lebih baik. Jadi, contoh kalau dari segi bagaimana untuk meningkatkan keupayaan masyarakat. Sudah pasti dari segi satu sudut soal pendidikan dan sebagainya, kita tengok bahawa reformasi pendidikan kini sedang berlangsung.

Pada masa yang sama, sudah pasti soal keupayaan. Itu juga bergantung bila sebut dalam ekonomi adalah dari segi pendapatan ataupun gaji. Jadi, antara usaha yang kerajaan sedang laksanakan yang memang is ongoing process contohnya gaji minima. Dulu RM1,500 sekarang kita dah naik ke RM1,700. Yang kedua pula untuk menangani contohnya compression wage ataupun gaji yang ditekan kerana ada gaji minima, maka ada juga usaha untuk kita perkenalkan Dasar Gaji Progresif.

Jadi sebab itu, dalam kita meneliti soal pembangunan negara, bercakap soal angka sahaja tidak cukup, tapi kita kena tengok bagaimana kesannya kepada masyarakat umum. Dari segi projection, sama ada kerajaan betul-betul akan mengemudi negara ke arah negara maju, memang jangkaan yang diuar-uarkan itu berdasarkan unjuran yang ada tahun 2030.

Cuma pada masa kini dalam RMK13, selain dalam meletakkan soal sasaran tersebut, yang lebih penting adalah mekanisme yang kita perlu laksanakan supaya bilanya berlaku, ia bukan menjadi sebagai counterproductive. Maksudnya, walaupun

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

dari segi keseluruhannya statusnya baik, tetapi bagaimana nasib rakyat kebanyakan itu kita juga perlu teliti.

Maka sebab itu RMK13, memang kita tumpukan kepada soal pelaksanaan supaya dasar ataupun polisi yang kerajaan gunakan ini akan mengisi kelompongan dan juga memastikan dari segi tahap yang disebut tadi menaikkan lantai itu juga kita pelihara dengan sebaik mungkin. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Datoʼ Sri Dr. Wee Jeck Seng Tanjung Piai.

draft • 10:20 AM

3. Datoʼ Sri Dr. Wee Jeck Seng [Tanjung Piai] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, strategi kementerian dalam memperkukuh kerjasama dengan institusi latihan dan sektor swasta bagi memastikan peningkatan gaji seiring dengan dasar gaji progresif agar ia nya berpatutan berdasarkan peningkatan kemahiran tenaga kerja tempatan yang mampu meningkatkan kadar pertumbuhan pendapatan isi rumah.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Tan Sri Yang di-Pertua, kerjasama strategik di antara institusi latihan serta sektor swasta merupakan antara pendekatan yang terpenting di kesuma bagi menjamin dan memastikan peningkatan gaji pekerja berlaku secara progresif, berpatutan dan sejajar dengan peningkatan tahap kemahiran tenaga kerja tempatan, seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan pendapatan isi rumah negara.

Antara strategi-strategi utama yang dilaksanakan adalah pertama memperkukuh pembangunan kemahiran berasaskan keperluan sebenar industri melalui pendekatan demand-driven training dengan memperkenalkan beberapa inisiatif baharu berasaskan data dan permintaan industri.

Kedua, memperkasakan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan atau National Occupational Skills Standard (NOSS) yang kini dilaksanakan berdasarkan keperluan semasa industri serta unjuran pekerjaan masa hadapan.

Ketiga, memperkukuh latihan berasaskan tempat kerja dan penglibatan aktif industri melalui penambahbaikan program Akademi Dalam Industri (ADI) yang dilaksanakan secara kolaboratif bersama sektor swasta.

Keempat, menubuhkan 18 buah MyMahir Future Skills Talent Council (FSTC) yang dipacu oleh pemain industri bagi memastikan pembangunan bakat selaras dengan keperluan industri melalui penetapan reka bentuk latihan dan pemilihan pusat latihan yang bersasar.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Kelima, melaksanakan Program TalentCorp MyMahir SkillsLab berasaskan industri termasuk penempatan terus dalam syarikat dengan tawaran gaji permulaan sehingga RM7,500.

Keenam, memastikan akses pembiayaan latihan kemahiran yang inklusif dan terakhir, memastikan pekerja termasuk tenaga bekerja kemahiran TVET memperoleh gaji yang wajar, dengan memperkenalkan panduan gaji permulaan dan kenaikan gaji tahunan di bawah Dasar Gaji Progresif dan juga panduan gaji permulaan berasaskan kemahiran.

Secara keseluruhannya, strategi kementerian menekankan kerjasama erat antara kerajaan, industri latihan dan sektor swasta bagi mewujudkan rantaian nilai yang menghubungkan kemahiran produktiviti dan gaji. Pendekatan ini pasti dapat menyokong pelaksanaan Dasar Gaji Progresif secara berkesan serta meningkatkan kadar pertumbuhan pendapatan isi rumah rakyat secara mampan. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Tanjung Piai.

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjung Piai

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian? Satu, bagi mengelakkan latihan yang tidak relevan dengan struktur gaji pasaran.

Kedua, adakah peningkatan kemahiran yang dibayar kerajaan benar-benar diterjemahkan kepada penyelarasan gaji dan bukannya sekadar persijilan tanpa kesan pendapatan?

Dan akhirnya, sejauh manakah institusi latihan dan majikan sektor swasta dilibatkan dalam merangka kandungan latihan agar ia selari dengan keperluan industri sebenar?

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 10:30 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Yang Berhormat Tanjung Piai. Tanjung Piai telah membangkitkan tiga persoalan.

Pertama, berkenaan dengan latihan yang tidak relevan dengan struktur gaji.

Kedua, adakah peningkatan kemahiran ini benar-benar boleh diterjemahkan kepada penyelarasan gaji.

Dan terakhir, berkenaan dengan sejauh manakah institusi latihan dan juga majikan sektor swasta benar-benar mahu mengambil para pelatih yang telah dilatih oleh pihak agensi-agensi di bawah KESUMA.

draft • 10:30 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Bagi mengelakkan latihan yang tidak relevan dengan struktur gaji pasaran, pendekatan kementerian ada empat setakat ni. Pertama, kita menggunakan pembangunan standard kemahiran berasaskan industri (NOSS). JPK membangun dan menyemak National Occupational Skills Standard (NOSS) secara berkala dengan penglibatan aktif pihak industri sendiri.

Kedua, yang kita telah— yang telah saya terangkan sebentar tadi, penglibatan industri dalam program dan juga pembangunan kokurikulum itu sendiri kerana setiap input-input yang telah diperolehi daripada pihak industri pastinya boleh mencapai sasaran kita terutamanya kepada para pelatih, supaya para pelatih ini benar-benar mempunyai kemahiran dan juga dapat mengambil dan dapat juga memenuhi keperluan industri itu sendiri.

Ketiga, kita juga melakukan penyelarasan dengan Kerangka Kelayakan Malaysia, MQF iaitu program latihan diselaraskan mengikut tahap dalam Kerangka Kelayakan Malaysia supaya tahap kemahiran itu adalah jelas dan mempunyai padanan dengan hierarki jawatan serta struktur gaji di pasaran.

Keempat, kita juga melakukan pemantauan dan audit pusat bertauliah (PB).

JPK menjalankan pemantauan berkala ke atas pusat bertauliah bagi memastikan latihan dilaksanakan mengikut standard yang ditetapkan serta benar-benar meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Program Akademi Dalam Industri (ADI) merupakan model latihan berasaskan tempat kerja itu sendiri. Pastinya ia dilakukan secara struktur dan berupaya meningkatkan pendapatan gaji mereka, kerana setiap kali mereka mengikuti kursus- kursus di dalam ADI itu sendiri, certification ataupun pensijilan itu membawa makna yang cukup tinggi kerana mampu diberikan gaji mengikut pasaran yang sedia ada.

Walaupun tidak dapat mengikut padanan daripada pasaran global itu sendiri, tetapi ia nya pasti dengan jelas boleh memberikan peningkatan baik dari segi pasaran ataupun syarikat-syarikat yang ada di dalam negara kita.

Akhir sekali juga kita dapat lihat pada tahun 2025, tahap kepuasan majikan terhadap pelajar JTM semasa menjalani latihan industri adalah sebanyak 97.2 peratus. Ini adalah salah satu pandangan ataupun feedback yang kita perolehi daripada majikan itu sendiri. Ini kalau kita dapat 97.2 peratus, bukannya satu perkara yang perlu kita anggap sebagai remeh kerana ini memberikan kepuasan kepada majikan.

Apa yang telah dilakukan oleh ADI ataupun ADTEC, ini dengan jelas memang memenuhi kriteria dan juga permintaan pasaran. Akhir sekali, kita dapat lihat lapan

draft • 10:30 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Talentcorp MyMahir Future Skills Council (FSTC) yang dipacu oleh industri itu sendiri telah ditubuhkan bagi memastikan pembangunan bakat selari dengan keperluan sektor utama melalui penetapan reka bentuk latihan dan pemilihan pusat latihan yang bersasar.

JTM juga telah menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Teknikal –Technical Advisory Committee (TAC) di mana semua kampus ADTEC JTM, jawatankuasa ini terdiri daripada pelbagai ahli dari industri dan akademia yang memiliki kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang masing-masing supaya setiap perancangan dan juga setiap pendekatan itu boleh difahami dengan lebih baik dan jelas oleh pihak JTM ADTEC dan juga ADI. Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Padang Terap.

draft • 10:30 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Bercakap soal meningkatkan kemahiran seiring dengan Dasar Gaji Progresif, saya lebih berminat untuk memfokuskan TVET Pertanian.

Kadar kebolehpasaran graduan TVET pertanian di bawah KPKM telah meningkat 81.23 peratus. Jadi, soalan saya, KESUMA— apakah, berapakah, sasaran KESUMA untuk meningkatkan kadar kebolehpasaran TVET Pertanian, khususnya dalam automasi pertanian seiring dengan dasar gaji progresif melalui HRD Corp, TalentCorp dan Tabung Kemahiran begitu juga melalui ILJTM, Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia.

Jadi, apakah, berapakah sasaran KESUMA untuk meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan TVET Pertanian. Terima kasih, Tan Sri.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 10:30 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Yang Berhormat di atas jawapan berkenaan, berkenaan dengan TVET Pertanian, kita di ILP ataupun di ADTEC ataupun di pusat latihan, kita tidak memberikan fokus utama dalam sudut kursus-kursus pertanian itu sendiri. Tetapi kita ada perancangan dalam untuk kita memastikan setiap kursus TVET yang berkait rapat dengan pihak kementerian, yang dipantau oleh pihak kementerian akan melakukan satu kolaborasi dengan pihak universiti-universiti yang ada mempunyai kepakaran dalam bidang pertanian.

Ini adalah salah satu kerjasama strategik supaya ia nya kita dapat penuhi dan juga kita boleh melakukan memperolehi transfer of technology daripada pihak universiti-universiti yang mempunyai kepakaran dan sudut pengetahuan dalam bidang pertanian. Kerana kita tahu bidang pertanian ini merupakan salah satu cabang yang paling utama dalam kita memperkasakan industri TVET itu sendiri.

draft • 10:30 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Keduanya juga kita tahu, di dalam bidang pertanian ini, ramai anak-anak yang di luar bandar mempunyai peluang supaya mereka juga mampu memaksimakan kepakaran ataupun keminatan yang ada di dalam diri mereka, supaya perkara ini dapat kita pantau dan dapat kita laksanakan secara lebih komprehensif.

Saya juga dalam kesempatan ini akan memberikan sedikit sebanyak maklumat berkenaan dengan perancangan yang ada di pihak kementerian seperti yang telah diajukan oleh Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Tuan Roslan bin Hashim, Kulim-Bandar Baharu.

draft • 10:30 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik, terima kasih Tan Sri Speaker, YB Menteri, soalan saya nombor 4 .

draft • 10:30 AM

4. Tuan Roslan bin Hashim Kulim Bandar Baharu minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan bagi koperasi yang gagal menunjukkan prestasi yang baik adakah pihak kementerian bersedia menghentikan pembiayaan walaupun berulang kali menerima bantuan.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Selamat pagi dan salam Malaysia MADANI . Terima kasih Tan Sri Pertua.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah menetapkan dasar berkaitan penyediaan insentif dan kemudahan pembiayaan kepada koperasi bagi memastikan dana awam digunakan secara berhemah, berintegriti dan memberi manfaat yang optimum kepada anggota.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin

KUSKOP melalui SKM menyediakan kemudahan pembiayaan melalui Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMPSKM) dan Geran Bantuan Pembangunan Perniagaan yang bertujuan untuk menyokong keperluan modal pusingan koperasi dan pembelian aset, hartanah, jentera atau kenderaan bagi memperkukuh pelaksanaan aktiviti ekonomi dan keupayaan operasi perniagaan sedia ada.

Bagi tahun 2025, sebanyak 66 koperasi telah diluluskan pembiayaan TMPSKM, Tabung Modal Pusingan SKM, berjumlah RM75.32 juta. Manakala 78

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin

koperasi telah diluluskan Geran Bantuan Pembangunan Perniagaan berjumlah RM8.59 juta.

Bagi memastikan hanya koperasi yang mempunyai prestasi yang baik sahaja dipertimbangkan untuk pembiayaan Tabung Modal Pusingan SKM dan Geran Bantuan Pembangunan Perniagaan, SKM telah menetapkan kriteria dan syarat yang perlu dipatuhi oleh koperasi yang memohon, termasuklah pematuhan kepada Akta Koperasi 1993 dan keupayaan koperasi untuk membayar balik pembiayaan.

Secara umumnya, kriteria yang ditetapkan ini adalah penting bagi memastikan hanya koperasi yang benar-benar bersedia dan menunjukkan komitmen diberi bantuan untuk mengembangkan perniagaan oleh SKM. Dalam hal ini, SKM akan sentiasa menilai dan membuat pemantauan ke atas koperasi yang mendapat kemudahan ini bagi memastikan setiap pembiayaan dan geran yang disalurkan mencapai objektif pembangunan koperasi secara menyeluruh dan berkesan.

Koperasi yang menerima kemudahan pembiayaan tetapi gagal menunjukkan prestasi bayaran balik yang memuaskan adalah tidak layak untuk dipertimbangkan bagi pembiayaan baharu. Sebarang tunggakan pembiayaan juga akan dituntut dan diambil tindakan perundangan sewajarnya. Manakala koperasi yang menghadapi masalah prestasi akan dibantu melalui khidmat nasihat, tawaran penjadualan semula dan penstrukturan pembiayaan serta latihan pengurusan bagi memperkukuh keupayaan tadbir urus dan operasi koperasi tersebut. Sekian dan terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kulim-Bandar Baharu. Soalan tambahan.

draft • 10:40 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik. Terima kasih YB Menteri atas jawapan yang diberi. Soalan tambahan saya. Adakah faktor ahli koperasi sendiri tidak menganggap bahawa koperasi sebagai entiti bersama, hanya untuk dapatkan dividen untuk menyertai koperasi? Dan apakah tindakan daripada kementerian untuk atasi masalah begini?

Yang kedua, adakah cukai yang meningkat, isu e-Invois menyebabkan tekanan kepada koperasi menyebabkan mereka tidak lagi dapat berdaya saing?

Dan seterusnya, apakah perancangan kementerian bagi memperbanyakkan rakan niaga SARA seluruh negara kepada koperasi-koperasi yang mana bilangannya terlalu sedikit? Jika dibandingkan, hanya 100 koperasi lebih sahaja yang terlibat dalam rakan niaga SARA, sedangkan sekarang ini dah lebih 10,000 rakan niaga SARA, tapi koperasi masih lagi ketinggalan. Adakah dengan kaedah ini

draft • 10:40 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

menyebabkan boleh membantu koperasi untuk meningkatkan daya saing yang ada sekarang? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 10:40 AM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Pertamanya, kita kena lihat― memang saya setuju, ada kebanyakan koperasi― atau bukan kebanyakanlah― segelintirlah ya, yang melihat koperasi sebagai hanya sebagai entiti kebajikan, tetapi bukan entiti perniagaan. Sebahagian mereka hanya mengharapkan pulangan dividen setiap tahun. Jadi, ini juga menyebabkan banyak koperasi dilihat sendu, tidak bermaya, tetapi kita di pihak SKM akan sentiasa memantau keadaan ini, Yang Berhormat.

Dan keadaan semasa, peredaran zaman dengan percukaian SST, pelaksanaan SST dan juga pelaksanaan e-Invois dan sebagainya ini juga sebenarnya menjadi cabaran kepada setiap penggerak kepada koperasi. Dan kita melihat perkara ini sebagai satu perkara yang baharu yang perlu kita bimbing mereka.

Kita punya pasukan yang mantap di peringkat SKM Tan Sri, untuk turun ke bawah dan kita akan memberi latihan, bimbingan kepada mereka tentang apa juga pembaharuan-pembaharuan dari segi dasar-dasar kerajaan termasuk juga pelaksanaan SST dan juga sistem e-Invois dan sebagainya.

Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat bahawa setakat hari ini memang 10,000 koperasi yang terlibat dalam SARA ini, tapi kita akan terus melihat tentang keperluan untuk penglibatan lebih banyak koperasi dalam pelaksanaan Program SARA ini yang akan memberi manfaat kepada bukan hanya anggota koperasi tetapi komuniti setempat juga akan mendapat manfaat. Terima kasih Pengerusi.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kinabatangan.

draft • 10:40 AM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Terima kasih, Tan Sri Speaker. Yang Berhormat Timbalan Menteri, terdapat koperasi yang didaftarkan terlalu bergantung kepada bantuan kewangan mahupun insentif kerajaan tanpa ada inisiatif penambahan modal, syer ataupun yuran daripada anggota koperasi, di mana menyebabkan susah untuk koperasi tersebut maju ke hadapan.

draft • 10:40 AM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Mengikut rekod kementerian, apakah punca-punca kegagalan koperasi- koperasi yang sebegitu? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sila, Menteri.

draft • 10:40 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.

Banyak punca-punca yang telah menyebabkan koperasi-koperasi kita gagal.

Antaranya, kalau kita boleh lihat, kegagalan untuk mempunyai satu common need di kalangan ahli-ahlinya ataupun anggota-anggotanya. Macam-macam punya perancangan. Si polan punya pandangan begini dan si polan juga punya pandangan begini.

Jadi, mereka tidak ada common need dalam satu koperasi itu. Ini adalah antara punca yang terbesar. Itu sebabnya kita mahu semua anggota ini duduk berbincang di kalangan Ahli Lembaga Koperasi, cari satu pendekatan, cari satu tujuan apa yang ada common need ini secara keseluruhannya. Barulah koperasi boleh berfokus.

Dan antara punca-punca lain yang kita kenal pasti adalah yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Betul, banyak koperasi hanya bergantung kepada bantuan kewangan kerajaan Tan Sri, insentif kerajaan, tetapi mereka gagal untuk mengembangkan perniagaan mereka. Kita juga dapati ada beberapa koperasi dalam negara kita ini melantik anggota lembaga koperasi yang kurang profesional.

Kurang profesional. Menyebabkan perniagaan dilaksanakan tidak berdaya maju, bersifat konvensional. Jadi, Ahli Lembaga Koperasi ini jangan hanya duduk saja, tapi mereka perlu lebih kreatif untuk mencari peluang-peluang baru, cara-cara baru bagaimana untuk menambah pendapatan koperasi.

Kita juga kesan ada koperasi gagal dan tidak berkeupayaan melantik pasukan profesional sepenuh masa. Kalau ada koperasi yang ada kemampuan, ada dana sedikit, mereka boleh lantik ahli-ahli profesional untuk bantu bagaimana untuk mengembangkan perniagaan mereka, tetapi mereka tidak memenuhi cara yang sebegini.

Dan yang paling penting yang saya sebutkan tadi atas jawapan kepada Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, persepsi Tan Sri, di kalangan masyarakat kita bahawa koperasi ini hanya sebagai entiti kebajikan, bukannya entiti perniagaan. Ini harus dihapuskan. Memang mereka mengharapkan pulangan dividen setiap tahun, tetapi kita boleh transform koperasi ini sebagai satu entiti perniagaan.

Jangan hanya mengharapkan pulangan dividen setiap tahun, mengharapkan keuntungan, tetapi tidak ada perkembangan dari segi perniagaan. Jadi, cuba kita

draft • 10:40 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

ubah persepsi ini. Penggerak koperasi perlu ubah persepsi bahawa koperasi juga merupakan entiti perniagaan, barulah mereka boleh berkembang.

Dan sebagai maklumat tambahan kepada Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu tentang Program SARA tadi. KUSKOP dan SKM akan membantu koperasi untuk memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh MyKasih Foundation seperti, apa namanya ini, peralatan, device yang sesuai kepada koperasi bagi memenuhi kriteria.

Memang ada beberapa koperasi belum lagi memenuhi kriteria ini.

Mereka kena ada, apa namanya, device foundation seperti peralatan, apa ini― MyKasih Foundation seperti peralatan device itu. Jadi, satu kekangan yang dihadapi oleh penggerak kepada koperasi, tapi kita akan membantu mereka supaya mereka ini dapat memenuhi kriteria yang diperlukan itu. Maka dengan itu, mereka boleh menyertai dalam rakan niaga SARA itu. Terima kasih Tan Sri.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya, saya jemput Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya, Putatan.

draft • 10:40 AM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 5.

draft • 10:40 AM

5. Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya [Putatan] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan:

(a) status kemajuan kerja penggantian paip usang serta menaik taraf paip transmisi di daerah Putatan, Sabah seperti yang digariskan dalam Belanjawan Madani 2026; dan

(b) apakah pendekatan yang ditegaskan untuk memastikan projek tersebut dapat dilaksanakan mengikut penjadualan yang dipersetujui bersama kontraktor pengendali.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Putatan.

Projek kerja-kerja penggantian paip usang dan menaik taraf paip transmisi dan agihan di Daerah Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan, Sabah telah diluluskan di bawah Rolling Plan Pertama, Rancangan Malaysia Ketiga Belas dengan kos projek sebanyak RM200 juta melalui penyediaan peruntukan kepada Kerajaan Negeri Sabah secara pinjaman.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Skop projek ini merangkumi kerja menaik taraf paip mild steel cement lined sedia ada bersaiz 300 mm hingga 450 mm sepanjang 27.1 kilometer serta

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

penggantian sistem paip bekalan air sedia ada iaitu dari jenis dari asbestos cement kepada paip MSCL bersaiz 150 mm hingga 200 mm sepanjang 7.44 kilometer.

Status terkini projek berada dalam fasa pra-perlaksanaan bagi pelantikan perunding. Perancangan dan pembangunan infrastruktur bekalan air di negeri Sabah adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Sabah. Pelaksanaan projek ini akan dilaksanakan serta dipantau rapi oleh Jabatan Air Sabah (JA Sabah).

Selaras dengan fungsinya di bawah Enakmen Bekalan Air Sabah 2003.

Selaku pegawai penguasa, walau bagaimanapun, perlaksanaan projek pinjaman Kerajaan Persekutuan adalah tertakluk kepada Peraturan Pekeliling Perbendaharaan 1.1— peraturan bagi membelanjakan peruntukan pinjaman di bawah Anggaran Perbelanjaan Pembangunan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.

Bagi memastikan pelaksanaan projek mengikut jadual dan terma kontrak, Jabatan Bekalan Air melaksanakan mesyuarat pemantauan projek pada setiap bulan, bagi memastikan projek-projek secara geran dan pinjaman berjalan lancar.

Selain itu, mesyuarat dan lawatan tapak ke projek-projek pinjaman di Sabah juga dilaksanakan secara berkala pada setiap tahun bersama Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan agensi berkaitan bagi memastikan projek bekalan air di negeri Sabah dilaksanakan mengikut jadual. Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Putatan dan soalan tambahan.

draft • 10:50 AM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan Putatan, menerusi aspirasi Dasar Air Negara dan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, adakah PETRA sudah melaksanakan kajian kebolehlaksanaan untuk membangunkan ekosistem rangkaian bekalan air terawat di kawasan-kawasan berpenduduk tinggi, termasuk kawasan sosioekonomi, yang turut melibatkan aktiviti perindustrian di negeri Sabah?

Dan bagaimanakah dasar tersebut dapat menoktahkan masalah ketiadaan bekalan air simpanan, lebih-lebih lagi untuk mempersiapkan rakyat dan para pemain industri bagi berdepan dengan krisis luar jangka terputus bekalan air pada masa hadapan?

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Putatan.

Sebenarnya, di Sabah ini merupakan salah satu negeri yang mempunyai— negeri

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

yang paling banyak projek yang dibekalkan oleh pihak Kerajaan Pusat. Dan sebanyak 17, 18 projek sebenarnya telah dimanfaat oleh di negeri Sabah iaitu secara langsungnya adalah satu dan 17 secara pinjaman dan melibatkan lebih kurang 3.3866 bilion total di Sabah.

Dan Sabah juga untuk pengetahuan Yang Berhormat, saya pasti Yang Berhormat merupakan mantan Menteri Kemudahan Asas, kalau tak silap sayalah dan Timbalan CM dan sudah pastilah persoalan ini diarif di dalam minda Yang Berhormat Putatan. Dan kerajaan sentiasa menilai keperluan instructor air secara menyeluruh Sabah dan Putatan juga adalah merupakan salah satu yang kita laksanakan dari segi menaik taraf sistem bekalan air yang begitu tinggi sekali, yang melibatkan— turut kita pertimbangkan dalam kawasan-kawasan keutamaan yang begitu kritikal.

Dan lantaran itu, sebagai mana saya katakan tadi, NRW adalah di Sabah— adalah salah satu yang tertinggi di Sabah dan duit juga telah banyak digunakan untuk membuat kajian-kajian tersebut. Dah banyak kita gunakan kewangan untuk membuat kajian-kajian tersebut. Dan daripada 3.386 bilion itu, di antaranya boleh meliputi kebanyakan di negeri Sabah.

Ada senarai di tangan saya yang meliputi— yang boleh— kalau dibaca satu- satu, memang agak tinggilah jumlahnya. Dan saya percaya kelangsungan Yang Berhormat di Sabah mestilah dalam proses memberitahu kepada JA Sabah supaya menyegerakan segala peruntukan-peruntukan yang telah kita turunkan untuk manfaat masyarakat di negeri Sabah itu sendiri. Terima kasih Yang Berhormat Putatan di atas perjuangan rakyat Sabah di negeri Sabah— air di negeri Sabah itu.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Mersing.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan tambahan saya, selain negeri Sabah, negeri seperti Kelantan, Perlis dan Kedah turut mencatatkan kadar NRW yang tinggi. Jadi, sejauh manakah keberkesanan Program NRW Kebangsaan fasa terbaharu ini dalam mengurangkan jurang infra air antara negeri-negeri ini dengan negeri yang lebih maju seperti Pulau Pinang dan Selangor? Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya, NRW ni kita— memang kita ketahui bahawa memang agak tinggi kerana salah satu disebabkan oleh kesan-kesan paip lama. Seperti yang saya jawab soalan daripada

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Putatan iaitu kebanyakannya masih menggunakan paip asbestos. Dan kita akan menukarkan sepenuhnya secara sama ada mild steel ataupun PVC untuk memastikan NRW ini menjadi kurang di masa mendatang ini. Dan di Kelantan pun salah satu yang tinggi dan ada ketikanya negeri membaiki sendiri kerana tidak mahu membuat pinjaman daripada Kerajaan Pusat.

Dan kita dari segi JBA, di pusat, sama ada JBA ataupun PAAB, kita sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik untuk memberi laporan-laporan kepada setiap negeri. Dan kalau saya mengambil contoh di negeri Pahang, bukan saya bangga sebab saya negeri Pahang tetapi apa yang dinasihatkan oleh PAAB dan JBA. Maka, NRW di negeri Pahang ini telah menurun begitu tinggi sekali dan sasaran Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang adalah, menjelang 2030 akan sifar.

Maknanya, menurun begitu rendah sekali kerana apa yang disarankan oleh - nasihat daripada (JBA) Jabatan Bekalan Air dan juga daripada PAAB dan sebagainya. Maka, kita ikuti sedemikian rupa. Maka, kadar tersebut akan terbukti berkesan dilaksana secara konsisten dan kita menggunakan kaedah di Pahang itu.

Dan ini langkah yang telah menurunkan NRW di negeri Pahang. Saya nasihatkan supaya kita menggunakan kaedah-kaedah yang kita memberi laporan-laporan yang melalui siasatan kita. Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya, saya jemput Datuk Iskandar Zulkarnain bin Abdul Khalid, Kuala Kangsar.

draft • 10:50 AM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan saya nombor 6.

draft • 10:50 AM

6. Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid [Kuala Kangsar] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, apakah Program Felo Perdana telah ditangguhkan pelaksanaannya dan apakah kementerian berhasrat untuk meneruskan pelaksanaan program itu semula pada masa akan datang atau mewujudkan program baru yang lebih baik pelaksanaan modulnya.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Mordi anak Bimol

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Kangsar. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan sentiasa komited di dalam memperkasakan pembangunan belia Malaysia, terutamanya melalui pelaksanaan Program Kepimpinan Berstruktur sebagai salah satu agenda strategik kementerian untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran, berintegriti, berdaya saing, termasuklah menerusi Program Felo Perdana.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Mordi anak Bimol

Jadi, Program Felo Perdana ini merupakan salah satu inisiatif yang bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada belia yang berpotensi tinggi dalam aspek penggubalan dasar, tadbir urus kerajaan serta kepimpinan di peringkat tertinggi negara. Namun, pelaksanaan program ini ditangguhkan. Ia pernah ditangguhkan pada 2024 dan 2025 bagi memberi laluan kepada pelaksanaan kajian menyeluruh oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia berkaitan keberkesanan struktur program, modul latihan serta impaknya terhadap pembangunan kepimpinan belia.

Untuk makluman, program ini pernah dilaksanakan - mula dilaksanakan pada tahun 2013. Jadi, sudah tiba masanya selepas 10 tahun, perlu ada satu kajian untuk melihat keberkesanan program ini. Jadi, berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh IYRES, sebanyak 95 peratus peserta menunjukkan peningkatan kemahiran kepimpinan, komunikasi dan penyelesaian masalah pada tahap tinggi selepas menyertai Program Felo Perdana ini.

Selain itu, 88.7 peratus peserta pula menyatakan program ini menyumbang kepada pembangunan kerjaya. Manakala, 80 peratus lagi peserta sangat bersetuju bahawa program ini memberi impak positif kepada pembinaan rangkaian profesional.

Jadi, suka untuk saya maklumkan di sini juga bahawa program ini akan diteruskan pada tahun ini. Seramai 62 peserta akan dipilih dan ditempatkan sebagai mentee kepada YB Menteri, kepada YB Timbalan Menteri dan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam serta Ketua Setiausaha Negara. Jadi, program ini akan dijalankan selama empat bulan bermula pada Jun hingga Oktober tahun ini. Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kuala Kangsar, soalan tambahan.

draft • 11:00 AM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Program Felo Perdana ini adalah satu program yang cukup baik dan bukan sahaja memberi pendedahan kepada anak-anak muda yang baru habis pengajaran mereka. Dan soalan saya adalah bagaimanakah pelaksanaan sebelum ini dan apakah penambahbaikan atau kriteria penyertaan yang akan diambil bagi edisi akan datang?

