Feb092026

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam bahagia. Selamat pagi. Kita mulakan Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan ini. Saya difahamkan Yang Berhormat Simpang Renggam tidak berada dalam Dewan. Oleh demikian, saya menjemput Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari, Pasir Mas.

[****Soalan No. 1** - YB. Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad (Simpang Renggam) tidak hadir]

draft • 10:00 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2.

draft • 10:00 AM

2. Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan berhasrat untuk menaik taraf Darul Quran, Kuala Kubu Bharu menjadi universiti yang menawarkan program pengajian Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Puan Marhamah binti Rosli

Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Mas.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa komited untuk memperkukuh institusi pengajian al-Quran negara termasuk Darul Quran sebagai teras pembangunan modal insan huffaz yang berkualiti, berautoriti dan relevan dengan keperluan semasa.

Selaras dengan peruntukan Akta Fungsi-fungsi Menteri 1969 iaitu Akta 2 serta keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Mei 2009, sekiranya Darul

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Puan Marhamah binti Rosli

Quran dinaik taraf sebagai sebuah universiti, ia hendaklah diletakkan di bawah kawal selia Kementerian Pengajian Tinggi dan tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti iaitu AUKU.

Dalam konteks pendidikan tinggi negara, penubuhan universiti awam baharu perlu selari dengan hala tuju strategik yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Justeru, Darul Quran akan kekal berada di bawah kawal selia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan ia terus unggul sebagai institusi tahfiz kebangsaan yang khusus, berfokus dan berautoriti serta mampu memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan ummah.

Bagi mengukuhkan kemampanan Darul Quran, kerajaan melalui JAKIM telah melaksanakan pelbagai inisiatif. Antaranya, melalui program kolaborasi strategik dengan universiti awam dan institusi pengajian tinggi Islam yang diiktiraf.

Pendekatan ini membolehkan lepasan Darul Quran melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dan pasca siswazah tanpa menjejaskan identiti teras Darul Quran sebagai institusi tahfiz. Kerajaan berpandangan bahawa pendekatan kolaboratif ini adalah lebih pragmatik, berfasa dan berimpak, selari dengan aspirasi pembangunan pendidikan Islam negara serta memastikan kualiti para pelajar terus terpelihara.

Antaranya, sejak tahun 2000, Darul Quran telah melaksanakan Program Persijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UIAM yang membolehkan lepasan Program Persijilan Tahfiz Darul Al-Quran yang memenuhi syarat melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam pelbagai bidang pengajian yang ditawarkan.

Melalui laluan persijilan ini, lepasan tahfiz Darul Quran bukan sahaja berpeluang menyambung pengajian dalam bidang Al-Quran dan pengajian Islam, malah turut merangkumi bidang profesional dan multidisiplin seperti perubatan, pergigian, perundangan, kejuruteraan dan lain-lain bidang, tertakluk kepada syarat kemasukan universiti.

Sehingga tahun 2024, seramai 2,403 orang graduan Program Persijilan Tahfiz Darul Quran telah direkodkan melanjutkan pengajian di pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam pelbagai bidang melibatkan peringkat diploma dan ijazah. UIAM merekodkan bilangan graduan tertinggi diikuti oleh UNITEN serta beberapa IPT lain, termasuk universiti teknikal, institusi pendidikan dan politeknik. Perkembangan ini menunjukkan bahawa lepasan tahfiz Darul Quran tidak terhad kepada bidang keagamaan semata-mata, malah turut menyumbang dalam sektor profesional seperti kejuruteraan, pendidikan dan lain-lain.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Puan Marhamah binti Rosli

Pendekatan kolaboratif ini memanfaatkan kekuatan institusi sedia ada dan mengelakkan pertindihan fungsi serta memastikan kualiti akademik yang konsisten dan diiktiraf. Ke hadapan, insya-Allah kerajaan melalui JAKIM akan terus menilai peluang kerjasama strategik baharu yang sesuai, berimpak, tertakluk kepada keperluan, keupayaan institusi dan kepentingan pendidikan tahfiz negara. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Pasir Mas.

draft • 10:00 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Sebagai rakyat yang ingin melihat institusi tahfiz diperkasa dan khususnya sebagai alumni di Darul Quran sendiri, Timbalan Menteri, saya rasa agak kecewa mendengar jawapan tersebut, di mana kerajaan masih terikat dengan keputusan Kabinet tahun 2009. Masa sudah berlalu.

Dengan jawapan Timbalan Menteri, jika di peringkat persijilan, ijazah yang akan dikeluarkan oleh universiti-universiti berikut tersebut bukannya di Darul Quran.

Kenapa tidak Darul Quran mewujudkan— kerajaan mewujudkan akta khusus untuk Darul Quran sebagaimana ASWARA, sebagaimana IPG? Keterikatan dengan KPT tidak menjadi alasan. MAIWP pun ada universiti, kolej universitinya sendiri. Kenapa tidak JAKIM? Terima kasih, Timbalan Menteri.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:00 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 10:00 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:00 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas untuk soalan tambahan. Kerajaan sentiasa terbuka ya, untuk menilai sebarang cadangan berdasarkan keperluan semasa.

Pewujudan Darul Quran di bawah satu akta khusus memang berpotensi memberikan kejelasan dari sudut tadbir urus, kuasa autonomi dan hala tuju institusi dalam jangka masa panjang. Akta khusus akan membolehkan Darul Quran membangunkan struktur pentadbiran kurikulum dan sistem jaminan kualiti yang lebih tersendiri serta selari dengan keperluan unik pendidikan tahfiz.

Walau bagaimanapun, implikasi terhadap penyelarasan dengan ekosistem pendidikan tinggi negara, keperluan pematuhan piawaian akreditasi serta perubahan struktur pelaporan perlu diteliti secara mendalam.

Sebaliknya, pendekatan pemerkasaan berfasa melalui kerjasama strategik sedia ada menawarkan fleksibiliti yang lebih tinggi dengan risiko pelaksanaan yang

draft • 10:00 AM

Puan Marhamah binti Rosli

lebih terkawal. Model ini membolehkan Darul Quran menumpukan kepada pengukuhan teras institusi sambil memanfaatkan kepakaran, pengalaman dan sistem jaminan kualiti universiti rakan.

Bagi tempoh yang panjang, pendekatan ini dilihat lebih realistik dan berimpak, khususnya dalam memastikan kualiti graduan terus terpelihara tanpa menjejaskan autonomi fungsional Darul Quran sebagai institusi tahfiz di bawah JAKIM. Saya harap jawapan saya membantu. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Batu Pahat.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Dato’ Tan Sri Speaker. Soalan saya soalan tambahan. Adakah kerajaan bercadang untuk membuka peluang kemasukan pelajar-pelajar antarabangsa dan adakah kerajaan merancang untuk menjadikan Darul Quran ini sebagai hab kecemerlangan tahfiz yang bertaraf antarabangsa juga termasuk dengan kerjasama dengan institusi Al- Quran di Timur Tengah dan juga Asia tenggara? Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Menteri.

draft • 10:10 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat.

Insya-Allah, untuk menaiktaraf, untuk memperkasakan institusi tahfiz negara ini lebih-lebih lagi Darul Quran, pihak JAKIM, Darul Quran sedang meneliti, mengkaji dan membuat penilaian khusus untuk menaiktaraf dan tidak sekadar membiarkan Darul Quran ini berada pada tahap yang sedemikian sahaja. Dan insya-Allah untuk penglibatan antarabangsa dari sudut pelajar dan lain-lain, masih di peringkat kajian dan insya-Allah akan di— akan kita update, okey atau akan kita maklumkan dari semasa ke semasa, insya-Allah.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Tuan Kesavan a/l Subramaniam, Sungai Siput.

Tuan Kesavan a/l Subramaniam [Sungai Siput] Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 3.

draft • 10:10 AM

3. Tuan Kesavan a/l Subramaniam [Sungai Siput] minta Perdana Menteri menyatakan bila Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang akan menjalankan fungsinya dalam membuka permohonan untuk menjalani latihan kerani berartikel dan berikan garis masa terperinci.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan kawan saya Yang Berhormat Sungai Siput.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Kerajaan berpendirian tegas bahawa apa-apa fungsi statutori yang diperuntukkan di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen kepada mana-mana pihak berkuasa awam dengan izin, public authority mesti dijalankan seperti biasa selagi tiada pindaan dibuat kepada undang-undang tersebut. Ini merangkumi fungsi statutori Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang (LPQB) berhubung laluan dan latihan kerani berartikel di bawah seksyen 5, Akta Profesion Undang-undang 1976.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, berdasarkan input yang diterima oleh saya daripada LPQB yang bertanggungjawab ke atas perkara ini, permohonan untuk menjalani latihan kerani berartikel tidak dapat dilaksanakan dengan serta-merta memandangkan terdapat keperluan untuk kajian lanjut dibuat berkenaan dengan laluan kerani berartikel. Dalam hal ini, pada 20 November 2025, LPQB telah mengadakan sesi libat urus dengan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri diikuti dengan sesi libat urus pada 28 November 2025 bersama dengan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta

(IPTS) serta berasingan bagi meneliti hala tuju laluan kerani berartikel.

Seterusnya, pada 15 Disember 2025, LPQB telah bersetuju secara dasar untuk menubuhkan satu pasukan petugas dengan izin, taskforce untuk mengkaji penambahbaikan yang telah dilaksanakan dan mengkaji pembangunan kurikulum pedagogi dan standard program yang bersesuaian, demi memastikan laluan kerani berartikel mencapai standard dan kualiti pendidikan undang-undang yang dikehendaki oleh profesional undang-undang pada masa ini. Pasukan petugas ini akan terdiri daripada pakar-pakar daripada institusi pendidikan tinggi awam dan swasta serta wakil daripada Majlis Peguam.

Pada masa ini, satu kertas cadangan sedang disediakan oleh LPQB bagi maksud penubuhan pasukan petugas ini dengan mengambil kira terma rujukan dengan izin, deliverables dan kos yang terlibat. Untuk maklumat lanjut Ahli Yang Berhormat, saya dimaklumkan bahawa tempoh kajian oleh pasukan petugas ini adalah dicadangkan selama lapan bulan, tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan LPQB. Kertas cadangan tersebut akan dibentangkan dalam mesyuarat LPQB yang akan diadakan pada bulan ini, iaitu Februari 2026. Terima kasih Tan Sri.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Sungai Siput.

draft • 10:10 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan. Berdasarkan kepada jawapan, saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri pun kecewalah dengan jawapan LPQB yang

draft • 10:10 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

tidak bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan isu yang berbangkit ini kerana mengambil masa yang agak panjang untuk selesaikan.

Saya difahamkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada Oktober 2025 yang lalu bahawa pemansuhan laluan kerani berartikel oleh LPQB adalah bertentangan Akta Profesion Undang-undang 1976. Adakah ini satu percubaan oleh LPQB untuk terus enggan melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Parlimen, Dewan Rakyat yang mulia ini?

Tempoh kajian yang terlalu lama ini memberi kesan negatif kepada calon- calon yang ingin meneruskan latihan tersebut. Adakah LPQB terbuka kepada memendekkan tempoh masa yang Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tadi lapan bulan ini dengan sekadar yang segera supaya dapat dilaksanakan dengan segera? Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:10 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Dengan izin. Tan Sri, kesungguhan itu ada, komitmen itu ada. Kalau tidak, Board LPQB tidak akan menjalankan apa yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Agung dalam kes Fahri Azzat dan Lembaga Kelayakan, di mana keputusan itu dengan terus mengatakan bahawa keperluan kursus berartikel itu dijalankan. Kita mahu faham perkara itu.

Dan Tan Sri Yang di-Pertua, pada tahun 1985 dengan kuasa yang ada dengan LPQB, mereka menghapuskan exam ini. Dan sekarang Mahkamah Agung, Federal Court berpendapat bahawa ini adalah salah, ini patut dijalankan. It is a statutory obligation. Dan, masa yang ditanya mereka untuk melaksanakan ini adalah sebab tidak ada struktur langsung, there is nothing there. Mereka perlu mula dari, from the ashes, dia perlu mulakan.

Dan, saya telah berbincang dengan pihak berkenaan, saya mengatakan bahawa perlu singkatkan masa dan kerana ini akan membaik kebaikan kepada anak- anak kita, anak-anak yang miskin, yang bekerja dan ingin meneruskan pelajaran dalam undang-undang. Yang Berhormat perlu faham bahawa kesungguhan dan komitmen itu ada dan kita perlukan sedikit masa dan ini akan disegerakan seberapa yang boleh. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sila Besut.

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Tan Sri.

Menteri, kita— Menteri katakan tadi tahun 1985 dah laluan dah ditutup untuk pendaftaran untuk articled clerk. Okey, sekarang ini, kita tahu tahun 1976 itu akta diadakan Legal Profession, okey diadakan akta ini berdasarkan kepada dah beratus

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

tahun dulu. Maknanya dipanggil clerical clerkship apa benda di England pada masa itu. Jadi, benda lama.

Jadi, sekarang ini dah— sekarang ini kalau masa zaman saya tahun 1980, 1981, keluaran universiti hanya dalam 100–200 orang saja, Universiti Malaya terutamanya. Dan, sekarang dah 1,000 lebih setiap tahun. Jadi, yang lebih praktikal adalah yang ada LLB. Yang itu tak ada LLB. Jadi, saya sarankan bahawa sekarang ini dah tak relevan lagi. Dan, saya cadangkan supaya ditutup terus untuk articled clerk ini. Dan itu soalannya sebenarnya.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Jelas. Soalan jelas.

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey, jelas.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Minta ditutup terus.

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Untuk ditutup terus. Okey.

draft • 10:10 AM

Tuan Pengerusi

Okey.

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Satu lagi soalan saya...

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Oh, dua soalan?

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Satu lagi soalan saya.

Okey. Sebagai Menteri Undang-undang, ada tak Menteri— ada bagi bila bercerita pasal undang-undang, bercerita pasal peguam, ada tak bagi nasihat kepada kerajaan bahawa penangkapan, penahanan termasuk peguam, seorang peguam senior atas perhimpunan semalam. Perhimpunan apa dia panggil, perhimpunan apa itu yang— jadi saya nak tanya, ada tak sebagai Menteri memberi nasihat kepada kerajaan bahawa perbuatan tersebut adalah salah di sisi undang-undang kerana melanggar perintah mahkamah juga.

Mahkamah Persekutuan mengatakan bahawa tak boleh lagi. Dalam perhimpunan aman, tak boleh ada notis pun, tak perlu ada bagi notis dalam seksyen 10. Jadi, maknanya sekarang, soalan saya berkaitan dengan peguam itu, tak rasa kah? Besok-besok mana tahu peguam akan berada dalam perhimpunan [Ketawa] ditangkap besok. Suka tak?

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Soalan jelas. Menteri, silakan. Ada dua soalan Menteri.

draft • 10:20 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat Besut. Jangan politikkan perkara-perkara di sini. Yang Berhormat, kalau bagi nasihat, saya bagi nasihat kepada sendiri. Saya tak bagi nasihat kepada pihak-pihak yang berhimpun

draft • 10:20 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

di sana. Pendirian kerajaan kita tahu. Very clear. Jadi, saya tidak mahu tokok tambah lagi.

Yang Berhormat, apa yang Yang Berhormat cadangkan sangat-sangat menghairankan saya. Menutup satu peluang untuk anak-anak miskin. Mungkin Yang Berhormat ini orang kayalah. Boleh pergi ke Universiti Malaya dan universiti- universiti yang di luar negara. Macam mana kepada yang miskin itu? Tak perlukah?

Tak perlu mereka kah? Tak perlu jaga sama mereka kah? Ini satu peluang kepada mereka. Jangan kita...

draft • 10:20 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Menteri tanya saya. Saya nak tanya.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Besut, Besut.

draft • 10:20 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Berapa ramai lagi?

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tak boleh respons lagi tu Besut. Tak boleh.

draft • 10:20 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sebab Menteri tanya.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tak boleh.

draft • 10:20 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Berapa lagi permohonan?

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Besut bekas Hakim. Besut Pegawai Undang-undang.

Besut yalah, to understand standing order kita. Loud and clear. Okey, thank you Menteri.

draft • 10:20 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Super loud, Yang Berhormat. Tan Sri, Yang Berhormat, Besut sekarang tertangkap kerana dia macam tidak— bukan seorang— dia sudah menjadi seorang.

[Tidak jelas] Orang kaya raya. Tak ingat kepada orang-orang miskin, orang-orang yang tidak ada peluang. They forgotten the basics kerana mereka suruh menjadi wakil rakyat sekarang, sudah lupalah.

Yang Berhormat, di mana pun the ground reality tak boleh lupa. Ini adalah hasrat kerajaan. Bila kita bermula dari tahun 1970-an ini, articled clerkship ini, untuk anak-anak yang bekerja. Ramai di antara mereka yang miskin dan susah payah yang bekerja. Kenapa mereka tidak boleh diberi satu peluang untuk meneruskan belajar undang-undang?

Adakah pihak-pihak tertentu takut kepada pihak-pihak ini untuk belajar dan lepas itu menjadi peguam yang sangat berkaliber? Adakah itu satu monopoli- monopoli supaya hanya dari universiti-universiti saja berlayak dan boleh pergi ke mahkamah dan sebagainya? Kita perlu ingat kepada semua sebagai satu kerajaan, Kerajaan MADANI ini, fikirannya— think out of the box Yang Berhormat. Yang

draft • 10:20 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Berhormat should be fighting untuk orang-orang miskin. Jangan untuk kepentingan sendiri atau kepentingan orang kaya saja, Yang Berhormat. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Seterusnya saya jemput Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff, Rantau Panjang.

draft • 10:20 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terlebih dahulu Tan Sri, saya ingin mengalu-alukan kedatangan rombongan Majlis Perundingan Wanita Parlimen Rantau Panjang ke Dewan Rakyat.

Selamat datang ke Dewan Rakyat.

[Tepuk] Saya mohon jawapan untuk soalan saya nombor 4.

draft • 10:20 AM

4. Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan projek pertanian berimpak tinggi yang telah dan sedang dilaksanakan di seluruh negara, termasuk skop, lokasi dan peruntukan masing-masing serta usaha kerajaan untuk Program Keselamatan Makanan Negara.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin

Tuan Yang di-Pertua, dalam memastikan agenda Keterjaminan Makanan Negara (KPKM) dalam memfokuskan kepada projek yang mempunyai nilai tambah yang besar kepada ekonomi rakyat dan negara. Selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2.0 (TN2.0), berikut adalah antara projek berimpak tinggi yang telah dan sedang dilaksanakan.

Pertama, naik taraf Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). Bagi projek naik taraf TKPM sedia ada, projek ini telah dilaksanakan di seluruh negara kecuali di Perlis. Manakala bagi projek pembangunan TKPM baharu, pelaksanaannya melibatkan negeri Johor, Kelantan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Terengganu dan Perlis. Dalam usaha meningkatkan pengeluaran agromakanan di dalam negara, sebanyak RM24.98 juta telah diperuntukkan bagi projek naik taraf TKPM sedia ada dan RM18.47 juta pula telah diperuntukkan bagi projek pembangunan TKPM baharu sepanjang RMK12.

Selain itu, sebagai usaha untuk memastikan kesinambungan projek pertanian berimpak tinggi ini, projek pemerkasaan zon pengeluaran tanaman makanan telah diluluskan di bawah RMK13. Sebanyak RM33 juta telah diperuntukkan bagi tempoh 2026 hingga 2030 bagi pelaksanaan di seluruh negara.

Kedua, Projek Skim Pemindahan Air Jeniang, Kedah. Projek Skim Pemindahan Air Jeniang telah diluluskan dalam RMK12 dengan kos keseluruhan

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin

projek bernilai RM1.34 bilion. Apabila projek ini siap kelak, keupayaan dan kecekapan pengurusan air di negeri Kedah akan dapat dipertingkatkan khususnya bagi kegunaan kawasan MADA dan kawasan sekitarnya.

Projek ini akan menambah sumber air kepada kawasan penanaman padi di kawasan MADA dan sekitarnya, yang mana air daripada Sungai Muda akan disalirkan dan ditakung di Empangan Naok bagi memastikan bekalan air yang lebih mencukupi, stabil dan berterusan untuk menyokong aktiviti pertanian dan keperluan berkaitan di kawasan berkenaan.

Ketiga, pembangunan Zon Industri Akuakultur (ZIA). Pembangunan Zon Industri Akuakultur dilaksanakan bagi mentransformasikan sektor akuakultur kepada industri komersial berskala besar, mampan dan berdaya saing. KPKM telah memberitahu sebanyak RM18 juta di bawah RMK12 bagi pembangunan ZIA berpotensi tinggi merangkumi ternakan ikan, udang dan kerang-kerangan. Sehingga kini, 54 lokasi ZIA telah dikenal pasti di seluruh negara melibatkan akuakultur marin dan air tawar. Sebanyak jumlah 12.73000 hektar telah aktif diusahakan dengan pengeluaran 9,044.46 tan metrik yang bernilai RM684 juta pada tahun 2024.

Dan akhir sekali, bagi memacu Industri Ruminan Negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13, serta untuk mencapai Kadar Sara Diri (SSR) ke arah 50 peratus menjelang tahun 2030, kementerian sedang melaksanakan projek berimpak tinggi iaitu Program Pengganda 30 dengan kos projek bernilai RM450 juta di seluruh negara. Program ini direka sebagai intervensi bersepadu untuk meningkatkan populasi ternakan ruminan pedaging, lembu dan kambing di Malaysia dengan menghasilkan impak skala besar dalam tempoh singkat. Berbeza dengan Program Rezeki Ternak yang lebih kepada bantuan sara hidup penternak kecil-kecilan, pengganda 30 lebih bersifat komersial, yang mana konsep melaksana berteraskan public private partnership (PPP) antara agensi kerajaan dan peserta.

Program ini dilaksanakan secara geran pemadanan (matching grant) dengan nisbah 90 peratus kepada 10 peratus, di mana kerajaan menanggung 90 peratus kos dan peserta menyumbang 10 peratus kos yang dipergunakan melalui dana pinjaman Agrobank. Sekian terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Rantau Panjang.

draft • 10:20 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberikan.

draft • 10:20 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Saya ingin tahu, apakah, berapakah peruntukan yang diberi untuk menyediakan bekalan sumber air untuk pertanian di Kelantan dan saya ingin tahu juga apakah usaha yang dibuat untuk mengatasi isu kos import pertanian yang melambung tinggi termasuk juga harga hasil yang tidak stabil yang dikuasai oleh orang tengah, termasuk juga pergantungan tinggi kepada import yang menyebabkan kurang motivasi petani dan juga masalah tanah pertanian yang semakin berkurangan dan juga tenaga kerja muda yang semakin berkurangan, perubahan kesan iklim dan sebagainya.

Dan apakah mekanisme pemantauan khususnya KPI yang ditetapkan oleh kementerian untuk mengukur kejayaan sebenar projek-projek yang dilaksanakan untuk mencapai tahap sara diri. Apakah target yang akan dicapai dan berapa peratus kah penglibatan golongan muda dalam sektor pertanian terutama di kalangan graduan TVET pertanian? Minta penjelasan.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:20 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Datuk Chan Foong Hin

YB Rantau Panjang, itu soalan yang panjang. Okey.

Untuk makluman, untuk RMK12, untuk pembangunan di Kelantan, RM503.267 juta telah disalurkan kepada Kelantan untuk pembangunan.

Dan untuk menjawab soalan yang lebih kepada pengairan dan saluran pertanian, ada beberapa projek seperti membina dan menaik taraf infrastruktur pengairan dan saluran di Skim Pengairan Semerak Hilir, IADA Kemasin Semerak, Mukim Semerak, Pasir Puteh, Kelantan dalam pelaksanaan naik taraf sistem pam selam elektrik di 16 buah rumah pam saliran bagi kegunaan saluran dan tebatan banjir, pertanian serta kerja-kerja berkaitan di IADA Kemasin Semarak, Kelantan masih dalam pelaksanaan projek yang siap penuhnya. Seperti kerja-kerja menaik taraf tidal control gate, Kampung Pengkalan Petah, Skim Pengairan Kemasin, IADA Kemasin Semerak, Bachok, Kelantan dan seumpamanya.

Ini antara projek yang telah kita laksanakan dan untuk menjawab soalan kepada SSR, seperti tadi saya mengatakan SSR untuk lembu pedaging ini adalah amat penting untuk kementerian. So, itulah kita adakan satu projek yang berimpak tinggi di mana kerajaan sanggup nak bayar 90 peratus geran untuk matching grant ini supaya kita menggerakkan ke arah 50 peratus SSR untuk lembu. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tampin.

draft • 10:20 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Tan Sri Speaker.

Sebelum ini, kementerian ada menetapkan sasaran bagi beras iaitu mencapai 80

draft • 10:20 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

peratus untuk Kadar Sara Diri (SSL) atau pengeluaran beras menjelang 2035.

Namun apa yang terjadi sejak dua tahun kebelakangan ini, SSL beras telah menunjukkan angka yang merosot iaitu di bawah paras 60 peratus dan perkara ini cukup membimbangkan jika terus berlanjutan.

draft • 10:20 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Yang Berhormat Timbalan Menteri, beras tempatan pun lama sudah hilang di pasaran. Soalan saya, apakah punca utama yang telah mendorong kepada keadaan ini dan apakah pula tindakan kementerian untuk mengatasi masalah ini? Dan adakah ini bermakna program SMART Sawah Berskala Besar telah gagal mencapai objektifnya atau bagaimana? Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 10:30 AM

Datuk Chan Foong Hin

Sahabat saya, Tampin. Okey, untuk menjawab soalan daripada Tampin, ini projek SMART Sawah Berskala Besar ini kan, dia bukan gagal. Okey, cuma kemungkinan penglibatan daripada sektor swasta itu dia tidak mencukupi untuk meluaskan daripada kawasan-kawasan yang tertentu. Tetapi, di kawasan-kawasan yang mereka sudah turun untuk tolong menguruskan padi sawah ini sebenarnya yield atau hasil dia telah meningkat. So, kita nak melihat macam mana kita nak meningkatkan perluasan skop ini.

Cuma, untuk menjawab soalan ini yang semakin merosot SSL untuk padi ini kan, di antara strategi yang baru yang kita akan deploy, akan gunakan adalah mengkaji kemungkinan untuk pembangunan jelapang padi selatan di Negeri Sembilan, Melaka dan juga Johor kerana cuma bergantung pada getah seumpamanya dan juga Kelantan sikit okey untuk mencapai 80 peratus bukan senang.

So, kita melihat kepada memperluaskan skop ini kepada jelapang padi selatan dan juga kita akan bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak dan Sabah untuk memajukan padi sawah di negeri-negeri masing-masing. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tuan Edwin anak Banta, Selangau.

draft • 10:30 AM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan saya soalan nombor 5.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 10:30 AM

5. Tuan Edwin anak Banta [Selangau] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan langkah mitigasi bagi membantu pekebun kecil kelapa sawit di Parlimen Selangau menghadapi kos logistik tinggi termasuk subsidi pengangkutan zon pedalaman dan bantuan khas bagi pekebun gagal memperoleh pensijilan MSPO akibat isu tanah NCR.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Selangau.

Kerajaan tidak menyediakan bantuan secara langsung kepada pekebun kecil kelapa sawit yang terkesan dan kos logistik di negeri Sarawak. Walau bagaimanapun, bagi membantu pekebun kecil mengurangkan beban kos logistik, kerajaan menyediakan peruntukan untuk pembinaan dan naik taraf Jalan Ladang Pekebun Kecil (JLPK).

Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak RM19.5 juta telah diluluskan bagi negeri Sarawak sejak tahun 2023, termasuk RM3 juta bagi tahun 2026.

Bagi Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), kerajaan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah memperuntukkan bantuan khas berupa insentif serta sokongan teknikal bagi membantu pekebun kecil yang layak memperoleh pensijilan MSPO. Bantuan ini merangkumi bimbingan pematuhan serta kos pensijilan. Walau bagaimanapun, pemberian bantuan tersebut tidak melibatkan sebarang pelonggaran terhadap syarat dan standard pensijilan MSPO yang telah ditetapkan dan semua pemegang sijil kekal tertakluk kepada keperluan pematuhan sepenuhnya.

Berdasarkan penelitian kementerian, kegagalan pekebun kecil untuk mendapatkan pensijilan MSPO lazimnya berpunca daripada isu berkaitan status tanah. Sehubungan itu, bagi isu pemilikan tanah, khususnya melibatkan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Kementerian bersama MPOB dan MSPO sedang akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri bagi tujuan pengesahan pemilikan tanah yang sah serta pelaksanaan langkah-langkah pemudah cara yang bersesuaian. Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, tak ada? Baik, kalau tak ada, saya...

draft • 10:30 AM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Oh...

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Oh, sorry, sorry.

draft • 10:30 AM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Ya.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf, maaf Selangau. Tak nampak. Silakan.

draft • 10:30 AM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Penjelasan yang memuaskan. Soalan tambahan saya ialah saya ingin tahu mengapa kawasan Parlimen sebesar Selangau yang aktiviti utamanya ialah pertanian iaitu penanaman sawit, tiada memohon Jalan Ladang Pekebun Kecil seperti yang dinyatakan tadi?

draft • 10:30 AM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Justeru, saya hendak tahu sama ada projek Jalan Ladang Pekebun Kecil aktif diuar-uarkan dan apakah mekanisme yang disediakan oleh kementerian untuk membantu wakil rakyat, pekebun kecil untuk menyediakan dan mengemukakan permohonan projek ini? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 10:30 AM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Keprihatinan kawasan Selangau. Dekat saya punya jiran, sama Sarawak. Banyak terima kasih Yang Berhormat.

Terdapat dua saluran untuk memohon peruntukan JLPK iaitu melalui surat kepada Kementerian Perladangan dan Komoditi atau kepada cawangan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang berhampiran iaitu di Sibu. Permohonan tersebut hendaklah mengandungi maklumat kawasan ladang yang berkaitan seperti bilangan pekebun kecil yang terlibat dan jarak antara ladang dengan jalan utama.

Walau bagaimanapun, semua pemohon JLPK yang diterima oleh kementerian akan diteliti dan diluluskan mengikut keutamaan serta tertakluk kepada peruntukan yang diterima oleh kementerian bagi tujuan ini. Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Baik, seterusnya saya jemput Dato’ Muhammad Bakhtiar...

draft • 10:30 AM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Speaker, soalan tambahan Speaker.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, silakan.

draft • 10:30 AM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Saya berdiri dah lama. Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Menteri. Kita memang maklum ada pelbagai masalah yang dihadapi oleh pekebun-pekebun kecil ladang sawit ini. Jadi, soalan tambahan saya untuk dijawab oleh Menteri. Bagaimanakah penubuhan Palm Oil Research and Technical Service Institute of Malaysia Palm Oil Board (PORTSIM) di Shanghai memberi pulangan langsung kepada pengusaha dan pekebun kecil tempatan di Malaysia? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, sila Menteri.

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. PORTSIM berfungsi sebagai hab Research and Development and Commercialisation (R&D&C) setempat. Ia menghubungkan minyak sawit Malaysia dengan keperluan aplikasi sebenar industri China, khususnya dalam sektor makanan, oleokimia dan produk pengguna.

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Melalui pembangunan formulasi ujian aplikasi dan pemadanan teknologi bersama rakan industri, PORTSIM berperanan membantu meningkatkan nilai penggunaan sawit daripada sekadar komuniti kepada bahan import industri bernilai tinggi. Pasaran berasaskan aplikasi ini lazimnya mempunyai permintaan yang lebih konsisten dan kurang terdedah kepada turun naik harga jangka pendek.

Pendekatan R&D&C ini secara langsung meningkatkan kadar penggunaan minyak sawit Malaysia dalam produk akhir, sekali gus mengukuhkan serapan eksport yang lebih mampan dan berterusan. Dengan sokongan teknikal di lapangan, PORTSIM terus menyelesaikan isu spesifikasi dan kualiti, mempercepat proses penyelesaian aduan pelanggan serta meningkatkan keyakinan pembeli yang seterusnya mengurangkan pertikaian, perdagangan dan risiko gangguan eksport.

Kesan akhir ialah eksport minyak sawit yang lebih stabil dari segi volume dan nilai sekali gus menyokong kestabilan harga minyak sawit mentah (MSM). Kestabilan pasaran ini diterjemahkan kepada pendapatan pekebun yang lebih terjamin melalui harga tandan buah segar (TBS) yang lebih konsisten, sekali gus memperkukuh daya tahan keseluruhan rantaian nilai industri sawit Malaysia.

Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik, Balik Pulau.

draft • 10:30 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Tan Sri Speaker. Sebelum saya terus kepada soalan, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tanjong Malim di atas penganugerahan darjah kebesaran di Hari Wilayah baru-baru ini. Bila nak open table?

[Ketawa] Soalan saya soalan nombor 6.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Menteri.

draft • 10:40 AM

6. Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [Balik Pulau] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan strategi MOSTI untuk memastikan hasil penyelidikan dan inovasi negara tidak terhenti di makmal, tetapi diterjemahkan kepada penyelesaian praktikal bagi komuniti luar bandar seperti dalam bidang pertanian pintar, pengurusan air dan perubahan iklim. Berapa peratus geran R&D yang benar-benar sampai ke peringkat komuniti atau perusahaan kecil.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Menteri.

draft • 10:40 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Chang Lih Kang

Terima kasih, Tan Sri Speaker. Terima kasih, Balik Pulau.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sentiasa menekankan agar hasil penyelidikan dan inovasi negara tidak terhenti di

draft • 10:40 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Chang Lih Kang

peringkat makmal semata-mata. Sebaliknya diterjemahkan kepada penyelesaian praktikal yang memberi manfaat langsung kepada rakyat, khususnya komuniti luar bandar dalam bidang pertanian pintar, pengurusan air dan adaptasi terhadap perubahan iklim.

Dalam bidang pertanian pintar, MOSTI melalui Agensi Angkasa Malaysia

(MYSA) telah membangunkan dan mengoperasikan Sistem Maklumat Geospatial Tanaman Padi ataupun nama singkatnya, MakGeoPadi sejak tahun 2012. Dengan kerjasama strategik Jabatan Pertanian di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, sistem ini kini digunakan sepenuhnya di 12 jelapang padi utama meliputi keluasan lebih 206,000 hektar seluruh negara.

Penggunaan imej satelit beresolusi tinggi membolehkan pengesanan kawasan sebenar penanaman padi dilaksanakan secara tepat, sekali gus mempercepatkan dan menjimatkan proses pengagihan subsidi padi kerajaan secara bersasar kepada pesawah yang layak. Selain itu, Modul Profil Tanah dalam sistem ini turut membantu agensi pertanian membuat penilaian awal kondisi tanah sawah dan merancang tindakan pembaikan yang bersesuaian.

Dalam aspek pengurusan air dan adaptasi perubahan iklim, MOSTI melalui MYSA dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah mengoptimumkan penggunaan teknologi angkasa bagi mengenal pasti potensi sumber air bawah tanah. Inisiatif ini bermula di kawasan lembangan Sungai Muar dan berjaya menghasilkan pemetaan zon potensi air bawah tanah dengan tempoh kajian yang lebih pantas serta penjimatan kos yang ketara melalui penggunaan teknologi penderiaan jauh (remote sensing).

Projek ini kemudian diperluaskan di beberapa kawasan lain dan setakat ini telah memberi manfaat kepada kira-kira 10,000 penduduk di 11 buah kampung, khususnya komuniti luar bandar yang berdepan isu kekurangan bekalan air seperti Kampung Tekam, Segamat Johor, Kampung Pasir Pekan Tengah, Tumpat Kelantan.

Selain itu, dalam memastikan hasil penyelidikan sampai ke peringkat akar umbi, MOSTI turut melaksanakan pendekatan inovasi sosial dan pemindahan teknologi secara langsung kepada komuniti dan perusahaan kecil. Melalui Agensi Nuklear Malaysia, pelbagai projek penyelidikan berasaskan komuniti telah dilaksanakan di bawah program inovasi sosial.

Sebanyak 19 projek dengan jumlah pembiayaan sekitar RM5.74 juta telah berjaya dipindahkan kepada rakyat dan pengusaha mikro serta perusahaan kecil dan sederhana. Antara contoh pelaksanaan ialah pembangunan FLOODCOM iaitu Pusat

draft • 10:40 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Chang Lih Kang

Gerakan Bencana Banjir Terapung yang kini digunakan oleh komuniti dan agensi pengurusan bencana di kawasan berisiko banjir, termasuk di bawah inisiatif Kampung Angkat MADANI.

Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya, MOSTI akan terus memperkukuh pelaksanaan program STIE berteraskan misi ataupun mission- oriented yang akan menekankan penglibatan secara horizontal semua pihak berkepentingan. MOSTI akan memantapkan kolaborasi antara penyelidik, industri dan komuniti bagi memastikan setiap pelaburan R&D negara bukan sahaja menghasilkan pengetahuan baru, tetapi juga memberi penyelesaian praktikal yang berimpak tinggi kepada rakyat, khususnya di kawasan luar bandar. Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Balik Pulau.

draft • 10:40 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Menteri kerana jawapan yang panjang dan bermanfaat untuk komuniti setempat.

Di kawasan Parlimen Balik Pulau, terdapat lebih 1,000 nelayan, terdapat ramai pesawah padi dan juga petani, pengusaha dan akuakultur dan pekebun- pekebun durian. Jadi, saya ingin bertanya jika MOSTI bercadang untuk menggunakan aplikasi atau memilih projek rintis dengan penggunaan yang disebut tadi data satelit atau penderiaan jauh (remote sensing) agar teknologi-teknologi yang dihasilkan di makmal, di R&D dapat diterjemahkan seperti semi-urban, kawasan semi-urban di Balik Pulau supaya mereka juga dapat mengeluarkan hasil yang lebih tinggi. Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

draft • 10:40 AM

Datuk Chang Lih Kang

Terima kasih, Tan Sri Speaker. Terima kasih, Balik Pulau. Sebenarnya, teknologi yang dimaksudkan tadi seperti Sistem Maklumat Geospatial Tanaman Padi (MakGeoPadi), dia boleh dimanfaatkan di semua tempat termasuk di Balik Pulau dan dia boleh memendekkan masa, tempoh untuk petani dan dengan itu dapat meningkatkan keuntungan petani.

draft • 10:40 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Datuk Chang Lih Kang

Untuk makluman Yang Berhormat juga, dalam sektor perikanan, MYSA telah pun membangunkan satu aplikasi yang dinamakan Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan (FSI) sejak tahun 2010 yang telah

draft • 10:40 AM

Datuk Chang Lih Kang

membantu meningkatkan hasil tangkapan nelayan antara 20 hingga 50 peratus dan menjimatkan kos operasi sehingga 30 peratus.

Aplikasi ini boleh mengenal pasti kawasan kepadatan tinggi yang mempunyai ikan supaya nelayan tidak perlu ada kemudahan yang canggih, mahal untuk mencari sendiri dan kita telah menggunakan teknologi ini untuk membantu ramai nelayan.

Dengan bantuan LKIM, kita juga bekerjasama dengan persatuan nelayan.

Untuk cadangan projek rintis, kerajaan negeri boleh melihat potensilah dan bagaimana nak gunakan aplikasi dan teknologi yang ada, yang sedia ada. Kita memang sedia membantu sekiranya ada mana-mana kerajaan negeri yang berminat untuk melaksanakan projek perintis. Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kapar.

draft • 10:40 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih, Speaker. Merujukkan kepada penyelesaian praktikal soalan asal itu tadi dan saya baru dapat jawapan soalan saya, saya merujuk kepada banci ekonomi 2023 daripada DOSM. Di Parlimen Kapar, pendaftaran pertubuhan sebanyak 13,776 buah dengan pecahan sektor:

perkhidmatan 11,298 pertubuhan; pembuatan 1,362 pertubuhan; pembinaan 929 pertubuhan; pertanian 147 pertubuhan; perlombongan dan pengkuarian 40 pertubuhan. Ini di Kapar ini ya.

Jadi soalan saya, apakah projek R&D MOSTI yang telah atau sedang dilaksanakan secara langsung di Kapar khususnya berkaitan industri pelabuhan— Pelabuhan Klang ada di Kapar. Logistik, pembuatan kecil dan industri marin dan berapa jumlah dana serta impak pekerjaan tempatan yang telah diwujudkan? Juga, dengan di mana kita minta MOSTI ini memastikan inovasi ini tidak tertumpu di Lembah Klang elit sahaja tetapi meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos operasi dan menaikkan nilai rantaian industri kecil di Kapar? Apakah indikator kejayaan yang boleh diukur? Terima kasih, Speaker.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri. Complicated soalan tu. Huraikanlah.

draft • 10:40 AM

Datuk Chang Lih Kang

Terima kasih, Tan Sri. Terima kasih, Kapar. Tadi soalan yang Kapar tanya itu sangat-sangat spesifik. Saya minta nanti saya bagi jawapan bertulis.

Tetapi secara amnya, memang kita bukan sahaja memberi tumpuan di Lembah Klang sahaja. Seperti yang saya maklumkan tadi, ada beberapa inisiatif ataupun aplikasi teknologi digunakan di luar Lembah Klang seperti Kampung Tekam di Segamat Johor, Kampung Pasir Pekan Tengah di Tumpat, Kelantan dan Pusat Gerakan Bencana Banjir Terapung berada di Jerantut, Pahang. So, memang itu

draft • 10:40 AM

Datuk Chang Lih Kang

adalah niat MOSTI supaya aplikasi teknologi ini tidak tertumpu di dalam kawasan Lembah Klang sahaja. Itu sahaja. Nanti saya akan bagi jawapan bertulis.

draft • 10:40 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

[Tidak jelas] Semi-urban.

draft • 10:40 AM

Datuk Chang Lih Kang

Ya [Ketawa] Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput Tuan Afnan Hamimi Dato' Taib Azamudden, Alor Setar.

draft • 10:40 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Jangan berlari nanti jatuh, Soalan saya nombor 7.

draft • 10:40 AM

7. Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden [Alor Setar] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan sejauh mana perbincangan strategik dua hala di antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan-kerajaan negeri dilaksanakan bagi memastikan pembangunan industri mineral khususnya Rare Earth Element (REE) dapat dilakukan berpandukan kepada semangat federalisme.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Alor Setar. Mungkin di hujung kita cuba jawab pantun.

[Ketawa]

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Tentang soalan daripada Yang Berhormat Alor Setar berkenaan dengan perbincangan strategik dua hala secara berterusan dengan kerajaan-kerajaan negeri khusus yang berkait dengan REE.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam sentiasa melaksanakan perbincangan strategik dua hala secara berterusan dengan kerajaan negeri untuk kita pastikan pembangunan industri mineral khususnya unsur nadir bumi ataupun rare-earth element (REE) dapat dilaksanakan secara selaras dengan semangat federalisme seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Perbincangan dan penyelarasan ini kita lakukan melalui Majlis Mineral Negara yang berperanan sebagai platform untuk kita menyelaraskan dasar, hala tuju dan tadbir urus sektor mineral antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Melalui mekanisme ini, sebarang dasar dan inisiatif yang berkaitan dengan pembangunan REE dibincangkan secara inklusif dengan mengambil kira pandangan

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

serta kepentingan kerajaan negeri sebagai pihak berkuasa ke atas tanah dan mineral.

Dari sudut pelaksanaan, Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia menyediakan sokongan teknikal, garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) untuk perlombongan REE sebagai rujukan nasional.

Manakala kerajaan negeri mengekalkan kuasa kelulusan tenemen, pelesenan, penguatkuasaan serta kutipan hasil selaras dengan peruntukan undang-undang negeri masing-masing. Pendekatan ini memastikan tiada pertindihan kuasa dan menghormati pembahagian kuasa bidang kuasa di antara Persekutuan dan negeri.

Dalam masa yang sama, Kerajaan Persekutuan turut mengadakan sesi libat urus dua hala dengan kerajaan negeri untuk pastikan pembangunan industri REE dilaksanakan secara menyeluruh, merangkumi peringkat hutan, merangkumi peringkat huluan, pertengahan dan hiliran supaya negeri-negeri pengeluar tidak sekadar menjadi tapak perlombongan semata-mata tetapi turut menikmati manfaat ekonomi, peluang pelaburan dan pembangunan industri sokongan.

Jadi, Yang Berhormat Alor Setar, secara keseluruhannya, kerajaan menegaskan bahawa pembangunan industri REE negara dilaksanakan melalui kerjasama yang erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri berlandaskan kepada prinsip saling menghormati bidang kuasa, tadbir urus yang baik dan kelestarian, sejajar dengan semangat federalisme yang menjadi asas sistem pentadbiran negara. Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Alor Setar.

draft • 10:50 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Tan Sri, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Setakat ini daripada penemuan REE ini, seingat saya tahun 2020 ataupun 2021 mula diuar-uarkan, sehingga tahun ini masih belum ada jalan keluar yang tuntas untuk bagaimana kita nak dapat hasil REE ini. Jadi, agaknya bila perkara ini akan dapat dinoktahkan? Itu yang pertama.

Yang kedua, saya dapat makluman di peringkat kerajaan negeri, ada tiga jawatankuasa teknikal ditubuhkan. Jawatankuasa Teknikal Perlombongan di bawah NRES, Jawatankuasa Pelaksanaan Pelaburan, MITI, Jawatankuasa REE ini di bawah MOSTI. Mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh memberi perkembangan terkini tentang jawatankuasa, tiga jawatankuasa yang wujud ini, mungkin boleh secara bertulis.

draft • 10:50 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Dan saya juga difahamkan kajian FRIM turut dibuat di atas dua hutan simpan.

Di Bukit Enggang, Sik dan di Hutan Simpan Labis dan dijangka siap 2029. Lama itu, Tuan Yang Berhormat. Jadi, kita ada hasil bumi tapi kita tak dapat memanfaatkan hasil bumi itu. Dan akhir sekali Tan Sri Yang di-Pertua, REE ini barang yang sangat berharga. Saya mohon jaminan tegas daripada Kerajaan Persekutuan supaya hasil ini tak sewenang-wenangnya nanti diambil oleh pihak luar, negara luar. Kita tengok sahaja, sedangkan itu hasil kita. Jadi, mohon jaminan tegas daripada pihak kerajaan.

Terima kasih Tan Sri, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:50 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Terima kasih Yang Berhormat. Pertama tadi soalan berkenaan dengan apakah jalan keluar untuk kita dapat hasil REE ini dan bila.

draft • 10:50 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Saya rasa memang menjadi hasrat pihak kementerian dan pihak Kerajaan Persekutuan supaya memastikan kita melaksanakan pembangunan industri REE ini dengan tertib dan terancang kerana antara faktor penting untuk kita tidak melakukan kesilapan yang lalu ialah untuk kita pastikan kita hanya bukan eksport sahaja hasil tetapi kita ada industri ekosistem yang menyeluruh. Daripada peringkat huluan sehinggalah pertengahan dan juga hiliran.

