Katalog Hansard
[Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ahli-ahli Yang Berhormat, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Saya jemput Tuan Khoo Poay Tiong, Kota Melaka.
1. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kota Melaka minta Menteri Kewangan menyatakan matlamat utama pengenalan Pelan Insurans dan Takaful Perubatan dan Kesihatan Asas (MHIT) berpremium serendah RM80 sebulan termasuk kriteria kumpulan sasaran dan sejauh mana pelan ini dijangka mengurangkan beban kos perubatan isi rumah berbanding insurans sedia ada. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Menteri.
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Tuan Yang di-Pertua, pada 22 Januari 2016, kerajaan telah mengumumkan Kertas Putih Pelan Insurans dan Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) Asas untuk membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk mendapatkan perlindungan perubatan swasta dengan cara yang lebih mampu milik dan mudah difahami.
MHIT Asas akan menyediakan manfaat standard untuk kos rawatan penting bagi pesakit yang perlu menerima rawatan di hospital. Ini termasuklah jagaan di wad harian, kos ubat berimpak tinggi terpilih serta rawatan sebelum dan selepas kemasukan ke hospital.
Pelan MHIT asas ini adalah salah satu daripada strategi RESET untuk menangani masalah tekanan kos industri kesihatan swasta. Pelan ini merupakan langkah permulaan penting dan akan disokong oleh pelaksanaan inisiatif lain di bawah RESET. Ingin ditegaskan, bahawa pelan ini akan melengkapi dan bukan pengganti penjagaan kesihatan awam yang akan terus menyediakan akses penjagaan kesihatan sejagat untuk semua rakyat Malaysia.
Oleh itu, untuk membolehkan perlindungan kewangan yang lebih meluas kepada rakyat Malaysia, produk MHIT Asas ini akan disasarkan kepada dua kumpulan. Pertama, rakyat yang belum mempunyai insurans atau takaful perubatan tetapi mampu membiayai perlindungan penjagaan kesihatan swasta.
Dan kedua, pemegang polisi MHIT yang kini sedang mencari alternatif lebih baik dan mampu milik. Dengan pelan baru ini, mereka mempunyai pilihan alternatif yang lebih berpatutan tanpa menjejaskan perlindungan asas. Pelan MHIT asas yang sukarela ini mempunyai ciri-ciri yang membolehkan kenaikan premium yang lebih stabil dan lebih boleh dijangka di masa tempoh polisi, berbanding dengan produk sedia ada di dalam pasaran.
Pertama sekali, pakej manfaat dan kadar premium akan diseragamkan merentasi ke semua syarikat insurans dan takaful yang menawarkan pelan MHIT asas. Ini membolehkan pengumpulan risiko yang lebih meluas merentasi ITO yang menawarkan pelan asas ini.
Kedua, amalan kawalan kos yang lebih berdisiplin, termasuklah penggunaan bayaran bersama yang berbeza mengikut rangkaian hospital, peralihan secara berfasa daripada sistem bayaran setiap perkhidmatan ataupun fee for service kepada sistem bayaran berdasarkan diagnostic related group dan rundingan perolehan perkhidmatan penjagaan kesihatan ataupun strategic purchasing membolehkan kawalan kos kesihatan yang lebih berkesan.
Ketiga, produk asas ini juga lebih ringkas dan kendiri. Ini bermaksud, pelan MHIT Asas ini bukan berasaskan produk berkaitan pelaburan ataupun investment link. Oleh itu, ia lebih mudah difahami dan mampu milik kepada pengguna kerana pengguna membeli produk insurans perubatan sahaja, tanpa sebarang elemen pelaburan yang boleh mempengaruhi kos insurans dan kemampanan perlindungan sepanjang tempoh polisi.
Dengan premium yang lebih terkawal, termasuk ketika usia meningkat, pelan ini dijangka mengurangkan tekanan kos kesihatan kepada isi rumah dan menawarkan pilihan yang lebih mampu milik berbanding pelan insurans yang sedia ada. Selain mengawal kos untuk rakyat, MHIT Asas juga menyokong perubahan penting dalam sistem penjagaan kesihatan ke arah penjagaan berasaskan nilai.
Selain daripada penggunaan modal pembayaran berasaskan DRG secara berfasa, pengenalan pelan asas ini juga akan mendorong peningkatan ketelusan kos, pengamalan kesihatan digital dan penjajaran insentif antara hospital, syarikat insurans dan pengguna yang lebih menekankan penjagaan berasaskan nilai.
Pelan ini akan bermula dengan projek rintis pada separuh kedua 2026 dan pelaksanaan penuh pada awal 2027. Apabila dilaksanakan sepenuhnya, pemegang polisi yang sedia ada juga boleh memilih untuk beralih kepada pelan MHIT Asas dengan ITO semasa mereka. Selepas langkah interim berakhir, tanpa perlu proses pengunderaitan atau underwriting semula atau tempoh menunggu.
Pelan MHIT Asas merupakan langkah yang penting ke arah memperluaskan akses kepada perlindungan insurans dan takaful kesihatan yang berterusan sambil meningkatkan ekosistem kesihatan untuk manfaat rakyat. Dengan kerjasama pelbagai pihak, kerajaan akan terus melaksanakan perubahan yang berpanjangan untuk memperkukuhkan sistem penjagaan kesihatan negara. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kota Melaka, soalan tambahan?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Pertama sekali, saya ingin ucapkan tahniah kepada Kementerian Kewangan dan juga Kementerian Kesihatan, dalam masa yang singkat dapat mengemukakan MHIT ini. Dan seperti yang kita tahu, masalah isu tentang kenaikan insurans premium ini sudah lama berlaku dan kita melihat kedua-dua Kementerian ini dalam masa yang begitu singkat, ia dapat menemukan satu alternatif. Tahniah kepada Kementerian.
Jadi, soalan saya, Tuan Yang di-Pertua. Apabila MHIT ini diumumkan, memang adalah analisa yang mengeluarkan pandangan mereka. Antaranya seperti mengenai dengan deduction dan juga co-payment. Jadi, adakah kementerian juga akan melihat kepada pandangan mereka apabila kita nak lancarkan sepenuhnya pada tahun 2027?
Selain daripada itu, adakah kerajaan bersedia untuk membenarkan pembeli insurans ini menggunakan wang caruman mereka dalam EPF, KWSP? Dan juga, akhirnya, dalam kita nak keseimbangan antara kemampuan untuk mereka boleh bayar dan juga tentang perlindungan, bagaimana kita nak memastikan supaya MHIT ini akhirnya perlindungannya adalah menyeluruh demi kebaikan pembeli insurans tersebut?
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Kota Melaka atas soalan yang agak lebar dan panjang.
Tuan Yang di-Pertua, semasa kita berbincang untuk melihat macam mana memperbaiki sistem insurans yang ada dalam ini, saya berterima kasih kepada Bank Negara, Kementerian Kesihatan dan juga pemain-pemain yang ada dalam industri ini, kerana tanpa sokongan mereka, kita tidak boleh mencari jalan yang lebih baik ke masa ke depan.
Jadi, dalam produk yang kita buat sekarang sebagai pemula, kita menjangkakan satu cara untuk mengawal kenaikan kos ialah untuk memasukkan konsep co-payment. Co-payment ini bukanlah kita minta pembayaran yang tinggi, tapi kita nak ketelusan daripada segi harga dan siapa yang memberi insurans itu juga bertanggungjawab untuk mengawal kos perkhidmatan kesihatan yang diberikan.
Jadi, dengan adanya kawalan daripada segi penerima dan juga pemberi akan menjadi lebih baik lagi.
Jadi, kita sentiasa menerima cadangan yang akan didengar daripada khalayak ramai. Dan seperti yang diketahui semua, projek rintis akan bermula bulan Jun tahun ini dan dalam projek rintis ini, kita akan test out penerimaan yang ada.
Buat masa sekarang, focus group, focus group yang kita telah buat telah menampakkan sambutan yang baik daripada kalangan yang kita letakkan sebagai target group yang kita nak.
Yang kedua, soalan berkenaan boleh tak kita ada cara di mana kita menyenangkan proses untuk pembayaran, di mana kita boleh menggunakan mungkin caruman yang ada dalam KWSP. Sebenarnya sekarang juga dalam Akaun Sejahtera, Akaun 2 yang ada dalam KWSP, kita telah membenarkan penggunaan i- Lindung di mana critical illness juga di-cover melalui i-Lindung. Jadi, kita masih berbincang dengan KWSP untuk melihat sama ada konsep yang kita ada dalam insurans asas ini boleh diterima sebagai sebahagian daripada produk yang boleh dibenarkan untuk pengeluaran yang dibuatkan.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
[Bangun]
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Kita jangka dengan pendekatan yang kita ambil, dengan sokongan yang kita terima daripada semua orang, insya-Allah, kita ada sistem yang lebih baik dan akan menyokong juga sistem kesihatan yang dibuat oleh kerajaan. Jadi, insurans asas ini penting untuk membagi lebih banyak pilihan kepada rakyat.
Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya jemput Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik. Terima kasih, Yang di-Pertua. Soalan tambahan dari Kulim-Bandar Baharu. Adakah semua ITO akan dibenarkan menyertai perintis ataupun pilot? Dan adakah pelan MHIT asas akan ditawarkan oleh semua syarikat insurans dengan harga yang sama, atau harga ITO yang terpilih, atau pun ITO yang terpilih yang berpeluang menjual pelan tersebut? Juga, adakah pelan MHIT asas meliputi penyakit kritikal atau pre-existing condition? Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih kerana soalan yang diberikan tadi. Kalau kita tengok matlamat kita dalam memperkenalkan MHIT ini, kita telah berusaha bersama industri untuk membina satu sistem yang kita jangka akan mendapat sokongan yang baik daripada masyarakat dan juga daripada pemberi- pemberi insurans yang ada, daripada ITO-ITO yang ada. Jadi, adalah hasrat Bank Negara sebagai agensi yang kawal selia industri insurans ini di mana kita akan buka untuk semua ITO masuk ke dalam skim asas MHIT.
Namun, ada juga beberapa kelayakan yang mereka harus patuh. Kerana, kita kena memastikan yang ITO-ITO yang ada kelayakan yang boleh menanggung insurans adalah dibenarkan untuk menggunakan produk asas yang ada.
Adakah produk asas ini akan berbeza harga? Jawapannya tidak kerana ini adalah produk asas yang dibuat untuk industri di mana semua ITO akan menggunakan harga yang sama. Kerana, kita nak juga proses premium ketara kepada semua orang dan risikonya diganding bahu dengan semua ITO yang ada.
Jadi, dengan peluasan skop yang ada, lebih banyak orang yang masuk, kita boleh mengurangkan lagi premium yang ada dalam sistem yang diadakan.
Matlamat kita juga ialah untuk memastikan bila kita berganjak kepada sistem MHIT asas ini, tawaran yang kita ada adalah tawaran yang lebih baik. Matlamat kita ialah untuk mengurangkan kos, matlamat kita ialah untuk memperluaskan coverage lagi lebih banyak yang ada dan mengurangkan tekanan semasa seorang itu berganjak daripada umur yang muda kepada umur yang tua. Jadi, kenaikannya lebih terkawal. Jadi, insya-Allah, produk ini dari segi keseluruhannya akan menolong industri memberi peluang agar keluasan yang kita berikan akan sustain di masa depan.
Untuk coverage pre-existing condition, ada banyak kebaikan yang ada yang kita terangkan dalam white paper yang dikeluarkan oleh Bank Negara. Di mana, pre- existing condition, kalau seorang itu dah ada insurans melalui dia punya ITO sekarang, dia boleh berganjak tanpa underwriting baru. Jadi, tak ada isu untuk pre- existing condition.
Di ke depan, untuk orang yang baru, dia akan ada assessment macam biasa.
Tapi, tahap yang dibenarkan akan jadi lebih longgar sikit agar coverage-nya boleh meliputi lebih banyak orang. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Seterusnya, saya jemput Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman, Kuala Krai.
2. Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai]: Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kuala Krai minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan keberkesanan Sistem Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) dalam pengagihan minyak masak paket bersubsidi kepada warga emas dan orang miskin di luar bandar tanpa kemudahan internet serta langkah memastikan tiada isi rumah tercicir akibat pelaksanaan aplikasi tersebut. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, KPDN telah membangunkan sistem bagi menambah baik pengurusan minyak masak kemasan paket bersubsidi 1kg melalui pendigitalan yang dikenali sebagai Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS).
Antara fungsi sistem ini adalah untuk: pertama, mendaftarkan semua pihak yang terlibat dalam rantaian pengedaran termasuk syarikat kilang penapis, syarikat pembungkusan, pemborong serta peruncit; dan kedua, merekodkan transaksi jual beli minyak masak kemasan paket bermula daripada syarikat kilang penapis sehingga peringkat pembelian oleh peruncit.
Bagi fasa pertama bermula 1 Januari 2023, kesemua syarikat kilang penapis dan syarikat pembungkus yang terlibat dengan COSS telah diarahkan untuk merekod semua transaksi jualan dan belian ke dalam sistem eCOSS. Ini adalah syarat melayakkan mereka membuat tuntutan bayaran balik subsidi dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan bayaran tuntutan subsidi yang dikemukakan tidak diluluskan oleh kementerian.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Permohonan untuk mendapatkan bekalan minyak kemasan peket 1kg oleh pemborong dan peruncit juga perlu didaftarkan melalui sistem ini. Selain proses pengurusan pendaftaran dan tuntutan bayaran subsidi, sistem ini dapat melengkapkan rekod transaksi termasuk jumlah pengagihan secara digital di setiap peringkat rantaian sehingga ke peringkat peruncit berbanding rekod secara manual sebelumnya.
Selanjutnya, bagi fasa kedua, KPDN telah membangunkan aplikasi mobile eCOSS. Objektifnya adalah melengkapkan rantaian rekod transaksi sistem eCOSS yang dalam fasa pertama hanya sehingga ke peringkat peruncit, dipanjangkan sehingga ke peringkat pengguna iaitu pembelian. Melalui aplikasi ini, pembelian oleh pengguna di peringkat runcit juga direkodkan secara digital.
Setiap pengguna yang ingin membeli minyak masak kemasan peket bersubsidi 1kg perlu membuat pendaftaran kod QR yang merekodkan butiran peribadi dan kemudiannya setiap transaksi pembelian perlu membuat imbasan kod QR tersebut.
KPDN menyedari kebimbangan pelaksanaan aplikasi ini memberi kesan kepada warga emas dan golongan miskin serta penduduk di luar bandar yang tidak mempunyai akses kepada capaian kemudahan internet. Atas sebab itu, KPDN telah mengambil langkah-langkah berikut.
Pertama, pelaksanaan penggunaan aplikasi Mobile eCOSS diperluaskan secara berperingkat bermula pada bulan Mei 2025. Dimulakan dengan kawasan Putrajaya, disusuli dengan premis-premis Program Jualan RAHMAH MADANI dan diikuti dengan negeri Johor atas kerjasama Kerajaan Negeri Johor dan kemudiannya premis-premis terpilih di negeri-negeri lain.
Kedua, pada peringkat rintis ini, pembelian melalui kaedah manual masih dibenarkan dan perekodan transaksi juga secara manual.
Ketiga, pembelian secara manual atau kaedah bersesuaian akan dikenalpasti secara bersasar di premis-premis peruncitan terpilih yang masih belum mempunyai capaian kemudahan internet.
Keempat, bantuan dan sokongan di premis jualan akan diberikan oleh peruncit dengan modul khas bagi kumpulan warga emas atau golongan miskin yang tidak mempunyai telefon mudah alih dengan rangkaian internet.
Kelima, sistem eCOSS juga akan diintegrasikan dengan platform MyKasih untuk membolehkan opsyen tambahan pembelian mengguna pakai kad pengenalan sebagaimana Program SARA. KPDN sedang bekerjasama dengan Kementerian Kewangan untuk merealisasikan hasrat ini.
KPDN akan sentiasa menambah baik pengurusan eCOSS sama ada melalui aplikasi eCOSS dan opsyen-opsyen lain bagi memastikan perekodan secara digital di setiap rantaian pengagihan bekalan dan transaksi jual-beli. Rekod transaksi pembelian oleh pengguna akhir di peringkat runcit adalah bertujuan untuk memastikan subsidi ini dimanfaatkan oleh rakyat sekaligus mengekang ketirisan subsidi minyak masak peket sama ada melalui aktiviti penyelewengan dan penyeludupan yang telah berlaku sejak sekian lama. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan yang terperinci kepada isu yang saya bangkitkan ini. Sistem eCOSS menetapkan had pembelian.
Bagaimanakah kementerian menangani isu isi rumah miskin tegar yang besar di luar bandar yang memerlukan lebih daripada kuota ditetapkan sedangkan sistem syarat automatik akan menyekat pembelian tambahan.
Adakah sistem ini bersifat pukul rata sehingga mengabaikan realiti sosial keluarga miskin di luar bandar?
Dalam konteks kerajaan sekarang terdapat lambakan aplikasi berasingan seperti Price Catcher, eCOSS, Ez ADU di bawah KPDN serta aplikasi lain yang berkaitan seperti subsidi seperti BUDI MADANI dan PADU. Adakah kementerian menilai kemungkinan mengintegrasikan eCOSS dengan pangkalan data bantuan lain bagi mengelakkan lambakan birokrasi dan amalan bekerja dalam silo antara agensi kerajaan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya sebelum kita melaksanakan sistem eCOSS ataupun aplikasi Mobile eCOSS ini pun had pembelian tiga peket itu telah pun dilaksanakan dan pengiraan sebenarnya Yang Berhormat, pengiraan kuota tersebut adalah bersandarkan kepada penggunaan 1.5kg per kapita dan pada peringkat sekarang kita tidak menetapkan kuota pembelian dalam konteks isi rumah.
Datoʼ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
[Bangun]
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Maksudnya di sini, ia adalah kuota penetapan had maksimum untuk setiap transaksi. Jadi kalau ada isi rumah itu memerlukan lebih, kita tidak hadkan. Boleh anak, isteri, bapanya untuk membeli dan kita tidak pada peringkat ini menetapkan kuota per isi rumah. Jadi tidak ada isu berbangkit sekiranya akan ada keperluan tambahan.
Suka saya menyebut di sini Yang Berhormat, sebenarnya untuk perkongsian dengan pelaksanaan aplikasi Mobile eCOSS ini, kita telah dapat berusaha dengan adanya perekodan di keseluruhan rantaian pengagihan daripada syarikat kilang penapis sehinggalah kepada peringkat pembelian di peringkat pengguna, ia telah membantu kita membolehkan pelaksanaan larangan pembelian minyak masak peket ini kepada warga asing.
Kalau sebelum ini melalui kuat kuasa undang-undang, kalau sebelum ini ada pihak menggesa supaya dilarang penjualan dan pembelian oleh warga asing.
Namun, premis-premis peruncitan membangkitkan isu praktikal bagaimana SOP, penguatkuasaan dan pemantauan. Tapi dengan adanya aplikasi Mobile eCOSS yang merekodkan data pembelian ini, maka kita boleh untuk melaksanakan larangan tersebut secara kuat kuasa undang-undang.
Jadi atas sebab itu, untuk makluman, KPDN akan mewartakan peraturan untuk membuat larangan pembelian oleh warga asing melalui peruntukan di bawah peraturan-peraturan kawalan bekalan dengan punca kuasa seksyen 6, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan insya-Allah kita telah berbincang, sedang berbincang dengan Jabatan Peguam Negara dan kita akan menguatkuasakan larangan melalui kuat kuasa undang-undang itu bermula pada 1 Mac 2026 ini. Jadi dengan adanya larangan ini, kita akan dapat memastikan subsidi itu akan dimanfaatkan oleh warganegara dan tidak dibuka ruang itu kepada warga asing.
Sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat tadi untuk makluman, kita sedia untuk mengintegrasikan Aplikasi Mobile eCOSS ini bukanlah satu-satunya opsyen. Itu sebab kita laksanakan secara rintis. Saya sebutkan tadi bahawa kita telah sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan. Kalau sebelum ini Program MyKasih ini fokusnya untuk pelaksanaan Program SARA tersebut.
Namun Program SARA pun telah berjalan dengan baik, RON95 berjalan dengan baik dan juga Program SARA, maka kita akan berbincang dengan MOF bagaimana kita integrasikan menggunakan platform MyKasih untuk salah satu lagi opsyen bagi penjualan minyak masak peket dan sebagaimana telah diumumkan oleh JPN bahawa pada 1 Jun 2026 ini akan mula dikeluarkan kad pengenalan baru dan dalam kad pengenalan baru itu akan ada QR code.
Jadi itu juga salah satu opsyen kemudian. Kalau sekarang ini aplikasi Mobile eCOSS menggunakan QR code dengan hanya mengimbas kad pengenalan yang mempunyai kod QR itu juga nanti membolehkan pembelian minyak masak peket diguna pakai dimanfaatkan oleh masyarakat kita. Jadi, tapi kita tidak boleh tunggu sebab kita tahu kos yang terlibat dalam pelaksanaan Program COSS ini cukup banyak, hampir RM1.9 bilion. Berbelas tahun kita laksanakan, kita tidak ada data siapa sebenarnya yang membeli minyak masak peket ini.
Jadi, sekurang-kurangnya dengan pelaksanaan aplikasi Mobile eCOSS ini, kita sudah ada data, kita rintis data dan saya ingin maklumkan Yang Berhormat dengan pelaksanaan bermula Mei 2025 contohnya kita telah berjaya merekodkan pembelian sebanyak 20,361,432 peket.
Sekurang-kurangnya kita sudah ada data siapakah yang membeli minyak masak peket ini di kalangan warganegara. Hala tuju program ini juga dapat kita tentukan bersandarkan kepada data driven decision. Itulah matlamat kita untuk memastikan supaya subsidi dengan implikasi kewangan yang cukup besar ini akan dapat kita teruskan dan benar-benar memanfaatkan rakyat di negara kita.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Baik. Tampin.
Datoʼ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kita ada sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS). Kita dah tahu dah siapa yang membelinya. Tapi baru-baru ni penguat kuasa KPDN telah menyerbu sebuah stor yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyelewengan minyak masak peket bersubsidi di Butterworth, Penang. Serbuan tersebut dilakukan hanya setelah aduan dibuat oleh orang awam yang menyedari kegiatan tersebut.
Soalan saya, apakah faktor utama yang menjadi punca kegiatan penyelewengan minyak masak bersubsidi ini terus berleluasa dan sukar untuk dihentikan oleh KPDN? Adakah KPDN bercadang untuk meningkatkan hukuman serta penalti kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Terima kasih Yang Berhormat. Itu sebabnya kita membuat keputusan kita perlu untuk bukan hanya memperkenalkan eCOSS tetapi meluaskan dengan aplikasi mobile eCOSS.
Antara faktor-faktornya Yang Berhormat sebab sebelum ini sejak sekian lama dilaksanakan berbelas tahun, tidak ada satu sistem yang memantau, merekodkan siapakah sebenarnya yang membeli minyak masak peket ini. Kalau kita tanya, rata- rata saya fikir di Dewan ini juga, dalam sesi libat urus yang saya laksanakan, sebahagian besar menyatakan bahawa mereka menggunakan minyak masak kemasan botol. Jadi, kita tidak ada data siapa sebenarnya yang membeli minyak masak peket ini.
Salah satu faktor lagi kalau kita lihat sendiri, used cooking oil yang dibeli oleh PETRONAS daripada pihak-pihak tertentu harganya sekarang adalah RM4, sedangkan kita menjual minyak masak subsidi ini adalah RM2.50. Jadi maksudnya, dengan membeli minyak masak peket, campur aduk dan jual sebagai used cooking oil pun sudah boleh untung RM1.50. Jadi, inilah faktor-faktor selain daripada penyeludupan ke luar negara...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
[Bangun]
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Kita tahu harga minyak di negara-negara jiran kita pun jauh lebih tinggi dengan harga minyak kemasan peket tersebut. Jadi, itu sebabnya Yang Berhormat, kita selain daripada meningkatkan penguatkuasaan, kita perlu ada mekanisme pengurusan risiko ketirisan tersebut. Kita menganggap bahawa sistem eCOSS dan aplikasi Mobile eCOSS ini adalah leakages risk management yang membolehkan kita memperkukuhkan penguatkuasaan bersandarkan kepada sistem dan mekanisme.
Dan yang penting yang saya sebutkan tadi, sejak sekian lama kita katakan bahawa minyak masak peket ini hanya perlu dan layak dimanfaatkan oleh rakyat tetapi tidak ada kaedah SOP dan mekanisme pemantauan dan penguatkuasaan.
Jadi, dengan adanya sistem ini, hanya rakyat Malaysia yang boleh membeli kerana telah diintegrasikan dengan rekod butiran khususnya kad pengenalan itu.
Jadi, kita harap dengan program rintis ini yang akan kita perkembangkan insya-Allah dari segi penguatkuasaan, kita akan dapat mengurangkan risiko ketirisan, penyelewengan dan juga penyeludupan minyak masak kemasan peket ini.
Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Soalan tambahan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya jemput...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Boleh?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Datuk— Maaf, tak. Saya terus kepada soalan yang seterusnya Datuk Matbali bin Musah, Sipitang.
3. Datuk Matbali bin Musah [Sipitang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sipitang minta Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal
(Sabah dan Sarawak) menyatakan bagaimanakah pendekatan Kerajaan MADANI dalam MA63 berbeza berbanding kerajaan terdahulu dari segi keikhlasan dan keberanian membuat pembaharuan dan apakah manfaat langsung yang dijangka dapat dirasai oleh rakyat Sabah dan Sarawak hasil penambahbaikan struktur MA63 ini. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya daripada Sipitang.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan MADANI komited dalam meneruskan perundingan mengenai perkara-perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak supaya dapat diselesaikan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan kerangka perundangan sedia ada.
Kerajaan MADANI telah menambah baik platform rundingan rasmi MA63 dengan menubuhkan Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
Selain itu, jawatankuasa penyelarasan khas yang dipengerusikan oleh saya sendiri akan ditubuhkan di bawah MTPMA63 yang bertujuan untuk membincang dan meneliti serta menyelaras isu-isu teknikal secara khusus, terperinci dan berfokus dalam mendapatkan persetujuan serta kaedah pelaksanaan yang teratur dan berkesan.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, terdapat 29 perkara di bawah MA63 dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dibincangkan di bawah MTPMA63 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Sehingga kini, 13 tuntutan telah dapat diselesaikan dan Kerajaan MADANI telah menyelesaikan sembilan perkara. Ini adalah keikhlasan dan keberanian Kerajaan MADANI.
(i) pengiktirafan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sabah dan Negeri Sarawak dan juga Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak dan Jabatan Bekalan Air Negeri Sabah sebagai Jabatan Teknik di bawah Arahan Perbendaharaan 182;
(ii) pindaan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk melantik wakil Kerajaan Negeri Sabah dan juga Sarawak;
(iii) penyerahan kuasa kawal selia bekalan gas di negeri Sabah untuk penjanaan kuasa elektrik;
(iv) pentadbiran badan kehakiman di Sabah dan Sarawak;
(v) penyediaan garis panduan penyerahan semula tanah di rizab bagi maksud Persekutuan di negeri Sabah dan Sarawak;
(vi) penyerahan kuasa kawal selia elektrik kepada negeri Sabah;
(vii) cadangan pindaan Perkara 95B Perlembagaan Persekutuan mengenai ubahsuaian bagi negeri Sabah dan Sarawak mengenai pembahagian kuasa perundangan;
(viii) penukaran status Pelabuhan Bintulu dari pelabuhan Persekutuan ke pelabuhan negeri; dan
(ix) tenaga buruh di negeri Sabah dan Sarawak iaitu pindaan Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak yang telah kita pinda pada tahun lepas.
Kerajaan terdahulu, ada empat perkara. Pertamanya, penyerahan kuasa kawal selia liquefied petroleum gas (LPG) kepada Kerajaan Negeri Sarawak, penyerahan semula pentadbiran ke atas Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan dalam Kerajaan Negeri Sabah. Yang ketiga, pindaan Perkara 1(2) dan Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan dan keempat, pemberian kuasa (empowerment) mengenai pelesenan dan penangkapan ikan laut kepada kerajaan Sabah dan juga Sarawak.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, dengan pengiktirafan Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sabah dan Negeri Sarawak, kedua- dua agensi ini sebagai Jabatan Teknik membolehkan projek Persekutuan yang bernilai di bawah RM50 juta di Sabah dan Sarawak dapat dilaksanakan dengan baik demi kepentingan rakyat. Ini empowerment ya, diturunkan ya, kuasa kewangan kepada kedua-dua negeri ini.
Bagi baki 16 perkara di bawah MA63 yang masih dalam perbincangan, satu tuntutan telah dikategorikan sebagai selesai secara sebahagian atau interim dan dua tuntutan telah mencapai keputusan dasar, lapan tuntutan masih dalam perbincangan manakala baki lima tuntutan lagi kini dirujuk untuk perbincangan atau keputusan peringkat tertinggi.
Tempoh masa bagi penyelesaian setiap perkara di bawah MA63 adalah tertakluk ke atas beberapa faktor. Antaranya seperti yang berikut. Pertama, terdapat perbezaan tafsiran undang-undang di antara pelbagai pihak terlibat...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri, YB Menteri, maaf ya.
Ringkaskan. Panjang sangat.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Ya, ya sebab saya fikir ini perkara penting ya. Jadi...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya tahu penting tapi kita pun ada masa. Ya.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Ya, sedikit lagi, sedikit lagi. Okey. Terdapat perbezaan tafsiran— proses perundangan perlu melalui tempoh masa yang panjang menyelesaikan sesuatu perkara di bawah MA63. Terdapat beberapa perkara juga di bawah MA63 dibawa ke platform perundingan rasmi MA63 melibatkan bidang kuasa bertindih dan menjadikan ia agak kompleks untuk diselesaikan dan akhirnya, tahap kesediaan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dari sudut operasi, sumber manusia dan kewangan yang merupakan aspek yang perlu diambil kira sebelum sesuatu perkara di bawah MA63 dapat diselesaikan. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih. Sipitang, soalan tambahan.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Soalan tambahan saya, bagaimanakah Kerajaan MADANI mengimbangi keperluan nasional dan hak serta keistimewaan Sabah dan Sarawak? Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih atas soalan tambahan ya. Saya fikir isu ini telah kita angkat menjadi agenda nasional seperti Menjunjung Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Pembukaan Mesyuarat Parlimen pada tahun 2026 yang menyeru kepada kita untuk kembali kepada niat asal pembentukan Malaysia itu sendiri dan ini menzahirkan bagaimana Kerajaan MADANI amat komited dengan tindakan yang konkrit untuk memastikan kepentingan rakyat Malaysia khususnya Sabah dan juga Sarawak ini.
Pendekatan ini diperkukuhkan lagi saya fikir dengan pelantikan saya, sebelum ini Yang Berhormat Papar ya sebagai Menteri di Sabah dan Sarawak ini memperkukuhkan tentang betapa pentingnya kita mengambil kira pandangan daripada Sabah dan Sarawak ini berdasarkan sejarah dan juga geografi.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Dengan prinsip federalism, fungsi dan semangat MADANI yang menekankan keadilan, hormat dan ihsan, kerajaan memastikan kepentingan nasional terus dipelihara, sambil hak Sabah dan Sarawak dimartabatkan sebagai rakan pembentuk Malaysia.
Saya fikir, ini kalau kita lihat dari segi keistimewaan Sabah dan Sarawak ni, kalau kita lihat daripada Bajet 2026, ini ada–– kita telah mendapat peningkatan bajet pembangunan tertinggi. Sabah saja RM6.9 bilion, Sarawak RM6 bilion. Dan juga, bagaimana juga pemberian khas sebagai penyelesaian interim ini juga, telah dapat ditingkatkan dan sekarang ini, telah diberikan sebanyak RM600 juta untuk Bajet 2026. Jadi, ini memperlihatkan bagaimana Kerajaan MADANI sebenarnya mahu melihat bahawa hak dan keistimewaan Sabah dan Sarawak ini akan dapat dipertingkatkan. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih. Tiada soalan tambahan.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Okey, okey.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ada?
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Kulim-Bandar Baharu.
Baiklah, terima kasih kepada Speaker. Saya ingin bertanyalah, dah tak ada siapa tanya. Adakah MA63 ini, sebab saya dengar pembahas-pembahas daripada Sabah, Sarawak dua, tiga hari ini kecewa dengan MA63 ini. Ada yang menyatakan ingin keluar daripada Malaysia kerana kegagalan MA63 ini.
Jadi, apakah tindakan ataupun jaminan kerajaan bahawa MA63 ini tidak terus dijadikan modal politik setiap kali menjelang pilihan raya dan bilakah boleh dimuktamadkan?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri– ya?
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Tuan Speaker, saya rasa kenyataan itu agak keliru ya.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
[Bangun]
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Saya rasa, kenyataan itu agak keliru, ya. 36(12). Dia kata, ada pembahas yang kata, Sabah, Sarawak nak keluar Malaysia.
Saya rasa, kenyataan itu agak mengelirukan. Saya harap, Kulim-Bandar Baharu boleh tarik balik kenyataan itu.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tarik balik.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Mungkin, Kulim-Bandar Baharu boleh–
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Saya tak ingat daripada...
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Kalau tak ingat, jangan sebut Kulim- Bandar Baharu, sebab itu serius.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Betul, kita boleh dengar daripada Hansard.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sekejap, sekejap. Sekejap, okey.
Kulim-Bandar Baharu mungkin nak tukar sikit apa yang disebut. Mungkin, bukan dalam pembahas dalam sini, mungkin di luar sana ke apa. Boleh Kulim-Bandar Baharu? Tukar sikit.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Saya dengar sendiri dan saya ada di dalam Dewan. Tapi oleh kerana– okey, untuk nak....
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Kulim, saya sentiasa ada dalam Dewan, tak pernah dengar pun.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Jap, jap
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Kalau Kulim-Bandar Baharu boleh tolak, tarik balik dan tukar cara, kita boleh terima. Sebab, ini bahaya, Kulim-Bandar Baharu. Kata nak keluar itu, itu sangat bahaya. Menghasut juga itu.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Betul-betul.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Hari perbahasan, hari Selasa. Lebih kurang 8.00— pukul 8.00 lebihlah. Saya masih ada di sini dan pembahas daripada— tak ingat daripada Sabah, Sarawak menyatakan benda itu.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Okey, baik.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Jadi, saya ulang baliklah. Kalau saya tak dapat bagi kenyataan yang jelas hari ini, tak apa. Saya tarik balik untuk jawapan Menteri. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Jadi tarik balik, ya? Okey, YB Menteri.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Okey, terima kasih soalan tambahan. Kita maklum, memang kita dengar, ramai pembahas terutama daripada Borneo, Sabah dan Sarawak yang telah berbahas. Memang isi-isinya padat, serius tapi saya fikir, tidaklah betul, seperti yang telah dinyatakan oleh sahabat kita bahawa mereka ingin keluar Malaysia. Saya fikir itu agak keterlaluan.
[Tepuk] Jadi, apa yang penting sebenarnya, ini yang saya sebut daripada awal tadi.
Kita telah memantapkan struktur tentang perbincangan MA63 ini dan kalau kita lihat, kalau kita bandingkan Kerajaan MADANI dan kerajaan terdahulu, banyak yang telah kita selesaikan. Sembilan perkara kita telah selesaikan pada selama tiga tahun kita mengurus negara ini.
Saya fikir, ini satu perkembangan yang baik dan kita mendengar keluhan tentang hak Sabah dan Sarawak ini. Tetapi, kita juga ingat, kita ada tugas dan tanggungjawab untuk membina negara ini bersama dan kita akan pastikan, isu-isu yang dibangkitkan, yang berkaitan dengan MA63 ini, kita akan ambil dengan serius dan kita akan cuba selesaikan berdasarkan–– secara bertahap berdasarkan perundangan negara ini. Itu komitmen kita.
Jadi, seperti yang saya sebut tadi, kita ada pelbagai platform dan kita akan libat urus semua-semua Ahli-ahli Parlimen kita untuk memberi input secara konkrit dan kita cuba selesaikan secara bertahap. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih, YB Menteri. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya jemput, Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli, Jempol.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan Jempol nombor satu.
1. Dato' Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli [Jempol] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan langkah konkrit kementerian untuk memastikan graduan memiliki kompetensi sebenar dan tidak terlalu bergantung kepada AI.
Mengikut laporan Student Generative AI Survey 2025, 92 peratus pelajar menggunakan AI dalam tugasan dan 88 peratus untuk penilaian, bagi mengekalkan kemahiran kritikal relevan pasaran kerja.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Menteri.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih, Yang di-Pertua. Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Tinggi mengambil maklum dapatan Student Generative AI Survey 2025 yang menunjukkan penggunaan kecerdasan buatan atau AI yang tinggi dalam kalangan pelajar.
Dasar kementerian adalah jelas iaitu penggunaan AI dalam pendidikan tinggi itu berfungsi sebagai alat sokongan, pembelajaran dan bukan pengganti kepada keupayaan intelek, fahaman serta kemahiran teras graduan.
Kita telah pun mengeluarkan garis panduan penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan Generatif (KBG) yang dibangunkan susulan pengeluaran Advisory Note No. 2/2023 oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk kita pastikan integriti akademik terpelihara serta penggunaan AI dilaksanakan secara bertanggungjawab dan juga beretika.
Pusat pembelajaran–– pusat pengajaran dan pembelajaran di setiap universiti awam menggunakan KBG sebagai panduan kepada pelajar, kakitangan akademik dan bukan akademik dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran selaras dengan peranan universiti dalam menggalakkan penggunaan teknologi, pembelajaran digital serta kaedah pengajaran yang kreatif dan inovatif.
Kita juga telah memperkukuh reka bentuk kurikulum dan kaedah pentaksiran dengan memberi penekanan kepada kefahaman, aplikasi ilmu dan penyelesaian masalah sebenar melalui pentaksiran yang autentik seperti kajian kes industri, projek lapangan, simulasi, pembentangan lisan dan penilaian berasaskan prestasi.
Jadi, penglibatan industri dalam pembangunan kurikulum, latihan industri, work-based learning, service learning dan pensijilan profesional turut kita perluaskan bagi memastikan graduan menguasai kemahiran yang praktikal, etika kerja dan keupayaan adaptasi yang tidak boleh digantikan oleh teknologi AI.