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sila Menteri.

draft • 11:00 AM

Tuan Mordi anak Bimol

Okey. Seperti yang saya nyatakan tadi program ini pernah dijalankan sejak— sudah dijalankan sejak tahun 2013.

draft • 11:00 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Tuan Mordi anak Bimol

Selepas itu ditangguhkan pada tahun 2024 dan 2025 dan akan disambung semula pada tahun ini. Jadi kajian yang dijalankan telah mendapati empat penambahbaikan utama yang dilakukan untuk program ini di mana setiap peserta akan diwajibkan untuk menandatangani surat aku janji. Ini adalah tentang integriti dokumen di mana untuk memastikan setiap peserta itu mematuhi peruntukan undang-undang yang telah sedang dikuatkuasakan.

Dan kedua adalah penempatan peserta akan lebih berfokus. Maksudnya, empat tempat utama. Maksudnya, peserta akan diletakkan di pejabat Menteri, pejabat Timbalan Menteri, Pejabat Ketua Setiausaha Negara dan Pejabat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Dan seterusnya adalah penilaian berpusat akan dilakukan. Sebelum ini, selepas interviu dilakukan, ujian psikometrik dijalankan, itu sahaja. Jadi, kali ini akan ada penilaian berpusat. Maksudnya selepas itu, para peserta akan dikumpulkan untuk mengadakan penilaian berpusat.

Dan seterusnya adalah status pengajian. Kali ini, program ini akan menekankan kepada pelajar yang sudah tamat pengajian. Kalau dulu, pelajar yang tahun akhir pun boleh join, tapi untuk kali ini, hanya pelajar yang tamat pengajian saja akan dibenarkan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Bentong.

draft • 11:00 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih di atas jawapan yang tadi saya telah mendengar, tapi Yang Berhormat Timbalan Menteri, Felo Perdana ini tidak dinafikanlah adalah program yang celik kepimpinan dan politik, ini sangat penting, tetapi ia terhad kepada pelajar yang cemerlang ataupun belia yang cemerlang sahaja. Jadi, apakah program pembangunan belia lain yang akan dilaksanakan oleh KBS bagi memperkukuhkan kesedaran demokrasi serta pendidikan pengundi dalam kalangan belia terutamanya pengundi kali pertama? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:00 AM

Tuan Mordi anak Bimol

Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Okey, untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat seperti yang digulung oleh Yang Berhormat Menteri semalam, kita di bawah KBS ada Program Kuasa Orang Muda iaitu salah satu program di bawah Rakan Muda. Kita ada 10 gaya hidup Rakan Muda dan di bawah gaya hidup ini, gaya hidup Rakan Muda— Rakan Demokrasi. Kita ada program Kuasa Orang Muda yang mana dia menekankan program pembangunan

draft • 11:00 AM

Tuan Mordi anak Bimol

belia yang lebih inklusif, khususnya kepada pengundi muda dan pengundi pertama kali.

Jadi, kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran demokrasi, khususnya kepada pengundi pertama ataupun pengundi muda yang membentuk rakyat aktif melalui pemahaman terhadap sistem demokrasi negara kita pada hari ini.

Jadi, program ini untuk meningkatkan kesedaran politik, literasi politik serta hak dan tanggungjawab sebagai warganegara. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Tuan Mohd Sany bin Hamzan, Hulu Langat.

draft • 11:00 AM

Seorang Ahli

Pantun, pantun.

draft • 11:00 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Pantun, tapi jangan tiru macam Tumpat.

Satu, dua, tiga, empat; Soalan saya nombor empat... Tak betul itu kak. Seronok kahwin musim tengkujuh. Ha, Tan Sri Speaker.

Seronok kahwin musim tengkujuh, Lepas kahwin pergi mencandat; Soalan saya yang nombor tujuh, Pak Menteri jawab biar padu dan juga padat. Ha, jangan ingat Pontian je tahu pantun. Hulu Langat pun tahu le.

draft • 11:00 AM

7. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat] minta Menteri Pendidikan menyatakan, dasar dan tindakan kerajaan dalam memberikan pendidikan kenegaraan dan politik di peringkat sekolah menengah sebagai pendedahan awal dan kefahaman mengenai konsep politik yang sebenar sebelum dipengaruhi dengan idea politik kepartian

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, sila Menteri.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Hulu Langat. Saya berharap memang jawapan akan padu dan juga padat. Kementerian Pendidikan telah mengintegrasikan elemen-elemen pendidikan, kenegaraan dan politik dalam mata pelajaran Sejarah. Selain itu, elemen ini turut diterapkan menerusi pelaksanaan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dalam lima mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral. Elemen-elemen ini merentasi mata pelajaran dan juga kurikulum.

Dalam mata pelajaran Sejarah, pendidikan politik diterapkan melalui topik berkenaan dengan kemerdekaan, pembentukan negara, pembinaan Perlembagaan Persekutuan, sistem Raja Perlembagaan dan juga Demokrasi Berparlimen.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Manakala, elemen kenegaraan disepadukan berdasarkan tajuk-tajuk tersebut yang menekankan perkara berkaitan kedaulatan undang-undang serta tanggungjawab sebagai rakyat.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, KPM turut telah menerapkan pendidikan kenegaraan dan politik kepada murid Tingkatan 6 melalui mata pelajaran Pengajian Am. Pada masa yang sama, Rukun Negara telah dijadikan sebagai asas pembinaan kurikulum dengan pendekatan terhadap penghayatan setiap prinsip secara tersurat dan tersirat bagi melahirkan warganegara yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berdisiplin, patriotik serta mampu hidup dalam masyarakat majmuk secara harmoni serta menyumbang aktif kepada kesejahteraan negara.

Bagi memperkukuhkan usaha ini juga, KPM juga telah melaksanakan Program Pembentukan Karakter Generasi MADANI mulai tahun 2024 melalui pendekatan berbentuk kem dengan penekanan kepada pembinaan jati diri positif.

Modul kem ini menumpukan kepada empat komponen utama:

(i) pengukuhan nilai patriotisme dan juga kenegaraan;

(ii) disiplin diri dan pengurusan masa;

(iii) kecergasan fizikal dan kecerdasan kognitif; dan

(iv) penglibatan aktif dalam aktiviti kesukarelawan dan juga tanggungjawab sosial.

Bagi murid Tingkatan 6, Jawatankuasa Perwakilan Tingkatan 6 telah pun diperkenalkan oleh KPM pada tahun 2025 bagi menzahirkan potensi kepimpinan serta menyediakan platform pelaksanaan program yang dapat membina rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap negara dan juga organisasi.

Pada masa yang sama, KPM bekerjasama dengan Akademi Pilihan Raya turut— kerjasama dengan Akademi Pilihan Raya turut dimanfaatkan bagi menyediakan murid Tingkatan 6 dengan pendidikan pengundian ke arah meningkatkan literasi politik dalam kalangan murid seperti tanggungjawab sebagai pengundi dan proses pilihan raya.

Dalam konteks ini, sebagai aktiviti sokongan, pihak sekolah telah melaksanakan simulasi pilihan raya dengan bantuan daripada Akademi Pilihan Raya sebagai satu bentuk pembelajaran berasaskan pengalaman bagi memberikan pendedahan awal dan pengalaman pembelajaran autentik kepada murid mengenai proses demokrasi negara secara beretika, neutral dan juga berasaskan Perlembagaan. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Hulu Langat.

draft • 11:00 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Terima kasih kepada Menteri.

Adakah Kementerian Pendidikan bercadang untuk merangka satu modul baru? Ya, kalau kita menyebutkan soal berkaitan dengan kemerdekaan, biasanya kita menyebutkan soal berkaitan dengan tokoh-tokoh contohnya Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan sebagainya, tetapi tak bolehkah, maksudnya dalam masa kita membicarakan soal berkaitan dengan tokoh-tokoh itu, ada juga tokoh- tokoh lain pada masa itu yang juga menuntut kemerdekaan.

Contohnya macam Burhanuddin al-Helmi, Ahmad Boestamam contohnya Ishak Haji Muhammad. Kalau kita pergi lebih jauh lagi mungkin ini agak kontroversi.

Contohnya Shamsiah Fakeh, contohnya Abdullah C.D, contohnya Rashid Maidin Dan dalam politik moden pada hari ini saya rasa ialah kita mengkaji soal berkaitan dengan Peristiwa 13 Mei dan sebagainya, tetapi politik moden kita pada hari ini perlu juga didedahkan kepada generasi baharu, soal berkaitan dengan pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, munculnya reformasi tahun 1998. Itu di antara contoh. Kemudian, himpunan BERSIH yang menjadikan satu modul bagaimana pilihan raya dalam negara kita ini berlaku dalam keadaan adil dan juga bersih.

Begitu juga Langkah Sheraton— Langkah Sheraton ke langkah syaitan?

Saya pun tak tahu lah Langkah Sheraton. Kemudian, contohnya macam Himpunan ISA. Dulu kita ada satu akta yang kita kira sangat zalim. Bila diadakan Himpunan ISA inilah menyebabkan hari ini Akta Keselamatan Dalam Negeri itu sudah dimansuh, sudah dihapuskan dalam negara kita Malaysia yang kita cinta ini. Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Menteri.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

draft • 11:00 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih atas cadangan dan juga input yang diberikan oleh Yang Berhormat Hulu Langat.

Berkenaan dengan isu-isu yang telah dibangkitkan, sememangnya ia mungkin sebahagian sejarah daripada negara kita. Walau bagaimanapun, dalam melakar ataupun melakar kurikulum Sejarah supaya ia kekal relevan dan juga seimbang, untuk tujuan ini, setiap pembangunan dan juga semakan Kurikulum Sejarah akan dilaksanakan melalui proses yang telus dan juga berasaskan pandangan dan melibatkan pakar sejarah, ahli akademik serta institusi seperti Arkib Negara...

draft • 11:00 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Tuan Wong Kah Woh

...Pada masa yang sama, kesemua perkara seperti sesi libat urus dengan guru, badan profesional dan juga masyarakat turut akan dilibatkan dalam memastikan kandungan, ia akan kekal relevan dan juga tepat.

So, berkenaan dengan cadangan daripada Yang Berhormat Hulu Langat, pihak kami mengambil maklum dan kesemua perkara berkenaan dengan pelakaran kurikulum sesuatu mata pelajaran itu, kita akan mengikuti proses yang sewajarnya.

Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Muar.

draft • 11:10 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 11:10 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Dalam kita ingin menyemak kurikulum atau memasukkan input sejarah yang baharu, saya berharap bahawa kementerian sangat berjaga-jaga kerana lensa sejarah ini, kalau diwarnai dengan politik kepartian, walaupun memihak kita pada hari ini, boleh menyebabkan ibu bapa tidak begitu selesa untuk menghantar anak-anak kepada sejenis sekolah dan akhirnya menyebabkan negara rugi secara keseluruhan.

Saya faham— mana sahabat saya YB Hulu Langat, datang, dia nak cakap tentang soal BERSIH, tapi kalau kita fokus soal keprihatinan rakyat secara am ya, isu Rukun Negara, saya rasa tidak ada orang akan bangkang, tapi bila ada selitkan sedikit pun, takut isu itu akan dibesarkan dan akhirnya benda baik tercicir dan kerana ada satu peratus ini kurang baik, semuanya tergendala.

Cuma saya nak satu jawapan sahaja iaitu, saya tahu daripada tahun ke tahun, kementerian memang akan semak inti pati buku tersebut seperti kurikulum.

Dia buat daripada tahun ke tahun atau dia ada tempoh masa yang tetap— setiap 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun? What is the current formula yang ditetapkan oleh kementerian? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sila Menteri.

draft • 11:10 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Yang Berhormat Muar. Terima kasih Tan Sri Speaker.

Pertama, berkenaan dengan pandangan daripada Yang Berhormat Muar.

Sebenarnya dan sememangnya untuk kita memastikan bahawa Kurikulum Sejarah kita kekal relevan, kita juga memastikan kurikulum ataupun kandungan itu adalah seimbang dan bebas daripada sebarang pengaruh politik kepartian. Ini

draft • 11:10 AM

Tuan Wong Kah Woh

sememangnya adalah pendirian daripada KPN yang juga pandangan Yang Berhormat Muar juga adalah selaras dengan, dengan pendirian daripada KPN. Itu satu.

Nombor dua, berkenaan dengan kurikulum. Kurikulum yang sedang diguna pakai oleh pihak KPM— sememangnya sesuatu kurikulum itu akan digunakan untuk suatu tempoh masa dan apabila sampai pada sesuatu tempohnya, maka kita akan memperkenalkan kurikulum bagi persekolahan baharu. Dan pada tahun hadapan kita akan perkenalkan kurikulum bagi Kurikulum Persekolahan 2007 yang akan melibatkan Tingkatan 1 dan juga Tahun 1 dan pada tahun yang akan datang lagi 2028, ia juga akan merangkumi Tingkatan 2 dan juga Tahun 2 dan sebegitu. Dan dari situlah kita juga akan menyusun berkenaan dengan kandungan kurikulum. Itu nombor satu.

Nombor dua, semakan kurikulum akan diadakan sekiranya ada keperluan.

Sekiranya ada keperluan maka untuk subjek-subjek ataupun mata pelajaran-mata pelajaran tertentu maka semakan dari segi kurikulum boleh dilakukan dari masa ke semasa, tetapi pihak KPM selalu memastikan bahawa ia adalah selaras dengan apa, dengan falsafah pendidikan negara dan pada masa yang sama juga, haruslah seimbang dari kesemua segmen yang kita pertimbangkan. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan, Tasek Gelugor.

draft • 11:10 AM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Terima kasih Yang di-Pertua.

*Hulu Langat, ubat dah makan?; Soalan saya nombor lapan.

[Ketawa]*

draft • 11:10 AM

8. Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan [Tasek Gelugor] minta Menteri Komunikasi menyatakan:

(a) jumlah pelaburan asing yang berjaya ditarik masuk melalui Insentif FIMI: Film in Malaysia Incentive; dan

(b) apakah langkah kerajaan untuk memastikan kandungan kreatif tempatan mampu menembusi platform penstriman global.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila Menteri. Itu tak consider pantun ya.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

[Ketawa]

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Itu bukan pantun itu.

draft • 11:10 AM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Itu bukan pantun.

draft • 11:10 AM

Puan Teo Nie Ching

Itu bukan pantun. Jadi, saya pun...

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan.

draft • 11:10 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.

Tan Sri Speaker, Kementerian Komunikasi melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sentiasa berusaha mewujudkan pembangunan ekosistem industri filem yang mampan terutamanya dalam strategi menarik jumlah pelaburan asing serta mekanisme untuk memastikan kandungan kreatif tempatan mampu menembusi platform perfileman global.

Film in Malaysia Incentive (FIMI) dengan izin, ialah insentif kerajaan melalui FINAS yang memberi rebat tunai 30 peratus hingga 35 peratus kepada syarikat produksi tempatan dan juga antarabangsa bagi pembelajaran penggambaran yang dibuat di Malaysia. Inisiatif ini bertujuan untuk menarik pelaburan asing, mewujudkan peluang pekerjaan kepada kru tempatan serta mempromosikan Malaysia sebagai lokasi penggambaran antarabangsa.

Berdasarkan data yang direkodkan oleh FINAS bagi tempoh 2013 hingga 2025, jumlah pelaporan asing yang berjaya ditarik melalui FIMI adalah dianggarkan sebanyak RM2.75 bilion. Pelaburan ini telah mewujudkan kira-kira 31,050 peluang pekerjaan yang sebahagian besarnya memanfaatkan tenaga kerja tempatan berkemahiran TVET, merangkumi kru teknikal, animasi, pasca produksi dan juga sokongan produksi.

Sumber pelaburan tersebut diperoleh daripada beberapa negara utama, antaranya Amerika Syarikat, China, India dan Australia yang menjalankan aktiviti penggambaran di Malaysia seperti Transformers: Cyberworld, itu animation pada tahun 2025, Survivor Series Europe reality show pada tahun 2025, Tempting Fortune reality show tahun 2025, Lord of the Flies Series 2026 dan sebagainya.

FINAS sentiasa melaksanakan usaha berterusan untuk menaikkan industri perfileman negara ke peringkat global dan antara langkah strategik yang dilaksanakan termasuk pertama, pelibatan aktif dalam pasaran filem dan festival filem antarabangsa seperti Cannes, MIPCOM, Busan International Film Festival dengan izin, serta Asia TV Forum dengan izin, di Singapura. Bertujuan membina rangkaian kerjasama strategik dengan pembuat kandungan, penerbit dan juga pengedar antarabangsa, di samping mempromosikan Malaysia sebagai destinasi penggambaran dan hab kandungan kreatif serantau.

draft • 11:10 AM

Puan Teo Nie Ching

Dan kedua, penyediaan sokongan kewangan dan juga suntikan modal kepada penerbit tempatan melalui inisiatif seperti FIMI dan jugalah Dana Kandungan Kreatif (DKK). DKK adalah sokongan pembiayaan penerbitan kandungan kreatif dengan berpaksikan objektif pelaksanaannya seperti berikut:

(i) menggalakkan penggiat industri dalam penghasilan, penerbitan dan penyebaran kandungan kreatif yang berdaya cita tinggi dan di pasaran tempatan dan juga antarabangsa;

(ii) membangunkan modal insan yang bermutu secara lestari bagi mengoptimumkan potensi industri kandungan kreatif; dan

(iii) menghasilkan harta intelek (IP) Malaysia yang berdaya saing.

Antara karya tempatan yang telah berjaya menembusi platform OTT antarabangsa, termasuklah Takluk: Lahad Datu, Blood Brothers: Bara Naga, Abang Adik dan juga MALBATT: Misi Bakara yang membuktikan keupayaan kandungan kreatif Malaysia untuk diterima dan dihargai di pasaran global. Sekian jawapan saya.

Terima kasih dan Sri Speaker.

draft • 11:10 AM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Tasek Gelugor.

draft • 11:10 AM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Saya ada beberapa soalan yang agak spesifik yang saya ‘nak tanyakan.

draft • 11:10 AM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Yang pertama ialah mengenai secara khususnya Co-Production Treaty antara Malaysia dan Australia. Sejauh mana ia mempunyai manfaat kepada kita di Malaysia dan apa bentuk-bentuk manfaat tersebut?

Yang kedua ialah mengenai, tadi disebut mengenai pembikinan filem-filem oleh produser luar ke Malaysia yang berjaya menarik direct, foreign direct investment ke negara kita. Ini satu perkara yang baik, tapi apa langkah kerajaan untuk memastikan bahawa mereka yang terlibat dalam filem-filem tersebut adalah memainkan peranan yang penting? Kita kena melahirkan lebih ramai ‘Michelle Yeoh.’ Bukan sekadar orang jadi pelakon tambahan semata-mata.

Dan yang ketiga Yang di-Pertua, finally ialah sejauh mana salah satu daripada elemen dalam filem di Malaysia ini ialah domestic producers, jadi sejauh mana ia memberi manfaat kepada domestic producers? Apa nombor-nombor yang relevan kepada domestic producers? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:10 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.

draft • 11:10 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Puan Teo Nie Ching

Pertama, tentanglah Co-Production Treaty, di bawah FINAS kita memang telah sediakan satu dana co-production. Untuk tahun 2025, kami telah sediakan RM5 juta dan untuk projek-projek di bawah yang di co-produce ini, mereka maksimum boleh dapat dana sebanyak RM1 juta daripada Co-Production Fund ini...

draft • 11:10 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Puan Teo Nie Ching

...Jadi ini merupakan satu manfaat di mana kita memang menggalakkan produser tempatan bekerjasama denganlah pasukan- pasukan negara lain supaya kita boleh sama-sama co-produce filem yang berkualiti tinggi.

Kedua, tentanglah FIMI, bagaimana kita nak pastikan bahawa untuklah produser yang datang dari Malaysia untuklah buat penggambaran di sini, mereka juga bolehlah membangunkan our local talent. Kita sebenarnya meletakkan beberapa syarat untuklah permohonan FIMI:

Pertama, mereka perlu sekurang-kurangnya mengguna kru yang mereka pakai sekurang-kurangnya 30 peratus sepatutlah adalah lokal dari Malaysia.

Dan kedua, mereka juga perlulah engage, mengguna pakai syarikat tempatan untuk dapat kelulusan daripada PUSPAL kerana untuk penggambaran asing yang datang ke Malaysia, mereka memang perlu dapat kelulusan daripada Jawatankuasa PUSPAL.

draft • 11:10 AM

Puan Teo Nie Ching

Dan selain daripada itu, mereka juga perlu minimum. Minimum adalah lima orang pelajar ataupun attachment, pelajar yang buat attachment dengan mereka.

Dan sebenarnya, FINAS setakat ini sedang meneliti syarat-syarat tersebut. Angka yang kita kutip setakat ini, sebenarnya untuk certain projek sebenarnya, kru tempatan yang mereka guna pakai adalah setinggi 70 peratus.

Oleh sebab itu, FINAS sedang meneliti semua syarat-syarat ini. Mungkin kita akan tambah bahawa kru tempatan akan naik bukan sahaja 30 peratus, tetapi lebih banyak dan jugalah untuk student attachment bilangannya kita juga berhasrat untuk tambah.

draft • 11:20 AM

Puan Teo Nie Ching

Dan ini juga bawa, FIMI juga boleh membawa manfaat kepada team production tempatan kerana untuk mereka, untuklah pasukan tempatan di mana mereka punya production cost di Malaysia adalah lebih daripada RM1 juta. Juga boleh buat permohonan untuk dapat dana FIMI untuk dapat rebat tunai itu.

Jadi, FIMI memang berhasrat untuk membantu menarik production dari overseas datang ke Malaysia, tetapi pada masa yang sama, kita juga ‘nak bangunkan local talent. Sekian jawapan saya. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Bukit Bendera.

draft • 11:20 AM

Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih Tan Sri Speaker. Jadi, terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana memberi perhatian yang cukup serius terhadap isu industri perfileman tanah air kita. Jadi, kita sedang menyaksikan satu fasa yang baharu dalam perfileman Malaysia. Filem-filem tempatan ini bukan sahaja mendapat sambutan penonton, malah semakin diyakini dari segi mutu dan juga penceritaan.

Jadi, kejayaan Munafik 2 yang mencatat kutipan yang cukup memberangsangkan serta pengiktirafan antarabangsa yang jelas diterima oleh filem Abang Adik menunjukkan bahawa filem tempatan kita ini mempunyai daya tarikan dan juga kualiti yang memang cantik lah.

Jadi soalan saya, apakah pencapaian utama filem-filem Malaysia dari segi kutipan box-office sama ada di peringkat domestik mahupun di peringkat antarabangsa dan serta kejayaan yang diraih dalam litar anugerah global. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

draft • 11:20 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat memang selalu lah ambil berat tentang pembangunan filem tempatan. Jadi, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat. Memang saya rasa kita patut lah rasa gembira dan rasa bangga, berbesar hati apabila kita nampak pencapaian filem-filem tempatan kerana kita nampak bahawa sejak tahun 2023 kutipan box-office untuk filem-filem tempatan ini semakin meningkat, semakin meningkat.

Pertamanya pada tahun 2023, kutipan box-office untuk filem tempatan adalah sebanyak RM108.7 juta. Angka ini meningkat ke RM125.3 juta pada tahun 2024. Dan untuk tahun 2025, kutipan box-office untuk filem-filem tempatan melonjak ke RM244 juta. Ini adalah filem tempatan kita. Jadi, ini menunjukkan bahawa kualiti filem tempatan ini memang semakin meningkat.

draft • 11:20 AM

Puan Teo Nie Ching

Dan memang bukan sahaja mereka terima sambutan yang bagus dalam domestik di Malaysia sahaja, tetapi kita juga nampak sebagai contohnya sebuah filem yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat iaitu Abang Adik, kutipan dari luar negara adalah sebanyak USD3.4 juta, juta USD. USD3.4 juta. Mechamato kita juga rasa sangat gembira kerana kutipan di luar negara juga mencatat RM35.88 juta.

Selain daripada itu, Ejen Ali: The Movie 2 setakat ini kutipan keseluruhan sekitar adalah lebih kurang RM59.3 juta.

Dan satu lagi animasi yang masih di pawagam iaitu Papa Zola. Setakat ini juga telah buat satu kutipan sebanyak hampir RM5 juta dari overseas. Jadi, ini menunjukkan bahawa buatan Malaysia, filem Malaysia, animasi Malaysia diterima baik oleh warga Malaysia, tetapi juga di overseas. Jadi, saya harap bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat banyak juga lah masuk ke pawagam untuk lah sokong filem lokal kita. Sekian jawapan saya. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Puan Vivian Wong Shir Yee, Sandakan.

draft • 11:20 AM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Terima kasih, Tan Sri Speaker.

Soalan Sandakan nombor 9.

draft • 11:20 AM

9. Puan Vivian Wong Shir Yee [Sandakan] minta Menteri Kewangan menyatakan, langkah segera serta jangka sederhana yang diambil oleh kerajaan bagi menangani peningkatan kos sara hidup, khususnya melibatkan harga barang asas, serta apakah ukuran kejayaan: indikator yang digunakan untuk memastikan bantuan benar-benar sampai kepada golongan sasaran terutamanya di Sabah.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Ahli Parlimen Sandakan.

Untuk makluman Yang Berhormat, seiring dengan Kerangka Ekonomi MADANI untuk menaikkan lantai, kerajaan terus berikhtiar untuk menguatkan jaringan keselamatan sosial dan memastikan tiada rakyat terpinggir termasuk di negeri Sabah dalam usaha kerajaan menangani peningkatan kos sara hidup dan ini termasuklah pertama, peningkatan peruntukkan kepada RM15 bilion bagi Sumbangan Tunai RAHMAH dan Sumbangan Asas RAHMAH (SARA).

Lebih 800,000 penerima STR dan SARA di Sabah dengan peruntukkan RM1.25 bilion. Transaksi penggunaan SARA bulanan sebanyak 98 peratus. Kira-kira 1.75 juta penerima SARA untuk semua peruntukkan sebanyak RM175 juta dan transaksi penggunaan SARA untuk semua adalah 93 peratus.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Kedua, peruntukan bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meningkat kepada RM3.1 bilion memanfaatkan 47,000 penerima di negeri Sabah dengan peruntukkan kira-kira RM330 juta.

Ketiga, sejumlah RM1 bilion disediakan bagi menanggung kos sara hidup termasuk program Jualan RAHMAH MADANI dan dengan sebanyak RM600 juta bagi menawarkan barangan keperluan asas pada harga berpatutan di semua DUN termasuk 73 DUN di Sabah dengan kekerapan tiga kali sebulan di setiap Kawasan DUN.

Keempat, program penyeragaman harga turut diperuntukkan sebanyak RM67 juta manakala program pengedaran barang perlu diperuntukkan sebanyak RM250 juta bertujuan untuk menangani isu perbezaan harga barangan asas yang ketara di Sabah dan Sarawak berbanding Semenanjung Malaysia berikutan kos logistik yang tinggi.

Dan kelima, program Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah hampir RM800 juta disediakan dalam menyediakan keperluan asas persekolahan anak- anak memanfaatkan lebih RM500,000 penerima di negeri Sabah dengan peruntukan hampir RM80 juta untuk Sabah.

Tan Sri Yang di-Pertua, bagi memastikan bantuan kerajaan benar-benar sampai kepada golongan sasar, kaedah agihan kini telah beralih kepada sistem digital yang komprehensif seperti penggunaan MyKad untuk Sumbangan Asas RAHMAH, MySTR serta eBantuanJKM. yang mengambil kira kriteria-kriteria kelayakan demi memastikan ketelusan, kelancaran dan penyampaian tepat kepada golongan yang benar-benar layak.

Kesimpulannya, kerajaan komited memastikan tiada rakyat terpinggir termasuk di negeri Sabah dalam usaha kerajaan menangani peningkatan kos sara hidup dan menguatkan jaringan sosial dengan tumpuan meningkatkan pendapatan boleh guna mereka yang secara langsung akan memberi manfaat positif kepada persekitaran ekonomi negara. Terima kasih, Tan Sri.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Sandakan.

draft • 11:20 AM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Terima kasih jawapan daripada Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya adalah, adakah Kementerian Kewangan ada inisiatif untuk merangka semula bagi bantuan orang tua yang selalu di Sandakan terima adalah di mana warga-warga emas di Sandakan ataupun di Sabah tidak dapat— tidak layak untuk terima BOT oleh kerana kriteria dia sangat strict dan juga ada banyak proses yang perlu dijalankan.

draft • 11:20 AM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Jadi, saya punya soalan adalah sama ada Jabatan— Kementerian Kewangan bercadang untuk menambah lagi bajet untuk BOT supaya lebih ramai warga emas akan dapat manfaat daripada bantuan skim ini.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 11:20 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih, Yang Berhormat. Bantuan skim ini di bawah Kementerian apa ni, KKM. Bukan KKM, Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga. Dan memang kalau ada keperluan, terutama kalau ada keperluan yang jelas dengan statistik, memang Kementerian Kewangan akan pertimbangkan. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Tan Sri.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan Pokok Sena.

draft • 11:20 AM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Soalan saya ialah, sejauh mana langkah pengenalan dasar subsidi bersasar tidak memindahkan tekanan serta bebanan kos pengguna melalui kenaikan harga barang dan perkhidmatan? Itu yang pertama.

Dan yang kedua berkaitan dengan monopoli kartel dalam rantaian bekalan makanan asas dan juga kebergantungan kepada import barangan asas menjadi punca harga barang tinggi. Jadi soalan saya ialah apakah langkah konkrit kerajaan dalam menangani isu ini? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:30 AM

Tuan Liew Chin Tong

Pertama telah ditunjukkan dalam pengendalian BUDI95 bahawa penyasaran semula subsidi tidak membebankan rakyat kerana asas kita ialah untuk memastikan jaringan sosial atau jaringan keselamatan sosial ini diperkasakan supaya rakyat tidak dijejaskan dengan penyasaran semula subsidi.

Dan contoh-contoh telah banyak telah ditunjukkan bahawa pengapungan harga ayam tidak mengganggu ataupun tidak naikkan harga ayam. So, ini adalah untuk menjawab soalan pertama.