Justeru itu, kita menekankan supaya mesti ada satu perbincangan yang menyeluruh yang dilaksanakan.

Jadi untuk makluman Yang Berhormat, kita dah ada banyak perbincangan- perbincangan di peringkat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Contohnya, saya ambil contoh ialah Majlis Mineral Negara yang telah dilaksanakan pada 2 Julai 2024. Mantan Yang Berhormat Menteri pun ada di sini, Setiawangsa pada ketika itu sebagai Menteri telah berada dalam mesyuarat tersebut, dipengerusikan oleh Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri II. Jadi, itu adalah kaedah-kaedah di mana kita boleh bincangkan dasar, kita boleh bincangkan dari segi bagaimana untuk menentukan kerangka sehinggalah kepada peringkat pelaksanaan.

Kemudian tadi Yang Berhormat Menteri sebut memang betul ada beberapa jawatankuasa teknikal di peringkat kementerian berbeza, Yang Berhormat. Jadi, maknanya kalau dari segi jawatankuasa teknikal ini, benar memang ada perbincangan-perbincangan yang diadakan, yang contohnya saya ambil mesyuarat

draft • 10:50 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

libat urus cadangan kenaikan duti eksport REE. Ini ada dibincangkan melibatkan semua negeri. Pengarah PTJ negeri pun hadir, di mana kita nak tentukan bagaimana untuk mengenakan duti eksport ke atas bijih mineral REE dan sebagainya.

Kemudian ada juga sesi libat urus Pelan Tindakan Dasar Mineral Negara yang ketiga. Ini juga melibatkan semua pengarah PTJ negeri. Jadi, pada masa yang sama, kita lihat di sini lah maknanya kita boleh menentukan secara bersama bagaimana untuk kita dapat jalan keluar tersebut. Sebab antara perkara yang menjadi halangan ialah pertamanya disebut-sebut sebagai ini semua dalam kawasan hutan simpan kekal, ya.

Jadi, itu adalah khazanah negara. Kita tidak ada kompromi berkenaan dengan hutan simpan kekal. Tidak dibenarkan sama sekali untuk melombong di kawasan-kawasan hutan simpan kekal. Oleh kerana itu, maka kita kena lihat, apakah kita ada kepakaran dan teknologi. Pertama, bakat tempatan, kepakaran dari segi teknologi untuk kita dapat mengeluarkan hasil tanpa menjejaskan alam.

Jadi, itu perkara yang saya rasa sangat-sangat penting. Sebab itu kajian FRIM untuk menjawab soalan Yang Berhormat Alor Setar juga. Memang benar dia daripada 2024 hingga 2029, kajian lima tahun. Tapi kajian ini kajian yang sangat mendalam dan menyeluruh melibatkan flora dan fauna, hidrologi dan sebagainya.

Jadi, untuk ia nya menjadi satu kajian yang menyeluruh dan komprehensif dan tepat, maka dia memerlukan tempoh tersebut. Namun demikian, saya percaya ada juga nanti kita akan dengarlah penemuan-penemuan awal yang boleh dibincangkan di peringkat kementerian untuk kita dapat buat persediaan lebih awal.

Saya percaya bahawa ini juga nanti akan membantu ke arah kita mewujudkan suasana yang lebih lestari, ekonomi baik untuk negeri dan juga untuk negara di samping kita jaga alam kita. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Soalan tambahan.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kuala Pilah.

draft • 10:50 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker...

draft • 10:50 AM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Terima kasih Speaker.

draft • 10:50 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang tuntas tadi dan Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyebut tadi tentang alam sekitar. Jadi, soalan Kuala Pilah ialah sejauh manakah piawaian dan standard perlindungan alam sekitar ini bagi pembangunan REE diseragamkan di peringkat nasional dan bagaimana pematuhan

draft • 10:50 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

merentas negeri dipastikan supaya kawal selia dilaksanakan secara konsisten?

Terima kasih, Tan Sri.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

draft • 10:50 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah. Berkenaan dengan piawaian alam sekitar, ini juga adalah satu perkara yang sangat penting yang perlu ditegaskan. Kementerian memandang serius berkenaan dengan isu-isu alam sekitar dan oleh kerana itu, mesti menekankan supaya ada penguatkuasaan berkenaan dengan alam sekitar.

Justeru berkaitan dengan soalan yang asal juga, apabila kita menyebut tentang REE, antara perkara dasar yang kita kena pastikan ialah benar, perkara ini di bawah negeri. Tanah, pelesenan, tenemen semua bawah negeri, kuasa negeri.

Tetapi, kesan alam sekitar, EIA itu di bawah Persekutuan. Yang itu yang menjadi penentu dan piawaian yang kita gunakan untuk memastikan supaya tidak menjejaskan dari segi alam sekitar.

Jadi, saya rasa dari segi peruntukan, dari segi perjawatan, perkara ini sebenarnya dalam perbincangan yang berterusan oleh pihak kementerian supaya kita tingkatkan penguatkuasaan di samping kita pastikan jumlah perjawatan yang mencukupi untuk piawaian alam sekitar yang menyeluruh bagi seluruh negara.

Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa, Sekijang.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Terima kasih Datuk Sri— Terima kasih Tan Sri.

*Terima kasih daun keladi, Soalan saya naik lagi.

Sorong papan tarik papan, Soalan saya nombor lapan.*

draft • 11:00 AM

8. Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa [Sekijang] minta Perdana Menteri menyatakan status terkini dan tarikh rasmi pengoperasian sistem Automated Rapid Transit (ART) di Putrajaya memandangkan fasa rintisan telah dijalankan sebelum ini serta perincikan pelan peluasan jajaran fasa seterusnya bagi memastikan ketersambungan first and last-mile yang lebih efisien ke kompleks-kompleks kerajaan dan stesen pengangkutan sedia ada MRT/ERL bagi mengurangkan kesesakan trafik di pusat pentadbiran negara.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Lo Su Fui

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dari Sekijang menuju Putrajaya, Singgah sejenak mencari solusi; Jasa dikenang sepanjang masa, Perjuangan teguh teruskan misi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan projek perintis Automated Rapid Transit (ART) oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia di Putrajaya telah dilaksanakan dari 1 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024. Susulan projek perintis tersebut, pihak syarikat telah mengemukakan cadangan pelaksanaan kepada Perbadanan Putrajaya (PPJ) untuk pertimbangan. Walau bagaimanapun, PPJ tidak tertakluk untuk sebarang ikatan kontrak dan cadangan tersebut adalah bersifat kajian pasaran sahaja.

Hasil kajian awal mendapati bahawa anggaran kos pelaksanaan ART termasuk kos pembangunan infrastruktur, sistem, operasi dan penyelenggaraan adalah sangat tinggi iaitu RM211.95 juta untuk tempoh 10 tahun. Kos ini adalah di luar kemampuan kewangan PPJ sebagai pihak berkuasa tempatan. Atas dasar tersebut, PPJ tidak meneruskan cadangan pelaksanaan ART di Putrajaya serta tiada cadangan untuk peluasan jajaran fasa seterusnya.

Walau bagaimanapun, PPJ sentiasa terbuka untuk mempertimbangkan keperluan perancangan pengangkutan awam pada masa hadapan tertakluk kepada kemampuan kewangan dan kelulusan peruntukan, khususnya bagi menyokong sasaran perkongsian mod pengangkutan awam 30 nisbah— 70:30. Nisbah ini merujuk kepada 70 peratus pengangkutan awam manakala 30 peratus kenderaan persendirian.

Dalam usaha mengusahakan kesesakan trafik di Putrajaya, PPJ telah melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan seperti berikut. Bas Nadiputra menyediakan tujuh laluan yang beroperasi setiap hari menghubungkan kawasan perumahan, sekolah, pusat komersial, Terminal Putrajaya Sentral ke pejabat kerajaan dan sebaliknya.

Kekerapan perjalanan pada waktu puncak pagi dan petang bagi laluan P101 adalah setiap 10 minit manakala enam laluan bagi setiap 20 minit. Pengurusan trafik sedia ada melalui Putrajaya Command Centre (PCC) secara berpusat dan integrasi pengangkutan awam terkini seperti Demand Responsive Transit (DRT) yang dilaksanakan secara berperingkat bagi mengurangkan kesesakan trafik di Putrajaya,

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Lo Su Fui

termasuk penyediaan Kajian Transport Master Plan dan Kajian Action Plan 2050.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Sekijang.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Soalan tambahan saya, jika projek ART tadi dikatakan dengan kos yang begitu tinggi Yang Berhormat, jadi adakah faktor ini saya kira memang membebankan tapi adakah kerajaan kini akan mempertimbangkan model pembiayaan alternatif seperti public private partnership dan yang mana mungkin boleh membenarkan ERT dilaksanakan tanpa membebankan Putrajaya— Perbadanan Putrajaya itu sendiri.

Yang kedua Yang Berhormat, adakah kerajaan juga bersedia untuk menambah atau menambah baik infrastruktur sedia ada bagi menggalakkan penduduk Putrajaya menggunakan alternatif seperti berjalan kaki atau mungkin juga berbasikal sama ada persendirian ataupun secara sewaan sebagai pergerakan harian mereka sepertimana yang pernah dicadangkan dalam satu kajian yang dinamakan Kajian Residents' Perspective on Cycling as an Option for Transportation in Putrajaya. Kajian ini dilaksanakan pada tahun 2017 Yang Berhormat oleh UiTM.

Ataupun mungkin kita boleh menggalakkan juga alternatif lain yang mana juga telah digunakan sebelum ini tetapi boleh diperkembangkan lagi iaitu water taxi. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik Menteri, silakan.

draft • 11:00 AM

Datuk Lo Su Fui

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Sekijang. Perbadanan Putrajaya (PPJ) sentiasa terbuka untuk meneliti pelbagai modal pembiayaan alternatif termasuk kerjasama awam swasta (public-private partnership) dengan izin, PPP tertakluk kepada penilaian menyeluruh dari aspek kos, faedah, risiko serta kemampuan fiskal semasa.

Walau bagaimanapun, pertimbangan terhadap pelaksanaan projek ART akan dibuat secara berhati-hati dan tidak melibatkan sebarang komitmen kewangan PPJ.

Sementara kajian lanjut dan penilaian kebolehlaksanaan terus dijalankan.

Berkenaan infrastruktur, PBJ telah mengambil langkah untuk menjadikan berjalan kaki, berbasikal dan mobiliti alternatif lebih praktikal seperti rangkaian laluan pejalan kaki dan basikal sedia ada terus diperkembangkan melalui Putrajaya Structure Plan PPJ. Projek jambatan monorel diubah fungsi kepada laluan pejalan kaki dan basikal. Penyediaan laluan berbumbung dari Terminal Bas Putrajaya ke

draft • 11:00 AM

Datuk Lo Su Fui

kediaman Presint 9 telah pun siap. Tambahan laluan ke Presint 2 juga sedang dibina dan dijangka siap pada sukuan pertama 2026. Di samping itu, perkhidmatan water taxi juga disediakan di Tasik Putrajaya sebagai salah satu pilihan pengangkutan di kawasan tasik. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, saya jemput Mersing.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih Tan Sri. Soalan tambahan saya, memandangkan Putrajaya kerap menjadi lokasi penganjuran acara berskala besar pada hujung minggu seperti larian, karnival dan program pelancongan, khasnya di Dataran Putrajaya dan sering menimbulkan masalah parking pada pengunjung dan juga penduduk dan saya rasa Yang Berhormat Putrajaya pun selalu bawakan isu ini.

Jadi, apakah langkah-langkah yang sedang dan akan diambil oleh kementerian bagi mengurus isu parkir? Serta, bagaimanakah nak menggalakkan pengunjung untuk hadir dengan pengangkutan awam? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:00 AM

Datuk Lo Su Fui

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Mersing.

Untuk makluman, sebanyak 15 lokasi tempat letak kereta awam berbayar dengan bilangan kira-kira 6,000 petak telah pun tersedia di sekitar Presint 2, Presint 3 dan Presint 4 bagi pengunjung ke Putrajaya. Selain itu, pengunjung amatlah digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam seperti Bas Nadiputra yang beroperasi bermula jam 7.00 pagi sehingga 8.00 malam, bas pengantara MRT yang beroperasi bermula jam 6.00 sehingga 11.30 malam dan van Rapid on Demand

(ROD) yang beroperasi setiap hari bermula jam 6.00 pagi sehingga 11.30 malam.

Bagi program peringkat kebangsaan dan program anjuran Perbadanan Putrajaya, perkhidmatan bas perantara khas turut disediakan dari Terminal Putrajaya Sentral Presint 7 ke lokasi program. Sekian, terima kasih.

[****Soalan No. 9 –** YB. Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah (Indera Mahkota) tidak hadir]

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya difahamkan Indera Mahkota tidak berada di dalam Dewan, maka saya teruskan dengan menjemput Tuan Mohd Sany bin Hamzan, Hulu Langat.

draft • 11:00 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha, kali ini betul Speaker.

draft • 11:00 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Pergi ke kedai membeli buluh, Buluh dibeli bersama benang— Sebab Sekijang tadi pantunkan?

Pergi ke membeli buluh, Bulu dibeli bersama benang; Soalan saya yang nombor 10, Pak Menteri jawab dengan sabar dan juga tenang.

draft • 11:00 AM

10. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan adakah kerajaan ada merancang program untuk memberikan hak penggunaan tanah yang tidak diusahakan kepada yang minat bertani secara percuma selama dua tahun dan membayar sewa kepada kerajaan dan pemilik setelah tempoh itu.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin

Terima kasih kepada Tuan Speaker. Saya tiada pantun.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian menyambut baik cadangan untuk memberikan kebenaran penggunaan tanah terbiar yang tidak diusahakan kepada pihak yang berminat dalam bidang pertanian. Walau bagaimanapun, pada masa ini, kementerian tidak mempunyai perancangan khusus untuk melaksanakan program pemberian penggunaan dana secara percuma bagi tempoh tertentu seperti yang dicadangkan.

Selain itu, kementerian juga tidak mempunyai kuasa untuk mengecualikan bayaran sewa dana memandangkan urusan berkaitan dana adalah tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan agensi pemilik tanah berkenaan. Tumpuan kementerian ketika ini adalah untuk mengoptimumkan penggunaan kawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) serta tanah-tanah berpotensi yang telah dibangunkan melalui inisiatif sedia ada bagi memastikan aktiviti pertanian dapat dilaksanakan secara terancang, mampan dan berimpak tinggi kepada pengeluaran makanan negara.

Sepanjang RMK12 – Rancangan Malaysia Ke-12, kementerian melalui Jabatan Pertanian (TOA) dengan kerjasama dengan kerajaan negeri telah membangunkan sebanyak lapan TKPM baharu melibatkan kawasan seluas 563.31 hektar di bawah projek pembangunan AgroFood Park baharu.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin

Selain itu, pada tahun 2023 dan 2024, seluas 220 hektar tanah milik agensi persekutuan atau kerajaan negeri yang belum digunakan telah dibangunkan bagi tujuan aktiviti pertanian. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Hulu Langat.

draft • 11:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tan Sri, kalau andai kata tak ada soalan tambahan, boleh ke Tan Sri?

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan dengan soalan tambahan.

draft • 11:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha, saya nak tanya dengan Pak Menteri. Terima kasih jawapan daripada Pak Menteri tadi itu. Ada tak insentif- insentif ataupun bantuan-bantuan untuk menggalakkan maksudnya warga dan juga masyarakat dalam negara kita ini untuk menyertai dalam bidang pertandingan ini walaupun dalam berskala kecil? Itu yang pertama.

Kemudian yang keduanya, tak ada ke Kementerian Pertanian ini berhasrat nak menubuhkan satu institusi pertanian untuk melahirkan tenaga-tenaga pakar kita dalam negara kita ini, untuk kita lahirkan tenaga-tenaga pakar dalam bidang pertanian untuk memenuhi, maksudnya di sektor pertanian ini bekalan makanan dalam negara kita ini. Sebab kita banyak eksport— kita banyak import makanan daripada luar untuk memenuhi keperluan makanan dalam negara kita. Terima kasih Tan Sri, terima kasih Menteri.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

draft • 11:10 AM

Datuk Chan Foong Hin

Terima kasih. Untuk menjawab soalan, sebenarnya Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan kita ada berpuluhan ini institut untuk TVET untuk melatih graduan-graduan untuk pertanian ini, termasuk pertanian, penternakan, dan juga nelayan. Ada berbagai program ini. Setiap tahun lebih kurang 400 ke 700 graduan daripada kursus ini, TVET.

Dan kesemua TVET ini, apabila penyerta ini dia menyertai program ini, kerajaan menanggung kos hidupan mereka juga. So, dia bukan setakat percuma, tetapi kerajaan juga memberikan kos sara hidup untuk setiap bulan. So, inilah yang di antara yang kita membangunkan untuk melatih graduan-graduan untuk pertanian.

Dan untuk bantuan-bantuan untuk menggalakkan penyertaan dalam TKPM ini, sebenarnya TKPM ini cara dia senang. Asalkan kamu warganegara Malaysia, tiada had umur tapi keutamaan kepada belia dan peserta berpengalaman dalam mengusahakan ladang di luar kawasan TKPM atau kamu melalui syarikat atau koperasi dan juga kamu memiliki sijil, diploma, ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf. Kesemuanya ini sebenarnya kamu berkelayakan untuk memohon ini tanah- tanah yang masih belum dibangunkan di bawah TKPM. So, ini yang di antara yang kita offer, kita tawarkan.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada lagi soalan? Menteri duduk dulu. Baik, saya jemput Parit Buntar.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Terima kasih Tan Sri Speaker. Tahniah Timbalan Menteri yang menjawab dengan tenang. Yang bertanya sahaja kurang tenang.

[Ketawa] Soalan tambahan saya, saya akan tanya dengan tenang.

draft • 11:10 AM

[Dewan ketawa]

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Dari 103,000 lebih hektar tanah pertanian yang terbiar di seluruh negara, di Perak sahaja ada 11,000 lebih kurang dengan sebahagiannya adalah 590 hektar tanah sawah yang terjejas yang juga tidak diusahakan akibat beberapa faktor seperti tanah jerlus, kekurangan air dan sebagainya.

Jadi, apakah langkah-langkah kerajaan, rancangan kerajaan untuk memulihkan tanah yang terbiar di Perak, khususnya tanah sawah yang sebanyak 595 hektar di Parit Buntar dan juga Bagan Serai. Jadi, apa usaha kerajaan untuk memulihkan tanah ini, terutama tanah sawah supaya petani-petani dapat dibantu.

Mereka nak usahakan tanah tak boleh sebab jerlus, sebab ekstrem, cuaca ekstrem, sebab pengairan yang kurang. Jadi, apa usaha kerajaan untuk membantu? Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:10 AM

Datuk Chan Foong Hin

Terima kasih. Untuk menjawab secara general ini, sebenarnya untuk sebarang kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, kita ada satu Program Pemerkasaan Agromakanan Negara (PPAN) 2026– 2030. Ini kita akan ikut senarai priority, keutamaan yang telah dicadangkan oleh kerajaan negeri supaya kita sama-sama membangunkan. Dan Kerajaan Persekutuan, dia akan mengeluarkan peruntukan untuk bersama kita untuk memajukan program ini, Program Pemerkasaan Agromakanan Negara.

Untuk Perak, untuk tahun 2026 ini, RM70 juta telah dimohon untuk PPAN dan ini juga— kos ini dimohon RM70 juta ini untuk PPAN. Cuma saya kurang pasti sama ada projek yang spesifik yang YB yang menyebut tadi itu adalah sebahagian daripada PPAN ini. Cuma, sebarang kerjasama ini kita akan ikut senarai keutamaan yang dicatatkan oleh kerajaan negeri. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Datoʼ Sri Dr. Ismail Abd Muttalib, Maran.

draft • 11:10 AM

Datoʼ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 11.

draft • 11:10 AM

11. Datoʼ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan langkah kementerian membantu graduan yang belum mendapat pekerjaan yang tetap tetapi telah disenarai hitam untuk ke luar negara kerana gagal menjelaskan tunggakan PTPTN, manakala pelajar daripada keluarga B40 pula terpaksa bekerja sambil belajar disebabkan oleh bantuan PTPTN tidak mencukupi.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Tuan Adam Adli Abd Halim

Terima kasih, Yang di-Pertua. Kerajaan menerusi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 sedang mempersiapkan mahasiswa untuk cabaran ekonomi dan juga global di samping kita pastikan bahawa industri menawarkan peluang pekerjaan yang setara dengan kelayakan gaji yang sesuai. Kerajaan hari ini juga amat menitikberatkan soal accessibility buat semua golongan, terutamanya golongan B40, M40 dan OKU.

Pelajar dari keluarga miskin tegar yang menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan diberi pinjaman maksimum daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berdasarkan kadar pinjaman yang sedia ada untuk menyokong kelangsungan pendidikan mereka. Malah bermula tahun ini, sebagaimana pengumuman dan amanah daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan Tinggi menerusi PTPTN akan memperkenalkan Biasiswa Anak eKasih kepada 10,000 pelajar yang layak. Peningkatan signifikan daripada asalnya 5,800 orang yang diumumkan dalam belanjawan.

Untuk lebih memperkukuhkan lagi komitmen kerajaan bagi peminjam di IPTA dari golongan B40 dan M40 yang memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama, pengecualian bayaran balik pinjaman sepenuhnya akan diberikan. Kira-kira 3,000 orang pelajar daripada golongan orang kurang upaya (OKU) di IPTA, politeknik dan kolej komuniti menerima pendidikan percuma sepenuhnya selari dengan konsep ihsan dalam kerangka Malaysia MADANI yang menegaskan keadilan sosial, belas ihsan dan keprihatinan negara dalam memastikan tiada siapa pun tercicir daripada akses pendidikan tinggi.

Dan ini baru permulaan. Lebih banyak inisiatif akan dikembalikan kepada rakyat apabila terutama sekali hutang-hutang PTPTN ini dapat kita urus secara lebih sistematik tanpa membebankan peminjam. Jadi dalam hal ini, sebagaimana pengumuman Belanjawan 2026, kerajaan akan mengenakan sekatan perjalanan keluar negara kepada peminjam yang mampu bayar dan bekerja di luar negara tetapi culas untuk membuat bayaran balik.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Tuan Adam Adli Abd Halim

Dalam erti kata lain, hanya peminjam berpendapatan tinggi atau mencukupi sahaja yang benar-benar culas dan menepati beberapa kriteria tertentu sahaja akan dikenakan sekatan perjalanan di bawah inisiatif ini, bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian mereka atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam B40 atau M40. Dan kerajaan sentiasa prihatin mengenai beban, hutang serta kesukaran graduan dalam membuat bayaran balik pinjaman mereka sekiranya tidak berkemampuan.

Jadi, di bawah dasar ataupun polisi semasa, pelbagai inisiatif telah pun kita sediakan untuk membantu meringankan beban peminjam selepas bergraduasi.

Antara lainnya, bagi membantu peminjam mendapatkan pekerjaan serta pendapatan yang stabil sebelum boleh membuat bayaran balik, tempoh grace period, dengan izin selama 12 bulan diberikan kepada peminjam selepas tamat pengajian sebelum diminta untuk membuat bayaran balik.

Bagi yang tidak berkemampuan untuk membayar balik pinjaman mengikut jadual, penstrukturan semula bayaran balik pinjaman mengikut kemampuan kewangan peminjam juga dibenarkan sehingga maksimum peminjam berumur 60 tahun. Dan bagi peminjam yang tidak bekerja, tidak mempunyai pendapatan, penangguhan bayaran balik pinjaman dibenarkan sehingga peminjam mempunyai pendapatan, atau sehingga maksimum tempohnya 2 tahun sebelum kita cadangkan juga penstrukturan semula. Dan bagi peminjam yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, penangguhan bayaran balik pinjaman juga dibenarkan sepanjang tempoh pengajian baru peminjam. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Maran.

draft • 11:10 AM

Datoʼ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Timbalan Menteri. Saya ingin tahu soalan tambahan saya, berapakah jumlah hutang PTPTN yang melibatkan pelajar IPTA dan juga pelajar IPTS? Dan apakah kerajaan telah bersedia untuk menghapuskan hutang PTPN seperti yang pernah dijanjikan dahulu yang menjadi heboh dan ataupun janji itu telah dilupai?

Dan saya ingin bertanya juga, apakah kerajaan bersedia untuk memperkenalkan satu elaun khas sara hidup bandar bagi pelajar-pelajar B40 ini terutama di kawasan-kawasan bandar utama, bandar besar seperti di Kuala Lumpur dan juga Pulau Pinang? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:20 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Saya tumpukan kepada seramai 417,000 ya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, yang pertama sekali berapa jumlah pinjaman setakat hari ini, RM77.5 bilion telah pun dikeluarkan untuk membantu lebih dari 4.26 juta pelajar. Dan bagi mengambil kira kedudukan fiskal serta komitmen kewangan, tentu sekali kita ambil langkah-langkah yang berbeza.

Kita tidak boleh kerana kita tiada kemampuan fiskal. Kita tidak melaksanakan apa-apa langsung. Sebab itu kita mulakan dahulu dengan pendidikan percuma untuk golongan yang amat memerlukan 10,000 orang dan 3,000 orang, tambahan lagi RM90 juta untuk pelajar-pelajar yang cemerlang. Begitu juga dengan 417,158 peminjam. Ini kita kategorikan dalam kategori culas. Namun, tidak juga mereka ini seluruhannya akan menerima impak. Sebaliknya, hanya kurang daripada 0.7 peratus sahaja setakat ini yang sedang disenaraikan.

Untuk soalan contohnya bagaimana untuk kita menghadapi perkara-perkara yang ingin dicapai. Yang ini sebenarnya semua blok-blok politik dalam Dewan ini Tan Sri Yang di-Pertua, penah dan berpegang kepada prinsip yang bersama. Soalnya adalah bukan semata-mata menguruskan hutang tersebut, menghapuskan hutang dan sebagainya. Soalnya adalah menyediakan pendidikan percuma dan itu sedang dilakukan pada peringkat sekarang.

Kalau kita ambil manifesto contohnya Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Perikatan Nasional, semua ada sebut soal mengurangkan beban pada pelajar, sama ada menerusi pengajian tinggi percuma sedang dilakukan ataupun mengurangkan kos yuran universiti, keanjalan ataupun diskaun dan sebagainya.

Semua ini memerlukan kita punya tekad bukan sahaja tekad politik, bahkan ini juga memerlukan keupayaan fiskal dan ini sedang diusahakan dari masa ke semasa.

Kita tidak pernah tutup langsung ruang dan juga perbincangan. Kita hanya akan pastikan bahawa boleh dilaksanakan dengan pastikan kita ada keupayaan kewangan. Dan sekarang, kita sedang memastikan bahawa terutama sekali PTPTN ada keupayaan kewangan untuk lebih banyak lagi inisiatif baharu di masa hadapan, insya-Allah.

draft • 11:20 AM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Boleh soalan tambahan?

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Soalan tambahan, Betong.

draft • 11:20 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Soalan tambahan?

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Betong.

draft • 11:20 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya ingin mendapatkan jawapan mengenai isu pelajar B40 yang bekerja sambil belajar akibat bantuan yang kadang-kadang tidak mencukupi. Dan apakah pengakuan kementerian bahawa kadar pembiayaan PTPTN ini tidak lagi mencerminkan kos sara hidup sebenar khususnya bagi pelajar B40 yang belajar di bandar-bandar utama?

Dan bolehkah Menteri menyatakan garis masa dan komitmen yang jelas kementerian untuk kita menilai semula dasar senarai hitam PTPTN ini dan kadar pembiayaan pelajar agar ia lebih selari dengan realiti pasaran kerja dan kos harian hidup semasa. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:20 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Baik, terima kasih Yang Berhormat. Ada dua komponen kepada soalan tersebut. Yang pertama, garis masa dalam penyenaraian hitam. Saya kira kita dah jelaskan tadi bahawa penyenaraian hitam ini dia bukan blanket policy yang kita laksanakan seperti suatu masa dahulu. Sebaliknya hanya dalam kes-kes tertentu yang memerlukan tindakan yang lebih tegas terhadap mereka yang ada kemampuan melebihi kebanyakan yang lain.

Sebab itu saya quote tadi, saya sebut tadi hanya 0.7 peratus sahaja daripada seluruh peminjam yang culas. Itu meliputi kurang daripada 3,000 orang berbanding 417,000 peminjam yang disenaraikan sebagai culas.

Yang kedua, pinjaman penuh ya. Erti kata lain, maksimum. Itu memang diberi kepada peminjam yang disenaraikan di bawah keluarga-keluarga miskin tegar. Erti kata lain, tidak hanya diberikan pinjaman minimum, sebaliknya pinjaman maksimum.

Tentu sekali dari masa ke semasa kita akan pastikan kita kaji semula nilai pinjaman yang boleh dikeluarkan berdasarkan kepada keupayaan kewangan.

Tadi dalam masa yang sama kita juga beri tumpuan, saya ajak kita beri tumpuan kepada apa yang sekarang sedang dipromosikan iaitu SSPN ataupun Skim Simpanan Pendidikan Negara. Yang mana ini sebenarnya menggalakkan satu langkah ke hadapan jangka panjang untuk menggalakkan pendidikan kita bebas hutang.

Saya ingin menegaskan bahawa kita tidak boleh hanya bergantung kepada pendanaan dalam bentuk hutang. Sebaliknya, kita harus pastikan bahawa pendanaan dalam bentuk biasiswa, dalam bentuk pengurangan yuran dan sebagainya boleh dicapai. Dan terutama sekali menerusi PTPN hari ini, kita menggalakkan supaya penabungan awal itu dimulakan buat anak-anak kita agar

draft • 11:20 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

mahasiswa bebas hutang, boleh kita lahirkan di generasi masa akan datang. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik seterusnya saya jemput Tuan Manndzri bin Nasib, Tenggara.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan Tenggara nombor 12.

draft • 11:20 AM

12. Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib [Tenggara] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan adakah kerajaan bersedia meminda peraturan berkaitan penggunaan tanah di Hutan Simpan Kekal (HSK) bagi membolehkan aktiviti perlombongan secara terkawal dan lestari dijalankan sekali gus mengelakkan perlombongan haram yang memudaratkan alam sekitar.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Tenggara.

Tenggara luas khazanah hutan, Tak kurang juga sumber bumi; Khazanah alam ciptaan tuhan, Kita penjaga nilai alami. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Tenggara, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam masih mengekalkan dasar sedia ada iaitu untuk tidak meluluskan sebarang kelulusan Surat Kebenaran Skim Pengendalian Melombong ataupun Operational Mining Scheme (OMS) bagi aktiviti perlombongan di kawasan-kawasan pemeliharaan iaitu hutan simpan kekal, kawasan rizab perlindungan, kawasan tadahan air dan kawasan sensitif alam sekitar.

Dasar ini bertujuan untuk memastikan bahawa industri perlombongan tidak dilihat sebagai industri yang mengancam kelestarian alam dan tidak selari dengan prinsip pembangunan yang bertanggungjawab dan mampan. Isu perlombongan haram bukan berpunca daripada ketiadaan dasar di hutan simpan kekal, sebaliknya ia lebih berkait dengan aktiviti pencerobohan tanah, kelemahan pematuhan undang- undang dan tindakan terancang oleh pihak yang menjalankan perlombongan tanpa kebenaran.

Sehubungan itu, kementerian ini berpandangan bahawa melonggarkan peraturan penggunaan tanah di hutan simpan kekal bukanlah penyelesaian utama kepada isu pelombongan haram. Malah, berisiko untuk menjejaskan fungsi ekosistem hutan yang kritikal kepada keselamatan sumber air, biodiversiti dan stok karbon negara.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Pada masa ini, kementerian melalui Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sedang menjalankan Kajian Impak Perlombongan REE Dalam Ekosistem Hutan. Kajian ini tempoh lima tahun 2024 hingga 2029, yang akan melihat kesan perlombongan mineral kepada aspek seperti flora, fauna, tanah, hidrologi, stok karbon dan sosioekonomi. Hasil kajian ini kelak akan memandu kerajaan dalam membuat sebarang semakan dasar berkaitan dengan aktiviti perlombongan dalam hutan simpan kekal. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Tenggara.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Terima kasih Timbalan Menteri, terima kasih Tan Sri. Soalan tambahan daripada Tenggara. Tenggara ucapkanlah syabas dan tahniah kepada NRES kerana tidak berkompromi langsung tentang hutan simpan kekal ini.

Soalan tambahan, berapakah kes cerobohan hutan simpan bagi tujuan pelombongan haram telah direkod sejak tahun 2020? Dan apakah bentuk hukuman yang telah dikenakan kepada si penceroboh?

Apakah teknologi termoden yang digunai untuk memantau dan membantu pasukan penguat kuasa kita melaksanakan tugas bagi urusan ini? Serta berapakah catatan pelanggaran yang dibuat melibatkan kes eksplorasi rare earth nadir bumi dan berapakah nilai kerugian money and non-monetary negara akibat pelombongan haram di HSK ini? Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:20 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Tenggara atas soalan yang spesifik khusus berkenaan dengan statistik.

Jadi, untuk jawapan yang lebih baik saya akan bagi secara bertulis sebab ini adalah merujuk kepada kes-kes cerobohan, bilangannya, bentuk hukuman, teknologi dan nilai kerugian. Tapi untuk makluman Yang Berhormat Tenggara, saya boleh maklumkan bahawa memang ada operasi-operasi yang dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Contohnya Operasi Bersepadu Khazanah ataupun (OBK), juga operasi yang dilaksanakan bersama-sama dengan intra ataupun inter agensi untuk kita memastikan tidak adanya berlaku pencerobohan dan apa-apa tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan termasuklah dari segi perundangan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Padang Besar.

draft • 11:20 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 11:20 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Hasil lawatan saya tahun lepas ke laluan KESBAN, laluan keselamatan negara di sempadan, saya melihat antara laporan yang dinyatakan adalah penyeludupan mineral daripada Malaysia ini terlalu tinggi di sempadan dan mineral ini merupakan nilai yang strategik pada aset negara. Dan apakah pelan induk kementerian untuk melindungi sumber mineral di negeri sempadan daripada dieksploitasi secara haram termasuk penggunaan teknologi pemantauan seperti satelit, dron dan integrasi data geologi dengan agensi penguatkuasaan? Dan juga adakah kementerian boleh mendesak juga untuk pembinaan pagar konkrit untuk disegerakan? Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:30 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar di atas soalan tersebut. Pada pendapat kementerian, apa-apa isu-isu penyeludupan mesti kita kuatkuasakan, mesti kita banteras. Sebab benar, sumber mineral ini adalah sumber yang sangat berharga terutamanya kalau kita lihat dalam konteks REE ataupun lain-lain sumber juga. Oleh kerana itu, saya yakin perkara- perkara ini akan dilihat secara teliti oleh pihak kementerian dan juga pihak penguat kuasa.

Kita mesti ada kerjasama di antara pihak kementerian dan juga dengan pihak negeri, pihak penguat kuasa, terutamanya yang melibatkan persempadanan khususnya juga dengan AKPS, dengan pihak PDRM dan pihak-pihak yang berkenaan. Apa pun, saya percaya sekiranya ada apa-apa maklumat secara spesifik yang boleh Yang Berhormat sampaikan, kita akan ambil tindakan secara sepantas yang boleh. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan. Sila Menteri, Usul.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Mordi anak Bimol

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran Kementerian Dalam Negeri seperti yang tertera di nombor 24 dalam Susunan Giliran Yang Berhormat Menteri-Menteri menjawab ke atas perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja yang telah diedarkan dan selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi pada hari Selasa, 10 Februari 2026.” Sekian, terima kasih.

draft • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

draft • 11:32 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Saya sokong Yang di-Pertua.

draft • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah ke Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 11:32 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG RAPID TRANSIT SYSTEM LINK JOHOR BAHRU–SINGAPURA 2026 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang udang-undang bernama suatu akta untuk menguatkuasakan kewajipan Kerajaan Malaysia di bawah peruntukan tertentu dalam perjanjian-perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Republik Singapura mengenai Rapid Transit System Link Johor Bahru–Singapura yang berhubungan dengan pelaksanaan fungsi pelepasan kastam, imigresen dan kuarantin dan fungsi keselamatan di kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin terletak bersama di dalam kawasan ditetapkan di Stesen Bukit Chagar, Johor Bahru di Malaysia dan Stesen Woodlands North di Republik Singapura dan pengurusan insiden rentas sempadan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan; dibawa ke dalam Mesyuarat

draft • 11:32 AM

oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri [Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat yang sama.

draft • 11:32 AM
USUL
USUL MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:

“Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas mengucapkan daripada Majlis Dewan Rakyat berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kelima Belas.” [5 Februari 2026]

draft • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sebelum saya menjemput Menteri Kementerian Kerja Raya untuk penggulungan, saya ingin maklumkan bahawa Kamar Khas kita telah pun kita pindahkan ke Dewan Persidangan yang jauh lebih besar. Jadi, untuk itu, saya juga menjemput Yang Berhormat yang ada soalan atau Menteri-Menteri yang akan menjawab, bolehlah membawa orang-orang kawasan, pelajar-pelajar untuk mendengar, apakah yang diutarakan atau dijawab oleh Menteri-Menteri. Sekali gus, memberikan mereka pendedahan bahawa inilah rumah demokrasi yang sebenarnya. Kita mulakan di sana. Kita ada 300 kerusi.

draft • 11:34 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

[Bangun]

draft • 11:34 AM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, untuk semua mendengar. Maka, mereka yang datang tidaklah terkejar-kejar kerana masa di sini agak pendek. Di sana lebih panjang ya. Baik, untuk itu...

draft • 11:34 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Speaker. Speaker.

draft • 11:34 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya?

draft • 11:34 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Saya sangat teruja dengan perkembangan untuk Kamar Khas ini, tapi kalau boleh nya, tambahkan sesi lagi boleh tak?

draft • 11:34 AM

Tuan Yang di-Pertua

Insya-Allah.

draft • 11:34 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Supaya lebih ramai boleh...

draft • 11:34 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kita akan pertimbangkan.

draft • 11:34 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Speaker.

draft • 11:34 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Menteri, silakan.

Menteri ada 40 minit.

draft • 11:34 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Tan Sri Yang di-Pertua, saya ucapkan salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI kepada semua.

Terlebih dahulu izinkan saya merafak sembah Menjunjung Kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar di atas Titah Diraja yang telah disampaikan dalam Istiadat Pembukaan Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas Tahun 2026.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada 39 Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Titah Diraja 2026 yang menyentuh isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab ke isu yang dibangkit oleh Yang Berhormat, izinkan saya mengambil sedikit masa untuk memaklumkan inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Kerja Raya. Kementerian Kerja Raya hari ini meneruskan agenda pemerkasaan kontraktor kecil tempatan melalui Majlis Tawaran Cabutan Kerja Undi bagi program penyenggaraan Jalan Persekutuan di seluruh Malaysia bagi tahun 2026 ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam bajet yang telah diluluskan untuk tahun 2026 ini, berita sangat baiklah untuk golongan kontraktor bumiputera G1 ke G4 sebab kita diberi peningkatan yang luar biasa untuk kegunaan ini dan di mana-mana sahaja Kawasan Parlimen, daerah-daerah di seluruh negara kita. Di mana ada Jalan

draft • 11:35 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Persekutuan, tentunya ada bahagianlah untuk semua daerah ataupun kawasan Parlimen.

Sehubungan itu, KKR telah memperuntukkan RM200 juta di bawah program memperkasakan kontraktor bumiputera G1, G4 melalui kerja-kerja penyenggaraan Jalan Persekutuan negeri Sarawak. Melibatkan 141 kerja iaitu 95 kerja berkala pavement dan 46 kerja berkala bukan pavement.

Jadi, peruntukan ini meningkat 300 peratus berbanding hanya RM50 juta di tahun 2024 dan juga 2025 melalui— dalam 2025, melalui kerja berbanding hanya 46 kerja di tahun 2025 ya. Jadi, ia sekali gus memperluaskan peluang penyertaan kontraktor kecil khususnya kelas G1 ke G2 dalam kerja-kerja pembangunan infrastruktur negara.

Manakala di negeri Sabah, KKR telah memperuntukkan RM200 juta juga di bawah program yang sama di Jalan Persekutuan negeri Sabah. Ini dengan melibatkan 178 kerja iaitu 74 kerja berkala pavement dan 104 kerja berkala bukan payment. Meningkat sebanyak 128 kerja berbanding tahun 2025, hanya 50 kerja dengan peruntukan yang diluluskan sebanyak RM50 juta ya, tahun 2025. Jadi, ini bermakna peruntukan untuk Sabah juga meningkat 300 peratus untuk tahun 2026 ini.

Jadi, bagi pelaksanaan program ini ya, di Jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia pula, Kementerian Kerja Raya memperuntukkan sebanyak RM300 juta ya.

Kelulusan kerja ini telah dikeluarkan pada 21 Januari 2026 yang melibatkan 758 kerja iaitu sebanyak 81 kerja berkala pavement dan 677 kerja berkala bukan pavement.

Terdapat peningkatan bilangan kerja dari tahun 2025 ke tahun 2026 iaitu kenaikan sebanyak 112 kerja.

draft • 11:35 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan peluang penglibatan kerja kepada kontraktor terutamanya kelas G1, G2. Mungkin Yang Berhormat bertanya di Semenanjung RM300 juta, sebab tahun-tahun sebelum ini lebih banyak kita agihkan kepada di Semenanjung, bukan kerana kita memihak sewenang-wenangnya, tetapi keperluannya ya, ada lebih mendesak pada ketika itu. Jadi, selepas kerja-kerja dah dibuat, jadi banyaklah kerja dah— kerosakan dah kita baiki. Jadi, tahun ini kita tumpu kepada mana keperluan yang lebih mendesak iaitu di Sarawak dan di Sabah ya.

Jadi, itulah penjelasan.

Jadi, ini berita baik sebab kami di KKR ini memang memperjuangkan kontraktor kelas G1, G4 bukan hanya kerana mereka ini golongan bumiputera dan

draft • 11:40 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

sebagainya, tetapi juga kami melihat apabila mereka ini buat kerja dengan terbaik dengan kos yang berpatutan, maka selesailah masalah jalan-jalan yang rosak yang kita baiki. Dan ini juga sedikit sebanyak memberi kesan sebagai merancakkan ekonomi setempat di mana-mana kawasan di mana ada projek ini kita laksanakan.

Jadi banyaklah manfaat yang kita dapat daripada program ini.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, di sini saya akan cuba menjawab semua persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang tempoh perbahasan yang lalu di mana saya kategorikan antara isu utama dan isu spesifik, sebab tadi saya difahamkan hanya 40 minit. Bila saya semak, memang kami memerlukan jauh lebih dari 40 minit.

Jadi, saya mohon kerjasama dari semua pihaklah, biarkan saya jawab dahulu. Jadi kalau ada pencelahan, saya cuba jelaskan di kemudiannya. Sebab kalau tidak, mungkin saya tidak akan adil kepada— saya cuba nak adil kepada semua 39 orang ini, tapi saya tak melaranglah kalau nak mencelah, biarlah sebut, tapi saya akan menjelas di belakang nanti.

Jadi, isu utama adalah Lebuhraya Pan Borneo, Lebuhraya Pantai Timur 3

(LPT3), Lingkaran Tengah Utama (LTU) dan Lebuhraya Pantai Barat (WCE).

Manakala isu spesifik berkisar kepada permohonan jalan baharu, isu penyelenggaraan dan lain-lain isu setempat yang telah Yang Berhormat sekalian bangkitkan.

Saya bermula dengan Yang Berhormat Sipitang, Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Beaufort dan Yang Berhormat Saratok. Jadi, yang telah menyentuh mengenai projek Lebuhraya Pan Borneo.

Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan Pan Borneo, Lebuhraya Pan Borneo Sabah dengan anggaran jarak keseluruhan 706 km dibahagikan kepada 35 pakej kerja, berbanding dengan projek LPB Sarawak sejauh 786 km yang melibatkan hanya 11 pakej kerja.

Jumlah pakej kerja yang lebih banyak bagi projek LPB Sabah ini menyebabkan proses pengurusan, perolehan tender dan penyelarasan antara kontraktor, agensi kerajaan dan perunding menjadi lebih panjang dan rumit ya. Jadi perkara ini secara tidak langsung menjadi salah satu punca kelewatan bagi projek LPB Sabah berbanding di Sarawak.

Kesemua pakej kerja ini telah dibuat pelantikan kontraktor bagi tujuan pelaksanaan kerja-kerja pembinaan. Projek LPB Sabah Fasa 1 ini dilaksanakan secara berfasa, iaitu Fasa 1A dan Fasa 1B. Untuk Fasa 1A, ia melibatkan 16 pakej

draft • 11:40 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

kerja secara keseluruhan dan 19 pakej kerja Fasa 1B dan kos bagi 16 pakej kerja LPB Sabah Fasa 1A adalah berjumlah RM10.9 bilion termasuklah pakej kerja WP09 yang bernilai RM569 juta, setengah bilion.

Bagi LPB Sabah Fasa 1B pula, kos bagi 19 pakej kerja melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM13.989 bilion. Dan setakat ini, Fasa 1A telah mencapai kemajuan fizikal sebanyak 86.98 peratus, manakala Fasa 1B berada pada tahap 13.68 peratus kerana 1B baru bermula tahun 2024.

Empat daripada 16 pakej kerja di bawah Fasa 1A telah berjaya disiapkan dan kini memberi manfaat terus kepada pengguna jalan raya. Komitmen kementerian adalah untuk memastikan baki jajaran disiapkan secara berperingkat dengan sasaran penyelesaian menyeluruh bagi kedua-dua fasa ini pada suku keempat tahun 2028.

Berhubung kos terkini projek LPB Sabah Fasa 1A. Oleh kerana kerja-kerja pembinaan masih berjalan, kos keseluruhan masih belum dapat dimuktamadkan kerana mengambil kira keperluan semasa terhadap perubahan kepada variation of work (VO) untuk kerja-kerja di tapak.

Namun, setiap VO yang telah diterima akan melalui penilaian dan pengesahan terlebih dahulu daripada pihak perunding, wakil pegawai penguasa di tapak serta JKR Sabah sebelum sesuatu kelulusan diberikan berdasarkan kepada pertimbangan bahawa terdapat keperluan yang sah dan berasas terhadap permohonan tersebut.

