Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Membaca sepotong doa] Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Yang Berhormat, selamat kembali ke Dewan. Kita mula sesi pada hari ini dengan pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan. Untuk membuka tirai, saya mempersilakan Tuan Oscar Ling Chai Yew, Yang Berhormat Sibu.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Terima kasih Timbalan Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 1.
1. Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, status semasa Pelabuhan Bintulu, jumlah yang dibayar oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk memperolehi Pelabuhan Bintulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Pengangkutan.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Tuan Yang di-Pertua, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, Ahli-ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pelabuhan Bintulu pada masa ini masih berstatus Pelabuhan Persekutuan dan berada di bawah kawal selia Lembaga Pelabuhan Bintulu sehinggalah Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pembubaran) 2024 ataupun Akta 859 dikuatkuasakan.
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri berada di peringkat terakhir dalam proses menyerahkan Pelabuhan Bintulu kepada Kerajaan Negeri Sarawak.
Pada masa ini, Jawatankuasa Teknikal yang ditubuhkan dan dipengerusikan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri sedang memperhalusi aspek-aspek perundangan bagi memastikan segala obligasi disempurnakan oleh kedua-dua pihak seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pembubaran) [Akta 859] sebelum memberikan tarikh kuat kuasa ke atas akta tersebut bagi membolehkan Kerajaan Negeri Sarawak mengambil selia ataupun mengawal selia dan mengurus tadbir Pelabuhan Bintulu.
Kerajaan Persekutuan telah menentukan nilai bayaran dan kaedah bayaran yang perlu diguna pakai oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk tujuan pengambilalihan Pelabuhan Bintulu. Sukacita saya nak maklumkan kepada Ahli Yang Berhormat bahawa Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri secara prinsipnya telah pun bersetuju dengan nilai RM1.8 bilion untuk tujuan tersebut. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Yang Berhormat soalan tambahan.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Soalan tambahan saya. Apabila Pelabuhan Bintulu sudah diperolehi oleh Kerajaan Sarawak, adakah Kerajaan Persekutuan akan terus membantu mungkin dari segi pemberian tanah atau cara lain supaya Pelabuhan Bintulu akan terus berkembang dan membangun di bawah pengurusan Kerajaan Sarawak.
Pelabuhan Bintulu dapat menjadi pintu masuk penting untuk Sarawak, ke peringkat antarabangsa sepertimana pelabuhan merupakan akses infrastruktur yang penting untuk menarik pelabur asing dan juga memastikan pembangunan ekonomi Sarawak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang pertamanya untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tidak timbul soal pemberian dana.
Sebenarnya Pelabuhan-pelabuhan Persekutuan mana-mana sekalipun tidak menerima apa-apa bentuk bayaran dana daripada Kerajaan Persekutuan kerana yang pertama operator pelabuhan-pelabuhan ini ialah syarikat swasta. Dalam kes Bintulu, Pelabuhan Bintulu— dia ada Bintulu Port Berhad yang mengendalikan pelabuhan tersebut.
Lembaga Pelabuhan Bintulu adalah badan kawal selia. Jadi, apa yang kita serahkan kepada Kerajaan Sarawak ialah badan kawal selia ataupun the port authority tersebut dan Lembaga Pelabuhan Bintulu setiap tahun akan menerima bayaran konsesi daripada pihak syarikat yang memegang konsesi tersebut. Jadi, apa-apa pelaburan untuk memperbesarkan pelabuhan tersebut akan dilaksanakan oleh syarikat konsesi, syarikat yang memegang konsesi.
Jadi, tidak timbul bahawa Lembaga Pelabuhan Bintulu memerlukan dana daripada Kerajaan Persekutuan. Malah, mereka akan terus menerima bayaran konsesi daripada syarikat yang mengendalikan pelabuhan tersebut. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Jerantut.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita memahami jumlah pengambilalihan adalah sebanyak RM1.8 bilion. Satu jumlah yang amat besar dan ia telah pun dipersetujui di peringkat negeri dan juga Kerajaan Pusat. Jadi, soalannya ialah, apakah kerajaan bersedia untuk mendedahkan butiran perjanjian tersebut, setidak-tidaknya di peringkat Jawatankuasa Khas Parlimen termasuk dari sudut struktur pembayaran, aset yang terlibat ataupun liabiliti yang dipindahkan.
Apakah jaminan kerajaan bahawa urus niaga RM1.8 bilion ini tidak membebankan kerajaan negeri dan memberikan impak fiskal jangka masa panjang kepada rakyat Sarawak. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Tuan Yang di-Pertua, yang pertamanya dari segi aspek-aspek aset penilaian dan sebagainya, ia masih diperhalusi di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Sarawak. Kita ada beberapa mekanisme, ada Jawatankuasa Teknikal, ada Jawatankuasa Kerja dan seterusnya ada Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan bersama oleh saya dengan Timbalan Premier Sarawak; Datuk Amar Douglas.
Jadi, semua itu akan diperincikan dalam masa terdekat sebelum dia boleh dimuktamadkan oleh kedua-dua kerajaan negeri kerana ini merupakan satu perjanjian antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri. Jadi, terpulanglah kepada kedua-dua pihak, persetujuan kedua-dua pihak iaitu Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri, sama ada untuk mendedahkan maklumat-maklumat tersebut.
Bagi pihak Kementerian Pengangkutan, kita tak ada masalah, we stand guided. Jadi, tak ada apa-apa yang perlu kita sembunyikan.
Tuan Loke Siew Fook
Ini semuanya berjalan atas dasar yang cukup transparent kerana— dan transaksi ini melibatkan G2G: Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri. Dia bukan melibatkan pihak swasta.
Jadi, dari soal sama ada Kerajaan Sarawak mampu atau tidak, saya rasa Yang Berhormat tak perlu bimbang. Kerajaan Sarawak tak bimbang. Kerajaan Sarawak— Sarawak memang ada kemampuan untuk membayar jumlah tersebut.
Malah, apa yang dipersetujui ini adalah satu jumlah yang telah pun dipersetujui antara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan Yang Amat Berhormat Premier setelah beberapa siri perundingan.
Jadi, saya yakin dengan kemampuan kewangan Kerajaan Sarawak untuk membayar lump sum tersebut. Malah, mereka nak bayar secara lump sum kepada Kerajaan Persekutuan dan ini kita alu-alukan. Jadi, saya rasa tak ada apa-apa masalah fiskal kepada Kerajaan Sarawak dan ini tidak memberikan masalah kewangan kepada mereka jangka masa panjang kerana Lembaga Pelabuhan Bintulu ini juga akan menjana pendapatan setiap tahun daripada syarikat konsesi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kedua. Dengan ini dipersilakan Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli, Yang Berhormat Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2.
2. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan, statistik dan jumlah terkini rumah yang telah dijual kepada warga asing melalui program Malaysia My Second Home (MM2H) bermula tahun 2023 hingga 2025 mengikut kategori negara asal mereka dan jumlah yang telah mendapat kewarganegaraan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato Sri Tiong King Sing
Terima kasih YB Dungun.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat setakat hari ini, program MM2H tidak pernah bagi permohonan kewarganegaraan. Pemastautin tetap atau MyPR adalah program Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang dengan kemudahan visa berulang-alik atau multiple entry visa yang membolehkan warga asing tinggal di Malaysia bagi tempoh lima hingga 20 tahun melalui empat kategori.
Pertama: platinum 20 tahun; gold 15 tahun; silver lima tahun; dan zon ekonomi khas 10 tahun. Tempoh endorsement pas bagi semua kategori adalah lima tahun bagi setiap sesi dan peserta boleh memperbaharui sehingga tamat tempoh kategori masing-masing. Peserta juga dibenarkan membuat lanjutan setiap lima tahun sekiranya masih berminat.
Sehingga 31 Disember 2025, seramai 744 peserta MM2H telah membeli rumah di bawah program ini, manakala 2,637 peserta lain masih dalam proses pembelian termasuklah memuktamadkan perjanjian jual beli dan mengenal pasti lokasi rumah yang sesuai.
Setakat jumlah pembelian rumah peserta program MM2H, dasar baharu mengikut negara sehingga 31 Disember 2025 adalah seperti berikut. Tuan Yang di- Pertua, kalau boleh saya baca atas punya 10 negara. Lain-lain punya kalau itu, saya bagi bertulis. Fasal atas semua tempat dekat 50 negara...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan.
Dato Sri Tiong King Sing
Satu, negeri China 304; Taiwan 91; Singapore 63; Amerika Syarikat 41; United Kingdom 40; Hong Kong 34; Australia 29; Bangladesh 19; Korea Selatan 15; Indonesia 14 dan juga Jepun 14. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, soalan tambahan.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Terima kasih Menteri atas jawapan yang diberikan. Soalnya, adakah kementerian juga telah menilai prestasi tekanan ke atas tahap kemampuan pemilikan rumah khususnya bagi pembeli tempatan berpendapatan sederhana akibat peningkatan permintaan dalam segmen harga tertentu? Terima kasih Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Dato Sri Tiong King Sing
Kita memang ada set dia punya bottom line.
Contoh macam di apa itu, yang platinum punya, dia mesti mahu dua juta ke atas.
Kalau gold punya, kena lebih satu juta ke atas. So, kita pun tertakluk kepada negeri- negeri ditentukan mana tempat boleh bagi MM2H dia orang beli itu rumah. Sekian, terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, sehingga suku pertama tahun lalu, Taiwan dan China menduduki tempat pertama dan kedua sebagai negara terbesar permohonan tertinggi dan diikuti Singapura di tempat ketiga. Saya juga difahamkan pusat sehenti pertama MM2H juga telah diwujudkan di TRX bagi memudahkan proses permohonan pendaftaran.
Soalan saya Yang Berhormat Menteri, mengenai program MM2H ini, apakah perancangan MOTAC untuk memecahkan dominasi penyertaan daripada negara sumber seperti Taiwan dan China? Dan sejauh manakah usaha MOTAC untuk menumpukan atau mempromosikan program ini di negara-negara Timur Tengah?
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Dato Sri Tiong King Sing
Terima kasih Yang Berhormat. Kita memang MM2H kita buka untuk orang memohon di seluruh, bagi seluruh dunia, bukan saja bagi China sama Taiwan. Jangan kongkalikung, mahu masuk politik lagi. Kita memanglah daripada semua. Contohlah di negara Arab, semua kita pun bagi juga, tapi ada juga orang beli, tapi senarai tidak berapa besar. Kita akan lagi buat promosi lebih lagi lancar di negara tersebut. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Majlis ke soalan yang ke-3. Dengan ini dipersilakan Puan Hajah Rodziah binti Ismail, Yang Berhormat Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih Yang di-Pertua.
Soalan daripada Ampang nombor 3.
3. Puan Hajah Rodziah binti Ismail [Ampang] minta Menteri Kesihatan menyatakan, status terkini pelaksanaan diagnosis-related group dalam industri kesihatan swasta di samping langkah-langkah kawal selia dan pemantauan yang akan diambil demi memastikan pengendali insurans/takaful tidak campur tangan dengan keputusan perubatan pakar dan doktor serta hospital swasta tidak membuat tuntutan secara melampau.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Kesihatan untuk menjawab.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Ampang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.
Antara istilah yang kedengaran dalam di Dewan dan juga dalam hal yang terkait dengan reform kewangan kesihatan adalah “DRG” Dato’ Yang di-Pertua, yang maksudnya adalah diagnosis-related group atau dengan bahasa yang mudah, bahasa terjemahannya adalah kumpulan berkaitan diagnosis yang merupakan satu klasifikasi penyeragaman kes-kes perubatan, kes-kes hospital berdasarkan tiga komponen penting, tiga komponen utama.
Pertama adalah diagnosis sesuatu penyakit. Kedua adalah prosedur rawatan, surgical atau medical. Dan ketiganya adalah yang dikatakan tahap keterukan ataupun severity of illnesses, dengan izin. Dengan itu, kita akan dapat satu pengkelasan yang menyeragam aspek diagnosis, prosedur dan juga tahap keterukannya.
Itulah saya ambil contoh— sebagai contohnya, kalau apendiks sebagai contohnya. Bersalin sebagai contohnya, asma. Dia ada tahap keterukannya dan apa prosedur yang terkait dengan itu yang sekali gus akan menentukan penyeragaman kos atau pembayaran atau dengan izin, remuneration-nya.
Untuk makluman semua, Ahli Yang Berhormat Ampang khususnya, penggunaan DRG di sektor kesihatan swasta merupakan sebahagian daripada inisiatif barulah. Inisiatif kerajaan ini dan juga kementerian yang rentas ya, rentas kementerian yang bersifat whole of nations ya, whole of bukan saja government, whole of nations yang melibatkan MOF, Bank Negara, MOH, KKM dan juga yang lain, ITOs dan sebagainya Dato’ Yang di-Pertua ya. Dengan kata lain, kita telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri bagi Kos Penjagaan Kesihatan Swasta ataupun JBMKKS yang juga satu istilah yang baru kita mula dengar dalam negara, dalam Dewan ini.
DRG sekali lagi merupakan saya sebutkan mekanisme-mekanisme pembayaran yang berasaskan sekali gus data. So, data adalah sangat penting.
Maksudnya apa? Data pada peringkat inilah pelaksanaannya adalah yang terkait dengan memberi tumpuan kepada pengumpulan data-data klinikal dan kewangan bagi membangunkan satu algorism ataupun algorithm atau logik DRG serta menetapkan apakah julat rawatan bagi setiap yang dikatakan kes-kes perubatan di hospital itu ya.
Pada masa ini, pelaksanaan DRG berada pada tahap pengumpulan data ya, bagi mana kumpulan data ini bagi membangunkan algorithm ataupun algoritma sistem DRG serta termasuk juga latihan dan pengupayaan hospital-hospital swasta bagi memastikan kesediaan mereka untuk mengoperasi, melaksanakan program ini, DRG ini Dato’ Yang di-Pertua ya. Jadi, untuk sementara ini penekanan diberikan kepada penyeragaman data klinikal dan kewangan sebagai asas kepada pelaksanaan DRG ini.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Setakat ini Dato' Yang di-Pertua, 80 hospital daripada 104 hospital yang telah berdaftar untuk latihan telah menyertai latihan kurang lebih melalui 23 sesi latihan yang kita, KKM anjurkan khasnya PH Corp kami ya. Perkembangan ini telah menunjukkan tahap penerimaan dan komitmen yang baik, buy-in yang sangat baik dengan izin, daripada hospital-hospital swasta terhadap pelaksanaan DRG.
Antara contohnya kalau kita perasan, kalau kita berjalan depan IJN sekarang, dia punya billboard itu IJN bergerak ke arah DRG pelaksanaan yang akan memberikan ketelusan, kebertanggungjawab dari sudut mengenakan kos kepada prosedur-prosedur di hospital— di IJN khususnya.
Dato' Yang di-Pertua, DRG dijangka menjadi pemangkin kepada peralihan sistem penjagaan kesihatan― ke arah penjagaan kesihatan yang lebih berasaskan outcome, health outcome ataupun berasaskan nilai. This is my— value-based health care system yang kita telah laksanakan dari sudut reform dalam health care delivery dan sistem, Dato' Yang di-Pertua ya.
Jadi, dengan itu saya sebutkan juga― soalan yang beralih sikit yang terkait dengan― hal yang terkait dengan campur tangan pengendali insurans takaful itu, aspek kedua soalan itu dan juga TPA ataupun pentadbir pihak ketiga: third party administrator Dato' Yang di-Pertua. Dalam pengurusan hal ini, KKM memandang serius akan perkara ini.
Jadi, bagi menangani perkara ini secara adil, KKM menegaskan bahawa apa- apa tindakan yang boleh menggugat ya, mengganggu-gugat kebebasan pengamal perubatan melaksanakan tanggungjawab mereka merawat pesakit boleh ditafsirkan sebagai tidak konsisten dengan peruntukan undang-undang sedia ada dalam Akta 586, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta [Akta 856] Dato' Yang di-Pertua.
Apa pun, nak saya sebutkan sedikit lagi, apa yang kita telah tubuhkan ataupun KKM memainkan peranan aktif dalam istilahnya Grievance Mechanism Committee ya, satu jawatankuasa untuk arbitrate perkara ini, untuk kita tangani perkara ini. Grievance Mechanism Committee, sebuah platform yang turut dianggotai oleh Bank Negara (BNM), MMA: Persatuan Perubatan Malaysia, persatuan hospital seumpama APHM ataupun perubatan ataupun Persatuan Hospital Swasta (APHM) ya: the Association of Private Hospital Malaysia dan persatuan-persatuan syarikat insurans dan pengendali takaful which is ITO Dato' Yang di-Pertua.
Sikit lagi. Dan juga TPAs untuk membincangkan serta mencari penyelesaian tuntas bagi usul-usul pokok yang dibangkit ataupun isu-isu pokok yang dibangkitkan bersama pemegang taruh or the other stakeholders dengan izin, Dato' Yang di- Pertua. Itu jawapan dua aspek for the satu soalan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Ampang, soalan tambahan.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Panjang betul jawapan. Walau bagaimanapun soalan tambahan saya ada dua perkara lagi.
Pertama Yang Berhormat Menteri mungkin boleh jelaskan di mana di bawah peruntukan undang-undang yang manakah sebenarnya pelaksanaan DRG ini dalam masa― dalam...
[Tidak jelas] Saya tengok DRG dalam sektor swasta ini dilaksanakan sama ada dalam Akta 586 iaitu Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998. Kalau dia memang ada di bawah peraturan ini, saya harap ianya dapat diperjelaskan dan kalau dia sekiranya DRG dilaksanakan tanpa peruntukan khas dalam undang-undang, bagaimana sebenarnya KKM memastikan keputusan klinikal pakar perubatan tidak tunduk pada penilaian kos pihak ketiga khususnya. Itu pertama.
Yang keduanya, memandangkan Yang di-Pertua, pengendalian insurans dan takaful berada di bawah kawal selia yang berbeza antara Bank Negara Malaysia dan juga KKM dalam konteks DRG ini, saya mohon supaya Menteri huraikan mekanisme dan kaedah koordinasi dan penyelesaian dalam segala aspek berkaitan dengan antara KKM dan BNM ini. Sebab dia mohon supaya dia tak bercanggah antara dua- dua peraturan ataupun peruntukan undang-undang yang ada. Itu sahaja. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Ampang yang sangat peka dengan persoalan ini ya. Ini bukan kali pertama beliau membangkitkan perkara ini Dato' Yang di-Pertua.
Saya sebutkan secara jelasnya, secara jujurnya tiada peruntukan khas ya dalam peruntukan Akta 586 ya— Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta, di mana tidak ada peruntukan dalam itu yang mengenai, yang terkait dengan pelaksanaan DRG ya di sektor kesihatan penjagaan swasta, Ampang ya.
Apa pun ya, pengumpulan dari sudut hak kami untuk membuat pengumpulan data Dato' Yang di-Petua, untuk membina satu— membangunkan algoritma yang saya sebutkan tadi supaya ada kita dapat satu piawaian, satu julat ya apa yang kita mustahak, pentingkan adalah pengumpulan maklumat DRG buat masa ini dibuat melalui satu surat pekeliling. Itu punca kuasanya.
Satu Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan susulan daripada beberapa sesi libat urus— banyak sesi libat urus yang kita adakan dengan stakeholders yang lain ya. Jadi, kita laksanakan semua ini berdasarkan satu punca kuasa: surat pekeliling daripada KP ya dengan semua pemegang taruh termasuk pihak industri, Dato' Yang di-Pertua.
Dan, setelah maklumat atau data mengenai DRG telah kita kumpulkan dan kita analisa oleh pihak KKM, jadi hala tuju pelaksanaan DRG akan ditentukan ya.
Berdasarkan dapatan tersebut, apabila kita membangunkan algoritma dan logik itu, kemungkinan mereka ya dan termasuk kemungkinan— mungkin juga ada kemungkinan merangka perundangan baharu berkaitan transformasi pembiayaan sistem kesihatan itu.
Adapun dari sudut percanggahan yang disebutkan tadi ya, sebab itu kita telah membina, membangunkan sebuah apa yang dikatakan jawatankuasa bersama JBMKKS: Jawatankuasa Bersama Menteri Kos Kesihatan Swasta (JBMKKS) itu Dato' Yang di-Pertua, yang mana di situlah tempatnya, bukan saja dua Menteri ini, tetapi bersama dengan Bank Negara, bersama dengan satu as a team, satu consultative – badan ya yang terdiri daripada akademia, pakar-pakar ataupun tokoh dan juga pemain industri...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, sila pendekkan jawapan.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Dato' Yang di- Pertua.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terima kasih Tuan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Kuala Langat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Apakah langkah-langkah yang diambil bagi memastikan pelaksanaan DRG ini tidak menyebabkan hospital swasta cherry picking ataupun hanya memilih kes-kes yang mudah sahaja demi mengekalkan margin keuntungan dan akhirnya mungkin akan menyebabkan hospital awam ini akan terbeban?
Dan bagaimana sistem DRG ini mempunyai― menangani kes-kes yang kompleks ataupun komplikasi yang tidak terjangka dan kos terbeban ini mungkin akan ditanggung oleh pesakit dan tidak— yang mana mungkin tidak dilindungi oleh insurans? Terima kasih.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terima kasih sahabat saya Kuala Langat ya. Mustahak untuk kita fahami bahawa pembayaran ataupun remunerasi, upah yang kita bayar kepada pihak yang memberikan perkhidmatan itu adalah terkait dengan apa yang saya sebutkan tadi jenis klasifikasi diagnosis. Kedua, adalah apa prosedur yang perlu dilakukan sama ada surgical, medical dan sebagainya dan ketiga adalah, menentukan tahap― di sini penting, menentukan tahap keterukan ataupun severity of illnesses yang mungkin termasuk hal-hal yang terkait dengan komorbiditi pesakit ya.
Kalau dia apendiks, tetapi dia ada komplikasi yang lain, kalau dia bersalin, tetapi ada caesar, caesarean section dan prosedur, jadi dia bukan sama. Jadi, untuk mengatakan ada satu persepsi bahawa hospital-hospital swasta akan hanya menjalankan kegiatan ataupun prosedur yang mudah, tidak begitu. Prosedur mudah dibayar secara tahap prosedur mudah, tetapi prosedur yang complicated dibayar itu adalah, insentifnya dibayar dengan tahap ke-complexity of the case makna tahap complexity of the cases. Sebab itu adalah mustahak untuk difahami.
Persepsinya dahulunya Dato' Yang di-Pertua, sepertimana yang Kuala Langat sebutkan, pihak swasta akan hanya membuat prosedur-prosedur mudah.
Prosedur mudah dibayar dengan harga mudah, tetapi prosedur yang kompleks― dengan itu membangunkan keupayaan, membangunkan apa yang dikatakan sebagai clinical, skill and equipment, semua itu adalah menjadi insentif kepada pelaksanaan, menjadi insentif untuk menjalankan prosedur-prosedur yang kompleks.
Jadi, sebab prosedur kompleks dibayar dengan harga yang jauh lebih tinggi daripada prosedur yang mudah. Jadi, tidak ada percanggahan di situ Dato' Yang di-Pertua ya.
Ia adalah satu yang sangat logik. Sebab itu, kita kena bangunkan algoritma logik itu. So that, kita berdasarkan data yang dilaksanakan oleh semua hospital- hospital swasta kita menentukan, apakah julat-julat klasifikasi penyakit, prosedur dan severity. Di situ kita harapkan Dato' Yang di-Pertua, kita akan dapat mengamalkan apa yang diistilahkan yang saya pentingkan adalah value-based health care system, dengan izin memodenkan sistem kesihatan dan penyampaian sistem kesihatan.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih Kuala Langat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang ke-4.
Dipersilakan Tuan Zahari bin Kechik, Yang Berhormat Jeli.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Terima kasih Yang di-Pertua.
Dari Jeli menuju ke Pontian, Banyak jalan perlu diselenggara; Nombor empat Jeli punya soalan, Minta Menteri jawab segera.
4. Tuan Zahari bin Kechik [Jeli] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, berapakah jumlah yang telah diperuntukan dan telah dilaksanakan bagi penyelenggaraan jalan raya bagi setiap negeri pada tahun 2024 dan berapakah peruntukan penyelenggaraan jalan raya bagi tahun 2025.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri Kerja Raya.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Pergi membeli daun ketupat, Masak sedikit untuk jualan; Pertanyaan Jeli nombor empat, Mengenai bajet selenggara jalan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Dato’ Yang di-Pertua, Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya Malaysia, JKR Sabah dan JKR Sarawak bertanggungjawab menyelenggara Jalan Persekutuan sepanjang 18,705.93 kilometer iaitu sebanyak 14,973.93 kilometer di Semenanjung, 1,536.949 kilometer di Sabah, 2,055.92 kilometer di Sarawak dan 139.13 kilometer Wilayah Persekutuan Labuan.
Kontrak Perjanjian Penswastaan Penyenggaraan Jalan Persekutuan dikategorikan kepada tiga iaitu pertama, penyenggaraan rutin berjadual, penyenggaraan secara berkala dan penyenggaraan kerja kecil kecemasan yang mana dilaksanakan oleh syarikat konsesi penyenggaraan Jalan Persekutuan yang telah dilantik. Manakala, kerja-kerja penyenggaraan lampu jalan, lampu isyarat dilaksana oleh JKR melalui kaedah perolehan.
Pada tahun 2024, Kementerian Kerja Raya telah memperuntukkan sebanyak RM2.48 bilion bagi penyenggaraan rutin, berkala pavement, berkala bukan pavement, penyenggaraan kecil jambatan, penyenggaraan lampu jalan, lampu isyarat yang dilaksana oleh syarikat konsesi melalui Arahan Kerja. Pada tahun 2025, Kementerian Kerja Raya telah diperuntukkan sebanyak RM2.96 bilion, kenaikan RM490 juta bagi penyenggaraan yang saya sebut. Pecahan peruntukan mengikut negeri adalah seperti berikut:
| Bil. | Negeri | Kos Penyenggaraan (RM/juta) |
|---|---|---|
| 1 | Selangor | 247.15 |
| 2 | Pahang | 428.85 |
| 3 | Terengganu | 166.40 |
| 4 | Kelantan | 173 |
| 5 | Perak | 336 |
| 6 | Pulau Pinang | 50.30 |
| 7 | Kedah | 236.20 |
| 8 | Perlis | 43.40 |
| 9 | Negeri Sembilan | 192.80 |
| 10 | Melaka | 61.80 |
| 11 | Johor | 404.40 |
| Jumlah (Semenanjung) | RM2.36 bilion | |
| 12 | Sarawak | 213.20 |
| 13 | Sabah | 341.70 |
| 14 | Wilayah Persekutuan Labuan | 40.62 |
| Jumlah (Malaysia Timur) | RM595.592 | |
| Jumlah Keseluruhan | RM2.956 bilion |
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Jeli, soalan tambahan.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengemukakan soalan tambahan ini, izinkan saya untuk mengucapkan terima kasihlah kepada Yang Berhormat Menteri yang telah mengumumkan kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM98 juta untuk menaikkan taraf Lebuhraya Timur–Barat FT4 sepanjang 46 kilometer dalam Daerah Jeli.
Soalan saya, tambahan saya ialah ada dua. Yang pertamanya ialah apakah standard piawai kementerian ataupun jabatan di dalam menyelenggara ataupun melakukan kerja-kerja membaiki kerosakan jalan terutamanya jalan berlubang.
Kerana kita dapati banyak tempat di laluan FT ini, Laluan Persekutuan ini, jalan berlubang kemudian ditampal. Selepas itu, bila berlaku kerosakan, tak lama, ditampal balik. Jadi, proses tampal-menampal ini berlaku sepanjang masa dan masalah tidak pernah selesai keseluruhannya. Yang itu yang pertama.
Yang keduanya ialah saya ingin tahu apakah status terhadap 29 Jalan Persekutuan di Kelantan yang telah dikenal pasti, yang telah diumumkan kenal pasti akan diselenggara dan dinaik taraf segera iaitu kalau di Jeli ada empat laluan, terutamanya yang saya nak tahu ialah FT199. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri JKR.
Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kita menyenggara jalan ini, saya sebut tadi ada tiga kaedah. Penyenggaraan rutin bersifat preventive maintenance. Yang kedua ialah penyenggaraan berkala pavement, bukan pavement bersifat corrective maintenance. Dan yang ketiga, penyenggaraan kecemasan. Ini kalau ada banjir dan sebagainya.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
[Bangun]
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
[Bangun]
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
[Bangun]
Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Dan untuk kaedah standard itu, kita melihat tentang tahap kerosakan, jenis kerosakan, kategori jalan itu sama ada laluan protokol, laluan utama, sekunder dan sebagainya dan isi padu trafik. Jalan berlubang kena tampal, Jalan Persekutuan kurang atau paling lewat 24 jam kena tampal.
Dan Yang Berhormat Jeli menyebut tentang 29 jalan. Pada kami ada 25 lokasi untuk tahun 2026 berkala pavement Kelantan RM40.9 juta.
Berkala bukan pavement di 25 lokasi RM14.5 juta. Jumlah besar Kelantan tahun 2026 untuk penyenggaraan ialah RM55.4 juta.
Di Jajahan Jeli, ada dua lokasi berkala pavement RM4 juta, tiga lokasi bukan pavement RM662,000. Jumlah untuk Jeli sahaja RM4.66 juta. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Kinabatangan.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan saya, adakah perbezaan jenis penyelenggaraan Jalan Persekutuan di antara di Semenanjung dan di Sabah sebab perbezaannya sungguh ketara Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jalan di Sabah ini kondisi dia terlalu teruk. Kalau orang bilang seperti berjalan di bulan. Hari-hari kereta rosak. Jadi, mohon Timbalan Menteri. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih Kinabatangan.
Saya dah pergi kebanyakan tempat di Sabah. Daripada bulan Mei tahun lepas sampai bulan November, kira-kira enam bulan saya meneroka ke seluruh 25 Parlimen di Sabah dan mengetahui apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kinabatangan.
Dan saya juga berada di Kinabatangan melihat ada jalan yang belum diturap.
Kinabatangan untuk Sabah ini, selain dari Perak RM336 juta tahun 2025, tempat yang pertama selepas Johor, Johor RM424 juta, Kinabatangan untuk Sabah RM341.7 juta untuk tahun 2025 penyenggaraan jalan. Jadi, kita tahu jalan ini ada pelbagai jenis jalan yang disenggara oleh JKR Pusat ialah Jalan Persekutuan dan juga lebuh raya. Jalan negeri itu juga panjang jalan negeri, juga jalan bandaran itu di bawah kerajaan negeri.
Kerajaan negeri dapat peruntukan daripada peruntukan MARRIS Kementerian Kewangan. Itu peruntukan lain. Peruntukan Jalan Persekutuan yang saya sebut ini, penyenggaraannya, tapi peruntukan untuk jalan negeri dan jalan taman dan jalan bandaran itu adalah mengikut di bawah Perlembagaan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri masing-masing.
Itu di bawah peruntukan MARRIS Kementerian Kewangan dan jika masih ada jalan yang berlubang-lubang teruk, kerajaan negeri juga bertanggungjawab untuk menyenggara selain dari jalan pertanian di bawah Kementerian Pertanian, jalan desa di bawah Kementerian KKDW. Jadi, itu di antara pemain utama untuk memastikan jalan-jalan di Semenanjung dan Sabah, Sarawak diselenggara dengan baik. Terima kasih.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Majlis ke soalan yang selanjutnya. Yang Berhormat Langkawi boleh duduk ya. Mempersilakan Puan Wong Shu Qi, Yang Berhormat Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih Timbalan Tuan Yang di-Pertua.
Soalan saya nombor 5.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Disilakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri untuk menjawab.
5. Puan Wong Shu Qi [Kluang] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan, langkah-langkah jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang yang dirancang oleh kerajaan bagi meningkatkan penggunaan produk tempatan: local content dalam semua pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI).
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin
Terima kasih Dato’ Speaker, Timbalan Speaker. Terlebih dahulu, saya terima kasih kepada YB Kluang kerana sahabat saya tanya soalan kepada MITI.
Kerajaan MADANI dan MITI melalui MITI dan MIDA memberi penekanan khusus terhadap peningkatan penggunaan produk tempatan atau local content dalam FI iaitu foreign investment dan DI atau domestic investment sebagai strategi utama untuk memaksimumkan limpahan ekonomi, memperkukuh keupayaan industri tempatan serta meningkatkan daya tahanan rantaian bekalan.
Pendekatan ini dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara pelabur asing dan syarikat tempatan bagi menggalakkan penyumberan bahan mentah, mesin, komponen dan perkhidmatan daripada pengeluar domestik, sekali gus menyokong pembangunan vendor tempatan, memperluaskan aktiviti penggantian import atau import substitution dan meningkatkan penyertaan perusahaan kecil dan sederhana dalam rantaian nilai global.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin
Dalam usaha ini juga, pendekatan bersepadu yang dilaksanakan merangkumi pelbagai aspek seperti intervensi dasar, mekanisme penggalakan pelaburan dan pembangunan ekosistem industri bagi memastikan pelaburan yang diluluskan benar-benar menjana kesan gandaan yang lebih tinggi kepada ekonomi tempatan.
Bagi mencapai objektif tersebut, kerajaan telah merangka dan melaksanakan langkah-langkah jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang seperti berikut.
Pertama, kerajaan terus memberi fokus dalam melaksanakan anjakan paradigma yang tidak tertumpu kepada konsep Made in Malaysia, tetapi lebih mementingkan paradigma baharu iaitu Made by Malaysia. Dari perspektif MITI, usaha ini turut tertumpu kepada aspirasi untuk membangunkan ekosistem pelaburan serta mewujudkan jaguh tempatan atau local champions. Kedua, menetapkan syarat-syarat tertentu bagi memastikan limpahan ekonomi daripada projek-projek pelaburan asing berpotensi tinggi termasuklah syarat untuk bekerjasama dengan syarikat perkhidmatan vendor tempatan, melaksanakan program pembangunan vendor tempatan, menjalankan program latihan industri dan menjalin kerjasama bersama universiti tempatan atau institusi penyelidikan tempatan.
Ketiga, mengukuh ekosistem rantaian bekalan di antara syarikat-syarikat tempatan dan syarikat-syarikat multinasional dan syarikat besar tempatan, antaranya menerusi penganjuran seminar rantaian bekalan atau supply chain seminar. Usaha ini juga dapat memanfaatkan syarikat tempatan khususnya PKS menerusi peluang perniagaan dan pembekalan yang berterusan daripada projek-projek pelaburan syarikat multinasional dan syarikat besar domestik.
Keempat, memperkenalkan insentif ketahanan rantaian bekalan. Melalui Belanjawan 2025 dalam usaha untuk memperkukuhkan rantai bekalan di Malaysia, insentif ini bertujuan untuk menggalakkan syarikat-syarikat multinasional dan syarikat besar tempatan untuk mengembangkan penyuburan tempatan, mengisi ruang di dalam ekosistem industri dengan melahirkan lebih ramai pemain global dalam kalangan syarikat tempatan.
Kelima, sebagai langkah jangka masa panjang, kerajaan telah memperkenalkan kerangka insentif baharu, new incentive framework atau NIF. NIF ini bertujuan menambah baik mekanisme penawaran insentif pelaburan sedia ada dengan memberi tumpuan kepada aktiviti bernilai tinggi dan menyumbang kepada kesan limpahan ekonomi. NIF ini turut akan memberi insentif yang lebih baik bagi projek yang akan menggunakan lebih banyak penyuburan tempatan dan melatih lebih banyak pekerja tempatan.
Selaras dengan teras tiga Aspirasi Pelaburan Nasional atau National Investment Aspiration iaitu meluaskan hubungan domestik, iaitu extend domestic linkages. Fasa ujian rintis NIF telah dijalankan sehingga akhir tahun 2025 dan akan dilaksanakan sepenuhnya permulaan suku pertama tahun 2026 bagi sektor perkilangan, diikuti sektor perkhidmatan pada suku tahun kedua.
Secara keseluruhannya, kerajaan komited untuk memastikan peningkatan penggunaan produk tempatan terus menjadi teras utama dalam strategi pelaburan negara bagi memaksimumkan limpahan ekonomi kepada industri domestik. Usaha ini adalah selaras dengan Aspirasi Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Perindustrian Baharu dalam memastikan pelaburan yang diterima bukan sahaja meningkatkan ekonomi negara, malah menyumbang secara langsung kepada pembangunan industri tempatan dan kesejahteraan rakyat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat— soalan tambahan Yang Berhormat Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih. Terima kasih atas jawapan yang panjang dari Timbalan Menteri, tapi bagi saya paling penting adalah, bagaimana kita mencapai objektif kita, iaitu meningkatkan penggunaan local content dengan izin, dalam semua produk yang kita buat dalam Malaysia.
Jadi yang paling penting saya ingin tahu bagaimanakah kerajaan mengukur tahap sebenar penggunaan local content dalam projek pelaburan tak kira FDI atau DDI. Adakah indikator atau KPI khususnya ditetapkan bagi memastikan iaitu komitmen ini. Itu tadi banyak komitmen nak mengukuhkan ekosistem dan sebagainya. Bagaimana kita pastikan komitmen semua ini bukan sekadar bersifat declarative, iaitu lip service saja, dengan izin, tetapi benar-benar akhirnya dilaksanakan dan dipantau oleh kerajaan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Sim Tze Tzin
Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih kepada Kluang kerana ini soalan yang bagus. Kerana dulu sememangnya kita kekurangan dari segi pengukuran ya dan selalunya pelaporan itu kita hanya tengok sahaja. Dia lapor sahaja dan diterima begitu sahaja.
Jadi dari segi kerangka NIF yang baharu, kerajaan telah memberi penekanan kepada pengukuran dan pemantauan berasaskan hasil iaitu outcome based bagi memastikan komitmen penggunaan local content dalam projek pelaburan bukan sekadar bersifat declarative, tetapi diterjemahkan kepada impak sebenar kepada ekonomi domestik.
Di antaranya beberapa pengukuran dan pemantauan yang dilaksanakan merangkumi kerangka pengukuran local content. Pengukuran local content dilaksanakan menggunakan gabungan indikator kuantitatif dan kualitatif, antaranya:
(i) peratusan penyumberan tempatan bagi bahan mentah, komponen mesin dan perkhidmatan;
(ii) tahap penglibatan syarikat tempatan dan perusahaan kecil dan sederhana dalam rantai bekalan;
(iii) peratusan guna tenaga tempatan termasuk tahap kemahiran dan latihan; dan
(iv) kemajuan pelaksanaan program pembangunan vendor dan pemindahan pengetahuan.
Indikator ini dinilai mengikut sektor skala pelaporan dan tahap kematangan industri bagi memastikan penilaian yang realistik dan pragmatik. Dan juga kita ada dua peringkat penilaian, iaitu satu adalah pra kelulusan, ada satu lagi adalah pasca kelulusan. Iaitu pasca kelulusan maksudnya, dia pelaporan itu dia dipantau melalui pelaporan bagi menilai tahap pematuhan, kemajuan termasuk menerusi sesi libat urus berterusan dengan pelaporan dan vendor tempatan.
Jadi untuk menjawab jawapan YB Kluang, polisi yang baharu, lebih kemas, lebih teliti dan memastikan supaya syarikat tempatan, industri tempatan mendapat manfaat. Terima kasih, Dato’ Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Kubang Pasu.
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Saya nak bertanya mengenai National Semiconductor Strategy kepada kawan lama saya, kami bersama dalam PAC dulu. Timbalan Menteri, NSS yang dilancarkan pada Mei 2024 ialah bertujuan untuk meningkatkan rantaian nilai daripada backend kepada frontend. Sepertimana yang Menteri kata tadi kita nak ubah daripada situasi Made in Malaysia kepada Made by Malaysia.
Saya nak bertanya apakah— pertamanya apakah kemajuan telah dicapai dalam usaha meningkatkan rantaian nilai dari backend iaitu testing packaging kepada frontend iaitu reka bentuk litar bersepadu, advance packaging dan advance equipment technology. Serta, apakah kemajuan yang dicapai dalam melatih dan upskilling 60,000 orang jurutera dalam bidang semikonduktor menjelang tahun 2030 nanti? Terima kasih. Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Sim Tze Tzin
Terima kasih Dato' Timbalan Speaker. Terima kasih YB Kubang Pasu. YB Kubang Pasu rakan seperjuangan dalam PAC. YB Kluang juga rakan seperjuangan PAC saya dulu.
Saya terima kasih kepada soalan YB Kubang Pasu, NSS. Sebenarnya, kerajaan tengah dalam melaksanakan NSS dan kita mempunyai sasaran seperti YB Kubang Pasu kata 60,000 pekerja mahir dari segi semikonduktor dan sebenarnya kita pun nak memperjuangkan 10 syarikat dia punya turnover USD1 bilion— syarikat yang besar dan 100 syarikat RM1 bilion untuk supaya satu yang menggunakan strategi syarikat besar membawa syarikat kecil dan membawa syarikat PKS dan create that kind of 60,000 pekerja mahir yang boleh menjayakan NSS.
Tuan Sim Tze Tzin
Ini adalah strategi kerajaan iaitu dalam National Semiconductor Strategy. Walau bagaimanapun, usaha ini baru bermula. Dia bukan— dia dalam ongoing ya.
Jadi saya tidak ada rangka sepenuhnya berapa yang telah di-training. Kalau boleh nanti saya minta bagi jawapan bertulis berapa ramai yang akan— yang telah kita laksanakan ya masa ini, sebab ini adalah soalan yang tidak berkenaan dengan local content, tapi saya boleh bagi jawapan bertulis. Terima kasih Kubang Pasu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Baik, terima kasih. Selanjut Majlis ke soalan yang ke-6. Dengan ini dipersilakan Tuan Haji Ahmad Johnny bin Zawawi, Yang Berhormat Igan.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Terima kasih Datoʼ Yang di- Pertua. Soalan Igan nombor 6.
6. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi [Igan] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan, langkah konkrit kementerian dalam memperkasakan belia di luar bandar di Sarawak termasuk di Kawasan Parlimen Igan melalui program latihan kemahiran, keusahawanan dan pertanian moden bagi meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan mereka.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah untuk menjawab.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Terima kasih YB Igan atas soalan. Datoʼ Yang di-Pertua, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah sentiasa memberi penekanan yang amat serius terhadap agenda pembangunan belia luar bandar selaras dengan aspirasi Dasar Pembangunan Luar Bandar.
Kementerian amat menggalakkan penglibatan belia dalam keusahawanan yang disediakan terutamanya melalui agensi-agensi di bawah KKDW bagi memberi latihan dan bimbingan perniagaan, skim pembiayaan dan juga akses pasaran.
Sebagai contoh, melalui pelaksanaan program seperti Program Start Right 2.0 bagi membantu golongan sasar melalui pendedahan awal untuk menjadi usahawan dan seterusnya memberi peluang kepada belia luar bandar berkemahiran untuk berkecimpung dalam dunia keusahawanan.
Selain daripada itu, pemerkasaan dalam pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional di bawah agensi-agensi KKDW akan sentiasa dilaksanakan supaya ia dapat memenuhi keperluan industri. Di bawah kementerian, terdapat sebanyak 281 institusi TVET yang menawarkan 580 program merangkumi 15 kluster bidang kemahiran dengan kadar kebolehpasaran graduan mencapai 95 peratus bagi dua tahun kebelakangan ini.
Sarawak kini memiliki 31 Pusat GIATMARA yang telah melahirkan 26,000 pelajar manakala Institut Kemahiran MARA (IKM) di Sarawak ada dua yang menyumbang seramai 29,000 graduan. Secara keseluruhannya, kedua-dua institusi ini telah menghasilkan 55,000 lepasan berkemahiran yang menjadi nadi utama bagi golongan belia Sarawak dalam memperkasakan kemahiran teknikal mereka.
Usaha membantu golongan belia turut disokong melalui pelbagai program ekonomi secara berkelompok seperti pelaksanaan Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) yang melibatkan lima ataupun lebih perkampungan sedia ada bagi membangunkan niche product dan mewujudkan economy of scale, sebanyak lima projek PROSPEK yang telah diadakan di Sarawak iaitu PROSPEK Matu, PROSPEK Lawas, PROSPEK Kota Samarahan, PROSPEK Betong dan juga PROSPEK Sebuyau yang melibatkan 25 kampung.
Selain daripada itu, terdapat program-program untuk kesejahteraan rakyat seperti Program Peningkatan Pendapatan bagi memberi bimbingan kepada kumpulan sasar bagi menjalankan aktiviti ekonomi dan Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya supaya dapat meningkatkan latihan kemahiran serta peluang pekerjaan desa termasuk belia. Seramai 111 peserta telah menerima manfaat daripada projek Program Peningkatan Pendapatan dan 107 peserta telah menerima manfaat daripada PLKK di Sarawak melalui empat kursus kemahiran yang telah dilaksanakan tahun lepas. Terima kasih Datoʼ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Igan, soalan tambahan.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Terima kasih Datoʼ Yang di- Pertua. Sebelum saya mengajukan soalan tambahan, saya bagi pihak rakan Ahli Parlimen daripada Hulu Selangor ingin mengalu-alukan kehadiran rombongan lawatan ke Parlimen oleh pelajar-pelajar daripada Management and Science University (MSU). Selamat datang ke Parlimen.
[Tepuk] Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang begitu terperinci yang telah diberikan. Soalan tambahan saya Yang Berhormat, bagaimanakah kementerian mengukur keberkesanan ataupun keberhasilan program memperkasakan belia luar bandar di Sarawak selepas tamat latihan ataupun program dari segi peningkatan pendapatan, peluang pekerjaan dan kelangsungan projek? Adakah kementerian ada pemantauan bagi memastikan belia yang tamat latihan benar-benar mendapat pekerjaan ataupun mampu menjana pendapatan sendiri?
Sebagai contoh, Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung
(PROSPEK) di daerah Matu di kawasan Parlimen saya Datoʼ Yang di-Pertua, di bawah Kementerian Yang Berhormat seperti Pusat Pemprosesan Sesar Unjur, Pusat Pemprosesan Obor-obor dan Projek Rumah Ais di Kuala Matu, Pusat Penghasilan dan Pengumpulan Hasil Kraf Tangan di Kampung Treng Matu.
Apakah status projek-projek ini? Dan adakah projek-projek ini berjaya meningkatkan pendapatan mereka? Dan adakah kementerian memantau perkembangan projek ini supaya mereka ini lebih maju dari segi status ekonominya?
Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Silakan Menteri.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih YB Igan berkaitan dengan soalan tambahan.
Untuk makluman Yang Berhormat, setiap program yang dilaksanakan oleh KKDW termasuk agensi-agensinya, kita mempunyai kaedah ataupun pendekatan yang sistematik dan holistik dalam mengukur keberhasilan program pemerkasaan terutama melibatkan belia luar bandar di Sarawak. Pengukuran ini tidak hanya tertumpu kepada output latihan, malah merangkumi impak jangka panjang termasuk sosioekonomi.
Contohnya dari sudut MARA, sebab kadar ataupun kaedah pengukuran program-program ini ada berbeza mengikut agensi-agensi di bawah KKDW. Kalau di bawah kementerian, program-program PPP: Program Peningkatan Pendapatan, program PLKK kita ukur berdasarkan peningkatan pendapatan sekurang-kurangnya 30 peratus selepas enam bulan daripada program. Manakala kalau mengikut MARA, dia menggunakan pendekatan dari sudut penjanaan peluang pekerjaan dan juga peluang peningkatan pendapatan melalui program-program keusahawanan.
Untuk makluman Yang Berhormat, bagi memastikan belia-belia yang telah mendapat latihan, mendapat peluang pekerjaan, beberapa pendekatan telah dibuat.
Salah satu latihan-latihan teknikal yang kita laksanakan di pusat-pusat latihan yang kita adakan, kita berkolaborasi bersama dengan industri. So far, setakat ini kita ada 271 kolaborasi dengan industri. Bagi memastikan peluang-peluang pekerjaan khasnya kepada pelajar-pelajar daripada GIATMARA, IKM dan juga pusat-pusat teknikal yang lain.
Yang kedua, dari sudut peningkatan pendapatan melalui program keusahawanan. Selepas saja mendapat latihan, program-program pembiayaan atau pemantauan berkala kita laksanakan kepada peserta-peserta teknikal dan juga program ekonomi kita. Pemantauan kita laksanakan di mana kita masih lagi memberi bimbingan, kita masih memberi latihan, nasihat dan juga dalam bentuk pembiayaan.
