Jan282026

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Tuan Suhaizan bin Kaiat (Pulai) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*.

[Membaca sepotong doa] [Berselawat] Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Semporna.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih Speaker. Soalan nombor 1.

draft • 10:00 AM

1. Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal [Semporna] minta Menteri Ekonomi menyatakan pelan intervensi khusus untuk memacu semula KDNK Sabah yang mencatatkan pertumbuhan 1.1 peratus pada tahun 2024 berbanding 5.1 peratus di peringkat nasional bagi memastikan jurang ekonomi antara wilayah tidak semakin melebar.

draft • 10:00 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Silakan, Menteri. Timbalan Menteri, silakan.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Datoʼ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Semporna.

Kerajaan sedar bahawa ekonomi Sabah pada tahun 2024 bertumbuh pada kadar 1.1 peratus. Kerangka Ekonomi MADANI bertujuan menstruktur semula ekonomi Malaysia termasuk ekonomi negeri Sabah. Dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas, komitmen kerajaan terhadap Sabah direalisasikan melalui beberapa langkah utama iaitu 13 tuntutan di bawah MA63 telah diselesaikan termasuk penyerahan kuasa kawalan selia elektrik kepada Kerajaan Sabah, pengiktirafan

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Datoʼ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

jabatan teknik Sabah serta pelantikan wakil Kerajaan Sabah sebagai anggota tetap LHDN.

Kedua, pemberian khas Persekutuan dinaikkan daripada RM26.7 juta kepada RM600 juta pada tahun 2025 dan kerajaan telah memperuntukkan RM28.64 bilion bagi projek DE asas.

Ketiga, pelaburan yang diluluskan di Sabah bernilai RM11.91 bilion bagi tempoh Januari hingga September 2025 merangkumi pelaburan domestik dan pelaburan asing.

Keempat, sepanjang 2020–2025, RM156.72 juta pelaburan telah dijana oleh syarikat penerima KPPM dalam sektor agromakanan di Sabah, penjualan kredit karbon berjumlah 20,000 tan karbon dioksida setara bagi Projek Pemuliharaan Hutan Hujan Kuamut Sabah, iaitu lelongan kredit karbon Malaysia yang pertama telah dilaksanakan oleh Bursa Carbon Exchange.

Pertunjuk sosioekonomi Sabah bertambah baik dengan pendapatan purata isi rumah anak negeri Sabah meningkat daripada RM5,087 tahun 2019 kepada RM5,836 tahun 2024, dan 301.86 kilometer jalan luar bandar siap dibina oleh KKDW sehingga Disember 2025.

Ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, di bawah RMK13, tumpuan diberikan kepada akses kesihatan, perumahan, penciptaan kekayaan, transformasi digital dan teknologi AI serta pemerkasaan rakyat melalui reformasi pasaran buruh dan TVET. RMK13 juga menekankan peralihan kepada ekonomi penciptaan nilai dengan keutamaan kepada industri high growth, high value serta sektor strategik seperti pelancongan, ekonomi biru, jingga serta lain-lain sumber pertumbuhan baru.

Yang paling penting, Yang Berhormat, pendekatan pembangunan ini dilaksanakan berasaskan kelebihan dan potensi unik bagi setiap kawasan. Di Sabah, kekayaan sumber asli, biodiversiti serta kedudukan strategik akan dimanfaatkan bersama infrastruktur moden, teknologi hijau dan ekonomi baharu. Sabah telah dikenal pasti sebagai hab ekonomi biru yang berpotensi besar. Kewujudan zon ekonomi khas termasuk zon pengeluaran makanan akan diteroka berdasarkan potensi kawasan.

Untuk makluman Yang Berhormat, dalam RP1 RMK13 2026, peruntukan pembangunan Sabah meningkat daripada RM6.9 bilion naik 13.8 peratus berbanding tahun sebelumnya. Antara projek utama adalah seperti Pusat Jantung Sabah, jalan Kalabakan–Simanggaris, Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dan Projek Air Sabah.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Datoʼ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Kerajaan akan terus memperkukuhkan usaha bersepadu dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas bagi memastikan pelaksanaan inisiatif dan strategi pembangunan dilaksanakan secara menyeluruh dan bersasar agar potensi ekonomi Sabah dapat digembleng sepenuhnya demi kesejahteraan rakyat secara inklusif dan mampan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:00 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Saya jemput Semporna. Soalan tambahan.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih Datoʼ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat yang telah memberi jawapan yang agak panjang. Walaupun saya sedar negara kita berhadapan dengan pelbagai cabaran di peringkat antarabangsa, Ringgit juga satu yang kita perlu akui, meningkat.

Keupayaan mungkin import kita akan dapat dikurangkan perbelanjaan dia kerana currency is very strong.

Cuma, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat dari segi data ini.

Sedap— kalau kita melihat dari segi data yang telah diumumkan. Tapi, on the ground, Datoʼ Speaker, berlainan. Kalau kita lihat dari segi sumber pekerjaan downstream— saya tahu banyak Kerajaan Persekutuan membantu. Inisiatif, bantuan peruntukan diberikan. Berbagai inisiatif. Tapi, on the ground, downstream is one of the poorest area. Kita tak dapat manfaatkan. Bayangkan, macam contoh kelapa sawit. Kita merupakan satu tempat mengeluar kelapa sawit yang terbesar di negara kita, but when you go to downstream, tidak banyak manfaat yang diperolehi.

draft • 10:00 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Soalannya, Yang Berhormat?

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Jadi, soalan dia, itu yang saya nyatakan, downstream ya, adakah pihak Kerajaan Pusat, peruntukan yang begitu besar, di samping itu downstream juga digalakkan supaya minyak kelapa sawit dan berbagai-bagai contohnya macam minyak dan gas. Can we encourage, dengan izin, you know, this sector to be supaya— penghijrahan anak- anak daripada Sabah ke Semenanjung paling banyak. Hampir 200,000 lebih. Oleh kerana apa? Fakta dia— bukan data dia— peluang pekerjaan tak diperolehi.

Kemungkinan kalau peluang pekerjaan diperolehi di Sabah, gajinya berbanding— taklah begitu lumayan sangat.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Yang keduanya, saya juga ingin bertanya tapi ini mungkin lain daripada apa yang di peranan kementerian. Cuma saya berharap agar faktor dari segi cukai pun kerana SME juga berhadapan dengan pelbagai masalah di peringkat decree. Invois

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

yang ada, cukai yang ada. Di samping itu kita faham perbincangan perbahasan tentang cukai ini supaya saya cadangkan kerajaan— apa yang telah dipungut, yang dijanjikan bagilah untuk tidak membebankan mereka kerana dengan cukai yang kita dapat dipulangkan, kita yakin peluang pekerja will return. The jobs opportunity for those people dan mungkin syarikat tidak akan tutup Dato' Speaker. Jadi dua perkara yang saya tanya. Terima kasih banyak.

draft • 10:10 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Jemput Timbalan Menteri.

draft • 10:10 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Ya betul ekonomi Sabah merupakan community-based industries, di mana 40.6 peratus sepertimana Yang Berhormat sebutkan tadi Tuan Yang di-Pertua, berkaitan minyak mentah, berkaitan petroleum, berkaitan tanaman kelapa sawit. Itu sebabnya Rancangan Malaysia Ketiga Belas kita memberi penekanan kepada dua aspek penting di Sabah. Satu, pembangunan infrastruktur strategik dan yang kedua, pembinaan bakat tempatan.

Setakat pada hari ini, anak Sabah yang berada di institusi TVET dan bukan TVET lebih kurang 42,000 meningkat daripada 38,000 dua tahun, tiga tahun yang lepas. Jadi, kita melihat infrastruktur strategik ini penting Tuan Yang di-Pertua, kerana pelabur akan membuat keputusan berdasarkan perhitungan komersial semata-mata.

Namun, keadaan melihat tiga perkara iaitu tahap kemudahan infrastruktur.

Kedua, jaringan perhubungan dan yang ketiga ketersediaan bakat tempatan. Jadi, dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, persegalaan PMKS itu kita ambil kira. Isu downstream Yang Berhormat bangkitkan tadi, kita ambil maklum dan kita akan pergiatkan untuk menambah baik ekonomi Sabah ini.

Cuma sepertimana Yang Berhormat sebut, betul. Perindustrian masih belum pesat di Sabah. Itu perkara-perkara yang kita akan bagi tumpuan dalam ekonomi biru dan penerokaan ekonomi baharu di negeri Sabah. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

draft • 10:10 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Jemput.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan tahniah atas pelantikan sebagai Timbalan Menteri yang baharu.

Adakah kerajaan bercadang memperkenalkan insentif pelaburan khas berstatus wilayah kurang membangun untuk Sabah dan juga Kelantan lah seperti

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

potongan cukai tambahan, galakan industri strategik atau zon ekonomi khas memandangkan jurang pertumbuhan yang semakin ketara?

Adakah kementerian mempunyai mekanisme pemantauan khas berasaskan KPI wilayah untuk Sabah dan Kelantan? Dan bolehkah Menteri nyatakan pertunjukan yang utama KPI yang akan digunakan bagi menilai keberkesanan pelan ini dalam tempoh tiga hingga lima tahun? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey, jemput Timbalan Menteri.

draft • 10:10 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Dato' Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kuala Krai. Dua perkara yang dibangkitkan. Pertama dari segi pemantauan, yang keduanya bagaimana untuk kita merapatkan jurang. Itu sebabnya soalan yang kedua saya jawab dulu Tuan Yang di-Pertua adalah berkaitan bagaimana kita melihat pemantauan daripada agensi pusat terhadap ketiga-tiga elemen yang penting.

Yang pertamanya di bawah Kementerian Ekonomi, kita ada MyRMK. Di bawah ICU, kita ada MyProjek dan di bawah Kementerian Kewangan, kita ada MyBelanjawan, di mana MyBelanjawan ini suku tahun, separuh tahun dan full year akan dibentangkan di Parlimen. Manakala, melibatkan MyRMK di bawah Kementerian Ekonomi, kita sentiasa memantau banyak modul untuk kita lihat bagaimana keberkesanan untuk kita angkat dalam mesyuarat tertinggi di peringkat kerajaan.

Berkaitan yang kedua Yang Berhormat, kita ambil kira pembangunan wilayah ini adalah pembangunan yang penting. Kalau kita lihat statistik, tidak ada wilayah yang tidak CAGR-nya rendah. Tetapi penekanan kita berikan kepada potensi terhadap kawasan tersebut. Itu sebabnya dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, kita menggunakan data driven untuk melihat bagaimana kawasan-kawasan yang perlu kita bangunkan.

Tetapi sepertimana yang saya jawab, soalan tambahan pertama daripada Semporna tadi adalah berkaitan bagaimana penambahan infrastruktur asas kerana pelabur dia nak melabur, sudah pasti dia nak dapatkan optimum keuntungan tetapi sekiranya infrastruktur itu dan kesalinghubungan itu tidak mencapai tahap maksimum, ia juga akan memberi pertimbangan yang agak negatif terhadap keputusan pelaburan komersial. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey. Seterusnya Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Tanah Merah.

draft • 10:10 AM

Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Okey, terima kasih Tuan Speaker. Kepada MenHan, harap tabahlah menghadapi cabaran kemelut isu- isu di ATM. So far pengamatan saya, MenHan mengendali isu di ATM ini cukup baik.

Tahniah. Soalan saya nombor 2.

draft • 10:10 AM

2. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Pertahanan menyatakan status prestasi sea trial Kapal Littoral Combatant Ship 1

(LCS 1) KD Maharajalela dan apakah kapal ini akan dapat ditauliahkan mengikut jadual seawal bulan Ogos 2026.

draft • 10:10 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Jemput Menteri.

draft • 10:10 AM

Menteri Pertahanan - Dato' Seri Haji Mohamad Khaled bin Nordin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih rakan saya daripada Tanah Merah. Terlebih dahulu izinkan saya untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Tanah Merah secara bersekali dengan pertanyaan Yang Berhormat Batu Pahat pada giliran ke-56 hari ini kerana kedua-duanya menyentuh isu yang sama, iaitu berhubung LCS. Boleh Yang di- Pertua? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan mengambil maklum sepenuhnya keprihatinan Yang Berhormat berhubung status projek pembinaan kapal tempur pesisir atau littoral combatant ship (LCS) dengan izin. Kami sedar keresahan ini turut diperbualkan dalam kalangan masyarakat umum.

Untuk makluman Yang Berhormat sehingga 25 Disember 2025 kementerian dimaklumkan oleh LUNAS bahawa kemajuan keseluruhan projek LCS telah mencapai 75.75 peratus sebenar berbanding ikut perancangan sepatutnya 81.57 peratus khusus bagi kapal LCS 1, kemajuan semasa adalah 82.90 peratus sebenar berbanding 96.52 peratus dirancang.

Kemajuan projek ini meliputi pembinaan struktur kapal, pemasangan peralatan utama dan integrasi sistem-sistem kapal. Walaupun terdapat kelewatan berbanding jadual asal, kementerian dimaklumkan oleh pihak LUNAS bahawa kapal LCS 1 telah berjaya diluncurkan ke air dan kini berada dalam fasa pemasangan serta integrasi sistem utama kapal.

Fasa ujian laut bagi kapal LCS 1 di peringkat limbungan telah bermula sejak 20 Januari 2026 dan seterusnya akan memulakan first sea going pada 28 Januari 2026 bagi tujuan yang meliputi pengujian sistem jentera jana kuasa, sistem penghawa dingin dan propulsion system. Ini adalah proses permulaan bagi memastikan kapal LCS 1 berkeupayaan untuk belajar di lautan. Manakala,

draft • 10:10 AM

Menteri Pertahanan - Dato' Seri Haji Mohamad Khaled bin Nordin

persediaan platform dan peralatan sedang giat dilaksanakan untuk membolehkan sea trial penuh dimulakan pada awal April 2026.

Berdasarkan maklum balas oleh LUNAS yang dikemukakan kepada pasukan projek jadual pentauliahan kapal LCS 1 dipinda ke bulan Disember 2026. Maknanya memang ada lewat empat bulan. Manakala bagi kapal LCS 2 pula dipinda ke Ogos 2027. Bagi kapal-kapal berikutnya pula, pentauliahan LCS 3 kekal pada Disember 2027, LCS 4 pada Ogos 2028 dan LCS 5 pada April 2029.

Tuan Yang di-Pertua, dari segi kos nilai keseluruhan kontrak projek LCS adalah sebanyak RM11.2 bilion untuk kelima-lima buah kapal dengan perbelanjaan semasa berjumlah RM8.3 bilion atau lebih kurang 74 peratus daripada jumlah keseluruhan. Dalam memastikan ketelusan dan kawal selia yang berterusan, Kementerian Pertahanan telah mewujudkan pelbagai platform pemantauan seperti project management review, project monitoring community serta jawatankuasa teknikal yang bersidang secara berkala dengan penglibatan menyeluruh TLDM sebagai end user dan pihak LUNAS. Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Jemput.

draft • 10:10 AM

Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Okey terima kasih MenHan. Memang isu kapal LCS ini merupakan bagi saya satu tragedilah kepada negara. Kalau jawapan MenHan tadi pun yang kita dengar delay, lewat. Lewat, delay, lewat. Tak ada satu pun on time.

draft • 10:10 AM

Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Jadi, saya nak minta penjelasan daripada MenHan. Apabila dikatakan KD Maharajalela ini sedang pun menjalani sea trial, apakah standard dan protokol pelaksanaan sea trial yang dibuat ini? Kerana adakah ia mengikut standard antarabangsa dan protokol ujian laut yang ditetapkan oleh Naval Group dari Perancis sebagai pemilik reka bentuk korvet kelas Gowind ataupun hanya sea trial berdasarkan kepada standard biasa daripada kontraktor utama LUNAS iaitu Lumut Naval Shipyard dulu dikenali sebagai Boustead Naval Shipyard?

Kenapa saya tanya soalan ini, MenHan? Saya lihat banyak gambar dan video kapal Maharajalela ni di internet, di website mereka yang sedang menjalani sea trial.

Tetapi kapal berada— malangnya kapal berada dalam keadaan usang dan berkarat.

Deck helikopter pun bersepah, seakan kapal masih belum siap sepenuhnya.

Selain itu, saya lihat banyak lagi peralatan kapal yang tidak dipasang. Tiada radar, tiada sensor dan tiada persenjataan sebenar. Sea trial mungkin dilaksanakan

draft • 10:20 AM

Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

dalam berbagai fasa. Macam MenHan kata tadi, dalam bulan berapa tadi akan siap sepenuhnya.

draft • 10:20 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Soalan, apa soalan? Soalan?

draft • 10:20 AM

Datoʼ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Tapi saya percaya— nak ringkas ini, nak landing ini ya. Tapi saya percaya rakyat nak tahu bilakah sea trial sebenar dengan keupayaan penuh dengan sistem persenjataan yang lengkap bersama sensor LCS ini dijangka akan dapat dilaksanakan. Kena perlu ikut standard protokol antarabangsa, bukan sambil lewa ya. Saya harap MenHan jangan terpedayalah dengan— maaflah, dengan LUNAS kerana ingat, kapal kita ini merupakan kapal yang halimunan. Bersifat halimunan.

draft • 10:20 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Tanah Merah, ini bukan perbahasan.

draft • 10:20 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat. Ini bahas dah ini.

draft • 10:20 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey, sila Menteri.

draft • 10:20 AM

Datoʼ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Lepas ini, Tampin tanya soalan. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Datoʼ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih atas kebimbangan dan keprihatinan Yang Berhormat. Kerana saya percaya kapal LCS ni merupakan satu projek yang semua nantikan. Dan Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia, terutamanya TLDM, kita juga turut berkongsi kebimbangan tersebut kerana kita ini merupakan client kepada LUNAS.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Datoʼ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Datoʼ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Apa pun, kerana ini merupakan kapal tempur pesisir, kapal perang, kita memang mahu supaya kapal yang diserahkan itu nanti dalam keadaan yang selamat, mematuhi spesifikasi serta boleh mencapai tahap kesiagaan operasi yang ditetapkan. Dan saya pasti apabila sea trial yang sepenuhnya dimulakan, ia nya tentunya akan mengikut standard pertahanan yang diaplikasikan.

Apa yang kita lihat daripada video mungkin sekarang ini adalah proses sea going. Sea going yang tujuannya seperti yang telah saya kata, nak menguji sistem jentera, jana kuasa, sistem penghawa dingin dan juga propulsion system, tujuannya.

Dan sea trial itu hanya akan dimula pada bulan April 2026. Lewat kerana tadi saya dah beritahu keseluruhan projek ini lewat.

draft • 10:20 AM

Datoʼ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Jadi, sea trial yang sepatutnya buat Oktober 2025, belum mula lagi. Jadi, bila Yang Berhormat tengok video, kerana dulu diberitahu sea trial Oktober 2025, jadi Yang Berhormat ingat itu dah sea trial. Sekarang saya nak beritahu, sea trial memang juga lambat, akan mula April 2026 ni. Manakala delivery yang sepatutnya Ogos, dilewatkan empat bulan kepada Disember. Yang pada akhirnya, kami sebagai customer, nak pastikan kapal itu selamat, ikut spesifikasi, capai tahap kesiagaan operasi seperti yang diharapkan.

draft • 10:20 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Jemput Batu Pahat, soalan tambahan.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya. Apakah tahap kesiapsiagaan kru TLDM yang akan mengoperasikan KD Maharajalela ini? Dan apakah latar operasi— adakah dia ikut kemajuanlah? Yang kedua, sekiranya jadual pentauliahan pada Ogos 2026 ini gagal dipenuhi, apakah pelan kontigensi kementerian? Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Datoʼ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih Yang Berhormat daripada Batu Pahat. Soal untuk beri latihan kepada kru memang sesuatu perkara yang sangat penting. Kerana sekiranya kapal sudah siap dan kru tidak ada, tentunya ia akan mengganggu dan jadikan sebagai satu cabaran oleh pihak TLDM. Jadi, perkara ini memang diberi perhatian oleh pihak TLDM supaya kru yang terlatih itu dapat disediakan, selari dengan masa kapal itu diserahkan kepada TLDM.

Dan seperti yang telah saya nyatakan tadi, kapal TLDM ini akan diserahkan pada bulan Disember tahun ini, bukan dalam bulan Ogos. Maknanya, saya beritahu memang ada delay empat bulan. Dan kita dalam soal ini telah pun meminta kepada pihak LUNAS untuk kemukakan kepada projek monitoring committee, pelan pemulihan projek supaya bila dinyatakan Disember ini betul-betul boleh diserahkan, maka kita nak pastikan betul-betul dia boleh serahkan dalam bulan Disember pada akhir tahun ini.

Pada masa yang sama, kita akan— mesyuarat pemantauan akan dilakukan secara bulanan. Kalau dahulu, ia nya diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun, sekarang ini akan dibuat secara bulanan, mesyuarat pemantauan. Dan pada masa yang sama, LUNAS telah nyatakan bahawa mereka akan membina kapal itu sepanjang 24 jam, dengan menyediakan pembahagian kerja secara tiga syif.

Maknanya, supaya apa yang telah dia janjikan, ia nya dapat dilaksanakan.

Kita harus faham bahawa kelewatan ini bukanlah sesuatu yang disengajakan.

Ia adalah punca dari segi — dari soal peralatan. Kelewatan penghantaran peralatan daripada pihak OEM. Jadi, dalam soal ini untuk pastikan kelewatan itu benar-benar

draft • 10:20 AM

Datoʼ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

dapat kita uruskan dengan baik, maka pihak kita beri perhatian kepada soal penjadualan semula penghantaran peralatan OEM dapat kita selaraskan.

Dan satu lagi ialah soal pelaksanaan semula pemasangan perpaipan dan juga kabel. Kesan daripada teguran design authority iaitu Naval Group. Naval Group buat audit, lihat supaya semua kerja berjalan sebagaimana spesifikasi. Dan mereka telah membuat teguran supaya ditambah baik ataupun rework pemasangan perpaipan dan juga kabel. Dan untuk makluman, ada 4,000 unit paip. Jadi, diminta supaya dikaji semula dan dipasang semula, buat penambahbaikan dan begitu juga dengan kabel.

Jadi, semua ini perlu dilakukan supaya kapal yang kita terima nanti benar- benar dalam keadaan selamat dan juga ikut spesifikasi. Jadi, dia bukanlah satu kelewatan yang sengaja tetapi sesuatu yang kita sedia maklum bahawa ini merupakan kapal pertama kita buat dalam negara kita. Tentunya ada cabaran, tentunya ada pengajaran yang didapati.

Yang pentingnya, kita beri ruang, peluang untuk tenaga tempatan kita dapat ilmu, pengetahuan, kemahiran, keupayaan untuk bina kapal ini. Dan bila kapal pertama ini siap, ini akan jadi platform, asas, template untuk kapal dua, tiga, empat, lima dapat disiapkan. Atas sebab itulah, satu dan dua sahaja ada sedikit lewat tetapi jaminan diberi tiga, empat, lima ikut jadual. Jadi, ini projek kita bersamalah. Setelah lama tak boleh siap, sekarang dah 80 lebih peratus, kita sama-sama doa.

Kementerian Pertahanan pun ingin doa kerana bukan Kementerian Pertahanan yang buat kapal itu. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Datoʼ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Dato’, Dato’ Speaker?

draft • 10:20 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Soalan seterusnya...

draft • 10:20 AM

Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

...Atas kelewatan tersebut, akan dilupuskan denda?

draft • 10:20 AM

Datoʼ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Dato’ Speaker, soalan yang penting ini, Dato’ Speaker. Boleh lah?

draft • 10:20 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Seterusnya, soalan Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy, Kalabakan. Silakan.

draft • 10:20 AM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan nombor 3.

draft • 10:20 AM

2. Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy [Kalabakan] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan langkah komprehensif kerajaan bagi menjamin integriti serta keberkesanan pengurusan subsidi petrol pascapelaksanaan BUDI MADANI RON95 khususnya di Kalabakan dan sejauh manakah mekanisme ini berupaya menutup ruang ketirisan subsidi serta membanteras penyeludupan petrol di sempadan Tawau–Indonesia.

draft • 10:20 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan Program BUDI MADANI RON95 adalah di bawah seliaan Kementerian Kewangan yang berperanan sebagai peneraju dasar serta penetapan kerangka pelaksanaan subsidi bersasar bahan api. Manakala, peranan KPDN adalah sebagai pengawal selia, pelaksanaan Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dan penguatkuasaan di peringkat runcit.

draft • 10:20 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Melalui SKPS, penyaluran subsidi dikhususkan kepada sektor pengangkutan darat awam dan barangan serta sektor pengangkutan bot penumpang. Selaras dengan pelaksanaan penuh BUDI95 pada 30 September 2025, mekanisme penggunaan kad pengenalan telah diperkenalkan bagi membolehkan warganegara yang layak iaitu syarat umur minimum 16 tahun dan memiliki lesen memandu yang sah untuk menikmati petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter. Mekanisme ini diguna pakai untuk memastikan subsidi hanya dinikmati oleh golongan sasar sekali gus mengekang ketirisan termasuk aktiviti penyeludupan bahan api termasuk di kawasan sempadan negara.

Sehubungan itu, bagi memastikan pemantauan dan penguatkuasaan subsidi RON95 di peringkat runcit, KPDN melaksanakan langkah-langkah seperti berikut:

(i) pemeriksaan berkala di stesen minyak bagi memastikan pematuhan mekanisme penggunaan kad pengenalan;

(ii) penguatkuasaan larangan penjualan RON95 kepada kenderaan berpendaftaran asing;

(iii) penguatkuasaan kawalan pembelian luar tangki dengan larangan penjualan melebihi 20 liter tanpa permit khas;

(iv) pemantauan berkala melalui buku log dan peti lawatan di stesen minyak bersempadan;

(v) operasi bersepadu bersama PDRM, ATM, APMM, JKDM, AKPS bagi membanteras ketirisan dan penyeludupan;

draft • 10:30 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

(vi) pengauditan rantaian bekalan melalui analisis corak jualan stesen minyak berisiko tinggi serta tindakan tegas terhadap pelanggaran;

(vii) kerjasama dengan JPN bagi menangani penyalahgunaan kad pengenalan;

(viii) pengukuhan program advokasi dan kesedaran awam dengan penglibatan komuniti setempat;

(ix) kerjasama dengan industri iaitu syarikat minyak melalui sesi libat urus, advokasi dan latihan berkala;

(x) penggunaan fleet card bagi pembelian petrol RON95 bersubsidi di bawah SKPS membolehkan transaksi pembelian petrol RON95 setiap kenderaan direkodkan secara digital dan dipantau; dan

(xi) menganalisa transaksi pembelian RON95 melalui fleet card dengan menggunakan sistem data analytics yang akan dibangunkan oleh KPDN.

KPDN akan sentiasa memperkasakan ketangkasan, pemantauan dan penguatkuasaan untuk memastikan objektif penyasaran subsidi RON95 tercapai khususnya melalui operasi bersepadu, Ops Tiris dan kerjasama pendekatan serata negara melalui gerakan membanteras memanipulasi dan ketirisan iaitu KITA GEMPUR. Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Dijemput Kalabakan, soalan tambahan.

draft • 10:30 AM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Terima kasih atas jawapan daripada Menteri tadi. Walaupun sungguh banyak strategi dan pendekatan yang telah dilaksanakan, tetapi realitinya ketirisan ini masih berlaku. Jadi soalan saya, adakah pihak kementerian mempunyai mekanisme pemantauan ataupun penguatkuasaan khusus atau tambahan untuk mengekang ketirisan subsidi RON95 yang disalurkan melalui program-program yang telah dilaksanakan seperti Program Pengedaran Barang Perlu di pos-pos kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kalabakan dan stesen-stesen minyak berada di kawasan sempadan. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Dijemput Menteri.

draft • 10:30 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Ada dua saya fikir komponen tadi.

draft • 10:30 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Pertama, ya. Penyasaran subsidi yang dilaksanakan oleh kerajaan termasuklah terkait dengan bahan api RON95 ini merupakan salah satu bentuk apa yang, dengan izin boleh disebutkan sebagai leakages risk management (pengurusan risiko ketirisan). Ruang itu masih ada tetapi kita cuba untuk tutup ruangnya.

Jadi, kalau terkait dengan isu yang juga berbangkit tentang ketirisan di kawasan sempadan khususnya di stesen-stesen minyak, yang terbaru berlaku di Johor, untuk makluman, pendekatan terbaharu yang akan dilaksanakan oleh KPDN adalah untuk memperkenalkan satu peraturan baharu di bawah seksyen 6 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang akan membuat larangan terhadap pembelian RON95 di stesen-stesen minyak.

Ini kerana kerangka perundangan sedia ada iaitu di bawah peraturan 12A yang di bawah juga— dikeluarkan di bawah seksyen Akta Kawalan Bekalan 1961 ini hanya melibatkan larangan terhadap penjualan. Maksudnya, tindakan hanya boleh diambil terhadap stesen minyak dan bukannya kepada pemilik ataupun pembeli yang menggunakan pendaftaran kenderaan warga asing.

Jadi, melalui peraturan baharu yang sedang kita rangka ini di bawah seksyen 6 Akta Kawalan Bekalan ini, larangan itu akan bukan hanya melibatkan penjualan tetapi juga pembelian. Maksudnya, mereka yang membeli, pemilik ataupun pemandu yang menggunakan kenderaan pendaftaran asing juga boleh dikenakan tindakan dan kita mensasarkan bahawa peraturan baru ini akan dapat kita muktamadkan, dapat dikuatkuasakan bermula 1 April 2026 ya. Kita sedang melaksanakan sesi libat urus bersama stakeholders termasuklah bersama JPJ dan juga agensi sempadan untuk kita tampil dengan SOP penguatkuasaan dan dimasukkan ke dalam sistem mereka.

Berkenaan dengan program barang perlu, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, antara penambahbaikan yang kita laksanakan, kita maklum, bermula 2023 contohnya dari segi kaedah perolehan; bermula 2023 pelantikan transporter ini dilaksanakan sepenuhnya melalui sistem tender terbuka, bukan lagi melalui lantikan terus. Begitu juga, dari segi tuntutan daripada pembekal kepada transporter sehinggalah kepada POS sekarang perlu untuk direkod dan gambar dimuat naik untuk membolehkan kelayakan tuntutan tersebut.

Dan, kita juga mempertimbangkan untuk mengguna leverage, memanfaatkan advancement of technology supaya pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih menyeluruh dapat kita laksanakan, memastikan barang-barang sampai kepada kawasan-kawasan pedalaman, memastikan program pengedaran barang perlu itu

draft • 10:30 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

juga kalis daripada ketirisan dan rakyat mendapat manfaat. Jadi, itu antara penambahbaikan yang akan kita laksanakan di peringkat KPDN. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Dijemput, soalan tambahan Kuala Krai.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, adakah kementerian mempunyai data perbandingan sebelum dan selepas pelaksanaan BUDI RON95 berhubung jumlah rampasan, tangkapan serta penurunan ketirisan subsidi? Dan jika ada, boleh ke data tersebut diperincikan mengikut daerah ataupun mungkin lebih luas sikit mengikut negeri?

Apakah mekanisme audit bebas dan semakan berkala yang diwujudkan bagi memastikan tiada penglibatan orang dalam, pengusaha stesen minyak ataupun penguat kuasa dalam melindungi kegiatan penyelewengan subsidi petrol yang diperoleh oleh semua rakyat Malaysia yang mempunyai lesen memandu? Cumanya ialah ke mana pula PADU yang dibangunkan kos yang mencecah RM85 juta bagi mensasarkan bantuan tepat kepada penerima? Adakah sudah tidak padu lagi?

Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Jemput Menteri.

draft • 10:30 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat. Banyak soalan itu, saya cuba jawab.

Pertama, dari segi statistik, saya mohon maaf untuk berlaku adil kepada Yang Berhormat disebabkan soalan asal daripada Kalabakan, saya ada statistik yang melibatkan Sabah dan juga daerah Tawau dan juga Kalabakan ya dari segi penguatkuasaan dilaksanakan yang terkait dengan RON95. Bilangan kes 2023, lima; 2024, 13; 2025, 34; dengan nilai petrol yang terlibat daripada RM3,474; RM6,580 pada 2024; dan juga RM40,993 pada 2025. Itu dari segi nilai petrol dan ada rampasan. Dan, untuk keseluruhan negara saya akan serahkan secara bertulis kepada Yang Berhormat.

Namun, suka saya maklumkan bahawa mungkin kita boleh lihat itu kesannya kerana RON95 ini baru bermula September— 30 September. Jadi, kita tak dapat data yang menyeluruh untuk tahun 2025. Namun, saya boleh kongsikan kerana yang telah dilaksanakan lebih awal adalah penyasaran subsidi diesel. Jadi, kita boleh lihat trend dari segi bila dilaksanakan penyasaran subsidi diesel, kesan pelaksanaan program tersebut yang telah dapat mengurangkan ketirisan penggunaan subsidi bahan api diesel. Jadi, saya akan serahkan kedua-duanya secara bertulis sama ada diesel dan juga yang terkait dengan RON95.

draft • 10:30 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Dan, kita melihat dan kita optimis Yang Berhormat ya sebab dengan penggunaan penyasaran subsidi dengan penggunaan data dan sistem yang ada, kita dapat melihat trend pembelian dan penjualan di setiap stesen minyak dan kita juga akan ada juga data analytics yang boleh melihat penggunaan yang kerap oleh pihak- pihak tertentu melalui data kad pengenalan yang ada.

draft • 10:30 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Dan kita sedang bekerjasama dengan MOF untuk melihat kepada data penjualan dan pembelian dan sekiranya kita melihat satu, dari segi stesen-stesen minyak khususnya di kawasan-kawasan hotspot, di kawasan sepadan, pembelian dan penjualan berulang dan juga rekod pembelian melalui MyKad itu dan kita akan mengambil tindakan susulan di bawah Akta Kawalan Bekalan. Jadi, itu jawapan saya itu. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat

Seterusnya, Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Arau.

draft • 10:40 AM

Datoʼ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, soalan yang keempat.

draft • 10:40 AM

4. Datoʼ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan mengapa sehingga kini Malaysia tidak lagi mempunyai stadium olahraga bertaraf antarabangsa dan universiti khusus sukan seperti di negara jiran dan apakah pelan kerajaan untuk membina fasiliti sukan moden bagi memastikan atlet negara tidak terus ketinggalan dalam pentas antarabangsa.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Mordi anak Bimol

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan komited dalam memperkasakan pembangunan sukan, terutamanya sukan berprestasi tinggi termasuklah menerusi penyediaan fasiliti dan kemudahan sukan yang terbaik serta mematuhi piawaian yang ditetapkan terutamanya oleh Persekutuan Sukan Antarabangsa atau IF.

Namun yang demikian, KBS ketika ini tidak mempunyai perancangan khusus bagi pembinaan stadium olahraga bertaraf antarabangsa yang baharu memandangkan fasiliti sukan sedia ada seperti Stadium Nasional Bukit Jalil telah mematuhi piawaian World Athletics Standards, dengan izin.

Penganjuran acara sukan olahraga termasuklah badan sukan boleh mempertimbangkan pemilihan lokasi acara sukan sedia ada bagi penganjuran kejohanan atau pertandingan serta latihan tertakluk kepada peraturan dan tatacara yang sedang berkuat kuasa. Fasiliti dan kemudahan sedia ada boleh digunakan secara optimum, ekonomi dan berkesan.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Mordi anak Bimol

Berhubung pembinaan universiti khusus pula, KBS mengambil maklum dan menghargai akan cadangan ini. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, penubuhan universiti adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan Tinggi

(KPT). Pada masa ini, institusi pendidikan tinggi di Malaysia mempunyai bidang tujuan yang pelbagai, termasuk bidang berkaitan sukan yang ditawarkan secara berperingkat mengikut keperluan melalui institusi sedia ada.

Berdasarkan statistik semasa, sebanyak enam institusi pengajian pendidikan tinggi awam dan lima institusi pendidikan tinggi swasta di seluruh negara menawarkan kursus berkaitan bidang sukan. Statistik terkini mencatatkan enrolmen dalam kalangan warganegara bagi peringkat sarjana muda dalam bidang sukan adalah seramai 4,016 orang pelajar di IPTA dan 710 orang pelajar di IPTS.

Bagi menyokong pengajian atlet di IPT pula, KBS turut menawarkan Biasiswa Sukan Persekutuan menerusi peluang biasiswa pendidikan. Inisiatif ini ditawarkan kepada atlet yang masih aktif bergiat dalam bidang sukan, mencapai prestasi yang cemerlang sekurang-kurangnya dalam pertandingan majlis sukan di peringkat sekolah-sekolah ASEAN atau mana-mana pertandingan yang setaraf dengannya, serta mematuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan.

Sejak ditawarkan pada tahun 1987, Biasiswa Sukan Persekutuan telah memanfaatkan seramai 1,349 orang penerima sehingga tahun 2025. Biasiswa ini akan diteruskan bagi tahun 2026 dengan peruntukan sebanyak RM2 juta.

Selain itu, Majlis Sukan Negara (MSN) juga telah memperkenalkan inisiatif sokongan pendidikan dan kerjaya termasuk menjalinkan kerjasama strategik bersama IPTA seperti Universiti Teknologi Mara, Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia menerusi Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet.

MSN turut menyediakan laluan peralihan kerjaya kepada atlet golongan belia ke bidang kejurulatihan, kepegawaian teknikal dan profesional sukan selepas tamat tempoh sebagai atlet di samping kerjasama bersama syarikat berkaitan kerajaan ataupun GLC, syarikat swasta serta agensi-agensi kerajaan bagi menyediakan peluang kerjaya selepas tamat penglibatan dalam sukan berprestasi tinggi.

Mengambil kira perkembangan terkini bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional atau TVET, KBS turut menawarkan bidang TVET berasaskan sukan menerusi Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) di Kuala Langat, ya. IKSN menawarkan latihan kemahiran khusus dalam bidang sukan seperti permotoran, penyelenggaraan fasiliti, terapi dan caddy golf. Suka untuk saya berkongsi juga

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Mordi anak Bimol

TVET berasaskan sukan semakin mendapat tempat di industri dengan kadar kebolehpasaran graduan hampir 90 peratus bagi tahun 2024.

Seterusnya, kerjasama strategik di antara KBS dan pemegang taruh sukan terus diperkukuhkan menerusi perkongsian kepakaran dan pengalaman terutamanya menerusi inisiatif Pusat Satelit Institut Sukan Negara (ISN) melibatkan perkhidmatan sains sukan, perubatan sukan dan teknologi sukan.

Sebanyak tujuh IPTA terlibat dengan inisiatif ini iaitu Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Teknologi Mara, Universiti Teknologi Mara Cawangan Perlis, Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Malaysia Sabah. Usaha dan ikhtiar berterusan akan terus digerakkan KBS demi memperkasakan pembangunan sukan Malaysia. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat

Dijemput Arau soalan tambahan.

draft • 10:40 AM

Datoʼ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, terima kasih.

Orang-orang muda telah bagi jawapan yang cukup komprehensif. Soalan saya, dua untuk jawab bertulis yang dua-dua ini untuk mulut. Pendek dah ya.

Kluster utama untuk SEA Games 2027 ialah Kuala Lumpur, Sarawak, Pulau Pinang dan Johor. Apakah kedudukannya sekarang? Yang Berhormat sedia maklum, di Malaysia ini cuma tiga stadium yang boleh diguna pakai dengan baik iaitu di Sarawak, Sabah dan juga Perlis. Perlis tak masuk senarai.

Kemudian Road to Gold, Yang Berhormat. Peruntukan belanjaan 2025, RM245 juta. Tetapi perhatian kerajaan lebih kepada sukan yang bernilai komersial.

Sukan utama yang ada potential untuk dapat pingat iaitu olahraga, renang dan gimnastik dapat kurang.

Apakah Yang Berhormat bercadang untuk memulihkannya? Dan Yang Berhormat boleh jawab cara bertulis untuk soalan ini. Malaysia bagi RM20,000 insentif untuk gol, SEA Games. Indonesia bagi RM250,000, Yang Berhormat.

Apakah Yang Berhormat bercadang untuk naikkan Malaysia ini kepada RM20,000— Maaf kepada RM100,000 ya?

Kemudian akhir sekali, ini juga bertulis, Yang Berhormat iaitu kita minta supaya penggunaan stadium untuk sukan kebangsaan dan juga untuk pertandingan.

Pertandingan Yang Berhormat sebut percuma. Tapi untuk latihan sebab kami masih kena bayar, untuk latihan. Kita minta percuma. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Datoʼ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat

Jemput Timbalan Menteri.

draft • 10:40 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Tuan Mordi anak Bimol

Terima kasih Yang Berhormat. Bagi makluman Ahli Yang Berhormat, penganjuran acara sukan olahraga di bawah temasya Sukan SEA 2027 dan Sukan Para ASEAN 2027 di Malaysia akan langsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Berdasarkan status terkini, fasiliti sukan olahraga di Stadium Nasional Bukit Jalil telah mematuhi piawaian World Athletics Standards sebagaimana yang ditetapkan oleh Persekutuan Sukan Antarabangsa atau IF.

KBS juga akan menaik taraf kemudahan dan fasiliti di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memastikan venue berada dalam keadaan terbaik menjelang penganjuran kedua-dua temasya pada tahun hadapan. Jadi, berhubung kajian daya maju atau feasibility study, KBS mengambil maklum akan perkara yang disampaikan oleh Ahli Yang Berhormat. Bagaimanapun, KBS ketika ini tidak mempunyai perancangan khusus bagi menjalankan kajian tersebut.

Peranan Institut Sukan Negara atau ISN akan diperkasakan dengan memberi tumpuan kepada penyelidikan saintifik, memberi perkhidmatan latihan kepada atlet, jurulatih, pegawai dan menjadi pusat sumber sukan negara. ISN juga bekerjasama dengan rapat bersama institusi pengajian tinggi atau IPT menerusi inisiatif Pusat Satelit ISN di tujuh buah universiti awam iaitu UPSI, di UiTM, Universiti Malaya dan sebagainya.

Oleh itu, KBS berpandangan, pendekatan lebih sesuai adalah dengan memperkukuhkan peranan ISN sebagai badan piawaian amalan bagi profesional di dalam kejurulatihan dan sains sukan yang akan menyusun sektor perkhidmatan di bawah industri sukan sebagai sektor formal yang profesional dan berdaya saing. Dan untuk Ahli Yang Berhormat, untuk soalan-soalan yang lain tadi, kita akan jawab secara bertulislah ya. Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat

Jemput Tampin. Soalan tambahan.

draft • 10:40 AM

Datoʼ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih, Yang di-Pertua.

Saya difahamkan tiada fasiliti sukan baharu ataupun stadium baru yang akan dibina oleh kerajaan bagi tujuan penganjuran Sukan SEA 2027. Walau bagaimana pun, kerajaan telah membuat keputusan untuk menaik taraf kemudahan sukan sedia ada.

Soalan saya, apakah rasional di sebalik keputusan tersebut terutamanya dari segi keperluan fasiliti bertaraf antarabangsa yang biasanya diperlukan oleh temasya

draft • 10:40 AM

Datoʼ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

besar serantau seperti Sukan SEA dan adakah terdapat risiko atau implikasi terhadap reputasi negara selaku tuan rumah?

Kebimbangan saya adalah jika fasiliti sedia ada tidak dapat menampung keperluan temasya dan apakah pula langkah mitigasi kementerian terhadap risiko tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Jemput Timbalan Menteri.

draft • 10:40 AM

Tuan Mordi anak Bimol

Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Saya rasa saya akan jawab soalan tersebut secara bertulislah ya. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Seterusnya, Tuan Oscar Ling Chai Yew, Sibu. Jemput.

draft • 10:40 AM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin memulakan kesempatan ini untuk mengalu-alukan kehadiran tetamu daripada Parlimen Tanjung Piai, Persatuan Kebajikan Prihatin Daerah Pontian yang datang ke Dewan yang mulia ini.

[Tepuk] Soalan saya nombor 5.

draft • 10:40 AM

5. Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu] minta Menteri Kewangan menyatakan sebab proses kelulusan untuk Inisiatif Kedai MyKasih masih mengambil masa yang terlalu lama. Tambahan pula, apakah kriteria kelayakan sebenar yang diguna pakai selain syarat menjual melebihi 70 peratus barangan keperluan asas dan bagaimana kerajaan memastikan proses ini lebih pantas dan telus.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih kepada Speaker dari Johor. Terima kasih kepada Sibu dan juga aluan-aluan — saya mengucapkan aluan-aluan kepada mereka yang datang dari Pontian.

Untuk makluman Yang Berhormat, Program Sumbangan Asas Rahmah

(SARA) merupakan bantuan yang diberikan secara tanpa tunai dalam bentuk kredit melalui kad pengenalan MyKad, yang boleh digunakan di kedai-kedai terpilih yang berdaftar sebagai rakan niaga SARA bagi membeli barangan keperluan asas.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Pendekatan ini membolehkan kerajaan memantau pelaksanaan dan memastikan bantuan-bantuan benar-benar dimanfaatkan bagi tujuan dinyatakan dan seterusnya memanfaatkan golongan sasar ditetapkan. Peningkatan peruntukan untuk STR dan SARA dari tahun ke tahun adalah bukti komitmen kerajaan dalam memperkukuh jaringan keselamatan sosial. Pada tahun 2026, sebanyak RM15 bilion disediakan kerajaan untuk program STR dan SARA berbanding hanya RM8 bilion pada tahun 2022.

Bantuan kewangan ini khususnya SARA yang bermula pada tahun 2023, merupakan mekanisme yang digunakan oleh kerajaan bagi membantu rakyat dalam

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

menangani peningkatan kos sara hidup. Program ini juga adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan bantuan secara bersasar. Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah rakan niaga SARA sehingga 26 Januari 2026 telah meningkat kepada 10,447 buah kedai di seluruh negara berbanding 700 buah kedai pada tahun 2024 dan bilangan ini akan terus bertambah dari semasa ke semasa.

Ini termasuk pasar raya, kedai runcit, kedai koperasi dan pasar mini yang terletak di kawasan bandar, luar bandar dan juga pedalaman untuk memastikan lebih ramai penerima mendapat akses mudah kepada bantuan ini. Untuk negeri Sarawak sahaja, terdapat 1,096 premis telah didaftarkan sebagai rakan niaga SARA.

Kerajaan akan sentiasa meneliti syarat untuk menjadi rakan niaga SARA dari semasa ke semasa bagi memastikan kedai runcit tempatan dan peniaga kecil turut terlibat secara langsung, selaras dengan ketetapan perutusan tahun baru 2026 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 5 Januari 2026 untuk menambahkan 10,000 kedai runcit kecil pada tahun ini. Antara kriteria dan syarat yang telah ditambah baik untuk premis peniagaan menjadi rakan niaga SARA adalah seperti berikut. Ini baharu ah. Minta sikit masa.

(i) mengendalikan kedai runcit;

(ii) menjual sekurang-kurangnya tujuh barangan makanan keperluan asas seperti beras, susu, tepung, minyak masak, barangan dalam tin daripada 14 kategori yang ditetapkan sebelum ini dan sebelum ini 70 peratus, sekarang 50 peratus;

(iii) mempunyai pendaftaran SSM yang sah;

(iv) mempunyai lesen perniagaan premis yang sah;

(v) mempunyai nombor pengenalan cukai TIN; dan

(vi) mengguna pakai sistem point of sale (POS).

Untuk maklumat Yang Berhormat, senarai pasar raya dan kedai runcit ini bukan muktamad dan sejak pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkaitan program SARA, jumlah ini telah meningkat. Setakat ini, memang banyak permohonan diterima dan setiap permohonan akan diproses mengikut prosedur yang ditetapkan dan kerajaan akan cuba sedaya upaya mempercepatkan setiap permohonan yang diterima selari dengan sasaran dua minggu tempoh kelulusan setelah dokumen lengkap diterima.

Kerajaan kekal komited dan sentiasa memantau situasi semasa dalam memastikan program bantuan kerajaan terus disalurkan kepada golongan yang memerlukan dalam mendepani cabaran kos sara hidup. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Sibu, jemput.

draft • 10:50 AM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Terima kasih kepada Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Soalan tambahan saya ialah berapakah jumlah transaksi yang tercatat setakat ini dan juga apakah peranan yang dimainkan oleh Foundation MyKasih dan peratusan komisen yang akan diberikan kepada mereka.

draft • 10:50 AM

Tuan Liew Chin Tong

Jumlah transaksi saya tidak ada maklumat setakat ini, saya akan beri kepada Yang Berhormat secara bertulis. Komisen ataupun kutipan ialah satu peratus dari sales. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Ya, jemput soalan tambahan Kapar.

draft • 10:50 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih, Timbalan Speaker. Timbalan Menteri Kewangan, tahniah di atas apa yang telah dilakukan. Tapi apa yang saya nak sebut sebagai— MOF, killing two birds with one stone. So, maknanya nak bantu B40, nak bantu juga peniaga kecil, especially di luar bandar.

Jadi, bolehkah Menteri menyatakan jumlah permohonan yang diluluskan, ditolak dan masih tertunggak serta sebab utama penolakan dan adakah laporan ini boleh didedahkan secara berkala bagi menjamin ketelusan dan juga daripada segi syarat tadi, boleh dilihat daripada segi runcit kecil dan luar bandar, adakah kerajaan bercadang melonggarkan atau menyesuaikan syarat mengikut lokaliti dan juga saiz premis?

Of course, dekat luar bandar dengan transport system dan sebagainya, mungkin mereka tidaklah sehebat yang di bandar. Tapi mereka perlu juga mendapat manfaat daripada MyKasih ini. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Yang Berhormat. Memang hasrat kerajaan sama dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi bahawa hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah untuk menambah 10,000 kedai runcit kecil ke dalam sistem SARA ini dan dari segi kriteria ataupun syarat telah dilonggarkan.

Apa yang saya sebut tadi telah dilonggarkan daripada 70 peratus, untuk mematuhi 70 peratus di antara 14 kategori, sekarang ini diturunkan kepada 50 peratus. Bermakna, dia perlu ada tujuh kategori di antara 14 kategori. Tetapi, kita bersedia untuk mendengar dan juga bersedia untuk melonggarkan kalau ada asas yang kukuh. So, dimintakan bahawa kalau ada apa cadangan minta salurkan kepada pihak MOF. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Soalan seterusnya, Datuk Haji Awang bin Hashim, Pendang.

draft • 10:50 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Bismillahirrahmanirrahim. Saya mula dengan pantun.

Pergi ke Pekan membeli sutera, Sutera dibeli habuan mengandam; Dengan izin gantian Tuan Yang di-Pertua, Mohon Timbalan Menteri jawab soalan saya nombor enam.

draft • 10:50 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Jemput.

draft • 10:50 AM

6. Datuk Haji Awang bin Hashim [Pendang] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan strategi kerajaan dalam menangani underemployment dalam kalangan graduan serta kadar penempatan kerja mengikut bidang pengajian dan sektor industri.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah mengatur strategi bersepadu di antara agensi dan jabatan di bawah KESUMA bagi menangani isu underemployment, khususnya dalam kalangan graduan TVET melalui penyelarasan latihan peluasan perantisan dan padanan pekerjaan berasaskan data pasaran buruh.

Kerajaan MADANI juga memberi keutamaan kepada peningkatan kualiti pekerjaan dan kesepadanan kemahiran dengan keperluan industri seperti kerjasama strategik bersama peneraju industri berimpak tinggi seperti PROTON, Huawei, PETRONAS dan Daikin. Langkah ini bagi memastikan graduan ditempatkan dalam pekerjaan yang setara dengan kelayakan serta mempunyai nilai tambah yang tinggi.

Pendekatan ini diperkukuhkan lagi menerusi pelaksanaan latihan yang dibangunkan berasaskan permintaan industri melalui pemetaan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang lengkap dalam latihan dalam industri. Dengan membuktikan mampu meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan melebihi 90 peratus dengan penempatan kerja dalam bidang sebanyak 85.1 peratus.

Empat buah ADTEC JTM pada tahun 2025 telah mencapai kadar kebolehpasaran 100 peratus iaitu ADTEC JTM Kampung Pasir Gudang, Bukit Katil, Kota Kinabalu dan Kepala Batas. Bagi meningkatkan lagi keberkesanan latihan, KESUMA turut memperluaskan program Akademi Dalam Industri (ADI). Pada tahun 2025, seramai 10,852 perantis telah berdaftar dan 6,228 orang berjaya dipersijilkan.

Selain itu, kajian pengesanan graduan ADI perantisan merekodkan 86.3 peratus berjaya mendapat pekerjaan. Manakala 61 peratus pekerja sedia ada menikmati peningkatan gaji.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Selain itu, 18 MyMahir Future Skills Talent Council (FSTC) telah ditubuhkan mengikut sektor bagi membantu graduan yang gagal mendapat pekerjaan dipadankan dengan kemahiran tambahan agar dapat dipadankan dengan pekerjaan.

Program Rintis Sektor Electrical dan Elektronik pada 2024 berjaya menempatkan 309 orang pelatih di 230 buah syarikat dan jumlah ini telah meningkat kepada 4,024 orang pada tahun 2025.

Setakat Disember 2025, sebanyak 3,715 program penempatan pekerjaan telah dilaksanakan oleh PERKESO dan seramai 61,997 orang telah berjaya ditempatkan dalam sektor pembuatan. 25,481 orang dalam sektor perdagangan borong dan runcit, dan 13,760 orang dalam sektor profesional saintifik dan teknikal.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Dijemput, Pendang. Soalan tambahan.

draft • 11:00 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapannya tadi. Saya rasa agak berpuas hati tetapi masih ada lagi perkara yang perlu diperkemaskan.

Kita lihat pada hari ini, walaupun pelbagai inisiatif peningkatan kemahiran dan pensijilan seperti microcredential diperkenalkan. Isu underemployment graduan di bawah masih lagi berlarutan, termasuk situasi graduan bekerja di bawah tahap kelayakan atau di luar bidang pengajian tanpa peningkatan gaji dan juga, laluan kerja yang jelas.

Soalan saya, maka dengan ini saya ingin bertanya, sejauh manakah pindaan terkini Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) benar-benar berupaya menangani underemployment graduan melalui pelaksanaan microcredential? Apakah mekanisme penilaian outcome yang digunakan iaitu padanan kerja mengikut bidang, gaji permulaan, kadar kenaikan gaji atau mobiliti- mobiliti kerjaya?

Serta, bagaimana kerajaan memastikan pengiktirafan microcredential ini diterima majikan, dan mempunyai nilai dalam pasaran pekerjaan sebenar, bukan sekadar pensijilan semata-mata? Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua.

draft • 11:00 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Dijemput Timbalan Menteri.

draft • 11:00 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih, Yang Berhormat Pendang.

draft • 11:00 AM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Pindaan akta terkini berkenaan Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) merupakan antara reformasi dan gerakan penting kerajaan bagi menangani isu underemployment graduan secara lebih berkesan dan berstruktur.

Untuk makluman Yang Berhormat Pendang, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) diberikan kuasa kawal selia yang lebih jelas dan menyeluruh ke atas penyedia latihan kemahiran termasuk dari aspek kualiti program, keselarasan dengan keperluan industri serta hasil kebolehpasaran graduan, membolehkan pengiktirafan pelbagai bentuk latihan dilaksanakan secara lebih fleksibel.

Microcredential dalam TVET ditakrifkan sebagai pensijilan kemahiran berskala kecil yang berasaskan unit kompetensi tertentu dibangunkan berpandukan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS). Selain itu, pelaksanaan microcredential di bawah kerangka Akta 652 yang dipinda, memastikan hanya program yang relevan berasaskan industri dan berorientasikan hasil dibenarkan untuk diiktiraf.

Pendekatan ini sebenarnya memberikan ruang yang luas kepada pekerja- pekerja berpengalaman dalam— dan graduan untuk menggabungkan microcredential dengan laluan pensijilan kemahiran sedia ada, termasuk melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Saya akan memberikan jawapan secara bertulis lagi untuk pendekatan kita yang— dengan jelas. Masa tidak mengizinkan.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Eh, masa banyaklah.

draft • 11:00 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Dijemput, Kinabatangan. Soalan tambahan.

draft • 11:00 AM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Terima kasih, Timbalan Menteri. Terima kasih, Speaker. Yang Berhormat Timbalan Menteri, setiap kali kita bercakap tentang soal kebolehkerjaan, perkara pertama yang terlintas di fikiran saya ialah masalah dengan izin, talent recruitment discrimination, yang mengisikan graduan baharu yang tidak mempunyai sebarang pengalaman kerja.

Jadi, soalan tambahan saya, apakah bentuk kolaborasi yang sedang dijalin bersama pemain industri dalam sektor swasta, dalam mewujudkan rangkaian pengambilan graduan baharu bagi jawatan eksekutif dalam bidang-bidang

draft • 11:00 AM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

kefungsian penting, dengan kadar gaji permulaan yang rasional, dengan senario sara hidup satu-satu demografi, khususnya dalam konteks negeri Sabah? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Dijemput, Timbalan Menteri.

draft • 11:00 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih, Yang Berhormat Kinabatangan. Satu soalan yang cukup baik tetapi perkongsian yang saya boleh berikan kepada Dewan Rakyat pada pagi ini, mengikut data yang kita ada, tiga kluster tertinggi yang mencapai kadar penempatan kerja dalam bidang, ialah kluster pengangkutan sebanyak 90.3 peratus, kluster perkhidmatan kejuruteraan 88.6 peratus dan kluster penyenggaraan elektrik 88.5 peratus.

Kadar ini adalah jauh lebih tinggi berbanding kadar kebangsaan iaitu 57.6 peratus bagi lepasan ijazah dan 53.3 peratus bagi lepasan diploma. Kejayaan ini dikukuhkan lagi dengan maklum balas 97.5 peratus majikan turut melaporkan berpuas hati dengan prestasi pelajar ADTEC JTM semasa mereka menjalani latihan tersebut.

Menjawab soalan berkenaan dengan apakah strategi-strategi pihak kementerian untuk memastikan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan sebentar tadi. Untuk makluman Yang Berhormat Kinabatangan, dua jabatan yang utama di bawah Kementerian Sumber Manusia telah diberi tanggungjawab untuk melihat perkara-perkara yang disebutkan itu.

Pertama ialah Jabatan Pembangunan Kemahiran. Kedua ialah Jabatan Tenaga Manusia. Kedua-dua jabatan ini akan memastikan setiap gerak kerja yang diberikan sewaktu latihan sehinggalah placement itu dipastikan supaya ia dapat mengikuti selera pasaran dan akan juga dipastikan setiap pelatih-pelatih itu diberikan jaminan, bukan sahaja dari sudut peluang pekerjaan tetapi juga, dari sudut kebajikan dan juga perkara-perkara yang dibangkitkan.

Saya juga akan memberikan jawapan secara bertulis untuk kita bersama- sama mendalami apakah sebenarnya tugasan utama kedua-dua jabatan ini dalam ke arah kita memperkasakan para pelatih kita dan juga, para pekerja kita. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Seterusnya, dijemput Puan Syerleena binti Abdul Rashid, Bukit Bendera.

draft • 11:00 AM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 7.

draft • 11:00 AM

7. Puan Syerleena binti Abdul Rashid [Bukit Bendera] minta Menteri Komunikasi menyatakan cadangan kerajaan untuk mengawal selia proses penentusahan umur (age verification) untuk platform-platform media sosial memandangkan ia melibatkan pemberian butiran peribadi warganegara kepada platform asing yang berpangkalan di luar negara.

draft • 11:00 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Dijemput Timbalan Menteri.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab mohon izin untuk menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Bukit Bendera bersekali dengan pertanyaan daripada YB Kluang yang bertarikh 5 Februari dan juga Yang Berhormat Labis yang bertarikh 24 Februari 2026 kerana perkara yang dibangkitkan menyentuh isu yang sama.

draft • 11:00 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Silakan.

draft • 11:00 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebagai badan kawal selia industri komunikasi dan multimedia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil pendekatan menyeluruh untuk memastikan kandungan yang memudaratkan dapat dikawal dan pendedahan terhadap pengguna muda, khususnya remaja dan juga kanak-kanak dapat dicegah.

Antara langkah-langkah kawal selia yang telah dan sedang dilaksanakan adalah sesi libat urus yang berterusan dengan penyedia platform media sosial bagi memastikan sistem algorithm mereka selaras dengan kehendak peraturan tempatan.

Hal ini adalah termasuk keperluan untuk mengehadkan pendedahan pengguna kepada kandungan yang berunsur negatif atau memudaratkan.

Selari dengan keperluan keselamatan dalam talian secara menyeluruh, kerajaan telah menggubal Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 iaitu Akta 866 yang antara lain, memperuntukkan kewajipan kepada pemberi perkhidmatan aplikasi dan juga, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan yang di-license-kan dengan mengawal selia kandungan memudaratkan dalam talian.