Sehingga kini, sebanyak 78 VO telah diterima bagi Fasa 1A. Kerajaan telah membuat pembayaran berjumlah RM9.2 bilion untuk Fasa 1A termasuk WP09 iaitu Work Package 09. Fasa 1A yang melibatkan 16 pakej kerja dibiayai sepenuhnya melalui peruntukan pembangunan iaitu development expenditure budget kerajaan.

Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sipitang dan Beaufort, jajaran Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang dimaksudkan adalah pembinaan jalan dari Sindumin ke Beaufort yang melibatkan dua pakej kerja, iaitu Pakej Kerja 1 (WP01) dari Sindumin ke Melalia sepanjang 28.5 km dan Pakej Kerja 2 (WP02) dari Melalia ke Beaufort sepanjang 34.7 km.

Sehingga kini, status kemajuan fizikal bagi kedua-dua WP tersebut adalah seperti berikut. WP01 iaitu pencapaian 87.79 peratus berbanding jadual 97.64 peratus, iaitu kelewatan 9.85 peratus. Dan untuk WP02, 62.31 peratus berbanding jadual 77.87 peratus, ada kelewatan 15.56 peratus. Status kemajuan semasa bagi

draft • 11:40 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

kedua-dua pakej ini mengalami kelewatan berbanding jadual asal disebabkan ada beberapa faktor dan kekangan teknikal.

Bagi memastikan projek ini kembali mengikut landasan, Kementerian Kerja Raya dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya Sabah telah mengambil pelbagai tindakan tegas melalui langkah-langkah intervensi. Yang Berhormat, saya ingin menegaskan bahawa saya sendiri selaku Menteri Kerja Raya, saya sentiasa memberikan perhatian yang serius terhadap pelaksanaan projek ini.

Komitmen ini dizahirkan menerusi beberapa siri lawatan turun padang ke tapak projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah sepanjang tahun 2024 dan juga 2025, termasuk yang terakhir terbaharu ini pada 12 Disember 2025 di mana saya mempengerusikan mesyuarat penyelarasan projek ini.

Tujuan utama lagi, lawatan ini adalah untuk meninjau sendiri kemajuan kerja serta mengenal pasti isu-isu teknikal di peringkat tapak. Di sini saya ingin merayulah kepada pihak Kerajaan Negeri Sabah, supaya mengambil langkah untuk meningkatkan kapasiti Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah dan JKR Sabah untuk menjaminkan kelancaran perlaksanaan projek di Sabah ini.

draft • 11:40 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Jadi saya berharap Ahli-ahli Parlimen di Sabah bantulah. Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KSUKKR) telah turun padang juga bagi meninjau kemajuan dua pakej tersebut pada 28 Januari 2026 baru-baru ini. Dan sesi ini turut disertai oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya dan Utiliti Sabah serta Pengurusan Tertinggi Kementerian dan JKRS iaitu JKR Sabah lah.

Dan satu sesi perbincangan bersama pihak kontraktor telah diadakan bagi mengenal pasti isu sebenar yang menyumbang kepada kelewatan pakej kerja tersebut serta mencari solusi bagi memastikan projek infrastruktur ini diselesaikan demi kesejahteraan dan kelestarian mobiliti rakyat di negeri Sabah.

Tuan Yang di-Pertua juga, saya ingin tegaskan Timbalan saya. Ini yang kami panggil “A-B-M” lah, “Ahmad bin Maslan”— Timbalan Menteri Kerja Raya kerap kali turun ke Sabah demi untuk memantau juga dan mempengerusikan beberapa siri mesyuarat penyelarasan projek. Bukan hanya Projek Lebuhraya Pan Borneo, malah projek-projek Persekutuan yang kami laksanakan di Sabah, projek-projek lain seperti bangunan sekolah, bangunan kesihatan dan sebagainya. Jadi, semua kami turun padang untuk di Sabah ini.

Jadi hasil dapatan daripada lawatan tapak tersebut, tindakan segera akan diambil bagi menyelesaikan isu-isu yang menyumbang kepada kelewatan bagi

draft • 11:50 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

kedua-dua WP ini. Jadi pihak-pihak yang terlibat telah memberikan komitmen bagi memastikan permasalahan ini dapat segera menemui titik penyelesaian agar jajaran yang berkaitan dapat kembali mengikut jadual pemulihan ataupun recovery plan yang telah dipersetujui.

Kementerian Kerja Raya kekal komited Tuan Yang di-Pertua, untuk memastikan projek ini siap mengikut jadual melalui pemantauan rapi Jawatankuasa Pemandu bulanan bersama JKR Sabah. Jadi, sebagai projek berimpak tinggi, kejayaannya adalah keutamaan kementerian demi memacu lonjakan sosioekonomi rakyat Sabah selaras aspirasi Kerajaan Malaysia MADANI ini.

Yang Berhormat Saratok, menyentuh mengenai standard keselamatan di Lebuhraya Pan Borneo Sarawak. Pada tahun 2016, kerajaan telah melancarkan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak bagi menaik taraf jajaran jalan sedia ada daripada piawaian substandard kepada jalan berkembar empat lorong mengikut piawaian JKR R5. Selaras dengan keperluan keselamatan dan pembangunan jangka panjang.

Walaupun bagaimanapun, pada peringkat awal pelaksanaan projek, beberapa seksyen jalan dikecualikan daripada skop naik taraf atas faktor tertentu.

Seksyen-seksyen ini kemudiannya dirujuk sebagai jajaran redline dan dikategorikan kepada Redline Long Stretch sepanjang 119.64 kilometer dan Redline Short Stretch sepanjang hanya 17.1 kilometer menjadikan keseluruhannya jajaran redline ini sepanjang 136.74 kilometer.

Maksudnya redline ini Tuan Yang di-Pertua, kalau kita jalan dari Telok Melano pemulanya, kita sampai ke Miri dan Baram inilah jajaran Pan Borneo. Kalau kita warnakan Pan Borneo, sepatutnya warna biru ada beberapa yang telah saya sebut tadi short stretch, long stretch 136.7 kilometer di mana kita warnakan merah sebab itu kita panggil merah. Mengapa? Sebab pada peringkat asalnya memang ini bukan projek Pan Borneo. Itu banyak mengelirukan orang termasuk saya sini pada mulanya ya. Sebab tertentulah dari segi bajet pada asalnya dan sebagainya.

Jadi, maka sekarang, redline ini perlu kita naik taraf ke R5. Ini kita akan buat.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya telah mengenal pasti secara terperinci isu-isu teknikal yang dibangkitkan termasuk keadaan permukaan jalan yang tidak rata, kerosakan struktur, turapan, sistem perparitan yang tidak mencukupi serta ketidakseragaman lapisan jalan— ini redline.

draft • 11:50 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Bagi menangani perkara ini, kementerian telah merancang untuk menaik taraf jajaran redline secara berperingkat. Perancangan ini akan mengambil kira aspek teknikal keperluan trafik semasa, keupayaan pelaksanaan serta kedudukan kewangan kerajaan. Ia nya sedang diperhalusi sebelum sebarang keputusan pelaksanaan dimuktamadkan. Jadi pelaksanaan menaik taraf ini kelak akan merangkumi pembinaan semula, rebuild.

Pembinaan semula struktur turapan, penyeragaman, ketebalan lapisan jalan, penambahbaikan sistem saliran serta peningkatan ciri-ciri keselamatan supaya jajaran redline ini dapat mencapai piawaian dan spesifikasi Lebuhraya Pan Borneo.

Jadi kerja-kerja menaik taraf jajaran redline ini akan bermula pada tahun 2026 ini kita jadualkan.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kerja Raya kini berada di peringkat akhir penyediaan Memorandum Jemaah Menteri lah berkaitan cadangan menaik taraf jajaran redline serta penyelenggaraan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak untuk dikemukakan bagi pertimbangan dan kelulusan selanjutnya oleh Jemaah Menteri.

Dan buat masa ini, kerja-kerja penyelenggaraan asas di jajaran redline dilaksanakan secara berfasa dan berasaskan kepada keperluan yang memastikan tahap keselamatan serta kebolehan laluan jalan sentiasa terpelihara sementara pendekatan penyelenggaraan yang lebih menyeluruh masih dalam proses penelitian dan pemuktamadan oleh pihak berkaitan. Jadi, saya telah menyatakan dalam tahun 2026 ini kerja-kerjanya akan bermula.

Merujuk kepada pusingan P-Turn. P-Turn yang dibina di sepanjang projek LPB Sarawak sepanjang 202 P-Turn— eh, sejumlah minta maaf— sejumlah 202 P- Turn telah siap dibina untuk kemudahan pengguna jalan raya ke laluan kanan dengan selamat. Pembinaan dan penentuan jarak setiap P-Turn telah direka mengikut ataupun direka bentuk mengikut spesifikasi teknikal had laju yang selamat serta mengambil kira kepadatan penduduk setempat.

Jadi, fungsi utama P-Turn ini adalah untuk pengguna jalan raya belok ke laluan kanan, berhenti seketika di lorong yang disediakan dan meneruskan perjalanan sekiranya selamat untuk keluar dari P-Turn tersebut. Oleh itu, pengguna jalan raya sepatutnya tidak berhenti lama lah di P-Turn dan bagi memberi laluan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, selalunya saya sendiri telah melihat juga kemalangan di P-Turn. Yang dikatakan P-Turn ni adalah punca kemalangan itu tak betul. Yang punca kemalangan itu, P-Turn itu disalah gunakan, misuse. Jadi, itulah

draft • 11:50 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

sebabnya. Sebab ada Ahli Parlimen di sini telah menyarankan supaya P-Turn ini tidak perlu diadakan lagi. Ini tak betul. P-Turn ini memudahkan perjalanan di jalan raya.

Jadi fungsi utama P-Turn adalah untuk pengguna raya beloklah. Jadi supaya mereka ini boleh buat arah laluan mereka dari lorong yang sebelah, ya. Jadi, kerajaan sentiasalah menitik berat aspek keselamatan di setiap lokasi P-Turn sepanjang jajaran Lebuhraya Pan Borneo Sarawak.

Sehubungan itu, pelbagai elemen keselamatan telah dipasang dan diperkukuhkan termasuk lampu jalan, perabot jalan, papan tanda amaran serta pandu arah yang jelas, pemantul cahaya ataupun light reflector dan penghadang jalan, guard-rail sebagai langkah mitigasi risiko khususnya pada waktu malam dan dalam keadaan cuaca tidak menentu selaras dengan piawaian Audit Keselamatan Jalan Raya ataupun Road Safety Audit.

Selain itu, kementerian turut memperuntukkan dana khusus bagi melaksanakan rawatan di lokasi yang dikenal pasti sebagai blackspot, kerap berlaku kemalangan iaitu kawasan berisiko tinggi kemalangan berdasarkan kriteria teknikal yang ditetapkan.

draft • 11:50 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Berdasarkan statistik dan pemerhatian, kementerian ini didapati rekod kes kemalangan yang tinggi adalah berpunca daripada salah guna P-Turn sepertimana yang saya telah sebut tadi. Membelok atau berhenti di kawasan yang tidak dibenarkan dan memandu melebihi had laju. Oleh itu, kementerian...

draft • 12:00 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

[Bangun]

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Betong lama menunggu. Nak bagi atau...

draft • 12:00 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Menteri sikit ya.

draft • 12:00 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Okey.

draft • 12:00 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Tajuk yang sama keselamatan di Lebuhraya Pan Borneo Sarawak. Tadi telah disebut guard rail apa ni divider dan penghadang jalan. Apakah tindakan segera daripada kementerian terhadap keadaan guard rail yang telah rosak akibat pelanggaran ataupun kemalangan yang sehingga kini dibiarkan berlarutan dan jelas amat membahayakan keselamatan pengguna di lebuh raya dan ada yang tercabut dan terdedah dan berpotensi untuk menyebabkan secondary accident.

Mohon penjelasan Menteri. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Yang Berhormat. Kami pun dah tau tentang perkara-perkara yang dibangkit oleh Yang Berhormat. Sebab itu kita ada program untuk kita membaiki kerosakan sepertimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Betong.

draft • 12:00 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan. Kementerian melalui JKR Sarawak— sebelum itu, kementerian dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak telah melaksanakan beberapa siri kempen kesedaran di samping meneruskan pemantauan rapi terhadap keberkesanan langkah-langkah keselamatan yang telah diwujudkan termasuk yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Betong tadi.

Jadi pada masa yang sama, kawasan-kawasan baharu telah dikenal pasti berisiko tinggi akan terus diberi perhatian untuk tindakan pembetulan. Jadi, inisiatif ini adalah bukti komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terjamin di samping memperkukuhkan keberkesanan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak sebagai nadi utama pembangunan negeri.

Kementerian Kerja Raya melalui JKR Sarawak telah melaksanakan pendekatan bersepadu meliputi program advokasi keselamatan, pemantauan operasi penyenggaraan serta penguatkuasaan bersama agensi berkaitan bagi menangani isu kebersihan dan keselamatan di kawasan P-Turn Lebuhraya Pan Borneo. Tuan Yang di-Pertua, isu kebersihan ini amat menyedihkan. Saya sendiri dah turun dan bersama pemimpin-pemimpin komuniti setempat. Kita mulakan kempen kebersihan. Sebab itu saya merayu kepada mana- mana Ahli Parlimen di mana dilalui Pan Borneo ini, tolong bantulah ingatkan pada rakyat kita supaya lebih civic-minded la kata orang. Jangan buang sampah merata-rata di sepanjang jalan Pan Borneo ni. Malulah, ini memalukan kita sebab kekotoran di Lebuhraya Pan Borneo.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, pihak kontraktor penyenggaraan bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pembersihan secara berkala selaras dengan keperluan kontrak, manakala aduan awam dipantau melalui aplikasi MyJalan bagi memastikan tindakan susulan dapat diambil secara sistematik dan berfokus. Selain itu, kementerian turut meneliti cadangan pemasangan papan tanda larangan membuang sampah di lokasi-lokasi berisiko sebagai sebahagian daripada penambahbaikan pengurusan aset jalan.

Berhubung had laju di jajaran Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, penetapan had laju maksimum 90 kilometer sejam adalah berdasarkan reka bentuk geometri jalan. Jadi, konfigurasi simpangan bertingkat serta piawaian teknikal yang telah ditetapkan di bawah Arahan Teknik (Jalan) (ATJ) dan standard keselamatan semasa.

Walaupun sebahagian jajaran adalah lurus dan berkembar empat lorong, laluan ini turut melibatkan persimpangan akses setempat laluan masuk dan keluar serta gerakan trafik berat yang memerlukan had laju dikawal bagi mengurangkan risiko kemalangan serius. Di kawasan persimpangan bertingkat dan struktur bertindih, had laju yang lebih rendah termasuklah 60 kilometer sejam telah diwartakan dengan mengambil kira jajaran selekoh.

Jadi, kecerunan, jarak penglihatan serta faktor keselamatan pengguna.

Bagi memastikan peralihan kelajuan yang selamat, zon penampan kira-kira tiga kilometer turut disediakan sebagai fasa peralihan secara berperingkat selaras dengan piawaian teknikal sedia ada. Sehubungan itu, setiap pengurangan kelajuan dilaksanakan

draft • 12:00 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

secara sistematik bagi membolehkan pemandu menyesuaikan pemanduan secara terkawal dan berdisiplin. Seterusnya mengurangkan risiko keletihan, kecuaian dan kemalangan.

Jadi dalam masa yang sama, kementerian sentiasa terbuka untuk menilai semula kesesuaian had laju di jajaran tertentu berdasarkan kajian terlebih dahulu. Kajian dibuat untuk kajian teknikal data kemalangan tahap pematuhan pengguna serta penilaian risiko keselamatan secara menyeluruh selaras dengan amalan antarabangsa.

Kerjaan kekal komited untuk mengimbangi aspek kelancaran trafik dengan keselamatan pengguna jalan raya bagi memastikan Lebuhraya Pan Borneo terus berfungsi sebagai rangkaian pengangkutan yang cekap, selamat dan mampan.

Tuan Yang di-Pertua sekarang saya ke Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT 3).

draft • 12:00 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah sedikit sebelum beralih ke...

draft • 12:00 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Boleh.

draft • 12:00 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Saya patah balik sikit berkenaan kebersihan di Pan Borneo. Saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian melalui kontraktor pembersihan yang telah dilantik oleh pihak kementerian supaya dapat menyediakan di perhentian-perhentian umpamanya di stesen bas yang berada di sepanjang Pan Borneo ini untuk disediakan tong sampah besar bagi memudahkan pengguna-pengguna jalan raya yang berhenti di kawasan-kawasan ini untuk membuang sampah mereka di perhentian-perhentian ini. Terima kasih Menteri.

draft • 12:00 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar atas cadangan. Cadangan itu pun telah kami bincang dan oleh kerana ada bantuan dari— saranan daripada Yang Berhormat Batang Lupar, memang itulah salah satu kaedah kita untuk membantu dalam menjaga kebersihan. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan LPT 3 ini, isu pertama berkaitan status LPT 3, Ahli berhormat Rantau Panjang, Tumpat, Kuala Nerus, Jerantut, Pasir Puteh dan Dungun telah menyentuh berkaitan isu tersebut. Pihak kementerian prihatin berhubung keperluan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 di mana lebuh raya ini akan menjadi pelengkap kepada rangkaian Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 dan Fasa 2 untuk menyediakan laluan yang lebih selesa menghubungkan ketiga-tiga negeri di Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Kementerian Kerja Raya telah melaksanakan kajian awal dan skop kajian termasuk aspek trafik, sosial, ekonomi, alam sekitar dan kejuruteraan bagi mendapatkan jajaran yang terbaik. Berdasarkan kajian awal tersebut, jajaran LPT 3 yang dipilih adalah bermula dari kampung Gemuruh Terengganu dan berakhir di Tunjung Kelantan sepanjang 122 kilometer.

Jajaran LPT 3 ini dijangka akan dapat menambah baik sistem perhubungan dan logistik sekali gus membantu pertubuhan ekonomi yang lebih lancar di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

draft • 12:00 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Kerajaan telah memutuskan bahawa cadangan projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT tiga) ini akan dilaksanakan secara penswastaan dengan kaedah kerjasama awam swasta (PPP) melalui bidaan bersaing ataupun request for proposal (RFP) tanpa melibatkan peruntukan kewangan daripada kerajaan. Pihak Kementerian Kerja Raya telah mengemukakan Pernyataan Keperluan Projek ataupun Statement of Need kepada Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri (UKAS JPM) bagi penyediaan dokumen RFP untuk diangkat kepada pertimbangan Jemaah Menteri.

draft • 12:00 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Dimaklumkan pihak UKAS mensasarkan untuk memuktamadkan dokumen RP bagi cadangan projek LPT 3 pada tahun ini.

Buat masa ini fokus keutamaan kerajaan adalah untuk menyiapkan lebuh raya ataupun projek Lebuhraya Lingkaran Tengah Utara (LTU) dan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK). Jadi KBKK adalah sebahagian pada tujuh projek yang mana dua projek telah siap dan lima projek dalam pembinaan yang dijangka siap pada penghujung tahun 2027.

Ahli Yang Berhormat Jerantut dan Gua Musang telah menyentuh tentang projek Lingkaran Tengah Utara (LTU). Kementerian Kerja Raya mengambil maklum sepenuhnya keprihatinan Yang Berhormat berhubung isu keselamatan pengguna jalan raya yang melibatkan projek Lingkaran Tengah Utara pakej 3B, 3C dan 3D di kawasan Gua Musang, Kelantan.

Kementerian mengakui bahawa keadaan pembukaan jalan yang rosak telah menimbulkan ketidakselesaan serta risiko keselamatan kepada pengguna dan perkara ini dipandang serius oleh kerajaan. Sebenarnya minggu lepas saya telah turun ke sana melalui Jalan Gerik-Jeli sampailah ke Gua Musang dan terus ke Lojing dan bersama pemimpin-pemimpin setempat dan kami melihat akan semua masalah yang berkaitan dengan apa yang dibangkitkan di sini.

Untuk makluman Yang Berhormat kontrak bagi projek LTU pakej 3B dan 3C telah ditamatkan secara rasmi melalui notis penamatan pengambilan kontrak kerja kontraktor (NPPKK) pada 23 Oktober 2025 susulan kegagalan kontraktor melaksanakan tanggungjawab kontrak. Antara kegagalan yang dikenal pasti termasuk kegagalan melaksanakan penyelenggaraan rutin jalan sementara ya, penghentian sepenuhnya kerja di tapak bermula pada Jun 2025 serta kegagalan memastikan laluan projek berada dalam keadaan selamat kepada pengguna jalan raya.

Keadaan ini telah menyebabkan kerosakan pembukaan jalan dan meningkatkan risiko kemalangan. Bagi memastikan baki projek LTU pakej 3B dan

draft • 12:10 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

3C dapat diteruskan projek dijangka ditender semula pada bulan Mei 2026 akan datang.

Pihak Jabatan Kerja Raya telah mengambil tindakan segera dengan pelaksanaan kerja-kerja kecemasan melibatkan Pelan Pengurusan Trafik (Traffic Management Plan), pembaikan dan penurapan permukaan jalan, pemasangan perabot jalan, perkhidmatan kawalan keselamatan jalan serta pemasangan pagar dan perlindungan struktur. Perolehan kerja-kerja tersebut telah diiklankan secara sebut harga pada 1 Februari 2026 baru-baru ini.

Kementerian telah menerima banyak aduan awam melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), surat rasmi serta laporan melalui media sosial dan semua aduan tersebut telah dijadikan asas kepada pelaksanaan kerja penyelenggaraan, kecemasan demi keselamatan pengguna.

Tuan Yang di-Pertua, KKR turut mengambil maklum kebimbangan Yang Berhormat berhubung isu pelantikan kontraktor serta kemungkinan penglibatan individu yang sama melalui syarikat berlainan. Untuk makluman semua proses perolehan kerajaan tertakluk sepenuhnya kepada peraturan dan garis panduan Kementerian Kewangan Malaysia.

Penilaian tender akan mengambil kira rekod prestasi terdahulu, keupayaan teknikal, kedudukan kewangan serta sejarah pelaksanaan projek termasuk projek yang pernah ditamatkan kontraknya. Pihak JKR juga telah melaksanakan sama ada tadbir urus dalaman bagi memperkukuhkan kawalan dan penilaian risiko supaya kontraktor yang dilantik, yang dilantik kelak benar-benar berkeupayaan serta bertanggungjawab.

Berhubung projek LTU pakej 3D pula. Projek ini masih diteruskan dan tidak ditamatkan kontraknya. Kemajuan fizikal semasa adalah mengikut jadual dengan kemajuan sebenar sebanyak 67 peratus ya berbanding jadual 67 peratus ikut— makna dia ikut jadual lah. On time. Jadi kelewatan projek berpunca daripada isu pengambilan tanah melibatkan lot tanah tidak dapat dikesan (TDK) yang kita panggil yang telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Jadi, pihak JKR sedang melaksanakan pemantauan rapi dan secara mingguan bagi memastikan kontraktor mematuhi jadual program kerja yang telah disemak semula.

Kementerian Kerja Raya ingin menegaskan bahawa keselamatan pengguna jalan raya sentiasa menjadi keutamaan kerajaan. KKR tidak akan melindungi mana- mana kontraktor yang gagal melaksanakan obligasi kontrak dan akan terus memastikan setiap projek infrastruktur Persekutuan dilaksanakan secara telus,

draft • 12:10 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

berakauntabiliti serta memberi manfaat maksimum kepada rakyat khususnya pengguna jalan raya yang menggunakan laluan utama keluar masuk ke Negeri Kelantan.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua saya beralih ke— yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Besar. Ahli Yang Berhormat Sungai Besar membangkitkan mengenai isu penyelenggaraan jalan FR5 iaitu sebahagian daripada West Coast Expressway (WCE).

Jadi, Jalan Persekutuan FT5, Jalan Klang–Sabak Bernam di Parlimen Sungai Besar mempunyai panjang keseluruhan 26.6 kilometer dan di selenggara oleh syarikat konsesi penyelenggaraan Jalan Persekutuan yang dilantik oleh kerajaan.

Bagi tahun 2025 kementerian telah memperuntukkan sebanyak 7.3km eh RM7.3 juta di bawah program penyelenggaraan berkala bukan pavement, penyelenggaraan kecil, jambatan dan penyelenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat.

Kerja-kerja ini dilaksanakan oleh syarikat konsesi melalui Arahan Kerja (AK) dan juga melalui kaedah perolehan oleh JKR yang melibatkan enam bilangan kerja berkala pavement, dua bilangan kerja berkala bukan pavement, satu bilangan kerja penyelenggaraan kecil, jambatan dan tiga bilangan kerja penyelenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat. Semua kerja ini telah disiapkan sepenuhnya pada tahun 2000, pada tahun tersebut.

Jadi bagi tahun 2026 ini kementerian ini telah mengenal pasti dan merancang pelaksanaan enam lagi bilangan kerja berkala pavement bernilai RM9.5 juta, tujuh bilangan kerja berkala bukan pavement bernilai RM3.6 juta dan 14 bilangan kerja berkala penyelenggaraan lampu dan lampu isyarat bernilai RM1.4 juta.

Dan sehingga Januari tahun 2026 ini, empat bilangan kerja berkala pavement bernilai RM3.9 juta dan empat bilangan kerja berkala bukan pavement bernilai RM1.5 juta telah diluluskan melalui Arahan Kerja dan akan disiapkan sepenuhnya pada tahun ini. Kesemua baki kerja yang telah dikenal pasti ini akan dilaksanakan melalui Arahan Kerja kepada syarikat konsesi tertakluk kepada kelulusan peruntukan oleh Kementerian Kewangan dan senarai keutamaan kerja yang disediakan oleh JKR berdasarkan penilaian tahap kritikal kerosakan jalan di seluruh jaringan Jalan Persekutuan di bawah seliaan kementerian ini...

draft • 12:10 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Menteri.

draft • 12:10 PM

Dato Seri Alexander Nanta Linggi

Tuan Yang di-Pertua...

draft • 12:10 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Menteri. Temerloh.

Temerloh ada mengemukakan permohonan untuk jalan empat lorong daripada

draft • 12:10 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Jambatan Temerloh. Saya juga telah mengemukakan sebelum ini soalan bertulis, tapi jawapan itu mengatakan bahawa tidak ada permohonan. Saya mendapat maklumat bahawa Pengarah JKR Temerloh mengatakan sebenarnya kita sudah memohon sebelum ini. Jadi harap perkara itu disemak.

draft • 12:10 PM

Dato Seri Alexander Nanta Linggi

Baiklah.

draft • 12:10 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Empat lorong, jalan Jambatan Temerloh hingga ke Kampung Awah ataupun paling tidak sampai ke Hospital Temerloh. Okey terima kasih.

draft • 12:10 PM

Dato Seri Alexander Nanta Linggi

Baiklah. Kita ambil maklum Yang Berhormat tentang perkara itu. Oleh kerana Yang Berhormat telah berdiri biarlah saya jawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat semasa berbahas. Yang Berhormat isu satu lampu jalan di laluan Persekutuan FT002 Jalan Kuala Lumpur- Kuantan di Daerah Temerloh.

Pada tahun 2024, sebanyak 10 unit lampu jalan jenis solar LED telah dipasang di satu lokasi di Jalan Karak ke Temerloh menggunakan peruntukan di bawah program ini dengan kos berjumlah RM100,000. Manakala pada tahun 2025 sebanyak dua lokasi terpilih di laluan tersebut telah siap pemasangan 14 unit lampu jalan dengan kos keseluruhan RM142,000.

Jadi, isu kedua, isu garisan putih pembahagian jalan antara Lanchang dan Temerloh yang telah pudar...

draft • 12:10 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

[Bangun]

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

[Bangun]

draft • 12:20 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Jalan ini, jalan yang dimaksudkan adalah Jalan Persekutuan laluan FT2 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di Parlimen Temerloh mempunyai panjang keseluruhan 54 kilometer dan di selenggara oleh syarikat konsesi penyelenggaraan Jalan Persekutuan yang telah dilantik oleh kerajaan.

Bagi tempoh 2024 Yang Berhormat, hingga 2025, kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM4.99 juta di bawah program penyelenggaraan rutin, penyelenggaraan berkala pavement dan penyelenggaraan berkala bukan pavement.

Jadi, kerja-kerja ini dilaksanakan oleh syarikat konsesi melalui AK yang— dan ada melibatkan satu bilangan kerja berkala pavement dan empat bilangan kerja berkala bukan pavement. Semua kerja berkenaan telah disiapkan sepenuhnya pada tahun tersebut Yang Berhormat.

Bagi tahun 2026 ini, okey Yang Berhormat, kementerian telah mengenal pasti dan merancang pelaksanaan 10 bilangan kerja berkala pavement bernilai RM10.15

draft • 12:20 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

juta ya serta tujuh bilangan kerja berkala bukan pavement bernilai RM2.79 juta di laluan ini. Sehingga Januari 2026 ini, dua bilangan kerja berkala bukan pavement termasuk kerja-kerja mengecat garisan jalan bernilai RM750,000 telah menerima kelulusan. Jadi, kerja-kerja tersebut akan dilaksanakan melalui AK dan dijangka akan siap sepenuhnya pada penghujung bulan Jun 2026 ini.

draft • 12:20 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

[Bangun]

draft • 12:20 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Manakala Jambatan Temerloh di FT002 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan ini telah siap dinaik taraf daripada dua lorong kepada empat lorong pada 21 Mac 2025 dengan kos projek— keseluruhan projek RM146 juta Yang Berhormat. Jadi, projek ini terlibat melibatkan kerja-kerja menaik taraf jambatan dan jalan tuju ke jambatan tersebut dari dua lorong kepada empat lorong.

Jadi, bagi permohonan menaik taraf jajaran FT002 Jalan Kuala Lumpur- Kuantan selebihnya menuju ke Kampung Awah, didapati tiada permohonan projek diterima daripada kerajaan negeri di bawah Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini. Ini penerangan kepada Yang Berhormat Temerloh.

draft • 12:20 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:20 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat-Yang Berhormat, duduk. Duduk. Baik Yang Berhormat Menteri, saya bagi Yang Berhormat Menteri untuk jawab Sri Gading, Bentong dan Jempol selepas itu 5 minit, saya akan tutup mic. Silakan Menteri.

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan daripada Sri Gading berdasarkan kepada...

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sri Gading, Bentong dan Jempol, lima minit untuk menggulung. Yang Berhormat dah makan 20 minit.

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih Dato’ Speaker.

draft • 12:20 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Yang Berhormat Sri Gading, isu jalan dari persimpangan FT13 ke FT24 Jalan Muar-Yong Peng, permohonan tidak tersenarai sebagai keutamaan oleh Agensi Pusat.

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Boleh saya beri sedikit harapan, pandangan daripada rakyat. Pertama sekali...

draft • 12:20 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Saya menjawab soalan tadi.

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Tak, jawapan ada pada saya.

draft • 12:20 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Okey.

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Cuma saya minta sedikit, kerana pertama sekali, kita sedia maklum, bahawa jalan berkenaan itu jalan satu— dua lorong sahajalah, satu arah, di mana kebetulan di kilometer yang— kilometer kalau dikira daripada Batu Pahat ke tempat berkenaan kilometer 7, dipanggil Batu 7 iaitu Bukit Payung. Bukit Payung itu telah dijadikan tempat pembuangan sampah di mana tempat pembuangan sampah ini datangnya daripada sampah-sampah daripada Majlis Daerah Simpang Renggam, Majlis Daerah Yong Peng dan Batu Pahat itu sendiri selain daripada Muar.

Jadi, dia akan menggunakan laluan FT24 itu. Jadi maknanya kesibukan di situ jarak yang paling hampir untuk perjalanan daripada Yong Peng sampai ke tempat pelupusan sampah itu adalah perjalanan yang agak sukar kerana jalannya kecil sedangkan penduduknya ramai.

Jadi, itu sebab Sri Gading mencadangkan supaya walaupun tidak ada dalam rancangan pelan yang mana sepertimana yang dikatakan tadi, ini tidak mendapat kelulusan agensi pusat dan memberikan keutamaan lain, tapi Sri Gading merayulah supaya laluan itu diberikan keutamaan kerana penambahan kenderaan membawa sampah ini. Tentunya dia mengganggu perjalanan orang kampung dan semua sekali pekerja-pekerja yang hendak menuju kepada Bandar Batu Pahat, kerana di situ, di sebelah itu juga ada terdapat banyak kilang-kilang...

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Sri Gading, pendekkan soalan.

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Sekian, terima kasih Dato’ Speaker.

draft • 12:20 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Okey. Tuan Yang di-Pertua, kami telah mendengar dan pegawai-pegawai belakang pun mencatat apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Jadi, kami akan teliti, kami akan tengok dan mungkin rujuk balik kepada Yang Berhormat kalau ada cadangan.

Jadi, kalau boleh teruskan— surat pun boleh untuk membantu kami lebih dapat meneliti dan mendalami apa masalah ataupun cadangan.

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Okey, terima kasih.

draft • 12:20 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih ya.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dipersilakan Yang Berhormat Bentong.

draft • 12:20 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Bentong eh, Bentong ini, nampak di sini hanya masuk dalam pada masa YB Padang Terap berucap. Ada berbahas kah YB Bentong?

draft • 12:20 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Ada. Saya ada bangkitkan Yang Berhormat Menteri mengenai isu Persimpangan Ketari.

draft • 12:20 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Persimpangan— yang saya ada di sini, makluman adalah— okey, sebab dia ada beberapa dengan— okey, mungkin sama dengan Kuantan ini kan, bagi mengatasi masalah di simpang— tak, yang saya ada di sini untuk Bentong hanya ya, bagi cadangan menaik taraf Simpang Ketari...

draft • 12:20 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Ya, betul.

draft • 12:20 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Yang diharapkan dapat mengangkat semula permohonan ke kerajaan negeri. Yang sepatutnya Yang Berhormat, bukan kami mengangkat kepada kerajaan negeri, kerajaan negeri ya, Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) sepatutnya menyenaraikan projek-projek yang diutamakan, hantar kepada KKR dan kami membantu untuk mengangkat kepada Kementerian Ekonomi dan kementerian agensi yang berkenaan yang lain.

draft • 12:20 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Ya, betul Yang Berhormat.

Kerana...

draft • 12:20 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Mantan Menteri Ekonomi pun ada di sini.

Itu cara dia.

draft • 12:20 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Kerana Yang Berhormat Menteri, Persimpangan Ketari ini sekarang kalau dimaklumkan oleh pihak JKR Daerah, dimaklumkan dalam Kategori F, maksudnya sangat teruk dan sesak. Dan apabila siapnya ECRL kelak, ia akan memberikan kesan yang lebih teruklah di persimpangan tersebut...

draft • 12:20 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Baik.

draft • 12:20 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

...Yang merupakan satu- satunya jalan masuk ke Bandar Bentong.

draft • 12:20 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Baik.

draft • 12:20 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Jadi, saya rasa sangat penting untuk pelebaran jalan tersebut.

draft • 12:20 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Ya. Kita ambil maklum. Jadi, nanti kami akan susuli dengan mungkin perbincangan dan bersama kerajaan negerilah, supaya

draft • 12:20 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

kerajaan negeri boleh menyenarai-utamakan projek yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat.

draft • 12:20 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Baik. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 12:20 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Jempol.

draft • 12:20 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Jempol. Okey. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 12:20 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Tak ada Menteri eh?

Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Isu Jempol ini dah empat tahun ini. Ya.

Empat kali saya bangun dan bahaskan ya. Permohonan lebuh raya baru iaitu daripada Seremban-Kuala Pilah-Jempol terus ke Pahang, terus ke Kuantan dan juga Segamat dan juga menghubungkan Temerloh.

Jadi, rasionalnya, biar hari ini penduduk Jempol dan juga Kuala Pilah dengar sendiri ya, apakah kedudukan terkini permohonan Jempol ini. Sebab ia nya merupakan satu akses baru yang menghubungkan Lembah Pantai daripada Seremban-Kuala Lumpur melalui Kuala Pilah-Jempol kemudian terus ke Daerah Pahang ke Temerloh, ke Bentong terus ke Muadzam terus ke Kuantan.

Jadi, sebagaimana akses ini sangat penting. Sebab itu sebab kawasan zon Negeri Sembilan Timur ini pembangunannya terlalu slow, malap. Sebab tak ada akses utama ya daripada Lembah Klang sampai ke Pantai Timur. Jadi, itu sebab perlunya ada satu akses lebuh raya ke kawasan zon tengah ini, ya, laluan jajaran LPT sebelah sana dan sebelah dalam sedikit zon tengah ini antara Seremban ini...

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Jempol, pendekkan pencelahan.

draft • 12:20 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

...Terus ke Kuantan dan juga perkara kedua ialah kesesakan yang paling kritikal antara Seremban, Kuala Pilah dan Jempol yang mana bancian dibuat oleh sebuah syarikat dalam tempoh 12 jam, ya, sebanyak 40,000 kenderaan lalu pada hari biasa, apatah lagi di hujung minggu dan juga di musim-musim perayaan.

draft • 12:20 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Jadi di sinilah harapan besar. Saya yakin pihak kerajaan dapat memikirkan— ada keberanian di pihak kerajaan untuk kita membuat percubaan dengan lebuh raya

draft • 12:30 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

ini setelah kajian-kajian dibuat dan mungkin juga ada permohonan melalui RFP.

Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, jawab 5 minit, gulung, stop.

draft • 12:30 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Okey. Terima kasih Jempol. Memang perkara ini bukan perkara baru dan kerap kali dibangkit oleh Jempol. Tuan Yang di- Pertua, Jempol ini pun kerap datang ke pejabat saya. Cerita pun yang sama. Jadi kami faham sangat apa yang dibangkit oleh Yang Berhormat Jempol. Jadi untuk rekodlah dalam Dewan ini.

Jadi saya merujuk kepada apa yang dibahas oleh Yang Berhormat Jempol dan juga Yang Berhormat Kuala Pilah sekali gus, saya ada jawapan ataupun penjelasan di sini.

draft • 12:30 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih, terima kasih.

draft • 12:30 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Ekonomi telah meluluskan senarai projek dan peruntukan kepada Kementerian Kerja Raya di dalam Rolling Plan 5 Rancangan Malaysia Kedua Belas dan Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Ketiga Belas seperti berikut iaitu pertama, kerja awalan membina Jalan Kuala Pilah Bypass dari Tanjung Ipoh ke Kampung Gentam Tengah, Kuala Pilah, reka bentuk dan pengambilan tanah dengan kos RM187 juta di bawah Rolling Plan 5 dan Rancangan Malaysia Kedua Belas.

Dan kerja awalan projek membina jalan baharu dari Ulu Bendul ke Tanjung Ipoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Reka bentuk dengan kos RM5 juta RP1, RM ataupun Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, bagi projek Jalan Kuala Pilah Bypass, ia nya melibatkan pengambilan tanah terlebih dahulu. Ini bagi memastikan bahawa apabila projek dilaksanakan kelak, tiada isu-isu berbangkit berkaitan pengambilan tanah yang menjadi halangan utama kepada kemajuan projek ini. Jadi, skop kerja awalan tersebut meliputi kajian trafik, Environmental Impact Assessment (EIA), kerja ukur dan pemetaan utiliti, penyiasatan tanah, reka bentuk terperinci dan pengambilan tanah dan sehingga kini skop kerja ukur tanah dan penyiasatan tanah telah selesai dilaksanakan masing-masing pada Disember 2025 baru-baru ini dan September 2025.

Manakala bagi skop reka bentuk terperinci dijangka selesai pada Mac 2027 sebelum proses pengambilan tanah dilaksanakan. Jadi selain itu, kementerian ini

draft • 12:30 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

turut menerima cadangan daripada syarikat berhubung pembinaan lebuh raya bertol baharu dari Seremban ke Serting, Negeri Sembilan yang dianggarkan sepanjang 46 kilometer dengan lebuh raya bertol baharu dari Pedas, Negeri Sembilan ke Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) E8 yang dianggarkan sepanjang 140 kilometer secara Private Funding Initiative.

Jadi, cadangan lebuh raya ini dapat membantu menyuraikan kesesakan trafik di laluan Persekutuan Seremban-Kuala Pilah FT051, menjadikan alternatif kepada laluan sedia ada Lebuhraya KL-Karak bagi menghubungkan negeri di Pantai Timur dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Walau bagaimanapun, cadangan lebuh raya ini memerlukan penelitian yang lebih terperinci dan pelaksanaannya adalah bergantung kepada dasar semasa kerajaan. Sekian, terima kasih.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, boleh gulung dan tutup.

draft • 12:30 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dah ada jawapan soalan, bertulis, jawapan bertulis.

draft • 12:30 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Ya, okey sebagai penutup Tuan Yang di- Pertua, yang lain-lain Yang Berhormat ini memang kita dah ada penjelasan, tapi kami akan seperti biasa hantar sebagai jawapan bertulis.

Sebagai penutup Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baiklah dan meraikan semua pandangan, cadangan, segala teguran daripada Ahli Yang Berhormat. Melangkah ke hadapan adalah menjadi harapan saya agar Kementerian Kerja Raya turut menjadi pelengkap kepada pencapaian kerangka Malaysia MADANI dan mengambil kira segala saranan dan yang diutarakan oleh Yang Berhormat akan terus dikemas kini dan diperhalusi bagi memperkasakan aspek keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan rakyat secara inklusif.

Jadi, langkah-langkah peningkatan, kecekapan dan keberkesanan berhubung aspek integriti, akauntabiliti, sense of urgency dengan izin, serta kualiti rantaian nilai – value chain akan terus dititik beratkan supaya sistem penyampaian kualiti perkhidmatan akan dapat memberikan manfaat dan kesan langsung yang optimum kepada rakyat dalam jangka panjang. Sekian, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Lain-lain itu boleh dijawab secara bertulis.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Selanjutnya, Majlis mempersilakan Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi untuk memberi jawapan.

draft • 12:30 PM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Dato’ Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya merakamkan setinggi- tinggi penghargaan kepada sepuluh Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja dan membangkitkan sembilan perkara utama di bawah portfolio Kementerian Pendidikan Tinggi.

Dalam kesempatan yang ada, saya akan mengulas dan memberikan penjelasan terhadap kesemua perkara yang telah diutarakan dalam perbahasan pada kali ini. Bagi perkara-perkara yang tidak sempat dihuraikan secara lisan, pihak kementerian akan mengemukakan jawapan secara bertulis.

Dato’ Yang di-Pertua, saya menghargai hujah dan pandangan daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat khususnya daripada Yang Berhormat Indera Mahkota yang konsisten memperjuangkan reformasi pendidikan serta penglibatan aktif Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian melalui jawatankuasa pilihan khas khususnya yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota walaupun beliau tidak berada dalam Dewan pada kali ini.

Berhubung persoalan mengenai peri pentingnya, apa yang disebutkan sebagai Wahdatul Fikr ataupun kesatuan fikiran oleh Yang Berhormat Indera Mahkota untuk Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 yang dilancarkan pada 20 Januari 2026 yang lalu, ia merupakan satu pelan pendidikan nasional digubal di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berpaksikan pada satu falsafah, satu hala tuju dan matlamat pembangunan insan.

Kewujudan dua dokumen pelaksanaan ini tidak bermakna bahawa dari segi pemikiran falsafah dan dasarnya akan terpecah atau terbelah. Ia menunjukkan bahawa peri pentingnya kita memberi keutamaan khususnya dalam konteks peringkat pendidikan yang ada dalam negara kita melalui mandat dan instrumen pelaksanaan yang berbeza, tetapi bergerak dalam satu kerangka pemikiran yang sama.

Dalam pendidikan tinggi khususnya, kesatuan fikiran ini dapat diterjemahkan melalui satu pendekatan besar iaitu melalui satu proses yang kita panggil sebagai

draft • 12:35 PM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

proses perungkaian atau dalam bahasa Inggerisnya disebut sebagai unbundling education di peringkat pendidikan tinggi kita. Dan seperti kita sedia maklum, ia bukanlah merupakan dasar yang terasing tetapi ia merupakan sebahagian daripada kesinambungan reformasi pendidikan nasional yang bermula daripada bawah.

Sebelum ini, pendidikan tinggi dibina melalui satu laluan tetap iaitu pelajar masuk universiti mengikut kurikulum standard, tamat dalam tempoh tertentu dan memperoleh ijazah. Izinkan saya juga mengemukakan dalam Dewan yang mulia ini iaitu penekanan dalam Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026–2035 dalam konteks universiti. Kali ini kita akan mempunyai empat kuadran utama iaitu pendekatan tradisional di mana kita sedia maklum melalui universiti-universiti yang ada sekarang iaitu pembelajaran berlaku di kampus, di universiti dan diiktiraf melalui MQA. Ini bagi memastikan kestabilan dan kualiti asas sistem.

Kuadran yang kedua ialah melibatkan perubahan secara marginal yang membolehkan pelajar memilih kursus daripada pelbagai universiti dengan pensijilan bersama dan pengiktirafan rentas institusi dan ini memperluaskan pilihan tanpa menjejaskan piawaian.

Kuadran yang ketiga merupakan perubahan adaptive apabila pembelajaran berlaku di tempat kerja, platform digital atau industri dengan pensijilan dianugerahkan oleh industri yang mempunyai pengiktirafan bersama universiti dan diiktiraf oleh MQA dan AICA. Ini bakal menyelaras pendidikan tinggi dengan keperluan sebenar pasaran kerja.

draft • 12:35 PM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Kuadran keempat pula ialah perubahan radikal yang membolehkan pembelajar mengumpul kemahiran secara kendiri tanpa terikat kepada universiti atau kurikulum tertentu dengan pengiktirafan diberikan oleh badan profesional industri dan komuniti. Ini membuka laluan pembelajaran sepanjang hayat. Kesemua kuadran ini saling melengkapi dalam satu kerangka pemikiran yang sama dan membuktikan bahawa kesatuan fikiran wujud bukan sekadar yang dinyatakan.

Pendekatan ini pula diperkukuhkan melalui mekanisme seperti APEL dan AICA yang membolehkan kemahiran industri, pengalaman kerja dan kursus pendek diiktiraf secara kredit akademik tanpa menjejaskan kualiti dan integriti sistem. Justeru terdapat dua dokumen pelaksanaan Dasar Pendidikan Negara kekal satu iaitu satu fikrah, satu hala tuju dan satu cita-cita nasional selaras dengan prinsip Wahdatul Fikr yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebelum ini.

draft • 12:40 PM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Saya membawa kepada— tak ada ya. Bawa ke isu yang kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Pahat. Ia nya mengenai kebajikan akses pelajar-pelajar OKU, orang kurang upaya ke IPTA. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Tinggi juga sentiasa memberi perhatian serta peka terhadap kesejahteraan para pelajar daripada golongan OKU.

