Feb102026

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan selamat pagi. Kita mulakan sesi waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri dengan saya menjemput Tuan Lim Guan Eng, Bagan.

draft • 10:00 AM

1. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Bagan minta Yang Berhormat Menteri Luar Negeri menyatakan hasil perdagangan dan keselamatan serantau susulan lawatan Perdana Menteri India, Narendra Modi baru-baru ini ke Malaysia dan sejauh manakah langkah-langkah bersama yang boleh diambil oleh Malaysia dan India terhadap pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat dan usaha memulihkan demokrasi dan keamanan di Myanmar. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

draft • 10:00 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tan Sri Yang di-Pertua, hubungan antara Malaysia dan Republik India ini dia bukan perkara baharu. Hubungan kedua buah negara ini dah lama, terutamanya hubungan di antara people-to-people. Lama dah sebelum hubungan diplomatik, hubungan dua hala diplomatik itu dibuat secara rasmi pada tahun 1957.

Jadi, kedatangan ataupun lawatan rasmi Perdana Menteri India, Narendra Modi pada di Malaysia pada hujung minggu lepas adalah merupakan usaha untuk merapatkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara dan juga ialah merupakan lawatan balas Perdana Menteri India sempena lawatan rasmi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim ke India pada hujung tahun 2024.

draft • 10:00 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Jadi, banyak perkara antara India dan Malaysia ini hubungannya, terutamanya hubungan dagang. Hubungan dagang di antara India dan Malaysia ini dah hampir mencecah USD19 bilion. Hampir mencecah USD19 bilion dan ia merupakan lebihan dagangan kepada kita, menguntungkan kita. Berdagang dengan India ini, dia menguntungkan Malaysia kerana India mengimport banyak barang-barang daripada Malaysia, berbanding dengan Malaysia membeli barangan daripada India. Dan kebanyakannya majoriti yang kita eksport ke India itu dalam bentuk minyak kelapa sawit dan juga barang-barang elektronik dan elektrik, semikonduktor kita dan kita juga mengimport barang-barang semikonduktor dan juga barang-barang industri daripada India.

Jadi, ini merupakan asas kukuh yang telah pun diasaskan antara Malaysia-India dan pada ketika ini, kita tidak lagi bercakap tentang untuk kita mengeratkan lagi hubungan tetapi bagaimana untuk Malaysia dan India memperkasakan lagi hubungan, terutamanya hubungan dagang, keselamatan dan juga dari segi siber sekuriti. Itu yang dibincang oleh kedua-dua pemimpin negara, semasa lawatan rasmi Tan Sri Yang di- Pertua, Perdana Menteri India di sini.

Dalam pada itu juga, untuk kita menyelaras dan memudahcarakan lagi macam mana pelancong-pelancong di antara kedua buah negara ini dapat kemudahan yang asas untuk memudahkan mereka melawat Malaysia, orang Malaysia melawat India dan orang daripada India melawat Malaysia. Dan untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, Tan Sri Yang di-Pertua, pelancong daripada India yang datang ke Malaysia pada tahun 2025 tahun lepas, ramai. 1.56 juta, ramai. Dan Malaysia telah pun menjadi negara di Asia Tenggara yang paling ramai kedatangan pelancong, 40 juta.

Kita dah mengatasi Thailand dah dan ini merupakan satu sumber ekonomi yang besar kepada Malaysia. Hasil daripada industri pelancongan ini membawa banyak hasil kepada negara kita dan kita melihat industri pelancongan ini sebagai suatu industri yang perlu kita urus dengan baik dan sempena dengan Tahun Melawat Malaysia, kita nak melihat supaya kedatangan pelancong itu melebihi daripada kedatangan pada tahun lepas.

Dari segi keselamatan, kita mempunyai banyak persamaan dengan negara India.

Kita mempunyai aset-aset, terutamanya aset TUDM. Kita ada apa yang dipanggil sebagai The Sukhoi Club. Kita— Malaysia, India, Vietnam, kita menggunakan kapal terbang ataupun combat aircraft dari segi jenis Sukhoi dan kita membincangkan cara

draft • 10:00 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

mana untuk kita menghantar dan juga kita mengadakan hubungan, terutamanya dari segi MRO kerana India mempunyai aset Sukhoi ini banyak dan dia dah boleh mengeluarkan peralatan ganti, Tan Sri Yang di-Pertua kerana kita mengalami masalah untuk menghantar peralatan ganti ataupun untuk menghantar servis enjin-enjin jet pejuang Sukhoi ini ke Rusia.

Kita boleh hantar tapi nak membayar tak boleh, kerana Rusia ini telah di-sanction oleh Amerika Syarikat dan kita tak boleh membayar melalui pembayaran SWIFT ataupun secara biasa. Dan India sekarang ini memberikan suatu peluang untuk kita menghantar untuk kita memulihkan ataupun kita membuat MRO servicing enjin-enjin jet pejuang Sukhoi ini di India, insya-Allah Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:00 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Dan banyak lagi perkara, terutamanya dari segi India merupakan rakan kepada Quad dan kita bukan rakan tetapi kita mempunyai satu apa yang dipanggil ASEAN Outlook on Indo-Pacific. Kita nak lihat supaya bagaimana keadaan di Indo-Pacific dan juga di Lautan Hindi ini, dia punya equilibrium itu tidak tergugat sangat. Malaysia merupakan teras dalam ASEAN, India merupakan teras di dalam Quad, pakatan empat buah negara itu, Amerika dan yang lain-lain. Jadi, keamanan dan keselamatan di Indo-Pacific ini suatu perkara yang menjadi kepentingan negara kita. Sebarang kemungkinan yang berlaku di kawasan ini, Tan Sri Yang di-Pertua, dia akan mengakibatkan kemudaratan yang besar kepada seluruh literal state di dalam kawasan ini.

Jadi, kita mahu supaya keselamatan dan juga kebebasan di Laut China Selatan ini, terutamanya kita sedang untuk kita menandatangani, we are at the final stage to conclude dengan izin, kita punya COC, Code of Conduct di South China Sea. Jadi kita perlu peranan ini dimainkan dengan baik dan mengimbangi antara Quad dengan Indo- Pacific dan kita menganggotai ASEAN Outlook on Indo-Pacific. Ini perlu kita urus dengan baik kerana kita nak lihat supaya seluruh kawasan ASEAN menjadi kawasan aman, bebas dan berkecuali dan kita mahu juga kawasan kita punya jiran-jiran seperti di India, kawasannya aman dan selesa.

Berkenaan dengan pertanyaan tentang rundingan tarif di antara Malaysia, India dengan Amerika. Amerika tidak berunding secara multilateral, Amerika tidak suka berunding secara multilateral. Dia suka berunding secara unilateral dan juga bilateral dan dia tak mahu berunding secara berkelompok. Jadi, kita berunding dengan Amerika

draft • 10:10 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

secara sendiri, India secara sendiri dan juga semua negara secara sendiri. Tetapi kami bertukar-tukar jugalah.

Saya dengan rakan sejawat saya, Dr. S. Jaishankar bertukar-tukar pandangan, apa perlu yang kita lakukan. Kerana India sedang, dia telah pun menandatangani framework, belum lagi menandatangani final document. Kita menandatangani MoU, belum lagi kita merundingkan dia punya terma-terma secara khusus.

Sebelum itu, MoU ini belum diratifikasi lagi. Jadi, kita sedang berunding. Malaysia sedang berunding Tan Sri Yang di-Pertua, merundingkan terma-terma yang telah pun disain di dalam MoU tersebut dan usaha merunding ini dibuat oleh MITI lah. Sedang merundingkan terma-terma yang telah disebut dan untuk mengharmonikannya.

Jadi, apabila itu dah diharmonikan nanti, maka kita akan meratifikasi kita punya perjanjian antara kedua buah negara. Begitu juga India. India sedang merunding dia punya framework. Jadi, kita dalam keadaan yang sama. India diberi 18 peratus tapi belum lagi boleh menggunakan kemudahan 18 peratus tarif itu sebelum mereka meratifikasi tariff agreement di antara India dan juga Amerika.

Jadi, berkenaan dengan Myanmar. Myanmar ini satu kawasan di mana Tan Sri Yang di-Pertua, India mempunyai sempadan bersama dengan Myanmar sepanjang 1,648km panjang. Ada empat buah state ataupun negeri dalam persekutuan India tersebut yang bersempadan dengan Myanmar. India memerlukan Myanmar yang aman, India memerlukan keadaan yang tenteram di Myanmar. Jadi, kita saling berurusan dengan India, cara mana untuk kita pastikan supaya keadaan tidak tenteram di Myanmar tersebut dapat kita sama-sama berunding dengan pihak Kerajaan Junta di Myanmar tersebut.

Walaupun Kerajaan Myanmar telah pun mengadakan pilihan raya baru-baru ini, tetapi sebagai ASEAN, Malaysia sebagai anggota ASEAN, kita tidak dapat memberikan sokongan penuh kepada perakuan pilihan raya tersebut kerana pilihan raya tersebut didapati tidak secara menyeluruh dan tidak telus dan ia nya dibuat berkelompok- kelompok kerana ada tempat-tempat yang tidak boleh mengadakan pilihan raya dan ada kawasan-kawasan yang masih lagi di bawah kuat kuasa tentera.

Jadi, hubungan Malaysia dengan India berkenaan Myanmar itu, kita mempunyai persamaan. Kita nak lihat supaya Myanmar yang aman kerana Myanmar yang tak aman mengakibatkan Malaysia juga menerima akibat yang besar kerana kita sekarang sedang menghadapi lebih 200,000 orang pelarian dari Rohingya di Malaysia, terutamanya di

draft • 10:10 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

kawasan Langkawi dan merata Malaysia dan juga di India, limpahan pelarian daripada Myanmar disebabkan oleh kawasan-kawasan yang tidak aman, menyebabkan India juga menerima impak yang besar terhadap perkara yang berlaku di Myanmar.

Jadi, kita bersama-sama selalu, kami selalu bertukar-tukar pandangan, selalu bertukar-tukar cadangan, bagaimana cara untuk bersama-sama mengurus keadaan tidak tenteram di Myanmar ini agar kekusutan dalaman Myanmar ini tidak melimpah sampai ke luar. Ini sedang dibuat dan kita harap supaya secara beransur-ansur, kita tidak boleh terus melakukan perkara yang memaksa mereka kerana mereka setakat hari ini, apa yang mereka buat, mereka buat cara mereka.

Walaupun kita kata, “They must comply with the Five-Point Consensus”, dengan izin, tetapi mereka kata, “No, we don't want. We have what are our five-road map, five- point road map”. Jadi dia buat perkara mereka. Jadi, kita nak kena runding secara halus, Tan Sri Yang di-Pertua.

Kita tak boleh memaksa kerana mereka tak peduli pun pandangan kita.

Walaupun ASEAN kata kita tidak dapat memperakukan, mengesahkan pilihan raya, dia peduli apa. Kerana bagi mereka, mereka mengadakan pilihan raya dan mereka dah buat yang terbaik untuk rakyat mereka.

Jadi itu setakat ini, Tuan Yang di-Pertua, hubungan Malaysia dengan India dan hubungan ini perlu dipertingkatkan dan pada 2024, semasa lawatan rasmi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, kita telah pun mempertingkatkan, menaik taraf hubungan dua hala kepada strategic comprehensive partnership pada tahun tersebut dan sekarang ini kita sedang meneliti.

Sepatutnya tahun ini kita menjadi tuan rumah untuk kita punya joint commission meeting peringkat Menteri tapi kerana Perdana Menteri India telah pun berjanji, beliau tak dapat datang semasa ASEAN Summit yang Ke-47, tapi berjanji lawatan pertama beliau ke luar negara pada tahun 2026, beliau akan datang ke Malaysia.

Beliau tunaikan janji, Malaysia merupakan negara pertama yang dilawat oleh beliau dan sekarang ini kami di peringkat Menteri, di peringkat pegawai, kita sedang mengemas kini perkara-perkara berkenaan operasi cara mana untuk kita terus meningkatkan hubungan dua hala terutamanya dari segi perdagangan, dari segi keselamatan, dari segi teknologi dan juga kebudayaan dan juga pelajaran. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Bagan jika ada soalan tambahan.

draft • 10:10 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang menyeluruh ini.

Hubungan di antara Malaysia dan India seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri telah sampai ke tahap rakan kongsi strategik. Kalau rakan kongsi strategik ini dilihat membawa manfaat, ia mesti boleh dipercayai (trusted) dan juga dapat menunjukkan penyampaian barangan ataupun kegunaan awam dengan izin Tan Sri Yang di-Pertua, delivery of public good.

Jadi, di sini saya nak tanya, apakah bentuk yang ada dalam kedua-dua konteks ini. Berkaitan dengan tarif Amerika Syarikat, bolehkah Malaysia bertukar pandangan macam mana dia boleh turunkan tarif daripada 50 peratus kepada 18, sedangkan kita sungguhpun ada hubungan baik dengan Amerika Syarikat, masih lebih tinggi dengan 19 peratus. Kalau boleh, bersama supaya kita dapat sama rata. Kalau tidak, dia ada sedikit kelebihan.

Dan akhirnya berkaitan dengan Myanmar, apakah langkah seterusnya baik oleh India dan Malaysia, yang boleh membawa kepada keamanan atau menuju ke arah keamanan di Myanmar, iaitu apakah adakah mesyuarat yang akan datang, adakah inisiatif yang akan datang, apakah langkah seterusnya. Takkan kita hanya tunggu dan lihat? Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Menteri.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Bagan. Berkenaan yang antara Malaysia dengan India, seperti yang saya sebutkan tadi, kita di peringkat Menteri, di peringkat pegawai, sekarang melihat secara lebih dekat lagi cara untuk kita memperkasakan hubungan ini, terutamanya perdagangan.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Sebab, kekuatan hubungan antara Malaysia–India ini dua. Satu, people to people antara rakyat dengan rakyat kerana ya lah kita ada lebih kurang tiga juta rakyat Malaysia yang berketurunan India ya. Memang rapat hubungan lagi dan kita nak melihat secara lebih telus bagaimana cara hubungan dagangan itu dapat dipermudahkan lagi kerana ada juga rungutan-rungutan daripada industri, di mana pihak di India ada dia punya satu sistem dipanggil BIS ya. Di mana dia macam SIRIM kita.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Dia mengambil masa yang lama untuk produk kita dapat memasuki pasaran India. Ini perkara yang banyak kita terima daripada industri, Tan Sri Yang di-Pertua ya.

Jadi, kita berunding kan cara mana. Jadi, saya telah berunding sideline semasa kunjungan tempoh hari bersama dengan rakan sejawat saya. Untuk pegawai dengan pegawai daripada BIS, badan dia itu dengan SIRIM untuk mereka duduk cara mana, mereka boleh menyelaras standard India dan juga standard di Malaysia ini kerana standard di India ada lain, standard di Malaysia lain.

Jadi, untuk memudahkan barangan Malaysia masuk ke pasaran India, kita nak supaya dua badan ini duduk bersama dan selaraskan apa standard-standard yang boleh kita lakukan secara bersama dan ada 2, 3 perkara yang mereka memerlukan lebih lagi detail dan kita akan pastikan supaya SIRIM dan juga BIS India boleh duduk bersama dan memastikan laluan barangan Malaysia memasuki ke pasaran India itu dapat dibuat dengan secara lebih baik.

Tentang keselamatan, memang kita— India mahu untuk menjadi ahli di dalam rondaan di Selat Melaka tetapi kita dah ada cukup dah, ada empat buah negara, Tan Sri iaitu Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia mengawal Selat Melaka. Dulu banyak kejadian lanun di Selat Melaka tapi sekarang dah tak ada. Tapi kami minta supaya pihak India mengawal kawasan di lautan mereka sebelum memasuki Selat Melaka, Tan Sri Yang di-Pertua. Dan kita mahu ini supaya dibuat dan keadaan di sana akan lebih baik dan laluan di Selat Melaka itu menjadi lebih selamat. Insya-Allah. Dan tadi Bagan tanya tentang bolehkah kita bandingkan? Dia kata susah. Ini sebut oleh sendiri rakan sejawat saya, dia kata “Be very careful’’. Dia kata berhati-hati kerana berunding dengan pihak Amerika ini amat susah. Kalau nak katakan hubungan antara Amerika dengan Malaysia, hubungan Amerika dengan India, hubungan India dengan Amerika itu lebih baik Tan Sri Yang di-Pertua, kerana mereka ini merupakan rakan tetapi mereka dikenakan 45 peratus, tapi sekarang dia dah bagi 18 peratus.

Mereka belum boleh lagi menggunakan 18 peratus, selagi sebelum mereka meratifikasi perjanjian tersebut.

Kita daripada 25 kepada 19, dia daripada 45 kepada 18, daripada 50 kepada 18.

Jadi, satu percent tak apalah ya. Kita lebih kurang Tan Sri. Tapi kita akan berunding dengan Amerika secara kita, kerana ada perkara-perkara— macam India lebih teruk. Dia kata tak boleh guna 18 peratus ini, selagi India memberhentikan pembelian minyak daripada Rusia. Jadi, ini merupakan satu perkara yang amat besar impaknya kepada

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

ekonomi India. Kerana selama ini India membeli minyak daripada Rusia yang murah dan menjualnya semula di pasaran terbuka dan mendapat pendapatan yang lebih besar.

Jadi, ini rundingan tarif antara Malaysia dengan Amerika. Rundingan tarif antara India dengan Amerika ini dia tak serupa Tan Sri Yang di-Pertua. Kita tak boleh nak duduk bersama kerana keadaan di Malaysia lain, keadaan di India lain dan keperluan keutamaan kita lain dan keutamaan Amerika lain. Dan condition-condition yang dikenakan kepada kedua buah negara pun berlainan Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

draft • 10:20 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Myanmar [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Memang saya setuju dengan Bagan, Tan Sri Yang di-Pertua. Myanmar ini satu perkara yang kita tak boleh duduk diam. Kita kena bekerjasama dengan India dan India juga beritahu kepada kami bahawa dia lebih besar, dia punya sempadan 1,645 kilometer. Dan limpahan masalah tersebut masuk ke India dan India terpaksa menjaga sempadan mereka begitu rapi agar masalah-masalah yang berlaku dalam negara Myanmar ini tidak melimpah dan tidak ramai pelarian masuk ke kawasan India.

Dan mereka risau dan memang kita perlukan negara India untuk bersama-sama mengurus keadaan di Myanmar tersebut. Kita tak boleh tinggalkan dalam apa jua rundingan berkenaan dengan keamanan dan keselamatan di Myanmar tersebut tanpa India mengambil bahagian dan juga memberikan kerjasama di dalam masalah yang dihadapi dengan Myanmar sekarang ini. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Machang.

draft • 10:20 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya, susulan daripada salah satu tajuk dalam persoalan Yang Berhormat Bagan iaitu tentang tarif yang Amerika kenakan ke atas kita dan Yang Berhormat baru balik dari Washington dalam Mesyuarat Critical Minerals Ministerial Meeting.

Boleh cerita kepada kami, apa yang telah dibincangkan dan apa kaitan dengan kesan kepada SG4, khususnya dengan negeri yang kami pimpin, yang ada banyak deposit rare earth ini? Terima kasih. Sila Menteri.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Tak ada soalan lain ke?

[Ketawa] ART saja kena tanya. Saya baru balik ke Washington, Tan Sri. Berunding berkenaan dengan semua Menteri-menteri Luar berkenaan dengan critical minerals.

Kita belum ada perundangan di negara kita tentang critical minerals. Tetapi mereka telah pun mengenal pasti ada 60 lebih minerals yang dimasukkan dalam kategori critical minerals. Dan hasrat Amerika, Tan Sri Yang di-Pertua, untuk mengadakan satu blok mengawal critical mineral dalam dunia kerana mereka dah jauh tercicir dibandingkan negara yang lagi satu lah ya. Mereka terkial-kial kerana teknologi negara yang lagi satu tersebut lebih advance. Dan Amerika tiba-tiba tersedar mereka memerlukan critical mineral untuk teknologi terkini.

Jadi, apa mereka nak buat ialah mereka nak mengadakan suatu pakatan, nak mengadakan apa dipanggil sebagai stockpile kepada critical minerals ini dan mereka telah pun mencadangkan kepada kita. Malaysia mengambil maklum, saya ada di Washington dua hari, tiga hari lepas ataupun hari Sabtu dan mengatakan bahawa Malaysia mengambil maklum dan kita juga di sini mahu melihat supaya critical mineral ini diurus dengan baik.

Dan kita mempunyai perundangan tersendiri kerana kita di Malaysia ini kita ada unik sikit Tan Sri Yang di-Pertua, kerana kita ada Persekutuan, kita ada negeri dan kita dalam Perjanjian Persekutuan, mineral ini di bawah state list, di bawah kuasa negeri.

Jadi, kita perlu pastikan supaya ini diharmonikan dulu kerana kita tak boleh buat perundangan dengan membelakangkan negeri ya kerana negeri mempunyai kuasa mutlak ke atas galian, bahan galian.

Jadi, saya telah beritahu bahawa Malaysia mengambil maklum. Kita akan melihat dalam keadaan dalaman dulu dan kita lihat. Tetapi Malaysia, statement saya, saya telah mengatakan bahawa kita tidak lagi membenarkan. Kita dah ada dasar, kita tidak lagi membenarkan bahan galian mineral ini dikeluarkan secara mentah, dieksport secara mentah. Kita nak supaya dia diproses di sini kerana dia akan menambah nilai kepada mineral tersebut dan sesiapa sahaja bebas.

Sesiapa sahaja bebas untuk datang ke Malaysia dengan syarat negeri bersetuju kerana bahan galian tersebut kepunyaan negeri Tan Sri Yang di-Pertua dan kita nak ianya diproses di sini dan kita mendapat nilai yang tinggi lebih apabila mineral tersebut diproses. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya menjemput Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, Kuala Langat.

draft • 10:20 AM

2. Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi [Kuala Langat]: Terima kasih Tan Sri Speaker. Kuala Langat minta Menteri Kesihatan menyatakan status terkini kluster tibi mengikut negeri serta jumlah kes aktif yang masih dipantau dan apakah langkah saringan serta kawalan khusus yang telah dilaksanakan di institusi berisiko tinggi seperti sekolah berasrama, penjara, asrama pekerja bagi mencegah penularan. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:20 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Kuala Langat. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tan Sri Yang di-Pertua. Mutakhir ini kita melihat dan menyaksikan kemunculan semula ya apa yang di istilah sebagai penyakit-penyakit berjangkit yang vaccine preventable terutamanya measles, influenza selain daripada COVID ya dan salah satu daripadanya adalah tuberkulosis (tibi) ya.

Penyakit tibi adalah penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria mycobacterium tuberculosis yang merebak melalui udara, airborne dengan izin, khususnya melalui kontak rapat dengan individu yang dijangkiti. That index case— ingat istilah-istilah ini masa COVID pandemik dulu, index case dan sebagainya.

draft • 10:20 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Dan untuk peringatan semua, keupayaan infectivity atau orang yang boleh dijangkit dengan seorang yang lain, dengan index case itu, adalah apa yang dikatakan R-naught, kalau masih kita ingat. R-naught tibi, Tan Sri, tidak sepantas, setinggi measles― yang paling tinggi 12. Kalau COVID dulu dalam dua atau tiga. Juga, kalau kita perhatikan influenza, juga lebih kurang dua. Tapi kalau tibi adalah 0.2 ataupun— ya, boleh saya kata 0.2 atau 0.4 atau lima. Dia rendah infectivity-nya.

Manakala kluster tibi merujuk kepada kejadian kelompok jangkitan dua kes, paling tidak, atau lebih yang mempunyai kaitan epidemiologi dari segi masa, tempat dan hubungan kontak yang menunjukkan kemungkinan wujudnya rantaian transmisi yang sama.

Istilah epidemiologi ini mungkin tak berapa nak faham semua, tapi epidemiologi itu adalah satu sains insiden dan apa yang dikatakan insiden dan mortality cases penyakit-penyakit berjangkit. Itulah disiplinnya― epidemiologi. Dia punyai masa, tempat

draft • 10:30 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

dan hubungan kontak rapat yang menunjukkan bahawa kemungkinan wujudnya rantaian transmisi yang sama.

Kes indeks yang dikenal pasti semasa permulaan kluster adalah merujuk kepada kes tibi yang dikenal pasti terlebih dahulu dan menjadi rujukan utama dalam siasatan kontak serta kawalan wabak. Kluster tibi boleh berlaku di kalangan kluster seisi rumah, satu rumah, satu keluarga, satu institusi, satu tempat kerja dan kontak rapat yang bukan keluarga. Kluster tibi diklasifikasikan sebagai aktif dalam tempoh dua inkubasi tiga bulan, makanya enam bulan ya. Ia dianggap aktif berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Wabak Malaysia Tahun 2021 di mana sesuatu tempoh inkubasi adalah tiga bulan, Tan Sri.

Bagi tahun— saya ingin tekankan betapa dalam jumlah mutakhir ini, kita perhatikan dari sudut cases saja: Sabah mendahului― 495; Selangor― 397; Sarawak― 215; dan juga Johor― 184. Kes yang mutakhir ialah kes Kota Tinggi di Johor― indeks cluster cases. Yang nak saya tekankan, dalam tahun 2025, jumlah keseluruhan 88 kluster tibi telah dilaporkan dan melibatkan 254 kes tibi. Jumlah klusternya 88, kesnya adalah 254.

Daripada 88 kluster yang dilaporkan pada tahun 2025, 35 kluster masih berstatus aktif, Tan Sri. Selangor― 13; Kedah― enam; dan seterusnya. Bagi jumlah kesemua bilangan kluster tibi di setiap negeri tahun 2025 adalah: Selangor― 25; Kelantan― 16; Kedah― 15; dan seterusnya. Saya tak punya masa untuk baca semua, Tan Sri.

Bagi tahun 2026 pula, sehingga 7 Februari, 10 kluster baru tibi dilaporkan dengan Selangor sekali lagi mendahului empat kluster, Johor satu. Johor satu kes yang baru- baru ini iaitu indeks kes wanita 72 tahun, guru agama, guru Quran yang berakhir dengan 903 kontak rapat dikenal pasti.

Bagi institusi, tempat-tempat yang kita sebutkan tadi― yang soalannya. Bagi institusi yang berisiko tinggi, seumpama sekolah berasrama, penjara dan asrama pekerja, langkah saringan adalah berdasarkan Manual Tuberculosis Information System

(TBIS) 2018. Kita guna manual itu. Pengenalpastian kontak, penilaian kontak dan pemeriksaan kontak.

Saringan yang dijalankan merangkumi, antara lainnya, saringan simptom, termasuk batuk berpanjangan, demam, hilang selera makan dan susut berat badan secara agak mendadak. Dan pemeriksaan klinikal paru-paru, dan termasuk jugalah chest x-ray, paru-paru, dan pemeriksaan kahak atau sputum microscopic dan juga

draft • 10:30 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

kultur. Yang mikroskopik dan kultur ini lama. Empat bulan dan four months itu lama. Kita ada kaedah-kaedah baru yang agak terkini, especially on kaedah-kaedah yang menggunakan molecular genetic dan sebagainya yang merupakan satu yang pantas dalam empat jam kita boleh kenal pasti.

Sikit lagi, Tan Sri. Langkah kawalan bagi mengekang penyebaran penyakit tibi ini ialah dengan memastikan mereka yang disahkan menghidap penyakit tibi diberikan rawatan segera anti-tibi. Kita ada beberapa ubat yang sahabat saya Kuala Langat pastinya tahu. Ini ubat-ubat lama yang saya mengajar dulu pun masih ada lagi― isoniazid, rifampicin, pyrazinamide dan juga ethambutol ya. Empat itu yang very old drugs yang masih lagi mendahului, menjadi first line of treatment. Maka, bagi kontak rapat yang tidak menghidap tibi, akan disaring untuk mengesan jangkitan tibi― latent TB. Ini yang paling bahayanya, Tan Sri. Dia tidak immediately positive tetapi dia punya latent TB bacterium itu ada dalam tubuh badan tapi tidak menyerang kerana menunggu masa seseorang pesakit itu atau seseorang individu itu imunitinya jatuh, then the bacteria flare-up balik.

Dan kita mulakan dengan ubat-ubat yang dianggap sebagai TB latent ini dan kita mulakan dengan rawatan pencegahannya. Tibi, pemantauan rawatan secara apa yang dikatakan sebagai DOT― Directly Observed Therapy― secara harian dilaksanakan di fasiliti-fasiliti kesihatan kami. Selain itu, individu bergejala dinasihatkan mengamalkan etika batuk dan mask up dan sebagainya untuk batuk, menutup mulut dan juga untuk mengelakkan bersin, batuk secara kontak rapat.

Dan KKM sentiasa memantau situasi kluster penyakit tibi dan berusaha untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan berkualiti sepertimana yang kami lakukan.

Terima kasih, Tan Sri.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kuala Langat.

draft • 10:30 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih, Menteri. Saya ingat negara kita pernah satu ketika hampir ataupun telah membasmi tibi ini. Saya ingat dengan peningkatan kes-kes yang berlaku mutakhir ini sangat membimbangkan kepada masyarakat sana, walaupun pelan strategik nasional sendiri, eradication ataupun pembasmian by 2035 itu menjadi satu target.

Cuma, yang saya nak dapatkan ini, pertanyaan kepada Menteri. Adakah mungkin sesuatu petunjuk yang menunjukkan ada kegagalan daripada sudut imunisasi kita, sama ada dia tidak berkesan ataupun kita masih tidak dapat merangkumi 100

draft • 10:30 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

peratus imunisasi walaupun diwajibkan pemberian BCG itu pada kelahiran? Dan adakah mungkin satu kaedah yang mengetatkan lagi kemasukan-kemasukan pendatang asing, sama ada yang izin atau pun tanpa izin, daripada negara-negara yang dikenal pasti jumlah tibi yang sangat tinggi?

Dan bagaimana pula dengan mungkin faktor isoniazid resistant, sebagai contoh, yang tidak dapat kita rawat dengan baik tapi dia akan memberikan jangkitan kepada kluster-kluster yang timbul ini? Dan apakah mungkin satu kaedah program imunisasi risiko yang secara rasmi kepada masyarakat supaya mendapat penerangan yang betul dan tidak menimbulkan sesuatu panik ataupun kerisauan tetapi memberikan maklumat yang betul kepada masyarakat? Terima kasih, Tan Sri Speaker.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih kepada sahabat saya Kuala Langat sentiasa peka dengan hal-hal penyakit sama ada berjangkit mahupun dalam bentuk yang ia nya tidak berjangkit, dia NCDs, yang selalu kita bahaskan.

Pagi-pagi ini kita menyebutkan tentang kemunculan semula penyakit-penyakit tidak berjangkit khasnya tuberkulosis. Hampir-hampir kita nak melenyapkan tibi tetapi kita tahu bahawa ini adalah fenomena global, the re-emergence of infectious disease, namely tuberculosis. Kalau denggi itu biasa dan yang lain itu masih lagi mengganas ya, dan kita pastinya tidak akan dapat dalam waktu yang terdekat untuk menghapus dan banteras tibi.

Apa pun yang disebutkan tentang vaksinasi BCG pada anak-anak itu adalah benar, itu masih lagi kita jalankan. Tapi, kita sedia maklum bahawa tidak ada lagi vaksin untuk orang dewasa, anti-TB ini, ataupun untuk tuberkulosis ini dan masih dibangunkan.

Beberapa pihak membangunkan vaksin ini tapi belum lagi― dalam pasaran belum lagi berjaya dari segi clinical trial dan sebagainya.

Yang mustahak untuk saya sebutkan, ya, kita ada coverage. Tentang coverage itu tidak dinafikan. Coverage kita on herd immunity kanak-kanak adalah hampir 99 peratus, untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat dan Dewan semuanya, bagi bayi yang baru lahir. Dan bilangan kelahiran adalah hampir kurang lebih 500,000 setiap tahun.

Coverage melindungi jangkitan tibi itu kita lakukan dalam— bagi kita handle kurang empat tahun itu memang on the mark dalam NIP ataupun PIK kita, Program Imunisasi Kebangsaan itu, tetap kita jalankan.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Adapun dari sudut pendekatan-pendekatan lain ya, saya— persoalan warga asing itu adalah satu yang juga pekerja asing. Sebab itu, kita punya screening adalah sangat penting.

Dan untuk Tan Sri Yang Di-Pertua, mungkin Kuala Langat sedia maklum akan apa yang diistilahkan sebagai latent TB yang sangat sinister, yang sangat sukar untuk dikenal pasti kalau x-ray itu, because it is— ia merupakan satu yang perlu ditangani oleh pakar, that latent TB vibe yang dikatakan...

[Tidak jelas] ataupun pengenalpastian itu bukan satu yang mudah juga dan sering kali terlepas pandang.

Ya, apa lagi yang perlu saya sebutkan? Langkah-langkah yang kita telah mulakan daripada institusi-institusi semua adalah juga penting kita lakukannya.

Sepertimana yang saya tegaskan, kita akan terus mengambil langkah-langkah penjagaan.

Dan juga dari sudut isoniazid, ya saya ingat. Ini adalah benar dari sudut apa yang diistilahkan hari ini Tan Sri, adalah the antimicrobial resistance yang dikatakan sebagai halangan dan rintangan antibiotik kerana antibiotik yang digunakan dengan banyaknya.

Kadang kali the misuse, the abuse berakhir dengan fenomena yang diistilahkan hari ini sebagai antimicrobial resistance. Itu sangat mencabar dan juga isoniazid dikatakan ada rintangan dan ada resistant di situ.

Perkara ini adalah global challenge. Malapetaka akan datang adalah malapetaka rintangan antibiotik apabila antibiotik tidak lagi boleh merawat infeksi-infeksi yang mudah. Bayangkan Tan Sri, sangat menakutkan. Terima kasih Tan Sri.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Pulai.

draft • 10:40 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Tan Sri Speaker. Kalau kita melihat kes di Kota Tinggi ini, ini adalah kawasan luar bandar, sebahagiannya adalah kawasan FELDA. Jadi, sebenarnya apa punca sebenar ini? Kalau kita lihat dari segi kepadatan itu, ini tak terlalu padat berbanding dengan kawasan-kawasan bandar umpamanya. Di Johor Bahru, di pekan Kota Tinggi itu sendiri tapi ini berlaku di kawasan luar bandar. Tapi benda ini berlaku di kawasan itu. Apa faktor yang menyebabkan kawasan ini telah menjadi kluster? Dan apakah kluster ini telah ada yang merebak keluar daripada Daerah Kota Tinggi? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Pulai. Ya, ini satu kes yang sebenarnya menjadi contoh ataupun yang menjadi wakeup call yang akan

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

membangun dan mengejut dan menyentap kita atas apa yang saya sebutkan sebagai kemunculan semula penyakit-penyakit tidak— penyakit-penyakit berjangkit tadi.

Dan berlaku pada satu tempat, berlaku di — pada 25 Januari, kluster yang dikatakan tadi, index case ini adalah seorang wanita warga emas, 72 tahun kurang lebih umurnya dan menjadi guru al-Quran, Tan Sri. Tambah-tambahlah guru al-Quran, berdepan dan menghadap anak-anak murid. Pelajar-pelajar yang pelbagai pusingan, pelbagai...

[Tidak jelas] , pelbagai kumpulannya.

Akhirnya, sehingga 7 Februari, terdapat 37 kes melibatkan 29 kanak-kanak dan lapan orang dewasa. Dan daripada 37 kes itu, 36 dikesan secara aktif. We go for ACD, kita panggil active case detection. Maknanya, penguat kuasa kita turun buat contact tracing, buat ujian dan sebagainya. Sejumlah 903 kontak rapat ya, close contact.

Sekarang ini istilah-istilah ni kembali mengimbau dan menghantui kita lepas pada COVID-19— pandemik COVID-19 baru ni, telah dikenal pasti dan menjalani saringan TB.

Semua kes telah dimulakan rawatan dan dipantau secara apa yang dikatakan directly observe therapy (DOT) secara harian di fasiliti-fasiliti kesihatan terdekat. Dan siapa yang ada simptom, terus kita berikan rawatan. Dan yang latent itu, yang kita katakan yang latent TB itu adalah yang tak menunjukkan simptom sekarang tapi juga dia positif dalam ujian apa yang dikatakan ujian IGRA, di mana ujian-ujian ini adalah juga mustahak untuk kita lakukan hanya ujian ini.

Ujian yang disebutkan sebagai the interferon–gamma release assay yang merupakan— yang saya sebutkan tadi dalam empat jam, Tan Sri. Kita tahu bahawa seseorang peribadi itu pernah terdedah kepada macrobacterium tuberculosis. Dan dia dengan kita lakukan ujian ini, the interferon gamma itu menunjukkan bahawa beliau positif.

Jadi— ya, soalannya adalah kenapa di Kota Tinggi? Kenapa pada satu tempat yang bukan sibuk, bukan bandar besar? Di situlah juga yang kita perlu ambil perhatian.

Kalau contohnya di Sabah dan juga di Sarawak dan beberapa tempat di Selangor, dia apabila— ini agak unik daripada— dari seginya sebab epidemiologinya itu, bila kita kaji akan mengapa tercetusnya index case dan sebagainya itu, dia terkait dengan imuniti.

Sebenarnya, TB can be everywhere. Kita mungkin terdedah kepada TB.

Sebenarnya, kita mungkin ada— saya tidak tahu, saya tidak mahu mengemparkan tapi we may have. Mungkin kita ada bacterium— microbacterium dalam tubuh badan kita

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

tetapi it is latent. Istilahnya, latent ini dia senyap. Tetapi apabila kita berlaku— sesuatu hal berlaku pada kita, di mana imuniti kita mendadak menurun atau jatuh, then this microbacterium— bakteria akan flare up. Jadi, di sini kes berlaku pada 72 tahun, guru al-Quran ini dan berakhir dengan 903 contact cases, tiga generasi, Tan Sri. First, second and third. Now, di sinilah mustahaknya bila berlaku seumpama ini, our penguat kuasa on the ground or public health dan juga semua kaki tangan kami, penguat kuasa kita, our PDPs. Dia bergerak pantas untuk arrest, untuk kita break the chain of transmission itu, Tan Sri.

Jadi, saya mahu mengambil kesempatan ini merakamkan penghargaan besar kepada petugas-petugas kami on the ground yang selalunya tidak didendang. Terima kasih Tan Sri, terima kasih Pulai dan juga Kuala Langat.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya, saya jemput soalan ketiga. Tuan Khoo Poay Tiong, Kota Melaka.

draft • 10:40 AM

3. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Terima kasih Tan Sri Speaker. Tan Sri Speaker, Kota Melaka ingin minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan faktor kerajaan mengharamkan pengimportan sisa elektronik berkuat kuasa serta-merta mulai 4 Feb 2026 dan apakah tindakan kementerian untuk melupuskan bekalan e-waste yang dibawa masuk ke negara kita secara haram sebelum ini. Terima kasih Tan Sri Speaker

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:40 AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato' Sri Arthur Joseph Kurup

Selamat pagi, salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Kota Melaka.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia merupakan negara yang telah meratifikasikan Konvensyen Basel mengenai kawalan pergerakan rentas sempadan buangan berbahaya dan pelupusannya. Sehubungan dengan itu, pengimportan e-waste tidak dibenarkan di negara ini. Justeru, ingin ditegaskan bahawa kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar tidak pernah memberi kelulusan atau membenarkan sebarang pengimportan e-waste sepanjang tempoh ini.

Di bawah seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling ataupun AKAS 1974, dia jelas memperuntukkan berkenaan kesalahan bagi sebarang penempatan buangan terjadual sama ada di darat atau ke dalam perairan Malaysia melalui transit atau membenarkan ditransit tanpa kelulusan daripada Ketua Pengarah Alam Sekitar. Dan jika disabitkan

draft • 10:40 AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato' Sri Arthur Joseph Kurup

kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM100,000 dan tidak melebihi RM10 juta.

Tindakan akan diambil kepada pihak pengimport, ejen penghantaran dan logistik, pengangkutan kargo dan carrier yang terlibat dalam pengimportan buangan berbahaya, termasuk e-waste secara haram, sekiranya pemilik tersebut dapat dikenal pasti.