Akta ini telah berkuat kuasa pada 1 Januari 2026 bersama beberapa perundangan subsidiari yang relevan. Manakala, instrumen subsidiari lain dijangka dikuatkuasakan pada suku kedua 2026. Antara fokus utama MCMC pada masa ini adalah untuk menilai dan menguji tahap kebolehlaksanaan mekanisme pengesahan umur pengguna oleh platform sedia— media sosial sebagai salah satu keperluan pematuhan di bawah Akta 866.

draft • 11:00 AM

Puan Teo Nie Ching

Penilaian ini merangkumi pelbagai aspek penting termasuk keselamatan akaun pengguna, perlindungan data peribadi, pertimbangan privasi, ketetapan teknologi serta kesesuaian dengan kerangka perundangan dan regulatory negara.

Bagi tujuan tersebut proses medan ujian regulatory ataupun dengan izin, regulatory sandbox sedang dilaksanakan di mana MCMC bekerjasama dengan penyedia platform media sosial untuk menilai pendekatan teknologi yang sesuai. Ini termasuk mekanisme pengesahan umur (age verification) dengan izin, pengesahsahihan entiti (identity validation) dengan izin dan penggunaan kecerdasan buatan, artificial intelligence (AI) bagi pengesahan kandungan berisiko serta penambahbaikan mekanisme pengendalian aduan yang lebih pantas dan berkesan.

Usaha ini bertujuan memastikan perlindungan yang lebih menyeluruh terhadap golongan kanak-kanak dalam persekitaran digital. Selepas penilaian mekanisme pengesahan umur dan proses regulatory sandbox kewajipan untuk memastikan pengguna yang berumur 16 tahun ke bawah tidak menggunakan ataupun tidak mempunyai akaun media sosial akan diletakkan kepada penyedia platform media sosial berdasarkan instrumen subsidiari yang berkaitan.

Bagi kesalahan ketidakpatuhan mana-mana kewajipan di bawah Bahagian III Akta 866 termasuklah kewajipan untuk melaksanakan langkah-langkah untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada kandungan memudaratkan, kewajipan untuk melindungi keselamatan dalam talian pengguna kanak-kanak dan kewajipan untuk mengadakan mekanisme bagi menjadikan kandungan memudaratkan prioriti tidak dapat diakses, pemberi perkhidmatan berlesen boleh dikenakan penalti kewangan sehingga RM10 juta. Sekian, jawapan saya. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Jemput Bukit Bendera. Soalan tambahan.

draft • 11:10 AM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih Yang Berhormat kerana memberi satu jawapan yang cukup terperinci. Terima kasih.

Jadi, kita tahu ya bahawa kecerdasan buatan ini bukan sekadar alat inovasi sahaja tetapi ia boleh menjadikan satu bahan, satu senjata yang dapat merosakkan maruah seseorang. Jadi, bahaya ini, ancaman ini adalah ternyata bagi wanita, kanak- kanak dan juga golongan siapa-siapa lah yang akan boleh dijadikan sasaran manipulasi imej dan juga maklumat.

Jadi, soalan saya. Apakah mechanism perlindungan dan juga langkah penguatkuasaan sedia ada oleh MCMC bagi menangani penyalahgunaan AI generative, khususnya dalam isu penghasilan kandungan seksual tanpa kerelaan

draft • 11:10 AM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

ataupun non-consensual sexual content dengan izin ataupun deepfakes terhadap individu dewasa. Jadi, selain tindakan reaktif terhadap platform seperti Grok, apakah strategi jangka panjang MCMC untuk menyekat kemunculan platform AI baharu yang tidak mempunyai garis panduan keselamatan ataupun yang ketat bagi mengelakkan manipulasi imej secara berleluasa.

draft • 11:10 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Jemput Timbalan Menteri.

draft • 11:10 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Bukit Bendera. Satu soalan yang sangat-sangat bagus. Ini juga merupakan cabaran yang dihadapi oleh MCMC, oleh kerajaan. Bukan sahaja Kerajaan Malaysia tetapi saya percaya seluruh dunia. Sejujurnya selain daripada tindakan reaktif. Kalau nak cakap tentang tindakan proaktif yang boleh dilaksanakan sebenarnya pilihan dah banyak. Pilihan dah banyak.

Saya nak ambil Grok sebagai satu contoh. Grok apabila dia diperkenalkan ataupun dibuka untuk pengguna untuk mengguna pakai ia tak ada function nudify. Dia tak ada. Function itu sebenarnya hanya diperkenalkan pada hujung tahun yang lalu.

Tetapi selepas aduan daripada banyak kerajaan bukan sahaja MCMC Kerajaan Malaysia tetapi kita nampak tindakan yang tegas daripada Kerajaan Indonesia, Kerajaan Philippines yang jugalah banned aplikasi Grok itu dan kita nampak bahawa kerajaan-kerajaan di negara lain seperti Jepun, seperti Singapura, seperti UK, Germany, France yang juga telah express ataupun mengutarakan ketidakpuashatian ataupun hasrat mereka untuk menyiasat Grok itu kita nampak bahawa xAI cepat-cepat buat satu pengumuman bahawa mereka akan take out ataupun keluarkan function nudify tersebut.

Fungsi nudify tersebut. Mereka juga datang ke Kementerian Komunikasi untuk berjumpa dengan Datuk Menteri Komunikasi dan saya bersamalah dengan pegawai-pegawai daripada MCMC.

Jadi, saya rasa yang paling penting adalah pertama, Malaysia mempunyai perundangan yang cukup jelas. Di bawah ONSA, kita cakap bahawa kalau sebaranglah CSAM material adalah sebenarnya priority harmful content, di mana- mana platform yang dilesenkan itu perlulah turunkan serta merta.

Kedua, walaupun ia bukan CSAM, bukan cara pornografi content, tetapi adalah kandungan orang dewasa juga merupakan harmful content yang perlulah platform yang dilesenkan itu untuk ambil tindakan serta-merta. Selain daripada itu, kita ada CMA, Akta Komunikasi dan Multimedia di mana seksyen 233 juga

draft • 11:10 AM

Puan Teo Nie Ching

menyatakan dengan jelas bahawa tak bolehlah kongsi ataupun menyebabkan maklumat yang bersifat lucah, sumbang ataupun menjelik terlampau. Ini merupakan satu kesalahan di Malaysia.

Jadi, saya percaya bahawa untuk kita pastikan bahawa semua ini apps punya developer ataupun AI punya developer follow the guiderails dan jugalah pastikan bahawa produk mereka adalah follow-lah safety by design. Pertamanya, undang- undang yang jelas di semua negara dan juga tindakan yang serta-merta oleh semua kerajaan adalah sangat-sangat penting. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Menjemput soalan tambahan, Setiu.

draft • 11:10 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Okey, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Menteri, soalan tambahan saya. Mengikut satu portal dalam BERNAMA, Menteri pernah mengumumkan untuk mengkaji pelaksanaan age verifications ini, penentu kesahan umur bagi aplikasi permainan atas talian. Mengikut SKMM, sembilan per 10 daripada pengguna umur lima hingga 17 tahun, sembilan per 10 daripada mereka adalah pengguna Internet. Jadi, saya nak tahu tentang status cadangan kementerian ini.

Kedua, selepas penguatkuasaan undang-undang yang tidak membenarkan medsos di bawah umur 16 tahun, apakah kementerian akan melakukan pembersihan data terhadap akaun-akaun yang sedia ada? Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 11:10 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat atas soalan tambahan tersebut. Pertama, di bawah ONSA, kami sekarang hanya boleh ataupun target kami pada masa ini adalah platform media sosial yang mempunyai pengguna yang melebihi lapan juta orang. Oleh sebab itu, untuk peringkat setakat ini, target kami adalah menyedia platform media sosial tetapi untuk e-gaming itu, kami akan bincang dan tengok keberkesanan yang mekanisme yang diguna pakai ataupun yang akanlah dipertanggungjawabkan terhadaplah platform provider media sosial tersebut. Ini pertama.

Jadi kedua, hasrat kami adalah untuk memastikan bahawa mereka yang berumur 16 tahun ke bawah tidak memiliki akaun media sosial. Jadi, sebenarnya untuk seseorang, mereka yang perlu buat sebagai seorang pengguna yang perlu buat adalah mengesah dengan pelbagai mekanisme yang akan ditentukan nanti sepertilah MyDigital ID ataupun mengguna pakai ID ataupun IC ataupun mengguna

draft • 11:10 AM

Puan Teo Nie Ching

pakai pasport untuk mengesahkan bahawa mereka telah mencapai umur sekurang- kurangnya 16 tahun ke atas.

Jadi selepas itu sebenarnya kita tidak akan kutipkan maklumat sama ada siapa pengguna akaun tersebut, siapa pemilik akaun tersebut, nama mereka siapa.

Itu sebenarnya kita tidak akan akses terhadap maklumat tersebut tetapi hanya terhad kepada pengesahan umur sahaja. Jadi, inilah jawapan saya kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Seterusnya, soalan Dato’ Syed Abu Husin bin Hafiz Syed Abdul Fasal, Bukit Gantang. Silakan.

draft • 11:10 AM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang Di-Pertua, Anak ke sekolah membawa buku, Singgah sebentar di tepi laman; Perasaan murid terus dipacu, Soalan Bukit Gantang nombor lapan.

draft • 11:10 AM

8. Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [Bukit Gantang] minta Menteri Pendidikan menyatakan jumlah keseluruhan sekolah di dalam Parlimen Bukit Gantang yang telah dibaik pulih pada tahun 2025 jumlah peruntukan yang sudah lulus atau masih dibuka untuk permohonan tahun 2026 serta apakah status terkini pembinaan Sekolah Pendidikan Khas Simpang, Mukim Taiping.

draft • 11:10 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Jemput Timbalan Menteri.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Bukit Gantang berkenaan dengan isu-isu pendidikan.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

KPM sentiasa komited menyediakan fasiliti dan kemudahan sekolah yang kondusif bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dengan baik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 30 Disember 2025, sebanyak RM3.15 juta telah pun— peruntukan dan sumbangan penyelenggaraan, telah disalurkan bagi manfaat 47 buah sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di seluruh Parlimen Bukit Gantang. Peruntukan ini turut merangkumi pelaksanaan prakarsa khas bagi menaik taraf kemudahan kantin dan juga musala di sekolah-sekolah yang terbabit.

Bagi tahun 2026, agihan awal peruntukan penyelenggaraan akan diselaraskan mulai bulan ini, bulan Januari, berdasarkan keutamaan dan permohonan dari Jabatan Pendidikan Negeri. KPM juga terus memberi perhatian

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

kepada permohonan melibatkan kes kecemasan dan juga bencana yang boleh dipertimbangkan dari semasa ke semasa serta diagihkan sepanjang tahun.

Berhubung status pembinaan, projek pembinaan Kompleks Pendidikan Khas Taiping Fasa 1 yang mengandungi sekolah kebangsaan pendidikan khas, 18 bilik darjah berserta kelengkapan perabot dan juga peralatan serta lain-lain kemudahan di Mukim Simpang Taiping. Projek ini telah diluluskan di bawah RP2 RMK12 dan kontraktor telah pun dilantik melalui surat setuju terima (SST) bertarikh 17 November 2025 yang mana kontraktor telah pun masuk tapak. Kerja awalan dimulakan pada 28 November 2025 dan projek dijadualkan siap pada 31 Mei 2029. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Dijemput soalan tambahan, Bukit Gantang.

draft • 11:20 AM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Terima kasih sahabat, jiran saya Taiping. Okey, mengenai sekolah menengah kebangsaan khas ini, permohonan telah kita tunggu selama tiga tahun proses perancangan, pembidaan dan sebagainya. Apabila telah diluluskan, kontraktor telah pun dilantik, pihak kita tak tahu langsung. Kalau boleh saya minta supaya kita boleh pantau— Ahli Parlimen, JPKK boleh pantau pelaksanaan supaya tidak berlaku kelewatan dan manfaat bagi anak-anak kita yang khas. Terima kasih banyak.

draft • 11:20 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Jemput Timbalan Menteri.

draft • 11:20 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Nombor satu, seperti yang saya maklumkan tadi, projek ini Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Taiping ini telah pun diluluskan di bawah RP2 iaitu tahun 2022.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Tuan Wong Kah Woh

Dan dari— sejak dari kelulusan, ada prosedur- prosedur yang telah pun dilaksanakan sebelum ini. Oleh kerana pada ketika itu, ditetapkan bahawa semua projek yang melebihi 50 juta kena masuk ke dalam value assessment lab dan maka, ia mengambil sedikit masa. Dan value assessment lab telah pun selesai bulan September 2022 dan perunding selepas itu telah pun dilantik dengan value engineering pada bulan Ogos 2024.

Dan dari situ, ada sedikit perubahan ataupun pindaan dari segi skop untuk memastikan ia adalah termaktub ataupun terkandung dalam siling peruntukan yang

draft • 11:20 AM

Tuan Wong Kah Woh

diluluskan oleh value assessment lab. Walau bagaimanapun, seperti yang saya sebutkan tahun lepas telah pun dilantik kontraktor dan sekarang telah pun diambil tapak dan juga dimasuki tapak dan telah pun bermula.

Berkenaan dengan isu pemantauan Yang Berhormat Bukit Gantang, sememangnya kesemua projek ini, pihak KPM, kita mempunyai Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian yang dipengerusikan oleh Dato’ KSU yang memantau perjalanan semua projek dan di peringkat Menteri, ada Mesyuarat Tindakan Pembangunan Kementerian yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri sendiri, bermesyuarat dua kali setahun bagi memantau kemajuan projek masing-masing.

Dan dua-dua jawatankuasa dan mesyuarat ini dihadiri oleh MOF, Kementerian Ekonomi, ICU, JKR, termasuklah JKR Sabah dan Sarawak dan kesemua agensi terlibat juga akan memberikan update berkenaan dengan perkembangan sesuatu projek.

Dan pihak KPM berterima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Bukit Gantang. Sememangnya isu ini telah pun banyak kali dibentang dan dibangkit dalam Dewan yang mulia ini dan pihak KPM akan pastikan bahawa projek ini dijalankan dengan lancar dan tempoh yang ditetapkan adalah 42 bulan dari masa SST. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Jemput Betong, soalan tambahan.

draft • 11:20 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan ini memang spesifik kepada Bukit Gantang tetapi saya ingin menjurus kepada sekolah pendidikan khas di Malaysia ini iaitu mengenai kualiti pengajaran dan guru pendidikan khas.

Soalan saya, adakah bilangan guru pendidikan khas terlatih pada masa ini mencukupi untuk kita menampung segala peningkatan murid keperluan khas? Dan apakah strategi kementerian bagi mengatasi isu kekurangan serta beban kerja guru dan sejauh manakah modul latihan guru pendidikan khas ini dikemas kini selari dengan perkembangan sains pendidikan termasuk pendekatan neurodiversiti, intervensi awal dan juga pembelajaran berdasarkan kekuatan murid? Mohon penjelasan. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Jemput Timbalan Menteri.

draft • 11:20 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Betong.

draft • 11:20 AM

Tuan Wong Kah Woh

Berkenaan dengan pendidikan khas di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. So, di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melaksanakan pendidikan khas selain daripada sekolah-sekolah pendidikan khas yang kita ada, kita juga melaksanakan program PPKI iaitu yang mana dalam sekolah, kita adakan program PPKI bagi menampung keperluan anak-anak berkeperluan khas kita yang semakin bertambah dari semasa ke semasa. Pihak KPM sentiasa kami berusaha untuk memastikan kita melatih sebanyak mungkin guru-guru pendidikan khas bagi menampung keperluan.

Walau bagaimanapun, dari segi pengisian, dari segi perjawatan, mungkin saya pohon keizinan untuk membekalkan kepada Yang Berhormat Betong selepas ini. Namun demikian, kita ada isu berkenaan dengan kekurangan dari segi pengisian guru tersebut. Kita kena akui. Walau bagaimanapun, pihak KPM mengambil langkah bersama-sama dengan IPG dan juga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan bagi pelantikan guru yang lebih iaitu dari segi IPG setiap tahun, kita ada unjuran dan ada pengambilan dari segi guru-guru pendidikan khas. Setiap tahun, kita menambahkan unjuran tersebut. Itu satu.

Nombor dua, bagi penyelesaian jangka masa pendek, KPM ada menyediakan latihan ataupun kursus kepada guru-guru kita di aliran arus perdana supaya kita memberikan dorongan, kita memberikan galakan kepada mereka untuk berkhidmat sebagai guru-guru pendidikan khas. So, itu adalah dari golongan guru- guru kita yang sedang berkhidmat di arus perdana tetapi itu juga bergantung kepada ketersediaan sekolah tersebut ataupun guru masing-masing untuk bersedia berkhidmat sebagai guru pendidikan khas.

Walau bagaimanapun, usaha sememangnya sedang dilaksanakan dan pihak kami memang cakna dan juga mengambil berat berkenaan dengan keperluan murid- murid berkeperluan pendidikan khas ini yang mana angkanya semakin hari semakin meningkat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Soalan seterusnya, silakan Dato' Sri Dr.

Wee Jeck Seng, Tanjung Piai. Silakan.

draft • 11:20 AM

Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjung Piai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya bagi pihak Paya Besar, Parlimen Paya Besar mengalu-alukan rombongan daripada Parlimen Paya Besar yang terdiri daripada kepimpinan Felda Bukit Kuantan, Bukit Goh dan Bukit Sagu seramai 80 orang ke Dewan yang mulia ini.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 9.

draft • 11:20 AM

9. Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng [Tanjung Piai] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan sebab sebenar projek sistem pembetungan dan sanitari bagi Perkampungan Atas Air Kukup Laut dan Kampung Ayer Masin masih tergendala dan siapa pihak yang kini menjadi bottleneck utama serta bila tarikh komitmen diberikan kepada Parlimen untuk memulakan pelaksanaan fizikal projek ini.

draft • 11:20 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Ya, jemput.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tanjung Piai. Untuk makluman, tiada isu bottleneck untuk memulakan projek ini memandangkan ia hanya boleh dilaksanakan setelah hasil kajian teknikal terperinci selesai dijalankan.

Pada masa ini, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air melalui Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) telah melantik syarikat perunding kejuruteraan untuk melaksanakan kajian kebolehlaksanaan projek berkenaan, Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan dan Rangkaian Paip Pembetungan di Perkampungan Kukup Laut dan Ayer Masin, Tanjung Piai, Pontian, Johor Darul Ta’zim. Kajian tersebut telah bermula pada Disember 2025 dengan tempoh pelaksanaan satu tahun dan dijangka selesai pada Disember 2026.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Kajian kebolehlaksanaan ini mengambil kira keseluruhan kawasan pembangunan atas air di perkampungan Nelayan Air Masin, perkampungan Nelayan Kukup Laut dan sekitarnya.

Antara objektif kajian ini adalah untuk menyediakan perancangan pembetungan secara terperinci mengenai— mengenal pasti skop kerja pembetungan yang perlu dilaksanakan serta mencadangkan sistem pembetungan yang ideal, bersesuaian dan menyeluruh bagi kawasan kajian. Hasil kajian ini akan digunakan oleh pihak kerajaan untuk membuat keputusan berkaitan pelaksanaan di perkampungan Kukup Laut dan Air Masin, Tanjung Piai, Pontian, Johor Darul Ta’zim yang dijangka pada penghujung tahun2026. Terima kasih Yang Berhormat Yang di- Pertua.

draft • 11:30 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Dijemput Tanjung Piai soalan tambahan.

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjung Piai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Projek ini sebenarnya telah diluluskan pada tahun 2017 lagi dan kerajaan juga mengatakan pelbagai kajian dilakukan. Itu katalah Yang Berhormat Timbalan Menteri, sehingga hari ini. Jadi, saya tak tahu.

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjung Piai

Hari ini Yang Berhormat Timbalan Menteri kata masih lagi kajian. Tak tahu sampai bila kajian akan dilakukan. Tapi yang penting ialah kedudukan perkampungan air ini adalah destinasi pelancongan yang memang penting untuk pembinaan loji kumbahan dapatan ini. Saya agak boleh dilakukan dengan secepat mungkin. Tak ada tangguhan lagi.

Cuma soalan tambahan saya ialah adakah isu pendidikan pertindihan bidang kuasa antara agensi menjadi faktor utama kelewatan? Dan apakah mekanisme penyelarasan yang kini telah diputuskan serta apakah langkah-langkah interim yang tuntas bagi mengurangkan pencemaran dan risiko kesihatan kepada penduduk?

Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Ya, jemput Timbalan Menteri.

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Sebenarnya apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanjung Piai sebentar tadi, kami amat memahami dan beberapa kali Yang Berhormat telah membangkitkan perkara tersebut. Dan terus terang saya katakan bahawa projek di Tanjung Piai ini, sistem ini adalah merupakan sistem yang pertama kali kita bina projek di atas air. Dan atas dasar itu, sebab itu kajian yang amat menyeluruh sangat diperlukan memandangkan ia melibatkan banyak perkara dan belum pernah berlaku di mana-mana tempat.

Dan kos kajian kita ini melibatkan RM1.2 juta dan sedang berjalan sekarang Yang Berhormat. Saya faham sebenarnya Yang Berhormat, kawasan itu merupakan kawasan pelancongan dan sebelum ini kita telah menyiapkan kajian sosial impak yang telah kita selesaikan. Lantaran itu, sebab itu kita katakan bahawa kajian kebolehlaksanaan itu memerlukan masa yang lebih kerana memandangkan projek ini adalah pertama kali yang dilakukan oleh PETRA dan tidak ada pertindihan kuasa kecuali setelah selesai, barulah kita serahkan kepada IWK.

Dan saya berharap supaya Yang Berhormat teruskan perjuangan ini. Saya tahu perjuangan ini dah lama dilakukan oleh Yang Berhormat waktu pada tahun tak silap saya tahun 2017, Yang Berhormat telah beberapa kali dan Yang Berhormat pun sendiri tahu bahawa ini telah perkara yang sebenarnya kita laksanakan. Sebab itu kajian sosial dah selesai dan sekarang dalam proses kajian kebolehlaksanaan tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Tanjung Piai.

draft • 11:30 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Saya jemput Rompin, soalan tambahan.

draft • 11:30 AM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kelewatan pengurusan sisa kumbahan di kawasan sensitif seperti

draft • 11:30 AM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

perkampungan atas air serta kawasan berkepentingan lain bukan sekadar isu atau kelemahan sistem. Namun, isu di Kukup ini merupakan— Kukup ini merupakan pintu masuk pelancongan antarabangsa.

Soalan saya, merujuk kepada Pelan Transformasi Sektor Air 2040

(WATP2040), bagaimanakah kementerian boleh memberi jaminan bahawa kelewatan projek di Kukup ini tidak akan sama sekali menjejaskan kualiti air di laut kita? Kerana hasil kajian mendapati pencemaran sisa kumbahan adalah penyumbang utama kepada kemerosotan ekosistem marin.

Dan yang keduanya, dalam keadaan kos bahan binaan yang semakin meningkat sekarang, adakah kelewatan ini telah menyebabkan eskalasi kos atau peningkatan kos yang signifikan terhadap peruntukan asal? Adakah kerajaan hari ini akan mempertimbangkan model pembiayaan inovatif atau kerjasama awam swasta

(PPP) dalam usaha mempercepatkan projek sanitari di kawasan luar bandar ini?

Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Jemput Timbalan Menteri.

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Pertamanya, saya nak bertanya kepada Rompin. Adakah Rompin pernah sampai ke Tanjung Piai, kawasan ini?

draft • 11:30 AM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Pernah sampai masa PRK hari itu.

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Saya rasa tak sampai kawasan ini dan Yang Berhormat tidak mengenal pasti di kawasan tersebut sebenarnya.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya nak katakan bahawa sebentar tadi saya telah menjawab dengan jelas tidak ada pertindihan dalam persoalan Yang Berhormat sebentar tadi, Yang Berhormat Rompin. Dan kita dah jelas bahawa kajian sosial impaknya dah selesai. Sekarang kita sedang membuat design dan sebagainya, membuat kajian-kajian dalam masa jangka masa yang saya katakan tadi bahawa kita akan selesai dalam tahun ini. Dan selepas itu, barulah kita akan memulakan tender— yang melibatkan tender. Bukan sebut harga ya, kerana projek ini besar.

Dan juga saya nyatakan bahawa projek ini merupakan adalah yang pertama kita lakukan. Kita banyak sebenarnya, banyak rumah atas air ini terutama di Sabah sebenarnya yang paling banyak. Di Sabah kebanyakan semua saya dah melawat

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

melalui waktu saya berada di Kementerian Pembangunan Luar Bandar, waktu itu, sekarang KKDW.

Dan kerajaan memberi jaminan bahawa pelindungan alam sekitar ini adalah menjadi satu keutamaan. Dan yang lebih pentingnya, masyarakat juga perlu bersama dengan kita sebenarnya. Saya tahu keadaan rumah tersebut. Saya dah masuk beberapa kali rumah di atas air ini sebenarnya. Waktu saya KPLB, saya melawat dan saya juga banyak rumah-rumah seperti ini yang telah saya lawati.

Dan saya pasti di Tanjung Piai ini sebagaimana yang saya tengok merupakan adalah satu kawasan destinasi pelancongan yang sangat baik dan di persekitarannya adalah merupakan persekitaran yang telah dibangunkan melalui pelancongan tetapi cuma sisa kumbahannya dilakukan oleh pihak-pihak swasta yang melalui tempat-tempat yang mereka bina melalui konsep pelancongan tersebut.

Cuma yang permintaan Tanjung Piai ini, perjuangan beliau ini adalah merupakan beliau berkehendakkan seluruh penduduk di kawasan itu mendapat sistem kumbahan yang baik dan akan diselenggara oleh IWK dan kajian sosialnya, mereka telah bersetuju bahawa mereka akan membayar secara bulanan kepada IWK apabila siap nanti dan ini kita usahakan untuk disiapkan segera. Dan kosnya pun agak tinggi Yang Berhormat tapi belum dapat kepastian berapakah kos sebenar.

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Soalan seterusnya, soalan Dato' Dr. Haji Alias bin Razak, Kuala Nerus. Dipersilakan.

draft • 11:30 AM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 10.

draft • 11:30 AM

10. Dato' Dr. Haji Alias bin Razak [Kuala Nerus] minta Menteri Ekonomi menyatakan:

(a) strategi kerajaan bagi menangani impak penurunan kadar kesuburan nasional terhadap unjuran ekonomi negara; dan

(b) perancangan khusus dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) bagi memastikan keseimbangan demografi serta pembangunan wilayah dapat dicapai secara mampan di seluruh negara.

draft • 11:30 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Jemput Menteri.

draft • 11:30 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Kawan-kawan dari Paya Besar dia nak tengok Timbalan menjawab tapi saya potong queue hari ini.

Jadi untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia telah menjadi negara menua pada tahun 2021 dan diunjurkan menjadi negara tua menjelang tahun 2048.

Penuaan negara berlaku berikutan perubahan demografi penduduk yang disumbangkan oleh peningkatan jangka hayat dan juga kemerosotan kadar kesuburan rakyat.

Laporan terkini Unjuran Penduduk Malaysia 2020–2060 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan jumlah kadar kesuburan Malaysia telah menurun daripada 1.7 anak pada tahun 2023 kepada 1.6 anak pada tahun 2024 bagi setiap perempuan berumur 15 hingga 49 tahun. Kadar kesuburan ini diunjurkan terus menurun dengan ketara dalam jangka panjang kepada 0.7 anak pada tahun 2050.

Pertumbuhan penduduk yang semakin perlahan dan penurunan kadar kesuburan nasional turut memberi kesan kepada pengecilan nisbah penduduk umur bekerja. Ini akan memberi impak langsung kepada kadar penyertaan tenaga kerja pada masa hadapan dan kesan terhadap potensi pertumbuhan ekonomi negara.

Sebagai tindakan atau langkah proaktif, kerajaan membangunkan Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2025–2045 (NAB) yang menggariskan lima teras strategi utama iaitu dari sudut ekonomi makro dan juga fiskal, pendidikan kemahiran dan tenaga kerja, kesihatan sepanjang hayat, perlindungan sosial dan juga penjagaan jangka panjang.

draft • 11:30 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Fokus utama NAB juta telah diterjemahkan melalui strategi dan juga inisiatif khusus di bawah RMK13 bagi mempersiapkan negara menghadapi cabaran penuaan penduduk. Antara strategi yang akan dilaksanakan adalah melalui keutamaan peningkatan produktiviti dan daya saing negara. Persediaan menuju negara tua, reformasi pasaran buruh termasuklah meningkatkan penyertaan pekerja berusia wanita dan juga golongan orang kurang upaya ataupun OKU.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Persoalan yang kedua pula, bagi merapatkan jurang pembangunan serta menangani ketidakseimbangan demografi dan wilayah, RMK13 memberi penekanan untuk meningkatkan kerencaman ekonomi. Antaranya, melonjakkan industri high

draft • 11:40 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

growth, high value dengan izin iaitu HGHV dan sektor strategi berimpak tinggi terutama di wilayah kurang membangun.

Pendekatan ini akan dilaksanakan melalui pemerkasaan ekonomi digital, ekosistem halal, pelancongan lestari serta penerokaan bidang baharu seperti ekonomi hijau, ekonomi biru dan juga ekonomi jingga. Pendekatan berasaskan wilayah akan diperkukuh dengan memanfaatkan potensi ekonomi setempat bagi menarik pelaburan berkualiti sekali gus memperluas rantaian berkaitan ke kawasan terpinggir dan mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dengan gaji kompetitif.

Akhir sekali, untuk pembangunan yang inklusif, penekanan turut diberikan kepada untuk kita meningkatkan mobiliti sosial melalui reformasi pasaran buruh serta pengukuhan TVET, peranan agensi seperti Lembaga Kemajuan Wilayah, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri dan juga pemerkasaan sektor PMKS serta sektor ketiga yang kita akan pergiatkan. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kuala Nerus.

draft • 11:40 AM

Datoʼ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, terima kasih Menteri yang telah memberi jawapan yang saya kira komprehensif. Tapi saya ada lagi soalan yang perlu dijelaskan. Kadar kesuburan nasional yang rendah seperti yang disebutkan tadi sudah tentunya akan menyebabkan kekurangan tenaga kerja tempatan yang kritikal khususnya menjelang tahun 2021, negara menua.

Negara dalam keadaan ini akan memaksa terutamanya kenaikan upah yang tidak seimbang dengan produktiviti. Sekali gus meningkatkan kos pengeluaran dan barangan inflasi kerana pekerja-pekerja bila berkurangan dia akan minta upah yang lebih tinggi. Inilah menimbulkan kos produktiviti yang akan meningkat.

Sekarang pun, negara kita telah mencapai disebutkan sebagai guna tenaga penuh kerana kadar pengangguran kurang daripada tiga peratus. Jadi sebab bila negara mengalami...

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, ringkaskan soalan Yang Berhormat.

draft • 11:40 AM

Datoʼ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Sekejap lagi. Jadi, guna tenaga penuh yang dah ada sekarang ini bertambah pula, keadaan akan bertambah teruk bila mana bilangan kelahiran mula berkurangan daripada sekarang. Jadi, kita bimbang kita akan bergantung kepada lebih kepada pekerja asing yang sekarang ini pun telah menimbulkan keresahan dan ketidakselesaan sosial rakyat sehingga ke kampung-kampung.

draft • 11:40 AM

Datoʼ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Soalan saya, apakah persiapan konkrit kerajaan dalam RMK13 untuk mengawal kebergantungan kita kepada pekerja asing ini memandangkan golongan produktif negara sedang menguncup? Adakah kerajaan bersedia mengalih pelaburan industri berimpak tinggi ke Pantai Timur sebagai persiapan mengawal kebergantungan kepada buruh asing? Memandangkan Terengganu contohnya, kadar kelahirannya ialah 2.59 tahun 2024, 2.6 jauh lebih tinggi daripada kadar purata kelahiran negara. Bermaknanya orang muda akan ramai di Terengganu untuk masa yang akan datang.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, ya.

draft • 11:40 AM

Datoʼ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Oleh itu, untuk mengelakkan perhijrahan ke bandar dan supaya demografi pekerja ini akan seimbang, kita minta supaya kerajaan membanyakkan lagi industri yang dapat memberi peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi di Terengganu dan Kelantan khususnya.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 11:40 AM

Datoʼ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Yang kedua, sejauh mana teknologi automasi dalam RMK13 disasarkan untuk menggantikan tenaga kerja manual dan bagaimana kerajaan memastikan high skill talent untuk mengendalikan teknologi ini dibangunkan? Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Menteri.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat. Yang mana sebenarnya jawapan kepada Yang Berhormat tadi seperti soalan yang ketiga pula lah yang pasal teknologi.

draft • 11:40 AM

Datoʼ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Yang mana kalau seperti Yang Berhormat nyatakan tadi bila kita berbicara soal negara menua, ia bukan hanya menguruskan mereka yang semakin meningkat umur, tetapi bagaimana kita pastikan golongan muda atau tenaga kerja ini, ada keupayaan untuk menampung tanggungjawab tersebut.

Sebab itu, kalau kita rujuk dari segi RMK, memang antara strategi yang kita nyatakan dengan jelas. Yang pertama, kalau dalam kerangka A6 itu, “Peningkatan Produktiviti dan Daya Saing Negara”, iaitu kita menumpukan kepada model pertumbuhan intensif buruh ini kepada ekonomi berasaskan teknologi dan juga AI.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Maka sebab itu bila kita sebut untuk kita meningkatkan lagi kompleksiti ekonomi ataupun kita punya kerencaman ekonomi ini adalah untuk mengguna pakai teknologi.

Yang kedua Tan Sri Speaker, dari segi keperluan untuk kita mereformasikan pasaran buruh supaya produktiviti itu kita dapat tingkatkan. Sebab kalau kita tengok dari segi bagaimana untuk kita tingkatkan untuk output itu kita optimumkan dan nilai tambah dengan intensiti tenaga kerja yang lebih rendah.

Cuma saya cuba nak kaitkan juga dengan persoalan Yang Berhormat menyatakan bagaimana untuk kita membantu melalui wilayah supaya pembangunan bila sebut teknologi tinggi ini juga turut mencakupi wilayah-wilayah selain daripada Lembah Klang ini. Contoh dalam HGHV yang kita cuba usahakan adalah CCUS ataupun CCS.

Cuma perkara ini memang masih dalam pertimbangan dan juga untuk penelitian di manakah lokasi yang paling strategik tapi sudah pasti ini adalah antara teknologi ataupun industri yang HGHV Ini yang kita lihat ada potensi yang baik di kawasan wilayah Pantai Timur negara kita. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kuala Pilah.

draft • 11:40 AM

Datoʼ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Yang Berhormat Menteri, dalam mendepani perubahan struktur demografi ini, bagaimanakah penyelarasan antara Kementerian Ekonomi, sosial dan sumber manusia dilaksanakan bersama kerajaan negeri dan pihak industri bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal berdaya tahan?

Dan seterusnya, adakah kerajaan melihat pelaburan dalam kesejahteraan keluarga, penjagaan kanak-kanak dan sokongan wanita bekerja sebagai sebahagian daripada strategi ekonomi jangka panjang dalam menghadapi cabaran demografi ini? Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Pilah. Tan Sri Speaker, berkaitan dengan persoalan bagaimana penglibatan antara negeri dan kementerian. Kalau saya boleh kerangka yang lebih besar, di dalam NAB sebagai contoh, kita menyatakan ada lima teras. Yang saya sebut tadi soal dari segi fiskal dan juga dari segi pembangunan tadi yang mana ini sememangnya teras ekonomi makro ini diterajui oleh Kementerian Kewangan.

Manakala kalau kita berbicara soal pekerjaan, kemahiran dan pendidikan, yang ini kita memang pastikan KESUMA untuk menerajui termasuk juga perkara

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

lainlah, pelindungan sosial di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan ataupun ICU.

Teras kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan dan juga penjagaan jangka panjang yang mana ini antara segmen yang kita perlu teliti dengan lebih mendalam.

Jadi, untuk penglibatan dengan pihak negeri, sememangnya bila kita merangka perkara ini, sesi libat urus itu telah kita laksanakan untuk memastikan pemahaman mengenai keperluan negara bersiap sedia menghadapi negara tua ini supaya persediaan itu dapat dipastikan juga di peringkat akar umbi.

Cuma, di sini dari segi komitmen daripada kementerian, walaupun kita dah berbicara soal National Ageing Blueprint ini, yang mana kita punya rancangan adalah untuk tahun ini kita— walaupun pernah dinyatakan hasrat sebelum ini, tetapi komitmen kita adalah supaya kertas putih dapat dibentangkan dalam Parlimen tahun ini juga supaya perkara ini adaptasi daripada peringkat sama ada Persekutuan, kementerian-kementerian dan juga pihak negeri ini dapat diuar-uarkan dan juga mendapat buy-in daripada semua peringkat. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:40 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai senarai pembahas yang akan diumumkan bagi Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong seperti di No. 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi pada hari Khamis, 29 Januari 2026.”

draft • 11:49 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Ada yang mahu menyokong?

draft • 11:49 PM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Datoʼ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 11:49 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 11:49 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan]

PENERANGAN DARIPADA YB MENTERI PERTAHANAN DI BAWAH P.M.
14(1)(i) ISU TERKINI MENGENAI RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA DALAM ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri Pertahanan, dipersilakan untuk memberikan penerangan mengenai isu terkini mengenai rasuah dan salah guna kuasa dalam Angkatan Tentera Malaysia.

draft • 11:49 PM

Tuan Yang di-Pertua

Untuk makluman, sebelum Menteri memberikan penerangan, sesi ini ialah sesi penerangan dan saya tidak akan buka untuk perbahasan. Jadi, mana-mana Yang Berhormat nak berbahas, masukkanlah dalam ucapan semasa perbahasan ataupun waktu Menteri buat penggulungan, bolehlah bertanya dengan lebih lanjut.

Silakan Menteri.

draft • 11:50 AM

Menteri Pertahanan - Dato' Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kerana mengizinkan saya untuk memberikan Penerangan Menteri hari ini.

Seperti Dewan ini sedia maklum, beberapa bulan dan minggu kebelakangan ini telah terjelma pelbagai tuduhan dan kenyataan berkaitan individu-individu tertinggi ATM yang terlibat dalam amalan rasuah, salah guna kuasa dan kegelinciran integriti.

Yang hari ini menyaksikan pertuduhan di mahkamah terhadap bekas Panglima Angkatan Tentera dan bekas Panglima Tentera Darat dan kemungkinan beberapa lagi pertuduhan yang lain.

Sebelum ini, ATM juga berhadapan pelbagai lagi isu keutuhan yang melibatkan badan perisikan tentera, kes buli serta budaya hedonisme yang keji.

Semua ini telah menyebabkan wibawa dan keutuhan Angkatan Tentera Malaysia itu dipersoal dan diragui oleh rakyat Malaysia. Bila semuanya menjadi perkara yang diperbahaskan di khalayak umum, yang tercedera bukan sahaja Angkatan Tentera

draft • 11:50 AM

Menteri Pertahanan - Dato' Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Malaysia tetapi juga imej dan wibawa Malaysia sebagai sebuah negara juga turut terjejas.

Justeru, bangsa dan negara wajar bimbang bila wibawa dan keutuhan ATM diragui dan sememangnya wajar rakyat Malaysia menuntut ketelusan, penjelasan dan tindakan yang tegas dan keras kerana semua ini berlaku di institusi yang paling diyakini sebagai institusi yang seharusnya paling berdisiplin, paling berintegriti dan paling utuh moralnya.

Sebagai Menteri Pertahanan, saya tidak berselindung atau menafikan apa- apa yang sedang berlaku itu. Melalui sesi penerangan hari ini, sedikit sebanyak diharap dapat memberi penjelasan yang jujur dan langsung kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dan seterusnya memandu perbahasan di Dewan ini secara objektif agar ia tidak didorong oleh emosi, prejudis atau tanggapan yang tidak tepat.

Tetapi diimbangi dengan kedudukan tegas kementerian, langkah-langkah penguatkuasaan dan rencana penambahbaikan yang telah dan akan dilaksanakan.

Tan Sri Yang di-Pertua, pertama sekali izinkan saya tegaskan pendirian Kementerian Pertahanan dengan sejelas-jelasnya bahawa rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kegelinciran integriti adalah perbuatan yang keji, hina dan tidak bermoral yang sangat bercanggahan dengan nilai, sikap dan budaya sebenar Kementerian Pertahanan. Segala perbuatan keji dan tidak bermoral tersebut bukan sahaja bercanggahan dengan wibawa yang sesungguhnya suci kepada ATM, tetapi ia juga adalah pengkhianatan yang besar terhadap sumpah setia untuk membela ibu pertiwi dengan seluruh jiwa dan raga.

ATM bukan sebuah kolam rasuah, ATM bukan berfungsi sebagi ekosistem nasional yang dipacu dengan imbuhan, ganjaran dan pemberian yang keji dan tidak halal. Elemen buruk sedemikian bukan sahaja menghakis kepercayaan rakyat dan menjejaskan persepsi terhadap kehebatan serta keunggulan Angkatan Tentera Malaysia. Ia mengkhianati tujuan moral sebuah angkatan persenjataan negara yang berdaulat.

Kedua, apa jua perbuatan jenayah berkaitan integriti dan moral terutamanya rasuah dan salah guna kuasa tidak boleh sama sekali dianggap sebagai hanya penyelewengan dan salah laku pentadbiran. Ia sebetulnya adalah satu ancaman besar terhadap keselamatan negara. Saya ulangi, rasuah dan apa sahaja bentuk kompromi terhadap integriti adalah ancaman terhadap keselamatan negara.

Negara ini akan hancur dan lumpuh jika musuh ATM adalah orang dalaman.

ATM tahu bagaimana menghadapi serangan ketenteraan, mereka memang diajar

draft • 11:50 AM

Menteri Pertahanan - Dato' Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

untuk berperang dan berjuang. Tetapi jika orang yang kita amanahkan untuk berjuang itu boleh dibeli, dirasuah dan dimiliki oleh golongan pemodal yang rakus, kita akan pasti tewas sebelum bertempur.

Pembelian aset pertahanan yang tidak bermutu, perolehan pertahanan yang beratus kali ganda lebih mahal, kekurangan dana disebabkan ketirisan — semua ini bukan sahaja melemahkan sistem pertahanan nasional tetapi mengancam nyawa perajurit kita. Ia menggugat kedaulatan tanah air dan ia merapuhkan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Malaysia.

Ketiga, Kementerian Pertahanan sedang mengambil tindakan drastik untuk memerangi segala kegelinciran integriti dan penyalahgunaan kuasa. Ia tidak akan membezakan sesiapa, yang paling tinggi hingga yang paling bawah akan kehilangan kehormatan sebagai seorang pahlawan jika didapati bersalah. Mereka yang dihadapkan dengan pertuduhan jenayah, kita serahkan kepada sistem keadilan negara untuk memutuskan dengan adil.

Bagi kes-kes yang melibatkan kegiatan tidak bermoral seperti budaya hedonisme dan salah laku pentadbiran, Mahkamah Angkatan Tentera akan mengadili mereka. Yang nyata, Kementerian Pertahanan tidak akan melindungi sesiapa dan kementerian ini akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan bebas, telus dan berkesan.

Kita telah pun membuka pintu kementerian ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan saya sendiri sudah bertemu dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada minggu lepas. Saya memberi jaminan bahawa saya dan seluruh Kementerian Pertahanan berdiri bahu-membahu dengan SPRM untuk membasmi segala bentuk rasuah dan salah guna kuasa di Kementerian Pertahanan dan ATM.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin maklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa usaha mengembalikan wibawa dan kepercayaan bangsa dan negara terhadap ATM adalah keutamaan terpenting Kerajaan MADANI dan Kementerian Pertahanan. Mengenal pasti dan mendakwa mereka yang terlibat adalah jauh dari mencukupi. Ia tidak akan sama sekali menjadikan kementerian ini suci dan bersih.

Dalam perutusan tahun baharu 2026 yang telah saya sampaikan dalam dua minggu lepas, saya telah perincikan bagaimana kementerian ini akan memerangi kecurangan integriti ini secara radikal. Dalam kerangka pemulihan wibawa ini,

draft • 11:50 AM

Menteri Pertahanan - Dato' Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

kementerian akan melaksanakan pembaharuan tatacara dan tatakelola melalui beberapa langkah utama:

(i) menyemak dan menyusun semula segala prosedur dan proses perolehan dalam sistem Kementerian Pertahanan;

(ii) pelaksanaan digitalisasi untuk Kementerian Pertahanan.

Teknologi mesti menjadi pemangkin untuk ketelusan dan keutuhan segala proses dan projek yang melibatkan dana kerajaan;

(iii) penggunaan kecerdasan buatan ataupun AI secara lebih menyeluruh untuk memudahkan analisis dan jangkaan dalam proses perolehan, termasuklah perbandingan kos, spesifikasi dan kecekapan perolehan dengan negara-negara lain. Ia juga dapat mengenal pasti kompetensi pegawai yang sedang berkhidmat;

(iv) penubuhan Lembaga Pengukuhan Keutuhan dan Amanah, sebuah badan yang akan memandu MINDEF dalam mengemudi semua urusan berkaitan penambahbaikan integriti dan pelaksanaan amanah dengan sebaiknya; dan

(v) pelaksanaan kerangka environmental, social and governance atau ESG dalam tatakelola MINDEF dan ATM. Ia adalah untuk memastikan bahawa jurang governance dapat dipertingkatkan selaras dengan agenda kelestarian.

Kesemua langkah ini bertujuan untuk menepati tiga objektif utama:

(i) menutup sebaik mungkin segala ruang perbuatan rasuah dan salah guna kuasa;

(ii) meningkat kecekapan perkhidmatan dan memudahkan pengesanan risiko; dan

(iii) memastikan MINDEF mempunyai sistem operasi yang unggul, dipacu teknologi termaju dan diolah dalam kerangka kelestarian dan kemampanan.

draft • 11:50 AM

Menteri Pertahanan - Dato' Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Insya-Allah, ia tidak akan berhenti di situ sahaja. MINDEF akan terus meneroka lebih banyak ikhtiar dan peluang yang akan terus memantapkan kewibawaan kementerian ini dan juga Angkatan Tentera Malaysia. Inilah tanggungjawab besar Kementerian Pertahanan untuk memulihkan integriti,

draft • 12:00 PM

Menteri Pertahanan - Dato' Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

mengembalikan kepercayaan dan memastikan pertahanan negara kekal kukuh, bersih dan dihormati.

Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya, izinkan saya membuat satu penegasan penting. Saya memberi jaminan dan keyakinan bahawa sistem pertahanan nasional Malaysia tetap utuh, berfungsi sebaiknya dan tidak sama sekali terjejas dengan segala skandal yang terjelma kebelakangan ini. Tiada sama sekali berlakunya apa jua gangguan terhadap operasi pertahanan negara. Kesiapsiagaan sistem pertahanan kita adalah pada tahap terbaik dan sama sekali tidak terjejas. Segala proses perolehan yang tertangguh akan kita selaraskan dengan Kementerian Kewangan agar operasi ATM dapat berjalan sebagaimana yang diharapkan.

Walaupun demikian, saya juga ingin menyampaikan kepada Dewan yang mulia ini agar segala masalah yang terbit tentang beberapa pegawai ATM kebelakangan ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menghukum keseluruhan ATM sebagai sebuah institusi yang rosak dan tidak berintegriti. ATM pada asasnya masih berfungsi sebagai sebuah institusi pertahanan nasional yang hebat, unggul dan berfungsi dengan baik yang menyumbang secara langsung kepada kestabilan negara, kepada kemakmuran ekonomi dan kepada keamanan yang sedang kita nikmati hari ini.

Di sebalik segala kecaman dan persepsi negatif yang melanda, anggota- anggota ATM hari ini masih gigih, ikhlas dan setia berkhidmat tanpa mengharap balasan walaupun berada di bawah tekanan dan tohmahan. Justeru, saya menyeru Ahli-ahli Yang Berhormat dan seluruh rakyat Malaysia agar bersikap munasabah dan berkeadilan dalam kritikan serta teguran terhadap ATM.

Ya, ATM tidak sempurna 100 peratus. Sudah tentu ada ruang untuk diperbaiki dan ditambah baik. Kewujudan elemen yang rosak dalam kalangan segelintir anggota tidak bermakna keseluruhan sistem itu bobrok dan gagal. Perbuatan segelintir yang tidak bertanggungjawab sama sekali tidak mewakili keseluruhan warga ATM. Rasuah dan penyelewengan bukan sinonim dengan Angkatan Tentera Malaysia dan sistem pertahanan nasional.

Justeru, saya berharap kita semua tidak menghukum ATM sehingga mengganggu motivasi dan moral anggota perkhidmatan pertahanan kita. Dan menjadi tanggungjawab kita sama-sama untuk memastikan kebenaran dan keadilan itu seiring dan saling mendukung.

Tan Sri Yang di-Pertua, alhamdulillah, Kerajaan MADANI telah menzahirkan pendirian yang tegas untuk membanteras sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa.

draft • 12:00 PM

Menteri Pertahanan - Dato' Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Namun, saya ingin menegaskan usaha memulihkan kepercayaan ini terutamanya dalam memastikan persepsi dibersihkan secara adil dan tidak disalah tafsir juga menuntut sokongan seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat dan ia turut menuntut kefahaman serta dukungan rakyat di kawasan Ahli-ahli Yang Berhormat wakili.

Insya-Allah, saya percaya sokongan Yang Berhormat dan rakyat yang diwakili adalah impetus yang sangat diperlukan dalam mengukuhkan imej dan reputasi ATM sebagai peneraju utama sistem pertahanan nasional kerana tanpa kepercayaan dari Ahli-ahli Yang Berhormat semua, saya tidak boleh bayangkan bagaimana ATM akan menjadi institusi pertahanan yang berwibawa.

Di sebalik segala gegar gempita yang kita dengari selama ini, janganlah kita lupa bahawa pahlawan ATM itulah yang berpanas dan berhujan di sempadan belantara dan lautan samudera kita. Merekalah yang berada dan berdiri di hadapan ketika negara diuji. Merekalah yang sentiasa hadir di kala bencana hebat melanda negara. Merekalah juga yang sentiasa meninggalkan anak, isteri, ibu dan ayah demi ibu pertiwi. Ramai yang telah gugur berjuang di kala kita sibuk dengan pekerjaan, berjaya dalam perniagaan dan menikmati kehidupan yang sejahtera.

Untuk itu, marilah kita sama-sama merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga ATM yang terus gigih dan setia berkhidmat demi negara. Jika segala budi ingin dikenang dan segala jasa ingin disebut, tidak terungkap oleh kata-kata segala pengorbanan mereka. Kepada semua anggota ATM, teruskanlah berkhidmat dengan ikhlas walaupun berdepan dengan pelbagai tanggapan dan persepsi yang mencabar.

Kepada seluruh rakyat Malaysia pula, anda mungkin tidak akan dan tidak pernah berjumpa dengan mereka yang memberikan segala keringat, jiwa dan raga mereka untuk Malaysia, tetapi ingatlah, Malaysia yang aman sentosa ini lahir daripada khidmat dan kelelahan mereka yang tidak kita pernah temui dan kenali, iaitu para pahlawan kita yang perkasa. Maka, marilah kita berterima kasih sedalam-dalam dan seikhlas-ikhlasnya kepada mereka, anggota ATM kita.

Insya-Allah, dengan bantuan dan sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian serta dukungan seluruh rakyat Malaysia, kita akan mengembalikan kepercayaan dan imej Angkatan Tentera Malaysia sebagai sebuah institusi yang hebat, berwibawa dan juga dihormati. Terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat atas perhatian dan penghormatan yang diberikan pada hari ini. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

[Tepuk]

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi penerangan Yang Berhormat Menteri Pertahanan.

draft • 12:00 PM
USUL
MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya:

"Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kelima Belas.” [27 Januari 2026]

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, kita mempunyai senarai panjang hari ini. Saya bacakan nama-nama. Bermula dengan Sekijang, lepas itu ikuti dengan Pagoh, Pulai, Kuala Kangsar, Gombak, Besut, Beruas, Langkawi, Kota Marudu, Pengkalan Chepa, Pekan, Alor Setar, Libaran, Pasir Puteh, Jelutong, Hulu Selangor, Batang Lupar, Kuala Krai, Lubok Antu, Kuala Kedah, Klang, Kubang Pasu, Gopeng dan berakhir dengan Baling.

Oleh kerana masalah masa, maka— oh, belakang ada lagi. Sorry. Selepas Baling ialah Jempol, Setiu, Keningau, Lawas, Pasir Salak, Sungai Siput, Kalabakan, Dungun, Beaufort dan Bukit Gantang. 34 orang ya.

Jadi, saya telah pun tetapkan setiap orang diberi masa 10 minit saja hari ini.

Itu pun kita mungkin berakhir malam. Kecuali dua iaitu Sekijang, Pengerusi BBC dan Pagoh, ketua parti dan juga Keningau, ketua parti, 15 minit. Untuk itu, kita mulakan dengan Sekijang, Pengerusi BBC yang baharu. Silakan. 15 minit, Sekijang.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi ruang kepada Sekijang pada kali ini untuk turut sama membahaskan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena istiadat pembukaan Parlimen beberapa hari yang lalu.

Titah baginda merupakan satu amanat yang tuntas dan terus kepada pokok persoalan dan tidak berselindung. Dalam perbahasan saya pada hari ini, saya ingin mengaitkan Titah Seri Paduka Baginda ini dengan tiga realiti besar yang sedang dihadapi oleh rakyat iaitu perubahan demografi dan kesihatan, tekanan ekonomi isi rumah rakyat serta bagaimana rasuah memberi kesan kepada keupayaan negara untuk melindungi kesejahteraan rakyat.

Tan Sri Yang di-Pertua, satu realiti asas yang tidak boleh kita ketepikan ialah hakikat bahawa Malaysia sedang menuju ke arah sebuah masyarakat menua. Tadi juga kita telah dengar soalan dari Kuala Nerus dan jawapan daripada Menteri Ekonomi tentang hal ini.

draft • 12:09 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Data Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan pada tahun 2025, penduduk berumur 60 tahun ke atas termasuk saya, Tan Sri Yang di-Pertua dan juga mungkin Tan Sri sendiri meningkat kepada 4.1 juta orang atau 12 peratus ya berbanding dengan 3.9 juta orang atau 11.6 peratus pada tahun 2024. Jadi mengikut unjuran, Malaysia dijangka menjadi negara menua pada 2036 apabila komposisi populasi berusia 60 tahun ke atas melepasi 15 peratus.

Trend ini juga jelas terlihat di daerah Segamat Tan Sri Yang di-Pertua, yang mana kita ada tiga Parlimen di daerah Segamat ini iaitu Sekijang sendiri, Parlimen Segamat, kawasan Timbalan Menteri Perpaduan dan juga Parlimen Labis di mana penduduk berusia 60 tahun ke atas ini meningkat daripada 23,700 orang ataupun 11.56 peratus pada tahun 2024 kepada 24,400 orang atau 11.94 peratus pada tahun 2025.

Jadi, peningkatan ini memberikan isyarat awal tentang perubahan struktur demografi penduduk yang sedang berlaku di daerah Segamat khususnya di Parlimen Sekijang. Realiti ini memberi implikasi besar kepada tentunya sistem kesihatan.

Laporan NHMS menunjukkan bahawa 60 peratus daripada warga emas ini menghidap tekanan darah tinggi ataupun hipertensi dan 40 peratus menghidap

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

diabetes. Manakala sebahagian besar daripada mereka ini hidup dengan sekurang- kurangnya satu penyakit kronik.

Tuan Yang di-Pertua— minta maaf. Hakikatnya kesejahteraan rakyat itu amat bergantung kepada keupayaan sistem kesihatan kita mengurus peningkatan penyakit kronik dan penuaan populasi ini. Dalam masa yang sama, tekanan ke atas hospital awam dan juga klinik kerajaan semakin ketara kerana permintaan meningkat lebih pantas berbanding dengan keupayaan sistem.

Justeru, saya ingin bertanyakan kepada Kementerian Kesihatan selaras dengan Kertas Putih Kesihatan, bagaimanalah strategi Kementerian Kesihatan dalam memperkasa penjagaan kesihatan primer dan komuniti melalui kerjasama awam swasta bagi memastikan beban kes penyakit kronik tidak lagi bergantung secara berterusan di hospital dan fasiliti kesihatan awam semata-mata.

Di Parlimen Sekijang, penuaan penduduk ini turut juga disertai dengan penghijrahan generasi muda ke bandar, menjadikan struktur sokongan keluarga semakin lama semakin rapuh. Dalam realiti ini, Sekijang mencadangkan agar kerajaan dapat mempercepatkan pembangunan k-economy supaya beban penjagaan tidak jatuh semata-mata kepada keluarga dan hospital malah turut juga membuka peluang pekerjaan setempat.

Merujuk kepada laporan kajian Enabling Investments Into The Malaysian Care Economy 2024 dengan izin, dalam Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) setiap RM1 yang dilaburkan dalam k-economy ini sebenarnya boleh menjana sehingga RM7 dalam pulangan ekonomi dengan potensi keuntungan sebanyak enam peratus dalam KDNK dan sembilan peratus dalam pekerjaan juga 11 peratus dalam pertumbuhan pendapatan.

Sehubungan dengan itu, dalam menghadapi peralihan Malaysia ke arah masyarakat menua ini, Sekijang ingin bertanyakan juga kepada Jabatan Perdana Menteri dan juga Kementerian Ekonomi dalam menghadapi peralihan Malaysia ke arah masyarakat menua menjelang 2036 ini, apakah pelarasan dasar rentas kementerian yang sedang dan akan dilaksanakan bagi memastikan sistem sokongan sosial, ekonomi dan juga perkhidmatan awam benar-benar bersedia khususnya di kawasan separa bandar dan luar bandar yang juga berhadapan dengan ketidakseimbangan generasi seperti kawasan saya di Parlimen Sekijang.

Apakah juga mekanisme pemantauan bersepadu bagi memastikan kesiapsiagaan negara menghadapi perubahan demografi ini? Memandangkan beban kewangan negara dalam menyediakan fasiliti kesihatan semakin meningkat,

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan insentif fiskal yang lebih agresif seperti potongan cukai pelaburan mungkin, atau geran padanan bagi menggalakkan syarikat swasta membina dan mengendalikan fasiliti perniagaan warga emas?

Sekijang mencadangkan agar dalam mana-mana pelan pembangunan yang dirancangkan oleh Kementerian Ekonomi di daerah Segamat khususnya di kawasan Sekijang mengambil kira faktor masyarakat menua ini bagi memastikan demografi penduduk kembali seimbang dan generasi muda di Sekijang tidak perlu lagi keluar ke bandar-bandar besar ya seperti Melaka, Kuala Lumpur, Johor Bahru bahkan juga Singapura untuk mencari rezeki.

Tan Sri Yang di-Pertua, perubahan demografi ini tidak boleh dipisahkan daripada tekanan ekonomi rakyat. Kita perlu akui bahawa pertumbuhan ekonomi negara semakin memulih sejak Yang Amat Berhormat Tambun mengambil alih kerajaan. Ini dapat dibuktikan melalui indikator angka pertumbuhan yang positif sekitar 4.7 peratus dalam tempoh Januari hingga September tahun lalu dengan kadar pengangguran dan inflasi yang kekal rendah.

Namun di peringkat isi rumah, kos sara hidup rakyat terus menjadi kebimbangan utama. Data fiskal turut menunjukkan perbelanjaan berkaitan kesihatan meningkat pantas. Analisis makro belanjawan merekodkan perbelanjaan kesihatan antara komponen yang berkembang paling laju merentas kebanyakan kumpulan pendapatan. Ini bermakna kos sara hidup bukanlah hanya isu harga barangan, sebaliknya turut dipacu oleh kos rawatan, ubat-ubatan dan juga penjagaan jangka panjang.

Di Sekijang, corak ini dapat dilihat apabila sebahagian besar daripada generasi bekerja menetap dan bekerja di bandar lain. Manakala ibu bapa mereka terus tinggal di kampung, di FELDA dan sebagainya, walaupun sokongan kewangan masih boleh dapat dihantar mungkin, tetapi jurang penjagaan harian, sokongan emosi dan juga pengurusan kesihatan semakin melebar. Persoalannya, siapakah yang akan menjadi jaringan sokongan sebenar kepada warga emas ini apabila struktur keluarga semakin terpisah oleh jarak dan juga kos kehidupan?