Dalam hubungan ini, bagi menyantuni para pelajar ini agar keperluan mereka tidak dipinggirkan serta kepentingan mereka sentiasa terpelihara, pelbagai langkah dan usaha giat dilaksanakan di peringkat kementerian dan institusi pendidikan tinggi sendiri.

Termasuklah pemberian pengecualian yuran pengajian di IPTA kepada pelajar OKU susulan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika meluncurkan Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 baru-baru ini. Dan ini termasuk juga bagi mereka yang mengikuti kursus politeknik dan kolej komuniti.

Kedua, penyediaan laluan khas bagi permohonan calon OKU ke IPTA.

Ketiga, penubuhan Unit Perkhidmatan dan Sokongan OKU.

Ketiga, perwujudan garis panduan pelaksanaan Dasar Inklusif Orang Kurang Upaya di Institusi Pendidikan Tinggi, penubuhan Task Force OKU dan juga termasuk pembangunan Dasar Inklusif OKU di Peringkat Pendidikan Tinggi dan juga kita menyediakan kemudahan dan infrastruktur mesra OKU, penyediaan bantuan kebajikan dan psikososial untuk pelajar OKU dan lain-lain lagi. Kementerian dalam erti kata yang lain sentiasa komited dalam memastikan keseimbangan pasaran kerja untuk diberikan juga kepada golongan OKU.

Bagi perkara yang ketiga dibangkitkan iaitu mengenai ekosistem penyelidikan dan juga pendidikan oleh Yang Berhormat Libaran. Kementerian memberi perhatian yang serius ke atas keperluan ekosistem penyelidikan yang komprehensif serta berterusan memberi sokongan kepada ekosistem penyelidikan, terutamanya penyelidikan yang dilaksanakan di IPT. Kecemerlangan IPT mestilah memberi impak kepada industri, kerajaan dan masyarakat. IPT mengumpulkan brain of nation dengan izin, yang meletakkan permasalahan negara dan dunia sebagai teras utama dalam menentukan hala tuju penyelidikan.

Kementerian telah menjajarkan ekosistem pendidikan dan penyelidikan berdasarkan Rancangan Malaysia Ketiga Belas untuk melakar semula ekonomi yang menekankan pemantapan ekosistem R&D&C&I. Kementerian juga menekankan kepentingan RDICE ini melalui Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia di bawah Lonjakan 6 iaitu RDICE, bertanggungjawab.

draft • 12:40 PM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Kementerian bertanggungjawab menjenamakan semula skop penyelidikan kepada tiga skop utama, iaitu penyelidikan exploratory dan transformative, penyelidikan kolaboratif dan penyelidikan inovasi. Penjenamaan semula penyelidikan ini di bawah Jabatan Pendidikan Tinggi bertujuan untuk memperkasa kecemerlangan penyelidikan melalui penyelidikan fundamental, gunaan dan pembangunan serta penyelidikan eksperimental yang dapat memberikan manfaat kepada semua pihak berkepentingan melalui RDCIE ini.

Dalam usaha memperkukuhkan ekosistem penyelidikan IPT, KPT mengadakan soft launch bagi University Research and Innovation Investment Summit semasa Festival of Ideas yang diadakan pada tahun 2025 yang lalu dan bagi menganjurkan satu summit yang besar pada tahun 2026 ini. University Research and Innovation Investment Summit ini adalah platform strategik di bawah JPT yang dibangunkan melalui kerjasama universiti awam dan diselaraskan oleh Universiti Putra Malaysia bagi menampilkan kekuatan penyelidikan dan inovasi universiti, memperkukuh kerjasama industri universiti serta menarik pelaburan untuk memacu pengkomersialan hasil penyelidikan.

Bagi menjawab soalan yang dibawa oleh Yang Berhormat, Yang Berhormat termasuk daripada Kampar dan Raub tentang laluan kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam bagi pelajar yang tidak berteraskan kurikulum dan beberapa pandangan dan cadangan. Kerajaan MADANI menerima akan kepelbagaian laluan pendidikan dalam sistem pendidikan negara dan berpandangan bahawa pendidikan formal merupakan hak setiap individu dan keluarga.

Dalam negara ini, ibu bapa dan penjaga menghantar anak-anak ke sekolah yang berteraskan kurikulum kebangsaan. Namun, ada juga yang menghantar ke sekolah yang tidak berteraskan kurikulum kebangsaan, termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama, tahfiz atau sekolah persendirian dengan pembiayaan sumber persendirian.

Sepertimana kita sedia maklum, pihak kerajaan telah memutuskan untuk memastikan kewajipan menduduki mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah bagi kesemua aliran yang tidak berasaskan kurikulum kebangsaan. Ia nya meliputi sekolah antarabangsa, sekolah agama tahfiz, sekolah persendirian Cina dan lain- lain yang tidak berteraskan kurikulum kebangsaan.

Sehubungan dengan itu, beberapa siri perbincangan mulai diadakan iaitu bermula dengan pertemuan Menteri Pendidikan sendiri Yang Berhormat Fadhlina Sidek pada 26 Januari 2026 dengan kumpulan pengurusan sekolah tidak

draft • 12:40 PM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

berteraskan kurikulum kebangsaan iaitu Persekutuan Lembaga Pengurusan Sekolah Cina Malaysia dan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia, Persatuan Sekolah Tahfiz, Sekolah Agama Rakyat dan wakil-wakil sekolah antarabangsa.

Dalam pertemuan tersebut, pihak Kementerian Pendidikan telah membincangkan mengenai ketetapan untuk pelajar di sekolah yang tidak berteraskan kurikulum kebangsaan menduduki Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Oleh yang demikian, pihak KPM akan memaklumkan mengenai keputusan rasmi perkara yang dibangkitkan bersama semua pihak yang terlibat.

Pada 4 Februari yang lalu, Pihak KPT pula telah mengadakan sesi libat urus bersama pihak pengurusan sekolah yang tidak berteraskan kurikulum kebangsaan, iaitu daripada sekolah tahfiz, daripada Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia, Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia.

Dan antaranya termasuk juga daripada sekolah-sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat, sekolah-sekolah antarabangsa yang diwakili oleh Association of International Schools Malaysia, Jawatankuasa Pendidikan dari British Malaysia Chambers of Commerce, House International Schools Group, Sunway International Schools dan juga Taylorʼs Education Group.

Hasil sesi libat urus tersebut menjelaskan bahawa sekolah antarabangsa, sekolah agama tahfiz dan Sekolah Menengah Persendirian Cina telah menyediakan laluan peperiksaan SPM bagi membolehkan pelajar tempatan untuk menyambung pengajian di IPTA. Malah untuk sekolah persendirian Cina, lebih 87 peratus pelajar mereka telah mengambil peperiksaan SPM...

draft • 12:40 PM

Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Menteri? Hulu Terengganu.

draft • 12:40 PM

Datoʼ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Sekejap, sekejap bagi saya habis dulu ya. Duduk, duduk dulu.

Sehubungan itu, pihak KPT dan KPM akan meneliti dengan lebih mendalam kesemua aspek berkaitan perkara teknikal seperti pemetaan kandungan kurikulum, tahap pengajian, penilaian pembelajaran peperiksaan, pemantauan kualiti berterusan melibatkan ketiga-tiga aliran ini.

draft • 12:40 PM

Datoʼ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Malah daripada hasil pertemuan pada 4 Februari 2026 bersama KPT, ketiga- tiga kumpulan pengurusan sekolah yang tidak berteraskan Kurikulum Kebangsaan turut memohon untuk mengadakan perbincangan lanjut secara khusus. Silakan.

draft • 12:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih sahabat saya, Menteri. Terima kasih dan tahniah dengan langkah yang diambil berkaitan dengan sekolah-sekolah bukan aliran kebangsaan. Cuma persoalan saya Yang di-Pertua, sekolah yang tidak mengikut aliran kebangsaan ini dah lama wujud, kenapa baru sekarang diadakan perbincangan? Apa dasar sebelum ini akan bercanggah dengan apa yang akan dilaksanakan? Faham maksud saya? Maknanya benda ini ‘dah lama wujud, sekarang baru dibincangkan. Dasar yang sebelum ini macam mana? Itu persoalan saya. Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Bagi menjawab soalan Yang Berhormat, terima kasih. Saya fikir yang Yang Berhormat bukanlah orang baru dalam dunia politik. Yang Berhormat tentunya sedar bahawa perbincangan mengenai pelbagai aliran pendidikan dalam negara kita bukan perkara baru dibincangkan. Ia telah pun dibincang sekian lama, sehingga kini masih belum ada jalan penyelesaiannya.

Makanya, proses perbincangan berterusan ini perlu dilakukan bagi memastikan supaya apa saja keputusan yang kita buat adalah untuk kepentingan pendidikan negara dan anak-anak kita di peringkat yang ada daripada pelbagai kalangan dan juga pelbagai aliran. Terima kasih.

Berhubung dengan...

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Menteri, saya nak tanya— Kampar, Kampar.

Tentang perbincangan itu, adakah mereka sempat untuk sesi 2026–2027 untuk mereka untuk apply tahun ini ataupun tahun depan? Jadi, apakah perkembangan itu?

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Saya ingat begini Yang Berhormat, kita serahkan kepada mereka kerana mereka kedua-dua belah pihak memerlukan perbincangan khususnya. Jadi, kedua-dua pihak bersetuju untuk meneruskan perbincangan. Jadi, tertakluk kepada apa hasil perbincangan mereka nanti.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Sebab tarikh akhir untuk permohonan bulan depan, Mac. Jadi, kalau keputusan belum ada, bermakna mereka tak boleh apply dulu, kan?

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Ya. Saya tidak boleh memberi jawapan itu, kita tunggu hasil daripada perbincangan mereka.

Berhubung cadangan termasuk dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat juga, iaitu berkaitan dengan— saya faham apa yang cuba dilontarkan oleh

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Yang Berhormat berkaitan dengan tempoh masa untuk pelajar-pelajar mengikuti pengajian mereka di peringkat rendah dan juga di peringkat menengah. Kerana ada dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat berkaitan dengan ada di kalangan kita yang sampai tempoh pengajian mereka sampai ke umur 17 tahun, ada yang 18 tahun, ada yang 19 tahun.

Ini merupakan satu polisi besar yang perlu dilihat semula termasuklah sepertimana yang kita sedia maklum akan perkara tentang langkah untuk memulakan pengajian di peringkat rendah iaitu bermula pada umur 6 tahun.

Demikian juga langkah yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk mengubah pengajian di peringkat tinggi itu diletakkan juga khususnya di peringkat pre-university education itu diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi. Ini juga akan kita lihat secara keseluruhannya.

Cuma apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ialah berkaitan dengan contoh-contoh yang dilakukan oleh negara-negara luar, tapi saya ingin sebutkan di sini bahawa sistem pendidikan di negara luar tidak semestinya sama. Tempoh untuk pelajar-pelajar belajar itu tentunya tidak sama dengan negara kita.

Yang Berhormat ada menyebutkan tentang di Republik Rakyat China dengan sistem Gaokao supaya ada satu sistem yang digunakan. Ini merupakan— Gaokao ini atau disebut sebagai National College Entrance Examination atau NCEE digunakan sebagai mekanisme untuk kemasukan ke universiti, tapi saya nak sebutkan di sini, Gaokao itu adalah merupakan peperiksaan untuk masuk ke universiti. Kerana apa? Kerana sistem pengajian di negara China itu, dia lebih berpusat kepada di bahagian negeri-negerinya ataupun di peringkat provincial-nya ataupun dipanggil mereka belajar sebelum itu atau dipanggil Zhongkao tak silap saya kalau sebutan saya betul.

Jadi, selepas itu saja, untuk memastikan setiap mereka itu untuk nak masuk ke universiti, makanya mereka perlu menduduki satu sistem yang selaras melibatkan semua province, province yang ada di sana. Dan lantaran itulah dia ada, tapi dalam konteks kita, di Malaysia adalah berbeza sama sekali kerana kita dah ada sistem di peringkat kebangsaan termasuk SPM-nya, STP-nya.

Jadi saya harap dengan penjelasan— walau bagaimanapun, pandangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian berkaitan dengan tempoh masa pembelajaran mereka di peringkat menengah dan juga di peringkat tinggi itu mungkin akan kita lihat bagi membolehkan supaya ada pelarasan itu dibuat untuk satu jangka. Termasuk juga dalam rancangan yang kita lakukan ini, dalam

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Rancangan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026–2035 itu, perkara- perkara itu juga akan ditinjau semula. Kerana dokumen kita itu adalah merupakan apa yang disebut sebagai satu living document untuk kita pantau dari masa ke semasa akan kesesuaiannya.

Jadi, sebab itulah dalam soal-soal lain termasuklah saya nak sebutkan di sini sebagai contoh, dari segi peluang untuk masuk ke universiti yang sering kali kita bahaskan juga sama ada mereka yang daripada Matrikulasi atau STPM, mana yang lebih ramai masuk ke universiti, itu pun kita dapat bincangkan dan juga kita pastikan supaya semuanya dapat ruang yang sama.

Sebagai contoh, di peringkat STPM, kalau kita mengatakan seolah-olah mengatakan selama ini tak ramai yang dapat masuk ke universiti melalui UPU online- nya, STPM untuk tahun 2025–2026, seramai 28,684 calon dapat masuk ke universiti dan kolej. Begitu juga matrikulasi, 22,711 orang dan asasi pula 4,384.

draft • 12:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri tadi ada sentuh tentang Rancangan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia dan saya nak mungkin Yang Berhormat mungkin akan sentuh nanti, tapi saya ambil peluang ini untuk bangkitkanlah.

Sebab pagi tadi saja, pagi tadi saja kita ada sekumpulan anak-anak mahasiswa, adik-adik kita yang berkumpul di luar Parlimen untuk menyampaikan satu memorandum dengan tuntutan autonomi universiti, kebebasan akademik, hak mahasiswa, yang saya pasti laungan dan lagu itu memang masih bergaung lagi dalam minda Yang Berhormat Menteri, kekanda-ku. Yang Berhormat Menteri, suara yang mirip suara Yang Berhormat sendiri waktu di UIA dululah.

Akan tetapi pada hari ini, kita masih punya sedikit sebanyak kekhuatiran tentang kekurangan khususnya di kalangan mahasiswa kita dan sudah tentu ia berkaitan dengan pindaan AUKU atau pemansuhan tuntutannya adalah pemansuhan AUKU. Tahun 2024 telah kita saksikan di Dewan ini, seisi Dewan kita, Dewan inilah yang telah membuat pindaan untuk memperluaskan pembabitan mahasiswa di dalam urusan dan urus tadbir universiti. Itu sesuatu yang baik. Akan tetapi masih ada tuntutan, permintaan yang mungkin valid untuk kita lihat balik AUKU yang sedia ada.

Tiga jalan ada di hadapan kita. Pindaan telah kita buat tahun lepas, 2024. Satu adalah kekal dengan apa yang ada dengan pindaan yang telah dibuat, keduanya adalah pinda lagi, tambah baik lagi dan ketiganya adalah untuk mansuh dan ganti.

Dan mungkin Yang Berhormat Menteri boleh ulaskan sedikit sebanyak bidang kuasa

draft • 12:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

atau punca kuasa yang ada dengan AUKU yang sekarang ada atas pentadbiran dan urus tadbir universiti-universiti yang sedia ada dan sama ada adanya niat dan adanya hasrat dalam rancangan pendidikan tinggi secara tersirat atau tersurat untuk ganti dan atau pinda dan apa bentuk dan sifat pindaan tersebut atau pemansuhan dan penggantian sekiranya ada. Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih Yang Berhormat kerana menimbulkan lagi. Kita ambil maklum dan kita tahu himpunan aman mansuh AUKU yang dianjurkan oleh beberapa kumpulan pelajar kita tadi di hadapan Parlimen. Dan saya suka jelaskan, saya juga adalah daripada siswa yang terlibat secara langsung, secara aktif ketika menjadi Setiausaha Agung, Persatuan Pelajar Universiti Islam dan sebagainya.

Jadi, kita memahami hasrat dan juga idealisme perjuangan para pelajar kita dan termasuk juga saya lihat kalau tidak silap saya, yang ada di hadapan kita ini ialah daripada pimpinan-pimpinan pelajar daripada majlis-majlis perwakilan mewakili beberapa buah universiti yang ada di hadapan kita.

[Tepuk]

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih diucapkan. Dan kita sentiasa inginkan satu idealisme perjuangan ini. Sebab itu, saya berpandangan apa yang dilakukan oleh mereka itu kita menghormati mereka kerana mereka ingin memberikan sesuatu cadangan kepada pihak kita untuk kita lihat dengan sebaik-baiknya.

Ini tidak bermakna bahawa kerajaan ini tidak langsung melakukan apa-apa dalam konteks AUKU ini. AUKU ini adalah merupakan satu akta yang penuh dengan perbahasannya, perdebatannya, kontroversinya yang sebahagian besar daripada kita yang ada di sini pun turut terlibat ketika mana kita menjadi pimpinan siswa di kampus-kampus.

Oleh yang demikian, saya nak sebutkan di dalam Dewan ini, kita menghormati pandangan-pandangan mereka melalui pandangan secara itu ataupun secara perbahasan, perdebatan yang sihat yang dibuat melalui kita dan juga dengan Menteri. Saya turun ke kampus-kampus, saya mendengar suara dan pandangan daripada mahasiswa, daripada majlis-majlis perwakilan pelajar akan keperluan- keperluan, perubahan yang perlu kita lakukan bukan hanya dalam konteks AUKU, tetapi juga dalam konteks-konteks yang lain untuk kita memartabatkan pendidikan tinggi negara kita.

Baik, dalam konteks AUKU ini sebenarnya, mungkin waktu zaman saya sebagai pelajar, kita hanya memahami AUKU itu dalam konteks kebebasan pelajar.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Rupa-rupanya, AUKU itu adalah merupakan satu perundangan tunggal yang menjadi punca kuasa utama bagi penubuhan, penyelenggaraan dan juga pentadbiran 18 buah universiti.

Saya ulang ya. Ia berkaitan dengan penubuhan. Kalau sekiranya ada sesebuah universiti yang nak ditubuhkan, punca kuasanya di mana? Aktanya di mana? Dia mesti berdasarkan kepada AUKU ini. Ya itulah, dia sebab ia termasuk di bawah badan berkanun, melainkan UiTM dan juga UIA yang mempunyai akta tersendiri— 18 IPTA yang lain semuanya berada di dalam AUKU ini, Dato’ Yang di- Pertua.

Oleh yang demikian, ia di— waktu digubal pada tahun 1971 itu, dengan melihat secara komprehensif, itulah ketika mana dibentangkan oleh ketika itu Menteri Pendidikan, Menteri Pelajaran waktu itu, Tun Hussein Onn waktu itu, itulah punca kuasa kerana membolehkan untuk membolehkan penubuhan universiti, tetapi di dalamnya ada 44 seksyen semuanya.

Dan 32 seksyen itu berkaitan dengan tadbir urus, ini termasuklah tentang penubuhan, pengoperasian universiti. Manakala tujuh seksyen pula berkaitan dengan pelajar. Satu seksyen berkaitan dengan staf dan empat seksyen juga berkaitan dengan perkara-perkara lain. Ini termasuklah, umpamanya nak penganugerahan gelaran Profesor Diraja kepada seseorang.

Dan kita tahu bahawa ia merupakan satu proses yang panjang, yang sangat dinamik seperti yang saya sebutkan ini dan pindaan demi pindaan telah pun dilakukan. Pindaan tahun 2012 adalah merupakan titik awal pemerkasaan dalam konteks mahasiswa, kerana kita melihat perjuangan mahasiswa itu, kita melihat ada sekatan-sekatan terhadap kebebasan mahasiswa. Dan kemudian kita teruskan proses itu, lakukan perubahan lagi pada tahun 2019.

Dan yang terbaharu untuk memastikan supaya kebebasan itu yang lebih luas diberikan kepada mahasiswa pada tahun lalu, kita berbahas di dalam Dewan ini, kita bentangkan pada 27 Jun 2024 dan ini melibatkan kebenaran memungut wang dan menerima sumbangan dalam seksyen 15A, peralihan Pihak Berkuasa Tatatertib seksyen 16B, seksyen 48, tempoh pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar, seksyen 48(11), pengurusan kumpulan wang dan seksyen 48(12A), peraturan pungutan wang. Ini banyak dan juga seksyen 49(2), pemakaian kepada badan pelajar. Jadi, kita buat perubahan-perubahan ini.

Saya nak sebutkan di dalam Dewan ini bahawa perubahan-perubahan yang kita lakukan adalah berdasarkan kepada sesi libat urus dengan para mahasiswa

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

sendiri, pimpinan-pimpinan mereka yang berada ketika itu. Dan cadangan-cadangan inilah kita bawa, kita kemukakan dalam Parlimen untuk kita membuat perubahan- perubahan yang diperlukan.

Namun, dalam masa yang sama, kita sentiasa terbuka untuk mendengar pandangan-pandangan, termasuklah apa yang disebutkan kali ini. Apa yang disebutkan kali ini ialah berkaitan...

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Yang Berhormat Kuala Krai, saya tidak benar soalan. Masa singkat.

draft • 1:00 PM

Datoʼ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Mungkin dia nak tanya itu saya akan jawab Datoʼ kalau ada kesempatan.

draft • 1:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Penting itu.

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Secara bertulis.

draft • 1:00 PM

Datoʼ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Baik.

draft • 1:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Isu penting— Matrikulasi tadi. Saya bangkitkan, tapi tak sebut. Isu Matrikulasi.

draft • 1:00 PM

Datoʼ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Ya, saya akan sampai situ.

Kalau dibenarkan oleh Datoʼ Yang Di-Pertua. Termasuklah apa yang disebutkan tentang kali ini iaitu tentang kuasa Menteri. Mereka berada di luar tadi minta supaya proses Naib Canselor ini, pelantikan Naib Canselor tidak berada di bawah kuasa Menteri secara mutlak.

Saya nak sebutkan di sini bahawa kalau kita lihat sendiri, sebab saya sebutkan tadi, kembali semula kepada undang-undang tunggal itu tadi. Dan dalam konteks untuk pelantikan Naib Canselor ini, dia tidak tertakluk hanya semata-mata Menteri sahaja yang membuat secara mutlak. Maknanya Menteri secara suka hati dia, dia tengok siapa kawan dia ke siapa? dia akan terus melantik. Tidak boleh.

Kerana Menteri itu, saya sebut di sini, ini berdasarkan kepada Perkara 9(1) dalam akta ini.

Di bawah seksyen 4A akta iaitu dalam 9(1) ini menyebut, “Maka hendaklah ada seorang Naib Canselor yang hendaklah dilantik oleh Menteri atas nasihat atas nasihat Jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 4A Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 selepas berunding dengan lembaga.” Saya nak sebutkan di sini, dalam hubungan ini proses pelantikan sebab ia berkait dengan soal ini iaitu apa yang kita lakukan proses pelantikan Naib Canselor universiti-universiti awam ini adalah berdasarkan dengan prosesnya iaitu—

draft • 1:00 PM

Datoʼ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Yang pertama, terbuka pencarian terbuka diiklankan.

Yang kedua, Jawatankuasa saringan peringkat universiti menilai calon itu, profil akademiknya, kriteria kepimpinannya dan pelan penggantian universiti.

Yang ketiga, Lembaga Pengarah Universiti memberi saranan kepada Menteri setelah berunding dengan pihak berkepentingan. Maksudnya berada mesyuarat di dalam lembaga. Siapa yang mereka rasakan kerana mereka mengendalikan urusan pentadbiran di universiti.

Keempat, Jawatankuasa Tetap Pemilihan Naib Canselor Universiti. Yang ini jawatankuasa mesti ada satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh seorang dan kemudian ada ahli-ahlinya dan di situlah mereka akan menilai turun ke universiti yang berkenaan kerana kalau sekiranya ada kekosongan maka berdasarkan kepada calon-calon yang memohon, maka mereka akan turun termasuk kepada universiti yang berkenaan yang ada kekosongan itu.

Jadi proses ini saya nak sebutkan sini kerana yang melibatkan pemegang taruh, termasuklah perbincangan dengan lembaga pengarah, senatnya, pensyarah mudanya, alumninya, rakan industrinya, persatuan kakitangannya dan juga perwakilan pelajar. Lepas itu dengar-dengar, sebab itu mereka bukanlah buat secara rasmi tapi mereka turun ke bawah mendengar pandangan-pandangan tentang calon- calon yang hendak dikemukakan.

Dan selepas itu, barulah dikemukakan kepada Menteri akan keputusannya ini, ini, ini. Maka, sepanjang pengalaman saya menjadi Menteri untuk dua tahun ini, saya tidak pernah sama sekali menolak cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pemilihan Naib Canselor itu untuk pengetahuan Dewan sekalian.

Ya. Namun, kita, namun begitu, Datoʼ Yang di-Pertua bahawa kementerian sedia melihat, sebab seperti yang kita sebutkan, ia merupakan satu akta yang sangat dinamik dan kita boleh melihat semula proses di atas sekiranya ada kelompongan, ada proses-proses yang boleh kita perbaiki lagi. Apa yang kita lakukan termasuklah dalam Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia kita ini, iaitu untuk melihat semula keseluruhan ekosistem Pendidikan Tinggi kita termasuk proses-proses pelantikan dan sebagainya.

draft • 1:00 PM

Datoʼ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Contohnya, kementerian kita sedang mempertimbangkan untuk kita membangunkan balik kerangka baharu perundangan pendidikan tinggi kita.

Termasuklah untuk melihat semula akta-akta yang berkaitan, termasuk juga AUKU

draft • 1:10 PM

Datoʼ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

ini. Kalau ditanya saya, saya mahu tengok AUKU ini dilihat dalam konteks pada hari ini.

Sebagai contoh, kita bercakap tentang soal kebebasan pelajar. Dalam konteks yang ada pada hari ini, definisinya tidak boleh lagi seperti dulu kerana sekarang ini kita bercakap tentang apa yang diistilahkan dalam dunia akademik sekarang, student self-formation. Bagaimana mereka dapat menggunakan kepintaran mereka, kebebasan mereka?

Bukan hanya sekadar dalam konteks berpersatuan tapi sama-sama dapat memberi sumbangan dalam membangunkan usaha-usaha kita seperti contoh, bagaimana kita nak membangun kurikulum yang baik di universiti yang berkenaan dan lain-lain lagilah. Ini termasuk jugalah dari segi kat kampus speech dan juga expression mereka di kampus-kampus sebab pengembangan yang ada di hadapan kita ini amat berbeza sama sekali.

Oleh yang demikian, kita sentiasa terbuka untuk melihat perubahan- perubahan yang ini yang ada di hadapan kita bagi memastikan supaya tadbir urus yang tangkas dan berdaya tahan termasuk juga dari soal-soal kebebasan di universiti itu dapat kita kembangkan dan dapat kita angkat lagi kualitinya.

Baik, yang saya— kalau dengan izin Yang Berhormat Datoʼ Yang di-Pertua untuk saya bangkitkan juga perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Pahat, Rasah dan Kuala Krai. Saya ingat saya menjawab Yang Berhormat sahaja ya yang berkaitan dengan itu iaitu kita cakna, kita tahu, kita sedia maklum tentang ini berkaitan dengan pengumuman yang telah pun dibuat oleh pihak kerajaan untuk memindahkan Program Matrikulasi dan Tingkatan 6 dan kita faham tentang perubahan struktur yang akan berlaku ini nanti.

Ini termasuklah berkaitan dengan kebajikan guru-guru tingkatan enam yang terlibat dalam pemindahan tadbir urus Program Tingkatan 6 dari KPM dan KPT sepertimana yang dihasratkan di bawah reformasi pendidikan kita. Buat masa ini, Jawatankuasa Pemandu bersama Tingkatan 6 dan Matrikulasi antara KPT dan KPM— untuk pengetahuan Yang Berhormat, telah pun ditubuhkan pada 19 Disember tahun lalu.

Jawatankuasa ini berfungsi untuk meneliti proses kesinambungan pendidikan kita dan menilai semua aspek yang berkaitan ke arah untuk mengoptimumkan sumber sedia ada. Dan sehubungan itu langkah yang sewajarnya sedang dirangka bagi tujuan pemindahan ini termasuk urusan pemindahan berkaitan perundangan, kebajikan, kewangan, perjawatan, sistem dan aset.

draft • 1:10 PM

Datoʼ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Jadi, dalam konteks kebajikan ini, kementerian akan memastikan prinsip no less favorable dengan izin, akan dirujuklah. Maknanya kita tidak akan mengesampingkan mereka disebabkan oleh perubahan yang berlaku ini. Semua aspek akan kita ambil kira termasuklah proses pemindahan tadbir urus.

Termasuk dari aspek perjawatan dan perkhidmatan guru-guru tingkatan enam akan diperhalusi dengan teliti oleh Jawatankuasa Pemandu bersama KPM dan KPT setelah dibantu oleh agensi-agensi pusat seperti Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan bagi memastikan pemindahan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan tidak menjejaskan peluang peningkatan kejayaan dan kebajikan guru-guru.

KPM dan KPT juga...

draft • 1:10 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Termasuk isu kuota Yang Berhormat, isu kuota. Kuota pengambilan matrikulasi kepada bumiputera itu. Adakah akan terjejas?

draft • 1:10 PM

Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Ya, saya sebutkan kepada Yang Berhormat, Dasar Matrikulasi itu dikekalkan.

KPM dan KPT juga akan mengadakan sesi libat urus dengan semua pemegang taruh dan pihak yang berkepentingan termasuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang mewakili guru-guru Tingkatan 6 bagi mendapatkan input dan maklum balas yang sewajarnya dan usaha untuk memastikan pemindahan Program Tingkatan 6 ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan memberi manfaat yang baik kepada semua pihak khususnya para guru yang terlibat.

Saya turut mengambil maklum cadangan Yang Berhormat Kuala Krai mengenai hala tuju program matrikulasi sepertimana yang telah pun ditanya tadi.

Yang Berhormat, Datoʼ Yang di-Pertua, isu yang turut dibangkitkan ialah berkaitan dengan kebolehpasaran graduan, ketidakpadanan pekerjaan dan kurikulum. Itu saya fikir Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi telah pun menjawab pagi tadi. Jadi saya tak perlu ulas lebih panjang sebab lebih kurang sama sepertimana yang telah pun beliau sebutkan.

Dan yang ketujuhnya berkaitan dengan bayaran balik Tabung Pendidikan Tinggi Nasional juga telah pun dibangkitkan dalam Dewan ini dan telah pun dijawab dan saya fikir apa yang dikemukakan oleh Yang Berhormat-yang Berhormat sekalian berkaitan dengan masalah B40 telah pun juga dijelaskan dalam Dewan ini.

draft • 1:10 PM

Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Jadi, saya kira itu sahaja perkara-perkara yang penting yang perlu saya jelaskan bagi menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat-yang Berhormat sekalian. Ini termasuk juga ada isu-isu lain yang kita akan maklumkan kepada pihak universiti-universiti yang berkenaan berkaitan dengan keputusan-keputusan termasuklah tentang pembinaan Hospital Pengajar USIM dan juga lapangan terbang UTHM. Dan pada dasarnya kedua-dua perkara ini kerajaan telah pun bersetuju. Cuma mungkin perincian yang perlu kita lakukan lagi.

Jadi Yang Berhormat Datoʼ Yang di-Pertua, itu saja penggulungan saya pada hari ini. Saya mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat-yang Berhormat sekalian yang membangkitkan perkara-perkara yang berkaitan dengan Kementerian Pendidikan Tinggi ini bagi kita mengumpulkan seluruh tenaga dan usaha kudrat kita bagi memastikan supaya pendidikan tinggi kita tetap terus cemerlang dalam negara yang tercinta ini. Terima kasih atas kesabaran Yang Berhormat Datoʼ Yang di-Pertua.

draft • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Isunya kekangan masa itu saja. Baik, mesyuarat akan ditangguh sehingga jam 2.30 untuk solat zohor dan juga rehat.

[Mengetuk tukul]

draft • 1:10 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada jam 1.17 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya minta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk menjawab.

draft • 2:30 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. *Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera.

Puan Yang di-Pertua, terlebih dahulu merafak sembah menjunjung kasih atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen ini.

Terima kasih saya ucapkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja yang terkait

draft • 2:32 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

dengan fungsi serta peranan KPDN, sama ada yang telah menyentuh isu-isu secara spesifik mahupun secara umum.

Puan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan isu yang dibangkitkan oleh YB Gopeng yang menyebut kesan perang perdagangan global menyebabkan lambakan barangan asing dan kesan terhadap perusahaan mikro, kecil dan sederhana

(PMKS).

Berhubung perkara ini, kerajaan sentiasa meletakkan komitmen tinggi kepada dasar penggalakan pasaran terbuka dan pelaburan asing. Pada masa sama, kerajaan juga tegas untuk tidak berkompromi terhadap keperluan dan keutamaan untuk mewujudkan ekosistem pasaran yang adil dan mampan serta perlindungan terhadap PMKS tempatan.

Berikut adalah antara usaha dan tindakan yang diambil oleh kerajaan menyentuh empat perkara utama yang telah dibangkitkan oleh YB Gopeng. Pertama, berhubung dengan cadangan untuk menilai semula dan mempercepat pindaan undang-undang e-dagang.

Akta Perdagangan Elektronik 2006 [Akta 658] yang diguna pakai pada masa ini telah menyediakan asas penting kepada pembangunan ekosistem e-dagang dengan mengadakan peruntukan pengiktirafan undang-undang mesej elektronik dalam urus niaga perdagangan. Ia hanya bertujuan untuk membolehkan dan memudahkan urus niaga perdagangan melalui penggunaan cara elektronik.

Walau bagaimanapun, sejajar dengan perkembangan pesat teknologi digital dan kemunculan pelbagai model perniagaan baru, reformasi kerangka perundangan sedia ada perlu dilaksanakan sejajar dengan keperluan dan tuntutan semasa. Kajian rasmi penambahbaikan kepada kerangka perundangan sedia ada telah dimulakan sejak bulan April 2024.

KPDN kini di peringkat akhir memuktamadkan penetapan dasar bagi penggubalan perundangan e-dagang yang baharu sebelum dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan. Kerangka perundangan ini disasarkan untuk dibentangkan di Parlimen pada mesyuarat yang akan datang.

Kedua, berhubung dengan tindakan untuk memperketatkan penguatkuasaan terhadap lambakan produk dan perkhidmatan asing. Pada masa ini, di peringkat KPDN, kawal selia dan penguatkuasaan dilaksanakan melalui instrumen perundangan sedia ada meliputi Akta Pelindungan Pengguna 1999 bagi mencegah amalan perdagangan tidak adil dan mengelirukan.

draft • 2:32 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Kedua, Akta Persaingan 2010 melalui Suruhanjaya Persaingan Malaysia bagi memantau elemen dominasi pasaran dan penetapan harga tidak adil dan ketiga, Garis Panduan Penyertaan Asing dalam Sektor Perdagangan Pengedaran 2022 bagi memastikan kemasukan pemain asing mematuhi syarat dan tidak bersifat eksploitatif. KPDN sentiasa komited untuk meningkatkan ketangkasan pemantauan dan penguatkuasaan.

Ketiga, penetapan garis panduan dan pemantauan jelas bagi promosi perniagaan di platform digital milikan luar negara. Sungguhpun kawal selia utama e- dagang terletak di bawah bidang kuasa KPDN, namun ia tertakluk kepada sifat ekosistem digital yang kompleks merentasi pelbagai kementerian dan agensi.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengawal selia infrastruktur rangkaian dan kandungan jelik di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, manakala urusan transaksi perdagangan dan kelakuan perniagaan, termasuk promosi mengelirukan adalah di bawah bidang kuasa KPDN.

Ini di laksana melalui Akta Perdagangan 2011 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Sepanjang tahun 2025, hasil kerjasama KPDN, SKMM dan Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) dalam memantau promosi dan pengiklanan perniagaan yang melibatkan transaksi secara dalam talian, tindakan halangan akses: site blocking telah dilakukan ke atas 1,006 laman web atas pelbagai kesalahan. Dalam tempoh yang sama juga, sebanyak 695 iklan telah diturunkan, content removal hasil kerjasama dengan penyedia platform e-dagang.

Seiring dengan reformasi undang-undang yang dicadangkan, kerajaan mengambil pendekatan lebih bersepadu melalui kerjasama antara agensi serta pengukuhan peranan platform digital.

Keempat, peningkatan kapasiti industri dan dasar pelindungan. KPDN komited memperkasa daya saing industri tempatan melalui Kempen Beli Barangan Malaysia, Padanan Perniagaan dan Program Local to Global Retails. KPDN bekerjasama dengan platform e-dagang tempatan dan asing untuk meningkatkan akses dan penembusan produk tempatan di pasaran.

Di samping itu, MyCC dibawa Akta Persaingan mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pemain utama, termasuk syarikat asing yang menyalahgunakan kedudukan dominan mereka atau terlibat dalam amalan harga pemangsa yang mendatangkan risiko persaingan tidak sihat kepada PMKS tempatan.

draft • 2:32 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Kerajaan berpegang teguh bahawa kedaulatan negara merangkumi keupayaan kita mengawal pintu masuk ekonomi digital. Melalui Garis Panduan Penyertaan Asing 2022 yang akan ditambah baik dan reformasi perundangan e- dagang yang bakal dibentangkan, KPDN akan memastikan pasaran domestik tidak dikuasai pihak asing, di samping memperkasa PMKS kita melalui, dengan izin, level playing field.

Selain itu, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 Januari baru-baru ini juga telah bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Kementerian Kewangan.

Selain isu berkaitan kawalan terhadap penyalahgunaan pas lawatan sosial, antara fungsi jawatankuasa berkenaan adalah untuk mengenal pasti penambahbaikan dasar, kerangka perundangan, pemantauan dan penguatkuasaan dalam menangani kebimbangan risiko lambakan barangan asing dalam pasaran tempatan, sekali gus melindungi PMKS dan produk tempatan. Jawatankuasa ini dianggotai oleh KPDN, MITI, KDN, KUSKOP serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Datuk Yang di— Puan Yang di-Pertua, seterusnya YB Kangar dan YB Kuala Pilah telah menyentuh mengenai pelaksanaan Program Jualan RAHMAH MADANI

(PJRM). YB Kangar bertanyakan usaha kementerian untuk membantu peniaga- peniaga kecil yang dinyatakan terkesan berikutan pelaksanaan PJRM.

draft • 2:32 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Antara langkah yang dilaksanakan adalah membuka ruang kepada pelbagai pihak untuk menjadi rakan strategik dalam pelaksanaan PJRM tertakluk kepada jumlah peruntukan PJRM.

Pemilihan rakan strategik PJRM dibuat berdasarkan beberapa pertimbangan utama, antaranya faktor lokasi yang bersesuaian dan mempunyai akses kepada rakyat dalam jumlah golongan sasar yang lebih luas. Ini bagi PJRM dalam premis dan luar premis.

Dan yang kedua, keupayaan rakan strategik menawarkan SKU yang pelbagai kerana kita mahu apabila pengguna datang ke setiap PJRM, rakan strategik itu, mereka boleh mempunyai pilihan untuk SKU yang pelbagai.

Sehubungan itu, KPDN sentiasa menggalakkan penyertaan peruncit kecil dan sederhana termasuk kedai runcit tempatan, koperasi dan jualan komuniti agar manfaat program dapat diagihkan secara lebih meluas dan inklusif. Sebagai contoh― mengambil kira YB Kangar membangkitkan― di negeri Perlis pada tahun

draft • 2:40 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

2025, terdapat 42 operator rakan strategik PJRM yang terdiri daripada pasar raya besar, pasar raya kecil, peruncit dan pasar awam. Di peringkat nasional pula, PJRM melibatkan lebih 2,100 operator dengan majoritinya terdiri daripada pasar raya kecil dan peruncit sekali gus membuktikan penyertaan perniagaan tempatan yang signifikan.

KPDN mengambil perhatian terhadap kebimbangan kesan pelaksanaan PJRM terhadap kedai-kedai runcit dengan kesediaan untuk sentiasa menambah baik pelaksanaan. Namun, perkara ini akan diseimbangkan dengan objektif utama PJRM iaitu menyediakan platform untuk penawaran barang-barang dengan harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran kepada rakyat yang memerlukan sebagai salah satu program intervensi menangani isu kos sara hidup.

YB Kuala Pilah membangkitkan tentang bantuan SARA – Sumbangan Asas RAHMAH― yang tidak dapat digunakan di kebanyakan lokasi PJRM. Sebagaimana yang kita maklum bahawa SARA ini dilaksanakan di bawah kawal selia MOF. Namun, kita bekerjasama. Dan setakat Januari 2026, 30 peratus daripada lebih 2,100 operator PJRM kini telah mendapat bekalan terminal SARA dan sekali gus membolehkan rakyat membuat pembelian barangan dengan bantuan tunai SARA tersebut. Dan KPDN akan terus bekerjasama dengan MOF untuk membolehkan kesemua operator PJRM terlibat dalam pelaksanaan bantuan tunai SARA.

Puan Yang di-Pertua, seterusnya, YB Ipoh Timor ada membangkitkan tentang punca kuasa perundangan untuk melindungi para pengusaha stesen minyak daripada liabiliti terhadap – pertama, tindakan pembeli-pembeli yang menggunakan plat kenderaan palsu tempatan; kedua tindakan pembelian oleh kenderaan berpendaftaran asing; dan ketiga, tindakan pembelian mengguna pakai kad pengenalan orang lain.

Seperti dimaklumi, MOF berperanan sebagai peneraju dasar dan penetap kerangka pelaksanaan program BUDI MADANI RON 95. Manakala peranan KPDN adalah mengawal selia pelaksanaan sistem kawalan petrol bersubsidi dan penguatkuasaan di peringkat runcit. Melalui SKPS, penyaluran subsidi dikhususkan kepada sektor pengangkutan darat awam dan barangan serta, yang terkini, sektor pengangkutan bot penumpang.

Selaras dengan pelaksanaan penuh BUDI95 pada 30 September 2025, mekanisme penggunaan kad pengenalan telah diperkenalkan bagi membolehkan warganegara yang layak menikmati petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter.

Pendekatan bersasar berasaskan data ini merupakan langkah intervensi kerajaan

draft • 2:40 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

untuk memastikan subsidi hanya dinikmati oleh golongan sasar dan bagi mengekang ketirisan.

Untuk makluman, kawalan penjualan RON95 adalah dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Peraturan dan Arahan Pengawal Bekalan yang berkuat kuasa. Prinsip asasnya ialah RON95 merupakan barang kawalan bersubsidi yang diperuntukkan kepada warganegara Malaysia melalui kenderaan berdaftar Malaysia selaras dengan dasar penyasaran subsidi.

Pada masa ini, liabiliti penguatkuasaan lebih tertumpu kepada pemegang lesen atau pengusaha premis barang kawalan iaitu stesen minyak. Sehubungan itu, KPDN sedang meneliti pindaan perundangan bagi memperluas liabiliti undang- undang kepada individu yang mengisi atau cuba mengisi RON95 secara tidak sah termasuk menggunakan kenderaan berpendaftaran asing, identiti orang lain atau kaedah penipuan; kedua, menutup ruang manipulasi seperti penggunaan nombor pendaftaran palsu atau taktik memperdaya pengusaha stesen; dan yang ketiga, memberikan kejelasan tanggungjawab yang munasabah kepada pengusaha stesen minyak tanpa meletakkan beban tidak praktikal seperti keperluan menyemak butiran teknikal kenderaan di luar kemampuan operasi harian.

Selaras dengan pengumuman saya dalam Dewan yang mulia ini ketika sesi jawab lisan pada 28 Januari yang lalu, KPDN akan mewujudkan peraturan baru yang melarang pembelian RON95 bersubsidi oleh kenderaan berpendaftaran asing.

Melalui peraturan baharu ini kelak, larangan dan tindakan undang-undang boleh diambil ke atas pemilik atau pemandu kenderaan berpendaftaran asing. Peraturan ini disasarkan siap dan berkuat kuasa bermula 1 April 2026.

Selain daripada tindakan penguatkuasaan yang tegas, KPDN turut memperkasakan langkah pencegahan melalui kolaborasi strategik dan libat urus bersama syarikat minyak. Kementerian sedang mengkaji untuk memperluaskan mekanisme bagi menyekat penggunaan kad kredit asing bagi pembelian di pam-pam minyak iaitu pembelian di OPT– outdoor payment terminal. Pada masa yang sama, pemeriksaan di bawah Ops Samar, pemantauan tanpa pakaian seragam akan dipertingkatkan di stesen-stesen minyak yang dikenal pasti sebagai kawasan titik panas: hotspot)bagi membanteras aktiviti penyelewengan.

Kementerian sememangnya memandang serius dakwaan wujud unsur ugutan atau pemerasan ke atas pengusaha stesen minyak menggunakan rakaman video. Tindakan sedemikian adalah kesalahan jenayah di bawah undang-undang dan pihak terlibat boleh membuat laporan kepada PDRM. KPDN akan bekerjasama

draft • 2:40 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

dengan PDRM sekiranya terdapat elemen penyalahgunaan peruntukan penguatkuasaan untuk tujuan ugutan.

Puan Yang di-Pertua, selanjutnya, YB Rasah. YB Rasah berada di Kamar Khas. Saya jawab secara bertulis.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya, boleh.

draft • 2:40 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Puan Yang di-Pertua, YB Gua Musang? Pun tiada. Saya jawab secara bertulis. Puan Yang di-Pertua, YB Saratok?

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak ada.

draft • 2:40 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Tiada. YB Saratok pun tiada. Saya panjangkan jawapan secara bertulis.

Seterusnya, YB Pulai? Okey. YB Pulai ada mencadangkan penghapusan subsidi gula. Pemberian insentif bersifat sementara ini berada di peringkat kajian semula oleh KPDN dan MOF selaras dengan hasrat kerajaan untuk memuktamadkan hala tuju baru struktur harga gula putih bertapis. Proses ini perlu dilaksanakan secara teliti bagi mengelakkan tekanan inflasi yang mendadak kepada pengguna.

Dari segi pelaksanaan, pemberian insentif ini adalah bersasar dan terhad kepada gula putih bertapis pek 1kg dan 2kg sahaja. Insentif ini tidak terpakai bagi gula yang digunakan oleh industri makanan dan minuman berskala besar. Fokus utama kerajaan adalah untuk mengekang kenaikan harga makanan dan kelangsungan perniagaan PMKS dalam perniagaan makanan dan minuman.

Justeru, dalam usaha mengoptimumkan perbelanjaan fiskal, kadar insentif ini akan disemak secara berkala bagi memastikan kecekapan penggunaan peruntukan kerajaan. Pemberian insentif ini diasaskan bersandarkan kepada faktor ketidaktentuan harga gula mentah global yang dipengaruhi oleh kos logistik perkapalan, turun naik harga minyak dunia serta dasar etanol oleh negara pengeluar utama seperti Brazil dan India.

