Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Ahli Yang Berhormat yang tersebut di bawah ini telah mengangkat sumpah
Yang Berhormat Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar [Kinabatangan]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam bahagia dan selamat pagi. Ahli Yang Berhormat, sekalung tahniah saya ucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar, Ahli Yang Berhormat bagi kawasan Kinabatangan [Tepuk] yang telah mengangkat sumpah sebentar tadi setelah memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kinabatangan pada 24 Januari 2026.
Peranan Ahli Yang Berhormat selain mewakili Kawasan Parlimen, Ahli Yang Berhormat juga mempunyai tanggungjawab untuk membuat undang-undang serta semak dan imbang terhadap badan eksekutif. Saya berharap Yang Berhormat dapat melaksanakan tanggungjawab ini demi pembangunan negara dan berlandaskan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Saya berharap Yang Berhormat dapat meneruskan lagi legasi, jasa dan pengorbanan ayahanda Yang Berhormat iaitu [Tepuk] Allahyarham Dato’ Sri Panglima Bung Moktar bin Radin. Oleh itu saya menyeru kepada Yang Berhormat, dapat memberi sumbangan yang berfaedah dan bermakna kepada Dewan ini serta
Tuan Yang di-Pertua
seterusnya kepada rakyat dan negara. Semoga Yang Berhormat berkhidmat dengan penuh dedikasi dan cemerlang. Tahniah saya ucapkan sekali lagi.
Silakan Setiausaha.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, kita mulakan dengan Waktu Pertanyaan- pertanyaan Menteri dengan saya menjemput Tuan Lee Chean Chung, Petaling Jaya.
Silakan.
1. Tuan Lee Chean Chung [Petaling Jaya]: Terima kasih Tan Sri Speaker.
Petaling Jaya minta Perdana Menteri menyatakan, prestasi dan nilai perdagangan bagi tahun 2025 serta hasil lawatan dan misi perdagangan Perdana Menteri ke luar negara, sepanjang tempoh tersebut yang menyumbang kepada peningkatan eksport Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Perdana Menteri.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.
Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Petaling Jaya dan seperti mana kita lakarkan sebelum ini, strategi kita ialah memperluaskan pasaran dan ruang perdagangan.
Hasilnya di antara lain, pada tahun 2025, Malaysia telah menjana jualan eksport sebanyak RM45.4 bilion dari hubungan ini iaitu United Kingdom, Thailand, Rusia, Itali, Perancis, Brazil, RRC, Republik Korea, Ethiopia, Kenya, Afrika Selatan dan sebagainya. Yang menumpukan dalam bidang gas cecair asli (LNG), minyak kelapa sawit, barangan E&E yang kian meningkat, terutama bidang semikonduktor, barangan aeroangkasa, perabot dan bahan-bahan lain.
Malaysia berjaya juga menangani cabaran yang tidak menentu hasil beberapa langkah yang dibuat oleh Amerika Syarikat dan juga ketegangan sosiopolitik. Tetapi kita mampu, alhamdulillah, kerana dapat merekod jumlah perdagangan tertinggi dalam sejarah iaitu RM3.061 trilion.
[Tepuk] Peningkatan 6.3 peratus ketimbang 2024.
Ini hasil sekali lagi dengan sikap kita mengambil sikap terbuka, berdagang secara bebas dan mencecah kepada 240 pasaran. Ada yang satu negara, ada yang dua— proses perdagangan dalam satu negara.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Selain itu, pencapaian tertinggi dalam sejarah ialah setelah kita mencatat nilai RM1.603 trilion, iaitu pertambahan dan perkembangan 6.5 peratus ketimbang 2024, dan ini termasuk ASEAN, negara China, Amerika Syarikat, EU dan lain-lain.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Satu hal lain ialah tentang prestasi yang memberangsangkan lebihan dagangan kita catat lebihan dagangan meningkat 9.2 peratus iaitu sebanyak RM151.80 bilion ketimbang tahun sebelumnya. Ini yang disebut trade surplus.
Negara-negara yang harus— yang saya sebut sepintas lalu yang merupakan negara baharu, pasaran baharu termasuk Kyrgyzstan, penambahan 225.8 peratus peningkatan Yemen dan Zenia, Togo, Uzbekistan, Angola, Algeria, Nigeria, Puerto Rico, Kenya, Maghribi. Saya sebut hal ini kerana ini ialah pasaran baharu yang memungkinkan kita mengambil sikap lebih terbuka, mendapat peluang dalam perdagangan dengan pasaran baharu. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Petaling Jaya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih dan tahniah saya ucapkan atas rekod eksport untuk negara kita. Pada masa yang sama terdapat maklum balas pelabur-pelabur bahawa mereka selalu berhadapan dengan kos tinggi dan kekangan birokrasi daripada TNB, IWK dan kadangnya koridor utiliti negeri.
Terdapat projek yang dicaj beratus juta untuk membina subsesyen dan IWK mengenakan contribution sebanyak satu peraturan berdasarkan nilai pelaburan.
Bererti bagi projek bernilai RM2 bilion, RM20 juta perlu diserahkan kepada IWK.
Persoalan saya adalah, apakah pendekatan kerajaan supaya pihak utiliti, pemain utiliti menjadi pemudah cara dan bukan penghalang bagi pelaburan-pelaburan asing ini untuk melonjakkan lagi eksport kita. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Perdana Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Petaling Jaya kerana memberikan maklumat itu dan tentunya kita— strategi kita mestilah meningkat tahap kecekapan dan mengurangkan kos perniagaan, kos khidmat perkhidmatan dan saya telah mendengar pandangan, saya akan mengarahkan supaya diteliti semula, apakah kos itu dianggap munasabah walaupun dari sudut perdagangan, peningkatan itu sangat memberangsangkan. Tidak menjejaskan dari sudut penambahan kos, tetapi kita juga harus ambil sikap terbuka. Andai kata beberapa kos perkhidmatan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat terlibat, umpamanya IWK, hal ini akan diberikan perhatian khas oleh kementerian.
Tuan Yang di-Pertua
Ya Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abdul Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Tambun Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan— Ringgit Malaysia telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan sejak dua tahun lalu iaitu peningkatan berterusan daripada Januari 2024 ke Januari 2026. Ia mengukuh dengan ketara sekali daripada RM4.75 Januari 2024 kepada RM4.00 bagi Januari 2026 berbanding Dolar Amerika.
Pada pagi ini ia naik kepada RM3.96 bagi satu Dolar Amerika. Tertinggi sejak Jun 2018. Bukan sahaja ia naik berbanding dengan Dolar Amerika, tetapi juga berbanding dengan mata wang-mata wang negara yang lain seperti British Pound 2.9 peratus, South Korea 9.11 peratus dan Japanese Yen 10.11 peratus.
Persoalannya adakah rally ini akan dapat dipertahankan untuk tahun ini— itu mungkin tak begitu jelas buat masa ini.
Soalan saya ialah, itu kepada Perdana Menteri dan Tambun merangkap Menteri Kewangan— apakah faktor-faktor yg menyebabkan kenaikan nilai ringgit berbanding dengan Dolar Amerika dan mata wang-mata wang negara yang lain.
Seterusnya, apakah kesan kenaikan ringgit terhadap: pertamanya eksport dan import negara? Keduanya kemasukan pelaburan asing khususnya FDI, sektor pembuatan dan rakyat Malaysia secara keseluruhan. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Silakan Perdana Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Tiap berita yang baik dan menggalakkan tentunya ada beberapa kekangan. Saya tidak nafikan keperluan kita meneliti tentang kesannya, tetapi kesannya tentunya positif. Ringgit kita itu sudah melemah sekian lama dan bila ada tindakan dan kegiatan yang sendirinya menunjukkan keyakinan kepada sistem ekonomi negara dan penambahan mengikut angka-angka.
Ringgit itu tidak harus dilihat cara yang terpisah. Dia harus lihat juga tentang peningkatan pelaburan, peningkatan pendapatan dan juga pengurangan dari segi pengangguran. Semuanya angka-angka ekonomi keseluruhannya itu menunjukkan petanda positif dan ini juga berjaya memperkukuh kedudukan dan kekuatan Ringgit, tapi saya setuju bahawa sebaiknya kalau kita ada pilihan, Ringgit itu harus mengukuh secara berhemah, perlahan tetapi ini kadang-kadang luar daripada jangkaan.
Keyakinan pelabur itu tidak dapat dikawal sepenuhnya. Itu yang pertama.
Kedua yang harus kita ambil perhatian ialah tentang langkah-langkah yang kita harus ambil domestik untuk memastikan beberapa dasar dan kerangka ekonomi
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
itu dikawal dengan umpamanya menjaga keupayaan kita mengawal penurunan defisit, mengawal dan terus menarik pelaburan.
Ini sedang dilakukan dan saya tidak fikir kalau keadaan setakat kekuatan Ringgit sekarang itu terlalu menjejaskan, tetapi dalam keadaan biasa, memang bila Ringgit mengukuh ada kesan positifnya. Ada sedikit yang membimbangkan kerana dia terkait dengan eksport dan import barangan, tetapi pada keseluruhannya kalau kita lihat, tidak ada negara yang mahu nilai mata wang mereka itu merosot dan rendah, luar daripada kekuatan yang sepatutnya dipertahankan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya nak jemput Ahli Parlimen yang baharu.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Kinabatangan, ambil masa, tarik nafas. Sila soalan.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Pendek sahaja soalan kepada Tambun. Syabas dan tahniah di atas pelaburan kemasukan pelaburan yang begitu tinggi. Saya amat bersyukur sebagai rakyat Malaysia. Cuma soalan saya, apakah peratusan pelaburan yang besar-besar tersebut untuk masuk ke luar bandar seperti Kinabatangan itu, ke kawasan-kawasan lain pedalaman seperti Kinabatangan dan lain-lain Tambun. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Sila Perdana Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Tahniah Kinabatangan. Tahniah kerana ada soalan awal. Soal penambahan ini umpamanya kalau masuk pelaburan, itu kita tidak semestinya kawal, melainkan kita boleh kawal dari sudut keutamaan bidang, E&E umpamanya ataupun teknologi tinggi atau dalam bidang-bidang yang kita kaitkan dengan soal pelaburan yang bernilai, tetapi tentunya dari segi dasar lain tidak semestinya dari segi pelaburan, pembangunan kita itu harus lebih menyeluruh dan adil.
Ini yang dilakukan oleh kerajaan menurut kerangka lain, umpamanya dari sudut memastikan projek-projek pembangunan itu mengambil kira kawasan- kawasan pedalaman, kawasan yang agak tertinggal ataupun terbiar. Ini memang dilakukan dalam kerangka kedua-duanya— Kementerian Ekonomi dan juga Kementerian Kewangan. Saya tentu ambil perhatian kerana mandat yang meyakinkan yang diperolehi Yang Berhormat tentunya kerajaan harus beri perhatian untuk memberikan suntikan supaya ekonomi di Kinabatangan berkembang.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, sikit sahaja.
Fasal kekukuhan Ringgit ini menyeronokkan...
Tuan Yang di-Pertua
Tarik sikit, tak beberapa dengar Yang Berhormat. Mic, mic— Tarik, kuat sikit cakap.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, kekukuhan Ringgit ini menyeronokkan, tapi saya ingin bertanya, apakah kesan— apakah sesuatu yang boleh kita buat kepada pasaran saham kita?
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
[Bangun]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kita ada 2,200 kaunter, lebih kurang. Dia lebih sikit, saya tak dapat anggaran sebenar. Cuma yang kaunter yang aktif ialah 1,650 yang buat trading hari-hari, tapi bila kita kira indeks untuk ekonomi, kita kira hanya kepada 20 kaunter. Contohnya kelmarin, kaunter yang dia ambil kira sangat ialah kenaikan AirAsia, melambung ke tahap yang cukup tinggi bagi kaunter yang berharga RM1 lebih tu.
Dia naik sampai— dua hari dia naik, sampai dekat 5 percent. Ini yang menyebabkan kaunter indeks kita naik. Indeks kita naik kelmarin bagus, alhamdulillah, tapi apakah Yang Berhormat, kekuatan Ringgit ini mampu untuk menggerakkan kaunter yang tidak aktif? Daripada 2,200 itu, tinggal 1,650. Dan apakah dengan Ringgit ini, kita mampu untuk mendapat lebih banyak barangan luar?
Dulu dengan duit sikit, kita beli barang sekian banyak. Sekarang ini duit banyak, kita beli barang sikit. Sekarang ini duit sikit, barang banyak. Kenapa bila barang banyak masuk, harga barang tak turun? Itu simple economy theory lah.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tapi nak tanya kut, kut yang boleh Yang Berhormat. Sebab rakyat Malaysia sedang perhati saya sekarang...
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Datoʼ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Itu bukan teori ekonomi. Itu teori ekonomi lapuk sebenarnya.
[Dewan ketawa]
Datoʼ Seri Anwar bin Ibrahim
Sebab Yang Berhormat, yang Yang Berhormat tanya itu pasaran saham. Mana mungkin kerajaan dan juga sistem ekonomi sekarang campur tangan dalam urusan pasaran saham.
Pasaran saham itu kukuh kerana dianggap bebas dan berintegriti. Sebaik sahaja kerajaan mulai campur tangan, maknanya sistem itu di-compromise. Itu yang pertama dari segi prinsipnya. Walau bagaimanapun, dari segi makro, bagaimana kita boleh menjana pertumbuhan kegiatan, itu boleh diteruskan dengan keterbatasan yang sedia ada, tapi secara umumnya, pasaran saham itu dilihat dari keseluruhan,
Datoʼ Seri Anwar bin Ibrahim
tidak pada setiap kaunter. Jadi, saya cadangkan Yang Berhormat pandai pilih kaunter.
[Dewan ketawa]
Datoʼ Seri Anwar bin Ibrahim
Yang kedua, yang terkait ialah tentang apa yang diperhatikan oleh Yang Berhormat tentang harga barang. Harga barang memang ada kenaikannya sedikit, tapi kalau kita lihat keseluruhannya, ada peningkatan yang terkawal. Dan bagaimana kita nak ukur? Kita ukur ketimbang perkembangan di semua negara, negara-negara jiran.
Dan kalau berlaku sedikit kenaikan, yang harus diambil tindakan adalah oleh kerajaan— Umpamanya, melalui beberapa suntikan ya. Suntikan dana tambahan dan juga bantuan dari— baik SARA ataupun Tunai RAHMAH ataupun dengan fasa- fasa bantuan atau di sini dianggap campur tangan untuk mengurangkan tekanan harga barang. Itu kita akan lakukan. Kalau ada Yang Berhormat nak cadang secara spesifik satu, dua. Saya sedia terima dan pertimbangkan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff, Rantau Panjang.
Datoʼ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Sebelum saya mengemukakan soalan, saya bersama rakan-rakan di sini mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada Ahli Yang Berhormat Kinabatangan. Alhamdulillah, sebagai ahli baharu kami di sini.
2. Datoʼ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang]: Tuan Yang di-Pertua, soalan saya. Rantau Panjang meminta Perdana Menteri menyatakan, rasional dan kriteria data penentuan usia kemasukan murid Tahun 1 sama ada pada usia 6 atau 7 tahun serta tahap kesiapsiagaan kerajaan bagi pelaksanaan dasar tersebut, termasuk implikasi kepada kebajikan murid. Mohon jawapan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Perdana Menteri.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Datoʼ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Rantau Panjang atas soalan itu.
Yang pertama, mengikut angka yang diperolehi dari UNESCO ya, 137 negara telah melaksanakan umur 6 tahun bagi kemasukan Tahun 1 ya. Maknanya, lebih 71 peratus negara di dunia yang melaksanakan. Jadi, janganlah kita ketinggalan.
Baik, apa kebimbangan kita? Kebimbangan kita ialah andai kata kita belum cukup bersedia. Jadi sebab itu, selain daripada langkah— umpamanya sesi 2027 mulai 15 Februari hingga 31 Mac, sesi 2027 untuk murid berumur 6 tahun, itu dah
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Datoʼ Seri Anwar bin Ibrahim
laksanakan. Bagi anak-anak berumur 5 tahun, boleh mendaftar untuk mengikuti prasekolah secara pilihan mulai 6 April 2026. Itu pun saya ingin gesa, sebaik mungkin semua anak-anak daftar. Mengapa kita kata pilihan? Kerana peringkat awal, kita tidak mahu ibu bapa merasakan kejutan atau paksaan, tetapi kita ada ruang, dia ada setahun untuk buat persiapan untuk masuk ke Darjah 1.
Baik. Bagi pelaksanaan ini— memastikan pelaksanaan itu baik, maka kita tambah kemudahan atau peluasan kemudahan di sekolah rendah, sekolah menengah, kolej vokasional, kolej matrikulasi dan Institusi Pendidikan Guru— 10,514 bilik darjah prasekolah di 6,469 institusi telah membuat peluasan sebanyak 150 bilik darjah pada tahun 2025 dan 350 bilik darjah prasekolah baru 2026.
Jadi, ada persiapan yang besar yang juga menelan belanja yang agak tinggi.
Untuk tahun ini, tambahan dalam perbincangan dengan Kementerian Kewangan adalah sebanyak RM800 juta tambahan untuk memenuhi keperluan 18,000 guru yang baru diambil dan kapasiti prasekolah kerajaan berjumlah 110,889 tempat.
Jadi, merangkumi KEMAS, Jabatan Perpaduan Negara Integrasi Nasional
(JPNIN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia— maknanya, kita ambil kira semua sebab umur yang kohort 6 tahun itu telah masuk daripada bidang kuasa beberapa jabatan yang lain. Jadi, sebab itulah dalam belanjawan tahun ini, tambahan ini kita akan membentangkan penambahan RM800 juta supaya memenuhi keperluan segera dan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah pun mengambil langkah-langkah yang perlu supaya menyegerakan langkah-langkah tersebut.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Rantau Panjang.
Datoʼ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Ya. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas jawapan yang diberi.
Saya ingin tahu, apakah kajian yang terperinci telah dibuat sebelum dasar ini diisytiharkan? Walaupun kita tahu banyak negara yang telah melaksanakan, tetapi sejauh mana kesediaan sistem pendidikan dalam negara kita? Sebab kita tidak mahu anak-anak sekolah kita menjadi tikus makmal untuk eksperimen dasar. Dan sejauh mana kebimbangan daripada masyarakat, termasuk siapsiagaan kurikulum, latihan guru, kecukupan guru, termasuk infrastruktur sekolah?
Dan saya ingin tahu juga, kenapa jawapan Menteri yang agak berbeza sebelum ini? Bagaimana kali pertama, mengatakan terserah kepada ibu bapa. Yang kedua, mengatakan kena ujian diagnostik. Dan yang ketiga, kena lihat bagaimana
Datoʼ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
program ini akan dilaksanakan secara berfasa-fasa iaitu tertakluk kepada bilangan guru dan bilik darjah. Bukan kita menolak dasar ini, tetapi pelaksanaannya, supaya tidak memberi kebimbangan, terutama kesediaan guru-guru dan kepada ibu bapa.
Saya ingin juga tahu berkaitan dengan sistem peperiksaan Tahun 4. Apa justifikasinya? Begitu juga pemeriksaan Tingkatan 3. Adakah kesediaan di sudut Lembaga Peperiksaan dan bagaimana pelaksanaan? Adakah pelaksanaan ini menggantikan PT3 dan begitu juga kurikulum sekolah?
Datoʼ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Jadi, dasar yang baik ini seharusnya dilaksanakan dengan tersusun supaya tidak memberi kesan kepada pelajar sehingga membawa kepada keciciran. Dan inilah yang sangat dibimbangi oleh bapa sebab kita tak mahu anak-anak kita menjadi tikus makmal, eksperimen dasar baharu kerajaan. Minta penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sila Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
[Tidak jelas] Saya ingat tujuan kita adalah untuk memastikan anak-anak kita mempunyai ruang pembelajaran sebaik mungkin...
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
[Bangun]
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tak payahlah jauh sangat. Tikus makmal ini dia very elaborate process. Dia ada ujian dan sebagainya. Ini tidak. Tidak semua pelajar yang cukup umur 6 tahun masuk sekolah. Dan isu dia adakah kemudahan disediakan? Kemudahan disediakan. Ada guru? Guru disediakan, ya. Nak kata sempurna semua? Mungkin tidak. Jadi, saya tidak fikir kita jauh sangat. Kita— negara kita ini, kakak Rantau Panjang, tak boleh ketinggalan. Itu pokoknya, ya.
Negara semua dah buat.
Dan ada persiapan daripada kementerian? Memang benar saya tak nafikan.
Kalau ikut kementerian pada peringkat awal, dia kata, boleh tak kita tangguh setahun lagi? Saya fikir agak berbeda. Saya kata kalau kita tangguh setahun lagi, anak-anak kita itu rugi setahun. Dan anak-anak kita tidak— generasi sekarang tidak seperti dulu.
Umumnya jauh lebih dewasa, lebih pintar, lebih peka dan— bagi ruang. Jangan kita fikir guna tahap pemikiran kita yang lama. Memang kita rasa tak boleh tapi anak- anak kita jauh lebih pintar, tetapi yang penting, beri pendedahan kepada mereka.
Jadi, yang dibimbangi oleh Yang Berhormat ialah apakah ada persediaan?
Saya jawab, dana kita sediakan. Ya, RM800 juta mungkin mencecah RM1 bilion. Kita
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
terpaksa cari. Kerana ini menjamin masa depan anak-anak kita. Apakah harus kita tangguh? Saya tidak setuju kita tangguh.
Yang kedua, apakah guru-guru disediakan? Guru-guru ada. Dan tadi saya baca angka keperluan guru-guru yang mula diambil sekarang untuk memenuhi keperluan guru-guru di sekolah terutama di tahap itu. Apakah ia akan memenuhi keperluan sekolah yang sesak? Sekolah sekarang pun ada yang sesak terutama sekolah bandar. Jadi, saya tak dapatlah jamin semua kelas satu sesi, tetapi harus kita tangani sekarang kerana saya anggap kalau melengahkan dia akan merugikan negara.
Apakah kita harus wajibkan? Kerana ada kebimbangan setengah ibu bapa, kita kata tidak wajibkan, tapi kalau tanya saya, nasihat sebagai seorang guru, saya kata sebaiknya ibu bapa cuba memenuhi keperluan itu, tetapi peringkat awal ini kita masih belum wajibkan. Jadi, saya tidak anggap ini satu keputusan yang akan merugikan, malah satu keputusan yang wajar diberi pertimbangan dan disokong oleh semua pihak. Kita, sekali lagi saya tekankan Tan Sri Yang di-Pertua, negara tidak boleh ketinggalan.
Kalau ada beberapa kelemahan yang harus kita lakukan, kita lakukan sekarang. Sebab itu kita memulakan bulan ini dan jangka dua bulan selepas hari raya umpamanya untuk kemasukan itu ditingkatkan dan kita masih bagi ruang sebulan, dua bulan bagi anak-anak memikir, mendaftar supaya tidak terlalu membebankan terutama mereka anak-anak kecil. Kita tahu anak-anak kecil. Jadi, kita bagi ruang ibu bapa ada masa untuk menghantar anak-anak.
Cuma yang saya nak rumuskan akhirul kalam ini ialah bahawa negara kalau mahu maju harus memikir langkah-langkah proaktif dan lebih berani. Dan kalau kita rasa ada beberapa masalah, kita cuba selesaikan dalam masa singkat. Sebab itu saya lihat Kementerian Pendidikan, Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan telah bergegas untuk melihat semua aspek ini. Aspek dana, aspek persiapan kurikulum, aspek sikap ibu bapa. Itu diteliti sekarang supaya kita dapat laksanakan dengan sebaik mungkin, insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Ipoh Timor.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Yang Amat Berhormat Tambun. Kita sering kali dengar yang memang dibangkitkan sekolah kurang murid, tapi kita juga mesti tahu bahawasanya kita juga ada senarai sekolah padat. Sekolah padat yang mungkin dengan bilik darjahnya murid mencecah 40– 40 lebih murid. Dan kita tahu, khususnya di Lembah Klang di
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Selangor, kita ada SK Kebun Baharu, SK Sijangkang, ada— SK Kebun Baharulah yang semua rata-rata memang sangat-sangat padat bilik darjahnya.
Maka saya rasa bangkit satu soalan. Saya nak bangkitkan satu— soalan- soalan yang timbul. Dari segi kesiagaan dan kesiapsiagaan dari segi bilik darjah bilangannya atau malah bangunan untuk mengisi— bangunan yang diperlukan untuk mengisi tambahan, penambahan murid yang bakal memasuki sekolah dengan murid-murid yang berumur enam tahun ini.
Adakah— bukan saja dari segi dana, tetapi tempat dan juga sistem dan dasar perolehan untuk membina bilik darjah baharu ini, adakah kesiagaan itu telah dibincangkan, telah diputuskan untuk mempercepatkan proses ini khusus kepada semua jenis aliran-aliran sekolah yang menghadapi kepadatan ini? Apabila kita nak fikir tentang dalam setahun ini kita nak ada bilik-bilik darjah yang baharu untuk diisi.
Apakah pandangan dasar dan mungkin intervensi kejuruteraan untuk mempercepatkan proses ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Silakan Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Ipoh Timor. Memang ada sekolah yang agak sesak sekarang, ada banyak sekolah-sekolah desa pedalaman yang kurang murid. Itu memang kenyataannya. Bagi sekolah-sekolah yang dianggap sesak, pemikiran Kementerian Pendidikan sekarang mengenai beberapa sekolah, terutama untuk peringkat anak-anak kecil, Darjah 1 yang baharu ataupun prasekolah, itu boleh dibuat dua sesi buat sementara.
Dan saya fikir cara idealnya, kita boleh fikir satu sesi, tapi yang penting ialah pendidikan bermutu. Jadi, saya setuju, kita ambil langkah-langkah segera. Kalau saya dapat umpamanya taklimat dari Kementerian Pendidikan, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan, memang dana yang disediakan pun tinggi.
Yang— kerana yang bagi kita yang diutamakan ialah guru. Itu memang boleh diselesaikan.
Yang keduanya, bilik darjah untuk menghadapi kekangan sekolah-sekolah bandar yang sesak itu dicadangkan di beberapa sekolah dua sesi, tetapi kalau ada keperluan untuk ditambah peruntukan, memang disediakan peruntukan yang agak tinggi juga tahun ini untuk menambah kemudahan kelas-kelas baharu dan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Mengawalkan pendidikan Darjah 1 selaras dengan piawaian antarabangsa adalah dasar yang baik secara prinsipnya. Masalah
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
timbul selepas 24 jam ada pengumuman tambahan di mana walaupun ibu bapa memilih untuk menghantar anak mereka ke Darjah 1 pada umur 6 tahun, anak-anak mereka sebelum memasuki sekolah perlu lulus ujian kelayakan untuk masuk ke Darjah 1 ini.
Saya dengar ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri beberapa hari yang lepas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kongsikan sebelum ini ada kelas pemulihan. Itu contoh yang sangat baik, tetapi perbezaannya sangat besar. Kerana kalau anak-anak ini tidak melepasi ujian tersebut, dia terkeluar daripada sistem persekolahan selama setahun. 12 months of learning loss. Kalau kelas pemulihan, kita berada dalam sistem persekolahan, boleh ada intervensi supaya cikgu-cikgu boleh tolong. Kalau kita ingin ikut dasar UNESCO yang tadi telah kita quote, lebih 130 negara bersetuju dengan dasar UNESCO ini, tetapi pada kajian yang sama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, UNESCO katakan, jangan ada ujian saringan kelayakan yang membahagikan anak-anak yang kurang bijak pada umur yang awal dan kanak-kanak yang lebih awal belajar *at a very young age.
So,* cadangan Muar mudah. Dasar ini dasar yang baik. Enam tahun patut dibuat. Cuma tolong perhalusi keperluan itu ada ujian diagnostik ataupun ujian kelayakan. Itu saja. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Muar, jangan bimbang dengan istilah yang apa orang kata merunsingkan ini— ujian diagnostik. Rasionalnya itu baik Muar, iaitu kita nak sekurang-kurangnya ada sedikit sistem penilaian. Apakah anak-anak itu betul punyai kelayakan atau mampu kita tangguhkan untuk setahun lagi, tetapi, saya setujulah dengan gesaan Muar. Oleh kerana kita— saya telah teliti semula.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Menteri Pendidikan mencadangkan supaya ditiadakan ujian diagnostik itu, tapi saya nak tekankan di sini, cadangan awal itu baik sebab ada satu sistem penilaian sebelum anak itu masuk ke sekolah, tetapi difikirkan nanti dia jadi diskriminatif. Maknanya, ada anak ini kurang-kurangnya nak masuk Darjah 1 dan masuk prasekolah, dia tak layak, dia kurang cerdik dan sebagainya. Jadi, mungkin ada kesan psikologi. Jadi, oleh itu, ditiadakan. Ha, itu. Jelas. Itu atas cadangan Menteri. Saya setuju supaya ditiadakan. Jadi, dipermudahkan.
Walau bagaimanapun, kita harus pantau tanggungjawab guru dan ibu bapa untuk pantau kelayakan anak-anak itu. Dan saya fikir oleh kerana dimulakan dengan
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
prasekolah, itu ada kebijaksanaannya kerana ia beri ruang kepada kita untuk satu tahun nilai.
Begitu juga tentang ujian. Ujian bila Darjah 4, di sekitar empat— dia tak sebut ujian, tapi maksudnya itu ada sistem penilaian kecil di situ. Itu membolehkan kita bersedia, ada dua tahun untuk perbaiki sebelum masuk Tingkatan 1, tapi biasalah, dalam apa juga cadangan, dia memang mengundang sedikit kontroversi. Kalau ambil periksa Darjah 3 pun salah, Darjah 4 pun salah, Darjah 6 pun salah. Tak buat langsung pun salah. Jadi, kita putuskan buat Darjah 6, sedikit sistem yang...
[Dicelah] Darjah 4. Sorry, Darjah 4. Kerana saya ambil dulu Darjah 6. Darjah 4. Kemudian, kita lihat keberkesanannya.
Pendidikan ini harus dinamik. Saya setuju Speaker, iaitu harus ada penilaian yang berterusan, tetapi peringkat awal, inilah cadangan dan saya fikir masyarakat, ibu bapa beri ruang kita cuba dengan sebaik mungkin. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Sri Gading.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Saya perlu ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sri Gading, silakan.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih Tan Sri Speaker. Oleh kerana isu ini isu yang besar berkaitan dengan masa depan anak- anak. Sebagai bekas guru 30 tahun yang terlibat, pertama sekali, Sri Gading menyokong dengan penuh harapan.
Kerana kita dapat membantu, pertama sekali, keluarga muda yang mempunyai anak-anak yang bekerja— ibu bapa yang bekerja. Pendapatannya rendah, nak hantar ke tadika, dia tak mampu. Kadang-kadang menyebabkan anak- anak pada usia 6 tahun itu tak masuk lagi tadika. Jadi, dengan adanya sekolah ini, dia memberikan peluang kepada ibu bapa yang pendapatan rendah, tetapi boleh hantar anaknya ke sekolah tanpa melalui tadika. Itu yang pertama.
Yang kedua, dari segi kemudahan dan sebagainya, sepertimana yang telah dijawab oleh Yang Berhormat Tambun, kita sebagai wakil rakyat memang mengharapkan kemudahan-kemudahan ini, keselamatan anak-anak dan juga keperluan guru itu sangat diperlukan. Sebagai contohnya, jawapan daripada Yang Berhormat tadi, apabila kalau katakan kelas itu penuh, memang baik, cuba buat sebelah petang, tetapi janganlah anak-anak yang muda ini yang kecil-kecil ini dibuat sebelah petang.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Dan kami mengharapkan bahawa langkah yang dinyatakan tentang sebagai tikus— tikus apa tadi— tikus putih?...
[Dicelah] Ha, sebagai tikus-tikus makmal ini, saya rasa jangan keluarkanlah istilah-istilah sedemikian rupa kerana kerajaan ada tanggungjawab untuk membantu rakyat, untuk membantu warganegara kita yang memerlukan pendidikan awal kepada anak-anak mereka yang tak mampu ke tadika.
Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat tentang cadangan iaitu supaya membantu keluarga muda ini dapat tempat menghantar anak-anak dia ke sekolah?
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Silakan Perdana Menteri.
Datoʼ Seri Anwar bin Ibrahim
Terperincinya, tentunya Kementerian Pendidikan akan uruskan. Cuma, kita harus juga tahu bahawa dengan keputusan ini, perbelanjaan kerajaan meningkat lebih besar. Banyak anak-anak dari Darjah 5— dari umur 5 tahun, 6 tahun sudah diberikan pendidikan percuma dan ini akan berterusan sehingga dia di Tingkatan 5, Tingkatan 6 atau dalam sistem pendidikan kita. Jadi, oleh itu, saya mohon kerjasama semua rakan-rakan, berikan dukungan untuk perkemas dan perbaiki sistem ini.
Yang dicadangkan itu ia adalah, bagaimana kita mampu perbaiki dan tentukan sesi dan sebagainya itu, saya serah kepada kebijaksanaan Kementerian Pendidikan untuk menentukan. Cuma, saya harus akui, untuk beberapa sekolah bandar mungkin tidak dapat diadakan satu sesi. Itu sebabnya— dan ideally dalam sistem pendidikan, kita perlu satu sesi, tetapi secara praktiknya, kerana kos itu melambung, maka ada keperluan beberapa sekolah bandar yang sesak adakan dua sesi, tetapi dua sesi kalau untuk anak-anak prasekolah, untuk Darjah 1, saya fikir munasabahlah untuk kita beri pertimbangan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri. Setiausaha.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, kita mulakan dengan saya menjemput Datuk Seri Aminah binti Aching, Beaufort.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Sebelum itu, saya mohon izin. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen baharu kita iaitu Ahli Parlimen Kinabatangan. Selamat datang ke sidang Parlimen...
[Tepuk] Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1.
1. Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching [Beaufort] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, punca utama peningkatan kemalangan jalan raya di Malaysia terutamanya melibatkan penunggang motosikal dan apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk menangani masalah ini.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Tan Sri Yang di-Pertua, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.
Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), faktor-faktor yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya, terutamanya kemalangan motosikal, termasuklah tingkah laku berisiko, interaksi trafik bercampur antara kenderaan berat dan motosikal, kurang kemahiran menunggang secara selamat serta tahap kesedaran keselamatan yang rendah. Risiko ini menjadi lebih ketara dalam kalangan penunggang motosikal kerana tahap perlindungan fizikal adalah lebih rendah berbanding kereta yang mempunyai crumple zone, dengan izin.
Ini dapat dilihat melalui data Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik
(JSPT) Polis Diraja Malaysia bagi tahun 2025 yang menunjukkan walaupun hanya 13.7 peratus kenderaan yang terlibat dalam kemalangan adalah motosikal, namun jumlah kematian melibatkan pengguna motosikal adalah 66.4 peratus dengan golongan berumur 16 hingga 30 tahun dikenal pasti sebagai kumpulan paling berisiko.
Dalam mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya yang telah diadakan pada 20 Januari lalu, Kementerian Pengangkutan telah mencapai kesefahaman dengan Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan intervensi yang lebih bersasar terutamanya di kalangan pelajar sekolah yang menunggang motosikal ke sekolah.
Program MyLesen B2 yang menawarkan latihan percuma kepada golongan B40 secara am sebelum ini akan disasarkan kepada sekolah menengah bagi memastikan pelajar-pelajar yang menunggang motosikal mendapat latihan formal dan berstruktur sekali gus mengurangkan risiko kemalangan akibat kurang pengalaman dan latihan menunggang. Selain itu, MOT yang sebelum ini
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
memperuntukkan pertukaran topi keledar percuma juga akan menyusun semula program ini untuk menyasarkan pelajar-pelajar sekolah yang menunggang motosikal.
Selain itu, MOT juga telah melaksanakan inisiatif Zon Sekolah Selamat ataupun My Safe School yang menyokong dasar had laju 30 kilometer sejam di kawasan sekolah melalui penambahbaikan infrastruktur keselamatan seperti papan tanda had laju dan perabot jalan raya serta reka bentuk jalan yang memperlahankan kelajuan kenderaan di depan sekolah. Ini bertujuan untuk meminimumkan risiko kemalangan melibatkan pelajar di kawasan sekolah, termasuk pejalan kaki, penunggang basikal serta penunggang motosikal. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Beaufort.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang telah diberikan.
Kalau dilihat daripada segi statistik menunjukkan bahawa penunggang motosikal adalah penyumbang kepada peratusan tertinggi kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia. Soalan tambahan saya, adakah langkah bersifat lebih berfokus yang telah dan akan diambil oleh Kementerian Pengangkutan untuk melindungi penunggang motosikal khususnya dari segi penambahbaikan infrastruktur— masalah, motosikal; penguatkuasaan bersasar di lokasi berisiko tinggi; serta pendidikan keselamatan jalan raya yang menyeluruh? Dan juga, adakah kementerian menetapkan sasaran pengurangan kematian penunggang motosikal yang jelas selaras dengan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2022–2030?
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Tan Sri Yang di-Pertua, memang benar bahawa penunggang motosikal adalah mangsa dari segi jumlah kemalangan maut yang paling besar. Mengikut statistik pada tahun lalu, 4,340 orang penunggang motosikal maut dalam kemalangan jalan raya daripada jumlah 6,537 jumlah kemalangan ataupun jumlah yang maut dalam jalan raya pada tahun lepas.
Memang kita mengambil pelbagai pendekatan. Yang pertamanya, kita sudah tentunya akan memperkuatkan lagi, memperketatkan lagi penguatkuasaan bersasar terhadap penunggang-penunggang motosikal, khususnya mereka yang
Tuan Loke Siew Fook
menunggang motosikal tanpa lesen. Ini sesuatu yang sangat membahayakan kerana mereka tidak mendapat latihan sebelum menunggang motosikal.
Yang keduanya, seperti yang saya telah katakan dari segi kesedaran dan juga pemahaman dan juga pendidikan, kita akan membuatnya lebih bersasar melalui sekolah-sekolah bersama dengan Kementerian Pendidikan dan sudah tentunya kita mengharapkan bahawa angka-angka kematian ini dapat dikurangkan. Jadi, dari segi intervensi kerajaan, memang kita mengambil pelbagai pendekatan untuk memastikan supaya pelbagai aspek dapat dilihat: penguatkuasaan; pendidikan; dan juga termasuk juga kita bekerjasama dengan pihak JKR untuk melihat kepada aspek- aspek jalan raya dan sebagainya.
Jadi, yang pentingnya ialah sikap. Kita perlu memerlukan kerjasama daripada semua pihak, semua masyarakat termasuk daripada Ahli-ahli Yang Berhormat supaya memastikan kesedaran terhadap keselamatan jalan raya ini dapat dipertingkatkan kerana kebanyakannya kita melihat bahawa ramai yang menghadapi kemalangan ini adalah atas kecuaian manusia itu sendiri. Jadi, ini sesuatu yang perlu kita berikan pertimbangan dan perhatian yang lebih serius. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Memandangkan kajian pihak kerajaan mengenai laluan khas motosikal di lebuh raya telah berjalan sejak 2023 dan bukti empirikal menunjukkan laluan motosikal mampu mengurangkan kadar kemalangan sehingga hampir 40 peratus.
Soalan saya ialah adakah kerajaan bersedia menetapkan keperluan mandatori atau SOP reka bentuk laluan motosikal bagi semua lebuh raya yang baharu supaya kegagalan struktur yang sama tidak terus berulang? Dan juga, adakah kerajaan bercadang menetapkan jika tidak perlu sampai kepada mewajibkan buat masa ini, elemen ini dalam reka bentuk jalan baharu termasuklah Jalan Persekutuan dan juga negeri kerana majoriti kemalangan maut berlaku di jalan-jalan ini?
Dan adakah kementerian bersetuju bahawa sistem latihan dan ujian lesen motosikal sedia ada terlalu menekankan lulus ujian berbanding kemahiran sebenar menghadapi situasi jalan raya? Dan adakah kurikulum latihan akan disemak semula termasuk tadi Yang Berhormat sebut bersama dengan KPM terhadap pelajar sekolah? Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Tan Sri Yang di-Pertua terima kasih. Yang pertama, dari segi kewajipan ataupun syarat untuk laluan motosikal di lebuh raya, itu di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya. Walaupun secara amnya Kementerian Pengangkutan amat menyokong usaha ataupun cadangan untuk melaksanakan laluan motosikal di lebuh raya-lebuh raya termasuk lebuh raya-lebuh raya baharu, tetapi itu adalah atas pertimbangan Kementerian Kerja Raya.
Saya memahami kekangan yang dihadapi oleh pihak Kementerian Kerja Raya khususnya untuk lebuh raya yang sedia ada. Bukan mudah untuk dia redesign ataupun mereka bentuk semula laluan motosikal memandangkan kalau kita lihat struktur lebuh raya umpamanya kita ambil Lebuhraya Utara-Selatan.
Di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan itu, ada pelbagai persimpangan dan nak dikhaskan satu laluan motosikal itu sepanjang jalan tersebut dan nak reka bentuk semula agak sukar untuk dilaksanakan. Jadi, ini kekangan yang dihadapi oleh pihak Kementerian Kerja Raya, khususnya Lembaga Lebuhraya Malaysia.
Saya juga ada berbincang dengan PLUS baru-baru ini, memang dari segi pelaksanaannya agak sukar untuk dilaksanakan. Namun begitu, kita mengharapkan bahawa dasar untuk masa hadapan, keperluan untuk laluan motosikal ini untuk lebuh raya baharu perlulah dilihat oleh pihak KKR.
Yang keduanya dari segi kurikulum untuk penunggang, saya bersetuju dengan Yang Berhormat bahawa kita perlu menekankan daripada aspek bagaimana memandu ataupun mengelak daripada kemalangan supaya memandu dengan lebih berhemah, lebih selamat daripada hanya lulus ujian sahaja. Ini terpakai untuk semua, bukan sahaja untuk penunggang motosikal.
Itu sebabnya kita menekankan untuk pemandu-pemandu kenderaan berat.
Ini sesuatu pendekatan baru yang kita nak bawa supaya kita ada nak wajib ataupun nak galakkan mereka dan kalau mereka yang ada kes-kes yang lesen tergantung dan sebagainya, kita nak mereka untuk balik kepada kursus defensive driving ataupun mereka perlu melihat kepada kursus ataupun mengambil kursus bagaimana memandu dengan lebih berhemah dan mengelak daripada kemalangan. Ini satu pendekatan yang perlu termasuk untuk penunggang motosikal.
Jadi, memang sesuatu yang saya alu-alukan dan perkara ini, pihak kementerian memang menggalakkan supaya kurikulum itu sentiasa ditambah baik dan kita nak fokuskan kepada bagaimana aspek keselamatan itu dititikberatkan.
Jadi, perkara ini seperti yang saya selalu nyatakan bahawa kita mesti menyemai satu budaya keselamatan dalam minda seluruh rakyat Malaysia dalam apa sahaja aspek,
Tuan Loke Siew Fook
bukan sahaja menunggang motosikal, memandu kereta, dalam apa saja aspek yang kita lakukan, budaya keselamatan itu mesti diutamakan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput Dr. Radzi Jidin, Putrajaya.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 2.
2. Dr. Radzi Jidin [Putrajaya] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan:
(a) adakah kerajaan telah melaksanakan analisis kos-faedah secara terperinci sebelum menandatangani Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat dan agensi manakah yang terlibat melaksanakan analisis tersebut; dan
(b) adakah kerajaan boleh merunding semula klausa di dalam ART dan apakah kesan sekiranya kerajaan berhasrat untuk menamatkan perjanjian tersebut.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, lazimnya analisis kos-faedah atau cost- benefit analysis atau CBA yang komprehensif akan mengambil tempoh di antara enam bulan hingga 12 bulan. Perjanjian Perdagangan Timbal Balas: Agreement on Reciprocal Trade (ART) bukanlah perjanjian biasa, tetapi bersifat unilateral.
Sebaik sahaja Amerika Syarikat mengenakan tarif dengan kadar yang tinggi iaitu 24 peratus pada 2 April 2025, Malaysia di bawah MITI pada ketika itu telah memulakan rundingan dengan Amerika Syarikat. Kemudian pada 7 Julai 2025, MITI telah dimaklumkan berkaitan kemungkinan peningkatan daripada 24 peratus kadar tarif timbal balas kepada 25 peratus.
Dan pada 1 Ogos selepas series of these engagement dengan Amerika, pada 1 Ogos 2025, kadar tarif tersebut telah dikurangkan kepada 19 peratus pada 1 Ogos 2025. Hasil siri rundingan MITI dengan Amerika ini, pada 26 Oktober 2025 kerajaan menandatangani ART subject to ratification. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, MITI bersama agensi-agensi seperti MITI, MIDA, MATRADE dibantu oleh MIDF Research sedang melaksanakan CBA.
Tumpuan khusus akan diberikan kepada kesan eksport negara kepada Amerika Syarikat yang bernilai RM233.1 bilion dan lebihan dagangan kita dengan US bernilai
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
RM98.7 bilion, kelangsungan perniagaan, perlindungan dan pekerjaan yang dianggarkan 648,000.
Soalan Yang Berhormat juga, apakah akan jadi kalau rundingan semula dan penamatan ART? Setakat ini, Malaysia belum lagi menerima notis atau pemberitahuan rasmi daripada Amerika Syarikat mengenai garis masa untuk me- ratify-kan, untuk meratifikasi ART. Sehubungan dengan itu, kerajaan sedang meneliti semula inti pati ART bagi memastikan kepentingan ekonomi negara terpelihara dan mengurangkan risiko kepada perdagangan negara. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Putrajaya.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jelas daripada jawapan Yang Berhormat Menteri tadi bahawa tidak diadakan CBA yang mendalam kerana kekangan masa. Dan ini merupakan satu pendekatan yang agak berisiko, mengambil kira apa yang kita sudah tandatangani itu adalah suatu yang cukup besar untuk negara. Dan ada beberapa soalan Yang Berhormat Menteri.
Pertama sekali, pagi ini Amerika Syarikat baru saja umumkan bahawa tarif yang dikenakan kepada Korea Selatan dinaikkan daripada 15 peratus kepada 25 peratus kerana Parlimen Korea masih belum luluskan undang-undang yang berkaitan. Dan, jika kita lihat tempoh masa Korea menandatangani perjanjian ini adalah selepas Malaysia.
Maknanya, Presiden Amerika Syarikat kata dah sign, tetapi ‘tak dibawa ke Parlimen, ‘tak diluluskan, maka dinaikkan. Jadi, apakah risiko untuk perkara ini berlaku kepada Malaysia? Sekiranya ini berlaku, ia nya merupakan sesuatu yang amat merugikan kerana saya lihat bahawa kerajaan bersungguh-sungguh ‘nak siapkan perjanjian awal sewaktu Presiden Trump datang ke sini adalah untuk mendapat sedikit kelebihan kerana sign lebih awal, tetapi apa yang berlaku pada Korea, bila tidak dibawa ke Parlimen tidak diratifikasi, dinaikkan. Itu satu Yang Berhormat Menteri.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang kedua, adalah kesan kepada perjanjian ART ini sekiranya Supreme Court Amerika Syarikat memutuskan bahawa tarif yang diperkenalkan oleh Presiden itu adalah tidak mematuhi undang-undang. Jadi, apakah ART ini akan terbatal dan apakah rancangan kerajaan seterusnya berkaitan dengan perkara ini. Terima kasih Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih Yang Berhormat. Saya mengambil maklum macam South Korea, dia tak sign ART ini, kemudian— dan dia juga tidak berbincang dengan Amerika dan dia memberi alasan kena bawa ke Parlimen tapi dia proses mengambil begitu lama, akhir dia tak boleh tunggu, dia caj 25 peratus. Macam kita, kita mengambil banyak faktor. Salah satu daripada faktornya yang kita ambil, saya sebut tadi dalam jawapan saya, kita ada eksport dengan US ini RM233 bilion.
Kesan dia ini sangat besar kalau dia meletakkan tarif yang begitu tinggi kepada negara kerana untuk pengetahuan Yang Berhormat, kita semikonduktor dan E&E ini adalah satu industri yang sangat besar kepada negara. Jadi bukan kita sahaja, kita di Hong Kong pun ada, Taiwan pun ada, Korea pun ada dan banyak negara.
Kalau kita try to not to play a diplomacy in terms of negotiations ini, America don’t care. Jadi maksud saya ialah sebab kita ada kepentingan dari segi ekonomi ini, maka kita mengambil pada ketika itu, MITI mengambil tindakan untuk menandatangani ART ini kerana dia bukan adalah satu benda yang fixed sebab dia ada dia punya grace period untuk kita buat exchange. Until today tidak ada lagi apa- apa penukaran yang berlaku dan kita remain 19 percent. Cuba bayangkan pada ketika itu, kalau katakan kita tidak layan, mungkin kita dapat 25 peratus macam banyak negara yang langsung tak mahu bincang. Jadi, ada yang macam Laos dapat 40 peratus. Jadi pada ketika uncertainty period ini, kita dah terjejas awal-awal. Jadi, saya melihatkan bahawa kalau bagi penerangan saya, pada ketika itu memang saya pun sama juga macam Yang Berhormat, tapi bila saya masuk dalam ini saya melihat, saya rasa ada keperluan pada ketika itu untuk kita redakan keadaan supaya kita ada grace period untuk berbincang.
Kita ada 17 LTA. Everytime kita nak sign LTA ini dia mengambil masa, kita ding dong, ding dong bilateral, tapi ini unilateral. Jadi, US ini dia tak peduli apa. Jadi yang penting ialah kita, bagaimana kita jaga kita punya negotiation ini.
Now, nombor dua Yang Berhormat, pasal soal pasal Supreme Court ini yang itu hak dia lah, tetapi di Amerika ini, dia macam-macam akta ada. Dia tak lepas ini, dia masuk yang lain sebab dia boleh bagi macam-macam reason dan alasan. Saya kurang arif soal itu, tetapi kalau Supreme Court dia decide bahawa itu adalah tidak sah, maka kita punya 19 percent ini kalau dia nak caj kita nanti 19 percent pun, kita boleh buat apa? So, jadi dari konteks itu agreement tak sah, 19 percent macam Korea dia tak sign apa pun, dia kena juga 25 peratus...
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
[Bangun]
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
[Bangun]
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Jadi dalam konteks ini Yang Berhormat, saya merasakan sebagai sebuah kerajaan, kita kena melihat kepentingan yang lebih besar. Kenapa saya tekan benda ni? Kalau kita tengok dari segi statistik kita, kita berdagang dengan Amerika ni lama.
Kalau kita tengok statistik daripada 10 tahun kebelakangan daripada 2015 hingga 2025, apa kita dapat? Kita trade dengan US ini, kita ada surplus RM508 bilion, surplus. Satu ekonomi saiz yang USD31 trilion, kita trade kita dapat surplus RM508 bilion, tetapi kalau kita tengok di China, the last 10 years, kita pun trade dengan China, kita ada trade defisit RM606 bilion defisit. Amerika, RM508 positive trade. So, jadi ini isu-isu macam ini yang kita rasa apabila kita melihat ini dari satu sektor pandangan ekonomi.
Saya bersetuju saya bercakap dengan Ketua Pembangkang minggu lepas, dia kalau menjangkau soal kedaulatan negara— yang itu soal yang agak berbeza.
Yang itu kita akan tengok dari aspek lain tetapi dari segi ekonomi, setakat hari ini kita dianggap sebagai negara yang willing nak negotiate kepada orang nak caj kita tarif.
Kita tak suka bergaduh dengan orang, kita negotiate. Hari ini dalam ASEAN, selain daripada Singapura yang ada, tidak ada trade surplus, dia defisit, kita ada trade surplus. Jadi, trade surplus selalunya akan kenalah macam-macam tax dia bagi tapi alhamdulillah, we still get 19 percent, tapi ratification belum dibuat.
Dalam hari ini, saya sedang dalam pengumpulan maklumat dan juga banyak stakeholder kita dapat pandangan dan kemudian, saya akan bawa berbincang dengan caucus yang kita wujudkan supaya harap Yang Berhormat pun boleh join.
Saya pun jemput Ketua Pembangkang untuk masuk. Kita tengok adakah area yang kita nak tengok dia menyentuh soal kita punya kedaulatan dalam negara. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Putatan.
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
Terima kasih Yang di-Pertua.
Saya difahamkan bahawa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan menghantar delegasi ke Amerika Syarikat untuk memeriksa standard pematuhan penarafan halal yang dikelolakan di negara republik tersebut.
Soalan tambahan saya, apakah bentuk koordinasi pemantauan pematuhan yang dilaksanakan oleh pihak MITI menerusi penelitian JAKIM dan KKM untuk
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
memastikan amalan pemprosesan yang melibatkan rantaian bekalan produk makanan berdaging yang diimport dari US benar-benar sejajar dengan standard pematuhan halal yang diamalkan di Malaysia dalam konteks Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia–US.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih Yang Berhormat. Ini soal halal ini yang melibatkan negara luar. Dia bukan perkara baru. Kita ada halal kita dengan Australia, dengan Thailand, dengan China, dengan Brazil. Apa yang perlu kita buat ialah proses dia kena ikut kita. Makna kalau mana-mana badan yang mengesahkan halal di Australia, di Thailand, di China, di Brazil dan termasuk US ini, maka kita akan ada kita punya negotiator ataupun badan-badan agensi kita yang macam JAKIM ini, dia akan pergi tengoklah prosesnya. Kalau dia satisfy dengan proses dia, maka dia luluslah, tapi kalau dia tak satisfy dengan proses dia, macam mana nak lulus?
Jadi soal ini, Menteri Kementerian Pertanian telah memberi maklum kepada saya bahawa dah ada team dah pergi dan dah balik— sekarang dalam proses nak memikir sama ada comply atau tidak. Begitu juga baru ini saya pergi di Turkeye— Turki, dia population 98 peratus Muslim, tapi pasal kita tak pergi— dia tak datang minta nak supply kita ini melalui dia punya halal punya certification agency, maka kita tak luluslah, tapi kalau dia panggil dan kita hantar dan kita confirm okey dan kita akan terima juga. Jadi, konsep ini adalah dua hala, tetapi dari segi ART ini dia satu hala.
Yang ini kita nak kena jaga. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Puan Teresa Kok Suh Sim, Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 3.
3. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, apakah kementerian mempunyai rancangan untuk melaksanakan kempen kesedaran anti-keganasan terhadap wanita sebagai langkah menangani normalisasi keganasan rumah tangga di kalangan rakyat memandangkan kajian WAO 2021 menunjukkan 53.35 peratus rakyat Malaysia menganggap keganasan rumah tangga adalah reaksi normal terhadap tekanan harian.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih YB Seputeh.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ataupun KPWKM sentiasa bersungguh-sungguh menangani kes keganasan rumah tangga melalui pendekatan secara menyeluruh dengan kerjasama strategik pelbagai agensi dan lapisan masyarakat.
Melalui pelaporan di bawah Jawatankuasa Kerja Advokasi dan Pembangunan Kapasiti (JKAPK) di bawah naungan Jawatankuasa Keganasan Rumah Tangga (JKRT), sebanyak 1131 program advokasi keganasan rumah tangga telah dilaksanakan sepanjang tahun 2025 dengan penglibatan 154,241 peserta di seluruh negara.
KPWKM menganjurkan sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita (EVAW) dalam English-nya: Elimination of Violence Against Women pada 25 November setiap tahun bagi meningkatkan dan menyebarluaskan kesedaran serta usaha advokasi untuk menghentikan diskriminasi dan keganasan terhadap wanita termasuk keganasan rumah tangga.
Pada tahun lalu, pembukaan kempen dan sambutan hari EVAW telah dilancarkan di Dataran Lang, Langkawi yang turut menyaksikan pembabitan pelbagai agensi dan rakan strategik KPWKM. Di samping itu, kempen EVAW turut dilaksanakan di peringkat negeri melalui inisiatif Santuni Kasih @KRT sebagai usaha menyeluruh untuk meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung isu keganasan terhadap wanita. Sebanyak 126 program ini telah dilaksanakan pada tahun 2025 dengan penyertaan lebih 80,000 orang peserta di seluruh negara.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Selain itu, pelbagai lagi program di jayakan menerusi kolaborasi dengan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan izin seperti, Walkathon Orange the Nation pada 30 November 2025 dalam meningkatkan dan menyemarakkan sokongan untuk menamatkan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan.
Program-program lain anjuran KPWKM menerusi agensinya Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) termasuklah penyediaan perkhidmatan kaunseling, pelaksanaan program psiko pendidikan seperti Program Advokasi Kesejahteraan untuk Wanita@Keganasan Rumah Tangga (AkuWanita@KRT). Program
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Meningkatkan Daya Tahan Dan Psikologi Wanita (MATAHARI), dan Program Literasi Perundangan & Hak Wanita (IRIS).
Pada masa yang sama, JPW turut juga menubuhkan Skuad WAJA yang terdiri daripada sukarelawan di peringkat komuniti untuk memperkasakan komuniti melalui program bimbingan psikososial dan aktiviti bagi meningkatkan kesedaran tentang isu jenayah dan keganasan terhadap wanita.
Pelaksanaan program kesukarelawan seperti Skuad WAJA dapat memperluaskan peranan komuniti dalam bersama-sama membanteras keganasan rumah tangga. KPWKM mengalu-alukan sokongan dan kerjasama semua pihak untuk bersama-sama menyertai inisiatif yang diusahakan seperti Skuad WAJA serta Program EVAW bagi memperkukuh usaha kerajaan dalam menangani keganasan rumah tangga serta meningkatkan kesedaran komuniti berhubung keganasan terhadap wanita. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya menjemput Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih. Tahniah kepada kementerian atas segala usaha untuk membangkitkan kesedaran orang awam terhadap keganasan rumah tangga. Memandangkan keganasan rumah tangga telah dinormalisasikan dan laporan mangsa yang terselamat atau kita kata domestic violence survivors sering kali ditolak oleh polis dan Pusat Krisis Sehenti atau tidak diambil serius oleh mereka.
Jadi, apakah langkah konkrit yang diambil oleh kerajaan untuk memperkukuhkan penyelarasan antara kementerian dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan untuk memastikan bantuan yang berkesan dan mudah diakses diperolehi oleh mangsa yang terselamat?
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih, Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, kami di KPWKM sentiasa memastikan untuk mengambil pendekatan menyeluruh yang melibatkan kerjasama seluruh agensi kerajaan dan masyarakat ataupun dengan izin, whole-of-government and whole-of-society approach dalam menangani isu KRT ini ataupun Keganasan Rumah Tangga. Usaha ini dilaksanakan melalui penubuhan Jawatankuasa Menangani Keganasan Rumah Tangga iaitu JKRT yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan iaitu NGO.
Peranan utama jawatankuasa ini adalah untuk memantau isu dan menyelaras inisiatif berkaitan isu keganasan rumah tangga secara holistik dan
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
bersepadu. JKRT diperkukuhkan dengan penubuhan tiga jawatankuasa kerja iaitu pertama, Jawatankuasa Kerja Perlindungan yang berperanan menyelaras perkara berkaitan perlindungan dan penempatan sementara bagi mangsa keganasan rumah tangga. Ini diuruskan oleh JKM.
Kedua, Jawatankuasa Kerja Advokasi dan Pembangunan Kapasiti yang berperanan menyelaras program-program advokasi, pembangunan kapasiti dan juga intervensi bagi menangani isu keganasan rumah tangga yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan dan pihak NGO. Ini diuruskan oleh JPW.
Ketiga ialah Jawatankuasa Kerja Data yang berperanan menyelaras maklumat dan statistik berkenaan kes keganasan rumah tangga dari agensi kerajaan dan NGO bagi menilai dan merancang tindakan yang perlu dilaksanakan bagi menangani isu keganasan rumah tangga. Ini diurussetiakan oleh Bahagian Dasar dan Perancangan Strategi, KPWKM. Panjang lagi kalau nak jawab. Saya bagi yang lain itu secara bertulis ya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, kita menyedari bahawa Akta Keganasan Rumah Tangga telah digubal pada tahun 1994 dan mengalami beberapa pindaan pada 2012 dan 2017.
Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada lawatan yang dibuat oleh Select Committee Wanita dan juga laporan daripada agensi-agensi dan juga NGO.
Kita dapati bahawa terdapat banyak kelemahan yang perlu dibuat dan dipinda kepada Akta Keganasan Rumah Tangga. Khususnya, berkaitan dengan kewajipan untuk melaporkan selaras dengan akta-akta lain yang berkaitan. Jadi, adakah kerajaan dalam masa terdekat akan meminda Akta Keganasan Rumah Tangga supaya lebih kondusif untuk melindungi mangsa dan juga pemangsa dalam kes keganasan wanita? Itu yang pertama.
Yang kedua, kita dapati bahawa antara perkara yang berlaku dari segi history nya, kebanyakan pendera akan mendera balik mangsa kepada— anak kepada pendera ini akan meneruskan cycle ini. Jadi, soalan saya apakah tindakan dan juga reaksi yang dibuat oleh kementerian khususnya untuk menyediakan post-trauma, rejim rawatan kepada mangsa dan keluarga mereka supaya circle ini dapat kita putuskan? Sekarang ini kita tahu bahawa tanpa pekerja sosial contohnya, mereka akan terus menjadi pendera kembali setelah mereka ini dewasa, kesan daripada ayah ataupun keluarga mereka pernah mendera. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih, Yang Berhormat.