Dan, kementerian beri jaminan bahawa kualiti graduan kita kekal menjadi keutamaan dan pendekatan ini adalah untuk kita pastikan graduan bukan sahaja celik teknologi, malah memiliki kemahiran teknikal, kritikal, integriti akademik dan keupayaan sebenar yang relevan dengan keperluan pasaran kerja sekarang. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih. Jempol.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan dan penjelasan. Soalan tambahan daripada Jempol ialah apakah indikator yang digunakan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mengukur kejayaan langkah-langkah ini dalam memastikan graduan tidak bergantung kepada AI dan tetap relevan dengan kehendak pasaran kerja serta industri? Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Bangun]
Tuan Adam Adli Abd Halim
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kita ada beberapa indikator yang jelas untuk kita nilai keupayaan pelaksanaan langkah- langkah yang kita ambil ini. Antaranya macam kita sebut, kadar bekerja graduan di mana data penempatan dan juga, maklum balas daripada majikan terhadap prestasi graduan kita ini menjadi ukuran yang sangat penting.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
[Bangun]
Tuan Adam Adli Abd Halim
Erti kata lain, jika mereka bergantung pada AI ketika di alam kuliah, di dalam tempat kerja, tentu sekali keupayaan sebenar mereka akan diuji dan dari masa ke semasa, majikan akan memberikan kita data dan fakta untuk penilaian kita sendiri.
Kemudian, kita juga melihat prestasi mereka dalam penilaian yang berasaskan kompetensi sebenar di peringkat institusi dan juga industri, termasuk dalam tugas-tugasan yang memerlukan pemikiran kritikal, kreativiti dan penyelesaian masalah yang tidak bergantung kepada AI.
Kita juga, harus lihat juga bahawa kadar graduan yang mendapat pekerjaan dalam bidang yang relevan dengan kelayakan mereka itu, sebenarnya perlu disesuaikan juga dengan perubahan teknologi dan juga, permintaan pasaran dan penilaian ini adalah usaha sampingan kepada penambahbaikan berterusan kaedah pentaksiran kita. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih. Untuk menggunakan AI, mahasiswa perlu ada peranti dahulu, khususnya bagi tahun pertama dan kedua, kadangkala mahasiswa ini perlu pinjam kawan atau keluarga, atau lebih teruk perlu berhutang untuk ada peranti, yang akhirnya boleh diguna pakai AI untuk sesi pembelajaran atas talian dan yang lain.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Sebelum ini ada dasar di mana kerajaan memperuntukkan tablet bagi semua mahasiswa jumlahnya dalam setengah bilion ringgit. Adakah Kerajaan MADANI bercadang, mungkin bukan pada tahun ini, tapi pada tahun yang akan datang untuk memasukkan dalam belanjawan pemberian tablet yang berkualiti.
Saya beri contoh kerana di Johor sudah ada Sekolah Rintis Bangsa Johor di mana di peringkat sekolah rendah, pelajar-pelajar telah pun diberikan iPad percuma berkualiti untuk diguna pakai. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Yang Berhormat, saya fikir kita juga harus lihat kepada dasar-dasar semasa ini yang telah dimulakan. Kalau ada yang baik, tentu sekali kita akan teruskan dan melihat kepada arah tuju yang telah pun ditetapkan, terutama sekali oleh negara secara keseluruhan di mana kita mahu menjadi sebuah negara yang boleh adapt kepada perkembangan teknologi terkini termasuk AI.
Tentu sekali keperluan untuk kita adaptasi cara pembelajaran menggunakan tablet, menggunakan peranti yang sesuai itu harus kita juga beri perhatian dan kita terima itu sebagai satu input yang baik. Tentu sekali kalau kita ada maklumat yang lebih baik, kita akan beri secara bertulis berkait dengan apa dasar terkini tentang perkara tersebut. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya saya jemput Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad, Jerlun.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya pohon jawapan bagi soalan nombor 2.
2. Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan jumlah kes harta pusaka kecil yang masih belum selesai setakat ini serta punca utama berlaku kelewatan dan sasaran tempoh masa yang ditetapkan kementerian untuk mengurangkan tunggakan tersebut.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Menteri.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Jerlun atas soalan yang saya kira adalah soalan yang evergreen, dengan izin. Maknanya dia malar hijau. Sentiasa menjadi perkara yang tak dapat diselesaikan tetapi ada usaha- usaha ke arah penyelesaian.
Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Jerlun tentang tiga perkara sebenarnya. Satu, berkenaan dengan jumlah keseluruhan kes harta pusaka kecil yang belum selesai. Sehingga 31 Disember 2025, ia adalah sebanyak 46,707 kes— 46,707 kes. Namun pada masa yang sama, suka juga saya kongsikan bahawa permohonan pusaka yang telah berjaya diselesaikan pada tahun 2025 ialah sebanyak 84,384 kes dengan nilaian harta pusaka lebih kurang RM19.01 bilion. Jadi, dalam pada kita tak selesai tapi ada juga banyak yang telah dapat juga diselesaikan.
Soalan yang kedua, berkenaan dengan punca-punca utama yang menyebabkan berlakunya kelewatan. Okey. Dalam kes ini memang kita nampak banyaknya adalah berkenaan dengan waris. Kelewatan tindakan waris untuk membuat tuntutan harta pusaka atas faktor-faktor kesibukan masa sampai ada kematian yang berlapis dan juga pembahagian harta pusaka jadi tambah rumit, lagi sukar untuk diselesaikan.
Kemudian ada juga perbalahan, tak ada kesepakatan di kalangan waris.
Siapa yang patut uruskan ataupun mewarisi harta pusaka si mati. Ataupun juga sebab tak ada kerjasama di kalangan waris si mati untuk isi borang persetujuan atau hadir dalam perbicaraan. Begitu juga dengan masalah dokumen pula yang dikemukakan tidak lengkap dan teratur dalam pembuktian pemilikan harta oleh si mati. Kurang pengetahuan mengenai proses permohonan pembahagian harta pusaka kecil.
Kemudian, si mati mempunyai pelbagai jenis harta yang banyak yang melibatkan tuntutan pelbagai agensi dan memakan masa yang lama untuk kita dapatkan dokumen bukti pemilikan harta. Begitu juga, kurang pengetahuan mengenai hidup si mati. Ini menarik sebab ia nya berkaitan dengan perkahwinan dan yang berkaitan dengannya di mana ada di situ kelayakan-kelayakan untuk dituntut harta pusaka. Begitu juga dengan isu mungkin keengganan waris si mati dalam usaha untuk mendapatkan dokumen bagi harta pusaka dan mencari waris si mati yang layak dan sebagainya.
Jadi untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG), kita telah tetapkan bahawa suatu tempoh masa untuk harta pusaka seseorang itu diselesaikan, sekiranya tak ada masalah atau pertikaian, ialah dalam tempoh empat bulan dari tarikh permohonan dibuat kepada pihak JKPTG.
Kalau ada punca-punca yang lain mungkin menjejaskan lagi tempoh tersebut, sudah tentu masanya akan bertambah. Tapi secara dasarnya Yang Berhormat, pihak JKPTG menyasarkan agar tunggakan kes harta pusaka kita dapat kurangkan menjelang dua tahun akan datang, 2028. Dengan syarat tak ada lagi masalah- masalah ataupun pertikaian-pertikaian.
Insya-Allah apabila sasaran ini kita dapat capai, maka kita boleh beri fokus kepada kes tahun semasa sahaja. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jerlun. Soalan tambahan.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas penjelasan yang diberikan. Saya tertarik dengan jawapan yang diberikan iaitu usaha untuk memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya mengemukakan permohonan. Jadi, adakah kerajaan bercadang menetapkan satu tarikh daripada tempoh kematian itu, contohnya daripada tarikh kematian, permohonan mesti dimulakan dalam tempoh enam bulan supaya ada progress tindakan.
Kalau tidak ada suatu timeline itu, jadi waris dia akan bersifat lepas tangan selain daripada masalah-masalah yang melibatkan. Baik, soalan saya yang selanjutnya, sejauh manakah keberkesanan agensi yang berkaitan seperti Amanah Raya Berhad, JKPTG dan mahkamah syariah dalam mempercepatkan penyelesaian kes harta pusaka dari sudut mengenal pastikan waris yang berhak menerima harta pusaka?
Dan adakah kerajaan bercadang untuk menyelaras fungsi dan bidang kuasa antara agensi berkenaan terutamanya pada aspek sijil faraid? Di mana ada agensi yang tak perlu kepada sijil faraid seperti JKPTG. JKPTG kata tak perlu sebab kami ada pegawai yang berautoriti boleh membuat pengiraan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB, ringkaskan YB. Ringkaskan.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Baik. Dan ada pula agensi yang perlu seperti Amanah Raya Berhad, ASB dan Mahkamah Tinggi Sivil kalau kes itu melebihi dua juta. Dan yang terakhir, adakah kerajaan bercadang penyelesaian harta perusahaan yang sekarang ini dia menggunakan aplikasi MyLAND dipermudahkan melalui sistem sehenti (one stop center), dengan izin, khasnya untuk masyarakat luar bandar yang tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang aplikasi MyLAND ini? Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri, ada banyak soalan itu YB Menteri.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
[Bangun]
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jerlun. Saya kira ada lima soalan tadi.
[Ketawa] Jadi, saya boleh jawab yang mana saya jawab, saya jawab sini. Yang lain itu saya jawab bertulis. Tapi yang pertama berkenaan dengan kesedaran ini. Saya setuju dan saya telah sebutkan pada awal tadi bahawa sebenarnya antara perkara yang kita perlu tingkatkan ialah kesedaran awam berkenaan dengan tanggungjawab untuk kita selesaikan isu-isu ini lebih awal.
Kita ada langkah-langkah pencegahan yang perlu dibuat. Ada dokumen yang lengkap. Kita dah selesaikan isu wasiat dan sebagainya. Tapi itu semua di bawah bidang kuasa yang lainlah. Tetapi dari segi kementerian, kita telah pun melaksanakan beberapa jerayawara yang dilaksanakan bersama-sama dengan pihak daerah, sama-sama dengan mukim dan kampung-kampung supaya kita sampaikan maklumat berkenaan dengan pentingnya membuat permohonan pusaka ini awal dan mengurangkan kes-kes yang tertunggak yang boleh menjadi konflik yang berpanjanganlah.
Jadi dari segi itu, memang ada jerayawara yang dilaksanakan. Ada pun kerjasama dengan agensi-agensi— sebenarnya kalau nak bandingkan, memang ada banyak kerjasama yang kita lakukan. Di antaranya dengan sudah tentunya PTG, mahkamah tinggi, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Amanah Saham Nasional Berhad dan juga JPJ. Sebabkan kita nak dapatkan data dan maklumat dan kemudian kita boleh gerakkan proses itu berjalan dengan lebih lancar.
Namun saya ambil maklum tadi pandangan Yang Berhormat supaya kita pantau dan kita percepatkan proses-proses oleh agensi-agensi tersebut. Ada pun tempoh berkenaan dengan...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Yang Berhormat Menteri, yang lain saya rasa jawab bertulis sajalah.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Baik. Okey. Terima kasih. Yang lain saya jawab bertulis. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya. Terima kasih. Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Datuk Yang di- Pertua. Soalan tambahan kepada Timbalan Menteri. Sejauh manakah pendigitalan sistem pengurusan harta pusaka kecil yang telah dilaksanakan di seluruh negara?
Dan adakah kementerian menyasarkan penyelesaian permohonan melalui sistem digital ini sepenuhnya dalam tempoh tertentu? Dan adakah kementerian bercadang untuk melaksanakan program khas seperti Ops Pusaka atau Mahkamah Bergerak bagi menyelesaikan kes-kes yang tertunggu yang telah melebihi tempoh? Sekian.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Menteri.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat, sahabat saya. Pertama, berkenaan dengan cara- cara penggunaan teknologi baru, digitalisasi. Tadi, Yang Berhormat Jerlun pun ada bangkitkan tentang sistem MyLAND. Itu adalah antara sistem digital yang dibangunkan oleh JKPTG untuk kita memudahkan pengurusan berkaitan tanah dan pusaka dan memudahkan juga untuk kita membolehkan supaya permohonan pusaka kecil ini Tuan Yang di-Pertua, dilaksanakan secara dalam talian tanpa perlu hadir ke pejabat yang fizikal. Jadi, dari segi itu kita harap ia nya akan meningkatkan ketelusan, kecekapan dan mengurangkan masa proses dokumen-dokumen pusaka.
Berkenaan dengan perkara yang kedua tadi itu, saya ambil maklum cadangan daripada Yang Berhormat Batu Pahat. Cadangan yang baik. Kita akan teliti supaya dapat diaplikasikan dalam suasana supaya akhirnya harta kes-kes pusaka ini dapat kita selesaikan.
Saya sikit sahaja Yang Berhormat Yang di-Pertua. Tadi, tentang berkenaan dengan JKPTG dan tarikh, tempoh yang boleh kita wujudkan supaya ada tempoh tertentu diberi kepada pewaris untuk selesaikan. Sebenarnya pernah kita tetapkan tarikh tersebut. Tapi, isu kematian ini dia bersifat peribadi dan tertakluk kepada tindakan waris si mati untuk memulakan tindakan permohonan harta pusaka.
Saya rasa dekat sinilah dia ada kerumitan itu. Dan, saya percaya Yang Berhormat pun faham tentang perkara-perkara begini. Tapi, insya-Allah kita harap dengan adanya pindaan kepada seksyen 18 di mana satu-satu kematian itu boleh dimulakan melalui Amanah Raya Berhad mahupun majlis sekiranya didapati tak ada permohonan yang dibuat oleh seseorang, oleh si pewaris kepada si mati. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih. Seterusnya, saya jemput Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Port Dickson.
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Port Dickson, soalan nombor 3.
3. Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun [Port Dickson] minta Perdana Menteri menyatakan langkah jangka pendek dan jangka panjang kerajaan bagi mempermudah akses pendeposit Tabung Haji menunaikan ibadah haji supaya mereka tidak menghadapi kebimbangan dari segi kewangan dan kesihatan bagi memastikan pendeposit tidak ketinggalan atau menolak tawaran menunaikan ibadah haji seperti yang berlaku pada musim haji 1446H.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Puan Marhamah binti Rosli
Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson, Tuan Yang di- Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ibadah haji memerlukan persediaan dengan syarat memenuhi istitaah dalam kewajipan menunaikan haji di samping berteraskan prinsip maqasid syariah. Penting bagi umat Islam tahu bahawa syarat ini perlu dipenuhi iaitu merangkumi empat elemen utama. Yang pertama, kewangan yang mencukupi, kesihatan yang baik, keselamatan perjalanan dan kebenaran ataupun kuota daripada pihak Kerajaan Arab Saudi.
Daripada data yang disediakan oleh Lembaga Tabung Haji, antara faktor utama yang menyumbang kepada kadar penangguhan yang tinggi pada musim haji yang lepas adalah yang pertama antaranya kekurangan simpanan yang mencukupi.
Selain daripada itu, faktor lain adalah masalah kesihatan, urusan peribadi, urusan pendidikan anak dan lain-lain.
Melihat kepada data rekod simpanan pendeposit yang rata-ratanya tidak melakukan simpanan yang konsisten di Tabung Haji bagi persiapan haji yang sewajarnya, maka atas dasar itu Tabung Haji telah merangka beberapa inisiatif pembaharuan menyeluruh bagi menyemai kesiapsiagaan dan iltizam pendeposit untuk mencukupkan kadar simpanan yang disasarkan menjelang tahun giliran haji mereka.
Umum mengetahui, reputasi Tabung Haji sebagai pengendali urusan haji terbaik di dunia. Namun, usaha yang sedang giat dilaksanakan ini juga adalah untuk mempromosikan Tabung Haji sebagai sebuah institusi simpanan dan kewangan Islam pilihan utama masyarakat Muslim di Malaysia. Antara usaha yang diperkenalkan dan telah dilaksanakan oleh Tabung Haji juga termasuk penetapan kadar simpanan minimum RM15,000 untuk penerimaan tawaran haji bagi memastikan Tabung Haji dapat mengenal pasti secara menyaring, serta menyaring bakal haji yang benar-benar mencukupi syarat istitaah kewangan dalam tahun giliran dipilih untuk menunaikan haji.
Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah RM15,000 ini adalah kadar bayaran haji paling rendah sejak tahun 2025. Dan alhamdulillah, usaha yang dilakukan oleh Tabung Haji ini telah menunjukkan hasil yang amat positif. Bagi musim haji tahun ini, data merekodkan penurunan yang amat ketara untuk penundaan tawaran haji daripada keseluruhan jumlah tawaran haji iaitu 18 peratus berbanding 50 peratus pada musim haji yang lepas.
Untuk makluman, data Tabung Haji menunjukkan terdapat lebih 53 peratus daripada keseluruhan 9.0 juta pendeposit mempunyai simpanan yang kurang RM1,300. Ini menuntut Tabung Haji untuk melaksanakan langkah strategik yang lebih tersusun, sistematik dan mampan demi manfaat para pendeposit.
Justeru, Tabung Haji komited untuk melaksanakan inisiatif penambahbaikan baharu secara menyeluruh dan berperingkat termasuk melancarkan inisiatif simpanan sistematik jangka panjang bagi membantu pendeposit merancang perjalanan simpanan haji yang lebih disiplin dan sistematik dalam membina kesiapsiagaan menuju istitaah.
Tabung Haji turut memperkasakan pendidikan kepada bakal haji dengan memanggil mereka menghadiri kursus asas seawal dua tahun sebelum tahun giliran bagi membantu dalam persediaan menjaga kesihatan juga. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih YB Menteri. Port Dickson soalan tambahan.
Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Terima kasih Datuk Speaker dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ialah apakah data terkini jumlah pendeposit Tabung Haji yang menolak atau menangguhkan tawaran menunaikan ibadah haji 1447 Hijri?
Serta apakah faktor utama penolakan tersebut sama ada disebabkan kekangan kewangan ataupun tahap kesihatan? Memandangkan kuota haji tahunan kekal setiap tahun, adakah kerajaan bercadang untuk memperkenakan penawaran secara awal setahun lebih awal mengikut giliran pendeposit bagi membantu pendeposit membuat persediaan daripada segi kewangan dan juga kesihatan?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih. Cuma, nak betulkan.
Saya bukan Datuk. Tadi panggil Datuk Speaker. Menteri.
Puan Marhamah binti Rosli
Terima kasih soalannya Yang Berhormat Port Dickson. Ada tiga soalan. Saya bermula dengan soalan yang ketiga terlebih dahulu.
Berkenaan dengan penawaran awal haji, ia hanya boleh dibuat setelah kos haji dimuktamadkan dan kuota haji diperolehi.
Okey. Ini hanya boleh diketahui selepas selesai setiap musim haji Yang Berhormat. Namun, Tabung Haji mengambil inisiatif dengan melalui perkhidmatan platform digital THiJARI yang sudah sedia ada pada waktu ini bahawa semua pendeposit boleh menyemak status haji mereka lebih awal dan merancang persiapan mereka seawalnya.
Untuk soalan yang pertama berkenaan dengan data. Okey. Berkaitan dengan data, alhamdulillah, atas pelbagai inisiatif ya, alhamdulillah hanya 18 peratus yang telah menangguhkan tawaran. Satu rekod penurunan yang drastik jika dibandingkan dengan musim haji yang lepas iaitu musim haji yang lepas 50 peratus.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
[Bangun]
Puan Marhamah binti Rosli
Dan, berkaitan dengan faktor pula, daripada 18 peratus yang menangguhkan tawaran haji itu, sebanyak 10 peratus menangguhkan tawaran atas alasan simpanan tidak mencukupi. Manakala, 36 peratus atas faktor masalah kesihatan, 37 peratus masalah peribadi dan 70 peratus atas faktor-faktor lain. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih YB Menteri. Saya jemput Pasir Salak.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Memandangkan polisi daftar awal ditawar awal kekal sedangkan data menunjukkan hampir 50 peratus yang disebutkan tadi tahun lepas menolak dan tahun ini 18 persen penerima tawaran haji yang menolak faktor ketidakmampuan kewangan.
Soalan tambahan daripada Pasir Salak adakah kerajaan bersedia mempertimbangkan satu model pemilihan yang lebih bersasar? Contohnya, menggabungkan faktor giliran pendaftaran dengan indikator kemampuan kewangan minimum, umur dan kesediaan jemaah supaya tenaga kerja tidak terus terbuang dengan memanggil mereka yang belum bersedia sedangkan ramai pendeposit yang sudah cukup simpanan dan layak masih tertinggal jauh di belakang senarai menunggu. Terima kasih Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri.
Puan Marhamah binti Rosli
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak.
Berkaitan dengan adakah kerajaan bersedia untuk mengambil kira perkara-perkara seperti yang disebutkan tadi, perkara ini masih dalam kajian memandangkan kita tidak boleh mengetepikan faktor-faktor yang kita sebutkan tadi tentang kos haji, tentang kuota. Maka, banyak perkara yang perlu diambil kira dan insya-Allah pihak Tabung Haji akan sentiasa update daripada semasa ke semasa berkaitan dengan isu ini. Terima kasih. Semoga menjawab.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya, saya menjemput Tuan Kalam bin Salan, Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Terima kasih Yang di-Pertua.
Soalan saya, Sabak Bernam Nombor 4.
4. Tuan Kalam bin Salan [Sabak Bernam] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan apakah kerajaan menyediakan sebarang geran atau bantuan kewangan khusus kepada penggiat produk berasaskan inovasi bagi menyokong penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan, khususnya dalam kalangan usahawan kecil dan sederhana di peringkat tempatan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datoʼ Dr. Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sentiasa komited dalam menyediakan geran dan bantuan kewangan khusus bagi menyokong penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan produk berasaskan inovasi.
Antara inisiatif utama ialah program National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) yang disediakan oleh Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) sebagai agensi pembiaya dengan pelaksanaan dan penyelarasan— inisiatif sandbox melalui ekosistem NTIS yang diterajui oleh MRANTI.
Dana NTIS ini diwujudkan bagi menyokong syarikat inovasi tempatan termasuk PKS dan syarikat pemula start-ups untuk membangunkan, menguji dan mengkomersialkan teknologi dalam persekitaran sebenar atau real terutamanya bagi teknologi yang berdepan kekangan peraturan dan kawal selia, pasaran atau kebolehgunaan pada peringkat awal.
Melalui dana NTIS ini, sokongan kewangan disediakan bagi tujuan berikut:
(i) untuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan lanjutan;
(ii) untuk ujian rintis dan demonstrasi teknologi di tapak sebenar;
(iii) peningkatan kesediaan teknologi serta pematuhan peraturan; dan
(iv) untuk mempercepatkan proses pengkomersialan dan kemasukan ke pasaran.
Selain itu, MOSTI melalui Cradle Fund Sdn. Bhd. turut menawarkan geran CIP SPARK dan CIP SPRINT yang bertujuan menyokong pembangunan prototaip dan pengkomersialan produk teknologi. Program geran CIP SPARK menawarkan pembiayaan sehingga RM150,000, terbuka kepada individu yang mempunyai idea penyelesaian inovatif dan syarikat pemula untuk membangunkan produk teknologi peringkat awal. Manakala, program geran CIP SPRINT pula menawarkan pembiayaan sehingga RM600 bertujuan untuk membantu syarikat pemula dalam usaha pengkomersialan produk inovatif mereka.
Sebagai tambahan, Cradle juga menawarkan program pelaburan Cradle Elevate dengan nilai pelaburan antara RM500,000 sehingga RM2 juta bagi menyokong kesiapsiagaan syarikat pemula peringkat awal ke peringkat pembiayaan modal teroka. Untuk makluman Yang Berhormat, Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) turut menyediakan bantuan kewangan berbentuk geran pemula bagi menyokong penambahbaikan produk, pembangunan prototaip, pengujian pasaran serta persediaan ke arah pengkomersialan.
Selain itu, YIM turut melaksanakan dana inovasi sosial dan akar umbi yang menyasarkan inovator-inovator tempatan usahawan mikro dan PKS yang membangunkan penyelesaian inovatif berimpak tinggi kepada komuniti setempat khususnya di kawasan luar bandar dan kawasan kurang membangun. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih YB Menteri. Sabak Benam, soalan tambahan?
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Soalan tambahan, saya cuba ringkaskan, Tuan Yang di-Pertua. Masalahnya ialah sejumlah wang telah diperuntukkan untuk membangunkan industri produk berasaskan inovasi ini dan menghasilkan sejumlah karya-karya produk inovatif yang memenangi pelbagai anugerah di peringkat negeri dan luar negara. Tapi akhirnya produk itu kembali ke stor dan tersepuk tidak dapat dipasarkan.
Soalan saya, apakah peranan MOSTI dalam membantu penggiat-penggiat produk inovatif ini untuk memasarkan secara kompetitif produk-produk mereka ini di peringkat tempatan dan pasaran antarabangsa? Termasuklah saintis-saintis itu juga kalau saya boleh anggap sebagai saintis lah. Kepakarannya mereka ini supaya dikomersialkan di peringkat luar negara seperti MacGyver Malaysia, Zulkifli Yusof dan sebagainya untuk menambahkan pendapatan dia. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan
Terima kasih. YB Menteri.
Datoʼ Dr. Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih soalan tambahan Yang Berhormat Sabak Bernam.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
[Bangun]
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
[Bangun]
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
[Bangun]
Datoʼ Dr. Mohammad Yusof bin Apdal
Menyentuh tentang apa yang kerajaan sediakan untuk membantu ini, kita ada berbagai kaedah yang sedia ada lah. Antaranya seperti mekanisme dan inisiatif diisytiharkan MOSTI bagi membantu golongan niaga seperti berikut.
Pertama, seperti yang saya sebut awal tadi, kita ada dana inovasi sosial dan akar umbi daripada YIM untuk tujuan membantu innovators ini dan dana khusus ini untuk innovator tempatan usahawan mikro, PKS di kawasan luar bandar. Kita juga ada seperti yang saya sebut tadi, Cradle Fund Sdn. Bhd. yang menyediakan berbagai geran termasuk juga bimbingan yang melalui YIM ini. Kita gunakan sebagai cara kita membantu mereka-mereka yang seperti Yang Berhormat sebut.
Berkenaan sokongan yang diberikan kerajaan tidak boleh kita tumpukan betul kepada pencipta-pencipta sahaja, itu saya bersetuju dengan ada pandangan seperti sedemikian. Oleh itu, bagi memastikan produk-produk ini tidak terhenti di peringkat penciptaan sahaja, MOSTI menyediakan dan membantu laluan innovators seperti berikut.
Pertama, melalui dana pengkomersialan. Di bawah RMK13, fokus utama kita berikan kepada produk dan teknologi yang berada di skala TRL 7 dan 9 bagi memastikan hasil research and development itu dapat diproduksikan untuk pengguna sebenar dan memasuki pasaran dengan efektif. Tidak dia terletak di situ saja sebagai satu ciptaan yang tidak boleh mendatangkan manfaat kepada komuniti, masyarakat, negara kita.
Maka itu, kita tambah juga lagi dengan satu lagi usaha kerajaan melalui National Technology and Innovation Sandbox (NTIS). Usaha ini dibuat bagi membantu syarikat menguji lagi teknologi dalam persekitaran sebenar. Ini juga untuk mengatasi kekangan seperti mungkin Yang Berhormat lihat bahawa bila mana kita ada satu ciptaan dia tidak dapat diperkembangkan akan diperluaskan, maka itu kita juga menyediakan prasarana seperti ini, kemudahan seperti ini untuk kita bertujuan mengatasi apa juga kekangan yang menjadi penghalang kepada penskalaan produktif— produk inovatif ini.
Ketiganya, melalui sokongan kita untuk memasarkan. Melalui program akses pasaran yang dijalankan oleh agensi di bawah MOSTI seperti MRANTI, usahawan dan innovator seperti Yang Berhormat sebut akan dibantu dengan strategi kemasukan pasaran domestik dan antarabangsa. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih YB Menteri. Saya jemput Batang Sadong.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Terima kasih YB Speaker.
Merujuk kepada jawapan Timbalan Menteri tadi, ada menyebut tentang innovator akar umbi. Jadi Batang Sadong ingin bertanya, apakah usaha yang dilaksanakan oleh MOSTI bagi meningkatkan daya inovasi di peringkat akar umbi? Khususnya dalam kalangan innovator dan usahawan luar bandar dan selain itu, adakah MOSTI menyediakan inisiatif turun padang, bimbingan teknikal atau khidmat sokongan secara langsung bagi membantu golongan ini membangunkan serta mengkomersialkan inovasi mereka. Terima kasih.
Datoʼ Dr. Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Tuan Yang di-Pertua, MOSTI melalui Yayasan Inovasi Malaysia ini sentiasa komited dalam kita memperkasakan innovators dan usaha usahawan tempatan kita khususnya dalam kalangan komuniti yang berada di luar bandar dan akar umbi yang berdepan kekangan akses model serta kepakaran.
Pelbagai inisiatif yang kita laksanakan termasuklah seperti program kita turun padang— untuk melihat apa sebenarnya yang ada berlaku di bawah yang menjadi satu isu untuk kita bantu masyarakat setempat melalui innovators ini. Dan kita gunakan pendekatan yang kita panggil Jejak Inovasi Sosial di mana kita akan memastikan bahawa kita boleh mengenal pasti seperti yang disebut, membimbing dan menyokong innovator serta usahawan berpotensi dalam membangun penyelesaian inovatif berimpak tinggi kepada komuniti setempat di samping kita membuka lagi peluang pengkomersialan dan penjanaan ekonomi khususnya dalam kalangan masyarakat setempat.
Datoʼ Dr. Mohammad Yusof bin Apdal
Melalui program jejak inovasi sosial ini kita telah melaksanakannya dengan membahagi kepada tujuh zon termasuk zon yang berada di Sarawak dan juga di Sabah. Kita telah berupaya dan menghasilkan beberapa isu-isu yang menjadi masalah dihadapi oleh masyarakat setempat. Usaha ini kita perkukuh lagi dengan kita menyediakan geran juga. Geran pemula, sokongan pembangunan produk, pengujian pasaran serta bimbingan ke arah pre-commercialisation, pengkomersialan dan juga untuk tujuan pengkomersialan.
Bagi tahun 2026 ini, pelaksanaan inisiatif ini kita gerakkan melalui tiga projek utama iaitu pertama MyIS Komuniti. Kedua, MyIS Komersial dan MyIS Golden STI dengan peruntukan keseluruhan RM2.75 juta. Saya harap saya menjawab soalan Yang Berhormat Batang Sadong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya saya jemput Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad, Simpang Renggam.
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 5.
5. Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad [Simpang Renggam] minta Menteri Luar Negeri menyatakan pendirian dan hasil rundingan Annual Leaders’ Retreat, Malaysia–Singapura berkaitan isu Pulau Batu Puteh serta tindakan diplomatik dan undang-undang susulan bagi mempertahankan kedaulatan maritim negara.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Menteri.
Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Simpang Renggam atas pertanyaan yang dikemukakan.
Tuan Yang di-Pertua, sepertimana Dewan yang mulia sedia maklum Sesi Permukiman Pemimpin-pemimpin Malaysia–Singapura ke-12, Annual Leaders’ Retreat (ALR) ke-12 telah diadakan di Singapura. ALR ke-12 diketuai oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri Malaysia dan Tuan Yang Terutama Lawrence Wong, Perdana Menteri Singapura.
Antara hasil mesyuarat tersebut, kedua-dua pemimpin telah bersetuju untuk meneruskan rundingan berkaitan sempadan maritim di antara kedua buah negara termasuk di perairan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Kedua-dua pemimpin juga telah menyatakan harapan agar kedua-dua pihak kekal komited untuk menyelesaikan isu persempadanan maritim dua hala yang tertangguh dan meningkatkan kekerapan rundingan. Berdasarkan persetujuan tersebut pasukan teknikal persempadanan maritim Malaysia yang diketuai oleh Kementerian Luar Negeri dan dianggotai oleh kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan akan terus berunding isu persempadanan maritim tersebut dengan pihak Singapura.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan konsisten dan komited dalam meneruskan usaha rundingan dengan Republik Singapura. Dalam proses rundingan aspek-aspek teknikal dan undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Undang-undang Laut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 1982 (UNCLOS) menjadi asas dalam usaha mencari jalan penyelesaian yang kukuh dan bermanfaat kepada kedua-dua pihak. Ini adalah selaras dengan undang-undang antarabangsa termasuk UNLCOS 1982 dan juga hubungan baik diplomatik dua hala di antara Malaysia–Singapura yang telah terjalin sekian lama.
Dalam hubungan ini, Kerajaan Malaysia akan sentiasa mempertahankan dan memastikan kedaulatan hak akan sentiasa–– hak kedaulatan, bidang kuasa dan kepentingan negara sentiasa terpelihara. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Simpang Renggam, silakan.
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan tahniah kepada Timbalan Menteri di atas jawapan yang dapat sedikit sebanyak memperjelaskan kedudukan soal kedaulatan apabila kita bercakap soal sempadan.
Jadi soalan tambahan saya Yang Berhormat katakanlah kita mempunyai keputusan yang tidak memihak kepada kita berkaitan dengan Pulau Batu Puteh tapi isu persempadanan ini masih lagi bangkit atau wujud antara Malaysia–Singapura, Malaysia–Indonesia khususnya berkaitan dengan soal tiga batu nautika daripada sempadan negeri.
Jadi bagaimana kita melihat usaha-usaha yang dibuat oleh Kementerian Luar apabila membicarakan tentang soal sempadan maritim yang menyentuh lagi isu yang selanjutnya supaya perkara Pulau Batu Puteh tidak berulang persempadanan yang masih berbangkit antara Malaysia dengan Singapura, termasuk antara Malaysia dengan Indonesia? Jadi, isu persempadanan maritim yang berbangkit ini, apakah peringkat tindakan ataupun usaha di pihak kementerian? Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih YB Menteri.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Satu persoalan yang baik dan juga Malaysia dan Kementerian Luar Negeri konsisten dalam menjawab isu-isu begini. Ini adalah merupakan isu-isu dua hala yang masih tertunggak dan juga berkaitan dengan Malaysia dan Singapura.
Kedua-dua pemimpin telah bersetuju untuk mengambilkan satu pendekatan harmoni dan juga konstruktif dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik dan juga memberikan manfaat bersama.
Sememangnya kita tidak ingin mengulangi kesilapan-kesilapan. Kita juga sentiasa memastikan pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang mewakili kerajaan untuk duduk berbincang secara lebih kerap. Itu adalah merupakan keputusan kedua-dua Yang Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan juga Singapura.
Berkenaan tentang persempadanan maritim, kerajaan juga bersetuju untuk kita menggunakan instrumen rundingan melalui Jawatankuasa Teknikal Bersama bagi merapatkan jurang pendirian di segmen barat dan timur bagi sempadan maritim antara Malaysia dan juga Singapura.
Begitu juga dengan negara-negara jiran kita seperti Indonesia, Brunei dan juga di rantau ASEAN ini kerana isu persempadanan maritim ini adalah juga merupakan satu isu yang sensitif yang kita perlu lihat dalam konteks yang lebih kompleks. Kebijaksanaan pemimpin-pemimpin kita yang lepas dan terkini mengambil pendekatan saling hormat-menghormati. Dalam masa yang sama juga kita menjaga kedaulatan. Itu adalah merupakan tumpuan utama kita.
Segala pencapaian-pencapaian akan kita maklumkan daripada masa ke semasa dan komited untuk meneruskan rundingan ini akan dilaksanakan oleh pegawai-pegawai dan juga pemimpin-pemimpin melalui platform yang telah kita tentukan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya jemput Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tahniah di atas pelantikan sebagai Timbalan Menteri Luar yang sangat penting mengukuhkan kedudukan Malaysia di antarabangsa.
Persoalan yang melibatkan Pulau Batu Puteh ini sudah pun panjang diperdebat di Dewan kita ini yang kita pastikan bahawa ia sangat strategik kepada kedua-dua negara. Walaupun keputusan ICJ 2008 itu memberikan kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura dan keputusan juga Middle Rock itu diiktiraf kepada milik Malaysia. Namun di South Ledge ini masih bergantung kepada penetapan sempadan maritim yang masih belum dimuktamadkan.
Jadi soalan saya apakah jaminan konkrit kerajaan sendiri bahawa sebarang rundingan dan pendekatan diplomatik Malaysia–Singapura ini termasuk yang kalau dibincang dalam leaders’ retreat ini tidak menghakis kedaulatan kita termasuk tuntutan kita kepada Tubir Selatan ini?
Kedua Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagaimana kalau dilihat bahawa kepentingan untuk kerajaan perlu membentang secara berkala kepada Parlimen sebarang proses kemajuan rundingan Malaysia dan Singapura. Kita tak ada— tidak mahu sepertimana yang sedang berlaku sekarang di antara kita Malaysia dan Indonesia dalam soal sempadan Kalimantan Utara itu.
Laporan kita mengatakan bahawa Malaysia belum muktamad lagi perundingan ini tetapi di pihak Indonesia mengatakan telah muktamad bahawa kita telah menyerah lebih 5,000 hektar. Jadi, perlu dilihat maknanya secara lebih konkrit kerajaan perlu bersedia membentangkan kepada Parlimen sebarang rundingan dengan pihak luar.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih. YB Menteri.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat YB Ahli Parlimen Sik berkenaan tentang soalan kedua yang telah dikemukakan. Saya bersetuju dengan cadangan tersebut agak pihak kementerian dan juga kerajaan dapat membentangkan laporan dan juga rundingan yang diadakan daripada masa ke semasa melalui platform Parlimen.
Saya akan berhubung dengan Pengerusi Jawatankuasa Parlimen yang berkaitan dengan hubungan luar negeri untuk mengambil inisiatif yang lebih baik untuk mengadakan sesi libat urus dan seterusnya mengemukakan laporan tersebut kepada pihak Parlimen.
Berkenaan tentang persoalan yang telah dibangkitkan berkenaan tentang Batu Puteh. Ingin saya perbetulkan Yang Berhormat Parlimen Sik supaya Ahli-ahli Parlimen di dalam Dewan ini untuk menggunakan dan juga melontarkan soalan menggunakan perkataan Batu Puteh sahaja kerana Batu Puteh itu bukanlah merupakan pulau. Itu adalah merupakan features ataupun bentuk satu gambaran batu di perairan kita. Sekiranya kita mengiktiraf kawasan tersebut kepada pulau, kawasan tersebut juga merupakan satu kawasan yang berpenghuni.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Berkenaan tentang pendekatan yang kita gunakan, kita telah pun menubuhkan satu jawatankuasa mekanisme Malaysia–Singapore Joint Technical Committee on implementation of International Court of Justice, judgment on Pedra Branca, Middle Rocks and South Ledge di mana platform ini ditubuhkan untuk membincangkan isu berkaitan dengan Batu Puteh, Batuan Tengah dan juga Tubir Selatan.
Walaupun demikian, isu berkenaan Tubir Selatan masih lagi kita sedang rundingkan seperti apa yang saya jawab kepada Yang Berhormat Simpang Renggam sebentar tadi, kedua-dua Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan Singapura mengambilkan pendekatan rundingan dan juga kita akan melakukan rundingan ini agar lebih kerap.