Kedua, isu kartel ini akan ditujukan kepada Kementerian Pertanian dan dari segi harga, sebenarnya kadar inflasi sekarang ini rendah. Tapi apa yang kita mengalami ialah isu yang berlaku ataupun keadaan inflasi yang berlaku pada tahun 2021, 2022 selepas COVID dan ini telah mengalih harga dan kita masih menghadapi keadaan harga yang agak tinggi sejak tahun 2021, 2022. Dan ini bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Itu salah satu sebab dan sebab pokok ataupun apa

draft • 11:30 AM

Tuan Liew Chin Tong

yang rakyat alami sekarang ialah sebenarnya gaji yang rendah. Kerana gaji yang rendah, maka dengan kesan daripada tahun 2021 dan 2022, maka kita masih menangani apa yang berlaku kerana gaji rakyat tidak meningkat secepat daripada apa yang berlaku pada 2021 dan 2022. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan. Sila, Menteri.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan Rang Undang-undang Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa Yang Terhasil Daripada Pengantaraan 2025 dan selesai dibentangkan bacaan kali kedua Rang Undang-undang Rapid Transit System Link Johor Baru- Singapura 2026 seperti di nombor 1 dan 2 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini. Selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 12 Februari 2026.” Terima kasih.

draft • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, ada sesiapa yang menyokong?

draft • 11:33 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Tan Sri Speaker, saya menyokong.

draft • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 11:33 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG PEMBERIAN MENGIKUT BILANGAN ORANG 2026 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda peruntukan Bahagian I Jadual Kesepuluh kepada Perlembagaan Persekutuan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan [Tuan Liew Chin Tong]; dibaca kali yang pertama, akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

draft • 11:33 AM
RANG UNDANG-UNDANG
KUALITI ALAM SEKELILING (PINDAAN) 2026 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam [Datoʼ Sri Arthur Joseph Kurup]; dibaca kali yang pertama, akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

draft • 11:33 AM
RANG UNDANG-UNDANG PERJANJIAN PENYELESAIAN ANTARABANGSA YANG TERHASIL DARIPADA PENGANTARAAN 2025 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Menteri untuk mengemukakan rang undang-undang ini.

draft • 11:33 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Tan Sri Yang di- Pertua, saya mencadangkan supaya Rang Undang-undang Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa Yang Terhasil Daripada Pengantaraan 2025 dibacakan untuk kali yang kedua sekarang. Tan Sri Yang di-Pertua...

Pergi ke taman mencari belalang, Singgah kedai beli ubat gigi; Perselisihan jangan berlarut panjang,

draft • 11:35 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Pengantaraan menjadi jalan harmoni. Kota Bharu, okey?

draft • 11:35 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Boleh, boleh.

draft • 11:35 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Rang undang-undang yang dicadangkan ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan undang-undang pengantaraan domestik yang seragam dengan standard antarabangsa bagi menyokong usaha untuk meratifikasi: ratification dengan izin, to ratify the United Nations Convention on International Settlement Agreements Resulting from Mediation yang juga dikenali sebagai dengan izin, *the Singapore Convention on Mediation.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)* **mempengerusikan Mesyuarat****] Latar belakang. Datoʼ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Malaysia telah pun menandatangani Konvensyen Singapura pada 7 Ogos 2019.

Sejurus selepas itu, Malaysia telah memulakan inisiatif untuk menentukan parameter-parameter yang boleh diterapkan ke dalam undang-undang domestik melalui adopsi dengan izin, Model Law, United Nations Commission on International Law (UNCITRAL).

Usaha ini merupakan lambang komitmen pihak kerajaan dalam mengiktiraf dan menyokong peranan pengantaraan dalam menyelesaikan pertikaian rentas sempadan. Konvensyen ini menyediakan satu kerangka kerja yang harmoni untuk penguatkuasaan dan kebolehterimaan penggunaan Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa yang dimeterai oleh pihak-pihak terlibat untuk menyelesaikan pertikaian komersial terhasil daripada pengantaraan.

Pengantaraan merupakan satu bentuk mekanisme dengan izin, alternative disputes resolution (ADR) yang semakin luas diterima di peringkat global dan telah diguna pakai di kebelakangan— kebanyakan negara maju bagi menyelesaikan tuntutan domestik dan antarabangsa dengan efektif tanpa melalui proses litigasi di mahkamah yang biasanya mengambil tempoh yang panjang dan melibatkan proses- proses perundangan yang rumit serta ada kalanya memakan kos dan perbelanjaan yang tinggi.

Oleh itu, penggubalan rang undang-undang ini merupakan salah satu usaha reformasi Kerajaan MADANI di bawah Yang— kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang terus komited dalam mengukuhkan serta menyokong

draft • 11:35 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

transformasi sistem perundangan Malaysia melalui agenda reformasi institusi perundangan yang selaras dengan prinsip tatakelola dan tadbir urus yang telus serta merupakan satu manifestasi komitmen kerajaan terhadap alternate dispute resolution.

Datoʼ Yang di-Pertua, usaha menggubalkan— penggubalan rang undang- undang ini tidak dilakukan dengan izin, in silo ataupun in isolation, tetapi merupakan sebahagian daripada usaha strategik lebih besar Kerajaan MADANI untuk memperkasakan mekanisme-mekanisme alternative dispute resolution untuk penyelesaian pertikaian berbanding daripada hanya bergantung kepada proses perundangan di mahkamah semata-mata dalam ekosistem reformasi undang- undang alternatif— ADR negara.

draft • 11:35 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Pada masa— pada tahun 2024, kerajaan telah juga membentangkan pindaan berhubung proses timbang tara dengan izin, arbitration di negara ini dengan membuat pindaan kepada Akta Timbang Tara 2025 [Akta 646] bertujuan antara lain memperuntukkan undang-undang berkaitan pembiayaan kepada pihak ketiga dengan izin, third party funding. Dalam proses Timbang Tara dan memperkasakan Pusat Timbang Tara Asia

(AIAC) melalui penubuhan Mahkamah Timbang Tara AIAC serta memastikan kuasa Presiden Mahkamah AIAC tidak berseorangan. Seterusnya, ini telah disusuli dengan pindaan Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 [Akta 746] jua untuk mengemas kini akta tersebut dalam beberapa aspek supaya adalah terkini dan selari dengan perkembangan semasa.

Datoʼ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, kembali kepada proses pengantaraan di Malaysia, undang-undang berkaitan pengantaraan telah diperuntukkan di bawah Akta Pengantaraan 2012 [Akta 749] yang telah mula berkuat kuasa pada 1 Ogos 2012.

Akta ini diperkenalkan dengan tujuan untuk mempromosikan dan menggalakkan penggunaan pengantaraan sebagai satu kaedah penyelesaian pertikaian alternatif serta memudahkan penyelesaian pertikaian secara adil, cepat dan menjimatkan kos. Kaedah penyelesaian pertikaian melalui pengantaraan telah dilaksanakan secara meluas dalam menyelesaikan kes-kes tuntutan di mahkamah sivil.

Sehingga ini, Akta 749 ini hanya digunakan untuk penyelesaian tuntutan dan pertikaian bagi kes-kes domestik. Seperti kes tuntutan insurans, kemalangan,

draft • 11:40 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

pertikaian melibatkan hal awal rumah tangga seperti tuntutan nafkah dan had tanah, tuntutan melibatkan fitnah, pertikaian komersial yang melibatkan kontrak dan harta intelek. Ia juga boleh diguna pakai untuk kes-kes antarabangsa, namun tidak diperkuat kuasakan, boleh dilaksanakan— penguat kuasakan boleh dilaksanakan.

Dalam konteks ini, perjanjian penyelesaian yang dicapai di bawah pengantaraan hanya bersifat mengikut pihak-pihak dan hanya boleh dikuatkuasakan melalui undang-undang kontrak. Skop pemakaian akta ini juga terhad dan tidak merangkumi pengiktirafan atau penguatkuasaan perjanjian penyelesaian yang dicapai melalui proses pengantaraan domestik dan antarabangsa.

Konvensyen Singapura. Konvensyen Singapura merupakan dengan izin, United Nations Convention on International Settlement Agreements Resulting from Mediation. Konvensyen ini merupakan satu perjanjian antarabangsa yang mempermudahkan serta memberi mekanisme untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan perjanjian penyelesaian antarabangsa yang telah dicapai melalui pengantaraan. Apabila sebuah negara meratifikasi Konvensyen Singapura ini, membawa maksud terhadap rang undang-undang, terhadap ruang untuk penguatkuasaan rentas sempadan bagi perjanjian penyelesaian antarabangsa hasil dari proses pengantaraan antarabangsa.

Ini akan menaik taraf sebarang pengantaraan komersial antarabangsa yang telah ditandatangani di bidang kuasa yang menandatangani Konvensyen Singapura dan sebaliknya di tandatangan di Malaysia. Konvensyen Singapura terhasil daripada usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memperkukuh peranan pengantaraan dalam penyelesaian pertikaian komersial antarabangsa melalui UNCITRAL. Perbincangan rasmi dimulakan sekitar tahun 2014 apabila negara- negara anggota menyedari bahawa berbeza dengan proses timbang tara di mana hasilnya boleh dikuatkuasakan melalui Konvensyen New York 1958.

Pengantaraan tidak mempunyai instrumen antarabangsa yang setara untuk menguatkuasakan hasil penyelesaian daripada proses tersebut. Ketiadaan instrumen ini telah menyebabkan pengantaraan kurang digunakan dalam pertikaian rentas sempadan walaupun ia lebih pantas, fleksibel dan kurang dengan izin, confrontational. Selepas proses rundingan selama beberapa tahun dan perbincangan teknikal yang melibatkan kerajaan, pakar-pakar undang-undang, pengamal pengantaraan dengan izin, mediators daripada pelbagai negara, teks konvensyen ini akhirnya telah dibawa dan diikuti dalam UNCITRAL pada tahun 2018.

draft • 11:40 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Pada 20 Disember 2018, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) telah secara rasmi dengan izin, adopt convention ini dengan majlis tanda tangan diadakan di Singapura. Konvensyen tersebut kemudiannya dibuka untuk di tandatangan pada 7 Ogos 2019 di Singapura sekali gus memberikan nama rasminya iaitu Konvensyen Singapura mengenai Mediasi. Majlis tandatangan tersebut telah mencatat sejarah dalam arena undang-undang antarabangsa apabila lebih 40 negara menandatangani konvensyen tersebut pada hari pertama, sesuatu yang dilihat luar biasa bagi perjanjian antarabangsa baru.

Sejak itu, Konvensyen Singapura dilihat sebagai satu pencapaian penting dalam undang-undang perdagangan antarabangsa, menandakan pengiktirafan global terhadap mediasi sebagai kaedah penyelesaian pertikaian yang matang dan berkesan. Sejarah pembentukannya mencerminkan perubahan sikap masyarakat antarabangsa yang semakin menghargai pendekatan penyelesaian secara rundingan dan kerjasama berbanding pertikaian yang bersifat dengan izin, adversarial semata-mata.

Konvensyen ini bertujuan memberi keyakinan kepada pihak-pihak bahawa perjanjian penyelesaian yang dicapai secara sukarela melalui mediasi boleh dikuatkuasakan secara langsung di negara-negara yang menjadi pihak kepada konvensyen ini tanpa perlu memulakan prosiding mahkamah yang panjang.

Dengan adanya rangka perundangan yang seragam ini, proses pengantaraan dapat diangkat sebagai satu kaedah penyelesaian pertikaian komersial antarabangsa yang praktikal, kos efektif dan menjimatkan masa selari dengan keperluan perdagangan dan pelaburan antarabangsa.

Konvensyen ini juga mengukuhkan kedudukan negara yang telah menandatangani sebagai hab penyelesaian pertikaian antarabangsa dan mencerminkan peralihan global ke arah penyelesaian pertikaian yang lebih kolaboratif dan berdasarkan penyelesaian, settlement.

Seterusnya, Konvensyen Singapura memainkan peranan penting dalam mengubah landskap penyelesaian pertikaian komersial antarabangsa dengan menaik taraf proses pengantaraan supaya setaraf dengan timbang tara dari segi kebolehan menguatkuasakan hasil proses tersebut. Sebelum konvensyen ini, perjanjian penyelesaian komersial antarabangsa melalui pengantaraan lazimnya bergantung kepada kontrak biasa yang menjejaskan kelebihan dengan izin, advantages.

draft • 11:40 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Pengantaraan sebagai proses yang pantas dan fleksibel. Konvensyen ini mengatasi kelemahan tersebut dengan membolehkan pihak yang terkesan memohon penguatkuasaan secara terus di mahkamah mereka pihak— mahkamah negara pihak-pihak tertakluk kepada alasan penolakan yang jelas. Ini memberikan kepastian undang-undang dengan izin, legal certainty kepada perniagaan- perniagaan, menggalakkan penggunaan pengantaraan dalam pertikaian rentas sempadan dan pada masa yang sama mengurangkan beban mahkamah.

draft • 11:40 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Bagi negara membangun dan ekonomi yang sedang berkembang, Konvensyen Singapura turut membuka ruang kepada akses keadilan yang lebih luas dengan menyediakan mekanisme penyelesaian pertikaian lebih inklusif dan berfokus kepada penyelesaian bersama. Dalam hal ini, beberapa negara lain telah mengambil inisiatif untuk memperkasakan Undang-undang Perantaraan dengan mengambil— mengadakan iaitu The Singapore Convention on Mediation dan Ancestral Model Law on International Commercial Mediation and International Settlement Agreements Resulting from Mediation 2018. Sebanyak 59 negara telah menandatangani Konvensyen Singapura termasuk Malaysia, Brazil, United Kingdom, Bahrain dan Belarus.

Sehingga kini sebanyak 20 negara telah pun meratifikasi konvensyen termasuk Singapura, Turkiye, Arab Saudi, Qatar, Jepun dan Fiji. Antara perundangan yang telah dirujuk dan diteliti oleh Singapore Mediation Act 2017, Singapore Convention on Mediation Act 2020, Act for Implementation of the United Convention on International Settlement Agreements Resulting from Mediation, Japan, Act 16 of April 28, 2023, dan Recognition and Enforcement of International Settlement Agreements Resulting from Mediation Act di Sri Lanka No. 5 of 2024.

Penubuhan jawatankuasa dengan pihak-pihak yang berkepentingan. Bagi memastikan penggubalan rang undang-undang ini adalah menyeluruh dan mengambil kira pelbagai perspektif, beberapa siri perbincangan dengan fokus group discussion dengan pemegang taruh dan pihak yang berkepentingan telah dilaksanakan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri bertujuan untuk melihat kepada isu-isu yang berkaitan dengan penyediaan dokumen yang berkaitan bagi meratifikasi: ratification konvensyen tersebut dan mempertimbangkan untuk menerima pakai Ancestral Modul Law on International Commercial Mediation and International Settlement Agreement Resulting in

draft • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Mediation 2018, amending the Ancestral Module Law on International Commercial Conciliation 2002. Selain itu Jawatankuasa Kerja berkaitan ratifikasi Konvensyen Singapura dan pindaan Akta Perantaraan 2012, penggubalan akta baharu berkaitan perantaraan yang terdiri daripada agensi kerajaan, pihak pemegang taruh dan pihak berkepentingan termasuk dari Sabah dan Sarawak telah ditubuhkan untuk memastikan proses mengadakan konvensyen ini dapat berjalan dengan teratur dan lancar.

Hasil daripada sesi libat lurus ini telah dipertimbangkan dalam usaha penggubalan rang undang-undang ini dalam penetapan dasar bagi memastikan ia dapat dilaksanakan secara komprehensif dan menemui keperluan industri perantaraan semasa di negara ini.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jawatankuasa- jawatankuasa yang berkaitan telah ditubuhkan sejak tahun 2019 setelah Malaysia menandatangani Konvensyen Singapura. Antara tugas-tugas utama jawatankuasa- jawatankuasa ini adalah bagi meneliti parameter-parameter dalam ancestral module law yang boleh diguna pakai mengikut acuan Malaysia. Selain itu jawatankuasa ini juga telah meneliti keselarasan model ini dengan Akta Perantaraan 2012 dan sama ada undang-undang domestik perlu dipinda bagi memastikan ia konsisten dengan module law yang dicadangkan.

Setelah meneliti module law ancestral dan kesesuaian untuk meminda Akta Perantaraan 2012, kerajaan telah memutuskan supaya satu akta baru ini digubal khususnya untuk Konvensyen Singapura tanpa meminda Akta Perantaraan 2012. Ini adalah konsisten dengan amalan antarabangsa di mana dua akta dibangkitkan, dibangunkan untuk pengantaraan secara keseluruhan dan Konvensyen Singapura untuk membolehkan penguatkuasaan bagi perjanjian penyelesaian komersial antarabangsa.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan bahawa Konvensyen Singapura tidak bersifat dengan izin, self-executing dan memerlukan negara pihak menggubal undang-undang domestik bagi melaksanakan obligasi konvensyen tersebut. Berdasarkan Artikel 11 Konvensyen Singapura, tandatangan semata-mata tidak menjadikan konvensyen ini berikut berkuat kuasa sebaliknya memerlukan proses ratifikasi yang formal. Bagi Malaysia ratifikasi hanya boleh dibuat selepas adanya kerangka perundangan domestik yang jelas untuk mengiktiraf penguatkuasaan Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa hasil perantaraan.

draft • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Justeru penggubalan undang-undang ini merupakan prasyarat penting dan memastikan perlaksanaan konvensyen berjalan secara teratur selaras dengan Sistem Perundangan Negara dan Prinsip Kedaulatan Parlimen. Berkenaan garis masa kuat kuasa, mengikut Artikel 14 konvensyen ini, konvensyen ini akan berkuat kuasa terhadap sesebuah negara, enam bulan selepas instrumen ratifikasi iaitu akta yang dicadangkan ini didepositkan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu selaku depositori seperti yang diperuntukkan di bawah Artikel 10 konvensyen.

Ini bermakna walaupun Malaysia telah menandatangani konvensyen ini ia hanya akan mengikut Malaysia selepas instrumen ratifikasi tersebut didepositkan secara rasmi dan tempoh enam bulan tersebut tamat. Tempoh ini memberi ruang kepada pihak berkuasa mahkamah dan pemegang taruh berkaitan untuk membuat persediaan pentadbiran dan perlaksanaan sebelum konvensyen berkuat kuasa sepenuhnya.

Sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat bertanya mengapakah Malaysia tidak terus meratifikasi konvensyen ini sebaik saja menandatangani pada tahun 2019, ini adalah kerana Malaysia mengambil pendekatan berhati-hati dengan memastikan terlebih dahulu wujudnya rangka perundangan domestik yang sesuai sebelum meratifikasi konvensyen itu.

Pendekatan ini bertujuan mengelakkan kekosongan undang-undang serta memastikan obligasi antarabangsa yang dipikul dapat dilaksanakan secara berkesan dalam sistem perundangan negara. Justeru kelewatan ratifikasi bukan disebabkan kekurangan komitmen, tetapi bagi memastikan pelaksanaan konvensyen ini selaras dengan undang-undang sedia ada dan kepentingan negara.

Selanjutnya pada masa ini Malaysia tidak bercadang untuk membuat sebarang dengan izin, reservation terhadap mana-mana peruntukan di bawah Konvensyen Singapura. Sekiranya pada masa hadapan didapati terdapat sebarang keperluan untuk pertimbangkan sebarang pengecualian tertentu, langkah tersebut masih boleh dibuat tertakluk kepada keputusan Jemaah Menteri, pindaan kepada undang-undang domestik yang berkaitan serta pendepositan instrumen pindaan atau notifikasi yang berkenaan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selaku Depository Convention.

Fasal-fasal. Dato' Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, rang undang- undang ini mengandungi sembilan fasal sebagaimana dinyatakan dalam naskhah biru dengan izin, the blue bill yang telah diedarkan kepada Yang Berhormat semua

draft • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

pada 3 Disember 2025 yang lalu. Secara amnya rang undang-undang ini menekankan dua elemen utama iaitu penguatkuasaan perjanjian penyelesaian antarabangsa sebagai perintah mahkamah dan kebolehterimaan perjanjian penyelesaian antarabangsa sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding kehakiman atau institusi di Malaysia.

draft • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Fasal 1 memperuntukkan tajuk ringkas akta yang dicadangkan dan peruntukkan mengenai tarikh permulaan kuasa akta.

Fasal 2 mengandungi tafsiran-tafsiran perkataan dan ungkapan tertentu yang digunakan dalam rang undang-undang yang sebahagian besarnya adalah berdasarkan konvensyen.

Fasal 3 memperuntukkan pemakaian rang undang-undang ini di mana rang undang-undang ini hanya terpakai bagi perjanjian penyelesaian komersial yang bersifat antarabangsa dan dihasilkan melalui proses pengantaraan. Rang undang- undang ini tidak terpakai bagi perjanjian penyelesaian antarabangsa yang tertentu iaitu yang melibatkan urusan peribadi, keluarga atau rumah tangga atau perjanjian yang telah diluluskan oleh satu mahkamah atau dipersetujui dan telah direkodkan sebagai penghakiman mahkamah atau yang boleh dikuatkuasakan sebagai sebuah award timbang tara.

Fasal 4 memperuntukkan permohonan boleh dibuat kepada mahkamah tinggi untuk mahkamah tinggi merekodkan perjanjian penyelesaian antarabangsa bagi maksud untuk menguat kuasa perjanjian penyelesaian tersebut di bawah akta yang dicadangkan ini. Fasal ini juga memperuntukkan keperluan dokumen-dokumen dan keterangan yang perlu dikemukakan secara bersama dengan permohonan itu.

Fasal ini merupakan salah satu elemen utama dalam akta ini yang menjelaskan tata cara kebolehterimaan perjanjian penyelesaian antarabangsa sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding kehakiman atau institusi di Malaysia.

Fasal ini turut menjelaskan, jika mahkamah tinggi merekodkan perjanjian penyelesaian sebagai satu perintah mahkamah, ia boleh dikuatkuasakan sebagai mana satu penghakiman dan pihak-pihak boleh bergantung kepada perjanjian ini sebagai pembelaan, tolakan dan selainnya.

Fasal 5 memperuntukkan mengenai penerimaan sesuatu perjanjian penyelesaian antarabangsa sebagai keterangan dalam prosiding di mahkamah atau mana-mana institusi apabila berlaku pertikaian komersial. Dalam hal ini, perjanjian

draft • 12:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

tersebut hendaklah diterima oleh mahkamah sebagai bukti bahawa perkara tersebut telah pun mencapai penyelesaian. Fasal ini juga turut memperuntukkan dokumen dan keterangan yang perlu disertakan bagi penerimaan perjanjian penyelesaian antarabangsa sebagai keterangan di bawah akta yang dicadangkan.

Fasal 6 memperuntukkan bahawa jika sesuatu perjanjian penyelesaian antarabangsa dibuat dalam bahasa selain dari bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, pihak yang membuat permohonan untuk merekodkan perjanjian penyelesaian itu sebagai perintah mahkamah tinggi di bawah fasal 4(1) atau pihak yang ingin mengumumkan perjanjian tersebut sebagai keterangan di bawah fasal 5(2), hendaklah mengumumkan terjemahan bahasa Inggeris yang diperakui sah dengan sempurnanya bagi perjanjian tersebut.

Fasal 7 memperuntukkan alasan-alasan di mana mahkamah tinggi boleh menolak satu permohonan supaya perjanjian penyelesaian antarabangsa yang direkodkan di subfasal 4(4) dan untuk menolak untuk menerima satu perjanjian penyelesaian antarabangsa sebagai keterangan dalam prosiding di bawah subfasal 5(4).

Fasal 8 memperuntukkan mengenai perintah mahkamah tinggi apabila perintah telah dibuat tanpa kehadiran satu pihak kepada pihak perjanjian penyelesaian antarabangsa dengan memberi bukti sebagaimana dinyatakan dalam fasal tersebut.

Fasal 9 memperuntukkan kuasa kepada mahkamah tinggi untuk keputusan berhubung permohonan bagi penguatkuasaan sesuatu perjanjian penyelesaian antarabangsa di bawah sub fasal 4(1) yang belum selesai sekiranya terdapat permohonan atau tuntutan selari yang sedang berjalan berhubung dengan perjanjian penyelesaian antarabangsa yang sama di mana-mana mahkamah lain, tribunal, timbang tara atau badan yang mempunyai bidang kuasa di Malaysia; atau mana- mana negara lain, mahkamah berpendapat bahawa prosiding bagi permohonan atau tuntutan selari itu boleh berkemungkinan boleh menjejaskan permohonan di bawah subfasal 4(1).

Peruntukan ini adalah penting bagi mengelakkan apa-apa yang timbul dalam prosiding yang berbilang, yang berhubung dengan perjanjian penyelesaian antarabangsa yang sama dan seterusnya menggalakkan keseragaman dan kecekapan dalam penguatkuasaan satu perjanjian penyelesaian antarabangsa.

Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, sejajar dengan hasrat Malaysia untuk meratifikasi— Ratifikasi Konvensyen Singapura yang telah

draft • 12:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

ditandatangani pada 2019, rang undang-undang ini bertujuan untuk mewujudkan kerangka undang-undang yang perlu untuk melaksanakan kewajipan di bawah konvensyen tersebut dan untuk memudahkan penguatkuasaan perjanjian penyelesaian antarabangsa.

Oleh itu, saya menyeru sokongan semua Ahli-ahli Yang Berhormat agar rang undang-undang ini dapat diluluskan demi memastikan Malaysia komited dalam memperkukuhkan sistem perundangan negara selaras dengan standard perundangan antarabangsa menerusi perluasan akses kepada keadilan secara inklusif dan efisien.

Rang undang-undang ini bukan sekadar usaha memperkukuhkan reformasi undang-undang sedia ada tetapi juga untuk meningkatkan keyakinan pelabur dan komuniti perdagangan terhadap sistem penyelesaian pertikaian Malaysia. Sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab penyelesaian pertikaian serantau, preferred seat terutama di rantau Asia.

Dengan peruntukan yang lebih jelas dan menyeluruh, cadangan akta ini akan memberi mesej kepada dunia tentang komitmen Malaysia untuk memastikan perundangan negara yang tulus dan adil seiring dengan perkembangan dan keperluan masa. Langkah ini bukan sahaja menyokong reformasi perundangan negara, malah imej Malaysia sebagai sebuah negara yang berada di landasan yang lebih teguh dalam memperjuangkan prinsip keadilan, ketulusan dan akauntabiliti untuk membina sebuah negara yang lebih berintegriti dan berdaya saing dalam bidang alternative dispute resolution. Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebelum saya teruskan, Yang Berhormat Besut, silakan.

draft • 12:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dah tak ada.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Untuk alu- alukan?

draft • 12:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dah, dah keluar.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadi, tak perlu alu dah.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum. Yang Berhormat Menteri, basically bill

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

ini [Sambil menunjukkan senaskah dokumen] untuk ratifikasikan perjanjian kita di Singapore Convention, betul?

draft • 12:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

[Sambil mengangguk]

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

So, dengan passing up, dengan izin. Dengan *passing up this bill, we ratify the convention.

Is it right?*

draft • 12:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

It is a very major move.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Pardon?

draft • 12:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

It is a very major move.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

Dengan sedemikian, Menteri telah membentangkan kerangka rang undang-undang ini, bill biru ini. Ada sesiapa menyokong?

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Saya menyokong, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang sebagaimana yang telah dibentang oleh Menteri, suatu akta untuk menguatkuasakan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa Terhasil Daripada Pengantaraan untuk membuat peruntukan bagi penguatkuasaan dan kebolehterimaan perjanjian penyelesaian antarabangsa yang terhasil daripada pengantaraan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dibacakan kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam senarai pembahas ada terdapat 11 Yang Berhormat akan berbahas dan turutannya adalah sepertimana berikut. Pembuka tirai, Yang Berhormat Subang, diikuti Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Kota Bharu, Yang Berhormat Ipoh Timor, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Maran dan pembahas terakhir ialah Yang Berhormat Jelutong.

Dengan sedemikian itu, saya peringatkan Peraturan 36 dan Peraturan 37 dan isu-isu isi perbahasan dan aturan-aturan perbahasan. Dan, dengan itu juga saya mengingatkan waktu adalah atas budi bicara pengerusi yang mempengerusikan

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Majlis dan pertimbangan yang mempengerusikan Majlis. Dengan ini, saya buka tirai perbahasan dengan mempersilakan Yang Berhormat Subang.

draft • 12:10 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih Tuan Speaker. Berdiri saya pada hari ini bagi menyokong RUU ini yang membolehkan Malaysia meratifikasi serta memberi kesan undang-undang domestik kepada UN Convention on International Settlement Agreements Resulting from Mediation yang lebih dikenali sebagai Singapore Convention on Mediation.

Sebagai latar belakang, Konvensyen Singapura telah diterima pakai di New York pada tahun 2018 untuk menangani jurang yang telah lama wujud dalam penyelesaian pertikaian komersial antarabangsa. Dengan izin, while arbitration awards have long been enforceable across borders under the New York Convention, mediated settlement agreements historically lack comparable enforcement mechanisms.

Konvensyen Singapura ini mengisi jurang tersebut dengan membolehkan perjanjian penyelesaian komersial antarabangsa yang terhasil daripada mediation dikuatkuasakan secara langsung tertakluk kepada perlindungan yang ditetapkan dengan jelas. Malaysia telah menandatangani Konvensyen Singapura ini pada tahun 2019. Oleh itu, rang undang-undang ini dibentangkan hari ini merupakan langkah susulan yang perlu bagi menunaikan komitmen tersebut serta melaksanakan konvensyen ini dalam rangka perundangan domestik negara.

Tuan Speaker, dia lambat sedikit lah lima, enam tahun ni, but as they say dengan izin, better late than never. Mechanism RUU ini mengurangkan kos, mengurangkan masa dan kerumitan prosedur dengan ketara. Ia juga mengurangkan beban mahkamah serta memelihara hubungan komersial. Yang penting, RUU ini telah mendapat sokongan penuh daripada Majlis Peguam Negara dan menyelaraskan Malaysia dengan standard internasional dan penyelesaian pertikaian seperti Konvensyen New York yang berfungsi bagi timbang tara.

Mengapakah RUU ini penting pada masa ini? Dengan izin, we are living in a period of profound uncertainty in global international trade. Pengenaan tarif secara unilateral khususnya oleh Amerika Syarikat tahun lalu dan juga berterusan tahun ini telah mengubah global trade norms. Langkah-langkah ini telah mengganggu supply chains, distorted the markets and undermine the predictability of international trade. Tuan Speaker sebelum itu, sebelum inilah, sebelum tarif-tarif ini, peraturan perdagangan agak jelas dan pasaran mempunyai masa untuk adapt untuk mencapai

draft • 12:11 PM

Tuan Wong Chen - Subang

keseimbangan ekonomi. Dengan izin, trade, logistics, profits and loss in a free and fair trade environment allows the maximum economic equilibrium and efficiency to be achieved. Selepas tarif, kelam kabut. Jadi, tarif Amerika ini, perdagangan antarabangsa telah masuk dengan izin, a period of chaos and sudden realignment that will inevitably lead to more international trade disputes. Makna dengan tarif ini, gaduh akan bertambah. Jadi, pentinglah kita buat RUU yang penting ini pada hari ini supaya kita boleh cari jalan keluar daripada chaos di luar sana.

Tuan Speaker, izinkan saya berikan satu contoh ringkas. Katakan sebuah syarikat di Malaysia yang mengeksport rubber gloves ya, ke Amerika Syarikat.

