Jan262026

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

[Membaca Doa] [Berselawat] Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat pagi Yang Berhormat-Yang Berhormat. Kita mulakan agenda pada hari ini. Majlis dengan ini memulakan Sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan. Dengan ini dipersilakan Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias, Yang Berhormat Jelebu.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Yang Berhormat Speaker, sebelum saya bertanyakan soalan, saya ingin menyampaikan ucapan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Menteri kerana telah dilantik sebagai anggota Kabinet baru-baru ini. Semoga kejayaan dan kecemerlangan Yang Berhormat dapat dilipatgandakan lagi. Dato’ Speaker, soalan Jelebu nombor 1.

Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

Dipersilakan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

draft • 10:00 AM

1. Datuk Seri Jalaluddin bin Alias [Jelebu] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan sejauh mana keberkesanan sistem amaran awal

(early warning system) dalam memberi makluman secara pantas dan menyeluruh berkaitan ancaman bencana terutamanya di kawasan luar bandar.

draft • 10:00 AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato' Sri Arthur Joseph Kurup

Selamat pagi, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat atas ucapan tadi.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam ataupun NRES melalui Jabatan Meteorologi Malaysia ataupun MET Malaysia sentiasa memperkukuh keberkesanan sistem amaran awal bencana berkaitan cuaca, gempa bumi dan tsunami bagi memastikan makluman ancaman bencana dapat disampaikan secara pantas, tepat dan menyeluruh termasuk kepada komuniti di kawasan luar bandar.

Bagi menaik taraf sistem amaran awal cuaca, kerajaan telah memperuntukkan kos keseluruhan sebanyak RM242 juta yang merangkumi pelaksanaan beberapa projek peningkatan sistem ramalan serta pembinaan radar cuaca. Selain itu, kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM18 juta di bawah RMK13 bagi pembangunan Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia.

Dari segi pengukuhan sistem pencerapan dan ramalan, MET Malaysia terus memperkukuh keupayaan ramalan cuaca melalui penambahbaikan Radar Integrated Nowcasting System ataupun RaINS yang mengintegrasikan rangkaian radar dan model ramalan berangka bagi menghasilkan unjuran pergerakan serta intensiti hujan secara hampir masa nyata.

Pada masa yang sama, Sistem Numerical Weather Prediction atau NWP turut dipertingkat dengan penggunaan teknologi high performance computing ataupun HPC terkini serta penerapan kecerdasan buatan, pembelajaran mesin dan analitik data raya. Pengukuhan ini membolehkan penjanaan ramalan cuaca sehingga 14 hari ke hadapan dengan resolusi yang lebih tinggi iaitu 300 meter berbanding satu kilometer sebelum ini. Keupayaan ini membolehkan perincian corak cuaca di kawasan berisiko tinggi dikenal pasti dengan lebih awal, tepat dan bersasar termasuk di kawasan-kawasan luar bandar.

Bagi memastikan penyampaian maklumat amaran yang pantas, tepat dan menyeluruh khususnya kepada komuniti luar bandar dan kawasan berisiko, MET Malaysia terus memperkukuh sistem penyampaian maklumat melalui pelbagai saluran komunikasi termasuk SMS, aplikasi MyCuaca, laman sesawang MET Malaysia, media sosial, siaran radio dan televisyen serta kerjasama strategik bersama NADMA, pihak berkuasa tempatan dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.

Seiring komitmen yang berterusan dalam memperkukuh kesiapsiagaan bencana negara, bermula pada tahun 2026, MET Malaysia menyasarkan untuk mempercepatkan tempoh hebahan maklumat gempa bumi dan amaran tsunami daripada lapan minit kepada enam minit selepas kejadian dikesan di samping meningkatkan ketepatan ramalan cuaca daripada 82 peratus kepada 85 peratus.

Seterusnya untuk kesiapsiagaan dan tindak balas, MET Malaysia mengoperasikan sistem amaran awal secara berterusan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu bagi memastikan pengesanan awal, pengeluaran amaran yang tepat pada masanya serta penyelarasan berterusan dengan agensi pengurusan bencana peringkat negara dan juga negeri.

Kesemua inisiatif ini membuktikan bahawa MET Malaysia bukan sahaja mengukuhkan rangkaian pengesanan dan ramalan bencana cuaca, gempa bumi dan tsunami, tetapi juga meningkatkan keberkesanan EWS dalam memberi makluman yang cepat, tepat dan menyeluruh kepada seluruh rakyat Malaysia. Sekian dan terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Jelebu, soalan tambahan.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Dato’ Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada jawapan Yang Berhormat Menteri. Soalan saya Dato’ Yang di-Pertua, negara kita saban tahun dilanda Monsun Timur Laut, Dato’ Yang di- Pertua dan bencana lain seperti banjir, tanah runtuh dan baru-baru ini juga kita dikejutkan dengan beberapa siri gempa bumi kecil ya.

Sehubungan itu, ketepatan ramalan ini Dato’ Yang di-Pertua serta prestasi pengeluaran maklumat sistem ini sangat penting bagi membolehkan tindakan mitigasi diambil sebelum bencana berlaku, terutamanya bagi kawasan bandar dan luar bandar Dato’ Yang di-Pertua.

Soalan saya ialah, adakah pihak kementerian melihat terdapat sebarang keperluan ketika ini untuk sistem ini boleh diakses oleh semua pihak secara terbuka dan bukan hanya di peringkat jabatan.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Dan susulan daripada gempa bumi berskala kecil ini yang berlaku beberapa kali pada tahun lalu, adakah terdapat kawasan di dalam Negeri Sembilan yang diklasifikasikan berada di kawasan lingkaran gempa dan berisiko untuk mengalami gempa kecil pada waktu yang akan datang? Terima kasih Datoʼ Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:10 AM

Datoʼ Sri Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Saya amat setuju tadi dengan soalan yang ditujukan.

Soalan daripada Yang Berhormat itu tadi ada dua bahagian. Yang pertama, selain daripada hebahan amaran yang dinyatakan, semua amaran yang dikeluarkan oleh MET Malaysia boleh diakses melalui aplikasi MET API atau Application Programming Interface dan juga portal data terbuka sektor awam untuk dimanfaatkan oleh agensi kerajaan, sektor swasta dan juga orang awam. Sejajar dengan usaha itu, MET Malaysia juga melaksanakan perkongsian data ramalan hujan secara masa nyata dengan Jabatan Pengairan dan Saliran bagi menyokong pengoperasian pusat ramalan banjir negara.

Yang kedua berkaitan dengan risiko gempa bumi. Berdasarkan pemantauan teknikal oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Negeri Sembilan secara geologinya tidak terletak di dalam zon lingkaran api aktif. Walaupun bagaimanapun, Negeri Sembilan mempunyai beberapa garis sesar kuno yang boleh diaktifkan semula akibat pelepasan tenaga tektonik serantau.

Sekiranya berdasarkan rekod sejarah dan kajian seismik tektonik, kawasan yang dikenalpasti mungkin mempunyai risiko gempa bumi mikro ataupun berskala kecil di Negeri Sembilan kerana adalah kawasan yang berhampiran dengan sesar Kuala Pilah. Maka bagi menjawab persoalan mengenai risiko ini dalam masa yang akan datang, JMG tidak boleh menolak kemungkinan boleh berlakunya gempa bumi berskala kecil di kawasan sensitif sesar tersebut. Sekian dan terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Rantau Panjang.

draft • 10:10 AM

Datoʼ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, kalau dalam keadaan bencana, kelewatan walaupun satu, dua minit, dia boleh menjadi punca kepada tragedi.

Jadi, saya ingin tahu apakah garis panduan yang mensyaratkan pemasangan EWS ini dan berapakah jumlah sistem amaran awal yang dirancang untuk dipasang dan ditambah baik dalam tempoh 2024 hingga 2026 mengikut negeri dan daerah yang berisiko dan berapa peratuskah setakat ini telah siap dan sedang berfungsi?

Minta penjelasan.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 10:10 AM

Datoʼ Sri Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Ahli Yang Berhormat.

Sekiranya kita melihat rekod pencapaian MET Malaysia setakat ini, dalam musim Monsun Timur Laut (MTL) yang baru-baru berlaku, kesemua enam MTL itu telah berjaya diramalkan secara awal daripada MET Malaysia dan kita berjaya mengeluarkan amaran satu hingga ke tiga hari sebelum kejadian.

Yang kedua ini, saya amat setuju dengan Yang Berhormat bahawa setiap minit itu adalah penting dalam kita mengeluarkan amaran awal. Itulah sebab kita setakat ini telah ada satu garis masa (benchmarking) di mana amaran awal itu perlu dikeluarkan tidak melebihi lapan minit. Itu sebelum ini. Bagi tahun ini, kita telah meningkatkan sasaran kita untuk mengurangkan itu daripada lapan minit hingga ke enam minit.

Dan untuk soalan yang kedua yang ditanya oleh Ahli Yang Berhormat, kita telah memperuntukkan RM242 juta untuk menaik taraf sistem amaran awal cuaca di beberapa lokasi seperti di Kuching, Sarawak; di Tuaran, Sabah; dan di Subang, Selangor dan senarai yang lebih terperinci, bolehlah saya bagi kepada Yang Berhormat secara bertulis. Sekian dan terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Baik.

Majlis ke soalan yang kedua. Dipersilakan Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi, Yang Berhormat Kuala Kedah.

draft • 10:10 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih Datoʼ Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 2.

draft • 10:10 AM

2. Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi [Kuala Kedah] minta Perdana

draft • 10:10 AM

Menteri menyatakan

(a) status Pelan Kecekapan Pendakwaan Syariah Nasional

(PKPSN) sebagai dasar rasmi negara; dan

(b) sejauh manakah kesediaan Kerajaan untuk mewujudkan Akta Jabatan Pendakwaan Syariah Persekutuan agar fungsi pendakwaan Islam berada pada kedudukan yang kukuh bebas seperti Jabatan Peguam Negara.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, untuk menjawab.

draft • 10:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Datoʼ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Soalan ini membuka ruang dan peluang kepada kerajaan untuk memberikan pencerahan dan penjelasan sebaiknya. Ada dua bahagian soalan yang diajukan.

Bahagian pertama berkenaan dengan status Pelan Kecekapan Pendakwaan Syariah Nasional. Kerajaan MADANI melalui Jabatan Pendakwaan Syariah Persekutuan, Wilayah Persekutuan dalam usaha mempertingkatkan kecekapan kualiti pendakwaan syariah di peringkat nasional dengan melaksanakan langkah penstrukturan agensi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Bahagian Perundangan Syariah di JAKIM bertanggungjawab menyelaraskan pelbagai aktiviti pendakwaan syariah negeri termasuklah Wilayah Persekutuan.

Dalam hal ini, kerajaan sedang memperincikan usaha penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah di peringkat Persekutuan dengan mengambil kira kedudukan pendakwaan syariah di Wilayah Persekutuan dan 13 negeri yang telah diasingkan sepenuhnya daripada Jabatan Agama Islam Negeri, manakala satu negeri lagi iaitu Sabah sedang dalam peringkat akhir untuk proses penjabatanan.

Kerajaan Persekutuan melalui JAPENS Wilayah Persekutuan dan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri-negeri telah mengadakan persidangan meja bulat perbincangan berkaitan cadangan penubuhan JPSM di peringkat Persekutuan. Dan perbincangan ini melibatkan pihak berkuasa agama negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri dan cadangan penubuhan ini pastinya tidak akan menghakis kuasa negeri- negeri.

Bahagian yang kedua, sejauh manakah kesedaran kerajaan untuk mewujudkan Jabatan Pendakwaan Syariah Persekutuan. Cadangan JPSM ini akan menjadi sebuah entiti khusus di peringkat Persekutuan dan tempat rujukan berkaitan perundangan jenayah syariah kepada pemegang taruh. Cadangan penubuhan JPSM amat diperlukan bagi memastikan gerak kerja pendakwaan syariah seluruh Malaysia ini seragam dan tiada negeri yang ketinggalan dari perkembangan undang- undang dan fungsi pentadbirannya.

Penyelarasan ini membolehkan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri-negeri melaksanakan keseragaman tindakan pendakwaan syariah tanpa menjejaskan autonomi dan autoriti negeri dalam melaksanakan kuasa pendakwaan syariah di negeri-negeri.

Perkembangan terkini, saya kongsikan, gerak kerja penubuhan JPSM sedang di peringkat akhir persediaan, alhamdulillah, untuk pembentangan Memorandum Jemaah Menteri bagi mendapatkan kelulusan dasar dan seterusnya selepas mendapat kelulusan dasar, insya-Allah, cadangan penubuhan JPSM akan dibawa kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dan seterusnya pengesyoran daripada MKI akan diangkat kepada Majlis Raja-Raja untuk diperkenankan. Doakan moga ia berjalan dengan lancar dan baik.

Terkini, JKSM akan mengadakan satu mesyuarat dalam masa terdekat bersama Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam, JPM untuk membincangkan isu-isu teknikal cadangan penubuhan JPSM secara lebih terperinci.

Secara rumusannya, matlamat utama cadangan penubuhan JPSM ialah untuk mengaplikasikan prinsip pengasingan kuasa yang diamalkan di Malaysia dalam melaksanakan penyelarasan dan penyeragaman dalam perkara-perkara yang melibatkan fungsi penyelarasan dari sudut perundangan jenayah syariah, pentadbiran latihan, kompetensi dan profesionalisme supaya pendakwaan syariah di Malaysia dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Kuala Kedah. Soalan tambahan.

draft • 10:10 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih Datoʼ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah memohon jawapan yang tuntas. Berikutnya, menurut data rasmi JKSM, setakat Ogos 2024, terdapat lebih 14 ke 15 ribu kes syariah tertunggak seluruh negara. Majoritinya kes melibatkan keluarga dan jenayah ringan seperti khalwat dan nafkah tertunggak.

Soalan saya, bolehkah Yang Berhormat Menteri menyatakan sasaran yang jelas dalam tempoh berapa lamakah kerajaan menyasarkan backlog ini dapat dikurangkan ke paras yang terkawal? Serta daripada jumlah kes tertunggak itu, berapa peratuskah yang telah melebihi tempoh satu tahun dan apakah pegawai atau mahkamah yang gagal mencapai KPI dikenakan sebarang mekanisme dan pemantauan atau pembetulan prestasi? Sekian, Datoʼ Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, silakan.

draft • 10:10 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya sudah banyak perkembangan yang sangat positif di mahkamah syariah yang boleh kita kongsikan. Sebagai contoh, jumlah statistik daftar kes jenayah dan pendakwaan di Wilayah Persekutuan bagi tahun 2019 hingga 2025, kita boleh saksikan bagaimana perkembangan yang sangat baik. Jumlah keseluruhannya di bawah— kesalahan di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam, jumlah keseluruhan daripada 2019 hingga 2025, 9,387; dan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997, 858.

Dan alhamdulillah, beberapa perkembangan yang sangat baik di mana kes- kes juga dapat selesaikan dengan lebih cepat dan pantas.

draft • 10:10 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Selain daripada itu, bagaimanakah untuk memastikan ia nya dapat diperkemaskan lagi? Inilah di antara salah satu tujuan penubuhan JPSM, iaitu Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia, supaya kita dapat bukan sahaja untuk memperkukuhkan dari aspek kompetensi tetapi juga dari aspek penyelarasan pengurusan dan tatacara pendakwaan syariah, penggubalan serta penyelarasan Arahan Amalan Ketua Pendakwaan Syarie, pemusatan data dan statistik pendakwaan syariah di peringkat nasional dan juga pelaksanaan penyelidikan berkaitan undang-undang jenayah syariah. Inilah yang kita hasratkan agar dapat kita memperkukuhkan lagi dalam aspek ini. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Tampin.

draft • 10:20 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan yang sentiasa komited untuk memperkukuh institusi kehakiman dan pendakwaan syariah agar lebih cekap serta diyakini oleh masyarakat.

Saya ingin mengetahui, sejauh manakah libat urus telah dilakukan bersama kerajaan-kerajaan negeri dan pihak berkuasa negeri bagi memastikan pelan ini dapat dilaksanakan secara terlaras dan berkesan? Serta sekiranya akta Jabatan Pendakwaan Syariah Persekutuan direalisasikan, apakah prinsip tadbir urus yang akan dijadikan asas bagi memastikan fungsi pendakwaan syariah dapat dilaksanakan secara bebas, berintegriti dan berwibawa? Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:20 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih Yang Berhormat Tampin atas soalan yang diberikan. Kita mengambil perhatian terhadap beberapa poin yang diketengahkan. Kita mengambil contoh bagaimana JKSM― Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia tidak memerlukan apa-apa akta untuk menyelaras dan menyeragamkan. Begitu juga dengan JAKIM. Jadi, kita melihat bahawa model yang sama boleh diaplikasikan dalam JPSM.

Berkenaan dengan libat urus. Kita memastikan libat urus yang sangat-sangat menyeluruh, di mana kita juga telah mengadakan pelbagai perbincangan termasuk perbincangan bersama dengan Majlis Agama Islam Negeri-negeri, termasuk juga daripada kerajaan negeri-negeri. Rentetan daripada perbincangan yang telah kita adakan, pihak sekretariat penubuhan JPSM ini telah menerima maklum balas bertulis— alhamdulillah daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Pulau Pinang, Perlis dan Johor serta Majlis Agama Islam Negeri Wilayah Persekutuan, Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan, Sabah, Perak, Pulau Pinang, Sarawak, Melaka, Terengganu dan Pahang.

Secara umumnya, mereka bersetuju secara prinsipnya dengan penubuhan ini. Ia nya perlu di-detail-kan lagi agar ia nya dapat diperincikan supaya membawa kebaikan kepada semua. Dalam masa yang sama, kita sama sekali tidak akan menghakiskan kuasa-kuasa yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan― kuasa-kuasa negeri. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Majlis ke soalan yang ketiga. Dipersilakan Dato' Verdon bin Bahanda, Yang Berhormat Kudat.

Silakan.

draft • 10:20 AM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua.

Soalan Kudat nombor 3.

draft • 10:20 AM

3. Dato' Verdon bin Bahanda [Kudat] minta Menteri Luar Negeri menyatakan usaha kerajaan untuk menukar status travel advisory concern di Pantai Timur Sabah oleh negara seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan untuk meningkatkan produktiviti dan ketibaan pelancong di Sabah.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Luar Negeri untuk menjawab.

draft • 10:20 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih, Kudat.

Satu ketika dulu, Dato' Yang di-Pertua, kejadian kidnap for ransom ataupun kejadian lanun-lanun yang begitu berleluasa di kawasan perairan timur Sabah itu amat berleluasa. Oleh sebab itu, banyak negara-negara luar yang telah pun meletakkan travel advisory, dengan izin, iaitu nasihat perjalanan kepada rakyat masing-masing. Lebih kurang 25 buah negara yang telah pun mengeluarkan nasihat perjalanan tahap tiga. Tahap tiga ini maknanya jangan pergilah, as good as not to travel to Sabah disebabkan oleh kidnap for ransom kerana keadaannya amat berleluasa.

Tapi, alhamdulillah, Kerajaan Malaysia telah pun mengambil langkah untuk kita mengatasi keadaan ini. Itu sebabnya salah satu daripada penubuhan Eastern Sabah Security Command, ataupun ESSCOM, yang telah pun ditubuhkan untuk mengatasi masalah lanun-lanun yang berleluasa itu.

Dato' Yang di-Pertua, hasil daripada penguatkuasaan pihak berkuasa ini terutamanya pihak PDRM dan juga Kementerian Pertahanan bersama-sama membuat berbagai-bagai aktiviti untuk mengawal keselamatan bukan sahaja di daratan tetapi di perairan dan juga di pulau-pulau. Semasa saya jadi Menteri Pertahanan dulu, saya pernah pergi ke beberapa buah pulau seperti Pulau Berhala, Pulau Jambongan dan yang lain-lain dan pergi ke Eastern Command, satu briged infantri di Lahad Datu, di FELDA Sahabat.

Jadi, Dato' Yang di-Pertua, alhamdulillah, dalam masa kebelakangan ini, empat lima tahun kebelakangan ini, peristiwa ataupun insiden kidnap for ransom ini dah tak ada lagi dah. Dah tak ada lagi berlaku. Tidak ada laporan yang dilaporkan adanya berlaku perompak-perompak, lanun-lanun datang mengganas di pulau-pulau ataupun di kawasan daratan di timur Sabah.

Jadi, alhamdulillah, daripada 25 buah negara tersebut, banyak negara- negara yang telah pun mengurangkan tahap nasihat perjalanan mereka kepada rakyat mereka daripada tahap tiga kepada tahap dua. Tahap dua ini boleh lawatlah, Dato' Yang di-Pertua. Tahap dua ini. Tapi, masih lagi disebut supaya berhati-hati kerana tak boleh― ada juga yang tahap yang kata jangan pergi ke pulau tapi di kawasan di daratan ataupun di timur Sabah itu memang as good as no travel advisory dah. Masih ada lagi, dengan izin Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Kudat. Soalan.

draft • 10:20 AM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri. Kudat juga sebenarnya terkesan dengan travel advisory concern ini. Dan disebabkan Kudat juga merupakan salah satu destinasi pelancongan yang utama, khususnya melibatkan pulau-pulau di sebelah utara Sabah, maka Kudat ingin bertanya, apakah usaha kementerian untuk terus mempromosi keselamatan- keselamatan dan juga kerjasama dengan negara-negara yang terlibat yang mengeluarkan travel advisory concern ini agar akhirnya advisory concern ini akan dapat ditamatkan sepenuhnya? Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih, Kudat.

Hasil daripada pengawasan dan juga kawalan keselamatan, khususnya di kawasan Kudat dan juga Semporna dan juga di Lahad Datu, ia telah pun menjadikan kawasan di timur Sabah ini tumpuan pelancong. Itu sebabnya sekarang ini Lapangan Terbang Tawau dan juga Lapangan Terbang Sandakan dah perlu dinaik taraf kerana ramainya pelancong. Peningkatan pelancong daripada Jepun amat ketara, Dato' Yang di-Pertua. 18.9 peratus kenaikan jumlah pelancong baharu daripada Jepun, daripada Korea dan yang lain.

Jadi, hasil daripada rundingan Kerajaan Malaysia, Kementerian Luar, Kementerian Dalam Negeri, MOTAC, Kementerian Pelancongan, Dato' Yang di- Pertua, kami bersama-sama menjalankan usaha untuk kita meyakinkan negara- negara ini. Apa sahaja peluang untuk kita berbincang dalam hubungan dua hala ataupun pelbagai hala, kami telah membentangkan betapa keadaan di timur Sabah ini telah menjadi kawasan yang bukan lagi seperti dulu, kawasan yang banyak lanun- lanun yang mengancam keselamatan.

Melalui Kementerian Dalam Negeri, Dato' Yang di-Pertua, jika saya boleh sebut bagi pihak Kementerian Dalam Negeri, kita bersama-sama mengadakan rombongan. Kita bawa perwakilan-perwakilan asing yang berada di Kuala Lumpur ini, terutamanya negara yang mengeluarkan travel advisory kepada rakyat mereka untuk Sabah, kita bawa mereka pergi ke sana. Setiap tahun.

Setiap tahun kita bawa mereka dan kita pastikan supaya mereka lihat sendiri bahawa keadaan tidak seperti dulu dan rakyat di kawasan sana, di Sabah dan juga terutamanya di pulau-pulau― di Pulau Berhala dan Jambongan, semasa saya melawat, Dato' Yang di-Pertua, mereka mengucapkan banyak terima kasih. Mereka dah boleh keluar ke laut mencari mata pencarian. Mereka ini semuanya nelayan.

Tidak lagi dikacau ganggu oleh lanun-lanun yang dulunya merompak mereka dan merampas hasil tangkapan mereka. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebelah kiri? Jika tidak, saya akan ke soalan selanjutnya. Jika tidak, saya terus ke soalan yang keempat. Dipersilakan, Datuk Wira Dr. Ku Abdul Rahman bin Ku Ismail, Yang Berhormat Kubang Pasu. Silakan, Yang Berhormat.

draft • 10:20 AM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Pertama sekali, saya ucap selamat tahun baru 2026 kepada semua. Dato' Yang di-Pertua, bila— ini soalan saya nombor 2, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

4. Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu] minta

draft • 10:20 AM

Menteri Digital menyatakan

(a) apakah metrik yang diguna pakai oleh kementerian bagi mengukur kemajuan Ekonomi Digital Malaysia bagi tahun 2025-2030 (peratus KDNK, pekerjaan, adoptasi ecommerce, penciptaan unicorn) dan apakah angka rasmi terkini; dan

(b) bagaimanakah kementerian dapat memastikan usaha digitalisasi tidak melebarkan ketidaksamaan sosial (social inequalities) terutamanya dari segi akses kemampuan.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Menteri Digital.

draft • 10:20 AM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Tuan Yang di-Pertua, soalan adalah soalan nombor 4.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Nombor 4, Yang Berhormat. Saya pun terkejut juga tadi.

draft • 10:20 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Bukan nombor 2 tadi.

draft • 10:20 AM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Minta maaf.

Soalan nombor 4. Fasal sebut tahun baru tadi.

draft • 10:20 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Kalau nombor 2 pun...

[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat daripada Kubang Pasu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan berkisar kepada dua perkara. Pertama, bahagian (a) berkaitan matrik yang diguna pakai oleh kementerian untuk ukur kemajuan ekonomi digital untuk tahun 2025 sehingga 2030. Dan bahagian kedua berkaitan dengan bagaimana kementerian dapat pastikan usaha digitalisasi tidak melebarkan ketidaksamaan ataupun social e- qualities, terutamanya dari sudut akses kemampuan.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Digital sebagai peneraju agenda pendigitalan negara akan terus memantau dan ukur kemajuan ekonomi digital Malaysia secara keseluruhan bagi tempoh tahun 2025 sehingga 2030. Pengukuran ini bertujuan Tuan Yang di-Pertua untuk pastikan pelaksanaan inisiatif digital negara adalah sejajar dengan aspirasi pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi berdaya saing dan inklusif selaras dengan hala tuju nasional termasuk Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) dan juga Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia 2026 sehingga 2030.

Di antara matrik utama yang diguna pakai oleh kerajaan Tuan Yang di-Pertua bagi tujuan mengukur kemajuan ekonomi digital Malaysia bagi tahun 2025 sehingga 2030 adalah seperti berikut.

Pertama, kita lihat kepada aspek sumbangan ICT kepada keluaran dalam negara kasar atau KDNK. Pada tahun 2024 sektor ICT dan e-dagang Yang Berhormat menyumbang sebanyak 23.4 peratus kepada KDNK Malaysia dan ia bernilai sebanyak RM451.3 bilion.

Kedua, Yang Berhormat, kita lihat kepada aspek jumlah pelaburan digital.

Untuk aspek ini kita lihat pencatatan nilai kumulatif sehingga Jun tahun 2024 sebanyak RM589.9 bilion.

Ketiga, Yang Berhormat kita lihat kepada jumlah pekerjaan yang terlibat dan kita ada catatan nilai kumulatif sehingga Jun 2024 sebanyak 245 dan juga 602 jumlah pekerjaan— 245,602 jumlah pekerjaan. Aspek keempat kita lihat kepada jumlah pendapatan Yang Berhormat. Dan di sini kita lihat catatan nilai kumulatif iaitu sehingga Jun 2024 sebanyak RM845.6 bilion.

Selain daripada itu Yang Berhormat matrik utama yang digunakan turut melibatkan aspek-aspek jumlah eksport, adaptasi terhadap e-dagang. Ini sangat penting kerana kita nak scale apa yang kita lihat sebagai opportunities dalam bidang ini. Jumlah syarikat Malaysia digital yang diluluskan dan juga prestasi negara di dalam aspek penarafan global.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan perkembangan kemajuan dalam sektor ekonomi digital ini, Kementerian Digital sentiasa komited dan pastikan usaha tidak akan melebarkan ketidaksamaan sosial dengan menjadikan keterangkuman digital sebagai prinsip teras pelaksanaan dasar.

Komitmen ini diterjemahkan melalui pelbagai inisiatif dan program-program yang dilaksanakan secara inklusif iaitu melibatkan semua golongan masyarakat supaya manfaat digitalisasi dapat dinikmati secara saksama.

Dari sudut literasi digital Tuan Yang di-Pertua, kementerian melaksanakan program peningkatan kemahiran yang bersifat terbuka dan mudah diakses oleh semua pihak termasuk golongan berpendapatan rendah, warga emas, orang kurang upaya serta komuniti luar bandar.

Dalam usaha memperkukuh perancangan dan pengetahuan keterangkuman digital secara lebih menyeluruh, Kementerian Digital sedang membangunkan Indeks Keterangkuman Digital Malaysia ataupun MyIKD yang merupakan sebuah pangkalan data berpusat tujuan untuk mengukur jurang digital dalam masyarakat Malaysia.

Melalui MyIKD aspek kemampuan ataupun affordability dalam kalangan masyarakat akan diukur secara khusus dan hasil dapatan tersebut akan dimanfaatkan pada masa hadapan bagi tujuan membantu kerajaan merangka intervensi yang lebih bersasar serta memantau jurang digital secara berterusan.

Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat, soalan yang kedua.

draft • 10:30 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Bila kita berbicara tentang digital AI duduk di tempat teratas dalam senarai bidang-bidang keutamaan, sehubungan itu kementerian telah menubuhkan Malaysia National AI Office (NAIO) yang berperanan dalam menentukan dasar-dasar seterusnya Fakulti AI telah ditubuhkan di UTM untuk sarjana muda.

draft • 10:30 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Soalan Kubang Pasu ialah pertama, adakah kerajaan berhasrat untuk menubuhkan institut atau pusat kecemerlangan AI yang peranannya mencangkupi penyelidikan R&D bertaraf global, talent, capacity building dan lain-lain yang berkait dengan pembangunan AI negara. Institut ini akan dipelopori oleh pakar-pakar yang terbaik dalam bidang AI dari dalam dan luar negara.

Contohnya seperti Australia dan Singapura yang baru-baru ini di Singapura telah mengumumkan bahawa USD800 sebagai dana awam untuk R&D dan seterusnya kemajuan yang telah dicapai oleh NAIO dan...

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat bukan sesi perbahasan.

draft • 10:30 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

...UTM dalam menjayakan agenda AI. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:30 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Yang Berhormat. Saya faham sebenarnya hala tuju soalan Yang Berhormat, saya setuju. Untuk kita berjaya di dalam aspek mengembangkan AI kepada keseluruhan negara, aspek apa yang disebut sebagai keperluan pakar adalah sangat penting. Ini adalah satu bidang yang baru yang memerlukan aspek teknikal yang luar daripada biasa.

Dan dari sudut itu kita perlukan juga dana yang memadai bagi tujuan itu. Jadi apa yang disarankan oleh Yang Berhormat tadi supaya kita memberikan lebih dana untuk tujuan kita membuat selidikan dan sebagainya itu saya cukup setuju dan saya sokonglah. Ini adalah perkara yang kita dapat lihat.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memang sedar berkaitan dengan keperluan-keperluan ini. Itu sebab kita telah pun menyediakan ataupun mendirikan apa yang disebut sebagai Pejabat AI Kebangsaan ataupun National AI Office. Tapi Yang Berhormat di dalam aspek kementerian seperti Yang Berhormat sedia maklum, bila kita mendirikan Kementerian Digital, yang ini kementerian baru.

Dalam aspek ini kita kena lihat kepada bagaimana kita dapat mendirikan agensi-agensi di dalam kementerian yang membolehkan kita melihat kepada aspek- aspek sepertimana yang dibangkitkan tadi ya, dari aspek kepakaran dan sebagainya.

Satu lagi perkara yang telah pun kita laksanakan adalah kita telah pun bentangkan Akta Perkongsian Data tahun lalu. Ia telah pun berkuat kuasa dalam bulan empat tahun yang lalu.

Kalau kita lihat kepada akta itu, akta itu mewujudkan apa yang kita sebut sebagai Jawatankuasa Data yang saya harap akan berkembang menjadi Suruhanjaya Data apabila kita bergerak ke depan. Tujuan kita mengadakan Jawatankuasa Data ini adalah kerana ia nya memberikan kuasa kepada kerajaan untuk melantik subcommittee, subcommittee buat tujuan-tujuan yang tertentu untuk melihat kepada aspek data dan bagaimana kita boleh memastikan bahawa data yang diperlukan itu dapat kita gunakan untuk tujuan AI.

Salah satu daripada subcommittee yang kita lihat ataupun jawatankuasa yang kita lihat di dalam ataupun di bawah suruhanjaya ini adalah di mana kita dapat melihat kepada kepakaran AI dan sebagainya. Jadi itu adalah satu perkara yang memang kita bincangkan. Kita telah pun juga membuka ruang kepada industri kerana sepertimana Yang Berhormat sedia maklum inovasi itu adalah satu perkara yang berkembang kepada semua sektor.

Dan kita perlukan buy-in daripada semua supaya kita pastikan bahawa tidak ada sesiapa yang tertinggal di dalam apa yang disebut sebagai usaha kerajaan untuk memastikan kita dapat mendirikan negara AI menjelang tahun 2030. Tapi saya cukup setuju dengan Yang Berhormat, aspek kepakaran ini sangat penting.

Kita kena pastikan bahawa kita mendapat semua yang sedar dan fasih di dalam bidang AI untuk bekerjasama dengan kerajaan supaya kita dapat merangka polisi-polisi yang akan menunjukkan hasil yang ketara bergerak ke depan menuju ke arah negara AI 2030. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Yang Berhormat Bukit Bendera.

draft • 10:30 AM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya ambil peluang ini untuk ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri ke atas pengiktirafan antarabangsa iaitu disenaraikan di dalam The Government AI 100 dengan izin, di Davos baru-baru ini. Ternyatalah usaha Yang Berhormat Menteri ini meletakkan Malaysia di peta dunia sebagai pemain yang serius dalam tadbir urus digital.

Jadi, kepada soalan saya, apakah tujuan dan juga faedah pelaksanaan Indeks Keterangkuman Digital Malaysia terhadap pembangunan sosioekonomi negara. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:30 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa pengiktirafan itu adalah pengiktirafan usaha yang dilaksanakan oleh setiap warga Kementerian Digital dalam 24 bulan yang lalu. Kementerian yang baru, banyak kerja yang telah pun dilaksanakan dan memang bila kita lihat ada pengiktirafan berkaitan dengan kerja-kerja yang dilaksanakan. Terima kasih Yang Berhormat.

Berkaitan dengan aspek MyIKD, ini ialah satu indeks yang sangat penting ya, Indeks Keterangkuman Digital Malaysia atau Digital Inclusivity Index Malaysia.

Inisiatif ini di bawah Rangka Tindakan Ekonomi Digital yang ditetapkan di bawah Teras 5, yang kita nak mewujudkan masyarakat digital yang inklusif serta merupakan salah satu strategi di bidang fokus untuk memperkukuhkan ekosistem digital kita.

Yang Berhormat, kita hendak melihat kepada beberapa aspek apabila kita bincang berkaitan dengan keberkesanan aspek AI di dalam negara kita. Yang sangat penting itu kita kena pastikan bahawa apabila kita membawa pelaburan, kita lihat kepada teknologi baru dan kita sebagai kerajaan, lihat kepada usaha untuk membawa teknologi ke negara kita. Kita kena faham bahawa masyarakat di luar sana sering kali bertanya berkaitan dengan kesan teknologi baru itu kepada kehidupan mereka.

Jadi, sementara kita bincang berkaitan dengan banyaknya pelaburan yang diperlukan, kita mewujudkan data center dan sebagainya. Setiap warga tahu berkaitan dengan apabila kita ada data center dan sebagainya, keperluan tenaga, keperluan air dan sebagainya. Ramai yang tanya-tanya, adakah ia nya berbaloi dari sudut keberkesanannya dalam kita melihat apa yang ia nya dapat membuat untuk mengubah dan memperbaiki keadaan kehidupan kita, masyarakat kita, ekonomi kita dan juga kerajaan kita.

Jadi dalam sudut itu, kita perlu ada satu sistem atau mekanisme di mana kita dapat mengira atau mengukur keberjayaan itu. Inilah tujuan kita mendirikan MyIKD dan kita lihat kepada beberapa aspek yang utama Tuan Yang di-Pertua. Pertama, kita lihat kepada aspek accessibility. Kita nak pastikan bahawa kita ada masyarakat yang boleh akses kepada teknologi baru ini ya, supaya mereka tidak terpinggir dan mereka sentiasa tahu berkaitan dengan teknologi baru dan dapat menggunakan teknologi baru tersebut itu.

Kemudiannya, kita kena lihat kepada aspek affordability ya. Kita tidak mahu kita ada keadaan di mana teknologi baru itu ada, tetapi masyarakat di luar sana lihat bahawa teknologi itu terlalu mahal ya. Kita lihat kepada SME-SME, MSME dan sebagainya, kalau nak gunakan teknologi dan sebagainya. Kalau terlalu mahal, ia nya menjadi masalah. Jadi, kita kena lihat kepada bagaimana kita pastikan bahawa ia nya adalah satu yang dapat diguna atau dapat diguna pakai oleh setiap masyarakat dengan mengambil kira kosnya.

Ketiganya, kita lihat kepada aspek ability. Pengukuran dari segi tahap literasi dan kemahiran digital serta bakat digital termasuk lepasan dan pekerja dalam bidang ICT ya. Ini sangat penting. Kalau kita ada teknologi dan kita ada akses kepada teknologi itu, ia nya berkos rendah dan dapat digunakan oleh setiap masyarakat, kita kena pastikan bahawa bakat yang diperlukan untuk kita gunakan teknologi itu juga sedia, sedia wujud supaya ia nya dapat digunakan untuk kebaikan kita semua.

Keempatnya, kita lihat kepada aspek relevan ya. Kita kena pastikan bahawa teknologi yang diperlukan pada sektor-sektor yang tertentu itu dapat kita salurkan kepada sektor-sektor tertentu supaya kesan itu dapat dirasai oleh sektor-sektor tersebut. Perbincangan berkenaan dengan teknologi ini sangat luas. Semua sektor itu melihat kepada teknologi. Tetapi dari sudut kerajaan, kita kena pastikan kalau teknologi itu wujud, kita pastikan teknologi itu dapat disalurkan kepada sektor yang memerlukan teknologi itu dan teknologi itu dapat memperkasakan sektor yang kita sebut itu.

Kemudiannya, akhirnya kita lihat kepada aspek readiness and adoption. Ini sangat penting. Kalau kita ada semua teknologi yang baru, ia nya berkos rendah, kita ada bakat dan sebagainya, kita kena pastikan bahawa masyarakat bersedia untuk menggunakan teknologi tersebut dan selepas daripada bersedia, mereka menggunakan teknologi tersebut.

So, ini ialah perkara-perkara yang kita lihat ia nya end-to-end dan inilah tujuan kita mendirikan apa yang kita sebut sebagai MyIKD. Saya rasa inilah satu perkara yang sangat penting supaya kita dapat ukur secara terperinci. Setiap tahun kita dapat lihat adakah apa yang kita laksanakan ini berkesan. Kalau tidak berkesan, kita lihat bagaimana kita dapat perbaiki dan sebagainya.

Dan yang sangat penting, as we go along ini, kita kena dapat pendapat industri, bagaimana kita dapat memperkasakan, memperbaiki dan memperkukuhkan lagi usaha kita untuk pastikan bahawa negara kita dapat merasa sebenarnya apa impak teknologi, impak AI bergerak ke arah negara AI 2030. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kelima, dipersilakan Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa, Yang Berhormat Sekijang.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Dari Sekijang kita ke Labuan, Soalan saya nombor lima Puan.

draft • 10:40 AM

5. Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa [Sekijang] minta Perdana Menteri menyatakan sejauh mana komitmen Kerajaan Pusat dalam mempercepat transformasi Labuan sebagai hab logistik pintar dan pusat digital kewangan yang kompetitif di rantau Asia Pasifik selaras dengan Pelan Pembangunan Labuan 2030 serta jelaskan bentuk insentif fiskal baharu yang akan diperkenalkan bagi menarik pelaburan berimpak tinggi ke Wilayah Persekutuan tersebut.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab.

draft • 10:40 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan komited membangunkan Wilayah Persekutuan Labuan sebagai wilayah yang sejahtera, mampan dan pintar dengan menjadikan pulau bebas cukai ini sebagai hab logistik pintar serta pusat kewangan digital serantau.

Komitmen ini dizahirkan melalui penggubalan dasar di dalam Rancangan Struktur Labuan 2040 yang telah diwartakan melalui Akta Perancangan Bandar dan Desa dengan menekankan pengukuhan asas ekonomi Labuan agar lebih berdaya saing dan berdaya tahan di samping memperkukuhkan peranan strategik Labuan sebagai pusat perkhidmatan kewangan antarabangsa yang berorientasikan nilai tambah tinggi.

Seiring hala tuju tersebut, Labuan Financial Services Authority dengan izin, telah melaksanakan pelan pembangunan strategik Labuan IBFC 2022–2026 yang memfokuskan pembangunan kewangan Islam dan patuh syariah berasaskan digital di peringkat global. Ini disokong oleh pindaan Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan, Akta 2022 yang turut menyediakan inisiatif utama seperti penubuhan Islamic Digital Asset Centre pada tahun 2022 sebagai platform strategik untuk merangsang inovasi, pembangunan produk serta infrastruktur aset digital patuh syariah.

Transformasi perkhidmatan ini telah menjadikan sektor perkhidmatan kewangan menyumbang RM6.4 bilion daripada keseluruhan iaitu RM8.07 bilion sumbangan KDNK Labuan kepada negara pada tahun 2024. Melalui rangka kerja IDAC, produk seperti RAMZ iaitu istilah Arab bermaksud token telah diperkenalkan dan sehingga 2024, merekodkan nilai pasaran melebihi USD1 bilion, sekali gus membuktikan potensi Labuan IBFC sebagai antara pasaran token patuh syariah yang paling pesat berkembang di peringkat antarabangsa.

Tambahan pula, pelancaran pelan induk blockchain patuh syariah dan digital financial sandbox pada tahun 2024 berperanan memperkukuhkan ekosistem kewangan digital, menggalakkan penglibatan pemain industri dan menarik pelaburan berteknologi tinggi.

Sokongan fiskal yang telah ditanya oleh Yang Berhormat, melalui insentif pengecualian cukai pendapatan selama lima tahun di bawah Belanjawan 2024 turut mempercepatkan pertumbuhan sektor kewangan Islam digital di Labuan. Usaha ini juga telah memberi pengiktirafan kepada Labuan IBFC sebagai Best International Jurisdiction for Islamic Banking and Finance 2024 di Anugerah Kewangan Islam Global 2024.

Sebagai kesinambungan, antara inisiatif yang digariskan dalam Rancangan Struktur Labuan 2040 ialah peranan Labuan diperkukuhkan sebagai pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa yang dilaksanakan melalui dua aktiviti iaitu memperluaskan potensi sektor kewangan merangkumi syarikat amanah, trust, kewangan inovatif, kewangan Islam, perdagangan komoditi, pasaran modal dan pengurusan kekayaan. Keduanya, adalah untuk menawarkan pelbagai insentif yang baru bagi menjadikan Labuan lebih kompetitif dan menarik kemasukan pelabur yang baru ke Labuan.

Jabatan Wilayah Persekutuan melalui Perbadanan Labuan telah menyediakan satu pelan induk Labuan Maritime Industrial Park yang merupakan satu kawasan industri baru yang menyediakan satu kawasan industri bagi pelaburan baru di Labuan.

LMIP ini merupakan satu pelan induk yang memperincikan cadangan guna tanah bagi kawasan industri berserta dengan komponen integrated port yang akan menjadi satu game changer baru dalam ekosistem pelaburan di Labuan. Dan cadangan LMIP seluas 1,000 ekar ini masih di peringkat cadangan guna tanah dan akan dibincang bersama dengan kementerian lain bagi memastikan pelaksanaan cadangan dapat direalisasikan bagi pembangunan industri baru dan hab industri tuna di Borneo. Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Sekijang, soalan selanjut.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Terima kasih Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan dan saya kira sangat komprehensif dan nampak hala tuju ke hadapan. Cumanya Yang Berhormat Menteri, sebenarnya Sekijang— selain daripada Sekijang, Labuan ini memang dekat di hati saya. Dan Labuan ini sering dilihat sebagai the sleeping potential dengan izin.

Soalan tambahan saya ialah apakah perubahan, pendekatan dasar dan juga pelaksanaan yang akan membezakan strategi pada kali ini daripada kerajaan untuk memastikan pembangunan hab logistik yang telah YB Menteri sebut tadi, di Labuan ini benar-benar ya, dapat ataupun boleh menjana limpahan ekonomi tempatan yang lebih mampan dan juga mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat khususnya anak jati Labuan dan juga peniaga-peniaga tempatan serta juga sektor sokongan yang lain? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:50 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Terima kasih. Selain daripada fokus terhadap industri tourism (pelancongan) yang telah diutamakan oleh Yang Berhormat Sekijang sendiri, insentif baru bagi menjadikan Labuan lebih kompetitif telah diumumkan dalam belanjawan yang lepas.

Saya bagi contoh beberapa insentif baru— kerangka insentif pelaburan baru bermula suku kedua tahun ini, kerajaan akan memperluaskan kerangka insentif pelaburan baru kepada sektor perkhidmatan, termasuk di Labuan. Berasaskan keberhasilan, insentif cukai kini tidak lagi bersifat umum tetapi diberikan berdasarkan impak ekonomi untuk penciptaan pekerjaan bernilai tinggi dan pemindahan teknologi. Saya bagi contoh, kita sasarkan syarikat yang menjalankan aktiviti kewangan digital, teknologi hijau dan perkhidmatan sokongan profesional.

Yang keduanya adalah penyelarasan struktur Yuran Labuan FSA mulai 1 Januari 2026. Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan telah menyemak semula struktur yuran lesen bagi memastikan ia kekal kompetitif berbanding pusat kewangan persisir.

Untuk yang ketiga, insentif cukai dan pelepasan strategik, khasnya pengecualian cukai kenderaan telah pun diumumkan dalam Belanjawan 2026.

Keempat, pembangunan infrastruktur strategik yang telah saya nyatakan melalui industrial park tersebut. Keduanya juga, kajian yang telah diketengahkan oleh Kerajaan MADANI iaitu Kajian Teknikal Pembinaan Jambatan yang dijangka siap pada November 2026. Kajian dijangka siap, bukan jambatan dijangka siap. Ini adalah game changer yang amat dinantikan oleh pelabur bagi meningkatkan ketersambungan logistik.

Yang kelimanya adalah untuk pertumbuhan baru— pekerjaan jenis baru. Kita nak fokus sektor niche iaitu Labuan beralih daripada model perbankan tradisional kepada kewangan Islam digital dan ini antara semua insentif baru yang telah diumumkan oleh kerajaan untuk tahun ini sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Sekijang.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat, Padang.

draft • 10:50 AM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan tambahan saya, Yang Berhormat Menteri, saya nak bertanya dari sudut analisis persaingan. Apakah nilai unik (unique value proposition) yang ditawarkan oleh Labuan di bawah insentif fiskal baharu ini yang mampu menandingi zon ekonomi khas di negara jiran seperti Batam-Bintan, Indonesia ataupun Zon Ekonomi Khas Johor (JSSEZ)? Dan bagaimanakah kementerian memastikan Labuan tidak hanya menjadi pelengkap tetapi pesaing utama dalam rantaian bekalan digital Asia Pasifik?

Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:50 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Untuk data khas itu saya perlu dapatkan secara bertulis untuk Yang Berhormat tetapi untuk pastikan Labuan berbanding pusat kewangan lain seperti Singapura dan Hong Kong, Labuan menawarkan kos operasi yang rendah, kos lesen tahunan penyewaan pejabat dan pengajian tenaga kerja profesional adalah jauh lebih rendah.

Yang keduanya, keperluan model minima. Prosedur pendaftaran syarikat yang pantas dan keperluan model berbayar yang fleksibel untuk pelbagai jenis lesen kewangan. Kita sedang juga mengkaji bagaimana untuk jadikan Labuan lebih kompetitif. Dan pada bulan Februari - awal bulan Februari, tujuh dan lapan hari bulan, saya akan ke sana untuk berdialog dengan industry players, dengan izin, untuk tengok apa lagi kaedah untuk membantu mereka. Dan kita bukan bergerak sendiri, kita akan bergerak bersama Kementerian Kewangan dan khasnya Custom, untuk tengok bagaimana kita boleh membantu mereka supaya kita lebih kompetitif berbanding dengan jiran-jiran kita ya.

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, Majlis ke soalan yang keenam. Dipersilakan Tuan Suhaizan bin Kaiat, Yang Berhormat Pulai.

draft • 10:50 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Datoʼ Speaker. Soalan Pulai, soalan nombor 6.

draft • 10:50 AM

6. Tuan Suhaizan bin Kaiat [Pulai] minta Perdana Menteri menyatakan perkembangan kepada cadangan kerajaan untuk menggubal Akta Pendanaan Politik bagi menjamin ketelusan.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Datoʼ Yang di-Pertua. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Kerajaan MADANI kekal komited memperkenalkan Rang Undang-undang Pendanaan Politik sebagaimana digariskan dalam Strategi Pembentukan Rasuah Nasional 2024–2028. Kajian awal berkaitan RUU ini telah bermula sejak 2019 oleh Pusat Governance, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), termasuk dua sesi libat urus pada tahun 2022.

Mulai Mei 2023, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri telah mengambil alih penyediaan rang undang-undang ini. Dan pada 8 September 2023, kerajaan memutuskan agar skop dasar rang undang-undang ini dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Hak Asasi Manusia Pilihan Raya dan Reformasi Institusi Dewan Rakyat. Susulan daripada itu, JKPK telah mengadakan tiga siri mesyuarat bagi meneliti parameter dan cadangan dasar rang undang-undang ini.

Pada 12 Februari 2025, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut mempengerusikan mesyuarat bersama JKPK, Kumpulan Rentas Parti Politik Malaysia (JRPPM) serta kementerian dan agensi berkaitan untuk membincangkan hala tuju selanjutnya bagi Rang Undang-Undang Pendanaan Politik.

Untuk makluman lanjut Ahli Yang Berhormat, dalam usaha menggubal rang undang-undang ini, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan sebanyak 20 siri sesi libat urus (SLU) bersama pihak berkepentingan pada peringkat akar umbi.

Daripada jumlah itu, 12 siri sesi libat urus peringkat negeri melibatkan penyertaan 1,544 peserta merangkumi pegawai kerajaan Persekutuan dan negeri, parti politik, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan, wakil Dewan Perdagangan, persatuan peniagaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan masyarakat sivil, ahli akademik dan golongan belia.

Jelajah SLU ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan input akar umbi terhadap cadangan dasar rang undang-undang ini. Antara maklum balas utama yang diterima meliputi isu pendanaan awam bagi parti politik, keperluan pendedahan laporan kewangan parti kepada umum, had sumbangan yang dibenarkan, serta kategori penderma yang boleh atau tidak boleh memberikan sumbangan.

Selain itu, satu kajian persepsi umum sedang dijalankan pada masa ini oleh pasukan pengkaji. Diketuai oleh penyelidik daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia serta wakil daripada NGO dan CSO. Kajian ini telah dimulakan pada 1 September 2025 dan dijangka selesai pada 28 Februari 2026. Hasil dapatan SLU dan kajian tersebut akan digabungkan bagi membentuk parameter dasar RUU Pendanaan Politik. Cadangan dasar ini masih diteliti dan akan dirujuk kepada JKPK terlebih dahulu sebelum dibawa ke peringkat pertimbangan selanjutnya. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Pulai, soalan tambahan.

draft • 10:50 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih juga kepada Timbalan Menteri yang telah menjawab soalan ini.

Saya ingin mendapatkan lebih penjelasan. Tujuan utama kita adalah untuk mengelakkan rasuah ini ya. Jadi, di sana banyak akan berlaku syarikat-syarikat ini akan membiayai atau mendanai ataupun menyumbang kepada parti politik tertentu.

Di sana pula, ada pula syarikat yang tidak memberi sumbangan. So, ada dua ya.

Jadi, bila katalah ada tender kerajaan dibuka. Syarikat yang telah menyumbang tadi dapat pula. Yang tak menyumbang tak dapat. Jadi, macam mana kita nak mengelakkan masalah? Tohmahan menyatakan, “Oh, sekarang syarikat yang bagi dapatlah projek. Syarikat yang tak bagi sumbangan, tak dapat projek.” Jadi, macam mana kita nak mengelakkan daripada ia nya menjadi satu fitnah? Dan apakah parti-parti politik ini akan diaudit apabila dana awam itu masuk ke dalam akaun mereka? Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:50 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat, kita perlu faham bahawa penggubalan rang undang-undang belum selesai. Masih dalam diskusi dalam perkara ini.

draft • 10:50 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Tetapi saya setuju kepada Yang Berhormat, persepsi ini adalah bila adakah pihak yang menyumbang mendapat memperoleh kontrak dan sebagainya. Ini adalah satu di antaranya the core issue, kenapa rang undang-undang ini telah diusaha sedang dibuat supaya mengatasi persepsi-persepsi yang sedemikian dan juga mengelak pihak-pihak yang menyumbang wang kepada parti-parti politik atau individu atau yang tidak menyumbang yang menjadi persepsi bahawa kerana mereka menyumbang, mereka mendapat kontrak dan sebagainya.

Kita juga melihat kepada negara-negara lain di mana ada rang undang- undang yang setarafnya di mana ia merangkumi semua aspek dan telah berjaya dalam beberapa dekad ini. Maka ini adalah dalam sesi yang— dalam session yang last ini dan saya percaya perkara yang dikatakan oleh Yang Berhormat akan diambil kira dan tindakan susulan akan dibuat tak lama lagi. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Apa yang dibangkitkan Yang Berhormat Pulai itu very relevant dengan izin. You should look into it. Baik, berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Besut.

draft • 11:00 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Datoʼ yang di-Pertua. Menteri memang serius ya. Memang serius nak buat? Sekarang ini, saya nak pastikan sama ada kerajaan ini boleh bagi komitmen tak untuk berlaku adil kepada semua parti politik. Jangan digunakan terhadap pembangkang. Bagi keadilan kepada pembangkang. Itu yang saya nak.

Dalam perkara ini, saya nak sentuh sedikit berkenaan apa yang disebut tadi dari segi dapat bagi sumbangan, dapat projek. Dalam perkara ini, saya cadangkan kontraktor yang aktif kerajaan.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Yang Berhormat, soalan.

draft • 11:00 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Soalan Yang Berhormat.

draft • 11:00 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Inilah cadangan. Soalan tadi saya dah beritahu ada tak komitmen untuk berlaku adil. Cuma saya kaitkan dengan apa yang disebut oleh Pulai tadi berkenaan dengan kontraktor aktif. Kerajaan ini kalau boleh, kita jangan terima terus dia punya sumbangan. Sebab kalau tidak akan ada amalan. Amalan dari segi amalan membeli pengaruh dia panggil. Jadi, kita kena terus jangan terima. Contohlah contoh. Contoh kita bagi. Yang cepat kaya yang dapat projek kerajaan. Dalam masa terdekat, berjuta-juta berbilion. Jadi, yang inilah kita nak elakkan. Dan juga daripada syarikat luar.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Yang Berhormat, soalan.

draft • 11:00 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Itu soalan tu. Jadi, daripada syarikat luar itu, contoh NED. Yang NED tu yang ada bagi sumbangan sehingga pembangkang dahulu dah jadi kerajaan sekarang. Ini yang macam inilah yang kita tak nak diterima

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 11:00 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:00 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat, Datoʼ Yang Di- Pertua. Komitmen ada, tapi kita perlu fikir Yang Berhormat bahawa semasa Kerajaan Pakatan Harapan ditumbang pada 2020, kita ada kerajaan yang di sebelah sana untuk lebih dua tahun. Kalau masa itu pun, cukup masa untuk menggubal undang- undang ini tetapi kita telah letak let golden opportunity pada masa itulah kerana tidak membawa satu hasil yang besar untuk negara ini.

Yang Berhormat, kita perlu faham, sementara kerajaan mengambil maklum mengenai cadangan-cadangan Yang Berhormat Besut, inisiatif kawal selia pendanaan politik, ini sekarang berada dalam penelitian JKPK. Yang Berhormat pun adalah seorang anggota di sana. Sendiri merupakan seorang Ahli JKPK tersebut.

Yang Berhormat lebih arif dari orang lain bahawa perkara ini sedang diusaha. Bukan saja oleh kerajaan, there are so many arms of the government. Satu di antara adalah jawatankuasa. Perlu mengambil inisiatif menyegerakan usaha dalam perkara ini, semestinya kerajaan akan melaksanakan perkara tersebut. Kita komited lebih dari 100 peratus. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Majlis ke soalan yang ketujuh. Dipersilakan Datuk Sri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Moktar, Yang Berhormat Kemaman.

draft • 11:00 AM

Datoʼ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Datoʼ Yang di-Pertua.