Apa yang berlaku sebenarnya mencerminkan realiti yang semakin meluas di banyak kawasan lain di negara ini. Dalam konteks inilah semakin ramai rakyat berada dalam situasi yang sering dirujuk sebagai sandwich generation dengan izin atau generasi terhimpit. Mereka ini menanggung ibu bapa yang semakin uzur dan juga pada masa yang sama perlu membesarkan anak-anak.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Apabila kos penjagaan kesihatan ibu bapa meningkat dan kos pendidikan anak-anak juga terus bertambah, pendapatan yang statik akan mewujudkan tekanan kewangan yang berpanjangan dan ini bukan saja bersifat ekonomi, malah turut memberi kesan kepada kesihatan mental, produktiviti, tenaga kerja dan juga dalam jangka masa yang panjang akan menjejaskan daya tahan serta produktiviti ekonomi negara memandangkan generasi mereka ini adalah antara penyumbang utama kepada pasaran tenaga kerja negara.

Dalam menghadapi cabaran tersebut, Sekijang ini bertanyakan juga kepada Kementerian Ekonomi, sejauh manakah kaedah penilaian sedia ada berasaskan pendapatan per kapita isi rumah sedang diguna pakai sekarang ini mampu menangkap tekanan sebenar yang ditanggung oleh generasi pertengahan ini?

Dan apakah bentuk intervensi yang paling berkesan untuk kita laksanakan bagi menangani isu ini? Dalam konteks ini, Sekijang berharap agar penilaian, bantuan dan juga intervensi ekonomi isi rumah dapat diperkemas dengan mengambil kira kos penjagaan kesihatan, tanggungan warga emas dan juga beban generasi terhimpit yang supaya bantuan benar-benar mencerminkan tekanan sebenar rakyat.

Tan Sri Yang di-Pertua, bercakap mengenai tekanan kos sara hidup dan pengorbanan berjauhan dari keluarga ini bukan sahaja dirasai oleh rakyat di Sekijang tetapi turut dirasai oleh kakitangan kerajaan yang bekerja di luar wilayah. Lantaran itu, dalam beberapa isu kos sara hidup ini saya terpanggil untuk menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu isu dasar yang cukup signifikan iaitu isu pelarasan Bantuan Insentif Wilayah atau BIW.

Susulan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam atau SSPA tahun lalu khususnya dari sudut kelangsungan dan keberkesanan insentif ini. Isu ini menyentuh penjawat awam kita yang berkorban merentas Laut Cina Selatan demi tugas sama ada daripada Semenanjung ke Borneo atau anak-anak Borneo yang berkhidmat di Semenanjung.

Kebimbangan yang dibangkitkan di lapangan adalah sama ada penstrukturan semula gaji di bawah SSPA dalam keadaan BIW kekal pegun telah menghakis rational economy dan fungsi asal insentif tersebut. Dari sudut labour economics dan incentive design, dengan izin, keberkesanan sesuatu elaun itu bergantung pada tahap labour responsiveness to incentive iaitu sejauh manakah struktur imbuhan mempengaruhi keputusan penempatan dan pengekalan bakat.

Dalam keadaan gaji asas disemak semula oleh SSPA ini, namun kadar BIW kekal pegun dan keberkesanan BIW sebagai retention dan placement incentive

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

berpotensi menurun. Isu ini adalah soal kesinambungan perkhidmatan kritikal.

Contohnya skim kesihatan seperti pegawai perubatan, pegawai pergigian, jururawat dan juga penolong pegawai perubatan.

Skim pendidikan seperti pegawai perkhidmatan pendidikan ataupun guru dan juga skim keselamatan seperti polis, bomba, pegawai penjara dan juga pegawai imigresen. Apabila keberkesanan insentif itu melemah, maka keputusan itu menerima atau kekal dalam penugasan akan menjadi semakin mencabar.

Saya faham tentang perihal bantuan dan elaun yang diberikan kepada penjawat awam itu bukan hak tetapi keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka. Namun begitu, saya khuatir sekiranya isu BIW ini tidak diteliti secara menyeluruh, kita akan berdepan dengan risiko kehilangan motivasi sehingga menyebabkan sektor utama seperti kesihatan, pendidikan dan juga keselamatan akan terkesan.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Persoalannya, adakah struktur BIW ini sedia ada masih selari dengan objektif asalnya sebagai instrumen untuk mengekalkan kestabilan dan motivasi kerja perkhidmatan awam? Maka, Sekijang ingin mendapatkan penjelasan dari Jabatan Perkhidmatan Awam. Adakah satu kajian semula struktur BIW ini akan dilaksanakan berasaskan data penempatan dan kekosongan jawatan, khususnya bagi skim perkhidmatan kritikal seperti kesihatan, pendidikan dan juga keselamatan?

Tan Sri Yang di-Pertua, dalam rantaian isu ekonomi kesihatan dan ekonomi rakyat ini, Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa rasuah adalah musuh utama negara adalah amat signifikan. Rasuah bukan satu isu yang terasing daripada kehidupan rakyat dan ia tidak bersifat abstrak. Sebaliknya, ia mempunyai kesan langsung kepada keupayaan negara menangani cabaran yang dihadapi.

Tadi juga kita telah mendengar daripada— penerangan daripada Menteri tentang perkara ini. Setiap ketirisan yang berlaku, bermakna peruntukan yang sepatutnya sampai terus kepada rakyat, hilang di tengah jalan dan tidak sampai kepada mereka yang memerlukan serta kos projek awam contohnya, juga akan meningkat tanpa memberi tambah nilai kepada rakyat.

Justeru, dalam keadaan negara berdepan dengan masyarakat menua dan tekanan sosioekonomi, perbuatan rasuah hanya akan mempercepatkan ketidakseimbangan dalam kalangan rakyat. Golongan yang paling terkesan adalah warga emas yang bergantung kepada perkhidmatan kerajaan, keluarga yang

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

bergelut dengan kos sara hidup serta generasi pertengahan yang sedang memikul pelbagai tanggungjawab.

RMK13 telah memberi penekanan kepada pengukuhan tatakelola, integriti dan juga akauntabiliti sebagai prasyarat pembangunan. Namun realitinya, setiap kelewatan, ketirisan dan ketidakcekapan, akhirnya akan diterjemahkan sebagai kos tambahan kepada kehidupan rakyat. Apabila projek-projek kerajaan lewat disiapkan, peruntukan bocor di sana sini, malah apabila keputusan tertangguh tanpa penjelasan, maka rakyat menanggung kesannya.

Jadi dalam hal ini, saya menyokong sepenuhnya usaha pembanterasan rasuah yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan. Namun, kita perlu terima hakikat bahawa kerajaan telah memperkukuhkan dasar dan kerangka undang-undang serta indeks persepsi rasuah menunjukkan terdapat usaha penambahbaikan digerakkan.

Namun realitinya, keyakinan rakyat masih memerlukan pengukuhan yang berterusan.

Persoalan Sekijang kepada Jabatan Perdana Menteri. Apakah langkah konkrit yang sedang dan akan dilaksanakan bagi memastikan penguatkuasaan yang pantas, telus dan juga berintegriti benar-benar menutup ruang ketirisan supaya dasar kesejahteraan yang dirangka tidak gagal di peringkat pelaksanaan? Dan apakah mekanisme pemantauan dan juga akauntabiliti yang diwujudkan bagi memastikan dasar yang dirangka di peringkat Persekutuan ini benar-benar dapat dilaksanakan dengan berkesan di peringkat pihak berkuasa negeri dan juga pihak berkuasa tempatan serta memberi impak yang nyata kepada rakyat?

Tan Sri Yang di-Pertua, apa yang saya bahaskan pada hari ini adalah realiti semasa yang sedang dihadapi oleh rakyat terbanyak di luar sana. Dan cara kita bertindak terhadap realiti ini akan menentukan sama ada pembangunan negara ini benar-benar dirasai atau sekadar catatan di atas kertas semata-mata.

Jadi, Sekijang berpandangan bahawa kesemua cabaran ini perlu ditangani secara sinergi serta menuntut satu pendekatan dasar yang bersepadu, pelaksanaan yang cekap serta ke pertanggungjawaban yang jelas agar kesejahteraan rakyat benar-benar menjadi teras kepada setiap keputusan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Jadi, Sekijang akan sentiasa menyokong, Tan Sri, hala tuju yang telah digariskan oleh pihak kerajaan di bawah pimpinan Tambun. Namun, sokongan ini dapat— datang bersama tanggungjawab untuk memastikan setiap keputusan, peruntukan serta pelaksanaan benar-benar menjawab cabaran sebenar rakyat.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Jadi, selaras dengan Titah pedoman Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang perlu kita junjung setinggi-tingginya.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin akhiri perbahasan saya dengan serangkap pantun, Tan Sri. Begini bunyinya.

Bunga melur di tepi perigi, Mekar indah di laman seri; Titah Tuanku, patik hayati, Menjadi pedoman bumi pertiwi. Sekijang mohon menyokong. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Sekijang kerana fixed to the time.

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pagoh, 15 minit sebagai ketua parti. Silakan Pagoh.

[Tepuk]

draft • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.

Titah Tuanku sarat dengan peringatan untuk kita semua terus membela nasib rakyat dengan jujur dan menjalankan amanah dengan penuh integriti. Hal-hal yang telah disentuh oleh Tuanku adalah mengenai dasar-dasar utama negara yang mesti diberikan perhatian oleh penggubal undang-undang dan juga pembuat dasar.

Dan ini termasuklah keprihatinan Tuanku tentang kepentingan bahasa Melayu terus dijadikan teras dalam setiap usaha pembaharuan pendidikan yang mestilah dijunjung oleh setiap peringkat rakyat jelata, apalagi kerajaan.

Dan seruan Tuanku agar usaha berterusan dipertingkatkan dalam membanteras rasuah, salah guna kuasa dan jenayah berat, termasuklah menangani cabaran keselamatan digital untuk hendaklah diambil berat oleh pihak yang berkuasa. Usaha membanteras rasuah hendaklah dijalankan secara telus, adil dan tidak berpilih.

Tan Sri Yang di-Pertua, setelah lebih tiga tahun Kerajaan MADANI menerajui pentadbiran negara, keyakinan rakyat terhadap hala tuju ekonomi dan kestabilan sosial masih belum benar-benar pulih. Dalam kajian tinjauan pendapat yang dijalankan oleh Institut Masa Depan Malaysia pada bulan November sehingga Disember 2025, isu kos sara hidup masih merupakan kebimbangan utama rakyat Malaysia. Malah, hanya 39 peratus responden berpuas hati terhadap kerajaan dalam menangani isu ini. Harga barangan keperluan, khususnya makanan, terus meningkat lebih pantas daripada pertumbuhan pendapatan isi rumah.

draft • 12:44 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Dan dapatan ini adalah selari dengan kajian oleh Milieu Insight. Pada bulan Oktober 2025, ia melibatkan 3,000 responden di enam buah negara Asia Tenggara, termasuklah Malaysia. Dan kajian ini turut mendapati 70 peratus rakyat Malaysia sangat bimbang tentang peningkatan kos sara hidup. Walaupun angka inflasi rasmi hanyalah 1.4 peratus pada November 2025, realiti yang dirasai rakyat adalah sebaliknya. Harga barangan asas, sewa rumah, bil utiliti, kos pengangkutan dan banyak lagi bidang-bidang yang mana harganya terus meningkat, yang menyebabkan mereka menanggung bebanan kos sara hidup yang lebih berat lagi.

Nampaknya, penunjuk kadar inflasi tidak mencerminkan tekanan sebenar yang dihadapi oleh rakyat. Dengan perluasan SST dan perkenalan cukai-cukai baharu, kuasa beli rakyat semakin lemah. Maka, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mengkaji semula dasar-dasar mengenai percukaian, rasionalisasi subsidi dan bantuan sosial supaya ia nya dapat meringankan seterusnya bebanan kos sara hidup rakyat jelata.

Tan Sri Yang di-Pertua, menyentuh Titah Seri Paduka Baginda mengenai RMK13. Saya mengingatkan bahawa agenda kesejahteraan rakyat mestilah diterjemahkan secara jelas dalam usaha untuk merapatkan jurang sosioekonomi bumiputera. Statistik menunjukkan bahawa penyertaan bumiputera dalam sektor berkemahiran tinggi dan juga sektor profesional agak masih rendah. Tanpa akses pendidikan berkualiti dan juga latihan strategik, golongan bumiputera berisiko sekadar menjadi pekerja sokongan saja dalam sektor high growth, high value yang menjadi teras dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

Kadar pengangguran siswazah bumiputera juga masih membimbangkan.

Manakala, pemilikan rumah dalam kalangan belia bumiputera masih kekal rendah.

Data-data rasmi yang menunjukkan pemilikan ekuiti dan pendapatan isi rumah bumiputera, masih ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum yang lain.

draft • 12:44 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Begitu juga dengan kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat bumiputera termasuklah yang ada di Sabah dan Sarawak adalah lebih tinggi berbanding dengan kaum-kaum yang lain. Maka tidak ada— jika tidak ada usaha yang bersungguh-sungguh, Tan Sri Yang di-Pertua, dan juga usaha yang bersepadu daripada pihak kerajaan untuk membangunkan ekonomi bumiputera, saya bimbang bahawa kedudukan ekonomi bumiputera semakin ketinggalan dalam dunia yang semakin mencabar ini.

[Tepuk]

draft • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Dahulu kita telah berjaya mengangkat kedudukan ekonomi bumiputera dengan adanya dasar seperti Dasar Ekonomi Baru. Orang Melayu yang dahulunya miskin, tidak berpendidikan dan juga mundur telah pun berjaya dikeluarkan daripada kepompong kemiskinan dan kemunduran. Dengan adanya dasar-dasar kerajaan yang menyeluruh, yang mencakupi segala bidang baik pendidikan, sosial, ekonomi, pelaburan, perindustrian, perniagaan, dan sebagainya. DEB adalah dasar utama yang memayungi dasar-dasar kerajaan yang lain dan seluruh dasar, program dan inisiatif kerajaan digubal dan juga jentera kerajaan digerakkan untuk mencapai objektif Dasar Ekonomi Baru ini.

Kini, dasar seperti ini kita maklum sudah tidak ada lagi. Malah, kesungguhan dan komitmen kerajaan hari ini juga kelihatan semakin kendur ataupun longlai dalam memperjuangkan agenda bumiputera. Peratusan rakyat yang dikategorikan sebagai bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak adalah lebih daripada 60 peratus. Tapi penguasaan ekonomi bumiputera sehingga sekarang ini sudah merosot kepada hanya bawah 16 peratus.

Tan Sri Yang di-Pertua, kerajaan memang sudah ada hala tuju dasar untuk memenuhi pencapaian sosioekonomi bumiputera seperti yang terkandung dalam Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera ataupun PuTERA35. Tetapi dasar ini hanyalah sebahagian daripada dasar-dasar kerajaan yang sedia ada dan dia bukanlah satu dasar induk yang memayungi dan juga memandu dasar-dasar kerajaan yang lain.

Dan oleh itu, saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, adakah kerajaan di bawah kepimpinannya bersedia untuk melaksanakan sebuah dasar ekonomi bumiputera yang baharu yang akan menjadikan ia nya sebagai dasar induk kerajaan? Sebagai sebuah dasar induk, dasar ini akan memayungi dan memandu dasar-dasar kerajaan yang lain yang dilaksanakan di negara ini.

Dasar ini hendaklah menetapkan bahawa setiap dasar kerajaan baik dalam bidang perindustrian, pelaburan, pembangunan usahawan, perumahan, pembangunan bandar, pendidikan, latihan, ekonomi digital, dan lain-lain mestilah mempunyai komponen agenda bumiputera dengan sasaran-sasaran yang boleh dicapai. Dan sebagai dasar induk kerajaan, seluruh jentera kerajaan baik di peringkat kementerian, jabatan, dan agensi akan digerakkan untuk mencapai sasaran-sasaran pembangunan sosioekonomi bumiputera ini.

draft • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Dan dasar ini juga hendaklah memastikan pertumbuhan ekonomi negara sentiasa rancak dan kepentingan kaum-kaum lain terus dipelihara. Isu ini, Tan Sri Yang di-Pertua, telah pun kerap saya bangkitkan. Masalah bumiputera bukan masalah kaum. Masalah bumiputera adalah sebahagian komponen besar daripada masalah rakyat sebenarnya.

Kalau peratusan bumiputera dan peribumi yang ada di Sabah dan Sarawak itu dikatakan lebih daripada 60 peratus, tetapi penguasaan ekonomi semakin hari semakin merosot. Yang lepas, saya tahu adalah lebih kurang 16 peratus. Sekarang ini mungkin sudah turun ke bawah 15 peratus. Semakin mengembang ekonomi tetapi kek yang dikuasai oleh bumiputera semakin mengecil.

Dan kalau kita lihat daripada sejarah yang lampau pun, kalau isu ini berterusan, saya tak nak mengulangi zaman waktu Almarhum Tun Abdul Razak yang mencipta Dasar Ekonomi Baru. Tidak diambil kira dalam situasi keadaan baharu pada hari ini, saya bimbang bahawa isu ini akan mencetuskan keadaan ketidakstabilan politik dan sosial yang boleh membawa kesan pada pembangunan yang sudah dilaksanakan dan dirancangkan oleh kerajaan.

Sebab itu saya ulang balik semula. Wujudkan sebuah dasar ekonomi bumiputera yang baharu. Yang dahulu waktu kami mentadbir negara, kita perkenalkan Dasar Kemakmuran Bersama. Bukan hanya mengambil kira kepentingan bumiputera, tapi keseimbangan mengambil kira kepentingan yang bukan bumiputera supaya tidak ada satu kumpulan pun dalam masyarakat kita yang pelbagai kaum ini tertinggal. Maka sebab itulah, saya mohon supaya perkara itu diberikan perhatian yang lebih serius oleh pihak kerajaan kita pada hari ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan kebimbangan juga yang berterusan berkaitan dengan Perjanjian Perdagangan Timbal Balik Amerika Syarikat

(ART). Dewan ini sudah pun sedia dimaklumkan bahawa perjanjian tersebut tidak mengandungi klausa pelindungan kepentingan kedaulatan yang setara dengan yang termaktub di dalam perjanjian Amerika Syarikat dengan negara-negara lain dan ini meletakkan Malaysia dalam kedudukan yang lemah dan terdedah kepada dominasi ekonomi negara luar.

Sebagaimana yang telah pun banyak ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, kos dan manfaat perjanjian ini nampaknya tidak seimbang. Bagi saya, bukan sahaja kos dan manfaat, yang lebih penting ialah soal kedaulatan negara kita. Apakah sesuatu perkara yang nak dilaksanakan oleh kita di Malaysia? Khususnya dalam soal perjanjian-perjanjian dengan negara-negara lain

draft • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

baik dalam bidang ekonomi dan sebagainya, ia perlu dirujukkan pada pihak kuasa luar untuk menjadi penentu sama ada boleh ataupun tidak kita melaksanakannya.

Maka saya agak rasa senang hati bahawa baru-baru ini di Parlimen, Yang Berhormat Menteri MITI telah pun menjelaskan bahawa akan ada satu kajian yang menyeluruh yang berkaitan dengan kos manfaat ini. Dia maklumkan mungkin dalam tempoh enam ataupun 12 bulan ke depan. Agak luar biasa Tan Sri. Benda yang penting ini sudah pun diluluskan, telah dimeterai dan perjanjiannya telah pun dibuat.

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pagoh.

draft • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Tapi sekarang ini disedari bahawa perlulah ada satu lagi kajian untuk meneliti soal isu kos.

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pagoh.

draft • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Dan juga manfaat...

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jelutong mohon mencelah.

draft • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Ada dua minit.

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sikit sahaja hendak tanya. Yang Berhormat Pagoh, saya dengar— hari ini saya hadir dengar perbahasan.

Saya tidak mahu mengganggu. Banyak perkara yang dibahaskan. Yang Berhormat setuju dengan saya berkenaan dengan perjanjian timbal balas dengan Amerika Syarikat?

Dalam keadaan kestabilan negara kita sekarang, kita dapat mengharungi apa-apa cabaran yang mungkin Malaysia kita hadapi. Berbanding dengan keadaan di mana terdapat apa-apa pergolakan politik. Seperti apa yang berlaku di Perlis, di mana ada masalahnya— no, no ini soalan yang logik. Saya hendak tanya.

Dalam keadaan politik kita yang stabil, kerajaan yang kukuh, kerajaan yang kuat berbanding dengan negeri kecil seperti Perlis di mana seorang Menteri Besar ditumbangkan, pergaduhan, perkelahian, percakaran di antara BERSATU dan PAS, kita mampu untuk mengharungi pelbagai cabaran sekiranya pun ada dalam perjanjian timbal balas sini.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Jelutong.

draft • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Tan Sri Yang di- Pertua, tak berapa relevan dengan apa yang sedang pun kita bicarakan.

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Relevan Pagoh, relevan. Kestabilan politik, relevan.

draft • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Sengaja nak bangkitkan isu ini...

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kestabilan politik, relevan...

draft • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

...Untuk menunjukkan...

draft • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Jelutong.

draft • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

...Niat dan hasrat yang saya fikir adalah tidak baik. Masalah yang berlaku di Perlis sudah pun diselesaikan.

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya, tapi...

draft • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Dan telah pun dilaksanakan ikut tanggungjawab Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis, Raja Berperlembagaan

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pagoh, kalau negeri kecil pun tak mampu diperintah...

draft • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Apa pun masalah yang...

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jelutong, Jelutong.

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau negeri kecil pun tak mampu diperintah, hancur negara kita kalau Perikatan Nasional perintah.

draft • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Tan Sri Yang di- Pertua.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Kalah lapan–kosong sudahlah.

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Hancur, hancur negara kita.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jelutong, satu.

draft • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Tak hancur, masih ada. Perlis ada sebuah negeri yang berdaulat, telah pun kita selesaikan dengan secara yang bijaksana, Tan Sri Yang di-Pertua.

[Tepuk] Jadi, saya ada masa sedikit sahaja lagi. Saya menyebutkan soal ART tadi.

Saya harap perkara ini akan diambil perhatian yang berat oleh pihak pimpinan negara. Fasal saya tak pernah mendengar dalam sejarah lebih 60 tahun kita

draft • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

merdeka, kita menghadapi satu situasi yang agak luar biasa. Hak dan kedaulatan negara kita mungkin terjejas disebabkan oleh kelekaan ataupun kealpaan pihak pentadbiran kerajaan hari ini untuk merundingkan satu perkara yang begitu penting.

Saya diberitahu Malaysia agak berlainan berbanding dengan negara-negara yang lain yang dimeterai oleh Amerika Syarikat.

draft • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Kenapa kita berbeda? Adakah kerana tidak ada kecekapan pihak Menteri yang bertanggungjawab untuk merunding atau sengaja kita tidak memberikan perhatian langsung dan akhirnya kita berhadapan dengan masalah seperti ini. Jadi, saya mohon supaya perkara itu diteliti balik dan sebaik mungkin dibawa semula ke Parlimen dan hanya selepas Parlimen meluluskannya, maka bolehlah ia, triti itu dikatakan di-rectify sebelum ia dapat dilaksanakan. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.

[Tepuk]

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Seterusnya, saya jemput Pulai. 10 minit.

draft • 12:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera, salam MADANI.

Menjunjung kasih Tuanku dengan penuh rasa hormat dan kesyukuran, Pulai ingin menjunjung kasih dan merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas limpah perkenan baginda merasmikan pembukaan Penggal Kelima, Majlis Parlimen Malaysia Kelima Belas. Tuanku telah menyentuh isu-isu utama negara khususnya isu rasuah.

Pulai juga ingin menyentuh isu ini. Sejak awal pentadbiran, PMX telah berulang kali menegaskan bahawa rasuah adalah musuh utama negara, musuh yang merosakkan institusi, menindas rakyat dan menghapuskan kepercayaan awam. Apa yang membezakan pentadbiran ini bukan sekadar retorik, tetapi keberanian politik untuk bertindak iaitu political will. Tindakan penguatkuasaan sehingga pemimpin tertinggi tentera turut disiasat dan ditangkap membuktikan bahawa tiada siapa kebal daripada undang-undang.

[Tepuk] Ia merupakan mesej yang amat jelas. Pangkat, uniform, jawatan dan pengaruh tidak lagi menjadi perisai kepada keadilan. Langkah tegas ini telah menghasilkan kesan pencegahan yang nyata. Ia menimbulkan ketakutan yang sihat, bukan takut kepada kerajaan tetapi ketakutan untuk melakukan rasuah. Apabila pihak-pihak berkepentingan menyedari bahawa penguatkuasaan adalah bebas dan

draft • 12:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

profesional, siasatan tidak disekat oleh kuasa politik dan tindakan undang-undang dilaksanakan tanpa kompromi, maka niat untuk menyalahgunakan kuasa akan berkurang. Inilah asas kepada budaya integriti yang sebenar, bukan sekadar slogan.

Yang kedua, Pulai ingin menyentuh berkenaan dengan kemiskinan bandar.

Miskin bandar merujuk kepada keadaan individu dan isi rumah yang tinggal di kawasan bandar tetapi hidup dalam kekurangan iaitu pendapatan tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup bandar seperti perumahan, makanan, pengangkutan, pendidikan dan kesihatan.

Maklumat tahun 2024, kadar kemiskinan bandar 3.7 peratus, kemiskinan luar bandar 9.9 peratus, kemiskinan keseluruhan 5.1 peratus. Walau bagaimanapun, kesan kemiskinan bandar ini lebih serius berbanding dengan luar bandar. Ekonomi tidak menentu di masa depan boleh meningkatkan kadar kemiskinan bandar dan kesannya adalah masalah kesihatan, pemakanan tidak seimbang, tekanan mental, penyakit kronik dan kesedaran kesihatan yang rendah.

Dari segi pendidikan boleh terjejas. Anak-anak ponteng sekolah, keciciran dalam pelajaran, pengangguran dan pekerjaan tidak stabil, kerja bergaji rendah tidak menjamin masa depan, keluarga tidak ada duit simpanan untuk urusan kecemasan seperti kerosakan kenderaan, kos anak sakit dan sebagainya. 61 peratus, Speaker, rakyat Malaysia tidak mampu untuk mengumpul wang simpanan ini untuk mengumpul RM1,000 untuk tujuan-tujuan kecemasan. Kesan juga memberi kesan sosial yang meningkat. Jenayah, judi, dadah, vape, vandalisme, gengster dan sebagainya boleh berlaku di kawasan ini.

Tekanan ekonomi dan konflik keluarga. Stress dalam keluarga membawa kepada pergaduhan rumah tangga dan penderaan. Pihak kerajaan telah beri banyak bantuan kewangan kepada kumpulan miskin bandar ini melalui STR, SARA, bantuan JKM, zakat, baitulmal dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, masalah utama mereka belum juga selesai. Bantuan kewangan bukan satu-satunya penyelesaian masalah mereka. Pulai merasakan kumpulan ini memerlukan bantuan sokongan pembangunan minda dan juga jiwa. Minda mereka perlu dibangunkan, jiwa mereka perlu diperkasakan.

Pulai mencadangkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangka agenda khusus kepada kumpulan miskin bandar ini. Keluarga yang produktif perlu terlibat dalam agenda ini. Mereka perlu diberi insentif galakan untuk membangunkan keluarga mereka. Mereka perlu diberi latihan untuk keluar daripada kemiskinan bandar. Latihan pengurusan keluarga, kewangan keluarga,

draft • 12:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

kepentingan pendidikan anak-anak, kesedaran kesihatan dan kemasyarakatan perlu dilaksanakan. Minda mereka perlu diisi dengan ilmu, jiwa mereka perlu diperkasa dengan didikan agama dan semangat cinta kepada negara.

Kehidupan yang sihat. Kajian tahun 2023, 95.1 peratus dewasa tidak mengambil buah dan sayuran yang mencukupi setiap hari. Kajian 2022, 21.2 peratus kanak-kanak bawah umur lima tahun bantut. Kajian 2017, bagi kanak-kanak 10 hingga 17 tahun, 92 peratus tidak cukup makan sayur sehari, 67 peratus tak cukup makan buah sehari, 70 peratus tak makan sarapan pagi. Maka Pulai mencadangkan, untuk generasi akan datang, untuk kesedaran kepada kepentingan kesihatan ini, untuk pembangunan mental dan fizikal anak-anak ini, maka dicadangkan, Kementerian Pendidikan memberi peruntukan makanan percuma kepada anak-anak sekolah rendah ini untuk kesejahteraan generasi akan datang.

Bagi mengelakkan ponteng sekolah akibat anak-anak takut kerana tidak siap homework, maka Pulai mencadangkan KPKT menyediakan mini perpustakaan di setiap rumah pangsa dan juga PPR khususnya untuk menjadikan tempat anak-anak belajar di tempat selesa, menggantikan rumah mereka yang sempit dan tidak sesuai untuk pembelajaran.

Pulai juga mencadangkan Kementerian Kewangan menetapkan 30 peratus daripada SARA untuk membeli makanan yang sihat dan tidak membenarkan membeli makanan yang tidak sihat seperti mi segera dan minuman yang lebih gula dan lebih garam.

Setengah dewasa rakyat Malaysia berlebihan berat badan iaitu obes. Satu daripada enam dewasa menghidap kencing manis. Harga gula antara yang terendah di Asia Tenggara. Kos rawatan kencing manis, tiga— RM4.38 bilion setahun. Subsidi gula adalah RM500 juta setahun. Maka, Pulai merasakan sudah sampai masanya kerajaan menghapuskan subsidi gula. Biar manis pada senyuman Speaker, bukan manis dalam minuman.

[Tepuk] Kesan kepada RTS. Ni Tebrau pun ada sebut baru ni. Pulai ingin memulakan dengan menyatakan sokongan penuh terhadap usaha dan komitmen Kerajaan Persekutuan dan negeri dalam melaksanakan projek-projek infrastruktur strategik khususnya RTS yang bakal menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi Johor Bahru, mengukuhkan hubungan Malaysia dan Singapura. Seiringan dengan kejayaan pembangunan ini, kita perlu bersikap realistik,bersedia menghadapi cabaran baru, terutamanya berkaitan kesesakan lalu lintas yang mungkin akan berlaku, khususnya di kawasan Johor Bahru dan Parlimen Pulai.

draft • 12:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Maka, dicadangkan bahawa perlu ada sistem pengawalan awam yang meyakinkan rakyat kerana setakat ini, warga Johor Bahru tidak yakin dengan bas awam ini dan juga tidak menjadi budaya kepada mereka. Pulai mencadangkan penggunaan AI untuk memperkasakan sistem pengangkutan awam bersepadu dengan bas perantara berfrekuensi tinggi, tepat waktu dan cepat menghubungkan kawasan perumahan, kawasan pendidikan, kawasan industri dan juga stesen RTS seperti bandar London contohnya. Bas tidak— bas banyak tapi kenderaan persekitaran— persendirian yang kurang. Itulah keyakinan mereka.

Kedua, membangunkan kemudahan tiga checkpoint dan park and ride berskala besar di sekitar Johor Bahru. Ketiganya, mempercepatkan pelaksanaan sistem pengurusan trafik menggunakan teknologi AI. Keempatnya, memperkenalkan komuter menggunakan trek ETS yang sedia ada. Dan kelimanya, adalah membina ART.

Pulai ingin menyentuh isu kenaikan harga rumah di Johor Bahru. Setelah siapnya RTS ini, untuk pengetahuan Speaker, dalam kawasan Parlimen Pulai, ada 13 projek perumahan rakyat yang bernilai lebih daripada RM500,000 seunit. Jadi soalnya adalah rumah mampu milik rakyat ini di mana. Maka itu, satu polisi perlu dirangka oleh KPKT. Kita tidak mahu pembangunan datang di tempat kita dengan dana rakyat tetapi rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah ini putih mata melihat mereka dikeluarkan dari Johor Bahru kerana ketidakmampuan.

Seterusnya, Pulai juga ingin menyentuh masalah tempatan di Pulai ini. Di Pulai ini, banyak rumah pangsa kos sederhana di mana mereka membelinya pada kadar RM80,000 hingga RM150,000. Penduduknya mereka adalah berpendapatan sederhana dan rendah. Banyak kawasan rumah pangsa ini tidak mampu membayar yuran penyelenggaraan. Sinking fund mereka pun kosong.

draft • 12:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Tetapi malangnya, mereka ini apabila minta bantuan kepada Parlimen ia tidak diluluskan sebab dalam garis panduan PMR, Projek Mesra Rakyat tahun 2026 dan 2025 sebelum ini bahawa rumah sederhana ini, rumah kos sederhana ini tidak dapat peruntukan, tidak dibenarkan untuk projek PMR itu diberikan pada mereka. Maka saya, Pulai mencadangkan untuk kesejahteraan rakyat di seluruh negara, memohon ICU, Jabatan Perdana Menteri agar meminda garis panduan PMR 2026 untuk membenarkan perumahan kos sederhana dilaksanakan projek PMR.

Pulai juga ingin memberi penghargaan kepada KKR, Kementerian Kerja Raya khususnya Menterinya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi yang telah meluluskan

draft • 12:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

tiga projek berkeperluan rakyat dalam Parlimen Pulai dalam tempoh tiga bulan sahaja projek itu telah diluluskan.

(i) projek RM800,000 untuk membaiki flyover highway Jalan Sultan Ismail;

(ii) RM174 juta pelebaran Highway Pasir Gudang; dan

(iii) RM8.4 juta memperbaiki interchange Perling.

Tetapi Speaker, perjuangan ini belum selesai lagi kerana warga Pulai memerlukan dua lagi projek, Speaker, untuk kemudahan mereka. Pertamanya, penyediaan jalan susur keluar ke Iskandar Puteri. Keduanya ialah menaik taraf Jalan Kempas Baru yang akan dijelaskan dalam Kamar Khas pada 4 Februari ini, terima kasih.

Akhirnya, dengan ini Pulai menyokong Titah Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Seterusnya, saya jemput Kuala Kangsar.

draft • 12:50 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Kuala Kangsar berdiri pada hari ini dengan penuh rasa takzim dan tanggungjawab yang besar untuk Menjunjung Kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Pembukaan Penggal Kelima, Majlis Parlimen Kelima Belas.

Kuala Kangsar melihat Titah Diraja ini dalam konteks yang amat menyeluruh merangkumi isu rasuah, keselamatan negara, perpaduan nasional, reformasi institusi serta masa depan pendidikan negara. Saya juga mewakili seluruh warga Manong, Kuala Kangsar khususnya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kerajaan MADANI dan Yang Berhormat Menteri Kesihatan atas keprihatinan meluluskan peruntukan bagi naik taraf Klinik Kesihatan Manong yang telah selesai dibina dan insya-Allah akan beroperasi secepat mungkin. Pada kesempatan ini juga saya ingin menyampaikan salam dan doa daripada ibu-ibu tercinta di 14 buah rumah mengaji di Kuala Kangsar kepada seluruh Ahli Dewan yang dihormati.

Tan Sri Yang di-Pertua, pembukaan tahun 2026 ini saya ingin membawa dua konteks utama untuk dibahaskan iaitu JKM dan sistem bantuan kebajikan di

draft • 12:51 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

lapangan dan TVET kreatif warisan dan peluang pembelajaran kemahiran untuk generasi baharu.

Tan Sri Yang di-Pertua, sebelum saya mengulas secara kritikal, saya ingin merakamkan penghargaan kepada dua kementerian di bawah Kerajaan MADANI iaitu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang selama ini menjadi tulang belakang kepada kesejahteraan sosial dan sokongan terhadap sektor seni budaya rakyat.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyalurkan bantuan yang besar dan menyeluruh kepada rakyat. Berdasarkan data rasmi yang dibentangkan dari Januari hingga Ogos 2025, sebanyak RM2.03 bilion telah disalurkan kepada lebih 562,000 penerima bantuan kebajikan di seluruh negara termasuk golongan warga emas, keluarga berpendapatan rendah, orang kurang upaya, golongan rentan lain. Ini menunjukkan komitmen kerajaan bukan sahaja menyediakan dasar yang inklusif tapi juga serius dalam segi pelaksanaan di lapangan.

Tan Sri Yang di-Pertua, namun begitu, dalam pelaksanaan terdapat beberapa aspek yang masih memerlukan penambahbaikan khususnya dalam konteks penilaian keperluan sebenar rakyat memohon bantuan JKM. Saya ingin membawa satu contoh kes nyata yang saya alami sendiri. Dalam kes ini, pemohon telah membuat dua kali permohonan kepada JKM ketika beliau mempunyai dua orang anak dan kedua-dua anaknya sedang sakit.

Kedua-dua permohonan ini ditolak kerana dinilai berdasarkan indikator seperti kemampuan suami dan isteri yang masih boleh bekerja. Keputusan itu tidak mengambil kira beban kos rawatan dan pendidikan anak yang memerlukan sokongan berterusan.

Kes ini mendapat perhatian ramai dan tular di media sosial. Hasil daripada semakan semula di peringkat agensi, beliau akhirnya diberi bantuan sebanyak RM350 sebulan bagi kos perubatan pada mulanya. Alhamdulillah pada hari ini, bantuan tersebut telah dinaikkan kepada RM1,000 sebulan dan saya ingin merakamkan penghargaan kepada JKM dan kerajaan atas kenaikan ini kerana ia nya nyata membantu keluarga tersebut.

Namun, Tan Sri Yang di-Pertua, realiti kehidupan ini sangat mencabar. Hari ini, beliau mempunyai 11 orang anak, di mana lima daripadanya menghadapi penyakit jantung dan isterinya sedang dirawat kerana masalah yang sama. Kesemua

draft • 12:51 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

anak-anak bersekolah dan beliau hanya bergantung kepada kerja kampung untuk menyara keluarga. Walaupun bantuan telah dinaikkan, keluarga ini masih menghadapi kos rawatan dan pendidikan. Justeru, penilaian bantuan seperti ini sepatutnya mengambil kira situasi sebenar keluarga, bukannya hanya berdasarkan pendapatan semata-mata.

Tan Sri Yang di-Pertua, selain itu dalam amalan semasa, walaupun sistem permohonan JKM membenarkan borang dan dokumen dihantar secara fizikal dan maya, namun prosesnya masih bergantung kepada kehadiran fizikal pemohon tersebut. Keadaan ini menyukarkan individu yang menghadapi kekangan fizikal atau kesihatan terutamanya warga emas atau mereka yang baru menjalani pembedahan.

Saya sering pulang ke Kuala Kangsar, Tan Sri, dan kesempatan ini saya menziarahi sahabat-sahabat di sana. Salah seorangnya sahabat baik saya, Hanif di Kampung Sungai Siput baru menjalani pembedahan kaki dan terpaksa dipotong dan kini tinggal seorang diri. Justeru, saya menyeru JKM agar mempertimbangkan cara yang terbaik dan fleksibiliti bagi memastikan golongan yang menghadapi kekangan fizikal ini dapat dibantu tanpa terlalu banyak sangat birokrasi.

Tan Sri Yang di-Pertua, selain itu, senario yang ingin saya bawakan di sini adalah berkaitan dengan penilaian bantuan yang kadang-kala terlalu menekankan faktor luaran seperti pemilikan rumah, televisyen, barangan elektrik atau anak yang telah bekerja. Seolah-olah memiliki barangan yang tersebut bermakna kehidupan seseorang itu stabil, sedangkan hakikatnya indikator-indikator ini tidak mencerminkan kemampuan sebenar seorang itu.

Tan Sri Yang di-Pertua, perkara yang kedua ingin saya bahaskan di Dewan yang mulia ini ialah mengenai TVET kreatif dan warisan budaya sebagai sebahagian daripada ekosistem kemahiran negara. Pada tahun 2025, kerajaan telah menunjukkan komitmen yang jelas untuk memperkasakan TVET. Tonggak pembangunan modal insan negara berdasarkan TVET Negara 2030 di mana skop TVET tidak lagi semata-mata difokuskan kepada kemahiran industri berat atau mesin tetapi turut merangkumi bidang kreatif dan seni warisan budaya.

Pendekatan sebegini ini wajar dipuji kerana ia mencerminkan realiti ekonomi semasa di mana kemahiran kreatif, kraf tradisional dan seni budaya juga menyumbang kepada pekerjaan, keusahawanan dan pembangunan ekonomi setempat. Dalam konteks ini, saya juga turut ingin membawa perhatian Dewan kepada potensi dan cabaran TVET kreatif berasaskan warisan khususnya di Kuala Kangsar, Perak yang merupakan antara pusat kraf tradisi yang terawal negara. Kuala

draft • 12:51 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Kangsar terkenal dengan seni seramik labu sayong, seni tekat anyaman dan pembuatan keris. Kraf-kraf ini bukan sekadar warisan budaya, tetapi sebenarnya merupakan kemahiran teknikal yang diwarisi secara turun-temurun. Sangat relevan dengan semangat dan definisi TVET itu sendiri.

Namun, berdasarkan ziarah warisan yang saya lakukan, bilangan pengusaha seni seramik tradisional ini yang aktif semakin terhad dan kebanyakannya hanya terdiri daripada golongan berusia. Ini menimbulkan persoalan besar bukan tentang kualiti kraf kita tetapi tentang kesinambungan pewarisan kemahiran dan generasi baru.

Maka pada tahun 2026, saya mencadangkan agar GSSK ini diperkemaskan dan menekankan kepada komponen khusus pewarisan kemahiran di mana artisan atau adiguru kraf tradisional ini diberi sokongan untuk melatih perantis secara formal, memindahkan kemahiran teknikal secara berterusan dan memastikan ilmu warisan itu tidak terhenti pada satu generasi sahaja. Pendekatan sebegini bukan sahaja memelihara budaya tetapi selari dengan inspirasi TVET sebagai sistem latihan kemahiran yang mampan dan relevan kepada ekonomi dan masa depan rakyat.

Saya juga ingin mencadangkan kepada Dewan agar pada tahun 2026 ini kita adakan pendekatan lebih fleksibel kepada pengusaha mikro. Sokongan teknikal seperti bimbingan dan perniagaan dan pemasaran dan juga integrasi kepada model TVET kreatif supaya geran bukan sekadar membantu produk tapi juga melahirkan pewaris industri itu sendiri.

Kesimpulannya, saya ingin menegaskan bahawa hala tuju bantuan sosial TVET negara adalah tepat dan menyeluruh. Namun, pada tahun 2026 dan seterusnya tumpuan perlu diberikan kepada pemberian pelaksanaan dasar berdasarkan realiti kehidupan rakyat. Penambahbaikan mekanisme, penilai bantuan JKM serta pendekatan kemahiran yang lebih inklusif, kreatif, berorientasikan pewarisan generasi.

Dengan pendekatan lain, saya yakin sistem perlindungan sosial pembangunan kemahiran negara akan menjadi lebih relevan dan mampan untuk rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Sebagai penegasan kepada nilai yang dititahkan, izinkan saya menutup perbahasan ini dengan seuntai gurindam.

*Jika hendak mengenal orang berbangsa, Lihat kepada budi dan bahasa.

Jika hendak mengenal orang yang berbahagia, Pelihara diri dari yang sia-sia.*

draft • 12:51 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

*Jika hendak mengenal orang mulia, Lihatlah kepada kelakuannya.

Jika hendak mengenal orang yang berilmu, Bertanya dan belajar tiadalah jemu.

Jika hendak mengenal orang yang berakal, Di dalam dunia mengambil bekal.

Jika hendak mengenal orang yang baik perangai, Lihat pekerti di khalayak ramai.* Akhir kata, Kuala Kangsar dengan penuh takzim menjunjung kasih serta menyokong sepenuhnya Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Sekian, terima kasih.

draft • 12:51 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Kuala Kangsar. Jam menunjukkan pukul 1.02 tengah hari. Mesyuarat ditangguhkan dan insya-Allah akan disambung balik pada jam 2.30 petang.

draft • 12:51 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Tuan Suhaizan bin Kaiat [Pulai] mempengerusikan Mesyuarat]

draft • 2:30 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey, seterusnya.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Seterusnya saya persilakan YB Gombak.

draft • 2:30 PM

Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Terima kasih Yang di-Pertua, seluruh ahli Dewan yang mulia. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih diucapkan atas kesempatan yang telah diberikan kepada Gombak untuk sama-sama dalam perbahasan Usul Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam pembukaan Parlimen baru-baru ini.

Di kesempatan 10 minit ini, sudah pasti Gombak akan cuba untuk memadatkan ucapan dalam mencatatkan huraian-huraian sebagaimana Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, memasuki tahun 2026, Malaysia telah mencatatkan satu jajaran prestasi yang amat membanggakan dan menunjukkan

draft • 2:32 PM

Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak

momentum yang positif. Kejayaan sebagai Pengerusi ASEAN diikuti dengan kejayaan tahun-tahun serta proses pemulihan ekonomi yang dilangsungkan oleh Kerajaan MADANI dengan meningkatkan lantai, meninggikan siling dan tidak ketinggalan, beberapa memperkenalkan beberapa dasar-dasar seperti NETR serta NIMP dan usaha-usaha bersepadu kerajaan, hari ini kita dapat melihat satu petunjuk- petunjuk makro yang amat memberangsangkan.

Sebagai contoh, pada Februari tahun 2024, Ringgit mencatatkan nilai USD1 bersamaan dengan RM4.8. Pada ketika itu ramai pihak cynical dan menganggap “see you at five.” Jumpa kamu pada angka RM5.

Alhamdulillah berdasarkan daripada usaha yang konsisten dari pihak kerajaan, langkah-langkah penyusunan balik subsidi, penetapan dasar-dasar yang konsisten, serta mempunyai klarifikasi yang jelas ketika kita berdepan dengan cabaran perang dagang di antara Amerika Syarikat dengan China sebagai contoh, pengenaan cukai dan pengenaan cukai barangan yang dikenakan oleh Amerika, kerajaan mengambil langkah yang segera walaupun saya dengar ada pertikaian- pertikaian tertentu. Tetapi kerana ketepatan kerajaan mengambil keputusan tersebut, pada hari ini, nilai Ringgit bersamaan dengan RM3.92. Di antara pencapaian terbaik Malaysia dalam tempoh tujuh hingga lapan tahun.

Ahli Yang Berhormat sekalian, sudah pasti konsistensi serta matlamat yang telah digariskan oleh pihak kerajaan ini harus disokong dengan langkah-langkah susulan agar sama ada angka-angka makroekonomi yang dicatatkan daripada angka pertumbuhan sebagai contoh 5.7 pada suku terakhir tahun 2025.

Keseluruhannya nilai pembangunan ekonomi negara mencecah 4.9, melebihi daripada kadar yang disasarkan pada 4.7 hingga 4.8. Ataupun apa jawapan Yang Amat Berhormat Tambun semalam, menyebut tentang nilai dagangan dalam negara kita. Akhirnya, apakah yang dirasai dan bagaimanakah perasaan rakyat sebagaimana yang disebutkan oleh beberapa Ahli Dewan pada hari ini.

Pihak kerajaan telah cuba sedaya upaya menyampaikan serta memerasakan nikmat itu kepada rakyat secara langsung. Antaranya kerajaan menggunakan sejumlah RM15 bilion untuk perbelanjaan STR dan SARA, yang memberi manfaat kepada jutaan rakyat Malaysia. Baru-baru ini ketika pembukaan sekolah, kerajaan turut berbelanja RM800 juta untuk bantuan awal persekolahan.

Ini antara tiga program yang memberikan kesan yang dampak secara langsung, malahan angka kepada usaha kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar, menunjukkan contoh-contoh yang amat positif. Dengan nilai kemiskinan tegar

draft • 2:32 PM

Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak

di bawah kosong ataupun di bawah satu, 0.8, 0.9 peratus, dan ini juga dicatatkan di negeri Selangor, namun kejayaan tersebut harus diambil satu tanggungjawab baru bagi pihak pentadbiran pada hari ini, supaya kita boleh mencabar ataupun boleh mencapai prestasi yang baik, dan kejayaan-kejayaan makroekonomi negara, memberikan kesan dan dampak langsung kepada rakyat.

Saya ingin menyambung ucapan sebenarnya Speaker, apabila menyebut tentang kemiskinan bandar. Saya percaya, pihak Kerajaan Persekutuan harus bergabung dengan kerajaan negeri dan kerajaan tempatan untuk merangka satu pelan khusus membasmi dan juga melawan kemiskinan bandar.

Negara kita berkembang dengan agak pesat dalam tempoh 50 tahun, 60 tahun yang lalu. Sudah pasti kepesatan itu turut disusuli dengan pembangunan kawasan perbandaran. Di negeri Selangor, hampir 70 peratus hingga 80 peratus lokaliti-lokaliti kita telah menjadi kawasan pembandaran dengan sebab kepesatan pembangunan yang berlaku dalam tempoh 20 hingga 25 tahun yang lalu. Tetapi di saat kepesatan tersebut, turut memerangkap beberapa kelompok yang dikategorikan sebagai miskin bandar.

Pihak kerajaan sudah pasti telah menetapkan nilai ambang yang berbeda untuk melihat kemiskinan di luar bandar dan kemiskinan di dalam bandar. Namun begitu, sepanjang pengalaman saya sendiri melihat secara langsung masalah kemiskinan bandar, menjawab persoalan dalam Dewan Negeri dan juga di Parlimen, kemiskinan bandar ia bukan satu kemiskinan yang boleh dilihat sekali imbas. Ia mempunyai lapisan-lapisannya yang tertentu dan mempunyai rangkaian-rangkaian permasalahan.

Sebagaimana ucapan Pulai tadi, bukan hanya persoalan tentang kekurangan makan, ketidakcukupan kewangan, tetapi memberi kesan kepada malnutirsi yang memberi kesan kepada kesan otak mereka dan memberi kesan pula kepada kualiti pembelajaran mereka dan akhirnya mereka tertinggal daripada arus pembangunan dan kemajuan dalam negara kita, yang harus kita tangani secara komprehensif.

Justeru, langkah pertama adalah untuk memastikan adanya satu kementerian. Kita mempunyai kementerian KPKT sebagai contoh sebelum ini pada tahun-tahun tertentu, tahun 2009, 2010, menjadi satu agensi pusat untuk melawan kemiskinan bandar. Bagaimana pula pada hari ini kita ada kementerian yang melihat kos sara hidup? Mungkin kementerian ini boleh ditetapkan. Tapi pada saya, pada saya Yang Berhormat, kalau kita gagal untuk menemui kementerian dan juga...

draft • 2:32 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Gombak.

draft • 2:32 PM

Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak

...dan juga satu portfolio khusus demi menangani kemiskinan bandar, kita akan hanya menangani simptom-simptom dan juga gagal untuk menangani masalah kemiskinan bandar secara serius.

draft • 2:32 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Gombak, kalau kita mendengar ucapan daripada Ketua Pembangkang, dia sebut— sebab kita menyebutkan soal berkaitan dengan angka. Pengangguran turun maksudnya, nilai Ringgit mengukuh, kemudian pedagangan kita RM3 trilion tahun lepas ini. Cuma dia kata itu angka sahaja. Tapi rakyat di bawah ini susah, dia kata. Harga barang mahal.

Sebagai ketua eksekutif di negeri Selangor, saya nak minta pandangan daripada Yang Amat Berhormat ini. Apa pandangan Yang Amat Berhormat ataupun Yang Berhormat daripada Gombak ini tentang celahan daripada Ketua Pembangkang yang mengatakan bahawa itu angka sahaja, kan?

draft • 2:32 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kan, maksudnya kejayaan yang kita kecapi itu dia kata itu sekadar angka sahaja tetapi maksudnya rakyat dan juga masyarakat, rakyat di bawah ini berada dalam keadaan sukar dalam menempuh kehidupan sehari-harian.

Kemudian yang keduanya, nak minta juga Gombak cerita sikit masalah soal berkaitan dengan penternakan babi ini. Kita nak dengar live daripada Menteri Besar Kerajaan Negeri Selangor soal berkaitan dengan ladang babi ini. Terima kasih Datuk Speaker. Walaupun bukan Datuk tapi kita panggil Datuk Speaker.

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Terima kasih Kuala Langat atas semangat. Nampak kurus tu macam kurang makan.

draft • 2:40 PM

Seorang Ahli

Dia kurang makan tapi cukup nutrisi.

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Malnutrition. Ahli Yang Berhormat sekalian, sudah pasti angka-angka itu bukan wujud secara petikan di atas langit.

Angka-angka itu adalah gabungan dan gabungan-gabungan tersebut kadang- kadang memberikan penilaian-penilaian tertentu.

Kalau kita melihat gaji penengah sebagai contoh ataupun gaji purata. Gaji purata sudah pasti memberikan satu petanda bahawa secara keseluruhan dan disimpulkan menjadi satu angka. Tetapi gaji penengah sebagai contoh juga memberikan satu petunjuk. Sebab itu angka-angka bukan hanya boleh dinafikan, sebaliknya angka juga tidak boleh kita musuhi kerana kalau kita musuhi angka, sebenarnya kita menolak realiti yang sebenar.

Untuk berhujah di dalam Dewan, kita kena menggunakan angka dan datalah.

Kalau tak, kita menggunakan anecdotal ataupun menggunakan jalan cerita.

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Menggunakan jalan cerita, kita jumpalah makcik seorang itu miskin. Jumpa seorang makcik miskin, seluruh negara akan jadi miskin. Jadi, data tentang inflasi, data tentang pertumbuhan, data tentang nilai Ringgit adalah data yang sah dan dinilai di seluruh dunia.

Kita tidak boleh mencipta data. Jadi kalau nak musuh dengan angka, musuh dengan data, itu yang tak cukup jumlah sampai sekarang Yang Berhormat. Sebab itu Ahli Yang Berhormat sekalian, apabila kita sentuh tentang masalah kemiskinan bandar, saya ingin sarankan agar pihak kerajaan mempunyai satu fokus yang tertentu kerana ia bukan hanya menilai tentang masalah perumahan, ia juga tentang masalah pendapatan, ia juga telah memberikan nilai kepada masalah sikap dan juga cara mereka berfikir.

Secara keseluruhannya, pihak kerajaan negeri membantu melalui perpustakaan sebagai contoh. Kita bina satu perpustakaan. Kita nak cari *volunteer.

Volunteer* di kawasan itu pun tak ada. Terpaksa kita cari volunteer daripada luar atau sukarelawan dari luar untuk mengubah permasalahan-permasalahan di tempat tersebut. Ahli Yang Berhormat sekalian, sentuhan tentang masalah ladang ini saya rasa nanti Menteri Pertanian akan jawablah daripada parti Yang Berhormat.

Tapi yang pastinya, hasrat kerajaan negeri sebagaimana saya sebut, kita nak tutup kawasan penternakan tradisional yang mencemar. Pasir Mas melawat di kawasan yang tercemar, itulah kawasan yang kita nak tutup. Saya juga, kawan saya Kuala Langat, dulu dia exco pertanian, itulah yang kita nak tutup. Tetapi masa dia jadi exco pertanian, dia tak lawat kandang babi, masa jadi pembangkang dia lawat kandang babi. Ini jadi masalah.

Ahli Yang Berhormat sekalian, saya nak bagi tahu, kalau kita tak tutup di sana, pencemaran akan berterusan. Jadi, kita nak alihkan di satu tempat. Adakah Selangor satu-satu negeri nak buat? Tidak. Perak dah buat, di Sarawak sudah buat.

Di Negeri Sembilan telah buat tetapi isu itu telah menjadi isu yang panas. Kita cadang, kita dengar dan kita akan menilai balik kawasan yang sesuai, yang jauh daripada kawasan penempatan untuk penternakan yang komprehensif dengan nilai 30 percent sahaja untuk pasaran tempatan.

Itu— itu masalah dia Yang Berhormat, apabila sentimen telah menguasai daripada data dan itu boleh relate bagaimana cara dan pandangan pembangkang yang kata see you at five, now nilai Ringgit adalah RM3.90, antara yang terbaik dalam tempoh 10 tahun pentadbiran kerajaan. Tahniah kepada Perdana Menteri dan sahabat-sahabat sekalian. Akhirnya...

draft • 2:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ya, Gombak, sebenarnya Gombak sebab dia tak ada isu dah. Sebab itu kes babi ini pun, dia nak jadikan isu babi ini sebagai sentimen politik dia untuk meraih undi daripada warga dan juga masyarakat yang terdapat dalam negara kita sebab babi ni ada orang yang makan.

Ada penternak dia. Kita kena raikan.

Ini kemanusiaan pada saya, Datuk Speaker. Sebab masih ada lagi orang yang makan. Contohnya macam Puncak Borneo. Yang sebut tadi, tapi Sabak Bernam kalau nak makan babi, tunggu nanti masuk syurgalah. Sabak Bernam semalam kan, dia kata dia pun nak makan babi. Nak masakan babi ini, sekarang tak boleh lah. Islam tak benarkan tapi bila masuk syurga nanti dia boleh makan babi.

draft • 2:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Hulu Langat, masa dah terhad ini.

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Gombak, bagi sayalah.

Bagi Hulu Langat ni...

[Tidak jelas]

draft • 2:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Terima kasih Gombak.

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Gombak, bagi saya sekejap.

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Boleh.

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Gombak, terima kasih.

draft • 2:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Masa tak ada ini Pasir Mas.

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Sikit lagi Pulai, sahabat lama. Sikit lagi. Gombak, isunya ialah di Tanjung Sepat itu, ketika ladang itu sebahagian besarnya sudah ditutup. Tetapi najisnya masih mengalir ke laut dan ini, itulah yang dibangkitkan oleh penduduk tempatan dan ini disahkan oleh Lembaga Urus Air Selangor. Apa komen Gombak?

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Terima kasih. Masalah itu bukan satu tahun Yang Berhormat. Ketika PAS jadi exco pertanian, masalah itu masih berterusan dan kita ingin tangani.

[Tepuk] Cuma saya nak maklumkan di sini, apa masalahnya sebelum ini? Sebelum ini, semasa saya jadi exco, ketika Kuala Langat jadi exco, ada 2, 3 paper dibentangkan.

Paper, paper tersebut adalah untuk membuat penternakan sebagaimana yang dirancang. Isu dia sebelum ini apa? Tidak ada investor yang nak buat kerana kosnya tinggi. Kerajaan pun tak nak invest sebab kita rasa ini tanggungjawab sale- nya 30-40 percent daripada pasaran yang ditetapkan. Sekarang investor nak datang.

Kenapa kita tak buat di kawasan tersebut? Kita nak buat di kawasan tersebut kerana kawasan itu memerlukan pemulihan. UPM mencatatkan minimum enam tahun.

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Soil recovery perlu dilakukan dengan izin untuk pemulihan kawasan tersebut.

Jadi, apa yang saya nak suarakan Yang Berhormat, memang kita nak tutup kawasan itu kerana kawasan itu dah tercemar, dah buruk dan merosakkan. Dan kita nak alihkan di kawasan yang jauh, lebih jauh, yang lebih tertutup dan mempunyai sistemnya yang tersendiri sebagaimana yang telah dibina di beberapa buah negeri seperti di Sarawak, di Simunjan, seperti di Sungai Siput, di Perak dan juga di tempat- tempat lain. Dan tidak benar kalau katakan bahawa kita nak buka yang mega sampai import, eksport dan dijual di tempat lain.

Itu penjelasan kita kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan juga diterima baik dan kita telah mengambil keputusan tak apa, sementara ada kepanasan ataupun isu yang baik, saya terima cadangan Perdana Menteri untuk kita hold-kan kejap, kita rangka satu— cari solusi yang lebih komprehensif dan penerangan yang lebih baik kepada masyarakat.

Ahli Yang Berhormat sekalian, akhirnya saya nak sebut di sini adalah untuk mencadangkan kepada pihak Kerajaan Persekutuan untuk mengukuhkan lagi nilai federalism yang ada dalam negara kita. Antaranya, negeri-negeri seperti Selangor adalah sebuah negeri yang tidak bergantung kepada hasil petroleum. Hampir 70 peratus ataupun lebih daripada hasil kebanyakan negeri adalah berasaskan daripada premium tanah.

Namun begitu, tanah ada keterhadannya dan lama kelamaan jika negeri itu masih bergantung kepada hasil tanah tanpa kaedah lain, akan merisikokan perjalanan dan kemampuan negeri untuk menyelenggara dan mengukuhkan kepentingan infrastruktur. Oleh yang demikian, di sidang ini Dewan— Gombak mencadangkan sekiranya kerajaan khususnya Kementerian Kewangan dapat mengutamakan fiscal federalism melalui kaedah perkongsian cukai pendapatan syarikat kepada negeri-negeri.

Kita tidak perlu bermula dengan angka yang besar ataupun kadar yang tinggi.