Bukan saja— terutamanya di bawah agensi khasnya MARA, bukan saja dalam bentuk geran, malah juga dalam bentuk pinjaman. Yang mana contohnya seperti SEMAi, PUTEK, PUTRA, DanaNITA. Ini antara pembiayaan-pembiayaan.
Kita ada lebih daripada 20 pembiayaan termasuk program-program usahawan yang orang kata berskala besar. Maksudnya yang mempunyai jenama tersendirilah, automotif, pure dan sebagainya. Ini merupakan pendekatan yang digunakan oleh KKDW bagi memastikan kebolehpasaran peserta-peserta khasnya lepasan-lepasan daripada pusat-pusat latihan kita.
Berkaitan soalan kedua, iaitu status projek PROSPEK Matu. Untuk makluman, PROSPEK Matu ini bermula pada tahun 2020 yang melibat— dengan kos pembangunan RM9 juta, yang mana agensi pelaksana dia adalah Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (LKTS) sebagai agensi pelaksana projek tersebut yang melibatkan tiga komponen; ekonomi, perumahan dan juga prasarana dan pelaksanaan yang melibatkan enam buah kampung.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Untuk makluman Yang Berhormat, status projek ini mencapai kemajuan sebanyak 52 peratus, yang kini menelan belanja sebanyak RM3.5 juta daripada RM6.9 juta. Maksudnya, ada lagi peruntukan ya, Yang Berhormat sebab sistem pemantauan ataupun perlaksanaan masih dalam proses.
Projek-projek ataupun program-program yang disebut oleh Yang Berhormat tadi masih lagi dalam, orang kata penilaian dan juga, perlaksanaan oleh pihak LKTS dan apa yang kita nak pastikan, program ini memberi peluang peningkatan pendapatan kepada peserta-peserta dan dalam masa yang sama juga, dapat memberi peluang-peluang pekerjaan, khasnya kepada penduduk-penduduk di kawasan luar bandar.
Pihak LKTS melaksanakan dan menyiapkan baki projek komponen ekonomi seperti naik taraf rumah salai, bina baru rumah pemprosesan sagu, naik taraf rumah pemprosesan minyak sekiu, bantuan peserta Program Pembangunan Usahawan Prospek dan sebagainya.
Bantuan-bantuan ini akan diagihkan berperingkat-peringkat dan dijangka akan memberi manfaat kepada 169 peserta bermula bulan Mac 2026. Pihak kementerian dan agensi pelaksana projek akan memberi komitmen sepenuhnya agar Projek PROSPEK Matu dapat disegerakan demi manfaat kepada masyarakat di daerah berkenaan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, Padang Terap ini sama dengan Parlimen Igan iaitu kawasan luar bandar. Kawasan yang lebih dikenali sebagai kawasan pertanian. Jadi, banyak belia-belia yang berpotensi untuk kita bantu dalam sektor pertanian, khususnya berkaitan dengan pertanian moden.
Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah— berapakah sasaran KKW untuk melahirkan usahawan petani muda dan dibantu dari sudut pertanian moden?
Ada berapakah sasaran untuk setiap Parlimen di seluruh Malaysia dan, adakah ada program khusus untuk melahirkan usahawan petani muda melalui pertanian moden? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat untuk menjawab.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Okey. Terima kasih, YB Padang Terap atas soalan berkenaan.
Untuk makluman Yang Berhormat, dari sudut perancangan, KKW tidak mempunyai perancangan khusus. Maksudnya, percentage dari sudut pembangunan kawasan berkenaan.
Untuk makluman Yang Berhormat, perancangan sesuatu ke kawasan itu adalah berdasarkan permohonan. Permohonan yang diajukan kepada Pejabat PKN negeri dan juga, kalau di Kedah, melalui KEDA. Ya, melalui KEDA dan pemilihan projek-projek ini berdasarkan, orang kata garis panduan-garis panduan yang telah ditetapkan.
Untuk makluman, KEDA di Kedah, KEDA telah banyak melaksanakan program-program pembangunan ekonomi ya, khasnya berbentuk pertanian.
Contohnya, baru-baru ini di kawasan Baling. Padang Terap, saya tak ada data di sini hari ini, Yang Berhormat. Kemungkinan, saya boleh jawab secara bertulis selepas ini, penerangan yang lebih lengkaplah.
Contohnya di Baling, kita buat satu projek PROSPEK Litigasi yang melibatkan beberapa kampung dan juga golongan belia, yang mana pada masa ini, telah pun membantu peningkatan pendapatan dan juga menjana peluang pekerjaan untuk belia-belia di kawasan berkenaan.
Dalam masa yang sama, kita membantu dari sudut, orang kata memastikan food supply untuk kerajaan ataupun untuk negara kita dapat diambil clear.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, KKW memang kita mempunyai perancangan untuk meluaskan Program AgroTVET@KKDW.
Sasaran kita 500 usahawan tani moden melalui UCAM, universiti pertanian kita di Melaka, memang kita ada perancangan. Cuma, orang kata yang khusus berkaitan dengan Padang Terap ini, saya ‘tak ada data. Insya-Allah, saya akan jawab secara bertulis. Terima kasih, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Menteri di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebelum saya ke soalan yang ke-7, saya pohon di Galeri, Yang Beradat Batin-Batin, kepimpinan orang asli daripada Daerah Hulu Perak dan Daerah Perak Tengah.
[Tepuk] Bersama pegawai-pegawai— sila bangun.
[Tepuk] Orang asli di Perak ini terbahagi kepada dua suku kaum. Suku kaum Temiar.
[Berucap dalam dialek Orang Asli Perak] Mai Perak. Ha, ini suku kaum Semai. Sila duduk.
[Tepuk] Ahli-ahli Yang Berhormat, di kesempatan ini, saya dengan sukacita ingin mengalu-alukan pelawat daripada Yang Beradat Batin-Batin, kepimpinan orang asli daripada Daerah Hulu Perak dan Perak Tengah bersama pegawai-pegawai JAKOA Negeri Perak yang berada di Galeri Awam termasuk Pegawai Khas Kepada Menteri Besar Perak, sahabat kita Encik Chew Beng Ho @Angah.
Selamat datang ke Parlimen Malaysia. Semoga lawatan pada hari ini memberi manfaat serta kefahaman yang lebih mendalam tentang perjalanan sidang Dewan.
Untuk makluman orang asli-orang asli dalam Dewan, soalan yang selanjutnya ini, yang akan dijawab oleh Menteri Dalam Negeri ada berkaitan dengan orang asli, ya. Jadi, orang asli-orang asli yang di Galeri Awam ini, inilah yang berlaku di dalam Dewan.
Berikut, saya ke soalan yang ke-7. Saya mempersilakan Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan, Yang Berhormat Merbok.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya berkenaan dengan mereka juga. Selamat datang. Terima kasih. Soalan saya nombor 7.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Merbok, saya izinkan Yang Berhormat baca soalan itu.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Baca soalan? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
[Tepuk] Soalan saya, yang berbunyi, minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bagaimanakah kementerian akan memastikan warga emas, OKU, penduduk luar bandar dan orang asli tidak terpinggir sekiranya perkhidmatan keselamatan dan imigresen mula bergantung kepada MyDigital ID sepenuhnya. Mohon Menteri.
[Tepuk]
7. Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [Merbok] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, bagaimanakah kementerian akan memastikan warga emas, OKU, penduduk luar bandar dan orang asli tidak terpinggir sekiranya perkhidmatan keselamatan dan imigresen mula bergantung kepada MyDigital ID sepenuhnya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Dipersilakan, Menteri Dalam Negeri untuk menjawab.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Dr., orang kawasan saya pun ada yang hadir, Yang Berhormat. Penyokong kuat saya ramai di situ.
Sangat nyata— apa juga dasar dan polisi yang kerajaan lakukan, kepentingan dan masa depan masyarakat orang asli tetap terpelihara dan dijaga.
Dato’ Yang di-Pertua, MyDigital ID adalah identiti digital nasional yang membolehkan pengesanan identiti rakyat secara selamat untuk mencapai perkhidmatan dalam talian kerajaan. Ia berfungsi sebagai mekanisme log masuk tunggal dan melengkapkan penggunaan MyKad dalam persekitaran digital.
Pelaksanaan dibuat secara berperingkat, Yang Berhormat dan telah atau sedang diguna oleh beberapa kementerian dan agensi seperti JPJ, KWSP, PERKESO, KKM serta agensi penguat kuasa terpilih.
Bagi pihak Polis Diraja Malaysia, aplikasi MyBayar PDRM merupakan satu- satu aplikasi dalam talian PDRM yang di-integrasi sepenuhnya dengan MyDigital ID pada 1 Oktober 2025. Aplikasi ini membolehkan orang awam membuat semakan dan pembayaran saman trafik secara dalam talian.
Selain itu, platform ini juga menyediakan kemudahan untuk mendapatkan dokumen tertentu seperti salinan laporan kemalangan tanpa perlu kita hadir ke Kaunter Balai Polis. MyBayar PDRM boleh dicapai sama ada melalui aplikasi mudah alih atau laman sesawang PDRM sendiri, Yang Berhormat.
Untuk makluman, bagi tahun 2026 ini, PDRM telah memperkukuhkan inisiatif bagi memastikan warga emas, orang kurang upaya, serta penduduk luar bandar yang mempunyai kekangan capaian internet atau kemahiran digital untuk membayar saman dengan mudah melalui saluran alternatif.
Antaranya, dengan mengekalkan kaunter bayaran fizikal di ibu pejabat polis daerah, kaunter JSPT dan kaunter Pejabat Pos Malaysia di seluruh negara, untuk membantu mereka yang tidak mempunyai capaian internet atau kemahiran digital termasuk di kawasan-kawasan masyarakat orang asli.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Dan tentunya bagi penduduk luar bandar yang kurang capaian peranti, kewujudan pusat NADI, yakni pusat ekonomi digital di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, juga membantu komuniti luar bandar untuk mengakses perkhidmatan kerajaan melalui talian, termasuk bayaran saman dengan menyediakan capai Internet, latihan literasi digital secara khidmat mudah, pemudah cara kepada komuniti.
Untuk makluman, PDRM dan juga imigresen turut meningkatkan latihan kemahiran di kaunter untuk membimbing warga emas, OKU termasuklah masyarakat Orang Asli yang hadir termasuk membantu mereka dalam proses pendaftaran MyDigital ID jika perlu bagi kegunaan masa depan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Baik Yang Berhormat, soalan tambahan.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Terima kasih Timbalan Menteri.
Soalan tambahan saya, adakah jaminan Kementerian Dalam Negeri bahawa warga emas, OKU, penduduk luar bandar dan orang asli ini tidak akan dinafikan hak pergerakan keselamatan atau urusan imigresen sekiranya mereka gagal mengakses atau menggunakan MyDigital ID? Apakah kaedah alternatif bukan digital akan disediakan? Dan, bilakah garis masa sasaran KDN untuk bergantung sepenuhnya kepada MyDigital ID dalam perkhidmatan keselamatan dan imigresen? Dan adakah pelaksanaan ini akan ditangguhkan sekiranya isu akses latihan dan prasarana masih belum diselesaikan? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Yang Berhormat sahabat saya Merbok...
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
[Bangun]
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Sukacita saya sebut bahawa kerajaan menegaskan bahawa pelaksanaan MyDigital ID, tidak akan dijadikan satu-satu kaedah pengesan identiti bagi urusan keselamatan dan juga imigresen. MyDigital ID, dia merupakan alternatif kerajaan bagi penyelesaian identiti digital yang selamat dan dipercayai serta tidak menggantikan MyKad. Itu yang perlu saya tegaskan.
Dan kerajaan beri jaminan bahawa warga emas, orang kurang upaya, penduduk luar bandar dan masyarakat orang asli tidak akan terpinggir atau dinafikan perkhidmatan akibat kekangan peranti digital dan capai internet atau keupayaan digital itu sendiri. Dan sehubungan itu, kalau saya sebut PDRM, dia akan terus menerima kaedah pengesanan identiti alternatif bagi golongan berkenaan, termasuk penggunaan MyKad dan dokumen pengenalan diri fizikal dan pengesahan dokumen secara manual, sebagaimana yang biasa yang kita lakukan.
Selain itu Yang Berhormat, pengesahan secara bersemuka di kaunter perkhidmatan ibu pejabat polis daerah di pejabat pos juga dilaksanakan dengan bantuan pegawai-pegawai kita yang terlatih di situ. Maknanya bagi mereka yang tidak berkeupayaan, tidak ada ini, mereka masih lagi boleh menggunakan kaedah- kaedah seperti biasa. Tapi kita sentiasa tingkatkan keupayaan pegawai-pegawai kita.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
[Bangun]
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Dan tentunya kerajaan, KDN komited bagi pastikan MyDigital ID dilaksana secara berperingkat selaras dengan tanggungjawab kerajaan untuk kita lindungi keselamatan rakyat tanpa mengabaikan hak-hak dan kebajikan. Kita mengetahui dan memahami bahawa keupayaan rakyat, pelbagai. Sudah tentu kita juga mempelbagaikan pendekatan.
Yang kita buat yang penting ialah soal keselamatan tetap kita beri keutamaan.
Terima kasih Datoʼ Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Pilah.
Datoʼ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih Yang Berhormat Datoʼ Dr. Timbalan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang jelas. Soalan tambahan saya ialah bagaimanakah kerajaan memastikan data MyDigital ID ini digunakan dengan selamat dan pegawai PDRM mempunyai akauntabiliti jelas supaya tiada penyalahgunaan terhadap golongan rentan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri KDN untuk menjawab.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Yang Berhormat, untuk makluman, kita nak tegaskan bahawa data MyDigital ID dikendalikan mengikut standard keselamatan siber yang digariskan dan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, Yang Berhormat. Maknanya, pelaksanaan MyDigital ID ini dilakukan dengan prinsip-prinsip yang tentunya menekankan soal keselamatan, privasi dan perlindungan hak rakyat sebagai keutamaan. Ini sangat penting. Mana-mana rakyat Malaysia, data mereka sangat dilindungi. Aspek-aspek ini diberi perhatian.
Jadi, untuk pastikan tiada penyalahgunaan data terutamanya terhadap golongan-golongan rentan misalnya, warga emas, OKU, penduduk luar bandar termasuklah sahabat-sahabat kita masyarakat orang asli, maklumkan kepada rakyat di bawah jagaan masing-masing bahawa soal data mereka sangat kita beri perhatian.
Data rakyat termasuk data masyarakat orang asli, kita jaga semuanya.
Dan saya juga nak sebut bahawa kerajaan telah dan akan melaksanakan antaranya ialah langkah-langkah pegawai-pegawai kita di peringkat PDRM, kita berikan latihan yang berterusan Yang Berhormat, mengenai langkah pengendalian data-data yang sensitif, soal-soal berkaitan dengan keselamatan siber, etika penggunaan data, perlindungan kepada golongan rentan. Latihan ini kita pastikan bagi memastikan pegawai kita betul-betul faham tanggungjawab mereka dan aplikasi undang-undang jika berlaku penyalahgunaan. Maknanya pegawai kita diberi pemahaman, jika berlaku kesalahan, apa kesan yang akan mereka hadapi.
Dan bagi mengawal keselamatan akses kepada data MyDigital ini, Yang Berhormat, melalui sistem yang selamat termasuklah penggunaan pengesahan pegawai kata laluan yang selamat, log aktiviti dan sebagainya, hanya pegawai yang diberi kuasa saja secara rasmi dan telah menjalani latihan khusus diberikan kuasa untuk mengakses maklumat-maklumat yang sensitif.
Jadinya, saya nak sebut bahawa rakyat di luar sana, siapa juga termasuk orang asli, jangan bimbang bahawa keselamatan data kita diberi jaminan oleh pihak kerajaan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Untuk makluman orang asli di galeri yang berasal dari Hulu Perak, Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah Ahli Parlimen Lenggong.
Kalau anda dari kawasan sana, inilah Ahli Parlimen anda.
Baik, Majlis ke soalan yang kelapan. Dengan ini Majlis mempersilakan Puan Syerleena binti Abdul Rashid, Yang Berhormat Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Datoʼ Speaker. Soalan saya nombor 8.
8. Puan Syerleena binti Abdul Rashid [Bukit Bendera] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan bagi memastikan projek-projek perumahan di bawah seliaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
(KPKT) dilaksanakan dengan lebih efisien, adakah kerajaan bercadang untuk memperkenal atau menggunakan teknologi pemantauan berasaskan kecerdasan buatan (AI) dalam proses perancangan, pengurusan dan pemantauan projek-projek tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menjawab.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Allahumma salli ala Sayyidina Muhammad wa ala Sayyidina Muhammad. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, selaras dengan kerangka Dasar Perumahan Negara dan aspirasi Kerajaan MADANI yang menekankan prinsip Leave No One Behind, kerajaan komited memastikan penyediaan perumahan yang inklusif, berkualiti dan mampu dimiliki melalui pendekatan bersepadu yang merangkumi aspek perancangan, pembiayaan, pelaksanaan dan juga pemantauan. Pendekatan ini bertujuan memastikan akses kepada perumahan sebagai satu keperluan asas sama ada melalui pemilikan ataupun sewaan selaras dengan konsep Shelter for All.
Kerajaan menyedari bahawa cabaran utama dalam sektor perumahan merangkumi keselarasan — ketidakselarasan perancangan, kecekapan pengurusan projek serta keterbatasan data bersepadu untuk tujuan pemantauan dan pelaporan.
Sehubungan dengan itu Ahli Yang Berhormat, Housing Integrated Management System (HIMS) telah pun dibangunkan sebagai salah satu platform bersepadu
(single platform entry) bagi pengurusan pemajuan perumahan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Pemajuan Perumahan Kawalan dan Pelesenan [Akta 118].
Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan HIMS membolehkan pemprosesan sepenuhnya dijalankan secara dalam talian bagi permohonan lesen pemajuan perumahan dan juga permit iklan dan juga penjualan, sekali gus meningkatkan kecekapan pentadbiran, ketelusan kawal selia serta keberkesanan pemantauan pemajuan perumahan.
Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas Ahli Yang Berhormat, reformasi perumahan digariskan sebagai salah satu agenda pembaharuan struktur yang bertujuan memperkukuhkan ekosistem perumahan negara melalui peningkatan kualiti, penawaran pengurusan aset perumahan dan juga keberkesanan intervensi kerajaan. Dan reformasi ini dilaksanakan melalui strategi yang merangkumi pembangunan rumah mampu milik berorientasikan keperluan rakyat. Kedua, pengukuhan program penyelenggaraan perumahan awam. Ketiga, penyediaan mekanisme, pembiayaan dan insentif yang lebih bersasar.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mengambil maklum tentang cadangan yang dimajukan oleh Yang Berhormat berkaitan dengan penggunaan teknologi kecerdasan buatan dalam sektor perumahan untuk kita mempertingkatkan lagi kecekapan dan juga di sudut perancangan pengurusan projek, pemantauan dan kawalan kualiti.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Walau bagaimanapun urusan ini, aplikasi teknologi ini perlu kita laksanakan dengan penuh berhati-hati dan melihat kepada keupayaan semua rakan strategik kita yang terlibat dengan sektor perumahan.
Dalam konteks ini Tuan Yang di-Pertua kerajaan akan terus memperluaskan lagi penggunaan teknologi, pembinaan moden sepertimana building information modelling (BIMS) dan juga IBS bagi kita meningkatkan produktiviti, kualiti dan kecekapan kos.
Seiring dengan kemajuan teknologi Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melalui pelbagai agensi juga akan terus meneroka penggunaan teknologi baru termasuk AI dalam kaedah pembinaan seperti mana prefabricated constructions sebagai sebahagian daripada usaha kita meningkatkan kecekapan pelaksanaan projek memastikan pematuhan kepada tempoh pelaksanaan serta mengekalkan standard kualiti pembinaan khususnya pembinaan rumah mampu milik. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik Yang Berhormat Bukit Bendera. Sila untuk soalan tambahan.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Dato' Speaker. Tapi sebelum itu izinkan saya untuk mengalukan kedatangan wanita Bandar Tun Razak dari Parlimen Bandar Tun Razak. Jadi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri ke atas jawapan yang telah diberikan.
Jadi, soalan tambahan saya adalah pada peringkat manakah sekiranya teknologi AI ini akan digunakan sama ada di peringkat perancangan awal ataupun pemantauan, kemajuan fizikal, projek kawalan kos ataupun pengesahan awal kelewatan dan juga kecacatan pembinaan dan projek perintis. Jadi, apakah yang dapat dilaksanakan ataupun yang telah dilaksanakan oleh KPKT setakat ini?
Dan juga pada masa yang sama, bagaimanakah kementerian dapat memastikan data dan dapatan daripada sistem AI ini akan diterjemahkan kepada tindakan pembetulan yang jelas. Jadi ia termasuklah juga ke terhadap kontraktor ataupun pemaju yang gagal mematuhi spesifikasi ataupun jadual dan juga standard keselamatan dan last sekali apakah maklumat yang akan dibuka kepada audit awam atau Parlimen? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Menteri untuk menjawab.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, kementerian telah mengorak langkah dalam penggunaan AI ini secara bersepadu melalui pembangunan Malaysia Urban Observatory Analytic Centre yang merupakan platform pemantauan berasaskan bukti ataupun data driven dan juga evidence- based planning untuk kita mengintegrasikan pelbagai platform data raya bagi merangka penyelesaian yang tepat sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Cepat dan komprehensif dalam kita merancang pembangunan- pembangunan satunya bandar dan juga seterusnya kepada perumahan. Ini turut akan memantau tahap kesejahteraan dan kemampanan bandar-bandar dan juga termasuk perumahan kita melalui aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar.
Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebutkan begini.
Untuk penggunaan AI kita di peringkat negara kita Tuan Yang di-Pertua kita sedang di peringkat sedang berkembang Ahli Yang Berhormat. Kalau ada beberapa negara luar yang lain ada yang sudah pun berada pada tahap tinggi. Berskala tinggi. Tetapi kita di peringkat negara kita sedang berkembang. Kita bermula dari tahun 2020 di mana kita menumpukan kepada big data dan juga untuk perancangan perumahan dan juga building information modelling untuk kelulusan digital.
Dan pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua yang ditanyakan oleh Ahli Yang Berhormat kita tadi bahawa secara idealnya penggunaan teknologi AI oleh KPKT ini dirancang untuk kita melaksanakan secara berperingkat-peringkat. Dan ia melibatkan sepanjang kitaran satu-satu hayat projek di mana dia bukan hanya satu- satu fasa Ahli Yang Berhormat ya.
Dan pada peringkat perancangan awal, AI akan digunakan dalam bentuk analitik ramalan (predictive analytics) untuk kita menyokong penilaian keperluan sebenar perumahan dan pemadanan permintaan penawaran serta analisis risiko projek berdasarkan data, sejarah lokasi dan profil sosioekonomi.
Manakala yang peringkat kedua Tuan Yang di-Pertua adalah peringkat pelaksanaan di mana AI yang kita gunakan itu berpotensi untuk menyokong pemantauan kemajuan fizikal melalui integrasi data daripada sistem pelaporan projek, BIMS yang saya sebutkan tadi dan imej tapak termasuk dron atau kamera litar tertutup, pemantauan berjadual bagi mengesan tanda-tanda awal kelewatan risiko kos dan juga ketidakpatuhan spesifikasi.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, di bawah task force projek perumahan lewat, sakit dan terbengkalai sepertimana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat perkara ini sedang kita usahakan supaya kita boleh mengatasi isu-isu projek perumahan lewat, sakit dan terbengkalai itu dengan lebih efektif. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik.
Sebelum saya memanggil sebelah kiri, tidak ada Ahli Yang Berhormat? Baik, sebentar Yang Berhormat. Saya memohon orang asli-orang asli di dalam Dewan ini jangan keluar ya. Selepas Perdana Menteri memberi ucapan sebentar karang, baru keluar kerana menjadi satu nasib yang baik. Orang asli dapat melihat Perdana Menteri kita akan berbahas. Jadi, ambillah ruang ini ya. Silakan Yang Berhormat Parit Buntar.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Tuan Yang di-Pertua, Pasang bendera jangan terbalik; Soalan saya dengar baik-baik. Pertama, adakah kementerian merancang untuk bekerjasama dengan pihak lain seperti Kementerian Digital Malaysia atau agensi pembinaan untuk membangun standard dan protokol AI bagi memastikan sistem pemantauan berdasarkan AI adalah selamat, cekap dan efektif serta bagaimana kementerian akan menangani isu jurang kemahiran digital dan kos pelaksanaan AI dalam kalangan kontraktor kecil dan sederhana yang terlibat dalam projek perumahan agar mereka juga dapat mengambil manfaat teknologi ini secara adil? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua memang di peringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kita sedang bekerjasama dengan Kementerian Digital (KD) untuk mempercepatkan penerapan AI dalam khususnya di peringkat juga pihak berkuasa tempatan melalui inisiatif Bandar AI. Dan ini membolehkan pengurusan trafik, pengangkutan awam, peruntukan sumber dan pengurusan awam dipacu oleh sistem pintar berasaskan ramalan.
Dan secara keseluruhannya Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan MADANI memang kita sedang memperkukuhkan kerangka dasar, mekanisme pelaksanaan dan instrumen pemantauan termasuk yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi dalam kita membantu kontraktor-kontraktor pemajuan perumahan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Majlis ke soalan yang terakhir bagi Pertanyaan Lisan. Dipersilakan Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin, Yang Berhormat Tangga Batu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 9. Terima kasih.
9. Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin [Tangga Batu] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan adakah terdapat sebarang program atau skim bantuan dalam bentuk geran, pinjaman atau logistik dari agensi-agensi di bawah kementerian kepada pelajar-pelajar lepasan program TVET bagi melahirkan usahawan-usahawan TVET agar mereka tidak bergantung kepada kerja makan gaji.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah untuk menjawab.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah bin Wang
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih YB Tangga Batu atas soalan. Dato' Yang di-Pertua untuk makluman, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah bersama agensi dan juga institusi TVET di bawahnya telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan sokongan kepada pelajar lepasan program TVET bagi membolehkan mereka menceburi bidang keusahawanan dan tidak hanya bergantung kepada pekerjaan makan gaji.
Sebagai asas institusi TVET di bawah KKDW telah mengintegrasikan elemen keusahawanan sebagai komponen teras dalam kurikulum wajib program TVET seawal peringkat pengajian. Malah terdapat pengkhususan khas untuk Diploma Teknousahawanan yang setakat ini kita telah pun melahirkan 442 orang graduan dan bermula 2016 hingga 2025, jualan pelajar TVET ni mencapai RM120 juta.
Antara contoh ialah melalui pengajaran dan pembelajaran subjek khusus seperti Start-Up Enterprise dan Digital Enterprise, di mana pelajar TVET dibimbing untuk memanfaatkan kemahiran yang dipelajari bagi menjana pendapatan melalui aktiviti keusahawanan. Pendekatan ini berupaya memupuk minda usahawan dalam kalangan pelajar serta mensiapkan mereka untuk membina kerjaya sebagai usahawan.
Agensi di bawah KKDW turut menyediakan kemudahan sokongan lain seperti pembiayaan mikro, pembelian peralatan, modal kerja, latihan serta khidmat bimbingan dan coaching bagi membantu usahawan lepasan TVET membangunkan perniagaan. Contohnya MARA menawarkan beberapa kemudahan seperti skim pembiayaan yang dimohon oleh pelajar lepasan program TVET antaranya Program Usahawan Lepasan Institusi Pendidikan MARA/Belia, PUTRA singkatannya dengan had maksimum pembiayaan sebanyak RM10,000.
Kedua, Skim Pembiayaan Lepasan IPMa yang kita sebut SEMAi dengan had maksimum sehingga RM50,000. Ketiga, Program Pembangunan Usahawan Teknikal, PUTEK singkatannya dengan had pembiayaan maksimum RM500,000 dan Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) dengan had pembiayaan sehingga RM150,000.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah bin Wang
Selain daripada itu, menerusi sokongan logistik agensi di bawah KKDW, pelajar lepasan program TVET juga berpeluang mendapatkan kemudahan premis perniagaan, ruang inkubasi, bengkel serta lot komersial pada kadar sewaan yang berpatutan.
Kemudahan ini membolehkan mereka memulakan perniagaan dengan kos yang lebih rendah dan sokongan logistik yang mencukupi sekali gus meningkatkan keyakinan pelajar lepasan program TVET untuk menceburi bidang keusahawanan.
Selain pada itu juga, Dato’ Yang di-Pertua, Program Start Right (PSR) juga telah dilaksanakan sejak tahun 2021 oleh KKDW sebagai pemangkin kepada belia termasuk pelajar lepasan TVET untuk menceburi bidang keusahawanan teknikal.
Program ini merangkumi latihan keusahawanan, penyediaan set, peralatan, modal pemulaan dan perniagaan bernilai RM20,000.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Inisiatif ini diperkukuhkan lagi dengan sistem bimbingan dan pemantauan selama tempoh 24 bulan bagi memastikan usahawan baharu berusaha menjana hasil jualan yang mampan dan berdaya saing. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Tangga Batu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Kita maklum bahawa fisioterapi juga sebahagian daripada program TVET.
Memandangkan keperluan perkhidmatan fisioterapi semakin meningkat khususnya dalam kalangan warga emas, pesakit strok dan OKU di luar bandar, adakah kementerian bersedia memberikan komitmen khusus untuk mewujudkan skim pembayaran atau geran yang disasarkan kepada penubuhan klinik fisioterapi swasta di kawasan desa? Ataupun apakah kementerian boleh memperuntukkan dana khas bagi menyokong pertumbuhan pusat fisioterapi dan meringankan beban golongan rentan atau B40 bagi menghadapi akses kepada sesi terapi pemulihan kerja di pusat fisioterapi swasta yang berada di luar bandar? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih YB Tangga Batu. Berkaitan dengan latihan berkaitan dengan fisioterapi tadi. Untuk makluman, sebenarnya MARA mempunyai satu program khas pendanaan untuk usahawan-usahawan profesional yang mana salah satunya ialah untuk sektor perubatan yang mana kita dah ada U.n.i KLINIK.
U.n.i KLINIK ini dentist, farmasi dan fisioterapi merupakan salah satu cadangan baharu untuk apa orang kata— tajaan ataupun pinjaman sokongan kepada doktor-doktor yang ingin membuka klinik-klinik, bukan saja di bandar malah juga di kawasan luar bandar.
Di samping beberapa sektor profesional yang lain berdasarkan skim pembayaran profesional itu tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Terima kasih Tan Sri Speaker. Mengenai dengan graduan TVET yang diperkatakan oleh Menteri tadi, saya ingin bertanya berkenaan dengan sokongan dan logistik serta pemasaran graduan-graduan TVET yang lahir contohnya dari GIATMARA, dari UniKL dan sebagainya.
Apakah kementerian bercadang untuk mewujudkan hab usahawan TVET di desa, di peringkat daerah yang menyediakan bukan sahaja ruang ataupun coworking space tetapi juga kemudahan logistik seperti pusat pembungkusan dan pemasaran digital secara berpusat bagi membantu usahawan TVET memulakan perniagaan dengan kos overhead yang lebih rendah? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih YB Batang Lupar. Untuk makluman, KKDW mempunyai perancangan ke arah berkenaan. Namun untuk makluman Yang Berhormat, pusat-pusat sokongan di peringkat luar bandar, maksudnya di peringkat Parlimen ataupun peringkat daerah masih agak terhad.
Masih agak terhad.
Ada, sebab kita ada set inkubator-inkubator kita di peringkat Parlimen dan juga peringkat daerah tetapi terhad. Namun untuk orang kata, fasiliti perkilangan yang lebih kompleks, kita ada di peringkat bahagian dan juga peringkat negeri.
Di Sarawak, kita ada di kawasan Demak Laut, kita ada kilang-kilang ataupun kedai-kedai yang diberi kemudahan kepada usahawan-usahawan desa khususnya dalam membangunkan produk dan juga memastikan akses pasaran bagi produk- produk yang mereka lahirkan.
Namun inisiatif untuk memperbanyakkan ini, memperbanyakkan hab-hab ataupun premis-premis sokongan ini di peringkat luar bandar sedang kita rancang dan kita tambahkan lagi. Khasnya premis-premis perniagaanlah ya. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan. Saya difahamkan ada usul, silakan.
[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Tuan Adam Adli Abd Halim
Tan Sri Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran Kementerian Pengangkutan seperti yang tertera di No. 8, dalam susunan giliran Yang Berhormat Menteri-menteri menjawab ke atas perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja yang telah diedarkan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 5 Februari 2026.”
Tuan Yang di-Pertua
Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Sukacitanya saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dipersilakan memberi penerangan mengenai penjajaran sempadan Outstanding Boundary Problem (OBP) di antara Malaysia dan Indonesia. Sebelum Perdana Menteri memberikan penerangan, saya nak maklumkan saya tidak membenarkan pencelahan dan tidak ada soalan-soalan ataupun apa-apa juga dibangkitkan selepas Perdana Menteri bersuara. Silakan.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tan Sri Speaker, itu keputusan Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Keputusan saya.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Sebenarnya kalau dibuat pencelahan dan penjelasan lanjut, dia akan memberikan penjelasan dan— kerana ia satu isu yang besar. Takkan tak boleh, Yang Berhormat Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Ini adalah sesi penerangan. Perdana Menteri akan memberi penerangan...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tapi ada precedent yang Tan Sri juga bagi ruang kepada Ahli Parlimen untuk bertanya.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, jadi bolehlah ditanyakan dalam sesi-sesi yang lain.
Tapi untuk ini, sebab saya ada urusan yang panjang untuk hari ini. Silakan Perdana Menteri.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tan Sri Yang di-Pertua, saya berterima kasih atas kesempatan yang diberikan untuk memberikan penjelasan.
Pada 22 Januari 2026, terdapat laporan yang mendakwa Malaysia telah menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga buah kampung di kawasan Nunukan, berdekatan sempadan Sabah dan Kalimantan, iaitu Kampung Kabungalor, Kampung Lepaga dan Kampung Tetagas.
Secara dasarnya Yang di-Pertua, pendirian kerajaan jelas tertakluk kepada undang-undang, perjanjian dan konvensyen yang berkuatkuasa. Dalam hal terkait persempadanan semula dengan Indonesia, kita juga amat menghormati kesepakatan bersama sebagai negara sahabat di antara Malaysia dan Indonesia.
Atas penentuan sempadan darat antarabangsa Malaysia dengan Republik Indonesia adalah berdasarkan dua konvensyen dan satu perjanjian. Untuk keseluruhan Sabah dan Sarawak, konvensyen persempadanan antara kerajaan British dan Belanda, Boundary Convention 1891. Untuk Sabah, Perjanjian Sempadan British–Belanda 1915 (Boundary Agreement 1915). Untuk sebahagian kecil sektor di Sarawak, konvensyen persempadanan antara Kerajaan British dan Belanda yang telah ditandatangani di Hague pada 26 Mac 1928, Boundary Convention 1928.
Bagaimana penentuan jajaran persempadanan di kawasan Outstanding Boundary Problem (OPB) Sungai Sinapad, Sungai Sesai yang menjadi isu ketika ini adalah berdasarkan kepada Boundary Convention 1891 dan Boundary Agreement 1915.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Prinsip yang terkandung dalam perjanjian ini adalah penentuan kawasan berdasarkan kedudukan muara Sungai Sinapad dan Sungai Sesai di garis latitud empat darjah 20 minit utara iaitu di utara garis latitud empat minit 20 utara, kawasan itu adalah di bawah British, Sabah. Manakala di selatan garis latitud empat minit 20 utara, kawasan itu adalah di bawah Belanda, Indonesia.
Kerja-kerja persempadanan dimulakan pada tahun 1977 bersama Indonesia dan Malaysia. Berdasarkan peta di dalam perjanjian tahun 1915, kedudukan muara Sungai Sinapad dan Sungai Sesai berada di selatan garis latitud empat minit 20 utara. Namun demikian, hasil daripada pengukuran bersama didapati Sungai Sinapad sebenarnya bermuara di utara garis latitud empat dan 20, bukannya di selatan. Maka pada pandangan Malaysia, semua lembangan sungai yang bermuara di utara garis latitud empat 20 tadi adalah kepunyaan Malaysia. Dan saya bentangkan juga peta supaya dapat difahami.
Kawasan OPB sebelum ini, tidak boleh dianggap sebagai kawasan milik mana-mana negara kerana kawasan itu merupakan kawasan rundingan dan penentuan sempadan yang masih belum dimuktamadkan sejak dulu lagi. Saya ingin menegaskan bahawa penentuan sempadan tidak bersandarkan pada prinsip pampasan atau timbal balik atau untung rugi sepertimana yang didakwa.
Sebaliknya, penentuan sempadan antara Malaysia dan Indonesia adalah bersandarkan kepada konvensyen dan perjanjian seperti yang dijelaskan tadi. Jarak keseluruhan sempadan darat antarabangsa Malaysia dan Indonesia dianggarkan sepanjang 2,064 kilometer dan dibahagikan kepada dua sektor. Ada terpapar.
[Sambil merujuk kepada paparan skrin] Sektor Sabah–Kalimantan Utara dianggarkan sepanjang 419.4 kilometer dan sektor Sarawak–Kalimantan Barat dianggar sepanjang 1,644.6 kilometer. Jadi, buat masa ini, hanya pengukuran sempadan sektor KALTARA yang telah dimuktamadkan. Yang melibatkan dua OPB Pulau Sebatik dan Sungai Sinapad, Sungai Sesai dalam kawasan OPB B2700 dan B3100.
Bagi Outstanding Border Problem (OPB) Pulau Sebatik, kerja-kerja siasatan, penandaan, pengukuran semula oleh kedua-dua negara dijalankan pada bulan Februari hingga November 2019. Itu yang dikatakan hasil pengukuran yang diperolehi mendapati jarak muktamad East Pillar ke New West Pillar, 23.842 kilometer.
Manakala bagi OPB Sungai Sinapad dan Sungai Sesai, kerja siasatan, penandaan, pengukuran yang dibuat sekali di antara pegawai-pegawai pemetaan Indonesia dan Malaysia dilakukan sehingga Ogos 2022 dan Oktober 2023. Itu jarak muktamad 11,545 kilometer. Jadi, proses pengukuran rundingan itu berjalan selama 47 tahun sejak 1977 diselesaikan secara berperingkat tetapi pada hemat kita, harus disegerakan untuk menjaga hubungan baik antara dua negara berdasarkan perjanjian dan konvensyen antarabangsa sepertimana disebut tadi.
Dalam semua perundingan ini, kalau terkait dengan Sabah, seperti juga Sarawak, wakil Kerajaan Negeri Sabah, Pejabat Ketua Menteri, Pejabat Peguam Negeri Sabah, Jabatan Tanah dan Ukur Sabah semua dilibatkan sepenuhnya. Setiap inci tanah dirundingkan, disepakati oleh Kerajaan Sabah sebelum dimuktamadkan dengan Kerajaan Malaysia dan Indonesia.
Maka sebab itu, setelah ini dimuktamadkan, baru dirujuk ke Mesyuarat Ke-45 Jawatankuasa Sempadan Bersama Indonesia–Malaysia, 18 Februari 2025. Melalui MoU tersebut, OPB Pulau Sebatik, keluasan baharu yang diperoleh oleh Malaysia adalah sebanyak 0.05 kilometer persegi bersamaan lima hektar (12 ekar). Dan Sungai Sinapad–Sungai Sesai, Malaysia memperoleh kawasan tambahan seluas 7.8 kilometer persegi bersamaan 780 hektar atau 1,927 ekar.
Keseluruhan kawasan pertikaian di OPB Sungai Sinapad–Sungai Sesai dalam kawasan OPB 2700 dan 3100 berjumlah 5,987 hektar dan kawasan ini sememangnya berada di kawasan pentadbiran Indonesia. Boleh lihat peta. [Sambil merujuk kepada paparan skrin] Itu kawasan yang daripada awal hak Indonesia tetapi oleh kerana peta itu belum dimuktamadkan, kita tidak bersetuju tetapi selama ini sejak 1915, itu tidak dipertikai oleh semua Kerajaan Inggeris dan Kerajaan Malaysia sejak 1915. Ini yang dikatakan walaupun pada faktanya, tidak dimuktamadkan kerana perjanjian itu tidak ditandatangani walaupun ia menjadi milik dan di bawah pengelolaan Kerajaan Indonesia.
Sempadan di kawasan OPB berdasarkan prinsip yang terkandung, sekali lagi saya tegaskan pada perjanjian 1915 iaitu 780 hektar jadi milik Malaysia tetapi 780 hektar 5,700— maaf. 780 hektar itu keluasan tambahan bagi Malaysia. 5,987 itu kekal di bawah milik Indonesia yang dimiliki oleh Indonesia sejak 1915. 2015, sorry. 1915. 1915, ya.
Jadi, sebahagian kecil dari tiga-tiga kampung yang dikenali sebagai Kampung Kabulangalor, Kampung Lepaga dan Kampung Tetagas dengan sendirinya termasuk ke kawasan Malaysia. Sebelah di atas itu. Jadi, tiga-tiga itu dimasuk ke Sabah. Dakwaan berkenaan Malaysia menyerah seluas 5,227 hektar kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga-tiga buah kampung di kawasan Nunukan adalah tidak benar dan penipuan, kalau pun tidak niat jahat sama sekali.
Jadi, sebab itu kita harus terikat dengan perjanjian dan yang dapat yang dipertikai saya lihat itu di luar peta di belah bawah itu adalah kawasan yang dari awal sejak 1915 ditekankan dalam semua rekod kita menjelaskan ia tidak kita sahkan tapi tidak pernah kita tuntut sebagai milik Malaysia.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tan Sri Yang di-Pertua, dalam rundingan seperti ini, tentulah ada beberapa hal yang agak sensitif ya kerana dalam rundingan dengan Indonesia tidak semua yang sudah selesai. Umpamanya isu lima kawasan sempadan darat, kawasan intertidal di sektor Sabah–Kalimantan Utara. Empat kawasan Outstanding Boundary Problem di sektor Sarawak–Kalimantan Barat yang masih dalam proses perundingan antara kedua-dua negara. Maknanya, belum dimuktamadkan.
Sebab itu kenyataan-kenyataan kita harus berhati-hati dan berhemah. Kalau nak cari keuntungan politik sempit, bukan masanya. Bukan untuk korbankan kepentingan Malaysia atau korbankan kepentingan hubungan baik di antara dua negara. Jadi, saya nak jelaskan seperti mana tohmahan sebelum ini Ambalat, kita serahkan. Hal itu belum pun dimuktamadkan tetapi tohmahan daripada pembangkang sudah diserahkan. Saya tidak tahu serah wilayah mana.
Jadi, sebab itu harus kita rujuk kepada angka dan data. Dan ini kita harus gunakan kesempatan ini juga mengucapkan penghargaan setingginya kerana orang— pegawai-pegawai kita, Bahagian Hal Ehwal Persempadanan disokong oleh Bahagian Topografi, Jabatan Peguam Negara, Bahagian Pemetaan, Kementerian Pertahanan, tentera. Itu terpaksa meredah ke hutan belantara untuk memastikan peta itu dimuktamadkan.
Jadi, saya harap kalaupun pembangkang memilih untuk tidak menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada pegawai-pegawai dan tentera...
[Dewan riuh]
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Dak, belum. Kerana yang ada itu menghina. Kenyataan biadab, menghina, itu ada.
[Dewan riuh]
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Apa tak betul? Termasuk Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Tidak jelas] Pun tak tau.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Kalau tak tahu, baik.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
36(6), Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Kalau tak tahu, baik. Kalau tak tahu tanya!
Kalau tak tahu, jangan maki hamun! Tak tahu, tanya!
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Oi, mengaku sahajalah kalau menghina.
[Dewan riuh]
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Baik. Jadi, inilah penjelasan saya, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
36(6).
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Lima lagi kawasan yang didakwa selesai.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Lima lagi kawasan yang didakwa selesai.
Tuan Yang di-Pertua
Hulu Langat.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Yang intertidal. Ya, saya ingin saya bacakan, Sabah–Kalimantan Utara, empat kawasan Outstanding Boundary Problem di sektor Sarawak–Kalimantan Barat, itu masih dalam proses perundingan antara kedua-dua negara. Jadi, saya harap rakan-rakan di Ahli Parlimen...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tuan Speaker, Peraturan Dewan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Duduklah.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Ahli Parlimen.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Peraturan Dewan.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Peraturan berapa ini?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
36(12).
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
36(6).
Tuan Yang di-Pertua
Isunya apa dia?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Isunya tuduhan Perdana Menteri mengatakan bahawa kita memaki hamun.
Seorang Ahli
Dan pembangkang biadab.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Dan pembangkang biadab.
Seorang Ahli
Duduk.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Termasuk Pendang. Jadi, itu suatu benda yang saya rasa tidak parliamentary.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Ya, setuju.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Jadi, minta petua daripada...
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Tak pernah kami buat macam itu, Tuan Yang di-Pertua!
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Jangan guna peluang ini untuk menghentam. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Sabarlah.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tan Sri Speaker, Tan Sri Speaker, Peraturan Dewan 36(4).
Tuan Yang di-Pertua
Dah habis dah?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
36(6) sebab sebut nama saya tadi, Pendang. Saya bagi tahu sebab kami ambil kenyataan ini, kenyataan daripada polis Indonesia yang menyatakan 5,200 hektar ini.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Daripada Malaysia dimasuk kepada— bukan kami. Bila dibangkitkan...
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
...Kami tanya lah. Kami tak pernah maki pun.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya sebut dalam Dewan itu hari. Kami tak pernah maki Yang Amat Berhormat Tambun.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tan Sri, tuduhannya...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kami tanya lah, jawab je lah.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tan Sri Yang di-Pertua, tuduhannya...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tan Sri, Tan Sri.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Mengatakan kami mengguna Islam buruk, jahat. Ini apa sebagai seorang Perdana Menteri ini?
Tuan Yang di-Pertua
Pendang, Pendang cukup.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Yang disebut...
Tuan Yang di-Pertua
Semua duduk, duduk!
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Dah tanya, dah jawab. Sekarang, tengah jawab.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tan Sri, hari itu semasa...
Tuan Yang di-Pertua
Kampar, Kampar semua duduk.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Hari itu semasa Pendang bangkit, saya sudah bangkit standing orders. Saya sudah bagi tahu itu fake news.
Tuan Yang di-Pertua
[Mengetuk tukul] Saya, saya, dengar, dengar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya minta Pendang tarik balik, hari itu dia tak tarik balik.
Tuan Yang di-Pertua
[Mengetuk tukul] Kampar, Pendang.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Mana boleh bawa state fake news masuk Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua
[Mengetuk tukul]
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Dia bukan tanya hari itu, dia buat tuduhan.
Seorang Ahli
Tarik balik.
Tuan Yang di-Pertua
[Mengetuk tukul] Kampar, Pendang duduk. Saya tak mahu layan dua-dua belah pihak. Saya nak bagi PM teruskan dan landing terus.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tan Sri Yang di-Pertua. Saya sebut...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tan Sri. Peraturan mesyuarat kena address Tan Sri. 36(4) dan 36(6).
Yang Amat Berhormat kata pembangkang biadab termasuk Pendang. Is that proper dalam Dewan ini? Yang itu kerana rule, Yang Berhormat.
[Tidak jelas]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tan Sri Yang di-Pertua. Saya kata ada kenyataan biadab. Ada kenyataan yang menuduh saya khianat kepada negara. Ini yang kita kena betulkan.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Ya. Pegawai-pegawai kita bekerja bertungkus- lumus.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Amat Berhormat, Tambun.
Hari itu saya buat persoalan. Bukan saya maki hamun.
[Tidak jelas]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Ya, bertanya soalan tapi.
[Tidak jelas]
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Pendang hari itu...
[Tidak jelas]
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Soalan yang biadablah itu! Soalan yang biadab! Itulah makin hamun. Itulah benar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
[Tidak jelas]
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Tidak jelas] Bila tak dapat, Tan Sri, saya tanya. Yang Berhormat Tambun hari itu jawablah.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Itu soalan biadab dan makin hamun.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya buat keputusan.
Seorang Ahli
[Tidak jelas] Kelab menjilat!
Tuan Yang di-Pertua
Saya menganggap PM...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tan Sri, dalam konteks Dewan yang mulia Tan Sri, penggunaan kata-kata, ungkapan, pembangkang biadap. You allow that? 38(6).
Tuan Yang di-Pertua
Ya, PM pick up apa yang disebut di luar, okey. Silakan terus, PM.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tan Sri di-Pertua.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tan Sri, saya sedang di dalam Dewan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Dah lah itu Pendang! Duduk lah Pendang!