Mungkin dia dapat manfaat daripada tarif Donald Trump ini sebab tarif kita 19 peratus. Dengan competitor kita, Vietnam juga buat rubber gloves 20 peratus, China 50 peratus plus, plus. Akibatnya kemungkinan eksport syarikat Malaysia ni, rubber glove dia ke Amerika Syarikat mungkin akan menambah sebanyak 20 peratus.

Sebab kita lebih kurang, kos kita kurang daripada Vietnam dan kurang daripada China.

Namun begitu, syarikat-syarikat China yang sama bersaing dengan syarikat kita di Malaysia ini kerana dia tidak lagi mampu bersaing di pasaran Amerika Syarikat Sebab tarif dia 50 peratus plus, plus, mungkin telah mengalihkan lebihan bekalan mereka ke pasaran lain seperti negara Jerman. Dan dia menjual rubber glove dia dengan harga yang lebih rendah daripada kos syarikat Malaysia tersebut. Ini perkara tentang anti jual, perkara dumping lah ya.

YB Gopeng pada hari— awal minggu ini telah membawa beberapa pelawat daripada syarikat-syarikat yang besar daripada Jepun untuk cerita sedikit tentang isu ini. Akibatnya, pengeksport Malaysia, syarikat kita ini yang sama akan mendapat eksport di Amerika bertambah tetapi jualan dia ke Jerman menurun 40 peratus.

Dengan izin, Tuan Speaker, gains in one market like the US caused by this unilateral tariff may result in bigger losses in another country, our sales to Germany. Pada masa ini, kita sedang menunggu data yang menyeluruh daripada pengeksport-pengeksport Malaysia bagi memahami dengan lebih jelas sejauh mana gangguan yang berpunca daripada langkah-langkah American unilateral tariff ini.

Dengan izin sekali lagi, maaf Tuan Speaker sebab ni international trade matter ini kena pakai English lebih. One thing is clear when there is no economic equilibrium, disputes will increase. Dan apabila pertikaian meningkat adalah penting sangat untuk kita meluluskan.

draft • 12:11 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Saya mintalah kawan-kawan kita dari sebelah sana, meluluskan rang undang-undang ini yang memberi mechanism yang terbaik untuk Malaysia. Justeru, RUU ini adalah tepat pada masanya dengan komitmen kepada rangka penguatkuasaan berasaskan mediation, kita membekalkan perniagaan Malaysia dengan alat praktikal untuk mengharungi persekitaran perdagangan global yang makin tidak menentu.

Namun di sebalik perundangan ini, terdapat satu existential question yang lebih luas yang perlu ditangani oleh Parlimen. Adakah sistem perdagangan multilateral berasaskan peraturan khususnya WTO akan terus dihormati atau tidak?

Jika Amerika Syarikat sebagai ekonomi terbesar di dunia ini tidak lagi melihat nilai kepada peraturan WTO ataupun mechanism penyelesaian WTO apakah implikasinya kepada kita semua di dunia termasuk Malaysia?

Jika negara-negara lain yang lebih maju mengikut jejak langkah Amerika Syarikat, maka jelas lebih banyak pertikaian menanti kita di hadapan. The world will go into complete chaos. Tuan Speaker, walaupun rang undang-undang ini dibawa oleh JPM, kawan baik saya Timbalan Menteri Kula ya, substants perkara yang kita bincangkannya sebenarnya ialah di bawah Kementerian MITI. Jadi, saya akan mengambil kesempatan yang sama untuk mengucap tahniah kepada Menteri MITI yang baharu, YB Titiwangsa.

YB Titiwangsa semua orang kenal, ahli perniagaan dan saya dengar dia itu akauntan juga. Beliau membawa dengan izin, sharp commercial acumen and in- depth understanding of Malaysian businesses across many sectors. Saya juga berasa lega dengan pendirian tegas beliau dalam mempertahankan kedaulatan Malaysia, khususnya berhubung dengan Perjanjian ART.

draft • 12:11 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Tuan Speaker, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Parlimen Mengenai Hubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa, saya menanti penglibatan lanjut bersama Menteri baharu ini ya. Sebab kita kena merealisasikan bagaimana kita boleh menambah baik dan jika perlu membaiki terma-terma perjanjian yang telah ditandatangani di bawah ART serta mendapatkan penjelasan sama ada ART memerlukan proses ratifikasi oleh Parlimen. Ini soalan ini tentang ratifikasi, saya, saya― ya lah, saya mintalah daripada JPM Undang-undang untuk memberi jawapan yang tepat dan accurate.

draft • 12:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Saya juga ingin memberi nasihat kepada Kerajaan MADANI supaya proses mereformasikan semua International Trade Agreement perlu dibincang dahulu dengan Parlimen melalui JKPK. Sebelum menandatangani satu perjanjian, ia memerlukan sokongan undi di Parlimen dan terma perjanjian tersebut diberi kepada Ahli-ahli Parlimen, sekurang-kurangnya dua minggulah sebelum ditandatangan supaya kita boleh baca, meneliti terma-terma dan membuat feedback yang terbaik.

Dalam kes ART, kita semua tahu lah ya. Apa nak buat dah sign, mungkin pada masa tu masa suntuk ya. Tetapi, apa yang kita telah sign, saya sebagai Ahli Parlimen― Kerajaan MADANI pun tak boleh terima. Saya buat press statement, YB Pandan juga ada buat press statement. Jadi, untuk memastikan ini tidak berlaku lagi, saya mintalah Kerajaan MADANI dan juga JPM undang-undang memberi nasihat kepada kerajaan supaya apa-apa terma baru yang kita nak sign dengan international trade ini...

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Subang. Subang. Sikit.

draft • 12:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Baik, bagi saya habis. Dibincang dengan kita dengan terperinci melalui JKPK. Ya, silakan.

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih, Subang. Setuju tak dengan saya sebab sekarang ni kita tengok trend mesyuarat JKP— JKPK. Hari ni mesyuarat, hari ni baru hantar WhatsApp panggil mesyuarat. Adakah itu trend yang baik ataupun tidak, tidak, tidak subur? Jadi, kita haraplah perkara ni dua, tiga hari sebelum mesyuarat ni minta kita dapat notis awal supaya kita boleh buat preparation. Okey, terima kasih.

draft • 12:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Yang itu saya setuju lah. Tapi JKPK saya okeylah. Dia bagi tujuh hari.

[Ketawa] Sorry. Ya, notis yang lebih.

Tapi Tuan Speaker, joke selesailah. Perkara yang penting ialah kita ni di Parlimen. Kita perlu mereformasikan Parlimen. Dan untuk mereformasikan Parlimen, kita perlu dana yang cukup untuk Parlimen. Takkanlah― ya lah tahun lalu dia bagi RM200,000. Tahun ini bagi RM500,000. Tapi kerajaan― YB Ismail Sabri, Perdana Menteri kita dulu, dia bagi RM1 juta. Dia baru masuk ni, ngam-ngam punya timing.

draft • 12:20 PM

[Dewan tepuk]

Tuan Wong Chen - Subang

Jadi, kurang-kurang pun kalau kita tak ada sekretariat yang baik― bukan sekretariat tak baik, tak cukup orang jaga sekretariat kita, kita tak boleh buat kerja kita sebagai Dewan yang mulia ini ya, Dewan yang terpenting ni. Jadi, saya minta itu sahajalah.

draft • 12:20 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Subang, saya nak minta sikit.

draft • 12:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Boleh.

draft • 12:20 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Saya dengar tadi mengenai peruntukan Select Committee ini memang saya setujulah untuk dinaikkan. Kalau kita tidak ada peruntukan, memang susah nak buat kerja. Apa ni, dia orang minta macam-macam, tapi kita tak ada dana. Jadi, kita tengok SDG dapat berjuta-juta, tapi Select Committee lagi penting tetapi papa kedana. Apa pandangan YB Subang?

draft • 12:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Ya, maaf Tuan Speaker, perkara ini, ya lah, kita dah melencong daripada RUU tapi saya setuju sangat. YB Willie ini dia— saya punya Puncak Borneo ini ialah deputy saya dan susah Tuan Speaker, memang susah ya. Baik, itu saja ucapan saya. Terima kasih Tuan Speaker.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Subang, bila kita ratifikasi ini, implikasi of enforcement ada tak secara detail? Kalau keputusannya dibuat either party yang tidak melaksanakan kontrak tu, kalau keputusan itu buat di negara luar, adakah kita akan menguatkuasakan this maybe part, dengan izin, part of the thing that should be considered ya?

draft • 12:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Untuk RUU ini Tuan Speaker, dia mediation telah selesai. Cuma, enforcement of the mediation. Jadi, ini mekanisme untuk enforcement. Maksudnya garnish property, ambil tanah dia, ambil dia punya wang di dalam bank. Ini di disenangkanlah melalui RUU ini.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Maybe, maybe the Minister can explain.

draft • 12:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Ah, ya. Okey, terima kasih.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ini satu poin yang saya rasa amat-amat mustahak. Okey. Adakah berkaitan peraturan?

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Peraturan 35(4).

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan.

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Dato' Speaker.

Saya nak sambung sikit daripada 35(4) ni yang mana tadi Puncak Borneo kata yang ada peruntukan pun papa kedana tambah kami yang tak ada peruntukan bukan tapak― bukan papa kedana lagi, tonggeng terbalik dah. Tonggeng buyung dah. Jadi, kita harap perkara ini diambil beri perhatianlah oleh pihak kerajaan.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Pembangkang langsung, satu sen pun tak dapat peruntukan.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, peraturan...

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Daripada mula dulu sampai sekarang.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ya.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya akan layan peraturan.

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey, peraturan.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Peraturan mana ni?

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

35(4).

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Apa dia?

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

“Seseorang ahli yang telah bercakap dalam satu-satu masalah itu boleh bercakap menerangkan apa-apa perkara besar dalam ucapan yang telah menerbitkan kesamaran faham. Tetapi tidak boleh dikeluarkannya perkara-perkara baru.” Jadi, saya nak sambung hat yang Puncak Borneo tu lah.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Boleh? Boleh, boleh. Okey.

draft • 12:20 PM

[Dewan ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Rungutan saja.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Jadi, saya faham bahagian mana Yang Berhormat nak bangkit kan itu. Jadi, saya akan buat ruling-lah ya.

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ya, terima kasih.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik. Duduk Yang Berhormat. Ruling saya senang saja. Selagi tidak lari daripada topik yang berkaitan dan tidak menimbulkan salah satu percanggahan dalam Peraturan 36 tu, saya benarkan. Jadi, itu ruling saya.

draft • 12:20 PM

[Dewan tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Besut.

draft • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Sebelum saya meneruskan dengan perbahasan saya, saya diminta oleh Ahli Parlimen Gopeng untuk mengalu-alukan...

draft • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan.

draft • 12:26 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

...Pelajar-pelajar daripada SMK St. Bernadette’s Convent.

draft • 12:26 PM

[Dewan tepuk]

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa ini yang terhasil daripada pengantaraan ataupun mediasi 2025.

Saya terus kepada akta ini. Saya rujuk kepada seksyen 6 iaitu menetapkan supaya perjanjian asal yang bukan dalam bahasa kebangsaan ataupun bahasa Inggeris mestilah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Jadi persoalannya, kenapa hanya bahasa Inggeris? Kenapa tidak bahasa kita juga dimasukkan sama?

Dalam perbahasan belanjawan saya tempoh hari, saya memuji perancangan kerajaan untuk menterjemah undang-undang pra 1967 ke dalam bahasa kebangsaan. Tetapi usaha tersebut dilihat hanya separuh jalan je kerana mengetepikan undang-undang pasca 1967 ini yang sebahagiannya masih menggunakan bahasa Inggeris.

Kini akta baharu, hari ini ni ya, seperti yang dibahaskan ia pun masih mengutamakan terjemahan ke dalam bahasa Inggeris sahaja. Jadi, maka kita terus berada dalam kitaran yang sama. Satu masa kita cuba off set-kan, dengan izin, dominasi bahasa Inggeris ini dengan terjemahkan undang-undang ke dalam bahasa kebangsaan. Jadi, pada masa yang lain pula, kita benarkan terjemahan bahasa Inggeris ini diutamakan mengenai mengatasi bahasa kebangsaan. Adakah nanti akan― akta ini akan dipinda untuk mengutamakan terjemahan bahasa kebangsaan pula ya? Maka bilakah kitaran ini akan berakhir?

Jadi, saya mengambil contohlah dengan negara lain yang turut meratifikasikan Konvensyen Singapore ni. Jepun, kita tengok Jepun, Georgia, Ecuador juga mempunyai peruntukan serupa berkenaan dokumen yang bukan dalam bahasa kebangsaan masing-masing. Jadi, mereka menetapkan dokumen tersebut mestilah diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan mereka. Ini negeri lain, negara lain.

draft • 12:26 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Langkah mereka ini adalah lebih selari dengan Perkara 4, Perenggan 3 Konvensyen Singapore itu sendiri yang menyebut “Jika perjanjian penyelesaian itu bukan dalam bahasa rasmi pihak konvensyen, pihak berkuasa kompeten boleh meminta terjemahan dalam bahasa tersebut.” Ini yang diperuntukkan.

Dato' Yang di-Pertua, saya rujuk juga kepada seksyen 4 bahawa Mahkamah Tinggi diberikan kuasa untuk merekodkan Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa ini sebagai suatu perintah Mahkamah Tinggi bagi maksud penguatkuasaan.

draft • 12:26 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Namun demikian, kebimbangan saya adalah apabila fasal 4(2) hanya menitikberatkan aspek dokumentasi sahaja secara teknikal seperti tandatangan pengantara dan juga pengesahan bertulis daripada organisasi pengantara itu sendiri.

Jadi, saya ingin bertanya kepada pihak Menteri, adakah mahkamah kita akan diberikan kuasa substantif untuk meneliti kandungan perjanjian tersebut sebelum ia direkodkan? Sebab, bawah seksyen 4 tidak disebut ya.

Kita tidak mahu sistem kehakiman negara sekadar menjadi rubber stamp, dengan izin, kepada perjanjian luar negara yang mungkin berat sebelah atau tidak adil kepada pihak tempatan hanya kerana syarat-syarat dokumentasi teknikal telah dipenuhi. Jadi, saya berpandangan bahawa mahkamah tinggi ini tidak sewajarnya sekadar merekod dan menguatkuasakan perjanjian tanpa boleh menilai sama ada ia bercanggah dengan dasar awam, prinsip keadilan atau kepentingan negara.

Oleh itu, fasal 4 perlu diperjelaskan supaya kuasa kehakiman itu menilai kandungan perjanjian dinyatakan dengan jelas dan bukan terhad kepada semakan prosedur semata-mata. Kerana, alasan menerima dan menolak adalah diletak di bawah seksyen 7 dan seksyen 8. Jadi, hanya oleh pihak-pihak yang terlibat― pihak lain yang terlibat.

Kemudian, saya juga ingin merujuk kepada seksyen 7 yang memperuntukkan bawah mahkamah boleh menolak permohonan jika terma perjanjian tersebut bercanggah dengan dasar awam Malaysia. Cuma, saya lihat dalam RUU ini tidak memperincikan apakah skop sebenar dasar awam. Because, dalam konteks komersial antarabangsa ini, adakah dasar awam ini hanya terhad kepada isu prosedur dan penipuan atau merangkumi kepentingan nasional yang lebih luas seperti perlindungan industri strategik, jaminan bekalan makanan dan dasar pemerkasaan ekonomi tempatan? Jadi, kekaburan ini amat relevan dalam keadaan semasa.

draft • 12:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dan seterusnya juga yang pasal berkenaan dengan seksyen 9 ini, bolehkah mahkamah tinggi menangguhkan keputusan berkenaan dengan tuntutan selari ini?

Ada disebut ya. Jadi, apa yang disebut dalam ini saya takut ada delay tactics ini, dengan izin, daripada pihak-pihak tempat lain, pihak-pihak negara lain.

Jadi, dalam amalan komersial antarabangsa ini, kita sedia maklum bahawa tuntutan selari sering digunakan sebagai taktik melengahkan khususnya oleh syarikat besar-besar. Ini yang saya takut. Dan prinsip asas undang-undang ada menyatakan bahawa keadilan yang ditangguhkan adalah keadilan yang dinafikan.

Justice delayed, justice denied.

Jadi, justeru, jika rang undang-undang ini membuka ruang terlalu luas untuk penangguhan tanpa mekanisme perlindungan yang jelas― tak ada disebut dalam akta― maka ia secara tidak langsung menggalakkan penyalahgunaan proses undang-undang oleh pihak-pihak yang lebih kuat dari segi sumber mereka.

Dan sedikit berkenaan dengan peruntukan― ada disebut tadi patut ada mediasi. Kita kalau ikut akta ini, penerangan ini, mediasi boleh dibuat menyelesaikan kes domestik yang melibatkan individu. Tuntutan saman malu, tuntutan kemalangan, hadanah, tuntutan nafkah dan sebagainya termasuklah peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang. Boleh dibincangkan. Jangan letak syarat banyak sangat.

Bincang, bincang, bincang, kemudian bawa ke mahkamah tinggi boleh sahkan. Atau kalau di― kita sekarang bukan di mahkamah tinggi. Dia sahkan di mahkamah― mediasi dibuat di mahkamah seksyen, tidak di mahkamah tinggi. Cuma, mungkin untuk merekod penghakiman itu dibuat di mahkamah tinggi.

Dan, satu lagi juga, boleh diuruskan dengan mediasi kes-kes― katalah tuntutan Kedah kepada Penang. Belum dibawa ke mahkamah, dah ada bising.

Sepatutnya kuasa untuk bawa ke mahkamah ini boleh dibuat oleh pihak-pihak yang terlibat. Jadi, kalau bawa ke mahkamah besok, tidak bolehlah ada yang mengatakan bahawa, “Oh, akan ditolak kerana ia nya remeh”. Baru ini, kalau tak silap saya, Tasek Gelugor, dia kata kalau bawa ke mahkamah, mahkamah akan tolak. Belum apa-apa bawa lagi dah ditolak.

Jadi, saya katakan bahawa sekarang kita ada mediasi. Kita saman di mahkamah besok, kita selesai dengan mediasi. So, senang saja. Jadi, keperluan Akta Mediasi 2012 ini adalah sangat-sangat penting dalam perkara-perkara begini.

Jadi, saya mohon― walaupun saya menyokong, tapi saya mintalah dilihat kepada apa-apa kekurangan dalam akta ini.

Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Penggunaan bahasa. Memang saya setuju dengan apa Yang Berhormat cakap itu. Tapi, kita kena balik kepada asas undang-undang jugalah.

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Kalau kita lihat, 10 tahun sepatutnya ada undang-undang yang mengendalikan sama ada bahasa Melayu itu akan berterusan atau bahasa lain diguna pakai juga. Tapi, setakat ini selepas 10 tahun kita merdeka pun masih lagi Perlembagaan Perkara 152 berkaitan penggunaan bahasa masih lagi sedemikian― dua. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Itu sebab Peraturan 8 dalam peraturan kita masih lagi membenarkan penggunaan dua bahasa ini di dalam Dewan. Jadi, terpulanglah ya. Tapi, sehingga hari ini, penggunaan dua bahasa ini adalah sah ya, selagi tidak dipinda Perlembagaan Persekutuan. Baik.

draft • 12:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya maksud saya kena ada dua-dua terjemahan itu. Itu yang maksud saya bawah seksyen 6 tadi.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Kita serahkan kepada Menteri nanti akan menjawab. Baik, berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Beaufort.

draft • 12:30 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada Beaufort untuk turut serta membahaskan Rang Undang-undang Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa Yang Terhasil Daripada Pengantaraan 2025.

Dato’ Yang di-Pertua, semua RUU ini amat penting kerana ia melengkapkan kerangka undang-undang sedia ada. Akta Mediasi 2012 ataupun Akta 749 pada masa ini hanya terpakai kepada pertikaian domestik dan tidak merangkumi pertikaian komersial antarabangsa. Dalam konteks ekonomi global dan pelaburan rentas sempadan, kekosongan ini memberi implikasi besar kepada Malaysia, khususnya negeri seperti Sabah.

Sebagai negeri yang aktif menarik pelaburan langsung asing dalam sektor tenaga, sumber asli dan industri berat, Sabah memerlukan kepastian undang- undang yang jelas, cekap dan selari dengan piawaian antarabangsa. RUU ini yang digubal selaras dengan Konvensyen Singapura menyediakan mekanisme pengiktirafan dan penguatkuasaan perjanjian penyelesaian antarabangsa yang

draft • 12:37 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

terhasil daripada pengantaraan, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada litigasi dan timbang tara yang panjang serta mahal.

Dato’ Yang di-Pertua, antara salah satu projek pelaburan asing terbesar di negeri Sabah ketika ini ialah projek oleh Esteel Enterprise Sabah Sdn. Bhd. yang melaksanakan pembangunan kilang greensteel berskala besar di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Spitang ataupun SOGIP.

Projek ini melibatkan pelaburan hampir RM20 bilion, dilaksanakan secara berfasa dan bertujuan menjadikan Sabah sebagai hab pengeluaran keluli hijau di rantau Asia Tenggara. Projek ini turut melibatkan perjanjian bekalan gas asli bersama Sabah Energy Corporation dan juga PETRONAS serta pajakan tanah industri jangka panjang di SOGIP. Ia dijangka mewujudkan ribuan peluang pekerjaan, merancakkan pembangunan infrastruktur setempat dan meningkatkan hasil ekonomi negeri Sabah.

draft • 12:37 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Dato’ Yang di-Pertua, namun dalam projek berskala besar dan bersifat rentas sempadan seperti ini, risiko pertikaian komersial sentiasa wujud, sama ada berkaitan kontrak, jadual pelaksanaan ataupun pembekalan sumber. Tanpa rangka undang- undang yang jelas, yang mengiktiraf dan menguatkuasakan perjanjian penyelesaian antarabangsa, sebarang pertikaian berpotensi berlarutan menjejaskan keyakinan pelabur dan memberi kesan langsung kepada masyarakat setempat melalui kelewatan projek dan juga kehilangan peluang pekerjaan.

Di sinilah kepentingan RUU ini menjadi amat jelas. Dengan adanya undang- undang khusus ini, Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa Yang Terhasil Daripada Pengantaraan boleh dikuatkuasakan secara berkesan di Malaysia, termasuk di Sabah. Ini memberikan kepastian undang-undang kepada pelabur dan melindungi kepentingan ekonomi negeri serta rakyat.

Dato’ Yang di-Pertua, saya menyambut baik peruntukan RUU ini yang memperincikan prosedur penguatkuasaan, alasan yang terhad untuk penolakan serta langkah-langkah mengelakkan pertindihan prosedur. Pada masa yang sama, saya berharap kerajaan memastikan kesiapsiagaan institusi kehakiman dan latihan mediator diperkukuh agar pelaksanaan RUU ini benar-benar berkesan.

Dato’ Yang di-Pertua, kesimpulannya, RUU ini merupakan satu langkah strategik untuk memperkukuh keyakinan pelabur, menjamin kestabilan ekonomi dan memastikan pembangunan mampan, khususnya bagi negeri Sabah.

draft • 12:40 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Dengan itu Dato’ Yang di-Pertua, Beaufort menyatakan sokongan terhadap rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Selanjutnya, saya silakan Yang Berhormat Jerlun.

draft • 12:40 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Jerlun juga mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa Pengantaraan 2025 ini. Pindaan ini mempunyai kaitan dengan Akta Mediasi 2012 [Akta 749].

Pengantaraan atau mediasi merupakan kaedah alternatif penyelesaian pertikaian yang diiktiraf oleh undang-undang di Malaysia. Mediasi boleh digunakan untuk semua kes, sama ada sivil atau syariah yang melibatkan individu atau syarikat tempatan, kecuali isu yang melibatkan Perlembagaan Persekutuan, kes jenayah atau isu yang bertentangan dengan undang-undang.

Saya merujuk kertas taklimat yang dibekalkan. Yang Berhormat Menteri, kertas ini membekalkan, dia menyebut pemakaian Akta 749. RUU ini dikaitkan dengan pemakaian Akta 749. Dalam kertas ini, dia menyebut secara spesifik menyelesaikan kes domestik, sivil dan syariah yang melibatkan individu atau syarikat tempatan bagi tuntutan saman malu, tuntutan kemalangan, hadanah, hak jagaan anak, tuntutan nafkah, termasuk nafkah anak dan sebagainya.

Oleh itu, saya mencadangkan agar seksyen 2 dalam blue bill ini iaitu tentang tafsiran Mahkamah Tinggi. Hanya menyebut Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, tidak disebut Mahkamah Tinggi Syariah kerana kes-kes berkaitan dengan hadanah ini di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah di negeri-negeri. Jika dirujuk fasal 121(1A), ini Perlembagaan Persekutuan ini, telah memasukkan mahkamah syariah sebagai institusi badan kehakiman yang diiktiraf oleh undang-undang dalam negara kita.

Jika dirujuk dalam seksyen 3(2), blue bill ini juga menyebut yang timbul daripada undang-undang keluarga, pewarisan atau pekerjaan. Dalam negara kita, undang-undang keluarga ini ada dua. Sama ada ia boleh merujuk kepada Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 [Akta 164]. Ini bagi pasangan bukan Islam. Manakala bagi pihak orang Islam, dia merujuk kepada Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] ataupun Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam negeri-negeri.

draft • 12:42 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Jadi, berbalik kepada RUU ini yang secara spesifik menyebut tentang pengantaraan ataupun disebut mediasi. Maka, Akta 749 boleh ditafsirkan untuk dibincangkan. Proses mediasi adalah tidak formal dan memberikan pihak-pihak yang bertikai, autonomi untuk mencapai penyelesaian secara sukarela dan suasana menang-menang, win win situation, dengan izin.

Saya ingin memfokuskan isu mediasi bagi kes hadanah, iaitu hak jagaan anak yang disebut dalam kertas taklimat ini, pasangan ibu bapa orang Islam yang berlainan negara. Contoh dalam RUU ini disebut Malaysia–Singapura. Yang boleh menimbulkan komplikasi ataupun isu yang kompleks kerana ia melibatkan gabungan undang-undang syariah antara dua negara, gabungan undang-undang sivil antara dua negara, bahkan konflik bidang kuasa antarabangsa iaitu Malaysia dan Singapura.

Isu perebutan anak dalam kalangan pasangan yang bercerai bukanlah perkara baharu, pernah disebut dalam akhbar sebelum ini. Namun, apabila perceraian ini melibatkan pasangan rakyat Malaysia dan warga asing seperti Singapura, ia menjadi sulit, lebih-lebih lagi jika ibu adalah warganegara Malaysia dan anak dilahirkan di luar negara. Malaysia adalah antara 25 buah negara yang hanya mengiktiraf kerakyatan anak yang lahir di luar negara secara automatik atau kuat kuasa undang-undang di bawah Perkara 14(1), Perlembagaan Persekutuan jika bapanya adalah warganegara Malaysia.

Walau bagaimanapun, pada 17 Oktober 2025, Dewan Rakyat yang kita sama-sama ada ini telah meluluskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 yang memperuntukkan kerakyatan secara kuat kuasa undang-undang bagi kanak-kanak yang lahir di luar Persekutuan, jika ibunya adalah warganegara Malaysia, sama seperti bapa. Boleh mendaftarkan anak itu sebagai warganegara Malaysia. Namun, pindaan ini belum lagi dikuatkuasakan sehingga ke saat ini.

Negara kita pernah digemparkan dengan isu perebutan anak bagi pasangan ibu bapa yang berlainan negara. Tambahan pula, jika anak yang dilahirkan itu berstatus bukan warganegara Malaysia. Dalam membahaskan RUU ini, saya nak ketengahkan beberapa isu yang menjadi konflik antara pihak-pihak yang berlainan negara. Pertama, konflik bidang kuasa, jurisdiction. Negara mana yang berhak nak menentukan hak jagaan anak? Sama ada negara tempat anak dilahirkan atau negara tempat anak menetap sekarang? Atau negara kewarganegaraan ibu ataupun bapa?

Contoh, seorang ibu warganegara Malaysia. Bapa warganegara UK. Anak tinggal di UK. Mahkamah Syariah di Malaysia berlawan dengan mahkamah keluarga

draft • 12:42 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

UK. Sudah tentu ada keputusan yang berbeza antara dua negara. Tadi dalam mediasi ini, isu yang menjadi pertikaian ialah mahkamah mana yang patut dipatuhi?

Sama ada mahkamah syariah di Malaysia atau mahkamah keluarga di UK?

Yang kedua, perbezaan sistem undang-undang syariah dan sivil. Negara Islam mempunyai pendekatan hak penjagaan anak, hadanah dengan izin, yang berbeza dan pelbagai. Ada negara yang beri keutamaan kepada ibu sehingga umur tertentu. Kalau negara kita, sehingga umur 18 tahun. Ada negara yang lebih tekankan best interest of the child, dengan izin. Negara barat, biasanya dia tak ikut hukum hadanah berdasarkan undang-undang syariah.

draft • 12:42 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Akibatnya, satu negara beri hak jagaan anak kepada ibu, satu negara yang lain beri hak jagaan anak kepada bapa. Ini menyebabkan berlaku konflik besar dalam rundingan mediasi yang menjadi fokus kepada RUU yang kita bincangkan.

Yang ketiga, isu penculikan kanak-kanak merentas sempadan. Ini kerap berlaku. International child abduction. Saya beri contoh. Ini kes yang biasa berlaku.

Salah seorang ibu atau bapa bawa anak pulang ke negara asal tanpa izin pasangan.

Ia mengundang masalah iaitu sukar memaksa pihak-pihak sama ada ibu ataupun bapa memulangkan semula anak tersebut kepada pasangan masing-masing. Maka, mediasi menjadi tegang kerana ia melibatkan isu yang berbangkit iaitu unsur jenayah sama ada pukul, sama ada bunuh ataupun sentimen emosi yang dimainkan kepada anak itu sendiri.

Yang keempat, agama dan pendidikan anak. Ini lagi sensitif dalam mediasi.

Anak mesti dibesarkan sama ada ikut agama bapa Muslim di negara asal ataupun di negara ibu Malaysia. Ia sering menjadi isu utama perbalahan tentang anak itu. Nak tempatkan anak itu belajar di sekolah mana? Malaysia ke Singapura? Nak guna bahasa apa? Bahasa Melayu ke bahasa negara asing? Bahasa Inggeris. Nak ikut budaya mana? Budaya negara ibu yang ada ketertiban dan sopan santun atau negara asing yang sudah tentu berbeza. Pendedahan kepada agama lain. Jika pasangan itu mualaf, ada kemungkinan dia boleh mengheret anaknya mengikut agama asal ibu yang baru memeluk agama Islam, yang tinggal di negara bukan Islam.

Yang kelima, hak lawatan rentas negara, cross-border access. Ini juga satu cabaran paling kritikal untuk dipatuhi jika RUU ini diguna pakai dalam mediasi.