Soalan Kemaman nombor 7.

draft • 11:00 AM

7. Datoʼ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar [Kemaman] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan peratus graduan yang bekerja di dalam pekerjaan separa mahir dan di luar bidang pengajian bermula daripada tahun 2021 sehingga 2025 serta langkah intervensi dan usaha strategik daripada pihak kerajaan dalam mengurangkan peratusan tersebut saban tahun.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Tuan Adam Adli Abd Halim

Bismillahirrahmanirrahim. Tuan Yang di-Pertua, sepanjang tempoh 2021 hingga 2024, corak penempatan graduan memperlihatkan perkembangan yang sangat positif, khususnya melalui peningkatan penguasaan pekerjaan mahir dalam kalangan graduan ijazah pertama dan juga diploma. Seiring dengan itu, penyusutan peratusan graduan dalam sektor separa mahir dan berkemahiran rendah mencerminkan peningkatan peluang pekerjaan mahir yang disokong oleh perkembangan ekonomi negara dan inisiatif oleh kerajaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, data bagi tahun 2025 akan ditutup dan diproses mulai akhir Februari 2026 dengan prestasinya dijangka positif. Namun, kita ada data rasmi Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) yang kita keluarkan bagi tahun 2021 hingga 2024. Untuk ijazah pertama, graduan yang bekerja dalam pekerjaan mahir bagi tahun 2024 telah pun meningkat sebanyak 1.1 peratus kepada 68.2 peratus berbanding tahun 2021 sebanyak 67.1 peratus.

Bagi graduan diploma pula, graduan yang bekerja dalam pekerjaan mahir pada tahun 2024 telah meningkat sebanyak 5.3 peratus kepada 50 peratus berbanding tahun 2021 sebanyak 44.7 peratus. Jadi, penyusutan daripada— menyusut sebanyak 5.3 peratus berbanding 55.3 peratus 2021 dahulu.

Dan momentum yang positif ini juga, jelas terserlah melalui peningkatan peratusan graduan yang menempatkan diri dalam pekerjaan yang selaras dengan bidang pengajian masing-masing sepanjang 2021 sehingga 2024, dengan pecahan seperti berikut yang pertama bagi ijazah pertama graduan yang bekerja dalam pekerjaan berkaitan dengan bidang untuk tahun 2024 telah meningkat sebanyak 3.3 peratus kepada 57.6 peratus berbanding 54.3 peratus pada 2021. Untuk diploma pula yang bekerja dalam pekerjaan berkait dengan bidang mereka pada tahun 2024 meningkat sebanyak 9.5 peratus kepada 53.3 peratus berbanding 2021, 43.8 peratus.

Jadi, di KPT kita terus komited untuk pastikan trend positif ini terus berkembang, berterusan namun kita perlu ambil kira juga sifat pasaran pekerjaan terutama sekali yang sangat dinamik. Jadi kita tekankan pendekatan strategik yang sejajar dengan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026–2035 untuk kita lahirkan graduan yang bukan sahaja mampu memasuki pasaran kerja tetapi juga memperoleh pekerjaan yang setara dengan kelayakan mereka serta relevan dengan keperluan industri hari ini.

Sehubungan dengan itu, ada beberapa inisiatif yang telah pun kita kemukakan. Antaranya penjajaran semula program-program yang ditawarkan di universiti awam. Ini di Bahagian Kecemerlangan Akademik, Jabatan Pendidikan Tinggi. Kita akan laksana dan pantau penjajaran semula program-program yang ditawarkan di UA ini untuk pastikan kandungan kurikulumnya sentiasa relevan dengan perkembangan semasa selaras dengan keperluan akreditasi Malaysia Qualifications Agency (MQA) yang dijalankan setiap tiga hingga lima tahun.

Kita juga akan mempergiatkan kerjasama rentas kementerian dan agensi termasuk dengan MITI, KESUMA dan juga Kementerian Ekonomi, perkukuhkan kerjasama antara IPT dan industri melalui platform seperti Majlis Pekerjaan Negara serta Majlis TVET Negara. Kita juga ada fasiliti Industry on Campus dan juga Teaching Factory, Competence Center dan juga Joint Lab, yang mana kita boleh pastikan pelajar kita dapat kemahiran yang berasaskan kepada industri dan pendedahan kepada teknologi terkini. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Kemaman, soalan tambahan.

draft • 11:00 AM

Datoʼ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman

Terima kasih Datoʼ Yang di-Pertua, terima kasih di atas jawapan yang baik daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan tentunya di atas kerja yang berterusan yang dilakukan oleh pihak kementerian dalam mengatasi masalah pekerjaan di kalangan para graduan.

Sebagai seorang yang pernah berada di universiti dan industri, sebagai tenaga profesional, saya mengakui bahawa untuk memenuhi keperluan industri ini, maka proses curriculum review dengan izin dan industrial survey perlu dilakukan di samping untuk memenuhi keperluan akreditasi.

draft • 11:00 AM

Datoʼ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman

Tapi ia nya akan memakan masa, tiga hingga lima tahun baru dibuat curriculum review dan industrial survey dan selepas kohort selesai barulah berlaku pelaksanaan terhadap kurikulum yang baru. Apa yang menjadi persoalannya ialah di industri, ia nya sangat demanding dan juga evolving dengan pantas keperluannya.

Dia tak tunggu tiga— three to five years, dengan izin. Tetapi keperluan itu berubah dari semasa ke semasa dengan pantas. Tapi perubahan kurikulum di universiti juga makan masa.

Soalan saya ialah apakah langkah yang sedang dan akan diambil oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi dalam mengatasi masalah ini, terutama mengadakan libat urus bersama dengan pihak kementerian-kementerian yang lain, yang berkaitan serta badan-badan profesional seperti Lembaga Jurutera Malaysia?

Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri, untuk menjawab.

draft • 11:10 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Terima kasih. Kita tentu sekali setuju bahawa ada beberapa praktik yang perlu kita kemas kini terutama sekali dari segi efficiency- nya. Ada perkara yang mungkin memakan masa terutama sekali dalam sektor ataupun dalam aspek curriculum review ini kita tak boleh elak daripada menghabiskan kohort sedia ada.

Tapi kita akan terus mempergiatkan dan kita akan melaksanakan curriculum review ini dengan mungkin cara yang berbeza, itu tertakluk pada MQA dan juga JPT dan tentu sekali kita juga ada beberapa inisiatif lain yang kita harapkan dapat dijadikan sebagai salah satu pemangkin kepada untuk kita pastikan pengajian tinggi kita tidak ketinggalan berbanding dengan perkembangan industri sekitar dia.

Kita tahu kita ada contohnya work-based learning…

draft • 11:10 AM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Kita juga ada industry driven experiential learning. Ini semua mungkin boleh jadi sedikit sebanyak, sebab apa— instrumen tambahan kepada dasar sedia ada. Sekali kita akan dapatkan juga jawapan yang lebih kemas, lebih baik, terutama sekali pada MQA untuk memastikan bahawa apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tersebut ada jawapan yang lebih memuaskan. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Soalan tambahan.

draft • 11:10 AM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Kuala Pilah.

draft • 11:10 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Dr. Timbalan Speaker. Yang Berhormat Timbalan Menteri, selain kadar bekerja, adakah kementerian menilai kualiti pekerjaan graduan termasuk tahap kemahiran, gaji permulaan dan kestabilan kerjaya bagi memastikan pekerjaan yang diceburi tersebut setimpal dengan kelayakan akademik? Dan seterusnya, sejauh manakah penyelarasan laluan antara pendidikan akademik dan TVET dapat mengurangkan ketidakpadanan kemahiran graduan khususnya bagi memenuhi keperluan sektor berteknologi tinggi dan industri baharu? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Kalau kita lihat pada— pertama sekali kalau saya boleh bawa perhatian kita pada Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia

(RPTM)...

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan.

draft • 11:10 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Ada satu lonjakan yang kita panggil sebagai lonjakan ketiga iaitu kompetisi TVET termaju. Dalam kegiatan lain, kita nak pastikan setiap program yang ditawarkan di universiti sama ada dalam POLYCC, atau politeknik atau kolej komuniti yang sangat terkait rapat dengan TVET ataupun juga di universiti-universiti awam termasuk MTUN dan sebagainya, perlulah dapat kita laksanakan dengan tujuan untuk menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi yang dilaksanakan secara berstruktur dan memastikan kita aplikasikan penggunaan teknologi terkini dan juga relevan dengan sektor industri bernilai tinggi.

Dan ini antara perkara yang menjadi sasaran kita menerusi pembangunan Rancangan Pendidikan Tinggi kita hari ini. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebelum saya ke soalan yang kelapan, Yang Berhormat Hulu Selangor ada tak? Jika tidak ada, saya difahamkan beliau ada urusan perubatan, jadi soalan yang ke-10 itu Yang Berhormat Betong bersedia ya.

Baik berikut saya mempersilakan soalan yang kelapan, saya persilakan Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien, Yang Berhormat Julau.

draft • 11:10 AM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 8.

draft • 11:10 AM

8. Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [Julau] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan memandangkan Malaysia sedang meneroka opsyen tenaga nuklear sebagai sebahagian daripada perancangan jangka panjang negara dalam RMK13, apakah tahap kesiapsiagaan institusi teknikal di bawah MOSTI dari segi keupayaan teknologi, infrastruktur, rangka kerja kawal selia serta kepakaran sumber manusia bagi menyokong penerokaan tenaga nuklear.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menjawab.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Julau atas soalan. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bekerjasama erat dengan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam meneroka opsyen tenaga nuklear sebagai sebahagian daripada perancangan jangka panjang negara di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).

Dari sudut kesiapsiagaan institusi teknikal, MOSTI pada tahap bersedia dari segi asas teknologi, kepakaran dan rangka kerja sokongan serta sedang diperkukuh secara berfasa. Agensi Nuklear Malaysia selaku agensi teknikal utama di bawah MOSTI mempunyai keupayaan untuk menyokong penerokaan tenaga nuklear negara khususnya dalam aspek penyelidikan dan pembangunan atau R&D, latihan kepakaran, penilaian keselamatan serta kerjasama antarabangsa.

Agensi ini juga merancang pembangunan Pusat Repositori Sisa Radioaktif Kebangsaan yang merangkumi kemudahan penstoran, perawatan pengkondisian dan pelupusan sisa radioaktif secara selamat dan mampan selaras dengan Dasar Teknologi Nuklear Negara (DTNN) 2030.

Dari segi keupayaan teknologi dan infrastruktur pula, Malaysia mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam pengendalian Reaktor TRIGA PUSPATI yang selamat. Keupayaan ini merangkumi operasi reaktor penyelidikan, simulasi dan pemodelan serta analisis keselamatan bagi pelbagai jenis reaktor, termasuklah teknologi reaktor termaju dan reaktor modular kecil (SMR).

Kemudahan makmal, sokongan teknikal dan kepakaran sedia ada membolehkan penilaian awal teknologi nuklear dijalankan secara berperingkat.

Selain itu, Agensi Nuklear Malaysia turut mempunyai pengalaman luas dalam projek R&D berkaitan tenaga nuklear termasuk pengurusan sisa radioaktif, kitaran bahan api nuklear serta penilaian teknologi reaktor daripada aspek keselamatan dan kebolehgunaan.

Di peringkat antarabangsa pula, Malaysia telah menyertai Program Reaktor Nuklear Inovatif dan Kitaran Bahan Api (INPRO) di bawah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) sejak tahun 2012. Penyertaan ini membolehkan penilaian teknologi reaktor baharu dijalankan berdasarkan piawaian keselamatan, kelestarian dan daya saing ekonomi yang diiktiraf di peringkat global.

Dari sudut kepakaran sumber manusia, Agensi Nuklear Malaysia mempunyai seramai 323 pegawai penyelidik berkelayakan PhD, sarjana dan sarjana muda dalam bidang teknologi nuklear dan berkaitan termasuk 17 pegawai berkelulusan kejuruteraan nuklear, serta disokong oleh 242 kakitangan teknikal terlatih.

Pembangunan modal insan tenaga nuklear dirancang dalam tempoh jangka sederhana dan panjang melalui latihan semula, pengajian lanjutan dan program sangkutan di luar negara.

Bagi rangka kerja kawal selia pula, MOSTI telah memperkukuh perundangan

draft • 11:10 AM

negara melalui pindaan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 - Akta 304

menerusi

draft • 11:10 AM

Akta Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025 - Akta A1779

. Pindaan ini merangkumi aspek keselamatan, total safety, security dan kawal guna atau safeguard selaras dengan keperluan dan standard antarabangsa bagi memastikan pengurusan aktiviti nuklear yang lebih menyeluruh dan selamat di Malaysia. Terima kasih Dato’.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Julau soalan tambahan.

draft • 11:10 AM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ialah adakah kemudahan sisa radioaktif ini tersedia dalam negara? Dan jika ya, nyatakan kapasiti kemudahan pengurusan sisa radioaktif negara termasuk jumlah kumulatif sisa radioaktif yang telah diuruskan sehingga tahun 2026 mengikut kategori serta tahap penggunaan kemudahan sedia ada. Dan mengapa Malaysia dilihat lebih cenderung kepada teknologi SMR berbanding radio— reaktor konvensional berskala besar dan adakah teknologi SMR ini sudah terbukti stabil secara komersial di peringkat global? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:10 AM

Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Yang Berhormat Julau atas dua soalan. Dato' Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Julau, Agensi Nuklear Malaysia selaku agensi teknikal di bawah MOSTI berperanan sebagai Pusat Pengurusan Sisa Radioaktif Kebangsaan yang mematuhi Akta Pelesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025 serta Tatacara Piawaian Keselamatan IAEA, Dokumen Teknikal TECDOC IAEA dan panduan pengurusan, Guidelines IAEA. Fasiliti ini yang tersedia di bawah Agensi Nuklear ini turut memenuhi keperluan sistem pengurusan ISO 9001:2015. Berdasarkan akta dan peraturan di Malaysia...

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Pengurusan sisa radioaktif di Nuklear Malaysia dilaksanakan secara sistematik merangkumi pengangkutan, pengumpulan, pencirian, rawatan, pengkondisian dan penstoran.

draft • 11:10 AM

Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Sisa radioaktif daripada aplikasi teknologi nuklear dalam sektor perubatan, makanan, pembuatan, industri, penyelidikan dan pendidikan merangkumi pelbagai jenis dan kategori termasuklah sisa aras sangat rendah, sisa aras rendah dan punca radioaktif terkedap terpakai (DSRS). Sehingga 2025, sebanyak 17,000 unit punca radioaktif terkedap terpakai atau DSRS dan 1,254 meter padu sisa pepejal dan 36 meter kubik sisa organik dan 16 meter kubik sisa akuas telah diuruskan oleh Nuklear Malaysia.

Dari segi keupayaan teknologi dan pengukuhan pula, penyelidikan melibatkan teknologi pengurusan sisa, Nuklear Malaysia memiliki kemudahan pengurusan sisa yang berkemampuan untuk pengkondisian punca radioaktif terkedap terpakai atau dengan izin, Disused Sealed Radioactive Sources (DSRS).

Selain itu kemudahan loji rawatan efluen asas rendah (LLETP) juga tersedia di mana tahap penggunaan kemudahan pengurusan sisa radioaktif sedia ada di Nuklear Malaysia adalah terkawal, selamat dan mampan serta disokong oleh pemantauan teknikal berterusan dan perancangan kapasiti jangka panjang.

Bagi persoalan yang kedua tadi berhubung dengan SMR. Sebagai makluman, SMR ini maksudnya small modular reactor dan dalam pelaksanaan kajian ini memang Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui kepakaran Agensi Nuklear Malaysia bekerjasama rapat dengan Kementerian PETRA, MyPower Corporation serta pihak berkepentingan lain bagi tujuan memastikan pengagihan teknologi yang dibuat adalah selaras dengan keupayaan teknikal infrastruktur sedia ada dan kepakaran tempatan.

Agensi Nuklear Malaysia, untuk makluman Yang Berhormat sebagai agensi teknikal negara dalam bidang sains dan teknologi nuklear sentiasa memperkukuh kapasiti modal insan, kemudahan penyelidikan serta rangka kerja sokongan bagi memastikan kesiapsiagaan teknikal sekiranya mana-mana teknologi nuklear dipilih untuk dilaksanakan pada masa hadapan.

Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini teknologi SMR masih di peringkat kajian prototaip dan belum boleh dikomersial. Justeru, kerajaan akan memastikan sebarang keputusan berkaitan teknologi nuklear dibuat secara berhati- hati berasaskan bukti atau evidence-based serta mengambil kira keselamatan, kebolehlaksanaan dan kepentingan negara sebelum dibawa ke peringkat keputusan dasar. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Kuala Terengganu.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Terengganu, silakan.

draft • 11:20 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Ya. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Pengurusan sisa radioaktif tahap tinggi merupakan cabaran paling kritikal dalam mana-mana industri nuklear global walaupun negara maju seperti Jepun mempunyai tenaga nuklear yang canggih, isu pelupusan sisa jangka panjang masih kekal sebagai beban dasar dan sosial.

Sebaliknya Finland telah mendahului dunia melalui pengoperasian Onkalo deep geological repository sebagai penyelesaian kekal.

Justeru, saya ingin bertanya, apakah strategi awal, pertengahan dan jangka panjang Kerajaan Malaysia dalam pengurusan sisa radioaktif tahap tinggi sekiranya tenaga nuklear ini mahu diteruskan dan adakah pendekatan deep geological repository sedang dipertimbangkan secara serius sebagai penyelesaian kekal?

Dan sejauh mana MOSTI sedang meneroka kerjasama serantau atau pelbagai hala termasuk dalam kerangka ASEAN atau perjanjian antarabangsa bagi perkongsian infrastruktur teknologi atau mekanisme pengurusan sisa nuklear memandangkan kos dan implikasi keselamatan yang sangat tinggi sekiranya ditanggung secara bersendirian oleh negara. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:20 AM

Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih, soalan yang dikemukakan oleh Kuala Terengganu. Berhubung dengan strategi untuk kita menghadapi persoalan radioaktif tahap tinggi ini, ya, sememangnya kerajaan melalui MOSTI masih belum ada sisa aras tinggi yang kita dapati di negara kita. Maka itu memang kita adalah dalam proses juga untuk membuat kajian bagaimana kaedah atau bila mana berlaku ataupun kita kesan ada radioaktif yang tinggi.

Akan tetapi kita senantiasa meneruskan usaha kita ini untuk seperti yang saya jawab awal tadi berhubung dengan radioaktif, yang sisa radioaktif yang perlu kita fahami dan cuba tangani seandainya juga berlakulah sisa aras tinggi ini di negara kita. Kita, insya-Allah punya upaya jugalah terbukti sebagaimana kita telah membuat kajian tentang radioaktif taraf rendah ataupun sangat rendah, itu lebih kurang kaedahnya lebih kurang sama juga.

Berdasarkan akta sedia ada pula dengan persoalan yang ditubuhkan tadi kaedah pengurusan aras tinggi adalah tertakluk kepada kaedah lesen yang dikendalikan oleh pihak loji janakuasa nuklear tersebut di mana di bawah lesen itu kita memang ada peraturan yang ketat ataupun guideline yang perlu dipenuhi bila mana kita dapati ada kesan daripada radioaktif yang tinggi, maka kita akan sama- sama cuba atasi sepertimana yang telah kita dapati juga contoh di Sabah ini. Kita ada satu tempat yang tinggi radioaktifnya iaitu di Kinabalu tapi kita sedang melihat tentang bagaimana kalau ia nya berlaku di negara kita, kita akan hadapi insya-Allah. Soalan kedua tadi kalau tak silap saya, saya akan ambil maklum juga...

draft • 11:20 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Kerjasama serantau.

draft • 11:20 AM

Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Iaitu ya, pendekatan sedemikian memang kita ada berbagai pendekatan yang kita gunakan terutama melalui ASEAN itu yang kita telah mempengerusikannya tahun lepas dan insya-Allah kita akan pastikan ia akan mendatangkan faedah kepada negara kita. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat. Kalau ikut jangkaan saya, soalan berikutnya adalah yang terakhir sebelum kita beralih ke agenda mesyuarat yang lain. Dengan ini, saya mempersilakan Dato’ Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri, Yang Berhormat Betong.

draft • 11:20 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan Betong nombor 10.

draft • 11:20 AM

10. Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri [Betong] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan strategi konkrit kementerian membantu penternak kecil dan sederhana beralih ke reban tertutup termasuk subsidi, automasi, pengurangan pekerja asing, analisis kos-manfaat serta impak sebenar terhadap kelangsungan pendapatan penternak di Sabah dan Sarawak.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menjawab.

draft • 11:20 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, transformasi sistem reban terbuka kepada sistem reban tertutup merupakan langkah strategik bagi meningkatkan biosekuriti kecekapan pengeluaran dan kemampanan industri. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan yang pertama, galakan penggunaan teknologi untuk meningkatkan produktiviti dengan mengurangkan kadar kematian ternakan, malah secara langsung mengurangkan kebergantungan kepada pekerja. Contohnya beri makan, beri minum melalui water automation.

Penggunaan teknologi moden seperti automasi dalam pemberian makanan dan air minum kepada ternakan pada skala besar mampu meningkatkan kecekapan pengurusan, memastikan nutrisi optimum sekali gus memperbaiki pertumbuhan serta kesihatan ternakan. Banyak dah sekarang ini moden pertanian ini mereka boleh control melalui telefon, melalui AI tentang ternakan ataupun ikan yang diternak di kolam mereka.

Yang kedua, penyediaan khidmat nasihat teknikal latihan pengurusan ladang moden, audit biosekuriti serta analisis kos manfaat dan unjuran pulangan pelaburan bagi membantu penternak membuat keputusan berinformasi dan mengurangkan risiko projek agar pelaburan berdaya maju melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

DVS sentiasa akan membantu.

Ketiga, geran pemadanan dan pembiayaan melalui Agrobank serta institusi kewangan tempatan bagi pembinaan atau naik taraf reban tertutup dengan keutamaan kepada penternak kecil dan sederhana. Sehingga Disember 2025, 19 pembiayaan bagi subsektor ternakan telah diluluskan dengan nilai RM62.7 juta.

Namun tiada subsidi disediakan bagi transformasi kepada reban tertutup.

Transformasi ini mengambil kira tahap kesiapsiagaan penternak, dari aspek infrastruktur dan logistik.

draft • 11:20 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Buat masa ini, tiada program mandatori di Sabah dan juga di Sarawak.

Mereka boleh menternak secara terbuka selagi ia nya mematuhi Ordinan Kesihatan Awam, khasnya di Sarawak iaitu Ordinan Kesihatan Awam Veterinar Sarawak 1999.

Segala galakan kepada penternak untuk beralih kepada sistem penternakan tertutup, Kementerian Kewangan telah meluluskan galakan cukai automasi sektor pertanian di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan diumumkan dalam Bajet 2026.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Galakan yang ditawarkan adalah elaun modal dipercepatkan sebanyak 100 peratus ke atas RM10 juta pertama perbelanjaan modal yang layak dan pengenalan pengecualian cukai pendapatan bersamaan 100 peratus ke atas perbelanjaan modal yang sama diberi untuk aktiviti penanaman, penternakan, apikultur (penternakan lebah), akuakultur dan perikanan tangkapan bagi permohonan yang diterima oleh KPKM daripada 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2027. Sekian, itulah jawapannya.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Betong. Betong.

draft • 11:30 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri di atas jawapan yang komprehensif dan di Malaysia, kita lihat komuniti penternak kecil dan sederhana ini, memang mereka menghadapi cabaran yang besar untuk bersaing dengan ladang-ladang komersial yang gergasi ini, terutamanya dalam aspek kestabilan kewangan dan juga penguasaan teknologi.

Dalam penternakan ini, makanan ternakan adalah menyumbang kepada kos yang tinggi dan dedak ini kebanyakan adalah import. Maka, apakah langkah konkrit kementerian untuk memastikan penternak kecil sederhana ini tidak terus tercekik oleh harga input sedangkan ladang komersial mempunyai kelebihan pembelian pukal yang jauh lebih murah dan adakah kementerian bercadang untuk memperkenalkan subsidi bersasar khususnya untuk input ternakan bagi penternak kecil dan sederhana sahaja.

Yang keduanya, isu yang hangat diperkatakan kebelakangan ini iaitu mengenai ladang khinzir.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

draft • 11:30 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Walaupun ada ladang yang sudah menggunakan sistem tertutup ataupun closed-house, isu pembuangan efluen ini masih lagi secara haram, masih lagi berlaku. Jadi, soalan saya, mengapakah kerajaan masih belum mewujudkan sistem zero discharge ataupun pelepasan sifar ini dan menghentikan lesen ladang khinzir komersial tradisional yang terbuka secara menyeluruh di seluruh negeri? Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Soalan kedua, hal khinzir itu, saya tidak menjawab kerana tak ada kena mengena dengan soalan pertama, soalan asal.

Walaubagaimanapun, kalau ada soalan kemudian, kita jawab ataupun dalam penggulungan, kita akan jawab soal khinzir itu.

Memang penternak-penternak kecil, pengusaha kecil ini memang hadapi masalah dengan kos beban penternak. Memang peranan dimainkan oleh MARDI dan DOA membangunkan bahan mentah alternatif kepada mereka. Di antaranya, penggunaan isirung sawit, mengoptimumkan penggunaan sisa industri sawit tempatan sebagai asas dedak.

Yang kedua, protein serangga. Sekarang ini, sedang popular iaitu black soldier fly, teknologi larva lalat askar hitam ini memang sekarang ini amat terkenal dan dia digunakan untuk pemakanan binatang termasuklah ikan, ayam dan sebagainya.

Ketiga, sedang diusahakan secara intensif kali ini iaitu ternakan jagung bijian tempatan dimulakan dengan 2,000 hektar di Perlis dan sekarang ini, saya dimaklumkan sudah 15 syarikat untuk terlibat dalam jagung tempatan ini dan di peringkat awal ini, kerajaan akan membantu kerana ia nya di peringkat awal, perlu kepada sokongan termasuk kewangan, logistik dan sebagainya.

Kita berusaha dan kita harap di Sabah dan Sarawak lah di antaranya kerana tanah di sana masih banyak dan luas akan terlibat dalam hal jagung bijian ini untuk ke arah masa depan, kita dapat mengurangkan harga bahan-bahan makanan, khasnya untuk ternakan. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sabak Bernam.

draft • 11:30 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Terima kasih. Adakah kementerian mempunyai dasar atau perancangan khusus untuk mengurangkan import ayam.

Sama ada ayam bulat ataupun keratan sebagai langkah melindungi kelangsungan pendapatan penternak kecil dan sederhana yang kini berdepan tekanan kos pengeluaran dan persaingan harga dengan produk import?

Selain itu, bolehkah kementerian menyatakan sasaran pengurangan import secara berperingkat serta mekanisme kawalan agar langkah ini benar-benar memberi manfaat kepada penternak kecil dan sederhana dan bukan sekadar menguntungkan pemain industri berskala besar, di samping memastikan kestabilan bekalan dan harga kepada pengguna terus terjamin. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Kedudukan ayam dan telur sekarang ini agak stabil dan reda. Walaupun bagaimanapun, kita juga melihat bahawa kadangkalanya yang menyebabkan pasaran agak terjejas ini, di antaranya, soal penyeludupan. Sebab itulah kita mahu semua pihak yang terlibat, gabungan kementerian untuk mengawal supaya tidak berlaku penyeludupan.

Yang ketiga, memang soal import dan sebagainya mesti kita seimbangkan dengan pengeluaran tempatan dan kita lihat insya-Allah menjelang bulan Ramadan, melihat data-data yang ada kepada kita, ia nya akan stabil kedudukan ayam dan telur ini.

Tentang soalan yang pertama tadi, memang soal kos pengeluaran itu meningkat, kita akui. Sebab itu kita usaha mencari jalan dengan pelbagai cara. Di antaranya, kita nak supaya jagung satu hari dapat di— sekurang-kurang menjelang 2030, kita 30 peratus ada jagung yang ditanam di Malaysia, grain corn itu. Ini yang kita usahakan. Begitu juga makanan-makanan daripada kelapa sawit, isi kelapa sawit dan juga black soldier, lalat itu kita akan perbesarkan supaya ia menjadi lebih murah makanan terutama sekali ternakan ayam pada masa yang akan datang.

Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Puan Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai senarai pembahas yang akan diumumkan bagi Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong seperti di No. 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi pada hari Selasa, 27 Januari 2026.”

draft • 11:37 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 11:37 PM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 11:37 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 11:37 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan]

MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya:

"Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kelima Belas.” [22 Januari 2026]

draft • 11:37 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Senarai pembahas adalah seperti berikut, YB Raub, YB Kuala Nerus, YB Jelebu, YB Padang Serai, YB Petaling Jaya, YB Labuan, YB Baram, YB Bagan Serai, YB Bangi, YB Gerik, YB Betong, YB Jerlun, YB Ipoh Timor, YB Sik, YB Pandan, YB Maran, YB Shah Alam, YB Kuala Langat, YB Rasah, YB Padang Terap, YB Ampang, YB Kuantan, YB Julau, YB Jerai, YB Puchong, YB Jerantut dan YB Bukit Bendera.

Saya minta Yang Berhormat Raub untuk berucap. Masa 12 minit.

draft • 11:37 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Terima kasih Speaker. Sebelum saya memulakan ucapan, saya ingin mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang kepada rombongan Melaka Historic Tourist Guide Association ke Parlimen.

[Tepuk]

draft • 11:39 AM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Puan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin menyatakan bahawa langkah kerajaan untuk membuka ruang kepada pelajar pemegang UEC merupakan satu perkembangan yang positif.

Sebenarnya, majoriti pelajar UEC sejak beberapa dekad lalu telah mengikuti sistem dwi laluan iaitu menduduki peperiksaan SPM, di samping peperiksaan UEC serta mencapai kadar kelulusan yang tinggi dalam subjek BM dan Sejarah SPM.

Pada tahun 2023, lebih 10,000 calon UEC menduduki peperiksaan bahasa Melayu dalam SPM. Daripada jumlah tersebut, 96 persen lulus dan 65 persen memperoleh gred cemerlang. Statistik ini jelas menentang dakwaan bahawa pelajar UEC tidak menguasai bahasa Melayu.

Lebih daripada itu, pencapaian pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina Chong Hwa, Kuala Lumpur dalam peperiksaan SPM tahun 2025 amat membanggakan. Lebih 300 orang pelajar memperoleh sekurang-kurangnya 5A dalam SPM manakala 124 orang pelajar berjaya meraih 9A dalam SPM. Oleh itu, jelas bahawa menduduki peperiksaan SPM bukanlah satu masalah bagi pelajar sekolah persendirian Cina.

Tuan Yang di-Pertua, kita harus bersikap jujur. Isu sebenar bukan hanya sama ada UEC diiktiraf atau tidak. Isu yang lebih besar ialah sama ada sistem kemasukan universiti awam kita benar-benar adil, telus dan seimbang. Hari ini, Malaysia mempunyai pelbagai laluan ke universiti awam. Matrikulasi; STPM; asasi; diploma; sijil antarabangsa; dan kini kita membincangkan UEC. Kepelbagaian ini bukan masalah. Masalahnya ialah apabila standard akademik dan peluang kemasukan antara laluan-laluan ini tidak setara.

Pelajar STPM misalnya, terpaksa menghadapi tahap kesukaran akademik yang lebih tinggi, tetapi peluang mereka tidak semestinya lebih baik. Pelajar matrikulasi pula menikmati laluan yang lebih mudah. Keadaan ini mewujudkan persepsi bahawa sistem pendidikan kita tidak dibina atas merit yang sama.

Jika kerajaan ingin mengiktiraf UEC tanpa reformasi menyeluruh, kita berdepan risiko bahawa sistem kemasukan universiti akan menjadi semakin rumit.

Kita akan mempunyai lebih banyak kategori pelajar, lebih banyak syarat yang berbeza dan lebih banyak ketidakseimbangan yang sukar dijelaskan.

Akhirnya, pelajar dan ibu bapa menjadi keliru manakala kepercayaan rakyat kepada tahap sistem pendidikan negara akan semakin terhakis. Adakah UEC wajar disetarakan dengan STPM dan juga matrikulasi dalam sistem tempatan atau disetarakan dengan kelayakan antarabangsa seperti A-Level dan juga IB?

draft • 11:40 AM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Raub, boleh saya bantu dalam isu ini?

draft • 11:40 AM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Silakan.

draft • 11:40 AM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih. Jadi, saya ada dua cadangan untuk bantu murid kita masuk ke universiti secara lebih adil.

Jadi, pertamanya adalah kita perlu meningkatkan markah koko bagi murid STPM supaya mereka boleh dapat markah koko yang lebih tinggi berbanding dengan murid yang dalam matrik kerana kita tahu kolej matrik itu satu sekolah, satu negeri.

Jadi, untuk mereka memperoleh markah koko itu jauh lebih senang berbanding dengan murid di STPM. Dengan trik ini, mungkin akan membantu murid STPM.

Kedua adalah kita perlu menaik taraf ataupun ubah suai sikit sistem UPU supaya murid yang dapat markah yang lebih cemerlang, lebih tinggi, dapat kursus pertama atau kedua mereka terlebih dahulu sebelum orang lain dapat first choice mereka iaitu satu sistem strategy proof supaya student cemerlang tidak kecewa apabila dapat result akhirnya. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Terima kasih Kluang. Apa yang cadangan saya adalah sistem markah koko ini sebenarnya adalah masalah yang utama yang dihadapi oleh pelajar-pelajar STPM kerana mereka sentiasa kalah semasa penilaian merit bersama dengan student, student matrikulasi. Oleh itu, markah koko perlu dinilai dan kenapa markah STPM selalu direndahkan jika berbanding dengan pelajar- pelajar matrikulasi dan juga asasi. Yang ini saya memang setuju nak nilai. Tapi yang paling penting target kami yang pada masa depan adalah menyatukan peperiksaan STPM dan juga matrikulasi. Yang ini adalah satu hala tuju yang betul. Oleh itu, saya teruskan ucapan saya.

Demi prinsip keadilan, kualiti akademik dan realiti pendidikan, saya ingin mencadangkan satu pendekatan dasar yang lebih teratur dan seimbang.

Pengiktirafan UEC boleh dilaksanakan melalui saluran direct intake ke universiti awam bersama seperti sijil A-Level, IB dan Australian Matriculation dan sebagainya.

Saluran ini berfungsi sebagai laluan tambahan yang terkawal tanpa mengugut struktur kemasukan UPU yang sedia ada.

Dengan cara ini, universiti mempunyai ruang untuk menilai pemohon UEC secara akademik dan profesional sementara kerajaan dapat mengurus proses pengiktirafan secara berperingkat.

Saya juga ingin menarik perhatian Dewan ini kepada satu isu teknikal yang sangat penting. Di bawah sistem sedia ada, pelajar yang hanya menduduki peperiksaan SPM bagi Bahasa Melayu dan Sejarah tidak akan memperoleh sijil SPM yang lengkap. Mereka juga tidak memenuhi syarat minimum seperti sekurang- kurangnya lima mata pelajaran SPM dengan kredit. Namun, hampir semua institusi pengajian tinggi awam mempunyai satu syarat asas iaitu general entry requirements bagi semua warganegara Malaysia yang mensyaratkan pemohon memilik sijil SPM atau sekurang-kurangnya lima kredit SPM.

Persoalannya jelas. Jika pelajar UEC hanya dibenarkan menduduki dua subjek SPM, adakah mereka sebenarnya memenuhi syarat kemasukan umum IPTA? Jika tidak, maka pengiktirafan UEC dalam bentuk sedia ada adalah menjadi pengiktiraf yang tidak lengkap dan pelajar UEC tetap berhadapan dengan halangan institusi. Oleh itu, saya ingin menyeru Kementerian Pendidikan Tinggi supaya memberikan penjelasan yang lebih jelas dan menyeluruh mengenai kedudukan pemegang UEC dalam kerangka general entry requirements dalam UIPTA.

Puan Yang di-Pertua, sebenarnya saya berpendapat bahawa penjelasan yang lebih langsung dan lebih mudah boleh dipertimbangkan. Kerajaan boleh meletakkan UEC sebagai satu kategori kelayakan pra universiti yang equivalent dengan kelayakan antarabangsa lain seperti IB, A-Level, Australian Matriculation atau bahkan peperiksaan kemasukan universiti dari negara lain.

Hari ini, banyak IPTA di negara kita mampu menerima pelajar daripada China yang tidak pernah menduduki peperiksaan Bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM.

Namun, persoalan yang timbul ialah mengapa pelajar warganegara Malaysia yang telah mengikuti kurikulum UEC dan pada masa yang sama menduduki peperiksaan SPM bagi Bahasa Melayu dan Sejarah masih sukar diterima masuk ke universiti awam di bawah laluan direct intake?

Dari sudut logik dasar, keadaan ini sukar untuk dipertahankan. Jika pelajar antarabangsa tanpa kelayakan Bahasa Melayu dan Sejarah boleh diterima, maka adalah tidak munasabah jika pelajar tempatan yang telah memenuhi keperluan Bahasa Melayu dan Sejarah masih berdepan halangan. Situasi ini menunjukkan bahawa masalah sebenar bukan pada kemampuan akademik pelajar UEC, tapi pada kekaburan dan ketidakselarasan dasar kemasukan universiti.

Oleh itu, kerajaan perlu menilai semula pendekatan sedia ada supaya dasar pendidikan negara benar-benar mencerminkan prinsip keadilan dan rationality. Jika UEC diiktiraf dalam kerangka yang sama seperti kelayakan antarabangsa, maka proses kemasukan universiti awam akan menjadi lebih jelas. Pendekatan ini bukan sahaja lebih praktikal, tetapi juga lebih konsisten dengan realiti sistem pendidikan global.

Tuan Yang di-Pertua, pengiktirafan tanpa mekanisme kawalan boleh menimbulkan ketidakseimbangan baharu. Oleh itu, saya mencadangkan supaya kerajaan menetapkan had maksimum bagi kemasukan melalui direct intake secara khusus, bilangan pelajar yang diterima melalui direct intake tidak melebihi 15 peratus daripada jumlah pelajar bagi setiap program pengajian. Hal ini penting untuk memastikan peluang pelajar dari laluan arus perdana khususnya STPM dan matrikulasi tidak terjejas secara mendadak di samping mengekalkan kestabilan sistem kemasukan universiti.

Namun, reformasi sebenar tidak boleh berhenti pada UEC sahaja. Selagi STPM dan matrikulasi kekal sebagai dua sistem yang tidak setara, isu ketidakadilan akan terus wujud. Oleh itu, kerajaan perlu mempertimbangkan satu reformasi yang lebih berani dan strategik iaitu menyatukan STPM dan matrikulasi ke dalam satu sistem pendidikan pra universiti yang baru.

Saya mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan satu sistem peperiksaan nasional yang diselaraskan, yang boleh dikenali sebagai new STPM. Sistem ini perlu mempunyai standard akademik yang sama, struktur penilaian yang telus dan tahap kesukaran yang setara untuk semua pelajar tanpa mengira latar belakang sekolah.

Tetapi, kita boleh melaksanakan sistem bonus markah sosioekonomi untuk pelajar dari keluarga yang kurang upaya.

draft • 11:40 AM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Dalam sistem ini, pelajar dari kategori ini akan diberikan pergandaan markah sebanyak 1.05 kali dalam sistem merit. Dengan kewujudan new STPM, pelajar matrikulasi dan STPM akan dinilai berdasarkan kerangka yang sama. Ini akan menghapuskan persepsi bahawa satu laluan lebih mudah daripada yang lain. Pada masa yang sama, ia akan memperkukuh prinsip meritokrasi dalam sistem kemasukan universiti awam. Langkah ini bukan sahaja lebih adil, malah lebih rasional dari sudut dasar. Ia akan mengurangkan fragmentasi dalam sistem pra-U, memudahkan perancangan universiti dan meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap sistem pendidikan negara.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang akhir saya nak bangkitkan adalah isu lembaga durian. Industri durian Malaysia telah berkembang menjadi industri yang bernilai tinggi. Bukan sahaja untuk pasaran tempatan tetapi juga untuk eksport. Namun persoalan utama ialah adakah pekebun kecil turut menikmati manfaat sebenar daripada kejayaan industri ini. Hakikatnya, pekebun sering berada dalam kedudukan yang lemah dalam rantaian nilai industri durian. Harga di ladang ditentukan oleh pemborong besar, bukan oleh pekebun.

Dalam banyak kes, buah gred A Musang King diturunkan kepada gred B.

Gred B diturunkan kepada gred C. Bukan kerana kualiti sebenar, tetapi kerana kuasa tawar-menawar yang tidak seimbang. Akibatnya, harga jatuh dan pekebun tiada mekanisme untuk mencabar penilaian tersebut. Keadaan ini menunjukkan bahawa masalah utama bukan pada keupayaan pekebun, tetapi pada struktur pasaran yang tidak adil.

Oleh itu, saya cadangkan kerajaan mempertimbangkan, menubuhkan Lembaga Durian Malaysia. Tujuan lembaga ini bukan untuk mengawal pasaran secara berlebihan, tetapi untuk mewujudkan ekosistem industri durian yang lebih adil dan telus. Lembaga ini boleh menetapkan standard penggredan durian yang seragam, meningkatkan ketelusan harga pasaran, serta menyediakan mekanisme aduan bagi pekebun.

Ia juga boleh memperkukuh kedudukan pekebun melalui koperasi dan akses pasaran yang lebih luas. Selain itu, lembaga ini boleh berperanan dalam penyelarasan isu hak guna tanah pekebun melalui kerjasama dengan kerajaan negeri dan agensi berkaitan bagi memastikan bahawa pekebun yang benar-benar mengusahakan tanah tidak terus terpinggir. Kita tidak boleh membiarkan pekebun bekerja di atas tanah yang mereka sendiri tidak pasti masa depannya. Yang ini cadangan saya dan sekian terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Raub. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Nerus.

draft • 11:50 AM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim****.** [Membaca sepotong doa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas keizinan yang diberikan kepada Kuala Nerus untuk mengambil bahagian dalam usul perbahasan menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari ini dan dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dalam para tiga mengenai tumpuan RMK13 iaitu kesejahteraan rakyat terhadap bidang kesihatan. Saya ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu barah senyap yang sedang membunuh modal insan rakyat, terutamanya anak muda kita.

Mengikut laporan Malaysia Global AIDS Monitoring 2025, negara kini berhadapan dengan perubahan punca jangkitan yang sangat membimbangkan. Hari ini, 96 peratus jangkitan baharu HIV di negara kita berpunca daripada transmisi seksual. Statistik menunjukkan 44 peratus daripada pesakit HIV baru adalah daripada golongan belia berusia 20 hingga 29 tahun.

Majoritinya melibatkan lepasan sekolah dan pelajar IPT kita sendiri.

Pendedahan Timbalan Menteri Pendidikan mengenai 222 pelajar IPT dikesan positif HIV sepanjang tahun 2024 yang menyumbangkan kepada rekod 1,091 kes dalam kalangan pelajar IPT sahaja dalam tempoh empat tahun dari 2021 hingga 2024.

Tuan Yang di-Pertua, yang lebih menggerunkan kita ialah Laporan Malaysia Global AIDS Monitoring 2025 ini juga mendedahkan bahawa 64 peratus daripada jangkitan baharu HIV ini adalah daripada kumpulan Men Sex Men (MSM) dengan izin. Persoalannya mengapa wujud ketidakteraturan tadbir urus di mana agensi kerajaan seolah-olah takut untuk menyentuh golongan LGBT ini.

Sedangkan data statistik secara jelas menunjukkan bahawa budaya ini sebagai punca klinikal yang sangat nyata. Kaitan ini tidak berhenti daripada HIV sahaja. Kita juga tidak boleh mengabaikan lonjakan kes jangkitan kelamin yang lain ataupun Sexual Transmitted Disease (STD) dengan izin. Data KKM menunjukkan kes sifilis di peringkat nasional melonjak naik daripada 2,591 kes pada tahun 2017 kepada 4,669 kes pada tahun 2025 di hampir semua negeri terutamanya di Pulau Pinang, Selangor dan Sarawak.

Malah statistik Kementerian Pendidikan mencatatkan seramai 913 remaja sekolah terlibat dengan jangkitan STD dalam tempoh 2018 hingga 2022. Ini adalah bukti jelas bahawa budaya LGBT ini bukan saja meruntuhkan moral tetapi secara langsung menjadi vektor utama penularan penyakit yang membebankan sistem kesihatan negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya menghargai jawapan Menteri Kesihatan mengenai komitmen terhadap program PrEP atau Pre-exposure Prophylaxis (PrEP).

Namun, KKM tidak boleh bekerja secara silo. Jika KKM hanya fokus kepada pemberian ubat, tetapi punca yang kritikal iaitu budaya LGBT terus dibiarkan menular tanpa kawalan, maka kita hanya merawat simptom tanpa memerhatikan punca sebenar jangkitan tersebut.

Merujuk kepada jawapan Menteri yang menyatakan keterbukaan KKM untuk menambah baik dasar PrEP, saya ingin bertanya jauh manakah jaminan KKM bahawa langkah-langkah ini bukan hanya sebagai garis panduan di atas kertas sahaja tetapi benar-benar mampu menterjemahkan prinsip maqasid syariah dalam aspek pencegahan kemudaratan tingkah laku yang menjadi punca utama penyakit ini.

Sebagai cadangan bersepadu, saya mengesyorkan agar KKM tidak lagi bertindak cara terasing, sebaliknya mengetuai suatu kolaborasi proaktif rentas kementerian bersama KPT, KPM dan agensi-agensi agama untuk memastikan setiap intervensi klinikal wajib disatukan dengan modul perubahan tindakan laku bagi membanteras budaya LGBT dan seks bebas. Supaya kita tidak sekadar bangga merawat kesan klinikal, tetapi pada masa yang sama tanpa sedar kita menyumbang kepada normalisasi gaya hidup yang songsang yang akhirnya membebankan sistem kesihatan awam dan masa depan modal insan negara.

Tuan Yang di-Pertua menyentuh mengenai reformasi federalism, Kuala Nerus ingin merujuk kepada Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong pada para 20 yang berbunyi dengan izin, kita sewajarnya kembali kepada nilai asal pembentukan Malaysia iaitu perpaduan dan hormat menghormati serta kerjasama erat antara negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Namun, sehingga kini masih wujud ketidaksamarataan layanan ataupun double standard dengan izin yang sangat ketara terutamanya dalam keseimbangan pembangunan wilayah. Adakah kriteria agihan dana pusat hari ini bergantung kepada warna politik negeri atau berdasarkan kepada keperluan rakyat yang sebenar. Sebagai contoh, Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3), projek ini telah pun diumumkan sejak Rancangan Malaysia Ke-9 pada tahun 2006.

Namun selepas dua dekad dan walaupun kajian awal telah siap pada Ogos 2022, rakyat Pantai Timur, Terengganu dan Kelantan terus hampa apabila LPT3 masih tidak disenaraikan dalam RMK13 mahupun Belanjawan 2026. Apa yang mengecewakan kami adalah sikap double standard yang semakin nyata dalam agihan peruntukan infrastruktur nasional. Jawapan yang kami terima ialah kerajaan hanya ingin meneliti cadangan penyelesaian LPT3 yang dianggarkan bernilai atau pun kos RM9.8 bilion itu untuk diswastakan.

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya ialah setelah menanti selama 20 tahun sejak RMKe-9, adakah ini sahaja jawapan Kerajaan Persekutuan kepada 3.14 juta rakyat Terengganu dan Kelantan? Adakah nasib jutaan rakyat ini hanya layak diserahkan kepada bebanan tol penswastaan nanti?

draft • 11:52 AM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Berbandingkan dengan projek LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang yang kini dilaporkan melonjak nilainya sehingga RM17.3 bilion. Yang sangat mengejutkan ialah apabila projek ini mendapat keistimewaan untuk dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat, sedangkan LRT3 untuk diswastakan...

draft • 12:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Kuala Nerus. Kuala Nerus, soalan.

draft • 12:00 PM

Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah bukti jelas wujudnya ketidakseimbangan pengagihan fiskal yang bersifat terpilih dan sangat tidak adil. Kami mendesak agar Kerajaan Pusat kembali kepada semangat Perjanjian Malaysia 1963...

draft • 12:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Kuala Nerus.

draft • 12:00 PM

Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

...Yang ditekankan adalah Titah Baginda Yang di-Pertua Agong untuk menghormati hak negeri.

draft • 12:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Minta soalan?

draft • 12:00 PM

Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Saya tidak bagi lagi ruang, sebab masa tak cukup ni.

Tuan Yang di-Pertua, begitu juga dalam sektor maritim. Pelabuhan Kemaman adalah badan berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT).

Namun ia seolah-olah menjadi anak tiri dalam agihan dana. Sehingga kini, pengurusannya masih berkongsi dengan Lembaga Pelabuhan Kuantan. Namun yang kita lihat, keutamaan dana Persekutuan lebih banyak tertumpu kepada Kuantan.

Pelabuhan Kuantan mendapat peruntukan daripada Kerajaan Pusat oleh geran infrastruktur berjumlah lebih RM1 bilion untuk pembinaan pemecah ombak:

breakwater. Sebaliknya, Pelabuhan Kemaman hanya bergantung kepada pelaburan GLC negeri melalui EPIC Berhad dengan berjumlah RM3 bilion untuk naik taraf kemudahan tanpa peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

Saya tidak mempertikaikan keperluan negeri jiran, tapi saya persoalkan keadilan agihan. Mengapa Terengganu yang menyumbang hasil royalti petroleum yang begitu besar pada negara dipinggirkan daripada peruntukan infrastruktur persekutuan yang kritikal ini.

Adakah struktur tadbir urus yang dikongsi dengan Pelabuhan Kuantan hari ini telah menyebabkan keperluan strategik dan agihan Pelabuhan Kemaman terpinggir dalam permohonan geran tahunan di peringkat kementerian? Kuala Nerus memohon penjelasan, adakah terdapat kekangan sistemik yang menghalang Lembaga Pelabuhan Kemaman daripada mendapat akses dana persekutuan yang adil.

Kerajaan Persekutuan mesti menyahut seruan Titah Yang di-Pertuan Agong untuk menghormati hak kerajaan negeri dan pembangunan wilayah yang adil. Maka seruan saya kepada kerajaan ialah untuk menstruktur semula tadbir urus dengan menjadikan kedudukan Lembaga Pelabuhan Kemaman dapat berkuasa penuh, justeru keutamaan khusus dapat diberikan juga kepada pelan pembangunan jangka panjang Pelabuhan Kemaman kelak.

Dengan jangkaan lonjakan kargo sehingga 7 juta tan setahun yang akan menjamin kelestarian rantaian bekalan petroleum nasional malah mempercepatkan peranan Kemaman sebagai hab maritim hijau di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), bagi mencapai pertumbuhan ekonomi Malaysia di persada antarabangsa. Kuala Nerus juga menuntut komitmen peruntukan persekutuan bagi projek naik taraf Pelabuhan Kemaman ini.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkit beberapa isu tempatan, isu kawasan saya. Pertamanya, berkaitan dengan status Program Residensi Rakyat atau PRR Jeram yang dahulunya dikenali sebagai PPR Jeram.

Saya difahamkan projek ini kini berada dalam fasa penganugerahan tender yang dijangka selesai pada akhir tahun ini.

Tuan Yang di-Pertua, rakyat Kuala Nerus telah lama menanti projek ini dimulakan. Saya menuntut komitmen serius daripada KPKT agar proses penganugerahan ini tidak lagi tertangguh dan apakah jaminan kementerian bahawa kontrak yang bakal dipilih nanti benar-benar mempunyai dengan keizinan, financial and technical capability yang kukuh bagi memastikan projek ini tidak tersangkut di tengah jalan. Saya mendesak agar KPKT mempunyai mekanisme pemantauan rapi, close monitoring. Kita tidak mahu proses ketelusan tender ini akhirnya sekadar menjadi alasan birokrasi yang melengah-lengahkan pembinaan rumah mampu milik di Kuala Nerus.

Seterus ni saya ingin membangkitkan isu projek Bekalan Air Luar Bandar, BALB di Kampung Kubang Jela yang merupakan sebahagian daripada skop kerja naik taraf sistem agihan air untuk mengatasi masalah tekanan rendah di kawasan Kuala Nerus.

Projek ini sepatutnya siap pada 22 Ogos 2023 dan dimaklumkan kini projek ini di bawah seliaan Arissa Engineering. Ini telah pun ditamatkan dengan izin, terminated kerana kegagalan kontraktor melaksanakan projek. Kontraktor sudah ditamatkan, Kementerian sudah bertukar nama. Jadi apakah langkah seterusnya yang akan dibuat oleh kementerian untuk menyelesaikan masalah ini? Saya mohon penjelasan daripada KKDW, bilakah pelantikan kontraktor penyelamat akan dikeluarkan dan apakah alasan bagi pihak kementerian mengenai masa yang terlalu lama, setengah tarikh siap asal sudah melepasi tempoh dua tahun.

Dan akhirnya Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup, saya ingin tegaskan bahawa integriti tidak akan wujud tanpa keadilan dan kesihatan rakyat tidak akan mungkin terjamin tanpa kekuatan moral. Kita tidak boleh berdiam diri melihat ketempangan dalam paralelisme. Saya mendesak kerajaan agar segera membetulkan semula amalan double standard dalam agihan fiskal negara.

Pada masa yang sama, perkuatkanlah polisi kesihatan awam. Bukan hanya pelan klinikal sahaja, tapi dengan suntikan nilai jati diri yang utuh. Kita bertanggungjawab pada sejarah. Kita tidak boleh biarkan anak cucu kita mewarisi sebuah negara yang miskin dengan prinsip dan nilai-nilai moral.

Sekian, Kuala Nerus mohon menyokong usul perbahasan Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong pada sesi ini. Wallahualam. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Saya menjemput Yang Berhormat Jelebu.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Pertamanya, saya ingin merafakkan setinggi-tinggi junjungan kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas Titah Diraja yang telah disampaikan bersempena dengan persidangan Parlimen kali ini.

Tentunya, titah Baginda tegas berpaksikan kepada realiti semasa negara serta cabaran sebenar yang sedang dihadapi oleh rakyat.

Penekanan Baginda kepada isu rasuah, kepada kebajikan rakyat, pendidikan dan kestabilan negara ini mencerminkan keperluan untuk kita bergerak melalui melangkaui retorik dan juga memberi tempuan kepada hasil.

Dato’ Yang di-Pertua, sebelum saya teruskan perbahasan saya, saya ingin ambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih saya kepada Kerajaan Persekutuan terutamanya Yang Amat Berhormat Tambun di atas kelulusan bayaran premium Tanah Kem Sirajuddin Gemas seluas 3,868 hektar yang berjumlah RM1.2 bilion yang pernah saya bawa ke Dewan ini dan bayarannya telah pun dibayar bermula pada tahun 2025. Insya-Allah segala bantuan dan juga kelulusan ini akan digunakan untuk kepentingan rakyat dan dizahirkan untuk pembangunan Negeri Sembilan khususnya.

Dato’ Yang di-Pertua, saya masuk kepada...

draft • 12:05 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Jelebu, sikit Jelebu.

draft • 12:05 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Ya.

draft • 12:05 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Tampin sering kali bangkitkan tuntutan bayaran premium tanah ini, di Gemas, Tampin. Alhamdulillah akhirnya direalisasikan. Kami mohon sedikit sahaja daripada RM1.2 bilion premium itu untuk Tampin. Bina masjid baharu di Gemas. Yang Berhormat Jelebu, selaku YB Exco Kanan Negeri Sembilan dapat memenuhi permintaan ini. Kalau tak, jangan balik— jangan datang Tampin.

draft • 12:05 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Saya setuju dan masukkan dalam teks saya untuk diberi kelulusan oleh Yang Amat Berhormat Tambun dan juga Yang Berhormat Port Dickson, di hadapan saya.

draft • 12:05 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Jelebu.

draft • 12:05 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Dato’ Yang di-Pertua, saya masuk ke program tajuk yang berkaitan yang penting, yang selalu disebut oleh masyarakat sekarang iaitu yang berkaitan dengan pendidikan. Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong, menyebut dalam titah Baginda berkenaan dengan pemerkasaan sistem pendidikan di seluruh negara supaya menjadi asas yang kukuh dalam pembinaan bangsa, jati diri dan masa hadapan negara.

Saya senada dan sangat bersetuju dengan pendirian Tuanku, pendidikan adalah salah satu perkara yang kita tidak boleh kompromi kerana hanya dengan pendidikan saja boleh merubah nasib sesebuah keluarga, bangsa dan negara, Dato’ Yang di-Pertua. Sebab itu, di Parlimen Jelebu Dato’ Yang di-Pertua, seboleh mungkin saya akan pastikan tidak ada anak-anak Jelebu, sama ada orang Cina, Melayu, India dan masyarakat orang asli, tercicir daripada mendapat pendidikan asas semaksima mungkin.

Pengumuman Yang Amat Berhormat dalam Tambun Dato’ Yang di-Pertua, berkenan Rancangan Pendidikan Negara 2026 dan 2027, telah mengundang pelbagai pandangan dan reaksi daripada ibu bapa, guru dan masyarakat setempat.

Saya nak ambil contoh Dato’ Yang di-Pertua, tentang poll ataupun orang kata apa, tentang pandangan undi yang dibuat oleh Sinar Harian melalui Sinar Bestari pada sebaik sahaja selepas pengumuman yang dibuat oleh pihak kerajaan.