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Depan Yang Amat Berhormat Tambun.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hei, Pendang! Hei, Pendang!
Duduklah, duduk lah bagi PM jawablah, bagi PM jawab!
Tuan Yang di-Pertua
Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Bagi PM jawab!
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Hei, penjilat duduklah!
Tuan Yang di-Pertua
Baik, semua.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Apa yang menjilat itu?
Tuan Yang di-Pertua
Hulu Langat, Hulu Langat. Kita ada tetamu, kita ada pelajar-pelajar sekolah, kita ada orang-orang asli. Hormat mereka. Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tan Sri, saya minta Besut tarik balik perkataan “penjilat” itu.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, okey, duduk, duduk. No more.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Unparliamentary, unparliamentary. Tak boleh pakai perkataan macam itu.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, *listen.
[Mengetuk tukul]*
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Besut.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tan Sri di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Kampar. Siapa bangun lagi, saya suruh rehat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Besut, tapi dia pakai perkataan unparliamentary.
Tuan Yang di-Pertua
Siapa? Kampar, satu.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
[Duduk]
Tuan Yang di-Pertua
Siapa bangun, saya suruh berehat, okey? Sila PM, tolong. Kalau habiskan, landing.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Saya habiskan. Tan Sri Yang di-Pertua, menyatakan bahawa hal-hal yang menyentuh kepentingan negara, termasuk sempadan, haruslah dibincang secara berhemah. Saya tidak ada masalah mana- mana ahli pembangkang untuk bertanya. Tetapi, saya bantah keras tuduhan dan fitnah menyatakan kita khianat kepada negara.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Jadi, yang sebaiknya kerana saya telah bentangkan dengan fakta dan dengan peta, sebaiknya teliti semula. Ada bahagian yang belum dimuktamadkan, ada yang sudah.
Akhir kalam Tan Sri Yang di-Pertua, kita kena jaga. Hubungan kita dengan Indonesia sejak 1974 itu sangat baik. Rundingan itu diteruskan di semua peringkat dan selalunya kerjasama di antara dua-dua pihak pegawai serendah-rendahnya sehinggalah Ketua Menteri dan Perdana Menteri dan kerajaan dengan Kerajaan Indonesia sangat baik.
Kita boleh berbeda pendapat, tapi jangan menjatuhkan hukuman dan juga jangan menyinggung juga perasaan rakan-rakan kita di Indonesia yang berusaha untuk menjalin hubungan yang sangat baik dan akrab di antara dua negara. Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Saya nak nasihatkan.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya dah tak bagi jawapan sudah.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Tan Sri Yang di-Pertua, [Sambil menunjukkan buku Peraturan Mesyuarat] Tan Sri Yang di- Pertua.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tambun. Saya telah bangkitkan minggu lepas dalam PC saya, saya minta supaya kerajaan membentangkannya dalam Parlimen.
Yang nak tuduh-menuduh ini fasal apa? Kalaupun ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang bangkitkan isu ini kerana kita membaca daripada laporan akhbar.
Sebab itu kita minta supaya Yang Amat Berhormat bentangkan dalam Parlimen.
Kalau dah bentang, kita terima. Kalau ada lagi khilaf yang akan timbul di masa hadapan, kita tanya lagi. Itulah kerja kita.
Yang Amat Berhormat kalau tadi cakap elok, tak bangkit pun tuduh-menuduh, saya rasa tak timbul pun perkara ini. kita dengar semua.
Tuan Wan AhmadKFayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Betul. Kita steady.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Jadi, sebab itulah saya mohon.
Kami di pihak sini sebenarnya menunggu, inilah jawapan yang kita tunggu. Sebab kalau jawapan begini Yang Berhormat kata selama ini persahabatan begitu baik di antara Malaysia dan Indonesia. Saya bersetuju.
Bukan itu saja, kami pun ada rakan-rakan di sana. Sebab itu kami mahu penjelasan. Kalau sudah ada penjelasan seperti ini, saya, bagi pihak semua Ahli-ahli Yang Berhormat sini, ucap terima kasih. Lain kali buat lagi. Terima kasih.
Assalamualaikum.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Ahli Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Tan Sri Speaker, saya turut serta kalau dapat dengan izin 36(1) Standing Order.
Tuan Yang di-Pertua
Saya dah buat keputusan tadi.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Standing order. Tan Sri Speaker, kerana perkara ini penting. Setelah mendengar apa yang telah diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita ikut peraturan undang-undang. 36(1) cukup jelas dari segi perundangan.
Saya tak nak bangkit tentang perkara-perkara yang lain kerana ini penting kepada masa depan menghormati perlembagaan negara kita. Fasal mengikut Artikel 2(d) Perlembagaan Malaysia, no alterations can be done unless with the consent of the legislative assembly.
Maknanya, Dewan Undangan Negeri Sabah dan juga concurrent. Mesti ada concurrent approval from rulers conference yang ada.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Walaupun Yang Amat Berhormat dah jelaskan tadi...
[Tepuk] ...saya akui, saya hormat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya...
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Kita boleh sokong, tak jadi masalah.
Tuan Yang di-Pertua
Semporna, minta maaf. Listen— minta maaf, Semporna. Oleh kerana ini teknikal, saya mohon, saya mohon. Kalau Yang Berhormat berucap pun kita tak faham pasai ramai yang tak sempat buat persiapan.
Oleh yang demikian, oleh yang demikian, saya mencadangkan isu ini dibawa oleh Jawatankuasa Select Committee, bincang, panggil semua mereka yang terlibat.
Kemudian, Chairman Select Committee bentangkan kalau nak bentangkan.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Kebimbangan saya tadi...
Tuan Yang di-Pertua
Itu yang saya maksudkan. Kalau tidak, kita tak akan habis hari ini.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Iʼm worried about the constitution part of it.
Tuan Yang di-Pertua
I know.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Dengan izin, fasal 2(1), when Yang Amat Berhormat sebut tentang kejadian 50-an...
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Sebab itu saya kata bawa kepada Jawatankuasa Pilihan Khas. Biar mereka teliti secara detail. Kemudian, present-kan dalam Dewan ini kalau perlu, okey. Kalau tidak, tak habis.
Akan bangun pula sini pula, okey. Saya minta maaf untuk itu. Sila Perdana Menteri.
Datoʼ Seri Anwar bin Ibrahim
Ini kelulusan perjanjian yang dimuktamadkan peringkat rundingan. Proses yang lain itu mesti ikut. Jadi Yang Berhormat dari Semporna, betul. Maknanya proses itu masih belum jalan, belum selesai pun. Saya ada sebut tadi ada bahagian yang belum selesai. Baru ada persefahaman di antara dua-dua pemimpin dan dua-dua kerajaan.
Semua peraturan yang menyentuh soal sempadan kena rujuk kepada Dewan Undangan Negeri masing-masing yang dalam proses, saya sebut tadi dalam proses.
Yang dimuktamadkan itu peringkat kerajaan. Kemudian, kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Mesyuarat Raja-raja yang dalam jadualnya. Cuma, kita nak putuskan sama ada dibentangkan setelah diputuskan semua ataupun diputuskan sebahagian.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
18(1), Tan Sri Yang di-Pertua. Standing Order 18(1).
Tuan Yang di-Pertua 18(1)? Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
18(1) dan 18(2), ya. Tuan Yang di-Pertua, saya baru menghantar usul berkenaan dengan hal ini iaitu keperluan kita membahaskan dua belah pihak berkenaan dengan perkara- perkara yang telah diputuskan dan yang belum diputuskan lagi. Jadi, saya mohon petua Tan Sri Yang di-Pertua, apakah sekadar Jawatankuasa Pilihan Khas sahaja perkara ini dibahaskan ataupun kita ada sesi khas yang melibatkan kedua-dua belah pihak?
Tuan Yang di-Pertua
Saya akan tengok surat Yang Berhormat sedikit lagi.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Mohon dipertimbangkan Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih banyak.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Insya-Allah, baik. Terima kasih.
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya:
“Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas mengucapkan daripada Majlis Dewan Rakyat berbanyak- banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kelima Belas.” [29 Januari 2026]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya akan menjemput Kementerian Kewangan. Sebelum saya menjemput Menteri untuk penggulungan, saya nak maklumkan bahawa hari ini bermulanya giliran Menteri-menteri menjawab perbahasan Usul Menjunjung Kasih di atas Titah Diraja selama empat hari iaitu hingga Selasa, 10 Februari.
Saya ingin ingatkan semua Menteri, Ahli Yang Berhormat agar tidak membangkitkan isu baharu, tidak membangkitkan isu baharu semasa Yang Berhormat Menteri menjawab. Ini bagi memberi peluang kepada Menteri menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan.
Selain itu, Yang Berhormat Menteri juga boleh menjawab isu-isu dibangkitkan oleh Yang Berhormat yang sedang berada dalam Dewan ini. Manakala, isu-isu dibangkitkan oleh Yang Berhormat yang tiada dalam Dewan akan diberikan jawapan secara bertulis.
Akhir sekali kepada Menteri, saya telah memberikan komitmen untuk memberikan— saya ingatkan kepada Menteri-menteri, saya telah memberikan komitmen untuk memberikan jawapan bertulis kepada isu-isu yang dibangkitkan semasa pembahasan usul ini. Maka, perlu di-e-melkan kepada Ahli Yang Berhormat dalam tempoh lima hari. Ada Ahli Yang Berhormat complain dekat saya, dia tak dapat e-mel. Sebab itu pastikan, pegawai-pegawai di belakang, selepas Menteri memberikan komitmen untuk memberikan jawapan bertulis selama lima hari, ia nya berlaku.
Baik, untuk itu saya jemput Menteri Kewangan dalam masa 40 minit untuk membuat penggulungan. Silakan.
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI.
Tan Sri Yang di-Pertua, mewakili Kementerian Kewangan, izinkan saya merafak sembah ucapan Menjunjung Kasih ke atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim semasa Istiadat Pembukaan Penggal Kelima, Majlis Parlimen Kelima Belas pada 19 Januari ini.
Selaku Menteri pertama menggulung, saya merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Seramai 50 Ahli Yang Berhormat telah berbahas dan menyatakan cadangan, teguran serta pandangan masing-masing melibatkan Kementerian Kewangan.
Berdasarkan isu-isu yang dibangkitkan, izinkan saya menjawab beberapa perkara yang utama.
Meskipun pentadbiran Kerajaan MADANI terus — baru menjangkau usia tiga tahun, pelbagai reformasi telah dilaksanakan. Alhamdulillah, hasil kesungguhan dan keberanian menggerakkan pembaharuan structure, kita kini menyaksikan hasil nyata dalam menaikkan siling ekonomi negara serta lantai kesejahteraan rakyat. Dan tentunya prestasi ekonomi sedang serta kedudukan fiskal. Antara topik yang dibahaskan termasuklah oleh Yang Berhormat Larut, Pandan, Bachok, Batang Sadong, Tenggara, Puchong dan Tebrau.
Hakikatnya, segala pencapaian ekonomi yang dicapai ialah hasil pendekatan menyeluruh Kerajaan MADANI. Kerajaan telah menggariskan hala tuju yang jelas melalui Kerangka Ekonomi MADANI yang merangkumi dimensi ekonomi, sosial, tatakelola dalam jangka masa sederhana. Kerajaan mencapai kemajuan dalam melaksanakan pembaharuan yang berani meskipun tidak popular, termasuk memerangi rasuah, membaharui perolehan kerajaan, mengurangkan defisit fiskal serta melaksanakan penyasaran subsidi.
Pengurusan ekonomi bertanggungjawab dan berhemah telah membina keyakinan pelaburan dan pelabur di samping usaha memudah cara perniagaan merancakkan pertumbuhan pelaburan dan perdagangan. Pembaharuan fiskal telah mewujudkan ruang kewangan untuk kerajaan meningkatkan perbelanjaan ke arah keselesaan rakyat dan pembangunan negara.
Sekiranya dilihat semula pembaharuan fiskal yang telah dilaksanakan.
Pertama, defisit fiskal berjaya dikurangkan secara berperingkat. Hala tuju konsolidasi fiskal ditetapkan dalam Kerangka Ekonomi MADANI dan termaktub dalam Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023, termasuk sasaran defisit fiskal tiga peratus dalam jangka masa sederhana. Sejak itu, kita berjaya mengurangkan defisit fiskal daripada 6.4 peratus tahun 2021, 5.5 peratus tahun 2022 kepada lima peratus pada 2023 dan 4.1 peratus tahun 2024.
Bagi 2025, defisit dijangka mencapai sasaran 3.8 peratus dan berdasarkan Belanjawan 2026 akan turun lagi kepada 3.5 peratus tahun ini. Pengurangan ini dicapai antara lain melalui peluasan asas cukai termasuk penambahbaikan SST serta penyasaran subsidi terutamanya elektrik, diesel dan RON95. Reformasi fiskal negara turut diiktiraf badan antarabangsa seperti IMF dalam laporannya pada Disember 2025.
Kedua, dunia mengiktirafkan kebangkitan dan kesungguhan kita membawa perubahan. Keyakinan pelabur dan daya saing negara terus diperkukuhkan.
Malaysia melonjak 11 anak tangga ke kedudukan 23 dalam Laporan Daya Saing Dunia (IMD). Indeks Bursa Malaysia telah mencecah 1,771 mata iaitu tertinggi sejak tujuh tahun pada 27 Januari 2026. Prestasi nilai mata wang Ringgit terus kukuh dan mencapai paras terbaik sejak hampir lapan tahun iaitu RM3.92 berbanding Dolar Amerika, setakat 28 Januari 2016. Prestasi ini terus mengekalkan kedudukan Ringgit sebagai antara terbaik di Asia sekali gus mencerminkan keyakinan pasaran terhadap pengurusan ekonomi dan hala tuju dasar kerajaan.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Tan Sri...
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Pelaburan diluluskan bagi sembilan bulan pertama 2025 mencatat RM285.2 bilion, meningkat 13.2 peratus berbanding tempoh sama 2024. Dan ia dijangka terus meraih pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah setelah mencapai RM329.5 bilion pada tahun 2023 dan RM384.4 bilion 2024.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Ketiga, hasil penyasaran subsidi membolehkan kerajaan jimat RM15.5 bilion yang diperuntukkan semula, khususnya bagi manfaat rakyat seperti bantuan tunai dan kemudahan awam. Disiplin fiskal dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan keseimbangan antara pengurangan defisit serta dasar fiskal yang mengembang untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.
Akhirnya, semua pencapaian positif ini turut diakui agensi kredit antarabangsa apabila Moody’s, S&P Global dan Fitch masing-masing mengekalkan taraf kredit berdaulat mereka pada A3, A-, dan 3B+ dengan tinjauan stabil. Secara keseluruhan, walaupun berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi global, pertumbuhan ekonomi telah mengatasi jangkaan. Dengan kiraan anggaran awal pertumbuhan akhir keempat— suku empat 2025 yang memuncak kepada 5.7 peratus, kadar pertumbuhan tahun 2025 dianggarkan mencapai 4.9 peratus.
Perdagangan juga tumbuh kukuh melebihi enam peratus dan capaian tahap tertinggi dalam sejarah iaitu RM3 trilion. Segala angka ini bukan untuk dibanggakan semata-mata. Soalnya, apakah kesan yang dirasai oleh rakyat setelah kedudukan ekonomi dan fiskal negara mencapai tahap positif ini? Dengan kata lain, bagaimanakah peningkatan siling dapat menaikkan lantai? Hal ini turut ditanya oleh Yang Berhormat Larut, Puchong dan Tebrau.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Menteri. Ya, kerana tadi Menteri sebut tentang performance Ringgit. Jadi, saya ingin dapat penjelasan dari Menteri. Apa punca di sebaliknya yang mendorongkan prestasi Ringgit Malaysia yang lebih kukuh— jauh lebih kukuh daripada mata wang negara jiran kita? Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih. Saya akan jawab, lepas itu saya sambung lagi sekali. Kalau kita tengok dari segi Ringgit, kita nampak Ringgit telah berkembang kepada RM3.92. Dan permintaan kepada Ringgit telah melonjak dengan tingginya kerana kita nampak aliran wang yang masuk ke dalam negara pun telah lebih baik lagi. Kita juga berasa— kalau kita melihat dari segi pelaburan- pelaburan yang diluluskan oleh kerajaan pun mencapai tahap yang tertinggi setakat ini.
Jadi, kerana confidence level yang tinggi, yang diterima daripada pelaburan, ini telah melonjakkan lagi demand untuk Ringgit. Walaupun kita faham yang di Amerika Syarikat, nilai interest rate-nya telah berkurang, namun Ringgit Malaysia tetap kuat lebih pada mata wang-mata wang lain. Jadi, ia bukanlah kerana hanya kelemahan dalam interest rate yang ada di Amerika Syarikat.
Seperti saya yang katakan tadi, fokus Kerajaan MADANI adalah pertumbuhan mestilah diterjemahkan kepada pekerjaan, upah, inflasi yang terkawal dan bantuan yang lebih bersasar. Kalau kita tengok dari segi apa pencapaian, pengangguran pada November 2025 turun kepada 2.9 peratus, kadar terendah dalam tempoh 11 tahun. Ekonomi berkembang, pelaburan masuk meningkat, bermakna peluang pekerjaan lebih bermakna untuk rakyat.
Kedua, gaji minimum ditingkatkan kepada RM1,700 berbanding dengan RM1,500 sebulan. Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah melaksanakan dasar gaji kehidupan wajar dengan penanda aras RM3,100 yang kini merangkumi 169,000 orang pekerja.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Pendek sahaja. Itu memandangkan prestasi ekonomi yang begitu baik dengan cemerlang, adakah kemungkinan Fitch Ratings boleh memulihkan taraf kredit untuk negara Malaysia daripada BBB+ kepada AAA?
Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Kita sentiasa memakai ketelusan dasar-dasar kerajaan dan dalam semua libat urus yang kita adakan dengan Fitch, mereka telah dapat melihat pembaharuan yang baik dari segi Malaysia. Jadi, insya-Allah di masa depan, kita harap dengan terus perubahan yang baik, kita berharap akan dapat upgrade.
Ketiga, Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita naik lebih 18 peratus daripada RM46,247 pada tahun 2021 kepada RM54,793 tahun 2024.
Keempat, kadar inflasi 2025 kekal rendah sekitar 1.4 peratus meskipun reformasi fiskal dilaksanakan melalui penyasaran subsidi dan penambahbaikan cukai. Usaha meringankan beban sara hidup terus ditingkatkan dengan peruntukan RM1 bilion. Ini termasuk RM600 juta Jualan Rahmah MADANI bagi menawarkan barangan asas pada harga berpatutan di semua 600 DUN dan 40 lokasi di Wilayah Persekutuan dan dengan kekerapan tiga kali sebulan.
Kelima, peruntukan bantuan tunai untuk rakyat tertinggi dalam sejarah melalui Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas RAHMAH. Peruntukan STR dan SARA meningkat kepada RM15 bilion berbanding RM8 bilion dalam Bantuan Keluarga Malaysia tahun 2022 dan RM6 bilion Bantuan Rakyat 1Malaysia tahun 2018.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Menteri, Pulai, Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Bagi saya habis, lepas itu saya bagi tempat. Bilangan penerima bantuan turut meningkat daripada tujuh juta kepada sembilan juta. Pelaksanaan SARA bukan sahaja membantu rakyat, malah turut menjana limpahan ekonomi kepada peruncit serta PMKS tempatan, khususnya produk tempatan, sekali gus memperkukuhkan rantaian ekonomi domestik.
Selain itu, kerajaan juga menyediakan bantuan-bantuan lain seperti subsidi padi dan inisiatif insentif pesawah, RM2.62 bilion. Bantuan Awal Persekolahan RM794 juta dan Insentif Pengeluaran Getah RM171 juta. Pada masa yang sama, kerajaan sentiasa memastikan ruang fiskal yang diwujudkan melalui pembaharuan tidak hilang begitu sahaja tetapi dipulangkan kepada rakyat semula melalui bantuan bersasar dan subsidi yang lebih adil.
Bermakna, walaupun kita menggerakkan pembaharuan, hak dan kebajikan rakyat tetap terbela. Apabila penyasaran subsidi dilaksanakan, kita meneliti kaedah paling selamat, tersusun dan berkesan untuk memastikan rakyat dilindungi dan manfaat subsidi benar-benar sampai kepada warga negara yang berhak. Dalam konteks ini, pelaksanaan Budi MADANI RON95 ialah contoh yang jelas. Subsidi petrol RON95 disalurkan secara lebih bersasar supaya ketirisan dapat dikurangkan dan wang negara digunakan untuk keutamaan rakyat. Silakan Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Ya, terima kasih Speaker dan terima kasih Timbalan Menteri. Ada pandangan pakar ekonomi menyatakan bahawa diberi kebebasan kepada rakyat untuk menggunakan ataupun diberikan dalam bentuk tunai ini tapi kita masukkan dalam kad pengenalan. Apakah pandangan kerajaan tentang pandangan daripada luar ini yang menyatakan begitu, supaya mereka lebih bebas untuk membeli mengikut keperluan mereka?
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat Pulai.
Kalau kita tengok daripada bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan, ada sebahagiannya diberikan melalui tunai seperti STR dan sebahagiannya kita beri untuk pembelian barang-barang asas melalui SARA.
Dan saya melihat daripada segi penerimaan asas SARA itu, penerimaannya amat baik sekali. Di mana hampir 99 peratus lokasi yang diberikan kepada SARA, digunakan oleh rakyat Malaysia. Ini bermakna tak ada masalah untuk penggunaannya untuk rakyat. Dan ini tak ada bezanya kalau kita tengok dari segi negeri-negeri. Negeri-negeri seperti Perlis, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak juga mendapat penggunaan yang tinggi. Jadi, kerana kita ada pilihan, setengah dengan cash, setengah dengan kredit, dia cukup untuk penggunaan rakyat.
Oleh itu, kalau kita tengok tadi, saya ceritakan tadi pasal BUDI95, kerajaan tidak bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Pasir Salak yang menolak penggunaan MyKad untuk bantuan sosial dan subsidi. Sebaliknya, kerajaan melihat penggunaan MyKad yang mengkhususkan bantuan dan subsidi hanya kepada warganegara telah menyemarakkan dan menyemai semangat kenegaraan.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Kerajaan amat menghargai rakyat yang peka dan cakna yang menegur serta menyalur maklumat melalui saluran rasmi apabila ada salah guna atau cubaan to break the rules, dengan izin, terutamanya oleh bukan warganegara yang cuba menggunakan petrol bersubsidi. Sikap ini bukan sekadar mempertahankan hak sebagai warganegara, malah mencerminkan semangat kenegaraan bersama-sama memastikan dasar kerajaan dilaksanakan dengan adil, berintegriti dan memihak kepada rakyat Malaysia.
Dengan landasan ekonomi yang semakin kukuh, Belanjawan 2026 turut memberi tumpuan kepada dua perkara iaitu memperkukuhkan daya tahan ekonomi dan memperluaskan peluang untuk rakyat, khususnya akses pembiayaan perniagaan dan pemilikan rumah. Pertumbuhan yang kukuh mesti disokong oleh ekosistem pembiayaan yang inklusif supaya PMKS dapat berkembang dan keluarga muda dapat memiliki rumah pertama.
Untuk...
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Tan Sri Speaker...
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Nanti saya bagi habis, saya bagi tempat.
Untuk makluman Yang Berhormat, kemudahan pembiayaan dan jaminan ditingkatkan sehingga RM50 bilion pada tahun 2026 berbanding RM40 bilion pada 2024. Ini termasuk Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) yang ditingkatkan kepada RM30 bilion untuk memanfaatkan lebih 30,000 PMKS serta jaminan khusus sebanyak RM10 bilion kepada PMKS bumiputera.
Tahun ini juga, Bank Negara Malaysia juga menambah dana pinjaman PMKS sebanyak RM2.5 bilion dan memperkenalkan Skim Jaminan Pembiayaan PMKS hingga RM10 bilion melalui kerjasama dengan Credit Guarantee Corporation untuk memberi lebih banyak peluang kepada pengusaha tempatan mendapatkan akses kepada pembiayaan.
Sepertimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kerajaan juga menetapkan syarat supaya kemudahan pembiayaan baharu ini tidak hanya tertumpu kepada kelompok yang sama, sebaliknya memberi manfaat kepada pelanggan dan syarikat yang belum pernah menerima kemudahan agar peluang ini benar-benar meluas dan lebih adil.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Tan Sri...
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Kemudahan pembiayaan juga penting untuk isi rumah, seperti saya katakan tadi, khususnya untuk pemilikan rumah. Antara Januari dan September 2025, institusi perbankan menyalurkan sebanyak RM69.9 bilion untuk pembelian rumah pertama yang telah memanfaatkan 155,000 peminjam.
Kadar kelulusan pinjaman perumahan baru ini juga kekal tinggi, iaitu rumah bernilai RM300,000 ke bawah, kadar kelulusannya ialah 76 peratus.
Bagi memastikan lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah pertama, kerajaan bersama BNM dan institusi kewangan telah memudah cara pembiayaan perumahan. Ini merangkumi Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) yang membantu golongan pendapatan rendah dan sederhana, termasuk individu tanpa penyata gaji atau pendapatan tetap, mendapatkan pemilikan rumah pertama.
Belanjawan 2026 menyediakan jaminan SJKP sehingga RM20 bilion untuk manfaat lebih 80,000 pembeli rumah yang pertama.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Tan Sri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Sila.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Ya, sorry. Saya kena balik kepada SARA sebab Menteri telah terlalu jauh. Yang dalam perbahasan kita adalah cadangan supaya kita memperluaskan SARA kepada lebih banyak lagi peniaga kecil dan mikro dan juga penjaja-penjaja. Ini adalah kerana apa yang kita tengok hari ini adalah daripada 9,000 kedai yang boleh mendapatkan yang SARA itu, daripada 9,000 itu, hanya 3,000 adalah kedai runcit kecil yang individu. Yang lain adalah chain di mana Speedmart ke, 99mart ke ataupun supermarket like Lotus’s ke, MYDIN ke dan lain- lain. Dan ini bermaksud bahawa peruntukan SARA hanya memanfaatkan peniaga- peniaga yang terhad.
Dalam cadangan saya adalah supaya kerajaan boleh memperluaskan lagi supaya peniaga-peniaga yang lebih banyak peniaga boleh dapat peruntukan ini.
Sebab apa? Sebab kalau kita bagi lebih banyak penjaja mikro dan kecil, multiplier effect, economic multiplier effect with this allocation akan bertambah. Dan juga, penjaja-penjaja seperti di pasar malam, di pasar pagi, yang itulah yang kita nak tambah pendapatan mereka. Apakah pandangan Menteri?
Dan kedua adalah berkenaan dengan limit, had untuk memperluaskan SARA dengan cepat adalah kerana kita menggunakan MyKasih. Apabila kita menggunakan MyKasih, kita menggunakan POS system, P-O-S, yang very difficult. Adakah kerajaan cadang untuk buat voucher system sama ada dalam MyDigital ID ataupun melalui e-wallet? Ini adalah dalam perbahasan saya yang belum lagi dijawab oleh Menteri.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Menteri, sikit. Bachok.
Boleh?
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Sila.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Thank you. Terima kasih. Tan Sri Speaker, di awal tadi, Menteri ada ulas tentang dasar fiskal negara.
Saya minta― sebab kami dengar dan kami baca yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pandan. Saya kira dakwaan itu agak serius. Beliau sebut mempersoalkan ketepatan angka defisit negara, ada angka bayaran balik cukai yang tidak dibayar sejak 2020. Jadi, disebut angka defisit 2024 itu sebenarnya antara 5.8 ke 6.0 peratus, bukannya 4.1 peratus seperti yang dilaporkan. Jadi, adakah benar dakwaan Pandan? Kerana ini amat serius, mempersoalkan keabsahan angka fiskal negara.
Dan sikit, Yang Berhormat Menteri. Kalau boleh di hujung nanti sentuh juga tentang isu buy now, pay later. Ini anak muda di luar nak dengar kerana ini sangat menjejaskan risiko kewangan segmen 30-an dan 40-an. Terima kasih, Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Menteri, sini ada sikit cadangan tentang SARA juga.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Sila. Last one.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih. Jadi, cadangan saya berkenaan SARA juga. Bolehkah kita― saya tahu, difahamkanlah, bahawa adalah susah kalau kita buat negative listing untuk item yang boleh dibelikan dengan bantuan MyKasih, SARA dan sebagainya. Jadi, cadangan saya untuk bantu peniaga-peniaga tempatan, boleh tak kita masukkan lebih dahulu semua makanan beku dihasilkan oleh peniaga tempatan supaya vendor-vendor tempatan dapat manfaat, pada masa yang sama lebih banyak opsyen bagi rakyat Malaysia untuk menggunakan duit SARA dan MyKasih yang mereka terima juga? Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih. Ada tiga soalan itu. Dua berkenaan SARA, satu mengenai apa yang dibangkitkan oleh Pandan. Yang Pandan, saya akan sampai dalam penggulungan saya. Saya ada sentuh nanti.
Untuk SARA― terima kasih kerana apa-apa cadangan yang diberikan.
Mungkin saya bagi penerangan sikit apa yang kita fokus buat masa sekarang. Buat masa sekarang, kita telah melihat dalam tahun 2024, hanya 700 kedai yang diiktirafkan untuk penggunaan SARA. Tapi, untuk tahun lalu, kita telah mencapai 10,000. Dah diluaskan dengan banyak. Seperti juga Puchong kata, 3,000 mereka adalah kedai-kedai kecil.
Dan awal tahun ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun telah menyasarkan yang kita nak meningkatkan lagi kedai-kedai kecil ini daripada 3,000 yang ada sekarang kepada 10,000 sebelum penghujung tahun ini. Dan, insya-Allah, ini akan dibuatkan bawah kerajaan. Jadi, ini akan melebarkan lagi jurang yang ada.
Jadi, lebih banyak orang akan masuk dalam skim SARA ini.
Tapi, kalau kita lihat seperti saya katakan tadi, dari segi penggunaannya tak ada masalah kerana penggunaannya sampailah 99 peratus. Jadi, kita tak rasa orang tak boleh menggunakan kerana tak cukup kedai.
Untuk pendekatan untuk peniaga-peniaga kecil, kita juga menekankan juga untuk penggunaan barang-barangan tempatan. Insya-Allah, ini akan ditambah baikkan dan, insya-Allah, di masa depan akan diumumkan kita akan melebarkannya untuk barang-barangan beku yang akan dibenarkan di bawah SARA.
Jadi, untuk cadangan-cadangan lain, saya ambil maklum dan saya akan terus berbincang dengan team SARA untuk yang mana ada boleh kita laksanakan, yang mana masih dalam penilaian.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Tan Sri, satu lagi. Tadi Menteri jawab dengan peniaga-peniaga kecil. Bagaimana pula dengan penjaja-penjaja yang jual di pasar awam, yang jual di pasar malam dan juga mungkin di tepi jalan, MyKiosk, yang sebegini? Sebab, kalau kita bandingkan dengan Singapura, mereka ada 24,000 yang penjaja-penjaja kecil yang boleh memanfaat daripada CDC voucher itu.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Adakah kita boleh buat sebegini? Sebab apa yang saya tengok adalah, penjaja-penjaja. Kalau kita dapat meningkatkan pendapatan mereka melalui SARA, dia akan membantu banyak dalam meningkatkan kualiti hidup mereka.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Puchong. Seperti saya katakan tadi, kita ambil cadangan, kita akan melihat dan berbincang dengan team dia. Dia ini mengambil masa untuk meneliti dengan betul.
Saya pulang kepada penggulungan saya dan saya akan sentuh tadi yang Pandan tadi kan, saya tak lupa.
Yang Berhormat Larut juga membangkitkan kebimbangan tentang aliran keluar dana asing. Setakat 31 Disember 2025, nilai aliran keluar pelarasan ekuiti adalah sekitar USD5.2 bilion atau RM22.3 bilion.
Walaupun pasaran ekuiti Malaysia mencatatkan aliran keluar dana asing pada tahun 2025, namun aliran masuk dana asing ke dalam pasaran bon negara jauh lebih besar, mencecah USD6 bilion ataupun RM25.6 bilion. Trend keseluruhan menunjukkan Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang stabil. Ini dapat dilihat melalui kemasukan berterusan dana asing ke dalam bon negara mencemaskan keyakinan pelaburan kepada kestabilan ekonomi Malaysia. Bulan Januari 2006 menunjukkan sentimen pelaburan yang positif. Kepada kedua-dua pasaran ekuiti dan pasaran bon. Masing-masing mencatat aliran masuk dana melebihi RM1 bilion.
Yang Berhormat Bagan dan Putrajaya telah menyentuh mengenai soalan bayaran lebihan cukai. Dan saya juga ingin memperbetulkan dakwaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pandan mengenai kesahihan pembaharuan fiskal yang dicapai oleh Kerajaan MADANI. Pembaharuan fiskal di bawah Kerajaan MADANI diperkukuhkan melalui Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal
(FRA) 2023.
Akta ini membina ketelusan fiskal serta menetapkan sasaran fiskal jangka sederhana yang jelas bagi memastikan kemampanan kewangan awam, mengekalkan stabilan mikroekonomi serta memelihara kesejahteraan rakyat.
Komitmen ini terbukti melalui trend penurunan defisit secara berperingkat. Seperti saya jelaskan, ke arah tiga peratus menjelang 2028. Kerajaan berjaya mengurangkan defisit daripada 60.4 peratus 2021 kepada 30.8 peratus yang diyakini dapat dicapai pada tahun 2025.
Pengiraan defisit fiskal kerajaan tidak wajar disoalkan. Pelaporan yang digunakan adalah berguna pakai berdasarkan piawaian antarabangsa dan diterima pakai agensi penarafan kredit dan badan dunia. Pelaporan defisit adalah berdasarkan manual statistik kewangan kerajaan yang turut diguna pakai negara- negara lain.
Ketua Audit Negara juga mengeluarkan pendapat bahawa penyata kewangan Kerajaan Persekutuan memberikan gambaran yang benar dan saksama.
Sistem Perakaunan dan Kewangan Kerajaan Persekutuan berdasarkan asas tunai bukanlah satu yang asing. Amalan kewangan berasaskan tunai menjadi standard di peringkat antarabangsa dan diguna pakai oleh negara maju serta membangun seperti Singapura, India, Jerman, Belanda dan Norway. Kerajaan MADANI mewarisi lebihan cukai yang tinggi, namun kerajaan telah tetap menunaikan tanggungjawab mengendalikan kes-kes bayaran balik cukai sebaiknya.
Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara, lebihan bayaran cukai yang dikutip oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia mesti dibayar balik kepada pembayar cukai berdasarkan prosedur yang ditetapkan. Bayaran balik lebihan cukai yang diselesaikan pada tahun 2025 adalah tertinggi dalam tempoh lima tahun yang lalu iaitu RM22.45 bilion.
Jika dibandingkan bayaran lebihan cukai dalam tahun— tiga, tahun-tahun terkini, Kerajaan MADANI melunaskan bayaran balik sebanyak RM56 bilion iaitu 50 peratus lebih tinggi daripada bayaran balik 2020 hingga 2022, sebanyak RM37 bilion.
Sebahagian bayaran balik berjumlah RM7.5 bilion telah dibuat dalam bulan Disember 2025. Berbanding dengan komitmen awal RM4 bilion yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 6 Disember 2025. Semua kes bagi Tahun Taksiran 2022 dan sebelumnya telah selesai pada tahun 2025.
Penyelesaian balik lebihan cukai ini telah melibatkan 3.7 juta kes pada tahun 2025 berbanding 2.7 juta pada tahun 2024. Walaupun kerajaan berjanji untuk selesaikan kes bagi taksiran 2023 pada suku pertama 2026, kita yakin bahawa selesainya akan menjadi lebih awal iaitu menjelang bulan Februari 2026. Bayaran balik bagi Tahun Taksiran 2024 pula akan diselesaikan sepenuhnya sebelum hujung tahun ini.
Pada masa sama, bayaran balik tanpa mengira usia, kes akan terus dibuat kepada semua pembayar cukai selain syarikat. Kerajaan sememangnya mematuhi dan akan membayar pampasan dua peratus setahun bagi sebarang bayaran balik yang lewat, seperti mana termaktub dalam Akta Cukai Pendapatan. Setakat ini, bayaran pampasan berjumlah RM23.6 juta telah dibuat bagi sebahagian bayaran balik pada tahun 2025.
Sebagai kerajaan yang amanah, komitmen bayaran pampasan akan dipenuhi dan perkara ini tidak di kompromi. Walaupun Yang Berhormat Bagan dan Tasik Gelugor membangkitkan isu tunggakan balik GST, saya ingin mengesahkan kerajaan telah menyelesaikan semua tuntutan bayaran balik GST yang boleh dibayar.
Apabila GST dimansuhkan pada 2018, jumlah tuntutan bayaran balik yang tertunggak mencecah RM19 bilion. Kesemua tuntutan yang telah dibayar balik kecuali sekitar RM30 juta yang tidak selesai atas sebab-sebab tertentu. Ini termasuklah tuntutan yang masih di bicara di mahkamah atau pun maklumat bayaran balik seperti akaun bank syarikat yang tidak lengkap. Jadi isu GST ini saya kira dah selesai.
Dari segi pembaharuan fiskal, ia tidak bermaksud membebankan. Prinsipnya jelas, kutipan adil dan proses yang telus dan pematuhan yang dimudahkan melalui pendigitalan serta bantuan pelaksanaan.
Saya ingin menjelaskan berhubungan pelaksanaan e-Invois. Seperti mana yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat, antaranya Bagan, Puchong, Bakri dan Putrajaya. Seperti dimaklumkan, kerajaan telah menilai— naikkan nilai ambang jualan tahunan bagi pengecualian pelaksanaan e-Invois semula dua kali pada tahun 2025. Daripada RM150,000 ke RM500,000 pada 5 Jun 2025, seterusnya RM1 juta pada 6 Disember 2025.
Pendekatan peringkat-peringkat ini telah memanfaatkan lebih satu juta pembayar cukai, khususnya penjaja, peniaga kecil dan peniaga gerai di tepi jalan dengan mengecualikan mereka daripada pelaksanaan e-Invois. Usaha berterusan dalam membantu peniaga melaksanakan invois, kerajaan juga telah memperkenalkan dua lagi kemudahan, iaitu pemberian tempoh peralihan tambahan selama 12 bulan. Mulai 1 Januari tahun ini ke 31 Disember tahun ini. Bagi fasa keempat, yang membenarkan pembayar cukai mengeluarkan e-Invois disatukan dan tidak ada penalti atau denda dikena sekiranya berlaku ketidakpatuhan sepanjang tempoh tersebut.
Dan kedua, MyInvois e-POS iaitu sebuah platform digital post point of sale.
Dengan adanya platform ini, PPS tidak perlu melabur untuk membangunkan sistem sendiri kerana ia diakses secara percuma. Malah diperluaskan kepada peniaga berpendapatan tahunan sehingga RM5 juta bagi tujuan integrasi utama operasi perniagaan seperti pengekodan penjualan, pengurusan inventori, pelaburan kewangan dan sokongan kepada pelaksanaan e-Invois.
Yang Berhormat Bakri telah membangkitkan aduan pelaksanaan e-Invois yang dianggap rumit dan membebankan kerana PMKS perlu mengisi 55 medan data setiap invois. Untuk makluman, daripada 55 medan data, bilangan yang wajib diisi ialah 35. Daripada 35 medan data yang wajib, PMKS hanya perlu mengisi lima medan data sahaja. Kerana kebanyakan maklumat akan diisi secara automatik melalui sistem perniagaan atau point of sale. Dan kerana kita pun memberikan sehingga jualan RM5 juta, kebanyakan PMKS boleh menggunakan sistem ini dengan percuma.
Di samping itu, kemudahan imbasan kod QR turut disediakan bagi membolehkan penjual mendapat maklumat pembeli dengan lebih mudah dan pantas tanpa perlu diisi secara manual.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Perlu ditegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois bukanlah sebuah cukai baru ataupun mengenai cukai tambahan ke atas pemberi or pembayar cukai. e-Invois seperti mana dilaksanakan di pelbagai negara berhasrat menangani ketirisan hasil melalui penyaluran data invois secara real time yang meningkatkan kecekapan pengesahan trend aktiviti ekonomi bayangan supaya analisis risiko dan siasatan dapat dibuat secara lebih tepat dengan keberhasilan.
Sehingga 4 Februari 2026, sekitar 981 juta e-Invois telah dikeluarkan secara berkeseluruhan menunjukkan penggunaan sistem ini meluas oleh pembayar cukai di seluruh negara.
Untuk memastikan proses pematuhan dilakukan secara adil dan berhemah, LHDN telah menggunakan pendekatan nudging sebagai tindakan awal pematuhan bagi meningkatkan kesedaran dan memberi peluang kepada pembayar cukai untuk membuat pembetulan serta mengemukakan maklumat cukai yang sewajarnya secara sukarela. Berdasarkan semakan awal pada data fasa pertama dan kedua, seramai 17,188 pembayar cukai yang dikenal pasti tidak patuh dalam pengemukaan dan borang nyata cukai pendapatan telah tampil mengemukakan BNCP secara sukarela yang melibatkan pendapatan bagi tahun ke belakang sebanyak RM1.4 bilion...
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Bangun]
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
...Yang menyumbang kepada jumlah cukai tambahan sebanyak RM290 juta. Ini satu bukti bahawa pendekatan pematuhan awal dan galakan pematuhan secara sukarela dapat memberi hasil yang positif.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Saya ada bangkit dalam perbahasan saya bukan berkenaan cukai, tetapi anggaran perbelanjaan tambahan dari kerajaan apabila diumumkan bahawa pendidikan awal prasekolah akan diawalkan, 5 tahun diwajibkan dan pada masa yang sama Darjah 1 pada umur 6 tahun. Dan apabila sekolah-sekolah kebangsaan khususnya akan diintegrasikan dengan prasekolah, ia bermaksud lebih 7,000 prasekolah akan dibina di setiap satu sekolah kebangsaan.
Pada masa yang sama kelas-kelas pun akan dilipatgandakan, kalau tidak anak-anak akan ada di ‘dalam tin sardin.’ Sampai ke hari ini, kita masih tidak tahu berapa jumlah anggaran perbelanjaan tambahan yang akan kerajaan berikan bagi dasar ini. Adakah anggaran itu sudah dikira oleh Kementerian Kewangan? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Muar. Saya rasa isu ini isu baru ya, ada akan dibuat pencerahan juga melalui Kementerian Pendidikan dan dalam data-data awal pun telah diterangkan dalam Dewan minggu lalu yang mana kita telah menyediakan juga RM800 juta untuk recruit cikgu-cikgu baharu dan kita tengah melihat dari segi DE, macam mana kita nak menggunakan untuk menambah kelas-kelas bilik darjah yang ada dalam negara ini. Ini saya biar KPM untuk menjawabnya.
Mungkin saya berganjak berkaitan tentang masa— kalau saya minta tiga minit lagi, tambahan?
Tuan Yang di-Pertua
Boleh, silakan.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Beberapa perkara penting yang mungkin saya nak menekankan mengenai isu-isu expenditure yang penting untuk negara.
Yang Berhormat Simpang Renggam mendakwa bahawa peruntukan perbelanjaan pembangunan lebih rendah berbanding dengan negara ASEAN lain.
Sebenarnya perbelanjaan pembangunan Malaysia melebihi empat peratus daripada KDNK, sementara Thailand dan Singapura hanyalah sekitar tiga peratus dan Indonesia di bawah dua peratus.
Di bawah Akta FRA, kerajaan memberi komitmen supaya perbelanjaan pembangunan tidak akan kurang daripada tiga peratus daripada KDNK. Seperti sedia maklum, pembentangan Belanjawan 2026 dirangka dengan pendekatan fiskal yang lebih menyeluruh, merangkumi bukan sahaja perbelanjaan mengurus dan pembangunan Persekutuan, tapi juga pelaburan pemangkin ataupun catalytic investment oleh entiti GLIC dan GLC, BPP dan Syarikat MKD terpilih. Pendekatan ini mengoptimumkan sumber negara di bawah satu hala tuju yang sama dan kesinambungan sejajar dengan keutamaan negara serta memastikan impak ekonomi dan kesejahteraan rakyat pada tahap tertinggi.
Belanjawan 2026 berjumlah RM470 bilion menyatakan gambaran perbelanjaan awam lebih menyeluruh, turut merangkumi RM50.8 bilion pelaburan awam oleh entiti seperti Khazanah, KWAP, Pengurusan Air Berhad dan Prasarana.
Perbelanjaan awam 2026 berjumlah RM470 bilion meningkat berbanding RM450 bilion pada tahun 2025. Seperti ditegaskan, Kerajaan MADANI komited mencapai sasaran FRA, namun tetap melaksanakan dasar fiskal yang mengembang bagi menyokong momentum pertumbuhan ekonomi lebih-lebih lagi dalam ketidaktentuan ekonomi global. Agihan peruntukan DE untuk DE Asas pada tahun 2026 juga meningkat kepada RM57.6 bilion atau 71 peratus berbanding RM55.6 bilion atau 65 peratus pada tahun 2025.
Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Puteh, DE 2026 untuk semua negeri turut meningkat berbanding 2025. Bagi memastikan agihan yang seimbang dan terangkum RMK13 turut meluluskan projek-projek yang mengambil kira keutamaan setiap negeri. Oleh itu, Kerajaan MADANI akan terus memastikan pendekatan fiskal yang berdisiplin, strategik dan tidak mengabaikan kepentingan, menyediakan peruntukan pembangunan yang mencukupi dan berimpak tinggi supaya pertumbuhan ekonomi terus dipacu secara mampan.
Kira-kira 13 orang Ahli Yang Berhormat menyentuh tentang pemberian khas kepada Sabah, termasuk Yang Berhormat Semporna, Tuaran, Sandakan, Sipitang, Keningau, Kota Marudu, Kudat, Penampang, Tenom, Beaufort, Ranau, Putatan dan Kota Belud.
Merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 17 Oktober 2025, berhubungan dengan kajian semula pemberian khas kepada Sabah.
Kerajaan Persekutuan telah menegaskan tidak akan merayu pemberian khas berasaskan 40 peratus daripada amaun hasil bersih yang didapati oleh Kerajaan Persekutuan daripada Sabah. Kerajaan Persekutuan menghormati prinsipal pemberian khas ini seperti dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kerajaan Persekutuan komited untuk bersama dengan kerajaan Sabah, menyemak semula pemberian khas kepada Sabah dengan mengambil kira kadar 40 peratus daripada hasil.
Kerajaan Persekutuan telah mengadakan proses rundingan bersama kerajaan Sabah pada 17 November 2025 dan 28 Januari 2026 untuk melaksanakan semakan semula awal amaun pemberian khas di bawah Perkara 11C dan 11D Perlembagaan Persekutuan. Rundingan terus akan diusahakan ke arah memuktamadkan semakan semula dan ketetapan pemberian khas kepada Sabah supaya selaras dengan garis masa ditetapkan oleh mahkamah.
Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, mungkin ada beberapa persoalan yang saya ‘tak sempat ‘nak jawab hari ini, saya akan beri dengan secara bertulis.
Biarkan saya untuk mengakhiri penggulungan saya ini...
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Soalan tambahan.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Sukacita saya...
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Soalan tambahan Yang Berhormat.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Merakamkan penghargaan dan terima kasih ke atas pandangan serta input yang telah dikongsikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang tempoh perbahasan ini.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Tuan Speaker, soalan tambahan.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Malaysia MADANI...
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Pencerahan.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Kini di landasan yang tepat. Kita hanya— kita punya hala tuju yang jelas dan dunia telah mengiktirafkan kesungguhan dan kebangkitan kita dalam membawa pembaharuan. Kita tidak boleh cepat selesa dengan pencapaian yang diraih, banyak lagi yang perlu diusahakan. Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu bersama-sama memainkan peranan kita...
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Tuan Speaker.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
...Tak kiralah pemimpin dan rakyat, sektor awam dan swasta.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Yang Berhormat Menteri, boleh mohon pencerahan?
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
...Pekerja dan majikan untuk terus mengekalkan momentum ini demi Malaysia yang tercinta.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Pencerahan Yang Berhormat.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Insya-Allah, melalui kerjasama erat semua pihak, kita mampu memajukan ekonomi negara serta memastikan pembaharuan fiskal yang dilaksanakan benar-benar meningkatkan kualiti hidup rakyat secara terangkum dan mampan. Sekian. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Yang Berhormat boleh minta...
Tuan Yang di-Pertua
Tuaran, minta maaf. Floor ini floor Menteri, dia tak bagi dan dia kata, “Sekian, terima kasih.”