Sebenarnya, dari segi tadi pertama mengenai akta. Kita sentiasa secara berterusan memperbaiki dan meminda untuk memperbaiki kita punya akta.
Kedua, dari segi mangsa itu sendiri apabila sudah berlaku keganasan terhadap mereka akan berulang balik kepada mereka kepada keluarga terutama sekali kalau sifat itu memang ada dalam badan mereka. Dan saya nak nyatakan di sini, kita sentiasa mengadakan program advokasi terutama sekali untuk kanak- kanak. Bukan sahaja kepada yang dewasa.
Dari situ, mereka akan mengetahuinya, bagaimana mereka akan mengambil tindakan selanjutnya sekira berlaku perkara seperti itu. Jadi, advokasi ini kami telah melangkaui target kita, sasaran kita pada setiap tahun untuk sekolah lebih 300 buah sekolah setahun. Dan, dari situ juga kita bukan sahaja ada lah, memang sudah ada.
Kita ada kaunselor untuk mengendalikan program psikososial.
Malah, saya difahamkan di sekolah pun ada, tetapi kami akan terus membantu terutama sekali kalau mereka memerlukan bantuan itu dan mereka memaklumkan pada kita, kita akan menyantuni mereka untuk memastikan ia tidak berlaku lagi dan kita akan beri SOP mereka apa yang boleh mereka lakukan kalau sekiranya itu masih berlaku. Kerana kita tidak mahu terutama sekali kalau kanak- kanak ataupun ibunya mengalami, menjadi mangsa.
Cuma, saya ada nyatakan di sinilah, mangsa keganasan rumah tangga ini bukan sahaja ibu ataupun wanita. Ia juga kepada lelaki. Mungkin lelaki tidak tahu, mereka juga boleh menggunakan Akta Keganasan Rumah Tangga terhadap mereka kalau mereka yang dilakukan keganasan. Tidak kiralah oleh isteri kah atau oleh anak kah melakukan keganasan terhadap mereka. Jadi, ini mungkin untuk kesedaran terutama sekali untuk golongan lelaki. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya saya menjemput Tuan Rushdan bin Rusmi, Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua.
Soalan saya nombor 4.
4. Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu] minta
Menteri Digital menyatakan
(a) apakah metrik yang diguna pakai oleh Kementerian bagi mengukur kemajuan Ekonomi Digital Malaysia bagi tahun 2025-2030 (peratus KDNK, pekerjaan, adoptasi e-commerce, penciptaan unicorn dan apakah angka rasmi terkini; dan
(b) bagaimanakah Kementerian dapat memastikan usaha digitalisasi tidak melebarkan ketidaksamaan sosial (social inequalities) terutamanya dari segi akses kemampuan.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Chiew Choon Man
Terima kasih atas soalan yang ditanya oleh sahabat Yang Berhormat Padang Besar.
Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pemandu pelancong diwajibkan mengikuti kursus dan lulus ujian percakapan yang dilaksanakan oleh Institut Latihan Pelancongan (ILP) yang diiktiraf di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sebelum dilesenkan oleh kementerian ini.
Sebagai syarat pembaharuan lesen pula, pemandu pelancong perlu mengikuti kursus Continuing Tourism Related Education (CTRE) dengan izin, atau kursus upskilling dan reskilling bagi menambah pengetahuan serta kemahiran termasuk penguatkuasaan bahasa asing sekali gus memberi nilai tambah kepada perkhidmatan yang ditawarkan.
Selain itu, MOTAC juga telah bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk mengiktiraf Kursus Pemandu Pelancong sebagai sebahagian daripada ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional
(TVET) negara melalui pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Tahap 3. Pensijilan ini melibatkan Kursus Asas Pemandu Pelancong Bandar yang merupakan Tahap 3 SKM. Kursus Regional Specific Tourist Guide (RSTG) Sabah dan Sarawak. Ini juga Tahap 3. Serta, Kursus Pemandu Pelancong Berkemahiran Alam Semula Jadi Setempat yang merupakan tahap kedua SKM.
Pengiktirafan ini meletakkan bidang pemandu pelancong dalam ekosistem TVET negara khususnya dari segi pensijilan dan kebolehpasaran serta memperkukuh tahap profesionalisme pemandu pelancong negara. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Oh, banyak pihak lagi yang tidak tahu tentang semakan pemandu pelancong ini di talian ataupun secara online wujud.
Okey, memandangkan kes mahkamah di Selangor pada tahun 2025 berkaitan dengan penggunaan pemandu pelancong yang tidak berlesen yang mendedahkan kelemahan penguatkuasaan serta tahap kesedaran awam yang rendah serta terhadap senarai pemandu pelancong, adakah MOTAC bercadang untuk mengarusperdanakan kerjaya pemandu pelancong secara nasional melalui integrasi dalam ekosistem TVET di samping memperkukuhkan mekanisme penguatkuasaan dan pangkalan data awam bagi membanteras pemandu tidak berdaftar secara lebih sistematik. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Tuan Chiew Choon Man
Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini terdapat 47 institusi latihan pelancongan yang berdaftar di bawah MOTAC di seluruh negara.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
[Bangun]
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
[Bangun]
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
[Bangun]
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
[Bangun]
Tuan Chiew Choon Man
Buat masa ini MOTAC memang telah mengarusperdanakan kerjaya pemandu pelancongan ini secara nasional melalui integrasi kursus-kursus pemandu pelancong seperti yang saya katakan tadi dalam ekosistem TVET negara.
Bagi isu penguatkuasaan pula, MOTAC sentiasa bekerjasama dengan agensi penguat kuasa seperti PDRM dalam menjalankan aktiviti penguatkuasaan secara bersepadu di seluruh negara.
MOTAC akan terus menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta 482 iaitu Akta Industri Pelancongan 1992 terutamanya peruntukan undang-undang yang berhubung dengan pelesenan pemandu pelancong. MOTAC juga akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang khususnya melibatkan pemandu tidak berdaftar ini yang boleh menjejaskan keyakinan pelancong serta imej industri pelancongan negara.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terima kasih Tan Sri Speaker. Yang Berhormat Timbalan Menteri, dari jawapan tadi, saya ingin bertanya berapakah peserta yang telah mendaftar dan lulus program kursus pemandu pelancong ini di bawah MOTAC dan pada tahun 2025 berbanding tahun-tahun sebelum itu? Kemudian, apakah bentuk bantuan yang disediakan untuk membantu individu yang ingin mengikuti kursus pemandu pelancong, tetapi mereka tidak boleh membayar yuran dan sebagainya?
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan Timbalan Menteri.
Tuan Chiew Choon Man
Terima kasih atas soalan yang diberikan. Untuk maklumat Yang Berhormat untuk— saya ada sedikit statistik. Untuk tahun 2024, bagi peserta yang memohon untuk kursus pemandu pelancong ini, terdapat jumlahnya 1,283 permohonan. Yang lulus adalah sebanyak 920 orang. Untuk tahun 2025, jumlah permohonan adalah sebanyak 1,389, manakala yang lulus adalah sebanyak 1,096 orang.
Bagi mereka yang tidak mampu untuk membiayai untuk kursus pemandu pelancong, disebabkan oleh kursus pemandu pelancong telah diletakkan di bawah TVET, maka mereka yang tidak mampu bolehlah mendapatkan bantuan pinjaman daripada PTPK iaitu Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran untuk mereka menduduki kursus berkenaan. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya menjemput Puan Yeo Bee Yin, Puchong.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Soalan Puchong, soalan 5.
5. Puan Yeo Bee Yin [Puchong] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:
(a) berapakah individu yang telah didakwa dan disabit salah di bawah Kanun Keseksaan subseksyen 424A ke 424D yang baru bagi memerangi mule account yang terlibat dalam scam; dan
(b) berapakah mangsa scam yang berjaya mendapat balik duit mereka pada tahun 2024-2025 dengan bantuan PDRM dan Bank Negara.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Tan Sri Yang di-
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Pertua, terima kasih Puchong. Subseksyen 424A, B, C, D, adalah yang kita pinda dalam Dewan ini di bawah Kanun Keseksaan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, 424A, kes yang dilaporkan 51. Dari jumlah itu, 20 dituduh di mahkamah. Tiga diklasifikasikan tiada tindakan lanjut. Tujuh diklasifikasikan kemas untuk simpan. 21 masih disiasat. Di bawah 424B ada satu, statusnya masih disiasat. 423C ada 10, kesemuanya masih status dalam siasatan.
424D tiada laporan dan tiada kes yang disiasat.
Baik, berapakah dalam kes yang diadu ini kita dapat selamatkan. Bagi tahun 2024, wang mangsa yang dapat diselamatkan ialah RM508,479.39. Bagi tahun 2025, wang mangsa yang dapat diselamatkan adalah RM6.7 juta. Tan Sri, peningkatan prestasi berjaya diselamatkan banyak juga dibantu oleh pertama, pusat aduan 997 NSRC mula beroperasi 24 jam berbanding sebelum itu waktu kerja.
Yang kedua, kerana penambahan perjawatan. Hari ini NSRC, pusat yang mengambil aduan panggilan ini daripada commercial crime Bukit Aman, 25 dan daripada agen panggilan yang dilantik Bank Negara ada 16 menjadikan 41. Purata panggilan sehari lebih kurang 500 panggilan sehari daripada mangsa, separuh daripadanya adalah yang genuine. Jadi, itu kedudukan kes.
Yang paling banyak seperti jawapan saya tadi Tan Sri ialah 424A. 424A maksudnya dia seseorang yang memiliki atau mempunyai kawalan terhadap instrumen pembayaran, kad ATM, kad debit, kad kredit atau akaun. Misalnya 424A yang 51 laporan untuk makluman Puchong, seorang yang membuat pinjaman atas talian. Pihak yang katanya menawarkan pinjaman mahukan orang yang memohon itu membayar dulu yuran, bayar insurans, bayar kos buat perjanjian, akhirnya hanya untuk disedari bahawa dia kena tipu setelah dia buat semua bayaran itu.
Atau seorang yang buat pinjaman along, along pegang kad, kad ATM dia supaya bila dia dapat gaji, along akan terus potong. Isunya adalah along yang pegang kad itu guna kad itu untuk tipu mangsa yang lain. Yang ini jatuh di bawah 424A. Ini kalau sabit kesalahan, denda tidak kurang RM5,000, tidak melebihi RM50,000, penjara tidak kurang enam bulan, tidak melebihi lima tahun atau kedua- duanya sekali.
Daripada jawapan ini jelas 424A adalah subseksyen yang paling banyak diguna pakai oleh polis dalam menyiasat kes jenayah penipuan melalui talian. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Puchong.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Terima kasih Tan Sri. Tan Sri, saya nak tanya berapakah KPI masa untuk polis untuk siasat satu kes? Kedua ialah saya telah pun menerima maklum balas di mana ada mangsa yang telah laporkan mule account to the police tetapi dia tidak disenaraikan di Semakmule, namun dia malah juga tidak di-frozen. The bank is still active. Oleh itu, mule account itu boleh digunakan untuk scam, scam yang lain.
Yang ketiga, adalah di mana saya rasa rata-rata MP yang dapat jumpa pengadu semua mangsa, victim tidak pernah dapatkan duit balik. Saya tidak tahu berapakah mangsa victim yang betul-betul dapat back balik mereka seperti saya rasa bukan saya sahaja, banyak MP yang apabila kita lapor ke polis macam tidak ada apa-apa yang berlaku.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Baik, yang terakhir tadi bila saya sebut jumlah wang yang dipulangkan RM6.7 juta, angka ini bukan kita petik di awang- awangan. Maknanya ada mangsa yang telah kita selamatkan wangnya dan kita serah. Saya sedang bagi jawapan dalam Parlimen. Dia berbeza dengan jumlah wang yang kita selamatkan. Kerugian sepanjang tahun 2025, yang rugi dulu jumlahnya RM542 juta. Itu yang rugi. Mana kita dapat? Pengadu buat aduan, jadi kita kumpulkan data itu.
Berapa yang kita dapat selamatkan? Maksudnya dia tidak berpindah layer demi layer demi layer. Itu yang kita guna pakai 424A, B, C itu. Baik ya.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
[Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) **mempengerusikan Mesyuarat****] Berapa banyak kita dapat selamatkan RM34 juta. Selamatkan dengan kita pulangkan lain. Kita baru selamatkan dulu sebab penyiasatan berlangsung. Baik, ada satu kategori lagi yang kita sita. Kita bekukan dulu. Itu RM17.5 juta. Daripada situ, yang berjaya kita pulangkan bersih kepada mangsa, 6.7. Kalau ditanya, apakah angka ini membanggakan? Tentulah tidak. Ya. Prestasi petunjuk bagi kejayaan kes- kes seumpama ini.
Saya pun minta kepada pegawai saya supaya kalau ada best practices negara-negara di dunia yang menghadapi masalah yang sama dan kualiti penyiasatan dan penyelesaian masalah, apakah 10 peratus, apakah 15 peratus, benchmark mana yang kita nak timbal pakai? Jadi, kita sekarang sedang menambah baik.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Pertama, tentulah dari segi SOP nya. Saya bagi maklum kepada Yang Berhormat misalnya. Kita terima aduan yang segera, maksudnya kes yang berlaku dalam tempoh 48 jam. Okey ya? Ada dua tafsiran, 48 jam atau dua hari. Itu juga timbulkan beberapa kekeliruan di kalangan pihak yang menjadi mangsa.
Baik. Kerana itu, kita sekarang sedang menggabungkan kesemua keupayaan. Bukan sahaja Commercial Crime, Bukit Aman, tetapi juga MCMC, KPDN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan kebanyakan agensi kawal selia.
Untuk makluman Ahli Dewan juga, bila kita profilkan mangsa, yang bekerja kerajaan ataupun bekerja swasta. Dalam profil yang kita kumpulkan, yang paling ramai menjadi mangsa adalah sektor pekerjaan swasta. Diikuti apa? Diikuti dengan yang kerja kerajaan, lebih kurang lapan peratus.
Berikutnya pelajar, lapan peratus. Pelajar ni adalah kebanyakannya berikan akaun dia untuk digunakan sebagai mule akaun. Pelajar, lapan peratus, Baik, ada lagi tak? Pesara 7 peratus, ahli perniagaan 7.5 peratus.
Ini semua adalah profil mangsa yang kita tengok, yang kita kaji, nak memahami bahawa yang terlibat dalam jenayah atas talian di bawah kategori jenayah e-kewangan, love scam, e-dagang, pinjaman tidak wujud, pelaburan tidak wujud, jenayah telekomunikasi, kita kumpulkan supaya data ini boleh membantu kita untuk meningkatkan kecekapan kita, keupayaan kita dalam menyelesaikan kes yang berlaku. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih YB Menteri. Seterusnya saya jemput Langkawi.
Datoʼ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Baru-baru ini dalam New Straits Times pada 15 Disember 2025 Datuk Seri Michael Chong, MCA Public Services and Complaints telah menyatakan bahawa wang-wang yang scam ini zero recovery YB Menteri.
Ini mengikut NGOs-lah dan juga terdapat sekarang ini legal firm yang menyatakan bahawa mereka dapat recovery percentage yang cukup tinggi dan mereka ini telah pun dikategorikan sebagai fake legal firm or fraudulent legal firm Yang Berhormat.
Dan kalau kita melihat mereka-mereka ini, dari penceritaan ini, seorang wanita telah kehilangan, kena scam RM1,500 dan menggunakan fake legal firm ini dan akhirnya dia terpaksa membayar RM1.5 milion.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Soalan YB?
Datoʼ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Mesti orang kaya ni Yang Berhormat.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB. Soalan YB?
Datoʼ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Soalan saya Yang Berhormat. Kalau kita tengok negara-negara yang kurang scam-nya, Finland, Singapura, Jepun, dan mereka cukup straight dari segi banking-nya. Jadi Yang Berhormat jaga polis dan connection di antara polis dan bank itu Yang Berhormat.
Masalahnya sekarang kadang-kadang ‘nak buka bank ‘tu senang sangat kecuali orang-orang politik macam kita. Yang Berhormat Speaker pun saya rasa ‘nak buka bank pun susah. Anak saya pun susah. Bukan kata kita saja.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB, soalan YB.
Datoʼ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Anak kita pun susah. Jadi apakah tindakan kementerian dalam memastikan bank walaupun bukan dalam KDN, untuk bekerjasama dengan polis dalam hal ini? Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Michael Chong, seorang aktivis yang kita tahu berkesan dari segi membantu. Cuma kalau dia, Michael Chong kata zero discovery, saya pula jawab ada. Jadi, saya ingat biar kita pakai yang rasmi kat sini lah ya. Pasal saya sebut tadi, angka semua dah jelas. Kita sebut yang kita selamat, yang kita sita, yang kita pulangkan. Kita sebut semua. Jadi kalau ada dua sumber maklumat, Michael Chong ataupun KDN, kita pakai yang KDN lah. KDN sebut dalam Parlimen.
Okey ya, itu yang pertama. Baik, saya sebut tadi kan, kita pun nak belajar dari segi amalan baik ataupun standard of best practices dalam menangani kes-kes umpama ini. Singapura, dia bukannya ke arah, Singapura pun mengalami masalah sama dengan kita. Dari segi jumlah kes penipuan atas talian ini, sama macam kita.
Singapura ‘ni. Ya.
Kesnya juga trend yang melonjak macam kita, trend yang melonjak. Okey ya.
Jadi, di peringkat ASEAN, menangani isu jenayah atas talian ini memang sentiasa kita lakukan sesi libat urus untuk berkongsi pengalaman. Pengalaman Singapura berbanding pengalaman kita.
Dia pun akui kes kita, kadang-kadang yang berjaya kita selesaikan, dia boleh belajar. Kes dia, yang kita boleh belajar. Begitulah negara ASEAN. Itu sentiasa berlaku Yang Berhormat. Baik.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Kemudian, saya sebut Yang Berhormat bagi contoh tadi kan, dia bagi RM1,500 kemudian hanya untuk ditipu. Saya sebut tadi, dia bawah 424A. Seorang yang dia kata dia nak buat pinjaman. Pinjaman itu dia tak tengok pun, face to face, dia buat atas talian. Sebelum pihak yang katanya menawarkan pinjaman itu, bagikan duit pinjaman ini, dia menghendaki pihak yang memohon untuk buat beberapa pembayaran dulu. Fi, bayaran guaman perjanjian, itu yang tadi sebut tadi tu. Diikuti dengan apa lagi, dia kena bayar juga insurans.
Itu sahaja, Speaker, Speaker juga seorang peguam, tahu, ini akan makan RM10,000-RM20,000 kalau seorang. Kalau lebih ramai, sindiket yang menawarkan pinjaman atas talian ini, untung besar.
Sebab itu, kes yang paling banyak kita ambil tindakan dan berjaya berakhir dengan pertuduhan adalah 424A ini berbanding dengan 424B, C dan D. Okey, jadi itu menunjukkan keadaan yang berlaku.
Saya, Tuan Yang di-Pertua, saya cakap terima kasih sebab waktu saya bentangkan pindaan 424A, B, C, sebelum itu tak ada tindakan ke atas pihak yang menggunakan, menjadikan diri dia sebagai mule account, dulu tak ada. Sekarang ada.
Sebab itu statistik yang saya bagi ini adalah yang terbaru setelah kita pinda di dewan ini, lulus, kita gazet dan kita kuatkuasakan. Itulah kedudukan. Kita masih baru. Bolehkah kita perbaiki? Jawapannya boleh. Kita kena belajar daripada banyak negara yang telah menunjukkan kejayaannya. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya seterusnya, Yang Berhormat Wangsa Maju.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Tuan Speaker, satu lagi soalan tambahan.
Boleh?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Maaf saya tak dapat benarkan, kita ada banyak lagi.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Jawapan bertulis saja.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Nanti, kalau boleh bincang nanti berdua.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Boleh Tuan Speaker. Saya hanya nak jawapan bertulis saja. Boleh tak?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Nanti bincang dengan Menteri. Tak apa kita teruskan. Seterusnya ialah YB Wangsa Maju tak— ada urusan lain.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya terus menjemput yang ke-7 Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib, Parit.
[Soalan No. 6 – YB. Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan (Wangsa Maju) tidak hadir]
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 7.
7. Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib [Parit] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan tindakan bagi mengawal kenaikan mendadak harga rumah pada ketika ini yang membebankan pembeli rumah pertama.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Allahumma salli ala Sayyidina Muhammad wa’ala ali Sayyidina Muhammad. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan MADANI sentiasa komited dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus diberikan perhatian. Keutamaan khususnya apa-apa yang berkaitan dengan keperluan asas tempat tinggal.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengambil langkah terhadap isu peningkatan harga rumah yang berpotensi memberi kesan langsung kepada kemampuan rakyat untuk memiliki atau akses perumahan yang sesuai, selamat dan berkualiti.
Bagi tujuan rujukan dan pemantauan harga rumah, Pusat Maklumat Harta Tanah Negara ataupun NAPIC di bawah MOF telah membangunkan satu Indeks Harga Rumah Malaysia sebagai satu petunjuk statistik yang mengukur perubahan purata harga rumah daripada semasa ke semasa berbanding dengan satu tahun asas, base year yang ditetapkan pada nilai 100.
Dan dalam senario ini Tuan Yang di-Pertua, negara kita tahun asasnya ditetapkan pada tahun 2010. Secara ringkasnya, indeks ini tidak menunjukkan harga rumah secara mutlak tetapi arah dan kadar perubahan harga rumah sama ada meningkat, menurun ataupun keadaan stabil.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Berdasarkan laporan yang diterbitkan oleh NAPIC bagi separuh tahun pertama 2025, indeks harga rumah Malaysia berada pada kadar 227.3 mata iaitu pada purata harga RM490,376 seunit. dengan pertumbuhan tahunan sedikit pada kadar 0.7 peratus.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Justeru bagi memastikan harga rumah terkawal, stabil dan tidak membebankan rakyat Tuan Yang di-Pertua, kementerian telah pun melaksanakan beberapa inisiatif sebagai usaha bagi memastikan harga rumah terus terkawal, stabil dan tidak membebankan rakyat.
Antaranya pertama, kita menetapkan siling harga rumah mampu milik pada kadar RM300,000 sebagaimana Dasar Perumahan Mampu Milik Negara dan yang kedua melaksanakan pemetaan harga rumah mampu milik berdasarkan pendapatan median mengikut negeri dan daerah daripada hasil survey pendapatan dan perbelanjaan isi rumah pada tahun 2024. Dan pemetaan ini menjadi rujukan bagi penetapan harga rumah di satu-satu lokaliti dan boleh diakses di dashboard maklumat rumah mampu milik di laman web Malaysian Urban Observatory (MUO).
Dan yang ketiganya, kita menggalakkan kajian kebolehlaksanaan oleh pemaju sebelum sesuatu pemajuan perumahan dilaksanakan supaya permintaan dan penawaran adalah selaras dan sinergi dengan kemampuan rakyat setempat dan mengelakkan rumah-rumah yang dibangunkan akhirnya tidak dapat dijual.
Yang keempatnya, kita memperkenalkan cukai keuntungan harta tanah bagi mengawal aktiviti spekulasi harga rumah yang tidak munasabah.
Dan yang kelima, membangunkan sistem Housing Integrated Management System yang merupakan single platform entry bagi pemajuan perumahan merujuk kepada Akta Pemajuan Perumahan Kawalan dan Pelesenan 1966 ataupun Akta 118 dan peraturan-peraturan yang berkaitan di mana permohonan lesen pemajuan perumahan dan permit iklan dan jualan ataupun APDL diproses secara dalam talian sepenuhnya dan Housing Integrated Management System ini juga menjadi mekanisme utama pengumpulan data perumahan untuk tujuan pengurusan, pemantauan dan pelaporan.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan akan terus mengambil langkah proaktif bagi memastikan harga rumah terkawal dan berada dalam lingkungan kemampuan rakyat di samping kita mempergiatkan usaha meningkatkan penyediaan rumah mampu milik di seluruh negara. Dan pendekatan ini penting bagi kita memastikan agar rakyat dapat menikmati akses kepada perumahan yang mampu dimiliki, selamat dan berkualiti sama ada di kawasan bandar ataupun luar bandar selaras dengan aspirasi Kerajaan Malaysia MADANI yang menekankan prinsip keterangkuman, kesejahteraan bersama and leave no one behind. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih YB Menteri. Saya jemput Parit, soalan tambahan.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Terima kasih Yang di- Pertua, terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Soalan saya, sejauh manakah keberkesanan skim rumah mampu milik sedia ada benar-benar memenuhi keperluan pembeli rumah pertama dan apakah penambahbaikan yang sedang dirancang oleh kementerian untuk menambah baik perkara ini?
Soalan kedua tentang adakah kementerian bercadang untuk mempertimbangkan insentif baru kepada pemaju seperti pelepasan caj atau kelonggaran syarat-syarat tertentu dengan syarat pemaju membina rumah mampu milik dengan harga terkawal. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
[Bangun
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
[Bangun]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Yang lain jangan tekan.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang saya sebutkan tadi, kita memang ada satu Dasar Perumahan Mampu Milik Negara di mana kita menetapkan RM300,000 adalah kadar sesuai untuk kita meletakkan satu-satu rumah itu mampu dimiliki. Pada keseluruhannya, ada negeri- negeri sebenarnya harga rumah mampu milik ini juga Tuan Yang di-Pertua adalah di bawah kuasa negeri untuk menetapkan.
Kita di peringkat KPKT hanya menetapkan dasar secara keseluruhan dan ada tempat-tempat tertentu, termasuklah Pahang contohnya Kedah harga rumah mampu milik adalah jauh lebih rendah daripada kadar RM300,000.
Ada pun yang ditanyakan berkaitan beberapa inisiatif terkait dengan apa ni— bagaimana kita boleh membolehkan rakyat kita memiliki rumah ini Tuan Yang di- Pertua, kita ada beberapa inisiatif yang kita sediakan, termasuklah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) khususnya bagi golongan yang berpendapatan rendah, B40 dan juga M40, termasuklah mereka yang berpendapatan tidak tetap ataupun tidak ada apa ni pay slip Tuan Yang di-Pertua untuk mereka memohon pinjaman perumahan di mana SJKP memberi jaminan pembiayaan sehingga RM500,000.
Kalau kita lihat tadi sepertimana yang saya jelaskan tentang NAPIC, harga NAPIC RM400,000 lebih, maka SJKP ini adalah membolehkan mereka memiliki rumah sendiri dengan kadar RM500,000 ke bawah.
Dan pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, kita ada yang dinamakan pinjaman 120 peratus Tuan Yang di-Pertua. SJKP ini juga menawarkan pinjaman
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
perumahan kepada khususnya pembeli-pembeli rumah pertama sehingga 120 peratus. Maknanya kalau perlu memerlukan apa-apa renovation ataupun kemudahan masuk rumah pertama itu pun ditanggung melalui SJKP.
Dan yang kedua yang Tuan Yang di-Pertua kita ada secara step up financing iaitu skim pembiayaan dengan kadar faedah meningkat secara sedikit demi sedikit mengikut kadar keupayaan peningkatan gaji para pembeli rumah tersebut. Dan ini juga telah dapat banyak membantu anak-anak muda kita khususnya para belia dan peminjam perumahan pertama itu untuk memiliki rumah sendiri.
Yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, kita ada pelepasan cukai individu bagi tiga tahun taksiran berturut-turut di mana pelepasan cukai sehingga RM7,000 untuk rumah yang berharga RM500,000 dan pelepasan cukai sehingga RM5,000 bagi rumah kediaman yang bernilai RM500,000 sehingga ke RM750,000. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih. Saya jemput Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Pemilikan rumah baru, pertama, merupakan impian ramai orang Malaysia, khususnya orang muda dan juga pasangan baru yang ingin membina keluarga di rumah baru, tapi kadang-kadang Menteri, impian ini lari daripada realiti. Ada juga senario di mana pasangan baru ini mereka bekerja dengan keras bayar deposit. Lepas itu pergi bank dapat pinjaman 90 peratus ke 100 peratus, bayar ansuran bank dengan harapan rumah itu akan bina.
Mereka tunggu 24 bulan, 36 bulan, 48 bulan.
Akhirnya rumah itu tak keluar. Apa yang berlaku ialah mereka kena terus bayar sewa rumah mereka, pada masa yang sama kena bayar ansuran bank.
Maknanya banyak rumah ni mungkin dia isu ni terbengkalai. So, dalam hasrat kerajaan untuk membantu warga Malaysia dapat rumah pertama, kerajaan kena fikir juga bagaimana kita nak tolong, kita nak mengurangkan atau membantu orang yang telah membeli rumah terbengkalai.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB, soalan YB.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Sebab isu-isu rumah terbengkalai ini dia banyak melibatkan syarikat swasta. Bagaimana kerajaan nak membantu mereka yang terlibat dalam isu-isu rumah terbengkalai ni termasuk di kawasan saya di Taman Mount Austin. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebutkan bahawa, menyimpulkan begini, soalan itu terkeluar daripada soalan
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
asal. Walau bagaimana pun, saya memahami isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.
Di bawah Kerajaan MADANI Ahli Yang Berhormat, di bawah Kerajaan Malaysia MADANI khususnya apabila kita menubuhkan Task Force Projek Perumahan Lewat, Sakit dan Terbengkalai, kita telah pun dapat menyelesaikan sejumlah 1,333 projek perumahan dengan manfaat kepada seramai 159,638 unit rumah dengan GDV RM126.47 bilion, banyak.
Jadi di peringkat kita di bawah Kerajaan MADANI Tuan Yang di-Pertua, kita sangat komited untuk mengenal pasti kita ada 3,000 yang sedang dipantau di bawah KPKT, projek-projek perumahan swasta berlesen yang kita pantau dari semasa ke semasa termasuk yang saya sebutkan tadi sistem housing integrated management system.
Di mana-mana projek perumahan yang kita tengok dia ada lewat daripada lancar pergi lewat ataupun sakit, terus kita ada intervensi-intervensi khusus Tuan Yang di-Pertua. Adapun sekiranya Ahli Yang Berhormat Tebrau mempunyai maklumat-maklumat yang perlu mendapat perhatian kami, silalah berikan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih YB Menteri. Seterusnya saya menjemput Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy, Kalabakan.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 8.
8. Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy [Kalabakan] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan, apakah perancangan transformasi strategik kementerian untuk menubuhkan institusi pendidikan TVET MARA di Kalabakan bagi melonjakkan penghasilan tenaga mahir tempatan dan bagaimana inisiatif ini diselaraskan dengan keperluan industri serta agenda pembangunan sosioekonomi wilayah setempat secara mampan dan Lestari.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman pada masa ini terdapat dua Pusat Giat MARA di Tawau dan salah satunya Pusat GIATMARA Kalabakan yang menawarkan kursus seperti pendawaian elektrik PW2, rekaan pakaian dan fesyen dan jahitan pakaian dan fesyen.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Penawaran kursus-kursus ini telah dirangka untuk memenuhi community- based dengan mengambil kira keperluan sosioekonomi masyarakat setempat dan kehendak pemain industri. Buat masa ini, pihak MARA tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membina pusat TVET baru, sebaliknya memfokuskan kepada transformasi dari segi penambahbaikan tadbir urus seperti menaik taraf infrastruktur institusi, naik taraf program serta bidang mengikut keperluan industri, namun masih menambah baik kursus mengikut community-based.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Kementerian juga melalui MARA sedang melaksanakan rasionalisasi program latihan dengan menyusun semula penawaran program TVET di GIATMARA dan IKM bagi meningkatkan standard latihan persijilan serta kemudahan terutamanya di Timur Sabah. Selaras dengan usaha itu, untuk mengukuhkan ekosistem TVET negara, laluan kemasukan juga dibuka kepada pelatih serta lepasan TVET daripada institusi lain melalui UP_TVET Perdana bagi mengelakkan pertindihan kursus serta menyediakan kesinambungan latihan ke tahap yang lebih tinggi.
Langkah ini memperluaskan lagi akses kepada latihan berkualiti, mengoptimumkan lagi fasiliti sedia ada, sekali gus memastikan lebih ramai belia Sabah berkemahiran tinggi dapat mengisi peluang pekerjaan dalam sektor yang sedang berkembang pesat di wilayah tersebut.
Seterusnya, MARA sedang meneliti program-program yang berpotensi untuk dibangunkan dan dikembangkan di Wilayah Timur Sabah selaras dengan keperluan sektor utama di sana seperti agrokomoditi, perikanan, logistik, ekopelancongan dan pemprosesan makanan. Penilaian ini dibuat bersama industri bagi memastikan bidang yang diperkukuhkan benar-benar menepati permintaan pasaran semasa. Di samping meningkatkan kebolehpasaran graduan dan menyokong pembangunan sosioekonomi wilayah secara mampan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih YB. Menteri. YB.
Kalabakan, soalan susulan.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Terima kasih jawapannya daripada YB. Menteri. Memandangkan kementerian belum mempunyai perancangan untuk membina institusi TVET MARA, adakah opsyen lain yang sedang dipertimbangkan seperti kampus satelit atau kerjasama industri ataupun pusat latihan bergerak untuk memenuhi keperluan tenaga mahirlah untuk kawasan setempat itu. Terima kasih.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih atas soalan tambahan. Untuk makluman Yang Berhormat, di negeri Sabah, terdapat 29 institusi TVET Mara, IKM dan GIATMARA 28 pusat dan di Daerah Tawau sahaja seperti yang saya maklumkan tadi, ada dua pusat GIATMARA iaitu GIATMARA Tawau dan GIATMARA Kalabakan.
Program yang ditawarkan seperti yang saya maklumkan juga tadi, pendawaian elektrik, rekaan pakaian dan fesyen dan jahitan pakaian dan fesyen.
KKDW bersama kementerian lain juga telah memperluaskan akses kepada latihan berkualiti dengan membuka peluang kemasukan TVET Perdana melalui kemasukan melalui UP_TVET Perdana iaitu mohon.tvet.gov.my yang menyediakan kesinambungan latihan-latihan ke tahap yang lebih tinggi.
Usaha ini secara langsung sebenarnya untuk mengoptimumkan fasiliti pendidikan TVET yang sedia ada sekali gus memastikan ramai lagi belia Sabah yang berkemahiran tinggi dapat mengisi peluang pekerjaan dalam sektor yang sedang berkembang pesat di wilayah tersebut. Selain daripada itu, TVETMARA juga turut menawarkan pendidikan dan latihan secara percuma serta menyediakan kemudahan elaun sara hidup secara bulanan.
Pada masa ini, pihak MARA tidak mempunyai sebarang perancangan untuk TVET baharu di kawasan Kalabakan dan juga Sabah. Kita memfokuskan seperti yang saya maklumkan tadi, transformasi pendidikan dan juga dari segi penambahbaikan tadbir urus Institusi Pendidikan MARA khasnya TVET. Jika terdapat ramai belia-belia dari kawasan Kalabakan ataupun di negeri Sabah yang berminat dalam pendidikan TVET ini, ia boleh memohon kepada pusat-pusat TVET yang lain. Segala kemudahan dan pembayaran disediakan percuma oleh pihak MARA secara keseluruhannya. Terima kasih Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih YB. Menteri, YB. Kuala Krau.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tahun lepas, kementerian mengeluarkan satu statistik tentang kebolehpasaran graduan TVET yang begitu tinggi mencecah 96 sehingga ke 97.9 peratus dalam tempoh 23 sampai 25.
Persoalan saya, berapakah kadar retention dengan izin, graduan-graduan ini dalam kerjaya yang dipadankan dengan bidang TVET masing-masing? Itu satu.
Yang kedua, apakah jaminan adanya aspek kemajuan kerjaya dan peningkatan gaji bagi graduan-graduan ini agar mereka tidak terperangkap dalam kerjaya yang tidak atau kurang memberikan peluang untuk menaikkan taraf kehidupan mereka sesuai
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
dengan pengalaman dan peningkatan kemahiran selepas bekerja selama beberapa tahun selepas itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB. Menteri.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih YB. Kuala Krau. Berkaitan dengan soalan tambahan, untuk makluman Yang Berhormat YB. Kuala Krau, statistik baharu untuk keboleh pasaran pelajar-pelajar TVETMARA khasnya GIATMARA adalah 99.4 peratus.
Dan untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya fokus TVET MARA khasnya GIATMARA, kita memfokuskan kepada dua. Satu kepada industri dan dua kepada community base yang mana peluang pekerjaan bukan sahaja kita melahirkan pekerja-pekerja berkapasiti tinggi, berkemahiran tinggi, tetapi juga kita melahirkan usahawan-usahawan yang boleh— bukan sahaja meningkatkan pendapatan, tetapi dalam masa yang sama memberi peluang pekerjaan kepada belia-belia yang lain.
Untuk maklumat Yang Berhormat, memang setakat ini dari sudut gaji, kita belum lagi menetapkan minima gaji secara khusus, tetapi apa yang kita syaratkan pada masa ini adalah dalam lingkungan RM2,500. Namun begitu, untuk makluman Yang Berhormat, terdapat juga pelajar-pelajar kita ini khasnya TVET kita ini yang mendapat gaji yang lebih daripada itu. Berdasarkan kemahiran-kemahiran yang dimiliki dan juga industri-industri yang engage dengan mereka.
Namun begitu, dari sudut percentage statistik berkaitan dengan perkara Yang Berhormat tadi, saya tak ada di sini dan saya pun tak pasti MARA ataupun GIATMARA ada statistik detail seperti itu. Insya-Allah kalau ada, kita bagi jawapan bertulis dan insya-Allah kita lihat orang kata cadangan ataupun komen Yang Berhormat ini sebagai satu cadangan yang lebih baik bagi kita memastikan kapasiti pelajar-pelajar ataupun pekerja-pekerja TVET kita berada dalam keadaan yang terbaik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih YB. Menteri. Seterusnya saya menjemput Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah, Langkawi.
Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Terima kasih YB.
Yang di-Pertua.
*Tujuh, lapan sembilan; Soalan saya nombor sembilan .
Enam, tujuh, lapan; Harap Menteri memberi jawapan.*
9. Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah [Langkawi] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, adakah kerajaan bersedia mempertimbangkan cadangan untuk mensyaratkan akreditasi khas ke atas kontraktor bagi memantau kualiti kerja turapan jalan serta usaha memperluas penggunaan teknologi canggih bagi meningkatkan jangka hayat jalan dan memelihara sistem jalan raya termasuk faktor pertambahan bebanan trafik kenderaan berat.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB. Menteri.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Peliknya pantun.
[Ketawa] Sebelum itu, kita harap kesihatan YB. Marang.
Terima kasih hadir dalam Dewan Rakyat ini.
*Bertanding menang, penyanyi Mawi, Sedap nyanyian jadi siulan; Nombor sembilan YB. Langkawi, Mengenai turapan dan sistem jalan.
[Tepuk]* Lain kali buat pantun macam itu. Ini pantun entah apa-apa.
[Dewan riuh]
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan projek pembinaan dan penyelenggaraan jalan oleh JKR sentiasa dikawal selia oleh pasukan projek yang kompeten dari aspek teknikal selaras dengan spesifikasi dan piawaian yang ditetapkan. Kontraktor yang dilantik tanggungjawab memastikan kerja-kerja pembinaan dilaksanakan mengikut keperluan kualiti yang telah ditetapkan.
KKR melalui JKR tiada halangan dan bersedia untuk mempertimbangkan cadangan supaya akreditasi khas dikenakan ke atas kontraktor khususnya bagi memantau dan meningkatkan kualiti kerja turapan jalan agar hasil pembinaan lebih berkualiti, tahan lasak dan memenuhi jangka hayat reka bentuk.
Berhubung usaha memperluas penggunaan teknologi canggih, JKR sentiasa sedia cakna dan bersedia dalam usaha memperluas penggunaan teknologi bagi meningkatkan jangka hayat jalan dan memelihara sistem jalan raya termasuk faktor pertambahan bebanan trafik kenderaan berat. Antara sistem yang kita gunakan melalui spesifikasi pembinaan jalan Section 4: Flexible Pavement. Beberapa jenis bahan turapan permukaan jalan terubah suai berprestasi tinggi telah diperkenalkan.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Antaranya dengan izin Porous Asphalt, Stone Mastic Asphalt (SMA), Gap Graded Asphalt (GGA), Natural Rubber Modified Asphalt (NRA), Crumb Rubber Modified Asphalt (CRMA), Fiber Modified Asphalt (FMA), Cuplump Modified Asphalt
(CMA), Recycle Plastic Modified Bitumen (PMA–PETRONAS) dengan izin.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Bahan-bahan ini menggunakan bitumen terubah suai gred PG76 yang mempunyai ketahanan tinggi terhadap rating lekukan dan amat sesuai digunakan pada jalan yang menanggung trafik kenderaan berat yang tinggi di Malaysia.
Kementerian Kerja Raya menerusi agensi Jabatan Kerja Raya amat komited dalam usaha memastikan perkhidmatan penyelenggaraan jalan raya dapat memenuhi tahap yang terbaik, seterusnya menyediakan jalan raya yang selamat dan selesa kepada pengguna jalan raya. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih, YB Menteri. Saya jemput YB Langkawi.
Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan tambahan saya, apakah pelan strategik kementerian dalam mengintegrasikan sistem performance-based contracting ataupun kontraktor berasaskan prestasi ini dan penilaian berasaskan data seperti Pavement Condition Index ataupun indeks keadaan turapan yang Yang Berhormat sebutkan tadi.
Dan juga structural number atau nombor yang menunjukkan kekuatan dalaman jalan tersebut mengikut bebanan dan juga kajian hayat ataupun analisis kitar hayat, life cycle, cost analysis bagi memastikan ketahanan turapan jalan dalam jangka panjang.
Dan Yang Berhormat Menteri, saya juga difahamkan bahawa di luar negara ada kamera daripada kementerian mereka yang monitor kontraktor-kontraktor ini.
Adakah kementerian kita juga akan mencadangkan sedemikian? Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Speaker kita sudah ada sistem nama SKALA. Sistem Kawal dan Lapor (SKALA) bagi letakkan platform digital berpusat memantau kemajuan fizikal kewangan projek secara dalam talian.
Seterusnya kita ada sistem pemantauan selenggaraan bersepadu. Selain daripada SKALA, kita ada SPSB. Dalamnya ada data peruntukan perolehan pembinaan pembayaran kemajuan kerja. Kemajuan kerja ini di laksana oleh JKR Daerah. JKR Daerah memastikan spesifikasi semakan kualiti yang di laksana oleh jurutera jalan oleh penolong jurutera.
Dan kita telah melaksanakan PCI ini iaitu Pavement Condition Index bagaimana ditanya oleh Langkawi, bagi menentukan taraf kondisi jalan-jalan dan juga penarafan secara sistematik. Kemudian kita ada analisis berkomputer dan
Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
sebagainya. Untuk memasang kamera itu belum ada lagi, tapi kita membuat keyakinan pegawai-pegawai kita menjalankan tugas dengan baik.
Dan jika pegawai-pegawai tidak menjalankan tugas dengan baik, tentulah ada kaedah-kaedah pelaksanaan yang lain. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih, YB Menteri. Saya jemput Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sekiranya akreditasi khas kontraktor dilaksanakan, apakah piawaian kualiti dan mekanisme pemantauan berterusan yang akan diguna pakai bagi memastikan kerja turapan jalan memenuhi spesifikasi dan tahan lebih lama?
Adakah kerajaan bercadang memperkenalkan mekanisme akauntabiliti yang jelas termasuk penalti, senarai hitam atau penarafan prestasi kontraktor sekiranya kualiti kerja gagal memenuhi piawaian yang ditetapkan? Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya YB Tampin. Kepada pegawai yang cuai, kita ada tindakan tatatertib. Itu tentulah difahami. Tetapi kepada kontraktor juga, kita ada tindakan kepada kontraktor yang cuai yang tidak melaksanakan tugas sebagaimana telah ditandatangani dalam kontrak.
Antaranya kita lucut hak bon misalnya ya. Potong bayaran misalnya, pelarasan bayaran balik misalnya dan senarai hitam kontraktor daripada menyertai tender kerajaan seterusnya jika mereka tidak melaksana tugas dengan baik. Dan sistem akreditasi ini, dilaksana oleh CIDB dan CIDB memberikan star rating kepada kontraktor. Satu bintang, dua bintang, tiga bintang. Selalunya minima tiga bintang untuk mereka memasuki mana-mana projek kerajaan. Kalau ada empat dan lima itu lagi bagus. Jadi, kita sentiasa dan telah pun melaksanakan sistem akreditasi. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih YB Menteri. Seterusnya, YB Baram tiada dalam Dewan, saya jemput Tuan Zulkifli bin Ismail, Jasin.
[Soalan No. 10 - YB. Dato Anyi Ngau (Baram) tidak hadir]
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Terima kasih, Timbalan Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 11.
11. Tuan Zulkifli bin Ismail [Jasin] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan jumlah ibu tunggal di Jasin yang berdaftar dengan kementerian dan jenis bantuan yang disediakan serta adakah bantuan tersebut telah diperolehi oleh ibu-ibu tunggal tersebut.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sentiasa berusaha memperkasakan golongan wanita termasuklah ibu tunggal melalui pelaksanaan program pemerkasaan yang berfokus kepada peningkatan kapasiti, keupayaan serta kesejahteraan wanita.
Khusus dalam menyantuni ibu tunggal, KPWKM menerusi JPW, Jabatan Pembangunan Wanita telah melaksanakan Program Kasih Ibu Tunggal iaitu KasihnITa secara komprehensif bermula tahun 2025 sebagai salah satu inisiatif KPWKM untuk memberi sokongan kepada golongan tersebut. Program ini memberi tumpuan kepada pembangunan diri ibu tunggal melalui tiga modul utama iaitu modul kemahiran perundangan iaitu syariah dan sivil, modul pengurusan dan literasi kewangan dan modul pembangunan potensi dan psikologi.
Pada tahun 2025, seramai 1,891 ibu tunggal telah menyertai program ini.
Daripada jumlah tersebut seramai 90 peserta seterusnya telah menerima bantuan yuran guaman untuk pelbagai jenis kes mahkamah yang berkaitan seperti tuntutan hadanah dan tuntutan nafkah anak. Tuntutan hak penjagaan anak serta nafkah bagi orang bukan Islam. Dan seramai 111 peserta Program KasihnITa pada tahun 2025 adalah dari Melaka. Kerajaan telah memperuntukkan RM3.5 juta untuk program ini diteruskan dan diperluaskan pada tahun 2026.
Selain itu, JPW juga turut melaksanakan Program Literasi Perundangan dan Hak Wanita, iaitu IRIS. Melalui program IRIS, masyarakat terutamanya golongan wanita diberi pendedahan dan pengetahuan berkaitan hak dan perundangan untuk meningkatkan keyakinan diri serta mempertahankan hak dan kepentingan diri. Bagi tahun 2025, sebanyak 217 program IRIS yang telah dilaksanakan dengan penyertaan hampir 50,000 peserta.
Selain itu, KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat juga turut menawarkan bantuan kewangan kebajikan kepada kumpulan sasar termasuk ibu tunggal bagi meringankan beban kewangan yang dihadapi seperti skim Bantuan
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Kanak-kanak dan juga Bantuan Warga Emas. Semua individu yang memenuhi syarat boleh memohon bantuan-bantuan tersebut.
Sementara itu, data Banci Penduduk dan Perumahan Tahun 2020 (Banci Malaysia 2020) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia iaitu DOSM telah merekodkan seramai 341,784 ibu tunggal di Malaysia dengan 10,605 daripadanya di negeri Melaka. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih YB Menteri. Seterusnya YB Jasin soalan susulan.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Terima kasih Yang Berhormat YB Menteri atas jawapan yang diberikan. Walaupun saya tak mendapat jawapan yang spesifik mengenai ibu-ibu tunggal yang ditanyakan dalam soalan di Parlimen Jasin, walau bagaimanapun terima kasih.
Soalan tambahan saya. Dalam Belanjawan 2026, kerajaan memperuntukkan bantuan guaman kepada 5,000 ibu tunggal melalui Program Kasih Wanita.
Bagaimanakah pembahagian kuota ini dilaksanakan? Adakah kementerian bercadang mengintegrasikan model kerjasama di peringkat negeri seperti Inisiatif Bantuan Guaman Syarie, iaitu Program Bantuan Guaman Asnaf Ar-Riqab, di Terengganu yang telah dimulakan sejak 2018 bagi memastikan capaian lebih menyeluruh kepada negeri-negeri lain juga. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Yang Berhormat. Tadi mengatakan walaupun tidak saya sebut terus kepada apa nama sebenarnya ibu tunggal merupakan bukanlah salah satu daripada sasaran. Kalau dia layak, maka kita akan masukkan dalam mereka yang memerlukan itu.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Jadi, dalam hal ini tadi, kita ada statistik ibu tunggal di Melaka ataupun di — saya akan bagi secara bertulis kerana dia banyak di sini, panjang, untuk seluruh negara.
Dan dengan soalan tadi, sebenarnya kita bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam setiap negeri ataupun mahkamah syariah. Kerana Program KasihnITA ini Yang Berhormat, dia begini. Ibu tunggal, pergi ke mahkamah, sudah di — dengan izin, kerajaan— mahkamah telah menentukan, okey, anak-anak ini, nafkah dia begini, si bekas suami masih juga ingkar.
Tetapi ramai di kalangan ibu tunggal ini, dia tidak dapat pergi ke mahkamah lagi untuk meminta mahkamah untuk— to execute, dengan izin.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Dan pada sebab itulah kami mengadakan program ini untuk membantu mereka. Kami kerjasama dengan peguam-peguam syarie. Kalau bukan Islam, kita kerjasama dengan peguam-peguam yang mengendalikan melalui Bar Council, kah. Jadi, kita bekerjasama dengan mereka supaya memastikan mereka dapat mengambil peluang ini untuk menuntut hak untuk kanak-kanak mereka. Seperti saya katakan tadi, hadanah, semuanya untuk tuntutan untuk kanak-kanak.
Inilah keadaannya tapi seperti yang saya nyatakan tadi, kumpulan sasar kita adalah wanita. Wanita tidak semestinya dia ibu tunggal itu tidak berkemampuan. Ada juga ibu tunggal yang mampu dan nak memberi kepada orang ramai, bersedekah.
Jadi, sebab itu kita tak secara spesifik menyentuhkan ini adalah untuk ibu tunggal tapi untuk wanita menyeluruhnya. Tapi kalau ibu tunggal itu, saya ulang lagi, kalau dia layak, insya-Allah kita akan bantu. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya ringkas sahaja. Saya ingin bertanya kepada Menteri.
Banyak telah dipersebutkan mengenai bantuan kepada ibu tunggal. Adakah kementerian berhasrat untuk memperluaskan bantuan-bantuan ini kepada bapa- bapa tunggal?
[Dewan ketawa]
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Mohon penjelasan Menteri. Terima kasih.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Setuju!
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
[Ketawa]
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Betong. Ya, sebab itu program ini masih dinamakan KasihnITA. Belum lagi namanya kasih laki. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kerajaan menyambut baik sekiranya terdapat cadangan untuk meluaskan pelaksanaan Program KasihnITA kepada bapa tunggal. Namun, perkara ini melibatkan dasar kerajaan dan implikasi kewangan.
Untuk makluman, fokus utama KPWKM pada masa ini adalah kepada pembangunan kapasiti ibu tunggal. Sehubungan dengan itu, modul dan pengisian KasihnITA telah digarap berdasarkan keperluan ibu tunggal secara spesifik. Namun, sekiranya terdapat keperluan untuk meluaskan skop KasihnITA kepada bapa tunggal, maka perkara ini perlu kita teliti dan dikaji terlebih dahulu bagi perincian pelaksanaan program secara menyeluruh.
Good idea, ya, Yang Berhormat Betong. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih YB Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan. Ada— ya, YB Menteri? Timbalan Menteri?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Man]: Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Rabu, 28 Januari 2026.”
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Baiklah. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:
“Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas mengucapkan daripada Majlis Dewan Rakyat berbanyak- banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kelima Belas.” [26 Januari 2026]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ahli-ahli Yang Berhormat, pada hari ini, seramai 34 orang Ahli Dewan Rakyat yang akan mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja. Jadi, saya ada nota sini daripada Tan Sri Speaker. Memandangkan senarai pembahas yang panjang, maka Tan Sri Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah mengehadkan tempoh pelaksanaan kepada 10 minit supaya kalau boleh semua pembahas dapat berbahas pada hari ini.
Persidangan Dewan seperti yang kita dengar tadi, pada hari ini adalah sehingga 8.30 malam.
Saya ada senarai yang panjang. Saya akan bacakan senarai tersebut.
Pertamanya, Yang Berhormat Semporna.
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Tuan Speaker, ketua parti masih 15 minit?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya, ketua parti masih 15 minit. Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Marang, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Sungai Besar, Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Putrajaya, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Tanjung Piai, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Jeli, Yang Berhormat Batu Gajah.
Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Kudat, Yang Berhormat Igan, Yang Berhormat Mersing, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Penampang, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Gua Musang, Yang Berhormat Selangau, Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu dan yang terakhir, Yang Berhormat Ranau.
Jadi dengan itu, saya menjemput pembahas yang pertama iaitu Yang Berhormat Semporna, 15 minit. Yang Berhormat sebagai ketua parti.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Terima kasih Datuk Speaker atas ruang yang membolehkan saya turut serta dalam perbahasan Titah Diraja pada hari ini dan menjunjung kasih Tuanku Yang di-Pertuan Agong atas Titah Diraja yang amat jelas, tegas dan realistik. Titah Tuanku bukan sekadar pembukaan sidang Parlimen tetapi satu peringatan kepada semua Ahli di Dewan. Bukan hanya kepada Ahli di Dewan, bahkan juga kepada semua yang
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan apa yang dihasratkan dalam Titah Tuanku. Yang penting ialah the outcome daripada apa yang telah dititahkan oleh Tuanku dalam pembukaan Persidangan Parlimen Ketiga Belas baru-baru ini.
Saya ingin mengambil ruang untuk menyentuh tentang apa yang telah dititahkan oleh Tuanku, yang menyentuh hati rakyat Sabah. Khususnya tentang Perkara 4, MA63, Perjanjian 63 iaitu asas pembentukan Malaysia yang menjadi satu ikatan kepada masyarakat rakyat Malaysia daripada Sabah/Sarawak dan Tanah Semenanjung untuk membolehkan membentuk sebuah negara yang kita cintai ini.
Terikat mereka walaupun dipisahkan oleh Lautan China Selatan. Terikat mereka walaupun perbedaan agama dan budaya. Oleh kerana mereka mempunyai harapan yang begitu tinggi tentang apa kesudahannya ini.
Dan kita sedar dan tahu, semuanya Ahli-ahli Dewan yang juga sedar beberapa perkara yang terkini. Pertama, mengenai dengan 40 peratus. Itu cukup jelas dan ini bukan satu perjanjian yang tidak termaktub dalam Perlembagaan. Di sebutkan di situ dalam Perlembagaan, jelas bahawa apa juga cukai yang telah dipungut dan di samping itu, saya tidak mahu menyentuh sangat, fasal ini dalam kes mahkamah.
Dan perkara ini harus menjadi satu kenyataan kerana itu merupakan satu langkah yang sepatutnya apa yang termaktub dalam Perlembagaan, perlu ditunaikan. Kerana ini merupakan salah satu pendekatan untuk kita membentuk nurani, menyentuh jiwa rakyat Malaysia yang berada di Sabah, di Sarawak itu.
Kerana dalam pembentukan sebuah negara, touch the heart of all kerana saya juga mantan Menteri Perpaduan.
Bagaimana menyentuh supaya disatukan masyarakat yang ada di negara ini.
Maka, saya berharap sungguh apa yang telah dititahkan oleh Tuanku, bukan setakat dari segi 40 peratus, bukan setakat dari segi apa yang telah termaktub dalam Perjanjian 63, harus menjadi kenyataan. Itu jangka masa yang begitu lama dah.
Berlainan dengan peruntukan untuk pendidikan, untuk prasarana, itu lain.
That is a special grants yang kebiasaan dia. Sarawak dapat, Sabah juga dapat. Tapi untuk perkara seperti 40 peratus, it is a different kind of— yang spelled out clearly dalam Perlembagaan yang ada. Tuanku juga bertitah tentang keadaan rasuah.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Dan saya sedar dan tahu bahawa rasuah ini bukan boleh dihapuskan, kosong orang bilang, disifarkan. Tapi langkah harus diambil dengan begitu komprehensif dan tegas untuk mengatasi masalah rasuah kerana rasuah ini salah satu gejala yang
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
boleh membantutkan bukan hanya pembangunan sebuah bangsa dan negara, bahkan juga ia boleh menghancurkan masa depan anak-anak bangsa kita.
Maka, rasuah ini perlu diambil tindakan yang begitu tegas, jelas seumpama apa yang berlaku di Sabah. Kejadian-kejadian yang ada. Terkadang itu saya terikat mahu berpadu, mahu bersatu. Saya boleh, tak jadi masalah. Selaku rakyat Malaysia, datangnya dari bumi Sabah. Tapi, kalau tindak tanduk kita dalam perlaksanaan, kadang-kadang terpanggil jiwa kita adakah boleh kita bekerjasama dengan setengah-setengah pihak yang ada?
Ya, di peringkat negeri itu kerana itu merupakan satu tindakan. Contohnya ada kes baru-baru ini pun saya nampak, melihat dah ada kes rasuah, lantik menjadi pengerusi. Kadang-kadang itu ada juga kes, tak tahu benarkah tidak saya ingin bertanya, dilantik menjadi Timbalan Menteri, pembantu Menteri di peringkat negeri, tetapi ada punya interest dalam bidang Pan Borneo yang ada.
Dan saya harus suarakan ini untuk diteliti secara baik untuk memungkinkan supaya jangan ada ketirisan. Itulah di antara penyebab-penyebab rasuah ini, perjalanan Pan Borneo di Sabah, perjalanan masalah air di Sabah, masalah perkhidmatan awam yang ada terbantut. Kita menyuarakan ini bukan kepentingan saya, bukan kepentingan, tetapi kepentingan umum, rakyat. Bukan setakat keperluan rakyat dalam bidang pelbagai itu dapat diatasi.
Bayangkan soalan yang telah dibangkitkan tadi, jalan raya. Banyak Federal road, saya faham. Ada Federal road, ada state road, ada majlis punya jalan yang ada. MARRIS pun kita bagi di peringkat Pusat, but maintenance of road contohnya banyak daripada Tawau, Kalabakan, Keningau sampai sekarang. Where the money goes to? But who build it up? Kalau nilai projek itu dilaksanakan, maka tidak mungkin ia akan menjadi satu projek yang boleh dikekalkan satu tahun, dua tahun, enam tahun, 20 tahun.
Di kawasan saya sendiri dibina oleh satu syarikat dari Jepun pada tahun 1970-an, jalan daripada check point Tawau sampai ke Semporna and less maintenance yang ada. Kadang-kadang itu kita dapat melihat, kalau kualiti, mutu, perkhidmatan projek itu dilaksanakan oleh kontraktor-kontraktor sebenarnya, kita boleh membantu masyarakat, rakyat di peringkat akar umbi.
Kalau sekiranya berleluasa rasuah ini tak ditangani, bayangkan bukan hanya jalan yang accident, nyawa manusia, maintenance of cars, absorbers, tayar kadang- kadang itu membimbangkan. Baru sahaja ada pilihan raya di Kinabatangan, membimbangkan saya. Saya berharap agar Dewan yang mulia ini juga dapat
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
mengambil perhatian yang berat bagaimana Titah Tuanku itu menjadi satu kenyataan untuk mengatasi masalah rakyat ada di peringkat akar umbi.
Berhubung dengan pendidikan. Satu perkara juga disentuh oleh Tuanku Yang di-Pertuan Agong, iaitu pendidikan, harus kita seimbangkan pendidikan yang ada di negara ini untuk menyantuni rakyat yang ada di bumi Sabah. Saya melihat ada sekolah rendah, ada sekolah yang masih berpapan. Di kawasan ada terkadang itu anak-anak— don't talk about public transport. Ada yang naik bot sebagai public transport. Itu yang menjadi keutamaan. Bukan bas, bukan ada— tapi ini yang saya nakkan supaya suarakan daripada peruntukan tahun ini, RM400 bilion lebih, RM60 bilion yang ada. RM60 bilion peruntukan pendidikan seimbangkan.
Saya dah minta kepada rakan-rakan saya, Ahli-ahli Yang Berhormat, senaraikan kawasan masing-masing dan saya akan bawa ke peringkat Pusat untuk ia nya akan menjadi kenyataan, kerana kebimbangan saya, banyak anak-anak kita yang menganggur. Banyak anak-anak kita yang tidak punya kerja, pasal pelepasan daripada bukan setakat sekolah rendah, menengah, keupayaan mereka akan terbatas.
Saya berharap pendidikan ini menjadi satu kemuncak pasal ayat yang pertama diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasul [Membaca sepotong ayat al- Quran]. “Bacalah, baca.” Bukan baca apa. Baca al-Quran itu. Pasal dalam waktu Lailatur Qadar, malah al-Quran itu diturunkan juga untuk peringatan kepada manusia bahawa pendidikan itu cukup penting. Dan saya berharap imbangi kemajuan sistem pendidikan yang ada. Dan saya juga berharap dalam sistem pendidikan ini bukan setakat structural changes dari segi sistemnya, but more important yang jauh penting content.