Bagi e-waste yang dikesan masuk ke negara kita secara haram, tindakan yang diambil adalah melaksanakan pemulangan semula ataupun repatriation, dengan izin, ke negara asal, selaras dengan komitmen Malaysia di bawah Konvensyen Basel.

Berdasarkan rekod, sebanyak 1,241 kontena telah diperiksa oleh pihak Kastam, Jabatan Alam Sekitar, Lembaga Pelabuhan serta agensi-agensi penguatkuasaan yang lain sepanjang tempoh daripada tahun 2021 hingga ke tahun 2025. Daripada jumlah tersebut, 701 kontena didapati mengandungi e-waste dan telah ditahan.

draft • 10:40 AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato' Sri Arthur Joseph Kurup

Jabatan Alam Sekitar ataupun JAS telah mengeluarkan arahan pemulangan semula kepada semua consignee yang terlibat melalui notis arahan di bawah seksyen 31, Akta AKAS 1974 berdasarkan maklumat Manifest Kastam atau Bill of Lading.

Daripada 701 kontena ini yang mengandungi e-waste, sebanyak 428 kontena telah berjaya dipulangkan semula ke negara asal mengikut prosedur yang ditetapkan.

Kementerian komited untuk memulangkan semula e-waste yang dibawa masuk secara haram ke negara asal selaras dengan undang-undang dan komitmen Malaysia di bawah Konvensyen Basel. Itu adalah pilihan dan tindakan yang utama dan pertama.

Sekiranya pemulangan tidak dapat dilaksanakan walaupun selepas segala usaha telah dilakukan, seperti apabila pemilik tidak dapat dikenal pasti, barulah kita masuk ke pilihan yang kedua iaitu e-waste tersebut akan diurus dan dilupuskan secara selamat melalui kaedah Environmentally Sound Management atau ESM dengan izin, di facility yang selamat dan berlesen dalam negara yang telah diiktiraf oleh JAS bagi memastikan pelindungan kepada alam sekitar dan kesihatan rakyat.

Dalam melaksanakan tindakan ini, kementerian akan berkerjasama rapat dengan pihak berkuasa negara pengeksport bagi memastikan proses pemulangan dilaksanakan secara teratur, telus dan mematuhi peruntukan undang-undang. Bagi

draft • 10:50 AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato' Sri Arthur Joseph Kurup

kontena yang telah ditahan oleh pihak berkuasa lain seperti di bawah Anti Money Laundering Act ataupun AMLA.

Di bawah PDRM dan Agensi Kawalan Pelindungan Sempadan ataupun AKPS, proses tindakan akan mengambil masa kerana ia melibatkan prosiding mahkamah dan perlu mengikut prosedur perundangan yang telah ditetapkan. Hanya selepas semua proses perundangan telah selesai, barulah pelupusan akan dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang yang dibenarkan bagi memastikan segala tindakan dijalankan secara sah dan teratur. Sekian dan terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kota Melaka.

draft • 10:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih, Tan Sri Speaker. Terima kasih kepada Menteri atas jawapan yang diberikan. Tahniah kepada Menteri dan juga kementerian atas keputusan, ya yang tegas dan berani dan kita memang mengalu- alukan pengumuman larangan mutlak import sisa elektronik ini.

Akan tetapi secara realiti, kita tahu selama ini Malaysia merupakan salah satu destinasi tapak pembuangan e-waste antarabangsa. Jadi, melalui jawapan yang diberi ini, saya ingin tahu selama ini, berapakah dakwaan yang berjaya dan berapakah premis e-waste yang haram ini telah ditutup dan juga apakah jaminan konkrit bahawa larangan ini bukan hanya sekadar satu pengumuman dasar saja tetapi dia benar-benar akan membuahkan hasil?

Jadi, dari segi penguatkuasaan yang berkesan, bagaimana kita nak menentukan termasuk pendakwaan yang berkesan dan juga kepada pegawai yang bersekongkol apakah tindakan yang tegas yang akan kita ambil? Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Kota Melaka. Izinkan saya untuk cerita sedikit sebanyak tentang latar belakang kenapa negara kita telah menjadi antara satu destinasi untuk bahan-bahan terbuang— bahan seperti ini:

(i) adalah ia berlaku selepas negara China telah mengetatkan kemasukan sisa barangan ke negara itu pada 2018;

(ii) terdapat banyak masalah pengisytiharan palsu maklumat barangan yang dibawa masuk. Yang telah mengaburi agensi- agensi penguat kuasa kita; dan

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

(iii) adalah juga terdapat permintaan yang tinggi oleh kilang haram yang tidak berlesen yang menjalankan aktiviti pemprosesan e- waste kerana bahan tersebut mengandungi logam yang bernilai tinggi.

Maka, ada beberapa tindakan yang telah diambil oleh kementerian secara menyeluruh bekerjasama dengan agensi yang lain dan juga di bawah pihak kementerian tersendiri. Secara dasarnya, kita:

(i) perlu memperkukuhkan mekanisme kawalan di pintu masuk sempadan serta meningkatkan penguatkuasaan dengan bekerjasama dengan agensi-agensi yang lain khususnya di peringkat pelabuhan. Sebagai contoh, Kastam, Pihak Berkuasa Pelabuhan, OJA dan lain-lain;

(ii) perlu meningkatkan kerjasama dengan organisasi antarabangsa termasuk Secretariat Convention Vessel, Asian Network, NFORCE, INTERPOL dan lain-lain; dan

(iii) untuk mengaktifkan larangan menurunkan kontena yang disyaki mengandungi e-waste daripada kawal. Kalau boleh, kita melarangkan daripada kontena itu diturunkan ke pelabuhan sekiranya sudah didapati bahawa dia mengandungi bahan-bahan haram ataupun terlarang.

draft • 10:50 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Seterusnya, kita perlu mewakilkan kuasa kepada PDRM untuk seksyen 34B di bawah AKAS 1974 sebab penyiasatan kes pengimportan dan pemprosesan e-waste ini secara haram dan yang terakhir adalah mengadakan kerjasama dengan agensi yang lain dan menggiatkan usaha untuk membanteras kilang haram supaya kita dapat mengawal daripada segi permintaan dan juga penawaran.

draft • 10:50 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Jadi, untuk menjawab soalan yang lebih khusus daripada Ahli Yang Berhormat, daripada segi permintaan seperti mana yang saya sebut tadi, kita mengambil langkah untuk menutup kilang-kilang haram dan membawa pengoperasinya ke mahkamah dan ini, memerlukan kerjasama dan melibatkan kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan juga PDRM.

draft • 10:50 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Okey, Setiu.

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Daripada aspek penawaran pula, kita perlu meningkatkan operasi bersepadu yang dijalankan oleh pihak berkuasa yang mengawal pintu masuk seperti saya katakan tadi lembaga pelabuhan, kastam, AKPS, PDRM dan JAS.

Sejajar dengan itu, kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM dan pada masa yang sama, Ketua Setiausaha Negara juga telah mengadakan mesyuarat dengan pihak berkuasa tempatan di sekitar Lembah Klang berkaitan dengan isu ini.

Di bawah Kementerian NRES pula, saya telah mengarahkan penubuhan pasukan petugas khas ataupun special task force bagi menilai dan menambah baik kecekapan JAS melalui penambahbaikan SOP yang sedia ada. Melalui beberapa operasi yang dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh negara, JAS dengan kerjasama PBT serta agensi penguatkuasaan lain seperti PDRM telah mengambil tindakan tegas terhadap premis-premis yang menjalankan aktiviti pemprosesan e-waste secara haram. Melalui operasi yang dinamakan Op Hazard 1.0 dan 2.0, terdapat 85 kes yang diambil tindakan iaitu 21 premis dikenakan kompaun manakala selebihnya sebanyak 64 diambil tindakan untuk pendakwaan di mahkamah.

Setakat ini, 11 kes telah selesai di peringkat mahkamah. Tindakan penutupan premis dilaksanakan oleh PBT menggunakan kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta 171, khususnya berkaitan pelesenan dan penguatkuasaan premis dan kementerian melalui JAS akan terus memperkukuhkan kerjasama strategik ini bagi membanteras kewujudan dan operasi kilang-kilang haram yang memproses e-waste di seluruh negara.

Sekian dan terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Pendang.

draft • 10:50 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih sahabat saya, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, yang saya tahu rekodnya terus menjawab straight to the point. Ini soalan yang saya bangkitkan hari ini untuk Menteri menjawabnya berkenaan dengan kaitan berikutan penahanan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar baru- baru ini, apakah langkah segera kementerian bagi memastikan jaminan integriti dalam

draft • 10:50 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

perkhidmatan selain memastikan kelangsungan kepimpinan serta operasi Jabatan Alam Sekitar tidak terjejas?

Oleh sebab itu, di samping kita melihat keadaan ini, apakah jaminan kementerian bahawa proses siasatan ini tidak menjejaskan kecekapan penguatkuasaan, kelancaran fungsi Jabatan Alam Sekitar serta keyakinan awam dalam usaha melindungi alam sekitar negara kita. Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, sahabat saya.

Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Menteri.

draft • 10:50 AM

Dato' Sri Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Pendang, juga sahabat saya juga. Yang pertama, kementerian mengambil maklum penahanan Ketua Pengarah dan juga Timbalan Ketua Pengarah daripada JAS oleh SPRM. Dan kementerian memberi komitmen sepenuhnya untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dapat dijalankan secara telus, bebas dan terperinci tanpa sebarang campur tangan.

Kementerian ini ingin menegaskan bahawa kita pegang kepada prinsip integriti tadbir urus yang baik dan kebertanggungjawaban mesti kekal menjadi keutamaan kita.

Dan segala bentuk salah guna kuasa atau amalan rasuah tidak akan di kompromi dan tindakan susulan di peringkat dalaman akan diambil selaras dengan Peraturan- peraturan Pegawai Am sekiranya diperlukan.

Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa di bawah kementerian, saya telah menubuhkan pasukan petugas khas atau special taskforce yang bertujuan untuk memperkukuhkan tadbir urus penguatkuasaan undang-undang alam sekitar dan sumber asli secara lebih bersepadu, responsif dan berimpak tinggi. Pada masa yang sama, kita akan memastikan bahawa operasi harian Jabatan Alam Sekitar tidak akan terjejas atau tergugat atau terganggu.

Dan pada masa yang sama, untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Pendang, saya telah mengadakan perbincangan dengan KSN untuk memastikan sekiranya ada keperluan untuk tambahan jawatan khususnya di peringkat penguat kuasa, kita akan mengambil tindakan tersebut supaya manpower dengan izin di Jabatan Alam Sekitar boleh ditambah baik dan ditambah supaya operasi bersepadu dan operasi di bahagian penguat kuasa boleh ditingkatkan lagi untuk mencegah ini. Sekian dan terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih Menteri, Yang Berhormat. Sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

draft • 11:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Kita mulakan Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawapan Lisan dengan saya menjemput Tuan Lee Chuan How, Ipoh Timor.

draft • 11:00 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Soalan nombor 1, Tan Sri.

draft • 11:00 AM

1. Tuan Lee Chuan How [Ipoh Timor] minta Menteri Pengangkutan menyatakan status penjualan serta jumlah tiket tambahan perkhidmatan ETS dan Ekspres Timuran yang telah dilaksanakan oleh KTMB sempena perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:00 AM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.

Tan Sri Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 10 Februari 2026, 100 peratus tiket ETS bagi tempoh perjalanan 13 Februari hingga 20 Februari telah terjual, iaitu bersamaan 131,879 tempat duduk yang ditawarkan. KTMB juga telah mengoptimumkan aset kereta api yang membolehkan penambahan sebanyak 26,460 tiket yang semuanya telah habis dijual.

Sukacita saya umumkan di sini juga, sebanyak 12,600 tiket tambahan lagi bagi sektor Kuala Lumpur Sentral, JB Sentral, Kuala Lumpur Sentral, bagi tempoh 13 hingga 22 Februari akan mula dijual esok ataupun tengah malam ini, pada 12.15 tengah malam menggunakan set ETS3, ketujuh yang baru sahaja diluluskan. Selaras dengan hala tuju yang diberikan oleh Kementerian Pengangkutan untuk mencari pendekatan inovatif supaya penggunaan aset kereta api KTMB dapat dimaksimumkan, KTMB buat pertama kalinya akan memperkenalkan perkhidmatan EMU+ untuk Tahun Baru Cina.

KTMB juga telah memobilisasikan Six Car Set untuk laluan KL Sentral, Ipoh-KL Sentral yang membolehkan tambahan 24 trip lagi semasa musim Tahun Baru Cina.

Perkhidmatan EMU+ akan beroperasi dari 13 Februari hingga 15 Februari dan 20 hingga 22 Februari. Perkhidmatan EMU+ membolehkan KTMB menyediakan sebanyak 7,344

draft • 11:00 AM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

tempat duduk dan setakat 10 Februari, sebanyak 43 peratus atau 3,157 jualan tiket telah direkodkan.

Secara keseluruhan, KTMB akan menyediakan 46,404 tiket tambahan untuk musim Tahun Baru Cina ini, iaitu peningkatan 426 peratus berbanding tahun lepas.

Penambahan jualan jumlah tiket tahun 2026 ini adalah disebabkan penambahan tujuh set ETS3 dan pengoperasian ETS yang menghampiri 24 jam sepanjang tempoh perayaan ini.

Sementara itu bagi perayaan Hari Raya Aidilfitri sehingga 10 Februari 2026, KTMB telah merekodkan jualan tiket ETS sebanyak 118,823 iaitu bersamaan 53 peratus daripada 224,196 tempat duduk yang ditawarkan untuk semua sektor bagi tempoh 13 Mac sehingga 29 Mac. Penjualan tiket tren tambahan Hari Raya Aidilfitri akan diumumkan setelah tiket sedia ada yang ditawarkan habis terjual. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Ipoh Timor.

draft • 11:00 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih Tan Sri. Syabas dan tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada warga KTMB, kepada MOT dan juga Menterinya atas pendekatan yang memang mengutamakan rakyat dan sekali gus membolehkan lebih ramai khususnya warga Ipoh dan rakyat Malaysia menggunakan KTM untuk balik ke kampung pada Tahun Baru Cina. Dan bawah pimpinan Kerajaan MADANI dan Yang Berhormat Menteri, KTMB sekaranglah nampak semakin realisasinya potensi penuh dan dimaksimumkan kebolehan dan keupayaannya untuk membawa penumpang rakyat Malaysia.

Memandangkan konsep EMU+ ini adalah dia satu sistem yang baru, saya ingin mohon Yang Berhormat Menteri menjelaskan dan memberi sedikit penerangan, bagaimana perkhidmatan EMU+ ini akan beroperasi? Dan adakah pendekatan yang sama, sistem yang sama juga akan diambil semasa Raya Aidilfitri nanti? Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan.

draft • 11:00 AM

Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Ipoh Timur. EMU+ ini bukannya sistem baru. Kita menggunakan sistem ataupun set tren yang sedia ada tetapi kita menggunakan pendekatan yang lebih inovatif. Apa yang kita gunakan ialah Six Car Set yang biasanya digunakan untuk perkhidmatan komuter Lembah Klang. Lembah Klang— Komuter Lembah Klang kita ini dia biasanya dari Lembah Klang sampai ke Tanjung Malim. Jadi, untuk musim perayaan

draft • 11:00 AM

Tuan Loke Siew Fook

Tahun Baru Cina ini, kita mengambil salah satu set komuter itu untuk digunakan ataupun dioptimumkan untuk perjalanan dari KL Sentral sampai ke Ipoh kerana kita tahu bahawa permintaan untuk sektor tersebut adalah lebih tinggi.

Dalam setiap set tren itu ada enam car, ada enam gerabak. Jadi, keseluruhannya ada 306 kerusi yang boleh ditawarkan untuk perkhidmatan itu. Jadi semua orang akan dapat duduk. Kalau komuter dia ada yang duduk ada yang berdiri tetapi untuk perjalanan dari KL Sentral ke Ipoh ini, semunya kita hanya jual tiket untuk mereka dapat duduk.

Jadi, tempat duduknya dia berlainan dengan ETS. Kalau ETS sudah tentu lebih selesa. Komuter ini kita maklum ada kerusi yang menghala ke depan, ada kerusi yang di sebelah, di tepi. Jadi, semua kerusi itu boleh dioptimumkan dengan harga yang amat berpatutan hanya RM35. Jadi, kita tahu bahawa ada kekangan untuk komuter ini biasanya dia tak boleh pergi jauh sebab dia lebih kepada konsep tren berhenti-henti.

Tetapi untuk KL Sentral ke Ipoh ini, kita juga akan berhenti untuk toilet break di Slim River.

Jadi, setiap stesen yang lain itu ada berhenti juga, dia boleh naik kalau dia beli tiket dari katakan daripada Rawang, dia boleh naik dekat Rawang. Tetapi untuk toilet break, dia akan berhenti dekat Slim River selama 30 minit. Jadi, keseluruhan perjalanan itu mengambil tiga jam 15 minit. Jadi, ini konsep baru yang kita telah gunakan untuk mengoptimumkan supaya menambah kapasiti lebih ramai orang boleh balik kampung menggunakan pengangkutan awam. Jadi, kita buat percubaan untuk Tahun Baru Cina ini, kalau dapat berjaya dilaksanakan dengan baik, maka kita akan perkenalkan untuk musim Hari Raya Aidilfitri juga. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan.

draft • 11:00 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih Tan Sri Speaker, daripada Jerantut. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Tahniah kepada KTMB dan juga pihak kementerian kerana dengan pertambahan tiket ini insya- Allah dia dapat mengurangkan kesesakan jalan raya sewaktu musim perayaan dan kita berdoa agar dapat dikurangkan juga kemalangan sama ada kemalangan biasa ataupun kemalangan maut kepada jalan raya tersebut.

Cuma pada pihak peringkat kita, kita ingin bertanya, bila berlakunya penambahan tiket akan berlakunya pertambahan pengguna. Jadi bagaimana tindakan proaktif yang dilaksanakan oleh pihak KTMB dan juga pihak MOT untuk memastikan

draft • 11:00 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

keselesaan pengguna di stesen-stesen, terutamanya dari sudut pertama, keselamatan; kedua dari sudut ketepatan masa; dan ketiga dari sudut kebersihan.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Menteri.

draft • 11:00 AM

Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih. Memang kita tahu bahawa apabila ada pertambahan trip dan sebagainya, sudah tentu permintaan akan bertambah dari segi penggunaan dan sebagainya. Stesen kita memang kapasiti kita memang direka untuk pergerakan yang ramai. Pada waktu-waktu biasa memang kita below optimization-lah boleh katakan.

draft • 11:00 AM

Tuan Loke Siew Fook

Jadi, untuk musim-musim perayaan ini, sudah tentu pihak KTMB dengan juga pihak-pihak seperti KL Sentral, mereka akan menambah bilangan pekerja dan sebagainya untuk memastikan kebersihan terjaga, tandas dibersihkan dan sebagainya.

Jadi, semua itu adalah pengingatan kepada pihak operator untuk menjaga ketenteraman awam dan juga keselamatan. Jadi, sudah tentu perkara-perkara ini akan diberikan perhatian sepenuhnya.

Jadi, perkara ini memang merupakan satu cabaran, tetapi operator perlu mengatasi cabaran itu. Kerana apa yang penting ialah matlamat kita untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dapat menggunakan pengangkutan awam untuk semasa musim perayaan. Seperti yang dikatakan, harapan kita ialah untuk mengurangkan bukan saja kesesakan, tetapi kita harap juga dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya semasa musim perayaan ini.

Jadi, sama-sama kita doakan supaya semua dapat selamat balik ke kampung masing-masing. Apa sahaja musim perayaan, kita harapkan mereka dapat balik dengan selamat bersama dengan keluarga. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik seterusnya, saya jemput Tuan Roslan bin Hashim, Kulim-Bandar Baharu.

draft • 11:10 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik. Terima kasih Tan Sri Speaker.

Dulu kami selalu berdua; YB Menteri, soalan saya nombor dua.

draft • 11:10 AM

2. Tuan Roslan bin Hashim [Kulim-Bandar Baharu] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, adakah kementerian bercadang untuk menghapuskan rekod-rekod bekas banduan bagi memudahkan mereka mencari pekerjaan.

draft • 11:10 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih rakan saya dari Kulim-Bandar Baharu. Sahabat selamanya, insya-Allah.

Soalannya, apakah Kementerian Dalam Negeri bercadang untuk hapuskan rekod-rekod bekas banduan supaya mereka ada peluang kedua?

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Tan Sri Yang di-Pertua, Kementerian Dalam Negeri, kita sedang dalam proses untuk pinda Akta Pendaftaran Jenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969, istilahnya Akta 7. Akta ini merupakan punca kuasa perundangan untuk kita daftarkan individu yang telah disabitkan dengan kesalahan- kesalahan di dalam daftar penjenayah.

Untuk makluman, saya telah bentangkan kepada Jemaah Menteri dan Jemaah Menteri telah bersetuju pada 21 Mei 2025 bahawa KDN boleh memulakan usaha untuk meminda akta ini. Pindaan ini tentunya tujuannya untuk bagi peluang kedua kepada mereka yang terlibat dan ini selaras kerana kita nak terjemahkan nilai ihsan, keadilan sosial dalam semangat MADANI.

Jadi, antara komponen penting dalam pindaan ini nanti ialah kita ‘nak perkenalkan mekanisme SPENT— S-P-E-N-T. Dalam bahasa kita yang paling hampir adalah nyah aktif. Bagi membolehkan mereka yang terlibat itu yang tidak melakukan kesalahan baharu dalam tempoh munasabah. Maknanya, dia telah disabit, kemudian dia merayu ditolak, merayu ditolak. Habis semua proses itu.

Maka, kita masukkan nama dia dalam daftar. Dan setelah dia selesai menjalani hukuman atau setelah selesai dia bayar kompaun atau denda dan dalam satu tempoh, dia tidak mengulangi kembali kesalahannya atau jenayahnya, tempoh yang munasabah itu adalah tempoh yang kita kata bahawa dia boleh dianggap sebagai tiada rekod— SPENT tadi ya.

Jadi mulai, dengan pindaan ini, individu itu kerana dia tak melakukan kesalahan berulang dalam tempoh yang ditetapkan, kita panggil crime-free period, selepas dia menjalani hukuman, dan dengan cara itu, kita bolehlah ya— melainkan dia ini melakukan kesalahan-kesalahan yang seriuslah. Dia ada lagi. Bila kita pinda nanti dan kita bentang, kita bahas, kita sendiri akan buat keputusan dalam Dewan ini.

Jadi mekanisme peluang kedua ini Tan Sri Yang di-Pertua, kita turut ambil kira beberapa good practices – amalan baik sebagai penanda aras antarabangsa. Kita semak negara seperti United Kingdom, Singapura, Brunei dan Australia, sedang kita lakukan sekarang, yang membenarkan pengecualian rekod jenayah tertentu selepas

draft • 11:10 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

tempoh bebas jenayah dan tertakluk kepada syarat. Cadangan ini sekarang ini progress- nya dalam peringkat semakan oleh Jabatan Peguam Negara dan saya bercadang untuk membentangkan pada sesi Parlimen tahun ini juga. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Dijemput Kulim-Bandar Baharu.

draft • 11:10 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik. Terima kasih YB Menteri atas jawapan tadi. Saya seronoklah dengar sebab ada akta untuk membantu kepada banduan untuk memberi peluang kedua kepada mereka. Adakah dalam akta ini, majikan juga digalakkan macam di United Kingdom macam Menteri kata tadi, yang mana majikan dilarang bertanya rekod jenayah pada peringkat awal permohonan kerja?

Yang kedua, adakah majikan yang sama digalakkan untuk ambil semula bekas banduan yang telah bebas?

Yang ketiga, apakah langkah konkrit kerajaan untuk atasi stigma masyarakat, untuk diskriminasi untuk mereka mendapat balik pekerjaan? Terima kasih Menteri.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Menteri.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tan Sri Yang di-Pertua, buat masa sekarang, untuk rekod ya sejak akta ini ada, kita simpan rekod ini sejak 1969. Jumlahnya adalah 2,632,248 orang...

draft • 11:10 AM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

2.6 juta ini satu angka yang besar.

Baik. Nanti bila kita pinda akta ini, kita akan zoom in kepada angka inilah. Dan bila kita profilkan mereka ini, yang paling ramai adalah sabitan di bawah akta dadah berbahaya.

Nombor satu, seksyen 15 akta dadah iaitu kesalahan memasukkan dadah dalam badan.

Yang kedua, seksyen 12 akta dadah memiliki dadah kecil-kecilan.

Berikutnya, seksyen 39A dan segala macam.

Yang ini, hampir-hampir separuh daripada 2.6 juta. Dan asal mereka ini tidak mengulangi, kita boleh pertimbangkan.

Jadi dua soalan yang tiga, tapi saya nak respons dua. Bagaimana mengatasi stigma masyarakat ya? Di pihak kerajaan, kita boleh ikhtiarkan untuk usahakan pinda undang-undang bagi membolehkan kita bagi peluang kedua. Tanggungjawab kita bersamalah untuk jernihkan pandangan masyarakat untuk bagi peluang kedua ya.

Kerajaan boleh facilitate dari segi proses ini.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Saya bagi contoh ya, misalnya mereka yang dah selesai menjalani hukuman penjara. Okey ya. Ataupun mereka yang masih dalam penjara, dia sabit. Habis rayuan, dia dihukum. Ketika secara fizikal dia dalam penjara, sekarang apa kita buat? Di bawah kesalahan kecil, mereka yang terlibat kesalahan kecil, kita bawa mereka keluar.

Jadi satu pertiga tempoh penjara mereka dalam tembok, dua pertiga mereka di luar. Kita sediakan tempat dan kita sediakan peluang pekerjaan dan kita latih mereka latihan TVET. Berapa dah tempat di luar kita ada sekarang? Enam. Salah satu kawasan Tan Sri Speaker di Pantai Merdeka. Kita letak 250 orang di situ. Dan, bila kita letak mereka di luar, rupanya mereka nak ulangi balik kesalahan sehingga berakhir di penjara.

Bagi setiap 800 kita bebas, satu saja patah balik. Kesimpulannya, ia satu cerita kejayaan.

Baik. Belum pun akta ini kita pinda bagi peluang kedua, kita sudah pun buat melalui inisiatif Jabatan Penjara. Sudah pun berjalan. Penerimaan masyarakat itu spektrum. Ada yang sambut dengan baik, ada penuh prejudis. Masih ada. Dan ia melalui, kita kena buat melalui proses yang berterusan. Majikan lebih-lebih lagi kena sambut inisiatif ini. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Putatan.

draft • 11:10 AM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Apakah bentuk kolaborasi yang sedang direncanakan oleh Jabatan Penjara bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk mengetengahkan potensi keusahawanan dalam kalangan banduan yang boleh diniagakan secara komersial sebagai sumber pendapatan mereka semasa menjalani tempoh pemenjaraan dan untuk memulakan semula kehidupan pasca penjara?

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih Putatan. Kita ada 41 penjara. Kita ada lebih kurang 87,000 di dalamnya. Daripada 87,000, 29,000 adalah reman, tahanan reman. Bakinya sabitan. Latihan ini, kita bagi kepada yang sabitan.

Reman tak, sebab mereka belum ditentukan lagi bersalah atau tidak. Semua mereka tak perlu, tak bayar diikat jamin, mereka dekat dalam.

Jadi, mereka yang dekat dalam itu kerana sabitan. Program yang sedang berjalan, satu, kita bagi latihan TVET. Misalnya Penjara Marang. Dia pandai ukir, dia pandai buat tenun. Dan hasil tenun itu, kita pamerkan di London bertahun-tahun ya. Dan banyak tempahan yang mereka dapat. Okey ya.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Kita juga latih mereka seni tukang kayu, mereka buat perabot. Mereka dapatkan bekalan balak daripada Jabatan Hutan bawa ke penjara dan kita latih mereka buat.

Ada juga ini menjelang Ramadan ini mereka yang kita latih buat bakeri, kuih dan sebagainya. Jualan tahun lepas sepanjang Ramadan RM1 juta lebih contoh ya, dan mereka buat jualan.

Hampir setiap penjara itu, mereka ada latihan kemahiran dan melatih kemahiran ini. Sementara mereka di dalam, kita mengasuh mereka dan bila mereka keluar, sepatutnya tugas penjara selesai Tan Sri, tapi tak. Ada bila keluar masyarakat tak terima, keluarga tak terima. Kita dapatkan pula mereka ini satu rumah, “rumah peralihan” kita panggil.

Mereka duduk di rumah itu selama keluarga mereka tak terima. Dan mereka keluar cari makan, cari nafkah. Balik semula. Sampai bila? Sampai family terima.

Sepatutnya kerja Jabatan Penjara dah habis, tapi kita tetap jaga mereka lagi di luar daripada skop tanggungjawab kita. Sampai tahap itu kita jaga mereka. Jadi, kita tak menunggu kolaborasi dengan jabatan atau agensi kerajaan. Kita buat dalam batas keupayaan kita sendiri dan ianya penuh dengan cerita kejayaan, tapi kalau berniaga pun tak boleh, dia tak ada skill. Nak tenun pun tak boleh, bertukang pun tak boleh, tapi dia boleh hafal Quran. Kita latih dengan Pejabat Agama, Jabatan Agama dan hari ini kita ada 35 orang hufaz di Penjara Kajang.

Tan Sri, kalau Tan Sri nak jadi hafiz, masuk dalam, insya-Allah. Yang duduk di luar ini pun tak tentu lagi. Setakat Juzuk Amma itu boleh lah, tapi nak pergi kepada hat tinggi-tinggi itu susah lah. Dia Kuala Krai, dia habis lah semua lah.

Jadi, ini sebenarnya Tan Sri, kemahiran satu bab, tapi penjara ini bukan lagi tempat hukuman, tapi kita nak pulihkan insan. Terima kasih. Assalamualaikum.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Tuan Onn bin Abu Bakar, Batu Pahat.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Tan Sri Speaker.

Emas perak suasa tembaga; Soalan saya nombor tiga.

draft • 11:20 AM

3. Tuan Haji Onn bin Abu Bakar [Batu Pahat] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan, jumlah jemaah umrah negara ini bagi tahun 2022, 2023 dan 2024 dengan perincian mengikut kategori jemaah yang berdaftar melalui agensi umrah berlesen dan jemaah yang berangkat secara persendirian, serta apakah langkah

draft • 11:20 AM

kerajaan bagi memastikan pemantauan, perlindungan dan kebajikan jemaah umrah sentiasa terjamin.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri. Semua pantun dua kerat sekarang ya.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Chiew Choon Man

Terima kasih. Tan Sri Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Batu Pahat.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berperanan mengawal selia syarikat pengendali umrah di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].

Kementerian hanya mempunyai rekod syarikat pengendali umrah dan bukannya rekod jemaah secara persendirian.

Perkembangan positif industri ini dapat dilihat menerusi peningkatan bilangan syarikat pengendali umrah berlesen iaitu daripada 528 syarikat pada tahun 2022 kepada 643 syarikat pada tahun 2023 dan 790 syarikat pada tahun 2024. Bagi memastikan kebajikan jemaah sentiasa terpelihara, MOTAC memperkasakan Majlis Kawal Selia Umrah yang menggabungkan kerjasama strategik bersama PDRM, JAWHAR dan MOT untuk menangani isu penipuan secara holistik.

Di peringkat penguasaan, kementerian tidak berkompromi dalam mengambil tindakan tegas termasuk penggantungan lesen, pembatalan lesen serta pendakwaan di mahkamah terhadap mana-mana pengendali yang melanggar undang-undang demi melindungi kepentingan jemaah Malaysia. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Batu Pahat.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar

Soalan tambahan saya, Tan Sri. Berapakah jumlah agensi umrah yang telah disenaraihitamkan atau dibatalkan oleh pihak berkuasa dari tahun 2023 hingga kini dan apakah antara punca utama tindakan berkenaan?

Soalan kedua, berapakah jumlah jemaah umrah yang telah terkandas atau terjejas akibat kegagalan agensi-agensi umrah yang berkenaan dan apakah langkah segera atau pampasan yang telah diambil oleh pihak kerajaan?

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 11:20 AM

Tuan Chiew Choon Man

Terima kasih soalan tambahan. MOTAC sentiasa mencadangkan penguatkuasaan ke atas agensi pelancongan yang mengendalikan pakej umrah. Dari tahun 2023 sampai 2025, sebanyak 69 operasi penguatkuasaan telah dilaksanakan ke atas agensi tersebut dan jemaah yang terjejas atau terkandas boleh membuat laporan polis dan mengemukakan aduan rasmi kepada MOTAC bagi membolehkan Kertas Siasatan dibuka.

draft • 11:20 AM

Tuan Chiew Choon Man

Bagi tahun 2023 hingga 2025, sebanyak 14 Kertas Siasatan telah diselesaikan berkaitan kes jemaah umrah yang dengan nilai kompaun sebanyak RM298,000. Selain itu, tindakan tegas termasuklah menggantung ataupun membatalkan lesen juga akan diambil ke atas agensi pelancongan yang terbukti salah bagi mengelakkan lebih ramai yang menjadi mangsa. Untuk tahun 2023 hingga 2025, MOTAC telah menggantung lesen empat agensi pelancongan dan membatalkan lesen dua agensi pelancongan atas sebab ini.

Jemaah yang terjejas juga boleh menuntut tebus rugi di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia bagi pembelian barang dan perkhidmatan seperti yang dibenarkan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999. Sebagai langkah pencegahan, MOTAC turut mengedarkan informasi kepada orang awam serta mengeluarkan senarai amaran dengan izin, watchlist mengenai pautan media sosial syarikat atau pihak tidak berlesen atau yang meragukan dan bermula 15 Mei 2026, MOTAC akan mewajibkan jaminan bank ataupun dengan izin, bank guarantee kepada semua agensi yang menawarkan pakej umrah sebagai langkah tambahan bagi melindungi jemaah umrah dan mempercepatkan proses pampasan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput. Ya Bagan Serai, silakan.

draft • 11:20 AM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri. Terima kasih Timbalan Menteri. Penjelasan yang diberikan tadi menunjukkan bagaimana tentang isu hal yang berkaitan dengan penipuan umrah ini masih berleluasa. Kalau ikut, sebanyak 204 aduan berkaitan dengan penipuan ini sejak daripada 2024 hingga Mei 2025 yang melibatkan kerugian sebanyak RM3.6 juta.

Lagi, situasi ini menunjukkan tentang penipuan pakej umrah ini masih berleluasa.

Persoalan saya ialah bilakah Akta Industri Pelancongan 1992 ini akan dikaji semula dengan secara menyeluruh? Tujuannya ialah untuk kita kemas kini bagi menguat kuasa dan memperkukuhkan kuasa pendakwaan dan hukuman terhadap mereka yang terlibat dengan kes-kes penipuan seperti ini, terutamanya untuk kebaikan dan kebajikan kepada mereka yang hendak menunaikan umrah itu. Terima kasih, Tan Sri.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

draft • 11:20 AM

Tuan Chiew Choon Man

Terima kasih atas soalan diberikan. Untuk makluman kepada Yang Berhormat, pindaan akta tersebut telah dalam peringkat akhir kajian. Sesi libat urus juga akan diwujudkan terutamanya dengan Ahli-ahli Yang Berhormat juga dan

draft • 11:20 AM

Tuan Chiew Choon Man

memang kerajaan pandang berat kepada isu ini dan kami percaya dengan adakan jaminan bank yang bakal kita laksanakan mulai 15 Mei 2026, kita dapat menyelesaikan masalah ini dengan lebih berkesan dan efektif. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput seterusnya Dato’ Mumtaz binti Md Nawi, Tumpat.

draft • 11:20 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Satu dua tiga empat; Tumpat soalan nombor empat.*

draft • 11:20 AM

4. Datoʼ Hajah Mumtaz binti Md Nawi [Tumpat] minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) bila Akta Optometris akan dibentangkan di Parlimen bagi mengawal selia profesion optometris secara lebih komprehensif; dan

(b) apakah langkah-langkah kawalan Kerajaan terhadap penjualan kanta lekap kosmetik secara dalam talian yang berisiko menjejaskan keselamatan mata pengguna

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:20 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Tan Sri. Terima kasih Tuan Yang Berhormat Tumpat. Saya terus menjawab ringkas saja Tan Sri, dan Yang Berhormat Tumpat berkaitan bila Akta Optometris dan juga langkah- langkah.

Tan Sri Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan, kita merancang untuk membentangkan RUU ini insya-Allah dalam sesi bajet Oktober tahun ini 2026. Insya- Allah hakikatan, ya.

Dan keduanya, RUU Optometri yang akan dibentangkan ini adalah satu yang satu akta yang memperkemaskan pengawal seliaan amalan optometri— optometri yang lebih jelas, selamat dan berakauntabiliti agar perlindungan kesihatan mata rakyat dapat kita peruntukkan termasuklah isu antara lainnya penjualan kanta lekap kosmetik – contact lens, dengan izin, secara dalam talian yang tidak dapat ditangani melalui undang-undang sedia ada iaitu Akta Optik yang lama, 1991.

draft • 11:20 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 11:30 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Dan akta ini pastinya akan antara lainnya membezakan peranan profesional antara optometrist dan juga antara ophthalmologist dan juga peniaga-peniaga optik yang ini bagikan sebagai opticians. Juga sekali gus menangani risiko komersialisasi keterlaluan, itu pun akan kita tangani.

Dan yang dikaitkan dengan menjamin kualiti penjagaan mata primer on the primery health level khususnya untuk pengesanan awal penyakit mata berkaitan NCDs, diabetes dan hypertension melalui amalan optometris yang juga mengambil peranan bersama common ophthalmologist.

Buat masa ini, sebagai langkah-langkah kawalan kerajaan terhadap penjualan kanta lekap kosmetik – contact lenses itu secara dalam talian yang berisiko menjejaskan keselamatan mata pengguna, KKM telah mengeluarkan satu garis panduan penjualan alat optik dan kanta lekap secara dalam talian. Garis panduan sejak tahun 2021 yang menggariskan penjualan kanta secara lekap— kanta lekap secara dalam talian hanya dibenarkan kepada optometris dan juru optik dengan syarat dan terma tertentu. Itu sahaja secara ringkasnya Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tumpat.

draft • 11:30 AM

Datoʼ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya, sementara kita menunggu RUU Akta Optometris ini dibentangkan di Parlimen dan diwartakan, apakah langkah yang akan dibuat dan jumlah optometris sedia ada yang telah pun bertauliah yang ada dalam negara kita?

Dan berapakah jumlah kes masalah mata yang telah pun dilaporkan ke KKM setakat ini?

Dan yang seterusnya, adakah kerajaan bersedia untuk menjadikan kanta lekap sebagai medical device sebagaimana negara lain supaya ia boleh memberikan impak yang lebih bagus kerana hari ini saya percaya ramai di kalangan pengguna spek mata ataupun rakyat pun bertukar di antara optician dengan optometrist ni. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat yang menanya soalan tambahan— itu saya kira sangat mustahak soalan ini.

Cases komplikasi mata yang dilaporkan penggunaan kanta lekap kosmetik ini yang khasnya tanpa preskripsi, dalam tahun— sejak tahun 2002–2007, saya ada data di sini, 103 kes. Dan sehinggalah 2013, 109 kes, ya.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Dan ini adalah satu yang perlu kita— saya sebut-sebut yang disebutkan tadi Akta Optometris mengawal selia perkara itu. Dan dari satu segi, ya sebagai peranti, MDA:

Medical Device Authority itu juga kita bekerjasama, berkolaborasi dengan mereka walaupun hari ini kita belum dapat buat sebagai garis panduan. Dia tidak ada enforcement power, tapi MDA itu sebagai agensi yang mengawal selia medical devices – peranti perubatan, dia punya punca kuasa untuk bertindak dalam penguatkuasaan.

Dan melibatkan persatuan-persatuan ataupun kita libat urus kami dengan persatuan-persatuan optometris, juru optik dan juga pengguna sebelum RUU ini, kita telah bentangkan dan kita ada 12 persatuan optometris dan juru optik yang kita libatkan bersama lapan pembeli— pemberi pendidikan tinggi, sembilan wakil industri, satu kementerian dan satu agensi di bawah KKM, ya. Untuk pengetahuan, pengamal yang berdaftar, optometris adalah 3,458 dan juru optik yang berdaftar adalah 3,609. Terjumlah 7,067 yang berdaftar Tuan Yang di-Pertua. Itu serba ringkas saya kira untuk menjawab soalan tambahan Tumpat. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Betong.

draft • 11:30 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Menteri mengenai aspek penguatkuasaan.