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Pencerahan, satu soalan saja.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, ‘tak ada ruanglah itu. Yang Berhormat boleh jumpa Menteri sebentar lagi.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Sebab dia jawab tadi, kita mahu ucap terima kasih kerana dia menjalankan hak 40 peratus.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, sama-sama kasih.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Kita mahu tanya, bolehkah selesai perundingan itu sampai 15 April, itu saja. Itu kita tanya dalam perbahasan, minta penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Menteri dah duduk.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Minta penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Menteri. Sat lagi YB jumpa Menteri dekat luar ya.
Baik sekarang, saya jemput Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah— 40 minit Menteri. Silakan.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Salam Malaysia MADANI. Salam Desa Sejahtera.
Tan Sri Yang di-Pertua dan juga Ahli-ahli Dewan Rakyat yang dihormati sekalian, saya ingin menjunjung kasih menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang telah menyampaikan Titah Baginda pada 19 Januari yang lalu.
Tan Sri Yang di-Pertua, seramai 35 Ahli-ahli Yang Berhormat telah berbahas dan mengajukan 51 pertanyaan, membangkitkan isu-isu, melontarkan cadangan dan juga pandangan kepada KKDW serta agensi-agensi yang diletakkan di bawah penyeliaan saya seperti FELDA, NADMA, Agensi Keselamatan Siber Negara
(NACSA) dan juga lain-lain agensi semasa sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Tuanku di Dewan yang mulia ini.
Dengan izin Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah terlibat mengajukan persoalan- persoalan kepada KKDW: Yang Berhormat Sepitang; Rantau Panjang; Tangga Batu; Bachok; Puncak Borneo; Hulu Terengganu; Tumpat; Sri Aman; Sik; Padang Terap; Kuala Nerus; Betong; Jelebu; Kuantan; Tenggara; Jeli; Rompin; Kudat; Mersing; Kuala Krau; Selangau; Tenom; Batang Lupar; Kota Marudu; Lubok Antu; Setiu; Libaran; Pekan; Jempol; Merbok; Kuala Terengganu; Padang Rengas; Bukit Bendera; Parit; dan Tanjong Manis.
Dengan izin Tan Sri Yang di-Pertua, saya cuba untuk menjawab seboleh mungkin semua persoalan-persoalan yang telah dikemukakan. Pertamanya, saya ingin menyebutkan mengenai TVET. Di mana sebelum tahun 2023, anggaran pelajar yang mendaftar masuk ke pusat-pusat TVET adalah seramai 150,000 orang setahun.
Namun, setelah sekretariat MTVET diletakkan di bawah Pejabat Timbalan Perdana Menteri, alhamdulillah terdapat peningkatan dalam kemasukan pelajar di mana purata kemasukan adalah seramai 200,000 setahun dan menjadikan jumlah pelajar-pelajar TVET sekarang ini meningkat kepada 580,000 pelajar.
Untuk di bawah penyeliaan ini, hingga 31 Disember yang lalu, kita dapati kebolehpasaran ataupun employability meningkat kepada 98.7 peratus. Manakala, selebihnya itu sama ada melanjutkan pelajaran ke institusi pengajaran tinggi yang lain ataupun berada di peringkat menjalani keusahawanan, entrepreneurship.
Ertinya, untuk makluman Dewan yang mulia ini, pelajar-pelajar yang telah mengikuti kursus-kursus TVET, terdapat 1,398 institusi TVET di seluruh negara, employability- nya adalah sebanyak 100 peratus. Alhamdulillah, ini merupakan satu kejayaan yang amat-amat kita syukuri.
Di samping itu, untuk KKDW, terdapat 281 institusi TVET yang diletakkan di bawah kementerian ini. Seperti penjenamaan semula kepada TVET MARA, kita telah merge-kan, dengan izin, seperti MJII atau Malaysia-Japan Industrial Institute, KPTM dan juga kepada Institut Kemahiran MARA ya. Kita telah merge-kan dan kita jenamakan kepada TVETMARA. Itu adalah untuk High TVET Training Programme, dengan izin. Di samping itu, kita terus memperkasakan GIATMARA, Akademi Kemahiran KEMAS, Kolej Universiti Agrosains Malaysia, Institut Kemahiran Tinggi PERDA dan juga Kolej KEDA.
Di bawah KKDW sahaja, kami menawarkan 580 kursus yang berasaskan kemahiran praktikal dengan enrolmen melebihi daripada 80,000 pelajar dan telah melahirkan 24,000 graduan hingga 31 Disember yang lalu. Ini selaras dengan potensi ekonomi tempatan dalam sektor agroindustri, pembinaan, perkhidmatan, penyelenggaraan teknikal serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana.
Merujuk kepada lontaran pandangan oleh Yang Berhormat Sik dan juga Rompin mengenai Desa Kirana, saya ingin menyebutkan bagi menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia pada tahun ini, KKDW telah memperkenalkan Program Desa Kirana di 25 lokasi tumpuan yang mempakejkan pelancongan yang menumpukan di kawasan perdesaan yang berasaskan kepada warisan alam semula jadi, gastronomi, produk tradisional dan aktiviti komuniti dengan sasaran untuk mencapai kira-kira 100,000 pengunjung serta jangkaan peningkatan pendapatan komuniti yang akan meningkat hingga 20 peratus daripada kebiasaan.
Manakala, kedua-dua Yang Berhormat juga membangkitkan tentang PROSPEK ataupun Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung. Di dalam hal ini, PROSPEK dan Program Desa Lestari telah dilaksanakan bagi mengoptimumkan tanah-tanah terbiar serta memperkasakan koperasi dan ekonomi tempatan. Sejak tahun 2018, sebanyak 31 projek PROSPEK telah diluluskan dengan peruntukan RM197.2 juta. Manakala, sehingga 2025, peruntukan ini telah diluluskan juga sebanyak RM191.5 juta melalui Program Desa Lestari bagi menyokong 174 koperasi komuniti.
Untuk hab pelaburan desa, bagi mempercepatkan pembangunan wilayah, kerjasama strategik merentas wilayah dan pihak berkuasa koridor dan Lembaga Kemajuan Wilayah telah mengenal pasti 15 projek berimpak tinggi yang dijangka mewujudkan 5,621 peluang pekerjaan baharu serta menjana peningkatan ekonomi setempat sebanyak 142.45 peratus.
Tan Sri Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat juga bertanya mengenai penghijrahan daripada masyarakat di pedesaan ke bandar kerana peluang pekerjaan didapati agak berkurangan. Saya ingin berkongsi dengan Dewan yang mulia ini, bahawa berdasarkan sumber laporan Survei Migrasi Malaysia 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kadar migrasi luar bandar ke bandar pada tahun 2024 telah menurun daripada 2.4 peratus kepada hanya 0.5 peratus sahaja.
Ertinya, KKDW bersama-sama dengan kementerian dan agensi yang lain telah berjaya membawa industri dan peluang-peluang pekerjaan ke kawasan luar bandar menyebabkan berlakunya penurunan dari segi dipanggil sebagai horizontal social mobility. Alhamdulillah, ini satu kejayaan yang, yang sangat-sangat baik.
Selanjutnya saya ingin merujuk pada persoalan lain yang dibangkitkan oleh Rantau Panjang, Mersing, Merbok, Kuala Terengganu, Padang Rengas, Bukit Bendera, Parit, Libaran, dan Pekan mengenai satu bidang atau tugasan baharu yang telah diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada TPM iaitu NACSA, agensi di bawah Majlis Keselamatan Dalam Negara yang diminta saya untuk melakukan penyeliaan.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Melalui NACSA ini atau Agensi Keselamatan Siber Negara, agensi ini sedang memuktamadkan Rang Undang-undang Jenayah Siber yang banyak diperkatakan oleh khalayak. Undang-undang ini akan dikenali sebagai Rang Undang-undang Jenayah Siber atau RUU Jenayah Siber bagi menggantikan Akta Jenayah Komputer 1997 yang dikenali sebagai Akta 563. Akta ini penting kerana kita telah melihat banyak berlakunya penipuan siber dan insya-Allah, kita berazam dengan tekad untuk membentangkan RUU ini pada sidang Parlimen tahun ini juga.
Dan, di dalam hal yang sedemikian, saya ingin menyebutkan bahawa rang undang-undang ini akan digubal menggunakan pendekatan yang lebih holistik, terkini dan teknologi neutral bagi menutup kelompangan undang-undang sedia ada, memperkukuhkan keupayaan penyiasatan serta pendakwaan dan melindungi keselamatan siber negara serta hak pengguna di ruang digital.
Dalam konteks konflik hibrid, teknologi deepfake dan penyebaran misinformation, disinformation dan malinformation atau ringkasnya MDM, dikenal pasti sebagai instrumen utama information warfare, seperti yang dibuktikan di dalam konflik Rusia-Ukraine di mana manipulasi maklumat digunakan untuk membentuk persepsi, melemahkan moral dan mempengaruhi sokongan antarabangsa.
Dan selanjutnya, Akta Keselamatan Siber 2024 atau dikenali sebagai Akta 854 yang berkuat kuasa pada 26 Ogos 2024 yang bertujuan memperkukuhkan ekosistem keselamatan siber negara melalui pelaksanaan fungsi keselamatan siber yang lebih berkesan dengan keselamatan digital, dilihat sebagai elemen strategik bagi menjamin kestabilan negara serta melindungi kepentingan ekonomi dan sosial rakyat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik Menteri, sekarang dah pukul 1. Menteri boleh...
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya memohon untuk dilanjutkan sedikit. Selepas itu saya berhenti.
Tuan Yang di-Pertua
Saya bagi. Kalau boleh Menteri habiskan dalam masa 15 minit.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya patuh dengan arahan itu.
Tuan Yang di-Pertua
So, tak sambung petang ini?
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tak sambung.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, kita sambung sampai 1.15. Silakan Menteri.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Ya.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Okey. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat.
Saya bertanya tentang isu berkenaan dengan NADMA, tentang silibus pendidikan untuk NADMA serta pusat pendidikan keselamatan bencana untuk rakyat. Jadi, itu saya bimbang takut ‘tak disebut dalam 15 minit ini. Mohon jawapan.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tan Sri Yang di-Pertua, itu tajuk lain yang akan saya sentuh kemudian, tetapi sekarang ini, mengenai keselamatan siber dahulu. Dan, NACSA juga telah menubuhkan Pusat Pembangunan Keselamatan Siber dan Kriptologi kerana pada 14 Januari yang lalu, Jemaah Menteri telah bersetuju dengan penubuhan Pusat Pembangunan Keselamatan Siber dan Kriptologi melalui pemusatan fungsi keselamatan siber dan kriptologi sebagai pelengkap kepada pembentukan ekosistem ruang siber yang— ruang siber negara yang bersepadu, berdaya tahan, berdaya saing dan berdaulat.
Begitu juga, NACSA dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut menegaskan bahawa kesedaran keselamatan siber adalah tanggungjawab bersama dengan Jawatankuasa Penyelarasan Kesedaran Keselamatan Siber yang berperanan sebagai platform penyelarasan kempen kesedaran di peringkat nasional.
Begitu juga di bawah Strategi Keselamatan Siber Malaysia 2025 hingga 2030, NACSA telah mempertingkatkan elemen penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi yang diberikan penekanan bagi pembangunan keupayaan teknologi tempatan yang selamat dan berdaya saing, khususnya dalam sistem operasi kritikal, analisis maklumat keselamatan, pengurusan data strategik dan sokongan pembuatan keputusan.
Dan secara keseluruhannya, MCSS ini atau dasar ini akan menegaskan dan mempertekankan bahawa kebergantungan kepada teknologi asing tidak boleh diterima sebagai— diterima secara pasif, sebaliknya perlu dinilai secara strategik sambil membina asas RDCI dan juga, keupayaan kriptografi tempatan yang kukuh.
Sekarang, saya masuk NADMA. Untuk NADMA, Yang Berhormat Puncak Borneo, Tumpat, Kuantan, Tenom dan Libaran telah membangkitkan isu ini. Saya ingin menyebutkan bahawa NADMA telah menambah baik kaedah pemberian Bantuan Wang Ihsan yang melaksanakan permohonan secara digital melalui aplikasi MyIBJKM bermula musim monsun timur laut atau MTL yang lalu.
Permohonan telah dibuat oleh semua mangsa bencana sama ada yang berpindah dan menetap di PPS atau pusat pemindaan sementara atau tidak, hanya dengan mengimbas kod QR. Bagi mangsa yang tidak mempunyai kemahiran menggunakan aplikasi atau tiada akses internet, bantuan akan diberikan oleh petugas dan sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau JKM di PPS. YB.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih, Menteri. Isunya ialah di negara kita, kita ada PPK. Akan ada PPK: Pusat Pemilihan Kekal. Sebelum ini, kita ada PPS dan kita memang beri bantuan. Berlaku banjir seluruh negara hampir setiap tahun dan sekarang ini, bencana bukan hanya bersebab banjir tetapi juga, mungkin kepada gempa bumi dan benda-benda lain.
Jadi, yang saya tekankan ialah adakah NADMA akan mempunyai satu pusat pendidikan keselamatan bencana kepada rakyat kita di komuniti, sama ada di bandar-bandar utama ataupun lokasi-lokasi di mana selalu berlakunya bencana?
Sebagai contoh, orang Kelantan biasa hadapi banjir tetapi sekiranya pelancong datang ke Kelantan, mereka mungkin tak biasa dengan keadaan banjir, dan kalau tidak ada pendidikan, pusat yang mereka perlu belajar, ini akan menyebabkan mereka mungkin akan terperangkap, satu benda.
Yang kedua, bencana akan menjadi satu perkara yang selalu dan lazim untuk mengalami— kerana kita mengalami krisis global alam sekitar. Jadi, persiapan kepada anak-anak kita sangat penting khususnya untuk ikhtiar hidup mereka kerana kalau tanpa ada satu pusat yang konsisten menerangkan tentang perkara ini, kita nampak ia nya akan menjadi satu mudarat pada masa depan. Saya lihat sendiri di Jepun contohnya, semua bandar-bandar utama mereka wajibkan kanak-kanak mereka dan komuniti mereka untuk hadir dan belajar secara teori dan simulasi di pusat keselamatan bencana mereka.
Jadi, saya kira dengan adanya NADMA, sekarang buat PPK, kalau dapat dikembarkan sekali, bukan hanya satu pusat tetapi juga satu silibus perlu dibuat supaya kita boleh membantu rakyat untuk menghadapi bencana. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ucapkan syabas. Ini satu cadangan yang baik tetapi saya ingin menyarankan, ia nya dimulakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dahulu, sebagai memperlihatkan komitmen dan NADMA akan membantu. Jadi, cadangan yang baik dimulakan di tempat sendiri dulu.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Insya-Allah, kalau ada bantuan daripada NADMA, insya-Allah kita boleh mulakan.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Dan, sampaikan salam saya kepada Yang Amat Berhormat Datuk Panglima Perang, Menteri Besar Kelantan.
Untuk pusat pemindahan kekal, sedaya yang mungkin NADMA akan mempunyai peruntukan lebih banyak bagi menggantikan PPS dengan PPT dan kita telah memulakan perkara ini, dan insya-Allah, kita akan perbanyakan.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Ini untuk Tumpat, Dato’ Seri.
Tumpat memang khas untuk PPK. Saya tanya sebab soalan saya khusus dalam masa perbahasan.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya akan berjumpa dengan Yang Berhormat sendiri. Dan, saya ingin memaklumkan bahawa kita mempunyai early warning system, iaitu sistem amaran awal, di mana sebelum adanya luruan hujan yang berlebihan atau tompokan awan yang membawa hujan. Pendekatan baru yang kita lakukan ialah dengan memberikan amaran kepada titik-titik hitam di kawasan atau lokasi tertentu untuk melakukan pemindahan. Ertinya, lima hari atau tiga hari sebelum banjir besar, maka kita sediakan kemudahan untuk pemindahan. Dan tidak seperti dahulu, apabila telah berlaku, baru kelam-kabut ataupun sibuk untuk berpindah dan ini satu game changer yang kita lakukan.
Rantau Panjang, saya tahu kawasannya selalu banjir dan saya selalu tolong.
Tunggu sekejap, ‘nak habiskan ayat dulu.
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Begitu juga untuk beberapa bantuan yang kita berikan, daripada monsun timur laut yang lalu, di mana NADMA mempunyai SOP, selepas tiga hari keluar daripada pusat pemindahan sementara, barulah bantuan diberikan melalui Bank Simpanan Nasional.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Dari senarai yang telah kita peroleh daripada JKM dan lain-lain agensi, tetapi daripada monsun timur yang lalu, saya telah mengarahkan Ketua Pengarah NADMA untuk memberikan bantuan ketika mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara. Jadi apabila mereka pulang ke rumah masing-masing, wang itu boleh digunakan untuk membersihkan rumah, memperbaiki barang-barang yang rosak atau membeli peralatan-peralatan yang lain dan ini merupakan satu gamechanger yang telah kita lakukan. Sila Rantang Panjang.
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri di atas usaha yang telah dibuat melalui NADMA untuk membantu masyarakat yang memerlukan. Soalan saya ialah penyelesaian isu banjir ini perlu dilihat segera sebab isu yang berbangkit contoh di Parlimen Rantau Panjang kawasan yang sangat berisiko termasuk juga Tumpat dan lain-lain kawasan.
Isu ialah apabila banjir, berlakunya banjir termenung, sebagaimana Yang Berhormat pernah datang ke kawasan saya dan mencadangkan supaya dibeli satu peralatan untuk enjin berkuasa tinggi untuk menyelesaikan isu banjir termenung.
Sampai hari ini satu alat pun ‘tak sampai dan sampai hari ini penyelesaian tidak ada.
Jadi, macam manakah mekanisme yang akan diambil kira oleh pihak kerajaan supaya kerugian tidak terus berlaku kepada rakyat? Sebab bantuan wang ihsan RM1,000 bukan penyelesaian kepada masyarakat yang setiap tahun berdepan dengan banjir. Minta penjelasan.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Selain daripada kita berpegang kepada Rukun Iman yang keenam, percaya kepada qada dan qadar. Itulah pegangan rakan-rakan saya dalam parti yang sangat dekat di hati saya. Kita mesti menggunakan beberapa penekanan.
[Membaca sepotong ayat al-Quran] Dan dalam keadaan itu, apa yang Yang Berhormat sebutkan itu ya, pam berkuasa tinggi itu telah disediakan oleh JPS, tetapi di Rantau Panjang tidak sesuai kerana apabila air yang berlebihan daripada banjir itu dipam keluar, sedangkan Rantau Panjang mempunyai muka bumi yang lebih tinggi daripada paras laut. Jadi, air itu masuk balik. Ini juga berlaku di kawasan saya di Bagan Datuk. Masalah yang sama.
Penyelesaiannya mesti penyelesaian jangka panjang. Yang pada hemat saya, Rancangan Tempatan Banjir (RTB) mesti dilakukan dengan kerjasama negara jiran kita agar tidak berlaku pelepasan air daripada negara jiran ke kawasan kita yang akan menyebabkan bertambahnya kebanjiran.
So, dalam perkara ini saya fikir saya fikir, saya akan berbincang dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan, Ketua Pengarah JPS dan juga Timbalan Perdana Menteri II yang menjaga JPS dan menjaga tebatan banjir untuk kita melakukan long-term solution bagi menyelesaikan masalah. Bukan sahaja di Rantau Panjang, di Tumpat, tapi di negeri-negeri yang lain. Insya-Allah, saya akan lakukan.
Jadi dalam perkara ini saya ingin melanjutkan...
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Amat Berhormat Bagan Datuk, Puncak Borneo ‘nak minta penjelasan sikit, boleh?
Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Masa pembahasan yang lalu, saya ada menyebut mengenai pemasalahan PPS dan saya amat berbesar hati dan terima kasih tadi sebab walaupun mereka tidak berpindah ke PPS, tetapi diberi ruang untuk mendapat bantuan ihsan banjir juga, tapi kalau boleh, kementerian Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri boleh memberi maklumat lebih jelas supaya kita sebagai wakil rakyat dapat uar-uarkan kepada mangsa-mangsa musibah banjir kita di kawasan.
Dan yang kedua, saya juga ingin meminta penjelasan kerana di kawasan saya ada yang berlaku banjir sehingga tiga kali setahun dan apa yang difahamkan daripada Jabatan Kebajikan dan juga NADMA, bantuan ihsan banjir itu hanya boleh diberi sekali sahaja, tetapi bagaimana dengan mereka yang mengalami banjir sampai tiga kali setahun itu? Adakah mereka layak memohon untuk menerima bantuan untuk ketiga kali itu? Mohon penjelasan Yang Amat Berhormat. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Terima kasih Yang di-Pertua Saya amat tahu apa yang berlaku di Puncak Borneo dan di tempat-tempat lain tentang masalah banjir yang berlaku tiga kali setahunnya mungkin di kawasan berkenaan.
Saya ingin memaklumkan di Dewan yang mulia ini, bahawa bantuan-bantuan ini boleh diberikan dengan syarat ianya melebihi tiga bulan daripada banjir sebelum itu. Kalau berlaku dua kali dalam sebulan, itu di luar daripada bidang kamilah. Ertinya, walaupun berlaku tiga kali atau empat kali, kalau ianya melebihi tiga bulan, bantuan- bantuan itu akan diberikan.
Saya fikir kita Ahli-ahli Parlimen dan juga ADUN-ADUN dapat memaklumkan perkara ini dan keputusan telah dibuat supaya dalam Jawatankuasa Bencana Daerah dan juga Bencana Negeri, semua Ahli Parlimen dan ADUN tanpa mengira parti politik wajib duduk sebagai Jawatankuasa Bencana Peringkat Daerah tanpa mengira parti politik. Saya sebutkan tiga kali ini Tan Sri.
Sebab soal banjir ini bukan soal parti. Soal banjir ini bukan soal ideologi, tetapi soal rakyat keseluruhannya. Dan saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat mengambil kepedulian untuk turut serta di dalam mesyuarat-mesyuarat yang dilakukan di peringkat daerah ini. Dan maklumat yang saya sebutkan tadi dapat kita sebarluaskan di peringkat kawasan kita. Bagi mereka yang tidak berpindah...
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey, satu— ‘nak ganggu sekejap.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Bagi saya, bagi saya habiskan ayat ini.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey, okey. Terima kasih. Kejap.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Sabar sikit Yang Berhormat untuk menang pilihan raya lagi sekali, kena sabar sikit. Bagi yang tidak berpindah, mereka wajib mendaftar di PPS. Kalau tidak mendaftar dan mengharap bantuan, mustahil kita mahu lakukan perkara itu. Oleh yang demikian, saya harap perkara ini dapat dimaklumkan.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Okey. Terima kasih atas penjelasan Yang Amat Berhormat. Terima kasih. Saya akan uar-uarkan perkara ini.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Cuma Timbalan Perdana Menteri, saya telah pun menggunakan kuasa saya memberikan lebihan 15 minit dalam Peraturan Mesyuarat. Jadi, tidak ada pilihan untuk kita tamatkan di sini. Saya mintalah kalau boleh Yang Amat Berhormat hantarkan lain-lain jawapan itu dalam bentuk jawapan bertulis.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Dato’ Seri, satu sahaja.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya...
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Satu je.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya amat patuh dengan, saya amat patuh dengan arahan oleh Tan Sri Yang di-Pertua. Dengan ini, saya menamatkan penggulungan ini dan semua soalan-soalan daripada seluruh Ahli Parlimen yang bertanya, saya telah meminta pegawai-pegawai saya untuk memberikan jawapan secara bertulis secara atas talian, lima minit dari sekarang.
Sekian. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Layak PM.
Tuan Yang di-Pertua
Mesyuarat ditangguhkan dan disambung semula pada jam 2.30 petang. Sekian.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Amat steady.
Layak jadi PM.
[Dewan riuh]
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.18 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
[Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng] mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya minta Yang Amat Berhormat Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air untuk menjawab.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.
Puan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya merafak sembah menjunjung kasih atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang telah disampaikan pada 19 Januari lalu sempena pembukaan rasmi penggal kelima Parlimen Ke-15.
Titah Tuanku tersebut bukan saja mencerminkan keprihatinan terhadap kesejahteraan rakyat, malah menjadi panduan dan pedoman kepada kerajaan serta Ahli-ahli Dewan yang mulia ini dalam merangka dasar dan melaksanakan pembangunan negara secara adil, seimbang dan berkesan. Saya bersama seluruh rakyat jelata untuk menzahirkan doa ke hadrat Allah SWT, semoga Tuanku dikurniakan kesihatan dan keafiatan yang berpanjangan serta sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah jua.
Seterusnya, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih di atas keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) sepanjang tempoh Usul Menjunjung Kasih dan perbahasan Titah Diraja dalam sesi sidang Parlimen Dewan Rakyat pada kali ini.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seramai 28 Ahli Yang Berhormat telah membahaskan 32 isu berkaitan dengan PETRA dan juga di bawah portfolio saya selaku Timbalan Perdana Menteri.
Dimaklumkan bahawa Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Mersing, Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Saratok, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kulim dan Yang Berhormat Shah Alam telah membangkitkan isu berkenaan rancangan tebatan banjir ataupun singkatannya RTB.
Selain itu, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Mersing, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Langkawi dan Yang Berhormat Saratok telah membangkitkan berkenaan isu hakisan pantai.
Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Tuaran dan Yang Berhormat Klang telah membangkitkan isu berkaitan pemuliharaan sungai, penyelenggaraan sistem saliran dan juga mitigasi jangka pendek.
Manakala Yang Berhormat Saratok membangkitkan isu berkenaan program ramalan dan juga amaran banjir. Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Machang pula membangkitkan isu berkaitan bekalan air dan kehilangan air tidak terhasil ataupun NRW singkatannya.
Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Petaling Jaya dan Yang Berhormat Kinabatangan pula membangkitkan isu-isu berkaitan bekalan elektrik dan tenaga lestari.
Yang Berhormat Machang telah membangkitkan dakwaan pengubahan wang haram dan rasuah melibatkan transaksi pelaburan bernilai berbilion ringgit yang dikaitkan dengan IJM Corporation Berhad ataupun IJM Corp dan juga Sunway Berhad.
Puan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab dan memberikan pandangan terhadap isu-isu yang dibangkitkan pada sesi perbahasan kali ini berdasarkan pada isu-isu utama. Mengambil kira isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat agak banyak dan masa diberikan juga terhad, maka saya akan berusaha sebaik mungkin untuk menjawab semua soalan. Oleh itu, saya mohon kesabaran dan kelonggaran Dewan ketika saya membincangkan isu-isu utama yang timbul daripada perbahasan ini.
Bagi isu-isu spesifik melibatkan projek-projek dibangkitkan, mengikut lokaliti, Ahli-ahli Yang Berhormat nanti bolehlah merujuk pada laman sesawang rasmi PETRA seawal minggu hadapan. Insya-Allah saya akan paparkan detil projek-projek, statusnya dan sebagainya. Saya hanya memberi secara umum dasar dari segi isu dibangkitkan.
Jadi, isu pertama ialah banjir dan saliran. Jadi, Puan Yang di-Pertua, jawapan khusus bagi setiap soalan-soalan Ahli Yang Berhormat akan diberikan secara bertulis berasingan. Dalam sesi penggulungan ini, izinkan saya merumuskan secara keseluruhan pendekatan, hala tuju dan komitmen kementerian terhadap isu-isu yang telah dibangkitkan iaitu rancangan tebatan banjir.
Projek-projek RTB adalah pendekatan struktur penyelesaian jangka panjang.
Bagi menangani kejadian banjir, perlaksanaannya adalah secara berfasa. Sejumlah 140 projek RTB di seluruh negara telah diluluskan di bawah Rolling Plan Pertama
(RP1) Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang sedang dalam peringkat pelaksanaan. Manakala, projek lain akan dimohon dan dipertimbangkan dalam rolling plan seterusnya tertakluk pada keutamaan dan kedudukan fiskal negara.
Dalam konteks pembangunan berskala besar, kementerian melalui JPS merujuk pada Pelan Induk Tempatan Banjir ataupun singkatannya PITB bagi memastikan pelaksanaan tebatan banjir selari dengan pembangunan strategik agar tidak meningkatkan risiko kepada komuniti setempat.
PITB mengenal pasti kawasan berisiko banjir dan menyediakan rujukan dan tindakan yang perlu diambil untuk mengurangkan risiko banjir melibatkan cadangan penyelesaian jangka pendek, sederhana dan juga jangka panjang. Bagi projek yang sedang berjalan, kementerian memberi perhatian terhadap pemantauan rapi dan intervensi sewajarnya. Khususnya apabila melibatkan isu teknikal, termasuklah social impact study, persoalan alam sekitar, keselamatan, pengambilan tanah dan penyelarasan utiliti.
Berhubung kait pula dengan hakisan pantai, kementerian melalui JPS melaksanakan Kajian Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu atau ISMP untuk mengurus hakisan pantai di Malaysia berdasarkan tiga kategori iaitu:
(i) kategori pertama iaitu kritikal dengan kadar pengunduran garis pantai melebihi empat meter setahun;
(ii) kategori kedua yang ketara. Pengunduran garis pantai antara satu hingga empat meter setahun dan;
(iii) kategori tiga, belum serius. Pengunduran garis pantai di bawah satu meter.
Kawasan kategori satu yakni kritikal, diutamakan untuk pelaksanaan langkah struktur seperti pembinaan lapis lindung pantai. Manakala bagi kawasan kategori dua dan tiga, pendekatan merangkumi pemantauan berterusan dan kawalan pembangunan bagi mengurangkan risiko jangka panjang. Sehubungan itu, projek pengawalan hakisan pantai sedang dilaksanakan melalui pendekatan secara reka dan bina atau conventional di samping pemantauan berterusan di kawasan yang belum melibatkan kerja fizikal.
Berkenaan dengan projek pembinaan breakwater ataupun pemecah ombak di Jeti Kuala Cenang, Langkawi. Projek ini adalah di bawah Seliaan Lembaga Perikanan Malaysia ataupun LKIM. PETRA akan bekerjasama dengan LKIM untuk membantu menyelesaikan isu hakisan pantai di kawasan tersebut bagi memastikan perancangan infrastruktur pesisir mengambil kira keperluan setempat dan pandangan komuniti.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Dalam hal ini, JPS selaku agensi teknikal akan menyelaras dan merangka penyelesaian teknikal bagi isu berkaitan. Untuk pemulihan sungai dan penyelenggaraan saliran, kementerian ingin menegaskan bahawa langkah jangka pendek sentiasa dilaksanakan secara berterusan bagi mengurangkan risiko segera kepada penduduk, sementara menunggu pelaksanaan projek berskala lebih besar.
Bagi tahun 2026, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM189.9 juta bagi projek pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir yang memberi tumpuan kepada kerja-kerja pengaluran sungai, penstabilan tebing serta penaiktarafan sistem saliran bagi mengurangkan risiko banjir secara segera kepada penduduk.
Isu pengambilan tanah dan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara
(PRABN). Kementerian turut mengambil maklum isu pengambilan tanah dan pampasan yang terlibat dengan projek tebatan banjir yang dibangkitkan. Proses ini sedang dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada dengan kerjasama kerajaan negeri.
PETRA melalui JPS melaksanakan Program Ramalan dan Amaran Banjir
(PRAB) sebagai sistem amaran awal yang membolehkan ramalan awal banjir dibuat dalam tempoh seawal tujuh hari dan amaran banjir dihebahkan dalam tempoh seawal dua hari. Pelaksanaan PRAB di Sarawak dibuat di dalam fasa 2 dan fasa 3.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
[Bangun]
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Dan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) menyalurkan maklumat amaran kepada agensi lain dan orang awam melalui pelbagai saluran termasuk aplikasi MyPublicInfoBanjir dan laman web PublicInfoBanjir.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Yang Berhormat Menteri?
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Kementerian ingin menjelaskan bahawa isu banjir, hakisan pantai dan pemulihan sungai ditangani melalui perancangan jangka panjang, pelaksanaan berfasa dan juga penyelenggaraan berterusan dengan penambahbaikan tadbir urus dari semasa ke semasa. Kerajaan kekal komited dan memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat semasa diberi perhatian.
Isu kedua, bekalan air dan pembetungan...
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Menteri, mohon sedikit. Tentang isu banjir ini, saya ingin membawa perhatian satu isu kawasan kepada Yang Berhormat Menteri, sebab yang terlibat ialah JPS dan TNB. Salah satu projek di bawah tebatan banjir di Kampung Ubi di kawasan Parlimen Tebrau yang dijalankan oleh JPS, kini menghadapi sedikit masalah teknikal kerana tidak ada bekalan elektrik ataupun kerjasama daripada TNB di Johor. Justeru, pam air itu tidak boleh dipasang. Harap Menteri boleh memberi sedikit bantuan dalam isu ini. Terima kasih Menteri.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Saya akan minta pegawai-pegawai kita turun untuk menyiasat dan mencari bagaimana kita nak menyelesaikan isu tersebut.
Jadi isu kedua, bekalan air dan pembetungan. Sepertimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, dari segi perancangan dan pembangunan infrastruktur bekalan air dan pembetungan di negeri Sabah dan Sarawak, ia terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Bagi negeri Sabah, pengurusan air ada di bawah tanggungjawab Jabatan Air Negeri Sabah ataupun JA Sabah yang melaksanakan fungsinya mengikut peruntukan Enakmen Bekalan Air Negeri Sabah 2003. Manakala hal-hal berkaitan pengawalseliaan bekalan air, ia tertakluk pada Ordinan Bekalan Air 1961.
Di Sarawak, Pengurusan bekalan air adalah di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) berserta agensi di bawahnya iaitu Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak dan Sarawak Water Sdn. Bhd. serta tertakluk pada Ordinan Sarawak 1994.
Meskipun demikian, dalam memastikan jaminan akses kepada bekalan air yang berterusan untuk semua, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sejumlah RM3.38 bilion secara pinjaman di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas yang melibatkan pelaksanaan 18 projek air di negeri Sabah. Manakala Sarawak pula diperuntukkan sebanyak RM1.2 bilion yang melibatkan enam projek.
Selain itu, Kerajaan Persekutuan turut menyediakan peruntukan secara geran kepada Sabah dan Sarawak masing-masing sebanyak RM349 juta dan RM243.5 juta bagi pelaksanaan program pengurangan NRW melalui penggantian pipe critical dan NRW secara holistik. Kesemua 24 projek yang telah dan sedang dilaksanakan ini merangkumi pembinaan loji rawatan air (LRA) baharu, menaik taraf LRA sedia ada, kajian sumber air, kajian kebolehlaksanaan projek bekalan air dan penyelenggaraan sistem bekalan air.
Dalam usaha itu untuk menangani masalah di kawasan luar bandar pula, pihak operator air di Sabah dan Sarawak boleh memohon peruntukan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah bagi pelaksanaan projek bekalan air berskala kecil bagi memastikan akses bekalan air bersih kepada penduduk luar bandar di daerah ini dapat dipertingkatkan.
Seterusnya isu berkaitan kajian Projek Empangan Air Bawah Tanah ataupun Underground Dam di Pulau Langkawi yang diumumkan di dalam Belanjawan 2026.
Pada masa ini, projek ini telah selesai melalui fasa kajian oleh Independent Checker Engineer (ICE) bagi memastikan kebolehlaksanaan dan skop fizikal yang terlibat.
Hasil daripada kajian ini, kementerian melalui Jabatan Bekalan Air dan Institut Penyelidikan Air Kebangsaan sedang meneliti dan memperhalusi hasil kajian untuk menentu hala tuju projek ini.
Mengenai isu gangguan bekalan air di Wilayah Persekutuan Labuan sepertimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Perancang Wilayah Persekutuan Labuan Yang Kedua Bil.1 Tahun 2023 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bersetuju peruntukan khas berjumlah RM300 juta disediakan untuk pelaksanaan segera penyelenggaraan dan naik taraf infrastruktur bekalan air di Wilayah Persekutuan Labuan.
Dalam hubungan ini, pelbagai projek yang merangkumi kerja-kerja pembaikan paip-paip usang dan naik taraf mekanikal serta elektrikal telah dan sedang dilaksanakan. 10 projek telah diluluskan dengan kos keseluruhan berjumlah RM150 juta. Empat projek pelaksanaan langkah jangka pendek dengan kos berjumlah RM25 juta telah siap sepenuhnya, manakala enam projek berada pada fasa pra-pelaksanaan melibatkan empat projek langkah jangka sederhana dengan kos RM105 juta dan dua projek langkah jangka panjang dengan kos RM20 juta.
Baki kos projek berjumlah RM150 juta di bawah peruntukan khas sedang dalam perancangan untuk pelaksanaan di bawah rolling plan berikutnya, oleh pihak Jabatan Bekalan Air Labuan dan cadangan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Padang Serai akan dipertimbangkan dan akan diselaras bersama pihak Jabatan Bekalan Air Luar Bandar.
Berhubung isu berkaitan gangguan bekalan air bersih di kampung-kampung kawasan Parlimen Bukit Gantang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kawasan yang kerap mengalami gangguan bekalan air seperti disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat, menerima bekalan dari Loji Rawatan Air Trong, Daerah Larut, Matang dan Selama yang beroperasi melebihi kapasiti reka bentuk bagi menampung permintaan yang tinggi.
Lebih memburukkan keadaan apabila berlakunya hujan lebat berterusan di Sungai Trong yang menjadi sumber bekalan air mentah bagi Loji Rawatan Air Trong, sering mengalami gangguan disebabkan muka sauk tersumbat akibat pengumpulan pasir yang menjejaskan hampir 4,000 akaun pengguna. Malah kerja-kerja pembersihan muka sauk loji rawatan air tersebut hanya dapat dilaksanakan secara manual.
Sehubungan untuk penyelesaian jangka masa pendek, pihak Lembaga Air Perak akan melaksanakan kerja-kerja pemasangan paip bersaiz 300 milimeter sepanjang kira-kira 2.5 kilometer bermula dari Simpang Batu 8 Trong hingga ke Simpang Changkat Ibol. Pemasangan paip ini bertujuan untuk menyediakan sumber bekalan air alternatif daripada Loji Rawatan Air, Air Terjun Taiping sekiranya berlaku gangguan operasi di Loji Rawatan Air Trong. Projek ini dijangka siap pada pertengahan tahun 2026.
Bagi penyelesaian jangka masa panjang, Lembaga Air Perak akan membina sebuah loji baharu iaitu Loji Rawatan Air Trong 2 yang berkapasiti 18 juta liter harian menggunakan peruntukan dalaman Lembaga Air Perak. Projek pembinaan loji rawatan air baharu ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2028 dan kini berada di peringkat akhir penyediaan dokumen tender oleh pihak perunding yang dilantik.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Apabila Projek Pembinaan Loji Rawatan Air Terong ini siap kelak, isu berkaitan gangguan bekalan disebabkan water stress, dengan izin, di kawasan terlibat dapat ditangani selain mampu menampung permintaan bekalan air sehingga tahun 2046.
Isu kehilangan air tidak terhasil di Kelantan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, negeri Kelantan telah menerima peruntukan sejumlah RM69.2 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 melalui Program Pengurangan Air Tidak Terhasil
(NRW) Kebangsaan Pendekatan 1 bagi penyediaan fasiliti asas pengukuran NRW.
Antara skop yang dilaksanakan adalah seperti kerja-kerja penggantian meter, system input volume (SIV), dengan izin, penggunaan meter pengguna, penggantian meter pengguna, penggunaan sistem geographical information system (GIS) dan juga penggantian ataupun pembaikan tangki. Kerja-kerja ni telah selesai dilaksanakan pada tahun 2023.
Selanjutnya, di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 daripada 2025 hingga 2030, PETRA akan melaksanakan Program NRW Kebangsaan Pendekatan 1, Fasa 2. Dengan peruntukan secara geran berjumlah RM2.525 bilion untuk peringkat kebangsaan, melibatkan skop penggantian paip kritikal di seluruh negara dan penyelesaian NRW secara holistik, termasuk di Kelantan. Program penyelesaian NRW holistik merangkumi antara lainnya, skop pembangunan district metering area, dengan izin (DMA), pengesanan kebocoran secara aktif, kawalan tekanan, penggantian meter, pembaikan tangki yang bocor dan pembangunan model hidraulik. Bagi negeri Kelantan, sebanyak RM235 juta diperuntukkan bagi tujuan ini.
Pada masa ini, projek ini telah selesai menjalani makmal pengurusan nilai
(VA) dan makmal kejuruteraan nilai (VE lab) bagi memuktamadkan skop teknikal, kos serta kaedah pelaksanaan yang paling berkesan dan berdaya maju dan dijangka akan diadakan pada suku pertama tahun 2026. Projek ini dijangka akan ditender pada suku kedua pada tahun ini.
Isu ketiga, bekalan elektrik. Puan Yang di-Pertua, bagi masalah bekalan elektrik di Labuan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan sedang giat melaksanakan usaha-usaha bagi memastikan penduduk di Wilayah Persekutuan Labuan mendapatkan bekalan elektrik yang stabil. Sebagai penyelesaian jangka pendek, Sabah Electricity yang merupakan syarikat utiliti bekalan elektrik di Labuan telah melaksanakan pemasangan sistem automasi pengagihan (distribution automation – DA), dengan izin bagi membolehkan pasukan teknikal Sabah Electricity memantau dan menguruskan pencawang dari jauh, membolehkan pengesanan dan pembetulan kerosakan yang lebih pantas dan mengurangkan masa tindak balas.
Selain itu, Sabah Electricity juga sedang menaik taraf kabel bawah tanah melibatkan 20 kilometer yang telah siap sehingga 27 Januari 2026. Baki 19 kilometer yang akan disiapkan secara berperingkat. Naik taraf kabel bawah tanah di kawasan bandar sejauh 37 kilometer pula dijadualkan siap secara berperingkat pada tahun 2026 dan tahun 2027.
Sebagai rekod, indeks tempoh gangguan purata sistem (system average interruption duration index), dengan izin, SAIDI di Labuan telah berjaya dikurangkan daripada 96 minit pada tahun 2024 kepada 82 minit pada tahun 2025. Sabah Electricity mensasarkan pengurangan SAIDI kepada 50 minit menjelang 2027.
Untuk penyelesaian jangka panjang, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pembinaan sebuah loji jana kuasa baru berkapasiti 120 megawatt di Rancha- Rancha, Labuan bagi menggantikan Loji Jana Kuasa Patau-Patau yang telah beroperasi 40 tahun dan akan tamat operasi pada 30 Disember 2027. Majlis pecah tanah loji baharu ini telah berlangsung pada 27 Januari yang lalu, yang mana saya sendiri melaksanakan majlis pecah tanah tersebut. Dan operasi loji atau scheduled commission operations (SCOD), dengan izin, akan disasarkan bermula pada 1 Januari 2028.
Isu yang keempat, tenaga lestari. Puan Yang di-Pertua, bagi isu yang dibangkitkan berkaitan projek berskala besar pemasangan solar di masjid dan pemasangan solar di bawah NEM solar yang sangat sukar untuk dipasang di sekolah kebangsaan atau sekolah menengah kebangsaan berbanding SJK dan SMJK. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga Disember 2025, sebanyak 3.38 megawatt hours telah dipasang di 123 buah masjid di seluruh Semenanjung di bawah Program Net Energy Metering (NEM).
Berdasarkan pecahan mengikut negeri pula, masjid-masjid di Perak mempunyai kapasiti tertinggi dengan kapasiti sebanyak satu megawatt yang dipasang di 45 buah masjid. Manakala negeri Kelantan adalah merupakan antara pemohon terendah dengan kapasiti sebanyak 0.1 megawatt yang dipasang di tiga buah masjid.
Bagi cadangan projek berskala besar pemasangan solar di masjid, perkara ini tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan negeri. Oleh itu, PETRA ingin menyeru agar semua masjid-masjid untuk memohon pemasangan solar bumbung di bawah Program Solar Atap yang baru sahaja dilancarkan oleh kerajaan bermula 1 Januari 2026 yang dapat memberikan faedah lebih berbanding pemasangan solar untuk kegunaan sendiri (self consumption), singkatannya SELCO.
Bagi menjawab pertanyaan berhubung solar di sekolah. Pemasangan solar di sekolah kebangsaan adalah tertakluk kepada keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia yang menyelia semua sekolah kebangsaan di negeri ini. Dalam hal ini, PETRA mengalu-alukan dan menggalakkan mana-mana institusi sama ada masjid, sekolah atau mana-mana institusi kerajaan untuk mengoptimumkan penggunaan bumbung untuk menjana elektrik dengan menggunakan solar dan sekali gus menyumbang ke arah kelestarian tenaga negara.
Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Minta penjelasan, Yang Berhormat Menteri. Boleh?
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Ya, sila.
Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat tentang pemasangan solar untuk masjid, sekolah dan sekali gus boleh menjimatkan tenaga bil elektrik. Jadi saya ingin tahu, apakah syarat-syarat, macam mana masjid yang keluasannya macam mana dan macam mana cara permohonan supaya kami Ahli Parlimen boleh memanfaatkan untuk membantu masjid-masjid dan sekolah- sekolah yang memerlukan?
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Sekolah mesti melalui Kementerian Pendidikan. Masjid kenalah melalui kerajaan negeri sebab kebanyakan masjid adalah dimiliki ataupun diuruskan oleh kerajaan negeri. Program Solar Atap yang kita anjurkan sekarang ini, di mana mereka boleh memilih bekerjasama dengan syarikat swasta yang akan melabur, meletakkan pemasangan solar, di mana mereka akan berkongsi penjimatan. Kos akan ditanggung oleh pihak pemaju yang memasang solar tersebut. Yang itu boleh diuruskan dan boleh dibincangkan terus dengan PETRA untuk kita memberi panduan bagaimana kaedah pemasangan dan sebagainya.
Banyak kaedah ataupun business model, dengan izin, yang boleh kita rencanakan untuk menggalakkan pemasangan di atap-atap bangunan dan sebagainya. Janji ada atap, bangunan boleh dipasang dan berapa kapasiti, bergantung dengan banyaknya, luasnya bangunan tersebut. Yang itu boleh diperincikan. Boleh rujuk kepada PETRA, nanti kita akan beri panduan secara detail.
Puan Yang di-Pertua, bagi cadangan supaya bekalan elektrik di kawasan pedalaman dan kampung terpencil untuk menggunakan tenaga solar hibrid atau solar individu dengan sistem penyimpanan tenaga sebagai strategi jangka sederhana dan panjang bagi memastikan bekalan elektrik berterusan.
Untuk Ahli Yang Berhormat, cadangan ini baik. Ini diharap dapat diberi perhatian oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang sedang berusaha melaksanakan Program Bekalan Elektrik Luar Bandar. Begitu juga dengan kerajaan negeri. Tak kira di Sabah, di Sarawak yang juga merancang dan juga pembangunan pelaksanaan dasar bagi bekalan elektrik di negeri Sabah, khususnya bila melibatkan Kerajaan Negeri Sabah.
Isu kelima, Permodalan Nasional Berhad. Berkaitan dengan dakwaan penggubahan wang haram dan rasuah, melibatkan transaksi pelaburan bernilai berbilion ringgit yang dikaitkan dengan IJM Corporation Berhad dan Sunway Berhad.
Saya merasakan biarlah proses siasatan sedang berjalan, yang itu kita tak akan campur. Biarlah proses itu sedang berjalan oleh SPRM. Cuma Puan Yang di-Pertua, tawaran oleh Sunway Berhad merupakan satu tawaran am secara sukarela.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
This is what, dengan izin, voluntary general offer iaitu tawaran dibuat secara sama rata kepada semua pemegang saham IJM Corporation. Tawaran am sukarela ini bukan urus niaga yang dirundingkan dengan mana-mana pemegang saham tertentu dan bukan tawaran disasarkan kepada TNB ataupun mana-mana institusi lain. Selain itu, mana-mana pihak yang berminat boleh mengemukakan tawaran alternatif yang kompetitif.
Sebagai salah satu pemegang saham IJM, PNB hanyalah penerima tawaran dalam kedudukan yang sama seperti semua pemegang saham lain. Apabila dokumen tawaran dikeluarkan secara rasmi kepada semua pemegang saham IJM, PNB akan menilai tawaran tersebut dengan mengambil kira aspek komersial seperti nilai tawaran berbanding nilai intrinsik keuntungan pelaburan dan juga pelan strategik Sunway selepas pengambilalihan.
PNB juga akan menilai aspek-aspek lain seperti risiko tawaran, proses tadbir urus dan lain-lain. Sebarang keputusan oleh PNB sama ada untuk menerima atau menolak tawaran akan dibuat secara bebas tertakluk pada proses tadbir urus dan kelulusan dalaman PNB.