Hanya sekitar 5 peratus kepada kadar permulaan. Tahun ini, Kementerian Kewangan menjangkakan penerimaan hasil cukai pendapatan syarikat sebanyak RM97 bilion, 5 peratus bersamaan dengan 4.85 bilion. Jika angka ini diagihkan mengikut jumlah dan peratus syarikat yang berdaftar di setiap negeri, saya percaya ia mampu untuk membantu negeri, menggerakkan dan membantu pengembangan industri-industri, terutamanya yang berkaitan dengan SME yang memerlukan pembudayaan dan pemerkasaan.

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Dalam pada masa kerajaan memperkukuhkan reformasi pentadbiran seperti pengehadan dua penggal untuk Perdana Menteri, pengasingan kuasa pendakwaan dan juga AG serta beberapa usaha-usaha lain. Saya percaya reform yang berterusan yang dilaksanakan dengan penuh komitmen oleh Perdana Menteri dan juga Kerajaan MADANI pada hari ini diteruskan dengan memperkukuhkan nilai federalism dengan salah satunya adalah cadangan yang disebutkan oleh saya sebentar tadi dalam Dewan ini. Terima kasih Speaker. Saya mohon menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Tuanku.

draft • 2:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey, terima kasih Yang Berhormat Gombak. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Besut. Silakan.

draft • 2:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Menjunjung Kasih Atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Yang banyak permulaannya menekankan pembangunan negara dengan memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat.

Dalam akhir titah beliau juga, dia ajak kita semua berdoa untuk kesejahteraan rakyat. Jadi dalam konteks ini saya nak merujuk kepada RMK13 dan juga pembangunan serta kesejahteraan. Saya ingin membangkitkan mengenai dengan projek khusus di Besut iaitu pemeliharaan Sungai Besut, terutama di Bandar Jerteh.

Jadi, Sungai Besut ini sebenarnya bukan sekadar sungai biasa. Dia merupakan sistem saliran utama bandar itu, Bandar Jerteh itu sendiri yang memberi kesan secara langsung kepada isu banjir. Dia bila banjir, air melimpah. Ya, keselamatan penduduk, aktiviti ekonomi dan kualiti hidup rakyat. Dan setiap kali hujan, hujan lebat, penduduk terdedah kepada limpahan air.

Gangguan perniagaan dan kerosakan harta benda dan risiko keselamatan yang berulang daripada tahun ke tahun.

draft • 2:48 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini masalah di Besut, Sungai Besut. Jadi, maka projek pemuliharaan sungai ini bukan projek kosmetik sebenarnya. Ia adalah merupakan projek keselamatan.

Jadi, ini penting. Projek keselamatan ini untuk bukan— siapa— kepada rakyat Besut khususnya. Jadi, sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasanlah daripada pihak kerajaan ini, status semasa dia, pemuliharaan ini, projek pemuliharaan ini.

Jadi, projek pemuliharaan Sungai Besut ini, sama ada telah diluluskan ataupun masih dalam perancangan, atau masih menunggu kelulusan peruntukan?

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadi, yang lebih penting sangat adalah bilakah projek ini boleh dimulakan secara fizikal di lapangan? Dan saya mendesaklah ya, rakyat di Besut ini dah lama sangat dah menunggu ini, ya.

Mereka tidak memerlukan jawapan yang bersifat umum. Oh, akan buat, akan buat, tak boleh. Tetapi, komitmen masa yang jelas dan pelaksanaan yang nyata.

Jadi, saya ingin mendesaklah kerajaan supaya projek ini diberi keutamaan segera, sama ada penyusunan semula, peruntukan sedia ada, pelaksanaan fasa awal atau mechanism khas di bawah RMK13.

Jadi, setiap kelewatan Yang di-Pertua, bermakna rakyat terus menanggung risiko yang sama setiap tahun, tahun demi tahun. Jadi, dalam projek kerangka RMK13 ini, saya cadangkanlah agar projek pemuliharaan Sungai Besut ini dilaksanakan secara menyeluruh dan berfasa, merangkumi aspek pendalaman sungai, pengukuhan tebing, selalu— nak kata terbis. Kalau bahasa kita orang, kata, terbis. Selalu runtuh. Pengurusan lembangan serta penyelenggaraan jangka panjang.

Jadi, ini seiring dengan Titah Tuanku agar Ahli Parlimen ini kena berbahas secara berhemah dan mengutamakan kepentingan rakyat. Jadi, isu pemuliharaan sungai ini menuntut kerjasama semua pihak sebenarnya, tanpa mengira parti kerana air dan keselamatan rakyat bukan isu politik.

Tak tahulah kalau— mana? Oh, dah tak ada dah. Apa yang rakyat Besut nak sekarang ini adalah sungai yang terpelihara, bandar yang selamat dan kehidupan yang tidak dihantui banjir setiap kali musim hujan.

Keduanya, isu berkenaan dengan rasuah. Ada empat sehingga 10 perenggan dititah oleh Tuanku. Jadi, antara yang terbanyaklah disentuh, ya. Jadi, Yang di-Pertuan Agong menitahkan bahawa supaya SPRM menjalankan siasatan dengan cepat, tegas dan sempurna tanpa mengira pangkat atau kedudukan.

Bagaimanakah kerajaan akan menterjemah hasrat baginda dalam kes-kes berprofil tinggi yang mendapat perhatian rakyat? Saya mengambil contohlah ya, yang paling jelas terpampang di depan mata rakyat sekarang. Kes Farhash, mantan Setpol PM.

Baru-baru ini, beliau dilaporkan telah melupuskan keseluruhan pegangan sahamnya melibatkan 462 juta unit dalam MMAG Holdings Berhad pada harga 87.3 bilion— no, juta. Million. Jadi pada pandangan rakyat, transaksi sebesar ini menimbulkan banyak tanda tanya. Dari mana dapat duit banyak-banyak ini? Sakau ke? Sebab kalau yang maha kaya ini, biasanya dituduh sebagai penyakau.

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadi, macam mana? Dia rugi. Jual saham tetapi rugi berpuluh juta. Tetapi masih boleh bersenang-lenang. Masih jadi orang kayalah. Jadi, adakah kekayaan luar biasa sebegini tidak ada kaitan langsung dengan hubungannya dengan PM?

Inilah persepsi rakyat di bawah sekarang.

Tanya, mana dapat duit? Jadi, sebab kita tengok, kalau dalam kes Tun Mahathir, dalam kes arwah Tun Daim, persepsi kekayaan luar biasa ini sudah cukup untuk aset mereka disiasat sampai ke luar negeri, ya. Jadi, maka semestinya rakyat menantikan kesungguhan yang sama dalam kes Farhash. Tambahan pula, apabila kerajaan kita mendabik dada, dengan retorik hapus rasuah dalam semua ucapan- ucapan. Jadi, di sinilah yang saya minta supaya kalau nak siasat, siasat betul-betul, ya. Jangan sekerat jalan.

Ketiganya, isu UEC. Ini dah bising juga ini. Jadi, saya nak katakan berkenaan isu pendidikan juga, Tuanku ada menegaskan agar pemerkasaan pendidikan negara mestilah berpaksikan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Jadi, penegasan ini adalah sangat relevan memandangkan masih ada golongan yang terus mendesak nak iktiraf UEC ini, jadi sehingga kini.

Jadi, menerusi sejarah UEC ini, sepanjang masa ada sahaja pergeserannya dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Jadi, tolak ansur demi tolak ansur ini hanya membawa kepada lebih banyak tuntutanlah, ya. Kerajaan terlampau bertolak ansur barangkali. Jadi, sijil ini sendiri wujud kerana keengganan mengikuti aliran pendidikan kebangsaan. Tetapi, tanpa segan silu, menuntut supaya pengiktirafan kerajaan— mendapat pengiktirafan daripada kerajaan.

Jadi, Dasar Pendidikan Kebangsaan tak nak ikut, tetapi masih lancang menuntut macam-macam. Jadi, saya memetik kenyataan Profesor Datuk Dr. Teo Kok Seong daripada UKM, “Tidak wajar berada di luar sistem tetapi pada masa sama, menuntut manfaat yang disediakan kepada institusi dalam sistem.”

draft • 2:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Oleh itu, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaanlah, ya. Adakah wajar untuk kita iktirafkan satu sistem pendidikan yang berbangga menongkah arus dan juga aktif melawan integrasi?

draft • 2:50 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Besut. Besut.

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jika kita akhirnya tunduk dengan mengiktiraf UEC ini...

draft • 2:50 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Besut, boleh saya tanya soalan?

draft • 2:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Besut, boleh?

draft • 2:50 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Besut, boleh mencelah sikit?

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya tak bagi, ya.

draft • 2:50 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

I cuma tanya sahaja.

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak apa. Tak sempat, tak sempat.

draft • 2:50 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Bagaimana kedudukan sekolah-sekolah antarabangsa, international school ini?

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Oh, masa dah nak habis.

Masa dah nak habis.

draft • 2:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Dia tak bagi, Yang Berhormat.

draft • 2:50 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Adakah status itu berbeza dan dimaksudkan sama?

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadi, bermakna kita membenarkan kewujudan...

draft • 2:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Dia tak izin, Yang Berhormat.

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini 37(2). 37(2) ini.

draft • 2:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Gopeng...

draft • 2:50 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Boleh tak? Saya tanya sahaja. Tanya cara baik.

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dia kena duduk.

draft • 2:50 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Saya punya kawan baik.

draft • 2:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Boleh tanya tak? Bolehlah.

draft • 2:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Dia tak bagi. Gopeng...

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

37(2).

draft • 2:50 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Saya tanya sahaja, UEC sama dengan sekolah antarabangsa ke tidak?

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Faham? Faham undang- undang. Faham, faham peraturan?

draft • 2:50 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Boleh tak? Bolehlah, bagilah sekali.

draft • 2:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Minta laluanlah.

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini tak faham ini, tak faham peraturan. Duduk, duduk dulu.

draft • 2:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Bagilah. Besut, kita bangun, berani kerana benar.

draft • 2:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Gopeng, duduk Gopeng.

draft • 2:50 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Sama sahaja. Sekolah antarabangsa dengan UEC itu sama.

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini— tambah ini.

Tambahan. Kacau ini. Tambah.

draft • 2:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Gopeng. Gopeng...

draft • 2:50 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Saya nak tahu pendirian. Adakah dia double standard dekat situ?

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadi, jika kita akhirnya tunduk dengan mengiktiraf UEC ini, bermakna kita membenarkan kewujudan dua sistem pendidikan yang saling bertentangan. Maka, bagaimanakah sistem pendidikan dapat berfungsi sebagai medium pembinaan bangsa, sebagaimana dihasratkan oleh Tuanku?

Dan yang keempat, banyak lagi sebenarnya ini.

draft • 2:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Tinggal 21 saat, Yang Berhormat.

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jangan macam itu, Speaker. Bagi masa ini, kena kacau. Double standard, pasal 3R, okey. Merujuk pada Titah Tuanku berkenaan dengan ancaman perbuatan yang menyentuh 3R ini, saya ingin menyentuh tentang perbezaan layanan ketara yang berlaku.

Apabila kesalahan tersebut dibuat oleh seseorang Muslim lah saya tengok, seperti yang berlaku dalam kes DJ Era tempoh hari, begitu bersungguh tindakan yang diambil, sehingga pengendali radio dikompaun suku juta, 250,000. Tidak kurang juga, Ahli-ahli Dewan yang mulia ini mengecam keras kekhilafan DJ-DJ tersebut. Dah minta maaf dah pun.

Malah, kecaman yang sama tidak dilemparkan kepada wartawan FMT, Rex Tan yang memburukkan imej Malaysia di hadapan ahli politik UK, George Galloway baru-baru ini. Jadi, cubaan dia menyamakan situasi hubungan Melayu, Cina di Malaysia dengan penindasan yang berlaku di Palestin adalah keterlaluan dan menguris perasaan kaum Melayu Islam.

Adakah dia turut menerima kecaman yang serupa? Tak. Ada yang bela?

Tidak, malah dia dibela dan penahanannya di bawah Akta Hasutan dipertikaikan sebagai menyekat kebebasan bersuara.

draft • 2:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Boleh gulung, Yang Berhormat.

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Persoalannya, di manakah pembelaan-pembelaan ini ketika aktivis lain, seperti kalau kita lihat, Che'gu

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Bard ke apa semua, Papagomo ke tak kiralah ya, ditahan bawah akta yang sama?

Adakah akta yang dulu dibantah Ahli-ahli Parlimen kerajaan sebagai drakonian?

Terhenti menjadi drakonian apabila dikenakan ke atas pihak lawan.

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Itu persoalan.

draft • 3:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Minta gulung, Yang Berhormat.

draft • 3:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Boleh satu isu lagi yang...

draft • 3:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Tak boleh Yang Berhormat, masa dah habis Yang Berhormat. Gulungkan dulu. Minta gulung.

draft • 3:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak. Saya nak betulkan keadaan tentang yang oleh Puncak Borneo. Sikit saja. Saya nak beritahu kata.

draft • 3:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

30 saat sahaja Yang Berhormat.

draft • 3:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya okey.

draft • 3:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

30 saat.

draft • 3:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya nak jemput Puncak Borneo pergi ke Kelantan. Di Kelantan ada jual babi tak disebut sebagai busuk pun.

Di pasar Kelantan, sebuah pasar dalam bandar Kelantan, bersebelahan dengan Pejabat Perhubungan PAS kalau tak silap saya. Dia ada jual babi, sayur Cina, babi pun Cina jual. Dua-dua sayur, Cina. Ke belakang sikit, Melayu jual ikan dan sebelah kanan, Siam jual ikan. Tak ada masalah pun.

draft • 3:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey, masa dah habis, Yang Berhormat.

draft • 3:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadi...

draft • 3:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Silakan.

draft • 3:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kita pertikai masalah kandang yang disebut-sebut sekarang ini. Masalah kandang. Nak di tempat yang lebih baik, yang tidak merosakkan alam sekitar dan sebagainya. Satu lagilah. Minta.

draft • 3:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Tidak boleh Yang Berhormat, masa dah habis.

draft • 3:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sikit, sikit je. Isu-isu ini je.

draft • 3:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Lewat habis kita malam ini.

draft • 3:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sebab saya dah tulis dah.

Nak pasal rumah ibadat, sikit-sikit je. Rumah ibadat ini saya pun tak tahu apa kita nak panggil rumah ibadat ini.

draft • 3:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Tak boleh, Yang Berhormat. Masa dah habis sangat ini.

draft • 3:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang rumah ibadat yang dibina di tanah haram ini.

draft • 3:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Tolonglah.

draft • 3:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Apa yang kita nak cakap ini?

draft • 3:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Tak boleh, Yang Berhormat.

draft • 3:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak, tak. Saya nak minta penjelasan daripada...

draft • 3:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Simpulkan, Yang Berhormat. Simpulkan lah. Simpulkan.

draft • 3:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey, saya simpulkan.

Okey.

draft • 3:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Dah lewat sangat.

draft • 3:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadi, maknanya rumah haram ini kalau kita nak kata didakwa sebagai salahlah ya. Jadi, dalam konteks, kita kena bezakan lah. Konteks pentadbiran ke konteks apa ya. Sebab kita nak panggil pendatang haram. Pendatang tanpa izin ataupun kita nak tukarkan. Pendatang kuil haram, kuil tanpa izin atau macam mana?

Kalau dipendekkan jadi apa? Jadi, KUTI kah? Susah juga, kadang-kadang kita kadang-kadang payah. Kadang dijadikan isu, minta diambil tindakan terhadap Pasir Mas. Minta ambil tindakan terhadap Firdaus Wong, pun diminta ambil tindakan.

Jadi, saya pun tak tahulah, apa yang sebenarnya yang ingin disampaikan kepada orang yang bising-bising ini.

draft • 3:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Besut, dulu kuil dibina di estet-estet semua dengan kebenaran.

draft • 3:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih, saya menyokong.

draft • 3:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey. Terima kasih Yang Berhormat Besut. Kalau Besut nak cakap panjang, kena jadi ketua partilah. Okey, seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Beruas.

draft • 3:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak berminat. Sebagai ketua, tak berminat.

draft • 3:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Jawatan ketua parti pun sudah mansuhlah.

Mana ada Pengerusi sekarang. Dah tak ada Pengerusi sekarang. Sudah mansuh.

draft • 3:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Silakan Yang Berhormat Beruas.

draft • 3:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang Di-Pertua.

draft • 3:03 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kampar, budak-budak tak cukup akal.

draft • 3:03 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Besut, bagilah saya. Peluang saya.

draft • 3:03 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Jemput, jemput.

draft • 3:03 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya membahas Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Ingin saya ketengahkan tiga perkara.

Pertama iaitu berkenan dengan perpaduan negara. Tuan Yang di-Pertua, perpaduan negara sangat penting untuk negara kita maju ke depan dan menjamin kesejahteraan rakyat. Negara Malaysia adalah antara negara yang teraman sekali di seluruh dunia. Kita di tangga— menduduki tangga ke-10 pada tahun 2024 dan tangga ke-14 pada tahun 2025 dalam Global Peace Index yang telah mengkaji dan menilai 163 negara-negara di dunia ini. Kita mesti berasa bersyukur apabila kita lihat pelbagai kemelut perpecahan dan peperangan dalam dunia ini. Kerajaan MADANI harus dipuji dan disokong kerana mengamalkan dasar perpaduan dalam pelbagaian, unity in diversity.

Walau bagaimanapun, kita mesti berwaspada terhadap anasir-anasir yang cuba menggunakan kepelbagaian ini untuk memecahbelahkan rakyat kita. Saya mengesyorkan kepada kerajaan supaya perkara-perkara berikut selalu ditekankan supaya rakyat kita senantiasa bersatu padu.

Pertama, kepelbagaian itu satu kekuatan dan kekayaan kepada negara kita.

Kedua, kulit dan rupa kita mungkin berbeda tetapi hati kita boleh bersama. Kita berbagai bangsa tetapi kita boleh saling sayang menyayangi antara satu dengan yang lain. Kita mesti menolak mereka yang cuba menanam sikap benci dan dengki di antara kita.

Ketiga, Tuhan adalah Tuhan kepada semua manusia. Tuhan wujud sebelum mana-mana agama. Agama menunjuk kita jalan kepada Tuhan. Kita mesti menolak mereka yang menunggang agama, yang mempertuhankan agama demi untuk memecahbelahkan rakyat kita, demi kepentingan diri sendiri.

draft • 3:03 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Keempat, “Bersekutu Bertambah Mutu”. Ini adalah cogan kata atas Jata Negara kita. Setiap negeri mendapat banyak kebaikan dengan beradanya dalam Persekutuan Malaysia ini. Kita mesti memupuk silaturahim yang baik di antara semua negeri dan wilayah. Janganlah kita memecahbelahkan rakyat kita.

Saya berharap Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah tidak lagi menimbulkan perkara-perkara yang bukan-bukan yang menyakiti rakyat negeri Pulau Pinang. Titik mula Malaysia moden bermula pada tahun 1957 di bawah Perlembagaan Persekutuan. Negeri Kedah hari ini juga ditubuhkan di bawah rangka Perlembagaan Persekutuan ini dan semua Ahli-ahli Parlimen di sini pun telah bersumpah untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan ini.

Isu kedua, iaitu mengenai pendidikan. Tuan Yang di-Pertua, apabila kita menyediakan pendidikan untuk anak-anak kita, ia hendaklah disediakan untuk generasi mereka dan bukannya untuk generasi kita. Bahasa Malaysia mesti dipelajari sebagai bahasa rasmi, bahasa penyatuan dan bahasa perantaraan antara rakyat Malaysia. Tapi kita juga mesti menilai sama ada lain-lain bahasa akan mempunyai nilai ekonomi kepada masa depan murid-murid kita.

Zaman saya di sekolah, bahasa Inggeris merupakan bahasa yang mempunyai nilai ekonomi yang besar. Untuk bekerja di bank, menjadi jururawat, doktor, peguam, akauntan atau profesional yang lain, semuanya memerlukan bahasa Inggeris. Kita mesti berikan pilihan kepada ibu bapa untuk menentukan bahasa ekonomi masa depan anak-anak mereka. Satu bahasa yang mesti dipelajari dan dikuasai oleh semua murid-murid pada hemat saya adalah bahasa teknologi yang terbaru. Murid-murid kita perlu menguasai bahasa komputer, kegunaan aplikasi dan kegunaan artificial intelligence atau AI.

Bahasa teknologi terbaru ini mempunyai nilai ekonomi yang sangat tinggi dan diperlukan untuk kerjaya murid-murid kita pada masa depan mereka. Saya cadangkan bahasa teknologi ini mula diperkenalkan di sekolah menengah kita selepas kita mengajar murid-murid kita pengajian yang asas seperti menulis, membaca, mengira dan nilai-nilai moral di sekolah rendah. Cara penggunaan aplikasi, Photoshop, Word application, Excel, PowerPoint, Video Studio dan bahasa komputer seperti C, C++, C#, Java, JavaScript, Python, JSON, SQL dan lain-lain perlu diperkenalkan semasa mereka masih di sekolah menengah lagi.

Dengan perkenalan dengan kegunaan bahasa komputer dan AI ini, cara pembelajaran mereka juga harus bertukar. Mata pelajaran-mata pelajaran yang sekarang memerlukan penghafalan untuk peperiksaan seperti Sejarah dan Geografi

draft • 3:03 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

mesti bertukar. Ia haruslah dipelajari dalam bentuk assignment ataupun tugasan sekolah dan bukannya melalui dalam bentuk peperiksaan.

draft • 3:03 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Murid-murid diajar rangka sahaja, tajuk-tajuk sejarah dan tanpa memerlukan mengkaji dengan secara terperinci tajuk-tajuk berkenaan. Murid-murid boleh mendapat semua butiran tentang tajuk-tajuk sejarah dan geografi ini melalui talian Internet. Dengan cara ini, mereka boleh meliputi lebih banyak skop tentang sejarah dan geografi ini. Saya berpendapat dengan cara ini, generasi akan datang akan mempunyai pengetahuan yang lebih luas daripada generasi kita ini.

Akhirnya, satu isu tempatan Tuan Yang di-Pertua iaitu tentang isu kekurangan Pegawai Penguat kuasa Alam Sekitar dan Veterinar di Daerah Manjung.

Di Daerah Manjung, tiada satu pun pegawai penguat kuasa alam sekitar. Jabatan Alam Sekitar beroperasi dari Teluk Intan yang mempunyai hanya lima pegawai sahaja yang ditugaskan untuk menjaga empat daerah. Jadi, banyak pencemaran dan pembakaran terbuka tidak dapat dipantau dan penguatkuasaan tidak dapat dilaksanakan.

Begitu juga dengan masalah lalat di Daerah Manjung yang telah berlanjutan bertahun-tahun. Di Manjung hanya ada tujuh staf veterinar, termasuk seorang pemandu. Dan kita tahu di sana, Manjung merupakan satu tempat penternakan ayam yang kedua besar di Malaysia. Setiap hari saya diberitahu, kita menjual lebih kurang 300,000 ekor ayam ke seluruh Malaysia dan juga ke Singapura.

Jadi, ini telah menjadi masalah yang berlarutan dan saya berharap pegawai veterinar ini dapat ditambah supaya penguatkuasaan dapat dibuat dengan baik dan dengan itu, saya berharap kedua-dua kementerian ini dapat mengambil tindakan segera memberikan lebih banyak pegawai Jabatan Alam Sekitar dan juga veterinar ke kawasan Manjung.

Saya dengan ini menjunjung kasih dan menyokong sepenuhnya Titah Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

draft • 3:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Yang Berhormat Beruas.

Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Langkawi.

draft • 3:10 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Saya telah mengikuti Titah Baginda Yang di-Pertuan Agong. Dengan penuh hemat, Langkawi merafak sembah kepada tuanku yang prihatin, very well-versed dengan

draft • 3:13 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

isu-isu yang membelenggu negara dan kerajaan serta rakyat masa kini.

Sememangnya Baginda amat prihatin dengan isu-isu semasa. Sindiran tajam dan teguran keras Baginda wajar diambil perhatian oleh kerajaan. Kita sedia maklum baginda amat hands-on sebagai seorang Sultan di Johor dan kini Yang di-Pertuan Agong kita.

Izinkan saya membawa isu-isu tempatan terlebih dahulu dan juga isu-isu rakyat yang bertemu dengan saya untuk saya perkatakan dalam Dewan ini. Dengar Bang Amir, Bang Kub, Zakaria Bakap dari nelayan Sungai Cenang yang berjumpa dengan saya. Yang meminta saya bangkitkan isu jeti di Kuala Cenang, Mukim Kedawang Langkawi yang amat daif dan semuanya telah pun berlaku tiga tahun yang lepas tetapi masih belum ada tindakan.

Para nelayan memohon agar pembinaan breakwater baharu sepanjang kira- kira 700 meter. Dan breakwater yang ada sekarang Yang Berhormat Speaker, walaupun ada tetapi bila saya bersembang dengan orang-orang di sana, nelayan- nelayan di sana, mereka menyatakan bahawa semasa membina breakwater tersebut, orang-orang kampung memaklumkan kepada jurutera daerah, memaklumkan kepada jurutera JPS, bahawa angin datang dari kanan. Kalau nak buat breakwater, buat sebelah kanan. Tetapi, jurutera yang berpangkat jurutera ini, yang ada IR dan sebagainya, tidak mengikut orang kampung. Buat sebelah kiri. Tak sampai setahun, angin masuk betul-betul sepertimana yang dikatakan oleh orang tua-tua yang telah menjadi nelayan lebih daripada 30 tahun di situ.

Jadi, saya mintalah kementerian supaya apabila nak membina sesuatu, nak mengorek sungai di laut, tanya lah nelayan-nelayan ini terlebih dahulu. Berbincang dengan mereka. Selepas itu kalau tak nak ambil pandangan mereka sekali pun, saya harap pertimbangkanlah pengalaman mereka ini.

Dan di situ juga apabila ribut masuk Yang Berhormat Speaker, maka tiang- tiang telah rosak. Yang dibenam di dalam laut itu rosak. Setakat ini yang dikira enam batang out of 12 dengan izin, yang dilaporkan patah dan bimbang sekiranya mereka berjalan di atas jeti ini tentu sekali lah mereka akan menghadapi bahaya. Dan kemudian daripada platform nak turun ke bot mereka juga rosak dan terbengkalai sudah lama tiga tahun.

Dan ini menjadikan blok LKIM ini tidak dapat digunakan dengan sepenuhnya.

Dan kita yakin dan percaya petang-petang kalau kita pergi di jeti itu, kita dapati adanya pelancong-pelancong asing yang berjalan di situ tepi laut. Maklumlah yang

draft • 3:13 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

nak tengok sunset dan sebagainya. Tetapi malang terpaksa ditutup kepada pelancong kerana mereka tidak dapat masuk ke situ.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, pagi tadi saya mendapat makluman daripada WhatsApp bahawa dalam Jawatankuasa Tindakan Daerah pagi tadi telah pun diluluskan. Satu kontraktor telah pun dipilih dan peruntukan sebanyak yang mengejutkan saya. Malah saya ingat silap baca, saya ingat RM140 juta, rupanya RM140,850. Saya ingat tiga empat batang pun tak boleh selesai.

Jadi, saya minta lah kepada Yang Amat Berhormat Tambun supaya janganlah kami ini dianaktirikan. Ini untuk nelayan. Jadi, saya minta lah kerjasama yang sangat-sangat diperlukan oleh Langkawi. Kalau tak nak buat bangunan setinggi mana di Pulau Pinang itu pun, cukuplah dengan menyempurnakan jeti-jeti yang terdapat di Langkawi tersebut.

Masalah lain yang ditimbulkan, saya berjumpa dengan tuan sami. Kalau kita ini imam masjidlah. Namanya Sami Raja, dan dia mengelolakan satu kuil yang melebihi 100 tahun lebih. Dan tiap-tiap tahun lebih kurang 250 ribu penganut Hindu yang datang berkunjung ke kuil itu, dan pernah mencecah 500 ribu yang hadir ke kuil tersebut. Kuil Sri Raja Muniswarar di Kampung Kisap, dan kuil ini daripada awal lagi ia terletak di atas tanah Loh Boon Siew.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Loh Boon Siew ini siapa yang tak kenal.

Kadang-kadang dia nak beli tanah, rupanya tanah itu dia punya dah. Punya banyaknya tanah dan di Langkawi itu tanah Loh Boon Siew ini begitu banyak sekali.

Dan saya memohon mereka nak dipindahkan. Jadi, saya memohon kepada kerajaan supaya bukanlah mempertahankan kuil ini, tapi kuil ini telah pun menjadi salah satu pusat pelancongan. Jadi, kita minta supaya tolonglah berbincang dengan Loh Boon Siew ini supaya kuil ini tidak dipindahkan.

Langkawi memohon juga kepada Yang Berhormat Menteri supaya suara hati pengusaha bot-bot komersial di Langkawi juga memerlukan subsidi minyak seperti BUDI95 dan BUDI Diesel.

draft • 3:13 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Mereka ini tak dapat. Yang Berhormat, kalau boleh mintalah Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan yang selalu ke Pulau Langkawi agar dapat menyelesaikan masalah mereka ini. Saya ada dua minit lagi Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Rakan-rakan saya di Kementerian Kesihatan baru-baru ini, saya pergi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan rakan-rakan di situ telah berjumpa dengan saya. Mereka melihat kad saya Ahli Parlimen, maka mereka pun memintalah

draft • 3:20 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

kepada saya kerana hospital-hospital badan berkanun, termasuk PPUM ini sekiranya mereka ini mendapat penyakit yang orang kata kondisinya yang berat dan memerlukan— dia dalam bahasa Inggeris ini, “Immunosuppression. A weaken immune system occurs by medication steroid, chemotherapy, illnesses HIV, cancer or treatment transplant”. Kalau kita buat transplan, kita memerlukan immunosuppression ini dan immunosuppression ini sangat mahal Yang Berhormat. Jadi, mereka minta supaya kerajaan mempertimbangkan balik, mengkaji balik supaya badan-badan berkanun, hospital badan-badan berkanun yang bukan di bawah KKM ini diberi kelonggaran dari segi harga ubat-ubatan ini.

Akhir sekali, Yang Berhormat Dato’ Speaker— saya pun panggil Dato’ juga ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, semalam saya mendengar Yang Amat Berhormat Batu Kawan ada membangkitkan isu tuntutan Menteri Besar Kedah ke atas Pulau Pinang, termasuk juga Yang Berhormat Beruas tadi juga membangkitkan isu yang sama. Saya mendengar ucapan Batu Kawan yang menyatakan semasa Yang Berhormat Sik ingin mencelah. Beliau secara seloroh berkata, “Mau ucap, ucap nanti. Mau tuntut, tuntut nanti. Mau bicara, pergi mahkamah”. Jadi, kalaulah Yang Amat Berhormat Batu Kawan pun sudah kata, kita pergilah ke mahkamah. Maka saya rasa tidak ada isu lagi, kita berjumpa di mahkamah sahaja.

[Tepuk] Kenapa nak kita bincangkan lagi. Cukup-cukuplah dan kami rakyat Kedah menyokong Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah dalam tuntutan ini. We are very firm****,** insya-Allah. Dan kami minta kerana ini mengikut perundangan dan kami juga rakyat negeri Kedah hanya menjunjung Titah Tuanku Sultan dengan membawa isu ini ke mahkamah. Tuanku Sultan memberi kebenarannya. Jadi, saya minta Yang di- Pertuan Agong juga dapat menyantuni kami yang juga ingin membawa isu yang dibangkitkan oleh Sultan kami ini.

Jadi, saya harap kalau sudah Yang Amat Berhormat Batu Kawan yang juga Chief Minister of Penang pun menyatakan kita jumpa di mahkamah, maka kita jumpa di mahkamah lah. Insya-Allah, kalau itulah semangatnya, maka perkara ini akan selesai. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya akhiri dengan Wabillahi taufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 3:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Yang Berhormat Langkawi.

Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Kota Marudu, silakan.

draft • 3:20 PM

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Pertamanya, Kota Marudu merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas peluang yang telah diberikan untuk membahaskan Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Dato’ Speaker, sebagai wakil rakyat yang sentiasa menjunjung setia kepada institusi diraja serta mendukung lima teras Rukun Negara. Kota Marudu amat menghayati Titah Diraja yang amat prihatin kepada kesejahteraan rakyat dan menekankan amalan tatakelola pentadbiran kerajaan di semua peringkat yang perlu diperkukuhkan. Titah tersebut wajar menjadi asas dalam pentadbiran kerajaan serta pedoman kepada wakil rakyat dalam melaksanakan amanah, tanggungjawab kepada rakyat dan juga negara.

Dato’ Speaker, 30 peratus daripada inti pati Titah Diraja adalah berkaitan untuk memerangi amalan rasuah. Isu kesejahteraan rakyat, pendidikan, perumahan serta kesihatan juga antara yang ditekankan dalam Titah Diraja. Pengukuhan perpaduan rakyat serta memelihara keharmonian masyarakat majmuk diberikan penekanan dengan menghayati semula niat asal pembentukan Malaysia melalui Perjanjian Malaysia 1963.

Dengan menghormati hak-hak negeri atau wilayah yang terlibat, melalui permuafakatan dalam menangani sebarang pertikaian tanpa mengundang rasa kebencian malah harus hormat-menghormati antara satu dengan yang lain bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang harmoni.

Dato’ Speaker, Kota Marudu mengucapkan tahniah kepada Kerajaan MADANI yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Tambun kerana berjaya mencatat pertumbuhan ekonomi 4.7 peratus pada tahun 2025. Nilai eksport meningkat kepada RM45.4 bilion dengan jumlah dagangan negara yang tertinggi iaitu RM3.061 trilion, pencapaian yang tertinggi negara.

Semua ini merupakan indikasi bahawa ekonomi negara kita kian bertambah kukuh. Dengan pengukuhan ekonomi negara, kita mengharapkan ataupun Kota Marudu mengharapkan limpahan kemajuan untuk keperluan asas rakyat terutama di kawasan luar bandar perlulah diperkasakan oleh kerajaan.

Dato’ Speaker, Kementerian Pendidikan telah pun mengumumkan bahawa kanak-kanak seawal umur enam tahun akan diberikan— akan dibenarkan memasuki Tahun 1 pada tahun depan ataupun 2027. Walaupun ini sesuatu yang baharu, tetapi

draft • 3:24 PM

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

kita menyokong dan berpendapat bahawa rakan-rakan sependapat dengan rakan- rakan Ahli Parlimen yang lain supaya kemasukan umur enam tahun kepada Tahun 1 ini kalau boleh tidak berpilih. Malah Kementerian Pendidikan perlulah mewajibkan kanak-kanak yang berusia enam tahun memasuki Tahun 1 sama rata tanpa ada pengecualian.

Ini amat penting supaya tidak ada gangguan emosi kanak-kanak yang ada tertinggal dari rakan-rakan yang lain atau rasa rendah diri sebab tidak masuk bersama dan rakan sebaya yang mungkin akan ada kesan psikologi jangka panjang.

Ibu bapa pula sentiasa risau akan anak mereka ketinggalan pembelajaran daripada rakan-rakan sebaya yang lain.

Dalam kita bercakap soal kemasukan awal Tahun 1, kita juga jangan lupa bahawa pembelajaran peringkat awal atau tadika perlu diperkasakan dari sudut prasarana. Sebagai contoh, terdapat bangunan tabika di bawah kendalian KEMAS yang amat daif, tidak selamat digunakan kerana bangunan terlalu uzur dan disahkan oleh pihak kesihatan dan juga JKR sebagai bangunan yang tidak selamat tetapi masih digunakan kerana ketiadaan bangunan contohnya Tabika KEMAS di Kampung Lajong, Matunggong, Kota Marudu.

Kota Marudu meminta pihak kerajaan agar memberikan perhatian supaya bangunan baharu dapat dibina demi memperkasakan pembelajaran peringkat awal kanak-kanak. Begitu juga bangunan-bangunan sekolah rendah yang memang telah pun disahkan oleh pihak JKR sebagai bangunan yang tidak selamat.

Saya difahamkan oleh pihak PPD Kota Marudu, bahawa senarai sekolah yang amat perlu dinaik taraf iaitu bangunan yang tidak selamat digunakan lagi telah pun dikemukakan kepada pihak Kementerian Pendidikan untuk tindakan dalam RMK yang ke-13 ini. Sehubungan dengan itu, Kota Marudu memohon agar pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya sesuai dengan fokus keutamaan dalam Titah Diraja.

Dato’ Speaker, kemudahan asas iaitu jalan perhubungan desa amat diperlukan bagi menjamin pertumbuhan ekonomi dan juga kesejahteraan rakyat.

Alhamdulillah, di bawah Kerajaan MADANI yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Tambun, beberapa batang jalan raya sedang dalam pembinaan untuk dinaik taraf di kawasan Kota Marudu. Termasuklah pembinaan Jalan Pan Borneo, rakyat amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan atas usaha Yang Amat Berhormat Tambun dan Kerajaan MADANI bagi kelulusan kewangan yang diberikan untuk semua jalan-jalan yang tersebut.

draft • 3:24 PM

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

Dalam kesempatan ini juga, Kota Marudu sekali lagi mendesak pada Kerajaan MADANI dan juga kementerian yang berkaitan seperti KKDW dan juga JKR agar dapat memberikan keutamaan dan peruntukan bagi naik taraf jalan-jalan seperti berikut iaitu Jalan Guomon, Jalan Rampai, Jalan Keroboko, Jalan Melangkap ke Tagibang dan juga Jalan Bambangan di Daerah Kota Marudu.

draft • 3:24 PM

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

Selain daripada naik taraf jalan-jalan utama Kota Marudu, kita juga meminta atau pun merayu kepada Kerajaan MADANI agar memberikan peruntukan untuk jalan-jalan kebun yang, pada rakyat, ini amat penting untuk ekonomi mereka. Kota Marudu memohon kepada pihak ICU dan juga Kementerian Ekonomi serta KKDW agar memberikan perhatian setiap permohonan yang melibatkan jalan-jalan kebun selain daripada jalan-jalan utama perhubungan desa.

Dato’ Yang di-Pertua, Dato’ Speaker, saya juga ingin membawa suara rakyat Matunggong, Kota Marudu kepada syarikat-syarikat utama pembinaan Pan Borneo.

Rakyat bersyukur dengan usaha kerajaan dalam memulakan pembinaan Pan Borneo yang amat diperlukan untuk merancakkan pembangunan asas rakyat.

Namun, apa yang mengecewakan rakyat bila kenderaan berat serta lori-lori yang melebihi muatan 30 tan yang lalu di kawasan perkampungan atau pun jalan-jalan utama kawasan luar bandar. Seperti Jalan Tinangol ke Indarason Laut telah rosak teruk dengan banyaknya lori-lori yang melalui jalan-jalan yang melebih muatan.

Bukan sahaja jalannya hancur seperti bubur tapi ia menyukarkan kehidupan masyarakat kampung.

Apa yang rakyat minta supaya syarikat kontraktor utama, contohnya Azam Jaya Sdn. Bhd., ini bertanggungjawab untuk memperbaiki jalan tersebut dengan sempurna seperti yang dinyatakan oleh pihak JKR daerah bahawa syarikat-syarikat utama inilah yang bertanggungjawab untuk menyelaras atau pun memperbaiki, menyelenggara jalan-jalan yang rosak ini. Terutama sekali bagi mereka yang menghadapi masalah yang mempunyai kereta-kereta yang kecil. Bukan saja rosak tapi kadang-kadang mereka tidak boleh melalui jalan yang rosak akibat muatan yang lebih ini.

Kota Marudu mohon agar pihak JKR sentiasa memantau dan mengarahkan syarikat-syarikat tersebut melaksanakan pembaikan dan penyelenggaraan yang berkala dengan sempurna.

Dato’ Speaker, isu kesihatan juga merupakan aspek yang ditekankan dalam Titah Diraja. Hampir setiap perbahasan, Kota Marudu akan membangkitkan isu-isu

draft • 3:30 PM

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

kesihatan. Dengan itu, Kota Marudu meminta kepada Kementerian Kesihatan supaya dapat melaksanakan penambahbaikan, bukan sahaja bangunan baru untuk Kota Marudu, tapi juga peralatan-peralatan, penambahan doktor yang sering kali menjadi rungutan kepada rakyat Kota Marudu perlulah diambil kira dan diambil perhatian untuk dilaksanakan dengan segera penambahbaikan yang diminta oleh rakyat.

Begitu juga pembaikan klinik, pembinaan klinik kesihatan di kawasan Sonsogon Magandai dan juga pembinaan klinik di kawasan Sebayan di Matunggong.

Saya mohon supaya pihak Kementerian Kesihatan akan mengambil kira keperluan rakyat untuk disegerakan pembinaan klinik kesihatan ini demi menjamin kesejahteraan rakyat.

Dato’ Speaker, dalam laporan Jabatan Perangkaan Malaysia yang terkini, Sabah masih mencatatkan kadar kemiskinan tertinggi iaitu 0.7 peratus. Kota Marudu adalah antara yang masih tersenarai dalam daerah termiskin. Amat bimbang dalam keadaan semasa ini. Kehidupan rakyat kita belum jauh berubah.

Kita sering ditanya oleh rakyat, apakah perancangan kita untuk mengubah status kehidupan rakyat. Kita semua tahu perkara pokok yang perlu dilaksanakan dan disediakan oleh kerajaan adalah mewujudkan infrastruktur atau kemudahan asas. Masalah jalan perhubungan, masalah bekalan air serta masalah bekalan elektrik perlulah diambil kira dan diambil keutamaan oleh pihak kerajaan kita. Kota Marudu mohon kepada Kerajaan MADANI agar lebih menumpukan usaha membangunkan kawasan luar bandar yang agak jauh tertinggal.

Dato’ Speaker, menghormati dan menghayati Titah Diraja dan juga Perjanjian Malaysia 1963, Kota Marudu amat menghargai kerana Baginda Tuanku amat prihatin dalam perkara ini yang merupakan suatu yang amat penting bagi kami mewakili Wilayah Sabah.

Kota Marudu memohon kepada Kerajaan MADANI agar dapat mempertimbangkan kesegeraan pelaksanaan Perkara 112C dalam Perlembagaan yang berhubung kait pelaksanaan 40 peratus yang merupakan suatu isu yang sedang disensasikan oleh media sosial. Kota Marudu mengharapkan dengan pelaksanaan 40 peratus, mengikut formula yang dipersetujui, akan menamatkan penantian rakyat Sabah secara langsung untuk mengukuhkan hubungan serta kedudukan Kerajaan Persekutuan dan juga Wilayah Sabah. Ini juga akan mengukuhkan keberkesanan bagi menghapuskan rekod kemiskinan serta kelembapan pembangunan di Wilayah Sabah.

draft • 3:30 PM

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

Dato’ Yang di-Pertua, sebenarnya ada beberapa lagi perkara yang saya ingin bangkitkan tapi mungkin masa mencemburui kita. Ada satu perkara yang terakhir iaitu berkaitan rapat dengan keselamatan atau pun nyawa rakyat kita.

Saya meneliti bahawa buaya ini adalah ancaman kepada rakyat di negeri Sabah dan juga Sarawak. Di kawasan saya, kawasan Kota Marudu, hampir setiap tahun ya, banyak atau pun ramai yang telah menjadi mangsa-mangsa buaya ini.

Buaya ini pula adalah termasuk dalam haiwan liar yang dipelihara atau pun tidak boleh dibunuh oleh rakyat kita.

Jadi, saya minta kepada kerajaan satu garis panduan yang khusus kepada rakyat, kepada kementerian dan jabatan yang bertanggungjawab, bagaimana untuk mempertahankan, melindungi rakyat kita yang terdedah kepada masalah serangan daripada buaya ini.

Jadi, Yang di-Pertua, mungkin ini perkara yang ringan bagi kita, tapi ini melibatkan nyawa rakyat kita. Tahun lepas, beberapa insiden di Kota Marudu yang, apa ini, menjadi mangsa. Baru-baru ini, saya mengunjungi seorang anak umur 16 tahun, pemuda kita, belia kita, dia telah dibaham oleh buaya, bergelut dengan buaya 20 minit. Tangannya patah dan seluruh badannya telah luka parah. Nasib baik Tuhan masih sayangkan dia, masih selamat.

Ini yang menjadi asas bagi kita, Dato’ Speaker. Supaya kita minta kerajaan agar biarpun buaya ini termasuk dalam, apa ini, protected animal oleh kerajaan, tapi biarlah kita mengutamakan nyawa rakyat kita. Kalau boleh, kerajaan bila mendapat atau pun jabatan-jabatan bila mendapat aduan daripada rakyat haruslah melaksanakan tanggungjawab untuk mengutamakan keselamatan rakyat kita dengan mengambil tindakan-tindakan yang drastik untuk mengawal populasi buaya di Sabah yang kian meningkat.

Dato’ Speaker, sekian daripada Kota Marudu. Kota Marudu mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 3:30 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih, Yang Berhormat Kota Marudu. Seterusnya, saya persilakan Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Silakan.

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya mulakan dengan ayat Quran...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Mereka yang beriman dan tidak mencampuri iman dengan kezaliman, mereka itulah yang beroleh keamanan.”

draft • 3:36 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tuan Yang di-Pertua, saya menjunjung kasih atas Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong yang mengingatkan Dewan ini bahawa perpaduan nasional, keadilan sosial dan tadbir urus berintegriti adalah asas kelangsungan negara. Titah ini seharusnya kita terjemahkan sebagai komitmen dasar, bukan sekadar retorik politik.

Dalam perbahasan ini, saya ingin mengemukakan gagasan yang disebut sebagai national reconciliation atau pun dalam bahasa Arab disebut sebagai...

[Berucap dalam bahasa Arab] Sebagaimana Ketua Pembangkang, Larut telah pun mengemukakan satu gagasan...

[Berucap dalam Bahasa Arab] Iaitu perpaduan nasional. Namun, perpaduan nasional ini tidak lahir daripada arahan tetapi daripada keadilan yang dirasai, hak yang dipulangkan. Inilah inti kepada maqasid syariah sebagaimana dihuraikan oleh para sarjana Islam, terutamanya Syeikh Alal Al-Fasi dalam kitabnya, Maqasid al-Shariah al-Islamiyyah wa Makarimuha.

Beliau berkata...

[Berucap dalam bahasa Arab] Yang pertama, kata beliau, keadilan dalam maqasid bukan terhad kepada undang-undang di atas kertas tetapi merangkumi keadilan sosial, keadilan antara wilayah dan keadilan peluang. Keadilan bermaksud tiada yang dianakemaskan, tiada yang dianaktirikan, tiada yang dipinggirkan kerana kedudukan atau pendirian politik. Keadilan yang terpilih akan melahirkan ketakutan. Keadilan yang menyeluruh melahirkan kepercayaan dan tanpa kepercayaan, perpaduan tidak akan bertahan.

Yang kedua...

[Berucap dalam bahasa Arab] Memberi hak kepada yang berhak. Hak rakyat bukan sekadar hak bersuara atau hak memilih tetapi hak menikmati kekayaan negara secara adil. Hasil negara sama ada melalui pembangunan infrastruktur, pendidikan, kesihatan atau kebajikan adalah milik seluruh rakyat. Dari sudut maqasid, menafikan hak ini atas sebab politik adalah satu kezaliman struktural. Hak wilayah dan komuniti untuk menerima pembangunan yang saksama mesti dilihat sebagai hak rakyat, bukan sebuah konsesi kuasa.

draft • 3:36 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang ketiga, [Membaca dalam bahasa Arab] Di sinilah, mentadbir urusan rakyat berdasarkan kepada maslahat. Kerajaan teruji dengan perkara ini.

Maslahat bermaksud keputusan dibuat atas keperluan sebenar rakyat, bukan kerana kepentingan politik kepartian, agihan kekayaan antara wilayah, peruntukan kepada Ahli-ahli Parlimen dan wakil-wakil rakyat pembangkang mestilah setara dan keutamaan pembangunan mestilah berpaksikan kepada keperluan, kemiskinan relatif dan impak sosial, bukan siapa yang menyokong atau menentang pentadbiran

draft • 3:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

yang berasaskan maslahat akan menyatukan pentadbiran yang berasaskan kepentingan politik akan memecahbelahkan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam kerangka wahdah nasional, telah diingatkan bahawa perpaduan tidak akan bermakna jika keadilan dikompromi, peringatan yang disuarakan oleh Tuan Guru Parlimen Marang juga wajar direnungi, jangan jadikan kuasa ini benteng perlindungan sehingga institusi kerajaan dilihat sebagai tempat berlindung daripada pertanggungjawaban hukum. Apabila keadilan dilihat selektif, kerajaan akan menarik individu yang mencari perlindungan bukan individu yang mahu membina negara ke dalam kerajaan. Dalam bahasa yang lebih halus, pentadbiran akan sarat dengan beban bukan nilai. Dengan liabiliti bukannya integriti.

Sebuah kerajaan boleh bertahan makmur dan dikenang kerana kebijaksanaan memanipulasi, bukan kerana bijak memanipulasi kuasa tetapi kerana kesetiaannya kepada prinsip. Sejarah menunjukkan kerajaan yang menegakkan keadilan, memulangkan hak dan pentadbir berasaskan maslahat akan menerima keberkatan, keyakinan rakyat, kestabilan jangka panjang dan legasi yang baik.

Sebaliknya kerajaan yang melanggar prinsip- prinsip ini mungkin kelihatan kuat pada hari ini tetapi rapuh pada esok harinya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh juga sebagaimana yang dititahkan oleh Yang di-pertuan Agong. Baginda telah menyentuh soal keselamatan dan ancaman luar negara, wajar bagi memastikan keharmonian antara kaum dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu pendedahan oleh seorang penyelidik bebas melalui bukunya berjudul Bayang Moon di Bumi Malaysia, mengenai sebuah gerakan kultus, sesat, dikenali sebagai Unification Church dari Korea Selatan. Gerakan kultus ini dikatakan aktif berda’yah dengan berselindung di sebalik nama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan program-program bertemakan keamanan global, kepimpinan kekeluargaan dan juga pendidikan. Ada beberapa saksi pelajar, Muslim dari negara Malaysia juga menyedari mereka dida’yah dan merasa tertipu dalam program kumpulan ini ketika dibawa ke Korea Selatan.

Dalam pendedahan tersebut, beberapa nama pimpinan besar negara kita juga dikaitkan. Turut dikatakan terlibat dalam banyak program dengan wakil mereka dari Korea Selatan. Yang Berhormat Menteri KDN pada 7 Januari lalu ketika menjawab soalan wartawan mengatakan bahawa isu ini masih dalam siasatan.

draft • 3:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Saya ingin bertanya, apakah hasil siasatan gerakan ini dan apakah tindakan selanjutnya kerajaan. Kita difahamkan bahawa negara seperti Singapura telah lama mengharamkan gerakan ini dan semua afiliasinya sejak tahun 1982 lagi. Pada masa ini juga Korea Selatan telah menangkap pemimpin tertinggi gerakan ini dan sedang disiasat atas dakwaan jenayah berkaitan rasuah politik dan penyalahgunaan dana organisasi agama. Malah Presiden dan Perdana Menteri Korea Selatan menyokong untuk mengharamkan kultus ini. Manakala di Jepun pula telah mendapat perintah mahkamah untuk membubarkan gerakan ini di sana.

Jadi, apakah tindakan tuntas kerajaan? Kita tidak boleh memandang enteng perkara ini kerana ia melibatkan menginstitusikan gerakan ini dalam kerangka pentadbiran negara kita adalah sebuah kebahayaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang isu yang berkaitan dengan Tabung Haji. Saya ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini bahawa keputusan Tabung Haji berkaitan kenaikan nilai ambang minimum simpanan untuk melayakkan seseorang menerima tawaran menunaikan haji. Isu ini kelihatan teknikal tetapi implikasinya sangat besar kepada keadilan sosial dan falsafah penubuhan Tabung Haji itu sendiri.

Pertama, jangan menjadikan prasyarat 15,000 simpanan minimum untuk dapat menerima tawaran haji. Ini adalah satu pendekatan yang terlalu keras dan tidak lunak kepada realiti kehidupan majoriti rakyat khususnya golongan B40. Kita perlu faham satu perkara penting penolakan tawaran haji oleh sebahagian jemaah bukan semata-mata kerana mereka tidak mampu, tetapi kerana simpanan mereka tidak semuanya berada dalam Tabung Haji.

Ada menyimpan dalam koperasi, dalam ASB, dalam akaun keluarga, emas atau aset kewangan lain, maka menghukum mereka dengan tidak memberi tawaran hanya kerana baki tabung haji tidak mencecah angka RM15,000 adalah tidak adil dan terlalu sempit dari sudut penilaian kemampuan sebenar.

Yang kedua pendekatan yang lebih mesra dan berperikemanusiaan ialah memberi surat tawaran lebih awal. Terutamanya kepada golongan B40 dan warga emas dan menetapkan satu tempoh munasabah tarikh akhir untuk mereka melengkapkan baki simpanan sehingga jumlah RM15,000. Ini bukan sahaja mendidik tetapi juga memberi ruang perancangan dan ruang usaha. Jangan kita terbalikkan logik, sepatutnya tawaran haji membuka pintu persiapan. Bukan persiapan menjadi penghalang kepada tawaran.

draft • 3:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Saya ingin mengingatkan Dewan ini bahawa tentang bahaya berfikir yang terlalu berasaskan angka dan kemampuan tunai semata-mata. Jika hari ini nilai ambang untuk menerima tawaran haji dinaikkan tanpa empati, saya bimbang satu hari nanti nilai ambang untuk sekadar mendapat nombor giliran haji juga akan dinaikkan.

Hari ini 1,300 sudah cukup untuk mendaftar haji, dah dapat nombor, walaupun selepas 175 tahun. Esok akan logik yang sama digunakan, mungkin angka ini dianggap tidak lagi realistik. Ini satu gelinciran dasar yang berbahaya kerana ia bukan menukar ibadat haji secara berperingkat menjadi seolah-olah pakej.

Menukar ibadat haji secara berperingkat menjadi seolah-olah pakej eksklusif untuk golongan berada sedangkan Tabung Haji ditubuhkan untuk membela rakyat marhaen. Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, Tabung Haji bukan sekadar institusi kewangan tetapi institusi amanah umat kejayaannya bukan hanya diukur, melalui kecekapan pengurusan dan angka pulangan tetapi melalui keadilan, akses kepekaan sosial dan juga roh kebajikan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan isu yang berkaitan dengan LGBT yang banyak diperkatakan mutakhir ini. Walaupun kenyataan daripada Menteri Agama yang baru, menyatakan bahawa di antaranya tekanan tempat kerja faktor yang menyumbang kepada penglibatan mereka dengan LGBT, walaupun fakta itu masih boleh diperdebatkan. Namun saya tidak nak pergi ke situ, saya nak mencadangkan bagi mengukuhkan supaya pencegahan dan juga pelaksanaan enforcement, maka beberapa pindaan kepada undang-undang yang sedia ada perlu dipinda.

Saya mencadangkan 377(A), 377(B) dipinda dengan memasukkan seksyen 377(A) dan 377(B) dipinda dengan memasukkan element niat sebagai unsur teras kesalahan selaras dengan prinsip Undang-undang Jenayah Syariah Moden seperti intent-based liability.

Dengan pindaan ini, perbuatan memasuki atau berada pada premis secara nyata direka dan dioperasikan untuk tujuan aktiviti seksual sejenis boleh diambil kira sebagai niat, bukti tanpa perlu menunggu berlakunya pelaksanaan fizikal yang sempurna.

Itu satu.

[Dicelah] Dua perkara yang saya ingin sebut dan akhirnya saya nak bertanya kepada kerajaan. Apakah kerajaan tidak ada kesungguhan untuk menangani isu LGBT ini yang melaksanakan, mewujudkan komiti rentas kementerian bagi melaksanakan kempen anti-LGBT ini dalam media,

draft • 3:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

membangkitkan kesedaran, masuk ke dalam silibus pendidikan di sekolah-sekolah supaya masyarakat sedar bahawa pelakuan ini adalah pelakuan yang tidak bermoral dan tidak berakhlak serta bercanggah dengan hukum agama. Sekian, terima kasih.

draft • 3:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Seterusnya saya persilakan YB Pekan.

draft • 3:40 PM

Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih kepada Yang di-Pertua kerana beri ruang untuk Pekan membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong sempena pembukaan pada 19 Januari 2025 yang lalu.

draft • 3:49 PM

Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Tuan Yang di-Pertua, kesejahteraan rakyat penting melalui reformasi kesihatan, khususnya dalam memastikan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih baik, saksama dan inklusif. Skim Perubatan MADANI adalah antara inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia untuk golongan B40 dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi mendapatkan rawatan pesakit luar secara percuma di klinik swasta yang terpilih di 10 lokasi di negara ini.

Kalau dilihat peruntukan 2023, 2024 dan 2025, peruntukannya ialah sebanyak RM100 juta, manakala pada tahun 2026, cuma RM50 juta. Masalah yang timbul ialah cuma ada 10 lokasi tertentu sahaja di seluruh Malaysia yang menawarkan perkhidmatan klinik panel ini. Sedangkan klinik panel ini perlu ditambah, sedangkan penerima STR adalah lebih ramai dan ini tidak memungkinkan bagi kawasan pedalaman mempunyai akses kepada 10 lokasi tersebut.

Oleh itu, Pekan ingin mencadangkan beberapa penambahbaikan terhadap program ini. Yang pertama ialah memperluaskan klinik berdaftar dan tidak hadkan kepada 10 lokasi sahaja. Sekarang yang ada ialah:

NEGERIBILANGAN KLINIK PANEL
Wilayah Persekutuan1
Selangor4
Johor1
Perak1Pulau Pinang1
draft • 3:50 PM

Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Sabah1
Sarawak1
JUMLAH10

Jadi, kita mohon jasa baik kerajaan untuk menambahkan lokasi yang lebih banyak lagi di kawasan-kawasan lain.

Selain daripada itu, peruntukan juga sewajarnya ditambah demi kesejahteraan rakyat dan memudahkan rakyat iaitu perlu juga dinaikkan setidak- tidaknya RM100 juta seperti tahun-tahun sebelumnya.

Di samping itu, Pekan juga mencadangkan agar had siling sekarang perlu dinaikkan kerana ia nya tidak selari dengan kos sebenar perkhidmatan di klinik swasta seperti cas konsultasi, rawatan, ujian dan ubatan melebihi had ditetapkan.

Buat masa sekarang ialah RM250 untuk keluarga, RM125 untuk warga emas dan RM75 untuk bujang. Jadi, had ini perlu dikaji semula oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, ancaman jenayah moden kini semakin kompleks, melibatkan keselamatan digital, integriti, maklumat serta penyalahgunaan teknologi canggih seperti deepfake. Jenayah ini memberikan kesan langsung kepada keselamatan negara serta kestabilan sosial. Ia nya digunakan untuk penipuan kewangan dan mewujudkan persepsi umum yang negatif terhadap sesuatu perkara dan perkara ini menjadi suatu ancaman dari segi keselamatan dan keharmonian.

Kalau ditinjau dari segi statistik 2025, sebanyak 67,735 kes jenayah digital.

Ini melibatkan jumlah sebanyak RM2.7 bilion kerugian. Penipuan digital kini juga menjadi sebuah industri gelap yang menggunakan AI dan penyamaran untuk memanipulasi mangsa. Manipulasi ini dibuat melalui imej-imej tertentu dan video- video yang negatif dan boleh memberi impak kepada seseorang ataupun memberi impak kepada perkara-perkara yang bersangkutan dengan mana-mana orang.

Dan ini juga melibatkan kebocoran data peribadi yang tidak sewajarnya berlaku dan ini sewajarnya dipertahankan. Selain daripada itu, melalui media sosial juga terdapat penyebaran iklan palsu yang memerangkap mereka yang kurang arif tentang perkara-perkara tertentu untuk menjadi bahan yang bakal ditipu kemudian nanti.

Tuan Yang di-Pertua, Pekan mencadangkan agar kerajaan mestilah meningkatkan keberkesanan pengaplikasian dan penggunaan teknologi pengesanan AI yang lebih canggih dalam menangani jenayah siber.

draft • 3:50 PM

Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Keduanya, kerjasama antarabangsa yang dilaksanakan dalam membanteras sindiket jenayah siber rentas negara mestilah diteruskan dan dimantapkan.

Seterusnya, mewujudkan kesedaran rakyat terhadap pelaksanaan akta Online Safety Act supaya masyarakat lebih peka mengenai pelaporan terhadap sebarang ancaman digital.