Sejauh manakah keupayaan penguatkuasaan Kementerian Kesihatan pada masa ini termasuk dari segi sumber manusia dan perundangan untuk kita menangani iaitu satu isu penjualan kanta lekap atau pun contact lens kosmetik secara haram?

Dan akhir sekali, apakah jaminan Menteri kepada rakyat dan pengamal profesion bahawa kerajaan kita komited untuk kita memastikan segala kawal selia kesihatan mata dilaksanakan secara menyeluruh, selamat dan sejajar dengan amalan terbaik antarabangsa? Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih sahabat saya YB ‘Bentong.’ Betong, ya. Ya, itu satu yang telah pun saya isyaratkan dalam jawapan pertama tadi, yang mana kita tahu selagi kita tidak ada apa yang diistilahkan sebagai stand alone, satu legislatif, satu perundangan dan undang-undang yang mengawal selia end-to-end amalan ini, kita akan berdepan dengan pelbagai salah laku khasnya dalam jualan talian. Dan sebab itu kita sebelum dapat bentang dan merumus dan meluluskan Akta Optometris ini, kita ada garis panduan penjualan alat optik dan juga kanta lekap secara dalam talian.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

We have kita punya garis itu, tapi seperti mana peraturan dan garis panduan, dia tidak punya kuasa penguatkuasaan. Dia tiada punca kuasa untuk dilaksanakan— dikuatkuasakan. Apa pun, kita bekerjasama seperti mana saya sebutkan tadi. Kita bekerjasama dengan MDA dan juga pihak autoriti untuk penguatkuasaan peranti-peranti ni diambil tindakan. Dan pastinya, bila datang waktunya, kita akan— setelah dapat kita bentang lulus untuk tahun ini, bulan Oktober nanti, kita mengharapkan akan dapat memperkukuhkan dan memperkasakan lagi penguatkuasaan dalam pelaksanaan Akta Optometris ini.

Untuk pengetahuan, Optometris KKM yang dilatih untuk menjalankan hal-hal yang terlibat dengan penguatkuasaan ada dalam kurang lebih 30 pegawai-pegawai. Dan pastinya apabila kita punya stand alone legislation ataupun akta yang berdiri sendiri untuk pengawalan bidang ini, kita akan pastinya mahu menambah penguatkuasaan pegawai dan pegawai penguatkuasaan tersebut. Terima kasih YB Betong. Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

[Soalan No. 5 - YB Tuan Prabakaran a/l M. Parameswaran (Batu) tidak hadir]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan seterusnya, YB Batu tidak ada. Jadi, saya jemput Dr. Hajah Halimah Ali, Kapar.

draft • 11:30 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Timbalan Speaker. Pada pakar pantun.

Bougainvillea bunga kertas, Mohon solusi minta tindakan; Perancangan holistik pelan tuntas, Soalan Kapar nombor enam.

draft • 11:30 AM

6. Dr. Hajah Halimah Ali [Kapar] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, adakah kementerian mempunyai perancangan untuk membesar dan menaik taraf Jalan Meru, Klang sehingga ke Jambatan Persiaran Setia Alam memandangkan laluan ini merupakan koridor utama yang menanggung kesesakan trafik kritikal khususnya pada waktu puncak.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya untuk menjawab.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Perlu makan bila lapar, Pilih makanan elak manisan;

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Soalan enam YB Kapar, Naik taraf jalan dalam kawasan. Yang di-Pertua, kelulusan menaik taraf jalan atau pembinaan jalan baharu di bawah Kementerian Kerja Raya adalah berdasarkan kepada enam faktor yang berikut:

(i) keperluan mendesak disebabkan kesesakan lalu lintas;

(ii) keperluan kerana kerap berlaku kemalangan jalan raya di kawasan itu;

(iii) kawasan berlaku banjir kilat atau banjir berkala;

(iv) senarai keutamaan dalam permohonan daerah dan kerajaan negeri;

(v) ada alternatif agar kurang pengambilan balik tanah (PBT) dan kurang pengalihan utiliti kerana ini meningkatkan kos; dan

(vi) cukup peruntukan pembangunan dalam belanjawan tahunan kementerian yang di lulus oleh Kementerian Kewangan.

Itu enam untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian jika kita mohon jalan baharu atau naik taraf jalan.

Kementerian Kerja Raya melalui JKR selaku agensi pelaksana— berita baik untuk YB Kapar, kami akan melaksanakan kerja awalan naik taraf Jalan Perindustrian Kapar–Meru dari Persimpangan Jalan Haji Abdul Manan hingga Persimpangan Jalan Limau Daerah Klang secara reka bentuk. Projek ini telah diluluskan dalam Rolling Plan 1, Perancangan Malaysia Ketiga Belas iaitu sehingga peringkat reka bentuk. Kos kerja awalan ini berjumlah RM5 juta yang sudah pun bermula.

Perancangan melaksanakan projek ini adalah bertujuan bagi menaik taraf aspek keselamatan berdasarkan data rekod statistik kemalangan disebabkan oleh jalan tidak dilengkapi dengan piawaian bahu jalan yang mencukupi serta aspek keselamatan yang lain.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Permohonan projek ini telah dibuat sejak 2018 lagi Yang Berhormat ya. Reka bentuk bagi projek ini sedang diteliti oleh pihak JKR bagi menentukan penyelesaian teknikal yang paling optimum.

Kerja awalan ini akan memberi fokus kepada cadangan menaik taraf jalan dua lorong sedia ada kepada empat lorong. Sebanyak 3.2 kilometer, menaik taraf tiga

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

persimpangan dan naik taraf satu jambatan sedia ada serta cadangan bagi membina baharu satu dedicated ramp atau tanjakan khusus di Persimpangan Persiaran Hamzah Alang. Bagi tujuan pelaksanaan projek fizikal, permohonan peruntukan akan diangkat ke agensi pusat untuk pertimbangan dan kelulusan. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kapar.

draft • 11:40 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Timbalan Speaker dan terima kasih Timbalan Menteri atas berita baik itu. Sebab itulah saya kena bangkit selalu supaya jangan lupa kan, masalahnya dah lama.

Jadi, adakah pihak Jabatan Kerja Raya telah membuat kajian terperinci Rancangan Tempatan 2035 MBDK dari segi pertambahan aliran trafik, khususnya kenderaan komersial dan berat, serta kesannya terhadap kadar kemalangan memandangkan begitu banyak kawasan industri-industri— kawasan industri dirancang di Parlimen Kapar sehingga 2035.

Dan juga keduanya saya nak tanya dah dapat ke tak KKR surat yang di CC kepada saya, tetapi kepada pro@kkr.gov.my, iaitu mengenai aduan kesesakan melampau dan risiko keselamatan di Pekan Meru susulan penutupan Jalan Iskandar Bukit Kapar, 7 hari bulan Februari, surat ini— kerana keselamatan pelajar sekolah di Pekan Meru.

Ini kita cerita Pekan Meru ini yang merupakan zon pendidikan, sekolah padat, SK Meru, SMK Meru, SRM Meru, SJK(C) di Meru juga dan juga tentang klinik kesihatan yang dekat di sana di mana bila dah tutup tu semua tertumpu di situ. Mereka ni bekalkan peta siap, [Sambil menunjukkan sehelai dokumen] Apa yang terjadi bila ditutup kemudiannya, semua tertumpu di situ.

Jadi akses kepada klinik kesihatan juga, kerosakan infrastruktur pekan, jadi apakah pihak KKR boleh membuatkan tindakan segeralah mengenakan sekatan waktu.

Waktu puncak orang hendak hantar anak pergi sekolah, balik sekolah dan sebagainya, kenderaan berat daripada memasuki ya, kena curfew, kenderaan berat daripada memasuki kawasan pekan itu, pagi dan tengah hari. Dan juga...

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

draft • 11:40 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Boleh tak hantar anggota penguat kuasa sementara, kan untuk kawalkan supaya pergerakan itu ada, tak ter apa-apa, ter— tertumpu di kawasan itu. So, terima kasih Menteri dan Timbalan Speaker.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Selalunya saya minta pegawai saya untuk meminta soalan tambahan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat, bukan saya nak soalan bocor ya, supaya saya boleh membuat persiapan jawapan.

Yang ini panjang lebar nampaknya, tak dibagi soalan tambahan itu pada saya, tapi kami menyediakan segalanya, gambar— tebal laporan ini. [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Lepas itu gambar Pekan Meru pun ada, jalan yang sesak. Ada ni, nampak? Ini jalan sesak, ada belaka. Tebal maklumat yang ada pada kami.

Mengenai surat itu, lepas ni Yang Berhormat bagi kat Bentara, bagi kat saya ya.

Dan apa juga permohonan Yang Berhormat mengenai supaya jalan di situ kurang sesak dan sebagainya, saya kira dari segi TMP: Traffic Management Plan ini apabila ada sesuatu projek, tentulah kita akan menguruskan dengan yang terbaik. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan nombor 7, YB tak ada dalam Dewan, saya jemput Dr. Haji Abdul Ghani bin Ahmad, Jerlun.

draft • 11:40 AM

[Soalan No. 7 – YB. Tuan Tan Hong Pin (Bakri) tidak hadir]

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Nasi dagang menu sarapan, Sakit perut terus ke jamban; Soalan Jerlun nombor lapan, Pohon Menteri berikan jawapan.

draft • 11:40 AM

8. Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, sejauh manakah kejayaan pelaksanaan Dasar Kanak-kanak Negara (DKN) 2009-2015 dan apakah perancangan yang holistik terhadap DKN tersebut bagi menjamin kebajikan, kesejahteraan serta keselamatan kanak-kanak sebagai penyambung generasi akan datang.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menjawab.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Puan Yang Di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat.

Dasar Kanak-kanak Negara dirangka berasaskan prinsip-prinsip utama Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak atau CRC di bawah Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu yang memberi penekanan kepada kelangsungan hidup dan perkembangan kanak-kanak, perlindungan daripada pengabaian, penderaan dan

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying

eksploitasi, kepentingan terbaik kanak-kanak sebagai pertimbangan utama dalam semua tindakan serta pengiktirafan hak kanak-kanak untuk didengar dalam perkara yang melibatkan kehidupan mereka.

Berpandukan prinsip-prinsip ini, perlaksanaan Dasar Kanak-kanak Negara 2009 hingga 2015 telah menjadi kerangka utama kerajaan dalam memperkukuh kebajikan, kesejahteraan dan keselamatan kanak-kanak melalui pendekatan bersepadu merentasi pelbagai agensi dan sektor. Objektif utama Dasar Kanak-kanak Negara 2009-2015 dan pencapaian bagi setiap objektif antaranya adalah seperti berikut:

(i) memastikan kelangsungan hidup kanak-kanak yang diterjemahkan melalui peningkatan kualiti dan perluasan sokongan dan bantuan sosial mengikut keperluan kanak-kanak;

(ii) memperkukuh perlindungan kanak-kanak meliputi pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kepada kes pengabaian, penderaan dan eksploitasi kanak-kanak;

(iii) menggalakkan perkembangan kanak-kanak secara holistik, merangkumi aspek fizikal, kognitif, emosi, sosial dan sahsiah melalui pendidikan awam, sokongan keluarga dan persekitaran yang kondusif;

(iv) mengiktiraf dan memperluas ruang penyertaan kanak-kanak dengan menyediakan platform untuk kanak-kanak bersuara dan terlibat dalam perkara yang melibatkan kepentingan mereka; dan

(v) meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab bersama agar ibu bapa, penjaga, komuniti dan masyarakat memahami serta menghormati hak kanak-kanak.

Selanjutnya, Pelan Tindakan Dasar Kanak-kanak Negara 2009-2015 telah dibangunkan untuk menterjemah dasar tersebut kepada pelaksanaan program dan aktiviti oleh pelbagai kementerian dan agensi berdasarkan pendekatan pencegahan serta intervensi awam. Antara perkara signifikan yang dicapai melalui dasar dan pelan tindakan ini ialah kesedaran berhubung hak kanak-kanak yang membawa kepada pindaan Akta Kanak-kanak 2001 atau Akta 611 pada tahun 2016.

Pindaan kepada Akta 611 yang telah dibuat ini adalah untuk memperkenalkan dasar pemeliharaan kanak-kanak berasaskan keluarga, penubuhan Majlis Kebangsaan Bagi Kanak-kanak atau MKBKK yang memberi tumpuan kepada isu kanak-kanak dan

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying

memperbaiki peruntukan sedia ada dalam aspek perlindungan dan pemulihan terhadap kanak-kanak.

Seterusnya, kerajaan telah melancarkan Dasar Kanak-kanak Negara yang baharu pada 24 November 2024 dan disusuli dengan pelan tindakan Dasar Kanak- kanak Negara 2026-2030 pada 18 November 2025. Pelan tindakan ini bertujuan untuk melahirkan kanak-kanak yang dapat mencapai potensi mereka sepenuhnya melalui pelaksanaan advokasi, pembaharuan undang-undang, pembangunan kapasiti dan pengukuhan tadbir urus.

Pelan tindakan ini dirangka melalui proses pemetaan, penyelarasan serta libat urus yang melibatkan kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pelaksanaannya akan digerakkan secara bersepadu melalui pendekatan whole-of-nation dengan izin, dengan penglibatan aktif pelbagai pihak termasuk Kerajaan Persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan masyarakat sivil, sektor swasta, institusi akademik, komuniti setempat serta keluarga. Sekian, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jerlun.

draft • 11:40 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Menyentuh tentang Dasar Kanak- kanak yang telah pun digubal yang terkini pada tahun 2024 dan ia mungkin selari dengan Konvensyen Hak Kanak-kanak Sedunia yang memperlihatkan kepentingan kebajikan kepada kanak-kanak itu, saya ‘nak sebut begini, tentang penderaan seksual kanak- kanak dan juga pengabaian. Dalam akhbar Sinar Harian, 15 Februari 2025, selepas Dasar Kanak-kanak yang telah digubal baharu ini, digubal tahun 2024. Akhbar ini melaporkan 15 Februari 2025...

draft • 11:40 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

...Sebanyak 16,328 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) direkodkan dalam setahun...

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan?

draft • 11:50 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

...Kira-kira 400 kanak-kanak, penggunaan Internet di Malaysia pernah mengalami eksploitasi seksual dalam talian.

Dan portal PDRM ini yang terbaru, 19 November 2025, lebih kurang dua, tiga bulan yang lepas melaporkan, UNICEF melaporkan sekitar 100,000 kanak-kanak di Malaysia setahun berisiko dieksploitasi secara seksual dalam talian.

draft • 11:50 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Soalan saya yang pertama, sejauh manakah aspek pemantauan agensi penguat kuasa berjaya menangani isu penderaan kanak-kanak sama ada kanak-kanak itu diletakkan di bawah pusat asuhan ataupun dalam jagaan keluarga sendiri?

Yang kedua, adakah Dasar Kanak-kanak Negara ini, pindaan yang terbaru ini, sudah cukup responsif ya terhadap isu-isu terkini yang melibatkan kanak-kanak seperti yang terbaru ini, buli, termasuk buli siber, dan eksploitasi dalam talian khasnya jenayah seksual kanak-kanak itu sendiri? Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Datoʼ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

[Bangun]

draft • 11:50 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jerlun atas soalan tambahan yang agak panjang, tapi saya ringkaskan.

Untuk bagi memastikan terutamanya dari aspek pemantauan dan penguatkuasaan yang dilaksanakan supaya dilaksanakan dengan berkesan, KPWKM telah mengambil pelbagai langkah bersepadu antaranya adalah pemantauan dan pemeriksaan berkala serta mengejut dilaksanakan oleh pegawai diberi kuasa ke atas semua premis pusat jagaan dan taska yang berdaftar sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Dan selain daripada itu, kita juga melaksanakan pemeriksaan mengejut ke atas premis yang tidak berdaftar. Kita akan jalankan, dan bila terutamanya apabila kita menerima aduan daripada orang awam atau agensi yang berkaitan. Ini merupakan sebagai satu langkah pengesanan awal dan mencegah risiko penderaan atau pengabaian kanak-kanak.

Selain daripada itu, kita juga ada satu garis panduan khas tindakan penguatkuasaan (LAK) dan perintah penutupan yang telah dibangunkan yang telah pun berkuat kuasa dan juga kita ada satu taskforce pemutihan taska. Ini untuk memastikan semua pusat jagaan yang tidak berdaftar termasuk proses classification dan penilaian tahap risiko dan kebolehlaksanaan pendaftaran. Kita menggalakkan semua untuk berdaftar dengan kita.

Dan juga untuk makluman Yang Berhormat, dasar dan pelan tindakan kanak- kanak negara yang baharu telah mengambil kira isu-isu baharu yang melibatkan terutamanya kanak-kanak dalam persekitaran digital iaitu terutamanya dari segi siber.

Memandangkan DKKN ini dibangunkan dengan menggabungkan pelan tindakan pelindungan kanak-kanak dalam dunia siber sebelum ini.

draft • 11:50 AM

Puan Lim Hui Ying

Dasar ini memberi penekanan kepada aspek evakuasi, pencegahan, intervensi dan juga khidmat sokongan dalam menangani isu keselamatan kanak-kanak dalam talian. Ini menunjukkan bahawa isu siber dan eksploitasi terutama dari segi eksploitasi seks dalam talian telah dikenal pasti sebagai satu risiko yang memerlukan pendekatan yang khusus dan amat berfokus.

Juga, saya di sini mengambil kesempatan untuk menyeru kepada semua pihak untuk melaporkan terutama kepada KPWKM melalui talian kasih, 15999 yang beroperasi 24 jam okey. Tidak berhenti setiap hari dalam setahun untuk mengetahui atau ada kalau ada sebarang keganasan bentuk, baik keganasan, pengeksploitasian atau penderaan.

Di sini KPWKM melalui JKM akan memberi bantuan dan perlindungan dengan secepat mungkin. Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Klang.

draft • 11:50 AM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Perlindungan kanak-kanak merupakan isu global dan sentiasa mendapat perhatian masyarakat antarabangsa, khususnya dalam memastikan hak keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak dipelihara secara menyeluruh tanpa mengira latar belakang.

Dalam Konteks Malaysia, usaha melindungi kanak-kanak bukan saja melibatkan aspek perundangan, malah menuntut pematuhan kepada piawaian antarabangsa agar sistem perlindungan yang dilaksanakan kekal relevan, berkesan dan berteraskan kepentingan terbaik kanak-kanak.

Sehubungan itu saya ingin bertanya, bagaimanakah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memastikan bahawa inisiatif perlindungan kebajikan dan keselamatan kanak-kanak di Malaysia selari serta mematuhi piawaian dan komitmen antarabangsa yang telah dipersetujui termasuk dari segi penguatkuasaan, pemantauan dan penambahbaikan dasar secara berterusan?

draft • 11:50 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Klang atas soalan tambahan ini. Sebagai sebuah negara pihak kepada konvensyen mengenai hak kanak-kanak atau Convention of the Rights of the Child

(CRC) dengan short form dengan izin. Sejak tahun 1995, penyertaan Malaysia dalam sesi dialog konstruktif ini merupakan sebahagian daripada mekanisme pemantauan antarabangsa di bawah CRC.

Pada tahun ini, Malaysia telah membentangkan laporan berkala kedua hingga keempat konvensyen mengenai hak kanak-kanak di Geneva baru-baru ini, iaitu pada

draft • 11:50 AM

Puan Lim Hui Ying

22–23 Januari 2026. Delegasi Malaysia telah diketuai oleh Yang Berhormat Menteri KPWKM dan disertai oleh wakil daripada kementerian lain termasuk Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri dan juga Majlis Keselamatan Negara.

Objektif utama penganjuran dialog ini adalah untuk membolehkan Malaysia membentangkan kemajuan dan pelaksanaan komitmen negara terhadap hak kanak- kanak, termasuk langkah-langkah dasar, perundangan dan institusi yang telah dilaksanakan dalam tempoh pelaporan. Secara keseluruhan, sesi ini merangkumi pelbagai isu merentas sektor yang berkaitan dengan pelindungan, kesejahteraan dan pembangunan kanak-kanak.

Jawatankuasa CRC telah meneliti kemajuan Malaysia dalam memperkukuh kerangka perundangan dasar dan reformasi institusi serta pelaksanaannya di peringkat domestik termasuk Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan. Pada masa yang sama, jawatan kuasa CRC turut membangkitkan beberapa isu penting yang memerlukan perhatian dan penambahbaikan berterusan. Antaranya, memastikan akses yang saksama kepada pendidikan dan perkhidmatan asas, memperkukuh mekanisme pelindungan kanak-kanak, meningkatkan sokongan terhadap kesejahteraan kesihatan mental, menangani risiko dalam persekitaran digital, serta mempertingkatkan penyelarasan pelaksanaan antara kementerian dan agensi berkaitan.

Secara keseluruhan sesi dialog tersebut berlangsung dalam suasana yang konstruktif dan berorientasikan penambahbaikan dengan penekanan kepada keperluan untuk memperkukuh pelaksanaan sedia ada dan memastikan semua inisiatif terus berlandaskan kepentingan terbaik untuk kanak-kanak. Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Jonathan Yasin, Ranau.

draft • 11:50 AM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Soalan saya nombor 9.

draft • 11:50 AM

9. Datuk Jonathan Yasin [Ranau] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, kesesakan jalan di kawasan Pekan Kundasang dan Pekan Ranau sudah sangat teruk dan kesesakan jalan ini menimbulkan kesulitan pada ramai pihak. Apakah tindakan segera kementerian untuk mengatasi kesesakan jalan ini memandangkan jalan ini adalah Jalan Persekutuan?

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tak ada pantun YB?

draft • 11:50 AM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Tak ada YB. Nanti belakang mungkin.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Merayau-rayau berjalan-jalan, Cantiknya hari, indahnya maya; Soalan Ranau nombor sembilan, Dengarkan ini jawapannya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jalan yang dimaksudkan ialah Laluan Persekutuan 22. Semakan terhadap data terkini tahun 2024 daripada stesen bancian lalu lintas di laluan berkenaan mendapati tahap perkhidmatan jalan, Level of Service

(LOS) dengan izin, di Laluan Persekutuan 22 berada pada tahap LOS (A) di mana laluan tersebut masih mampu menampung aliran trafik sedia ada.

Dia LOS ini (A) sampai (F). (A) yang paling tidak sesak, (F) yang paling sesak.

Jadi, jalan ini LOS (A). Kementerian Kerja Raya telah menerbitkan Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya atau (HNDP2040), Highway Network Development Plan dengan izin, merangkumi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang bertujuan untuk mengenal pasti keperluan naik taraf jalan sedia ada atau membina jalan baharu yang melibatkan Jalan Persekutuan, Jalan Utama Negeri.

Kajian HNDP merangkumi pelbagai aspek seperti isi padu, guna tanah, ekonomi, alam sekitar, sosioekonomi. Bagi mewujudkan rangkaian jalan raya yang lebih efisien melibatkan negeri dan wilayah-wilayah yang berkaitan. Pelaksanaan cadangan projek yang dikenal pasti dalam HNDP ini dijangka akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mewujudkan rangkaian jalan raya yang lebih efisien.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Hasil semakan kementerian ini mendapati tiada cadangan projek dalam HNDP 2040 bagi menaik taraf Laluan Persekutuan 22.

Walau bagaimanapun, terdapat perancangan projek jajaran alternatif Lebuhraya Pan Borneo Fasa 2 iaitu:

(i) menaik taraf Jalan Kiulu–Pahu–Tamparuli empat lorong dengan reka bentuk R4 dengan panjang jajaran 24.8 kilometer;

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

(ii) menaik taraf Jalan Pahu–Randagong–Ranau dua lorong dengan reka bentuk R4 dengan panjang 21.66 kilometer; dan

(iii) menaik taraf Jalan Pahu–Tamparuli empat lorong dengan reka bentuk R4 dengan panjang 15.72 kilometer.

Untuk makluman, cadangan melaksanakan bagi jajaran Lebuhraya Pan Borneo Fasa 2 ini bagi kajian HNDP 2040 adalah selepas tahun 2030.

Oleh yang demikian, fokus utama kementerian pada masa ini adalah untuk memastikan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1A dan Fasa 1B yang melibatkan pembinaan infrastruktur jalan raya sepanjang 706 kilometer merangkumi 35 pakej kerja dapat disiapkan mengikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan.

Selain itu Laluan Persekutuan 22, kerajaan telah memberikan kelulusan bagi projek pembaikan cerun di kilometer 55.3 Jalan Kota Kinabalu–Sandakan (Laluan Persekutuan 22) Tuaran, Sabah pada Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ranau.

draft • 12:00 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Soalan tambahan saya, YB Timbalan Menteri. Mengikut apa yang dimaklumkan sebentar tadi menyatakan bahawa jalan dimasuk dalam kategori Laluan Persekutuan LOSA yang mampu menarik— mampu menampung aliran trafik sedia ada.

Namun di kawasan sebenarnya, khususnya di kawasan Kundasang dan juga Pekan Ranau, apa yang kita dapati ialah orang berjalan, 10 minit perjalanan boleh mengambil masa sampai enam jam hingga lapan jam. Jadi, kalaulah dikatakan itu boleh menampung aliran trafik, memang bolehlah tetapi enam, lapan, tujuh jam untuk satu jalan yang hanya 10 hingga 15 minit.

Jadi, saya minta supaya pihak kementerian melihat perkara ini dengan serius supaya laluan di tempat ini dapat ditingkatkan, dinaiktarafkan supaya perjalanan trafik di dalam kawasan ini dapat diperpendek. Kalau perlu, boleh...

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

draft • 12:00 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Ya, kejap. Kalau boleh, perlu untuk buat jalan pintas, jambatan baru, laluan baru atau road ring, flyover atau membina terowong, kami minta supaya itu dapat dilakukan untuk menghadapi masalah ini. Kalau kerajaan tidak tahu atau tidak dapat mencari jalan penyelesaian segera atas perkara ini, gunalah kepakaran daripada negara China untuk menyelesaikan perkara ini sebab ini adalah

draft • 12:00 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

serius bagi kami. Banyak aduan. Minta komen daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya, saya lalu dah jalan itu. Saya tahu jalan– saya pergi ke Pekan Ranau, saya pergi ke Kundasang pada tahun lepas bulan Mei, bulan Jun, bulan Julai ya dan jalan itu sesak apabila hujung minggu atau hari perayaan. Tetapi kalau hari-hari biasa, tidaklah sesak. Oleh itu pada pandangan saya, Yang Berhormat hendaklah berbincang dengan kerajaan negeri kerana dalam Rolling Plan 1, 2, 3, 4, 5 Rancangan Malaysia Kedua Belas, tiada permohonan diterima daripada negeri Sabah.

draft • 12:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

[Bangun]

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

[Bangun]

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Bagaimana kementerian kami ingin membuat tindakan? Dan permohonan Rancangan Malaysia Ketiga Belas RP1 pun tiada permohonan diterima daripada negeri Sabah.

Jadi, saya harap Yang Berhormat berjumpa dengan JUPEM, minta mereka mohon tentang perkara ini. Misalnya, mula-mula mungkin pembesaran bahu jalan supaya jalan itu boleh diluaskan sedikit terlebih dahulu di kiri dan kanan bahu jalan dibesarkan sebelum dapat pembesaran yang sewajarnya. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Alor Setar.

draft • 12:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Datoʼ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih, Puan Speaker. Walaupun soalan ini di Sabah, saya rasa kita semua pun pernah sampai di jalan-jalan di Kundasang, di Ranau, memang sangat sempit.

Saya tanya bagi pihak pengguna motosikal juga Yang Berhormat Timbalan Menteri. Banyak jalan-jalan kita ini tak ambil kira saiz untuk motosikal dan kenderaan kereta itu lalu serentak. Jadi bila jalan sempit, motosikal lalu menyebabkan bertambah sesak juga.

Selain daripada Jalan Ranau–Kundasang yang sangat sempit itu juga, jalan sempit di susur masuk Tol Juru Yang Berhormat, motosikal tak boleh lalu. Dia tak ada lorong motosikal. Juga di susur keluar Tol Gombak. Saya baru lalu dua hari lepas, pun tak ada lorong motosikal. Semuanya sempit dan menyebabkan sesak. Jadi, apa tindakan pihak kementerian?

Orang Kedah bercuti di Sabah, Naik motosikal pemandangan indah;

draft • 12:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Datoʼ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Jalan sempit jadi gelabah, Tolong kasih besar sikit bah. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Tuan Yang di-Pertua, boleh satu soalan? Pendek sahaja.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Relevan dengan jawapan tadi. Boleh?

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Tuaran, sila duduk.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih YB. Ini laluan motosikal, susur masuk Tol Juru, susur masuk Tol Gombak.

Ya, sebagaimana saya sebut tadi, jika kos untuk membesarkan jalan ke dua lorong kepada empat lorong, lambat ya kerana kosnya tinggi. Saya ingin mengesyor kita di sini berbincang dengan JUPEM masing-masing supaya jalan-jalan yang sesak yang kita lalui dan kita tahu bahawa di kawasan kita itu sesak, mohon untuk pelebaran bahu jalan. Jadi, bahu jalan yang sudah lebar itu boleh digunakan oleh kenderaan seperti motosikal.

Saya sudah buat di kawasan saya sendiri. Bila saya menunggu— saya sendiri pun menunggu lama supaya jalan dua lorong jadi empat lorong. Jadi, saya mencari jalan keluar dengan membesarkan bahu jalan dan bahu jalan yang luas itu boleh diguna oleh motosikal untuk kemudahan dan keselamatan. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas, Mersing.

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 10.

draft • 12:00 PM

10. Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [Mersing] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan kesediaan kementerian menambah bilangan pegawai serta mewujudkan pusat rawatan komuniti AADK di Mersing bagi meningkatkan program intervensi dan pemulihan, memandangkan Mersing dikategorikan daerah berisiko rendah, laporan menunjukkan trend penagihan dadah meningkat secara senyap, termasuk penggunaan platform dalam talian.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri untuk menjawab.

draft • 12:00 PM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih. Terima kasih rakan saya dari Mersing.

Mengikut angka semasa, bilangan orang kena pengawasan di Mersing, istilahnya OKP, ada 149 klien. Ini bersamaan lima peratus daripada keseluruhan 2,883 OKP di seluruh negeri Johor. Saya kongsi ini data 2025. Jadi, daerah ini sekali gus kita kategorikan sebagai daerah yang merekodkan kadar salah guna dan penagihan dadah yang rendah. Ini kita ikut kayu ukur antarabangsa iaitu kalau 82 orang bagi setiap 10,000 penduduk, bermaksud kategori rendahlah. Okey, ya. Penduduk Mersing ini 81,000. Jadi, itu setakat 2025. Bermaksud 2023, 2024, 2025, Mersing kekal sebagai kawasan yang merekodkan kadar salah guna dadah dan bahan yang rendah.

Baik. Sepanjang tahun 2025, kita laksanakan operasi bersepadu, maksudnya AADK, PDRM, bahkan Jabatan Pengangkutan Jalan sebab dia terlibat anak-anak muda yang naik motor ini. Kita buat sebanyak 44 operasi sepanjang 2025. Makna, purata tiga hingga empat operasi dalam sebulan. Baik, dan sepanjang operasi itu kita rekodkan ada 46 aduan yang telah berjaya kita selesaikan dan ini melibatkan 172 individu yang disyaki untuk tindakan selanjutnyalah.

Jadi pada masa yang sama, untuk makluman Yang Ahli Berhormat, kita— isunya adalah apakah ada keperluan untuk kita buat satu pusat khidmat yang secara fizikalnya.

Saya harus akui kita ada kekangan kewangan dan sebagainya untuk mewujudkan. Jadi, bagi kawasan yang berisiko rendah macam Mersing, di antara pilihan buat pusat ataupun kita gerakkan inisiatif lain. Inisiatif lain yang tujuannya sama. Ini kita namakan Mobilisasi Rawatan Pemulihan Tanpa Sempadan. Maknanya AADK mendatangi anda.

Lebih kepada outreach programme berbanding kita tunggu dia datang ke pusat khidmat kita.

Jadi, maksudnya walaupun tak ada bangunan fizikal, tetapi kita usahakan kaedah MRT tadi bagi membolehkan pasukan AADK bertemu kumpulan sasaran secara menyeluruh bagi mengatasi kekangan logistik dan kewangan tadi. Jadi, usaha ini adalah usaha yang berterusan di pihak AADK. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Mersing.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya jelas berkaitan dengan kurangnya jumlah penagih dadah yang ditangkap di Mersing dan sebagainya dan saya pun adalah salah seorang Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah. Cumanya, seperti di Johor, dia ada target untuk Hapus Dadah 2025 tahun lepas dan secara keseluruhannya di Malaysia 2030.

Jadi, untuk kita mengurangkan lagi kadar ataupun kita mencegah pemulihan dadah ini, kenaikan dadah, jadi apakah usaha-usaha kementerian untuk memperkasakan NGO-NGO di komuniti ini? Kita ada PEMADAM, JKPD, skuad AADK.

Sebagaimana kata Menteri tadi, ada outreach program. So, maksudnya kita menggalakkan kalau ada mereka-mereka yang tidak ditangkap tapi mahu secara sukarela. Jadi, apakah keistimewaan-keistimewaan yang diberikan kepada mereka- mereka yang terlibat secara outreach ini, secara sukarela untuk mendaftar untuk pemulihan dadah ini? Itu sahaja. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih Yang Berhormat Mersing. Kita ada lebih kurang 30 lah ya PUSPEN. Tapi, yang dalam klien yang kita pulihkan dalam komuniti ini, dia dalam lingkungan 6,000 saja. Tapi, yang dalam komuniti itu, lebih kurang 60,000 lagi. Okey, so menunjukkan kontrasnya ya. Yang dalam komuniti ini, ada yang masuk melalui keputusan mahkamah, mahkamah yang perintahkan mereka terlibat dan dipulihkan.

Ada yang masuk secara sukarela, ada yang masuk setelah menjalani hukuman penjara, bebas itu tak boleh balik rumah lagi, masuk ke situ. Jadi, terima. Jadi, yang masuk cara sukarela ini adalah jalan yang kita permudahkan bila tahun lepas saya bentang di sini dan pinda Akta Penagih Dadah. Apa beza dia?

Kalau masuk dengan keputusan mahkamah tadi, dia ada rekod jenayah. Tapi, kalau dia tahu dia terlibat dengan salah guna dadah dan bahan, secara sukarela dia mendatangi AADK, yang itu tak ada rekod jenayah. Kita pulihkan dalam itu. Itu— jadi, bersih rekod dia. Sebab kita deal dia di bawah, kita urus di bawah Akta Penagih Dadah.

Baik, kalau Yang Berhormat tanyakan, apakah program seumpama ini melibatkan NGO? Dalam pindaan yang saya bentangkan dan disokong dalam Dewan tempoh hari, PUSPEN kerajaan tadi kita ada 30 sahaja. Tapi, PUSPEN swasta ini

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

jumlahnya dalam lima puluhan. Dulu kita tak boleh kawal mereka di bawah satu akta, sekarang kita masukkan mereka. Jadi, sebab itu bila kita kumpul data, kita kumpul daripada AADK, kita kumpul daripada Kementerian Kesihatan, kita kumpul daripada Narkotik Bukit Aman dan kita kumpul daripada PUSPEN termasuk PUSPEN swasta.

Jadi, kita pun dapat angka dia. Itu yang memberikan angka yang tadi. Mersing kita kumpul semua daripada empat sumber, relatifnya rendah. Baik, jadi kalau PUSPEN swasta itu terlibat bermaksud di peringkat bawah ini program komuniti kita, program komuniti kita itu.

draft • 12:10 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

[Bangun]

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Banyak penglibatan yang kita buat dengan pelbagai pertubuhan sukarela. Baru ini Yang Berhormat Pengerusi, saya ke Kedah bersama dengan Raja Muda Kedah, AADK dan dalam seminar itu kita himpunkan banyak pengalaman daripada pelbagai pihak. Ada yang menggunakan model pemulihan berdasar pada berteraskan masjid, ada satu model yang berjaya oleh sekumpulan para doktor dan juga pimpinan masjid.

Jadi, kita bawa contoh itu dalam seminar biar dia tunjukkan dan Raja Muda Kedah minta untuk saya kembangkan di Kedah bahkan beliau cadangkan Pendang antara kawasan. Sebab Pendang dalam banyak-banyak daerah di Malaysia pingat emas rekod paling tinggi angka. Jadi, kita dulukan Pendang berbanding Mersing. Jadi, memang kita ada usaha itu. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Batang Lupar.

draft • 12:10 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Terima kasih Puan Speaker. Saya mendengar dengan teliti jawapan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan pusat rawatan komuniti ini dan saya ambil maklum bahawasanya kerajaan mempunyai kekangan kewangan untuk membina pusat-pusat komuniti ini.

Tetapi, sejauh manakah komitmen kementerian untuk mewujudkan pusat komuniti ini di kawasan yang kadar penggunaan dadahnya tinggi terutama di kawasan luar bandar dan memandangkan trend penagihan dadah ini, penyalahgunaan dadah ini kini beralih kepada platform dalam talian? Apakah bentuk latihan atau kepakaran baharu ataupun aset teknologi baharu yang akan dibekalkan kepada pihak AADK, kepada pegawai-pegawai dan — untuk mengesan dan mengintervensikan penagih senyap pada masa ini? Terima kasih Menteri.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Datuk Yang di-Pertua, di KDN ini yang mengawal bekalan itu Bahagian Narkotik, Bukit Aman. Tapi, kalau sudah terjebak, kerja pemulihan itu di bawah KDN adalah AADK. Dari segi komitmen kerajaan, bajet yang kita luluskan, AADK menerima hampir 500 juta untuk menguruskan kesemualah belanja operasi dan belanja pembangunan.

Jadi, buat masa sekarang kalau namanya pusat pemulihan, kita anggap 30 itu angka yang munasabah. Jadi, kaedah kita untuk menguruskannya sebab kita dah lawan dadah ini lebih empat dekad ya. Daripada dadah konvensional, sekarang ini dengan evolusinya dah dadah sintetik. Jadi, semua pendekatan yang kita buat itu berasaskan kepada datalah kita kumpulkan, kemudian kita buat mapping. Kita tahu kawasan mana yang jauh lebih serius yang perlu diberi keutamaan.

Secara kebetulan, kebanyakannya negeri-negeri di sempadan terutama yang dekat dengan Thailand, dari Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu itu adalah angka sekarang daripada empat sumber data itu, inilah kawasan yang paling ramai sekali berbanding kawasan yang Batang Lupar sebut kawasan pedalaman.

Kalau ikut mapping kita tadi itu ya, kita kata dari sudut kekangan bajet dan segalanya tentulah lebih afdal kita utamakan kawasan-kawasan yang lebih serius tadi.

Itu dari sudut strategi KDN untuk menangani hal yang disebut. Sebab itu — sebagai alternatifnya apa? Kita tubuhkan pasukan mobilisasi tadilah supaya tak semestinya memberi perkhidmatan adalah bertahan di satu bangunan fizikal yang namanya pusat khidmat ataupun pejabat. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad, Simpang Renggam.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Datuk Yang di-Pertua, soalan saya nombor 11.

draft • 12:10 PM

11. Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad [Simpang Renggam] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan strategi kementerian bagi kepelbagaian ke sektor bernilai dan strategik berasaskan kecerdasan buatan termasuk pengembangan aplikasi AI merentas industri utama negara.

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya daripada Simpang Renggam. Melalui Bajet 2026, Malaysia berhasrat untuk muncul sebagai peneraju

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin

serantau dalam bidang AI dengan memperkukuh keseluruhan rantaian nilai merangkumi Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi (R&D&C&I).

Bagi tujuan tersebut, kerajaan telah memperuntukkan hampir RM5.9 bilion merentasi pelbagai kementerian sebagai usaha bersepadu untuk merealisasikan aspirasi Malaysia sebagai negara AI atau AI nation menjelang tahun 2030. Kementerian komited terhadap aspirasi kerajaan dan pendekatan kementerian bagi memenuhi dan menyokong keperluan ini adalah melalui inisiatif-inisiatif seperti berikut.