Apakah sebenarnya yang kita nak terapkan kepada anak-anak bangsa kita ini supaya mampu bersaing di peringkat antarabangsa? Adakah sistem kandungan, penerapan ilmu kepada anak-anak ini jauh boleh mampu untuk mendidik AI-kah, apakah? Kadang-kadang itu self-kind-of dependence, not too dependent on government giving handouts, giving handouts. Yang ada kerana ini membimbangkan saya. Masyarakat kita kan banyak menjadi masyarakat yang bergantung.
Tapi kalau mereka mempunyai pendidikan yang betul-betul, kita match up pendidikan. Bukan hanya di peringkat universiti, di peringkat technical colleges yang ada. But link up with industry. Minta supaya contohnya mereka berada dalam jangka masa enam bulan, tiga bulan atau satu bulan dalam industri itu supaya engineers yang ada, civil, mechanical kita dapat lahirkan selaras dengan keperluan pasaran
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
yang ada. Bukan hanya kita nakkan anak-anak ini lulus. Sijil itu memang penting tapi sijil semata-mata tidak boleh menjamin keupayaan. Seorang insan boleh menyumbang ke arah supaya syarikat itu, supaya industri itu dapat kita suburkan.
Saya berharap ia nya menjadi satu perkara yang penting kepada kita untuk memastikan supaya sistem pendidikan seperti yang saya tekankan berhubung kait dengan content. We must look seriously because saya dah lama dah saya nampak sistem polisi-polisi after policy changes yang ada but how to ensure that content is there, ya.
Kadang-kadang itu rakan saya dari Sembrong pernah menjadi Menteri Pendidikan. Saya suarakan kepada beliau bagi komputer, tapi di kawasan saya tak ada elektrik, macam mana komputer nak bagi? Tak boleh guna. Bukan setakat tak ada elektrik. Connectivity is not there. Saya suarakan, kadang-kadang itu ke mana connectivity yang ada untuk membolehkan supaya anak-anak ini kita berikan.
Kadang-kadang itu, itu ketirisan juga ya.
Kita belanjakan duit di mana amat diperlukan. Tapi, bantu dulu keperluan rakyat yang ada bekalan elektrik, connectivity yang ada. Kalau kita salurkan komputer contohnya, supaya anak-anak kita dapat mendapat ilmu dan juga accessibility to all info apa yang berlaku di peringkat tempat mereka.
[Minum air] Itu dalam sistem pendidikan yang ada yang saya sentuh perkara yang penting.
Tuanku juga bertitah tentang keadaan kesihatan yang juga membimbangkan saya. Bukan setakat kepakarannya tidak mencukupi, perubatannya reaching out.
Saya ada banyak kali suarakan di Dewan yang mulia ini, berpuluh tahun dah.
Penyakit jantung di Sabah, di kawasan saya kalau nak, tak ada medical expertise di situ. Tidak mampu untuk kita hantar mereka ke Tawau, ke Sandakan yang menelan masa agak tujuh jam, lima jam terpaksa hantar ke Kota Kinabalu. Pasal kita tidak punya pakar jantung yang ada di Sabah ini.
Dan saya juga berharap bukan setakat masalah kesihatannya, dari segi klinik-klinik desa yang ada harus diperkasakan. Bukan setakat itu, saya juga bimbang kerana kadang-kadang ada klinik tidak ada kepakaran dia. Ada juga kepakaran, ada dia punya pegawai perubatan tapi ubatnya tidak ada. Then where do you go? So, spread out the wealth yang ada. Saya cadangkan supaya Kementerian Kesihatan lihat, galakkan pelabur yang ada. Untuk melabur mungkin di luar bandar, di peringkat Sabah yang ada kebolehan dia, sama ada di Keningau, di Tawau, bukanlah luar bandar sangat.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Industri yang boleh melahirkan generic medicines yang ada. Panadol.
Mungkin ubat-ubat kencing manis, berbagai-bagai yang ada yang boleh dikeluarkan generic medicines di peringkat luar bandar. Bayangkan hari ini di Semenanjung ada- ada; Negeri Sembilan ada, Melaka ada, takkan Sabah pula tak boleh. Saya suarakan supaya mengimbangi kesihatan. Supaya bila ada kilang-kilang perubatan yang ada, peluang pekerjaan anak-anak kita di luar bandar, di Keningau, di Tawau, di Sandakan, penghijrahan mereka.
Di samping itu, kita boleh reduce poverty level. Kemiskinan, membasmi kemiskinan bagi peluang pekerjaan, bukan bagi bantuan. Saya dah bersuara daripada dulu musim saya jadi menteri pun, 1MDB bagi bantuan. Jangan. Boleh, bukan tak boleh; *once in a while. But you are creating a dependent society like what happens to many countries, developed like Britain.
Dependent on— police, workers, dependent on other countries* yang ada.
Kerana kita nak create supaya manusia, human capital yang mempunyai keupayaan mereka to be independent financially, independent dari segi kehidupan mereka, independent dari segi perubatan mereka.
Bahkan saya juga cadangkan, masa saya jadi kerajaan bagi peruntukan RM20 jutakah lupa dah— kepada UMS supaya ada fakulti— dah ada fakulti kesihatan di UMS. Banyakkan supaya kita tidak ada pergantungan kepada tempat lain untuk menghantar pakar-pakar doktor yang ada di kawasan-kawasan luar bandar ini.
Ini penting kepada kita dan saya juga berharap dalam konteks sistem bukan setakat perumahan, pengangkutan.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Baru-baru ini, saya melihat banyak juga rumah-rumah yang ada di peringkat luar bandar ini membimbangkan saya dan mereka berada di kawasan-kawasan yang tidak lengkap dengan kemudahan-kemudahan. Saya berharap pihak kerajaan dapat juga melihat secara serius pengagihan perumahan-perumahan di semua peringkat.
Begitu juga dalam sistem pengangkutan yang ada. There is no proper public transport di Sabah. Anak-anak kita nakkan ke sekolah― nauzubillah, kadang-kadang itu saya nak menitis air mata pun susah juga kan. Kita ada kereta tapi umat di peringkat bawah ini kita nak kempen, kita nak berpolitik, tapi anak-anak ini nak ke sekolah. Mungkin sebahagian besar daripada RM60 bilion peruntukan pendidikan itu sediakanlah setiap yang ada. Bayangkan bila ada― kalau pun tidak mampu untuk kita menyediakan, apa nama, kenderaan, but improvise sistem pendidikan yang ada.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Banyakkan hostel, hostel anak-anak yang boleh kita tempatkan tanpa ibu bapa mereka bimbang berjalan kaki sampai berjam-jam. Kalau ada hostel, kita serahkan kepada mereka. Saya pun pernah tinggal di hostel. Jauhnya Semporna, saya tinggal di Sabah College ya, untuk kita belajar, contohnya, seumpama itu.
Termasuk juga di Victoria Institution waktu itu saya belajar di Kuala Lumpur ya.
Boleh. Bukan kita tidak boleh tinggal di hostel. Untuk membolehkan supaya kita dampingi kemudahan perpustakaan yang ada. Daulatkan. Yang ini, pengangkutan ini cukup penting.
Kebimbangan kita, banyak kita bergantung di bumi Sabah ini dengan kereta, apa nama dia, kereta sapu ke kereta apa kan? Itu yang membimbangkan. Kita dah 2026. Saya berharap supaya you equally distribute the wealth yang ada in this country to build up a nation touch the heart of all. Yang saya bimbang ini.
Dan seperkara lagi, keperluan asas yang ada, hendak― saya tahu masa tak mengizinkan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya bagi satu minit lagi boleh?
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Tak apalah. Saya tak nakkan itu. Just saya akan nanti dalam soalan-soalan, saya akan bangkitkan beberapa. Besok saya ada soalan juga. I will touch on perniagaan yang ada. Terima kasih, Datoʼ Speaker.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Marang. 15 minit, Yang Berhormat sebagai ketua parti.
[Tepuk]
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahi rabbil alamin wabihi nastain. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan junjung kasih di atas Titah Tuanku yang berterus terang menegur pentadbiran yang lemah, yang gagal, khususnya mencegah kemungkaran dalam masalah rasuah yang membarah dalam negara kita.
Sabda Nabi SAW*...
[Membaca sepotong hadis] “Kalau Allah menghendaki seorang raja itu baik, dia jadikan menteri, penasihat yang ada sebelahnya menteri yang baik yang benar.”* Kalau raja itu lupa, dia beri ingat. Raja itu sedar ditolongnya.
“Kalau Allah hendak buruk kepada raja itu, dia jadikan menteri penasihat sebelahnya
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
yang buruk, yang bohong.” Kalau raja itu ingat, tak ditolong. Raja itu lupa, tak diperingatkan.
Kita menghadapi titah ucapan yang berterus terang, iaitu Tuanku menegur kelemahan yang berlaku berpunca daripada kegagalan dalam peranan manusia.
Disebut oleh Firman Allah SWT, [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Demi masa, semua manusia dalam kerugian, melainkan mereka yang beriman, mengerjakan amal yang soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran.” Tiga perkara yang penting, tiga aspek. Yang pertama, iman. Akidah, kepercayaan kepada Allah, hari akhirat, dosa dan pahala. Yang kedua, amal. Amal yang soleh. Ketiga, berpesan, nasihat, tolong-menolong. Bermasyarakat madani yang berlandaskan iman. Tiga aspek yang disebut oleh al-Quranul Karim.
Apa yang berlaku ialah nasihat yang tidak menyeluruh. Sabda Nabi SAW, [Membaca sepotong hadis] “Agama itu nasihat.” Sahabat tanya, “Iman untuk siapa?” Sabda Nabi, [Membaca sepotong hadis] “Nasihat yang jadi kewajipan kerana Allah dan Rasul, bagi raja, pemimpin-pemimpin dan bagi orang awam”. Perlu melibatkan semua.
Sekarang raja telah berterus terang menasihat kerajaan dalam masalah kemungkaran yang besar berlaku dalam negara kita iaitu kemungkaran rasuah merupakan satu dosa yang sangat besar dalam Islam. Disebut oleh Allah dalam Quran― disebut dalam Quran, dosa besar.
[Membaca sepotong ayat al-Quran] Surah al-Baqarah, ayat 188. “Jangan sekali-kali kamu makan harta-harta di kalangan kamu dengan cara yang salah, dengan cara kamu menyogok kepada pihak yang berkuasa, sebab makan harta orang lain dengan cara yang dosa dalam keadaan kamu mengetahui.” Apa yang berlaku pada hari ini, kesalahan ini laksana ikan buruk daripada kepala sampai ekor. Sangat dahsyat. Nabi telah menghuraikan tindakan yang holistik. Sabda Nabi SAW, [Membaca sepotong hadis] “Allah Taala melaknat orang yang bagi rasuah, yang terima rasuah dan orang tengah.” Sepatutnya tindakan diambil kepada tiga-tiga pihak. Diambil kepada pihak yang bagi rasuah, pihak yang terima rasuah dan orang tengah. Apa yang berlaku ini, tindakan kepada yang terima rasuah. Yang sogok, tak dibagi. Orang tengah, tak dibagi. Kononnya nak dapat pertolongan jadi saksi dan sebagainya. Maka, berlakulah kelemahan-kelemahan dalam tindakan undang-undang dalam langkah yang diambil.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Kegagalan-kegagalan itu adalah dalam pembangunan insan. Pembangunan insan, pembangunan manusia. Yang kedua, kelemahan undang-undang. Ketiga, kepimpinan yang lemah, payung yang bocor. Ini masalah yang kita hadapi.
Pembangunan insan. Manusia ini perlu dibina jasad dia, akal dia dan roh dia.
Tiga aspek. Jasad, akal dan roh. Jasad ada makanan. Akal ada makanan. Roh ada makanan. Makanan jasad ialah makanan biasa untuk menguatkan nafsu dan kemahuan dia. Makanan akal, ilmu. Makanan roh ialah beriman, akidah, dosa dan pahala. Di mana, pemeriksaan tak masuk, tak lengkap dalam semua perkara ini.
Membangun manusia, membangun jasad yang melahirkan nafsu yang berlonjak- lonjak sehingga tak ada iman, tak dikawal. Mahukan harta dengan sebanyak- banyaknya.
Nabi sebut dalam hadis, “Manusia tak puas dengan harta...” ― bukan RM1 bilion. “Kalau diberi satu lembah dengan emas, dia tak puas lagi, mahu satu lembah lagi. Beri satu lembah lagi, mahu satu lembah emas lagi, sehingga masuk ke kubur.” [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Kamu lalai dengan banyak harta sehingga kamu masuk kubur baru sedar.” Nafsu yang melonjak ini menyebabkan rakus, tak kira melibatkan semua pihak, sehingga jalan isbah ini berlaku. Macam kisah dua ekor kera yang minat dengan pisang, sangat suka dengan pisang, berebut pisang. Pisang sebiji. Jumpa dengan beruk, beruk pun minat pisang juga. Kera selesai masalah, beruk pun selesai masalah. Dia potong pisang berat sebelah. Dia potong berat sebelah, dia potong masuk dalam mulut dia. Masuk dalam mulut beruk. Potong seberat lagi masuk dalam mulut beruk balik. Potong masuk, akhirnya tinggal kulit. Tinggal kulitlah. Habis dapat dekat beruk. Boleh ke kera ini kulit-kulit sahaja.
Ini yang berlaku mengapa projek gagal, bangunan hospital tak lulus, beli senjata, senjata tak sampai, beli senjata second hand. Kerana apa? Duit habis tengah jalan. Dicantas oleh beruk-beruk yang jaga roadblock ini. Ada yang ambil 10 peratus tengah jalan. Ambil lima peratus tengah jalan. Ambil berapa peratus tengah jalan. Menyebabkan akhirnya tak cukup. Menyebabkan nak beli― bajet cukup. Bila lulus bajet tiap-tiap tahun, cukup. Tapi, bila sampai masa nak laksana, tak cukup balik.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Ini berlaku kelemahan-kelemahan kerana kita telah dikawal. Kalau ada iman, tak berani nak buat benda macam ini.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Yang kedua, kelemahan undang-undang. Undang-undang, tak ada roh.
Dalam Islam, bukan undang-undang dunia saja. Kalau lepas undang-undang dunia, dalam kubur dia kejar lagi. Hari kiamat, dia kejar lagi. Sebenarnya apa yang berlaku, undang-undang ini dalam dunia saja dianggap rasuah dosa yang besar ini. Dosa besar dosa rasuah ini, lebih besar daripada dosa makanan haram lagi. Sebab makanan haram untuk diri dia saja. Rasuah ini melibatkan negara, masyarakat umum. Lebih haram dari makanan haram lagi. Kita kena sedar.
Tapi bila undang-undangnya tak kuat, tak kuat, bila dianggap undang-undang ini dunia saja, rasuah ini perkara dunia, tak kait dengan agama. Maka, apa lagi? Dia ada ilmu, ilmu tak ada iman pula. Lagi banyak ilmu, pandai menipu. Banyak taktik, macam-macam. Ilmu tak beriman, akan jadi macam itu. Maka, lepas undang-undang dunia, tak apa. Lepas itu buat umrah. Lagi banyak rasuah, acap kali umrah. Tak jadi masalah. Boleh hilang benda itu. Dalam Islam tak hilang. Mesti kena ambil tindakan undang-undang, baru hilang dosa. Kalau tak ambil tindakan undang-undang, akhirat mana nak lari? Kalau dia sedar macam ini, barulah dia tak berani buat.
Yang kedua pula, undang-undangnya terpilih. Terpilih. Orang yang sokong kerajaan, diselamatkan. Yang tak sokong, jaga, kena. Menyebabkan payung kerajaan itu, bocor. Bocor. Akhirnya, kerajaan jadi pelindung kepada orang yang rasuah. Nak selamat, sokong kerajaan.
[Tepuk] Kalau tak sokong, tak selamat. Jadi, begitu ingat.
Dalam Islam, pemimpin perlu menjadi contoh dan model. Ulama mengatakan— [Bercakap dalam bahasa Arab] Pihak jentera kerajaan ikut orang yang lebih atas. Kalau atas tu jadi model, orang bawah akan ikut dulu.
Umar Abdul Aziz yang memerintah melakukan reformasi dalam masa dua tahun. Bukan dua penggal, dua tahun. Selesai masalah Umar Abdul Aziz ini. Dia bertindak terhadap isteri dia dulu yang dapat hadiah. Lepas itu bertindak terhadap keluarga yang terdekat, dapat hadiah, terhadap kroni yang dapat hadiah. Keikhlasan dia menyebabkan pihak yang bawah ini, jujur, jadi model.
Jadi reformasi ini tak perlu pada dua penggal. Umar Abdul Aziz buat dua tahun saja. Dua tahun, Baginda telah diracun oleh keluarga dia sendiri. Tak apalah mati kerana berkorban. Reformasi dalam masa dua tahun. Kalau letak jawatan dua penggal, bukan reformasi, ‘reforkerusi’.
[Ketawa] ‘Reforkerusi’. Bagi dia kerusi sajalah. Gilir jawatan. Lepas orang ini, orang ini pegang pula. Kalau tak laku reformasi yang menyeluruh, maka akan jadi rosak.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Kemudian kita kena sedar, rasuah ini menyebabkan birokrasi di bawah nu, rakyat susah. Nak dapat sesuatu tanah satu-satu rancangan, terpaksa bagi rasuah di bawah. Barulah orang— [Tidak jelas] Sampai bertahun, bulan nak dapat tanah, nak lulus sesuatu permohonan dia. Jadi, parah dia punya kerja.
Kemudian yang masalahnya ialah pegawai-pegawai ini tak berani nak berterus-terang. Tak mustahil pegawai jadi kambing hitam. Tak mustahil jadi kambing hitam. Hok beruk-beruk ini, selamat. Pegawai yang kambing hitam yang kena sembelihnya. Dengan sebab itu, saya meragui orang-orang yang didedahkan nama-nama pegawai-pegawai ini. Bukan tentera saja, semua. Semua jawatan didedah ini. Mungkin ada beruk-beruk yang besar. Pegawai ini dipaksa, takut ke beruk ini terpaksa kena buat. Maka berlakulah tindakan sebegitu rupa. Jadi sepatutnya pemimpin perlu jadi model yang berani. Nak naik pangkat, orang yang betul-betul buat kerja.
Saya tertarik, saya baca dalam satu kisah dalam media Indonesia, Sultan Hamengkubuwono, Sultan Yogya. Satu-satunya Tuanku Sultan yang dikekalkan di Indonesia. Hamengkubuwono pernah dia pandu kereta, melanggar arus. Salah undang-undang jalan raya, lalu seorang polis yang baru dapat kerja, saman sultan.
Saman sultan, dia tak kenal.
Orang baru kerja, tak kenal kereta sultan. Dia saman sultan. Sultan tak kata apa. Tiba-tiba sultan pergi ke balai. Pergi ke balai, panggil ketua balai. Panggil ketua balai, tunjuk ini surat saman ini, sila panggil hok pegawai yang saman saya ini. Ketua balai bagi tahu, “Kamu tak sedar ini, kamu saman ini Sultan”.
[Ketawa] Dia tak kenal.
Takutnya dia, habislah kena buang kerja. Bila dia pergi jumpa Sultan, Sultan kata naikkan pangkat dia kerana dia berani.
[Tepuk] Dia berani bertindak terhadap itu. Ini dak. Kalau pegawai buat macam ini, bagi penampar. Bagi penampar. Bukan naik pangkat ini. Ini tak boleh. Ini kita kena sedar.
Kemudian saya balik. Masalah ini ialah kegagalan...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Marang, laluan.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Dalam pembangunan insan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ini Marang, ada...
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Ya?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ada celahan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Laluan. Hulu Terengganu.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Hulu Terengganu.
Seorang Ahli
Belakang, belakang.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Hulu Terengganu.
Nanti kalau saya ada masa, saya bagi.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey. Terima kasih.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Saya nak perabis.
Pembangunan insan ini, mesti mengikut acuan yang diatur oleh Allah SWT di mana bila mengatur pembangunan insan ini, mula-mula mengikut fitrah. Sifat— [Tidak jelas] dari bayi, kanak-kanak. Manusia dilahirkan [Bercakap dalam bahasa Arab] dilahirkan dalam keadaan suci bersih. Kemudian, pendidikan pelajar mewarnai kanak-kanak ini.
Oleh sebab itu, pada peringkat bayi ini, peringkat kanak-kanak kecil ini, hendaklah dia asuh fitrah dia dulu. Mula daripada makanan dia. Sebab itu Islam menggalakkan susu ibu. Bukan susu tiruan. Kasi susu ibu dulu. Sekarang ini apa yang berlaku? Ibu sibuk sangat, bagi susu tiruan, maka jadilah anak tiruan.
[Ketawa] Apa yang berlaku di barat hari ini, anak-anak tak peduli pada ibu bapa sebab anak tiruan. Setengah ada ibu bapa yang tulis surat wasiat, bagi dekat anjing. Anjing yang jaga.
Ini sangat menyedihkan kerana— Sebab itu Nabi kata, [Membaca sepotong hadis]. Suruh anak kamu sembahyang umur tujuh tahun. Kemudian bila cukup umur 10, dia buat salah, pukul. Maknanya masa umur tujuh tahun, ajarkan fardu ain yang wajib tiap-tiap orang perkara agama kah akhlak, perkara moral, betul dan salah.
Inilah masa umur tujuh tahun.
Peringkat bawah tujuh tahun itu, didik fitrah rumah dia dulu. Tujuh tahun barulah Nabi kata, bagi fardu ain. Diwajibkan atas tiap-tiap orang. Bila 10 tahun, barulah ajar benda lebih besar, yang lebih berkembang. Barulah dia besar lagi, barulah fardu kifayah, tugas-tugas dalam masyarakat. Jadi apa yang berlaku pada hari ini, kita pisahkan pendidikan dengan pelajaran. Yang kedua, tidak menyeluruh dalam pendidikan kita. Ini perlu, perlu diambil langkah-langkah.
Dunia sedang menghadapi kerosakan yang parah pada hari ini. Bukan saja peringkat nasional, peringkat antarabangsa. Kita melihat bagaimana Amerika sebuah negara demokrasi, dah jadi negara samseng. Negara samseng. Serang Venezuela. Nak ambil Greenland, nak ambil Kanada, wilayah dan sebagainya.
Demokrasi pilihan raya dia yang sah. Pilihan raya orang lain tak sah. Padahal negeri orang lain buat pilihan raya juga. Iran ada pilihan raya, Rusia ada pilihan raya. Semua ada pilihan raya. Semua tak betul. Pilihan raya dia saja betul.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Oleh kerana dia sangat nafsu nak pada harta, nak pada hasil, hasil bumi, merasa hasil bumi ini tak cukup, rompak negeri lain. Balik pada zaman penjajahan balik. Penaklukan. Sehingga negara blok barat daripada Eropah, mengubah sikap terhadap Amerika. Tak sokong. Malangnya Malaysia kita, serah diri daripada awal lagi. Ini sangat memalukan. Setakat itulah ucapan saya. Sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Marang. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Batu Kawan. 10 minit Yang Berhormat.
Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Batu Kawan menyertai perbahasan menjunjung kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong yang sangat tegas dan jelas serta mencerminkan keprihatinan Baginda terhadap kesejahteraan rakyat serta negara secara keseluruhannya.
Titah Diraja telah menyentuh mengenai pelbagai perkara penting termasuk aspek tadbir urus ekonomi dan kebajikan rakyat, amalan rasuah yang masih berleluasa, kepentingan reformasi institusi, sistem pendidikan negara serta asas pembentukan Malaysia. Saya menyokong penuh penegasan Baginda yang menyeru kita semua untuk kembali kepada niat asal pembentukan Malaysia iaitu perpaduan dan hormat-menghormati serta kerjasama erat antara negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Justeru, ucapan saya pada hari ini akan menyentuh kepada penegasan Baginda bahawa sebarang perbezaan pandangan, haruslah diselesaikan secara matang dan bukan menerusi kebencian atau syak wasangka.
Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan
Perkara ini sangat berkait rapat dengan isu yang sedang dibangkitkan kebelakangan ini iaitu mengenai tuntutan Menteri Besar Negeri Kedah ke atas Pulau Pinang yang mana boleh saya sifatkan sebagai tidak berasas serta telah menimbulkan kekeliruan awam dan polemik yang tidak perlu dalam kalangan rakyat jelata.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan bahawa sejak dari awal lagi tuntutan Kedah adalah amat tidak wajar dan tidak berasas dari sudut perundangan dan bertentangan sama sekali dengan prinsip Persekutuan Malaysia yang kita
Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan
junjung bersama sejak sekian lama. Dari sudut perundangan jelas bahawa Pulau Pinang merupakan sebuah negeri berdaulat dalam...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Batu Kawan. Boleh Sik mohon penjelasan?
Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan
...Persekutuan Malaysia yang mana...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Bagi sikit.
Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan
...Selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Batu Kawan.
Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan
Pulau Pinang telah diiktiraf sebagai sebuah negeri berdaulat setaraf dengan negeri-negeri lain termasuk Kedah.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Batu Kawan nak bagi Sik?
Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan
Maaf dah masa.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Batu Kawan boleh bagi Sik?
Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan
Kedudukan ini...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Mohon penjelasan ini Batu Kawan. Tolong bagi.
Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan
...Diperkuatkan lagi apabila...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sik, dia tak bagi.
Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan
Perjanjian Malaysia 1963 dimeterai dan sejak itu Pulau Pinang tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan bukannya kepada mana-mana tuntutan sejarah pra kemerdekaan. Malah sempadan negeri...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Batu Kawan sekali lagi Sik mohon.
Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan
...Juga telah ditetapkan secara muktamad melalui Akta Kedah dan Pulau Pinang (Pengubahan Sempadan) 1985 [Akta 325] yang digubal di Parlimen mengikut Perkara 2, Perlembagaan Persekutuan.
Dalam sistem Persekutuan, sempadan negeri tidak boleh diubah secara sewenang-wenangnya. Apatah lagi melalui kenyataan politik tanpa proses perundangan yang sah dan tuntutan ini jelas bercanggah dengan semangat federalisme. Perlu diingatkan bahawa Persekutuan Malaysia dibina atas prinsip kesetaraan negeri dan penghormatan terhadap kedaulatan masing-masing. Jika
Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan
tuntutan sebegini dibenarkan, maka kita sebenarnya membuka ruang kepada tuntutan-tuntutan lain yang boleh menggugat kestabilan negara pada masa akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya merujuk kepada satu duluan precedent perundangan yang amat penting iaitu tuntutan Kesultanan Sulu ke atas negeri Sabah yang sering digunakan sebagai contoh bagaimana tuntutan sejarah tidak boleh mengatasi kedaulatan Perlembagaan dalam pelbagai prosiding undang-undang yang melibatkan waris Kesultanan Sulu termasuk tindakan timbang tara dan litigasi di peringkat antarabangsa.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Batu Kawan minta bagi Sik penjelasan.
Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan
Pendirian konsisten Kerajaan Malaysia...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Kenapa Batu Kawan takut?
Tolong bagi.
Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan
...Bahawa...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sik, dia tak bagi Sik.
Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan
Saya sudah kata tak bagi. Masa terhad. Mahu ucap, ucap nanti. Mahu tuntut, tuntut nanti. Mahu bicara pergi ke mahkamah.
[Tepuk] Sekali gus menegaskan bahawa kedaulatan Sabah ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan Pembentukan Malaysia 1963 serta pengiktirafan antarabangsa. Oleh itu, saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa tuntutan Menteri Besar Kedah ke atas Pulau Pinang adalah tidak menurut Perlembagaan. Sama seperti tuntutan Sulu ke atas negeri Sabah yang telah ditolak melalui prinsip undang- undang dan kedaulatan negara.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sekali lagi Sik mahu mohon elok- elok ini Batu Kawan, tolong bagi.
Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan
Pulau Pinang adalah sebuah negeri.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Sik, dia tak kasi.
Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua, sikap Ahli Dewan ini degil tidak mendengar.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Saya mohon elok-elok, bagi tahulah kalau tak mahu bagi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Sik.
Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan
Saya rasa cakap tiga, empat kali dah.
Takkan tak faham bahasa Malaysia yang simple?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Kenapa tak benarkan kalau benar-benar berani berhujah?
Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan
Oleh itu, saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa tuntutan Menteri Besar ke atas Pulau Pinang adalah tidak mengikut Perlembagaan sama seperti tuntutan Sulu ke atas negeri Sabah yang telah ditolak melalui prinsip undang-undang dan kedaulatan negara.
Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang berdaulat dalam Persekutuan Malaysia dan Pulau Pinang menolak sekeras-kerasnya sebarang naratif atau provokasi yang dimainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga mampu menggugat keharmonian awam terutama melibatkan hubungan antara negeri.
Sudah tiba masanya untuk menghentikan retorik politik yang pada hemat saya tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat dan negara. Marilah kita memberi tumpuan sepenuhnya terhadap agenda yang lebih besar iaitu usaha membangunkan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat.
Pulau Pinang tidak berniat untuk menoleh ke belakang melainkan terus mengorak langkah ke hadapan dengan segala daya upaya dan pelbagai perancangan strategik bagi meningkatkan mutu kehidupan rakyat serta memperkukuh kedudukan ekonomi negeri. Antaranya ialah satu aspirasi penting iaitu cadangan penubuhan Pusat Kewangan Antarabangsa Pulau Pinang atau ringkasnya Penang International Financial Centre.
Saya ingin menegaskan bahawa rancangan untuk jadikan Pulau Pinang sebagai hab kewangan bukanlah idea bermusim atau slogan semata-mata, tetapi merupakan aspirasi jangka panjang bagi memperkukuh asas ekonomi negeri dalam kerangka yang lebih besar iaitu menjadi Pulau Pinang sebagai hab inovasi teknologi serantau yang berdaya saing dan berimpak tinggi. Saya ingin menjelaskan bahawa Pulau Pinang tidak boleh dan tidak seharusnya bersaing secara langsung dengan Kuala Lumpur misalnya, sebagai hab kewangan umum kerana Kuala Lumpur sememangnya mempunyai ekosistem yang tersendiri sebagai pusat kewangan negara.
Namun, Pulau Pinang juga mempunyai satu kekuatan yang sangat unik iaitu ekosistem perindustrian dan pembuatan berteknologi tinggi yang telah lama terbina.
Justeru, Pulau Pinang akan memfokuskan kepada segmen kewangan khusus iaitu aset digital, teknologi kewangan atau fintech dan perkhidmatan kewangan berkaitan
Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan
pembuatan termasuk pembiayaan rantaian bekalan, perdagangan, pengurusan risiko serta inovasi industri.
Setakat ini, kita telah mengadakan sesi libat urus dengan agensi-agensi Persekutuan, misalnya pihak Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan. Tujuan perbincangan ini adalah untuk memastikan cadangan yang dikemukakan adalah bersifat inovatif dan mematuhi perundangan.
Justeru, akhirnya saya berharap Pulau Pinang mempunyai harapan agar Kerajaan Persekutuan dapat menimbangkan permohonan ini dan seterusnya bersama merealisasikan cadangan menubuhkan Pusat Kewangan Antarabangsa
(PIFC) di negeri Pulau Pinang. Sekian, terima kasih Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Saya cuma nak tekankan dekat sini senarai ya. Selepas kita rehat adalah Yang Berhormat Sungai Besar, kemudian Yang Berhormat Batu Pahat, kemudian Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Putatan dan Yang Berhormat Parit.
Jadi, saya tengok sekarang pun dah pukul 1.00 tengah hari, kita tangguhkan Dewan sehingga pukul 2.30 petang nanti. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya menjemput Yang Berhormat Sungai Besar.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Bismillahirrahmanirrahim.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker, mohon satu penjelasan dan pertanyaan Speaker. Selamat petang Speaker. Speaker, saya lihat bahawa pada hari Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda bertitah untuk pembukaan Parlimen kali ini, Yang Berhormat Marang tidak hadir. Saya cuma ingin tahu, adakah apa-apa surat dihantar, kenapa beliau tidak hadir untuk mendengar dan menghormati Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada Pejabat Speaker? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Jelutong, mungkin Yang Berhormat boleh tanya Tan Sri Speaker kerana telah ada surat pun, tak akan sampai ke pejabat saya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sungai Besar.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Terima kasih.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Selamat petang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas kesempatan Sungai Besar untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas pada kali ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan memetik hadis Muslim yang berkata, “Barang siapa diberi amanah oleh Allah untuk memimpin rakyatnya, lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan syurga ke atasnya.” Juga kata-kata seorang pujangga yang dalam tulisannya berkata, “Apabila jawapan dijawab berbelit-belit dengan suara gugup dan gagap, itu petanda bukan soalan yang salah tetapi jawapan yang tidak jujur.” Sesungguhnya pada persidangan kali ini, sekali lagi Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menyentuh tentang aspek kesihatan, tentang pengangkutan awam, rasuah dan integriti, tentang pendidikan dan memartabatkan bahasa sehingga Tuanku bertitah, “Kalau ada yang tidak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia.” Ini kita kira Tuan Yang di- Pertua, teguran sangat serius kepada mereka yang tidak mahu memartabatkan bahasa kita.
Tuan Yang di-Pertua, secara jelasnya Tuanku bertitah tentang menyempurnakan kesejahteraan rakyat yang tersirat tentang kesusahan.
Kesusahan rakyat khususnya. Bagaimana hendak membantu mereka dalam keadaan ekonomi yang di atas kertas macam bagus?
Realitinya rakyat pinggir bandar, rakyat luar bandar, rakyat duduk kampung sangat terkesan dengan kenaikan pelbagai harga barangan. Barang basah, barang kering, barang keperluan, keperluan asas khususnya. PMKS, peniaga-peniaga hiliran sangat terbeban dan mengeluh setiap masa kerana harga barang yang semakin naik sejak tiga tahun yang lalu. Hari-hari naik, sentiasa naik. Itu perkataan yang keluar daripada mulut mereka.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Hendak buka sekolah pula, tiba-tiba harga peralatan sekolah naik mencanak- canak. Baju sekolah naik, kasut naik, beg naik. Semua naik harganya. Pendapatan tidak sepadan, tidak setara dengan perbelanjaan. Kenapa begitu? Kerana dari awal tidak dikawal. Bila bahan api naik, diesel naik, tarif naik, inflasi katanya turun, pengangguran katanya turun, KDNK katanya naik, tetapi keluhan demi keluhan tidak mampu dibendung dengan senyuman walaupun dapat SARA.
Kata ekonomi berkembang 49 peratus, hakikatnya rakyat di bawahan menyambut pengumuman itu dengan senyuman sinis. Harga komoditi sawit tidak pernah lagi mencecah harga 1,000 setan sebagaimana waktu Kerajaan Perikatan Nasional. Harga tanaman kontan tidak cecah pun harga pulangan modal. Tetapi di pasar basah, di pasar borong, di pasar tani, harganya naik berganda.
Yang tanggung beban Tuan Yang di-Pertua, adalah rakyat jelata di bawahan.
Tuan Yang di-Pertua, para pesawah di sesuatu kawasan sedang muram durja.
Dahlah sewa naik, input pertanian naik, baja racun naik. Racun bukan sahaja harganya naik, tetapi tidak berkualiti. Hasil agak merosot, penyakit pula banyak. Ulat batang, bena perang, piandang, kesing, BLB dan sebagainya.
Ini ditambah pula, bila panen ataupun bila dituai, potongannya lebih 20 peratus. Ada 23 peratus hidup. Ini disebut hidup— 24, 25 hingga 30 peratus potongan padi. Pemotongan padi 30 peratus. Sangat tinggi. Jarang-jarang berlaku sebelum ini. Dah lah hasil merosot, potongan padinya tinggi. Bayangkan Tuan Yang di-Pertua, kalau potongan 30 peratus, bermaksud dipotong 300 kilogram bagi setiap 1 tan. Bagi setiap 1,000 kilogram, dipotong 300 kilo. Kalau 1 tan, campur dengan subsidi harga RM2,000, tolak 300 kilo bagi setiap satu tan, dah hilang RM600.
Maknanya petani tinggal dapat pendapatan RM1,400 sahaja. Bayangkan, setiap tan dipotong RM600. Kalau dapat 5 tan lah Tuan Yang di-Pertua. 5 tan contohnya. Potongan 30 peratus bersamaan RM1,500. Kalau potongan dia adalah 30 peratus. Pesawah hilang RM3,000 bagi setiap lima tan. Dulu naik harga padi daripada RM1,300 ke RM1,500 tan. Alhamdulillah. Adalah naik RM200. 1.5 tan kenaikan RM300, kita dapat RM300 tapi ditarik RM3,000 bagi setiap tan yang kita terima, kalau lima tan padi yang kita tuai. Bayangkan ya. Saya sebut tadi, dapat 300, tarik 3,000.
Inilah kumpulan Tuan Yang di-Pertua, yang saya rasa mengusahakan jaminan makanan negara, ini food security kita. Mereka bertungkus lumus, membanting tulang 4 kerat, bergelumang dengan selut dan lumpur. Belum lagi kena pacat dan lintah, belum lagi kena kayap, serangan kayap dan sebagainya.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Sepatutnya kerajaan melalui KPKM ambil perhatian serius berkaitan perkara ini. Isu potongan padi ni Tuan Yang di-Pertua, bukan Selangor sahaja, tapi ini daripada Jelapang Utara, Pantai Timur, selatan dan tengah.
Jadi saya, Tuan Yang di-Pertua, mewakili ataupun menyertai lebih 200,000 pesawah yang mengusahakan lebih 600,000 hektar sawah, menuntut supaya kerajaan dalam membantu pesawah menetapkan potongan padi ataupun pemotongan padi adalah antara 17 peratus hingga 20 peratus bagi padi bukan kategori benih. Jadi, saya mohon dijadikan polisi dan arahan kepada semua pembeli- pembeli, terutamanya pembeli-pembeli swasta.
Bagi pihak pesawah juga saya bertanya, adakah ada ura-ura untuk mengenakan lesen dron daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia
(CAAM) yang digunakan untuk meracun sawah-sawah ini. Kalau andai kata ini juga dikenakan kepada pemilik dron, maka saya yakin upah penyemburan dron juga akan meningkat.
Berapa banyak lagi pesawah nak tanggung modal? Kalau dulu harga bajak naik, harga chalin naik, harga input pertanian naik, kali ini mungkin harga upah dron juga naik, jika pemilik dron dikenakan lesen.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Kalau perkara asas seperti ini Tuan Yang di-Pertua, sudah membebankan pesawah, macam mana kementerian boleh buat unjuran kadar sara diri beras negara disasar meningkat, dengan andaian pendapatan pesawah naik sehingga RM3,500 sebulan bagi kawasan jelapang dan RM2,500 bagi kawasan bukan jelapang. Ini ya lah, macam mana nak berlaku sistem pengairan kita, sistem palong kita dah berusia 40 tahun, uzur, bocor, mendap, macam mana nak meningkatkan pendapatan sawah, kalau isu potongan padi masih lagi tidak dapat diselesaikan. Isu bekalan air juga tak dapat diselesaikan.
Satu lagi, berkaitan dengan benih Tuan Yang di-Pertua. Nak kadar sara diri pesawah naik dan produktiviti naik, maka bekalan benih mestilah terbaik dan tahan penyakit. Bahagian penguatkuasaan mesti memastikan ladang benih padi sah mesti mengeluarkan benih berkualiti dan kuantitinya tinggi. Buat polisi hanya ladang benih keluarkan lebih tujuh tan sektor sahaja boleh dijadikan benih padi sah. Ini baru benih padi berkualiti. Jangan sampai yang dapat empat tan pun dijadikan sebagai padi benih.
Tuan Yang di-Pertua, saya nak menyentuh berkaitan Jalan Persekutuan FR5, daripada Sekinchan ke Sungai Besar hingga ke Jambatan Sabak Bernam. Ini
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
jalan penyambungan Lebuhraya WCE, Sepang ke Taiping yang sekarang di bawah seliaan JKR. Jalan ini sekarang Tuan Yang di-Pertua, sudah sesak dengan kenderaan luar yang membuat pilihan. Maknanya dah tak mahu lalu PLUS, dia lalu WCE. Malangnya, jalan yang baru dibuat nampak macam uzur, berlopak sana, berlopak sini, berlubang sana, berlubang sini, main tampal-tampal sahaja.
Jadi, banyak kemalangan berlaku, banyak kenderaan-kenderaan yang rosak, kereta dan sebagainya.
Jadi, rakyat Sungai Besar dari mula memang kita dah menentang FR5 ini dijadikan sebagai penyambungan lebuh raya dan kita mohon supaya JKR melihat semula. Kampung dahlah terbelah dua dengan adanya pengambilan FR5 ini. Jadi, kita mohon KKR turunkanlah peruntukan naik taraf dari segi aspek keselamatan kerana kemalangan banyak berlaku. Bagi papan tanda, cat semula garisan jalan yang pudar, pembaikan semula guardrail dan sebagainya.
Jadi, yang ini Tuan Yang di-Pertua, kita mohon supaya peruntukan- peruntukan ini bukan sekadar itu sahaja tapi kita nak juga lampu jalan JKR di kawasan kampung. Banyak orang luar bawa laju-laju dan banyak sangat kemalangan-kemalangan yang menjadikan orang kampung rasa tidak seronok dengan apa yang telah berlaku.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, satu lagi saya nak tanya. Berkaitan dengan kenderaan berat, lori treler contohnya, berapa kelajuan yang diwartakan sekarang ini? Adakah masih lagi 70 ataupun 80 kilometer satu jam? Kalau kita tengok di jalan FR5, di jalan lebuh raya dan sebagainya, kelajuan dia lebih daripada 100 kilometer satu jam dan kadang-kadang dia memberi keresahan kepada pengguna-pengguna yang lain.
Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, salah satu titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong adalah kepedulian tentang kesihatan. Saya nak bertanya berkaitan Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam. Adakah ada cadangan untuk daripada Kementerian Kesihatan untuk menaik taraf hospital ini ke hospital pakar, terutamanya pakar kesihatan remaja dan kanak-kanak ataupun menaik taraf perkhidmatan, layanan dia, kecepatan perkhidmatan, kecekapan tugasan, kepakaran dan lain-lain.
Sikit lagi yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, ini kali keempat saya membawa isu ini berkaitan kerentanan hakisan pantai, isu limpahan air laut, isu benteng yang rapuh dan tidak kukuh di kawasan Parlimen Sungai Besar, terutamanya di kawasan Parlimen Sekinchan. Bulan lepas Tuan Yang di-Pertua, dua kali banjir, kerana bentengnya rebak, orang kampung, masuk air laut ke dalam
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
rumah dan kita mohon supaya pihak yang berkaitan tidak memberi peruntukan secara runcit-runcit, runcit sikit-sikit tapi berjuta. Kita mahu satu kerangka penampan jangka panjang dan sistem penyuraian tenaga ombak supaya kawasan ini nanti boleh terlindung daripada sebarang bentuk musibah kerana kawasan air laut lebih tinggi daripada kawasan kampung. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar. Saya jemput Yang Berhormat Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada— Batu Pahat ingin bangun berbahas ucapan terima kasih ke atas Titah Diraja dalam pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Majlis Parlimen Kelima Belas. Terlebih dahulu juga Batu Pahat ingin merakamkan setinggi-tinggi junjungan kasih dan taat setia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Puan Timbalan Yang di-Pertua, Batu Pahat juga menyokong sepenuhnya akan penegasan Tuanku berhubung usaha membanteras secara menyeluruh, termasuk dalam institusi-institusi yang sepatutnya dibenteng integriti negara seperti Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, kastam dan agensi-agensi penguat kuasa yang lain.
Hakikatnya apabila rasuah menular dalam pasukan yang diberikan amanah untuk mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara, maka yang terancam kini bukan sahaja kewangan awam, tetapi juga keselamatan nasional, keadaan sosial dan kepercayaan rakyat terhadap negara. Oleh itu, langkah membanteras rasuah tidak boleh bersifat kosmetik atau bermusim. Ia nya mesti tegas, konsisten dan bebas daripada campur tangan politik atau tekanan mana-mana pihak yang berkepentingan.
Puan Timbalan Yang di-Pertua, Batu Pahat ingin menyambut baik dan menyokong penuh terhadap Titah Diraja yang mencadangkan satu laluan khas di mahkamah supaya kes rasuah dapat diselesaikan dengan segera. Dengan laluan khas ini, ia nya adalah satu langkah reformasi institusi yang amat sangat-sangat signifikan iaitu akan mempercepatkan pembicaraan kes rasuah yang berprofil tinggi, akan mengelakkan kelewatan dan ketirisan-ketirisan keadilan dan akan memastikan hukuman yang dijatuhkan benar-benar memberi kesan dari segi pencegahan.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Batu Pahat juga menyokong sepenuhnya dasar pendidikan yang diumumkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini, khususnya inisiatif pendidikan percuma kepada pelajar orang kurang upaya yang melibatkan kira-kira 3,000 pelajar di seluruh IPTA, politeknik dan kolej komuniti. Ini adalah langkah yang bukan sahaja bersifat inklusif tetapi mencerminkan keadaan sosial dan nilai kemanusiaan yang sangat tinggi. Namun demikian, Batu Pahat berharap inisiatif ini hendaklah disokong dengan kemudahan infrastruktur mesra OKU, sokongan akademik dan psikososial serta peluang kebolehpasaran graduan OKU selepas tamat pengajian.
Puan Timbalan Yang di-Pertua, Batu Pahat ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini terhadap isu akses pendidikan bagi pelajar Tingkatan 3 yang memperoleh pentaksiran bilik darjah Band 1 dan Band 2 yang ketika ini tidak layak memohon ke 87 buah kolej vokasional di seluruh negara. Keadaan ini telah mengehadkan peluang mereka untuk mengikuti pendidikan berasaskan kemahiran, sedangkan laluan inilah yang lebih sesuai dengan potensi sebahagian pelajar.
Walaupun terdapat laluan TVET, program vokasional menengah atas di sekolah menengah harian, realitinya tidak semua pelajar yang mampu untuk meneruskan pembelajaran akademik di peringkat menengah atas. Akibatnya, ada di kalangan mereka yang akhirnya tercicir dan tidak memiliki kemahiran yang mencukupi apabila tamat persekolahan.
Sehubungan dengan itu, Batu Pahat mencadangkan agar Kementerian Pendidikan meneliti semula dasar kemasukan ke kolej vokasional supaya lebih inklusif termasuk mewujudkan program khas sebagai peluang kedua kepada pelajar Band 1 dan Band 2 ini. Langkah ini selari dengan semangat Kerajaan MADANI yang menekankan insan, keadilan dan kesaksamaan dalam pendidikan.
Puan Timbalan Yang di-Pertua, Batu Pahat ingin menyentuh tiga perkara utama berkaitan dengan hala tuju pendidikan negara iaitu pemilihan Tingkatan 6 ke bawah Kementerian Pendidikan Tinggi, kemasukan murid-murid enam tahun ke Tahun 1 serta kemasukan kanak-kanak lima tahun ke prasekolah KPM.
Batu Pahat menyokong langkah kerajaan meletakkan Tingkatan 6 di bawah KPT kerana ia berpotensi besar untuk memartabatkan pendidikan prauniversiti negara. Melalui langkah ini, kebajikan pelajar Tingkatan 6 diharapkan lebih terjamin dengan peluang mendapat biasiswa, bantuan kewangan, bantuan pelajar miskin serta pinjaman PTPTN seperti pelajar IPT.
Pendedahan awal Tingkatan 6 ini kepada kehidupan kampus akan memberi peluang lebih luas untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Langkah ini
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
juga merupakan satu usaha hebat untuk mengembalikan kedudukan Tingkatan 6 sebagai laluan utama ke menara gading.
Lebih penting, penempatan ini mampu membina modal insan yang lebih berketerampilan, berdisiplin serta berjiwa kepimpinan sebagai peneraju negara pada masa hadapan. Namun, Puan Timbalan Yang di-Pertua, terdapat beberapa isu terlindung yang perlu diberi perhatian serius.
Pertama, kebajikan guru Tingkatan 6 tidak boleh diabaikan. Mereka merupakan guru berpengalaman yang telah dilantik secara hakiki dengan gred 44, 48 dan 52 melalui skim fast track. Kerajaan perlu memperjelaskan sama ada perjawatan guru Tingkatan 6 akan diserap ke bawah KPT atau dikekalkan di bawah KPM? Jika diserap, adakah kelayakan akademik mereka akan diambil kira memandangkan ada yang hanya berijazah sarjana muda walaupun memegang gred tinggi.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Kedua, usaha KPM membangunkan Kolej Tingkatan 6 dan Pusat Tingkatan 6 tidak seharusnya terabai. Batu Pahat mencadangkan agar institusi ini dijadikan cawangan universiti berhampiran supaya kesinambungan kualiti pendidikan dapat dikekalkan.
Ketiga, kebajikan pelajar luar bandar dan B40 mesti terus dilindungi. Hasrat asal memartabatkan Tingkatan 6 ialah menyediakan pendidikan kos rendah dalam daerah masing-masing bagi mengurangkan kos sara hidup asrama dan pengangkutan. Sekiranya kos meningkat akibat perolehan ini, dibimbangi ramai pelajar hanya mampu tamat sehingga Tingkatan 5 sahaja.
Peperiksaan STPM selama ini dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia bagi memastikan standard nasional yang seragam dan berkualiti. Kerajaan perlu memberi jaminan bahawa STPM tidak akan diserahkan kepada universiti masing- masing kerana ia boleh mewujudkan perbezaan standard peperiksaan antara institusi. Kawalan kualiti nasional mesti terus diteruskan, dikekalkan demi keadilan kepada semua pelajar.
Namun Timbalan Speaker, Dato' Yang di-Pertua, KPM perlu memastikan hebahan yang jelas kepada sekolah dan ibu bapa berkaitan perubahan dasar ini termasuk syarat kemasukan dan keperluan-keperluan lain. Waran guru Tahun 1 dan prasekolah juga mesti ditambah segera kerana pada masa ini masih tidak mencukupi, lebih-lebih lagi menjelang lonjakan kemasukan murid sekitar tahun 2027.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Bekalan buku teks dan buku latihan perlu disediakan mengikut jumlah sebenar murid. Dari segi prasarana bilik darjah, kerusi meja yang sesuai serta kapasiti kelas mesti mencukupi. Kelas yang terlalu padat sehingga 40 atau 45 murid akan menjejaskan pembelajaran dan memberi tekanan emosi kepada kanak-kanak.
Kemasukan kanak-kanak berumur lima tahun ke prasekolah KPM telah berjalan dengan baik. Namun, apabila ia dibuka secara formal sepenuhnya dijangka berlaku lonjakan besar penyertaan. Justeru itu, KPM perlu membuat persediaan awal bermula 2026. Waran guru prasekolah dan pembantu pengurusan murid mesti mencukupi serta terlatih. Kelas, kemudahan fizikal, peralatan memasak, tandas serta taman permainan perlu disediakan secukupnya berdasarkan data kelahiran.
Dijangka pada 2027, bilangan murid prasekolah boleh meningkat sehingga dua kali ganda, terutamanya di kawasan bandar.
Batu Pahat ingin menyokong sepenuhnya usaha kerajaan memperkukuhkan sistem pendidikan negara. Namun, kerajaan melalui dasar ini bergantung kepada persediaan rapi dan dari segi kebajikan guru, pelajar, prasarana serta kos sara hidup rakyat. Kerajaan perlu memastikan reformasi pendidikan ini bukan sekadar perubahan struktur tetapi benar-benar memberi manfaat jangka panjang kepada anak-anak Malaysia.
Batu Pahat ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini terhadap isu Lapangan Terbang Tanjung Laboh, Batu Pahat yang di bawah pentadbiran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Isu ini bukan baru, malah telah banyak kali-kali dibangkitkan oleh Batu Pahat dalam Dewan ini kerana ia melibatkan kepentingan pembangunan wilayah, kemudahan strategik pendidikan tinggi serta potensi akademi setempat.
Untuk rekod di Dewan ini, kali terakhir Batu Pahat mengemukakan soalan ialah pada 6 Februari 2025, khususnya berhubung kos projek dan jangkaan tarikh siap Lapangan Terbang Tanjung Laboh ini dan jawapan bertulis yang saya terima pada ketika itu dengan menjelaskan bahawa lapangan terbang ini dijangka siap sepenuhnya pada hujung tahun lepas, 2025. Kos keseluruhan projek pula sebanyak RM18.5 juta. Namun, amat mendukacitakan sehingga hari ini bukan sahaja lapangan terbang belum disiap, malah tidak kelihatan tanda-tanda jelas, bilakah ia benar-benar dapat beroperasi.
Puan Timbalan Yang di-Pertua, sesungguhnya Titah Diraja pada sidang kali ini adalah seruan yang jelas agar kita semua tanpa mengira parti atau kedudukan memikul tanggungjawab untuk membersihkan nama negara daripada rasuah,
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
memperkasa pendidikan dan memelihara keharmonian Persekutuan. Maka dengan itu, Batu Pahat menyokong penuh Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Saya jemput Yang Berhormat Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Machang juga ingin menjunjung kasih Titah Diraja yang baru-baru ini dibacakan dalam Dewan.
Tuan Yang di-Pertua, tahun 2025 bukan tahun yang biasa. Ia tahun dunia hilang arah dan ekonomi global berpecah-belah. Sistem perdagangan bebas yang dibina selepas Perang Dunia Kedua sudah ditanam, tarif jadi senjata, rantaian bekalan jadi mangsa. Perang berlarutan di Eropah, Timur Tengah kekal bergolak, kos logistik naik, cuaca makin panas, emas naik, perak naik, tanda dunia tak percaya masa depan.
Dalam kekacauan ini, Malaysia kelihatan tenang. Di atas kertas kita nampak hebat, kita dipuji sebagai safe haven dengan izin. Tetapi Yang di-Pertua, ekonomi bukan tentang kertas. Ekonomi tentang perut rakyat. Kerajaan kata pertumbuhan ekonomi hampir lima peratus, pengangguran tiga peratus. Kononnya hampir guna tenaga penuh, inflasi rendah 1.3 peratus, pelaburan lebih RM330 bilion diluluskan.
Saya tak nafikan angka ini. Angka ini betul. Masalahnya, angka ini tidak cukup tetapi kerana angka boleh cantik tetapi realiti rakyat tetap hodoh. Dasar banyak, hasil belum tentu. Sepanjang 2025, banyak dasar diumumkan. Dengan Kepengerusian ASEAN nya, cukai, dividen dan sebagainya. Bunyi hebat tetapi Tuan Yang di-Pertua, bunyi enjin kuat tak bermakna kereta sampai ke destinasi.
Soalnya mudah. Siapa yang untung? Rakyat ke pelabur? Pekerja ke pemegang saham? Jika ekonomi kita benar-benar kukuh, kenapa pelabur asing lari?
Tahun lalu sahaja RM20 bilion saham dijual pelabur asing. Tahun sebelumnya, hanya RM4 bilion. Ini antara aliran keluar terbesar sejak tahun 2010. Lihat pasaran saham, KLCI naik dua peratus. Tetapi, majoriti saham turun. Saham kecil jatuh 12 peratus.
Bandingkan dengan negara jiran. Korea naik 75 peratus, Jepun 26 peratus, Singapura 23 peratus, Indonesia 22 peratus, Malaysia? Tercorot. Ini isyarat jelas.
Pelabur tidak beli cerita kita.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Tuan Yang di-Pertua, GDP itu seperti meter kelajuan kereta. Ia beritahu kita laju mana kita bergerak tetapi tidak beritahu ke mana kita pergi. Ada negara GDP naik laju tetapi rakyat masih susah. Tengok Guyana, tengok Sudan Selatan. GDP naik mencanak-canak tetapi rakyat tetap miskin. Jadi, jangan bangga dengan angka semata-mata. Antara 2019 ke 2014― 2024, minta maaf. Gaji nominal sektor swasta naik tujuh peratus. Harga keseluruhan naik 9.3 peratus. Harga makanan naik 17.4 peratus. Apa maksudnya? Rakyat kerja lebih keras tetapi beli lebih sedikit. Kuasa beli jatuh 2.3 peratus. Ekonomi berkembang tetapi poket rakyat mengecut.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia hari ini stabil secara makro tetapi lemah secara struktur. Kita pandai menarik pelaburan tetapi gagal memastikan kekayaan itu turun ke bawah. Kita bangga dengan statistik tetapi rakyat bergelut dengan kos sara hidup. Jika kerajaan terus berpuas hati dengan angka, kita akan menang laporan tetapi kalah kepercayaan rakyat dan bila rakyat hilang kepercayaan, tiada angka boleh menyelamatkan kerajaan. Ekonomi bukan untuk dipuji oleh J-KOM dan sebagainya, ia untuk dirasai oleh rakyat di bawah.
Tuan Yang di-Pertua, mari kita lihat data ini. Ekonomi kita nampak gah, KDNK kita naik dua kali ganda sejak tahun 2000. Kalau ikut poket, kita tiga kali ganda lebih kaya daripada Kemboja, Laos, Bangladesh. Malah, kita dua kali ganda lebih poket tebal daripada Indonesia dan Vietnam. Tetapi, ada satu perkara yang kita kalah teruk dengan mereka. Sambil jiran-jiran kita makin maju, anak-anak kita pula makin terbantut, stunting dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua, laporan daripada World Health Organization (WHO).
Tahun lepas, 2025. Pada tahun 2000, kadar anak bantut kita 20 peratus tetapi sekarang naik jadi 24 peratus. Jiran-jiran kita yang kita anggap miskin itu semuanya berjaya turunkan kadar bantut mereka. Tetapi kita, satu-satunya negara yang berpusing arah.
[Sambil menunjukkan lembaran kertas] Dalam carta ini, kita yang reverse ya. Orang lain makin tinggi, anak kita makin rendah. Bukan itu saja, dalam isu anak susut atau berat tak cukup pun kita antara yang terburuk di rantau ini.
Tuan Yang di-Pertua, kalau negara lain yang sama taraf kekayaan negara kita ini tak apalah kadar mereka bantut bawah 10 peratus sahaja, kita pada tahap 24 peratus. Ini bukan soal tak ada makanan, ini soal kualiti pemakanan dan sistem kita yang nampaknya sakit.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Jadi ini saya nampak antara kenapa Kementerian Pendidikan kita mungkin salah prioriti lah, keutamaan. Sepatutnya ini antara perkara reform [Sambil
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
menunjukkan sehelai kertas] yang patutnya Menteri Pendidikan patut buat berbanding dengan nak turunkan, naikkan diagnostik dan sebagainya tadi itu.
Bukankah ini yang Perdana Menteri Tambun janjikan nak menoktahkan kemiskinan dan sebagainya, anak-anak kita masih lagi kelaparan di luar sana.
Macam mana mereka nak belajar dalam kelas kalau mereka perut lapar, tumbesaran tak cukup ya? Ini antara masalah di negara kaya, anak muda miskin.
Tuan Yang di-Pertua, soal lain juga berkenaan dengan keadilan pembangunan infrastruktur yang ada. Saya ambil contoh negeri saya Kelantan dan Parlimen saya Machang. Tahun ini sahaja, masalah air diumumkan oleh United Nations University sedang menuju ke era of global water bankruptcy, kebankrapan nilai air dunia. Dan antara sumber yang menyumbang kepada masalah ini ialah masalah non-revenue water (NRW) yang masih kronik membelenggu negara, khususnya negara-negara di bawah SG4 dengan negara pembangkang, dengan negeri pembangkang. Kerana apa? Kerana infrastruktur yang lama.
Dan tahun lalu, saya nak beritahu kepada rakyat Kelantan dan rakyat Machang yang saya kasihi, saya sebagai Ahli Parlimen dan rakan-rakan yang lain telah pun berbincang dengan kementerian, dengan SPAN. Kita dah bawa teknologi untuk dry run, untuk kita try dulu, cuba dulu nak menyelesaikan masalah NRW ini.
SPAN dah bagi lampu hijau. Tetapi, segala macam karenah birokrasi, perkara tersebut tak dapat dibuat di Kelantan dan di Machang. Jadi, peranan kami sebagai Ahli Parlimen untuk membantu kerajaan dalam menyelesaikan masalah rakyat tak berlaku. Soalnya di mana political will Tambun?
Saya yakin ini bukan masalah Timbalan Perdana Menteri, Menteri PETRA tetapi masalah Tambun di MOF. Kenapa? Walaupun Tambun umumkan pelbagai inisiatif untuk Kelantan dan sebagainya, bab nak perturunkan untuk diselesaikan masalah-masalah yang segera cukup-cukup lambat dengan karenah birokrasi.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya minta kerajaan pada tahun ini sudah-sudah lah nak masuk tahun keempat dah sudah pun, selesaikan masalah rakyat dengan jujur dan adil. If you want our votes for MADANI, you better help us resolve our issues first. Sincerely speaking, dengan izin. Kalau tak, jangan harap lah sampai bila-bila kamu tak akan dapat Kelantan, Kedah dan Terengganu dan Perlis, insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua, saya nak bawa juga tajuk yang berkenaan dengan isu yang panas ketika ini iaitu amanah wang rakyat, amanah bumiputera. Isu IJM– Sunway. Soalan saya mudah. Kenapa Sunway sahaja ditawarkan? Di mana pemain- pemain lain? Di mana competitive bidding? Di mana open market process? Adakah
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
ini rundingan tertutup? Adakah ini rundingan siap pakej atau lebih tepat, siapa orangnya?
Lebih membimbangkan bagaimana PNB tahu lebih awal? Siapa yang berunding bagi pihak PNB? Adakah PNB sendiri hadir dalam rundingan bersama Sunway atau PNB hanya diminta datang kemudian untuk menghalalkan? Kalau ini wang pelabur bumiputera, kalau ini dana amanah rakyat, kenapa prosesnya kabur?