Sebagai perbandingan, daripada jumlah pengeluaran gula negara sebanyak 1.3 juta metrik tan setahun, kira-kira 700,000 metrik tan yang digunakan oleh industri F&B tidak menerima sebarang insentif. Ini membuktikan bahawa kerajaan tidak menyokong penggunaan gula secara pukal oleh industri, sebaliknya hanya mengimbangi harga bagi kegunaan asas rakyat.

Kerajaan kekal komited untuk mengimbangi keperluan semula pemegang taruh dan sentiasa peka terhadap agenda kesihatan nasional dan, pada masa yang sama, perlu mengambil kira keperluan...

draft • 2:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Menteri...

draft • 2:40 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

...Pemegang taruh bagi memastikan bekalan barang kawalan berjadual ini sentiasa konsisten.

draft • 2:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Pulai.

draft • 2:40 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Sila, Yang Berhormat.

draft • 2:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Menteri, jelaskan sebab― kenapa Pulai mencadangkan penghapusan ini kerana penggunaan gula ini telah menyebabkan penyakit yang banyak seperti NCD dan sebagainya, dan kita terpaksa menanggung kos yang besar kerana kos penyakit ini semakin hari semakin bertambah.

draft • 2:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Jadi, soalan saya. Apakah dari segi— bilakah kajian ini akan dapat diselesaikan? Dan pandangan awal KPDN ini, apakah perlu kita hapuskan dan serahkan bajet itu kepada Kementerian Kesihatan pula eh?

Juga, saya minta izin kepada Speaker, Pulai mengalu-alukan kehadiran 23 guru dan 91 orang pelajar Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru dalam Parlimen Pulai yang dipimpin oleh Pengetua, Cikgu Haji Abdul Razak bin Abdul Samad.

Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 2:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat Pulai, yang juga merupakan mantan setiausaha politik di KPDN. Kalau disebut sekalipun kita menghapuskan subsidi gula dan cadangan untuk diserahkan kepada Kementerian Kesihatan, saya kira KPDN pun kalau hapuskan subsidi itu, bagi pada KPDN untuk program-program lain yang terkait dengan kos sara hidup. Namun Puan Yang di- Pertua, memang pada asasnya kita bersetuju bahawa penggunaan gula ini perlu dikurangkan dan— namun, kita perlu melihat kepada kesannya terhadap para pengguna.

draft • 2:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

[Bangun]

draft • 2:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Kita tahu, kita perlu laksana secara berperingkat. Kita mulakan penyasaran subsidi dengan perkara-perkara yang besar.

Kita tidak mahu sekali gus kita mulakan penyasaran subsidi diesel dan diikuti dengan penyasaran subsidi petrol. Kalau kita laksanakan, kita sasarkan subsidi ini, selaraskan semula sekali gus semua perkara, akhirnya, kesannya adalah kita khuatir kepada harga barang dan makanan yang akhirnya, Menteri KPDN kena jawablah.

Jadi, pada asasnya Yang Berhormat, kita bersetuju dan itu sebab saya sebutkan tadi adalah kita sedang meneliti bersama MOF, hala tuju harga gula putih bertapis ini. Saya maklumkan di sini serta-merta apa yang kita lakukan dulu adalah

draft • 2:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

kadar insentif itu akan kita kurangkan dalam masa terdekat sambil kita menunggu hala tuju muktamad ditetapkan. Kita akan kurangkan insentif dan akan diumumkan dalam masa yang terdekat ini.

draft • 2:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Menteri, berkaitan dengan apa yang disyorkan oleh Pulai tadi. So, daripada subsidi untuk gula, yang kami fahamkan masa select committee wanita mengenai isu kanak-kanak bantut. So, susu ini tidak tersenarai di dalam yang— maksud, dalam program kos sara hidup ini? Susu untuk bayi. Bukan untuk dewasa, untuk bayi. Di antara yang diberikan tumpuan oleh KPDN.

Kalau boleh, itu ialah lebih utama. Terima kasih. Setuju tak?

draft • 2:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat. Berkaitan dengan susu ini, walaupun tidak ada melalui KPDN program khas subsidi susu, namun di peringkat penjualan dalam Program Jualan RAHMAH MADANI, SKU berkaitan dengan susu bayi dan kanak-kanak ini ada dimasukkan dalam SKU yang terlibat dalam Program PJRM. Sebenarnya, saya menantikan cadangan daripada YB Kapar, kalau lebih ramai rakan-rakan di sebelah sana yang bersetuju supaya kita mansuhkan subsidi gula ini. Saya tengah mengira berapa orang.

Jadi, nanti kita mansuhkan, bila ada pergerakan harga itu, bolehlah orang kata, kita buat keputusan bersama secara berjemaah. Tidak ada nanti pihak-pihak yang pertikaikan sekiranya satu hari nanti kerajaan mengambil keputusan untuk menamatkan insentif kepada gula ini, tapi saya bersetuju kepada apa yang disebutkan YB Kapar tadi, sebagaimana saya juga difahamkan dalam select committee membincangkan tentang keperluan.

Di peringkat PJRM— dari peringkat KPDN melalui program sedia ada, kita bersedia untuk kita memperbanyakkan lagi diskaun dan juga SKU berkaitan dengan susu untuk bayi dan kanak-kanak ini yang sekurang-kurangnya, walaupun bukan subsidi secara pukal, tetapi ia dapat membantu untuk meringankan beban keluarga yang mempunyai bayi dan kanak-kanak.

Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Gombak ada menyebut tentang isu miskin bandar yang bertanyakan, adakah kementerian khusus yang sekarang ini melihat kepada isu miskin bandar? Sebagaimana yang kita maklum bahawa sebarang inisiatif yang terkait dengan isu kemiskinan ini melibatkan pendekatan whole of government, merentasi pelbagai kementerian dan juga agensi, sama ada diselaraskan, diurussetiakan oleh NACCOL dan ia terkait dengan bidang kuasa sedia ada kementerian-kementerian.

draft • 2:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Contohnya, KPKT melalui Program Pembasmian Kemiskinan Bandar, Projek Residensi Rakyat, pembangunan komuniti. Dan Kementerian Ekonomi pula melihat kepada dari segi dasar dan perancangan makroekonomi yang turut menyentuh golongan miskin dan berpendapatan rendah secara keseluruhannya.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui JKM menyalurkan bantuan terus kepada individu atau keluarga miskin di bandar yang memenuhi kriteria dengan pelbagai kategori bantuan. Jabatan Wilayah Persekutuan di bawah Jabatan Perdana Menteri melaksanakan Program Usaha Jaya Insan (PUJI) sebagai salah satu strategi kerajaan bagi mengatasi kemiskinan tegar di Wilayah Persekutuan, termasuk strategi dalam penjanaan pendapatan jangka panjang.

Secara ringkasnya, berkaitan perkara yang dibangkitkan oleh YB Gombak, bahawa usaha untuk melihat isu kemiskinan bandar ini dilaksanakan melalui pendekatan di dalam strategi merentasi pelbagai kementerian dan agensi. Kita di peringkat KPDN melihat dan memantau pelaksanaan program tersebut melalui jawatankuasa pelaksanaan yang saya pengerusikan sendiri.

Puan Yang di-Pertua, seterusnya ramai Ahli-ahli, selain daripada isu-isu spesifik yang disebutkan tadi, ramai Ahli-ahli Yang Berhormat kita yang menzahirkan keprihatinan dan kebimbangan. Walaupun menyebut secara umum berkaitan dengan isu kos sara hidup, antaranya isu yang pandangan tentang jurang antara angka ekonomi dan realiti di akar umbi.

Kerajaan mengambil perhatian serius terhadap suara dan kebimbangan yang dizahirkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Atas kesedaran dan komitmen yang sama, usaha kerajaan dalam menangani isu kos sara hidup tidak tertumpu hanya kepada sekadar melihat kepada angka dan petunjuk ekonomi.

Sungguhpun indikator-indikator ini perlu dijadikan rujukan dalam menentukan sebarang strategi dan pendekatan yang dilaksanakan di seluruh peringkat. Ini termasuklah kadar inflasi, household income and expenditure survey, kadar kemiskinan dan pekali gini yang menunjukkan perkembangan yang positif.

Sebagai contoh, sungguhpun secara makronya, kadar inflasi negara sejak tiga tahun kebelakangan ini berada pada kadar yang terkawal, kerajaan tidak pernah terhenti untuk terus merangka program. Termasuk langkah intervensi dan mitigasi dalam membendung berlakunya pergerakan harga barang dan perkhidmatan yang tidak terkawal.

Dalam konteks ini, kestabilan angka inflasi ini adalah hasil daripada strategi menangani isu kos sara hidup secara holistik yang diambil oleh kerajaan.

draft • 2:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Pendekatan yang kita selaraskan melalui NACCOL adalah pendekatan serampang dua mata iaitu bukan hanya melihat kepada kos iaitu harga barang dan perkhidmatan tetapi cukup penting kita melihat kepada aspek pendapatan rakyat dan peningkatan pendapatan, khususnya disposable income rakyat kita. Sila.

draft • 2:50 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

[Bangun]

draft • 2:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Dalam perbahasan, saya membangkitkan berkaitan dasar bagaimana ketidakseimbangan penilaian kos sara hidup mengikut wilayah iaitu di bandar dan di luar bandar. Jadi, sekarang ini dari segi penilaian itu hanya dibuat dalam satu penanda aras seluruh negara. Namun, dilihat di lapangan, kita sudah pun mengakui bahawa pendapatan isi rumah di luar bandar itu sangat jauh jurang dia dengan bandar ini.

Kalau dalam Laporan Household Income Survey 2024, hanya sekitar RM4,500 median untuk luar bandar tapi di bandar lebih kurang RM8,000. Jadi, bagaimana KPDN melihat untuk menjustifikasi bahawa penilaian kos sara hidup ini mesti berdasarkan wilayah untuk pastikan bahawa kita dapat menilai kembali peraturan ataupun kita menetapkan kos harga barangan? Contohlah, kita lihat kos barangan ini untuk pembinaan, contohnya.

draft • 2:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Hardware ini kadang-kadang itu di luar bandar lebih mahal berbanding di bandar dan ketika itulah dilihat kes-kesnya ada petani-petani kita di luar bandar terpaksa bekerja luar pula selepas dia bertani di sawah dan isu besar pemindahan atau penghijrahan belia daripada luar bandar ke bandar itu sekarang sangat ketara kerana kita melihat ketidakseimbangan pendapatan itu sendiri dan juga kos sara hidup itu nampak dia mendasar, sama di antara bandar dan luar bandar. Jadi, mohon lihat pandangan ini. Terima kasih.

draft • 3:00 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ada menyebut juga dalam perbahasan berkenaan dengan Dasar Pendidikan Pengguna dan literasi kewangan kanak-kanak. Saya rasa ini ada kaitan dekat dengan ekonomi dan juga kos sara hidup. Dalam perbahasan kami di peringkat Jawatankuasa Wanita untuk select committee, kita dapati bahawa tidak ada pegawai yang khusus yang menilai tentang kualiti pemakanan yang dijual melainkan yang berada di Kementerian Kesihatan sahaja.

Jadi, ini sebenarnya bagi saya satu kitaran yang perlu dididik dengan sebaik- baiknya kerana kita bukan hanya nak bayar tapi kita nak bayar benda yang berkualiti.

draft • 3:00 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Jadi, adakah kementerian akan memberikan penekanan sama ada semakan kepada Dasar Pengguna Negara supaya kos sara hidup dengan harga yang dibayar, dengan pergerakan ekonomi ini disesuaikan dengan pendidikan hak pengguna dan juga kawalan daripada kerajaan supaya apa saja yang kita bayar ini berbaloi.

Sebab, hari ini kita lihat macam kisah yang terbaru dan sebagainya, ini berlaku. Tentu juga dengan isu-isu kepenggunaan lain kerana hari ini pengguna hanya mara ke depan bila mereka melibatkan kos-kos yang sangat tinggi, tapi sebenarnya kalau yang bermula kecil-kecil, mereka tak hirau. Jadi, ini menyebabkan lagi berlaku masalah kepenggunaan dan yang mungkin juga sekarang ini dah ada digital dan scam akan lebih lagi teruk. Terima kasih.

draft • 3:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih. Yang Berhormat. Pertama soalan daripada YB Sik tadi kita amat bersetuju. Itu sebabnya Yang Berhormat, kalau sebelum ini pendekatan dan strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam menangani isu kos sara hidup ini dilaksanakan secara pukal, tidak bersasar dan itu sebabnya kerajaan dalam tahun lalu kita telah pun memperkenalkan indikator kos sara hidup sebagai permulaan, bukan sekadar mengikut wilayah.

Di dalam indikator kos sara hidup ini kita melihat membuat penilaian bersandarkan kepada daerah. Indikator kos sara hidup mengikut daerah yang boleh diakses juga sebenarnya oleh umum dan kita berharap dengan adanya permulaan indikator kos sara hidup, inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan merentasi pelbagai kementerian dan agensi, termasuk usaha kolaborasi dengan pihak-pihak di luar kerajaan, korporat dan juga membantu melalui program-program tertentu boleh melihat dan mengambil kira kepada perbezaan indikator kos sara hidup mengikut daerah.

Kita amat bersetuju dan kita berharap insya-Allah dengan ruang fiskal kerajaan yang lebih besar, insya-Allah kita dapat mengadakan program-program yang lebih berfokus bersandarkan kepada keperluan dan kos bersandarkan kepada wilayah dan juga daerah yang berbeza kosnya.

Yang kedua yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, kita juga bersetuju Yang Berhormat. Sebenarnya insya-Allah dalam bulan Mac ini kita akan melancarkan Dasar Pengguna Negara 2.0, bagi tahun 2026 hingga 2030 dan salah satu komponennya di situ adalah pendidikan kepenggunaan untuk melahirkan masyarakat yang celik, yang mengetahui apa yang keperluan pembelian mereka dan pada masa yang sama bukan itu saja, pendekatan kita untuk menggalakkan dan meningkatkan aktivisme pengguna.

draft • 3:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Kita mahu pengguna bersama-sama dengan kita untuk dalam isu melindungi kepentingan mereka termasuklah kecelikan mereka dalam pembelian barang-barang mereka sendiri bukan hanya dari segi nilai tersebut, harga tersebut tetapi juga kualiti barang-barang yang dibeli.

Jadi Puan Yang di-Pertua, ingin saya sebutkan di sini bahawa usaha untuk menggerakkan menangani isu yang terkait dengan kos hara hidup ini akan kita gerakkan merentasi kementerian dan di bawah NACCOL ada kluster-kluster yang telah diwujudkan iaitu kluster makanan, kesihatan, pendidikan, perumahan, pengangkutan dan pendapatan serta utiliti dan setiap kluster ini ada kementerian penerajunya dan kita juga dalam proses akhir untuk memperkenalkan pelan tindakan kos sara hidup yang akan kita lancarkan pada suku kedua tahun ini untuk memastikan gerakan ke hadapan ini akan menjadi lebih tersasar dan lebih berkesan dalam sama-sama kita menangani isu kos sara hidup dan saya amat mengalu-alukan pandangan, syor dan juga suara termasuk kebimbangan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas kebersamaan syor, pandangan dan isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan. Terima kasih.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Saya jemput Yang Berhormat Menteri Digital untuk menjawab.

draft • 3:00 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada lapan Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian. Dalam sesi perbahasan, Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja yang menyentuh isu-isu berkaitan Kementerian Digital.

Saya telah mendengar dan meneliti dengan penuh perhatian semua isu, pandangan serta cadangan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang sesi perbahasan ini. Semua perkara yang telah pun dibangkitkan adalah selaras dengan Titah Diraja dan secara jelas menjurus kepada keperluan untuk kita sama-sama memperkukuhkan keselamatan digital negara. Menjunjung Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Kementerian Digital mengakui bahawa ancaman

draft • 3:06 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

keselamatan digital hari ini semakin kompleks dan ia nya memberikan kesan langsung kepada rakyat serta kestabilan sosial.

Tuan Yang di-Pertua, ancaman ini khususnya melibatkan peningkatan jenayah digital, penipuan dalam talian serta penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan dan deepfake yang menjejaskan integriti maklumat dan juga kepercayaan awam. Peningkatan kes jenayah digital ini menuntut kerajaan menilai secara menyeluruh keberkesanan rangka kawal selia dan undang-undang yang sedia ada termasuk keupayaan kita untuk penguatkuasaan serta pelindungan data peribadi.

Penilaian ini turut merangkumi keberkesanan mekanisme tindak balas terhadap ancaman digital yang semakin canggih dan pantas berkembang.

Sehubungan dengan itu, kerajaan melalui Kementerian Digital komited untuk memperkukuh tadbir urus pendigitalan negara. Penekanan akan diberikan kepada penggubalan kerangka perundangan yang lebih komprehensif berkaitan penyalahgunaan AI dan deepfake, pembinaan kepercayaan data, serta peningkatan literasi digital di dalam kalangan rakyat. Pendekatan ini bertujuan memastikan hak dan kepentingan rakyat sentiasa dilindungi, penggunaan teknologi berlaku secara bertanggungjawab dan beretika serta ekosistem digital negara dapat berkembang secara selamat, secara inklusif dan juga berdaya saing.

Pertamanya, kita beralih kepada aspek kerangka Perundangan AI bagi menjawab isu-isu yang berbangkit. Kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Mersing dan juga Yang Berhormat Setiu, berhubung rangka kawalan selia serta perundangan bagi menangani ancaman baharu penyalahgunaan kecerdasan buatan atau AI dan teknologi deepfake.

Saya ingin menyatakan bahawa Kementerian Digital mengambil maklum secara serius peringatan yang terkandung di dalam Titah Raja berkenaan kepentingan ancaman dan kepentingan aspek peningkatan ancaman keselamatan digital yang semakin kompleks pada masa ini.

Hakikatnya, Tuan Yang di-Pertua, negara kita kini berhadapan dengan ancaman yang makin serius dan meluas. Ancaman ini bukan lagi terpencil atau berskala kecil, sebaliknya, ia nya telah pun menjadi satu realiti baru yang memberi kesan yang langsung terhadap keselamatan negara, terhadap ketenteraman awam dan kepercayaan rakyat terhadap ekosistem maklumat digital. Penyalahgunaan teknologi deepfake khususnya telah memungkinkan manipulasi imej, manipulasi

draft • 3:06 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

suara dan video sehingga kandungan palsu ini menjadi semakin sukar untuk kita bezakan daripada kandungan yang tulen.

draft • 3:06 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Keadaan ini membuka ruang yang sangat luas kepada pelbagai bentuk salah guna termasuk penipuan kewangan, pemerasan, sabotaj reputasi individu serta penyamaran identiti digital yang boleh menjejaskan keselamatan dan keharmonian masyarakat.

Puan Yang di-Pertua, dalam konteks ini kerajaan menegaskan bahawa pendekatan yang bergantung semata-mata kepada garis panduan tidak lagi mencukupi. Garis panduan mempunyai peranan namun dalam menghadapi ancaman yang semakin kompleks dan juga ancaman yang berisiko tinggi, negara memerlukan satu kerangka perundangan yang kukuh dan jelas. Kerangka ini perlu mampu mengawal selia kandungan janaan AI, melindungi integriti maklumat serta memastikan sentiasa keselamatan keseluruhan ekosistem digital negara terus terpelihara.

Sehubungan dengan itu Puan Yang di-Pertua, menyahut saranan Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Digital melalui Pejabat Kecerdasan Pembuatan Kebangsaan ataupun National AI I Office (NAIO) kini sedang merangka Rang Undang-undang Tadbir Urus Kecerdasan Buatan AI yang dijangka dibentangkan pada tahun ini. RUU ini dirangka menggunakan pendekatan berasaskan prinsip supaya ia kekal relevan tapi dalam masa sama, ia nya fleksibel dan boleh beradaptasi terhadap perubahan teknologi yang makin pesat dan dinamik.

Di antara elemen utama RUU ini ialah penegasan terhadap konsep akauntabiliti iaitu penetapan tanggungjawab yang jelas ke atas entiti-entiti yang membangunkan atau melaksanakan sistem AI. Penyedia teknologi diwajibkan melaksanakan pengurusan risiko secara proaktif serta juga mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya bagi tujuan mengelakkan sebarang kemudaratan kepada rakyat. Sekira berlaku kecuaian sehingga sistem AI disalahgunakan bagi tujuan penipuan ataupun menimbulkan ancaman keselamatan, tindakan penguatkuasaan boleh diambil selaras dengan peruntukan undang-undang.

Puan Yang di-Pertua, selain daripada itu RUU ini turut memperuntukkan mekanisme pelaporan insiden dan kemudaratan AI khususnya bagi menangani ancaman deepfake yang semakin canggih. Mekanisme ini penting kerana ia membolehkan kerajaan mengenal pasti pula ancaman secara lebih pantas dan juga secara lebih tersusun.

draft • 3:10 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Dengan adanya maklumat yang lebih jelas dan teratur, tindakan-tindakan mitigasi dan langkah-langkah pencegahan dapat diambil dengan segera sebelum ancaman tersebut merebak dan membawa kepada kesan-kesan yang lebih besar.

Pada masa yang sama, RUU ini turut menekankan aspek tadbir urus yang menyeluruh merentasi keseluruhan kitar hayat sistem AI berpaksikan prinsip etika seperti keselamatan, ketelusan dan pemeliharaan hak asasi.

Pendekatan ini Puan Yang di-Pertua, penting bagi memastikan pembangunan dan penggunaan AI dilaksanakan secara bertanggungjawab serta selaras dengan kepentingan awam. Saya ingin menegaskan bahawa RUU ini tidak bertujuan untuk mengambil alih ataupun menafikan kuasa pengawal selia sedia ada.

Sebaliknya RUU ini berfungsi sebagai satu mekanisme penyelaras bagi tujuan memecahkan pendekatan bersifat silo di antara agensi serta membolehkan perlaksanaan standard pengurusan risiko teknologi secara lebih seragam merentas semua sektor.

Di samping aspek tadbir urus teknologi, kerajaan juga memberi perhatian yang khusus kepada dimensi jenayah siber. Melalui Agensi Keselamatan Siber Negara, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri iaitu dikenali sebagai NACSA, MKN atau JPM, kerajaan kini, MKN, JPM kerajaan kini sedang mengubah Rang Undang-undang Jenayah Siber yang baharu dan ini untuk menggantikan Akta Jenayah Komputer Tahun 1997, Akta 563 yang tidak lagi mencerminkan realiti ancaman keselamatan siber semasa.

RUU baharu ini akan memasukkan peruntukan khusus yang berkaitan dengan penyalahgunaan AI dalam aktiviti jenayah siber termasuk kecurian identiti digital dan kandungan deepfake yang berniat jahat.

Pada masa yang sama Puan Yang di-Pertua, kuasa penguatkuasaan akan diperluas bagi membolehkan tindakan yang lebih berkesan diambil terhadap jenayah siber rentas sempadan. Sementara menunggu penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang baharu ini, saya ingin menegaskan bahawa kerajaan mengambil pendekatan berterusan dan menyeluruh.

Penguatkuasaan yang tegas dan bersifat holistik terus dilaksanakan melalui undang-undang yang sedia ada termasuk Akta Keselamatan Siber Tahun 2024 (Akta 854), Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709] Pindaan Tahun 2024 serta Akta Keselamatan Dalam Talian Tahun 2025 iaitu Akta 866. Kesemuanya bagi memastikan sebarang salah laku digital dapat ditangani secara berkesan dan berlandaskan undang-undang.

draft • 3:10 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Keduanya, aspek keselamatan data dan kepercayaan digital sebagai isu-isu yang dibangkitkan. Puan Yang di-Pertua, berhubung persoalan yang dilontarkan YB Pasir Salak dan YB Balik Pulau mengenai keselamatan data serta kepercayaan digital, saya ingin menjelaskan bahawa landskap keselamatan digital negara kini sedang mengalami satu anjakan pendekatan yang menyeluruh.

Fokus keselamatan digital tidak lagi terhad kepada aspek-aspek teknikal semata-mata. Sebaliknya ia nya melibatkan pembinaan keyakinan rakyat terhadap keseluruhan ekosistem digital.

Dalam konteks ini, Siber Sekuriti Malaysia sedang memuktamadkan strategi kepercayaan digital dan keselamatan data nasional bagi tujuan ataupun bagi jangka masa 2026 sehingga 2030. Dari sudut perundangan, Akta Perlindungan Data Peribadi Tahun 2020 [Akta 709] kekal sebagai instrumen utama dan melalui pindaan yang dibuat pada tahun 2024, peruntukan baharu telah mewajibkan syarikat yang memproses data peribadi untuk melantik Pegawai Perlindungan Data (DPO) dan membuat pelaporan insiden perlanggaran data.

Peruntukan-peruntukan baharu ini diperkenalkan Puan Yang di-Pertua, bagi tujuan meminimumkan risiko keselamatan terhadap data peribadi pengguna. Selaras dengan Rancangan Malaysia Ketiga belas, RMK13 kerajaan juga sedang memperincikan penubuhan Suruhanjaya Data ataupun dengan izin, Data Commission sebagai sebuah badan kawal selia yang bebas dan juga berautoriti.

Penubuhan suruhanjaya ini sangat penting bagi memastikan kedaulatan data negara sentiasa terpelihara serta bagi mewujudkan satu ekosistem data yang selamat, beretika dan berakauntabiliti untuk menyokong aspirasi negara AI .

Dalam mendepani ancaman data yang semakin kompleks dan mencabar, Kementerian Digital turut mengambil pendekatan proaktif melalui pembangunan, keupayaan forensik digital tempatan oleh Siber Sekuriti Malaysia dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia dan ini semua dijangka siap sepenuhnya Puan Yang di-Pertua pada penghujung tahun 2026, tahun ini. Pendekatan perlindungan ini turut diperkukuh melalui perlaksanaan konsep kepercayaan sifar atau dengan izin, zero trust dan program pemerkasaan keselamatan siber, SiberKASA— termasuk pembangunan 19 makmal keselamatan siber.

Aspek ketiga yang dibangkitkan berhubung kait dengan pendidikan dan literasi keselamatan digital. Puan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan bahawa keselamatan digital tidak akan berkesan tanpa rakyat yang berpengetahuan dan juga celik dalam bidang dan aspek digital.

draft • 3:10 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Justeru, pendidikan dan literasi keselamatan digital diberi perhatian serius melalui beberapa program seperti CyberSafe, Awareness Talk, CyberSafe untuk Rakyat, Modul Etika Siber Nasional, Hari Keselamatan Siber, info grafik dan video Keselamatan siber dan juga kita laksanakan temu bual media serta webinar-webinar awam buat tujuan tersebut.

Bagi sektor profesional pula Puan Yang di-Pertua, latihan dijalankan melalui program-program seperti CyberGuru dan Skim Pensijilan Global ACE yang telah pun berjaya melatih sebanyak 1,654 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai kementerian, agensi kerajaan, akademia dan juga industri pada tahun lalu 2025 selaras dengan keperluan industri dan juga ancaman-ancaman sedia ada semasa.

Puan Yang di-Pertua, sebagai penutup, saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja.

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri, Menteri.

draft • 3:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Yes, sila Jelutong.

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sebelum Menteri habis dan selesai memberi penjelasan, saya cuma mengambil kesempatan ini Menteri berkesempatan untuk masuk pada waktu yang tepat untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri dan kementerian kerana untuk kali kedua semasa sambutan Thaipusam di Pulau Pinang rakyat dapat melihat upacara-upacara yang dilangsungkan di atas bukit terutamanya kepada warga emas dan tidak berkeupayaan di beberapa lokasi di Pulau Pinang dan ini dihargai sungguh oleh rakyat Pulau Pinang terutamanya yang beragama Hindu yang datang menyambut perayaan Thaipusam.

Pada masa yang sama, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih ke atas kepimpinan Menteri dan kerajaan yang campur tangan dalam masa yang tepat untuk menyelesaikan dua isu baru-baru ini.

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pertamanya, berkenaan dengan kemudahan eskalator di Kuil Batu Caves.

Pada masa yang tepat, Menteri telah campur tangan dan kita lihat bahawa kemelut pada masa itu dapat diselesaikan dengan cara baik. Pada masa yang sama, saya mengambil kesempatan ini juga untuk merakamkan ucapan penghargaan kepada Menteri dan kementerian di atas kepimpinan campur tangan dalam isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman untuk menyelesaikan masalah pengalihan, pengagihan ataupun pemindahan kuil itu ke tempat lokasi yang baharu. Saya rasa kita melihat

draft • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

kesungguhan Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat PMX dan campur tangan Menteri sendiri dan Menteri-menteri yang lain untuk menyelesaikan masalah-masalah ini yang melibatkan rakyat Malaysia jelata. Sesungguhnya...

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya, sesungguhnya ini menunjukkan bahawa Menteri dan kerajaan walk the talk untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit dari masa ke semasa. Terima kasih Menteri.

draft • 3:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Yang Berhormat daripada Jelutong.

Sebenarnya untuk aspek apa yang diperlukan oleh penganut semasa Thaipusam di Pulau Pinang, semasa saya hadir di situ tahun yang lalu, kita telah pun melaksanakan program yang sama, di mana kita memberikan skrin-skrin digital yang besar, yang boleh atau membolehkan penganut menyaksikan upacara dengan lebih teliti dan saya rasa itu mendapat sambutan yang cukup baik.

Kita dalam Kementerian Digital bersedia untuk membantu dalam mana juga keadaan yang kita boleh dan juga terima kasih kerana menyebut berkenaan dengan peranan Kementerian Digital. Sepertimana Yang Berhormat tahu, aspek digital ini merangkumi aspek yang sangat luas, ia nya perlu penelitian dari beberapa aspek yang tertentu. Kita sudah tentunya melihat kepada polisi-polisi yang diperlukan untuk memastikan ekosistem digital negara sentiasa kukuh dan bersedia untuk teknologi masa depan.

Dalam masa sama, kita juga lihat kepada bagaimana kita boleh wujudkan kerangka kawal selia ataupun governance mechanism bagi tujuan memastikan bahawa risiko-risiko yang kita hadapi melalui teknologi digital dan transformasi digital ini juga dapat kita tangani. Tapi semua ini hanya kita dapat laksanakan dengan mendapat input daripada semua pihak termasuk masyarakat ramai. Itu sebab kita memberi penekanan kepada apa yang saya sebut sebagai inclusivity.

Kita nak pastikan bahawa sementara negara kita bersedia untuk teknologi baru dan bagaimana kita boleh mentransformasikan negara kita menjadi negara digital, kita ingin pastikan bahawa tidak ada sesiapa yang terpinggir di dalam perjalanan ini dan kita mengambil perhatian berkaitan dengan keperluan semua.

Saya harap bahawa apa yang kita dapat laksanakan bergerak ke pertengahan dan hujung tahun ini, khususnya dengan menyediakan undang-undang kawalan berkenaan dengan AI dan sebagainya dapat bantu.

Tapi saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat juga kerana telah pun memberikan pandangan-pandangan yang

draft • 3:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo

cukup baik dan juga bantuan untuk membolehkan kementerian berjaya. Dalam keadaan tersebut, Yang Berhormat-Yang Berhormat, terima kasih saya ucapkan kepada seluruh Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan.

Puan Yang di-Pertua, saya ingin juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada warga Kementerian Digital atas sumbangan input dan penyediaan teks penggulungan, juga semua bantuan telah pun diberikan.

Kerajaan turut mengambil maklum semua saranan dan cadangan-cadangan yang telah pun dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang sesi perbahasan.

Puan Yang di-Pertua, terima kasih.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Digital. Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk menjawab.

Yang Berhormat Menteri, sebelum Yang Berhormat Menteri menjawab, saya minta supaya Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk membalas surat yang saya hantar kepada Menteri, dua tahun sudah belum jawab lagi. Terima kasih.

draft • 3:20 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

[Ketawa] Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Saya pasti akan mengambil tindakan itu segera mentalan mendapat teguran langsung dalam Dewan yang mulia ini. Pegawai- pegawai saya, tolong ambil perhatian.

Baik, terima kasih sekali lagi Datuk Yang di-Pertua. Assalamualaikum dan salam sejahtera, Salam Malaysia MADANI. Datuk Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya juga mahu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 43 Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja dan telah pun membangkitkan 53 isu berkaitan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dengan masa yang terhad ini, saya akan menumpukan kepada beberapa isu- isu thematic ataupun tema-tema besar perkara yang terkait dengan masalah kanak- kanak bantut. Kedua adalah sumber manusia dan ketiga adalah pembinaan naik taraf fasiliti.

Yang jelasnya pada kali ini Datuk Yang di-Pertua, hal-hal yang terkait dengan reformasi kesihatan, kewangan kesihatan, health financing dengan izin, dan juga yang lain yang merupakan teras kepada reformasi saya yang terkait dengan Diagnosis Related Grouping ataupun groups DRG dan juga Base MHIT, produk

draft • 3:24 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

medical health insurance takaful itu pun sudah tidak banyak dibangkitkan, termasuklah Rakan KKM yang kita cuba lakukan dalam tahun ini, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, bermula daripada Balik Pulau yang berakhir dengan Tumpat, saya akan terpaksa mengambil secara selektif penggulungan ini, Datuk Yang di-Pertua. Pertama adalah hal yang terkait dengan kanak-kanak bantut, Datuk Yang di-Pertua, yang dibangkitkan oleh YB Machang khususnya dan juga beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain yang telah menyatakan bahawa kadar bantut di negara kita yang telah mengangkat, satu kajian yang telah disebutkan, yang telah meningkat, yang dikatakan yang didakwa meningkat daripada 20 peratus pada tahun 2000 kepada 24 peratus. Walaupun pendapatan negara terus meningkat sepertimana yang ditekankan oleh YB Machang.

Data terkini yang dikeluarkan oleh WHO, UNICEF, World Bank, Joint Child Malnutrition Estimates (JME) 2025 adalah bersifat anggaran. Itu peringatan kepada YB Machang. Ia merupakan satu estimate, satu unjuran, satu estimation. Lalu, ketepatan dan kejituan the actual dan precision data itu sangat boleh dipertikaikan terutama bagi tahun 2023 hingga 2025 buat Malaysia.

Apa yang lebih mustahak untuk kita pandukan, data terkini Datuk Yang di- Pertua, melalui kajian di Malaysia adalah melalui Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022 yang merekodkan prevalence ataupun kekerapan atau prevalence bantut sebanyak 21.2 peratus Datuk Yang di-Pertua, iaitu penurunan sebanyak 0.6 peratus berbanding 21.8 peratus pada tahun 2019 dan dianggarkan akan terus menurun pada tahun 2026.

Itu adalah hakikat yang— ataupun data yang berpandukan data yang kita sendiri kaji melalui NHMS, National Health Mobility Survey dengan izin, 2022. Usaha dan langkah berkaitan isu bantut ini adalah pendekatan yang mestilah bersifat whole- of-nation, keseluruhan menggembleng seluruh tenaga dan pemegang taruh, pemegang kepentingan stakeholders seluruh negara. Dengan pendekatan whole-of- nation approach, dengan izin Datuk Yang di-Pertua, sebagai satu— isu bantut ini adalah satu legasi yang saya warisi dan sudah pun sudah tentunya tiada penyelesaian segera ataupun quick fix. Jadi, itu satu perkara, satu hakikat yang perlu kita perhatikan, Datuk Yang di-Pertua.

draft • 3:24 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Bangun]

draft • 3:24 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Antara inisiatif yang telah kami lakukan dan ini adalah terkait dengan apa yang saya lakukan segera sejak saya kembali sebagai Menteri Kesihatan kali kedua penggal ini dan juga bermula dengan

draft • 3:24 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

tahun 2018 ketika saya mengemudi Kementerian Kesihatan pada kali pertama. YB.

Machang nak terus bertanya ke ni?

draft • 3:24 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya. Boleh saya respons?

draft • 3:24 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Belum banyak pun saya buat penjelasan.

draft • 3:24 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Sikit, sikit, Yang Menteri. Baik Yang Berhormat Menteri, saya tertarik dengan jawapan balas yang diberikan. Terima kasih dan saya menyokong penuh gesaan Yang Berhormat Menteri untuk melibatkan the whole-of-nation approach dengan izin.

Kalau begitu, izinkan saya memberi cadangan Yang Berhormat Menteri libatkan kami sekali bersama dengan kementerian untuk kita mencari jalan, mencari solusi setempat, local solution dengan izin, untuk membantu menyediakan makanan nutrisi terbaik kepada anak-anak di sekolah. Sebab apa saya katakan begini? Cikgu- cikgu tak sempat masuk kampung, jumpa ibu bapa, kenal orang kampung tanam apa, raise haiwan ternakan apa untuk membantu pelajar-pelajar kita.

draft • 3:24 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Jadi, libatkan Ahli-ahli Parlimen pembangkang, ADUN-ADUN pembangkang, kita akan bantu selesaikan masalah ini. Your rating will be bigger and better, insya- Allah.

draft • 3:30 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Menteri, menteri, Pulai sikit, Menteri.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik. Pulai pula hendak sambut...

draft • 3:30 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Pulai. Sikit tentang...

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Pendek sahaja.

draft • 3:30 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Sikit sahaja.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Saya tak punya masa panjang ya.

draft • 3:30 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Yang berkenaan dengan bantut ini satu punca adalah anemia iaitu zat besi. Ada cadangan daripada konsultan ini diwujudkan saringan di kalangan anak-anak ini untuk kita dapat mengesan awal masalah anemia ini dan dengan itu kita boleh mengambil tindakan awal untuk preventif perkara ini.

Apakah pandangan kementerian dalam hal ini?

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Pulai dan juga YB Machang yang kedua-dua selaku Ahli Parlimen yang sangat peka, prihatin, cakna kepada rakyat di kawasan masing-masing. Saya kira, Datoʼ Yang di-

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Pertua, sentiasa membuat tinjauan dan pemantauan dan saya kira dua-dua cadangan tadi adalah saya kira baik untuk saya perhatikan dan pertimbangkan susuli.

Dan untuk YB Machang, ia adalah mustahak peranan kita semua selaku Ahli Parlimen yang bertanggungjawab, selaku bukan saja pembikin undang-undang, legislator tetapi juga langsung aspek kita menjaga rakyat, Maka persoalan kecilikan, kepekaan terhadap rakyat khasnya dalam hal kesihatan awam adalah sangat mustahak.

Di Parlimen ini sendiri, kita punya apa yang diistilahkan sebagai Jawatankuasa Kesihatan— maaf, jawatankuasa pilihan khas yang kita ada, antara lainnya kesihatan yang dipimpin oleh Pulai dan juga Kuala Nerus dan Kuala Langat juga adalah antara anggota yang sangat aktif. Saya kira bukan sahaja PSSC ataupun Parliamentary Select Committee Health dengan izin, Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan ini juga harusnya melibatkan seluruh Ahli-ahli Parlimen yang mahu untuk memberikan sumbangan dan beberapa inisiatif yang boleh dilakukan di kawasan masing-masing. Yang pastinya Ahli-ahli Yang Berhormat lebih tahu atau lebih dapat mendekati.

Apa pun kami sebagai selaku kementerian memang membuat pemantauan ini, menggunakan facilities dan menggunakan kakitangan kami sedekat mungkin hinggalah ke unit facilities kami yang terkecil iaitu apa yang dikatakan sebagai klinik- klinik KD kita. Jadi adalah mustahak untuk kedua-dua pandangan tadi, saya masukkan dalam penggulungan saya.

Inisiatif program 1,000 Hari Pertama Kehidupan dengan izin First 1,000 Days of Life yang menggunakan pendekatan proaktif yang mengutamakan pencegahan awal. Dari sudut teori— bukan saja teori, dapatan, evidence-based, dapatan klinikal dan medical dari segi kajiannya ,1,000 hari pertama ataupun sebelum dua tahun, sebelum dua, kali kedua, birthday, hari jadinya itu. The first 1,000 days, sembilan bulan hamil dan first and second birthday, itu adalah seribu hari pertama, Datoʼ Yang di-Pertua. Sangat mustahak untuk intervensi dilakukan.

Selepas daripada itu, kurang mampu untuk kita membuat ataupun mempengaruhi tumbesaran, tumbuh besarnya kanak-kanak ini. Pendekatan ini dilaksanakan sejak 2019, my first term dan disokong oleh bukti saintifik yang kukuh, konsisten termasuk kajian yang boleh saya sebutkan, The Lancet dan juga satu laporan, serta laporan WHO dan UNICEF 2008, 2013 dan juga tak silap saya ada satu kajian dalam British Medical Journal (BMJ) yang mengesahkan bahawa tempoh

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

1,000 hari pertama merupakan fasa kritikal pertumbuhan perkembangan otak kesihatan jangka panjang kanak-kanak.

Selalunya kalau disebut tentang rendah atau pendek ini, tak— sangat kadang-kala mengejutkan ibu bapa. Tapi kalau kita sebutkan bahawa dengan bantut itu, rendah itu adalah juga terkesan kepada keupayaan kognitif mentalnya, semua ibu bapa akan rasa tersentap untuk memberikan perhatian kepada hal bantut ini.

Baik, kerjasama strategik bersama universiti sejak 2019 hingga 2026 antaranya UKM, UPM, USM dan UM sendiri yang menghasilkan dapatan kajian impak tinggi yang menyeluruh dan program-program intervensi khusus, banyak kajian-kajian yang boleh saya sebutkan.

Yang ketiga adalah melatih pengusaha institusi pendidikan awal kanak- kanak, termasuk guru taska serta tadika dan ibu bapa setiap tahun dengan menggunakan— ini yang kita lakukan modul penyediaan makanan. Kita tahu bantut ini pada definisinya adalah apabila seorang kanak-kanak itu ketimbang atau pun dengan perbezaan dengan group-nya itu, dia ada dua sisihan atau yang dikatakan two standards of deviation. Maka dia itu dikatakan sebagai bantut. Ya, sila.

draft • 3:30 PM

Datoʼ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ucap tahniah kepada keprihatinan Yang Berhormat Menteri tentang isu ini. Walau bagaimanapun, setelah kita buat perbincangan, kita dapati 1,000 hari ini okey di bawah mak. At least kanak-kanak ini boleh dapat susu ibu, kalau yang menyusu ibu. Isunya ialah daripada tempoh 1,000 hari tadi, maknanya dia dah masuk dua tahun, tahun kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam, dia akan hanya bergantung kepada susu di luar daripada susu ibu.

Jadi ini sebenarnya yang menyebabkan bantut berlaku dalam negara dengan kadar yang sangat tinggi. Jadi, saya mohon pertimbangan Yang Berhormat Menteri untuk mewujudkan jawatankuasa khas bagi memantau isu berkenaan dengan keperluan susu kepada kanak-kanak selepas 1,000 hari kerana ini perlu kepada intervensi yang cepat, dari segi harga dan kualiti. Dan bila disebut tentang RMT, makanan sekolah ataupun kepada prasekolah, sebenarnya pihak sekolah atau pihak taska tak akan mampu menyediakan susu yang berpatutan dengan harga yang ada hari ini. Terima kasih.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat ya. Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Susu ataupun lebih penting lagi fortified milk dan tambahan seperti vitamin A dan sebagainya itu, iron dan sebagainya

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

adalah sangat mustahak. Tapi saya tekankan sekali lagi, dua tahun pertama itu adalah kritikal dalam membuat intervensi atas persoalan stunting. Jadi, indahnya kita lepas daripada itu, akan sukar untuk menangani isu stunting. Kapar pula nak? Izinkan saya...

draft • 3:30 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Ya, tentang bantut juga.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Okey.

draft • 3:30 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Okey, sebab 1,000 days kan, 1,000 hari ini.

Tadi juga saya ada dalam soalan tambahan juga mengenai yang kos sara hidup tadi kan. Di antaranya sepatutnya susu ini khususnya bagi yang 1,000 hari ke bawah ini diberikan perhatian, diberikan subsidi terutama bagi mereka yang luar bandar, marhaen dan sebagainya dan juga saya— kami difahamkan our medical apa itu, biasanya bayi— susu bayi tidak diberikan, tidak digalakkan oleh KKM untuk diberikan subsidi ke apa kan kerana nak galakkan *breastfeeding.

But the truth is* bukan semua. Memang itu kita galakkan, kita memang mahu yang itu but reality, practicality ada ibu yang sakit, ada ibu yang anemia, dia tak sanggup pun tak cukup susu. So, saya rasa ini mungkin a whole-of-government approach tadi, inter-kementerian. Saya rasa ini perlu diberikan perhatian. Polisi ini perlu diberi perhatian oleh KKM.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Juga pengamal perubatan satu masa dahulu. Tapi saya perhatikan hal yang terkait dengan keperluan susu itu telah kita ambil kira dan perlunya ada adaptability dan polisi-polisi kami pun tidaklah begitu rigid dan terlalu tak fleksibel ya. Jadi mana yang punya apa yang dikatakan contraindicated ataupun tidak dapat menyusu ibu, pastinya yang lain itu dapat membantu sebagai supplementary dan complementary. Terima kasih Yang Berhormat Kapar.

Sejak 2022 hingga tahun 2025, sebanyak 1,197 aktiviti advokasi pemakanan telah dilaksanakan di taska melibatkan 12,685 orang ibu bapa, yang manakala 21,031 orang pengusaha dan pendidik taska serta tadika kerajaan serta swasta telah dilatih oleh modul penyediaan makanan. Ini sangat penting Datuk Yang di-Pertua ya, literasi ataupun kecilikan memahami keperluan. Kadang-kali, bukan kata mereka tidak mahu tetapi mereka tidak tahu.

Jadi, pertamanya yang dalam Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), polisi besar kami adalah pertama-tamanya kecelikan kesihatan dulu. Jadi, maka menyediakan modul penyediaan makanan itu adalah sangat mustahak.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Untuk Ahli Yang Berhormat ya, anemia kekurangan darah merah ini dan kekurangan zat besi semasa hamil bukan hanya dikaitkan dengan kelahiran bayi pramatang tetapi juga dan kurang berat badan, berat lahir tetapi juga memberi kesan yang negatif kepada perkembangan otak kognitif dan juga fungsi kognitif anak-anak sekiranya dibiarkan berlarutan dan tidak diatasi pada awal kehidupan kanak-kanak.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Sebab itu kita melakukan intervensi kepada anemia terutamanya antenatal dan sebagainya. Jadi seterusnya, dapatan kajian KKM di Putrajaya pada tahun 2019 menunjukkan bahawa kanak-kanak yang lahir dengan berat badan rendah ya, berisiko tinggi untuk mengalami bantut, stunting dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.