Nombor satu, menyediakan sokongan fasilitasi kewangan bagi menggalakkan adaptasi teknologi industri 4.0 dalam bentuk pinjaman mudah dah geran padanan untuk syarikat pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan untuk mengguna pakai teknologi penyelesaian industri 4.0 dalam operasi syarikat. Di bawah NIMP 2030, kementerian telah memperkenalkan program khusus Smart Tech Up bagi membantu kilang-kilang di Malaysia beroperasi secara pintar atau dikenali sebagai smart factory dengan sasaran 3,000 kilang menjelang 2030.

Kedua, menawar pelbagai insentif cukai untuk memacu perkembangan industri digital dan penggunaannya seperti Automation Capital Allowance dan pelbagai insentif cukai di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986 dan Akta Cukai Pendapatan 1967 dan ini termasuk syarikat-syarikat AI.

Ketiga, menarik pelaburan daripada syarikat gergasi teknologi berpotensi memberi impak terhadap sektor industri negara. Contohnya, kita telah mendapat pelaburan daripada Microsoft, Google dan juga Amazon Web Services (AWS).

Pelaburan strategik ini bukan sahaja meningkatkan kapasiti infrastruktur digital negara malah berperanan sebagai pemangkin kepada pembentukan ekosistem AI yang berdaya saing dan berimpak tinggi untuk dimanfaatkan oleh industri di dalam negara.

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin

Keempat, menarik pelaburan di dalam industri teknologi AI bagi memperkukuhkan ekosistem digital. Sejak separuh kedua tahun 2024 hingga tahun 2025, Malaysia telah berjaya menarik pelaburan berkaitan teknologi kecerdasan buatan atau AI berjumlah kira-kira RM3.6 bilion melibatkan pelbagai inisiatif pembangunan teknologi AI serta sokongan kepada lebih 60 syarikat pemula tempatan. Pelaburan ini mencerminkan keupayaan Malaysia dalam membangunkan ekosistem AI yang progresif dan berdaya saing.

draft • 12:20 PM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin

Kelima, pelaksanaan program ARM merupakan inisiatif kerjasama strategik di antara kerajaan dengan syarikat antarabangsa bagi memperkukuh keupayaan reka bentuk semikonduktor tempatan khususnya dalam pembangunan cip berpotensi yang menyokong aplikasi AI.

Dan keenam, mengukuhkan integrasi sektor semikonduktor dengan sektor- sektor tertentu melalui sesi libat urus dan galakan berterusan dengan industri terutamanya dengan syarikat-syarikat utama yang berpotensi sebagai local champions untuk kerjasama dengan syarikat-syarikat AI berkaitan dengan sektor semikonduktor.

Pada masa ini, tumpuan diberikan kepada sektor tertentu seperti E&E, automatif dan pusat data.

Selain daripada semua inisiatif di atas ini, MITI sentiasa memberi kerjasama kepada Kementerian Digital dalam merangka strategi berterusan, mewujudkan sistem tadbir urus dan etika AI yang baik, memantapkan infrastruktur digital dan terus menarik pelaburan berkaitan AI. Langkah-langkah ini bagi membantu Malaysia mempunyai kuasa pengkomputeran yang mencukupi untuk menjalankan model AI tempatan tanpa bergantung sepenuhnya kepada infrastruktur luar seterusnya mencipta ekosistem AI yang selamat dan bertanggungjawab khususnya untuk dimanfaatkan oleh industri di negara ini. Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Simpan Renggam.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Terima kasih Yang Berhormat. Tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan pihak kementerian di atas inisiatif dan juga program-program termasuk libat urus yang diusahakan. Apabila kita melihat bahawa data center ini terus berkembang, ditambah pula dengan pengukuhan Ringgit, itu memberi kita satu lagi peluang untuk memperbanyakkan lagi usaha selain daripada apa yang telah Yang Berhormat katakan.

Soalan tambahan saya ialah apa juga program dan inisiatif ini dilihat seolah-olah kita terus menjadi masyarakat pengguna. Kita menggunakan teknologi yang dibawa masuk oleh Princeton Digital company macam Microsoft, macam Amazon yang Yang Berhormat sebut tadi.

Bagaimana usaha kementerian untuk melihat sekiranya kita sudah boleh memulakan untuk melahirkan masyarakat berinovasi, masyarakat yang pembuat, bukan lagi hanya masyarakat pengguna. Adakah itu ada di dalam perancangan kementerian?

Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin

Terima kasih sahabat saya Simpang Renggam. Soalan yang sangat bagus sebab saya― untuk menjawab soalan ini, bagaimana kita boleh menjadi masyarakat pembuat AI, bukan pengguna sahaja dan ini memberi peluang kepada kita sebab di Malaysia ini― Malaysia dengan negara-negara lain contohnya Korea kah, Jepun kah dan Amerika Syarikat. Tapi kalau― Amerika Syarikat ke depan sikit tetapi untuk negara-negara membangun, kita bermula pada garis mula yang sama. AI is a new industry. Jadi, ini memberi peluang kepada Malaysia.

Dan saya nak bagi contoh, ada banyak aplikasi AI yang boleh digunakan.

Contohnya, kalau kata di traffic management system, intelligent traffic management system, sebenarnya, ada syarikat-syarikat yang cuba menjual kepada Malaysia daripada negara Korea kah dan sebagainya. Tapi sebenarnya di Malaysia ni kita mempunyai kepakaran yang― I mean competitive or setaraf dengan mereka.

Jadi, haruslah kerajaan negeri contohnya Ketua Menteri Pulau Pinang di sini, kita harus― dan juga Johor, kita harus memberi peluang kepada pengusaha tempatan, let them do it. Kontrak bagi kepada syarikat tempatan untuk AI-AI supaya kita akan― apabila syarikat-syarikat ni mempunyai kontrak, mereka akan belajar dan mereka akan naik taraf dan satu ketika nanti, dia akan jual kepada negara lain.

Jadi kerajaan tempatan, Kerajaan Pusat, kerajaan negeri harus cuba memberi kontrak kepada syarikat tempatan. Pilih localization, give them the chance. Utamakan syarikat tempatan supaya mereka― kita ada engineer dan juga syarikat-syarikat AI yang bermula dan mereka mempunyai kepakaran. Dan, kalau kita utamakan mereka, satu hari nanti kita akan melahirkan syarikat yang hebat untuk AI. Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Padang Besar.

draft • 12:20 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tahniah atas usaha untuk membangunkan ekosistem industri pintar tersebut dan juga tentang prioriti kepada syarikat tempatan.

Soalan saya adakah perancangan untuk membangunkan ekosistem industri pintar ini di kawasan sempadan negara, contohnya di Padang Besar, termasuk pengguna AI dalam sektor logistik, pengurusan rantaian bekalan, automasi gudang dan fasilitasi perentas sempadan serta menarik pelaburan berteknologi tinggi supaya kawasan sempadan ini bukan sekadar menjadi laluan perdagangan tapi ia berkembang sebagai pusat industri pintar dan bernilai tinggi. Sekian, terima kasih.

draft • 12:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin

Terima kasih sahabat saya daripada Padang Besar. AI ni dia sebenarnya dia adalah merentas semua kawasan. Dia mempunyai peluang untuk semua industri, semua kawasan contohnya di Padang Besar, you ada isu logistik, cross border dan sebagainya. Dan, ini mempunyai peluang untuk AI, syarikat-syarikat untuk AI untuk menaik taraf ke efficiency terhadap logistik dan sebagainya. Jadi, peluang-peluang ini sangat baik. Dan, saya menyeru supaya Kerajaan Negeri Perlis kah dan juga KDN dan sebagainya kena berusaha untuk memberi kontrak-kontrak atau projek-projek AI supaya kita meningkatkan― Setiap industri, setiap aplikasi mempunyai― harus ada AI sekarang. Sebab mulai sekarang, kalau kita tidak ada keupayaan AI, kita ketinggalan. Jadi, dia harus ada keupayaan semua daripada semua industri, semua sektor, semua aplikasi harus AI embedded barulah kita boleh menyelesaikan masalah dengan secara lebih efektif. Jadi, Padang Besar, saya yakin bahawa satu hari kalau kita boleh cross border di Padang Besar dengan sangat efisien, maka harus bermula sekarang.

draft • 12:20 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Terima kasih, dialukan.

draft • 12:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin

Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah...

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Soalan terakhir Yang Berhormat.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawapan Lisan.

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Dah lama tunggu Yang Berhormat.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 12:20 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran Jabatan Perdana Menteri seperti yang tertera di nombor 28 dalam susunan giliran Yang Berhormat Menteri-menteri menjawab ke atas perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja dan diputuskan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi pada hari Rabu, 11 Februari 2026.”

draft • 12:08 PM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Menyokong Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:08 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah ke Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 12:08 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

USUL MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang

draft • 12:08 PM

di-Pertuan Agong, demikian bunyinya

“Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas mengucapkan daripada Majlis Dewan

draft • 12:08 PM

di-Pertuan Agong, demikian bunyinya

Rakyat berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kelima Belas.” [9 Februari 2026]

draft • 12:08 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Minta Kementerian Sumber Manusia mula menjawab.

draft • 12:08 PM

Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Salam sejahtera. Salam Malaysia MADANI. Puan Yang di-Pertua, sebelum saya mulakan, izinkan saya mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam.

[Tepuk] Puan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada 14 orang Ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat yang telah mengambil bahagian dan memberikan pandangan serta saranan yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia sepanjang sesi perbahasan ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa Istiadat Pembukaan Penggal Kelima, Majlis Parlimen yang Kelima Belas.

draft • 12:09 PM

Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Dalam menelusuri cabaran ekonomi global yang tidak menentu dan landskap geopolitik yang kian meruncing, kita amat bertuah kerana nakhoda pentadbiran negara, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memacu bahtera negara dengan visi yang jelas dan strategik.

Melalui Gagasan Malaysia MADANI, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bukan sahaja berjaya memulihkan keyakinan pelabur asing yang kini mencurah masuk ke dalam negara, malah telah meletakkan semula nama Malaysia di pentas dunia sebagai sebuah negara yang bermaruah dan berprinsip. Di bawah pimpinan beliau, kita melihat usaha tuntas untuk mengangkat darjat merangkumi pelbagai lapisan rakyat.

Puan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk memberikan maklum balas terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Tumpat dan Yang Berhormat Tenggara berkaitan isu pekerjaan tidak formal yang terkait dengan perlindungan keselamatan sosial.

draft • 12:30 PM

Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Berdasarkan Laporan Survei Sektor Informal dan Pekerjaan Informal oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah mereka yang terlibat di dalam pekerjaan informal adalah seramai 3.45 juta orang, meliputi 21.8 peratus daripada jumlah guna tenaga di Malaysia pada tahun 2023. Kerajaan sentiasa komited dalam memperluaskan skop perlindungan sosial bagi semua sektor pekerja, termasuklah kepada pekerja dalam sektor tidak formal.

Bagi memperkukuh kesejahteraan golongan pekerja ini, KESUMA:

(i) menawarkan Rang Undang-undang Pekerja Gig 2025 (Akta 872) pada 31 Disember 2025 yang akan dikuatkuasakan pada tahun 2026 ini. Penggubalan Akta 872 bertujuan untuk menyediakan rangka kerja perundangan yang lebih jelas bagi mengiktirafkan status pekerja gig dan memberikan perlindungan perburuhan yang asas kepada pekerja gig, termasuk perlindungan sosial;

(ii) memperluaskan liputan perlindungan sosial melalui pindaan kepada Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), Rang Undang-undang RUU Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2025 yang telah diluluskan di Dewan Negara pada 18 Disember 2025.

Pindaan ini memperkenalkan Skim Lindung 24 jam yang menyediakan perlindungan secara menyeluruh kepada pekerja yang layak sepanjang tempoh penggajian termasuk bagi kemalangan yang berlaku di luar waktu kerja dan tidak berkait secara langsung dengan pekerjaan. Skim ini menawarkan pelbagai manfaat bagi memastikan kesejahteraan pekerja dan sokongan kepada keluarga mereka.

(iii) menggalakkan golongan muda yang bekerja di sektor tidak informal untuk beralih ke sektor pekerjaan yang formal bagi meningkatkan pendapatan, seterusnya taraf hidup mereka.

Antaranya melalui inisiatif program peningkatan kemahiran (upskilling) dan juga latihan semula (reskilling).

(iv) Belanjawan 2026 telah memperuntukkan RM100 juta kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi pembiayaan latihan kemahiran dan perlindungan jaringan sosial

draft • 12:30 PM

Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

kepada pekerja sektor tidak formal, termasuk pekerja gig.

Peruntukan ini bertujuan meningkatkan kemahiran dan daya saing golongan ini agar peluang pekerjaan mereka dalam sektor formal dapat ditingkatkan selari dengan permintaan pasaran buruh; dan

(v) penambahbaikan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) melalui kenaikan allowance pencari kerja dan latihan kemahiran, serta pengenalan allowance mobility sebanyak RM1,000 di bawah Skim Lindung Kerjaya bagi individu yang menerima tawaran pekerjaan melebihi 100 kilometer dari tempat tinggal yang asal. Langkah ini bertujuan menggalakkan mobiliti tenaga kerja serta meningkatkan kebolehpasaran pencari kerja.

Puan Yang Di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Tumpat telah mencadangkan penubuhan sebuah unit khas...

draft • 12:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Menteri, boleh saya minta penjelasan sikit? Saya semasa perbahasan, saya ada menyebut mengenai tahap pengangguran yang kekal rendah iaitu lebih kurang 3.2 peratus. Jadi, saya ingin bertanya sama ada Kementerian KESUMA ada mempunyai pangkalan data yang lebih detail untuk kita mengetahui dalam 3.2 peratus ini, siapakah yang menganggur itu dan kenapa mereka menganggur.

Adakah disebabkan tidak ada kemahiran, kelayakan akademik dan sebagainya, supaya kita boleh zoom in, supaya kita boleh bantu dengan program-program kementerian dan sebagainya, dan yang kedua, baru-baru ini, saya ada mendengar KESUMA ada memperkenalkan bateri— apa ini— Bateri MADANI, program— satu program yang amat baik, saya rasakan untuk komuniti masyarakat India.

Jadi, saya berpendapat program yang baik sedemikian, mungkin boleh dikembangkan kepada Sabah, Sarawak dan boleh juga, kita ada Bateri MADANI untuk masyarakat Dayak ataupun Kadazan di Sabah dan sebagainya. Apa pandangan Menteri KESUMA?

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Terima kasih, sahabat saya Yang Berhormat Puncak Borneo. Sebenarnya, angka yang diberikan tadi, 3.2 peratus itu berdasarkan DOSM. Memang kita— kalau kita lihat, banyak daripada pengangguran ini wujudnya sebab mereka tidak mahu mengadakan satu pekerjaan yang secara formal.

Dia lebih baik, dia nak kerja secara tidak formal.

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Contohnya, pekerja-pekerja gig yang tidak termasuk di dalam sektor tersebut. Itu adalah salah satu sebab Akta Gig diwujudkan. Jadi, mereka mandatori untuk masuk ke dalam sektor formal. Itu nombor satu.

Kedua, kalau kita lihat Program Bateri MADANI ini, dia adalah program untuk masyarakat India tetapi perekaan program-program sebegini, boleh kita juga lihat untuk dibuat bukan saja bagi komuniti Dayak ataupun Iban di Sabah dan Sarawak, juga boleh kita lakukan bagi komuniti-komuniti Cina yang lain juga.

Tetapi, kita kena lihat, ia berdasarkan peruntukan yang sedia ada dan juga berdasarkan dengan permintaan yang sedia ada. Jadi, kadang-kadang bila kita buka sesuatu program, ada beberapa program yang sebelum ini kita buka, sambutan dia agak kurang. Tetapi, saya akan ambil pandangan daripada Yang Berhormat Puncak Borneo untuk kita cuba melakukan di Sabah dan Sarawak juga. Terima kasih.

Seterusnya, Yang Berhormat Tumpat telah mencadangkan sebuah unit khas bagi memantau kebajikan keluarga pekerja e-hailing yang kehilangan ketua keluarga akibat kemalangan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pertubuhan Keselamatan Sosial

(PERKESO) yang telah ditubuhkan, khusus untuk menjaga kebajikan pekerja yang mencarum melalui pelbagai skim perlindungan di bawahnya.

Antaranya, kewajipan para penyedia platform yang diperuntukkan di bawah Akta 872 adalah bagi memastikan pekerja gig didaftarkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri 2017 (Akta 789) yang memberi perlindungan, lindung kendiri kepada pekerja gig daripada bencana pekerjaan sendiri, termasuk penyakit, pekerjaan dan kemalangan perjalanan sewaktu menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri.

Skim Lindung Kendiri menyifatkan satu program di mana manfaat seperti faedah perubatan, faedah hilang upaya sementara, faedah hilang upaya kekal, allowance layanan sendiri, kemudahan pemulihan jasmani vokasional, faedah orang tanggungan, faedah pengurusan mayat dan juga faedah pinjaman pendidikan diambil kira.

Setakat 31 Disember 2025, bilangan orang bekerja sendiri yang berdaftar dan mencarum secara aktif di bawah LINDUNG KENDIRI adalah seramai 869,913 orang.

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Daripada jumlah tersebut, seramai 299,670 orang yang terlibat dalam sektor gig termasuk pekerja e-hailing. Sekiranya berlaku kematian, pekerja-pekerja ini akan dapat

draft • 12:40 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

manfaat dan tanggungan mereka juga waris akan menerima faedah pengurusan mayat sebanyak RM3,000 dan juga faedah orang tanggungan.

Sebagai satu contoh yang saya boleh berikan di sini, ada satu insiden di mana sebuah kapal terbang terhempas di Bandar Elmina pada 17 Ogos 2023 yang lalu menyebabkan kematian seorang pemantau p-hailing iaitu Allahyarham Muhamad Hafiz Mohd Saleh. Mangsa mencarum di bawah Skim LINDUNG KENDIRI yang mana melayakkan waris mangsa iaitu ibu bapanya menerima bayaran faedah orang tanggungan seumur hidup berjumlah hampir RM2,000 sebulan.

Berdasarkan statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), sehingga 31 Disember 2025, bilangan penerima faedah di bawah LINDUNG KENDIRI adalah seramai 7,693 orang melibatkan bayaran faedah berjumlah RM31.26 juta. Oleh itu, kerajaan komited untuk memastikan bahawa pembangunan ekonomi digital negara tidak berlaku dengan mengorbankan kesejahteraan pekerja dan masa depan keluarga mereka. Prinsip tiada siapa yang ditinggalkan (leave no one behind) dengan izin, akan terus menjadi asas kepada dasar buruh dan perlindungan sosial negara di bawah kerajaan.

Di bawah Belanjawan 2026, kerajaan akan menyalurkan insentif sebanyak 70 peratus caruman di bawah LINDUNG KENDIRI untuk mereka yang bekerja sendiri dan pertama kali mendaftar dalam sektor yang belum dimandatorikan. Manakala, insentif sebanyak 50 peratus bagi mereka yang memperbaharui caruman tahun kedua secara sukarela. Ini merupakan salah satu usaha kerajaan memastikan golongan ini mendapat perlindungan sosial yang sewajarnya.

Puan Yang di-Pertua, sebelum saya sambung saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kehadiran seramai 24 orang pelajar daripada 13 sekolah di Malaysia yang telah memenangi pertandingan World Robot Games (WRG) 2025 yang telah berlangsung pada 25 November 2025 hingga 1 Disember 2025 yang lalu di dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih.

Seterusnya Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Balik Pulau telah mencadangkan flexible working hours, galakan kerja dari rumah untuk sektor yang sesuai juga mengenai perlindungan kesihatan mental pekerja work-life balance dengan izin. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah memperkenalkan inisiatif Aturan Kerja Fleksibel (AKF) dengan meminda Akta Kerja 1955 yang berkuat kuasa 1

draft • 12:40 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Januari 2023 dan pindaan Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) dan juga Ordinan Buruh

(Sabah Bab 67) yang berkuat kuasa mulai 1 Mei 2025.

AKF ini akan memberikan penumpuan khusus kepada kebajikan pekerja serta keseimbangan kehidupan bekerja dan berkeluarga. Work-life balance sekali lagi Puan Yang di-Pertua dengan izin.

Semua pekerja sektor swasta boleh memohon kepada pihak majikan melalui pelaksanaan AKF yang meliputi perubahan waktu kerja, perubahan hari bekerja dan juga perubahan tempat bekerja. Permohonan tersebut juga tertakluk kepada hari rehat, tempoh masa kerja, hari kelepasan dan syarat-syarat lain perkhidmatan. Namun begitu, amalan kerja fleksibel termasuk pengaturan kerja dari rumah (work from home) dengan izin, atau waktu kerja anjal ini adalah tertakluk kepada kesesuaian sektor, jenis pekerjaan dan persetujuan antara majikan dan pekerja.

Garis panduan pelaksanaan AKF juga telah disediakan bagi memberi pemahaman terperinci kepada pihak majikan, pekerja dan kesatuan sekerja mengenai perkara-perkara asas. Dalam usaha menyebar luas maklumat berhubung AKF ini, pelbagai program dan inisiatif telah dilaksanakan oleh kerajaan. Antaranya melalui Program Pendidikan Perburuhan oleh Jabatan Tenaga Kerja. Sehingga 2025, sebanyak 222 Program Pendidikan Perburuhan telah dilaksanakan termasuk mempromosi dan memberi taklimat mengenai AKF. Turut dilaksanakan adalah program FWA@Workplace oleh TalentCorp bagi membantu organisasi memahami dan melaksanakan AKF secara lebih berkesan melalui penyediaan tool kit, bengkel dan juga sesi konsultasi.

Pada tahun 2025 sebanyak 2,460 organisasi telah terlibat. Ini telah memberi manfaat kepada kira-kira 474,400 pekerja. Pelaksanaan ini turut disokong oleh insentif cukai berupa potongan tambahan 50 peratus kepada majikan yang melabur dalam pembangunan kapasiti dan perisian berkaitan AKF seperti diumumkan dalam Belanjawan 2025.

Selain itu, bagi mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat, menyokong kesejahteraan mental pekerja serta menghargai keseimbangan hidup, KESUMA menerusi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah membangunkan panduan keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi pelaksanaan Aturan Kerja Fleksibel 2026 sebagai rujukan kepada semua majikan dan pekerja di Malaysia yang melaksanakan AKF.

draft • 12:40 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Panduan ini menekankan tanggungjawab majikan bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja walaupun kerja dilaksanakan secara fleksibel termasuk dari rumah. Ini merangkumi keperluan menjalankan pentaksiran, risiko keselamatan dan kesihatan pekerja termasuk risiko ergonomik dan risiko psikososial seperti tekanan kerja serta keletihan mental.

Puan Yang di-Pertua, seterusnya adalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Selayang. Yang Berhormat telah mencadangkan agar satu dasar dibentuk bagi memberi kebenaran kepada golongan pelarian seperti pelarian Rohingya agar diberi kebenaran kerja yang sah, dibayar upah yang setara dan dilindungi di bawah Undang-undang Buruh.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu ini jatuh di bawah Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 23 berkenaan dasar dan mekanisme pengurusan pelarian dan pemohon suaka yang berada di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri yang menyelia dan mengurus pelarian dan pemohon suaka di Malaysia.

Buat masa ini kerajaan sedang merangka inisiatif Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) yang merupakan satu proses saringan dan pendaftaran pelarian dalam negara. Inisiatif ini bertujuan bagi mendapatkan data pelarian secara lebih tepat dan credible. Kerajaan juga sedang mempertimbangkan beberapa langkah seterusnya dan ini termasuk cadangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Selayang tetapi hanya selepas mereka selesaikan pendaftaran. Ini bagi memastikan pengurusan yang lebih komprehensif tanpa kompromi terhadap keselamatan negara serta mengambil kira kebajikan kita semua bersama.

draft • 12:40 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Yang Berhormat Selayang, apakah masa yang dianggarkan untuk selesaikan pendaftaran DPP ini yang tadi dikatakan oleh Yang Berhormat?

draft • 12:40 PM

Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan

Terima kasih Yang Berhormat. Memang sekarang di dalam pelaksanaan, pendaftaran masih sedang berlaku dan akan dijalankan secepat mungkin. Tetapi kadang-kadang bila kita nak mendapatkan data-data supaya dia teliti, dia mengambil masa sedikit tetapi kita akan laksanakan secara secepat mungkin dan sedang dilaksanakan. It’s ongoing as we speak, Yang Berhormat.

draft • 12:40 PM

Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan

Puan Yang di-Pertua, seterusnya izinkan saya untuk menjawab isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Petaling Jaya agar caruman levi HRD Corp satu peratus

draft • 12:50 PM

Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan

dikurangkan kepada 0.5 peratus dan khusus latihan kendiri dijalankan dengan kerjasama kerajaan dan institusi pendidikan.

Berkaitan dengan isu ini, perlaksanaan caruman levi HRD Corp sebanyak satu peratus adalah selaras dengan peruntukan di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001 [Akta 612]. Majikan akan mengajikan sepuluh pekerja tempatan iaitu adalah diwajibkan untuk mendaftar dengan HRD Corp dan membayar levi latihan pada kadar satu peratus daripada jumlah gaji bulanan pekerja dan dibayar oleh majikan tanpa memotong gaji pekerja.

Levi ini bertujuan menyediakan dana latihan yang mampan bagi menyokong pembangunan kemahiran dan peningkatan produktiviti tenaga kerja. KESUMA mengambil maklum agar cadangan supaya kadar levi ini dinilai semua termasuk pengurangan kepada 0.5 peratus.

Walau bagaimanapun, sebarang perubahan kadar levi perlu diteliti secara menyeluruh kerana ia memberi implikasi kepada keupayaan pembiayaan latihan dan kesinambungan pembangunan modal insan negara khususnya untuk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS).

Kementerian ini memahami kebimbangan yang dibangkitkan, khususnya PMKS yang berdepan tekanan kos operasi serta cabaran ekonomi semasa. Walau bagaimanapun, levi ini bukanlah cukai, sebaliknya merupakan dana latihan yang boleh dituntut semula oleh majikan bagi tujuan latihan pekerja mereka.

Bagi PMKS yang aktif menggunakan dana ini, untuk latihan pekerja, kos satu peratus boleh dilihat sebagai pelaburan dalam pembangunan sumber manusia. Bagi memastikan dana levi ini dimanfaatkan secara optimum pada tahun 2025, HRD Corp telah menyalurkan sebanyak RM766.58 juta dalam bentuk bantuan kewangan kepada majikan PMKS.

Selain itu, sejumlah RM739.12 juta bayaran tuntutan telah diluluskan khusus untuk PMKS bagi perlaksanaan program peningkatan kemahiran (upskilling) dan latihan semula kemahiran (reskilling) yang melibatkan sebanyak 806,165 tempat latihan di seluruh negara.

Buat masa ini, HRD Corp telah dan sedang memperluaskan pelaksanaan aktiviti dan latihan kendiri serta kerjasama strategik dengan universiti awam dan institusi pendidikan tempatan dengan memanfaatkan kepakaran sedia ada bagi menyediakan latihan yang lebih berpatutan tanpa menjejaskan kualiti dan keberkesanan latihan.

draft • 12:50 PM

Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan

Puan Yang di-Pertua, seterusnya adalah pertanyaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bentong, berkenaan status terkini Dasar Gaji Progresif negara, sama ada berada di landasan yang betul untuk menangani isu gaji rendah dan ketidak— keseimbangan kos sara hidup.

Setakat ini, Dasar Gaji Progresif (DGP) telah menunjukkan kejayaan dalam menangani isu gaji rendah dan ketidakseimbangan kos sara hidup di mana telah berjaya meningkatkan gaji median pekerja yang menyertai DGP. Bagi pekerja peringkat permulaan yang bekerja dalam tempoh 12 bulan, gaji median meningkat sebanyak RM300 daripada RM1,900 kepada RM2,200 di mana peratus kenaikan adalah hampir sebanyak 16 peratus.

Manakala bagi pekerja bukan peringkat permulaan yang telah bekerja melebihi 12 bulan, gaji median telah naik sebanyak RM238 daripada RM2,200 kepada RM2,438 dengan peratus kenaikan sebanyak 11 peratus.

Impak pelaksanaan dasar ini perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas kerana ia dirangka untuk menggalakkan pembayaran gaji berasaskan prestasi dan produktiviti melalui peningkatan kemahiran bekerja.

Puan Yang di-Pertua, di bawah isu yang lebih kurang sama, Yang Berhormat Batang Sadong mencadangkan agar pelaksanaan gaji minimum, gaji progresif dan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam diselaraskan supaya peningkatan gaji seiring dengan pertumbuhan ekonomi dan dapat dirasai oleh majoriti rakyat, khususnya golongan berpendapatan dan sederhana.

Namun begitu, menerusi kerangka Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), salah satu teras utama ekonomi MADANI yang diberi pendekatan dan penekaan khusus adalah menaikkan lantai ekonomi rakyat. Tumpuan ini direalisasikan melalui strategi penyelarasan gaji secara menyeluruh untuk mengintegrasikan tiga instrumen utama iaitu:

(i) Perintah Gaji Minimum (PGM);

(ii) Dasar Gaji Progresif (DGP); dan

(iii) Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Strategi bersepadu ini merupakan pemacu utama bagi mencapai sasaran RMK13 iaitu menyasarkan gaji penengah bulanan sebanyak RM3,500 serta meningkatkan pampasan pekerja (compensation of employees) dengan izin, Puan Yang di-Pertua, daripada KDNK kepada 40 peratus menjelang tahun 2030.

draft • 12:50 PM

Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan

Pendekatan holistik ini memastikan manfaat diagihkan secara saksama merentasi semua sektor dan juga pelaksanaan gaji minimum yang berfungsi sebagai jaminan sosial kepada pekerja swasta berpendapatan rendah. Manakala DGP pula menyasarkan lonjakkan pendapatan bagi golongan yang berpendapatan antara RM1,700 sehingga RM4,999 agar golongan ini tidak terperangkap dalam himpitan kelas menengah, squeeze in the middle-class, dengan izin Puan Yang di-Pertua.

Namun begitu, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) jatuh di bawah seliaan Jabatan Perkhidmatan Awam

(JPA). SSPA melengkapkan ekosistem ini dengan memastikan imbuhan penjawat awam kekal relevan dan mencapai tahap gaji wajar.

Melalui SSPA, kerajaan memastikan penjawat awam yang merupakan tulang belakang penyampaian perkhidmatan mempunyai kuasa beli yang stabil untuk memacu penggunaan domestik.

Secara kesimpulannya Puan Yang di-Pertua, penyelarasan ketiga-ketiga instrumen ini akan memastikan tiada golongan yang tercicir. Peningkatan gaji kini lebih berpaksikan kepada kecekapan dan produktiviti demi menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia. Ini juga bagi memastikan indeks Gini negara terus menurun, mencerminkan pengagihan ekonomi yang lebih saksama kepada rakyat.

Puan Yang di-Pertua, bagi menjawab isu yang seterusnya yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanjung Piai, berkaitan isu graduan muda yang menerima gaji permulaan sekitar RM2,500 hingga RM3,000 dan mengkaji semula berkaitan gaji permulaan graduan bagi menyesuaikan dengan nilai kos sara hidup yang sebenarnya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan komited untuk memastikan graduan muda bukan sahaja mendapat pekerjaan tetapi menerima imbuhan yang membolehkan mereka menjalani kehidupan yang lebih bermaruah di kawasan luar bandar dan juga bandar.

Berdasarkan kajian pengesanan graduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi pada 2023 menunjukkan sebanyak 27.1 peratus graduan menerima gaji dalam julat RM2,001 hingga RM3,000. Ini boleh diterjemahkan masih ramai graduan belum mencapai tahap gaji kehidupan wajar yang disyorkan oleh Bank Negara Malaysia

(BNM) iaitu RM2,750 bagi tahun 2018 bagi individu bujang di Lembah Klang.

Menyedari cabaran ini, kerajaan melalui perlaksanaan Pelan Dasar Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) di bawah teras tiga, menaikkan lantai telah menetapkan

draft • 12:50 PM

Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan

usaha untuk mempercepatkan penyelarasan gaji secara menyeluruh bagi mengurangkan jurang gaji dan meningkatkan pampasan pekerja.

draft • 12:50 PM

Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan

Dalam masa yang sama, peranan Majlis Perundingan Gaji Negara akan diperkasakan untuk merangkumi penyelarasan semua perkara berkaitan gaji. Langkah ini akan membolehkan penempatan gaji permulaan siswazah termasuk untuk lepasan TVET serta pengawalan seliaan aspek pematuhan gaji berpandukan garis panduan skim gaji dalam pelaksanaan Dasar Gaji Progresif. Selain itu, semakan semula gaji minimum secara berkala akan mengambil kira gaji kehidupan wajar bagi memastikan golongan pekerja mendapat gaji yang setimpal dengan kos sara hidup.

Portal eMASCO sedang ditambah baik sebagai platform maklumat pekerjaan yang menyeluruh, termasuk maklumat berkaitan gaji, yang akan menjadi sumber rujukan pekerja dan pihak berkepentingan. Inisiatif ini merupakan pemacu utama bagi menyokong usaha mencapai saranan RMK13 iaitu menyasarkan gaji penengah bulanan sebanyak RM3,500 serta meningkatkan syer pampasan pekerja (compensation of employees) dengan izin Puan Yang di-Pertua, daripada KDNK kepada 40 peratus menjelang tahun 2030.

Seterusnya, Puan Yang di-Pertua, adalah juga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanjung Piai berkaitan dengan kadar bayaran dan rawatan hemodialisis yang dikenakan di pusat dialisis di bawah PERKESO kepada semua yang dapat rawatan sebanyak RM250 bagi setiap sesi.

Rawatan dialisis di pusat dialisis PERKESO adalah sebenarnya percuma bagi pencarum yang layak berbanding subsidi RM150 bagi satu sesi di pusat swasta. Dengan kos swasta mencecah lebih RM200 satu sesi, pusat milik PERKESO menjimatkan kos pesakit yang memerlukan kira-kira 14 sesi sebulan.

Kemudahan bantuan dialisis yang disediakan oleh PERKESO adalah kepada orang berinsurans (OB) yang menghidapi penyakit buah pinggang tahap akhir (end stage renal failure), dengan izin Puan Yang di-Pertua. Setakat 31 Disember 2025, seramai 19,355 orang berinsurans sedang menerima kemudahan rawatan dialisis di 831 pusat dialisis, panel dialisis PERKESO di seluruh negara yang melibatkan kos bayaran rawatan berjumlah RM424.96 juta.

Buat masa ini, kadar bayaran rawatan dialisis yang ditanggung oleh PERKESO adalah berjumlah RM170 seorang. Sekiranya individu mendapatkan rawatan di pusat

draft • 1:00 PM

Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan

dialisis swasta dan RM150 seorang untuk dapat rawatan dialisis di panel pusat dialisis yang berstatus pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dengan kenaikan kadar bayaran berjumlah RM20, kos tanggungan PERKESO dijangka bertambah sebanyak RM52 juta setahun.

Oleh itu, kenaikan kadar bayaran rawatan dialisis sebanyak RM20 ini adalah berpatutan kerana ianya bersandarkan kepada kajian pasaran yang telah dilaksanakan dengan mengambil kira caj bayaran yang telah dikenakan oleh pusat-pusat dialisis serta kemampanan dana PERKESO.

Kos rawatan dialisis untuk menerima kemudahan bantuan dialisis ini juga dibiayai oleh PERKESO seumur hidup mereka. Bagi mereka yang menerima kemudahan bantuan dialisis daripada PERKESO, turut diberikan suntikan erythropoietin ini, EPO, yang optimum melibatkan tanggungan kos rawatan berjumlah RM240 sebulan bagi setiap orang berinsurans, menjalani ujian darah setiap tiga bulan sekali secara percuma dan menyediakan perkhidmatan pengangkutan percuma untuk mereka berulang-alik bagi menjalani rawatan mereka di pusat dialisis PERKESO.

Kemudahan dialisis yang disediakan oleh PERKESO merupakan satu bentuk bantuan bukan faedah yang diperuntukkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4]. PERKESO juga tidak menetapkan syarat penyakit sedia ada (pre-existing illness), dengan izin, untuk melayakkan pencarum mendapat kemudahan bantuan dialisis berbanding insurans yang ditawarkan oleh pihak swasta.

draft • 1:00 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

[Bangun]

draft • 1:00 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Justeru, sebarang kenaikan kadar rawatan bantuan hemodialisis ini perlu diperhalusi dengan teliti agar keseimbangan antara bantuan asas kepada pencarum dan kelestarian dana PERKESO dalam jangka masa panjang dapat diteruskan secara konsisten.

draft • 1:00 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Menteri, boleh? Terima kasih. Saya mendapat aduan daripada pengusaha-pengusaha pusat dialisis ini. Saya maklum bahawa PERKESO juga telah membangunkan pusat-pusat dialisis mereka.

Cuma, ada aduan daripada pusat-pusat dialisis bahawa pesakit-pesakit yang sedia ada, ada juga secara tidak rasmi diminta untuk berpindah kepada pusat-pusat dialisis PERKESO. Dan sebahagian daripada mereka juga mencadangkan kepada pesakit-pesakit yang baru ini supaya diberikan peluang kepada mereka untuk memilih pusat dialisis sama ada pusat dialisis panel swasta ataupun pusat dialisis PERKESO.

draft • 1:00 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Kerana sebahagiannya― terutamanya apabila melibatkan pusat dialisis yang kedudukannya agak jauh daripada rumah-rumah mereka.

Mungkin boleh komen. Terima kasih.

draft • 1:00 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat. Sebenarnya, dia bergantung kepada sama ada mereka mempunyai availability kah tidak. Itu nombor satu. Kedua, seperti yang saya maklumkan tadi bila saya menjawab, bahawa kos bagi mereka pulang alik setelah mendapat rawatan tersebut ditanggung dan dibiayai secara penuh oleh PERKESO.

Jadi, untuk menambah baik pula, memang kami akan cari satu jalan untuk meletakkan di tempat yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka. Tetapi, kalau kita tidak ada availability ataupun tempat-tempat untuk memberikan mereka rawatan, kita terpaksa menghantar mereka kepada tempat yang the closest possible or the nearest available, dengan izin Puan Yang di-Pertua, untuk memberikan rawatan kepada mereka. Sebab, yang banyak menerima rawatan ini semua adalah the final stage. Jadi, memang keperluan itu memang sangat diperlukan, Yang Berhormat.

Seterusnya, izinkan saya untuk memberi penjelasan berkaitan pertanyaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dungun berkenaan kadar kebergantungan negara kepada pekerja asing.

Puan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Ketiga Belas 2026-2023 (RMK13) yang telah diluluskan pada 21 Ogos 2025 menetapkan jumlah pekerja asing dikurangkan kepada 10 peratus daripada tenaga kerja pada tahun 2030 dan sehingga lima peratus pada tahun 2035. Perkara ini memang penting dan kerajaan berhasrat untuk melaksanakan mekanisme levi pelbagai peringkat, multi-tier levy mechanism (MTLM) pada tahun 2026 yang mana hasil kutipan levi tambahan daripada pelaksanaan MTLM dimasukkan dalam satu kumpulan wang amanah dan disalurkan kepada majikan untuk mendukung proses automasi dalam pengeluaran dan latihan semula pekerja tempatan.

Pada masa yang sama, penalti dan caj tambahan dalam bentuk kadar levi yang lebih tinggi boleh dikenakan kepada syarikat yang masih terlalu bergantung kepada pekerja asing tanpa sebarang usaha yang mengurangkan pergantungan tersebut. Dan juga, ini akan mendorong syarikat untuk mencari alternatif dan menggaji lebih ramai pekerja tempatan yang sedia ada.

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri, sila gulung.

draft • 1:00 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Puan Yang di-Pertua, berdasarkan masa sudah habis, sebelum Puan Yang di-Pertua marah saya lagi sekali, saya ingin memberitahu bahawa saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu yang menyentuh mengenai peranan KESUMA semasa perbahasan Titah Diraja. Saya akan jawab secara bertulis kepada Yang Berhormat, Yang Berhormat yang lain di mana saya tidak dapat memberi jawapan.

Kementerian amat menghargai segala cadangan dan teguran yang telah dikemukakan dan kementerian akan mengambil tindakan dan langkah yang sewajarnya.