Di mana Suruhanjaya Sekuriti (SC)? Where are you? Is there a price fixing, coercion, collusion? Bukankah ini ada berbau hostile takeover? Kenapa SC diam sampai hari ini?
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya minta kerajaan ambil maklum dan jelaskan kepada rakyat apa sebenarnya yang berlaku berkenaan dengan urus niaga melibatkan Sunway–IJM ini? Ke mana pergi matlamat ekuiti bumiputera yang dilaung-laungkan oleh Tambun baru-baru ini jikalau Sunway berjaya memiliki IJM?
Jadi ini perkara yang perlu dipertanggungjawabkan.
Datoʼ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Machang, sikit?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Dan juga Tuan Yang di-Pertua...
Datoʼ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Machang, sikit boleh Machang?
Tampin, Tampin, Tampin.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Masa agak mencemburui.
Datoʼ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Saya bersetuju apa yang Machang...
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Okey, sedikit.
Datoʼ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
...Maklumkan tadi ya. So, kepentingan bumiputera itu harus dijaga. Tapi baru-baru ini, dalam laporan The Edge mengatakan EPF membeli saham IJM. Apa pandangan Machang?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
EPF, badan industri dana yang dimiliki oleh semua rakyat Malaysia. Beliau diberi mendat pelaburan yang berbeza dengan PNB. Jadi, terpulanglah kepada EPF untuk beli apa- apa sahaja pun, selagi mana ia memberi keuntungan daripada belah pencarum, tiada masalah.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Tapi untuk PNB, mereka ada matlamat khusus iaitu membantu ekonomi bumiputera. Jadi kalaulah penjualan saham ini tidak membantu apa yang disasarkan itu, maka kita tutuplah buku agenda bumiputera bawah Kerajaan MADANI ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Gulung.
Tuan Yang di-Pertua, ringkas. Minggu tahun lepas, Pasir Mas ada mempersoalkan kenapa Ketua Pengarah SPRM boleh lanjutkan kontrak, mantan Ketua Hakim Negara tak boleh lanjutkan kontrak ya? Sedangkan beliau masih mampu berkhidmat dan kini terbukti dilantik sebagai Profesor Ikhtisas di UKM.
Jadi saya minta dan mohon Kerajaan MADANI yang ikhlas mahukan reform.
Tolong naikkan had umur pencen Ketua Hakim Negara kepada 70 tahun. Jadikan hakim-hakim yang berwibawa ini peluang untuk berkhidmat itu masih ada. Lihat di United Kingdom, hadnya lebih 70 tahun dan negara-negara lain pun sama.
Jadi kenapa Tun Tengku Maimun dinafikan tahun lepas? Dan baru-baru ini saya nak tanya kepada Tambun lah. Bagaimana Tambun boleh lantik Tan Sri Terrirudin dalam JAC? Sedangkan dakwaan-dakwaan yang bocor berkenaan minit mesyuarat JAC baru-baru ini tidak terjawab lagi berkenaan dengan apa yang dikenakan kepada Tan Sri Terrirudin tersebut. Jadi, saya mohon jawapan kerajaan, kenapa Tan Sri Terrirudin dilantik dalam JAC? Jadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey, terima
kasih. Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak. Saya harap tahun ini tahun yang baik untuk kita semua. Machang menjunjung titah tuanku. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Machang. Saya jemput Yang Berhormat Putatan.
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Terima kasih Putatan ucapkan kepada Yang di-Pertua atas ruang yang diberikan kepada Putatan untuk turut menyertai perbahasan Menjunjung Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong bagi penggal baharu Mesyuarat Dewan Rakyat untuk tahun 2026 ini.
Yang di-Pertua, selaku wakil rakyat dari negeri Sabah, Putatan amat berbesar hati dan menghargai keprihatinan Baginda Tuanku mengenai Perjanjian Malaysia
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
Keprihatinan yang dizahirkan dalam Titah Tuanku tersebut mendorong Putatan untuk menyuarakan tentang perihal tersebut sebagai inti pati pertama perbahasan pada petang ini.
Secara prinsipnya, Putatan menyambut baik serta mendukung penuh kewujudan semula portfolio yang bertanggungjawab secara khusus terhadap hal ehwal Sabah dan Sarawak, rentetan daripada rombakan Kabinet Menteri pada akhir Disember 2025. Diharapkan Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak yang kini dipimpin oleh Yang Berhormat Sepanggar dapat mengemudi setiap ikhtiar serta rencana penting untuk memuktamadkan setiap satu perkara di bawah MA63 dengan jelas dan berstruktur, bersandarkan kepada lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan.
Putatan difahamkan bahawa sejak era pentadbiran sebelum MADANI, sebanyak 17 perkara MA63 telah diselesaikan. Di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI, menerusi platform rundingan Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 atau singkatannya MTPM63 yang bermesyuarat sejak tahun 2023, 13 daripada 29 perkara MA63 telah diselesaikan.
Yang antaranya meliputi penyerahan kuasa kawal selia bekalan gas di negeri Sabah, penyerahan kuasa kawal selia elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah dan pengiktirafan Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sabah sebagai Jabatan Teknik di bawah Arahan Perbendaharaan 182.
Namun begitu, berdasarkan jawapan bertulis Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II bertarikh 4 Disember 2025, kesemua 13 perkara yang diselesaikan tersebut perlu mendapatkan persetujuan Kerajaan Negeri Sabah terlebih dahulu sebelum boleh diputuskan untuk tidak lagi dibincangkan di peringkat MTPPM63. Kenyataan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II menerusi jawapan tersebut menjelaskan lagi hakikat bahawa penelitian terhadap segala perincian yang melibatkan urusan perundangan yang bersifat teknikal perlu dilaksanakan dengan tersusun.
Hal tersebut penting untuk memastikan 13 perkara MA63 yang telah diklasifikasikan selesai tersebut dapat dibawa ke peringkat pelaksanaan secara muktamad sejajar dengan aspirasi bersama MTPPM63 dan Kerajaan Negeri Sabah.
Justeru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak perlu menjadi jambatan atau ejen penghubung antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Sabah.
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
Peranan mediator yang Putatan maksudkan tersebut penting untuk memastikan agar agenda kemajuan negeri yang direncanakan mengikut segmen pembangunan di peringkat Kerajaan Negeri Sabah dapat direalisasikan secara praktikal dan berfasa sejajar dengan status selesai yang diputuskan di peringkat MTPPM63.
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
Putatan juga mengharapkan agar mekanisme serta formula untuk menentukan kadar tetap pemberian khas negeri Sabah dapat dimuktamadkan dengan penuh semangat permuafakatan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmah di sebaliknya. Putatan percaya bahawa keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 17 Oktober 2025 berkenaan dengan kajian semula kadar pemberian khas negeri Sabah dapat mengilhamkan jalan-jalan terbaik ke arah memformulakan kadar tetap pemberian khas negeri Sabah.
Seperti kata pepatah Melayu, "Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak". Penelitian formula perkiraan pemberian khas sudah tentu akan mengambil kira kedudukan kewangan Persekutuan. Jadi, setiap pertimbangan perlu dibuat dengan penuh cermat agar ia tidak merencatkan perancangan kewangan Persekutuan dan tidak pula menidakkan hak hakiki negeri Sabah menurut Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
Puan Yang di-Pertua, keciciran pendidikan merupakan masalah yang tidak berpenghujung, yang memerlukan pelan penyelesaian yang tuntas daripada Kementerian Pendidikan. Sebagai wakil rakyat daripada negeri Sabah, Putatan mengakui bahawa senario keciciran pendidikan merupakan antara faktor tragis yang melebarkan jurang sosioekonomi antara daerah yang selama ini membelenggu negeri tersebut.
Statistik 25,626 orang murid sekolah menengah yang terdiri daripada 19,347 orang murid bumiputera telah tercicir daripada meneruskan persekolahan sehingga Tingkatan 5 amat menggusarkan. Galakan kepada ibu bapa untuk mendaftarkan anak mereka yang berumur enam tahun untuk kemasukan Darjah 1 secara sukarela perlu memikirkan terlebih dahulu keutamaan untuk menyelesaikan masalah keciciran murid sekolah rendah.
Berdasarkan rekod, seramai 1,496 murid sekolah rendah daripada golongan ibu bapa bersegmen pendapatan B40 telah didapati tercicir daripada menamatkan pendidikan rendah. Berhubung dengan perihal tersebut, persoalan besar yang
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
Putatan ingin bangkitkan untuk perhatian YB Menteri ialah berapakah jumlah murid yang tercicir di negeri Sabah mengikut peringkat sekolah setakat Disember 2025?
Adakah ia semakin meningkat atau sebaliknya?
Jawapan kepada persoalan yang Putatan bangkitkan tersebut penting untuk kita semua mengamati, memandangkan Kementerian Pendidikan telah mengumumkan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 yang antaranya akan turut melaksanakan penilaian pembelajaran baru untuk Darjah 4 yang bermula tahun ini serta untuk Tingkatan 3 yang bermula tahun hadapan.
Walaupun kementerian berdepan dengan pelbagai polemik serta reaksi awam, pelaksanaan kedua-dua mekanisme penilaian pembelajaran baru tersebut perlu mendahului serta mengutamakan tindakan-tindakan penting yang pada hakikatnya bersifat fundamental dalam membentuk ekosistem pendidikan nasional yang lebih baik.
Oleh sebab itu, dalam konteks negeri Sabah, Kementerian Pendidikan sewajarnya menjadikan Akta Pendidikan (Pindaan) 2025 sebagai dorongan penting untuk melaksanakan in-depth identification terhadap sekolah-sekolah yang selama merekodkan jumlah ketidakhadiran serta keciciran murid tertinggi mengikut daerah atau lokaliti.
Puan Yang di-Pertua, Titah Baginda Tuanku Agong yang telah mengingatkan Kerajaan MADANI untuk menumpukan agenda kesejahteraan rakyat menerusi pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 menarik perhatian Putatan untuk membangkitkan tentang isu kelewatan projek pembangunan sebagai intipati terakhir perbahasan. Secara peribadi, Putatan menyambut baik ketegasan Ketua Setiausaha Negara yang dikhabarkan akan memanggil kesemua ketua setiausaha daripada 14 kementerian untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu kelambatan projek pembangunan. Putatan turut difahamkan daripada satu laporan akhbar bahawa perbelanjaan pembangunan asas negara hanya mencapai 87.91 peratus pada tahun lalu.
Berhubung dengan perkara tersebut, Putatan ingin mendapatkan penjelasan daripada Kerajaan MADANI berkenaan tiga perkara.
Pertama, berapa buah projek pembangunan yang melibatkan negeri Sabah yang telah dikenal pasti gagal mencapai kadar perbelanjaan pembangunan penuh?
Kedua, adakah setiap projek pembangunan yang melibatkan 14 buah kementerian tersebut sudah dilaksanakan pengauditan pengurusan kewangan serta pemantauan tahap kemajuan pembinaan fizikal?
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
Dan ketiga, apakah faktor-faktor yang telah dikenalpasti oleh kerajaan yang menjurus kepada kelembapan tahap kemajuan setiap projek pembangunan yang dilaksanakan di negeri Sabah? Putatan meminta agar Menteri-menteri yang berkaitan mengemukakan penjelasan lisan serta penerangan bertulis yang terperinci berkenaan tiga-tiga persoalan yang Putatan bangkitkan tadi.
Kelemahan pengurusan projek bukan saja akan merencatkan agenda pembangunan negeri, malah ia turut menjejaskan aktiviti sosioekonomi di sesebuah kawasan yang sering terdedah kepada risiko keselamatan serta bencana alam.
Kelewatan penyiapan sesebuah projek pembangunan Persekutuan juga akan mengundang implikasi buruk kepada agenda pembangunan setempat yang dirancang oleh kerajaan negeri. Putatan juga ingin membangkitkan atau menyentuh atau mengutarakan aduan daripada rakyat di kawasan Jalan Menumbok-Beaufort yang bertanya bila kerja-kerja penyelenggaraan jalan tersebut akan dapat dilaksanakan?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
Membawa suara rakyat di Dewan yang mulia ini, Putatan menggesa agar Kerajaan MADANI dapat mempergiatkan pemantauan terhadap projek-projek pembangunan Rancangan Malaysia Ke-11, Ke- 12 dan Ke-13 negeri Sabah yang masih belum disiapkan penuhnya mengikut spesifikasi projek. Jabatan Audit Negara juga sewajarnya memainkan peranan yang lebih tegas untuk mengaudit status semasa penyiapan projek pembangunan Persekutuan di negeri Sabah. Sebelum mengakhiri perbahasan, Putatan ingin membacakan serangkap pantun untuk renungan Dewan yang mulia ini.
MA63 wajar diteliti, Menjadi tekad permuafakatan sejati; Kadar pemberian khas perlu disepakati, Agar hak hakiki Sabah tidak dilewati. Sekian saja perbahasan menjujung Titah Tuanku Agong, Putatan mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Saya jemput Yang Berhormat Parit.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk berbahas pada petang ini. Terlebih dahulu
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
saya merafak sembah dan menjunjung kasih ke atas kehadapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas perkenan menyampaikan Titah Diraja sempena pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5, Parlimen Ke-15.
Titah yang disampaikan amat berwibawa, menyeluruh serta mencerminkan keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap rakyat pelbagai lapisan daripada soal ekonomi negara, keselamatan, tadbir urus, kesejahteraan sosial sehinggalah kepada perpaduan dan kelangsungan masa depan negara.
Keprihatinan Seri Paduka Baginda bukan sahaja dizahirkan melalui nasihat dan peringatan yang jelas, malah melalui nada yang penuh hikmah mencerminkan peranan Raja Berperlembagaan sebagai payung kepada rakyat tanpa mengira latar belakang. Justeru, saya bagi pihak rakyat Parit ingin merakamkan penghargaan dan menjunjung kasih yang tidak terhingga atas iltizam Seri Paduka Baginda memelihara kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.
Puan Timbalan Yang di-Pertua, pertama saya ingin menyentuh perkara yang berkaitan dengan ART – Perjanjian ART dengan Amerika Syarikat yang telah ditandatangani oleh Kerajaan Persekutuan pada Sidang Kemuncak ASEAN tahun lepas. Perjanjian antarabangsa yang melibatkan rakan dagang strategik seperti Amerika Syarikat sememangnya mempunyai implikasi yang besar terhadap ekonomi, dasar perdagangan, kedaulatan dan kepentingan nasional negara kita.
Oleh itu, ia tidak boleh dilihat semata-mata dari sudut hubungan diplomatik atau potensi pelaburan semata-mata tetapi perlu dianalisis secara kritikal dan menyeluruh.
Walaupun isu ini telah dibangkitkan oleh sahabat-sahabat saya, saya belum berpuas hati dan ingin saya bangkitkan kali ini ialah beberapa persoalan. Sejauh manakah perjanjian ini benar-benar menguntungkan Malaysia dalam jangka sederhana dan panjang? Kedua, apakah ruang dasar negara yang terpelihara, khususnya dalam aspek perlindungan industri tempatan, dasar perolehan kerajaan, hak mengawal sektor strategik serta keupayaan negara menggubal dasar awam demi kepentingan rakyat?
Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Kerajaan Pusat, sama ada terdapat usaha atau perancangan untuk menilai semula, menambah baik atau merundingkan semula terma-terma tertentu dalam perjanjian tersebut agar ia lebih seimbang dan tidak berat sebelah.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Tindakan segera perlu dilakukan. Mohon Menteri berkenaan tidak mengambil masa yang lama berkaitan hal ini. Masa tetap berjalan. Jangan sampai kita menunggu nasi menjadi bubur. Dalam landscape perdagangan global yang semakin bersifat geopolitik, negara seperti Malaysia tidak boleh bersikap pasif atau terlalu akomodatif sehingga mengorbankan kepentingan nasional. Ketelusan kepada Parlimen dan libat urus dengan pemegang taruh tempatan amat penting supaya perjanjian ini tidak menjadi liabiliti kepada generasi akan datang.
Kedua, Puan Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin mengutarakan isu scammer dan penipuan transaksi atas talian. Ia nya adalah satu jenayah penipuan atau scammer ini dalam transaksi atas talian yang semakin berleluasa dan masih gagal dibendung secara berkesan. Meskipun pelbagai inisiatif, kempen kesedaran serta amaran awam telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa, hakikatnya statistik aduan yang terus meningkat saban tahun menunjukkan bahawa pendekatan sedia ada masih lagi belum mencukupi untuk melindungi rakyat.
Penipuan atas talian kini bukan bersifat kecil-kecilan tetapi telah berkembang menjadi satu institusi jenayah, satu industri jenayah yang terancang. Melibatkan sindiket antarabangsa, penggunaan teknologi canggih, manipulasi psikologi mangsa serta eksploitasi kelemahan sistem kewangan dan penguatkuasaan. Mangsa bukan sahaja terdiri pada warga emas atau golongan kurang celik digital, malah melibatkan golongan profesional, penjawat awam, dan usahawan. Dan saya yakin semua kita yang pernah mengalami perkara ini dihubungi oleh scammer, scammer ini.
Persoalan besar yang ingin saya kemukakan— pertama, mengapakah isu ini masih berleluasa walaupun ia telah lama dikenal pasti sebagai ancaman serius kepada keselamatan ekonomi rakyat? Kedua, adakah kementerian dan agensi berkaitan masih berdepan dengan kekurangan perjawatan, khususnya dalam bidang forensik digital, penyiasatan kewangan dan pengesanan jenayah siber? Yang ketiga, soalan saya, adakah peruntukan kewangan yang disalurkan masih tidak sepadan dengan skala ancaman sebenar?
Saya juga ingin mengetahui, sejauh mana keberkesanan koordinasi antara kementerian, pihak polis, Bank Negara Malaysia, institusi kewangan, syarikat telekomunikasi serta penyedia platform digital yang termasuk juga pihak imigresen.
Saya rasa tetap harus bekerjasama kerana saya difahamkan terdapat scammer, scammer ni yang datang daripada luar negara akibat daripada dalam negara-negara mereka tindakan yang tegas dikenakan pada scammer. Scammer ini, mereka lari ke
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
negara kita ni untuk buat kerja-kerja ini. Tanpa pendekatan menyeluruh dan tegas, rakyat akan terus menjadi mangsa, manakala keyakinan terhadap ekosistem ekonomi digital negara akan semakin terhakis. Oleh itu, saya menggesa Kerajaan Pusat menilai semula kerangka dasar, peruntukan dan struktur penguatkuasaan agar isu ini ditangani secara sistematik, bukan sekadar bersifat reaktif.
Puan Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin mengutarakan masalah serius yang berlaku di beberapa tempat jelapang padi, termasuklah di kawasan saya, iaitu isu harga jualan padi, begitu juga isu yang berlaku kepada pesawah-pesawah. Termasuklah rungutan berhubung potongan harga jualan padi yang dilaporkan mencecah 50 hingga 65 peratus. Ada yang kata, potongan ni tak logik. Potongan pemutuan harga padi ni tak logik. 65 peratus. Saya, pada petang ni saya bawa resit. Ada lapan resit jual beli padi yang saya bawa. [Sambil memegang sehelai kertas] Potongan hingga 40 peratus, potongan hingga 50 peratus, potongan hingga 63 peratus dan ada potongan sehingga 65 peratus.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
YB?
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Ya, silakan.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Di mana itu berlaku? Adakah di Kedah?
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Di kawasan saya sendiri.
Bukan Kedah. Kawasan saya di Parlimen Parit. 65 peratus potong. Apa pesawah padi nak makan? Kalau sepatutnya dapat RM10,000, hanya dapat RM3,500 sahaja.
Bayangkan tuan-tuan, mereka dibelenggu dengan hutang bertimpa-timpa. Nak makan apa kalau hasil padi dipotong sehingga 65 peratus? Kalau dapat RM10,000, hanya dapat RM3,500 sahaja.
Ini keadaan yang sangat menyedihkan. Saya minta Menteri berkenaan ambil tindakan segera perkara ini. Bukan sahaja potongan pemutuan, bahkan pesawah padi mengalami masalah yang pelbagai, termasuklah kos pengeluaran yang ketara melibatkan harga baja, racun, upah buruh, sewaan mesin dan kos penyenggaraan.
Namun, pulangan diterima tidak setimpal dengan risiko dan usaha yang ditanggung.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
YB.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Ya, silakan.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Apakah yang menyebabkan potongan yang begitu besar dan mendadak akhir-akhir ini?
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Saya mengenal pasti, cuba bertanya dengan para petani, begitu juga pihak pembeli. Katanya, ia nya selain daripada berkaitan dengan mutu, ia nya berkaitan dengan lambakan padi import
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
yang dah terlalu banyak. Jadi, menyebabkan harga padi tempatan ini merosot, berkurangan. Jadi, kita tak mahu.
Sepatutnya pemotongan pemutuan itu berkaitan dengan mutu semata-mata.
Mutu pun, Sungai Besar dah jelaskan tadi. Mutu ni patutnya kawal. Benih padi sah itu, kerajaan boleh control. Kalau benih padi tak elok, jangan benarkan ditanam. Jadi, kerajaan mesti kawal perkara ini. Jangan sampai bebanan terpaksa dipikul oleh rakyat jelata.
Puan Timbalan di-Pertua, saya ingin juga menyentuh tentang isu tempatan berkaitan dengan beberapa kawasan kilang, tapak-tapak kilang di Seri Iskandar yang masih banyak tidak dimanfaatkan. Mohon kementerian berkenaan yang memanfaatkan tempat-tempat ini. Tapak-tapak industri di Seri Iskandar, mudah- mudahan dapat dimanfaatkan oleh masyarakat tempatan, peluang pekerjaan dan sebagainya.
Selain daripada itu, saya nak bangkitkan tentang keadaan jalan di beberapa tempat termasuklah di kawasan SK Parit yang rosak teruk. Mohon diperbaiki jalan- jalan ini. Begitu juga masalah bau yang busuk di kandang— kawasan kandang babi di laluan Parit–Siputeh. Sekian lama rakyat menanggung penderitaan dengan bau yang busuk. Kalau budu belacan itu kita kena pergi dekat, baru bau mungkin ada bau busuk. Tapi bau babi ini daripada jauh berbatu-batu pun dah ada bau. Tak boleh sama, budu dengan belacan ini.
Kemudian, masalah banjir termenung di kawasan Titi Gantung, Parit 13.
Begitu juga banjir di Rimba Raja di Parit 6 di Simpang Tiga. Mohon kementerian berkenaan ambil perhatian supaya inisiatif jangka panjang dilaksanakan. Sampai bila setiap tahun rakyat terpaksa berpindah bila berlakunya banjir? Ini sangat mendukacitakan.
Saya juga mengusulkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Menteri ada pada hari ini, untuk mengusahakan projek pembinaan rumah pangsa PPR di Parlimen Parit untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang semakin terhimpit dengan kos sara hidup dan kekurangan perumahan mampu milik. Saya jangkakan ramai rakyat di Parlimen ini akan lega jika pembinaan projek ini dapat diluluskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Tan Sri Yang di-Pertua, akhir sekali saya nak sebut tentang satu perkara, iaitu peruntukan Ahli Parlimen. Dah
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
berbuih mulut saya tiap kali berbahas, saya sebut tentang peruntukan Ahli Parlimen ini. Namun, masih lagi tak ada juga.
Jadi, saya rasa lepas ni saya tak nak sebut dah. Saya dan kami tuntut di akhirat saja senang. Peruntukan yang patut diberikan. Tuntut di akhirat je senang.
Tak payah susah-susah minta lagi. Dah jenuh dah berbuih mulut saya. Saya nak tutup dengan beberapa rangka pantun.
*Demokrasi subur dengan keamanan, Bukan dipilih atas warna bendera; Hak rakyat asas pembangunan, Jangan disekat kerana berbeza suara.
Demokrasi matang, pemerintahan panjang, Ukurnya adil pada tindakan segera; Peruntukan saksama jadi tunjang, Rakyat terbela negara sejahtera.* Dengan segala hujah dan perbahasan dikemukakan ini, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Parit. Saya jemput Yang Berhormat Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Puan Yang di- Pertua, saya bangun menyokong usul Menjunjung Kasih Titah Diraja seperti yang telah dibentangkan. Saya merafak sembah menjunjung kasih atas keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang sentiasa menekankan soal kestabilan negara, tadbir urus yang baik serta kesejahteraan rakyat jelata.
Puan Yang di-Pertua, apabila menelusuri Titah Baginda mengenai pengukuhan ekonomi negara, saya ingin membawa suara golongan yang sering terpinggir dalam perbahasan angka-angka pertumbuhan. Kita sering bercakap tentang peningkatan KDNK, pelaburan asing dan prestasi pasaran. Namun, realitinya di luar sana, semakin ramai rakyat, khususnya anak muda sedang bergelut dalam satu fenomena yang sangat membimbangkan iaitu working poor, dengan izin.
Mereka bekerja sepenuh masa tetapi masih tidak mampu hidup dengan bermaruah. Graduan pula keluar dengan hutang pendidikan yang tinggi, namun ditawarkan gaji pemulaan yang seolah-olah statik sejak sedekad yang lalu.
Persoalannya, bagaimana anak muda di Bentong, mahupun di Kuala Lumpur
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
mampu memiliki kediaman sendiri apabila kenaikan gaji hanya sekitar dua hingga tiga peratus sedangkan harga rumah terus melambung tinggi.
Jika ekonomi negara berkembang tetapi upah rakyat tidak bergerak, maka, pertumbuhan itu tidak sampai ke poket rakyat biasa. Justeru, saya ingin bertanya kepada kerajaan, apakah status terkini dasar gaji progresif negara? Adakah kita benar-benar berada di landasan yang betul untuk menangani isu gaji rendah dan ketidakseimbangan kos sara hidup?
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Puan Yang di-Pertua, saya juga menyambut baik Titah Baginda yang menekankan reformasi institusi negara. Antaranya, cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal, pengasingan kuasa Peguam Negara dan pendakwa raya serta pengenalan akta kebebasan maklumat dan institusi ombudsman. Ini bukan reformasi kosmetik. Ini adalah reformasi struktur yang dituntut rakyat, terutamanya anak muda, demi memastikan sistem demokrasi kita lebih telus dan matang. Had dua penggal ini bukan soal politik kepartian. Ini soal prinsip bahawa jawatan Perdana Menteri adalah amanah dan bukan hak milik peribadi.
Puan Yang di-Pertua, saya juga menyokong penuh pengasingan peranan Peguam Negara dan pendakwa raya. Peguam Negara ialah penasihat undang- undang kerajaan, manakala pendakwa raya mesti bertindak secara bebas tanpa campur tangan politik. Jika kerajaan benar-benar serius mahu memburu perasuah tanpa kompromi, maka kebebasan pendakwaan ini wajib dilaksanakan segera.
Rakyat hari ini bukan hanya mahu slogan, rakyat mahukan tindakan. Dan pelabur pula hanya akan yakin apabila undang-undang dilaksanakan secara adil tanpa mengira pangkat dan kedudukan.
Puan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Ketiga Belas merupakan agenda pembangunan utama negara tahun ini. Dalam memulakan RMK13, kerajaan wajib memberi tumpuan kepada kesejahteraan akar umbi iaitu pendidikan dan kesihatan.
Saya mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pendidikan atas peluncuran Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035. Namun, dalam kita melakukan reset besar ini, kita mesti memastikan ia benar-benar menutup jurang dan tidak membuka ruang ketidaksamaan yang baharu.
Isu buli di sekolah, misalnya, semakin meresahkan. Ini bukan hanya isu disiplin tetapi ini nilai kemanusiaan. Sekolah mesti menjadi tempat yang selamat untuk kita membina empati dan adab, bukan hanya sekadar melahirkan robot
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
akademik. Kita mahu melahirkan generasi yang cerdas tetapi juga berakhlak dan berperikemanusiaan.
Puan Yang di-Pertua, perpaduan nasional juga merupakan tunjang kesejahteraan negara. Selaras dengan Titah Baginda, ancaman jenayah berat, keganasan serta perbuatan yang menyentuh isu 3R mesti ditangani secara tegas dan berkesan. Jadi, saya ingin bertanya, apakah langkah silang kementerian bagi menangani perkara ini secara menyeluruh? Saya juga ingin bertanya, apakah status semasa kajian patriotisme penjawat awam yang dijalankan oleh kementerian?
Adakah ia perlu diperluaskan ke peringkat institusi pengajian tinggi mahupun sekolah? Kerana jika ia dibiarkan, ia akan menjadi barah yang menggugat keharmonian negara.
Tahun ini juga merupakan Tahun Melawat Malaysia 2026. Saya ingin membangkitkan peranan muzium dan warisan sejarah dalam pembangunan negara.
Pelancongan bukan sekadar angka kemasukan, ia juga tentang identiti, jiwa bangsa dan nation building, dengan izin. Apakah status usaha kerajaan membawa pulang bahan-bahan sejarah Malaysia yang berada di luar negara? Apakah inisiatif untuk menghidupkan memorial tokoh dan negarawan agar generasi muda kita tidak terputus daripada akar sejarahnya?
Puan Yang di-Pertua, akhir sekali, saya ingin membangkitkan isu kawasan Bentong. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri serta barisan Menteri dan Timbalan Menteri yang telah berkunjung ke Bentong baru-baru ini. Bentong sungguh bertuah. Beberapa peruntukan penting telah diumumkan yang memberi manfaat kepada rakyat Bentong khususnya.
Namun begitu, masih ada isu mendesak yang memerlukan tindakan segera.
Antaranya, projek pelebaran Simpang Ketari. Isu trafik di kawasan ini semakin kritikal, apatah lagi apabila ECRL akan beroperasi sepenuhnya kelak pada awal tahun hadapan, 2027, dan ia melibatkan peningkatan logistik dan pergerakan rakyat.
Jadi, Simpang Ketari ini sebenarnya telah diklasifikasikan oleh JKR pada tahap perkhidmatan kelas F iaitu paling teruk.
Jadi, saya mohon agar projek ini diberikan pertimbangan segera kerana ia bukan soal keselesaan semata-mata tetapi tentang soal keselamatan dan kelancaran ekonomi Bentong, kerana ia amat penting sekali bagi kami warga Bentong. Dengan laluannya hanya satu saja jalan masuk ke Bentong, jadi Simpang Ketari ini memainkan peranan yang besar untuk ditambah baik dan sebagainya.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Puan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri perbahasan saya, ada satu mesej jelas yang ingin saya sampaikan. Malaysia MADANI mesti menjadi negara, di mana anak muda bukan sekadar bekerja untuk hidup tetapi mampu hidup dengan aman dan harapan. Negara ini tidak boleh membiarkan generasi muda kita terus terperangkap dalam gaji rendah, kos tinggi dan masa depan yang tidak menentu.
Rakyat tidak menilai kerajaan ini melalui angka pertumbuhan semata-mata tetapi menilai melalui sejauh mana rakyat biasa merasakan kehidupan mereka lebih terjamin, lebih adil dan lebih bermaruah.
Dengan itu, Bentong menyokong. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Bentong. Saya menjemput Yang Berhormat Putrajaya.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Putrajaya menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas Titah Baginda di Dewan yang mulia ini.
Saya jarang sekali menyentuh perkara berkaitan pendidikan secara mendalam. Namun, mengambil kira pelancaran Rancangan Pendidikan Malaysia minggu lepas, saya ingin mengambil peluang ini untuk menyentuh beberapa perkara berkaitan dengan pendidikan.
Pertama sekali adalah pelaksanaan kemasukan murid Tahun 1 pada usia enam tahun yang diumumkan oleh kerajaan pada hari Selasa yang lalu. Saya kongsikan kenyataan Menteri Pendidikan berkaitan dengan hal ini.
Pada 20 Januari, Menteri Pendidikan menyatakan bahawa kemasukan adalah secara sukarela. Kemudian, pada 21 Januari, Menteri Pendidikan menyatakan bahawa mereka ataupun anak-anak ini perlu menduduki diagnostic test. Seterusnya, pada 23 Januari, Menteri Pendidikan menyatakan bahawa kemasukan akan dilaksanakan secara berfasa dan hanya sekolah tertentu yang mempunyai prasarana lengkap yang boleh mengambil pelajar atau murid Tahun 1 pada umur enam tahun. Enam hari selepas Menteri Pendidikan mengumumkan pelaksanaan ujian diagnostik, sebentar tadi Perdana Menteri menjelaskan bahawa beliau bersetuju dengan cadangan Menteri Pendidikan untuk ditiadakan ujian diagnostik kemasukan Tahun 1 pada usia enam tahun.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Episod-episod ini menunjukkan bahawa kurangnya perancangan teliti oleh Menteri Pendidikan berkaitan dengan pelaksanaan kemasukan murid Tahun 1 pada usia enam tahun. Jadi, saya mohon Menteri Pendidikan jelaskan, bagaimanakah timbul cadangan untuk melaksanakan ujian diagnostik ini? Adakah ujian ini dicadangkan semata-mata sebagai satu saringan, memandangkan tempat yang akan disediakan di sekolah adalah terhad?
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan data kelahiran untuk tahun 2021, adalah dijangkakan terdapat sekitar 440,000 orang anak-anak yang mencecah usia enam tahun pada tahun 2027. Sekiranya purata setiap kelas adalah 35 orang murid, maka lebih 12,500 bilik darjah diperlukan. Tentunya amat mencabar untuk KPM menyediakan kesemua bilik darjah tersebut dalam masa 11 bulan ini. Itu belum termasuk keperluan untuk menyediakan guru-guru dan fasiliti yang lain.
Mengambil kira kekangan ini, salah satu pilihan adalah untuk KPM menangguhkan pelaksanaannya bagi memberi ruang penyediaan bilik darjah serta guru dan fasiliti yang diperlukan. Sekiranya KPM hendak teruskan juga pelaksanaannya pada tahun 2027, mengambil kira kekangan bilik darjah, guru dan fasiliti, tentunya KPM akan melaksanakan kemasukan secara berperingkat. Ini gambaran yang diberikan oleh Menteri. Persoalannya, bagaimanakah kemasukan secara berperingkat ini akan dilaksanakan?
Di sini, saya ingin berkongsi cadangan dengan pihak KPM dalam konteks pelaksanaan kemasukan berperingkat. Cadangan ini melibatkan 3K iaitu kapasiti, kelahiran dan kelonggaran. Pertama sekali, KPM perlu meneliti apakah kapasiti sebenar bilik darjah, guru serta fasiliti pada awal tahun 2027 nanti. Jadi, sepatutnya dah ada. Bila dah umum itu, dah ada berapakah kapasiti sebenar. Seterusnya, KPM juga perlu membuat unjuran untuk tahun-tahun berikutnya berapakah kapasiti tambahan yang boleh disediakan.
Kedua, KPM seharusnya menentukan kemasukan berperingkat berdasarkan tarikh kelahiran anak-anak dan bukannya membuat saringan melalui ujian diagnostik.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Katakan pada tahun 2027 nanti, KPM mempunyai kapasiti untuk mengambil tambahan 100,000 orang murid baharu pada usia 6 tahun untuk Tahun 1. Maka KPM boleh melihat bahawa, menetapkan bahawa 100,000 orang ini akan diberikan kepada siapa dan dalam konteks ini adalah, saya cadangkan supaya KPM melihat tarikh lahirnya. Mungkin murid yang lahir atau genap usia 6 tahun antara bulan
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Januari dan April dibenarkan masuk. Jadi, nanti tidak timbul kenapa murid ini boleh masuk, kenapa murid ini tidak boleh masuk?
Dan seterusnya, KPM melihat unjuran untuk tahun-tahun berikutnya, KPM boleh meluaskan julat ini. Kemudian, mungkin untuk tahun 2028, mungkin boleh masukkan murid antara bulan Januari hingga bulan Jun dan kemudian untuk tahun 2029, bulan Januari hingga bulan September sebagai contoh sehinggalah kesemua kohort ini dapat masuk ke dalam sistem. Jadi, melalui pendekatan ini ‘tak akan timbul persoalan, mengapa anak ini boleh masuk, mengapa anak ini tidak boleh masuk?
Seterusnya, berkaitan dengan apa yang disebut tadi berkaitan dengan kelas ataupun sekolah yang akan diadakan secara dua sesi. Jadi, mengikut data yang kita ada pada hari ini, terdapat 655 buah sekolah rendah di seluruh negara yang beroperasi secara dua sesi. Jadi, saya mohon KPM untuk menjelaskan. Berdasarkan unjuran, berapa buah sekolah satu sesi yang akan beroperasi sebagai sekolah dua sesi sekiranya tambahan murid Darjah 1 pada umur 6 tahun ini dibuat, berapa jumlah tambahan ini? Dan saya mohon KPM menyenaraikan sekolah-sekolah tersebut.
Ini penting kerana, sekali kohort murid ini masuk ke dalam sistem dan sekiranya dilaksanakan sekolah dua sesi dan sekiranya tidak ada bangunan tambahan atau kelas tambahan di sekolah tersebut, maknanya KPM akan mengambil masa sekurang-kurangnya enam tahun untuk melaksanakan sesi sekolah secara dua sesi ini. Jadi oleh itu, untuk memberi kelegaan kepada ibu bapa memahami konteks ini, adalah amat penting untuk KPM menjelaskan, berapakah sekolah yang akan terkesan akibat daripada pelaksanaan ini?
Berkaitan dengan dua sesi ini juga, sekarang ini telah ada sekolah dua sesi.
Sekiranya tidak dapat dipenuhi tambahan murid untuk Tahun 1 ini, apakah yang akan berlaku kepada sekolah yang pada waktu ini dilaksanakan dua sesi? Ataupun memang tidak akan dilaksanakan langsung, akan disalurkan ke sekolah-sekolah yang berdekatan. Jadi, ini adalah amat penting bagi memastikan perancangan ini, pelaksanaannya berjalan dengan cukup baik.
Seterusnya, saya ingin memohon penjelasan mengenai kaedah pelaksanaan pengukuran pembelajaran Tahun 4 dan pengukuran pembelajaran Tahun 5. Dalam konteks ini, dinyatakan bahawa pengukuran ini akan dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan. Jadi persoalan saya, apakah pengukuran pembelajaran ini akan dilaksanakan sebagai satu peperiksaan berpusat di mana semua— kertas soalannya adalah sama, dilaksanakan di seluruh negara pada hari atau waktu yang sama?
Maknanya, peperiksaan berpusat ataupun peperiksaan yang akan diadakan di
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
peringkat sekolah menggunakan bank soalan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan seperti mana yang pernah diumumkan pada tahun 2022, tetapi tidak dilaksanakan selepas berlakunya pertukaran kerajaan.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang ekonomi rakyat dan kewangan negara. Kita faham bahawa data-data rasmi kerajaan, data- data rasmi ekonomi dikira berdasarkan panduan antarabangsa. Namun begitu, lama sudah di Dewan ini, saya telah jelaskan bahawa kita tidak boleh sahaja melihat kepada data-data rasmi. Kita perlu turun ke bawah dan melihat apa sebenarnya berlaku di bawah sana. Waktu saya bangkitkan itu, ramai yang kata, itu memang data antarabangsa, itu memang data rasmi. Kita ‘tak persoalkan data, tetapi kita persoalkan sama ada kerajaan melihat apa sebenarnya yang berlaku di bawah sana.
Dan hari ini, dalam sesi ini saya dapat melihat bahawa bukan sahaja pembahas di sebelah kerajaan— di sebelah pembangkang, tetapi di sebelah kerajaan turut mula bercakap bahawa walaupun data-data ekonomi makro ini cantik, tetapi keadaan di bawahnya berbeza. Ini merupakan satu kesedaran yang penting untuk kita semua khususnya kepada kerajaan. Kita boleh bercakap data yang cantik, tetapi apa sebenarnya yang berlaku di bawah sana dan kita lihat bagaimana antara rungutan utama yang telah dibangkitkan oleh ramai adalah rungutan dalam kalangan peniaga-peniaga khususnya peniaga perusahaan mikro, kecil dan sederhana.
Mereka menerima tekanan yang begitu besar selepas kenaikan SST, peluasan skop SST, kenaikan kos tenaga, kenaikan upah gaji, kenaikan perkhidmatan dan sebagainya. Margin perniagaan mereka semakin mengecil. Yang boleh bertahan akan bertahan dalam perniagaan dengan margin yang kecil, yang tidak boleh bertahan terpaksa menutup perniagaan mereka.
Jadi, saya mohon kerajaan kongsikan sama ada kerajaan mempunyai data- data khususnya berkaitan dengan perusahaan mikro dan kecil ini yang mana berapa banyak kah perusahaannya telah ditutup di sepanjang tahun 2023 sehingga ke hari ini? Saya juga ingin memohon supaya kerajaan jelaskan berkaitan dengan data-data perusahaan sederhana. Apakah kesan kenaikan kos perniagaan kepada perusahaan sederhana dalam tempoh yang disebutkan tadi?
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang e-Invois.
Saya telah bangkitkan berkaitan dengan e-Invois ini banyak kali di Dewan ini dan dalam perbincangan Jawatankuasa Kewangan dan Ekonomi bersama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri, banyak perkara telah saya bangkitkan berkaitan dengan e-Invois ini. Namun pada waktu itu, masing-masing merasakan bahwa ‘tak
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
apa, laksanakan dahulu. Sekarang ini kita boleh lihat bagaimanakah kesan e-Invois ini kepada peniaga-peniaga khususnya peniaga kecil, mikro dan sederhana ini. Dan kita boleh lihat kedua-dua belah pihak bercakap tentang kesan e-Invois ini.
Saya ingin bertanya kepada kerajaan, apakah terdapat kajian selepas dilaksanakan e-Invois ini? Adakah terdapat kajian kesannya kepada peniaga- peniaga? Kalau ada, saya mohon kerajaan kongsikan supaya kita dapat belajar berkaitan dengan pelaksanaan sistem baru ini. Seperti mana yang pernah berlaku sewaktu GST dulu. GST, peniaga menghadapi cabaran yang sama dan itulah perkara yang saya tekankan bila hendak dilaksanakan e-Invois ini. Maka kita perlu belajar daripada dua episod ini untuk melihat, bergerak ke hadapan, apakah yang terbaik untuk negara.
Soalan saya berikutnya adalah berkaitan dengan e-Invois dan juga GST.
Sekiranya kerajaan ingin melaksanakan GST, adakah e-Invois ini akan diteruskan?
Dan apakah sistem yang pada waktu ini digunakan untuk e-Invois boleh digunakan juga untuk GST? Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang lebihan cukai yang dibayar oleh pembayar cukai kepada kerajaan. Saya mohon kerajaan nyatakan berapakah jumlah nilai dan bilangan kes lebihan cukai untuk tahun 2022, 2023, 2024, 2025 serta berapakah jumlah bayaran balik setiap tahun tersebut dan baki bayaran balik yang dibawa ke tahun berikutnya?
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit berkaitan dengan penjawat awam.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Pertama sekali— terima kasih. Saya akan gulung sekejap lagi. Pertama sekali, berkaitan dengan kadar imbuhan tetap perumahan yang saya rasa perlu disemak semula. Kali terakhir ianya dinaikkan adalah pada tahun 2015 dan kadar terendah ketika ini hanyalah RM300 bagi penjawat awam gred 1 hingga 9 melibatkan kumpulan ‘pelaksana’ dan profesional.
RM300 ini Tuan Yang di-Pertua, kalau di Putrajaya, bilik sahaja dah RM600. Sebab itu saya mohon kerajaan melihat perkara ini kerana, adalah tidak adil untuk kakitangan kerajaan yang tidak dapat kuarters, perlu duduk di luar, tetapi elaun yang diterima hanya RM300 sahaja.
Seterusnya, saya ingin menyentuh beberapa perkara berkaitan dengan Putrajaya. Pertama adalah berkaitan dengan kesesakan tempat letak kereta. Ini isu yang telah banyak kali saya bangkitkan. Dengan adanya Residensi Wilayah yang
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
baru nak buat 10,000 unit dengan satu tempat letak kereta, maka kita akan lihat kesannya amat besar kepada seluruh warga Putrajaya.
Jadi, saya mohon kerajaan melihat, apakah pendekatan yang akan digunakan berkaitan dengan kesesakan tempat letak kereta ini untuk jangka masa panjang. Menjual rumah dengan satu tempat letak kereta dalam keadaan kawasan yang begitu compact seperti Putrajaya ini adalah bukan satu pendekatan yang baik.
Begitu juga kesesakan di kawasan-kawasan sekolah. Ini merupakan trend baru di Putrajaya. Terdapat kesesakan di kawasan-kawasan sekolah yang menyebabkan ibu bapa dan warga kerja ini ‘nak keluar bekerja kadang-kadang sampai sejam semata- mata kerana melalui kawasan sekolah. Maka, saya mohon kerajaan duduk berbincang dengan semua agensi berkaitan untuk melihat apakah penyelesaian jangka panjang kepada perkara ini?
Dan akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang kesesakan secara keseluruhan termasuklah pewujudan laluan alternatif. Di Putrajaya ini, sebenarnya untuk mengurangkan kesesakan ini, dia banyak laluan alternatif untuk boleh diwujudkan oleh kerajaan dengan menggunakan atau membina jalan-jalan baharu yang bersesuaian.
Yang kedua adalah, sistem lampu isyarat. Yang ini satu masalah. Kita bercakap tentang AI dan sebagainya tetapi lampu isyarat di Putrajaya ini masih lagi merupakan lampu isyarat tradisional. Siapa yang masuk di Putrajaya ini boleh tengok adakah ini standard bandar moden, bandar kerajaan di mana lampu isyaratnya masih lagi menggunakan pendekatan yang telah, terlalu konvensional dan akhirnya berkaitan dengan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua saya ucapkan kerana memberi ruang yang lebih untuk saya menyentuh tentang Putrajaya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Putrajaya. Saya jemput Yang Berhormat Batang Sadong.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Terima kasih, Puan Yang di- Pertua. Berpaksikan Titah Diraja yang menekankan kestabilan, kesejahteraan dan keadilan untuk rakyat, Batang Sadong memulakan perbahasan dengan kedudukan kestabilan politik dan prestasi ekonomi negara dan sejauh mana pencapaian ini benar-benar dirasai oleh rakyat di lapangan.
Batang Sadong menghargai prestasi ekonomi negara yang memberangsangkan. Kadar pengangguran kekal rendah pada 2.9 peratus, iaitu paras terendah dalam tempoh 11 tahun. Nilai ringgit semakin mengukuh, manakala FTSE Bursa Malaysia, KLCI telah melepasi paras psikologi 1,700 mata, mencerminkan sentimen pasaran yang positif. Pencapaian ini mencerminkan asas ekonomi yang semakin kukuh, disokong oleh kestabilan politik serta tadbir urus yang berkesan.
Namun, kestabilan ini perlu dipelihara melalui budaya politik yang matang dan bertanggungjawab agar dasar-dasar penting dapat dilaksanakan secara konsisten tanpa dipolitikkan secara populis.
Walau bagaimanapun, di sebalik unjuran pertumbuhan ekonomi menghampiri lima peratus, realitinya ramai rakyat masih berdepan tekanan kos sara hidup dan jurang pendapatan. Pertumbuhan ekonomi belum sepenuhnya diterjemahkan kepada peningkatan kesejahteraan majoriti rakyat apabila nisbah pampasan pekerja kepada KDNK kekal di bawah sasaran 45 peratus, menunjukkan ganjaran buruh belum seiring sumbangan mereka kepada ekonomi.
Dalam konteks ini, Rancangan Malaysia Kedua Belas belum mencapai sasaran, pengagihan pendapatan buruh yang lebih adil. Tumpuan kini beralih kepada Rancangan Malaysia Ketiga Belas dengan persoalan utama, bagaimana pelaksanaan gaji minimum, Dasar Gaji Progresif dan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dapat diselaraskan secara berkesan supaya peningkatan gaji benar-benar seiring dengan pertumbuhan ekonomi dan dapat dirasai oleh majoriti rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Puan Yang di-Pertua, kestabilan ekonomi tidak bermakna sekiranya kesejahteraan sosial rakyat yang semakin terhakis. Batang Sadong ingin menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan isu sosial, khususnya judi dalam talian dan penyalahgunaan dadah yang kini menjadi ancaman senyap kepada kesejahteraan masyarakat.
Judi dalam talian berkembang pesat seiring pendigitalan dan telah menjerat golongan muda serta berpendapatan rendah. Ia bukan sahaja mencetuskan masalah
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
hutang dan tekanan emosi, malah menyumbang kepada keganasan rumah tangga serta keruntuhan institusi keluarga.
Isu ini memerlukan pendekatan penguatkuasaan dan pencegahan yang lebih tegas, bersepadu dan berterusan. Dalam masa yang sama, penyalahgunaan dadah kekal sebagai ancaman serius kepada kesihatan awam dan keselamatan komuniti sama ada di bandar mahupun di luar bandar, termasuk di Sarawak.
Sejak tahun 2022, Sarawak merekodkan lebih 10,000 tangkapan berkaitan dadah setiap tahun. Namun, hanya mempunyai sebuah PUSPEN di Kuching dengan kapasiti yang terhad. Sedangkan, ramai masih menunggu rawatan dan pemulihan.
Keadaan ini menuntut tindakan segera untuk menubuhkan dua pusat pemulihan dadah iaitu PUSPEN baharu di zon tengah dan utara Sarawak serta dua unit patologi bagi mempercepatkan analisis sampel dan meningkatkan keberkesanan rawatan dan penguatkuasaan khususnya bagi kawasan jauh seperti Limbang dan Lawas.
Puan Speaker, hubungan Persekutuan-Negeri yang adil dan saling menghormati merupakan asas kestabilan negara. Seperti yang disuarakan oleh Ahli Parlimen GPS Sarawak yang lain, Batang Sadong turut menyentuh isu hubungan antara Petronas dan PETROS yang wajar ditangani berlandaskan semangat federalism dan Perjanjian Malaysia 1963.
Dengan izin, “PDA 1974 was established by federal law, but MA63 is constitutional law. Federal Statute must confirm to the Constitution and the founding agreement Sarawak Rights and safeguards under MA63 cannot be legislated away”. Titah Diraja jelas menegaskan kepentingan menghormati MA63. Tindakan memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan ketika rundingan masih berjalan walaupun deklarasi bersama telah ditangani, menimbulkan persoalan yang wajar diperjelaskan.
Batang Sadong memohon penjelasan sama ada tindakan ini mencerminkan pendirian rasmi kerajaan ataupun ia dilakukan secara bersendirian oleh PETRONAS.
Penjelasan ini penting demi memelihara kepercayaan dan hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak.
Seterusnya, Titah Diraja menegaskan RMK13 mesti dilaksanakan secara inklusif dan adil. Bagi rakyat luar bandar, Rancangan Malaysia Ketiga Belas bukan sekadar dokumen perancangan, tetapi ukuran sama ada janji pembangunan benar- benar sampai ke akar umbi.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Di Batang Sadong, rakyat mengharapkan agar projek yang tertangguh di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas diberi keutamaan termasuk pembaikan sekolah daif, penambahbaikan klinik kesihatan dan naik taraf Hospital Simunjan, naik taraf ibu pejabat polis dan Balai Bomba Simunjan dan serta, memperkasa infrastruktur internet dan komunikasi termasuk peluasan liputan internet berkualiti tinggi.
Batang Sadong juga mencadangkan— Batang Sadong juga menyokong cadangan kerajaan untuk sistem pendidikan Tingkatan 6 di bawah KPT sebagai laluan pendidikan prauniversiti yang tersusun dan berharap kerajaan untuk mempertimbangkan, untuk memperkasa Tingkatan 6 sedia ada di kawasan Batang Sadong serta menubuhkan kolej yang lengkap di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas bagi memenuhi keperluan setempat dan memudahkan pelajar luar bandar.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, Batang Sadong menyambut baik Dasar Pendidikan Prasekolah Wajib Bermula Usia Lima Tahun serta kemasukan ke Tahun 1 pada usia 6 tahun secara sukarela. Namun, pelaksanaannya mestilah bersifat inklusif. Di Batang Sadong, masih terdapat tabika yang beroperasi dalam keadaan daif, tidak kondusif, malah ada yang menumpang bangunan komuniti dengan kemudahan yang sangat terhad.
Hakikatnya, prasekolah termasuk tabika, tadika merupakan pintu masuk pertama sistem pendidikan negara. Prasekolah yang daif atau ketiadaan akses menyebabkan kanak-kanak bermula dalam keadaan ketinggalan sejak awal dan risiko keterciciran awal ini boleh meningkat jika dasar kemasukan Tahun 1 umur 6 tahun dilaksanakan tanpa sokongan yang mencukupi.
Di Sabah dan Sarawak, pendekatan pelaksanaan yang lebih realistik diperlukan dengan mengambil kira kekurangan infrastruktur, kekurangan bilik darjah mesra kanak-kanak, kekurangan guru pendidikan awal terlatih, serta kesukaran menempatkan guru di kawasan pedalaman akibat tiada perumahan dan insentif yang munasabah.
[Tuan Suhaizan bin Kaiat (Pulai) **mempengerusikan Mesyuarat****] Saya ingin menegaskan bahawa pendidikan awam tidak boleh bersifat penapisan awal atau mewujudkan tekanan emosi kepada kanak-kanak. Apabila kerajaan menetapkan umur mula persekolahan, maka menjadi tanggungjawab sistem pendidikan untuk menerima semua kanak-kanak dan menyediakan sokongan yang diperlukan, bukan menilai kelayakan mereka untuk bersekolah.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Justeru, Batang Sadong berpandangan dasar ini tidak boleh dilaksanakan secara one size fits all. Sabah dan Sarawak memerlukan kerangka yang khas termasuk naik taraf tabika dan prasekolah daif, insentif khas kepada guru pendidikan awal dan pelaksanaan dasar tahun 1 umur 6 tahun secara berperingkat yang mengambil kira kesiapsiagaan sistem.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup Batang Sadong menyokong Titah Diraja dan berharap Rancangan Malaysia Ketiga Belas dilaksanakan berteraskan semangat federalisme serta penghormatan kepada Perjanjian Malaysia 1993 agar pembangunan negara berlangsung secara adil dan seimbang untuk semua wilayah dan rakyat. Sekian, terima kasih.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih, YB Batang Sadong.
Seterusnya saya persilakan YB Tanjung Piai. Silakan.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi ruang dan peluang buat Tanjung Piai untuk turut serta dalam membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja pada hari ini.
Tuan Yang Di-Pertua, perkara pertama hari ini oleh Tanjung Piai ialah mengenai masalah kekurangan pencahayaan di Jalan Pontian ke Kukup. Tahun 2026 telah diumumkan sebagai tahun melawat Malaysia dengan sasaran 47 juta pelancong dan pulangan ekonomi dianggarkan mencecah RM329 bilion.
Negeri Johor pula menetapkan sasaran 12 juta pelancong sempena Tahun Melawat Johor 2026. Namun, sasaran besar ini tidak akan bermakna jika aspek keselamatan asas, khususnya keselamatan jalan raya masih diabaikan.
Di kawasan Parlimen Tanjung Piai, terdapat tiga ikon pelancongan utama iaitu Taman Negara Tanjung Piai, Taman Negara Pulau Kukup dan Terminal Antarabangsa Kukup.
Kesemua destinasi ini dihubungkan melalui laluan strategi Pontian-Kukup dan laluan baharu dari Johor Bahru merentasi Jambatan Sungai Pulai ke Kukup.
Laluan ini bukan sahaja digunakan pelancong, malah oleh penduduk setempat, pekerja, pengusaha pelancongan dan kenderaan berat setiap hari. Namun begitu, masalah kekurangan pencahayaan di jalan Pontian ke Kukup adalah serius dan berlarutan.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Lampu jalan sedia ada adalah tidak mencukupi. Manakala di beberapa kawasan tertentu, keadaan adalah gelap sepenuhnya hingga sukar pemandu untuk melihat selekoh, pengguna motosikal, penjalan kaki serta kenderaan yang berhenti di bahu jalan.
Keadaan ini secara langsung meningkatkan risiko kemalangan, terutamanya pada waktu malam dan ketika hujan. Aduan demi aduan telah diterima daripada penduduk setempat dan pengguna jalan raya yang bimbang akan keselamatan diri dan keluarga mereka.
Persoalannya, adakah kita mahu menunggu sehingga berlaku kemalangan maut sebelum tindakan diambil?
Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian, Tanjung Piai memohon agar Kementerian Kerja Raya mengambil tindakan segera dengan menambah sekurang- kurangnya 20 unit lampu jalan di laluan Pontian ke Kukup. Ini bukan isu kosmetik, tetapi isu keselamatan jalan pengguna jalan raya.
Langkah ini adalah minimum, munasabah dan amat diperlukan bagi mengurangkan risiko kemalangan, menjamin keselamatan rakyat serta menyokong sepenuhnya agenda Tahun Melawat Malaysia dan Tahun Melawat Johor 2026.
Tuan Yang di-Pertua, perkara seterusnya oleh Tanjung Piai adalah mengenai peranan pusat dialisis dalam ekosistem kesihatan negara. Hakikatnya hospital awam hari ini tidak lagi berupaya menampung keseluruhan pesakit buah pinggang akibat kesesakan wad, kekangan sumber manusia serta keutamaan yang perlu diberikan kepada kes-kes kritikal.
Justeru, pusat dari swasta telah lama menjadi sistem sokongan utama bagi memastikan kesinambungan rawatan pesakit secara berkala, konsisten dan berdekatan dengan komuniti.
Tuan Yang di-Pertua, Tanjung Piai ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan kerana pada tahun lalu telah meluluskan kenaikan kadar bayaran PERKESO bagi rawatan hemodialisis sebanyak RM20 daripada RM150 kepada RM170.
Langkah ini memberi sedikit kelegaan kepada penyelia perkhidmatan dan membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap realiti kos operasi pusat dialisis.
Tambahan kenaikan tersebut masih belum mencukupi untuk menampung lonjakan kos sebenar yang dihadapi hari ini.
Kebanyakan pusat dialisis swasta kini berdepan tekanan kelangsungan operasi yang semakin meruncing memandangkan struktur kos mereka telah berubah
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
secara drastik. Kos tenaga kerja kini menghampiri 40 peratus daripada keseluruhan kos operasi.
Ditambah pula dengan kekurangan jururawat terlatih yang memaksa pusat- pusat ini bergantung kepada kerja lebih masa dan insentif tambahan. Bahkan pusat- pusat ini terus terkesan oleh tekanan inflasi daripada kos utiliti, bahan guna habis, penyelenggaraan mesin hingga kos pematuhan piawaian klinikal yang kian ketat.
Malangnya, kadar bayaran balik rawatan hemodialisis kekal rendah dan tidak berubah bagi kebanyakan skim lain. Malah berada dalam paras yang lebih rendah berbanding negara-negara serantau. Keadaan ini mewujudkan jurang yang semakin melebar antara kos menangani operasi dengan kadar pembayaran yang diterima.
Akibatnya, banyak pusat dialisis berada dalam keadaan survival mode, beroperasi sekadar untuk terus hidup, bukannya berkembang atau bergiat mutu perkhidmatan. Lebih merisaukan tekanan kewangan ini akhirnya akan dirasai oleh pesakit.
Apabila pusat dialisis terpaksa mengehadkan kapasiti, kurangkan waktu operasi atau tangguhkan pelaburan dalam teknologi dan latihan, maka yang terjejas ialah kesinambungan rawatan, kualiti, penjagaan dan keselamatan pesakit itu sendiri.
Oleh itu, kerajaan wajar mempertimbangkan secara serius, semakan keadaan rawatan hemodialisis kepada sekitar RM250 bagi setiap sesi. Kenaikan ini bukan untuk melindungi kelangsungan pusat dialisis, tetapi satu pelaburan strategik dalam keselamatan kesihatan awam pada kadar yang lebih realistik, pusat dialisis dapat mengekalkan tenaga kerja terlatih tanpa bergantung kepada kerja lebih masa.
Menjamin kesinambungan operasi tanpa memindahkan beban kos kepada pesakit. Dan membolehkan peruntukan sedia ada dimanfaatkan dengan lebih berkesan bagi rawatan sokongan penting seperti suntikan EPO atau zat besi yang secara langsung meningkatkan kualiti hidup pesakit.
Kenaikan kadar bukanlah satu pembaziran tetapi langkah pencegahan jangka panjang. Ia mengurangkan risiko kegagalan rawatan komplikasi kesihatan, kemasukan semula ke hospital dan kos kesihatan yang jauh lebih tinggi buat negara kelak.
Tuan Yang di-Pertua, golongan belia bandar, khususnya graduan muda kini berdepan realiti yang semakin mencabar. Walaupun memiliki kelayakan akademik, ramai yang menerima gaji permulaan sekitar RM2,500 hingga RM3,000.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Satu jumlah yang jelas tidak mencukupi bagi menampung kos kehidupan bandar apatah lagi untuk menampung berkeluarga atau memiliki rumah. Keadaan ini menimbulkan persoalan besar tentang hala tuju pasaran buruh negara.
Adakah kerajaan akan mengkaji semula sehingga lebih mendalam, gaji permulaan kerja bagi menyesuaikan dengan nilai ambang kos sara hidup sebenar?
Khususnya di bandar seperti yang ditunjukkan oleh perbelanjaan asas kehidupan wajar.
Apakah strategi meretas pelbagai agensi yang sedang dijalankan untuk memastikan ketidaksempadanan antara kelulusan akademi dan permintaan industri di bandar dapat ditangani dengan berkesan?