Antaranya, kos tiket penerbangan pihak-pihak, visa immigration, risiko anak tak dipulangkan jika mendapat kebenaran untuk lawatan. Jadual cuti sekolah anak yang

draft • 12:50 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

mungkin berbeza antara Malaysia ataupun negara yang lain. Oleh itu, proses mediasi ini perlu menyelesaikan isu ini. Siapa yang perlu bayar kos perjalanan, ibu atau bapa? Berapa lama lawatan nak dibenarkan? Nak duduk dengan ibu berapa hari?

Nak duduk dengan bapa berapa hari? Dan bagaimana jaminan keselamatan anak itu?

Yang keenam, penguatkuasaan keputusan mahkamah. Ini juga satu masalah besar. Perintah mahkamah syariah di Malaysia mungkin tak diiktiraf di negara lain.

Perintah di mahkamah negara Barat, mungkin tak diiktiraf di negara Islam. Akibatnya, keputusan mediasi sukar dikuatkuasakan mengikut undang-undang negara masing- masing.

Yang ketujuh, perbezaan budaya ibu bapa. Akan timbul konflik antara pasangan ibu dan bapa dalam perebutan anak ini. Sama ada peranan ibu ataupun bapa dalam masyarakat. Ibu nak corak anak dia mengikut didikan Islam. Bapa nak didik anak dia secara Islam liberal. Boleh. Islam juga tapi liberal. Cara mendisiplinkan anak. Gaya hidup, contohnya pergaulan, pakaian menutup aurat ataupun tidak. Itu semua komplikasi dalam mediasi. Jadi, keseimbangan dalam menentukan nilai agama dan realiti kehidupan negara tempat anak tinggal itu menjadi polemik dalam RUU yang kita luluskan ini.

Selanjutnya yang kelapan, kebajikan terbaik kanak-anak best interest of the child. Ini prinsip utama dalam mediasi, tetapi tafsirannya mungkin berbeza. Negara barat, dia utamakan kestabilan emosi dan psikologi. Negara Islam, dia meletakkan asas agama itu sebagai didikan yang perlu diberi perhatian. Kebajikan sama ada kepada fizikal dan emosi anak itu. Perbezaan tafsiran ini sering menjadi konflik utama rundingan antara ibu dan bapa.

Yang kesembilan, isu kewangan dan nafkah anak. Ini juga berbangkit. Nafkah anak dalam mata wang yang berbeza. Sini guna Ringgit Malaysia. Di Singapura guna dolar. Ya, kos hidup negara berbeza. Sini murah, sana mahal. Syarat pembayaran lintas negara. Sekarang ada internet banking, online banking dan sebagainya. Tetapi nilai mata wang berbeza. Jadi pihak mana yang nak mengalah. Pihak mana yang nak terima hakikat mediasi.

Yang akhir, komunikasi dan bahasa. Pelaksanaan mediasi menjadi sulit kerana bahasa berbeza. Ya, ada bahasa Melayu. Kalau guna bahasa Pakistan, nak terap anak itu bahasa mana? Salah faham budaya. Emosi tinggal selepas perceraian. Anak lebih kasihkan kepada ibu berbanding dengan bapa. Tapi bapa berjaya merebut anak itu.

draft • 12:50 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Jadi, dalam konteks ini, RUU ini juga perlu mengambil kira peranan mediator yang perlu sensitif kepada faktor-faktor yang sepuluh perkara yang saya bangkitkan ini. Jadi, mediasi kes hadhanah pasangan Islam yang berlainan negara ini biasanya, dia berlegar kepada tiga perkara besar yang menjadi konflik.

Pertama, konflik undang-undang dan bidang kuasa. Kedua, konflik agama, budaya dan pendidikan anak. Dan yang ketiga, cabaran praktikal rentas sempadan.

Itulah perbahasan saya tentang RUU ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ini pandangan peribadi ya. Sama ada ada atau tidak lacuna dalam bill ini, kita serahkan kepada Menteri untuk menjawablah. Ya. Sama ada aplikasi bil ini, undang-undang peribadi pun terlibat atau komersial sahaja, kita serahkan kepada kementerian untuk menjawab masa Menteri menjawab. Ya.

Baik Yang Berhormat, Yang Berhormat Tampin, Dekat pukul 1.00. Yang Berhormat nak jalan ke saya berhenti setengah jalan ke atau Yang Berhormat nak start 2.30 karang?

draft • 12:50 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terus jalan Yang di-Pertua. Saya tak banyak. Ringkas je.

draft • 12:58 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ringkas?

draft • 12:58 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Lima minit saja.

draft • 12:58 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Tak sampai ini. Saya cadang. Saya nak cadang Yang Berhormat start pukul 2.30 petang.

draft • 12:58 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Kita lewat lima minit. Boleh Dato' Yang di-Pertua?

draft • 12:58 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Tiga minit.

draft • 12:58 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Lima minit. Lima minit lepas pukul 1.00. Boleh kan?

draft • 12:58 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Jadi, Yang Berhormat setengah-setengahlah.

draft • 12:58 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Tak, terus je.

draft • 12:58 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baiklah saya guna budi bicara saya dalam menentukan perjalanan sidang menggunakan kuasa Peraturan 99, 99A dan 100 itu. Yang Berhormat Tampin, jalan.

draft • 12:58 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Okey, Terima kasih.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam

draft • 12:58 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang dan izin kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa yang Terhasil daripada Pengantaraan 2025.

Umum mengetahui asbab RUU ni dibentangkan adalah untuk membolehkan Malaysia menguatkuasakan United Nations Convention on International Settlement Agreements Resulting from Mediation yang mana telah diterima pakai oleh PBB sejak pada tahun 2018 yang lalu.

Langkah ini jelas mencerminkan komitmen Malaysia untuk menyelaraskan undang-undang domestik dengan piawaian antarabangsa dan pada masa yang sama, dapat memperkukuhkan lagi kedudukan negara sebagai sebuah negara yang pro-perniagaan, berintegriti dan berpegang kepada undang-undang antarabangsa yang diiktiraf.

Walau bagaimanapun, saya mohon agar peruntukan akta yang dicadangkan ini benar-benar dapat menjamin kepastian dari sudut penguatkuasaan, melindungi kepentingan awam negara serta memastikan integriti dan keadilan proses pengantaraan dan pelaksanaannya.

Dato’ Yang di-Pertua, antara isu paling kritikal dan praktikal dalam RUU ini yang boleh dipertikaikan adalah ketidakjelasan tentang mengenai bagaimana sesuatu perjanjian penyelesaian itu boleh dibuktikan sebagai benar-benar terhasil daripada pengantaraan atau proses mediasi.

Merujuk fasal 4 dan fasal 5 RUU ini, pihak yang ingin menguatkuasakan Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa dikehendaki untuk mengemukakan bukti bahawa perjanjian tersebut terhasil daripada pengantaraan atau mediasi. Hal ini termasuklah tandatangan pengantara, pengesahan bertulis atau keterangan lain yang boleh diterima pakai oleh mahkamah tinggi.

Namun demikian, RUU ini tidak menjelaskan secara terperinci apakah tahap atau bukti yang boleh dianggap sebagai mencukupi. Keadaan ini berbeza dengan perlaksanaan timbang tara. Dalam timbang tara, sesuatu award itu adalah jelas, formal dan mempunyai status undang-undang yang muktamad.

draft • 12:58 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Apakah terdapat keperluan bahawa sesuatu perjanjian penyelesaian itu perlu mendapat cop pengesahan oleh Malaysian International Mediation Centre (MIMC) misalnya, agar mudah disahkan oleh mahkamah tinggi? Persoalan saya, apakah pendekatan yang akan diambil oleh kerajaan untuk menjelaskan keperluan

draft • 1:00 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

pembuktian bahawa sesuatu perjanjian itu benar-benar terhasil daripada pengantaraan agar penguatkuasaan di bawah akta ini tidak menjadi lebih rumit dan berisiko berbanding penguatkuasaan award timbang tara.

Seterusnya, Datoʼ Yang di-Pertua, prinsip asas pengantaraan iaitu kerahsiaan. Namun, RUU ini mensyaratkan bahawa bukti hendaklah diperuntukkan...

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat Tampin, bawa bertenang, perlahan-perlahan. Saya bagi masa. Laju sangat.

draft • 1:00 PM

Datoʼ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Dah janji nak kejar lima minit.

Okey, Datoʼ Yang di-Pertua, prinsip asas pengantaraan ialah kerahsiaan.

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Baru betul.

draft • 1:00 PM

Datoʼ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Ketawa] Namun, RUU ini mensyaratkan bahawa bukti hendaklah dikemukakan bagi menunjukkan sesuatu perjanjian itu benar-benar terhasil daripada pengantaraan termasuklah tandatangan pengantara atau pengesahan institusi seperti diperuntukkan dalam subseksyen 4(2) dan 5(2). Keperluan ini berpotensi menimbulkan konflik antara keperluan pembuktian dan prinsip kerahsiaan.

Pada hemat saya, walaupun fasal 4(3) dan 5(3) membenarkan keterangan lain diterima oleh mahkamah, namun ketiadaan garis panduan yang jelas boleh menyebabkan keputusan menjadi tidak konsisten dan membuka ruang kepada litigasi sampingan berhubung isu prosedur semata-mata.

Di negara lain yang melaksanakan konvensyen ini, terdapat usaha untuk mengehadkan pendedahan kepada bukti minimum tanpa menjejaskan kerahsiaan proses pengantaraan. Persoalannya, adakah RUU ini telah mencapai imbangan yang sama dan adakah kerajaan bercadang untuk mengeluarkan garis panduan atau peraturan tambahan bagi memastikan keperluan pembuktian tidak menjejaskan prinsip kerahsiaan pengantaraan?

Seterusnya, Datoʼ Yang di-Pertua, fasal 7 membuktikan bahawa penguatkuasaan boleh ditolak jika perjanjian penyelesaian bercanggah dengan dasar awam Malaysia. Walaupun perlindungan dasar awam adalah perlu, konsep ini bersifat luas dan subjektif. Tanpa tafsiran yang lebih terperinci, terdapat risiko bahawa klausa dasar awam ini akan digunakan secara terlalu meluas. Seterusnya, menjejaskan kepastian undang-undang yang ingin diwujudkan oleh RUU ini sendiri.

draft • 1:00 PM

Datoʼ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Soalan saya, apakah langkah khusus yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan alasan dasar awam Malaysia di bawah fasal 7 akan ditafsir dan diguna secara terhad serta konsisten supaya ia tidak disalahgunakan atau di tafsir terlalu luas sehingga menjejaskan tujuan utama akta hari ini?

Yang terakhir, Datoʼ Yang di-Pertua, satu isu praktikal yang wajar diberikan perhatian ialah tahap kesediaan institusi mediasi di Malaysia seperti Malaysian International Mediation Centre (MIMC) dan Asian International Arbitration Centre

(AIAC) serta Pusat Mediasi Mahkamah dalam menyokong pelaksanaan akta ini.

Khususnya apabila perjanjian penyelesaian antarabangsa ini perlu dikuatkuasakan di bawah kerangka Konvensyen PBB.

Persoalan saya, apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk memastikan institusi-institusi mediasi seperti MIMC, AIAC dan Pusat Mediasi Mahkamah mempunyai standard dan garis panduan yang jelas serta selaras dengan keperluan Konvensyen PBB supaya peranan mereka dalam menyokong pelaksanaan akta ini dapat dilaksanakan secara konsisten dan berwibawa?

Datoʼ Yang di-Pertua, meskipun RUU ini membawa hasrat murni untuk memodenkan kerangka undang-undang negara, selaras dengan standard antarabangsa, namun kejayaannya tetap bergantung sepenuhnya kepada kejelasan peruntukan dan ketegasan pelaksanaan. Semoga segala persoalan yang dibangkitkan sebentar tadi mendapat perhatian pihak kerajaan. Saya mohon menyokong sekian, terima kasih.

draft • 1:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat, tampin. Tampin, sikit, ada lagi dua minit. Boleh tak, saya nak lontarkan juga soalan kepada Menteri.

draft • 1:00 PM

Datoʼ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Saya dah bagi jaminan untuk lima minit. Masa dah tamat. Terima kasih Datoʼ Yang di-Pertua.

draft • 1:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Dua minit ada lagi itu.

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Floor Yang Berhormat Tampin. Ya, Yang Berhormat. Baik Yang Berhormat, sudah masuk waktu rehat untuk solat Zohor dan juga untuk kita berehat. Saya tangguhkan Mesyuarat sehingga pukul 2.30.

draft • 1:00 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.04 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.32 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 2:32 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Kita sambung perbahasan RUU Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa Yang Terhasil Daripada Pengantaraan 2025. So, dengan ini saya menjemput Kota Bharu. Silakan. Kota Bharu ada 10 minit. Saya tambah lagi masa.

draft • 2:32 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam bahagia, salam sejahtera. Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih kerana diberi peluang, saya diberi peluang untuk turut membahaskan satu rang undang-undang yang cukup penting saya rasa, iaitu Rang Undang-undang Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa Yang Terhasil Daripada Pengantaraan 2025.

Tan Sri Yang di-Pertua, sebagaimana yang telah diterangkan oleh rakan terpelajar saya Ipoh Barat tadi, semasa membentangkan rang undang-undang ini, rang undang-undang berkaitan dengan pengantaraan ataupun mediation, mediasi ini adalah bukan suatu yang baru dalam negara kita.

Kita telah pun mempunyai Akta Mediasi tahun 2012. Bermakna mekanisme mediasi ini telah lama diamalkan di negara kita, terutamanya di peringkat mahkamah- mahkamah, termasuklah mahkamah tinggi dan juga mahkamah atas. Ia nya merupakan satu mekanisme menyelesaikan sesuatu pertikaian yang berlaku di mahkamah secara alternatifnya tanpa melalui satu proses perbicaraan yang rumit dan lama dan ia sudah tentulah satu kaedah yang diterima pakai oleh negara kita dan tidak ada satu keadaan yang mana kita menolak kaedah mediasi ini.

Ia nya sudah tentulah boleh menjimatkan masa, menjimatkan kos dan ia nya juga boleh mengurangkan pertindihan ataupun backlog cases di mahkamah yang menyebabkan kelewatan pelupusan kes-kes kehakiman di mahkamah. Walau bagaimanapun, bagi saya yang penting ataupun isu sebenarnya ialah bentuk undang-undang itu sendiri, dari segi amalan atau mekanisme itu adalah satu yang penting yang boleh diterima.

Tapi bagaimana bentuk undang-undang yang dibuat berkaitan dengan mediasi ini dan seterusnya perlindungan keadilan itu yang lebih penting kepada kita.

Sebelum saya pergi lebih jauh lagi Yang Berhormat Tan Sri, saya pun dah sebut kepada Ipoh Barat sekejap tadi. Saya ingin mendapat penjelasan mengenai fasal 1

draft • 2:33 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

dalam rang undang-undang ini yang berkaitan dengan tajuk ringkas dan permulaan kuatkuasa.

Satu, fasal 1(1). Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa Yang Terhasil Daripada Pengantaraan 2025. Bila saya tengok dalam bahasa Inggeris, dalam fasal 1(1), ‘This Act may be cited as the International Settlement Agreements Resulting from Mediation Act 2025.’ Jadi, saya rasa mungkin kesilapan di sini, sebenarnya tidak ada Mediation Act 2025. Yang setakat yang saya ingat, satu bill mengenai Mediation Act 2025 hanya dibaca. Dibaca, saya tak perasan first reading or second reading pada bulan Disember tahun lepas, belum lagi menjadi akta.

Jadi, mungkin pihak kerajaan boleh meminda di peringkat jawatankuasa lah.

Pegawai pun tak ada Menteri. No officers. Saya strict dulu masa buat rang undang- undang macam ini lah. Jadi, saya rasa itu adalah satu perkara yang sedikit technical mistake. Kalau pun betul lah, boleh diperbetulkan.

Tan Sri Yang di-Pertua. Kita tahu bahawa dengan adanya Akta Pengantaraan 2012 [Akta 749], kita melihat di bawah Akta 749, bukan bill ini, 749 ini Akta Pengantaraan 2012, kita melihat peranan mahkamah dalam proses mediasi ni agak terhad.

Ini menjadikan risiko mahkamah menjadi termasuk rang undang-undang ini, saya setuju dengan tadi Besut beritahu, adakah dengan lulusnya akta ataupun rang undang-undang ini akan menjadi satu akta, peranan mahkamah dalam negara kita ini hanya sekadar mengesahkan satu settlement, satu penyelesaian di luar negara?

Adakah itu saja peranan kita? Adakah mahkamah kita apabila diterima satu pendaftaran sebagaimana ini, satu penyelesaian luar negara untuk di-enforce dalam negara, perlu didaftar di mahkamah tinggi. Katakanlah mahkamah tinggi kita menerima pendaftaran, direkodkan. Adakah mahkamah sekadar untuk mengesahkan satu order yang dibuat di luar melalui mediasi di luar, kita tidak boleh menyentuh mengenai substantif...

draft • 2:33 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ya.

draft • 2:33 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Keadilan itu sendiri, tidak boleh meneliti sama ada settlement itu betul-betul voluntary or by force? Adakah mahkamah kita mempunyai jurisdiction untuk mempersoalkan benda-benda lain?

Sebagaimana yang kita tahu bahawa di negara-negara lain, di UK, di Singapore dan juga di Australia, mahkamah kita mempunyai satu pengawasan

draft • 2:33 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

kehakiman yang kukuh atau judicial supervision. Ada, saya ada nota tapi panjang kalau saya nak baca.

draft • 2:33 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kota Bharu.

draft • 2:33 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Kita melihat, sekejap. Kita melihat di negara-negara luar yang lebih membangun, dia ada judicial supervision yang melibatkan judicial review dan sebagainya. Tapi dalam sistem keadilan kita, tidak bagi pemerhatian saya lah, tidak mempunyai judicial supervision yang agak ketara. Ada, tapi tidak ketara. Ya, Pendang.

draft • 2:33 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, terima kasih Kota Bharu. Saya nak kaitkan sikit bila disebut mediasi antarabangsa ini. Adakah mediasi di luar negara ini boleh kita rectify dalam negara kita untuk dilaksanakan apabila berlaku contohnya, macam apa yang berlaku di Sudan dengan PETRONAS, yang mana Sudan merampas boleh kata semua aset- aset kita.

Jadi, dalam ART yang kita ada baru perjanjian ini, adakah benda ini relate untuk kita laksanakan di Malaysia, berkenaan apa yang sedang berlaku ke atas aset- aset Malaysia daripada PETRONAS ini yang dirampas di Sudan baru-baru ini? Jadi, bagaimana komen?

draft • 2:33 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Pendang.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya pun — itu antara poin yang saya nak bangkitkan. Kalau kita tengok fasal 4 dalam rang undang-undang ini, permohonan bagi penguatkuasaan perjanjian penyelesaian antarabangsa. Mana-mana pihak yang memasuki satu settlement di peringkat antarabangsa, dia perlu buat satu permohonan kepada mahkamah tinggi supaya perjanjian penyelesaian itu direkodkan sebagai satu perintah mahkamah tinggi di Malaysia ini. The settlement is outside Malaysia, tapi diminta direkodkan untuk direkodkan sebagai satu perintah mahkamah tinggi di Malaysia.

Isunya, walaupun dalam subclause 4 ini disebut, “mahkamah boleh menolak untuk merekodkan”. Clause 4, “Apabila menerima satu permohonan di bawah subseksyen (1) bersama dengan dokumen disebutkan dalam perenggan (2)(a) dan keterangan disebut dalam perenggan (2)(b) atau seksyen (3), mahkamah tinggi boleh merekodkan atau menolak untuk merekodkan perjanjian itu”. Itu ada pilihan di mahkamah kita.

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Katakanlah sebagaimana yang disebut oleh YB Pendang tadi, satu settlement antarabangsa di luar Malaysia dibuat oleh dua pihak, dua parti atau lebih yang mana settlement itu tidak menguntungkan entiti dalam negara kita. Sebagai contoh PETRONAS, katakanlah satu dispute antara PETRONAS dengan US di— katakanlah di Sudan ada PETRONAS di sana. Adakah Malaysia mempunyai, mahkamah tinggi Malaysia mempunyai bidang kuasa untuk mengambil kira dalam menolak atau menerima satu-satu permohonan untuk direkodkan the settlement agreement di luar itu untuk di-enforce dalam negara kita ini?

Kalau macam itu, ia nya mungkin menjadi satu yang agak merugikan Malaysia kalau sekiranya ia nya— mahkamah tidak mempunyai pilihan dalam menentukan keadaan ini. Mungkin dia boleh enforce, dia boleh ambil apa ini, enforcement ataupun execution of the settlement outside Malaysia melibatkan aset negara dan sebagainya. Saya nak tahu daripada Yang Berhormat Menteri, adakah mahkamah mempunyai satu option to accept or not to accept what is the apa ni, justification if dia tidak menerima keadaan ini?

Tan Sri Yang di-Pertua, satu lagi aspek yang saya nak sentuh ialah mengenai ketidakseimbangan kuasa rundingan. Dalam satu-satu mediasi, memang dari segi teorinya kita sebut bila ada mediasi ini, ia nya adalah secara voluntary, secara sukarela. Tapi dari segi realitinya, banyak secara terpaksa.

Sedikit pengalaman saya di mahkamah, kadang-kadang apabila dua pihak yang berbeza, satu pihak yang kita anggap lemah, individu ke, PKS ke, pengguna biasa, bila dia mempunyai kes dengan pihak-pihak yang lebih besar, MNC, multinational company, dia ada GLC yang mempunyai kedudukan kewangan dan juga undang-undang yang lebih kuat, mediasi ini tidak menguntungkan pihak-pihak yang biasa, individu, PKS dan juga pengguna biasa.

Jadi, adakah dengan adanya undang-undang yang nak dibuat ini, nak diluluskan ini, mahkamah kita mempunyai sekali lagilah kuasa untuk menilai keadilan substantif kepada pihak-pihak yang membuat litigasi ini? Risikonya kita boleh melihat bahawa penyelesaian sah. Penyelesaian itu legal, sah dari segi undang-undang.

Tapi dari segi justice-nya, dari segi substantifnya, ia nya tidak satu keadilan kepada pihak-pihak ini. Jadi, di Malaysia...

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kota Bharu.

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya.

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, terima kasih Kota Bharu. Saya tengok tadi bila diulas begitu detil berkenaan

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

dengan kesan. Ini perkara besar. Perkara besar yang melibatkan negara juga dan juga sovereignty dan juga dignity negara kita. Jadi, apabila berlaku typing error ataupun salah petik dalam menyediakan blue bill ini yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Bharu, ini satu benda yang sangat-sangat kita rasa tak boleh terima sebab melibatkan undang-undang negara.

Kalau benda particular macam ni tak diberi perhatian, tak diberi perhatian yang benar sehingga melibatkan— saya tak mahu katalah pegawai-pegawai ataupun Menteri tidak semak balik semua blue bill ini sehingga ada kesalahan yang tadi disebut tadi. Jadi, kita harap pihak jabatan undang-undang ambil perhatian benda- benda macam ini. Okey? Okey, baik, terima kasih.

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih. Masukkan dalam ucapan saya. Satu lagi aspek ini mungkin melibatkan Akta 749 Yang Berhormat Menteri. Kita melihat dalam Akta 749, perantaraan, Mediation Act, kita melihat bahawa kerahsiaan ataupun confidentiality adalah hampir mutlak apabila dia melibatkan badan-badan awam, GLC atau dana awam, isu alam sekitar dan sebagainya, yang mana risikonya berlakunya ketidaktelusan dalam mediasi yang berlaku, akauntabilitinya yang lemah. Isu awam banyak diselesaikan secara tertutup apabila ada mediasi ini.

Sedangkan dalam negara lain, kita melihat ada exception, pengecualian jelas. Apabila ada kepentingan awam, ia nya perlu dibuka kepada public observation dan juga public comment, tetapi di Malaysia ini masih lagi kurang. Ini mungkin tidak direct kepada akta rang undang-undang ini tapi dalam mediasi, dalam Mediation Act [Akta 749].

Satu lagi perkara Yang Berhormat Menteri, saya nak tanya, adakah di Malaysia ini bila bercakap mengenai mediasi, adakah satu badan, statutory body di peringkat kerajaan yang menilai piawaian standard kelayakan wajib untuk buat satu- satu mediation ini? Adakah tidak ada standardlah? Semua kes apabila dua pihak bersetuju untuk mediasi, ia nya boleh dibuat mediasi.

Jadi, adakah ada sekarang ini? Saya tahu ada mediation center. Setiap mahkamah di Malaysia ini ada mediasi, pusat mediasi dan sebagainya. Tapi, adakah satu piawaian, satu standard kelayakan satu-satu perkara itu, satu-satu matter itu boleh dibawa ke mediasi?

Dan adakah seseorang mediator, seorang pengantara, mediator ini mempunyai satu kelayakan tertentu barulah boleh dia jadi seorang mediator? Kerana kita tidak mahu mediator kita menjadi mediator yang tidak kompeten dan mungkin

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

berat sebelah, budaya settlement at all cost. Tak sepertimana di UK dan Singapore, dia ada akreditasi, accreditation, ada kod etika dan tindakan disiplin yang jelas kepada mediator, mediator ini.

Akhirnya Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, saya sukalah mencadangkan supaya kerajaan memperkukuh lagi peranan mahkamah dalam satu aspek yang dipanggil judicial review ataupun semakan kehakiman yang berkaitan rapat dengan proses mediasi ini. Kita perlu masukkan pelindungan jelas terhadap ketidakseimbangan kuasa ataupun dipanggil assessment of power imbalance, tak hadkan kerahsiaan bagi kes kepentingan awam dan wujudkan pengawalseliaan mediator yang tegas dan yang telus, yang kompeten.

Jadi, sebagai penutupnya, saya menyokong RUU ini. Tapi kalau boleh diberikan beberapa penambahbaikan, kita tak tolak mediasi ini. Pastikan keadilan tidak dikorbankan demi kecekapan. Jangan kita import kecekapan global tanpa perlindungan yang setimpal untuk dilaksanakan di dalam negara kita ini. Itu saja Tan Sri. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Rantau Panjang.

draft • 2:40 PM

Datoʼ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan RUU Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa Yang Terhasil Daripada Pengantaraan 2025.

Tuan Yang di-Pertua, pada prinsipnya, kita mengalu-alukan pindaan ini untuk mengukuhkan ekosistem penyelesaian pertikaian alternatif, khususnya dalam konteks perdagangan, pelaburan antarabangsa. Namun, kita tidak boleh sekadar meluluskan satu mekanisme penguatkuasaan yang pantas tanpa memastikan perlindungan undang-undang yang minimum dan dasar awam negara wujud dengan jelas.

Tuan Yang di-Pertua, isu pertama, di antaranya ialah berkaitan dengan skop pemakaian yang terlalu terbuka dan persoalan timbal balik, di mana di bawah fasal 3, RUU ini menetapkan perjanjian iaitu antarabangsa berdasarkan tempat perniagaan pihak-pihak atau negara pelaksanaan kewajipan utama. Tetapi, fasal 3 ini tidak mensyaratkan timbal balik.

draft • 2:48 PM

Datoʼ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Jadi, bermakna mahkamah tinggi Malaysia boleh digunakan untuk menguatkuasakan penyelesaian daripada pelbagai bidang kuasa, termasuk yang belum meratifikasi ataupun belum menyediakan layanan setara kepada pihak Malaysia.

Jadi, saya ingin penjelasan, mengapa Malaysia memilih pendekatan yang paling terbuka tanpa mengambil mana-mana pagar keselamatan minimum, sedangkan negara-negara lain masih berhati-hati untuk melindungi kepentingan domestik dan pihak yang lebih lemah. Minta Menteri menyatakan, apakah jaminan bahawa syarikat Malaysia yang berurusan di luar negara akan mendapat perlindungan dan penguatkuasaan setara, jika kita membuka pintu seluas-luasnya melalui akta ini?

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh fasal 4 sebagaimana yang disentuh oleh Kota Bharu tadi, yang mana di bawah RUU ini khususnya fasal 4, di mana perjanjian penyelesaian antarabangsa hasil pengantaraan ini, boleh direkodkan terus sebagai perintah mahkamah tinggi. Ini merupakan satu perubahan yang besar. Ini bermakna suatu perjanjian yang ditandatangani dalam sesi pengantaraan ini boleh terus menjadi perintah mahkamah lengkap dengan kuasa penguatkuasaan seperti sitaan harta dan sebagainya.

Jadi soalan saya, apakah kerajaan bersedia memasukkan perlindungan khusus kepada syarikat-syarikat yang berkaitan kerajaan atau SME sama ada melalui pindaan pada fasal 4 atau disandarkan pada mekanisme penolakan di fasal 7 supaya mahkamah tinggi wajib mempertimbangkan faktor ketidakseimbangan kuasa dan persetujuan bermaklumat sebelum merekodkan perintah? Jadi, kita tidak mahu masalah berlaku selepas ini.

Yang ke seterusnya Tuan Yang di-Pertua, iaitu berkaitan dengan penerimaan perjanjian sebagai keterangan di bawah fasal 5. Berkenaan dengan perjanjian penyelesaian boleh terima sebagai keterangan di bawah pertikaian telah diselesaikan. Jadi dari segi niat, saya fahami ia adalah untuk mengelakkan pertikaian yang sama dibuka semula.

Jadi–– tetapi tanpa kawalan yang mencukupi, fasal 5 boleh disalahgunakan jika terma perjanjian kabur dipertikaikan atau di— ada dakwaan proses pengantaraan tidak berintegriti. Jadi, minta penjelasan daripada Menteri, apakah garis panduan yang akan memastikan fasal 5 tidak disalahgunakan sehingga

draft • 2:50 PM

Datoʼ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

menafikan hak pihak yang benar-benar teraniaya untuk mendapat semakan keadilan?

Begitu juga saya ingin menyentuh fasal 6 iaitu berkaitan dengan kos pematuhan yang boleh menekan pihak tempatan iaitu berkaitan dengan perjanjian yang bukan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris. Pemohon wajib menyediakan terjemahan bahasa Inggeris yang diperakui. Jadi, saya ingin tahu kenapa bahasa Inggeris dan ini juga boleh memberi kesan terutama bagi pihak yang lemah dari sudut sumber.

Yang ke seterusnya ialah saya ingin menyentuh tentang fasal 7, iaitu di mana alasan penolakan penguatkuasaan serta takrif dasar awam. Mahkamah boleh menolak penguatkuasaan atas beberapa alasan termasuk salah laku pengantara dan kegagalan pendedahan konflik kepentingan. Tetapi RUU ini tidak menamakan standard etika, kod etika laku ataupun badan akreditasi yang menjadi rujukan. Jadi, soalan saya, apakah dakwaan salah laku pengantara dibangkitkan di bawah fasal 7 ini? Apakah standard mahkamah yang akan digunakan? Standard daripada dokumen mana dan badan mana?