Juga terdapat sub-committee, sub-committee yang telah diwujudkan seperti Sub-Committee on Maritime Boundary Delimitation of Pedra Branca, Middle Rocks dan South Ledge di mana kita akan meneliti apakah kaedah-kaedah dan juga keputusan-keputusan yang ingin kita perolehi secara konsisten dan juga menekankan kepada kedaulatan negara.
Itu adalah merupakan pendirian kerajaan dan juga kita berharap agar keputusan-keputusan yang akan kita putuskan di dalam komuniti ini akan memberikan kebaikan dan juga keharmonian bagi kedua-dua perhubungan antara dua hala negara. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, Kuala Langat.
Datoʼ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terima kasih Puan Speaker. Soalan saya nombor 6.
6. Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi [Kuala Langat] minta Menteri Digital menyatakan:
(a) berapakah jumlah geran tahunan yang diperuntukkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC); dan
(b) apakah syarat-syarat permohonan bagi geran MDEC tersebut dan adakah keutamaan diberikan kepada pengkarya atau penggiat industri kreatif yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam penghasilan karya mereka.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan Yang Berhormat Menteri Digital untuk menjawab.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Yang di-Pertua, ekonomi negara bukan sahaja sedang pulih, malah kini berada di atas landasan yang paling kukuh dalam tempoh sedekad. Segala indikator utama membuktikan bahawa keberhasilan ini adalah hasil langsung daripada ketegasan tadbir urus dan Dasar Ekonomi MADANI yang sentiasa meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan.
Angka kejayaan yang nyata Tuan Yang di-Pertua, ekonomi negara menunjukkan daya tahan yang luar biasa, lonjakan pertumbuhan 5.7 peratus pada suku keempat tahun 2025. Yang juga mustahak, kita lihat bila kita ada penekanan kadar inflasi di bawah 1.6 peratus. Selain itu, kadar pengangguran pula jatuh ke paras 2.9 peratus iaitu paras terendah Yang Berhormat, dalam tempoh 11 tahun.
Ini adalah bukti jelas keberhasilan kerajaan dalam sediakan peluang pekerjaan dan juga menjamin kestabilan hidup rakyat. Jadi di sini semangat kejayaan yang kita lihat, Kementerian Digital juga melalui MDEC terus komited untuk memastikan bahawa lonjakan ekonomi digital ini inklusif selaras dengan KPI ekonomi digital yang mana kita hendak mencapai sumbangan sebanyak 30 peratus Yang Berhormat, kepada KDNK menjelang tahun 2030. Ini selaras dengan aspirasi Negara AI 2030 yang diumumkan oleh Perdana Menteri semasa membentangkan Rancangan Malaysia Ketiga Belas.
Di bawah Belanjawan 2026 Puan Yang di-Pertua, kerajaan telah pun memperuntukkan sebanyak RM53 juta sebagai Geran Pecutan Malaysia Digital ataupun MDAG yang dikendalikan oleh MDEC. Peruntukan ini Tuan Yang di-Pertua, akan digunakan untuk memenuhi komitmen pembayaran kepada penerima geran yang telah pun diluluskan sebelum daripada ini.
Berdasarkan data sehingga 13 Januari tahun ini, baki komitmen geran ini akan diperuntukkan kepada 47 syarikat teknologi. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 28 syarikat adalah penggiat teknologi kecerdasan buatan ataupun AI dan Internet of Things (IOT). Ini termasuklah syarikat dalam sektor digital creative tech yang menyokong pengkarya industri kreatif kita agar mereka mampu bersaing di peringkat global dengan teknologi yang terkini.
Secara umum Yang Berhormat Yang di-Pertua, kriteria bagi memohon geran MDAG merangkumi pendaftaran syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 atau 2016, modal saham terbitan minimum mengikut program serta rekod kewangan yang bersih. Walau bagaimanapun, peruntukan RM53 juta ini adalah khusus untuk menyelesaikan baki komitmen geran MDAG sedia ada. Sebarang syarat permohonan untuk geran baharu adalah tertakluk kepada keperluan semasa geran yang akan ditawarkan selepas daripada ini.
Tuan Yang di-Pertua, inilah komitmen Kerajaan MADANI termasuklah memastikan setiap perancangan digital bukan sahaja memacu inovasi, malah menjadi nadi kepada kemakmuran ekonomi negara demi masa depan seluruh rakyat Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Langat.
Datoʼ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mendapat makluman ada pengkarya kreatif yang memohon geran ini, tetapi tidak diluluskan disebabkan oleh kandungan menggunakan teknologi kecerdasan ataupun AI ini. Cuma, AI ini sekarang terlalu rancak dan saya kira kita tidak boleh halang.
Apakah inisiatif kerajaan ataupun kementerian untuk menggalakkan penggunaan AI yang mungkin dalam bentuk yang lebih terkawal dalam industri kreatif, terutamanya dalam mempromosikan kepentingan-kepentingan negara kita termasuklah mungkin program-program kerajaan dan juga adaptasi pendidikan, kesihatan menggunakan kaedah kreatif AI ini sendiri?
Dan sejauh manakah geran ini telah membantu penggiat tempatan untuk mengembangkan produk sedia ada ke pasaran serantau ataupun global? Dan mungkinkah ada satu bentuk garis panduan penggunaan AI ini supaya ia dapat dikawal di dalam negara kita? Terima kasih.
Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, kalau ada maklumat berkenaan dengan permohonan-permohonan yang telah pun dibuat dan tidak diluluskan, yang mana dibawa alasan sebegitu yang dinyatakan, sila bawa ke perhatian saya dan saya akan lihat semula kepada aplikasi atau permohonan-permohonan tersebut.
Yang Berhormat, sepertimana sedia maklum, kita di dalam MDEC memang melalui proses yang ketat untuk pastikan bahawa dana yang disediakan ini digunakan untuk tujuan yang tepat. Kita tidak mahu ada ketirisan dan sebagainya ataupun ada wang yang dikeluarkan, lebih dana yang digunakan untuk tujuan-tujuan yang tidak mendatangkan sebarang hasil.
Jadi dari sudut itu, kita memang ada proses penilaian. Kita lihat kepada apakah projek-projek yang sebenarnya telah pun dipohon, apakah yang sebenarnya telah pun dilaksanakan dan di situ kita juga lihat kepada aspek-aspek ROI ataupun pulangan yang kita lihat daripada pelaburan ini. Ini penting kerana kita hendak pastikan bahawa dana yang dikeluarkan itu memang tepat pada tempatnya dan menunjukkan keberhasilan.
Dua perkara yang kita lihat. Sekarang ini kita lihat kepada sebenarnya angka melalui hasil pulangan daripada proses pelaburan itu. Maksud dia, kalau kita memberikan geran itu, kita melihat kepada atau perlukan supaya ditunjukkan bahawa hasil dari sudut keuntungan itu memang ada. Itu satu. Kedua, kita juga lihat kepada aspek memastikan bahawa kita dapat mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baru yang selari dengan teknologi baru khususnya dalam AI.
AI ini Yang Berhormat, adalah satu perkara yang sangat luas, merentasi semua sektor. Kita semua tahu, tapi kita kena hendak lihat kepada bagaimana teknologi baru menggunakan AI itu dapat juga membawa impak kepada apa yang kita sebut sebagai sektor ini. Inilah satu perkara yang memang giat kita lihat.
Dalam MDEC kita ada banyak program di mana kita sering kali jumpa dengan industri. Kita sedar berkenaan dengan teknologi baru. Kita lihat bagaimana kita dapat memastikan bahawa penggiat-penggiat karya negara kita dapat mengadapsi perniagaan mereka kepada teknologi baru.
Dan sepertimana Yang Berhormat sebut tadi, yang sangat penting juga untuk melihat apa yang berlaku bukan sahaja di rantau kita, tapi di peringkat global. Kita hendak pastikan bahawa apabila ada pelaburan, dana dikeluarkan, produk yang kita hasilkan itu adalah produk yang boleh mencapai peringkat taraf global. Itu sangat penting untuk kita memastikan bahawa Malaysia atau nama Malaysia itu naik ke dalam pentas global dan dilihat oleh seluruh negara di seluruh dunia dan mereka juga melihat negara Malaysia sebagai satu tempat pelaburan yang mereka tertarik.
Dan itu saya rasa satu perkara yang sangat penting.
Tetapi sepertimana saya sebut Yang Berhormat, kalau ada maklumat berkenaan aduan bagaimana kita boleh memperbaiki, menaik taraf dan juga lihat kepada meluaskan lagi kepenggunaan dana ini, saya sedia untuk mendengar aduan tersebut. Dan kita lihat bagaimana kita dapat berkerjasama untuk memperbaiki sistem yang sedia ada. Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tadi. Yang Berhormat Menteri, saya tahu Yang Berhormat Menteri memang sangat passionate dalam menggerakkan pendigitalan di negara kita. Tetapi satu hakikat bahawa ada demografi negara kita, ada golongan yang tercicir dan mungkin belum lagi bersedia untuk pendigitalan.
Mereka banyak memerlukan bantuan terutama khidmat nasihat dan bantuan kewangan daripada pihak kerajaan. Dan saya tahu di kalangan banyak-banyak geran ini, ada juga kisah-kisah yang mana kerajaan telah berjaya membantu golongan ini untuk adaptasi kepada pendigitalan ini. Jadi, bolehkah Yang Berhormat Menteri berkongsi dengan Dewan mulia ini, apakah kisah-kisah kejayaan penerima- penerima MDAG ini supaya Dewan yang mulia ini lebih faham dan rakyat pada keseluruhannya lebih faham apakah inisiatif dan usaha pihak kerajaan?
Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih Yang Berhormat daripada Bakri dengan izin Yang di-Pertua. Bakri saya setuju. Baru-baru ini saya ada peluang untuk pergi ke acara WEF di Davos. Di situ satu daripada perbincangan yang dibawa adalah berkaitan dengan bagaimana kita perlu pastikan bahawa pelaburan yang kita buat untuk teknologi baru dan juga penekanan yang diberikan oleh kerajaan untuk kita dapat melebarkan teknologi di dalam sesuatu negara itu dapat dirasai oleh rakyat. Ini sangat penting.
Dan itu sebab apabila kita lihat kepada pendekatan yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, beliau melihat dan beliau sering kali mengingatkan kita supaya pastikan bahawa kita fokus kepada target group. Kita tidak hendak ada keadaan di mana perbincangan itu sangat luas, sedap untuk kita dengar tetapi memang tidak ada kesan dia terhadap kumpulan-kumpulan yang memerlukan bantuan ini.
Jadi kerajaan melalui Kementerian Digital melihat kepada impak khususnya untuk tahun ini. Bagaimana kita boleh pastikan bahawa dana yang ada, teknologi yang ada, pengetahuan yang kita tahu berkenaan dengan semua ini dapat disalurkan kepada kumpulan-kumpulan tertentu.
Jadi saya nak memberikan pengesyoran kepada Yang Berhormat dan semua Yang Berhormat Dewan ini bahawa kita memang melihat kepada itu, kita hendak pastikan bahawa teknologi yang baru ini dapat sampai kepada kumpulan-kumpulan yang memerlukan. Buat tujuan soalan di hadapan kita hari ini, beberapa contoh dapat saya berikan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan.
Tuan Gobind Singh Deo
Saya akan ringkaskan, memang ada banyak tetapi di antara mereka Yang Berhormat adalah CARSOME Group. CARSOME Group ini adalah platform e-dagang kereta terpakai terkemuka di Asia Tenggara beroperasi di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura. Melalui sokongan dana pelaburan yang disalurkan daripada MDAG, syarikat ini berjaya mencipta 101 pekerjaan berpengetahuan dan mencapai keuntungan yang meningkat lebih 50 peratus dalam tahun 2024.
Lebih membanggakan Yang di-Pertua, CARSOME juga telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa dan menjalinkan kerjasama strategik bersama nama besar seperti Mitsubishi dan JACCS dari Jepun. Selain daripada itu, kita ada Kiddocare bawah syarikat penjagaan kanak-kanak berteraskan teknologi yang menyediakan platform inovatif yang menghubungkan ibu bapa dengan pengasuh terlatih.
Ya, inisiatif ini bukan sahaja memudahkan akses kepada penjagaan kanak- kanak yang berkualiti, malah turut menyokong peningkatan penyertaan wanita dalam tenaga kerja. Ketiga, kita ada Daythree Digital. Peneraju dalam proses perniagaan atau BPM yang pernah memenangi pelbagai anugerah dan juga menonjol sebagai pakar dalam membentuk pengalaman pelanggan, pemasaran digital serta automasi.
Selain daripada itu, izinkan saya hanya sebutkan dua lagi iaitu MACROKIOSK Group yang menjadi peneraju utama dalam penyelesaian komunikasi dan pembayaran digital sepadu untuk perniagaan dan juga Inspedia iaitu peneraju industri animasi 2D tempatan dengan pengalaman lebih daripada 20 tahun.
Mereka telah pun membina reputasi cemerlang dengan pelanggan antarabangsa seperti Netflix, Apple TV Plus dan juga Cartoon Network. Dengan pelaburan sebanyak 6.1 juta, syarikat ini juga telah pun melihat pekerja-pekerja berpengetahuan baru dan terus berkembang dengan pesat. Ini adalah contoh- contoh, memang ada senarai yang lebih luas. Saya sedia untuk membekalkan kepada yang berhormat sekiranya diperlukan. Terima kasih Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Roy Angau anak Gingkoi, Lubok Antu.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 7.
7. Tuan Roy Angau anak Gingkoi [Lubok Antu] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan sejauh mana kejayaan program Geran Agropreneur Muda dalam meningkatkan minat dan penglibatan belia luar bandar dalam bidang pertanian dan sektor keusahawanan agro serta pecahan jumlah penerima mengikut negeri dan bidang.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menjawab.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin
Ya, Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) kekal komited dalam meremajakan sektor agromakanan negara dengan memperluas penglibatan golongan muda termasuk di kawasan luar bandar melalui pendekatan keusahawanan yang berdaya maju dan mampan.
Antara instrumen utama ke arah matlamat tersebut ialah Program Agropreneur Muda yang telah dilaksanakan secara berterusan sejak tahun 2016.
Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas iaitu dari tahun 2021 sehingga 2025, kementerian telah meluluskan Geran Agropreneur Muda kepada seramai 3,914 orang usahawan muda dengan nilai keseluruhan bantuan yang berjumlah RM86.16 juta.
Pencapaian ini mencerminkan tahap penerimaan dan minat yang memberangsangkan dalam kalangan anak muda terhadap sektor pertanian dan keusahawanan agro. Keberkesanan program ini bukan sahaja diukur dari sudut jumlah keseluruhan penyertaan, malah turut dinilai berdasarkan prestasi dan kelestarian projek yang dilaksanakan. Berdasarkan data pemantauan terkini, pertama, sebanyak 80.25 peratus peserta didapati kekal aktif mengusahakan projek pertanian masing-masing, sekali gus mencerminkan tahap daya tahan yang tinggi dalam kalangan usahawan.
Dan kedua, dari sudut daya maju projek seramai 1,639 orang usahawan merekodkan peningkatan hasil jualan dengan 1,061 orang daripada jumlah tersebut mencatatkan kenaikan pendapatan yang melebihi 100 peratus. Dapatan ini membuktikan bahawa pendekatan pemberian geran secara in kind telah berfungsi secara berkesan sebagai pemangkin minat di samping membantu belia luar bandar membina asas perniagaan agro yang lebih berdaya saing dan berpotensi untuk berkembang.
Bagi memastikan kesinambungan dan impak program ini dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, kementerian telah menjenamakan semula inisiatif ini sebagai Program Agropreneur NextGen (PAN). Program ini dirangka secara lebih bersasar bagi menarik penyertaan belia yang berpendidikan serta celik teknologi melalui dua kategori utama.
Pertama, Geran Agropreneur NextGen (GAN) Start-Up yang memfokuskan kepada usahawan muda peringkat permulaan berumur 18 sehingga 43 tahun dengan bantuan sehingga RM30,000. Dan kedua, Geran Agropreneur NextGen
(GAN) Scale-Up yang memberi tumpuan kepada pengembangan skala perniagaan bagi belia yang berumur 21 sehingga 45 tahun dengan bantuan sehingga RM50,000 serta mewajibkan penerapan teknologi moden seperti IoT, automasi dan mekanisasi.
Dan dari sudut pecahan penerimaan mengikut bidang, sektor tanaman merekodkan penyertaan yang tertinggi diikuti oleh Industri Asas Tani (IAT) iaitu ternakan dan perikanan. Perincian lengkap statistik penerimaan mengikut negeri dan subsektor boleh saya kemukakan kepada YB di dalam lampiran. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Lubok Antu.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang komprehensif. Sebentar tadi Timbalan Menteri menyatakan banyak geran-geran yang telah diberi bagi membantu golongan belia untuk menjalankan peniagaan agropreneur muda.
Jadi soalan saya, ramai di kawasan luar bandar seperti di kawasan Lubok Antu tidak mengetahui ataupun tidak mengetahui kewujudan Geran Agropreneur Muda. Oleh itu, saya ingin bertanya sama ada kementerian mengambil langkah proaktif bagi menggerakkan Jabatan Pertanian peringkat daerah untuk mengenal pasti anak-anak muda yang tinggal di rumah-rumah panjang dan ceruk kampung yang mempunyai bakat dan potensi dalam bidang pertanian agar mereka dapat menikmati manfaat di bawah bantuan Geran Agropreneur Muda.
Datuk Chan Foong Hin
Ya, untuk makluman YB Lubok Antu. Okey, kita selalu adakan promosi turun padang di peringkat nasional dan juga daerah.
Kementerian membawa perkhidmatan dan maklumat berkaitan Geran Agropreneur Muda ini terus kepada rakyat melalui pelaksanaan pelbagai program turun padang yang berskala besar.
Antaranya Program MADANI Rakyat, Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK), Road to HPPNK serta Jom Tani @ Jom Heboh. Ini kita laksanakan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. So, memang kita nak gerakkan juga pegawai-pegawai jabatan dan agensi di bawah kementerian di peringkat daerah, juga turut aktif untuk mempromosikan geran ini.
Yang kedua ini, kita ada kerjasama strategik melalui Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI). So, kita boleh terus –– kita approach okey. Kita menyeru untuk yang anak-anak muda di luar bandar ini, mereka boleh menghubungi NADI yang terdekat dengan mereka. Dan saya ada success story kerana kalau saya tengok yang rekod saya ini, ada juga success story yang dari Lubok Antu.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
[Bangun]
Datuk Chan Foong Hin
Seperti ini nama dia saudara Ilhamri bin Amir Azmi, seorang usahawan muda yang mengusahakan projek pembenihan ikan tilapia merah di kawasan YB. So, beliau telah diluluskan geran pada awal tahun 2024 dan sebelum menerima bantuan, pendapatan beliau hanya sekitar RM1,000 sebulan. Namun, hasil suntikan modal dan peralatan daripada kementerian, data terkini pada suku ketiga tahun lalu menunjukkan pendapatan beliau telah melonjak kepada RM7,000 satu bulan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Padang Terap .
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita tengok isu utama dalam negara kita ialah sektor pertanian ini didominasi oleh petani tua. Kalau ikut perangkaan daripada DOSM, 77.8 peratus petani tua umur 46 ke atas. Jadi, kira saya lihat kementerian perlu agresif untuk melonjakkan penyertaan petani muda ini.
Saya nak menyentuh tentang Geran Scale-Up yang RM50,000 tadi ini. Dia bukan anak muda tak berminat tetapi melihat syarat-syarat itu. Syarat-syarat itu kita tengok macam ketat sikit.
Contoh, income kena RM5,000 ke atas. Pengalaman projek mesti jalan tiga tahun. Ada kelayakan akademik berkaitan pertanian dan mesti mengikuti latihan.
Adakah pihak kementerian boleh mempertimbangkan untuk melonggarkan sedikit syarat untuk menerima Geran Scale-Up untuk pengembangan projek pertanian ini?
Terima kasih.
Datuk Chan Foong Hin
Terima kasih kepada soalan yang begitu baik. Yang pertamanya, untuk statistik, jumlah petani Malaysia yang berusia lebih 60 tahun, kalau ikut Laporan Interim Banci Pertanian 2024 adalah seramai 45.4 peratus. Bukan 70 peratuslah, 45 peratus untuk petani yang berusia lebih daripada 60 tahun, yang itu yang pertama.
Yang kedua ini sama ada nak melonggarkan syarat itu kerana scale up ini dia untuk usahawan yang sudah ada permulaan dia. Yang sudah selepas start up, baru scale up. So, scale up adalah program yang seterusnya.
So, sama ada nak melonggarkan atau tidak, cuma saya rasa ini kita harus mengkaji balik. Untuk memperkasakan yang kelayakan untuk anak-anak muda ini, sebenarnya kita ada program pengajian teknikal dan vokasional TVET pertanian di 16 buah institut latihan TVET, ini bertujuan untuk menggalakkan generasi muda untuk melibatkan diri dalam bidang agromakanan.
Untuk menarik minat belia ini, kerajaan menanggung sepenuhnya kos pengajian, penginapan, makan minum, malah menyediakan wang saku bulanan kepada pelatih. So, dia tak ada isu dari segi tak ada peluang untuk melalui TVET.
So, inilah yang kita menawarkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Dato’ Azman bin Nasrudin, Padang Serai.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Terima kasih, Yang Berhormat Speaker. Sebelum saya meneruskan soalan, saya ingin meraikan kehadiran rombongan pelajar-pelajar dan guru-guru MRSM Jeli. Selamat datang ke Parlimen.
Sorong papan, tarik papan; Mohon jawapan nombor lapan.
8. Dato' Azman bin Nasrudin [Padang Serai] minta Perdana Menteri menyatakan data terkini mengenai jumlah perniagaan atau gerai yang dikendalikan oleh warga negara asing (sama ada secara sah atau haram) di kawasan tumpuan sekitar Wilayah Persekutuan, apakah tindakan penguatkuasaan bersepadu yang telah dan sedang diambil oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Lo Su Fui
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.
Sebelum saya menjawab soalan, saya berbalaslah dengan serangkap pantun.
Dari Timur Sabah ke Semenanjung, Membawa pesan dan hasrat yang sama; Amanah rakyat sedia dijunjung, Demi kesejahteraan negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL) telah melaksanakan tindakan penguatkuasaan harian dan tindakan khas secara bersepadu bersama agensi penguatkuasaan berkaitan bagi memantau perniagaan warga asing tanpa permit yang sah.
Sepanjang tahun 2025, sebanyak 1,632 notis kompaun kepada pemilik tempatan di bawah Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016. Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Wilayah Persekutuan Kuala. Lumpur) 2016 serta Undang-undang Kecil Petempatan Makanan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016 atas kesalahan mengambil pekerja warga asing tanpa permit kerja yang sah.
Selain itu, terdapat penyalahgunaan lesen perniagaan melalui amalan ali baba apabila premis atau gerai berlesen dipajak atau dikendalikan sepenuhnya oleh warga asing. Sehubungan itu, DBKL telah mengambil 113 tindakan penutupan premis dan membatalkan 31 lesen pemilik tempatan yang terlibat. Selain melaksanakan 4,513 tindakan sitaan terhadap warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan dan penjajaan di sekitar Kuala Lumpur bagi memastikan pematuhan undang-undang serta melindungi peluang ekonomi warganegara.
Dari aspek penguatkuasaan bersepadu pula, 49 siri KL Strike Force telah dilaksanakan bagi tahun 2025 bersama agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan agensi-agensi lain mengikut keperluan operasi.
DBKL komited untuk memastikan aktiviti perniagaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dilaksanakan secara teratur, mematuhi undang-undang dan memberi keutamaan kepada kepentingan warganegara, selaras dengan usaha mengekalkan imej ibu kota sebagai bandar raya bertaraf antarabangsa. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Padang Serai.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Terima kasih, jawapan daripada Timbalan Menteri. Soalan jawapan yang sangat komprehensif. Saya ada dua faktor lagi saya nak tanya.
Adakah kerajaan mempunyai data anggaran mengenai jumlah kerugian hasil cukai atau aliran keluar wang negara yang berpunca daripada aktiviti perniagaan haram warga asing ini? Dan, bagaimanakah yang menjejaskan daya saing peniaga kecil tempatan di lokasi tumpuan pelancong?
Yang keduanya Menteri, adakah kementerian bercadang untuk mewartakan zon-zon perniagaan tertentu di Wilayah Persekutuan sebagai zon sifar peniaga asing di mana penglibatan warga asing sebagai pembantu premis juga dilarang sepenuhnya bagi memastikan peluang ekonomi di kawasan strategik kekal di tangan rakyat Malaysia? Terima kasih.
Datuk Lo Su Fui
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk mengemukakan ini soalan yang sangat kreatif.
Jadi, untuk makluman Yang Berhormat, dari segi data, kita— pecahan tindakan sitaan warga asing mengikut kawasan Parlimen 2025, kita ada 4,554 kes.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
[Bangun]
Datuk Lo Su Fui
Jadi, untuk menjawab soalan ini, bagi mewartakan ini tempat khas untuk melindungi khususnya peluang-peluang dan hak-hak ini untuk warganegara, kita mengambil beberapa inisiatif yang dilaksanakan daripada DBKL.
Yang pertama, penguatkuasaan bersepadu antara agensi, iaitu DBKL melaksanakan operasi bersepadu secara berkala bersama Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan agensi penguat kuasa lain bagi memastikan tindakan dapat diambil secara menyeluruh.
Yang kedua, pemantauan premis dengan lebih kerap dan mengejut.
Pemantauan premis dilaksanakan secara berkala dan pemeriksaan mengejut bagi mengenal pasti premis yang dikenal warga asing.
Yang ketiga, tindakan sitaan dan pembatalan lesen dan pendekatan pencegahan dan kesedaran. Tapi ini cadangan yang sangat baik untuk mewartakan ini tempat yang khusus untuk warganegara dan saya akan membawa ini cadangan kembali kepada jabatan dan buat kajiannya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terima kasih Puan Speaker.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, baru-baru ini Yang Berhormat Menteri Wilayah ada mengumumkan mengenai penurunan kadar sewa tapak bazar Ramadan kepada RM400 yang mana diketahui kadar sewanya terlalu tinggi dan sering dialibabakan.
Jadi; soalan saya, bagaimana tindakan DBKL dalam memastikan bazar Ramadan ini yang akan tiba ini tidak akan disewakan kembali kepada individu lain atau kepada warga asing dengan harga yang lebih tinggi demi mengait keuntungan? Terima kasih.
Datuk Lo Su Fui
Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Puan Yang Di- Pertua, dalam memastikan bazar Ramadan tidak di ali baba kepada pihak ketiga atau bukan warganegara, DBKL telah mengambil tindakan dengan menugaskan seramai 626 petugas DBKL bagi melaksanakan tindakan pemantauan secara berterusan.
Selain itu, tiada lagi kebenaran pendaftaran pembantu dalam lesen bagi mengelakkan unsur-unsur penyamaran pemilikan di sebalik nama yang didaftarkan.
DBKL turut menyediakan saluran aduan kepada penjaja dan orang awam sekiranya terdapat sebarang maklumat berkaitan amalan sublet atau pengenaan cas yang tidak munasabah.
Aduan tersebut boleh disalurkan terus ke bilik kawalan bazar atau ke hotline DBKL, ADU@KL. DBKL juga akan menguatkuasakan undang-undang kepada individu lain, warga tempatan yang menyewakan tapak bazar dengan mengeluarkan notis kesalahan terhadap pemegang lesen.
Datuk Lo Su Fui
Seterusnya, proses pembatalan lesen akan dilaksanakan dalam tempoh 48 jam. Manakala bagi tapak bazar yang dikendalikan oleh warga asing, tindakan sitaan serta-merta ke atas barangan perniagaan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Kesavan a/l Subramaniam, Sungai Siput.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 9.
9. Tuan Kesavan a/l Subramaniam [Sungai Siput] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan apakah usaha kementerian dalam menggalakkan kementerian untuk melaksanakan perolehan terhadap produk MySTI.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menjawab
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato’ Dr. Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Kerajaan telah dan sedang melaksanakan pelbagai usaha bersepadu bagi menggalakkan kementerian dan agensi kerajaan melaksanakan perolehan terhadap produk-produk dan perkhidmatan yang menerima pensijilan. Program penggunaan barangan dan perkhidmatan hasil R&D tempatan (MySTI) meliputi aspek dasar, pemantauan, sokongan syarikat serta penglibatan agensi pelaksana sepanjang tahun 2025 dan perancangan bagi tahun 2026.
Bagi tahun 2025, MOSTI bersama Kementerian Kewangan (MOF) telah memperkukuh pelaksanaan MySTI melalui pindaan pekeliling perolehan kerajaan PP/PK1.4 berkuat kuasa 23 Jun 2025 yang mewajibkan pelaksanaan perolehan MySTI kepada semua kementerian dan badan berkanun Persekutuan.
Antara ketetapan utama ialah penggunaan inventori MySTI sebagai rujukan rasmi bagi perolehan kerajaan dan penetapan KPI tahunan sekurang-kurangnya lima peratus bagi perolehan MySTI dalam Perancangan Perolehan Tahunan (PPT) yang dipetakan dengan produk MySTI, pemantauan melalui papan pemuka atau dashboard pelaporan serta penggunaan garis panduan pelaksanaan perolehan MySTI.
Keperluan sijil MySTI turut dijadikan kriteria penilaian perolehan kerajaan.
Setakat Disember 2025, sebanyak 848 permohonan diterima dan 657 produk R&D tempatan telah diluluskan pensijilan logo MySTI. Bagi menyokong syarikat tempatan, MOSTI menyediakan dua bentuk pembiayaan iaitu Dana Mudahcara MySTI atau DMM sehingga RM500,000 sebagai persediaan perolehan kerajaan dan Dana Uji Beli MySTI atau DUB sehingga RM150,000 bagi pengujian komersial.
Sehingga Disember 2025, sebanyak RM5.2 juta telah diluluskan kepada 48 projek di bawah DUB manakala dua projek telah diluluskan untuk DMM bernilai RM783,800. Perolehan produk MySTI sehingga kini merekodkan nilai perolehan kerajaan melebihi RM32 juta menunjukkan potensi besar pengkomersialan hasil R&D tempatan.
Bagi tahun 2026, kerajaan akan meneruskan kesinambungan program ini dengan memperuntukkan RM3 juta kepada MOSTI. Di samping itu, MOSTI akan memperkukuh pemantauan pematuhan KPI lima peratus melalui papan pemuka
(dashboard) pelaporan, melaksanakan analisis prestasi perolehan MySTI secara berkala serta memperluas pelaksanaan ke peringkat GLC dan kerajaan negeri.
Sokongan kepada syarikat akan dipertingkat melalui peluasan akses dana DMM dan DUB, penggalakkan pensijilan MySTI serta program bimbingan dan padanan pasaran dengan sokongan MTDC dan MRANTI. MTDC dan MRANTI akan terus berperanan menyokong padanan keperluan perolehan kerajaan dengan produk MySTI, melaksanakan sesi libat urus dan taklimat teknikal, mempromosikan produk melalui pembiayaan MySTI di acara-acara berimpak tinggi serta membangunkan inventori dalam talian bagi memudahakseskan produk-produk oleh kementerian dan agensi.
Secara keseluruhannya, pelaksanaan MYSTI mencerminkan komitmen kerajaan menjadikan perolehan kerajaan sebagai pemacu utama pengkomersialan inovasi tempatan sejajar dengan pembangunan industri teknologi negara dan pertumbuhan ekonomi berasaskan sains, teknologi dan inovasi (STI). Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sungai Siput.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri MOSTI di atas jawapan tadi. Soalan tambahan saya, bagaimanakah kerajaan memastikan produk MySTI yang diperoleh benar-benar berkualiti dan bersedia untuk digunakan serta tidak menjejaskan operasi kementerian? Sekian, terima kasih.
Dato’ Dr. Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih atas soalan Yang Berhormat Sungai Siput. Puan Yang di-Pertua, pensijilan MySTI tidak diberikan secara automatik. Sebaliknya perlu melalui proses penilaian teknikal yang merangkumi hasil penyelidikan dan pembangunan R&D tempatan, tahap kesediaan teknologi (TLR), pengesahan pihak berkuasa kawal selia, keboleh gunaan serta potensi pengkomersialan.
Selain itu, kementerian boleh menguji produk MySTI dari segi kualiti dan kesesuaiannya melalui sebelum perolehan sebenar dilaksanakan melalui Dana Uji Beli atau DUB yang disediakan oleh kerajaan. Mekanisme ini bertujuan untuk mengurangkan risiko operasi serta meningkatkan keyakinan kementerian sebagai pengguna akhir.
Di samping itu, MTDC turut melaksanakan penilaian terhadap syarikat produk MySTI dari segi kesediaan membekalkan produk sekiranya memperoleh perolehan kerajaan selain menyediakan fasilitasi merangkumi bantuan pendanaan dan khidmat konsultasi. Pendekatan ini memastikan penama perolehan produk MySTI oleh kementerian dilaksanakan berasaskan kualiti serta keperluan sebenar dan tidak hanya bergantung kepada sokongan dasar. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Timbalan Menteri. Soalan daripada Jerantut. Melihat kepada MySTI ini, ia dapat menambahkan nilai komersial kepada produk-produk tempatan. Ia juga di satu sudut dapat mengurangkan isu masalah ketidakpadanan kerja dengan kewujudan peluang-peluang pekerja mahir.
Jadi saya nampak ia adalah satu inisiatif yang berdaya saing dan in the future boleh meningkatkan kurangnya masalah ketidakpadanan kerja inilah.
Jadi soalan saya ialah apakah pihak MOSTI ada political will untuk mewujudkan satu national blueprint untuk MySTI ini supaya bukan sekadar kita menambah peluang pekerjaan mahir tetapi kita menjadi peneraju kepada dunia inovasi di peringkat Asia.
Dato’ Dr. Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat Jerantut. Mengenai pandangan tadi kita ucap banyak terima kasih dan atas cadangan untuk kita mengadakan satu national blueprint, rasanya di pihak kementerian sekarang ini kita ada banyak dasar-dasar yang telah kita wujudkan dan laksanakan termasuklah dasar inovasi sosial.
Tujuan itu adalah untuk seperti mungkin harapan Yang Berhormat supaya apa juga usaha kerajaan ini tidak terhenti di mana, begitu. Kita nak dia berterusan sampai bila-bila masa. Come the time kita perlu ada penambahbaikan, kita akan tambah baik melalui dasar-dasar yang kita sudah ada ini.
Sebab kalau bicara soal national blueprint, rasanya macam saya sebut tadi pelancaran dasar inovasi sosial itu adalah antara rasanya blueprint yang baik untuk kita laksanakan sebab ia menyentuh soal menyeluruh tentang apa sebenarnya konsep inovasi yang kita berikan, perkenalkan pada masyarakat setempat atau di negara kita ini.
Walau bagaimanapun, saya kena angkatlah cadangan Yang Berhormat andai kata boleh disesuaikan pula dasar yang sedia ada dengan sebuah national blueprint, akan saya kemukakan. Terima kasih banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Sabri bin Azit, Jerai.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Soalan nombor 10.
10. Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan sejauh manakah harga padi dapat memberi faedah hasil kepada petani dalam situasi bebanan kos input yang semakin meningkat dan adakah kerajaan bercadang mengkaji semula harga RM1,500 yang sedia ada ditingkatkan kepada RM1,800.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jemput Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menjawab.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin
Ya Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan telah bersetuju menyelaras harga lantai belian padi daripada RM1,300 kepada RM1,500 bagi setiap tan metrik yang berkuat kuasa mulai 16 Februari 2025. Keputusan ini dibuat oleh kerajaan untuk menjaga kebajikan para pesawah terutamanya bagi menampung kenaikan kos pengeluaran padi.
Dalam mempertimbangkan harga lantai belian padi yang munasabah, pelbagai faktor perlu diambil kira. Antaranya peningkatan kos upah, kos input pertanian serta impak kepada kos pengeluaran beras dan seterusnya memberi kesan kepada harga beras di pasaran. Perkara lain yang turut diambil kira adalah pergerakan harga beras dunia, unjuran permintaan dan penawaran beras tempatan.
Bagi tahun 2026, kerajaan telah menyediakan sejumlah RM2.62 bilion untuk subsidi dan bantuan kepada pesawah dengan peningkatan sebanyak 0.73 peratus berbanding tahun yang sebelumnya.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin
Pecahan utama peruntukan ini merangkumi RM1.456 bilion subsidi input dan RM825 juta subsidi output, manakala selebihnya berjumlah RM339 juta untuk lain- lain insentif. Subsidi input merangkumi komponen pembekalan input pertanian di bawah skim baja padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) sebanyak RM627.46 juta, skim insentif pengeluaran padi (SIPP) sebanyak RM687.96 juta dan skim baja dan racun padi bukit huma (SBRB) sebanyak RM53.3 juta serta insentif benih padi sah sebanyak RM87.5 juta. Subsidi output pula merangkumi pemberian insentif di bawah skim subsidi harga padi (SSHP).
Lain-lain insentif meliputi dana pembiayaan perlindungan di bawah skim takaful tanaman padi, insentif penuaian padi yang baharu dan penyelarasan harga beras putih import di Sabah dan Sarawak, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.
Sehubungan itu, kerajaan tidak berhasrat untuk mengkaji semula harga minimum belian padi yang telah ditetapkan buat masa kini pada kadar RM1,500 bagi setiap tan metrik. Kerajaan memberi jaminan akan sentiasa memantau sebarang perubahan kos pengeluaran padi dan memberi pertimbangan sewajarnya pada masa depan bagi memastikan kebajikan pesawah terbela. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jerai.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Terima kasih Yang di-Pertua dan terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Cuma akhir-akhir ini Timbalan Menteri, potongan harga padi cukup tinggi melibatkan sepertimana yang disebut oleh Parit dan ramai lagi lah Ahli Parlimen yang menyebut tentang potongan yang tinggi ini.
Adakah dengan masalah-masalah yang seperti ini, kerajaan masih lagi bertegas untuk mengekalkan harga tersebut? Di mana rayuan-rayuan yang dibuat oleh rakyat semakin meningkat dan baru-baru ini ada demo ataupun tunjuk perasaan di depan pintu Parlimen. Sekian, Menteri.
Datuk Chan Foong Hin
Terima kasih kepada YB Jerai, saya yang mewakili kementerian untuk menerima memorandum itu.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
[Bangun]
Datuk Chan Foong Hin
So, berhubung dengan dakwaan mengenai kadar pemutuan tinggi di negeri Kedah. Memang padi yang dituai tersebut sekarang dijual di kilang padi beras BERNAS dan swasta tempatan di negeri Kedah sahaja, dengan purata pemutuan sebanyak 24.4 peratus. Okey, itu memang yang sekarang berlaku.