Bagi soalan-soalan yang akan datang, saya akan cuba jawab secara lebih laju, Puan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.

draft • 1:00 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.10 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

draft • 2:30 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Membaca sepotong doa] Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat petang, Yang Berhormat-Yang Berhormat. Kita sambung semula dengan perbahasan Menteri- menteri.

Dipersilakan Menteri Ekonomi, dipersilakan.

draft • 2:30 PM

Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada seramai 37 orang Ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja dan menyentuh perkara-perkara dasar dalam tanggungjawab saya di Kementerian Ekonomi. Di permulaan ini juga, saya mengambil kesempatan untuk

draft • 2:34 PM

Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

meletakkan beberapa perkara asas apabila saya diberi peluang untuk mengemudi kementerian ini.

Dari segi tanggungjawab Kementerian Ekonomi, sudah pasti tertumpu kepada dua perkara utama iaitu pertama mengenai perancangan ekonomi yang sederhana dan panjang dan yang kedua adalah soal pembangunan sosioekonomi negara. Jadi, mengambil kira asas perkara yang perlu diberikan perhatian maka sebab itu untuk tahun 2026 sepertimana yang saya telah nyatakan di luar, sementara itu saya rekodkan juga di dalam Dewan ini, tahun 2026 adalah tahun pelaksanaan.

Dan bila kita sebut soal pelaksanaan ini, sudah pasti ia nya mencakupi soal kesinambungan dasar-dasar kerajaan sedia ada. Bila kita sebut soal pelaksanaan, dia juga melengkapi perkara-perkara yang hendak kita laksana dan deliver, dengan izin, untuk penyampaian itu benar-benar berlaku.

Jadi sebagai contoh, minggu lepas kita telah pun berjaya mengadakan Forum Ekonomi Malaysia yang mana tujuannya adalah untuk meletakkan keyakinan kepada pelabur kepada dari segi pertumbuhan ekonomi bahawa 2026 ini juga menjadi satu cabaran yang kita kena lalui bersama.

Jadi, untuk penggulungan hari ini, fokus saya kepada tiga perkara atau tiga tonggak utama iaitu pertama adalah soal ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Yang kedua adalah soal pelaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan yang ketiga, sekiranya masih ada masa yang tinggal, saya juga akan cuba tumpukan kepada program flagship di bawah Kementerian Ekonomi sebagai contoh Johor–Singapura Zon Khas Ekonomi yang mana telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat.

Jadi, untuk permulaan, saya ingin menyentuh perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Simpang Renggam dan Yang Berhormat Pandan. Terima kasih kerana cakna terhadap prestasi semasa ekonomi negara dan mereka juga memberi ruang untuk saya meletakkan konteks dari segi ekonomi negara kita. Sepertimana yang kita tahu bahawa ekonomi dan perdagangan negara bagi tempoh 2024 dan juga 2025, alhamdulillah pertumbuhannya kukuh. Walaupun kita sebenarnya— realitinya di luar sana kita berhadapan persekitaran yang kompleks dan dinamik.

Jadi, contohnya kalau kita bercakap soal tersebut, perubahan penguasaan dan juga landskap blok ekonomi dari segi ketidak ketentuan soal geopolitik, dari segi masalah, dari segi perkara cabaran mengenai perdagangan dunia. Juga kalau kita tengok daripada sisi teknologi, perkembangan teknologi juga dianggap destruktif kerana

draft • 2:34 PM

Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

sentiasa mengubah dinamik ekonomi dan juga berlakunya peralihan struktur demografi yang merupakan trend mega yang akan sentiasa menjadi ancaman ataupun kalau kita menguruskannya dengan baik daripada ancaman tersebut, daripada cabaran tersebut, kita boleh mengubah keadaan itu kepada soal peluang dan bagaimana kita boleh mencipta peluang itu untuk manfaat negara.

Jadi, di sebalik bila kita bercakap soal cabaran yang dinyatakan tadi pertumbuhan dan daya tahan ekonomi negara kekal stabil turut dibantu oleh beberapa perkara. Jadi, sebagai contoh adalah— dalam usaha ikhtiar kita untuk mengubah struktur ekonomi yang mana tumpuan kini diberikan dengan izin, ke arah industri High Growth, High Value (HGHV). Ini sebenarnya bila kita berbicara soal industri HGHV turut sebenarnya dipacu atau dipandu oleh dasar-dasar atau polisi sedia ada.

Sebagai contoh pelaksanaan, dasar di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP) ataupun sebagai contoh juga Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga yang dikenali sebagai NETR dan juga Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) serta Kerangka Aspirasi Pelaburan Nasional yang membantu untuk memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi dan daya saing negara.

Selain itu aktiviti ekonomi yang semakin beralih ke arah industri bernilai tambah tinggi termasuk perkhidmatan moden, ekonomi digital dan juga pembuatan yang berteraskan teknologi tinggi turut menjadi penyumbang utama kepada kestabilan ekonomi negara. Jadi, saya memang— ramai Ahli-ahli Parlimen yang menyatakan soal angka dengan keadaan di bawah, tetapi kalau saya boleh sentuh soal statistik, anggaran awal yang kita telah dapat mengenai pertumbuhan KDNK untuk suku keempat adalah 4.9 peratus iaitu lebih baik daripada anggaran awal kita yang kita jangkakan sekitar 4 keseluruhannya sehingga 4 atau 4.8 peratus.

draft • 2:34 PM

Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Jadi, untuk keseluruhan 2025, kita capai 4.9 peratus dan sektor perkhidmatan dan pembuatan pula terus dijangka menerajui pertumbuhan dan juga dari sudut konteks angka yang lain soal inflasi, yang ini kadarnya adalah 1.4 peratus untuk tahun 2025 manakala dari segi kadar pengangguran kekal pada tahap 2.9 peratus pada November 2025. Bila kita berbicara soal 2026, ekonomi kita unjurkan berkembang antara 4.45 peratus, yang mana ini kita jangkakan akan disokong oleh penggunaan domestik dan juga pelaburan yang terus kukuh, pertumbuhan guna tenaga yang stabil serta kitaran

draft • 2:40 PM

Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

peningkatan sektor teknologi global yang mendorong peningkatan eksport elektrik dan elektronik ataupun E&E serta pelaburan dari pusat data di Malaysia.

Cuma di sini sememangnya ada beberapa pertanyaan yang mengatakan sama ada kerajaan akan cuba mengubah dari segi angka tersebut. Kita juga kena melihat lebih keseluruhan seperti yang saya nyatakan tadi, konteksnya keadaan dunia di luar sana masih belum stabil, geopolitiknya masih tidak tentu. Dari segi soal pelaburan pula, nilai yang diluluskan ada berlaku peningkatan yang ketara untuk sembilan bulan pertama tahun 2025 iaitu peningkatan sebanyak 13.2 peratus daripada RM251.9 bilion kepada RM285.2 bilion, kalau kita bandingkan dengan pencapaian pada tahun 2024.

Seterusnya, kalau kita tengok dari segi kelangsungan jangka sederhana, yang mana memang KE lebih melihat kepada jangka sederhana, apa yang kita dambakan melalui RMKe13, kita mensasarkan agar perkembangan KDNK ini terus berkembang antara 4.5 hingga 5.5 peratus. Seterusnya— itu konteksnya. Seterusnya, Yang Berhormat daripada Kuala Terengganu telah membangkitkan dari segi usaha kita untuk meningkatkan pelaburan ke arah R&D. Di sini, dalam RMK13, memang kita telah menggariskan beberapa perubahan struktur ekosistem sedia ada, malah sasaran itu telah pun diletakkan.

Cuma di sini saya ambil ruang lebih kepada untuk melihat kepada mekanisme yang kita boleh laksanakan. Sebagai contoh, usaha untuk kita membuka peluang kolaborasi yang lebih luas untuk pelabur mendirikan fasiliti penyelidikan dan pusat inkubasi di Malaysia.

Di samping itu, dari segi inisiatif harta intelek sebagai aset dan sumber pembiayaan, kita juga akan perkenalkan. Manakala bakat R&D akan digarap seawal peringkat sekolah melalui pendedahan kepada aktiviti penyelidikan sains dan juga pembangunan teknologi dengan memanfaatkan AI dan AR iaitu dengan izin, augmented reality.

Di samping itu, soal pendekatan program R&D berasaskan kebangsaan yang memberi fokus kepada bidang yang mempunyai impak sosial dan ekonomi yang tinggi akan turut dilaksanakan. Jadi, program ini akan menggabungkan kepakaran universiti, institusi penyelidikan kerajaan dan pihak industri bagi memastikan hasil penyelidikan yang relevan dan memenuhi keperluan pasaran dan juga masyarakat. Akhir sekali, dalam soal R&D ini...

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Kuala Terengganu mencelah, boleh?

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Silakan.

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Ya, tahniah Yang Berhormat kerana komitmen kerajaan di dalam R&D ini. Cuma saya tengok dari segi continuity, banyak R&D yang kita hasilkan, baik tetapi perlu suatu penyelarasan supaya ia dapat diterapkan ke dalam penggunaan di dalam pelbagai sektor misalnya pertanian dan sebagainya. Saya bagi contoh, misalnya penemuan varieti padi yang menghasilkan hasil yang lebih tinggi dan sebagainya. Sampai sekarang masih lagi kita tak dapat melihat bagaimana ia hasil R&D yang baik ini diterapkan di dalam pertanian kita. Bagaimana kerajaan merancang untuk membaiki keadaan ini?

Terima kasih.

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Terengganu. Dari segi pendekatan yang kita rancang, sepertimana dari segi tahun ini, memang saya akan terus tumpukan kepada apa yang kita persetujui dalam RMK13.

Maka dalam soal R&D sebagai contoh, antara cabaran yang dilihat, berlaku kesenjangan antara usaha dan keupayaan menghasilkan produk dan juga satu lagi perkara adalah mengenal pasti pasaran atau bagaimana perkara itu boleh dikembangkan dan bila kita sebut dari segi pasaran itu, kalau dengan izin, bermaksud kena juga lihat konteks commercialization yang bagaimana sebenarnya dari segi penglibatan.

Kalau sebelum ini, banyak dari segi penyelidikan itu berlaku di peringkat institusi pendidikan ataupun penyelidikan, tapi bila kita bercakap soal bagaimana untuk memasarkan perkara tersebut, maka hubungan dengan demand itu ataupun permintaan itu juga perlu diteliti dengan lebih menyeluruh dan yang kedua, untuk pandangan daripada Yang Berhormat Kuala Terengganu, saya juga merasakan bahawa mungkin ada keperluan untuk kita meneliti beberapa sektor ataupun segmen dengan betul-betul penumpuan supaya perkara itu kita berjaya tembusi masalah ini yang strukturnya selama ini amat sukar untuk kita ubah.

Maka sebab itu, mungkin dari segi segmen mana dan sebagainya, ini memang di peringkat Kementerian Ekonomi akan teliti. Saya memang telah berbincang dengan bahagian yang berkenaan, bagaimana kita mula mengorak langkah walaupun bila

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

disebut soal industri HGHV meningkatkan nilai rantaian ekonomi tadi, bukan bermaksud kita boleh mengubah keadaan keseluruhan. Kita akan fokus beberapa perkara yang dengan harapannya apabila berlaku intervensi daripada kerajaan, maka pihak yang kita mengharapkan itu daripada pihak swasta, daripada pihak yang sebenarnya melihat kepada soal inovasi dan juga tujuan komersial ini benar-benar berminat untuk melakukan pelaburan yang mengubah struktur tersebut.

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Yang Berhormat, ini sebenarnya satu masalah yang sangat serius. Bukan saja dalam pertanian saja, seluruh spektrum berkaitan dengan R&D ini. Saya pernah duduk di tapak Timbalan Menteri MOSTI dulu.

Pada satu ketika, penyelidikan tentang bateri misalnya, graphene technology. Ketika dibentangkan pada waktu itu, teknologi yang kita ada pada waktu itu dua kali ganda lebih panjang kuasa bateri yang dihasilkan sehingga kita merasakan ketika dibentangkan itu, kita Malaysia akan bakal menjadi peneraju teknologi, tetapi ada sesuatu yang kekurangan yang sangat serius tentang bagaimana kita menghubungkan pihak industri dalam hal ini. Saya sangat berharap supaya sesuatu dapat kita lakukan.

Terima kasih.

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa dia terkait dengan apa yang saya nyatakan tadi, tetapi sudah pasti dari segi pengharapan bagaimana untuk kita dalam tempoh yang ada di bahu saya ini, cuba juga menembusi ataupun mengubah struktur yang sudah membelenggu kita agak lama dalam soal pelaburan R&D ini.

Jadi, memang macam disebut tadi, mungkin ada usaha yang lebih ke arah tujuan commercialization itu berlaku agar segala ciptaan yang kita laksanakan ini sebenarnya akan dapat benar-benar diguna pakai dan seterusnya membolehkan bahan ataupun produk yang dicipta di Malaysia ini dipergunakan dalam pasaran tempatan, mahupun di luar sana.

Seterusnya, dari segi kedudukan ekonomi, yang ini ramai yang bangkitkan soal bagaimana untuk kita melihat isu kos sara hidup. Di sini, tadi saya dah kongsikan dari segi angka makronya. Dari segi mikronya, maksudnya dari segi tahap individu dan sebagainya, yang ini kita berpandukan kepada Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah ataupun singkatannya HIES 2024, yang mana pendapatan purata isi rumah

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

meningkat daripada RM8,479 kepada RM9,155 pada 2024 iaitu pada kadar 3.8 peratus setahun.

Manakala pendapatan penengah juga meningkat daripada RM6,338 kepada RM7,017 pada kadar 5.1 peratus setahun. Walaupun perbelanjaan purata isi rumah meningkat daripada RM5,150 kepada RM5,566 kerana survey tersebut melihat soal pendapatan dan juga perbelanjaan iaitu pada kadar 3.9 peratus setahun dalam tempoh yang sama.

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Kalau berdasarkan statistik, peningkatan itu adalah marginal berbanding peningkatan pendapatan. Sebab tempoh yang kita tengok itu tahun 23 dengan 24.

Sebab HEIES ini kita laksanakan setiap dua tahun.

Jadi di samping itu, pertumbuhan purata pendapatan pada kadar 38 peratus lebih tinggi berbanding kadar inflasi sebanyak 1.8 peratus pada tahun 2024. Maksudnya, kalau dari segi statistik, sepatutnya ada sedikit kelegaan dan membantu meningkatkan kuasa beli isi rumah. Namun demikian, di peringkat kerajaan sebenarnya, walaupun statistik itu nampak baik, tetapi itu tidak menghalang untuk kerajaan terus prihatin dan juga melaksanakan program-program bagi melaksanakan atau membantu masyarakat dan rakyat untuk menangani kos sara hidup.

Kalau di sini saya boleh nyatakan beberapa yang telah pun dijelaskan oleh kawan-kawan kementerian yang lain. Contohnya, Sumbangan Tunai RAHMAH dan SARA, kita peruntukkan melebihi RM15 bilion kepada lebih lapan juta penerima.

Program bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada kumpulan sasar, merangkumi keluarga miskin OKU dan warga emas dengan peruntukan RM31 bilion kepada lebih 500,000 isi rumah yang layak. Kemudian, pelaksanaan Inisiatif Payung RAHMAH dan juga Program Penyeragaman Harga Barang di Sabah, Sarawak dan Labuan sebanyak RM67 juta.

Dan seterusnya, bila untuk membaca ekonomi, sudah pasti selain kita tengok soal angka dari segi peringkat makro, kemudian mikro, satu lagi usaha di peringkat Kementerian Ekonomi adalah kita juga sebenarnya kena tengok indikator yang lebih pelbagai, yang mana bila kita juga melaksanakan indikator ini, kita turut melihat dari segi soal sosioekonomi supaya dari segi apa yang berlaku itu, diharapnya dapat diterjemahkan dari segi peningkatan kualiti hidup, keadilan sosial dan juga kesejahteraan rakyat, antara indikator yang turut menjadi panduan kepada kita:

draft • 2:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

(i) Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (MyWI), untuk menilai kesejahteraan merentasi dimensi ekonomi sosial dan alam sekitar;

(ii) Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI), bagi mengukuh tahap kemiskinan secara lebih menyeluruh, melangkaui faktor pendapatan semata-mata;

(iii) Indeks ataupun Indikator Matlamat Pembangunan Mampan

(SDG), bagi memantau komitmen negara terhadap Agenda Kelestarian Global; dan

(iv) soal Tahap Sara Diri (SSL) makanan bagi menjamin keterjaminan bekalan makanan yang mampan.

Seterusnya, sebelum saya berpindah ke soal RMK13, ini soal gaji pula untuk kita membaca struktur ekonomi...

draft • 2:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Menteri, boleh dapat sedikit penjelasan, pandangan?

Saya tadi mendengar bagaimana kerajaan telah mengagihkan— kita kata, bantuan subsidi, termasuk SARA kepada rakyat. Dan saya nak tahu, SARA yang kita agihkan, ada tak yang tidak dituntut? Sebab pelajar-pelajar kita yang berada di luar negara, mereka juga diberikan— kita kata, sumbangan itu tapi nak tuntut tak tahu kat tempat mana, satu.

Yang kedua, saya melihat bahawa agihan dari segi kekayaan ekonomi untuk semua rakyat adalah sama, tak kira yang berkemampuan ataupun tidak. Jadi, saya melihat bahawa cara ini adalah mengambil salah satu daripada ciri sistem ekonomi sosialis, mengagihkan sama rata kepada semua, walaupun ada yang tidak memerlukan.

Sedangkan dalam masa yang sama, ada rakyat yang sangat memerlukan berbanding yang tidak memerlukan. Apa pandangan? Terima kasih.

draft • 2:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih kepada Yang Berhormat atas persoalan yang ditimbulkan.

Dari segi pelaksanaan itu, perincian itu memang berada di bawah Kementerian Kewangan. Cuma, yang di sini saya cuba menyatakan gambaran keseluruhan keadaan ekonomi, yang mana memang telah diletakkan beberapa peruntukan yang dari segi kesesuaiannya signifikan, supaya walaupun dari segi statistiknya kita menyatakan ada pertumbuhan yang agak baik dalam tempoh sejak 2, 3 tahun ini.

draft • 2:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Dan yang kedua, hakikatnya kita juga tahu apabila berlaku sebarang pertumbuhan ekonomi, kesannya kalau dengan izin Dato’ Yang di-Pertua, yang dipanggil sebagai trickling down effect itu akan mengambil masa sebelum lebih ramai masyarakat merasai hasil ataupun limpahan dari sudut pertumbuhan ekonomi.

Cuma, kalau saya boleh terus ke isu gaji yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Tenggara dan juga Yang Berhormat Pendang. Yang mana mengenai bagaimana kaedahlah yang kita boleh teliti untuk mengubah struktur gaji ini.

Soal bagaimana untuk kita meningkatkan gaji supaya ianya juga selaras, seiring dengan peningkatan kos sara hidup.

Untuk dari segi sasaran kita, kalau dari segi RMK13. Dari segi aspirasinya, kita meletakkan gaji dan upah penengah ini, tahun 2030 kita sasarkan RM3,500 bulan. Yang mana pada tahun 2024, gaji dan juga upah penengah bulanan meningkat kepada RM2,793 berbanding RM2,602 pada tahun 2023 iaitu pertumbuhan sebanyak 7.3 peratus dalam tempoh setahun tersebut.

Untuk tujuan melihat dari segi usaha yang di sebelah yang kita ada ketika ini, sebagai contoh, kerajaan berusaha untuk kita lihat dari segi pelaksanaan gaji— perintah gaji minimum. Yang telah pun kita wartakan mulai 1 Februari 2025 iaitu kadar gaji minimum itu kita tingkatkan daripada RM1,500 kepada RM1,700. Yang seterusnya, dari segi bagaimana prosesnya, itu memang akan dilaksanakan secara berkala.

Yang kedua, di peringkat kerajaan. Untuk menunjukkan komitmen bagi kita melaraskan gaji perkhidmatan awam menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam

(SSPA). Dan perkara ini saya pasti kalangan penjawat awam lebih arif dan mengetahui bahawa tujuannya ini walaupun ada juga dari segi tanggungan fiskal kerajaan, tetapi kita melihat keperluan untuk kita meningkatkan lagi produktiviti perkhidmatan serta juga bagaimana melalui peningkatan ini juga dilihat dari segi soal pembudayaan nilai dan juga adaptasi teknologi.

Kalau kira konsep ini, untuk kita tengok SSPA ini dilaksanakan dua fasa, yang mana secara keseluruhannya meningkatkan gaji bagi Kumpulan Pengurusan Profesional dan Pelaksana ini dengan kadar 15 peratus. Iaitu fasa pertama, kita laksanakan lapan peratus 1 Disember 2024 dan fasa kedua sebanyak 7 peratus mulai 1 Januari 2026. Jadi, yang ini memang sekali gus kita meletakkan juga cabaran iaitu untuk lihat sudut di peringkat swasta.

draft • 2:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Maka, kerajaan ketika ini sedang melaksanakan Dasar Gaji Progresif, yang mana kita lihat adalah tujuan untuk membantu majikan dan juga terutamanya, pekerja ini mendapat gaji yang lebih baik comparatively, dengan izin, iaitu berbanding juga kepada dari segi soal untuk meningkatkan lagi tahap produktiviti.

Jadi, untuk sehingga 31 Disember 2025 yang saya boleh laporkan ke Dewan yang mulia ini, seramai 4,025 majikan telah terlibat dalam program ini, yang mana 51,363 orang pekerja telah menyertai Program Dasar Gaji Progresif ini dan memenuhi syarat kenaikan gaji. Jadi, yang ini— panduan ini memang kita akan terus teliti kerana sudah pasti tempoh yang kita berikan adalah sehingga 2027.

Jadi, tahun ini juga insya-Allah saya akan cuba teliti dari segi bagaimana untuk dasar gaji progresif ini dapat terus diguna pakai, tetapi hakikatnya bila kita sebut soal gaji ini, kita memerlukan juga kerjasama daripada pihak swasta untuk menyambut dan melihat bagaimana gaji pekerja kita dapat dinaikkan seiring dengan produktiviti yang lebih baik.

Seterusnya, kalau saya boleh masuk ke soal RMK13. Untuk pelaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Isu ini ada dibangkitkan oleh Yang Berhormat Simpang Renggam, tapi bolehlah, untuk sebagai konteks, saya terangkan juga iaitu dari segi pertanyaannya mengenai peruntukan terhadap perbelanjaan pembangunan (DE).

Beliau membuat perbandingan dari segi peratusan berbanding keseluruhan bajet. Yang mana sebenarnya untuk cara kita menguruskan peruntukan DE ini, kita sebenarnya melihat juga bagaimana— contohnya, kalau DE untuk 2026 berjumlah RM83 bilion, termasuk peruntukan luar jangka sebanyak RM2 bilion.

draft • 2:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Jadi, angka ini secara keseluruhan walaupun dilihat hanya dalam RM83 bilion, tetapi projek sambungan dan juga yang baru yang kita laksanakan untuk tahun 2026 ini dari segi kuantum untuk kosnya adalah berjumlah RM892.75 bilion. Malah, kalau cara untuk kita membaca dari segi kaedah kita mengagihkan bajet pembangunan ini, sudah pasti Rancangan Malaysia itu menjadi rujukan. Maka untuk RMKe13 dalam tempoh lima tahun ini, kerajaan telah menetapkan agar kita memperuntukkan sebanyak RM430 bilion ini dalam tempoh lima tahun. Maka, ini adalah tahun pertama kita melaksanakan Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan selebihnya itu sudah pasti akan berlaku peningkatan demi peningkatan menuju ke arah penghujung RMK13.

draft • 3:00 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Seterusnya, dari segi soal bagaimana untuk memantau dari segi pelaksanaan RMKe13. Bila dinyatakan tahun ini adalah juga untuk kita pastikan delivery RMK13 ini antara penambahbaikan dari segi mekanisme, sudah pasti dalam semua Rancangan Malaysia, memang kita buat pemantauan yang dipanggil melalui Pelan Pelaksanaan Dasar ataupun PPD. Cuma bezanya untuk kali ini, kita memperkenalkan sistem pemantauan PPD ini yang secara atas talian yang dipanggil MyRMK.

Jadi, MyRMK ini juga sebenarnya dia boleh menjadi panduan kepada semua kementerian, jabatan, agensi, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan serta kita menimbangkan kalau ada ruang untuk pertubuhan masyarakat juga meneliti sejauh mana tahap delivery ataupun penyampaian yang pelaksanaan yang dilakukan.

Jadi, untuk memastikan perkara ini juga bergerak seiring dengan pelaksanaan sebenar di bawah, melalui MyRMK juga ini. Sistem ini kita akan integrasikan dengan sistem lain iaitu seperti MyProject dan MyBelanjawan. Jadi, selain itu, pengukuhan peranan jawatankuasa sedia ada bagi memastikan pelaksanaan projek dapat dipantau secara rapi dan isu pelaksanaan dapat dikenal pasti secara awal dan dapat kita tangani dengan sebaik mungkin.

Seterusnya, dari segi RMK juga ada ditanya soal agihan perbelanjaan pembangunan (DE) dan juga jurang pembangunan. Antara yang bertanya adalah YB Jerantut, YB Tuaran, YB Kota Belud dan juga YB Keningau. Jadi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan menjelaskan bahawa pengagihan peruntukan pembangunan di bawah RMK13 ini tidak dibuat semata-mata berdasarkan status negeri sebagai negeri maju, kurang membangun dan sebagainya tetapi kita melihat dengan ke arah pelbagai spektrum. Contohnya keutamaan nasional, keperluan sektoral, tahap kesiapsiagaan projek, serta impak ekonomi dan juga sosial kepada negara secara keseluruhan.

Seperti yang saya sebut tadi, memang kita peruntukan sebanyak RM430 bilion untuk RMKe13 tempoh lima tahun ini, yang mana untuk sebagai contoh untuk Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM20 bilion DE asas tahun 2026 dengan peningkatan sebanyak lima peratus berbanding RM19 bilion pada tahun 2025. Daripada jumlah tersebut, Sabah dan Sarawak telah menerima peruntukan yang tertinggi iaitu masing-masing RM6.49 bilion dan juga RM5.58 bilion untuk negeri Sarawak.

draft • 3:00 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Jadi, peruntukan ini bila kita tumpukan sudah pasti negeri-negeri ini kita tumpukan kepada pembangunan infrastruktur asas seperti jalan, bekalan air bersih yang selamat dan juga elektrik serta capaian internet.

Seterusnya, dari segi tumpuan turut diberikan kepada pembangunan berfokus berdasarkan koridor dan juga zon ekonomi, yang mana kalau di Kedah kita ada Kedah Rubber City, ada di Kerteh kita ada Taman Biopolymer, kemudian ada Pekan Automotive Park, Taman Perindustrian Kota Kinabalu dan juga Taman Perindustrian Samalaju yang mana kalau kita lihat dari segi jumlah pelaburan yang direalisasikan adalah sebanyak RM39.48 bilion yang mana sekali gus mewujudkan kesan limpahan ekonomi dan juga peluang pekerjaan serta menyumbang kepada pengurangan kepada migrasi keluar di negeri-negeri kurang membangun.

Seterusnya Dato’ Yang di-Pertua, kalau saya boleh berpindah kepada program flagship di bawah Kementerian Ekonomi, antara isu yang dibangkitkan dengan agak panjang oleh Yang Berhormat Tebrau adalah mengenai pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura atau singkatannya adalah JS-SEZ yang mana pembangunan ini, kita telah pun menandatangani persetujuan ataupun perjanjian dengan pihak Singapura tahun lepas.

Dalam tempoh sembilan bulan pertama 2025 sebanyak RM68 bilion nilai pelaburan yang kita telah luluskan. Dan kalau dilihat angka tersebut, ia nya sebenarnya merangkumi kira-kira 75 peratus daripada jumlah pelaburan di negeri Johor yang membuktikan bahawa JS SEZ telah memperkukuhkan kedudukan Johor sebagai destinasi pelaburan utama negara.

Jadi dari segi urusan tadbir dan governance pentadbiran di JS-SEZ, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor sebab yang dibangkitkan itu mengatakan bahawa seolah-olah ini hanya dilihat hanya kerajaan negeri. Tidak. Sebenarnya ini adalah flagship bersama di peringkat Persekutuan yang mana kita menubuhkan Invest Malaysia Facilitation Centre Johor ataupun dengan izin tadi, IMFC-J, yang mana inilah yang bertanggungjawab untuk mempromosi dan juga seterusnya memudah cara kelulusan berkaitan pelaburan seperti urusan tanah, kemajuan, isu pembangunan serta lesen operasi.

Dan cara juga kita melihat sama ada masih ada minat terhadap usaha ini. Ketika ini kita memang sedang meneliti dan menerima kira-kira 1,000 inquiry ataupun pertanyaan dan kita lihat bagaimana untuk memudah cara potensi pelaburan yang mana

draft • 3:00 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

kalau kira daripada pertanyaan tersebut masih ada RM73 bilion yang kita tengah teliti.

Cuma untuk memastikan tahun 2026 ini bila disebut tahun pelaksanaan, sudah pasti ia nya akan lebih tertumpu kepada bagaimana untuk kita mengoperasikan usaha ini dan bila di peringkat operasi, sudah pasti akan ada cabaran, sudah pasti akan ada isu-isu yang perlu kita atasi dari semasa ke semasa.

Malah— maka sebab itu, bagi membolehkan kita mempunyai keselarasan, keharmonian daripada semua agensi yang terlibat sama ada di sebelah Malaysia, Persekutuan dan juga negeri dan juga di sebelah Singapura adalah melihat kepada untuk kita menyediakan panduan blueprint yang mana yang saya nyatakan berkali-kali bahawa blueprint ini kita jangkakan akan siap pada pertengahan bulan Mac untuk membolehkan blueprint ini kita lancarkan pada penghujung bulan Mac tahun ini. Jadi bila disebut soal bagaimana usaha ini, sudah pasti kelebihan yang ada itu adalah melihat kepada rantaian keseluruhan termasuk dari segi ekosistem yang kita kena pastikan tersedia di sebelah JS-SEZ ini.

Seterusnya— sebab masih ada masa sedikit lagi kalau saya boleh sentuh, saya berbalik semula kepada soal ekonomi, iaitu melihat daripada sudut soal isu pembasmian kemiskinan. Sebab perkara ini ada dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Sik dan juga Yang Berhormat Gombak yang mana sudah pasti kita mengambil berat isu kemiskinan di kalangan rakyat baik di bandar mahupun di luar bandar.

Cuma, di sini juga saya berkongsikan dari segi data untuk menjadi panduan.

Sama ada bersetuju ataupun tidak itu, data ini telah dilaksanakan dalam laporan HIES juga tadi yang saya nyatakan di awalan tadi iaitu untuk insiden kemiskinan mutlak peringkat nasional, adalah 5.1 peratus merangkumi 416,000 isi rumah. Daripada jumlah tersebut, insiden kemiskinan di bandar pada tahun 2024 adalah 3.7 peratus menurun berbanding 4.5 peratus pada tahun 2022.

draft • 3:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Menteri.

draft • 3:00 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Manakala, insiden kemiskinan di luar bandar adalah 9.9 peratus berbanding 12 peratus pada tempoh yang sama.

draft • 3:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Menteri, boleh tanya tak— sikit, pasal kemiskinan mutlak itu tadi kan. Berapa angka, berapa pendapatan? What is dia punya klasifikasi ini mengikut apa?

draft • 3:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

What is mutlak ini? Sebab kalau kemiskinan tegar pula apa? Saya merujukkan buku ini [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini yang diberi oleh kerajaan, kan. Di mana disasarkan— pada 2024, 0.19 peratus kemiskinan tegar. So mutlaknya apa, apa, apa bezanya? Sasaran 2025, kosong peratus.

So yang mutlak ni saya nak faham, apa bezanya.

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Sebab itu dari segi perbezaan memang kita tracking kepada dualah yang dipanggil kemiskinan mutlak dan juga kemiskinan tegar. Yang mana dari segi tahap itu, dari segi— saya cuba sebut dulu dari segi data ini untuk sebagai perbandingan iaitu untuk kemiskinan tegar pula, angkanya adalah 0.09 peratus merangkumi 7.2 ribu isi rumah iaitu 7,200 orang. Yang ini sudah pasti angka tersebut ditetapkan dari segi kebolehan untuk mereka meneruskan kehidupan dari segi perbelanjaan yang diperlukan untuk membolehkan mereka itu terus meneruskan kelangsungan hidup.

draft • 3:10 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

[Bangun]

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Dan sebab itu dari segi bagaimana untuk kita menguruskan keadaan ini sebagai contoh, cabaran yang kita hadapi adalah akan berlaku dinamika iaitu mereka ini berubah-ubah. Ada yang akan terkeluar daripada julat dianggap sebagai miskin tegar tersebut, ada pula ia akan masuk kembali kepada julat tersebut.

Maka sebab itu dari segi angka yang dilaporkan itu, dinamiknya itu akan mengambil kira dengan keadaan sebenar, sudah pasti yang dilaporkan dalam RMK13 itu kita nyatakanlah berapa banyak yang direkodkan ketika RMK13 itu dibentangkan...

draft • 3:10 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

[Bangun]

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Cuma sudah pasti dalam menilai soal kemiskinan ini, saya sebenarnya lebih gemar untuk melihat dari sudut yang dipanggil MPI tadi iaitu bagaimana untuk isu kemiskinan ini, kita nak tengok multidimensi juga ataupun indeks kemiskinan pelbagai dimensi kerana bila mendengar perbahasan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai contoh, ianya tidak dilihat hanya soal berapa banyak duit mereka yang ada untuk berbelanja tapi isu yang timbul adalah, adakah mereka mempunyai tempat tinggal yang munasabah atau bagaimana mereka dari segi perkara yang bukan melibatkan soal wang yang dikeluarkan, tapi the non-cash element tersebut.

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Jadi untuk MPI buat ketika ini, memang usaha itu dilaksanakan. Cuma hasrat di peringkat kerajaan ketika ini, di peringkat Kementerian Ekonomi, kita nak melihat bahawa adakah perkara ini boleh dikongsikan kepada umum supaya pertimbangan bacaan itu lebih mencakupi realiti di bawah kerana ianya dalam soal kemiskinan itu bukan hanya soal dari segi wang untuk dibelanjakan, tetapi kita kena juga tengok dimensi yang lebih menyeluruh melangkaui faktor pendapatan.

draft • 3:10 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Menteri, saya sokong sangat-sangat...

[Dicelah]

draft • 3:10 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Dato’ Yang di- Pertua boleh saya minta laluan Menteri sikit?

draft • 3:10 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Kejap-kejap ini. Saya sokong sangat-sangat Menteri.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar, sebentar.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, saya bercakap, Peraturan 42. Yang Berhormat Menteri, saya akan hanya benarkan tiga orang Yang Berhormat. Selepas itu, 5 minit gulung dan berhenti.

Baik, silakan Yang Berhormat Kapar.

draft • 3:10 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Okey, terima kasih Timbalan Speaker. Saya sangat sokong yang disebutkan oleh Menteri, multidimensional kemiskinan ini. Memang multidimensi. Sebab saya turun ke bawah masuk ke rumah, adanya mula-mulanya okeylah. M40 katakan. Bila suaminya meninggal, ada ASTRO, ada macam-macam, kan? Tapi masa itu dia dah tak ada cash dah. Dah tak ada ni. Jadi, memang saya sokong sangat-sangat dan semua kementerian perlu sit down. Whole of government, whole of society approach. Saya rasa itu memang perlu dibuat seawal mungkinlah Menteri. Okey, tahniah.

draft • 3:10 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Mohon laluan.

draft • 3:10 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Minta laluan Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Gerik dan Kubang Pasu.

draft • 3:10 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Boleh ya?

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sila.

draft • 3:10 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Sedikit saja.

Ini saya nak ucap tahniah kepada kerajaan sebenarnya. Angka-angka KDNK, pengangguran, pelaburan, nilai Ringgit dan pelbagai lagilah menunjukkan, menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang dengan baik dan angka-angka ini positif.

Cuma yang saya fikirkan selama ini adalah bagaimana kita nak terangkan ini kepada rakyat di bawah kerana rakyat di bawah mengatakan bahawa mereka tidak merasai kemakmuran daripada angka-angka yang disebutkan tadi.

Secara pendeknya, boleh tak Menteri, jawapan daripada Menteri, kenapa ia tidak dapat diterjemahkan kepada rakyat terutamanya B40 di bawah? Apakah fenomena sebenarnya yang berlaku? Kalau boleh Yang Berhormat Menteri Ekonomi memberikan penjelasan tentang perkara ini. Terima kasih.

draft • 3:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tuan Speaker, boleh saya?

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Gerik.

draft • 3:10 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Okey Yang Berhormat Menteri. Saya ada bertanya berkenaan dengan border economic zone di Pengkalan Hulu dan ‘nak tahu juga apa perancangan pembangunan bagi zon ekonomi border untuk seluruh sempadan Malaysia-Thailand. Terima kasih.

draft • 3:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tuan Speaker, boleh saya teruskan untuk Menteri menjawab?

draft • 3:10 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Yang saya sebutkan tadi Dato’ Speaker ialah apa yang disebut saya sebutkan dalam ucapan perbahasan saya. Terima kasih.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat saya ‘dah buat keputusan hanya tiga Yang Berhormat je. Yang Berhormat, sila duduk.

draft • 3:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya. Terima kasih Tuan Speaker.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Boleh saya akan menanya?

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri, jawab. Yang Berhormat, saya kata tak bagi. Jadi, Yang Berhormat duduklah. Tiga, satu, dua, Kapar, Gerik dan juga.

draft • 3:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Okey.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, Yang Berhormat Menteri jawab, saya bagi 5 minit.

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Stop terus. Okey. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Mengenai kalau untuk rujukan Kapar lagi, takrifan itu saya nyatakan di sini bila disebut kemiskinan mutlak itu merujuk kepada seseorang ataupun isi rumah yang tidak cukup pendapatan atau sumber asas yang memenuhi keperluan minimum untuk hidup. Yang itu yang perbelanjaan yang saya nyatakan tadilah. MPJK ini juga kita dari segi dapatan data itu juga berbeza mengikut negeri dan sebagainya.

Cuma saya berterima kasih apabila Yang Berhormat pun setuju kepada pandangan kami bahawa ada keperluan kita juga menimbang penggunaan indeks kemiskinan pelbagai dimensi ini dan seperti yang dinyatakan tadi, kita buat ketika ini panduannya hanya berdasarkan soal pendapatan untuk dibelanjakan tetapi bagaimana kita melihat konteks yang lebih luas. Cuma sudah pasti kalau kita nak melakukan anjakan tersebut, ada beberapa perkara besar yang kita kena laksanakanlah.

Contohnya untuk melaksanakan libat urus dengan semua pihak-pihak berkepentingan. Contohnya juga untuk memahami kerana angka tersebut akan berbeza dengan pemahaman kita selama ini. Jadi, bagaimana supaya ianya juga berlaku adil kepada kerajaan dalam usaha kita untuk memastikan tidak ada mereka yang tertinggal jauh dari segi menikmati soal kekayaan ataupun perkembangan kemajuan pembangunan negara, maka di situ memang memerlukan usaha bersama semua pihak, bukan hanya daripada sesuatu sudut.

Perkara yang dibangkitkan oleh Kubang Pasu, saya rasa saya bersyarah panjang juga tadi. Kubang Pasu mungkin baru masuklah. Saya perhati juga tadi. Dari segi sebenarnya saya cuba terangkan tadi bahawa dimensi yang kita ada untuk memahami keadaan ekonomi, angka itu dari segi makronya saya nyatakan tadi dan ini Yang Berhormat maksudkan tadi bahawa nampaknya baik di luar sana, tapi yang kedua juga tracking yang kita ada adalah melihat— okey, ada 3 minit lagi.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan.

Habiskan Yang Berhormat Menteri dan gulung.

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Dari segi tracking yang kita buat juga, kita melihat daripada sudut mikro ataupun di peringkat individu, yang mana ini kita mengguna pakai laporan survey pendapatan dan juga perbelanjaan negara HIES yang kita telah laksanakan sehingga 2024. Malah, insya-Allah dalam bulan ini ataupun bulan

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

depan saya akan mula melihat untuk kita memulakan survey yang akan datang sebab tempoh yang kita tetapkan itu adalah untuk setiap dua atau tiga tahun ini kita akan terus tracking dari segi bagaimana keadaan soal pendapatan dan juga perbelanjaan isi rumah.