Yang lebih penting di bawah fasal 7(1)(b)(i) ini, mahkamah boleh menolak jika bercanggah dengan dasar awam Malaysia. Jadi, istilah ini terlalu besar dan terlalu kabur jika tidak diperincikan. Saya ingin mahu kita–– saya ingin Menteri membuat penjelasan, adakah dasar awam Malaysia di bawah fasal 7(1)(b) ini merangkumi isu sekatan antarabangsa, termasuk juga risiko sistem perbankan?

Begitu juga kawalan eksport strategik, adakah juga termasuk berkaitan dengan isu keselamatan negara, pencegahan rasuah dan pengubahan wang haram? Jika ya, nyatakan dengan jelas komitmen tafsiran ini. Jika tidak, kerajaan sedang meminta Mahkamah Tinggi memikul beban tafsiran geopolitik tanpa panduan undang-undang yang memadai.

Dan begitu juga saya ingin menyentuh berkaitan dengan fasal 8 di mana pihak yang tidak hadir ketika perintah direkodkan oleh pemohon mengetepikan perintah. Dan di bawah fasal 9, jika ada prosiding selari, mahkamah boleh menangguhkan arahan. Jadi, saya ingin penjelasan, adakah penilaian impak institusi telah dibuat terhadap beban mahkamah tinggi yang bakal bertambah melalui permohonan fasal 4, pengenepian fasal 8 dan prosiding selari dengan fasal 9?

Jadi, kita harapkan apa dengan rang undang-undang ini supaya kerajaan menjelaskan mengapa Malaysia tidak mengambil mana-mana dua pendekatan yang lazim dibuat oleh negara lain untuk memastikan persetujuan nyata pihak ataupun

draft • 2:50 PM

Datoʼ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

pengecualian kerajaan atau agensi kerajaan bagi melindungi kedaulatan keputusan awam. Jadi, kita tidak mahu Malaysia hanya kelihatan mesra antarabangsa, tetapi kita tidak cukup bijak menjaga kepentingan rakyat dan perusahaan tempatan sendiri.

Itu saja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

draft • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih. Seterusnya saya jemput Tumpat.

draft • 2:50 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, kerana membenarkan saya membahaskan mengenai RUU Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa Yang Terhasil Daripada Pengantaraan 2026 ini, 2025. Okey.

Yang pertama, saya nak tanya berkenaan dengan tafsiran di muka surat empat ya iaitu negara. Ertinya suatu negara yang berdaulat dan bukan suatu negeri komponen di Malaysia. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apakah maksud negeri komponen di Malaysia? Saya tak pernah dengar, ini pertama kali saya tengok Malaysia mengiktiraf bahawa negeri-negeri ini ada komponen pula. Kalau boleh, istilah itu mestilah di— keputusan yang tepat. Negara kita ini adalah negeri-negeri yang berdaulat, negara kita adalah negara Persekutuan. Jadi, jangan letak sebarang letak dan adakah ini perkara yang sesuai? Itu pertama.

Yang kedua, disebut tentang perantara yang dilantik oleh pihak-pihak kepada pengantaraan untuk membantu pihak itu untuk mencari penyelesaian secara baik untuk pertikaiannya. Kita tahu di Malaysia kita ada satu badan, MIMC iaitu badan yang melibatkan mediator iaitu Malaysia International Mediation Center yang telah pun melahirkan lebih kurang 564 mediator.

Tetapi di pihak yang satu lagi, di negara lain, adakah kita dengan secara automatik mengiktiraf semua mediator mereka sebagai mediator antarabangsa?

Adakah kita akan terhad kepada contohnya Asian Mediation Association ataupun Asia Pacific Centre for Arbitration and Mediation ataupun mana-mana badan lain yang kita iktiraf sebagai pihak yang disahkan atau bertauliah untuk mewakili negara- negara masing-masing supaya standard yang diguna pakai oleh kedua-dua negara ini ialah standard yang sama? Itu yang kedua.

Yang ketiga, berkaitan dengan seksyen 4 iaitu di bawah 4(4). Bila disebut bahawa mahkamah tinggi boleh merekodkan atau menolak untuk merekodkan perjanjian penyelesaian antarabangsa. Soalan saya ialah bila mana mahkamah tinggi menolak, apakah opsyen yang ada kepada pihak-pihak tersebut?

draft • 2:55 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Kerana kita lihat di bawah seksyen 10, berkaitan dengan perkara di bawah— saya setuju ya, berkaitan dengan alasan untuk menolak permohonan bagi penguatkuasaan dan penerimaan perjanjian ini. Kita tak nampak sebarang unsur berbentuk macam semakan ataupun kepada rayuan kepada apa yang telah pun berlaku. Dan kita lihat juga di bawah seksyen 7(1)(a)(i) disebut tentang suatu pihak yang tidak berkeupayaan. Jadi, dalam— dalam bahasa Inggerisnya disebut sebagai incapacitated. Saya ingin tahu, apakah penjelasan kepada pihak yang diiktiraf sebagai tidak berkeupayaan ini? Apakah definisi yang dimaksudkan dengan tidak berkeupayaan?

Kemudian, saya merujuk kepada, bagaimana kita melihat RUU ini sebagai sokongan kepada Akta Mediasi 2012. Di mana kita lihat, walaupun akta ini telah lama dibuat di Malaysia, lebih kurang dalam 14 tahun, perkembangannya adalah tidak sebaik yang kita mahukan berbanding dengan negara lain seperti Singapura dan juga Australia.

Kita lihat daripada 23,000 lebih peguam, hanya 564 saja peguam yang menjadi mediator. Ertinya lebih kurang dalam 2.4 peratus sahaja. Jadi daripada 2.4 peratus ini, saya ingin tanya, berapakah di kalangan peguam yang menjadi mediator itu yang mempunyai kepakaran undang-undang antarabangsa sehingga melayakkan mereka untuk mengendalikan mediasi bagi menguatkuasakan penyelesaian di peringkat antarabangsa ini? Itu satu benda.

Yang kedua, kita ada 59 negara yang telah pun tandatangan. Ada 20 negara yang telah pun ratifikasi. Soalnya ialah negara jiran kita iaitu Thailand dan Indonesia bukan menjadi pihak signatory kepada konvensyen ini. Jadi kita lihat, kalau kita ada hubungan rapat dengan Singapore, kita boleh buat hubungan dengan mereka, mereka ratify, kita ada satu subjek ataupun channel untuk selesaikan.

Tapi bagaimana kalau sekarang ini ECRL akan sampai ke Kelantan, kita akan buat hubungan lebih banyak dengan Thailand? Lepas ini, kita lebih banyak hubungan dengan Indonesia. Apakah tindakan kerajaan untuk memastikan bahawa kita mempunyai opsyen-opsyen dan mekanisme yang terbaik untuk menyelesaikan pertikaian di peringkat antarabangsa, khususnya kerana kita telah pun menjadi sebelum ini sebagai Pengerusi ASEAN. Bagaimana kita melihat supaya pertikaian antarabangsa ini dapat dipermudahkan contohnya, bila disebut antara pertikaian yang boleh diselesaikan ialah insurans.

draft • 2:55 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Di Malaysia kita gunakan insurans, kalau kita masuk Singapura tak payah beli insurans baru. Tetapi kalau kita nak masuk Thailand, kita kena guna insurans baru.

Jadi, hari ini kita tengok, kita ada dua standard yang berbeza antara negara-negara dan saya kira sudah sampai masanya untuk kita melihat unsur-unsur seperti ini boleh kita permudahkan dan kita menuju satu pelan yang lebih baik supaya ada penyelesaian dan mediasi untuk kes-kes komersial seperti ini. Itu yang kedua.

Yang ketiga, berkaitan dengan pendidikan mediasi. Saya kira tanpa ada pelan yang serius daripada pihak kerajaan, kita tengok undang-undang ini akan berisiko menjadi undang-undang semata-mata di mana modul mediasi ini sepatutnya diwajibkan dalam program undang-undang latihan kehakiman di mana perlu juga melihat sebagai satu kerangka latihan nasional untuk mediation advocacy bagi peguam, kerana kalau peguam tak sambut perkara ini, kita lihat dia akan jadi satu saingan kepada peguam dan kita tidak mahu ini berubah sebagaimana di negara lain, sampai 47 persen daripada kes mereka diselesaikan melalui mediasi. Ini perlu kepada kita untuk lihat satu pelan tindakan besar oleh pihak kerajaan.

Isu yang berkaitan ini juga ialah bagaimana kita nak melihat, bila mana kita luluskan undang-undang ini, kita perlu melihat juga kepada siapa pihak yang akan memantau sebagaimana tadi yang disebut oleh Kota Bharu tentang isu pemantauan kepada sistem mediasi ini. Badan penyelaras disiplinnya macam mana, bagaimana konflik kepentingan ditandatangani dan kalau ini perlu ada, maksudnya kita perlu ada satu penubuhan pemerkasaan badan Pusat Mediasi Nasional supaya mekanisme aduan kepada perkara-perkara mediasi dapat diuruskan dengan lebih baik dengan pengadatan media bertauliah lebih mudah diakses.

Saya juga ingin bertanya pihak kerajaan, berkenaan dengan bagaimana kita melihat negara jiran kita mempunyai satu ruang yang sangat besar, bagaimana komitmen ini perlu kita buat bersama dan kita perlu bergerak supaya apa saja mekanisme yang disebut dalam ini berkaitan dengan bagaimana mahkamah tinggi boleh menyelesaikan perkara ini, adakah kerajaan akan menyediakan suatu komponen khusus untuk menyokong, sebagai contohnya iaitu prosedur e-filing untuk merekod perjanjian sebagai perintah. Yang kedua, bagaimana hakim boleh menjadi di bawah rujukan khas untuk penguatkuasaan ini, supaya urusan yang lebih cepat dan lebih telus dan juga standard mediator yang boleh dirujuk.

Bagaimana kalau kita melihat mahkamah melihat ada serious breach of standard? Adakah standard ini disebut dalam RUU tetapi kita perlu ada ekosistem

draft • 3:00 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

untuk menyelaraskan rujukan standard itu secara nyata kerana itu kita mahu kerana untuk perkara ini, keseragaman standard ini penting untuk rentas sempadan. Ini bukan hanya melibatkan negara kita tapi juga negara-negara yang kita berurusan.

Seterusnya yang terakhir berkenaan dengan isu berapakah mediator aktif mengikut bidang yang ada di Malaysia iaitu komersial, pembinaan dan kewangan dan prospek. Sekiranya RUU ini kita luluskan, berapakah kes yang sedang menunggu untuk kita laksanakan atau perkuat kuasakan perjanjian tersebut. Itu pertama. Yang kedua, berkenaan dengan bagaimanakah pengalaman cross border peguam-peguam kita yang menjadi mediator untuk kes-kes seperti ini dan adakah kita mampu untuk melihat...

draft • 3:00 PM

Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tumpat.

draft • 3:00 PM

Datoʼ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

...perkara ini berhubung dengan mediasi bernilai tinggi?

draft • 3:00 PM

Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey, berkaitan mediasi ini, Tumpat. Saya tertarik dengan apa yang berlaku antara JP Morgan dan 1MDB.

Adakah itu adalah satu mediasi dilaksanakan, di mana saya difahamkan bahawa kerajaan menuntut daripada JP Morgan 800 juta. Tapi JP Morgan cuma membayar USD330 juta sahaja. Apa pandangan sekiranya ini berlaku? Adakah itu berlaku ketidakseimbangan atau penganiayaan kepada negara kita? Daripada USD800 juta, dikurangkan menjadi USD330 juta. JP Morgan dan 1MDB. Terima kasih.

draft • 3:00 PM

Datoʼ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Okey, terima kasih Hulu Terengganu. Kita melihat antara sebab kenapa Indonesia enggan menandatangani perjanjian ini atau ratification ataupun untuk konvensyen ini ialah kerana isu kedaulatan negara mereka. Jadi, saya bersetuju dengan soalan yang disebut oleh pihak Hulu Terengganu dan minta kerajaan jawab, kerana saya percaya bahawa bila melibatkan dua negara, dia lebih melihat kepada kedaulatan dan juga keselamatan negara itu sendiri. Sekian, terima kasih.

draft • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Jelutong.

draft • 3:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tan Sri Speaker di atas peluang yang telah diberikan. Pertamanya, saya ingin merakamkan penghargaan dan tahniah kepada kementerian dan Timbalan Menteri di atas penggubalan rang undang-undang ini yang saya jangka sudah lama perlu kita bincang dan lulus untuk diamalkan kerana ia akan memberi keyakinan kepada pihak- pihak yang berurusan dengan syarikat-syarikat di Malaysia.

draft • 3:04 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya dalam menyokong rang undang-undang ini juga, ingin melontarkan beberapa soalan kerana saya telah dengar dengan tekun tadi fasal-fasal yang telah dibaca oleh Timbalan Menteri ketika membentangkan rang undang-undang ini, terutamanya fasal nombor 3 yang membincangkan tentang transaksi-transaksi yang dibuat bagi maksud peribadi, keluarga atau rumah tangga, di mana transaksi- transaksi sebegini tidak boleh dikuatkuasakan.

Pada masa yang sama, saya ingin memohon penjelasan. Kita lihat bahawa kerajaan bersungguh-sungguh di dalam langkah-langkah yang diambil untuk membanteras jenayah, terutamanya yang melibatkan rasuah. Yang melibatkan rasuah merentas sempadan.

Soalan saya, dalam kita membincangkan perkara itu, bolehkah agensi-agensi kerajaan atau jabatan-jabatan kerajaan, umpamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ataupun Lembaga Hasil Dalam Negeri menggunakan rang undang-undang ini untuk menuntut kembali apa-apa wang yang tidak dibayar kepada SPRM atau Lembaga Hasil Dalam Negeri?

Kita dengar pembongkaran yang dibuat berkenaan dengan pemimpin- pemimpin negara kita, anak-anak mereka yang mempunyai akaun-akaun peribadi di luar negara di Cayman Islands. Dalam pendedahan yang dibuat dalam Panorama Papers, anak-anak bekas Perdana Menteri, anak-anak Perdana Menteri yang lama, Perdana Menteri yang baru.

Kalau didapati bahawa mereka ini telah ingkar, gagal membayar apa-apa cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri, bolehkah peruntukan dalam undang- undang ini digunakan bagi tujuan memulakan tindakan-tindakan untuk mengembalikan wang yang ada di luar negara itu ke negara kita? Ini adalah persoalan yang ingin saya tanya.

Kita lihat bahawa kesungguhan kerajaan sekarang untuk membanteras jenayah, membanteras rasuah bukan saja melibatkan syarikat tetapi individu ini sering kali diperlekehkan oleh pihak-pihak tertentu, termasuklah pihak-pihak di sebelah sana. Tetapi pada masa sama undang-undang yang digubal, Kota Bharu ada di sini, ketika satu ketika dahulu, beliau menjadi Menteri perundangan juga dalam kerajaan tetapi tidak terfikir beliau untuk menggubal undang-undang ini yang akan melindungi rakyat Malaysia.

Tetapi pada masa sekarang, kita lihat bahawa reformasi yang dibuat oleh kerajaan seperti bukan sahaja menyatakan hasrat untuk mengehadkan tempoh

draft • 3:04 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

pelantikan ataupun perjawatan Perdana Menteri kepada dua penggal, memisahkan kuasa peguam dan timbalan pendakwa raya dan Peguam Negara.

Di samping itu, undang-undang seperti ini juga telah digubal dan dibentangkan dan dibahaskan secara terbuka di Dewan yang mulia ini bagi kita menentukan bahawa individu di dalam negara dan juga syarikat-syarikat di luar diberi keyakinan untuk berurusan dengan individu-individu dan syarikat-syarikat di sini. Isu kita mengkompromi kedaulatan negara seperti yang dibangkitkan oleh salah seorang Yang Berhormat di sebelah sana.

draft • 3:04 PM

Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Jelutong, minta laluan. Boleh?

Terima kasih sahabat saya. Terima kasih Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa dikatakan oleh Jelutong tadi bahawa persetujuan untuk dua penggal Perdana Menteri menjadi Perdana Menteri. Itu satu cadangan baik dan disokong oleh Jelutong. Setuju tak Jelutong bahawa Perdana Menteri juga memegang jawatan Menteri Kewangan? Apa pandangan Jelutong? Terima kasih.

draft • 3:04 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Itu adalah soalan yang baik yang ditanya oleh sahabat saya. Saya yakin kalau boleh, berani kemukakan soalan ketika Yang Berhormat Perdana Menteri ada di Dewan yang mulia ini supaya Yang Amat Berhormat, saya yakin Perdana Menteri berani juga jawab soalan yang dikemukakan. Bukan tanya kepada saya kerana soalan ini boleh dijawab oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

draft • 3:04 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pada masa yang samalah, saya ingin tanya kembali tentang tuduhan yang dibuat oleh Tuan Dr. Mahathir terhadap Yang Berhormat Pagoh, mengatakan bahawa Pagoh ingin menjadi Perdana Menteri semata-mata kerana ingin menyelamatkan diri beliau daripada kesalahan yang dituduh di mahkamah dan kerana Yang Berhormat Pagoh juga terlibat dalam mencuri duit parti Bersatu. Boleh Yang Berhormat jawab tentang tuduhan itu?

draft • 3:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Boleh. Boleh. Itu sebenarnya atas Pagoh lah. Tapi maknanya tak berkait dengan bill ni. Apa yang dibincangkan oleh Jelutong tu. Terima kasih.

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tak, ini Yang Berhormat, saya tanya. Saya kalau berani tanya, berani dengar jawapanlah. Kalau tuduhan itu tak benar, kalau Tun Dr. Mahathir tidak bercakap benar, soalan saya, kenapa sehingga hari ini Pagoh tak berani saman Tun Dr. Mahathir? Kenapa tak berani? Soalan saya.

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau Pagoh tak curi duit, kalau Pagoh tak beria-ia nak tebuk atap sekali lagi nak jadi Perdana Menteri sebab nak menyelamatkan diri sendiri, kenapa sehingga hari ini Pagoh ataupun mana-mana Ahli Parlimen Bersatu, lepaskanlah bergaduh sama-sama sendiri, tak berani saman Tun Dr. Mahathir. Kenapa?

draft • 3:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tuan Yang di-Pertua, pertama, lari daripada tajuk. Yang kedua, soalan saya tadi belum dijawab. Terima kasih.

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, saya dah kata, kalau berani. Kalau berani, kemukakan soalan ketika Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang sanggup datang ke Parlimen tiap-tiap hari Selasa dan hari Khamis, kenapa lari? Jangan lari, jangan keluar. Kalau berani, kemukakan soalan Perdana Menteri, saya yakin boleh jawab.

Jadi, kembali kepada subjek Tan Sri Speaker, saya tak membuang masa dengan Ahli-ahli Parlimen Bersatu, dah cukup bergaduh sama-sama sendiri. Kita kembali ke Dewan. Kita kembali ke Dewan.

Kita menumpukan perhatian untuk membangunkan negara kerana kerajaan kita adalah kerajaan yang prihatin kepada rakyat. Kita sanggup membentangkan rang undang-undang seperti ini kerana kita yakin bahawa rang undang-undang seperti ini akan memberi keyakinan bukan saja kepada syarikat-syarikat di dalam negeri tetapi syarikat-syarikat di luar negara untuk datang melabur di sini kerana kalau berlaku sebarang perselisihan di antara syarikat-syarikat, perkara-perkara itu dapat diselesaikan dan mereka juga diberi kejaminan, keyakinan bahawa apa-apa duit yang mereka laburkan di negara ini akan sentiasa dilindungi oleh undang- undang negara kita.

Bukan macam pihak-pihak tertentulah. Tan Sri Speaker, sampai sekarang dah bergaduh tak datang ke Parlimen, dihadapkan ke parti disiplin dan sebagainya.

Bergaduh sama sendiri. Negeri Perlis pun bergaduh. Jadi, saya tak mahu buang masa. Cuma saya menyatakan bahawa— Besut.

draft • 3:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Boleh? Sikit?

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Silakan.

draft • 3:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey. Berkenaan tuduhan Jelutong kepada Kota Bharu kejap tadi masa dia Menteri dulu tak bentangkan. Baru sekejap tadi Menteri bukan ada bagi sebab? Ada bagi sebab kenapa tak dibentangkan selepas perjanjian ditandatangani 2019? Jelutong tak dengar, Jelutong tak ada tadi. Menteri kena jawab, apa sebab dia 2019 tak

draft • 3:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

dibentang, baru sekarang baru bentang. Jadi, tuduhan dia tu tuduhan jahatlah, sangkaan jahat kepada ni...

draft • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Menteri akan jawab selepas Ipoh Timor berucap sebentar lagi.

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya. Baik, terima kasih.

draft • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ambil poin tu ya.

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Besut.

Saya masa itu Besut bukan jadi Ahli Parlimen. Saya Ahli Parlimen ketika itu. Ketika itu Besut bukan jadi Ahli Parlimen. Saya jadi Ahli Parlimen.

draft • 3:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak ada kaitanlah saya kata apa yang awak ucapkan tadi, Menteri dah jawab. Kamu tak ada dalam Dewan kejap tadi. Haiya...

draft • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Jelutong.

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Besut.

draft • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terus landing.

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya, Besut. Besut bekas hakim, bila merujuk kepada Ahli Parlimen, tak boleh gunakan istilah awak dan kamu.

Saya ajar. Dengar, dengar, dengar.

draft • 3:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey. Jelutong tak ada dalam Dewan tadi.

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Okey, bagus.

draft • 3:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jelutong tak ada dalam Dewan. Okey, okey.

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jadi, saya dah landing Tan Sri Speaker. Tan Sri Speaker saya kata, memang niat saya betul. Ketika itu, Yang Berhormat Kota Bharu menjadi Menteri Perundangan. Tetapi, undang-undang ini tidak dibentangkan kerana ketika itu Parlimen pun tak bersidang. Tan Sri Speaker pun merupakan seorang Ahli Parlimen Sungai Petani sampai kita dihalang untuk masuk ke Parlimen.

Jadi, ketika itu mereka tak begitu— tak ada niatlah memang untuk menjaga rakyat. Kita ada niat untuk menjaga rakyat, jadi dengan alasan itu, saya mohon menyokong rang undang-undang ini. Tan Sri Speaker, terima kasih.

draft • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Sekarang saya jemput Ipoh Timor.

draft • 3:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih Tan Sri. Dan saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun atas usaha untuk membentangkan RUU Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa yang terhasil daripada pengantaraan 2025. RUU ini mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk memodenkan sistem penyelesaian pertikaian negara dan menyelaraskannya dengan perkembangan perdagangan serta hubungan komersial antarabangsa.

Dalam landskap perundangan hari ini, penyelesaian pertikaian alternatif atau

(ADR) alternative dispute resolution, semakin diiktiraf sebagai satu mekanisme yang lebih cekap, lebih fleksibel dan berorientasikan penyelesaian (settlement). Beza jika bandingkan dengan proses litigasi konvensional yang memang tak jenuh ambil masa panjanglah, kos pula tinggi, sekadar bersifat adversarial nak bergaduh saja.

Tapi pengantaraan ini menawarkan pendekatan yang lebih konstruktif, consensual dan menjimatkan sumber, bukan sahaja kepada pihak-pihak yang bertikai tetapi juga kepada sistem kehakiman secara keseluruhannya. Pengantaraan juga bagi wang kepada pihak-pihak untuk kekalkan hubungan komersial, mengawal hasil penyelesaian mereka sendiri, serta mengelakkan ketidaktentuan keputusan mahkamah.

Dalam konteks pertikaian merentas sempadan, kelebihan ini menjadi lebih signifikan memandangkan adanya perbezaan undang-undang, budaya dan kepentingan ekonomi yang terlibat antara dua atau lebih daripada dua, tiga negara kadangkala. Sehubungan itu, usaha kerajaan untuk memperkukuh kerangka perundangan berkaitan pengantaraan antarabangsa adalah satu langkah yang selari dengan aspirasi nak jadikan Malaysia ini sebagai sebuah negara yang mesra pelabur, kompetitif dan progresif dalam pengurusan pertikaian komersial dan beban mahkamah boleh dikurangkan dan ini juga menyokong agenda kecekapan sistem keadilan negara.

Namun begitu, RUU yang baik bukan takat ada niat yang betui tetapi kena juga jelas daripada skop dia. Seimbang dari segi perlindungan dan praktikal dari segi pelaksanaannya. Oleh itu, saya nak kemuka beberapa soalan untuk penjelasan kerajaan dan Yang Berhormat Timbalan Menteri nanti.

Pertama, keperluan penggubalan. Kerajaan pilih untuk gubal satu akta baru yang khusus, bagi pengantaraan antarabangsa. Padahal Malaysia ada pun dah ada Akta Mediasi 2012. Apa pertimbangan utama kerajaan sampaikan memilih

draft • 3:15 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

pendekatan pemisahan undang-undang ini dan bukan melalui pindaan atau perluasan skop akta sedia ada? Patutnya lebih mudah dan cepatlah. Adakah kerajaan menilai bahawa pendekatan ini tidak akan menimbulkan fragmentation atau kekeliruan dalam kerangka perundangan perantaraan negara?

Kedua, skop pemakaian RUU ini, sekiranya diluluskan, apa takrif dan kriteria sesuatu perjanjian itu dianggap sebagai perjanjian penyelesaian antarabangsa dari segi dia punya definition. Apakah penentuannya bergantung kepada kewarganegaraan pihak-pihak atau tempat perantaraan dijalankan, tempat pelaksanaan perjanjian atau gabungan semua faktor tersebut.

Dalam konteks realiti komersial pada hari ini yang melibatkan struktur dan transaksi rentas sempadan, yang memang kebanyakannya dan kelazimannya kompleks dan kompleks sangat, macam mana kes-kes hibrid akan ditangani bagi mengelakkan pertikaian bidang kuasa di hadapan mahkamah.

Ketiganya, kuatkuasakan sebagai perintah mahkamah. Sejauh mana peranan mahkamah dalam proses tersebut. Adakah mahkamah hanya menjalankan semakan berbentuk formal atau masih ada ruang lagi untuk menilai aspek substantif perjanjian tersebut. Penjelasan ini penting bagi memastikan prinsip kedaulatan kehakiman dan proses keadilan terus terpelihara.

Keempat, sat lagi nak landing. Keempat, walaupun rang undang-undang ini memperuntukkan alasan-alasan tertentu bagi menolak penguatkuasaan termasuk atas dasar kepentingan awam, apakah skop dan tafsiran konsep dasar awam?

Adakah terdapat garis panduan yang jelas atau ia diserahkan penuh kepada budi bicara kehakiman atau bagaimana kerajaan boleh memastikan bahawa perjanjian yang berpotensi menjejaskan kepentingan nasional atau pihak yang lebih lemah tidak dikuatkuasakan secara automatik.

draft • 3:15 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Kelima, perlindungan pihak-pihak dalam proses perantaraan. Apakah mekanisme yang disediakan bagi menangani isu ketidakseimbangan kuasa, paksaan atau salah laku atau coercion dalam proses pengantaraan itu sendiri? Dan apakah status pengantara dari segi etika, kelayakan, akauntabiliti dan sejauh mana perkara ini di-institutionalize atau diinstitusikan dalam pelaksanaan RUU ini?

Keenam, ada dua lagi. Keenam berhubung hubungan rang undang-undang ini dengan Mediation Act 2012. Saya mohon penjelasan mengenai hierarki dan prinsip tafsiran sekiranya berlaku pertindihan antara dua-dua akta atau

draft • 3:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

percanggahan antara kedua-dua undang-undang ini, khususnya dari segi prinsip kerahsiaan dan perlindungan komunikasi pengantaraan.

Last, pelaksanaan dan kesiapsiagaan institusi atau institutional readiness. Sejauh manakah sistem kehakiman dan agensi berkaitan telah bersiap siaga bersedia untuk melaksanakan undang-undang ini termasuk dari segi training, garis panduan, pengurusan beban kes agar RUU ini benar-benar mencapai objektif yang dihasratkan?

Sebagai penutup Tan Sri, saya ingin menegaskan bahawa persoalan- persoalan yang saya bangkitkan ini dikemukakan bukan nak menolak RUU ini, tak.

Memang saya sokong dan akan sokong sepenuh-penuhnya. Tetapi bagi memastikan pelaksanaannya benar-benar kukuh, seimbang dan berkesan, saya kena tanya supaya ia ada ruang untuk diperjelaskan dan dijawab.

Secara prinsipnya, saya menyokong bukan sahaja usaha dan rang undang- undang ini untuk memperkukuh mekanisme perantaraan antarabangsa khususnya dalam konteks geopolitik yang semakinnya multipolar dan semakinnya rancak dan dengan kerancakan dan multipolarity ini, Malaysia atas kedudukan kita sekarang yang agak menarik, kita nampak macam jadi bintang baru dengan dasar-dasar kita, dengan roadmap kita, dengan suasana yang sangat-sangat menarik dan suasana yang sangat-sangat stabil politiknya.

Saya rasa akan wujudnya lebih ruang untuk perlunya perantaraan dan akan ada konflik yang akan berlaku antara syarikat-syarikat yang adanya perdagangan rentas sempadan.

Jadi dengan penjelasan dan jaminan yang sewajarnya daripada pihak kerajaan, saya berpandangan RUU ini mampu memberikan manfaat jangka panjang kepada sistem keadilan, ekonomi dan kedudukan Malaysia di peringkat global, maka Ipoh Timor dengan soalan-soalan tersebut menyokong rang undang-undang ini.

Sekian, terima kasih.

draft • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Ipoh Timor. Sekarang saya menjemput Menteri untuk menjawab. Saya berikan 40 minit Menteri. Cukup?

draft • 3:20 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Banyak lama.

draft • 3:23 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kita mula dengan 40 minit dulu.

draft • 3:23 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Lima minit pun cukuplah.

draft • 3:23 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 3:23 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Jadi, terpaksa jawab semua soalanlah, okey. Tan Sri Yang di-Pertua, bagi pihak Jabatan Perdana Menteri

(Undang-undang dan Reformasi Institusi), saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 12 Ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan ke atas Rang Undang-undang Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa Yang Terhasil Daripada Pengantaraan 2025, iaitu YB Subang, YB Besut, YB Beaufort, YB Jerlun, YB Tampin, YB Kota Bharu, YB Rantau Panjang, YB Tumpat, YB Jelutong dan YB Ipoh Timor. Segala cadangan dan pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat amat dihargai dan akan diberi perhatian sewajarnya.

Yang Berhormat Subang bertanyakan berkenaan, saya— dia mengatakan— saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Subang atas sokongan beliau terhadap rang undang-undang ini. Beliau turut bertanya berkenaan sistem perdagangan berdasarkan WTO – World Trade Organization dan sama ada ia akan terus dihormati? Jika ekonomi besar tidak melihat nilai kepada peraturan WTO, apakah implikasinya kepada semua termasuk di Malaysia?

Jawapan. Secara asasnya, Pertubuhan Perdagangan Dunia – World Trade Organization (WTO) diwujudkan untuk menetapkan peraturan perdagangan antara negara ahli. Bagi memastikan setiap negara ahli melaksanakan obligasi dan komitmen di bawah perjanjian-perjanjian WTO, terdapat mekanisme seperti dispute settlement mechanism, trade policy review mechanism dan juga pemantauan oleh Jawatankuasa World Trade Organization.