Setakat poll yang dibuat Dato’ Yang di-Pertua, soal selidik yang dibuat, 5,673 orang yang mengambil bahagian, 77 peratus tak setuju dan hanya menyatakan persetujuan 40 atau 23 peratus saja bersetuju yang menerima cadangan umur enam tahun masuk ke tahun, Darjah 1 bermula tahun 2027.

Saya tahu keputusan itu sudah pun dibuat oleh pihak kerajaan dan saya secara personal dan peribadinya saya bersetuju Dato' Yang di-Pertua, tetapi apabila kita sudah buat keputusan, kementerian perlu mengambil kira dan melihat apa isu yang dibangkitkan oleh rakyat.

draft • 12:05 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Pertama ialah setelah membaca semua respons di media sosial dan juga berjumpa dengan masyarakat, isu yang timbulkan pertama kesiapsediaan guru dan kemampuan fasiliti sekolah yang disebut oleh ramai rakan-rakan Ahli Parlimen.

Yang kedua ialah isu yang berkaitan dengan 3M. Saya membaca laporan awal berkenaan dengan kemasukan pelajar di seluruh negara bagi tahun 2026, dianggarkan 400,000 pelajar telah mendaftar sebagai pelajar Tahun 1. Angka 400,000 ini— setahun ini sebenarnya sudah konsisten untuk beberapa tahun dan dengan kemasukan biasa ini sahaja, Kementerian Pendidikan sudah menghadapi masalah kepadatan pelajar di dalam kelas dan kekurangan guru Dato’ Yang di- Pertua. Keadaan ini paling ketara di kawasan bandar seperti Lembah Klang, Johor Baharu dan Pulau Pinang di mana banyak sekolah kini beroperasi pada kapasiti melebihi had. Situasi ini bukan sahaja memberi kesan kepada kualiti pengajaran, malah turut mempengaruhi keselesaan, motivasi dan perkembangan murid.

Dato’ Yang di-Pertua, apabila bilangan murid terlalu ramai, guru menghadapi tekanan. Tekanan emosi untuk kawal kelas dan murid juga sukar hendak memberikan tumpuan kepada kelas kerana suasana bising dan padat. Maka dengan itu, Yang Berhormat Menteri telah menjelaskan bahawa kemasukan pelajar tahun enam ke tahun satu bersifat pilihan.

Ini Menteri dah buat beberapa opsyen, tetapi walau bagaimanapun, dengan andaian 50 peratus sahaja pelajar umur enam tahun masuk ke Tahun 1 ini, kita akan dapat pertambahan pelajar, hitung panjang 200,000 orang. Menjadikan 600,000 pelajar Tahun 1 pada tahun 2027, tetapi Dato’ Yang di-Pertua, saya yakin, ibu bapa akan masukkan anaknya seawal enam tahun kepada Tahun 1 ini dan jumlah ini akan melebihi daripada apa yang kita jangkakan.

Sesuatu mesti difikirkan oleh pihak kementerian supaya dasar yang baik ini perlukan masa untuk dilaksanakan secara berperingkat. Kepadatan kelas adalah isu besar yang memberi kesan langsung kepada kualiti pendidikan. Meskipun KPM telah melaksanakan beberapa pendekatan untuk mengurangkan masalah ini, masih banyak aspek yang perlu diambil kira.

Usaha membina lebih banyak sekolah, menambah guru dan menaik taraf kemudahan perlu dilakukan secara berterusan dan dipercepatkan. Pendidikan yang selesa dan berkualiti, hak setiap murid, maka penyelesaian terhadap isu kepadatan kelas bukan soal ruang fizikal, tetapi turut melibatkan komitmen kerajaan, sekolah, ibu bapa dan masyarakat dalam memastikan masa depan generasi muda yang lebih terjamin.

Dato’ Yang di-Pertua, selain daripada itu, isu yang terus dibimbangi 3M, membaca, menulis dan mengira. Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan pada 24 Februari 2025 dia jawab soalan di dalam Dewan Yang Mulia ini. 59.3 peratus daripada 122,000 murid Tahun 1 dikenal pasti menguasai kemahiran 3M sepanjang tahun 2024 dan 40 peratus lagi murid Tahun 1 yang usia 7 tahun gagal menguasai 3M. Ini angka yang sangat membimbangkan Dato’ Yang Pertua.

Dato’ Yang Pertua, sebab itu apabila semua bercerita tentang pelajar, ibu, bapa, guru dan sistem, ramai tidak memperjuangkan nasib guru. Kerajaan perlu melihat ataupun apabila bercakap soal pendidikan, majoriti kita harus menumpukan juga kepada nasib guru. Dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun 2025 yang baru lepas, yang berlangsung dua minggu yang lalu, Yang Amat Berhormat Presiden UMNO telah mengemukakan usul dan dipersetujui oleh semua perwakilan untuk mewujudkan satu Akta Perlindungan Guru Malaysia.

Guru merupakan tunjang kepada pembinaan modal insan negara, namun realitinya semakin ramai guru berdepan tekanan bukan sahaja dari segi beban tugas, tetapi juga risiko tindakan undang-undang termasuk ancaman letter of demand dengan izin, hanya kerana mereka melaksanakan tanggungjawab mendidik dan mendisiplinkan pelajar. Cadangan ini, akta ini bukan bertujuan untuk memberikan kekebalan mutlak kepada guru, tetapi untuk memberikan perlindungan perundangan yang jelas dan adil supaya guru dapat menjalankan tugas profesional mereka tanpa rasa takut selagi tindakan tersebut mematuhi garis panduan etika yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Tanpa pelindungan undang-undang yang sewajarnya, kita berisiko mewujudkan budaya ketakutan dalam kalangan pendidik yang akhirnya akan menjejaskan disiplin sekolah dan kualiti pendidikan itu sendiri. Saya berharap supaya kerajaan mempertimbangkan cadangan yang dibawa oleh UMNO supaya Akta Perlindungan Guru diwujudkan secara menyeluruh dengan mengambil kira pandangan semua pihak yang berkepentingan demi mempertabatkan profesion perguruan dan ekosistem pendidikan.

Dato’ Yang di-Pertua, saya lompat tajuk saya. Saya nak sebut pasal CCTV sikit, tapi tak apa kerana masa dah pendek sangat. Saya nak sebut isu yang penting Dato’ Yang di-Pertua, saya harap Dato’ Yang di-Pertua bersabar sedikit. Antara isu yang penting sekali sekarang ni pasal FELDA Dato’ Yang di-Pertua. Saya sebut selalu dalam FELDA. Rumah PGBF, rumah generasi kedua yang tak siap.

Negeri Sembilan, 909 di bawah FELDA masih lagi tak siap Dato’ Yang di- Pertua. Bukan soal besar, soal kecil RM40,000 peruntukan. Soal sains, ada satu Dato’ Yang di-Pertua di program Sentuhan Kasih FELDA Palong 16, 100 unit rumah.

Cantik rumah itu Dato’ Yang di-Pertua. Dah boleh bagi pada golongan generasi kedua FELDA, tapi tak dibagi kerana ada sebahagian kecil perkara yang berkaitan dengan birokrasi tak diselesaikan.

Saya harap FELDA melalui kerajaan kali ini dapat kita selesaikan once for all lah. Yang itu saya tak nak sebut Yang Pertua. Saya nak sebut kali ini ialah tentang perkara yang berkaitan dengan rumah kedua yang dibina atas lot peneroka.

Secara puratanya Dato’ Yang di-Pertua, di Negeri Sembilan ada lebih kurang— mana? saya dah lompat-lompat ni. Ada lebih kurang 9,088 rumah. Itu di seluruh Malaysia. Di Negeri Sembilan, ada 507 rumah kedua yang telah siap dibina dalam lot pertama, lot ibu bapa. Tentunya saya faham dan mereka juga faham bahawa membina rumah kedua di atas lot pertama ibu bapa ini melanggar dan juga menyalahi Akta GSA 1960 yang memperuntukkan hanya sebuah rumah sahaja boleh bina atas rumah peneroka, tetapi kita juga harus faham kekangan dan keperluan dalam keluarga peneroka tersebut sebab isu rumah kedua terpaksa dibina.

Maka dengan itu Dato’ Yang di-Pertua, saya nak sebut ulang balik dalam Dewan Yang Mulia ini. Dua kali kelulusan telah pun dibagi. Walaupun Akta GSA tak boleh, tetapi itu boleh dilakukan atas roh dan semangat tinggi daripada kepimpinan kita. Yang Amat Berhormat Tambun, Yang Amat Berhormat Bagan Datuk dan seluruh kepimpinan Kabinet kerajaan boleh buat keputusan untuk sekali gus menyelesaikan masalah ini.

Sebelum ini dua kali dah buat Dato’ Yang di-Pertua. Tahun Julai 2017 sehingga Disember 2017. Ketika itu yang berbahagia Dato’ Sri Najib menjadi Perdana Menteri. Kali kedua baru-baru ini, Oktober 2023 sehingga Disember 2023 yang di mana Yang Amat Berhormat Tambun telah pun menjadi Perdana Menteri dan apabila kelulusannya diberi, maka banyak masalah yang telah diselesaikan untuk generasi kedua bagi mendapatkan bekalan api dan air.

Sekarang ini Dato' Yang di-Pertua, 9,088 di seluruh negara. Saya nak sebut Negeri Sembilan, 507. Mana dia ambil api, mana dia ambil air. Dia sambung daripada rumah utama. Bila sambung daripada rumah utama Dato’ Yang di-Pertua, dia boleh meletup pada bila-bila masa. Dia boleh mengakibatkan kebakaran...

draft • 12:10 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Yang Berhormat Jelebu.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Pada bila-bila masa.

draft • 12:10 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Yang Berhormat Jelebu. Rumah haram itu pun ada api air, ini rumah atas tanah mak bapak kita tak boleh masuk api, air. Ini apa masalahnya?

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Ini Tampin, jangan bakar sangat.

Saya tengah cool sekarang ini. Dato’ Yang di-Pertua, memang betul apa kata Tampin.

Masalah dia sambung wayar itu Dato’ Yang di-Pertua tanpa ilmu berkaitan dengan soal keselamatan. Air okey, tetapi api ini, dia boleh dijadikan masalah mengakibatkan kemalangan jiwa yang berlaku di kalangan generasi kedua FELDA.

Maka dengan itu Dato’ Yang di-Pertua, saya sangat faham apabila kerajaan bagi esok, api akan shortage Tampin. Air akan shortage kerana kita bagi banyak bekalan tambahan, tetapi rumah ni apabila dibina Dato’ Yang di-Pertua, maka kita ambil jalan win-win situation. Cari satu formula bagaimana kita boleh bagi kebenaran ini. Selepas ini kita beritahu kepada generasi yang kedua FELDA, dah tak boleh buat dah. 988 kita selesaikan once for all, lepas ini jangan buat lagi atas tanah rumah pertama ini dan pengurusan FELDA harus enforce daripada awal. Jangan dah bina dah siap, baru kata tak boleh masuk dan sebagainya. Ini mesti diselesaikan.

Jadi Dato’ Yang di-Pertua, ini adalah merupakan perkara yang sangat penting dan akhir sekali Dato’ Yang di-Pertua, Akta GSA.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Akta GSA yang telah pun dipinda sekarang— bulan— sesi libat urus dah dibuat. Libat urus yang kerajaan negeri belum buat, Dato’ Yang di-Pertua. Saya, exco di Negeri Sembilan yang jaga FELDA belum dipanggil untuk sesi libat urus tentang pindaan Akta GSA FELDA ini. Saya harap supaya ini dapat dibawa ke Dewan Rakyat, dapat dibahas secara cepat mungkin dan dapat dilaku dan dilaksanakan pada tahun 2027 Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Saya potong dua tajuk kerana saya hormat kepada disiplin Dato' Yang di- Pertua, untuk mengikut masa. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, Jelebu mohon menyokong.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Saya jemput Yang Berhormat Padang Serai.

draft • 12:20 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas merupakan suatu dokumen penting yang bukan sahaja mengandungi panduan, malah merupakan perintah dan peringatan keras mengenai tadbir urus negara, integriti dan keutamaan rakyat.

Sebagai Ahli Parlimen PN yang menekankan tadbir urus berasaskan fakta, titah ini memberikan asas dan justifikasi moral yang kukuh terhadap setiap kritikan yang dibangkitkan. Berikut adalah kaitan langsung antara Titah Diraja dengan ketiga- tiga isu yang saya ingin sampaikan.

Isu yang pertama, isu pembangunan bola sepak negara dan keruntuhan sistem bola sepak kebangsaan. Semua sedia maklum pada September 2025, FIFA telah mengenakan denda ke atas FAM dan menggantung tujuh pemain Skuad Harimau Malaya kerana didakwa menggunakan dokumen palsu untuk kelayakan. Ini bukan sekadar skandal bola sepak, ini adalah pengkhianatan terhadap integriti negara. Lebih malang, pihak polis mengesahkan menerima 45 laporan dan merakam keterangan lapan individu berkaitan kesalahan pemalsuan dokumen ini. Rujuk Berita Harian 22 September 2025.

Kejatuhan ini Yang Berhormat Tan Sri Speaker, adalah titik kemuncak kepada dekad-dekad pengurusan yang lemah. FAM nampaknya bukan diurus sebagai institusi pembangunan sukan lagi, tetapi sebagai medan permainan politik dan sumber jawatan. Pelantikan dibuat bukan atas dasar dan bakat dan kompetensi, tetapi atas dasar siapa yang kenal siapa. Akibatnya kita kehilangan identiti bola sepak kita sendiri.

Titah Seri Paduka Baginda sudah tegas dan berani menyentuh isu rasuah yang berleluasa yang merupakan punca utama kejatuhan institusi seperti FAM.

Petikan Titah fasal empat, saya ingin ingatkan di sini segala perancangan dibuat tidak akan sempurna jika amalan rasuah masih berleluasa. Mari kita lihat fakta.

Negara seperti Jepun dan Korea Selatan yang membangun sistem bola sepak negara sejak lebih 30 tahun yang lalu, mereka tidak bergantung pada pemain warisan yang diimport dengan dokumen yang meragukan. Mereka membina dari bawah dari pemakanan kanak-kanak sekolah rendah akar umbi, program latihan fizikal, kursus, sistem akademi yang berterusan hingga ke peringkat elit, mereka mempunyai perancangan induk 100 tahun, bukan perancangan lima tahun yang sentiasa berubah-ubah.

Di sini saya ingin menyeru kerajaan untuk hentikan segera politicking di dalam FAM. Kerajaan perlu mengambil inisiatif untuk berunding secara serius dengan FAM. Bukan sekadar memberi peruntukan tanpa syarat untuk merombak sistem pentadbiran dan perancangan bola sepak negara dengan mengutamakan kepada pembangunan akar umbi, grassroot. Kerajaan perlu mewajibkan pelantikan di FAM dan Persatuan Negeri berdasarkan merit kelayakan dan rekod pencapaian bukan atas dasar koneksi politik atau pun kronisme. Audit semua pelantikan jawatan penting dalam tempoh 10 tahun kebelakangan dan sediakan juga peruntukan khas jangka panjang 20 hingga 30 tahun untuk program pembangunan pemain bermula daripada peringkat akar umbi sekolah rendah merangkumi aspek nutrisi, sains sukan dan pendidikan. Jangan hanya beri wang untuk menaja liga atau membiayai lawatan sambil belajar yang tiada audit yang jelas.

Laksanakan siasatan bebas dengan tegas dan telus ke atas skandal dokumen palsu pemain warisan ini. Siapa yang bertanggungjawab? Bagaimana ini boleh berlaku di dalam peringkat tertinggi? Rakyat berhak tahu dan maruah negara perlu ditebus. Usaha kita untuk mencapai kecemerlangan dalam bola sepak akan lebih bermakna apabila ia dilandasi, dilandasi oleh kepimpinan dan tadbir urus yang telus serta berwawasan. Mari kita komited untuk meminda asas yang kukuh, menghargai proses pembangunan yang jujur dan menjaga integriti serta identiti kebanggaan kita bersama. Perkara ini menjadi cabaran utama kepada Menteri Belia dan Sukan yang baru daripada Sungai Petani.

Isu kedua Tuan Speaker, diskriminasi infrastruktur EV dan kegagalan sistem tenaga di Wilayah Utara. Yang Berhormat Speaker, saya beralih kepada isu yang mendedahkan wajah sebenar pembangunan seimbang Wilayah Kerajaan, infrastruktur kenderaan elektrik (EV). Di Wilayah Utara, kerajaan begitu kagum mempromosikan agenda peralihan tenaga, memberikan insentif besar-besaran kepada syarikat seperti Tesla melalui MITI, tetapi hakikatnya rakyat di utara sedang dianaktirikan secara terang-terangan.

Izinkan saya bicarakan fakta. Pertama kegagalan teknologi pengecasan di lebuh raya. Kementerian Kerja Raya (KKR) dan LLM nampaknya tidak memahami keperluan asas penggunaan EV. Mereka hanya memasang pengecas AC di kawasan rehat dan rawat R&R lebuh raya. Ini adalah aset yang tidak berfungsi, white elephant Ahli Yang Berhormat?

Pengecas AC hanya memberikan lima hingga 10 peratus caj dalam satu tempoh satu jam. Ia langsung tidak praktikal untuk perjalanan jarak jauh. Apakah kerajaan ingin rakyat berehat selama 10 jam di R&R untuk mengecas penuh. Saya mendesak KKR memansuhkan penggunaan pengecas AC di R&R dan mewajibkan pemasangan DC fast charge yang mampu memberikan 80 peratus caj dalam 30 minit. Jangan bazirkan ruang awam dan duit rakyat dengan teknologi yang lapuk.

Kedua, zon lompang tenaga di laluan Persekutuan Gerik-Jeli.

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Padang Serai. Padang Serai.

draft • 12:20 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Laluan sepanjang...

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Padang Serai.

draft • 12:20 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Sekejap, banyak lagi Bagan Serai, minta...

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Sikit. Berkaitan dengan EV.

Berkaitan dengan EV.

draft • 12:20 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Sila, sila.

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Puan Speaker, pertamanya ialah berkenaan dengan EV ini, kalau kita tengok caj dekat dengan R&R atau pun hak yang swastanya, satu kilowatt sebanyak RM1.40 atau pun RM1.50. Berbanding dengan di rumah, hanyalah 15 sen atau pun 14 sen satu kilowatt. Jadi, sudah tentulah kalau macam ni punya gaya, seolah-olah tidak menggalakkan penggunaan EV. Apa pandangan daripada Padang Serai?

draft • 12:20 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Terima kasih Bagan Serai.

Masukkan dalam ucapan saya. Kedua, zon lompang tenaga di laluan persekutuan Gerik-Jeli, laluan sepanjang lebih 100 kilometer melalui kawasan pergunungan ini adalah blind spot utama rangkaian grid EV National.

Tiada satu pun pengecas pantas di sepanjang laluan penting ini termasuk di lokasi strategik seperti di Tasik Banding. Ini bukan sekadar ketidakselesaan penggunaan EV berdepan risiko nyata, tersadai di kawasan terpencil tanpa bantuan.

Saya minta JKR, PETRONAS, PETRA melalui stesen minyaknya dan TNB untuk segera bertindak membina stesen pengecas pantas di lokasi-lokasi kritikal laluan ini.

Yang Berhormat Speaker, isu ketiga yang saya nak bangkitkan adalah perkampungan MADANI dan realiti tandus infrastruktur asas Labuan sebagai bukti kegagalan. Tuan Yang di-Pertua, isu ketiga ini adalah mengenai jurang antara retorik kerajaan dan realiti pahit di lapangan.

Kerajaan baru-baru ini dengan megah mengumumkan 400 kampung akan dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI pada tahun ini, rujukan Berita Harian 4 Januari 2026. Program ini kononnya untuk membawa kesejahteraan dan kemakmuran. Namun saya ingin bertanya apakah erti MADANI sekiranya asas kemodenan dan kehidupan air bersih dan bekalan elektrik yang stabil pun tidak mampu dijamin. Titah Baginda dengan jelas meletakkan keutamaan kepada kesejahteraan rakyat dan mengingatkan bahawa perancangan mesti sempurna dan bebas rasuah.

Tahun ini adalah merupakan permulaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

Saya mahu rancangan ini memberikan tumpuan kepada kesejahteraan rakyat terutama dalam bidang pendidikan, perumahan, kesihatan dan pengangkutan awam.

Mari kita lihat Labuan sebagai kajian kes. Pada Disember 2025, lebih 10,000 pengguna di Labuan mengalami gangguan bekalan air berpanjangan selama beberapa hari sehingga menjejaskan kehidupan, perniagaan dan kesihatan mereka.

Ini bukan kali pertama gangguan air dan elektrik yang kerap adalah rutin pahit bagi rakyat di Wilayah Persekutuan Labuan ini.

Persoalannya, di manakah MADANI untuk warga Labuan? Ini mendedahkan dua masalah besar. Sebelum bercakap tentang kampung angkat kampung dengan program-program yang mungkin lebih bersifat kosmetik, kerajaan wajib memastikan bekalan asas seperti air dan elektrik stabil dahulu.

Kegagalan di Labuan adalah bukti nyata kelemahan perancangan penyelenggaraan dan pelaburan dalam infrastruktur penting. Pendekatan projek berbanding penyelesaian sistemik, projek program seperti Kampung Angkat MADANI berisiko menjadi sekadar projek pencitraan di mana peruntukan dibelanjakan untuk aktiviti jangka pendek sementara masalah sistemik seperti rangkaian air yang bocor, loji rawatan yang uzur atau grid elektrik yang tidak terpelihara diabaikan.

Warga Labuan tidak memerlukan kampung angkat. Mereka memerlukan komitmen politik dan pelaburan teknikal untuk menyelesaikan masalah bekalan air dan elektrik mereka buat selama-lamanya. Yang Berhormat Speaker, ketiga-tiga isu yang saya bangkitkan hari ini adalah skandal bola sepak yang memalukan.

draft • 12:20 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Diskriminasi infrastruktur EVD utara dan janji madani terhadap krisis air dan elektrik di Labuan. Semuanya berpaksi kepada tema yang sama, kelalaian tadbir urus, budaya kronisme dan ketidakadilan wilayah. Kerajaan hari ini terlalu sibuk dengan slogan dan percaturan politik jangka pendek, sehingga melupakan tanggungjawab khusus asas untuk membangunkan negara secara adil dan dengan integriti. Kita membangun stadium, tetapi meruntuhkan integriti sukan. Kita memberikan insentif kepada syarikat gergasi, tapi mengabaikan infrastruktur asas untuk rakyat. Kita melaungkan kemakmuran, tetapi membiarkan rakyat kehausan.

Yang Berhormat Speaker, itu antara tiga perkara yang saya ucapkan berkaitan dengan Titah Diraja. Saya ingin menyentuh dua perkara yang berkaitan di kawasan saya:

Yang pertama tentang projek pembangunan klinik kesihatan di Pekan Padang Serai, Bandar Padang Serai. Mohon disegerakan retender semula. Sebab projek ini adalah projek sakit dan kita mohon supaya projek ini disegerakan tender dan dibina dengan secepat yang mungkin. Sebab saya dimaklumkan ada beberapa klinik desa telah pun ditutup. Bila ditutup, dimohon ditutup, maka klinik kesihatan ini, kelas dua ini sangat penting untuk penduduk di sekitar Padang Serai.

Yang kedua, projek pembangunan tambahan Hospital Kulim yang telah pun diluluskan. Saya berharap semoga projek ini dapat disegerakan pada RP: Rolling Plan yang Pertama bagi RMKe13 yang bermula pada tahun ini. Jangan jadi seperti hospital–– pembangunan hospital tambahan Seberang Jaya yang diumumkan ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh pada tahun 2008, tetapi 2025 baru boleh digunakan dan akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam sedikit masa lagi.

Itulah antara perkara-perkara penting yang saya nak sampaikan ke dalam ucapan perbahasan Titah Diraja. Saya menyokong Titah Diraja, Yang Berhormat Speaker. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Saya jemput Yang Berhormat Petaling Jaya.

draft • 12:30 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di- Pertuan Agong di Dewan yang mulia ini.

Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong menekankan keperluan untuk memperkukuh reformasi pentadbiran, integriti institusi serta usaha membanteras rasuah secara menyeluruh dan berkesan adalah dilihat bukan sekadar peringatan moral, tetapi satu amanah besar kepada seluruh jentera kerajaan dari Dewan yang mulia ini, bahawa kepercayaan rakyat tanpa, hanya dapat dipulihkan melalui tindakan yang tegas, telus dan konsisten.

Baru-baru ini kita melihat ketegasan dalam banyak kes profil tinggi.

Contohnya, pendakwaan ke atas bekas Panglima Tentera Darat dan membuktikan prinsip kedaulatan undang-undang dijunjung tanpa pilih kasih. Justeru, usaha membanteras rasuah tidak boleh bersifat terpilih atau bermusim, tetapi mesti dilaksanakan secara menyeluruh tanpa kompromi dan bebas daripada campur tangan politik.

Puan Yang di-Pertua, sebenarnya pembanteras rasuah wajar dilihat secara lebih luas kerana ia nya bukan saja melibatkan rasuah dalam pentadbiran awam, tetapi juga persepsi. Ia nya tidak boleh bersifat terpilih atau bermusim, tetapi mesti dilaksanakan secara menyeluruh tanpa kompromi dan bebas daripada campur tangan eksekutif.

Lanjutan tempoh Tan Sri Dato' Sri Haji Azam Baki sebanyak beberapa kali, Pesuruhjaya SPRM menjadi tanda tanya. Bayangkan beliau dilantik mula pada sekitar Mac 2020 dan sepatutnya tamat pada tahun 2022, beliau sepatutnya secara rasmi tamat perkhidmatan sebagai pegawai kerajaan kerana sudah capai umur persaraan wajib, tapi sehingga kini, sudah tiga kali lanjutan tempoh perkhidmatan dan beliau terus kekal menerajui SPRM. Adalah tidak wajar untuk melanjutkan tempoh seorang buat beberapa kali. Ia nya akan memberi tanggapan bahawa tiada lagi orang lain yang berbakat, tiada pelapis SPRM serta campur tangan pihak tertentu.

Langkah yang lebih telus dan terbuka adalah melalui JKPK Parlimen Hak Asasi Manusia Pilihan Raya dan Reformasi Institusi Parlimen. Saya ingin bertanya, apakah pendirian kerajaan berkenaan dengan perkara ini?

Puan Yang di-Pertua, kedua tentang pendidikan. PJ menyambut baik hasrat kerajaan memperkenalkan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) sebagai pelan jangka masa panjang pembaharuan sistem pendidikan negara. Pendidikan kini bukan sekadar soal silibus, tapi soal keupayaan berfikir dan daya saing masa depan.

Dan yang paling penting adalah pembelajaran sepanjang hayat yang cuba diterapkan.

Baik kita menghadam satu fakta pahit yang mana skor PISA internasional kita memang ketinggalan, bacaan 388 berbanding dengan purata 476, sains 416.

Makanya, daripada puratanya adalah 485 dan matematik daripada purata 472, kita hanya dapat 409 saja. Jelas sasaran pelan pembangunan pendidikan Malaysia sebelum ini telah pun gagal untuk mencapai sasaran dalam tempoh 15 tahun tersebut.

Kesan ini mula terasa apabila negara jiran seperti Vietnam yang memperoleh skor lebih tinggi telah pun melangkah ke depan industri berteknologi mereka. Pemain industri mendapati bahawa tenaga kerja mereka lebih mahir, mampu menguasai sains dan teknologi dengan lebih mudah. Apa yang saya dapati adalah masih tidak cukup penekanan dalam pendidikan STEM dalam rancangan ini, berbanding dengan contohnya istilah yang digunakan dalam laporan tersebut. Istilah bahasa digunakan sebanyak 33 kali. Perpaduan, 11 kali, ekuiti 12 kali, tapi istilah sains hanya muncul empat kali sahaja dalam laporan tersebut dan matematik pun lapan kali saja dalam Rancangan Pendidikan Malaysia tersebut.

Namun, apakah aspirasi kita? RPM terbaru hanya meletakkan sasaran mencapai skor purata yang setara dengan standard pentafsiran antarabangsa sahaja. Ertinya, aspirasi kita hanya menjadi sebuah negara yang membuat pencapaian yang purata saja. Adakah itu satu sasaran yang dibanggakan? Tidak.

Saya meminta supaya Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membentangkan satu hala tuju yang lebih jelas dalam memperkasakan STEM dan jika tidak, pastinya negara kita akan kekal ketinggalan.

Puan Yang di-Pertua, keduanya adalah tentang cadangan peralihan kemasukan murid berusia enam tahun ke Tahun 1 SK dan SJK secara pilihan, dilihat dapat memberi peluang kepada murid untuk mendapatkan pembelajaran formal yang sesuai dengan keupayaan semasa murid tersebut. Persoalannya adalah kenyataannya bercanggah daripada secara pilihan kepada perlu menjalani ujian diagnostik. Kriteria penilaian ujian tersebut termasuk keupayaan psikoemosi, kemahiran tertentu dan kesediaan murid itu sendiri.

Persoalannya sekali lagi, mengapakah pengumuman yang bercanggah dan mengelirukan? Bagaimanakah kita boleh memastikan tenaga mengajar adalah mencukupi sekiranya dilakukan mengikut keinginan ibu bapa? Jika diagnostik dijalankan, bagaimana kita boleh pula mengelak daripada ralat yang mengecualikan mereka yang layak dan dari ibu bapa yang mengejar skor diagnostik sehingga mengembalikan budaya berorientasikan ujian? Dan ini lagi teruk Puan Yang di- Pertua, sebab dulu adalah UPSR, sekarang umur enam dah perlu diagnostik dan pastinya ada ibu bapa yang mengejar supaya anak mereka boleh lulus ujian diagnostik tersebut...

draft • 12:32 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Petaling Jaya. Mencelah sikit. Pulai.

draft • 12:32 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Sila.

draft • 12:32 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Apabila ada penilaian diagnostik itu, bukankah anak-anak ini akan terbahagi kepada dua. Satu yang berjaya dan satu yang tidak. Dan dia akan memberi kesan psikologi berpanjangan kepada mereka yang tertinggal di situ. Apa pandangan Petaling Jaya?

draft • 12:32 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Saya setuju dan pohon masukkan dalam ucapan saya.

Kementerian sepatutnya memberi kata putus dan hala tuju yang jelas dan bukan kenyataan yang saling bercanggah supaya ibu bapa tidak berasa gelisah dan runsing. Bagi saya, langkah yang terbaik adalah mewajibkan semua murid berusia enam tahun untuk memasuki Darjah 1 dengan syarat, kemudahan serta tenaga pengajar adalah mencukupi. Pohon penjelasan kementerian.

Ketiga Puan Yang di-Pertua, tentang pendidikan juga. Tentang ketelusan markah dan cara penggredan SPM. Sekarang keputusan SPM sering dipertikaikan.

Dalam keadaan masyarakat umum, tidak dimaklumkan berkenaan skema pemarkahan dan formula pelarasan gred. Misalannya, pencapaian SPM pada 2020 dengan Gred Purata Nasional (GPN), 4.80 pada tahun COVID-19. Namun, pencapaiannya adalah terbaik dalam lima tahun tersebut. So, kita tahu apa yang berlaku pada masa itu, wabak COVID-19 menular dan perintah kawalan pergerakan dikuatkuasa, pengajaran dan pembelajaran di rumah kan PDPR juga berlangsung dalam keadaan yang amat sukar khususnya di kawasan luar bandar dengan infrastruktur yang serba kurang.

Justeru itu, ramai yang bersikap sinis ketika keputusan SPM 2020 diumumkan. Kononnya, calon SPM, kita mampu mencapai prestasi terbaik apabila dikurung dalam rumah. Malah dengan PDPR dalam talian yang tidak berkesan, mereka secara sinis berkata, seandainya inilah resipinya untuk melonjakkan prestasi SPM, baik jangan dibenarkan pelajar balik ke sekolah. Biar calon-calon SPM menghadapi SPM dengan PDPR masing-masing. Sememangnya ia nya kurang adil untuk calon SPM pada tahun itu, Puan Yang di-Pertua. Memandangkan mereka menempuh segala kesulitan pada tahun itu sebelum masuk ke dewan peperiksaan.

draft • 12:32 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Namun, pada masa yang sama kesinisan orang awam itu juga berasas sungguhpun pahit. Jikalau kita meneliti keputusan PISA 2022, ia memperlihatkan trend kemerosotan di Malaysia, khususnya dalam sains dan matematik. Apakah alasan kita? Prestasi murid-murid berkenaan terjejas, yang kita gunakan adalah terkesan dengan pandemik COVID-19 yang melanda sebelum itu, tapi untuk SPM keputusannya naik dan menjadi lebih baik.

Maka, saya melihatkan bagaimana kita menjelaskan dua situasi yang berbeza ini? Ini menjadi satu tanda tanya. Adakah KPM mempunyai pelan pemulihan berbeza untuk pelajar daripada latar belakang, sosioekonomi yang berbeza? Jelas dalam kes ini integriti SPM sebagai satu pemeriksaan yang berprestij boleh tercalar sekiranya tiada ketelusan. Ia nya terdedah kepada risiko dimanipulasi, malah memberi persepsi negatif kepada umum. Persoalannya, adakah kementerian akan mengumumkan kaedah moderation dan standard setting secara lebih telus yang setaraf dengan O-Level serta tidak meletakkan sistem pemarkahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Puan Yang di-Pertua, keempat, melalui teras strategik tujuh, RPM ingin meningkatkan kecekapan tadbir urus dan sistem penyampaian. Kita sedar bahawa kesemua institusi pendidikan KPM mempunyai bangunan daif yang perlu dinaik taraf.

Bukan sahaja di Petaling Jaya, tapi termasuk di Petaling Jaya, bandar raya yang lama, hampir kesemua sekolah mengalami masalah padang yang berair tidak boleh digunakan, bangunan yang dipenuhi dengan anai-anai, cerun yang bahaya, pokok besar yang tidak ditebang. Saya yakin bukan sahaja Petaling Jaya, namun kesemua ahli-ahli yang mulia di Dewan ini berhadapan dengan masalah yang sama.

Isunya adalah sekolah kita tidak mempunyai autonomi untuk menguruskan aset sekolah masing-masing. Semua aset adalah aset kerajaan dan dikawal selia dari atas ke bawah dan dibelenggu dengan kerenah birokrasi. Contohnya, jika didapati harta yang rosak, pihak sekolah perlu maklum kepada KPM dan KPM memerlukan kepakaran JKR dan kemudian hanya diganti sekiranya ada peruntukan.

Terdapat nampak situasi yang sangat-sangat membimbangkan. Telah pun tunggu selama beberapa tahun namun tidak ada peruntukan yang diturunkan.

Jadi, pada masa yang sama kita juga melihatkan, Puan Yang di-Pertua, ada dewan, tetapi agak susah untuk disewakan kepada orang awam. Padang tidak boleh digunakan oleh pihak luar dan makin rosak. Akhirnya, hasilnya tidak dapat dan semua orang tidak boleh guna padang tersebut. PIBG dan pihak sekolah hanya boleh merenung dan melihat sahaja.

Puan Yang di-Pertua, penyelesaian adalah untuk desentralisasikan pengurusan aset dan mengagihkan sebahagian penjimatan ataupun hasil, biarpun sewaan dewan ataupun sewaan padang, hasilnya balik kepada PIBG dan sekolah sebahagiannya. Contohnya— saya bagi contoh, pemasangan solar di bawah NEM government. Jadi, di bawah teras strategik enam rancangan tersebut adalah untuk membudayakan kemampanan dalam ekosistem pendidikan, tapi sistem solar di bawah NEM government sangat susah untuk dipasang di SK ataupun SMK.

Kita nampak di SRJK, atau SMJK banyak solar telah dipasang kerana pihak pengelola ataupun lembaga pengelola sekolah berpandangan bahawa pemasangan solar akan mengurangkan bil elektrik yang harus ditanggung oleh mereka, tapi untuk SK dan SMK, mereka berpendapat bahawa bil elektrik ini ditanggung 100 peratus oleh kerajaan.

Mengapa nak menyusahkan diri? Mengapa nak buat paperwork? Dan ini bercanggah dengan strategi— teras strategik tersebut iaitu membudayakan kemampanan sebab mengapa kita perlu adakan maskot, perlu ada ikon lestari dan lain-lain. Pada masa yang sama, kita nampak sistem solar pun belum pasang. Jadi bagi saya, ini adalah satu isu yang saya utarakan dan balik kepada PKS— ya nak landing, Puan Yang di-Pertua.

Sebelum ni saya telah kemukakan bahawa isu duty stamp RM10 yang dikenakan kepada setiap kontrak pekerjaan wajar dinilai semula. Sebab ini sangat membebankan PKS-PKS kita yang terpaksa membuat kertas kerja yang banyak. Dia kena upload, kena scan dan akhirnya bila muat naik kena bayar RM10. Dan ini bagi saya tidak membantu dari segi mengupayakan daya saing PKS kita.

Dan yang kedua adalah kepada HRD Corp. Sekarang kesemua PKS yang cukup syarat perlu membayar satu peratus daripada gaji bulanan pekerja kepada majikan tertentu. Ini adalah satu sistem yang baik. Namun, pada masa yang mencabar dan bagi mengikuti ataupun memenuhi kehendak semasa, bagi saya adalah elok dalam masa sekarang untuk menilai semula contohnya kita kurangkan caruman daripada satu peratus kepada 0.5 peratus.

Pada masa yang sama, kerajaan boleh menjalankan kursus latihan kendiri dengan kerjasama universiti, institusi penyelidikan yang berkaitan. Sebab kita nampak ada keupayaan pensyarah ataupun kepakaran universiti yang boleh menawarkan kursus tersebut secara dalaman dan dengan harga yang lebih murah.

Jadi, ini adalah cadangan yang saya meminta pandangan daripada KESUMA dan juga daripada KUSKOP.

Maka diharapkan hala tuju pembangunan negara ini dapat membawa pembaharuan yang adil, inklusif dan berorientasikan masa depan dan bukan sekadar mengembalikan sistem lama tanpa reformasi. Sekian, terima kasih.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Petaling Jaya. Saya jemput Yang Berhormat Labuan.

draft • 12:40 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI.

Puan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya merafak sembah menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong atas limpah perkenan menyampaikan Titah Ucapan Diraja sempena pembukaan Mesyuarat penggal ini. Sesungguhnya, Titah Diraja bukan sekadar ucapan pembukaan, tetapi merupakan kompas dan pedoman kepada kerajaan dan seluruh Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini dalam menetapkan keutamaan negara.

Maka dalam semangat menjunjung Titah Baginda ini, saya ingin menumpukan perbahasan saya kepada beberapa perkara penting berkaitan kepentingan rakyat dan masa depan Wilayah Persekutuan Labuan, khususnya yang berkait langsung dengan kos sara hidup, infrastruktur asas dan projek pembangunan strategik yang mampu melonjakkan ekonomi Labuan.

Puan Yang di-Pertua, saya beralih kepada isu yang lebih asas, tetapi sangat besar kesannya kepada kehidupan rakyat di Labuan iaitu isu bekalan air. Tadi Padang Serai ada menyentuh dalam ucapan beliau. Walaupun tidak lengkap, saya ingin mengucapkan terima kasih. Perkara itu memang benar.

Puan Yang di-Pertua, masalah air di Labuan ini bukan masalah baharu. Ia sudah berlarutan sejak zaman pentadbiran Kerajaan BN lagi. Walau bagaimanapun, tiga tahun kebelakangan ini beberapa tindakan-tindakan pantas telah diambil oleh Kerajaan MADANI. Di antaranya ialah bila mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri meluluskan peruntukan RM300 juta untuk mengganti paip-paip usang yang sudah berumur puluhan tahun. Namun, penggantian paip-paip usang ini Puan Yang di-Pertua, dijangka hanya akan siap pada 2030. Bermakna gangguan bekalan air ini akan berlarutan untuk tempoh lima tahun ke depan lagi.

Baru-baru ini seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Padang Serai, hampir 15 hari Labuan tidak ada air langsung sehingga menyulitkan untuk menghantar anak ke sekolah, memasak dan yang lebih membimbangkan saya oleh kerana bekalan makanan kebanyakannya datang daripada Kota Kinabalu melalui feri. Air mineral pun kehabisan.

Jadi, saya minta kepada kerajaan— bukan kerajaan tidak melakukan sesuatu, Puan Yang di-Pertua. Kerajaan telah memberikan peruntukan, kontrak telah dilantik, but this is act of God. Ini kerja Tuhan. Bila mana paip yang di sini sudah siap di-repair, pecah lagi yang di sana. Di Labuan, sejak beberapa minggu yang lepas hujan lebat. Jadi, tanah runtuh merata-rata menyebabkan banyak paip yang sudah usang pecah.

Saya mencadangkan kepada kerajaan supaya memberikan peruntukan kecemasan untuk membangunkan sekurang-kurangnya dua tangki di taman perumahan yang diduduki hampir 4,000 orang yang sangat-sangat terkesan di Taman Mutiara dan juga di Taman LDA. Dan saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya— di Labuan ada 27 kampung, Puan Yang di-Pertua— supaya ditambah tangki-tangki statik bagi memudahkan mereka mengambil air di tangki- tangki tersebut bila mana bekalan air ditutup oleh pihak Jabatan Bekalan Air.

draft • 12:45 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Saya sendiri turun ke lapangan minggu lepas dan saya juga tidak tahu bagaimana hendak membantu, bila mana diarahkan untuk memaklumkan. Saya maklumkan kepada orang Labuan, malam ini ada air. Tiba-tiba, esok pecah lagi satu paip besar. Sampai saya kata, tak boleh umum pasal, hujan lebat dan ini bukan human error. Ini adalah act of God. Ini orang kata, kuasa Tuhan.

Cuma, saya memohon agar kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan saya. Buatkan tangki baru di kawasan Taman Perumahan LDA dan Taman Mutiara.

27 kampung disediakan tangki statik. Saya telah berbincang dengan Pengurus Jabatan Bekalan Air. Dianggarkan, semua projek ini dapat dilaksanakan dalam anggaran RM12 juta sahaja, dan ini memberi manfaat kepada hampir 100,000 penduduk di seluruh Labuan.

Puan Yang di-Pertua, saya ingin membawa satu lagi isu jangka panjang yang sangat strategik dan telah lama dibincangkan. Namun, masih gagal direalisasikan sepenuhnya iaitu cadangan menghubungkan Labuan ke Menumbok melalui pembinaan sebuah jambatan. Jambatan ini bukan sekadar projek infrastruktur. Ia adalah projek game changer yang mampu melonjakkan Labuan jauh ke hadapan.

Labuan hari ini menghadapi kekangan besar dari segi kebergantungan kepada feri dan bot. Jadual perjalanan feri yang terhad, risiko cuaca dan kos pengangkutan yang tinggi. Akhirnya, segala kos tersebut dipindahkan kepada rakyat dalam bentuk harga barang yang lebih mahal, kos perniagaan yang lebih tinggi dan kos sara hidup yang lebih membebankan rakyat Labuan.

Selain itu, pembinaan jambatan Labuan–Menumbok ke negeri Sabah akan membuka pelbagai peluang baru. Pertama, pergerakan barangan yang lebih cepat dan stabil, mobiliti rakyat dan tenaga kerja yang lebih lancar, tarikan pelabur industri dan perkhidmatan, rangkaian ekonomi antara Labuan dan Sabah yang lebih rancak dan memperkukuh Labuan sebagai pintu masuk perdagangan serantau, termasuk dalam kerangka BIM Niaga.

Maka, saya memohon kerajaan menyatakan, adakah kajian kebolehlaksanaan projek jambatan ini akan dimuktamadkan dalam waktu yang terdekat? Apakah bentuk pelaksanaan yang sedang dipertimbang dan bilakah garis masa, timeline yang realistik untuk projek ini dimulakan?

Rakyat Labuan tidak mahu lagi mendengar frasa akan dikaji atau sedang dalam kajian dari tahun ke tahun. Rakyat perlukan rancangan yang jelas, garis masa yang jelas dan komitmen yang nyata dan realistik dari kerajaan.

Yang terakhir, Puan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh soal pembangunan Labuan khususnya projek waterfront yang telah diluluskan semasa Belanjawan 2026 dan dimasukkan dalam perancangan RMK13. Saya ingin jelaskan bahawa saya bukan menolak pembangunan di Labuan. Saya menyokong pembangunan yang progresif, tetapi persoalannya ialah apakah projek waterfront ini benar-benar menjadi keutamaan dan membawa pulangan ekonomi yang tinggi kepada rakyat Labuan.

Kerajaan perlu memahami bahawa Labuan hari ini memerlukan satu economic reset, satu lonjakan strategik yang mampu membawa limpahan ekonomi yang nyata dan berterusan. Pembangunan yang terlalu tertumpu pada struktur dan landskap semata-mata tanpa model ekonomi yang jelas akan menyebabkan rakyat melihat projek tersebut sebagai cantik di atas kertas, tetapi tidak memberi kesan besar kepada ekonomi setempat.

Oleh itu, saya mencadangkan dengan tegas, tetapi berhemah supaya kerajaan membatalkan projek waterfront tersebut dan menggantikannya dengan projek yang lebih memberi pulangan ekonomi kepada Labuan iaitu pembinaan Labuan International Convention Center. Perkara ini Puan Yang di-Pertua, sudah lama dibincangkan. Namun, saya difahamkan oleh Perbadanan Labuan, setiap kali dikemukakan, ia nya ditolak.

Puan Yang di-Pertua, mengapa saya katakan pusat konvensyen lebih penting? Kerana, pusat konvensyen ini akan merancakkan dalam ekonomi, acara dan industri MINES. Ini bukan satu trend kecil, tetapi satu sektor ekonomi yang terbukti membawa pulangan besar. Lihat sahaja kejayaan negeri Sabah dalam mewujudkan Sabah International Convention Center. Sebuah pusat konvensyen mampu menarik seminar dan persidangan kementerian, program antarabangsa, festival budaya dan pelancongan serta mesyuarat korporat berskala besar.

Apabila acara wujud, ekonomi bergerak, hotel penuh, pengangkutan bergerak, peniaga kecil dapat tempahan, vendor tempatan dapat peluang, industri makanan dan minuman berkembang. Inilah maksud multiplier effect yang sepatutnya kerajaan ingin lihat hasil daripada setiap projek pembinaan yang dihasilkan menggunakan dana kerajaan.

Untuk makluman Puan Yang di-Pertua, saya dimaklumkan bahawa projek waterfront ini dianggarkan memakan belanja sebanyak RM100 juta untuk dua fasa.

Fasa pertama dianggarkan RM40 juta lebih, fasa kedua RM50 juta lebih. Sekiranya projek ini diteruskan, ia nya tidak akan mendatangkan keuntungan ekonomi kepada Labuan.

Malah, apa yang menjadi kekhuatiran saya, waterfront ini akan menjadi tempat dan aktiviti-aktiviti budaya lepak, terutamanya anak-anak remaja, pendatang tanpa izin ataupun IMM13 dan ia nya sekali gus tidak mengundang kehadiran pelancong untuk datang ke waterfront tersebut atas faktor keselamatan. Singkatnya, Puan Yang di-Pertua, projek ini akan menjadi pembaziran wang rakyat.

Maka, saya ingin memohon kerajaan menyatakan dengan jelas, adakah kerajaan bersedia untuk menilai semula dan membentangkan projek waterfront ini, dan menggantikannya dengan Labuan International Convention Center, yang lebih strategik dan bermanfaat bagi ekonomi jangka panjang Labuan?

Saya ingin tegaskan bahawa pembangunan mesti berasaskan pulangan ekonomi dan keutamaan rakyat, bukan sekadar projek yang sedap dipandang, tetapi tidak menjana ekosistem perniagaan. Saya ingin menegaskan bahawa Labuan perlukan pembangunan yang benar-benar memberi impak besar kepada ekonomi dan kehidupan rakyat. Maka, saya menggesa kerajaan mempertimbangkan dengan serius beberapa perkara utama yang saya bangkitkan di dalam perbahasan saya pada hari ini.

Saya yakin, jika kerajaan benar-benar komited kepada agenda Malaysia MADANI yang adil, seimbang dan berpaksikan rakyat, maka Labuan tidak seharusnya dilihat sebagai wilayah kecil di pinggir peta, tetapi sebuah kawasan strategik yang boleh menjadi pemacu ekonomi serantau.

Dengan itu, saya menyokong titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian. Wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Puan Yang di- Pertua.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Seterusnya ialah Yang Berhormat Baram, tetapi...

draft • 12:50 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

Yang Berhormat, hanya dua minit. Jadi, Yang Berhormat ucap selepas lunch break. Boleh?

draft • 12:50 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Bolehlah.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey. Saya menangguhkan mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula 2:30 petang.

draft • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada jam 12.58 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

draft • 2:30 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

[Membaca doa] Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat petang Yang Berhormat-Yang Berhormat. Kita teruskan dengan sesi perbahasan. Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Baram.

draft • 2:30 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Terima kasih dan selamat tengah hari Dato’ Yang di-Pertua kerana saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi untuk memberi peluang kepada saya untuk turut serta untuk bahas Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan ini pada 19 bulan, hari Isnin yang lepas.

Dato’ Yang di-Pertua, Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda sarat dengan teguran dan kata-kata nasihat kepada kita supaya agenda perpaduan dan juga agenda pembangunan negara akan terus diperhebatkan untuk kemakmuran negara kita. Saya ingin mengucapkan— saya ingin menjunjung kasih dan mengucapkan terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Di samping itu, saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan MADANI pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, PMX kerana telah memperkukuhkan lagi keadaan ekonomi kita dan juga berani untuk memerang ataupun melawan rasuah dan terus juga dengan keprihatinan terhadap kesejahteraan rakyat.

Dato’ Yang di-Pertua, kita sedia maklum bahawa di kawasan pedalaman khususnya di kawasan pedalaman di mana sistem pengangkutan adalah kurang sempurna. Kebanyakan daripada penduduk ini juga adalah yang boleh kita kata golongkan dalam golongan B40 yang miskin. Mereka amat menghargai bantuan- bantuan kewangan yang diberi oleh Kerajaan MADANI kepada mereka khususnya dengan bantuan STR, Sumbangan Asas RAHMAH dan lain-lain lagi.

Namun realitinya, dalam hati kecil mereka, mereka menginginkan supaya bantuan ini ditambahkan lagi memandangkan bahawa Kerajaan MADANI telah pun berjaya melaksanakan penyasaran subsidi dan dapat menjimatkan satu jumlah peruntukan yang besar.

Maka saya percaya Dato’ Yang di-Pertua bahawa tidak ada dosa untuk Kerajaan MADANI ini memberi lebih lagi peruntukan ini kepada mereka yang benar- benar memerlukan khususnya di luar bandar sebab penerima-penerima bantuan ini yang berasal dari luar bandar, mereka ini terpaksa menggunakan pacuan empat roda dan dari segi logistik, mereka terpaksa mengeluarkan sebahagian ataupun separuh daripada bantuan ini untuk tambang pengangkutan mereka. Bererti the real value, the purchasing power dengan izin Dato’ Yang di-Pertua, bantuan ini adalah kurang, dibandingkan dengan penerima-penerima rakan di bandar.

Dato’ Yang di-Pertua, ini membawa saya kepada perkara yang selalu saya sebut di Dewan ini dan juga rakan-rakan yang lain berkenaan dengan perhubungan di kawasan pedalaman. Baru-baru ini saya ingat, kita dah selalu sering kata bahawa projek infrastruktur, khususnya jalan ini perlu diutamakan. Kita juga tahu bahawa tanpa jalan, the economy comes to a standstill dengan izin, Dato’ Yang di-Pertua.

Jadi, dengan ekoran daripada itu, saya rasa yang kita sebut dalam Dewan ini bukanlah pandangan kita berasingan, tetapi pandangan ini adalah pandangan daripada akar umbi, adalah pandangan dari rakyat jelata yang jauh nun di kawasan pedalaman.

Di kawasan di Sarawak misalnya, ada diberi— saya difahamkan bahawa ada jarak jalan yang perlu di kawasan pedalaman yang perlu diperbaiki adalah menghampiri 5,000 kilometer dan di Baram sendiri, kawasan Baram terdapat 1,902 kilometer jalan balak, bekas jalan balak yang perlu diperbaiki dan perlu ditangani oleh kerajaan supaya ini— sebab jalan inilah yang menjadi perhubungan utama untuk rakyat dan juga kakitangan-kakitangan kerajaan di kawasan luar bandar.

draft • 2:33 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Justeru, saya mohon dan merayu supaya jalan-jalan ini, khususnya yang di luar bandar ini, diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan supaya jalan ini dan jambatan-jambatan yang [Tidak jelas] ke kawasan ini dapat di-repair melalui peruntukan MARRIS ini. Saya percaya ini adalah langkah yang, orang kata, the short-term measure untuk selesaikan masalah-masalah ini sebab saban tahun, saban kali kita bersidang, masalah macam ini sering diperkatakan bukan saja oleh kita dari Sabah dan Sarawak, bahkan juga dari rakan-rakan perjuangan kita di Semenanjung ini juga.

Jadi, saya sangat mengharapkan supaya kerajaan dapat mengambil alih bekas-bekas jalan balak ini dimasukkan dalam senarai MARRIS untuk penyelenggaraan untuk memastikan supaya jalan, jambatan ini dapat di-repair dan jadi the whole time jambatan dan jalan ini dapat diguna sepanjang masa, sepanjang tahun.

Seterusnya, Yang di-Pertua, saya ingin memetik dan saya quote apa yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda yang mengatakan― yang menitahkan sebenarnya, menitahkan kepada kita supaya Malaysia ini ditubuhkan oleh kerana MA63. Dia menjadi asas kita. Dan baru-baru ini juga, pihak PETRONAS telah mengemukakan satu notis ataupun satu usul di Mahkamah Persekutuan yang menamakan Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Sarawak sebagai responden memohon supaya mahkamah menentukan the area of jurisdiction, dengan izin lagi, berkenaan dengan operasi petroleum di Sarawak.

Dalam nafas yang sama, Dato’ Yang di-Pertua, kita di Sarawak terasa terkilan, bahkan juga rasa terkejut. Terkilan oleh kerana kita difahamkan, dan menurut titah Yang di-Pertuan Agong, supaya kerjasama hormat-menghormati ini sentiasa dipelihara. Dan kita juga tahu bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Amat Berhormat Premier Sarawak juga telah bersetuju supaya ada satu cara win-win situation berkenaan dengan operasi ataupun operasi petroleum di negeri Sarawak. Jadi, orang Sarawak kata, “Apa ini? Kita cakap lain tetapi mahkamah pula yang datang lagi.” Jadi, ini menjadi kita punya kemusykilan.

Jadi, saya rasa seperti yang disebut awal lagi oleh rakan saya dari Puncak Borneo dan juga dari Sri Aman yang memohon supaya Kerajaan Persekutuan memberitahu kepada Dewan ini sama ada pihak PETRONAS mengambil langkah undang-undang ini secara persendirian ataupun atas nasihat ataupun atas restu daripada Kerajaan Persekutuan.

Saya percaya penjelasan-penjelasan yang begini ini akan membawakan kita kepada― then, we are open, orang kata. Dan ini saya percaya, mohon supaya pihak Kerajaan Persekutuan memberitahu dengan seikhlas-ikhlasnya pendirian kerajaan.

Sama ada PETRONAS buat ini secara solo ataupun dia buat di atas nasihat Kerajaan Persekutuan ataupun mereka tak tahu langsung, Kerajaan Persekutuan.

Jadi, ini saya rasa perlu kita perjelaskan untuk kemakmuran kita bersama sebab perkara-perkara ini mungkin kita boleh sangka. Sangka ini teguran-teguran yang ada mungkin di luar Dewan ini, tetapi Dewan ini saya percaya juga bertanggungjawab untuk menentukan supaya apa yang dikhabar-khabarkan di luar sana dapat diperjelaskan dalam Dewan ini demi untuk mengekalkan lagi ataupun mengukuhkan lagi perpaduan kita di negara kita.

Jadi, dengan itu, saya juga ingin mengatakan bahawa last two minutes, saya mohon di kawasan saya supaya projek-projek yang lulus di kawasan Baram seperti jalan-jalan dari Long Jegan ke Long Ayak, jalan di Belasoi, jalan di lain-lain tempat lagi dan juga bekalan air di Long Lama dan semua projek yang sudah lulus ini disegerakan untuk pelaksanaan. Sebab, projek-projek ini saya rasa dah menjadi, apa orang kata, dah terlalu lama dan belum lagi dilaksanakan.

Saya rasa kalau kita memerlukan sesuatu― sebab itu adalah kita punya keperluan. Kalau dia memakan masa dua tiga bulan, itu pun sudah lama. Tapi ini, Dato’ Yang di-Pertua, dah bertahun-tahun sudah. Saya mohon supaya sistem penyampaian kita, seperti yang ditegaskan oleh Yang Amat Berhormat PMX, supaya projek-projek kecil ini juga diberi sama keutamaan untuk dilaksanakan.

Dengan itu, saya mohon untuk menyokong titah diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Baram. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Bagan Serai.