Cuma dari segi bagaimana untuk memastikan limpahan itu dapat dirasai, yang saya nyatakan juga di awal tadi bahawa apa-apa pengumuman dari segi pertumbuhan dan angka yang agak baik ini sudah pasti akan mengambil masa dari segi dengan izin, trickle down effect ataupun limpahan itu untuk benar-benar dirasai oleh secara keseluruhan.

Cuma, pendekatan kerajaan walaupun angka itu menunjukkan keadaan yang bertambah baik, tetapi kita juga tidak menafikan keperluan untuk terus membantu soal rakyat menangani isu kos sara hidup, maka itulah adanya program-program seperti STR SARA yang untuk terus menampung kelompongan yang mungkin ada walaupun dari segi pertumbuhan itu alhamdulillah bertambah baik.

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Untuk persoalan daripada Yang Berhormat Gerik, memang Yang Berhormat Gerik ada memasukkan juga soalan dalam Parlimen. Saya dah teliti jawapan tersebut yang mana kita akan kemukakan perkara itu kepada Yang Berhormat Gerik.

Cuma ada sedikit perbezaan definisi. Saya rasa Yang Berhormat bila bertanyakan soalan tersebut, ia nya melihat kepada sudut di perairan negara.

Sedangkan zon itu, kita bila berbicara soal Gerik ini, Gerik ini dekat tengah-tengah. Jadi iaitu memang sedikit masa untuk kami menjawab sebab nak mendapatkan yang mana sebenarnya persoalan sebenar Yang Berhormat. Tetapi saya mengambil kira datang daripada Gerik, maka soalannya adalah mengenai sempadan di daratan inilah. So, insya-Allah nanti jawapan itu kita akan sediakan kepada Yang Berhormat.

Saya rasa cukup sekadar itu, Datoʼ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada semua 37 Ahli Parlimen yang telah pun mengambil bahagian dan terima kasih kerana cakna dan juga meletakkan isu ekonomi ini bukan hanya daripada satu sudut tetapi juga kepentingan negara, kepentingan bersama kerana hakikatnya kita kini, peranan kita dalam proses demokrasi ini juga untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang baik supaya limpahannya dapat dirasai oleh masyarakat di luar sana. Jadi, cukup sekadar itu. Terima kasih Datoʼ Yang di-Pertua. Terima kasih semua.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Mana-mana Yang Berhormat belum dijawab itu, sila jawab

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

secara bertulis. Selanjutnya, saya mempersila Menteri di Kementerian Belia dan Sukan untuk menjawab pada soalan-soalan Yang Berhormat.

draft • 3:20 PM

Menteri Belia dan Sukan - Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Datoʼ Dr. Yang di-Pertua.

Sebelum saya memulakan sesi jawab pada hari ini, izinkan saya mengalu-alukan pemimpin komuniti masyarakat daripada Sungai Petani. Selamat datang ke Dewan Parlimen.

[Tepuk] Datoʼ Dr. Yang di-Pertua, Berkibar megah Jalur Gemilang, Di bawah naungan Raja berdaulat; Titah Tuanku dijunjung cemerlang, KBS pikul dengan penuh taat. Terlebih dahulu, saya mewakili warga Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan takzimnya, izinkan saya merafak sembah serta menjunjung kasih ke atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ketika Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas Tahun 2026.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah menzahirkan penegasan bahawa sistem pendidikan negara perlu terus di perkasa sebagai asas pembinaan bangsa, jati diri dan masa depan negara, seiring dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Menjunjung titah tersebut, KBS komited untuk memperkukuh pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) sebagai laluan pembangunan modal insan belia, selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam aspek pembangunan belia, penubuhan Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri I berperanan sebagai platform untuk kita menyelaraskan bagi memperkemaskan sistem penyampaian inisiatif dan program pembangunan belia supaya pertama, lebih tersusun, kemudian lebih berfokus dan berimpak tinggi. Matlamatnya adalah untuk merancang pembangunan anak muda agar lebih produktif dan mampu menyumbang secara bermakna kepada pembangunan sosioekonomi negara.

draft • 3:21 PM

Menteri Belia dan Sukan - Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Seiring dengan itu, pelaksanaan had umur belia berpersatuan antara 15 hingga sebelum mencapai 30 tahun yang berkuat kuasa mulai tahun ini, 1 Januari 2026, merupakan satu reformasi struktur yang amat penting. KBS akan terus melaksanakan penilaian berterusan bagi melihat bahawa pelaksanaan ini benar-benar memberikan impak dan yang paling penting adalah kita melahirkan lebih ramai lagi belia, anak muda, pemimpin yang boleh kita dapat sejak dari awal lagi, insya-Allah. Manakala dalam bidang sukan, kita lihat pencapaian kontinjen negara. Di Sukan SEA Thailand 2025 amat-amat membanggakan. Di Temasya Sukan SEA Thailand 2025, kita meraih 231 pingat secara keseluruhan dan Temasya Sukan Para ASEAN Ke-13 dengan kutipan 201 pingat. Dan kedua-dua temasya ini sebenarnya kita melebihi daripada sasaran yang disasarkan. Dan insya-Allah, kita akan terus memperkasakan sukan dalam negara kita dan sukan ini akan menjadi salah satu produk ataupun wadah untuk kita bersama-sama memastikan ia menjadi kebanggaan negara Malaysia.

Berhubung dengan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Diraja, terdapat empat orang Ahli Yang Berhormat yang bertanya terus berkenaan dengan isu- isu Kementerian Belia dan Sukan dan terdapat tiga orang Ahli Yang Berhormat yang bertanya, yang tidak secara langsung kepada Kementerian Belia dan Sukan.

Saya ucapkan terima kasih kepada YB Padang Serai, YB Kangar, YB Sri Gading dan YB Sabak Bernam serta YB Sik, Tanjong Karang dan juga Bagan Serai yang begitu cakna berkenaan dengan belia dan juga sukan. Dan secara rangkumannya, saya membahagikan kepada tiga iaitu ada isu sukan, fasiliti sukan dan juga isu belia.

Datoʼ Yang di-Pertua, pertama, saya ingin menjawab berkenaan dengan isu-isu yang dibangkitkan berkenaan dengan kawasan setempat YB Sri Gading dan juga YB Sabak Bernam dan sebelum menjawab isu yang lebih nasional. Walau bagaimanapun, terlebih dahulu suka untuk saya memberikan sedikit penjelasan berkenaan permohonan naik taraf atau bina baru fasiliti sukan dan sebagainya di tempat atau kawasan Ahli-ahli Yang Berhormat secara keseluruhannya supaya kita lebih faham dan prosedur ini dapat diikuti dengan benar.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebarang permohonan pembinaan baharu fasiliti sukan berskala besar perlu mendapat kelulusan daripada MMKN atau Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan disenaraikan dalam wishlist negeri serta mematuhi semua syarat-syarat yang telah pun ditetapkan oleh Kementerian Ekonomi, sebelum dikemukakan secara rasmi kepada KBS untuk kita proses lebih lanjut. Dan bagi

draft • 3:21 PM

Menteri Belia dan Sukan - Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

permohonan penyediaan fasiliti sukan yang berskala kecil seperti kemudahan riadah, hendaklah dikemukakan secara rasmi kepada KBS melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri ataupun Exco Belia Sukan Negeri atau Majlis Sukan Negeri berserta dengan anggaran kos pembinaan dan keperluan berkaitan.

Permohonan projek pembangunan baharu adalah tertakluk kepada Garis Panduan Penyediaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan Permohonan Projek Pembangunan Tahun 2026-2030 yang disediakan oleh Kementerian Ekonomi. Dan kita juga perlu lihat ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Yang pertama, adalah untuk memastikan bahawa urusan pendaftaran ini atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan atau pewartaan Rizab Persekutuan atau Rizab Negeri bagi maksud Persekutuan. Itu yang pertama.

Yang kedua, kita perlu lihat beberapa aspek jika Ahli-ahli Yang Berhormat ingin mengemukakan cadangan projek dan sebagainya perlu sesuai dengan cadangan projek yang dirancang dan perlu mengelakkan pembangunan di kawasan berpaya, tanah dengan kecerunan yang tinggi dan tidak sesuai untuk pembangunan serta jauh daripada infrastruktur sedia ada. Sebab apa? Sebab ini akan juga pertama, berkenaan dengan aspek keselamatan. Yang kedua adalah dengan penglibatan kos.

Jadi— dan seterusnya, cadangan tapak projek juga perlu bebas bebanan dan sedia untuk dimasuki serta tiada isu tanah. Jadi, ini akan lebih memudahkan proses Kementerian Belia dan Sukan untuk meneruskan permohonan tersebut. Dan, perlu kita ingat bahawa perkara terkait sukan adalah tertakluk di bawah Jadual Kesembilan, Senarai Bersama (Senarai Ketiga) Perlembagaan Persekutuan.

draft • 3:21 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:21 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Oleh itu, saya ingin mengingatkan bahawa...

draft • 3:21 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:21 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Bagi habis ayat sikit je. Bahawa setiap permohonan yang telah diluluskan, kemudian diberikan dana tersebut dan dilaksanakan projek, kita perlu ada saling bantu-membantu. Maknanya, berkenaan dengan penyelenggaraan, ini adalah tanggungjawab bersama antara kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan selaku pemilik atau pengendali fasiliti.

Silakan Yang Berhormat Padang Terap.

draft • 3:21 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Padang Terap ada mengemukakan permohonan kepada pihak kementerian untuk kompleks sukan belia di Padang Terap dan kita telah— saya telah mencadangkan satu lokasi tanah yang di bawah kementerian iaitu tanah IKBN. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat di atas permohonan Padang Terap? Terima kasih.

draft • 3:21 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Baik, terima kasih Padang Terap. Memang Padang Terap sudah berhubung dengan saya berkenaan dengan perkara tersebut.

Namun seperti yang saya ingatkan tadi, walaupun tanah itu di atas tanah Persekutuan, tapi ia perlu mengemukakan secara rasmi. Maknanya masuk dalam MMKN, kemudian masuk dalam wish list senarai negeri, kemudian diangkat Kementerian Ekonomi, barulah Kementerian KBS akan meneruskan proses tersebut. Jadi, saya harap saya akan meneliti lagi dan kita akan sentiasa berhubung dengan Yang Berhormat berkenaan dengan pelaksanaan projek tersebut dan juga kelulusan. Terima kasih, Yang Berhormat.

draft • 3:21 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Baik. Terima kasih.

draft • 3:21 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Dan seterusnya, perkara terkait sukan tadi saya sebut bahawa kalau kita dah bagi, kemudian penyelenggaraan itu perlu bersama dengan kerajaan negeri. Saya berbalik kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanya, YB Sri Gading. Buat masa ini, KBS belum ada perancangan untuk membangunkan kemudahan riadah komuniti di Parit Raja dan bagi cadangan membangunkan sukan kayak di Parit Karjo, KBS ingin menekankan bahawa program sukan air ini memerlukan penilaian menyeluruh meliputi aspek keselamatan, kesesuaian persekitaran, keperluan teknikal, kos pelaksanaan serta kerjasama pelbagai agensi sebelum sebarang keputusan boleh dipertimbangkan.

Tapi Yang Berhormat, kita tidak pernah meninggalkan Sri Gading. Terdapat banyak fasiliti-fasiliti yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk setempat. Antaranya, kita ada fasiliti awam dan juga kita ada fasiliti swasta. Seperti contoh, fasiliti milik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), ada dewan serba guna sukan, gelanggang serba guna terbuka, kolam renang dan Stadium UTHM. Manakala untuk fasiliti milik swasta, kita ada gelanggang badminton, Alpha Badminton Complex, kolam renang, Gelanggang Futsal Parit Raja, dua buah gimnasium, Studio Eight Fitness dan sebagainya. Ini adalah antara fasiliti-fasiliti yang berdekatan yang mungkin boleh digunakan oleh penduduk setempat sebelum sebarang keputusan rasmi ataupun permohonan rasmi itu diangkat kepada pihak kementerian.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, sebentar. Sebelum Yang Berhormat jauh ya. Saya tertarik kepada apa yang disoalkan oleh Yang Berhormat tadi. Betulkan saya ya, saya sebagai wakil rakyat juga. Okey, jika satu projek itu...

draft • 3:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Ya.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

...Ahli Parlimen mahu dilaksanakan dalam daerahnya, pertama, Ahli Parlimen itu kenal pastikan di mana.

draft • 3:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Betul.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Correct me if I’m wrong ya.

draft • 3:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Ya.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Kedua, angkat kepada MMKN negeri...

draft • 3:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Betul.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

...Dan wish list negeri. Baru angkat kepada Kementerian Ekonomi...

draft • 3:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Betul.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Baru kemudiannya kepada Yang Berhormat.

draft • 3:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Ya.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Prosedurnya ya?

draft • 3:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Betul.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Okey Yang Berhormat, Yang Berhormat ambil maklum itu. Sila teruskan.

draft • 3:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Dan suka diingatkan juga Yang di-Pertua, kadang-kadang ada Yang Berhormat jumpa dengan saya. Dia kata dah tulis surat...

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Okey.

draft • 3:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Dah berbahas. Selama tiga tahun ini setiap persidangan dia bahas. Itu tidak diambil kira dan perlu mengikuti prosedur tersebut.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Prosedur yang berkenaan.

draft • 3:30 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

[Bangun]

draft • 3:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Tapi saya memuji Ahli-ahli Yang Berhormat yang sentiasa cakna dengan kawasan masing-masing yang sentiasa mengangkat perkara ini di dalam Dewan ini. Terima kasih.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 3:30 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat, Kulim sat nak tanya. Yang Berhormat...

draft • 3:30 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

[Bangun]

draft • 3:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Sat saja. Kita 19 minit saja ada lagi.

draft • 3:30 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Okey. Saya ada pun dah memohon daripada Menteri yang lepas, dah diluluskan oleh Menteri yang lepas.

Kemudian apabila pertukaran Menteri, saya tanya balik Menteri yang lepas, dia tanya — rujuk kepada Yang Berhormat, adakah itu boleh dibawa perbincangan balik ataupun dengan keputusan yang lama?

draft • 3:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Permohonan— tak jelas Yang Berhormat Kulim.

draft • 3:30 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Saya mohon untuk di kawasanlah. Permohonan untuk buat baik pulih satu gelanggang dan diluluskan oleh Menteri yang lama. Kemudian apabila— selepas kelulusan itu, pertukaran Menteri berlaku. Jadi, saya refer balik kepada Menteri yang lama, saya kata kena refer balik Menteri yang baharu. Adakah kelulusan yang lama itu diguna pakai ataupun kena mohon kelulusan baharu daripada Menteri yang baru?

draft • 3:30 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Yang Berhormat.

Boleh...

draft • 3:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Tidak Yang Berhormat. Kelulusan yang telah pun diangkat secara rasmi dan diluluskan secara rasmi, kita akan teruskan perkara tersebut. Tapi Yang Berhormat boleh berhubung dengan saya, untuk saya meneliti tentang projek atau pelaksanaan naik taraf dan sebagainya, saya perlu mendapatkan detail terlebih dahulu sebelum saya jawab pertanyaan Yang Berhormat. Okey.

draft • 3:30 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Yang Berhormat sedikit, Yang Berhormat. Kinabatangan.

draft • 3:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Okeylah. Bagilah nak tanya.

draft • 3:30 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Terima kasih. Bila kita lihat birokrasi untuk mendapat suatu fasiliti sukan itu, sama ada skala kecil ataupun besar, agak panjang. Adakah usaha di pihak kementerian untuk memendekkan birokrasi tersebut agar pembangunan itu dapat berjalan lancar dan laju? Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 3:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Baik, terima kasih. Sudah tentu sebenarnya ini adalah bukan birokrasi yang panjang. Kita— yang penting adalah kita tidak ada pertindihan projek mana yang diutamakan oleh negeri, projek mana yang diutamakan oleh Persekutuan supaya proses itu atau alur itu lebih berstruktur dan kalau proses itu diikuti dengan begitu baik sekali, sebenarnya birokrasi dia itu tidak terlalu panjang, Yang Berhormat.

Tapi sebarang permohonan boleh juga diangkat, cuma itu adalah dalam perhatian pihak kementerian. Dan kementerian akan follow-up berkenaan dengan perkara tersebut supaya kita tidak melanggar prosedur. Kadang-kadang dengan sejumlah dana yang sekian, kita mungkin ada wish list negeri yang lebih mustahak.

Sebab itu kita perlu selarikan dan selaraskan permohonan-permohonan tersebut.

Terima kasih Yang Berhormat.

Baik, seterusnya Sabak Bernam saya belum jawab lagi ya. Setakat ini, Sabak Bernam sekali lagi tiada permohonan rasmi diterima bagi menaik taraf Kompleks Sukan Sabak Bernam. Walau bagaimanapun sekali lagi penduduk Sabak Bernam tidak ketinggalan dan boleh mempertimbangkan penggunaan fasiliti berikut sebagai alternatif seperti fasiliti milik Majlis Daerah Sabak Bernam, fasiliti milik pejabat pendidikan daerah atau institusi pendidikan dan juga lain-lain seperti gelanggang sukan milik syarikat swasta di kawasan sekitar yang bersesuaian dan kemudahan ini boleh dimanfaatkan sebagai fasiliti alternatif kepada penduduk tempatan dan berupaya menjadi hab aktiviti sukan serta pembangunan belia di Sabak Bernam dan kawasan sekitarnya.

Walaupun kita belum menerima sebarang permohonan secara rasmi, tetapi KBS tidak akan pernah meninggalkan mana-mana kawasan Parlimen untuk pembangunan sukan ataupun pembangunan belia. Sebagai contoh Sabak Bernam, 2025, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor menerusi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam telah melaksanakan pelbagai program termasuklah program sukan dan Rakan

draft • 3:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Muda di daerah Sabak Bernam. Berapa program? 15 program. Berapa orang yang terlibat?

draft • 3:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

[Bangun]

draft • 3:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

6,516 orang belia yang terlibat termasuklah anak muda. Seperti Yang Berhormat Sabak Bernam, silakan. Ada tambahan?

draft • 3:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Terima kasih dan tahniah Yang Berhormat Menteri kerana cakna dengan pembangunan sukan di daerah Sabak Bernam. Yang saya maksudkan dalam soalan saya waktu perbahasan ialah menaik taraf Kompleks Sukan Sabak yang mana trek dan balapannya sejak dibina sampai sekarang tak pernah dinaik taraf. Daripada warnanya merah melepak, sekarang dah hitam legam dan berlubang-lubang membahayakan pelajar-pelajar menggunakan dan trek ini juga digunakan oleh sekolah-sekolah daripada Bagan Datuk, Perak juga kawasan Timbalan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat. Terima kasih.

draft • 3:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Baik, terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Kita akan meneliti permohonan tersebut. Tapi kalau ia tidak termasuk dalam permohonan rasmi, maka naik taraf tersebut juga kita akan tangguhkan terlebih dahulu dan juga kita perlu melihat bagaimana kerajaan negeri untuk bersama-sama dalam hal tersebut. Baik, terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam dan saya berharap apa yang saya jelaskan tadi juga terpakai kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat.

Dan seterusnya berkenaan dengan isu-isu yang secara tidak langsung melibatkan belia juga, YB Tanjong Karang, YB Sik dan juga YB Bagan Serai. Pertama, YB Tanjong Karang membangkitkan isu jurang kualiti pendidikan bandar dan luar bandar, ketidakpadanan kemahiran graduan dengan pasaran kerja serta cabaran belia seperti kos sara hidup dan peluang pekerjaan.

Tuan Yang di-Pertua, KBS terlibat secara langsung dalam pelaksanaan agenda TVET negara yang dilaksanakan secara rentas kementerian berlandaskan Dasar TVET Negara. Dan pendekatan ini bertujuan untuk mempercepatkan penempatan pekerjaan, meningkatkan tahap pendapatan belia serta memastikan peluang pekerjaan yang diceburi bersifat bermaruah dan berdaya tahan.

Di KBS, kita ada Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) menyediakan laluan latihan kemahiran kepada belia lepasan SPM dan belia luar bandar khususnya. Jadi, kita nak pastikan bahawa tidak ada yang tertinggal dan kita sentiasa

draft • 3:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

bekerjasama dengan rentas kementerian kerana setiap kementerian itu ada dasar belianya.

ILKBS menawarkan 14 bidang utama dan di 21 institusi di seluruh negara dan kadar kebolehpasaran ini sehingga 96 ke 97 peratus dia punya kadar kebolehpasaran dan ini sedikit sebanyak membantu khususnya belia-belia di luar bandar. Dan bagi memastikan latihan yang ditawarkan kekal relevan dengan keperluan industri, ILKBS melaksanakan kerjasama strategik dengan pihak industri secara berterusan termasuk memperluas kerjasama ini pada tahun 2026. Dan selain itu, pensijilan kemahiran yang ditawarkan adalah diiktiraf dan berorientasikan kebolehpasaran selaras dengan keperluan sektor pekerjaan semasa.

Seterusnya, YB Bagan Serai juga menzahirkan kebimbangan terhadap penglibatan belia yang rendah dalam sektor pertanian. Sekali lagi, saya mengatakan bahawa Kementerian Belia dan Sukan sentiasa bekerjasama dengan rentas kementerian iaitu penglibatan JBSN, Jabatan Belia dan Sukan Negara telah melaksanakan beberapa inisiatif pembangunan belia berasaskan keusahawanan dan perusahaan sosial pada tahun 2025 seperti program Agrobelia Lestari 2025, program Social Entrepreneurship for Rural Youth dan juga program-program yang lain.

draft • 3:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Dan untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, baru-baru ini juga kita adakan kerjasama dengan ICU JPM, dengan kita memberikan geran SejaTi MADANI sehingga RM100,000 untuk setiap pertubuhan belia yang berdaftar dengan syarat-syarat tertentu seperti dia mengikut proses seminar, kemudian dia menghantar laporan dan sebagainya. Dan ini boleh dimohon melalui website dan juga kita menyasarkan sebanyak 2,500 pertubuhan belia memohon RM100,000 geran SejaTi MADANI ini dan kita menyasarkan RM250 juta kepada golongan belia.

Tujuannya apa? Bukan kita ingin berikan RM100,000 secara one-off. Tidak.

Tetapi dengan RM100,000 ini, dia mesti ada business minded untuk melahirkan daripada RM100,000 setelah setahun mungkin ada RM500,000. Mungkin ada RM1 juta.

Dan ini kita berikan ruang dan peluang ini kepada pertubuhan-pertubuhan belia di seluruh Malaysia. Dan saya harap pertubuhan belia juga dapat memanfaatkan perkara ini supaya belia-belia ini tidak tercicir khususnya belia di luar bandar, kita tidak akan pernah meninggalkan mana-mana belia tak kira siapa pun itu.

draft • 3:40 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Seterusnya, dalam hal terkait sosioekonomi belia, KBS menyedari bahawa pelaksanaan latihan TVET dalam banyak keadaan secara sistematik telah mendorong penghijrahan belia terlatih ke kawasan bandar yang menawarkan peluang pekerjaan serta kadar gaji yang lebih tinggi. Sehubungan itu, pada tahun ini, KBS memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran keusahawanan dalam kalangan belia luar bandar memandangkan pendekatan ini berupaya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan setempat serta mengurangkan kebergantungan kepada peluang pekerjaan di bandar.

Dan sekali lagi, ini juga memerlukan sebenarnya kerjasama rentas kementerian.

Sebab mungkin kita ada kepakaran tertentu, tetapi geran atau pinjaman dana itu terdapat di kementerian yang lain. Jadi, bagaimana kita ingin menghubungkan antara satu kementerian dengan kementerian yang lain supaya setiap dasar belia itu dapat dihubungkan dan akhirnya kita dapat melihat suatu outcome yang lebih jelas berkenaan dengan pembangunan belia dan juga bagaimana belia ini tidak tercicir. Itu adalah hasrat kita.

Dan Model Pembangunan Belia MADANI 2030 (MPBM 2030) merupakan dokumen dasar utama yang menetapkan hala tuju pembangunan belia negara sehingga tahun 2030 serta berperanan sebagai pelengkap bagi menyokong dan menambah baik mekanisme dasar belia Malaysia yang sedia ada dan ini juga telah diluncurkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 28 Mei 2023 yang mana model ini diselaraskan dengan dasar nasional terkini iaitu Gagasan Malaysia MADANI melalui penekanan kepada empat teras iaitu pendidikan, latihan berkualiti, penciptaan pekerjaan, transformasi keusahawanan, kecergasan dan kesejahteraan hidup serta penglibatan suara belia secara keseluruhannya.

Seterusnya, saya ingin masuk berkenaan dengan isu sukan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Serai. Terima kasih Yang Berhormat kerana sentiasa cakna berkenaan isu-isu terkini dan juga isu-isu semasa. Dan ingin dijelaskan bahawa FAM ialah badan sukan kebangsaan berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576] dan ditadbir secara autonomi selaras dengan Piagam Olimpik serta peraturan FIFA.

Oleh itu, saya ingin mengingatkan bahawa sebarang campur tangan kerajaan secara langsung dalam urusan pentadbiran itu sebenar disiplin atau teknikal FAM perlu dibuat dengan berhati-hati bagi mengelakkan risiko sekatan antarabangsa yang

draft • 3:40 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

menjejaskan bola sepak negara. Dan peranan Menteri di bawah Akta 576 adalah untuk menentukan dasar dan hala tuju pembangunan sukan negara. Dan dari sudut pelaksanaan dan penyelarasan di bawah akta, tindakan kementerian akan dilaksanakan melalui Pesuruhjaya Sukan (PJS) selaku pentadbir akta dan kuasa arahan Menteri kepada PJS tidak merangkumi arahan langsung kepada FAM.

Dan dalam aspek tadbir urus dan integriti, kerajaan menegaskan bahawa amalan governans yang telus dan profesional adalah asas pembangunan sukan yang mampan.

Jadi, KBS melalui Pesuruhjaya Sukan melaksanakan program pengukuhan governans, advokasi, latihan, pengurusan organisasi, badan sukan serta libat urus. Dan kita juga meningkatkan lagi good governance dengan membuat atau melaksanakan inisiatif ikrar bebas rasuah serta program advokasi governans dan integriti dengan penglibatan SPRM dan Institut Integriti Malaysia.

Dan berhubung dengan peruntukan. MSN akan sentiasa memantau sebarang peruntukan dan juga dana awam yang diberikan kepada persatuan-persatuan. Dan untuk FAM, kita ada, kita ada pemantauan oleh MSN dan laporan secara berkala.

Pemantauan tersebut dilakukan setahun bersidang sehingga tiga kali ya untuk memastikan bahawa ketelusan dana tersebut benar-benar berlaku.

Dan suka saya kongsikan bahawa pada tahun ini, kita lihat bahawa kita ingin mengetatkan lagi pengauditan itu. Maka dengan itu, kita akan melakukan pengauditan pengurusan dana atau geran yang dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara. Jabatan Audit Negara yang akan masuk dan ini melibatkan Badan Sukan Kebangsaan di bawah JBSN. Ini adalah salah satu penambahbaikan.

Dan berkenaan dengan isu naturalisasi. Ya, sila Yang Berhormat.

draft • 3:40 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih Sungai Petani. Sungai Petani mungkin mengikuti perbahasan saya secara dekat. Memang saya memahami apa yang Menteri sebut tadi tentang pentadbiran badan sukan dan sebagainya. Yang saya streskan dalam ucapan saya adalah pembangunan bola sepak. Saya tak sebut sukan-sukan lain. Sebab kalau kita tengok sukan badminton, sukan sepak takraw ada perkembangan yang baik. Tetapi memalukan bagi sebuah negara, bila kita terpaksa mengambil tujuh orang pemain naturalisasi dan digantung oleh FA, digantung oleh FIFA.

Jadi saya menekankan dalam ucapan saya, bagaimana pembangunan daripada akar umbi, daripada pemakanannya, daripada pemilihan pemainnya, tidak ada unsur

draft • 3:40 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

pilih kasih. Kadang-kadang kita ada banyak sekolah sukan dalam negara kita tetapi akhirnya kita tidak dapat memilih pemain yang benar-benar boleh mewakili negara. Itu yang saya stres dalam ucapan saya. Saya faham, saya faham.

draft • 3:40 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Baik.

draft • 3:40 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Jadi, saya memberikan harapan yang besar kepada Menteri kita yang baharu daripada Sungai Petani, jiran saya untuk melihat kembali-kembali sukan bola sepak ini supaya kita tidak dimalukan lagi. Terima kasih.

draft • 3:40 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Terima kasih Yang Berhormat. Saya tidak mahu untuk membuat sebarang komen yang akan mengganggu proses perbicaraan tersebut. Sebab itu kita menunggu dan menghormati ya proses perundangan antarabangsa yang sedang berjalan.

FAM memaklumkan bahawa Mahkamah Timbang Tara (CAS) telah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman (stay of execution) bagi membolehkan pemain berkenaan kembali beraksi sementara menunggu keputusan rayuan dimuktamadkan. Tapi, saya akan jawab berkenaan dengan pembangunan bola bersekali dengan YB Kangar lepas ini. Dan kita juga mengambil maklum bahawa peletakan jawatan, Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 28 Januari 2026 dan proses pemilihan baharu akan dikendalikan oleh pihak AFC dalam tempoh penilaian yang ditetapkan.

Seterusnya, ini sedikit saya nak bersekalikan dengan YB Kangar. Dia memohon penjelasan tentang hala tuju Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP). Sebab itu, kita perlu perkasakan NFDP ini supaya kita boleh mencungkil lebih ramai bakat- bakat tempatan, lebih ramai bakat-bakat baharu dan saya harap dengan segala isu yang berlaku ini, biarkan ia dibicarakan dengan proses dan lunas undang-undang yang telah pun termaktub. Apa yang penting sekarang adalah kita jangan luntur semangat kita, kita tetap memperkasa dan memperkukuhkan segala program yang ada dan juga semangat peminat-peminat bola sepak negara itu harus tetap kuat sehinggalah nanti kita lihat proses-proses yang seterusnya.

KBS memberi penekanan utama kepada pembangunan akar umbi melalui pembangunan Program Pembangunan Bola Sepak Negara yang dilaksanakan secara berstruktur mengikut peringkat umur serta dipantau bersama pihak berkaitan termasuk kerjasama persatuan negeri bagi memastikan kesinambungan bakat.

draft • 3:40 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Di bawah RMK13, sebanyak RM18 juta tahun 2026 diperuntukkan bagi pelaksanaan NFDP meliputi pengurusan atlet dan jurulatih, pengurusan pusat latihan, pendedahan latihan kejohanan, sains dan perubatan serta khidmat sokongan. Dan program ini melibatkan 16,221 pelatih dan 792 jurulatih melalui rangkaian 79 akademik TUNAS, 63 pusat latihan daerah, 14 sekolah sukan negeri, satu akademik zon serta Akademik Mokhtar Dahari.

Jadi Yang Berhormat Padang Serai, sebenarnya memang kita sedang cuba memperkasakan ini sebaik mungkin supaya kita dapat melahirkan lebih ramai lagi pemain-pemain bola sepak yang hebat yang boleh mewakili negara kita. Dan buat masa ini, FAM masih bertanggungjawab terhadap aspek teknikal, kejurulatihan dan prestasi.

Manakala MSN kekal bertanggungjawab terhadap aspek pengurusan termasuk kewangan, pendidikan, kebajikan, pelatih, asrama, sajian, fasiliti serta penyelenggaraan.

draft • 3:40 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Dan dari segi hala tuju...

draft • 3:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Menteri Sukan, sedikit, Kampar. Tentang naturalisasi pemain, saya nak merujuk kepada laporan media di mana seorang perenang, Loti Cullen di mana ibunya berasal dari Malaysia di Perak dan oleh kerana dia dilahir di luar negara, Perlembagaan Malaysia tidak dibenarkan bagi dia kewarganegaraan dan banyak kali dia telah memohon.

Jadi saya nak tahu, adakah Menteri ataupun kementerian bersedia untuk lakukan satu standard SOP untuk menaturalisasikan pemain-pemain ini yang berpotensi tinggi?

Sebab ini satu contrast yang besar. Perenang dan juga bola sepak. Bola sepak senang dapat kewarganegaraan, tetapi perenang ini memang ibunya lahir di Malaysia tetapi tidak dapat. Dan dia datang untuk di Malaysia dan dia dapat emas. Dan ini satu kerugian kepada negara. Apakah pelan?

draft • 3:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Baik, terima kasih. Yang Berhormat Kampar, saya akan melihat berkenaan isu tersebut. Cuma saya ingin mengingatkan bahawa proses naturalisasi atau proses untuk memberikan kewarganegaraan dan sebagainya, itu bukan di bawah kemampuan KBS sebenarnya. Ya, kita perlu berbincang dan itu sebenarnya di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri. Jadi saya tidak boleh menjawab bagi pihak Kementerian Dalam Negeri. Terima kasih Yang Berhormat Kampar.

draft • 3:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Seterusnya, dari segi hala tuju sikit tadi habiskan dan penambahbaikan teknikal sebagaimana yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat YB Kangar, ketika berbahas pelantikan Yang Berbahagia Datuk Ong Kim Swee sebagai Pengarah Teknikal NFDP merupakan langkah strategik untuk memperkukuh kualiti pembangunan pemain termasuk penilaian prestasi berterusan dan penambahbaikan kaedah latihan.

Tuan Yang Di-Pertua, saya sebenarnya nak menjawab satu usul di bawah 18(1) yang dibawa oleh YB Arau. Cuma disebabkan oleh, pertama masa tidak mencukupi dan juga YB Arau tidak berada di dalam Dewan, saya mohon untuk menjawab secara bertulis. Tapi ingin saya rekodkan di sini, saya ingin berterima kasih kepada YB Arau kerana membawa usul ini dan YB Arau sentiasa cakna berkenaan dengan pembangunan belia dan juga khususnya pembangunan sukan negara. Jadi Ahli Yang Berhormat...

draft • 3:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Sikit YB Menteri.

draft • 3:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Alor Setar, saya kena bagilah. Okey, sila.

Sahabat, sahabat saya.

draft • 3:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih kawan. Satu negeri dan kawan se...

draft • 3:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Tetapi Alor Setar tak bahaskan hari itu?

draft • 3:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Saya ada sentuh sebenarnya tentang politik anak muda.

draft • 3:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Okey.

draft • 3:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Saya tak pasti adakah pegawai KBS catat ataupun tidak. Kalau tidak ada pun minta Yang Berhormat bagi jawapan bertulis. Saya minta tentang politik anak muda ini, kita perlu pimpin anak muda ini supaya ke arah politik yang lebih matang. Jadi saya berpandangan mungkin Yang Berhormat patut memulakanlah sebagai Menteri supaya anak muda kita ini bebas daripada politik-politik yang cacamarba lah yang ada hari ini. Kita nak si muda mulakan dengan politik baru yang lebih matang dan sejahtera untuk Malaysia. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri?

draft • 3:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar, sahabat saya yang sentiasa kita berbincang bagaimana untuk kita wujudkan pemimpin masa depan yang lebih berkualiti, yang boleh menjadi jambatan penyatu antarabangsa,

draft • 3:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

kaum dan agama. Itu yang paling penting. Saya sangat bersetuju dengan Yang Berhormat Alor Setar dan saya harap— sebenarnya di kementerian kita sendiri, kita telah pun menjalankan program KOM atau Kuasa Orang Muda. Kuasa Orang Muda ini dia bersifat— dia di bawah agensi Impact, dia bersifat sangat neutral, dia tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

Sebab apabila kita mengimplementasikan Undi18, kita perlu ada satu persediaan bahawa anak muda selepas saja keluar sekolah, masuk dalam dewan mengundi, kemudian dia melihat kertas undi itu bukan hanya semata-mata untuk memangkah, tetapi apabila dia memangkah itu adalah dia sebenarnya memilih masa depan negara dia. Sebab itu dengan inisiatif Kuasa Orang Muda ini, kita boleh lihat dari segi digitalnya kita ada, kemudian kita akan turun ke bawah dan juga khususnya di kawasan luar bandar dan sebagainya, dan kita engage juga dengan universiti, sekolah dan sebagainya, supaya cakna nya orang muda ini akan lebih tinggi lagi.

Bagaimana proses demokrasi, bagaimana proses sistem berparlimen, bagaimana proses untuk membentuk suatu dasar dan undang-undang dan akhirnya anak muda ini tidak kira lah, bertukarlah kerajaan berapa kali sekali pun, anak muda ini dia dah mula ada dia punya dalam diri dia bagaimana dia ingin memilih sesuatu pemimpin di masa yang akan datang.

Jadi, itu saya rasa penting sebenarnya, sebab itu saya ingin mengajak sekali sama-sama sahabat-sahabat saya baik di peringkat kerajaan ataupun pembangkang untuk bersama-sama dengan Kementerian Belia dan Sukan. Kita jadikan kementerian ini sebagai suatu kementerian yang menjadi jambatan untuk menyatupadukan kita semua, mulakan daripada orang muda. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang Berhormat, cukup sekian Yang Berhormat — Yang di-Pertua, perbahasan dan jawapan daripada saya. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Pengerusi tak cakap apa, bercakaplah teruskan. Tapi kalau Yang Berhormat Menteri sendiri nak berhenti, okeylah.

draft • 3:50 PM

[Dewan ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik. Majlis ke agenda seterusnya. Dengan ini, dipersilakan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama untuk menjawab soalan-soalan Yang Berhormat.

draft • 3:50 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebagai penggulung pertama bagi pihak Jabatan Perdana Menteri, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian secara aktif dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja sepanjang persidangan ini.

Untuk makluman Dewan Yang Mula ini, seramai 11 orang Ahli Yang Berhormat telah mengemukakan pandangan, cadangan serta isu-isu yang menyentuh perkara- perkara di bawah bidang tanggungjawab portfolio Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama. Ahli-ahli Yang Berhormat adalah seperti berikut. Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Hulu Terengganu, Yang Berhormat Kepala Batas, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Baling dan Yang Berhormat Jasin.

Saya akan berusaha sebaiknya untuk memberikan jawapan secara lisan terhadap semua perkara yang telah dibangkitkan. Walau bagaimanapun, sekiranya masa tidak mengizinkan, saya dengan penuh hormat memohon keizinan Dewan untuk mengemukakan jawapan bertulis. Sehubungan itu, terdapat beberapa isu utama yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat sepanjang perbahasan. Insya-Allah, saya akan jawab dan perincikan dalam sesi penggulungan ini.

Yang Berhormat Kepala Batas membangkitkan isu sugar attack dan masalah kesihatan yang berlaku kepada generasi muda. Adakah wajar produk tinggi gula dipersijilkan halal?

Tuan Yang di-Pertua, pensijilan halal adalah mekanisme jaminan pematuhan syariah dalam penyediaan perkhidmatan atau rantaian pengeluaran sesuatu produk, khususnya dari segi sumber bahan, proses pengeluaran dan pematuhan terhadap standard dan piawai halal yang ditetapkan. Dalam hal ini, prinsip halalan toyyiban yang terangkum dalam Pensijilan Halal Malaysia menekankan bahawa produk berkenaan dihasilkan secara halal, bersih, selamat dan tidak memudaratkan secara langsung menurut penilaian syarak.

Seperti yang kita sedari, pengambilan sesuatu makanan secara berlebihan termasuk makanan tinggi gula boleh memberi kesan kepada kesihatan, namun perkara

draft • 3:55 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

tersebut adalah berkait rapat dengan corak pemakanan, kesedaran dan kawalan kendiri pengguna. Dalam konteks ini, JAKIM melaksanakan peranannya sebagai pihak berkuasa berwibawa Pensijilan Halal sepertimana yang dinyatakan dalam Akta Perihal Dagangan 2011 dan sentiasa bekerjasama dengan kementerian dan agensi berkaitan bagi memastikan isu pengambilan gula berlebihan dan kesannya terhadap kesihatan awam dapat ditangani melalui pendekatan dan program kesihatan. Pada masa yang sama, JAKIM juga menyokong usaha kerajaan melalui Agenda Nasional Malaysia Sihat yang mempromosikan amalan pemakanan dan gaya hidup sihat selaras dengan prinsip maqasid syariah.