Dan seterusnya, mewujudkan integrasi dan kerjasama strategik dengan platform media sosial terhadap setiap kandungan dan iklan di dalam platform mereka.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, ialah tentang pendidikan tinggi dan bayaran balik PTPTN. Sehingga 31 Ogos 2025, sebanyak 4.17 juta pelajar telah menerima bantuan daripada Tabung PTPTN melibatkan jumlah sebanyak RM76.15 bilion. Sebanyak 2.5 juta sedang membuat bayaran pinjaman berjumlah lebih kurang RM25 bilion. Masalahnya ialah ramai antara peminjam culas membuat bayaran balik yang memberi kesan terhadap kemampuan PTPTN menyediakan pinjaman baru kepada pelajar generasi seterusnya.

Antara sebabnya ialah kerana ketidaksepadanan gaji dengan kelulusan apabila mereka tamat pengajian iaitu bekerja di sektor yang tidak setara dengan bidang pengajian yang mengakibatkan peminjam-peminjam ini mendapat pendapatan yang tidak sewajarnya. Contohnya, buat kursus teknologi makanan, bekerja sebagai penyelia kilang kain.

Selain daripada itu, ada juga yang terpaksa menganggur begitu lama dan tidak mampu membuat pembayaran balik kerana mereka ini memang tidak bekerja.

Oleh sebab itu, Pekan mengalu-alukan dasar kerajaan melalui TVET bagi meningkatkan kemahiran dan pengkhususan bagi membolehkan peluang pendapatan yang lebih tinggi kepada peminjam-peminjam dan bagi memudahkan mereka mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian nanti.

Ini membolehkan kemampuan untuk membayar balik itu lebih tinggi, di samping mereka juga akan memperoleh gaji premium yang memampukan mereka untuk membayar balik dengan sewajarnya.

Pekan mencadangkan agar kembalikan semula insentif bayaran balik yang pernah diwujudkan sebelum ini iaitu 20 peratus diskaun bagi bayaran penuh dan 15 peratus diskaun menerusi potongan gaji atau debit terus. Ini boleh mengatasi hutang tertunggak.

draft • 3:50 PM

Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Selain daripada itu, pengesahan peminjam menerusi data daripada KWSP dan Lembaga Hasil Dalam Negeri perlu mendapatkan maklumat-maklumat seperti ini untuk kita mengejar mereka yang culas membayar bayaran balik ini.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum Pekan sudahi ucapan ini, Pekan ingin melontarkan serangkap pantun.

Berbahas tidak menyinggung, Agar hati tidak tersinggung; Terima kasih secara langsung, Pekan mohon menyokong. Sekian.

draft • 3:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Yang Berhormat Pekan.

Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Alor Setar. Silakan.

draft • 3:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sahabat saya, kekanda. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, selamat petang. Terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk mewakili rakyat Alor Setar untuk mengambil bahagian dalam perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada kali ini.

Saya hanya ingin menyentuh dua perkara pokok sahaja. Yang pertama ialah mengenai isu yang diperkatakan ramai tentang dasar baru pendidikan negara, iaitu hal pelaksanaan kemasukan Darjah 1 bagi kanak-kanak berumur enam tahun.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bercakap secara terus terang. Secara jujur, mewakili suara ibu bapa, guru serta pemain industri pendidikan awal kanak-kanak yang mengeluh di luar sana. Perkara pertama ialah cara pengumuman dibuat oleh kerajaan. Kita dapati pengumuman ini flip-flop dan bercelaru.

Mula-mula disebut akan ada ujian diagnostik. Kita pun berbahas, mak ayah pun berbahas, pakar-pakar pun berbahas, netizen pun berbahas. Kemudian, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri umum, ujian itu dibatalkan. Bagus, sebab kebanyakan pandangan memang setuju tidak perlu ada ujian diagnostik ini. Tapi, isunya ialah nampak sangat bahawa pengumuman dasar yang besar ini dibuat secara tergesa-gesa, macam tak ada kajian yang lengkap, macam tak ada data yang mencukupi. Kemudian, Menteri pula sebut dasar ini dibuat secara sukarela, pilihan.

Soalnya, nak buat benda yang besar tapi cara umum ni macam benda ni benda kecil.

draft • 4:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Tuan Yang di-Pertua, akibatnya ibu bapa, kita semua, mak ayah jadi resah tak tentu arah. Takut anak ketinggalan, tak masuk belajar umur enam tahun, takut nanti orang lain pergi dulu, kita di belakang, guru jadi kelam kabut, sekolah pun tak pasti kelas cukup ataupun tidak, berapa kekosongan yang masih ada untuk isi yang umur enam tahun, berapa kemampuan kelas kita, silibus kita siap ataupun tidak, fasiliti cukup ataupun tak cukup? Semua ini telah disebut dengan panjang lebar.

Putrajaya pun pernah sebut dalam perbahasan yang lalu secara panjang lebar.

Tuan Yang di-Pertua, ini bukan isu kecil. Ini isu masa depan anak-anak. Cara kerajaan umum ini seolah-olah memberi mesej umum dulu, baru kaji kemudian.

Kalau begini caranya kerajaan buat dasar, ini bukan saja dasar itu rosak, kepercayaan rakyat pada kerajaan juga boleh rosak, Tuan Yang di-Pertua.

Yang kedua dalam isu ini juga, pelaksanaan dilihat tergesa-gesa. Sebelum ini, umum dalam RMK13, kita berbahas tahun lepas. Jangka masa perancangan lima tahun laksana. Sama ada lepas lima tahun atau baru buat ataupun dalam tempoh lima tahun buat. Itu semua kita dah terima. Tapi, tiba-tiba umum Januari tahun depan, terus mula. Tak sampai setahun. Adakah sekolah kita benar-benar bersedia? Cukup kah bilik darjah? Guru kita macam mana? Bagaimana pula dengan ibu bapa? Dasar pendidikan bukan boleh dibuat dengan cara tekan butang cepat, terus jadi. Tak boleh.

Perkara ketiga dalam isu ini, Tuan Yang di-Pertua, yang paling jarang disebut ialah nasib prasekolah. Hari ini, kita ada tadika kerajaan, tadika swasta. Ada para pendidik pra— pendidikan awal kanak-kanak di prasekolah. Semua mereka ini akan terkesan kalau dasar ini dilaksanakan nanti.

Prasekolah swasta, dasar ini boleh menyebabkan mereka kehilangan separuh pelajar yang enam tahun dah masuk Darjah 1. Bermakna, kalau dibaca dari sudut perusahaan prasekolah swasta ini, separuh daripada pendapatan mereka mungkin hilang. Dianggarkan ada 9,100 buah prasekolah swasta dalam negara kita.

Kalaulah satu prasekolah itu ada 10 orang guru, maknanya, ada lebih 90 orang guru prasekolah yang berisiko terjejas kalau dasar ini dibuat pada Januari tahun depan. Soalan saya, ke mana mereka ini akan pergi? Siapa akan tanggung keluarga mereka? Apa kerajaan beri pilihan kepada mereka selepas mereka tidak lagi menjadi guru di prasekolah?

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 4:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Tuan Yang di-Pertua dan Tan Sri Yang di-Pertua, kami bukan menolak perubahan. Tapi, kami menolak perubahan yang kelam kabut, yang tergesa-gesa.

Menteri buat kerja macam tak ada data. Padahal semua data tu hanya dapat diperoleh dengan begitu mudah. Semua sebelah sana, sebelah sini pernah jadi kerajaan. Sana sedang jadi kerajaan. Takkan semudah itu data tak dapat nak ambil daripada pegawai?

Cadangan saya yang pertama, selain daripada cadangan Putrajaya sebelum ini, saya mohon masukkan sekali. Tangguh dulu pelaksanaan ini. Buat kajian menyeluruh. Bagi betul-betul ada maklumat berapa banyak kekosongan ada dalam kelas? Guru macam mana? Ibu bapa macam mana? Pakar pendidikan kata apa?

Apa pula kata para pengusaha-pengusaha tadika? Bagi tempoh. Kalau tak boleh setahun, dua tahun, tiga tahun, empat tahun. Beransur-ansur, berfasa. Kalau tak boleh berfasa, tunggu empat tahun. Buat sekali gus. Tengok apa pros and cons.

Jangan dibuat secara tergesa-gesa. Rakyat boleh terima perubahan asalkan diberi masa.

Cadangan kedua untuk isu ini, buat penilaian impak kepada prasekolah.

Kerajaan mesti buat kajian penilaian impak, berapa tadika akan terjejas, berapa guru akan hilang kerja, apa pelan nak selamatkan industri prasekolah, apa laluan kerjaya baru untuk guru-guru prasekolah? Mereka terpaksa ambil ijazah perguruan yang baru. Sebelum ni mereka mungkin ada praijazah ataupun diploma prapendidikan awal kanak-kanak. Jangan kita buat dasar yang besar tapi tutup mata kepada puluhan ribu rakyat yang mungkin akan menjadi mangsa.

Cadangan yang ketiga, yang akhir untuk isu ini Tan Sri Yang di-Pertua.

Kerajaan kena urus naratif dengan lebih matang dan efisien. Cara kerajaan umum dasar kena perbaiki. Sepatutnya bila umum dasar, kena menenangkan rakyat, bukan menambah keresahan, kena meyakinkan bukan sekadar mengejar populariti.

Dasar pendidikan bukan bahan eksperimen politik. Kalaulah berulang kali Menteri Pendidikan umumkan naratif yang menghuru-harakan negara, isu buli. Hari itu, isu bunuh di sekolah. Kes Zara pun tak selesai lagi. Kemudian, isu ini pula.

Saya cadangkan dalam Dewan ini Menteri Pendidikan mesti ditukar oleh Perdana Menteri. Menteri Pendidikan menjadi liabiliti pada Kerajaan MADANI pada hari ini. Kalau Perdana Menteri PMX dengan seluruh barisan Kabinet MADANI ini nak terus bergerak laju, kena tukar Menteri Pendidikan.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Alor Setar, Alor Setar minta penjelasan. Alor Setar, Alor Setar.

draft • 4:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Lantik Jelutong pun tak apa jadi Menteri.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Alor Setar, minta penjelasan. Sikit, boleh?

draft • 4:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Ya, silakan bakal Menteri Pendidikan.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Alor Setar, Alor Setar setuju dengan saya inisiatif dan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri adalah sesuatu yang telah diumumkan selepas penelitian dibuat, kajian dibuat, pelbagai penyelidikan telah dibuat.

Adakah Alor Setar mengambil tahu inisiatif yang diambil itu? Berapa lama mereka telah selidik perkara ini? Bukan huru-hara Alor Setar. Yang huru-haranya, huru-haranya adalah negeri Perlis yang huru-hara.

draft • 4:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Okey, okey. Faham.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Faham tak? Bila Menteri Besar itu digulingkan, baru huru-hara.

draft • 4:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Apa kona jauh sangat ni?

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bila PAS dan Bersatu bergaduh....

draft • 4:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Ini Parlimen, bukan Pulau Pinang boleh kona. Apalah!

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tak, bila PAS Bersatu bergaduh, huru-hara lah. Itu yang huru-hara.

draft • 4:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Pi makan nasi kandarlah woi! Dahlah! Cukup, cukup, Tan Sri.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Itu yang huru-hara.

PAS dan Bersatu bergaduh di Perlis, itu yang huru-hara.

draft • 4:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Tengok, Tan Sri. Apa ni?

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

You orang tak boleh berdamai, bergaduh di Perlis. Itu yang huruhara.

draft • 4:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Okey, saya faham, saya faham. Terima kasih. Baik. Tan Sri Yang di-Pertua. Dasar ni kita

draft • 4:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

bincang di sini. Kita, Ahli Parlimen dilantik rakyat, bersuaralah. Kalau salah, betulkan.

Kalau dah betul, teruskan. Itu tak ada masalah apa-apa. Ahli Parlimen sebelah kerajaan pun ada yang memberi kritikan terhadap dasar. Ini apa masalahnya? Aduh.

Pi makan nasi kandar dululah. Tan Sri Yang di-Pertua, saya beralih kepada isu kedua, isu yang terakhir. Sepertimana titah Yang di-Pertuan Agong, saya bangun hari ini bukan sekadar membawa suara parti. Yang di-Pertuan Agong pun titah begitu. Bawa suara rakyat. Satu suara kumpulan yang paling kerap disebut tapi kurang didengar oleh kebanyakan kita ialah suara anak muda Malaysia.

Kita selalu cakap anak muda ini harapan negara. Tapi, apabila tiba masa buat dasar, anak muda banyak jadi penonton. Bila tiba pilihan raya, anak muda jadi tukang pasang poster, jentera parti, tukang sorak. Lepas tu, anak muda balik jadi rakyat biasa. Kena fikir hutang PTPTN. Tadi, Yang Berhormat Pekan ada sebut, sewa rumah mahal. Gaji dia dapat RM1,700-RM2,000. Kena beli harga nasi ayam nak makan sepinggan RM9.50–RM10. Akaun TikTok ada kena sekat sebab kritik kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, anak muda hari ini tak minta bulan bintang. Anak muda cuma tanya soalan mudah. Bolehkah aku hidup selesa dengan gaji ini? Bolehkah aku beli rumah? Kerja aku ni stabil ataupun tidak? Negara ini yang ada hala tujukah ataupun tukar dasar setiap kali kena kritik? Soalan-soalan ini bukan minta perubahan luar biasa. Ini soalan untuk anak muda hidup dengan normal, lebih stabil dan kehidupan yang lebih munasabah.

Tapi Tan Sri Yang di-Pertua, malangnya politik kita hari ini. Politik kita hari ini masih sibuk bincang benda-benda yang saya anggap macam kadang-kadang itu merugikan masa, membuang masa Dewan. Masih sibuk bincang siapa nak jatuhkan siapa, masih sibuk tengok siapa tikam belakang, masih sibuk nak jadi siapa abang besar, masih sibuk bincang siapa boleh lompat lebih jauh dalam parti.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Alor Setar, Alor Setar.

draft • 4:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Perkara- perkara ini telah pun banyak kali ini disebut.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jelutong.

draft • 4:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Saya tak bagi laluan dah Jelutong. Saya dah bagi dah tadi, Tan Sri. Saya nak habiskan point saya ni.

draft • 4:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Minta maaf Jelutong. Kadang-kadang rakyat tengok Parlimen ini macam tengok drama bersiri. Saya yakin Tan Sri Yang di-Pertua pun setuju. Saya rasa Tan Sri Yang di-Pertua, orang yang kena lalui ujian jantung banyak kali kut fasal nak kena handle, betul! Semua orang tak suka situasi ini, macam tengok drama bersiri.

Parlimen ini musim satu bergaduh, musim kedua bergaduh, musim ketiga tukar pelakon tapi masih gaduh lagi. Saya rasa Bentara-bentara, pekerja-pekerja Parlimen pun semua dah macam gelak je tengok situasi ini Tan Sri Yang di-Pertua.

Anak muda tengok semua ini dan mereka kata kalaulah macam inilah suasana politik, lebih baik aku fikir diri aku sendiri, aku cari duit selesai, tak fikir hal politik. Ini sangat merbahaya, Tan Sri Yang di-Pertua. Anak muda hari ini bukan macam dulu. Mereka celik isu, maklumat hujung jari, laju, banyak, berani. Apa saja isu berlaku ekonomi, rasuah, kos sara hidup, salah tak diurus, mereka response. Dia buat video, ada yang menulis, ada yang melukis, ada yang buat lagu. Kreativiti sudah menjadi bahasa protes anak muda. Malangnya, bila anak muda bersuara, ada yang ditangkap, ada yang disiasat berjam-jam, ada akaun media sosial lenyap tiba-tiba, digantung, dibenamkan, senyap.

Anak muda tertanya-tanya rakyat sudah tidak boleh bersuara kah? Saya tak rasa begitu tapi nampaknya macam mereka rasa begitu. Yang peliknya, orang duduk di bangku kerajaan hari ini sebahagian, saya tidak kata semua. Dulu berguling atas jalan raya, bersorak tentang demokrasi, kebebasan bersuara menentang kezaliman.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya nak landing. Politik kita pada hari ini kena pergi pada politik baru. Anak muda perlukan politik baru, politik yang matang yang tak takut untuk dikritik. Kalau betul, jawab. Kalau salah, betulkan. Bukan tangkap, bukan ugut, bukan tekan. Anak muda tak minta banyak. Cuma mereka cuma nak mereka didengari, dihormati, bukan ditakut-takutkan. Tapi apa yang berlaku hari ini, anak muda masih tengok kita terperangkap dengan politik dendam. Tak habis-habis. Ada mesyuarat pembangunan daerah. Saya dah sebut sebelum ni. Wakil rakyat kita daripada Pahang, YB pembangkang tak dijemput untuk masuk mesyuarat. Di Kedah, kita jemput ADUN pembangkang masuk mesyuarat.

Tan Sri Yang di-Pertua, ini soal parti, bukan soal— ini bukan soal parti, ini soal prinsip. Pembangunan bukan guna duit rakyat— pembangunan guna duit rakyat bukan guna duit parti. Yang lagi pelik, pemimpin parti kerajaan boleh masuk sekolah.

Pakai baju parti, kempen terang-terangan tapi pembangkang masuk pintu pagar sekolah pun tak boleh. Ini sekolah awam bukan cawangan parti politik. Negeri pula,

draft • 4:10 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

ada Menteri Besar di negeri pembangkang tak dilibat dalam mesyuarat pembangunan negeri. Pengerusinya siapa? Menteri daripada Persekutuan. Negeri ada kerajaan, ada pentadbir. Menteri besar jadi ketua tapi mesyuarat pembangunan negeri, MB diketepikan. Macam negeri tak ada kerajaan. Macam kawasan itu tak ada wakil rakyat.

Tan Sri Yang di-Pertua, akhir sekali, sudah 3 tahun kita duduk di Parlimen.

Ahli-ahli Parlimen Kerajaan dapat RM3.7 juta setahun, pembangkang kosong. Kalau kita kira semua Ahli Parlimen pembangkang patut dapat 3 tahun ni RM11.1 juta bukan dapat pada diri dia tapi untuk rakyat. Darab 68 Ahli Parlimen pembangkang jumlahnya RM754 juta. Ini bukan duit kecil Tan Sri, ini duit rakyat. Saya minta kerajaan, kementerian berkenaan jelaskan, duit ini ke mana perginya selama 3 tahun? Siapa simpan duit ini? Guna untuk apa? Untuk siapa guna duit ini? Kerajaan wajib jawab.

Tan Sri Yang di-Pertua, ini betul-betul akhir Tan Sri Yang di-Pertua. Anak muda tak minta politik yang sempurna. Anak muda minta politik yang baru, yang waras, pemimpinnya yang waras, memimpin dengan ikhlas, masa depan dengan jelas. Kalau kita ahli-ahli politik sebelah sini atau pun sebelah sana, tak kira warna apa bendera, kalau kita masih mahu hidup dengan cara politik lama, anak muda tak akan marah. Cuma mereka akan buat satu perkara yang paling merbahaya, mereka sudah tidak mahu ambil peduli tentang politik. Waktu itu apabila rakyat mula menjauh, negara jadi lemah, kuasa luar senang masuk campur, senang tekan, senang guna negara kita ikut kepentingan mereka.

Sebelum semua ini berlaku kita kena berani bebaskan cara politik kita yang lama. Bergerak kepada politik baru yang matang, yang memberi kesejahteraan kepada rakyat. Reset semula hala tuju negara, buang perbezaan, cari titik persamaan. Kita bina apa yang disebut oleh Ketua Pembangkang konsensus nasional dan yang paling penting kembali kepada penyelesaian Islam. Pantun penutup Tan Sri Yang di-Pertua, betul-betul penutup.

*Lahar koyak di tengah samudera, Nakhoda leka hilang arah; Bila rakyat hilang percaya, Negara lemah mudah dijajah.

Sirih disusun dalam dulang, Pinang muda siap dimakan; Ayuh bina politik matang, Islam jalan penyelesaian.*

draft • 4:10 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Pergi ke hulu mencari rotan, Rotan di bawa tepi perigi; Jika teguran dianggap ancaman, Tunggulah jawapan di peti undi. Terima kasih. Alor Setar, mohon menyokong.

[Tepuk]

draft • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Libaran.

draft • 4:10 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Merafak sembah menyanjung setinggi-tinggi kasih ke Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas. Titah Tuanku jelas menuntut supaya negara ini tidak terus bergerak secara rutin. Ia menuntut perubahan secara berfikir, keberanian dalam dasar, ketegasan dalam pelaksanaan supaya kesejahteraan rakyat benar-benar menjadi keutamaan.

Tan Sri Yang di-Pertua, Tuanku menegaskan bahawa sistem pendidikan negara mesti terus di perkasa sebagai asas pembinaan bangsa dan negara. Namun demikian, negara masih berhadapan dengan isu ketidakpadanan antara latihan akademik yang diterima pelajar dengan keperluan sebenar pembangunan negara.

Jurang ini paling ketara dalam bidang kemahiran teknikal, pendidikan gunaan dan inovasi yang menuntut pendedahan kepada situasi sebenar di lapangan. Bukan sekadar penguasaan teori di bilik kuliah, di Sandakan terdapat IPTA yang menempatkan ribuan pelajar, ratusan tenaga akademik serta fasiliti yang dibangunkan menggunakan dana awam dan juga sepatutnya dimanfaat secara optimum.

Pada masa yang sama, agensi penyelidikan kerajaan seperti MARDI dan REM menerima peruntukan tahunan yang signifikan bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan negara. Namun, kerjasama yang tersusun dan berterusan antara agensi ini dengan institusi pendidikan tempatan masih belum dimaksimumkan sebagai satu ekosistem pembelajaran dan penyelidikan yang saling memperkukuh.

Akibatnya pelajar-pelajar terpaksa— peluang untuk terlibat secara langsung dalam penyelidikan sebenar yang membolehkan mereka membina kemahiran praktikal.

Penglibatan sedemikian bukan sahaja memperkukuh proses pembelajaran malah membentuk graduan yang lebih bersedia memasuki alam pekerjaan dan mempunyai nilai tambah apabila bergraduasi. Oleh itu, kerajaan wajar menjelaskan sama ada pendekatan silo ini akan diteruskan atau kerajaan bersedia menyusun

draft • 4:15 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

semula ekosistem pendidikan dan penyelidikan supaya projek penyelidikan agensi kerajaan dilaksanakan secara tersusun bersama IPTA, pelajar dan agensi penyelidikan.

Tan Sri Yang di-Pertua, keselamatan digital dan kedaulatan teknologi dalam menghadapi ancaman moden. Menjunjung Titah Yang di-Pertuan Agong mengenai ancaman keselamatan, moden dan keperluan kesiapsiagaan negara. Namun isu yang lebih strategik ialah pendekatan perolehan kerajaan terlalu bergantung kepada sistem dan perisian asing bagi fungsi kritikal keselamatan negara. Agensi seperti NADMA, Majlis Keselamatan Negara dan Angkatan Tentera Malaysia seharusnya menjadi peneraju dalam memperkasa penggunaan sistem yang dibangunkan oleh syarikat tempatan khususnya bagi sistem operasi, analitik, pengurusan data dan sokongan keputusan.

Banyak sistem asing telah digunakan oleh kerajaan dengan justifikasi ia nya telah digunakan oleh negara lain lalu dianggap lebih selamat walaupun kesesuaiannya dengan konteks dan keperluan negara tidak diuji sepenuhnya.

Pendekatan ini secara tidak langsung menutup ruang kepada syarikat tempatan untuk membangunkan, menguji dan membuktikan keupayaan mereka dalam sektor awam walaupun bakat dan kepakaran tempatan tersedia. Risiko pendekatan ini merangkumi keterikatan berpanjangan, risiko keselamatan data strategik serta potensi gangguan operasi sekiranya berlaku perubahan dasar ataupun faktor geopolitik negara asal teknologi.

draft • 4:15 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Persoalannya, sampai bila negara mahu terus membayar mahal kepada pembekal luar sedangkan sistem tempatan boleh dibangunkan mengikut keperluan operasi keselamatan dan kedaulatan negara sendiri? Saya berpandangan, kerajaan perlu menempatkan dasar keutamaan nasional supaya agensi seperti NADMA, MKN dan ATM memberi ruang melalui projek rintis dan pelaksanaan berperingkat kepada sistem tempatan.

Tan Sri Yang di-Pertua, keupayaan dan kebajikan PDRM, Pasukan Gerak Am sebagai teras keselamatan wilayah. Menjunjung Titah Yang di-Pertuan Agong yang menegaskan keperluan negara berhadapan dengan ancaman keselamatan moden serta jenayah berat secara berkesan.

Saya ingin menarik perhatian Dewan kepada keupayaan sebenar pasukan keselamatan di lapangan, khususnya PDRM dan Pasukan Gerak Am di Sabah dan di kawasan Sandakan. Antara isu utama yang dibangkitkan oleh anggota di peringkat

draft • 4:20 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

pelaksanaan ialah kekurangan aset operasi, sehingga memerlukan perkongsian dan batalion lain. Dalam konteks kawasan operasi yang luas dan keperluan respons pantas, keadaan ini bukan sahaja menjejaskan kecekapan, malah boleh memberikan implikasi langsung kepada keselamatan anggota sendiri.

Di samping itu, isu kuarters anggota PDRM, PGA di Sabah masih belum ditangani secara menyeluruh. Terdapat anggota terpaksa menyewa jauh daripada tempat bertugas, sekali gus memberikan kesan kepada kesiapsiagaan operasi, kebajikan keluarga dan tekanan kos sara hidup.

Saya juga ingin membangkitkan isu latihan dan penempatan anggota.

Terdapat anggota PDRM yang telah mengikuti latihan khusus termasuk dalam bidang perisikan dan intelligence, namun apabila tamat latihan, mereka tidak ditempatkan di bahagian atau unit yang manfaatkan kepakaran tersebut. Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan pembaziran pelaburan latihan yang telah ditanggung oleh negara, malah menjejaskan keberkesanan operasi apabila kemahiran khusus yang dimiliki tidak digunakan di lapangan. Dalam konteks ancaman keselamatan moden semakin kompleks, latihan khusus sepatutnya disusuli dengan penempatan yang bersesuaian agar keupayaan pasukan benar-benar dimaksimumkan.

Saya juga ingin menyentuh soal elaun khas operasi anggota PGA di Sabah sering terlibat dalam operasi berpanjangan di kawasan berisiko dan mencabar.

Namun, struktur elaun khas sedia ada tidak sentiasa mencerminkan tahap risiko, tempoh penugasan dan realiti tugas di lapangan. Oleh itu, saya ingin kerajaan menjelaskan, apakah perancangan khusus bagi memperkukuh keupayaan Pasukan Gerak Am di Sabah termasuk penilaian keperluan aset, perancangan kuarters, semakan elaun khas operasi serta penyelarasan latihan dan penempatan anggota supaya kepakaran yang dibina, benar-benar dimanfaatkan di lapangan?

Tan Sri Yang di-Pertua, sektor kesihatan perlu dibincang dengan lebih teknikal kerana inilah komponen paling cepat dirasai rakyat. Saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan MADANI kerana atas keprihatinan dan kerjasama Kementerian Kesihatan telah pun meluluskan sebanyak RM22.8 juta bagi menambah baik Duchess of Kent. Namun, tidak menyelesaikan isu kapasiti dan kesesakan jangka panjang. Dalam keadaan ini, isu yang berlaku bukan sekadar kesesakan wad, tetapi tekanan menyeluruh pada ekosistem klinikal.

Dalam konteks wilayah yang mempunyai jarak perjalanan jauh, kelewatan dua minggu ataupun sebulan, bukan angka kecil, tapi perbezaan antara rawatan awal dan rawatan komplikasi. Justeru, saya ingin kerajaan menjelaskan dengan

draft • 4:20 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

terang, apakah pelan yang spesifik untuk kluster Sandakan dan Libaran bagi mengurangkan tekanan terhadap hospital rujukan?

Cadangan saya, jelas dan praktikal. Pertama, wujudkan pelan pengurangan kesesakan berasaskan aliran pesakit untuk hospital rujukan Sandakan dengan sasaran masa menunggu dan sasaran kadar discaj yang disokong oleh pengukuhan klinik premier. Kedua, tingkatkan keupayaan klinik kesihatan dan klinik komuniti di Libaran untuk pengurusan penyakit kronik melalui tambahan pegawai perubatan, latihan farmasi dan akses diagnosis asas.

Ketiga, perluaskan penggunaan teleperubatan untuk temu janji susulan dan trigger case supaya perjalanan jauh hanya berlaku bagi kes yang benar-benar perlu hadir secara fizikal. Keempat, wujudkan penjadualan pakar secara wilayah supaya akses pakar tidak terlalu beruntung kepada satu titik sahaja.

Tan Sri Yang di-Pertua, kesejahteraan rakyat sebagai ukuran kejayaan dasar negara. Tuan Yang di-Pertua, Libaran mempunyai populasi yang besar, berselerak dengan kepadatan yang berbeza mengikut lokaliti yang menuntut perkhidmatan asas lebih fleksibel dan bersifat wilayah.

Dalam aspek perumahan dan persekitaran hidup, isu sebenar Libaran bukan sekadar harga, tetapi akses kepada kemudahan harian dan sambungan mobiliti.

Kawasan seperti Tinusa, Sungai Obar, Kampung Tinusa, Sentosa serta penempatan sekitar Taman Fajar mempunyai pola kehidupan yang berbeza, tetapi berkongsi satu masalah yang sama iaitu kos masa dan kos perjalanan.

Jika perumahan mampu milik dibangun tanpa akses pengangkutan yang munasabah, tanpa laluan alternatif yang selamat dan tanpa jaringan perkhidmatan setempat, rakyat akhirnya menanggung kos tersembunyi setiap bulan. Kawasan Tinusa sendiri sering dibangkitkan dari sudut keperluan jaringan laluan yang lebih baik kerana pertumbuhan penduduk dan kesesakan akses setempat.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya nak landing. Menjunjung Titah Tuanku, menuntut keberanian untuk beralih daripada pendekatan lama, pendidikan mesti relevan, pembangunan mesti berasaskan hasil, teknologi mesti berdaulat dan kesejahteraan rakyat mesti menjadi ukuran utama kejayaan negara.

Dengan semangat inilah, saya menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan menyeru agar Dewan yang mulia ini memastikan Titah tersebut diterjemahkan kepada tindakan yang berkesan, demi masa depan Malaysia. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

[Tepuk]

draft • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Pasir Puteh.

draft • 4:20 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan untuk berbahas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini. Di dalam Titah Baginda, perenggan yang ke-22 ditekankan yang berbunyi, “Hakikatnya hak-hak negeri perlu sentiasa dihormati”. Kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara federalisme. Kita ada Kerajaan Persekutuan, kita ada kerajaan negeri. Kita sudah tiba masa untuk matang di dalam berpolitik. Jangan sekali-kali isu membabitkan rakyat umum, kita ikatkan dengan taksub kepartian kita yang sempit. Saya juga menyokong sebagaimana yang disebut oleh sahabat saya adinda Alor Setar. Politik matang sejahtera ini perlu dijunjung oleh rakyat Malaysia.

Lantaran itu, suka saya menyuarakan yang pertama, prasarana negeri-negeri di Pantai Timur. Prasarana ini sangat mustahak. Antaranya, LPT3 yang sekian lama terbantut. Bila sampai sahaja di Gemuruh, pelan asalnya sampai sehingga ke Besut, Terengganu dan sehingga naik sampai ke Kota Bharu, dihentikan di Gemuruh sahaja. Saya kira, LPT3 ini perlu diambil tindakan segera untuk merancakkan lagi ekonomi di dalam negara kita.

Yang kedua, suka saya sentuh kedudukan hospital di Pasir Puteh, Kelantan.

Penduduk di Pasir Puteh ini, pengundi sahaja pun ratusan ribu jumlahnya. Kalau kira dengan anak-anak semua sekali, hampir mencecah 400,000 ke atas. Sudah tiba masanya hospital-hospital di peringkat daerah ini di-upgrade menjadi hospital bertaraf pakar ataupun kluster A.

draft • 4:27 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Jadi, saya minta kepada kementerian supaya memikirkan satu kaedah untuk mengagihkan peruntukan negara kita ini agar hospital-hospital bukan saja di Pasir Puteh, Kelantan tetapi di daerah-daerah lain yang mempunyai penduduk yang padat supaya dinaik taraf. Paling tidak, hospital ini ada pakar-pakar tertentu, pakar mata.

Paling tidak, biar ada satu orang dan begitulah seterusnya.

Seterusnya, saya ingin menyentuh masalah di Pelabuhan Tok Bali di Kelantan. Pelabuhan Tok Bali adalah satu kawasan yang sangat berpotensi kerana di sebelah Laut China Selatan ini. Pelabuhan Tok Bali ini akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di Pantai Timur. Saya mengharapkan shipyard, dockyard dan dry dock dibina di Pelabuhan Tok Bali ini kerana ketiga-tiga ini, dia akan memberi

draft • 4:30 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

manfaat kepada kapal-kapal yang besar yang akan berlabuh di sana. Kalau tidak ada benda ini, sukar bagi kapal besar untuk berlabuh di Tok Bali. Begitu juga dengan kapal-kapal yang kecil juga akan berhadapan dengan masalah.

Jadi, selain daripada adanya shipyard bersepadu ini, saya juga ingin menyebut bahawa perlu diwujudkan pemangkin rantaian industri laut di kawasan ini supaya kawasan Tok Bali ini menjadi satu kawasan yang menjadi pemangkin kepada hab halal di dalam negara kita kerana kedudukan dia, geografi dia. Dan penggunaan hab halal ini sangat besar dan kebetulan negeri Kelantan Darul Naim ini adalah sebuah negeri yang mengutamakan isu hab halal ini, insya-Allah. Yang ketiga yang ingin saya sebut di sini iaitulah berkenaan dengan pertanian. Saya nak tanya pihak kementerian, di mana perginya SMART SBB.

Sepatutnya SMART SBB yang pernah melonjak SSL pengeluaran padi negara kita begitu tinggi, hari ini menjunam turun balik. Dan isu sebagaimana yang disebut oleh kawan-kawan, sehingga harga padi ini dipotong sampai 65 peratus. Ini satu benda yang tak masuk akal.

Macam mana petani nak makan, 35 peratus daripada penanaman dia. Dan apa kaedah yang telah dibuat oleh kerajaan untuk menerokai kawasan-kawasan baharu? Apa pendekatan yang diambil oleh kerajaan? Sawah-sawah padi yang tidak cukup bekalan air iaitulah saliran-saliran yang moden yang perlu dibina oleh kerajaan, apa pendekatan yang telah diambil?

Begitu juga dengan isu racun, benih dan seumpamanya. Jadi, saya minta Kementerian Pertanian mengambil fokus perkara ini kerana isu makanan asasi negara ini adalah isu yang sangat besar yang perlu kita ambil cakna. Tak kira parti apa sekalipun, negeri mana sekalipun, isu padi dan beras ini adalah isu makanan asasi di dalam negara kita.

Seterusnya, Titah Diraja ini menyebut di mukadimah dan beberapa perenggan, isu yang menyentuh rasuah. Saya ucap ribuan terima kasih kepada Menteri Pertahanan yang telah pun membentangkan satu pembentangan menceritakan isu rasuah yang melanda Kementerian Pertahanan. Bukan sahaja Kementerian Pertahanan, hatta di bawah kementerian-kementerian yang lain, negara kita ini tak pernah sunyi daripada dahulu sampai sekarang, isu yang membabitkan rasuah. Ini sangat mendukacitakan kita.

Jadi, saya nak sebut simple. Mengapa kita teraba-raba dalam isu menangani rasuah? Kita kena perhatikan kepada sejarah pembangunan rakyat yang dibina oleh Nabi SAW. Allah SWT bila utus Nabi datang ke dunia ini, dalam situasi masyarakat

draft • 4:30 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

yang sangat korup. Bapa rasuahnya, penyelewengannya, pembunuhannya, kezalimannya, perkaumannya, macam-macam berlaku. Rasulullah datang dapat menyelesaikan masalah ini.

Di mana fungsi yang diambil oleh Rasulullah? Apa faktor yang menyebabkan kejayaan yang begitu cemerlang? Hatta Saidina Abu Bakar sebagai contoh, sebelum daripada bersama dengan Rasulullah, beliau adalah ceti. Bapa ceti yang sangat- sangat bakhil. Tapi dididik, dibina oleh kerajaan Rasulullah SAW sehingga Saidina Abu Bakar muncul menjadi dermawan, model sampai kepada hari kiamat.

Saidina Umar dengan ganas dia, membunuhnya, merogolnya, menyamunnya. Khalid bin Al-Walid sama, Saidina Hamzah sama, penyamun yang begitu teruk. Tetapi boleh, manusia ini boleh dipindah daripada sikap yang tidak baik menjadi seorang model di dalam masyarakat.

Nabi SAW melalui ajaran Islam membina an-nafs, jiwa manusia. Sebab jiwa manusia ini...

[Membaca sepotong ayat al-Quran] , "Jiwa manusia sentiasa terdedah kepada perkara yang tidak baik." Memang kalau boleh, kalau boleh, saya pun nak jadi orang jahat. Jadi orang jahat ni seronok. Tengok Jelutong, kalau dan ke saya, saya bunuh ke apa ke, memang seronok. Orang yang tak sehaluan dengan kita, kita buat macam-macam, memang seronok. Tapi dengan agama, agama mengajar kepada kita supaya kita jadi orang baik.

Macam mana kaedah pendekatan yang diambil oleh agama? Agama menekankan pembersihan jiwa. Sebab itu Nabi SAW, bila membina sebuah Kerajaan Islam di Madinah Al-Munawwarah, sebelum daripada Baginda melantik umaraʼ, melantik pemimpin, Rasulullah bangun di waktu malam. Rasulullah pergi dengar, siapa sahabat yang bangun di waktu malam menunaikan solat tahajud, membaca al-Quranul Karim, menangis di hadapan Allah. Dia ingat mati, dia ingat dosa, ingat pahala, ingat hari akhirat. Orang ini dipilih oleh Rasulullah.

Sebab itu di dalam sejarah pembangunan di Madinah Al-Munawarah, pembangunan yang pesat, yang mencabar Rom dan Parsi dalam sejarah Islam, tidak ada satu kes rasuah, tak ada salah guna kuasa, tak ada penyelewengan. Rasulullah melakukan keadilan antara semua kaum, semua agama, semua bangsa yang ada di Semenanjung Tanah Arab. Ini adalah suatu perkara yang mesti dijadikan model kalau kita benar-benar nak jadikan Malaysia ini model untuk membanteras jenayah rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan.

Kita mesti bermula daripada Dewan ini. Tapi kalau Dewan ini pun tak adil, pembangkang tak ada peruntukan. Eh, waktu kamu pungut cukai, semua negeri

draft • 4:30 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

dipungut. Tapi waktu agih, kita agih dengan nafsu. Saya nak nasihat Perdana Menteri, kalau kita dah tua, kita nak bertemu dengan Allah, kita dah nak mati, kita boleh jawab ataupun tidak di hadapan Allah SWT? Saya, saya tak tuntut kalau harta ini harta milik Perdana Menteri. Saya tak tuntut. Tapi, ini adalah harta rakyat sejagat.

Saya nak nasihat. Tak nak bagi, tak ada masalah. Tambah-tambah kalau daripada PAS, kita tak tergugat. Kita berkembang dengan baik. Ahli Parlimen paling ramai dalam Parlimen ini adalah daripada PAS. Kita tak menggunakan duit, tak menggunakan harta benda pun, tapi politik matang sejahtera. Jangan sekali-kali kerana perbezaan parti politik kita, kita berlaku tidak adil. [Membaca sepotong ayat al-Quran], "Berlaku adillah kerana dia paling hampir dengan takwa kepada Allah." Kita semua akan menghadap Allah SWT bila kita mati.

Kita kena ingat, kita ada dosa, ada pahala. Orang yang diberi jawatan oleh Allah, orang ini disoal oleh Allah SWT satu persatu, disoal oleh Allah. Hatta di hari di Padang Mahsyar, Allah sebut orang yang menjadi pemimpin, dia baik, dia sembahyang, dia puasa, dia baca Quran, baik pergi ke Mekah, dia berjalan nak masuk syurga Allah, di tengah jalan, Allah berfirman, [Membaca sepotong ayat al- Quran], "Tahan mereka kerana mereka adalah pemimpin yang perlu disoal."

draft • 4:30 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Tahan, bila ditahan, di-check balik dia berjalan dah ke syurga, Allah mainkan perasaan dia. Berjalan nak masuk syurga, ditahan di tengah jalan, tiba-tiba malaikat memerintah [Berucap dalam bahasa Arab] pusing mereka masuk neraka Allah, duduk kekal di dalam neraka Allah. Ini peringatan kepada kita semua kalau kita memimpin, kita jadi YB, kita apa, berlaku adillah kepada semua, mudah-mudahan insya-Allah Dewan kita diberkati oleh Allah dan hidup kita juga diberkati oleh Allah.

Alangkah baik kalau hidup kita semua orang suka, semua orang berkat.

Jangan sekali-kali kehidupan kita dimaki hamun, dicaci oleh ramai pihak. [Berucap dalam bahasa Arab] Saya merakamkan jutaan terima kasih peluang saya membahaskan kali ini. Sekian, terima kasih.

draft • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Jelutong.

draft • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya mulakan perbahasan saya Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan ungkapan seperti biasa kata-kata daripada Thirukkural yang berbunyi seperti berikut. [Berucap dalam bahasa Tamil] Saya ulangi Tan Sri Speaker.

[Berucap dalam bahasa Tamil] Yang

draft • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

bermaksud, kalau kita ingin memberi pendapat atau ucapan mengenai apa-apa perkara, kalau kita menggunakan bahasa-bahasa yang baik dengan adat dan tertib secara berilmiah, maka ia akan memberi manfaat bukan saja sekarang, tetapi selama-lamanya.

Tan Sri Speaker, saya memulakan perbahasan saya dengan pertamanya mengucapkan daulat Tuanku, patik menjunjung kasih, patik juga mendoakan agar Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong serta seluruh kerabat diraja dikurniakan kesihatan yang baik, keafiatan dan sentiasa dilindungi Tuhan untuk terus menjadi payung dan naungan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, barisan Kabinet kerajaan dan rakyat jelata.

Pertamanya saya ingin ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan dan juga kepada Yang Amat Berhormat PMX dan kerajaan di atas peluncuran langkah- langkah dan inisiatif baru melalui rancangan pendidikan baru yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri satu minggu yang lalu. Syabas dan tahniah.

Komitmen kerajaan untuk memperkasakan sekolah kebangsaan, bahasa Malaysia perlu dipuji. Dan pada masa yang sama sikap dan pendekatan Yang Amat Berhormat PMX, sikap terbuka Yang Amat Berhormat PMX di dalam memberikan peruntukan RM80 juta untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan RM50 juta untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil adalah sesuatu yang perlu saya ucapkan penghargaan dan terima kasih.

Kita sekarang berada dalam suatu masa di mana kita lihat bahawa sekolah kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina menjadi popular. Saya tidak tahu sama ada Tan Sri Speaker melihat satu kelipan viral di mana dalam hari pertama barisan sekolah kita lihat ramai kanak-kanak, anak- anak murid Melayu perempuan yang memakai tudung berbaris di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Saya sedar bahawa bila kita menguasai umpamanya saya, bahasa ibunda saya ialah bahasa Tamil, tetapi kalau saya boleh berbahasa dalam bahasa Mandarin, dalam bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu memang ia merupakan kelebihan kepada kita dan kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia.

Pada masa yang sama, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan dan juga kepada Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia yang telah baru-baru ini mengagihkan peruntukan RM3.1 juta untuk 155 kuil Hindu. Sesungguhnya Kerajaan MADANI adalah untuk semua.

draft • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya juga merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada kerajaan, kepada Yang Berhormat Menteri Wilayah sebelum ini Yang Berhormat Sekijang dan juga Menteri Wilayah sekarang Yang Berhormat Segambut dan juga Yang Berhormat Damansara yang dapat menyelesaikan kemelut yang melibatkan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman dan juga isu-isu yang melibatkan pembinaan eskalator.

Tidak juga melupakan kepada Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Yang Berhormat Papparaidu di mana isu-isu pembinaan eskalator di Batu Caves itu telah diselesaikan bagi manfaat penganut-penganut beragama Hindu dan bagi keselesaan dan kemudahan yang akan dinikmati oleh mereka.

Tan Sri Speaker, saya amat bangga kerana sebagai seorang Ahli Parlimen DAP — walaupun di DAP, walaupun saya bukan beragama Islam, saya mendapat berita baik bahawa Jelutong akan mendapat sebuah masjid yang baharu di mana anggaran kos untuk pembinaan masjid tersebut menjangkau jumlah sebanyak RM15 juta. Saya percaya Tan Sri Speaker mungkin pernah bersolat di sana. Mungkin juga pernah lalu di sana ketika melawat Pulau Pinang.

Masjid Jelutong adalah salah satu masjid yang paling tua di Pulau Pinang.

Tetapi apabila saya membangkitkan perkara ini di Dewan yang mulia ini, saya menerima berita baik daripada kariah Masjid Jelutong bahawa kerajaan melalui Jabatan Agama Islam telah mengumumkan peruntukan RM15 juta untuk pembinaan sebuah masjid dan masjid yang baharu. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan di atas perkara ini.

Tan Sri Speaker, kerajaan kita memang komited untuk melawan rasuah.

Sebab itu saya lihat kesungguhan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan dua langkah baru, baru-baru ini. Pertamanya, pemisahan kuasa di antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya dan keduanya mengehadkan masa kepada dua penggal untuk seorang Perdana Menteri berkhidmat adalah sesuatu yang memastikan, akan memastikan bahawa tidak akan berlakunya rasuah dan penyalahgunaan kuasa apabila kita melihat kedua-dua cadangan ini digubal dan diimplementasikan pada masa yang akan datang.

Tan Sri Speaker, di sini saya mengambil kesempatan juga untuk membangkitkan dua perkara. Satu adalah berkenaan dengan kejadian tembakan yang berlaku di Melaka, Durian Tunggal. Saya ingin tanya kepada Menteri Dalam Negeri, kenapakah pihak-pihak yang terlibat, saya difahamkan, belum lagi ditangkap dan dituduh di mahkamah untuk kesalahan membunuh.

draft • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Hari ini kita melihat bahawa kejadian insiden ini masih lagi disiasat. Pihak forensik sedang menunggu untuk peluru-peluru itu diperolehi ataupun kelongsong peluru itu diperolehi untuk mengesahkan siapakah yang sebenarnya mengeluarkan tembakan-tembakan tersebut.

Sebagai Ahli Parlimen kerajaan, saya meminta supaya malahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah mengesyorkan supaya satu penyiasatan yang terbuka dibuat.

Saya sedar dan saya menghargai kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana kita masih lagi ingat apa yang berlaku kepada beliau the black-eye incident. Apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri suatu ketika dulu, apabila ditahan dalam lokap, dipukul dan dibelasah sehingga matanya lebam dan ada terpaksanya Ketua Polis Negara dituduh di mahkamah.

Saya juga ingin menyentuh di sini perkara yang melibatkan reformasi undang- undang SOSMA. Berkenaan reformasi undang-undang SOSMA, saya lihat bahawa Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri telah membuat pengumuman bahawa undang-undang SOSMA ini akan dipinda. Kita lihat baru-baru ini seorang gadis berumur 16 tahun ditahan di bawah SOSMA. Jadi saya ingin tanya, bilakah reformasi undang-undang SOSMA ini berkenaan dengan undang-undang yang melibatkan tahanan 28 hari di bawah seksyen 4(5) dan juga seksyen 13 berkenaan dengan jaminan akan digubal ataupun dipinda.

Saya sebagai Ahli Parlimen DAP juga telah membantah dengan jelas. Saya bersama-sama dengan Yang Berhormat Kota Bharu membantah penggunaan SOSMA ke atas Global Ikhwan Sdn. Bhd.. Malahan saya telah menawarkan perkhidmatan saya untuk mewakili mereka di mahkamah untuk membela mereka di mahkamah kerana saya mendapati bahawa penggunaan SOSMA ke atas mereka iaitu anggota-anggota Global Ikhwan Sdn. Bhd. adalah salah dan merupakan satu penyalahgunaan kuasa.

Tan Sri Speaker, saya ingin juga dalam kesempatan ini bertanyakan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat di sebelah sana.

draft • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Adakah mereka benar-benar serius berkenaan dengan reformasi undang- undang? Adakah mereka benar-benar mahu melihat reformasi undang-undang ini dilaksanakan? Saya tanya sebab apabila kita di Dewan yang mulia ini, kita lihat bahawa Ahli Parlimen-Ahli Parlimen di sebelah sana selalunya mengkritik lima Ahli

draft • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Parlimen BERSATU yang sekarang menyatakan sokongan mereka kepada kerajaan. Malahan ada juga usul dikemukakan untuk melucutkan jawatan-jawatan mereka tetapi kenapakah perkara yang sama tidak dibuat di Perlis? Kenapakah mereka berdiam diri apabila ada rampasan kuasa melalui pintu belakang berlaku?

draft • 4:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Jelutong, bagi Sik sikit.

draft • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya habis, saya akan beri peluang.

draft • 4:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tak bagi ke Jelutong?

draft • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya akan beri peluang, saya akan beri peluang.

draft • 4:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Bagi ya?

draft • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Biar saya habis, saya akan bagi. Kenapa double standard? Itu adalah soalan saya kepada Beluran hari itu.

Beliau tak mahu jawab. Kenapa kalau berlaku di Perlis, kita untung? Mereka diam.

BERSATU dan PAS diam walaupun bercakaran, bergaduh, bertelingkah tetapi di Dewan ini, mereka mahu lima Ahli Parlimen daripada BERSATU itu dilucutkan jawatan. Apa ini?

draft • 4:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Jelutong, bagi Jelutong? Bagi?

draft • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Silakan.

draft • 4:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Jelutong, saya nak tanya. Di Perlis, berapa ADUN yang mewakili DAP? Berapa orang DAP yang sibuk sangat di Perlis? Di Perlis, rakyat Perlis telah menerima PN sebagai kerajaan dan memilih mereka menjadi kerajaan di Perlis sampai sekarang. Tidak adapun rakyat yang memilih DAP di Perlis itu. Kenapa sibuk fasal Perlis?

draft • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Okey. Tan Sri Speaker, saya akan jawab dan saya akan landing. Sama ada mereka memilih DAP, PKR, BERSATU atau PAS, prinsipnya adalah sama. Prinsipnya adalah di Perlis, apa yang kita lihat adalah sesuatu yang amat menjijikkan, memalukan. Menggulingkan seorang Menteri Besar di antara PAS dan BERSATU, bukan bergaduh itu dalam Perikatan Nasional. Itu jawapan saya dan saya ingin mengakhiri ucapan saya dengan merujuk kepada seorang insan yang perlu dipuji, seorang insan yang menjadi negarawan, insan yang mencerminkan Malaysia kita yang sebenar. Siapa dia? Saudari Nordina Nazifah. Siapa Nordina Nazifah? Seorang jururawat Melayu di Hospital Besar Bukit Mertajam yang menyuapkan makanan dengan tangannya

draft • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

sendiri kepada seorang pesakit India kerana beliau tidak mahu pesakit India itu tersekat dengan makanan yang disuapkan.

draft • 4:50 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Jelutong, saya biasa buat itu. Saya pun negarawan.

[Ketawa]

draft • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, saya rasa kecewalah bahan ini menjadi sindiran dan ditertawakan.

draft • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, saya pun rasa begitu juga. Ini benda serius.

Seorang jururawat yang ingin berkhidmat, tak payah gelaklah.

draft • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kenapa Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional bersikap begini? Adakah ini bahan sindiran? Kenapa gelak ketawa?

draft • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan. Jelutong, teruskan landing.

draft • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Huh? Kenapa gelak ketawa? Perlu banggalah. Ini adalah sikap yang kamu perlu bangga, perlu kamu sendiri terapkan dalam perjuangan. Malulah. Malu!

draft • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jelutong, landing.

draft • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Nordina Nazifah.

Seorang jururawat. Bila ditanya kenapa beliau suapkan makanan? Beliau kata, beliau rasa risau. Pakcik itu India, nampak pun keadaannya teruk. Dia tak mahu pakcik itu tercekik dengan makanan ikan yang disuapkan. Supaya tidak ada tulang, beliau ambil nasi itu, ambil ikan itu, pisahkan.

draft • 4:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

[Bangun]

draft • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Alor Setar, saya tak bagi peluang. Sorry. I’m not in the mood. Alor Setar, sit down.

draft • 4:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Tadi saya bagi, tadi saya bagi.

draft • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tak bagi Alor Setar.

draft • 4:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Tak, saya nak sokong. Nak sokong. Sikit sahaja, sikit sahaja. Adakah Jelutong setuju kalau semua orang buat baik macam ini, negara kita aman? Ini tak ada berkelahi- berkelahi. Semua orang buat baik, elok sahaja. Jangan jadi macam perangai tak elok. Adakah Jelutong setuju yang Jelutong akan contohi perangai macam itu?

draft • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya akan bagi jawapan. Tan Sri Speaker, apa yang dilakukan oleh saudari Nordina Nazifah ini membuktikan nilai kemanusiaan mengatasi perbezaan agama serta kepercayaan dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan, kepada Menteri Kesihatan kerana memberi penganugerahan dan pengiktirafan kepada beliau.

[Tepuk] Dan saya ingin jawab Alor Setar. Kalau nilai kemanusiaan seperti beliau diterapkan kepada semua Ahli Parlimen pembangkang, negara kita tentu akan aman dan damai. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

draft • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Hulu Selangor.

draft • 4:50 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Hulu Selangor menjunjung Kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya terus kepada perkara pertama melibatkan Kementerian Pendidikan. Sebelum ini YB Menteri menyatakan bahawa kementerian akan mengkaji semula sistem peperiksaan UPSR dan juga PT3. Namun dalam tempoh yang singkat, keputusan tersebut akhirnya ditarik balik dan kerajaan memutuskan bahawa UPSR dan PT3 tidak akan dikembalikan dan digantikan dengan Matriks Pembelajaran Malaysia (MPM) untuk murid Darjah 4 dan Tingkatan 3. Selain itu juga, pelaksanaan kemasukan murid Tahun 1 pada usia enam tahun mulai 2027.

Saya melihat banyak perkara yang perlu diteliti semula termasuk dari sudut kesediaan murid-murid, ibu bapa, guru-guru dan juga pihak sekolah. Selain itu, bukan semua sekolah bersedia menerima kemasukan murid enam tahun ini.

Kebanyakan sekolah dalam keadaan yang padat, bilik darjah terhad malah ada yang terpaksa melaksanakan sesi pagi dan petang. Apakah jumlah peruntukan yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dua hari lepas mencukupi bagi memastikan semua sekolah disediakan dengan kelengkapan dan bilik darjah yang selesa?

Seperkara lagi, adakah kementerian tidak memikirkan langsung kesan kepada pengusaha-pengusaha tadika swasta yang telah lama beroperasi, membina fasiliti, melatih tenaga pengajar serta menanggung kos operasi sepenuhnya dengan menggunakan dana sendiri. Begitu juga implikasi dasar ini kepada institusi pendidikan agama seperti KAFA, sekolah agama rakyat dan pusat pendidikan awal

draft • 4:55 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

yang selama ini berperanan dalam membentuk asas sahsiah, akhlak dan pendidikan kanak-kanak sebelum melangkah ke peringkat persekolahan arus perdana.

Sepatutnya buatlah kajian terlebih dahulu. Jangan cepat sangat melatah. Jangan umum dahulu, kaji kemudian dan akhirnya mengelirukan rakyat.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya melihat isu paling asas yang perlu diutamakan kementerian iaitu masalah 3M terutamanya membaca dalam kalangan murid.

Terdapat pelajar sekolah menengah yang masih tidak boleh membaca. Agak mustahil guru-guru sekolah menengah dapat memberikan tumpuan khusus kepada pelajar-pelajar ini dan sudah pastinya mereka akan terus tercicir.

Saya ingin merakamkan tahniah dan syabas kepada pihak pengurusan dan PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Buaya, Hulu Selangor khususnya Puan Zaiton binti Ishak. Puan Zaiton binti Ishak dan rakan-rakan yang telah mengambil inisiatif membantu pelajar yang tidak boleh membaca sehingga mereka berjaya membaca dan memahami apa yang dibaca.

Jadi, saya ingin bertanya kepada kementerian. Adakah terdapat insentif atau bantuan dana khusus yang boleh dimohon oleh PIBG bagi mengurus dan melaksanakan program intervensi membaca seperti ini? Sekiranya ada, bagaimanakah mekanisme permohonan tersebut supaya ia nya dipermudahkan dan PIBG benar-benar dapat memainkan peranan dalam membantu pelajar keciciran ini?

Saya mohon kementerian mengambil tindakan proaktif bagi menangani masalah ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, perkara yang seterusnya adalah perkara yang sama yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang. Kita melihat trend yang semakin jelas dan berani dalam menormalisasikan agenda LGBT di negara ini. Tidak habis dengan kes spa songsang sebelum ini, timbul pula isu glamping LGBT dan yang terbaru dakwaan berkaitan hotel yang berkonsepkan mesra gay di negeri Melaka.

Saya mohon kementerian dan negeri menyatakan pendirian tegas kerajaan dalam memastikan Malaysia tidak membuka ruang kepada agenda normalisasi LGBT. Apakah tindakan yang telah diambil bagi memastikan aktiviti dan program awam tidak bercanggah dengan undang-undang, nilai agama dan sensitiviti masyarakat?

Seterusnya, saya ingin menujukan persoalan kepada Kementerian Kesihatan khususnya peluasan penggunaan ubat PrEP yang mana Menteri menyatakan KKM memerlukan RM5.4 juta untuk pembelian ubat PrEP dan ujian makmal bagi tahun 2026 ini. Kita tidak menafikan tanggungjawab kerajaan untuk mencegah penyakit tetapi adakah pendekatan ini benar-benar berfungsi bagi menangani berleluasanya

draft • 4:55 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

isu LGBT di negara ini atau ia ditafsir sebagai lesen dan pengiktirafan secara tidak langsung terhadap gay hidup songsang ini.

draft • 4:55 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Mesej yang jelas perlu disampaikan supaya perlakuan LGBT ini tidak diteruskan dengan alasan ada perlindungan ubat dan sebagainya. Yang mana akhirnya ia bukan mengurangkan malah menjadi semakin berleluasa di negara Malaysia ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, perkara seterusnya saya ingin tujukan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Tahun Melawat Malaysia 2026 bukan sekadar sasaran angka pelancong, tetapi peluang untuk memastikan limpahan ekonomi sampai ke kawasan pinggir bandar dan luar bandar. Dalam konteks negeri Selangor, saya suka mencadangkan Hulu Selangor sebagai salah satu destinasi pelancongan kerana daerah ini memiliki kelebihan semula jadi yang lengkap dengan kehijauan alam sekitar, agropelancongan dan perusahaan inap dusun.

Saya mencadangkan supaya Kementerian Pelancongan dapat bekerjasama erat dengan Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor bagi merangka satu pakej lawatan khas Hulu Selangor Eco Heritage Road, dengan izin.

Pakej ini boleh menggunakan bas-bas Selangor yang telah sedia ada dilengkapi dengan kempen promosi untuk membawa pelancong dari pusat bandar ke destinasi pinggir bandar seperti inap dusun, ladang buah-buahan, kawasan kolam air panas, aktiviti sukan seperti berbasikal, paragliding, tempat rekreasi dan sebagainya di Hulu Selangor ini. Saya mengharapkan supaya ia nya ada ruang untuk diperbincangkan.

Tan Sri Yang di-Pertua, kalau tadi kita membicarakan...

draft • 5:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hulu Selangor, Hulu Selangor.

draft • 5:00 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

...Berkaitan dengan kehijauan...

draft • 5:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Boleh sikit tak Hulu Selangor, Hulu Selangor?

draft • 5:00 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Minta maaf, masa tak cukup.

draft • 5:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tak, saya nak tanya sikit je.

draft • 5:00 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Tuan Yang di- Pertua, saya tak izinkan, saya tak cukup masa.

draft • 5:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Allah, sikit je.

draft • 5:00 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Tak cukup masa.

draft • 5:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tadi saya dengar Hulu Selangor ada sebut pasal...

draft • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Langat, dia tak bagi Hulu Langat.

draft • 5:00 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Kalau tadi kita membicarakan berkaitan dengan kehijauan, keindahan, ketenangan alam semula jadi yang ada di Hulu Selangor, namun hari ini, warga Hulu Selangor dikejutkan dengan cadangan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mewujudkan ladang babi berskala besar seluas 500 ekar di Bukit Tagar yang boleh menempatkan satu juta ekor babi.

Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas keprihatinan mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk membatalkan projek ini di Bukit Tagar dan tahniah kepada semua yang telah sama-sama mendesak dan membatal kewujudan ladang babi ini. Namun, pemakluman dari Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor, projek ladang babi di Bukit Tagar dibatalkan sementara memberikan kesahan kepada rakyat. Rakyat mahukan ia nya dibatalkan sepenuhnya, bukan dibatalkan sementara.

Tan Sri Yang di-Pertua, bantahan ini jelas berasas kerana kawasan Hulu Selangor ini merupakan kawasan tadahan dan sumber air utama. Terdapat juga penempatan yang berdekatan dengan Bukit Tagar itu iaitu empat gugusan FELDA, perkampungan orang asli, penempatan ladang estet, penduduk Bestari Jaya, pusat pengajian UNISEL dan sebagainya. Penternakan moden belum menjamin ia nya selamat.

draft • 5:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hulu Selangor.

draft • 5:00 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Ini berlaku di negara yang jauh lebih maju.

draft • 5:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tan Sri Speaker, nak tanya, nak tanya je, bukan nak bantai, nak tanya.

draft • 5:00 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Seperti di Jerman, Amerika Syarikat, Sepanyol, begitu juga di negara Asian, Laos, Vietnam, Thailand dan sebagainya yang melaksanakan penternakan babi moden. Namun, masih tetap berlakunya pencemaran bau dan sumber air. Boleh merujuk artikel-artikel yang ada dalam akhbar. Boleh rujuk, boleh cari. Tadi saya mendengar ucapan Yang Amat Berhormat Datoʼ Menteri Besar Selangor menyatakan kos yang tinggi diperlukan dan sekarang ada investor yang nak melaksanakan. Namun pandangan saya, tiada

draft • 5:00 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

pelabur yang akan melabur untuk menanggung kerugian dan tidak mustahil diakhirnya nanti eksport akan dilakukan juga untuk menampung dan tambah keuntungan pada masa akan datang.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon sekiranya Kerajaan Negeri Selangor bercadang mengenal pasti lokasi alternatif pada masa hadapan, buatlah kajian yang lebih menyeluruh supaya perkara yang sama tidak berulang. Bukan diumumkan dahulu kemudian rakyat diminta untuk menerima seperti yang berlaku di Bukit Tagar.

Sebarang pemilihan lokasi baharu mestilah didahului dengan Kajian Penilaian Impak Alam melibatkan komuniti setempat sebelum sebarang keputusan dasar diumumkan.

Saya mencadangkan Kerajaan Negeri Selangor sekiranya tiada tempat yang bersesuaian untuk penternakan babi ini, import sahaja, sama seperti daging lembu yang tidak mencukupi dan terpaksa diimport dari negara luar. Saya juga mohon agar masalah penternakan babi di Tanjung Sepat juga segera dihentikan sepertimana Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Saya mohon Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar yang di bawahnya ada Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar juga dapat memainkan peranan dalam isu ini.

Isu ini menjadi perhatian bukan sahaja kepada rakyat Selangor malah memberi implikasi kepada seluruh negara. Sikit lagi, Tan Sri Yang di-Pertua. Maka dengan penuh tanggungjawab dan membawa suara hati rakyat dan khususnya yang beragama Islam, saya mohon Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Datoʼ Menteri Besar Selangor yang juga merangkap Ahli Parlimen Gombak agar pembinaan ladang babi di Bukit Tagar hari ini dibatalkan sepenuhnya.

Bukan pembatalan sementara.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya menyokong Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.

draft • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Batang Lupar.

draft • 5:00 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam segulai sejalai. Terima kasih Tan Sri Speaker, Batang Lupar mohon izin untuk turut serta membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

draft • 5:05 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas.

Tan Sri Speaker, menyoroti ucapan sulung saya sebagai Ahli Parlimen Batang Lupar, antara isu utama yang saya bangkitkan adalah berkenaan pembinaan Jalan Serandong–Perpat–Paloh dan Batang Maro. Melalui jawapan bukan lisan untuk sidang Mesyuarat Ketiga, penggal lalu, pihak Kementerian KKDW dan — memaklumkan bahawa pelantikan kontraktor telah dibuat pada 31 Disember 2024.

Manakala, tarikh milik tapak adalah pada 31 Mac 2025 dan projek dijangka akan siap pada 31 Mac 2028, tiga tahun. Namun demikian, dalam jawapan yang sama juga pihak KKDW menjelaskan bahawa agensi pelaksana iaitu JKR Sarawak juga sedang dalam proses menunggu kelulusan pertapakan baharu daripada pihak EPU.

Oleh itu, persoalannya apakah pembinaan Jalan Serandong–Perpat–Paloh– Batang Maro ini akan dapat disiapkan mengikut jadual asal? Apakah punca sebenar kelewatan dan apakah penyelesaian kepada perkara ini? Seandainya masalah ini adalah timbul akibat bantahan oleh penduduk setempat, adakah pihak KKDW dan JKR Sarawak telah bertemu dan mengadakan libat urus bersama dengan pihak- pihak yang terjejas. Sekiranya masalah utama adalah kerana menunggu kelulusan EPU, maka apakah yang menyebabkan pihak EPU masih belum meluluskan pertapakan semula jajaran ini?

Tan Sri Speaker, kita faham sekiranya pelaksanaan projek mengambil masa yang lebih lama daripada yang dijadualkan. Namun, apa yang disuarakan oleh penduduk adalah supaya pihak KKDW melalui JKR Sarawak dapat membuat kerja- kerja pembaikan sementara di keseluruhan jajaran jalan lama sedia ada, bukan hanya tertumpu di sesetengah tempat sahaja. Saya mohon pihak agensi supaya mengadakan libat urus dan mendengar pandangan penduduk setempat sebelum kerja-kerja pembaikan dijalankan untuk memastikan ia nya benar-benar dapat mengatasi masalah jalan berlubang dan sebagainya. Oleh itu, saya berharap KKDW akan dapat melihat perkara ini agar penduduk di kawasan ini dapat menggunakan jajaran tersebut dengan selamat.

Tan Sri Speaker, sebelum ini saya juga pernah membangkitkan mengenai pelaksanaan projek mengatasi banjir dan hakisan pantai di beberapa kawasan yang terjejas di Parlimen Batang Lupar seperti di Kampung Semarang, Tanjung Riong Maludam, Batang Maro dan juga Lingga.

Saya difahamkan berdasarkan jawapan lisan bertarikh 23 Julai 2025 oleh PETRA, projek tersebut adalah dalam proses perolehan secara reka dan bina

draft • 5:05 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

dengan kontrak kerja dijangka bermula Disember 2025. Maka saya ingin bertanya, sejauh manakah kerja-kerja pembinaan struktur pelindungan banjir pantai, kawalan hakisan pantai di Parlimen Batang Lupar telah dimulakan setakat hari ini?

Terdapat keperluan mendesak untuk membina struktur kawalan hakisan pantai terutamanya di sekitar kawasan Tanjung Riong Maludam. Ini kerana keadaan hakisan pantai di kawasan ini di tahap kritikal dan berisiko untuk memutuskan jalan pesisir pantai yang merupakan jalan penghubung utama untuk penduduk kampung di kawasan ini.

Oleh itu, saya mohon intervensi segera oleh pihak PETRA sebelum masalah hakisan pantai di Tanjung Riong Maludam ini membawa kepada kemusnahan infrastruktur dan mengancam keselamatan penduduk.

draft • 5:05 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Seterusnya, Tan Sri Speaker, saya beralih kepada isu berikutnya iaitu jaringan telekomunikasi di kawasan luar bandar. Sebelum ini, Yang Berhormat Menteri Komunikasi semasa menjawab pertanyaan lisan di Dewan Rakyat pada 13 Ogos 2025 menyatakan setakat 31 Julai 2025, kadar liputan internet dan komunikasi di kawasan penduduk di Malaysia ialah sebanyak 98.82 peratus.

Soalnya, mengapa walaupun liputan rangkaian melebihi 98 peratus dan ratusan menara telah berjaya dibina, realitinya kualiti internet terutama di kawasan luar bandar masih berada di tahap yang lemah dan tidak stabil? Kadangkala tidak ada ribut, tidak ada angin, tidak ada hujan, tiba-tiba line internet kita hilang.

Masalah liputan ini telah lama menghantui penduduk di kawasan Batang Lupar khususnya di sekitar Lingga, Sebuyau dan kawasan yang berhampiran. Agak mustahil dan sukar untuk kita beralih ke era digitalisasi dan kecerdasan pintar sekiranya perkara asas seperti akses kepada liputan internet yang stabil ini tidak dapat kita selesaikan. Maka, saya juga ingin menggesa agar pihak Kementerian Komunikasi dan MCMC dapat turun padang melihat keadaan sebenar di kawasan yang terjejas dan mengambil langkah penyelesaian segera.

Seterusnya, Tan Sri Speaker, saya meneliti bahawa proses pembaharuan lesen nelayan di bawah kendalian Jabatan Perikanan Malaysia perlu lebih sistematik.

Ini kerana proses pembaharuan lesen nelayan ini memberi kesan langsung kepada penyaluran bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan yang dikendalikan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

Beberapa minggu lepas, saya berpeluang untuk bertemu dengan pihak persatuan nelayan kawasan Sebuyau yang telah membangkitkan masalah mengenai

draft • 5:10 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

proses pembaharuan lesen mereka. Saya berikan contoh. Seandainya lesen nelayan tersebut berakhir pada Januari 2026, mereka perlu mengemukakan permohonan pada bulan Disember 2025. Namun begitu, bantuan elaun sara hidup akan terhenti pada bulan Januari dan hanya akan disambung beberapa bulan kemudian setelah proses semakan di peringkat Jabatan Perikanan dan LKIM selesai.

Oleh itu, perlu ada kesinambungan proses kerja antara Jabatan Perikanan dan LKIM bagi memastikan pengagihan elaun sara hidup ini tidak terhenti berikutan proses pembaharuan lesen ini yang mengambil masa yang agak lama. Apakah cadangan untuk mengatasi masalah ini? Cadangan saya ialah teruskan pemberian elaun sara hidup sementara permohonan pembaharuan lesen mereka masih diproses. Atau alternatifnya, pihak LKIM dicadangkan untuk membayar balik elaun sara hidup bagi bulan yang tertinggal kepada nelayan setelah permohonan lesen diluluskan.

Seterusnya, Tan Sri Speaker, saya pergi kepada perkara yang seterusnya.

Seperti mana-mana rakan dalam backbenchers GPS yang lain, saya juga berasa terpanggil untuk memohon pandangan, memohon pencerahan dan juga penjelasan yang tuntas daripada Kerajaan Persekutuan berkenaan tindakan PETRONAS yang telah memfailkan notis di Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan penjelasan berkenaan kerangka kawal selia yang terpakai terhadap operasinya di Sarawak.

Sebelum ini, perbincangan yang cordial, dengan izin, antara Perdana Menteri dan Premier Sarawak, satu joint declaration ataupun deklarasi bersama telah dimeterai antara Perdana Menteri dan Premier Sarawak pada 21 Mei 2025. Deklarasi bersama tersebut membuka ruang kepada rundingan di pelbagai peringkat untuk diadakan dan difahamkan proses rundingan tersebut masih dan sedang berlangsung serta belum dimuktamadkan.

Tetapi tiba-tiba, kita dikejutkan dengan keputusan PETRONAS untuk merujuk perkara ini kepada Mahkamah Persekutuan. Tindakan undang-undang oleh PETRONAS menamakan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak sebagai responden sedangkan PETRONAS juga merupakan syarikat milik penuh kerajaan yang ditubuhkan di bawah akta Parlimen.

Daripada perspektif seorang layman, Tan Sri Speaker, seolah-olah PETRONAS cuba menyaman dirinya sendiri. Soalnya, siapakah yang meredakan PETRONAS untuk memulakan tindakan undang-undang tersebut, walhal rundingan masih lagi berlangsung? Malah, Titah Seri Paduka Baginda juga jelas menitahkan

draft • 5:10 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

agar hak-hak negeri terus dihormati dan sebarang ketegangan perlulah diselesaikan secara matang.

Saya tidak berhasrat untuk menuding jari kepada mana-mana pihak. Saya cuma menuntut pandangan dan jawapan yang jelas serta jujur daripada Kerajaan Persekutuan berkenaan keputusan PETRONAS tersebut.

Selain itu, baru-baru ini, Menteri Undang-undang dan Reformasi telah mengeluarkan suatu jawapan lisan bertarikh 26 Januari 2026 kepada YB Saratok yang menyatakan bahawa MA63 tidak mengandungi peruntukan berkaitan pemilikan, pengurusan dan kawal selia sumber minyak dan gas dan Akta Pembangunan Petroleum 1974 meletak hak seluruh pemunyaan mengenai petroleum kepada PETRONAS. Jawapan tersebut seolah-olah menafikan hak Sabah dan Sarawak ke atas sektor minyak dan gas di negeri kami sendiri.

Persoalannya, jawapan tersebut tidak mengambil kira langsung kewujudan Ordinan Perlombongan Petroleum 1958 yang mengawal selia sektor minyak dan gas di Sarawak sebelum penubuhan Malaysia pada tahun 1963 dan sebelum Akta Pembangunan Petroleum 1974 diwujudkan dan tidak pernah dimansuhkan. Oleh itu, OMO 1958 masih berkuat kuasa di Sarawak dan Akta Pembangunan Petroleum 1974 tidak boleh mengatasi OMO.

Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Speaker, MA63 harus dilihat dalam konteks yang luas dan bukan hanya secara literal. Saya sebagai Sarawakian sebenarnya berasa amat kecewa dan terkilan dengan tindakan PETRONAS yang seolah-olah merupakan tindakan terdesak yang membelakangi segala usaha yang telah diambil dan sedang diambil oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak untuk mengembalikan hak-hak kami sepertimana yang telah dipersetujui semasa pembentukan Malaysia.

Janganlah lain di mulut lain di hati, telunjuk lurus kelingking berkait, bermain catur di mahkamah sambil berjabat tangan di meja rundingan. Muktamadkan...

[Tepuk] Muktamadkan segera, selesaikan segera melalui rundingan yang terbuka dan komunikasi yang jelas antara semua pihak.

Akhir kata, Tan Sri Speaker, semoga Titah Seri Paduka Baginda ini akan diterjemahkan kepada usaha yang lebih giat ke arah mengurangkan jurang ekonomi pembangunan dan kesejahteraan sosial yang wujud antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak khasnya. Saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

draft • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Kuala Krai.

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Saya berdiri bagi pihak rakyat Kuala Krai untuk turut serta dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberikan peluang ini kepada saya.

Alhamdulillah, patik merafak sembah menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas perkenan Baginda berangkat merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Kelima, Majlis Parlimen Kelima Belas pada 19 Januari 2026.

Patik meneliti dengan penuh hormat dan penghayatan Titah Tuanku yang mencerminkan keprihatinan mendalam terhadap segenap rakyat jelata dalam menempuh cabaran utama negara yang memerlukan perubahan sejagat dan menyeluruh bak sinar petunjuk nan cemerlang bagi masa hadapan yang gemilang.

Lentera kencana menyuluh buana, Tempat berteduh mergastua merata; Daulat Tuanku di takhta laksana, Menjadi payung rakyat jelata. Tan Sri Yang di-Pertua, isu Kuala Krai, saya mulakan. Hari ini, saya mulakan perbahasan dengan tumpuan mendalam kepada perbahasan yang membelenggu Kuala Krai, bumi tercinta yang sentiasa tersemat dalam sanubari.

Terlebih dahulu, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas kelulusan peruntukan segera bagi pembinaan baharu jambatan ataupun titi gantung Chatel Damai yang runtuh pada 1 Januari yang lalu. Terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan dan Kerajaan Negeri Kelantan yang sentiasa membina serta memelihara hubungan yang baik antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan atau G2G demi kepentingan rakyat.

Namun demikian, kejadian runtuhnya jambatan tersebut juga wajar dijadikan peringatan serius bahawa masih terdapat beberapa lokasi lain di Kuala Krai yang memerlukan pembinaan atau penggantian jambatan secara segera kerana telah uzur, rendah dan sentiasa ditenggelami air banjir, sempit dan tidak selamat untuk digunakan, demi keselamatan penduduk, kelancaran pergerakan harian anak-anak sekolah, orang sakit serta ekonomi setempat.

draft • 5:17 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Antara lokasi yang dikenal pasti dan amat memerlukan perhatian ialah:

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

(i) Jambatan Gantung Lata Tual, Lata Rek;

(ii) Jambatan Gantung Manek Urai;

(iii) Jambatan Gantung Ruok, Sungai Selamat;

(iv) Jambatan Gantung [Tidak jelas] , Sungai Selamat;

(v) Jambatan Sulu Machang, Sungai Sok;

(vi) Jambatan Jalan Jirat;

(vii) Jambatan Kampung Manjo (yang rendah dan sempit);

(viii) Jambatan Padang Lanas, Kampung Belanga;

(ix) Jambatan Kampung Bunut Sais;

(x) Jambatan Bunut C, Kampung Temale;

(xi) Jambatan Bunut Kerengga, Kampung Temale;

(xii) Jambatan Bukit Tukul Batu Lada (yang rosak);

(xiii) Jambatan Kampung Pasir Cina, Tualang;

(xiv) Jambatan Kampung Maju, Kampung Jerek;

(xv) Jambatan ke Kampung Serut, Kampung Gertak Serong, Kemubu;

(xvi) Jambatan Sungai Tupai Stong; dan

(xvii) Jambatan Kampung Sedek.

Kesemua jambatan ini bukan sekadar struktur fizikal tetapi merupakan nadi perhubungan yang menentukan tahap keselamatan, kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat di kawasan pedalaman Kuala Krai. Jika jawapan Menteri nanti bahawa senarai keperluan projek perlu dimasukkan dalam senarai keutamaan negeri atau pun keutamaan jabatan, barulah boleh diluluskan. Iaitu dari bawah ke atas ataupun bottom-up approach.

Jadi, apa salahnya dalam keadaan tertentu, kelulusan dari atas ke bawah ataupun top-down approach berdasarkan cadangan dan permohonan dari kami Ahli- ahli Parlimen di Dewan yang mulia ini. Ambillah senarai yang Ahli Parlimen kemukakan ini untuk dilaksanakan oleh agensi di bawah. Barulah peranan kami dinilai oleh kerajaan. Jika tidak, kami hanya berbahas sahaja tanpa ada sebarang nilai di sisi kerajaan.

Tan Sri Yang di-Pertua, isu yang ketiga ialah memperkasakan KAGAT. Sejak ditubuhkan pada tahun 1985, KAGAT bukan sekadar entiti yang menguruskan hal ehwal ritual agama tetapi ia adalah nadi kekuatan spiritual dan moral wira-wira kita di garis hadapan. Baru-baru ini kita digemparkan isu tular yang melibatkan rasuah dan salah guna kuasa pegawai tinggi serta pelanggaran tatakelakuan oleh segelintir

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

pegawai ATM. Seperti isu yang dikaitkan dengan budaya tidak sihat di mess pegawai.

Ini bukan isu kecil yang boleh dipandang sebelah mata. Namun, ia adalah isyarat amaran terhadap tahap ketahanan integriti dan moral anggota kita. Saya mendesak pemerkasaan — saya mendesak Kementerian Pertahanan untuk memperkasakan peranan KAGAT dalam aspek intervensi tingkah laku dan pemantauan integriti. KAGAT tidak boleh hanya menunggu di surau. Mereka perlu berada di lapangan, di mes dan di berek untuk memastikan nilai “berjuang berakhlak” bukan sekadar slogan.

Dalam Belanjawan 2026 yang diumumkan, peruntukan kementerian meningkat kepada RM21.74 bilion. Saya ingin bertanya kepada Menteri, berapa peratuskah daripada peruntukan ini disalurkan khusus untuk pembangunan kapasiti KAGAT dan fasiliti pendidikan agama di kem-kem tentera? Pemerkasaan KAGAT bukan soal agama semata-mata. Ia adalah soal kesiapsiagaan nasional. Tanpa jiwa yang kental dan integriti yang tinggi, aset yang canggih hanyalah besi buruk.

draft • 5:20 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Kuala Krai, boleh mencelah?

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Saya mohon agar pelan— saya mohon agar pelan strategik KAGAT 2026–2030 yang sedang dirangka diberi penekanan serius oleh pihak kementerian.

Tan Sri Yang di-Pertua, berkaitan isu yang sama ialah berkaitan rasuah. Titah Tuanku dengan jelas mengingatkan bahawa setinggi mana sekali pun perancangan dan dasar dirangka, semuanya akan gagal jika budaya rasuah terus dibiarkan berakar dan berleluasa. Lebih membimbangkan, Tuanku sendiri menzahirkan kekecewaan apabila kes rasuah menular sehingga kepada peringkat tertinggi ATM, sebuah institusi yang sepatutnya menjadi benteng integriti dan kedaulatan negara.

Malah, Titah tersebut turut memberi amaran bahawa amalan rasuah tidak terhad pada satu sektor atau satu institusi sahaja, sama ada di Jabatan Kastam, imigresen, polis. Malah, tidak terkecuali yang berada dalam Dewan yang mulia ini, semuanya patut diburu dan diheret ke muka pengadilan.

Justeru, titah ini bukan sekadar peringatan tetapi satu perintah moral dan amanah negara. Rasuah mesti diperangi tanpa kompromi, bukan hanya terhadap lawan politik tapi juga terhadap rakan, penyokong dan sesiapa sahaja.

Saya dan Ahli Parlimen sebelah sini, tidak seorang pun yang tidak menyokong usaha memerangi rasuah. Yang sentiasa kami ingatkan ialah jangan

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

hanya perangi rasuah secara terpilih. Bukan sekadar menghukum penerima tetapi juga pemberi rasuah. Jika kita gagal bertindak tegas hari ini, maka kita sebenarnya sedang mengkhianati amanah rakyat dan Titah Yang di-Pertuan Agong.

Nabi bersabda, [Membaca sepotong hadis] “Laknat Allah ke atas pemberi rasuah dan penerima rasuah. Jika terlepas di dunia tetapi tidak di akhirat bagi pemberi— Jika terlepas di dunia tetapi tidak di akhirat bagi pemberi dan penerima rasuah.” Harap pihak kerajaan dapat senaraikan, berapakah pemberi rasuah yang telah didakwa dan dijatuhkan hukuman? Jika undang-undang khusus bagi— tidak begitu kuat, pindalah undang-undang ini. Bak kata pepatah, “bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi”.

Tan Sri Yang di-Pertua, berkaitan tentang mengukuhkan institusi demokrasi.

Titah Tuanku mengalu-alukan usaha mengukuhkan undang-undang berkaitan pilihan raya dan institusi demokrasi. Saya menjunjung kasih Titah Tuanku dan sudah tentu pihak kerajaan perlu mengambilnya dengan serius. Termasuk juga dalam mengukuhkan institusi demokrasi ialah memberikan peruntukan kepada semua Ahli Parlimen.

Mengapa tidak boleh diaktakan agihan peruntukan sama rata kepada semua wakil rakyat yang dipilih secara sah oleh rakyat? Perlu diingat, sekarang kamu menjadi kerajaan. Suatu masa nanti, giliran akan bertukar. Insya-Allah tak lama lagi.

draft • 5:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kuala Krai, boleh sikit, Kuala Krai?

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Jika mampu diaktakan sekarang, siapa pun kerajaan selepas itu, peruntukan kepada setiap Ahli Parlimen akan lebih terjamin kepada semua, termasuk pembangkang.

draft • 5:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kuala Krai. Kuala Krai, boleh sikit, Kuala Krai?

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Apalah gunanya dua penggal menjadi Perdana Menteri jika demokrasi masih tempang.

draft • 5:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kalau saya, Kuala Krai tak bagi okeylah tapi Tanah Merah pun tak bagi, satu gabungan. Memang confirm bergaduhlah ni.

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Nun di sana, ada sebuah peringatan Allah SWT. Ni mengganggu Yang Berhormat Tan Sri. Nun di sana, ada sebuah peringatan oleh Allah SWT untuk dijadikan peringatan kita bersama.

[Membaca sepotong ayat al-Quran]

draft • 5:20 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Kuala Krai. Tampin, Tampin.

Tampin, Kuala Krai.

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Dan sempurnakanlah perjanjian dengan Allah dan dengan manusia. Sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya di akhirat nanti, al-Israa ayat...

draft • 5:20 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Kita sahabat...

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Ini adalah tahun keempat peruntukan kami dinafikan, yang kini telah pun berjumlah sekitar RM15 juta [Tidak jelas] Ahli Parlimen kerajaan.

draft • 5:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kuala Krai, UMNO, UMNO minta, Kuala Krai. Kata nak bergabung dengan UMNO?

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Jika sahabat saya, Parit, semalam sebut. Yang Berhormat, ini gangguan Yang Berhormat. Tak faham peraturan Dewan.

draft • 5:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Alahai. Tanya pun tak boleh.

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Jika sahabat saya, Parit, semalam sebut akan tuntut di akhirat, saya ingin tambah. Bukan saja kami Ahli Parlimen yang dinafikan tetapi semua mereka yang dinafikan akan tuntut ketidakadilan itu.

Sebab itulah sentiasa diingatkan bahawa mentadbir negara bukan sahaja tamat di dunia tetapi dibawa ke akhirat.

[Berucap dalam bahasa Arab] Nabi SAW meletakkan pemerintah yang adil ataupun [Berucap dalam bahasa Arab] sebagai golongan pertama yang mendapat naungan-Nya di akhirat nanti.

Dengan jumlah sekitar hampir RM4 juta satu tahun, berapa ramai anak-anak yatim dan orang susah yang kami boleh bantu? Berapa banyak rumah-rumah orang miskin yang boleh kami baiki dan bina? Berapa banyak sumbangan kepada PIBG yang boleh disalurkan? Dan berapa banyak jalan-jalan berlubang yang boleh kami tampal? Tetapi [Berucap dalam bahasa Arab] Allah lah sebagai penolong kami.

Tan Sri Yang di-Pertua, sebagai point terakhir berkaitan dengan matrikulasi.

Kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas akan memindahkan pengurusan program matrikulasi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada Kementerian Pendidikan Tinggi ataupun KPT. Program matrikulasi diwujudkan sebagai mekanisme intervensi negara bagi memastikan penyertaan anak-anak Melayu dan bumiputera, terutama dari luar bandar dan keluarga berpendapatan

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

rendah tidak tercicir dalam persaingan memasuki universiti awam. Pemindahan ke KPT pastinya menimbulkan kebimbangan yang wajar dan munasabah.

Apakah jaminan bahawa dasar kuota sedia ada untuk pelajar Melayu dan bumiputera akan terus dipelihara? Adakah kerajaan bersedia memberi jaminan bertulis bahawa pemindahan ini tidak akan membuka ruang kepada tekanan liberalisasi kemasukan, penyeragaman merit semata-mata atau penyusutan peluang pelajar Melayu atas nama penyelarasan dengan program asasi dan pra-universiti lain?

Sekiranya pendekatan ini diaplikasikan secara menyeluruh ke atas matrikulasi, tanpa mengambil kira jurang sosioekonomi dan kualiti pendidikan antara bandar dan luar bandar, maka yang akan terkesan terlebih dahulu ialah pelajar Melayu yang masih bergelut dengan kekangan asas pendidikan. Saya juga ingin mendapatkan penjelasan sama ada pemindahan ini telah disertai dengan kajian impak terperinci daripada— terhadap komposisi etnik kemasukan ke universiti awam dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

Sesungguhnya, Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 153 meletakkan tanggungjawab kepada kerajaan untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera, termasuk dalam bidang pendidikan. Kerajaan sewajarnya mengemukakan jaminan dasar yang jelas, termasuk mengekalkan kuota, akses dan sokongan kebajikan pelajar Melayu sebelum sebarang pemindahan matrikulasi ini dimuktamadkan.

Allahyarham Usman Awang pernah menukilkan, “Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan. Selagi ada, sanggup diberikan. Sehingga tercipta sebuah kiasan.

Dagang lalu, nasi ditanakkan; suami pulang, lapar tak makan; kera di hutan disusukan, anak di pangkuan mati kebuluran”.

Sebagai yang terakhir Tan Sri Yang di-Pertua, saya mengambil peluang untuk menyatakan sokongan kepada penganjuran Minggu Al-Quds Sedunia oleh pelbagai NGO di Malaysia dalam minggu ini. Perjuangan membebaskan Al-Quds mesti sentiasa disokong oleh rakyat Malaysia. Isu Al-Quds, termasuk juga Gaza, bukan sekadar isu di seberang sana. Ini adalah amanah, maruah dan tanggungjawab umat Islam seluruhnya dan juga para pencinta keamanan.

[Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Sebagai penutup Tan Sri Yang di-Pertua, Kuala Krai dengan penuh takzim, menyokong usul menjunjung kasih Titah Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong.

Terima kasih, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 5:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Seterusnya saya menjemput pembahas seterusnya, Lubok Antu dengan 10 minit, Yang Berhormat.

draft • 5:20 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Salam sejahtera, salam segulai sejalai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Lubok Antu mohon untuk turut serta membahas usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena dengan pembukaan Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas minggu lalu. Padat, ringkas dan sarat dengan teguran serta nasihat. Titah Seri Paduka Baginda mengingatkan kita sebagai wakil rakyat untuk menjalankan fungsi dan tanggungjawab sebagai badan legislatif dengan penuh amanah dan integriti.

Tuan Yang di-Pertua, menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menekankan agar Rancangan Malaysia Ketiga Belas memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat wajar diterjemahkan melalui pelaksanaan dasar yang menyentuh keperluan asas rakyat secara langsung.

Ini termasuk penambahbaikan infrastruktur asas di kawasan luar bandar khususnya akses kepada jalan bagi memudahkan pergerakan harian dan menyokong pembangunan sosioekonomi di sesebuah kawasan dan daerah sepertimana yang telah dinyatakan oleh rakan saya, YB Baram dalam perbahasan beliau tempoh hari. Mungkin YB Baram juga bersetuju dengan harapan dan cadangan saya supaya lebih banyak peruntukan disalurkan bagi tujuan pembinaan jalan-jalan perhubungan desa di bawah KKDW bagi menyedia akses jalan kepada penduduk di luar bandar dan pedalaman.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini saya pernah mengemukakan pertanyaan kepada pihak KKDW berkenaan status terkini pembinaan Jalan Sebeliau–Bilalarap sepanjang 38 kilometer yang telah diluluskan di bawah RMK12 dengan peruntukan sebanyak RM228 juta. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, apabila siap kelak jajaran Jalan Sebeliau–Bilalarap ini, ia nya bakal memberi banyak manfaat kepada penduduk-penduduk sebanyak 23 buah rumah panjang di Ulu Lemanak.

draft • 5:30 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Saya difahamkan melalui jawapan daripada KKDW bahawa projek ini dijangka akan siap pada Oktober 2028 dan hanya akan bermula pelaksanaan tapak setelah enam bulan kerja ukur dan siasatan tanah selesai.

Namun demikian, saya amat berharap agar pihak kementerian dapat menyegerakan pelaksanaan projek ini agar ia nya dapat digunakan oleh penduduk setempat yang kian hari menanggung beban dan kos yang tinggi akibat kekangan infrastruktur sedia ada. Lebih-lebih lagi kerosakan pada kenderaan mereka akibat jalan yang teruk.

Seterusnya, saya ingin menyentuh berkenaan dengan projek Jalan Ulu Skrang yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KKDW pada Majlis Gawai 2023 di Sri Aman. Saya difahamkan bahawa projek tersebut sepatutnya ditender pada Oktober 2025 namun sehingga kini proses tender tersebut sepertimana yang saya telah dimaklumkan belum bermula. Saya mohon diberi penjelasan dan pencerahan daripada pihak kementerian dan memohon agar projek-projek ini dapat disegerakan.

Pada masa yang sama, saya juga ingin mencadangkan agar pihak kementerian dapat mempertimbangkan penaiktarafan dan pemerluasan jajaran Jalan Tisak–Ili Skrang sepanjang tujuh kilometer memandangkan laluan ini merupakan laluan utama penduduk setempat ke pekan untuk menghantar anak mereka ke sekolah serta keadaan jalan yang sedia ada sempit dan hanya membenarkan pergerakan satu kenderaan pada satu-satu masa.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada pendidikan yang juga penting untuk disuarakan memandangkan kerajaan telah pun melancarkan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 baru-baru ini. Selain menambah baik kualiti dan kompetensi, saya ingin bertanya sejauh manakah pihak kementerian akan turut melihat kepada aspek integriti, disiplin dan kesedaran moral warga pendidik itu sendiri?

Mungkin ramai rakan-rakan saya di sini tidak mengetahui kes ini Tuan Yang di-Pertua, di mana baru-baru ini saya telah dimaklumkan bahawa telah berlaku satu kes jenayah seksual yang amat jijik melibatkan seorang guru berusia 35 tahun yang tergamak melakukan adegan sadis yang melibatkan seorang mangsa pelajar Tahun 2 di sebuah sekolah rendah di Engkilili.

Tuan Yang di-Pertua, perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Ini bukan guru, ini syaitan bertopengkan manusia. Sudahlah Sarawak berhadapan dengan masalah kekurangan guru, guru yang ada pula tergamak memangsakan anak-anak murid.

draft • 5:30 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Bagaimana seorang guru yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik anak-anak kita begitu berani dan tergamak melakukan perbuatan yang terkutuk seperti ini?

Haiwan pun tahu sayangkan anak, ini kan pula manusia. This is clearly an abuse of position of trust, dengan izin, Yang di-Pertua.

Oleh itu, saya ingin menyeru kepada pihak Kementerian Pendidikan untuk melihat kepada kes ini dan membuat tapisan latar belakang yang lebih ketat dalam urusan pemilihan calon guru bagi memastikan insiden seperti ini tidak lagi berulang.

Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selesa dan selamat demi kesejahteraan pembelajaran anak-anak kita.

Seterusnya isu Yang di-Pertua, adalah isu antara perkara yang ditekankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah menghormati hak-hak negeri dan semangat asal MA63 serta semangat kerjasama antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan demi memajukan Malaysia bersama. MA63 amat sinonim di Sarawak dengan kata-kata mendiang Tun Jugah, nenekanda kepada YB Kapit, “Anang Malaysia baka tebu, manis ba pun, tabar ba ujung.” Hasrat dan visi yang sama juga turut dibawa oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak yang sering menekankan bahawa jika Sarawak maju, maka Malaysia pun maju.

Tuan Yang di-Pertua, saya amat menghargai usaha Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selama ini yang sentiasa terbuka dalam menyelesaikan tuntutan dan rundingan bersama Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak untuk mengembalikan hak negeri seperti yang telah termeterai di dalam MA63. Namun demikian...

draft • 5:30 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Lubok Antu?

draft • 5:30 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Ya.

draft • 5:30 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Mencelah sedikit?

draft • 5:30 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Ha, boleh, boleh.

draft • 5:30 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Rakan sebelah.

draft • 5:30 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

30 saat.

draft • 5:30 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Perdana Menteri, YAB Tambun secara konsisten telah menegaskan bahawa Perjanjian Malaysia MA63 ini bukan lagi subjek untuk dirundingkan secara berulang-ulang, sebaliknya ia adalah janji yang mesti dilaksanakan sebagai tanggungjawab sejarah dan undang- undang dan kerajaan juga tidak harus membuang masa dengan rundingan teknikal yang berlanjutan bagi perkara yang sudah termaktub secara jelas di dalam perjanjian asal.

draft • 5:30 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Setujukah Lubok Antu bahawa fokus kini adalah kepada penyelesaian segala isu-isu melalui Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia dan khususnya autonomi dalam dua bidang yang amat penting pendidikan dan perubatan harus disegerakan? Terima kasih.

draft • 5:30 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Saya bersetuju dengan pandangan Betong dan saya mohon soalan tersebut dimasukkan dalam bahas saya, Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, seperti rakan-rakan Ahli GPS yang lain, saya berasa terpanggil untuk memohon pencerahan dan penjelasan berkenaan keputusan PETRONAS untuk memfailkan notis usul di Mahkamah Persekutuan dengan menamakan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak sebagai responden bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal selia operasi syarikat tersebut di Sarawak. Pada pandangan saya, ia nya merupakan tindakan dan keputusan yang janggal dan menimbulkan banyak persoalan.

Ini kerana Tuan Yang di-Pertua, responden yang disenaraikan dalam kes ini adalah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak. Jika kita teliti Akta Pembangunan Petroleum di mana di bawah seksyen 3(2) jelas dinyatakan dengan izin. Perbadanan itu merujuk kepada PETRONAS hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Perdana Menteri dan Perdana Menteri boleh dari semasa ke semasa mengeluarkan apa-apa arahan sebagaimana yang patut difikirkan — eh, yang difikirkannya patut.

Jelas di sini bahawa Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan kepada PETRONAS dan sekali gus menentu hala tuju dan keputusan syarikat tersebut. Pada masa yang sama, Perdana Menteri juga merupakan sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan yang juga merupakan responden di dalam kes ini. Maka dalam hal ini, siapakah sebenarnya yang memberi restu kepada PETRONAS yang dimiliki oleh kerajaan untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak? Ini amat mengelirukan dan pelik.

Saya yakin rundingan komersial masih lagi berlangsung di antara kedua-dua pihak. Jadi, mengapa PETRONAS perlu mengambil tindakan drastik untuk memfailkan notis di Mahkamah Persekutuan sedangkan rundingan komersial masih berlangsung dan belum dimuktamadkan?

Sebagai anak Sarawak, saya amat kesal dengan tindakan ini. Saya berharap agar semua pihak menghormati deklarasi bersama yang telah dipersetujui di antara

draft • 5:30 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Amat Berhormat Premier pada Mei 2025 yang lalu. Oleh itu, saya menggesa agar pihak kerajaan dapat memberikan satu penjelasan yang telus dan jujur berkenaan perkara ini bagi merungkai segala spekulasi berkaitan perkara ini.

Masih mengenai MA63, Tuan Yang di-Pertua. Semalam, terdapat satu kenyataan daripada Menteri bahawa MA63 tidak menyebut mengenai minyak dan gas serta bahawa PETRONAS mempunyai kuasa dalam hal ehwal minyak dan gas di Malaysia. Saya amat terkilan dengan isu tersebut bukan sahaja kerana isu ini masih dalam prosiding mahkamah malah kerana kenyataan sedemikian jelas bersifat tafsiran yang mengelirukan seolah-olah kedudukan undang-undang perkara ini telah diputuskan secara muktamad.

Untuk makluman Dewan ini, hak Sarawak ke atas minyak dan gas telah lama termaktub di bawah dengan izin, Oil Mining Ordinance 1958 jauh sebelum melahirkan MA63.

draft • 5:30 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Ordinan ini tidak pernah dimansuh dan sehingga ke hari ini, masih berkuat kuasa di Sarawak, selaras dengan perlindungan undang-undang sedia ada di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Menteri memberi kenyataan bahawa MA63 tidak menyebut dan menyentuh mengenai hak minyak dan gas. Hakikatnya ketiadaan sebutan tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk menafikan hak Sarawak kerana MA63 berfungsi sebagai jaminan dan perlindungan hak Sabah dan Sarawak termasuk jaminan terhadap hak Sarawak ke atas minyak dan gas yang telah lama termaktub di bawah Oil Mining Ordinance 1958 dan bukannya sebagai instrumen untuk melucutkan hak yang telah di wujud sebelum ini.

Justeru itu, sebarang kenyataan yang hanya merujuk kepada satu akta tertentu tanpa mengambil kira keseluruhan kerangka sejarah, perundangan dan kedudukan Sarawak dalam perlembagaan bukan sahaja tidak lengkap, malah berpotensi mengelirukan Dewan dan rakyat mengenai kedudukan sebenar hak Sarawak ke atas sumber minyak dan gasnya.

Oleh itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan mengenai visi jangka panjang tadbir urus minyak dan gas di Sabah dan Sarawak sama ada negeri-negeri ini dilihat sebagai rakan setara dalam Persekutuan atau sekadar penerima royalti kecil dalam sistem yang berpusat kerana isu ini bukan sekadar

draft • 5:40 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

melibatkan PETRONAS dan PETROS, tetapi merupakan ujian keikhlasan kerajaan dalam menterjemahkan MA63 daripada slogan kepada realiti.

Sebagai penutupan Tuan Yang di-Pertua, bahawasanya negara Malaysia ini terbentuk daripada hasil rundingan, kesepakatan di antara Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan juga Singapura. Perjanjian Malaysia 1963 bukan sekadar dokumen sejarah. Ia kekal sebagai asas perundangan yang penting bagi struktur Malaysia sebagai sebuah Persekutuan.

Lebih penting lagi, Perjanjian Malaysia 1963 tidak seharusnya dilihat semata- mata sebagai satu dokumen perundangan, sebaliknya ia mesti dihormati dan dilaksanakan sebagai satu komitmen moral dan politik dalam usaha membina sebuah negara yang inklusif serta berteraskan keadilan. Yang salah kita tegur, yang baik kita makmur. Harapan untuk tahun ini Tuan Yang di-Pertua adalah untuk melihat Malaysia terus bersatu padu dan bersama-sama membangun ke arah mencapai status negara maju.

Akhir sekali, Lubok Antu menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di- Pertuan Agong. Terima kasih.

draft • 5:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Lubok Antu. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kuala Kedah. 10 minit Yang Berhormat.

draft • 5:40 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Pada kesempatan ini Kuala Kedah mewakili rakyat Parlimen Kuala Kedah merafak sembah dan Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang telah memperlihatkan keprihatinan serta perhatian baginda menerusi titahnya yang penuh bermakna kepada rakyat dan negara. Dalam masa terbatas ini, saya membahagikan kandungan perbahasan kepada tiga bahagian iaitu pertama, mengenai hal pendidikan. Kedua, berhubung infrastruktur keterjaminan makanan dan yang terakhir adalah perihal Parlimen Kuala Kedah.

Tuan Yang di-Pertua, pendidikan merupakan perkara paling pokok dalam pembinaan bangsa dan tamadun. Membangunkan insan sejahtera, negara sentosa ini mestilah berpaksikan ilmu, adab dan pengetahuan. Inilah antara hal yang telah

draft • 5:42 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

ditekankan oleh tuanku yang menghendaki supaya sistem pendidikan negara berjalan selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Untuk itu, saya ingin merujuk kepada pengumuman Yang Amat Berhormat Tambun semasa peluncuran Rancangan Pendidikan Malaysia yang menyebut pelaksanaan matriks pembelajaran Tahun 4 pada tahun ini dan Tingkatan 3 pada tahun berikutnya yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Dalam hal ini, saya ingin membangkitkan satu persoalan asas tetapi kritikal. Adakah pelaksanaan matriks pembelajaran ini akan bertindih dengan dasar sedia ada seperti Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)?

Tuan Yang di-Pertua, kita maklum bahawa sejak pemansuhan UPSR dan PT3, kerajaan telah menekankan pendekatan pentaksiran formatif dan holistik melalui PBD dan PBS. Namun dengan pengumuman matriks ini yang setakat belum dijelaskan secara terperinci, timbul kekeliruan sama ada ia akan menjadi satu lagi sistem penilaian berpusat secara senyap atau hanya penstrukturan semula kandungan.

Soalnya sekarang, apakah kedudukan sebenar matriks ini dalam ekosistem pentaksiran kita? Adakah ia akan menggantikan PBD, penyokong PBD atau menambah satu lagi sistem pentaksiran yang membebankan guru? Siapa pelaksana utama? Guru atau pegawai LPM?

Saya juga ingin tahu. Adakah guru-guru di sekolah telah diberikan taklimat jelas kerana laporan di lapangan menunjukkan bahawa guru-guru masih kabur mengenai tujuan, bentuk pelaksanaan serta implikasi matriks ini terhadap kerja mereka? Jika tidak ditangani dengan jelas, ini akan mewujudkan pertindihan dasar, pembaziran tenaga dan akhirnya pelaksanaan tidak sekata.

Maka, saya ingin mencadangkan yang pertama, kementerian perlu menjelaskan secara rasmi kedudukan matriks pembelajaran berbanding PBD dan PBS, sama ada ia selari, menyokong atau menggantikan. Yang kedua, guru perlu dilibatkan lebih awal dalam proses pelaksanaan dasar, bukan sekadar menjadi pelaksana tanpa maklumat dan yang ketiga, satu sesi taklimat Parlimen atau Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan perlu diadakan segera untuk menjelaskan pelan pelaksanaan matriks ini.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada mekanisme pelaksanaan matriks, hal yang menjadi bahan sorotan adalah persediaan Lembaga Peperiksaan itu sendiri.

Kita tidak mempertikai niat tetapi kita hendak mendapatkan maklumat lanjut mengenai persediaan pelaksanaan matriks. Adakah LPM benar-benar mempunyai

draft • 5:42 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

kapasiti dari segi pegawai, pakar akademik dan sistem teknologi untuk menyusun dan memantau pelaksanaan sistem yang akan menyentuh jutaan pelajar dan puluhan ribu guru di seluruh negara?

Guru-guru di bawah sana masih tidak jelas tentang bentuk matriks ini.

Sekolah di luar bandar pula masih tidak mempunyai capaian digital yang stabil. Maka soalnya, adakah kita merancang dari Putrajaya tetapi melaksana secara rawak di peringkat akar umbi?

Saya mohon agar Menteri menyatakan secara terbuka apakah pelan pemantapan LPM sebagai agensi utama pentaksiran nasional. Adakah pelaksanaan ini akan melalui sekolah rintis terlebih dahulu dan bagaimana kementerian menjamin guru tidak akan dibebani dengan sistem yang tidak disusun secara terancang? Saya berpandangan sekiranya pelaksanaan matriks ini berisiko mencacatkan sistem penilaian yang sedia ada akibat daripada kelompangan atau tanpa kesediaan rapi, baik tangguh dahulu pelaksanaannya sehingga segala infra dan keperluan penilaian benar-benar berada dalam piawaian yang jelas lagi terang.

Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada isu kedua iaitu infrastruktur sektor keterjaminan makanan. Kuala Kedah senada dengan rakan-rakan lain yang membahaskan tentang panjang lebar berkenaan isu pemutuan padi yang menekan para pesawah. Kawalan benih padi sah (BPS), kos input penanaman padi yang sentiasa meningkat, kenaikan harga diesel yang mempengaruhi kos penanaman padi dan terakhir, pendirian negara berhubung dengan impak utama sasaran UPOV 1991.

Dari sudut lain, saya juga ingin menyentuh isu kritikal yang berkait rapat dengan keterjaminan makanan negara, iaitu projek pembangunan sistem pengairan tersier serta kerja baik pulih Empangan Pedu yang menjadi nadi utama kawasan jelapang padi MADA termasuklah kawasan dalam Parlimen Kuala Kedah meliputi tanah sawah terbentang dalam DUN Anak Bukit, DUN Kubang Rotan dan DUN Pengkalan Kundor.

Kita sambut baik hasrat kerajaan melaksanakan projek ini dengan peruntukan melebihi RM700 juta. Namun, saya ingin mengingatkan bahawa kejayaan projek tidak boleh diukur hanya dengan saiz peruntukan, tetapi mesti ditentukan melalui pemantauan rapi, kebolehsanaan realistik dan kawalan kos yang telus.

Pertama, saya ingin bertanya kepada kementerian, di manakah mekanisme pemantauan terbuka terhadap kemajuan fizikal blok-blok tersier ini. Setakat hari ini,

draft • 5:42 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

laporan status berkala belum disiarkan. Tanpa pemantauan yang menyeluruh, kita khuatir projek ini akan menjadi satu lagi contoh projek atas kertas.

Kedua, dari sudut kebolehlaksanaan. RMK13 akan berakhir menjelang 2030, tetapi sasaran pembangunan 172 blok sistem pengairan tersier dan kerja baik pulih empangan besar seperti Pedu memerlukan pelaksanaan yang pantas, berperingkat dan diselaraskan bukan dilaksanakan secara 'silo'. Persoalannya, adakah kerajaan benar-benar mempunyai pelan tahunan yang terperinci dengan petunjuk pencapaian yang jelas?

Dan ketiga, soal kos dan nilai untuk wang. Kita difahamkan, RM234 juta diperuntukkan untuk baik pulih Empangan Pedu, manakala RM761 juta untuk blok tersier. Adakah unjuran ini mencukupi atau bakal melonjak seperti projek-projek infrastruktur yang lain? Kita mendesak supaya Ketua Audit Negara diberi mandat awal untuk menjalankan pra audit bebas bagi memantau ketelusan perbelanjaan.

draft • 5:42 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada soal status...

draft • 5:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Ketua— Yang Berhormat Kuala Kedah, boleh sikit Sik mencelah, ya?

draft • 5:50 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Ya.

draft • 5:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tadi Kuala Kedah membangkitkan persoalan pengairan dan air untuk empangan kita, termasuklah mungkin Kuala Kedah juga menyedari Kedah sekarang ini mengorbankan ataupun mempertahankan 270,000 ekar kawasan tadahan hutan di Ulu Muda bagi memastikan Sungai Muda itu yang mengalir air untuk pengairan pertanian dan juga minuman kita, termasuklah kepada Pulau Pinang yang mengambil sebagai sumber domestik dan komersial mereka.

Saya juga nak mohon untuk Kuala Kedah juga bersetuju bagaimana saya mengatakan pandangan oleh Yang Berhormat Batu Kawan kelmarin. Yang Berhormat Batu Kawan yang mengatakan bahawa tuntutan Kedah ke atas Pulau Pinang itu bercanggah dengan perlembagaan. Dan saya yakin Kuala Kedah juga bersetuju bahawa apa yang disebut oleh Batu Kawan itu sangat tersasar. Apa fakta sebenar tuntutan Kedah iaitu menilai semula jumlah pampasan apabila sudah lebih 200 tahun tidak dinilai pajakan yang telah dibuat pada tahun 1786 di antara Sultan Abdullah Mukarram Shah dengan Francis Light dulu.

draft • 5:50 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Baik, baik, baik.

draft • 5:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ini adalah wajar Kedah juga untuk tuntut benda ini dengan perbelanjaan.

draft • 5:50 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Cukup, Sik. Tinggal seminit saja lagi.

draft • 5:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Jadi, mohon dapat Kuala Kedah perkemaskan apa yang sepatutnya difahami oleh Pulau Pinang sendiri dalam isu ini.

draft • 5:50 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Ya, saya bersetuju dengan apa yang telah dilontarkan oleh Sik. Sila masukkan dalam isi perbahasan saya.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada soal projek, status projek tersier dan pembaikan pembinaan empangan, saya juga berhasrat untuk menyuarakan permasalahan bagi pihak rakyat di kawasan-kawasan tertentu berkaitan titi tandop di bawah seliaan MADA dalam kawasan Parlimen Kuala Kedah.

Saya amat berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri sekiranya beliau dapat mengambil perhatian mengenai titi-titi berkenaan seperti usaha melebarkan titi atau penukaran besi pengadang supaya tidak— supaya tiada kecelakaan yang berlaku. Misalnya tertusuk besi pengadang, kenderaan tergelincir jatuh ke dalam sungai atau apa-apa musibah yang boleh mengancam keselamatan pengguna.

Titi-titi berkenaan adalah yang pertama, Titi Kampung Chegar Stesen Pam AC6 Jalan Kampung Alor Gunong. Dua, Titi Jalan Kampung Sungai 2 ke Jalan Kampung Jawa B. Tiga, jambatan Jalan Kampung Kubang Rotan, Jalan K141 Kubang Rotan. Keempat, Titi Kampung Sungai Kuar Jawa, Kampung Kuar Jawa.

Lima, Titi Jalan Kampung Hutan Putus, Rumah Pam WMSN 3. Yang keenam, Titi Kampung Tebengau, Jalan kampung Tebengau. Dan yang ketujuh, Titi Kampung Telok Layang, Mukim Telok Kechai.

Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir. Saya ingin mendapatkan maklumat berkenaan status perkembangan pelaksanaan peruntukan bajet pendidikan 2024 bagi program pendidikan khas integrasi (PPKI) di SMK Kubang Rotan, Parlimen Kuala Kedah, termasuk status semasa projek, jumlah peruntukan yang telah disalurkan serta jangkaan tempoh siap pelaksanaannya.

Saya juga ingin mendapatkan maklumat tentang persiapan prasarana kemudahan pendidikan di sekolah-sekolah rendah kebangsaan di seluruh kawasan Parlimen Kuala Kedah dengan kemasukan murid 6 tahun ke Tahun 1 2026. Sekian, perbahasan saya. Menjunjung kasih Tuanku.

draft • 5:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Kedah. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Klang. 10 minit, Yang Berhormat.

draft • 5:50 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Titah Diraja Baginda yang penuh ketegasan dan keprihatinan jelas mencerminkan hasrat Baginda untuk melihat negara ini ditadbir secara berintegriti, stabil serta berpaksikan kesejahteraan rakyat. Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh beberapa inti pati utama Titah Diraja yang wajar diberi perhatian khusus oleh Dewan ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bercakap tentang naik taraf besar Westports melalui projek Westports Malaysia 2 yang dijangka menggandakan kapasiti pelabuhan kepada 28 juta TEU serta memberikan pulangan ekonomi yang sangat besar kepada negara. Sememangnya langkah strategik untuk memastikan Port Klang kekal kompetitif sebagai hab logistik serantau.

Namun, seperti yang dititahkan oleh Tuanku, pembangunan di bawah RMK13 mesti memberi keutamaan kepada kesejahteraan rakyat dan tidak boleh hanya menumpukan kepada keuntungan ekonomi semata-mata. Pembangunan fizikal tanpa pembangunan sosial, tidak membawa makna jika rakyat yang tinggal di kawasan sekitar terus menanggung kesan sampingan operasi harian pelabuhan.

Realitinya, Pelabuhan Klang merupakan antara pelabuhan yang paling sibuk di rantau ini dan kesibukan tersebut memberi tekanan yang sangat besar kepada komuniti setempat.

Jalan raya yang tak berkualiti, yang sering rosak akibat laluan lori berat, trafik yang semakin sesak, kemalangan yang kerap berlaku, rancangan tebatan banjir yang tidak berkapasiti untuk mengekang banjir kilat, ketidakcukupan fasiliti awam seperti sekolah, hospital malah serta-serta infrastruktur asas yang tidak sepadan dengan sumbangan cukai kawasan ini, merupakan isu yang sudah lama dirasakan oleh penduduk Klang. Mereka menyumbang kepada kekuatan ekonomi negara, tetapi masih berdepan keadaan infrastruktur yang ketinggalan.

Maka, menaik taraf Westports tidak boleh hanya dilakukan untuk meningkatkan kapasiti pelabuhan atau kutipan cukai, tetapi mesti disertakan dengan usaha menambah baik jalan, sistem trafik, keselamatan pengguna jalan raya, rancangan tebatan banjir serta kemudahan awam supaya pembangunan tidak mengganggu kehidupan harian rakyat.

draft • 5:53 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Selain itu, sebarang projek perlu memastikan limpahan manfaatnya dirasai oleh penduduk tempatan, bukan hanya syarikat besar atau pelabur luar.

Pembangunan Westports mesti datang bersama peluang pekerjaan yang lebih berkualiti, latihan kemahiran baru, peningkatan upskilling dan reskilling serta peluang ekonomi yang benar-benar membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat Klang.

Selaras dengan semangat RMK13 yang dititahkan oleh Tuanku bahawa pembangunan negara mesti berpaksikan rakyat, naik taraf Westports harus dijadikan contoh pembangunan yang seimbang, di mana pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat bergerak seiring tanpa mengabaikan mana-mana pihak.

Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong yang menekankan bahawa pendidikan adalah asas pembinaan jati diri negara, saya mengalu-alukan penegasan Baginda bahawa bahasa Melayu mesti kekal sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa penyatu rakyat Malaysia. Ia semua, rakyat harus menerima dan menghormati kedudukan ini demi perpaduan. Namun, izinkan saya menyentuh kebimbangan yang meningkat tentang buku teks sejarah menengah.

Sejak kebelakangan ini, pelbagai ahli akademik dan sejarawan menegur kelemahan silibus dan buku teks. Antara dakwaan, ketidakseimbangan kandungan, kesilapan fakta serta penekanan yang berlebihan kepada sejarah bangsa Melayu dan agama Islam sehingga peranan komuniti lain kurang diangkat. Dalam kanta yang mereka gunakan, hanya perspektif satu bangsa dan agama diagungkan.

Sejarawan tempatan juga menegaskan wujudnya salah fakta dan naratif berat sebelah. Misalnya, peranan masyarakat Cina dalam industri bijih timah dan sumbangan buruh India dalam perladangan getah yang hanya disentuh sepintas lalu dalam teks tertentu serta menuntut semakan ilmiah yang lebih telus. Malah, ada teguran mutakhir bahawa buku teks kita masih kurang melatih pemikiran sejarah yang kritikal. Siswa perlu didedahkan kepada pelbagai sumber dan perspektif, bukan sekadar menerima naratif rasmi tanpa soal.

Saya maklum, KPM menyatakan fakta baru ditapis oleh panel pakar rujukan kurikulum dan buku teks sejarah serta semakan Kurikulum 2027 sedang berjalan. Itu wajar diteruskan dengan keterlibatan lebih luas sarjana pelbagai bidang dan wakil masyarakat untuk memastikan keseimbangan, ketepatan dan keterangkuman.

Intinya, kami menyokong bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa penyatu seperti Titah Baginda. Namun, mengukuhkan bahasa Melayu mestilah berjalan seiring dengan pengajaran sejarah yang adil kepada semua

draft • 5:53 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

supaya silibus yang baru benar-benar mencerminkan kepelbagaian Malaysia dan membina perpaduan, bukan menyingkirkan mana-mana kelompok.

Tuan Yang di-Pertua, melihat kepada Titah tegas Kebawah Duli Yang Tuanku mengingatkan agar isu 3R (kaum, agama dan institusi raja) tidak dipolitikkan atau disalah guna demi menjaga keharmonian rakyat.

draft • 5:53 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Tindakan melabelkan pelbagai rumah ibadat sebagai kuil haram tanpa penjelasan yang jelas adalah satu trend yang sangat membimbangkan serta mencabar perpaduan masyarakat. Baginda telah menegaskan bahawa apa-apa perbuatan yang boleh menimbulkan salah faham, ketegangan kaum atau suasana tidak harmoni mesti dielakkan sepenuhnya. Kita sedar bahawa kita wajar patuh akan undang-undang dan tidak seharusnya menyokong mana-mana pembinaan rumah ibadat yang melanggar undang-undang.

Namun, menjadikan istilah kuil haram sebagai senjata kemarahan, penghinaan atau sentimen perkauman bukan cara yang bertanggungjawab dan hanya akan menimbulkan lebih banyak kebencian. Hal-hal berkaitan status tanah, pelesenan atau penguatkuasaan sewajarnya diserahkan kepada pihak berkuasa untuk ditangani secara profesional dan berhemah.

Saya menggesa orang ramai supaya kekal tenang, tidak menyebarkan kebencian dan tidak menggunakan istilah yang mengguris hati mana-mana komuniti.

Seperti yang ditekankan oleh Tuanku, kita mesti menjaga keharmonian rakyat dan mengelakkan apa sahaja yang boleh membawa perpecahan. Justeru, marilah kita menaruh kepercayaan kepada proses pentadbiran dan sistem negara dalam menyelesaikan isu sebegini.

Tuan Yang di-Pertua, Baginda menegaskan komitmen terhadap agenda reformasi institusi dan demokrasi termasuk had tempoh jawatan Perdana Menteri serta pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan pendakwa raya suatu langkah yang besar bagi memastikan keadilan dan ketulusan kekal terpelihara. Saya menyokong penuh penekanan Baginda. Bagi saya, reformasi ini tidak boleh ditangguhkan lagi.

Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks reformasi institusi, sudah tiba masanya kerajaan menilai semua undang-undang seperti SOSMA, lebih-lebih lagi apabila berlaku insiden yang amat membimbangkan melibatkan penahanan seorang gadis berusia 16 tahun selama sembilan hari tanpa perbicaraan di bawah akta tersebut.

draft • 6:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Insiden ini turut didedahkan oleh pihak media serta ditegaskan oleh pemimpin masyarakat sivil dan ahli politik, jelas menunjukkan kelemahan serius dalam sistem keadilan kita termasuk bagaimana seorang minor yang juga seorang perempuan tidak dilindungi oleh pengecualian termaktub dalam seksyen 13 SOSMA. Situasi ini di mana seorang kanak-kanak mengalami trauma, serangan panik, muntah-muntah serta ditempatkan bersama tahanan dewasa menggambarkan betapa mudahnya undang-undang ini disalah guna apabila mekanisme kawal selia dan semakan tidak kukuh.