Sekali lagi juga saya sebutkan The Lancet Global Health, volume ketujuh isu ketujuh Julai 2019 dan BMJ Global Health, November, membawa liputan dan juga meta-analysis perkara ini pun sudah dicapai. Jadi— Justeru, KKM telah melaksanakan inisiatif Healthy Eating Responsibility for Women (HER) ya, Healthy Eating Responsibility untuk wanita bermula pada tahun 2023 dalam kalangan wanita usia reproduktif, the productive age 15 hingga 49 tahun.

Pelaksanaan Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Malpemakanan dalam Kalangan Kanak-kanak di Malaysia 2023-2030 yang merangkumi lima teras dan 31 inisiatif terus kita laksanakan, terus kita pantau secara berstruktur melalui Jawatankuasa Kabinet Kesihatan Nasional yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri I.

Tuan Yang di-Pertua, itu antara perkara yang dapat saya kaitkan dan saya rangkumkan dalam permasalahan bantut yang saya yakin semua adalah – semua Ahli-ahli Yang Berhormat adalah sangat peka dengan tema dan ataupun ada yang menyebutkannya sebagai satu national— satu national crisis, Tuan Yang di-Pertua.

Saya tidak memandang mudah perkara ini dan telah pun saya berikan tumpuan dan saya akan terus memberikan penekanan pelaksanaan polisi-polisi yang telah pun kita mula laksanakan dan kita telah— dan kita akan perbaiki dengan beberapa cadangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Saya berganjak kepada tajuk sumber manusia di Sabah dan Sarawak, ya yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat. Kekurangan sumber manusia di Sabah, Sarawak dan autonomi kesihatan, ya. Yang mana, ya kita perhatikan sumber— isu sumber manusia, khususnya isu kekurangan petugas kesihatan di Sabah dan Sarawak yang mana telah dibangkitkan oleh antaranya Yang Berhormat Sri Aman, Betong, Tenom dan juga YB Kuala Langat, ya.

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya, saya telah mengulangi beberapa kali jawapan di sini, di Dewan ini. Antara lainnya, yang antara langkah yang kita perkenalkan oleh KKM untuk menangani isu sumber manusia ini, khasnya di Sabah dan Sarawak adalah pertama, yang mewajibkan pegawai perubatan kontrak yang dilantik tetap — kontrak kepada tetap untuk memilih salah satu daripada tiga pilihan, sekurang-kurangnya satu penempatan di Sabah atau Sarawak melalui sistem ePlacement 2.0 yang telah pun kami lancarkan tahun ini. Ada sedikit sebanyak peningkatan dalam hal ini, Datuk Yang di-Pertua.

Kedua, menetapkan kuota penempatan pegawai perubatan lantikan tetap sebanyak— yang ini kita lakukan secara sedar, secara teratur, terancang sebanyak 650 di Sarawak dan 310 di Sabah. Jumlah kuota penempatan ini bersamaan 42.7 peratus daripada keseluruhan 2,248 kuota penempatan yang telah kita tetapkan.

Ketiga, sehingga 31 Disember 2025, KKM telah menempatkan pegawai- pegawai perubatan kontrak termasuk pegawai-pegawai perubatan siswazah iaitu HOs, dengan izin seramai 1,046 di Sabah dan 950 HOs dan pegawai kontrak di Sarawak bagi menampung keperluan tambahan itu.

Masih lagi dalam hal yang terkait dengan sumber manusia. Menetapkan merit bagi permohonan kemudahan cuti belajar dengan penajaan biasiswa sebanyak lima peratus hingga 10 peratus kepada calon yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak.

Kita bagikan insentif terutamanya di kawasan pedalaman. Merit ini ialah satu pemberat, satu weightage ya, pemberat tambahan dalam skala pemarkahan calon untuk memenangi biasiswa yang dikatakan biasiswa HLP, biasiswa kami, latihan siswazah ataupun ya. Itu biasiswa HLP kita. Kita berikan weightage lima hingga 10 peratus hadiah latihan perubatan, maaf saya— hadiah latihan perubatan.

13, sukacita saya maklumkan juga bahawa Kementerian Kewangan telah meluluskan pemberian elaun, elaun kerana bertukar dan berpindah bagi pegawai- pegawai latihan kontrak yang mendapat tawaran lantikan tetap pada tahun 2025. Ini pertama kali, julung kali, Datuk Yang di-Pertua, kita berikan elaun bertukar kerana kita sangat peka dan tahu betapa susahnya pegawai-pegawai yang mendapat sama ada lantikan, yang berpindah daripada lantikan kontrak kepada tetap.

Tahun ini kita berikan latihan— elaun itu dan saya akan perjuangkan untuk terus diberikan kepada mereka. Diharapkan dengan pemberian elaun ini, dapat membantu sedikit sebanyak pegawai-pegawai perubatan untuk berpindah dan menyesuaikan diri di tempat yang baru.

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Juga untuk saya berikan komentar sedikit Bayaran Insentif Wilayah (BIW).

Tuan Yang di-Pertua, Bayaran Insentif Wilayah ataupun BIW ialah satu elaun yang diberikan kepada seorang pegawai yang ditugas yang ditempatkan di Sabah dan Sarawak. Dan BIW ini satu imbuhan tambahan yang mampu menjadikan tarikan seseorang pegawai untuk bertugas di Sabah dan Sarawak.

Saya perlu sebutkan beberapa orang Ahli Yang Berhormat telah menyentuh hal BIW ini yang mana antara lainnya adalah YB Sri Aman telah menyatakan bahawa Bayaran Imbuhan Wilayah dipotong. Istilahnya digunakanlah dipotong.

Sesungguhnya Yang Berhormat Sibu ya, pula meminta agar perbandingan antara kadar lama dan baru dilaksanakan. Manakala YB Kuching pula menyarankan agar kadar elaun lama dikembalikan untuk saya sebutkan sini.

Untuk makluman ya sebenarnya kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan I Tahun 2024 Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam iaitu sistem baharu SSPA bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan tidak pernah sebenarnya melaksanakan sebarang pemotongan ataupun pengurangan elaun termasuk Bayaran Insentif Wilayah ini. Melalui SSPA, kerajaan bersetuju untuk menetapkan suatu kadar pegun.

So, ini dilakukan, di pegun, di beku bagi penerima BIW sedia ada dan kadar baharu bagi pegawai baru yang berkelayakan. Dan kadar baru bagi pegawai baru yang berkelayakan. Bagi penerima sedia ada, kadar tetap berdasarkan amaun terakhir BIW yang diterima sebelum tarikh kuat kuasa SSPA. Dan bagi pegawai lantikan baharu atau pegawai baharu berkelayakan, kadar tetap baharu adalah sebanyak RM270 hingga RM960 sebulan. Pelaksanaan kadar elaun BIW secara pegun baharu diperkenalkan melalui SSPA pada 1 Disember 2024.

Mengenai saranan YB Bandar Kuching, ada YB Bandar Kuching ya, dan juga YB Sibu supaya kadar bayaran BIW dikembalikan kepada kadar terdahulu, perkara tersebut adalah di bawah bidang kuasa agensi pusat. Namun, KKM telah dan akan terus menyalurkan maklumat balas serta pandangan kepada agensi pusat dan semasa bagi memastikan kepentingan dan kebajikan petugas kesihatan terus diperjuangkan dan diambil pertimbangan, Tuan Yang di-Pertua.

Saya kira saya punya 15 minit yang terakhir ini, saya nak berpindah kepada hal yang terkait dengan pembinaan dan naik taraf fasiliti.

draft • 3:40 PM

Datoʼ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Menteri.

draft • 3:40 PM

Datoʼ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Yang Berhormat Menteri, mohon mencelah.

draft • 3:40 PM

Datoʼ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Kuala Langat. Berkaitan dengan sumber manusia.

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Kuala Langat. Ya, sila, sila.

draft • 3:40 PM

Datoʼ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Saya ada bertanyakan berkaitan dengan data ataupun statistik pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran di universiti-universiti yang tidak diiktiraf yang akhirnya mereka pulang ke sini dengan harapan ibu bapa hantar dengan kos yang besar untuk menjadi doktor dan ada kaedah-kaedah supaya mereka duduk dalam peperiksaan dan sebagainya.

Dan saya dapati sebahagian daripada mereka ini tidak melanjutkan dalam bidang ini yang akhirnya juga menjadi satu kerugian kepada kita dan juga pelajar- pelajar yang habis menjalani pendidikan di universiti yang diiktiraf juga tidak ada yang tidak melanjutkan.

draft • 3:40 PM

Datoʼ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Apakah usaha-usaha kita untuk membantu mereka ini? Dan akhirnya, kadang-kadang mereka membuat khidmat secara yang tidak legal yang saya kira ini sangat merugikan dan mungkin terkesan kepada soal undang-undang dan mungkin ibu bapanya juga terbeban dengan apa yang dah diberi.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Kuala Langat ya.

Saya sangat insaf dan sangat sedar akan betapa ya, ibu bapa yang sangat mengharapkan anak-anak menjadi doktor ya. Kalau pun tidak dapat memenuhi syarat-syarat kemasukan sama ada di universiti-universiti awam mahupun swasta di negara kita, dalam mengambil sikap untuk menghantar, mengambil pendirian, membuat perbelanjaan besar, menghantar anak-anak di luar negara sama ada— tak perlu saya sebut negara-negara itu. Tetapi akhirnya berakhir dengan anak-anak yang tidak dapat ya— kerana mendapat ijazah yang tidak diiktiraf. Berakhir dengan satu kedudukan dan posisi yang mana mereka terpaksa mengambil beberapa exam yang kita berikan.

Dan cumanya, terkadang kali mereka agak enggan untuk mengambil peperiksaan itu kerana apa pun sebabnya. Tetapi inilah masalahnya untuk kita ambil perhatian ibu bapa yang nak menghantar anak-anak ke universiti-universiti yang tidak diiktiraf, pastikan universiti-universiti itu dia adalah tersenarai dalam universiti- universiti yang diiktiraf dan ya, supaya perbelanjaan dan pelaburan kita, investment kita itu tidak sia-sia.

Apa pun, kita masih ada lagi ruang kalau mereka benar-benar telah ya, punya keupayaan, kebolehan akademik dan juga clinical skills ataupun melalui program-

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

program yang di luar negara itu yang tidak diiktiraf, kita masih ada lagi ruang untuk mereka mengambil peperiksaan dan sebagainya. Sedikit sukar, tetapi itulah laluannya ya.

Jadi, ke depan nanti, harap ibu bapa ambil perhatian lebih sikit untuk...

draft • 3:50 PM

Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Yang Berhormat Pengerusi.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Sila Langkawi, sila.

draft • 3:50 PM

Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Yang Berhormat Menteri, dalam perbahasan saya, saya membangkitkan juga soal kebajikan kakitangan Yang Berhormat sebutkan tadi. Saya berkunjung ke hospital dan bila mereka tahu bahawa kita ini wakil rakyat, maka nurse dan juga doktor memberi komen-komen berhubung dengan Kementerian Kesihatan.

Salah satunya ialah bagi kakitangan yang di luar KKM, perbadanan, mereka ini tidak mendapat apa-apa subsidi khususnya kepada ubat-ubat immunosuppressants medication ini. Mereka tidak dapat dan harganya terlalu tinggi Yang Berhormat. Dan saya nak bertanya Yang Berhormat, adakah kajian dibuat berhubung dengan perkara ini di antara universiti— hospital perbadanan dan hospital di bawah kelolaan KKM?

Yang kedua, saya nak mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri...

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ulang sekali lagi Yang Berhormat Langkawi. Apa kajian yang dimaksudkan tadi? Oh, immunosuppressants drugs ya?

Tak apa, saya faham, maaf.

draft • 3:50 PM

Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Immunosuppressants medication ini terlalu mahal dan mereka ini tidak dapat subsidi langsung. Bagi kakitangan-kakitangan universiti, contoh universiti hospitallah. Jadi mereka ini bertanya kepada saya, kenapakah ada perbezaan ini? Gaji sama, tapi bila datang kepada ubat-ubatan untuk membantu mereka sekiranya mereka mendapat penyakit sedemikian kerana terdedah kepada penyakit-penyakit ini, maka mereka bertanyakan kenapa dibezakan begitu.

Dan yang kedua tadi, saya nak mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana masalah Langkawi dari segi clinical semua selesai, alhamdulillah.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik, terima kasih. Langkawi antara kawasan yang hebat kerana pertama, yang mendapatkan apa yang dikatakan

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

interoperability antara hospital ya dan juga klinik-klinik keseluruhannya sudah menjadi satu yang merupakan yang pertama mendapat CCMS dengan interoperable hospital dan klinik-klinik. Tahniah.

Ya, perkara itu saya kira mungkin ada kebenarannya. Saya mahu mengambil perhatian sedikit untuk memerhatikan bagaimana. Semua sedia maklum IPT— maaf.

H ataupun hospital-hospital IPT, hospital-hospital pengajian adalah di bawah universiti. Maaf, di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Maka, kalau adalah ketidakselarasannya, mungkin saya dan rakan saya ya, Menteri KPT boleh untuk kita duduk untuk berbincang ya.

Saya ingat kalau ada pun, ia perlu kita murnikan untuk kita selaraskan. Saya rasa tidak ada masalah untuk mendapat ya— mungkin persoalan itu belum dapat menyelami sebenar-benarnya apa realiti dan apa hal perkara-perkara yang tergendala itu. Jadi, saya pun kurang boleh menjawab secara langsung, tapi saya pasti mahu untuk menyusuli permasalah tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Langkawi.

draft • 3:50 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

YB Menteri, boleh saya celah sedikit?

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Saya tinggal 10 minit lagi. Tak sampai pun 10 minit lagi.

draft • 3:50 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Sikit berkenaan dengan perjawatan Pegawai Perubatan di Sarawak. Ya, saya meneliti jawapan Menteri tadi, tapi saya cuma nak kepastian. Akhir bulan 10 yang lepas, seramai 542 Pegawai Perubatan telah dilantik di Sarawak, tetapi 293 daripadanya telah menolak.

Cuma, saya nak tahu apa yang jadi kepada Pegawai Perubatan yang menolak ini?

Adakah mereka masih berkhidmat atau adakah tindakan-tindakan lain yang diambil kepada mereka? Terima kasih Menteri.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih ya sahabat saya Batang Lupar ya. Satu pertanyaan yang sangat mustahak untuk disusuli.

Sebenar-benarnya, saya sedar bahawa attrition ataupun kehilangan pakar- pakar, bahkan juga jururawat-jururawat yang punya latihan pos basik ini, berlaku pada beberapa, beberapa critical juncture dengan izin ya, beberapa tahap. Dan antara tahap yang saya selalu rasa sangat terkilan adalah ketika ya, apabila peralihan daripada kontrak, pegawai-pegawai perubatan kontrak dan mendapat jawatan tetap Datuk Yang di-Pertua, dan pada ketika itulah keputusan dan pendirian dibuat.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Dan ini adalah sangat saya menggunakan istilah mengecewakan ya, ketika mereka tidak mahu menerima tawaran untuk kedudukan posisi perjawatan tetap kerana dipindahkan ke Sabah atau Sarawak. Mereka sebenarnya sanggup untuk meletakkan jawatan Datuk Yang di-Pertua. Saya sedang memerhatikan bagaimana untuk kembali mungkin satu rejim atau satu susunan ya, yang mana kembali kepada satu masa dahulu.

Dua tahun kontrak, dua tahun sebagai MO. Maaf, dua tahun HO dan dua tahun sebagai MO kontrak itu, boleh kita kembalikan kepada order dan peraturan lama yang meletakkan mereka itu tidak akan— kalau mereka HO di satu tempat, maka masa MO nya dalam latihan, mereka di satu tempat yang lain. Jadi, di situ mereka tidak berpeluang untuk meletakkan jawatan sebab mereka belum dapat lagi— Mereka mesti habiskan dua tahun sebagai MO itu untuk layak mendapat APC, certification, pengiktirafan pengamal perubatan. So, itu satu soalan yang baik Batang Lupar. Saya akan— sebenarnya saya sedang memerhatikan perkara ini.

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Baik, minta Tangga Batu sikit.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Tangga Batu.

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Sikit lagi. Sebelum Yang Berhormat Menteri masuk ke isu tentang fasiliti klinik, hospital dan sebagainya, saya ada bangkitkan isu tentang Klinik Sungai Udang ini tak ada ambulans selama enam bulan sebab accident. Yang sangat menyedihkan adalah bukan sahaja masyarakat, bahkan doktornya di situ pun yang umurnya baru 41 tahun, Dr. Saleha Muhammad Isha, dia sakit, dia collapse di hospital, dia bawa pulang ke rumah.

Tak ada fasiliti ambulance dan dia dibawa oleh kakitangan Klinik Sungai Udang, bawa ke Hospital Melaka dengan menggunakan kenderaan biasa tanpa— sangat sedihlah. Dan tiga hari selepas itu, doktor ini meninggal dunia. Bayangkanlah kalau ia berlaku kepada keluarga Yang Berhormat Menteri. Jadi, saya nak kan jawapan, apakah nak diberi satu kenderaan baru atau tidak untuk Sungai Udang?

Terima kasih.

draft • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri, Menteri sebentar Menteri.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya, dia boleh berlaku pada sesiapa pun.

draft • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Dan mustahaknya kita sebagai custodian of health ya, penjaga dan benteng yang memelihara kepentingan dan kemaslahatan kesihatan dan perubatan, saya ingat tak perlu kita bayangkan kepada sesiapa pun.

draft • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Menyelamatkan satu nyawa itu ya, adalah menyelamatkan seumpama kata Allah ya, menyelamatkan...

draft • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri. Menteri sebelum Menteri habis, ada lima minit lagi. Saya bangun sebab kita dengar rungutan, pelbagai rungutan di sebelah kananlah ya.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tapi saya sebagai Ahli Parlimen kerajaan ingin berterima kasih sebab di Jelutong pun tak ada fasiliti baharu. Di Kapar, saya dapat maklum bahawa kerajaan akan membina sebuah hospital baharu di Kapar. Dan kita dengar banyak rungutan Yang Berhormat Kapar sendiri tak pernah bangun, tak pernah berterima kasih pun.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

[Ketawa] Tak apa. Jelutong.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

So, ini, inilah. Inilah sikap.

draft • 4:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Ini, ini sangkaan jahat ini ya.

draft • 4:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tarik baliklah.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bukan, bukan, bukan.

draft • 4:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Tarik balik.

draft • 4:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tarik balik. Tarik balik.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sebentar.

draft • 4:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Sangkaan jahat ini.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Okey.

draft • 4:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Saya sentiasa cakap pasal rakyat saja.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker. Speaker.

Speaker.

draft • 4:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tengok [Tidak jelas] 37.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Biar saya habis dulu.

Biar saya habis dulu. Menteri, kita ada empat minit lagi untuk habis. Jadi, kita ada 35 minit. Kapar dengar hanya membangkitkan rungutan, kompelin, kompelin, kompelin, kompelin...

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Tak apa, tak apa.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Itu tak dapat, ini tak dapat.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Tak apa Jelutong.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tapi Kapar dapat hospital baharu, tak pernah dia berterima kasih.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Okey. Insya-Allah.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Inilah sikap pembangkang yang perlu kita kutuklah.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik. Baik.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Perlu kita kutuk.

draft • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bajet tak nak sokong.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ha, bajet tak sokong.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

[Ketawa]

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kapar dapat hospital baharu tapi tak berterima kasih. Hanya rungutan...

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik. Baik.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...tiap-tiap kali buat aduan.

draft • 4:00 PM

Seorang Ahli

Sangkaan jahat.

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

[Bangun]

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Perangai macam ini yang kita nak. Kita nak. Jangan nak...

[Tidak jelas] benda-benda ini.

draft • 4:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Speaker.

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Okey. Okey Menteri.

Saya cukuplah. Cukup Jelutong. Saya pun nak, nak juga jawapan daripada tempat saya. Cukup. Rungutan itu biasa. Dalam, dalam ini untuk kita rungutan kepada Menteri untuk tindakannya. Kalau tidak, dia tak tahu.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik. Baik.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Rungutan perlu berterima kasih.

draft • 4:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Inilah masanya.

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Okey.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kita perlu berterima kasih juga, adakan hospital baharu.

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Menteri. Saya nak minta juga. Ada lagi tiga minit.

draft • 4:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Nak tunggu dah siap nanti.

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Duduk Jelutong.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey. Petang-petang ini jerit...

draft • 4:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Tak ada yang tak cakap terima kasih. Ini adalah tanggungjawab kerajaan.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik, baik.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik.

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Okey.

draft • 4:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Tanggungjawab kami wakil rakyat minta kepada kerajaan.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Menteri.

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Tiga minit lagi. Tiga minit.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti kejap.

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Boleh Speaker, saya minta. Kulim, Kulim.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kejap, kejap, kejap, kejap, kejap, kejap, kejap, kejap, kejap.

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Ya, ya.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Tadi dah saya dah terang dah.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti kejap. Menteri ada tiga minit lagi.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik. Sila duduk Kulim-Bandar Baharu...

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri nak respons kah terus...?

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya?

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ini floor, ini floor Menteri.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya. Kulim-Bandar Baharu.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri nak bagi, tak nak bagi?

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ke Kulim-Bandar Baharu pun nak, nak hospital juga ya?

draft • 4:00 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Gerik pun nak tahu jawapan juga.

Gerik.

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Minta, minta, minta.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Kita dah ada hospital.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri, Menteri nak bagi tak soalan? Tak bagi kan?

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Tak boleh dah. Tak boleh.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tak boleh. Landing.

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Kulim, Kulim.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Sebab yang, Dato’,Tan Sri, mana yang tak membangkitkan, jangan bangkitkan?

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Saya, saya bangkitkan.

Saya bangkitkan.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri tak bagi Kulim-Bandar Baharu. Menteri nak landing dah.

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Mintalah Menteri. Ini, ini saya nak minta dua minit. Tadi dah.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kulim-Bandar Baharu, satu.

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Saya nak minta, minta.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kulim-Bandar Baharu, dua. Kulim-Bandar Baharu, tiga. Duduk.

draft • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Halau Tan Sri.

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Tak, saya nak tanya Tuan Speaker.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya kata Menteri tak nak...

draft • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Halau dia Tan Sri.

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Saya nak tanya. Bukan salah saya nak tanya.

draft • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kulim-Bandar Baharu, duduk.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kulim nak dengar kah tidak?

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Saya minta.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kulim nak dengar kah tak?

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Saya nak minta untuk rakyat saya. Bukan untuk orang lain. Terima kasih.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya. Kulim-Bandar Baharu. Insya- Allah saya jawab. Insya-Allah, saya jawab...

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Insya-Allah saya nak...

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Kalau tidak pun, saya jawab secara bertulis.

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Okey. Bertulis ini dua, tiga kalilah bertulis.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Boleh. Saya boleh jawab.

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Ya. Saya nak. Saya nak ini.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kulim. Kulim. Saya suruh duduk, Kulim.

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Ya, saya tahu. Saya tahu. Saya dengar.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tahu, duduk!

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tahu. Kalau tahu, duduk!

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Saya dengar.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kulim!

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Ya?

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Satu. Kulim, dua. Duduk.

draft • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kulim, keluar.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kulim, duduk. Okey. Menteri, masa kita.

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Saya tak puas hatilah.

Saya tak puas hati.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

[Tidak jelas] Tan Sri.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Aduh, my God.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Semua dah cantik dah dapat saya jawab dengan peruntukan waktu yang ada. Kecoh pula petang-petang ini. Saya ingat, saya cuba Tan Sri Yang di-Pertua, bila saya jawab, colorblind. Okey.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan Menteri. Terus.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Sebelah sana kah, sebelah sini kah, saya jawab.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri ada satu minit lagi.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya.

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Tambahlah masa.

Tambah masa. Tambah masa.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik ya. Sikit hal tentang apa tadi, tentang ambulans itu, sedia maklum ya. Kita berdepan dengan masalah tender yang

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

terpaksa kita ulang balik ya. Retendering. Dan saya sangat peka dengan persoalan ambulans ini sejak sekian, sejak saya datang kembali ya, saya telah mengambil tindakan keras dan tegas kerana kegagalan semasa dahulu sebelum saya masuk kembali, ya tender ini tidak, pembekalan ambulans ini tergendala. Dan mutakhir pun saya telah menekankan perkara ini. Bukan saja di Tangga Batu, bukan saja di mana pun, ia adalah tanggungjawab kerajaan dan tanggungjawab kementerian untuk membekalkan.

Tak payahlah sebut kalau anak siapa-siapa pun yang meninggal, setiap nyawa yang kita atur, Allah SWT memberikan kepentingan menjaga setiap nyawa.

Maka...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Kita menyelamatkan satu nyawa, seumpama kita menyelamatkan seluruhnya ya.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker, saya guna, saya gunakan standing, standing order. Standing order.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Saya, saya terpaksa.

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Dia pun nak. Speaker kalau bagi, saya pun nak.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Habis dah waktu.

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Dia bagi dekat Jelutong, saya pun nak.

draft • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dia Peraturan Dewan.

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Okey.

draft • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dia Peraturan Dewan, Kulim.

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Ini saya nak bertanya tentang kawasan saya.

draft • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dia Peraturan Dewan.

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Tahu.

draft • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dia Peraturan Dewanlah.

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Tidak apalah.

draft • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hei. Dia Peraturan Dewan.

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Saya pun nak juga.

Saya pun nak juga sebab saya yang berbahas.

draft • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dia peraturan Dewan. Bagi dia dulu.

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Tak. Peraturan Dewan pun kita boleh bertanya sebab saya berbahas.

draft • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hei. Dia peraturan Dewan.

Bagi dia dululah.

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Saya nak juga.

draft • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hei. Dia peraturan Dewan.

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Tahu. Saya pun nak juga lepas dia. Saya nak juga.

draft • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Nak apa? Angkatlah buku peraturan itu.

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Tahu.

draft • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Angkat buku peraturan itu.

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Saya bukan nak peraturan Dewan. Saya nak bertanya lagi sekali sebab dia ganggu.

draft • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Angkat buku peraturan itu.

Dia guna peraturan Dewan.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey.

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Dia ganggu. Dia bukan ada bahas.

draft • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tak faham. Tak fahamlah.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Langat.

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Dia tak bahas pun.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kulim-Bandar Baharu, saya tahu petang-petang ini elok juga berbicara macam ini sebab mengantuk.

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Ya.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tapi jangan terlebih-lebihlah.

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Tak mengantuk pun.

Tapi saya nak tanya untuk rakyat saya.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan syarat berapa itu?

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker, saya bangun di bawah 36(4). Sebagai Ahli Parlimen backbencher.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

50 berapa?

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

36(4).

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

36(4).

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Apa isunya?

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau kita ingin memberi kesimpulan, tak guna, tak baik kita guna perumpamaan melibatkan ahli keluarga Menteri. Kenyataan yang dikeluarkan, dikeluarkan oleh seorang Ahli Parlimen pembangkang mengatakan, “kalaulah berlaku kepada ahli keluarga Menteri...”

draft • 4:00 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Contoh.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau kita nak menyatakan sesuatu, janganlah gunakan perumpamaan begitu, tak elok,Speaker.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Tak apa, tak apa.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okeylah.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Saya ingat.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Dahlah tak berterima kasih tentang fasiliti baharu.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Jelutong.

draft • 4:00 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Itu bukan perumpamaan.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik. Tak apa.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tak apa, saya anggap itu ialah ekspresi yang...

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Tak apa. Itu...

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Sila Jelutong

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ada, ada ini sikap pihak pembangkang.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, cukup, cukup. Menteri. Masa, masa.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Tak apa. Tak apa.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Saya tidak, saya tak rasa kecil hati pun ya.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tolong landing, tolong landing.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya. Biar, izinkan rakyat menilai dan menyaksikannya.

Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya nak, nak jawab persoalan Yang Berhormat ya yang membangkitkan hal naik taraf Hospital Duchess of Kent yang dibangkitkan dan sekali gus mendapat liputan akbar ya...

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Yang Berhormat Sandakan ya.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri, sikit ya Menteri. Menteri, berkenaan dengan jururawat. Saya bahas. Jururawat daripada Hospital Seberang Jaya.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya.

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Kali ini.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya, saya ada satu permintaan. Bolehkah beliau datang beri kuliah kepada Ahli-ahli Parlimen? Sifat kemanusiaan yang ada pada beliau. Terutamanya sebelah pembangkang itu.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Boleh.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Boleh, tak boleh?

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Boleh. Boleh. Insya-Allah. Saya boleh, saya boleh susun kalau ramai yang minat untuk mendengar ya.

draft • 4:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Kalau jawab Jelutong, Kulim jawab juga.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik. Tan Sri Yang di-Pertua, saya nak ambil, kalau boleh satu lagi Tan Sri walaupun masa sudah tamat ya. Kerana perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sandakan ini mendapat liputan yang agak luas di media juga ya yang memulakan topik ini dengan menyentuh perkara yang dibangkitkan itu mempercepatkan kajian awalan.

Sebab ada hal itu terkait dengan hal kajian awalan. Sebab konsep kajian awalan ini penting untuk saya buat penjelasan di sini. Kerana melibatkan banyak lagi fasiliti-fasiliti yang dipohon oleh Ahli-ahli Yang Berhormat ya. Cuba, cuba dengar sikit dengan lebih tenang ya petang-petang ini.

Proses penilaian dan kelulusan peruntukan bagi projek naik taraf Hospital Duchess of Kent, Tan Sri Yang di-Pertua. Saya ingin menjelaskan bahawa kerja awalan yang dimaksudkan kerja awalan dalam sesuatu projek bukanlah perkara baharu ya. Ia telah lama diamalkan oleh kerajaan sejak RMK11 lagi ya, sebagai sebahagian daripada proses perancangan projek. Persoalannya, dia tanya adalah kenapa lepas projek, lepas kerja awalan itu terlalu lama sebelum projek dapat dilaksanakan ya? Ini, ini, ini adalah penelitiannya ya.

Tujuan kerja awalan ini adalah untuk memastikan sesuatu projek benar-benar dan betul-betul bersedia sebelum dilaksanakan. Termasuklah dari segi apa? Dari segi tapak, masalah tapak ini besar Tan Sri ya. Masalah skop dan juga anggaran kos ya. Dan tanpa persediaan awal yang rapi, projek berisiko berdepan masalah seperti apa?

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Seperti perubahan pelan, variation order (VO), kos meningkat dan kelewatan semasa pembinaan ya. Itu yang kita ada perhatikan. Ada projek sampai 10 kali Tan Sri Yang di-Pertua, extension of time, memakan masa, ada yang lebih daripada 10 tahun. Ini sangat-sangat mengecewakan ya. Jadi oleh kerana itu, mustahak untuk kita perhatikan.

Pengalaman lalu menunjukkan bahawa projek yang diluluskan terlalu awal tanpa persediaan mencukupi akhirnya mengambil masa yang lebih lama untuk disiapkan. So, kerja awalan itu penting Tan Sri. Oleh itu, kerja awalan ini bukan punca projek lambat, sebaliknya langkah untuk mengelakkan projek menjadi lebih lewat dan lebih mahal akhirnya. Pendekatan ini memastikan wang rakyat dibelanjakan dengan lebih berhemah, lebih prudent dengan izin, dan projek yang dilaksanakan benar- benar boleh disiapkan dengan teratur dan bertanggungjawab ya. Lebih baik kita sediakan projek dengan betul-betul, dengan betul dari awal daripada membetulkan masalah di pertengahan jalan. Ini yang menjadi masalah selalunya apabila kita tidak buat kerja-kerja awal dengan baik.

Namun begitu, KKM memastikan proses ini tidak mengambil masa terlalu panjang ya. Kajian-kajian ditapak bagi projek naik taraf, umpama, Hospital Duchess of Kent Sandakan seperti kerja-kerja survey ya. Soal investigation dengan izin, environmental impact assessment telah selesai dilaksanakan.

KKM dan JKR juga telah memuktamadkan apa yang dikatakan sebagai jadual keperluan ruang atau schedule of accommodation ya. Dan pada masa ini, KKM sedang memutuskan apa yang kita panggil sebagai Medical Brief of Requirement

(MBOR) memperincikan untuk penyediaan anggaran kos awalan yang dijangka akan diselesaikan pada suku tahun 2026, Tan Sri Yang di-Pertua. Status, kalau itu sahajalah yang dapat saya— yang lain tu boleh saya jawab secara bertulis Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih rakan-rakan yang meriah membahaskan dan mengambil masa untuk saya membuat penggulungan ini.

Terima kasih semuanya.

draft • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Menteri.

[Tepuk] Sekarang saya jemput Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. 30 minit.

draft • 4:10 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan Salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Pertamanya, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada 14 orang Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu Simpang Renggam, Tanjong Karang, Bagan, Pasir Mas, Kluang, Rasah, Puchong, Mersing, Kulim- Bandar Baharu, Sandakan, Putrajaya, Gopeng, Hulu Terengganu dan Bakri yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan menyentuh sebanyak 13 perkara di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) semasa mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Diraja dari 20 Januari 2026 hingga 29 Januari 2026 yang lalu.

Dalam hal ini, saya menghargai segala pandangan dan cadangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan akan mengambil kira pandangan tersebut dalam pelaksanaan Program Keusahawanan dan Koperasi Kementerian, terutamanya di bawah pendekatan Perhebatkan Perniagaan Malaysia.

Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Simpang Renggam ada membangkitkan tentang program dan inisiatif keusahawanan bumiputera. Beliau nak tahu, apakah program dan inisiatif keusahawanan bumiputera ini dan KUSKOP Tuan Yang di-Pertua, memperkasakan agenda bumiputera selaras dengan RMK13 dan juga Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 atau PuTERA35 yang menjadi kerangka strategik jangka masa panjang bagi memperkasa ekonomi bumiputera secara menyeluruh dan berimpak tinggi.

Dan bagi tahun ini, peruntukan sebanyak RM1.015 bilion kepada KUSKOP dalam Belanjawan 2026 merupakan jumlah tertinggi yang pernah diterima oleh kementerian, sekali gus mencerminkan komitmen jelas kerajaan menerusi KUSKOP terhadap agenda pembangunan usahawan dan koperasi khususnya usahawan bumiputera sebagai pemacu ekonomi rakyat.

Peruntukan ini meningkat sebanyak RM200.3 juta atau 24.6 peratus berbanding RM815.13 juta pada tahun sebelumnya. Selain itu, peruntukan di bawah TEKUN Nasional khusus kepada usahawan bumiputera juga ditingkatkan daripada RM300 juta pada tahun lepas kepada RM500 juta pada tahun ini.

Pelaksanaan program kursus usahawan bumiputera juga diteruskan pada tahun ini Tan Sri, banyak ya seperti SME Bank, ada program yang dinamakan sebagai Program Jaguh Serantau. Dana disediakan sebanyak RM200 juta dan Pembiayaan Ekosistem Payung melalui dana berjumlah RM50 juta di bawah SME

draft • 4:10 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin

Bank. Manakala di bawah SME Corp ada program yang dinamakan sebagai Tunas Usahawan Belia Bumiputera SKALA (TUBE-S). T-U-B-E-S, dan RM12 juta diperuntukkan untuk program ini.

Program pembangunan vendor melibatkan pembangunan sebanyak RM11.5 juta juga diperuntukkan. Dan melalui Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), ada program yang dinamakan sebagai Program Latihan dan Bimbingan Perseorangan Bumiputera ataupun BANGKIT namanya. Juga diperuntukkan sebanyak RM8.9 juta.

Program apa lagi, di bawah Pernas, Be Your Own Boss nama program dia, diperuntukkan sebanyak RM9 juta untuk membangunkan usahawan francais dan pelesenan.

Manakala Bank Rakyat juga menyediakan program untuk memacu program keusahawanan ini. Ada beberapa program seperti yang dinamakan sebagai Santai Namun Sampai, program dia. RAKYATPreneur, Bank Rakyat UNIpreneur, i-TEKAD dan Sutera Micro Financing. Agensi di bawah KUSKOP turut menyokong usaha meningkatkan perkembangan perniagaan ke pasaran modal dan pemilikan ekuiti bumiputera.

Bagi tujuan tersebut, SME Corp Malaysia telah memperkenalkan program bumiputera Rapid Acceleration and Value Enhancement (BRAVE) dengan peruntukan sebanyak RM15 juta. Manakala UDA Holdings salah satu agensi di bawah KUSKOP juga melaksanakan program pemerkasaan hartanah bumiputera pada tahun lepas dengan peruntukan berjumlah RM16.9 juta.

Yang Berhormat Tanjong Karang ada membangkitkan— bertanyakan tentang usaha memperkasa TVET sebagai laluan kerjaya kepada usahawan belia.

Tan Sri Yang di-Pertua, kita tahu TVET merupakan salah satu bidang yang kian diminati di pasaran sekarang ini. Jadi, ramai graduan TVET sekarang ini kita galakkan mereka supaya menterjemahkan kemahiran teknikal mereka kepada peluang perniagaan. Itu sebabnya KUSKOP untuk ini, kita sentiasa ke hadapan terutamanya untuk memberikan pembiayaan dan menyediakan pelbagai program untuk mereka.

Tahun ini contohnya, TEKUN Nasional menyediakan pembiayaan sebanyak RM50 juta untuk program TVET ini dan kita menyasarkan manfaat seramai 1,700 usahawan TVET yang bakal mendapat manfaat daripada program ini. Dan saya sebut tadi, SME Corp juga melaksanakan program TUBE untuk usahawan belia ini dan RM12 juta diperuntukkan pada tahun ini dengan menyasarkan 500 belia bumiputera. Insya-Allah, program ini melengkapkan ekosistem TVET dengan

draft • 4:10 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin

menyediakan platform kepada lepasan TVET yang menterjemahkan kemahiran teknikal kepada peluang perniagaan.

Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat juga, berdasarkan hasil tinjauan PMKS 2025 oleh SME Corp, 30.7 peratus usahawan PMKS lebih cenderung menggaji graduan TVET. Kerana apa? Kerana mereka memiliki kemahiran teknikal, latihan industri yang praktikal dan komitmen yang lebih tinggi di tempat kerja. Itu sebabnya kita menggalakkan dan KUSKOP bersama-sama dengan graduan TVET bagaimana mereka boleh menterjemahkan kemahiran mereka yang diperoleh daripada banyak institusi TVET di negara kita ataupun daripada luar negara sekali pun. Dan kita bantu mereka untuk mendapatkan dana supaya mereka juga dapat menceburi dalam bidang perniagaan.

Ahli Yang Berhormat Kluang dan Bagan telah membangkitkan tentang usaha meningkatkan hasil produk tempatan dan cadangan supaya membeli sekurang- kurangnya 50 peratus barang keperluan daripada pengeluar tempatan untuk membantu usahawan PMKS kita. Kita tahu banyak pelabur-pelabur datang ke Malaysia pada hari ini dan mereka seharusnya memberikan peluang dan mendapatkan barang-barang ini daripada barang-barang tempatan sekurang- kurangnya 50 peratus.

Itu sebabnya KUSKOP dalam hal ini memperkukuh kesiapsiagaan PMKS kita agar mampu menyertai rantaian bekalan pelabur asing dan menikmati limpahan pelaburan secara lebih menyeluruh, insya-Allah. Jadi, kita tak mahulah nanti usahawan kita yang telah bersusah-payah berniaga mem-produce banyak produk- produk tapi tidak diguna pakai oleh pelabur-pelabur kita. Jadi, kita mahu supaya 50 peratus itu digunakan. Mereka kena beli ataupun dapatkan material itu daripada keperluan daripada sumber-sumber tempatan.

Itu sebabnya KUSKOP Tan Sri Yang di-Pertua juga menganggotai Jawatankuasa Penyelarasan Inisiatif Beli Barangan Malaysia yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air bagi melonjakkan pembelian barangan tempatan berbanding barangan import dalam kalangan rakyat tempatan.

Saya beralih ke Yang Berhormat Gopeng. Yang Berhormat Gopeng juga ingin bertanya tentang inisiatif KUSKOP dalam meningkatkan daya saing usahawan PMKS dan tentang bagaimana persaingan produk tempatan dengan produk asing.

Untuk makluman semua, KUSKOP melalui pendekatan yang saya sebutkan tadi, “Hebatkan Perniagaan Malaysia" insya-Allah, kita akan mengadakan beberapa

draft • 4:10 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin

program supaya mereka dapat meningkatkan kapasiti, pembiayaan, pendigitalan dan juga automasi supaya persaingan itu akan terus bertahan dan juga berdaya saing dan mereka mampu bersaing dengan produk-produk daripada luar negara dan juga pemain-pemain industri yang lain.

draft • 4:10 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin

Ada beberapa langkah yang sedang diambil oleh KUSKOP. Antaranya yang saya sebutkan tadi meningkatkan kapasiti dan juga keupayaan PMKS untuk menceburi aktiviti bernilai tambah tinggi melalui program pembangunan secara bersepadu dan juga bersasar. Yang keduanya, memudah cara akses kepada pembiayaan alternatif untuk meningkatkan modal pelaburan dan aliran kewangan PMKS, terutamanya yang melibatkan perolehan teknologi terkini, aktiviti inovasi dan pengkomersialan.

Kita juga akan membantu supaya mereka juga mempercepatkan peralihan PMKS kepada amalan hijau, automasi dan pendigitalan perniagaan supaya lebih cepat produktiviti yang mereka dapat hasilkan ini. Dan kita juga menambah baik infrastruktur perniagaan dari aspek penyediaan premis contohnya dan juga keperluan peranti digital untuk aktiviti e-Dagang, online dan juga offline.

Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kluang telah menyentuh mengenai peluang pembiayaan yang inklusif yang disediakan oleh kerajaan terutamanya dalam mengelakkan usahawan terjerumus dalam skim pinjaman yang tidak sah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selaras dengan pendekatan strategi ABCD yang digariskan oleh pengurusan tertinggi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Apa dia ABCD ini? ABCD ini adalah satu strategi yang telah pun diperkenalkan oleh pengurusan tertinggi daripada Yang Berhormat Menteri dan kita semua memperkenalkan A, B, C, D.

A ialah anjakan produktiviti. Untuk memberi tumpuan kepada usaha untuk meningkatkan produktiviti dan juga kecekapan dalam kalangan usahawan dan perniagaan.

B, kita nak birokrasi dikurangkan. Dikurangkan untuk birokrasi dengan menyemak semula prosedur. Untuk mempermudahkan permohonan dan juga memendekkan tempoh permohonan dan juga mempercepatkan permohonan pinjaman- pinjaman mereka. Contohnya kalau dahulu ada beberapa agensi kita, mereka nak luluskan mana-mana pinjaman itu agak ambil masa— dalam 20 hari, 14 hari.

Tetapi dengan adanya pendekatan terbaru ini, kita mahu semua agensi yang terlibat, terutamanya yang memberikan dana-dana pembiayaan usahawan ini, mempercepatkan. Sekarang kita beri mereka masa lima hari bekerja. Mereka kena luluskan setiap permohonan yang dipohon oleh para usahawan kita.

draft • 4:20 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin

Dan juga pelan tindakan strategik C yang disebutkan tadi apa, capaian modal.

Kita memastikan usahawan dan koperasi mempunyai akses yang lebih mudah kepada sumber pembiayaan dan modal perniagaan.

Dan juga D, daya akses pasaran membantu perniagaan dan produk tempatan untuk menembusi pasaran yang lebih luas. Kita tak mahu usahawan kita hanya bermain dalam industri di peringkat lokal sahaja. Kalau boleh, mereka juga cari jalan bagaimana mereka melihat peluang-peluang yang ada di luar negara. Dan untuk ini kita membantu para usahawan kita bagaimana untuk menembusi pasaran-pasaran di luar negara, insya-Allah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kluang, pendekatan ini merangkumi semua kelompok usahawan tanpa mengira latar belakang termasuk usahawan bumiputera, Cina dan India. Ini memastikan peluang pembiayaan dapat diakses secara maksimum, saksama dan juga menyeluruh termasuk juga golongan belia dan juga golongan orang kelainan upaya.

Untuk golongan orang kelainan upaya Tan Sri, bajet kita bantu juga melalui agensi-agensi— TEKUN umpamanya. Kalau saya boleh sebut satu contoh apa yang berlaku di Perlis. Ada salah seorang orang kelainan upaya. Dia dulu hanya berniaga homestay saja, Tan Sri. Dan juga buka premis untuk memperbaharui road tax dan juga insurans kereta saja.

Tetapi pada hari ini, dia berjaya meningkatkan usahawan dan beliau mempunyai dua buah hotel sekarang. Hotel di mana? Hotel di Kangar, Perlis. Beliau sekarang ada 10 buah homestay dan dua buah kedai makan serta perkhidmatan travel the end tour bagi kawasan utara dan juga selatan Thailand. Beliau yang saya masukkan ialah Noor Anizam bin Noor yang beralamat di Jalan Kampung Bakau, Taman Seri Firdaus, Kangar, Perlis.

Ini salah satu contoh orang kelainan upaya yang dulu memang susah dari segi pergerakannya tetapi beliau telah approach dengan kita dan TEKUN telah tampil membantu dan memberikan dana pembiayaan kepada beliau sehingga beliau maju pada hari ini. Dan dalam konteks ini, pembiayaan usahawan bumiputera terus diperkukuh dan ditambah baik. Antaranya melalui peningkatan pembiayaan yang saya sebut pada awal tadi, TEKUN Nasional, iaitu daripada RM300 juta tahun lepas kepada RM500 juta pada tahun ini.

draft • 4:20 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin

Pada masa yang sama, skim pembiayaan khusus kepada usahawan Cina turut diperkenalkan termasuk skim PROSPER-i di bawah Bank Rakyat sebanyak RM50 juta dan serta skim SUCCESS di bawah SME Bank juga sebanyak RM50 juta dan semuanya adalah RM100 juta.

Bagi usahawan India pula, pembiayaan sedia ada diteruskan dan dipertingkatkan melalui penambahan peruntukan Skim SPUMI iaitu sebanyak RM30 juta kepada RM50 juta. Selain itu, pembiayaan mikro sempena musim perayaan juga disediakan. Baru- baru ini diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri dan bersama-sama juga dengan saya, kita telah umumkan beberapa program untuk menyambut musim perayaan.

Contohnya untuk skim BARAKAT.

Skim BARAKAT ini khusus untuk menyambut usahawan, menyambut Ramadhan dan juga usahawan. Usahawan yang mungkin yang ingin berniaga di bazar umpamanya. Yang mungkin ingin berniaga menjual pakaian raya umpamanya. Yang mungkin memperbesarkan kedai runcit untuk membekalkan permintaan orang ramai untuk mendapatkan bekalan-bekalan untuk membuat kuih raya umpamanya. Ini semua ada dalam program BARAKAT oleh TEKUN Nasional. Kita sediakan dana sebanyak RM50 juta sepenuhnya sempena Ramadan dan juga Syawal.