Tawaran daripada Sunway hanya akan berjaya jika lebih daripada 50 peratus pemegang IJM menerima tawaran tersebut. Sebagai pemegang saham minoriti IJM dengan pegangan kurang daripada 13.5 peratus, PNB tidak akan dapat mempengaruhi sama ada tawaran Sunway akan berjaya ataupun tidak. Pendekatan ini adalah selaras dengan amalan biasa pasaran modal di mana sesuatu tawaran am terbuka dinilai secara individu oleh setiap pemegang saham.
Jadi, Puan Yang di-Pertua, setakat ini sahaja jawapan saya pada hari ini yang saya berikan, simpulkan secara umum.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Puan Speaker, boleh saya sikit?
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Sila, Yang Berhormat Besut.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
[Bangun]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya nak rujuk terus kepada pemeliharaan Sungai Besut. Saya ada sebut. Cuma, saya nak tahu dengan peruntukan RM180 juta itu, lebih kurang, ada tak keutamaan segera nak dibuat di Sungai Besut? Sebab, setiap kali hujan lebat, akan berlaku banjir. Dan bandar pun di sebelah sungai yang berlaku hakisan.
Jadi, kalau boleh, ambillah RM20 juta kah letak situ. Boleh?
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
[Bangun]
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih Yang Berhormat Besut yang begitu prihatin dengan kawasan beliau dan rakyat di kawasan Besut.
Sepertimana saya katakan tadi, dalam sistem permohonan projek kita, dia kena melalui beberapa proses. Pertamanya, kajian di lapangan oleh JPS yang akan membawa pula ke peringkat negeri. Negeri biasanya akan ada senarai keutamaan.
Ikut keutamaan itu, negeri akan pula serahkan kepada peringkat Persekutuan.
Kita peringkat Persekutuan melalui Kementerian Ekonomi dan juga kementerian, kita akan menentukan juga daripada semua senarai yang dikemukakan oleh negeri, yang mana satu senarai-senarai menjadi keutamaan negeri dan juga Persekutuan, bergantung dengan peruntukan yang termampu dibiayai pada tahun tersebut ataupun tahun-tahun kemudiannya. Jadi, kita akan mengambil keutamaan tersebut.
Dan sepertimana saya katakan tadi, semua detail projek-projek yang telah diluluskan dalam rolling plan pertama, insya-Allah, minggu depan boleh tengok senarai seluruh negara, yang mana senarai-senarai yang telah diluluskan dan peringkat mana pelaksanaannya, sama ada di peringkat pelaksanaan, peringkat design, peringkat apa. Kita akan berikan secara umum.
Yang detailed-nya, saya akan berikan secara terperinci kepada Yang Berhormat Besut nanti. Tapi, saya akan minta JPS di Besut untuk memberi laporan khusus kepada saya untuk saya lihat bagaimana kita dapat membantu supaya kawasan ini dapat diselesaikan.
Tetapi, kebanyakan, semua seluruh negara kita sekarang ini berdepan dengan masalah banjir sebenarnya, termasuklah di Rantau Panjang, kawasan saya sendiri pun. Tapi, cabarannya ialah setakat mana peruntukan yang boleh kita salurkan untuk kita selesaikan. Sebab itu saya katakan tadi, keutamaan itu ditentukan oleh peringkat negeri yang akan dibawa ke peringkat Persekutuan dan akhirnya kita akan tentukan yang mana diberi keutamaan berdasarkan peruntukan yang dah diperuntukkan oleh Kementerian Ekonomi kepada kita― siling yang ada dan di situlah kita akan tentukan setakat mana kita dapat laksanakan.
Semua projek ini utama sebenarnya, tapi keutamaan itu bergantung dengan fulusnya. Kalau fulus ada, semua selesai. Tapi, itulah cabaran kita sebab sekarang ini kita berdepan dengan cuaca yang ekstrem. Jumlah hujan yang begitu lebat menyebabkan banjir. Dulu kawasan tak banjir pun banjir. Tapi, kita akan susunkanlah keutamaan. Tapi, pada masa yang sama, kita kena pastikan juga pengurusan air yang baik supaya, waktu kemarau, air ada untuk kita pastikan jaminan bekalan air kepada rakyat kita. Sila.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Yang Berhormat Menteri, Kota Belud.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, Yang Berhormat Speaker. Tadi saya dengar Timbalan Menteri dah nak habis menggulung.
Saya antara yang membangkitkan― saya mewakili suara pengguna EV di utara. Tentang masalah yang diajukan tentang pengecas EV yang diinisiatifkan oleh TNB. Di bawah MGTC, di utara, disasarkan 400 untuk tahun 2025. Tetapi, sehingga hari ini cuma ada 97 sahaja pengecas EV di kawasan di dalam negeri Kedah. Okey?
Yang keduanya, pengecas EV yang diinisiatifkan oleh TNB di selatan tanah air, di Johor contohnya, boleh dibuat di pusat-pusat membeli belah. Tetapi, di utara belum ada lagi.
Jadi, kerajaan sekarang ini sedang menggalakkan penggunaan teknologi hijau, penggunaan EV. Tetapi, oleh kerana pengecas ini belum cukup, tidak cukup, mungkin boleh memalukan negara dalam keadaan kita bergerak ke arah teknologi hijau ini. Saya minta komenlah tentang inisiatif TNB dan PETRA untuk isu ini.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Yang Berhormat, Kota Belud. Saya ada sebut tentang muara Sungai Abai, saya rasa sudah beberapa kali, dan dalam perbahasan saya dan kerana meeting dengan JPS awal tahun ini, saya dimaklumkan pendalaman muara Sungai Abai ini sudah menjadi prioriti nombor satu untuk JPS Sabah. Jadi, saya harap tahun ini, kali ini diberi paling pentinglah untuk Kota Belud. Sebab, kalau dibiarkan muara Sungai Abai ini, selain daripada banjir, perikanan juga akan sangat terjejas teruk. Muara Sungai Abai, Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri.
Kemudian, tembok pemecah ombak juga saya ada cakap dalam perbahasan saya ini juga sudah beberapa kali untuk Pulau Mantanani dan juga Kampung Pantai Emas. Terima kasih.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Puan Speaker, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak PETRA kerana telah memperuntukkan peruntukan yang begitu besar iaitu sebanyak RM316 juta untuk projek mengatasi banjir dan kawalan hakisan pantai di Sarawak.
Cumanya, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, saya ingin memohon wisdom daripada Yang Amat Berhormat supaya projek yang spesifiknya di Tanjung Riong, Maludam itu dilaksanakan dengan kadar segera kerana saya ikuti perbahasan ataupun penerangan oleh Yang Amat Berhormat, kalau boleh dikatakan dalam status empat meter, kritikal yang pertama, empat meter kawasan itu dah terjejas.
Jadi, saya mohon supaya coastal road di kawasan ini tidak putus dilanda oleh hakisan dan mohon sekali lagi kebijaksanaan hikmah daripada Yang Amat Berhormat supaya mempercepatkan projek ini. Terima kasih.
Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
[Bangun]
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Langkawi.
Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Terima kasih Puan Speaker. Terima kasih, Yang Amat Berhormat.
Saya membangkitkan di dalam perbahasan saya berhubung dengan jeti-jeti di Langkawi yang di bawah JPS. Kebanyakan jeti-jeti di Langkawi ini agak daif, Yang Amat Berhormat. Saya merujuk kepada jeti di Kampung Cenang dalam perbahasan saya yang mana jeti ini juga dijadikan tempat pelancongan. Kalau sebelah petang itu, ramai yang melihat sunset dan sebagainya. Tetapi, amat daif dalam erti kata nak berjalan di dalam kawasan itu pun tak boleh. Dah nak runtuh sangat dah, Yang Amat Berhormat. Dan tak berani.
Saya menyebut juga di dalam perbahasan saya bahawa― minta maaf kepada jurutera-jurutera JPS ini. Kerana bila kita bercakap dengan orang kampung breakwater ataupun wave breaker itu, diletakkan di tempat yang salah, dibina di tempat yang salah. Orang kampung ini dia tahu, Yang Amat Berhormat, angin mai ikut mana dan sebagainya. Tetapi, bila berlaku begitu, maka robohlah jeti-jeti mereka. Sebab itu, kalau boleh, diminta supaya JPS ini berbincanglah dulu dengan orang tua-tua di kampung-kampung tersebut sebelum membina apa-apa sekalipun.
Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Yang kedua, saya tertarik dengan solar, Yang Amat Berhormat sebutkan tadi dan kami mempunyai dewan lima yang cukup besar. Dan saya akan cuba mengikut prosedur dan meminta bantuan daripada Yang Amat Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Okey, Setiu. Saya nak bangkitkan tentang apa yang saya sebut dalam soalan tambahan berkait dengan Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Setiu 1 dan Menteri jawab hari tu nak beri dalam bertulis sebab soalan berbentuk spesifik. Dan sekali lagi saya bangkitkan dalam ucapan perbahasan saya tentang RTB Sungai Setiu 1 ni. Saya nak tahu status perkembangan hari ini lah.
Yang kedua, tentang nak jemput YB Menteri datang ke kawasan hakisan di Pengkalan Maras Batu Rakit sebab dulu tertangguh disebabkan kapal terbang delay dari rekod itu. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri, satu lagi sedikit. Ya, satu lagi yang ringkas. Saya menyentuh dalam perbahasan itu iaitu berkaitan projek empangan air bawah tanah di Langkawi dan concern saya berkaitan dengan alam sekitar yang perlu dilihat lebih teliti. Saya dimaklum ada kajian sedang dibuat oleh UKM dan agensi NAHRIM sendiri. Jadi, mohon kalau dapat jawapan bertulis untuk dilihat projek itu secara keseluruhan sebagai satu proses besar transformasi air untuk di Kedah itu sendirilah termasuk di Langkawi itu. Terima kasih.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Untuk Langkawi tadi saya dah jawab sebenarnya.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ya, oh dah jawab ya.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Kajian dah selesai. Sekarang ini NAHRIM dengan JPS sedang mengkaji keseluruhan keputusan kajian tersebut dan mereka akan tentukan apa hala tuju, termasuklah melihat kepada sosial impak, kepada sosial dan sebagainya.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Baik-baik. Terima kasih.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Saya dah jawab tadi. Begitu juga dengan Langkawi. Sebenarnya Jeti Kuala Cenang bukan dilaksanakan oleh JPS. Ia nya dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Saya dah jawab tadi.
Tetapi saya memberi komitmen, tadi bila berbincang pun saya dah minta GPS supaya turun ke lapangan, berjumpa melihat sendiri projek tersebut dan berbincang dengan orang kampung dan juga berbincang dengan LKIM. Bagaimana kita dapat membantu dengan teknikal, kepakaran yang ada GPS untuk kita bantu menyelesaikan masalah di kawasan setempat, termasuklah kalau ada jeti-jeti lain dan sebagainya.
Untuk Kota Belud, nanti rujukkan saya nanti akan paparkan minggu depan dan kita juga akan sediakan jawapan bertulis untuk semua projek-projek disenaraikan. Untuk Batang Lupar, projek hakisan untuk Sarawak, insya-Allah akan di— proses tender sedang berjalan. Nanti bila muktamadkan insya-Allah, tahun ini projek ini akan mula dilaksanakan. Dan detail perincinya, di mana dan sebagainya boleh semak nanti dalam website kita. Dan kalau tak ada, jadi yang projek yang tak ada itu nanti kita akan bawa dalam rolling plan yang kedua. Kita akan mohon dalam rancangan rolling plan yang kedua.
Untuk EV, sebenarnya tak ada dalam perbahasan tetapi EV sebenarnya di bawah MITI. Nanti boleh timbulkan dalam waktu MITI menjawab dan penggulungan.
Saya kebetulan juga merupakan pengerusi untuk EV Malaysia Kebangsaan. Dan salah satu target kita ialah untuk ada 10,000 EV charging station di seluruh negara, termasuklah di utara dan seluruh negara dan pemasangannya dilaksanakan oleh pelbagai pihak.
Dan beberapa isu yang kita kena perjelaskan dan saya sendiri memang sedar bahawa kita tak mencapai target yang kita sasarkan. Dan insya-Allah dalam mesyuarat yang akan datang, saya akan bawakan isu ini bagaimana kita nak percepatkan supaya kita dapat selesaikan masalah EV ini sama ada yang DC mahupun EV itu sendiri. Insya-Allah saya akan kemukakan.
Jadi Yang di-Pertua— Tuan yang di-Pertua, terima kasih kepada semua sekali lagi mengambil bahagian dan komitmen kita di PETRA ialah untuk melaksanakan yang terbaik untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan ekonomi kita yang bergantung pada air dan tenaga ini dapat kita sempurnakan. Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri dari Kementerian Perpaduan Negara untuk menjawab.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Tuan Speaker. Salam sejahtera dan salam perpaduan Malaysia MADANI.
Tuan Yang di-Pertua, saya mewakili Kementerian Perpaduan Negara, menjunjung kasih di bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas Titah Diraja yang menetapkan hala tuju strategik negara bagi tahun 2026 dan seterusnya dengan penekanan kepada kesejahteraan rakyat, integriti, tadbir urus, keselamatan negara, informasi institusi, pendidikan nasional serta pengukuhan perpaduan Persekutuan.
Dalam konteks keselamatan, Kerajaan MADANI mengambil serius pendekatan— peringatan Seri Paduka Baginda mengenai ancaman moden yang semakin kompleks termasuk keselamatan digital, manipulasi maklumat, penyalahgunaan teknologi defect, jenayah berat dan isu-isu sensitif 3R. Dalam bidang pendidikan dan perpaduan nasional, kerajaan menjunjung penuh penegasan bahawa Bahasa Melayu mesti kekal sebagai bahasa utama dan juga menjadi bahasa perpaduan.
Manakala sejarah Malaysia perlu diterima sebagai komponen teras semua sistem pendidikan selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Pada masa yang sama, perpaduan Persekutuan berteraskan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terus dijadikan sebagai asas utama kepada pembinaan negara bangsa demi memastikan Malaysia kekal aman, bersatu dan berdaya tahan.
Mengambil kira keseluruhan perkara ini dan selaras dengan Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan di bawah tonggak D1, pada tahun ini Kementerian Perpaduan Negara akan memberi penekanan utama kepada usaha membina sebuah negara bangsa yang berdaulat, bermaruah dan utuh, bagi menjamin keamanan kesepaduan, keseimbangan dan keharmonian negara.
Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja yang menyentuh perkara-perkara di bawah skop dan peranan Kementerian Perpaduan Negara iaitu YB Kepala Batas, YB Tangga Batu, YB Selayang, YB Maran, YB Kapar, YB Bentong dan YB Jempol.
Tuan Yang di-Pertua, YB Kepala Batas telah mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan agar membina satu galeri Tun Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen Kepala Batas. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah bersetuju meluluskan tapak kawasan Vision Park, Bertam, Kepala Batas kepada Kementerian Perpaduan Negara menerusi Arkib Negara Malaysia pada bulan Jun tahun yang lalu. Dan permohonan perolehan tanah hak milik di tempat berkenaan telah juga dikemukakan kepada Jabatan Ketua Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Persekutuan Negeri Pulau Pinang melalui Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang pada Julai 2025.
Pembinaan Memorial Tun Abdullah Ahmad Badawi akan dilaksanakan sebaik sahaja status perolehan tanah hak milik selesai. Pada masa kini, Arkib Negara Malaysia bersama Pertubuhan Legasi Tuan Abdullah Ahmad Badawi sedang berada dalam peringkat pengumpulan bahan berkaitan untuk membina memorial tersebut.
Jumlah bahan yang terkumpul setakat ini adalah sebanyak 973 bahan merangkumi dokumen dan arkib rasmi, koleksi peribadi, gambar, rakaman audio visual dan bahan penyelidikan.
Selain itu, Arkib Negara Malaysia telah melaksanakan Program Mengenang Negarawan Tun Abdullah Ahmad Badawi, Bapa Pembangunan Modal Insan pada September, last year. Usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk menghargai jasa dan legasi kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi serta memastikan sumbangan beliau terus dikenang dan dijadikan sumber inspirasi kepada generasi muda.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan amat menghargai cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tangga Batu untuk mengangkat komuniti Baba Nyonya dan komuniti Chetti sebagai ikon perpaduan negara. Keunikan kedua-dua komuniti ini bukan sahaja memperkayakan identiti nasional malah berpotensi besar untuk dijadikan jambatan perpaduan yang menghubungkan rakyat berbilang kaum di negara ini dari segi bahasa, komuniti Baba Nyonya dan Chetti hasil pertuturan bahasa Melayu Baba dan bahasa Chetti Creole yang memperlihatkan keindahan percampuran bahasa ibunda dengan dialek tempatan.
Bagi memastikan warisan ini terus dipelihara dan kekal relevan merentasi generasi, kementerian harus sentiasa bekerjasama dengan komuniti tersebut dan juga merupakan antara fokus utama dalam memperkukuhkan identiti nasional selaras dengan agenda pembinaan negara bangsa.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Perkongsian identiti nasional. Identiti nasional merupakan teras penting dalam menjayakan pembentukan sebuah negara bangsa yang bersatu, berdaya tahan dan berwibawa. Antara inisiatif yang dilaksanakan bersama termasuklah pameran Rumah KAMI meliputi Baba Nyonya dan Chetti sempena Sambutan Minggu Perpaduan yang mempamerkan busana, kulinari, persembahan tarian dan replika rumah.
Kedua adalah program ‘Ini Warisan Kita’ yang bertujuan untuk mengekalkan dan menyemarakkan kebudayaan masyarakat pelbagai kaum, meningkatkan jati diri dan melahirkan penerimaan masyarakat terhadap kepelbagaian sekali gus dapat meraikan kebersamaan.
Berbalik kepada cadangan Yang Berhormat Tangga Batu untuk mengangkat komuniti ini sebagai ikon perpaduan, suka saya jelaskan mengenai mekanisme pelantikan semasa. Pelantikan sebagai Ikon Perpaduan adalah berdasarkan garis panduan am pelantikan tokoh ikon, duta dan ejen perpaduan negara. Ikon Perpaduan negara merujuk kepada individu yang diiktiraf sebagai lambang dan representasi perpaduan dalam kalangan masyarakat. Mereka adalah individu yang dihormati dan dikenali kerana sumbangan mereka dalam menggalakkan keharmonian, kerjasama dan kesatuan di kalangan pelbagai kaum, antara agama dan budaya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Beberapa orang telah pun dilantik sebagai Ikon Perpaduan. Tahun lalu, kita telah melantik lapan orang seperti Goh Sze Fei, beregu badminton lelaki, Wan Muhammad Arif Shaharuddin, beregu badminton lelaki dan sebagainya.
YB Tangga Batu juga turut membangkitkan cadangan penglibatan wakil komiti Baba Nyonya dan komuniti Chetti sebagai ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN). Untuk makluman Yang Berhormat, keanggotaan Majlis Penasihat Perpaduan Negara adalah berdasarkan kepada ketokohan, kepakaran dan sumbangan ahli dalam hal ehwal berkaitan perpaduan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Serta tidak tertakluk kepada kuota kaum atau agama dan etnik.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jelutong bangun.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Let me finish first. Kementerian Perpaduan Negara mengalu-alukan penglibatan semua persatuan atau pertubuhan Baba Nyonya dan Chitty sebagai Friends of Unity dalam menyemarakkan pelaksanaan program perpaduan khususnya yang melibatkan penyertaan etnik minoriti. Buat masa kini, Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia merupakan antara rakan strategik yang telah berdaftar sebagai Friends of Unity di bawah Kementerian Perpaduan Negara. Yes?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri, saya juga telah semasa perbahasan menyentuh perkara 3R dan semasa saya menghabiskan perbahasan saya, saya telah berucap berkenaan dengan daripada pemikiran saya, tafsiran saya, seorang yang layak dilantik sebagai Ikon Perpaduan iaitu seorang jururawat daripada Hospital Besar Seberang Jaya, bukan bukit Mertajam. Speaker, saya minta maaf. Hospital Seberang Jaya.
Seorang jururawat bernama Nur Deena Nadzhiefa yang dilihat menyuapkan makanan menggunakan tangannya kepada seorang pesakit India. Di mana saya percaya beliau adalah seorang yang layak untuk dilantik sebagai seorang Ikon Perpaduan dan saya mohon dipertimbangkan perkara ini kalau boleh.
Walaupun kerajaan telah mengiktiraf pengorbanan beliau, jururawat memang akan memberi sumbangan dan pengorbanan tetapi sifat beliau menggunakan tangan sendiri untuk menyuapkan makanan kepada seorang pesakit India yang sakit tenat merupakan sesuatu yang perlu dipuji. Saya belum habis lagi Menteri, biarkan saya habis. Let me finish first.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Okey.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Berbanding dengan individu-individu seperti Cikgu Chandra yang mencetuskan polemik dan isu perkauman. Soalan saya, Cikgu Chandra, Firdaus Wong, Ridhuan Tee, Zamri Vinoth, berbanding dengan individu-individu seperti ini, soalan saya adalah, bolehkah Nur Deena Nadzhiefa dilantik sebagai Ikon Perpaduan? Satu.
Kedua, kenapa tidak ada sehingga sekarang sebarang tindakan diambil terhadap Zamri Vinoth, terhadap Cikgu Chandra, terhadap Ridhuan Tee, terhadap individu seperti Firdaus Wong yang akan menganjurkan satu gerakan Anti Rumah Anutan Haram pada 7 Februari di SOGO, Kuala Lumpur. Kenapa? So, saya mohon.
Perkara ini menyebabkan ramai di luar sana, di kalangan rakyat jelata, Speaker.
Semua rakyat tak kira orang Melayu, orang India, orang Cina, Sabah dan Sarawak begitu tertanya-tanya, keempat-empat individu ini boleh mencetuskan keganasan, menyebabkan negara kita huru-hara. Kenapa sehingga sekarang tidak ada sebarang tindakan diambil? Terima kasih Speaker di atas kebenaran diberikan.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Yang Berhormat. Berkenaan dengan ikon, saya minta Yang Berhormat untuk majukan ciri-ciri nurse ini supaya mungkin termasuk dalam characteristics yang patut kita masukkan dalam ikon.
Berkenaan dengan isu beberapa orang yang disebut oleh Yang Berhormat tadi seperti Zamri Vinoth dan Firdaus Wong sebagainya, kerajaan memang memandang serius sebarang bentuk ekstremisme agama yang mengancam keharmonian masyarakat serta keselamatan negara.
Kerajaan ingin menegaskan bahawa tindakan tegas dan tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang menyalahgunakan agama untuk menyemai kebencian, menghasut perpecahan ataupun mencabar ketenteraman awam. Walaupun kebebasan bersuara dijamin, hak tersebut tidak disifat mutlak dan tidak boleh disalahgunakan sehingga menyentuh isu perkauman, isu agama dan isu institusi diraja.
Kementerian Perpaduan menyokong sepenuhnya tindakan polis yang bekerjasama rapat dengan Jabatan Peguam Negara untuk mengenal pasti dalam menyiasat dan mendakwa pihak-pihak terlibat mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, termasuk Akta Hasutan, Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia.
Kerajaan juga komited memastikan ruang media sosial kekal sebagai platform yang selamat, beretika dan bertanggungjawab. Tiada toleransi yang akan diberikan pada mana-mana bentuk ekstremisme, sama ada di dunia fizikal mahupun digital. Terima kasih.
YB Selayang telah mencadangkan Kementerian Perpaduan Negara menyediakan dan membina ruang untuk interaksi antara komuniti daripada sudut perniagaan, sudut pengajian kehidupan komuniti dan juga sukan supaya kita dapat membina sebuah bangsa Malaysia yang dapat membangun dengan lebih tegas.
Berhubung perkara ini, Kerajaan MADANI telah mengambil langkah proaktif dengan menggunakan pendekatan whole-of-government approach iaitu penglibatan rentas kementerian dalam menyediakan ruang interaksi kepada komuniti setempat.
Pada tahun 2025, last year, Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah memperkenalkan projek pembangunan ruang sosial dan fizikal sebagai tapak integrasi di perumahan strata kos rendah dalam kawasan Rukun Tetangga. Ini berfungsi sebagai tapak untuk penglibatan inklusif yang mendorong interaksi antara penghuni pelbagai latar belakang dengan matlamat mencapai keharmonian sosial yang lestari.
Sehingga kini sebanyak 19 projek pembangunan ruang sosial dan fizikal sebagai tapak integrasi di perumahan strata kos rendah dalam kawasan Rukun Tetangga telah diselenggarakan di Pahang, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Sabah, Terengganu, Kelantan dan Sarawak. Kementerian juga turut membangunkan lima projek rintis menggunakan dana Rukun Tetangga Progresif untuk membina ruang untuk interaksi antara komuniti daripada sudut perniagaan, sudut pengajian, kehidupan komuniti dan juga sukan.
Sebagai contoh adalah projek taman kanak-kanak di KRT Pulau Pinang, projek perpustakaan komuniti di KRT Gemilang, Pahang, projek gazebo di KRT Jalan Ashby, Perak, dewan terbuka di KRT Serantau di Selangor, projek health fitness community di KRT Taman Fatimah, Negeri Sembilan. Selain itu, Kementerian Perpaduan Negara juga telah menyediakan beberapa premis perpaduan bagi meningkatkan interaksi antara rakyat Malaysia berbilang agama dan bangsa.
Antaranya adalah kompleks perpaduan. Kita sudah membina dua kompleks perpaduan, kita ada 770 pusat Rukun Tetangga.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Kita telah mengadakan 13 pusat aktiviti perpaduan, sembilan pusat mediasi komuniti, 506 perpustakaan desa, empat perpustakaan komuniti dan juga kita ada lapan dapur digital. Manakala antara inisiatif kementerian-kementerian lain dan agensi, kita ada Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan sekarang ini kita sudah ada 154 pusat NADI di seluruh negara.
Betul ya YB? Ada di bawah MCMC. Kita juga ada Kompleks Rakan Muda di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Kita juga ada ruang daya cipta di bawah MOSTI. Kita juga ada pusat aktiviti warga emas di bawah Kementerian Wanita.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Menteri. Menteri?
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Ya.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Tentang yang komuniti tadi, perpustakaan komuniti dan pusat aktiviti komuniti, kalau boleh saya jemput kementerian untuk melihat perpustakaan desa di Kampung Sementa sebab Kapar ini ada 60 peratus non-Malays, non-Muslim daripada 320,000 penduduk. Jadi, saya rasa perpustakaan ini bagus sebagai pusat perpaduan yang boleh akan digunakan oleh KRT dan sebagainya.
Kedua, Menteri, yang saya sebut dalam perbahasan saya tentang ini saya rasa kementerian mungkin kena lihat secara profesionallah di mana jati diri bangsa atau identiti Malaysia, negara Malaysia ini. Makna penggunaan tadi Menteri sebutkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di mana-mana saja daripada Perlis sampai ke Sabah, lihat saja pelancong datang ke apa ke, pelajar pelapis yang apa itu, dia lihat saja, this is Malaysia. Jadi, saya agak khuatir bila kita tengok luar negara, dia gunakan bahasa ibunda— kebangsaan mereka. So, saya nak lihatlah di Malaysia.
Setuju tak Menteri untuk buatkan satu, satu movement ke arah itu? Barulah nampak jati diri Malaysia.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih. Yang Berhormat, dalam jawapan saya tadi memang perpustakaan adalah satu daripada premis perpaduan ataupun pusat perpaduan. Kita sudah ada 506 perpustakaan desa sebagai premis perpaduan dan juga empat perpustakaan komuniti. Mungkin yang disebut.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Untuk Kampung Sementa ya?
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Termasuk dalam senarai ini. Dari yang dikatakan jati diri ataupun identiti Malaysia ini, ini adalah usaha kita pada tahun ini di bawah pembinaan negara bangsa dan kita berharaplah kita dapat mencapai hasrat kita untuk berusaha dalam kita mengadakan agenda dan aktiviti kita di bawah program pembinaan negara bangsa. Saya ada sebut YB itu dan satu daripadanya identiti sendiri ataupun identiti Malaysia.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Sorry, mungkin saya tak jelas. Maknanya papan tanda, mana-mana nama itu kan ada bahasa-bahasa, macam-macam bahasa termasuk English dan sebagainya. I got no about that lah kan. Tapi biar bahasa Melayu itu jelas, besar. Terima kasih.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Ya Yang Berhormat, saya ambil maklum.
Ya. YB Betong telah membangkitkan status semasa kajian patriotisme dalam kalangan penjawat awam yang sedang dijalankan oleh Kementerian Perpaduan Negara. Kementerian Perpaduan Negara kini telah mengeluarkan Pekeliling Pembudayaan Amalan Patriotisme dan Taat Setia Penjawat Awam pada 17 Mac 2025. Ini bertujuan untuk mengukuhkan dan menyuburkan semangat patriotisme dalam sanubari penjawat awam.
Terdapat lapan elemen yang ditekankan di dalam perkara tersebut bagi menerapkan pembudayaan amalan patriotisme dalam kalangan penjawat awam seperti berikut:
(i) dari segi sejarah;
(ii) Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara;
(iii) identiti nasional;
(iv) mengamal budaya Malaysia;
(v) mengekalkan keharmonian dalam kepelbagaian;
(vi) memantapkan media massa secara bijak;
(vii) penggunaan teknologi terkini; dan
(viii) bangga dengan produk tempatan.
Berikutan itu, kementerian telah melaksanakan tinjauan atas talian pada pertengahan tahun 2025 yang melibatkan 200,000 lebih orang responden bagi menilai tahap patriotisme dalam kalangan penjawat awam. Untuk makluman Yang Berhormat, kajian patriotisme dalam kalangan penjawat awam ini telah diluluskan oleh Kementerian Ekonomi melalui peruntukan RMK13 di bawah rolling plan pertama tahun ini selari dengan hasrat agenda reformasi perkhidmatan awam di bawah penghayatan nilai dan tata kelola.
Kementerian sedang mengadakan perbincangan dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Statistik Malaysia untuk memuktamadkan tema rujukan kajian tersebut sebelum kajian rintis akan dilaksanakan sepenuhnya. Selain kajian-kajian ini, kementerian ini juga telah melaksanakan pelbagai program kajian lain yang melibatkan tahap perpaduan yang melihat tahap perpaduan di kalangan rakyat Malaysia seperti IPNas, kajian indeks perpaduan negara, Kajian Ketegangan Masyarakat (IKM), Kajian Pembangunan Model Kesepaduan Sosial Sabah dan Sarawak.
Berhubung dengan cadangan untuk memperluaskan kajian ini ke peringkat institusi pengajian tinggi awam, beberapa kajian telah pun dilaksanakan secara berasingan oleh IPT dan antaranya adalah kajian kesepaduan sosial oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang meneliti pola kesepaduan sosial di kalangan pelajar Melayu, Cina dan India.
Kedua, kajian hubungan kaum di Universiti Utara Malaysia yang menilai iklim interaksi antara kaum, tahap keselesaan dan persepsi pelajar terhadap hubungan antara kaum di kampus.
Ketiga, juga ada kajian persepsi pelajar universiti terhadap tahap perpaduan negara yang dijalankan oleh Prof. Madya Dr. Bahaman Abu Samah.
YB Bentong juga turut bertanya tentang usaha kerajaan membawa pulang bahan-bahan sejarah Malaysia yang berada di luar negara. Kementerian Perpaduan Negara melalui jabatan di bawahnya iaitu Jabatan Muzium, Jabatan Arkib dan juga Perpustakaan Negara Malaysia sentiasa komited dalam membawa pulang bahan- bahan sejarah Malaysia yang berada di luar negara sejak tahun 1965 dulu.
Usaha ini dilaksanakan melalui aktiviti pengesanan, penyelidikan dan pembelian dengan perolehan dalam bentuk salinan fizikal mikrofilem dan digital daripada pelbagai negara termasuk United Kingdom, Belanda, Portugal, Itali, France, India dan sebagainya. Melalui Arkib Negara, kini Malaysia telah memperolehi sebanyak 16,000 lebih bahan fizikal dan 1.2 juta bahan digital dalam bentuk image daripada luar negara.
Pada November tahun lepas, Arkib Negara Malaysia turut telah berjaya membuat pembelian koleksi digital Colonial Office yang dari tahun 1759 pada tahun 1967 yang melibatkan sebanyak 8,507 fail dengan 1.3 imej. Koleksi ini telah mula disediakan untuk akses kepada rakyat Malaysia mulai Januari tahun ini.
Pada tahun ini juga Arkib Negara Malaysia telah diberi peruntukan di bawah inisiatif pemeliharaan dan pemulihan khazanah warisan bangsa untuk mengesan dan memperolehi bahan arkib dari dalam dan dalam luar negara. Beberapa negara telah dikenal pasti bagi pelaksanaan aktiviti pengesanan dan penyelidikan bahan sejarah Malaysia. Antaranya adalah USA, Rusia, Belanda, Sepanyol, Norway, Turki dan banyak lagi.
Manakala, Jabatan Muzium pula telah melaksanakan misi pemulihan objek bersejarah secara berfasa bermula tahun 2025. Kaedah pemulihan ini dilaksanakan berdasarkan bukti pemilik sah atau atas dasar milik diplomatik dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri dan perwakilan Malaysia di luar negara dengan anggaran keseluruhan kos RM6 juta.
Selain itu, Perpustakaan Negara Malaysia juga telah berjaya mengesan dan memperolehi sebanyak 790 naskhah salinan manuskrip Melayu daripada 27 institusi penyimpanan di luar negara. Antaranya adalah di British Library, juga di Paris, di The Netherlands, juga di Cambridge University.
Pada tahun 2026, sebanyak RM500,000 telah diluluskan dan oleh kerajaan kepada Perpustakaan Negara Malaysia di bawah inisiatif pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah warisan bangsa untuk menjalankan projek pengesanan manuskrip Melayu di dua buah negara itu, Belanda dan Rusia.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Bagi menjawab YB Betong berhubung inisiatif kedudukan memorial tokoh dan negarawan. Saya ingin mengumumkan bahawa Kementerian Perpaduan Negara melalui Arkib Negara Malaysia sentiasa komited dalam mendekatkan memorial galeri dan pustaka pada masyarakat khususnya generasi muda.
Setakat ini, kita sudah mempunyai 11 arkib memorial di seluruh negara seperti Memorial Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur, Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Melaka, Memorial Tun Abdul Razak di Kuala Lumpur, Memorial Tun Hussein Onn, Memorial Negarawan, Galeri Seri Perdana dan sebagainya.
Bagi menghidupkan memorial dan menzahirkan delegasi negarawan, kementerian telah menggerakkan inisiatif merakyatkan arkib negara melalui Arkib Negara Malaysia. Antara Inisiatif yang kita laksanakan adalah platform e-Negarawan, Majlis Memperingati Legasi Negarawan, pameran interaktif di pusat beli-belah, lawatan berpandu untuk pelajar ke Arkib Negara Malaysia.
YB Maran pula ada membangkitkan isu berhubung dengan peranan serta perjalanan Majlis Sejarawan Negara sebagai badan rujukan utama dalam menentukan standard kandungan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
...Dan hala tuju sejarah negara.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Untuk makluman Yang Berhormat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri, sebelum Menteri mengakhiri, saya menghargai respons daripada Menteri dan saya melihat bahawa Yang Berhormat Menteri memang sungguh— bersungguh-sungguh dalam isu perpaduan.
Dari semasa ke semasa saya dapat melihat kesungguhan ini terserlah apabila kita melihat berita-berita ini disiarkan dalam Malaysiakini, di mana Menteri memberi penekanan kepada faktor bahawa kita perlu menyemai perpaduan.
Lanjutan daripada jawapan yang diberikan tadi, bolehkah saya mendapat satu jaminan daripada kerajaan untuk kita memastikan kita memelihara perpaduan?
Himpunan yang bakal diadakan pada hari Sabtu ini, 7 hari bulan di SOGO, iaitu Himpunan Anti Rumah Anutan akan dibatalkan atau tidak akan diberikan sebarang kelulusan oleh pihak kerajaan. Untuk kita memastikan bahawa tidak ada mana-mana pihak yang boleh mencetuskan keadaan ketegangan kaum.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Yang Berhormat. Saya telah jawab tadi. Terima kasih. Itu di-repeat sekali lagi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Saya telah menjawab dan begitulah jawapan daripada kementerian.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Cumanya, saya ingin dapat komitmen. Adakah Perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram ini akan dibenarkan oleh kerajaan atau tidak?
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Ya saya sudah jawab tadi. Itu terpulang kepada kementerian atau agensi yang dapat membanteras kegiatan sebegitu, iaitu KDN dan PDRM. Terima kasih.
Saya menjurus kepada— jawapan kepada Maran, di mana beliau menyentuh dengan Majlis Sejarawan Negara. Majlis Sejarawan Negara ini telah pun ditubuhkan pada 9 September yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri dan kita di Arkib Negara sebagai sekretariat. 17 orang ahli telah dilantik dalam tempoh— untuk tempoh dua tahun. Ini termasuk 10 orang sejarawan; dua ahli arkeologi, dua ahli antropologi dan sosiologi dan dua wakil daripada kementerian.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang Amat Berhormat Menteri.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Majlis ini bertujuan mengawal selia kajian penulisan advokasi dan pendidikan sejarah dan bagi memantapkan naratif kebangsaan serta memperkukuhkan jati diri nasional dengan fungsi utama seperti berikut.
Mengawal selia sejarah untuk memastikan kajian sumber dan penulisan sejarah adalah tepat, sahih dan berasaskan bukti. Juga untuk naratif kebangsaan, untuk memperkukuhkan naratif sejarah yang menyatukan berbilang kaum dan mendidik generasi muda.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Juga sebagai wadah profesional. Can I finish this one first? Juga sebagai wadah profesional.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Boleh saya tanya mengenai Majlis Sejarah, Yang Berhormat?
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Menjadi platform kepada sejarawan, ahli arkeologi, antropologi dan sebagainya. Juga ia nya menjadi pemerkasaan warisan untuk memelihara warisan dan sejarah agar sentiasa relevan dan mampan.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih Yang Berhormat. Sedikit soalan mengenai Majlis Sejarah Negara tadi.
Apa kelayakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menjadi Pengerusi Majlis tersebut kerana dibimbangi bahawa ada kebolehan untuk mengubahsuai sejarah mengikut selera politik semasa. Saya tak bercakap mengenai Perdana Menteri sekarang saja, masa-masa depan sama pun.
Dan yang kedua Yang Berhormat Menteri, tadi saya nak patah balik sikit mengenai arkib negarawan. 8 Februari yang akan datang adalah tarikh kelahiran Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra. Jadi, apa perancangan yang ada di pihak kerajaan untuk kita mengingati hari kelahiran tersebut?
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih, Yang Berhormat. Pengerusi Majlis Sejarah, Majlis Sejarawan ini adalah di atas prerogatif Perdana Menteri sendiri dan beliau adalah menjadi Pengerusi dalam— Sebab saya melihat beliau memang mengambil serius. Sebab itu Majlis Sejarawan ini ditubuhkan daripada teguran beliau sendiri dan kita di bawah Arkib menjadi sekretariat.
Kedua, berkenan dengan...
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang Berhormat, minta maaf. Saya faham— ramai orang mengambil berat mengenai sejarah negara.
Tapi apa kelayakannya untuk menjadi antara penilai dan mempengerusikan mesyuarat dengan menilai sejarah negara ini?
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Ya, itu— Seperti yang saya katakan tadi, itu oleh prerogatif Perdana Menteri sendiri. Tapi ahli— 17 Ahli itu adalah tokoh-tokoh yang sebenar yang beliau bawa untuk menjadi anggota ataupun menjadi ahli dalam majlis tersebut.
Saya ingat saya pun melihat kesemua tokoh-tokoh itu memang orang veteran lah dan saya ingat sebagai pengerusi mungkin membawa kepada minat mereka yang dibawa untuk menjadi ahli itu dan saya pun sebagai...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Sekretariat sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Mana ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat. Yang Berhormat Menteri, sini. Masa sudah tamat.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Oh sorry, saya ingat. Sorry. Sikit lagi. One page. Boleh? Two minutes, three minutes. All right. Okey Yang Berhormat, apa lagi? Acara yang kita adakan untuk 8 Februari adalah kita akan adakan majlis besar-besaran pada masa itu. Kita akan adakan— dari pagi sampai malam. Malam majlis memperingati mendiang tokoh Tunku Abdul Rahman ya. Pada malam kita akan adakan dan saya akan hadirlah dalam masa itu.
Ke— Jempol, bertanya berhubung usaha kerajaan dalam menyemai semangat perpaduan. Untuk makluman Yang Berhormat, peranan utama kementerian adalah mewujudkan ekosistem perpaduan, platform perpaduan dan tapak integrasi yang dapat meningkatkan interaksi sosial dan perpaduan antara rakyat berbilang bangsa. Usaha ini dilaksanakan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Dasar Perpaduan Negara.
Kementerian Perpaduan Negara telah membangunkan Dasar Perpaduan Negara semenjak 2021 untuk memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional.
Pelan Tindakan Perpaduan juga telah kita adakan dan pelbagai program telah kita laksanakan. Yang program-program yang strategik dan bersepadu melibatkan agensi kerajaan dan pendekatan whole-of-government approach.
Kerangka Perpaduan Malaysia MADANI telah dibangunkan sebagai satu inisiatif strategik digerakkan oleh Kementerian Perpaduan Negara dalam usaha meletakkan asas Perpaduan Negara melalui pendekatan holistik yang merentasi pelbagai sektor.
Pada tahun 2025, 762 program merangkumi perayaan, festival, program- program kenegaraan, kesukarelawan, pembangunan komuniti, kempen jati diri, serta banyak lagi program-program yang menarik minat masyarakat terhadap khazanah warisan negara.
Pada tahun ini 2026, kementerian menekankan fokus terhadap pembinaan negara bangsa sebagai satu usaha strategik baru dalam mengeratkan hubungan rakyat Malaysia selari dengan iltizam Rancangan Malaysia Ke-13.
Negara Bangsa amat penting untuk Malaysia pada masa kini kerana ia menjadi asas kepada keamanan, perpaduan, kestabilan dan keharmonian sebuah negara yang majmuk. Dalam realiti global yang semakin mencabar, perbezaan ideologi, pengaruh media sosial, politik identiti serta tekanan globalisasi, pembinaan negara bangsa berperanan menyatukan rakyat di bawahnya melalui perkongsian identiti nasional tanpa menafikan kepelbagaian kaum, agama dan budaya.
Tahun ini kementerian akan mengangkat tema "Bersama Membina Negara Bangsa". Sekian, Tuan Speaker. Thank you.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Perpaduan Negara. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri dari Kementerian Komunikasi untuk menjawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri dari Kementerian Komunikasi untuk menjawab.
Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya turut mendoakan agar Allah SWT sentiasa memastikan sentiasa agar Seri Paduka Baginda sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
Seterusnya saya ucapkan terima kasih kepada 23 orang Ahli Yang Berhormat yang prihatin dan telah mengambil bahagian dalam memberi pandangan ataupun membangkitkan soalan yang menyentuh bidang tugas Kementerian Komunikasi seperti berikut:
(i) keselamatan dalam talian;
(ii) kebebasan bersuara dan kebebasan media; dan
(iii) infrastruktur digital.
Yang Berhormat Merbok, Rantau Panjang, ada? Rantau Panjang ada. Kuala Terengganu, Balik Pulau, Bukit Bendera, Setiu, Pekan. Masing-masing menyentuh mengenai penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan atau AI dan khususnya deepfake, dengan izin. Isu penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI) adalah di bawah bidang kuasa kementerian atau agensi penguat kuasa yang berkaitan bergantung kepada sifat kesalahan tersebut.
Sekiranya penyalahgunaan tersebut adalah untuk tujuan menghasilkan kandungan yang memudaratkan, tindakan boleh diambil di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 [Akta 866] atau Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang kedua-duanya dikuatkuasa oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau MCMC.
Usaha untuk menangani isu-isu penyalahgunaan AI ini memerlukan pendekatan kerjasama antara kerajaan— antara agensi-agensi kerajaan.
Penglibatan MCMC dalam hal ini meliputi aspek bantuan teknikal berhubung pembekalan maklumat (profiling), dengan izin dan analisa forensik digital bagi melancarkan siasatan pihak berkuasa.
Penyebaran pelbagai bentuk kandungan berisiko dalam talian termasuk maklumat tidak benar, penipuan, penyalahgunaan perkhidmatan dalam talian, unsur provokasi serta ancaman keselamatan merupakan isu yang memerlukan perhatian serius. Dengan perkembangan pesat kandungan yang dijana teknologi AI, ia telah mempercepat penciptaan dan penyebaran kandungan yang bersifat manipulatif dan meningkatkan potensi penyebaran maklumat yang boleh mengelirukan para pengguna serta menggugat keharmonian awam.
Dalam hal ini, MCMC mengambil tindakan proaktif memantau isu-isu yang diperkata di ruang media sosial di negara kita termasuk yang melibatkan kepentingan awam, jenayah, salah guna, ancaman dan provokasi. Kerjasama dengan platform media sosial dan agensi penguat kuasa lain turut giat dijalankan bagi menangani penyebaran maklumat palsu termasuk kandungan palsu yang dijana melalui AI.
Dari 1 Januari 2022 sehingga 15 Januari 2026, MCMC telah mengemukakan sebanyak 5,409 permohonan penurunan kandungan pemalsuan imej dan baru-baru ini teknologi deepfake kepada pemberi perkhidmatan. Dan daripada jumlah tersebut 4,955 atau 92 peratus kandungan telah diturunkan.
Bagi kandungan palsu, sebanyak 59,967 permohonan telah dikemukakan dengan 51,912 bersamaan 87 peratus kandungan yang telah diturunkan. Semua tindakan penurunan ini dibuat berdasarkan aduan yang diterima serta garis panduan komuniti yang telah ditetapkan oleh setiap platform dan undang-undang tempatan yang berkuat kuasa.
Selaras dengan pindaan kepada seksyen 233(1) Akta 588, kandungan palsu yang disebar dengan niat untuk melakukan fraud, dengan izin atau kecurangan kepada mana-mana orang merupakan satu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali dan denda selanjutnya RM5,000 sehari, setiap hari kesalahan diteruskan jika disabitkan kesalahan.
Kerajaan juga telah menggubal Akta 866 yang memberi— yang mewajibkan pemberi perkhidmatan aplikasi dan aplikasi kandungan yang telah dilesenkan mengawal selia kandungan memudaratkan. Akta ini telah berkuat kuasa pada 1 Januari 2026 bersama beberapa perundangan subsidiari yang berkaitan. MCMC kini sedang melengkapkan instrumen subsidiari lain di bawah Akta 866 bagi memperincikan tanggungjawab pemberi perkhidmatan yang dilesenkan dalam mengurus risiko dalam talian secara berkesan. Rundingan awam sering diadakan untuk mendapatkan maklum balas pihak berkepentingan dan pemegang taruh, selaras dengan prinsip tadbir urus yang telus dan inklusif.
Dalam instrumen subsidiari ini, antara perkara yang sedang dipertimbang adalah cadangan pelaksanaan pelabelan kandungan, khususnya kandungan yang dijana atau dimanipulasi menggunakan AI seperti deepfake, memanipulasi imej dan suara. Pendekatan ini bertujuan membantu pengguna mengenal pasti kandungan yang berpotensi mengelirukan, manipulatif atau tidak sahih, selaras dengan usaha mengurangkan risiko penyebaran maklumat tidak tepat atau kandungan memudaratkan di platform dalam talian.
Sejak penguatkuasaan Akta 866 pada 1 Januari 2026 sehingga 15 Januari 2026, terdapat dua permohonan penurunan kandungan sumbang yang dikemukakan kepada pemberi perkhidmatan dan kedua-dua kandungan tersebut telah diturunkan.
Akta 588 dan Akta 866 menyediakan rangka kawal selia bagi menangani penyebaran kandungan mudarat dalam talian termasuk kandungan yang dijana melalui aplikasi AI seperti Grok. Kerajaan melalui MCMC akan sentiasa memantau kemudaratan dalam talian termasuk kandungan yang dijana melalui aplikasi AI agar tidak melanggar undang-undang serta nilai-nilai moral masyarakat Malaysia.