YB Kepala Batas juga membangkitkan isu sugar attack, namun mencadangkan kesedaran berkenaan bahaya pengambilan gula diterapkan juga dalam khutbah Jumaat.

JAKIM dan jabatan agama Islam negeri sememangnya menjadi platform khutbah sebagai salah satu medium penting dalam memberikan kesedaran. Buat pengetahuan semua, setahun kita ada 52 ke 53 Jumaat khutbah setahun.

Isu berkaitan penjagaan kesihatan tubuh badan ini telah diberikan perhatian dalam teks-teks khutbah sebelum ini kerana kepentingan kesihatan yang baik ini akan memberi kesan dalam melaksanakan ibadah bagi umat Islam. Antaranya, tajuk khutbah “Mengutamakan Kesihatan Suatu Ibadah, Menjaga Kesihatan Dengan Mengamalkan Gaya Hidup Sihat, Hak Terhadap Penjagaan Kesihatan Termasuk Sihat Seperti Rasulullah SAW”.

Sehubungan itu, pihak JAKIM dan JAIN menyambut baik cadangan, pandangan dan saranan isu berkaitan sugar attack ini adalah sebahagian daripada amalan pemakanan yang kurang sihat yang telah diberikan perhatian oleh pihak JAKIM dan JAIN.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 3:55 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

YB Jerai membangkitkan isu tentang kerajaan...

draft • 3:55 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

YB Menteri, minta maaf, minta izin. Alang- alang menyebut berkenaan dengan sugar attack tersebut.

draft • 3:55 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Saya cuma perlukan pencerahan daripada pihak Menteri. Saya dah fokuskan berkenaan dengan sugar attack ini khususnya kepada francais-francais yang wujud di seluruh negara terutamanya yang berada di bandar khususnya. Adakah pihak kementerian khususnya ini berkait juga dengan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan kementerian yang lain? Sebab saya risau berkenaan dengan francais- francais ni banyak berlaku selain daripada konsep halal tu, kita faham halal dari sudut bahan tapi dari konteks penggunaan gula yang berlebihan itu, itu adalah salah satu berkenaan dengan halalan toyyiban.

draft • 4:00 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Dari segi aspek pensijilan halal, kita mempunyai gold standard. Piawaian yang sangat-sangat ketat malahan diiktiraf di seluruh dunia. Ini bermakna — serta mana-mana francais yang mendapat sijil halal itu, mereka sudah melalui proses yang amat ketat dan apa yang menjadi permasalahan sekarang adalah gaya dan juga corak pemakanan tersebut. Oleh itu, pihak JAKIM dan juga Kementerian Kesihatan mengambil beberapa langkah pendekatan untuk memupuk gaya pemakanan yang sihat. Ini perlu dilakukan kerana bukan hanya kita melariskan produk tetapi juga kita juga ingin memupuk satu gaya corak hidup yang sihat dan dapat mengawal dari segi aspek gula ini.

Baik, Yang Berhormat Jerai membangkitkan isu tentang kerajaan pernah mewartakan Hari Menulis Jawi dan mencadangkan untuk menggalakkan penggunaan tulisan jawi pada setiap hari Jumaat. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah mengisytiharkan hari Jumaat menjadi Hari Tulisan Jawi sejak 4 September 2019 dalam program Semarak Tulisan Jawi peringkat Agensi Hal Ehwal Agama.

Buat masa ini kerajaan masih mengekalkan pewartaan tersebut dan masih mengekalkan, menggalakkan tulisan jawi untuk diajar digunakan oleh masyarakat. Bagi penggunaan dalam teks khutbah Jumaat pula, sememangnya JAKIM dan juga Jabatan Agama Islam Negeri-negeri menyediakan dua versi teks khutbah yang ditulis menggunakan tulisan jawi dan rumi. Manakala bagi kelas KAFA, pembelajaran tulisan jawi ini adalah subjek yang sangat penting malahan menjadi subjek utama bagi membolehkan pelajar sekolah rendah peringkat rendah untuk memahami subjek KAFA, termasuklah tulisan jawi.

draft • 4:00 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Menteri...

draft • 4:00 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Seterusnya, JAKIM memainkan— bagi saya habiskan ayat ni. Seterusnya, JAKIM memainkan peranan penting dalam memartabatkan tulisan jawi menerusi pelaksanaan dasar minimum 30 persen penggunaan tulisan jawi dalam semua bahan promosi dan penerbitan JAKIM dan pelantikan pegawai sebagai munsyi jawi melalui kerjasama dengan DBP dan juga penerbitan sebanyak 53 judul bahan bertulisan jawi. Dipersilakan Yang Berhormat.

draft • 4:00 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Terima kasih Menteri. Yang di-Pertua, dalam KAFA, terdapat guru-guru yang kita rasa lemah dalam tulisan jawi. Berapakah siri-siri kursus peringkat perdana melibatkan guru-guru KAFA di seluruh Malaysia?

draft • 4:00 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih. Buat masa ini, kita ada 36,500 guru-guru KAFA dan kita memberikan latihan dari masa ke semasa. Sekiranya ingin dapatkan perincian, saya perlu mendapatkan dan boleh berikan jawapan bertulis. Tuan Yang di- Pertua, saya teruskan jawapan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sik dan Yang Berhormat Permatang Pauh. Yang Berhormat menggesa agar tindakan segera dilakukan untuk pelaburan besar dalam latihan-latihan hakim, pendakwa dan prasarana, memperluaskan bidang kuasa mahkamah syariah dan juga langkah strategik kerajaan dalam memperkasa perundangan negeri dan memperkukuh peranan mahkamah syariah.

Kerajaan memandang serius usaha memperluaskan dan memperkasa bidang kuasa mahkamah syariah. Sehubungan itu, langkah-langkah telah dan senang dilaksanakan secara berperingkat antaranya melalui Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama serta penglibatan Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan bagi memastikan peluasan bidang kuasa mahkamah syariah dilaksanakan selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dari sudut pelaksanaan, kerajaan menegaskan bahawa hal ehwal undang- undang syariah adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa negeri. Negeri-negeri kini senang melaksanakan semakan serta pewujudan rang undang-undang khusus mahkamah syariah ke arah peningkatan bidang kuasa dan tadbir urus termasuk cadangan pewujudan mahkamah utama mahkamah syariah. Peluasan bidang kuasa pengangkatan anak orang Islam serta penambahbaikan peruntukan berkaitan nafkah qarabah dan juga kebajikan keluarga.

draft • 4:00 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Berhubung dengan pelaburan dan latihan dan prasarana, kerajaan telah memperuntukkan sumber khusus bagi memperkasa mahkamah syariah dari sudut pembangunan fizikal dan bukan fizikal. Melalui peruntukan latihan ini, Akademi Kehakiman Syariah Malaysia telah ditubuhkan secara interim sebagai pusat latihan bersepadu bagi hakim syarie, pendakwa syarie dan pegawai kehakiman. Kerajaan juga merancang penubuhan AKSM yang tetap di Bandar Enstek sebagai pelaburan jangka panjang di samping menghantar pegawai syariah mengikuti latihan dan pendedahan di peringkat antarabangsa.

Setakat 2025, sejak penubuhannya, AKSM telah melatih lebih 1,745 pegawai hakim, pegawai syariah dan sebagainya, menunjukkan bahawa usaha kerajaan yang serius. Selain itu, melalui JKSM sedang mengkaji keperluan mewujudkan Akta Saraan Hakim Syarie seiring dengan hakim sivil bagi memperkukuh kebebasan kehakiman dan pengiktirafan mahkamah syariah sebagai institusi kehakiman yang berwibawa.

Pada masa yang sama, JKSM sedang meneliti undang-undang sedia ada secara berperingkat termasuk cadangan penggubalan Akta Mahkamah Syariah, penambahbaikan akta dan Enakmen Tatacara Mal Syariah dan juga peruntukan berkaitan tatacara jenayah dan pentadbiran kehakiman syariah. Kesimpulannya, kerajaan kekal komited memperluaskan bidang kuasa mahkamah syariah selari dengan Perlembagaan Persekutuan. Yang Berhormat Bachok..

draft • 4:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Menteri, boleh Yang Berhormat Menteri sedikit?

draft • 4:00 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Boleh, silakan.

draft • 4:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Apabila Yang Berhormat Menteri menyebut tadi soal pengukuhan Mahkamah Syariah. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Ya, saya pasti kita sedang menunggu reformasi yang kukuh dari segi kita nak memperluaskan bidang kuasa mahkamah syariah ini dalam kerangka Perlembagaan yang penting itu. Cumanya, sudah pastilah di pihak negeri ini mereka nak melihat di peringkat Persekutuan kita ini dengan ada keyakinan bahawa kita dapat memberi satu penyelarasan yang jelas dari segi khususnya Akta 355 itu.

Yang itu antara punca kepada ataupun halangan bagaimana kita nak selaraskan kedudukan undang-undang mahkamah syariah itu sendiri. Yang kedua, saya bersetujulah kalau maknanya telah pun dibangkitkan oleh beberapa pihak. Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Syariah yang perlu dimulai untuk dilaksanakan

draft • 4:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

dengan serius supaya penyeragaman dan juga kedudukan pegawai-pegawai mahkamah syariah ini dapat ditingkatkan sama level dengan mahkamah sivil yang ada itu dan saya yakin perkara ini perlu ada proses yang jitu di antara Jabatan Kehakiman Syariah sendiri dan juga di peringkat negeri di semua di Malaysia ini. Terima kasih Menteri.

draft • 4:00 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih Yang Berhormat. Ada dua soalan yang dibangkitkan. Yang pertama, berkenaan dengan penyelarasan di peringkat negeri- negeri termasuk RUU 355. Ingin saya kongsikan di sini bahawa Jawatankuasa Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri Menggubal Undang-undang Islam telah memberikan cadangan dan kerajaan sekarang ini sedang meneliti secara halus dan teliti agar ia nya dapat macam mana untuk melaksanakannya.

Dan menjawab kepada soalan yang kedua iaitu Suruhanjaya Kehakiman Syariah Malaysia, ini juga berkait rapat dengan usaha iaitu RUU, apa— Akta Kehakiman Syariah yang sedang digubal oleh JKSM. Ini menunjukkan bahawa ini adalah komitmen kita dan kita sudah pasti akan mengambil pandangan daripada negeri-negeri dan juga akan juga memaklumkan sekiranya ia melibatkan keseluruhan negeri-negeri, maka ia nya perlu dibawa ke MKI dan Majlis Raja-raja.

draft • 4:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

[Bangun]

draft • 4:00 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Semuanya itu perlu diikuti prosesnya secara tertib, secara menghormati institusi. Tuan Yang di-Pertua...

draft • 4:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Yang Berhormat Menteri, laluan sedikit tentang Akademi Kehakiman Syariah. Tentang akademi ini, saya telah bangkitkan dalam perbahasan di peringkat bajet tahun lepas tetapi Yang Berhormat Menteri terdahulu tidak menjawab. Cuma saya nak tanya, dari segi penglibatan dalam akademi ini, adakah hanya tertumpu kepada pegawai syariah sahaja tanpa dilibatkan peguam-peguam syarie yang ada di setiap negeri yang mereka ini bernaung di bawah JKSM negeri? Saya pohon penjelasan.

draft • 4:00 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih Yang Berhormat. Ingin saya kongsikan di sini bahawa bukan hanya kepada hakim, pegawai syariah, termasuk juga peguam- peguam, termasuk juga Jabatan Mufti kerana Jabatan Mufti juga perlu menggubal fatwa dan fatwa itu perlu mematuhi perlembagaan. Jadi, mereka juga perlu mengikuti kursus- kursus tersebut. Ini bermakna sangat menyeluruh. Terima kasih.

draft • 4:00 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Yang Berhormat Bachok mencadangkan agar kerajaan memperkukuhkan struktur operasi dan strategi pelaburan Tabung Haji. Ini berkenaan Tabung Haji.

draft • 4:00 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Tabung Haji komited dalam melaksanakan mandat mentadbir dan mengurus simpanan bagi tujuan menunaikan ibadat haji. Salah satu usaha yang diambil oleh Tabung Haji adalah dengan memperkenalkan bantuan kewangan haji secara bersasar sejak tahun 2022 selaras dengan konsep istitha'ah bagi mengimbangi keperluan kebajikan bakal jemaah haji yang memerlukan serta memastikan kelestarian kewangan Tabung Haji tetap terpelihara.

Kesan positif daripada penyelarasan ini dapat dilihat melalui peningkatan kadar agihan keuntungan di mana Tabung Haji berjaya meningkatkan kadar daripada 1.25 peratus pada 2018 kepada 3.05 peratus pada 2019 dan mengekalkan kadar bagi empat tahun berturut-turut pada 3.10 peratus. Bagi tahun 2024, prestasi kewangan Tabung Haji mencatat peningkatan yang lebih baik apabila kadar agihan keuntungan meningkat kepada 3.25 peratus sekali gus mencatatkan prestasi terbaik dalam tempoh tujuh tahun sejak 2018. Alhamdulillah.

Soalan yang berkenaan dengan Tabung Haji, iaitu Yang Berhormat Pengkalan Chepa memberi pandangan syarat simpanan sebanyak RM15,000 kepada pendeposit adalah memberi kesan besar. Ingin saya jawab, Tuan Yang di-Pertua, jumlah RM15,000 bagi menerima tawaran haji adalah masih tidak mencukupi untuk melaksanakan haji kerana kos keseluruhan bagi jemaah muassasah adalah RM33,300. Pada tahun 2025, kira-kira separuh bakal jemaah yang menerima tawaran telah menangguhkan giliran kerana kekurangan simpanan.

Apa yang kita lakukan? Bagi tahun 2026, setelah dibuat peringatan awal, terdapat bakal jemaah yang meningkatkan simpanan terus ke paras RM15,000 dalam masa yang singkat. Kesan daripada itu― alhamdulillah. Kita juga memberikan peringatan bermula Ogos 2025, tahun lalu, Tabung Haji telah mengambil inisiatif mengeluarkan makluman peringatan awal kepada bakal haji musim 2026 di dalam semua platform media sosial, siaran akhbar, aplikasi THiJARI dan, alhamdulillah, tahun ini kita berjaya mengurangkan― tahun lepas 50 peratus, tahun ini hanya 18 peratus yang menangguhkan.

draft • 4:10 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Seterusnya, saya ingin membangkitkan isu yang dibangkitkan Yang Berhormat Kepala Batas, Pengkalan Chepa dan Jasin mempersoalkan kenyataan berkenaan dengan stres di tempat kerja sebagai punca budaya songsang.

Saya ingin menegaskan di sini, kita menolak dan tidak berkompromi terhadap sebarang usaha untuk menormalisasi budaya songsang. Titik dan noktah. Sebab itu, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengingatkan kepada Ahli Yang Berhormat dan diri saya supaya sentiasa mengamalkan konsep tabayyun terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang komentar.

Dalam al-Quran, dalam Surah al-Hujurat, ayat 6, [Membaca sepotong ayat al- Quran] “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah”. Ayat di atas telah dengan jelas menerangkan sebarang maklumat yang harus diteliti terlebih dahulu bagi mengelakkan perkara yang tidak baik seperti memfitnah dan memburukkan orang lain. Mohon Yang Berhormat tidak hanya membaca tajuk...

draft • 4:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Menteri, sedikit Menteri.

draft • 4:10 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Yes.

draft • 4:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Menteri, tadi saya dengar Alor Setar sebut tadi soal berkaitan dengan politik matang, politik sejahtera ini. Tetapi, macam Jasin itulah, dia sebut kerajaan yang ada pada hari ini tidak mengambil apa-apa tindakan soal berkaitan dengan aktiviti glamping itu, LGBT itu. Ini merupakan satu fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan yang ada pada hari ini.

Sepatutnya Menteri Agama ini sepatutnya ambil tindakan sepatutnya di atas kenyataan dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Jasin ini. Fitnah. Fitnah siang hari ini kepada Kerajaan Perpaduan Kerajaan MADANI yang ada pada hari ini. Saya amalan fitnah ini, tak kiralah belah sini ke belah sana ke, kalau buat fitnah memang kita akan lawan habis- habisan.

Apa pandangan daripada Menteri? Terima kasih Dato’ Speaker.

draft • 4:10 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih, Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat. Sekali lagi saya mengingatkan bahawa mohon Yang Berhormat, Yang Berhormat, kita sebagai yang terpelajar untuk tidak hanya membaca tajuk. Kita perlu membaca dan memahami secara keseluruhannya. Ini merupakan teguran kepada semua termasuk diri saya.

Dan mohon Yang Berhormat Jasin...

draft • 4:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri.

draft • 4:10 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

...Tidak meng-qunut nazilah-kan saya.

draft • 4:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri, sikit. Saya nak― boleh tak nak saya nak pesan kepada sahabat saya Hulu Langat? Cakap bagi elok-elok. Tak payah menjerit-jerit. Cakap bagi tenang.

draft • 4:10 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Ha, baik.

draft • 4:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Itu hak saya. Itu hak saya, Sik.

Saya nak menjerit ke― sebab, Speaker tak tegur saya. Dalam Dewan ini boleh nak menjerit, boleh nak memekak. Boleh. Tapi, jangan buat fitnah. Saya setakat hari ini duduk dekat sini, saya tak pernah buat fitnah.

draft • 4:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Jasin buat fitnah apa?

draft • 4:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tapi sebelah sana... [Pembesar suara dimatikan]

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukup, Hulu Langat.

draft • 4:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

...Doa laknat, qunut nazilah.

Sebab itu qunut nazilah itu balik kepada belah sana. Tengok sekarang ini Presiden lawan dengan...

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 4:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Sekarang ini berpecah. Nak pecat Ketua Pembangkang.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Hulu Langat, sabar. Sila duduk. Yang Berhormat Menteri, sila gulung.

draft • 4:10 PM

Datoʼ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Yang Berhormat Menteri, sedikit.

draft • 4:10 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Tuan Yang di-Pertua...

draft • 4:10 PM

Datoʼ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Sedikit, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:10 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan kekangan masa...

draft • 4:10 PM

Datoʼ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Menteri, boleh sedikit, Menteri?

draft • 4:10 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Saya tak beri.

draft • 4:10 PM

Datoʼ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Berkaitan dengan ini.

draft • 4:10 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Memandangkan kekangan masa, saya dengan penuh hormat memohon keizinan Dewan untuk mengemukakan jawapan secara bertulis kepada pertanyaan-pertanyaan Ahli Yang Berhormat yang tidak sempat dijawab secara lisan sepanjang perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

draft • 4:10 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, sedikit pantun untuk penutup.

Terbang tinggi si burung helang, Hinggap sebentar di pohon jati; Usul dijunjung bukan kepalang, Agama dijaga harmoni di hati. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih sekali lagi kepada semua Ahli Yang Berhormat atas komitmen, pandangan serta sumbangan yang telah diberikan secara aktif dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih dan tidak lupa, selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak. *Wabillahi taufik wal hidayah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.*

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya minta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Wilayah Persekutuan untuk menjawab.

draft • 4:10 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Lo Su Fui

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

Wilayah Persekutuan nadi negara, Pusat pentadbiran dan kemajuan; Titah Tuanku dijunjung bersama, Demi rakyat, kestabilan dan pembangunan. Salam sejahtera dan salam MADANI. Puan Yang di-Pertua, terlebih dahulu, izinkan saya untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada enam orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai perihal Wilayah Persekutuan iaitu YB Seputeh, YB Labuan, YB Putrajaya, YB Batu, YB Pasir Mas dan YB Tumpat. Manakala seramai tiga orang Ahli Yang Berhormat telah berbahas menyentuh isu berkaitan agensi di Jabatan Perdana Menteri yang dipertanggungjawabkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Bahagian Istiadat dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa, Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan dan Urus Setia Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan. Ahli-ahli Yang Berhormat tersebut ialah YB Masjid Tanah, YB Tangga Batu dan YB Seputeh.

Puan Yang di-Pertua, pertamanya, saya ingin memberikan jawapan kepada isu yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Seputeh berkenaan syor Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tentang pemberimilikan tanah dan perancangan

draft • 4:16 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Lo Su Fui

pembangunan yang lebih holistik dan seimbang di Kuala Lumpur. PAC juga telah mengesyorkan agar kerajaan mewujudkan jawatankuasa tetap untuk memantau hal ehwal tanah termasuk pemberimilikan dan pembangunan tanah di Kuala Lumpur yang turut melibatkan Ahli-ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, DBKL melaksanakan perancangan pembangunan di Kuala Lumpur berdasarkan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 yang diwartakan pada 19 Oktober 2023 dan Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 pada 25 Mei 2025. Pelan pembangunan ini menggariskan kerangka strategik pembangunan holistik secara bersepadu, menyeluruh dan mampan untuk mewujudkan keseimbangan pembangunan fizikal, ekonomi, sosial dan alam sekitar ke arah perancangan pembangunan yang berdaya huni dan berdaya tahan.

Selain itu, DBKL juga telah mengambil inisiatif untuk memaklumkan kepada setiap Ahli Parlimen di dalam Wilayah Persekutuan tentang status permohonan pembangunan yang diterima secara OSC, one stop centre dengan izin. Melalui Mesyuarat Majlis Menteri Wilayah Bilangan 1 Tahun 2026 yang telah dipengerusikan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 19 Januari 2026 telah mencapai keputusan untuk menubuhkan lima jawatankuasa seperti berikut:

(i) Jawatankuasa Pemantauan Lestari Niaga yang dipengerusikan oleh YB Prabakaran a/l M Parameswaran;

(ii) Jawatankuasa Pemantauan Perumahan Awam, Perumahan Projek Rakyat dan Kesejahteraan Komuniti yang dipengerusikan oleh YB Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail;

(iii) Jawatankuasa Pemantauan Mitigasi Banjir, Penyelenggaraan Jalan Raya, Pengurusan dan Penyelenggaraan Cerun yang dipengerusikan oleh YB Ir. Ts. Zahir bin Hassan.

(iv) Jawatankuasa Pemantauan Pengurusan Sistem Trafik dan Lalu Lintas yang dipengerusikan oleh YB Lim Lip Eng; dan

(v) Jawatankuasa Pemantauan Kebersihan Bandar Hijau dan Lestari yang dipengerusikan oleh YB Teresa Kok Su Sim, iaitu YB Seputeh.

draft • 4:16 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Lo Su Fui

Selain daripada itu, berkenaan dengan memberi milikan kepada pihak swasta iaitu Projek Cadangan Pembangunan Bandar MADANI di kawasan Seputeh,

draft • 4:20 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Lo Su Fui

merupakan tanah milik pemaju dan cadangan pembinaan bandar oleh pemaju itu turut diperakukan melalui Majlis Perancang Fiskal Negara ke-49 (Bil. 3/2025) pada 13 Oktober 2025.

Seterusnya, rakan kenalan saya, YB Labuan membangkitkan isu kos sara hidup dan keperluan projek pembangunan strategik di Wilayah Persekutuan Labuan.

draft • 4:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Minta penjelasan, boleh?

draft • 4:20 PM

Datuk Lo Su Fui

Okey, okey. Silakan, YB.

draft • 4:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Okey, ya. Sebelum pergi ke Labuan, singgah sedikit lama di Kuala Lumpur dulu.

[Ketawa] Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya sebenarnya dalam ucapan saya, saya memuji ya, Timbalan Menteri dan juga Menteri kita yang baru ini, yang membawa pembaharuan di Kuala Lumpur.

Sekarang, Ahli Parlimen backbenchers di Kuala Lumpur, kami ada peluang untuk mempengerusikan ada apa— kerjasama yang lebih rapat dengan penjawat awam di DBKL. Semua ini adalah nafas baru bagi kita di Kuala Lumpur.

Sekarang sebenarnya, saya ada tanya satu soalan kerana di dalam syor Public Accounts Committee kepada kerajaan ialah masalah kita sekarang ialah DBKL selalunya, mereka terpaksa terima arahan, perintah daripada Putrajaya kerana Land Exco yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, banyak keputusan dibuat dekat Putrajaya.

Jadi, bila mereka buat keputusan di Putrajaya, khususnya tentang memberi milikan tanah di Kuala Lumpur untuk membuat perumahan MADANI, ini adalah usaha yang murni ya, tetapi selalunya, mereka gagal lihat keadaan trafik dan juga kawasan lapang di setempat dan tidak ada libat urus dengan wakil rakyat di Kuala Lumpur.

Jadi, dalam laporan dan syor Public Accounts Committee, kami pernah mencadangkan supaya Menteri yang menjaga hal ehwal Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini boleh dilantik jadi Pengerusi dan KSN menjadi Timbalan Pengerusi dalam Land Exco kerana tujuannya ialah macam ini.

Kami adalah wakil rakyat dan Menteri juga adalah wakil rakyat. Dia akan lebih sensitif kepada masalah dan juga isu setempat. Berbanding dengan seorang penjawat awam yang tertinggi, mungkin dia tidak nampak apa yang berlaku on the ground. So, saya sebenarnya nak tanya, selepas PAC membentangkan laporan dan adakan perbahasan di Dewan yang mulia ini, dalam bulan Ogos sampai sekarang, apakah langkah telah diambil?

draft • 4:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Dan juga macam di kawasan saya di Bukit Jalil, yang sudah begitu sesak, yang trafiknya selalu adalah E ataupun F dan dalam waktu kemuncak, nak datang ke Parlimen pun sangat susah waktu itu.

Jadi, adakah syor dan cadangan PAC tentang Land Exco— komposisi Land Exco ini diambil kira? Dan bilakah saya boleh lihat Menteri atau— akan mempengerusikan Mesyuarat Land Exco untuk dari segi pemberi milikan tanah di Kuala Lumpur?

draft • 4:20 PM

Datuk Lo Su Fui

Terima kasih YB Seputeh dan daripada pihak ini, Jabatan Persekutuan Wilayah, kita sedia maklum. Ini cadangan yang agak baik untuk menambah baik supaya suara daripada akar umbi, khususnya wakil rakyat daripada Wilayah Persekutuan didengar.

Dan untuk makluman YB Seputeh, yang cadang itu— yang mencadangkan untuk mengembalikan semula Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas Wilayah Persekutuan serta komposisi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan.

Dan untuk makluman Yang Berhormat, perpindahan pentadbiran Jawatankuasa Tanah Wilayah Persekutuan dari Kementerian Wilayah Persekutuan, kini Jabatan Wilayah Persekutuan ke Jabatan Perdana Menteri dengan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Ketua Setiausaha Negara, telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 28 Jun 2013.

Penubuhan asal JKTWP adalah di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin dalam tahun 1974 hingga 1976. Di samping itu, ia juga adalah berlandaskan Perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan 2023, di mana sebarang perubahan ke atas kepengerusian ini memerlukan JWP untuk mendapatkan kelulusan Jemaah Menteri.

Tetapi untuk makluman Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Seputeh, saya— kita setuju bahawa kita sepatutnya akan menambah ini suara atau menambah baik, atau cadangan diterima sebelum sebarang kajian dibuat dan itulah yang seperti saya maklum.

Ini inisiatif OSC – one stop center yang merupakan— ini langkah pertama, kita membenarkan 11 ini Ahli Parlimen daripada Wilayah Persekutuan untuk akses kepada semua permohonan pembangunan. Dan dalam masa terdekat, kita akan membuat

draft • 4:20 PM

Datuk Lo Su Fui

beberapa langkah lagi untuk memastikan ini suara dan ini pandangan, khususnya daripada wakil rakyat akan dipertimbangkan. Okey.

draft • 4:20 PM

Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 4:20 PM

Datuk Lo Su Fui

Okey.

draft • 4:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ini tentang pemberi milikan tanah, kami juga cadangkan sebarang pemberi milikan tanah oleh pihak atasan dekat Putrajaya ini, haruslah dapat maklum balas, libat urus daripada wakil rakyat di Kuala Lumpur.

Macam di kawasan saya, tiba-tiba ada satu Bandar MADANI di Bukit Jalil, yang saya nanti sudah kata, begitu sesak trafik dekat sana. Saya langsung tidak tahu sampai saya baca berita, baru saya sedar apa Bandar MADANI dan saya diberitahu, ada 15,000 unit rumah akan dibina dekat sana. Macam mana boleh yang keadaan itu?

Itu sebab, saya rasa kecewa bagi pihak PAC, syor-syor kita ini tidak diambil serius oleh Kabinet, tidak diambil serius oleh Menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri. Itu sebab, sekarang saya letak pengharapan yang begitu tinggi kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga Yang Berhormat Menteri, supaya cadangan daripada wakil rakyat BBC di Kuala Lumpur ini diambil serius. Kami akan ada dilibat urus oleh pihak KSN dan juga Land Exco sebelum apa-apa tanah diberi milikan kepada sektor swasta.

draft • 4:20 PM

Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Timbalan Menteri, atas poin yang sama. Saya rasa struktur yang ada sekarang, di mana Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh KSN, perlu dikekalkan. Dan atas alasan Seputeh kata, nanti kalau penjawat awam, dia tak tahu apa berlaku di bawah, itu tak betul. I mean, mereka sendiri pun mengambil tahu apa yang berlaku di bawah sana. Itu satu. Yang kedua, Yang Berhormat Timbalan Menteri...

draft • 4:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang Berhormat bukan di kawasan saya. Itu sebab Yang Berhormat tidak tahu. Kalau tidak berlaku di Putrajaya, tidak bermaksud ia tidak berlaku di Seputeh.

draft • 4:20 PM

Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Saya pun di Wilayah juga.

draft • 4:20 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

[Bangun]

draft • 4:20 PM

Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Kalau Yang Berhormat Seputeh kata, nak buat Residensi MADANI tidak dibincangkan dengan Yang Berhormat Seputeh, itulah yang berlaku di Putrajaya pun. Tidak dibincang dengan Yang Berhormat Putrajaya juga.

draft • 4:20 PM

Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Cuma, saya nak fokus pada poin tadi, berkaitan dengan Pengerusi Jawatankuasa. Poin saya adalah Pengerusi Jawatankuasa yang ada sekarang iaitu Tan Sri Ketua Setiausaha Negara harus dikekalkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa. Yang kedua, saya mohon, Yang Berhormat Menteri, masa dah tak ada. Putrajaya punya poin pun tak sentuh lagi. Kalau boleh gerak Labuan, kemudian ke Putrajaya. Terima kasih.

draft • 4:20 PM

Datuk Lo Su Fui

Dengan ini masa yang singkat, nanti saya akan memberi jawapan lisan kepada YB.

draft • 4:20 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Timbalan Speaker, saya mohon Timbalan Menteri bagi jawapan bertulis sebab ada tujuh minit.

draft • 4:20 PM

Datuk Lo Su Fui

Betul-betul.

draft • 4:20 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Saya punya jawapan pun belum sampai lagi. Silakan.

draft • 4:20 PM

Datuk Lo Su Fui

Ini YB Labuan ini mahu marah sudah. Seterusnya, YB Labuan, membangkitkan isu kos sara hidup dan keperluan projek pembangunan strategik di Wilayah Persekutuan Labuan, khususnya berkaitan cadangan Jambatan Labuan– Menumbok serta Projek Waterfront Labuan.

Bagi Projek Jambatan Labuan–Sabah, kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya sedang melaksanakan kajian teknikal fleksibiliti yang telah dimulakan pada Mei 2025 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang November 2026 bagi menentukan hala tuju projek pembinaan Jambatan Labuan–Sabah.

Skop kajian ini meliputi aspek teknikal, kos, impak ekonomi, alam sekitar serta manfaat jangka panjang. Sebarang keputusan pelaksanaan projek adalah tertakluk kepada hasil kajian tersebut. Berhubung projek Waterfront Labuan pula, pembinaan Waterfront fasa 1 dilaksanakan bagi merealisasikan pembangunan pesisir air di pusat bandar, selaras dengan pelan pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan serta matlamat jangka panjang RMK13 yang menekankan aspek ekonomi, sosial, alam sekitar dan tadbir urus. Secara asasnya, projek Waterfront Labuan merupakan salah satu komponen projek dalam rancangan struktur pembangunan Labuan, YB.

draft • 4:20 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak penjelasan, semasa perbahasan saya timbulkan bahawa projek waterfront tidak memberi manfaat

draft • 4:30 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

kepada Labuan dan rakyatnya kerana pertama, lokasi yang dipilih tidak sesuai. Baru- baru ini YB Menteri pun datang melawat.

Saya sudah bagi tahu, saya tidak menolak pembangunan. Malah, saya berterima kasih kerana kerajaan memberikan peruntukan RM30 juta untuk membangunkan projek waterfront. Malangnya, malangnya Jabatan Wilayah Persekutuan tidak berbincang dengan saya selaku wakil rakyat, meminta pandangan apakah tempat yang dicadangkan sesuai. Akhirnya, bilamana dimasukkan di dalam RMK13 untuk dilaksanakan, kita menyedari tempat tersebut adalah pembaziran jika diteruskan.

Maka, saya mencadangkan dalam perbahasan sama ada projek ini dibatalkan atau dipindah lokasi di tempat yang lebih sesuai. Saya dimaklumkan Yang Berhormat Menteri baru-baru ini semasa melawat Labuan telah melawat satu tapak yang baru di pesisir Pantai Negalang, yang mana jauh lebih sesuai berbanding yang ada sekarang.

Kedua, kenapa saya menolak untuk diutamakan projek waterfront? Ia akan menggalakkan budaya lepak. Yang Berhormat Menteri mungkin tidak sedar bahawa di Labuan mempunyai puluhan ribu pendatang tanpa izin yang bernaung di bawah UNCHR. Kita takut mereka ini besok melepak dan waterfront yang dibangunkan dengan kos puluhan juta Ringgit tidak menjana pendapatan, tidak menjana ekonomi untuk Labuan. Untuk itu Yang Berhormat Menteri, sebelum Yang Berhormat Menteri menjawab, saya mohon dengan penuh serius supaya kalau boleh dipindah atau dibatalkan, diganti dengan pembangunan Labuan Convention Centre. Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Datuk Lo Su Fui

Yang Berhormat Labuan, itulah saya bagi komitmenlah kan.

Walaupun kita jarang, bukan selalu pergi Labuan, tapi ini cinta ini bukan sekadar wujud dalam mata, cinta ini wujud dalam jiwa. Kita sedia maklum ini masalah dan kita sentiasa prihatin masalah Labuan. Itulah tadi kita sebut, ini pembangunan projek Waterfront Labuan, dia bukan satu sahaja, dia salah satu dalam komponen ini pembangunan Labuan.

Dan, saya rasa dalam satu bulan, kita tiga kali kita melawat terus libat urus dengan Yang Berhormat Labuan dan kita terus tubuhkan taskforce. Nanti dulu Yang Berhormat, sekejap ah, kasi saya, kasi adinda menjelas dulu lah. Jadi, kita sedia maklum dan semalam baru kita ada mengadakan satu mesyuarat ini wish list. Kan kita dalam itu wish list, kita akan— sudah memberikan komitmen dan kita minta pihak berkenan untuk mengkaji balik, okey, adakah kita mahu pindah tempat itu atau mahu kasi as cool down?

draft • 4:30 PM

Datuk Lo Su Fui

Dan, itu cadangan Yang Berhormat bahawa pembinaan International Convention Centre di Labuan, kita pun masukkan dalam kajian.

Dan, untuk makluman Yang Berhormat Labuan, dalam tiga kali ini lawatan dalam sebulan, hasilan dia banyak. Seperti Yang Berhormat bangkitkan masalah catuan isu air di sana. Dan, sama-sama lawatan dengan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Fadillah Yusof selaku Menteri PETRA dan juga diluluskan dan itu apa ini sumbangan tangki, pembinaan tangki dan juga buat mapping untuk meneliti bahawa pembinaan telaga tiub untuk jangka masa pendek dan panjang untuk mengatasi masalah isu air.

Manakala Yang Berhormat Timbalan Menteri juga sendiri yang meluncurkan bekalan elektrik di projek loji jana kuasa 120MW di Patau-Patau dan banyak lagi. Dan, juga cadangan daripada Yang Berhormat Labuan, masalah penempahan penerbangan, masalah jeti semua sudah kita mesyuarat semalam dan kita akan menunjukkanlah tindakan dalam masa terdekat. Jadi, itulah Yang Berhormat.

Yang itu UNCHR, ah? Yang itu nanti saya mahu sebut sikit dengan ini yang berhormat Batu. Jadi ada masa sikit. YB Putrajaya, yang mengenai isu kesesakan tempat letak kereta, kesesakan di kawasan sekolah, perwujudan laluan alternatif dan sistem lampu isyarat yang tradisional di Putrajaya. Bagi isu kekurangan atau kesesakan parking kereta, pada masa ini, Perbadanan Putrajaya sedang menjalankan kajian Rancangan Pemajuan Putrajaya 2050 di bawah Akta 132.

Terlampau panjang ini jawapan Yang Berhormat Putrajaya, dan saya kasi pendekkan. Jadi yang kesesakan khususnya di kawasan sekolah pula, pada masa ini PPJ telah melaksanakan tiga inisiatif iaitu kawalan lalu lintas di kawasan sekolah, melaksanakan projek perintis keselamatan jalan rakyat di zon sekolah dan melancar.

Jadi YB Putrajaya, boleh saya kasih jawapan secara bertulis.

draft • 4:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Bangun]

draft • 4:30 PM

Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri, saya minta penjelasan sedikit.

draft • 4:30 PM

Datuk Lo Su Fui

Okey.

draft • 4:30 PM

Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Pertama sekali berkaitan dengan kesesakan tempat letak kereta.

draft • 4:30 PM

Datuk Lo Su Fui

Okey.

draft • 4:30 PM

Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Ini merupakan masalah yang kalau kita tertengok projection masa depan akan menjadi begitu teruk kalau tidak dikawal dengan lebih awal.

Jadi ini merupakan satu keperluan yang amat penting. Untuk perancangan jangka panjang, mungkin pihak Perbadanan sedang melihat perancangan jangka panjang dan sebagainya, tetapi perancangan jangka pendek dan sederhana ini cukup penting.

Jadi saya ingin cadangkan di kawasan-kawasan yang terlalu sesak ini, kadang- kadang bila ramai balik daripada bekerja, maka parking ini merata-rata dan isunya nanti adalah sekatan untuk laluan kereta lain dan sebagainya, kita faham. Namun, pada masa yang sama, penduduk meminta supaya diberikan satu ruang, contohlah macam di bandar-bandar utama di luar negara, boleh parking waktu malam antara tujuh malam sehingga tujuh pagi kah, waktu itu tidak disaman. Kadang-kadang malam pun kena saman.

Jadi untuk kawasan-kawasan yang sesuai untuk dilakukan sedemikian, saya mohon pihak kerajaan melihat jika pendekatan ini boleh digunakan. Jika tidak, untuk tempoh jangka masa pendek ini tak ada penyelesaian akan berlaku konflik di dalam komuniti berkaitan dengan hal ini. Satu ya Yang Berhormat Menteri.

Yang Kedua ini berkaitan...

draft • 4:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Panjang pula tu eh.

draft • 4:30 PM

Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

...Dengan pembukaan sekolah baru. Yang terkini adalah sekolah 8(3). Saya turun untuk melihat SK PP8(3) dan jika lihat keadaan di situ, kita boleh jangka bahawa kalau tidak diadakan aliran trafik yang baik akan berlaku kesesakan bila sekolah tersebut dibuka kelak. Jadi, saya mohon sekali lagi untuk SK PP8(3) dan sekolah-sekolah baru yang akan dibuka, aliran trafik ini perlu dilihat lebih awal. Terima kasih Timbalan Menteri.

draft • 4:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Menteri, Menteri.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila gulung.

draft • 4:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Menteri, boleh saya sikit Menteri?

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Langat...

draft • 4:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ini isu...

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

...Tak ada bahas kan?

draft • 4:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya tak ada bahas tapi saya nak tanya persoalan berkaitan dengan ada tanah yang dibeli di Semenyih di Sungai Pening oleh Wilayah Persekutuan, tanah ni nak dijadikan kubur. Jadi, masalah sekarang ni sebab syarat daripada kerajaan negeri dia perlu bina jalan, jalan tu akan dibina. Cuma persoalannya sekarang ni tak ada program libat urus.