Tanjung Piai berpandangan bahawa penyediaan pekerjaan berkualiti tidak bergantung kepada kuantiti semata-mata. Ia mesti berpaksikan sektor menilai tinggi seperti teknologi, kesihatan dan inovasi kreatif yang mampu menawarkan gaji, bermaruah dan prospek jangka panjang.
Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya Tanjung Piai hari ini adalah untuk memahami hasrat kerajaan dalam memperkukuh keselamatan dan mempercepatkan pendigitalan sistem sempadan negara.
Apa, aplikasi MyBorderPass masih berfungsi baik dengan digunakan secara meluas dan diterima baik oleh pengguna, tetapi kerajaan kini mengumumkan peralihan kepada MyNIISe dan perlu dipautkan pula kepada MyDigital ID.
Jadi rakyat tertanya-tanya mengapa sistem yang elok dan boleh digunakan tidak dinaik taraf, tetapi digantikan dengan sepenuhnya? Satu aplikasi demi satu aplikasi. Hari ini, telefon pintar rakyat dipenuhi pelbagai perisian.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Bukan setiap warganegara mempunyai telefon pintar fungsi NFC atau keupayaan untuk melalui proses pengesahan digital dengan mudah. Bagi warga emas dan golongan kurang celik digital, memuatkan turun satu lagi aplikasi bukan sekadar tekan beberapa butang, tetapi satu halangan yang nyata.
Maka Tanjung Piai mahukan penjelasan, apakah justifikasi sebenar menggantikan MyBorderPass dan mengapa tidak menaik taraf sistem sedia ada?
Berapakah kos pembangunan dan operasi MyBorderPass setakat ini? Dan berapakah pula kos untuk MyNIISe serta integrasi MyDigital ID? Siapakah agensi dan pihak bertanggungjawab bagi memantau setiap sistem ini? Dan apakah mekanisme penyelarasan antara mereka?
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Dari aspek keselamatan data, di manakah data pengguna disimpan? Siapa yang mempunyai akses dan adakah penilaian impak perlindungan data atau DPIA telah dijalankan? Apakah pelan yang jelas dan praktikal untuk warga emas serta rakyat tanpa peranti sesuai selain jawapan boleh ke kaunter?
Rakyat bukan menolak teknologi. Mereka hanya mahukan perancangan yang munasabah, kos yang telus dan pelaksanaan yang tidak membebankan. Justeru, kerajaan wajar memberi penjelasan menyeluruh tempoh peralihan dan munasabah serta pilihan yang realistik kepada rakyat.
Dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, Tanjung Piai menyokong penuh Usul Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Yang Berhormat Tanjung Piai.
Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Sabak Bernam. Silakan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker, Speaker isu Speaker.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker. Speaker, isu peraturan, Speaker. Terima kasih Speaker. Saya pun terkejut Speaker duduk di sana hari ini. Terima kasih, tahniah Speaker memang ada gaya Speaker untuk jadi Speaker sementara dan Speaker terus...
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Jangan buang masa saya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya. Speaker saya hendak tanya— Sabak Bernam.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Tak apa, masa belum jalan lagi. Okey, silakan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya hendak tanya soalan. Saya hendak tahu, hari pertama kita bersidang, 19 hari bulan, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda telah bertitah dan kita semua hadir. Saya telah tanya dengan Speaker tadi sama ada Marang tidak hadir, adakah apa-apa surat dihantar kepada Pejabat Speaker untuk memberi penjelasan, kenapa beliau tidak hadir untuk menghormati kehadiran Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Adakah beliau beri apa-apa surat?
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Saya dimaklumkan memang ada surat dihantar.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Speaker.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Okey. Saya persilakan Yang Berhormat Sabak Bernam, silakan.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ampun Tuanku, patik menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku atas limpah perkenan menyampaikan Titah yang menjadi suluh kebijaksanaan berpaksikan kedaulatan dan kesejahteraan rakyat jelata.
Sungguhnya Titah Tuanku bernaung di bawah payung Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong lambang perpaduan dan keluhuran negara.
Belayar bahtera di lautan sejahtera, Berlabuh tenang di muara budi; Titah Tuanku pedoman negara, Daulat Tuanku kekal abadi. Tuan Yang di-Pertua, saya memulakan bicara ini dengan khabar duka dari bumi Sabak Bernam, daerah yang subur tanahnya, namun kini sarat dengan keluh resah rakyatnya di sebalik hamparan sawah yang menghijau dan laut yang membiru, tersimpan pelbagai permasalahan yang menekan denyut nadi kehidupan rakyat.
Daripada beban sara hidup, kebajikan yang terpinggir, hingga suara rakyat yang menanti pembelaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memohon perhatian yang serius kerajaan terhadap kawasan pantai Sabak Bernam yang kerap terjejas akibat hakisan dan benteng ombak yang sering pecah dipukul ombak khususnya di kawasan ban Pantai Tanjung Sauh, Kampung Sungai Apong, kawasan sekitar Bagan Nakhoda Omar hingga ke pesisir Pantai Sungai Lang.
Kawasan ini merupakan kawasan panas yang berdepan dengan ancaman hakisan berterusan sekali gus menjejaskan keselamatan penduduk, infrastruktur awam serta sumber rezeki nelayan dan petani setempat. Benteng sedia ada didapati tidak lagi mampu menahan kekuatan ombak terutamanya ketika musim tengkujuh dan air pasang.
Tuan Yang di-Pertua, sehubungan itu saya memohon agar kerajaan dengan bijaksana membina benteng ombak yang lebih kukuh dan berkesan, menggunakan kaedah kejuruteraan yang sesuai dan berdaya tahan jangka panjang demi
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
melindungi kawasan pantai kediaman penduduk dan kepentingan ekonomi setempat.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memohon perhatian kerajaan agar saliran konkrit dibina di sepanjang kanan dan kiri Jalan Persekutuan FT05 bagi memastikan air dari kawasan kebun dapat mengalir dengan lebih pantas dan teratur seterusnya dialirkan ke laut, khususnya ketika musim tengkujuh. Di samping lubang-lubang yang sering terjadi di jajaran FT05 ini yang menyebabkan kemalangan kepada penggunanya.
Pada masa ini, sistem saliran berupa parit yang ditumbuhi tumbuhan air, kiambang, rumput, keladi bunting, teratai dan rumput-rumput teratai yang banyak mengganggu aliran air yang terhalang dan bertakung mengakibatkan banjir di kawasan kebun sekali gus merosakkan tanaman dan menjejaskan sumber pendapatan pekebun. Sehubungan itu, pembinaan saliran konkrit yang kesan dan berterusan amat diperlukan bagi mengurangkan risiko banjir, melindungi tanaman serta meningkatkan daya tahan sektor pertanian menghadapi pelbagai cuaca.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mendesak perhatian kerajaan terhadap keadaan Kompleks Sukan Sabak yang kini berada pada tahap yang tidak selamat untuk digunakan. Trek dan balapan yang asalnya berwarna merah kini telah bertukar menjadi hitam, keras, berlubang-lubang dan tidak rata, sekali gus meningkatkan risiko kecederaan serius kepada penggunanya. Kompleks ini sejak dibina ‘tak pernah dibaik pulih trek dan balapannya, dan digunakan secara aktif oleh orang ramai, belia dan pelajar sekolah bagi latihan sukan dan aktiviti kokurikulum.
Keadaan fizikal yang rosak ini bukan saja menjejaskan prestasi sukan, malah boleh mengundang kemalangan yang tidak sepatutnya berlaku sekiranya penyelenggaraan awal dibuat. Sehubungan itu, saya memohon agar kerja baik pulih menyeluruh dilaksanakan dengan segera termasuk penukaran permukaan trek dan balapan demi menjamin keselamatan pengguna serta penyokong pembangunan sukan akar umbi di kawasan Sabak Bernam dan daerah yang berhampiran Daerah Bagan Datuk, daerah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pun sekolah- sekolahnya sering menggunakan kompleks sukan ini.
Tuan Yang di-Pertua, penanaman padi merupakan tulang belakang kepada keterjaminan makanan negara, khususnya dalam memastikan bekalan beras yang mencukupi dan stabil untuk rakyat. Namun hakikat yang perlu kita akui ialah penanam padi masih berdepan dengan pelbagai cabaran yang menekan kelangsungan hidup dan pendapatan mereka. Antara isu utama ialah kos
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
pengeluaran yang semakin meningkat termasuk barang-barang input, harga baja, racun, benih, jentera sedangkan harga belian padi sering kali tidak seimbang dengan kenaikan kos tersebut.
Keadaan ini menyebabkan ramai penanam padi khususnya berskala kecil beroperasi dengan margin keuntungan yang terhad. Saya ulas sekali lagi potongan yang mengancam pendapatan petani. Ada yang 40 peratus, Yang di-Pertua. Apa yang dipotong itu adalah termasuk wap basah, padi tak cukup kering, kotor, dalam itu ada daun-daun kering dan sebagainya, jerami dan sebagainya. Kotor, muda, tak cukup tua. Hampa, maknanya biji padi itu tak ada isi, tetapi potongan sampai 40 peratus. Yang ini 60 peratus, 50 peratus, 65 peratus.
Kalau angka-angka yang saya sebutkan tadi masih tidak jelas, sebagai bekas guru, saya bawa alat bantu mengajar. Kalau saya ada sebatang paip yang sepanjang ini, 100 peratus. Potong 50 peratus, tinggal panjang ini. [Menunjukkan gulungan kertas berkaitan]
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Murid-murid nampak, ya?
[Dewan ketawa]
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Potong lagi 70 peratus, panjang ini. Kalau paip panjang ini, masih boleh digunakan untuk baiki paip sinki sekurang- kurangnya. Kalau panjang macam ni nak buat apa? Inilah baki yang petani dapat, hasil daripada mereka bercucuk-tanam. Kalau kerajaan kata pertanian meningkat, subsidi diberi dan sebagainya, galakan dan sebagainya, tapi kalau untungnya sebanyak ini, baik tak payah tanam padi. Kita import je padi.
Begitu juga dengan ternakan babi. Buat dekat Kuala Langat, bantahan. Buat Bukit Pelanduk, bantahan. Hantar ke Benut, bantah juga. Hantar ke Kampung Baru Cina pun, confirm bantah juga. ‘Tak payah bela. Import je. Import babi golek ataupun babi potong. Macam ayam, ayam bulat. Macam Singapura. Singapura lagi ramai yang makan babi, tapi dia ‘tak ada ternak. Jadi, selamat.
Saya ‘tak kata babi ni bau. Saya ada kebun. Di kebun saya banyak babi, 15 ekor, 20 ekor sekali masuk. Kebetulan bila saya masuk je dia pun dah ada. Bila saya ada je, dia pun masuk.
[Dewan ketawa]
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Dan babi itu tak busuk, memang tak busuk...
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Mohon pencelahan.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Yang busuk ini adalah kandang menyelenggarakannya itu.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Mohon pencelahan, boleh?
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Itu yang menyebabkan busuk.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Boleh saya celah sikit?
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Dan sebagai rakyat Malaysia, saya pun teringin ‘nak makan babi sebenarnya. Macam-macam binatang lain.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
YB.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Kan, kita hidup cuma sekali kan.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Cikgu, murid mohon celah.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Tapi, agama saya melarang untuk saya makan.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Gopeng nak mencelah.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Sebab itu saya tak makan. Saya teringin makan biawak, ular...
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
[Ketawa]
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Saya suka. Teringin, tapi agama saya melarang. Jadi, saya ‘tak makan. Walaupun begitu, agama saya tak pernah mengajar supaya saya hina orang yang makan. Saya menghormati. Makanlah.
[Tepuk] Cuma kandangnya je busuk, kita import. Jadi, tak bau busuk.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Mohon saya mencelah, boleh?
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Tak bolehlah kita bandingkan dengan makanan-makanan lain. Budu lagi busuk ya. Budu walaupun busuk, sedap.
Sebab itu kita makan dan banyak lagilah benda-benda yang busuk, tapi sedap.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Pencelahan, YB.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Sabak Bernam, Sabak Bernam.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Yang Berhormat, saya nak tanya satu hal berkenaan dengan import.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Sabak Bernam, sahabat saya. Boleh celah sikit? Saya celah sikit.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Boleh saya celah sikit tak? Tentang cadangan untuk import makanan daripada luar negara.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Saya ingin merakamkan...
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Dia ‘tak benarkan Yang Berhormat.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Boleh? YB, tentang pengimportan makanan.
Saya ada pandangan yang berbeza sikit.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
...Ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pihak kerajaan khususnya Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan Malaysia atas komitmen berterusan memperkukuh perlindungan kesihatan rakyat melalui inisiatif mySalam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, peruntukan yang— bagi inisiatif berkaitan mySalam telah menunjukkan peningkatan daripada RM100 juta pada tahun 2025 kepada RM130 juta pada 2026. Peningkatan ini jelas mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan golongan berpendapatan rendah...
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Salam— Sabak Bernam, Puncak Borneo, saya— sahabat.
[Ketawa]
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Dia ‘tak benarkan, Yang Berhormat.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
...Khususnya kumpulan B40 terus mendapat perlindungan takaful kesihatan yang amat diperlukan.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Sabak Bernam, Puncak Borneo minta ‘nak jelaskan sikit, boleh?
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Kita semua maklum bahawa mySalam bukan sekadar skim bantuan.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Puncak Borneo, Gopeng pun nak.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Tetapi merupakan talian hayat kepada...
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Cikgu, cikgu.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
...Jutaan rakyat B40 berdepan dengan kos rawatan penyakit kritikal dan keperluan hospitalisasi. Di bandar, kemudahan kesihatan mungkin lebih mudah diakses. Namun, realitinya di kawasan luar bandar dan pedalaman, kadar kemiskinan adalah lebih tinggi, akses hospital lebih terhad dan beban kewangan akibat sakit adalah jauh lebih berat.
Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon kerajaan, dengan penuh hormat agar kerajaan mempertimbangkan penambahan peruntukan mySalam kepada RM200 juta. Penambahan ini amat penting supaya liputan dan manfaat mySalam dapat diperluaskan khususnya ke hospital-hospital di kawasan luar bandar yang mencatatkan kadar kemiskinan tinggi serta kawasan yang majoriti pesakitnya adalah golongan B40.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Sabak Bernam, masa ‘dah habis, Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Saya ingin memohon...
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Kemudahan...
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Untuk masyarakat India di kawasan saya.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Masa dah habis.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Ya, tapi masyarakat India mohon supaya saya cakap di Parlimen ini supaya adakan alat untuk bakar mayat. Bakar mayat kerana sekarang ni mereka menggunakan kaedah tradisional, pakai kayu yang agak sulitlah ataupun hantar jenazah ke Teluk Intan, ke Kapar dan sebagainya.
Jadi kementerian yang berkenaan, mohon diadakan kemudahan ini.
Saya minta maaf kepada rakan-rakan saya, ya yang tak dapat untuk saya berikan laluan untuk mencelah. Bagaimanapun, bolehlah bagi saya soalan-soalan atau secara bertulis.
[Dewan ketawa]
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Tuan Speaker, saya ‘nak bangkitkan peraturan mesyuarat.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Cikgu, boleh saya tanya sekarang? Itu status Menteri tu. Sekarang boleh?
[Ketawa]
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Okey.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Speaker, saya nak bangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(4). Saya mendengar tadi ucapan sahabat saya, Sabak Bernam.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Peraturan berapa tu, Yang Berhormat?
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
36(4). Sebab beliau ada menyebut bahawa ada rakan-rakan Ahli Parlimen yang menyebut fasal makanan babi itu. Saya sebenarnya pada hari itu, saya memberi nasihat kepada netizen, kepada sosial media supaya tidak mencaci dan juga menghina makanan bangsa lain. Saya tidak menyebut bangsa-bangsa mana. Saya menyebut bahawa bangsa kami, bangsa Dayak, tidak banyak mengambil rasuah, tidak banyak mengambil dadah tapi dipersalahkan kerana hanya makanan kami makanan babi.
Jadi, saya minta semua rakyat Malaysia untuk menghormati, tetapi apa yang diuar-uarkan di dalam media, saya kata, kalau kata babi itu busuk, budu dan belacan juga busuk, tapi kita hormati, kita akur kepada Titah Duli Tuanku, tapi bab itu tidak disebut oleh media menyebabkan orang ramai marah. Jadi, saya tidak ada ‘nak menyakitkan mana-mana pihak.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Yang Berhormat Puncak Borneo, Puncak Borneo, so maksudnya apa kaitan dengan Sabak Bernam, tak ada, kan?
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Sebab beliau menyebut mengenai pemakanan babi. Kalau nak marah fasal kandang, tak apa lah. Kita pun tak setuju fasal kandang yang tak sesuai, tapi saya mohon dalam ucapan saya, supaya netizen jangan menghina orang yang makan babi. Kalau nak marah dengan kandang babi, silakan. Kita hormat. Orang Melayu tak makan babi kita hormat.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
So, sebagai peringatan saja lah, ya, okey.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Jadi, saya...
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
So, ‘tak ada isulah dengan Sabak Bernam, ya?
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Ya, tak ada isu, tapi saya ‘nak perbetulkan apa yang saya hujahkan itu. Terima kasih, Speaker.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Okey, terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker, peraturan.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih, kepada Sabak Bernam.
Seterusnya, saya persilakan Yang Berhormat Tenggara.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker, Speaker, peraturan. Peraturan, Speaker. Peraturan 36(4). Saya ingin puji Sabak Bernam di atas kenyataan beliau bahawa kita tidak boleh menghina makanan orang lain. Saya puji Sabak Bernam.
Dalam konteks yang sama, saya minta beliau juga menasihatkan Pasir Mas supaya tidak menghina kepercayaan dan agama orang lain termasuklah rumah- rumah ibadat. Tidak ada mana-mana Ahli Parlimen AMANAH mahupun UMNO, PKR yang menghina agama. Termasuklah BERSATU, tetapi kecenderungan Ahli-ahli Parlimen daripada PAS mengeluarkan kenyataan rumah ibadat haram telah menyinggung perasaan. Bukan sahaja Ahli-ahli Parlimen, tetapi di luar sana. Jadi, permintaan saya kepada Sabak Bernam...
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Okey, terima kasih Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Sifat yang terpuji, tolong nasihatkan Pasir Mas dan Ahli-ahli Parlimen PAS supaya tidak mengeluarkan kenyataan rumah ibadat haram. Terima kasih, Speaker.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Okey, terima kasih, Jelutong. Seterusnya, saya persilakan Yang Berhormat Tenggara.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Auzubillah himinas-syaiton nir- rajeem. Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada teks, tetapi ‘nak respons juga fasal babi ni. Baru-baru ni dekat tempat saya...
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Tenggara ada ladang?
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Tak. Di tempat ada— sekarang ni sedang diancam oleh harimau. Harimau liar datang, ada beberapa ekor. Saya rahsiakanlah angka dia sebab PERHILITAN tak bagi tahu, ya. Rupanya punca harimau ni datang menghampiri dan masuk ke kawasan kampung adalah kerana babi hutan mati kena penyakit. Jadi, babi penting sebenarnya. Sebab kalau tak ada dia, harimau datang masuk ke dalam kampung-kampung, tapi saya rakamkanlah kepada PERHILITAN, tindakan tangkas NRES, terima kasih.
Jadi, sekarang ni saya menunggu dan menanti Yang Berhormat Menteri untuk datang ke Tenggara untuk tengok dan pantau sikit fasal isu harimau ni lah.
Jadi, ‘nak bagi tahu pada Tuan Yang di-Pertua juga, jangan hina babi ni. Makhluk Tuhan kan. Tak ada dia rupanya rimau boleh masuk kat kampung. Jadi bahaya.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih bagi Tenggara ruang bahas Usul Menjunjung Kasih Titah Paduka Baginda— Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Pantun.
*Hala ke taman memetik melati, Melati seroja harum baunya; Setia dijunjung sepenuh hati, Taati Raja payung negara.
Melati seroja harum baunya, Bunga dedaun di singgahsana; Taati Raja payung negara, Doa dipohon sejahtera sentiasa.* Jadi, kita pun tahu Kebawah Duli Tuanku sekarang berada di Saint Petersburg, Rusia. Kita doakan sentiasa sihat dan melakukan advocacy dan usaha diplomatik dengan berjaya.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Semalam 12 minit hari ini 10 minit. Jadi saya susun laju-laju je ucapan ini kecuali Tuan Yang di-Pertua murah hati bagi lebih sikit satu, dua minit agaknya boleh habis yang ‘nak dibahaskan ini.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Pertama Tenggara ingin sentuh Tuan Yang di-Pertua adalah berkaitan dengan kos sara hidup. Inflasi keseluruhan negara dilakukan sekitar dua hingga tiga peratus, namun inflasi makanan cecah sekitar empat peratus dan merupakan komponen perbelanjaan terbesar rakyat.
Data DOSM perbelanjaan isi rumah ini menunjukkan isi rumah B40 membelanjakan sekitar 35 peratus pendapatan hanya untuk makanan, M40– 30 peratus dan T20 sekitar 23 peratus. Maknanya kenaikan harga makanan beri kesan langsung kepada majoriti rakyat walau angka inflasi keseluruhan kelihatan terkawal.
Kalau kita rujuk pada 2025 di antara 1.3 hingga 1.4 peratus.
Jadi, soalan Tenggara apakah langkah struktur yang lebih sistematik sedang dan akan dilaksanakan kerajaan bagi menurunkan kos makanan dan bukan sekadar bergantung kepada subsidi bersifat sementara yang perlu diperbaharui setiap tahun atau penyasaran pendapatan negara langsung kepada rakyat seperti insentif ataupun inisiatif yang kita dah gerakkan seperti SARA, STR begitu juga BUDI95 dan diesel.
Gaji median pekerja sekitar RM2,600 hingga RM2,700 sebulan. Pendapatan isi rumah median sekitar 7,000 sebulan, tapi perbelanjaan isi rumah bulanan cecah sekitar RM5,500. Ini membuktikan wang simpanan rakyat semakin mengecil khususnya di bandar-bandar. Hakikatnya ramai rakyat bekerja sepenuh masa, tetapi masih tiada simpanan kecemasan mencukupi bergantung kepada hutang jangka pendek, tidak mampu merancang persaraan awal.
Jadi, Tenggara ingin bertanya bagaimanakah kerajaan memastikan pertumbuhan ekonomi benar-benar diterjemahkan kepada peningkatan gaji sebenar rakyat dan bukan sekadar peningkatan keuntungan korporat atau statistik makro?
Tuan Yang di-Pertua, lebih 20 peratus tenaga kerja negara berada dalam sektor tidak formal yakini ekonomi gig tanpa perlindungan sosial serta dengan perlindungan sosial yang minimum. Golongan ini paling terkesan apabila berlaku kenaikan kos sara hidup, kejatuhan permintaan, masalah kesihatan ataupun kecemasan.
Tenggara ingin bertanya apakah kerajaan bersedia untuk menetapkan satu mekanisme perlindungan sosial mandatori bagi pekerja gig termasuk caruman minimum dan perlindungan pendapatan atau adakah golongan ini akan terus dibiarkan bergantung kepada bantuan ad hoc?
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya adalah berkaitan dengan perumahan.
Jurang mampu milik yang ketara, median harga rumah RM330,000 hingga
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
RM350,000. Nisbah harga rumah kepada pendapatan tahunan cecah empat hingga lima kali ganda melebihi tahap mampu milik. Bagi golongan B40 pemilikan rumah menjadi hampir mustahil.
Terdapat juga rumah mampu milik inisiatif rumah diadakan seperti RUMAWIP ya Residensi Hektar lewat siap, terbengkalai pula dan bagi tekanan kepada pembeli yang rata-rata B40 terutamanya pembeli rumah pertama. Jadi, terlilit hutang dengan bank sehingga ada yang telah meninggal, tapi rumah tak siap-siap.
Jadi, kita minta pihak kerajaan yang bertanggungjawab ambil tindakan pantas. Dan soalan Tenggara apakah sasaran sebenar kerajaan dalam memastikan rumah mampu milik benar-benar selari dengan pendapatan rakyat dan berapa peratus projek perumahan baharu yang benar-benar dibeli oleh pembeli pertama bukan dalam bentuk pelaburan?
Seterusnya Tenggara juga ingin mencadangkan berkaitan dengan perumahan juga. Adalah berkaitan dengan kuota rumah SPNB. Saya di FELDA ini di kampung-kampung banyak permintaan orang ada tanah ada geran, tapi ‘nak buat rumah kuota SPNB pula mengecil. Kalau kita tengok data 2010, Kerajaan Malaysia ini tahun 2010 ada 11,453 unit dibina. 2011 – 5,082 unit, 2012 – 5,698 unit, 2013 – 15,344 unit, 2014 – 8,647 unit.
Jadi, pada tahun ini saya difahamkan 2025 SPNB dapat bina 5,450 unit, 2026 sasarkan 6,545. Jadi, cadangan Tenggara supaya sama ada permintaan dan keperluan daripada rakyat, maka wajarlah ditingkatkan kepada 10,000 unit.
Untuk kesihatan awam lebih 70 peratus rakyat bergantung kepada sistem kesihatan awam. Banyak hospital kerajaan terus beroperasi pada kapasiti maksimum. Petugas kesihatan berdepan beban kerja tinggi, waktu menunggu rawatan semakin panjang, rakyat tak ada pilihan dan kos rawatan swasta tinggi.
Jadi, Tenggara ingin bertanyakan kepada Kementerian Kesihatan dalam bahas titah ini, adakah peruntukan kesihatan sedia ada mencukupi untuk menampung kebergantungan lebih 70 peratus rakyat? Dan apakah pelan jangka sederhana kerajaan bagi mengurangkan kesesakan tanpa memindahkan beban kos kepada rakyat? Dan juga ikhtiar KKM untuk tambah jumlah ambulans dan ganti baharu ambulans yang uzur. Sebab di tempat saya, isu ambulans ni memang tinggi lah di Tenggara.
Dan seterusnya sedikit tentang pendidikan adalah berkaitan dengan pendidikan digital. Tahun 2026 kita rasanya tak boleh dengar dan tengok isu-isu yang tak ada internet stabil, tak ada peranti alat bantuan pembelajaran, tak ada guru yang
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
mahir pedagogi digital. Saya rasa kementerian kena selesaikan isu ini dan transformasi pendidikan digital bukan isu kemewahan, tetapi ia isu keadilan.
Banyak sekolah di luar bandar, pedalaman ada masalah asas. Kelemahan ini akan mewariskan kemiskinan digital kepada generasi akan datang. Jadi, soalan Tenggara apakah garis masa jelas kerajaan untuk memastikan 100 peratus sekolah mempunyai capaian digital berkualiti dan adakah latihan guru selari dengan pelaksanaan kurikulum digital atau sekadar edaran peralatan tanpa impak jangka panjang.
Seterusnya adalah berkaitan dengan alam sekitar. Timbalan Menteri tak ada pula. Saya nak rakamkan sebenarnya ucapan terima kasih kepada Datuk Hajah Aiman Athirah ini. Tadi dia ada ini dah tak ada dah. Sebab hadir ke Tenggara tunaikan janji pada 13 Januari 2026, tengok pusat pelupusan sampah di Tenggara yang memang menjadi wish list kepada orang Tenggara dan telah melakukan beberapa makluman pembaikan.
Mudah-mudahan benar boleh ditutup pada Disember tahun depan ya sebab mula-mula dijanjikan Disember tahun ini tapi sebab melakukan beberapa penyesuaian, Disember tahun hadapan. Jadi, saya rakamkanlah terima kasih kepada Datuk Hajah Aiman Athirah, KPKT lah secara keseluruhannya kerana menunaikan janji.
Jadi, untuk sampah haram ini di kawasan Tenggara berkaitan alan alam sekitar ini, Tenggara sokong penuh segala komitmen kerajaan tangani isu pencemaran alam sekitar, khususnya akibat pembuangan sampah haram dan sisa industri. Namun sokongan ini bukan cek kosong. Rakyat menuntut hasil yang nyata bukan sekadar kenyataan dasar dan operasi bermusim. Masalah pencemaran masih berulang di lokasi yang sama dan mungkin melibatkan pelaku yang sama.
Contohnya baru-baru ini di Tenggara, Ulu Sungai Johor. Ulu Sungai Johor ini membekalkan 60 peratus penggunaan air di Johor Bahru termasuk kawasan Tuan Yang di-Pertua itu. Asal air itu daripada Tenggara itu ya. Jadi 31 Oktober 2025 ban pecah pasal industri proses pasir. Berlaku lah pencemaran, dua hari tak ada air Johor Bahru. Ikan-ikan pun mati, meranalah rakyat saya kat sana, nelayan-nelayan darat.
Kemudian baru-baru ni 25 Januari, berlaku lagi ban pecah, daripada kilang sawit pula. Jadi, berlaku juga pencemaran yang memberikan kesedihan kepada rakyat dan sungai tercemar. Jadi, tingkah laku industri ini perlulah dibimbing oleh NRES supaya NRES boleh memberi garis panduan. Kalau tidak, sebagaimana perjumpaan semalam saya sebut NRES ini hanyalah fire fighter je lah. Ada masalah
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
baru datang. Sepatutnya NRES lah yang memberi garis panduan kepada industri- industri yang memuncakan pencemaran.
Dan seterusnya adalah berkaitan dengan KKDW dan FELDA. Ini akhirlah daripada saya. Saya ucapkan tahniah kepada KKDW atas prestasi yang terus memberangsangkan, membantu segenap masyarakat desa. Di Tenggara sahaja projek imuniti sosial, rumah rakyat, jalan keusahawanan, pertanian, perladangan dan pembangunan modal insan digerakkan.
Tenggara nak tanya ada beberapa isu perkara yang tersangkut. Jambatan Kampung Pasir Asam. Peruntukan daripada KKDW disalurkan kepada KEJORA, dilaksanakan oleh JPS, tapi terbengkalai. Minta di jawablah nanti apakah status seterusnya sebab rakyat sedang bertanya.
Tuan Yang di-Pertua, seminit boleh? Seminit, ya seminit. Dan keduanya adalah pemuktamadan prospek rangkaian Kampung Sungai Telor dah ada kelulusan tetapi belum lagi ada pemuktamadan. Jadi, harapnya dapat dimuktamadkanlah sebab dia memberi khabar gembira kepada sembilan kampung di dalam Tenggara.
Dan akhirnya adalah jalan baharu Kampung Rantau Panjang–Petri Jaya.
Tahun lepas diluluskan RM50 juta tapi sebab tak cukup dipulangkan balik oleh Agensi Pelaksana JKR. Jadi, Tenggara ingin bertanya kepada KKDW adakah akan ada pertambahan kepada bajet itu? Saya difahamkan sekitar RM100-RM120 juta untuk pembinaan jalan baru yang akan memberi manfaat kepada 30,000 penduduk di Tenggara.
Dan, pelantikan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sebagai Menteri Hal Ehwal FELDA disambut baik oleh masyarakat Tanah Rancangan FELDA dan peneroka dan mengharapkan polemik kemerosotan kesejahteraan infrastruktur dapat digembleng bersama PMO dan KKW juga mengkhususkan kepada top five isu terkait FELDA, termasuklah pindaan GSA untuk selesaikan secara holistik isu perwarisan, mewakaf tanah masjid, sekolah agama dan kubur, pajakan baru, generasi menua dan pemerkasaan generasi serta pemberian kontrak-kontrak projek FELDA ini haruslah diberikan kepada koperasi. Ini betul-betul last sini, last sikit tinggal satu muka je ya.
Tuan Yang di-Pertua, Tenggara ingin memetik nukilan oleh Timbalan Perdana Menteri, Menteri KKW, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa setiap sen yang dibelanjakan, setiap dasar yang digubal, semuanya demi memastikan rakyat desa ada bumbung di atas kepala, ada pendapatan di tangan dan ada harapan di dalam.
Insya-Allah yang ini kita sokong sangat.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Dan yang terakhirnya adalah saya memetik Titah Tuanku sendiri, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 19 Januari bahawa bahasa Melayu mesti jadi bahasa utama kerana ia adalah bahasa kebangsaan. Oleh itu, mesti terima bahasa Melayu dan sejarah Malaysia. Kalau ada yang tidak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk Malaysia. Yang ini orang Tenggara dan Ahli Parlimen Tenggara sokong sangat. Itu saja daripada Tenggara. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Tenggara mohon menyokong.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Yang Berhormat Tenggara.
Seterusnya, saya persilakan Yang Berhormat Wangsa Maju. Dipersilakan.
Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana mengizinkan saya terlibat dalam Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja. Dalam masa yang diberikan, insya-Allah saya akan sentuh hanya tiga perkara.
Saya ingin memulakan dengan mengisytiharkan bahawa saya bangun pada hari ini bukan untuk berbasa-basi atau pun bersopan kata. Tetapi untuk menyampaikan kebenaran yang pahit. Rasuah di negara ini bukan lagi sekadar kejadian terpencil atau isu remeh tetapi ia telah berkembang menjadi wabak yang mendalam dan berakar dalam sistem, meresap sehingga ke koridor kuasa.
Ini adalah masalah sistemik yang berpotensi merosakkan institusi, melemahkan ekonomi dan mengikis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan serta Parlimen itu sendiri. Persoalannya bukan lagi mengenai siapa yang terlibat dalam rasuah tetapi mengapa sistem kita seakan-akan terus membenarkan perbuatan ini berlanjutan?
Tuan Yang di-Pertua, kadangkala pembongkaran itu dilihat berlaku hanya disebabkan a deal gone wrong, dengan izin. Mungkin terdapat janji yang tidak ditepati, mungkin ada individu tersebut itu tidak menerima bahagiannya. Mereka yang terlibat akan mendedahkan amalan kotor di antara mereka, barulah kita mendapat maklumat mengenainya. Pada masa yang sama, kita juga menyedari bahawa terdapat banyak lagi deal gone right, dengan izin, senyap tanpa bunyi.
Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
Mereka menikmati kemewahan duniawi di atas penderitaan rakyat yang ramai. Tanpa sebarang tindakan pendakwaan atau sabitan.
Oleh itu, adalah teramat sangat tepat bahawa Yang di-Pertuan Agong telah menekankan isu rasuah ini dalam tujuh daripada 25 perenggan. Yang ini ia mewakili hampir 30 peratus daripada keseluruhan Titah Tuanku menyentuh perkara rasuah.
Tuanku mengingatkan kita bahawa sebarang perancangan yang dibuat akan gagal mencapai keberkesanannya jika amalan rasuah terus berleluasa.
Kita kini berada dalam fasa Rancangan Malaysia yang Ketiga Belas. Dari jumlah keseluruhan RM2,238.3 bilion, sebanyak RM430 bilion telah diperuntukkan untuk merancakkan pembangunan dan akan digunakan untuk merealisasikan Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Seharusnya rakyat dapat menikmati manfaat daripada jumlah ini sepenuhnya. Namun, bayangkan jika ketirisan dan amalan rasuah masih berterusan. Rakyat sekali lagi akan menjadi mangsa. Rakyat being shortchanged, dengan izin.
SPRM pernah melaporkan bahawa Malaysia kehilangan sekitar RM277 bilion hasil dan pendapatan negara dalam beberapa tahun terakhir akibat rasuah dan ketirisan. Kes-kes yang telah diusulkan dan sedang dibicarakan di mahkamah merupakan sebahagian kecil daripada masalah yang lebih besar atau boleh dikatakan tip of the iceberg. Adakah kita telah capai tahap di mana ia menjadi budaya dalam masyarakat Malaysia? Satu persoalan yang perlu kita jawab.
Saya pernah mengajukan soalan ini dalam sebuah organisasi Islam tentang keberanian untuk menyatakan bahawa organisasi tersebut bebas daripada rasuah atau pun rasuah sifar. Hakikatnya, kenyataan dia tidak ada siapa pun yang berani untuk menyatakannya. Oleh itu, apabila kita meneliti faktor-faktor dan sebab-sebab yang mendorong terjadinya rasuah, adalah wajar untuk kita membuat kesimpulan bahawa setiap individu di dalam Dewan ini atau pun di luar sana, berpotensi untuk terlibat dalam jenayah rasuah.
Dengan menjunjung Titah Diraja, saya ingin menyeru SPRM supaya tidak membuat siasatan terpilih dan perlu menunjukkan ketegasan yang lebih dalam menangani kes-kes berprofil tinggi dengan melaksanakan siasatan without fear or favor, dengan izin. Tiada alasan untuk pelaku rasuah yang berkuasa merasa kebal kerana budaya double standard tidak seharusnya dibiarkan terus wujud.
Tentang isu rasuah, marilah kita rujuk kepada sebuah hadis yang sahih.
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda. Maksudnya, sesungguhnya punca kehancuran umat sebelum kamu adalah apabila golongan elit
Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
mencuri, mereka dibiarkan. Tetapi apabila golongan lemah mencuri, hukuman dikenakan. Demi Allah, sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku sendiri akan memotong tangannya.
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua yang saya ingin sentuhkan selain daripada isu rasuah yang barah dalam sistem, di mana Titah Tuanku menekankan kesejahteraan rakyat melalui perumahan. Izinkan saya menumpukan perhatian kepada projek perumahan yang sakit dan terbengkalai. Khususnya Projek Residensi Hektar di Wangsa Maju yang hingga kini masih menjadi beban kepada ribuan rakyat.
Tenggara pun telah sebutkan tentang projek ini dan menjadi satu beban kepada mereka, khususnya yang membeli unit-unit di sana. Fasa 11(1) dalam International Covenant on Economics, Social and Cultural Rights (ICESCR) serta General Comment no. 4. Dari Jawatankuasa Hak, Ekonomi, Sosial dan Budaya, PBB menjelaskan bahawa adequate housing bererti seseorang harus hidup dengan rasa aman, damai dan bermartabat.
Ini termasuk jaminan terhadap hak milik, kemampuan untuk membayar, kelayakan tempat tinggal, akses kepada facilities, dasar dan lokasi yang sesuai. Ya, kita maklum bahawa projek-projek perumahan yang akan diperluaskan, termasuk Rumah MADANI, rumah mampu milik serta inisiatif perumahan awam dan sewa bersubsidi yang dilaksanakan oleh DBKL di Kuala Lumpur. Kita menyambut baik semua inisiatif ini.
Namun, adalah penting untuk kita tidak mengabaikan penyelesaian terhadap projek-projek yang terhenti dan bermasalah. Khususnya di Wangsa Maju, berkaitan dengan Projek Residensi Hektar yang melibatkan 2,400 pembeli. Pada bulan Julai tahun lalu, tahun 2025, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengumumkan bahawa pemaju telah memperoleh pinjaman tambahan sejumlah RM125 juta yang dijamin oleh kerajaan dan jangkaan siap menjelang tahun 2027.
Oleh itu, pemantauan terhadap kemajuan kerja-kerja penyiapan perlu dipertingkatkan. Kita tidak mahu menjelang tahun 2027 nanti, kita mendengar lagi tentang Projek Residensi Hektar mengalami masalah serius seperti sakit kanser tahap empat.
Penyelesaian bukanlah roket sains. Kita hanya memerlukan sistem pengurusan projek yang tersusun, garis masa yang jelas dan akauntabiliti yang tegas kepada semua pihak terlibat. Saya sendiri telah menawarkan khidmat profesional sebagai jurutera awam dengan berpengalaman lebih 30 tahun secara pro-bono
Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
untuk sama-sama menyelia dan memantau kemajuan sehingga projek ini siap dan diserahkan kepada pembeli.
Tuan Yang di-Pertua, di akhir Titah Tuanku ada mengingatkan kepada semua Ahli Yang Berhormat bahawa setiap perbahasan, keputusan dan undian yang dibuat dalam Dewan ini bukan hanya merupakan pendirian politik parti tetapi menjadi penentu masa depan negara. Titah Tuanku telah menyentuh jiwa saya dan saya merasakan mengandungi mesej yang bersifat prinsip, bersifat nilai, peringatan institusi dan tanggungjawab kenegaraan yang sangat mendalam.
Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
Ahli Parlimen perlu berfungsi bukan hanya sebagai wakil parti semata-mata, tetapi juga sebagai pemegang amanah bagi rakyat dan perlembagaan. Setiap perbahasan dan undian yang berlangsung dalam Dewan ini mempunyai implikasi yang jelas dalam aspek perundangan, ekonomi dan sosial. Keputusan yang diambil mesti meletakkan kepentingan rakyat dan negara di hadapan. Bukan hanya keuntungan politik, perbahasan adalah tindakan moral dan tanggungjawab kenegaraan, bukan strategi politik semata-mata. Kesetiaan parti perlu diseimbangkan dengan kejujuran nurani dan kebijaksanaan.
Saya hargai kerajaan kerana mempertimbangkan pandangan pelbagai pihak termasuk menarik balik pembentangan rang udang-undang pembangunan semula bandar dalam bentuk yang sedia ada. Ia menunjukkan kepekaan terhadap rakyat dan prinsip undang-undang. Setiap undian adalah warisan politik yang akan dinilai generasi yang akan datang. Tiada keputusan yang neutral. Rekod undian boleh diperiksa, dikritik dan dihukum melalui pilihan raya. Titah Tuanku menekankan bahawa Parlimen adalah medan amanah negara, bukan gelanggang kepentingan parti. Setiap kata dan undi adalah keputusan sejarah.
Dengan ini saya mohon menyokong penuh isi Titah Diraja. Terima kasih.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih, Yang Berhormat Wangsa Maju. Seterusnya, saya persilakan Yang Berhormat Jeli.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam MADANI.
Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini mewakili sekalian rakyat Parlimen Jeli, saya ingin merakamkan junjungan kasih yang tidak terhingga di atas Titah
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Titah baginda bukan sekadar titah pembukaan sidang Parlimen, tetapi ialah satu amanat kenegaraan yang wajar diteliti, dihayati dan diterjemahkan dalam bentuk tindakan oleh kita sebagai ahli Dewan yang mulia ini.
Baginda menekankan keperluan memperkukuh tatakelola dan tadbir urus yang lebih baik dan berintegriti. Meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat melalui pembangunan ekonomi mampan dan sistem pendidikan yang berteraskan jati diri kebangsaan. Jeli percaya tunjang kepada pencapaian hasrat seperti yang dititahkan adalah perpaduan.
Tiada siapa yang boleh menafikan hakikat bahawa keharmonian dalam komuniti negara ini menjadi syarat utama bagi mencapai matlamat negara maju dan setaraf dalam persaingan di peringkat global. Keharmonian ini hanya akan diwujud apabila perpaduan dimantapkan pada setiap lapisan masyarakat. Perpaduan yang ampuh dan konsisten dalam masyarakat sebenarnya menjadi asas yang kukuh pada kestabilan nasional.
Apabila semua lapisan masyarakat Malaysia yang majmuk ini yang memiliki pelbagai bangsa, pelbagai agama, kepercayaan dan adat resam, bersatu hati dalam mempertahankan perlembagaan yang menjadi asas pembentukan sebuah negara demokrasi dan taat setia kepada raja dan negara serta mempertahankan Rukun Negara, nescaya Malaysia akan mampu bangkit dengan cepat ke arah matlamat sebuah negara maju seperti yang kita impikan bersama.
Sebaliknya apabila negara menjadi masyarakat dan kementerian sering bertelagah tanpa kesudahan dan masing-masing terlalu fokus kepada perbezaan dalam kumpulan yang lain, pastinya amat sukar, malah hampir mustahil untuk mendapat tempat di peringkat global dek kerana terlalu sibuk dengan isu dalaman yang mencengkam.
Saya memperingatkan diri saya dan rakan-rakan ahli Dewan yang mulia ini agar memberi tumpuan yang serius terhadap isu perpaduan di tempat masing- masing kerana ia nya akan menjadi tiket utama bagi mencapai kedamaian dan semoga apa sedang kita capai ini, akan bertahan selamanya hingga ke anak cucu di masa-masa yang akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, pendidikan yang baik mampu menjamin masa depan negara dengan lebih proaktif, dinamik dan berjaya. Saya yakin dan percaya bahawa pendidikan lah yang mampu mengubah kehidupan individu ke arah yang lebih baik.
Mampu mengubah masa depan negara daripada yang sebelumnya. Pada
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Belanjawan 2026 yang lalu, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM66.2 bilion untuk Kementerian Pendidikan. Selaras dengan peruntukan yang besar ini untuk sektor pendidikan negara, Jeli melihat betapa Kerajaan MADANI memandang serius soal pendidikan, terutamanya di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.
Pada sesi Parlimen yang lalu, saya pernah membangkitkan berkenaan keperluan untuk membina dan menubuhkan sebuah Sekolah Menegah Kebangsaan Agama (SMKA) dalam Parlimen Jeli. Saya menerima jawapan bertulis daripada kementerian iaitu Pendidikan Islam (BPI) kementerian, yang menjawab tiada keperluan dan saya amat terkilan dengan jawapan ini, kerana ia nya amat bertentangan dengan keadaan semasa di Jeli.
Sepanjang saya menjadi Ahli Parlimen, saya menjelajah hampir kesemua tempat-tempat, menyantuni ibu bapa, murid-murid di Parlimen Jeli melalui program tuisyen MADANI, program pendidikan, penyampaian hadiah untuk pelajar-pelajar cemerlang dan sebagainya. Ramai ibu bapa yang sering bertanya akan perkembangan tentang SMKA ini dan mereka teruja akan kewujudannya di Jeli.
Keperluan ini juga dilihat amat serius, berikutan di bawah pentadbiran PPD Jeli, masih tiada SMKA ataupun SABK sebagai pilihan untuk murid-murid tempatan menyambung pengajian dalam aliran agama.
Pendidikan agama ini penting untuk kita melahirkan anak-anak bangsa kita yang kelaknya akan menjadi seorang individu yang beriman, yang kental sikapnya, yang tebal keimanannya, kerana saya yakin dengan iman yang tebal ini, kental jiwanya, generasi ini tidak akan makan rasuah. Seiring dengan perkembangan sektor pendidikan agama, swasta dan persendirian seperti pusat-pusat pengajian pondok dan tahfiz, ibu bapa semakin sedar akan peri pentingnya pendidikan aliran agama untuk anak-anak mereka. Saya memandang serius dan tidak akan berhenti berharap agar pihak kementerian sekali lagi dapat mempertimbangkan penubuhan dan pembinaan SMKA di Jeli ini pada masa ini, kerana tapaknya telah tersedia.
Tuan Yang di-Pertua, ekonomi Malaysia telah menunjukkan pemecutan yang memberangsangkan melalui unjuran angka-angka pelaburan yang sangat baik pada tahun lepas. Hal ini dapat dilihat dengan jelas, apabila Ringgit Malaysia mengukuh dan jualan harga komoditi tempatan seperti getah dan buah kelapa sawit berada di paras yang selesa. Jeli sudah tentu menyambut baik keadaan ini dengan penuh kesyukuran, memandangkan dua komoditi ini merupakan antara punca pendapatan utama bagi penduduk dalam Parlimen Jeli.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Namun begitu, pemesatan harga bagi komoditi terbabit masih belum mencukupi untuk merancakkan ekonomi tempatan. Saya mendapati kuasa beli tempatan pada masa ini, masih rendah dan ini memberi kesan kepada kitaran penjanaan ekonomi setempat. Punca utamanya ialah kuasa beli penduduk tidak konsisten, lemah adalah kerana faktor alam iaitu cuaca hujan yang tinggi dan juga ancaman liar, ancaman hidupan liar di kebun-kebun.
Perkara ini memberi impak kepada pengeluaran hasil tuaian getah dan kelapa sawit. Jeli mencadangkan supaya kerajaan melalui agensi berkaitan seperti KESEDAR, FELCRA, RISDA dan ICU memberi penekanan terhadap jalan-jalan kebun yang menggunakan risiko para pekebun sawit, terutamanya untuk semasa menuai dalam keadaan cuaca yang lembab.
Jeli menyambut baik sekiranya agensi ini boleh mengusahakan program tanaman alternatif bagi mengatasi kesenduan hasil tuaian pada masa-masa yang saya sebutkan tadi. Seperti tanaman koko, kenaf, jagung, tembikai dan sebagainya yang sesuai dengan iklim dan keadaan tanah di Jeli. Saya juga mencadangkan supaya FAMA agar memainkan peranan penting kepada petani-petani tanaman fertigasi dan tanah kontang supaya harga pasaran hasil tuaian dapat dikawal dan distabilkan tanpa bergantung kepada graf permintaan harian kerana ada kalanya harganya jatuh menjunam dalam masa hanya beberapa hari boleh merugikan petani tanpa ada alternatif ataupun pilihan lain.
Ancaman hidupan liar seperti gajah dan beruk liar juga merupakan satu dilema yang tiada kesudahan di Jeli. Saban tahun permasalahan ini sering berulang dan menjejaskan pendapatan pekebun-pekebun yang terlibat.
Suka saya membuat contoh— contoh sebuah kebun kelapa sawit milik seorang Encik Yusuf bin Ariffin daripada Kampung Kalai, Batu Melintang yang mempunyai ladang seluas enam ekar yang baru ditanam dengan sawit berumur tiga tahun, yang mana hanya setahun saja lagi akan mendapat hasil, akhirnya dimusnahkan oleh sekumpulan gajah liar hanya dalam masa satu malam. Keadaan ini menyebabkan pemilik kebun kerugian puluhan ribu Ringgit, malah membantutkan harapan sumber pendapatan yang diusahakan bertahun-tahun. Lebih-lebih lagi kawasan kampung tersebut dan kampung yang berhampiran mengalami kejatuhan harga tanah disebabkan ancaman gajah liar yang sangat [Tidak jelas] usaha pertanian.
Jeli berharap supaya Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia melalui Jabatan PERHILITAN mengambil langkah yang serius bagi
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
mengatasi ancaman kehidupan liar ini kerana ia memberi kesan kepada ekonomi penduduk.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Tuan Yang di-Pertua, di Jeli juga masih lagi terdapat kampung-kampung yang tidak memiliki jaringan elektrik untuk disambungkan ke rumah-rumah kediaman dan juga ladang ternak ayam pedaging bagi mendapat akses dan kemudahan seperti rumah-rumah lain yang telah memiliki kemudahan TNB yang sempurna. Kampung tersebut seperti Kampung Baru Jalan Malaysia, Kampung Chegar Bedil yang memiliki sub perkampungan yang didiami oleh lebih 20 buah rumah dan di Kampung Air Chanal yang menjalankan projek ternakan ayam pedaging. Jeli mengambil berat isu ini khususnya kerana Jeli mempunyai empangan hidro iaitu Stesen Janakuasa Pergau yang mampu menikmati kemudahan elektrik ke setiap rumah kediaman dan pusat ternakan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, dalam Parlimen Jeli― akhirnya terdapat empat buah kampung yang didiami oleh masyarakat orang asli daripada suku kaum Jahai, iaitu Kampung Manok, Kampung Pentadbiran, Kampung Kalok dan Kampung Seberang. Manakala suku Temiar pula bertempat di Gua Musang, Lebir dan juga Bertam.
Jabatan Orang Asli (JAKOA) di Jeli dilihat memainkan peranan yang maksima bagi mempastikan masyarakat ini. Namun begitu, kebanyakan kemudahan awam di kampung-kampung mereka seperti dewan terbuka, dewan tertutup dan beberapa kemudahan prasarana yang lain dilihat terbiar dan tidak terurus dengan baik. Adalah lebih baik jika semua kemudahan ini diselia dan diselenggara sebaik mungkin dan semaksima yang boleh bagi meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat orang asli.
Memandangkan kebanyakan daripada mereka ini telah pun menganut agama Islam, adalah sangat baik sekiranya pihak JAKOA memperbanyakkan program-program kerohanian dan dakwah Islam kepada mereka. Saya sangat yakin dengan memperkasakan ilmu fardu ain yang mantap dan mengubah cara hidup mereka kepada lebih baik, iaitu menjaga kebersihan, kesepakatan, berjemaah, sikap bekerjasama dan kecaknaan terhadap hidupan dalam kejiranan moden.
Walaupun anak-anak mereka dibekalkan dengan kemudahan pendidikan yang baik di Sekolah Kebangsaan Sungai Rual, namun kehidupan masyarakat dewasa di kampung masih lagi mengamalkan cara hidup tradisi yang menyukarkan perubahan ke arah cara hidup moden.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Tuan Yang di-Pertua, akhirnya, sidang Parlimen kali ini biarlah berkisar kepada rasa kasih sayang dan ukhuwah silaturahim. Kerana saya yakin dan percaya bahawa semua rakan-rakan dalam Dewan yang mulia ini mempunyai satu matlamat yang murni, iaitu ingin mempastikan rakyat dan negara tercinta ini ditadbir dengan aman, tenteram dan menggapai kejayaan dalam segenap bidang yang diperlukan dalam sebuah negara.
Saya tutup perbahasan ini dengan dua rangkap pantun.
*Mendayung sampan hingga ke tanjung, Pulang balik si ikan duri; Titah Tuanku taat dijunjung, Berkat daulat damai negeri.
Ikan duri disantap selera, Disantap pula bersama dinda; Tuanku Agong payung negara, Raja dan rakyat berpisah tiada.* Junjung kasih Tuanku. Terima kasih, Yang di-Pertua. Jeli mohon menyokong.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Yang Berhormat Jeli.
Seterusnya, saya persilakan Yang Berhormat Batu Gajah. Silakan.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada Batu Gajah untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan mesyuarat Parlimen kali ini.
Saya merakamkan setinggi-tinggi menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas Titah Diraja sempena pembukaan penggal Parlimen ini yang telah menggariskan dengan jelas keutamaan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat, kemampanan ekonomi serta keharmonian negara terus dipelihara. Titah Diraja ini mencerminkan kepimpinan yang berpandangan jauh serta memberi hala tuju yang seimbang dan mengurus cabaran semasa dan masa hadapan negara.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan hari ini berdepan dengan cabaran untuk mengimbangi keperluan melindungi kebajikan rakyat dengan keperluan memastikan kemampanan fiskal negara dan jangka panjang. Dalam konteks ini, langkah kerajaan untuk menstruktur semula dasar subsidi secara berperingkat merupakan satu pendekatan yang bertanggungjawab dan berwawasan.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Pendekatan rasionalisasi subsidi ini menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk mengurangkan ketirisan serta memastikan perbelanjaan awam dapat dimanfaatkan secara lebih bersasar dan berkesan. Pada masa yang sama, kerajaan juga komited untuk memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana terus dilindungi agar reformasi yang dilaksanakan tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat.
Selain itu, usaha memperkukuhkan tadbir urus dan integriti dalam pelaksanaan subsidi turut wajar dipuji. Penggunaan pendekatan berasaskan data, pemantauan yang lebih telus serta penguatkuasaan yang berterusan akan membantu memastikan manfaat subsidi sampai kepada golongan sasar seterusnya meningkatkan keyakinan rakyat terhadap dasar kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Titah Diraja telah menegaskan bahawa pendidikan merupakan asas utama pembinaan bangsa dan masa depan negara dengan bahasa Melayu dan Sejarah Malaysia sebagai teras pendidikan kebangsaan. Selaras dengan penegasan ini, pelaksanaan Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 dan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026-2035 membuktikan komitmen kerajaan untuk melaksanakan reformasi pendidikan secara menyeluruh, berfasa dan mampan. Rancangan ini menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam melahirkan modal insan yang bukan sahaja berdaya saing dari segi ekonomi tetapi juga berakhlak dan beridentiti nasional.
Tambahan pula, dalam usaha memperkukuh ekosistem pendidikan, perhatian kerajaan terhadap kebajikan murid amatlah signifikan. Oleh yang demikian, saya memohon agar Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia dapat mengambil satu inisiatif bersama untuk melaksanakan pemeriksaan kesihatan mata secara menyeluruh kepada kanak-kanak di peringkat awal persekolahan, terutamanya di sekolah rendah.
Selain itu, saya telah dimaklumkan oleh pakar perubatan mata bahawa ramai kanak-kanak sebenarnya tidak menyedari atau tidak mengetahui bahawa mereka mengalami masalah penglihatan. Keadaan ini menyebabkan mereka menghadapi kesukaran membaca, menulis dan memberi tumpuan di dalam kelas, seterusnya mengganggu proses pembelajaran dan perkembangan akademik mereka.
Tuan Yang di-Pertua, prestasi industri acara perniagaan Malaysia pada tahun 2024 dan 2025 memperlihatkan pertumbuhan yang amat memberangsangkan serta semakin bersifat kualitatif dan berimpak tinggi. Pada tahun 2024, jumlah acara
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
perniagaan yang disokong telah meningkat daripada 229 acara pada tahun 2023 kepada 285 acara, bersamaan peningkatan sebanyak 24.5 peratus.
Dalam tempoh yang sama, jumlah kehadiran delegasi turut melonjak daripada 632,288 orang kepada 770,725 orang, iaitu peningkatan sebanyak 21.9 peratus. Lebih signifikan, impak ekonomi daripada kehadiran delegasi antarabangsa meningkat daripada RM2.73 bilion kepada RM3.40 bilion mencatatkan pertumbuhan sebanyak 24.5 peratus.
Momentum positif ini juga bukan hanya untuk tahun 2024 tetapi telah berterusan sehingga tahun 2025. Jumlah acara perniagaan meningkat dengan ketara daripada 285 acara kepada 393 acara iaitu lonjakan sebanyak 37.9 peratus.
Kehadiran delegasi pula meningkat kepada kira-kira 817,200 orang. Manakala impak ekonomi daripada delegasi antarabangsa melonjak daripada RM3.4 bilion kepada RM4.7 bilion, mencatatkan kenaikan hampir 19.7 peratus.
Perkembangan ini jelas menunjukkan peralihan strategi kerajaan ke arah menarik acara-acara berimpak tinggi yang menjana nilai ekonomi lebih besar serta manfaat limpahan kepada sektor pelancongan, hospitaliti, perkhidmatan dan perusahaan tempatan.
Selain itu, berdasarkan pertumbuhan yang konsisten ini, tahun 2026 dijangka menyaksikan kesinambungan prestasi positif dengan peningkatan jumlah acara berkualiti tinggi, kehadiran delegasi antarabangsa bernilai tinggi serta sumbangan ekonomi yang lebih signifikan kepada negara.
Sehubungan itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh warga MyCEB atas kejayaan yang amat membanggakan ini serta komitmen berterusan dalam mengangkat nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya membawa Dewan yang mulia ini kembali kepada tarikh 13 Jun 1971 di Hutan Simpanan Ulu Kinta, Perak.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Di lokasi tersebut, seorang anak Malaysia berbangsa India berasal dari Seremban, Negeri Sembilan iaitu mendiang Kapten Mohana Chandran a/l Velayuthan telah mengetuai pasukan tinjau Tentera Darat Malaysia dalam satu operasi menentang pengganas komunis.
Dalam operasi tersebut, Kapten Mohana Chandran telah gugur ditembak dari kedudukan tinggi dan terkorban di medan pertempuran demi mempertahankan kedaulatan negara. Atas keberanian dan pengorbanan luar biasa tersebut, Kebawah
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu telah menganugerahkan beliau Seri Pahlawan Gagah Perkasa darjah kepahlawanan tertinggi Persekutuan.
Kisah pengorbanan seorang anak Malaysia ini jelas membuktikan bahawa pertahanan dan keselamatan negara dibina atas sumbangan dan kesetiaan semua kaum. Semangat patriotisme, keberanian dan kesanggupan berkorban demi tanah air ini merupakan warisan nasional yang perlu terus dipelihara.
Sehubungan itu, saya menyokong usaha berterusan Kementerian Pertahanan untuk memastikan peluang penyertaan dalam Angkatan Tentera Malaysia terus terbuka secara inklusif kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk daripada masyarakat India agar semangat pengorbanan dan khidmat bakti kepada negara ini dapat diwarisi dan diteruskan oleh generasi akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, agenda pendigitalan perkhidmatan awam yang digerakkan oleh kerajaan merupakan satu langkah penting ke arah pentadbiran yang lebih cekap, telus dan responsif. Dalam hal ini, pelaksanaan sistem eROSES 2.0 di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada tahun 2025 adalah satu inisiatif yang wajar dipuji kerana memudahkan urusan pendaftaran dan pemantauan pertubuhan secara dalam talian.
Walau bagaimanapun, terdapat sedikit kekangan yang dihadapi oleh pengguna dalam mengakses dan sentiasa menunjukkan ralat dalam sistem tersebut.
Saya pasti dengan kepakaran dan keprihatinan pihak Kementerian Dalam Negeri supaya perkara ini dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.
Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan usaha kerajaan untuk memperkukuhkan kedudukan ekonomi Malaysia dalam rantai nilai global, penyertaan negara dalam perjanjian perdagangan antarabangsa seperti ASEAN– Australia–New Zealand Free Trade Area merupakan langkah strategik yang bertujuan memastikan akses pasaran eksport negara terus terpelihara dan diperkukuh.
Kerajaan telah menjelaskan bahawa tanpa penyertaan dalam perjanjian perdagangan sedemikian, Malaysia berisiko kehilangan akses kepada pasaran eksport bernilai besar termasuk ke pasaran utama seperti Amerika Syarikat. Justeru, pendekatan kerajaan dalam memastikan negara kekal relevan dan berdaya saing dalam persekitaran perdagangan global yang semakin mencabar wajar diberi sokongan.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Sehubungan itu, bolehkah kementerian menjelaskan bagaimana pendekatan berimbang yang diambil oleh kerajaan dalam perjanjian perdagangan antarabangsa akan memastikan manfaat perjanjian tersebut dapat dimaksimumkan tanpa mengabaikan keupayaan ekonomi domestik serta kepentingan strategik negara dalam jangka panjang?