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Dato’ Sri Speaker. Saya pada hari ini untuk mengambil bahagian untuk membahas berkenaan dengan titah diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong.

Saya mulakan dengan ayat al-Quran dalam Surah al-Qasas, ayat 26 [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Sesungguhnya sebaik-baik orang yang engkau nak ambil kerja, nak menjadi pemimpin, itu ialah orang-orang yang mempunyai kekuatan lagi amanah.” Ertinya, gabungan antara kompetensi dan juga integriti, amanah ini amat penting bagi mencapai hasrat yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Kompetensi, maksud dia, ialah kita memahami tentang bidang tugas kita sebagai seorang pemimpin. Kompetensi juga ialah orang yang cekap untuk membuat keputusan. Dan kompetensi juga ialah kepimpinan yang strategik untuk merancang.

Dan kompetensi juga ialah dia memiliki ketahanan dari segi emosi dan juga spiritual. Yang kedua, al-amin, yakni amanah. Mesti jujur dan telus. Yang keduanya, takwa. Adil, tidak zalim dan setia kepada mandat rakyat. Rumusannya ialah tanpa qawiy, kekuatan, yakni amanah tidak dapat dilaksanakan. Tanpa amin ataupun tanpa amanah pula, kekuatan ini bertukar menjadi kezaliman walaupun ia mempunyai kekuatan, ilmu dan sebagainya.

Baginda menyentuh berkenaan dengan prestasi ekonomi dan integriti, pendidikan dan sebagainya. Saya ingin menarik perhatian, walaupun KDNK negara kita meningkat sebanyak 4.9 peratus pada tahun 2025 berbanding dengan sasarannya ialah 4.0 hingga 4.7 peratus, walaupun sebenarnya menurun berbanding dengan tahun 2024 iaitu 5.1 peratus, peningkatan ini kita harapkan dapat diterjemahkan demi untuk kesejahteraan rakyat.

draft • 2:47 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Dalam erti kata yang lain, mengenai kenaikan gaji dan upah, kuasa membeli yang tinggi dan juga peniaga-peniaga kecil. Kita tidak mahu kita bercakap soal berkenaan dengan pertumbuhan ekonomi yang baik tapi kalau kita tengok di bawah di sana, pengalaman saya sebagai wakil rakyat yang berada di kampung, yang berada di tempat-tempat bersama rakyat. Kita melihat banyak kedai-kedai yang agak suram. Sudah tentu ini perkara yang perlu dikaji walaupun kita sebut dalam data- data kita menunjukkan tentang prestasi ekonomi kita begitu baik.

Begitu juga menurut Yang Amat Berhormat Tambun, peningkatan pelaburan 13.2 peratus iaitu RM285 bilion. Persoalannya ialah pelaburan kita meningkat, berapakah jumlah pekerjaan yang berkualiti yakni ertinya pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan yang ada kepada mereka. Adakah mereka bekerja hanyalah lulusan daripada ijazah, ada master. Tiba-tiba hanyalah menjadi setakat jadi peniaga biasa ataupun menjadi cashier biasa saja. Itu kita tidak mahu berlaku seperti begitu.

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Bagan Serai. Kalau ikut riwayat Khalifah Al-Aziz, negara makmur itu sampai orang yang nak bayar zakat ini, jalan satu negara pun tak jumpa orang pun, yang layak menerima zakat.

Maknanya angka itu betul-betul di-translate di bawah. Apa pandangan Yang Berhormat?

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Ya, sebab itu saya sebut tadi ialah apabila kita bagus, kita bersyukur kepada Allah dengan peningkatan ini.

Kita harapkan ia sama seperti apa yang berlaku di lapangan sana. Itu ertinya.

Yang keduanya ialah isu pesawah. Kebetulan ada daripada saya hari ini bangkit bab pesawah lah kerana dulu bab bangkit waktu Bukit Gantang, bab durian.

Hari ini bab pesawah. Kebetulan lembah di Kerian ini merupakan 60 peratus ialah menjadi sumber makanan padi untuk di negeri Perak.

Jadi, isu yang bangkit hari ini ialah yang dituntut oleh petani-petani. Setiap kali sidang Menteri, ada demo. Demo itu dia belajar kepada Kota Raja lah. Kota Raja tok guru segala-galanya. Saya kut mana pun saya anggap dia sebagai guru politik saya lah. Guru politik, guru demo sebagainya, kan? Okey.

Yang pertamanya ialah isu yang dituntut oleh petani ini berkenaan dengan isu pemutuan padi. Teruklah hari ini padi, Menteri. Pemutuan padi sampai akan ada yang potong sampai 45 peratus, sampai 65 peratus pun ada. Ini isu yang berbangkit pada hari ini. Yang mereka tuntut sekurang-kurangnya ada satu threshold dia ialah 20 peratus, satu.

Yang kedua, harga lantai yang mereka tuntut naik daripada RM1,500 kepada RM1,800. Yang ketiganya ialah menambah subsidi daripada RM500 kepada RM800 untuk mengimbangkan kos input yang dihadapi oleh mereka. Yang keempatnya ialah membenarkan petani menyimpan ataupun menyediakan benih dengan kita berikan subsidi kepada petani-petani. Sebagai mana datuk-datuk kita buat padi dulu, mereka usahakan benih sendiri. Yang kelimanya ialah pengekalan berkenaan dengan elaun sara hidup sementara menunggu hasil tuaian mereka sebanyak RM600 sebagai mana yang diterima oleh para nelayan. Yang keenamnya ialah berusaha untuk mengurangkan kos input pesawah. Maksudnya, semua kos input yang dikeluarkan daripada awal hinggalah kepada penuaian.

YB Menteri, tadi saya dok tengok lembaga-lembaga LPP semua itu, hebat- hebat belaka. Elaun itu saya tahu, puluh ribu. Lebih mahal daripada gaji Menteri lagi.

Tapi persoalan dia, apa mereka fikir untuk petani? Ini persoalan dia. Patutnya mereka kena fikir. Yang kita dapat tahu, mereka bincang berapa elaun nak dapat. Berapa elaun nak dapat? Yang kena balunnya Menteri. Nasiblah. Tapi habuan orang bayar gaji itu habuan untuk kena balun, nak buat macam mana?

Okey, begitu juga berkenaan dengan pesawah menolak pindaan Akta PNPV 2004 untuk menyertai UPOV 91 yang akan melemahkan hak petani kerana UPOV 91 ini dilarang untuk kita menyimpan, menanam semula dan membuat benih hasil tuaian sendiri. Ini sudah tentulah mengekang petani-petani...

draft • 2:50 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Bagan.

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Apabila kita iktiraf benda seperti begini, kesannya ialah segala tindakan yang ada kepada petani ini, mereka akan dikawal oleh monopoli.

draft • 2:50 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Bagan Serai.

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Tugas untuk— saya masa tak dak. Tugas untuk Menteri ini, kena kawal, kena putus ini. Kartel, monopoli ini, saya tahu memang tugas besar, berat. Ini perjuangan kita waktu kita membangkang dulu. Jadi ini benda yang kena potong untuk nak pastikan.

Yang kedua, naikkan ikut harga semasa dan juga kita tarik mereka naik ikut mereka saja apabila dikontrol oleh kartel-kartel benih ini tadi. Patutnya dah dapat subsidi RM20.60 untuk satu pek ataupun satu kampit tapi mereka jual sampai harga RM60 pun ada. Kadang-kadang tak ada pula petani nak beli. Lebih daripada itu pula, kualiti benih itu tak ada. Ini Menteri, kena tengok jenis-jenis kartel-kartel ini kena potong. Bab ini kita boleh bersatu. Walaupun kita bab ideologi lain, bab ini kita boleh bersama. Kalau demo kita turun sekali pun kita buat sekali tak apa, insya-Allah.

draft • 2:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Hidup Bagan Serai!

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Yang ketiga ialah kualiti dari segi berkenaan dengan hal-hal yang berkaitan dengan benih tadi. Akan mereka dikawal oleh golongan ini tadi.

Dato' Seri Speaker, berkenaan dengan penglibatan orang muda dalam sektor keterjaminan makanan. Saya bimbang apabila saya tengok di sekitar Bagan Serai, kebanyakannya pengusaha-pengusaha pesawah ini terdiri daripada orang tua. Ini menjadi satu kebimbangan pada saya. Memang pun kita tengok Laporan Interim Banci Pertanian 2024. 46.4 peratus ialah yang mereka pesawah ini terdiri daripada umur 60 tahun, 32 peratus umur dia 46 tahun hingga 59 tahun. Selebihnya belia. Tak sampai pun 30 peratus penglibatan belia di dalam sektor pertanian ini tadi.

Jadi kementerian sendiri pun pernah mengesahkan sebanyak 15 peratus daripada 14.6 juta belia yang terlibat dalam sektor pertanian ini. Ini bahaya kepada sekuriti makanan yang sepatutnya belia ini menjadi pelapis untuk menjadi tunjang kepada kedaulatan makanan kita. Isu yang terakhir ialah Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035.

Semua saya ingat banyak dari kalangan daripada kerajaan ataupun daripada pembangkang. Saya ingat, inilah rancangan pendidikan negara yang menjadi perkara yang geger ataupun hiruk-pikuk. Kenapa isu ini berlaku, terutamanya dalam permasalahan umur enam tahun sudah nak masuk Darjah 1. Kita bukan menentang, tapi biarlah ia nya dibincang dengan semasak-masaknya.

Perkara yang perlu kita kena lihat, adakah perkara ini telah melibat— telah libat urus dari kalangan semua pihak. Daripada guru, daripada penggubal kurikulum, daripada PIBG, mak bapa dan sebagainya. Adakah ia nya telah dibuat dengan secara matang? Yang keduanya...

draft • 2:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bagan Serai, Bagan Serai.

Boleh sikit Bagan Serai? Bagan Serai.

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Yang keduanya, ia berkenaan dengan...

draft • 2:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bagan Serai, anak usrah, anak usrah dulu. Hulu Langat.

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Nanti, duduk diam.

draft • 2:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Anak usrah pun tak boleh?

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, floor Bagan Serai. Bagan Serai, silakan.

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Okey, yang— Lari poin.

Betul-betul potonglah ni. Ini Kota Raja nasihat sikitlah Hulu Langat ni. Jangan buat malu company. Okey. Okey. Yang keduanya ialah berkenaan dengan adakah perkara ini saya sebut tadi dan kita lihat pula ialah dia nak laksana pula tahun depan. Cuba bayangkan satu polisi yang tak pernah orang buat dalam masa begitu cepat. Kita tak nak anak kita ini menjadi bahan makmal. Apabila kita silap membuat perhitungan satu generasi yang akan rosak.

Yang ketiganya kita tengok seolah-olah macam flip-flop, dasar ini. Mula-mula Yang Amat Berhormat Tambun kata ini pilihan ibu bapa. Yang keduanya ialah Yang Berhormat Menteri kata ujian untuk menapis pula ada. Siapa yang boleh naik ke kelas boleh masuk Darjah 1, kita akan masuk. Yang ketiganya akan dilaksanakan pula bagi sekolah yang ada infra ataupun fasiliti yang cukup.

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Dato’ Seri Speaker, kalau ini punya pandangan, agak berbahaya.

draft • 3:00 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

[Bangun]

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Satu, kalau dia nak ada ujian. Dulu kita bersetuju untuk tak ada UPSR, PMR kerana kita tak nak anak kita umur enam tahun, umur 15 tahun ada peperiksaan. Tiba-tiba, cuba bayangkan kalau ini dilaksanakan. Umur lima tahun telah ada satu ujian diagnosis. Diagnosis pun kita pun tak tahu apa benda budak-budak ini. Ha, jadi ini yang berlaku.

Yang keduanya, sudah tentulah akan wujudnya kesenjangan. Ha, saya pinjam perkataan Tambun. Saya pun bukan berkenaan sangat perkataan tu tapi pinjam biaq faham. Ha, kesenjangan antara orang yang kaya dengan orang yang miskin. Orang kaya, dia boleh untuk masuk special tuition sebagainya untuk memastikan supaya soal berkenaan anak mereka ini layak.

Yang ketiga, ini lagi bimbang kalau anak kita sama-sama pergi hantar.

draft • 3:00 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat.

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Tiba-tiba anak— minta maaf, Muar. Saya bukan tak bagi pada adinda Muar saya. Okey, okey. Sebenarnya, kalau anak kita satu pejabat ke atau jiran kita, tiba-tiba anak kita pergi masuk untuk latihan ataupun ujian tiba— ujian tadi, anak kita lulus ataupun anak kita tak lulus, apa perasaan kita? Apa perasaan anak ini? Kawan dia, jiran sebelah lulus, kawan tak lulus. Ini sudah tentu satu perkara yang amat pelik yang berlaku dalam sistem pendidikan yang kita dapat tengok sini.

Jadi, sebab itu harapan saya akhir sekali ialah Dato’ Seri Speaker, pertamanya, saya minta supaya tangguhkan pelaksanaan cadangan ini. Yang kedua, kerajaan kena bentang pelan perancangan menyeluruh berpaksikan kepada data dan juga apa-apa berita-berita semasa. Yang ketiga, mengadakan libat urus dengan pemegang taruh, daripada PIBG, daripada ibu bapa, daripada pengusaha tadika swasta dan sebagainya.

Dan yang akhir sekali, menuntut kerajaan untuk menyelesaikan isu pokok dulu. Isu pokok hari ini bukan soal enam tahun, bukan soal lima tahun. Soalnya ialah soal kekurangan guru, soal bebanan tugas, soal bukan pengajaran yang cikgu hari ini terlibat. Bukan saja mengajar PnP, malahan mereka juga terpaksa menjadi warden, terpaksa menjadi ambulans bawak budak sekolah.

Terpaksa menjadi [Tidak jelas] ataupun menjadi trafik untuk kawal budak- budak dan juga kualiti fasiliti yang kita tengok, banyak lagi sekolah-sekolah daif seperti yang disebutkan oleh wakil dari Sabah, Sarawak ini tadi. Dan inilah yang sepatutnya diselesaikan dahulu, barulah kita bincang bab-bab persamaan ini.

Bab soal sistem pendidikan, kami dipihak Perikatan Nasional bersama untuk kita mendukung kerana ini bukan soal kita— soal politik. Soal untuk isu ini ialah perkara yang melibatkan soal generasi masa depan anak cucu kita. Bukan masa depan saya tapi ialah masa depan anak saya, cucu saya yang berumur satu tahun, dua tahun, inilah yang kita bincang berkenaan dengan apa yang saya sebutkan tadi.

Terima kasih kepada Dato’ Seri.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikut dipersilakan Yang Berhormat Bangi.

draft • 3:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

draft • 3:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 3:03 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

...Salam Malaysia MADANI. Terima kasih kepada Dato’ Dr. Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, izinkan saya untuk merafak sembah dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas Titah Diraja pembukaan Parlimen yang cukup padat dan bermakna. Titah Seri Paduka Baginda mengingatkan kita Dato’ Yang di-Pertua, kita sebagai Ahli-ahli Parlimen, tentang peranan kita dalam Dewan yang mulia ini.

Dato’ Yang di-Pertua, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Titah Baginda telah menyentuh beberapa perkara. Antara perkara yang disentuh oleh Baginda adalah mengenai pertumbuhan ekonomi yang positif. Hari demi hari kita mendengar berita mengenai angka-angka yang begitu memberangsangkan dan yang membuktikan bahawa ekonomi kita berada di landasan yang betul.

Pertama, kita mendengar tentang kadar pengangguran dalam negara yang turun ke paras terendah dalam tempoh 11 tahun.

Kedua, unjuran KDNK untuk suku keempat 2025 adalah 5.7 peratus dan dengan ini, pertumbuhan KDNK 2025 akan mencatat kadar 4.9 peratus mengatasi unjuran rasmi sebelum ini iaitu empat hingga 4.8 peratus.

Ketiga, Perdana Menteri juga telah mengumumkan dalam Dewan yang mulia ini, Dato’ Yang di-Pertua. Bahawa buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia, jumlah dagangan Malaysia melepasi RM3 trilion.

[Tepuk] Keempat, tahun 2025, Ringgit merupakan mata wang berprestasi terbaik di Asia dan tahun 2026 Dato’ Yang di-Pertua, Ringgit meneruskan momentum apabila minggu lepas, mencecah RM4 berbanding— ataupun 4.0 berbanding USD dan pagi ini, pengukuhan ini berterusan dan Ringgit terus dibuka tinggi di bawah paras 4.0.

draft • 3:03 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bangi, sikit Bangi.

draft • 3:03 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Boleh, boleh.

draft • 3:03 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bangi, punyalah hebat Perdana Menteri kita ini, Bangi. Maksudnya, ekonomi naik, Ringgit kukuh.

Maksudnya, kan? Pengangguran pun makin kurang. Ini pun Bangi, ada orang yang adakan demonstrasi minta supaya Perdana Menteri ini letak jawatan. Saya nak minta pandangan daripada Bangi. Dahlah letak jawatan, baca pula doa laknat untuk Perdana Menteri kita ini. Minta sikit pandangan daripada Bangi.

draft • 3:03 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya, saya rasa tak perlu saya ulas lanjut, cuma kita tahulah di sebelah sana banyak masalah. Sebelah sini, kita pun kadang-kadang bergeser tapi rumah kita kuat, Dato’ Yang di-Pertua.

[Tepuk] Data tidak menipu, fakta tidak mampu berbohong. Angka-angka ini menunjukkan bahawa negara kita di bawah Kerajaan MADANI ini mendapat keyakinan antarabangsa dan kita mengamalkan pentadbiran yang baik.

Dato’ Yang di-Pertua, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga telah menyentuh mengenai pengukuhan institusi demokrasi. Ini lanjutan daripada Ucapan Amanat Tahun Baru Yang Amat Berhormat Perdana Menteri beberapa minggu lepas.

Yang mana dalam ucapan tersebut, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan mengenai empat langkah reformasi institusi yang cukup penting.

Langkah-langkah tersebut seperti kita tahu, mengasingkan peranan Peguam Negara dan pendakwa raya, menubuhkan institusi ombudsmen, memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat dan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri.

Langkah-langkah ini Dato’ Yang di-Pertua, cukup signifikan kerana ia merupakan langkah-langkah reformasi institusi yang dituntut oleh penyokong Pakatan Harapan dan juga masyarakat sivil untuk sekian lama. Maka, langkah-langkah ini juga terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan untuk Pilihan Raya Umum Ke-15.

Keempat-empat reformasi institusi ini merupakan langkah terbaru. Ha, saya nak tekankan dekat sini bahawa ia adalah langkah terbaru dalam siri pembaharuan dan reformasi yang telah pun dilaksanakan oleh kerajaan ini, yang telah juga diluluskan oleh kita semua Ahli-ahli Dewan Rakyat. Antaranya, Parlimen seperti kita tahu telah diperkasakan dengan lulusnya pindaan Perlembagaan dan Rang Undang- undang Perkhidmatan Parlimen yang mengembalikan autonomi Parlimen.

Terdapat juga reformasi institusi yang lain. Bantuan guaman contohnya, kini diperkasakan melalui undang-undang, dengan izin, codified in law dengan lulusnya Rang undang-undang Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam. Akta Audit juga telah kita pinda, memberikan skop yang lebih besar kepada Ketua Audit Negara untuk menjalankan audit.

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat sudah juga dipinda, mengisi kelompongan yang wujud sekian lama. Dan selepas berdekad perjuangan, akhirnya Akta Majlis Media Malaysia berjaya digubal dan yang membolehkan pengamal media melaksanakan apa yang kita panggil self-regulation bagi hal-hal kewartawanan dan media.

Banyak lagi reformasi yang telah dilaksanakan, Dato’ Yang di-Pertua. Kalau saya nak senaraikan semuanya, saya rasa Dato’ Yang di-Pertua kena bagi saya setengah jam. Tetapi apa yang saya nak tekankan dekat sini adalah Dato’ Yang di- Pertua, langkah-langkah yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada awal tahun ini bukanlah permulaan tetapi ia kesinambungan daripada apa yang sedang berjalan sejak kerajaan ini tertubuh.

Sudah tentu bak kata pepatah Inggeris, the devil is in the details. Rang undang-undang belum dibentangkan tetapi kita yakin dan percaya bahawa apa yang akan dicadangkan nanti akan memenuhi aspirasi rakyat. Saya sebagai Ahli Parlimen Pakatan Harapan, juga kita percaya bahawa ia akan memenuhi aspirasi yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan.

Dan saya percaya, sekiranya semua langkah-langkah reformasi yang telah diumumkan ini Dato’ Yang di-Pertua, berjaya diluluskan, maka ia akan menjadikan tahun 2026 sebagai tahun yang paling signifikan dalam sejarah reformasi institusi negara, insya-Allah. Dato’ Yang di-Pertua, selain daripada itu, dalam Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga telah menitahkan supaya Rancangan Malaysia Ketiga Belas memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat.

draft • 3:03 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dan apabila kita bercakap tentang kesejahteraan rakyat, kita tak boleh lari daripada hal-hal berkait dengan kerajaan tempatan. Hal seperti jalan raya, lampu jalan, pengurusan sampah, ruang dan kemudahan awam dan semua ini adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan atau PBT.

Saya nak ambil peluang ini Dato’ Yang di-Pertua, untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan terutama sekali Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana telah menyalurkan begitu banyak dana kepada kawasan Parlimen Bangi melalui MPKJ untuk pelbagai kemudahan awam.

Dana KPKT telah membaik pulih contohnya, Taman Tasik Cempaka, Pasar Kajang, Pasar Bandar Baru Bangi, Laman Niaga Sungai Long. Dan ini semua tidak mungkin dapat dilaksanakan Dato’ Yang di-Pertua, dalam beberapa tahun yang singkat ini sekiranya KPKT tidak turunkan dana kepada Majlis Perbandaran Kajang.

Dato’ Yang di-Pertua, untuk PBT, ahli majlis memainkan peranan yang penting. Mereka bukan setakat penggubal dasar bagi PBT, tapi merekalah barisan pertama aduan rakyat. Ahli majlis yang berfungsi dan efisien akan membantu wakil rakyat dalam memastikan aduan rakyat diuruskan dan diselesaikan. Namun demikian, di kawasan-kawasan bandar penduduk semakin bertambah.

Saya ambil Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) yang mana terletaknya Parlimen Bangi. Untuk tahun 2025 Dato’ Yang di-Pertua, dianggarkan seramai 1.12, 1.12 juta orang menduduki kawasan MPKJ yang meliputi kawasan lebih kurang 787 kilometer persegi. 1.12 juta ini Dato’ Yang di-Pertua, lebih ramai daripada penduduk sesetengah negeri yang ada dalam Malaysia. Di bandar-bandar besar sudah menjadi kebiasaan untuk ahli-ahli majlis menjaga zon yang mempunyai saiz penduduk dan pengundi yang menyamai satu kawasan DUN di luar bandar di beberapa negeri.

Dan kalau kita ambil Parlimen Bangi saja iaitu sebahagian daripada MPKJ saya katakan tadi, terdapat beberapa daerah mengundi di Bangi yang sudah pun melebihi 10,000 pengundi untuk satu daerah mengundi termasuklah beberapa tempat seperti Bandar Sungai Long, Bandar Mahkota Cheras, Taman Impian Ehsan dan sebagainya. Ahli-ahli majlis yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga tempat-tempat tersebut perlu menangani isu berpuluh taman perumahan, berpuluh ribu penduduk sama ada mereka pengundi atau hanya penduduk di situ yang menetap di kawasan tersebut.

Jadi Dato’ Yang di-Pertua, di bawah Akta Kerajaan Tempatan [Akta 171], seksyen 10(1)(b) ada menyatakan bahawa jumlah ahli majlis bagi setiap PBT adalah tidak kurang daripada lapan dan tidak lebih daripada 24. Saya nak cadangkan, kerajaan wajar membuat kajian sama ada sesuai kita buat pindaan ke atas Akta 171 ini untuk menaikkan jumlah maksimum ahli majlis seperti yang termaktub dalam Akta 171.

Cadangan ini Dato’ Yang di-Pertua, tidak bermakna semua PBT mesti lebih daripada 24. Ia bergantung kepada kesesuaian. Kalau ada PBT yang tak perlu sampai lebih daripada 24, boleh teruskan. Tetapi di tempat PBT-PBT yang padat, mereka diberi pilihan untuk menaikkan jumlah maksimum ataupun jumlah ahli majlis untuk PBT tersebut.

Dan dengan cadangan ini Dato’ Yang di-Pertua, kawasan-kawasan yang mempunyai penduduk yang ramai dapat diuruskan dengan lebih efektif dan berkesan. Dan juga, dengan pertambahan ini kita boleh ada ahli-ahli majlis yang tidak menjaga zon secara khusus, tetapi mereka mempunyai kepakaran, mereka teknokrat. Jadi, mereka boleh memberi sumbangan dari segi penggubalan dasar di peringkat PBT.

Saya nak tekankan dekat sini supaya tak ada salah faham. Ini bukan untuk meramaikan lantikan politik. Seperti saya katakan tadi, boleh ada teknokrat dan sebagainya. Dan ini juga saya harap tak ada orang kata kita nak cuba menyentuh bagaimana ahli majlis dipilih. Kononnya nak bawa semula pilihan raya tempatan dan sebagainya. Itu hal lain.

Saya bercakap tentang meningkatkan maksimum ahli majlis dalam PBT dengan pindaan. Dan saya, pada saya, jika langkah ini dilaksanakan, kita buat kajian, kalau sesuai, kita dapat memperkasakan PBT, meningkatkan kecekapan dan memastikan penyampaian khidmat kepada rakyat yang lebih berkesan, insya-Allah.

Akhir sekali, saya mohon sedikit masa Dato’ Yang di-Pertua. Poin yang terakhir saya, dalam Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Baginda telah juga menyentuh mengenai kejayaan Malaysia di persada antarabangsa.

Saya nak ambil peluang ini untuk menyinggung perasaan Amerika Syarikat— oh, bukan perasaan. Tindakan Amerika Syarikat yang mutakhir ini tidak menghormati kedaulatan negara lain. Beberapa minggu lepas, kita lihat Presiden Venezuela, Nicolas Maduro dan isterinya telah diculik di negara mereka dan kemudian dibawa ke Amerika Syarikat dalam satu operasi ketenteraan.

Kemudian, Amerika Syarikat melalui Presiden mereka juga telah menyatakan hasrat mereka untuk merampas Greenland yang merupakan sebuah wilayah di bawah negara Denmark. Mereka kemudian membuat pusingan U dan tak jadi pula dengan rancangan ini. Dan yang paling keterlaluan dan dengan izin, the most egregious adalah Lembaga Keamanan atau Board of Peace yang dipimpin oleh Presiden Trump.

Awalnya Board of Peace ini Dato’ Yang di-Pertua, untuk membangunkan semula wilayah Gaza, tapi sekarang ini kita tengok Board of Peace ini seakan-akan nak menjadi satu bentuk gantian kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dan yang paling pelik dan tak boleh diterima, kalau nak jadi lembaga tetap dalam Board of Peace ini perlu bayar USD1 bilion. Maka, saya fikir kita tak perlu kecewalah kalau kita tidak dijemput untuk menganggotai lembaga ini.

Saya sokong apa yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum ini, nak wujudkan apa-apa lembaga sekalipun, nak bercakap tentang peace, keamanan, the attacks on Palestine, on Gaza must stop terlebih dahulu, dengan izin tuan-tuan dan puan-puan.

Kita tak boleh ada keamanan kalau Israel masih menyerang Gaza, masih tidak menghormati gencatan senjata yang telah pun dipersetujui. Dengan izin Dato’ Yang di-Pertua, this is a farce. Semua ini membuktikan bahawa Amerika Syarikat tidak boleh lagi bermegah sebagai juara demokrasi dan hak asasi dunia.

Ada lagi rakyat kita Dato’ Yang di-Pertua, yang berkiblatkan Amerika Syarikat.

Masih mengagungkan barat, tetapi jelas bahawa barat dan Amerika Syarikat telah gagal. Dan sebab itu Dato’ Yang di-Pertua, saya sendiri mengambil pendirian bahawa setiap kali saya terima jemputan daripada kedutaan mereka, saya akan tolak.

Saya tahu mungkin ada Menteri-menteri yang perlu menyantuni, YB Subang sebagai pengerusi jawatankuasa perlu menyantuni mereka, tetapi saya backbencher biasa. Saya boleh tolak, sekurang-kurangnya saya berpegang kepada prinsip bahawa selagi mana mereka berperangai seperti ini, saya tidak boleh menyantuni atau berjumpa dengan mereka.

Yang penting lagi dan saya nak gulung Dato’ Yang di-Pertua, kita Malaysia harus terus memainkan peranan di persada antarabangsa sebagai suara kebenaran.

Kita harus terus speak truth to power, menegur dan bersuara terhadap kuasa-kuasa besar apabila mereka melampaui batas. Kita negara kecil, tapi kita mempunyai suara yang cukup penting dalam zaman edan ini. Seperti kata-kata Almarhum Tunku Abdul Rahman, “Malaysia harus menjadi a beacon of light in the difficult and distracted world”. Sekian Dato’ Yang di-Pertua, Bangi mohon menyokong.

[Tepuk]

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Selanjut dipersilakan Yang Berhormat Gerik.

draft • 3:10 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas laluan yang diberikan. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas titah perasmian yang penuh dengan nasihat, peringatan serta panduan kepada kita semua sebagai wakil rakyat.

Sesungguhnya Titah Baginda menzahirkan keprihatinan terhadap hala tuju negara dan menegaskan tanggungjawab besar Ahli-ahli Dewan ini dengan memastikan kesejahteraan, kemakmuran dan keadilan sosial kepada seluruh rakyat Malaysia.

Antara perkara utama yang disentuh oleh Titah Baginda adalah berkenaan soal perlembagaan, ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat. Bagi isu ekonomi ini, saya ingin menarik perhatian Dewan kepada Perjanjian Timbal Balas Perdagangan Malaysia–Amerika Syarikat ataupun Agreement on the Reciprocal Trade atau ART ataupun A-R-T. Pada pandangan saya, perjanjian ini tidak mencerminkan prinsip keadilan dalam hubungan perdagangan antara sebuah kuasa ekonomi besar dengan sebuah negara membangun seperti Malaysia.

Lebih membimbangkan, perjanjian ini dipromosikan seolah-olah telah dimuktamadkan, sedangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri mengakui bahawa ART ini masih belum lengkap. Keadaan ini menimbulkan persoalan tentang ketulusan dan kedudukan sebenar perjanjian tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, hakikatnya ART ini lebih memperlihatkan dominasi Amerika Syarikat dan cengkamannya ke atas negara-negara membangun seperti Malaysia.

draft • 3:18 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Kesan perjanjian ini juga tidak boleh dilihat dari sudut-sudut angka semata- mata. Impaknya akan dirasai oleh semua termasuk PKS dan industri dalam Malaysia.

PKS dalam sektor pembuatan, agromakanan dan perkhidmatan akan berdepan persaingan tidak seimbang daripada syarikat multinasional seperti Amerika Syarikat yang mempunyai pelbagai kelebihan modal, teknologi dan aset pasaran. Dalam keadaan ini, PKS tempatan berisiko untuk tersisih daripada rantaian nilai domestik.

Lebih membimbangkan, kesan ini turut menjejaskan masyarakat luar bandar seperti petani, pekebun kecil dan usahawan desa.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia tidak wajar bergantung pada satu kuasa atau satu pasaran sahaja. Kerajaan perlu merangka hala tuju perdagangan yang lebih seimbang melalui kepelbagaian pasaran antarabangsa. Malaysia wajar memperkukuh kerjasama dengan negara-negara Global South seperti Asia Selatan, Asia Barat, Afrika dan Amerika Latin serta tidak menolak kemungkinan untuk melibatkan diri dalam blok ekonomi seperti BRICS bagi membuka ruang kerjasama pelaburan, teknologi dan perdagangan yang lebih setara.

Pertama, pendekatan ini bukan bermaksud kita menolak terus Amerika Syarikat, tetapi kita mesti memastikan kepentingan nasional sentiasa diutamakan dan rundingan dibuat secara adil. Ekonomi yang berdaulat ialah ekonomi yang memperkukuhkan kekuatan domestik, ekonomi yang melindungi industri tempatan dan memperkasakan PKS.

Tuan Yang di-Pertua, atas faktor tersebut juga, saya bersama empat orang Ahli Parlimen Perikatan Nasional telah memfailkan saman pemula terhadap Yang Amat Berhormat Tambun selaku Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia pada 19 Januari 2026 yang lalu. Tindakan ini bukan bersifat politik tetapi bertujuan memastikan kedaulatan negara dan Perlembagaan kita dipelihara. Persoalan utama ialah sama ada menandatangani perjanjian ART tersebut dibuat selaras dengan Perlembagaan Persekutuan serta menghormati peranan Parlimen dan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Malah, perjanjian ini juga melibatkan isu strategik seperti unsur nadir bumi atau rare earth element. Maka, timbul persoalan sama ada perkara ini telah dirujuk kepada Majlis Raja-Raja serta melibatkan kerajaan negeri dan Menteri-menteri Besar yang mempunyai bidang kuasa terhadap sumber tersebut.

Jadi, persoalan saya mengapa Perdana Menteri menandatangani perjanjian ART ini tanpa beliau mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Majlis Raja-Raja atau melalui satu rang undang-undang di Parlimen selaras dengan Perkara 69 Perlembagaan Persekutuan untuk meluluskan perjanjian ART tersebut?

Adakah ini bermaksud beliau telah memintas kewajipan beliau sebagai Ketua Kabinet untuk bertanggungan secara bersama kepada Dewan Parlimen yang mulia ini selaras dengan Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan iaitu Kabinet atau Jemaah Menteri hendaklah bertanggungan secara bersama kepada Parlimen.

draft • 3:20 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Gerik?

Boleh?

draft • 3:20 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Ah, boleh.

draft • 3:20 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Sikit tentang ART. Baru ini ditanya dalam Dewan, adakah tempoh 60 hari itu telah dimuktamadkan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjawab, “Belum dimuktamadkan lagi”. Adakah Gerik bersetuju kerajaan beritahu bila mula tarikh 60 hari itu, daripada bila sampai bila? Supaya kita tidak terkeliru. Dalam tempoh 60 hari itu, bila? Dah mula kah belum, dah tamat kah belum. Adakah Gerik bersetuju? Terima kasih.

draft • 3:20 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Ya, saya setuju dengan pandangan Alor Setar. Mohon masukkan dalam ucapan saya.

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak mahu hanya kerana sebatang pen, masa depan negara kita digadaikan melalui perjanjian yang belum dimuktamadkan dan tidak telus ataupun tidak— penuh dengan ketidakpastian. Kepentingan nasional, kedaulatan negara dan hak generasi akan datang wajar kita— tidak wajar kita pertaruhkan demi memenuhi tekanan kuasa luar.

Tuan Yang di-Pertua, antara perkara kedua yang disentuh oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda adalah berkenaan isu rasuah ATM. Sebagai anak bekas tentera, saya ingin memetik sedikit berkenaan isu rasuah dalam Angkatan Tentera Malaysia. Isu ini bukan isu kecil dan isu ini bukan isu terpencil. Ia adalah isu keselamatan negara.

Sebab itu, apabila Duli Yang Maha Mulia sendiri menegur secara terbuka berkenaan rasuah dalam ATM, termasuk melibatkan pegawai kanan dan urusan perolehan, teguran itu juga tidak wajar kita anggap sebagai perkara biasa.

Sebenarnya ia adalah satu amaran keras kepada seluruh ekosistem perolehan negara.

Tuan Yang di-Pertua, hakikatnya dari sudut pertahanan kedudukan pertahanan Malaysia dalam ASEAN sudah pun ketinggalan. Dari segi aset dan perbelanjaan pertahanan, Malaysia kini berada di kedudukan keenam dalam ASEAN di belakang Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam dan Filipina. Lebih membimbangkan, perbelanjaan pertahanan Malaysia kurang daripada satu peratus KDNK negara.

Sedangkan purata perbelanjaan pertahanan negara-negara ASEAN semuanya menghampiri dua peratus. Ini bermakna kita berbelanja lebih rendah berbanding keupayaan ekonomi negara dan akibatnya ATM berdepan pelbagai masalah. Aset yang semakin uzur, kekurangan platform moden, kelewatan perolehan dan beban penyelenggaraan yang tinggi.

Namun Tuan Yang di-Pertua, dalam keadaan bajet terhad dan aset yang tidak mencukupi inilah isu rasuah pula masih berlaku. Menambah lagi sengsara pertahanan negara. Isu rasuah ini bukan sekadar kebocoran wang rakyat, tetapi pengkhianatan terhadap anggota-anggota tentera kita yang sedang berjuang di medan yang mempertaruhkan nyawa mereka dengan kelengkapan yang tidak setimpal.

Bagaimana kita mahu meyakinkan rakyat untuk menambah bajet pertahanan jika tadbir urus perolehan masih lagi longgar? Bagaimana kita mahu bercakap soal kedaulatan jika integriti dalam institusi pertahanan negara kita sendiri boleh dipersoalkan? Teguran Seri Paduka Baginda seharusnya menjadi titik perubahan untuk kita lakukan reformasi menyeluruh terhadap sistem perolehan pertahanan dan sistem perolehan dalam negara. Begitu juga ketelusan dan pengawasan Parlimen perlu lebih kukuh dan jaminan bahawa setiap ringgit yang dibelanjakan mesti sampai kepada maksud sebenar perbelanjaan seperti aset ATM dan sebagainya.

Dan Tuan Yang di-Pertua, telah banyak contoh kes rasuah dalam negara yang berlegar dan menjadi bualan rakyat. Malah, ada juga kes-kes yang dijadikan bahan jenaka. Ingatan saya kepada pihak kerajaan dan mereka yang berkuasa, janganlah mengajar anak ketam berjalan lurus, sedangkan ibu ketam itu sendiri jalannya mengiring.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang ketiga, saya menyentuh tentang isu pencemaran dan penebangan hutan. Kebelakangan ini, kita menyaksikan insiden pencemaran Sungai Perak sehingga air bertukar menjadi warna biru dan malah jawapan kementerian tidak menolak kemungkinan berlakunya pencemaran seperti asid bahan kimia, logam berat dan limbah berbahaya. Perkara yang sama turut melibatkan aktiviti— kemungkinan daripada aktiviti perlombongan termasuk bijih timah dan REE yang kini beroperasi di Daerah Hulu Perak.

Jadi, kita tidak menolak pengeluaran hasil bumi sebenarnya. Tetapi, kita mahu pastikan bahawa pengeluaran tersebut mestilah dilaksanakan mengikut SOP dan amalan perlombongan yang baik dan agensi penguatkuasaan perlulah sentiasa bertindak tegas dan berintegriti bagi memastikan kelestarian alam sentiasa terpelihara. Dan lebih membimbangkan kalau Sungai Perak merupakan sumber air, sumber makanan dan kehidupan bagi rakyat daripada Gerik sehinggalah ke Teluk Intan di selatan Perak. Jadi, tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak yang mencemarkan alam tanpa kompromi.

Lagi satu Tuan Yang di-Pertua adalah berkenaan penebangan hutan yang secara tidak terkawal juga mesti dihentikan demi menjaga keseimbangan ekosistem.

Pengusaha-pengusaha yang diberi lesen penerokaan atas lesen pembalakan, hendaklah memastikan syarat penanaman semula mengikut jadual yang ditetapkan dan perkara ini tidak boleh dipandang ringan. Sebab, kegagalan berbuat demikian telah mengganggu kehidupan habitat hidupan liar yang menyebabkan haiwan seperti harimau dan gajah keluar daripada habitat asal dan mula menceroboh. Kalau di Gerik ini, dia menceroboh kawasan dusun, ladang kan, ladang penduduk dan sekali gus ia juga mengancam keselamatan dan sumber rezeki rakyat.

Jadi, sebagai penyelesaian Tuan Yang di-Pertua, Gerik ingin mencadangkan supaya kerajaan serius membangunkan Program Penanaman Semula Hutan.

Memperluaskan Program Penanaman Semula Hutan dan tanaman balak secara terancang bagi memulihkan kawasan-kawasan yang telah diteroka.

Insya-Allah dalam masa 10 hingga 20 tahun lagi, ia mungkin boleh menjana kembali hasil kepada negara dan negeri dan dalam masa yang sama, buka peluang pekerjaan baharu untuk diberikan kepada masyarakat Orang Asli dan penduduk tempatan untuk turut terlibat dalam melaksanakan kerja-kerja penanaman balak ini.

Pemulihan hutan dan pemantauan alam sekitar perlu dilakukan segera.

Pendekatan ini bukan sahaja boleh memulihara alam malah menjana pendapatan dan sekali gus menyemai rasa tanggungjawab bersama dalam menjaga khazanah alam negara. Tuan Yang di-Pertua, kita perlu menghargai apa yang telah dianugerahkan kepada kita dan jangan hanya mengejar keuntungan jangka pendek sehingga mengorbankan masa depan negara. Jika alam ini rosak hari ini anak, cucu kita yang akan menanggung akibatnya kelak.

Dan yang terakhir adalah berkenaan isu kawasan. Sedikit isu kawasan, Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan juga dengan RMK13. Pertamanya, status bajet dan peruntukan pembinaan ICQS Bukit Berapit di Pengkalan Hulu. Gerik ingin tahu, apakah status terkini berkenaan perkara ini dan mohon ulasan Kementerian Dalam Negeri.

draft • 3:20 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Yang kedua, adalah status pembangunan ekonomi sempadan Malaysia– Thailand. Mohon Kementerian Ekonomi menyatakan status dan perancangan terkini terutamanya melibatkan daerah Pengkalan Hulu, Perak.

Yang ketiga adalah status terkini Hospital Pakar Minor Gerik. Mohon Kementerian Kesihatan memaklumkan berkenaan isu tapak dan lokasi yang sesuai.

Di sini saya ingin mohon Tuan Yang di-Pertua agar hospital baru ini dibina di atas tanah milik JKR berhampiran Jalan Raya Timur–Barat, Jalan Persekutuan FT004 berhadapan perumahan TNB Gerik.

Yang keempat adalah status terkini Klinik Kesihatan Premier Bandar Gerik yang dibina di atas tapak RTM Kampung Air Panas, Gerik. Bilakah ia nya akan dimulakan?

Dan yang kelima, adalah status terkini pembinaan Santuari Gajah, Gerik. Jadi sepatutnya bermula tahun ini. Jadi nak tahu apakah status terkini bajet dan perlaksanaannya.

Yang keenam adalah pasukan tindak pantas kecemasan JRTB sepertimana syor yang telah dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kemalangan Bas UPSI di JRTB agar diwujudkan pasukan tindak pantas kecemasan JRTB tersebut. Juga saya ingin tahu apakah statusnya.

Dan yang terakhir Jalan Antarabangsa, Pengkalan Hulu–Betong–Thailand, Jalan Persekutuan FT077. Mohon pihak Kementerian Kerja Raya meneliti cadangan menaik taraf jalan tersebut menjadi empat lorong atau dilebarkan sesuai dengan status pintu masuk negara sepertimana pembinaan di Thailand. Sekian, terima kasih.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Selanjut dipersilakan Yang Berhormat Betong.

draft • 3:30 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, selamat petang dan salam sejahtera. Betong bangun menyokong penuh Usul Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas. Titah Tuanku bukan sekadar nasihat simbolik, ia amaran jelas kepada kerajaan bahawa perpaduan, integriti dan tadbir urus yang adil mesti diterjemah melalui tindakan, bukan slogan.

Perpaduan tidak boleh dibina melalui ucapan tetapi melalui dasar yang saksama. Rakyat tidak bersatu apabila jurang bandar dan luar bandar terus melebar apabila keadilan wilayah hanya dijanjikan tetapi tidak dilaksanakan. Dato’ Yang di- Pertua, dalam dunia yang tidak menentu hari ini, kestabilan dalaman ialah aset ekonomi terbesar negara. Tetapi kestabilan tidak lahir daripada propaganda, ia lahir daripada keadilan.

Dato' Yang di-Pertua, saya ingin mulakan isu yang pertama iaitu pendidikan.

Kerajaan telah membentangkan perancangan pendidikan negara 2026–2035 baru- baru ini dengan visi bahawa TVET sejak awal usia, AI dalam bilik darjah dan juga sekolah pintar. Namun realiti menurut data Kementerian Pendidikan sendiri, lebih 35 peratus sekolah di wilayah di luar bandar di wilayah Sabah dan juga Sarawak masih dikategorikan sebagai sekolah daif ataupun separa daif.

Soalannya, bagaimanakah kerajaan mahu melaksanakan AI dan TVET canggih dalam persekitaran yang masih bergelut dengan struktur asas ini yang tidak menentu? Maka dasar yang tidak bermula dengan kesaksamaan akan berakhir dengan ketidakadilan. Jika infrastruktur asas ini Dato' Yang di-Pertua pun gagal disediakan, maka semua visi ini hanya retorik dasar.

Maka Betong ingin menuntut agar RPM ini memasukkan mekanisme khas bagi pembangunan sekolah di luar bandar dengan peruntukan diutamakan, kelulusan yang pantas dan tempoh masa yang jelas. Dato' Yang di-Pertua, tanpa itu, jurang pendidikan akan terus menjadi jurang kemiskinan.

Dato’ Yang Petua, saya ingin berkongsi satu realiti kegagalan dasar ini yang amat jelas iaitu di kawasan saya sendiri di Parlimen Betong, Sekolah Menengah

(SMK) Saribas, Debak yang tahun ini berusia 60 tahun. Saya juga menuntut di situ setengah abad yang lalu di mana empat blok asrama telah diisytiharkan tidak selamat oleh JKR sejak 2019. Enam tahun berlalu Dato' Yang di-Pertua, enam tahun tetapi pelajar masih tinggal dalam risiko.

Menurut laporan audit infrastruktur pendidikan, lebih 28 peratus bangunan sekolah berusia melebihi 40 tahun berisiko kerosakan struktur yang serius. Namun di SMK Saribas Debak, bangunan berbahaya itu masih berdiri. Itulah asrama tempat saya tinggal dahulu. Jadi, saya ingin bertanya secara terus, apakah definisi keutamaan dalam kementerian ini? Adakah menunggu tragedi dahulu baru dianggap kecemasan? Lebih mengecewakan, bangunan uzur itu dibiarkan tanpa dirobohkan, seolah-olah nyawa pelajar bukan keutamaan negara.

Tahun ini enrolmen 1,000— dalam 1,050 orang pelajar. 450 pelajar perlukan asrama tempat mereka dan kapasiti yang ada sekarang hanya dapat menampung 150 orang pelajar yang duduk di asrama. Akibat kekurangan kapasiti Dato' Yang di- Pertua, pelajar pedalaman dia tolak masuk asrama dan keciciran pendidikan akan meningkat. Statistik KPM menunjukkan kadar keciciran luar bandar hampir dua kali ganda berbanding di bandar. Ini bukan angka atas kertas, ini adalah masa depan kami anak Sarawak.

Di samping itu Dato' Yang di-Pertua ada dua lagi blok kuarters guru pula turut tidak selamat. Itulah tempat guru-guru saya juga tinggal dulu. Bagaimanakah kerajaan mahu bercakap tentang kualiti pendidikan luar bandar jika keselamatan guru sendiri gagal dijamin? Maka saya ingin menuntut jawapan dengan tegas, bilakah empat blok asrama dan dua blok kuarters guru ini akan dibina? Bukan janji umum tetapi bilakah tarikhnya, fasa dan peruntukan?

Dato' Yang di-Pertua, saya beralih kepada perkara yang kedua dan senada dengan rakan-rakan saya yang telah berbahas sebelum ini iaitu satu isu yang juga besar, hubungan Persekutuan Sarawak dan tindakan undang-undang PETRONAS.

Betong membangkitkan isu serius berkaitan PETRONAS yang memfailkan kes di Mahkamah Persekutuan yang melibatkan Kerajaan Persekutuan sendiri dan Kerajaan Sarawak sebagai responden. Dan juga tindakan undang-undang difailkan oleh lima buah subsidiari PETRONAS baru-baru ini.

Dato' Yang di-Pertua, apabila PETRONAS dan subsidiarinya menyaman Kerajaan Sarawak, ia bukan sekadar isu korporat, ia menyentuh federalisme, MA63 dan kedaulatan rakan pengasas Persekutuan. Lebih membimbangkan apabila rundingan telah berjalan, PETROS diiktiraf sebagai agregator gas dan pengisytiharan bersama telah dimeterai tahun lepas. Namun tiba-tiba tindakan mahkamah diambil.

Maka saya ingin bertanya dan saya mahu jawapan yang tegas. Siapa yang meluluskan saman ini? Perdana Menteri kah? Jemaah Menteri kah? Ataupun tiada mandat politik langsung? PETRONAS bukan syarikat persendirian, ia milik penuh Kerajaan Persekutuan dengan aset melebihi RM70 bilion— RM700 maaf, dan tanggungjawab kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Dato' Yang di-Pertua, adakah syarikat sebesar ini bertindak sendiri tanpa mandat politik? Jika ya jawapannya, kerajaan telah hilang kawalan ke atas satu aset strategik negara. Jika tidak, kerajaan mesti bertanggungjawab atas konflik ini.

Dato' Yang di-Pertua, kerajaan tidak boleh bercakap tentang MA63 di pentas politik dan mencabarnya di mahkamah. Bagaimana kerajaan bercakap soal rundingan MA63 tetapi dalam masa yang sama membenarkan tekanan melalui mahkamah. Jika ini dibenarkan, apakah jaminan tuntutan perlembagaan negeri lain tidak akan diseret ke mahkamah oleh agensi pusat? Ini satu precedent berbahaya kepada masa depan Persekutuan Malaysia.

Dato’ Yang Petua, saya beralih kepada isu ketiga iaitu mengenai kesihatan.

60 tahun Malaysia, Sarawak masih tiada lagi roadmap kesihatan. Selepas lebih 60 tahun pembentukan Malaysia, Sarawak masih belum mempunyai satu pelan sumber manusia kesihatan yang berfasa dan mengikat dan masih kekurangan tenaga kesihatan kritikal. Data KKM menunjukkan nisbah doktor di Sarawak sekitar satu per 850, jauh lebih rendah daripada sasaran WHO satu ke 400.

draft • 3:31 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Sebagai contoh Dato’ Yang di-Pertua, Hospital Umum Sarawak sendiri sahaja memerlukan sekitar 4,000 kakitangan tambahan. Dato’ Yang di-Pertua, di manakah roadmap kesihatan MA63 yang sebenar, yang lengkap dengan sasaran tahunan dan komitmen jangka panjang atau MA63 hanya sekadar slogan politik tanpa pelaksanaan konkrit?

Kesihatan bukan soal wang semata-mata, ia soal manusia, doktor, jururawat, tenaga sokongan yang perlu dilatih bertahun-tahun. Adakah kerajaan bersedia memberi Sarawak autonomi sebenar untuk kita merancang latihan, pengambilan dan penempatan tenaga kesihatan sendiri atau kuasa kekal di pusat, sementara Sarawak terus menanggung kekurangan? Tanpa kuasa perancangan, kekurangan ini tidak akan pernah selesai, Dato’ Yang di-Pertua.

Isu yang terakhir saya ingin sentuh, Dato’ Yang di-Pertua ialah isu yang melibatkan orang kawasan saya yang rata-ratanya pekebun-pekebun kecil dalam sektor komoditi. Isu ekonomi luar bandar yang terus juga menekan rakyat. Bagi komoditi seperti lada yang banyak di Betong, getah dan kelapa sawit, mereka bergantung kepada baja dan kos baja memang meningkat lebih 30 hingga 40 peratus dalam lima tahun terakhir.

Namun, Dato’ Yang di-Pertua, perlindungan pendapatan pekebun tidak bergerak seiring dengan kos hidup. Pekebun lada berdepan dengan kos input yang tinggi, baja, racun seumpamanya dan ini saya menuntut memerlukan perluasan subsidi bersasar serta skim tanaman baru daripada kerajaan.

Dato’ Yang di-Pertua, manakala pekebun getah juga pula bergantung pada Insentif Pengeluaran Getah (IPG) yang kini tidak lagi sejajar dengan kos sara hidup semasa. Harga lantai perlu juga disemak ke tahap yang lebih realistik dan mekanisme bayaran yang dipermudahkan. Dalam sektor sawit, pelaksanaan EUDR memerlukan sokongan menyeluruh kerajaan melalui pensijilan MSPO dan juga bantuan-bantuan teknikal yang lain.

Betong juga ingin mengesyorkan agar program tanam baru sawit pekebun kecil yang pernah dilaksanakan 12 tahun yang lalu wajar diwujudkan semula bagi membantu pekebun-pekebun kecil ini mengusahakan tanah-tanah yang terbiar.

Sebagai penutup, Dato’ Yang di-Pertua, akauntabiliti. Titah Tuanku ialah kompas negara. Menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kerajaan mesti memerintah dengan akauntabiliti, bukan dengan penangguhan. Pelajar kami di pedalaman berhak kepada keselamatan sekarang, bukan janji masa depan. Sarawak berhak kepada keadilan MA63 yang sebenar, bukan slogan politik. Rakyat luar bandar berhak pada perlindungan ekonomi yang adil. Maka, kerajaan mesti memilih antara akauntabiliti atau alasan. Dewan ini menuntut segala jawapan, tarikh dan tindakan.

Sekian, Betong mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Betong. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Jerlun.

draft • 3:40 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.*

draft • 3:43 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 3:43 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Tuan Yang di-Pertua, Jerlun menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Istiadat Pembukaan Majlis Parlimen Kelima Belas Penggal Kelima pada 19 Januari yang lalu. Titah Baginda juga menyentuh tentang pelaksanaan RMK13 demi kesejahteraan rakyat. Tegasnya, Baginda mengharapkan pelaksanaan RMK12 lalu dapat dipertingkatkan lagi dalam RMK13 yang bermula pada tahun ini, 2026 hingga 2030. Saya ingin menyorot kembali pelaksanaan projek-projek Kerajaan Persekutuan dalam RMK12 di negeri Kedah amnya dan dalam Parlimen Jerlun khususnya.

Dalam hal ini, saya ingin bertanya kepada kerajaan.

Pertama, berapakah projek-projek yang ditawarkan sepanjang RMK12?

Kedua, berapakah projek yang berjaya disiapkan mengikut jadual?

Ketiga, berapakah projek yang tidak siap atau terbengkalai?

Keempat, jika projek ditawarkan semula, berapa banyak kos tambahan yang diperuntukkan?

Yang kelima, adakah setiap projek yang ditawarkan di bawah harga yang diinginkan kerajaan?

Keenam, adakah kerajaan mengenal pasti penglibatan kartel-kartel dalam membuat tawaran kerja dan yang ketujuh, mengambil iktibar apa yang berlaku di Kementerian Pertahanan? Adakah kerajaan juga menjalankan siasatan dalaman terhadap projek-projek di bawah kementerian-kementerian yang lain agar isu di Kementerian Pertahanan tidak berulang lagi?

Saya ingin menyentuh isu pertanian, khasnya tanaman padi. Isu padi sangat dekat di hati saya kerana saya adalah anak pesawah. Pernah alami keperitan mengusahakan sawah dan kini menjadi tempat luahan hati dan keresahan penduduk di Jerlun tentang isu padi yang sering membelenggu kehidupan mereka. Seramai 44,139 orang pesawah di bawah MADA yang terlibat secara langsung dalam industri padi negara. Namun begitu, pesawah tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada kerajaan.

Untuk pengetahuan Ahli Dewan sekalian, setiap kali persidangan Parlimen, pesawah melalui pelbagai NGO akan sentiasa berhimpun di pintu masuk Parlimen.

Tampil untuk menyerahkan memorandum agar hak mereka ditunaikan, nasib mereka dibela, perhatian diberikan dengan sewajarnya oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, pada 20 Januari 2026 lalu, sebuah NGO iaitu Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PESAWAH) telah menyerahkan memorandum kepada Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional. Dalam memorandum tersebut, mereka mendesak agar kerajaan, pertama, mengekalkan kadar pemutuan pada atau potongan padi dikekalkan pada kadar siling 20 peratus atau 20 kilogram per 1,000 kilogram.

Kedua, menaikkan harga lantai padi kepada RM1,800 per tan metrik. Ketiga, jika kerajaan tidak berupaya menaikkan harga padi kepada RM1,800 maka, saya mencadangkan agar, pertama, subsidi harga padi dinaikkan daripada RM500 kepada RM800 per tan. Kedua, kurangkan kos input bersawah dengan menurunkan kos jentera membajak, menuai, benih, baja, racun. Yang ketiga, benarkan pesawah menyimpan, berkongsi dan menjual benih padi.

Langkah ini dapat mengurangkan kebergantungan pesawah kepada pembekal yang menjual dengan harga tinggi. Isu bayaran elaun sara hidup pesawah sementara menunggu hasil padi sebanyak RM600 yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 4 Februari 2025 lalu hingga kini masih belum dibayar kepada pesawah dan pesawah menuntut daripada kerajaan. Seboleh- bolehnya dapat menunaikan pembayaran tersebut sebelum menjelang Aidilfitri 2026 nanti.