Dan diperkenalkan juga untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Skim BERKAT namanya. Ini akan dikendalikan di bawah SME Corp. Malaysia. Sebanyak RM30 juta disediakan untuk menyokong keperluan modal usahawan sempena sambutan Tahun Baru Cina. Dan maklumat yang saya terima sebentar tadi sudah banyak pihak SME Corp. menerima permohonan-permohonan. Demikian juga TEKUN sudah banyak menerima usahawan-usahawan yang memohon untuk mendapatkan dana-dana musim perayaan, menyambut Ramadan dan juga Syawal dan juga BERKAT untuk menyambut Tahun Baru Cina ini.

Yang Berhormat Rasah, Kulim Bandar-Baharu dan Puchong telah mencadangkan supaya lebih ramai penjaja dan peniaga kecil termasuk koperasi terlibat dalam program SARA. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, berdasarkan statistik terkini, jumlah rakan niaga SARA sehingga 26 Januari 2026 telah meningkat kepada 10,447 buah kedai di seluruh negara berbanding 700 buah kedai pada tahun 2024 dan bilangan ini akan terus bertambah dari semasa ke semasa. Dalam hal ini, KUSKOP menyokong cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat agar lebih ramai penjaja dan peniaga kecil termasuk koperasi terlibat dalam program SARA.

draft • 4:20 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin

Yang Berhormat Bakri telah menggesa supaya kerajaan mengelakkan kerenah birokrasi yang membebankan usahawan PMKS. Dan saya telah sebutkan pendekatan yang strategik yang kita perkenalkan melalui ABCD tadi. B itu ialah birokrasi dikurangkan. Kita tak mahu menyusahkan para usahawan untuk mengisi borang yang terlalu banyak, berulang-ulang mengisi borang. Dan hari ini kita telah mempermudahkan semua proses ini. Yang paling penting ialah tempoh kelulusan permohonan juga kita pendekkan, kita pendekkan.

Sebagai contoh, TEKUN Nasional memendekkan tempoh proses kelulusan dan penyaluran daripada 10 hari kepada lima hari bekerja. SME Corp. memudahkan akses pembiayaan kepada PKS melalui penyedia kewangan alternatif dengan kelulusan daripada 21 hari kepada tujuh hari bekerja. SME Bank pula, memendekkan tempoh kelulusan pembiayaan modal kerja berjumlah RM100,000 hingga RM1 juta daripada 30 hari bekerja kepada 15 hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen lengkap permohonan pembiayaan.

Jadi, ini adalah antara inisiatif dan juga langkah-langkah strategik yang diperkenalkan oleh KUSKOP pada hari ini untuk mengurangkan kerenah-kerenah birokrasi yang tidak diperlukan dan kita mencari jalan untuk mempermudahkan bagaimana usahawan kita ini dapat manfaat pembiayaan dan juga apa juga manfaat program-program dengan lebih dekat dan juga cepat.

draft • 4:20 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin

Yang Berhormat Sandakan telah membangkitkan isu mengenai proses kelulusan pembiayaan, terutama peniaga kecil yang dilihat masih berpusat dan tidak mengambil kira keperluan di negeri Sabah. Untuk makluman Yang Berhormat, KUSKOP sentiasa peka terhadap keperluan komuniti penjaja dan juga peniaga kecil termasuk di negeri Sabah.

Dalam hal ini, KUSKOP mengambil maklum pandangan berhubung proses kelulusan pembiayaan yang dilihat masih berpusat di peringkat ibu pejabat bagi sesetengah agensi. KUSKOP komited memastikan akses pembiayaan disampaikan secara lebih cekap dan responsif kepada keperluan usahawan setempat. Bagi mempercepatkan kelulusan, TEKUN Nasional pada hari ini telah melaksanakan kelulusan di peringkat negeri bagi permohonan sehingga RM20,000.

Manakala Bank Rakyat menyediakan kelulusan pembiayaan PKS bagi jumlah sehingga RM300,000 sekali gus mempermudahkan dan mempercepatkan akses

draft • 4:30 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin

pembiayaan kepada usahawan PKS. Maknanya ada juga dana-dana yang diluluskan tidak semua yang memerlukan di ibu pejabat di Putrajaya tetapi juga diluluskan di peringkat negeri Sabah itu sendiri.

draft • 4:30 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Ya, Yang Berhormat Menteri, Jerlun.

draft • 4:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Ya, Jerlun. Sila.

draft • 4:30 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Saya tidak berbahas tentang KUSKOP ini tetapi soalan saya tentang KUSKOP ini ada dijawab secara bertulis. Isu yang saya ingin persoalkan di sini tentang salah laku di kalangan anggota Lembaga Koperasi yang mana di jawapan ini telah menunjukkan bahawa langkah-langkah telah diambil untuk mengatasi isu kecuaian dan salah laku anggota Lembaga Koperasi.

Persoalan yang saya nak dapat info yang lebih lanjut apakah langkah segera untuk meminimumkan salah laku ini? Sebab agensi-agensi koperasi ini bila dia duduk dalam lembaga pengarah dari sudut kewangan itu dia boleh kontrol dan kuasai. Jadi, jawapan yang diberikan ini menyebut tentang angka tetapi tidak menyebut tentang kaedah menangani supaya benda itu tidak berlarutan.

Dan yang kedua, saya nak sambung sedikit tentang dana yang disebut berkaitan dengan Bank Rakyat dan juga agensi kewangan yang lain. Adakah kementerian bercadang untuk membenarkan Bank Rakyat dan juga CBP Bank. Ini dua bank koperasi yang memberi ruang kepada pencarum untuk menambah syer. Setakat hari ini, dua bank ini tidak membuka lagi peluang-peluang untuk penambahan syer kepada pencarum. Adakah kementerian bercadang untuk membenarkan kedua-dua bank ini membuka semula untuk pencarum menambahkan syer? Sekian, terima kasih.

draft • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 4:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Yang Berhormat. SKM ini kita ada akta, Akta Koperasi. Maknanya apa juga tindakan-tindakan pengoperasian terutamanya di setiap koperasi itu harus berlandaskan akta undang-undang ini. Jadi maknanya mana- mana pelanggaran-pelanggaran yang mungkin berlaku oleh mana-mana koperasi terutamanya yang melibatkan Ahli Lembaga Koperasi yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi.

Kita di SKM memang ada beberapa unit. Pertama yang unit enforcement kita ada, memantau sejauh mana mereka melanggar itu. Enforcement kita akan turun ke bawah dan akan menjalankan siasatan-siasatan yang tertentu. Yang paling penting ialah kita mengurangkan— saya setuju, kita kena kurangkan semua apa juga bentuk

draft • 4:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

pelanggaran. Dan di SKM juga menyediakan unit untuk kita membuat program intervensi lah. Turun ke bawah untuk membantu mana-mana koperasi yang kita hidu, yang kita detect, mungkin ada masalah kita akan turun.

Itu sebabnya kita memperhebatkan jalinan kerjasama kita di peringkat pusat dengan di setiap ibu pejabat kita di semua negeri-negeri. Ini kita akan pantau semua.

Kalau ada mana-mana yang perlu kita buat intervensi segera, kita akan buat intervensi segera. Mana-mana yang pelanggaran besar, kita akan ambil tindakan melalui enforcement unit kita sehingga sampai ke mahkamah sekali pun tapi itu bukan matlamat utama kita. Yang penting kita mahu ialah pertumbuhan koperasi ini bergerak pantas, bergerak dengan lebih sihat sahaja selaras dengan agenda nasional kita.

Mengenai tentang pemilikan saham ataupun yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi Bank Rakyat dan sebagainya, nanti saya akan jawab secara bertulis Yang Berhormat ya, terima kasih. Yang Berhormat Putrajaya telah membangkitkan mengenai statistik usahawan PMKS bagi tahun 2023 hingga kini termasuk yang telah ditutup.

Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah usahawan PMKS pada tahun 2023 adalah seramai 1,101,725 merangkumi 767,421 usahawan mikro, 314,465 usahawan kecil dan 19,839 usahawan sederhana. Manakala bagi tahun 2024, jumlah usahawan PMKS direkodkan sebanyak 1,086,386. Terdiri daripada 761,897 usahawan mikro, 306,764 usahawan kecil dan 17— 725,000 usahawan sederhana. Ada angka ini ada penurunan.

Jika dilihat daripada 2023 hingga 2024 ada penurunan. Ini berlaku mungkin adanya scale up di kalangan usahawan kecil, mikro kecil sederhana mereka sudah menjadi usahawan yang lebih besar pada hari ini. Jadi, maknanya data itu berubah dan kita tidak nafikan ada juga mungkin usahawan-usahawan kita, PMKS kita yang tutup kedai dan juga berhenti berniaga.

Data usahawan bagi tahun 2025 pula akan diterbitkan oleh pihak DOSM dan berdasarkan laporan prestasi PMKS pada bulan Julai tahun 2026 ini, insya-Allah. Dan Yang Berhormat Putrajaya juga telah membangkitkan mengenai kesan kos perniagaan kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), terutama selepas pelaksanaan dasar-dasar kerajaan seperti gaji minimum, peluasan skop SST dan sebagainya.

draft • 4:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KUSKOP mengambil maklum bahawa pelaksanaan dasar seperti gaji minimum dan peluasan skop cukai jualan dan perkhidmatan SST memberi kesan kepada kos operasi perniagaan melibatkan usahawan PMKS khususnya dalam tempoh penyesuaian awal.

Dalam hal ini, KUSKOP akan terus menyediakan sokongan kepada usahawan PMKS melalui akses pembiayaan yang menyeluruh, program peningkatan produktiviti, pendigitalan dan automasi bagi membantu mengurangkan tekanan kos serta memastikan kelangsungan dan daya saing perniagaan.

Yang Berhormat Puchong telah mencadangkan supaya kerajaan menjadi lebih business friendly kepada usahawan PMKS terutamanya dalam melaksanakan inisiatif pembaharuan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa berusaha untuk terus memperkukuh persekitaran perniagaan yang lebih mesra usahawan, ia sebagaimana inisiatif yang disebutkan pada awal-awal tadi, strategik kita yang saya sebut sebagai A-B-C-D tadi.

Mengurangkan birokrasi, meningkatkan produktiviti, capital accessibility dan juga kita mahu mencari pasaran yang baru. Bukan hanya pasaran-pasaran di dalam negeri tetapi juga mungkin di luar negara. Kita akan membantu juga para usahawan kita melalui SME Corp punya program yang khusus untuk ini.

Yang Berhormat Pasir Mas telah membangkitkan mengenai isu kelewatan pembayaran caruman melibatkan Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad

(KPATB) yang memerlukan penyelesaian secara tuntas termasuk audit menyeluruh oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Hasil pemeriksaan, SKM telah meminta Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad ini mengemukakan pelan tindakan bagi mengatasi masalah tunggakan bayaran syer dan yuran anggota.

Susulan itu, koperasi tersebut telah mengambil tindakan pemulihan untuk memastikan tunggakan bayaran balik wang anggota diselesaikan secara berperingkat dengan jumlah sebanyak RM50,000 sebulan tertakluk kepada kemampuan kewangan bulanan serta mengemukakan laporan prestasi bayaran balik kepada pihak SKM secara bulanan.

Tindakan pemulihan yang diambil oleh koperasi ini juga adalah membayar modal syer anggota secara susulan dengan mencairkan aset-aset hartanah. Selain itu, koperasi juga sedang berusaha mencairkan aset pelaburan hartanah yang dimiliki untuk

draft • 4:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

mendapatkan sumber dana tambahan bagi mempercepatkan proses bayaran balik wang anggota.

draft • 4:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Yang Berhormat Mersing dan Hulu Terengganu telah membangkitkan mengenai isu mengenai kelewatan pembayaran hasil jualan saham dan dividen Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) dan mencadangkan beberapa tindakan pemulihan termasuk proses auditan dan siasatan tadbir urus terhadap pengurusan Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) tadi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Disember tahun lepas, KPF telah menerima tuntutan penebusan syer daripada 112,752 anggota berjumlah RM1.203 bilion. Daripada jumlah ini, baki yang belum berbayar adalah sebanyak RM370.18 juta yang melibatkan seramai 10,586 anggota.

Dalam usaha menangani pembayaran balik baki tuntutan ini, KPF telah menyediakan pelan pemulihan yang turut melibatkan pelupusan aset-aset bagi menjana hasil untuk menampung baki yang belum dibayar kepada anggota. Maknanya, aset koperasi ini agak banyak, tetapi mereka dalam proses untuk mencairkan beberapa aset untuk menyelesaikan baki tuntutan ataupun baki tunggakan yang perlu dijelaskan itu.

Bagi memperkukuh mekanisme pemantauan ke atas KPF ini, SKM telah mewajibkan KPF mengemukakan laporan suku tahun status kewangan serta memastikan pelan pemulihan yang dirancang dilaksanakan sepenuhnya oleh KPF dalam menjamin kepentingan anggotanya. Kita akan pantau dan kita akan meminta laporan dari masa ke semasa daripada koperasi ini supaya mereka dapat memenuhi apa juga tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh ahlinya berdasarkan kemampuan koperasi.

Mereka mampu, mereka punya aset dan dalam proses untuk mencairkan beberapa aset penting oleh pemilikan koperasi ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, setakat ini sahajalah penjelasan-penjelasan yang dapat saya berikan mengenai perkara-perkara yang telah dibangkitkan yang berkaitan dengan kementerian ini sepanjang tempoh sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Diraja.

Saya berharap penjelasan tersebut juga dapat menjawab semua perkara- perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Kami di KUSKOP insya- Allah, akan menjalankan amanah ini dengan penuh komited dan bertanggungjawab dalam memastikan kelangsungan semua kelompok usahawan PMKS dan koperasi di

draft • 4:40 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

seluruh negara ke arah memperhebatkan iaitu perhebatkan perniagaan Malaysia.

Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Seterusnya saya jemput Menteri Perladangan dan Komoditi, 30 minit.

draft • 4:40 PM

Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya bagi pihak Kementerian Perladangan dan Komoditi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada enam orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Julau, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Padang Terap dan Yang Berhormat Tenom yang telah berbahas dan mengambil peluang menyatakan cadangan dan pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat yang melibatkan perkara-perkara yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Perladangan dan Komoditi semasa perbahasan Usul Menjunjung Kasih di Dewan yang mulia ini.

Justeru, di sini saya akan memberi penjelasan terhadap isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Izinkan saya mulakan sesi penggulungan ini dengan sektor sawit dan seterusnya, saya akan beralih ke sektor getah dan juga lada.

Pertama sekali bagi menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Betong mengenai syor pelaksanaan EUDR yang memerlukan sokongan menyeluruh kerajaan melalui pensijilan Malaysian Sustainable Palm Oil ataupun MSPO dan juga bantuan-bantuan teknikal yang lain. Saya bersetuju dengan syor dan pandangan Yang Berhormat Betong berhubung perkara ini.

Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan memberikan komitmen penuh untuk memenuhi keperluan EUDR bukan sahaja untuk sektor sawit, tetapi juga untuk semua komoditi lain. Sehubungan dengan itu, bagi sektor sawit dimaklumkan bahawa 90 peratus estet telah mendapat pensijilan MSPO, manakala pekebun kecil persendirian pada masa ini telah mencapai 85 peratus. Bagi membolehkan pekebun kecil sawit memperoleh pensijilan MSPO, MPOB telah menyediakan bantuan geran sepenuhnya kepada pekebun kecil.

draft • 4:43 PM

Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Sebelum saya menjawab dengan lebih lanjut, saya ingin menjelaskan mengenai keperluan EUDR terlebih dahulu. Terdapat empat keperluan utama yang perlu dipatuhi oleh pengeluar dan pengeksport sawit Malaysia iaitu yang pertama, kebolehjejakan yang bermaksud mengenal pasti sumber asal tandan buah segar, termasuk lokasi kebun dan ladang.

Kedua, bebas penyahhutanan. Ini bermakna tiada penerokaan hutan baru dibenarkan bagi penanaman sawit selepas 31 Disember 2019. Ketiga, pemilihan sah tanah, bermaksud memastikan pengeluaran berlaku di atas tanah dengan hak milik yang sah. Dan yang keempat, amalan buruh yang baik iaitu selaras dengan standard Pertubuhan Buruh Antarabangsa termasuk pencegahan buruh paksa dan perlindungan hak pekerja.

Untuk makluman Yang Berhormat dan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, salah satu komponen utama dalam EUDR adalah elemen kebolehjejakan. Kebolehjejakan ini bermaksud produk akhir yang dieksport itu boleh dijejak sumber tandan buah segar dari ladang atau kebun mana, seterusnya diproses di kilang mana dan dibawa ke kilang penapis mana, dibawa ke kilang oleokimia mana sebelum produk akhir itu dieksport.

Bagi menyokong sistem kebolehjejakan ini, KPK dalam peringkat akhir pembangunan Sistem Kebolehjejakan Nasional (SKN) iaitu satu sistem bersepadu yang menggabungkan sistem-sistem sedia ada di bawah KPK bagi menyokong pematuhan kepada peraturan EUDR dan keperluan kemampanan global pada masa hadapan. SKN ini dijangka boleh diguna pakai sepenuhnya pada bulan Mac 2026.

Tiga sistem utama yang membentuk teras kepada SKN adalah Sawit Intelligent Management System dan GeoSAWIT dan eMSPO. SIMS adalah satu sistem di MPOB yang merekod maklumat pelesenan dan transaksi rantaian bekalan daripada ladang hingga ke pintu keluar pelabuhan.

Sistem kedua iaitu GeoSAWIT yang memetakan kedudukan sebenar lokasi dan poligon kebun serta ladang termasuk pemantauan penyahhutanan sepertimana yang dikehendaki oleh EUDR, manakala sistem ketiga iaitu eMSPO memaparkan status dan maklumat pensijilan MSPO terkini. Melalui SKN, setiap rantaian sawit Malaysia akan mempunyai data geolokasi lengkap bagi ladang dan pekebun kecil termasuk pemantauan penyahhutanan, maklumat pemilikan dan pemegang lesen MPOB yang sah, status pensijilan dan audit MSPO, rekod transaksi digital antara pembekal dan kilang dan jejak data dari ladang hingga produk akhir.

draft • 4:43 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Menteri, boleh? Tangga Batu, kawan.

draft • 4:43 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Ya, dipersilakan.

draft • 4:43 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Saya nak tanya sikitlah. Kita tahu bahawa estet-estet yang telah mendapat MSPO ini dah almost semualah, tapi masalah kita ialah pekebun kecil sebenarnya. Pekebun kecil ini terutama yang tanah MCR di Sarawak masih lagi mereka tidak boleh diproses untuk dapat MSPO. Ini akan menjejaskan kepada kita punya EUDR tadi. Jadi, apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah walaupun kecil, tapi dia akan menjejaskan kepada keseluruhan imej eksport sawit kita di peringkat Eropah? Terima kasih.

draft • 4:43 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat di atas keprihatinan Yang Berhormat. Dalam perkara ini, sudah semestinya melalui MPOB kita sentiasa membuat engagement bersama mereka Yang Berhormat. Engagement itu sentiasa dijalankan dan dilaksanakan. Insya-Allah, kesedaran itu sebenarnya semakin bertambah.

Saya juga maklum Yang Berhormat memang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang Yang Berhormat nyatakan ini. Kita tiada masalah kalau sekiranya cadangan, maklum balas Yang Berhormat itu nanti dapat kita— we can sit down. Kita boleh duduk bersekali untuk membincangkan cara yang terbaik. Yang penting seperti Yang Berhormat katakan tadi adalah pekebun-pekebun kecil sebab kita tak nak hanya fokus kepada estet dan juga yang besar sahaja Yang Berhormat.

draft • 4:43 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Seterusnya, Yang Berhormat Betong juga Tan Sri ada mencadangkan agar Program Tanam Baru Sawit Pekebun Kecil diwujudkan semula bagi membantu pekebun-pekebun kecil ini mengusahakan tanah-tanah yang terbiar. Untuk maklumat Yang Berhormat, kerajaan memang komited untuk mengehadkan keluasan tanaman sawit negara kepada 6.5 juta hektar selaras dengan komitmen Malaysia untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus liputan hutan negara dan sehingga kini keluasan tanaman sawit yang telah dilesenkan di seluruh negara adalah sekitar 5.7 juta hektar.

Dan kerajaan memfokuskan usaha untuk menambah hasil pengeluaran sawit negara melalui pendekatan strategik yang menekankan peningkatan produktiviti

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

antaranya menerusi pelaksanaan program tanam semula bersasar seperti kita ada Program Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0 dan untuk maklumat Ahli Dewan yang mulia ini, kerajaan telah menyediakan program TSPKS 2.0 ini untuk pekebun kecil untuk menggantikan tanaman sawit yang telah tua yang melebih 25 tahun dan kebanyakannya tidak produktif.

draft • 4:50 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

[Bangun]

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Bagi tujuan itu, sebanyak RM100 juta telah diperuntukkan untuk tahun 2024.

Walau bagaimanapun tahun 2025, RM50 juta telah diperuntukkan dan sama juga untuk tahun 2026 sebanyak RM50 juta. Buat masa ini, pelaksanaan skim insentif pembiayaan TSPKS 2.0 ini dilihat sedikit sebanyak dapat membantu untuk meningkatkan kadar tanam semula negara. Kalau sebelum ini tahun 2024, kadar itu dua peratus.

draft • 4:50 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Sekarang dah naik.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Tetapi 2025 ia telah meningkat kepada 3.4 peratus. Ya Yang Berhormat?

draft • 4:50 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Okey. Terima kasih Menteri.

Baik. Saya sebenarnya sangat teruja dengan jawapan Menteri lah. Penuh dengan data.

Cuma, saya punya pandangan kalau kita lihat average yield kita masih lagi sekitar 17 tan dan kita pernah capai 18 tan lebih saya ingat dalam tahun 80-an lebihlah.

Dan dengan progeny yang baharu, kita punya bahan tanaman yang baharu yang high-tech ratio sepatutnya yield kita lebih tinggi. Tapi kita tak dapat. Sebab, macam Menteri kata tadi disebabkan oleh kerana jumlah pokok tua kita sebenarnya tinggi. Dan saya juga sebenarnya teruja bila kerajaan dapat meningkatkan daripada dua peratus kepada tiga peratus. Tapi sebenarnya tak cukup. Kita perlu mungkin empat hingga lima peratus baru kita boleh buat total recovery dalam masa yang singkat.

Cuma, pandangan saya, saya pernah bercakap dulu di Parlimen dengan YB Datuk Jo, sebenarnya ada satu sektor yang kerajaan ambil duit daripada industri iaitu dipanggil windfall levy. Saya rasa dengan harga sawit sekarang ini, saya ingat windfall levy itu mungkin kerajaan boleh kutip RM1 bilion lebihlah. Kenapa tidak— mungkin saya tidak tujukan kepada Menteri, tapi biar Menteri Kewangan dengar.

Kenapa tidak mereka bagi sikitlah ke industri ini kan. Sebab kita tak ada masalah, syarikat besar Sime Darby, IOI tak ada masalah. Tapi di sana ada syarikat-syarikat kecil

draft • 4:50 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

tahu, yang ada lebih kurang 1,000, 2,000 hektar mereka menghadapi masalah untuk melakukan replanting. Apa pendapat Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Ada cadangan juga untuk meningkat levy itu Yang Berhormat. Cadangan itu di peringkat kementerian sahaja. Tapi kalau sekiranya— tapi baguslah, ia adalah juga cadangan daripada Yang Berhormat mengenai perkara tersebut. Sebab kita sebenarnya banyak perkara yang perlu kita laksanakan Tan Sri, dalam kita— terutamanya nak meningkatkan produktiviti, sebab kita fokus kepada eksport.

Apabila kita fokuskan kepada eksport, sudah semestinya kita memerlukan produktiviti yang lebih tinggi. Dan kalau sekiranya pokok itu pokok dah 25 tahun ke atas, lepas itu, kadang-kadang, terutamanya pekebun kecil Tan Sri. Pekebun kecil dia membuat— dia tidak mahu, mungkin kurang mahu membuat tanaman semula disebabkan itu sahaja pendapatan yang mereka ada.

Mereka terpaksa memilih antara tanam semula ataupun itu. Jadinya, saya harap pihak kementerian, terutamanya Kementerian Kewangan juga mendengar apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat Tangga Batu bagi pihak kementerian juga. Terima kasih Yang Berhormat.

Seterusnya, saya ingin menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh YB Julau mengenai industri sawit Malaysia yang sering dikaitkan di peringkat antarabangsa dengan kemusnahan hutan dan kepupusan hidupan liar seperti orang utan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan melalui KPK telah menubuhkan satu yayasan.

Yayasan ini kita namakan Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia ataupun MPOGCF yang bertujuan untuk melaksanakan pemuliharaan alam sekitar termasuk konservasi hidupan luar bagi meningkatkan komitmen industri sawit terhadap isu kemampanan.

Antara program dilaksanakan termasuklah Program Pemuliharaan Orang Utan di Sabah, Program Borneo Elephants Sanctuary di Sabah, Program Konservasi Harimau Malaya dengan kerjasama PERHILITAN di Pahang dan Perak dan pelbagai lagi program-program dilaksanakan.

Dan menyentuh mengenai cadangan Yang Berhormat Julau supaya ditubuhkan satu pusat rehabilitasi di Julau atau di lokasi lain di Sarawak. Kementerian melalui MPOGCF sentiasa terbuka untuk menilai keperluan tersebut berdasarkan kajian

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

kebolehlaksanaan dan kerjasama strategik bersama pihak berkuasa negeri seperti Sarawak Forestry Corporation.

Dan, selain daripada itu, bagi menangkis naratif negatif yang dilemparkan oleh— terhadap industri sawit, KPK turut melaksanakan Program Menangani Kempen Anti Minyak Sawit yang menyasarkan kepada pasaran di Eropah, khususnya di UK dan satu— saya nak kongsi-kan satu tinjauan bebas yang telah dilaksanakan oleh YouGov sebuah syarikat yang berasaskan penyelidikan pasaran dan analisis data di UK.

Tinjauan ini dilaksanakan tahun 2025, dia menunjukkan trend yang sangat positif terhadap sawit yang mana tahap kesedaran awam terhadap minyak sawit kekal pada paras 90 peratus penerimaan terhadap sawit generasi muda 18 tahun hingga 24 tahun di dapati meningkat daripada 54 peratus tahun 2024 kepada 59 peratus tahun 2025.

Dan sejak 2021, peratusan responden yang memandang negatif kesan sawit terhadap alam sekitar telah menurun daripada 71 percent ataupun 71 peratus kepada 64 peratus dan kekal stabil pada tahun 2025. Seterusnya saya nak beralih kepada isu yang dibangkitkan...

draft • 4:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Boleh saya tanya?

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Tapi Yang Berhormat tak berbahas. Okey.

silakan.

draft • 4:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Bolehlah. Berkaitan. Berkaitan.

Tahniahlah yang persepsi negatif terhadap minyak sawit di London nampaknya telah pun turun. Saya sebenarnya nak tanya, apakah— bolehkah bagi mungkin Dewan ini tahu, mungkin kalau tak ada jawapan, mungkin secara bertulis, apa yang dilakukan oleh MPOC untuk menangani propaganda negatif terhadap minyak sawit kita dan tahun ini adalah tahun Melawat Malaysia.

Jadi, adakah kementerian mempunyai apa-apa rancangan untuk bekerjasama mungkin dengan tour guide association dengan syarikat-syarikat pelancongan yang membawa masuk pelancong asing untuk minta mereka membawa mesej tentang kebaikan minyak sawit, vitamin minyak sawit kepada pelancong asing. Kerana dulu memang ada usaha untuk ada libat urus dengan itu tour guide Malaysian itu dan juga dengan para hotel— the hotel association untuk meletakkan bahan-bahan, material berkenaan dengan kebaikan sawit dan cara kita mengeluarkan sawit melalui yang secara mampan dan juga sebagainya.

draft • 4:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

So, saya nak tahu sama ada— saya nak cadangkan tahun ini adalah sangat penting bagi kementerian untuk melakukan usaha untuk counter negative sentiment terhadap sawit kita.

draft • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sila Menteri.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih di atas cadangan YB Seputeh. Mungkin kementerian mempunyai KSU dan pegawai-pegawai di belakang yang mungkin boleh mengambil kira pandangan dan cadangan daripada Yang Berhormat.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Tapi kita juga nak maklumkan bahawa kerajaan melalui MPOC tidak hanya menumpukan kepada kempen anti sawit saja di Eropah, tapi turut memberikan tumpuan terhadap pemuliharaan alam sekitar seperti yang dalam jawapan saya tadi. Dan secara tak langsungnya juga, kerajaan in a way, secara tak langsung memberikan jaminan...

draft • 5:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Menteri.

draft • 5:00 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Kepada pengimport di Eropah bahawa produk negara kita bebas daripada elemen pemusnahan alam sekitar dan sebagainya.

Yang kedua, cadangan Yang Berhormat itu kita ambil maklum dan kita akan pertimbangkan dan akan dilaksanakan. Ya, Yang Berhormat.

draft • 5:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tak ada berbahas tapi saya ada soalan bertulis yang telah dijawab tetapi saya ada sedikit nak minta penjelasan. Saya ingin mengetahui, adakah kementerian merancang untuk menyeragamkan klon-klon sawit yang ditanam semula sebab dewasa ini ramai daripada penanam-penanam sawit, menanam pelbagai jenis klon dan variety. Dan sepertimana yang kita tahu, klon yang telah disahkan oleh MPOB adalah Tenera (DxP) yang mempunyai kadar perahan minyak ataupun oil extraction rate iaitu 27 percent. 27 peratus lebih tinggi dan kualiti dan pengeluaran juga tinggi dan tempoh pengeluaran hasil juga pendek. Jadi, saya merasakan bahawa kalau ada usaha untuk kita membuat penanaman baru, saya mencadangkan kepada kementerian supaya kalau boleh kita menyeragamkan klon-klon benih sawit ini ditanam dengan klon yang baik supaya kita boleh mengeluarkan hasil yang lebih tinggi dan mempunyai kadar OER yang lebih tinggi.

draft • 5:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Ini termasuk kepada klon-klon yang harus diberikan kepada pekebun kecil juga dan tapak-tapak ataupun syarikat semaian benih ini juga harus diseragamkan. Jadi, saya bertanya adakah pihak kementerian mempunyai rancangan untuk menyeragamkan proses-proses pengeluaran dan penanaman sawit ini? Terima kasih.

draft • 5:00 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih di atas cadangan dan juga pertanyaan daripada Yang Berhormat tadi. Sebab nanti saya akan ada jawab mengenai klon getah dan yang selebihnya nanti kita akan bagi jawapan itu secara bertulis juga kepada Yang Berhormat juga. Saya nak terus beralih kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Tangga Batu mengenai persoalan berkaitan penyakit Luruhan Daun Pestalotiopsis yang menjejaskan hasil dan pendapatan pekebun kecil.

Bagi menangani penyakit LDP ini, LGM telah melaksanakan Program Kawalan Penyakit LDP ini sejak tahun 2023 hingga 2025 dan saya nak kongsikan juga untuk makluman Dewan ini, dengan peruntukan terkumpul sebanyak RM37.98 juta yang melibatkan kawalan untuk 38,492 hektar kawasan getah matang yang parah.

Dan walaupun RISDA bukan di bawah KPK, tapi ada sedikit data yang saya nak kongsikan juga di sini. Pihak RISDA juga telah melaksanakan program yang sama dalam tempoh RMK12 dengan kos banyak RM68.56 juta bagi keluasan 96,279 hektar kawasan getah milik pekebun kecil yang di bawah RISDA.

Memang kita akui penyakit ini mudah merebak dan sangat dipengaruhi oleh faktor cuaca, khususnya taburan hujan tinggi menjadikan kawalan sepenuhnya satu cabaran. Oleh itu, pendekatan kawalan diperkukuh melalui pematuhan berfokus, pelaksanaan amalan pertanian baik, sanitasi ladang serta penggunaan kaedah semburan yang sesuai mengikut ketinggian dan keadaan pokok.

draft • 5:00 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

[Bangun]

draft • 5:00 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Dari segi perundangan, walaupun penyakit LDP ini tidak dicadangkan untuk diwartakan sebagai wabak baru, tindakan kawalan tetap dilaksanakan di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 melalui pengeluaran notis kawalan bagi kawasan dijangkiti serta notis pemantauan bagi zon berjaga-jaga bagi membolehkan kawalan dilaksanakan secara bersasar dan berperingkat tanpa menjejaskan operasi industri secara menyeluruh.

draft • 5:00 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Kuala Krau.

draft • 5:00 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Baik.

draft • 5:00 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih Menteri.

draft • 5:00 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Tapi Yang Berhormat, kalau saya habiskan sikit boleh tak?

draft • 5:00 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Sila, sila. Sila.

draft • 5:00 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Selain daripada serangan penyakit LDP ini, penurunan pengeluaran getah asli turut dipengaruhi oleh faktor lainlah, seperti kawasan tanaman matang yang terbiar, kos pengeluaran yang tinggi dan umur penoreh yang semakin berusia.

Untuk makluman Yang Berhormat, LGM telah melaksanakan program ini melalui satu kerjasama dengan FELDA, dengan estet swasta untuk pemulihan ladang getah terbiar seluas 1,000 hektar dengan peruntukan sebanyak RM7 juta pada tahun 2025.

Bagi tahun seterusnya, disasarkan seluas 6,500 hektar kawasan getah terbiar akan dipulihkan dengan anggaran pengeluaran sebanyak 10,000 tan metrik getah kita.

Insya-Allah dapat dipertingkatkan. Ya, silakan.

draft • 5:00 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih Menteri. Sebelum itu saya mengucapkan tahniah lah atas pelantikan semula ke kementerian yang sebelum ini pernah dipimpin. Melalui yang dimaklumkan tadi, hampir 40 juta telah digunakan untuk mengatasi penyakit ini. Namun setakat ini, sejauh mana kajian yang dibuat tentang keberkesanan bagi mengatasi penyakit ini, sebab ia nya masih berterusan sehingga ini lah, termasuk pekebun kecil di Kuala Krau. Terima kasih.

draft • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 5:00 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Seperti jawapan saya tadi, memang banyak cabaran ada Yang Berhormat. Seperti macam kos pengeluaran yang tinggi, kawasan tanaman matang yang— kawasan tanaman matang yang terbiar dan keadaan cuaca. Dia memang banyak. Saya nak kata 100 peratus sukses itu tak bolehlah pula.

Tapi sedikit sebanyak ia nya dapat meningkatkanlah pengeluaran, ya Yang Berhormat.

draft • 5:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Baik, kalau kita lihat secara statistik dan memang pengeluaran getah negara ini makin lama makin berkuranglah.

Saya tidak nafikan sebab pokok tua, pekebun pun tua dan sebagainya.

Tapi kita juga harus ingat bahawa Pestalotiopsis ini, bila dia menyerang pokok getah, sampai aduan daripada pekebun kecil tiga kali daun gugur, bererti memang tidak akan dapat getahlah. Itu realitinya lah.

draft • 5:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Cuma, apa yang boleh kita bantu pekebun kecil ini? Sedangkan kalau musim tengkujuh, kita ada Bantuan Musim Tengkujuh, makna dia pekebun kecil dapat imbuhan.

Tapi bila setahun, tiga kali daun luruh, apa mereka dapat? Mereka tak dapat apa-apa.

Cuma saya nak membuatkan cadangan supaya kerajaan mengadakan Tabung Bencana Komoditi. Sepertimana Tabung NADMA untuk bencana alam. Jadi, bila negara ditimpa bencana, khususnya kepada pekebun kecil, paling tidak kerajaan ada duit untuk membantu. Dan bukan getah saja, sekarang ini kalau kita lihat contoh macam masalah [Tidak jelas] Timur di Sabah, alhamdulillah dapat diatasi.

Tapi hari ini satu lagi penyakit saya lihat berada di Terengganu, di Sungai Tong dan sebagainya dia panggil ALF. Dia panggil Algae B Spot dan saya dah baca juga kajian daripada MPOB mengatakan bahawa penyakit ini kalau tidak dikawal, dia boleh memberikan kesan kepada penurunan hasil sawit sebanyak 10 hingga beberapa peratuslah. Jadi, sebab itu saya mencadangkan supaya kerajaan adakan tabung bencana, bencana.

Yang kedua, kalau ada pun, jangan diletakkan di bawah MOF, diletakkan di bawah kementerian sendiri. Sebab penyakit ini bila serang, baru nak tulis surat ke MOF, tunggu 3, 4 bulan, habis satu Malaysia dah kena serang penyakit. Jadi, saya cadangkan, minta dimasukkan dalam ucapan, ucapan penggulungan Menteri, supaya MOF cakna sikit tentang nasib petani, pekebun-pekebun kecil yang berada di luar bandar. Sekian, terima kasih.

draft • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 5:00 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih YB Tangga Batu di atas cadangan. Saya kira sini satu cadangan yang sangat membina sebab cadangan ini saya tengok dia nya wajar, dia nya relevan dan keperluan untuk mempunyai dana ataupun tabung ini, saya bagi pihak kementerianlah, kita merasakan bahawa dia nya cukup mendesak kerana penyakit tanaman seperti LDP ini, dia nya secara tak langsung memberi kesan secara direct Tan Sri kepada pendapatan pekebun kecil.

Untuk makluman juga, kalau sekiranya tabung ini kita tubuhkan, dia nya memboleh seperti Yang Berhormat nyatakan tadi jugalah, dia nya membolehkan satu tindakan yang pantas, terancang dan sekali gus dapat melindungi kestabilan pengeluaran keselamatan ekonomi pekebun kecil.

draft • 5:00 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Tapi, Tan Sri, sebenarnya kementerian telah mengemukakan satu permohonan untuk pertimbangan dan kelulusan MOF. Buat masa ini, belum ada kelulusan lagi, Yang Berhormat. Tapi, buat masa ini, kalau sekiranya ada, memang kementerian menggunakan peruntukan kami yang sedia ada itu. Tapi, terima kasih di atas cadangan daripada Yang Berhormat.

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tapi, nak tanya. Dengan peruntukan yang ada ini, cukup atau tidak?...

[Ketawa] Sebab itu, saya kata, kadang- kadang diambil daripada industri RM1 bilion lebih daripada paying for levy...

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Betul.

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Bagi baliklah kepada industri.

Itu permintaan sayalah.

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Betullah.

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Terima kasih.

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Itu kita harap dapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kewangan.

Saya dah dapat jawapan untuk yang Berhormat Puncak Borneo. Pembelian benih sawit hanya kepada mereka yang mempunyai Code of Good Nursery Practice

(CoPN) untuk menjaga kualiti sawit itu, Yang Berhormat. Yang lain-lain semua kita akan bagi jawapan secara bertulis.

Yang Berhormat Betong ada membangkitkan berkenaan dengan komoditi getah yang hanya bergantung kepada Insentif Pengeluaran Getah dan tidak sejajar dengan peningkatan kos semasa serta cadangan supaya kerajaan menyemak semula harga lantai getah ke satu tahap yang lebih realistik dan mekanisme bayaran IPG dipermudahkan.

Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan telah melaksanakan IPG sejak tahun 2015 sebagai mekanisme sokongan pendapatan bersasar untuk melindungi pekebun kecil ketika kejatuhan harga getah memandangkan harga komoditi ini tertakluk kepada pasaran global. Pekebun kecil akan disalurkan bayaran IPG mengikut kadar pengaktifan ditetapkan iaitu perbezaan paras harga pengaktifan RM3 sekilogram berbanding harga purata getah cup lump semasa. Dan apabila harga getah cup lump semasa lebih rendah daripada PHP IPG, perbezaan bayaran IPG berkenaan akan terus dikreditkan ke akaun pekebun kecil pada bulan berikutnya.

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Dan berdasarkan situasi semasa dalam tempoh 2015 sehingga kini, PHP IPG ini telah disemak sebanyak lima kali. Dulu RM1.75 sekilogram kepada RM3.00 lah sekilo.

Dan sehingga 31 Disember 2025, IPG telah memberi manfaat kepada lebih 254,000 pekebun kecil dengan jumlah bayaran melebihi RM534 juta dan kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM171 juta setahun bagi tahun 2025 dan 2026 untuk IPG.

Dan untuk makluman Yang Berhormat, KPK termasuk LGM juga telah mengadakan perbincangan dengan KKDW serta agensi lain termasuk RISDA, FELDA, FELCRA, Lembaga Industri Getah Sabah dan Sarawak Rubber Industry Board bagi menyemak semula cadangan untuk meningkatkan paras harga pengaktifan sedia ada dan hasil perbincangan yang dimuktamadkan ini melalui Memorandum Jemaah Menteri ini kelak akan diangkat untuk pertimbangan kerajaan.

Saya ingin menjawab Yang Berhormat Tenom yang mencadangkan agar kerajaan dapat menambah nilai industri getah dengan meneroka industri getah yang baru yang berteknologi tinggi termasuk farmaseutikal.

Untuk makluman Yang Berhormat, LGM telah membangunkan Kompleks Integrasi Penyelidikan Getah Mampan di Stesen Penyelidikan Kota Tinggi yang dilaksanakan berdasarkan konsep sisa sifar dan IPC ini berperanan sebagai one stop centre menggabungkan aktiviti pemprosesan bagi penghasilan getah termaju dan bahan bukan getah bernilai tinggi.

IPC ini merupakan fasiliti bagi tujuan pembangunan inovasi dari peringkat makmal hingga ke peringkat skala pra komersial. Salah satu komponen IPC ini adalah Pusat Penyelidikan Bioproses yang bertujuan untuk menghasilkan bahan biokimia daripada serum getah. Inovasi biokimia berasaskan serum getah ini melibatkan penghasilan protein serum getah asli dan fraksi gula cecair getah asli menggunakan teknologi pemisahan membran. Pada masa yang sama, usaha penyelidikan diperkukuh ke arah pengkomersialan melalui kerjasama industri dan penggunaan fasiliti sedia ada bagi membentuk hala tuju baharu industri getah yang berdaya saing.

Ada saya nak jawab satu lagi mengenai lada.

draft • 5:10 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Yang Berhormat Menteri, Padang Terap. Padang Terap. Ada kan Padang Terap? Sebelum itu, sikit saya nak tanya sikit isu yang panas sekarang ini berlaku di bawah. Boleh tak?

Iaitu isu yang berlaku di bawah ini ialah isu RISDA membeli getah skrap dengan harga yang lebih tinggi daripada peniaga-peniaga LGM yang ada lesen. RISDA ini

draft • 5:10 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

adalah untuk membantu pekebun kecil untuk tanaman semula. Tapi, akhir-akhir ini membeli getah dengan harga yang tinggi dan berlawan dengan LGM. Adakah benar isu ini berlaku? Dan kalau berlaku, apakah cadangan ataupun solusi daripada pihak kementerian? Terima kasih.

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Yang Berhormat, saya pernah menjadi Pengerusi RISDA, Tan Sri, tapi yang paling pendek sekali di dunia. Sekejap saja. Tapi, walaupun bagaimanapun, penyelarasan akan dilaksanakan antara LGM, RISDA dan banyak lagi perbincangan. Mengenai perkara yang Yang Berhormat timbulkan, nanti kita akan tengok dan kita akan tengoklah dan kita akan buat susulan daripada perkara tersebut.

Ada satu mengenai sektor lada, Tan Sri. Satu saja. Ini YB Betong yang bawa mengenai isu kos input iaitu baja dan racun yang lebih tinggi dan menuntut peluasan subsidi bersasar.

Kita memang prihatin terhadap cabaran yang dihadapi oleh para pekebun kecil lada termasuk kenaikan kos input pertanian yang menjejaskan pendapatan dan daya saing dalam pasaran. KPK melalui Lembaga Lada telah melaksanakan beberapa inisiatif penyaluran bantuan secara bersasar di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas.

Pelaksanaan inisiatif ini diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

Sebagai contoh, di bawah rolling plan pertama Rancangan Malaysia Ketiga Belas, beberapa inisiatif telah dan sedang dilaksanakan. Dan program kemampanan penanaman lada di Malaysia telah menerima kelulusan peruntukan berjumlah RM16 juta bagi tahun 2026.

Dan untuk makluman Yang Berhormat juga, KPK menyedari cabaran berkaitan kos input pertanian ini khususnya baja yang semakin meningkat. Sebab itulah KPK menggalakkan para pekebun agar memberi fokus kepada penghasilan lada premium seperti lada berkualiti eksport dan lada putih krim yang mampu mencapai harga sebanyak RM65,000 satu tan metrik di pasaran. Pendekatan ini bertujuan membolehkan pekebun menikmati pulangan yang lebih baik melalui harga premium yang ditawarkan.

Yang lain-lain, saya akan jawab secara bertulis.

draft • 5:10 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Yang Berhormat Menteri, sikit hal lada. Satu lagi cabaran yang memerlukan racun kulat tadi ialah mengenai serangan penyakit. Kebelakangan ini, pekebun-pekebun lada kadang-kadang sampai tiga, empat tahun, dia punya lada habis kena serang penyakit. Tak macam dulu,

draft • 5:10 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

masa orang tua saya yang tanam lada dulu, sangat senang sampai 15 tahun tidak ada penyakit.

Jadi, saya ingin syorkan agar Lembaga Lada ini perhebatkan lagi R&D supaya mendapatkan klon-klon ataupun varieti yang dapat menahan dari segi daya tahan genetik dan tanpa mengorbankan kualiti aroma daripada kepedasan lada-lada itu.

Sekian, terima kasih.

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat. Sebab itulah KPK memang turut menekankan aspek peningkatan kapasiti dan pengetahuan pekebun bagi memastikan mereka ini sentiasa peka terhadap perkembangan terkini terutamanya dalam aspek agronomi tanaman supaya amalan penanaman lada yang baik itu selaras dengan pensijilan My Good Agricultural Practice. Dan yang lain-lain, saya jawab bertulis, Tan Sri. Dan sehingga— kita kerajaan kita sedar akan isu-isu semasa seperti penyakit, harga tidak stabil yang menjejaskan pendapatan sektor komoditi ini, terutamanya pekebun-pekebun kecil.

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Dan mengambil kira perkara ini, kementerian telah dan akan sentiasa mengadakan pelbagai sesi libat urus dengan pihak berkepentingan. Dan KPK komited dalam melaksanakan reformasi dasar bagi memastikan kemampuan jangka panjang sektor agrikomoditi. Dan dalam waktu yang sama, meningkatkan ekonomi rakyat, terutamanya pekebun kecil yang merupakan nadi penghasilan produk komoditi negara.