Susulan aduan serta himpunan petani di Parlimen pada 20 Januari 2026 berhubung isu pemutuan padi yang tinggi di Kedah. Pihak kementerian telah mengadakan sesi libat urus bersama dengan pihak kilang dan pembeli padi di zon utara yang melibatkan negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang pada 26 Januari 2026.
So, sesi ini diadakan bagi mendapatkan maklum balas segera serta gambaran sebenar situasi di lapangan. Sekali gus, membolehkan satu kaedah penyelesaian yang lebih menyeluruh dan langkah intervensi kerajaan yang bersesuaian di rangka bagi menangani isu yang dibangkitkan.
Dan kementerian turut mengambil maklum kekangan yang dihadapi oleh pihak kilang dan pembeli padi, khususnya berkaitan kenaikan kos harga padi.
Namun, harga beras yang rendah di pasaran. So, itu yang kekangan dia. So, sehubungan itu, kementerian— kita hendak menyarankan bahawa supaya proses pemutuan padi sebenar dilaksanakan secara telus bagi menentukan kualiti sebenar padi yang dihasilkan sepertimana yang telah ditetapkan oleh Ketua Pengarah melalui Perintah Tetap Ketua Pengarah Bil.3/2017, pemakaian standard operating procedures pemutuan padi. Ini bagi memastikan subsidi harga padi yang dibayar kepada petani adalah berdasarkan hasil bersih padi yang sebenar.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Adakah kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan pendekatan harga padi ini berperingkat ataupun berasaskan kos wilayah? Memandangkan kos pengeluaran dia berbeza. Contohnya, di kawasan luar jelapang adalah lebih tinggi berbanding dengan kawasan jelapang yang utama.
Dan dalam konteks keterjaminan makanan negara, adakah kementerian bersetuju bahawa petani padi yang tidak memperoleh pulangan yang munasabah ini, akibat harga yang seperti yang telah dibahaskan oleh ramai Ahli-ahli Dewan, akan terus meninggalkan sektor ini? Dan bukankah ini menaikkan harga padi itu lebih tinggi ialah satu bentuk pelaburan yang strategik jangka panjang? Mohon penjelasan. Terima kasih.
Datuk Chan Foong Hin
Okey, untuk isu memberikan subsidi ikut wilayah.
Memang sekarang kita tak ada sesuatu yang berpaksikan wilayah dalam pengeluaran padi. Cuma, kita ada penyelarasan harga beras putih import di Sabah dan Sarawak, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan. So, itu pun salah satu pendekatan yang berpaksikan wilayah. Cuma, dia lebih kepada penyelarasan harga beras putih import, bukan untuk pengeluaran padi.
Yang untuk pengeluaran padi ini, kita ada juga ini satu skim baja dan racun untuk padi bukit dan huma (SBRB), ini pun lebih terpakai untuk Sabah dan Sarawak.
Cuma, macam mana kita nak memberikan insentif yang lebih untuk wilayah yang masing-masing ini, sesuatu yang sangat major, yang untuk kita mengkaji semula.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan. Yang Berhormat.
[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal
Puan Yang di-Pertua.
“Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai senarai pembahas yang akan diumumkan bagi Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong seperti di No.1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini.
Dan selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi pada hari Rabu, 4 Februari 2026.” Terima kasih.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Yang di-Pertua Dewan.
Kuala Langat. Peraturan tetap, Yang di-Pertua, boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Peraturan tetap mana?
Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Peraturan tetap 36(12).
Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang memalukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.
Saya ingin menyatakan bahawa– kebetulan Gombak pun tak ada di sini, tidak ada di dalam Dewan ini. Cuma, semalam saya masuk lewat sesi petang dan Gombak telah selesai perbahasannya. Cuma, saya nak mengambil intipati perbahasan beliau yang mengatakan bahawa— Gombak ini adalah pembantu semasa saya exco belia dan sukan di negeri Selangor. Kemudian, pernah bersama-sama sebagai exco di negeri Selangor. Cuma bezanya sekarang, dia Menteri Besar dan saya pembangkang. Apa yang disebutkan oleh Gombak semalam bahawa...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, semasa Yang Berhormat Gombak berucap, bukan saya yang duduk di sini.
Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Saya faham, saya faham, Pulai. Cuma, saya nak minta...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dan saya rasa kalau ada apa-apa usul, Yang Berhormat boleh tulis usul, hantar usul kepada Yang Berhormat Tan Sri Speaker.
Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Cuma, saya nak sentuh sedikit supaya ada sedikit kefahaman dalam sidang yang mulia ini. Semalam Gombak menyatakan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya rasa tak perlu ucap di sini, memandangkan Gombak pun tidak ada di sini. Yang Berhormat boleh hantar usul.
Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Sebab saya disentuh secara langsung, mungkin sedikit— boleh, Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tidak apa, saya teruskan dengan perbahasan.
Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terima kasih.
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya:
"Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kelima Belas.” [28 Januari 2026]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Senarai pembahas hari ini adalah seperti berikut, YB Bandar Kuching, YB Pendang, YB Kuala Pilah, YB Kalabakan, YB Tanah Merah, YB Bukit Gelugor, YB Arau, YB Tampin, YB Jasin, YB Kinabatangan, YB Lumut, YB Stampin, YB Hulu Langat, YB Parit Buntar dan YB Tanjong Manis. Saya jemput Yang Berhormat Bandar Kuching.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih Puan Yang di- Pertua atas peluang yang diberikan kepada Bandar Kuching untuk turut serta dalam Perbahasan Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Izinkan saya membawa beberapa isu yang berkepentingan awam. Saya ingin mulakan dengan satu isu di mana saya telah membaca dengan penuh perhatian sesuatu kenyataan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) yang khususnya mengenai hak minyak dan gas Sabah dan Sarawak yang dikatakan tidak dinyatakan secara jelas dan langsung dalam perjanjian Malaysia Agreement 63. Namun, Puan Yang di-Pertua, saya rasa ini satu interpretasi yang sempit dan tidak mengambil kira konteks sejarah dan undang- undang wilayah masing-masing secara holistik.
Jadi, Puan di-Pertua, izinkan saya nyatakan pendirian saya dalam Dewan yang mulia ini. Sebenarnya isu ini bukan sekadar untuk membincangkan sumber tetapi untuk membincangkan asas pembentukan Persekutuan kita. Isu ini bukan sahaja janji yang terpahat di dalam pasir tetapi ia terpahat di dalam undang-undang tertinggi kita iaitu Perlembagaan Persekutuan yang lahir daripada Perjanjian Malaysia 1963.
Pertama, MA63 bukan satu dokumen yang biasa. Ia adalah kontrak pembinaan negara. Ia adalah asas undang-undang dan politik di mana Malaysia dibentuk sebagai satu Persekutuan, entiti yang berbeza, iaitu Malaya, Sabah dan Sarawak masing-masing dengan sejarah, undang-undang dan sifat kedaulatan sendiri. Untuk mendakwa bahawa MA63 tidak relevan dengan sumber asli semata- matanya kerana perkataan minyak dan gas tidak muncul secara verbatim adalah satu interpretasi yang sempit tentang asas bagaimana kelompok perlembagaan berfungsi.
Mari kita jelaskan. MA63 tidak pernah menjadi satu statut tentang paip atau lesen penggerudian. Ia adalah sijil kelahiran Malaysia. Ia juga tidak boleh dibaca secara eksklusif secara bersendirian. Untuk memahami makna dan niat sebenarnya, MA63 sebenarnya dibaca bersama dokumen-dokumen pengasas, terutamanya Laporan IGCAC. Persetujuan kolektif inilah yang menentukan bagaimana kedaulatan kuasa perundangan dan kawalan ekonomi akan dibahagikan dan kekuatan undang- undang diabadikan dalam Perlembagaan Persekutuan yang kita ada hari ini.
Perlembagaan adalah jelas. Tanah dan sumber asli adalah di bawah perkara negeri. Ia benar pada tahun 1963 dan ia kekal benar pada hari ini. Bagi Sabah dan Sarawak, ia dilindungi lagi oleh jaminan khusus dalam Perkara 95D. Jadi, prinsip pemilikan negeri adalah mutlak dan berakar pada definisi tanah kita.
Mari kita tepat― contohnya, Kanun Tanah Sarawak mentakrifkan tanah negeri termasuk bahagian laut dalam sempadan lanjutannya. Apa yang pernah dipanggil Tanah Mahkota atau The Crown sebelum 1963 telah menjadi secara muktamad tanah negeri selepas Hari Malaysia.
Mengapa kita tanya? Kerana apabila kedaulatan dipindahkan oleh Ratu di bawah MA63, ia dipindahkan kepada kerajaan wilayah masing-masing, bukan kepada Persekutuan. Kedudukan ini diperkukuhkan semasa tempoh self- governance di Sarawak 22 Julai 1963 sehingga kita membantu membentuk Malaysia pada 16 September pada tahun yang sama.
Puan Yang di-Pertua, minyak dan gas tidak terapung di atas udara, ia ditemui di bawah tanah dan dasar laut. Inilah kebenaran sejarah yang tidak boleh kita lupakan. Jika Kerajaan Persekutuan memiliki hak asal, milik asal Perlembagaan ke atas petroleum, maka tidak perlu wujudnya Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan juga akta Territorial Sea Act 2012.
Sama ada kita bersetuju atau berpendapat akta ini sah atau tidak, atau siapakah yang dulu telah bersetuju untuk meluluskan akta ini dalam Parlimen ini, ini satu perbincangan yang lain. Namun, akta ini wujud atas satu sebab sahaja. Kerana pemilikan itu bukan milik Persekutuan pada masa awalnya. Parlimen menggubal undang-undang untuk memperoleh kawalan, bukan untuk mengesahkan hak yang ada.
Jadi, apabila, contohnya, Sarawak melaksanakan haknya di bawah Ordinan Perlombongan Minyak 1954, ia bukannya satu tindakan bantahan. Ia adalah tindakan kesinambungan yang sah. Ia adalah pelaksanaan kuasa dan kedaulatan yang menjadi asas kepada pembentukan Persekutuan dan, pada pendirian saya, adalah satu hak yang tidak sepatutnya diserahkan sejak awal lagi.
Puan Yang di-Pertua, tiada kerajaan atau wilayah yang rasional akan memasuki sebuah persekutuan hanya untuk menyerahkan kedaulatan dan sumber asli utamanya tanpa perjanjian yang jelas. Akta Parlimen tidak mengatasi struktur Perlembagaan. Kemudahan politik tidak mengalahkan syarat pengesahan.
Pemusatan secara beransur-ansur tidak memadamkan kedaulatan asal. Hak Sabah dan Sarawak bukannya satu permintaan. Ia adalah warisan Perlembagaan, lahir daripada pemilikan berdaulat yang tidak pernah diserahkan. Sudah tiba masanya warisan itu dihormati sepenuhnya menurut tawaran asal.
Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan satu kebimbangan serius berhubung pemotongan dan penstrukturan semula Bayaran Insentif Wilayah
(BIW) khususnya kesan terhadap petugas kesihatan yang berkhidmat di Sabah, Sarawak dan juga di Labuan. Saya juga merujuk kepada kenyataan oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) yang beranggapan― yang jawapan daripada Parlimen berkata bahawa BIW tersebut adalah satu keistimewaan.
Puan Yang di-Pertua, BIW itu bukan satu keistimewaan. Ia adalah instrumen dasar penting bagi memastikan perkhidmatan kesihatan yang adil dan mampan di kawasan berdepan cabaran geografi, kekurangan tenaga kerja dan kos sara hidup yang lebih tinggi.
Sarawak kini kita menghadapi kekurangan doktor yang sangat ketara. Data terkini menunjukkan 43 peratus pegawai perubatan yang ditempatkan ke Sarawak gagal melaporkan diri, mencerminkan masalah yang serius dalam pengambilan dan pengekalan tenaga kerja kesihatan di wilayah kita.
Selain itu, nisbah doktor pada penduduk Sarawak masih kira-kira satu doktor bagi 510 penduduk berbanding purata nasional satu doktor pada 406 penduduk. Ini bermaksud Sarawak mempunyai 21 peratus lebih kurang doktor per kapita berbanding negeri lain dan memerlukan ratusan lagi doktor khususnya dalam bidang kepakaran yang ada.
Di bawah struktur baru skim perkhidmatan awam, pegawai perubatan yang baru dilantik dan ditempatkan di Sabah dan Sarawak hanya menerima BIW pada kadar tetap RM360 sebulan, berbanding sistem lama yang menggunakan kadar peratusan gaji di mana elaun boleh mencecah sekitar RM1,000. Ini merupakan pengurangan yang ketara dan berpotensi melemahkan semangat serta kesediaan petugas kesihatan untuk berkhidmat di kawasan yang mencabar seperti Sabah dan Sarawak.
Ada satu anggaran di bawah di mana jika kita mengembalikan sistem BIW ini kepada sistem yang lama, ia hanya memerlukan sekitar RM4.2 juta setahun berdasarkan anggaran sekitar 700 lebih pegawai perubatan yang ditempatkan setahun.
Puan Yang di-Pertua, jumlah ini sangat kecil dalam konteks perbelanjaan nasional, namun manfaatnya dari segi kesinambungan perkhidmatan kesihatan, keselamatan pesakit dan kestabilan tenaga kerja adalah sangat besar. Jika isu ini tidak ditangani, kita berisiko memburukkan lagi krisis tenaga kerja kesihatan di samping mencepatkan penghijrahan profesional perubatan ke tempat lain ataupun luar negara.
Kita dilaporkan sekitar 30 peratus graduan perubatan memilih untuk bekerja di Singapore, tertarik dengan ganjaran yang lebih baik. Ini bukan sekadar soal elaun.
Ini soal keadilan antara wilayah, penghargaan kepada pengorbanan petugas kesihatan. Oleh itu, saya menggesa kerajaan untuk menilai semula keputusan ini.
Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin memberikan satu cadangan untuk kempen Visit Malaysia 2026. Saya bangkitkan usul bukan sekadar cadangan tetapi seruan untuk tindakan yang kreatif dan berani untuk mengubah naratif pelancongan Malaysia di mata dunia.
Saya ingin mencadangkan kerjasama strategik bersama Netflix dan rakan tempatan Telekom Malaysia, Unifi untuk mengadakan acara global yang menggemparkan, iaitu mengangkat legenda pendaki bebas Alex Honnold ke mercu tanda ikonik negara sama ada Menara Merdeka 118 atau Menara Berkembar Petronas. Ini bukan saja iklan biasa. Ini adalah penglibatan media global tahap tertinggi yang akan menempatkan Malaysia dalam fikiran dan imaginasi jutaan penonton bertaraf dunia, mengangkat negara sebagai destinasi yang berwawasan moden dan berani.
Sudah ada precedent kejayaan gempar Taipei 101 di mana Alex Honnold telah mendaki bangunan tersebut dan dilaporkan bahawa bayaran untuk beliau hanya USD500,000, satu jumlah yang amat kecil berbanding dengan kontrak sukan arus perdana. Nilai publisiti dan promosi pelancongan yang dinikmati oleh Taipei dianggarkan bernilai puluhan juta dolar. Jadi, acara itu telah menceritakan semula kisah Taipei 101 bukan sekadar sebagai satu bangunan tetapi sebagai lambang pencapaian manusia dan kejuruteraan canggih sekali gus mempromosikan Bandar Taipei.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Jadi Puan Yang di-Pertua, saya rasa ini satu peluang keemasan yang tidak boleh kita lepaskan. Kita pun ada bangunan yang canggih, yang tinggi dan kita boleh gunakan sebagai satu promosi untuk Tahun Melawat Malaysia 2026. Jadi, saya menyeru agar Kementerian Pelancongan dengan segera menegaskan satu kajian, satu kerjasama dengan Alex Honnold ini untuk melakukan aktiviti atau inisiatif yang bersejarah ini. Dengan itu, sekian terima kasih. Mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Saya menjemput Yang Berhormat Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Saya mulakan dengan sepotong ayat.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] "Setiap kesusahan ada kemudahan." Ditegaskan lagi sekali. Setiap kesusahan dan kepayahan yang kita hadapi, Allah akan mempermudahkan kerja kita, sekiranya kita bertawakal kepada Allah.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu, saya merafak sembah menjunjung kasih di atas Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas. Saya mengucapkan terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua kerana diberi peluang untuk membahaskan usul menjunjung kasih atas Titah Sri Paduka Baginda.
Puan Yang di-Pertua, dalam perbahasan selama lebih kurang 10 minit ini, saya ingin mengikat empat tajuk yang nampak berbeza tetapi hakikatnya berkongsi satu akar. Kesejahteraan rakyat, ketelusan keputusan kerajaan dan amanah negara.
Bagi kita menguruskan amanah ini untuk negara, petani terhimpit dengan makanan yang terjejas. Buat masa ini kerana potongan yang sangat tidak seimbang, isi rumah tidak seimbang pendapatan dan belanja, stabiliti sosial dan goyah pada ketika ini.
Sempadan negara dipersoal, kedaulatan tercabar.
Puan Yang di-Pertua, masalah petani, kos input meningkat, harga tidak seimbang, risiko bertambah. Saya mulakan dengan masalah petani dan pesawah.
Mereka ini bukan sekadar pengeluar hasil tetapi penjaga keterjaminan makanan negara. Namun realitinya, ramai petani bekerja keras tapi pulangan tidak setimpal dengan risiko. Kita pun makan padi kerana jasa-jasa mereka ini. Jadi, kita harus tekankan Puan Yang di-Pertua.
Di lapangan— apa yang berlaku sekarang, kos naik, hasil tak menentu.
Tetapi harga peringkat pesawah tidak bergerak seiring. Tambahan pula cuaca yang ekstrem dan serangan perosak menambah ketidakpastian. Kita difahamkan potongan harga padi sekarang sehingga 65 peratus. Jadi, apa yang petani nak makan, hanya 35 peratus pulangan kepada mereka daripada keseluruhan yang dijanakan oleh mereka.
Saya pernah tekankan bahawa pesawah yang hasilnya sekitar empat hingga lima tan sehektar pun sukar menampung kos operasi. Maka, isu ini mesti dilihat sebagai isu survival petani dan juga isu survival kita. Sekiranya isu orang tak nak, kita nak import, orang tak nak eksport padi daripada negara luar kepada kita, kita mengharapkan mereka inilah yang akan membantu kita mendapat makanan ruji kita setiap hari.
Persoalan saya kepada kerajaan, apakah langkah kerajaan untuk memastikan harga jualan padi lebih sepadan dengan kos input? Pertanian bukan sekadar reaksi bermusim. Adakah kerajaan bersedia melaksanakan pelan berfasa untuk memastikan harga lantai yang lebih realistik selari kos pengeluaran semasa?
Apakah usaha kerajaan untuk mengurangkan kos input pertanian seperti subsidi baja, benih dan kawalan harga racun? Harga ruang manipulasi orang tengah mesti ditutup.
Bagaimana kerajaan memastikan kebajikan pesawah terus terjaga menghadapi cuaca ekstrem dan serangan perosak? Yang dikatakan potongan 65 peratus ini adalah manipulasi orang-orang tengah dalam sistem penjualan padi daripada pengeluar-pengeluar daripada petani-petani pesawah kepada mereka yang menjadi orang tengah untuk mengedarkan memproses padi ini.
Bagaimana kerajaan memastikan kebajikan pesawah terus terjaga dengan cuaca yang tidak menentu dikala ini dan juga serangan makhluk perosak. Adakah wujud skim mitigasi risiko yang benar-benar cepat dan telus? Cadangan saya, tegaskan adalah semakan semula harga lantai secara berperingkat kepada aras yang lebih munasabah, perluaskan subsidi input pertanian, baja benih berkualiti dan juga racun.
Tetapi berasaskan data, audit dan ketelusan agihan, perkenalkan harga siling, siling input— perkenalkan harga siling input tertentu untuk mengelakkan manipulasi orang tengah dan galakkan industri input ke tempatan. Baja organik dan benih tahan lasak supaya petani tidak sentiasa menjadi mangsa harga import.
Tengok juga peranan MADA dan juga peranan FAMA, yang kadang-kadang mereka ini juga menyalurkan benih-benih yang tidak berkualiti. Jadi, kita harap pihak-pihak berkuasa terus bertindak tegas ke atas pihak-pihak orang tengah termasuk kartel- kartel pemprosesan padi ini.
Puan Yang di-Pertua, saya nak menekankan juga tentang isi rumah dan pendapatan dan juga perbelanjaan yang tidak seimbang ini. Saya beralih kepada isu kedua, iaitu isu ekonomi isi rumah. Rakyat di luar tidak bercakap tentang angka makro. Mereka bercakap tentang dapur mereka. Bulan ini cukup tak? Masalah pokok yang semakin ketara ialah pendapatan tidak seiring perbelanjaan. Kos makanan, sewa rumah, ansuran, pengangkutan, pendidikan anak dan kos kesihatan meningkat tetapi bagi ramai keluarga pendapatan jalan setempat.
Kesannya, apabila ramai isi rumah hidup daripada gaji ke gaji, komitmen tetap membesar. Ruang simpanan mengecil, hutang kecil dan skim bayaran tangguh jadi penampan. Tetapi itu menambah risiko kewangan keluarga. Soalan saya, apakah ukuran sebenar kerajaan untuk menilai tekanan kos hidup isi rumah mengikut realiti setempat? Bandar, pinggir dan juga luar bandar. Bukan purata nasional semata-mata. Apakah pelan praktikal kerajaan untuk menutup jurang *wage cost?
Gap* ataupun jurang gaji terutamanya bagi sektor pendapatan rendah dan pekerjaan tidak formal.
Soalan seterusnya, apakah langkah tegas untuk memperbaiki punca kos makanan? Adakah rantaian bekalan logistik, kartel, monopoli ataupun ketirisan penguatkuasaan? Bagaimana kerajaan melindungi isi rumah? Fokus penambahbaikan struktur, pendapatan, produktiviti dan kos hidup bukan sekadar bantuan sementara. Dasar meningkatkan pendapatan yang ada KPI, kemahiran, mobiliti pekerjaan dan insentif yang benar-benar mengangkat gaji, bukan sekadar menambah jawatan gaji.
Puan Yang di-Pertua, bila isi rumah tidak seimbang, maka ia bukan sekadar isu ekonomi. Ia isu kesihatan mental, isu kualiti pendidikan anak dan isu keselamatan sosial yang mana kita lihat sekarang rumah tangga berantakan, pembunuhan berlaku di merata-rata, begitu juga dengan bipolar, mental disorder berlaku di mana- mana sekarang ini iaitu sekejap dia okey, sekejap dia tak okey.
Jadi, kita lihat pada ini, kita harap pihak kerajaan dapat menumpukan bahawa kos isi rumah ini adalah penting ataupun standard of living ini juga perlu dipertingkatkan supaya kita boleh mengawal perkara-perkara yang saya sebutkan tadi sepertimana gangguan emosi dan sebagainya.
Masalah yang saya nak sentuh yang kedua, Puan Yang di-Pertua— yang ketiga berkenaan dengan perolehan yang melibatkan Kementerian Kewangan.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Pendang, ringkas Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ya.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Berkenaan mental disorder tadi. Ada apa pandangan Pendang berkaitan dengan sekali ada diagnostik, sekali tak ada diagnostik. Boleh tak itu termasuk dalam mental disorder?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Mungkin dengan istikharah banyak kot. Jadi, dia dapat istikharah tu, masa dia istikharah yang pertama tu, dia dapat kata kena laksana. Lepas tu dia buat pula istikharah yang kedua, mungkin dapat ilham kata tak boleh laksanakan. Jadi dalam masa yang pantas, dia boleh bertukar. Sekejap tidak, sekejap tidak. Maknanya preparation tu, memang tak ada plan-lah, master plan untuk prepare berkenaan dengan diagnostik test ini.
Jadi, okey. Saya nak terus ke kepada isu sempadan iaitu isu sempadan Sabah–Kalimantan. Kedaulatan negara ketelusan rundingan dan akauntabiliti kepada Parlimen. Saya ingin membangkitkan perkara ini sebelum ini dengan isu yang sangat hangat dan sangat-sangat sensitif. Isu berkaitan sempadan darat Malaysia–Indonesia, khususnya di sektor Sabah–Kalimantan Utara termasuk Pulau Sebatik dan Nunukan.
Baru-baru ini, media melaporkan bahawa Setiausaha Badan Nasional Pengurusan Sempadan Indonesia (BNPP), Komjen Polis Makruzi Raman memaklumkan dalam mesyuarat bersama Suruhanjaya DPR Indonesia di Senayan bahawa tiga kampung di Nunukan Kabung–Kabung Galor, Lepaga dan Tetaga sebahagian wilayahnya kini berada di bawah pemerintahan Malaysia, susulan peralihan garis sempadan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dalam laporan ini, laporan yang sama juga menyebut beliau turut menyatakan Indonesia memperolehi tambahan keluasan wilayah sekitar 5,207 hektar dan merujuk Pemeterian Memorandum Persefahaman pada mesyuarat bersama Indonesia, Malaysia ke-45 di Pulau Sebatik pada 18 Februari 2025 termasuk menyebut titik sempadan seperti B-2700, B-3000 dan kawasan Simantipal, kira-kira 127 hektar di Pulau Sebatik disahkan kekal dalam wilayah Indonesia. Bila perjanjian ini dibuat? Bila dibawa ke Kabinet dan bila dibawa ke Parlimen dan bila dibawa ke Majlis Raja-Raja untuk Yang di-Pertuan Agong diluluskan? Tak ada kita dengar. Okey.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
[Bangun]
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada. Ya, Sila.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ringkas. Kebetulan PMX pun ada.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ini nak habis dah ni.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Setuju tak Pendang bahawa kalau Batu Puteh kita adakan, isu kedudukan yang hilang 5,000 hektar ini juga perlu diadakan RCI. Apa pandangan Pendang? Terima kasih.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Standing order, standing order.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yalah, Kita bandingkan kalau RCI Pulau Batu Puteh tu, kecik je...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tuan Speaker, Standing Order 36(12).
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
...Yang ini perkara yang pun kita riuh seluruh Malaysia seluruh Malaysia sampai buat RCI, yang ini perkara yang besar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Pendang, Pendang 36(12).
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Pasal apa pula nak buat... [Tidak jelas] saya sedang membahaskan yang ini.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Standing order.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
You ni team mana? Team A ke, B ke, C ni?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, dia bukan nak mencelah. Dia bangkitkan peraturan mesyuarat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifat sebagai menghina Majlis dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.
Saya rujuk kepada Harian Metro lima hari lalu dengan tajuk "PM nafi lebih 5,000 hektar tanah diserah kepada Indonesia." Jadi, saya minta Pendang tarik balik. Itu kenyataan yang tidak berasas. Saya minta tarik balik. Itu sudah siarkan dalam surat khabar, PM sudah nafi. Tak ada hal begitu berlaku. Ini fake news.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Samalah surat khabar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Jangan bawa fake news dalam Parlimen.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Samalah surat khabar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya minta tarik balik. Saya minta tarik balik.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya tanya. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada sini.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tak ada, itu bukan tanya. Itu satu tuduhan.
Cakap nak buat RCI, itu bukan tuduhan ke? Kalau tanya, tanya betul-betul. Ini surat khabar sudah lapor. Ini tidak berlaku. PM sudah nafikan. Saya minta Pendang. Be a gentleman. Tarik balik. Jangan buat tuduhan tidak berasas dalam Parlimen.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ini besar... [Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey, Yang Berhormat, Kampar. Point taken. Pendang, sila buat penjelasan atau tarik balik apa yang...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tuan Yang di-Pertua, saya nak tanya...
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Beberapa Ahli
Mike, mike, mike.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Mike.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kebetulan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada di depan saya sekarang. Ini persoalan yang dibangkit ini melibatkan sovereignty tahu, maruah negara dan dignity. Makna kedaulatan dan maruah negara. Jadi, kita perlu bincang, Kabinet bawa ke Parlimen, pergi kepada— adakah perkara ini telah dibuat?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
PM sudah nafi tak berlaku, apa kena bincang? Tak ada apa-apa yang berlaku. PM nafi lebih 5,000 hektar tanah diserah kepada Indonesia sebagai pampasan tiga kampung masuk Malaysia. Ini hal tak berlaku. Jangan nak main pusing sini, pusing sana, tanya ini, tanya itu. Buat soalan, buat tuduhan tak berasas. Saya minta Pendang tarik balik tuduhan ini. Ini tak berlaku.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya tak tarik balik, sebab apa?
Ini adalah surat khabar daripada Indonesia yang melaporkan berbeza dengan kenyataan.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Hal ini tak berlaku langsung. [Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kampar, sila duduk.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, Yang Berhormat mike.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Jadi pada 23 Januari. Suara saya tak pakai mike pun deras. Pada 23 Januari 2026, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Datoʼ Sri Arthur Joseph Kurup menegaskan rundingan penandaan dan pengukuran OBP dibuat secara harmoni dan tidak bersandarkan prinsip timbal balik, pampasan atau untuk rugi serta menyebut asasnya berlandaskan instrumen seperti Boundary Convention 1891, Boundary Agreement 1915 dan Boundary Convention 1928 selain koordinat geospatial, geospatial yang tepat. Kemudian pada 24 Januari 2026, Perdana Menteri, Datoʼ Seri Anwar Ibrahim yang ada di depan saya sekarang ini menyangkal laporan bahawa Malaysia menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
[Bangun]
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dengarlah bagi habis dulu.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Laporan mana? Bila tarikh itu? Saya ada laporan, Januari 24.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dengarlah saya nak....
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Kampar, biarkan Yang Berhormat Menteri....
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Belajar dululah pasal baru pertama penggal jadi Ahli Parlimen ini. Tengok [Tak jelas] macam dengan....
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung. Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ya, saya dah habis, nak gulung dah. Okey baik. Okey sebab itu, pada 26 Januari, saya nak tanya, pampasan tanah.
Pada masa yang sama menyebut Malaysia akan berunding secara baik mengenai isu pampasan tanah tersebut dalam masa terdekat.
Pada 26 Januari 2026, Menteri Luar Datoʼ Seri Mohamad Hasan pula menyatakan persempadanan darat Malaysia-Indonesia masih dalam rundingan dan menyebut isu di atas peta dan the underground boleh berbeza serta keputusan muktamad belum dicapai. Itu yang kita nak bangkit ni. Tapi, apa ni, apa nama tempat, Kampar ni, tak faham apa dia benda yang berlaku ni...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Kalau keputusan tak tercapai. Apa nak buat, Asia ini takkan menggadai...
[Tak jelas]
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Mintalah...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kampar, sila duduk.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ini yang kata selalu riuh rendah dalam Parlimen ini, perangai macam inilah. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Beberapa Ahli
Mike, mike.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Minta. Minta kebenaran. Kalau saya bagi, bagilah. Tak bagi, tak bagilah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tapi saya tak bagi masa tambahan. Sudah cukup.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey, okey baiklah, tutuplah, okey lain. Inilah menyebabkan rakyat keliru, Puan Yang di-Pertua. Naratif bercampur-campur. Tetapi isu yang disentuh adalah isu paling asas, kedaulatan wilayah. Maka saya mahu kerajaan menjawab dengan jelas, teratur dan berfakta, bukan sekadar kita berunding dengan baik. Persoalan yang wajib dijawab oleh kerajaan, jaminan kedaulatan adakah berlaku kehilangan wilayah. Khususnya apabila Indonesia sendiri memaklumkan mereka memperolehi tambahan kawasan sekitar 5,207 hektar. Yang mana yang betul?
Asas teknikal, yang kedua saya nak kerajaan menjawab asas teknikal dan perundangan MOU. 18 Februari 2025, MoU ini Memorandum of Understanding. Dia tak ratified. Kalau agreement, dia bundling. Kerajaan menyebut asasnya melibatkan instrumen seperti Boundary Convention 1891, Boundary Agreement 1915 dan Boundary Convention 1928 dan koordinat geospatial. Soalan saya, apakah teknikal basis dan legal basis yang digunakan dalam MOU bertarikh 18 Februari 2025 dan adakah dokumen tersebut dibentangkan atau diteliti Parlimen sebelum dimeteraikan?
Yang ketiga, soalan perlu dijawab. Maksud sebenar pampasan dan kepada siapa? Menteri menyebut, "Rundingan tidak bersandar pampasan" tetapi Perdana Menteri menyebut, "Akan berunding mengenai pampasan tanah." Yang mana satu?
Tak tahu, pening. Jadi, apakah maksud sebenar pampasan dalam konteks ini?
Pampasan kepada siapa? Kepada negara, kepada komuniti atau kepada pihak tertentu? Dan dalam bentuk apa, pampasan kewangan, pertukaran kawasan atau mekanisme pembangunan bersama? Last sekali, not least.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Mengapa kenyataan rasmi kelihatan bercanggah? Saya tahu saya akan dikena balik dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dia akan pukul saya punya. Itu memang style. Tetapi saya terima. Sebab saya bangkitkan soalan ini untuk rakyat. Saya nak kena pukul balik pun saya tak ada masalah. Itu perkara biasa.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey, masa sudah tamat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Mengapa kenyataan ini, rasmi bercanggah? Saya harap ada WhatsApp lah di kalangan Menteri supaya mereka buat kenyataan yang agak selaras supaya tidak bercanggah. Bila bercanggah, kami bangkitlah Yang Amat Berhormat Perdana. Walaupun saya tak berapa cerdik macam Yang Amat Berhormat Menteri, saya nak kena...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
[Tidak jelas] ...Pakai WhatsApp dululah.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kampar. Yang Berhormat, masa sudah tamat. Terima kasih Yang Berhormat. Sila duduk masa sudah tamat. Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Pilah.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya tak done tutup lagi, saya nak ucap terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak perlu tutup.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Wallahualam, terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi peluang saya untuk bercakap depan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Alhamdulillah.
[Tepuk]
Datoʼ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Puan Yang di-Pertua, Kuala Pilah Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas Titah Diraja yang telah disampaikan sempena Pembukaan Mesyuarat Parlimen kali ini.
Titah tersebut bukan sahaja mencerminkan keprihatinan Seri Paduka terhadap kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara, malah menjadi panduan penting, kompas penting kepada kerajaan dalam merangka serta melaksanakan dasar-dasar yang mampan dan berkesan. Puan Yang di-Pertua, dalam kesempatan ini, Kuala Pilah ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada kerajaan.
Pertamanya, Yang Amat Berhormat Tambun kerana meletakkan FELDA di bawah seliaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di bawah pimpinan Datoʼ Seri Ahmad Zahid Hamidi. Kuala Pilah berpandangan langkah menyelaraskan FELDA di bawah KKDW bukan sahaja akan memperkemaskan takdir urus dan koordinasi antara agensi, malah diyakini dapat memastikan kebajikan peneroka dan pembangunan kawasan FELDA diberikan perhatian yang lebih tersusun, konsisten dan berterusan.
Puan Yang di-Pertua, Kuala Pilah ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri atas pelaksanaan pelbagai inisiatif pro rakyat bagi menangani tekanan kos sara hidup. Program Jualan RAHMAH merupakan antara inisiatif yang sangat baik kerana membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan asas pada harga yang lebih mampu milik, khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Namun demikian, di peringkat pelaksanaan, Kuala Pilah ingin membangkitkan suatu isu yang sering disuarakan oleh rakyat. Walaupun Jualan RAHMAH dilaksanakan dengan baik, rakyat tidak dapat menggunakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kebanyakan program jualan tersebut.
Datoʼ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Sebaliknya, STR hanya boleh digunakan di pasar raya besar yang disenaraikan yang kebiasaannya menawarkan harga yang lebih tinggi berbanding premis kecil. Bagi rakyat luar bandar seperti Kuala Pilah, keadaan ini menimbulkan ketidakselarasan dasar. Rakyat terpaksa memilih antara penggunaan STR di pasar raya besar dengan harga lebih mahal atau berbelanja di Jualan RAHMAH dan kedai runcit kampung tanpa kemudahan STR. Hakikatnya, di kampung-kampung dan kawasan luar bandar, kedai runcit kampung merupakan nadi ekonomi setempat serta tempat utama rakyat mendapatkan barangan harian.
Justeru, Kuala Pilah mencadangkan agar kerajaan dapat memperluaskan penggunaan STR supaya boleh diguna dalam Program Jualan RAHMAH dan turut melibatkan premis jualan kecil seperti kedai runcit kampung dalam ekosistem STR.
Langkah ini bukan saja akan meringankan beban rakyat, malah menyokong kelangsungan peniaga runcit di kawasan luar bandar dan mengukuhkan ekonomi tempatan.
Puan Yang di-Pertua, pembangunan negara mestilah dilaksanakan secara seimbang antara wilayah agar manfaat pertumbuhan ekonomi dapat dinikmati secara lebih adil oleh semua lapisan masyarakat sama ada di bandar mahupun luar bandar. Dalam konteks ini, Kuala Pilah ingin menegaskan keperluan untuk memberi keutamaan kepada pembinaan dan penaiktarafan laluan Seremban-Kuala Pilah- Jempol dan memberi perhatian serius terhadap pelebaran jalan sedia ada serta pembinaan jalan pintas di sekitar Kuala Pilah.
Menjelang Hari Raya Adilfitri ini, Kuala Pilah akan kembali berdepan dengan mimpi ngeri iaitu kesesakan trafik yang amat serius. Perjalanan dari Kuala Pilah ke Seremban yang lazimnya mengambil masa 30 hingga 40 minit boleh melarat sehingga 5 hingga 7 jam.
Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan keselesaan pengguna jalan raya, malah memberi kesan kepada keselamatan, produktiviti serta kualiti hidup rakyat.
Justeru, Kuala Pilah memohon agar pihak kementerian, terutamanya Kementerian Kerja Raya memberi pencerahan mengenai perancangan terkini pembinaan jalan pintas serta langkah-langkah jangka pendek dan panjang bagi mengurangkan kesesakan yang berulang di Kuala Pilah saban tahun.
Puan Yang di-Pertua, pendidikan merupakan suatu proses yang bersifat dinamik yang perlu sentiasa disesuaikan dengan perubahan zaman, teknologi dan keperluan masa depan. Namun demikian, keberkesanan suatu dasar pendidikan bergantung kepada kesiapsiagaan pelaksanaan di peringkat sekolah. Dasar yang baik di atas kertas hanya akan berjaya sekiranya ia jelas, konsisten dan realistik untuk dilaksanakan oleh pelaksana utama iaitu guru-guru.
Kuala Pilah menyuruh agar KPM memurnikan pelaksanaan dasar secara berperingkat, memastikan komunikasi awal dan jelas kepada semua pemegang taruh serta memberi ruang secukupnya kepada pihak sekolah dan guru untuk menghayati hala tuju dasar tersebut sebelum ia nya dilaksanakan sepenuhnya.