Tuan Yang di-Pertua, kesemua perkara yang telah dibangkitkan dalam perbahasan ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk menguruskan negara secara berhemah, inklusif dan berpandangan jauh selaras dengan aspirasi yang dizahirkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong dalam Titah Diraja.
Saya yakin bahawa dengan kepimpinan kerajaan yang stabil serta sokongan semua pihak, segala usaha dan dasar yang dilaksanakan akan terus memperkukuh kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Tuan Yang di- Pertua, Batu Gajah menjunjung kasih dan menyokong sepenuhnya Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Sekian, terima kasih.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah.
Seterusnya, saya persilakan Yang Berhormat Sandakan. Silakan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tahun 2026 seharusnya menjadi satu tahun pemulihan dan juga pelaksanaan.
Namun bagi rakyat di Sabah, ia masih terasa seperti tahun menunggu. Menunggu janji yang ditunaikan, menunggu masalah asas diselesaikan dan juga menunggu layanan yang setara sebagai rakan dalam Persekutuan ini.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan supaya kerajaan memberi tumpuan kepada tadbir urus yang baik, pembangunan seimbang dan juga kesejahteraan rakyat. Titah ini memang amat tepat tetapi di Sabah khususnya di Sandakan, jurang antara dasar di atas kertas dan realiti di lapangan masih terlalu besar. Sabah bukan kekurangan anggaran, tetapi kekurangan keutamaan dan juga pelaksanaan. Hari ini saya bangkit bukan untuk beretorik, tetapi untuk menyuarakan kegusaran rakyat Sabah yang semakin hilang sabar.
Dalam Belanjawan Persekutuan 2026, kerajaan telah mengumumkan beberapa peruntukan yang secara prinsipnya memberi manfaat kepada Sabah dan Sandakan. Namun persoalan rakyat saya adalah sangat mudah. Adakah peruntukan
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
ini benar-benar sampai ke lapangan atau sekali lagi tersekat di antara kelulusan dan juga pelaksanaan? Yang pertama, infrastruktur asas. Janji di atas kertas, rakyat di lapangan menunggu risiko.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mengumumkan peruntukan yang besar bagi infrastruktur asas di Sabah. Jalan Persekutuan, bekalan air dan tenaga. Sandakan amat bergantung kepada peruntukan ini kerana Jalan Persekutuan Sandakan– Telupid masih berisiko tinggi, lampu jalan tidak berfungsi, jalan berlubang dan juga yang membahayakan pengguna.
Berapa ratus projek Pan Borneo di Sabah— berapa peratus projek Pan Borneo di Sabah telah siap dan bila tarikh sebenarnya ia akan disiap? Projek sakit di Sandakan di Jalan Persekutuan, Jalan Sandakan–Tamparuli yang berdekatan dengan Sabah Hotel. Tahun lalu bulan Februari, saya telah dapatkan maklumat daripada JKR bahawa projek ini telah diisytiharkan projek sakit.
Sampai kini masih belum lagi ada kerja dibuat. Hanya tunggu mesyuarat untuk putuskan projek sakit mengambil bulan-bulan. Ini bermaknanya kerajaan lembab. Projek tebatan air masih tidak konsisten, gangguan elektrik terus menjejaskan industri dan juga keyakinan pelabur. Tuan Yang di-Pertua, peruntukan tanpa jadual pelaksanaan hanyalah janji yang akan ditangguhkan.
Keduanya, kesihatan. Kelewatan dibayar dengan kesihatan rakyat.
Peruntukan kesihatan turut diumumkan termasuk penaiktarafan hospital dan klinik luar bandar. Sandakan menyambut baik pengumuman ini. Namun realitinya, Sandakan Hospital masih kekurangan peralatan dan kepakaran, klinik kesihatan di kawasan padat terus sesak, akses kepada perkhidmatan kesihatan mental juga sangat terhad. Seperti rawatan bulanan suntikan mata anti-VEGF bulanan, prosedur yang boleh dijalankan di Hospital KK.
Sudahlah rakyat Sandakan tidak kaya, tambahan kos perbelanjaan out of the pocket, dengan izin. Soalannya kenapanya prosedur ini tidak boleh dijalankan di Sandakan walaupun Hospital Duchess of Kent juga mempunyai tiga orang pakar mata yang sangat berpengalaman. Berapakah banyak peruntukan ini benar-benar diperuntukkan secara khususnya untuk Pantai Timur Sabah? Bolehkah Kementerian Kesihatan pendekkan masa kajian sebagaimana kami dimaklumkan sering kalinya kajian diluluskan dan telah dibuat tetapi tidak tahu berapa tahun kami perlu tunggu untuk projek itu tersebut dimuktamadkan.
Seterusnya, bagi pendidikan dan juga sekolah daif, masalah yang lama masih belum selesai. Tuan Yang di-Pertua, setiap tahun peruntukan untuk sekolah
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
diumumkan, namun di Sandakan, sekolah daif masih wujud, infrastruktur pendidikan masih ketinggalan dan juga murid Sabah bukan di luar Sandakan terus tercicir akibat kemudahan asas yang lemah.
Soalan saya adalah jelas juga. Adakah Sabah sekadar angka dalam dokumen belanjawan atau keutamaan dalam pelaksanaan? Isu-isu kritikal sekolah tidak diselesaikan seperti Sekolah SK Tanjung Papat 1 dan 2 telah kongsi tapak kian lama. Tetapi sehingga hari ini belum ada satu gantian tapak untuk pisahkan dua-dua premis sekolah ini.
Dengan pengumuman Darjah 1 diturunkan kepada umur enam, bermakna kami perlukan sekolah dan kelas yang mencukupi dan lebih banyak. Masa yang kritikal untuk Kerajaan MADANI ini mengambil tindakan supaya semua murid dan guru ada sesi pengajaran dan pembelajaran yang baik dan selesa.
Seterusnya untuk SME, ekonomi rakyat dan juga logistik, dasar pusat yang tidak boleh satu saiz untuk semua. Tuan Yang di-Pertua, SME di Sabah sepatutnya menerima manfaat utama khususnya dalam perikanan logistik, pelancongan dan juga industri hiliran. Namun, peniaga kecil mengadu sukar mengakses geran, prosedur yang terlalu berpusat, skim yang tidak mengira, mengambil kira realiti di Sabah. Dasar kerajaan yang sering kali U-turn, U-turn, U-turn sehingga semua wakil rakyat pun bingung apatah lagi rakyat Sabah di Sandakan. Dasar ekonomi mesti diturunkan ke lapangan tapi dan bukan kekal di Putrajaya sahaja.
Isu BDM lori di Sabah yang tidak selaras. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu penguatkuasaan BDM lori di Sabah yang semakin membebankan pengusaha logistik di Borneo. Sabah mempunyai cabaran logistik yang sangat berbeza. Jauh jarak antara satu bandar dengan satu lain. Laluan yang terhad dan kebergantungan tinggi kepada pengangkutan darat. Namun, BDM yang dilaksanakan adalah tidak setara Semenanjung, Sarawak dan Sabah.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Akibatnya di Sabah, kos pengangkutan tinggi, harga barang tinggi, peniaga kecil terhimpit, rakyat menanggung kos rantaian. Sabah tidak menolak undang- undang. Sabah menuntut pelaksanaan yang adil dan berperingkat dan juga, para pengusaha juga berharap penyelarasan BDM sekurang-kurangnya sama dengan Sarawak.
Seterusnya, berkenaan dengan kebajikan warga emas. Menua dalam kesempitan bukan pilihan. Tuan Yang di-Pertua, apabila kos sara hidup meningkat, golongan yang paling terkesan ialah warga emas dan keluarganya yang mempunyai
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
warga emas yang disayangi. Di Sandakan dan di seluruh Sabah, ramai warga emas hidup dengan pendapatan terhad, bergantungan kepada anak-anak juga terhimpit, mengalami masalah kesihatan mobiliti, beli pampers, susu tepung orang dewasa, kerusi roda dan seterusnya.
Bantuan memang wujud tetapi di lapangan. Nilai bantuan tidak seiring dengan kos hidup, prosedur permohonan yang rumit. Ramai yang tercicir oleh kerana dia mempunyai seorang anak yang bekerja. Jadi, saya mendesak kepada kementerian dan kerajaan agar peruntukan bantuan orang tua (BOT) dinaikkan supaya lebih ramai warga emas layak menerima bantuan dengan bermaruah dan juga, secara langsung mengurangkan beban kewangan untuk setiap keluarga.
Seterusnya, untuk pelancongan dan pembangunan wilayah. Potensi memang ada tetapi infrastruktur tiada. Tuan Yang di-Pertua, Sandakan mempunyai satu potensi pelancongan yang besar, ekopelancongan dan juga biodiversiti. Kini, ada kami punya Hotel Four Point Sandakan yang terdahulu akan beroperasi semula dengan pemilik baru, Ormond Hotel. Pelabur tempatan akan juga membuka satu resort baru di Pulau Berhala. Namun, mengapa tiada satu pun jeti pelancongan dibina? Pelancong terpaksa menggunakan jeti di pasar ataupun jeti berdekatan dengan pos, di mana tidak dijaga oleh mana-mana pihak.
Bukankah ini membuktikan bandar sekunder di Sabah seperti Sandakan telah dipinggirkan? Apabila pelabur berminat untuk berkeyakinan untuk melabur di Sandakan, ini adalah masa yang tepat untuk Kerajaan Persekutuan menjalankan tanggungjawab supaya semua pelabur akan terus berminat untuk melabur di Sandakan.
Berkenaan dengan MA63, janji sudah dibuat. Sabah masih menunggu hasilnya. Tuan Yang di-Pertua, MA63 bukan satu isu emosi. Ia adalah satu isu hak pelaksanaan dan juga keikhlasan politik. Mesyuarat demi mesyuarat telah diadakan, pengumuman demi pengumuman telah dibuat. Kini, masanya kerajaan untuk mengumumkan hasil sebenar. Sekali for now and— once and for all, dengan izin.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, keputusan pilihan raya Sabah lalu adalah satu penanda aras kepercayaan yang cukup baik bagi Kerajaan MADANI. Saya berharap, kami punya semua Kabinet akan mendengar keluhan-keluhan orang Sabah yang tidak boleh sabar lagi.
Jadi, Belanjawan 2026 itu memberi harapan di atas kertas tetapi bagi rakyat Sandakan, ukuran sebenarnya adalah berapa yang sampai? Bila akan disiap? Siapa
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
yang akan bertanggungjawab? Sabah tidak kekurangan janji. Memang kekurangan pelaksanaan yang berani dan berdisiplin.
Jadi, saya selaku Ahli Parlimen di Sandakan juga tidak berani untuk mengumumkan projek-projek daripada kerajaan sebelum ia dibina atau dibuka tanah sebab saya tidak tahu bila akan dilaksanakan ataupun sama akan ditunggak ataupun tidak akan dilaksanakan.
Ini bermakna kepercayaan terhadap kerajaan atau policy making adalah sangat serius dan kami perlu mendapatkan satu jalan penyelesaian supaya rakyat kami akan percaya dengan kami semula. Jadi, Sandakan ingin mengakhirkan perbahasan saya dengan serangkap pantun.
Ombak beralun di pesisir Sandakan, Harapan dipanjat, ke hadrat yang agung; Amanah rakyat perlu diselamatkan, Supaya negara kekal adil dan dijunjung. Dengan itu, Sandakan mohon menyokong. Sekian dan terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Yang Berhormat Sandakan.
Seterusnya, saya persilakan Yang Berhormat Rompin. Silakan.
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Rompin ingin merakamkan ucapan menjunjung kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang penuh hikmah, berwawasan dan menyentuh denyut nadi kehidupan seluruh rakyat jelata.
Titah Baginda amat jelas dalam mengingatkan kita semua bahawa tugas dan amanah sebagai wakil rakyat bukan sekadar menggubal undang-undang dasar sahaja tetapi untuk memastikan kesejahteraan hidup benar-benar dapat dirasai oleh rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh beberapa perkara utama yang sangat berkait rapat dengan titah Seri Paduka Baginda Tuanku. Pertamanya, isu kos sara hidup. Soalan paling asas yang sedang bermain di fikiran rakyat hari ini ialah bagaimana untuk terus hidup bahagia dan sejahtera apabila kos sara hidup terus meningkat.
Saya masih ingat kenyataan bekas Menteri MITI. Beliau pernah menyebut bahawa tekanan kos sara hidup adalah realiti global dan kerajaan sedar rakyat
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
berada dalam keadaan terhimpit. Namun, kesedaran sahaja tidak mencukupi jika mekanisme penyelesaian di peringkat akar umbi masih belum dirasai sepenuhnya.
Akibat tekanan kos sara hidup ini, ramai rakyat terpaksa melakukan dua hingga tiga pekerjaan. Siang kerja tetap, malam memandu e-hailing dan hujung minggu, berniaga secara kecil-kecilan. Masa bersama keluarga menjadi semakin singkat. Keletihan menjadi rutin dan tekanan emosi menjadi teman harian, Tuan Yang di-Pertua.
Akhirnya kesan berantai mula kelihatan. Semakin banyak masalah dalaman keluarga, peningkatan konflik rumah tangga, tekanan mental dan masalah sosial di kalangan anak-anak. Statistik menunjukkan berlaku peningkatan kes bunuh diri dan perceraian dari tahun ke tahun. Ini satu isyarat jelas bahawa tekanan kehidupan ini bukan lagi isu terpencil tetapi krisis kesejahteraan negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil contoh tekanan hidup yang dirasai oleh pembeli rumah di Taman Rompin Permai di kawasan saya. Pembeli rumah kini berada dalam keadaan tertekan. Mana taknya, Tuan Yang di-Pertua? Rumah loan kena bayar, rumah sewa kena bayar. Isu ini pernah saya bangkitkan dalam sesi Parlimen yang lalu. Jawapan Yang Berhormat Menteri menyatakan masalah ini dijangka dapat diselesaikan sebelum tahun 2030.
Persoalannya, bagaimana rakyat terus bertahan sehingga tahun 2030? Saya ada seorang kawan yang membeli rumah ini. Dia beritahu saya, “YB, terima kasihlah awok bawa kes kome ini ke Parlimen. Tapi entahlah, koi ni sempat tak sempat duduk rumah tu”. Tiga hari lepas, dia meninggal dunia. Jadi, apa yang akan jadi kepada isteri beliau, nak menanggung masalah beban ini, Tuan Yang di-Pertua. Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, mesti ada satu mekanisme penyelesaian sementara sebelum rumah tergendala ini siap. Sama ada dalam bentuk moratorium atau penangguhan bayaran pinjaman, atau skim perlindungan khas kepada pembeli rumah yang terkesan.
Jangan biarkan rakyat terus terbeban membayar untuk sesuatu yang tidak pasti, yang belum mereka miliki. Saya yakin, lebih ramai yang menjadi mangsa projek sakit di seluruh negara.
Yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, hari ini ramai belia berhijrah ke bandar.
Bukan kerana pilihan, kerana tiada peluang pekerjaan berkualiti di kawasan asal mereka. Jika peluang wujud di luar bandar, belia tidak akan meninggalkan keluarga dan kampung halaman. Persoalannya, mengapa kerajaan terus menumpukan
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
pembangunan di bandar sedangkan, luar bandar mempunyai sumber semula jadi, tanah, tenaga kerja dan potensi ekonomi yang besar?
Saya nak bawa contoh di kawasan saya, Rompin. Ada 16 skim FELDA dan puluhan syarikat swasta yang mengusahakan ratusan ribu ekar tanah kelapa sawit.
Yang peliknya, tak ada satu kilang produk yang berasaskan kelapa sawit, Tuan Yang di-Pertua. Sedangkan bahan mentahnya daripada kawasan Rompin. Malahan, sumber tenaga pun banyak di Rompin.
Mengapa hasil dari luar bandar perlu dibawa ke bandar untuk diproses sedangkan, industri hiliran boleh diwujudkan di kawasan asal? Pendekatan ini bukan sahaja mengurangkan penghijrahan belia tapi merangsang ekonomi setempat dan mengurangkan jurang pembangunan.
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Sehubungan itu, saya berpandangan bahawa sudah sampai masanya kerajaan memperkenalkan satu pendekatan yang lebih segar dan progresif dengan meletakkan kawasan luar bandar sebagai tumpuan ekonomi baharu negara. Luar bandar tidak lagi boleh dilihat sekadar kawasan sokongan kepada bandar tetapi perlu diangkat sebagai pusat pertumbuhan ekonomi yang sebenar.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Ini boleh direalisasikan melalui pembangunan industri agromakanan berteknologi tinggi, perusahaan kecil dan sederhana berasaskan sumber tempatan, industri hiliran pertanian dan perikanan, ekonomi digital luar bandar serta hab latihan kemahiran dan keusahawanan belia dengan infrastruktur yang betul, insentif pelaburan yang bersasar dan sokongan kewangan yang mampan, luar bandar mampu menjadi penyumbang utama kepada ekonomi negara. Apabila peluang pekerjaan diwujudkan di luar bandar, pendapatan rakyat dapat ditingkatkan, kos sara hidup dapat dikawal dan tekanan penghijrahan ke bandar dapat dikurangkan.
Puan Yang di-Pertua, yang ketiganya pendidikan. Dasar berubah, guru terbeban, masa depan terancam. Pendidikan adalah nadi masa depan negara.
Namun hari ini sistem pendidikan kita berhadapan dengan pelbagai cabaran yang semakin meruncing. Antaranya ialah dasar pendidikan yang kerap berubah. Setiap pertukaran kepimpinan, muncul dasar baru.
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Guru dan pentadbir sekolah terpaksa menyesuaikan diri berulang kali sedangkan murid menjadi bahan eksperimen polisi. Dalam masa yang sama, beban tugas guru semakin berat. Guru bukan sahaja mengajar, tapi dibebani dengan pelaporan, pengurusan data, tugas pentadbiran dan pelbagai kerja di luar bilik darjah.
Akhirnya, fokus kepada pengajaran dan pembentukan sahsiah murid terjejas.
Kini kerajaan ingin menambah lagi beban tugas guru walaupun masih banyak lagi beban tugas guru yang masih belum diselesaikan.
Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan permasalahan di kawasan saya. Yang pertama ialah— ai tak jumpa pula. Masalah jalan di FT063 Jalan Leban Condong Ibam. Baru-baru ni apabila berlakunya hujan lebat, banyak jalan yang rosak. Justeru itu saya mohon Kementerian Kerja Raya supaya menaik taraf segera jalan ini yang menjadi jalan utama kepada penduduk di Rompin, Puan Yang di-Pertua.
Yang keduanya, saya ingin bawa masalah, ini daripada Imam Kampung Pianggu, Imam Fuzi. Dia selepas solat Jumaat, dia beritahu saya masalah ini iaitu masalah pesawah padi di jelapang padi Rompin. Ada penanam padi yang tak dapat usahakan sawah mereka, dua musim. Akibat apa? Akibat sistem saliran Puan Yang di-Pertua. Jadi, saya mohon kepada Kementerian Pertanian supaya melihat masalah ini.
Yang ketiga ialah masalah kawasan FELDA di kawasan saya. Saya rasa Jelebu dan juga kawasan-kawasan lain pun menghadapi masalah yang sama iaitu rumah yang dibina atas lot tanah ibu bapa mereka. Nak dapat kelulusan untuk masuk air dengan bekalan elektrik memang tak dapat. Jadi saya mohonlah supaya ianya diselesaikan dengan segera.
Dan seterusnya masalah FELDA ini, saya pergi ke kawasan FELDA baru- baru ini di kawasan FELDA Keratong 8. Dan saya lihat kedai dibuat di atas longkang.
Bila hujan lebat ja, tersumbat dan banjir secara tiba-tiba. Saya ingin bertanya kepada FELDA, adakah FELDA bercadang untuk menyusun semula kawasan perniagaan di kawasan FELDA ini, terutamanya di kawasan Keratong 8 ini supaya lebih moden, lebih menarik dan lebih tersusun Puan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Masa sudah tamat?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya.
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Sikit lagi, ini landing. Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Banginda Yang di-Pertuan Agong mengingatkan kita bahawa kestabilan negara bermula daripada kesejahteraan rakyat. Rakyat yang tertekan tidak mampu menyumbang secara optimum kepada negara.
Maka menjadi tanggungjawab kita di Dewan Yang Mulia ini untuk memastikan dasar yang digubal benar-benar menyelesaikan masalah rakyat. Kos sara hidup yang menekan, pendidikan yang mencorakkan masa depan dan peluang ekonomi yang adil. Dengan ini saya menyokong Titah Kebawah Duli Tuanku. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Saya jemput Yang Berhormat Kudat.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Salam oleh Malaysia MADANI. Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada Kudat untuk turut sama membahaskan Usul Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, di mana titah tersebut telah menyentuh banyak perkara, terutama sekali dalam penambahbaikan kesejahteraan rakyat, pendidikan, kesihatan serta perkara-perkara yang perlu diberikan keutamaan dalam memperbaiki taraf hidup rakyat.
Puan Yang di-Pertua, pertama-tama saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri serta seluruh pimpinan Kerajaan MADANI yang telah mengangkat tahap ekonomi Malaysia ke tahap yang membanggakan dalam tempoh pemerintahan selama tiga tahun.
Walaupun dunia kini menghadapi pelbagai cabaran, ini dibuktikan dengan pertumbuhan ekonomi yang cukup memberangsangkan iaitu 4.7 peratus pada suku ketiga 2025 dan kadar pengangguran serta inflasi yang rendah. Begitu juga pengukuhan nilai Ringgit di bawah paras RM4 per dollar dan kita melihat bahawa nilai Ringgit ini adalah antara yang terkuat di rantau Asia Tenggara ini.
Walau bagaimanapun, Kudat berpendapat bahawa apa sahaja pencapaian yang dicapai oleh kerajaan ketika ini tidak akan bermakna sekiranya pencapaian ini
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
tidak dapat memenuhi kehendak dan tuntutan kehidupan rakyat yang semakin mendesak setiap hari. Kudat juga ingin menyentuh beberapa perkara berkenaan dengan isu-isu semasa, terutama sekali Dasar Pendidikan baharu yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada ketika ini, iaitu kemasukan Tahun 1 seawal enam tahun.
Dasar ini merupakan dasar yang diamalkan oleh banyak negara dan saya telah mendengar sendiri jawapan daripada Yang Amat Berhormat Tambun pada tadi pagi berkenaan dengan isu ini. Walau bagaimanapun, Kudat tidak terlepas untuk mempersoalkan beberapa perkara berkenaan dasar baharu pendidikan yang saya rasa telah dibuat secara tergesa-gesa dan keputusan ini mungkin tidak melibatkan secara menyeluruh terutama sekali pendapat daripada pemimpin-pemimpin khususnya pemimpin-pemimpin daripada wakil-wakil di kawasan luar bandar.
Puan Yang di-Pertua, saya percaya dasar baharu pendidikan ini memberikan kelebihan kepada anak-anak di dalam kawasan bandar. Kita tidak bermula di garisan yang sama. Di Parlimen Kudat, ramai ibu bapa yang masih belum mampu menghantar anak ke prasekolah disebabkan jarak sekolah yang jauh, kekurangan tadika kerajaan di kampung, masalah pengangkutan dan kewangan serta guru yang tidak mencukupi.
Maka bila dasar ini diperkenalkan secara pilihan, sebenarnya ia bukanlah pilihan. Bagi masyarakat luar bandar, mereka tidak mampu untuk memilih dan akhirnya anak-anak di luar bandar terus ketinggalan. Bayangkan situasi 10 tahun daripada sekarang, anak-anak di kawasan bandar habis sekolah dan masuk universiti setahun lebih awal berbanding dengan anak-anak di luar bandar khususnya di Pulau Banggi, Kudat, Kanibungan dan kawasan-kawasan di dalam Parlimen Kudat yang hanya bermula tahun satu pada umur tujuh tahun dengan kualiti pendidikan yang tidak setaraf dengan kawasan bandar. Apakah ini tidak akan melebarkan lagi jurang antara wilayah? Saya tidak menolak dasar ini, tetapi saya mohon supaya kerajaan melihat semula pelaksanaannya, terutama sekali di Sabah dan Sarawak.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Apakah prasarana dan sumber untuk melaksanakan dasar ini secara adil?
Berapa buah Tabika KEMAS dan prasekolah yang beroperasi di Kudat dan Pitas berkualiti dari segi kemudahan dan semua aspek pembelajaran? Apakah guru dan kemudahan cukup untuk memulakan pendidikan awal yang berkualiti? Dan adakah pelajar luar bandar akan tertinggal dalam sistem pendidikan yang baru ini?
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Puan Yang di-Pertua, sebagai wakil rakyat, bukan sahaja membawa suara rakyat ke Dewan ini tetapi juga menjadi benteng pertama menanggung segala tempias akibat dasar yang kurang menepati realiti. Apabila timbul isu ataupun pengumuman dasar pendidikan baru yang tidak dibincang secara mendalam dalam komuniti luar bandar, maka kami wakil-wakil rakyat akan berhadapan dengan rasa tidak puas hati rakyat. Mereka tidak salahkan kementerian. Mereka salahkan kami, Puan Yang di-Pertua.
Seterusnya, saya ingin membangkitkan perkara ketiga dalam titah Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan kesejahteraan rakyat, di mana kawasan luar bandar ini cukup terpinggir dari segi kemudahan-kemudahan asas.
Misalnya jalan raya yang telah berulang kali saya sebutkan dalam Dewan yang mulia ini. Saya nampak penambahbaikan dari segi kemudahan-kemudahan asas, khususnya di Parlimen Kudat masih tidak dijalankan ataupun tidak diberikan perhatian sepenuhnya oleh kerajaan.
Dan ini sangat membimbangkan kerana apabila kita melihat keadaan ekonomi di luar bandar walaupun telah kita sebutkan, telah saya sebutkan tadi bahawa peningkatan ekonomi pada keseluruhannya di dalam Malaysia ini cukup membanggakan. Tetapi disebabkan oleh kemudahan-kemudahan asas di luar bandar ini tidak diambil perhatian sepenuhnya oleh kerajaan, maka pendapatan penduduk di kampung ataupun di luar bandar ini tidak jauh bezanya daripada dahulu.
Saya mohon kepada kementerian KKDW untuk memberikan penumpuan, terutama sekali dalam memberikan ataupun melaksanakan rumah-rumah PPRT.
Saya ucapkan terima kasih banyak kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, selaku Menteri KKDW kerana pada tahun lalu telah memberikan peruntukan sebanyak RM11,630,000 kepada kawasan Parlimen Kudat untuk pembinaan rumah dan juga pembaikan rumah.
Saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Menteri KKDW, berapakah peruntukan yang diperuntukkan kepada Parlimen Kudat untuk pembinaan rumah PPRT yang baru dan juga pembaikan rumah-rumah di kawasan Kudat pada 2026 ini secara spesifiknya? Begitu juga dengan jalan-jalan ladang. Tahun lalu saya masih ingat hanya kurang daripada RM1 juta peruntukan untuk membina ataupun memperbaiki jalan-jalan ladang di bawah Kementerian Komoditi.
Dan saya mohon supaya saya diberikan perincian, berapakah jumlah peruntukan daripada Kementerian Komoditi pada tahun ini, pada tahun 2026 bagi
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
menaik taraf jalan-jalan kebun sebab jalan-jalan kebun ini adalah merupakan nadi utama kepada pendapatan penduduk luar bandar.
Begitu juga Puan Yang di-Pertua, berkenaan dengan penambahbaikan ataupun penyelenggaraan Jalan-jalan Persekutuan di dalam kawasan ataupun Parlimen Kudat, ataupun secara spesifiknya jalan utama daripada Kota Kinabalu ke Kudat. Pada tahun lalu, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah peruntukan yang agak besar untuk memperbaiki Jalan Persekutuan ini.
Namun, peruntukan itu tidaklah mencukupi dan saya sendiri melihat bahawa keperluan untuk memperbaiki Jalan Persekutuan ini, yang mana ini adalah nadi utama kepada ekonomi di kawasan utara Sabah. Dan saya mohon kepada Kementerian Kerja Raya Malaysia supaya memberikan peruntukan yang lebih agar keseluruhan sepanjang jalan daripada Kota Belud ke Kudat ini dapat diperbaiki dengan sepenuhnya.
Dan di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada SLS ataupun Sabah Law Society yang telah menang dalam saman di antara SLS dan juga Kerajaan Persekutuan berkenaan tuntutan 40 peratus hak-hak Sabah yang telah dicatatkan dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Dan ini secara langsung telah memberikan satu bukti bahawa apa yang saya dan juga wakil-wakil rakyat yang lain daripada Sabah telah perjuangkan di dalam Dewan yang mulia ini bukanlah semata-mata sebagai keinginan peribadi ataupun tuntutan-tuntutan yang tidak bermanfaat ataupun bukan berlandaskan kepada penubuhan Malaysia itu sendiri. Tetapi ini adalah bukti bahawa keputusan mahkamah tinggi di Kota Kinabalu itu adalah merupakan keputusan yang tepat.
Seharusnya perkara ini perlu dilaksanakan sesegera yang mungkin.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Dan saya mohon kepada Kerajaan Persekutuan supaya janganlah buat lagi rayuan untuk perkara-perkara tersebut.
Sebab saya rasa penghakiman telah dibuat dan ayat-ayat dalam penghakiman itu mungkin bukanlah sepahit sepertimana yang kami alami daripada Sabah yang telah kehilangan hak sehingga berpuluh tahun lamanya.
Jadi, saya mohon kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, begitu juga dengan pimpinan Kerajaan MADANI agar menggugurkan sebarang usaha untuk membuat penangguhan pelaksanaan dan juga untuk merayu sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. Kudat mohon menyokong.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kudat. Saya jemput Yang Berhormat Igan.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Pertama sekali Igan ingin mengambil, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih ke atas titah yang penuh hikmah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sempena pembukaan persidangan Parlimen pada kali ini.
Puan Yang di-Pertua, pada perbahasan kali ini, Igan ingin membahaskan isu yang sangat penting, namun sering kali terpinggir iaitu mengenai Program Pendidikan Khas Integrasi ataupun PPKI khususnya berkaitan guru-guru PPKI, pembantu pengurusan murid ataupun PPM dan murid berkeperluan pendidikan khas di Sarawak. Puan Yang di-Pertua, kali ini, Igan ingin membawa suara hati mereka di Dewan yang mulia ini.
Sarawak mempunyai keluasan geografi yang amat mencabar dengan banyak sekolah terletak di kawasan luar bandar dan pedalaman. Namun malangnya, isu kekurangan guru PPKI dan PPM ini masih menjadi masalah berlautan dan kritikal sedangkan enrolmen murid berkeperluan pendidikan khas terus meningkat dan meningkat saban tahun.
Pertama, Igan ingin menyentuh isu nisbah guru PPKI kepada jumlah murid berkeperluan pendidikan khas. Di banyak sekolah di Sarawak, seorang guru PPKI terpaksa mengendalikan bilangan murid yang ramai dengan pelbagai kategori keperluan khas seperti ketidakmampuan pendengaran, pertuturan, ketidakupayaan fizikal dan masalah pembelajaran dalam satu kelas. Setiap murid memerlukan pendekatan yang berbeza, perhatian individu dengan kesabaran yang tidak bertepi.
Namun dengan nisbah guru yang tidak seimbang, pelaksanaan rancangan pendidikan individu ataupun RPI sering terpaksa dibuat secara minimum. Bukan kerana guru tidak peduli tetapi kerana kekangan masa dan tenaga. Sedangkan RPI sepatutnya bersifat khusus dan berfokus kepada keupayaan setiap murid. Akibatnya, murid tidak mendapat perhatian optimum, manakala guru pula berhadapan tekanan kerja yang tinggi sehingga menjejaskan kesejahteraan emosi mereka.
Puan Yang di-Pertua, isu kedua berkenaan dengan PPKI ini adalah isu kekurangan pembantu pengurusan murid ataupun PPM. Di lapangan terdapat sekolah PPKI yang hanya mempunyai seorang PPM untuk beberapa kelas. Malah
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
ada yang langsung tidak mempunyai PPM tetap, sedangkan PPM memainkan peranan penting dalam aspek keselamatan, kebajikan, pengurusan diri dan sokongan emosi murid, khususnya murid autisme tahap sederhana dan teruk.
Kekurangan PPM bukan sahaja membebankan guru, malah boleh menimbulkan risiko keselamatan kepada murid.
Puan Yang di-Pertua, masalah kekurangan guru PPKI dan PPM ini berlaku di semua daerah di seluruh Sarawak. Oleh itu, Igan memohon Yang Berhormat Menteri Pendidikan, melihat isu kritikal ini dengan serius dan tampil dengan langkah yang lebih tegas dan bersungguh-sungguh.
Puan Yang di-Pertua, di kawasan Parlimen Igan, di bawah seliaan PPD Daro, terdapat sembilan buah sekolah PPKI dengan empat daripadanya adalah sekolah menengah.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Dan setakat Januari 2026, terdapat 251 orang murid yang belajar di dalam 17 buah kelas. Isu kritikal sekarang ini ialah jumlah murid berkeperluan pendidikan khas yang terlalu ramai dalam setiap kelas. Di mana kelas normal sepatutnya enam ataupun tujuh orang setiap kelas. Keadaan semakin kritikal. Bila mana permohonan untuk pertambahan kelas dan perjawatan, sukar mendapat kelulusan daripada KPM.
Keadaan ini menyebabkan kesesakan serius dalam hampir semua kelas PPKI di daerah Daro dan Matu. Misalnya, di SMK Toh Puan Hajah Normah, Daro, bilangan murid seramai 33 orang. Kelas hanya dua sahaja, sedangkan murid dalam kelas mencecah 15 orang. Begitu juga dengan SMK Matu yang mempunyai 30 orang murid, cuma ada dua kelas sahaja yang diluluskan. Sepatutnya ada empat kelas untuk keselesaan. Kesesakan juga berlaku di PPKI SK Bawang Tian yang hanya ada dua kelas dengan 25 orang murid. SK Hijrah Badong mempunyai 49 orang murid dengan hanya lima kelas. SK Abang Gesa 25 murid dan SMK Semop seramai 16 orang murid.
Puan Yang di-Pertua, selain daripada isu kesesakan murid berkeperluan pendidikan khas ini, sekolah-sekolah PPKI di bawah seliaan PPD Daro juga mengalami masalah kekurangan guru PPKI dan PPM. Dalam rekod perjawatan dan bilangan kelas SMK Belawai kurang satu guru, SMK Semop kurang dua guru dan satu PPM, SMK Toh Puan Hajah Normah kurang tiga guru, SMK Matu kurang empat guru dan satu PPM, SK Abang Gesa empat guru, SK Penipah kurang satu guru, SK Bawang Tian kurang satu guru dan satu PPM dan SK Hijrah Badong kurang satu guru dan satu PPM.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Puan Yang di-Pertua, jika isu nisbah guru PPKI dan PPM tidak seimbang serta kesesakan yang kritikal tidak ditangani oleh Kementerian Pendidikan, pihak yang paling terkesan adalah murid-murid istimewa ini. Ini bercanggah sama sekali dengan prinsip keadilan pendidikan yang menuntut agar murid berkeperluan khas diberi sokongan lebih bukan sebaliknya.
Jika KPM benar-benar komited menjunjung prinsip keadilan pendidikan dan inklusiviti, maka Igan memohon agar setiap rintihan guru-guru PPKI dan PPM di Sarawak tidak lagi dibiarkan berlalu tanpa tindakan. Igan juga memohon agar Pengarah Pendidikan Sarawak turun padang untuk meninjau sendiri tentang masalah-masalah yang wujud di setiap daerah PPKI di Sarawak.
Puan Yang di-Pertua, Igan ingin mencadangkan beberapa langkah konkrit kepada pihak KPM.
Pertama, penambahan segera perjawatan guru PPKI dan PPM di Sarawak dengan mengambil kira enrollment murid berkeperluan khas sebenar dan tahap keperluan murid, bukan sekadar angka purata nasional.
Kedua, penetapan nisbah guru dan PPM yang lebih realistik khususnya bagi murid kategori berkeperluan tinggi.
Tiga, latihan berterusan dan sokongan kesejahteraan emosi kepada guru dan PPM agar mereka tidak merasa terpinggir dalam sistem pendidikan kita.
Puan Yang di-Pertua, Igan juga ingin mengemukakan beberapa pertanyaan kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan Kementerian Pendidikan berkaitan PPKI di Sarawak.
Pertama, berapakah jumlah sebenar guru PPKI yang ditempatkan di Sarawak pada masa ini? Dan apakah nisbah guru kepada murid berkeperluan pendidikan khas mengikut daerah?
Yang kedua, berapakah kekosongan jawatan guru PPKI di Sarawak setakat ini? Dan apakah punca kelewatan pengisian tersebut?
Dan yang ketiga, apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang KPM untuk menambah perjawatan PPKI di Sarawak? Manakala untuk pembantu pengurusan murid atau pun PPM, Igan juga ingin tahu. Pertama, apakah nisbah PPM kepada murid berkeperluan khas yang ditetapkan oleh KPM? Dan sejauh manakah nisbah ini dipatuhi di sekolah-sekolah PPKI di Sarawak?
Yang kedua, berapakah jumlah PPM yang sedang berkhidmat di Sarawak dan berapakah lagi yang diperlukan berdasarkan keperluan sebenar murid berkeperluan khas kategori berkeperluan tinggi.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Dan yang ketiga, apakah bentuk latihan khusus dan pensijilan yang disediakan oleh KPM kepada PPM, memandangkan mereka terlibat secara langsung dengan murid yang berkeperluan tinggi.
Selain daripada itu, Puan Yang di-Pertua, Igan juga ingin bertanya. Pertama, apakah langkah KPM untuk menangani beban tugas berlebihan dan keletihan, emosi ataupun dengan izin, burn out dalam kalangan guru-guru PPKI dan PPM di Sarawak.
Yang kedua, berapakah jumlah permohonan untuk membuka kelas baru PPKI di Sarawak sejak lima tahun yang lepas dan berapakah jumlah kelas yang diluluskan oleh KPM dan apakah sebab permohonan tidak diluluskan?
Dan yang ketiga, apakah sekolah PPKI di Sarawak, adakah sekolah PPKI di Sarawak mempunyai peralatan dan bahan bantu belajar yang mencukupi seperti perabot, meja, alat media, peralatan ICT, kelengkapan sukan, peralatan kebersihan dan pengurusan sendiri.
Puan Yang di-Pertua, kalau KPM mencadangkan slogan "Tahun Ini Tahun Kita", Igan mencadangkan agar KPM menjadikan tahun ini khusus untuk memberikan keutamaan terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru PPKI, PPM dan keperluan sebenar murid berkeperluan khas ini.
Malah, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah menzahirkan agar KPM memberikan keutamaan terhadap pendidikan murid-murid istimewa ini.
Malah, perkara ini juga turut disampaikan dalam Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku baru-baru ini.
Puan Yang di-Pertua, Igan juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri dan KPM, kenapa guru option pendidikan khas dan guru bimbingan dan kaunseling tidak layak dilantik sebagai pentadbir?
Igan minta Yang Berhormat Menteri Pendidikan menjelaskan, apakah kriteria bagi lantikan guru penolong kanan serta bagaimana kementerian memastikan proses ini adil dan telus supaya tidak menutup peluang-peluang guru berbakat dan berkelayakan.
Puan Yang di-Pertua, Igan juga ingin tahu. Pertama, Igan juga ingin bertanya, berapakah jumlah kekosongan guru di Sarawak pada masa ini dan apakah langkah jangka pendek dan jangka panjang yang diambil oleh kementerian untuk mengatasi masalah kekosongan guru di Sarawak?
Yang kedua, Igan juga minta kementerian menyatakan berapakah data atau jumlah guru mengajar di luar option di Sarawak? Mengapakah masalah ini terjadi dan apakah langkah yang diambil oleh kementerian untuk mengatasi masalah ini?
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Puan Yang di-Pertua, 30 saat. Yang ketiga, Igan juga ingin tahu berapakah nisbah guru murid sebenar bagi sekolah-sekolah di luar bandar dan pendalaman Sarawak berbanding piawaian nasional?
Dan yang keempat, apakah jaminan KPM agar Sarawak tidak terus terpinggir menjadi negeri terpinggir dalam pengagihan sumber pendidikan negara.
Akhir sekali, Puan Yang di-Pertua, kepada Yang Amat Berhormat Menteri dan kepada Ketua Pengarah Pendidikan yang sungguh-sungguh bersemangat setiap kali bercakap, Igan memohon agar setiap persoalan yang kami bangkitkan di dalam Dewan Yang Mulia ini dijawab dengan terperinci. Tidak menjawab segala persoalan yang kami bangkitkan itu adalah tanda dan isyarat bahawa Kementerian Pendidikan mengabaikan prinsip keadilan pendidikan, khususnya bagi murid-murid yang ada di pendalaman dan luar bandar Sarawak.
Sebab itu, ini adalah kali kedua saya membangkitkan persoalan ini. Agar setiap persoalan ini dibangkitkan bukan sahaja oleh saya sebagai ahli wakil rakyat daripada Parlimen Igan, juga oleh wakil-wakil rakyat yang lain, khususnya daripada wakil rakyat GPS yang kami wakili untuk mewakili suara rakyat kami di negeri Sarawak.
Datuk Yang di-Pertua, sekian sahaja daripada Igan. Igan menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Igan. Saya jemput Yang Berhormat Mersing.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi sembah junjung kasih ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas Titah Diraja yang penuh dengan kebijaksanaan, keprihatinan serta pandangan jauh dalam memandu hala tuju negara. Titah Baginda jelas mencerminkan kegusaran yang berasas terhadap cabaran semasa negara, merangkumi aspek keselamatan, perpaduan nasional, tadbir urus, pendidikan serta kesejahteraan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, Tuanku telah menegaskan bahawa keselamatan digital dan integriti maklumat merupakan benteng utama keselamatan negara serta asas kepercayaan rakyat terhadap institusi awam. Berdasarkan trend dan data yang
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
dilaporkan oleh CyberSecurity Malaysia, PDRM serta pelbagai laporan awam, negara menyaksikan peningkatan konsisten insiden keselamatan siber sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Ancaman utama merangkumi penipuan dalam talian, serangan ransomware, penyamaran identiti digital, pemalsuan dokumen berasaskan kecerdasan buatan, serta penyebaran kandungan deepfake yang semakin sukar dikesan dan berpotensi menjejaskan reputasi individu, institusi awam dan kestabilan negara. Laporan penguatkuasaan juga menunjukkan bahawa jenayah penipuan digital kini menjadi antara penyumbang utama kerugian kewangan rakyat melibatkan nilai berbilion ringgit setiap tahun.
Fenomena ini memberi kesan langsung kepada golongan berpendapatan sederhana, warga emas dan peniaga kecil yang sering menjadi sasaran sindiket terancang.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Walaupun National Cyber Security Strategy 2025–2030 telah diperkenalkan sebagai pelan hala tuju baharu. Pelaksanaannya masih berdepan cabaran dari segi penyelarasan antara agensi penguatkuasaan, pengawal seliaan dan teknikal.
Pendekatan yang masih bersifat silo ini melemahkan keupayaan negara untuk bertindak secara pantas terhadap ancaman siber yang bersifat rentas sempadan dan masa nyata.
Sehubungan itu, saya mencadangkan pertama, penubuhan pusat keselamatan siber nasional bersepadu dengan matlamat dan mandat yang jelas.
Fungsi penyelarasan menyeluruh serta pemantauan 24 jam berasaskan teknologi pintar dan perkongsian data masa nyata antara semua agensi berkaitan.
Kedua, pelaksanaan kempen literasi digital nasional yang lebih tersusun dan berimpak tinggi menyasarkan belia dan warga emas melalui sekolah, komuniti, institusi keagamaan dan platform digital dengan fokus kepada pencegahan awal dan perlindungan pengguna.
Ketiga, penyeragaman SOP serta pemerkasaan kerangka perundangan keselamatan siber termasuk mekanisme perkongsian risikan antarabangsa agar kedaulatan digital negara dapat dipertahankan secara berkesan dan berterusan.
Tuan Yang di-Pertua, tuanku telah menegaskan bahawa bahasa Malaysia— bahasa Melayu dan sejarah Malaysia merupakan teras pembinaan negara bangsa serta medium utama penyatuan rakyat berbilang kaum dan latar belakang. Namun, berdasarkan dapatan pelbagai kajian pendidikan serta pemerhatian lapangan, tahap
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
interaksi merentas aliran dalam kalangan pelajar masih belum mencapai tahap memuaskan.
Sebahagian besar pelajar masih berinteraksi dalam kelompok homogen dari segi bahasa, budaya dan sosioekonomi. Sekali gus mengehadkan pembentukan identiti kebangsaan yang inklusif. Keadaan ini menuntut pembaharuan dasar pendidikan yang lebih berani dan bersepadu.
Justeru saya mencadangkan, pertama, pelaksanaan kurikulum bersepadu merentas aliran di peringkat sekolah menengah secara lebih bersistematik dengan penekanan kepada projek kolaboratif bahasa Melayu dan Sejarah Malaysia. Projek ini hendaklah melibatkan pelajar dari pelbagai aliran sekolah dilaksanakan secara berkumpulan dan berasaskan penyelesaian masalah. Pendidikan komuniti serta penerokaan sejarah tempatan agar pembelajaran bersifat interaktif dan bermakna.
Kedua, pengukuhan program pertukaran budaya nasional sebagai inisiatif berterusan dan berskala besar, bukan sekadar program sukarela. Program ini boleh merangkumi kempen bahasa Kebangsaan, aktiviti lapangan Sejarah Malaysia serta khidmat komuniti berasaskan kawasan dengan penyertaan pelajar dari pelbagai latar belakang sekolah, kaum dan negeri yang berbeza disokong oleh peruntukan tetap dan pemantauan keberhasilan yang jelas.
Ketiga, pengukuhan modul sejarah kebangsaan sejak peringkat awal persekolahan dengan penekanan kepada Rukun Negara, nilai adab, amanah dan tanggungjawab insan. Kandungan sejarah perlu disampaikan secara lebih naratif dan kontekstual menonjolkan sumbangan tokoh serta komuniti pelbagai etnik dalam pembinaan negara agar pelajar memahami sejarah sebagai milik bersama, bukan milik satu kelompok semata-mata.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu serius berkaitan kelewatan pembayaran hasil jualan saham dan dividen Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) yang telah menimbulkan keresahan besar dalam kalangan peneroka FELDA di seluruh Negara.
Aduan berterusan diterima bahawa tuntutan penebusan modal syer masih belum dilunaskan dalam tempoh yang panjang, menjejaskan aliran tunai dan kelangsungan hidup ahli yang bergantung kepada dana tersebut. Prestasi kewangan KPF juga menunjukkan kemerosotan ketara berbanding sedekad lalu, sekali gus menimbulkan persoalan serius terhadap tadbir urus, strategi pelaburan dan pengawasan dalaman.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Lebih membimbangkan, perubahan aturan pengeluaran modal syer didakwa dilaksanakan tanpa penjelasan menyeluruh kepada ahli serta tanpa pendedahan jelas berkaitan pematuhan undang-undang kecil koperasi.
Sehubungan itu, saya menuntut penjelasan kerajaan berhubung, pertama, pelan pemulihan KPF berserta garis masa pembayaran tunggakan kepada ahli.
Kedua, status audit dan siasatan tadbir urus terhadap pengurusan KPF. Ketiga, langkah pembetulan konkrit bagi memulihkan keyakinan ahli dan peneroka FELDA.
Tuan Yang di-Pertua, hasrat kerajaan untuk mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW) memerlukan anjakan dasar yang lebih tegas, konsisten dan berasaskan kecekapan pengurusan. Pembangunan pusat data serta industri digital yang kebergantungan tinggi kepada penggunaan air, menuntut perancangan sumber air yang lebih holistik dan berpandangan jauh.
Pengalaman beberapa negeri termasuk Johor yang mula berdepan tekanan rizab air wajar dijadikan amaran awal agar pembangunan ekonomi tidak mendahului kapasiti infra asas. Malaysia boleh mengambil iktibar daripada bandar Hadano dan Kumamoto di Jepun yang berjaya mengurangkan kebergantungan kepada air permukaan melalui pembangunan sumber air bawah tanah secara lestari, termasuk pemetaan hidrogeologi dan empangan bawah tanah yang lebih berdaya tahan terhadap perubahan iklim.
Sehubungan itu, Malaysia perlu mempercepatkan inovasi pengurusan air melalui penggantian paip usang, penggunaan teknologi pintar serta penerokaan sumber air alternatif yang mampan. Selain itu, berhubung Perjanjian Air Johor– Singapura 1962, kadar harga air mentah sedia ada jelas tidak lagi sejajar dengan realiti ekonomi semasa. Kerajaan perlu menyatakan pendirian strategik yang jelas bagi melindungi kepentingan jangka panjang negara dan keselamatan sumber air nasional.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, saya turut ingin membangkitkan beberapa isu berulang yang amat membebankan rakyat di Parlimen Mersing, khususnya berkaitan baja bermusim, kelemahan infra saliran, serta masalah keterhubungan jalan raya yang sering terputus dan menjejaskan mobiliti penduduk.
Setiap kali musim tengkujuh, beberapa kawasan termasuk penempatan pesisir, perkampungan serta kawasan pedalaman sering terjejas akibat limpahan sungai, sistem perparitan yang tidak berfungsi dengan berkesan serta hakisan tebing sungai dan pantai. Keadaan ini bukan sahaja mengakibatkan kerosakan harta benda, malah mengganggu aktiviti ekonomi setempat seperti perikanan, pertanian
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
kecil dan pelancongan. Di samping meningkatkan risiko keselamatan kepada penduduk, khususnya warga emas dan kanak-kanak.
Lebih membimbangkan, kejadian banjir dan kadang-kala tanah runtuh turut menyebabkan laluan jalan utama dan jalan perhubungan kampung terputus, sekali gus menyukarkan pergerakan penduduk serta menyukarkan operasi kecemasan.
Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa isu Mersing bukan sekadar bencana alam bermusim, tetapi berkait rapat dengan kelemahan perancangan infra dan pengurusan risiko bencana.
Sehubungan itu, saya memohon penjelasan kerajaan mengenai status terkini projek tebatan banjir di Parlimen Mersing termasuk perancangan jangka sederhana dan jangka panjang yang melibatkan penyelenggaraan sistem saliran, pengurusan lembangan sungai serta langkah adaptasi terhadap perubahan iklim.
Selain itu, saya ingin mendapatkan penjelasan khusus berhubung perkara- perkara berikut. Pertama, apakah status terkini Projek Bypass Mersing iaitu projek membina jalan dan jabatan menghubungkan Jalan Felda Nitar Mersing (FT1425) ke Jalan Air Merah (J85) dan Jalan Johor baru–Kuantan (FT003).
Kedua, apakah perancangan dan garis masa kerajaan berkaitan pembinaan pemecah ombak di Kuala Sungai Mersing memandangkan kawasan ini sering terdedah kepada hakisan ombak besar dan ancaman kepada penempatan, jeti penumpang, jeti nelayan serta aktiviti ekonomi maritim.
Ketiga, apakah status projek pengawalan hakisan pantai di kawasan bandar Mersing dan pulau-pulau dalam Parlimen Mersing yang amat penting bagi keselamatan penduduk, perlindungan ekosistem pantai serta kelangsungan ekonomi pelancong tempatan.
Keempat, saya juga ingin membangkitkan isu keterjaminan perkhidmatan asas di kawasan pulau, pedalaman dan perkampungan orang asli termasuk bekalan air bersih, elektrik, liputan telekomunikasi dan akses perkhidmatan kesihatan.
Gangguan perkhidmatan ini sering menjadi lebih kritikal ketika musim tengkujuh.
Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Mersing. Saya jemput Yang Berhormat Batu.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Terima kasih Timbalan Speaker. Terlebih dahulu saya menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas Titah Diraja sempena Pembukaan Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas.
Titah ini bukan sekadar peringatan tetapi satu amanah besar kepada kita semua untuk memerangi rasuah, memperkukuh institusi negara dan mengutamakan kesejahteraan rakyat.
Timbalan Speaker, menyentuh perkara 16 dalam Titah Diraja tempo hari iaitu, sistem pendidikan negara juga perlu terus diperkasakan sebagai asas pembinaan bangsa, jati diri dan masa hadapan negara. Berlandaskan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa sistem pendidikan negara perlu terus diperkasakan sebagai asas pembinaan bangsa, jati diri dan masa hadapan negara. Justeru itu, pendidikan anak-anak autisme wajar dilihat sebagai sebahagian daripada tanggungjawab nasional.
Pemerkasaan pendidikan tidak boleh bersifat terpilih. Pendidikan anak-anak autisme tidak boleh dipinggirkan, sebaliknya mesti memastikan setiap anak Malaysia diberi ruang untuk berkembang mengikut keupayaan mereka. Pemerkasaan ini menuntut kita memperluas model pendidikan inklusif yang berstruktur bukan sekadar inklusif atas kertas. Sistem yang benar-benar inklusif memerlukan sokongan sebenar di bilik darjah, pendekatan pengajaran yang sesuai serta persekitaran pembelajaran yang membolehkan murid autisme belajar secara bermakna.
Di peringkat menengah pula, perlu mewujudkan laluan pendidikan dan kemahiran khas untuk murid autisme yang selari dengan kekuatan mereka. Ramai dalam kalangan mereka mempunyai potensi dalam bidang teknikal, kreatif dan digital.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Laluan yang fleksibel dan tersusun akan memastikan bakat yang tidak terbiar, sebaliknya dapat dibangunkan untuk manfaat negara. Dalam hal ini, sokongan pendidikan tidak boleh bergerak secara berpisah. Penyelarasan antara Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat amat penting supaya intervensi awal, sokongan pembelajaran dan kebajikan sosial dapat disampaikan secara berterusan tanpa jurang.
Pendidikan autisme yang tersusun dan berkesan akan mengurangkan kebergantungan jangka panjang, melahirkan individu berkemahiran khusus serta membolehkan mereka menyumbang kepada ekonomi dan masyarakat. Inilah maksud sebenar pelaburan pendidikan yang menjamin masa hadapan negara.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Untuk merealisasikan hasrat ini, pemerkasaan pendidikan autisme perlu meliputi latihan khusus dan berterusan kepada guru arus perdana, penempatan guru pendidikan khas yang mencukupi serta modul pembelajaran yang fleksibel dan berasaskan keupayaan murid.
Timbalan Speaker, saya juga ingin bangkitkan ataupun mencadangkan satu mekanisme ataupun inisiatif yang digunakan di China iaitu (BESS) battery energy storage system ataupun battery farm. Merupakan komponen penting dalam memastikan keselamatan dan kelestarian tenaga satu-satu negara. Dalam fasa peralihan kepada tenaga boleh baharu yang semakin pesat, Malaysia tidak boleh terus bergantung sepenuhnya kepada kaedah penjanaan tradisional tanpa sokongan sistem penyimpanan tenaga yang kukuh dan berdaya tahan.
Battery farm membolehkan tenaga lebihan, khususnya daripada sumber solar dan angin, disimpan dan digunakan semula ketika permintaan berada pada tahap tinggi. Pendekatan ini bukan sahaja menstabilkan grid elektrik, malah membantu mengurangkan risiko gangguan bekalan serta kebergantungan kepada bahan api fosil. Sehubungan itu, beberapa cadangan wajar dipertimbangkan.
Pertama, pelaksanaan battery farm secara berperingkat di lokasi strategik, terutamanya di kawasan berisiko gangguan bekalan dan zon perindustrian. Kedua, penyelarasan dasar dan pelaksanaan antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pemain industri tenaga supaya membangunkan BESS dapat dilaksanakan secara terancang, selamat dan berkesan. Ketiga, rangka kawal selia serta inisiatif yang jelas bagi menggalakkan pelaburan dalam teknologi penyimpan tenaga.
Pada masa yang sama, usaha ini wajar disertai dengan pembangunan kepakaran tempatan supaya negara tidak tergantung sepenuhnya kepada teknologi luar, sekali gus mengukuh kedaulatan teknologi dan industri hijau negara. Selain menjaminkan keselamatan tenaga, pembangunan battery farm turut membuka peluang ekonomi baru melalui penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi dan pemindahan teknologi. Ini selari dengan aspirasi negara ke arah ekonomi rendah karbon dan daya saing jangka panjang.
Kesimpulannya, battery farm bukan sekadar kemudahan teknikal tetapi pelaburan strategik untuk menjamin keselamatan tenaga dan masa hadapan negara.
Tindakan berani hari ini akan menentukan kestabilan dan kesejahteraan Malaysia pada masa hadapan.
Timbalan Speaker, berkaitan dengan isu Angkatan Tentera Malaysia serta siasatan terhadap individu berprofil tinggi dalam institusi keselamatan negara
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
membuktikan bahawa prinsip tiada siapa kebal dari undang-undang benar-benar dijalankan hari ini. Saya yakin Ahli Parlimen Langkawi yang begitu menyanjung dan menghargai jasa ATM, mungkin sedikit terkilan dengan apa yang berlaku. Namun, saya percaya beliau juga seperti saya, menghargai keberanian SPRM kerana tindakan tegas dan profesional.
Ini bukan sahaja untuk membersihkan reputasi Angkatan Tentera Malaysia daripada tercemar akibat perbuatan beberapa kerat individu petualang bangsa tapi juga memartabatkan kesucian institusi. Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada SPRM dan Kerajaan MADANI kerana bersikap adil, telus dan bebas daripada campur tangan politik sambil menegakkan kebenaran dan keadilan. Inilah pendekatan Kerajaan MADANI. Berani dan telus membawa, memelihara institusi ini.
Datuk Yang—Timbalan Speaker, saya juga ingin membangkitkan isu-isu kawasan, di mana nak memberi perhatian Dewan kepada isu kawasan, terutamanya Batu Muda sehingga SMK La Salle, Sentul, di mana ia dalam lingkungan lebih kurang dalam empat hingga lima kilometer. Secara logiknya, jaraknya sepatutnya hanya mengambil masa kurang— lebih kurang daripada 10 minit. Namun, rakyat kini terpaksa berdepan dengan kesesakan lalu lintas yang kritikal pada waktu-waktu puncak. Di mana perjalanan dalam cuaca biasa mengambil masa antara 45 minit hingga satu jam dan ketika hujan, boleh mencecah sehingga satu jam 30 minit.
Kawasan ini telah dibangunkan oleh pelbagai pemaju besar. Di Batu Muda, antaranya UOA Group, Maxim Holdings, SkyWorld Development, MahSing, ECF Group. Manakala, ke arah Sentul pula terdapat Sentul Murni, YTL dan beberapa pemaju lain. Persoalannya, adakah kajian berkaitan dengan densiti dan data visualization, dengan izin, telah dilakukan oleh semua pemaju kini, termasuk pihak DBKL? Jika ya, mengapa wujud ketidakseimbangan infrastruktur seperti kesesakan lalu lintas, sekolah, klinik kesihatan, masjid ataupun rumah ibadat.
Timbalan Speaker, isu ini bukan sekadar kesesakan semata-mata. Ia mempengaruhi kualiti hidup rakyat, keselamatan pelajar, akses kepada perkhidmatan kesihatan dan keberkesanan sistem komuniti. Saya harap Menteri di Jabatan Perdana Menteri bolehlah membantu menjawab ataupun memberi beberapa solusi untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang sangat bermasalah kepada warga Sentul terutamanya.
Juga ingin saya menarik perhatian Dewan kepada isu pemegang kad UNHCR di negara kita, terutamanya di kawasan pasar borong di Selayang, di kawasan Batu.
Saya faham bahawa Malaysia tidak menandatangani sebarang perjanjian rasmi
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
dengan UNHCR dan akibatnya, pemegang kad ini secara tidak langsung bebas bekerja atau berniaga dengan menggunakan sistem ali baba. Oleh kerana mereka di sini tanpa sebaran tajaan atau sokongan untuk menampung kos sara hidup mereka.
Sementara mereka berusaha mencari rezeki, aktiviti ini secara tidak berlangsung menimbulkan kesan kepada kawasan tumpuan. Antaranya pasar borong, di mana kemasukan peniaga warga asing berstatus ali baba tanpa kawalan boleh menjejaskan aliran perniagaan tempatan, kebersihan dan keselamatan. Saya mencadangkan beberapa langkah yang boleh dipertimbangkan, sampai kita hantar balik warga asing ataupun pemegang kad UNHCR ke negara asal mereka.
(i) program integrasi dan lesen peniaga bersyarat, di mana pemegang kad UNHCR boleh diberi peluang berniaga secara sah di lokasi tertentu dengan syarat tertentu tanpa masuk dalam kawasan peniaga tempatan;
(ii) bekerjasama dengan NGO dan agensi pembangunan, menyediakan latihan kemahiran, kewangan mikro dan akses pasaran formal untuk mereka;
(iii) penguatkuasaan zon perdagangan memastikan aktiviti perniagaan mereka tidak menjejaskan kawasan kritikal seperti pasar borong ataupun Pusat Bandar Utara, laluan utama, sambil memberi mereka ruang ekonomi yang teratur; dan
(iv) data driven monitoring, penggunaan teknologi untuk memetakan kawasan tumpuan dan jumlah pemegang kad UNHCR yang aktif supaya pengurusan dan dasar boleh lebih efektif.
Dengan langkah ini, kita bukan sahaja membantu pemegang kad UNCHR mencari rezeki secara teratur tetapi juga mendapat membersihkan dan menyusunkan semula kawasan tumpuan, meningkatkan kualiti hidup rakyat tempatan dan mengekalkan kelancaran ekonomi setempat.