Yang Berhormat Permatang Pauh bertanya apakah langkah kerajaan untuk menyekat aplikasi yang menyebar gejala songsang dan iklan-iklan lucah dalam talian. Permatang Pauh ada? Tak ada? Kalau tak, saya jawab secara bertulis. Cuma satu peringatan kepada semua Ahli Yang Berhormat. Bila kita lawat mana-mana dengan izin, website, laman web, akan ada iklan-iklan yang ditayangkan dan iklan- iklan ini biasanya akan membaca algorithm kita.
Maksudnya berdasarkan cookies dan beberapa cara yang lain, mereka akan tahu apa yang kita minat. Kalau Puan Yang di-Pertua minat kucing, bila kita melayari mana-mana laman web, biasanya dia akan tunjukkan iklan-iklan kucing. Jadi, sekiranya Yang Berhormat Pematang Pauh kerap melihat iklan-iklan tertentu, mungkin kita kena bersihkan algorithm Yang Berhormat.
Baik, jadi kita kena pantau kerana setiap website ada— ini untuk makluman semua Ahli-ahli Yang Berhormat, memang bila kita melawat mana-mana website, mereka akan memasang apa yang disebut sebagai cookies untuk melihat apa yang kita suka, apa yang kita tak suka. Jadi, sila berhati-hati dalam hal ini. Baik, jadi saya akan jawab Yang Berhormat Permatang Pauh secara bertulis nanti. Gopeng, ada Gopeng? Tak ada? Jadi, saya pun akan jawab secara bertulis.
Cuma ada pertanyaan, yang ini mungkin untuk makluman Dewan, mengenai promosi perniagaan di platform-platform e-dagang. Jadi untuk makluman semua, garis panduan dan kegiatan promosi perniagaan oleh peniaga tertakluk kepada dasar di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup atau KPDN. Aktiviti perniagaan digital seperti e-dagang dikawal selia KPDN.
Kementerian Komunikasi melalui MCMC memberi kerjasama dari segi bantuan teknikal termasuk permohonan penurunan kandungan di platform media sosial, permohonan sekatan laman sesawang, pembekalan maklumat (profiling) dan analisa forensik digital bagi mempercepat proses siasatan dan tindakan penguatkuasaan terhadap kes penipuan dalam talian. Kini, MCMC juga bekerjasama dan memberikan input-input yang perlu kepada KPDN bagi menambah baik kerangka kawal selia yang sedia ada bagi platform-platform e-dagang.
Dalam menangani kandungan yang menyalahi undang-undang, MCMC dari 1 Januari 2022 sehingga 15 Januari 2026 telah mengemukakan 12,570 permohonan kepada pemberi perkhidmatan bagi menurunkan kandungan berkaitan iklan atau produk atau perkhidmatan yang tidak dibenarkan. Dan dari jumlah tersebut, sebanyak 10,480 atau 83 peratus kandungan telah diturunkan. Daripada jumlah ini, kebanyakan daripada permohonan adalah dari pelbagai agensi termasuk daripada pihak Kementerian Kesihatan, kadangkala melibatkan produk-produk yang tidak dibenarkan, mungkin mengandungi dadah yang dilarang dan sebagainya.
Yang Berhormat Seputeh. Tak ada? Tapi saya akan sentuh apa yang beliau telah bangkitkan. Bertanya mengenai hasil siasatan MCMC dan PDRM berhubung hantaran palsu mengenai beliau di media sosial. Ini satu perkara untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, yang sangat tidak baik yang telah menuduh seolah-olah Yang Berhormat Seputeh telah mengeluarkan satu kenyataan mengatakan perlu sijil halal untuk jualan babi.
Jadi, pihak MCMC telah menerima Laporan Maklumat Pertama ataupun First Information Report (FIR) berhubung penyebaran kandungan berusaha palsu melibatkan paparan tajuk dan kenyataan yang mengaitkan Ahli Yang Berhormat Seputeh dengan dakwaan yang saya sebutkan tadi melibatkan isu pensijilan halal.
Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
[Timbalan Yang di-Pertua (Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Pada waktu ini, semua suspek telah dikesan, telah dikenal pasti dan telah dirakam percakapan mereka. Sehubungan itu, lapan kertas siasatan telah dibuka dan siasatan sedang dijalankan di bawah seksyen 233(1)(a) Akta 588 dan dua sedang menunggu hasil laporan forensik manakala empat telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara, manakala lagi dua akan dirujuk dalam masa yang terdekat untuk tindakan susulan. MCMC telah dimaklumkan bahawa pihak Polis Diraja Malaysia juga sedang menyiasat perkara tersebut dan MCMC akan beri kerjasama dan bantuan yang perlu kepada pihak PDRM.
Datoʼ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tampin ada? Tak ada. Padang Rengas? Tak ada. Rasah? Pun tak ada. Baik. Jadi, saya akan jawab ketiga-tiga Ahli Berhormat secara bertulis. Tapi ada satu perkara yang mungkin untuk makluman Dewan. Yang Berhormat Rasah ada bangkitkan isu mengenai tindakan MCMC terhadap Sin Chew Daily dan Sinar Harian dan bertanya sama ada isu ini telah dirujuk kepada Majlis Media Malaysia serta status rayuan oleh kedua-dua media.
Untuk makluman Ahli-ahli Berhormat, Majlis Media Malaysia telah ditubuhkan melalui Akta Majlis Media Malaysia 2025 [Akta 868] dan telah diberi mandat untuk menetapkan dan membangunkan standard kewartawanan yang beretika dan bertanggungjawab, termasuk merangka kod tatakelola bagi pengamal media arus perdana mahupun media bebas. Peranan ini turut merangkumi pemantauan dan penyesuaian terhadap penggunaan teknologi baharu dalam amalan kewartawanan.
Majlis Media menggalakkan pendidikan media serta literasi berita bagi meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan maklumat yang sahih, beretika dan bebas dari unsur kebencian. Di samping itu, Majlis Media turut berperanan sebagai platform dialog antara pengamal media dan masyarakat bukan hanya bagi memperkukuh komunikasi dua hala, tapi untuk mengurangkan salah faham dan ketegangan yang berpotensi mencetuskan ucapan kebencian dalam kalangan masyarakat.
Keputusan MCMC untuk mengenakan tindakan hukuman denda ke atas pihak Sin Chew Daily dan juga pihak Sinar Harian adalah berdasarkan siasatan di bawah seksyen 233 (1)(a) Akta 588 dan pada waktu itu, Majlis Media belum beroperasi secara rasmi. Walau bagaimanapun, tindakan masih boleh diambil dan kini, kita cuba untuk bawa isu-isu yang dihadapi kepada pihak Majlis Media untuk diteliti.
Untuk makluman, Sin Chew Daily dan Sinar Harian telah mengemukakan permohonan rayuan terhadap kompaun yang dikenakan oleh MCMC. Setiap rayuan yang dikemukakan akan dipertimbang dengan izin, on a case-by-case basis dan bergantung kepada fakta kes masing-masing. Setelah pertimbangan semua perkara yang relevan dalam rayuan tersebut, jumlah kompaun telah dikurangkan bagi syarikat-syarikat tersebut berdasarkan peruntukan di bawah Peraturan 4, Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Pengkompaunan Kesalahan) 2001.
Kedua-dua syarikat akhbar tersebut telah menjelaskan bayaran kompaun yang dikurangkan tersebut sepenuhnya, telah dibayar sepenuhnya. Majlis Media akan sentiasa mengadakan dialog yang bersifat konstruktif bersama MCMC dan pihak Kementerian Dalam Negeri bagi membangunkan garis panduan yang lebih jelas serta rangka kerja yang telus dan kolaboratif dalam menangani isu berkaitan ketepatan, penyediaan kandungan artikel dan laporan.
Matlamat utama penyediaan garis panduan adalah untuk melindungi integriti kewartawanan dan hak orang ramai terhadap maklumat sambil memberi ruang kepada media untuk berkembang, menyesuaikan diri dan berinovasi. Saya percaya Majlis Media kekal komited untuk bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi menegakkan kewartawanan yang bertanggungjawab dan mempertahankan kebebasan media sebagai tonggak penting demokrasi Malaysia.
Datoʼ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sipitang, Puncak Borneo, Batang Sadong, Selangau, Batang Lupar, Lawas, Kulim-Bandar Baharu, Mersing, Kuala Krau dan Ipoh Timor menyentuh isu infrastruktur digital, terutama di kawasan pendalaman dan luar bandar.
Kerajaan amat memahami pentingnya akses Internet yang baik bukan hanya untuk pendidikan dan ekonomi, tapi juga untuk memberi peluang dan harapan bagi rakyat di seluruh negara terutama di kawasan kampung, desa dan pendalaman.
Kerajaan melalui MCMC kekal komited dalam usaha memperkukuh infrastruktur digital negara bagi memastikan akses yang lebih meluas dan inklusif dapat dinikmati oleh seluruh rakyat melalui pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara atau JENDELA. Sehingga 31 Disember 2025, kadar liputan Internet dan komunikasi di seluruh negara bagi kawasan berpenduduk telah mencapai angka komposit 99.71 peratus, berbanding 91.8 peratus sebelum pelaksanaan inisiatif JENDELA.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Menteri. Kuala Krau.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Baik, sila.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Terima kasih ada menyentuh Kuala Krau tadi. Cuma nak dapat kepastian antara tempoh aduan yang kita buat tentang ketidakkuatan jalinan itu, berapa masa yang diperlukan untuk diambil tindakan oleh kementerian? Terima kasih.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih, Yang Berhormat.
Dia bergantung kepada isu yang dihadapi. Ada kalanya gangguan kepada menara pemancar yang sedia ada, menara telekomunikasi yang sedia ada. Sekiranya itu masalahnya dan dapat diatasi, dipanggil optimisation ataupun kadangkala ada masalah peralatan yang tidak berfungsi perlu diganti. Ini ada melibatkan aspek- aspek yang agak cepat dapat diselesaikan.
Sekiranya kawasan itu langsung tidak ada apa-apa kesalinghubungan ataupun connectivity, maka proses untuk membina satu menara yang baharu akan bergantung kepada beberapa faktor dan makan masa antara kadangkala sehingga 24 bulan kerana melibatkan kelulusan di peringkat PBT dan kadangkala rangkaian yang perlu dibina untuk memastikan kelajuan Internet. Jadi, ada menara tapi tak ada fiber itu pun satu isu.
Jadi, apa yang pihak kementerian khususnya MCMC sekarang sedang menilai untuk laksana adalah penyelesaian interim yang kadangkala melibatkan aplikasi ataupun penggunaan teknologi seperti Starlink. Starlink dia boleh memberikan Internet tapi bukan dengan izin, voice. Tapi boleh guna voice over WiFi.
Jadi, ada beberapa teknologi yang sedang diteliti.
Tapi, hasratnya sekiranya satu kawasan berapa penduduk itu cukup jumlahnya, lebih baik ada satu menara. Sama ada monopole 30 meter, 60 meter ataupun 76 meter supaya penduduk yang lebih ramai dapat diberikan perkhidmatan telekomunikasi yang dimaksudkan. Kadangkala cepat, sekiranya masalahnya melibatkan struktur sedia ada ataupun tempohnya agak panjang, sekiranya satu struktur baharu terpaksa dibina. Terima kasih, Yang Berhormat.
Puncak...
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
YB Menteri, Puncak Borneo minta penjelasan sikit. Terima kasih, YB Menteri. Semasa perbahasan saya ada mengutarakan bahawa apa ni kualiti liputan internet di Puncak Borneo semakin merosot walaupun telah mencapai— dikatakan telah mencapai 90 peratus. Tetapi realiti di bawahnya dia semakin merosot dan saya juga alami sendiri. Sebelum ini kita— saya menggunakan DiGi, tapi apabila telah ada merger dengan DiGi dan Celcom, line di pejabat pusat khidmat saya sendiri pun sangat teruk sampai ada satu bar, dua bar saja. Kadang-kadang langsung tidak ada dan kebanyakan kawasan- kawasan mengalami masalah yang sama.
Dan saya ada berhubung dengan MCMC Sarawak. Dan apa yang diutarakan adalah disebabkan oleh vandalisme dan juga disebabkan oleh kadang-kadang berlakunya blackout oleh tenaga elektrik yang dijana. Dan dengan izin, all this is actually a known problem. Jadi, saya berharap agar pihak MCMC telah melihat perkara ini telah berulang bertahun-tahun. Jadi, saya berharap agar perkara ini ada solusinya. Sebab vandalisme pernah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri bahawa pernah berlaku satu menara 27 pencerobohan menara itu. Jadi, benda ini sudah lama berulang dan saya berharap ada solusi.
Dan yang keduanya, saya juga ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri sebab telah memasang Starlink di Kampung Nyegol dan juga di Kampung Muk Ayun. The people are very happy with that kind of connection, very stable, the speed is very good.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Tapi kalau boleh saya juga memohon supaya perkhidmatan Starlink ini boleh dibawa kepada tempat-tempat yang out of grid di kawasan Parlimen Puncak Borneo dan kalau boleh ke kawasan-kawasan di negeri Sarawak secara menyeluruh. Terima kasih.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Yang Berhormat.
Saya pun dah siapkan homework, jadi ini peta bagi Parlimen Puncak Borneo. [Sambil menunjukkan sekeping kertas] Pada tahun 2024, komposit CoPA bagi 4G. Komposit ini maksudnya bila kita campurkan semua menara-menara pada waktu itu 2024, CoPA di Puncak Borneo hanya 90.64 peratus dan pada hujung 2025 telah mencecah 99.22 peratus.
Walau bagaimanapun, benar apa Yang Berhormat maksudnya sekiranya seseorang itu menggunakan satu menggunakan satu line, belum tentu di semua tempat dalam satu-satu kawasan akan mendapat perkhidmatan. Jadi suka cita saya maklumkan, bila kita teliti setakat suku keempat 2025 di puncak Borneo, daripada enam syarikat telekomunikasi yang kita pantau yang mempunyai jumlah yang paling rendah, coverage yang paling rendah sebanyak 10.69 peratus, 10.69 peratus dan paling tinggi adalah 99.22 peratus. Dan Yang Berhormat maksudkan tadi, syarikat itu mempunyai 90.76 peratus.
Jadi saya tak sarankan, ini bukan pitch untuk jual mana-mana syarikat telco, tapi kadangkala kita lihat telco, telco ini dia tidak— dia sepatutnya menyediakan jumlah yang sama bagi mana-mana suatu kawasan. Itu sebab di pihak kementerian apa yang kami usahakan adalah dasar...
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
[Bangun]
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Menteri, kalau saya boleh mencelah sedikit. Kalau boleh, kita kena letak KPI kepada service provider ini juga. Sebab bayaran, customer tetap bayar. Tetapi dia punya quality of service, coverage dan sebagainya amat menyedihkan. Jadi, kena ada mekanisme untuk kita, bukan untuk kita menghukum, tetapi untuk kita ensure service provider ini mengetengahkan perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat. Itu kalau ada kita kena tegaskan dan laksanakan. Terima kasih.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Ya, memang kita— Yang Berhormat, saya baru nak sebut tadi, kita ada satu dasar di mana jalan di situ ada Internet dan saya juga telah minta supaya berlaku usaha dengan izin network sharing antara syarikat-syarikat telco. Pada bulan Mei 2024, kita telah berjaya memulakan proses untuk membolehkan syarikat-syarikat telekomunikasi saling menggunakan dengan izin passive infrastructure sesama mereka dengan persefahaman komersial antara mereka.
Pihak MCMC juga telah mengeluarkan sejumlah arahan suruhanjaya agar syarikat-syarikat telco tertentu memastikan masalah jurang antara apa disebut sebagai komposit CoPA bagi satu Parlimen dan apa yang sebenarnya disediakan oleh syarikat itu, jurang itu dapat diatasi dengan segera.
Saya tak ada angka yang secara khusus bagi Parlimen Puncak Borneo, tapi memang kita telah mengeluarkan denda, kompaun kepada syarikat-syarikat yang ingkar. Ada di kalangan syarikat-syarikat ini meminta masa untuk mereka atasi masalah tapi saya telah minta supaya secara umumnya tidak boleh dilengahkan, mesti dilakukan dengan segera. Cuma saya juga ucapkan terima kasih sebelum saya benarkan.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Sibu sini. Dua perkara saya ingin bangkitkan. Sibu di kawasan bandar sekarang kelajuan Internet juga semakin merosot di kawasan bandar. Saya rasa ia bukan masalah coverage tetapi saturation.
Kebanyakan telco tower itu dia sudah saturated, dia tidak cukup kapasiti dia.
Kedua ialah, saya ada membuat aduan kepada MCMC dan mereka datang ke kawasan-kawasan yang saya buat aduan untuk menyemak kelajuan Internet. Dan syarat kelajuan minimum yang dianggap lulus ialah 30 megabytes per second. 30 megabytes per second saya rasa standard ini terlalu rendah. Sekarang Internet, kelajuan Internet sudah 100 megabytes, 300 megabytes. Tapi syarat untuk minimum kelajuan ialah 30 megabytes. Saya rasa harus ditingkatkan kelajuan yang minimum ini.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
[Bangun]
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Sebelum ini Yang Berhormat, kelajuan minimumnya lebih rendah, dua setengah Mbps. Masa satu ketikalah, tiga Mbps lebih kurang waktu itu. Tapi kita telah slowly dengan izin, sedikit demi sedikit naikkan. Dan ada syarikat telekomunikasi yang minta supaya kita jangan terlalu berkeras tentang isu ini tapi saya mengambil pandangan yang sangat pro-rakyat.
Jadi saya telah minta supaya sekiranya ada jumlah yang terlalu rendah ia tidak boleh kita terima dan kita minta supaya tindakan diambil. Saya akan minta MCMC bentangkan kepada saya apa masalah yang dihadapi di Parlimen Sibu, insya-Allah saya akan cuba untuk lawat Parlimen Sibu dan seterusnya saya nak pergi melawat beberapa tempat untuk lihat masalah Internet.
Jadi sebelum saya ke Langkawi, untuk makluman Puncak Borneo, saya juga telah minta supaya isu-isu yang dibangkitkan, saya lihat daripada Mei tahun lalu sehingga 3 Februari, Yang Berhormat telah mengadakan lebih kurang tujuh libat urus dengan MCMC. Saya insya-Allah akan minta supaya masalah-masalah yang dihadapi termasuk in-building coverage di pusat khidmat ini dapat diatasi dengan tuntas, dengan menyeluruh.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Langkawi.
Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya membangkitkan isu coverage dalam perbahasan saya di kawasan jeti nelayan Kuala Teriang Langkawi. Di mana nelayan-nelayan apabila mereka keluar sahaja lebih kurang dalam 500 meter lebih, mereka tidak dapat coverage. Malah Thai, operator Thai masuk dalam mereka punya telefon dan bayaran yang mereka terpaksa membayar itu agak tinggi.
Jadi oleh kerana tidak dapat coverage itu, kita rasa soal frequency disc yang tidak sampai ke sana. Dan saya telah pun meminta agar pihak-pihak syarikat-syarikat operator telekom membantu tetapi sehingga kini tidak dapat. Dan masalah yang mereka ini hadapi kerana mereka tidak dapat berkomunikasi dengan base mereka di jeti itu. Dan kadang-kadang mereka terjumpa dengan pelarian-pelarian yang masuk ke situ dan mereka tidak dapat menghubungi pihak-pihak agensi-agensi kerajaan berhubung dengan pelarian. Jadi, ini masalah yang berlaku. Jadi saya minta bantuan daripada Yang Berhormat Menteri dalam hal ini. Terima kasih.
Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Penjelasan sikit isu yang sama, hampir sama. Terima kasih Yang di-Pertua. Isu yang berbangkit dalam kawasan saya adalah gangguan daripada pemancar daripada negara Thai.
Jadi saya rasa perkara ini berlaku di semua, hampir semua sempadan di mana apabila kita berada di sempadan, lebih apa— kalau jam kita akan bertukar dengan jam Thai kita akan, kita ini jadi macam lemah sangat. Dan apa yang berbangkit adalah apatah utama di musim banjir. Jadi saya sebelum ini banyak aduan yang saya telah buat terutama kepada MCMC berkaitan dengan isu coverage ini, terutama apabila berlaku banjir dan berlaku banjir besar yang mana telekomunikasi ini sangat penting untuk aduan keselamatan dari sudut program penyelamatan. Jadi apabila elektrik tidak ada diputuskan kerana banjir, maka menyebabkan line pun tidak ada. Jadi ini adalah sangat-sangat berisiko.
Jadi, saya ingin tahu penyelesaian jangka panjang supaya kawasan-kawasan yang berisiko tinggi terutama yang terlibat dengan risiko bencana ini, supaya diberi keutamaan, supaya mempunyai coverage yang tinggi, supaya dapat mengatasi isu- isu yang bakal terjadi sekiranya berlaku bencana. Minta penjelasan.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang dan Yang Berhormat Langkawi. Saya ambil maklum masalah, benar kita tidak hadapi isu hanya di Rantau Panjang dan Langkawi mengenai limpahan dengan izin signal dari negara jiran. Ini sebenarnya saya telah mengarahkan supaya pihak MCMC mengadakan perbincangan dengan entiti sejawat di Thailand yang dinamakan NBTC dan juga di Singapura dan juga di pihak Indonesia bagi Pulau Sebatik di beberapa kawasan tertentu, kawasan Tawau.
Dan ada beberapa perkara yang perlu diselaraskan antara kedua-dua, dibelah kita sebenarnya mematuhi beberapa perkara tapi mungkin ada beberapa syarikat asing yang mungkin perlu ada sedikit libat urus oleh pihak NBTC di pihak mereka.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Kali terakhir mesyuarat ini diadakan adalah pada bulan— beberapa bulan yang lalu tapi saya akan minta supaya masalah yang dihadapi, limpahan ini berlaku dengan lebih— dapat diuruskan dengan lebih baik.
Masa yang sama, sebagai pengguna, saya juga ingin memastikan bahawa para pengguna tahu, sedar sekiranya kita mengaktifkan auto-roaming dan bila kita sampai ke beberapa tempat di sempadan, maka dia akan berpaut pada signal dari negara jiran. Jadi, kita kena nyah aktifkan, deactivate auto-roaming dalam handset ataupun peranti masing-masing untuk elak daripada perkara itu berlaku. Dia adalah kerana peranti, dia akan berpaut kepada signal yang terdekat. Jadi, signal yang paling kuat. Jadi, itu yang mengakibatkan perubahan kepada signal ataupun syarikat telco mana yang menyediakan perkhidmatan kepada kita di satu-satu lokasi. Tapi saya ambil maklum.
Mengenai masalah banjir. Memang sebelum ini, pihak MCMC telah mengarahkan supaya semua syarikat telekomunikasi yang mempunyai struktur menara, terutama di Kelantan, Terengganu dan beberapa negeri yang sering menghadapi masalah banjir, melakukan pemerkasaan tapak-tapak ataupun site hardening. Ia melibatkan menaikkan beberapa struktur, termasuk bekalan elektrik dan peralatan-peralatan radio yang sebelum ini mungkin berada di aras tanah tapi telah dinaikkan atas pada paras apa yang dianggap sering berlaku banjir. Ini bukan hanya di kawasan Rantau Panjang ataupun di beberapa negeri sahaja tapi di seluruh negara telah dimulakan.
Cuma isu tentang bekalan elektrik, ini ada melibatkan agensi, bukan bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi. Saya telah minta supaya sewaktu kita melawat kawasan yang terkesan akibat banjir pada tahun lalu, memang masalah bukan sekadar bekalan elektrik terputus tapi kabel gentian fiber turut terputus. Banjir besar waktu itu. Jadi, ada kadangkala masalah yang terpaksa kita tangani dengan pemasangan peranti stalling sebagai contoh, untuk mengembalikan beberapa kemudahan. Tapi insya-Allah, saya akan minta supaya sempena bulan kesiapsiagaan bulan Oktober tahun ini, beberapa persiapan dipercepat untuk pastikan masalah banjir— kalau berlaku pun, kita tidak terputus hubungan. Jadi, ini yang kita akan susuli nanti Yang Berhormat, insya-Allah.
Saya dalam enam minit terakhir ingin menyentuh mungkin apa yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat lain. Sipitang, tak ada? Tak ada ya? Baik.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tak ada.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Ha?
Seorang Ahli
Sipitang tak ada.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Sipitang tak ada. Baik. Kalau begitu, Ipoh Timor, tak ada? Baik. Untuk Ahli-ahli Berhormat yang lain, yang ada membangkitkan isu-isu yang saya tidak jawab, maka saya akan sediakan jawapan bertulis. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Selanjutnya, Majlis ke kementerian yang berikutnya.
Dipersilakan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Salam sejahtera dan salam Perpaduan Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya muliakan. Saya mulakan penggulungan Titah Diraja dengan serangkap pantun.
Gendang dipalu pembuka adat, Raja berdaulat payung negara; KPKT teguh menjunjung mandat demi rakyat, Makmur sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, dengan penuh rasa tawaduk dan rendah hati, Teluk Intan merafak sembah menjunjung kasih dan memohon menggulung atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Pembukaan Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas. Sebagai sedikit sorotan ringkas, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda dalam Titah Diraja, Baginda telah menzahirkan ucapan syabas kepada Kerajaan MADANI atas prestasi pertumbuhan ekonomi negara yang amat membanggakan secara keseluruhannya.
Sejajar dengan permulaan Rancangan Malaysia Ke-13, Baginda juga menekankan tadbir urus kerajaan yang cekap dalam memastikan lonjakan pertumbuhan ekonomi negara dapat memberikan limpahan kemakmuran dan kesejahteraan untuk dinikmati seluruh rakyat Malaysia, termasuk penyediaan rumah mampu milik yang berterusan kepada setiap rakyat serta penambahbaikan infrastruktur asas.
Baginda Tuanku turut menegaskan bahawa keberkesanan setiap perancangan negara bergantung sepenuhnya kepada pembanterasan kesan rasuah secara menyeluruh dan perilaku rasuah perlu diperangi secara habis-habisan.
Sesungguhnya, Titah Tuanku yang memberikan amaran keras dan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI adalah wajib diberi perhatian serius oleh Dewan yang mulia ini.
Selain itu, penzahiran peringatan oleh Kebawah Duli Tuanku bahawa setiap perbahasan, keputusan dan juga undian yang dibuat dalam Dewan ini, bukan hanya merupakan pendirian parti politik parti tetapi dia menjadi penentu masa hadapan negara. Ia sepatutnya menjadi denyut nadi kepada Dewan yang mulia dan juga kepada diri saya sendiri bahawa tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen adalah jauh lebih besar kepentingan— jauh lebih besar daripada kepentingan sempit mana-mana pihak.
Justeru, kita perlu mengelakkan sikap, bak kata pepatah Melayu, “menang sorak, kampung tergadai”. Serta kita perlu sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan negara untuk melebihi segala kepentingan yang lain.
Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan MADANI amat komited dalam memastikan prestasi negara terus meningkat di peringkat global melalui perlaksanaan pelbagai inisiatif secara lebih inovatif. Komitmen Kerajaan MADANI dalam memacu kecemerlangan global terbukti apabila kedudukan tanah air kita telah melonjak 11 anak tangga. Kedudukan ke-23 daripada ke-34 di Global Competitiveness Index, sekali gus menjadikan Malaysia negara yang mencatat kemajuan yang paling hebat tahun lepas di seluruh dunia. We have been regarded as the most improved nation in 2025. Ini adalah pengiktirafan di pentas dunia.
Selain daripada itu, Indeks Inovasi Global negara kita juga meningkat. Terkini, Malaysia menduduki tempat ke-34 negara terbaik daripada 139 buah negara di dunia. Ia juga mencerminkan prestasi inovasi Malaysia yang konsisten, selari dengan Kerangka Ekonomi MADANI. KPKT berhasrat mengekalkan status kementerian bertaraf platinum dan justeru, akan terus mengintegrasikan inovasi dalam setiap inisiatif di bawah kementerian agar dapat mewujudkan pembangunan yang lestari dan persekitaran yang mampan.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan hari ini sentiasa mempamerkan komitmen dan prestasi yang memberangsangkan dalam melonjakkan nama negara di mata dunia dalam pelbagai aspek. Usahlah kejayaan ini diremehkan dengan isu-isu yang boleh membawa kepada perpecahan. Sepertimana Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Timbalan Tuanku Agong semasa istiadat pembukaan rasmi Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Ke-15.
Saya petik Titah Tuanku Sultan Perak, dia kata— Tuanku Titah, kita sedang berhadapan cabaran mencari selapah ajaib, resipi berkesan untuk mengendalikan secara adil, saksama dan berkesan, perselisihan dalam masyarakat yang pelbagai.
Kita masih meraba dalam kesamaran, mencari formula untuk memahamkan pelbagai pihak agar dia lebih rasional, bersedia melihat melalui lensa penyatuan dan perpaduan berasaskan kepada nilai-nilai kemanusiaan sejagat yang menghargai keharmonian dan kestabilan.
Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 28 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan lima bidang di bawah Kementerian KPKT iaitu Perancangan Bandar, Kerajaan Tempatan, Pengurusan Landskap, Perkhidmatan Kebombaan dan juga sudah tentunya Perumahan. Alhamdulillah, saya berasa amat syukur, rata-rata 28 Ahli Yang Berhormat yang telah pun membahaskan isu berkaitan dengan KPKT. Tak ada isu yang panas. Tak ada juga penyakit yang kronik yang perlu kita ubati segera.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Seiring dengan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda, saya—dan sebagai sedikit sorotan ringkas, saya rasa adalah wajib semasa penggulungan Titah Diraja ini untuk memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini supaya jasa, bakti dan pengorbanan warga KPKT, penjawat-penjawat awam kita yang telah bertungkus lumus berkhidmat itu dapat direkod dalam Hansard.
Saya sukacita nak maklumkan, menarik perhatian Dewan yang mulia ini, untuk menempa pencapaian sepanjang tahun lepas adalah seperti berikut.
Kita, sehingga 30 September, KPKT telah berjaya melepasi sasaran menyediakan 511,000 unit rumah mampu milik. Sasarannya 500,000. Kita berjaya melepasi sasaran. Ini adalah kali pertama dalam sejarah...
[Tepuk] Yang kedua, penyediaan Rumah Mesra Rakyat. Di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas, jumlah yang ditetapkan, unitnya 15,000. Alhamdulillah, kita berjaya melepasi sasaran setinggi 175 peratus. Sasaran 15,000 tapi kita berjaya sempurnakan 26,260 unit berbanding dengan sasaran awal. Ini juga rekod paling tinggi dalam sejarah. Satu lagi pencapaian yang membanggakan.
Ketiga, dalam segi Taman Rekreasi MADANI. Selaras dengan impian 1,000 taman. Satu tahun, 100 taman. Dua tahun berturut-turut, KPKT bukan sahaja berjaya mencapai sasaran, KPKT telah melepasi sasaran. Setakat pagi ini, 216 buah Taman Rekreasi MADANI telah berjaya disiapkan dan itu sudah tentunya― saya harap Tuan Yang di-Pertua kawasan Cameron Highlands, walaupun sudah cantik, tapi jika Tuan Yang di-Pertua pohon, kita juga akan bisa diaturkan. Taman Rekreasi MADANI telah pun kita dua tahun berturut-turut berjaya melepasi sasaran.
Keempat, dari segi penyelenggaraan menggantikan rumah-rumah yang usang, lif-lif yang usang di mana 204 unit lif tahun lepas telah berjaya kita gantikan dengan lif yang baru supaya penduduk di hampir 100,000 penduduk di PPR dapat menikmati perubahan positif yang sedang rancak dibawa oleh Kerajaan MADANI.
Yang kelima, MyKiosk. 7,243 unit MyKiosk telah berjaya disiapkan dan berjaya mengubah nasib hampir 7,000 keluarga. Setakat hari ini, 90 peratus telah berjaya diguna pakai. Dan rekod yang paling memberangsangkan, ada peniaga kecil yang pakai MyKiosk satu bulan pendapatan lebih RM20,000. Saya pun rasa amat bersyukur. Dulu dia B40, sekarang dia jadi T20. Atas usaha gigih, kita membantu.
Keenam, kita juga...
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Kebersihan. Kebersihan― saya ringkaskan.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Dia bukan sahaja kewajipan, tapi dia perlu menjadi satu sebahagian daripada keimanan. Kebersihan tandas, sejak kita lakukan reformasi kebersihan awam― nanti ya.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Ya, tak apa.
Tuan Nga Kor Ming
Dalam tempoh tiga tahun ini, saya berasa amat bersyukur atas kerjasama dengan PBT dan Kementerian Pendidikan Malaysia, Kerajaan MADANI telah pun menaik taraf dan baik pulih lebih 12,000 buah tandas awam di seluruh negara untuk menjadikan dia bersih, menawan, wangi― BMW.
Okey.
Toilet of The Year Award juga kita bagikan. Saya bagi contoh, Yang Berhormat. Tahun lepas kita buat Toilet of The Year Award, ada kategori rumah ibadat. Yang menang itu masjid. Masjid di Gerik telah menjadi juara, memiliki tandas paling bersih di seluruh Malaysia. Yang baik patut dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Contoh yang baik macam itu, saya harap masjid-masjid di Kelate ke, Terengganu ke, semua akan ikut acuan yang baik yang dilakukan oleh Gerik.
Ya, YB, sedikit soalan.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Terima kasih. Tadi tentang kios ya. Adalah satu kajian terkini tentang jumlah-jumlah kios yang gagal digunakan dan apa tindakan yang diambil oleh Kementerian dalam melaksanakan...
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih. Sebab itu saya sangat— kita memantau.
Saya perlu jelaskan di Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat. KPKT hanya memberikan peruntukan. Dia berdasarkan kepada permohonan 156 PBT. PBT yang pohon, PBT yang melantik kontraktor, PBT yang cari lokasi, PBT yang kena pastikan tempat itu sesuai. Tapi, bagaimanapun, atas pemantauan yang rapi, saya akui bukan 100 peratus. Tapi, hari ini kita dah capai 90 peratus. Out of 7,243 kios, hampir 7,000 telah diisi. Itu, ada sedikit belum lagi, kita akan ambil tindakan.
Saya rasa terpanggil di Dewan yang mulia ini. Memandangkan kios itu dia dilantik oleh PBT, dipohon oleh PBT, dibuat oleh PBT, maka mengikut sistem lampu isyarat iaitu reformasi PBT, mana-mana PBT yang gagal isi penuh MyKiosk, peruntukannya akan disekat dengan kadar segera. Kita hanya bagi peruntukan kepada PBT yang betul-betul buat kerja. Yang tak buat kerja, dia akan masuk dalam zon lampu merah. Yang buat kerja sederhana, dia dapat lampu kuning. Yang paling best, dia dapat lampu hijau, kita tambah lipat gandakan peruntukan kepada mereka.
So, kita bagikan pengiktirafan kepada mereka yang betul-betul buat kerja.
Sila.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat sihat ya? Okey ya?
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Alhamdulillah.
Tuan Nga Kor Ming
Okey.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Semakin sihat.
Tuan Nga Kor Ming
All right.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Saya ada timbulkan mengenai Rumah Mesra Rakyat SPNB. Adakah Yang Berhormat akan sentuh selepas ini ataupun tadi dah habis dah? Sebab ada sentuh sikit tadi.
Tuan Nga Kor Ming
Ada sentuh sikit nanti.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Ada lagi?
Tuan Nga Kor Ming
Ada.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
So, saya tunggu bab itulah kalau sempat.
Tuan Nga Kor Ming
Ya, ya, boleh. All right.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Menteri?
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Yang Berhormat Menteri.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Boleh satu?
Tuan Nga Kor Ming
Saya ada 15 pencapaian.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Saya nak ucapkan tahniah.
Tuan Nga Kor Ming
Oh, terima kasih. Boleh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey. Terhadap usaha yang saya dapat maklumat daripada orang awam berkaitan dengan pemasangan lampu solar di Bandar Mentakab. Cuma, mereka ada suruh minta saya tanya berkaitan dengan kos yang terlalu tinggi. Benarkah kosnya adalah sebanyak RM68,680 untuk lapan unit sahaja lampu solar di Bandar Mentakab? Jadi, saya cuma— itu yang pertama.
Yang kedua, mereka minta tanya tentang kios tadi. Yang di Sri Layang itu memang dah dibawa, tak ada, tetapi dibawa ke Taman Rimba yang masih lagi tidak dimanfaatkan.
Itu sahaja. Terima kasih.
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih. Soalan ini ada dua. Satu tentang lampu solar di Mentakab. Sukacita saya nak beritahu Yang Berhormat, saya tak tahu lampu solar itu, yang dirujuk itu di bawah JKR ke, jalan persekutuan ke, ataupun jalan kawasan perumahan. Jika kawasan perumahan, diletak di bawah PBT, iaitu di bawah bidang kuasa KPKT.
Untuk makluman, KPKT sejak saya diberikan amanah dan tanggungjawab, dasar kerajaan sangat-sangat jelas dan tegas. Semua perbelanjaan bukan sahaja perlu berhemah, dia mesti pastikan dia ada buat cost-benefit analysis (CBA) supaya harga yang kita belanja tidak boleh mahal tapi perlu rahmah.
Sebab itu, mengikut rekod yang saya ada― saya bagi contoh dekat Kampung Bharu yang kita buat. Satu tiang itu dengan semua kerja pemasangan, kerja logistik semua, lebih kurang RM8,000 satu lampu. Itu termasuk pemasangan, pengangkutan semua. Lebih kurang. Itu adalah harga yang berpatutan. Sekiranya sekarang ini lapan lampu solar RM68,000, lebih kuranglah. Jika kata mahal pun, bukan mahal sangat kerana dia termasuk kos untuk logistik, transport, pemasangan, buruh, kos itu semua.
And then, di bawah dasar sekarang, dia kena bagi tiga tahun waranti.
Bermaksud, mulai tahun ini sampai 2028, jika lampu itu rosak, kontraktor kena baiki, return back 100 peratus. Dan kos yang tadi YB sebut itu sudah termasuk dalam kos waranti.
Dengan dasar sedemikian, pertama, dia tiada pembaziran. Kedua, maintenance free. Pasal dalam tiga tahun ini, kontraktor kena tanggung. PBT tak akan bayar lagi. Itu adalah antara yang kita sedang usahakan.
Dan yang ketujuh, kita juga sedang membaik pulih― tahun lepas, kita juga berjaya menaik taraf gerai Pasar Awam Madani, Medan Selera Madani dengan sebanyak 66 projek telah pun siap sepenuhnya.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Kelapan, kita juga berjaya melaksanakan 858 projek pembangunan kampung baru Cina dengan jumlah peruntukan sebanyak RM100.5 juta di seluruh negara. Dan juga, tiada yang tertinggal, tiada yang terpinggir, 50 buah perkampungan kaum India juga diberikan peruntukan RM15 juta untuk manfaat penduduk-penduduk di kampung India.
Tuan Nga Kor Ming
Sebab itu, KKDW jaga kampung tradisi Melayu. KPKT jaga kampung baru Cina dan kampung India. Tiada yang tertinggal, tiada yang terpinggir. Kita semua anak Malaysia. Yang kesembilan...
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Yang Berhormat Menteri, sikit.
Tuan Nga Kor Ming
Selain daripada itu, daripada infrastruktur, program sosioekonomi juga penting. Tahun lepas, kita juga luluskan peruntukan memberi manfaat kepada hampir 2,000 orang penduduk, termasuk usahawan di kampung baru. Saya nak menarik perhatian kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekiranya di kawasan Yang Berhormat ada kampung baru. Kita ada dasar Satu Kampung Satu Produk, supaya kita mendidik orang kampung menjadi usahawan. Dengan izin, not only we give them fish, Tuan Speaker, we also teach them how to fish. Itu penting.
Apabila mereka sudah berdiri atas kaki sendiri, berdikari, maka tak perlulah kerajaan bagi bantuan lagi. Itu adalah kerja yang lebih mampan, sustainable.
Selain daripada itu, yang ke-10, kerajaan juga KPKT menerus SWCorp. Ini saya kena sentuh tentang tapak pelupusan sampah haram. Tahun lepas, kita berjaya menutup 3,634 tapak pelupusan sampah haram. Saya kadang-kadang gurau, saya kata Tuan Speaker, sampah haram ini bukan sahaja haram, dia haram jadah. Pasai sindiket itu sangat-sangat jahat. Sebab itu saya nak beritahu amaran ini dekat Dewan Yang Mulia ini. Mana-mana sindiket, jika dia main-main dengan kita, sekarang kita dah pasang CCTV. Bila ada tapak pelupusan sampah haram, ditangkap, disabit, hukuman maksimum dia lima tahun penjara. Denda RM100,000.
Sebab itu, jaga kebersihan. Jangan buang sampah. Sampah ada tempatnya, bukan— kerana saya dapat fakta yang menyedihkan. Beberapa tanah wakaf di bawah Jabatan Agama Islam telah dijadikan tapak pelupusan sampah haram. Sebab itu saya kata itu haram jadah. Sebab itu kita turun, kita bersihkan, kita tangkap adalah lebih seratus lebih dah kena dakwa dan ratusan ribu denda telah dikena oleh mahkamah atas usaha gigih Kerajaan MADANI.
Tuan Yang di-Pertua, tahun ini saya sekali lagi nak jemput Ahli-ahli Yang Berhormat, itu kebersihan adalah tanggungjawab kita semua. Sebab itu dulu kita sebut Cuti-cuti Malaysia. Sekarang kita ada Cuci-cuci Malaysia. Tahun lepas kita dah start dengan Hari Cuci Malaysia pada 27 September iaitu minggu ketiga sempena dengan World Cleanup Day yang diiktiraf oleh Bangsa-bangsa Bersatu. Tahun lepas bila kita buat Hari Cuci Malaysia, Tuan Yang di-Pertua tahu dah berapa orang ambil bahagian? 100,000. 817 sukarelawan telah ambil bahagian. Kita sudah pecah lima rekod Malaysia Book of Record.
Selain daripada itu, untuk penyelenggaraan perumahan berstrata kos rendah dan awam yang mampu milik, tahun lepas, 334 projek telah pun diluluskan dan dilaksanakan. Membawa manfaat kepada 360 ribu menerima manfaat di seluruh negara. Yang terakhir, tentang projek kediaman PR1MA. Sebelum itu, di bawah kerajaan terdahulu, PR1MA memiliki 34 projek sakit. Ada juga projek yang sudah masuk ICU dan CCU.
Okey tapi alhamdulillah, menjelang hari ini, saya pilih tarikh keramat hari ini.
Projek sakit terakhir di Bukit Katil— PR1MA. Akhirnya saya malam ini dah buat sujud syukur, sudah dapat CCC. Lebih 40,000 unit telah kita selamatkan. 40,000 unit projek sakit di bawah PR1MA. Itu semua kerajaan dulu, termasuk rakan-rakan di sebelah sana. Saya kerja bertungkus-lumus tapi sebelum Hari Raya Aidilfitri, janji ditepati.
Semua projek siap sepenuhnya. Kunci akan serah sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Tuan Yang di-Pertua, ini kita memang atas semua pencapaian ini. Saya hari ini...
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Yang Berhormat...
Tuan Nga Kor Ming
Sedikit. Saya nak menjunjung kasih mengucap ribuan terima kasih Kebawah Duli Tuanku Agong. Pagi ini saya mengadap Tuanku dengan penuh tawaduk dan rendah hati saya telah persembahkan kad laporan KPKT. Kita berasa amat bersyukur. Tuanku titah ucap tahniah, syabas kepada KPKT. Saya nak dedicated ini, jasa ini kepada seluruh 22,000 warga kerja KPKT yang sedang menanti berita baik ini.
[Tepuk] Pengiktirafan Diraja yang jarang-jarang kita dapat menjadi suntikan semangat kepada seluruh warga untuk kita terus berkhidmat dengan lebih baik. Sila, wakil dari Kelate.
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Ya, terima kasih Yang Berhormat. Saya mengucapkan tahniah di atas usaha yang dibuat oleh Yang Berhormat. Cuma saya ingin kepastian, Yang Berhormat dalam penggulungan banyak menggunakan kalimah-kalimah orang Islam. Nak sujud syukur, alhamdulillah, bersyukur. Adakah Yang Berhormat beriman? Adakah Yang Berhormat percaya dengan Allah? Kami tak mahu kalimah ini dipermain-mainkan.
Saya takut mengelirukan orang Islam.
Jadi, kalau perkara ini dipermainkan, seolah ini menyentuh 3R yang kami diminta supaya menjaga. Jadi, saya tak nak kalimah-kalimah Islam dipermainkan untuk mengelirukan orang bukan Islam. Kalau Yang Berhormat Islam, saya tak kisah.
Tetapi jangan menggunakan kalimah untuk mengelirukan rakyat.
Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat, Yang Berhormat, tunggu.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Yang Berhormat, saya minta laluan.
Tuan Nga Kor Ming
Jangan emosi, kita rasionalisasi. Yang Berhormat IC 03, saya pun IC 03. Yang Berhormat— bukan, saya anak Kelate. Saya anak Kelate.
Lahir di...
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Bukan isu anak Kelantan. Isu mempermainkan agama.
Tuan Nga Kor Ming
Sebab itu saya nak katakan. Tunggu lah. Yang Berhormat boleh bagi kata-kata tapi dengarlah penjelasan. Kita sebagai anak Malaysia, kita menghormati agama Islam sebagai Agama Persekutuan. Mana ada dipermain-mainkan? Sebab itu perkataan seperti kurang elok. Sebagai seorang yang beriman, saya yakin Yang Berhormat pun harap, kita semua ini sama-sama hormat menghormati.
[Tepuk] Kerana dalam kerangka MADANI itu ada hormat. Dalam kerangka MADANI itu ada Ehsan. Alhamdulillah perkataan itu is Arabic words. Betul tak? Ini bahasa Arab. Dia dengan kata lain, if God willing, insya-Allah, if God willing. Alhamdulillah bermaksud, okey, telah pun saya bersyukur. Dalam bahasa bersyukur lah. Dalam bahasa Arab, alhamdulillah.
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.
Tuan Nga Kor Ming
Sebab itu saya rasa, jangan kita selalu cenderung kepada isu yang bercanggah dengan perpaduan. Kita nak membawa semua sebagai sebuah keluarga. Anak Malaysia itu terdiri daripada Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Dayak. Kita semua sejiwa sehati. Sebab itu perpaduan dalam kepelbagaian itu, kita saling hormat menghormati. Sebab itu saya akan jemput Yang Berhormat datang ke Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri kementerian saya. Nanti jemput, jangan tak datang pula. Itu sebab itu kita nak pastikan semangat ke-Malaysia-an itu...
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Yang Berhormat, saya mohon mencelah. Shah Alam.
Tuan Nga Kor Ming
...Wajib subur dalam hati.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Boleh saya itu?
Tuan Nga Kor Ming
Sila, Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Saya sangat rasa berbesar hati dan berbangga sebagai orang Islam apabila Yang Berhormat mampu untuk mengucapkan kalimah-kalimah yang sering digunakan oleh masyarakat Islam.
[Tepuk] Kalau di negara Arab, perkataan-perkataan tersebut sangat biasa digunakan. Tidak kira oleh orang Islam ataupun tidak. Jadi, saya sangat rasa berbangga dan saya doakan mudah-mudahan suatu hari nanti Yang Berhormat akan diberikan hidayah oleh Allah SWT. Terima kasih.
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih. Saya penuh dengan hormat takzim kekanda saya. Kita akan teruskan amalan yang murni untuk kita memupuk perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum. Sesungguhnya saya rasa...
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Yang Berhormat, ada sikit tentang pemilikan rumah. Bukan kaitan frasa, ini pemilikan rumah.
Tuan Nga Kor Ming
Ha?
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Tentang pemilikan rumah.
Tuan Nga Kor Ming
Sila.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ada bawa isu tentang pemilikan rumah golongan M40 yang menurut daripada statistik yang diberitahu oleh REHDA yang terbaru menunjukkan pemilikan rumah untuk M40 ini rendah. Dia terperangkap kerana gajinya. Sebab untuk golongan B40 dia ada rumah PR1MA dan sebagainya. Jadi, golongan M40 ini terperangkap dan tidak mampu memiliki rumah. Jadi apa pendekatan di peringkat KPKT untuk memastikan golongan ini tidak terpinggir di dalam pemilikan rumah.
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih kepada satu soalan yang baik dan membina. Sukacita dimaklumkan atas usaha gigih kita semua bekerjasama, kadar pemilikan rumah keluarga Malaysia sudah mencapai 76.5 peratus. Australia hanya 60 lebih. Amerika lagi ketinggalan. Tapi Malaysia 76.5 peratus. Keluarga Malaysia sudah memiliki rumah sendiri. Sudah tentunya M40, dia akan pinjam pinjaman rumah. Sebab itu dengan di bawah KPKT, telah kita memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk membantu. Pertama, tahun ini kita dah tingkatkan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP). Jumlahnya sampai RM40 bilion.