Menyentuh cadangan kemasukan murid berusia enam tahun ke darjah satu mulai tahun hadapan. Perbidalan ”Ukur dahulu sebelum kerat”ʼ wajar dijadikan pedoman. Setiap dasar baharu perlu diukur implikasinya secara menyeluruh sebelum dilaksanakan agar tidak menimbulkan kesan rantaian yang membebankan sistem pendidikan sedia ada. Sebelum ini, KPM menyatakan bahawa saiz ideal bagi sebuah kelas adalah di antara 20 hingga 25 orang murid.
Namun sehingga kini, sasaran tersebut masih belum dapat diterjemahkan secara menyeluruh di peringkat sekolah. Maka, persoalan yang wajar dibangkitkan ialah sama ada dasar memasukkan murid ini yang berusia enam tahun ke darjah satu ini benar-benar selari dengan aspirasi kementerian tersebut iaitu untuk mencapai persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif.
Kuala Pilah mengambil maklum penjelasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kerajaan telah menyediakan peruntukan tambahan serta jaminan bahawa bilangan kelas dan guru adalah mencukupi bagi melaksanakan dasar ini.
Namun isu yang dibangkitkan bukan semata-mata soal peruntukan tetapi sejauh mana jaminan tersebut dapat diterjemahkan dalam bentuk saiz kelas yang lebih ideal, nisbah guru kepada murid yang seimbang serta kesiapsiagaan kemudahan fizikal di peringkat sekolah.
Memetik kata-kata Sayyidina Umar Al-Khatab, ʼDidiklah anak-anakmu sesuai dengan zamannya kerana mereka diciptakan untuk zaman yang bukan zamanmuʼ.
Prinsip ini menuntut perubahan dalam pendidikan. Namun, perubahan ini mesti dilaksanakan secara tersusun, berhemah dan berpaksikan kesiapsiagaan sistem.
Setiap reformasi pendidikan perlu dilaksanakan secara terancang agar dasar yang dirangka benar-benar dapat meningkatkan kualiti pendidikan tanpa menjejaskan kestabilan sistem, jati diri negara dan keyakinan pelaksana.
Puan Yang di-Pertua, guru merupakan pelaksana utama dan penentu kejayaan setiap reformasi pendidikan negara. Guru bukan sekadar penyampai silibus tetapi tulang belakang kepada keseluruhan sistem pendidikan. Sehubungan ini, sebarang perubahan dasar yang dilaksanakan secara mengejut tanpa penghadaman yang mencukupi berpotensi menambah beban tugas guru serta menjejaskan kesejahteraan emosi dan profesional mereka.
Apabila perubahan dasar tidak disertai dengan persediaan yang rapi di peringkat sekolah, tekanan sistem ini akhirnya akan dipindahkan kepada guru.
Dalam banyak keadaan, apabila ibu bapa tidak berpuas hati akibat kekangan yang berpunca daripada dasar dan pelaksanaan, guru sering menjadi pihak yang dipersalahkan dan dilaporkan melalui saluran aduan seperti SISPA, walaupun punca sebenar ia nya daripada dasar dan perancangan di peringkat atasan.
Tekanan berterusan ini memberi kesan langsung kepada kelangsungan profesion perguruan. Data KPM menunjukkan bahawa 67.44 peratus guru memilih untuk bersara awal kerana tidak lagi berminat dengan kerjaya dengan purata 5,594 guru bersara awal setiap tahun bagi tempoh 2022 hingga 2024. Keadaan ini memaksa kementerian melaksanakan pengambilan guru tetap dua kali setahun serta membuka permohonan sepanjang tahun bagi menampung kekurangan tenaga pengajar.
Dalam konteks kesihatan mental guru, beberapa dapatan terdahulu yang menunjukkan wujudnya tekanan kerja dalam kalangan guru. Walaupun terdapat usaha berterusan kerajaan untuk menjaga kebajikan guru, realiti di lapangan menunjukkan bahawa sebahagian guru masih berhadapan dengan keletihan melampau akibat tekanan kerja yang berlebihan.
Sehubungan itu, Kuala Pilah ingin mendapatkan data yang terkini daripada KPM berhubung tahap kesihatan mental guru di negara ini serta apakah langkah khusus yang sedang atau akan dilaksanakan bagi memastikan sebarang pembaharuan dasar pendidikan tidak menambah tekanan kepada guru sehingga menjejaskan kesejahteraan, motivasi dan kelangsungan profesion perguruan ini.
Tuan— Puan Yang di-Pertua, Kuala Pilah ingin menegaskan bahawa pintu masuk negara merupakan benteng pertama dan terakhir kedaulatan negara.
Sekiranya benteng ini lemah, maka keselamatan negara turut terdedah. Lawatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke kawasan sempadan Sungai Golok baru-baru ini telah memperlihatkan dengan jelas bahawa kelemahan kawalan sempadan hari ini bukan lagi isu dasar tetapi isu keupayaan, fasiliti dan langkah fizikal kawalan di lapangan.
Dalam konteks ini, Kuala Pilah berpandangan bahawa usaha memperkasa AKPS (Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia) tidak boleh ditangguhkan lagi. Agensi-agensi di bawah AKPS memerlukan fasiliti operasi yang lebih baik, peralatan yang setara dengan ancaman semasa serta langkah pencegahan fizikal lebih tegas, termasuk pembinaan tembok atau halangan sempadan di kawasan berisiko tinggi. Sehubungan itu, Kuala Pilah mendesak agar kerajaan memberikan peruntukan yang mencukupi dan bersasar untuk memperkasa AKPS kerana kelemahan kawalan sempadan darat, laut dan udara bukan sekadar isu pentadbiran tetapi risiko langsung kepada kedaulatan dan keselamatan negara.
Puan Yang di-Pertua, Kuala Pilah menyambut baik Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sempena sambutan Hari Keputeraan baginda yang Ke-78 di Istana Besar Seri Menanti baru-baru ini iaitu agar pembinaan Hospital Universiti Sains Islam Malaysia dapat direalisasikan.
Titah tersebut mencerminkan keprihatinan baginda terhadap keperluan memperkukuh kemudahan dan perkhidmatan kesihatan di Negeri Sembilan. Oleh itu, Kuala Pilah berharap agar kerajaan dapat memberikan keutamaan sewajarnya kepada pembinaan Hospital Universiti Sains Islam Malaysia yang akan berperanan memperkukuh perkhidmatan kesihatan awam dan memberikan limpahan manfaat di Negeri Sembilan.
Puan Yang di-Pertua, akhir kata, Kuala Pilah menyokong penuh aspirasi yang dizahirkan dalam Titah Diraja. Pandangan yang dikemukakan ini adalah bertujuan untuk memperkukuh dasar dan pelaksanaan kerajaan agar lebih selari dengan realiti rakyat di peringkat akar umbi. Oleh itu, Kuala Pilah menjunjung kasih ucapan diraja dan menyokong titah tersebut. Sekian.
Wabillahi taufiq wal hidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah. Yang Berhormat Kalabakan berucap selepas lunch break. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menangguhkan Mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Kita teruskan dengan perbahasan kita. Saya jemput Yang Berhormat Kalabakan. 10 minit Yang Berhormat.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
*Air tenang mengalir ke muara, Jernih wajah menatap bicara; Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Memberi ruang Kalabakan bersuara.
[Tepuk] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk membahaskan Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, selaku Ahli Parlimen daripada Sabah, saya menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenaan Perjanjian Malaysia 1963. Dan saya senada dengan Ahli-ahli Parlimen yang telah menyuarakan agar ia nya diselesaikan dengan kadar segera terutamanya berkaitan isu tuntutan royalti minyak 20 peratus dan hak 40 peratus hasil bersih negeri.
MA63 perlu dilihat sebagai agenda nasional yang memerlukan komitmen politik yang jelas, tindakan konkrit serta garis masa pelaksanaan yang tegas demi memastikan hak Sabah direalisasikan sepenuhnya.
Pelaksanaan MA63 amat penting bagi memperkukuhkan kedudukan Sabah sebagai rakan setara dalam Persekutuan Malaysia. Saya juga menyambut baik usaha kerajaan untuk melaksanakan Dashboard MA63 sebagai medium pemantauan kemajuan pelaksanaan setiap perkara yang telah dipersetujui. Inisiatif ini amat penting bagi memastikan ketelusan, akauntabiliti dan memberi ruang kepada rakyat untuk mengetahui perkembangan semasa secara terbuka.
Tuan Yang di-Pertua, saya merakamkan juga penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas peruntukan dan komitmen terhadap Pusat Jantung Sabah yang sememangnya menjadi nadi rawatan kardiologi bagi rakyat Sabah. Namun, penghargaan ini mestilah disusuli dengan tindakan susulan yang praktikal. Dalam erti kata, di peringkat operasi sebagai contoh, terdapat keperluan mendesak untuk penggantian katil pesakit dan peralatan perubatan khususnya di wad pasca pembedahan.
Keselamatan pesakit jantung, keselesaan rawatan dan juga kualiti pemulihan tidak dapat dikompromi atas alasan kekurangan aset. Tambahan juga, di kawasan saya sebagai contoh, saya berharap Klinik Kesihatan Tamang dapat disegerakan walaupun terdapat banyak kekangan untuk melaksanakan projek ini, perkara yang telah dinantikan oleh penduduk Pulau Sebatik sejak sekian lama.
Saya juga memohon pertimbangan KKM untuk menyediakan rumah transit keluarga pesakit khususnya di hospital rujukan utama seperti Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Besar Tawau. Ketika ini, terdapat keluarga pesakit yang terpaksa berehat dan bermalam di perkarangan hospital, di lobi dan sebagainya. Dan bagi pesakit jantung berisiko tinggi, kehadiran ahli keluarga adalah sebahagian daripada sokongan pemulihan. Ini bukan isu kebajikan kecil tetapi soal maruah sistem kesihatan negara.
Tuan Yang Di-Pertua, saya membangkitkan isu kelewatan penentuan status penduduk tetap ataupun PR dan kewarganegaraan di Sabah yang mengambil masa bertahun-tahun. Malah, ada kes berpuluh-puluh tahun masih belum dapat keputusan. Saya memohon penjelasan rasmi KDN mengenai tempoh sebenar proses penilaian kerana ketidakpastian status ini memberi kesan langsung kepada pendidikan anak-anak, peluang pekerjaan dan juga integrasi sosial. Dan saya bimbang jika tidak ada garis masa yang diberikan, sudah pasti golongan ini akan semakin banyak lagi.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membawa isu bekalan elektrik di kawasan saya, di kawasan pedalaman, di kampung Luasong di mana ada tiang elektrik telah didirikan, namun bekalan pada tiang elektrik tersebut masih belum dapat disalurkan. Justeru itu, timbul persoalan di kalangan penduduk kampung, mengapa infrastruktur sudah ada tetapi bekalannya masih belum berfungsi.
Jadi, ini mewujudkan persepsi kegagalan penyelarasan antara agensi dan tambahan pula bekalan elektrik pada hari ini bukanlah kemewahan tetapi ia nya adalah prasyarat kepada asas pendidikan, ekonomi dan juga keselamatan.
Tuan Yang di-Pertua, ketika ini Projek Pan Borneo Sabah masih berada pada tahap fasa satu dan dijangka siap sepenuhnya di antara tahun 2028 sehingga 2029.
Namun, tempoh ini menuntut langkah proaktif daripada semua pihak yang berkepentingan agar pelaksanaannya dapat dipercepatkan sejajar dengan keperluan semasa.
Oleh itu, sementara menunggu Projek Pan Borneo Fasa 3 yang belum kita tahu lagi bila dia punya jangkaan permulaan, saya menyarankan pihak JKR agar penyelenggaraan Jalan Merotai-Kalabakan-Sapulut sepanjang 81 kilometer disegerakan terlebih dahulu dengan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM76 juta meliputi kerja-kerja pembaikan jalan berstatus rating 3 yang dianggarkan RM14 juta, rating 4 sebanyak RM50 juta dan rating 5 sebanyak RM12 juta. Usaha ini bukan sahaja penting untuk kita meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya, malah menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi, kelancaran mobiliti penduduk dan pembangunan seimbang di kawasan pedalaman.
Saya memohon kepada pihak kementerian agar permohonan tambahan peruntukan khas bagi penyelenggaraan Jalan Merotai–Kalabakan–Sapulut memandangkan keadaan jalan yang terlampau teruk daripada stretch itu ada lebih kurang 24 cerun yang salah satu cerun itu sudah memakan setengah sudah dia punya jalan dan peruntukan sedia ada sebanyak RM1 juta hingga RM2 juta setahun nampaknya tidak mencukupi untuk JKR Bahagian Tawau, di mana kawasan jagaan mereka ini meliputi empat daerah. Dan saya ingat untuk membaiki kawasan- kawasan yang teruk, perlu lagi penambahan peruntukan daripada pihak JKR.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
So, kita harapkanlah keprihatinan dan juga kerjasama daripada pihak JKR.
Kita tidak mahu ada nyawa melayang ataupun ada yang mendapat kemalangan hasil daripada keadaan jalan yang tidak sempurna ini dan mudah-mudahan kerosakan serius yang mungkin dapat mengancam nyawa itu kita dapat elakkan dan kita harap pihak JKR memberikan perhatian kepada perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mempersoalkan kewajaran pembatalan pembinaan SK Perdana, Pasir Putih, Tawau sedangkan Timbalan Menteri, Menteri sendiri telah turun padang melawat tapak dan keputusan ini sememangnya mengecewakan dan memerlukan justifikasi dasar yang kukuh. Bukan sekadar mungkin alasan pentadbiran.
Justeru itu, besarlah harapan agar Kementerian Ekonomi dan juga Kementerian Kerja Raya dapat membuat tindakan yang sewajarnyalah untuk memastikan sekolah ini yang mungkin sekarang ini dibatalkan, mungkin dapat masuk ke RMK13 dan dapat dibuatlah untuk memastikan akses pendidikan, terutamanya di kawasan yang terjejas itu, Kampung Pasir Putih dapat kepada anak-anak di kampung tersebut.
Tambahan pula Tuan Yang di-Pertua, SK Merotai yang terletak di Merotai kini menampung hampir 1,000 lebih murid berbanding kapasiti sekolah yang kecil jauh melebihi kapasiti selesa. Oleh itu, saya menuntut mekanisme penyelesaian jangka pendek dan panjang daripada pihak kementerian untuk menyuraikan kepadatan ini.
Mungkin sama ada kaedah pembinaan bangunan tambahan ataupun penyusunan semula sesi persekolahan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil maklum berhubung kebimbangan mengenai kesejahteraan komuniti perbatasan. Namun ia nya tidak harus dilihat sebagai sesuatu yang merugikan. Isu penegasan sempadan ini, seperti yang kita sedia maklum, bukan keputusan sepihak dan perubahan yang dibuat secara sewenang-wenang di lapangan. Sebaliknya sebahagian daripada proses rasmi dua hala antara Kerajaan Malaysia dan juga Indonesia yang telah melalui rundingan teknikal serta diplomatik sejak sekian lama.
Sebagai Ahli Parlimen di mana kawasan yang menjadi tuntutan kedua pihak ini terbabit, sememangnya kita mengharapkan di bawah kepimpinan MADANI ini kedaulatan negara serta kemakmuran rakyat di perbatasan tidak sewenang- wenangnya digadaikan dengan begitu saja.
Akhir kata, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengutarakan pembangunan infra dan juga permohonan kepada kerajaan di Parlimen Kalabakan. Yang pertama, berkenaan jambatan baru Logpond ke Kampung Baru Pasir Putih yang difahamkan dalam peringkat reka bentuk. Dan apakah, saya ingin bertanya, apakah status jambatan ini yang telah lama dinantikan?
Yang kedua, permohonan bot baru untuk kegunaan klinik di Pulau Sebatik ini. Adakah bot ini ada? Dan kita mengharapkanlah supaya pihak kementerian dapat memberikan perhatian untuk memudahkan jika berlaku kes-kes kecemasan.
Sekarang ini semua bergantung dengan bot komersial. Jadi, maknanya pagi sahaja.
Malam itu susah kalau ada berlaku mau kelahiran, sakit kronik dan sebagainya.
Dan akhir sekali penubuhan pertubuhan lain kawasan yang saya fikir telah kita kemukakan sudah setahun lebih, kita harapkan pihak kementerian dapat memberikan perhatian juga. Jadi, sekali lagi terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Saya berharap setiap perkara yang dibahaskan mendapat perhatian sewajarnya. Kalabakan menyokong. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat.
Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Tanah Merah. 10 minit, Yang Berhormat.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi peluang kepada Tanah Merah untuk melibatkan diri dalam sesi perbahasan Titah Diraja bagi mesyuarat pertama, penggal kelima, Parlimen ke-15 hari ini. Sesungguhnya apa yang disampaikan oleh baginda Tuanku adalah pandangan, nasihat dan pengharapan yang tinggi ingin melihat Malaysia bergerak ke arah yang lebih baik pada masa hadapan.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun berat di hati saya kali ini ingin berbahas mengenai permasalahan yang berlaku mutakhir ini di Kementerian Pertahanan
(MINDEF), khususnya berkaitan krisis integriti di kalangan pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia tapi saya tetap perlu menyebut beberapa perkara untuk perhatian Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini bagi kebaikan MINDEF dan juga dengan niat untuk membawa organisasi tentera ke arah yang lebih baik pada masa hadapan insya- Allah.
Pertama sekali, saya ingin menegaskan bahawa rasuah merupakan satu masalah yang kotor, jijik dan perlu dikecam sekuat-kuatnya. Rasuah akan merosakkan negara, sama ada dalam jangka masa pendek, mahupun jangka masa panjang. Kesalahan rasuah tidak boleh dikompromi dan perlu dihukum. Namun, rasuah berlaku di semua kementerian, bukan sahaja di MINDEF.
Dalam situasi di MINDEF mahupun di ATM, masalah rasuah bukan sahaja akan memberi kesan langsung kepada pelaku dan mereka yang berada di sekeliling pelaku tetapi juga akan mengakibatkan kesan buruk kepada aspek kesiagaan dan keupayaan anggota tentera dalam menjaga kedaulatan negara daripada musuh- musuh sama ada dari dalam dan luar.
Justeru, saya menyokong penuh tindakan aktivis seperti Che GuBard atau sesiapa sahaja dalam tindakan membongkar masalah rasuah yang berlaku di MINDEF ataupun di mana-mana kementerian. Saya juga menyokong tindakan SPRM menyiasat dan mendakwa beberapa individu yang dikatakan terlibat dalam masalah rasuah yang berlaku di MINDEF dan juga di ATM.
Tuan Yang di-Pertua, saya percaya segala siasatan dan juga tindakan pihak SPRM membawa beberapa individu, sama ada bekas pegawai tinggi ATM atau pegawai kanan tentera yang masih dalam perkhidmatan ke mahkamah, malah pagi ini bekas Ketua Pengarah Perisikan telah didakwa di mahkamah dan ini adalah tindakan yang saya percaya telah difikirkan secara mendalam bagi mencegah permasalahan rasuah yang sama daripada berulang pada masa hadapan.
Umum mengetahui bahawa MINDEF ataupun ATM sejak beberapa tahun ini berdepan dengan masalah krisis keyakinan rakyat, terhadap aspek integriti berkaitan tatakelola perolehan besar aset pertahanan yang dilaksanakan di MINDEF. Justeru, pembongkaran yang dibawa oleh Chegu Bard atau sesiapa sahaja yang melaporkan masalah rasuah perlu diambil tindakan sewajarnya oleh pihak berwajib sama ada oleh MINDEF sendiri ataupun pihak SPRM.
Suka untuk saya ingin ingatkan sini bahawa sehingga hari ini, pelaku utama masalah rasuah melibatkan projek littoral combat ship (LCS) masih tidak didakwa walaupun kesannya sangat besar terhadap aspek kesiagaan pertahanan negara.
Sudahlah peruntukan tambahan yang sangat besar terpaksa ditambah oleh kerajaan. Kos asal RM9 bilion kepada RM11.2 bilion tapi malangnya daripada jumlah telah dikurangkan daripada enam yang asal kepada lima buah sahaja.
Syarikat asal yang diberi kontrak tidak diberikan penalti LAD dan sehingga hari ini tiada seorang pun individu yang didakwa mahupun dihukum walaupun kerajaan telah mengalami kerugian berbilion ringgit. Bukankah ini suatu perkara yang sangat aneh dan ganjil? Apatah lagi beberapa individu yang dinyatakan secara jelas dalam permasalahan projek LCS ini seperti Tan Sri Ahmad Ramli telah diberikan DNAA dengan alasan mental yang tidak stabil.
Manakala individu-individu bernama Anuar Murad juga tidak pernah diambil tindakan undang-undang walaupun Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara
(PAC) telah mengesyorkan supaya pihak SPRM membuat siasatan dan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya terhadap beliau yang terlibat secara langsung dalam masalah penyelewengan yang berlaku dalam projek LCS. Ini menunjukkan bahawa seolah-olah timbulnya double standard dari kalangan agensi penguat kuasa untuk mendakwa hanya individu tertentu berkait masalah penyelewengan aset pertahanan di Malaysia.
Saya ingin membuat pembandingan antara tuduhan terbaru terhadap Panglima Angkatan Tentera Darat dan Panglima Angkatan Tentera (PAT) yang telah pun didakwa berkaitan masalah integriti masing-masing dengan kes penyelewengan projek LCS. Jelas menunjukkan perbezaan yang cukup ketara dalam tindakan SPRM mencegah masalah rasuah di MINDEF.
Kesan daripada tindakan double standard itu adalah maka timbullah rasa ketidakpercayaan sangat tinggi dari kalangan rakyat terhadap aspek ketelusan pihak SPRM dan juga Kerajaan Malaysia dalam menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap individu berkaitan masalah penyelewengan projek perolehan aset pertahanan di MINDEF.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyerahkan penuh kepada pihak mahkamah untuk membuktikan kesalahan semua tertuduh iaitu bekas PAT ataupun PTD yang didakwa di mahkamah baru-baru ini. Proses perbicaraan di mahkamah adalah peluang untuk kedua-dua individu itu membuktikan mereka tidak bersalah terhadap tuduhan yang dibuat.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Saya percaya kita semua berpegang teguh terhadap konsep innocent until proven guilty. Justeru, kita berilah peluang kepada mereka untuk mendapat perbicaraan yang adil. Saya juga ingin menyatakan keyakinan dan kepercayaan saya terhadap keupayaan Yang Berhormat Menteri Pertahanan dalam menyelesaikan masalah ini kerana amat malang sekali beliau menerajui MINDEF pada waktu yang sukar dan mencabar seperti apa yang berlaku pada hari ini. Saya percaya dan menyokong penuh beberapa tindakan yang diambil oleh MenHan sejak awal Januari lalu apabila krisis kepimpinan ATM yang ini telah berlaku.
So far MenHan done a good job bagi saya. Walau bagaimanapun, saya juga percaya situasi yang berlaku pada hari ini juga telah memberi peluang kepada MINDEF dan juga Kerajaan Malaysia untuk menambah baik aspek tatakelola urusan perolehan di MINDEF dan juga di ATM. Kita minta MenHan untuk mengambil peluang akan situasi hari ini untuk overhaul betul-betul MINDEF sewajarnya.
Janganlah “hangat-hangat tahi ayam” ataupun dan “alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan”.
Pemusatan kuasa yang terlalu besar terhadap seorang individu sama ada beliau merupakan ketua perkhidmatan yang mungkin berjawatan Panglima ataupun Ketua Turus Angkatan Tentera atau Panglima Angkatan Tentera perlu dibendung dan diganti dengan kaedah semak dan imbang. Sewajarnya, khusus berkaitan projek pembangunan mahupun perolehan aset ketenteraan di MINDEF.
Keputusan penting sama ada berkaitan perolehan dan pemberian tender bernilai besar, sewajarnya diberi kepada pihak Jawatankuasa Khas untuk menentukan sama ada di MINDEF mahupun di perkhidmatan darat, laut dan udara.
Keputusan hendaklah dibuat secara bersama dalam sebuah Jawatankuasa untuk menimbang dan meluluskan sebuah cadangan perolehan aset tentera dan juga projek pembangunan yang dicadangkan. Ia sepatutnya tidak diletakkan di atas bahu ketua perkhidmatan masing-masing semata-mata sama ada individu itu memegang jawatan PTD, PTL ataupun PTU.
Saya difahamkan bahawa sebelum ini sebenarnya sudah berbagai-bagai mekanisme diwujudkan di MINDEF untuk menjadi wadah semak dan imbang projek perolehan besar. Antaranya seperti memperkenalkan Jawatankuasa Panglima- panglima, Jawatankuasa Tender, Jawatankuasa Dasar dan Perolehan untuk menilai rasional dan justifikasi projek pembangunan dan perolehan yang dicadangkan serta banyak lagi Jawatankuasa Tim Penilaian Projek yang dianggotai oleh wakil-wakil end user dan dipengerusikan oleh KSU.
Tetapi persoalan saya kepada MINDEF, sejauh manakah perkara ini benar- benar telah dilaksanakan? Apakah arahan sebelum ini oleh pihak Kementerian Kewangan (MOF) melibatkan perolehan atau projek pembangunan melebihi kos RM50 juta wajib diadakan makmal penilaian ataupun Value Management Lab (VM Lab) terlebih dahulu sebelum projek-projek tersebut diluluskan atau dilaksanakan, sudah tidak lagi diguna pakai oleh MINDEF.
Saya mohon MenHan untuk menjelaskan perkara ini dalam sesi penggulungan akan datang. Jangan pula peraturan yang kita sendiri perkenalkan untuk mencegah dan mengelakkan masalah rasuah atau ketirisan daripada berlaku.
Kemudian, kita sendiri juga yang pinda dan batalkan atas alasan untuk memudahkan cara.
Memandangkan masa saya nak— sebagai, saya isu Jawatankuasa ini kalau kita tengok lah, di Amerika dan juga United Kingdom, apabila keputusan berkaitan perolehan aset pertahanan mereka wajib membawa butiran atau justifikasi perolehan aset untuk dibincangkan di Dewan Senat dan juga Lower House mereka. Sekiranya, cadangan perolehan tidak dibincangkan secara terbuka, tindakan itu hanya akan mendedahkan projek perolehan kepada risiko untuk projek-projek dilobi oleh individu berpengaruh yang boleh memberikan tekanan kuat kepada pembuat keputusan di MINDEF agar sesuatu perolehan tersebut dilaksanakan atau aset-aset tertentu dipilih ataupun walaupun ia tidak menepati doktrin pertahanan dan juga keperluan sebenarnya end user.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin, boleh tak bagi tambah sikit masa ya?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Satu minit Yang Berhormat.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Saya juga ingin bertanya kepada MINDEF, bagaimana Tan Sri Nizam Jaffar iaitu Mantan PAT boleh dipilih oleh Majlis Angkatan Tentera untuk memegang jawatan tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia, sedangkan beliau sebelum ini tidak pernah memegang jawatan Ketua Turus Tentera Darat atau Panglima Tentera Darat. Jika dalam terma tentera, beliau ini tiada currency atau nilai command dalam kepimpinan atasan ATM.
Apakah asas dan justifikasi oleh MAT sehingga beliau dipilih sebagai PAT melangkau terlalu ramai Panglima Perkhidmatan sedangkan beliau tiada pengalaman memegang tanggungjawab besar selaku Panglima Perkhidmatan sebelum ini.
MAT perlu jelaskan juga kepada Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, apakah bentuk tapisan keselamatan halus yang dibuat sebelum mana-mana nama individu dipertimbangkan bagi memegang jawatan penting seperti PAT atau Panglima Perkhidmatan sedangkan individu-individu ini sangat vulnerable terhadap tindakan blackmail ataupun ancaman dari dalam dan luar sehingga saya dimaklumkan wujud beberapa video yang tidak bermoral yang memalukan melibatkan individu tertentu yang berpangkat tinggi dalam tentera yang telah tersebar luas di ruang siber.
Bukankah situasi ini akan mengancam keselamatan negara tetapi mereka ini tetap dipilih oleh MAT untuk dilantik memegang jawatan tertinggi ATM.
Saya juga mohon penjelasan MenHan, apakah sudah menjadi amalan yang baru Majlis Angkatan Tentera (MAT) untuk melantik dan memperakukan PAT yang tidak pernah memerintah mana-mana perkhidmatan masing-masing? Serta adakah pelantikan Tan Sri Nizam Jaffar oleh MAT yang melangkau beberapa jawatan utama dalam tentera ke posisi PAT akan kekal menjadi amalan pada masa-masa hadapan kerana sudah wujud precedent kes sebelum ini? Apakah seorang yang berpangkat sarjan boleh menjadi PAT seperti Titah Agong yang baru-baru ini?
Jadi, kita semua, akhir sekali saya ingin buat pesanan kepada semua warga MINDEF dan pegawai kanan tentera di luar sana. Jawatan dan pangkat anda di MINDEF dan ATM seakan seperti kemudahan Rumah Keluarga Angkatan Tentera
(RKAT) yang anda semua nikmati. Ia bukan hak milik kekal anda tetapi satu amanah untuk anda berteduh dan hidup selesa sepanjang anda berbakti dan berjuang kepada nusa dan bangsa.
Anda masuk rumah ini dengan cara baik, anda juga perlu keluar dengan tertib dan penuh adab. Jangan hanya disebabkan anda tidak suka individu yang bakal masuk rumah yang anda sedang duduki, anda conteng dinding, anda bakar perabot, anda rosakkan kemudahan yang pernah anda nikmati semata-mata dendam dan iri hati.
Kita semua hanyalah penjaga amanah dan bukan pemilik kekal. Jagalah nama baik pasukan dan jaga pintu kota dan kubu pasukan tentera sebaik mungkin.
Masalah dalam rumah perlu kekal dan diselesaikan dalam rumah. Jangan disebabkan dendam dan iri hati, anda buka pintu kota untuk musuh menyelinap masuk dan memusnahkan nama baik pasukan anda. Inilah nasihat saya kepada semua pegawai kanan tentera berkaitan rumah keramat anda yang bernama Angkatan Tentera Malaysia.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Tepuk]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat.
Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Bukit Gelugor, 10 minit Yang Berhormat.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi saya peluang untuk membahas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.
Saya ingin membangkitkan beberapa isu yang telah pun dibangkit atau menjadi isu- isu yang agak viral baru-baru ini.
Pertamanya atau sebelum itu saya ingin menyentuh dengan cadangan kerajaan untuk mengubah ataupun memperkenalkan undang-undang untuk memisahkan pendakwa raya daripada Peguam Negara ataupun to separate the AG and the public prosecutor dengan izin.
Tuan Speaker, ini adalah satu perkembangan yang baik. Tapi isu utama yang timbul akibat isu ini adalah sama ada AG dan PP tersebut akan— will they be accountable? Ini adalah isu utama. Oleh kerana terdapat persepsi sekarang bahawa Peguam Negara mungkin dipengaruhi oleh kerajaan. Jadi, sekiranya Peguam Negara dan public prosecutor itu dipisahkan, adakah masalah ini akan ditangani oleh kerajaan untuk mengurangkan ataupun menghapuskan persepsi bahawa kedua-dua AG dan PP tersebut adalah dipengaruhi oleh kerajaan?
Di United Kingdom, Peguam Negara adalah seorang Ahli Parlimen dan dia perlu jawab di Parlimen dan juga bagi pihak Crown Prosecution Service ataupun di sana pendakwa raya di sana. Jadi, adakah sistem yang sama ini akan diamalkan di Malaysia? Adakah cadangan-cadangan pindaan kepada undang-undang ataupun terutamanya kepada Perlembagaan Persekutuan dalam masa yang terdekat ini akan mengambil kira ataupun mempertimbangkan seorang Ahli Parlimen sebagai Peguam Negara? Ini bukannya kali pertama yang perkara ini telah pun berlaku di Malaysia.
Pada tahun 1963 hingga tahun 1977, Seorang Ahli Parlimen iaitu Tan Sri Dato’ Haji Abdul Kadir bin Yusof iaitu Ahli Parlimen Tenggaroh telah pun dilantik sebagai Peguam Negara. Manakala antara tahun 1977 sehingga tahun 1983 Peguam Negara merupakan seorang lagi Ahli Parlimen iaitu Tan Sri Datuk Haji Hamzah Abu Samah iaitu Ahli Parlimen Temerloh.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Jadi dan kedua-duanya merupakan peguam-peguam dan terlatih dalam bidang undang-undang. Jadi, isu yang accountability ini dengan izin Tuan Speaker, merupakan satu isu utama. Saya menyeru kerajaan mengambil kira bahawa sekiranya terdapat pemisahan AG dan PP tersebut, perlu kita mengadakan satu mekanisme ataupun satu sistem untuk mewajibkan ataupun menjadikan mereka accountable seperti di United Kingdom.
Sekiranya satu mekanisme ataupun sistem seperti itu didirikan, maka saya pasti ataupun saya yakin bahawa di masa depan, pihak Pendakwa Raya ataupun pihak Peguam Negara akan were they— will think twice dengan izin Tuan Speaker, sebelum mengambil tindakan-tindakan ataupun membuat keputusan-keputusan yang mungkin berunsur controversial dan seperti memberi keputusan NFA kepada kes-kes yang mungkin bermotivasi politik dengan sewenang-wenangnya oleh kerana mereka tahu bahawa mereka akan perlu menjawab di Parlimen. Jadi, saya— di Parlimen ataupun sekurang-kurangnya di hadapan satu jawatankuasa di Parlimen.
Jadi, ini merupakan satu reform dan saya berharap bahawa pihak kerajaan akan mengambil kira dengan seriusnya.
Keduanya Tuan Speaker, adalah berkenaan dengan undang-undang SOSMA. Baru-baru ini kita mendengar berita bahawa seorang gadis berumur 16 tahun telah pun ditahan di bawah SOSMA di negeri Kedah, di kawasan Jitra, di mana beliau telah dihentikan di satu roadblock, dengan izin Tuan Speaker. Saya difahamkan bahawa beliau telah pun ditahan di bawah SOSMA selama sembilan hari.
Ini saya telah pun selalu sudah lama sekarang saya telah pun mendesak kerajaan untuk memansuhkan SOSMA ataupun sekurang-kurangnya meminda SOSMA oleh kerana ia nya boleh disalahgunakan, senang disalahgunakan. Dan bukankah ini satu— bukankah ini satu contoh? Bukankah ini satu contoh, di mana SOSMA telah pun disalahgunakan?
Bayangkan Tuan Speaker, sekiranya penahanan gadis 16 tahun ini tidak didedahkan atau dibongkarkan oleh ibunya dan juga beberapa pihak yang lain, will we know about it? Adakah kita akan tahu bahawa mereka pakai SOSMA ini terhadap satu kanak-kanak? Kanak-kanak itu kita semua tahu ada peguam, beberapa peguam di sini, dari sebelah sini dan juga sebelah sana.
Kita tahu it is elementary and basic dengan izin Tuan Speaker, bahawa seorang kanak-kanak itu perlu ditangani di bawah Akta Kanak-kanak. Dan juga di bawah Akta Kanak-kanak tersebut, beliau perlu dibawa, dihadapkan ke mahkamah dalam masa tertentu iaitu 24 jam. Tapi di bawah SOSMA, tidak terdapat peruntukan tersebut. Di bawah SOSMA, seorang itu boleh ditahan selama 28 hari tanpa dibawa ke mahkamah.
Jadi, ini merupakan satu contoh yang menunjukkan dengan jelasnya betapa pentingnya kita perlu review dan mungkin memansuhkan ataupun sekurang- kurangnya meminda peruntukan yang memberi kuasa kepada pihak berkuasa untuk menahan seorang selama 28 hari tanpa pemantauan mahkamah di bawah SOSMA.
Because this is a classic example of abuse, Tuan Speaker.
Saya mengambil maklum bahawa Menteri Undang-undang juga telah pun menyatakan semalam bahawa she has taken note. Beliau telah pun mengambil maklum bahawa SOSMA ini mungkin satu undang-undang yang tidak adil.
Datoʼ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Bukit Gelugor, saya minta laluan sikit.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Dan saya— boleh saya dah dua minit?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Bagi ke tidak?
Datoʼ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Bagi tak? Tak bagi? Saya nak sokong. Saya nak sokong.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Saya tidak boleh bagi. Saya kesuntukan masa. Ada banyak isu. Ha?
Datoʼ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Saya nak sokong.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Kalau Speaker boleh bagi saya extra satu minit, then boleh.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Okey, teruskan, teruskan.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Ya, go ahead.
Boleh.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya, YB Kubang Kerian.
Datoʼ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih.
Saya menyokong apa yang disebut bahawa seorang itu tidak sepatutnya ditahan tanpa bicara dan sebagainya dalam tempoh yang agak panjang, tambah lagi kanak- kanak. Saya fikir ini antara manifesto yang dijanji oleh kerajaan dulu. Saya fikir apa dibangkitkan itu ialah memperkukuhkan. Sepatutnya yang dah janji dalam manifesto itu dilaksanakan oleh pihak kerajaan.
Yang kedua, tentang kita tak tahu berapa jumlah yang ditahan bahawa SOSMA. Rakyat tak tahu, Parlimen pun tak tahu. Saya fikir perlu ada satu maklumat supaya sekurang-kurangnya kita ada data, ada maklumat tentang siapa ditahan bawah SOSMA. Terima kasih.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Setuju. Kita perlu tahu, perlu ada ketelusan berkenaan dengan penahanan di bawah SOSMA. I agree completely, saya bersetuju. Dan saya mengambil maklum berkenaan bahawa apa yang telah pun dinyatakan oleh Menteri Undang-undang semalam, di mana beliau juga sendirinya telah pun menyatakan beliau— terdapatnya kemungkinan bahawa SOSMA ini mungkin adalah unfair ataupun tidak adil.
Jadi sekarang, the ball is in the court of the Kementerian Dalam Negeri, dengan izin Tuan Speaker. Saya mendesak KDN ataupun Menteri Dalam Negeri untuk mengambil tindakan dengan secepat mungkin. Secepat mungkin untuk menangani masalah ini untuk mengelakkan salah guna SOSMA di masa depan. It is something which is imperative dan perlu dibuat dengan kadar segera.
Isu yang seterusnya yang ingin saya bangkitkan di sini Tuan Speaker, adalah berkenaan dengan berita baru-baru ini— bukan baru-baru ini, sudah lama sekarang di mana Kerajaan Negeri Kedah selalunya membuat bising nak ambil balik Pulau Pinang. Ini bukannya satu tuntutan yang serius, ini satu tuntutan yang remeh. Dan juga terdapat beberapa Ahli Parlimen di sebelah sana semalam yang kata, “Let’s go to court”. Ya, memangnya kita boleh pergi ke mahkamah. Tetapi saya nak tahu, in a case di mana satu tindakan yang remeh dan tidak berasas difailkan, sudah tentunya ia nya akan discarded off ataupun dibatalkan.