Dengan ini, Batu menyokong Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Batu. Saya jemput Yang Berhormat Sibu.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pada hari ini. Saya berdiri di Dewan yang mulia ini sebagai seorang Ahli Parlimen dan suara kepada rakyat di kawasan Sibu yang berhadapan dengan pelbagai cabaran berkaitan dengan kebajikan penjawat awam, kesihatan, pendidikan dan keadilan sistem Persekutuan. Perbahasan saya hari ni merangkumi lima isu utama yang saling berkait dan mencerminkan keperluan mendesak untuk reformasi dasar yang lebih adil dan berkesan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan dengan isu yang amat dekat di hati ribuan petugas kesihatan di negara ini, khususnya mereka yang bertugas di Sabah dan Sarawak. Dasar baru Bayaran Insentif Wilayah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Di bawah dasar baru ini, (BIW) Bayaran Insentif Wilayah diberikan dalam bentuk kadar tetap dan tidak lagi berdasarkan peratusan gaji seperti sebelum ini.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Walaupun kerajaan menyatakan bahawa dasar ini bertujuan untuk menyeragamkan dan menambah baik sistem sedia ada, hakikatnya di lapangan menunjukkan sebaliknya. Bagi Pegawai Perubatan dan Jururawat baharu, terutamanya di hospital daerah dan kawasan luar bandar, mereka mendapati bahawa jumlah elaun wilayah yang diterima lebih rendah berbanding sistem lama.
Ini bukan persepsi semata-mata, ini adalah realiti yang dirasai oleh mereka yang baru memulakan kerjaya ketika kos sara hidup semakin meningkat.
Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh menafikan bahawa bertugas di Sabah, Sarawak bukanlah sama seperti petugas di Lembah Klang. Kos perjalanan, kos logistik, harga makanan dan jarak dari keluarga jauh lebih tinggi. Elaun wilayah diwujudkan sebagai insentif dan pampasan bukan sebagai angka kosmetik dalam dokumen kasar. Walaupun kerajaan telah memberikan kenyataan umum, tiada penjelasan yang jelas dan terperinci sama ada petugas kesihatan akan menerima jumlah yang sama, lebih tinggi, atau lebih rendah di bawah sistem baharu ini. Inilah menimbulkan kerisauan mereka.
Saya ingin menegaskan bahawa kebimbangan ini tidak datang daripada individu tetapi daripada pelbagai organisasi perubatan, kesatuan sekerja. Apabila suara kolektif petugas kesihatan menyatakan bahawa sistem baharu ini tidak lebih baik daripada sistem lama, maka kerajaan wajar mendengar dan dengar lebih serius.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Saya menyeru Kementerian Kesihatan mendedahkan perbandingan jelas antara sistem lama dan sistem baharu, menjaminkan bahawa tiada petugas kesihatan akan menerima elaun yang lebih rendah dan mempertimbangkan semula pendekatan berasaskan peratusan ataupun satu sistem [Tidak jelas] hibrid yang lebih adil. Kerajaan MADANI harus menunjukkan bahawa kebajikan penjawat awam bukan sekadar slogan tetapi prinsip pentadbiran.
Tuan Yang di-Pertua, saya kini balik kepada isu kesihatan awam yang kritikal di Hospital Sibu. Hospital Sibu bukan sekadar hospital daerah yang menampung keperluan perubatan bagi seluruh Zon Tengah Sarawak, termasuk kawasan luar bandar dan pedalaman. Namun Hospital Sibu kini berada pada tahap terlampau sesak. Masalahnya bukan sekadar kekurangan katil. Ia melibatkan kekurangan tempat letak kenderaan, waktu menunggu yang panjang, peningkatan kes rujukan pakar yang lama, tekanan terhadap kaki tangan perubatan.
Saya ingin mendapatkan penjelasan terkini daripada kerajaan mengenai status bilik pembedahan jantung di Hospital Sibu dan juga perkembangan pembinaan bangunan hospital baru di Sibu.
Tuan Yang di-Pertua, setiap kali seorang pesakit di Zon Tengah Sarawak terpaksa dirujuk ke Kuching, ia bukan sahaja melibatkan kos kewangan, tetapi kos emosi dan fizikal. Perjalanan jauh, penginapan dan kehilangan pendapatan adalah beban yang tidak seharusnya ditanggung oleh rakyat hanya kerana kekurangan kemudahan di kawasan mereka sendiri.
Saya menggesakan kerajaan supaya mempercepatkan pelaksanaan bangunan baharu Hospital Sibu dan juga memberikan garis masa yang jelas, dan sekiranya boleh memastikan projek ini disiapkan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Akses kepada rawatan kanser dan rawatan pakar bukan keistimewaan tetapi hak asas rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, dalam sektor pendidikan saya ingin menyentuh isu sekolah daif yang masih belum diselesaikan sepenuhnya di kawasan Sibu. Saya memohon kerajaan memberikan data terkini jumlah sekolah daif di Sibu. Jumlah sekolah yang telah dibaik pulih dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.
Namun saya ingin memberikan fokus khusus kepada SMK Bawang Assan.
Asrama lelaki di sekolah ini telah diklasifikasikan sebagai bangunan daif berskala tujuh, iaitu tidak selamat digunakan. Walau bagaimanapun pelajar masih ditempatkan di tingkat bawah bangunan tersebut dan ini memberikan hakikat mereka masih berada dalam keadaan yang membimbangkan.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Apa yang lebih mengecewakan, terdapat kuarters guru yang tidak digunakan di sekolah itu. Tiada guru mendiami kuarters itu dan dibiarkan kosong. Jadi, saya mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan; ubah suai kuarters guru, jadikan dia sebagai asrama lelaki sekolah itu. Ini akan menjimatkan kos perbandingan membinakan bangunan baru dan mengoptimumkan penggunaan aset kerajaan. Ini adalah contoh penyelesaian berasaskan realiti, bukan perancangan di atas kertas.
Saya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan ini dengan serius dan segera.
Tuan Yang di-Pertua, saya kini akan beralih kepada satu isu yang lebih besar iaitu keadilan sistem demokrasi kita. Dewan Undangan Negeri Sarawak telah meluluskan penambahan kerusi negeri daripada 82 kerusi kepada 99. Namun persempadanan lama masih mempunyai banyak kelemahan dan tidak keadilan. Ada yang mempunyai ramai pengundi, ada yang sikit sahaja pengundinya. Terutamanya di kawasan bandar dan kawasan pedalaman.
Sebagai contoh, kawasan Parlimen Sibu merangkumi kawasan sehingga ke Mukah. Seolah-olah sempadan dahulu— persempadanan dahulu dibuat dengan tujuan direka dengan penambahan kaum tertentu di kawasan itu. Dewan Undangan Negeri Pelawan di bawah Sibu adalah dua kali ganda lebih besar daripada Dewan Undangan Negeri lain seperti DUN Nangka dan DUN Bawang Assan.
Jarak perjalanan mencecah tiga jam di kawasan saya. Melibatkan tiga pihak berkuasa tempatan dan juga dua pejabat pendidikan. Keadaan ini bukan saja menyukarkan pentadbiran tetapi melemahkan keupayaan wakil rakyat untuk berkhidmat secara berkesan.
Di bawah pimpinan Kerajaan MADANI, saya berharap Suruhanjaya Pilihanraya membetulkan ketidakseimbangan ini. Melaksanakan persempadanan semula secara adil dan telus. Menjadikan kerajaan ini sebagai titik permulaan reformasi sebenar sistem pilihan raya Malaysia. Keadilan pilihan raya adalah asas kepada legitimasi demokrasi negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin menyentuh isu kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia. Kerajaan Sarawak telah menyatakan tuntutan agar Sabah dan Sarawak diberikan satu pertiga kerusi Parlimen selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963.
Saya ingin mendapatkan penjelasan. Apakah pendirian rasmi Kerajaan Persekutuan terhadap tuntutan ini? Jika dipertimbangkan, adakah kerajaan juga
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
menilaikan reformasi institusi lain? Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan juga mempertimbangkan reformasi Dewan Negara kita.
Ahli Dewan Negara dipilih melalui pilihan raya dan juga diberikan kuasa veto yang sebenar dan memperuntukkan satu pertiga kerusi Dewan Negara kepada negeri Sabah dan Sarawak. Ini bukan soal kelebihan wilayah tetapi soal keseimbangan kuasa dalam Persekutuan.
Tuan Yang di-Pertua, isu-isu yang saya bangkitkan hari ini bukan bersifat partisan. Ia adalah isu keadilan, kecekapan dan keprihatinan kerajaan terhadap realiti rakyat. Saya berharap kerajaan bukan sahaja mendengar tetapi bertindak.
Bukan sahaja memberi kenyataan tetapi penyelesaian. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sibu. Saya jemput Yang Berhormat Masjid Tanah.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Pertamanya saya ingin mengambil perbahasan dan juga menyentuh tentang soal isu pendidikan. Saya bawa suara daripada ibu dan ayah daripada Masjid Tanah yang sangat risau tentang masa depan anak-anak mereka dan anak-anak Masjid Tanah tidak mahu ketinggalan.
Transformasi pendidikan tidak bermakna jika akarnya tidak diperkukuhkan.
Jadi, tolonglah jangan dibiarkan anak-anak kita ini terperangkap dalam sistem pendidikan yang bersegmen. Kalau kita benar-benar serius untuk mahu jayakan reformasi pendidikan negara seperti mana yang dilaungkan oleh Yang Amat Berhormat pada minggu lalu, maka kita tak boleh melihat pendidikan awal sebagai satu komponen yang terpisah-pisah.
Cadangan Masjid Tanah yang pertamanya, perluaskan skop usia KPM. KPM perlu memperluaskan peranan untuk merangkumi pendidikan awal kanak-kanak bermula daripada usia 18 bulan hinggalah enam tahun dan bukan hanya lagi sekadar tertumpu pada usia empat hingga enam tahun sahaja. Dan ini adalah standard global yang telah pun diguna pakai oleh banyak negara maju untuk pastikan kualiti modal insan yang konsisten.
Seterusnya, elakkan kanak-kanak ini menjadi tikus makmal.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
YB Speaker, tanpa satu payung pendidikan yang koheren daripada awal, anak-anak kita ini berisiko menjadi mangsa kecelaruan agenda dan eksperimen
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
dasar yang sering berubah-rubah antara jabatan. Asyik bertukar-tukar. Kita perlukan penyelarasan yang menyeluruh dalam pendidikan awal ini supaya tidak diletakkan dalam risiko, dengan izin, try dan error.
Yang Berhormat Speaker, pagi tadi kita sendiri dengar Yang Berhormat Tambun kata― macam mana? Tidak akan dilaksanakan ujian diagnostik. Dulu― minggu lepas. Bukan dulu. Yang Berhormat, minggu lepas, Yang Berhormat Menteri siap cakap, “Oh, kepada ibu ayah, buat istikharah. Ibu ayah bincang heart to heart.” Belum sempat ibu ayah istikharah, belum sempat ibu ayah berbincang heart to heart, nah, hari ini dah PMX kata tak akan dilaksanakan. Macam mana ini? Sebab itu, Masjid Tanah nak cadangkan kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Menteri Pendidikan kena buat istikharah dulu sebelum apa-apa pengumuman yang dibuat di dalam negara kita dan bincang heart to heart dengan Yang Berhormat Perdana Menteri.
Sebab itu, yang ketiga, Yang Berhormat Speaker, sinergi sektor swasta.
Jangan kita lupa, 80 peratus akses pendidikan awal negara kita ini sebenarnya dipacu oleh sektor swasta. Jadi, KPM ini perlu melibatkan mereka ini sebagai rakan strategik dalam RPN 2026–2035. Kebajikan mungkin di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tetapi orientasi pendidikan mestilah diterajui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia agar wujud kesinambungan yang teguh tanpa menidakkan akta sedia ada. Yalah, bayangkan untuk pengusaha tadika swasta ini, mereka tertakluk kepada tiga kementerian― Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian KPKT. Bayangkan, nak buat satu lesen, mereka menelan belanja puluhan ribu.
Tuan Yang di-Pertua, pendidikan adalah merupakan satu jambatan yang panjang. Jangan dibiarkan pangkalnya rapuh, maka hujungnya kita nak gah. Mohon sangat Yang Berhormat Menteri beri perhatian dan pertimbangan yang serius.
Isu yang kedua berkenaan dengan pendidikan di Masjid Tanah. Kali ini, saya minta untuk Yang Berhormat Menteri juga lihat tentang keperluan mendesak bagi pembinaan sekolah baharu dalam kawasan saya di dalam DUN Kuala Linggi. Ini adalah keperluan mendesak. Dah bertahun dah kita mohon. Dan berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, populasi di dalam DUN Kuala Linggi setakat 2025, 19,500 hingga 20,500 orang anggaran trend pertumbuhan umum. Jadi, sekarang yang ada sekolah menengah hanya satu. Sekolah Menengah Rahmat, isinya dalam
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
1,300 dan Sekolah Menengah Agama Darul Falah, lebih kurang 253 orang, dan lapan sekolah rendah.
Jadi sebab itu, kesannya, sekolah padat, cikgu tak dapat fokus, anak-anak juga tak dapat fokus. Ada berlaku ponteng sekolah, anak-anak di kuala terpaksa pergi sekolah jauh daripada DUN Kuala Linggi, nak pergi ke DUN Ayer Limau dan juga di DUN Lendu. Dan juga melibatkan kos ibu bapa yang bertambah dan juga masa perjalanan. Isu keselamatan, pasti timbul. Sebab itu, mohon Yang Berhormat Menteri lihat cadangan untuk membina sebuah sekolah aliran teknik ataupun vokasional selaras dengan penumpuan dasar pendidikan negara dalam bidang TVET.
Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sentuh tentang penegasan Duli Yang Maha Mulia berkaitan soal integriti, tadbir urus yang baik dan juga pembanterasan rasuah sebagai asas kestabilan negara. Jadi, mutakhir ini, kita lihat banyak isu rasuah yang menggemparkan negara, termasuklah kes-kes yang melibatkan integriti mereka di dalam badan beruniform termasuklah PDRM, ATM, TLDM, imigresen dan juga lain-lain.
Jadi, saya ingin ucapkan syabas dan tahniah kepada warga SPRM keseluruhannya di atas dedikasi dan juga komitmen mereka yang sangat tinggi hinggakan satu persatu kes berjaya dibongkarkan.
Tetapi, Tuan Yang di-Pertua, terdapat lagi satu label negatif yang dilemparkan kepada SPRM akibat kelewatan yang diambil, walaupun dah melalui proses siasatan dan juga mengambil keterangan. Contoh, sahabat saya YB Seputeh, kesnya dah setahun lebih berkenaan dengan bekas kakitangannya yang meniru tandatangan.
Begitu juga dengan Ketua Menteri Melaka yang dah diserahkan segala dokumen oleh pihak pengadu, masih lagi tiada tindakan. Tup-tup, tiba-tiba― tup-tup itu tiba-tiba, Yang Berhormat Speaker. Tiba-tiba, lima orang daripada pihak SPRM, pegawai tertinggi, diberikan anugerah kebesaran negeri Melaka. Ketua Bahagian Pendakwaan PDRM juga diberikan anugerah.
Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan Pejabat Peguam Negara juga dapat penganugerahan darjah kebesaran yang diberikan. Tak apalah kalau Kerajaan Negeri Melaka sangat ikhlas dan juga bermurah hati untuk menganugerahkan kepada mereka. Tetapi, timing, masanya tidak betul pada waktu diheret dengan pelbagai tuduhan. Jadi, yang ini harus dilihat, kerana ia menjejaskan persepsi rakyat terhadap badan SPRM.
Sebab itulah, saya ingin bertanyakan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker, saya guna Peraturan Dewan, Speaker.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Saya tak ada masa. Tinggal tiga minit.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bukan tak ada masa.
Isu Peraturan Dewan.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Saya ingin bertanya, apakah kriteria sebenar anugerah dan apakah ia disebabkan khidmat luar biasa?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan Dewan.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Jadi, Masjid Tanah ingin bertanya...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan Dewan, Speaker.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
...Apakah gred― berapakah...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Masjid Tanah, tunggu sekejap.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan Dewan 36(9). Dalam apa-apa perbahasan, tidak boleh disebutkan kelakuan atau sifat siapa- siapa Ahli-ahli Parlimen atau siapa-siapa pegawai kerajaan. Pegawai kerajaan. Saya dengar tadi Masjid Tanah mengkritik pemberian anugerah kepada pegawai-pegawai SPRM. Kalau kita tak bela mereka, Speaker, kita benarkan pembangkang hentam...
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Okey, tak apa.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Mereka tak ada peluang...
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Saya boleh jawab.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker, biar― biar saya habis dulu, Speaker.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Saya boleh jawab.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kalau Tanah Merah nak belasah mereka, tak ada siapa-siapa di sini nak bela mereka. Pegawai kerajaan tidak ada di sini, SPRM tidak ada di sini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jadi, tidak adillah.
Saya minta beliau...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masjid Tanah.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Okey.
Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong, sahabat saya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya. Maafkan saya.
Masjid Tanah.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Jadi sebab itu, saya ingin bertanya...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Masjid Tanah. Masjid Tanah.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Sebab itu saya ingin bertanya, jadi apakah kriteria sebenar penganugerahan? Adakah diberikan sebab khidmat luar biasa? Dan saya ingin bertanya― bertanya ya.
Adakah― berapakah gred minimum yang boleh diperakui untuk dianugerahkan untuk mendapat gelaran demikian?
Untuk ‘Datuk’ kah, ‘Datuk Wira’ dan sebagainya. Adakah gred 54 terpakai?
Sebab, sebelum ini ada garis panduan. Kalau tidak silap saya, ada garis panduan.
Tetapi, saya difahamkan, ada di bawah gred tersebut juga diberikan. Jadi, saya ingin tahu. Jadi, saya mohon jawapan daripada pihak Yang Berhormat Menteri yang terlibat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker. Speaker, itu sudah berubah nada...
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Seterusnya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Minta maaf, Speaker.
Minta maaf, Speaker.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Tak apa.
Dah, saya dah...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya tidak― Speaker, saya tidak berniat untuk mengganggu tapi mencadangkan bahawa tiba-tiba pegawai SPRM diberi anugerah dan darjah kebesaran adalah secara tersurat dan tersirat menyatakan bahawa sesuatu yang tidak benar dan tidak betul terhadap pihak SPRM.
Seolah-olah kita ingin memberi anugerah itu untuk memastikan SPRM tidak menuduh mana-mana pihak yang bersalah. Itu yang dimaksudkan. So, adakah itu yang dimaksudkan? Saya bangun sebab saya adalah Ahli Parlimen kerajaan dan saya rasa bahawa kita tidak boleh membenar pembangkang menghentam pegawai- pegawai kerajaan.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Itu saya tanya. Sebab itu saya tanya, Yang Berhormat. Sebab, persepsi ini berlegar di luar sana. Sebab itu, dalam Parlimen ini, tak salah untuk kita persoalkan. Dan kerana sebab itu, mereka harus ada garis panduan. Itu harus dijelaskan bagaimanakah justifikasi. Kalaupun ada, mesti diperakukan oleh ketua-ketua jabatan itu. Kalau sekiranya mereka layak, ya, harus diperakukan oleh ketua jabatan. Itu sahaja. Jadi, kalau betul dah diperakukan, betul ada dia punya khidmat ataupun jasa, tak apalah, sebab dah diperakukan dan juga terbukti. Itu sahaja.
Jadi, seterusnya, saya ingin pergi kepada mewujudkan pemantauan bebas bagi projek kerajaan bernilai tinggi, berisiko tinggi dan juga berkepentingan awam.
Jadi, saya ingin membangkitkan satu lagi reformasi tadbir urus yang penting bagi memperkukuhkan integriti projek kerajaan bernilai tinggi, berisiko tinggi dan berkepentingan awam.
Jadi, Malaysia wajar menginstitusikan Integrity Pact dengan pemantauan oleh independent expert monitors (IEMs) sebagaimana yang telah pun dicadangkan oleh Transparency International Malaysia. Sebab, terlalu kerap kelemahan dalam perolehan hanya terbongkar selepas wang rakyat dibelanjakan ataupun kerugian telah berlaku. Apa yang diperlukan adalah pemantauan yang credible sepanjang kitaran perolehan itu, dan perkara ini telah pun dizahirkan di dalam NACS, Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional.
Walaupun inisiatif untuk memperkukuhkan mekanisme Integrity Pact ini selaras dengan piawaian antarabangsa, pernah ditandakan sebagai telah selesai, hasil sebenarnya tidak berlaku. Jadi, sebab itu, IEM ini sepatut terdiri daripada wakil badan profesional yang diiktiraf. Jadi, saya ingin mendesak, Masjid Tanah ingin mendesak Kementerian Kewangan untuk mengambil cadangan ini dengan serius
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
dan memperkukuhkan dasar serta pelaksanaan perolehan kerajaan kerana wang rakyat mesti dilindungi.
Dan akhir sekali― saya nak landing. Yang Berhormat Speaker, saya merujuk kepada jawapan Yang Berhormat Menteri MITI pagi tadi dalam jawab soalan daripada YB Putrajaya bahawa analisis kos manfaat terhadap Perjanjian Timbal Balas yang masih sedang dijalankan dan dijangka akan ambil masa hingga 12 bulan.
Persoalan asas yang timbul, bagaimana sebuah perjanjian perdagangan antarabangsa yang berpotensi memberi kesan besar kepada eksport, industri tempatan dan juga kedaulatan dasar negara boleh ditandatangani tanpa analisis kos manfaat yang lengkap?
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Jadi, soalan Masjid Tanah, bagaimana Jemaah Menteri boleh membuat keputusan untuk tandatangan Perjanjian ART ini tanpa analisis kos manfaat yang lengkap pada ketika keputusan tersebut dibuat.
Yang kedua, soalan Masjid Tanah adakah Jemaah Menteri telah diberikan gambaran penuh dan tepat oleh mantan Menteri MITI mengenai risiko ekonomi, komitmen dan kesan jangka masa panjang ART ataupun wujud ataupun maklumat penting yang tidak didedahkan ataupun wujud ataupun tidak terdapat salah penyataan diberikan kepada Kabinet. Itu sahaja daripada Masjid Tanah, mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Saya jemput Yang Berhormat Penampang.
Datuk Ewon Benedick - Penampang
Terima kasih Yang di-Pertua.
Penampang menjunjung kasih Titah Ucapan Diraja yang menzahirkan gesaan agar kita kembali kepada niat asal pembentukan Malaysia iaitu perpaduan dan hormat- menghormati serta kerjasama erat di antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Atas Titah Diraja ini, Penampang mencadangkan agar silibus mata pelajaran Sejarah dan Pengajian Am di sekolah dipinda bagi memasukkan lebih banyak kandungan berkaitan penubuhan negara Malaysia yang berasaskan kepada Perjanjian Malaysia 1963 dengan syarat-syarat yang telah dipersetujukan untuk Sabah dan Sarawak. Ini termasuk menjadikan dokumen-dokumen seperti Laporan Suruhanjaya Cobbold, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan atau Inter-
Datuk Ewon Benedick - Penampang
Governmental Committee (IGC) report dan dokumen Perjanjian Malaysia 1963 sebagai naskhah buku yang wajib ada di semua perpustakaan sekolah di seluruh negara supaya para pelajar dapat mengetahui dokumen-dokumen asas perlembagaan negara ini.
Penampang percaya ini akan memupuk semangat perpaduan, hormat- menghormati dan kerjasama di kalangan rakyat Malaysia yang dewasa kelak terutama mereka yang terpilih menganggotai perkhidmatan awam.
Yang di-Pertua, Penampang merakamkan penghargaan di atas segala usaha yang telah dibuat untuk memastikan Perjanjian Malaysia dilaksanakan mengikut semangat asal termasuk 13 perkara yang telah diselesaikan setakat ini. Penampang ingin merekodkan pendirian bahawa dua perkara besar yang harus dilaksanakan semula adalah Perkara 112C berhubung dengan hak 40 peratus Sabah dan juga penetapan kerusi di Dewan Rakyat tidak kurang daripada satu pertiga untuk Sabah dan Sarawak.
Terkait hak 40 peratus Sabah, Penampang ingin menggesa Kerajaan Persekutuan untuk menggugurkan rayuan yang telah difailkan di mahkamah rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu 17 Oktober 2025. Menggugurkan rayuan dan melaksanakan perintah mahkamah akan menghapuskan rasa sangsi dikalangan rakyat Sabah yang sedang berlaku sekarang ini.
Kita tidak boleh berbincang, berunding dalam masa yang sama ke mahkamah. Ini adalah persoalan yang perlu dijelaskan kepada rakyat Sabah. Rakyat Sabah hanya mahu haknya dikembalikan semula. Rakyat Sabah tidak akan mempertikai hak istimewa negeri-negeri lain dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi hanya mahu hak Sabah dihormati dan dilaksanakan.
Jika hak istimewa setiap negeri dapat dihormati dan dilaksana, maka sudah tentunya negara Malaysia ini akan dapat dipertahankan. Penampang juga ingin bertanya mengenai status bagi perkara-perkara yang dirujuk kepada jawatankuasa tertinggi yang melibatkan keanggotaan Perdana Menteri, Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah berkaitan dengan perkara royalti minyak dan pembayaran tunai petroleum, mineral minyak dan medan minyak, Akta Laut Wilayah, hak negeri ke atas pelantar benua dan duty stem yang dikenakan ke atas instrumen pemindahan caj menyewakan tanah di bawah Ordinan Tanah Sabah dan Kanun Tanah Sarawak.
Apakah jawatankuasa ini sudah bersidang atau bilakah jawatankuasa tertinggi ini akan bersidang untuk memuktamadkan perkara-perkara tersebut?
Kerana selepas hampir tiga tahun kerajaan ini ditubuhkan sudah pastilah rakyat
Datuk Ewon Benedick - Penampang
Sabah dan Sarawak mahu mendengar jawapan dan penjelasan sama ada perkara- perkara tersebut telah dimuktamadkan.
Yang di-Pertua, Penampang menyokong penuh agenda-agenda reform nasional seperti penyasaran semula subsidi-subsidi kerajaan. Pindaan Perlembagaan bagi mengehadkan tempoh penggal maksimum Perdana Menteri, perwujudan perundangan pendanaan parti politik, pemisahan tugas peguam negara dan pendakwa raya, semakan ke atas perundangan-perundangan lapuk dan inisiatif- inisiatif pendigitalan jentera penyampaian kerajaan.
Pun begitu, Penampang berpendapat agenda reform ini harus mencakupi kepentingan Sabah dan Sarawak iaitu pelaksanaan penuh Perjanjian Malaysia 1963 itu sendiri seperti mana yang telah saya nyatakan sebentar tadi. Dan ini termasuklah juga menghormati perundangan negeri Sabah berkaitan pentadbiran kampung.
Sabah mempunyai enakmen pentadbiran JKK sendiri.
Justeru, Kerajaan Persekutuan harus memansuhkan atau harus membatalkan serta-merta perwujudan JKKK Persekutuan di Sabah, kerana kalau perkara berkaitan pentadbiran kampung pun Kerajaan Persekutuan mahu campur tangan dan mahu menubuhkan badan pentadbiran tersendiri sedangkan sudah ada enakmen negeri Sabah itu sendiri, rakyat Sabah sudah tentu akan rasa sangsi. Ini memerlukan satu penjelasan dan maklum balas daripada Kerajaan Persekutuan yang ada pada hari ini.
Penampang menjunjung penuh Titah Diraja berkenaan bahasa Melayu sebagai asas sistem pendidikan negara. Dalam masa yang sama, Penampang berpendapat perwujudan silibus bahasa-bahasa ibunda juga harus diperkenalkan di sekolah-sekolah terutama apabila mendapat permintaan daripada ibu bapa setempat sekolah tersebut. Penampang ingin bertanya status pengembangan silibus bahasa ibunda Kadazandusun. Satu mata pelajaran sedia ada. Tetapi yang saya ingin dapatkan penjelasan, adalah sejauh mana updates berkenaan dengan bahasa Kadazan Tangaa, bahasa Tatana, bahasa Murut Timugon dan bahasa Dusun Letut serta bahasa orang asli yang telah dicadangkan kepada kerajaan melalui Kementerian Pendidikan sebelum ini?.
Sejauh mana pengiktirafan dan ketersediaan Kementerian Pendidikan untuk mewujudkan silibus-silibus ini sepertimana yang telah dicadangkan selama ini. Dan di Sabah pernah ada jawatankuasa khas ditubuhkan untuk meneliti ini dan saya mewakili masyarakat yang memerlukan bahasa ibunda ini dimasukkan di dalam
Datuk Ewon Benedick - Penampang
sistem pendidikan. Ingin bertanya mengenai status kesiapsiagaan perwujudan silibus tambahan mata ataupun bahasa ibunda tersebut ini.
Yang di-Pertua, Sabah merupakan wilayah negara strategik di rantau Asia Pasifik. Dengan isu perang tarif yang masih berlanjutan sehingga kini, usaha-usaha mesti dipergiatkan untuk membangunkan Sabah sebagai destinasi pelaburan termasuklah inisiatif khusus berniaga. Dengan kerjasama perdagangan negara, Malaysia dengan Amerika Syarikat dan China serta negara-negara rantau lain, Penampang ingin bertanya berkenaan inisiatif atau insentif pelaburan yang ditawarkan oleh Kerjaan Persekutuan bagi menyokong pertumbuhan Ekonomi Biru Sabah dan pertumbuhan taman-taman perindustrian baharu atau sedia ada di Sabah.
Apakah Kerajaan Persekutuan bersedia menyokong perwujudan zon ekonomi khas di Sabah? Apakah maklum balas Kerajaan Persekutuan kepada cadangan pembinaan Lapangan Terbang Lahad Datu yang baharu yang telah dikemukakan sebelum ini ataupun Lapangan Terbang baharu Kota Kinabalu.
Penampang juga ingin bertanya mengenai usaha sokongan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan lebih banyak industri hiliran minyak sawit diwujudkan di Sabah supaya tidak bergantung kepada eksport CPO semata-mata. Penampang ingin bertanya— juga ingin bertanya mengenai status semasa cadangan pembangunan bersama dengan Indonesia di Laut Sulawesi. Apakah juga Kerajaan Persekutuan bercadang memperkenalkan semula duty free status kepada Labuan bagi merancakkan aktiviti ekonomi di Pulau Labuan?
Yang di-Pertua sejak bertahun lamanya, Sabah telah menyumbang kepada hasil Persekutuan pada jumlah yang besar melalui sumber petroleum daripada Sabah. Pada pandangan rakyat Sabah, sumbangan ini telah membantu subsidize pembangunan tempat-tempat lain di dalam Malaysia.
Datuk Ewon Benedick - Penampang
Rakyat Sabah menginginkan perkongsian hasil sepertimana dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia, iaitu hak 40 peratus dapat dilaksanakan semula bagi membiayai pembangunan infrastruktur, kemajuan ekonomi, pembasmian kemiskinan, kesejahteraan rakyat, pemberian biasiswa dan peluang pekerjaan serta perluasan perkhidmatan awam di Sabah. Pada pandangan rakyat Sabah, ini duit daripada Sabah yang selama ini kita telah subsidise pembangunan negeri-negeri lain yang tidak mengeluarkan sumber gas dan minyak. Ini pada pandangan rakyat Sabah.
Datuk Ewon Benedick - Penampang
Dan sudah semestinya pada pandangan kita harus dilaksanakan semula hak 40 peratus tersebut dan sebaik-baiknya pada pandangan Penampang, gugurkanlah rayuan yang telah dibuat itu sekiranya kita benar-benar ikhlas ingin melihat masa depan Persekutuan Malaysia. Kawasan Parlimen Penampang sendiri memerlukan peruntukan yang sangat besar bagi membiayai projek tebatan banjir, pembaikan jaringan jalan raya dan bekalan utiliti, pembinaan hospital dan sekolah serta pertumbuhan ekonomi yang lain. Justeru, pelaksanaan semula hak 40 peratus Sabah akan membantu keperluan-keperluan rakyat tersebut.
Rakyat Sabah telah bersuara baru-baru ini dan pasti akan terus bersuara.
Tidak lama lagi akan ada lagi suara yang perlu diputuskan oleh rakyat Sabah. Dan mudah-mudahan ini memberi mesej yang keras dan tegas kepada kerajaan untuk melihat kepentingan Sabah yang selama ini, tanpanya, tanpa Sabah, sudah tentu Persekutuan Malaysia juga tidak akan ada.
Yang di-Pertua, di sebalik ketegasan semangat “Sabah First”, semangat “Sabah Pusabahan” ataupun apa juga semangat yang dilihat begitu cenderung kepada semangat nasionalisme Sabah. Sebenarnya jiwa rakyat Sabah untuk negara Malaysia sangat besar. Di mata rakyat Sabah, tanpa Sabah dan tanpa Sarawak, tidak akan ada negara Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1963 melalui satu perjanjian.
Jadi, rakyat Sabah menuntut ini dan telah memberi mesej dan mudah- mudahan Penampang yakin hubungan yang erat Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri itu harus, itu wajib, itu mesti tetapi dalam konteks Sabah kerana kita ada Perjanjian Malaysia, kita ada syarat-syarat yang telah dipersetujui. Dan selagi syarat itu dilihat tidak dilaksanakan, sudah tentu rasa sangsi, rasa waswas di kalangan rakyat Sabah itu akan terus wujud. Dan selagi itu, semangat “Sabah First”, semangat “Sabah Pusabahan”, semangat nasionalisme Sabah itu akan terus demikian, Yang di-Pertua.
Mudah-mudahan dalam tempoh berbaki kurang dua tahun ini, Kerajaan Perpaduan Persekutuan boleh deliver apa yang sepatutnya perlu di-deliver, perlu diberikan kepada Sabah sepertimana yang telah dinyatakan oleh banyak pemimpin yang datang ke Sabah, pemimpin daripada luar Sabah yang mewakili Kerajaan Persekutuan hari ini datang ke Sabah untuk menyatakan ini harus dilaksanakan tanpa berunding pun tapi laksanakanlah sepertimana yang telah dinyatakan, telah dimasukkan dalam dokumen manifesto ataupun telah dijanjikan, telah pun dipersetujui di dalam Persekutuan Malaysia. Dengan ini Yang di-Pertua, Penampang mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Penampang. Saya jemput Yang Berhormat Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kangar ingin mengambil peluang untuk membahas Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di- Pertuan Agong dalam Istiadat Pembukaan Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas.
Patik merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah dan menjunjung kasih atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang penuh hikmah, berpandangan jauh serta menyentuh keperluan rakyat. Jadi, banyak isu-isu menarik telah diutarakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Pertama sekali, saya akan menyentuh berkaitan isu bahasa Melayu. Bahasa Melayu adalah antara bahasa termudah untuk dipelajari dan dituturkan oleh masyarakat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, saya menyokong penegasan Duli Yang Maha Mulia Tuanku agar bahasa Melayu diperkasakan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Ia selaras dengan Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan.
Bahasa Melayu bukan sekadar alat komunikasi, malah menjadi asas pembinaan jati diri, perpaduan nasional serta kedaulatan negara. Justeru, penggunaannya yang betul, berwibawa dan konsisten dalam sistem pendidikan, pentadbiran serta urusan rasmi hendaklah diperkukuhkan tanpa kompromi. Dan kalau kita lihat balik dalam Dewan Rakyat pun, kebanyakan Ahli-ahli Parlimen begitu fasih berbahasa Melayu.
Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya berkaitan dengan Kementerian Pendidikan. Terlebih dahulu saya ingin memberi kredit kepada KPM kerana telah menaikkan nilai makanan asrama sekolah sukan negeri di Malaysia kepada RM80 ringgit per head ataupun per kepala bagi Sekolah Sukan Negeri Syed Hassan, SMK Syed Hassan, Perlis dan nilai dia banyak, dia berubah-ubah antara satu negeri dengan negeri yang lain.
Jadi, KPM tolong buat pembetulan jika saya silap. Perkara ini telah saya bangkitkan dalam perbahasan-perbahasan saya berkaitan dengan keperluan sekolah sukan negeri, khususnya sekolah sukan SMK Syed Hassan Perlis dan ia nya telah memberi faedah yang besar kepada SSN di seluruh Malaysia.
Kali ini, makanlah sepuas-puasnya wahai pelatih-pelatih sekolah sukan negeri dan tunjukkan komitmen anda untuk meningkatkan martabat sukan negara.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Kita ingin jadikan Sekolah Sukan Negeri Perlis ini sebagai tempat lahir dan berkembang bakat-bakat muda selain daripada Akademi Mokhtar Dahari, Akademi JDT dan menyumbang kepada munculnya atlet-atlet negara.
Seterusnya, ulasan saya berkaitan pelan pendidikan negara 2026–2035.
Saya sempat menghadiri Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara di PICC Putrajaya yang telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ke-10.
Tahniah lagi sekali KPM. Dan saya telah meneliti beberapa perkara. Ada yang positif dan ada yang kelam-kabut.
Saya tertarik kerana ada usaha-usaha untuk memperkasakan bahasa Melayu di sekolah sebagai satu identiti kebangsaan. Harapan saya, menjelang 2035 semua rakyat mampu berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Melayu di samping anak-anak kita terus mempelajari bahasa-bahasa lain bagi meningkatkan nilai rakyat Malaysia di mata dunia.
Saya juga tertarik kepada mata pelajaran Sejarah yang terus dijadikan teras pembelajaran murid. Cuma persoalan saya, adakah mata pelajaran Sejarah masih lagi terikat dengan orientalis-orientalis Barat. Lagi sekali, saya ingin tekankan sukatan mata pelajaran Sejarah perlu diubah agar murid-murid menguasai sejarah sebenar negara tentang mereka yang memperjuangkan negara. Jangan hanya menonjolkan tokoh-tokoh Barat sebagai pemimpin yang baik. Kalau tokoh-tokoh Barat ini baik, mereka tidak akan menjajah negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga tertarik dengan Strategik 2 iaitu mengoptimumkan potensi murid melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna untuk menjadi warganegara global melalui Strategik 3, membangunkan bakat.
Membangunkan bakat secara holistik dalam bidang STEM, TVET, sukan dan seni.
Perjuangan saya dengan Ahli-ahli Dewan Rakyat dalam TVET agar diberi penekanan lebih awal dan menjadikan murid-murid bijak dan murid-murid lemah berkembang selaras dengan potensi mereka. Mereka kini boleh mengembangkan potensi mereka lebih awal. Begitu juga dengan bidang sukan. Berilah ruang yang lebih kepada murid-murid.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Tidak semua murid-murid bijak di dalam kelas, ada yang bijak dan berpotensi di dalam kegiatan-kegiatan kokurikulum. Harapan saya, pelan pendidikan ini bukan setakat dokumentasi semata-mata malah menjadi landasan terbaik untuk murid- murid berkembang.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
[Tuan Suhaizan bin Kaiat (Pulai) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, berkaitan umur enam tahun sudah boleh ke Darjah 1.
Pelbagai persoalan telah dilontarkan. Adakah KPM benar-benar bersedia untuk memberi nasihat yang tepat kepada ibu bapa dalam menguruskan anak-anak mereka ke Darjah 1? Saya tidak bimbang dengan guru-guru, guru-guru boleh buat semua. Bagilah apa pun, guru boleh buat apa sahaja. Cuma yang saya bimbang dengan ibu bapa yang tidak akan berpuas hati apabila anak mereka tidak terpilih ke Darjah 1 ketika umur enam tahun.
Adakah KPM menyedari bahawa terdapat beberapa kelompok ibu bapa berkaitan isu ini? Kelompok pertama, ibu bapa yang benar-benar komited untuk menjadikan anak mereka bijak atau pandai. Golongan ini merupakan golongan cerdik pandai ataupun educated dan mereka ini merupakan kebanyakannya tinggal di bandar. Mereka ini akan memastikan anak mereka layak untuk masuk Darjah 1 ketika umur enam tahun tanpa mengira kos anak-anak.
Kelompok dua, ibu bapa yang komited tetapi mungkin kurang kemampuan daripada segi ekonomi. Mereka tinggal di bandar-bandar besar, pekan-pekan kecil atau di luar bandar. Golongan ini ikut jadilah. Kalau boleh masuk Darjah 1 ketika umur enam tahun, maka masuklah ataupun masuk ketika umur tujuh tahun. Mereka tidak berlumba-lumba. Jadi, kuranglah tekanan kepada anak mereka.
Kelompok ketiga, ibu bapa yang kurang pendidikan dan kurang kemampuan ekonomi. Mereka ini daripada segi pendapatan tidak seberapa. Jadi, pendidikan anak-anak bergantung pada sekolah. Kalau sekolah cakap anak layak masuk umur enam tahun, mereka okey. Kalau anak tak layak pun, mereka okey.
Persoalannya, apakah kesan kepada kelompok-kelompok ibu bapa ini? Yang pertama, jurang pendidikan makin melebar. Golongan masyarakat bandar akan mendominasi sistem pendidikan rendah, menengah dan seterusnya.
Seorang Ahli
Okey, terima kasih.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Yang kedua, murid-murid di kawasan pedalaman akan terus ketinggalan daripada segi pendidikan berbanding murid-murid di kawasan bandar.
Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi berkaitan murid umur enam tahun ini.
Adakah mereka benar-benar berumur enam tahun pada 1 Januari tahun semasa?
Adakah mereka berumur lima tahun lebih bagi mereka yang lahir pada bulan-bulan seterusnya? Jika mengikut Akta Pendidikan Perkara 29A subseksyen (2), “Tiap-tiap
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
ibu bapa yang merupakan warganegara Malaysia yang tinggal di Malaysia hendaklah memastikan bahawa jika anaknya telah mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa, anak itu didaftarkan sebagai murid di sekolah rendah dalam tahun itu dan terus menjadi murid sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib.” Persoalannya, adakah perkara 29A subseksyen (2) perlu dipinda terlebih dahulu? Adakah murid-murid ini cukup umur pada tahun semasa? Seterusnya berkaitan ujian diagnostik untuk murid tahun enam. Apa yang murid-murid boleh tunjukkan terutama murid luar bandar dan kawasan pedalaman? Pergi sekolah pun menangis lagi. Eloklah ujian ini tidak jadi jika berdasarkan penjelasan PMX pagi tadi.
Akhirnya murid-murid ini akan mengalami tekanan di usia yang amat muda. Kita kena ingat, pendidikan adalah satu proses pembelajaran jangka panjang. Apa yang kita hendak adalah graf perkembangan murid akan meningkat.
Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3 dan seterusnya dan bukan terbantut ketika usia enam tahun kerana mereka mula sudah dikerah untuk menunjukkan kebolehan mereka pada peringkat terlalu muda.
Seterusnya saya pergi kepada Kementerian Belia dan Sukan berkaitan NFDP – National Football Development Program. Pertama kali, seperti sedia maklum, NFDP sudah pun diserahkan kepada pemilik badan sukan bola sepak negara iaitu FAM yang ketika ini sedang menghadapi krisis integriti berkaitan pemain naturalisasi.
Terbaru, CAS telah membebaskan tujuh orang pemain naturalisasi untuk sementara waktu. Apa pun, tahniah kepada coach, Ong Kim Swee yang dilantik sebagai pengarah teknikal NFDP.
Tahniah kerana berjaya menyusun atur bekas-bekas pemain kebangsaan untuk terlibat dalam pembentukan pasukan bawah umur kebangsaan di AMD. Cuma saya ingin mohon penjelasan tentang status pemain akar umbi di peringkat negeri dan daerah. Mengikut data 2025–26, jumlah pemain keseluruhan adalah sekitar 22,575 pemain dari AT, PLD, SSN dan AMD dengan 198 pusat latihan. Saya ingin memohon kepastian, ke manakah hala tuju pusat-pusat latihan dan pemain-pemain ini? Adakah pusat-pusat ini terus beroperasi seperti biasa? Adakah NFDP akan mempunyai DNA baru seperti yang telah diasaskan oleh Lim Teong Kim?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kangar, boleh minta pandangan sikit? Daripada Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Habis masa dah ini.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sebab saya tengok Kangar ini pencinta sukan bola sepak, saya ni pencinta wanita. Saya nak tanya begini, maksudnya, kalau kita tengok pertandingan bola sepak dalam negara kita ini, kalau dulu untuk pemain import, ambil lebih kurang tak banyak, ada dua orang, tiga orang.
Tetapi sekarang ini kita tengok pemain import ini terlalu banyak. Jadi, macam mana bakat-bakat baru yang ada dalam negara kita ini, contohnya macam di Kelantan, di Terengganu, di Kedah, di Johor. Ada bakat-bakat baru ini ramai. Anak- anak muda kita yang mahir dalam sukan bola sepak ini, mereka ini tak ada tempat untuk pergi ke pertandingan-pertandingan di peringkat negara kita ataupun di peringkat antarabangsa. Minta sikit pandangan daripada Yang Berhormat Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Okey, sebenarnya saya sokong apa yang diutarakan oleh Hulu Langat, kali ini saya sokong na. Sebab apa, pemain-pemain import ini, kita kena ada tetapi dalam masa yang sama, kita kena perkuatkan peringkat akar umbi. Kalau tidak, sia-sia habis duit sajalah kerajaan kalau kita biarkan pemain-pemain akar umbi tidak ada team untuk mereka bersaing. Saya tambah sikit lagi, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Berapa minit lagi Yang Berhormat?
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Paling lama 2 minit, paling lama.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Silakan Yang Berhormat.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Tuan Yang di-Pertua, sedikit. Seterusnya sedikit berkaitan dengan pesawah-pesawah padi. Umumnya negeri Perlis sekarang sedang mengalami musim kemarau, sawah padi mengalami kekurangan bekalan air.
Saya ingin mohon kepada agensi-agensi kerajaan seperti JPS dan MADA agar terus menyantuni petani.
Petani merupakan aset negara kerana mereka sentiasa menyumbang kepada bekalan beras negara. Beras import itu sebenarnya beras tempatan yang dimanipulasi oleh kartel-kartel. Satu lagi persoalan berkaitan dengan pesawah adalah kadar potongan timbangan padi yang begitu tinggi. Apa rasionalnya ketika musim kemarau macam ini? Kasihanilah dengan petani yang sentiasa membanting tulang demi sesuap nasi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Kangar, soalan berkenaan pesawah-pesawah ini.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Ada lagi? Sila.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Adakah benar bahawa masalah yang dihadapi oleh pesawah di Perlis ini sedikit sebanyak ataupun
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
kebanyakannya adalah disebabkan oleh masalah perebutan kuasa yang berlaku di Perlis?
[Dewan riuh]
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Okey, okey, no problem.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya nak tanya soalan.
Istilah berebut pisang di antara kera dengan monyet seperti yang dirujuk oleh Marang tadi, bolehkah ia digunakan di Perlis? Masalah yang dihadapi ini disebabkan oleh perebutan kuasa di antara PAS dan BERSATU. Berebut pisang di antara kera dan monyet seperti yang dirujuk oleh Marang.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Okey, okey. Terima kasih Jelutong. Tak ada kaitan pun. Ha, tak ada kaitan pun.
[Ketawa]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ada kaitan sebab masalah pesawah Perlis ini tidak ditangani sebab perebutan kuasa.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Eh, tak, tak, tak, tak.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Itu adalah perkara yang kami dengarlah.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Petani, petani dia tak sembang pun bab politik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bukan, bukan. Ini bukan politik. Ini isu, isu masalah Perlis tak dapat ditangani walaupun Kerajaan Persekutuan nak bantu...
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Okey, dah Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tetapi Kerajaan Perlis tak dapat menerima bantuan dan menghantarnya kepada petani disebabkan oleh perebutan kuasa. Betul ke tak betul?
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Itu masalah Jelutong. Masalah Perlis okey, kami semua okey sahaja.
[Ketawa] Okey, last. Terima kasih Jelutong.
Berkaitan Jualan RAHMAH, apakah usaha kementerian untuk membantu peniaga-peniaga kecil yang amat terkesan dari segi jualan yang merudum kerana jualan RAHMAH lebih banyak dimonopoli oleh syarikat besar. Peniaga-peniaga yang mampu bertahan akan terus bertahan dan yang tidak mampu akan terpaksa menutup operasi runcit kerana margin keuntungan adalah kecil. Mohon kementerian membantu peniaga-peniaga kecil. Dengan ini, jurang ekonomi antara peniaga semakin melebar. Akhir kata, saya menyokong titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Ampun tuanku. Terima kasih.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih YB. Kangar. Seterusnya, saya persilakan YB Tenom. Silakan.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terlebih dahulu saya merakamkan junjungan kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas Titah Diraja yang menekankan kepentingan Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63 sebagai asas pembentukan negara dan peringatan Baginda agar segala perbezaan pandangan berkaitan perkara ini dapat diselesaikan secara matang, berhemah dan melalui rundingan. Dalam konteks ini, apa yang wajar diperjuangkan menerusi MA63 ini ialah autonomi yang berfungsi dan bukannya autonomi mutlak.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Sehubungan itu, Tenom mohon agar beberapa perkara berkaitan dengan MA63 dapat diselesaikan dengan segera. Yang pertama, tuntutan royalti minyak 20 peratus bagi Sabah. Seperti yang kita ketahui, Sabah hanya menerima lima peratus royalti daripada hasil petroleum di bawah peruntukan Akta Petroleum 1974.
Namun jumlah ini tidak mencerminkan sumbangan besar wilayah Sabah dalam sektor minyak dan gas iaitu hampir 40 peratus pengeluaran minyak dan gas 20 peratus dari hasil negara.
MA63 ialah perjanjian penubuhan yang membahagikan kedaulatan kuasa perundangan dan kawalan ekonomi dalam Persekutuan Malaysia dan kekuatannya terletak pada penggabungannya. Dalam Perlembagaan Persekutuan, di bawah Perlembagaan, tanah dan sumber asli berada di bawah bidang kuasa negeri.
Kedudukan ini wujud sejak 1963 dan kekal sehingga hari ini. Bagi Sabah, kuasa ini dilindungi lagi oleh Perkara 95D yang menghalang undang-undang Persekutuan mengenai Perkara Senarai Negeri daripada terpakai tanpa penerimaan Dewan Undangan Negeri. Minyak dan gas terletak di bawah tanah dan tanah tidak pernah menjadi milik Persekutuan.
Kewujudan Akta Pembangunan Petroleum membuktikan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai pemilikan perlembagaan asal ke atas petroleum. Akta tersebut digubal untuk hanya memperoleh kawalan, bukan mengesahkan hak sedia ada. Atas asas inilah, tuntutan Sabah terhadap 20 peratus hasil minyak dan gas bukan tuntutan politik tetapi tuntutan berteraskan perlembagaan semangat MA63. Ia
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
mencerminkan hak Sabah ke atas sumbernya sendiri serta keperluan pemulangan hasil yang adil kepada Sabah.
Ingin Tenom tegaskan bahawa lima peratus royalti petroleum tidak wujud dalam Perlembagaan. Ianya hanyalah lahir daripada PDA 1974 dan Perjanjian PETRONAS dan tuntutan 20 peratus hasil petroleum dan gas ialah tuntutan berasaskan perlembagaan dan keadilan.
Tiada kerajaan yang munasabah akan menyertai sebuah Persekutuan hanya untuk menyerahkan sumber asli utamanya tanpa persetujuan jelas dan persetujuan itu tidak pernah wujud. Isu ini bukan soal sejarah tetapi kejujuran perlembagaan. Akta Parlimen tidak mengatasi struktur perlembagaan. Jika Kerajaan Persekutuan ingin mempertahankan kawalannya, ia mesti mengakui bahawa kawalan tersebut berpunca daripada perundangan pasca 1963, bukan hak perlembagaan asal.
Kedua, isu hak tuntutan 40 peratus hasil bersih diperoleh dari Sabah mengikut Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan, hak Sabah terhadap 40 peratus hasil bersih adalah jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, khususnya dalam Jadual Kesepuluh, Bahagian IV yang menetapkan negeri berhak menerima geran khas bersamaan dengan 2.5, 40 peratus daripada hasil bersih yang diperoleh Kerajaan Persekutuan dari Sabah.
Ketiga, tuntutan agar kajian semula dilaksanakan ke atas Akta Laut 2012 disebabkan had yang sebenarnya adalah melampaui 200 batu nautika selaras dengan Perintah Borneo Utara 1954 sebelum pembentukan Malaysia dan seharusnya selari dengan prinsip Perjanjian Malaysia 1963 yang menekankan autonomi negeri.
Kelima, tuntutan hak Sabah ke atas pelantar benua. Hak ke atas pelantar benua sangat penting kerana di situlah terletaknya sebahagian besar reserve minyak, gas dan mineral.
Keenam, pertambahan perjawatan perkhidmatan awam, khususnya dalam bidang kritikal seperti kesihatan, pendidikan dan keselamatan.
Ketujuh, autonomi dalam bidang kesihatan dan pendidikan. Wilayah Sabah berhak membuat keputusan sendiri berhubung perancangan pengurusan, pengagihan sumber termasuklah pengisian jawatan pegawai, peruntukan belanjawan dan pembangunan infrastruktur pendidikan serta kesihatan berorientasikan realiti tempatan.
Kelapan, pemilikan 35 peratus kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak. Ketika ini, kedua-dua wilayah hanya mempunyai 56 kerusi dengan Sabah memiliki 25
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
kerusi, Sarawak 31 kerusi. Sekali gus hanya mewakili 25 peratus daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen. Perkara ini penting bagi suara rakyat Sabah dan Sarawak didengar secara saksama dan memperkukuhkan kedudukan kedua-dua wilayah dalam pembuatan dasar nasional.
Tuntutan MA63 bukan sekadar soal hak simbolik. Ia adalah keperluan praktikal dan strategik untuk memastikan Sabah mampu membangun dari segi ekonomi, pendidikan, kesihatan dan infrastruktur setara dengan negeri lain. Tanpa penyelesaian yang adil, Sabah kekal bergantung dan ketinggalan.
Maka saya meletakkan harapan yang tinggi kepada pihak kerajaan untuk menyelesaikan perkara ini secara rasional dan konstruktif demi memastikan manfaat langsung dapat dinikmati oleh rakyat Sabah. Tenom juga ingin merakamkan penghargaan Yang Amat Berhormat Tambun yang sentiasa menitikberatkan kepentingan rakyat jelata, khususnya Sabah dengan menyalurkan peruntukan yang tertinggi dan juga keprihatinan beliau dalam menyelesaikan pertikaian ke atas MA63 yang sekian lama diperjuangkan oleh rakyat Sabah dan Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, Sabah acap kali terima peruntukan yang besar, namun tidak dapat direalisasikan untuk pelaksanaan projek berimpak tinggi, khususnya dari aspek pembangunan dan infrastruktur disebabkan oleh birokrasi hingga berlakunya lebihan peruntukan yang tidak dapat dibelanjakan sehingga merencatkan pelaksanaannya. Justeru itu, Tenom mohon agar birokrasi ini dimudahkan, dipercepatkan demi memastikan pembangunan di Sabah dapat dilaksanakan secara strategik.
Tuan Yang di-Pertua, penyediaan utiliti asas bekalan air, elektrik dan jalan raya merupakan kemudahan asas rakyat. Namun di Parlimen Tenom, masalah bekalan air bersih telah berlarutan sehingga hampir 20 tahun. Di samping jalan perhubungan desa ke bandar yang daif serta gangguan bekalan elektrik yang berlaku hampir setiap tahun di Tenom. Justeru itu, pada hemat Tenom, penyediaan utiliti asas ini perlu dilaksanakan secara adil di seluruh negara termasuklah Sabah dan Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, selaku Friends of KKM dan Jawatankuasa JKPK Kesihatan ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas perhatian dan maklum balas pihak Kementerian Kesihatan terhadap permintaan Tenom dalam sidang yang lepas berhubung cadangan naik taraf Hospital Tenom yang telah dipersetujui. Selain naik taraf bangunan baharu, keperluan menaik taraf kapasiti peralatan dan aset kesihatan di Hospital Tenom juga wajar diberi perhatian serius.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Ini termasuk penambahan peralatan diagnostik, rawatan dan sokongan klinikal yang bersesuaian dengan keperluan semasa serta pertambahan jumlah penduduk agar perkhidmatan kesihatan yang lebih cekap, selamat dan berkualiti dapat dinikmati oleh rakyat Tenom dan kawasan sekitarnya.
Tuan Yang di-Pertua, dalam industri getah global, Malaysia jauh ketinggalan berbanding negara Thailand, Vietnam dan Indonesia daripada segi pengawalan harga dan kualiti. Keadaan ini tidak menjamin masa depan industri getah, khususnya kepada pekebun kecil menghadapi harga yang tidak stabil dan rendah saban tahun.
Saya mencadangkan kerajaan agar dapat menambah nilai industri getah dengan menerokai industri getah yang baharu seperti pasaran farmaseutikal. Mohon tambahan masa, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Berapa minit lagi Yang Berhormat?
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Ada dua minit saja.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Okey, silakan.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya difahamkan serum getah mengandungi satu hingga dua peratus L-quebrachitol. L- quebrachitol pula komponen digunakan dalam industri farmaseutikal iaitu ubat- ubatan. L-quebrachitol ini sisa cecair daripada susu getah yang dibekukan. Hari ini sisa cecair itu tidak digunakan tetapi dibuang begitu sahaja.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Dengan menggunakan teknologi P2 TAP bukan hal biasa, satu hektar boleh menghasilkan 3,500 kilogram susu getah setahun dan boleh menghasilkan tiga kilogram [Tidak jelas] setahun yang bersamaan dengan jangka harga pasaran iaitu RM5 sehingga RM10 se gram iaitu bersamaan dengan RM15,000 setahun bagi sehektar.
Jika harga bagi skala kecil iaitu lab scale boleh mencecah sehingga USD30 se gram bersama dengan RM119.70 sen satu gram. Oleh yang demikian, saya mohon kerajaan agar dapat menerokai pasaran ini, sekali gus dapat mengangkat industri getah ke tahap yang lebih tinggi, sekali gus membantu pekebun kecil dalam meraih pendapatan yang lebih tinggi dan stabil.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh isu berkaitan bantuan yang disalurkan oleh NADMA melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada para penduduk yang berhadapan dengan musibah banjir.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Saya difahamkan pihak JKM telah membangunkan aplikasi MyIBJKM untuk memudahkan proses pendaftaran dan memudahkan proses penyaluran bantuan wang ihsan berjumlah RM1,000 kepada mangsa banjir yang ditempatkan di PPS.
Aplikasi yang dibangunkan ini juga bersifat geo-restricted, di mana mangsa hanya boleh mengimbas QR code dalam radius 60 meter daripada PPS sahaja.
Usaha ini bagus, namun terdapat beberapa isu yang perlu diberikan perhatian.
Pertama, mangsa yang tidak mahir untuk menggunakan aplikasi, tidak memiliki peranti pintar dan tidak tahu membaca, khususnya warga emas, akan menghadapi kesukaran untuk mengakses sistem ini.
Kedua, isu berkaitan radius kawasan dalam 60 meter daripada PPS.
Bagaimana dengan mangsa banjir yang dilanda banjir kilat dan tidak mempunyai PPS seperti yang berlaku bencana banjir di Parlimen Tenom baru-baru ini? Ada kawasan yang tidak mempunyai pusat pembinaan sementara PPS. Adakah mereka akan terlepas daripada menerima bantuan yang diberikan walaupun mereka layak untuk menerima bantuan tersebut?
Tambahan pula, Parlimen Tenom pada masa kini belum bersedia dari segi persediaan untuk menggunakan aplikasi MyIBJKM ini semasa banjir yang berlaku pada awal tahun ini disebabkan ia nya masih lagi baharu dan belum ada mekanisme untuk mendaftarkan kawasan yang tiada PPS. Justeru itu...
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Minta gulung, Yang Berhormat.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Justeru itu, saya menyeru agar pihak kerajaan mempertimbangkan mekanisme seperti berikut. Pertama, pendaftaran manual DPPS. Kedua, penggunaan teknologi sistem maklumat geografi (GIS) digunakan untuk membuat pemetaan kawasan yang dilanda banjir dan diintegrasikan terus dengan sistem MyIBJKM bagi membolehkan mangsa melakukan pendaftaran berdasarkan lokasi sebenar kejadian banjir. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Yang Berhormat Tenom.
Seterusnya, saya persilakan Yang Berhormat Gua Musang.
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada Gua Musang untuk membahaskan Titah Ucapan Menjunjung Kasih kepada Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
Yang di-Pertuan Agong sempena Pembukaan Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas.
Sebagai mewakili rakyat jelata dari selatan negeri Cik Siti Wan Kembang, Gua Musang menjunjung kasih dan merafak sembah, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas Titah Ucapan Tuanku sebagai menzahirkan kecaknaan, keprihatinan dan peringatan yang amat bermakna kepada pemimpin dan masyarakat dalam konteks menjaga kesejahteraan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, menghayati dan mendalami Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, sebagai rakyat Malaysia pastinya kita berbangga dan bersyukur apabila Kebawah Duli Tuanku menzahirkan kejayaan negara kita mencatat pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.7 peratus dalam tempoh tiga suku pertama tahun 2025. Dan kejayaan tersebut sudah pastinya menjadi faktor untuk peningkatan nilai mata wang kita secara konsisten yang kita dapati sejak enam bulan kebelakangan ini.