Selain itu, isu kelewatan mengedarkan baja yang sering berlaku kelewatan pada setiap musim. Kelewatan ini mengganggu jadual pembajaan yang kritikal, merencatkan pertumbuhan padi, bahkan menyumbang kepada kemerosotan hasil padi. Oleh itu, saya mohon kerajaan dapat mencari mekanisme terbaik agar baja sampai kepada pesawah mengikut jadual yang ditetapkan.

Saya tutup isu nasib pesawah ini dengan dua rangkap pantun.

*Orang kota lena di atas tilam, Pesawah masih membanting tulang; Beras di pinggan siapa yang tanam?, Jarang difikir jerih yang panjang.

Burung pipit terbang berkawan; Hinggap seketika di hulung galang; Perit jerit pesawah tertahan; Demi warisan sawah terbentang.* Tuan Yang di-Pertua, menyentuh isu moral yang meruntuhkan akhlak golongan remaja dan LGBT yang tidak dibanteras mengikut lunas undang-undang.

Berita Harian Online pada 29 November 2025 melaporkan seramai 201 lelaki termasuk 17 penjawat awam disyaki terbabit aktiviti hubungan songsang ditahan oleh Polis Diraja Malaysia di sebuah pusat kesihatan di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

draft • 3:43 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Wujud aktiviti gay songsang, yang merujuk kepada hubungan sejenis lelaki dengan lelaki, yang bercanggah dengan norma agama dan budaya arus perdana di Malaysia terutamanya pembentukan sahsiah generasi muda.

Saya memetik kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus yang mendedahkan bahawa 171 lelaki warga tempatan yang ditahan dalam serbuan itu telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas permohonan reman ditolak oleh majistret atas alasan lewat dikemukakan akibat jumlah tangkapan yang terlalu ramai dan tiada pihak yang mengaku menjadi mangsa perlakuan gay songsang tersebut.

Terdapat kebimbangan mengenai normalisasi gaya hidup yang bercanggah dengan pegangan majoriti masyarakat beragama. Perbuatan jijik ini telah mencemarkan imej perkhidmatan awam yang mana mereka perlu dikenakan tindakan tatatertib kerana ia telah menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap penjawat awam sebagai teladan.

Saya ingin bertanya, mengapakah pihak-pihak yang terlibat tidak dituduh di bawah seksyen 372 dan seksyen 377 Kanun Keseksaan atau seksyen 25 Akta Kesalahan Jenayah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 di mahkamah syariah?

Apakah hanya dengan alasan jumlah tangkapan terlalu ramai, perintah reman tidak dikeluarkan dan tiada pihak yang mengaku menjadi mangsa, maka kes ini menjadi NFA (no further action), dengan izin?

Oleh itu, saya menuntut agar pihak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur dan pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut sebagai pengajaran demi mempertahankan kesejahteraan masyarakat daripada ancaman budaya songsang. Penganjuran program tersebut jelas bertentangan dengan nilai moral, budaya tempatan dan Perkara 3(1) Islam sebagai agama bagi Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh isu rasuah yang semakin membiak dan berleluasa dalam negara kita, bahkan menjadi inti pati utama Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Rasuah bukan lagi isu terpencil. Ia telah menjadi barah sistematik yang meresap ke dalam politik, pentadbiran, perolehan kerajaan dan penguatkuasaan undang-undang. Lebih mendukacitakan, ia dilakukan oleh mereka yang diamanahkan kuasa tertinggi untuk menjaga kepentingan rakyat.

Rakyat disuruh berjimat, rakyat ditekan dengan kos sara hidup, rakyat diminta bersabar tetapi pada masa yang sama, wang awam disamun tanpa rasa bersalah, disorok melalui projek gagal, rundingan terus, kronisme dan penyalahgunaan kuasa.

Secara asasnya, syariat Islam menitikberatkan aspek pengurusan harta dalam kehidupan manusia. Setiap harta yang diperoleh mestilah berasal dari sumber yang halal iaitu suci daripada unsur-unsur syubhah dan haram. Sejajar dengan itu, syariat Islam melarang sebarang bentuk perbuatan memakan harta orang lain secara batil. Antaranya termasuklah mendapatkan keuntungan melalui jenayah rasuah.

Saya memetik Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 188 yang berbunyi, [Membaca Surah al-Baqarah, Ayat 188] “Dan janganlah kamu makan atau mengambil harta orang-orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah. Dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu, memberi rasuah kepada hakim-hakim kerana hendak memakan atau mengambil sebahagian dari harta manusia dengan berbuat dosa padahal kamu mengetahui salahnya”. Imam As-Suyuti merumuskan kaedah seperti berikut, [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Sesuatu yang haram untuk diambil, maka haram juga untuk diberi”. Lebih menyedihkan, penguatkuasaan dilihat tidak konsisten dan terpilih. Kes rasuah kecil dihukum segera, tetapi kes besar melibatkan tokoh ternama berlarutan bertahun-tahun, digugurkan, dilewatkan atau dilemahkan melalui alasan teknikal. Ini bukan keadilan. Ini ketidakadilan yang dirasmikan. Tiada parti, tiada jawatan, tiada jasa silam yang boleh menghalalkan perbuatan mencuri wang rakyat, mempertahankan perasuah atas nama politik atau kepentingan sempit adalah pengkhianatan terhadap negara.

Jika kerajaan gagal bertindak tegas hari ini, maka kepercayaan rakyat akan terus runtuh, pelabur akan menjauh, anak muda akan hilang harapan dan negara akan hilang dan rosak. Oleh itu, saya memperingatkan kerajaan bahawa tiada kompromi terhadap rasuah, tiada pendakwaan terpilih, tiada perlindungan kepada mana-mana individu walau setinggi mana jawatannya dan undang-undang mesti ditegakkan tanpa takut dan pilih kasih.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh isu pengasingan peranan Peguam Negara dan pendakwa raya. Saya menyambut baik Titah Baginda yang mahu melihat aspek keadilan, ketelusan dan kedaulatan undang-undang dapat ditegakkan dalam negara kita. Pengasingan peranan Peguam Negara dan pendakwa raya dapat mengelakkan konflik kepentingan atau conflict of interest, dengan izin. Peguam Negara biasanya menasihati kerajaan dan mempertahankan kepentingan negara manakala pendakwa raya membuat keputusan mendakwa kes jenayah. Pengasingan peranan ini mengelakkan situasi di mana nasihat kepada kerajaan bercanggah dengan keputusan pendakwaan.

Selain itu, pendakwa raya yang berasingan boleh bertindak secara bebas tanpa tekanan politik atau kepentingan eksekutif, sekali gus memastikan keputusan mendakwa dibuat berdasarkan undang-undang dan bukti, bukan arahan pihak tertentu. Pengasingan kuasa ini mengukuhkan prinsip rule of law kerana tiada satu individu atau jawatan yang memegang kuasa terlalu besar dalam proses perundangan. Apabila pendakwaan dilihat bebas dan adil, rakyat akan lebih yakin bahawa undang-undang dilaksanakan secara saksama tanpa pilih kasih.

Dengan fungsi yang berbeza, setiap pihak boleh dipertanggungjawabkan secara jelas atas keputusan dan tindakan masing-masing. Banyak negara demokrasi mengasingkan peranan Peguam Negara dan pendakwa raya bagi memastikan sistem keadilan jenayah lebih profesional dan bebas.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh isu bahasa. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Malaysia telah termaktub sebagai bahasa kebangsaan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, penggunaan dan penguasaan bahasa Melayu melambangkan kedaulatan undang- undang negara, selain menghormati asas pembinaan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat. Ia membuktikan kedudukan bahasa Melayu sangat istimewa, perlu dipelihara dan dimartabatkan oleh semua pihak dalam negara ini.

Bahasa Melayu ialah lambang identiti nasional Malaysia. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu mencerminkan sejarah budaya dan kedaulatan negara.

Penggunaannya menyatukan rakyat tanpa mengira kaum dan latar belakang.

Bahasa Melayu telah lama menjadi lingua franca di alam Melayu Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Keutamaan bahasa Melayu membantu memelihara warisan sejarah dan kesinambungan tamadun bangsa.

Kegagalan mengangkat bahasa Melayu dalam urusan rasmi, pendidikan dan pentadbiran, merupakan satu bentuk pengabaian terhadap kedaulatan undang- undang negara. Oleh itu, bahasa Melayu wajar dimartabatkan seiring dengan penguasaan bahasa lain demi kemajuan Malaysia yang seimbang.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, menyentuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Saya ingin mengulangi semula ucapan-ucapan saya di dalam Dewan ini sebelum ini mengenai projek pelabuhan kargo berskala besar iaitu pelabuhan laut dalam di Sanglang, Jerlun yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama pihak swasta.

Saya difahamkan oleh Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN Kedah) bahawa proposal rasmi telah dikemukakan kepada Kementerian Pengangkutan.

draft • 3:50 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Pihak konsultan dan syarikat pemaju juga sedang memperhalusi butiran teknikal termasuk lokasi tapak dan aktiviti ekonomi hiliran upstream dan downstream, dengan izin. Projek ini adalah selari dengan Projek Sanglang Integrated Jetty (SIJ)...

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, gulung.

draft • 4:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Dan Perlis Inland Port yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan di Perlis mempunyai matlamat yang sama iaitu mewujudkan pertumbuhan ekonomi pantai di Utara dan potensi jalur perdagangan Malaysia–Thailand melalui pembinaan land bridge dengan izin, untuk memendekkan laluan perdagangan.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Oleh itu, saya memohon kepada kerajaan, khususnya Kementerian Pengangkutan, bagaimanakah perkembangan terkini dan maklum balas tentang status proposal yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Kedah kepada Kementerian Pengangkutan dan bilakah projek tersebut dijangka boleh dimulakan.

Sekian, terima kasih Tan Sri Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Jerlun. Seterusnya saya jemput Ipoh Timor.

draft • 4:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih Tan Sri Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat seisi Dewan. Saya ingin menjunjung setinggi-tinggi kasih dan merafak sembah kepada Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Yang di-Pertuan Agong yang telah kita sama-sama bahaskan dan saya menyokong sepenuhnya penekanan Titah Tuanku bahawasanya pada tahun 2026 ini, tahun baru dengan semangat baru.

Titah Tuanku jelas, tegas dan penuh pedoman. Perenggan 23 ada aura yang kita kena dengarlah dari semasa ke semasa. Kadang-kadang ada yang terlupa apa tugas hakiki kita di sini. Kita semua di Dewan Rakyat ini dipilih antara jutaan rakyat untuk berada di sini berbahas untuk mencapai keputusan dan kita ada amanah di sini melaksanakan tugas ini dengan bijaksana dan bertanggungjawab.

Dan hari ini saya nak bangkitkan sesuatu yang berkenaan dengan undang- undang yang mungkin atau peraturan yang mungkin kurang seimbang keadilannya atau disproportionate dengan izin. Tapi saya kena mula dengan puji dan memang ucapkan syabas dan tahniah kepada pelaksanaan BUDI95 yang memang tiap kali pergi isi minyak, memang ada rasa syoknyalah. Tengok harga kat pam itu besar- besar, tinggi-tinggi, RM200-RM210 tapi bila bayarnya memang RM130-RM140.

Akan tetapi, kendatipun begitu, ada sedikit masalah dan kita rujuk kepada apa yang telah dititahkan Tuanku berkenaan dengan amanah dan pengurusan hasil negara. Ya, kita perlu bertungkus-lumuslah, hempas piuk untuk mendapatkan hasil yang paling baik untuk negara. Dan antara langkah-langkah itu adalah untuk menyekat atau mengekang pembelian minyak subsidi daripada warga asing atau kenderaan-kenderaan asing.

Tahu tak Ahli-ahli Yang Berhormat, bahawasanya walaupun dengan IC Malaysia, dengan ada BUDI95, bila pam dengan kereta yang plat dia bukan plat Malaysia, RON95 tak boleh. Tapi isunya di sini adalah dia tak boleh dijual atau dan tak boleh dibeli oleh yang memandu kenderaan atau membawa kenderaan dengan plat bukan Malaysia. Saya tahu, kalau ikut pengumuman atau grafik-grafik di sosial media yang ditularkan oleh MKN dan juga KPDN, memang menyatakan bahawa memang salah untuk jual dan salah untuk pembeli.

Tetapi kita kena tahu dari segi aktanya, undang-undangnya yang kita sama- sama luluskan di sini. Sekarang, apa yang saya tahu dan saya dengar daripada rakyat di luar sana adalah kalau jualnya kepada kereta yang platnya bukan Malaysia, kalau jual, dendanya boleh cecah RM1 juta. Tetapi yang beli, sebenarnya pada ketika ini, saya dengar kes-kes yang sangkut sebenarnya tak boleh nak charge atau prosecute pihak yang membeli. Walaupun di Malaysia tapi dia menggunakan kereta yang bukan plat Malaysia.

Kenapa saya sebutkan begitu dan apakah mudaratnya? Ada satu kes yang saya baca dalam surat khabar, di mana ada satu-satu kenderaan yang plat dia Malaysia tapi dia plat palsu Malaysia. Maksudnya, dia depan, belakang yang nampak buat dia plat bukan Malaysia, dia tampal tutup sehingga nampak macam Malaysia tetapi dia adalah plat yang bukan plat Malaysia. Dia isi minyak, dia isi 95, dia ada IC Malaysia tapi dia isi RON95.

Ada kereta belakang dia, tangkap video dan video itu digunakan sebagai bahan untuk ugut dealer, untuk ugut stesen minyak. “Engkau ini, engkau jual kepada plate foreign, maka kalau engkau tak nak kena denda RM1 juta, engkau bayarlah aku RM10,000 kah, RM100,000. Masih ada diskaun RM90,000.” Inilah sebenarnya ada sedikit masalah bagi saya. Satu, dia mewujudkan ruang sekiranya akta dengan pengumuman peraturan tidak aci atau tidak selari, dia akan wujud ruang supaya orang yang tak suci hati, dia akan guna peluang itu untuk ugut orang untuk dengan izin, extort orang.

Keduanya, sekiranya sudahlah dia jual, sebenarnya niat di sebalik nak jual itu perlu dipertimbangkan pula. Kalau plat dia palsu, tak ada sebab untuk dia kata, “Aku kena check chassis number dengan plat adalah kedua-duanya foreign atau kedua- duanya Malaysia”. Takkanlah tanggungjawab itu ada di atas bahu dealer atau pengurus stesen.

Jadi, saya mohon supaya perkara ini dah dua, tiga, empat tahun dah masalah ini, kekaburan ruang undang-undang dan peraturan ini. Saya mohon kepada pihak kerajaan, sama ada MOF, sama ada KPDN untuk jelaskan dan sekiranya ada perlu pinda undang-undang, khususnya Akta Kawalan supaya benda ini jelas dan sementara itu, laksanakan moratorium penguatkuasaan ke atas pihak pengurus- pengurus stesen minyak supaya satu, perbetulkan masalah ketidaksetimpalan atau disproportionate. Dan juga kepada mereka yang beli RON95 atau dia isi RON95 dengan identiti atau IC orang atau dia guna plat palsu supaya benda ini dengan izin, iron out, diperbetulkan balik sebelum penguatkuasaan kembali dilaksanakan.

Juga dalam tema yang sama, dalam usaha kerajaan untuk mendapat hasil supaya kita boleh buat lebih baik kepada rakyat. Ada satu isu yang saya tak pasti kekanda saya Stampin ada? Ah kekanda saya Yang Berhormat Stampin ada dalam Dewan. Dewasa ini, mulanya ada beberapa pengeluar serbuk kopi, serbuk kopi kampung.

Ini bukan Starbucks, ini bukan ZUS, ini bukan yang harganya tinggi sikit. Ini adalah kopi kampung yang Ahli-ahli Yang Berhormat hari-hari balik kawasan pergi ke warung, pergi ke kedai kopi, serbuk kopi biasa itu, sebelum ini dijadualkan bawah SST atau pengenaan SST di bawah Jadual 9, di mana dia adalah bahan mentahlah, kopi mentah yang tak ada SST.

Dengar di luar sana dah mula ada ura-ura malah ada kes yang telah diarahkan untuk dikenakan serbuk kopi kampung itu bawah Jadual 21, iaitu penyediaan atau dengan izinnya, preparation. Preparation itu 3in1 lah, preparation itu dia dah jadi extract lah. Dia sudah jadi pati, dia sudah jadi concentration. Dia sudah tambah gula dan boleh siap boleh tambah air, air panas saja boleh minum.

3in1 lah tetapi Jadual 9 itu adalah yang kena bancuh, dia kena tambah gula lagi.

Maksudnya dia punya test, ujian itu apa?

Kalau tambah air panas, dia masih kosong, maksudnya sifat asal dia. Serbuk kopi ini, dia punya grey area itu mana? Di mana kita mungkin tak tahu tapi saya tukang masak. Saya belajar dalam bidang penyediaan bahan makanan. Kopi kampung Malaysia tradisi, kelazimannya, tradisinya adalah disiapkan, dipanggang.

Dipanggang dengan mentega dan dipanggang dengan gula, lepas itu dia dikisar dan dia masih kekal sifatnya sebagai serbuk kopi asal, okey.

draft • 4:01 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Dan bila dia jadi 3in1, apabila dia akan tambah coffee mate-lah, dia tambah gula yang tambahan itu, ini adalah dua sifat yang lain. Serbuk kopi kampung asal.

Yang 3in1 yang telah dijadikan penyediaan atau preparation, dia sudah ada tambah nilai, dia adalah pemprosesan tambahan.

Jadi yang dikenakan ini, yang saya dengar dan nampaknya dia akan dilaksanakan secara lebih meluas adalah dia menganggap telah mengklasifikasikan serbuk kopi kampung sebagai preparation atau penyediaan, yakni akan dikenakan SST lima peratus. Ini tidak adil. Kenapa saya sebut tidak adil? Dia tidak adil kerana kalau kopi biji yang sudah dipanggang yang digunakan ala Starbucks, yang digunakan ala ZUS, sebab dia tak ada tambah mentega, dia tak ada tambah gula, dia dianggap sebagai bahan mentah.

Jadi Jadual 9 diangkat. Maka tidak ada SST. Serbuk kopi kampung pula, yang guna mentega, yang guna gula sebagai sebahagian daripada proses-proses untuk kekalkan, untuk bakar atau apa jua. Serbuk kopi pula, serbuk kampung pula kena SST lima peratus. Jadi, saya pasti mungkin ada sedikit kekeliruan di peringkat, tak tahu lah di MOF atau di peringkat KPDN, saya pun tak pasti.

Saya cuma tahu ada wujud ketidakadilan di sini yang perlu kita mengangkat sebagai Ahli Parlimen, sebagai kerajaan, amanah itu untuk pastikan kita tidak nayakan syarikat-syarikat menganiayakan warung-warung dan kedai kopi yang beli serbuk kopi kampung dan dikenakan SST, padahalnya pada waktu yang sama, syarikat-syarikat gergasi yang guna kopi, serbuk kopi yang tak ada proses kononnya, tidak dikenakan SST. Saya tak pasti Yang Berhormat Stampin nak tambah kah tidak, tapi inilah mungkin Yang Berhormat Stampin akan bawa perkara ini secara lebih lanjut dan lebih mendalam.

Baik. Saya juga nak bawa sedikit juga berkenaan dengan amanah. Mungkin tuan-tuan Ahli-ahli Yang Berhormat di kawasan masing-masing tidak ada, tetapi saya pasti di kawasan-kawasan yang lebih urban dengan izin, akan menjadi mangsa kepada perkara ini. Di mana kabel-kabel tembaga, kabel-kabel logam di bawah tanah, di bawah manhole, di merata-rata tempat yang bawah jagaan Telekom Malaysia. Curi kabel.

Okey, mungkin Ahli-ahli Yang Berhormat akan rasa curi kabel ini lapor polis je lah. Polis akan tangkap. Itu je. Tapi isunya, ia telah menjadi satu jenayah terancang. It’s an organised crime. Organised crime di mana di sini hari ini buka, esok dia tutup balik. Seminggu, dua minggu kemudian, dia akan dibuka kembali sebab ada persaingan. Ada persaingan untuk rebut-rebut dapat kabel tembaga bawah tanah ni sebab ada value chain, ada rantaian nilainya sehingganya demand- nya sangat-sangat tinggi.

Dia telah menjadi satu persaingan yang haram, persaingan yang tidak sihat dan persaingan yang telah membawa mudarat, malah telah membawa kemalangan jalan raya kepada masing-masing. Bukan sahaja di Ipoh, malah di Kuala Lumpur.

Saya pun dengar ada di rata-rata kat Selangor pun ada. Dan isunya telah memang melepasi batasan penerimaan boleh terimaan rakyat dah kerana ia telah melibatkan, telah membawa kemalangan jalan raya apabila manhole-nya tak tutup, motor langgar, terbang motor dan terbang manusia juga.

Jadi, isu ini perlu ditangani merentas agensi, merentas kementerian dan merentas Kerajaan-kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan juga kerajaan tempatan dan ia telah mencapai satu skala yang cukup besar yang perlu ditangani secara tuntas dan saya harap satu jawatankuasa di peringkat Kerajaan Persekutuan, khususnya dengan MCMC, khususnya dengan Kementerian Komunikasi yang TM, yang merupakan agensi kawalan kepada TM untuk menangani isu ini secara tuntas dan secara bertanggungjawab.

Tan Sri Yang di-Pertua, perkara yang terakhir yang saya ingin bawa adalah sesuatu yang bagi saya adalah sangat penting, di mana baru-baru ini kita telah mendengar pengumuman Dasar Pendidikan Negara oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, di mana satu ground shifting dasar telah dibuat di mana akan dilaksanakan atau diwajibkan Bahasa Melayu dan Sejarah Malaysia dijadikan sebagai syarat kepada IB, kepada A-Level, International School dan SUWA.

Dan ini memang adalah sesuatu yang perlu diangkat. Ada yang memang tepuk tangan, tepuk meja, terima saya antaranya. Dan saya memohon supaya Ahli- ahli Yang Berhormat dalam baki penggal dan sesi parlimen ini, kita membahaskan perkara ini secara membina. Sebab ada masih ada lagi sesetengah golongan dan segelintir pemimpin politik yang hendak masih lagi memainkan sentimen kaum, sentimen bahasa yang ekstrem, yang memang kata tidak boleh diterima ini, tidak boleh diterima itu.

Saya nak tekankan bahawasanya, meletakkan syarat Bahasa Melayu, terima sokong wajib. Wajib. Tetapi untuk kata nak bagi, buka kelayakan kepada international school students dengan izin, kepada UEC, SUWA pelajar-pelajarnya untuk memasuki IPTA yang masih degil orang Perak, labun, biuk lagi tak nak terima, saya rasa ini tidak wajar kerana sebenarnya ini adalah suntikan tambahan, bukan sahaja tenaga tetapi bakat kepada IPTA-IPTA kita.

Dia tambah kepada IPTA kita kerana sekiranya pelajar-pelajar kita baik daripada international school, rakyat Malaysia kepada pelajar-pelajar UEC, graduan UEC di SUWA, rakyat Malaysia Bahasa Melayunya kalau dia ambil paper SPM Bahasa Melayu bukan saja kredit tapi dia dapat A kalau dia direbut, kalau dia diambil oleh universiti-universiti di luar yang memang dahulunya sehingga sekarang pun, mereka diambil oleh universiti-universiti elit di luar negara, itu rugi siapa? Itu rugi siapa? Itu rugi kita. Deme ni adalah the crème de la crème dengan izin of negara kita.

Maka kalau kita buka ruang yang secukup-cukupnya, sebesar-besarnya, dengan syarat itu, terima kelayakan International Baccalaureate, A-Level, UEC dengan syarat kepujian dalam Bahasa Melayu, itu adalah tambah nilai kepada IPTA kita yang nanti akan menjadi tambah nilai kepada negara kita. Kerana kalau mereka pergi ke China, mereka pergi ke US, mereka pergi ke Eropah, the chances are dengan izin, kerana depa dah biasa hidup di sana, dah dapat kelulusan universiti di sana, depa akan hidup di sana dan kita hilang bakat tersebut.

Jadi, saya menyokong baik apa yang telah diumumkan oleh kerajaan dan saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka yang menyambutnya. Saya harap adalah kesemuanya kita di sini dan dengan itu saya ingin sekali lagi merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas Titah Baginda dan Ipoh Timor menyokong. Sekian.

draft • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Sik.

draft • 4:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Tuan Yang di-Pertua.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu menghukum di antara manusia, hendaklah kamu menghukum dengan adil. Surah An-Nisa’, ayat 58.

Tan Sri Tuan Yang di-Pertua, ayat ini menjadi teras moral kepada kewujudan Dewan Yang Mulia ini. Kuasa bukan milik peribadi. Jawatan bukan lesen keistimewaan tetapi amanah yang akan dipersoalkan oleh rakyat dan dihisab oleh Allah SWT.

Tegak berdiri pohon bererti, Akar mencengkam bumi pertiwi; Amanah dipikul bukan sekadar janji, Ia akan ditanya Tuhan dihisab nanti.

draft • 4:19 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tuan Yang di-Pertua, saya menjunjung kasih dan setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas Titah Diraja yang sarat dengan peringatan, nasihat dan harapan untuk masa hadapan negara. Dewan ini adalah medan amanah tempat kuasa ditegur dasar dipersoal dan nasib rakyat diperjuangkan.

Tuan Yang di-Pertua, yang pertama saya ingin membangkitkan persoalan ekonomi negara, angkanya cantik namun rakyat terus tertekan. Kerajaan sering menyebut pertumbuhan KDNK sekitar empat hingga lima peratus inflasi terkawal dan pasaran buruh stabil. Namun, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia pendapatan median isi rumah luar bandar kekal rendah, manakala kos sara hidup meningkat secara konsisten. Ini menunjukkan satu realiti pahit iaitu pertumbuhan ekonomi tidak mengalir ke dapur rakyat.

Dasar ekonomi terlalu berpusat bersifat bandar dan korporat sedangkan rakyat luar bandar dan berpendapatan rendah terus bergelut. Maka, saya mendesak supaya pihak kerajaan memastikan RMK13 yang dirancang ini mesti berpaksikan peningkatan pendapatan boleh guna rakyat bukan sekadar statistik makro.

Kedua, dasar kos sara hidup mestilah berasaskan wilayah bukan pendekatan satu saiz untuk semua rakyat. Ketiga, iaitu pelaburan luar bandar mesti dijadikan strategi nasional, bukan agenda sampingan.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya membangkitkan soal kemiskinan tegar iaitu hampir sifar di laporan namun masih hidup di lapangan bagaimana kemiskinan ini terus merebak. Kerajaan melaporkan kadar kemiskinan tegar sekitar 0.09 peratus.

Namun kemiskinan mutlak masih sekitar lima peratus dan kemiskinan relatif lebih tinggi di negeri-negeri luar bandar, termasuk di Kedah dan negeri-negeri lain.

Di daerah saya di Daerah Sik, kemiskinan bukan angka. Ia adalah berwajah manusia, rumah uzur, anak tercicir sekolah, warga emas tanpa pendapatan yang tetap. Masalah yang sebenarnya ialah kebergantungan kepada data tanpa empati di lapangan. Maka saya menyarankan supaya kerajaan memastikan bahawa audit kemiskinan peringkat mukim dan kampung dengan lebih spesifik. Kedua, intervensi yang bersepadu pendapatan, perumahan, pendidikan dan kesihatan serta melibatkan badan-badan komoditi setempat termasuk masjid NGO sebagai rakan rasmi kepada kerajaan.

Ketiga Tuan Yang di-Pertua, saya membangkitkan soal rasuah iaitu barah sistemik yang meruntuhkan negara. SPRM menganggarkan negara kehilangan puluhan bilion Ringgit setiap tahun akibat rasuah. Transformasi internasional pula meletakkan Malaysia dengan skor sederhana dalam Indeks Persepsi Rasuah.

Rasuah hari ini bukan lagi kes terpencil tetapi penyakit sistemik yang merosakkan institusi dan membunuh kepercayaan rakyat.

Pendakwaan yang dilihat terpilih dan kelewatan kes berprofil tinggi memberi persepsi bahawa keadilan tidak sama rata. Langkah yang diumumkan kerajaan tidak hanya boleh manis di bibir tetapi perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dengan neraca keadilan yang sebaiknya. Ia telah disebut dengan jelas, dititah dengan jelas dalam Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di dalam Dewan yang mulia ini.

Seterusnya saya membangkitkan Tuan Yang di-Pertua soal penghijrahan belia di luar bandar iaitu bagaimana kampung kehilangan generasi anak-anak muda.

Satu fenomena yang serius sedang berlaku secara senyap tetapi berimpak besar terhadap masa hadapan negara. Penghijrahan belia dari luar bandar ke bandar termasuk di daerah saya, Daerah Sik bukan kerana pilihan tetapi kerana terpaksa.

Menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia, sebahagian besar belia kita di luar bandar berhijrah kerana yang pertama sama ada ketiadaan peluang pekerjaan bergaji munasabah di kampung. Kedua, pendapatan sektor pertanian yang tidak stabil dan tidak berdaya hidup.

Ketiga, ketiadaan ekosistem industri dan keusahawanan tempatan. Maka, akibatnya hari ini kampung-kampung kita lihat kehilangan tenaga produktif, yang hanya tinggal adalah warga-warga emas dan kanak-kanak. Tanah-tanah pertanian yang terbiar dan rantaian ekonomi desa terputus.

Jika keadaan ini berterusan, luar bandar akan menjadi kawasan tua tanpa pewaris dan ini bukan hanya isu di Daerah Sik semata-mata di daerah saya tetapi isu keselamatan makanan dan kelangsungan bangsa. Kerajaan terlalu lama melihat luar bandar sebagai kawasan subsidi bukan kawasan pelaburan ekonomi strategik.

Program belia bersifat latihan jangka pendek tetapi tiada peluang pekerjaan yang sebenar yang menunggu mereka.

Maka, sudah pastilah penambahbaikan yang perlu serius oleh pihak kerajaan, termasuklah pertama, bangunkan peluang pekerjaan berpendapatan munasabah di luar bandar, termasuk iaitu industri asas tani dalam soal pemprosesan makanan, logistik, hasil pertanian dan sebagainya.

Kedua, industri kecil dan sederhana berasaskan desa. Ketiga ekonomi hijau dan agroteknologi dan seterusnya perlulah memanfaatkan tanah-tanah terbiar di kampung secara sistematik melalui sama ada bank tanah luar bandar iaitu juga pajakan jangka panjang kepada belia-belia. Seterusnya, bagaimana insentif cukai dan pembiayaan mikro perlu dilihat serius oleh pihak kerajaan dan jadikan sektor pertanian sebagai kerjaya moden dan bermaruah bukan pilihan terakhir.

Perlu diwujudkan gaji minimum sektor pertanian dan teknologi yang pintar untuk membangunkan sektor pertanian itu termasuklah jaminan pasaran dan harga jika belia terus meninggalkan kampung. Kita bukan sahaja kehilangan tenaga kerja tapi kehilangan masa depan luar bandar itu sendiri.

Begitu juga soal saya membangkitkan apa yang sedang berlaku di daerah saya kepada penoreh-penoreh getah. Ribuan keluarga yang bergantung kepada getah ini mereka menghadapi penyakit daun luruh yang disebut oleh beberapa ahli- ahli Dewan di sini ketika mana Lembaga Getah Malaysia (LGM). Penyakit Daun Luruh Pestalotiopsis telah menjejaskan hasil sehingga 40 hingga 60 peratus hasil getah di daerah saya sendiri. Ini bermakna mereka telah kehilangan punca rezeki bukan sekadar hasil berkurangan.

Kerajaan bertindak terlalu perlahan sedangkan penoreh menanggung kesan harian. Maka sudah pastilah kerajaan perlu segera mengisytiharkan penyakit daun luruh sebagai krisis nasional sektor getah. Kedua, dana khas rawatan, klon tahan penyakit dan penanaman semula. Ketiga, diversifikasi pendapatan penoreh secara tersusun dan yang keempat, harga lantai getah yang benar-benar berdaya hidup.

Seterusnya, Tuan di-Pertua, saya membangkitkan soal bagaimana mahkamah syariah yang masih terpinggir dalam negara sendiri. Mahkamah syariah khususnya di Wilayah Persekutuan masih lemah dari segi bidang kuasa dan hak hukuman menyebabkan banyak kes jenayah syariah yang tidak dapat diadili secara bermaruah sepertimana yang disebut oleh Ahli Parlimen sebentar tadi. Ini bercanggah dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

Islam diangkat secara simbolik tetapi institusinya dibiarkan lemah. Maka saya mendesak supaya kerajaan yang pertama, perluaskan bidang kuasa mahkamah syariah selari dengan Perlembagaan. Kedua, meningkatkan had hukuman yang munasabah. Ketiga, pelaburan besar dalam latihan hakim, pendakwa dan prasarana dan yang keempat, pengiktirafan mahkamah syariah setara dengan mahkamah sivil.

Seterusnya Tuan Yang Di-Pertua, saya ingatkan soal yang disebut juga oleh beberapa ahli Parlimen tadi soal Gaza, Palestin, iaitu genosid dan kegagalan dunia serta kelemahan tindakan. Tuan Yang di-Pertua, sejak Oktober 2023, puluhan lebih 60 ribu rakyat Palestin yang dibunuh. Kita melihat ICJ yang telah mengeluarkan perintah interim namun pembunuhan berterusan. Badan dunia gagal bertindak kepada rejim Zionis Israel yang pada hari ini sehingga ke saat ini pembunuhan, pengeboman masih terus berleluasa.

Saudara-saudara di Gaza di khemah-khemah pelarian, mereka terus dibom dengan rakus. Bagaimana bekalan-bekalan bantuan makanan disekat di pintu di Rafah itu dan mereka terus dalam keadaan kesengsaraan yang sangat parah.

Malaysia bersuara tetapi tidak dijemput dalam sidang utama di Sharm El Sheikh pada Oktober 2025 yang lalu. Jadi, persoalan besar kenapa Malaysia tidak dijemput dalam persidangan penting ini ketika mana yang diumumkan ada perjanjian atau perjanjian damai yang dikelolakan oleh beberapa negara termasuk negara-negara jiran Mesir dan sebagainya.

Saya ingin bertanya kepada Kementerian Luar, mengapa Malaysia tidak dijemput dalam persidangan penting ini? Adakah Malaysia masih tidak lihat serius dalam memberi sokongan kepada usaha gencatan senjata di Palestin itu sendiri?

Adakah ini satu kegagalan diplomasi kerajaan bagi kita memastikan Malaysia berperanan besar dalam pelan damai di Gaza itu.

Saya menyarankan semua Malaysia bertindak memimpin blok OIC dan Global South untuk membawa suara Malaysia dengan lebih tegas. Tekanan diplomatik, ekonomi dan undang-undang antarabangsa perlu diteruskan dan Palestin mesti dijadikan teras Dasar Luar Negara.

Tuan Yang di-Pertua sedikit lagi, saya juga ingin membangkitkan berkaitan dengan soal Myanmar dan ASEAN iaitu kegagalan moral serantau. Krisis di Myanmar yang sudah berlarutan sejak puluhan tahun yang menyebabkan negara kita juga berhadapan dengan kesan langsung ketika mana kebanjiran ribuan pelarian-pelarian ataupun pemohon suaka daripada Myanmar itu sendiri dan bagaimana ia telah menyebabkan rantau ASEAN ini sangat tidak stabil ketika mana perang di Myanmar itu seharusnya dihentikan dengan ketegasan oleh ASEAN itu sendiri.

draft • 4:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Konsensus Lima Perkara ASEAN gagal sepenuhnya dan kita sekarang menanggung kesan iaitu pelarian yang masuk ke sini. Maka prinsip tidak campur tangan dijadikan alasan untuk berdiam diri perlu dibuang dengan segera supaya kita nak memastikan ASEAN perlu dengan tegas menuntut Myanmar menghentikan penindasan yang berlaku dalam negaranya.

Malaysia perlu memimpin pendekatan lebih tegas dalam ASEAN dan tekanan diplomatik secara kolektif terhadap junta di Myanmar dan pelan serantau pengurusan pelarian dan bantuan kemanusiaan perlu disegerakan di seluruh wilayah itu, termasuklah wilayah Rakhine yang jadi konflik yang utama dan wilayah-wilayah yang lain.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya membangkitkan soal perubahan iklim dan pengurusan air sebagai amanah alam. Banjir, kemarau dan krisis air semakin kerap. Pengurusan sumber air atas tanah dan bawah tanah masih tidak bersepadu dan reaktif. Projek empangan air bawah tanah di Langkawi yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 dengan nilai lebih RM400 juta perlu dikaji dengan mendalam dan perlu memastikan tiada kesan kepada alam sekitar yang boleh menjejaskan sumber air kepada rakyat.

Penggunaan fizikal mesti didahulukan. Kelestarian alam jangan dipinggirkan.

Saya mengesyorkan supaya sistem pengurusan air nasional berteknologi tinggi, yang kedua pelindungan kawasan tadahan dan akuifer bawah tanah serta Dasar Perubahan Iklim Negara yang serius dan jangka panjang.

Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir, perkara 10 yang juga disebut oleh beberapa Ahli Dewan tadi soal pesawah dan petani, potongan padi tinggi dan saya melihat kerajaan terus berdiam diri. Isu pesawah pada hari ini bukan lagi soal hasil semata-mata tetapi soal keadilan dalam rantaian pengeluaran makanan negara.

Baru-baru ini, yang disebut tadi, bagaimana pesawah-pesawah kita, petani- petani kita telah datang ke Parlimen, di hadapan pintu masuk Parlimen untuk menyerahkan satu memorandum yang saya melihat dengan teliti sangat penting untuk dipastikan bahawa kerajaan mengambil langkah-langkah yang perlu konstruktif ketika mana isu pemotongan pemutuan padi yang terlalu tinggi, yang tidak telus tanpa kawalan berkesan daripada pihak kerajaan.

Yang Berhormat Menteri Pertanian yang bersama pada hari ini, saya yakin beliau juga dengan begitu serius melihat perkara ini untuk memastikan ada noktah kepada monopoli pihak-pihak yang memerah keringat petani kita supaya tidak ada lagi pemotongan pemutuan padi yang melampau, yang tidak ada langsung penglibatan kerajaan untuk melihat perkara ini dengan lebih serius.

Sudah pastilah, pesawah ini mereka memerlukan ruang untuk kita berbincang, berunding dengan mereka. Dan mereka nak memastikan bahawa tiada mekanisme, ketika mana hari ini, tiada mekanisme semakan atau rayuan yang adil.

Dan akibatnya, walaupun harga padi diumumkan meningkat, namun pendapatan sebenar pesawah kekal rendah, malah ada yang menanggung kerugian.

Ketika kerajaan bercakap soal keterjaminan makanan tetapi terus pesawah kita diperah oleh sistem yang tidak seimbang. Jika pesawah terus ditekan, siapa akan menjamin bekalan beras negara pada masa depan?

Jadi, saya menyarankan kepada Yang Berhormat Menteri depan kita hari ini, supaya kerajaan masih bercampur tangan secara tegas dalam kawal selia pemutuan padi termasuklah standard nasional pemutuan. Yang kedua, audit bebas pusat pemutuan dan ketelusan kaedah penilaian.

Maka, perlu juga diwujudkan mekanisme aduan dan rayuan pesawah yang bebas, cepat dan berkesan. Dan perkara ketiga, memperkasa koperasi pesawah dan kilang padi milik petani supaya pesawah mempunyai kuasa tawar menawar dan dapat menilai tambah kekal di tangan petani.

Maka sudah pastilah, kita mengangkat pesawah sebagai benteng keselamatan negara, bukan sekadar penerima subsidi, bahkan merekalah yang akan menjamin keselamatan makanan negara kita. Jika pesawah dizalimi hari ini, krisis makanan esok adalah kesalahan kita bersama.

Dan saya nak akhiri Tuan Yang di-Pertua, perbahasan saya dengan pantun.

Jika amanah sekadar lafaz bicara, Negara rosak tanpa disedari, Kita ditegur bukan untuk bermusuh kuasa, Tetapi agar keadilan kembali berdiri. Tuan Yang di-Pertua, sekian terima kasih.

draft • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.[Tepuk] Seterusnya saya jemput Pandan. Silakan.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera Tan Sri Yang di-Pertua, anggota Dewan Yang Mulia. Terima kasih atas peluang untuk membahaskan Usul Menjunjung Titah Diraja Pembukaan Dewan Yang Mulia ini. Insya-Allah masa 12 minit yang diperuntukkan ini, saya akan manfaatkan untuk sentuh perkara saja, Tan Sri Yang di- Pertua. Berkaitan dengan tatakelola pengurusan kewangan negara yang sangat penting untuk memastikan negara berada pada landasan ekonomi yang baik terutamanya dalam suasana geopolitik dan geoekonomi yang akan terus mencabar.

Alhamdulillah, anggaran awal pertumbuhan ekonomi negara bagi suku keempat 2025 yang baru saja diumumkan oleh Jabatan Statistik menunjukkan kita mencapai 5.7 peratus. Berdasarkan anggaran awal ini, itu bermakna pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2025 insya-Allah, diunjurkan sebanyak 4.9 peratus. Pada masa yang sama, pertunjuk ekonomi yang lain juga menunjukkan prestasi yang sihat.

Ringgit telah mengukuh sebanyak sembilan hingga 10 peratus berbanding dengan US Dollar bagi tahun 2025. Ringgit juga mengukuh berbanding dengan mata wang- mata wang lain di dunia.

Petunjuk-petunjuk lain, contohnya pasaran saham semakin baik, menunjukkan ada aliran wang masuk ke dalam pasaran saham kita. Inflasi kekal terkawal sejak tiga tahun dan kadar pengangguran pada 2.9 peratus terus menurun dan terus menjadi lebih baik.

Oleh itu, masyarakat sebenarnya berhak untuk mempunyai pandangan yang masing-masing, yang berbeza-beza mengenai kedudukan ekonomi negara. Ia bergantung kepada kesan segera yang dirasai oleh setiap kumpulan.

Mereka yang lebih terdedah kepada pengukuhan ekonomi makro yang di pasaran saham, yang juruekonomi, yang di bank, yang di syarikat-syarikat besar, sudah tentu akan lebih cepat mengesahkannya. Rakyat biasa yang lebih jauh dan yang perlu menunggu kesan trickling effect dengan izin, mungkin lebih skeptikal dengan naratif pengukuhan ekonomi negara.

Tapi apa pun hakikatnya, apa pun pandangan peribadi kita, kita tak boleh menafikan bahawa naratif ekonomi yang telah kita pertahankan sejak tahun 2023, iaitu untuk membina kembali pengukuhan ekonomi negara, ia mesti berpaksikan kepada dua perkara penting.

Satu, ialah disiplin fiskal kerajaan. Kedua, penstrukturan semula ekonomi negara ke arah penciptaan nilai melalui kompleksiti ekonomi yang lebih tinggi. Dua naratif ini telah berjaya meletakkan Malaysia di keadaan yang lebih baik dalam suasana geopolitik dan geoekonomi sekarang. Terutamanya apabila kesan daripada perang tarif yang diuar-uarkan tahun lepas akan ada kesan yang besar kepada ekonomi dunia. Sekarang selepas tahun kita nampak sebenarnya kesan itu tidaklah seperti yang diuar-uarkan tahun lepas. Baik, ya.

Dua naratif ini Tan Sri Yang di-Pertua, iaitu disiplin fiskal dan juga penstrukturan semula ekonomi adalah sangat penting sekiranya kita mahu mengekalkan keanjalan ekonomi kita dalam suasana ekonomi dunia yang saya sebut tadi. Oleh kerana masa singkat adalah lapan minit sahaja, saya hanya nak tumpu kepada satu aspek sahaja daripada dua tadi, iaitu disiplin fiskal.

Disiplin fiskal negara kita telah ditetapkan pada sasaran tertentu, yang ini telah dibentangkan di Parlimen dalam tahun 2023 lagi. Supaya jumlah pinjaman baru yang diambil setiap tahun itu berkurang dari satu tahun ke satu tahun dengan sasaran menjelang tahun 2028, jumlah keseluruhan hutang negara itu berada dalam keadaan yang terkawal.

Itu sebenarnya sasaran kita. Sasaran kerajaan ialah untuk mencapai, dengan izin Tan Sri Yang di-Pertua apa yang disebut sebagai fiscal glide ataupun penurunan defisit secara berkala mengikut sasaran berikut.

Dari defisit fiskal enam peratus yang diwarisi dalam Belanjawan 2022, mesti turun kepada lima peratus dalam Belanjawan 2023, kepada 4.3 peratus Belanjawan 2024, kepada 3.8 peratus defisit dalam Belanjawan 2025 dan dalam Belanjawan 2026 yang baru dibentangkan tahun lepas, sepatutnya kita mencapai fiscal glide sebanyak 3.5 peratus, itu sasaran kita.

draft • 4:34 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

Kalau kita berjaya capai ini, maksudnya menjelang tahun 2028, keadaan hutang kita akan lebih terkawal, Tan Sri Yang di-Pertua. Baik.

Setakat ini, angka defisit fiskal tahunan seperti yang diumumkan di dalam Dewan setiap tahun― bulan Oktober kita umum dekat sini― menunjukkan sasaran- sasaran itu telah dicapai. Angka sebenar fiskal defisit yang diumumkan di dalam pengumuman belanjawan adalah seperti berikut― lima peratus bagi 2023; 4.1 peratus bagi 2024.

Bagi 2025, angka itu masih lagi belum keluar, tetapi pasaran telah mengunjurkan dia akan tersasar sedikit. Kalau sasaran yang ditetapkan kerajaan ialah 3.8 peratus, pasaran sekarang mengunjurkan di antara empat hingga 4.2 peratus. Jadi, buat kali pertama, dia rasakan akan tersasar bagi tahun 2025. Baik.

Seterusnya, Tan Sri Yang di-Pertua, saya hendak tarik perhatian. Baru-baru ini, selepas Pilihan Raya Negeri Sabah, dalam bulan Disember 2025, akibat rungutan terutamanya daripada perniagaan, pembayar cukai, maka Yang Amat Berhormat Tambun telah mengumumkan sejumlah RM4 bilion telah diperuntukkan untuk melunaskan hutang kerajaan bagi membayar balik cukai-cukai terlebih bayar kepada syarikat dan individu yang selama ini tidak dibayar oleh kerajaan.

Selepas pengumuman itu― saya sebenarnya tunggu, baik Ahli Parlimen kah, baik kerajaan kah, baik pasaran kah untuk buat analisa lanjutan. Kerana pengumuman itu sebenarnya ada kesan yang besar kepada persoalan tatakelola kewangan negara. Tetapi, tak ada. Jadi, sebab itu, saya ambil peluang pada hari ini untuk bentangkan terus dan lontarkan persoalan itu kepada Dewan untuk dijawab oleh Kementerian Kewangan pada masa penggulungan nanti.

Walaupun Yang Amat Berhormat Tambun mengumumkan peruntukan RM4 bilion dan jumlah itu bunyi besar kepada rakyat, sebenarnya yang belum diumumkan atau belum ditanya atau belum dijawab ialah berapa sebenarnya jumlah cukai yang tertunggak, yang terlebih bayar oleh rakyat yang belum dibayar oleh kerajaan?

Berapa banyak cukai yang terlebih bayar ini tetapi belum dipulangkan kepada pembayar cukai?

Sebenarnya angka ini ada tiap-tiap tahun. Susah hendak cari, Tan Sri Yang di-Pertua. Lama hendak cari ini. Sebab, dia tak ada dalam laporan belanjawan yang dibentangkan kepada kita. Dia ada dalam satu lagi laporan lain yang dipanggil Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan― yang terkini adalah bagi tahun 2024― di muka surat 48, Carta 30.

Saya nak kongsi, Tan Sri Yang di-Pertua. Komitmen bayaran balik cukai Kerajaan Persekutuan sebenarnya telah meningkat mendadak dari jumlah RM14.6 bilion dalam tahun 2020, meningkat kepada RM21.8 bilion tahun 2021, terus meningkat kepada RM25.7 bilion tahun 2022, naik lagi RM25.5 bilion tahun 2023, dan yang terakhir bagi tahun 2024, mengikut laporan rasmi, hutang kerajaan yang tak bayar balik cukai terlebih bayar yang terlebih kutip daripada rakyat ini telah mencecah RM33.3 bilion. Itu untuk 2024. Kita dah masuk 2026.

Maksudnya, berdasarkan trend ini, pada firasat sayalah, Tan Sri Yang di- Pertua, tunggakan bayaran balik cukai bagi tahun 2025 besar kemungkinan adalah jauh lebih besar daripada RM33.3 bilion iaitu angka terakhir 2024. Baik ya.

Yang dekat luar, rakyat marahlah. “Mengapa tak bayar?”, “Simpan duit kami”, semua. Empat tahun pun tak bagi inikan. Tapi, saya hendak tumpukan kepada perkara yang lebih besar sebenarnya daripada itu. Kerana, kita perlu hadam― kita kena tanya soalan ini.

Pertama, kenapa Kementerian Kewangan, baik daripada Perikatan Nasional daripada tahun 2020 sehinggalah sekarang di bawah Kerajaan MADANI sampai 2025, tidak memulangkan kembali cukai yang terlebih kutip daripada rakyat dan juga syarikat kita sehingga ia melonjak menjadi RM33.3 bilion dalam tempoh empat tahun sahaja iaitu peningkatan 128 peratus dalam tempoh empat tahun? Jumlah itu tak pernah berlaku pada pandangan saya, Tan Sri Yang di-Pertua, kecuali bagi tempoh empat tahun ini. Apa puncanya? Kenapa lambat proses? Tak cukup kakitangan kah?

Tak cukup masa kah untuk buat taksiran?

Apa perasaan kita kalau kita jadi pembayar cukai? Yang ada syarikat kena bayar cukai mengikut anggaran yang ditetapkan. Bila kita fail kita terlebih bayar, kita tak dapat tiga, empat tahun. Kalau kita lambat bayar sesuatu daripada kerajaan, dua bulan kita masuk penjara, Tan Sri Yang di-Pertua. Kena saman, kena kompaun. Ini bukan RM300. Ini RM33 bilion yang masih kerajaan belum bayar kepada rakyat.

Tetapi, isu tersirat yang lebih besar sebenarnya jauh lebih mendalam daripada soal RM33.3 bilion yang kerajaan berhutang kepada rakyat. Isunya begini.

Dia berkait dengan persoalan naratif ekonomi yang saya sebut tadi. Kita beritahu kepada satu dunia naratif ekonomi kita ialah kita mempunyai disiplin fiskal yang baik, kita mengawal perbelanjaan kita, kita kurangkan rasuah, sebab itu kita berjaya kurangkan defisit kita, fiscal glide kita dari satu tahun ke satu tahun dan satu tahun.

Tetapi, kalau kita tengok kepada jumlah yang tidak dibayar balik tadi ya, jika komitmen bayaran balik Kerajaan Persekutuan adalah RM25.7 bilion 2022, RM25.5 bilion 2023, naik kepada RM33.3 bilion 2024, sebenarnya berapakah angka defisit yang sebenarnya sekiranya bayaran balik ini dipulangkan dan disempurnakan seperti yang sepatutnya kepada rakyat? Sebabnya― saya tak tahulah berapa ramai di dalam Dewan dan di luar tahu, kita sebagai sebuah kerajaan mengamalkan perakaunan tunai. Dengan izin Tan Sri Yang di-Pertua, kita mengamalkan cash accounting, bukannya accrual accounting.

Dalam cash accounting itu, maksudnya begini. Semua yang kita kutip ini, walaupun bukan kita punya pun, kita akan isytiharkan sebagai hasil kita. Bila kita bayar balik, baru kita tolak. Dia tak sama dengan kewangan syarikat, kewangan yang kita biasa, iaitu yang kita hutang orang, awal-awal kita dah tolak dah, kita tak campur kerana itu bukan duit kita itu, itu kita terlebih ambil. Tetapi, oleh sebab kerajaan mengamalkan cash accounting, apa-apa sahaja yang dikutip, walaupun bukan milik kerajaan, walaupun kena bayar balik nanti, itu tetap diisytiharkan sebagai hasil Kerajaan Persekutuan.

Oleh itulah― saya mohon dua minit lagi, Tan Sri Yang di-Pertua ya.

draft • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 4:40 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

Pada pemahaman orang biasa seperti sayalah, apabila komitmen bayaran balik cukai kepada rakyat ini meningkat mendadak daripada tahun 2020 hingga sekarang 2024― dan ini persoalan kepada Dewan. Setiap tahun kita luluskan belanjawan, kita tepuk meja ini. Adakah ini bermakna sebenarnya hasil Kerajaan Persekutuan sebenarnya telah pun terlebih nyata, dengan izin, overstated daripada tahun 2020 sampai sekarang 2024?

Hasil yang diisytiharkan itu, pada pemahaman saya sebagai seorang akauntan bertauliah dan auditor, Tan Sri Yang di-Pertua, sebenarnya telah terlebih isytihar. Contohnya, hasil bagi 2024 yang diisytiharkan dalam Dewan ialah sebanyak RM322 bilion. Tercatat di muka surat 137 dokumen Belanjawan 2025, bahagian seksyen hasil kerajaan. Tapi, jumlah RM322 bilion itu, Tan Sri Yang di-Pertua, termasuk RM33.3 bilion yang sebenarnya bukan hasil kerajaan pun. Yang itu yang tidak dibayar kepada rakyat.

Oleh kerana― jadi, akhirnya, kita akan berada dalam keadaan― tak kisahlah kerajaan mana, MADANI ke, Perikatan Nasional ke, Rumah Bangsa ke lepas ini.

Kalau ini tidak dibaiki, maksudnya setiap Menteri Kewangan dia boleh buat keputusan, “Tahun ini, kita jangan bayar balik”.

draft • 4:40 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

Bila kita jangan bayar balik, tiba-tiba kedudukan fiskal kita nampak cantik sebab kita pegang duit orang ni kita tak bagi, tapi defisit kita tunjukkan semakin berkurang, semakin berkurang. Maka saya nak tutup begini, Tan Sri ya. Jika ini diambil kira, kesan hasil yang terlebih nyata sebanyak RM33.3 bilion untuk tahun 2024 itu kita kena banding dengan saiz ekonomi kita untuk kita tentukan kalaulah kerajaan kita daripada 2020 sampai 2024 tak culas bayar balik wang rakyat, sebenarnya berapa defisit sebenar yang kita telah capai dalam tahun 2023, 2024 dan 2025?

Maka kita kena banding RM33.3 bilion itu dengan saiz ekonomi kita. Bagi tahun 2024, saiz ekonomi kita ialah RM1.65 trilion lah, itu real terms. Kalau ambil nominal pada harga semasa, lebih kurang RM1.9 trilion. Ambil RM33.3 bilion, macam tu nak kira defisit, tengok saiz, sebenarnya kalau kita pulangkan balik dan kita bayar seperti yang sepatutnya, defisit kita tidak menurun Tan Sri Yang di-Pertua.

Defisit kita untuk tahun 2024, sebenarnya adalah antara 5.8 ke 6 peratus berbanding dengan yang dibentangkan sebanyak 4.1 peratus. Dan ini adalah sangat, sangat besar kesan dia kerana persoalan yang lebih besar sebenarnya kenapa tak bayar balik cukai ini?

Adakah ini satu kelalaian atau yang lebih berbahaya untuk tatakelola kewangan negara mana-mana kerajaan pun? Atau satu keputusan yang dibuat untuk menunjukkan kejayaan kerajaan mengurangkan defisit fiskal seperti yang kita umum dan sasarkan walaupun ia dicapai dengan tidak membayar balik lebihan cukai kepada rakyat.

Ini persoalan yang Dewan perlu tanya dan saya harap syarikat-syarikat dan pasaran perlu tanya. Adakah itu menepati undang-undang? Ya. Dalam keadaan sekarang, mana-mana kerajaan bebas buat begitu kerana kita mengamalkan cash accounting bukan accrual accounting. Selagi kita buat cash accounting, ikut suka dia nak bayar tak nak bayar, yang itu akhirnya akan boleh dilaksanakan dan tak salah pun dan saya ingat kalau Kementerian Kewangan perlu menjawab, dia akan jawab memang itulah, kita buat cash accounting jadi tak salahlah tapi yang lebih penting ialah perkara ini lambat-laun akan dikupas dan diketahui juga oleh penganalisa pasaran.

Maka bila sampai ke peringkat itu, persoalan mengenai naratif ekonomi negara yang selama ini dijadikan sebagai kekuatan kita bahawa kejayaan kita ada disiplin fiskal yang baik, berjaya menurunkan defisit dari satu tahun ke satu tahun. Itu akan dipersoalkan. Jadi, oleh itu Tan Sri Yang di-Pertua, Dewan yang mulia...

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat Pandan.

draft • 4:50 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

Saya berharap Yang Amat Berhormat Tambun.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Yang Berhormat Pandan. Boleh tanya sikit?

draft • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Simpang Renggam, masa dah habis.

draft • 4:50 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

Masa dah habis.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Satu minit je, sikit je nak tanya. Ada tak Yang Berhormat dalam...

draft • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bertanya boleh tapi jawapan...