What is the purpose? Apakah tujuan Kerajaan Negeri Kedah ataupun Menteri Besar Kedah membawa isu ini ke kalangan ramai, orang ramai? What is his agenda?
Apakah tujuan, motif MB Kedah membawa isu ini? Saya nak tanya, adakah Penasihat Undang-undang Negeri Kedah merestui ataupun bersetuju dengan cadangan membawa tindakan ini ke mahkamah oleh kerana sudah tentunya ia nya satu yang amat remeh?
Saya ingin bersetuju, saya bersetuju dengan ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang di Dewan Yang Mulia ini beberapa hari yang lalu, yang beliau telah pun outline beberapa peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan yang menunjukkan dengan jelas bahawa Pulau Pinang merupakan satu negeri berdaulat yang tidak boleh dipertikaikan. Ini adalah satu hakikat yang perlu diterima oleh pihak di sana.
[Merujuk kepada blok pembangkang] Saya sebagai seorang anak Pulau Pinang akan menahan kedaulatan. We will defend the sovereignty of Penang to the very end. Itu adalah satu perkara yang amat penting.
Tuan Speaker, saya ada beberapa isu yang lain. Boleh?
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Mahkamah penentu, mahkamah penentu.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Satu minit Yang Berhormat.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Sorry?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
One minute. Satu minit.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Ya, terima kasih.
Isu yang terakhir yang ingin saya menimbulkan adalah baru-baru ini saya juga baca satu berita daripada seorang pakar sejarah iaitu bernama Ranjit Singh Malhi. Beliau mengkritik bahawa buku-buku teks Sejarah kita khususnya di antara Tingkatan 1 hingga 5 adalah dengan izin, saya quote di bahasa Inggeris, “Malay and Islam centric dan tidak merangkumi fakta-fakta material”. Saya ingin bertanya Kementerian Pendidikan berkenaan isu ini, bagaimanakah proses verifikasi kandungan text book di bawah untuk mata pelajaran Sejarah? Adakah terdapat satu jawatankuasa ataupun komiti yang terdiri daripada semua kaum? Bukan sahaja Melayu, tapi kaum India, kaum Cina juga untuk kita mengiktirafkan sumbangan kesemua kaum di negara ini di bawah mata pelajaran Sejarah. Ini adalah satu perkara yang saya fikir adalah penting dan perlu dijawab oleh pihak Kementerian Pendidikan.
Saya rasa Tuan Speaker, itu saja masa mengizinkan saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyertai pembahasan ini.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Arau, 10 minit Yang Berhormat.
Datoʼ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh rakyat Malaysia dengan kawan, orang-orang muda.
Datoʼ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya mulakan ayat al-Quran.
[Membaca sepotong ayat al-Quran] Yang bermaksud, “Wahai orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan juga Ulil Amri di kalangan kamu. Kemudian, jika kamu berselisih tentang sesuatu, kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya”. Tuan Yang di-Pertua, ini Titah Agong, Ulil Amri, kita patuh. Kita boleh berbeza tetapi kita tak boleh daripada prinsip untuk mematuh ucapan Agong. Kita tak boleh dalam apa keadaan sekalipun untuk menidakkan ucapan, titah ucapan yang telah disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Jadi, antara perkara yang disebut dalam ucapan tersebut ialah, contohnya ialah kita hendaklah berlaku adil kepada pembangunan wilayah.
Kawan-kawan daripada Sabah dan Sarawak telah bercakap perkara tersebut. Kita hendaklah memberi keadilan kepada semua tanpa mengira parti. Itu adalah ucapan Agong yang ulung yang saya nak ambil di peringkat awal ini bahawa bila kerajaan Ulil Amri mentadbir, kena ambil kira unsur pembangunan wilayah dan juga pembahagian harta negara ini kepada semua pihak tanpa mengira parti. Tapi, malangnya benda itu belum berlaku sepenuhnya lagi.
Jadi, ikut ayat al-Quran. Kalau kita berbeza, kembali kepada Quran dan Sunah, bukan kita bertengkar terbuka macam ini. Langsung sampai tak ada pemikiran bahawa perbuatan tersebut akan menyebabkan kita jadi masalah.
Masalah bukan sahaja di antara— mungkin di antara kaum tetapi sesama kita sendiri. Semua ini benda berlaku terletak kepada Ulil Amri. Pemimpin utama mestilah mencari jalan yang lebih baik bagaimana nak menyatupadukan ummah bukan menggalakkan perbezaan.
Kalau ada perbezaan, contohnya perbezaan di kalangan kita, tolonglah sama-sama satukan, bukan bertepuk tangan. Perbuatan bertepuk tangan ini jawab di akhirat nanti. Kita sebenarnya menggalak perpecahan. Macam kita diganggu oleh puak-puak sana, itu cuba menggalakkan perpecahan. Tak perlu ganggu. Kita berhujah, masing-masing bawa hujah masing-masing. Itu ialah hak kita yang harus dipertahankan.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Arau, boleh sikit Arau?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tampin jangan cakap lagi.
Lebih 10 minit saya bagi kejap lagi ya.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Ketawa] Tak, saya nak tanya Arau...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, saya faham Tampin.
Tampin menyokong saya, saya sokong Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Saya sokong, saya sokong Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Rumah Bangsa Perpaduan Ummah...
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Cuma, saya nak tanya, bila Tuanku titah untuk mengadakan Kerajaan Perpaduan, kenapa bertolak?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, tak apa. Thank you, very good. Tapi, di sini saya mencadangkan satu pendekatan yang lebih damai. Dasar perdamaian nasional, bukan perpaduan. Perpaduan dah ada, Rumah Bangsa dah ada tapi perdamaian belum ada. Jadi, cari jalan supaya kita berdamai.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Arau, Hulu Langat boleh?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kemudian yang keduanya ialah tentang kedaulatan bahasa Melayu.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Arau, Arau, Hulu Langat pula.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Telah termaktub dalam Perlembagaan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Amboi Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Speaker, 152 Perlembagaan Persekutuan, ini tak perlu bincang lagi.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang Berhormat Arau.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya, Arau nak bagi tak?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bahasa Melayu ini cuma diperingatkan dari masa ke semasa. Dalam perlembagaan, jangan cakap banyak...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ceh.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Buat rugi masa. Sebab sudah termaktub dalam perlembagaan...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Arau, tak boleh ke?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Dan kita semua kena patuh.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tak boleh?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tunggulah kejap Hulu Langat.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Okey.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Hal babi nanti saya cerita kemudian.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Okey.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
No problem. Saya tidak ada masalah, saya orang baik Speaker. Tolong ya. Okey, kemudian, bahasa. Kita tahu bahasa menyatukan bangsa. Kita ini wujud kasih sayang di kalangan kita. Jangan buruk sangka. Mengapa saya tak boleh suka Paya Besar? Sekarang dia naik pangkat jadi Timbalan Menteri, dia macam tak nak kawan dengan saya, tak apa.
Satu hari saya jadi Menteri, dia kena kawan balik eh, tiada pilihan. Jadi, kita jangan buruk sangka, mungkin saya buruk sangka.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Arau, Arau. Fasal buruk sangka tadi itu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Macam Hulu Langat, boleh saya lantik jadi Timbalan Menteri saya, no problem untuk menjaga hal ehwal...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sekejap, sekejap. Hulu Langat, dia tak bagi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Yang akan.
[Tidak jelas]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tak bagi ya?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ha, tak bagi.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tak, fasal buruk sangka tadi itu. Tak boleh?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang paling penting di sini ialah jangan buruk sangka. Cari helah nak berkawan, elakkan punca gaduh. Kalau hal itu berlaku, kita akan menjadi pemimpin yang baik, yang dihargai dan diingati. Saya tak mahu bergaduh dengan semua orang ini. Kenapa mesti buruk sangka? Macam Rafizi, hari-hari saya tengok dia punya podcast.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Pandan, Pandan.
Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan
Pandan eh, tak boleh sebut nama. Standing order, ha.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Pandan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Pandan. Saya tengok semua sebab saya menghargai.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Arau, Pandan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia cerita bagi saya benar...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sekejap, sekejap YB Arau, saya rasa kena betulkan. Pandan, Pandan. Tekan balik, tekan balik mic. Betulkan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Mic saya terberhenti, masa jangan dikira ya.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya, ya. Saya yang tentukan masa YB.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, kemudian fasal UEC. Itu lagi sekali, ini sistem kebangsaan. Kena tengok sistem kebangsaan ini, apakah menjurus kepada perpaduan ataupun tidak. Kita kena kaji semula sistem pendidikan yang ada, apakah boleh menyebabkan kita kasih sayang antara kita. We are Malaysian mam! Hei, Seputeh! Kita orang rakyat Malaysia, mesti ada kasih sayang, bukan buruk sangka, bukan lain-lain lagi.
Contohnya, bila kita tengok badminton, kita seronok badminton. Bila Pearly Tan dengan Thinaah main, kita seronok. Dia sekarang nombor dunia dalam dunia, kita seronok. Bagi kita ialah yang paling penting dia orang Malaysia. Lihat orang Malaysia dan bangga jadi orang Malaysia. Jangan pergi keluar tak bangga jadi orang Malaysia dan kritik Malaysia.
Saya pergi beberapa perjumpaan di luar negara bersama dengan pemimpin PKR, DAP semua, semua puji Malaysia. Saya nombor satu puji dulu. Tapi, dulu masa mereka jadi pembangkang, mereka pergi luar negara maki kami. Sebagai contoh, Paya Besar pun kena maki tapi, dia sekarang dia dah berkawan dengan mereka, dia pun baik juga wallahualam.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
[Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, kemudian pendidikan negara. Dia sekarang ini masalah pendidikan negara ini sepintas lalu ya. Masalah sekarang Menterilah, Menteri dia. Menteri, minta maaf sebab kes Darjah 6 ini pun telah dipercakap dengan hebat. Nak cakap pendek je Menteri, inilah masanya Menteri untuk mengundur diri, tukar kementerian. Bagi tukar mana-mana kementerian, jangan bagi dekat Ahmad Maslan, bagi dekat orang lain yang boleh— [Dicelah] ha?
Seorang Ahli
Paya Besar, Paya Besar.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ha, Paya Besar boleh. Tapi, jangan tukar polisi empat kali seminggu, ha.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Layak Pengerusi Perikatan Nasional ini. Layak.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, yang keduanya seperti yang disebut oleh Ketua Pembangkang yang budiman, saudara Hamzah daripada Larut.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Larut.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bahawa tentang graduan, 5.9 juta, lima, lapan juta graduan yang direkodkan, 16.6 juta, turun 32 peratus tidak mendapat pekerjaan seperti kelulusan. Macam contohnya, Hulu Langat ada PhD.
Tapi, tak dapat kelulusan untuk bekerja sebagai orang yang berkelulusan PhD, dapat kerja lain wallahualam. Sebagai contoh ya. Saya tak tahu you ada PhD ataupun tidak.
Kemudian, berhubung dengan ladang babi. Saya nak ingin— saya menyokong PAS Selangor, Pasir Mas, saya berterima kasih dan kawan-kawan yang lain. Soalan saya ialah tentang kalaupun berlaku perpindahan Bukit Tagar yang PM telah umumkan bahawa tidak akan berlaku. Kita nak tanya siapakah pengusaha utama? Kalau dia pengusaha utama, dia kena buat sendiri, tanah dia sendiri bukan tanah kerajaan.
Dan ambil teknologi yang terkini seperti yang dibuat oleh Singapore yang dibuat sebuah pulau dan juga China yang membangunkan berbentuk hotel untuk memelihara babi. Jadi, kita tak persoal yang lain, kita nak supaya teknologi yang boleh menjamin kebersihan alam sekitar dan sebagainya itu diambil kira.
Kemudian, KWSP...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sikit Arau. Arau tadi kata nak bagi laluan Arau.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau, Puncak Borneo kawan. Minta laluan sikit.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Arau, Arau. Kalau isu babi tadi kata nak bagi laluan?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Puncak Borneo, setuju.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Okey, terima kasih Arau.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ah, Puncak Borneo ini kacau pulalah.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Hulu Langat.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih Arau. Saya nak tanya, sama ada Yang Berhormat Arau setuju supaya mana-mana YB sebelah sana dan juga netizen yang menghina pemakanan babi itu sepatutnya tidak berlaku. Kita tidak mahu perkara itu menjadi konflik negara.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Okey, okey.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Jadi, adakah Yang Berhormat setuju supaya jangan— YB sebelah sana jangan sebut dan netizen pun nasihat mereka jangan sebut. Sebab hari itu, saya sebut fasal belacan dan budu saya hormat tapi, media tak sebut fasal hormat itu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ayat Quran, [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Kamu dengan agama kamu, kami dengan agama kami”. Bukan kami— tak ada, menghina tidak ada istilah di kalangan orang Islam. Ya, ustaz ya? Tidak. Kamu dengan agama kamu, dengan makanan kamu. Kita tak kata— kalau ada orang itu kata sebenarnya tak boleh cakap macam itu, kita kena hormati orang sebelah sana termasuk...
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih Arau sebab hormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, ya.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Kita pun hormat agama orang Islam. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Menghormati. Tidak menghina cuma, makanan kamu bukan makanan kami. Kami dilarang buat demikian, kami menghormati agama masing-masing.
Kemudian, yang kedua terakhir adalah berhubung dengan kartel. Saya mencadangkan supaya...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Arau, macam mana janji ini Arau? Kata nak bagi Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini Tuan Yang di-Pertua, sekarang padi...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Arau.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Arau, Menteri Besar Perlis.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Padi bagus tapi potongan sendiri.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Menteri Besar Perlis.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Hulu Langat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Mencadangkan supaya harga padi...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sekejap, sekejap. Hulu Langat. Okey, teruskan YB Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Minta tolong pusing balik jamlah.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya ingat, saya ingat YB Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kemudian, MB Incorporated di Perlis ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Perlis ini ada dua sumber. Tidak ada lagi. Harta kami tak ada. Yang ada ialah cahaya matahari dan juga REE. Jadi siapa nak masuk melabur di Perlis, boleh. Tapi kena pastikan kerajaan negeri menyertai. Itulah harta kami. Tidak ada tempat lain seperti kami. Kami punya kepanasan dua kali lebih besar daripada mana-mana negeri lain. Saya kalau balik dua hari pun, saya datang ini, the colour bertukar. Sebab apa? Panas yang luar biasa di sana, tetapi panas itu telah mengeluarkan hasil-hasil yang cukup bagus seperti harum manis dan sebagainya. Termasuk solar. Solar kita akan menjadi satu teknologi yang terbaik.
Kemudian yang kedua terakhir Speaker— ini speaker, berhubung dengan ART. Dalam ART, dia ada 43 perkataan Shell. Tujuh. Tujuh seksyen, tujuh perkara, 43 apa itu— 43 perkataan Shell. Yang Malaysia Shell, Shell. Jadi, yang tak ada perkataan Shell hanya 7.5 iaitu berhubung dengan termination. “Either party may terminate this agreement by return notification to the other party. Termination shall take effect 180 days after the date of the notification.” PMX dah jawab, dia kata, “Belum dimuktamadkan lagi.” Kita ada 180 hari seperti yang telah disebutkan enam bulan. Jadi, tolong tengok perkataan “Shell” ini terlampau banyak ya. Kemudian KWSP, apa ini Menteri Ekonomi tak ada. KWSP ini saya nak sebut, tolong pertimbangkan akaun 3. Bagi 10 peratus pun tak apa. No problem.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB, dah habis masa.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kemudian, akhir sekali, Yang Berhormat.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Akhir, okey.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Akhir dah. Comfirm akhir ini.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Satu minit— 30 saat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jangan macam itu.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Arau, boleh sikit Arau? Nak puji Arau, nak puji.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sekejap lagi...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Layak Pengerusi Perikatan Nasional dan juga Menteri Besar Kerajaan Negeri Perlis. Arau, terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Oh, Menteri Besar Perlis.
Okey. Sekejap lagi saya ceritakan. Okey. Pasal ni saya setuju dengan Pendang tadi.
Saya minta kerajaan tolong membuat penerangan. Penerangan Perdana Menteri pada minggu depan. Penerangan Perdana Menteri berhubung dengan isu Nunukan dan juga Sebatik. Sebab ini, akhbar Indonesia buat perayaan.
Hari itu pasal Ambalat. Ambalat dia buat perayaan. Berita. Hari ini dia buat perayaan berita yang kita semua lebih kurang 5,200 hektar. Tolong nafikan bahawa penerangan di Parlimen, sebab kita tahu struktur Parlimen di bawah Perkara 69, Bab IV menyebutkan bahawa struktur pemerintah negara ini terdiri daripada Kabinet, Parlimen, Majlis Raja-Raja dan Agong. Jadi kenal rujuk mengikut perkara-perkara ini.
Terang di Parlimen. Majlis Penerangan Perdana Menteri pada minggu yang hadapan berhubung dengan isu Nunukan dan juga Sebatik dan juga peruntukan Ahli- ahli Parlimen ya.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Baik, okey dah habis.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey. Jadi itu— jadi...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Arau...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Apa ini, Yang Berhormat ini, orang nak sebut ini. Kelmarin market kita— dua hari yang lepas market naik 27 poin.
Kelmarin jatuh 14 poin. Hari ini, pagi-pagi jatuh 36 poin. Saya tahu fasal apa jatuh.
Ini sebab Iraq nak peranglah macam— ini, Amerika nak perang dan sebagainya.
Kemudian, sekarang ini jatuh mungkin dalam 30 ke 26 poin. Benda yang besar di hadapan kita ialah terdapat 2,200 kaunter. Yang aktif 1,650. Tetapi indeks— Hulu Langat, indeks dia ambil kira kepada 30 kaunter saja. 30 kaunter itu kalau naik, naiklah indeks kita kalau jatuh, jatuh. Saya minta kerajaan perhatikan balik benda ini.
Menteri Ekonomi perhatikan balik.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Okey.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kenapa indeks didasarkan kepada 30 kaunter saja? Kenapa tak diambil yang lain? Dan kita dulu kita ada sekurang-kurangnya ada support daripada pihak agensi kerajaan kepada *market.
Market* kita ada menghadapi masalah yang saya sebutkan dan walaupun PMX kata teori ekonomi saya merudum, tapi saya nak bagi simple.Yang Berhormat kalau pi Hatyai sekarang, dengan RM50, dulu kita boleh beli RM50 barang.
[Tidak jelas]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Panjang sangat YB ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tapi sekarang boleh beli RM60, bayar RM50. Makna kata beli barang banyak, duit sikit. Makna kata barang masuk Malaysia, dia kena turun harga. Cari jalan turun harga Yang Berhormat Menteri Pengguna. Cari jalan turun harga.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Arau, Arau...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Gunakan apa saja akta dan— [Tidak jelas] untuk membolehkan harga turun.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Arau, kalau kira dulu Arau...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih Yang Berhormat...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Arau, kalau kita dulu, nenek saya pun anak dara.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Apa dia cakap ini?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Okey. Baik-baik. Dah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih Yang di-Pertua.
Saya telah bercakap 11 minit. Terima kasih rakyat Malaysia, orang muda dan kawan- kawan daripada negara jiran. Kawan-kawan daripada Indonesia baru SMS saya. Dia duk dengar saya berucap. Termasuk daripada...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Baiklah, saya jemput Yang Berhormat Tampin. 10 minit Yang Berhormat.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI.
*Senja merona menyimpan rasa, Hati terpaut sejak pertama; Raja berdaulat payung negara, Tonggak perpaduan seluruh bangsa.
[Tepuk]* Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi izin dan peluang kepada saya untuk turut serta mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Pembukaan Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas. Ampun Tuanku, dengan penuh rasa takzim, patik bangun menjunjung kasih atas setiap peringatan, nasihat dan amanat Tuanku yang cukup jelas serta menjadi pedoman berharga kepada patik sekalian dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara di bawah naungan Tuanku.
Tuan Speaker, titah ucapan Tuanku tempoh hari kelihatan ringkas. Namun, inti patinya tetap padat dan sarat dengan peringatan yang perlu diambil serius. Titah Tuanku bukan hanya sekadar ucapan pembukaan, tetapi merupakan satu isyarat amaran agar kerajaan dan seluruh Ahli Dewan terus melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti, telus dan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat.
Tuan Speaker, penghargaan wajar diberikan...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tampin, boleh sikit tak Tampin?
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Baru ini— sekejap, sekejap, sekejap.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ah, tak boleh dah?
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Belum habis intro. Sekejap, sekejap, sekejap.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ya? Okey, okey, okey.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Penghargaan wajar diberikan buat kerajaan kerana berjaya mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang positif dengan kadar pengangguran, inflasi dan kemiskinan yang kekal rendah. Begitu juga dengan kejayaan pengukuhan nilai Ringgit yang pencecah paras tertinggi dalam tempoh tujuh tahun ini berbanding Dolar Amerika Syarikat.
Pengukuhan ini menunjukkan bahawa dasar tatakalola yang dilaksanakan oleh kerajaan sedang berada pada landasan yang tepat. Hal ini termasuklah pengekalan dasar semalaman dan juga pendekatan dasar monetari yang cukup mantap. Selain itu, yang lebih mustahaknya, kita perlu memperakui bahawa keadaan ini tidak akan datang bergolek, tanpa kestabilan politik yang berjaya diwujudkan dan dikekalkan pada masa ini.
Menerusi kestabilan politik inilah keyakinan pada pelabur dapat ditingkatkan untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang kukuh, mampan dan boleh dipercayai. Oleh itu, sebarang tindakan atau polemik politik— Hulu Langat, yang boleh menggugat kesedaran ini, wajar kita tangani secara bertanggungjawab demi memastikan kemakmuran negara dan kepentingan rakyat terus dipelihara.
Jagalah keharmonian antara semua parti-parti politik dalam Kerajaan Perpaduan hari ini. Semua ada pendapat, semua ada pandangan. Namun, hati dan perasaan mesti harus dijaga. Okey, apa dia Hulu Langat?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ini Tampin. Sebut berdegar- degar, cakap akur dengan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Majlis Raja-Raja Melayu ini maksudnya. Sultan-sultan bertitah, Raja-Raja Melayu bertitah.
Tapi di Perlis, Raja Perlis, Tuanku minta jaga negeri ini, bantu rakyat jangan bergaduh, jangan berkelahi. Tapi di Perlis ini, berkelahi, bergaduh.
Yang jadi masalahnya, kalau bergaduh Pakatan Harapan, Kerajaan Perpaduan dengan PN, tak jadi masalah. Tapi ini bergaduh sesama mereka sendiri maksudnya. PAS bergaduh dengan PAS. PN bergaduh dengan PN. Apa pandangan daripada sahabat saya daripada Tampin? Terima kasih Speaker.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Hulu Langat. Saya memang suka dia bergaduh. Insya-Allah, masyarakat boleh menilai dan akhirnya Kerajaan Perpaduan pada hari ini akan kekal selamanya *insya-Allah.
[Tepuk]* Tuan Speaker, Titah Tuanku mengenai rasuah bukan hanya sekadar peringatan kosong tetapi satu perintah moral kerana selagi rasuah berakar umbi.
Selagi itulah usaha membina negara akan terbantut dan kepercayaan rakyat akan terus terhakis. Apabila Tuanku menyatakan bahawa perasuah akan diburu sampai jumpa dan pengkhianat negara termasuklah mereka-mereka yang menyalah guna kuasa, menyeleweng dana awam serta melindungi perasuah.
Maka, mesej Tuanku cukup jelas bahawa tiada mana-mana individu yang kebal dan tiada sesiapa yang terkecuali. Termasuklah kita semua yang berada dalam Dewan ini. Justeru itu, Titah Tuanku harus disambut dan diterjemahkan kepada tindakan yang nyata bagi memelihara integriti negara dan menjunjung kedaulatan undang-undang negara.
Pihak berkuasa dan agensi berkaitan hendaklah telus, melipatgandakan usaha tanpa pilih kasih, campur tangan politik dan kompromi supaya prinsip keadilan dapat ditegakkan dan keyakinan rakyat dapat diperkukuhkan. Pemberi rasuah dan tauke-tauke besar yang melanggar integriti juga hendaklah diburu dan didakwa dan tidak kira siapa pun mereka, apa ideologi politik mereka, apa yang dia makan dan lain-lain lagi.
Tuan Speaker, mengenai MA63. MA63 merupakan asas pembentukan Malaysia yang telah menyatukan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Secara peribadi, saya menyokong segala tuntutan MA63. Saya juga yakin bahawa rakan- rakan di Semenanjung juga bersetuju dengan saya.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Namun, pada masa yang sama, kita perlu saling menjaga dan menghormati hak negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia yang dahulu adalah Persekutuan Tanah Melayu. Setiap pertuturan hendaklah berhati-hati sebagaimana yang telah dinasihatkan oleh Tuanku supaya tidak terlihat seperti menghasut sehingga mewujudkan ketegangan. Marilah kembali kepada niat asal pembentukan Malaysia kerana kepentingan negara secara bersama lebih utama.
Tuan Speaker, isu UEC yang sudah lama menyepi dan secara tiba-tiba muncul kembali, hendaklah dibincangkan dengan berfakta dan berperlembagaan.
Titah Tuanku cukup jelas. Jika hendak buat sistem pendidikan baru, ia mesti dibuat selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Bahasa Melayu mesti menjadi bahasa utama kerana ia adalah bahasa kebangsaan. Ingin saya tegaskan bahawa mempelajari, menjulang dan memartabatkan bahasa Melayu bukanlah isu perkauman tetapi adalah isu kenegaraan yang wajib kita pertahankan. Biarlah PMX, Jemaah Menteri dapat selesaikan kemelut ini demi kepentingan kita semua.
Sebenarnya, PMX sentiasa menghormati pandangan setiap parti dalam Kerajaan Perpaduan. Insya-Allah kemelut ini akan diselesaikan. Kita sabarlah sama-sama.
Tuan Speaker, kebebasan media merupakan tunjang utama kepada amalan demokrasi. Namun, kebebasan tersebut tidak bermaksud ia nya kebal daripada perlembagaan. Isu melibatkan bekas wartawan perlu dilihat bukan sahaja atas nama kebebasan bersuara, tetapi juga perlu dilihat dalam konteks tanggungjawab warganegara terhadap konteks sosial. Apabila seseorang individu mempersoalkan konsensus ini, ia nya bukan lagi menjadi wacana intelektual tetapi satu bentuk pengingkaran terhadap asas pembinaan negara.
Justeru itu, Dewan ini mesti tegas bahawa kebebasan bersuara bukanlah lesen yang boleh digunakan untuk mencipta naratif mengikut selera politik dan merosakkan konteks sosial. Mana-mana pihak yang melangkaui garis merah perlembagaan tidak kira siapa pun mereka, wajib kita hadapkan dengan tindakan tegas.
Tuan Speaker, selaku Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional, saya menyambut baik keputusan kerajaan untuk menarik balik pembentangan RUU URA pada sesi kali ini. Kami Ahli-ahli UMNO tidak pernah menolak pembangunan, namun RUU tersebut masih banyak kelompangannya yang menimbulkan keresahan rakyat.
Setelah RUU URA mengambil kira 14 syor penambahbaikan yang dikemukakan pada Konvensyen URA anjuran UMNO pada 3 Oktober tahun lalu, insya-Allah rakyat akan menerima dengan seadanya dan kami akan menyokong apa jua usaha-usaha yang dibuat oleh Kerajaan MADANI ini.
Tuan Speaker, berdasarkan semakan setakat ini, kita mempunyai 10 buah hospital pengajar yang sekutu dengan industri awam. Sebelum ini, saya pernah membangkitkan persoalan mengenai isu pemindahan Hospital Pengajar USIM daripada Nilai, Negeri Sembilan ke Kota Tinggi, Johor. Justifikasi yang diberikan cukup mengecewakan atas alasan Kota Tinggi merupakan kawasan luar bandar Tenggara.
Hakikatnya, di dalam Negeri Sembilan ini masih banyak lagi kawasan dan daerah yang bertaraf luar bandar. Saya menggesa supaya perkara ini dikaji semula kerana pemindahan ini merupakan satu kerugian dan penganiayaan buat kami selaku rakyat Negeri Sembilan. Sekiranya lokasi di Nilai tidak bersesuaian, setidak- tidaknya bangunlah di kawasan lain asalkan di Negeri Sembilan. Tampin juga ada tanah yang tersedia untuk pembangunan ini. Kami di Negeri Sembilan juga memerlukan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.
Tuan Speaker...
Tuan Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Tampin sikit. Tampin dah sebut Tenggara ini. Sikit saja.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Boleh. Boleh.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Saya sebenarnya menyokong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokonglah ucapan daripada Tampin ni tetapi yang dah pergi ke daerah Kota Tinggi tu biarkan. Saya cuma mencadangkan agar IPTA lain mungkin boleh dibuat di kawasan di Tampin.
Terima kasih.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Saya setuju itu Tenggara. Tapi asalnya di Nilai. Siapa suruh ubah ke Kota Tinggi ni. Kalau Menterinya datang daripada Kota Tinggi, janganlah ubah-ubah ini. Ini sekarang ini...
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Ah, tak payahlah bergaduh.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Okey.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Menterinya datang daripada— bukan Lumut.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Tadi kan dah sokong tadi tu, buat universiti lain, universiti lain.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Ah, sokong? Biar dekat Nilai, biar dekat Nilai. Cuma jangan pindah-pindah.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Terima kasih.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Tuan Speaker, ucapan perbahasan saya tidak sempurna jika tidak menyebut soal FELDA dan peneroka FELDA yang telah menjadi tulang belakang pembangunan negara sejak lebih enam dekad lalu.
Memandangkan tahun ini merupakan tahun permulaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan sebagaimana yang dititahkan Tuanku agar rancangan ini memberikan tumpuan kepada kesejahteraan rakyat antaranya perumahan. Sekali lagi, saya menggesa agar kerajaan mempercepatkan pindaan Akta GSA tanpa penangguhan lagi supaya kekangan perundangan sedia ada tidak terus menjadi batu penghalang.
Jika perkara ini melibatkan kebajikan peneroka gagal diperkasakan, maka kita bukan hanya sekadar merisikokan kepercayaan mereka terhadap kerajaan sedia ada, tetapi kita juga berisiko untuk kehilangan asas sosioekonomi Melayu luar bandar.
Tuan Speaker, saya tak nak mengambil masa yang panjang. Itu saja yang saya dapat sampaikan setakat ini. Semoga segala pandangan yang dibangkitkan mendapat perhatian kerajaan.
Terbang tinggi si burung nuri, Hinggap sebentar di pohon cemara; Titah Tuanku dijunjung tinggi, Negara makmur, rakyat sejahtera. Sekian, saya menjunjung penuh Titah Ucapan Tuanku. Terima kasih Tuan Speaker.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Jasin. 10 minit Yang Berhormat.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut sama membahaskan Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Di dalam Titah Baginda Yang di-Pertuan Agong, pada perenggan keempat mengandungi peringatan yang sangat asas bahawa sebarang usaha pembinaan negara demi kesejahteraan rakyat tidak mungkin akan tercapai dengan sempurna tanpa dibanteras terlebih dahulu elemen yang menghalang kejayaannya dari sebarang bentuk jenayah kolar putih yang menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam.
Dalam masa terhad yang diberikan ini, saya ingin memfokuskan terhadap persoalan hala tuju atau dengan izin, direction negara. Ke manakah negara ini ingin dibawa? Saya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Dewan Rakyat yang dihormati tentang betapa pentingnya aspek at-taqwa atau dengan izin, active obedience diberikan penekanan dalam rangka kita melaksanakan Titah Diraja tersebut.
Dalam ajaran Islam dan penyelesaiannya, at-taqwa yang bermaksud mentaati segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya adalah merupakan teras atau dengan menggunakan istilah para pendukung ideologi Barat, ia adalah sebagai infrastruktur asas bagi sebarang bentuk reformasi dan pengislahan sama ada insan, masyarakat dan negara.
Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa, ayat 64, [Membaca sepotong ayat al-Quran] yang bermaksud, "Dan kami tidak mengutus seseorang rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah". Sabda Rasulullah SAW yang berbunyi, [Membaca sepotong hadis] yang bermaksud, "Aku berpesan kepada kamu agar sentiasa bertakwa kepada Allah kerana sesungguhnya ia adalah asas bagi segala perkara kebaikan". Itulah jalan pembinaan Islam yang dibawa oleh para rasul Alaihisalam dan itulah sahaja jalan penyelesaiannya dalam segala perkara. Tidak ada jalan yang lain selain dari manusia hendaklah bersedia mencabut kezaliman sehingga ke akar umbinya yang tertanam di dalam dirinya tanpa meninggalkan bekas walau sedikit pun.
Pada ketika itu barulah sebarang penyelesaian akan dapat bernafas dan memimpin manusia dan masyarakat dan negara keluar sepenuhnya dari kezaliman kepada keadilan yang hakiki yang terkandung di dalam sistem dan perundangan Islam yang adil. Pada ketika itu sistem yang zalim tidak lagi mempunyai tapak untuk tumbuh semula bagi kali keduanya.
Tanpa mencabut kecenderungan kepada kezaliman di dalam jiwa manusia, sebarang bentuk pengislahan sosial atau reformasi tidak akan benar-benar dapat dilakukan. Penekanan aspek takwa sebagai asas perbaikan negara adalah dasar yang amat asasi kepada sebarang bentuk penyelesaian menurut Islam.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Ia menjadi syarat kejayaan dan syarat sebarang penyelesaian dapat dilaksanakan secara berterusan. Takwa adalah dasar yang membezakannya dari seluruh bentuk penyelesaian sekular, liberal dan sosialis ataupun penyelesaian yang lahir melalui adunan antara Islam dan ideologi-ideologi barat seperti Islam liberal dan lain-lainnya. Justeru itu, aspek takwa perlu ditekankan dan penghayatan takwa di dalam masyarakat dan negara mestilah mewarnai setiap proses pembinaan negara.
Malangnya perkara yang sangat penting ini dalam menentukan masa depan negara telah tidak diberikan kepedulian oleh kerajaan dengan sesungguhnya. Sikap toleransi melampau terhadap budaya negatif Barat yang menghakis tuntutan ketakwaan kepada Allah dan kemungkaran maharajalela berterusan berlaku secara bebas tanpa tindakan menghalang yang berkesan berlaku dalam era pemerintahan Kerajaan MADANI.
Dalam era Kerajaan MADANI, kemungkaran dan kerosakan moral dianggap sebagai perkara kecil dan remeh. Ini sangat bertentangan dengan kehendak Islam.
Memandang remeh terhadap kemungkaran bukanlah sikap yang benar. Firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 65 bermaksud, “Dan jika engkau bertanya kepada mereka tentang ejekan-ejekan itu, tentulah mereka akan menjawab sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main.” Katakanlah patut kah nama Allah dan ayat-ayatnya serta Rasul-Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya.
Ya, adanya usaha-usaha baik Kerajaan MADANI dalam menyuburkan takwa antara lainnya seperti program-program ilmu dan ibadah tidak dinafikan. Namun, sikap membiarkan kemungkaran apatah lagi mempertahankan di samping waktu yang sama melakukan kebaikan adalah perbuatan tidak berakal yang telah dikecam Allah SWT dalam surah an-Nahli ayat 92 bermaksud ...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Jasin. Jasin.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
“Dan janganlah kamu menjadi seperti perempuan yang telah merombak satu per satu benda yang dipintalnya.”
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Jasin. Boleh minta penjelasan sikit Jasin?
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
“Sesudah ia selesai memintalnya dengan kuat.”
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Bila Jasin sebut tadi Kerajaan MADANI membiarkan ...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sekejap, sekejap.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Kemungkaran yang dilakukan sebagai contohnya pada sambutan ...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Jasin, boleh minta sikit...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Nak bagi tak Jasin? Tak bagi ya?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Speaker, sebab bila dia sebut tadi Kerajaan MADANI membiarkan kemungkaran...
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Kemungkaran membiarkan kemungkaran sebagai contohnya ...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sebab itu yang saya...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Sambutan Glamping with Pride bukan lah isu kecil tetapi kemungkaran besar yang wajib dibanteras dengan serius.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Mana ada, tak ada program itu tak berjalan.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Apabila gagal diikat dengan syarat-syarat patuh syariah...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ini tuduhan ini.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Agar penghayatan takwa sebagai asas pembinaan insan bagi masyarakat dan negara.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Speaker. Speaker.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sekejap.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Bagi petualah Speaker.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sekejap, sekejap. Sekejap. Tunggu ya. Saya akan take note fasal masa. YB Hulu Langat, YB Jasin tak bagi. So YB Hulu Langat melainkan YB nak bangkitkan Peraturan Mesyuarat. Kalau tak YB tak boleh bangun, tak boleh kacau.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
36(12).
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya, apa?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kenyataan dia itu mengelirukan. Sebab dia kata tadi dia kata Kerajaan MADANI membiarkan program- program lagha, program-program mungkar yang berlaku di dalam negara kita ini.
Saya nak minta penjelasan maksudnya. Kalau boleh dia tolong senaraikan. Kalau tidak, Jasin tarik balik.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Itu bukan peraturan mesyuarat. Jadi, peraturan mesyuarat itu dia dah bangkitkan, jadi sekarang ini YB nak suruh dia buat apa. Suruh dia tarik balik kah, kata tak betul kah apa?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Macam dia sebut glamping tadi itu kan. Benda itu tak ada tapi itu merupakan satu tuduhan. Itu fitnah, ustaz.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Okey faham, faham. Okey Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Itu fitnah. Fitnah ini lagi bahaya daripada membunuh.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Baik Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sebab saya pun lama juga dulu duduk dalam PAS. Besut tak tahu lah, duduk kah tak duduk.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Okey Hulu Langat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang keliru siapa? Yang keliru ini siapa sebenarnya?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Dah. Dah.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Pandai-pandai keliru pula.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sekejap. YB Jasin, tolong respons kepada apa yang disebut oleh YB Hulu Langat.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Apa yang saya sebutkan itu adalah berdasarkan laporan akhbar.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya, tapi apa yang dibangkitkan oleh Hulu Langat ialah dia kata Kerajaan MADANI membiarkan. Jadi, dia kata itu tak betul.