Terima kasih.

draft • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Menteri. Penggulungan kementerian terakhir hari ini adalah Kementerian Dalam Negeri. Silakan Menteri, 40 minit dari sekarang.

draft • 5:20 PM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Membaca sepotong doa] Tuan Sri Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih. Ruang yang diberikan kepada saya selama 40 minit untuk mengambil bahagian menggulung perbahasan Titah Diraja di Dewan yang mulia ini. Tan Sri, kerana masanya 40 minit, kementerian ini mengundang perbahasan 40 Ahli Yang Berhormat, 34 isu dibangkitkan.

draft • 5:21 PM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Jadi, saya nak bahagikan macam ini. Lebih kurang 25 minit, 30 minit, saya akan jawab dulu. Kemudian saya akan peruntukan baki 10, 15 minit terakhir untuk mana- mana Ahli Yang Berhormat untuk bertanya. Kerana saya meletakkan urutan, saya akan menyentuh tentang SOSMA, saya akan menyentuh tentang insiden Durian Tunggal, saya akan sentuh tentang jenayah siber, yang saya fikir antara tajuk-tajuk, termasuk warganegara, yang banyak dibangkitkan.

Jadi, saya akan fokuskan beberapa jawapan mengikut teks yang disiapkan oleh pegawai-pegawai saya setelah mereka melakukan kajian dan persiapan yang rapi. Tan Sri Yang di-Pertua, saya mulakan dulu dengan menyentuh, memberi maklum balas tentang kewarganegaraan, yang paling banyak dibangkitkan juga. Waktu saya masuk ke kementerian ini, pada Disember tahun 2022, saya mewarisi kes tunggakan sebanyak 49,000. Pada masa yang sama, permohonan baru terus masuk.

Sehingga hari ini, Kementerian Dalam Negeri, kita telah berjaya membuat keputusan sebanyak 52,444 permohonan, membuat keputusan. Sama ada lulus ataupun gagal. Ini bermaksud, permohonan baru dan permohonan tunggakan.

Tunggakan masih ada lagi yang belum selesai.

Baik. Di dalam Dewan ini, tempoh hari saya menyebut sepanjang 2023, saya katakan bahawa Kementerian Dalam Negeri akan selesaikan 10,000 kes. Kami selesaikan 11,711. Tahun 2024, saya letakkan sasaran 17,000. Kita berjaya selesaikan 20,701. Tahun 2025, sasaran kita 20,000. Kita selesaikan 20,032 kes.

[Tepuk] Tan Sri Yang di-Pertua, semua ini kita capai dalam masa tiga tahun. Secara kebetulan Tan Sri Yang di-Pertua, tempoh ini hampir menyamai lapan tahun pemerintahan terdahulu iaitu 55,041 keputusan. Biar kita bersaing di atas nak membantu, nak memudahkan urusan rakyat. Setakat 31 Disember tahun lepas, baki permohonan yang belum kita buat keputusan, ini kes tertunggak ya, ialah 3,738.

Di dalam Dewan ini juga saya menyebut bahawa permohonan untuk kewarganegaraan, kita akan berpandukan kepada prosedur operasi standard. KDN kata, kita mengikat diri kita ini dengan komitmen satu tahun untuk memaklumkan keputusan. Sebelum ini, lima tahun, 10 tahun, 15 tahun, 33 tahun pun ada. Tapi kali ini kami kata dalam tempoh satu tahun.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga nak menyebut bahawa tempoh hari bila kita pinda Perlembagaan Persekutuan mengenai kewarganegaraan, hasilnya ialah sekarang ini kita dalam proses memuktamadkan pindaan kaedah-kaedah kewarganegaraan.

draft • 5:21 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

draft • 5:21 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Bagi membolehkan nanti sistem dalam talian sebagai sistem pra-pendaftaran boleh diguna pakai dan sebagainya.

Jadi, kita sedang dalam peringkat akhir bagi mendapatkan perkenan Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong. Itu satu keperluan dan kita jangkakan 1 Januari 2026, kita boleh melaksanakan selaras dengan peruntukan 1(2) akta tersebut.

Maksudnya, bagi ibu rakyat Malaysia yang melahirkan anak di luar negara daripada pasangan mereka bukan warganegara, maka kewarganegaraan anak itu akan dapat secara kuat kuasa undang-undang apabila mereka memenuhi semua garis panduan, termasuk kaedah-kaedah warganegara yang telah kita sebutkan tadi.

draft • 5:21 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Tan Sri Yang di-Pertua. Boleh saya rakam?

draft • 5:21 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Saya dah sebut tadi, saya nak— nanti 15 minit terakhir, saya akan bagi.

draft • 5:21 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya nak rakamkan. Baik. Saya nak rakamkan tahniah dan syabas kepada Menteri

draft • 5:21 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik, terima kasih.

draft • 5:21 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Dan nak sampaikan rasa terima kasih daripada ribu-ribu rakyat di luar sana, nak sampaikan the gratefulness and the emotional feeling. Syabas dan tahniah kepada Menteri. Itu saja yang saya nak sampaikan.

draft • 5:21 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih. Tan Sri Yang Di- Pertua, SOSMA adalah tajuk kedua yang banyak juga disentuh. Saya nak maklumkan yang pertama, saya telah membentangkan Kertas Jemaah Menteri pada hari Jumaat lepas. Meminta untuk Jemaah Menteri bersetuju supaya Kementerian Dalam Negeri boleh memulakan pindaan terhadap Akta SOSMA ini di dalam Parlimen ini.

Jadi, kita telah pun diberikan persetujuan dasar oleh Jemaah Menteri. Bermula daripada sekarang, Kementerian Dalam Negeri akan melakukan sesi libat urus, kajian, perbincangan, dengan harapan bahawa pindaan itu boleh kita bawa ke Dewan ini pada persidangan Julai atau Ogos nanti. Itu dari segi milestone kita. Baik.

Saya kemukakan beberapa perkara, tentunya dia lebih kompleks ya. Tetapi di dalam Dewan ini tempoh hari saya menyebut ada lebih kurang 73 kesalahan di bawah SOSMA yang kalau mengikut praktis sekarang, kesemuanya itu akan diuruskan mengikut satu hala saja. Terutama dalam kes yang paling mendapat kritikan meluas

draft • 5:21 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

adalah tentang seksyen 13, tentang ikat jamin dan juga seksyen 30. Ini soal tempoh menunggu prosiding yang lama.

Jadi, kita ada cadangan nantinya, sehingga diperakukan nanti oleh Jemaah Menteri bila kita siap matriks pindaan nanti. Kita akan membuat pengelasan bergantung kepada tahap seriusnya kesalahan itu.

Kalau satu tahap kesalahan yang membawa kepada hukuman penjara yang berat, 20, 30 tahun misalnya. Yang ini kita cenderung untuk mencadangkan supaya tidak ada ikat jamin dalam tempoh yang ditetapkan. Tapi bagi kesalahan-kesalahan yang hukumannya jauh lebih ringan, penentuan sama ada ikat jamin atau tidak itu, boleh saja dilakukan oleh majistret ataupun boleh saja dicadangkan oleh DPP.

Jadi, itu antara perubahan berbanding status sekarang ini. Kita juga mengangkat cadangan untuk mengadakan satu mahkamah khas. Sepertimana juga mahkamah khas dalam kes-kes yang lain sebelum daripada ini.

Bukan dengan sudut pandang bahawa kes ini memerlukan soal sampai perhatian diwujudkan satu mahkamah khas ini tanda terlalu serius, tidak. Tapi oleh kerana prosiding yang terlalu lama, jadi kita nak mempercepatkan proses itu. Kerana antara kritik yang paling keras terhadap SOSMA adalah mereka yang terlibat itu, ketika tidak dibenarkan ikat jamin, prosiding lama mereka menunggu itu dianggap sebagai satu hukuman.

draft • 5:21 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Jadi, itu tentang SOSMA. Apakah Kabinet sudah memberikan kelulusan dasar?

Sudah selepas daripada ini adalah KDN akan mengemukakan metrik pindaan dan menjalankan sesi libat urus yang lebih agresif. Dan saya juga telah mengadakan perbincangan awal dengan Ahli Parlimen Selayang untuk melakukan libat urus termasuk dengan Parliamentary Select Committee yang telah pun memperhalusi tajuk SOSMA ini.

Insya-Allah saya akan meluangkan masa untuk mendengar syor daripada Jawatankuasa Parlimen mengenai tajuk ini.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tan Sri Yang di-Pertua, saya nak beralih kepada insiden tembakan kematian tiga individu di Durian Tunggal, Melaka. Kita memberi perhatian berat terhadap beberapa

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

perkara yang dibangkitkan oleh waris mangsa tentang insiden ini. Suka saya memaklumkan bahawa di peringkat Polis Diraja Malaysia, mereka telah pun, pertama mewujudkan pasukan siasatan khas yang ditubuhkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah yang diketuai oleh pegawai kanan berpangkat Senior Assistant Commissioner.

Jawatankuasa ini kena memastikan bahawa siasatan dilakukan dengan tahap kredibiliti tertinggi, telus dan tanpa kompromi berpaksikan prinsip equality before the law serta Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Baik, dari sudut prosedur perundangan, kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara sebanyak dua kali, 16 Disember dan 29 Disember. Baik, proses untuk melengkapkan pembuktian teknikal.

Sekarang kita berada pada tahap ini. Pihak polis menunggu laporan pakar yang kritikal.

Pertama, laporan patologi dari Hospital Melaka. Laporan ballistic dan gunshot residue dari Jabatan Kimia. Laporan-laporan teknikal ini apakala diperolehi, kertas siasatan akan dirujuk semula oleh pasukan petugas khas ini kepada AGC atau Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut selaras dengan kuasa pendakwa raya di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan. Sekiranya penelitian fakta kes dan bukti- bukti saintifik tersebut memenuhi elemen pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan, maka proses seterusnya mengikut lunas undang-undang akan dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, saya nak beralih kepada tajuk tentang job scam dan juga online scam. Ahli Parlimen dari Julau membangkitkan tentang memandang serius tentang keadaan rakyat Malaysia yang terjerat sindiket penipuan pekerjaan di luar negara. Dan Julau meminta kementerian untuk berkongsi mekanisme tentang bagaimana kerajaan mengambil langkah mengatasi hal ini.

Tuan Yang di-Pertua, membanteras sindiket scam dan jenayah penipuan dalam talian di peringkat global, tak boleh kita bertindak bersendirian. Kementerian melalui Polis Diraja Malaysia, kita wujudkan kerjasama dua hala bersama negara-negara berkepentingan melalui pendekatan police-to-police (P2P). Pendekatan ini membolehkan kita mengumpul maklumat risikan atau intelligent dengan pantas dan tanpa karenah birokrasi.

Kita libatkan kerjasama strategik dengan negara seperti China, Australia, Singapura, Taiwan, Jepun, Hong Kong dan Biro Siasatan Persekutuan FBI. Kerjasama antarabangsa ini disokong oleh kesiapsiagaan domestik melalui unit-unit khusus di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial seperti Unit Siasatan Forensik Digital,

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Police Cyber Investigation Response Centre serta National Scam Response Centre.

Kalau begitu magnitudnya, ini menunjukkan bahawa masalah ini adalah masalah yang besar dan cara kita menanganinya juga haruslah lebih kemas dan tersusun dan itu antara langkah yang telah saya jelaskan tadi.

Baik, keberkesanan strategi pencegahan dan penguatkuasaan ini ikut dikoordinasi oleh MAPO, Majlis Antipemerdagangan Orang di bawah Kementerian Dalam Negeri. Mereka kumpulkan data-data empirical, mereka melihat trend jenayah yang mereka buat tracking, mereka buat pengesanan dan sememangnya trend ini sementara dia serius tapi angka menunjukkan berlaku penurunan pada tahun lepas, 2025. Jumlah laporan polis menurun sebanyak 42 peratus dan bilangan mangsa berkurang sebanyak 39 peratus berbanding sebelumnya.

Secara kumulatif sejak 2021 hingga Januari 2026, polis menerima 563 laporan membabitkan 722 mangsa dan daripada jumlah itu 597 mangsa atau 83 peratus telah berjaya diselamatkan dan dibawa pulang ke tanah air. Saya pernah sebut dalam Dewan ini, ada kes di kalangan yang berjaya diselamatkan, dia pergi pula lepas itu. Dan ini antara perkara yang susah kita nak jelaskan tapi berlaku.

Baik, saya juga nak sebut dari segi penguatkuasaan, kita tidak sekadar menunggu laporan malah kita juga bertindak agresif memotong rangkaian sindiket.

Melalui 10 siri operasi bersepadu di Lembah Klang dan Johor, polis berjaya menumpaskan sindiket perekrut tempatan, menyelamatkan 40 mangsa daripada diperdagangkan dan menahan 29 individu, yakni agen perekrut untuk kita dakwa di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran.

Saya nak beralih kepada perkara yang dibangkitkan oleh Parit. Parit mempersoalkan kegagalan membendung jenayah dari segi online scam ini. Jadi kerajaan dipohon menjelaskan sama ada apa punca utama dan kenapa langkah- langkah yang diambil itu belum mencukupi. Apakah ia berkaitan dengan perjawatan forensik digital dan sebagainya? Kementerian amat sedar ancaman penipuan dalam talian atau scam ini juga terus berleluasa disebabkan evolusi pantas teknologi yang dieksploitasi oleh sindiket.

Modus operandi mereka licik dan mereka memanfaatkan kecanggihan buatan seperti deepfake, spoofing, social engineering untuk memanipulasi emosi mangsa melangkaui tahap literasi digital sebahagian besar masyarakat. Ancaman ini menjadi lebih parah apabila sindiket menggunakan data peribadi yang diperolehi dari pasaran

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

gelap untuk menyasarkan mangsa secara khusus dan meyakinkan, terutama golongan rentan seperti warga emas dan masyarakat luar bandar dan sikap segelintir mangsa yang mudah terpedaya juga melengkapkan malapetaka terhadap masalah ini.

Saya nak berkongsi dengan Ahli-ahli Dewan. Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial kita ambil langkah strategik memperkukuh Unit Siasatan Forensik Digital sebagai teras kepakaran nasional. Penstrukturan semula unit telah dilaksanakan pada Oktober 2024. Personelnya bertambah dari enam orang kepada 21 orang merangkumi pegawai polis dan penganalisis forensik digital yang terlatih. Unit ini kini disokong oleh kemudahan makmal berteknologi tinggi serta latihan berterusan bagi memastikan keupayaan forensik negara setanding dengan cabaran teknologi semasa.

Pusat Respons Penipuan Kebangsaan akan siap dalam masa terdekat ini.

Sekarang dah di penghujungnya dah dan ini adalah perkhidmatan 24/7, talian 997 untuk menerima aduan daripada rakyat. Saya juga ingin memberi reaksi kepada hal yang dibangkit oleh Klang. Ini tentang sitaan aset bernilai besar dan tangkapan meluas dalam kes penipuan pelaburan MBI.

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Berhubung isu yang dibangkitkan iaitu kelewatan pendakwaan kes penipuan pelaburan MBI, suka saya jelaskan bahawa siasatan ini melibatkan operasi jenayah kolar putih yang amat kompleks dan berskala transnasional. Dia rentas sempadan.

Walaupun kita berjaya membuat rampasan aset RM6.65 bilion dan kita menahan berpuluh-puluh individu termasuk bergelar Tan Sri, Datuk Seri, namun proses pendakwaan menuntut ketelitian yang tinggi khususnya dalam aspek analisis aliran wang haram rentas sempadan bagi memastikan kertas siasatan benar-benar kukuh dan meyakinkan.

Keterangan dari negara asing turut diperlukan bagi tindakan lanjut di mahkamah.

Satu notis usul telah pun difailkan di Mahkamah Tinggi Butterworth pada 24 Disember 2025 bagi tindakan untuk melucut hak sebahagian harta yang telah diambil tindakan di bawah Akta AMLA, tindakan susulan sedang diambil.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya bagi ruang kepada perbahasan, saya juga nak ulas satu saja lagi— menyebut satu saja lagi. Ini tentang Pasir Salak yang membangkitkan soal kegusaran awam berhubung potensi penyalahgunaan fungsi MyKad sebagai instrumen memantau pergerakan rakyat di samping rekod keselamatan

draft • 5:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

data negara yang dilihat rapuh. Baik. Tuan Yang di-Pertua, saya nak tegaskan bahawa MyKad merupakan dokumen pengenalan diri serta mekanisme pengesahan identiti. Ia adalah dokumen pengenalan diri dan ia satu mekanisme mengesahkan identiti bahawa kita itu rakyat Malaysia.

MyKad, dia tidak memiliki ciri pengesanan lokasi. Kalau tak ada ciri itu, tak bolehlah kita nak kata bahawa MyKad itu boleh jadi satu alat untuk memantau pergerakan rakyat. Jadi, dakwaan itu tertolak. Sebab kalau dikatakan kerajaan menjejak pergerakan atau tabiat harian rakyat melalui kad, adalah tidak benar sama sekali.

Sebagai komponen utama, MyKad ini direka dengan algoritma penyulitan tahap tinggi bagi memastikan perkongsian data antara sektor awam dan swasta kekal selamat daripada pencerobohan.

Antara satu perkara yang saya anggap penting untuk kita ingatkan adalah MyKad ini di bawah Jabatan Pendaftaran Negara memainkan peranan penting ketika BUDI95 petrol ini nak dilaksanakan. Sebab lebih 4,000 stesen minyak di setiap island, MyKad itu boleh dibaca. Island itu sebelum itu boleh membaca debit card, credit card atau loyalty card tapi apabila kerajaan nak melaksanakan BUDI95 ini, JPN tampil untuk ikut sama membantu pembangunan sistem bagi membolehkan setiap rakyat Malaysia, bila nak beli minyak, pergi ke island itu dan di terminal itulah boleh dibaca MyKad kita.

Jadi, ini juga kadang-kadang berlaku di mana berlaku MyKad yang hilang.

Mereka segera dapatkan ganti. Apakah data itu akan hilang? Jawab, data dalam itu tidak hilang. Walaupun kad baharu dikeluarkan dan hari ini setiap hari, 7.00 pagi setiap hari, KDN melalui JPN akan hantar maklumat itu kepada Kementerian Kewangan bagi memastikan seseorang yang kehilangan kad itu terus dapat menikmati kelebihan kad itu dalam menikmati subsidi sama ada minyak petrol ataupun minyak masak.

Cuma dalam tempoh transisi itu, adalah window yang kecil itu, kadang-kadang kalau dia guna masa itu, akan terganggu sekejap, tapi itu kerana proses peralihannya.

Tapi saya bagi jaminan bahawa kita memberikan dukungan penuh kepada menjayakan inisiatif-inisiatif pendigitalan kerajaan.

draft • 5:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

[Bangun]

draft • 5:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bangun]

draft • 5:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

[Bangun]

draft • 5:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

So, 16 minit terakhir, saya buka kepada pertanyaan rakan-rakan. Silakan.

draft • 5:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Boleh? Okey?

draft • 5:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Speaker, saya pilih atau Speaker pilih? Sila Bukit Gelugor.

draft • 5:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih Tuan Speaker dan juga kepada Menteri. Saya ingin tanya dua soalan. Dua soalan.

Pertamanya, berkenaan dengan SOSMA yang telah pun dibangkitkan oleh Menteri tadi, di mana telah pun dinyatakan bahawa Kabinet telah pun memberi persetujuan dasar ataupun kelulusan dasar untuk membuat pindaan-pindaan dan sebagainya yang diharapkan akan dibentangkan di Dewan ini pada bulan Julai. So, I’m very happy. Saya gembira mendengar perkembangan tersebut.

Ini merupakan satu perkembangan yang baik tapi soalan yang ingin saya tanya, because sekarang kita dengar banyak berita bahawa SOSMA itu masih diguna pakai sekarang. Kita dengar seperti diguna pakai terhadap seorang kanak-kanak, a child di Kedah baru-baru ini. Ini memang kita semua setuju bahawa ini tidak betul.

Jadi, kenapakah ataupun adakah kerajaan ingin ataupun berniat untuk menghentikan kegunaan SOSMA buat sekarang sehingga keseluruhan pindaan- pindaan dibuat secara holistik. In other words, impose a kind of a moratorium, dengan izin Puan Speaker, terhadap penggunaan SOSMA sehingga at least bulan Julai sehingga kesemua isu ini diselesaikan. Itu pertama, Puan Speaker.

Kedua adalah berkenaan dengan isu yang tidak sempat dibahaskan di Dewan yang mulia ini sebab ia it’s a satu perkembangan baharu iaitu berkenaan tangkapan seorang Zamri Vinoth baru-baru ini, just pada 7 Februari iaitu hari Sabtu lepas. Saya mendengar berita bahawa beliau telah pun ditahan dan itu saya ingin mendapat maklum daripada pihak kementerian, apakah alasan penahanan beliau. Adakah beliau juga akan turut dituduh di mahkamah atas apa-apa kesalahan yang menggugat keselamatan negara? Itu saja, Puan Speaker. Thank you very much. Terima kasih pihak Menteri.

draft • 5:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri.

draft • 5:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tajuk sama, SOSMA?

draft • 5:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bukan Menteri, isu lain.

draft • 5:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Okey, biar saya jelas SOSMA dulu.

Okey. Benar Bukit Gelugor, seorang remaja perempuan berumur 16 tahun, ketika operasi polis untuk menyekat aktiviti smuggling or trafficking in person ataupun

draft • 5:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

smuggling of migrant— sorry. Penyeludupan migran di sempadan Chuping. Dalam kenderaan itu, dia berada di tempat duduk depan, sebelah bapa dia. Bapa dia peranan sebagai transporter dan sepanjang pengintipan yang dibuat, bapanya ini memang active transporter dan mempunyai jalinan dengan negara jiran sebelah.

Dan ketika ditangkap, oleh kerana kita tahu penyeludupan migran ini adalah satu jenayah serius dalam undang-undang negara kita. Ini cerita puluhan tahun punya kena penjaralah dan ini memang ancaman keselamatanlah. Untuk pasukan polis melengkapkan siasatan, pasukan polis tak mampu untuk hanya ada empat hari, lima hari, enam hari kerana ia nya sangat kompleks melibatkan dari source negara sumber dia. Yang kita tahan itu adalah warga Myanmar, dari negara sumber. Dia cross sampai ke Thailand, sampai ke border Chuping di mana kita tangkap dan bapa dia ini memang sudah berkali-kali. Itu pekerjaan dia, dia ambil upah atas satu kepala berapa bayaran.

Jadi, anak berumur 16 tahun ini tentunya saksi penting dalam siasatan kita. Jadi, bila polis tahan dia selama sembilan hari dan kemudian dibebaskan. Baik. Sebab penahanan di bawah seksyen 4 SOSMA ini tujuan bagi membantu siasatan kes penyeludupan migran yang melibatkan jenayah rentas sempadan yang kompleks. Jadi, pengecualian bagi kanak-kanak dan wanita dalam seksyen 13 SOSMA itu berkaitan dengan hak jaminan di mahkamah. Tapi dari segi siasatan yang membabitkan kes penyeludupan migran, kita tahan dia untuk tujuan itu. Baik.

Bukit Gelugor tanya, apakah kita bercadang untuk berikan tempoh moratorium.

draft • 5:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Setakat yang saya bentang baharu ini, tempoh moratorium kita tak buat ya, kita tak buat sebagai satu keputusan. Bermaksud, sehingga pindaan-pindaan terutama seksyen 13 dan seksyen 30 yang sangat perlu diberikan perhatian. Itu fokus kita. Ya, baik.

Tangkapan yang dibuat baru-baru ini, Ketua Polis Kuala Lumpur pun buat. Itu mereka guna pakai beberapa akta lah ya. Saya diberi faham tadi dalam taklimat untuk mempersiapkan saya ini. Ada yang ditahan di bawah Akta Hasutan, ada juga di bawah 105 Kanun Tatacara Jenayah dan sebagainya. Mereka ditahan, mereka dibenarkan reman oleh mahkamah. Selama— dia beza. Ada yang dapat reman Selangor, ada yang dapat reman Wilayah. Dapat reman Selangor, saya ingat sehari. Dapat reman Wilayah dua hari.

draft • 5:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Jadi, apakah mereka akan didakwa dan sebagainya, saya akan update. Apabila kertas siasatan selesai, dihantar dan apakah ia nya akan berakhir dengan pertuduhan.

Buat masa sekarang, saya belum ada apa-apa maklumat melainkan berita tangkapan sepertimana yang kita sedia maklum.

draft • 5:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri, terima kasih Menteri di atas peluang yang diberikan. Kita gunakan kesempatan ini untuk tanya sebab kita juga mewakili rakyat di luar sana yang ingin memberi penjelasan sebagai backbencher. Kita gunakan penjelasan yang diberikan oleh Menteri tadi berkenaan dengan gadis 16 tahun yang ditahan sementara menunggu siasatan diselesaikan.

Kenapa tidak individu-individu yang terlibat dalam kes tembakan di Durian Tunggal itu juga dikenakan proses yang sama?

Soalan pertama saya, kenapa mereka tidak dibawa ke mahkamah? Kenapa mereka tidak ditahan reman untuk 14 hari sementara pihak polis memperolehi laporan- laporan daripada pihak-pihak jabatan-jabatan yang berkenaan?

Apabila perkara ini berlaku, maka timbullah soalan di luar sana tentang double standards. Menteri tadi mengatakan equality before the law. Jadi saya ingin tanya, kenapa tidak individu-individu yang terlibat dalam kejadian Durian Tunggal tidak ditahan, tidak direman, tidak disiasat untuk 14 hari? Nombor satu.

draft • 5:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

[Bangun]

draft • 5:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Nombor dua, saya ingin bangkitkan tentang individu, seorang lagi individu bernama cikgu Chandra yang viral.

Yang menggunakan istilah yang paling teruk merujuk kepada orang-orang India. Dia gunakan perkataan botol kicap, viral. Banyak report, report polis dibuat terhadap beliau.

Saya mahu tindakan diambil terhadap beliau.

Saya gunakan kesempatan ini. Saya beri contoh. Sebab itu semasa saya berucap di Dewan yang mulia ini, saya beri kesimpulan. Membandingkan Cikgu Chandra ini dan individu-individu lain dengan seorang jururawat di Hospital Seberang Jaya yang mempunyai sifat kemanusiaan, yang menggunakan tangan untuk menyuapkan makanan.

Berbanding dengan Cikgu Chandra ini. Mengeluarkan kenyataan, mencetuskan pelbagai isu yang boleh menyebabkan negara kita huru-hara. Kenapa sehingga hari ini, Cikgu Chandra tidak diambil tindakan? Baru-baru ini, beliau perlekehkan lagi kenyataan- kenyataan yang dibuat oleh kerajaan, termasuklah Perdana Menteri. Saya tuntutlah,

draft • 5:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

pohon, minta, supaya tindakan diambil terhadap beliau. Menteri, terima kasih di atas penjelasan.

draft • 5:50 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

[Bangun]

draft • 5:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

[Bangun]

draft • 5:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik, Cikgu Chandra, polis dah tangkap kan? Polis dah tangkap, dah pun dapat reman. Maknanya, tindakan dibuat. Dari segi posting dalam social media, kedua-dua pihak sebenarnya. Yang memperjuangkannya dan yang tak setuju, semua. Saya ada semua, saya tak nak baca.

Kalau saya bacakan ini, dia menunjukkan bagaimana tajamnya sentimen kaum dan agama yang menyebabkan kadang-kadang the choice of words, pilihan kata-kata itu tak terbayang oleh kita. Sanggup diungkap atas apa tujuan pun. Sebagai manusia biasa, kalau kita baca pun, kita rasa ini kalau kita sebagai orang Islam akan terasa, kalau kita sebagai orang penganut Hindu pun, saya percaya mereka pun akan terasa yang sama.

Kedua-dua pihak. Sebab itu tangkapan baharu ini, polis tangkap kedua-dua pihak. Ya, kedua-dua pihak. Dan bukan sedikit yang akan mempertikaikan dari segi mana jaminan kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara sampai tahap mana? Kalau sudah diberikan itu, itu kira yang istilah disebut oleh Jelutong tadi ringan lagi tu. Yang ada di tangan saya hasil daripada pihak polis ini lagi kesat, jijik, kotor. Ungkapan- ungkapan ini, biar saya tak ulang supaya tak masuklah Hansard lah sebenarnya, tiga rahsia umum kita semua tahu.

Kerana itu, apakah tindakan diambil ke atas penama? Ya, tindakan diambil.

Sepertimana pertanyaan Bukit Gelugor tadi, tindakan diambil. Apakah berakhir dengan pertuduhan? Serahkan polis untuk membuatnya. Baik.

Durian Tunggal. Kenapakah tidak dilakukan sama? Saya— saya apa, Jelutong.

Sahabat saya dari Jelutong.

draft • 5:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

[Ketawa]

draft • 5:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Apabila perkara itu dibawa ke khalayak, apa reaksi segera oleh Pasukan Polis Bukit Aman? Segera tubuhkan dan terus siasatan. Ada hasil atau tidak? Dua kali saya sebut tadi, kertas siasatan telah dihantar kepada Peguam Negara. Dan kemudian proses melengkapkannya itu, apakah ia nya terganggu? Tidak terganggu sama sekali. Kita menunggu laporan balistik, kita menunggu laporan forensik. Dan saya sebut, bahawa kita akan serahkan kepada

draft • 5:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Peguam Negara dan kalau waktu itu berdasar pada hala tuju siasatan itu berakhir dengan Peguam Negara nak invoke kuasa di bawah 145 dan kita ikut proses itu.

Jadi saya tak boleh memberikan satu jawapan secara jelas bahawa budak perempuan tadi kena dan ini tak kena dan sebagainya. Sebab mereka menggunakan, menggunakan dua undang-undang yang berbeda dalam kes ini. Itu penjelasan saya buat masa ini. Silakan.

draft • 5:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Menteri.

draft • 5:50 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Menteri, hanya dua perkara...

draft • 5:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Sebelum Klang, sebelum itu ya, saya nak bagi Temerloh dulu.

draft • 5:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Terima kasih Menteri.

draft • 5:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Then I promise, I'll give you back. silakan.

draft • 5:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Saya hanya ingin menjelaskan ataupun ingin mendapat maklumat sebab masa perbahasan, saya hanya membangkitkan tentang keperluan penduduk di Temerloh, khususnya RELA, Pasukan RELA saya sebutkan. Mereka sangat memerlukan pondok RELA yang mereka sudah beroperasi hampir 30 tahun di Lanchang dan sudah pun dicadangkan untuk tapak pembinaan di Dewan Lanchang, ada tapak. Jadi saya ingin tahulah bagaimana perkembangannya, satu.

Yang kedua, saya juga pernah bertanya berkaitan dengan ibu pejabat polis iaitu IPD Temerloh yang lama dan sampai sekarang pun masih lagi saya lihat tidak berubah walaupun dulu Menteri menyebutkan akan dilakukan sesuatu lah untuk trafik semua kan.

Tapi saya juga mendengar maklumat bahawa tapak itu sudah dijual kepada individu yang private. Jadi saya tak tahu sejauh mana kebenaran, inginkan penjelasan. Okey, terima kasih Menteri

draft • 5:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Pondok RELA, dia spesifik, saya akan bagi jawapan bertulis terus kepada yang berhormat. IPD, kita ada 147 ibu pejabat polis daerah seluruh negara. Ada yang uzur, ada yang baharu. Jadi proses untuk mendapatkan bajet atau untuk membiayai pembinaan semula itu tentunya kena ikut urutan keutamaan. Kalau saya ke Sabah dan ke Sarawak, keadaan jauh lebih daif. Kalau kita tengok Balai Polis Bukit Kepong, Itulah, ada lagi tempat di sana. Sekurang- kurangnya...

draft • 5:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Cuma Menteri bukan nak yang baharu, yang baharu memang dah ada. Tapi maksud saya yang lama yang ditinggalkan di tengah bandar, tak cantik. Itu sahaja.

draft • 5:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Faham. Baik. Sama ada tanah itu telah terjual. Kalau mengikut khabar. Biasanya, kebiasaannya yang saya faham tanah ni yang nak diguna oleh polis ni, pemilik dia adalah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Selalunya lah. Tapi dia pegang hak milik, tapi untuk kegunaan polis, itu dia. Jadi, kalau ada dakwaan mengatakan tanah itu telah terjual kata Yang Berhormat, bagi saya masa untuk semak balik dengan Pejabat Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Itu cara kita. Baik, silakan.

draft • 5:50 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih Menteri. Menteri ada dua perkara. Satu tadi yang apa yang bangkitkan dalam perbahasan saya tentang MBI.

Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi telah memutuskan MBI adalah satu Ponzi scheme, laburan penipuan. So, apa yang kita nampak ada wang yang telah dikumpulkan oleh yang telah ditahan dan sebagainya. Adakah wang itu akan dibayar balik kepada mangsa-mangsa nanti? Itu pertama.

Kedua, kita difahamkan ada Tan Sri, Datuk Sri, nama-nama besar pula itu akan didakwa. Tapi sehingga hari ini, nama-nama ini tak pernah didedahkan. Saya rasa ramai yang menanti, bukan sahaja dalam negara, luar negara pun menanti. Isu ini kedua tentang MBI.

Berkenan tentang tadi, isu tentang Zamri Vinoth dan juga saya bangkitkan tentang Firdaus Wong. Kita tak cerita tentang baru-baru ini, penahanan baru-baru ini, tapi ratusan laporan polis dari beberapa tahun telah dibuat ke atas mereka atas penghinaan agama khasnya agama Hindu dan mereka sentiasa cerca. Dan mereka saya nampaknya cara mereka mencari makan hanya dengan menghina agama Hindu dan agama lain.

draft • 5:50 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Dan kita perlu fahamkan, ini bukan satu— hanya satu perhimpunan yang dinyatakan hanya perhimpunan awam. Perhimpunannya bertujuan untuk meroboh sesuatu kuil dan mereka sentiasa panggil. Dan saya tak cakap hari ini saja, tapi ratusan laporan polis bertahun-tahun dibuat. Sehingga hari ini, tak ada tindakan. Tapi saya tak nak kita nampak— Saya pernah tahan banyak kali, puluhan kali ya. Saya tak pernah orang saji makan atas table untuk saya. Datuk Seri, saya percaya Menteri pun pernah,

draft • 6:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

pernah ada beberapa dalam urusan kita, dalam politik kita, kita pernah ditahan. Saya nampak mereka didapat layanan istimewa daripada PDRM di balai polis untuk Zamri Vinoth.

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih. Yang pertama tadi saya tertinggal.

draft • 6:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

KPI, dua perkara tadi. Sebab itu adalah di Mahkamah Tinggi telah menyatakan itu...

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Okey.

draft • 6:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

...Adalah Ponzi scheme.

draft • 6:00 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

[Bangun]

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Alright.

draft • 6:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Dan bagaimana?

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik. Saya sebut ya.

draft • 6:00 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

[Bangun]

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Mangsanya dalam negara dan luar negara pun ada. Okey. Sebab itu bila pengasasnya itu ditahan di luar negara, sebenarnya kita telah berusaha untuk bawa balik ketika negara lain juga berhajat kepada beliau. Tapi kemudiannya, keputusan tidak berpihak kepada kita. Maka, dia dibawa oleh negara yang minta untuk dia pula disiasat mengikut undang-undang negara berkenaan ya.

Ketika KDN membuat keputusan untuk meminta dia dikembalikan, kita exercise the right to return kepada rakyat kita untuk diadili. Kita ada undang-undang, tapi tak dapat. Kerana dia berada di negara yang lain, maka siasatan kita bukan hanya tertumpu kepada siasatan dalaman ya. Kalau aset dia dipegang oleh Tan Sri kah, Datuk Seri kah, aset dalam bentuk tanah kah, bangunan kah, tunai kah. Okey.

Sebab itu saya sebut tadi, kita kena buat, kita kena buat tracking. Kita kena menyusun aliran wang ini ya, ataupun aset ini. Dan dalam proses ini, kita juga kena buat semakan pula untuk mendapatkan maklumat daripada negara yang sekarang ini memegang beliau. Jadi, ia nya satu proses.

Tapi kalau ditanya saya, apakah ada progress-nya? Ada. Sebab itu kita dapat identify sehingga RM6.65 bilion yang kita telah kenal pasti. Dan proses perundangan, kita kemuka di mahkamah untuk lucut hak ya, kalau ada tunai ataupun dalam bentuk

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

saham atau aset. Saya tak nak speculate, tapi itu adalah takrif asetnya. Kita dapat kenal pasti secara affirmative di mana dan siapa pemegangnya.

Jadi, proses pelucutan hak menjadi keutamaan kita. Kita nak monetize balik supaya kita dapat ambil umpamanya. Sebenarnya, kita juga kena ambil kira soal hubungan kerjasama police-to-police dengan negara berkenaan. Apakah kita ada jaringan kerjasama? Semuanya harus kita tentukan dalam perkara itu. Baik.

Siasatan ke atas nama-nama yang disebut tadi, yang disebut ada puluhan atau mungkin ratusan aduan polis ya. Bila saya semak dengan pasukan polis, sebenarnya kertas siasatan ada dibuka ya, ada dibuka ya. Cuma saya tak boleh nak, nak jelaskan ataupun nak quote disini secara offhand begini, di bawah seksyen mana, akta mana.

Tapi, apakah terhadap aduan yang dibuat, kertas siasatan dibuka? Ada ya. Apakah kertas itu sehingga berakhir kepada DPP dan sebagainya? Saya kena bekalkan balik maklumat itu ya. Itu tindakan diambil.

Tapi saya nak sebut macam saya ulang tadi, tindakan yang diambil itu bergantung sudut pandang pihak mana ya. Misalnya bila tersebar, hari ini semuakan maklumat hujung jari. Tersebar, mereka yang dikatakan ditangkap berada di polis sedang menikmati makanan. Itu saja gambar dia, ada dua ulasan. Satu kata tak ada lah kata polis ini ganas pun, bagi makan nasi lagi, bagi minuman lagi. Tapi yang ditahan itu kata polis ini kasar, polis ini kejam. Satu sudut. Satu lagi kata, kalau macam itu apa maksud ditahan? So, bergantung sudut pandang mana ya.

Sebab itu saya tak mahu pergi kepada yang tajuk-tajuk itu. Saya cuma nak kata bahawa keutamaan kita apa dia? Apakah posting dan semua kenyataan itu boleh kita pertahankan atas nama kebebasan suara dan kita benarkan yang ini? Sebab itu 105, Kanun Tatacara Jenayah itu membenarkan langkah tangkapan awal itu dibuat. Dan apakah polis reach out, berbual, berjumpa mereka sebelum itu pun? Berkali-kali.

draft • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri.

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Sekarang pun masih sama.

draft • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Masa berbual itu, Zamri Vinoth kata, beliau telah diugut. Sebab itu kita kata tindakan perlu diambil. Beliau tak kata tentang perbincangan. Dalam video, Zamri Vinoth kata, pihak polis panggil bukan untuk berbincang, tetapi telah mengugut beliau. Telah mengeluarkan kenyataan- kenyataan yang tidak sepatutnya. Sebab itu kita minta supaya pihak polis buat laporan

draft • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

atas pihak polis panggil untuk bincang. Saya tahu sebab perkara itu diumum kepada ramai...

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik.

draft • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...dan perbincangan dibuat. Tetapi, beliau memberi persepsi bahawa polis memanggil beliau untuk membuat ugutan kepada beliau.

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tak apa. Baik. Itu pandangan dialah ya. Pandangan dia. Polis akan lakukan tugas mengikut undang-undang yang kita — Silakan Jerantut.

draft • 6:00 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih.

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Saya tak pasti ada berapa, saya dah habis sebenarnya menjawab.

draft • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah lebih enam minit.

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Okey, silakan.

draft • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya bagi empat minit lagi.

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Okey, baik. Silakan.

draft • 6:00 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Baik. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 6:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

[Bangun]

draft • 6:00 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Saya ada bangkitkan tentang isu operasi di sebuah premis Chow Kit ya. Seramai 208 orang individu yang ditahan, namun tidak ada sebarang tindakan ke atas mereka. Jadi isu yang saya timbulkan, dia selari dengan isu yang berlaku di Jerantut baru-baru ini. Isu tentang penahanan individu-individu berkait dengan isu judi online haram.

Saya dapat banyak laporan daripada rakyat di Jerantut dan kami jumpa dengan pihak polis. Dan ada beberapa tangkapan yang dibuat, tetapi terpaksa dilepaskan atas nama NFA. Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah ada penambahbaikan SOP khusus kepada satu, kegiatan yang tidak bermoral ini?

Yang kedua tentang judi online ini sebab memang judi online haram ini Yang Berhormat Menteri, saya rasa Yang Berhormat Menteri pun tahu. Dia memang very creative and complicated untuk kita nak tie in dia untuk kita dakwa dia. Jadi, bagaimana

draft • 6:00 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

tindakan pihak PDRM khususnya untuk bantu kami khususnya di Jerantut supaya tidak akan ada lagi judi online secara haram di Jerantut ini? Wallahualam.

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Operasi di spa di Chow Kit itu, polis tahan 171 lelaki warga tempatan dan kertas siasatan dibuka. Siasatan bukan hanya tertumpu kepada seksyen 373 Kanun Keseksaan berkaitan memperdagangkan orang ataupun seksyen 5(2) Akta Penapisan Filem 2002.

Kita buka juga di bawah 377B, dibaca bersekali dengan 511 serta 377D Kanun Keseksaan. Ada juga elemen yang mengambil kira risiko kesihatan awam. Jadi, polis siasat juga di bawah seksyen 269 dan 270 Kanun Keseksaan bagi kesalahan perbuatan cuai atau berniat jahat yang boleh menyebabkan penyebaran penyakit berbahaya.

Jadi, Yang Berhormat Jerantut timbulkan kenapa belum berlaku lagi pertuduhan di mahkamah ya. Jadi, kita nak jelaskan proses undang-undang yang sedang berjalan mengikut prosedur. Sebab hala tuju siasatan tadi saya quote seksyen mana dan akta mana, dia luas ya. Kita nak buka semua. Dan apabila kertas siasatan itu lengkap dan kita bagi kepada Peguam Negara, kita bagi bila? Kita bagi 17 Disember. Bagi, serah kepada Peguam Negara untuk penelitian lanjut.

Jadi, sementara Peguam Negara membuat penilaian, ada asas atau tidak untuk buat pendakwaan, polis, kita tunggu arahanlah daripada Jabatan Peguam Negara. Nak bagi memastikan sama pertuduhan itu kukuh atau dia perlu lagi bukti yang lebih banyak ya, bagi membolehkan proses pendakwaan itu.

Jadi, kita sedar bahawa seperti Yang Berhormat sebut, memang ada kelompongan perundangan. Saya akui, saya tak mahu ada denial syndrome. Saya akui bagi menangani aktiviti tidak bermoral sebegini. Kerana itu, apa yang kita nak buat? Bila saya diberikan taklimat, pasukan polis pun agak kecewalah. Terang-terang berlaku pelanggaran, tapi ada juga kelompongan perundangan dan disinilah tempat kita perkemaskannya.

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Maka, saya segera mengarahkan langkah proaktif untuk semak semula dan perkukuhkan kerangka perundangan sedia ada segera. Ini tak perlu ada pertimbangan apa, kita terus. Jadi, khususnya kanun keseksaan. Ini bagi memastikan aktiviti songsang seperti ini yang bertentangan dengan norma moral dan ketenteraman awam tidak terlepas daripada tindakan undang-undang. Itu hala tuju kita. Jadi, cadangan ini sedang diperhalusi untuk dikemukakan kepada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang sebab

draft • 6:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

kanun keseksaan. Dia kena Menteri Undang-undang yang bawa. Polis cuma kuatkuasakan sahaja.

Jadi, usaha penambahbaikan ini, kita akan laksanakan dengan teliti bagi mengimbangi keperluan ketenteraman awam, kedaulatan undang-undang serta prinsip keadilan. Saya terima kasih, hal yang dibangkit oleh Yang Berhormat.

draft • 6:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Menteri, boleh tanya satu soalan tentang kewarganegaraan? Tebrau, Tebrau.

draft • 6:10 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Nak sambung sikit sahaja?

draft • 6:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Satu saja.

draft • 6:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tuan Yang di-Pertua?

draft • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 6:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Dua minit.

draft • 6:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Boleh tambah sikit lagi tak?

draft • 6:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Boleh, boleh Tebrau?

draft • 6:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Sila Jerlun.

draft • 6:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Puan, boleh tambah sikit lagi tak? Saya menunggu.

draft • 6:10 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Baik, rentetan daripada...

draft • 6:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Sini ada?

draft • 6:10 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

...Jerantut yang sebut tadi.

draft • 6:10 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Yang Berhormat Menteri, judi online tadi, penambahbaikan SOP.

draft • 6:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik, saya pernah buat penyataan Menteri di sini, menjelaskan tentang kedudukan judi atas talian di negara kita. Saya sebut tentang volum nya, saya sebut tentang betapa luasnya aktiviti ini, saya sebut tentang bagaimana mereka leverage di atas teknologi dan dalam beberapa keadaan mereka agak ke depan. Kalau kita tutup, dia split second saja dia boleh buka lagi.

Semua itu adalah merupakan cabaran yang pihak polis tak ada pilihan lain melainkan terpaksa equip pasukan ini supaya lebih tangkas dan berada ke depan balik.

Kalau tidak, kita jadi asyik kejar dia saja. Jadi, itu adalah fokus tumpuan kita sekarang.

Kita tahu tentang tahap seriusnya hal ini ya dan besarnya pengikutnya yang terlibat. Dia tak ada lagi satu premis jual. Itu bukan, itu gaya lama. Sekarang ini semua di tangan

draft • 6:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

saja. Dan ini melibatkan transaksi berbilion. Dan ia nya adalah satu fenomena global yang kita juga antaranya.

Sebab itu bila saya pengerusikan Mesyuarat ASEAN mengenai di kalangan Menteri-menteri Dalam Negeri, kita ambil peluang untuk berkongsi bagaimana tahapnya di negara jiran seperti Vietnam, Thailand, bahkan Singapura, Indonesia, semua itu kita berkongsinya dan tahun ini, kita akan berkumpul pula di Filipina. Itu saja caranya. Kalau kita saja, tak mampu untuk selesaikan.

draft • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri, masa sudah tamat.

draft • 6:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih banyak.

draft • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

draft • 6:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Tak sempat.

draft • 6:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Rakan-rakan, saya hormati dan hargai sepanjang yang mengambil bahagian dan tekun mendengar penjelasan. Terima kasih.

draft • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Selasa, 10 Februari 2026.

[Mengetuk tukul]

draft • 6:10 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.13 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026