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Ada tak dalam senarai Yang Berhormat tu, pihak yang patutnya dibayar cukai ini, adakah kategorinya, tak perlulah berapa ramai atau pun kategori yang sepatutnya menerima pulangan bayaran cukai balik itu? Adakah dari segi korporat ke, dari segi individu ke, ada tak peratusnya Yang Berhormat?

draft • 4:50 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

Terima kasih Simpang Renggam. Pendek sahaja Tan Sri Yang di-Pertua. Laporan rasmi kerajaan di dalam penyata kewangan Kerajaan Persekutuan tidak menunjukkan jumlah penerima. Dia hanya menunjukkan jumlah cukai yang masih tertunggak dan saya ingat 90 peratus ialah cukai pendapatan. Kemudian kita ada juga Real Property Gains Tax dan beberapa yang lainlah tapi kalau ikut laporan rasmi kerajaan tidak didedahkan.

Untuk pengetahuan Simpang Renggam, saya memang ada menghantar satu soalan kepada Kementerian Kewangan. Kita perlu mula bincang dari segi breakdown dia berapa banyak? Berapa lama? Kenapa? Dan sebagainya. Baik, saya nak tutup Tan Sri.

Sebab itu saya berharap Yang Amat Berhormat Tambun dan Kementerian Kewangan membentangkan secara terperinci kedudukan sebenar defisit fiskal negara dengan mengambil kira tunggakan bayaran balik cukai kepada rakyat yang masih dipegang oleh kerajaan setakat ini. Kalau kita kata dah turun 4 peratus, kalau campur itu sebenarnya 6 peratus. Kalau sebelum ini kita kata turun 5 peratus, campur itu mungkin 7 peratus.

Maknanya, ada lebih banyak usaha yang kita kena buat untuk mengekang perbelanjaan kita. Kalau tidak, sebab itu ada kesenjangan dari segi naratif yang orang kata ekonomi nampak baik tetapi dekat bawah lain. Sebahagiannya kerana perkara-perkara ini perlu dilunaskan dengan lebih baik oleh kerajaan.

Jadi, adalah lebih baik kita berterus-terang dan telus dalam pengurusan kewangan negara supaya kita tahu berapa wang yang kita ada dengan kita betul- betul tahu wang yang kita ada sahaja, barulah kita tahu berapa banyak yang mampu kita berbelanja. Saya percaya ini selari dengan hasrat dan mesej Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Tuanku semasa pembukaan Parlimen tempoh hari dan atas kesuntukan masa itu, saya tangguhkan terlebih dahulu ucapan saya. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

draft • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Seterusnya dijemput Maran.

draft • 4:50 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih kerana beri peluang kepada saya untuk turut membahaskan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika merasmikan persidangan Parlimen baru-baru ini. Kini Kebawah Duli Tuanku berada di Rusia, Tan Sri dan kita doakan supaya Baginda selamat dilindungi Allah sepanjang perjalanan dan selamat berangkat pulang ke tanah air.

Saya berdiri menyatakan sokongan penuh terhadap Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa rasuah mesti diperangi dan bahawa sesiapa yang menyalah guna kuasa, menyeleweng dana awam, menerima rasuah dan bersubahat melindungi perasuah adalah pengkhianat negara. Malah, Tuanku menitahkan agar pemberi rasuah diadili sebab pemberi rasuah juga Tan Sri Yang di- Pertua, mempunyai, juga mempunyai kepentingan diri dan merosakkan negara dan kerajaan.

Namun, Tuan Yang di-Pertua, Titah Baginda tentang rasuah memberi satu prinsip yang lebih besar. Membawa satu prinsip yang lebih besar iaitu institusi negara hanya berfungsi bila amanah dihormati dan arahan tertinggi negara dilaksanakan, bukan dipolemikkan. Di sinilah saya ingin mengaitkan isu titah dan adendum sebelum ini.

Titah adendum telah dipertikaikan seolah-olah ia bahan perdebatan politik dan sentimen sedangkan dalam sistem Raja Berperlembagaan yang lebih utama ialah memastikan Titah Diraja dihormati melalui tindakan pentadbiran yang jelas dan dilaksanakan segera. Bukan dilengah-lengahkan, bukan ditafsir secara selektif dan bukan dibiarkan tergantung sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

Tan Sri Yang di-Pertua, apabila Baginda bertitah supaya rasuah diperangi tanpa mengira pangkat dan menuntut ketegasan serta kesempurnaan pelaksanaan oleh institusi negara, mesejnya terang, jangan bermain-main dengan amanah. Saya ingin bertanya, apakah jaminan kerajaan kepada rakyat bahawa Titah Seri Paduka Baginda ini benar-benar diterjemahkan dalam keputusan pentadbiran? Tidak guna anggota pentadbiran dan kita semua berikrar setia kepada Raja dan negara, prinsip Perlembagaan, jika kita sendiri tidak jujur dan amanah.

Jika kerajaan benar-benar mahu berdiri di atas prinsip integriti dan tatakelola seperti yang ditekankan dalam Titah Baginda, maka kerajaan wajib membuktikan bahawa Titah Diraja tidak dinilai mengikut kehendak politik, tidak pilih bulu, sebaliknya dilaksanakan sebagai amanah dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu Rang Undang-undang Pembaharuan Semula Bandar. RUU ini sudah kali kedua ditangguhkan. Namun saya melihat kerajaan masih berkeras juga untuk meneruskannya. Setakat pemahaman saya, penambahbaikan itu tidak membawa perubahan yang benar-benar substantive dan dalam banyak aspek, ia masih tidak juga jauh berbeza daripada kerangka birokrasi serta amalan yang sedia ada hari ini. Isu sebenar di sini bukan kita tidak ada undang-undang tetapi keikhlasan kerajaan membetulkan dan melaksanakan undang-undang yang didakwa setengah orang dikatakan menzalimi rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, jika— Tan Sri Yang di-Pertua, jika benar terdapat kelemahan pada formula pengambilan tanah dan pampasan. Jika mekanisme semakan dan rayuan masih dirasakan tidak memadai, jika hak bantahan terlalu terbatas dan jika tiada jaminan adil untuk pemaju dan pemilik, bukankah lebih wajar perkara-perkara ini diperbetulkan kepada sumbernya iaitu kepada undang-undang yang sedia mengikut kuatkuasa kerajaan.

draft • 4:56 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Saya juga ingin kita berhati-hati, menambah birokrasi semata-mata tidak menjamin pembaharuan yang terbaik. Pembaharuan yang adil mesti termasuk perlindungan yang jelas, boleh diaudit dan boleh dikuatkuasakan. Jika birokrasi bertambah tetapi perlindungan tidak diperkukuh, akhirnya rakyat tetap menanggung risiko, sedangkan manfaat dan kawalan lebih banyak berada di pihak pemaju.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin minta kerajaan bertindak dengan teratur dan jangan memperkenalkan satu-satu dasar hanya untuk populariti dan nak tunjukkan kitalah yang hebat tetapi akhirnya, kita mendapat tentangan daripada rakyat dan akhirnya, rakyat mengatakan kita ini pembohong. Tak boleh digunakan.

Apakah tidak boleh digunakan bijak pandai untuk teliti, kaji, bincang baik buruk serta apakah kesannya terhadap satu-satu dasar yang ingin kita laksanakan?

Jika kita analisa dan buat penilaian dan perbahasan yang mendalam, saya kira mungkin satu-satu peraturan ataupun dasar akan dapat dilaksanakan dengan baik dan tidak mendapat tentangan kerajaan. Akhirnya, bukan sahaja dasar itu gagal tetapi kita membuang wang yang cukup banyak kerana beberapa kali dasar yang dilaksanakan gagal disempurnakan.

Tan Sri Yang di-Pertua, izinkan saya mengingatkan Dewan tentang jasa besar Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dalam membina asas Dasar Ekonomi Baru. Dasar Ekonomi Baru lahir sebagai kerangka pembetulan struktur untuk merapatkan jurang ekonomi, memulihkan keadilan sosial dan memastikan penyertaan bumiputera dalam ekonomi negara berlaku secara bermakna dan mampan.

Saya ingin bertanya kepada kerajaan, kini dah 50 tahun Allahyarham meninggalkan kita dan yang pertama, memandangkan sasaran pemilikan ekuiti bumiputera meningkat daripada 18 peratus pada tahun 2020 kepada 30 peratus menjelang 2035, apakah kekangan struktur utama yang dikenalpasti sebagai penghalang selama ini dan apakah sasaran kenaikan tahunan? Jika punca sebenar tidak ditangani, ini akan menyebabkan sasaran baharu sekadar mengulangi sasaran lama, walaupun dengan nama dasar yang berbeza.

Kedua, bagaimanakah kerajaan memastikan peningkatan pemilikan ekuiti bumiputera berlaku dalam aset berproduktiviti tinggi dan sektor bernilai tambah.

Apakah indikator yang digunakan untuk membezakan kedua-duanya? Ini berikutan angka yang meningkat tidak semestinya membawa pengukuhan ekonomi jika produktiviti dan nilai tambah tidak bergerak seiring.

Tan Sri Yang di-Pertua, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga dalam titah menegaskan pemartabatan bahasa kebangsaan dan pengukuhan sejarah negara sebagai asas jati diri serta perpaduan nasional. Sehubungan dengan itu, saya ingin bertanya. Dalam hal ini, negara telah mempunyai Majlis Bahasa Negara dan Majlis Sejarawan Negara sebagai badan rujukan utama dalam menentukan standard kandungan dan halatuju bahasa serta sejarah negara.

Apakah, berapa kalikah mesyuarat telah diadakan oleh Majlis Bahasa Negara dan Majlis Sejarawan Negara sejak penubuhannya? Serta apakah keputusan utama yang telah dicapai hasil mesyuarat-mesyuarat tersebut dan apakah kerajaan meletakkan badan-badan ini sebagai tempat rujukan utama?

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin bertanya juga menyentuh juga tentang dasar Darjah 1 enam tahun. Dasar penting sebegini mesti dibincang dahulu dengan guru, pakar, ibu bapa dan sebagainya. Saya juga dalam bab kajian sama juga dalam bab kajian keperluan memperkenalkan semula PT3 dan UPSR yang diumumkan akan siap pada tahun ini. Namun beberapa hari selepas itu, Yang Berhormat Menteri kita yang memberi kata, kita tidak perlukan UPSR. Walhal Yang Berhormat Menteri, jangan umum dulu, kemudian ubah cerita. Itu mengelirukan rakyat dan merosakkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya beberapa hal tentang tempatan di kawasan saya. Projek-projek pembangunan Kerajaan Persekutuan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 di kawasan Daerah Maran. Saya ingin bertanya, berapakah jumlah projek Persekutuan yang nilai kos melebihi RM1 juta dan apakah nama projek-projek tersebut yang dicadangkan di Daerah Maran? Hari ini Tan Sri Yang di-Pertua, kita tidak dibenarkan lagi menghadiri mesyuarat tindakan daerah.

Saya dulu daripada ADO dan bawa penggal dalam Parlimen. Malang sekali kerana kami juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkhidmat untuk rakyat dan dipilih oleh rakyat. Sebab itulah banyak maklumat tidak ada. Dan berapakah jumlah projek- projek tersebut yang telah dilaksanakan dan lewat juga gagal dilaksanakan dan berapakah jumlah perbelanjaan yang dikembalikan kepada Kerajaan Pusat dan ataupun ditarik balik?

Tan Sri Yang di-Pertua, saya nak menyebut sekali lagi tentang pelaksanaan Hospital Maran ini. Walaupun dulu— hari ini meja saya agak keras, Tan Sri Yang di- Pertua. Saya rasa, kalau saya tepuk sekali pun mungkin tidak patah kerana dibuat daripada...

draft • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jangan tepuklah, jangan tepuklah. Cukup, jangan tepuklah.

[Ketawa]

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

...kualiti yang baik.

RMK11 telah diluluskan projek ini. Dan saya tanya RMK12, kerana pada Rancangan Malaysia Ke-12, pada Menteri ketika itu telah meluluskan sebanyak 350 juta projek ini. Ini telah lulus, Tan Sri. Bukan masalah baru nak lulus, baru nak bincang. Telah diluluskan. Tetapi tidak dilaksanakan, dihilangkan terus. Sebab itu, soalan saya yang tadi, berapakah projek yang tidak laksanakan? Maknanya, kalau RM350 juta nilai Projek Hospital Maran, maknanya Kerajaan Persekutuan telah gagal melaksanakan projek yang bernilai RM350 juta. Bukan sahaja kesannya kepada rakyat tetapi kegagalan kerajaan melaksanakannya.

Yang menjadi tarikan saya, Tan Sri Yang di-Pertua, projek ini saya pada mula telah melawat lima, enam tapak dan semua tapak itu telah ditolak dan tapak yang akhir dipilih ialah Batu 55. Dan apabila exco melawat pula tanah-tanah kawasan ini, akhirnya dia bersetuju pula pada tapak yang telah pun kita cadangkan dulu, Batu 55.

Ini satu kerja yang cukup bodoh dan sia-sia. Buang masa, duit exco, buang masa saya, buang masa Perdana Menteri, buang masa. Buang masa Kementerian Kesihatan dan sebagainya.

Dan akhirnya Tan Sri Yang di-Pertua, tapak yang ada sekarang telah pun diambil oleh seorang manusia dan membuat projek kelapa sawit. Saya minta siasat supaya kalau betul-betul kita tak kira mana-mana parti yang sayangkan rakyat, sayangkan negara, please, tolong pastikan projek ini ditangguhkan dan saya minta dan saya dah bincang dengan beberapa DO, sebahagiannya mengatakan bahawa projek ini sesuai balik kembali kepada Batu 55.

draft • 5:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

[Bangun]

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Bermakna Tan Sri Yang di-Pertua, kerja-kerja bodoh yang terlalu banyak hari ini kita lakukan dan akhirnya merugikan negara dan kerajaan.

draft • 5:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Maran, boleh?

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Masa tak ada. Sila.

draft • 5:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Tadi, tadi Maran…

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Tan Sri, bagi saya masa.

draft • 5:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Tan Sri. Tadi Maran sebut, Maran tak pernah dijemput dalam mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Daerah. Adakah Maran sedar di Kedah, di Kota Setar, daerah saya misalnya. ADUN pembangkang, ADUN Kota Darul Aman daripada DAP pernah dijemput masuk dalam mesyuarat Majlis Tindakan Pembagunan Daerah.

Walaupun kerajaan negeri itu, kerajaan negeri Perikatan Nasional. Adakah Maran setuju, sepatutnya di semua tempat, kerajaan negeri ataupun pihak Majlis Tindakan Pembangunan Daerah ini jemput semua wakil rakyat sebagai mengambil kira menjunjung Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Agong untuk kelancaran pentadbiran. Adakah Maran setuju?

draft • 5:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Tan Sri, 100 peratus setuju, malah lebih daripada itu. Masukkan ke dalam ucapan saya. Dan Tan Sri, inilah sebenarnya prinsip yang harus dibawa oleh kerajaan. Politik— sebab itulah rakyat marah pada kerajaan dan rakyat pilih pemimpin-pemimpin yang daripada hari ini. Tapi apabila mereka tidak dilibatkan, sedangkan mereka telah dipilih, percayalah pada saya, akan datang, rakyat semakin marah pada kerajaan.

Sebab itu kembalikan semula.

Saya pernah jadi ADO dulu, Tan Sri Yang di-Pertua. Dan masa itu, semua ahli-ahli politik dijemput dalam tindakan daerah. Tak kira PAS kah, masa itu BERSATU tak ada lagi. PAS kah, UMNO kah, PKR kah apa masa itu, dijemput semua sebab kita terbuka. Barulah kita dapat pandangan yang baik. Jadi Tan Sri Yang di- Pertua, saya harap, minta kerajaan hari ini ubah. Buat stand baharu. Pastikan supaya yang Ahli-ahli Yang Berhormat dipilih oleh rakyat ini, dilibatkan dalam semua tindakan sepertimana yang ada di Parlimen hari ini. Kita ada. Ini sepatutnya kita bawa.

Tan Sri Yang di-Pertua, oleh kerana Alor Setar mengganggu saya, beri masa sikit, Tan Sri. Lima minit lagi cukuplah.

Perkara kedua ialah Tan Sri Yang di-Pertua, tentang projek-projek jalan di kawasan Maran. Saya minta kerajaan, terutamanya Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Kerja Raya dan juga JKR di peringkat negeri, berikan perhatian supaya jalan-jalan di luar bandar dinaikkan taraf ya. Apa gunanya sepertimana— saya tertarik apa yang dibentangkan oleh Pandan tadi. Bagaimana kedudukan ekonomi.

Ini rakyat tak tahu.

draft • 5:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Kalau rakyat tahu RM33.3 bilion itu hutang mereka tak dibayar kerana bayar lebih income tax dan duit ini dah diguna oleh kerajaan, ke mana perginya? Saya Tan Sri, percaya saya, mengamuk RM33.3 juta pemilik wang ini bahaya lagi kerajaan.

Sebab itulah berlaku adillah pada kerajaan.

Saya minta supaya di Maran ini, upgrade jalan-jalan yang telah rosak dan saya minta juga supaya baru ini saya dapat telefon daripada seorang penduduk Tan Sri, telefon saya, “Dato’ saya tadi baru nyaris berlanggar dengan lori”, dia kata kenapa ini kak? Kenapa perempuan bukan kerana telefon saya tapi kakak saya, saudara saya. “Dato’ tolong Dato’, dia kata saya tak nampak line dan nasib baik saya tidak mati” dia kabo, alhamdulillah.

draft • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tak nampak apa?

draft • 5:10 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Macam mana?

draft • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tak nampak line?

draft • 5:10 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Line jalan tak nampak.

draft • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Oh okey.

draft • 5:10 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Line putih tak ada.

draft • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Line tengah.

draft • 5:10 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Jadi, saya baik dengan JKR tapi saya minta supaya bukan saja di Maran Tan Sri, berilah perhatian kepada kepentingan rakyat di luar bandar ini. Saya minta supaya di Maran ini Kerja Raya sebab saya tak ada dalam tindakan daerah Tan Sri. Dulu kita ada, direct kita bercakap walaupun saya ada hubungan yang baik dengan JD ini, tetapi tidak sepanjang masa kita boleh bercakap dengan mereka.

Baiki line, line putih ini, yang kedua perbaiki perkemas kini, upgrade-kan sign, sign tanda-tanda jalan. Kalau tidak berhati-hati, nescaya sama ada langgar divider ataupun terjun gaung dan sebagainya. Sebab itulah saya minta supaya kerajaan berikan perhatian kepada pembinaan atau penambahbaikan, kemudahan- kemudahan asas di luar bandar ini, termasuklah jalan, tanda-tanda jalan dan sebagainya. Tan Sri, ada masa lagi Tan Sri tambah?

Saya oleh kerana ramai lagi kawan-kawan nak bercakap.

draft • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

draft • 5:10 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Terima kasih banyak.

Saya dengan ini menjunjung kasih di atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong dan YB.

draft • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 5:10 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

draft • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumussalam. Saya jemput sekarang Shah Alam.

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.

Tuan Sri Yang di-Pertua, saya mohon merafak sembah menjunjung kasih di atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong di Istiadat Pembukaan Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas pada Isnin, 19 Januari 2026. Awal kalam, saya ingin merujuk perenggan ketiga Titah Yang di-Pertuan Agong yang mahukan ataupun berkenan agar RMK13, menumpukan kepada kesejahteraan rakyat dalam bidang pendidikan, kesihatan, perumahan dan pengangkutan awam sebagai asas kepada perbahasan saya.

Rancangan Pendidikan Negara, RPN 2026-2035 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 20 Januari 2026 yang lalu merupakan suatu kejutan dan mengundang pelbagai reaksi banyak pihak. Shah Alam bersama- sama sebahagian besar rakyat Malaysia menyambut baik RPN ini kerana ia memperlihatkan komitmen yang jelas di pihak kerajaan untuk mereformasi dasar dan hala tuju pendidikan negara demi membina sistem yang lebih inklusif, mampan, responsif kepada situasi semasa dan berpaksi kepada masa hadapan.

Banyak perkara dan pembaharuan yang baik yang dikemukakan merangkumi pemerkasaan jati diri melalui mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Penilaian pembelajaran baharu di Tahun 4 dan Tingkatan 3. Naik taraf bilik guru, kurikulum TVET di peringkat sekolah menengah dan rendah. Jaminan kemasukan ke IPTA bagi pelajar cemerlang. Pendidikan percuma bagi OKU ke IPTA, politeknik dan kolej komuniti. Lebih banyak tempat di IPTA, lebih ramai pelajar keluarga miskin tegar menerima pendidikan percuma di IPTA dan mengangkat pendidikan sebenar dengan meletakkan Tingkatan 6 dan matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi.

Yang paling drastik.

draft • 5:12 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Shah Alam. Sikit boleh Shah Alam?

draft • 5:12 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Belum masuk lagi.

draft • 5:12 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha?

draft • 5:12 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Belum masuk.

draft • 5:12 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya nak minta sikit, nak memperbetulkan tadi itu Bagan Serai dan juga Maran tadi itu. Sebab dia kata tak ada libat urus. Saya di antara Ahli Parlimen yang hadir 20 hari bulan itu di PICC itu walaupun tak disebut oleh Menteri Pendidikan, saya hadir. Dia sebut Kangar dengan Kulim-Bandar Baharu je yang hadir, saya hadir sebab Perdana Menteri sebut dah ada libat urus yang digerakkan oleh Kementerian Pendidikan.

Cuma yang saya rasa dia orang ini risau sebab umur enam tahun dengan lima tahun itu nanti sebab dia orang tak pergi kepada PASTI, itu yang mereka risau sangat itu. Bila Darjah 1 ini, umur enam tahun, kemudian wajib lima tahun masuk prasekolah sebab dia takut nanti PASTI tak ada orang nak hantar anak-anak pergi belajar dekat PASTI. Apa pandangan daripada Shah Alam?

draft • 5:12 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Saya memang nak masuk ke perbahasan tentang...

draft • 5:12 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya masuk dulu. Sebelum Shah Alam masuk, saya masuk dulu.

draft • 5:12 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Tan Sri Yang di-Pertua, yang paling drastik, paling berani sehingga menimbulkan perdebatan hangat di luar dan di dalam Dewan yang mulia ini ialah cadangan menetapkan kemasukan Tahun 1 mulai tahun 2027 seawal usia enam tahun secara sukarela. Itu yang Hulu Langat tak sabar-sabar nak sebut tadi itu.

Persoalan besarnya ialah tentang kesediaan pelaksanaan. Niatnya baik, rancangannya baik tetapi persoalan besarnya adakah kita kerajaan benar-benar bersedia untuk melaksanakan rancangan memasukkan pelajar usia enam tahun ke Tahun 1 ini. Kalau dilihat sekarang, memang nampak tak bersedia. Cara kita kerja sekarang dari segi sudut bilangan bilik darjah, bilangan guru, pentadbiran dan yang terlebih pentingnya ialah kurikulum yang menjadi elemen terpenting dalam pendidikan.

Tan Sri Yang di-Pertua, kita tidak mahu kerana ketidaksediaan kita menyediakan prasarana dan sumber yang mencukupi menyebabkan timbulnya cadangan mengadakan ujian diagnostik dan saringan kemasukan ini. Ujian diagnostik harus bertujuan mengenal pasti kelemahan dan keperluan agar langkah mitigasi dapat dilaksanakan tetapi bukannya sebagai saringan. Kalau kemasukan seawal enam tahun, ada yang setuju, ada yang tak setuju.

Saringan kemasukan ini saya yakin, tak ada seorang pun yang setuju Tan Sri Yang di-Pertua, lebih banyak mudarat daripada manfaatnya. Dan dalam Islam, kaedah fiqah mengajar kita [Berucap dalam bahasa Arab] “Menghilangkan kemudaratan itu lebih diutamakan daripada mengambil maslahat”. Berhentilah kita membahaskan tentang saringan kemasukan ini. Saya rasa cukup dah. Semua orang dah cerita dah tentang saringan ini. Semua anak bangsa kita harus diterima masuk ke Tahun 1 tanpa mengira keupayaan, kemampuan dan kesediaan mereka.

Kalau dia boleh masuk tahun enam, tahun tujuh pun boleh masuk. Apa bezanya? Kalau bersedia tahun enam, ada juga yang tak bersedia. Masuk tahun tujuh pun, ada juga yang tidak bersedia. Tapi semua diterima masuk. Jadi, cukuplah kita bincang tentang saringan ini. Kerajaan sediakanlah kelengkapan, prasarana yang mencukupi. Kita ada masa setahun lagi menjelang 2027.

Tetapi, masalah yang kita hadapi ialah cara kerja kita, bukan saringan itu bukan jawapan kepada keraguan yang ditimbulkan. Cara kerja kita Tan Sri Yang di- Pertua, contohnya kita bicarakan tentang kelas padat. Kita ada solusi kelas tambahan menggunakan kaedah IBS.

Baru-baru ini Yang Berhormat Menteri Pendidikan menyebutkan ada lapan buah— 18 buah sekolah di Selangor yang mengalami sekolah padat yang kritikal. Di Shah Alam sendiri, ada sekolah yang pelajar Tingkatan 1 yang masuk tahun ini bukan sekadar 50 pelajar satu kelas, sampai 60 pun ada Tan Sri. Nak belajar macam mana dalam keadaan yang bersesak-sesak? Nak buat ujian macam mana nak jarakkan pelajar? Ini keluhan guru kanan yang saya temui baru-baru ini.

Jadi, segerakanlah bilik darjah tambahan ini yang diperlukan dan saya percaya ia bukannya perkara yang baru dimaklumi, tetapi isu yang perlu sama-sama kita gagahi. Ubah cara kerja kita bersedia dengan lebih awal.

Tan Sri Yang di-Pertua, beberapa hari yang lepas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA ada menjelaskan enam projek rancangan tebatan banjir berprofil tinggi yang mengalami kelewatan.

draft • 5:12 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Dua daripadanya melibatkan Parlimen Shah Alam. Satu, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Damansara dan satu lagi, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Klang, Sri Muda. Ketika isu ini ditimbulkan, kami telah mula menerima aduan daripada penduduk Seksyen 23 iaitu kawasan kediaman yang terlibat langsung dengan pelaksanaan RTB Sungai Klang, Sri Muda ini.

Saya dapati pihak JPS Selangor selaku pengurus projek dan pihak kontraktor sangat komited untuk melaksanakan projek mengikut jadual. Namun, halangan yang mereka hadapi ialah berkenaan dengan reka bentuk yang disediakan oleh pihak perunding. Dimaklumkan, pihak perunding yang dipilih kompeten, mempunyai rekod kerja yang baik. Persoalannya, kenapa boleh berlaku kelewatan ini?

Saya bimbang, sekiranya mereka ini diberikan kontrak yang terlalu banyak sehingga menyebabkan bebanan kerja yang berlebihan. Jadi, saya fikir kerajaan harus ada intervensi untuk pastikan kelewatan ini tidak berpanjangan dan supaya kita boleh kembali semula kepada garis masa projek yang disediakan. Kalau perlu tambah perunding, tambahlah perunding. Yang pentingnya, perunding ini mesti harus berani untuk berdepan dengan teguran dan pandangan daripada masyarakat setempat.

Baru-baru ini, kami panggil. Ada dialog, sesi dialog dan penerangan dengan penduduk di Seksyen 23 yang terkesan dengan projek ini kerana berlaku runtuhan tebing ketika berlakunya projek ini dilaksanakan. Semua hadir. JPS, MBSA, kontraktor tetapi malangnya, perunding tidak hadir. Jadi, saya berharap pihak kementerian di peringkat tertinggi, ambillah perhatian tentang perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, kembali kepada kesejahteraan yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Kesesakan di Hospital Shah Alam akan dapat dikurangkan dengan pembinaan Hospital Kapar. Sudah hampir ke peringkat akhir. Saya ketika berpeluang melawat pesakit di Hospital Shah Alam, sering bertanya kepada pesakit yang berhampiran yang menerima rawatan. Ramai yang datang.

Saya tanya datang dari mana. Dari Meru. Dari mana? Dari Sementa. Dari mana? Dari Bukit Kerayong. Semuanya dari kawasan Kapar ataupun Kuala Selangor. Jadi, dengan pembinaan Hospital Kapar ini, saya percaya ia nya akan dapat mengurangkan beban pesakit yang datang ke Hospital Shah Alam.

draft • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Shah Alam. Shah Alam.

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Soalan saya, bilakah Hospital Kapar akan siap dan beroperasi sepenuhnya dan dengan pembukaan Hospital Kapar nanti, berapakah jangkaan peratusan pesakit yang mendapat rawatan di Hospital Shah Alam akan dapat dikurangkan?

Namun, ini hanya satu mungkin penyelesaian sementara. Dalam masa jangka yang panjang, pembesaran Hospital Shah Alam masih diperlukan agar seiring dengan kepesatan pembangunan kediaman berpendapatan tinggi di Shah Alam Sentral, Seksyen U12, Eco Ardence dan projek SMG yang sedang rancak dimulakan dan akan menambah bilangan penduduk di Shah Alam.

Saya mohon pihak Kementerian Kesihatan memaklumkan dalam RMK13 nanti ini, dalam rolling plan yang ke berapakah pelaksanaan pembesaran hospital ini akan dimulakan dan garis masa ia nya akan disiapkan.

draft • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Shah Alam. Sikit sahaja, Shah Alam.

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Saya dah nak habis ini.

draft • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya.

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Kalau Tan Sri Yang di-Pertua berikan masa tambahan, saya benarkan.

draft • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bolehlah kut. Saya nak tanya, cuma nak tanya Shah Alam. Hari itu, Kapar dah berbahas tetapi isu hospital baharu untuk Kapar langsung tak didedahkan.

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Ya.

draft • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jadi, setuju dengan saya Shah Alam, walaupun Kapar telah berbahas dan tidak berterima kasihlah kepada kerajaan, kita perlu menyatakan tahniah dan syabas kepada kementerian dan kerajaan di atas pembinaan hospital baharu ini.

[Tepuk]

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Ya, ya.

draft • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Banyak perkara yang diadu oleh Kapar. Saya ada di sini. Banyak perkara yang diadu. Itu tak cukup, ini tak cukup, itu tak cukup. Tetapi, hospital baharu Kapar langsung beliau tak berterima kasih. Terima kasih Shah Alam.

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Terima kasih Jelutong. Ya, Hospital Kapar saya nampak dah cantik dah. Saya ingat mungkin kerja-kerja landskap dan kerja-kerja dalaman, kelengkapan hospital yang perlu dimuktamadkan.

Tan Sri Yang di-Pertua, dua minggu lepas, Shah Alam menjadi terkenal kerana menjadi bualan ramai apabila Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengklasifikasikan Shah Alam sebagai ibu negeri atau bandar paling mahal untuk didiami di Malaysia.

[Ketawa] Saya tak tahu nak bangga ke nak sedih, Tan Sri Yang di-Pertua. Tetapi, ia nya adalah berdasarkan kepada Indeks Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar.

Hakikatnya, secara purata hanya 0.2 peratus ataupun 0.2 mata lebih tinggi dari Kuala Lumpur yang menjadi rujukan pada 100 mata indeks. Sikit sahaja lebih tinggi dari Kuala Lumpur. Tetapi, kalau Shah Alam dibanding dengan Bangsar ke, Bangsar South, PJ, mungkin lebih rendah lagi tetapi secara keseluruhannya, 0.2 mata sahaja lebih tinggi dari Kuala Lumpur.

Kenapa ramai yang tinggal dan bersara di Shah Alam? Kerana status bandar lestari yang berdaya huni dan lokasinya yang mudah mengakses kawasan-kawasan komersial, perdagangan, perniagaan dan juga perindustrian. Maka, tidak hairanlah kalau ia mewujudkan persaingan dalam pelbagai aspek.

Tetapi, Indeks Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar ini bukan sahaja berkait dengan harga barangan dan makanan. Ia juga melibatkan kos kediaman, pendidikan, pengangkutan khususnya di bandar dan kawasan yang bertekanan tinggi. Tetapi, kalau nak datang Shah Alam, Tan Sri, saya boleh tunjuk tempat makan mahal ada, tempat makan murah ada, pasar yang mahal, pasar kayangan ada, pasar yang harga patut pun ada, Tan Sri. Pilihan kita.

Ramai golongan B40 dan M40 memiliki rumah bukan pilihan dalam jangka pendek dan mereka terpaksa bergantung kepada pasaran sewaan yang kini semakin tidak terkawal. Realitinya, kita menyaksikan kenaikan sewa yang mendadak.

Pengusiran penyewaan tanpa perlindungan yang mencukupi, kontrak yang berat sebelah serta ketiadaan mekanisme penyelesaian pertikaian yang cepat dan mampu milik. Dalam keadaan ini, penyewa berada pada kedudukan yang lemah berbanding dengan pemilik harta.

Saya ingin bertanya kepada Kementerian KPKT, adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan akta sewaan kediaman bagi melindungi penyewa khususnya golongan B40 dan M40 termasuk aspek kawalan kenaikan sewa yang munasabah, jaminan tempoh sewaan, kontrak yang adil serta penubuhan mekanisme serta penyelesaian pertikaian yang pantas dengan kos yang rendah.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, kesejahteraan rakyat sebagaimana yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong tidak lengkap jika kemudahan awam tidak kita tangani dan kita tidak berikan penekanan kerana ia nya juga menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup dan penentu kepada kesejahteraan rakyat. Oleh itu, saya ingin bertanya untuk kesekian kalinya, bilakah LRT3 laluan Shah Alam akan beroperasi sepenuhnya setelah ia nya tertangguh sebanyak tiga kali.

Kebetulan, Yang Berhormat Menteri Pertanian ada dekat sini, Tan Sri. Saya tinggal di Shah Alam tetapi saya anak petani. Masih ada lagi mengusahakan sawah di Sungai Besar. Baru-baru ini ada serangan penyakit ulat batang pada padi. Ramai yang bimbang, tidak kurang yang terkesan. Tetapi, alhamdulillah, sawah saya akhirnya dapat 7.49 tan per hektar Tan Sri, dan potongannya pun hanya 16 peratus sahaja. 16 peratus ya. Jadi, maknanya masih ada ramai lagi peniaga, pemborong yang jujur untuk membantu petani.

Cakap banyak pun tak guna, Tan Sri. Shah Alam menyokong sepenuhnya Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput seterusnya Kuala Langat.

draft • 5:20 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.* Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua di atas peluang yang diberikan untuk turut berbahas Menjunjung Kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan titah ucapan perasmian sidang pada kali ini.

Baginda mengingatkan tahun ini adalah merupakan permulaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Baginda mahu rancangan ini memberikan tumpuan kepada kesejahteraan rakyat terutamanya dalam bidang pendidikan, perumahan, kesihatan dan pengangkutan awam. Saya akan menyentuh tiga perkara berdasarkan titah ucapan baginda berkaitan dengan kesejahteraan rakyat.

Pertamanya, keterjaminan makanan dan sumber protein negara. Baru-baru ini Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, Yang Berhormat, dalam Program Sentuhan Agro MADANI di Kinabatangan, 15 Januari menyebutkan bahawa, kerajaan komited meningkatkan kadar sara diri (SSR), ternakan ruminan negara yang ketika ini berada pada paras 20 peratus kepada sasaran 50 peratus menjelang 2030.

[Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 5:29 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Kita doa bersama-sama semoga ia nya berjaya. Ternakan ruminan, berdasarkan Bancian Pertanian 2024 dan data pengeluaran ternakan Malaysia 2023, jumlah pengeluaran ternakan negara adalah 1,867.4 juta ekor, didominasikan oleh ayam, itik, 69.4 peratus, manakala pengeluaran lembu, kerbau 313.8 ribu ekor dan kambing biri-biri, 322.1 ribu ekor. Masih rendah.

Isu keterjaminan makanan bukan sekadar bekalan tetapi melibatkan kestabilan harga, keupayaan pengeluaran tempatan dan daya tahan sistem makanan negara. Perubahan iklim, bencana alam dan penyakit ternakan memberi kesan langsung kepada pengeluaran serta kelangsungan penternak-penternak kecil.

Perancangan yang lemah akan meningkatkan tekanan kos sara hidup dan menjejaskan keharmonian masyarakat, bertentangan dengan Titah Diraja. Persoalan utamanya, apakah langkah yang konkrit KPKM bagi meningkatkan SSR ruminan kepada 50 peratus menjelang 2030 secara mampan dan melindungi penternak tempatan. Ini kami perlukan penjelasan.

Saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan penternakan babi di Malaysia, terutamanya di negeri Selangor. Cadangan membuka sementara ladang babi di Kuala Langat hingga 2030 telah serta membangunkan Modern Pig Farming (MPF) di Bukit Tagar seluas 202 hektar ataupun 500 ekar menimbulkan bantahan dan dukacita. Selaras dengan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Baginda menitahkan tidak ada lagi penternakan babi di Tanjung Sepat, Kuala Langat serta mengarahkan kajian dan bancian secara menyuruh, data sah yang menentukan keperluan sebenar daging babi khusus untuk rakyat bukan Islam di negeri Selangor dan menegaskan tiada peruntukan dan pelaburan negeri untuk operasi penternakan babi pada masa hadapan.

Ketika ini, sekitar 100,000 ekor babi memenuhi keperluan 30 peratus keperluan Selangor. Secara keseluruhannya, pengeluaran ternakan babi pada 2023 di Malaysia ialah 1,849,000 ekor babi dan Perak, Sarawak dan Pulau Pinang menjadi penyumbang terbesar 72.1 peratus. Penternakan babi secara tradisional menimbulkan pencemaran bau, pencemaran sungai dan risiko wabak penyakit dan implikasi besar kepada kesihatan awam.

Kita berpengalaman dengan wabak virus dan isu kesihatan awam seperti wabak virus Nipah 1998-1999 dan juga wabak African swine fever yang dikesan kalau di Selangor 57 daripada 115 ladang di Kuala Langat dan Sepang termasuk sebuah ladang haram menyebabkan 76,000 ekor babi dilupuskan.

Kajian khas yang diketuai oleh Dr. Maketab Muhammad menunjukkan pencemaran yang serius di Sungai Sepang satu ketika dahulu. Kajian penyelidikan Universiti Sains Malaysia 2025, Kampung Selamat, Pulau Pinang juga membuktikan air buangan ladang babi berada pada tahap pencemaran yang serius.

Kesimpulannya, isu ini bukan isu Selangor semata-mata tetapi isu nasional melibatkan keselamatan makanan, kesihatan awam dan persekitaran. Persoalan utama kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ialah apakah kadar SSL daging babi semasa negara? Dan apakah hala tuju dasar penternakan babi yang lebih selamat, sesuai lokasi dan juga mampan?

Isu yang kedua yang saya nak sebutkan adalah berkaitan dengan kumpulan doktor dan kumpulan sokongan kesihatan, terutamanya di Sabah, Sarawak dan isu pengamal tanpa daftar. Titah Diraja menegaskan bahawa kesihatan adalah teras kesihatan rakyat dan jawatan merupakan amanah, bukan ruang kelompongan atau penyalahgunaan. Sehingga kini, Sabah dan Sarawak masih berdepan dengan kekurangan doktor dan kumpulan sokongan kesihatan.

Di Sabah, bagi mencapai nisbah sasaran satu doktor 400 penduduk, negeri masih memerlukan 9,356 doktor, namun masih kekurangan sekitar 4,528 doktor.

Lebih membimbangkan bilangan doktor menurun daripada 5,161 tahun 2024 kepada 4,828 tahun 2025. Di Sarawak pula, pada tahun 2025 dilaporkan mempunyai kekurangan daripada 4,000 doktor sedangkan keperluan dianggarkan sekitar 6,000 doktor iaitu kekurangan sehingga 54 peratus berbanding standard nasional.

Isu ini bukan sahaja melibatkan jumlah tetapi juga ketidakseimbangan agihan tenaga kesihatan antara bandar dan luar bandar serta antara Semenanjung dan juga Malaysia Timur. Dalam masa yang sama, negara berdepan cabaran graduan perubatan daripada institusi tidak diiktiraf serta graduan yang tidak berkhidmat dalam sektor kesihatan. Kerajaan perlu membentangkan statistik tahunan graduan perubatan daripada institusi tidak diiktiraf serta menjelaskan laluan sah bagi menilai, melatih semula dan menyetarakan mereka agar mereka boleh berkhidmat secara berintegriti.

Di bawah Akta Perubatan 1971, hanya kelayakan yang diiktiraf oleh Majlis Perubatan Malaysia boleh diterima walaupun MMC membenarkan penggunaan gelaran akademik doktor. Penggunaan gelaran tersebut oleh graduan institusi tidak diiktiraf berisiko mengelirukan masyarakat, menjejaskan kepercayaan awam dan membahayakan keselamatan pesakit jika disalah guna.

Kes-kes melibatkan pengamal perubatan tanpa pendaftaran MMC, termasuk yang berkhidmat di sektor swasta bukan kes terpencil dan perlu ditangani secara serius dan sistemik. Selain itu, isu kelewatan pengeluaran Sijil Amalan Tahunan ataupun APC yang menyebabkan lebih daripada 14,000 doktor terdedah kepada status amalan tidak sihat akibat kelemahan sistem.

Walau bagaimanapun, MMC membenarkan doktor yang telah memohon dan mematuhi syarat untuk terus berkhidmat sementara menunggu APC, keadaan ini mendedahkan kelemahan tadbir urus. Saya ingin mencadangkan supaya pembaharuan APC ini dibuka sepanjang tahun. Contohnya, sistem berasaskan kepada tarikh lahir pengamal perubatan. Mungkin juga secara digital, melalui real time ataupun masa nyata dan juga boleh dipertimbangkan sijil dwitahunan dan sebagainya.

Kesimpulannya, ini bukan soal politik tetapi menyentuh kedaulatan undang- undang, keselamatan negara dan integriti profesional perubatan negara. Kerajaan perlu bertindak tegas, berpiawaian dan beramanah selari dengan Titah Diraja demi menjamin sistem kesihatan yang adil, selamat dan mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.

Ketiga, saya ingin menyentuh berkaitan dengan baik pulih sekolah rosak akibat ribut di Kuala Langat, khususnya di kawasan Sijangkang. Titah Diraja menegaskan bahawa pendidikan adalah asas pembinaan bangsa. Namun, asas ini tidak akan kukuh jika sekolah rosak, berbahaya dan tidak selamat untuk murid-murid serta guru. Saya merujuk kepada kerosakan sekolah akibat ribut pada 15 Oktober 2025 di Sijangkang yang bukan sekadar isu fizikal bangunan tetapi melibatkan keselamatan, keadilan, pendidikan dan kecekapan pengurusan bencana.

Kenyataan Kerajaan Negeri Selangor bahawa sekolah terlibat telah beroperasi sepenuhnya selepas kerja baik pulih lebih awal adalah tidak tepat dan mengelirukan berdasarkan situasi sebenar di lapangan. Sebagai contoh, di Sekolah Kebangsaan Kampung Medan masih tidak beroperasi sepenuhnya secara bersemuka pada awal sesi persekolahan baru-baru ini, sebaliknya dilaksanakan dalam dual mode iaitu pembelajaran bersemuka dan PdPR pada 12 hingga 14 Januari 2026.

Keputusan ini dibuat kerana kerja baik pulih dan pemeriksaan belum siap sepenuhnya, walaupun dilaporkan siap secara pentadbiran. Saya menggesa pemantauan lebih rapi agar Laporan Siap Kerja selari dengan keadaan sebenar bagi mengelakkan percanggahan serta kenyataan rasmi dan realiti sekolah. Titah peringatan Tuanku bahawa perancangan tidak sempurna jika integriti dipersoalkan perlu diberi perhatian. Perbezaan kos projek yang dilaporkan RM10.1 juta, RM12 juta, RM16.9 juta menjadi penanda pertanyaan kepada rakyat yang inginkan penjelasan.

Ketiadaan papan tanda projek, sebagai contoh, serta kerahsiaan BQ. Kita tahu BQ ini adalah sulit tetapi sekurang-kurangnya pada skop kerja harus juga dimaklumkan supaya pemantauan dapat juga diambil kira di peringkat pejabat pendidikan daerah dan juga di peringkat sekolah itu sendiri.

Kemudian, saya ingin menyentuh juga perkara yang berkaitan dengan isu perancangan kemasukan Tahun 1 usia enam tahun. Terdapat kenyataan bercanggah dan mengelirukan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai kemasukan tahun satu. Pada awalnya, bergantung kepada pilihan ibu bapa, usia enam tahun ataupun tujuh tahun.

Kemudian, berdasarkan ujian diagnostik kalau lulus boleh masuk, kalau tidak, tujuh tahun baru masuk darjah satu. Terkini, dilaksanakan cara berfasa pula di sekolah-sekolah terpilih bergantung kesediaan guru dan juga bilik darjah. Kita melihat bahawa perancangan ini terlalu terburu-buru sedangkan Perikatan Nasional tidak menolak dasar ini tetapi menuntut perancangan yang lebih rapi dan kesediaan yang lebih terselaras.

draft • 5:30 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Saya nak mengambil contoh salah sebuah sekolah di kawasan saya, Sekolah Kebangsaan Kebun Baharu yang jumlah muridnya pada tahun ini 3,007 pelajar dalam bentuk dua sesi. Murid prasekolah adalah murid yang teramai di seluruh Malaysia. 10 kelas berada dalam dua sesi, enam di sesi pagi dan empat di sesi petang. Dan kedudukan 75 kelas tetapi hanya mempunyai 38 bilik darjah fizikal.

Tahun satu mempunyai 11 kelas dan pelajar 46 hingga 48 pelajar sekelas.

Tahun kemasukan pada tahun 2026 ini, permintaan sejumlah 570 dan sekolah hanya boleh mengambil 499 murid. Dan saya dimaklumkan bahawa sekolah belum pun dimaklumkan oleh KKM berkaitan dengan sistem pengambilan pelajar Tahun 1 pada usia enam tahun. Dan saya kira ini harus dilihat supaya akhirnya sistem ini dapat dilakukan sebaik mungkin dan memberikan manfaat dan kesejahteraan kepada rakyat.

Selain daripada itu, saya melihat dan muhasabah daripada projek baik pulih sekolah yang akibat ribut itu, berkaitan dengan keselamatan infrastruktur sekolah.

Isu keselamatan ini harus dilihat bukan sahaja soal keselesaan. Apabila kerajaan memberikan peruntukan untuk baik pulih tandas yang uzur supaya dia menjadi lebih selesa tetapi saya melihat beberapa perkara-perkara yang bersifat keselamatan harus diberikan prioriti termasuklah tempoh hari ada kejadian lubang kumbahan yang tidak selamat, pelajar masuk dan meninggal. Dan juga saya melihat bahawa sistem pendawai elektrik bagi sekolah-sekolah yang usianya mungkin lebih daripada 30 tahun perlu diaudit dan dilihat dan perlunya mungkin ada peruntukan-peruntukan untuk melakukan pendawai semula.

Saya lihat beberapa contoh, salah satunya kalau saya nak sebutkan di sini adalah insiden kebakaran distribution board (DB) di Sekolah Kebangsaan Sijangkang dan juga Sekolah Rendah Agama Sijangkang yang akhirnya menyebabkan risiko kebakaran dan ia menjadi sesuatu yang saya kira menyebabkan tidak selamat. Isu ini menuntut ketelusan, perancangan rapi dan keutamaan keselamatan murid selaras dengan titah diraja. Pendidikan ini tidak boleh dikompromi oleh kelemahan pelaksanaan penjagaan kenyataan dan kekurangan integriti pengurusan.

Akhirnya saya nak menyentuh berkaitan soal kelas PPKI ataupun Program Pendidikan Kelas Integrasi. Saya kira dengan kesedaran ibu bapa pada hari ini, ramai yang menghantarkan anak-anak mereka, murid-murid yang berkemampuan khas atau OKU.

draft • 5:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB., YB., dua minit ya. Dua minit.

draft • 5:40 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Saya kira pada hari ini, jumlahnya cukup ramai dan saya dimaklumkan di Kuala Langat sahaja ada 13 PPKI dan pelajar yang begitu ramai dan kapasitinya melebihi daripada yang sepatutnya.

Satu kelas sepatutnya kapasiti tidak melebihi daripada 15 orang ataupun 10 hingga 15 orang pelajar di situ tapi pada hari ini, kadang-kadang lebih. Ada sampai 25 ataupun lebih daripada itu. Dan ketidakcukupan guru dan kadang-kadang berlaku pula pergaduhan yang tidak dapat dikawal kerana ini anak-anak, murid-murid yang berkeperluan khas dan saya kira ini menjadi ketidakselesaan.

Saya mengharapkan kerajaan akan melihat perkara ini sebagai satu perkara juga yang sangat penting dan ia nya dapat diberikan dengan peruntukan yang terbaik mungkin dan memberikan peluang juga kepada anak-anak yang berkeperluan khas ini untuk mendapat pendidikan di dalam negara kita.

Jadi, saya ingat sekadar itu Tuan Speaker, Tuan Yang Di-Pertua, saya menjunjung kasih di atas ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda di dalam perasmian sidang pada kali ini. Terima kasih.

draft • 5:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Rasah. 12 minit Yang Berhormat.

draft • 5:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertua Agong semasa membuka Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas.

Pertama, sebelum saya memulakan perbahasan, satu berita baik untuk semua, Ringgit kalau compare dengan USD, 3.97, yang tertinggi untuk Ringgit Malaysia dalam masa tujuh tahun.

[Tepuk] . Ini tanda bukti sahih bahawa fiskal kerajaan di bawah pimpinan Malaysia, Kerajaan Malaysia MADANI mendapat sokongan dan keyakinan pelabur dari dalam dan luar negara. Syabas kepada Kerajaan Malaysia MADANI. Semoga Ringgit terus mengukuh pada hari-hari seterusnya.

draft • 5:44 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Boleh pergi Indon lah, pergi Indon dengan Rara.

draft • 5:44 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Seterusnya, perkara pertama yang saya nak sebutkan Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan Sumbangan Asas Rahmah iaitu SARA. Kita tahu inisiatif kerajaan ini yang bermula pada tahun 2024, ketika itu 700,000 penerima. Tahun lepas lima juta, tahun ini lapan juta. Itu belum lagi SARA untuk semua yang melibatkan 22 juta rakyat Malaysia.

Saya, kenapa saya nak bangkitkan? Sebab bagi saya, tahun ini saja, lebih RM10 bilion diperuntukkan oleh Kerajaan Malaysia MADANI khas untuk SARA untuk membolehkan para penerima menggunakan MyKad masing-masing membeli barangan keperluan, barangan runcit di kedai tertentu. Setakat ini ada 10,000 kedai yang menjadi rakan kongsi kepada SARA, sangat baik. Dan daripada 10,000 tu, hanya 3,000 saja kedai ataupun peniaga kecil-kecil. Itu yang menyebabkan Yang Amat Berhormat PMX dua minggu dulu pernah mengatakan bahawa beliau meletakkan KPI untuk sekurang-kurangnya kita ada 10,000 peniaga kecil terlibat dengan SARA. Saya menyambut baik, saya anggap ini sesuatu yang sangat cakna.

Bukan setakat untuk penerima SARA tetapi untuk peniaga kecil yang mencari rezeki dengan cara yang betul.

Saya selaku pengerusi jawatan kuasa pilihan telah dalam minggu lepas dan hari ini, dua kali berjumpa dengan pihak yang terlibat termasuk wakil daripada Angkasa yang mewakili koperasi dan tiga NGO di peringkat kebangsaan yang mewakili peniaga daripada tiga kaum yang utama untuk sama-sama membincangkan dan mendapat maklum balas daripada MOF. Saya nak sebutkan di sini, saya mohon kerajaan supaya memberikan fokus supaya lebih ramai peniaga kecil yang betul-betul minat nak bekerja, nak cari rezeki melalui perniagaan.

Tak kira kedai runcit Ahmad ke kedai runcit Ah Chong ke kedai runcit Muthu ke, diberikan peluang menjadi rakan kongsi untuk SARA ini. Daripada kita memberikan peluang kepada peniaga besar yang berlagak macam orang politik, dia meniaga tapi dia berlagak macam orang politik. Dia tanya Kota Melaka, ‘Lu siapa?’ Saya tanya dia, saya nak tanya dia sekarang, ‘Kalau lu mahu masuk politik, lu jangan meniaga. Tanding dalam pilihan raya.’ Siapa makan cili, dia rasa pedas.

Tapi saya nak sebut juga, saya mohon kerajaan. Berkenaan dengan 14 kategori barangan keperluan itu. Kalau boleh kita tambah, jangan terikat dengan 14 kategori tersebut supaya SARA ini boleh digunakan sepenuhnya untuk semua rakyat dan keduanya berkenaan dengan SARA ini, saya nak katakan. Peniaga pasar tani, peniaga pasar malam, ini peniaga mikro. Boleh tak fikirkan satu cara untuk bantu?

Saya tahu nak gunakan mesin itu ataupun porch itu mungkin kadang sukar sebab dia melibatkan pergerakan logistik dan sebagainya. Tapi ada tak apa-apa cara yang membolehkan peniaga pasar tani, peniaga pasar malam juga terlibat dan mendapat limpahan melalui perniagaan mereka di bawah SARA?

Datuk Yang di-Pertua, seterusnya berkenaan dengan kebebasan bersuara dan pematuhan undang-undang. Tahun lepas, MCMC telah menghukum Sin Chew Daily sebab masalah Jalur Gemilang, selepas itu Sinar Harian kerana memaparkan hebahan yang tidak tepat berkenaan dengan Ketua Polis Negara. Ya, siapa buat salah kena hukum. Itu biasa. Kedua-dua syarikat akhbar ini telah dihukum dengan denda RM100,000 masing-masing.

Saya nak tanya, ada tak perkara ini dirujuk kepada Majlis Media Malaysia sebab kita nak orang media yang kawal ataupun mengawal selia berkenaan dengan hak ehwal media. Persoalan saya, ada tak dirujuk kepada Majlis Media Malaysia?

Dan kedua, saya difahamkan kedua-dua surat khabar ini, wakil media ini ada buat rayuan. Jadi, apakah status terkini rayuan mereka?

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, di bawah KPDN. Kita tahu gas LPG, selama ini peniaga hanya boleh simpan tiga tong gas bersubsidi yang setiap tong 14 kg, kalau tiga tong 42 kg. Dan kita tahu sejak bulan Mei tahun lepas, kerajaan telah membuat banyak libat urus dengan semua pihak. Saya difahamkan ada berita baik selepas ini, sesuatu cara yang lebih holistik, pendekatan yang lebih sesuai untuk semua pihak.

Jadi saya harap kita boleh, kerajaan boleh dengan segera memberikan keputusan terkini, keputusan daripada Menteri untuk meminda peraturan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 untuk memberikan kelegaan kepada peniaga kedai makan, restoran, kedai mamak supaya harga barang boleh kekal dan mereka boleh meniaga dalam keadaan yang lebih selesa dan terjamin.

draft • 5:44 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Seterusnya, KPKM. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri KPKM, Abang Mad ada di sini sepanjang petang, petang ini untuk mendengar perbahasan dari kami. Kalau depan Abang Mad memang saya sebut beras putih tempatan.

Beras banyak, Abang Mad. Beras banyak dekat kedai tapi beras putih tempatan. Saya difahamkan SSR kita pada tahun 2024 adalah 56.2 peratus tahun 2024. Macam mana tahun lepas, tahun 2025? Saya difahamkan turun, dia turun lagi sebab trend dia menurun setiap tahun. Jadi saya nak tanya, apakah cara kita?

Apakah status penanaman lima musim dua tahun yang bermula di KADA sejak dua tahun dulu? Apakah statusnya? Bagaimana dia boleh membantu meningkatkan SSR beras putih tempatan kita?

Dan yang kedua, boleh tak Jabatan Pertanian Malaysia yang men-certify ataupun mengenal pasti benih padi sah kita supaya mengambil langkah yang lebih pragmatik untuk mengkaji? Boleh tak gunakan benih baka jenis lain yang boleh menghasilkan lebih banyak hasil supaya hasil kita SSR kita boleh meningkat kembali?

Kedua, bawah KPKM. Saya nak sebut secara spesifik tiga jenis tanaman.

Satu, jagung bijian. Kedua, kelapa. Ketiga, kopi. Tiga-tiga ini iklim kita sesuai, tanah kita sesuai. Kita mempunyai sejarah penanaman dan rakyat kita minat, pengusaha pun minat. Cuma kadang-kadang ini bukan salah Abang Mad lah, kadang galakan daripada kerajaan itu nampak kurang, nampak lesu sedikit. Boleh tak kita merancakkan lagi ketiga-tiga ini jagung bijian, kopi dan kelapa? Sebab ketiga-tiga ini sangat mustahak. Kita tak payahlah asyik nak import, nak beli dengan orang dan ketiga-tiga ini di bawah keterjaminan makanan.

Saya cadangkan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan supaya menubuhkan satu lembaga khas. Kalau kita ada Lembaga Koko di bawah KPK, kita ada Lembaga Nanas di bawah KPKM. Ini saya cadang satu lembaga untuk tiga benda ini. Lembaga kopi, kelapa dan jagung bijian untuk ketiga-tiga tanaman ini.