Jadi, sekarang ini apa respons daripada YB Jasin.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Apa yang saya sebut dibiarkan iaitu tidak ada suatu usaha untuk menyekat secara serius sehingga program-program mungkar itu merebak dengan begitu pantas. Itu dia.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Speaker, tak betul itu Speaker. Sebab dikatakan program itu akan berlaku di Hulu Langat. Saya sebagai Ahli Parlimen Hulu Langat tiga, empat kali saya pergi round. Saya berjumpa dengan pengusaha-pengusaha calet itu, pengusaha-pengusaha resort itu. Kita keluarkan kenyataan. Kita buat report polis. Kita report kepada pejabat agama Islam, kepada JAIS, kepada pihak PBT supaya sama-sama. Kita minta juga Datuk-Datuk ketua kampung, Datuk-Datuk penghulu, warga dan juga masyarakat di kawasan itu supaya pantau kawasan itu.
Kita tak mahu berlaku kejadian ataupun program-program yang dilaknat ataupun program-program yang sangat bahaya untuk ketamadunan kehidupan warga dan masyarakat khususnya dalam negara kita. Jadi saya minta supaya Jasin tarik balik kenyataan dia yang biadab dan juga salah itu.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Okey. Okey. Saya buat ruling. Pada saya apa yang disebut oleh YB Jasin itu adalah pandangan dia. Dia merasakan ia tidak cukup, maka dia dibenarkan untuk membuat kenyataan tersebut. Tapi nanti Menteri akan jawablah.
[Tepuk]
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Teruskan. Saya bagi tadi berapa?
Empat minit lagi.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Ini sekiranya kita benar-benar ikhlas mahu membina dan membangunkan negara dan melaksanakan Titah Diraja dengan betul.
Tanpa sifat takwa benar-benar menjadi dukungan pemimpin-pemimpin negara, pembinaan sebenar negara tidak akan berlaku. Itulah Islam melihat para penolak Islam itu sebagai musuh yang bahaya. Namun, Islam memandang para penerima Islam yang tidak jujur dalam menyucikan jiwanya dari segala ciri-ciri kezaliman dan kekejian yang Islam datang untuk menghancurkannya itu adalah jauh lebih berbahaya lagi.
Tidak kah kita melihat dalam sejarah dunia bagaimana ribuan reformis yang mengalir darahnya sepanjang zaman untuk mencabut pohon kezaliman yang berpuaka itu menjadi kering begitu sahaja lantaran manusia yang menjadi harapan untuk melepaskan mereka dengan keadilan adalah manusia-manusia yang kezaliman itu masih membenih di dalam hati mereka.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Agama. Dari manakah beliau mendapat idea bahawa gejala LGBT atau budaya liwat yang sedang berleluasa dalam era Kerajaan MADANI ini disebabkan oleh tekanan kerja? Sekiranya idea tersebut bermaksud untuk mewajarkan amalan seks songsang golongan LGBT, maka ia sangat bertentangan dengan ajaran Islam. Saya yakin bahawa Yang Berhormat Menteri Agama arif tentang hukum Islam tersebut dan tidak berniat demikian.
Namun, saya berpandangan tanggapan tersebut adalah sangat tidak wajar disampaikan oleh seorang yang bertaraf Menteri Agama yang sepatutnya memerangi amalan LGBT secara habis-habisan dan bukannya mewajarkan amalan golongan tersebut. Kita tidak mahu selepas ini ada orang melakukan seks songsang dengan alasan menghadapi tekanan kerja.
Selain itu, sebenarnya teori bahawa aktiviti meliwat akibat tekanan kerja adalah suatu teori yang telah ditolak oleh para ilmuan dan saintis Barat sendiri. Dari sudut teori psikologi, ia adalah teori stress based explanation dengan izin, yang berasal dari falsafah psychology Sigmund Freud yang terkenal pada penghujung abad ke-19 dan pertengahan abad ke-20. Namun, ia telah pun ditolak sepenuhnya oleh para saintis kerana tidak dibuktikan oleh sebarang kajian sains.
Seperti kata seorang pakar terkenal psikologi Barat, Hans Eysenck, “Freud theories are not only unsupported by experimental evidence but are in many cases impossible to test scientifically.” dengan izin. Barat telah menjadikan manusia moden sebagai bahan eksperimen atau tikus makmal kepada ideologi-ideologi dan teori- teori yang batil.
Profesor Syed Naquib al-Attas berkata, “Modern science and philosophy have projected their own world view upon man and man has become their object of their conjectures and experiments.” Justeru itu kebimbangan dan penggunaan bahasa kiasan tikus makmal yang diluahkan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang berkaitan langkah terbaru kerajaan untuk merubah awal umur persekolahan dari tujuh tahun kepada enam tahun bukanlah salah guna istilah atau tidak berasas. Ia adalah kebimbangan yang dikongsi dan turut diluahkan oleh tokoh-tokoh besar pendidikan dan reformis di dunia pada hari ini.
Bahkan Timbalan Speaker, Yang Berhormat Bangi dalam ucapan perbahasan beliau telah turut berkata barat dan Amerika Syarikat telah gagal.
Seolah-olah sudah mula ada konsensus dan kefahaman bersama bahawa kita tidak boleh lagi berkiblat kepada barat. Manusia moden akibat terputus dari panduan wahyu telah dijadikan bahan percubaan bagi polisi sistem dan atau perkara baru yang belum pasti keberhasilannya. Dan kita tidak mahu ini berlaku kepada anak- anak kita dan rakyat dalam negara ini. Masalah negara tidak selesai oleh mana-mana pemimpin selama mana mereka tidak bersedia kembali kepada petunjuk Allah SWT.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Selama mana mereka berpegang dengan sekularisme atau pragmatisme atau mana-mana andaian akal fikiran manusia yang terbatas, selama itulah setiap pemimpin baharu itu tidak akan mampu membawa penyelesaian yang dikehendaki.
Ia bukanlah kelemahan pimpinan yang boleh diatasi dengan semata-mata kepimpinan baru. Ia adalah keterbatasan bangsa manusia yang tidak akan dapat diatasi melainkan dengan mengambil panduannya dalam segala perinciannya dari petunjuk Allah SWT semata-mata.
Tuan Yang di-Pertua sebagai penutup, saya ingin menegaskan sekali lagi keperluan negara kepada arah tuju atau dengan izin, direction pembinaan negara yang betul. Ia mestilah berasaskan penyelesaian Islam, pembinaan Islam yang bertunjangkan prinsip ketakwaan kepada Allah di dalam segala perkara. Hanya dengan pendekatan itu sahajalah negara dan rakyat dapat diselamatkan insya-Allah.
Firman Allah SWT bermaksud, “Katakanlah sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang sebenarnya”.
Tuan Yang di-Pertua, sekian terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Jasin.
Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kinabatangan. 10 minit Yang Berhormat.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
*Bismillahirrahmanirrahim.
[Membaca doa]* Tuan Yang di-Pertua, saya merafak sembah menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas Titah Baginda di dalam Dewan yang mulia ini.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun selaku Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Bagan Datuk selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah serta seluruh kepimpinan Parti Barisan Nasional atas sokongan, kepercayaan dan bimbingan yang tidak berbelah bahagi.
Tidak dilupakan juga kepada semua penyokong setia jentera parti, sukarelawan dan para petugas di setiap peringkat yang telah bekerja siang dan malam dengan penuh komitmen, keikhlasan dan semangat kebersamaan. Saya akan meneruskan perjuangan dan aspirasi ayahanda tercinta dengan penuh rasa rindu dan penghargaan atas segala pengorbanan serta didikan beliau.
Dengan rendah hati, saya berjanji akan memikul amanah dan tanggungjawab ini sebaik mungkin, memperjuangkan suara rakyat dan bekerja keras demi pembangunan kesejahteraan Kinabatangan agar tidak ada siapa pun yang tercicir daripada arus kemajuan sebagai tanda bakti kepada arwah ayahanda dan seluruh rakyat yang telah meletakkan kepercayaan kepada saya.
Saya mengambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih kepada semua sahabat, ayahanda saya, baik di blok kerajaan, mahupun pembangkang di atas kebaikan yang telah ditunjukkan oleh semua di sepanjang beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen.
[Tepuk] Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mampu membalas kebaikan semua. Patah tumbuh hilang berganti, amanat Kinabatangan akan ku simpan sampai mati.
Tuan Yang di-Pertua, natijahnya kerjasama erat antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan di Sabah yang terdiri daripada Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan Gabungan Rakyat Sabah serta lain-lain di peringkat nasional dan negeri telah membuktikan bahawa semangat perpaduan adalah asas kekuatan kita.
Bak kata pepatah Melayu, "serumpun bak serai, sesusun bak sirih".
Di Kinabatangan, kemenangan ini menjadi bukti jelas bahawa apabila kita mengetepikan perbezaan dan bersatu di bawah satu matlamat iaitu demi kesejahteraan rakyat, hasilnya adalah sokongan padu daripada masyarakat.
Perpaduan inilah yang menjadi kunci kejayaan dan kerjasama inilah yang mengangkat aspirasi rakyat menjadi realiti.
Tuan Yang di-Pertua, Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63 bukan sekadar dokumen sejarah tetapi asas Persekutuan Malaysia yang mengiktiraf kedudukan istimewa Sabah dan Sarawak. Perjanjian ini memberi hak autonomi yang nyata merangkumi pertama, hak 40 peratus hasil Sabah seperti yang termaktub dalam Perkara 112C dan Jadual Kesepuluh Perlembagaan. Ia nya yang bukan satu pertimbangan politik atau budi bicara kerajaan semasa tetapi janji Perlembagaan yang menjadi syarat asas penyertaan Sabah membentuk Malaysia.
Kedua, hak royalti terhadap hasil petroleum dan gas. Menyentuh berkenaan hak royalti daripada hasil petroleum dan gas, saya ingin memberikan respons terhadap jawapan bertulis kepada soalan nombor 56 bertarikh 20 Januari 2026 yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Undang-undang dan Reformasi Institusi.
Pada hemat saya, jawapan tersebut boleh dimurnikan agar tidak mengelirukan dan menafikan hak yang dimiliki oleh Sabah dan Sarawak sebagai status rakan sekutu ataupun equal partners sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Bagaimana sebuah perjanjian digubal secara unilateral tanpa persetujuan berupaya mengatasi Perjanjian Malaysia 1963 yang menjamin hak negeri itu ke atas sumber asli?
Sehubungan itu, saya mohon agar jawapan ini dikaji semula kerana telah menimbulkan polemik, kegusaran dan ketegangan rakyat Sabah dan Sarawak.
Harus difahami bahawa mengembalikan hak-hak ini juga menegaskan komitmen kerajaan terhadap prinsip perundangan antarabangsa bahawa perjanjian mesti dihormati dan memperkukuh kedudukan Sabah sebagai rakan kongsi sebenar dalam Persekutuan bukan sekadar negeri biasa.
Hal ini juga bertepatan dengan syariat Islam menerusi ayat al-Quran di dalam surah al-Maidah ayat 1 yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.” Dengan menghormati MA63, kita bukan sahaja menegakkan keadilan dan keseimbangan federalisme tetapi juga memastikan kesejahteraan rakyat Sabah terjamin melalui pembangunan yang inklusif dan berkesan.
Tuan Yang di-Pertua, di dalam Kinabatangan ini, tiga isu asas yang masih membelenggu kehidupan rakyat sehingga hari ini ialah bekalan elektrik, air bersih, infrastruktur jalan raya. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan keselesaan hidup rakyat, malah menghalang aktiviti ekonomi pendidikan anak-anak serta operasi perkhidmatan asas. Mahu mandi pun terpaksa tunggu hujan. Kalau tidak hujan tiga hari, tiga harilah tahan sakit perut, Yang di-Pertua. Perit rasanya.
Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya kemukakan di Dewan ini antara kawasan yang terjejas, Kampung Sumangat, Kampung Mumiang, Kampung Kulu-Kulu, Kampung Inarad, Kampung Masaum, Kampung Subak Sinak, Kampung Tundun Bohangin. Sudah merdeka puluhan tahun, elektrik pun tidak ada. Bekalan air pula Kampung Tanjung Batu, Kampung Sumangat. Banyak kampung lah. Nanti saya bagi list lah. Terlalu ramai, terlalu banyak. Payah, perit kami di Kinabatangan, Yang Pertua.
Tuan-tuan, bagi menangani masalah bekalan elektrik, saya cadangkan yang stabil khusus di kawasan pedalaman dan kampung terpencil di Kinabatangan.
Pendekatan tenaga solar wajar dijadikan penyelesaian strategik jangka sederhana dan panjang. Pemasangan sistem solar hibrid berpusat atau solar individu berserta bateri simpanan mampu menjamin bekalan elektrik yang lebih konsisten tanpa bergantung sepenuhnya kepada grid nasional yang sering terganggu.
Model ini telah terbukti berkesan di banyak kawasan luar bandar dengan kos operasi yang lebih rendah dalam jangka panjang, mesra alam serta boleh dilaksanakan secara berfasa melalui kerjasama Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, GLC tenaga dan penyertaan komuniti setempat. Pendekatan ini bukan sahaja menyelesaikan isu elektrik, malah membuka ruang kepada aktiviti ekonomi kecil, pembelajaran digital dan peningkatan kualiti hidup rakyat.
Dari sudut bekalan air bersih pula, penyelesaian yang realistik dan bersesuaian dengan geografi Kinabatangan ialah dengan memanfaatkan sumber air sedia ada seperti air sungai berdekatan, air bukit dan air bawah tanah dengan sistem rawatan dan penapisan yang berkesan. Pembinaan loji rawatan air berskala kecil, pemasangan sistem penapis moden serta pemantauan kualiti air secara berkala dapat memastikan bekalan air yang selamat dan berterusan kepada penduduk.
Pendekatan ini lebih cost-effective berbanding projek berskala besar cepat dilaksanakan dan sesuai untuk kawasan pola penempatan tidak berpusat.
Dengan perancangan teknikal yang baik serta sokongan, peruntukan berfokus, isu air bersih di Kinabatangan boleh diselesaikan kerajaan secara mampan tanpa menunggu projek mega yang mengambil masa bertahun-tahun. Justeru, penyelesaian menyeluruh terhadap tiga isu asas ini mesti menjadi keutamaan kerajaan agar pembangunan di Kinabatangan benar-benar bersifat inklusif dan tidak terus meninggalkan rakyat di luar bandar.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menekan bahawa kah berjanji dan perancangan arwah untuk Kinabatangan yang telah disuarakan dengan jelas di Parlimen harus diberi keutamaan. Rakyat menunggu tindakan konkrit dan adalah tanggungjawab kerajaan untuk menunaikan janji tersebut demi memastikan pembangunan dan kesejahteraan mereka tidak terabai. Mengabaikan janji ini bukan sahaja menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap institusi Parlimen tetapi juga mengingkari komitmen yang telah diikrarkan secara terbuka oleh pemimpin terdahulu.
Oleh itu, saya menuntut kerajaan segera melaksanakan rancangan dan janji bagi memenuhi aspirasi rakyat Kinabatangan. Tuan Yang Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ADUN Kuamut atas penyerahan buku amanat berkaitan pembangunan yang ada di Kinabatangan, infrastruktur serta aspirasi rakyat yang ada di sana.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Di Daerah Tongod ini, di bawah Parlimen Kinabatangan, institusi pengajian tinggi satu pun tidak ada. Terpaksa melalui berjam-jam ke daerah-daerah lain untuk meneruskan pelajaran. Bayangkan, hak itu pun masih belum dapat ditunaikan.
Tuan Yang di-Pertua, saya melihat industri luar bandar di Kinabatangan perlu diperkasakan bagi memaksimumkan potensi sedia ada, terutamanya dalam sektor pertanian, perikanan, pelancongan dan kraf tangan. Usaha ini memerlukan kerjasama erat antara pihak kerajaan, agensi berkaitan dan pelabur swasta bagi menyediakan infrastruktur kemudahan logistik serta sokongan kewangan dan teknologi yang sesuai.
Saya percaya dengan pembangunan hab digital, sokongan perniagaan bersepadu dan promosi berterusan, industri luar bandar Kinabatangan dapat berkembang pesat, mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan ekonomi setempat dan menjadikan kawasan ini sebagai model kejayaan pembangunan luar bandar yang mampan dan kompetitif.
Tuan Yang di-Pertua, berbaki sepuluh saat mengakhiri ucapan, saya mohon agar setiap perkara yang telah dibahas ini akan mendapat pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan.
*Pergi ke masjid bersama pak lebai, Terima kasih, bye-bye.
[Tepuk]*
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya jemput Yang Berhormat Lumut.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang kepada Lumut untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja pada kali ini. Saya merakamkan setinggi-tinggi Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas Titah Diraja sempena pembukaan Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas ini.
Titah Baginda Tuanku bukan sekadar bersifat adat dan protokol tetapi merupakan satu peringatan yang amat tegas malah boleh saya sifatkan sebagai amaran keras terhadap— sebagai amaran keras tentang amanah, integriti dan tanggungjawab kita terhadap negara. Titah Baginda Tuanku mencerminkan kepimpinan yang berpandangan jauh serta memberikan hala tuju yang seimbang dalam mengurus cabaran semasa dan masa hadapan negara.
Tuan Yang di-Pertua, Baginda Tuanku menegaskan bahawa setiap jawatan yang disandang adalah amanah kepada rakyat dan negara. Sesiapa yang menyalahgunakan kuasa atau bersubahat dengan perasuah bukan sekadar gagal menjalankan tugas malah adalah pengkhianat kepada negara. Baru-baru ini negara dikejutkan dengan isu keruntuhan moral melibatkan pegawai-pegawai Angkatan Tentera Malaysia. Soalan saya kepada kementerian, adakah mereka ini benar-benar sedar bahawa kelonggaran disiplin seperti ini bukan isu kecil tapi merupakan bibit- bibit awal kepada krisis integriti yang lebih besar dalam institusi pertahanan?
Baginda Tuanku sendiri menekankan bahawa pembinaan jati diri, nilai moral dan sistem pendidikan adalah asas kepada kekuatan bangsa. Maka saya mohon penjelasan, adakah modul latihan ketenteraan ini melahirkan pegawai yang berintegriti dan berprinsip atau sekadar membentuk budaya kesetiaan membuta tuli sehingga sanggup melanggar peraturan, etika dan undang-undang atas alasan saya hanya menurut perintah.
Saya juga ingin mencadangkan agar dalam setiap kursus dalam ATM yang dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai bawahan dan lain-lain pangkat termasuk warga awam MINDEF perlu diadakan satu slot pendidikan agama yang menjurus kepada pembentukan akhlak dan keimanan.
Tuan Yang di-Pertua, Baginda Tuanku juga menzahirkan kekecewaan yang amat mendalam apabila kes rasuah berlaku dalam ATM sehingga ke peringkat tertinggi kepimpinan. Lebih membimbangkan Baginda menyifatkan bahawa apa yang terbongkar setakat ini hanyalah the tip of the iceberg, sekelumit sahaja daripada masalah yang jauh lebih besar.
Baginda telah menitahkan agar perasuah diburu dan ditumpas. Persoalannya mengapa pihak kementerian seolah-olah gagal mengesan kewujudan kartel yang mengatur dan mencatur tender pertahanan selama ini? Kita melihat sendiri bagaimana peralatan-peralatan dibeli tidak mengikut spesifikasi sebenar end user tetapi diluluskan demi memenuhi kepentingan pihak tertentu.
Baginda Tuanku menitahkan agar bukan sahaja penerima rasuah malah pemberi rasuah, ejen dan orang tengah yang bersubahat mesti dikenakan tindakan tegas. Sebagai contoh, dalam projek LCS dengan kos RM11.2 bilion yang masih belum siap hingga kini. Dalam ucapan bahas yang lepas-lepas, saya kerap bertanya melalui laporan PAC pada tahun 2022 yang mengesahkan terdapat ketirisan dalam pengurusan projek kapal tersebut dan mengesyorkan agar pendakwaan segera dilakukan.
Malangnya hingga kini jawapannya dalam siasatan. Maka saya mendesak supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjalankan siasatan secara cepat, telus, menyeluruh dan tanpa kompromi, tanpa mengira pangkat, jawatan atau kedudukan sebagaimana titah Baginda Tuanku.
Saya menyambut baik dan mengamati ucapan Sesi Penerangan Menteri Pertahanan dalam isu terkini rasuah, dalam salah guna kuasa dalam ATM semalam.
Dalam usaha-usaha untuk menambah baik dan memperketatkan proses perolehan, saya ingin mencadangkan agar dalam Jawatankuasa Perolehan seperti Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Tender dilibatkan bersama Unit Integriti Kementerian Pertahanan, Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan
(STRIDE) dan Jabatan Audit Negara bagi memperkukuhkan ketulusan.
Tuan Yang Di-Pertua, Baginda Tuanku juga turut menyebut tentang keperluan memperkukuhkan tadbir urus negara melalui penubuhan institut ombudsman dan pengukuhan undang-undang keselamatan. Saya ingin bertanya secara terus sejauh manakah dasar industri pertahanan negara yang baharu dilancarkan ini benar-benar selari dengan titah Baginda untuk memastikan dana awam tidak terus diseleweng?
Kita memerlukan bukan sekadar dasar tetapi reformasi sistemik termasuk laluan khas di mahkamah, hakim yang berpengalaman dan tempoh berjaya yang munasabah supaya kes kartel pertahanan tidak tergantung bertahun-tahun sehingga akhirnya rakyat pula yang menanggung kerugian. Dasar Industri Pertahanan Negara tidak boleh sekadar menjadi dokumen retorik jika ejen dan orang tengah masih bebas mencatur kontrak di belakang tabir tanpa pengawasan yang tegas dan telus.
Isu seterusnya, saya sebagai seorang veteran TLDM, saya amat prihatin dengan keperluan mendesak Tentera Laut Diraja Malaysia. Dalam perbahasan yang lepas, telah dibangkitkan mengenai helikopter Antisubmarine Warfare atau ASW TLDM yang sehingga kini masih belum diberi jawapan tuntas oleh Menteri Pertahanan. Saya bangkitkan sekali lagi isu yang amat dekat dengan keselamatan negara dan nyawa anggota.
Helikopter Super Lynx TLDM pernah menjadi tulang belakang operasi maritim negara sebagai mata dan telinga kepada kapal perang di lautan. Namun, hakikatnya setelah lebih dua dekad berkhidmat, helikopter ini kini sudah uzur, kebolehsediaannya semakin menurun, kos perbaikannya semakin meningkat dan keupayaannya semakin tertinggal daripada keperluan peperangan maritim moden khususnya dalam peranan ASW.
Tuan Yang di-Pertua, helikopter ASW bukan hiasan armada dan bukan aset sampingan. Ia adalah keupayaan teras. Tanpanya, kapal TLDM yang ibarat berlayar tanpa mata yang tajam dan telinga yang peka walaupun dilengkapi sistem sonar.
Insiden kemalangan helikopter pada 31 Disember 2025 yang lalu seharusnya menjadi titik muhasabah nasional. Bukan untuk menuding jari tetapi untuk bertanya hal tuju. Sampai bila aset yang semakin berusia ini perlu dipaksa beroperasi? Apakah kita mahu terus menunggu sehingga nyawa anggota terkorban barulah perolehan dibuat? Peribahasa mengingatkan kita sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak ada gunanya.
Saya akui kerajaan telah mempunyai helikopter AW139 dan merancang helikopter C1. Helikopter utiliti tidak boleh mengganti helikopter tempur ASW.
Tampalan sementara tidak boleh menjadi dasar jangka panjang pertahanan. Isu ini bukan sekadar isu TLDM. Ia adalah isu keselamatan negara dan maruah kedaulatan.
Ketika perairan strategik negara semakin sibuk dengan kehadiran kapal perang dan kapal selam asing, negara jiran pula telah lama melangkah ke hadapan dengan memperkukuhkan keupayaan ASW masing-masing. Malaysia tidak boleh terus ketinggalan kerana kelewatan membuat keputusan.
Tuan Yang di-Pertua, dari kaca mata rakyat, persoalannya jelas dan wajar dijawab secara telus. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan, apakah status sebenar pelan penggantian helikopter Super Lynx TLDM dan bilakah helikopter ASW yang sepatutnya menggantikannya akan diperolehi? Apakah peruntukan khusus yang telah diluluskan atau dirancang di bawah RMK13 bagi memastikan keupayaan ASW TLDM tidak terus terhakis? Apakah jaminan kerajaan bahawa keselamatan anggota tidak akan terus dikompromi akibat penangguhan keputusan strategik dalam perolehan helikopter ASW?
Tuan Yang di-Pertua, negara maritim tanpa helikopter ASW moden ibarat rumah tanpa kunci di pintu hadapan. Kerajaan tidak boleh terus berlengah kerana pertahanan negara bukan tempat untuk eksperimen dan nyawa anggota bukan sandaran sementara.
Di kesempatan ini saya mengutamakan satu isu di kawasan Parlimen Lumut.
Pada 15 Disember 2025 yang lalu, di kawasan Parlimen Lumut telah terjadi satu kejadian di mana longgokan rumput liar yang juga dipanggil rumput reben yang banyak dari hulu sungai telah hanyut ke muara sungai di Batu Lapan Lekir. Akibat hanyut longgokkan rumput yang besar itu yang telah mengakibatkan beberapa pelantar nelayan serta merosakkan berpuluh-puluh sampan dan ada sebahagiannya sampan nelayan telah tenggelam dan mengakibatkan sebilangan nelayan terjejas, hilang punca pendapatan.
Sehubungan dengan itu, Lumut berharap pihak kementerian yang berkaitan dapat membantu nelayan-nelayan pesisir pantai yang terjejas ini supaya mereka dapat kembali meneruskan mencari pendapatan. Saya juga dimaklumkan juga Exco Kerajaan Negeri Perak telah memberi sedikit sumbangan kepada nelayan tetapi jumlah itu terlalu kecil untuk nelayan memperbaiki kerosakan yang mereka alami.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Saya juga dimaklumkan nilai anggaran kerosakan hampir setengah juta Ringgit. Saya berharap pihak kementerian yang berkaitan dapatlah menyalurkan peruntukan atau bantuan kepada nelayan yang terjejas kerana itulah satu-satunya punca pendapatan mereka dan saya juga memohon bantuan ini dapat disegerakan kerana Ramadan dan Syawal menyelang tiba. Almaklumlah Ahli Parlimen pembangkang tidak ada peruntukan, maka pihak Kerajaan MADANI yang prihatin dapatlah melaksanakan kewajipan. Akhir kata, Lumut menjunjung kasih dan menyokong sepenuhnya Titah Diraja. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Saya jemput Yang Berhormat Stampin.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong di Dewan yang mulia ini.
Titah Tuanku menegaskan pembanterasan rasuah. Kebelakangan ini kita nampak beberapa kes high profile yang telah berjaya disiasat oleh SPRM, yang melibatkan bekas Panglima Tentera Darat dan juga seorang yang bergelar Tan Sri yang telah pun direman dan disiasat oleh SPRM berhubungan kes penyelewangan dana pelaburan RM300 juta.
Saya menyambut baik atas tindakan-tindakan SPRM yang tegas terhadap kes-kes yang melibatkan rasuah dan pecah amanah khususnya berkenaan VIPs dan VVIPs. Namun, saya rasa tindakan pendakwaan dan proses perbicaraan dalam mahkamah haruslah dipercepatkan untuk memupuk keyakinan orang ramai terhadap sistem pentadbiran keadilan di negara kita.
Satu contohnya, kes pendakwaan Presiden Bersatu di mahkamah yang melibatkan penerimaan rasuah berjumlah RM232.5 juta dan pengubahan wang haram berjumlah RM195 juta. Siasatan telah dilakukan di tahun 2023. Kes dihadapkan di mahkamah pada bulan Mac 2023. Tetapi sampai sekarang, sudah hampir tiga tahun perbicaraan masih belum bermula. Dengan kelambatan perjalanan perbicaraan kes yang high profile sebegini, bukan sahaja persepsi orang ramai bahawa sistem pentadbiran keadilan di negara kita tidak efektif dan efisien, maka ia pun tidak adil untuk orang yang didakwa kerana justice delayed is justice denied. Justeru, saya ingin sebut satu kes siasatan SPRM berkenaan penyeludupan subsidised commercial diesel di Sarawak oleh satu sindiket di Sibu. Kes juga melibatkan syarikat Sarawak Energy Berhad yang mula disiasat oleh SPRM dalam bulan September 2023. Apakah kejadian kepada kes itu?
Dalam tindakan siasatan SPRM, seorang pekerja PETRONAS namanya Wong Koh Seng, W-o-n-g K-o-h S-e-n-g, telah terbabit dan disiasat walaupun portfolionya dalam PETRONAS tidak berkaitan dengan penjualan commercial diesel.
Beliau telah memberi segala kenyataan yang diperlukan oleh SPRM, tetapi sampai hari ini masih tidak ada apa-apa hasil daripada siasatan itu.
Kelambatan ini yang amat memudaratkan beliau. Beliau adalah seorang pekerja PETRONAS yang cemerlang yang telahpun di-shortlisted oleh PETRONAS untuk program Talent Development. Malangnya oleh kerana kes siasatan itu masih belum selesai, maka segala Talent Development Programme untuk beliau ditangguhkan. Kalau hasil siasatan SPRM itu masih dilambatkan, bukan sahaja program Talent Development itu akan dibatalkan, pekerjaannya di PETRONAS pun akan dihentikan. Walaupun akhirnya beliau terbukti tidak bersalah, tetapi beliau telah dihukum dan kerjaya dan masa depan beliau telah pun dimusnahkan kerana kelambatan tindakan siasatan SPRM.
Kita hormat kuasa SPRM untuk menyiasat segala kes, tetapi saya seru agar prosesnya dipercepatkan. Kalau ada bukti bahawa Wong Koh Seng itu bersalah, dakwalah beliau di mahkamah. Kalau tidak ada bukti, bagilah satu surat untuk membersihkan nama beliau. Itulah yang saya minta.
Isu kedua, secara amnya, perasaan di kalangan komuniti perniagaan di negara kita adalah bahawa kerajaan terlampau hendak mencukaikan dan memungut cukai daripada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam negara kita.
Dalam tempoh yang singkat, satu demi satu polisi yang berkenaan pencukaian dilaksanakan oleh kerajaan, e-Invoicing, peluasan cukai jualan dan cukai perkhidmatan, peluasan skop Stamp Act, self-assessment untuk taksiran stamp duty.
Semua itu bukan sahaja menambahkan bayaran cukai kepada PMKS, maka ia juga menambahkan compliance cost kepada perniagaan.
Polisi sebegitu adalah tidak mesra perniagaan, khususnya bagi PMKS, perusahaan mikro dan kecil yang terpaksa berbelanja tambahan untuk mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan baru yang dilaksanakan. Kalau tidak, mereka akan dihukum dan didenda. Maka, adalah seruan saya kepada kerajaan untuk meningkatkan threshold perniagaan pelaksanaan e-Invoicing kepada turnover yang melebihi RM5 juta dan kedua, membatalkan pengenaan stamp duty ke atas employment contracts.
Isu ketiga, scam Bank Simpanan Nasional. Pada hujung tahun lalu, 2025, satu skandal dibongkarkan mengenai scam penipuan yang dilakukan oleh pegawai- pegawai Bank Simpanan Nasional di pejabat BSN di Kuching. Lebih daripada 70 pelanggan BSN ditipu dan jumlah kerugian pelanggannya mencecah RM11 juta.
Scam penipuan itu dilakukan oleh seorang officer BSN yang diamanahkan peranan untuk mempromosikan produk pelaburan BSN. Pegawai tersebut bersama beberapa orang rakan sekerjanya terima duit daripada pelanggan BSN yang sepatutnya dilaburkan dengan BSN, akan tetapi pegawai itu menggelapkan duit itu dan keluarkan resit pelaburan yang palsu kepada pelanggan BSN. Segala-gala ini dilakukan di dalam pejabat BSN di Kuching.
Sebagai sebuah bank, BSN memang bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan oleh pegawainya. Akan tetapi— apatah lagi penipuan itu dilakukan di dalam pejabat BSN. Ia adalah tanggungjawab BSN untuk membayar balik duit pelanggannya yang ditipu oleh pegawainya. Maka, segala scam penipuan itu dibongkarkan, hanya sesetengah daripada mereka telah terima refund daripada BSN. Ramai yang tertipu itu, BSN masih enggan membayar balik duit yang tertipu itu.
Alasan yang diberi oleh BSN adalah bahawa ada sebahagian wang pelaburan mereka adalah daripada duit yang disimpan di rumah dan bukan dikeluarkan daripada mana-mana akaun bank. BSN anggap duit yang disimpan di rumah itu sebagai suspicious source of funds, seolah-olah ia adalah satu jenayah untuk kita simpan duit cash di rumah. Saya berpendapat bahawa tindak laku BSN itu adalah tidak munasabah dan tidak bertanggungjawab.
Kalau duit yang disimpan di rumah itu adalah tidak sah, biarlah PDRM untuk menjalankan siasatan yang berasingan dan bukanlah untuk BSN menggunakannya sebagai satu alasan untuk menafikan refund kepada pelanggannya. Oleh kerana BSN ini adalah bank kerajaan, saya seru kepada kerajaan supaya menyuruh BSN dengan segeranya membuat refund kepada semua mangsa penipuan pegawai BSN itu.
Isu keempat, biji kopi dan serbuk kopi tradisional dikenakan cukai jualan lima persen. Sejak Ogos 2025, Kastam Diraja Malaysia mengasingkan satu syarikat pengeluar biji kopi dan serbuk kopi tradisional dan mengenakan cukai jualan atas biji kopi dan serbuk kopi yang dikeluarkan oleh syarikat itu. Alasan yang diberi oleh customs adalah bahawa dalam proses pengeluaran biji dan serbuk kopi, mentega dan gula digunakan.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Proses pengeluaran biji dan serbuk kopi tradisional selama ini semua ada menggunakan mentega dan gula semasa biji kopi digoreng. Semua pengeluar biji dan serbuk kopi juga pakai proses sebegitu tetapi hanya syarikat itu iaitu Kng Lak, K-N-G L-A-K itu yang dikenakan SST lima peratus, lima percent di bawah kerajaan kita.
Dalam pendengaran rayuan syarikat itu, Kastam menunjukkan ia akan mengejar semua pengeluar biji dan serbuk kopi di seluruh negara selepas kesnya.
Adakah itu betul? Kalau itu betul akan dilaksanakan oleh kastam, ia memang akan menaikkan harga semua minuman kopi O, kopi yang dijual dan dihidang di kedai kopi dan warung kopi.
Soalan saya, kenapa syarikat itu diasingkan oleh Kastam untuk dikenakan SST atas biji dan serbuk kopi tradisional yang dikeluarkan? Kedua, soalan kedua, adakah niat Kastam untuk mengenakan cukai jualan ke atas biji dan serbuk kopi tradisional yang dikeluarkan oleh semua pengeluar kopi?
Ketiga, adakah kerajaan begitu asyik hendak mencukai rakyat sehingga minuman harian rakyat kopi O pun kerajaan hendak mengenakan cukai jualan. Saya menyeru supaya kerajaan bersimpati terhadap rakyat yang sekarang telah dibebankan dengan kos sara hidup yang kian menaik, meningkat. Janganlah mengenakan cukai jualan yang baru melalui tafsiran baru atas perintah duti kastam. Oleh itu, saya seru agar kerajaan membatalkan keputusan Kastam mengenakan cukai jualan atas biji kopi dan serbuk kopi yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut.
Saya ada satu isu lagi, isu terakhir saya minta satu minit untuk mengulaskan.
Iaitu perselisihan di antara PETRONAS dan PETROS. Walaupun telah beberapa kali Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersama Premier Sarawak mengumumkan perjanjian penyelesaian di antara PETROS dan PETRONAS telah dicapaikan tetapi kita masih nampak kedua-dua syarikat itu berlawan-lawan di mahkamah.
Pada pendapat saya, perselisihan di antara PETROS dan PETRONAS akan berterusan selama-lamanya oleh kerana one person’s gain is another person’s loss.
Selagi ada dua pihak yang menuntut hak atas sumber asli yang sama, semestinya ada konflik. Rujukan ke mahkamah itu bukan satu cara yang baik untuk menyelesaikan perselisihan masalah ini kerana melalui cara mahkamah, it is winner takes all and loser loses all, either way, it is not good for the country. Oleh itu, adalah cadangan saya sebagai cara penyelesaian perselisihan itu, adalah bahawa Sarawak diberikan 30 peratus pegangan dalam PETRONAS iaitu 30 peratus equity participation serta 30 peratus daripada Ahli Lembaga Pengarah PETRONAS terdiri daripada rakyat Sarawak. Dengan 30 peratus pegangan ekuiti, Sarawak akan berhak ke atas 30 peratus kesemua dividen yang dibayar oleh PETRONAS pada masa depan. Manakala, PETRONAS tetap menjadi pengawal selia utama di negara ini. Apa-apa kejayaan PETRONAS, Sarawak pun memiliki 30 peratus.
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Boleh tanya sikit?
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Boleh. Sila.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Ini pentinglah. Saya nak tanya Yang Berhormat, apa basis asas 30 peratus itu?
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Itu asas 30 peratus itu adalah it’s estimate. Estimate berdasarkan apa-apa yang kita telah sumbang kepada kejayaan PETRONAS selama ini. Kerana Sarawak merupakan pengeluar oil and gas yang terbesar di negara kita dan selama-lama ini kita hanya terima lima peratus, itu royalti saja. Saya rasa itu tak munasabah. Pada masa yang sama, PETRONAS juga mempunyai aset-aset di seluruh dunia dan 30 peratus ini merangkumi seluruh aset yang dimiliki oleh PETRONAS. Oleh itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat sila gulung.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Ya. Ada soalan lagi?
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Sikit lagi. 30 peratus itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri boleh tanya Yang Berhormat Stampin nanti ya.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
[Ketawa] Ini Sarawak– ini penting Sarawak. Terima kasih. Kita ini sama Sarawak, Tuan Yang di-Pertua pun Sarawak.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Yang tanya orang Sarawak, yang jawab pun orang Sarawak.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Stampin, Puncak Borneo...
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
31 ini, 31 ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat Yang Berhormat-Yang Berhormat.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Okey so dengan...
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Royalti atau daripada keuntungan?
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
30 peratus ini, 30 peratus pegangan ekuiti, equity participation. Dengan equity participation ini, biarlah kita bersama-sama bermaju dan bermakmur. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Stampin. Saya menjemput Yang Berhormat Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Stampin, boleh kita minum kopi, tapi syaratnya Stampin, gula itu kita kena kurangkan. Sebab Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun menyebutkan soal berkaitan dengan pengambilan gula yang sangat bahaya. Dalam sesi yang lalu, saya ada menyebutkan saya nak minta supaya pihak kerajaan, Datuk Ahmad Maslan lambai tangan dekat saya.
[Melambai tangan] Jadi saya kena lambai tangan balik kepada dia.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Pontian.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ah, ini Pontian, Pontian, Pontian. Dalam sesi yang lalu, saya ada menyatakan bahawa kepada kerajaan kalau boleh...