Justeru, sejajar dengan Titah Tuanku yang menekankan kepentingan institusi yang lebih telus dan berkesan, adalah wajar SOSMA atau undang-undang yang sebelum ini dikenali sebagai melalui legasi ISA dikaji semula secara menyeluruh demi mengukuhkan demokrasi dan memastikan keselamatan rakyat dan menutup ruang penyalahgunaan kuasa dalam mana-mana bentuk.

Akhirnya, di bawah prinsip asas demokrasi, one man, one vote and one value.

Tuan Yang di-Pertua, setiap undi sepatutnya mempunyai nilai yang setara. Namun realitinya, kawasan besar seperti Klang yang menampung lebih 200,000 pengundi terpaksa berkongsi sumber dan perkhidmatan dengan jumlah yang jauh lebih tinggi berbanding kawasan kecil. Sebagai contoh, terdapat beberapa kawasan Parlimen di negeri-negeri lain yang mempunyai kurang daripada 40,000 hingga 60,000 pengundi.

Kawasan seperti ini sudah tentu menerima bahagian peruntukan per kapita yang lebih besar kerana dana yang diagihkan adalah sama seperti jumlah penerima jauh lebih rendah. Ini menyebabkan pengundi di kawasan kecil menikmati akses lebih cepat kepada bantuan, program komuniti dan penyelesaian kes-kes setempat bukan kerana wakil rakyat mereka lebih efisien, tetapi kerana tekanan bebanan tugas jauh lebih ringan.

Sebaliknya di Klang, sebuah pasukan perkhidmatan yang kecil perlu mengurus permohonan kebajikan, isu infrastruktur, aduan komuniti dan program masyarakat pada skala yang tiga hingga lima kali ganda lebih besar daripada kawasan lain. Ketidaksimbangan struktur ini menunjukkan bahawa perwakilan kita tidak lagi mencerminkan keadaan— keadilan demokrasi dan kegagalan menyesuaikan semula sempadan pilihan raya serta formula peruntukan hanya memperkukuh jurang ini.

Selaras dengan Titah Tuanku yang menekankan reformasi institusi dan pengukuhan demokrasi, sudah tiba waktunya kerajaan menilai secara menyeluruh

draft • 6:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

persempadanan semula dan model peruntukan yang sedia ada. Hanya dengan pembetulan ini, barulah kita, sistem kita ini benar-benar mencerminkan demokrasi yang matang dan yang Tuanku sendiri seru untuk diperkukuh. Tuan Yang di-Pertua, saya ada satu lagi isu yang terakhir.

draft • 6:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB, satu minit saja YB.

draft • 6:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Tak apa. Dalam Titah Baginda, keutamaan rakyat turut dianggap sebagai agenda utama kerajaan, termasuk kesejahteraan sosial dan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih berkesan.

Selaras ini, saya ingin menyentuh kelewatan kerajaan dalam menyelesaikan penyiasatan dan pendakwaan kes penipuan MBI jelas menunjukkan kelemahan tadbir urus yang masih wujud dalam sistem penguatkuasaan negara. Walaupun pihak berkuasa telah merampas aset bernilai lebih RM6.65 bilion serta menahan puluhan individu sejak 2025 termasuk tokoh bergelar Tan Sri dan Datuk Seri, tindakan tegas hanya terlihat terhadap seorang individu utama, manakala ribuan mangsa masih menunggu keadilan dan pemulangan dana mereka.

Kelewatan pendakwaan ini bercanggah dengan semangat Titah Diraja di mana Tuanku menegaskan bahawa rasuah, salah guna kuasa dan ketirisan mesti dibanteras secara menyeluruh tanpa mengira pangkat atau kedudukan serta menuntut kerajaan melaksanakan tadbir urus yang telus, efisien dan bebas daripada kompromi. Kes MBI ini perlu dijadikan bukti mengapa reformasi institusi mesti dipercepatkan kerana selagi tindakan ke atas penjenayah kolar putih berprofil tinggi tidak dilaksanakan secara cepat dan menyeluruh, kepercayaan rakyat terhadap demokrasi dan sistem keadilan negara akan terus terhakis. Sekian, terima kasih.

draft • 6:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Klang.

Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kubang Pasu, 10 minit Yang Berhormat.

draft • 6:00 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kubang Pasu merafak sembah dan menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Pembukaan Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas pada 19 Januari yang lalu.

Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong jelas menunjukkan keprihatinan Baginda terhadap kedaulatan negara, kemajuan ekonomi, kemakmuran, perpaduan dan kestabilan politik negara yang tercinta ini.

Antara perkara-perkara penting yang dititahkan oleh Baginda dalam titah ucapan

draft • 6:07 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

mengandungi 20 perenggan itu ialah sistem pendidikan negara mesti terus diperkasakan sebagai asas pembinaan bangsa, jati diri dan masa depan negara.

Dan sistem pendidikan yang baru mesti dibuat selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan bahasa Melayu mesti menjadi bahasa utama kerana ia adalah bahasa kebangsaan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Jadi, bermakna bahawa apa juga sistem pendidikan yang akan dilaksanakan, ia hendaklah menerima bahasa Melayu dan Sejarah Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, perkara pertama yang Kubang Pasu hendak bahaskan ialah isu rasuah. Bagi Kubang Pasu, rasuah adalah musuh nombor satu negara. Isu ini telah menjadi barah yang sukar diubati. Seperti yang disebut dalam Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, segala perancangan yang dibuat dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas tidak akan sempurna jika amalan rasuah masih berleluasa.

Kes rasuah yang ditemui selama ini hanyalah sekelumit daripada gunung ataupun the tip of the iceberg. SPRM menyatakan bahawa kos kepada negara disebabkan rasuah ialah RM277 bilion dalam masa lima tahun, 2018 hingga 2023.

Ertinya, 69 peratus daripada development expenditure RMK12.

Pada pandangan Kubang Pasu, kita perlu memikirkan kaedah yang lebih berkesan bagi memerangi gejala rasuah ini. Sebelum ini ada yang menyatakan bahawa rasuah boleh dikurangkan bila transaksi digital dilaksanakan. Tetapi nampaknya, dengan adanya transaksi digital pun tidak mengurangkan amalan rasuah. Kerajaan perlu melihat kepada kaedah langkah pencegahan di samping meneruskan langkah pembetulan seperti yang diamalkan sekarang.

Jika ia melibatkan projek-projek umpamanya, proses perolehan kerajaan perlu dikaji semula agar ia lebih telus dan mengambil aspek accountability. Secara umumnya, keseluruhan sistem perlu dikaji semula melibatkan semua jabatan dan agensi kerajaan termasuk badan-badan pihak— badan-badan tertentu, pihak penguat kuasa.

draft • 6:07 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Kita perlu belajar daripada negara lain yang mempunyai sistem yang lebih berkesan dalam membanteras rasuah. Di negara kita Malaysia banyak masalah yang timbul sukar ditangani dan sebab utamanya ialah gejala rasuah. Saya nak sebutkan di sini berapa contoh yang ketara. Sebuah kilang di Klang memproses e- waste secara haram kerana memberi sogokan kepada penguat kuasa antara RM2,000 hingga RM50,000 sebulan. Empat suspek pemilik syarikat kejuruteraan

draft • 6:10 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

marin ditahan kerana membuat suapan untuk projek tambak laut bernilai RM44 juta di negeri Melaka.

Pegawai kanan imigresen di bawah, didakwa menerima rasuah RM140,000 untuk melepaskan kemasukan 56 orang warga Bangladesh melalui KLIA.

Bayangkan keselamatan negara dikorbankan hanya dengan mendapat RM2,500 seorang. Kalau nak disenaraikan sungguh panjang dan tak dapat ceritakan di sini.

Kes-kes yang melibatkan penguatkuasaan penguat kuasa jalan raya, dadah, import eksport barangan di pelabuhan dan lapangan terbang antarabangsa sentiasa dilaporkan dalam media saban hari. Mereka ini sebenarnya adalah pengkhianat negara serta seperti kata pepatah Melayu, “Harapkan pegar, pegar makan padi”.

Gejala ini harus terus diperangi habis-habisan sehingga ke akar umbi without fear or favor tidak kira sesiapa pun. Dan Kubang Pasu menyokong penuh usaha gigih kerajaan dalam pembanterasan rasuah yang lebih tegas ini.

Tuan Yang di-Pertua, berdasar kepada angka-angka seperti KDNK, kadar pengangguran yang rendah, angka ini tidak mengambil kira underemployment, pekerjaan yang tidak setaraf dengan kelulusan. Pelaburan nilai perdagangan yang tinggi, inflasi rendah, nilai ringgit yang naik dan lain-lain, semuanya menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang maju akhir-akhir ini dan sepatutnya rakyat pada keseluruhannya terutama B40 ke bawah merasai nikmat kemakmuran.

Namun realitinya tidak sedemikian. Kemajuan ekonomi yang ditafsirkan melalui angka-angka yang positif tidak diterjemahkan kepada kehidupan rakyat di bawah sana. Mereka berhadapan dengan kos sara hidup yang kian meningkat, pekebun kecil getah bergelut dengan pendapatan mereka tidak menentu disebabkan harga getah tidak stabil dan rendah.

Begitu juga nelayan, pesawah, petani, peniaga-peniaga kecil serta penjawat awam dan pekerja swasta yang berpendapatan rendah. Manakala kenaikan gaji tidak selari dengan peningkatan kos sara hidup yang membebankan. Bebanan ini ditambah pula dengan isu kesihatan di mana mereka berhadapan dengan masalah hospital kerajaan yang penuh sesak. Mereka terpaksa menunggu begitu lama untuk mendapat temu janji dengan doktor-doktor.

Berhubung dengan isu ini, saya mencadangkan pada pihak kerajaan, khususnya Kementerian Ekonomi supaya membuat kajian yang menyeluruh berkaitan dengan kemajuan ekonomi yang baik berdasar kepada angka-angka yang disebutkan tadi namun tidak dapat diterjemahkan pada taraf kehidupan rakyat yang lebih baik.

draft • 6:10 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035. Pendidikan adalah instrumen paling penting dalam pembinaan sesebuah negara. Daripada sistem dan dasar pendidikan, ia dapat membentuk rakyat berfikir, beridentiti dan berinteraksi sebagai satu masyarakat. Sebab itu kalau kita lihat mana-mana negara di dunia, sistem pendidikan adalah asas bagi membentuk identiti rakyat dan negara.

Daripada pendidikan rakyat dibentuk untuk berkongsi identiti kebangsaan, nilai bersama dan kesetiaan kepada negara, malah pendidikan juga sepatutnya menjadi dasar dalam pembentukan sistem politik, bahasa dan simbol nasional yang diterima bersama.

Dalam hubungan ini, saya ingin menyentuh tentang Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035. PN memandang serius tentang perkara ini. Ketetapan PN ialah bagi usia enam tahun memasuki Tahun 1 sekolah rendah, kita meminta kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan menangguhkan pelaksanaannya pada tahun 2027 kepada tahun yang baru iaitu apabila KPM telah benar-benar bersedia dari segi guru, prasarana bilik darjah, bilik guru, perpustakaan, kantin, kemudahan sukan dan lain-lain, pelaksanaan kurikulum persekolahan. Dan Kubang Pasu menyokong perubahan ini sebenarnya, cuma ditangguhkan supaya semua perkara dapat dibereskan.

Peperiksaan Tahun 4. Kubang Pasu minta kerajaan menjelaskan tentang pelaksanaan metrik pembelajaran Tahun 4 mulai tahun 2026. Persoalannya adakah Lembaga Peperiksaan telah bersedia? Adakah guru-guru telah bersedia? Adakah peperiksaan ini bagi menggantikan UPSR? Apa yang Kubang Pasu lihat ialah RPM 2026–2035 ini dibuat secara tergesa-gesa sehingga menimbulkan kekeliruan dan kecelaruan di kalangan guru-guru, ibu bapa dan murid-murid.

Seterusnya ART. Mengenai Agreement Reciprocal Trade dengan Amerika Syarikat ini telah banyak diperkatakan oleh ramai Ahli-ahli Parlimen terutamanya di blok pembangkang. Pendirian Kubang Pasu dan PN ialah semua perkara dalam ART yang menjejaskan kedaulatan Malaysia. Sebagai negara yang berdaulat dan demi kepentingan negara, ia perlu dilihat semula dan diratifikasikan.

Dalam hubungan ini, Menteri MITI yang baru, Datuk Seri Johari Ghani telah menyatakan bahawa Kementerian akan melihat kembali dan mendapatkan penjelasan dari Amerika Syarikat dalam proses ratifikasi ini. Yang Berhormat Menteri memaklumkan bahawa satu kertas cadangan bagi memperincikan ART yang lebih jelas akan disiapkan dan dibawa kepada perbincangan bersama Kaukus Perdagangan Ahli-ahli Parlimen yang mana saya sendiri menjadi ahlinya. Ini satu

draft • 6:10 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

langkah yang positif dan kita tunggu hasilnya. Kubang Pasu mencadangkan supaya MITI membawa ART yang telah dipinda, perkara-perkara yang merugikan negara ke Parlimen untuk kelulusan.

Seterusnya, bahasa Melayu bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan memainkan peranan penting dalam pembentukan tamadun ilmu di Malaysia. Sejak Merdeka, ia bukan saja simbol identiti nasional tetapi juga alat penyatuan dalam sistem pendidikan negara. Kedudukannya diperkukuh melalui Akta Bahasa Kebangsaan 63-67 serta pelbagai dasar yang menempatkan bahasa Melayu sebagai pusat pembangunan ilmiah. Namun realiti semasa menunjukkan kedudukan bahasa Melayu dalam pendidikan sering berdepan dengan pelbagai cabaran khususnya dualisme bahasa, tuntutan globalisasi dan sebagainya.

Pembentukan identiti jati diri Malaysia dan pandangan dunia rakyat negara ini bergantung pada tahap pengetahuan serta penghargaan terhadap asal usul negara. Proses ini hanya boleh dipupuk melalui pengalaman dan pemahaman bersama sejarah serta nilai kebangsaan yang dikongsi. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan mempunyai peranan dalam pembinaan negara seperti pepatah yang sering diungkapkan “Bahasa Jiwa Bangsa”.

Bahasa kebangsaan ialah wahana penyatuan rakyat berbilang kaum dan latar belakang. Semua rakyat perlu menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dan perpaduan kaum kerana di situlah terletaknya jambatan menuju destinasi nasional yang sama. Kebimbangan penguasaan bahasa Melayu akan menyebabkan bahasa ibunda terhakis adalah tidak berasas. Pengalaman negara lain membuktikan sebaliknya.

Di Amerika Syarikat rakyatnya datang daripada seluruh pelosok dunia namun masyarakat Itali telah mengekalkan bahasa dan budaya Itali. Begitu juga orang Jerman, Latino dan Yahudi. Pada masa yang sama mereka fasih berbahasa Inggeris dan berkongsi nilai kebangsaan Amerika Syarikat yang membentuk identiti bersama sebagai warga negara.

Dalam hubungan ini, Kubang Pasu menyambut baik saranan Perdana Menteri bahawa supaya bahasa Melayu dan sejarah negara diwajibkan sebagai mata pelajaran peperiksaan SPM. Untuk memperkukuhkan lagi kefahaman dan penghayatan, kedua-dua mata pelajaran berkenaan harus juga dimulakan di peringkat rendah.

Sesungguhnya, sekarang adalah masa yang terbaik bagi memperkasakan bahasa Melayu. Kerana kita semua tahu bahawa Perdana Menteri hari ini adalah

draft • 6:10 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

seorang pejuang bahasa Melayu. Kubang Pasu amat berharap agar semua pemegang taruh dalam memperkasakan bahasa Melayu di bumi bertuah Malaysia ini iaitu kementerian, jabatan-jabatan, agensi kerajaan, kerajaan negeri, kerajaan tempatan, IPTA, IPTS serta pihak swasta dan lebih-lebih lagi Dewan Bahasa dan Pustaka dapat mengambil tanggungjawab dan komited bagi menjayakan misi yang amat penting ini.

Seterusnya ini terakhir yang Tuan Yang di-Pertua.

draft • 6:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Satu minit sahaja ya, Kubang Pasu.

draft • 6:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Ada sedikit aduan daripada Kubang Pasu, sikit saja.

draft • 6:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Satu minit.

draft • 6:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Satu minit boleh. Fasal kalau saya tak cakap benda ni saya tak boleh balik Kubang Pasu. Dia mengenai aduan kerosakan tandup hakisan beting di Sungai Kampung Lama, Jitra, Kubang Pasu. Tandop mengalami kerosakan teruk, pecah dan terhakis akibat banjir besar yang berlaku pada November lalu.

Menyebabkan hakisan serius pada beting sungai, ia membahayakan keselamatan penduduk, khususnya ibu bapa yang menghantar anak dan mengambil anak dari sekolah. Saya minta MADA, pihak MADA di bawah Kementerian Pertanian mengambil tindakan segera. Maka saya dengan itu, menyokong Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 6:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Gopeng. 10 minit Yang Berhormat.

draft • 6:20 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker, rakan-rakan Ahli Parlimen yang saya hormati sekalian. Terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja. Tajuk berbahasan saya hari ini berbunyi mengenai konsep kedaulatan negara dalam dunia yang semakin kompleks. Sebelum saya masuk ke dalam topik, tiga topik utama, saya ingin menarik perhatian Dewan ini kepada dua dokumen yang penting negara kita.

draft • 6:20 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Yang pertamanya adalah Dasar Keselamatan Negara 2021 hingga 2025 dan juga Kertas Putih Pertahanan yang telah pun memperkenalkan satu konsep yang bernama HANRUH, H.A.N.R.U.H, yang bermaksud konsep pertahanan menyeluruh.

HANRUH menegaskan bahawanya pertahanan negara demi kedaulatan negara bukan lagi hanya bergantung semata-matanya kepada angkatan tentera semata-mata, tetapi melibatkan keseluruhan negara, baik kerajaan, sektor swasta dan rakyat yang merangkumi pelbagai dimensi keselamatan termasuk ekonomi, makanan, kesihatan awam dan sosial.

Jika dahulu kedaulatan negara ditarifkan sebagai pembebasan daripada penjajahan fizikal, hari ini ancaman lebih halus dan lebih bahaya kerana melalui penguasaan ekonomi pihak luar negara, penyeludupan, keterjaminan makanan yang rapuh dan jenayah rentas sempadan.

Tiga isu yang saya kupaskan. Isu pertama berkenan dengan penyeludupan senjata dan makanan. Tempoh setahun kebelakangan ini, kita lihat banyak kes tembakan bersasar berlaku di pelbagai lokasi, baik di Banting, Setia Alam, Brickfields, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Klang.

Ini menimbulkan persoalan besar, dimanakah senjata-senjata yang melakukan aktiviti jenayah ini datang? Dari manakah dia datang? Adakah dia diseludup masuk melalui sempadan? Sejauh manakah sempadan negara kita masih lagi benar-benar terkawal? Dan kegagalan ini akan mengundangkan kepada kegusaran tentang kedaulatan negara kita yang dimaksudkan oleh HANRUH.

Dalam masa yang sama, penyeludupan makanan termasuk daging, makanan, tidak kurang bahayanya sebab ia bukan saja merosakkan industri tempatan tetapi membuka ruang kepada risiko kesihatan awam dan veterinar termasuk ancaman wabak zoonotik. Saya merakamkan penghargaan kepada AKP, MAQIS dan agensi penguatkuasaan yang lain atas rampasan daging seludup baru- baru ini di Klang, di Pelabuhan Klang dan KLIA dan usaha ini mesti diteruskan dan diperkukuhkan. Penyeludupan senjata boleh membunuh nyawa, penyeludupan makanan, membunuh industri dan juga kesihatan rakyat. Dan kesemua ini menggugat kedaulatan negara.

Maka saya ingin memohon penjelasan kerajaan tentang pertama, dimanakah pintu masuk berisiko tinggi dan rekod penguatkuasaan bagi penyeludupan- penyeludupan, termasuk senjata dan makanan dan langkah-langkah pencegahannya?

draft • 6:20 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Yang kedua, statistik kes-kes tembakan, pendakwaan kes-kes jenayah tersebut bagi 5 tahun kebelakangan ini.

Topik kedua, keterjaminan makanan dan industri penternakan. Pandemik COVID-19 telah pun mendedahkan kita betapa rapuhnya keterjaminan makanan negara kita. Walaupun bekalan boleh diimport, tetapi harga akan tinggi dan kualiti belum tentu terjamin. Saya menyentuh isu yang disentuh, dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sabak Bernam semalam dan juga Hulu Selangor tadi mengenai tentang isu penternakan babi.

Memang mudah seperti maknanya yang dikatakan oleh Yang Berhormat Sabak Bernam dan Hulu Selangor tadi, tutup saja industri ini kerana ada bantahan.

Import seperti negara-negara lain seperti Singapura. Tapi sebagai seorang Ahli Parlimen dan penetap undang-undang yang bertanggungjawab dalam Dewan ini, saya mengajak rakan-rakan saya untuk melihat isu ini secara holistik, bukan dasarkan kepada emosi dan populis semata-mata.

Kalau logik Yang Berhormat Sabak Bernam dan Hulu Selangor ada lah, tutup kerana ada bantahan dan import sahaja jangan bela dalam negara ini, maka saya nak tanya kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang dikatakan cadangan itu, bagaimanakah dengan penternakan-penternakan lain seperti ayam, seperti lembu, seperti sayur-sayuran, buah-buahan, malah pelombongan kuari dan juga termasuk NREE, unsur nadir bumi juga akan mengundang bantahan.

Kedah jangan sentuh langsung kalau logik itu berlaku. Betul-betul kalau nak melaksanakan logik itu. Maka, sebagai seorang Ahli Parlimen yang bertanggungjawab, kita bukan ada bantahan. Kita kena selesaikan, kita kena cari solusi nya, kena buat zoning, kena buat perundangan untuk kita mengawal selia industri yang kita nak bangunkan kerana potensinya, kerana soal keterjaminan makanannya.

Mudah kita nak tutup semua kalau ada bantahan. Kalau macam itu, opah saya pun boleh jadi Ahli Parlimen. Pengalaman Perak menunjukkan jalan penyelesaian lebih tanggungjawab. Saya bagi contoh, melalui penubuhan task force menangani isu lalat, Kerajaan Negeri Perak menambah baik sistem penternakan ayam tanpa menutup industri ini. Ada masalah? Masih ada lagi. Masih ada isu lalat lagi. Tetapi task force itu akan bermesyuarat apabila berlakunya isu ini, bukan sebab ada bantahan dan terus mematikan industri ini.

Dan hasilnya, apa yang kita nikmati atas meja makan kita, tahap sara diri SSR untuk ayam dan telur telah pun melepasi daripada 100 peratus dan itulah kita

draft • 6:20 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

tak perlu nak bergantung kepada import dan pendekatan yang sama saya rasa kita harus letakkan kepada penternakan babi juga. Bukan kerana saya Cina, bukan kerana saya bukan Islam. Tetapi saya lihat dalam dua sudut.

Yang pertama adalah bagaimana negara kita nak menguruskan sumber protein negara kita? Yang kedua, adalah tentang defisit perdagangan makanan yang sangat runsing berlaku dalam negara kita.

Pertama, kalau kita lihat, kita nak tutup semua, import, bagaimanakah pasaran akan bertindak? Pasaran akan beralih kepada sumber protein yang lain. Dia akan memilih ayam, daging. Tetapi kalau lihat kepada tahap SSR untuk industri- industri ini, lembu berapa? 15 peratus. Kambing berapa? 8.5 peratus. Kalau jadi vegetarian pun, kita punya tahap sara diri untuk sayur-sayuran hanya sekitar 47 peratus sahaja.

Dan dari sudut perdagangan dalam sektor agro makanan tahun 2020, kita ada defisit perdagangan 21.72 bilion dan tahun 2024, meningkat lagi mencecah RM39.34 bilion. Ini sangat membimbangkan saya, bukan saya Cina, saya pertahankan industri babi ini. Kalau industri ini berlaku di lembu ke, ayam ke, kambing ke, sayur ke, saya akan turut pertahankan dari sudut pengurusan sumber protein makanan negara kita. Dan juga memastikan kita tidak bergantung banyak sangat dengan import-import makanan yang akan kita hilang aliran tunai keluar negara dan seterusnya, kuasa ekonomi akan dikuasai oleh kuasa-kuasa di negara- negara asing.

draft • 6:20 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Gopeng, Betong mohon pencelahan. Mengenai ladang khinzir tadi, dianggarkan dalam 30 peratus pengeluaran khinzir di Malaysia sekarang menggunakan sistem ternakan moden iaitu closed house dan setuju kah Gopeng bahawa sekiranya kita membuat satu dasar di mana kita mewajibkan agar ternakan khinzir ini menggunakan secara moden iaitu zero waste discharge untuk mengawal efluen itu kepada itu. Mohon penjelasan.

Terima kasih.

draft • 6:20 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih YB Betong. Saya setuju 100 peratus. Kita dalam keadaan tidak mematikan industri ini, kita harus mendirikan satu piawaian perundangan, tatakelola untuk menguruskan industri ini dengan lebih mampan dan lestari.

Sepertimana yang kita lakukan di Sarawak. Satu contoh yang baik, sekarang boleh sampai eksport ke Singapura. Dan kalau lihat di Selangor, dia supply untuk local market dalam 30 peratus. Di Perak, supply 60 peratus. Berlakunya ASF, African

draft • 6:20 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Swine Flu yang telah mematikan separuh industri di Pulau Pinang dan sekarang di Selangor, sekarang tinggal sikit kat Johor, sebenarnya industri ini dalam keadaan yang sangat merunsingkan.

So, saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat dalam kita nak mempertahankan industri ini, saya juga mengesyorkan supaya kerajaan membantu menentapkan syarat-syarat yang ketat untuk memastikan pembangunan secara mampan lestari demi menjaga kesihatan awam dan juga kesihatan veterinar bebas daripada sebarang wabak zoonotik yang mungkin berlaku.

Dan poin yang terakhir yang saya nak bawa adalah tentang lambakan produk perkhidmatan murah dan salah guna dokumen pelawat. Pasaran tempatan kini berdepan dengan tekanan yang sangat hebat akibat daripada lambakan produk import murah dan dominasi platform e-dagang asing. Lebih membimbangkan adalah ada peniaga-peniaga asing segelintirnya daripada negara China yang menyalahgunakan pengecualian visa ataupun segelintirnya menggunakan pas lawatan profesional untuk menjalankan perniagaan ataupun bekerja di dalam negara kita secara langsung tanpa identiti perniagaan dalam negara kita ataupun menerusi syarikat tempatan yang berbentuk alibaba yang bertopengkan peniaga milikan warganegara tetapi di belakangnya sebenarnya adalah pemodal-pemodal negara- negara asing.

draft • 6:20 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Perang perdagangan global telah pun mengalihkan lebihan barangan murah ke dalam pasaran kita yang menjejaskan daya saing perusahaan tempatan kita.

Kalau dulu, lambakan produk dalam bentuk produk perantara dan produk industri yang kesan kepada sektor pembuatan tetapi kini, hari ini, lambakan produk murahan telah pun menembusi ke dalam sektor produk akhir dan produk pengguna sehingga bukan setakat produk tetapi membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan terus seperti renovation, seperti peruncitan, seperti perkahwinan, fotografi, seperti pelancongan dan sebagainya.

Speaker, saya minta satu minit last sahaja. Dan produk dan perkhidmatan syarikat yang berbentuk Ali Baba ini ataupun tanpa kelulusan undang-undang ini yang menikmati kos operasi yang rendah manakala perniagaan PMKS dalam negara kita terpaksa mematuhi kesemua regulatory, undang-undang, cukai dan keselamatan produk-produk mereka. Wujud satu uneven level playing field, persaingan yang tidak seimbang.

draft • 6:30 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Tambahan pula kalau lihat kepada akta-akta yang sedia ada, yang mengawal selia tentang sektor e-dagang contohnya Akta Perdagangan Elektronik 2006 sudah ketinggalan zaman dan gagal mengawal promosi digital yang agresif melalui pelbagai platform sosial media. Maka saya ingin menggesa kepada kerajaan dalam empat perkara.

Menilai semula dasar yang mengawal selia ekosistem e-dagang negara dan mempercepatkan pindaan undang-undang yang berkaitan dengan e-dagang.

Kedua, memperketatkan penguatkuasaan terhadap lambakan produk, baik produk perantara, industri ataupun produk dan perkhidmatan akhir dan pengguna.

Ketiga, menetapkan garis panduan dan pemantauan jelas oleh MCMC di semua platform digital tentang kegiatan promosi perniagaan yang ditunjangkan oleh pemilikan-pemilikan luar negara ataupun syarikat-syarikat yang berbentuk Ali Baba.

Terakhir, bagi KUSKOP dan agensi-agensi kerajaan, saya minta juga pada masa yang sama kita menjalankan dasar-dasar perlindungan, kita perlu meningkatkan kapasiti industri kita, membantu kita supaya kita boleh pastikan daya saing industri kita dipertingkatkan dalam pelbagai sudut.

Akhirnya, sudah tentu kedaulatan negara bukan setakat slogan ataupun retorik yang berapi-api tetapi kedaulatan negara hari ini bukan setakat mempertahankan sempadan fizikal kita. Ia menuntut keupayaan negara mengawal pintu masuk, melindungi ekonomi domestik, menjaminkan keterjaminan makanan dan memastikan pasaran domestik kita tidak dikuasai oleh pihak asing.

Dan ia hanya bermakna apabila rakyat rasa selamat, dilindungi, dibekalkan makanan yang mencukupi dan diberikan ruang yang secukupnya untuk mencari makan, mencari rezeki di tanah air yang tercinta ini dan ini maknanya sebenar HANRUH – Pertahanan Menyeluruh oleh semua rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 6:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Baling, 10 minit Yang Berhormat.

draft • 6:30 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam perpaduan.

Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmatnya, kita dapat bersidang dalam Dewan yang mulia ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi

draft • 6:33 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Muhammad SAW. Qudwah kepimpinan yang menyatukan ummah di atas asas keadilan dan kebenaran.

Firman Allah SWT.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Yang bermaksud, “Dan berpeganglah kamu semuanya dengan tali Allah, yakni Islam dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu.” Ayat ini adalah nasihat rohani, dalam masa yang sama menjadi prinsip asas pembinaan sebuah negara yang stabil, berdaulat, aman dan harmoni terutamanya di negara kita Malaysia, sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai agama dan kaum, juga menjaga prinsip Perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan. Islam merupakan agama yang mementingkan keharmonian namun keharmonian ini ada batasnya dan janganlah sekali-kali mencabar hukum Allah SWT.

Saya menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas Titah Diraja yang sarat dengan peringatan, amanah dan harapan terhadap masa depan negara. Titah Tuanku mengingatkan kita bahawa kekuatan Malaysia terletak kepada perpaduan sesama kita, saling hormat- menghormati antara satu sama lain serta menghormati Islam sebagai Agama Persekutuan.

Ada tiga perkara yang akan saya sentuh. Pertamanya, soal perpaduan dalam Islam dan ancamannya. Perpaduan umat Islam adalah teras kestabilan negara ini.

Namun hari ini, kita melihat ancaman yang semakin ketara. Bukan sahaja daripada faktor luaran tetapi juga perpecahan dalaman yang berpunca daripada sikap ekstrem, politik kebencian dan perbalahan yang menghakiskan kepercayaan sesama sendiri. Perbezaan pandangan dalam Islam adalah lumrah tetapi apabila perbezaan ini di manipulasi sehingga menimbulkan perpecahan, fitnah dan permusuhan, maka ia akan menjadi ancaman kepada ummah dan negara.

Kita lihat di media sosial, penghinaan terhadap agama Islam sudah tidak asing lagi malah ada yang melakukan dengan secara terang dan terbuka termasuk menghina junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan menghina hukum Allah dengan perkataan yang jelik dan mempersendakan.

Perilaku ini ibarat tiada ubat dan tiada undang-undang yang tegas terhadap pelaku yang menghina agama kita. Tindakan tegas melalui undang-undang perlu jelas dan hukuman sehingga tiada ada lagi siapa yang berani menghina agama kita.

Hukuman ini juga perlu dikenakan secara menyeluruh termasuk umat Islam sendiri yang sengaja menghina agamanya dan juga sesiapa saja yang menghina Islam.

draft • 6:33 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Mohon kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Agama mengambil tindakan tegas dan pendirian yang tegas serta usaha-usaha bagi membendung masalah penghinaan terhadap Islam.

Dalam masa yang sama, adakah kerajaan bercadang untuk membuat roadshow Islam yang memberi pemahaman dan penerangan kepada semua rakyat termasuk yang bukan Islam tentang keharmonian agama Islam itu.

Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang ingin saya sentuh ialah pendidikan khususnya cadangan untuk mengkaji semula UPSR dan PMR. Pendidikan bukan hanya tentang peperiksaan semata-mata tetapi ia adalah soal pembentukan insan, hala tuju generasi dan masa depan negara. Namun dalam masa yang sama, peperiksaan awam juga berperanan sebagai instrumen penilaian, penyeragaman dan keadilan sosial terutama bagi pelajar-pelajar di luar bandar.

Bagi kawasan pendalaman seperti kawasan saya, Baling, peperiksaan kebangsaan selama ini menjadi salah satu mekanisme penting untuk mengukur pencapaian pelajar secara objektif dan membuka peluang mobiliti sosial. Sebarang kajian semula terhadap UPSR dan PMR mesti dilakukan secara menyeluruh berasaskan data dan mengambil kira realiti jurang antara bandar dan luar bandar.

draft • 6:33 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Jangan sampai niat baik untuk mengurangkan tekanan akademik akhirnya mewujudkan ketidaksamaan baharu di mana pelajar yang mempunyai akses sumber lebih besar terus ke hadapan, manakala pelajar luar bandar tercicir tanpa ukuran yang adil.

Pendidikan yang baik adalah pendidikan yang seimbang antara akademik, sahsiah, kemahiran hidup dan nilai, termasuk nilai Islam bagi pelajar-pelajar yang beragama Islam. Kajian semula perlu menjawab satu soalan asas― adakah sistem baharu ini benar-benar membantu anak-anak di pedalaman serta kawasan-kawasan lain atau hanya sesuai untuk bandar membangun sahaja?

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai persekolahan tahun 2027 di mana pelajar Darjah 1 yang berumur enam tahun akan mula belajar. Pada pandangan saya, umur tujuh tahun belajar di sekolah adalah yang terbaik kerana apa yang telah disebutkan oleh Rasulullah SAW, “Ajarlah anak kamu apabila umurnya tujuh tahun, dan 10 tahun, dirotan.” Jadi, tujuh tahun itu merupakan satu asas yang diletakkan oleh Rasulullah SAW untuk memulakan pengajian. Umur empat, lima tahun sebagai persiapan untuk

draft • 6:40 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

memasuki sekolah rendah. Saya bimbang umur enam tahun masuk Darjah 1, mungkin ada di kalangan pelajar yang membawa botol susu.

Perkara ketiga yang sangat dekat dengan denyut nadi rakyat ialah kenaikan harga barang keperluan harian. Isu ini ialah isu yang kerap kali dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Realitinya, rakyat di bawah tidak bercakap tentang teori ekonomi, mereka bercakap tentang harga beras, minyak masak, ayam, sayur dan barangan-barangan dapur yang lain.

Apabila harga barang naik, yang terjejas bukan hanya golongan miskin tetapi juga kelas pertengahan yang kini semakin himpit. Gaji dan pendapatan yang rendah seiring kos sara hidup dan bantuan bersifat sementara tidak menyelesaikan masalah struktur.

Rakyat mahukan dasar yang konsisten, penguatkuasaan yang tegas terhadap rantaian bekalan serta keberanian politik untuk menangani punca sebenar harga barang. Dalam masa yang sama, menghukum kartel-kartel ini yang tegar yang tidak mahu memberi kerjasama kepada pengguna. Jika kita benar mahu menterjemahkan roh keadilan seperti yang dititahkan oleh Tuanku, maka keadilan ini mesti dirasai secara menyeluruh seperti di pasar, di kedai runcit dan meja makan di rumah rakyat Malaysia.

Akhir sekali, izinkan saya menyentuh satu dimensi yang sangat penting untuk masa depan Kedah dan kawasan saya Baling, iaitu potensi pelancongan tanah besar Kedah. Jika dahulu Kedah sering dikenali melalui Langkawi dan sawah padi, hari ini tanah besar Kedah mula muncul sebagai dimensi baharu terutama kepada Generasi Z yang mencari pengalaman semula jadi alam sekitar.

draft • 6:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat, satu minit ya.

draft • 6:40 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Satu minit?

draft • 6:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya, Yang Berhormat.

draft • 6:40 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Saya ingin menyentuh di kawasan saya, iaitu mengenai Klinik Kesihatan Baling yang saya telah menyentuh dalam sesi yang lalu dan masih dalam perbincangan. Saya harap supaya Klinik Kesihatan Baling ini disegerakan kerana yang ada sekarang tidak mampu memenuhi kehendak rakyat.

Ada sampai tiga, empat jam menunggu untuk mendapatkan rawatan dan ubat.

Kepada Kementerian Kesihatan, berilah keutamaan, terutama sekali penduduk- penduduk luar bandar seperti di kawasan saya.

Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 6:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Baling.

Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Jempol. 10 minit, Yang Berhormat.

draft • 6:40 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Jempol merafak sembah menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah berkenan mencemar duli merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas.

Titah Diraja tersebut bukan sekadar lafaz pembukaan tetapi suatu amanat kenegaraan yang menggariskan hala tuju negara dalam aspek tadbir urus ekonomi, perpaduan nasional, pendidikan serta pembinaan jati diri bangsa. Baginda menuntut kesepaduan tindakan antara kerajaan, Parlimen dan rakyat dalam memastikan pembangunan negara berpaksikan keadilan sosial, kemampanan ekonomi dan keharmonian masyarakat majmuk.

Perpaduan nasional. Malaysia hari ini bukan sebuah negara yang masih tercari-cari identiti. Hampir 68 tahun selepas kemerdekaan, negara ini telah dibangunkan berasaskan kesepaduan rakyat pelbagai kaum serta kestabilan politik.

Daripada peninggalan warisan kolonial seperti Bangunan Sultan Abdul Samad dan juga Carcosa Seri Negara semasa mencapai kemerdekaan, hari ini negara kita telah melangkah ke era pembangunan moden dengan mercu tanda bertaraf dunia seperti Menara Berkembar PETRONAS dan juga Menara PNB 118 yang merupakan menara kedua tertinggi di dunia.

Hakikat ini membuktikan bahawa kemajuan negara tidak pernah lahir daripada perpecahan, sebaliknya berpunca daripada perpaduan nasional yang dipelihara secara konsisten. Sejarah juga membuktikan bahawa apabila perpaduan tergugat, kestabilan negara turut terancam. Rukun Negara sebagai panduan hidup rakyat Malaysia wajib dihayati sebagai teras utama perpaduan negara di samping Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, integrasi nasional yang terus diperkukuh dan diperkasakan.

Seterusnya, perkara sensitif yang melibatkan agama, raja dan kaum atau 3R adalah garis merah yang tidak boleh disentuh sebagaimana termaktub dalam Akta Hasutan 1948 [Akta 15]. Malaysia mesti memilih untuk menjadi negara matang dan

draft • 6:45 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

bersatu, bukan medan pertembungan sentimen ekstrem yang merosakkan fabrik sosial kita selama ini.

Oleh itu, pertanyaan Jempol kepada Kementerian Dalam Negeri, apakah tindakan penguatkuasaan yang telah dan akan diambil terhadap mereka yang secara terang-terangan yang melanggar Perkara 3 demi keharmonian, keselamatan negara kita? Dan sejauh manakah kerajaan bersedia mempertimbangkan langkah paling tegas sehingga dilucutkan hak kerakyatan kepada mereka yang terbukti mengancam perpaduan negara?

Tuan Yang di-Pertua, Baginda Tuanku menegaskan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dimartabatkan sebagai wahana penyatuan nasional sebagaimana termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Skor Indeks Perpaduan Nasional meningkat dari 0567 pada 2018 kepada 0629 pada tahun 2022. Namun, realitinya, semangat perpaduan tidak dirasai secara maksima di peringkat akar umbi. Pertanyaan Jempol kepada Kementerian Perpaduan, apakah usaha kerajaan dalam menyemai semangat perpaduan di semua peringkat?

Semoga semangat perpaduan yang terus mantap, kukuh di negara kita yang tercinta ini.

Rasuah dan ketirisan tadbir urus. Jempol menyokong penuh Titah Kebawah Duli yang menyentuh isu rasuah dan ketirisan tadbir urus yang kritikal dalam kerajaan dan menasihati semua Ahli Yang Berhormat, penjawat awam bahawa jawatan yang disandang adalah amanah rakyat dan negara.

draft • 6:45 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Mereka yang menyalahguna kuasa, menyeleweng dana awam dan menerima rasuah adalah pengkhianat negara. Keseriusan gejala rasuah adalah barah yang merosakkan negara sehingga Tuanku menitahkan agar rakyat harus menjadi mata-mata dan melaporkan sebarang bentuk jenayah rasuah. Jadi, pada persoalan Jempol. Apakah langkah konkrit SPRM untuk memperkukuh perlindungan pemberi maklumat supaya rakyat yang tampil sebagai mata-mata dan telinga kerajaan ataupun telinga negara tidak terdedah kepada tindakan, tindak balas ugutan atau diskriminasi? Khususnya apabila laporan yang melibatkan individu berjawatan tinggi ataupun mereka yang berkepentingan.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya pendidikan. Tahniah kepada Kerajaan MADANI kerana telah melancarkan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035.

Rancangan ini menggariskan aspirasi besar untuk membina sistem pendidikan yang inklusif, berkualiti dan juga berdaya saing. Sebagaimana yang kita ketahui,

draft • 6:50 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

pendidikan adalah proses yang berterusan. Namun, kejayaan pelaksanaannya bergantung kepada kejelasan dasar, kesiapsiagaan sistem serta keupayaan kerajaan mengurus peralihan dasar secara terancang.

Berhubung RPM26–35 ini, Jempol merasa terpanggil untuk menyentuh beberapa polemik awam. Antaranya kemasukan murid berumur lima tahun ke prasekolah dan murid berumur enam tahun ke Tahun 1. Pendidikan prasekolah, ia merupakan asas kritikal kepada kejayaan pembelajaran formal. Cadangan perubahan umur kemasukan ke prasekolah dan Darjah 1 menimbulkan persoalan besar tentang kesiapsiagaan sistem pendidikan awal negara dari segi emosi murid, kapasiti infrastruktur dan juga nisbah guru:murid.

Kemasukan murid pada usia lebih awal berpotensi mewujudkan tekanan pembelajaran, khususnya apabila dua kohort umur enam tahun dan tujuh tahun memasuki Darjah 1 dalam masa yang sama. Tanpa perancangan rapi, kesesakan kelas dan penurunan kualiti pengajaran adalah risiko nyata. Persoalan Jempol kepada Kementerian Pendidikan. Apakah perancangan konkrit bagi memastikan prasekolah dan sekolah rendah benar-benar bersedia dari segi kapasiti, tenaga pengajar dan pendekatan pedagogi sebelum perubahan umur kemasukan Darjah 1 dilaksanakan sepenuhnya?

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya pengukuhan Tahun 4. Berhubungan dengan penilaian pengukuran Tahun 4, apakah mekanisme penilaian peperiksaan Darjah 4 untuk menentukan hala tuju dan kualiti pembelajaran Darjah 5 dan 6 sebagai fasa pengukuhan? Seterusnya, Jempol juga ingin bertanya bagi murid Darjah 5 dan Darjah 6. Adakah dilaksanakan penilaian baru bagi menentukan kompetensi kemasukan pelajar ke peringkat menengah di Tingkatan 1?

Tuan Yang di-Pertua, Jempol ingin menyentuh isu-isu berkepentingan rakyat di kawasan Jempol. Jempol mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah bersetuju meletakkan FELDA di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Semoga di bawah KKDW ini, isu-isu permasalahan FELDA seperti infrastruktur jalan, bekalan air, perparitan, pencahayaan, perladangan, tanaman semula, pewarisan, pemberian lot tanah generasi FELDA dapat diambil tindakan segera untuk kesejahteraan warga FELDA.

Seterusnya, pemberian lot tanah generasi FELDA. Legasi peneroka FELDA perlu diteruskan melalui pelaksanaan menyeluruh skim perumahan generasi baru FELDA dengan pemberian lot generasi FELDA sebagaimana yang telah pun dilaksanakan di negeri Pahang dan juga negeri Johor. Isunya di sini, pemberian lot

draft • 6:50 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

kosong di Negeri Sembilan masih belum dapat dilaksanakan. Jadi, persoalan Jempol kepada FELDA ataupun KKDW. Bilakah pemberian lot tanah generasi FELDA di Negeri Sembilan dan juga di Jempol keseluruhannya dapat dilaksanakan?

Tuan Yang di-Pertua, masih lagi isu FELDA iaitu paip lama usang di Tanah Rancangan FELDA iaitu sudah hampir 40 tahun usia paip-paip ini di Parlimen Jempol iaitu di Gugusan FELDA. Terutamanya Gugusan Felda Serting, Palong dan Jeram Padang. Dan boleh katakan setiap hari berlaku kebocoran paip dan sudah tentu ia mengganggu bekalan air di kawasan Parlimen Jempol. Dan kerana bila tekanannya agak tinggi, paip akan pecah kerana usia paip ini sudah melebihi 40 tahun.

Kemudian masalah perparitan di Tanah Rancangan FELDA juga harus diberi perhatian kerana parit-parit ini tidak diurus dengan baik dan sering berlaku banjir kilat di kawasan FELDA. Jadi, Jempol ingin kepastian daripada KKDW untuk mengambil tindakan menaik taraf sistem paip yang lama dan juga perparitan di Tanah Rancangan FELDA.

Kemudian, pembangunan Koridor Ekonomi Negeri Sembilan Timur. Jurang pembangunan bandar dan luar bandar semakin melebar akibat pemusatan ekonomi di kota menyebabkan desa kehilangan tenaga kerja dan peluang. Daerah Jempol mempunyai kekuatan dalam bidang ekonomi agrokomoditi dengan 36 Skim Tanah Rancangan FELDA iaitu di bawah tanaman sawit. Jadi, Jempol mencadangkan sekali lagi supaya diwujudkan Koridor Ekonomi Negeri Sembilan Timur yang persempadanan dengan negeri Pahang seperti Daerah Bera, Rompin, Bentong dan Segamat di Johor.

Kawasan Negeri Sembilan Timur ini kaya dengan sumber pertanian seperti kelapa sawit, getah dan ternakan, mempunyai potensi dalam industri hiliran berasaskan agrikomoditi. Cuaca panas dan kering di Daerah Jempol adalah amat bersesuaian menjadi janaan tenaga solar di zon selatan. Jadi, sudah semestinyalah penubuhan Koridor Ekonomi Negeri Sembilan Timur ini akan membolehkan perancangan pembangunan ekonomi berfokus, termasuk penambahbaikan infrastruktur jalan raya, pembinaan hab logistik pertanian, pelabuhan darat, peluasan capaian internet berkelajuan tinggi, pusat tenaga boleh diperbaharui dan perwujudan zon perindustrian ringan untuk IKS.

Pertanyaan Jempol, apakah pandangan Kementerian Ekonomi untuk membangunkan kawasan luar bandar, terutama di kawasan Jempol dalam aspek penubuhan Koridor Ekonomi Negeri Sembilan Timur?

draft • 6:50 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Tuan Yang di-Pertua, tajuk yang akhir sekali iaitu permohonan pembinaan Lebuhraya Seremban–Kuala Pilah–Jempol. Tuan Yang di-Pertua...

draft • 6:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Satu minit ya, Jempol.

draft • 6:50 PM

Datoʼ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

...ini merupakan.

Terima kasih. Ini merupakan tahun keempat Jempol dan Kuala Pilah mengemukakan cadangan pembinaan lebuh raya baru, Seremban–Kuala Pilah–Jempol sepanjang 40 kilometer. Cadangan lebuh raya ini adalah jajaran baru yang akan menghubungkan kedua hala antara Lembah Klang ke Pantai Timur yang melibatkan Negeri Sembilan, Pahang dan Johor yang akan menjadi pemangkin kepada Koridor Ekonomi Negeri Sembilan Timur yang saya bahaskan sebentar tadi dan menyuraikan kesesakan trafik yang kritikal antara Seremban, Kuala Pilah, Jempol bukan saja di hari biasa tapi juga di hujung minggu, apatah lagi di musim-musim perayaan.

Permohonan ini telah dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia dan UKAS. Sehingga kini, tiada maklum balas berkenaan persetujuan pelulusan projek tersebut. Jadi, Jempol berharap pihak kerajaan ada keyakinan untuk meluluskan projek ini berdasarkan kepentingan dan keperluan mendesak pembinaan lebuh raya ini.

Pertanyaan Jempol kepada Kementerian Kerja Raya. Apakah status terkini kelulusan permohonan pembinaan lebuh raya ini yang dinanti-nantikan oleh penduduk Kuala Pilah, Jempol, termasuk juga kawasan di bersempadanan dengan Pahang, sampai ke Muadzam dan juga terus ke Kuantan? Jadi Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Jempol mohon menyokong. Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 6:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Setiu. 10 minit Yang Berhormat.

draft • 6:50 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kerana memberi peluang kepada Setiu untuk turut sama membahaskan Titah Diraja pada sidang kali ini. Izinkan saya memulakan perbahasan saya dengan menyebut kalam Allah daripada Surah An- Nisa, ayat 58.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya yang berhak menerimanya dan apabila kamu menjalankan hukum di kalangan kamu, di kalangan manusia, Allah menyuruh kamu berhukum dengan hukum yang adil."

draft • 6:59 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Tuan Yang di-Pertua, dalam menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku, isu rasuah wajib kita angkat sebagai musuh nombor satu negara. Rasuah adalah pengkhianatan paling besar terhadap ayat Al- Quran yang saya bacakan tadi. Ia merampas hak ahli yang berhak dan menghancurkan nilai keadilan dalam masyarakat.

Sejarah Islam telah memberikan amaran yang cukup jelas tentang bagaimana sebuah tamadun yang hebat boleh runtuh akibat hilangnya integriti.

Kejatuhan tamadun Islam di Andalusia, Sepanyol adalah contoh yang wajar kita renungi. Walaupun Andalusia sangat maju dari segi ilmu dan seni bina, ia hancur kerana pemimpinnya mula cintakan dunia, gila kuasa dan hilang integriti sehingga berpecah pada kerajaan-kerajaan yang kecil.

Kita juga perlu mengambil iktibar daripada ketegasan Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang sangat berhati-hati dalam memisahkan harta peribadi dengan harta kerajaan sehingga sanggup memadamkan lampu istana apabila membincangkan urusan keluarga semata-mata kerana minyak lampu itu dibeli dengan hasil dan wang rakyat. Beliau sedar bahawa sekecil-kecil salah guna kuasa adalah pintu kepada kehancuran yang lebih besar.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, usaha membanteras rasuah menuntut iltizam politik yang tulen, bukan sekadar retorik, tetapi diterjemahkan melalui reformasi institusi yang tegas dan menyeluruh. Sehubungan itu, SPRM wajar diberi kebebasan penuh untuk bertindak tanpa campur tangan politik. Pada masa yang sama, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat perlu diperkasakan bagi menjamin keselamatan mereka yang berani tampil melaporkan salah laku. Hanya dengan institusi yang bebas, telus dan dilindungi undang-undang yang kukuh, keyakinan rakyat dapat dipulihkan serta prinsip keadilan dapat ditegakkan tanpa pilih kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga menjunjung Titah Tuanku yang menekankan kepentingan memperkasakan pendidikan negara. Bahasa Melayu serta sejarah Malaysia. Mesej Tuanku adalah jelas supaya agenda pendidikan mestilah tidak lari daripada usaha untuk memperkasakan jati diri dan maruah sebagai asas pembinaan bangsa. Anak bangsa kita mestilah dididik dengan mengenal sejarah tanah air kita,

draft • 7:00 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

menyemai semangat patriotisme serta tidak meninggalkan bahasa Melayu yang merupakan bahasa peradaban kita sekian lama.

Seolah-olah— Setiu mencadangkan agar kerajaan memperkukuhkan penggunaan bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi, meningkatkan latihan bahasa kepada penjawat awam dan memastikan setiap kementerian serta agensi mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Usaha memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu jika perlu dipertingkatkan melalui penterjemahan bahan-bahan akademik, penerbitan ilmiah dan pembangunan kandungan digital berkualiti tinggi. Memartabatkan bahasa Melayu bukanlah bermaksud menolak bahasa lain tetapi sebagai teras perpaduan dan identiti negara.

Amanat Tuanku juga menekankan semangat Perjanjian Malaysia 1963

(MA63) serta keperluan memperkuatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Semangat MA63 pada asasnya lahir daripada prinsip keadilan, perkongsian kuasa dan pembangunan seimbang antara wilayah. Bagi memastikan tiada mana-mana negeri yang terpinggir dalam arus pembangunan negara.

Justeru, prinsip federalisme perlu dizahirkan secara adil kepada seluruh Persekutuan, termasuk negeri-negeri Pantai Timur, Semenanjung Malaysia. Lama berdepan dengan cabaran asas seperti jaringan perhubungan, peluang pekerjaan bernilai tinggi serta akses kepada kemudahan orang bertaraf setara. Keadaan ini menuntut pendekatan pembangunan yang lebih saksama dan tidak dipengaruhi oleh perbezaan ideologi politik semata-mata.

Tuan Yang di-Pertua, pada hari ini negara berdepan dengan ancaman baharu yang semakin membimbangkan iaitu penyalahgunaan teknologi deepfake.

Teknologi ini mampu memanipulasi wajah, suara dan kenyataan seseorang sehingga kejahatan seolah-olah benar sedangkan adalah palsu dan berniat jahat.

Keadaan ini menjadi lebih meruncing apabila ia disentuh bersama isu sensitif 3R iaitu kaum agama dan institusi raja. Pihak kerajaan wajar mengambil langkah lebih proaktif dengan memperkukuhkan kerangka perundangan sedia ada agar selari dengan ancaman teknologi semasa. Termasuk menggubal peruntukan khusus berkaitan penyalahgunaan teknologi AI dan deepfake ini. Selain itu, kempen literasi digital perlu dipergiatkan seluruh agar rakyat mampu membezakan antara maklumat sahih dan palsu.

Pada masa yang sama, kerjasama strategik antara agensi penguatkuasaan, penyedia platform digital serta agensi pendidikan amat penting bagi membendung

draft • 7:00 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

penyebaran kandungan bersifat 3R yang lebih yang boleh mengancam perpaduan nasional.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menekankan keperluan mendesak pelaksanaan Rancangan Tempatan Banjir Lembangan Sungai Setiu Fasa 1 yang telah dikemukakan kepada JPS semenjak RMK12 hingga RMK13. Namun, masih belum direalisasikan. Penduduk kawasan Setiu iaitu kawasan terlibat terpaksa berpindah hingga tiga hingga empat hari setahun akibat banjir berulang, menjejaskan keselamatan dan kehidupan harian mereka.

Selain itu, pembinaan sistem— stesen ECRL di Bandar Permaisuri yang terletak di kawasan berisiko banjir memerlukan langkah mitigasi segera untuk melindungi operasi dan kemudahan awam. Pembangunan isyarat ini juga menjejaskan sistem saliran sedia ada. Manakala, Setiu diisytiharkan sebagai gedung pengeluaran makanan negeri semenjak 2021 amat memerlukan perlindungan banjir bagi menjamin hasil pertanian dan keselamatan makanan. Justeru, saya mohon agar kerajaan memberi perhatian serius dengan mempercepatkan kelulusan dan pelaksanaan projek Rancangan Tempatan Banjir Sungai Setiu Fasa 1 ini.

Dalam masa sama juga, saya mencadang agar satu stesen bersepadu diadakan di stesen ECRL Bandar Permaisuri ini yang merangkumi stesen bas, stesen kereta sebagai satu tempat yang akan menjadi tumpuan pada satu masa nanti.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan kerosakan jalan serta kemudahan awam yang tidak dipulihkan dengan baik selepas pembinaan projek ECRL, perkara ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk bahawa selepas projek ECRL ini siap, pihak kontraktor utama iaitu China Communications Construction Company (CCCC) akan meninggalkan kawasan terlibat tanpa melaksanakan kerja pemulihan seperti keadaan asal. Justeru, saya memohon agar jaminan jelas daripada pihak kerajaan agar pemantauan rapi dilaksanakan. Dan segala kerosakan akibat projek ini diperbaiki sepenuhnya mengikut spesifikasi dan sesuatu standard yang ditetapkan.

Seterusnya, saya ingin mencadangkan supaya setiap projek bangunan mengambil kira pandangan teknikal daripada agensi-agensi kerajaan bagi mengelakkan kesan buruk dalam sekitar dan rakyat. Projek pembesaran Lapangan Terbang Sultan Mahmud telah menyumbang kepada masalah hakisan pantai di Teluk Jembal dan Batu Rakit. Justeru, semua projek pembangunan wajar melalui

draft • 7:00 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

penilaian teknikal dan alam sekitar yang menyeluruh supaya tidak membebankan generasi akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan agar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dan per kapita dinaikkan. Kini, RM1,198 sebulan. Manakala, per kapita RM322 sebulan. Yang menyebabkan ramai golongan kurang berkemampuan gagal mendapat bantuan. Pendapatan sekitar RM2,000 masih tergolong rendah terutama bagi keluarga dengan ramai tanggungan.

Keadaan ini juga menjejaskan pendidikan di mana ibu bapa terpaksa berhutang sana sini untuk membayar yuran pendaftaran dan barangan lain semasa pendaftaran sekolah. Penyesuaian PGK dan perkapitaan lebih realistik penting supaya bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 7:00 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Untuk akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memohon penjelasan mengenai penyediaan lampu jalan di kawasan luar bandar.

Satu, adakah kementerian bercadang untuk menukar semua lampu yang sedia ada dan lampu yang baharu nak dipasang kepada lampu solar?

Kedua, apakah kriteria pemilihan tempat untuk pemasangan lampu jalan kerana terdapat kawasan yang amat memerlukan dan permohonan dah lama dibuat tapi masih bergelap sehingga kini. Adakah kementerian akan menambah kuota untuk satu Parlimen daripada 80 batang kepada jumlah yang munasabah dan juga perlu juga mengambil kira ada Parlimen yang luas, ada Parlimen yang sederhana luas dan ada yang sempit.

draft • 7:00 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Ketiga, adakah terdapat satu sistem pemantauan yang berkesan untuk memastikan lampu jalan ini berfungsi dan kerosakan dapat dibaikpulih dalam keadaan segera? Sekian, Setiu mohon menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong. Terima kasih.

draft • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Saya jemput Yang Berhormat Keningau.

draft • 7:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang membahas Titah Diraja oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Saya juga ingin menjunjung kasih ke atas Titah Diraja Kebawah Tuanku yang telah menitikberatkan

draft • 7:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

beberapa perkara penting demi kemajuan, kemakmuran, keharmonian negara sambil menjaga kepentingan rakyat Malaysia agar kehidupan lebih sempurna, bahagia dan sejahtera. Antara isu-isu yang dibangkitkan oleh Duli Yang Maha Mulia adalah isu rasuah, pendidikan, bahasa dan MA63.

Tahun ini adalah Tahun Melawat Malaysia. Dia juga menunjukkan bahawa Malaysia sudah ditubuhkan selama 63 tahun. Namun, masih banyak lagi yang perlu dibuat dan jurang pembangunan Sabah dan Sarawak dengan Malaya termasuklah juga isu kemiskinan, kemunduran dan sebagainya adalah amat ketara sekali sehinggalah ia menjadi ejekan daripada media sosial mengatakan jalan raya di Sabah macam di bulan. Baru-baru ini kawan juga telah memandu kereta daripada Kota Kinabalu ke Beluran dan di dalam perjalanannya dua tayarnya meletup dan mengakibatkan kemalangan kerana melanggarkan lubang di jalan raya.

Ini bukan satu kejadian yang terpencil tetapi sudah menjadi kebiasaan di Sabah. Baru-baru ini juga seorang penunggang motosikal telah terkorban kerana tayarnya meletup melanggarkan lubang. Inilah sedihnya keadaan di Sabah dan keadaan ini bertambah buruk lagi dengan kemarahan dan ketidakpuasan hati rakyat Sabah bila mereka mengetahui sedar bahawa kekayaan dan hasil Sabah diangkut untuk membangun dan memajukan wilayah Semenanjung. Sentimen ini jelas dipamerkan semasa pilihan raya ke-17 baru-baru ini, di mana hampir semua kerusi yang ditandingkan oleh parti-parti dari Kuala Lumpur ditolak.