Mohon pertimbangan daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya akan masuk ke saya rasa paling panjang di sini Kementerian Pendidikan. Memang banyak isu, memang inilah kementerian yang menjadi hot paling popular, paling hot selama ini. Perkara pertama yang saya nak sebutkan adalah berkenaan dengan pemakluman penggredan baharu bagi sekolah rendah dan menengah oleh KPM melalui satu pekeliling yang dikeluarkan oleh Yang Berbahagia Dato’ KSU KPM sendiri bertarikh 15 Disember dan berkuat kuasa mulai 11 Januari tahun 2026.

Saya ucapkan terima kasih. Saya pernah memperjuangkan dalam Dewan yang mulia ini bahawa guru penolong kanan (GPK) gred 12 ataupun sebelum ini gred 48 yang sebelum ini dibekukan pergerakan mereka. Jadi mereka kena ada di situ sehingga bersara sebelum ini tapi ini dah dinyahbekukan, mereka boleh digerakkan.

Saya ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan atas keprihatinan. Tetapi pada ketika yang sama, dia menimbulkan masalah lain.

Untuk guru besar di sekolah yang gred A yang mempunyai — saya difahamkan lebih 1,000 orang murid ke atas wajib sekurang-kurangnya memiliki DG12. Saya nak maklumkan banyak guru besar di sekolah saya yang umur mereka muda 40 lebih, DG 10. Jadi macam mana nak buat? Saya minta ada soft landing. Itu belum lagi masalah paling besar. Yang paling besar adalah di Negeri Sembilan ketika ini sekolah rendah ada 17 orang guru besar yang tak ada degree yang gred dia DG7.

Di daerah Seremban, lima. Seluruh Negeri Sembilan, tujuh.

Saya difahamkan dengan adanya pekeliling ini mereka tak boleh jadi guru besar lagi. Mereka akan ditukar menjadi dari GB jadi GAB, guru akademik biasa.

Kalau YB jadi YAB itu bagus tetapi GB jadi GAB itu tak bagus. Sebab apa saya kata tak bagus?

Pertamanya, persepsi masyarakat untuk siapa yang tak faham. Seseorang itu kalau dia jadi guru besar tiba-tiba jadi guru akademik biasa, orang akan salah faham kata dia ini mungkin ada masalah disiplin, ada — ialah dia mesti ada masalah kena turun pangkat, yang dikatakan turun pangkat. Padahal kita tahu sistem kita berdasarkan gred bukan turun pangkat cuma nama jawatan itu.

Jadi saya minta supaya ada satu soft landing. Ada seorang guru besar saya nak sebut ini secara terbuka. Beliau akan bersara pada bulan Oktober, takkan sekarang kita nak dia jadi guru akademik biasa lepas itu bersara selepas lama lebih 10 tahun berkhidmat sebagai guru besar. Jadi saya minta ada soft landing.

Untuk yang nak dekat bersara tu, biarlah dia bersara sebagai guru besar.

Untuk yang masih muda, kita bagi peluang. Untuk sementara, biar dia pergi ambil kursus di peringkat first degree supaya layak untuk diangkat dan dinaikkan ke DG10 sebab mereka ni ada NPQEL.

Tempoh hari kita benarkan mereka dan ambil NPQEL dan mereka lulus. Tiba- tiba kita nak buat macam ni. Walaupun saya bersetuju nak jadi guru besar pada masa akan datang kena ada degree sebab ini adalah lonjakan terhadap keadaan pendidikan supaya pentadbir kita mempunyai tahap pendidikan yang lebih tinggi.

Jadi, saya mohon pertimbangan supaya ada soft landing untuk guru besar.

Seterusnya Tuan Yang Di-Pertua, ambil masa sikit. Berkenaan dengan Rancangan Pendidikan Malaysia Tahun 2026–2035 yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat PMX pada hari Selasa yang lepas. Saya menyambut baik. Saya anggap ia sebagai sesuatu yang perlu dilakukan di bawah RMK13 dan RMK14 demi kemajuan pendidikan kita selaras dengan persaingan dan keperluan global supaya kita tidak ketinggalan.

Cuma ada tiga isu saya nak sebutkan yang berkenaan dengan budak enam tahun diberikan pilihan masuk ke Tahun 1, saya dah dengar ramai dah. Memang isu dia, infra cukupkah tidak terutama di kawasan bandar, kawasan yang padat penduduk? Kedua, sama ada gurunya cukupkah tidak? Jadi saya nak tanya kepada pihak kerajaan, bagaimana saringan diagnostik dia dilakukan? Siapa yang buat?

Adakah guru akademik di sekolah ataupun pihak tertentu?

Tolong maklumkan mekanisme untuk memberikan satu ketentuan. Sekarang ini uncertain, kita nak certainty kepada ibu bapa. Ini perkara pertama. Yang keduanya, berkenaan dengan peperiksaan Tahun 4? Kenapa Tahun 4? Tahun 4 tu baharu permulaan masuk ke tahap dua di sekolah rendah. Tahun 4 itu baru kita mula untuk menulis karangan ataupun subjek Sains baru mula amali. Sepatutnya Tahun 5, Tahun 6.

Kita pernah ada UPSR Tahun 6. Kalau zaman saya penilaian Darjah 5, patut diadakan. Jadi apakah justifikasi? Apakah sebab? Saya mohon penjelasan yang secukupnya. Saya bukan nak bantah mungkin ada sebab tetapi tolong maklumkan jelas kepada ahli dalam Dewan ini dan juga semua rakyat di luar. Perkara ketiga di bawah...

draft • 5:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Rasah, YB Rasah.

draft • 5:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

...Isu ini. Ya.

draft • 5:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Satu minit lagi ya.

draft • 5:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Minta dua minit ya?

draft • 5:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dua minit, boleh.

draft • 5:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Okey, okey. Dua minit, okeylah. Dua minit, dua minit.

draft • 5:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dua minit, dua minit.

draft • 5:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Okey, isu ketiga berkenaan dengan Kolej Tingkatan 6. Sekarang ini Kolej Tingkatan 6 asalnya KPM akan dipindahkan di bawah KPT. Bagaimana dengan guru-guru? Adakah mereka jadi pensyarah dan terus berada di KPT ataupun mereka akan dipindahkan ke sekolah lain? Sebab ia melibatkan isu naik pangkat.

Kalau sekarang di bawah KPM, dia adalah time-based. Lepas lapan tahun, enam tahun dia akan naik. Tetapi kalau KPT, dia berdasarkan merit. Sistem yang berbeza. Jadi minta penjelasan tentang perkara ini. Dan sekiranya semua Kolej Tingkatan 6 di seluruh negara dipindahkan ke KPT, bagaimana penyelarasan dia?

Kalau KPM sekarang ini, kita ada JPN, kita ada PBD tetapi KPT tak ada. Dia hanya ada di Putrajaya sahaja. Jadi mohon penjelasan berkenaan dengan perkara ini.

Okey, sedikit masa Tuan Yang di-Pertua, kelas PPKI. Saya nak mohon kepada Kementerian Pendidikan, kelas PPKI untuk makluman semua. Kelas PPKI, sukatan dia di SJK(C) dan SJK(T) sekarang ni adalah sama seperti Sekolah Kebangsaan tidak mempunyai subjek bahasa Cina untuk SJK(C) dan tidak mempunyai subjek bahasa Tamil di SJK(T).

Saya mohon untuk kedua-dua aliran ini ada kelas ataupun subjek bahasa ibunda untuk dimasukkan supaya anak-anak yang belajar di SJK(C), SJK(T) untuk kelas PPKI berpeluang untuk mempelajari serba sedikit berkenaan dengan bahasa ibunda.

draft • 5:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Perkara terakhir, Tuan Yang di-Pertua. Saya sebut secara ringkas sahaja, empat projek di kawasan. Yang pertama, Projek Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Linggi Fasa 5. Saya nak tanya kepada kementerian PETRA, JPS, apakah status terkini? Apakah ada kelewatan ataupun ikut jadual?

Kedua, jalan Nilai-Labu-Enstek sepanjang 16.3 kilometer di bawah KKR, JKR yang dikatakan akan siap sepenuhnya pada Julai tahun ini. Apakah dia boleh siap ikut jadual? Sebab, jalan ini sangat mustahak di kawasan yang pesat membangun.

Ketiga, pembinaan Hospital Tuanku Ja’afar 2 di bawah Parlimen Rasah. Jadi, apakah status terkini? Bila pengambilan tapak akan dimulakan?

Dan yang terakhirnya, Jalan Lingkaran Tengah Fasa 3B. Bila akan dimulakan disambung pembinaan seterusnya? Sebab, selepas fasa sebelum ini siap pada tahun 2017, dia tidak bersambung. Dan pada hujung tahun lepas, kajian lapangan telah dilakukan. So, what is the latest status? Apakah status terkini tentang projek Jalan Lingkaran Tengah ini?

Jadi, saya sekali lagi ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas tambahan, saya rasa ada empat minit yang diberikan oleh Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua yang sangat prihatin dan memberikan masa tambahan tersebut. Saya dengan ini menyokong usul Titah Diraja. Sekian, terima kasih.

draft • 6:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Rasah.

Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Padang Terap. Silakan, Yang Berhormat.

draft • 6:00 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

*Bismillahirrahmanirrahim...

[Membaca sepotong doa]* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya ruang untuk membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong pada hari ini.

Mewakili seluruh rakyat Padang Terap, patik merafak sembah dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas titah yang telah menzahirkan keprihatinan Baginda terhadap negara kita. Secara khusus, Baginda menzahirkan keprihatinan terhadap Rancangan Malaysia Ketiga Belas demi kesejahteraan rakyat.

Asah kapak tajam beliung, Tebang mari kayu berduri; Tuanku umpama kemuncak payung, Patik di bawah berteduh diri. Saya hari ini berasa beruntung kerana isu yang saya ingin sebut pada hari ini dapat didengari sendiri oleh dua Menteri, tapi dah keluar dah Timbalan Menteri KKR.

Tadi saya rasa macam nak sebut panjang...

[Dicelah] Ha, masuk balik? Terima kasih.

Jadi, dua isu yang saya nak bawakan tentang KKR dan juga tentang pertanian.

Saya mulakan perbahasan saya pada hari ini dengan mendahului isu yang berkaitan dengan kawasan Padang Terap iaitu Kedah Rubber City. Bandar raya getah yang cerita yang cukup lama, semenjak tahun 2014 lagi, iaitu untuk melengkapkan proses Indonesia-Malaysia-Thailand growth triangle, segi tiga pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand yang bermula tahun 1993. Dan Kedah Rubber City ini yang telah dirancang sejak 2014 yang diluluskan oleh Kementerian Ekonomi pada ketika itu melalui jalan yang sangat panjang. 2014 sehinggalah hari ini 2026.

Alhamdulillah, satu berita yang baik, satu berita yang sangat besar kepada rakyat Padang Terap, kepada rakyat Kampung Pinang, rakyat Kampung Tanjung, rakyat Kampung Pisang di Padang Terap, rakyat Kampung Padang Sanai yang telah melihat sekian lama cadangan projek bandar raya getah ini akhirnya berjaya direalisasikan dengan pelancaran pada 18 November tahun lepas, iaitu sebuah syarikat daripada China yang dinamakan syarikat Prinx Tire Malaysia yang telah memuktamadkan pelaburan sebanyak RM2.6 bilion melalui dua fasa. Fasa yang pertama berjumlah RM1.2 bilion dan fasa yang kedua ialah RM1.4 bilion di atas keluasan tanah sebanyak 102.63 hektar dengan kapasiti kilang Prinx Tire Malaysia ini nak keluarkan tayar dengan kapasiti pengeluaran target mereka ialah setahun enam juta tayar kereta penumpang dan 600,000 tayar kenderaan komersial dengan jangkaan peluang pekerjaan yang boleh diwujudkan daripada kilang Prinx Tire Malaysia ini ialah sebanyak 1,000 lebih peluang pekerjaan di kilang tersebut.

Berkaitan dengan Kedah Rubber City ini, ada tiga perkara ataupun tiga isu yang saya ingin kaitkan dengan bandar raya getah ataupun Kedah Rubber City di Padang Terap.

Sebelum itu, saya ingin mendahului ucapan terima kasih kepada kementerian MITI, Kementerian Ekonomi, NCIA, Kerajaan Negeri Kedah, Majlis Daerah Padang Terap dan semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan pelaburan yang besar di peringkat Asia Tenggara. Padang Terap kini berada di peringkat Asia Tenggara sebagai kilang pengeluar produk tayar pintar pada akan datang.

Isu yang pertama yang saya ingin bangkitkan di sini ialah berkenaan dengan projek berskala besar ini ialah projek permohonan menaik taraf jalan utama daripada Sungai Durian FT175 jalan persekutuan hingga Simpang Tiga Durian Burung K11 bagi menyokong projek pembangunan Kedah Rubber City. Kementerian KKR― saya semenjak penggal pertama sehinggalah pada hari ini sering kali membangkitkan isu permohonan jalan FT175 daripada Sungai Durian ke Pokok Sena hinggalah ke Padang Terap. Banyak kali yang saya sebut daripada RMK12 sehinggalah RMK13.

Alasan yang diberikan oleh pihak kementerian ialah permohonan projek ini tidak duduk dalam senarai prioriti keutamaan daripada negeri.

Termasuklah jawapan yang terkini yang saya terima minggu lepas iaitu permohonan daripada Kerajaan Negeri Kedah naik taraf jalan daripada Jambatan Sungai Durian FT175 ke Kota Putra, Durian Burung tidak dapat dipertimbangkan kerana bagi memberi keutamaan kepada projek-projek negeri Kedah yang lain iaitu empat projek yang tak perlu saya sebutkan. Jadi, permohonan daripada pihak kementerian KKR supaya permohonan ini dijadikan prioriti ataupun senarai utama kerajaan negeri melalui BPEN dan dimasukkan dalam permohonan rolling plan yang kedua RMK13 pada masa akan datang.

Jadi, baru ini saya telah membuat beberapa pertemuan dan, alhamdulillah, saya mendapat maklumat bahawa jalan FT175 ini akan dijadikan senarai keutamaan kerajaan negeri dalam permohonan rolling plan yang akan datang.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, apakah sebabnya pihak kementerian KKR, Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi, pihak Persekutuan perlu mempertimbangkan permohonan jalan FT175? Ini adalah kerana saya difahamkan apabila kilang Prinx Tire Malaysia ini― saya baru ini turun ke Kedah Rubber City, di kilang ini. Saya melihat sendiri proses pembinaan kilang ini berjalan on track mengikut jadual. Dah naik dah tiang-tiang piling, dah memang betul-betul direalisasikan.

Maka, apabila kilang ini disiapkan dan saya difahamkan akan mula production mereka, pengeluaran tayar ini pada bulan November tahun ini ataupun mungkin seawal Januari tahun 2027, saya difahamkan oleh pihak investor bahawa proses pengeluaran tayar ataupun penghantaran tayar daripada kilang Kedah Rubber City ke Port Penang sejauh 136 kilometer ini akan menggunakan lori-lori ataupun treler- treler untuk membawa tayar yang banyak. Jadi, saya difahamkan oleh pihak company ini ialah sebulan 1,600 trip pengeluaran dengan keadaan fasiliti jalan yang ada dua lorong yang sedia ada hari ini tidak dapat menampung kapasiti lori-lori yang 1,600 trip sebulan. Bayangkan 1,600 trip sebulan lori akan bergerak ke sana dan ke mari di Pekan Kuala Nerang, di Pekan Pokok Sena, di Pekan Alor Setar.

Bagaimanakah kita tidak boleh meluluskan permohonan jalan ini?

Jadi, saya sangat berharap dalam rolling plan yang akan datang, RMK13 ini, rolling plan yang kedua, pihak kementerian meluluskan permohonan jalan FT175 yang menghubungkan Kedah Rubber City ke Pokok Sena untuk demi keselamatan pengguna awam, untuk kegunaan rakyat Kuala Nerang dan juga Padang Terap.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan Kedah Rubber City ini juga, saya ingin menyentuh tentang yang kedua― selesai tentang jalan― ialah tentang peluang pekerjaan. Apa guna satu kilang yang besar di Padang Terap dibina dengan nilai pelaburan RM2.6 bilion dalam masa 15 tahun tetapi kita takut kita berputih mata, rakyat Padang Terap berputih mata melihat di depan mata orang ke sana ke sini bekerja di Kedah, di Prinx Tire Malaysia tapi bukan rakyat Padang Terap.

Saya difahamkan bahawa 752 pekerja diperlukan dalam sektor pengurusan, teknikal, pengeluaran dan sokongan di mana dalam agreement yang dipersetujui antara NCIA dan juga pihak kilang, 40 pekerja asing dan 60 pekerja tempatan untuk fasa yang pertama tahun 2027 bermula.

draft • 6:01 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Manakala fasa yang kedua, 1,556 pekerja yang diperlukan dalam sektor pengurusan, teknikal, pengeluaran dan sokongan di mana dalam agreement, 20 peratus pekerja asing dan 80 peratus pekerja tempatan. Jadi, gesaan saya kepada NCIA, owner kepada projek Kedah Rubber City ini dan juga pihak kerajaan negeri bersama dengan Syarikat Prinx Tire Malaysia ini untuk segera mengadakan temu duga terbuka untuk memastikan peratusan pekerja tempatan itu diberikan keutamaan kepada rakyat Padang Terap.

Baru-baru ini, semasa construction, pembinaan kilang Prinx Tire Malaysia ini, saya telah membuka tawaran ataupun permudah cara bila saya berhubung dengan syarikat PTM, berapakah pekerja yang diperlukan untuk construction. Jadi mereka bersetuju untuk pihak saya, pejabat Parlimen untuk mencari sebanyak mungkin resume ataupun orang yang berpotensi untuk bekerja sebagai kerja pembinaan di kilang PTM ini. Dan saya mendapat e-mel, ratusan e-mel daripada rakyat Padang Terap yang memohon pekerjaan untuk pembinaan kilang PTM ini.

Jadi, saya memohon kepada pihak NCIA dan juga pihak-pihak yang berkaitan untuk segera membuat temu duga terbuka untuk memastikan peratusan pekerja tempatan diambil daripada Padang Terap. Saya juga telah berhubung dengan agensi KISMEC di Kedah untuk bagaimana untuk kita membuat kerjasama di antara kerajaan negeri, KISMEC dan NCIA untuk kita membuat satu latihan membekalkan tenaga kemahiran TVET kepada kilang PTM - Prinx Tire Malaysia ini yang akan mengeluarkan enam juta tayar setahun.

Yang ketiga yang berkaitan dengan Kedah Rubber City sebelum saya masuk berkaitan dengan pertanian iaitu isu rantaian dan ekosistem bekalan getah di kilang Prinx Tire Malaysia. Nak buat tayar ni memerlukan getah cuplump ataupun getah beku. Bukan getah cair, getah latex. Jadi di Padang Terap ni kita ada lebih kurang 11,686 penoreh getah atau pekebun kecil yang menghasilkan getah sebahagian besarnya ialah cuplump. Kita ada di Sik, di kawasan Sik 8,142 pekebun kecil.

Kita ada di Baling, 884 pekebun kecil yang berdaftar di bawah LGM yang ada lesen dan mereka menghasilkan getah cuplump, getah beku yang diperlukan oleh industri. Dan saya difahamkan, LGM telah membuat satu Program Transformasi Getah Negara atau program TARGET yang mana LGM akan mewujudkan satu pusat latihan dan inkubator getah krip. Getah krip ni maksudnya getah cuplump, getah beku tu akan diproses dalam satu mesin menghasilkan getah yang berkualiti tinggi dan setanding dengan getah Standard Malaysian Rubber (SMR20) yang diperlukan oleh pihak industri.

Maka isunya ialah dengan adanya pekebun-pekebun kecil yang menghasilkan getah cuplump, getah beku ini yang sangat diperlukan oleh industri, apakah usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan, pihak RISDA dan pihak-pihak yang berkepentingan untuk memastikan syarikat PTM ini mengambil getah daripada pekebun kecil tempatan daripada Padang Terap, daripada Baling dan juga daripada Sik.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali ialah — masa pun dah habis. Akhir sekali ialah berkenaan dengan nasib pesawah di Padang Terap berkaitan dengan Kementerian KPKM. Di Padang Terap ni, hari ni kita bangga dengan Kedah Rubber City, Bandaraya Getah. Di Padang Terap, orang Padang Terap juga berbangga ada Empangan Pedu, empangan yang terbesar di Malaysia yang membekalkan air kepada Kedah, Perlis dan Pulau Pinang yang diselia oleh MADA. Tetapi isunya ialah pesawah-pesawah di Padang Terap yang duduk di luar kawasan MADA tidak mendapat bekalan air daripada Empangan Pedu. Air tersebut disalurkan di tempat lain. Depa hanya tengok depan mata depa Sungai Pedu, Sungai Padang Terap ambil ayak daripada Empangan Pedu, tetapi tidak ada pengairan untuk sawah bila musim kemarau, musim kering, ada masalah untuk mengeluarkan padi.

Jadi saya minta kepada — saya mohon kepada Kementerian Pertanian untuk mempertimbangkan adakan satu projek berskala besar untuk skim pengairan di Padang Terap yang sekarang ini hanya ada empat skim sahaja, yang tidak dapat menampung hampir 2,926 peladang, pesawah yang berdaftar di bawah peladang dan juga melibatkan 46 buah kampung dengan keluasan sawah diusahakan lebih kurang 4,654 hektar sawah padi di Padang Terap.

Jadi dalam perbahasan saya ini, saya sekali lagi memohon kepada pihak Kementerian Pertanian untuk mempertimbangkan mewujudkan penambahan skim baru pengairan untuk sawah di Padang Terap. Jadi sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum.

draft • 6:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Waalaikumussalam, terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Seterusnya saya menjemput jiran saya, Yang Berhormat Ampang. Silakan.

draft • 6:10 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Perpaduan, Salam Malaysia MADANI. Alhamdulillah Ampang juga kali ini dapat turut serta dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar di Dewan yang mulia ini. Mudah-mudahan dapat masa tambahan, insya-Allah.

Sebelum saya memulakan pembahasan saya, inginkan saya mewakili rakyat di Ampang untuk menyatakan ucapan terima kasih saya setinggi-tingginya kepada kerajaan kerana kementerian telah pun mengotakan janji pembukaan rasmi jajaran baru Lebuhraya East Klang Expressway (EKVE ) pada hari ini untuk Ramp 1 dan Ramp 2 kepada orang ramai. Penantian ini hampir 11 tahun Yang Berhormat Yang di-Pertua sebab saya rasa cukuplah kesesakan jalan raya yang telah ditanggung oleh rakyat Ampang, oleh itu saya merakamkan dalam Dewan ini untuk kita sama- sama bersyukur ke hadrat Ilahi kerana ia nya telah dilaksanakan dan harap ia disempurnakan sepenuhnya dalam tahun ini juga.

Pertamanya, Ampang ingin membahas tentang pembaharuan semula bandar. Kita lihat perumahan juga disebut walaupun sekali sahaja dalam perbahasan Titah Diraja, Ampang yakin Tuanku Yang di-Pertuan Agong amat menitik beratkan akses setiap rakyat kepada kediaman berdaya huni, berkualiti, lestari, mampu milik atau disewa dengan persekitaran yang selesa, selamat, sihat, sejahtera dan komuniti yang prihatin, inklusif, saksama, mandiri dan berdaya tahan.

Justeru Ampang mengalu-alukan penarikan semula dan penangguhan perbahasan Rang Undang-undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) 2025 yang telah dibentangkan pada tahun lepas bagi membolehkan semula semua cadangan penambahbaikan diambil kira untuk dibentangkan semula dalam bentuk baharu kemudian nanti. Perlu ditegaskan bahawa Ampang sama sekali tidak menolak sebarang usaha merejuvinasikan dan memberi nafas baru kepada kawasan perbandaran namun mempertahankan prinsip dan mekanisme bagaimana pembaharuan itu harus dilakukan agar tidak menindas golongan rentan yang rencam, tidak mencabul hak milik dan dijamin Perlembagaan Malaysia dan tidak mengulangi deretan kegagalan dasar di masa lampau yang akhirnya dibayar dengan harga yang mahal oleh rakyat marhaen.

Hakikat ini, saya lihat Malaysia tiada kekurangan dari sudut pelbagai akta, namun ada beberapa bagi saya, saya lihat di sini yang bersangkutan, ada enam akta yang perlu diberikan perhatian. Ia perlu diberikan penyelarasan, perlu dinilai semula dan dalam konteks penguatkuasaan juga perlu diberikan nafas baru. Akta 757, Akta Pengurusan Strata 2013, Bahagian VIII. Akta 757, Akta Tribunal Pengurusan Strata 2013. Akta 630, Akta Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah 2002.

Keempatnya Akta 318, Akta Hak Milik Strata 1985. Akta 115, Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) dan akhirnya Akta 172, Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 dan lagi mungkin ada akta-akta yang mungkin saya belum dapat lihat secara teliti tetapi saya yakin ada kelemahan dan kelompongan.

draft • 6:15 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ampang, boleh sikit tak Ampang?

draft • 6:15 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Boleh tambahlah kalau macam itu waktu.

draft • 6:15 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tambah, tambah, tambah, jiran, jiran.

draft • 6:15 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Sikit je.

draft • 6:15 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tak ampang, boleh tak saya katakan maksudnya Kerajaan MADANI ini selain daripada Kerajaan MADANI, kerajaan bekerja ini maksudnya dia berani untuk lakukan pembaharuan, berani untuk buat pembaharuan. Maksudnya dia berani. Isu URA ni, isu PSB ni. Tetapi, maksudnya selain daripada berani, dia juga adalah merupakan kerajaan yang sedia mendengar. Maksudnya, bila ada teguran, ada nasihat, maksudnya, dia tarik balik untuk dia dengar. Maksudnya, saranan, nasihat daripada warga dan juga masyarakat yang terdapat dalam negara kita ni, maksudnya untuk kaji balik, kemudian kita akan bawa balik berdasarkan kepada saranan, nasihat yang dikemukakan oleh warga dan juga masyarakat yang terdapat dalam negara kita. Apa pandangan daripada Ampang? Terima kasih, Datuk Speaker.

draft • 6:15 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Saya setuju. Sebab itu saya puji awal yang mana penarikan ini dibuat kerana setelah mendengar, mungkin banyak pihak yang mengutarakannya. Sebab itu kita juga, saya juga ingin menambah sedikit secara rasmi di dalam Dewan ini. Beberapa akta juga perlu diambil kira. Bukan sahaja retorik atau bukan sahaja sentimen, emosi dan sebagainya, isu perkauman dan sebagainya tetapi ada kelemahan dalam konteks dasar ini ataupun akta ini.

draft • 6:15 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Sebab itu mendengar penting, menarik balik keberanian itu juga penting.

Jadi, terima kasih dan tahniah kepada Kerajaan MADANI Oleh itu, saya ingin mengatakan di sini, kita ambil contoh Akta 757 yang baru digubal. Tak lama pun, tak sampai 11 tahun ya, 2015. Yang belum berfungsi dengan adil dan cekap dan berkesan. Yang ini perlu diberikan perhatian. Saya bimbang kalau kita tidak beri perhatian, 30 tahun lagi kita berbalik-balik, berbalik- balik. Dan setiap kali 30 tahun ke atau pun 50 tahun, perlu ada pembangunan seluruh bandar. Oleh itu, saya ingin mengajak Dewan ini, mungkin kita kena ambil satu perhatian penuh.

Iaitu sebenarnya Malaysia pernah mempunyai satu instrumen yang lebih berperlembagaan dan berperikemanusiaan iaitu Akta 46. Iaitu Akta Perbadanan Pembangunan Bandar yang digubal pada 1971 yang membawa kepada penubuhan Urban Development Authority (UDA). Saya rasa semua orang dengar UDA, dia boleh – oh, relate sikit, ya. UDA. Sebagai institusi pembangunan bandar berteraskan kepentingan awam. Ini satu perkara yang saya nak bawa balik dalam Dewan ini.

Meskipun kita tengok ia dimansuhkan menerusi Akta 547, Akta Perbadanan Pembangunan Bandar iaitu pembubaran pada 1996. Ampang melihat niat dan tekad asalnya sangat-sangat relevant pada hari ini dan wajar dihidupkan semula. Mungkin sebagai UDA 2.0. Ha, 2.0 itu penting. UDA 2.0 dengan dengan beberapa penambahbaikan untuk menilai, dengan izin, viability alternative ini.

Mari kita lihat perbezaan asas antara UDA 2.0 dengan rancangan atau pun apa yang nak dikemukakan oleh kerajaan. Pertama, kalau kita tengok UDA, kalau kita bagi mandat ini kepada UDA contohnya, dia boleh beroperasi sebagai institusi pemudah cara yang menggantikan jawatankuasa yang dicadangkan.

Yang keduanya, mengekalkan persetujuan bersama sebagai asas penyediaan. Jadi, tidak timbul kita nak turunkan nilai ambang, kita nak kata 80 peratus ke, 90 peratus ke. Kerana badan ini boleh mengekalkan persetujuan bersama sebagai asas utama.

Saya yakin UDA 2.0 juga boleh menyediakan kajian kebolehlaksanaan yang neutral dan tidak memihak. Sebagaimana yang saya cadangkan, ini lebih baik dan ia tidak memberikan kuasa besar kepada majoriti secara mekanikal iaitu tyrrany of the minority, itu lebih baik.

Kalau kita lihat juga, UDA 2.0 menanggung pelbagai risiko, terutama kewangan yang pasaran atau pun pemain industrinya enggan ambil. Kita tidak mahu bila ada pembangunan bandar, pemain-pemain industri hanya memilih pembangunan-pembangunan yang menguntungkan. Jadi, dengan adanya UDA 2.0 ini, kita tidak kiralah apa bentuk pun keuntungan ataupun tidak menguntungkan tetapi kita punya fokus adalah untuk memastikan tempat yang usang, tempat yang telah pun tidak boleh dihuni itu diberikan satu ketentuan atau pun satu priority.

Oleh itu, saya nak mencadangkan juga supaya UDA 2.0 ini menjadi developer of the last resort, dengan izin, bukan pemangsa. Maksudnya, saya nak juga supaya UDA dan juga perbadanan-perbadanan kemajuan negeri-negeri seperti PKNS di Selangor, SEDC di Sarawak dan sebagainya. Semua satu Malaysia ada perbadanan ini, boleh terlibat secara langsung kerana isu-isu tanah juga melibatkan mereka.

Jadi, tanpa pihak-pihak — juga tanpa kita mengenepikan pihak-pihak swasta yang sebenarnya layak juga terlibat di dalam perkara ini. Jadi, yang paling ketara, saya mengharapkan sedikit kelemahan yang telah pun ada, yang telah pun dibangkitkan oleh banyak pihak.

Kita harap juga supaya perkara ini diberi perhatian. Dan akhirnya, kita harap UDA 2.0 kalau boleh diangkat oleh pihak kerajaan, akan menjadikan satu trust statutory yang termasuk hak untuk kembali ke tapak asas, mendiri - memberikan unit gantian dan sebagainya boleh diambil kira.

Dan yang lebih asas, persoalan Ampang ingin bangkitkan. Mengapa tidak kita laksanakan reformasi menyeluruh dan bersepadu terhadap undang-undang atau dasar sedia ada terlebih dahulu sebelum kita mencadangkan? Jadi maknanya, kita mengiktiraf ada kelemahan, ambil kesemua akta-akta yang ada kelemahan ini, bawa bincang sekali dan bersekalikan dengan pembangunan semula bandar. Dan kalaulah perkara pembangunan semula bandar ini begitu penting, saya mohon supaya dia di- detach-kan atau pun diasingkan daripada semua jenis kategori sebagaimana yang di definisikan. Kita cadangkan supaya hanya fokus terlebih dahulu kepada tempat atau pun kepada kawasan-kawasan usang dan juga yang tidak boleh di daya huni.

Yang keduanya YB Yang di-Pertua, mungkin pelik sedikit. Ampang bincang sedikit tentang Perjanjian Malaysia 1963 kerana ini adalah perkara yang saya rasa perlu disentuh. Kerana Titah Diraja menggariskan beberapa spesifik peri pentingnya memperteguhkan perpaduan, muafakat nasional dan menghapuskan atau paling tidak, merapatkan jurang antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Mengukuhkan hubungan serantau, terutamanya dengan ASEAN dan sebagainya.

Pertamanya, suka Ampang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Kerajaan MADANI. Daripada 29 usaha yang penting itu, 16 telah pun dilaksana. Tidak semuanya di bawah Kerajaan MADANI tetapi paling tidak, usaha itu dibuat. Tetapi apa yang ingin saya bawa di sini adalah satu perkara yang saya ingin kongsikan atau cadangkan. Kemungkinan ia boleh menjadi satu game changer kepada usaha ini iaitu yang boleh dipertimbangkan dan sewajarnya di - untuk mencapai tiga sasaran yang digariskan oleh Titah Diraja pada awal perbahasan tadi kan? Oleh itu, Ampang menggesa dan mencadangkan pembentukan sebuah ibu kota ketiga buat Malaysia di Borneo. Sebagai tambahan bagi Kuala Lumpur, selaku ibu kota rasmi secara Perlembagaan dan Legislatif serta Putrajaya selaku ibu kota pentadbiran dan Eksekutif.

Saranan Ampang adalah menjadikan ibu kota di Borneo sebagai pusat untuk menempatkan institusi kehakiman Persekutuan dan timbang tara antarabangsa, agensi keselamatan dan kawalan sempadan, Imigresen, hab hubungan diplomatik dan kerjasama sosioekonomi serantau, terutama ASEAN atau lebih spesifik, Brunei- Indonesia-Malaysia-Philipines East ASEAN Growth Area, dengan izin, BIMB-EAGA serta beberapa kementerian. Yang mana kewujudan dan keoperasiannya lebih mendesak di Borneo berbanding di Semenanjung.

Banyak manfaat yang boleh kita lihat, Yang di-Pertua. Kalau kita lihat dekat sini, dengan penubuhannya kota ketiga Borneo di antara yang termasuk memperteguhkan kedaulatan, memperkukuhkan kerjasama diplomatik, merangsang pembangunan inklusif, memacu pertumbuhan ekonomi, meningkatkan ketumpatan fungsi kehakiman. Oleh itu, saya juga bukan sekadar nak mencadangkan dalam bentuk asasnya. Saya juga telah pun membuat satu - beberapa kajian. Saya ingin mencadangkan beberapa tempat atau lokasi yang strategik dan sesuai untuk dari segi geopolitik dan geoekonomi iaitu keberdekatan Trans Borneo sama ada dalam negara atau negara jiran serantau.

Izinkan saya satu, dua minit lagi, Yang di-Pertua. Terima kasih. Oleh itu, saya ingin mencadangkan di antara lokasinya yang sesuai adalah Lawas, Sipitang iaitu sempadan di antara Sarawak Utara dan Barat Daya Sabah dengan Labu di Brunei Timur.

Yang keduanya mungkin di Ba’kelalan, Sarawak iaitu di - Ba’kelalan Sarawak dan kaitannya dengan Kalimantan Barat iaitu di Indonesia. Yang ketiganya, tempat yang kita cadangkan kesesuaian itu adalah di Serudung ataupun Kalabakan iaitu di selatan Sabah yang juga merupakan border ataupun sepadan dengan Kalimantan Utara Indonesia.

Meskipun belum pasti ada pelbagai cabaran dan halangan untuk menjadi ibu kota ketiga ini, mungkin kena buat kajian lebih teliti tetapi saya lihat potensinya agak besar. Sebab itu saya mencadangkan dalam Dewan ini untuk diangkat oleh pihak kerajaan. Kerana bagi saya, satu lagi Wilayah Persekutuan khas yang boleh diatasi ataupun boleh memberikan impak yang positif kepada Malaysia. Sebab itu saya harap tidak lagi isu munasabah lain menjamin neutraliti Persekutuan dengan Sabah Sarawak. Ia nya tidak lagi menimbulkan autonomy dan sebagainya. Kerana kita telah pun melihatkan, melebarkan sayap kepemerintahan itu ke tiga-tiga kawasan yang penting ini.

Jadi, memandangkan penubuhan ibu kota ketiga yang bakal meletakkan Malaysia, mungkin setanding dengan Afrika Selatan dengan trio ibu kotanya di Afrika Selatan. Pernah buat benda yang sama iaitu di Pretoria, Cape Town dan Bloemfontein. Saya tak boleh nak sebut betul ayatnya kan? Sudah tentu memerlukan banyak sumber terutamanya. Maka, Ampang ingin mencadangkan agar Projek Kota Madani di Presint 19, Putrajaya dengan model public-private partnership atau PPP, build-lease-maintain-transfer (BLMT) yang dianggarkan menelan belanja sebanyak RM4 bilion itu dialihkan lokasi seperti yang telah saya cadangkan. Bertujuan seperti yang telah saya nyatakan juga tadi. Jadi, mungkin kalau ia nya tidak mungkin boleh dialihkan, saya mencadangkan supaya ada peruntukan baharu untuk disediakan agar Malaysia akan membuat satu lagi game changer yang terbesar, yang saya jangka boleh merangkum dan menjadi satu nadi ASEAN yang paling unik, yang dihormati di serata dunia.

draft • 6:20 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Jadi, mengakhiri perbahasan ini, sekali lagi Ampang merakamkan setinggi ucapan penghargaan, terima kasih kepada Yang di-Pertua kerana memberikan peluang ini. Dengan ini Ampang menyokong penuh Usul Titah Diraja oleh Yang di- Pertuan Agong yang ke-17, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar. Terima kasih, wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamu'alaikum warahmatullahi.

draft • 6:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kuantan.

draft • 6:30 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Saya mulakan dengan memetik firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 188 [Membaca sepotong ayat Al-Quran]. “Dan janganlah kamu makan atau mengambil harta orang-orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu iaitu memberi rasuah kepada hakim-hakim kerana hendak memakan atau mengambil sebahagian dari harta manusia dengan berbuat dosa padahal kamu mengetahui salahnya.” Patik menjunjung kasih di atas Titah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ibrahim pada Istiadat Pembukaan Parlimen Penggal Kelima. Inti sari daripada Titah baginda mencerminkan keprihatinan baginda terhadap kepentingan untuk memastikan kedaulatan negara dipelihara dan kesejahteraan rakyat didahulukan.

Tuan Yang di-Pertua, Baginda Tuanku menzahirkan rasa kecewa dan kekesalan dengan gejala rasuah yang berlaku sehingga peringkat tertinggi dalam sektor strategik negara. Tuanku turut menyebut ia nya hanyalah sekelumit daripada segunung kes rasuah yang melibatkan agensi kerajaan yang terpalit dengan isu rasuah dan usaha memerangi rasuah hendaklah sentiasa berterusan.

Sindiket counter setting di pintu masuk negara banyak kali telah ditumpaskan, tetapi tetap berulang kali berlaku. Yang terkini pada 19 Januari minggu lepas, media melaporkan kes rasuah seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia yang didakwa melepaskan kemasukan 56 orang warga Bangladesh di Terminal KLIA pada tahun lepas.

Jadi, persoalannya apakah hukuman yang dikenakan kepada anggota yang melakukan kesalahan tersebut? Apakah juga hukuman kepada mereka yang telah merasuah sehingga berlakunya situasi tersebut. Tindakan menukar ke jabatan lain tidak menyelesaikan masalah, bahkan akan menimbulkan masalah baharu. Bagi kesalahan-kesalahan serius yang melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara perlu dikenakan hukuman yang berat kerana ia merupakan pengkhianatan kepada negara.

Memetik Titah Tuanku Sultan Pahang pada 24 Januari 2026 berkaitan isu rasuah, “hari ini ada yang memakai seragam, memegang kuasa dan membawa nama institusi, namun tangannya kotor dan hati mati. Mereka bukan sekadar merosakkan imej organisasi, malah mereka mencuri masa depan anak bangsa.” Di sisi lain pula kita melihat permohonan untuk menjadi warganegara ataupun PR juga perlu diuruskan dengan secermat-cermatnya. Jangan kerana ingin sesuatu pelaburan, dengan senangnya mendapat warganegara di negara kita. Mereka yang mendapat kewarganegaraan sebegini tidak pernah melalui proses menjadi rakyat Malaysia seperti orang lain. Seperti belajar dalam sistem pendidikan negara, memahami Perlembagaan negara dari sudut kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh nenek moyang kita dahulu.

Maka jika semua ini berlaku, kemungkinan mereka juga mula membandingkan di antara negara lama dan negara kita. Menuntut hak berdasarkan pemahamannya semata tanpa memikirkan pengorbanan yang dilakukan oleh masyarakat asal negara ini. Jadi, kerajaan perlu cermat dalam kelulusan kewarganegaraan dan PR ini.

Kebawah Duli Seri Paduka Baginda Sultan Pahang juga dalam titahnya menzahirkan kebimbangan berkaitan isu pemberian taraf penduduk tetap dan kewarganegaraan. Jadi, semua pihak bermula daripada kakitangan yang bertanggungjawab mengurus, melulus serta menteri sendiri perlu melihat perkara ini merupakan satu amanah yang besar untuk digalas bagi menjaga negara yang kita sayangi ini sebaiknya.

Tuan Yang di-Pertua, Tuanku Yang di-Pertuan Agong telah bertitah berkaitan isu tingkah laku yang baik dalam pentadbiran. Bahkan Sultan Selangor, Sultan Pahang pun telah bertitah berkaitan kegiatan isu yang tidak bermoral. Ini satu aras tanda yang amat jelas betapa kritikalnya isu ini sehingga sampai ia menjadi titah daripada institusi diraja.

Saya ingin menegaskan bahawa titah-titah diraja ini tidak boleh dipandang ringan atau dijadikan hiasan retorik semata. Dan apatah lagi apabila ia nya menyentuh soal nilai rasuah, warganegara serta jati diri negara termasuk isu LGBTQ yang jelas bercanggah dengan kerangka Perlembagaan, agama serta norma masyarakat Malaysia.

Selagi mana kita mengaku sebagai warganegara Malaysia, Rukun Negara wajib dijunjung tinggi khususnya prinsip kesetiaan kepada raja dan negara kerana institusi raja bukan sekadar simbol tetapi tonggak kestabilan, payung perpaduan dan benteng terakhir pada keharmonian sosial. Justeru saya berharap kerajaan mengambil tindakan segera kepada mereka yang terlibat di dalam kes serbuan premis kesihatan yang menjadi lokasi aktiviti songsang, 208 orang ditahan. Sudah masanya, kerajaan tegas terhadap mereka yang menyumbang terus kepada kemungkaran di dalam negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, Titah Tuanku agar usaha mengukuhkan institusi demokrasi di negara kita diperkasakan. Saya amat bersetuju dengan apa yang disebut oleh Ketua Pembangkang bahawa rakyat mahukan kerajaan bersikap adil, telus dan bertanggungjawab terhadap setiap polisi yang diputuskan.

Bercakap soal reformasi ini, masih banyak kelompongan yang perlu ditambah baik. Contohnya yang pertama berkaitan peruntukan Ahli Parlimen. Sehingga petang ini, Ahli Parlimen Pembangkang sudah menerima peruntukan sebanyak kosong sen berbanding pihak kerajaan.

Yang keduanya, sehingga hari ini, Ahli Parlimen Pembangkang atau pusat khidmat khususnya kami di negeri Pahang masih belum dilibatkan dalam jawatan kuasa bencana daerah. Sama ada dalam bentuk mesyuarat, grup WhatsApp ataupun lain-lain persiapan bencana setiap tahun.

Jadi jika berlaku sesuatu bencana, kami terpaksa mencari sendiri maklumat tentang di mana PPS telah dibuka ataupun belum? Siapa nak uruskan PPS? Ada yang orang bertanggungjawab untuk PPS pun tidak angkat telefon bila dihubungi untuk bertanya sama ada PPS sudah dibuka atau belum.

Saya faham yang kami ini adalah pembangkang. Tetapi semasa bencana, adakah parti menjadi keutamaan berbanding kerjasama dalam membantu rakyat?

Bayangkan hari pertama banjir, semua pihak termasuk mereka yang terlibat menguruskan mangsa banjir juga terlibat dengan situasi banjir tersebut. Jadi akan berlaku kelewatan dari sudut pengurusan PPS, makanan kepada masa banjir dan lain-lain persiapan.

Sebagai Ahli Parlimen yang tiada peruntukan, saya hanya boleh bantu semampunya sahaja. Dan mungkin jika berlaku banjir di awal bulan, mungkin gaji kami boleh fokus kepada urusan bantuan tersebut. Dan jika berlaku pertengahan bulan, mungkin hanya ada balance bagi gaji sahaja untuk kami nak bantu mereka.

Jadi kerajaan perlu reform terhadap perkara ini. Mungkin semasa bencana, cadangannya. Jika takut YB pembangkang ini tadi menyalahgunakan peruntukan dan sebagainya, adakan sistem bajet kecemasan kepada YB. Mana-mana YB boleh memohon terus melalui sistem dan bayaran terus kepada pembekal ataupun pasar raya ataupun apa sahaja mekanisme supaya bantuan awal kepada mangsa dapat dilakukan sebaiknya. Ini baru dua perkara yang sedia ada perlu kita reform berkaitan dengan peruntukan dan pengurusan bencana.

Sebenarnya banyak lagi yang mungkin telah disentuh oleh sahabat MP-MP yang lain dan percayalah, Tuan Yang di-Pertua, mereka YB-YB ini tak kira lah wakil rakyat ADUN ataupun Parlimen daripada pihak kerajaan ataupun daripada pihak pembangkang. Apabila berlaku sahaja sesuatu musibah, mereka terus ke lokasi bukan untuk mengejar populariti dan juga mileage politik tetapi mereka hendak melaksanakan amanah yang telah diberikan kepada mereka.

Jadi kerajaan juga perlu berjiwa besar dalam situasi ini demi rakyat dan negara kita. Dato’ Yang di-Pertua, Titah baginda Tuanku berkaitan sistem pendidikan negara amat jelas kerana ia adalah teras kepada pembentukan jati diri, pembinaan bangsa dan masa depan negara. Saya amat bersetuju dengan saranan Titah Tuanku bahawa bahasa Melayu mestilah menjadi bahasa utama dan sejarah Malaysia mesti ada di dalam mana-mana sistem pendidikan di negara kita.

Jika bahasa Melayu tidak dijadikan bahasa utama di peringkat sekolah, ia nya boleh memberi kesan kepada polarisasi kaum dan perpaduan negara. Apatah lagi jika ada sekolah yang tidak mengajar subjek bahasa Melayu dan sejarah Malaysia di sekolah, bagaimana kita hendak semai jati diri dalam diri mereka? Kita berasa amat kesal jika ada pihak yang berterusan mendesak agar diberikan pengiktirafan sedangkan dasar pendidikan negara yang ada ini sudah jelas. Kerajaan perlu tegas dalam isu ini.

draft • 6:30 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Jika dapat pengiktirafan ataupun jika dasar pengiktirafan untuk masuk ke IPTA awam perlu ada SPM. Jika ingin memohon di sektor pekerjaan di sektor awam dan swasta negara ini perlu ada syarat asas SPM. Jadi semua pihak berusaha ambillah periksa SPM tersebut, bukannya meminta untuk memohon perubahan sesuatu dasar mengikut cita rasa dan kefahaman sendiri. Jadi kita adalah sebuah negara, jadi pertahan. Mari kita sama-sama pertahankan dasar-dasar negara termasuk dasar pendidikan negara.

Tuan Yang di-Pertua, baginda Tuanku menyentuh agar kerajaan memberikan tumpuan kepada kesejahteraan rakyat dalam RMK13 khusus aspek perumahan dan kesihatan. Saya masih ingat titah Tuanku pada tahun lepas supaya kerajaan perlu komited dalam menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat. Jadi isu perumahan ini bukan sekadar kekurangan rumah tetapi ketidakpadanan antara harga rumah dengan kemampuan rakyat. Walaupun statistik menunjukkan jumlah rumah tidak terjual menurun, namun masih ramai golongan B40 dan M40 masih bergelut untuk memiliki rumah pertama yang benar-benar mampu milik.

Golongan berpendapatan rendah dan pertengahan berdepan pelbagai cabaran termasuk harga rumah yang meningkat lebih pantas berbanding kenaikan gaji dan syarat pembiayaannya sangat ketat. Jadi komitmen hutang sedia ada serta kos sara hidup yang menekan. Akibatnya, ramai terpaksa menyewa lebih lama atau tinggal di kawasan yang jauh dari pusat pekerjaan dan memberi kesan kepada produktiviti dan kualiti hidup.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik hasrat kerajaan menangguhkan pembentangan RUU PSB pada sidang kali ini. Namun, perlu ada perubahan dan jika tiada perubahan, RUU ini bukan setakat ditangguh, malah perlu dibatalkan. Rakyat bukan menolak pembangunan atau bantuan daripada kerajaan tetapi setiap pembangunan mesti melindungi semua yang berkepentingan.

Tuan Yang di-Pertua, sedikit lagi. Pada tahun ini, dunia dikejutkan dengan tindakan Amerika Syarikat menawan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro. Banyak negara yang mengancam, yang mengecam tindakan Amerika yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa. Namun, malangnya badan dunia iaitu PBB tidak dapat berbuat apa-apa.

Saya terlihat satu video yang menyebut jika Presiden Venezuela boleh ditangkap oleh US, mengapa tidak boleh menangkap Perdana Menteri yang telah membunuh warga Palestin dan membawa kepada pengadilan di Mahkamah Antarabangsa. Satu dunia tahu jenayah perang yang dilakukan dengan membunuh rakyat Palestin tanpa mengira wanita, orang tua, kanak-kanak, pegawai perubatan mahupun petugas kemanusiaan.

Jadi terkini agensi UNRWA melaporkan krisis kesihatan dan risiko penyakit khususnya di kalangan kanak-kanak yang terlepas imunisasi akibat konflik perang sejak dua tahun lepas. Oleh itu, saya menggesa agar Kerajaan Malaysia meneruskan misi bantuan kemanusiaan kepada Palestin termasuk bantuan kesihatan.

Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini saya ingin bangkitkan beberapa perkara dalam kawasan Parlimen Kuantan. Yang pertama berkaitan kesesakan jalan raya utama menuju bandar raya Kuantan termasuk Jalan Tanjung Lumpur, Jalan Gambang, Jalan Pintasan Kuantan dan Jalan Sungai Lembing. Saya mohon KKR dengan kerjasama PBT dapat melihat perkara ini dan membuat kajian penyuraian trafik bagi tempoh jangka panjang khususnya lima tahun akan datang.

Dan keduanya berkaitan keperluan jejantas di Kampung Sungai Derhaka bagi kegunaan para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Lumpur berulang-alik setiap hari. Setiap tahun saya bawa isu ini. Sangat bahaya Tuan Yang di-Pertua apabila setiap hari mereka terpaksa melintas empat lorong untuk pergi ke sekolah mendapatkan ilmu dan mohon pertimbangan daripada pihak kerajaan.

Akhirnya, pada 17 dan 18 Disember 2025, banjir melanda negeri Pahang dan daerah Kuantan mencatatkan mangsa tertinggi seramai 8,613 orang di mana 2,921 keluarga ditempatkan di 43 pusat pemindahan sementara. Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung ketika banjir dan pasca banjir khususnya kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, PDRM dan ATM serta semua NGO dan sukarelawan termasuk Khidmat Malaysia, Jabatan Amal Malaysia dan semua pihak yang saya tak dapat sebut semua sekali, namun tidak mengurangkan rasa penghargaan dan terima kasih saya kepada mereka. Semoga Allah memberi ganjaran sebaiknya kepada kalian. Jadi, akhirnya Kuantan menyokong. Terima kasih.

draft • 6:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Julau sebagai pembahas seterusnya 15 minit sebagai ketua parti Yang Berhormat.

draft • 6:40 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk berbahas. Dalam Titah Diraja Seri Paduka Baginda amat menekankan isu rasuah, salah guna kuasa dan keperluan memperkukuhkan integriti dalam semua peringkat pentadbiran. Saya menyokong sepenuhnya penegasan ini.

Namun, kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa masih membimbangkan. Dalam Indeks Persepsi Rasuah tahun 2025, Malaysia berada sekitar kedudukan ke-51 di dunia berbanding dengan Singapura berada di kedudukan tiga teratas dunia. Perbezaan ini menunjukkan bahawa rasuah bukan isu budaya semata-mata tetapi isu kecekapan, penguatkuasaan dan konsistensi tadbir urus.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini pembantu rumah saya sendiri seorang pekerja asing yang memiliki dokumen sah termasuk i-Kad telah ditangkap oleh pegawai imigresen ketika berada di bandar. Walaupun mempunyai dokumen lengkap, beliau digari tidak dimaklumkan ke mana dibawa, telefon dirampas dan tidak diberi peluang menghubungi majikan. Lebih membimbangkan, mereka yang ditahan diarahkan masuk ke dalam tandas secara berkumpulan. Beg dan dompet diselongkar serta wang tunai diambil atas alasan, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, sejak bila safekeeping dilakukan di dalam tandas? Ada yang ditendang, dimaki dengan kata-kata kesat serta tidak diberikan makanan dan air untuk tempoh tertentu. Akibatnya, pekerja yang sah ini mengalami trauma, ketakutan dan hilang kepercayaan terhadap sistem negara. Saya ingin bertanya kepada Kementerian Dalam Negeri, apakah SOP penguatkuasaan yang sebenar?

Mengapa dokumen sah tidak diperiksa dengan teliti? Mengapa perbuatan sebegini masih berlaku dan di manakah akauntabiliti serta pengawasan dalaman?

Kita mahu membanteras pendatang asing tanpa izin. Namun pekerja sah tidak wajar menjadi mangsa. Penguatkuasaan mesti tegas tapi adil, berprinsip dan bebas daripada penyelewengan. Kerajaan perlu memperkukuh pemantauan jabatan penguat kuasa, menyediakan saluran aduan bebas serta memastikan setiap pegawai bertindak mengikut undang-undang, bukan kuasa mutlak.

Tuan Yang di-Pertua, jenayah penipu atau scam kini berada pada tahap yang amat membimbangkan. Dari tahun 2023 hingga tahun 2025, jumlah kes meningkat sekitar 116.4 peratus dengan kerugian melonjak daripada RM1.28 bilion kepada RM2.77 bilion tahun lalu. Scam bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah merupakan jenayah di seluruh dunia. Persoalannya, bagaimana kerajaan membezakan antara rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket scam di luar negara dan mereka yang terlibat sebagai penipu profesional?

Sebagai contoh, pada awal 2019, seramai 47 rakyat Sarawak ditahan di Banteay Meanchey, Kemboja atas dakwaan terlibat dalam aktiviti perjudian haram. Saya sendiri bersama pihak media Malaysia telah ke Kemboja untuk membantu rundingan pembebasan mereka.

Apakah langkah semasa dan perancangan kerajaan bagi menghalang golongan belia daripada direkrut di dalam sindiket scam sama ada di dalam atau luar negara? Apakah pendekatan pencegahan yang lebih berkesan sedang dilaksanakan? Selain itu, adakah kerajaan memperkukuh kerjasama antarabangsa termasuk dengan negara seperti China dan Amerika Syarikat dalam perkongsian risikan dan usaha membanteras sindiket scam di peringkat global?

Hakikatnya, jenayah scam lebih banyak menjejaskan golongan pertengahan dan berpendapatan rendah. Saya sendiri menerima banyak aduan daripada rakyat yang menjadi mangsa sama ada kes dalam negara atau antarabangsa. Jika tiada tindakan yang lebih proaktif dan menyeluruh, masalah ini akan terus meningkat.

Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Polis Diraja Malaysia mengenai bilangan pegawai yang ditugaskan khusus menangani jenayah scam, rancangan penambahan keanggotaan serta usaha meningkatkan keupayaan penguatkuasaan dalam menghadapi taktik penipuan yang semakin canggih termasuk menggunakan AI dan teknologi deepfake.

draft • 6:44 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Tuan Yang di-Pertua, prestasi sektor pelancongan negara pada tahun lalu amat memberangsangkan apabila jumlah ketibaan pelancong terus meningkat.

Malaysia bukan sahaja mencatatkan angka tertinggi di Asia Tenggara malah mengatasi Thailand. Kerajaan juga menunjukkan komitmen memperkukuh pelancongan di Sarawak, antaranya melalui pelantikan dua orang Menteri Pelancongan dari Sarawak. Menteri penuh dari Bintulu dan Timbalan Menteri dari Miri serta langkah strategik Sarawak dengan mengambil alih MASwings yang kini dijenamakan sebagai AirBorneo. Persoalannya adalah, mengapa kejayaan ini masih belum memberi manfaat yang nyata kepada kawasan luar bandar Sarawak? Di kawasan seperti Julau, potensi pelancongan sangat besar. Namun, impaknya belum dirasai di peringkat akar umbi. Keadaan ini turut melibatkan kawasan luar bandar lain seperti Sri Aman, Lubok Antu, Betong, Saratok, Selangau, Kapit, Hulu Rajang dan banyak lagi.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun usaha menarik pelancongan antarabangsa ke Sarawak giat dijalankan, realitinya pelancongan masih tertumpu di lokasi sama seperti Kuching, Sibu, Miri dan Mulu. Ini perlu diubah. Pascapandemik, masa depan pelancongan bukan lagi berasaskan pelancongan masa, tetapi pelancongan berasaskan pengalaman atau experiential tourism, dengan izin.