Tadi saya dengar daripada Seputeh sebut soal berkaitan dengan libat urus. Tadi saya dengar daripada Labuan soal berkaitan dengan libat urus. Tadi saya dengar daripada Putrajaya pun soal berkaitan dengan libat urus. Putrajaya tak dijemput tak apa sebab dia pembangkang tapi Ahli Parlimen di bawah kerajaan ni kena dijemput. Tak ada program libat urus dengan masyarakat soal berkaitan dengan pengambilan tanah. Saya nak minta Timbalan Menteri tolong jawab.

draft • 4:30 PM

Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Hulu Langat, sahabat saya Hulu Langat. Hulu Langat, sahabat saya, Hulu Langat. Hulu Langat sentiasa bercakap tentang keadilan.

Kalau dijemput, MP Kerajaan jemputlah juga MP Pembangkang. Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila gulung.

draft • 4:30 PM

Datuk Lo Su Fui

Okey. Jadi pendek katalah, semua ini, ini suara-suara yang munasabah kita akan ambil kira dan kita akan mempertimbangkan. Jadi isu-isu lain yang dibahaskan oleh Yang Berhormat yang lain ini akan dikemukakan secara bertulis memandangkan Yang Berhormat berkenaan tidak ada dalam Dewan dan minta maaflah kepada minta Ahli-ahli Parlimen yang lain, kita tidak ada masa untuk memberikan penjelasan dalam Dewan ini dan kita akan memberikan jawapan secara bertulis.

Jadi saya ingin berterima kasih kepada semua ini Ahli-ahli Parlimen yang memberikan ini pandangan dan cadangan yang baik sepanjang ini berbahasan junjung Titah Diraja dan sekian terima kasih.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Undang-undang dan Reformasi Institusi untuk menjawab.

draft • 4:40 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih. Puan Yang di-Pertua, *Kabus pagi meliputi kota, Loceng berbunyi buat seketika; Titah Diraja bukan sekadar kata, Nadi amanah buat Malaysia.

[Tepuk]* Terlebih dahulu, saya bagi pihak Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seramai 49 Ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat yang telah menyertai perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih dan berbahas mengenai perkara-perkara yang berada di bawah tanggungjawab Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, agensi-agensi ini tidak terletak di bawah tanggungjawab portfolio undang-undang dan reformasi institusi iaitu Jabatan Peguam Negara, Parlimen Malaysia, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan PETRONAS. Namun, saya akan pada hari ini hanya menjawab bagi pihak agensi-agensi tersebut berdasarkan kepada input yang diberikan kepada saya oleh mereka.

Saya akan berusaha sedaya upaya untuk menjawab kesemua perkara-perkara yang telah dibangkitkan secara lisan. Namun, sekiranya masa tidak mengizinkan, saya memohon untuk memberi jawapan secara bertulis.

Dalam hal ini, terdapat beberapa persoalan-persoalan utama yang ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan yang akan saya jawab. Yang Berhormat Simpang Renggam, Kota Melaka, Subang, Merbok, Rantau Panjang, Pasir Gudang, Sri Gading, Balik Pulau, Kubang Kerian, Tasek Gelugor dan Jerlun mencadangkan agar agenda reformasi institusi yang merangkumi tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun, pemisahan peranan antara Peguam Negara dan pendakwa raya, penubuhan Ombudsman Malaysia serta penggubalan Rang Undang- undang Kebebasan Maklumat dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi membolehkan penelitian substantif terhadap mekanisme pelantikan kriteria prestasi dan ketelusan tadbir urus.

draft • 4:40 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Puan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, di bawah Kerajaan MADANI, Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Selayang telah terlibat sejak awal lagi dalam usaha pemisahan peranan antara Peguam Negara dan pendakwa raya.

Beberapa orang ahli jawatankuasa pilihan khas ini juga merupakan ahli dalam Pasukan Petugas Komparatif yang telah ditubuhkan untuk melakukan kajian komparatif berhubung usaha ini.

Selain itu, draf Rang Undang-undang Pendanaan Politik telah turut dirujuk kepada jawatankuasa pilihan khas ini untuk pertimbangan lanjut secara bipartisan. Jawatankuasa pilihan khas tersebut juga akan dirunding berkenaan reformasi-reformasi institusi utama yang lain, termasuk penubuhan Ombudsman Malaysia dan tempoh 10 tahun bagi jawatan Perdana Menteri. Justeru, komitmen Kerajaan MADANI untuk melibatkan Ahli-ahli Parlimen dan terutamanya jawatankuasa pilihan khas secara langsung dan aktif dalam pelaksanaan reformasi undang-undang institusi adalah jelas dan kukuh berbanding mana-mana kerajaan lain sebelum ini.

Berhubung autonomi badan pendakwaan, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Pasukan Petugas Khas Komparatif telah melaksanakan kajian empirikal, doktrinal dan saintifik sepanjang tahun 2024 dan 2025 berhubung cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan pendakwa raya. Hasil laporan akhir kajian telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 10 September 2025, yang mana Jemaah Menteri bersetuju dengan cadangan pengasingan penuh dan kajian lanjutan dibuat oleh pasukan petugas teknikal bagi meneliti semua dapatan kajian komparatif tersebut.

Kerajaan akan membentangkan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) terlebih dahulu sebelum diikuti oleh satu rang undang-undang omnibus bagi meminda 19 undang-undang berkaitan serta penggubalan rang undang-undang saraan Peguam Negara dan pendakwa raya.

Berdasarkan hala tuju dan amanat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Perutusan Tahun Baru 2026 pada 5 Januari 2026, beliau telah menegaskan komitmen kerajaan supaya pembentangan Rang Undang-undang Perlembagaan

(Pindaan) dibentangkan dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas persidangan ini. Justeru itu, pada masa ini, Jabatan Peguam Negara sedang

draft • 4:40 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

menyediakan draf Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) tersebut untuk dibentangkan pada garis masa yang telah ditetapkan.

Penubuhan Ombudsman Malaysia. Seterusnya, berhubung penubuhan Ombudsman Malaysia, cadangan reformasi institusi ini pada peringkat awal memberi tumpuan kepada penerimaan dan penelitian aduan berkaitan penyampaian perkhidmatan awam serta tindakan dan pentadbiran oleh agensi kerajaan.

Fokus utama adalah terhadap aduan salah tadbiran atau salah laku termasuk pemantauan proses kerja, prosedur operasi standard (standard operating procedure) dan peraturan yang berkuat kuasa. Kerajaan juga mengambil maklum cadangan supaya proses pelantikan anggota ombudsman dilaksanakan secara telus dan perkara dasar ini berada dalam penelitian dan pertimbangan kerajaan.

Di samping itu, rang undang-undang ombudsman akan turut memperuntukkan punca kuasa yang jelas merangkumi skop, fungsi, kuasa penguatkuasaan serta peruntukan sumber kewangan dan manusia yang mencukupi bagi membolehkan institusi ini berfungsi secara berkesan, bebas dan berintegriti.

Berhubung cadangan tempoh jawatan Perdana Menteri, Jemaah Menteri pada 30 Januari 2026 bersetuju dengan cadangan penetapan dasar untuk tempoh tersebut kepada 10 tahun. Prinsip utamanya adalah untuk mewujudkan had tempoh bagi institusi yang jelas dengan tujuan memperkukuhkan akauntabiliti. Maka, ini tidak bertujuan untuk dikecualikan atau dilanjutkan berdasarkan penilaian prestasi individu semata-mata bagi mengelakkan pertimbangan subjektif.

Pada masa ini, draf Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) telah digubal oleh Jabatan Peguam Negara untuk diangkat ke Jemaah Menteri untuk kelulusan dan seterusnya dibentangkan dalam Parlimen. Ya?

draft • 4:40 PM

Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat, boleh saya minta penjelasan sedikit apa yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang tempoh hari berkaitan dengan keadaan di mana kerajaan perlu juga melihat supaya ditetapkan supaya Perdana Menteri tidak memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan?

Kalau Yang Berhormat Menteri sebut tadi berkaitan dengan akauntabiliti, berkaitan dengan governance kerajaan sebagai contoh, adalah amat penting. Kita belajar daripada apa yang berlaku dalam kes 1MDB, sebagai contoh apabila Perdana Menteri terlalu berkuasa, khususnya di Kementerian Kewangan. Apatah lagi dengan ada Akta Perolehan Kerajaan ini, kuasa Perdana Menteri dah cukup besar, kuasa Menteri

draft • 4:40 PM

Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Kewangan pun lebih besar. Maka gabungan dua kuasa ini sebenarnya melebihi keseluruhan kesan jika hendak berlaku, berbanding dengan menetapkan 10 tahun.

Jadi, kita mohon supaya kerajaan tengok betul-betul. Nak buat 10 tahun, tetapkan bersama juga supaya Perdana Menteri tidak memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan. Kita tak kisah siapa yang menjadi Perdana Menteri. Apa yang penting, kita sama-sama membentuk negara ini dengan satu sistem yang lebih kukuh, teratur dan tersusun. Terima kasih Menteri.

draft • 4:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Ya, Yang Berhormat. Yang Berhormat, ini pandangan Yang Berhormat. Ini satu keputusan muktamad belum dibuat oleh kerajaan ini. Tetapi pandangan Yang Berhormat akan diteliti dan tindakan terus akan diambil seberapa cepat yang boleh.

draft • 4:40 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Timbalan Menteri? Boleh? Subang. Terima kasih Timbalan Menteri. Terima kasih Puan Speaker. Soalan saya kita akan pergi ke satu recess untuk Chinese New Year. Boleh atau tidak kerajaan letak rang undang-undang draf dia pada hari Isnin, 23 hari bulan semasa kita baliklah sebab apa yang kita nak bahas itu akan dikemukakan 2 Mac, 3 Mac. Takkan dua hari bagi notis kita kena debate?

Saya rasa dalam Dewan yang mulia ini semua setuju. We need more time to process setiap rang undang-undang. Dan Tan Sri Speaker sendiri dah cakap banyak kali. Bagi kurang-kurang dua minggu. Jadi, saya nak minta pandangan ataupun komitmen daripada Timbalan Menteri, sama ada 23 hari bulan ini boleh letak tak draf itu di atas meja kita? Terima kasih.

draft • 4:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat Subang, sebenarnya cadangan Yang Berhormat itu adalah berasas. Bila kita di pembangkang, kita selalu membangkitkan perkara tersebut. Dan saya akan memberitahu perkara ini dan saya harap Kabinet akan memberi kebenaran supaya ia boleh berada di atas meja kita seberapa hari yang sebelum ini.

Yang Berhormat, mengenai perkara ini juga, baru-baru ini, tiga bulan dulu, bila kita debate mengenai pemindaan kepada Legal Profession Act, kita telah kali pertama membawa akta itu di luar OSA dan memberi kepada semua Ahli Parlimen kerana ini adalah satu yang telah dibuat. Mengenai undang-undang yang dikatakan, yang dicadangkan oleh Yang Berhormat adalah satu cadangan yang baik. Dan saya harap

draft • 4:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

satu keputusan yang bijak boleh dibuat dan ini akan diberitahu seberapa awal yang boleh. Terima kasih.

Prinsip utamanya ini adalah untuk mewujudkan had tempoh bagi institusi yang jelas. Saya sudah jawab ini. Pada masa ini draf Rang Undang-undang Perlembagaan telah digubal oleh Jabatan Peguam Negara. Kerajaan menegaskan bahawa dalam sistem Demokrasi Berparlimen, pelantikan Perdana Menteri tidak berlaku secara automatik tetapi berdasarkan kepada kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat selaras dengan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. Cadangan mengehadkan ke-10 tahun ini dilihat sebagai reka bentuk institusi yang melengkapi mekanisme sedia ada, bukannya penggantian peranan Parlimen.

Yang Berhormat Hulu Langat. Ada?

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada.

draft • 4:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ada.

draft • 4:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Belum. Belum. Saya jawab dulu. Saya nak pastikan Yang Berhormat ada.

draft • 4:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ya.

Daun selasih daun purut, Sila jawab Menteriku.

draft • 4:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Boleh. Boleh. Saya nak jawab. Yang Berhormat Hulu Langat mencadangkan agar satu badan bebas— badan khas atau tabung untuk sumbangan dana politik dimasukkan dan pemberian dapat diagihkan kepada parti politik secara adil dan saksama. Betul? Itu soalan? Mahu jawapan?

draft • 4:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Mahu jawapanlah Menteri.

draft • 4:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Mesti. Kerajaan MADANI kekal komited memperkenalkan Rang Undang-undang Pendanaan Politik sebagaimana digariskan dalam strategi Pembanterasan Rasuah Nasional 2024–2028. Kajian awal berkaitan rang undang-undang ini telah bermula sejak 2019 oleh Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional termasuk dua sesi libat urus pada tahun 2022.

draft • 4:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

[Bangun]

draft • 4:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Mulai Mei 2023, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri telah mengambil alih penyediaan rang undang-undang ini dan seperti dimaklumkan tadi pada 8 September 2023, kerajaan telah memutuskan agar skop dasar rang undang-undang ini dirujuk kepada

draft • 4:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi.

Ya, Yang Berhormat.

draft • 4:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, izinkan saya mencelah. Terima kasih Puan Speaker. Dalam perbahasan Menjunjung Titah Yang di-Pertuan Agong, saya ada membahaskan tentang isu rasuah dan kaitannya dengan SPRM dan Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong sangat serius dalam isu rasuah ini.

Jadi, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri dan kerajaan apakah benar laporan Bloomberg hari ini yang mendedahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki memiliki 17.7 juta saham dalam syarikat perkhidmatan kewangan Velocity Capital Partner Berhad. Saya ada membaca juga penafian daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM yang menyatakan bahawa laporan yang dikeluarkan oleh media itu berniat jahat.

Menurut beliau, transaksi berkenaan saham itu telah Azam Baki declare secara yang proper.

Soalan saya YB Menteri, didapati laporan daripada media, nilai saham yang dimiliki oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM itu ditaksirkan hampir 800,000. Dan jumlah 800,000 ini melebihi had yang dikenakan kepada penjawat awam yang tidak dibenarkan membeli saham lebih RM100,000 dalam mana-mana satu syarikat.

Jadi soalan saya Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri boleh bawa kepada Kabinet dan Perdana Menteri untuk merehatkan dulu Ketua SPRM ini supaya siasatan yang profesional, yang adil dapat dilakukan oleh SPRM sendiri atau bersama-sama dengan commercial crime Polis Diraja Malaysia.

Kalau bekas Perdana Menteri daripada Pagoh, daripada Bera boleh disiasat oleh SPRM, kalau jeneral-jeneral termasuk Panglima Angkatan Tentera boleh disiasat, sudah masa sampai masanya kalau Ketua Pesuruhjaya SPRM ini profesional, relakanlah diri sendiri disiasat oleh agensi untuk mencegah rasuah. Terima kasih.

draft • 4:50 PM

[Dewan tepuk]

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Timbalan Menteri, boleh saya tanya soalan yang berkaitan? Saya menyokong apa yang telah pun dikatakan oleh Pasir Gudang. Ini adalah satu perkara yang serius iaitu berkenaan dengan isu pemilikan saham oleh Ketua SPRM. Now, saya mendapati bahawa menurut laporan-laporan telah pun kami membaca hari ini bahawa Ketua SPRM tersebut Azam Baki tidak memberi apa-apa penjelasan ataupun dengan izin Puan Speaker, he declined to comment from my understanding when contacted. Now, ini adalah satu perkara yang

draft • 4:50 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

amat besar, penting sekiranya ada, adakah— saya nak tanya, adakah kerajaan akan— dua persoalan.

Pertamanya, apakah tindakan yang boleh diambil terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM tersebut sekiranya didapati beliau memiliki saham melebihi had yang boleh dia memiliki. Itu pertamanya.

Dan keduanya adalah saya menyokong Pasir Gudang, apa yang dikatakan oleh Pasir Gudang tadi. Memang he should go on garden leave or at least some sort of leave dengan izin Puan Speaker, untuk menyelesaikan dan membersihkan isu yang ini yang telah pun timbul. Sekarang saya nak tanya, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak kerajaan berkenaan isu ini? Terima kasih Puan Speaker.

draft • 4:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Satu lagi perkara yang sama.

Lebih kurang.

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

draft • 4:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya Puan. Ringkas. Okey.

Dalam perbahasan saya ada saya sebut berkenaan dengan kekayaan luar biasa Farhash. Jadi, soalan saya sekarang ini ada siasatan tak dibuat? Sebab Tun Daim yang dah meninggal pun ada disiasat sampai ke luar negara.

draft • 4:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tun Daim pun siasat. Jadi, yang kaya dalam masa tiga tahun ini, macam mana?

Apa hubungan dia dengan PMX kita.

Dan satu lagi tentang dah viral semalam, jawapan Menteri hebat. Viral mengatakan, “YB kaya sampai lupa pelajar miskin? Kula bidas Besut”. Saya buat cadangan saja. Tapi cerita ini keluar. Cadangan saya mudah saja. Saya kata kenapa benda tak relevan lagi, benda dah lama sangat, dah ramai sangat yang keluaran LLB, kelulusan LLB dah ramai sangat. Jadi, hapuskanlah. Itu sahaja yang saya cadang.

Takkan sampai saya lupa kepada orang miskin. Masalahlah tu ya. Perbetulkan boleh.

draft • 5:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson]

Okey. Terima kasih Yang Berhormat.

Tapi Yang Berhormat tak nafi yang Yang Berhormat ini seorang kaya.

[Ketawa] Okey.

okey YB. Tak apa, tak apa.

draft • 5:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya tak kaya. Menteri lagi kaya.

draft • 5:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson]

Yang Berhormat, ada dua perkara.

Saya ingat sangat mustahak. Sebelum saya habis kepada Hulu Langat. Dua perkara

draft • 5:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson]

Yang Berhormat Pasir Gudang dan Yang Berhormat Bukit Gelugor. Kita perlu faham *nobody’s above the law.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)*

draft • 5:00 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson]

Di Malaysia ini, nobody’s above the law. Ini termasuk MACC punya commissioner Yang Berhormat. Yang Berhormat, tohmahan-tohmahan atau yang tertera di Bloomberg ini adalah satu di antara pada pandangan merekalah kerana hari ini baru dia keluar. Saya pernah baca perkara tersebut. Itulah sebab MACC Commisioner dia mengeluarkan satu press statement, bukan dia menafikan, dia memberi tahu apa sebenarnya.

Yang Berhormat, mengenai hak beliau untuk melabur lebih dari yang dikatakan dia ada hak, sebenarnya tidak ada sedemikian. Kalau Yang Berhormat boleh tunjuk mana-mana, ini we don’t take― we must only take cognizant kalau ada undang-undang atau sedemikian. Tetapi, mengikut Bloomberg dia ada kata sedemikian.

Saya pun check mana-mana, saya tak dapat pastikan, tidak ada, there is no concrete requirement of government servants untuk dia ada hak limit untuk melabur dan sebagainya. Tetapi, adakah perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak-pihak berkenaan dengan kerajaan? Saya difahamkan perkara ini telah dilaporkan kepada kerajaan semasa pelaburan dibuat tahun dulu. Maka that question doesn’t arise pada masa sekarang.

Jadi kita perlu faham, dalam keadaan sedemikian, Yang Berhormat Pasir Gudang kata ada investigasi terhadap jeneral dan sebagainya. Kenapa ini belum, but we must take the legal jargon innocent until proven guilty. We must be very clear. Jangan kita satu tohmahan sahaja dari online news kita semua jump on the issue. Ini perlu penyiasatan.

Dan akhir sekali, keputusan itu patut dibuat oleh Perdana Menteri dan Kabinet.

Saya difahamkan tak lama lagi mesti satu keputusan akan dibuat dan kita semua akan diberitahu. Tetapi, ini bukan menunjukkan bahawa kita elak atau lari dari tanggungjawab.

So, there are limitation. Kita tak boleh menjadi spokesman for Bloomberg. Kalau Bloomberg kata ABC, kita perlu apa itu...

draft • 5:00 PM

Tuan Wong Chen - Subang

[Bangun]

draft • 5:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson]

Proper investigasi mengesahkan adakah ini mengikut undang-undang dan sebagainya. Ya?

draft • 5:00 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Timbalan Menteri, boleh? Timbalan Menteri kena faham, Bloomberg...

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

draft • 5:00 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Ya.

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya tak izinkan. Saya kuatkuasakan Peraturan 37(2). Yang Berhormat duduk. Baik. Kita teruskan dengan kementerian yang berikut, Jabatan Perdana Menteri, Menteri di jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak)...

draft • 5:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson]

Yang Berhormat, saya belum habis lagi. Sedikit lagi.

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, saya suruh last kan tadi kan? Yang Berhormat punya masa dah habis kan?

draft • 5:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson]

Masa sudah habis.

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yes.

draft • 5:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson]

Ada sedikit kelonggaran atau saya berhenti sekarang?

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Stop.

draft • 5:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson]

Okey, very well. Thank you. Saya minta maaflah, saya tak dapat jawab soalan orang lain tetapi saya secara tulis akan beritahu jawapan atau Yang Berhormat-Yang Berhormat boleh jumpa saya di luar sekarang. Saya akan give more information. Terima kasih.

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Thank you. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut dipersilakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak).

draft • 5:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. *Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam Malaysia MADANI.

draft • 5:05 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya merafak sembah ucapan menjunjung kasih ke atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim semasa Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Majlis Parlimen Kelima Belas pada 19 Januari 2026 yang lalu.

Selaku Menteri terakhir yang menggulung, saya merakamkan penghargaan kepada semua ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan usul menjunjung kasih ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Seramai 25 Ahli Yang Berhormat telah berbahas yang menyatakan cadangan, teguran, pandangan masing-masing yang melibatkan isu-isu di bawah portfolio saya serta isu-isu berkaitan Jabatan Perdana Menteri yang dipertanggungjawabkan kepada saya.

Berdasarkan isu-isu yang dibangkitkan, izinkan saya menjawab beberapa perkara yang utama daripada 25 orang Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan iaitu YB Sipitang, YB Tuaran, Sandakan, Kalabakan, Putatan, Sibu, Bandar Kuching, Tanjung Manis, Batang Sadong, Baram, Pulai, Parit, Alor Setar, Kuala Krai, Kuala Nerus, Kuantan, Gerik, Jerlun, Maran, Petaling Jaya, Sik, Putrajaya, Sekijiang, Setiu dan Parit Buntar. Isu- isu ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bahagian Hal Ehwal Sabah Sarawak, yang kedua Unit Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, yang ketiga Jabatan Perkhidmatan Awam.

Untuk Bahagian Hal Ehwal Sabah Sarawak, ini saya punya tugas utama. Dato’ Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan ucapan terima kasih kepada YB Sipitang, YB Tuaran, Putatan, Sandakan, Bandar Kuching, Kalabakan dan Tanjong Manis yang telah membangkitkan mengenai Perjanjian Malaysia 1963.

Izinkan saya menjawab perkara-perkara berkaitan hal ehwal Sabah Sarawak yang mencadangkan agar hak-hak asas seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dilaksanakan secara konsisten serta menuntut Kerajaan Persekutuan menyelesaikan baki perkara tertunggak demi menjamin keadilan bagi rakyat Sabah dan Sarawak.

Secara umumnya, semua perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat tersebut dapat dirumuskan seperti yang berikut. Yang pertama, peranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak). Yang kedua, komitmen Kerajaan Persekutuan melaksanakan perkara-perkara di bawah MA63 dan status pelaksanaan perkara di bawah MA63.

draft • 5:05 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Bagi pertanyaan spesifik antaranya mengenai kajian semula pemberian khas seperti yang termaktub dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan, pertambahan Ahli Dewan Rakyat dari negeri Sabah dan dari negeri Sarawak di Dewan Rakyat, isu kesihatan, isu kawal selia minyak dan petroleum yang dibangkitkan oleh beberapa ahli Yang Berhormat lain, ia dijawab oleh kementerian dan jabatan yang berkaitan. Sepatutnya rakan saya daripada JPM tadi menjawab, mungkin tidak sempat, akan dijawab secara bertulis.

Namun begitu, izinkan saya memberi sedikit penjelasan ringkas mengenai Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan, isu pendidikan dan isu kesihatan yang dibincangkan dalam platform rundingan MTPMA63.

Untuk maklum Yang Berhormat, sesi rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah berhubung pemberian khas kepada Sabah mengikut Perlembagaan Persekutuan telah dilaksanakan pada 17 November 2025 dan 28 Januari 2026. Walau bagaimanapun, rundingan ini masih dijalankan dan Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri turut dilibatkan dalam rundingan antara Kementerian Kewangan dan Kerajaan Negeri Sabah.

draft • 5:05 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

[Bangun]

draft • 5:05 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Bagi isu kesihatan dan isu pendidikan, pihak Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan telah menubuhkan jawatankuasa kerja di peringkat kementerian masing-masing dan pihak kementerian sedang meneliti semua isu yang dibangkitkan oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak.

Kerajaan MADANI kekal komited dalam meneruskan perundingan mengenai perkara-perkara di bawah MA63 yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak supaya dapat diselesaikan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan kerangka perundangan sedia ada.

Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, buat masa sekarang tugas utama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) adalah bertanggungjawab secara langsung kepada Bahagian Hal Ehwal Sabah Sarawak, JPM yang merupakan sekretariat kepada Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan jawatankuasa teknikal di bawah MTPMA63 yang dipengerusikan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.

draft • 5:05 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Kerajaan pada 6 Februari 2026 telah memutuskan bahawa, saya sendiri diberi tanggungjawab sebagai Timbalan Pengerusi kepada Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63. Semua perkara di bawah MA63 yang dibawa oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak telah dibincangkan di dalam MTPMA63 dan Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63. Portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri Sabah dan Sarawak juga bertanggungjawab ke atas...

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Penjelasan Yang di-Pertua.

draft • 5:10 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Ya, Tuaran silakan.

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tahu dalam perundingan di antara Kerajaan Persekutuan dan Sabah, khususnya dalam perundingan sekarang iaitu berkenaan dengan hak Perlembagaan 40 peratus itu.

Dan umum tahu bahawa sudah dua kali perundingan mesyuarat di peringkat pegawai. Saya ingin tahu, adakah pihak Yang Berhormat telah menetapkan ataupun menerima cadangan daripada kerajaan Sabah iaitu sebelum perundingan di peringkat pegawai dalam hal-hal menentukan kuantum bayaran itu, bahawa pihak Kerajaan Persekutuan perlu terdahulu menarik balik appeal yang telah difailkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan dalam keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu terlebih dahulu, sebelum meneruskan perundingan 40 peratus itu.

Adakah pihak Yang Berhormat, kementerian Yang Berhormat telah mempastikan agar perkara ini dibuat dan pihak Kabinet membuat keputusan supaya menarik balik appeal itu terlebih dahulu? Terima kasih.

draft • 5:10 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Saya fikir isu ini jelas dan beberapa kenyataan telah dibuat dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun telah terangkan secara terperinci dalam Dewan yang mulia ini dan kita tidak merayu kepada 40 peratus itu. Apa yang dirayu adalah di segi kecacatan dalam alasan penghakiman.

Itu pun kita semua tahu. Jadi, saya mahu beri komitmen kepada Yang Amat Berhormat— eh, sorry, Yang Berhormat Tuaran bahawa isu 40 peratus itu tidak dirayu dan itulah kita teruskan rundingan dan rundingan ini berjalan antara kerajaan negeri dan juga Kerajaan Pusat. Kerajaan negeri diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Pusat diwakili oleh MOF.

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Faham Yang Berhormat.

Faham Yang Berhormat. Cumanya, pandangan daripada Sabah Law Society mengatakan bahawa Kerajaan Persekutuan menerima hak 40 peratus itu, hak perlembagaan itu. But the consequences, the consequences of violating that right is being challenged by way of the appeal, itu pendirian. Pendirian SLS, itu juga sekarang pendirian Kerajaan Sabah.

Jadi oleh sebab itu, sangat penting untuk Kerajaan Persekutuan menarik balik sebab the consequences of violating, violating the of not apa ini, not implementing the rights. Makna dia, menerima hak 40 peratus tetapi kesan daripada tidak patuh kepada atau melanggar kepada hak itu di-challenge oleh pihak Kerajaan Persekutuan. Itu kekhuatiran pihak Sabah.

draft • 5:10 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Kita ambil maklum, saya fikir ini ada dalam perhatian semua pihak, Kerajaan Federal dan juga Kerajaan Pusat. Jadi, saya fikir biarlah perkara ini diputuskan selepas ini dan kita ambil maklum. Terima kasih atas berulang kali menekankan perkara ini.

Saya teruskan ya, satu lagi juga untuk makluman semua, portfolio saya ini juga akan melibatkan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah dan juga Sarawak dan satu lagi di Mahkamah Anak Negeri. Selain juga, saya akan membantu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah untuk penyelarasan jawapan di Parlimen, menyentuh beberapa bidang kuasa agensi yang berkaitan.

Okey, seperti yang kita semua sudah maklum, MA63 ini telah dibincang dan diteliti dari segi merit dan sehingga kini 13 daripada 29 perkara telah dibawa berbincang dan telah diselesaikan di mana sembilan telah dimuktamadkan semasa Kerajaan MADANI dan empat lagi kerajaan sebelum ini. Jadi, saya tidak mahu perincikan, saya rasa kita boleh dapatkan maklumat secara terperinci.

Cuma saya ingin maklumkan juga kita telah membangunkan Dato’ Yang di- Pertua, kita telah membangunkan dashboard status pelaksanaan perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 ini. Walaupun mungkin secara rangka sahaja tapi bolehlah semua rakyat yang berminat untuk mengikuti isu-isu MA63 ini, bolehlah mendapatkan maklumat di portal rasmi BHESS Jabatan Perdana Menteri. Dan untuk makluman semua, setakat ini seramai 5,206 pengunjung yang telah berminat dan melayari portal tersebut.

draft • 5:10 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Okey dan yang lain itu kita akan bincang secara bertahap. Bertahap, ada beberapa perkara lagi. Ada dua perkara telah membuat keputusan dasar berkaitan dengan pemberian kuasa alam sekitar, NRES dan kuasa mengenai pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman, BHEUU dan ada lapan perkara dalam proses perbincangan dan lima perkara yang akan dirujuk ke peringkat jawatankuasa induk. Dan untuk makluman semua, ini juga akan melihat kesediaan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dari sudut operasi, sumber manusia, kewangan, yang juga merupakan antara aspek yang perlu diambil kira sebelum perkara MA63 ini dapat diselesaikan.

Okey, saya terus kepada beberapa isu sebab kalau ada ini tadi itu Sabah dan Sarawak. Untuk Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Pendana Menteri, YB Sik telah mencadangkan kerajaan menjalankan audit kemiskinan daripada peringkat mukim dan kampung secara lebih terperinci.

Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan telah membangunkan sistem eKasih sebagai Pangkalan Data Kemiskinan Nasional pada tahun 2008 bertujuan untuk mendaftarkan keluarga miskin di Malaysia. Dan semua pemimpin tempatan termasuk Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan orang awam dan mana-mana individu boleh membuat pelaporan mengenai isu rumah miskin di kawasan masing-masing.

Dan untuk makluman juga, sistem eKasih ini akan dibuat pemutihan sekurang- kurangnya dua tahun sekali. Okey, saya terus kepada persoalan, YB Putatan ada sini.

YB Putatan ya. YB Putatan menjelaskan, memohon penjelasan daripada Kerajaan MADANI mengenai bilangan projek di Sabah yang telah dikenal pasti gagal mencapai kadar perbelanjaan, pembangunan yang sepenuhnya, audit dan pemantauan projek dan faktor kelewatan.

Untuk makluman Yang Berhormat, prestasi perbelanjaan bagi negeri Sabah di bawah Rolling Plan Kelima, Rancangan Malaysia Kedua Belas tahun 2025 sehingga 26 Januari 2026 adalah sebanyak 99.52 peratus. Saya fikir saya ucapkan tahniahlah kepada Yang Berhormat Putatan, yang Mantan Menteri Kerja Raya yang telah banyak melaksanakan. Membantu pelaksanaan dan menghabiskan, hampir menghabiskan dana-dana peruntukan yang telah diperuntukkan dan untuk makluman Yang Berhormat juga...

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Penjelasan Yang Berhormat.

draft • 5:10 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Ini Putatan ini...

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Ada kaitan.

draft • 5:10 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Ada kaitan?

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Ada kaitan. Pagi tadi Yang Berhormat, Timbalan Menteri Kerja Raya telah memberi jawapan pada satu soalan berkenaan dengan jalan-jalan di Sabah dan berkaitan juga dengan Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan disebut di sana bahawa Kerajaan Sabah tidak ada menghantar senarai-senarai untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Jadi, adakah Yang Berhormat sedar dengan perkara ini dan adakah Yang Berhormat akan dapat memastikan agar senarai-senarai ataupun submission daripada Kerajaan Sabah itu dapat diberikan, khususnya untuk Rancangan Mesyuarat Ke-13?

Sebab, itu yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri pagi tadi dengan jelas yang mengatakan Kerajaan Sabah tidak ada menghantar dan sebagainya khususnya dalam hal rolling plan dan sebagainya. Terima kasih.

draft • 5:20 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Saya telah mendengar dua taklimat daripada pihak JKR― satu tentang Pan-Borneo, satu lagi tentang penyelenggaraan Jalan Federal dan juga state― pada beberapa minggu yang lepas. Saya tidak pasti sama ada belum dihantar atau tidak, tetapi kita ambil maklum ya. Memang ada keperluan. Ini yang saya selalu nyatakan.

Saya tidak mahu kita― kita fokus dengan isu-isu 40 peratus ini dan juga yang berkaitan, tetapi pada masa yang sama juga, kita kena pantau dari segi pelaksanaan projek-projek yang dilaksanakan di peringkat negeri Sabah ini dan juga Sarawak. Sebab, kalau tidak, nanti rakyat masih lagi merasakan bahawa walaupun kita cuba selesaikan isu-isu yang berkaitan dengan pelaksanaan MA63 ini, tapi jalannya masih berlubang, air masih tidak stabil, elektrik atau karan kita, panggil orang Sabah, masih tidak juga dapat dipenuhi sepenuhnya. Jadi, ini yang saya fikir ini penting.

Jadi, seperti yang saya sebut tadi, mengikut rekod daripada pembentangan ICU, Kerajaan Negeri Sabah pada tahun lepas, dari segi pelaksanaan projek amat baik. Dari segi mengoptimumkan prestasi perbelanjaan amat baik. Jadi, saya harap ini akan dikekalkan. Dan kalau kita dapat selesaikan masalah-masalah berbangkit tiga serangkai di negeri Sabah ini, saya fikir ini akan mengurangkan isu-isu ketidakpuasan, jurang pembangunan di antara negeri-negeri ini. Okey.

draft • 5:20 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Untuk makluman Yang Berhormat Putatan, antara faktor yang dikenal pasti yang menjurus kepada kelembapan tahap kemajuan projek― saya fikir ini juga berlaku di negeri-negeri lain. Pertama yang kita kena improve, tentang urusan pentadbiran tanah.

Saya di― banyak yang saya lawat juga, banyak kelewatan projek ini disebabkan isu tanah ini. Jadi, kita harap ini kita dapat selesaikan. Kita mohon supaya kerajaan negeri dapat membantu dalam isu ini.

Yang keduanya, kerja pengalihan utiliti. Ini juga antara yang menjadi sebab terutama yang melibatkan Telekom Malaysia, SESB, electricity dan juga air. Ini antara kerja lama saya semasa saya berada di Telekom. Ini masih lagi juga masih menjadi punca utama kelewatan projek-projek.

draft • 5:20 PM

Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri, tinggal dua minit. Kalau boleh, jawab soalan Putrajaya. Satu, berkaitan dengan semakan imbuhan tetap perumahan kakitangan kerajaan. Terima kasih.

draft • 5:20 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Okey. Dan juga beberapa yang lain ya. Dan juga keupayaan kontraktor dalam pengurusan projek itu pun kita kena lihat.

draft • 5:20 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Yang Berhormat Menteri, saya cuma ingin tambah satu. Satu daripada punca kelewatan pelaksanaan projek ini disebabkan oleh seringnya berlaku, apa dipanggil, NOC― notice of change. So, ini dilihat ada satu kelemahan antara kelemahan komunikasi antara pegawai Persekutuan dan juga pegawai di peringkat negeri. Jadi, minta perkara ini ditengok dan diperhalusi.

draft • 5:20 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Ya, memang ada di sini. Cuma saya― ada beberapa faktor sebenarnya. Memang antaranya ialah proses permohonan dan kelulusan notis perubahan kerja. Yang ini pun perlu dipertingkat. Tapi, saya fikir ini saya juga akan melihat sendiri tentang projek-projek yang lewat di Sabah dan juga Sarawak ini dan kita akan lihat faktor-faktor inilah. Okey, terima kasih, Putatan.

Okey, yang lain― Putrajaya, saya boleh jawapan bertulislah.

draft • 5:20 PM

Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Ada masa lagi. Menteri boleh jawab terus.

draft • 5:20 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Banyak lagi ini. Jadi...

draft • 5:20 PM

Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Skip, skip.

draft • 5:20 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Yang lain― okey, Putrajaya. Mana dia Putrajaya ini?...

[Sambil membelek dokumen] Terlampau ke depan dan...

draft • 5:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Akhir sekali...

draft • 5:20 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Akhir sekali― saya pergi penutup...

[Tepuk] Putrajaya, saya akan balas secara bertulis tetapi― ada jawapan tapi ini.

Okey, untuk penutupnya. Sebagai penutup Titah Diraja ini, saya ingin menegaskan bahawa komitmen kerajaan terhadap Perjanjian Malaysia 1963 bukan sekadar retorik politik atau janji di atas kertas. Ia adalah suatu kewajipan konstitusi yang akan kita laksanakan dengan penuh tertib dan rasa hormat. Kita harus sedar bahawa kekuatan Malaysia tidak hanya terletak di pusat pentadbiran tetapi pada keutuhan hubungan antara Persekutuan, Sabah dan Sarawak. Sebagaimana Titah Seri Paduka Baginda, keharmonian ini adalah kunci kestabilan negara.

Akhir kata, biarlah sejarah mencatatkan bahawa pada hari ini kita tidak lagi berbicara tentang tiri atau anak emas tetapi kita berbicara tentang satu keluarga besar yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah. Apabila hak wilayah dihormati, maka kedaulatan negara akan terus terpelihara. Perjalanan ini mungkin panjang. Namun, selagi kita berpegang kepada prinsip setia kawan dalam Persekutuan, tiada jurang yang tidak boleh dirapatkan dan tiada luka sejarah yang tidak boleh disembuhkan. Demi Malaysia MADANI, demi Sabah Maju Jaya dan demi Sarawak Maju Makmur.

Bagi jawapan yang tidak sempat saya jawab di dalam Dewan ini, saya minta izin Dato' Yang di-Pertua dan Yang Berhormat sekalian untuk dijawab secara bertulis.

Sekian. Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih...

[Tepuk]

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat, sebelum saya ke agenda seterusnya, saya meluluskan tempoh masa tiga minit untuk Menteri membetulkan fakta dan saya tidak membenarkan pencelahan.

Silakan, Yang Berhormat.

draft • 5:20 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Dato' Yang di-Pertua, saya mohon kebenaran untuk membetulkan kenyataan saya sebentar tadi berkenaan pekeliling yang terpakai kepada penjawat awam berhubung pembelian saham.

Saya telah diberikan taklimat lanjut sebentar tadi dan dimaklumkan bahawa dalam Pekeliling Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam 2024 yang

draft • 5:27 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

terpakai dalam hal ini, penjelasan bertulis boleh dipohon oleh KSN sekiranya ambang tersebut telah dilebihi. Ini adalah jawapan kepada Yang Berhormat Pasir Gudang dan Bukit Gelugor. Sedikit― kerana apa yang dikatakan Yang Berhormat mengenai Bloomberg itu nampaknya perlu diteliti sedalam-dalamnya. Itu sebab pada masa yang saya jawab itu, saya difahamkan tidak― there is no such regulation. Nampaknya ada tetapi ini terpulang kepada KSN, adakah untuk memberi kebenaran dan sebagainya.

Terima kasih.

draft • 5:27 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Majlis ke agenda seterusnya.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong oleh Yang Berhormat dari Simpang Renggam hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

draft • 5:27 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 11 Februari 2026...

[Mengetuk tukul]

draft • 5:27 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.29 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026