Tuan Nga Kor Ming
Setakat ini, setakat ini ya, atas usaha gigih kerajaan, kita sudah bantu 97,850 orang dapat Skim Jaminan Kredit Perumahan kerajaan. Apa istimewa skim ini? Kita jika meminjam bank RM100,000, dia boleh dapat loan RM120,000. Yang extra 20 peratus itu boleh guna untuk renovation, boleh guna untuk beli perabot. Itu adalah skim. Di bawah belanjawan tahun ini, kita sudah tambah RM10 bilion lagi. RM10 bilion. So, kita nak pastikan akhir tahun ini kita capai sasaran 100,000 orang pembeli rumah dijamin di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan. Itu pertama.
Kedua, bagi orang kampung yang ada tanah tapi tak ada rumah. Sebab itu kita ada Rumah Mesra Rakyat. Tadi YB Tasek Gelugor dah kata.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
[Bangun]
Tuan Nga Kor Ming
Sasaran kita setiap tahun di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas, 15,000. Tapi kita berasa nasib baik kita berjaya, bersyukur melepasi sasaran. Kita dah siap bina 26,000. Okey, apa itu skim dia? Suka ni saya nak menarik perhatian Dewan ini untuk saya buat marketing untuk KPKT. Dia punya rumah tanah sendiri tapi duit dia tak ada. Tak apa, cari SPNB. SPNB bina Rumah Mesra Rakyat untuk dia, kos kerajaan tanggung RM75,000. Dia hanya bayar RM55,000. Dengan kata lain, setiap pemilik Rumah Mesra Rakyat, dia dapat angpau besar. Insentif subsidi RM20,000 satu biji rumah. Jika dia tak ada deposit, tak apa.
Bayar ansuran. Ansuran berapa? Sangat rahmah. RM300 satu bulan. Boleh bayar berapa lama? 16 tahun. And then berapa riba? Kosong. Interest free.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Kerajaan bantu, interest free.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Pulai Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Sebab itu— ya, sila Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Menteri, terima kasih Menteri. Saya ada kemukakan, Pulai ada kemukakan semasa perbahasan yang lepas. Kami umpamanya di Johor Bahru ni. Kami menghadapi isu kemasukan ramai mereka yang daripada Singapura ya. Kemudian yang bekerja di Singapura dan membeli rumah di kawasan Johor Bahru. Jadi, di sana memang banyak rumah. Macam dalam kawasan Parlimen Pulai, kita ada 13 kawasan rumah pangsapuri di kawasan Parlimen Pulai.
Isunya adalah, itu, rumah-rumah itu adalah kos yang tinggi. Jadi, mereka yang berpendapatan kecil ni, macam M40 dan sebagainya, di mana ruang mereka untuk mendapatkan rumah di Johor Bahru ni? Kerana di sana rumah semakin mahal.
Kemudian rumah yang murah ini agak kurang. Jadi, apa polisi kerajaan untuk memastikan bahawa struktur masyarakat di Johor Bahru ini betul-betul menggambarkan maknanya, semangat Malaysia lah ya. Miskin, kaya, semua bangsa ada di dalam kawasan ini. Terima kasih.
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih kepada Pulai yang memang prihatin tentang kawasan di Johor Bahru. Johor Bahru ini kini pembangunannya sangat rancak kerana kita ada Special Economic Zone. Setakat ini pelancaran rumah dia adalah rekodnya paling tinggi tahun lepas. Lebih 15,000 rumah baru sedang dilancarkan di kawasan Johor Bahru.
Sudah tentunya, kita nak bantu sebab itu belanjawan tahun ini kita bagi insentif dari segi bank interest. Dia akan dapat rebate sebanyak RM7,000. Bank rebate interest. Yang kedua, Skim Jaminan Kredit Perumahan. Dia boleh beli rumah sehingga RM500,000. RM500,000 untuk dapat apartment. Sebab itu, sebenarnya nak selesaikan masalah ini, dari segi jangka panjang, paling penting kita perlu meningkatkan pendapatan rakyat. Menoktahkan kemiskinan.
Saya bagi contoh, jika Yang Berhormat satu bulan gaji RM100,000, saya bagi RM10,000, tak ada jadi masalah. Jika gaji hanya RM3,000, nak bayar RM10,000 memang payah. So, akhirnya, masalah ini, macam mana kita wujudkan peluang pekerjaan yang bergaji tinggi. Supaya anak Malaysia tak perlu jadi anak perantau.
Itu sedang EPU, KPKT, MOF tengah cari jalan. Sebab itu peluang pekerjaan yang bergaji tinggi, berpendapatan tinggi adalah fokus utama kerajaan pada hari ini.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Menteri, depan-depan. Saya minta tolong jawab mengenai isu pemberian rumah secara percuma oleh SPNB kepada komuniti tertentu, sedangkan banyak lain tak dapat dan lain perlu membayar. Jadi, kenapa ada keistimewaan diberikan? Apa justifikasi pemilihan tersebut?
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, soalan yang akhir.
Tuan Nga Kor Ming
Sedikit saja injury time, saya tahu. Sebenarnya Yang Berhormat, SPNB tak bagi rumah percuma. Yang dapat rumah percuma itu biasanya adalah asnaf miskin yang sangat-sangat kesian. Saya bagi contohlah ada kes ibu tunggal, tiga orang anak OKU. Macam mana dia nak jaga tiga orang anak OKU? Kes macam itu takkan kita tak bantu.
Itu, yang kedua, kes bencana. Kebakaran, semua hangus bakar. Tinggal seluar dalam je. Apa pun tak ada. Macam kes macam itu. Then dia sudah uzur. Anak dia sudah mati. Dia dah umur 80 tahun. Takkan saya tinggal lihat dia dengan sehelai pinggang tu, tak bantu? Kes-kes macam itu, kita akan cari jalan di bawah Program Bina Semula Rumah. Memang ada. Suka cita saya nak maklumkan kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat, jika kawasan...
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Tapi kenapa ada pengkhususan kepada Kampung Baru Cina saja? Di tempat saya...
Tuan Nga Kor Ming
Tak, tak, tak.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Di tempat saya, saya ada individu yang memenuhi kriteria Yang Berhormat sebut tadi.
Tuan Nga Kor Ming
Oh, itu, ya, ya. Maklumat itu mungkin kurang tepat.
Program bina semula itu kita buka kepada semua. Di bawah bidang kuasa KPKT.
Saya nak tegaskan. Kampung Tradisi Melayu di luar bidang kuasa, itu di bawah KKDW. Itu Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sedang rancak membantu.
Yang saya jaga, itu kawasan itu. Sebab itu mungkin ada such a impression. Tapi, we are colour blind. Bagi saya, kita semua anak Malaysia. So, last topik sedikit tentang reformasi juga. Reformasi pembersihan awam. Saya nak tegaskan di Dewan yang mulia ini, kesungguhan Kerajaan MADANI dalam reformasikan amalan kebersihan dalam kalangan masyarakat telah dibuktikan melalui penguatkuasaan Perintah Khidmat Masyarakat bagi kesalahan pembuangan sampah di tempat dan jalan awam, bermula bila? Bermula Tahun Melawat Malaysia, 1 Januari.
Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini SWCorp telah berjaya mengeluarkan notis pemberitahuan kesalahan kepada 600 orang pesalah terdiri daripada 462 orang warga tempatan dan tidak lupa 138 warga asing. Terdapat 46 kes telah mendapat tarikh sebutan mahkamah di mana tiga daripadanya telah disabit kesalahan. Perintah Khidmat Masyarakat bagi pesalah yang telah disabitkan itu akan diadakan secara serentak satu hari sebelum Valentine’s Day, 13 Februari 2026. Negara Malaysia akan saksikan pesalah itu akan dikerah untuk cuci longkang, sapu jalan, cuci tandas mengikut sabitan mahkamah.
Jangan, jangan buang sampah. Kompaun maksimum mengikut bidang kuasa mahkamah boleh sampai RM2,000 hingga RM10,000. Sebab itu, bukan nak pergi tazkirah Yang Berhormat, sebab itu niatnya, nawaitu kita suci. Kita bukan nak menghukum, tapi kita nak mendidik. Kita nak pastikan supaya semua seluruh rakyat Malaysia bantu jaga, sayangkan bumi kita. Bumi tak menuntut hak, bumi menuntut budi. Itu! Dan sebab itu, di bawah Reformasi Pembersihan Awam yang akan menjadi, kita akan melibatkan tujuh inisiatif utama. Tuan di-Pertua, sedikit saja.
(i) pembersihan deep cleansing;
(ii) inisiatif jalan tanpa habuk;
(iii) pembersihan waktu malam;
(iv) penggunaan kenderaan elektrik sekurang-kurangnya 50 peratus daripada fleet kenderaan pembersihan, perlu menjadi EV;
(v) pelaksanaan 50 peratus mekanisasi bagi menggantikan pekerja asing;
(vi) memperkasakan Separation at Sources (SAS) menerusi pengenalan kepada two bin system, communal three bin, drive through recycling center, black soldier fly dan sistem pengkomposan; dan
(vii) sistem pemantauan masa nyata, real time dengan single window monitoring.
Ketujuh-tujuh inisiatif reformasi pembersihan awam ini akan kita laksanakan selepas Jemaah Menteri luluskan kajian semula third cycle of the public cleansing tariff dalam masa yang terdekat.
Tuan Nga Kor Ming
Maka Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya tahu Tuan Yang di-Pertua amat sabar. Saya ucap ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat atas segala pandangan, cadangan, teguran. Kita akan menerima dengan hati yang terbuka.
Maka tadi saya mulakan dengan serangkap pantun. Saya juga selesaikan dengan serangkap pantun iaitu:
Titah Diraja kami sanjung, KPKT berkhidmat sepenuh jiwa; Sekian sahaja kami menggulung, Moga manfaat dirasai bersama. Sekian, terima kasih. Xie xie, vanakkam.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke kementerian yang berikutnya. Dipersilakan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 40 minit.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato' Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bagi pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan menyentuh isu-isu di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) semasa mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, bermula dari 20 hingga 29 Januari 2026.
Saya menghargai segala pandangan dan cadangan yang telah dikemukakan dan akan diambil kira dalam perancangan KPWKM di masa hadapan, termasuklah syor penambahbaikan yang dinyatakan mahupun yang dicadangkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Insya-Allah pada hari ini saya akan memberi maklum balas kepada pertanyaan-pertanyaan yang telah diajukan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan memberi maklum balas terhadap isu 30 peratus penglibatan wanita sebagai pembuat dasar dan penglibatan dalam politik. Untuk makluman, pada tahun 2004, kerajaan telah menetapkan sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor awam. Tindakan affirmative ini telah mula diambil kira sejak Rancangan Malaysia Kesembilan.
Hasilnya statistik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menunjukkan sehingga Disember 2025, penyertaan wanita di peringkat pengurusan tertinggi dalam sektor awam telah mencapai 39.4 peratus. Jawatan-jawatan utama yang sebelum ini hanya dipelopori dan dipegang oleh lelaki tidak lagi asing untuk diduduki wanita seperti jawatan Ketua Audit Negara, Ketua Hakim Negara, Ketua Pengarah Kastam, Datuk Bandar dan sebagainya.
Selanjutnya pada tahun 2011, kerajaan juga telah mengumumkan perluasan dasar sekurang-kurangnya 30 peratus penyertaan wanita di peringkat pembuat keputusan ke sektor swasta. Ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang pekerjaan, sekali gus merapatkan jurang gender di negara ini. Kini data oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada April 2025 menunjukkan wanita memegang 33.1 peratus kerusi Lembaga Pengarah dalam 100 syarikat awam tersenarai ataupun PLC dengan izin, teratas, top 100 dengan izin, di Bursa Malaysia meningkat daripada hanya 14 peratus pada tahun 2015.
Berdasarkan statistik tersebut, dapat dirumuskan bahawa banyak kemajuan telah dicapai terutamanya dalam usaha memberdayakan wanita dalam sektor awam mahupun swasta. Namun, tidak dinafikan bahawa peratusan penglibatan wanita dalam politik masih kekal menjadi cabaran.
Tuan Yang di-Pertua, pelbagai inisiatif dan usaha telah dilaksanakan oleh KPWKM untuk menambah baik kedudukan serta menggalakkan penyertaan wanita dalam kalangan kepimpinan tertinggi. Sepanjang tahun 2025, KPWKM melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah membelanjakan sejumlah RM11.5 juta bagi pelaksanaan pelbagai program pemerkasaan dan kepimpinan wanita.
Antara program yang dilaksanakan ialah Program Perantisan Kepimpinan Wanita iaitu PERANTIS yang bertujuan untuk meningkatkan potensi serta bilangan wanita berbakat besar sebagai individu yang layak dan sesuai untuk memegang jawatan tinggi sama ada di pejabat awam, sektor swasta mahupun memainkan peranan yang lebih berpengaruh di peringkat komuniti.
Selaras dengan usaha KPWKM dalam memperkasa dan meningkatkan penyertaan wanita secara lebih inklusif dalam pelbagai bidang, program ini tidak hanya terhad fokus kepada kategori-kategori tertentu, malah turut boleh dimanfaatkan untuk kategori wanita dalam politik. Pada tahun 2024, seramai 1,247 orang peserta PERANTIS telah dibimbing oleh 25 tokoh dalam 10 bidang yang terpilih. Daripada jumlah tersebut, terdapat dua tokoh telah menganjurkan program berkaitan dengan kepimpinan politik dan telah memberi manfaat kepada seramai 70 orang peserta.
Manakala pada tahun 2025 pula, pelaksanaan PERANTIS diteruskan dengan penglibatan seramai 100 orang tokoh wanita dan 4,035 peserta. Daripada jumlah tersebut, seramai tujuh tokoh telah menganjurkan program berkaitan dengan kepimpinan politik dan seramai 284 orang peserta. Program PERANTIS kita teruskan lagi pada tahun ini. Justeru mana-mana pihak yang ingin memohon bagi kategori wanita dalam politik dialu-alukan untuk mengemukakan permohonan menerusi laman portal Jabatan Pembangunan Wanita iaitu www.jpw.gov.my sebelum 28 Februari 2026.
Tuan Yang di-Pertua...
Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Minta laluan Yang Berhormat Menteri. Sikit sahaja. Isu wanita dan politik. Terima kasih. Saya ucapkan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan tahniah di atas usaha baik yang dibuat oleh pihak kementerian. Saya harap usaha ini akan lebih berjaya. Jadi, daripada penelitian dan kajian yang dibuat oleh pihak kementerian, apa sebenarnya punca penglibatan wanita ini masih kurang dari sudut politik? Sedang kita lihat lebih daripada 50 peratus pengundi adalah wanita.
Hampir 70 peratus kita tengok wanita berada di institusi pendidikan tinggi dan ramai pakar-pakar dalam pelbagai bidang tapi kita lihat masih lagi ketinggalan dari sudut politik. Jadi, apakah cabaran yang dikenal pasti punca dan apakah cara pendekatan selain daripada program yang telah sedia ada yang akan dibuat oleh pihak kementerian? Sekian, terima kasih.
Dato' Sri Hajah Nancy binti Shukri
Okey, terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang.
Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Yang Berhormat Menteri, isu sama.
Dato' Sri Hajah Nancy binti Shukri
Biar saya jawab satu-satu. Saya takut tak ingat nanti. Nanti ya Yang Berhormat.
Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Okey.
Dato' Sri Hajah Nancy binti Shukri
Punca yang dikatakan kenapa penglibatan wanita itu masih rendah kerana inilah amalan dalam negara kita. Parti politik adalah parti politik yang dipimpin oleh lelaki. Tak adapun wanita memimpinnya.
Selain daripada itu juga, kalau orang yang nak menjadi pengundi itu, dia bukan mengundi berdasarkan gender. Dia mengundi berdasarkan parti. Maka sebab itu selagi amalan ini berlaku dalam negara kita, maka itulah keadaannya.
Jadi, ini yang saya percaya Yang Berhormat pun sama juga dengan saya, kita selalu berada dalam seminar-seminar antarabangsa, ini dapatannya (findings) dengan izin, kerana selagi amalannya begitu, selagi itulah ia menjadi begitu. Kita mengundi berdasarkan kepada parti. Terima kasih. Yang Berhormat Mumtaz.
Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Okey terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita menyedari bahawa kementerian ini telah ditubuhkan pada tahun 2004. Dah hampir 30 tahun. Maknanya dalam kes ini kita melihat sudah hampir 20 tahun kita melihat perkembangan untuk politik ini sebagaimana yang disebutkan oleh YB Rantau Panjang tadi sangat-sangat perlahan.
Jadi, memandangkan program PERANTIS saya kira dah berjaya sedikit tetapi kita akan menghadapi PRU tak lama jadi. Jadi, ia memerlukan satu tindakan yang lebih proaktif daripada pihak kerajaan untuk menentukan dari segi kepimpinan dalam Parlimen sekurang-kurangnya di Dewan Rakyat kerana negara kita merupakan antara negara yang paling rendah di Asia Tenggara untuk kepimpinan wanita dalam Dewan Rakyat.
Jadi soalan saya, adakah kerajaan bersedia dalam masa yang singkat untuk menggubal akta, sama ada akta parti gender ataupun mana-mana akta lain untuk memberikan sedikit keluasan supaya cadangan dan hasrat kita untuk melihat sekurang-kurangnya 20 peratus, 30 peratus ini jadi kenyataan dalam tempoh yang segera kerana kalau kita lihat kalau nak lihat secara natural, dah 20 tahun tak ke mana-mana. Terima kasih.
Dato' Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih. Yang Berhormat, masa saya masuk menjadi ahli politik pada 2008, kita ada dalam 14 peratus wanita tetapi lepas itu walaupun menjadi calon wanita itu ramai tapi yang mengundi wanita itu masih juga tidak mengundi wanita tetapi mengundi parti.
Dato' Sri Hajah Nancy binti Shukri
Maka sebab itu kita dapati, ia nya semakin berkurangan. Apa kita lakukan sebagai kementerian? Maka sebab itu dalam pada dua, tiga tahun ini nampak program PERANTIS. Sebab itu salah satu daripada cara kami untuk menggalakkan wanita untuk melibatkan diri. Mereka akan dengan izin, pitch dari segi kepimpinan mereka.
Saya mengharapkan lebih ramai wanita untuk pitching lebih kepada program politik. Tapi selama ini kita pada tahun pertama, kita mengadakan ada dua negeri sahaja yang telah yang pitching dengan izin, dalam bidang politik. Lain semuanya bidang ekonomi. Apa lagi yang kita nak lakukan? Sebab inilah kita mengharapkan lebih ramai wanita untuk melibatkan diri dalam bidang politik.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
[Bangun]
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Selain daripada itu juga, saya nampak dari segi penambahbaikan itu dan kita nampak improvement dengan izin, di dalam dewan ini wanita begitu menyerlah sekali walaupun kita dari segi bilangan, kita tak ramai tetapi kualitinya kita dapat melihat. Saya cuma mengharapkan, sama-sama kita wanita mengharapkan supaya kepimpinan parti politik ini memberi lebih ruang kepada wanita. Minta supaya kalau semua nak bersetuju, minta supaya kerajaan untuk memberi ruang kepada wanita.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
[Bangun]
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Kita ada formula-formula tertentu untuk kita meminda undang-undang. Misalnya dari segi Perlembagaan, dari segi kita bersama-sama dengan parti-parti politik untuk memastikan sekurang-kurangnya dalam setiap parti politik 30 peratus.
Bila ada 30 peratus wanita, maka waktu pilihan raya, biarlah wanita berlawan dengan wanita dan kita akan tetap mendapat 30 peratus, tapi ini tidak berlaku lagi.
Berpuluh tahun sudah ini, masih juga begini.
Bermakna kita wanita masih belum lagi melakukan hak kita sebagai wanita ini.
Biarlah kita sama-sama wanita mempunyai suara ini dan dibawa kepada pihak parti politik kitalah. Terima kasih. Saya nampak Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey. Sikit tambahan.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Ya.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Saya menyokong penuhlah apa yang disuarakan oleh Menteri berkaitan dengan kuota wanita. Cuma saya melihat bahawa walaupun wanita membuat persiapan, dengan berbagai program tetapi kita ingin kesedaran daripada pihak lelaki juga betapa pentingnya mereka memberikan keyakinan kepada kepimpinan wanita sebab kita tahu bukan sahaja pengundi ini adalah daripada kalangan ramainya wanita tetapi sebenarnya wanita ini adalah ibu mereka, kakak, adik-beradik mereka dan mereka mempunyai kemahiran, kebolehan yang ada kalanya melebihi daripada kaum lelaki. Itu sajalah pandangan supaya kita melihat bahawa kita diberi ruang yang sepatutnya. Okey, terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Yang Berhormat. Saya setuju. Biarlah kita sama-sama kempen. Minta lelaki dalam ini. Ini lelaki tak ramai di sini untuk sama-sama menyokong semua yang telah dikemukakan tadi.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Menteri, sedikit daripada Ampang.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Macam soalan nombor satu saja dapat jawab ini.
[Ketawa] Sila, sila, sila.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Saya dengar dengan telitilah jawapan daripada Menteri. Sebenarnya apa yang ditanya dan dijawab itu sebenarnya ada perkara yang perlu kita pick up.
Pertama, Menteri jawab calon-calon wanita sudah bertambah berbanding kepada yang menanglah. Tetapi isu yang saya nampak tadi, kita kekurangan rang undang-undang untuk memberi ruang itu. Sebab itu kalau kita tengok banyak negara yang telah pun menggubal satu dasar pilihan raya mereka, meletakkan kuota 30 peratus kepada parti-parti.
Parti itu kena hantar 30 peratus dulu nama, baru dibenarkan masuk pertandingan dalam pilihan raya. Jadi, kalau itu komitmen yang boleh dibuat, saya rasa memberi ruang yang luas kepada wanita. Bukan masalah kita tak cukup calon.
Terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Yang Berhormat Ampang.
Itu yang saya nyatakan tadi bahawa kita perlu pihak kerajaan ini— tetapi di pihak kerajaan tidak dapat memaksakan, ia nya perlu kerjasama di kalangan parti-parti politik untuk membolehkan RUU ini di mana kita memperuntukkan 30 peratus untuk wanita untuk dijadikan calon.
Lepas itu, setiap parti itu akan tetap mengadakan calon wanita seramai 30 peratus itu dan bila pilihan raya, biarlah mereka bertanding, berlawan sesama sendiri dan 30 peratus akan menang ataupun kalah. Sebab kita telah menetapkan 30 peratus tetapi kawasan itu, biarlah ia menjadi kawasan yang melibatkan wanita. Saya nampak Tuan Yang di-Pertua sudah mula minat juga mendengar. Tapi saya rasa...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bukan apa Yang Berhormat Menteri, saya menanti lelaki menyokong, YB-YB. Itu saja.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih. Tapi terima kasihlah semua rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang wanita.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Menyahut Speaker, Menteri boleh sikit?
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Saya bolehlah tapi ini soalan satu pun belum habis.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Mewakili lelaki dalam Dewan ini.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Okeylah saya biarkan. Last.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Menyahut apa yang Dato’ Speaker sebut, kami lelaki tidak ada masalah untuk wanita pergi ke tempat yang sepatutnya asalkan tempat itu sesuai dan kena dengan kemampuan mereka.
Sedikit cadangan kepada Yang Berhormat Menteri, mungkin boleh cadangkan.
Ada wanita ini yang berkerjaya, ada yang tidak berkerjaya. Contohnya wanita menjadi suri rumah. Mereka ini terpaksa duduk di rumah, jaga anak, membesarkan anak. Apa kata kalau demi mengiktiraf wanita ini juga, kerajaan pertimbangkan untuk elaun suri rumah kepada mereka yang bekerja sebagai suri rumah? Sebenarnya suri rumah pun satu pekerjaan profesional.
Apakah Yang Berhormat Menteri bersetuju sebagai menyokong idea tadi?
Terima kasih, Dato’ Speaker.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Yang Berhormat.
Sebenarnya saya pernah memberi ceramah ini mengenai unpaid care work. Yang wanita ini biar kerja kat rumah tapi tak ada gaji. Suami pun tak bagi gaji. Apatah lagi kalau kerajaan nak ini. Tapi ini saya percaya pihak kerajaan juga sedang melihatlah dalam hal ini supaya kita dapat memberi macam allowance kah.
Ini saya memang setuju. Cuma itulah saya akan mengharapkan— bagi pihak kami, kami akan sentiasa menyuarakan bagi pihak wanita. Jangan lupa ada isteri di rumah itu, bagilah elaun kepada dia. Banyak kerja dia siang malam sampai tak tidur dia. Terima kasih, Yang Berhormat.
Saya nak sambung lagi idealnya usaha, Tuan Yang di-Pertua. Usaha untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam politik tidak seharusnya perlu dibuat menerusi obligasi perundangan sahaja. Apa yang wanita mahukan bukanlah peluang kerana undang-undang yang memaksa. Tetapi peluang yang diberikan perlulah hadir daripada kelayakan serta kebolehan mereka dan bukannya dilihat dari lensa gender semata-mata.
Di peringkat KPWKM, kita telah memulakan inisiatif untuk mengasah, memperbanyak dan menonjolkan wanita berbakat besar. Manakala dalam usaha untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam arena politik, kesemua parti politik perlu mempunyai keazaman atau kehendak politik atau dengan izin, political will dalam memberi peluang serta mengetengahkan lebih ramai wanita sama ada di pucuk pimpinan tertinggi mahupun sebagai calon dalam pilihan raya.
Apabila semua pihak memainkan peranan masing-masing, insya-Allah.
Harapan kita untuk menyaksikan peningkatan penglibatan wanita dalam politik boleh direalisasikan. Tapi kita perlu bersama, sentiasa bersama untuk menyuarakan.
Saya seterusnya ke soalan daripada Yang Berhormat Temerloh ingin mengetahui usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam membentuk keluarga yang sejahtera. Sementara itu, Yang Berhormat Pulai mencadangkan agar KPWKM merangka agenda khusus kepada kumpulan miskin bandar yang melibatkan keluarga yang produktif.
Dalam hal ini, KPWKM berpandangan bahawa kemiskinan bandar bukan sekadar isu pendapatan, tetapi berkait rapat dengan daya tahan keluarga ataupun family resilience dengan izin. Literasi kewangan, pendidikan anak, kesejahteraan mental, nilai kemasyarakatan serta pembinaan jati diri.
Sehubungan itu, KPWKM melalui agensi-agensi di bawahnya melaksanakan pelbagai intervensi berstruktur. Menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), pendekatan yang diambil adalah berasaskan pembangunan keluarga produktif, iaitu keluarga yang berupaya mengurus sumber secara berhemah, mendidik anak-anak dengan baik, mengekalkan keharmonian rumah tangga serta berfungsi secara positif dalam komuniti.
Untuk makluman, KPWKM menerusi LPPKN telah memperkenalkan dan melaksanakan pelbagai program dan perkhidmatan pengukuhan institusi keluarga, melibatkan siri kursus keibubapaan dan pemantapan institusi perkahwinan di seluruh negara.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
LPPKN telah melaksanakan kursus pra-perkahwinan SMARTSTART kepada pasangan yang akan dan baru berkahwin lima tahun ke bawah yang merupakan tahap umur perkahwinan paling berisiko mengikut statistik perceraian di Malaysia.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
[Bangun]
Datoʼ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Berdasarkan keperluan semasa, modul ini telah ditambah baik, menjadikannya sebagai Modul SMARTSTART 2.0, dengan izin, pada tahun 2020. Berdasarkan kajian penilaian terhadap Program SMARTSTART 2.0 yang dilaksanakan oleh LPPKN bagi tahun 2025, sebanyak 77.8 peratus peserta mengakui tahap pengetahuan mereka telah meningkat selepas mengikuti program. Selain itu, 66.7 peratus peserta menunjukkan peningkatan dari segi amalan, manakala 55.6 peratus mencatat peningkatan dalam tingkah laku.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Menteri.
Datoʼ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Bagi...
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Pulai, Menteri. Terima kasih kepada jabatan— jawapan Menteri itu. Soalan saya, dari segi pembangunan kekeluargaan ini, apakah ia merujuk kepada kemiskinan bandar itu? Maknanya, Kementerian Pembangunan Wanita ini mengambil maklumat-maklumat mereka yang dikategorikan sebagai miskin bandar untuk dibangunkan. Dan apakah ada agenda yang berterusan untuk mempastikan bahawa mereka ini boleh keluar daripada kemiskinan bandar? Terima kasih.
Datoʼ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Yang Berhormat Pulai.
Bagi menyentuh soalan tadi, kita tidaklah hanya bergantung kepada isu kemiskinan bandar. Kita menilaikan secara menyeluruhnya dan sudah tentu kita juga mendapat— kalau dari segi statistiknya kita dapati daripada DOSM juga, selain daripada kita secara telus— kita juga menganjurkan program, melalui itulah kita mendapat feedback juga ataupun feedback, dengan izin, daripada para peserta.
Dan kita— adakah agenda tadi yang dikatakan lebih kepada kemiskinan bandar? Sebenarnya, kita tidak dapat melihat daripada sudut itu sahaja.
Kebanyakannya yang berlaku adalah daripada keluarga sendiri. Saya amat— nak champion-kan, dengan izin, supaya nilai-nilai murni ini berada dalam amalan sesebuah keluarga itu. Sebab itu bagi saya, sebagai orang yang nak berkahwin, sebagai ibu bapa perlu bila mereka melalui kursus-kursus yang kita anjurkan, kita mengharapkan ada sedikit kesedaran.
Datoʼ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
[Bangun]
Datoʼ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Dan sudah tentu pun memang ada yang menyatakan selepas mereka hadir dari program kita, memang ada kesedaran. Tetapi tahap mana kesedarannya, setinggi mana pun, terpulang juga kepada cara mereka telah dididik juga. Yang Berhormat.
Datoʼ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
YB Menteri, terima kasih.
Yang di-Pertua, terima kasih. Yang Berhormat Menteri, saya akui, alhamdulillah kalau yang hadir itu memang sangat bagus untuk program-program di bawah LPPKN.
Tetapi kita ada banyak kali mencadangkan kepada kerajaan supaya membuat pendidikan mandatori untuk kursus kebapaan. Itu satu.
Yang kedua, berapakah jumlah kehadiran nisbah kepada keluarga di Malaysia yang telah menghadiri program ini? Kerana program ini sangat baik dan saya difahamkan lembaga ini menetapkan sedikit bayaran untuk mereka hadir kursus. Tetapi hari ini, keperluan kepada keluarga untuk mendapat pendidikan kebapaan ini satu benda yang sangat kritikal. Dan saya kira sampai masa kerajaan boleh memperuntukkan sama ada syllabus yang lebih besar ataupun cara lain supaya lebih banyak lagi ilmu dapat dikembangkan kepada parents kerana kita tak mahu berlaku kes-kes yang berlaku hari ini. Terima kasih.
Datoʼ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Yang Berhormat. Saya tadi belum habis dengan Pulai. Saya nak sambungkan lagi. Cuma, kita bukan hanya kita yang melakukan— mengadakan penilaian itu tetapi ianya kita juga melalui rentas kementerian-kementerian yang lain juga. Dan kita mendapatkan dari situ juga feedback, dengan izin.
Terima kasih YB Tumpat. YB tahu, kita memang mengadakan program untuk ibu bapa, terutama sekali bapa juga kita ambil ambil keutamaan juga. Dan dari segi berapa, nanti - kalau ada nanti, mereka bagi kepada saya, saya akan sebutkan di sini berapa ramai dan berapa peruntukan yang kita gunakan untuk memastikan program ini mempunyai kesan yang baik, Yang Berhormat. Sama-sama kita - memang kita nak melihat program kita ini memberi kesan, impak yang tinggi kepada masyarakat kita. Kerana apabila ia memberi impak yang tinggi, maka kita dapat melihat kesan itu daripada anak-anak di sekolah. Jadi, dari situ juga kita dapat melihat bagaimana peranan ibu bapa itu memang nampak kesannya dari amalan mereka di rumah seperti yang saya nyatakan tadi.
Tuan Yang di-Pertua, bagi pasangan dengan usia tadi— saya sebut tadi Yang Berhormat. Bagi pasangan dengan usia perkahwinan lima tahun dan ke atas pula, Program SMARTSTART 2nd Honeymoon. Kita ada second honeymoon tapi bukan untuk isteri kedua ya, memang isteri yang sama. Telah dibangunkan untuk memperkasa dan membantu pasangan agar terus resilient dalam mempertahankan keluarga masing-masing serta membantu mengurangkan kadar perceraian di Malaysia.
LPPKN Tuan di-Pertua, juga menyediakan perkhidmatan kaunseling keluarga dan perkahwinan bagi menyantuni pasangan yang menghadapi detik sukar dalam hubungan mereka melalui khidmat kaunseling individu, keluarga dan juga kelompok.
Aksesibiliti khidmat kaunseling ini ditawarkan secara fizikal dan dalam talian untuk mengoptimumkan kebolehcapaiannya agar lebih meluas serta mudah dicapai oleh masyarakat, terutamanya pasangan muda.
KPWKM komited memperkukuh peranan kaunseling keluarga sebagai strategi pencegahan dan intervensi awal dalam menghadapi detik sukar dan krisis sosial keluarga. Lebih 100,000 sesi kaunseling individu dan lebih 130,000 klien sesi kaunseling kelompok telah dilaksanakan semenjak Januari 2018 sehingga Disember 2025. Selain itu, LPPKN turut melaksanakan Program Parenting@Work, dengan izin, dan Ilmu Keluarga@LPPKN yang memberi tumpuan kepada cara gaya keibubapaan, kreatif dan pengurusan konflik, khususnya masalah interpersonal antara pasangan.
Sejak tahun 2022 hingga Disember 2025, sejumlah 117 Program Parenting@Work melibatkan penyertaan hampir 4,000 peserta dan 491 Program Ilmu Keluarga@LPPKN melibatkan lebih 20,000 peserta. Program pengurusan tekanan berasaskan terapi seperti terapi minda turut dilaksanakan yang melibatkan lebih 16,000 peserta. Keberkesanan pendekatan ini telah dibuktikan melalui penilaian impak.
Laporan Penilaian Program Kekeluargaan LPPKN bagi tahun 2025 menunjukkan bahawa pertama, 99.3 peratus peserta mengakui peningkatan tahap pengetahuan. Kedua, 90.96 peratus peserta mengamalkan ilmu yang dipelajari. Dan ketiga, 71.88 peratus peserta mengalami perubahan tingkah laku positif selepas menyertai program. Ini membuktikan bahawa intervensi kekeluargaan bukan sahaja meningkatkan ilmu, malah membentuk sikap, nilai dan amalan hidup yang lebih sejahtera.
KPWKM menerusi LPPKN juga telah melaksanakan Projek Rintis Badan Pendamai LPPKN yang dilaksanakan dari November 2024 sehingga September 2025. Ia merupakan kerjasama strategik bersama Jabatan Pendaftaran Negara
(JPN) dan inisiatif bersepadu mengurus krisis perkahwinan dan perceraian bagi pasangan bukan Islam secara lebih efektif dan kondusif.
Melalui projek rintis ini, sejumlah 83 pasangan telah dirujuk kepada badan pendamai ini. Daripada jumlah tersebut, 13 kes atau 16 peratus berjaya didamaikan serta tidak meneruskan permohonan perceraian di mahkamah. Berbanding dengan statistik kes yang didamaikan, hanya dua peratus sebelum projek rintis ini diadakan.
Badan pendamai LPPKN ini menunjukkan perkembangan yang positif. Bagi tahun 2026, projek rintis yang dimulakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini akan diperluaskan ke tiga negeri iaitu Johor, Sarawak dan Selangor.
Datoʼ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Sementara itu, tidak dapat dinafikan cabaran ekonomi boleh turut menyumbang kepada konflik rumah tangga. Dalam hal ini, KPWKM menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada menyedia dan menyalurkan bantuan- bantuan kebajikan yang bersesuaian untuk mereka yang layak seperti bantuan kanak-kanak yang dapat membantu meringankan beban ibu bapa.
Melalui inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan, KPWKM berharap peningkatan kesejahteraan dan keharmonian institusi keluarga dicapai dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar perceraian di Malaysia, insya-Allah.
Amin. Kita harapkan begitulah keadaannya.
Seterusnya, saya ke soalan seterusnya. Ini lebih kepada aplikasi MyIBJKM.
Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tenom telah menyentuh isu berkaitan sistem MyIBJKM yang digunakan bagi tujuan pendaftaran dan penyaluran bantuan semasa banjir. Antara cadangan beliau adalah agar pendaftaran mangsa banjir dikembalikan untuk dibuat secara manual berbanding menggunakan sistem MyIBJKM. Beliau turut mengutarakan beberapa soalan teknikal berhubung sistem tersebut.
Untuk makluman, peranan yang dimainkan oleh KPWKM melalui JKM dalam pengurusan bencana adalah menyedia dan menguruskan pusat pemindahan sementara (PPS) sebagai usaha untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dalam pengurusan bencana. JKM telah membangunkan Sistem Infobencana JKM ataupun MyIBJKM bagi meningkatkan mutu perkhidmatan untuk pendaftaran mangsa bencana di PPS. MyIBJKM turut berfungsi sebagai sistem rujukan utama bagi pengurusan bencana termasuk pengumpulan dan pelaporan statistik mangsa secara masa nyata ataupun live data, dengan izin, bagi memastikan capaian maklumat bencana yang pantas, tepat dan terkini kepada pihak berkepentingan serta orang awam.
Kaedah pendaftaran dalam sistem MyIBJKM boleh dilaksanakan melalui aplikasi MyIBJKM, laman web dan secara manual menerusi mod luar talian ataupun offline, dengan izin. Orang awam atau mangsa bencana boleh memilih mana-mana kaedah pendaftaran yang paling sesuai dan mudah mengikut kesesuaian masing- masing. Bagi mangsa yang tidak mahir menggunakan aplikasi, tidak memiliki peranti pintar atau menghadapi kekangan literasi, pegawai JKM akan membantu proses pendaftaran melalui laman web secara bersemuka.
Bagi kawasan yang tidak mempunyai liputan internet, pendaftaran secara manual akan dilakukan dan seterusnya maklumat yang dikumpul akan diintegrasikan ke dalam sistem MyIBJKM. Ini untuk memastikan semua maklumat mangsa bencana boleh dirujuk menggunakan sistem tersebut oleh mana-mana pihak yang berkaitan seperti dalam urusan penyaluran bantuan wang ihsan. Pendaftaran ini boleh dilaksanakan sama ada semasa pelaksanaan kempen pendaftaran awal sebelum berlakunya bencana atau ketika mangsa berada di PPS.
Yang Berhormat Tenom seterusnya ingin mengetahui apakah status permohonan bantuan bencana oleh mangsa yang berada di luar kawasan radius PPS. Untuk makluman, memang benar sistem MyIBJKM mengenal pasti radius kawasan bencana menerusi lokasi PPS. Walau bagaimanapun, penetapan radius tersebut adalah bersifat fleksibel dan boleh ditentukan serta dipadankan di peringkat lapangan mengikut kesesuaian lokasi PPS yang dibuka. Kaedah ini digunakan sebagai padanan indikator kawasan bencana.
Pada masa yang sama, kaedah kawalan atau had radius kefungsian pendaftaran di PPS adalah bertujuan untuk mengelakkan sebarang penyalahgunaan pendaftaran oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi tujuan mendapatkan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan. Sebagai contoh, kawalan ini boleh mengelakkan daripada kod QR pendaftaran di satu-satu PPS disebar dan diimbas secara meluas sehinggakan bukan mangsa bencana di tempat yang tidak terkesan turut menggunakannya. Ini adalah cara yang terbaik untuk membantu ya.
Sementara itu, kita mengetahui bahawa dalam kes-kes terpencil, terdapat mangsa bencana yang tidak berkesempatan untuk mendaftar di PPS kerana tiada PPS dibuka di kawasan berhampiran mereka walaupun kawasan tersebut dilanda bencana. Ini telah menimbulkan dakwaan mangsa bencana tercicir daripada mendapatkan bantuan. Bagi menangani situasi seperti ini, mangsa bencana boleh memohon bantuan wang ihsan melalui pusat pendaftaran mangsa (PPM) yang dibuka selepas bencana reda.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Lokasi dan pembukaan PPM ini adalah di bawah bidang kuasa pegawai daerah, selaku pengerusi jawatankuasa pengurusan bencana daerah, setelah diperakukan bahawa kawasan yang didiami mangsa turut merupakan kawasan yang dilanda bencana.
Tan Sri Yang di-Pertua, dengan itu, berakhirlah sesi penggulungan saya mewakili Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih di Dewan Rakyat pada hari ini.
Sekali lagi, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah menyuarakan pandangan, cadangan, penambahbaikan serta teguran yang melibatkan kumpulan sasar di bawah KPWKM dan saya menghargai segala yang telah dibangkitkan dan KPWKM akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan input yang diterima. Kerjasama dan sokongan yang ditunjukkan oleh semua Ahli Yang Berhormat terhadap inisiatif-inisiatif kementerian terutama dalam mengendalikan isu yang sangat dekat di hati kita ini diharap dapat memberi lebih manfaat kepada rakyat Malaysia secara menyeluruh.
Oh, saya difahamkan ada isu yang tertinggal. Tapi, saya nampak Yang Berhormat Sandakan tak ada di dalam Dewan. Yang Berhormat Kuala Kangsar ada tak di dalam Dewan? Tak ada. Yang Berhormat Tan Sri, Sekijang pun tak ada. Kita akan beri jawapan bertulis. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih, Menteri. Dan kementerian terakhir sekali hari ini ialah Kementerian Pengangkutan. Saya jemput Menteri, 40 minit dari sekarang. Silakan.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.
Tan Sri Yang di-Pertua, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap Kementerian Pengangkutan membahaskan dan menyentuh perkara-perkara di bawah bidang tugas MOT. MOT sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang selamat, cekap dan berkesinambungan di seluruh negara bagi meningkatkan kualiti hidup dan menyokong ekonomi yang kompetitif.
Yang Berhormat Simpang Renggam dalam perbahasan telah membangkitkan keperluan negara untuk melabur dengan lebih banyak dalam infrastruktur rel dan pelabuhan. Perbelanjaan pembangunan dalam sektor rel sememangnya melibatkan kos yang tinggi serta komitmen kewangan jangka panjang. Negara telah dan sedang melaksanakan beberapa projek rel berskala besar dan strategik.
Sebagai contoh, kos keseluruhan pelaksanaan Projek Laluan Rel Pantai Timur setakat ini melibatkan jajaran dari Kota Bharu, Kelantan sehingga Pelabuhan Klang, Selangor sepanjang 665 kilometer adalah sebanyak RM74.96 bilion termasuk kos pengambilan tanah, kos faedah semasa pembinaan serta kos berkaitan lain.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kerajaan juga telah bersetuju untuk melaksanakan pemerkasaan industri kereta api melalui pelaksanaan kaedah pajakan tren penumpang secara kerajaan dengan kerajaan. Sebagai komitmen untuk melaksanakan projek ini, kerajaan telah menandatangani MoU bersama Kerajaan Republik Rakyat China on strengthening of cooperation in the railway sector pada 14 April 2025. Rundingan dua hala sedang diadakan bagi menubuhkan special purpose vehicle yang akan bertanggungjawab untuk melaksanakan program tersebut.
Bagi Rancangan Malaysia Ke-13, rolling plan pertama, MOT diperuntukkan peruntukan sebanyak RM5.1 bilion dan daripada jumlah tersebut, RM1.4 bilion atau hampir 30 peratus diperuntukkan bagi projek sektor rel.
Dari segi pelaburan dalam industri pelabuhan, tadbir urus berkaitan pengoperasian, pembangunan serta pelaburan di pelabuhan-pelabuhan persekutuan telah dilaksanakan melalui kaedah penswastaan berasaskan konsep build-operate-transfer sejak 1990 lagi. Kaedah ini dilaksanakan dengan pelantikan syarikat swasta sebagai pengendali pelabuhan melalui perjanjian konsesi di bawah Akta Penswastaan Pelabuhan 1990.
Melalui perjanjian konsesi tersebut, syarikat konsesi bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembiayaan, pelaksanaan pelaburan, pembangunan serta pengoperasian pelabuhan secara berdikari dan mampan tanpa kebergantungan kepada peruntukan kewangan Kerajaan Persekutuan tertakluk kepada kelulusan dan pengawasan suruhanjaya ataupun Lembaga Pelabuhan serta Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Pendekatan ini telah terbukti berkesan sebagaimana pencapaian Lembaga Pelabuhan Klang yang menduduki tempat ke-10 dunia dalam senarai LIoydʼs List 2025 dengan pengendalian sebanyak RM14.64 juta TEU pada tahun 2024.
Sehubungan itu, Pelabuhan Tanjung Pelepas turut mengekalkan kedudukan ke-15 dunia dalam rekod pengendalian sebanyak RM12.25 juta TEU bagi tahun yang sama meskipun melibatkan pelaburan yang minimum daripada Kerajaan Persekutuan.
Yang Berhormat Kuala Nerus telah mempersoalkan peruntukan untuk Pelabuhan Kuantan dan menggambarkan Pelabuhan Kemaman seolah-olah dianaktirikan dalam pengagihan dana. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan pembangunan pemecah ombak di Pelabuhan Kuantan yang telah selesai dibangunkan sepenuhnya pada tahun 2019 bernilai RM1.2 bilion diperoleh melalui peruntukan yang telah diuruskan di bawah Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur.
Seperti yang telah dinyatakan tadi, syarikat konsesi sebagai pihak pengendali pelabuhan melalui Lembaga Pelabuhan Persekutuan adalah bertanggungjawab untuk merancang pembangunan pelabuhan termasuk menyedia dan melaksanakan pelan pembesaran pelabuhan. Sebagai contoh, pelaburan ke dalam Pelabuhan Klang dan PTP yang merupakan antara pelabuhan tersibuk dunia juga dilaksanakan daripada pihak konsesi.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saya juga telah melawat Pelabuhan Kemaman pada 22 September yang lalu. Yang Berhormat Jerantut yang merupakan Ahli Lembaga Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) ibu syarikat kepada Konsortium Pelabuhan Kemaman yang mengendalikan Pelabuhan Kemaman juga hadir. Dalam lawatan tersebut, saya telah mengikut dengan dekat kemajuan kerja- kerja pemasangan ECRL ke Pelabuhan Kemaman.
Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan bersama Lembaga Pelabuhan Kemaman dan Konsortium Pelabuhan Kemaman (KPK) sebagai syarikat yang dilantik bagi ketika ini sedang bergerak aktif dalam tindakan untuk menyemak dan memperhalusi cadangan pembesaran Pelabuhan Kemaman, termasuk kewajaran dan kaedah pembinaan pemecah ombak baru di pelabuhan.
Semasa sesi penetapan KPI MOT pada bulan lepas, saya juga telah menerima taklimat berkenaan pelaksanaan Projek Penumbus Gunaan Tanah Fasa 1A di kawasan perairan bersebelahan Dermaga Timur Pelabuhan Kemaman bagi menyediakan koridor fizikal dan asas struktur untuk pembinaan ECRL spur line masuk ke pelabuhan, di samping menambah keluasan kawasan penyimpanan terbuka bagi menyokong operasi logistik multimodal.
Jadi, saya menggalakkan Yang Berhormat Kuala Nerus, untuk meluangkan lebih masa untuk memahami isu-isu yang dihadapi oleh Pelabuhan Kemaman di Terengganu berbanding mempersoalkan pembangunan pelabuhan di Pahang. Jadi Yang Berhormat Jerantut pun boleh bantulah. Jadi saya nak kata bahawa tidak timbul sama sekali bahawa Pelabuhan Kemaman dianaktirikan kerana Pelabuhan Kemaman juga adalah pelabuhan persekutuan. Dana, kalau dikatakan tidak ada dana dan sebagainya, kebanyakan pelabuhan persekutuan tidak menerima dana daripada Kementerian Pengangkutan. Jadi saya nak katakan bahawa pembangunan, model pembangunan sekarang ini memang berteraskan kepada konsesi yang telah diberikan kepada syarikat konsesi.
Datoʼ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Mohon penjelasan.
Tuan Loke Siew Fook
Jika ada pelan tindakan mereka, pelan pembangunan mereka, dan sudah tentunya Kementerian Pengangkutan akan menyokong dari segi dasar.