Inilah realiti, inilah bukti kerajaan hari ini telah benar-benar bekerja bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang inklusif serta sentiasa menambah baik kebajikan rakyat. Pada denyut hati rakyat, walaupun pelbagai inisiatif bantuan serta sumbangan oleh kerajaan yang bertali arus tetapi yang demikian, kerajaan juga dituntut supaya memperkukuhkan lagi sistem pemantauan harga barang keperluan asas seperti beras, minyak masak, ayam dan sayur-sayuran.
Sebagai rakyat, kita tidak boleh membiarkan kartel atau orang tengah terus mengaut keuntungan di atas setiap sen yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada rakyat di luar sana.
Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan kali ini, Gua Musang ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia untuk menyentuh dua kementerian yang amat penting dalam konteks kesejahteraan rakyat jelata.
Kementerian yang pertama Yang di-Pertua ialah Kementerian Kerja Raya.
Gua Musang yang berkeluasan lebih separuh daripada negeri Kelantan dan satu- satunya kawasan yang bersempadan dengan banyak negeri, sama ada negeri daripada Pantai Timur, Pantai Barat dan juga negeri di utara Semenanjung Malaysia.
Geografi yang demikian, sudah pastilah Gua Musang menjadi pintu masuk utama ke negeri Kelantan. Sejak tahun lepas sehingga ke hari ini, aliran trafik di Gua Musang tidak ubah seperti pergerakan trafik di kota raya Kuala Lumpur, terutama pada waktu puncak serta hari cuti hujung minggu dan juga cuti umum.
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
Bancian juga menyatakan bahawa lebih 2 juta pergerakan trafik melalui Gua Musang pada bulan Disember 2025 iaitu sebulan yang lepas. Apa yang saya ingin ketengahkan di sini ialah masalah kesesakan trafik dan kerosakan kenderaan disebabkan struktur jalan yang tidak layak dipanggil jalan.
Saya ingin bertanya kepada Kementerian Kerja Raya berkenaan Projek Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama bagi pakej 3B, 3C dan 3D. Sampai bila kementerian harus mengutamakan kepentingan kontraktor bagi pakej-pakej tersebut daripada mementingkan keselamatan pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut?
Rakyat ataupun pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut tidak mahu tahu apa masalah jalan tersebut berpunca daripada kontrak pelaksana tetapi rakyat mahu kerajaan bertanggungjawab di atas kegagalan kontraktor yang gagal dan sentiasa gagal mematuhi spesifikasi kontrak.
Sebaliknya, kita dapati kontraktor tersebut berjaya merosakkan tayar, komponen-komponen kenderaan dan mengundang kemalangan jalan raya akibat jalan yang berlubang seperti permukaan bulan. Mewakili pengguna di jalan tersebut, saya ingin bertanya. Tahu kah Kementerian Kerja Raya tentang statistik laporan polis dibuat akibat daripada kerosakan komponen kenderaan yang melalui jalan tersebut sepanjang tahun 2025?
Tahu kah Kementerian Kerja Raya berkenaan siapakah individu yang bertanggungjawab di sebalik nama-nama syarikat yang dilantik sebagai kontraktor bagi pakej-pakej tersebut? Siapa mereka? Apakah rekod dan prestasi mereka dalam melaksanakan kontrak sebelum ini?
Mungkin jawapan Yang Berhormat Menteri nanti akan menyatakan jalan yang dimaksudkan itu ialah jalan sementara. Mungkin juga akan menjawab, kontraktor pelaksana dalam proses untuk ditamatkan kontrak, ia dalam proses tamat kontrak sebenarnya.
Apa gunanya penamatan kontrak jika tender semula dimenangi oleh individu yang sama? Cuma nama syarikat yang berbeza. Berapa banyak duit rakyat terbuang dengan melantik kontraktor yang hanya berketerampilan dewa, yang terlebih gaya daripada wibawa?
Rakyat tidak naif untuk berkata jalan sementara yang dibina kontraktor hanyalah jalan yang bernilai ratusan Ringgit, sebab itulah adanya lubang seolah-olah di permukaan bulan. Kepada Yang Berhormat Menteri, terutamanya Kementerian Kerja Raya, tolonglah segerakan pembinaan jalan yang sempurna kerana jalan
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
tersebut ialah Jalan Persekutuan yang menjadi laluan utama bagi kenderaan- kenderaan keluar dan masuk ke negeri Kelantan.
Isu jalan yang terkait dengan pakej LTU 3B, 3C dan 3D telah beberapa kali saya bawa ke Dewan yang mulia ini. Apa lagi yang harus dijelaskan tentang permasalahan ini? Saya reda dan ikhlas menerima teguran dan kritikan rakyat yang terkesan dengan masalah jalan tersebut.
Di hadapan rumah saya, Tuan Yang di-Pertua, dari sehari ke sehari terdapat lambakan rim dan tayar kereta yang rosak yang pastinya kita faham itu adalah signal kekecewaan daripada pengguna jalan raya tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, memperkatakan berkenaan Kementerian Pendidikan pula, saya menyambut baik dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kerana baru pagi tadi melalui MQT, telah menjelaskan berkenaan sistem penilaian terhadap kemasukan ke Darjah 1 bagi anak-anak seawal usia enam tahun.
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
Langkah kerajaan untuk membatalkan ujian saringan diagnostik bagi kanak- kanak berusia enam tahun yang ingin memasuki Darjah 1 bagi sesi persekolahan tahun 2027 adalah satu langkah yang terpuji yang tidak perlu dipersoalkan lagi.
Sebagai ibu bapa yang mengikuti dan memahami peredaran zaman, sudah tentunya akan bersetuju jika anak-anak mereka mendapat pendidikan awal di sekolah. Apa lagi jika sebelum ini kita dapati ibu bapa mempunyai masalah kewangan apabila terpaksa membayar yuran yang tinggi untuk kelas-kelas prasekolah atau kelas tadika.
Saya percaya cadangan memberi peluang kepada kanak-kanak berusia berumur enam tahun untuk memasuki Darjah 1 adalah langkah terbaik Kerajaan MADANI bagi memartabatkan institusi pendidikan negara kita dan secara tidak langsung melahirkan lebih ramai graduan pada usia remaja.
Saya juga percaya dan mengharapkan apa yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pagi tadi berkenaan kesiapsiagaan Kementerian Pendidikan dalam melaksanakan pengambilan pelajar Darjah 1 pada tahun depan, direalisasikan dan paling penting tidak menambah beban para guru yang sedia ada.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi menyentuh mengenai pendidikan juga iaitu mengenai permasalahan guru-guru. Saya terpanggil untuk menarik perhatian Dewan yang mulia ini, terutamanya Yang Berhormat Menteri Pendidikan sekali lagi untuk mengkaji semula berkenaan dengan guru yang tinggal di kuarters institusi pendidikan
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
yang dikenakan potongan elaun sebanyak 75 peratus daripada imbuhan tetap perumahan (ITP) dan 50 peratus daripada bantuan sara hidup iaitu COLA.
Kebanyakan guru tidak mempertikaikan sebenarnya jumlah potongan tersebut, tetapi kadar potongan yang dikenakan secara sama rata tanpa mengambil kira kategori serta spesifikasi kuarters institusi pendidikan adalah satu tindakan yang tidak adil. Terutama kepada guru yang mendiami kuarters di sekolah-sekolah pedalaman yang serba daif dan kekurangan.
Saya mengambil contoh di sini, Tuan Yang di-Pertua. Gaji seorang guru sekolah rendah gred DG48 yang tinggal di kuarters institusi pendidikan di sekolah pendalaman yang tiada kemudahan utiliti asas dipotong dengan jumlah yang sama dengan gaji guru sekolah menengah yang juga gred DG48, tetapi tinggal di kuarters institusi pendidikan yang jenis rumah banglo yang moden dan selesa. Jadi, sudah tiba masanya kementerian mencari mekanisme baharu bagi menjamin keadilan guru-guru tersebut, seterusnya me-reform institusi pendidikan negara kita selaras dengan reformasi Kerajaan MADANI dan adaptasi rakyat Malaysia terhadap kerajaan hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup dengan ikhlas saya menjemput rakyat nun jauh di selatan Negeri Kelantan, marilah kita sama-sama berdoa dan memberi kepercayaan kepada kerajaan hari ini untuk memimpin dan membawa negara kita ke persada dunia.
Percayalah, kejayaan negara dalam penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan dasar luar yang sederhana serta berhemah yang dipraktikkan oleh yang amat berhormat Tambun adalah faktor utama kepada peningkatan pertumbuhan ekonomi negara kita buat masa ini. Kejayaan menurunkan kadar pengangguran serta inflasi kekal rendah adalah petanda yang tidak boleh tidak untuk kita memuji dan merestui kepimpinan negara hari ini.
Akhir sekali, saya sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas pencapaian cemerlang Yang Amat Berhormat Tambun dalam menjana ekonomi negara dan diharapkan lebih banyak manfaat dikurniakan kepada rakyat jelata melalui sumbangan dan juga saraan.
Dengan lafaz yang ikhlas, Gua Musang menjunjung kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Terima kasih.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Yang Berhormat Gua Musang. Seterusnya, saya persilakan Yang Berhormat Selangau. Silakan.
Tuan Edwin anak Banta - Selangau
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi saya peluang untuk berbahas dan menyokong usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Titah tegas baginda mengenai integriti, tatakelola dan kesejahteraan rakyat mesti diterjemahkan kepada tindakan yang serius kerana kegagalan tatakelola di peringkat Pusat sering kali bermaksud kegagalan kemudahan asas di kampung halaman kami.
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh Titah Baginda mengenai Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan fokus kepada kesejahteraan rakyat, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada isu bekalan air bersih yang sekian lama tertangguh. Di Parlimen, kita berbicara tentang keterjaminan air, water security dengan izin. Namun realitinya di Selangau masih ramai rakyat saya yang terpaksa bergantung kepada air sungai dan air hujan kerana paip utama tidak sampai ke rumah panjang mereka.
Rakyat Selangau amat kecewa apabila projek kritikal seperti Loji Rawatan Air Selangau dan Stapang yang telah diluluskan pada tahun 2018 masih tertunda dan menjadi projek sakit. Kami juga memerlukan jaringan jalan kampung dan jambatan yang baik untuk menghubungkan pekebun kecil dengan pasaran luar. Tanpa jalan perhubungan desa (JPD) atau sambungan first mile yang baik, hasil pertanian penduduk kampung seperti kelapa sawit dan lada akan terkandas. Kos pengangkutan meningkat dan ekonomi desa tidak akan berkembang.
Menyentuh soal pembangunan kapasiti komuniti pula, melalui pendidikan, saya menyokong penuh usaha memanfaatkan teknologi digital. Namun tetapi, bagaimana pelajar dan belia desa kita mampu mengakses bahan pembelajaran digital dan mengikuti kelas dalam talian jika isu menara telekomunikasi kosong dan liputan Internet yang lemah masih berlarutan.
Sehubungan itu, saya mencadangkan agar penyelesaian alternatif seperti penggunaan Internet satelit termasuk teknologi Starlink dipertimbangkan secara serius, khususnya di kawasan pendalaman dan sukar liputan.
Tuan Yang di-Pertua, warga Parlimen Selangau masih berdepan cabaran akses kesihatan yang serius. Bagaimana pegawai perubatan kami mampu menyelamatkan nyawa jika ambulans yang ada hanyalah aset usang berusia lebih 15 tahun. Malah, ada yang terpaksa meminjam aset dari klinik lain. Lebih
Tuan Edwin anak Banta - Selangau
menyedihkan, kekurangan mesin ultrasound dan peralatan pemantauan kritikal atau vital sign monitor, dengan izin, menyebabkan diagnosis awal gagal dilakukan dengan tepat, memaksa pesakit meredah perjalanan jauh seperti ke Hospital Sibu dan Hospital Bintulu.
Tuan Yang di-Pertua, beralih kepada aspek pendidikan anak-anak di SK Nanga Kua dan SK Nanga Selangau, saban tahun belajar dalam kecemasan akibat risiko banjir besar. Saya telah mencadangkan satu penyelesaian melaksanakan penggantian penuh sekolah SK Nanga Kua dengan memindahkannya ke tapak baharu, sementara SK Nanga Selangau dipindahkan ke tapak SMK Selangau secara berkongsi.
Gunakanlah kaedah IBS sepenuhnya untuk projek ini memandangkan kejayaannya di SMK Selangau yang siap enam bulan lebih awal. Saya juga mendesak agar perabot daif akibat banjir di SK Penghulu Tayai, SK Nanga Tau, SK Nanga Selangau, dan SK Nanga Kua diganti dengan segera.
Selangau juga tidak mahu ketinggalan dalam arus pendigitalan yang saya— jadi, saya memohon Kementerian Pendidikan membekalkan smart board atau smart TV ke sekolah-sekolah di Selangau. Jangan biarkan anak pedalaman terus belajar secara konvensional sedangkan rakan mereka di bandar menikmati pembelajaran interaktif.
Tuan Yang di-Pertua, sejarah perjanjian MA63 bukan sekadar tarikh atau dokumen rasmi. Ia adalah nadi pembentukan Malaysia, simbol kesefahaman antara negeri atau wilayah dan asas hak serta tanggungjawab bersama. Jadi, masukkan lah nya dalam buku sejarah sebagai silibus penting agar rakyat memahami proses pembentukan Malaysia dan kandungan perjanjian; mengelakkan salah faham, tuduhan palsu, atau manipulasi politik murahan.
Isu berkaitan dengan pengurusan sumber gas di Sarawak, iaitu pelantikan PETROS sebagai aggregator bukan bertujuan untuk menidakkan peranan PETRONAS, tetapi sebagai langkah strategik untuk memastikan bekalan gas yang mencukupi bagi memacu Pelan Hala Tuju Gas Sarawak atau Sarawak Gas Roadmap, dengan izin.
Tuan Edwin anak Banta - Selangau
Kita tidak mahu melihat situasi di Sarawak yang menyumbang 60 percent rizab gas negara dan 90 percent eksport LNG Malaysia tetapi rakyat Sarawak dan industrinya sendiri berlapar akibat kekurangan bekalan gas untuk kegunaan domestik.
Tuan Edwin anak Banta - Selangau
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu yang sangat asas kepada hubungan Persekutuan dan Sarawak, iaitu pertindihan kuasa antara PETRONAS dan Petroleum Sarawak Berhad atau PETROS, serta tafsiran kerajaan terhadap MA 1963.
Baru-baru ini, dinyatakan MA63 tidak mengandungi peruntukan khusus mengenai pemilikan dan pengurusan minyak dan gas. Dan oleh itu, kawal selia sektor ini ditentukan sepenuhnya oleh Akta Pembangunan Petroleum 1974. Soalan saya, Yang di-Pertua. Adakah ketiadaan klausa khusus dalam MA63 boleh ditafsirkan sebagai lesen kepada Kerajaan Persekutuan untuk memusatkan sepenuhnya sumber strategik Sarawak tanpa rundingan setara, bertentangan dengan semangat perjanjian pembentukan Malaysia itu sendiri? Seandainya MA63 digunakan sebagai dokumen asas Persekutuan, mengapa undang-undang Persekutuan yang digubal selepasnya tidak disemak dan diselaraskan supaya mencerminkan kedudukan Sarawak sebagai rakan pengasas, bukan sekadar sebuah negeri?
Ada Menteri yang memaklumkan bahawa Akta 144 memberikan PETRONAS pemilikan mutlak petroleum di seluruh negara. Apakah rasional Persekutuan membenarkan satu entiti milik pusat memiliki sepenuhnya sumber di wilayah negeri, sedangkan Sarawak menanggung implikasi sosial, alam sekitar dan infrastruktur hasil industri tersebut?
Berhubung perjanjian komersial antara PETRONAS dan Kerajaan Sarawak pada tahun 2020, saya ingin bertanya, jika isu ini hanya bersifat komersial dan telah dirunding, mengapa pertindihan fungsi dan ketidaktentuan undang-undang masih berlarutan sehingga memaksa PETRONAS membawa perkara ini ke Mahkamah Persekutuan? Dan yang lebih penting, Yang di-Pertua, apakah Kerajaan Persekutuan berpendirian bahawa isu sebenar ini yang menyentuh MA63 dan struktur Persekutuan wajar diserah sepenuhnya kepada tafsiran mahkamah tanpa penyelesaian politik yang adil dan berprinsip antara rakan Persekutuan?
Akhir sekali, saya ingin mendapatkan penjelasan jelas daripada kerajaan, apakah visi jangka panjang kerajaan terhadap tadbir urus minyak dan gas di Sabah dan Sarawak? Adakah sebagai rakan setara dalam Persekutuan atau kekal sebagai penerima royalti kecil dalam sistem yang berpusat? Isu ini bukan sekadar soal PETRONAS atau PETROS. Ia adalah ujian keikhlasan kerajaan menterjemahkan MA63 daripada slogan kepada realiti.
Tuan Edwin anak Banta - Selangau
Tuan Yang di-Pertua, sebagai kesimpulan, Titah Diraja adalah mandat untuk kita bekerja dengan penuh harapan agar keluhan rakyat Selangau didengari. Saya mohon menyokong usul. Sekian, terima kasih.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih, Yang Berhormat Selangau.
Seterusnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Krau.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Pertama, saya menjunjung kasih atas titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang bertitah bersempena dengan pembukaan sidang Parlimen Penggal Kelima, Majlis Parlimen Kelima Belas. Titah Tuanku bukan sekadar peringatan tetapi kompas moral dan intelektual untuk memandu negara dalam mendepani cabaran modenisasi yang kian mencabar.
Bermula dengan pembangunan negara mestilah dirasai oleh semua rakyat dan masyarakat, saya mulakan dengan isu di kawasan saya berkenaan dengan Sekolah Menengah Agama Darul Naim yang sekarang ini telah beroperasi sebagai sekolah bantuan kerajaan. Saya memohon untuk disegerakan projek pembangunan sekolah baru di tapak yang telah pun dikenal pasti kerana tapak yang ada sekarang begitu mudah dinaiki banjir dan fasiliti yang jauh berbanding sekolah yang lain.
Yang kedua tentang pewartaan tanah Kampung Orang Asli Berdut, yang saya dimaklumkan pimpinan-pimpinan kampung tersebut pernah melihat geran sejak era 1959, namun selepas itu mereka mendakwa bahawa geran itu telah diambil dan tidak dipulangkan balik. Akibat daripada itu, sedikit sebanyak mengganggu proses pembangunan kepada kampung itu termasuklah bekalan elektrik dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu, saya ingin mendapatkan kepastian kepada pihak kementerian khususnya JAKOA, sama ada perkara ini telah berada dalam radar pengetahuan pihak mereka. Apakah status sebenar Kampung Orang Asli Berdut ini?
Saya memohon penjelasan yang lebih terperinci serta tindakan susulan yang konkrit berkaitan pewartaan tanah dan status surat atau geran tanah komuniti ini yang mengikut apa yang mereka nyatakan telah melakukan berbagai-bagai usaha sehinggalah kepada saya untuk membawa ke Dewan yang mulia ini.
Seterusnya, liputan telekomunikasi yang masih lemah di beberapa kawasan Parlimen Kuala Krau, terutamanya sekitar FELDA Jenderak Utara dan Selatan dan
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
beberapa kampung orang asli yang berada di sekitarnya, sehingga kini amat lemah dari sudut liputan telekomunikasinya.
Dan yang keempat, lampu isyarat bermula daripada jalan daripada lampu isyarat Mydin ke Jengka 11 yang pernah saya bawa sekali ke Dewan ini yang sempit, tampalan yang berliku-liku, bahu jalan yang rendah dan kurang pencahayaan dan, yang terbaru ini, telah berlaku kemalangan yang mengakibatkan kecederaan yang serius, ditambah lagi terdapat sebuah institusi pendidikan yang berada di tepi jalan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengangkat kata kunci ucapan perbahasan ini dengan mengangkat adab mendepani cabaran modenisasi dan memulakan perbahasan ini dengan mengutarakan persoalan asas kita bersama. Sampai bila kita harus bergembira untuk tenggelam dalam politik yang bebas daripada nilai, adab dan kemuliaan?
Dengan melihat masa depan negara yang semakin mencabar, kita tidak wajar terus meraikan politik yang kosong daripada roh agama dan akhlak. Kerana tanpa kita sedar, sebenarnya kita sedang mengabsahkan satu bentuk psikologisasi yang memisahkan agama daripada urus tadbir, menjauhkan hikmah daripada pertimbangan dasar dan meninggalkan adab sekadar hiasan bicara tetapi bukan pedoman tindakan dan susulan. Padahal agama Islam sebagai agama Persekutuan dan agama lain yang bebas diamalkan adalah jati diri spiritual tradisi dan budaya negara bangsa ini.
Dalam dunia yang sedang digoncang oleh modenisasi dan modernity yang terus menerus mencairkan nilai dan adab, maka agamalah harapan yang terakhir.
Agama bukanlah penghalang kemajuan tetapi penjaga batas, penjaga maruah dan penjaga arah menepati prinsip pertama Rukun Negara― percaya kepada Tuhan.
Tuan Yang di-Pertua, pendidikan sebagai asas teras jati diri negara. Saya menyokong sepenuhnya Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa pendidikan merupakan tapak utama pembinaan bangsa. Pendidikan tidak boleh dilihat semata-mata sebagai alat melahirkan tenaga kerja, tetapi sebagai proses membentuk jati diri dan nilai kebangsaan. Dalam masyarakat majmuk Malaysia, akhlak ialah payung bersama, adab adalah bahasa persepakatan dan nilai ialah jambatan perpaduan.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Justeru, kurikulum pendidikan perlu sentiasa disemak dan diperkukuh agar melahirkan insan yang berilmu, beradab dan berintegriti serta mampu menghadapi
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
modenisasi tanpa kehilangan jati diri dan identiti bangsa. Dalam keghairahan memastikan kebolehpasaran graduan, kita tidak wajar meminggirkan bidang-bidang yang mungkin tidak menjanjikan pulang ekonomi tinggi tetapi penting dalam pembinaan nilai, etika dan integriti masyarakat.
Negara memerlukan bukan sahaja pekerja yang cekap tetapi warga negara yang berprinsip dan berjiwa besar. Modenisasi tanpa panduan nilai hanya akan melahirkan kebebasan tanpa sempadan yang akhirnya masyarakat berlanggar sesama sendiri. Maka, pendidikan negara mesti berfungsi sebagai benteng nilai dan pembentukan jati diri demi masa depan Malaysia yang bersatu dan berakar pada identitinya.
Menjunjung Titah Tuanku berkenaan kepentingan sistem pendidikan negara sebagai asas pembinaan masa, saya ingin menyentuh satu isu pokok yang semakin meresahkan ibu bapa dan pendidik di seluruh negara iaitu ketidakkonsistenan dasar pendidikan yang sering berubah-ubah atau bersifat flip flop berubah mengikut masa, tekanan dan naratif semasa tanpa hala tuju jangka panjang yang jelas. Perubahan kenyataan demi kenyataan dan dasar demi dasar bukan sahaja mengelirukan pelaksanaan di peringkat akar umbi, malah menimbulkan ketidakpastian kepada ibu bapa tentang masa depan pendidikan anak-anak mereka. Pendidikan seharusnya menjadi dasar negara yang stabil, bukan bahan eksperimen berterusan.
Dalam hal ini, izinkan saya membantu— membawa satu panduan yang telah sedia wujud di dalam Islam. Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Suruhlah anak- anak kamu mengerjakan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan didiklah mereka dengan tegas tanpa mencederakan jika meninggalkan ketika berumur 10 tahun serta pisahkan mereka daripada tempat tidur." Hadis ini sering dilihat secara sempit, seolah-olah hanya menyentuh aspek ibadah terutamanya sembahyang.
Hakikatnya, hadis ini mengandungi falsafah pendidikan yang sangat mendalam dan berperingkat.
Rasulullah SAW tidak meletakkan usia tujuh tahun secara rawak. Usia tujuh tahun ialah fasa perkembangan kognitif dan disiplin yang sesuai untuk pendidikan formal yang berstruktur. Sebelum itu, kanak-kanak tidak dibiarkan kosong tetapi melalui proses pendidikan awal secara peringkat iaitu pembentukan akhlak, bahasa, emosi dan keupayaan berfikir sebagaimana persediaan menghadapi pendidikan formal.
Jika hari ini kita bimbang anak-anak ketinggalan dalam proses arus globalisasi dan persaingan antarabangsa, penyelesaiannya bukanlah dengan
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
menurunkan usia pendidikan formal secara tergesa-gesa tetapi dengan memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak khususnya taska dan prasekolah agar perkembangan minda dan sahsiah mereka diasah secara seimbang.
Dan jika enam tahun bakal dimasukkan sebagai murid Darjah 1 pada tahun 2027, bermakna prasekolah nya mesti bermula daripada 2026, sedangkan apakah modul prasekolah lima tahun telah diwujudkan dan diperhalusi agar berlaku kesinambungan antara prasekolah dan juga Tahun 1?
Tuan Yang di-Pertua, dalam prinsip kedaulatan undang-undang, izinkan saya mengimbau satu kisah sirah yang sangat signifikan pada zaman pemerintahan Khalifah Saidina Umar Al-Khatab. Seorang bukan Islam telah mengadu kepada beliau apabila tanah miliknya diambil secara tidak adil oleh seorang gabenor bagi tujuan pembinaan masjid. Setelah siasatan dilakukan, Khalifah Umar dengan tegas mengarahkan agar pembinaan tersebut dihentikan dan tanah itu dipulangkan kepada pemilik asal walaupun ketika itu pemerintahan adalah di bawah pemerintahan Islam.
Inilah prinsip yang perlu dipegang dalam memastikan pembangunan negara iaitu lah kedaulatan undang-undang.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan persetujuan penuh dan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap apa yang telah dititahkan oleh Kebawah Duli Tuanku bahawa rasuah mesti diperangi secara besar-besaran. Seminit, insya- Allah.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Boleh, Yang Berhormat.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Dan bahawa bukan sahaja penerima, malah pemberi serta agen yang bersubahat juga wajib dikenakan tindakan. Dan semua mereka dalam laknat Allah SWT. Masyarakat perlu dididik melaporkan rasuah adalah kerana atas dasar dosa dan moral, bukan kerana tidak dapat bahagian yang dijanjikan.
Titah tersebut adalah satu peringatan keras bahawa rasuah bukan isu terpencil dan bukan isu bermusim sebaliknya ancaman sistematik. Rasuah berlaku merentas kaum, umur dan sektor termasuk penjawat awam, swasta, orang awam dan ahli politik. Tahniah kepada pihak kehakiman kerana tindakan proaktif menubuhkan Mahkamah Tinggi Khas Rasuah untuk mendengar perbicaraan kes rasuah serta rayuan daripada Mahkamah Seksyen Khas Rasuah agar kes rasuah ini dapat diselesaikan dengan segera. Tahniah.
Buat akhirnya, perubahan bermula daripada niat. Kalau kita nak berubah, maka tanya lah diri kita, kita yang patut memulakan. Jangan hanya menggunakan
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Peraturan 36(6) dengan alasan sangkaan jahat, 36(12) atas alasan mengelirukan Dewan tetapi ketika dia berucap, dia sendiri yang melanggar kedua-dua peraturan mesyuarat ini.
Buat akhirnya, saya mengucapkan tahniah— mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada bergu campuran Cheng Tan Ji dan Toh Ee Wei, bukan sahaja kejayaan memenangi Master Indonesia, tetapi menggunakan bahasa Melayu walaupun ditemuramah oleh media dalam bahasa Inggeris. Mudah-mudahan ini menjadi satu motivasi kepada seluruh Ahli Dewan yang memartabatkan bahasa Melayu supaya perkataan dengan izin setiap kali kalimah Inggeris dinyatakan itu menjadi amalan harian sebagai bukti bahawa kita bersedia berubah dan kitalah yang memulakan perubahan ini.
Saya menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Speaker.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau.
Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Bismillahirrahmanirrahim. Saya mengambil kesempatan ini menjunjung kasih atas titah Tuanku Agong pada Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen minggu lalu.
Tuan Yang di-Pertua, selaku Pengerusi Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (APPJMSDG), kami telah bergerak sebagai enjin perlaksanaan dasar sosial yang membawa transformasi di peringkat akar umbi dan menjadi penghubung realiti rakyat di bawah ke meja pembuat dasar. Buktinya sejak APPJMSDG ditubuhkan, lebih 1,600 projek solusi telah direalisasikan di lapangan dengan disokong oleh lebih 1,000 kumpulan akar umbi sebagai rakan solusi.
Apa nilai tambah yang kita APPJMSDG sediakan? Pertama, kita buat pemetaan dan kita cadangkan solusi, kita turun ke bawah, identify issue, masalah dan cabaran di lapangan, kemudian kita cadangkan beberapa penyelesaian. Kedua, kita sediakan pembangunan kapasiti, kita bangunkan kapasiti komuniti setempat agar mereka mampu mandiri dan berdikari. Ketiga, kita berikan advokasi dasar. Kita bawa isu ini ke Dewan melalui laporan yang disediakan agar menjadi rujukan dasar bersama Ahli Parlimen, kementerian dan agensi.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Gerak kerja APPJMSDG telah memberi nilai tambah terhadap usaha negara kita di dalam mendepankan agenda SDG secara keseluruhan. Parlimen kita telah memberi ruang yang sangat kondusif bagi merealisasikan inisiatif ini. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada MOF atas peruntukan yang diberikan kepada APPJMSDG. Begitu juga dengan semua rakan-rakan Ahli Parlimen yang telah memberikan sokongan padu kepada kami. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, angka ekonomi negara hari ini positif dan saya ucapkan syabas kepada kerajaan, pihak swasta dan rakyat yang masing-masing memainkan peranan cukup penting dalam hal ini. Walaupun angka mikroekonomi ini positif, ianya harus diterjemahkan dengan realiti semasa di bawah. Jurang di antara wilayah dari sudut pembangunan, keperluan asas dan peluang pekerjaan di dalam Malaysia perlu segera dirapatkan. Angka inflasi dan kemiskinan tegar dilihat menurun tetapi apa yang berlaku di Sabah, angka itu seolah-olah tidak mencerminkan realiti yang berlaku.
Setakat 31 Julai 2025, daripada 747 ketua isi rumah miskin tegar di seluruh negara, hampir separuh daripadanya ada di Sabah dan daripada kira-kira 300 ribu ketua isi rumah miskin di seluruh negara, 20 peratus ada di Sabah.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Walaupun dikatakan pelbagai bantuan telah diberi dan disalurkan, Sabah kekal konsisten menduduki carta kemiskinan tertinggi di seluruh Malaysia. Apa maksudnya ini semua Tuan Yang di-Pertua? Something is not right. Adakah pemimpin kita yang gagal? Adakah sistem penyampaian kita yang gagal? Atau rakyat yang gagal? Atau kegagalan kita mengenal pasti keutamaan di Sabah? Atau terdapat kebocoran, ketirisan dan rasuah yang sistemik yang tidak berani disentuh di Sabah?
Dan ini ia nya dibiarkan. Begitukah?
Tuan Yang di-Pertua, apabila saya mendengar titah Tuanku yang menyebut mengenai tumpuan di bawah RMK13 seperti bidang pendidikan, perumahan, kesihatan dan pengangkutan awam. Inilah antara bidang yang mana Sabah masih jauh ketinggalan dan perlu diberikan tumpuan di luar daripada kebiasaan. Apa maksudnya di luar daripada kebiasaan?
Kalau sebelum ini peruntukan untuk Sabah lima peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan, tingkatkanlah kepada 10 peratus atau 20 peratus. Kalau sebelum ini kakitangan tidak cukup untuk buat dokumentasi, gandakan. Kalau sebelum ini prosedurnya penuh dengan birokrasi, mudahkan. Kalau sebelum ini
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
pemantauan projek lemah, perketatkan. Dan gunakan digitalisasi dan CCTV 24 jam.
Kalau perlu tambah penguatkuasaan SPRM, buatlah.
Sekolah daif tertinggi di Sabah dan di Sarawak. Hospital dan klinik daif tertinggi di Sabah dan Sarawak. Jumlah kakitangan dan pakar yang jauh tidak cukup ada di Sabah dan Sarawak. Baru-baru ini juga tular Jabatan Kecemasan Kota Belud yang tidak efisien disebabkan kekurangan doktor.
Lain lagi harga rumah mahal dan satu rumah ada sehingga tiga hingga empat keluarga tinggal bersekali. Ini perkara biasa di Sabah. Ya, ada inisiatif untuk semua ini tetapi realiti kami di Sabah, kami tidak akan dapat bergerak dengan pantas kalau kaedah yang sama berterusan digunakan dan banyak kali saya sudah suarakan berkenaan hal ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya sentuh mengenai pengangkutan awam. Bagi saya, definisi pengangkutan awam tidak sepatutnya tertumpu kepada LRT dan MRT di Lembah Klang atau pun di Semenanjung Malaysia sahaja. Apa yang diperlukan untuk mengoptimumkan potensi ekonomi di Sabah adalah dengan menyediakan enabler yang akan menggerakkan ekonomi Sabah dengan lebih laju dan efisien.
Justeru, pembinaan jajaran kereta api yang lengkap dan bersepadu perlu disegerakan apabila kajian yang dibuat kerajaan hari ini selesai.
Dan kami di Sabah hari ini pengangkutan bot boleh dikategorikan sebagai pengangkutan awam yang penting. Jadi ini perlu dijadikan dan diberikan layanan sepertimana pengangkutan awam yang lain. Kondisi bot dia kah, jeti dia kah, perlu diperbaiki, dinaik taraf dan diperkasakan. Jika ini dilakukan, saya percaya ia nya akan benar-benar dirasai oleh Sabah dan barulah inisiatif MADANI ini dapat dirasai secara inklusif.
Pada masa yang sama, di bawah RMK13 ini, saya ingin mencadangkan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi Wilayah Borneo yang berkuasa untuk meminta segala karenah birokrasi dalam melaksanakan projek-projek kritikal, projek-projek infra di Sabah dan Sarawak di bawah RMK13. Bagi saya, ini sangat penting Tuan Yang di-Pertua, dalam memastikan isu-isu legasi yang melambatkan pembangunan Borneo dapat diselesaikan dan mohon kerajaan pertimbangkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Tuanku kerana menyentuh mengenai pembentukan negara ini melalui Perjanjian Malaysia 1963. Sepertimana kecewanya Tuanku, kita semua dengan isu rasuah yang telah merugikan rakyat dan negara. Begitu jugalah kecewanya kami di Sabah apabila
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
mengetahui bahawa selama ini hak 40 peratus hasil kami telah dinafikan sekian lama.
Kami tertanya-tanya, benarkah Kerajaan Persekutuan ini benar-benar menghormati dan mahu melaksanakan hak kami yang telah termaktub di dalam MA63 dan juga Perlembagaan Persekutuan? Keputusan mahkamah mengenai isu 40 peratus sudah pun dikeluarkan, perintah juga telah dibuat, namun malang sekali Tuan Yang di-Pertua, masa 90 hari yang diberikan oleh mahkamah seolah-olah disia- siakan begitu sahaja. Mesyuarat yang sepatutnya dibuat telah dibatalkan.
Saya ingin tahu, apa sebab mesyuarat yang sepatutnya diadakan pada 19 Disember 2025 dibatalkan? Saya juga mahu tahu apakah yang dibincangkan?
Apakah formula yang digunakan dan apakah yang dicadangkan oleh kedua-dua pihak pada mesyuarat pertama sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Sabah?
Ini saya spesifik cakap di sini, tak payahlah jawab semasa penggulungan nanti sebab jawapan yang diberikan selalu berpusing-pusing bah yang sebenarnya tidak menjawab pun kepada isu ini. Jadi kali ini tolong jawab secara bertulis dan saya minta jawapan terperinci. Saya tidak mahu cakaplah berkenaan Kerajaan Persekutuan supaya menggugurkan rayuan yang telah dibuat. Sebab kalau saya tengok, memang macam tidak mahu kasi bah, tidak mahu dibagi. Jadi tak payah lagi pusing sana, pusing sini, bikin sakit hati.
Tapi saya mahu kasi ingat kita di sini bahawa negara ini dibentuk atas janji- janji yang ditawarkan exactly sepertimana dalam MA63. Tiada MA63, tiada bah Malaysia ini sebenarnya. A right is not a favour to be granted at your convenience. It is an obligation to be honoured as promised. Tuan Yang di-Pertua, saya mendengar perbahasan sahabat saya dari Sipitang mengenai Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang bermasalah. Inilah isu yang tidak pandai selesai-selesai. Benar, memang ada pelbagai tindakan yang telah dan sedang diambil bagi memastikan jajaran lebuh raya ini dapat disiapkan. Tetapi kita di sini belum lagi diberitahu mengenai jumlah VO yang telah dimohon oleh pihak kontraktor bagi setiap jajaran khususnya Fasa 1A Lebuhraya Pan Borneo Sabah.
Perlu dinyatakan bagi setiap pakej kerja, berapakah jumlah kos baharu yang telah ditambah dan dibayar oleh kerajaan kepada kontraktor daripada mula-mula dibina pada tahun 2016 hinggalah pakej itu siap atau pakej yang belum siap? Dan saya juga mahu kerajaan jelaskan, benarkah jalan di Sabah yang selalu rosak teruk ini melibatkan Jalan Persekutuan kerana mengikut data 2024, jalan di negeri Sabah
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
merangkumi 93.7 peratus jalan raya Sabah berbanding jalan raya Persekutuan.
Jalan Persekutuan hanya 6.3 peratus.
Justeru, saya ingin tahu, berapakah jumlah peruntukan penyelenggaraan Jalan Persekutuan dan jalan negeri yang diberikan setiap tahun dan adakah ia nya mencukupi?
Kedua, bagaimana proses pemilihan konsesi penyelenggaraan? Adakah diputuskan oleh pusat atau Kerajaan Sabah? Dan soalan yang saya betul-betul mahu tahu, berapa bah harga satu konsesi jalan raya di Sabah ini? Berapakah kos menyelenggara jalan di Sabah berbanding di Semenanjung? Adakah spesifikasinya yang ditetapkan adalah sama? Bagaimana pemantauan dibuat?
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya ulang berkali-kali di dalam Dewan ini, muara Sungai Abai perlu segera didalamkan. Tuan Speaker, saya mohon satu minit.
Satu minit. Saya bagi tahu kalau tidak dikasi dalam, bukan sahaja isu banjir, isu air bertakung. Malah, industri perikanan juga akan mati di Kota Belud. Banjir ini akan menyusahkan semua orang bah, bukan sahaja mangsa tetapi juga pihak kerajaan sendiri terutamanya di peringkat daerah. Setelah berkali-kali cakap perkara ini di Parlimen, sudah hantar surat, mesyuarat tidak tahu berapa kali sudah.
Akhirnya, awal tahun ini saya dimaklumkan oleh JPS Kota Belud bahawa mendalamkan muara Abai ini adalah prioriti nombor satu dalam peringkat negeri.
Jadi, saya pohon tolonglah, tolonglah kami di Kota Belud, JPS Persekutuan jangan lagi tangguh-tangguh. Begitu juga dengan tembok pemecah ombak untuk Mantanani dan juga Kampung Pantai Emas.
Juga berterusan dengan isu projek terusan Kampung Piasau Sumpingon yang telah lama saya suarakan. Para petani daripada awal dijanjikan mereka boleh menanam sewaktu projek ini dibina tetapi sebaliknya pula berlaku. Masuk hari ini sudah masuk enam musim petani tidak dapat menanam gara-gara projek terusan yang dibuat untuk kawasan lain tetapi melalui kawasan sawah padi Sumpingon ini.
Pada 22 Julai 2024, saya sudah tulis surat kepada Menteri, bertanyakan kajian semula kepada projek yang saya lihat menjejaskan petani di kawasan itu.
Saya sudah tulis surat, saya sudah mesyuarat dengan IADA, saya sudah mesyuarat dengan JPS Kota Belud, JPS Sabah, petani, kontraktor.
Sekarang ini, siapa yang mahu tanggung kawasan sawah padi yang sudah jadi hutan? Sedangkan petani selalu bertanya, bila? Bila kami boleh mula menanam?
Saya tidak peduli. Sekarang saya mahu kerajaan tanggung semua kos tambahan
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
kepada projek ini. Sebab kalau tidak, projek ini tidak siap-siap. Dua-dua rugi. Petani Sumpingon rugi, projek itu pun rugi.
Kamu yang start kan, jadi kamu kasi siaplah. Jangan bah kasi susah orang bilang mahu tingkatkan hasil padi negara bla, bla, bla, bla. Saya mahu juga kerajaan untuk tanggung kos pembukaan sawah padi semula. Kesian itu petani.
Tuan Yang di-Pertua, saya akan selalu berbahas setiap kali diberi peluang.
Tetapi sampai satu tahap, saya berfikir apa guna berbahas sekiranya semua pandangan, terutamanya keperluan rakyat di bawah yang kita suarakan tidak didengar pun.
[Tepuk] Ada isu sampai empat, lima kali bercakap perkara yang sama dan sampai sekarang tidak ada tindakan, yang mengecewakan kan sampai bertahun bah bercakap benda yang sama tapi tidak kena selesai.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Jadi sekarang, I do not know what do I have to do. Perlu kah saya tukar karakter saya daripada seorang yang bercakap terus terang dalam Parlimen kepada seorang pembodek pula? So, apa yang saya cuba sampaikan adalah ambillah perhatian. Ambillah perhatian, bukan sekadar kita buang, apa orang bilang, buka ruang berbahas untuk kasi penuhi sidang Parlimen. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
[Tepuk]
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud.
Seterusnya, saya persilakan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Silakan.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Ya.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya merafakkan setinggi-tinggi sembah ucapan Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas Titah Diraja sempena Pembukaan Parlimen Kelima Belas. Titah Baginda sarat dengan nasihat, peringatan dan amanah yang besar kepada seluruh Ahli Dewan Rakyat agar tadbir urus negara sentiasa berteraskan kejujuran, integriti dan kepentingan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, isu yang menjadi kerisauan di luar sana terutamanya dalam kalangan ibu bapa, guru dan PIBG iaitu berkenaan dengan umur ke Tahun 1 yang bermula pada enam tahun. Persoalannya, adakah semua kanak-kanak yang
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
berumur enam tahun benar-benar bersedia dari sudut connective, emosi dan sosial untuk mengikuti pendidikan formal berorientasikan akademik.
Kajian perkembangan kanak-kanak menunjukkan bahawa usia enam tahun merupakan fasa transisi di mana sebahagian besar kanak-kanak masih memerlukan pendekatan pembelajaran berasaskan permainan, bukan tekanan akademik awal yang terlalu formal. Malangnya, dasar pendidikan berorientasikan peperiksaan silibus yang berat dan pencapaian akademik.
Tuan Yang di-Pertua, kemasukan awal ke Tahun 1 mungkin akan membawa kesan. Satunya, meningkatkan tekanan emosi dan mental kanak-kanak yang belum matang sepenuhnya.
Dua, melebarkan jurang pendidikan, khususnya antara kanak-kanak bandar dan luar bandar serta golongan B40 yang tidak mempunyai akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti.
Menyukarkan guru. Tiga, menyukarkan guru yang terpaksa mengurus kelas dengan tahap kesiapsiagaan murid yang terlalu berbeza. Pendidikan awal yang tergesa-gesa bukan jaminan kejayaan jangka panjang, malah berpotensi mewujudkan generasi yang tertekan, hilang minat belajar dan kurang kreativiti.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanyakan kepada kementerian jika memasukkan murid tahun enam ke Darjah 1, adakah akan memberi kesan besar kepada kapasiti kelas dan kecukupan guru, bolehkah ditangani oleh Kementerian Pendidikan Malaysia?
Satunya, kesan kepada saiz kelas. Penurunan umur kemasukan meningkatkan bilangan murid Darjah 1 secara mendadak, terutamanya sekolah di bandar. Antara implikasinya:
(i) nisbah murid, guru meningkat lebih standard Kementerian Pendidikan Malaysia, boleh mencecah satu nisbah 35 ataupun satu nisbah 40 orang murid;
(ii) kelas juga menjadi sesak menjejaskan tumpuan murid; dan
(iii) murid enam tahun memerlukan perhatian lebih intensif berbanding murid tujuh tahun.
Tuan Yang di-Pertua, KPM harus memberi perhatian yang serius terhadap kecukupan guru di mana isu sebenar belum dapat diselesaikan. Kerajaan sering mendakwa bilangan guru mencukupi secara nasional tetapi masalah sebenarnya satu agihan tidak seimbang antara bandar dan luar bandar.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Dua, kekurangan guru opsyen bahasa Melayu, matematik dan pendidikan khas awal. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan kemasukan ke Tahun 1 bagi kanak-kanak berumur enam tahun, di mana semua pelajar enam tahun didaftarkan masuk Tahun 1 dan mengkaji dahulu kelengkapan prasarana yang cukup dan lengkap. Guru yang cukup terutamanya di kawasan bandar.
Oleh itu, saya memohon sangat bahawa ia nya dapat ditangguhkan beberapa tahun untuk membuat persiapan yang lebih betul dan lengkap. Apa pun saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri pagi tadi kerana membatalkan ujian saringan untuk kemasukan ke Tahun 1 yang berumur enam tahun, juga tambahan peruntukan RM800 juta dan lantikan 18,000 guru baharu.
Datuk Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan kriteria kelayakan niaga SARA di mana, kini ada enam syarat utama yang perlu dipatuhi. Saya memohon supaya syarat-syarat ini dapat dipermudahkan supaya kedai-kedai koperasi dapat diperbanyakkan dalam rakan niaga SARA.
Saya ingin juga bertanya, bagaimanakah kerajaan bagi rakan niaga SARA ini juga dapat dilibatkan kepada peniaga-peniaga pasar malam dan juga pasar tani untuk sama-sama merasai daripada sumbangan syarat ini kerana peniaga-peniaga inilah yang rapat dengan rakyat, terutamanya di kawasan luar bandar. Dan kini rakan niaga SARA seluruh negara melebih 10,000 dan 3,000 kedai runcit yang kecil seluruh negara. Dan cuma saya mengharapkan dan dipastikan terdapat rakan niaga tidak lebih daripada 10 kilometer daripada penerima SARA Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan Titah Diraja juga, saya ingin membawa beberapa isu yang mendesak untuk mendapat perhatian segera oleh kementerian di Parlimen Kulim-Bandar Baharu. Antara keperluan paling mendesak di kawasan saya ialah pembinaan hospital baharu Daerah Bandar Baharu. Rakyat di Bandar Baharu, Selama dan kawasan sekitarnya terpaksa bergantung kepada hospital yang jauh, sesak dan terbeban.
Dalam keadaan kecemasan, jarak dan kesesakan ini bukan sekadar menyusahkan tetapi boleh melibatkan soal nyawa. Soalnya Yang di-Pertua, sampai bila rakyat luar bandar dan separa bandar perlu menunggu kemudahan asas kesihatan yang sepatutnya menjadi hak mereka, pembinaan hospital baharu ini bukan kehendak politik tetapi keperluan rakyat yang sudah lama tertangguh.
Saya juga ingin menegaskan keperluan menaik taraf Klinik Kesihatan Kulim kepada klinik kesihatan jenis 2. Klinik ini menanggung beban pesakit yang terlalu tinggi, bukan sahaja dari Kulim tetapi juga kawasan sekitar termasuk Kedah Selatan
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
dan sebahagian Pulau Pinang. Kekangan kapasiti, fasiliti dan tenaga kerja menyebabkan rakyat terpaksa menunggu lama untuk rawatan. Naik taraf ke type 2 atau jenis 2 akan membolehkan perkhidmatan yang lebih menyeluruh disediakan, mengurangkan kesesakan hospital dan meningkatkan kualiti kesihatan awam.
Tuan Yang di-Pertua, selain itu, saya juga turut memberi perhatian kepada Klinik Desa Badlishah dan Klinik Desa Kampung Junjong yang wajar dinaik taraf kepada klinik kesihatan. Klinik-klinik ini memainkan peranan penting kepada penduduk setempat khususnya warga emas, ibu mengandung dan juga keluarga berpendapatan rendah. Namun, kemudahan sedia ada adalah terhad dan tidak lagi seiring dengan pertambahan penduduk. Naik taraf ini bukan saja akan memperluaskan perkhidmatan kesihatan premier, malah mengurangkan kebergantungan kepada hospital dan klinik yang lebih jauh.
Tuan Yang di-Pertua, dalam soal infrastruktur, saya juga ingin menyentuh secara khusus Jalan Persekutuan FT136 yang merupakan nadi utama penghubung dan ekonomi Kulim-Bandar Baharu. Jalan ini bukan saja digunakan oleh penduduk setempat, malah oleh kenderaan perdagangan, pengangkutan awam dan industri.
Keadaan jalan yang sempit, rosak dan tidak di selenggara dengan baik menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya serta meningkatkan kos logistik.
Ini akhirnya memberi kesan kepada kos sara hidup rakyat dan daya saing ekonomi tempatan. Saya berpandangan naik taraf FT136 bukan pilihan tetapi satu keperluan mendesak. Infrastruktur yang baik akan menyokong pembangunan ekonomi memudahkan akses ke hospital, klinik serta meningkatkan keselamatan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, semua isu ini berkait rapat dengan Titah Diraja, menekankan bahawa kuasa dan jawatan adalah amanah rakyat. Apabila projek kesihatan, infrastruktur tertangguh, rakyat bertanya, adakah perancangan tidak dibuat atau adakah pelaksanaan gagal akibat kelemahan tadbir urus? Saya ingin menegaskan bahawa rakyat Kulim-Bandar Baharu tidak meminta projek mewah.
Mereka hanya mahu:
(i) hospital yang mencukupi di Bandar Baharu;
(ii) klinik yang berfungsi dengan baik; dan
(iii) jalan raya yang selamat.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memohon kepada kementerian memberi perhatian di Parlimen Kulim-Bandar Baharu yang masih sering mendapat gangguan capaian Internet yang lemah dan juga tidak stabil.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pada tahun lepas di mana telah meluluskan peruntukan sebanyak RM99 juta untuk projek rancangan tebatan banjir di daerah Bandar Baharu. Isunya saya ingin bertanya kementerian kerana banyak rumah-rumah yang tidak bergeran adalah tersangkut dalam rancangan tebatan banjir ini. Adakah pihak kerjaan akan memberi pampasan kepada rumah-rumah yang terlibat dengan rancangan tebatan banjir ini? Sekiranya tidak ada pampasan, saya mohonlah pihak kerajaan supaya memberi perhatian yang sewajarnya. Sekian, saya menjunjung kasih. Menjunjung Titah Diraja, terima kasih.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Yang Berhormat Kulim- Bandar Baharu. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Ranau. Silakan.
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya adalah pembahas terakhir pada hari ini. Saya bersyukur terima kasih kepada tuhan yang maha esa kerana mempunyai ruang pada petang hari ini walaupun masa yang singkat.
Titah yang telah disampaikan oleh— Titah Diraja telah disampaikan pada sidang Parlimen Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas sangat saya hargai, hormati di mana banyak pesanan-pesanan telah diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Tetapi pada dasarnya secara singkat, baginda mahukan supaya pentadbiran dalam negara ini di landasan yang betul.
Saya tertarik hati dengan perintah atau titah tuanku yang menyentuh asas dalam pembentukan Malaysia melalui Perjanjian MA63 melihat kepada niat asal pembentukan Malaysia serta hak-hak yang perlu dihormati.
Di Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Yang di- Pertua, daripada kami daripada blok Borneo, saya rasa saya perlu bercakap terus terang daripada hati kami. Sebab sudah banyak pemimpin-pemimpin kami yang telah mengulangi benda-benda yang sama dan sehingga sekarang tidak ada tindakan yang konkrit, tuntas untuk melaksanakan apa yang telah dihasratkan oleh pemimpin-pemimpin MP-MP kami yang telah, bukan saja pada zaman kami, tetapi sejak zaman USNO, sejak zaman Tun Donald Stephens, sejak MP-MP yang lain yang sebelum ini. Seperti yang saya ingat MP Kota Belud pada masa itu, masa yang lalu pun juga banyak memperkatakan hal yang sama.
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
Baru-baru ini Menteri kita Menteri Undang-undang ada mengatakan berkaitan dengan pemilikan dan peraturan berkaitan dengan minyak dan sumber gas yang dikatakan beliau tidak ada di dalam MA63. Dan di bawah PDA – Petroleum Development Act [Akta 144] dikatakan pemilikan minyak di seluruh Malaysia adalah di bawah PETRONAS. Ini saya rasa ada kaitannya dengan apa yang sedang berlaku dengan Sarawak dan dengan PETRONAS pada masa ini ada pertikaian. Tapi fakta dan datanya lebih kurang sama dengan apa yang berlaku diaplikasikan juga kepada Sabah, teraplikasi juga kepada Sabah yang saya lihat.
Jadi, apa yang saya ingin mahu tanya Kerajaan Persekutuan ialah, secara jujur kepada semua MP-MP daripada Malaya termasuk kepada kerajaan baharu sekarang. Saya ingin bertanya kepada semua yang ada, adakah sewaktu kita membentuk negara Malaysia ini, telah dipersetujui bahawa minyak yang ada pada bumi Sabah dan Sarawak itu diserahkan kepada Kerajaan Tanah Melayu pada masa itu dan dieksploitasi oleh mereka sepenuhnya? Dengan memberitahu kepada pemimpin-pemimpin Sabah ketika mahu membentuk negara ini bahawa itu akan menjadi milik Malaya semuanya, melalui PDA yang akan dibentuk kemudian.
Pada tahun 63, saya percaya tidak ada perbincangan sedemikian. Kalau ada minitnya, tunjukkan minit mesyuarat itu siapa pemimpin Sabah yang setuju untuk mahu menyerahkan minyak atau pemimpin Sarawak yang mahu menyerahkan seluruh minyak itu kepada Semenanjung, dikawal oleh Kerajaan Persekutuan sepenuhnya.
Tetapi setahunya saya tidak ada. Apa yang jelas adalah melalui daripada Laporan Suruhanjaya Cobbold turun kepada antara kerajaan, Laporan Antara Kerajaan sehingga kalau pada M63 dan sehingga sekarang. Tanah itu di bawah kuasa sepenuhnya kerajaan dulu Sarawak dan juga negeri Sabah. Sabah pada masa itu.
Sebab itu saya tertanya-tanya, kenapa sehingga sekarang seolah-olah keadaan ini tidak diiktiraf? Seolah-olah minyak itu hasil sepenuhnya yang dikawal sepenuhnya oleh daripada Kerajaan Persekutuan. Jika sekiranya inilah pendirian Kerajaan Persekutuan, inilah yang dipegang, saya rasa ini adalah titik akhir kepada pembentukan negara Malaysia.
[Tepuk] Ini adalah pengakhirannya.
Sebab kami sudah bosan. Bosan kerana apa yang kami tuntut selama 60 tahun tidak dilaksanakan.
Apa yang telah dipersetujui tidak dilaksanakan. Dengar kali ini sungguh- sungguh, kami bukan main-main. Kami bukan main-main. Tetapi kami sungguh-
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
sungguh minta supaya apa yang menjadi hak kepada Sabah dan Sarawak ditunaikan, dijelaskan. Bukan lagi menjadi satu barang permainan bagi kami.
Kalau sekiranya berterusan seperti ini banyak yang kami tidak ngam juga.
Kadang-kadang kami Sabah, Sarawak susah hati kami pergi Semenanjung. Krismas nyanyi di kawasan jabatan kerajaan pun menjadi isu besar. Isu babi pun menjadi isu besar. Kau makan atau tidak makan, terserahlah asal dijaga dengan baik. Kalau menjejaskan kesihatan itu memang perlu kita kawal. Tetapi banyak perkara yang menyebabkan kita tidak gembira.
Jadi, sebab itu kalau kami dikatakan menghasut, jangan katakan kami ini menghasut rakyat kami untuk tidak menyenangi Kerajaan Persekutuan. Ini adalah kerana apa yang telah dijanjikan kepada Sabah tidak ditunaikan, sebab itu kami menjadi marah dan tidak senang hati.
[Tepuk] Itu adalah kebenarannya, bukan kami main-main. Tunaikanlah apa yang sepatutnya perlu ditunaikan.
Dan sebab itu saya juga akan menyentuh tentang pembahagian kerusi kerana itu apa yang berlaku ini ada kaitan dengan itu. Pembahagian kerusi Sabah dan Sarawak sudah terakru. Patut lapan tahun, tahun lalu Sabah, Sarawak lebih dulu ini disegerakan. Kami mahukan supaya satu pertiga kerusi itu dikembalikan kepada Sabah dan Sarawak kerana apa yang telah berlaku pada tahun 74, PDA itu dibuat, diluluskan oleh Parlimen. Inilah kerana tidak terjaga hak kepentingan rakyat Sabah, sebab itu tidak ada satu pertiga kuasa untuk mahu bantah. Sebab Singapura sudah keluar, Sabah dan Sarawak sudah kekurangan kerusi. MP yang bercakap, MP yang mempertahankan hak kami Sabah dan Sarawak.
Sebab itu segerakan. Buat satu undang-undang supaya lapan tahun itu Sabah dan Sarawak itu dan Semenanjung sama. Kalau betul sungguh-sungguh, bila ada penambahan kerusi, maka sama-sama lah naik tambah dan satu pertiga itu akan sentiasa terjamin untuk Sabah dan Sarawak. Sebab itu saya harap itu yang akan dilakukan. Ini dulu Kerajaan PN pun saya ada dalam mesyuarat bilang mahu dilaksanakan. Sekarang lagi kerajaan yang baru katakan belum bagi tempoh untuk Sabah, baru juga pilih raya. Itu saya rasa alasan-alasan yang sangat dangkal.
Kita mahukan supaya bersikap jujur. Malaya sudah mengambil kerusi Singapura. Sebab itu jaminan supaya satu pertiga perlindungan untuk Sabah dan Sarawak supaya tidak dengan sewenang-wenangnya kuasa itu diambil atau diluluskan undang-undang di dalam Dewan Parlimen ini.
Sebab itu saya secara jujur macam contoh di Ranau, minta tambah tiga kerusi kalau boleh, sebab Ranau luasnya saya dari dulu sudah katakan, lebih luas daripada
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
Melaka, Pulau Pinang dan Perlis. Ada 11 MP. Setahun RM40 lebih juta peruntukan.
Tahun yang sama satu tahun, Ranau RM4 juta. Semua sahabat Sarawak lebih kurang sama ini. Jalan kaki, jalan kereta dari satu tempat ke satu tempat berjam-jam.
Kami sudah mengalami ini bertahun-tahun. Kalau 10 tahun, kami akan dapat peruntukan baru sekitar RM40 juta.
Ini tiga kawasan negeri sudah dapat lebih kurang RM400 juta lebih.
Bukankah itu satu kebengkakan ekonomi yang sangat besar. Ubahlah apa yang patut supaya kita bersikap adil kepada Sabah dan Sarawak yang selama ini saya lihat berkali-kali sudah kami punya rakan-rakan ini bercakap, berjuang tentang Sabah, berjuang tentang Sarawak tetapi kami nampak tidak ada komitmen yang sungguh- sungguh.
Kenapa saya katakan demikian? Begitu juga kawan saya tadi daripada Kota Belud baru cakap juga tentang 40 persen, begitu daripada Tenom juga bercakap 40 persen. Madius Tangau itu wakil daripada kawasan Tamparuli juga mengatakan benda yang sama, Parlimen Tuaran juga berkata tentang hal yang sama tentang 40 persen bila mahu dilaksanakan. Bila mahu dilaksanakan? Bila mahu dilaksanakan itu yang kami tanya sekarang. Kami tidak lagi bilang mahu tangguh-tangguh. Ini sudah 60 lebih tahun tidak dilaksanakan.
Kalau betul-betul pihak Kerajaan Persekutuan tidak mahu tunaikan 40 persen, tidak mahu bagi kerusi wajar untuk Sabah, setakat sekarang pun tidak pernah memberitahu kewangan yang sebenar berapa yang hasil diterima daripada Sabah dan Sarawak, kita masing-masing sahajalah.
[Tepuk] Jangan marah saya sebab Tuanku Abdul Rahman telah berkata dan memberi peringatan bagi kita semua. Kalau kamu bilang mahu tangkap sama saya, silakan.
Bila-bila boleh tangkap. Tapi saya mahu tekankan di sini apa yang Tuanku Abdul Rahman telah katakan suatu ketika janji datang ke Borneo dan mengutarakannya kepada rakyat Sabah. Mari saya ulangi supaya semua kita faham. Saya minta sedikit masa tambahan Dato’ Speaker.
Beliau telah mengatakan pada yang telah dilaporkan di Borneo Times pada 18 Julai 1963, “Tuanku serius bila beliau mengumumkan bahawa wilayah-wilayah yang masuk Malaysia adalah bebas untuk keluar dari Persekutuan itu sekiranya negara baru itu tidak meletakkan apa-apa keuntungan bagi mereka”. Inilah yang telah beliau katakan, janjikan kepada rakyat Sabah dan Sarawak ketika mahu membentuk negara ini. Sebab itu peganglah janji.
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
Kalau tujuannya untuk membangun Sabah dan Sarawak, lakukan dengan sungguh-sungguh. Bajet peruntukan pembangunan jangan bagi yang sepele-sepele, hanya lima persen. Saya sudah katakan bagi 30 persen kepada Sabah dan Sarawak supaya kami juga boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Terima kasih, mohon menyokong Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Yang Berhormat Ranau. Jam telah menunjukkan 8.33. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi pada Rabu, 28 Januari 2026.
[Mengetuk tukul]
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.33 malam]