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Berilah salam dulu.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
...Soal berkaitan dengan subsidi gula ini kita tarik. Dan saya tanya juga Ahli Parlimen Tampin ini saya tanya kepada pihak Kementerian Kesihatan kita ini sebab sekarang ni ada minuman- minuman yang kita nampak sekarang ini dia tulis no sugar.
Sebab itu saya nak tanya kepada pihak Kementerian Kesihatan adakah minuman itu dia baik ataupun tidak baik. Kalau andai kata kita nak manis juga dalam minuman kita...
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Minta, minta penjelasan?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
...Kita boleh ambil stevia dalam minuman kita ini. Sebab itu, soal untuk menjaga, soal berkaitan dengan kesihatan ini adalah merupakan satu perkara yang sangat wajib yang dituntut oleh agama kita. Itu adalah merupakan soalan saya tadi kepada Stampin. Stampin baru bahas tadi, nak cakap apa lagi ni?
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Saya nampak daripada apa yang diulaskan oleh Hulu Langat ada sikit kekeliruan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ha sila, silalah Stampin, sila.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Gula yang saya sebut dalam proses pengeluaran kopi itu bukanlah gula yang kita taruh untuk dalam minuman kopi. Itu gula yang digunakan untuk goreng itu biji kopi supaya ia adalah lebih hitam, ada lebih wangilah.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Stampin, saya tak bantai Stampin. Itu nasihat saya kepada seluruh warga masyarakat...
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Ya, saya rasa, saya rasa Yang Berhormat dah keliru, keliru...
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Tuan Speaker ini dah terbalik-balik kut, dah ini dah terbalik dah.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
...Yang terdapat negara kita ni.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
...Dengan apa yang saya sebut.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sebab soal jaga kesihatan ini jangan ambil gula. Sebab gula inilah punca, punca segala penyakit yang terdapat di dalam negara kita ini.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Ya, memang, memang.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Stampin.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Rokok juga, rokok juga.
[Ketawa]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ha, Puncak Borneo apa lagi Puncak Borneo?
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Stampin, saya Puncak Borneo saya hendak tanya sedikit. Saya mendengar tadi mengenai royalti.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Dah. Puncak Borneo eh ini Hulu Langat punyalah. Hei, Puncak Borneo!
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Jadi saya, saya hendak bertanya, saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Puncak Borneo.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ini sesi Hulu Langat lah.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
[Ketawa]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Puncak Borneo ini pun dah poning ni.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Okey. Tadi Stampin ada sebut pasal royati. Jadi...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Iyo, tapi masalah sekarang ini, ini sesi saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Puncak Borneo.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Okey terima kasih, terima kasih.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
...Bukan sesi Stampin! Hai boto lah Puncak Borneo ini. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Salam sejahtera, salam berpaduan, salam rahmah.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ha? Ya lah tadi itu mukadimah Bentong, ini sekarang ini baru bagi salam. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Speaker kerana membenarkan saya untuk bersama-sama membahaskan Titah Ucapan Diraja yang telah Seri Paduka Baginda sampaikan ketika merasmikan pembukaan sidang Parlimen kita pada hari Isnin yang lalu.
Di antara bait-bait, ha ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tadi yang kita dengar walaupun tak lama, tak panjang, tapi sangat padat, sangat berkesan. Kita harus jadikan ia sebagai satu panduan khususnya kepada kita, Kerajaan Perpaduan, Kerajaan MADANI ini dalam meneruskan kelangsungan pentadbiran dan juga pengurusan kerajaan kita berbaki dua tahun ini.
Tuan Speaker, saya nak menyentuh soal berkaitan dengan isu rasuah.
Rasuah ini saya ikut sebagaimana Tok Guru saya daripada Pasir Mas, “Kita kena banteras amalan rasuah ini”. Sebab itu saya nak ucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebab dia sungguh-sungguh. Bukan setakat cakap tapi dia laksanakan untuk kita memerangi.
Kita lawan habis-habisan Tanjong Manis. Ha, kita lawan habis-habisan.
Maksudnya mereka yang melakukan amalan gejala rasuah yang terdapat di dalam negara kita ini. Tak kiralah pernah jadi PM kah, TPM kah, Menteri kah, Menteri Besar kah, exco kah, Datuk bercucu kah, Datuk tak ada cucu kah, maksudnya kita perangi habis-habisan. Sebab! Saya nak sebutkan Besut, jangan bangun. Ha, Besut, ah, ah tu yang ah, ah. Itu yang malas itu.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Nak dengar apa? Nak dengar apa? Nak dengar apa?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tak ada, duduklah.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ha, nak suruh soal kah?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Duduk, duduk, Besut.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sebab itu saya kalau boleh saya nak minta kepada pihak kerajaan supaya kalau boleh rasuah ini kita jadikan sebagai musuh nombor satu dalam negara kita ini. Sebab kalau rasuah berlaku Shah Alam, di sempadan tu bukan setakat paku, gajah pun boleh lepas. Bukan setakat gajah, kontena pun boleh lepas di kawasan sempadan dalam negara kita. Tak kisahlah Jana Wibawa kah, menantu kah, isu minyak kah, apa juga kesalahan yang dilakukan. Maksudnya kita cari sehingga ke lubang cacing sebab SPRM bagi tahu, hampir 270.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Hulu Langat, Hulu Langat. Yang Sabah, Sabah. Macam mana?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sabah kalau dia kata terbukti, siasat dan dakwa. Tak ada masalah.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Okey, yang jual saham baru ni?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Apa dia?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang jual saham baru ni?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kalau andai kata ada aduan, siasat dan dakwa.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang jual saham itu, takde rasa..
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ya, kalau andai kata ada pendakwaan, ada siasatan, ada aduan, silakan. Tak ada masalah. Itulah dia kita Kerajaan Perpaduan, Kerajaan MADANI. Kita tak selindung-selindung. Kita tidak backup ataupun kita tidak melindungi mereka yang melakukan amalan rasuah dalam negara kita.
Kemudian yang keduanya, Tuan Speaker. Soal berkaitan dengan pendanaan politik.
Pendanaan politik ni pada saya dia ada dua, Puncak Borneo. Satu, pendanaan politik yang diberikan oleh pihak kerajaan. Satu lagi derma. Kalau derma ni, dari segi masalah juga Tampin. Kalau saya ada company, saya akan derma kepada parti politik yang jadi kerajaan sekarang ni.
Ya lah, sebab lepas tu saya boleh dapat projek contohnya, kan? Saya boleh dapat kerja. Tetapi ini yang pihak kerajaan nak kena tengok. Mungkin kita boleh cadangkan ada satu badan khas ataupun tabung. Maksudnya sumbangan untuk dana politik ini kita masukkan dekat tabung itu dan pemberiannya kita bagi ataupun kita berikan kepada parti-parti politik terdapat dalam negara kita ini secara adil dan juga saksama. Begitu juga, Tuan Speaker.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Masa dah tak ada.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Mengenai pendanaan politik itu sikit saja.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ha cakaplah, cakap, cakap, cakap.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Saya amat bersetuju dengan Hulu Langat untuk kita legalise pendanaan politik ini supaya semua pihak, sama ada pembangkang ataupun kerajaan dapat menikmati dan juga melakukannya dengan telus dan juga berhemah.
Jadi, adakah Hulu Langat bersetuju kita semua MP kerajaan ni kita bagi satu usul kepada kerajaan supaya dilaksanakan, supaya Kerajaan MADANI ini akan membuat satu sejarah untuk membuat pendanaan politik ini menjadi sah di sisi undang- undang. Setujukah tidak Hulu Langat?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya setuju sangat isu pendanaan politik ini. Cuma bila bentang bajet, bajet tak sokong. Tapi dalam perbahasan mintak macam-macam, kan? Patut sokonglah bajet ni. Bajet tak sokong tapi minta macam-macam. Macam yang disebut Oleh Pontian lah tu, kan. Minta jalan raya, minta sekolah, minta surau, minta masjid dan sebagainya. Minta memang tak salah, tapi masalahnya dia bila...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Parit Buntar, Parit Buntar minta laluan boleh? Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Bila bentang bajet, tidak sokong.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Kawan lama.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ah, bagi. Saya bagi, tapi masalah...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Tahun lepas bajet kita sokong pun tak dapat juga.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Parit Buntar, sekejap, sekejap Parit Buntar. Masalah saya, saya bagi semua.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Ah, ya lah.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tapi kawan-kawan Parit Buntar, tak ada standardlah. Bila saya minta nak bagi soalan, tak bagi saya bercakap.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Bagilah peluang. Bagilah kita cakap dulu.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya bagi peluang. Sila, sila, sila Parit Buntar. Selamat pengantin baru.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Dua tahun, tiga tahun yang lepas, kita sokong bajet. Bukan tak sokong. Tapi tak juga dapat peruntukan. Kali ini kita tak sokong, itu hak kami. Bukan bermakna apa sahaja yang kerajaan lakukan, kita tak sokong. Walaupun kita tak sokong dari sudut prinsipnya, tapi kita buat apa yang kerajaan buat, ha.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Okey Parit Buntar.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Yang lepas kita sokong, kenapa tidak bagi?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Okey Parit Buntar, Parit Buntarrrrrrr.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Teringin nak kahwin lagi ke?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Parit Buntar.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Janganlah dengki, kalau nak kahwin, kahwinlah, senang.
[Ketawa] Berani, ada berani tak?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Niat memang ada tapi tak berani.
[Ketawa]
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Ada TB lah tu.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Parit Buntar. Parit Buntar, Yang Berhormat Yang Berhormat Perdana Menteri dah beritahu, rundinglah. Parit Buntar tanya tak dengan kepimpinan, tapi nak tanya kepimpinan pun, dia nak tanya dengan Pengerusi PN. Pengerusi PN pun tak terlantik, dah dekat sebulan.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Hulu Langat, Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Dia tak ada jawapan siapa Pengerusi PN.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Sikit lagi Hulu
Langat. Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tadi dah bagi, kemudian bangkit lagi.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Bukan tak runding, runding. Katanya tanpa syarat. PMX kata tanpa syarat. Bila berunding, banyak syarat. Itu yang kita tolak tu.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Eh betul. Kalau itu fitnah tu.
Eh tak fitnah apa.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
PMX kata tanpa syarat. Bila berunding, macam-macam syarat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ada tujuh syarat, tujuh syarat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Itu memang selalu.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Besut, Parit Buntar. Parit Buntar boleh ucap nanti ya.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Tunggu Hulu Langat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Hulu Langat boleh landing sudah.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Eh, aiiih. Apa ni Speaker?
Hari ni nampak cantik berseri-seri.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak apa, masa pun sudah cukup.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Okey, kemudian yang ketiganya soal berkaitan dengan persempadanan baru pilihan raya ni, sebab dulu dia pecah sempadan tapi tak tambah kerusi. Tak boleh Speaker. Saya di Daerah Hulu Langat sekarang ini, penduduk di dalam Daerah Hulu Langat sekarang ini berjumlah hampir 1.5 juta orang. Parit Buntar, sama dengan rakyat di negeri, di negeri Pahang.
Baiklah Timbalan Speaker, saya nak bawa isu— isu saya di kawasan. Yang pertamanya, Saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Pendidikan. Bila saya mengadu kepada dia hari Jumaat petang, masalah kelas sekolah tak cukup di Bandar Sri Putra. Saya mengadu hari Jumaat petang, Tampin. Hari Sabtu pagi itu, dia dah sampai ke sekolah di Bandar Sri Putra itu dan mengumumkan peruntukan tambahan 10 bilik darjah untuk sekolah menengah di Bandar Sri Putra. Kalau tidak, satu bilik darjah di bandar Sri Putra tu, muridnya hampir 60 orang. Inilah pembangunan yang tidak seimbang yang berlaku di dalam Daerah Hulu Langat ataupun di dalam Parlimen Hulu Langat.
Kemudian yang keduanya, soal berkaitan dengan pembinaan dewan orang ramai di Bandar Sri Putra. Kawasan ni projek perumahan banyak, rumah banyak, penduduk ramai, tapi dia tak ada dewan orang ramai. Jadi saya nak minta kepada pihak KPKT supaya dapat segera membantu saya di Parlimen Hulu Langat ini untuk kita bina sebuah dewan orang ramai di Bandar Sri Putra.
Kemudian yang ketiganya, pembinaan flyover.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Last ya.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Janganlah, bagi lah saya dua minit lagi sebab saya tadi dikacau. Besut kacau saya, Parit Buntar kacau saya, Puncak Borneo pun tadi kacau saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Hulu Langat yang bagi laluan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ya lah, betullah saya bagi laluan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Besut tak kacau.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tapi ini saya pergi laju ni, saya pergi laju ni.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Last.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ah janganlah. Dua minit, Dua minit, Dua minit.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Last.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Okey. Kemudian yang ketiganya, soal berkaitan dengan flyover di Taman Prima Saujana. Ini setiap kali persidangan saya bercakap ni. Pontian. Tolong tengoklah seketika Pontian. Ah, Menteri Kerjaya pun ada*.
[Ketawa]* Aduhai, Menteri, sifu. Minta tolong Menteri Kerajaan Raya. Flyover, flyover di Taman Prima Saujana.
Kemudian yang keempatnya, persoalan berkaitan dengan lori keluar masuk di kuari Sungai Long, Sungai Serai ni. Pagi tadi saya terkena lagi. Tapi saya beritahu aduan telah kita buat kepada pihak JPJ. Cuma saya nak mintalah, masuknya kepada pihak kementerian kah, pihak agensi, cuba tengok lori yang keluar masuk ni. Sebab di waktu pagi tu dia sangat berbahaya. Sebab waktu pagi tu mak ayah hantar anak- anak pergi ke sekolah. Kemudian yang kelimanya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Persoalan berkaitan dengan masalah di rumah-rumah bertingkat ini, di JMB-JMB kita ini. JMB ni dia uruskan sendiri dia punya rumah bertingkat tu. Yang jadi masalahnya, kadang-kadang pitih tak cukup, pitih. Orang Langat sebut parjolo. Parjolo ni tak cukup.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Jadi kita nak minta supaya Akta 757 itu digubal bagi membolehkan maksudnya pemilik-pemilik rumah ataupun JMB ni mengutip caj daripada pemilik-pemilik rumah ataupun daripada penyewa- penyewa rumah bagi membolehkan caj kemajuan itu digunakan untuk menyelenggarakan bangunan rumah bertingkat...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
...yang terdapat di dalam seluruh negara kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kemudian negara kita [Pembesar suara dimatikan] [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Parit Buntar.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Hulu Langat tunggu ya.
[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, Parit Buntar turut menjunjung kasih atas Titah Tuanku yang menekankan beberapa isu negara. Walaupun ringkas tetapi sarat dan padat dengan beberapa isu nasional seperti rasuah, isu pendidikan, bahasa dan sebagainya.
Saya mulakan perbahasan ini dengan mengingatkan akan ayat Allah SWT dalam Surah As-Sajadah ayat ke-24 yang berbunyi, [Membaca sepotong ayat Al- Quran]. Maksudnya, “Dan kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama kami selama mereka bersikap sabar dalam menjalankan tugas itu serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan kami’.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Ibnu Kathir mengulas ayat ini dengan menyatakan bahawa kewajipan pemerintah adalah melaksanakan perintah Allah SWT dan juga menjauhkan larangan-larangan-Nya, membenarkan para rasul-Nya dan mengikuti risalah yang diberikan kepada mereka. Nescaya mereka menjadi pemimpin yang memberi petunjuk kepada kebenaran dengan perintah kami, mengajak kepada kebaikan, pemerintahan yang makruf dan melarang kemungkaran. Lihat tafsir Al-Quran al- Azim.
Imam Al-Ghazali bukan sahaja banyak menulis buku-buku berkaitan dengan tasawuf juga menulis buku-buku berkaitan dengan politik. Antara kenyataan yang masyhur [Membaca sepotong ayat Al-Quran] . “Agama itu adalah asasnya sedangkan pemerintah sebagai pengawalnya. Apa yang tidak ada asasnya, nescaya boleh membawa keruntuhan dan apa yang tidak ada pengawalnya akan menjadi hilang”. Sementara Imam Wardi juga menyebut [Membaca sepotong ayat Al-Quran] .
Maksudnya, “Imam atau pemimpin utama adalah menjadi pengganti kenabian dalam mengawal agama dan bersiasah dunia dengan hukum-hukum agama”. Lihat Al-Ahkam al-Sultaniyyah, barulah sebuah negara yang ditadbir oleh pemimpin yang amanah, pemimpin yang beriman, pemimpin yang bertakwa, pemimpin yang melaksanakan semua tuntutan Allah SWT dan menjauhi segala larangannya. Dan negara itu akan menjadi negara yang disebut [Berucap dalam Bahasa Arab], negara yang baik dengan keampunan Allah SWT.
Puan Yang di-Pertua, saya tertarik untuk mengulas isu berkaitan pendidikan.
Baru-baru ini, PMX mengumumkan bahawa anak-anak yang berumur enam tahun akan terus masuk ke sekolah rendah mulai tahun 2027. Persoalannya, selain dari apa yang dibangkitkan oleh rakan-rakan Ahli Parlimen PN yang lain, saya juga ingin tahu beberapa perkara.
Antaranya, apakah kerajaan sedar bagaimana nasib pengusaha tadika seluruh negara yang menjadi sumber pendapatan kepada pengusaha dan pengajar- pengajar di tadika, sama ada milik kerajaan seperti KEMAS, Tabika Perpaduan, Tadika Islam di beberapa buah negeri dan juga tadika-tadika swasta yang lainnya.
Jumlah semua termasuk Tabika KEMAS, Tabika Perpaduan dan sebagainya hampir melibatkan guru yang terlibat berjumlah sekitar RM40,000 lebih, hampir RM50,000. Sementara guru yang tidak berdaftar mencecah hampir RM100,000.
Jadi, apa masa depan mereka? Sebab itulah saya juga turut bersetuju apa yang dihujahkan oleh rakan-rakan Ahli Parlimen.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Parit Buntar.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Yang mencadangkan menangguhkan dahulu perlaksanaan tersebut.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hah tengok.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Sehingga ke suatu masa yang kerajaan.
[Tidak jelas]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tak bagi pula. PASTI, PASTI.
PASTI lupa sebut tadi itu.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
...prasarana, guru, silibus dan sebagainya. Janganlah keluar dulu, nanti saya bagi.
Kenyataan media Jawatankuasa Pilihan Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia 28 Januari semalam yang dihadiri oleh wakil kerajaan dan pembangkang juga mencadangkan pada kerajaan agar menangguh pelaksanaan pelajar enam tahun memasuki tahun satu sekolah rendah.
Mana Hulu Langat, saya nak bagi.
Seorang Ahli
Keluar dah.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Oh cabut dah. Apa lah Hulu Langat ini. Saya juga ingin bangkitkan isu bahasa. Saya setuju apa yang diterangkan oleh Tuanku baru-baru ini betapa pentingnya bahasa Melayu.
Keluar lah, keluar, keluar.
Baru-baru ini betapa pentingnya bahasa Melayu atau bahasa Malaysia dihormati kerana ia adalah bahasa rasmi negara. Bila ada mana-mana pihak seolah- olah tidak menghormati bahasa Melayu, layakkah mereka menjadi warganegara Malaysia? Titah Tuanku sangat tegas, “Kalau ada yang tidak terima bahasa Melayu, jangan duduk di Malaysia”. Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan supaya penggunaan bahasa Melayu atau bahasa Malaysia wajib diutamakan dalam majlis-majlis rasmi kerajaan. Surat menyurat di semua jabatan kerajaan berswasta, minit mesyuarat, laporan dalam semua jabatan agensi, GLC dan semua sektor swasta menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Saya difahamkan masih ada GLC milik kerajaan ataupun syarikat-syarikat swasta, institusi kewangan masih lagi tidak menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan bertulis seperti penyediaan laporan, minit mesyuarat, surat menyurat termasuk dokumen perjanjian dan lain-lain.
Di Parlimen sendiri, ada program-program yang diajukan oleh mana-mana pihak dalam Parlimen dengan pesertanya Ahli Parlimen, juga warga Malaysia dan tetamu yang dijemput juga warga Malaysia membentangkan hasil kajian atau kertas kerja masih menggunakan bahasa Inggeris bukan bahasa Melayu.
Puan Yang di-Pertua, saya ingin bangkitkan isu tempatan di kawasan saya Parit Buntar atau Kerian.
Pertama, nelayan. Baru-baru ini, saya berdialog dengan para nelayan muda di Kuala Kurau, Parit Buntar. Nelayan di Parit Buntar terutama nelayan muda, bahkan di seluruh negara masih menuntut supaya pemohon-pemohon lesen sampan diberi lesen yang sah bagi membolehkan mereka menjalani aktiviti menangkap ikan dengan selamat.
Semua nelayan ini sudah memiliki bot. Sebab itu syarat nak dapatkan lesen sampan. Semua nelayan ini sudah memiliki bot dan enjin dengan harga yang terlalu mahal kerana syarat untuk memohon lesen sampan mesti membuatnya sampan dan enjin sendiri. Tetapi sampan atau bot dan enjin yang sudah dimiliki, lesen yang dipohon sehingga sekarang tidak luluskan. Di Parit Buntar ataupun Kerian ada hampir 200 yang memohon. Difahamkan sudah ada temu duga sejak tahun 2019, namun sehingga sekarang tidak ada khabar berita berkaitan permohonan ini.
Nelayan muda di Kerian ini ada lebih kurang 1,000 orang tidak berdaftar kerana tidak mempunyai lesen. Ramai yang ada bot dan enjin tapi permohonan mereka sehingga sekarang tidak diberi lesen untuk supaya mereka boleh menjalankan kegiatan aktiviti penangkapan ikan supaya boleh menjana pendapatan dan menanggung keluarga mereka.
Para nelayan juga memohon supaya pancang atau dipanggil ambai, pompang mengganggu nelayan hanyut di pinggir pantai. Saya fahamkan yang kebenaran hanya dilesenkan di Perairan Kuala Gula tetapi turut dipasang di Kuala Kurau. Ini meresahkan dan mengganggu nelayan pantai di Kuala Kurau dan tidak ada tindakan dibuat walaupun mereka mengadu kepada pihak berkuasa.
Selain itu, para nelayan pantai terus mengeluh akibat banyaknya sangkar di lokasi nelayan pantai yang mengganggu nelayan yang menggunakan pukat hanyut.
Sebab ia mengimplikasi terhadap pendapatan nelayan pukat hanyut kerana kesannya adalah negatif di samping ada juga yang positif yakin memberi peluang pekerjaan dan sebagainya. Pendapatan menurun sehingga 70 peratus kepada nelayan pantai yang menggunakan pukat hanyut. Pendapatan jadi tidak menentu dan sebagainya.
Sebelumnya, sebelum ada sangkar para nelayan boleh menggunakan pukat hanyut sekitar 40, tetapi dengan adanya sangkar yang dibina dengan begitu banyak, menjadikan hanya 10 sahaja yang boleh digunakan pukat hanyut. Ini sesuatu yang menjejaskan pendapatan para nelayan pantai.
Selain itu penggunaan pukat yang diharamkan oleh kerajaan seperti bubu naga, pukat sorong dan pukat kenka dua bot yang sering menceroboh Zon A masih lagi berleluasa. Walaupun ada operasi sekali-sekala oleh pihak berkuasa dan tangkapan telah dikenakan, namun ia tetap masih berleluasa. Ini menimbulkan keresahan nelayan-nelayan pinggir pantai kerana ia mengancam keselamatan dan juga mengancam pendapatan.
Saya difahamkan bubu negara peralatan haram ini boleh merosakkan benih ikan dan udang dan banyak berlaku di Daerah Kerian. Pukat kenka dua bot menceroboh hingga Zon A waktu malam. Implikasinya pendapatan nelayan akan merosot sehingga tak balik modal minyak. Isunya, alat tangkapan ini dijual berleluasa. Justeru, tindakan mesti diambil ke atas penjual-penjual pukat yang diharamkan ini.
Akhir sekali isu pesawah. Baru-baru ini, Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) dan dihadiri sama oleh peratusan pesawah dari negeri-negeri pengeluar pada seluruh Malaysia. Mereka menyerahkan memorandum kepada Ahli- ahli Parlimen Pembangkang dan difahamkan juga kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Apa yang pesawah ini tuntut ada dalam memo tersebut. Ada beberapa tuntutan yang saya percaya Menteri telah membacanya.
Antaranya, tuntutan utama dan isu ekonomi yang dituntut oleh mereka dalam memorandum ini adalah penstabilan pemutuan padi. Kami para pesawah menuntut agar kadar pemutuan padi ditetapkan dan diselaraskan pada kadar siling 20 peratus, pemutuan yang tidak konsisten dan terlalu tinggi menjejaskan pendapatan bersih pada pesawah secara drastik. Pesawah juga menuntut supaya harga padi, tadi Menteri ada bagi jawapan dalam soal jawab lisan yang tidak mahu mengkaji tentang tuntutan pesawah supaya harga lantai dinaikkan kepada RM180 per tan metrik.
Kalau pun tak bersetuju, sekurang-kurangnya kaji dulu. Ataupun mereka ada memberi pandangan supaya menambah subsidi. Kalau tak terima RM1,800, mereka ada mencadangkan alternatif berikut iaitulah menambah subsidi harga padi kepada RM800 hingga RM500 per tan. Juga mengurangkan kos import bersawah.
Yang ketiga, pengekalan ekonomi sehari hidup.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Ini janji Menteri. Janji PMX, janji Menteri untuk memberi sagu hati sebanyak RM200 setiap kali musim menuai, sementara menunggu musim menuai. Sekarang dah dua kali musim.
Di Kerian, di Perak, mereka masih lagi belum mendapat apa yang dijanjikan.
Dah masuk musim ketiga. Maknanya kerajaan berhutang dengan para pesawah sebanyak RM600. Kalau musim yang ketiga ini tak diberi, RM1,200 kerajaan berhutang dengan pesawah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Okey, terima kasih. Sikit lagi. Saya nak gulung dah ni.
Kalau padi, katakan padi, Tidaklah kami tertampi-tampi; Kalau dah janji, janganlah mungkiri, Tidaklah nanti digelar munafik hakiki. Sebab Rasulullah mengingatkan ...
[Membaca sepotong hadis] . Maksudnya, "Tanda munafik itu ada tiga. Jika berbicara dia berbohong, berjanji ia ingkari dan jika dia beri amanah dia khianat." Saya harap hadis ini menjadi panduan kepada kerajaan, kepada Menteri, kepada PMX untuk melunasi apa yang dijanjikan oleh mereka kerana 600 itu walaupun tidak tinggi tapi cukup bermakna, cukup bererti kepada para pesawah yang selama ini membanting tulang empat kerat di tengah- tengah panas menghasilkan padi untuk negara, menghasil padi untuk kita makan tetapi hak mereka dinafikan. Sebab kos yang tinggi menyebabkan apa yang mereka dapat tidak berbaloi dengan kerja yang mereka usahakan.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Kita berterima kasih kepada para pesawah. Dengan jasa merekalah kita dapat makan beras, kita dapat makan dengan seenaknya. Cuma, sehingga sekarang beras tempatan masih gagal diselesaikan. Baru-baru ni, saya pergi ke sebuah kilang, beras tempatan padi dihantar ke kilang. Bila keluar, tukar kampit jadi beras import yang harganya cukup mahal. Apa jadi? Sedangkan padi ada. Pesawah hantar padi untuk ditimbang. Sampai sekarang, masih belum selesai.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, masalah PPK masih belum selesai. Dua tahun tidak diadakan mesyuarat agung, dividen tidak dibayar kepada pesawah. Apa jadi pada PPK? Apa jadi pada NAFAS? Tolong bagi penjelasan sebab rakyat nak tahu, para pesawah nak tahu. Itu sahaja ucapan saya. Terima kasih. Maaf, Hulu Langat, tak sempat. Masa dah habis.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Tanjong Manis.
Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd Wahab - Tanjong Manis
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Saya mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk terus berbahas dan menjadi pembahas terakhir yang menyentuh Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas pada 19 Januari yang baru, yang lalu.
Tan Sri Yang Di-Pertua, tahun 2026 menandakan bermulanya Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Satu fasa baharu dalam perjalanan pembangunan negara yang menuntut komitmen bersama untuk memastikan kemajuan yang lebih mampan, lebih inklusif dan berdaya saing demi kesejahteraan rakyat. RMK13 akan memberi tumpuan kepada sektor pembinaan yang terus menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negara melalui pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi. Penggunaan teknologi moden seperti BIM dan IBS serta penekanan kepada amalan pembinaan yang mampan.
RMK13 juga memberi tumpuan kepada pengukuhan infrastruktur strategik negara merangkumi jalan raya, jambatan, bekalan air dan sistem saliran yang lebih berdaya tahan. Pembangunan infrastruktur bukan sahaja bertujuan menyokong pertumbuhan ekonomi, malah memastikan akses yang adil dan saksama kepada kemudahan asas khususnya di kawasan luar bandar.
Pendidikan juga akan terus menjadi teras utama RMK13 dengan— dalam melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dan berdaya saing. Usaha akan dipertingkatkan untuk menambah baik akses pendidikan berkualiti, memperkukuhkan pendidikan TVET serta menyelaras sistem pendidikan dengan keperluan industri dan ekonomi masa depan.
Bagi Sarawak, bermulanya RMK13 pada tahun 2026 ini merupakan peluang penting untuk mempercepatkan pembangunan yang lebih seimbang dan inklusif.
Fokus seharusnya diberikan kepada infrastruktur luar bandar, keterhubungan digital, bekalan tenaga dan air, pendidikan serta pemerkasaan ekonomi tempatan agar kemajuan yang dicapai benar-benar dirasai oleh seluruh rakyat Sarawak.
Tan Sri Yang di-Pertua, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa asas kepada pembentukan Malaysia adalah menerusi Perjanjian Malaysia 1963 ataupun MA63.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tanjong Manis, Tanjong Manis. Boleh minta tolong sikit tak? Tolong sikit je. Saya nak minta laluan sikit je.
Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd Wahab - Tanjong Manis
Boleh.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sebab kebetulan Timbalan Menteri KKR ada ni, saya tadi tak sempat nak sebut. Yang saya nak tanya dengan Menteri KKR ni, projek untuk melebarkan jalan daripada Batu 10 Cheras sampai Pekan Batu 14 Hulu Langat. Katanya dah lulus RM380 juta dalam RMK Ketiga Belas.
Bila nak mula? Itu soalan saya kepada Timbalan Menteri KKR. Terima kasih, kekanda ku Tanjong Manis.
Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd Wahab - Tanjong Manis
[Ketawa] Okey, terima kasih. Kita sewajarnya kembali kepada niat asal pembentukan Malaysia iaitu perpaduan dan hormat-menghormati serta kerjasama erat antara negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan. Hak-hak wilayah perlu dihormati dan kepentingan Malaysia secara bersama hendaklah sentiasa diutamakan.
Tan Sri Yang di-Pertua, masalah pelaksanaan hak-hak dan tuntutan dalam Perjanjian MA63 sebenarnya sudah berakar lama. Banyak perkara dalam MA63 dipersetujui di atas kertas tetapi pelaksanaannya lambat, tertangguh dan tidak menyeluruh selama puluhan tahun. Tuntutan Sabah dan Sarawak berkaitan Perjanjian MA63 bukan bertujuan mengemukakan permintaan berlebihan.
Sebaliknya, menuntut hak yang sudah termaktub dalam perjanjian itu serta Laporan Jawatankuasa Antarabangsa (IGC).
Ramai rakyat Malaysia sendiri tidak benar-benar faham akan kandungan Perjanjian MA63. Ini adalah antara penyebab kenapa pelaksanaan penuh hak dan tuntutan dalam MA63 menjadi lemah. Masalah penangguhan pelaksanaan hak dan tuntutan dalam MA63 bukan kerana kekurangan dokumen-dokumen sejarah tetapi kekurangan kepada keazaman, kepada iltizam, kepada komitmen kerajaan dalam melaksanakannya.
Oleh yang demikian, saya menyambut baik langkah kerajaan yang telah meluncurkan dashboard status pelaksanaan perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 baru-baru ini sebagai satu portal maklumat terkini berkenaan Perjanjian MA63.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pihak kerajaan terutama sekali kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri PETRA di atas kejayaan ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, Saya juga senada dengan rakan-rakan dari GPS yang membangkitkan berkenaan notis usul yang difailkan oleh PETRONAS di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini, usul bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal selia operasi petroleum syarikat itu di Sarawak dan menamakan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak sebagai pihak responden dalam permohonan berkenaan.
Tindakan ini dilihat oleh semua rakyat Sarawak sebagai mencabar kesahihan deklarasi bersama ataupun joint declaration, dengan izin yang telah dipersetujui dan ditandatangani oleh kedua-dua Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak pada 21 bulan Mei 2025 yang lepas.
Sesungguhnya sebagai rakyat Sarawak, kami amat kecewa dengan tindakan PETRONAS ini. Seolah-olah tidak menghormati deklarasi bersama yang telah ditandatangani oleh kedua-dua pemimpin tersebut dan pada ketika mana rundingan penyelesaian komersial masih lagi berjalan.
Saya berpandangan adalah lebih baik dan lebih bijak dan lebih harmoni dalam hubungan kedua-dua wilayah sekiranya PETRONAS dan PETROS terus bekerjasama dalam suasana menang-menang atau win-win situation, dengan izin mengikut peruntukan undang-undang demi kemakmuran negara. Apakah tindakan PETRONAS ini mendapat restu atau izin daripada Kerajaan Persekutuan atau Perdana Menteri sendiri? Apakah deklarasi bersama yang telah dipersetujui oleh Perdana Menteri sendiri tidak bermakna dan tidak dihormati sehinggakan PETRONAS masih perlu memfailkan cabaran undang-undang ke mahkamah.
Kalau lah ya, kalau lah Tanjong Manis menjadi Perdana Menteri, Tanjong Manis akan mengambil tindakan tegas ke atas PETRONAS...
[Tepuk] Kerana tidak menghormati dan ingkar dengan keputusan yang telah saya buat. Nasib baik, Tanjong Manis bukan Perdana Menteri. Oleh itu, saya mahu mendapat penjelasan Yang Berhormat Menteri dan pendirian sebenar Kerajaan Persekutuan mengenai isu ini.
Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd Wahab - Tanjong Manis
Tan Sri Yang di-Pertua, baru-baru ini saya ada kenyataan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengatakan Perjanjian MA63 tidak mengandungi peruntukan mengenai pemilikan atau kawal selia minyak dan gas serta tidak memperincikan peranan entiti seperti PETRONAS dan PETROS. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, tujuan Perjanjian MA63 adalah untuk memelihara hak, kuasa dan undang-undang Sarawak dan Sabah seperti wujud ketika pembentukan Malaysia serta memastikan hak-hak tersebut tidak dipadam atau ditenggelamkan oleh Perundangan Persekutuan yang digubal selepas itu.
Di bawah perlembagaan, tanah dan sumber asli adalah urusan dan kuasa negeri ataupun wilayah. Itulah kedudukannya pada tahun 1963 dan begitulah kedudukannya sehingga hari ini dan selama-lamanya. Minyak dan gas tidak wujud secara abstrak. Ia terletak di bawah tanah. Kalau tidak ada tanah, sama ada di darat ataupun tanah di bawah laut, maka tidak adalah gas, tidak adalah minyak dan tanah tidak pernah menjadi hak Persekutuan.
Jika teks perjanjian MA63 diteliti satu persatu sehinggakan ditafsirkan gas dan minyak tidak disebut secara spesifik, saya ingin bertanya, mengapakah sebaliknya Kerajaan Persekutuan tidak juga melaksanakan atau menangguhkan apa-apa perkara yang memang sudah jelas, memang sudah nyata dalam perjanjian tersebut? Ini ada double standard.
Akta Parlimen tidak seharusnya melangkaui ataupun supersede dengan izin Perlembagaan Malaysia yang mengandungi Perjanjian MA63. Akta Pembangunan Petroleum 1974 tidak boleh dibaca secara berasingan atau diletakkan lebih tinggi daripada Perjanjian MA63. Apatah lagi untuk menafikan hak Sarawak dalam Perlembagaan.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh beberapa isu kawasan. Saya ingin merujuk kepada Kementerian Pendidikan berhubung status pembinaan semula SK Orang Kaya Muda Pakeri di Paloh. Jawapan terakhir yang diterima pada sesi yang lalu adalah kementerian akan membawa NOC projek ini ke Kementerian Ekonomi untuk kelulusan pertambahan kos. Saya ingin tahu apakah status terkini dan bilakah pembinaan semula akan diteruskan.
Saya juga ingin merujuk pembinaan SK Abang Buyuk di Tanjong Manis yang memerlukan kos tambahan sebanyak RM198,000 untuk melengkapkan beberapa blok bangunan seperti dewan, blok RMT dan bilik komputer. Saya mohon kelulusan daripada Kementerian Pendidikan untuk kos tambahan tersebut.
Berkenaan dengan projek Jalan Sentebu ke Bukit Kinyau di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang telah diluluskan pada tahun 2021 dengan kos asal RM80 juta. Setelah makmal kajian kejuruteraan, anggaran kos projek tersebut telah naik kepada RM146 juta. Oleh demikian, terdapat pertambahan kos sebanyak lebih kurang RM66 juta yang sudah dipohon melalui KKDW Sarawak untuk dilaksanakan di bawah rolling plan kedua tahun 2027. Saya mohon kelulusan untuk kos tambahan seperti yang dimaksudkan tadi.
Akhir sekali, Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin mengetahui status terkini pembinaan Jalan Kampung Paloh ke Stalon di bawah peruntukan KKDW sebanyak RM267 juta. Apakah projek ini sudah ditender dan bilakah pembinaannya akan dimulakan? Jadi, itu sahajalah perbahasan daripada saya selaku pembahas terakhir pada hari ini.
Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat menyambut Thaipusam kepada semua dan juga selamat menyambut Hari Wilayah pada 1 hari bulan Februari yang akan datang. Sekian perbahasan saya, saya menjunjung Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis dan Tanjong Manis pembahas terakhir untuk hari ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk makluman seramai 150 orang Ahli Dewan Rakyat telah mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja.
Mulai 4 hingga 10 Februari 2026, Yang Berhormat, Menteri-menteri akan menjawab ke atas perbahasan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja. Senarai giliran Menteri menjawab ke atas perbahasan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja telah diedarkan di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat.
Dewan tidak akan bersidang pada Isnin dan Selasa minggu hadapan. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat Hari Wilayah Persekutuan dan selamat menyambut Hari Thaipusam kepada mereka yang meraikannya. Oleh itu Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi hari, Rabu, 4 Februari 2026. Selamat bercuti.
[Dewan ditangguhkan pada jam 5.06 petang]