Datoʼ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Perjelasan. Pelabuhan Kuantan untuk bina pemecah ombak dapat daripada persekutuan. Pemecah ombah di Kemaman kenapa swasta yang buat EPIC. Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Seperti yang saya katakan tadi, Pelabuhan Kuantan dari segi dia punya breakwater itu, peruntukan itu melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECRDC). Pada zaman tersebut, ini lebih kurang 10 tahun yang lalulah. Jadi apa yang kita buat sekarang ini untuk Kemaman, ECRL disambung spur line kita tak batalkan. Spur line itu memang sambung ke Pelabuhan Kemaman. Tetapi dari segi rundingan, dari segi persetujuan antara Kerajaan Persekutuan, antara Lembaga Pelabuhan Kemaman dengan pihak pengendali iaitu syarikat konsesi, mereka telah bersetuju untuk menyediakan tapak tanah.
Jadi, Yang Berhormat Jerantut, ada dekat sini juga. Saya pergi ke Pelabuhan Kemaman hari itu, beberapa bulan yang lepas dan tak ada masalah pun. Perkara itu tidak berbangkit kerana komitmen yang diperlukan daripada Kementerian Pengangkutan ialah memastikan supaya ECRL itu dapat dilaksanakan. Jadi bagi kita, tak ada masalah. Sebab itu memang dalam skop projek ECRL. Sambungan spur line itu kita tak batalkan.
Walaupun sampai hari ini, tapak tanah itu belum ada. Sebab belum ditebus guna. Tetapi komitmen daripada pihak pengendali, iaitu EPIC, ialah mengatakan bahawa mereka bertanggungjawab untuk menyediakan tapak tanah itu, iaitu dari segi reclanation. Itu akan dilaksanakan oleh pihak pengendali.
Jadi, saya rasa tidak timbul soal Lembaga Pelabuhan Kemaman dengan pihak konsortium ada tidak persetujuan dekat sana. Persetujuan sudah ada. Hari itu kita runding dengan baik bahawa komitmen yang diperlukan daripada Kementerian Pengangkutan dan Kerajaan Persekutuan ialah pastikan projek ECRL itu terus diteruskan. Malah kita minta supaya tapak tanah itu disediakan lebih awal. Sebab sekarang ini, pihak kontraktor ECRL ini, mereka dah hampir penghujung dah. Mereka bimbang bahawa kalau tapak tanah itu tidak dapat disediakan, maka mereka tak boleh siapkan projek itu mengikut garis masa yang dipersetujui.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Di peringkat EPIC, memang kita amat berterima kasih dan Kerajaan Negeri Terengganu kita amat berterima kasih kepada MOT kerana melancarkan proses projek per land tersebut. Cuma yang ditimbulkan oleh Kuala Nerus itu Yang Berhormat Menteri ialah kalau breakwater itu diberikan bantuan oleh kerajaan sebanyak RM1.2 bilion tadi, apakah kalau selepas ini kita minta juga bantuan daripada kerajaan sebab kita juga memerlukan projek breakwater yang dia akan berlaku pada stages selepas ini. Selepas kita siap spur line itu. Jadi apakah boleh ataupun kemampuan pihak kerajaan untuk bantu Pelabuhan Kemaman yang duduk di bawah MOT juga ke atas projek yang sama? Itu maksudnya.
Tuan Loke Siew Fook
Kita runding lah. Jangan buat pertuduhan dulu.
Tuduhan kita anak tiri, kita tidak bagi pertimbangan, itu tuduhan. Jadi kalau ada keperluan nak buat breakwater, katakan pihak konsortium, tak mampu buat breakwater, ada keperluan untuk mendapatkan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan, kita runding baik-baik. Bukannya saya menolak, bukannya saya menutup pintu rundingan.
Saya tak pernah tutup apa-apa pintu rundingan dengan mana-mana pihak, dengan mana-mana kerajaan negeri. Baru-baru ni saya pergi ke Kelantan, Kota Bharu minggu lepas, bersama dengan Menteri Besar Kelantan ambil bas pun tak ada masalah. Jadi itu yang saya nak katakan, Yang Berhormat di sebelah sana jangan buat tuduhan sebarangan katakan kita anak tiri, kita tak bagi bantuan dan sebagainya. Kalau ada keperluan, kita runding, kita bincang baik-baik.
Jadi, kita boleh angkat pertimbangannya kepada KE, kepada Kementerian Ekonomi untuk pertimbangkan kerana apa yang kita peruntukan pun itu perlu mendapatkan kelulusan daripada pelbagai kementerian lain. Bukannya MOT boleh sekat ataupun MOT tak nak buat apa-apa. Apa sahaja peruntukan pembangunan, yang pertamanya kita memerlukan kelulusan daripada Kementerian Ekonomi dan seterusnya ada kemampuan daripada Kementerian Kewangan. Itu yang saya katakan.
Fokus kita sekarang ini ialah sama-sama kita pastikan spur line untuk Kemaman Port itu diselesaikan kerana sekarang ini tergantung. Kalau Yang Berhormat pergi buat lawatan dekat Pelabuhan Kemaman, saya boleh minta pihak Malaysia Rail Link untuk bagi taklimat. Kalau selagi reclamation itu tak diselesaikan, tapak tanah itu tak ada, landasan itu tak boleh landing. Dia akan tergantung dekat atas. Jadi, itu yang akan menyebabkan projek ECRL itu tidak dapat disiapkan untuk Kemaman.
Saya dah pergi tengok dah, saya dah faham konsep itu. Apa masalah dia.
Kalau tapak tanah itu tak ada, tak dapat disediakan, tak dapat [Tidak jelas] dia tak boleh turun. Dia tak boleh landing. Yang Berhormat. Jadi itu masalah dia. Jadi fokus sekarang ini ialah kita kena pastikan spur line itu disiapkan. Yang dari segi breakwater itu, itu fasa seterusnya. Jadi fasa seterusnya, kita rundinglah macam mana kita nak buat. Kita belum kata kita batal ataupun tak luluskan. Cuma belum ada rundingan setakat ini sampai ke sana.
Jadi saya harap, Yang Berhormat faham perkara ini dan jelas dalam perkara ini dan bagi kita, fokus utama sekarang ini untuk Pelabuhan Kemaman ialah pastikan jangan kita punya landasan itu tergantung di tengah-tengah. Tak dapat landing nanti.
Jadi saya harap dan mesti kita laksanakan supaya spur line itu dapat dilaksanakan dengan baik dan dapat diselesaikan.
Seterusnya Yang Berhormat Rantau Panjang dan Yang Berhormat Jerantut, telah menyentuh isu berkaitan status terkini penyambungan rel ke Rantau Panjang.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jajaran kereta api Pasir Mas Rantau Panjang merupakan laluan strategik ke sempadan Thailand bagi perkhidmatan penumpang dan kargo. Namun operasi perkhidmatan tersebut telah dihentikan berikutan isu keselamatan dan kerosakan infrastruktur landasan akibat banjir lebih 10 tahun yang lalu. Dalam hal ini, kerajaan telah meluluskan projek menaik taraf Landasan Kereta Api Pasir Mas Rantau Panjang di bawah RMK13, Rolling Plan I dengan kos RM264 juta bagi membolehkan pengoperasian semula perkhidmatan kereta api tersebut.
Tuan Loke Siew Fook
Memandangkan projek menaik taraf laluan Pasir Mas–Rantau Panjang telah diluluskan, pihak MIL dan RAC akan menjalankan perbincangan lanjut secara terperinci bagi menyelaraskan kaedah pelaksanaan yang paling sesuai. Termasuk cadangan supaya potensi operasi KTMB dan ECRL dapat dimanfaatkan secara optimum, disepadukan dengan rangkaian rel sedia ada, serta memberikan manfaat ekonomi dan sosial ekonomi yang menyeluruh kepada penduduk tempat.
Berhubung isu pampasan kepada penyewa-penyewa tanah kereta api oleh Yang Berhormat Rantau Panjang. MOT melalui RAC amat memahami kebimbangan yang dibangkitkan berhubung status para penyewa tanah rizab kereta api yang terlibat, khususnya kepada penyewa yang telah lama menjalankan aktiviti ekonomi di kawasan berkenan.
Sehubungan itu, bagi mengurangkan kesan kepada penyewa yang terlibat, RAC akan membantu mengenal pasti dan mempertimbangkan tapak alternatif yang bersesuaian untuk ditawarkan kepada penyewa-penyewa terbabit. Namun selaras dengan tanggungjawab yang diberikan, RAC akan memastikan setiap projek pembangunan rangkaian rel yang dirancang dapat dilaksanakan demi kepentingan awam dan pembangunan industri pengangkutan negara, terutamanya rakyat negeri Kelantan.
RAC komited untuk melaksanakan projek ini secara berhemah, teratur dan berimbang dengan mengambil kira kepentingan pembangunan negara serta kebajikan komuniti setempat. RAC amat berharap agar para penyewa yang terjejas dapat memahami situasi ini dan memberikan kerjasama bagi memastikan proses ini dijalankan dengan adil, teratur dan mengurangkan kesan kepada mereka sebaik mungkin.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Sikit, Yang Berhormat Menteri. Persoalan yang kita timbulkan sewaktu kita buat site visit JKPK Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi ke ECRL di jajaran terakhir di Kota Bharu. Bila kita bincang dengan MRL, dikatakan boleh dibuat penyambungan daripada Kota Bharu sampai ke Rantau Panjang, ECRL.
So, saya punya soalan dalam perbahasan saya ialah apakah ada planning untuk masa hadapan untuk kita extend daripada— ECRL, bukan rel sahaja, ECRL daripada Kota Bharu ke Rantau Panjang kerana di situ ada ekopelancongan yang boleh menaikkan taraf hidup di Pasir Mas dan juga di Rantau Panjang serta peningkatan halal hab di sana.
Tuan Loke Siew Fook
Memang boleh, bukan tak boleh. Cuma, dari segi implikasi kewangan dia. Untuk kita menyambung jajaran Kota Bharu ke Rantau Panjang itu, kosnya RM2 bilion. Itu yang perlu kita fahami.
Jadi, apa yang kita telah dapat kelulusan daripada RMK13 ialah pembangunan semula jajaran tersebut yang menggunakan landasan sedia ada iaitu landasan KTMB. Jajaran sedia ada itu jajaran KTMB tetapi saya juga telah minta MRL dan RAC untuk lihat bagaimana integrasikan KTMB dengan ECRL.
Jadi, kita nak lihat apa pendekatan yang paling mengoptimumkan. Dari segi kos dapat dikurangkan dan dapat menghubungkan antara ECRL dengan KTMB.
Jadi, itu yang perlu diintegrasikan. Jadi, kita faham apa yang diharapkan iaitu supaya ada sambungan ECRL ke Rantau Panjang. Jadi, bagi saya, kalau dulu semasa pentadbiran dulu, sebenarnya jajaran ke ECRL ini sampai ke Tumpat. Tetapi Tumpat, dia tidak ada sambungan ke sistem rel di Thailand.
Jadi, kalau kita melihat dari segi perancangan strategik, kalau sambungan rel itu sepatutnya ke Rantau Panjang, okey. Saya bukan nak pecahkan antara Rantau Panjang dengan Tumpat ya. Saya tidak ada niat tersebut. Cuma saya kata dari segi strategik dia. Strategiknya ialah sebab Rantau Panjang dia punya sistem rel itu sambung ke sistem rel Thailand. Jadi, ada kepentingan strategiknya.
Kalau ECRL besok kita nak buat, dia adalah lebih, mungkin lebih strategik dari segi penyambungannya ke Rantau Panjang berbanding ke Tumpat. Itu pandangan saya. Tetapi, kita belum sampai ke sana. Apa yang kita telah putuskan ialah kita hidupkan semula jajaran Pasir Mas ke Rantau Panjang dan kita lihat bagaimana dia integrate dengan ECRL. Ya, silakan.
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Yang di-Pertua dan saya ucap terima kasih kepada sahabat saya daripada Jerantut di atas keprihatinan tentang keperluan rakyat di Rantau Panjang. Saya ucap terima kasih di atas apa yang telah diusahakan oleh kementerian.
Cuma, saya ingin tahu setakat ini sejauh mana perundingan dibuat terutama dengan negara jiran? Bilakah target penyambungan akan bermula daripada Rantau Panjang ke Golok? Sebab itu yang boleh memberi, membangkitkan ekonomi sempadan. Dan begitu juga, saya sebutkan bagaimana di Rantau Panjang ada industri halal hab.
Yang setakat ini tidak boleh dimajukan, tak berdaya maju kerana kekurangan infra. Jadi, kiranya ECRL ini dilaksanakan maka ini menjadi satu alternatif untuk pengangkutan kargo daripada industri yang berkenaan.
Jadi, seharusnya perkara ini walaupun kita tahu kedudukan kewangan yang masih belum terjamin tetapi usaha perlu dibuat ke arah bagaimana untuk membangunkan ekonomi sempadan. Minta penjelasan.
Tuan Loke Siew Fook
Ya, terima kasih. Yang pertamanya dari segi sambungan ke Golok itu, memang di peringkat KTMB dengan pihak SRT, Thailand memang telah pun berbincang. Tetapi masalahnya Yang Berhormat ialah— saya pun telah pergi berjumpa dengan Menteri Pengangkutan Thailand pada tahun lepas.
Tetapi selepas saya jumpa dia dua,tiga bulan, dia pun dah jatuh dah. Dah tukar sekarang. Sekarang ni tengah pilihan raya.
Jadi, belum ada kerajaan baru dekat Thailand. Saya nak bincang pun saya tak tahu bincang dengan siapa? Sebab belum ada kerajaan baru. Dia hanya akan ditubuhkan kerajaan baru selepas pilihan raya nanti tetapi di peringkat Jawatankuasa Kerja Teknikal memang dah bincang. Teknikal site itu saya rasa tak ada masalah. Dia boleh sambung, tak ada masalah.
Cuma, kita perlu ada satu keputusan dasar daripada kedua-dua negara. Jadi, memang kita nak percepatkan juga tetapi masalahnya ialah di Thailand belum stabil lagi kerajaan mereka. Jadi, saya memang berhasrat nak jumpa balik dengan Menteri Pengangkutan yang baru nanti selepas mereka ditubuhkan kerajaan supaya kita bagi prioriti kepada kedua-dua sambungan ini, sama ada di Golok Rantau Panjang dan juga sebelah Padang Besar.
Kedua-dua ini memang penting. Berkenaan dengan industri halal dekat Rantau Panjang, memang saya tahu bahawa kita nak naikkan industri dekat sana.
Itu sebabnya kita nak hidupkan balik jajaran Rantau Panjang ke Pasir Mas ini dan di integrasi dengan ECRL. Supaya kita lihat bagaimana kita boleh membantu menyediakan industri, menyediakan logistik untuk industri halal dekat Rantau Panjang supaya dia dapat menarik pelaburan ke Rantau Panjang. Terima kasih.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih Menteri. Saya tertarik dengan jawapan yang diberikan oleh pihak Menteri berkenaan dengan anggaran RM2 bilion yang terpaksa ditambah sekiranya ECRL ini dibawa terus ke Rantau Panjang daripada Kota Bharu sekarang.
Saya juga alhamdulillah dapat dijemput bersama-sama dalam JKPK Pengangkutan untuk melawat baru-baru ini. Dan saya ingat lagi disebut kalau hari ini mereka terpaksa habiskan RM2 bilion kalau next time nak buat lagi tinggi kerana mereka terpaksa bina balik tapak-tapak itu semula.
Jadi, saya nak tahu, adakah pihak kementerian menyedari tentang kos sekarang RM2 bilion, kalau nak buat lain kali tu berapa bilion yang diperlukan? Sebab kita percaya bahawa ini akan meningkat pada masa akan datang dan keperluan untuk kita hubungan dengan Thailand adalah satu benda yang sangat kritikal, itu satu.
Yang kedua, saya menyebut baik hasrat Menteri untuk memperkenalkan ataupun membuat balik laluan agar KTMB dapat menjadi nadi negara yang kembali semula cemerlang dan gemilang. Tapi saya rasa untuk Tumpat, ini merupakan stesen yang terakhir di Malaysia. Sesuatu perlu dilakukan kerana hari ini dua Perdana Menteri, satu yang telah mengisytiharkan untuk buat jambatan baru daripada Palekbang ke Penambang yang tengah dibuat sekarang, dijangka siap 2027.
Satu lagi, PM yang kelapan, kesembilan, yang telah mengisytiharkan untuk jambatan daripada Tak bai ke, Pengkalan Kubor ke Tak bai. So, dalam hal ini, ada dua jambatan yang telah menghubungkan antara Tumpat dengan Kota Bharu dan juga dengan Thailand. Jadi, kalau tidak disambung dengan perkhidmatan yang terakhir stesen kereta api di Malaysia ini berada di Tumpat. Kalau tidak ada perancangan besar, saya rasa ini akan jadi terbantut juga.
Jadi, kalau boleh untuk segala perancangan ini, ia nya harus diberikan perhatian. Sekalipun ia tidak mungkin menyambung dengan laluan untuk ke Thailand. Tetapi sebagai langkah terakhir, perlu ada sesuatu sama ada untuk buat pelabuhan darat ataupun sebagainya, perlu dibuatkan kerana ini merupakan sesuatu nadi kepada KTM itu sendiri. Apa pandangan YB?
Tuan Loke Siew Fook
Memang kita nak menaik taraf sistem perkhidmatan KTMB dan KTMB memang menjadi penggerak utama dari segi kargo dan sebagainya. Sambungan-sambungan itu kita perlu lihat dari segi practicality-nya dan juga dari segi strategiknya. Seperti yang saya katakan dengan umpamanya Rantau Panjang ke Golok, kita kena juga faham bahawa sistem rel dekat Thailand setakat ini ya. Setakat ini mereka masih mitigate, iaitu dari segi track itu, dia sama dengan KTMB.
Jadi, nak sambung dengan KTMB tak ada masalah. Nak sambung dengan ECRL, dia merupakan gauge yang berlainan. ECRL ini standard gauge, dia punya track itu lebih besar. Jadi, kalau nak sambung ke ECRL, dia memerlukan pengintegrasian di satu-satu kawasan yang lebih lapang.
Jadi, itu yang sedang kita lihat, bagaimana nak mengintegrasikan kedua-dua sistem rel ini yang menggunakan track yang berbeza. Tetapi memang kita tahu bahawa kalau kita nak buat ECRL, nak sambung ke Rantau Panjang dan seterusnya ke Thailand, dia mesti ada pengintegrasiannya. Mungkin di Pasir Mas dan sebagainya. Itu sedang kita lihat. Dan memang betul bahawa kita nak untuk memastikan kedua-dua sistem rel ini dapat dihubungkan kerana adalah tidak menguntungkan negara sekiranya kita berbelanja begitu banyak untuk ECRL dan dia tidak menyambung kepada sistem rel yang sedia ada.
Tuan Loke Siew Fook
Sama juga dengan Tumpat, kita juga kena lihat bagaimana nak sambung dengan ECRL supaya apa sahaja yang kita boleh hubungkan dan integrasikan, dapat disatukan. Kerana kita tahu bahawa kalau sistem rel sedia ada, dia menggunakan yang pertamanya meter gauge.
Yang keduanya dia bukannya electrified. Dan untuk penyambungan ke pelabuhan-pelabuhan, umpamanya Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Kemaman, Pelabuhan Klang, ECRL sudah ada, jajaran sedia ada. Jadi, kalau apa sahaja penyambungan ini, dia mesti ada pengintegrasian dia. Jadi, termasuk untuk Tumpat bagaimana kita nak lihat untuk mengintegrasikan kedua-dua sistem rel tersebut.
Jadi saya harap Yang Berhormat, memang kita di peringkat Kementerian Pengangkutan melihat— saya tidak melihat bahawa sebab itu di Kelantan, kita tak mempertimbangkan. Kita pertimbangkan dari segi kepentingan strategik negara. Dan bagi saya, rangkaian pengangkutan antara Malaysia-Thailand ini, dia mesti mengambil kira kesambungan Kelantan dengan Thailand. Sebab itu adalah antara laluan kita, gateway kita.
Malah bukan sahaja untuk kereta api, malah Lapangan Terbang Kota Bharu, saya dah cakap baru-baru ini, bahawa kita melihat Lapangan Terbang Kota Bharu itu sebagai satu gateway airport untuk selatan Thailand. Dan itu akan menguntungkan negara kalau kita dapat menarik pengguna-pengguna ataupun rakyat Thailand di selatan Thailand menggunakan Kota Bharu sebagai gateway. Nak pergi mana-mana, dia pakai Kota Bharu lah. Dia boleh fit ke KLIA. Dia nak pergi ke Eropah, dia nak pergi ke Asia, nak pergi ke Australia, dia datang.
Dan Lapangan Terbang Kota Bharu ini, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dari Kelantan, telah pun siap. Sekarang ini kita tengah buat testing.
Beberapa malam ini sekarang ini tengah buat testing dah. Dia ada dia punya ujian pengguna. Jadi, menjelang bulan Mac nanti dia akan dibuka sepenuhnya. Jadi kedua-dua fasa akan siap dan Lapangan Terbang Kota Bharu yang baru dan moden ini akan dapat digunakan oleh pengguna dan oleh penumpang-penumpang.
Seterusnya Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Setiu tak ada ya? Setiu. Yang Berhormat Setiu membahaskan isu kerosakan jalan serta kemudahan awam yang tidak dipulihkan dengan baik selepas pembinaan projek ECRL yang mencetuskan kebimbangan penduduk. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah keperluan pelaksanaan projek ECRL, pihak kontraktor diwajibkan untuk membaik pulih jalan serta kemudahan awam di dalam kawasan had pembinaan (ROW) yang terjejas disebabkan kerja-kerja pembinaan sebelum ia nya diserahkan semula kepada agensi berkaitan seperti PBT dan JKR.
Pemeriksaan bersama antara pihak MRL dan pihak kontraktor dengan agensi-agensi berkaitan akan dilakukan. Kerja-kerja dilakukan hanya akan diterima selepas mendapat kelulusan daripada agensi berkaitan. Jadi, pihak MRL akan pastikan bahawa apa sahaja kerosakan jalan kalau disebabkan oleh pihak kontraktor, wajib dibaiki oleh pihak kontraktor sebelum diserahkan. Jadi, perkara itu saya rasa tak ada masalah. Cuma kalau ada mana-mana projek...
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Menteri, masalahnya sekarang pembaikan dibuat tapi tak sebaik sebagaimana sebelum projek ECRL.
Tuan Loke Siew Fook
Itu saya tak boleh komen.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Bersifat sementara dan ada yang rosak balik selepas dibaiki.
Tuan Loke Siew Fook
Ya, rosak balik itu kita kena tengok JKR lah. So, JKR yang menjadi agensi yang akan membuat penilaian sama ada boleh terima atau tidak sebelum diserahkan balik kepada pihak kerajaan. Jadi, memang kalau ada kelemahan-kelemahan itu kita akan menerima dan minta pihak kontraktor untuk kita baik pulih.
Berkenaan dengan cadangan mewujudkan Stesen Bersepadu ECRL Bandar Permaisuri. Kita mengambil maklum cadangan tersebut. Namun untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bahawa terminal bersepadu ini adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dengan PBT. Namun, kita boleh bekerjasama dengan pihak PBT ataupun pihak kerajaan negeri. Kalau ada tapak tanah, dia boleh ada kerjasama antara pihak MRL dengan pihak kerajaan negeri.
Yang Berhormat Tebrau mencadangkan supaya KTMB memperkenalkan laluan ekspres dari JB Sentral ke KL Sentral. Tebrau ada? Yang berhenti di enam stesen saja. Saya menerima baik cadangan tersebut. Memang itu juga merupakan harapan saya. Dia supaya ada lebih banyak express services sepertimana kita lakukan untuk utara. Katakan Kuala Lumpur-Ipoh, dia ada juga express services dia.
Cuma sekarang ini kita nak stabilkan dulu service kita ataupun perkhidmatan kita.
Sekarang kita tengah juga mendapat perolehan ataupun penyerahan tren- tren yang baru. Jadi, apabila semua tren itu telah diperolehi dan stabil, kita nak perkenalkan juga laluan ekspres ini. Jadi tak ada masalah, saya menyambut baik apa yang dicadangkan.
RAC juga sedang menaik taraf infrastruktur di Stesen Pasir Gudang agar KTMB dapat mengoperasikan perkhidmatan KTM komuter laluan Kempas Baru ke Pasir Gudang yang dijangka seawal pertengahan tahun ini. Tetapi dia memerlukan kos tambahan operasi untuk KTMB. Ini sedang kita perincikan lagi, apakah cara terbaik untuk kita laksanakan dan mekanisme untuk melaksanakan perkhidmatan KTM komuter ini untuk laluan Kempas Baru ke Pasir Gudang.
Yang Berhormat Saratok, ada? Saratok tak ada. Kota Belud tak ada. Kota Belud tak ada? Okey.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Kota Belud ada.
Tuan Loke Siew Fook
Maaf, maaf. Tak nampak, tak nampak. Sorry. Kota Belud telah membahaskan berhubung keperluan dalam pembinaan jajaran kereta api yang lengkap dan perlu disegerakan apabila kajian yang sedang dilaksanakan selesai. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini Kajian Kebolehlaksanaan Projek Trans-Borneo Railway masih sedang dilaksanakan dan belum dimuktamadkan. Sebarang keputusan berkaitan pembina jajaran kereta api yang lengkap dan bersepadu hanya boleh dipertimbangkan setelah kajian itu selesai nanti termasuk penilaian dari segi aspek teknikal, kewangan, sosioekonomi, tadbir urus serta penyelarasan antara Sabah dan Sarawak.
Bagi saya sebagai Menteri Pengangkutan, memang saya menyokong dan saya memang mengharapkan bahawa ada satu sistem rel dapat dibangunkan antara Sabah dan Sarawak. Sistem rel kita memang banyak bertumpu di Semenanjung.
Sebagai Menteri Pengangkutan, saya rasa tak lengkap kalau sekiranya Sabah dan Sarawak tidak ada satu sistem rel.
Memang sistem rel adalah pengangkutan yang kita harapkan menjadi pemangkin kepada masa depan. Sebab kebanyakan pergerakan kita nak galakkan penggunaan rel iaitu road to rail termasuk kargo, termasuk penumpang terutamanya Sabah Sarawak kerana jarak yang jauh dan kalau pandu kereta itu mengambil masa yang panjang. Jadi memang kita harap bahawa ada satu sistem rel tetapi ini melibatkan satu perbelanjaan dan pelaburan yang agak besar.
Jadi bagi saya di peringkat Kementerian Pengangkutan, selepas kajian kebolehlaksanaan ini, kita akan cuba sekiranya didapati kajian ini didapati bahawa feasible untuk kita buat satu sistem rel, Kementerian Pengangkutan akan menyokong penuh untuk mendapatkan peruntukan daripada pihak Kementerian Kewangan untuk melaksanakan sistem rel ini. Bukan saja untuk Sabah tetapi disambungkan ke Sarawak. Jadi, ini memerlukan kerjasama yang rapi antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri.
Seterusnya, Yang— Tan Sri Yang di-Pertua, Pelabuhan Sanglang. Padang Besar ada? Okey. Padang Besar menekankan cadangan pembangunan Pelabuhan Sanglang perlu dilihat sebagai projek berskala...
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Jerlun, Jerlun. Bukan Padang Besar. Jerlun.
Tuan Loke Siew Fook
Yang Berhormat Padang Besar yang membangkitkan perkara ini. Okey, tak apalah, saya teruskan. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Perlis telah memberikan kelulusan kepada syarikat usaha sama antara Kerajaan Negeri Perlis dan pihak swasta untuk membangunkan Perlis Inland Port dalam menggiatkan pengendalian aktiviti kargo antara Malaysia dan Thailand.
Pada masa yang sama, PIP akan menjadi pelabuhan multimodal bagi membolehkan urusan logistik serantau dibuat secara efisien dan produktif melalui pengangkutan laut dan mod kereta api. Syarikat usaha sama yang sama turut terlibat dalam membangunkan Perlis Sanglang Port.
Pada masa yang sama, MOT mengambil maklum pengumuman Kerajaan Negeri Kedah berkenaan cadangan sektor swasta untuk juga membangunkan pelabuhan laut (seaport) di kawasan Sanglang di sebelah Kedah. MOT belum menerima sebarang cadangan yang komprehensif daripada sektor swasta untuk maksud pembangunan pelabuhan di kawasan tersebut. Sebarang cadangan bagi pembangunan pelabuhan tersebut masih di peringkat conceptual.
Sebarang pertimbangan terhadap pembangunan pelabuhan...
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Yang Berhormat Menteri, minta laluan sekejap.
Tuan Loke Siew Fook
Sekejap ya. Di Sanglang perlu mengambil kira konsep aktiviti yang dibangunkan serta sensitiviti terhadap isu setempat. Hal ini kerana terdapat cadangan untuk membangunkan kedua-dua belah Kuala Sanglang, Perlis dan Kedah. MOT bersetuju bahawa pembangunan kawasan Sanglang perlu dilihat secara holistik dan bercadang supaya Kerajaan Negeri Perlis dan Kerajaan Negeri Kedah untuk berbincang bersama agar cadangan pembangunan tidak dibuat secara silo.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Yang Berhormat Menteri, saya telah menyatakan dalam perbahasan saya bahawa pihak kerajaan negeri melalui BPEN telah pun menghantar proposal sepertimana yang diminta oleh MOT tentang cadangan pelabuhan laut dalam di Sanglang itu. Jadi saya pohon maklumat tentang status terkini proposal tersebut sama ada mendapat kelulusan ataupun ada apa-apa lagi pindaan yang perlu diperbetulkan. Sekian.
Tuan Loke Siew Fook
Saya katakan yang pertamanya, kalau kita ada cadangan nak bina, dia bukan setakat daripada keputusan dasar saja. Dia perlu ada siapa ataupun syarikat mana yang nak membangunkan pelabuhan tersebut.
Tuan Loke Siew Fook
Sebab seperti yang kita katakan, sekarang ini model pembangunan pelabuhan kita ini, semuanya melalui pihak swasta. Jadi perlu ada satu cadangan daripada syarikat swasta bersama-sama kalau disokong oleh kerajaan negeri, diajukan kepada Kementerian Pengangkutan untuk kita memproses dari segi pengoperasiannya. Tetapi seperti yang saya katakan, ada kedua-dua permintaan daripada kerajaan Perlis dan kerajaan Kedah pada masa yang sama. Takkan kita nak buat dua pelabuhan di satu kawasan yang sangat dekat antara Perlis dan Kedah.
Jadi, adalah lebih baik kalau kita dapat perincikan, dapat kita bincang antara Kerajaan Negeri Perlis dan Kedah untuk kita persetujui satu lokasi yang sesuai di tengah-tengah antara Kedah dengan Perlis untuk lihat bagaimana kita memanfaatkan kedua-dua negeri tersebut. Jadi itu yang diperlukan. Jadi saya tahu bahawa ada macam-macam cadangan termasuk ada surat dan sebagainya tetapi belum ada lagi satu kertas kerja komprehensif daripada mana-mana syarikat yang diajukan kepada kita.
Jadi, Sanglang Port ini, kita setakat ini belum ada apa-apa keputusan. Tetapi, kita boleh fasilitet. Sebab kita mengambil satu sikap terbuka dalam pembangunan pelabuhan sekarang ini. Kerana kebanyakan pelabuhan ini, dia dilaksanakan melalui Private Finance Initiative (PFI). Jadi ini yang menjadi model kepada kita sekarang ini.
Termasuk untuk Pulau Carey pun kita pertimbangkan melalui kerjasama antara kerajaan negeri dengan pihak swasta kerana tanah itu bukannya tanah milik Persekutuan.
Katakan kalau tanah itu adalah tanah milik kerajaan negeri, kerajaan negeri boleh berusaha sama ataupun kerjasama dengan mana-mana syarikat swasta dan submit satu proposal. Kita akan lihat dari segi teknikal dia. Ada kajian teknikal dia, sama ada kawasan itu sesuai atau tidak dan perlu ada beberapa syarat teknikal yang akan ditetapkan. Jadi itu penjelasan kita. Saya harap ini dapat difahami.
Seterusnya Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kota Belud membahaskan isu berkaitan pengangkutan bot sebagai pengangkutan awam yang penting dan perlu dilayan sebagaimana pengangkutan awam yang lain. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan mengambil maklum berhubung kepentingan pengangkutan bot sebagai bot pengangkutan awam yang utama di Sabah. Sebagai bot pengangkutan yang utama, pengangkutan air perlu diberi perhatian dan layanan setara dengan pengangkutan awam yang lain, khususnya dari aspek keselamatan dan infrastruktur.
Bagi beberapa kawasan di Sabah, perkhidmatan bot laju, bot penambang serta feri penumpang sememangnya telah beroperasi. Kemudahan jeti dan tempat pendaratan khusus turut disediakan oleh pihak berkuasa negeri seperti Lembaga Pelabuhan-pelabuhan Sabah, Jabatan Pelabuhan dan Lembaga Sabah dan serta pihak berkuasa tempatan. MOT akan terus bekerjasama dengan kerajaan negeri dan agensi berkaitan bagi menambah baik kemudahan sedia ada, memperkukuh aspek keselamatan dan memastikan perkhidmatan pengangkutan air di Sabah diperkasakan secara berperingkat tertakluk kepada persetujuan bersama.
Pasir Puteh membahaskan berkenaan kepentingan. Pasir Puteh ada?
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Pasir Puteh ada.
Tuan Loke Siew Fook
Oh. Maaf.
Pasir Puteh membahaskan berkenaan kepentingan pembangunan Pelabuhan Tok Bali yang mempunyai potensi besar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara prinsipnya, MOT tiada halangan dengan pelaksanaan projek- projek pembangunan infrastruktur yang boleh menyumbang kepada pertumbuhan sosioekonomi. MOT menggalakkan pelaburan dan penyertaan sektor swasta dalam pembangunan pelabuhan termasuk cadangan penaiktarafan pangkalan bekalan ataupun supply base Tok Bali kepada full-fledged port.
Walaupun setiap cadangan pembangunan pelabuhan berpotensi mendatangkan faedah kepada negara dan negeri yang berkaitan, namun cadangan tersebut juga berisiko menjadi satu projek ‘gajah putih’ yang menjejaskan reputasi kerajaan sekiranya perancangan pelaksanaan tidak sempurna atau pengoperasian pelabuhan tersebut adalah tidak mampan dari segi kewangan.
Sehubungan dengan itu, setiap cadangan pembangunan pelabuhan hendaklah disokong dengan hasil kajian kebolehlaksanaan yang komprehensif dan analisa yang terperinci. MOT sedia membantu kerajaan negeri berhubung sebarang usaha strategik dalam memperkasakan industri dan ekonomi negeri. Jadi kalau supply base itu, saya rasa kalau ada pihak swasta yang ingin melabur, kita boleh fasilitet. Itu tak menjadi masalah. Seperti yang saya katakan, model untuk pelabuhan yang kita gunakan di seluruh negara adalah lebih kepada pelaburan pihak swasta ya.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
YB Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Saya rasa kerajaan agak sukar untuk membangunkan pelabuhan-pelabuhan yang sedia ada ini dan memang pihak swasta digalakkan untuk menyertai sektor pelabuhan ini.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
YB Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Ya.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Kota Belud. Berkenaan dengan cadangan saya untuk kita perlu mengambil berat berkenaan pengangkutan air lah, maksudnya bot. Tapi YB Menteri kalau boleh, saya juga minta kementerian untuk melihat juga kawasan-kawasan yang mungkin penduduk dia sedikit tetapi memang akses memang menggunakan melalui air lah.
Contoh, kalau di tempat saya sebagai contoh adalah Pulau Mantanani. Dan kebanyakan pengangkutan air yang diperlukan di Sabah ini maksudnya kemudahan- kemudahan begitu adalah kawasan yang kebanyakannya mereka adalah daripada golongan B40.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
[Bangun]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bangun]
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Jadi saya harap Kementerian Pengangkutan walaupun barangkali tempat itu tidak dapat— tidak ramai penduduk tetapi harus diberikan perhatianlah untuk— sebagai pengangkutan umum dan untuk menghubungkan mereka ke tanah besar. Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri. Cuma.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih. Biar saya jelaskan. Yang pertamanya berkenaan dengan bot ini.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Yang Berhormat Menteri. Sedikit yang Tok Bali tadi.
Tuan Loke Siew Fook
Sekejap, sekejap. Saya jawab dulu Kota Belud.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Okey, okey.
Tuan Loke Siew Fook
Berkenaan bot ini, kita boleh menggalakkan pihak swasta sebab kementerian tidak berfungsi sebagai operator. Kita tidak menyediakan perkhidmatan. Sebab kita fasilitet untuk perkhidmatan, melesenkan pengendali dan sebagainya. Jadi kita faham bahawa untuk kawasan-kawasan yang mungkin dia punya penduduk tak ramai, dia tak ekonomik untuk pihak swasta, untuk melabur. Itu perkara kalau ada keperluan untuk sosial dan sebagainya, itu boleh kita bincang.
Mungkin pihak kerajaan negeri melalui Kerajaan Negeri Sabah, dia perlu ada melihat sama ada kawasan-kawasan yang tidak ekonomik ini diberikan bantuan.
Umpamanya untuk subsidi bahan api dan sebagainya. Sebab kos yang paling besar untuk penyediaan perkhidmatan ini ialah bahan api.
Selain pelaburan membeli bot dan sebagainya, kos minyak itu adalah yang tertinggi. Jadi dalam perkara-perkara seperti itu, kita boleh membantu dari segi memberikan subsidi tambahan kepada operator-operator tersebut. Tetapi untuk kerajaan menyediakan perkhidmatan itu sebagai operator, memang agak sukar.
Jadi, saya rasa kita tidak ada model perkhidmatan tersebut tetapi kita menggalakkan syarikat swasta yang mengendalikan perkhidmatan tersebut tetapi mendapat bantuan daripada kerajaan.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
[Bangun]
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Terima kasih jawapan daripada Menteri. Saya memahami bahawa kekangan kewangan daripada pihak kerajaan. Namun di Pelabuhan Tok Bali ini, seboleh-bolehnya ada campur tangan daripada pihak kerajaan di beberapa sektor supaya— sebab yang daripada kerajaan ini, dia boleh melicinkan perjalanan. Kalau daripada swasta, saya faham.
Tapi dia punya hak kadang-kadang, macam-macamlah daripada swasta ini kerana dia fokus kepada perniagaan dia berbanding dengan kerajaan. Jadi, adakah kerajaan langsung tidak ada peruntukan untuk keperluan-keperluan asas di Tok Bali ini? Sekian, terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Ya. Yang pertamanya Yang Berhormat, Tok Bali ini tak ada lembaga pelabuhan lagi. Dia bukan di bawah apa-apa lembaga pelabuhan.
Dia lain dengan pelabuhan-pelabuhan Persekutuan yang sedia ada. Jadi Tok Bali ini, dia mungkin di bawah Jabatan Laut. Saya, saya kalau tak silap sayalah. Jadi kalau kita lihat, kalau jeti-jeti yang sedia ada itu, sama ada dia dikendalikan oleh Jabatan Laut atau tidak, saya pun tak pasti. Tok Bali ini saya kena check, double check dari segi fakta itu. Tapi setahu saya, dia bukan di bawah apa-apa lembaga pelabuhan.
Jadi untuk membangunkan itu sebagai satu pelabuhan, yang pertamanya sudah tentu memerlukan suntikan modal yang besar. Dan ini hanya boleh dilaksanakan kalau ada pelaburan daripada pihak swasta. Umpamanya untuk model supply base. Katakan ada telaga minyak dekat luar perairan Kelantan, dia perlukan supply base. Sebab supply base itu adalah antara aktiviti utama kalau untuk pelabuhan seperti Tok Bali. Jadi kalau, kalau ikut apa yang dikatakan tadi, memang telah ada satu operasi supply base dekat sana. Tapi mungkin diperbesarkan, perlu diperbesarkan.
Jadi itu kita boleh bincang dari segi bagaimana untuk menarik syarikat pelaburan ataupun pelaburan syarikat swasta. Sebab biasanya pembangunan lembaga-lembaga ini, kita nak menggalakkan pihak swasta yang buat. Bukannya kerajaan yang buat kerana dia menjalankan bisnes dekat sana. Kita boleh fasilitet dari segi kemudahan. Mungkin dari segi sedikit facilitation kita boleh bantu. Tetapi kita tak nak ada, ada, ada kesilapan yang sama.
Dulu dekat Bintulu, supply base yang pernah gagal, satu projek yang pernah gagal. Dia menggunakan cara pembiayaan daripada lembaga pelabuhan. Kalau kita tak melihat balik projek tersebut, projek itu gagal dan akan mengambil kebanyakan hasil daripada Lembaga Pelabuhan Bintulu. Nasib baik kita kaji balik, supaya model pelaksanaan itu mesti dikendalikan oleh pihak syarikat swasta.
Mereka mengambil risiko kerana kalau mereka nak buat business, dia kena ambil risikolah untuk melabur dan kerajaan perlu fasilitet. Kalau kita bina satu lembaga atau satu pelabuhan fasiliti untuk supply base dan orang datang, tetapi kalau dia tak rasa dia tak ada apa-apa minat lagi, dia tinggalkan tempat itu. Jadi dia akan menjadi satu kerugian kepada kerajaan.
Jadi model yang kita nak buat ini ialah supaya kalau you ada komitmen bina fasiliti, bina kemudahan, kita fasilitet.
Tuan Loke Siew Fook
Kita bagi satu tempoh yang panjang, katakan kalau ada tempat yang mungkin perlu diberikan konsesi. Konsesi panjanglah, mungkin 30 tahun, 40 tahun untuk mereka recoup pelaburan mereka. Jadi, model seperti itu, kita di peringkat Kementerian Pengangkutan menyokong kerana dia tidak membawa risiko kepada kerajaan. Apa yang kita bimbang ialah setiap kali ada permintaan, katakan permintaan untuk membina jeti, membina pelabuhan dan sebagainya, kalau dia tak ada pengguna.
Jadi, itu akan menjadi gajah putih. Ini yang terjadi kepada banyak marina kita, sekarang ini jabatan laut ada beberapa marina di pulau-pulau sekitar Semenanjung yang terbengkalai. Kerajaan dah bina all this marina yacht ini. Menjadi terbengkalai sebab tak ada pengendali, tak ada pengguna. Ini yang merugikan negara dan subjek kepada audit. Saya beri Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cuma mengambil kesempatan ini berbincang tentang feri tadi. Kota Belud berbincang tentang feri untuk merakamkan ucapan terima kasih sebagai Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang. Di mana sempena Perayaan Thaipusam, bukan saja tahun ini, sejak Yang Berhormat menjadi Menteri, telah mendapat perkhidmatan percuma untuk semua penganut-penganut Hindu di Pulau Pinang menggunakan bukan saja perkhidmatan feri tetapi juga perkhidmatan Rapid Bus. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan dan kementerian dan Yang Berhormat sendiri. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Setiu sikit. Saya ada bangkitkan tentang isu ECRL tadi. Saya beri contoh, di Setiu, belakang Sekolah Menengah Ibrahim Fikri di Setiu. Isunya sekarang jalan yang dilalui oleh lori yang membawa muatan, lori bawa batu untuk pergi ke Projek ECRL. Jadi, jalan itu rosak, berlubang, pecah. Bila kita adukan kepada pihak construction CCCC ini dan juga MRL, dia kata tak boleh nak baiki sebab bukan kerana buat landasan tapi kerana laluan lori dan mesti ada gambar lori lalu. Jadi, memang kita tak ambil gambar. Yang ini, isu-isu ini perlu ditangani oleh kementerian.
Yang kedua, sebagai mana yang saya sebut tadi. Jalan Persekutuan di Sungai Bari, Langkap. Jalan itu rosak disebabkan Projek ECRL. Bila dia buat flyover atas Jalan Persekutuan tadi, jalan itu rosak dan kita dah adukan kepada MRL dan CCCC ini untuk baik pulih. Bila baik pulih oleh kerana baik pulih tak sempurna, jalan itu rosak balik. Jadi, kalau ikut jawapan Menteri tadi, tugas untuk baik pulih balik ini di bawah JKR. Jadi, saya rasa bukan bawah JKR, bawah kontraktor terbabit. Sekian, terima kasih.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Mohon Menteri, satu lagi.
Tuan Loke Siew Fook
Saya tak kata bawah JKR, saya kata, dia penilaian itu bersama dengan agensi-agensi sebelum diserahkan balik. Sudah tentu pihak kontraktor ada tanggungjawab. Jadi, kalau ada masalah-masalah yang dikatakan, saya akan minta pegawai daripada MRL untuk melihat, untuk pastikan mana-mana kawasan yang jalan rosak, sebelum dia diserahkan balik kepada pihak PBT ataupun kerajaan negeri, jalan tersebut. Dia mesti dibaiki sebelum diserahkan balik.
Saya tak kata tanggungjawab itu terletak kepada JKR, tidak. Kontraktor perlu baik pulih sebelum diserahkan tetapi penilaian dia sama ada boleh terima atau tidak, itu JKR lah untuk lihat. Kalau dia dah puas hati boleh terima, sudah tentu dia akan suruh— bagi pihak kontraktor, selepas diserahkan kepada agensi, sudah tentu dia akan lepas tangan. Dia tak boleh kata, “I dah— saya dah serahkan kepada pihak agensi, lepas itu, rosak balik. Kontraktor punya salah lagi”. Sudah tentu tak bolehlah, tak adil kepada pihak kontraktor.
Jadi, sebelum diserahkan, memang itu tanggungjawab kontraktor. Dia mesti selesaikan jalan-jalan rosak ini sebelum diserahkan. Ya, last Jerantut.
Tuan Yang di-Pertua
Menteri, last.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Isu yang paling penting ialah berkenaan dengan penubuhan Malaysia Transportation Safety Board (MTSB) yang kita dah bincang dan bahas tahun lepas. Jadi, apakah ada sinar yang akan ditubuhkan pada this financial year?
Tuan Loke Siew Fook
Memang ini yang saya nak— seterusnya yang saya nak nyatakan. Berkenaan dengan status terkini penubuhan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia ataupun MTSB.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jemaah Menteri telah menimbang Memorandum Jemaah Menteri dan bersetuju secara dasar terhadap penubuhan MTSB. Kabinet dah setuju. Penubuhan MTSB ini memerlukan penggubalan akta khusus sebagai asas perundangan. Sehubungan itu, gerak kerja penubuhan sedang dimuktamadkan melalui libat urus dengan pelbagai kementerian dan agensi berkaitan. Dari segi prinsip untuk penubuhannya, Kabinet dah setuju.
Sekarang ini kita kena draf RUU untuk dibawa ke Dewan Rakyat. Proses itu sedang berjalan. Tetapi kita sudah tentu cabaran kepada kita ialah bagaimana mengintegrasikan ataupun kita menstrukturkan semula peranan-peranan di beberapa agensi yang berkaitan. Umpamanya, MIROS, Jabatan Laut dan sebagainya dan juga CAAM, dia ada dia punya dan juga (BSKU) Biro Siasatan Kemalangan Udara. Semua ini perlu diintegrasikan semula. Pendirian kerajaan, pendirian JPA ialah jangan melibatkan pertambahan bilangan yang ramai.
Jadi, itu menjadi cabaranlah kepada penubuhan badan baru sebab sekarang ini memang JPA nak kawal dari segi pertambahan bilangan perjawatan. Jadi, kita nak meminimumkan pertambahan ini supaya implikasi kewangan dapat dikurangkan.
Jadi, proses itu sedang berjalan dan sudah tentu kita perlu membawa ke Dewan Rakyat dan saya jangkakan dia akan dibawa ke Dewan Rakyat dalam sesi kedua tahun ini iaitu pada bulan Jun nanti.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya tahu saya dah habis masa. Ada beberapa lagi Ahli Yang Berhormat yang saya tak sempat jawab. Saya akan memastikan bahawa jawapan-jawapan bertulis ini dapat diserahkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam masa seminggu.
Tuan Yang di-Pertua
Lima hari.
Tuan Loke Siew Fook
Lima hari seperti yang telah diarahkan oleh Tan Sri Yang di-Pertua. Dengan kata-kata itu, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah pun membahaskan hal berkaitan dengan Kementerian Pengangkutan. Kementerian Pengangkutan akan sentiasa terbuka untuk menerima pandangan dan cadangan. Dan kita sentiasa bekerjasama dengan semua pihak supaya membawa kemudahan pengangkutan kepada rakyat supaya kesejahteraan dan kemajuan negara dapat dikecapi. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi hari Khamis, 5 Februari 2026.
Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat malam.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.26 petang]