Pelancongan hari ini mahu merasai kehidupan komuniti, budaya dan alam semula jadi bukan sekadar melawat lokasi. Julau mempunyai kelebihan tersendiri.

Kehidupan rumah pangan dan hospitaliti masyarakat Iban, pertanian dan perikanan tradisional, seni budaya seperti muzik, tarian, anyaman dan penceritaan serta alam semula jadi. Pelancongan berasaskan pengalaman membolehkan pendapatan terus kepada komuniti, membuka peluang pekerjaan kepada belia sebagai pemandu pelancongan komuniti, jurubahasa budaya dan usahawan tempatan sekali gus mengurangkan pemindahan belia ke bandar.

Namun, sekian lamanya, Julau hanya mempunyai dua homestay iaitu Rumah Margretta, Kerangan Buloh Julau dan Rumah Nyuka, Lubok Lemba, Pakan. Banyak lagi kawasan lain mempunyai potensi besar seperti Rumah Andi ,Lubok Besai dengan pertanian lada yang besar, Rumah Kanyan, Nyalak Ladong, Pakan masih menggalakkan rumah panjang asal dan unik menggunakan kayu belian. Rumah Bunyak, Nanga Dong, Julau mempunyai air terjun serta Rumah Ranggak, Lemujan, Pakan melaksanakan sistem tagang bagi kawalan dan pemeliharaan sungai.

Selain itu, terdapat kekurangan pemandu pelancongan komuniti, produk pelancongan yang tersusun, serta sokongan promosi digital. Saya mencadangkan agar MOTAC menyediakan bantuan peruntukan yang lebih bersasar untuk membangunkan homestay, membantu promosi digital melalui Tourism Malaysia, serta permudah proses pelesenan bagi inisiatif pelancongan komuniti.

Tuan Yang di-Pertua, banyak negara lain telah berjaya memanfaatkan pelancongan niche ini seperti pergi art safari di Afrika, memancing fly fish di Scotland atau pengalaman budaya dengan pelancong sanggup membayar nilai tinggi.

Sarawak pula memiliki hutan hujan tertua di dunia. Satu aset unik yang mampu menjadi kekuatan utama industri pelancongan negara.

Pembangunan pelancongan juga perlu disokong dengan penambahbaikan fizikal di bandar kecil. Sebagai contoh, ikon lada hitam di Julau patut dinaik taraf bagi mencerminkan identiti utama Julau. Waterfront Julau serta laluan perjalanan kaki di sekitar pasar Julau juga perlu dinaiktarafkan.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi isu ialah pusat latihan pemandu pelancong yang hanya tertumpu di Kuching menyukarkan belia luar bandar dan pedalaman Sarawak untuk menyertai latihan. Oleh itu, saya mencadangkan agar sebuah lagi pusat latihan pemandu pelancong ditubuhkan di wilayah tengah Sarawak. Selain itu, kos latihan yang mencecah RM5,000 sehingga RM8,000 dengan tempoh enam sehingga sembilan bulan adalah beban besar kepada penduduk luar bandar. Saya mencadangkan agar MOTAC menyediakan subsidi yuran latihan kepada golongan B40 daripada komuniti luar bandar, khususnya belia yang menganggur bagi melahirkan lebih ramai pemandu pelancong tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, Julau juga mempunyai nilai sejarah yang penting khususnya Kubu Rentap serta Kubu Nanga Meluan. Namun sehingga kini, tapak- tapak ini masih belum dinaik taraf dengan interpretasi sejarah dan pakej pelancongan yang tersusun. Sehubungan itu, saya mencadangkan kerajaan memberi tumpuan kepada penyediaan last mile connectivity ke tapak bersejarah termasuk menaik taraf jalan masuk, pencahayaan dan penurapan jalan bagi meningkatkan akses keselamatan serta daya tarikan pelawat.

Pada masa sama, [Berdehem] sorry. Pada masa sama, promosi pelancongan pendidikan perlu diperkasakan melalui lawatan pelajar tempatan ke tapak sejarah dan kebudayaan. Sehubungan itu, saya mencadangkan agar sebuah pusat kraf tangan dan kebudayaan diwujudkan di Julau bagi memelihara warisan tempatan seperti anyaman pua kumbu dan kraf tangan manik. Pusat ini boleh berfungsi sebagai hentian pelancong, ruang pembelajaran budaya dan platform pameran serta jualan produk tempatan termasuk manik, beg kraf tangan, baju burung, baju burik dan cenderamata.

Tuan Yang di-Pertua, di peringkat antarabangsa, khususnya di Eropah dan United Kingdom, industri sawit Malaysia sering dikaitkan dengan kemusnahan hutan dan kepupusan hidupan liar. Malah kanak-kanak sekolah di UK diajar bahawa minyak sawit merosakkan alam sekitar dan habitat orang utan. Bagi menangani persepsi negatif ini, kerajaan perlu melabur secara lebih serius dan bersasar dalam pemuliharaan hidupan liar termasuk menubuhkan sebuah lagi pusat rehabilitasi orang utan di Sarawak, serta spesies tempatan lain seperti burung kenyalang dan beruang matahari melalui peruntukan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC). Selama ini, dana besar diperuntukkan setiap tahun untuk kempen antiminyak sawit di peringkat antarabangsa, namun kesannya terhad kerana persepsi negatif tersebut telah lama berakar umbi dalam masyarakat Eropah.

Justeru, saya cadangkan menyalurkan dana MPOC ke arah pemuliharaan alam sekitar termasuk penubuhan pusat rehabilitasi hidupan liar sama ada di Julau atau Sarawak. Langkah ini dapat memperbaiki imej industri sawit negara serta membuktikan komitmen Malaysia terhadap kelestarian dan pemuliharaan biodiversiti.

Tuan Yang di-Pertua, kesimpulannya segala isu yang saya bangkitkan hari ini, menunjukkan bahawa pembangunan negara bukan sekadar angka atau projek mega tetapi mesti melibatkan integriti, keadilan, pembangunan seimbang, kesejahteraan rakyat serta peluang ekonomi untuk luar bandar. Saya ingin mengakhiri ucapan ini dengan serangkap pantun.

Ke hulu memetik bunga melur, Menjamu selera di rumah panjang; Pelancongan luar bandar berkembang makmur; Rakyat sejahtera ekonomi pun cemerlang. Dengan ini, saya menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja. Sekian, terima kasih.

draft • 6:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Julau.

Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Jerai. 12 minit Yang Berhormat.

draft • 5:00 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya merafak sembah menjunjung kasih atas Titah Diraja dalam pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas. Dalam Titah Diraja, baginda menitahkan agar menjadikan bahasa Melayu sebagai teras sistem pendidikan dan identiti negara. Manakala, sistem pendidikan baharu mesti selaras dengan dasar pendidikan negara. Bahasa Melayu mesti menjadi bahasa utama dan bahasa kebangsaan. Sebarang usul untuk mengiktiraf sistem pendidikan lain mesti menerima bahasa Melayu dan Sejarah Malaysia.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan bahawa seiring dengan mengukuhkan bahasa Melayu, tulisan jawi juga menjadi agenda negara untuk dipersadakan di negara ini. Daripada sudut perundangan, tulisan jawi telah diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan apabila Perkara 9 Akta Bahasa Kebangsaan 1963, 67 mengiktiraf tulisan jawi sebagai tulisan bagi bahasa kebangsaan. Akta Bahasa Kebangsaan 1993 telah menyatakan bahawa tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan rumi dengan syarat bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu yang lebih dikenali dengan nama tulisan jawi bagi bahasa kebangsaan. Oleh hal yang demikian, akta ini secara jelas menegaskan bahawa tulisan jawi adalah tulisan rasmi dan boleh digunakan dalam pelbagai urusan pentadbiran di negara ini.

Antara lain Tuan Yang di-Pertua, Mahkamah Tinggi Kuantan pada 5 Ogos 2021 dalam penghakiman kes tulisan jawi dipapan tanda menyatakan bahawa tulisan jawi boleh digunakan untuk menyampaikan maksud dalam bahasa Melayu dan oleh itu merupakan sebahagian daripada bahasa kebangsaan. Kerajaan Negeri Pahang memutuskan pada 2018 bahawa semua premis perniagaan dan papan tanda jalan akan menggunakan tulisan jawi dalam usaha memartabatkan penggunaan tulisan jawi. Jika enggan mematuhi arahan tersebut, pemilik premis boleh dikenakan denda sehingga RM250 dan lesen perniagaan mereka dibatalkan.

Tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri Pahang di atas usaha memartabatkan tulisan jawi.

Pada tahun 2020, Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama telah mewartakan setiap hari Jumaat sebagai hari menulis jawi. Persoalannya sekarang, adakah acara seperti itu telah berterusan ataupun telah dihentikan? Manakala Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2011 berkenaan panduan penggunaan bahasa kebangsaan dalam perkhidmatan awam.

Surat pekeliling ini bertujuan memberi panduan mengenai penggunaan bahasa kebangsaan bagi urusan rasmi dalam perkhidmatan awam di negara ini.

Secara tidak langsung, penggunaan tulisan jawi juga dibenarkan ataupun menggunakan dwi tulisan iaitu rumi dan jawi serentak. Dengan bukti dan hujah ini, saya ingin merujuk kepada kementerian di Jabatan Perdana Menteri. Sejauh manakah pemartabatan tulisan jawi khususnya oleh JAKIM dalam memperkasakan tulisan jawi kepada institusi KAFA dan institusi masjid-masjid dalam penulisan khutbah serta perkara-perkara yang berkaitan?

Dalam mengembangkan lagi tulisan jawi dalam pendidikan, seharusnya Kementerian Pendidikan Malaysia atas asas kepedulian terhadap pemartabatan tulisan jawi, mengadakan pilihan utama kepada pelajar. Seboleh-bolehnya atas keberanian politik Menteri agar dimasukkan tulisan jawi dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Mengambil semangat Perlembagaan yang meletakkan tulisan jawi sebagai tulisan kedua. Tidak dilarang penggunaannya.

Memperkenalkan tulisan jawi dalam mata pelajaran bahasa Melayu di semua sekolah adalah tindakan tepat pada masanya. Ia memperkenalkan bahasa Melayu secara sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan. Bukan sekadar lisannya tetapi juga tulisannya. Sikap memandang serong atau menentang polisi ini perlu dihentikan kerana ia bercanggah dengan semangat undang-undang dalam Perlembagaan.

Semua warganegara Malaysia perlu mengenali tulisan jawi ini, boleh dilakukan di sekolah sepertimana yang saya sebutkan tadi dan dimasukkan dalam bahasa Melayu sebahagian daripada komponen tulisan bahasa Melayu yang diterima sebagai bahasa kebangsaan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk memperkasakan bahasa kebangsaan, bahasa mencerminkan bangsa, menggambarkan sikap atau budaya seseorang sekali gus memainkan peranan penting terutamanya dalam menyatukan masyarakat majmuk seperti di Malaysia. Penggunaan bahasa rojak dalam perbualan, kurang impak kerana khalayaknya agak terbatas. Tetapi dalam urusan rasmi, apatah lagi disiarkan di media akan meninggalkan kesan buruk yang berganda. Lebih-lebih lagi digunakan oleh orang ternama seperti pemimpin tokoh bidang tertentu atau pempengaruh media sosial. Ia mendorong sebahagian anggota masyarakat untuk mengikut tabiat itu. Lambat laun, bahasa rojak dianggap hal yang lumrah dan berbahaya bagi memantapkan sesuatu bahasa.

Cabaran paling besar ialah dominasi bahasa Inggeris dalam ruangan digital global. Kandungan di platform seperti Nelflix, YouTube, TikTok dan permainan video antarabangsa sebahagian besarnya menggunakan bahasa Inggeris. Fenomena ini bukan saja mempengaruhi penggunaan bahasa dalam kalangan anak muda, malah menjadikan bahasa Inggeris sebagai simbol status moden dan global.

Fenomena bahasa rojak di media sosial, penggunaan bahasa bercampur- campur antara Melayu, Inggeris, misalnya okeylah bro, chill je semakin meluas.

Bahasa rojak ini melemahkan norma baku dan mengikis prestij bahasa kebangsaan sebagai bahasa tinggi. Dalam jangka panjang, jika tiada kawalan, generasi muda mungkin tidak lagi melihat bahasa Melayu sebagai bahasa yang wajar digunakan dalam wacana serius seperti pendidikan, sains atau pentadbiran. Bahasa rojak iaitu pencampuran bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris atau bahasa lain secara tidak terkawal telah muncul daripada interaksi harian, media sosial, sistem pendidikan dwibahasa dan pengaruh globalisasi.

Pada satu sisi, ia dianggap sebagai gaya komunikasi yang lebih moden dan fleksibel. Namun pada sisi lain, ia mewarisi kehakisan jati diri bahasa kebangsaan yang sudah termaktub kedudukannya dalam Perlembagaan Persekutuan. Jika fenomena ini tidak ditangani, ia berpotensi melahirkan generasi yang memandang bahasa Melayu sebagai bahasa kelas kedua, hanya sesuai untuk konteks tertentu.

Sementara bahasa rojak atau Inggeris, dianggap lebih relevan untuk komunikasi moden dan antarabangsa.

Sikap ini bukan saja melemahkan warisan bahasa tetapi juga mengancam usaha negara dalam memperkukuhkan identiti kebangsaan melalui bahasa. Jika dibiarkan tanpa intervensi, generasi masa depan mungkin hanya mengenal bahasa kebangsaan dalam bentuk yang bercampur aduk, kehilangan kemurniannya dan akhirnya melemahkan semangat kebangsaan yang menjadi teras negara Malaysia.

Apakah tindakan kerajaan khususnya bagi membendung kebahasaan yang tidak menepati cita rasa sebagai bahasa kebangsaan? Adakah penularan bahasa rojak yang keterlaluan ini dalam kalangan generasi muda akan menghakis jati diri penggunaan bahasa rasmi, bahasa Melayu mengikut laras yang betul terutamanya dalam majlis rasmi kerajaan.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua adalah cadangan berkenaan dengan pelaksanaan rancangan pendidikan Malaysia. Justeru itu, Perikatan Nasional membuat ketetapan dalam portfolio pendidikan seperti berikut.

Yang pertama, pendidikan prasekolah. Kerajaan mesti mengumumkan satu dasar yang jelas bahawa ibu bapa mempunyai kebebasan untuk memilih institusi prasekolah untuk anak-anaknya. Bukan ada unsur paksaan mengikut apa yang dihasratkan oleh kerajaan.

Yang kedua, usia enam tahun memasuki Tahun 1 bersekolah rendah supaya kerajaan menangguhkan pelaksanaan pelajar berusia enam tahun memasuki ke Tahun 1 sekolah rendah yang dicadangkan bermula pada tahun 2027 ke tahun tarikh yang baharu iaitu apabila KPM telah benar-benar bersedia dari segi guru, prasarana, bilik darjah, kantin, bilik guru, perpustakaan, kemudahan sukan dan lain-lain dari segi pelaksanaan kokurikulum persekolahan 2027.

Yang ketiga, peperiksaan Tahun 4 supaya kerajaan menjelaskan tentang pelaksanaan metrik pembelajaran Tahun 4 mulai tahun 2026. Adakah Lembaga Peperiksaan telah bersedia dan adakah guru-guru juga bersedia? Dan adakah peperiksaan ini, peperiksaan Tahun 4 bagi menggantikan UPSR?

Yang keempat, peperiksaan Tingkatan 3 supaya kerajaan menyatakan dasar adakah wujud metrik pembelajaran Tingkatan 3 yakni dari segi kebersediaan guru- guru. Adakah persediaan ini bagi menggantikan PT3?

draft • 7:00 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Yang kelima, Kurikulum Persekolahan 2027 supaya kerajaan menyatakan dengan jelas status Kurikulum Pendidikan 2027. Apakah kandungannya termasuk nisbah antara akademik dan kurikulum? Cadangan PN ialah peningkatan daripada 90 nisbah 10 kepada 70 nisbah 30 dan pembinaan adab dan akhlak. Adakah ini telah siap disediakan? Adakah atau bilakah ia akan dilaksanakan sepenuhnya?

Seterusnya, untuk akhirnya. Dalam kawasan Jerai, saya ingin memohon kepada Kementerian Keterjaminan Makanan dan Asas Tani seperti yang disebut oleh Ahli Parlimen yang lain. Seperti biasa, RM600 setiap kali tempoh menunggu padi masak hendaklah diteruskan. Kenaikan harga padi RM1,500 kepada RM1,800 perlu dibuat dengan kadar segera kerana kos yang tinggi semakin meningkat. Saya ucapkan terima kasih...

draft • 7:10 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Mohon mencelah YB, masa banyak lagi.

draft • 7:10 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Sila.

draft • 7:10 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Boleh? Terima kasih YB. Saya nak bertanya kepada YB. YB menyebutkan tadi bahawa kita kena bersiap sedia dari segi prasarana sekolah, dari segi guru-guru, dari segi ibu bapa untuk preparation anak-anak ini masuk pada umur enam tahun ke sekolah. Kalau semua ini ready Yang Berhormat, guru cukup, semua cukup, apakah masih Yang Berhormat bersetuju anak kita umur enam tahun memasuki ke sekolah rendah?

Sebab saya melihat Menteri menyatakan bahawa beliau akan mengadakan diagnostic analysis sebelum anak-anak ini masuk ke Darjah 1. Saya membayangkan diagnostic — saringan diagnostik ini kalau diadakan pada anak yang berumur lima tahun sebelum ke enam tahun, saya dok bercakap dengan cucu saya yang umur lima tahun...

draft • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, masa Yang Berhormat Jerai sudah tamat.

draft • 7:10 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Soalannya Yang Berhormat, Yang Berhormat setuju ke tak? Itu saja soalan saya. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

draft • 7:10 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Apa pun, saya melihat daripada ucapan Bagan Serai. Saya bersetuju dengan Bagan Serai iaitu mengkaji lagi insya-Allah.

draft • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Langkawi.

draft • 7:10 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Dasar kenaikan ke — tahun enam ke Darjah 1.

Okey, saya ingat cukup setakat itu. Sekian, wabillahi taufik wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Saya jemput Yang Berhormat Puchong.

draft • 7:10 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Terima kasih Puan Speaker kerana izinkan Puchong untuk menyertai perbahasan Titah Ucapan Tuanku. Hari ini, Puchong ingin menyentuhi tiga aspek pentadbiran kerajaan jika ada masa iaitu pengurusan ekonomi, kesihatan awam dan pengurusan e-waste di Malaysia. Saya akan mulakan dengan pengurusan ekonomi.

Puan Speaker, Malaysia telah pun mencatatkan angka-angka makroekonomi yang sangat memberangsangkan pada tahun 2025. Dari segi pertumbuhan ekonomi, KDNK Malaysia telah pun melebihi jangkaan dan mencatat 4.9 peratus. Prestasi ini mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai salah satu front runner dalam pertumbuhan ekonomi di rantau ASEAN.

Selain itu, kadar pengangguran di Malaysia telah pun mencatatkan paras terendah dalam tempoh 11 tahun iaitu sebanyak 2.9 peratus pada November 2025.

Sejak pentadbiran Kerajaan Perpaduan, kadar pengangguran telah pun menurun daripada 3.6 peratus ke 2.9 peratus baru-baru ini. Ini adalah pencapaian yang sangat baik.

Dari segi perdagangan pula, kita telah pun melepasi paras RM3 trilion dalam jumlah perdagangan buat kali pertama dalam sejarah Malaysia. Jumlah nilai eksport Malaysia 2025 juga telah mencapai rekod tertinggi pada RM1.6 trilion. Dari segi pelaburan, Malaysia telah pun mencatatkan RM285.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan untuk sembilan bulan pertama 2025. Angka ini adalah lebih daripada semua rekod bagi sembilan bulan pertama pra-pandemik antara 2006 hingga 2020.

Selain itu, dalam masa tiga tahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan, prestasi ringgit telah pun mengukuh dari kedudukan tidak menentu pada tahun 2023 kepada status yang diiktiraf antara yang terbaik di Asia pada tahun 2025.

Puan Speaker, ini semua adalah pencapaian yang sangat membanggakan dan menunjukkan bahawa Malaysia berada di landasan yang betul. Persoalannya, bagaimanakah kita boleh menterjemahkan angka-angka macroeconomics ini kepada microeconomics, dengan izin, supaya pertumbuhan ekonomi boleh dirasai oleh rakyat jelata? Makcik yang menjual pisang goreng di tepi jalan, pakcik yang menjual wantan mi di kopitiam, pekerja-pekerja kilang, pemandu-pemandu Grab dan sebagainya.

Puchong berpendapat terdapatnya tiga langkah penting yang perlu diambil oleh kerajaan. Satu, mengoptimumkan economic multiplier effect iaitu kesan mengenai ekonomi STR dan SAR (SARA) — dan SARA. Kedua, be more business- friendly terutamanya kepada PKS dan ketiga meningkatkan kandungan tempatan iaitu local content bagi semua pelaburan yang diluluskan di Malaysia. Langkah ketiga, MIDA telah pun melakukannya. Kerana kesuntukan masa, Puchong hanya akan menyentuh dua langkah pertama yang saya huraikan tadi.

Puan Speaker, kerajaan telah pun mengumumkan jumlah peruntukan untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM15 bilion bagi tahun 2026. Mengikut kajian-kajian ekonomi, polisi pemberian tunai seperti STR dan SARA boleh menjana economic multiplier effect dari satu hingga setinggi 2.5 ataupun lebih. Ini bermaksud bahawa setiap ringgit yang diagihkan oleh kerajaan kepada kumpulan tersasar boleh menjana satu hingga RM2.5 dalam nilai ekonomi tempatan. Untuk meningkatkan economic multiplier effect, bantuan tunai kerajaan sebagai langkah pertama kerajaan boleh fokus untuk memperbaiki program SARA dengan peruntukan RM8 bilion ini.

Puchong ingin cadangkan sekali lagi ya supaya kerajaan mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan jumlah peniaga SARA supaya merangkumi lebih banyak peniaga mikro dan kecil tempatan dan memperluaskan kategori peniaga SARA dari barangan runcit sahaja untuk merangkumi penjaja-penjaja kecil makanan di medan selera seperti makcik yang menjual nasi lemak dan pakcik yang menjual wantan mi dan juga produk-produk segar sama ada daging, sayur ataupun buah-buahan di pasar-pasar awam. Juga boleh supaya mereka semua boleh disenaraikan sebagai peniaga SARA.

Dengan ini, perniagaan-perniagaan mikro dan kecil serta penjaja-penjaja kecil akan menjadi lebih baik secara langsung dan sekali gus memperbaiki pendapatan mereka dan mereka boleh merasai penambahbaikan kualiti hidup mereka. Selain itu, pemilik-pemilik perniagaan kecil dan mikro juga lebih cenderung untuk membelanja keuntungan mereka dalam mengukur multiplier effect. Antara faktor utamanya ialah propensity to spend. Yang mereka yang mendapat —STR dan juga SARA ini, the propensity dia lebih cenderung untuk berbelanja maka dia akan mencipta apa yang kita panggil secondary spending yang lebih tinggi dan sekali gus ini akan meningkatkan economic multiplier effect. Kalau kita tengok, kalau kita boleh mencapai economic multiplier effect, dua iaitu nilai tempatan, nilai ekonomi tempatan yang kita boleh janakan daripada bantuan tunai sahaja, STR dan juga SARA adalah RM30 bilion iaitu 1.5 peratus daripada GDP di Malaysia. Ini bukan angka kecil tetapi angka yang besar.

Puan Speaker, setakat ini daripada kira-kira 9,000 premis perniagaan SARA, hanya 3,000 premis adalah terdiri mereka yang bukan syarikat-syarikat kedai runcit rantaian seperti 99 Speedmart, KK Mart serta hypermarket seperti Mydin dan Lotus.

Jika kita bandingkan dengan skim CDC voucher di Singapura. Peniaga-peniaga yang boleh menerima CDC voucher adalah 400 supermarket rantaian seperti NTUC FairPrice, Sheng Siong dan lain-lain serta kira-kira 25,000 penjaja-penjaja medan selera dan peniaga-peniaga mikro dan kecil tempatan.

Puan Speaker, 25,000 penjaja dan peniaga mikro dan kecil mendapat a slice of cake in Singapura bagi skim CDC di Singapura tetapi hanya 3,000 sahaja yang menikmati slice of cake bagi Program SARA di Malaysia. Ini adalah lapan kali ganda lebih daripada Malaysia.

Persoalan kita sekarang ialah bagaimanakah kita boleh menggandakan pendaftaran peniaga SARA dalam masa yang tersingkat? Puchong telah pun meneliti sistem SARA dan mendapati bahawa antara bottleneck untuk mendaftar lebih banyak peniaga SARA ialah syarat dan tempoh kelulusan seperti apa yang telah pun dibahaskan oleh YB-YB yang lain terutamanya tadi YB Rasah juga ada bangkitkan.

Saya kini nak menumpukan perbahasan saya kepada the second bottleneck iaitu sistem MyKasih yang memerlukan Point of Sale. Sistem Point of Sale, sistem POS untuk memproses transaksi menggunakan MyKad.

draft • 7:13 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Sebagai langkah pertama, Puchong rasa kita nak cadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan SARA dalam bentuk baucar di e-wallet. Bagi peniaga- peniaga yang ingin menjadi peniaga SARA, mereka boleh mendaftar secara online ataupun di pusat pendaftaran tertentu untuk mendapatkan QR code penerimaan baucar. Dengan ini, proses transaksi boleh diringkaskan kerana kita tidak perlu lagi menggunakan sistem POS di mana satu gajet diperlukan dan pengantara boleh dipelbagaikan daripada hanya MyKasih ke pelbagai pembekal perkhidmatan e-wallet seperti Touch ‘n Go, DuitNow, GrabPay dan lain-lain. Dengan adanya persaingan antara syarikat-syarikat pengantara, kos transaksi juga boleh diturunkan.

Puan Speaker, perluasan peniaga SARA susah untuk dicapai kalau kita hanya menggunakan sistem MyKasih. Jika kerajaan boleh melaksanakan sistem baucar yang saya cadangkan tadi, tidak susah untuk peniaga-peniaga kecil atau penjaja-penjaja untuk mendaftar menjadi penerima baucar e-wallet, memandangkan banyak di antara mereka sekarang telah pun menerima pembayaran e-wallet.

Puan Speaker, seterusnya bagi menggalakkan semangat keusahawanan yang penting untuk pertumbuhan ekonomi, Puchong ingin menyeru kerajaan untuk menjadi lebih business friendly terutamanya kepada peniaga-peniaga mikro dan kecil dan tidak tergesa-gesa untuk melakukan pembaharuan yang walaupun baik, jika kita lihat secara individu, tetapi menekan apabila dilaksanakan secara merentak sehingga peniaga-peniaga tidak boleh bernafas.

Puchong ingin secara khususnya bangkitkan dua perkara yang saya anggap menyusahkan peniaga mikro dan kecil dan tidak memberi beberapa manfaat kepada kerajaan. Pertama adalah berkenaan dengan penyeteman kontrak penggajian iaitu employer contract stamping. Bermula tahun ini, LHDN menguatkuasakan supaya setiap kontrak penggajian sama ada part time, full time, permanent ataupun kontrak, semua perlu disetemkan dengan pembayaran duti setem sebanyak RM10 dalam masa 30 hari. Apa yang susahkan bukan pembayaran RM10 itu tetapi tambah lagi satu kerja untuk peniaga kecil terutamanya peniaga-peniaga kecil yang kekurangan kakitangan. Walaupun penyeteman kontrak boleh dilakukan secara online, Puchong telah pun menerima feedback bahawa proses untuk membayar duti setem masih agak-agak frustrating.

Persoalannya, berapakah jumlah pendapatan yang boleh dikutip oleh LHDN dengan penguatkuasaan penyeteman duti setem kontrak penggajian? Adakah pendapatan ini justify kesusahan dan kerumitan yang dialami oleh majikan terutamanya peniaga-peniaga kecil yang tiada kakitangan? Kalau ada kerja tambahan, maka pemiliklah yang perlu membuatnya. Ya, kontrak yang tidak disetemkan akan menjadi masalah apabila dibawa ke mahkamah. Tetapi, kebanyakan kontrak penggajian ini tidak pernah pun digunakan di mahkamah dan jika perlu dibawa ke mahkamah, ada langkah tertentu untuk diambil supaya kontrak- kontrak berkenaan boleh diterima sebagai keterangan di mahkamah.

Dengan itu, Puchong ingin cadangkan supaya kerajaan mengkaji semula penguatkuasaan penyeteman kontrak penggajian. Sama ada semua boleh dikecualikan seperti dulu, ataupun syarat boleh dilonggarkan, ataupun tempoh penyeteman boleh dipanjangkan lebih daripada 30 hari supaya kita boleh meringankan kerja peniaga-peniaga kecil dan mikro terutamanya peniagaan kecil di mana pemilik sendiri adalah admin peniagaan mereka juga.

Perkara kedua yang saya ingin bangkitkan adalah thorn in the flash di antara banyak peniaga-peniaga kecil iaitu e-Invois. Walaupun kerajaan telah pun mengumumkan penangguhan pelaksanaan bagi kategori RM1 juta hingga RM5 juta ke tahun 2027, Puchong masih berharap bahawa kerajaan boleh memperhalusi dan mengubah, meningkatkan threshold pelaksanaan e-Invois. Saya sebenarnya telah pun membangkitkan isu ini di taklimat dalaman bersama Kementerian Kewangan beberapa kali dan hari ini saya ingin menyuarakan secara terbuka di Dewan yang mulia ini di mana, secara jujurnya, Puchong berharap kerajaan boleh meningkatkan threshold pelaksanaan e-Invois.

Puan Speaker, mengikut data SME Corp., setakat 2024, terdapat kira-kira 300,000 peniaga kecil di Malaysia. Bagi kategori peniaga kecil― definisi ya― ialah lima peratus daripada peniaga kecil adalah di bawah kategori pembuatan di mana lingkungan pendapatan ialah RM300,000 hingga RM15 juta, dan 95 peratus adalah di bawah kategori perkhidmatan dan lain-lain di mana lingkungan pendapatan ialah RM300,000 ke RM3 juta.

Berdasarkan angka-angka ini, Puchong menganggarkan bahawa jika e- Invois threshold ditingkatkan kepada RM3 juta iaitu semua peniaga kecil dikecualikan kecuali kategori pembuatan melebihi RM3 juta, hanya kira-kira maksimum 15,000 peniaga kecil akan diwajibkan untuk melaksanakan e-Invois menjelang 2027. Walau bagaimanapun, jika kita menggunakan threshold yang sedia ada yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu RM1 juta, kira-kira 120,000 hingga 150,000 peniaga kecil akan terjejas menjelang 2027 iaitu 10 kali ganda dari segi jumlah peniaga yang terjejas.

Persoalannya ialah apakah kebaikan dan pendapatan tambahan yang boleh dikutip oleh LHDN dengan pelaksanaan e-Invois bagi syarikat berpendapatan antara RM1 hingga RM3 juta sehingga kerajaan sanggup menyusahkan lebih daripada 100,000 peniaga kecil tambahan? I do not think the benefits outweigh the cost, dengan izin.

Dengan ini, dengan angka-angka ini, Puchong ingin cadangkan kerajaan untuk sekali lagi mengkaji untuk meningkatkan threshold pelaksanaan e-Invois ke RM3 juta. Bagi mereka di bawah RM3 juta, kementerian sepatutnya menggunakan strategi carrot dan bukan stick. Kementerian boleh melaksanakan program insentif untuk mendorong lebih banyak peniaga kecil melaksanakan e-Invois secara sukarela atas permintaan pengguna dan bukannya secara paksaan.

Secara keseluruhannya, threshold RM3 juta adalah lebih clean cut because ia mengikut definisi PKS yang sedia ada dan ia tidak menjejaskan penjaja kecil secara meluas menjelang 2027.

Kerana kesuntukan masa, Puchong akan berhenti di sini dan saya setuju dan menjunjung kasih Titah Ucapan Tuanku.

draft • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Puchong. Saya jemput Yang Berhormat Jerantut.

draft • 7:20 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Puan Yang di-Pertua, kerangka pembangunan sesebuah negara madani wajib berteraskan kepada panduan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Ia selari dengan penataan Allah SWT di dalam Surah as-Saba’ ayat 15 yang berbunyi...

[Membaca sepotong ayat al-Quran] Ibnu Khaldun, seorang pemikir dan penganalisis sosioekonomi yang teragung, menafsirkan sebuah negara madani ini dibangunkan kepada beberapa teras penting. Pertama, negara yang berasaskan kepada kecemerlangan ilmu dan pembelajaran kerana ia amat berkait rapat dengan pembentukan jiwa. Ilmu dia datang dengan membentuk jiwa. Setiap ilmu mempunyai keistimewaannya dan dia perlu diajar oleh guru-guru yang berkelayakan.

Yang kedua, bahasa adalah alat kepada ilmu. Maka, ia selari dengan Titah Yang di-Pertuan Agong berkaitan dengan pemerkasaan bahasa Melayu sebagai bahasa teras negara. Ketiga, peluang pekerjaan yang kompetitif dan setimpal dengan pengajian dan kepakaran. Ini isu mismatch yang saya akan sentuh sekejap lagi.

Kemudiannya, keempat, sistem pertahanan yang kuat dari ancaman penyakit dan juga musuh luar. Kelima, pengawalan yang tegas terhadap pencemaran alam sekitar. Keenam, keselamatan dan kedaulatan makanan. Dan ketujuh, sistem pengangkutan yang efisien.

Teras-teras ini, Yang di-Pertua, telah pun dipertekankan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam Titah Diraja Baginda Tuanku dan sewajarnya ia dibahaskan secara ilmiah, bertanggungjawab dan beradab oleh semua ahli legislatif di dalam Dewan ini.

Puan Yang di-Pertua, refleksi 2025. Sepanjang tahun 2025, satu tahun yang mewajahkan wajah sebenar Malaysia dengan banyak kejayaan-kejayaan yang boleh dibanggakan. Di antaranya, tahniah kepada Kerajaan Malaysia atas kejayaan menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN bagi tahun 2025. Ia mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai negara yang berwibawa, stabil dan dihormati dalam landskap geopolitik serantau.

Dalam arena sukan pula, pada tahun 2025 ini, kita telah pun mencatat sejarah yang membanggakan. Di antaranya, kita meraih pingat emas dalam sukan sepak takraw di Sukan SEA. Kita juga mendapat pingat emas dalam kejohanan badminton dunia Paris dalam acara beregu campuran dan mendapat pingat perak dunia dalam acara beregu wanita.

draft • 7:27 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Jadi, kejayaan ini menunjukkan ekosistem pembangunan sukan negara ini mampu melahirkan atlet yang berdaya saing di peringkat tertinggi. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada PASTI Darul Abrar, Simpang Ampat, Pulau Pinang yang telah mengharumkan nama PASTI Malaysia dan negara apabila berjaya meraih tempat Ketiga Dunia (2nd Runner Up) dalam The 70th GASCA International Percussion Competition dalam kategori bawah tujuh tahun.

Juga kepada adik Amatullah Hamidah, berusia enam tahun daripada PASTI Al-Furqan Chendering, Terengganu yang telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris Peringkat Antarabangsa di dalam pertandingan yang sama.

Pencapaian-pencapaian ini menunjukkan bahawasanya anak-anak Malaysia semuanya berpotensi dan pendidikan awal merupakan satu pelaburan yang strategik untuk negara. Namun Yang di-Pertua, sejarah tidak hanya dicatat dengan kejayaan semata-mata. Tahun 2025 juga sarat dengan tragedi kemalangan maut yang meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat dan negara. Kemalangan maut di Teluk Intan yang melibatkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan ataupun FRU.

Kemalangan tragis di Gerik yang meragut nyawa pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kemalangan di Plaza Tol LDP Subang Jaya yang amat menyayat hati apabila seorang kanak-kanak tercampak keluar dari kenderaan.

Selain daripada tragedi fizikal, negara juga sedang berhadapan dengan cabaran keruntuhan nilai dan norma sosial. Di antaranya, kes-kes buli dan kemalangan sehingga menyebabkan kematian di sekolah dan menjadikan kawasan sekolah tidak lagi menjadi safe zone kepada anak-anak kita.

Pada 29 November 2025 pula, pihak PDRM dengan kerjasama JAWI dan DBKL telah mengadakan operasi di sebuah premis yang diklasifikasikan sebagai pusat kesihatan di kawasan Chow Kit yang dipercayai dijadikan lokasi aktiviti seksual songsang. 208 individu ditahan termasuk 17 penjawat awam tetapi tidak ada tindakan yang dikenakan kepada mereka. Jadi persoalan kepada Kementerian Dalam Negeri, bagaimanakah penambahbaikan SOP yang dilakukan oleh pihak kementerian supaya kejadian ini tidak lagi berulang?

Menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang yang menegaskan supaya tiada kegiatan tidak bermoral atau songsang yang berlaku di negara ini menunjukkan keprihatinan Baginda dalam menjaga kesejahteraan sosial, ketenteraman awam dan keberkatan negara.

Tuan Yang di-Pertua, Agreement on Reciprocal Trade (ART). Alhamdulillah, Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional telah melaksanakan tindakan bertanggungjawab berbahas dengan konstruktif tentang kelemahan perkara-perkara di dalam Perjanjian Timbal Balas (ART) dan kelemahan ini juga diakui oleh bekas Menteri MITI dalam satu podcast pada 15 November 2025. Kita ucapkan terima kasih kepada Menteri MITI yang baru kerana akan memperincikan definisi ART dan telah memberikan komitmen untuk membincang dan memperincikannya bersama-sama dengan Ahli Parlimen pembangkang dalam Mesyuarat Kaukus Parlimen dalam proses ratifikasi. Kita yakin, engagement kerajaan pembangkang melalui Kaukus Parlimen ini akan memberikan implikasi positif terhadap Perjanjian Timbal Balas Malaysia dan Amerika Syarikat yang telah pun ditangani pada 26 Oktober 2025.

Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Dalam kita membicarakan soal pendekatan fiskal kerajaan, kekuatan ekonomi negara terbina dengan dasar yang dirangka oleh Putrajaya dan dengan kerjasama erat di antara Kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri. Melalui Titah Yang di-Pertuan Agong tentang perkara ini, nilai pembangunan di peringkat negeri sewajarnya diagihkan secara adil dan saksama supaya ekonomi di kawasan huluan dan hiliran berkembang, berimbang. Apabila ekonomi negeri berkembang, ia akan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat setempat, meningkatkan taraf hidup mereka dan akhirnya menyumbang kembali kepada negara melalui sistem percukaian yang saksama.

Jerantut ingin menegaskan agar perkongsian hasil cukai dan autonomi fiskal negeri perlulah lebih adil. Ini adalah selari dengan gesaan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor yang mahu 25 peratus hasil cukai pendapatan Johor dikembalikan kepada negeri Johor bagi memastikan pembangunan dan kebajikan rakyat dapat ditangani dengan lebih berkesan tanpa bergantung sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan. Tidak hanya Johor, Pulau Pinang juga berulang kali menggesa agar Kerajaan Pusat memperkenalkan formula perkongsian hasil cukai kepada semua negeri berdasarkan sumbangan mereka terhadap KDNK, termasuk cadangan bagi menubuhkan sebuah suruhanjaya khas untuk mengkaji perkongsian hasil cukai secara sistematik dan inklusif.

Lebih jauh lagi Tuan Yang di-Pertua, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar telah mencadangkan penambahbaikan sistem federalisme Malaysia agar kerajaan negeri tidak terlalu bergantung kepada Kerajaan Persekutuan dan dapat menyertai bentuk kerjasama fiskal yang lebih matang termasuklah memperkukuh peranan kerajaan negeri di dalam menentukan keutamaan pembangunan mereka sendiri. Pendekatan Cooperative federalism ini dilihat sebagai cara untuk meminimumkan birokrasi, mengelakkan diskriminasi politik dan meningkatkan keyakinan pelabur serta rakyat terhadap sistem pentadbiran negara.

Tuntutan-tuntutan ini mencerminkan satu permasalahan fiskal struktur yang lebih luas. Memerlukan satu dasar yang lebih jelas mengenai perkongsian hasil cukai, autonomi fiskal negeri dan reformasi federalisme tidak hanya dibincangkan secara teknikal di peringkat Kabinet tetapi juga dibawa secara serius dalam Dewan Rakyat ini melalui jawatankuasa pilihan khas yang melibatkan kerajaan dan pembangkang.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyatakan tentang persetujuan penuh dan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap apa yang telah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan rasuah mesti diperangi secara besar-besaran dan bukan sahaja penerima malah pemberi serta ejen yang bersubahat juga wajib dikenakan tindakan.

Titah tersebut adalah satu peringatan keras bahawa rasuah bukan isu terpencil, ia bukan satu isu terpilih dan ia bukannya isu bermusim. Sebaliknya, ia adalah ancaman sistemik terhadap integriti negara, keadilan sosial dan keyakinan rakyat.

Rasuah berlaku merentas kaum, umur dan sektor. Termasuk penjawat awam, sektor swasta, orang awam dan ahli politik. Ini amat membimbangkan kerana normalisasi ini akan merosakkan ekosistem ekonomi negara. Kebimbangan ini juga ditegaskan oleh Kebawah Paduka Baginda Sultan Pahang semalam iaitu dalam posting beliau, “Rasuah bukan rezeki tetapi najis.” Jerantut ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kehakiman kerana tindakan proaktif menubuhkan Mahkamah Tinggi Khas Rasuah untuk mendengar perbicaraan kes rasuah serta rayuan daripada Mahkamah Sesyen Khas Rasuah agar kes-kes rasuah ini dapat diselesaikan dengan segera. Tahniah kepada Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, ekonomi rakyat antara angka makro dan juga realiti mikro. Dalam kita membicarakan ekonomi rakyat, kita perlu membezakan antara kekuatan ekonomi di atas kertas dan realiti yang dirasai oleh rakyat. Ini dinyatakan oleh Ahli Parlimen Puchong sebentar tadi. Prestasi makro yang baik tidak semestinya bermaksud kehidupan rakyat semakin mudah.

Data DOSM menunjukkan kadar pengangguran negara menurun kepada 29 peratus dan ia wajar diiktiraf. Namun Tuan Yang di-Pertua, angka ini tidak mencerminkan keseluruhan realiti pasaran kerja. Walaupun kadar pengangguran keseluruhan menurun, pengangguran anak muda kekal tinggi iaitu lebih tiga kali ganda daripada 10.1 peratus kepada 10.3 peratus berbanding dengan purata nasional.

Ini menunjukkan manfaat pertumbuhan ekonomi tidak dinikmati secara seimbang oleh golongan belia. Lebih membimbangkan, ini adalah isu ketidakpadanan pekerjaan ataupun mismatch. Sebanyak 1.95 juta pekerja, tenaga kerja, bekerja dalam bidang yang tidak selari dengan tahap pendidikan mereka. Tuan Yang di-Pertua, mereka invest, laburkan. Ibu ayah laburkan RM20,000, RM30,000, RM50,000. Kalau di universiti swasta, lagi banyak investment kepada yuran, pengajian dan sebagainya. Tapi akhirnya, mereka tidak bekerja dengan kelayakan yang setimpal dengan apa yang mereka telah pelajari.

Ramai graduan STEM pula terpaksa bekerja di luar bidang kepakaran mereka kerana permintaan industri yang lemah serta pelaburan R&D yang tidak mencukupi. Di peringkat ekonomi mikro, Ringgit mengukuh tetapi harga barang tidak turun. Yang membawa kepada persoalan asas rakyat, apakah gaji minimum RM1,700 mencukupi untuk hidup bermaruah pada hari ini. Akibatnya, semakin rakyat berada dalam kategori working poor iaitu bekerja sepenuh masa tetapi tetap terhimpit dengan kesusahan.

Soalan saya, apakah perancangan kerajaan untuk menyelesaikan isu-isu seperti ini? Termasuklah isu pemilikan rumah kepada golongan M40. Apakah sanggup kerajaan untuk membuat political will untuk memastikan anak-anak muda di dalam negara kita ini mendapat rumah mampu milik, bukan sekadar rumah yang mampu dilihat.

draft • 7:30 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Sedikit untuk bahagian pengangkutan, Tuan Yang di-Pertua. Saya memohon penjelasan daripada pihak Kementerian Pengangkutan berkenaan dengan status penubuhan Malaysia Transportation Safety Board (MTSB). Sebab tadi kita bercerita tentang banyak kemalangan maut. Dan ia telah banyak kali diutarakan oleh Menteri yang kementerian dalam usaha untuk menubuhkan MTSP. Jadi soalannya, apakah ia boleh direalisasikan pada tahun ini? Pertama.

Kedua, Projek LRT Mutiara, sebanyak RM17 bilion, akan dilaksanakan.

Tahniah dan kita minta supaya ia dilaksanakan dengan baik di Pulau Pinang. Kita harapkan dia dapat memberikan kemudahan kepada rakyat Pulau Pinang secara umumnya. Soalan Jerantut, bagaimana pula dengan projek sambungan daripada ECRL Kota Bharu ke Rantau Panjang melalui Pasir Mas? Apakah ia boleh di-extend? Kosnya lebih kurang RM3 bilion sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Kerana ia melibatkan ekonomi sempadan, ekopelancongan.

Jadi, kalau boleh Kementerian Pengangkutan menggunakan modus operandi yang sama untuk LRT Mutiara itu untuk kita extend-kan pada projek untuk ECRL.

Dan yang untuk Kementerian Kerja Raya, persoalan tentang bagaimana progress pembinaan LPT3 yang terhenti di Gemuroh, Terengganu untuk sambungan ke Kelantan?

Yang kedua, bagaimana pula pembinaan Central Spine Road? Sebab untuk pengetahuan Puan Yang di-Pertua, tidak ada sebarang jujuran ataupun jajaran highway ini masuk ke Jerantut. Jerantut ni sebab dekat tengah-tengah, Puan Yang di-Pertua. Sedangkan dekat Jerantut ni, ada satu harta karun yang amat mahal di dalam negara kita. Ia dinamakan sebagai Taman Negara. Kalau kita ada satu exit ataupun jalan exit daripada CSR pergi ke Jerantut, ia pasti akan meningkatkan daya saing ekopelancongan di dalam Jerantut.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya nak baca kenyataan Buya Hamka sikit, sebagai pengajaran kita semua, ringkas je. Adil adalah menimbang secara berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. Berani menegakkan kebenaran ataupun keadilan walaupun mengenai diri sendiri adalah puncak segala keberanian.

Ini kenyataan Buya Hamka. Maka dengan itu, saya menjunjung dan menyokong Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Assalamualaikum warahmatullahi.

draft • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.

draft • 7:40 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin rakamkan setinggi-tinggi menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas Titah Diraja yang telah disampaikan kepada Dewan Yang Mulia ini. Titah tersebut bukan sekadar ucapan pembukaan Parlimen. Ia adalah peringatan dan juga arah tuju kepada kita sebagai pembuat dasar negara.

Puan Yang di-Pertua, buat pertama kali, takhta negara memberi peringatan yang amat jelas kepada Dewan ini tentang ancaman deepfake, manipulasi digital dan juga peperangan maklumat. Ini bukan paranoia tetapi realiti zaman kita.

Teknologi deepfake bukan lagi sekadar hiburan ataupun eksperimen teknologi, ia telah menjadi senjata. Dan seperti semua senjata, ia paling mudah mencederakan yang paling terdedah, wanita, kanak-kanak dan golongan minoriti.

Seorang wanita boleh dihancurkan reputasinya dengan sekelip mata melalui video palsu. Sebuah komuniti boleh dibakar emosi dan kebenciannya melalui audio yang telah dimanipulasikan. Sebuah negara boleh digoncang kestabilannya tanpa sebutir peluru pun dilepaskan. Kita mesti jujur kepada rakyat. Penguasaan kita hari ini belum lagi bersedia untuk menghadapi gelombang manipulasi digital yang tersebar dengan pantas. Dan juga literasi digital rakyat kita masih terlalu rapuh untuk membezakan kebenaran daripada ilusi algoritma.

Kita perlukan undang-undang pencegahan yang tegas dan jelas, unit forensik digital khusus dengan kepakaran yang tinggi serta hukuman berat terhadap mereka yang mempersenjatakan teknologi untuk menghancurkan maruah individu dan juga keharmonian sosial. Kebebasan bersuara tidak boleh menjadi lesen untuk membunuh maruah seseorang secara digital.

Saya ingin bertanya kepada kerajaan, apakah sasaran yang boleh diukur?

Dan apakah mekanisme pelaporan yang telus yang akan dilaksanakan bagi memastikan teknologi deepfake tidak digunakan untuk menyasarkan dan mengaibkan wanita seperti yang telah berlaku dalam beberapa skandal global?

Termasuklah insiden yang melibatkan platform AI Grok. Saya menyatakan dengan tegas, melindungi masyarakat daripada deepfake bukan penapisan tetapi perlindungan. Kita mengawal senjata, kita mengawal dadah, kita mengawal penipuan kewangan, maka kita wajib mengawal alat digital yang berpotensi memusnahkan negara kita. Jika kita gagal bertindak sekarang, kita akan mentadbir sebuah negara di mana kebenaran tidak mempunyai pertahanan dan pembohongan dilindungi oleh ilusi algoritma.

Puan Yang di-Pertua, Titah mengingatkan bahawa isu kaum, agama dan institusi diraja (3R) mesti ditangani dengan tegas dan berhemah. 3R telah menjadi mata wang politik yang paling murah. Apabila dasar gagal, ada yang memilih untuk membakar ketakutan. Mereka mencipta ancaman daripada perbezaan. Mereka menjerit pertahanan daripada ketidakamanan sendiri. Dan siapa yang menanggung akibatnya? Rakyat biasa yang hanya mahu hidup, bekerja dan juga membesarkan anak-anak mereka dengan aman. Sebagai seorang wanita Melayu Islam, saya menyatakan dengan tegas. Agama tidak perlu pengawal politik, Islam tidak rapuh, identiti Melayu tidak lemah dan ia tidak memerlukan kebencian ataupun musuh rekaan untuk terus hidup.

Jadi, di sini saya ingin menyatakan atau membangkitkan soalan kepada Menteri. Pertama, bagaimanakah kerajaan akan memastikan undang-undang berkaitan 3R tidak dikuatkuasakan secara terpilih ataupun bersifat politik? Kedua, apakah mekanisme pantas untuk menghentikan kandungan hasutan sebelum ia menjadi rusuhan sosial ataupun ancaman keselamatan? Dan yang ketiga, siapakah yang akan bertanggungjawab jika kegagalan mengawal eksploitasi 3R ini membawa kepada keganasan dan juga ketidakstabilan negara? Undang-undang kita mesti dilaksanakan secara konsisten, bukan terpilih. Tidak boleh menghukum satu pihak ataupun membiarkan pihak lain hanya kerana mereka lebih lantang ataupun berselindung di sebalik simbol kesucian.

Puan Yang di-Pertua, Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan MADANI atas komitmen mengehadkan tempoh Perdana Menteri kepada dua penggal ataupun 10 tahun. Jadi dengan langkah ini, Kerajaan MADANI menghantar mesej yang jelas iaitu bahawa Malaysia sedang bergerak ke arah demokrasi institutional yang matang. Bukan demokrasi yang bergantung kepada tokoh. Dan lebih penting, had penggal ini membuka ruang kepada wanita, pemimpin muda dan juga ruang untuk idea dan kepimpinan generasi baharu.

Pulau Pinang telah melakukannya pada tahun 2018 apabila kami meminda Perlembagaan Negeri untuk mengehadkan tempoh Ketua Menteri. Kami membuktikan bahawa institusi mesti lebih besar daripada individu. Secara global, ini adalah standard demokrasi matang. Di Amerika Syarikat, presiden terhad kepada dua penggal. Di Indonesia, presiden hanya boleh berkhidmat dua penggal.

Jadi, had penggal ini bukan tentang melemahkan pimpinan, ia sebenarnya tentang menguatkan lagi sistem demokrasi. Dan saya berharap informasi ini akan dimaktubkan dalam undang-undang dan juga Perlembagaan Persekutuan supaya ia kekal melangkau mana-mana kerajaan, mana-mana parti dan mana-mana individu.

Kerana institusi yang kuat adalah warisan yang terbaik yang kita boleh tinggalkan kepada generasi yang akan datang.

Puan Yang di-Pertua, bahasa Melayu pernah menyatukan pedagang Arab, China, India, Eropah dari Melaka. Jadi hari ini, ada yang mahu jadikan bahasa ini sebagai alat pecahan. Itu bukan warisan sejarah. Itu adalah pengkhianatan kepada sejarah. Bahasa Malaysia, bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan kita. Jadi, sebagai rakyat Malaysia, kita semua mempunyai tanggungjawab untuk menguasainya. Ini adalah bahasa Perlembagaan, bahasa Parlimen, bahasa negara.

Bahasa Malaysia adalah bahasa penyatuan nasional. Bahasa yang membolehkan kita bercakap sebagai satu bangsa, walaupun kita datang daripada latar belakang yang berbeza.

Namun Puan Yang di-Pertua, Malaysia bukan negara satu budaya dan tidak pernah menjadi negara satu bahasa. Dalam sebuah negara yang majmuk seperti Malaysia, kepelbagaian bahasa bukan ancaman. Ia adalah khazanah. Kita tidak boleh mengabaikan kepentingan bahasa-bahasa lain yang hidup dalam masyarakat kita, Mandarin, dialek Cina seperti Hokkien, Cantonese, Hakka, bahasa Tamil, bahasa Kristang yang diwarisi komuniti Portugis Melaka, bahasa-bahasa orang asal di Sabah, Sarawak seperti Iban, Kadazan, Dusun, Bajau, Murut dan juga bahasa orang asli seperti Semai, Temiar dan juga Jahai.

draft • 7:42 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Ini bukan sekadar bahasa komunikasi, ia adalah identiti sejarah dan juga ingatan kolektif rakyat Malaysia. Jadi menguasai bahasa Malaysia tidak bercanggah dengan mempelajari bahasa Mandarin. Menguasai bahasa Malaysia tidak bertentangan dengan mempertahankan bahasa orang asal ataupun Orang Asli, menguasai bahasa Malaysia tidak melemahkan penggunaan bahasa Tamil. Tidak ada apa-apa yang salah untuk mempelajari bahasa lain. Lebih lagi bahasa yang dituturkan oleh rakyat Malaysia sendiri. Bahasa bersama menyatukan kita sebagai bangsa. Bahasa pelbagai memperkayakan kita sebagai satu negara.

Jadi perpaduan bukan lahir daripada keseragaman. Perpaduan lahir daripada kefahaman. Apabila anak-anak kita, anak-anak Malaysia membelajar bahasa Malaysia untuk bersatu dan juga membelajar bahasa lain untuk memahami satu sama lain, mereka tidak perlukan ahli politik untuk mengajar mereka siapa yang patut dibenci. Bahasa Malaysia mesti dijadikan asas tetapi bahasa-bahasa lain mesti diraikan sebagai jambatan empati. Dan jangan kita lupa pendidikan bahasa juga adalah isu keadilan sosial.

Kanak-kanak yang mendapat akses kepada pendidikan pelbagai bahasa mempunyai peluang ekonomi yang lebih luas, keyakinan diri yang lebih tinggi dan juga suara yang lebih kuat dalam masyarakat. Jadi kita jika kita mahu Malaysia untuk bersatu dan matang, kita mesti mengajar perpaduan melalui bahasa, bukan memaksa keseragaman melalui ketakutan.

Jadi Puan Yang di-Pertua, akhirnya segala dasar dan perbahasan di dewan ini mesti kembali kepada satu persoalan yang asas. Adakah rakyat Malaysia mendapat tawaran yang adil daripada negara yang mereka bina? Rakyat membayar cukai, mematuhi undang-undang dan juga mempercayai institusi. Sebagai balasan, mereka berhak kepada perkhidmatan awam yang cekap, ekonomi yang adil, peluang yang saksama dan juga masa depan yang terjamin untuk anak-anak mereka.

Jika rakyat bekerja keras tetapi kehidupan mereka tidak menjadi lebih baik, maka sistem ini gagal memberi pulangan yang setimpal. Jika generasi muda berpendidikan tinggi tetapi peluang mereka semakin sempit dan juga jika warga emas yang telah menyumbang sepanjang hayat mereka tetapi hidup masih lagi dalam orang kata ketidakpastian, maka negara ini belum lagi menunaikan tanggungjawabnya. Tugas Dewan ini bukan sekadar mengurus pentadbiran tetapi memperbaiki tawaran yang kita beri kepada rakyat dan iaitu rakyat Malaysia.

Tawaran tentang keadilan, peluang dan juga maruah. Dengan itu saya mengakhiri perbahasan saya tetapi sebelum itu saya juga ingin mengucapkan selamat Hari Thaipusam kepada semua penganut Hindu yang akan menyambut perayaan ini, dengan harapan agar ini membawa keberkatan, ketenangan dan juga kesejahteraan kepada semua. Sekian terima kasih. Bukit Bendera menyokong.

draft • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Selasa 27 Januari 2026.

draft • 7:50 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.54 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026