Secara prinsipnya mana-mana pihak yang berkesan dengan apa-apa perlanggaran, atau ketidakpatuhan terhadap prinsip atau peraturan tersebut boleh membawa pihak yang melanggar tersebut ke mekanisme-mekanisme tersebut.

World Trade Organization merupakan piawaian minimum standard bagi obligasi dan komitmen perdagangan.

Sekiranya World Trade Organization tidak lagi berkuatkuasa, Malaysia telah menandatangani pelbagai Perjanjian Perdagangan, FTA dengan rakan dialognya yang memperuntukkan lebih banyak hak, obligasi dan komitmen yang lebih meluas berbanding World Trade Organization. Malaysia pada masa yang sama, boleh terus memperjuangkan kepentingan perdagangannya dengan rakan dua hala melalui instrumen-instrumen lain seperti FTA atau Perjanjian Pelaburan Dua Hala, Bilateral Investment Treaties. Besut ada? Yang Berhormat Besut dan Yang Berhormat Rantau Panjang bertanyakan berkenaan fasal 6 yang menetapkan perjanjian asal yang bukan bahasa

draft • 3:23 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

kebangsaan. Mengapakah ia hanya dalam bahasa Inggeris dan adakah nanti akan dipinda untuk mengutamakan bahasa kebangsaan?

Yang Berhormat, bahasa Inggeris hanya digunakan jika perjanjian penyelesaian antarabangsa itu selain dari bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris.

Perjanjian antarabangsa ini boleh diterjemah ke bahasa Inggeris. Oleh itu, jika perjanjian penyelesaian itu disediakan oleh pihak-pihak dalam bahasa kebangsaan sahaja, mahkamah juga boleh diterima perjanjian penyelesaian tersebut. Itu jawapan dia. Yang Berhormat Besut.

draft • 3:23 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak boleh dua-dua ke?

draft • 3:23 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Sila duduk, saya nak jawab lagi.

draft • 3:23 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak. Maksud saya...

draft • 3:23 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Faham.

draft • 3:23 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey lah. Peruntukan untuk disediakan dalam bahasa Inggeris. Saya kata, kenapa tak boleh ada lagi satu dalam bahasa Melayu. Itu je yang soalan saya.

draft • 3:23 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat. Kita perlu faham perjanjian-perjanjian antarabangsa, lebih kurang 100 peratus ini semua dalam bahasa Inggeris. Tetapi ada dalam Sepanyol, ada dalam Perancis dan sebagainya.

Dia itu diperlukan diterjemahkan dalam bahasa Inggeris supaya dia boleh diguna pakai oleh semua di dunia ini, kita perlu faham.

Tetapi ia tidak menghalang menggunakan bahasa Malaysia. Kalau kita gunakan bahasa Malaysia sahaja, ia akan menghalang the very purpose untuk apa perjanjian tersebut direkodkan di mahkamah dan sebagainya. Kerana kalau hanya di bahasa Malaysia.

draft • 3:23 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey, Menteri bagi saya bagi penerangan.

draft • 3:23 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat nak berhenti.

draft • 3:23 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dia.

draft • 3:23 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

draft • 3:23 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Seksyen 6 ini.

draft • 3:23 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Sekejap, sekejap.

draft • 3:23 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dia merujuk kepada seksyen 4 dan seksyen 5. Seksyen 4 itu maknanya kena serahkan kepada mahkamah atas permohonan, itu yang maksud saya. Maknanya diserahkan kepada mahkamah adalah perjanjian yang dalam bahasa asal. Jadi dia hubung kait dengan

draft • 3:23 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

seksyen 6. Seksyen 6 itu kena sediakan dalam bahasa Inggeris, saya kata kenapa tak dua-dua? Sebab nak direkodkan di mahkamah tinggi Malaya. Itu maksud saya, tak ada kena mengena dengan negara luar. Nak direkodkan di mahkamah tinggi Malaya.

draft • 3:23 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat.

draft • 3:23 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Seksyen 4 kalau Menteri boleh tengok seksyen 4 itu maksud dia.

draft • 3:23 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat jangan kita berada di situasi yang unik, jangan silo. Kita tak boleh menjadi macam kata di bawah tempurung. Kita perlu faham international agreements, governance are all done in English. Dan Yang Berhormat adalah seorang peguam. Jika dokumentasi diberi kepada mahkamah tinggi, dalam bahasa apa kita bagi? bahasa Cina? Bahasa Rusia? Bahasa Melayu kan?

draft • 3:23 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Bahasa Inggeris.

draft • 3:23 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

No, no, no, no, no. In the high court of this country, you submit documents in what language? In bahasa Malaysia kan?

draft • 3:23 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak. Sekarang Menteri tengok tak fasal 4 dengan fasal 6?

draft • 3:23 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Bila, bila.

draft • 3:23 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dia berhubung kait itu.

draft • 3:23 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Agreed, agreed.

draft • 3:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yes, cuba tengok (2)(a).

(2)(a) kata perjanjian penyelesaian antara bahasa asal, itu 4. 6, dia kata terjemahan perjanjian penyelesaian antarabangsa itu yang diperakui dengan sempurnanya dalam bahasa Inggeris. Saya kata kenapa tak dua-dua? Itu saja soalan saya, tak lebih daripada itu.

draft • 3:30 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat, saya hormati pandangan Yang Berhormat tetapi ini adalah daripada segi menggubal undang- undang, kehendak semua pihak. Maka, ini adalah yang saya beritahu kepada Yang Berhormat. Okey? Kalau Yang Berhormat tak mahu terima, saya tak boleh paksa tetapi jangan lupa Yang Berhormat, seperti yang saya kata, Tan Sri, dalam negara ini, apa-apa dokumen yang kita serah ke mahkamah adalah dalam bahasa Malaysia.

You know, as a practitioner, Kota Bharu also know. Kita boleh ada apa-apa bahasa pun, we must understand that. Kita tak boleh elak dari itu, itu nombor satu

draft • 3:30 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

tetapi menterjemahkan dalam kehendaknya, kalau bahasa Sepanyol, you have to translate, you must translate. Itulah jawapan saya, itulah pandangan saya juga. Yang Berhormat, saya harap akan terima. Kalau tak terima, terima juga.

draft • 3:30 PM

[Dewan ketawa]

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat Besut yang bertanyakan, adakah mahkamah akan diberikan kuasa substantif untuk menyemak permohonan sebelum ini? Yang Berhormat Kota Bharu also have asked the same thing. Yang Berhormat, kalau kita tengok dalam klausa-klausa terutamanya— bukan saja dalam klausa 45 tetapi dalam klausa 8 dan sebagainya. Satu di antaranya, 7 dan 8, Yang Berhormat dan ramai di antara Yang Berhormat-Yang Berhormat yang lain, the basic policy adalah public policy. Kita sebagai peguam, kita tahu.

Kalau ada public policy, bermakna macam Yang Berhormat Kota Bharu bangkitkan, katakan Perjanjian PETRONAS yang which is not fair to us. Adakah ia boleh direkodkan di sini atau boleh daftar dan sebagainya. Bukan semestinya boleh kerana pada akhirnya, kuasa untuk mendaftarkan adalah dengan mahkamah.

Mahkamah akan mengambil kira di antara lainnya, interest of all parties, termasuk public policy. Yang Berhormat tahu, public policy is not very small, simple policy. Dia merangkumi...

draft • 3:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

[Bangun]

draft • 3:30 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat, saya belum habis. Tangan pun belum taruh balik. Sekejap, sekejap.

draft • 3:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Faham dah, faham dah.

draft • 3:30 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat.

draft • 3:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Nak bagi fahamlah ini.

Sekarang ini, masalahnya sekarang, yang saya bangkitkan adalah di bawah seksyen 4. Seksyen 4 tak menceritakan langsung mana dia boleh go thorough the file ke apa semua, dokumen-dokumen. Tak ada. Terima sahaja. [Sambil menunjukkan senaskah dokumen] Dia boleh merekod ataupun menolak. Cuba tengok yang seksyen 4, terima sahaja dokumen-dokumen, (2)(b) ke apa semua, dia boleh rekod.

Tak perlu dia nak bicara sepertimana seksyen 7 dan 8. Seksyen 7 dan 8 tu pihak lain yang tak berpuas hati.

draft • 3:30 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Faham. Faham.

draft • 3:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Faham tak maksud saya?

draft • 3:30 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Faham, faham.

draft • 3:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadi, seksyen 4 itu maknanya...

draft • 3:30 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Faham, seksyen 4 saya faham.

draft • 3:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Itu yang kita bangkitkan.

Kita bangkitkan itu kerana seksyen 4...

draft • 3:30 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Sekarang saya jawab, Yang Berhormat. Sekarang saya jawab.

draft • 3:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

...seksyen 4 diam, silent fasal peruntukan. Faham tak?

draft • 3:30 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Faham, faham.

draft • 3:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey.

draft • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dia dah faham itu, makna okey lah itu.

draft • 3:30 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Tan Sri, Tan Sri.

draft • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan.

draft • 3:30 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Tan Sri, ada beberapa...

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Sekejap. Ipoh Barat, Menteri. Saya pun sebagaimana Besut. Okey, assuming Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendengar satu kes berkaitan dengan international agreement tadi.

Pada masa itu, at the first instant, adakah hakim mahkamah tinggi boleh melihat sama ada perkara-perkara ini bercanggah dengan dasar awam Malaysia atau tidak? Ataupun apabila on appeal, apabila ada satu pihak apply to set aside the order. At what particular stage? Adakah di peringkat mula-mula dia dengar ataupun kalau ada permohonan mengetepikan baru dia boleh pertimbangkan? Di peringkat mana?

draft • 3:30 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Ya, Yang Berhormat, soalan yang bagus. Yang Berhormat, kita perlu fikir dalam seksyen 4 itu dan seksyen-seksyen lain perlu dibaca sekali gus. Jangan kita asingkan, we should not isolate. Yang Berhormat Kota Bharu, the law of translation, the rule of translation, mischief, literal interpretation dan sebagainya, kita tak boleh hanya fokus pada satu seksyen.

Kalau kita focus on seksyen 4 sahaja, saya setuju kepada pandangan Yang Berhormat— Yang Berhormat Besut juga. “Oh tidak ada di sini, tidak ada di sini”. Yalah, tidak ada di sini tetapi seksyen lain ada. Ini satu akta merangkumi semua perkara-perkara boleh diambil kira. We must take that direction. Mengenai soalan Yang Berhormat Kota Bharu, sebagai seorang hakim yang mendengar kes itu, kita katakanlah dia mendengar Ex-parte, itu boleh didaftarkan.

draft • 3:30 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Kalau katakan dia ambil kira, Yang Berhormat, kita bila pergi ke mahkamah tinggi, kerap kali kita ditanya soalan. Bukan saja dia akan tengok muka saya, “Okey, okey, Kulai tahu, I register”. No, not like that, bukan senang seperti itu.

Dan lagi ini, satu perjanjian antarabangsa, bukan senang Yang Berhormat.

Kalau ia di manipulasi dan didaftarkan, ada pihak-pihak yang tidak ada di mahkamah atau tidak diberitahu masa itu pendaftaran dibuat, mereka boleh membuat permohonan untuk mengetepikan perkara tersebut. So, it gives a fair chance to everybody. Yang Berhormat, kita memang faham, ini bila merekodkan atau mendaftarkan ini, apakah benefit-nya? Iaitu membolehkan the execution part of it. Yang itulah kita semua tahu.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Adakah Yang Berhormat menyatakan bahawa the application to make this settlement as a order of the court is ex-parte application? Is it ex-parte application or inter-parte application?

draft • 3:30 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat, kerap kali kalau kita tengok dalam seksyen semua ini, dia kata you boleh daftar. Dia tidak mengatakan bahawa perlu adakan kedua-dua. Kalau ia didaftarkan, lepas itu dah nak mengetepikan pun boleh.

Macam kita ambil, Tan Sri, saya pergi ke mahkamah mengambil injunksi untuk seseorang. The law in these countries dalam tempoh sedikit masa, you perlu bagi tahu pihak yang lain, yang bertentangan bahawa nak ambil order. Tetapi ada serta-merta satu perkara yang sangat urgent, dia kata kalau tidak membuat sedemikian, berjuta-juta akan rugi atau kematian akan berlaku, kita boleh rush kepada high court, mengambil interim order, ex-parte interim order. Tetapi itu bukan selama-lamanya.

Dia bila daftar perlu serah kepada pihak bertentangan dan pihak yang bertentangan boleh datang ke mahkamah dan mengetepikan atau lawan dalam kes tersebut. Bermakna dalam kes ini pun Yang Berhormat Kota Bharu, I am sure bila dia register, takkan hakim itu dia pekak atau dia don't want to hear. Order in terms of perkara itu bukan sewenang-wenangnya. Dia akan bagi tahu there will be certain regulation. Ini akan, it will take over the time. Yang Berhormat, lagi satu yang tidak dinyatakan di mana-mana, having said all this Yang Berhormat, adakah rules of court itu cukup? No. Kita akan pinda rules of court. So that to facilitate, Tan Sri, Tan Sri belum peguam lagi. Tan Sri, there is this law tetapi untuk facilitate-nya in the high court dan sebagainya, kita ada

draft • 3:30 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

peraturan macam kita punya standing order. So, peraturan di mahkamah tinggi akan diubah suai *to facilitate.

So these are factors* yang macam Yang Berhormat bila membahas hari ini.

Jangan ingat Yang Berhormat dulu Menteri pun tahu, kita bukan terus pergi tidur, habis. Kita akan ambil kira apa-apa perkara yang dibangkitkan dan serap sebanyak yang boleh dalam rules of court itu. Yang Berhormat faham? Saya harap. Terima kasih. Yang Berhormat Besut tak faham? Mesti faham juga.

draft • 3:30 PM

[Dewan ketawa]

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Menteri tak faham ini.

Menteri, saya nak bagi tahu mudah saja. Sekarang ini, kalau kita tengok 4(4), cuba tengok 4(4). Apabila menerima suatu permohonan, dia terima permohonan. Okey. Di bawah subseksyen (1), bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang disebut dalam perenggan dua dan keterangan yang disebut dalam perenggan (2)(b) atau subseksyen (3). Okey, apa yang diterima? Perjanjian antarabangsa asal, tandatangan perantara. Satu dokumen ditandatangani oleh pengantara dan suatu aku saksi oleh badan atau organisasi. Tiga benda, empat perkara ini— terima, dia boleh merekodkan atau menolak.

draft • 3:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak ada satu perkataan pun meneliti dokumen-dokumen tersebut. Tak ada.

Faham tak maksud saya?

[Ketawa]

draft • 3:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Tan Sri...

draft • 3:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Meneliti maknanya bawah 4 ini kena adalah sikit tambahan. Itu yang kita kata maknanya tujuan kita bahas ini nak bagi tambahanlah mungkin kepada seksyen yang ada.

draft • 3:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Tumpat, jangan-jangan...

draft • 3:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sebab 7 itu datang kemudian. Kalau pihak satu lain tak puas hati. Sekarang ini peringkat pertama itu, itu maksud saya.

draft • 3:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat Tumpat jangan sokong ini Besut. Dia ajaran dia— he’s going off tangent. Yang Berhormat, seperti yang saya kata Yang Berhormat, bila ia didaftarkan kita perlu faham. Yang Berhormat mengatakan macam perlu menghalusi semua perkara di sana. I think that is wrong kerana bila ada satu perjanjian yang telah dibuat, lepas ini bukan macam perjanjian just off the car. Kalau perjanjian antarabangsa, bermakna beberapa pertemuan, beberapa perbincangan dan sebagainya.

draft • 3:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Mahkamah tidak akan pergi ke merits the matter. Kerja mahkamah saya percaya adalah seperti bila kita register kaveat, register tanya soalan tak?

Tanyakah? Registrar of the Land Department dia tanya? Tak ada. It’s an administrative job tetapi ia tidak menghalang pihak yang register kaveat itu, pihak yang kena effected. Dia boleh datang ke mahkamah. Sedemikian jugalah Yang Berhormat. Ia tidak bermakna kalau kita memberi kuasa seperti Yang Berhormat Besut kata, ia akan memberi rehearing, re-discussion of the whole matter.

Yang Berhormat, kita perlu faham pada asasnya kenapa rang undang- undang ini dibawa. Kerana to facilitate business people. We must be business friendly. Kalau Besutlah menjadi Perdana Menteri, habislah Yang Berhormat. Tan Sri, habis. Tak ada orang yang akan melabur di negara ini.

draft • 3:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini sangkaan jahat ni.

draft • 3:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Sangkaan baik ini, Yang Berhormat.

draft • 3:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sangkaan jahat.

draft • 3:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

See Tumpat tak setuju sama you.

Tumpat setuju dengan saya.

draft • 3:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey, saya nak tanya dari segi analogi dengan kes injunction tadi. Analogi yang dibuat, saya rasa tak kena dengan akta ini sebab untuk injunction walaupun ex parte dibuat, dia ada evidence, ada dia punya apa dipanggil afidavit, afidavit, okey. Bermakna evidence ada. Dia kena go through evidence baru dia bagi. Ini tak perlu go through apa-apa ni. Dia just terima, record. Itu maksud saya. Ini saya nak bantu Menteri ni sebenarnya. Bukan saya nak condemn, nak bantu.

draft • 3:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Tan Sri, Tan Sri. Yang Berhormat Besut, enggan menerima pandangan saya mengenai bila kita register kaveat.

Kenapa pendaftar tidak menanya apa-apa soalan? Sama jugalah Yang Berhormat.

Yang Berhormat dulu hakim macam mana? Saya peliklah. Okey Yang Berhormat, saya perlukan sedikit masa untuk mengalih ke perkara-perkara yang lain. Yang Berhormat, sudah diberi masa yang banyak.

Yang Berhormat Besut dan Tampin bertanyakan berkenaan fasal tujuan mahkamah boleh tolak, perkara itu saya sudah jawab.

draft • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri, satu perkara saya mohon penjelasan. Saya minta maaf tak sempat saya tanya tadi. Mungkin boleh diberi penjelasan.

draft • 3:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat, saya belum datang ke topik Yang Berhormat.

draft • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sebelum— sebelum itu. Mengenai dasar awam yang telah disentuh tadi. Saya nak tanya, kalaulah— bagaimana kita nak memberi definisi dasar awam? Umpamanyalah kita sekarang memang tidak ada iklan rokok dan kita juga tidak memberi galakan kepada iklan- iklan merokok dan apa-apa perdagangan yang melibatkan penjualan tembakau.

Umpamanya kalau ada sebuah syarikat yang menandatangani satu perjanjian ataupun ada masalah di antara dua syarikat melibatkan pembelian dan penjualan tembakau di dalam mengilang dan juga membuat dan menjual tembakau, rokok-rokok. Kalau ia nya ditafsirkan sebagai bercanggah dengan dasar awam kerajaan, di mana kita tidak menggalakkan penjualan rokok. Adakah ia bermaksud kita tidak akan menerima perjanjian itu dan ia tidak boleh dikuatkuasakan di sini?

Soalan saya.

draft • 3:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat, pada asasnya kita perlu faham. Semua perjanjian antarabangsa mereka ada hak untuk mendaftar.

That is the basis for this one, supaya kita mem-facilitate-kan mereka perniagaan and there is some order. Okey, itu nombor satu.

Nombor dua, itu tidak bermakna sewenang-wenangnya semua perkara yang baik untuk negara, yang tidak baik untuk negara pun boleh didaftar kerana we have this public policy document yang seperti Yang Berhormat Jelutong kata. Di sebelah sana, dia tak faham public policy tapi mereka duduk di sini, mereka— Yang Berhormat Kota Bharu faham, lain dari Kota Bharu. Ini kita perlu faham.

Jadi, kita terikat Yang Berhormat dengan seksyen-seksyen yang ada selepas itu, seksyen 6, 7, 8. Jelas. Jelas menunjukkan kuasa mahkamah. Jadi, pendaftaran dibuat jika ada penyelewengan dan sebagainya, ia boleh ditepikan dan boleh diberhentikan didaftar atau di-strike off, itu kita perlu faham.

Yang Berhormat, Yang Berhormat Jerlun, ada? Ha, Yang Berhormat. Kawan saya. Cadangan supaya fasal 2 memasukkan tafsiran mahkamah syariah juga. Satu soalan yang sangat perlu jawapan yang dalam.

Dalam rang undang-undang ini, bertujuan untuk menangani kes pertikaian komersial antarabangsa sahaja. Kita perlu faham Yang Berhormat dan tidak melibatkan pertikaian peribadi, keluarga atau rumah tangga, perwarisan dan pekerjaan. Yang Berhormat, kita perlu faham domestic matters tidak ada kena- mengena. Tidak ada kena mengena langsung dengan akta tersebut. Akta itu akta

draft • 3:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

lain. Mungkin Mediation Act dan sebagainya. Ini adalah di antara negara, syarikat- syarikat dan sebagainya. Tidak ada individu. There is no human life involved. It is only dokumentasi dan sebagainya, kita perlu faham tafsiran itu.

Untuk maklumat Yang Berhormat, Akta Pengantaraan 2012 terpakai, terutamanya kepada pertikaian sivil dan tidak terpakai secara langsung kepada mahkamah syariah. Perantaraan ini di mahkamah syariah ditadbir dan oleh satu kerangka perundangan yang berasingan berasaskan prinsip-prinsip Islam, khususnya konsep sulh, S-U-L-H. Proses perantaraan di mahkamah syariah dikawal selia melalui undang-undang khusus di peringkat negeri.

Kita perlu faham Yang Berhormat Jerlun mengenai hal ehwal masyarakat Islam ini dia state-by-state.

draft • 3:40 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

[Bangun]

draft • 3:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat, boleh saya dah habis. Dua sentence? I'll finish, I bagi. Sebagai contoh Kaedah-Kaedah Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2021 serta Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah- Wilayah Persekutuan) 1998. Ya, Yang Berhormat?

draft • 3:40 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Sebab itu Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, sebab itu di awal perbahasan saya tadi ini, saya telah merujuk dokumen yang dikepilkan iaitu tentang taklimat rang undang-undang yang kita sedang bahaskan. Dan di belakang sana itu disebut tentang mengguna pakai pemakaian Akta 749. Dokumen yang sama, bukan lampiran berasingan.

Baik, dalam pemakaian 749 itu disebut menyelesaikan kes domestik, sivil dan syariah. Jadi, sebab itu saya bahaskan dalam konteks ini, apakah ia boleh dikaitkan dengan penggunaan Akta Mediasi 2012 yang kita bincangkan dalam RUU ini. Itu maksud saya. Sekian.

draft • 3:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun pada pandangan ini. Tapi kita seperti yang— Yang Berhormat dengan saya setuju kepada bahawa ada akta domestik setakat itulah dia merangkumi apa-apa perkara. Ini akta berasingan, antarabangsa tidak ada kena mengena. Dia tidak terikat, tidak terpakai. Kita perlu fahamlah. Tetapi tidak menghalang akta-akta yang sedia ada untuk mengguna pakai apa Yang Berhormat mengatakan.

draft • 3:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat Tampin bertanyakan berkenaan penguatkuasaan isu ketidakjelasan tentang bagaimana perjanjian penjelasan boleh dibuktikan daripada

draft • 3:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

proses pengantaraan. Fasal 4 dan 5 ketidakadaan garis panduan yang jelas. Adakah perlu cop dan tandatangan mediator sebagai bukti pengesahan?

Yang Berhormat, pemohon perlu mengemukakan dokumen seperti berikut, tandatangan pengantara yang membantu pihak-pihak kepada pengantaraan itu pada satu perjanjian penyelesaian itu. Satu dokumen yang ditandatangani oleh pengantaraan yang mengesahkan bahawa pengantaraan itu telah dijalankan. Atau, nombor 3, satu saksi yang boleh oleh badan atau organisasi yang menyediakan perkhidmatan pengantaraan itu.

Dengan ketiga-tiga dokumen yang dikemukakan, mahkamah bolehlah membuat keputusan berkaitan bukti pengantaraan tersebut. Jika mahkamah berpandangan dokumen yang dikemukakan itu tidak mencukupi, mahkamah boleh meminta supaya bukti tambahan dikemukakan.

Yang Berhormat Tampin bertanyakan lagi, adakah rang undang-undang telah mencapai imbangan yang sama dan adakah kerajaan bercadang untuk mengeluarkan garis panduan atau panduan peraturan tambahan bagi memastikan keperluan membuktikan tidak menjelaskan dan prinsip kerahsiaan pengantaraan.

Kerahsiaan dalam proses mediasi adalah masih terpelihara kerana akta ini tidak menyentuh kerahsiaan dalam proses mediasi. Akta ini hanya terpakai kepada pihak-pihak yang telah pun memuktamadkan Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa Melalui Mediasi.

Fasal 7, penolakan penguatkuasaan adakah langkah khusus kerajaan bagi memastikan alasan akan ditafsir secara konsisten. Alasan penolakan permohonan oleh mahkamah hendaklah berdasarkan syarat-syarat yang diperuntukkan di bawah seksyen 7 tidak perlu diperlukan untuk kerajaan mengadakan langkah khusus memandangkan sasal 7 telah jelas memperuntukkan syarat-syarat tersebut.

Lagi, satu soalan, apakah langkah kerajaan kerana tiada garis panduan yang jelas bagi permohonan yang dinyatakan dalam rang undang-undang ini? Selain penggubalan akta ini, kerajaan akan turut meminda Akta Mahkamah Kehakiman seperti yang saya kata sebelum ini 1964 dan kaedah-kaedah Mahkamah 2012.

Kerajaan akan mengadakan garis panduan jika perlu— perlaksanaan akta ini adalah di bawah Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. Lagi satu adalah, apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan agar institusi mediasi mempunyai standard yang jelas, selaras dengan Konvensyen Singapura.

Kerajaan akan bekerjasama dengan semua pihak penyedia perkhidmatan pengantaraan seperti AIAC dan MMC, MIMC bagi perlaksanaan akta-akta ini. Untuk

draft • 3:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

makluman Yang Berhormat, sebelum rang undang-undang ini dibangunkan, sesi libat urus yang holistik telah pun diadakan dengan semua pihak yang berkepentingan, termasuk pihak Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), Malaysian International Mediation Centre (MIMC) dan kerajaan telah pun mendapat sokongan penuh pihak Majlis Peguam Malaysia serta Advocates Association of Sarawak dan Sabah Law Society.

Yang Berhormat Kota Bharu, number satu terima kasih. Yang Berhormat beritahu dengan saya sendiri bahawa ada beberapa mungkin kesilapan tetapi saya nak beritahu dengan jelas lagi. Fasal 1 terdapat kesilapan pada nama Akta Pengantaraan 2025. Nama penuh akta dalam bahasa Inggeris ialah International Settlement Agreements Resulting from Mediation Act 2025.

Tiada kesilapan dalam fasal satu rang undang-undang dalam teks bahasa Inggeris kerana perkataan International Settlement Agreements Resulting from Mediation Act 2025 merujuk kepada terjemahan nama rang undang-undang ini yang telah dalam teks bahasa kebangsaan, iaitu Akta Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa yang terhasil daripada pengantaraan 2025.

Rang undang-undang ini bukanlah merujuk kepada Akta Pengantaraan 2012.

Yang Berhormat, kita perlu faham ini rang undang-undang yang sekarang kita bahas ini, bukan tahun ini. First reading was last year. So at the first reading, ia dibaca sebagai 2025. Jadi, ia akan continue dan kita ada Federal Constitution yang later on dia akan amend tersendiri. Tak perlu datang ke mahkamah, tak perlu datang ke Parlimen. Yang Berhormat Kota Bharu juga bertanyakan.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat, so its not 2016 lah, still follow 2025? Because DR. 44, 45.

draft • 3:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yes. Kita tidak boleh...

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya, I know, I know. 2025 lah.

draft • 3:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Correct, correct. Thank you. Yang Berhormat Kota Bharu bertanyakan berkenaan perkara yang lain. Mahkamah hanya akan merekodkan perjanjian penyelesaian tersebut kerana ia merupakan satu pengantaraan yang telah dilaksanakan dan dipersetujui oleh pihak-pihak berkaitan.

Mahkamah tidak akan menyentuh perkara-perkara substantif seperti fakta kes atau merit kes tersebut. Penerimaan permohonan untuk menguatkuasakan perjanjian penyelesaian antarabangsa sebagai perintah mahkamah adalah

draft • 3:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

berdasarkan syarat-syarat yang diperuntukkan di bawah fasal 4. Yang Berhormat Kota Bharu, saya sudah jawab.

Yang Berhormat Rantau Panjang. Skop dan luas pemakaian dan reservation.

Skop nombor 1, skop pemakaian adalah berdasarkan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa yang menetapkan pengantaraan yang melibatkan pertikaian komersial sahaja.

Pemakaian akta nombor 2, pemakaian Akta Konvension ini adalah bagi negara-negara yang meratifikasi, me-ratification Convention-Convention Singapura.

Ini bermaksud layanan dan perlindungan yang sama akan diberi kepada semua negara tersebut berdasarkan convention tersebut.

Pada masa ini, Malaysia tidak bercadang untuk membuat sebarang reservation terhadap mana-mana peruntukan di bawah Singapore Convention on Mediation. Sekiranya pada masa hadapan didapati perlu untuk mempertimbangkan sebarang reservation atau pengecualian tertentu. Langkah tersebut boleh dibuat tertakluk kepada keputusan Jemaah Menteri, pindaan kepada undang-undang domestik yang berkaitan serta mendepositkan instrumen pindaan atau notifikasi yang berkenaan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu selaku Depository Convention.

Yang Berhormat Tumpat bertanyakan taksiran negara, mediator antarabangsa definisi pada pihak berkeupayaan fasal 7. Tafsiran negara menurut Attorney General Chambers, takrif pada perkataan negara juga turut diperuntukkan dalam akta lain. Contohnya dalam Akta Timbang Tara 2025 Akta 646. Takrif ini menjelaskan perkataan state dalam RUU dalam teks bahasa Inggeris yang merupakan naskhah sahih rang undang-undang yang merujuk kepada satu negara yang berdaulat dan bukan kepada mana-mana negeri komponen di Malaysia.

Kedua, rang undang-undang ini tidak berkaitan dan pengiktirafan pengantara.

Pengantara yang sesuai kompeten akan ditentukan oleh pihak kepada pertikaian itu sendiri. Tidak satu standard global yang boleh digunapakai oleh negara-negara meratifikasi Konvensyen Singapura.

draft • 3:50 PM

Datoʼ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Yang Berhormat Menteri, saya ada sikit yang nak tanya.

draft • 3:50 PM

Datoʼ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 4:00 PM

Datoʼ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Yang Berhormat Menteri, saya sedikit nak tanya. Isunya saya faham tentang definisi ini. Cuma perkataan negeri komponen di Malaysia itu bagi saya tak berapa tepat sebab kita adalah negeri- negeri berdaulat, Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Negeri-negeri Selat yang bergabung di bawah Malaysia.