Rakyat Sabah kini meminta, is crying for development parity with Malaya and wants the 40 percent, dengan izin, revenue entitlement together with the oil and gas resources to be returned to Sabah. Why? Sebab sudah lebih 60 tahun, malah 63 tahun kita menunggu untuk menikmati hasil daripada Perjanjian Malaysia. Tapi masih lagi kita menunggu dan kita berunding dan berunding dan berunding. Jadi, sudah sampai masanya untuk memperbetulkan apa yang tidak betul untuk menegak keadilan untuk Sabah terutama sekali dan Sarawak.

Pertama sekali, kita perlu mengubah asas agihan peruntukan pembangunan.

Sebagai contoh, 2026, agihan peruntukan pembangunan untuk Semenanjung 85 peratus, Sabah dan Sarawak hanya 15 peratus. Jadi, macam mana sedangkan potensi pembangunan yang mundur, yang memerlukan pembangunan adalah di Sabah dan Sarawak. Dan peruntukan sepatutnya diberikan lebih perhatian untuk memajukan, membangunkan potensi-potensi pembangunan ini. Dan saya cadangkan supaya di masa yang akan datang asas-asas untuk agihan peruntukan

draft • 7:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

pembangunan ini dikaji semula supaya lebih adil iaitu 50 peratus untuk wilayah Semenanjung, 25 peratus untuk Sabah, 25 peratus untuk Sarawak.

Selain itu, untuk mempercepatkan lagi kadar pembangunan di Sabah, kerajaan harus menghormati hak kewangan Sabah yang telah pun dirunding dan dibincang sehinggalah telah dibawa ke mahkamah dan mahkamah telah memerintahkan supaya ini dibayar. Dan sekiranya hak hasil 40 peratus ini dikembalikan, sudah tentunya daripada tidak kurang RM50 bilion yang disumbangkan dari Sabah. Hasilnya, 40 peratus ini merupakan 20 bilion setahun.

Ini boleh membantu pembangunan, mempercepatkan pembangunan di Sabah. Selain daripada hasil 40 peratus, Sabah juga berhak untuk menerima 10 peratus duti dan eksais ke atas petroleum yang dieksport dan ini boleh mencapai 3.8 juta bilion dan juga 10 peratus import duty ke atas petroleum produk dan ini boleh mencecah 1 bilion.

Kesimpulannya, selama ini Sabah telah dinafikan hak kewangan melebihi RM24 bilion setahun yang juga akibatnya ialah Sabah mundur dan miskin.

Sebenarnya, sekiranya hak-hak Sabah dan Sarawak ini ditunaikan dan dipenuhi sebagaimana yang telah disetujui di dalam MA63, kemajuan Sabah juga akan mengakibatkan keuntungan dan kemajuan negara di Semenanjung kerana potensi- potensi yang bakal digerakkan dan dibangunkan di Sabah dan Sarawak akan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan dan juga, apa ini mewujudkan ataupun mengakibatkan bakat-bakat baru akan timbul dan sebagainya. Dan sekiranya ini dinafikan, dia akan merugikan bukan sahaja Sabah dan Sarawak, tetapi akan merugikan negara.

Tuan Speaker, tidak menghairankan rakyat Sabah sudah tentunya senang hati mendengarkan Titah Diraja dan kita mengharapkan agar Perjanjian Malaysia ini dilaksanakan dengan cepat. Tidak payah lagi untuk membincangkan, tidak payah lagi untuk berundingkan sepertimana Perdana Menteri sendiri mengatakan kepada saya dahulu, bila mana ditanya sama ada apa ini Jawatankuasa Khas Kabinet perlu diteruskan. Bila dia menjawab, tidak perlu, kita perlu laksanakan sahaja, tidak perlu runding, tidak perlu bincang lagi. Tetapi sudah 3 tahun, keadaan kita masih lagi berbincang dan jawatankuasa baru telah ditubuhkan.

Jadi, ini akan merugikan kita semua dan saya harap kesedaran akan ada kepada Kerajaan Pimpinan Pusat supaya ini dapat dimuktamadkan. Selain daripada itu, kita juga perlu mengembalikan hak 35 peratus kerusi kerana ini adalah antara

draft • 7:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

perlindungan. Mengikut Perenggan 6 dan 7 dalam IGC, Sabah dan Sarawak bersetuju menubuhkan Malaysia dengan syarat ada perlindungan.

draft • 7:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Kini, kerusi Parlimen hanya sudah di Semenanjung sudah mencatat 75 peratus daripada 65 peratus dan Sabah dan Sarawak hanya menguasai 25 peratus kerusi. Ini pun juga terbuka untuk di tanding oleh parti-parti daripada Semenanjung dan bila mereka memenangi kerusi ini sudah tentunya dia akan menambahkan kuasa Parlimen di Semenanjung dan mengurangkan kuasa di Sabah dan Sarawak.

Saya juga mencadangkan kalau 35 peratus ini tidak dapat dibincangkan melalui penambahan kerusi, mungkin secara satu lagi adalah untuk mengubahkan perlembagaan dan memberikan 35 peratus kuasa itu di dalam perlembagaan untuk Sabah dan Sarawak.

Puan Speaker, sudah tiba masanya untuk Sabah dan Sarawak dihormati sebagai wilayah yang sudah matang. Bukan sebagai koloni lagi tetapi sebagai wilayah yang mempunyai sovereign rights. Wilayah laut, wilayah pelantar benua, minyak dan gas dan tanah adalah antara hak-hak berdaulat Sabah dan Sarawak, dengan izin, they are the sovereign rights of Sabah and Sarawak, are not negotiable dan tidak sepatutnya diambil oleh Kerajaan Pusat. Layanan Sabah dan Sarawak sebagai new colony Malaya harus dihentikan dan hak berdaulat tersebut dikembalikan.

Puan Speaker, beberapa bulan kebelakangan ini naratif-naratif palsu dilontar oleh berbagai pihak terhadap hak milik minyak dan gas Sabah dan Sarawak khasnya terhadap PETROS Sarawak. Naratif palsu telah menggambarkan bahawa PETRONAS adalah pihak yang betul memiliki dan mengoperasikan pembangunan cari-gali dan pengeluaran gas di Sarawak dan PETROS tiada pengalaman dan bukan syarikat gergasi minyak berbanding PETRONAS.

Sebenarnya perkara pokok adalah hak milik minyak dan gas Sabah dan Sarawak adalah hak mutlak Sabah dan Sarawak dan penyerahan hak kepada PETRONAS melalui vesting order pada tahun 74 oleh Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Abdul Razak yang telah menandatangani vesting order pada 27 hari bulan Mac tahun 75 dianggap tidak sah dari segi perlembagaan kerana you cannot vest something that you donʼt have.

Dan Sabah walaupun menandatangani pada 14 Jun hari bulan tahun 76, bersetuju menerima cash payment sebanyak lima peratus daripada hasil jualan

draft • 7:20 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

minyak tanpa— tetapi ini tidak melalui Dewan Undangan Negeri dan tidak direstui oleh Dewan Undangan Negeri. Maka dianggap juga tidak sah.

Lagi pun, petroleum telah dihasilkan dari Sarawak sejak tahun 1910 dan di Sabah pada tahun 74. Dalam baru-baru ini, Menteri Perundangan Pusat telah mengatakan oil and gas not mentioned in MA63. Namun Artikel 8 dalam MA63 merujuk kepada IGC iaitu Inter-Governmental Committee Report dan IGC ini mengandungi isu-isu berkenaan dengan hak-hak Sabah dan Sarawak ke atas tanah dan mineral dan natural resources. Walaupun di bawah— dan juga di bawah perlembagaan, perkara (2) Senarai Negeri, isu tanah dan mineral, di bawah tanah termasuklah minyak dan gas adalah hak mutlak negeri termasuk pengeluaran permit dan lesen untuk cari gali dan pajakan perlombongan bukan hak Persekutuan.

Di bawah senarai Persekutuan pula, perkara 8J tertakluk kepada perkara 2C senarai negeri. Persekutuan hanya berhak menyentuh mengenai pembangunan sumber mineral, perlombongan mineral, minyak dan medan minyak, jual, beli, import dan eksport bahan mineral dan minyak.

draft • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 7:20 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Tuan Speaker, mengikut petroleum, PDA 74, petroleum diserah hak kepada PETRONAS tanpa sebarang pampasan. Jangan cakap tentang apa ini, isu pampasan yang mencukupi.

Sabah dan Sarawak hanya diberikan lima peratus bila minyak dikeluarkan. Akan tetapi kalau kita mendengar Titah Diraja, Tuanku, perundingan haruslah diadakan secara matang. Misalnya, jika hak milik minyak dan gas tidak dikembalikan, satu cadangan yang mungkin boleh dipertimbangkan ialah to join ownership atau saham di dalam PETRONAS. Mengenai isu tanah...

draft • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, masa sudah tamat. Terima kasih.

draft • 7:20 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Sekejap lagi.

draft • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat. Sila duduk. Saya jemput Yang Berhormat Lawas.

draft • 7:20 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Terima kasih.

Saya menyokong.

draft • 7:20 PM

Dato Henry Sum Agong - Lawas

Salam sejahtera. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut membahaskan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dalam Dewan yang

draft • 7:27 PM

Dato Henry Sum Agong - Lawas

mulia ini sempena Mesyuarat Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas pada 19 Januari 2026. Saya Menjunjung Kasih Kebawah Duli Tuanku di atas Titah Diraja yang menyentuh beberapa perkara kepentingan rakyat dan negara.

Khususnya dalam suasana sekarang yang mencabar baik dari segi ancaman terhadap keselamatan digital, integriti maklumat dan teknologi selain menghadapi masalah ekonomi, kos sara hidup yang meningkat, salah guna kuasa dan rasuah yang berlaku. Titah Duli Tuanku amat bertepatan dan harus dijadikan panduan dan ikutan sepanjang masa. Daulat Tuanku!

Puan Yang di-Pertua, bermulanya Rancangan Malaysia Ketiga Belas tahun ini, saya menyeru kepada kerajaan agar memberi fokus terhadap pelaksanaan infrastruktur asas termasuk jalan raya dan kemudahan-kemudahan lain yang diperlukan khususnya di kawasan luar bandar termasuk di Parlimen saya di Lawas kerana ini akan dapat mengubahkan corak kehidupan rakyat, meningkatkan ekonomi melalui pembukaan tanah selain memberi kemudahan kepada rakyat jelata. Usaha seperti ini terbukti membawa hasil setelah dilaksanakan di negara membangun di tempat lain.

Sehubungan itu, saya mohon agar kerajaan mempertimbangkan perkara berikut untuk Parlimen P.222 Lawas. Pertama, membina sebuah jalan dari Kampung Awat-awat menuju ke Lapangan Terbang Baru Lawas dan terus ke Kampung Punang, Kuala Lawas dan Merapok di sempadan dengan negeri Sabah menghubungi Pan Borneo Highway. Kedua, melaksanakan fasa kedua, jalan Murud Suang ke Long Tengoa dengan peruntukan yang diperlukan sebanyak RM250 juta.

Ketiga, pendidikan. Mohon dinaiktaraf SMK Lawas untuk menampung pelajar-pelajar Tingkatan 5 melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6. SMK Lawas merupakan sekolah yang terawal dibina di kawasan yang strategik berdekatan dengan bandar Lawas.

draft • 7:27 PM

Dato Henry Sum Agong - Lawas

Keempat, membina sebuah sekolah menengah SMK baru di kawasan Long Semado untuk menampung pelajar-pelajar dari kawasan pedalaman Ba’kelalan, Long Semado, Long Luping dan Long Sukang melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang tinggi. Pada masa sekarang, pelajar-pelajar dari kawasan tersebut terpaksa melanjutkan pelajaran di SMK Sundar, Trusan dan Lawas dengan meninggalkan kampung halaman mereka yang jauh melebihi 100 kilometer setiap tempat tersebut di atas.

draft • 7:30 PM

Dato Henry Sum Agong - Lawas

Kelima, kesihatan. Terdapat sebuah bangunan klinik di Long Sukang dikategorikan sakit. Persoalannya, bilakah projek ini dapat dipulihkan dan bila boleh disiapkan? Selain itu, klinik yang ada di daerah kecil Sundar tidak dapat beroperasi sepenuhnya kerana bangunan sudah uzur dan tidak dapat digunakan semasa banjir yang sering melanda kawasan. Saya mencadangkan agar bangunan baru dibina di satu kawasan yang lebih tinggi.

Puan Yang di-Pertua, Titah Duli Tuanku, Puan Yang di-Pertua, berhubung dengan amalan rasuah yang berlaku harus diberi perhatian khusus dan tindakan undang-undang diambil terhadap setiap pelaku kesalahan berat seperti ini yang boleh menjejaskan imej kerajaan dan kepercayaan para pelabur untuk datang melabur di Malaysia.

Puan Yang di-Pertua, isu yang dibangkitkan oleh PETRONAS terhadap Kerajaan Sarawak perlu diteliti dengan sebaik-baiknya agar tidak mendatangkan kesan yang kurang baik kepada kedua-dua pihak dan kerajaan. Tindakan yang diambil PETRONAS, sebuah entiti kerajaan dan bukan swasta, mengheretkan Kerajaan Sarawak ke mahkamah dilihat agak pelik. Sedangkan, perundingan dan perbincangan di antara kepimpinan tertinggi Perdana Menteri dan Premier Sarawak mengenai isu yang dibangkitkan sedang berjalan. Saya menyeru dan merayu agar isu kompleks ini dimuktamadkan dengan beralaskan kepada Perjanjian MA63 dengan tidak mengabaikan hak asasi Wilayah Sarawak.

Saya beralih kepada masalah yang dihadapi di kawasan. Puan Yang di- Pertua, masalah liputan telekomunikasi yang lemah dan di sesetengah tempat dan kawasan, langsung tidak ada liputan, walaupun menara telekomunikasi telah didirikan di kawasan tertentu, menyebabkan laporan semasa banjir dan berlakunya musibah seperti kebakaran tidak dapat sampai ke pihak berkuasa ataupun yang bertanggungjawab dengan kadar segera.

Maklumat diperoleh menyatakan bahawa pihak service provider, dengan izin, enggan membekalkan peralatan yang diperlukan disebabkan hasil kutipan yang diperoleh, khususnya dari kawasan pedalaman atau luar bandar, sangat sedikit dan tidak mencukupi. Saya menyeru agar pihak Kementerian Komunikasi memastikan bahawa kemudahan yang hendak dibawa oleh kerajaan ke seluruh kawasan termasuk luar bandar berfungsi dengan baik dan berkesan.

Selain itu, Puan Yang di-Pertua, anak-anak muda di Lawas yang memohon bagi mendapatkan kad pengenalan baru terpaksa berulang alik ke pejabat pendaftaran di Lawas dan di Sipitang, Sabah untuk mendapatkan kad pengenalan

draft • 7:30 PM

Dato Henry Sum Agong - Lawas

mereka dengan kos yang tinggi dan masa terbuang. Ini disebabkan ketiadaannya mesin pencetak kad pengenalan baru di pejabat pendaftaran di Lawas. Oleh itu, saya menyeru agar Kementerian Dalam Negeri memastikan masalah ini tidak berlarutan dengan membekalkan sebuah mesin pencetak kad pengenalan di jabatan pendaftaran daerah Lawas.

Puan Yang di-Pertua, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kedua-dua Kerajaan Sarawak dan Persekutuan di atas kelulusan dan persetujuan bersama membiayai kos projek lapangan terbang dan sebuah pelabuhan laut dalam di Lawas. Sementara sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) juga diluluskan. Saya mohon agar projek tersebut dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Puan Yang di-Pertua, saya menyokong. Selamat tahun baru kepada semua Ahli Parlimen. Sekian, terima kasih.

draft • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Lawas. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Salak.

draft • 7:30 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya kita dapat bersidang dalam Dewan yang mulia ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah kepimpinan yang adil, beramanah dan memelihara maruah insan.

Pasir Salak merakamkan setinggi-tinggi menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas Titah Diraja yang sarat dengan nasihat, peringatan dan amanah kepada seluruh pimpinan negara.

Titah Tuanku bukan hanya ucapan perasmian tetapi panduan moral dan peringatan yang wajar dijadikan panduan dalam mentadbir negara Malaysia ini. Inti pati Titah Tuanku wajar diberi perhatian. Titah yang mengangkat cita-cita sebuah...

[Berucap dalam Bahasa Arab] Serta mengajak kita membina Malaysia sebagai negara adil, sejahtera, harmoni dan berdaulat.

Firman Allah SWT...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Yang bermaksud, “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang

draft • 7:36 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

buruk dan keji, dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya”.

Surah Ali-Imran, ayat 104.

Puan Yang di-Pertua, sebagai Ahli Parlimen, Pasir Salak ingin menegaskan bahawa Pasir Salak akan terus menjadi pembangkang yang konstruktif, menyokong yang benar, menegur yang salah dan menolak sebarang dasar yang bercanggah dengan kepentingan rakyat atau bercanggah dengan nilai Islam, nilai perlembagaan serta hak asasi manusia.

Dalam hal amanah, kita semua wajib menginsafi bahawa rakyat bukan hanya menilai dengan mata tetapi melalui keperitan hidup seperti kenaikan harga barang, peluang pekerjaan yang tidak setaraf dan keselamatan hidup. Realitinya, rakyat hari ini tidak percaya nombor-nombor yang dibentangkan. Mereka percaya kepada apa yang mereka rasa di bawah. Apakah gaji cukup sampai hujung bulan? Apakah barang asas stabil? Apakah kerja setimpal dengan kelayakan? Dan apakah kerajaan benar-benar memahami tekanan hidup harian?

Dalam suasana kos sara hidup yang terus menghimpit, ramai rakyat terpaksa bekerja lebih masa, mengambil kerja sampingan, memandu e-hailing atau mencari pendapatan kedua semata-mata untuk bertahan dalam keadaan yang mencabar ini.

draft • 7:36 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Puan Yang di-Pertua, di sebalik tekanan ekonomi ini, muncul satu lagi kebimbangan besar yang Pasir Salak ingin sentuh secara khusus iaitu isu digital ID dan trend penyalahgunaan MyKad yang semakin di normalisasi kan dalam urusan harian rakyat Malaysia. Pasir Salak ingin menyatakan pendirian yang jelas, tegas dan berprinsip. Pasir Salak menolak sebarang cadangan dan amalan yang menjadikan MyKad sebagai alat kawalan sosial. Bukan lagi sekadar kad pengenalan diri. Apa yang berlaku hari ini, bukan lagi urus tadbir moden dan bukan lagi langkah keselamatan biasa. Ia merupakan tanda awal pembinaan sistem pemantauan rakyat secara menyeluruh yang memperlakukan rakyat seperti subjek yang perlu dijejaki setiap masa.

MyKad dicipta sebagai dokumen pengenalan diri, bukannya alat pengawasan. Ia tidak pernah diwujudkan untuk digunakan untuk ketika membeli petrol, membeli barang runcit, mengakses subsidi harian atau melakukan transaksi komersial biasa. Tetapi hari ini, rakyat dipaksa menyerahkan nombor IC, nama, alamat dan maklumat peribadi yang tidak sepatutnya untuk urusan yang langsung tidak memerlukan data sedalam itu.

draft • 7:40 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Setiap kali MyKad di-tap atau diserahkan, lokasi di rekod, masa disimpan, corak pembelian dianalisis dan profil pengguna dibina. Data ini boleh digunakan untuk menjejak tabiat harian dan pergerakan sosial rakyat. Ini isu hak asasi manusia dan kebebasan peribadi rakyat Malaysia.

Lebih membimbangkan Puan Yang di-Pertua, Malaysia bukan negara yang mempunyai rekod keselamatan data yang meyakinkan. Kita telah menyaksikan kebocoran data besar-besaran melibatkan pelbagai sistem dan pangkalan data.

Maklumat peribadi rakyat telah tersebar, namun pertanggungjawaban yang jelas, ketelusan dan jaminan kukuh masih tidak memadai.

Dalam keadaan rekod keselamatan data yang rapuh, bagaimana kerajaan boleh dengan mudah memaksa rakyat menyerahkan lebih banyak data peribadi?

Persoalannya, adakah ada alternatif lain yang kementerian cadang bagi memudahkan urusan rakyat sebagai ganti kepada MyKad?

Kerajaan sering mempertahankan langkah ini dengan alasan untuk mengawal warga asing atau mengekang ketirisan. Alasan ini mungkin ada benarnya tetapi ia tidak boleh dijadikan lesen untuk menjadikan seluruh rakyat sebagai sasaran pemantauan menyeluruh. Hari ini, MyKad diwajibkan untuk satu urusan. Esok, mungkin untuk urusan lain dan lusa, ia boleh menjadi kunci bagi semua pergerakan harian rakyat.

Sejarah dunia membuktikan bahawa apabila kuasa kawalan sudah di normalisasi kan, ia jarang kembali longgar. Malah, ia dirisaukan, ia akan menekan kebebasan rakyat secara menyeluruh. Pasir Salak ingin menegaskan bahawa negara yang memantau rakyatnya secara berlebihan, bukanlah negara maju. Ia adalah negara yang sedang mundur dari segi nilai kebebasan dan maruah insan.

Malaysia hanya boleh maju jika rakyatnya dilindungi, bukan diperhatikan setiap masa.

Seterusnya, Pasir Salak berisu kepada isu yang berlaku di Pasir Salak. Puan Yang di-Pertua, dalam masa yang sama Pasir Salak ingin membawa suara rakyat Pasir Salak terhadap beberapa isu yang mendesak.

Pertama, Pasir Salak ingin membangkitkan isu yang sangat dekat dengan denyut nadi rakyat di Pasir Salak iaitu isu potongan harga jualan padi sehingga 30 peratus di kawasan Jelapang Padi Sungai Manik dan seberang Perak. Ini bukan satu angka kecil dan ini adalah rungutan yang didapati tepat. Potongan sehingga 30 peratus itu bermaksud, hasil titik peluh pesawah dipotong sebelum mereka sempat menampung kos input seperti baja, benih, racun, sewa mesin dan upah pekerja.

draft • 7:40 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Pesawah perlu diberi perhatian lebih kerana makanan ruji rakyat Malaysia adalah nasi. Jika pesawah tidak dijaga, malah ada yang sudah menganggap bahawa penanaman padi merupakan satu kerugian, ia akan menimbulkan masalah food security yang lebih dahsyat pada masa hadapan.

Yang keduanya Puan Yang di-Pertua, Pasir Salak ingin bangkitkan isu keselamatan rakyat iaitu isu jalan gelap di selekoh Ulu Dedap, mukim Pasir Durian dalam Parlimen Pasir Salak yang sering mengakibatkan kemalangan. Ini ialah jalan utama yang digunakan rakyat setiap hari. Setiap kali berlaku kemalangan, kita dengar alasan yang sama, tunggu tindakan, tunggu peruntukan, tunggu semakan, tunggu mesyuarat. Yang kita tak boleh tunggu ialah nyawa rakyat. Pasir Salak difahamkan pihak TNB telah melawat kawasan tersebut. Namun sehingga kini, lampu jalan yang sepatutnya dipasang, masih tidak disediakan.

Akhir sekali, Pasir Salak menyokong roh dan semangat Titah Diraja yang menuntut amanah, keadilan dan keberanian moral dalam kepimpinan. Kita boleh berbeza pandangan politik tetapi kita tak boleh berkompromi dalam soal maruah rakyat, kebebasan asas, keselamatan komuniti dan keadilan ekonomi untuk pesawah yang menjadi tulang belakang bekalan makanan dan sekuriti makanan negara. Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Siput.

draft • 7:40 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, mengizinkan Sungai Siput turut serta membahas menyokong Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Diraja yang telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Puan Yang di-Pertua, titah baginda bukan sekadar rutin perasmian.

Sebaliknya, ia merupakan satu amanat keramat yang menuntut keikhlasan kita semua dalam Dewan yang mulia ini untuk meletakkan kepentingan negara di atas segala-galanya.

Puan Yang di-Pertua, tahun 2026 adalah tahun keramat bagi permulaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Baginda telah bertitah dengan jelas mengenai peri pentingnya kestabilan. Kita harus sedar bahawa tanpa kestabilan politik, pelan ekonomi sehebat mana pun hanya akan kekal di atas kertas.

Pelabur luar tidak melihat kepada kebijaksanaan kita berhujah tetapi mereka melihat kepada konsistensi dasar kita. Satu lagi, teras kestabilan yang disentuh

draft • 7:46 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

baginda adalah keharmonian antara kaum. Kita melihat mutakhir ini, api sentimen 3R sering kali ditiup oleh pihak yang tidak bertanggungjawab demi kepentingan kelangsungan politik sempit.

Kestabilan sosial dan perpaduan nasional ialah roh kepada sesebuah negara. Dalam masyarakat majmuk, perbezaan bukan ancaman tetapi kekuatan jika diurus dengan hikmah. Namun, apabila sentimen perkauman, kebencian dan ekstrem dibiarkan, kestabilan negara akan runtuh dari dalamnya. Justeru, titah baginda harus difahami sebagai seruan untuk mempertahankan perpaduan sebagai benteng terakhir negara.

Kestabilan negara menuntut kematangan rakyat. Demokrasi tanpa kematangan akan melahirkan kekacauan. Kebebasan tanpa bertanggungjawab akan mencetuskan perpecahan. Oleh itu, rakyat perlu bersikap rasional, kritis dan beretika dalam menilai isu, bukan terperangkap dalam emosi atau propaganda.

Puan Yang di-Pertua, kestabilan negara akan runtuh jika tembok perpaduan kita retak. Kita tidak boleh membiarkan media sosial menjadi medan adu domba.

draft • 7:46 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Saya menyokong penuh ketegasan kerajaan dan titah baginda agar tindakan tanpa kompromi diambil terhadap sesiapa sahaja yang cuba mengganggu-gugat keharmonian dan keamanan ini. Kebebasan bersuara bukanlah lesen untuk menghina dan demokrasi bukan alasan untuk memecahbelahkan rakyat.

Seterusnya, kestabilan negara yang bergantung kepada integriti institusinya.

Baginda Yang di-pertuan Agong menitikberatkan soal tatakelola dan rasuah.

Kestabilan yang sebenar adalah apabila rakyat mempunyai keyakinan penuh kepada sistem keadilan dan pentadbiran negara. Apabila institusi kita stabil dan bersih, maka ekosistem ekonomi akan berkembang secara semula jadi, seterusnya mengukuhkan kedudukan Malaysia di mata dunia.

Puan Yang di-Pertua, rakyat mahukan khidmat, rakyat mahukan hasil dan rakyat mahukan kestabilan yang menjamin kelangsungan hidup mereka. Titah baginda turut mencerminkan keprihatinan pembangunan pendidikan negara.

Susulan keprihatinan baginda, pada 21 Januari yang lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melancarkan Rancangan Pendidikan Negara 2026 hingga 2035, sedekad 10 tahun akan datang yang melibatkan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Sejurus selepas pengumuman tersebut, khususnya berkenaan persekolahan Tahun 1 seawal usia enam tahun yang akan bermula pelaksanaan

draft • 7:50 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

tahun 2027 mendapat perhatian masyarakat khususnya ibu bapa, warga pendidik serta menjadi perbualan di media sosial. Pelbagai reaksi positif dan negatif. Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. Ada yang mengkritik secara bernas. Malah, ada juga suara kelantangan menentang perubahan tersebut kemasukan Tahun 1 seawal usia enam tahun.

Puan Yang di-Pertua, pendidikan adalah jambatan menuju masa depan.

Maka, usia permulaan persekolahan ialah asas pembinaannya. Jika asasnya kukuh, teguhlah masa depan negara. Jika asasnya rapuh, runtuhlah harapan generasi akan datang. Justeru persoalannya, umur enam tahun sebagai umur kemasukan ke sekolah perlu dilihat secara rasional dan menyeluruh.

“Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Peribahasa ini jelas menunjukkan bahawa pendidikan awal memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan seseorang. Justeru, cadangan memulakan persekolahan pada usia enam tahun bukan sekadar perubahan angka tetapi satu langkah strategik awal untuk membina generasi masa depan.

Puan Yang di-Pertua, berdasarkan data pendidikan antarabangsa dan data UNESCO, menunjukkan bahawa daripada 206 negara, 127 negara menetapkan umur kemasukan sekolah rendah pada usia enam tahun. Umur enam tahun juga dianggap sebagai purata global untuk kemasukan sekolah rendah. Contoh negara- negara yang mengamalkan enam tahun seperti Jepun, India, China, Korea Selatan, Perancis, Jerman dan seterusnya. Manakala, sebahagian kecil negara bermula pada umur lima tahun, England, Australia dan New Zealand.

Majoriti negara di dunia iaitu sekitar 60 peratus, iaitu lebih 120 negara memulakan pendidikan Tahun 1 pada usia enam tahun. Selaras dengan amalan majoriti negara di dunia, mengapa kita masih ragu untuk berubah jika kita terus bertangguh? Kita sebenarnya sedang membiarkan generasi muda ketinggalan.

Persoalannya, mengapakah umur enam tahun dianggap sesuai dan apakah implikasi dan cabaran pelaksanaannya dalam konteks negara kita, Malaysia?

Selaras dengan perkembangan mental kanak-kanak, pada usia enam tahunlah mereka mampu membaca, menulis dan berfikir asas. Oleh itu, umur ini dianggap sesuai untuk memulakan pembelajaran formal. Pendidikan awal membolehkan murid-murid bersedia menghadapi cabaran akademik yang lebih tinggi pada peringkat seterusnya. Sekali gus, meningkatkan kualiti modal insan negara.

draft • 7:50 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Puan Yang di-Pertua, kenapa ibu bapa, sebahagian ibu bapa melahirkan kebimbangan? Kerana, kesiapsiagaan kanak-kanak yang tidak seimbang dengan kanak-kanak lain boleh mengundang pelbagai masalah di mana keluarga yang kurang berkemampuan mungkin kurang pendedahan pendidikan awal.

Kekurangan prasarana sekolah, sekolah mungkin menghadapi masalah kekurangan bilik darjah, guru terlatih dan kemudahan asas apabila jumlah murid meningkat. Itu kebimbangan. Semalam, dalam sesi soal jawab Perdana Menteri telah memperincikan kebimbangan dan memberi jaminan bahawa segala perkara yang dibangkitkan dapat diatasi.

draft • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 7:50 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Puan Yang di-Pertua, saya setuju idea dan pandangan Yang Berhormat Pandan tentang pendidikan prasekolah universal pada usia lima tahun seluruh negara. Ia nya sangat penting untuk perkembangan awal kanak-kanak dan pembinaan modal insan bagi jangka panjang. Kerajaan perlu menyediakan sistem prasekolah percuma dan menyeluruh terlebih dahulu sebelum melaksanakan perubahan umur kemasukan sekolah Tahun 1 pada usia enam tahun.

Ini bermaksud prasekolah pada usia lima tahun harus menjadi hak semua kanak-kanak, bukan hanya yang mampu. Ini adalah keadilan sosial. Kanak-kanak dari keluarga miskin tidak boleh tercicir kerana kos prasekolah swasta yang sangat tinggi. Prasekolah universal adalah penyelesaian dan mengurangkan kos pendidikan awal yang tinggi membantu keluarga muda yang tertekan dengan yuran prasekolah swasta yang tinggi.

draft • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 7:50 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Maksudnya — ya, saya akan berakhir dengan perenggan terakhir. Bermaksud, isu prasekolah bukan hanya pendidikan tetapi juga ekonomi keluarga.

Puan Yang di-Pertua, saya menjunjung kasih dan mengucapkan terima kasih di atas peluang yang diberikan. Sekian, terima kasih.

draft • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Saya jemput Yang Berhormat Dungun.

draft • 7:50 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Terima kasih, Yang di- Pertua mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja 2026. Saya ingin merafak sembah menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas titah yang menggambarkan kecaknaan dan perasaan kasih ke atas rakyat jelata yang dinaunginya.

Mudah-mudahan, penggal pemerintahan baginda sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT. Saya ingin untuk mulakan dengan ayat Allah SWT, Surah an-Nisa’, ayat 58.

[Membaca sepotong ayat al-Quran]

draft • 7:58 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan menyuruh kamu apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah adalah maha mendengar lagi maha melihat”. Nama kita pada masa kita menerima mandat daripada rakyat dalam pilihan raya umum, maka kita disebut dengan wakil rakyat. Maka rakyat berhak untuk mendapat perkhidmatan daripada kita sama ada ketika mana kita dipilih dan kemudiannya membentuk kerajaan ataupun berada dalam pembangkang dengan khidmat yang diberikan berdasarkan kepada kedudukan masing-masing.

Dan yang keduanya yang ditegaskan dari dasar ayat ini ialah tentang berkait dengan soal apabila menghukum, mestilah menggunakan keputusan hukuman yang adil. Dan Allah memberi peringatan kepada kita sekalian supaya meletakkan asas bagi orang-orang yang beriman, sudah ada dasar-dasar pemerintahan yang ditetapkan daripada ayat yang saya bacakan.

Yang di-Pertua yang saya muliakan, saya nak mulakan dengan perkataan yang kita lihat dengan maksud realiti mikroekonomi negara. Saya ingin menyentuh isu yang melibatkan khususnya golongan muda dan belia, iaitu ketidaksepadanan pekerjaan, job mismatch dengan izin, underemployment dengan izin dan gaji yang tidak setimpal dengan kos sara hidup.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, 32.2 peratus graduan bekerja di bawah kelayakan, iaitu satu daripada tiga graduan tidak memanfaatkan potensi akademik mereka. Ini bukan sahaja pembaziran modal insan, tetapi menjejaskan motivasi kualiti hidup dan keyakinan terhadap sistem pendidikan. Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Muhammad Ibrahim menegaskan bahawa gaji

draft • 8:00 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

sebenar rakyat Malaysia telah menyusut hampir tiga kali ganda dalam tempoh 40 tahun apabila diambil kira inflasi.

Beliau menyatakan gaji permulaan graduan sepatutnya berada pada paras RM7,000 hingga RM8,000. Tetapi realitinya hanya sekitar RM2,000 hingga RM3,000. Dalam masa yang sama, sehingga Disember 2024, 2.3 juta atau 14 peratus tenaga kerja negara terdiri daripada pekerja asing. Kebanyakannya berkemahiran rendah dalam sektor 3D, dirty, dangerous and difficult dengan izin, iaitu kotor, merbahaya dan sukar.

Kebergantungan ini menekan gaji pekerja tempatan dan menyumbang kepada fenomena brain drain termasuk dalam sektor kejururawatan dan profesional muda. Walaupun kerajaan memperkenalkan Dasar Gaji Progresif, setakat projek rintis, hanya 5,000 pekerja menerima manfaat bersamaan 0.03 peratus tenaga kerja.

Ini menimbulkan persoalan keberkesanan pelaksanaan.

Isu ini bukan boleh diselesaikan dengan subsidi jangka pendek, tetapi memerlukan reformasi struktur ekonomi, jajaran pendidikan industri dan pengurangan kebergantungan buruh asing secara berperingkat dan berstrategi.

Sejauh manakah usaha-usaha telah diambil untuk membina rangkaian daripada soal yang berkait dengan pengeluaran graduan-graduan daripada universiti-universiti negara?

Kerana kalau kita melihat dalam umur rakyat Malaysia, 75 tahun dianggarkan.

Daripada 70 hingga 75 tahun ini, kalau kita bahagikan 25 tahun adalah dalam sektor pendidikan. Kemudian selepas itu ialah sektor ekonomi, dan selepas sektor ekonomi pada kebiasaannya 60 sudah pencen atau berhenti daripada apa-apa sektor ekonomi, maka melibatkan 15 tahun baki atau 10 tahun baki adalah berkait dengan sebagai sebuah negara menua sektor kesihatan mengambil alih. Oleh itu, saya ingin untuk kita pastikan bahawa ada rangkaian yang digerakkan sejak daripada alam persekolahan, alam pendidikan dan seterusnya kepada alam dalam sektor ekonomi.

Yang kedua, saya ingin untuk sentuh ialah hak negeri Pantai Timur dan keadilan pembangunan wilayah, LPT3. Saya ingin merujuk kepada titah baginda yang menegaskan bahawa hak-hak negeri perlu sentiasa dihormati, selaras dengan niat asal pembentukan Persekutuan yang berasaskan perpaduan hormat- menghormati dan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Dalam konteks ini, isu Lebuhraya Pantai Timur Fasa III (LPT3) wajar dilihat sebagai simbol kepada persoalan keadilan pembangunan wilayah. Projek ini telah dibincangkan sejak hampir dua dekad melalui beberapa perancangan pembangunan

draft • 8:00 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

nasional namun masih belum direalisasikan secara tuntas. Oleh itu, saya mengharapkan bahawa bagaimana apabila dibincangkan tentang status wilayah di Pantai Timur, khususnya Terengganu selalu disebut dalam keadaan sebagai sebuah wilayah dalam negeri yang tidak maju.

Maka bagaimanakah negara mahu mencapai status maju jika ketidakseimbangan wilayah terus berlarutan? Saya mohon diberikan perhatian kepada kepentingan LPT3 bagi negeri Terengganu untuk mewujudkan formula pengagihan fiskal yang benar-benar berasaskan keperluan sebenar dan keadilan wilayah.

Kita tidak boleh menggerakkan orang yang tidur kalau hanya berpura-pura tidur. Maka kita bincang bahawa wilayah di Pantai Timur termasuk di Terengganu dalam keadaan tidak maju. Tetapi kita tidak hanya boleh bercakap, mesti disertakan dengan tindakan untuk memajukan wilayah di Pantai Timur termasuk di Terengganu.

Dan sebagai akhirnya, saya ingin untuk menyebutkan berkait dengan rasuah dan kegagalan yang berkait dengan soal integriti institusi. Yang di-Pertua, sebagai akhir, saya ingin untuk menyebutkan sebagaimana tuanku telah bertitah memberikan teguran dengan peringatan yang mendalam bahawa integriti adalah teras kekuatan negara dan tidak boleh di kompromi walau setinggi mana pangkat dan jawatan serta kedudukan seseorang.

Oleh itu, saya ingin untuk memberikan peringatan daripada kalam di dalam bahasa Arab yang sudah lama sebagai suatu peringatan. “Setiap penyangak yang bertopengkan pakaian kerajaan ada empat gambaran”.

draft • 8:00 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Yang pertama, undang-undang yang dipisahkan demi memelihara dan melindungi puak perosak atau pesalah.

Yang kedua, cukai-cukai direntap daripada makanan orang-orang miskin, dihimpunkan dalam kantung negara dan dibahagikan secara projek tetapi ia nya tidak menjadikan projek itu dapat dilaksanakan bahkan timbulnya soal-soal yang berkaitan dengan rasuah.

Yang ketiga, jawatan-jawatan diagihkan kepada penyokong-penyokong dan kroni-kroni bagai haiwan ternakan dan projek-projek palsu yang menjadi pelindung atau benteng untuk menghalalkan rampasan wang kerajaan. Saya pohon supaya diberikan perhatian tentang perkara ini kerana apabila...

draft • 8:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bangun]

draft • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat...

draft • 8:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker, saya menggunakan Peraturan Dewan.

draft • 8:10 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Apabila kamu melihat berbilion wang dibelanjakan secara terbuka untuk projek palsu...

draft • 8:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker, Peraturan Dewan, Speaker.

draft • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Dungun, tunggu dulu.

draft • 8:10 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Sedangkan orang miskin diburu dengan keras kerana sepotong roti.

draft • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Dungun...

draft • 8:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker, Peraturan Dewan saya guna 36(4)...

draft • 8:10 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Ketahuilah bahawa kamu hidup dalam sebuah rimba di mana yang berkuasa dan yang lemah...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 8:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker, saya selalu tidak akan mencelah dan membantah tapi penggunaan perkataan “haiwan ternakan” adalah sesuatu yang sepatutnya tidak digunakan.

draft • 8:10 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 8:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya mohon beliau tarik balik kenyataan “haiwan ternakan.”

draft • 8:10 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 8:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Dungun...

draft • 8:10 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 8:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ini seolah-olah tidak menghormati titah tuanku. Mana boleh menggunakan perkataan “haiwan ternakan”, Speaker.

draft • 8:10 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 8:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

It’s too much.

draft • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 8:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Dungun boleh balik berucap di rumahlah. Kita tak mahu dengarlah.

draft • 8:10 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 8:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Boleh balik berucap di kawasan, di kampung.

draft • 8:10 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Hei, duduklah.

draft • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Beaufort.

draft • 8:10 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih Puan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada Beaufort untuk berbahas pada petang ini.

Puan Yang di-Pertua, saya merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran terhadap Allah SWT serta menjunjung kasih ke atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Titah tuanku amat menyeluruh menyentuh agenda reformasi negara, kesejahteraan rakyat, pendidikan serta pembangunan yang adil dan inklusif.

Beaufort turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada dua calon Barisan Nasional Yang Berhormat Mohd Kurniawan Naim Moktar [Tepuk] atas kemenangan di PRK Parlimen Kinabatangan dan Yang Berhormat Mohd Ismail bin Haji Ayob bagi DUN Lamag. Kemenangan ini adalah isyarat jelas sokongan rakyat terhadap kestabilan politik dan kesinambungan kepimpinan yang bertanggungjawab.

Puan Yang di-Pertua, sebagai Ahli Parlimen dari Sabah, saya menjunjung sepenuhnya penegasan Titah Diraja berhubung penghormatan terhadap Perjanjian Malaysia 1963. MA63 bukan sekadar dokumen sejarah tetapi kontrak perlembagaan yang menjamin hak Sabah dalam Persekutuan.

Sehubungan itu, saya menekankan tuntutan bayaran 40 peratus hasil bersih Persekutuan kepada Sabah lebih-lebih lagi selepas keputusan Mahkamah Tinggi yang memperjelaskan kewajipan perlembagaan berkaitan perkara ini. Kerajaan

draft • 8:12 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Persekutuan perlu melaksanakan rundingan yang ikhlas, berstruktur dan menetapkan garis masa yang jelas agar tuntutan ini dapat direalisasikan secara berperingkat dan mampan. Ini bukan beban sebaliknya pelaburan kepada keadilan Persekutuan dan kepercayaan rakyat Sabah.

Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh isu Rang Undang-undang Pembaharuan Semula Bandar (URA) yang menjadi polemik kepada rakyat.

Walaupun jaminan telah diberikan bahawa pemilik asal tidak terjejas, pengalaman lalu membuktikan bahawa jaminan tanpa perlindungan undang-undang yang tegas hanyalah janji politik.

Hakikatnya harga rumah pasca pembangunan tidak selari dengan kemampuan di B40 dan M40. Tanpa kawalan jelas, URA berisiko menjadi proses penapisan kelas yang menyingkirkan golongan asal bandar. Justeru, saya menyokong keputusan kerajaan untuk tidak membentangkan URA buat masa ini dan menegaskan bahawa Beaufort menolak URA selagi tiada jaminan undang-undang yang jelas termasuk perlindungan pemilikan bumiputera dan kawalan harga yang mengikat bagi memastikan golongan B40 dan M40 juga dapat memiliki kediaman di kawasan bandar.

Puan Yang di-Pertua, dalam sektor pendidikan Beaufort menyambut baik usaha kerajaan mengkaji semula pengembalian UPSR dan juga PT3. Sistem peperiksaan ini menyediakan penanda aras nasional yang seragam, data pencapaian yang jelas serta keadilan dalam penilaian murid berbanding Pentaksiran Bilik Darjah yang terlalu subjektif. Saya turut membangkitkan isu serius kekurangan kemudahan pendidikan khas.

Di Beaufort, hanya sebuah sekolah menawarkan prasekolah PPKI iaitu SK Pekan Beaufort. Manakala di seluruh Sabah hanya terdapat lapan Parlimen sahaja yang mempunyai akses kepada PPKI. Begitu juga dengan Pusat PERMATA Kurnia yang ditubuhkan pada tahun 2016 sehingga kini hanya wujud di Kuala Lumpur dan Putrajaya. Keadaan ini membebankan ibu bapa khususnya golongan B40 dan M40.

Saya menggesa agar bilangan prasekolah PPKI ditambah segera dan Pusat PERMATA Kurnia diwujudkan di setiap negeri termasuk Sabah.

Puan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh cadangan mewujudkan Akta Perlindungan Guru Malaysia yang telah diangkat secara rasmi pada Perhimpunan Agung UMNO 2025 dan kini dibawa untuk penelitian kerajaan. Hari ini, guru berdepan tekanan semakin berat, diugut, disaman dan dipersoalkan hanya kerana melaksanakan tugas mendidik dan juga mendisiplinkan murid.

draft • 8:12 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Walaupun terdapat peruntukan undang-undang sedia ada, perlindungan kepada guru masih bersifat umum dan tidak mencukupi. Akta ini penting bagi memastikan keselamatan guru, kesejahteraan mental serta hak profesional guru dilindungi selagi mereka bertindak mengikut garis panduan dan etika keguruan. Akta ini bukan untuk memberi kekebalan tetapi perlindungan yang adil supaya guru dapat mendidik dengan yakin tanpa rasa takut.

Puan Yang di-Pertua, saya menyokong usaha kerajaan memajukan sektor pelancongan serta inisiatif Visit Malaysia 2026. Namun, saya ingin membangkitkan kebimbangan rakyat berhubung penganjuran Water Musical Festival khususnya dari sudut kesesuaian dengan nilai dan realiti masyarakat Malaysia.

Dalam keadaan negara sedang berdepan cabaran sosial seperti peningkatan jenayah seksual, keruntuhan institusi keluarga dan masalah kesihatan mental remaja, wajar kita menilai sama ada penganjuran secara berunsur hiburan tanpa kawalan ini membantu mengurangkan masalah tersebut atau sebaliknya berpotensi menyumbang kepada penularan budaya tidak sihat.

Malaysia memiliki kekuatan identiti, budaya dan nilai yang tersendiri. Justeru, saya berharap kementerian dapat memastikan pelancongan yang dipromosikan bukan sahaja menarik tetapi juga beretika, berkelas dan selari dengan sensitiviti agama serta budaya masyarakat.

Puan Yang di-Pertua, menyentuh pembangunan di Beaufort pula, saya memohon penjelasan dan tindakan segera terhadap beberapa projek yang telah diluluskan oleh mantan Menteri Ekonomi semasa perbahasan Bajet 2025 di peringkat jawatankuasa. Projek naik taraf jambatan pejalan kaki konkrit berbumbung di perkampungan nelayan Kampung Laut dan juga Kampung Sekalong, Menumbok.

Pemasangan kalbot dan parit konkrit di Kampung Jungkun, Menumbok dan naik taraf jeti pendaratan nelayan di Kampung Manggis, Menumbok. Permohonan daripada Pejabat Daerah Kecil Menumbok bertarikh 21 November 2024 ini telah pun dihantar kepada Kementerian Ekonomi tetapi sehingga kini belum lagi dilaksanakan.

draft • 8:12 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Saya mohon agar Menteri Ekonomi baharu dapat mempercepatkan pelaksanaan projek tersebut demi kepentingan rakyat dan ini bagi memastikan rakyat Beaufort dapat menikmati pembangunan adil dan sejahtera selaras dengan kelulusan yang telah diberikan oleh mantan Menteri.

Puan Yang di-Pertua, saya telah mengemukakan kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dua permohonan projek yang amat

draft • 8:20 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

mendesak di Parlimen Beaufort iaitu pertama, kerja pertahanan tebing Sungai Bekalau dan yang kedua, kerja penyelenggaraan Sungai Melabau.

Saya sendiri hadir dalam lawatan tapak Ketua Penolong Pengarah JPS Persekutuan pada 10 Jun 2025. Semasa lawatan ini, mereka sendiri telah menyaksikan keadaan tebing Sungai Bekalau terhakis dan menyebabkan dua buah rumah mengalami hakisan tanah yang membahayakan penduduk sekitar.

Seterusnya, kami telah melawat ke sepanjang sungai Kampung Melabau dan saya mencadangkan kepada mereka agar JPS dapat melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan juga mendalamkan sungai tersebut agar dapat mengurangkan risiko banjir kilat di Kampung Pilajau, Kampung Tekumpit dan juga Kampung Klias Kecil, Beaufort.

Puan Yang di-Pertua, saya memohon agar kedua-dua projek ini dapat dilaksanakan segera demi memastikan kesejahteraan rakyat di Parlimen Beaufort tidak dikompromi.

Puan Yang di-Pertua, masalah ini juga sering saya suarakan dalam setiap perbahasan saya, iaitu mengenai dengan masalah banjir yang turut menjejaskan sekolah-sekolah di Beaufort sehingga mengganggu sesi persekolahan iaitu SK Batu 60, SK Kebulu, SJK(C) Lian Hwa dan SK Klias Baru, Beaufort. Dalam situasi begini, kerja-kerja pembaikan kecil dan penyelenggaraan berkala tidak lagi mencukupi. Oleh itu, saya menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia agar menyegerakan pemindahan sekolah terlibat ke tempat yang lebih selamat serta menyediakan peruntukan dan garis masa yang jelas.

Puan Yang di-Pertua, memandangkan Beaufort sering kali menghadapi masalah banjir, saya memohon agar Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Selagon di Beaufort dapat dinaik taraf. Kekurangan ruang kemudahan asas yang tidak mencukupi serta isu tandas yang terhad dan tidak selesa menjejaskan kebajikan, kesihatan dan maruah mangsa banjir, khususnya warga emas, wanita dan juga kanak-kanak.

Sehubungan itu, saya mendesak agar PPS Selagon dinaik taraf dengan penambahan bangunan baharu termasuk kemudahan tandas yang mencukupi supaya ia benar-benar selesa, selamat dan berfungsi sebagai pusat perlindungan yang bermaruah. Kebajikan mangsa bencana tidak boleh dikompromi.

Puan Yang di-Pertua...

draft • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 8:20 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Sikit lagi, Puan ya. Puan Yang di-Pertua, untuk kesekian kalinya, saya telah menyentuh dalam setiap perbahasan saya mengenai isu pelaksanaan Pan Borneo, Beaufort. Mohon izin saya menggunakan bahasa Bisaya ya, Puan.

draft • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

draft • 8:20 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Ya, sekejap. [Berucap dalam bahasa Bisaya] Tetapi sampai sekarang...

[Berucap dalam bahasa Bisaya] Puan Yang di-Pertua, Projek Lebuh raya Pan Borneo di Beaufort WP01 dan WP02 perlu disegerakan tanpa sebarang alasan lagi. Kelewatan projek ini telah menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya, melambatkan pergerakan rakyat serta menghambat aktiviti ekonomi tempatan.

Rakyat Beaufort setiap hari berdepan dengan keadaan jalan yang sempit, berombak-ombak, rosak teruk dan berisiko tinggi berlaku kemalangan, khususnya pada waktu puncak dan juga musim hujan. Ini bukan isu kecil, tetapi soal keselamatan dan juga kesejahteraan rakyat. Sungguh malang sekali kerana rakyat di Beaufort terpaksa berhadapan dengan masalah ini dalam jangka masa yang terlalu lama.

Oleh itu, saya mendesak kerajaan dan agensi pelaksana supaya mempercepatkan pelaksanaan projek ini, memperketat pemantauan terhadap kontraktor serta mengambil tindakan tegas terhadap sebarang kelewatan. Andainya kontraktor yang dilantik tidak mampu...

draft • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat. Masa sudah tamat.

draft • 8:20 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Sikit lagi itu, Puan.

draft • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak sikit itu.

draft • 8:20 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Kontraktor yang dilantik tidak mampu menyiapkan projek ini, saya sarankan agar kontraktor ini ditamatkan segera dan lantiklah kontraktor yang berwibawa, bertanggungjawab dan berkemampuan. Rakyat Beaufort sudah terlalu lama menunggu. Pan Borneo, Beaufort bukannya pilihan tetapi keperluan yang sangat mendesak. Saya tegaskan di sini, projek Pan Borneo ini dibina oleh kerajaan adalah untuk kesejahteraan dan keperluan rakyat, bukannya untuk menyusahkan rakyat.

Puan Yang di-Pertua, kesemua isu yang dibangkitkan hari ini mencerminkan semua suara rakyat Beaufort berkaitan hak Sabah, pendidikan, infrastruktur, mitigasi banjir dan kesejahteraan hidup. Saya menggesa kerajaan bertindak dengan iltizam

draft • 8:20 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

politik yang jelas, garis masa konkrit dan pelaksanaan segera demi masa depan rakyat Beaufort dan Sabah keseluruhannya.

draft • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 8:20 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Beaufort bersuara dengan penuh harapan demi rakyat pada masa hadapan.

draft • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Bukit Gantang.

draft • 8:20 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Semoga... [Pembesar suara dimatikan]

draft • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bukit Gantang, sila.

draft • 8:20 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Terima kasih Puan.

draft • 8:20 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, Puan Yang di-Pertua. Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas Titah Diraja menyentuh kesejahteraan rakyat dan keutamaan pembangunan negara.

Saya bangun membawa suara rakyat Parlimen Bukit Gantang yang saban tahun dilanda banjir berulang-ulang kali lebih-lebih lagi ketika musim hujan lebat.

Puan Yang di-Pertua, rakyat hari ini sudah pun terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi. Bila banjir datang tiba-tiba, keluarga yang baru cukup-cukup makan terpaksa menanggung kerugian besar rumah dimasuki air, harta rosak, jalan terputus, jambatan runtuh. Malah, ada rumah yang hanyut dibawa arus deras.

Yang lebih menyedihkan keluhan rakyat itu ialah “Dulu tak macam ini”.

Mereka melihat perubahan ketara pada aliran sungai. Sungai semakin cetek. Kuala- kuala tersumbat dan air hujan turun laju tanpa ruang takungan, lalu melimpah ke penempatan mereka.

Saya minta perhatian yang khusus daripada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II yang menjaga Kementerian PETRA. Yang Amat Berhormat sendiri melihat keadaan mangsa di Bukit Gantang semasa lawatan beliau. Tidur suami isteri dan anak kecil bergelimpangan macam mangsa perang di PPS. Mereka kata, “Sudah-sudahlah, jangan biarkan kami menghadapi ini saban tahun”. Mereka merayu.

draft • 8:25 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Dalam hal ini, saya ingin menyokong permohonan JPS Daerah Larut Matang dan Selama untuk dilaksanakan dalam RP2 RMK13 iaitu Projek Tebatan Banjir Sungai Sepetang yang melibatkan 17 buah kampung yang bernilai sebanyak RM300 juta. Permohonan ini telah pun dipanjangkan kepada kementerian oleh JPS daerah.

Yang kedua, bagi Mukim Trong, Kerajaan MADANI ini telah meluluskan RM38 juta dalam RP1 RMK13 RTB Sungai Trong melibatkan jajaran daripada Pechah Batu, Kampung Toh Johan melalui kubur yang ditimpa banjir hingga ke Kuala Sungai Trong.

Puan Yang di-Pertua, dengan pelaksanaan kedua-dua projek ini, insya-Allah, isu banjir Parlimen Bukit Gantang dapat ditangani. Penghargaan setinggi-tingginya saya rakamkan kepada Kerajaan MADANI dan khususnya kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II. Dengan satu lawatan sahaja, beliau dapat faham keluh kesah rakyat dan memberikan kelulusan ini.

Perkara kedua yang saya nak bangkitkan di sini ialah mengenai bekalan air bersih. Saya selalu mendapat aduan berlakunya gangguan bekalan air bersih di Kampung Jelutong, Bukit Gantang, Kampung Kepala Bukit, Kampung Chengal Jantan, Kampung Changkat Ibol, Kampung Sendok dan Kampung Cheh. Ini sebabkan loji rawatan air yang tidak diuruskan dengan baik.

Saya mohon Lembaga Air Perak mempercepatkan perancangan untuk menyambung secara jangka pendek daripada loji yang berdekatan iaitu daripada air terjun.

draft • 8:25 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Yang keduanya adalah penyelesaian jangka panjang dengan peruntukan sebanyak RM2 juta untuk membuat loji rawatan air yang baharu.

Puan Yang di-Pertua, kos sara hidup. Rakyat masih bergelut mendapatkan bekalan makanan. Dengan kos sara hidup yang terus meningkat, terutamanya membabitkan kluster makanan, khususnya makanan ruji rakyat Malaysia iaitu beras.

Setiap kali Dewan bersidang, sudah tentu ada yang bertanyakan padi dan beras.

Setelah tiga tahun berlalu, saya juga menyebutkan isu yang sama tapi tidak ada jawapan yang tuntas diberikan oleh pihak kementerian untuk memberikan satu penyelesaian yang jangka panjang.

Walaupun kita mempunyai keluasan jelapang padi yang besar, 215,000 hektar dan kerajaan telah membelanjakan berbilion ringgit untuk meningkatkan hasil padi. Namun, tahap sara SSL negara terus merosot daripada 60 peratus kepada 56 peratus. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri KPKM. Apakah KPI

draft • 8:30 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

kementerian dalam mencapai sasaran makanan asas kita? SSL bukan sahaja tidak mencukupi, malah padi yang dihasilkan seolah-olah terus hilang di pasaran. Beras tempatan dengan harga kawalan RM26 terus ghaib. Kita masih menunggu jawapan daripada Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras dan pihak Kementerian KPKM untuk memberikan jawapan yang lebih jelas.

Saya sudah berulang kali membangkitkan soal ini. Saya telah menemui dan berbincang dengan semua pihak dalam rantaian ini. Saya juga mengusulkan cadangan penyelesaian iaitu Beras MADANI pada harga RM30 sekampit. Satu gred, satu harga. Cadangan itu telah saya ajukan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan mereka telah bersetuju agar cadangan ini dibincangkan dan dilaksanakan oleh kerajaan.

Pada masa yang sama, saya telah membentangkan kepada Menteri KPKM, Ketua Setiausaha KPKM serta Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras. Namun sehingga kini, sudah tiga tahun berlalu, beras tempatan masih tidak ada di pasaran.

Sedangkan dalam masa yang sama, harga beras putih import yang sama gred dan sama jenisnya di pasaran dunia telah turun sehingga 1,400 metrik tan.

Setelah dikira kos pembungkusan, harga beras import sepatutnya menjadi sekitar kos yang hanya RM20 sekampit tapi dijual dengan RM30 lebih. Saya menuntut dengan tegas jawapan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah yang sebenarnya berlaku. Sehingga sudah tiga tahun tidak ada jawapan yang jelas.

Rakyat sudah jemu dengan jawapan Menteri yang tidak jelas penyelesaiannya. Saya tidak mahu Dewan ini bergaduh dan bertuduh menuduh tanpa bukti. Tapi saya juga tidak mahu Dewan ini sekadar hanya menjadi tempat menutup mata dan membuat pengumuman demi pengumuman tanpa penyelesaian.

Perkara yang keempat yang saya nak bentangkan di sini ialah tentang pendidikan. Puan Yang di-Pertua, isu pendidikan agama di sekolah menengah yang merisaukan saya di Parlimen Bukit Gantang ialah 30 peratus pelajar daripada sekolah menengah kebangsaan tidak boleh membaca al-Quran dan tidak mengenal huruf hijaiyah. Ini bukan isu kecil. Ini isu asas pembinaan jati diri, akhlak dan kehidupan beragama.

Bayangkan anak-anak ini akan terus membesar tanpa asas bacaan al-Quran.

Kita bimbang tentang kesempurnaan solat, kefahaman ibadah, bahkan kesan jangka panjang kepada institusi perkahwinan, kehidupan berkeluarga dan pembentukan masyarakat yang sejahtera. Bila asas ini rapuh, maka rapuh juga benteng sosial kita.

draft • 8:30 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Namun, saya ingin memuji dan merakamkan penghargaan kepada komuniti Bukit Gantang. Cabaran yang disahut dengan tindakan masyarakat setempat, tampil penglibatan guru-guru sukarela mengajar al-Quran dengan kerjasama erat pengetua, guru-guru, PIBG dan para pelajar sendiri. Dengan gerak ini lahirlah industri yang saya banggakan iaitu Akademi Maya Celik Al-Quran di Parlimen Bukit Gantang.

Saya ingin mohon dan bagi Menteri Pendidikan untuk membantu mereka dengan yang pertama, peruntukan kecil tetapi berfokus bagi modul asas iqraʼ, huruf hijaiyah dan kelas pembacaan al-Quran.

Yang kedua, insentif dan latihan ringkas untuk guru sukarela serta penyelarasan dengan sekolah. Yang ketiga, sokongan platform digital dan bahan bantu mengajar supaya Akademi Maya Celik Al-Quran ini boleh diperluaskan, dijadikan contoh kepada kawasan-kawasan lain. Saya mohon menyokong Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

draft • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 29 Januari 2026.

draft • 8:30 PM

[Dewan ditangguhkan pada jam 8.36 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026