Jadi, Malaysia adalah negara yang berdaulat, negeri adalah negeri-negeri berdaulat. Dia tak berdiri sebagai negeri komponen di Malaysia. Perkataan negeri komponen itu saya rasa perlu diperhatikan dan dijelaskan balik oleh pihak AGC.

Sebab ini perkara yang bagi saya menyentuh perlembagaan dan kemasukan negeri- negeri ini ke Malaysia sebenarnya. Terima kasih.

draft • 4:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Saya terima baik pandangan Yang Berhormat. Perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong, saya rasa satu penyiasatan menyeluruh boleh dibuat oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Yang Berhormat Ipoh Timor menanyakan, kenapa perlu ada undang-undang berbeza daripada Akta Pengantaraan 2012? Terdapat keperluan untuk mengubal undang-undang khusus bagi perkara ini lain daripada Akta Pengantaraan 2012 kerana itu party scope dan terma teknikal dalam akta ini perlu mematuhi standard yang ditetapkan dalam Konvensyen Singapura.

draft • 4:00 PM

Datoʼ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

YB Menteri, berkenaan dengan kepakaran untuk mediator antarabangsa. Saya perlukan maklumat daripada kerajaan. Sebab kita akan banyak lagi selepas ini perjanjian dengan pihak antarabangsa. Jadi, berapakah data mediator antarabangsa yang ada dalam negara yang menguasai undang-undang antarabangsa. Sebab kita ada 564 mediator.

draft • 4:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Berapakah mediator?

draft • 4:00 PM

Datoʼ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Mediator yang memiliki kepakaran undang-undang antarabangsa itu perlu?

draft • 4:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat, terima kasih.

Saya tidak ada jawapan untuk perkara tersebut tetapi saya akan memperoleh dari pihak-pihak yang berkenaan. We donʼt have off hand, tetapi kita akan bagi secara bertulis kepada Yang Berhormat atau bila kita pergi lawat Tumpat.

Puan Yang di-Pertua, ini sahaja saya akan habiskan. Mengakhiri...

draft • 4:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Menteri, ada dua lagi isu yang saya bawa boleh jawab secara bertulis?

draft • 4:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Boleh.

draft • 4:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Boleh ya?

draft • 4:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Apa-apa pun boleh.

draft • 4:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tahu tak isu apa?

draft • 4:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Lagi tambah pun boleh.

draft • 4:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tahu tak isu apa?

draft • 4:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Sorry?

draft • 4:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Boleh jawab secara bertulis lah. Saya tak nak dengar sekarang.

draft • 4:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Boleh, boleh. Yang Berhormat, saya selalu beritahu...

draft • 4:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dasar awam dan juga yang parallel punya itu. Dua isu ya.

draft • 4:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat, saya selalu ada beritahu jika kita terlepas pandang atau tidak menjawab, Yang Berhormat boleh berjumpa dengan saya. Kita boleh mendapat jawapan seberapa cepat yang boleh kalau boleh hari itu sahaja. Itu satu antara practice yang kita ada. Yang Berhormat, no issue. Mengakhiri penggulungan ini, sukacita sekali lagi saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas pandangan dan input-input yang dikongsikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Atas faktor kekangan masa dan bagi menjimatkan masa Dewan yang mulia ini saya akan memberi jawapan secara bertulis kepada Ahli- ahli Yang Berhormat bagi soalan-soalan yang tidak sempat dijawab secara lisan.

Air tenang mengalir ke muara, Bebas dari batu dan duri; Perselisihan dapat diakhiri dengan bijaksana, Melalui pengantaraan penuh harmoni. Terima kasih.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

draft • 4:00 PM

Fasal-fasal 1 hingga 9 – Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan, boleh.

draft • 4:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Menteri, saya nak dua perkara. Saya rujuk kepada fasal 4. Yang pertama tentang 4(2)(a), seksyen 4(2)(a), Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa asal, okey. Tapi, datang fasal 6, diminta supaya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.

Persoalan saya, kenapa tidak dimasukkan terus di bawah seksyen 4?

Kenapa perlu didatangkan kemudian? Begitu juga dengan fasal 5, perkara yang sama. Kenapa tak disebut terus? Tak perlu ada seksyen baharu. Jadi, nampak janggal sikit. Faham tak itu? Faham? Nanti belum habis, ada lagi. Itu yang pertama fasal seksyen itu letak di bahagian lain.

Dan satu lagi, bawah empat juga, 4(4) itu, setelah menerima semua dokumen-dokumen itu, dia boleh merekod atau menolak. Kalau merekod itu okeylah, tak perlu ada alasan. Kalau menolak, kenapa tak ada langsung disebut supaya diadakan alasan-alasan yang perlu dalam bawah 4(4) itu.

Jadi, dua perkataan tu, merekod dan menolak. Yang menolak itu yang saya agak keliru sikit. Mesti ada alasan. Apa alasan sepatutnya diterima untuk merekod sahajalah. Jadi, untuk menolak itu kenapa? Ada dalam seksyen ini, sebab perlu ada alasan untuk menolak tersebut. Terima kasih.

draft • 4:05 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat, mengenai penterjemahan itu seperti yang saya kata sebelum itu, saya jangan panjang lebar masa saya ambil untuk menjelaskan. Saya pun ada bagi tahu bahawa ini adalah standard international agreement. Tetapi di negara kita, apa-apa dokumentasi yang kita fail di mahkamah tinggi, dia semestinya ada dalam bahasa Malaysia. So that, self-explanatory. Itu nombor satu.

Nombor dua, Yang Berhormat, Yang Berhormat dulu sebagai hakim, kan?

Ada buat keputusan semua ada alasan? When you reject application, you bagi alasan? Bukan? Itu tidak menghalang seorang hakim membuat keputusan. Tapi, jika ada rayuan dari sana, semestinya ada alasan. Dia ada mengikut prosedurkan? Jadi,

draft • 4:07 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

dengan tidak ada perkataan tersebut, kita perlu baca the mischief dalam itulah. It speaks for itself, tak perlulah.

draft • 4:07 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang pertama, saya tanya pasal susunan seksyen itu. Maksudnya, kenapa tak diletakkan bawah fasal 4 terus? Itu maksud saya, bukan diterjemah dalam bahasa Inggeris ke apa? Tidak. Itu bukan maksud saya. Faham? Menteri faham tak ni, sekarang?

draft • 4:07 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Faham, faham. Yang Berhormat.

draft • 4:07 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Maksud saya, diletakkan bawah 4. Maknanya tak perlu ada enam lah.

draft • 4:07 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat...

draft • 4:07 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Itu maksud saya, susuan iaitu...

draft • 4:07 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat, ini adalah susunan yang disetujui oleh Attorney General’s Chambers dan...

draft • 4:07 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya lah, kita baca empat bahasa asal, enam baru nak ada terjemahan. Itulah maksud saya. Letak dalam satu seksyen senang. Bahasa asal yang diterjemahkan, habis cerita.

draft • 4:07 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat, kita pusing, pusing, pusing. Yang Berhormat perlu pergi ke pekan, Pusing.

draft • 4:07 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya lah, benda yang sama okey.

draft • 4:07 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat, Yang Berhormat pusing, pusing, pusing, you pergi ke pekan Pusing, nak pusing di sana.

draft • 4:07 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya tak pandai pusing.

draft • 4:07 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Besut, sila duduk.

draft • 4:07 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat, saya sudah jawab, itulah jawapan.

draft • 4:07 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey lah, okey lah.

[Fasal-fasal 1 hingga 9 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]

draft • 4:07 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 4:07 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang ini dikemukakan kepada Majlis sekarang.

draft • 4:07 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

[Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah) dan diluluskan].

draft • 4:07 PM
RAPID TRANSIT SYSTEM LINK JOHOR BAHRU–SINGAPURA 2026 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dipersilakan Yang Berhormat Menteri untuk kemukakan rang undang-undang ini.

draft • 4:10 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu suatu akta untuk menguatkuasakan kewajipan Kerajaan Malaysia di bawah peruntukan tertentu dalam perjanjian-perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Republik Singapura mengenai Rapid Transit System Link Johor Bahru–Singapura yang berhubungan dengan pelaksanaan fungsi perlepasan kastam, imigresen dan kuarantin dan fungsi keselamatan di kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin.

Terletak bersama di dalam kawasan ditetapkan di Stesen Bukit Chagar, Johor Bahru di Malaysia dan Stesen Woodlands North di Republik Singapura dan pengurusan insiden rentas sempadan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dibacakan kali kedua sekarang. Terima kasih Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, pemeteraian perjanjian dua hala antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Singapura yang ditandatangani pada 16 Januari 2018 bagi Projek Rapid Transit Sistem Link Johor Bahru–Singapura adalah bertujuan untuk melaksanakan satu projek bersama bagi membina jajaran kereta api sejauh 4 kilometer dan menyediakan perkhidmatan kereta api penumpang dari Stesen Bukit Chagar, Johor Bahru, Malaysia ke Stesen Woodlands North di Singapura.

draft • 4:11 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Projek RTS Link ini menyasarkan komposisi penumpang seramai 10,000 orang bagi setiap arah dengan masa perjalanan selama 5 minit di antara kedua-dua buah stesen. Pelaksanaan RTS Link menggunakan konsep pemeriksaan dan pelepasan di satu lokasi atau secara tunggal di pintu masuk Malaysia–Singapura yang merupakan antara inisiatif kerajaan bagi menangani isu kesesakan di Tambak Johor.

Perjanjian tambahan yang dibangunkan sebagai sebahagian daripada proses untuk mengoperasi RTS Link mengikut garis masa yang dipersetujui di bawah BA telah dimuktamadkan semasa sesi pemukiman Pemimpin-pemimpin Malaysia– Singapura Ke-12 pada 4 Disember 2025 di Singapura.

Pemeteraian SC ini merupakan obligasi kepada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Singapura untuk mewujudkan perundangan domestik masing- masing selewat-lewatnya 30 Jun 2026 untuk dikuatkuasakan sepenuhnya pada 30 September 2026.

Untuk makluman Yang di-Pertua, penggubalan kerangka perundangan bagi pengoperasian RTS Link adalah selaras dengan keputusan Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 15 Ogos 2025 yang antara lain telah bersetuju dengan perkara- perkara seperti berikut:

(a) cadangan mengadakan undang-undang bagi memperuntukkan mengenai perlaksanaan BA dan SCA;

(b) penubuhan pasukan petugas khas untuk mengadakan undang- undang yang dianggotai oleh kementerian dan agensi berkepentingan; dan

(c) penetapan garis masa untuk mengadakan undang-undang ini.

Proses penggubalan rang undang-undang ini telah dilaksanakan secara holistik melalui penubuhan pasukan petugas khas. Pasukan petugas khas yang dianggotai oleh 21 kementerian dan agensi, termasuklah Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kewangan, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Imigresen Malaysia serta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan, berperanan untuk meneliti dan mengkaji 40 akta sedia ada yang berkaitan dengan pengoperasian RTS Link.

Untuk makluman Dewan, keanggotaan pasukan petugas khas ini dipilih secara strategik berdasarkan bidang kuasa agensi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di lapangan yang meliputi aspek-aspek utama seperti hal ehwal

draft • 4:11 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

hubungan antarabangsa, biosekuriti dan keselamatan agromakanan, keperluan permit dan mana-mana barang strategik yang boleh digunakan bagi suatu tujuan aktiviti lain, berkaitan dengan pembuatan senjata pemusnah besar-besaran, percukaian, keselamatan serta pengurusan pintu masuk antarabangsa dan sempadan negara.

Pendekatan komprehensif ini bertujuan untuk memastikan penyediaan RUU- RTS mengambil kira pandangan menyeluruh daripada semua pihak berkepentingan supaya operasi dan penguatkuasaan undang-undang RTS Link berjalan lancar. Bagi tujuan tersebut, pasukan petugas khas ini telah bersidang selama 5 minggu bermula daripada 4 Ogos 2025 sehingga 11 September 2025.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, RUU RTS digubal dengan tujuan untuk memperuntukkan kuasa, perlindungan undang-undang serta kekebalan kepada anggota penguatkuasa Malaysia di Singapura dan anggota penguatkuasaan Republik Singapura di Malaysia atas dasar tindak balas, di samping membolehkan pemakaian perundangan domestik secara luar wilayah merangkumi komponen- komponen seperti berikut:

(a) membenarkan pegawai penguatkuasaan menjalankan kuasa tambahan di kawasan yang ditetapkan bagi maksud pelaksanaan tugasan mereka yang berkenaan;

(b) memberikan imuniti kepada pegawai penguat kuasa daripada bidang kuasa jenayah sivil pentadbiran bagi sebarang tindakan yang dilakukan dalam menjalankan tugas rasmi mereka di kawasan yang ditetapkan;

(c) melindungi anggota penguat kuasa daripada kesalahan yang dilakukan terhadap mereka dalam melaksanakan tugas rasmi di kawasan yang ditetapkan;

(d) melindungi maklumat dan data yang dikumpul atau dijana dalam melaksanakan tugasan rasmi di kawasan yang ditetapkan;

(e) menetapkan bidang kuasa jenayah bagi kesalahan yang dilakukan di negara masing-masing, termasuk kawasan khusus yang ditetapkan;

(f) menetapkan bidang tanggungjawab serta tatacara pengurusan dan pengendalian insiden rentas sempadan yang melibatkan kedua-dua negara; dan

draft • 4:11 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

(g) membolehkan menetap penempatan pegawai penguat kuasa di kawasan yang ditetapkan dilaksanakan lebih awal sebagai persediaan untuk melaksanakan tugas rasmi.

Tuan Yang di-Pertua, penggubalan RUU RTS secara prinsipnya adalah untuk membolehkan pelaksanaan, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang bagi maksud pengoperasian RTS Link tanpa menjejaskan pelaksanaan undang-undang sedia ada. Justeru, Jemaah Menteri pada 17 Disember 2025 ketika menimbang Memorandum daripada Menteri Dalam Negeri, antara lain telah bersetuju untuk RUU RTS dibentang di Mesyuarat Parlimen.

Tuan Yang di-Pertua, RUU RTS ini telah melalui proses penelitian yang menyeluruh, bermula dengan pembentangan di peringkat Jawatankuasa Pilihan Parlimen di Dewan Rakyat, di mana rang undang-undang ini telah dibentang terlebih dahulu dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Infrastruktur Pengangkutan dan Komunikasi Parlimen Ke-15, Bilangan 3, Tahun 2026 pada 28 Januari 2026.

Di susuli pembentangan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Keselamatan Parlimen Ke-15, Bilangan 3, Tahun 2026 pada 9 Februari 2026 lalu.

Proses konsultasi diteruskan melalui di sesi libat urus bersama Ahli-ahli Parlimen Dewan Rakyat pada 4 Februari. Seterusnya, pada 9 Februari, bacaan pertama telah dilaksanakan di Dewan ini.

Tuan Yang di-Pertua secara keseluruhannya, RUU Rapid Transit Sistem Link Johor Bahru–Singapura 2026 terbahagi kepada lapan bahagian dan mengandungi 28 fasal dan satu jadual. Saya kena baca satu-satu, Tuan Yang di-Pertua. Bahagian I akta yang dicadangkan ini memperkatakan perkara permulaan.

Fasal 1, mengandungi tajuk ringkas akta yang dicadangkan dan peruntukan mengenai permulaan kuatkuasa akta yang dicadangkan.

draft • 4:11 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Fasal 2 mengandungi takrif bagi perkataan dan ungkapan tertentu yang digunakan dalam akta yang dicadangkan. Fasal 3 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pemakaian akta yang dicadangkan. Akta yang dicadangkan terpakai bagi tempoh perjanjian dua hala antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Singapura mengenai RTS Link Johor Bahru–Singapura dan perjanjian tambahan antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Singapura mengenai RTS Link Johor Bahru–Singapura berkuat kuasa.

Akta yang dicadangkan juga terpakai bagi Pegawai Pengkuatkuasa Malaysia dan Pegawai Penguatkuasa Republik Singapura untuk melaksanakan tugas

draft • 4:20 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

rasminya di kawasan ditetapkan di Stesen Bukit Chagar dan Stesen Woodlands dan bagi Pegawai Pengurusan Insiden Rentas Sempadan Malaysia dan Pegawai Pengurusan Insiden Rentas Sempadan Republik Singapura yang melaksanakan tugasan pengurusan insiden berkenaan dengan sesuatu insiden rentas sempadan.

Fasal 4 pula bertujuan untuk memperuntukkan bahawa akta yang dicadangkan hendaklah dibaca bersama-sama dengan rang undang-undang bertulis Malaysia yang lain yang berhubungan dengan pelaksanaan fungsi pelepasan kastam, imigresen dan kuarantin dan fungsi keselamatan sebagaimana dinyatakan dalam jadual kepada akta yang dicadangkan dan pengurusan insiden rentas sempadan.

Fasal ini juga memperuntukkan bahawa peruntukan akta yang dicadangkan ini hendaklah menjadi tambahan kepada dan tidak mengurangkan peruntukan undang-undang bertulis lain itu. Fasal ini selanjutnya memperuntukkan bahawa sekiranya terdapat apa-apa percanggahan dan ketidakselarasan antara peruntukan akta yang dicadangkan ini dengan peruntukan undang-undang bertulis lain itu, peruntukan akta yang dicadangkan hendaklah terpakai dan peruntukan undang- undang bertulis lain yang bercanggah atau tidak selaras itu hendaklah setakat percanggahan dan ketidakselarasan itu disifatkan, digantikan.

Fasal 5 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa apa-apa tugas, kuasa, pelindungan dan keistimewaan yang diberikan di bawah akta yang dicadangkan kepada Pegawai Penguatkuasa Republik Singapura dan Pegawai Pengurusan Insiden Rentas Sempadan Republik Singapura menurut perjanjian-perjanjian hanya akan berkuatkuasa jika republik— Kerajaan Republik Singapura mengadakan peruntukan yang bersamaan dan bersaling berkenaan dengan Pegawai Penguatkuasa Malaysia dan Pegawai Pengurusan Insiden Rentas Sempadan Malaysia di bawah undang-undang bertulisnya.

Bahagian II akta yang dicadangkan memperkatakan tentang peruntukan yang berhubungan dengan entiti perantara. Fasal 6 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa entiti perantara yang merupakan sesuatu entiti yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia bagi maksud perjanjian-perjanjian adalah bertanggungjawab untuk menyelaras, mengurus dan memudahkan pergerakan tugas Pegawai Penguatkuasa Malaysia dan Pegawai Penguatkuasa Republik Singapura masing-masing di Stesen Woodlands dan Stesen Bukit Chagar.

Tuan Yang di-Pertua, Bahagian III akta yang dicadangkan, memperkatakan tentang peruntukan yang berhubung dengan pergerakan tugas pegawai penguat

draft • 4:20 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

kuasa Malaysia dan pegawai penguat kuasa Republik Singapura bagi maksud pegawai penguat kuasa itu melaksanakan tugas rasmi di bawah akta yang dicadangkan.

Fasal 7 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pergerakan tugas pegawai-pegawai penguat kuasa Malaysia di Stesen Woodlands North dan maksud pegawai penguat kuasa Malaysia itu melaksanakan tugas rasmi di stesen itu.

Fasal 8 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pergerakan tugas pegawai penguat kuasa Republik Singapura bagi maksud pegawai penguat kuasa Republik Singapura itu melaksanakan tugas rasmi di stesen itu.

Fasal 9 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pergerakan tugas pegawai penguat kuasa Malaysia atau pegawai penguat kuasa Republik Singapura dalam hal keadaan luar biasa. Hal keadaan itu termasuklah gangguan kepada sistem atau proses yang berhubungan dengan fungsi pelepasan kastam, imigresen dan kuarantin dan fungsi keselamatan. Kejadian-kejadian kesihatan awam yang serius, perjalanan semula perkhidmatan kereta api selepas penggantungan atau apa-apa hal keadaan luar biasa lain sebagaimana yang disetujui oleh kerajaan-kerajaan.

Fasal 10 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pergerakan tugas pegawai penguat kuasa Malaysia dan pegawai penguat kuasa Republik Singapura di Stesen Bukit Chagar atau Stesen Woodlands sebelum bermulanya perkhidmatan RTS Link bagi maksud pegawai penguat kuasa itu menjalankan apa-apa kerja, persediaan yang berkaitan dengan pelaksanaan tugas rasminya.

Bahagian IV pula, akta yang dicadangkan memperkatakan tentang kuasa pegawai penguat kuasa Malaysia dan pegawai penguat kuasa Republik Singapura di kawasan ditetapkan.

Fasal 11 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kuasa pegawai penguat kuasa Republik Singapura ditetapkan di Bukit Chagar bagi maksud pelaksanaan tugas rasmi. Fasal ini juga memperuntukkan bahawa pegawai penguat kuasa Malaysia yang melaksanakan tugas di kawasan rasmi ditetapkan hendaklah mempunyai kuasa yang sama sebagai mana yang diberikan kepada pegawai penguat kuasa Republik Singapura di bawah fasal ini.

Fasal 12 bertujuan untuk mengadakan peruntukkan bagi undang-undang bertulis yang terpakai bagi maksud pelaksanaan tugas rasmi dan perjalanan kuasa oleh pegawai penguat kuasa Malaysia dan pegawai penguat kuasa Republik Singapura di kawasan ditetapkan.

draft • 4:20 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Tuan Yang di-Pertua, bahagian lima akta yang dicadangkan memperkatakan tentang pengurusan insiden rentas sempadan.

Fasal 13 bertujuan mengadakan peruntukan bagi pemberitahuan insiden rentas sempadan atau insiden lain berkenaan dengan perkhidmatan RTS Link. Fasal ini memperuntukkan bahawa Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Singapura hendaklah mengemukakan perkembangan semasa kepada satu sama lain mengenai apa-apa insiden rentas sempadan atau mengenai apa-apa insiden lain yang melibatkan perlakuan atau kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia atau Republik Singapura di atas lintasan RTS Link, di atas landasan RTS Link atau dalam kereta api RTS Link semasa dalam transit.

Fasal 14 pula bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pengurusan insiden rentas sempadan atau apa-apa insiden lain yang berlaku dalam kereta api RTS Link semasa dalam transit.

Fasal 15 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pengurusan insiden rentas sempadan atau apa-apa insiden lain yang berlaku di atas lintasan atau landasan RTS Link.

Fasal 16 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa jika berlaku atau jika bantuan atau sokongan dikehendaki sama ada oleh Kerajaan Malaysia atau Republik Singapura dalam pengurusan insiden rentas sempadan di bawah fasal 14 dan Akta 15 yang dicadangkan. Kerajaan yang mengkehendaki bantuan atau sokongan itu boleh meminta kerajaan yang satu lagi untuk memudahkan pengurusan insiden itu dan kerajaan yang menerima permintaan itu hendaklah mematuhi permintaan itu.

Fasal 17 pula bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi hal keadaan yang di dalamnya pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Malaysia dan pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik Singapura boleh memasuki wilayah kerajaan yang satu lagi dalam bertindak balas terhadap insiden rentas sempadan termasuk kehendak untuk mendapatkan keizinan terlebih dahulu.

Kekecualian, kecemasan tertentu dan syarat-syarat yang terpakai bagi insiden keselamatan awam.

Fasal 18 pula bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kuasa pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik Singapura apabila melaksanakan tugas pengurusan insiden berkenaan dengan sesuatu insiden rentas sempadan.

Fasal ini juga memperuntukkan bahawa pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Malaysia hendaklah mempunyai kuasa yang sama sebagai mana yang

draft • 4:20 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

diberikan kepada pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik Singapura di bawah fasal ini.

Tuan Yang di-Pertua, bahagian enam akta yang dicadangkan memperkatakan tentang bidang kuasa jenayah bagi kesalahan yang berhubungan dengan RTS Link.

Fasal 19 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi bidang kuasa jenayah yang boleh jalankan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Singapura berkenaan dengan kesalahan yang dilakukan di dalam kereta api RTS Link semasa dalam transit dan di atas lintasan atau landasan RTS Link.

Fasal 20 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi bidang kuasa jenayah yang boleh dijalankan oleh Kerajaan Malaysia berkenaan dengan kesalahan yang dilakukan di kawasan ditetapkan.

Fasal 21 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kuasa mahkamah di Malaysia untuk menyiasat dan bicarakan kesalahan yang dilakukan di bawah mana- mana undang-undang bertulis Malaysia yang bidang kuasa jenayahnya diperuntukkan di bawah akta yang dicadangkan dan jika kesalahan itu dilakukan di luar Malaysia, kesalahan itu hendaklah disifatkan telah dilakukan di mana-mana tempat di dalam Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, bahagian tujuh akta yang dicadangkan memperkatakan tentang perlindungan dan keistimewaan yang diberikan kepada Pegawai Penguatkuasa Republik Singapura dan Pegawai Pengurusan Insiden Rentas Sempadan Republik Singapura, dokumen, peranti dan kelengkapan rasmi Kerajaan Republik Singapura.

Apa-apa maklumat atau data yang dikumpulkan atau dijana oleh pegawai penguat kuasa Republik Singapura dan pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik Singapura dan barangan bagi kegunaan rasmi pegawai penguat kuasa Republik Singapura dan pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik Singapura.

draft • 4:20 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Fasal 22, Yang Berhormat, bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan bagi pegawai penguat kuasa Republik Singapura dan pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik Singapura daripada apa-apa tindakan guaman, pendakwaan atau prosiding lain berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya

draft • 4:30 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

dalam perjalanan pelaksanaan tugas rasminya atau tugas pengurusan insidennya berkenaan dengan insiden rentas sempadan.

Klausa ini juga memperuntukkan bahawa pegawai penguat kuasa Malaysia dan pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Malaysia yang melaksanakan tugas rasminya atau tugas pengurusan insidennya berkenaan dengan insiden rentas sempadan hendaklah menikmati perlindungan yang sama yang diberikan kepada pegawai penguat kuasa Republik Singapura dan pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik Singapura di bawah fasal ini.

Fasal 23 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan berkenaan dengan dokumen, peranti dan kelengkapan bagi penggunaan rasmi Kerajaan Republik Singapura daripada ketidakbolehcabulan di dalam wilayah Malaysia. Fasal ini juga memperuntukkan bahawa Kerajaan Republik Singapura hendaklah memastikan bahawa semua dokumen, peranti dan kelengkapan rasmi Kerajaan Malaysia di wilayah Republik Singapura tidak boleh dicabul pada setiap masa.

Fasal 24 pula bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan berkenaan dengan maklumat dan data yang dikumpul atau dijana oleh pegawai penguat kuasa Kerajaan Malaysia dan pegawai penguat kuasa Republik Singapura dalam pelaksanaan tugas rasminya dan oleh pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Malaysia dan pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik Singapura dalam pelaksanaan tugas pengurusan insidennya berkenaan dengan suatu insiden rentas sempadan.

Fasal 25 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa Kerajaan Malaysia hendaklah memudahkan pengeluaran apa-apa pengisytiharan lesen, permit atau kelulusan dikehendaki di bawah undang-undang bertulis Malaysia yang berhubungan dengan barangan untuk kegunaan rasmi pegawai penguat kuasa Republik Singapura dan pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik Singapura.

Fasal ini juga memperuntukkan bahawa Kerajaan Republik Singapura hendaklah membuat perkiraan yang sama dengan berhubungan dengan barangan bagi kegunaan rasmi pegawai penguat kuasa Malaysia dan pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Malaysia.

Fasal 26 untuk memperuntukkan bahawa seseorang pegawai penguat kuasa Republik Singapura dan pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik Singapura yang melaksanakan tugas rasminya atau tugas pengurusan insidennya

draft • 4:30 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

berkenaan dengan sesuatu insiden rentas sempadan hendaklah disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574] bagi maksud undang-undang bertulis Malaysia yang berhubungan dengan kesalahan terhadap perkhidmatan awam.

Ini bagi memastikan bahawa apa-apa kesalahan yang dilakukan terhadap pegawai itu semasa melaksanakan tugas rasminya di Malaysia di bawah akta yang dicadangkan dikira seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan terhadap pekhidmat awam di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, Bahagian VIII akta yang dicadangkan memperkatakan tentang peruntukan am.

Fasal 27 bertujuan untuk memberi kuasa Menteri untuk membuat peraturan- peraturan sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi memberi kuat kuasa sepenuhnya, atau bagi melaksanakan dengan lebih baik, peruntukan akta yang dicadangkan.

Fasal 28 bertujuan untuk memberi kuasa Menteri, selepas berunding dengan Menteri yang dipertanggungjawab dengan tanggungjawab bagi undang-undang bertulis yang berkaitan di Malaysia, untuk meminda Jadual pada akta yang dicadangkan.

Tuan Yang di-Pertua, selanjutnya, Jadual Pertama RUU RTS menyenaraikan undang-undang bertulis yang berkaitan seperti yang ditafsirkan di fasal 4 akta yang dicadangkan ini. Naskhah sahih bagi RUU ini ditetapkan dalam bahasa Inggeris bagi maksud melaksanakan perjanjian antarabangsa dengan Kerajaan Republik Singapura.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan pada hari ini telah mengambil tanggungjawab dan berusaha untuk memastikan pengoperasian rentas sempadan melalui sistem pengangkutan canggih baru negara RTS Link Johor Bahru–Singapura berjalan dengan lancar di atas asas perundangan yang kukuh. Kerajaan berkeyakinan bahawa dengan kuasa yang diperuntukkan dalam rang undang-undang ini, kedaulatan dan kepentingan negara akan terpelihara serta perlindungan terhadap pegawai penguat kuasa Malaysia yang bertugas di Singapura dapat direalisasikan.

Walau bagaimanapun, hasrat ini sudah pasti tidak akan tercapai tanpa sokongan dan kerjasama semua pihak, termasuklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Maka, pada hari ini, 11 Februari 2026, bagi pihak Kementerian Dalam Negeri, saya mohon agar bacaan kedua bagi rang undang-undang ini dibentang dan dipertimbang oleh Dewan Rakyat.

draft • 4:30 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 4:30 PM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk menguatkuasakan kewajiban Kerajaan Malaysia di bawah peruntukan tertentu dalam Perjanjian-Perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Republik Singapura mengenai Rapid Transit Sistem Link Johor Bahru–Singapura yang berhubungan dengan pelaksanaan fungsi pelepasan kastam, imigresen dan kuarantin dan fungsi keselamatan di kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin terletak bersama di dalam kawasan ditetapkan di Stesen Bukit Chagar, Johor Bahru di Malaysia dan Stesen Woodlands North di Republik Singapura dan pengurusan insiden rentas sempadan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan Usul 12(1) hari ini adalah sehingga pembentangan Bacaan Kali Kedua Rang Undang-undang Rapid Transit Sistem Link Johor Bahru–Singapura 2026, maka kita akan mula bahas pada esok.

Oleh itu, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 12 Februari 2026...

[Mengetuk tukul]

draft • 4:30 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 4.36 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026